Dewan Rakyat · 31 March 2015

15th Parliament, session 3, meeting 1 · 986 turns · 50,885 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Che Mohamad Zulkifly bin JusohPAS · PNBesut · question

1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu yang dijangka akan dimulakan pada suku tahun kedua pada tahun 2015 dan disiapkan pada penghujung tahun 2018.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman sahabat saya Yang Berhormat Setiu, Rancangan Tebatan Banjir ataupun RTB Lembangan Sungai Setiu, Jabatan Pengairan dan Saliran atau JPS telah pohon RM200 juta dalam permohonan ini untuk projek baru tahun 2015. Ia harus bermula pada suku tahun kedua tahun ini dan dijangka siap penghujung tahun 2018 tetapi malangnya EPU tidak meluluskan peruntukan ini. Walaupun ia demikian, JPS memohon di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 empat komponen projek menaik taraf Sungai Setiu, menaik taraf Sungai Guntong, lencongan ketiga, lencongan Sungai Setiu dan komponen keempat lencongan Sungai Calok. Dipohon dalam RMKe-11 ini ialah sebanyak RM110 juta. Rancangan memulihkan koridor sungai di Lembangan Sungai Setiu juga telah pun dipohon di dalam RMKe-11 RM33 juta. Ini adalah harapan kami di kementerian agar empat komponen termasuk pemulihan koridor sungai di lembangan Sungai Setiu diluluskan supaya projek ini boleh diteruskan untuk rakyat di kawasan Parlimen Setiu. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, masalah tebatan banjir ini sebenarnya berlaku sudah lama dan pada tahun 2005 pernah berlaku banjir sehingga tujuh kali perpindahan. Masalahnya kalau kita tidak buat rakyat ini, pada mereka wakil rakyat ini kalau bahasa Kelantan dan Terengganu dipanggil wakil rakyat yang tidak ‘rak’. Jadi saya tidak tahulah kenapa EPU tidak luluskan. Kita ada bagi penekanan ataupun tidak kepada projek yang telah lama disuarakan di Parlimen ini sendiri sebab kalau ikutkan saya pernah menulis surat kepada Menteri sendiri tetapi sampai sekarang pun tidak ada jawapan. Saya minta status. Kalau ada jawapan, kemungkinan saya akan cuba uruskan dengan pihak EPU. Akan tetapi inilah masalah kerana pada rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalah saya, soalan.

Ada sudah masuk sedikit soalan itu. Jadi soalan saya, saya mintalah pihak kementerian ini melihat kepada permasalahan yang telah berlarutan ini sejak sekian lama dengan mempercepatkan tempoh pelaksanaan projek tersebut. Bagi menyelesaikan tuntutan para nelayan, petani dan juga penduduk setempat. Jadi, kena lebihkan dan tingkatkan usaha yang sepatutnya. Terima kasih.

Terima kasih sahabat Yang Berhormat Setiu atas pertanyaan tambahan ini. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya bukan hanya di Setiu sahaja, di kawasan-kawasan lain saya sebagai Timbalan Menteri di kementerian ini, saya meneliti dan menilai keperluan projek-projek rancangan tebatan banjir di mana-mana pun sebab satu amaran yang saya ingin beritahu di sini banjir tidak akan berhenti. Banjir akan berterusan di negara kita setiap tahun disebabkan suasana perubahan iklim ini semakin teruk setiap tahun. Hujan lebih kerap lagi di negara kita.

Selepas itu, hujan lebat lagi berpanjangan. Jadi inilah satu permasalahan untuk kita, untuk rakyat di negara ini. Oleh itu perlulah pihak yang bertanggungjawab untuk memberi peruntukan, untuk meluluskan peruntukan untuk menilai dan mengambil kira. Ini serua wakil rakyat, kita di sini semua wakil rakyat. Seruan kita adalah bertugas untuk rakyat. Ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu, inilah apa yang saya akan buat juga. Saya akan berjumpa dengan pegawai-pegawai EPU yang bertanggungjawab kerana sekarang mereka sudah memperkenalkan satu lagi sistem yang dinamakan creative index itu. Jadi, sistem ini nanti yang mungkin akan menyingkirkan projek-projek kita daripada senarai. Di kementerian kami, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, apa sahaja yang sudah pun disenaraikan, memang kita mahukan peruntukan supaya ia boleh dilaksanakan dengan secepat mungkin dan supaya ianya siap dengan secepat mungkin juga. Sekian terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang, ini mengenai Setiu. Spesifik.

Ya, isu yang sama lebih kurang. Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita melihat setiap tahun kerajaan berbelanja ratusan juta untuk pampasan kepada mangsa-mangsa banjir. Jadi, adakah kerajaan tidak menilai wang begitu banyak dibelanjakan untuk membayar pampasan kepada bangsa banjir, sekiranya wang ini digunakan untuk pembangunan tebatan banjir, ia boleh menyelesaikan masalah. Bukan sahaja masalah ekonomi, pertanian, perniagaan yang lumpuh akibat banjir. Di Sungai Golok, salah satu dari tempat yang terima kesan cukup besar di Parlimen saya akibat banjir setiap tahun dan berjuta ringgit kerugian di alami oleh rakyat akibat banjir. Setiap tahun juga saya minta supaya pembinaan tebatan banjir tetapi tidak juga diluluskan oleh EPU. Saya ingin penjelasan daripada pihak Menteri, sejauh mana keprihatinan terutama dalam mesyuarat Kabinet. Di antara perkara yang penting untuk keperluan rakyat. Kalau kerajaan boleh berbelanja ratusan juta untuk membeli jet baru, untuk Perdana Menteri.

[Dewan riuh]

Kenapa untuk tepatan banjir tidak diberi layanan? Minta penjelasan.

Mulut tidak sayang langsung pagi-pagi.

[Dewan riuh]

RM900 juta...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat…

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Rantau Panjang, jet baru tidak ada kena mengena dengan banjir.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa Yang Berhormat, saya sedang menilai mana-mana wakil rakyat yang tidak ikut peraturan.

[Dewan riuh]

Oleh itu peruntukan khas ini untuk mangsa banjir di bawah kementerian lain, di bawah MKN. Pemikiran saya pun kalaulah wang begitu banyak untuk diberikan kepada mangsa banjir dan memang perlu diberikan pada mangsa banjir sebab mereka sengsara pada masa itu. Jadi wang itu perlu juga. Jadi untuk projek juga, kita mahu peruntukan untuk projek. Inilah yang kita sentiasa pohon, peruntukan untuk projek agar projek boleh diteruskan. Saya pun sudah pergi Sungai Golok dan tengok keadaan di Rantau Panjang mungkin saya hendak pergi sekali lagi, sekian terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pergi untuk shopping sahaja kah? [Ketawa]

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

2. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pengaliran wang ke luar negara oleh warga asing melalui bank-bank atau institusi kewangan bertauliah dan melalui pengurup wang berlesen.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, pengiriman wang di Malaysia boleh dijalankan oleh institusi kewangan, institusi pembangunan kewangan dan pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang sehingga 31 Disember 2014. Sebanyak 43 institusi kewangan, tiga institusi pembangunan kewangan yang dilesenkan dan juga 31 pemegang lesen perkhidmatan wang yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang melalui lebih daripada 2,000 cawangan di Malaysia. Jumlah kiriman wang yang direkodkan oleh Bank Negara Malaysia untuk tahun 2014 adalah sebanyak RM32.1 bilion. Jumlah kiriman wang keluar ini merujuk kepada kiriman wang dari Malaysia ke negara-negara lain, hasil ganjaran dan pampasan pekerja asing di Malaysia dari pelbagai sektor, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan tadi. Ini angka RM32 bilion mungkin tidak termasuk aliran keluar melalui saluran bukan bank yang sah. Kalau ini dicampurkan dengan angka keluaran wang secara haram dengan izin, illicit financial outflows yang melibatkan mungkin melebihi RM20 bilion juga maka jumlahnya ialah begitu tinggi iaitu mungkin mencecah pada RM50 bilion. Jadi soalan saya, cara mana kerajaan dapat pastikan bahawa aliran modal tidak menyebabkan sebarang ketidakseimbangan yang boleh mengakibatkan tidak stabil keadilan ekonomi dan kewangan negara. Memandangkan jumlah ini akan terus meningkat tahun demi tahun. Maka kewangan negara memandangkan perkhidmatan bukan bank ini yang tidak boleh kawal dan juga jumlah illicit financial outflows ini yang juga tidak boleh dikawal. Itu soalannya.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan. Pertama sekali, sebenarnya Bank Negara pada Julai 2011, kita telah memperkenalkan akta baru Yang Berhormat semua sekalian telah meluluskan iaitu Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 iaitu Money Service Businesses yang diluluskan khusus terutamanya untuk mengawal dan juga memantau dan juga melesenkan, terutamanya perkhidmatan wang yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sebelum akta ini wujud yang rekod yang kita dapat setiap tahun pada tahun 2010 adalah hanya sebanyak RM13.4 bilion. Maka dengan adanya akta ini dan dengan adanya kawalan-kawalan yang telah disediakan melalui akta ini, kita dapat melihat dari segi kiriman yang kita dapat rekodkan telah meningkat sebanyak 146% iaitu daripada RM13.4 bilion pada tahun 2010 meningkat sehingga RM31.2 bilion pada tahun 2014. Mengenai isu yang mengatakan, Yang Berhormat bangkitkan adalah mengenai laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity di mana pada dasarnya ia adalah menganggar aliran kewangan yang tidak direkodkan dan ini tidak semestinya merupakan aliran kewangan haram. Kesahihan kaedah yang digunakan oleh GFI untuk menganggar jumlah aliran kewangan haram adalah meragukan. Bahkan perlu ditekankan bahawa GFI bukanlah sebuah badan yang bertauliah dalam menilai aliran kewangan antarabangsa malah isu aliran keluar wang haram ini tidak pernah dikenal pasti sebagai satu masalah besar di Malaysia dalam perbincangan antara pihak berkuasa negara dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan juga Bank Dunia. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan tahap keseriusan masalah kemasukan secara haram yang didalangi mana-mana individu tertentu dari luar negara melalui mana-mana organisasi sama ada secara haram ataupun tidak bagi membiayai aktiviti keganasan yang dijalankan di negara ini. Serta kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan agensi di peringkat antarabangsa dalam perkongsian data dan maklumat bagi mencegah masalah ini, terima kasih.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya kita memang memantau dari segi aliran wang masuk, inward remittance terutamanya melalui pemegang-pemegang lesen perkhidmatan wang kerana untuk bank kebanyakan remittance inward dengan izin, boleh dipantau dengan lebih senang.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Apa yang kita khuatiri adalah pemegang lesen perkhidmatan wang. Akan tetapi dengan adanya Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, maka kita dapat merekod jumlah yang masuk ini. Kita juga dapat kenal pasti dari negara yang mana dan ini dapat menolong kita untuk memantau dan juga kalau boleh perlu untuk kita berkongsi maklumat dengan negara-negara yang lain. Tahun 2014 inward remittance atau aliran masuk melalui lesen-lesen perkhidmatan kewangan ini adalah sebanyak RM980.7 juta untuk tahun 2014. Bank Negara sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak antarabangsa termasuk negara- negara jiran jikalaulah terdapat kes-kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sekian terima kasih.

Othman bin AbdulUMNO · BNPendang · question

3. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah kerajaan sedar bahawa Malaysia mempunyai petunjuk ketidakadilan pembahagian kekayaan negara yang buruk di Asia iaitu Gini Coefficient sekadar 0.430; dan (b) berapa peratus kaum bumiputera yang menduduki peratusan yang terkebawah.

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, gambaran bahawa Malaysia mempunyai jurang ketidakseimbangan yang buruk di Asia adalah tidak benar. Ia berdasarkan pengurangan pekali gini yang digunakan untuk mengukur jurang pendapatan daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada tahun 2012 dan seterusnya 0.421 berdasarkan data awalan penyiasatan pendapatan isi rumah bagi tahun 2014. Nilai ini adalah lebih rendah berbanding dengan beberapa negara Asia kalau dapat saya sebutkan seperti Jepun pekali gininya 0.488, Singapura – 0.478, China – 0.474. Manakala jika menggunakan indicator perbelanjaan pula, pekali gini negara ialah pada ukuran 0.337 berdasarkan penyiasatan pendapatan isi rumah 2010 yang mencatatkan ukuran lebih rendah berbanding dengan beberapa negara Asia yang lain seperti Indonesia – 0.381, Thailand – 0.394, Filipina – 0.430. Ini menunjukkan bahawa jurang ketidakseimbangan berdasarkan ukuran pendapatan dan perbelanjaan di Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan beberapa negara di Asia. Namun begitu kerajaan sedar ketidakseimbangan pendapatan masih lagi wujud. Oleh itu kerajaan akan terus mengambil langkah bagi mengurangkan ketidakseimbangan dalam merapatkan jurang tersebut dengan meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan 40% terendah. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data awalan penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah 2014, sebanyak 73.3% atau 2.05 juta isi rumah bumiputera adalah merupakan isi rumah berpendapatan 40% terendah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, pertamanya Yang Berhormat menyebutkan tentang kerajaan cuba untuk meningkatkan pendapatan, saya bersetuju. Soalan saya yang pertama ialah apakah program-program yang akan dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan golongan yang terbawah hardcore poverty, golongan miskin tegar yang masih ada lagi dalam skala gini ini. Kemudian, melihat tentang pertumbuhan pertambahan pendapatan Yang Berhormat sebut tadi antara tahun 2009 hingga tahun 2012. Saya lihat bahawa 40% kumpulan pertengahan dibandingkan dengan 40% golongan bawahan yang terendah,

perbezaan kenaikan pendapatan terlalu besar perbezaannya. Contoh, 40% kenaikan kumpulan pertengahan sebanyak RM851 berbanding dengan kumpulan yang terbawah hanya RM386. Apa sebab-sebab berlaku keadaan begini? Terima kasih.

Terima kasih. Izinkan saya memberi sedikit penjelasan tentang program yang dilaksanakan seperti soalan Yang Berhormat kerana memang benar. Tanpa program-program, inisiatif-inisiatif maka jurang pendapatan ini tidak dapat kita atasi. Pertamanya antara kementerian-kementerian yang diberikan tugas khusus selain daripada kementerian-kementerian lain dalam menangani inisiatif, merapatkan jurang pendapatan adalah di ICU, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Sumber Manusia. Antara program yang dijalankan adalah Program Peningkatan Kebolehan dan Keupayaan dengan izin, Capacity & Capability Enhancement, Program Peningkatan Pendapatan Secara Bersepadu melalui pelaksanaan Program Agropolitan dan Perladangan Kontrak, memberi tumpuan kepada kumpulan sasar khusus seperti Orang Asli, bumiputera Sabah Sarawak dan penduduk di Kampung Baru Cina serta pekerja-pekerja estet, program- program membasmi kemiskinan bandar di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, program-program di bawah SPKR di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Antaranya ialah Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran, Program Kecemerlangan Pendidikan, Amanah Saham Bumiputera Sejahtera, Program Pembangunan Taska, Program Tambahan Makanan Seimbang, Program Bantuan Rumah, Program Bantuan Minda Insan, Program Pembangunan Masyarakat Setempat. Saya sukacita untuk menyatakan bahawa fakta yang disebut oleh Yang Berhormat itu betul daripada segi penambahan ringgitnya. Namun begitu saya ingin berkongsi di Dewan ini, pihak kerajaan mendapati bahawa pertambahan kadar pertumbuhan pendapatan bagi below 40 adalah 9.9%. Walaupun jumlah ringgitnya itu kecil tetapi pertumbuhan pendapatan bagi 40 terbawah adalah 9.9%. pertumbuhan bagi middle 40 adalah 8% dan pertumbuhan pendapatan bagi tertinggi 20 adalah 7.4%. Dengan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi di bawah bagi penduduk isi rumah di bawah 40 yang lebih tinggi ini ia memberi sedikit indikasi bahawa program yang kita laksanakan ini berada dalam landasan yang betul. Akhir sekali saya ingin berkongsi kalau ikut statistik Program 1AZAM yang dijalankan oleh Kementerian Wanita. Daripada keseluruhan jumlah peserta yang terlibat, 275,644 telah dapat dikeluarkan daripada low income household, yang mana 247 atau 90% telah dapat meningkatkan pendapatan mereka selain daripada 589 yang berjaya dikeluarkan kerana sebab berkahwin semula. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan pada Dewan yang mulia ini keberkesanan program- program yang disebutkan seperti 1AZAM dan sebagainya. Setakat mana Yang Berhormat memantau pelaksanaan program seperti di Kulim, saya nampak dia buat rumah untuk burung walet tetapi perbelanjaan untuk bangunan sahaja dan yang masuk itu burung hantu. [Ketawa]

Yang Berhormat Kepong menyatakan tentang kejayaan program yang telah pun saya nyatakan sedikit tadi. Kalau saya sudah boleh teruskan atas soalan yang kedua, Program 1AZAM, 503,040 orang terlibat dan 90% yang saya nyatakan tadi telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada program-program yang kita berikan. Termasuk juga kita mengadakan beberapa inisiatif tentang flexi hours bekerja memberikan inisiatif atau insentif cukai, pengecualian cukai kepada syarikat- syarikat yang terlibat yang telah memberikan pekerjaan dalam tempoh waktu yang lebih fleksibel kepada ibu tunggal ataupun isteri kepada isi rumah yang dapat menyumbang kepada pendapatan keluarga yang telah pun melihatkan hasilnya. Oleh sebab itu Yang Berhormat, perkara-perkara yang diberi tumpuan adalah melihat kepada kawasan-kawasan pedalaman luar bandar minoriti Sabah Sarawak dan juga meningkatkan kemahiran apa yang dipanggil upskilling. Bagi membolehkan mereka yang berpendapatan rendah dapat meningkatkan pendidikan mereka dalam bidang

kemahiran yang akhirnya dapat memberikan pendapatan tambahan kepada mereka dan keluarga mereka. Terima kasih Yang Berhormat.

Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri · question

4. Tuan Liew Chin Tong [Kluang] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) statistik serangan lanun di perairan Malaysia dari tahun 2006 hingga 2014 termasuk bilangan kes dilaporkan, lokasi perairan negeri, bilangan kes yang didakwa, anggaran kerugian harta benda, dan kecederaan ataupun kehilangan nyawa (jika ada); dan (b) apakah pertimbangan Kerajaan dalam mengambil keputusan tidak menandatangani perjanjian Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP).

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, katak melompat, soalan nombor empat.

[Dewan riuh]

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Jumlah rompakan yang berlaku pada tahun 2006 sehingga tahun 2014 di perairan Malaysia adalah berjumlah 53 kes. Rompakan yang berlaku adalah di Selat Melaka, Selat Singapura dan Sarawak. Sejak APMM beroperasi dari tahun 2006, tumpuan diberikan bagi membanteras rompakan kapal dagang. Hasilnya, rompakan di Selat Melaka menurun kepada sifar, pada masa kini dan pada 10 tahun kebelakangan, jumlah rompakan di Selat Melaka adalah sebanyak 38 kes. Kes rompakan kapal dagang di Selat Singapura juga adalah terkawal. Daripada 24 kes di Selat Singapura, 16 kes cubaan rompakan telah berjaya dipatahkan manakala lapan kes ialah melibatkan kecurian barang alat ganti kapal. Hanya satu rompakan dilaporkan di Sarawak. Buat masa ini, kerajaan belum bercadang untuk menandatangani perjanjian Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP). Walaupun kerajaan belum menandatangani perjanjian tersebut, Malaysia masih bekerjasama dengan Information Sharing Centre Singapore yang ditubuhkan di bawah ReCAAP. Meskipun ReCAAP adalah sebuah organisasi kerajaan yang ditaja oleh Kerajaan Jepun beribu pejabat di Singapura, ia tidak tertakluk kepada International Maritime Organization (IMO) yang merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang mana Malaysia menjadi ahli. Kerajaan Malaysia mendapatkan maklumat mengenai kejadian rompakan di perairan Malaysia melalui International Maritime Bureau (IMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur yang mana fungsinya adalah sama dengan ReCAAP. Di samping itu juga, APMM kini memiliki sistem satelit yang dikenali sebagai Cospas-Sarsat yang berfungsi sebagai pusat untuk menerima segala isyarat kecemasan yang dipancarkan oleh kapal-kapal di laut termasuk isyarat kecemasan sekiranya berlaku kejadian rompakan serta-merta. Terima kasih.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah, kalau Kerajaan Malaysia jadi ahli ReCAAP ini, nampaknya tidak ada apa-apa masalah dan saya minta Yang Berhormat Menteri berikan jawapan kenapa kita tidak memilih menjadi ahli? Juga, soalan tentang APMM. APMM ditubuhkan hampir 10 tahun dan ada perbincangan tentang bagaimana APMM boleh bergabung dengan polis marin dan pelbagai agensi lain, tetapi nampaknya tidak ada apa-apa progress. Saya minta juga soalan tentang peletakan APMM. Bolehkah APMM diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan dan bukan di bawah JPM? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri, ada tiga soalan. Ikut peraturan, satu sahaja. Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, ini tiga soalan ya. Yang pertama, kenapa kita tak masuk ReCAAP? Saya sudah jawab tadi, walaupun kita tidak menandatangani Perjanjian ReCAAP tetapi kita bekerjasama dengan Information Sharing Centre Singapore. ReCAAP ini juga di Singapura, ditaja oleh Kerajaan Jepun tetapi kita tidak menyertai ReCAAP. Kita bekerjasama dengan Information Sharing Centre. Kita mendapat maklumat kita daripada IMB, International Maritime Bureau yang berpusat di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, kita sudah ada sistem satelit yang dilancarkan Februari yang lepas yang dinamakan Cospas-Sarsat yang kita boleh monitor distress call dengan izin, di seluruh dunia, bukan sahaja di Selat Melaka. Makna kata, kalau sekiranya berlaku rompakan pun, kita dapat kesan. Jadi, kenapa kita tidak – ada dua negara tidak menyertainya iaitu Malaysia dan sebuah negara lagi saya tidak payah sebut. Ini kerana kita pada masa sekarang, maklumat yang kita dapat mencukupi untuk kita selesaikan masalah. Saya sudah bagi tahu tadi bahawa sejak kebelakangan ini, tidak ada kes rompakan sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Jadi, tidak ada keperluan untuk masa ini untuk kita menyertai ReCAAP. Nombor dua, tentang kerjasama erat dengan agensi yang lain. Kalau Yang Berhormat tengok laporan yang saya bagi berhubung dengan APMM, kita telah mencapai banyak kejayaan dari segi penguatkuasaan kawasan gigi pantai sehingga ke EEZ. Kita mencapai kejayaan, kita mengurangkan masalah yang timbul daripada pelbagai perkara yang berlaku dalam kawasan tersebut. Jadi sama ada kita bekerjasama dengan agensi lain, saya ingat benda ini tidak ada masalah. Cuma masalah dalaman sedikit ini berhubung dengan bila kita tubuh APMM, semua agensi lain kena ikut keputusan yang telah dibuat. Sekarang ini dalam proses perbincangan. Sejauh mana berjaya, saya akan maklumkan kemudian tetapi, walau bagaimanapun, tidak mengurangkan fungsi APMM sebagai penguat kuasa maritim. Yang nombor tiganya ialah kita sudah putus duduk bawah JPM, duduk bawah JPM lah dan tidak ada kurangnya kehebatan APMM berada di bawah JPM, malah lagi hebat sebab di bawah Perdana Menteri dan bawah Menterilah. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau ikut jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, berdasarkan Laporan Tahunan Pusat Perkongsian Maklumat (ISC) Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Memerangi Kegiatan Lanun dan Rompakan Kapal (ReCAAP) bagi tahun 2014, sebanyak 183 insiden dilaporkan di Asia pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding pada tahun 2013. Mohon kementerian menyatakan apakah bentuk kerjasama di antara Malaysia dan negara jiran yang berdekatan dalam memerangi lanun dan rompakan bersenjata terhadap kapal di rantau ini serta adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula undang-undang yang sedia ada dan menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke atas pengganas lanun yang ditangkap di perairan tempatan? Terima kasih.

Bagus Tuan Yang di-Pertua, orang yang bertanya soalan ini memang ada ilmu mengenainya. Saya maklum kepada Yang Berhormat, walaupun kita tidak menyertai ReCAAP – benda baru bagi kebanyakan kita. ReCAAP ini ialah sebuah badan yang beribu pejabat di Singapura dan ditaja oleh Kerajaan Jepun tetapi ia tidak tertakluk, badan ini juga tidak tertakluk kepada International Maritime Organization (IMO). Malaysia sebaliknya menggunakan maklumat kita iaitu International Maritime Bureau dan juga menggunakan satelit kita yang terbaru iaitu Cospas-Sarsat. Yang Berhormat menyebut tadi tentang rompakan di seluruh Asia. Akan tetapi saya bagi tumpuan kepada rompakan yang berlaku terutamanya di Selat Melaka dan juga di kawasan Sarawak. Di Selat Melaka ini penting kerana diberi perhatian oleh banyak pihak. Malah, insurans antarabangsa pernah menarik balik insurans mereka dan menaikkan harga

insurans yang agak tinggi masa rompakan yang berlaku dengan hebat di Selat Melaka. Akan tetapi hasil kehadiran APMM dan juga penguatkuasaan yang kita buat, rompakan telah turun sampai ke peringkat kosong. Malah, kes rompakan ini sudah masuk ke dalam KPI saya untuk saya pantau dari semasa ke semasa. Jadi pada masa ini kita tidak bercadang lagi untuk menandatangani perjanjian dengan ReCAAP tetapi kita bekerjasama dengan Information Sharing Centre. Kita bekerjasama walaupun kita tidak menyertai ReCAAP, tetapi pertubuhan di bawah ReCAAP iaitu Information Sharing Centre, kita bekerjasama, tidak ada masalah. Juga, Cospas- Sarsat yang kita ada di Kuantan itu, ia dapat mengawasi kawasan ini dan juga mendapat maklumat tentang apa yang berlaku di seluruh dunia.

Jadi, dengan adanya International Maritime Bureau yang beribu pejabat di Kuala Lumpur sudah mencukupi untuk kita beroperasi di Selat Melaka tapi sekiranya dengan tidak menyertai ReCAAP ini, kita menghadapi masalah yang luar biasa, sudah pasti kita akan mengambil tindakan serta-merta. Tapi buat masa sekarang ini kita rasa belum ada keperluan kita berbuat demikian lagi dan walaupun kita tidak menyertai ReCAAP tetapi tiap- tiap tahun semasa mereka mengadakan seminar dan juga lain-lain perbincangan, APMM dijemput dan sebuah lagi negara jiran yang mana mereka juga tidak menyertai ReCAAP, mereka juga hadir bersama. Jadi walaupun tidak menyertai perjanjian tetapi kerjasama tidak kurang. Terima kasih.

Marcus Mojigoh (Makin)UPKO · BNPutatan · question

5. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) keberkesanan tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam menangani ancaman kumpulan militan seperti ISIS di negara ini; dan (b) tindakan bagi program pencegahan yang dirangka oleh pihak Kerajaan bagi maksud di atas.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, saya terkejut kerana Yang Berhormat Putatan adalah seorang pemantun. Mungkin belajar daripada isterinya yang pernah menjadi staf saya di Kementerian Penerangan dahulu. Jadi, tidak perlulah atau saya jawab di luar Dewan nanti. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), kerajaan sentiasa memandang serius berhubung ancaman yang dibawa oleh kumpulan militan Islamic State atau IS ke atas keselamatan negara yang turut melibatkan rakyat Malaysia. Justeru, kerajaan telah mengambil beberapa tindakan untuk membendung pengaruh kegiatan militan IS ini daripada terus berkembang di seluruh negara. Di antara tindakan yang diambil oleh kerajaan termasuklah menjalankan pemantauan rapi melalui PDRM terhadap individu-individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan ini. Pada masa yang sama, PDRM menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi perisikan luar negara khususnya ASEAN daripada segi pertukaran maklumat perisikan berhubung dengan kegiatan militan ini. Hasil daripada pemantauan rapi dan jalinan kerjasama dengan agensi perisikan tersebut, sehingga hari ini, 31 Mac 2015 iaitu pihak polis telah berjaya menahan 75 orang yang mempunyai elemen-elemen penglibatan di dalam kegiatan militan IS. Daripada jumlah tersebut, seramai 24 orang telah dihadapkan di mahkamah, 25 orang telah dibebaskan dan 7 orang sedang dalam siasatan oleh pihak polis dan 13 warganegara asing telah diusir keluar dari Malaysia. Bagi menjawab soalan (b), kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan atau NGO telah menjalankan pelbagai program penerangan sebagai pencegahan melalui ceramah-ceramah, khutbah Jumaat, perjumpaan, seminar, penerangan melalui media dan lain-lain medium yang disasarkan kepada golongan-golongan tertentu bagi menerangkan konteks jihad sebenar dan bahaya fahaman ekstrem yang menjurus ke arah kegiatan militan.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Seperti Yang Berhormat Putatan sedia maklum, saya telah pun membentangkan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 untuk bacaan kali pertama semalam untuk menangani isu militan ini. Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat dapat menyokong rang undang-undang ini sama ada di sini ataupun di sana. Pada masa yang sama, kerajaan sedang menggubal modul pemulihan khusus bagi menaturalisasikan kumpulan militan yang ditangkap dan yang sedang di dalam tahanan. Harapan kerajaan ialah untuk mengembalikan semula semua mereka ke pangkuan masyarakat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nombor satu, terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang begitu meyakinkan rakyat. Juga saya ingin berterima kasih kepada Menteri yang bertanggungjawab dengan insiden di Sabah. Dulu kita dengar bahawa militan-militan ini, pengganas-pengganas ini yang datangnya daripada negara jiran kita akan melalui Tawau dan ke selatan Filipina untuk menjalankan latihan-latihan kepengganasan ataupun military training ground untuk pengganas. Ini saya berterima kasihlah buat kerajaan terutama sekali KDN kerana meredakan keadaan di Sabah. Itu rakyat Sabah berterima kasihlah, merekodkan terima kasihnya. Dulu kita dengar ancaman-ancaman ini Yang Berhormat Menteri, dengan ancaman komunis. Kita mendengar bahawa ada juga ideologi-ideologi ini yang banyak sympathizer. Ideologi-ideologi ini didukung oleh pihak-pihak parti politik di negara kita, yang kita dengar dan sekarang ini timbul pula masalah ancaman IS, militan pengganas keislaman. Jadi, adakah Yang Berhormat sedar ataupun ada pengetahuan bahawa ideologi-ideologi ini bermula daripada parti-parti politik? Ini rakyat yang tertanya-tanya. Saya harap tidak menyinggung perasaan sesiapa. Oleh kerana kita melihat yang jawapan Menteri tadi bahawa ada juga yang perekrut-perekrut ini warga-warga negara asing yang berjumlah 13 orang, kalau saya tidak silap daripada jawapan Menteri tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan.

Adakah ia dari negara jiran kita ataupun dari negara-negara Asia Barat yang datang ke Malaysia ini tanpa pengetahuan pihak-pihak penguatkuasaan kita. Minta Menteri jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kerana keprihatinan Yang Berhormat Putatan terhadap ancaman yang benar-benar berlaku di negara kita ini dan di Sabah tidak terkecuali kerana kita ketahui bahawa ada kumpulan yang dipanggil sebagai kumpulan Kesultanan Sulu dan beberapa kumpulan yang mencari tebusan yang diculik dengan tujuan untuk memperoleh sumber kewangan bagi kegiatan militan mereka telah berpecah kepada 11 kumpulan sekarang ini. Alhamdulillah kita telah melepaskan seorang anggota polis bernama Zakia dari Sabah juga dan Zakia ini telah dijual kepada kumpulan-kumpulan lain dengan harga yang berbeza-beza. Itu sebabnya mereka memberikan amaran yang mana jika tidak membayar wang tebusan dalam tempoh dua bulan, Zakia akan dibunuh tetapi jelas selepas sembilan bulan Zakia tidak dibunuh kerana tujuannya adalah untuk mendapat wang tebusan ini. Inilah yang dikhuatiri kerana kita ketahui bahawa jika dulu, terdapat desakan yang kuat supaya ISA dihapuskan. Hasil daripada kajian pihak PDRM memperlihatkan bahawa seramai enam orang bekas tahanan ISA telah menyertai kumpulan IS ini dan lima orang daripada kumpulan militan KMM dan satu orang daripada kumpulan Jemaah Islamiah. Saya ucapkan terima kasih atas soalan kenapa atau adakah mereka ini merupakan ahli-ahli daripada parti politik. Saya ingin menyatakan bahawa mereka ini tidak didukung oleh mana-mana parti politik sama ada belah sini atau belah sana malah jika ada pun di kalangan mereka yang pernah menganggotai parti politik berkenaan, saya ingin ucapkan syabas kerana kepimpinan parti berkenaan telah menyatakan bahawa ahli berkenaan tidak didukung oleh kepimpinan parti.

Ini merupakan satu pendirian yang baik dan saya merasakan ini harus didukung oleh kita semua walaupun kita tahu bulan Jun nanti sama ada Yang Berhormat Tumpat akan terus berada di dalam pimpinan atau tidak. Saya ingin juga mengambil peluang Tuan Yang di-Pertua, dengan izin untuk menyebut nama mereka yang telah terkorban di Syria dan Iraq. Seramai enam orang telah terkorban di Syria, seorang telah terkorban di Iraq dan tiga orang lagi terkorban di tempat yang kita tidak pasti. Saya ingin sebutkan orang-orang itu: (i) Zainan Harith atau dikenali sebagai Mat Soh atau juga nama samarannya Abu Turab, 52 tahun maut dibedil kereta kebal kerajaan Syria pada 20 Ogos 2014; (ii) Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21 tahun telah maut manakala lima orang lagi termasuk Mohd. Lotfi Ariffin mengalami cedera parah apabila diserang tentera kerajaan di Hamas, Iraq pada 9 September; (iii) Mohd. Lotfi Ariffin, 46 tahun yang mendapat cedera parah telah meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki setelah koma selama lima hari pada 14 September. Subjek telah dibawa ke Turki setelah mendapat cedera parah dalam serangan tersebut; (iv) Muhammad Afiq Heusen Rahizat atau nama samarannya Abu Dubais, 26 tahun. Ahli militan IS di Syria telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera Bashar pada 30 September 2014; (v) Ahmad Effendi Abdul Manaf, 27 tahun yang menjadi pengebom berani mati kumpulan IS di Syria sewaktu melakukan serangan berani mati ke atas pangkalan tentera Kerajaan Syria di Homs pada 8 November 2014; (vi) Abdul Samad Shukry Mohamad berumur 46 tahun yang mengalami cedera parah apabila diserang tentera kerajaan di Hamas, Syria pada 9 September 2014 telah meninggal dunia di Hospital Hatay, Turki pada 26 Februari 2015; dan, (vii) Yang terkorban di Iraq adalah Ahmad Tarmimi Maliki, 26 tahun yang menjadi pengebom berani mati kumpulan IS sewaktu melakukan serangan berani mati ke atas Ibu Pejabat Skuad Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei 2014. Saya ingin sebutkan di Dewan yang mulia ini, tiga orang individu, warganegara Malaysia yang didakwa turut terkorban melalui maklumat-maklumat perisikan kita tetapi namanya tidak jelas kerana mereka menggunakan nama samaran. Satu adalah, Abu Jarir, Abu Ubaidah dan Muhammad Tariq. Ketiga-tiga ini menggunakan nama samaran dan kita sedang menyiasat nama sebenar mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena. [Disampuk]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapat penjelasan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kerana tiga belas orang warga asing, hanya disebut diusir keluar dari Malaysia. Cuma saya hendak tahu - tadi pun diminta oleh Yang Berhormat Putatan dari negara mana mereka itu. Cuma saya naik hairan, kenapa mereka diusir? Tidak diambil apa-apa tindakan melalui proses perundangan dalam negara kita kalau kedatangan mereka itu mempunyai unsur-unsur seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat. Sedangkan kita tahu bahawa sebelum ini pun disebut oleh pihak kerajaan bahawa gerakan IS ini lebih dipengaruhi oleh unsur-unsur asing ke dalam negara kita. Jadi tiba-tiba, ada mereka yang telah pun ditahan, ditangkap oleh pihak polis dan dikenal pasti sebagai mereka yang terlibat dalam IS ini. Tiba- tiba disebut tadi oleh Yang Berhormat, diusir. Seolah-olah diusir itu tanpa apa-apa tindakan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya hendak minta penjelasan kenapa begitu dan mereka ini dari negara mana? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tiga belas orang warga asing yang terlibat itu diusir setelah siasatan dilakukan, tahanan dilakukan tetapi kita ada perjanjian ekstradisi dengan negara berkenaan. Oleh kerana mereka mempunyai kaitan dengan militan yang lain daripada negara berkenaan, elok saya tidak sebutkan negara itu atas dasar keselamatan dan diplomatik. Pemulihan dilakukan oleh negara berkenaan dan mendapat kerjasama daripada Malaysia. Kita harap, soal warga asing ini biarlah kita tidak panjangkan kerana ini melibatkan soal kerahsiaan dan soal intelligency yang pada hemah saya, digunakan untuk mendapat maklumat-maklumat tambahan selanjutnya. Ini kerana kita tahu bahawa terdapat negara-negara jiran yang juga bekerjasama dengan Malaysia untuk melakukan tindakan pencegahan dan pembanterasan dan negara berkenaan lebih mengetahui tentang latar belakang mereka yang diusir itu dan kita berkongsi maklumat terus supaya ia tidak menyebar luar di negara berkenaan yang akhirnya, akibatnya adalah ke negara kita juga. Kita harap Yang Berhormat Pokok Sena, selepas bulan Jun ini kalau tidak dilantik sebagai ketua penerangan pun, saya harap Yang Berhormat Tumpat akan menang dalam pemilihan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, saya fikir satu kenyataan ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, cukuplah, peraturan mana Yang Berhormat?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan fasal jawatan tetapi fasal tidak berani hendak sebut nama negara

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya katakan bahawa penting untuk diberitahu dari negara mana kerana kita juga hendak tahu. Kita takut nanti kita juga tidak tahu mereka yang masuk ini...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dia cakap tidak berhenti sudah.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita membantu kerajaan bagi mengatasi masalah. Jadi takkan tidak boleh beritahu negara mana mereka yang terlibat tiga belas orang tersebut.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidak makan ubatkah? [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya bersangka baik dengan Yang Berhormat Pokok Sena. Ingatkan sudah boleh ikut peraturan. Ya Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan bahawa adakah sekadar hanya ideologi sahaja kepada Menteri kita? Adakah dorongan-dorongan lain seperti dorongan kewangan ataupun imbuhan ataupun dorongan daripada kekasih ataupun pasangan-pasangan yang mendorong mereka terlibat dalam ISIS ini? Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengenal pasti di peringkat awal tentang anasir-anasir keganasan ini? Adakah terdapat kecenderungan untuk mereka melakukan keganasan ini di negara kita ini sendiri? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kangsar melontarkan soalan yang baik berbanding Yang Berhormat Pokok Sena. [Ketawa] Saya ingin menyebut bahawa tiga faktor yang mendorong kepada keterlibatan mereka di dalam apa yang dipanggil sebagai pejuang-pejuang. Pertama adalah disebabkan oleh ketaksuban, dalam bahasa Inggeris dengan izin dipanggil cult. Ini kerana ketaksuban ini sama ada kepada organisasi yang mereka sertai atau kepada kepemimpinan organisasi

berkenaan. Saya berpendapat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh pihak Interpol dan polis kita sendiri mendapati bahawa ia bukan kerana ideologi tetapi oleh sebab kepercayaan, ketaksuban yang saya sebutkan. Kedua, ia didorongkan oleh permasalahan keluarga kepada militan berkenaan. Dengan izin, kebanyakan yang terlibat daripada hasil soal siasat yang dilakukan, mereka mempunyai permasalahan dengan izin, broken family. Ketiga ialah masalah kesempitan kewangan. Soal kesempitan kewangan ini walaupun bukan faktor pendorong utama tetapi ia menjadi faktor penarik dan penolak kepada keterlibatan mereka. Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Lembah Pantai pernah menyebut bahawa beliau telah berjumpa dengan tahanan, seorang gadis berumur 14 tahun di lokap. Saya ingin menyebutkan bahawa gadis berkenaan telah bernikah secara Skype dengan seorang militan yang sedang berjuang kononnya di sana. Pernikahan itu dibuat secara Skype, ertinya tidak ada saksi, tidak ada syarat-syarat perkahwinan, wali dan sebagainya. Ini melalui Skype ertinya menggunakan media sosial. Saya sengaja menyebutkan tadi, mereka yang telah meninggal, kebanyakannya berumur di bawah 30 tahun. Ertinya, pengaruh media sosial telah digunakan bagi mempengaruhi bakal-bakal militan ini dan ini cukup berbahaya.

Itulah sebabnya, insya-Allah pada 6 hari bulan saya akan membentangkan dua akta ini dan saya harap langkah-langkah pencegahan ini dapat diterima oleh semua dan jangan mempunyai tanggapan yang berbeza atau ada agenda politik kononnya apabila ada pembentangan ini dilakukan. Saya harap kita semua hendaklah bersatu bagi menyatakan bahawa soal keganasan adalah soal ancaman bagi kita semua dan kita hendaklah bersatu hati menghadapinya.

Mujahid bin YusofAMANAH · PHParit Buntar · question

6. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan dasar merancakkan industri akuakultur dan halangan yang dihadapi.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Parit Buntar, cuma saya tidak mampu hendak berpantun seperti beliau. Di bawah Dasar Agromakanan Negara 2011 hingga 2020, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengkategorikan sektor akuakultur sebagai industri bernilai tinggi di mana ia dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pengeluaran ikan makan, ikan hiasan dan rumpai laut. Pembangunan industri akuakultur secara dasarnya menumpukan kepada peningkatan pengeluaran dan pengukuhan daya saing melalui strategi-strategi yang telah dirumuskan seperti meningkatkan pengeluaran hasil akuakultur bernilai tinggi, menjamin bekalan benih yang konsisten dan berkualiti serta mempertingkatkan pengeluaran bahan makanan untuk industri akuakultur. Pembangunan akuakultur negara turut disokong oleh dasar 50-50 yang diperkenalkan pada pertengahan tahun 2013 di mana jumlah pengeluaran ikan negara sehingga tahun 2020 iaitu melalui akuakultur disasarkan bersamaan dengan jumlah pendaratan ikan tangkapan iaitu sebanyak RM1.764 juta tan metrik. Di bawah dasar ini tumpuan untuk diberikan kepada pendapatan pengusaha, pensijilan dan pelesenan ladang. Antara beberapa halangan yang dihadapi oleh industri akuakultur ialah:- (i) penyakit – misalnya penyakit untuk udang iaitu penyakit Early Mortality Syndrome yang mana udang mati di peringkat umur yang awal iaitu 50 hari sebelum di harvest. Misalannya ikan – penyakit bakteria streptococcus yang mana sisik-sisiknya tanggal dan luka yang juga menyebabkan kematian ikan di peringkat awal;

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

(ii) isu tanah – ini melibatkan kolam yang mana kita terpaksa bersaing dengan pembangunan-pembangunan yang lain untuk dijadikan sebagai tanah tersebut untuk dijadikan sebagai kawasan perumahan dan juga komersial-komersial yang lain; (iii) isu pencemaran – ini melibatkan ikan sangkar di dalam sungai dan sebagainya; (iv) bekalan benih yang berkualiti – kita tidak mendapat benih yang berkualiti misalnya untuk ikan air masin seperti kerapu dan sebagainya; (v) kepakaran – kita kurang mempunyai kepakaran dalam bidang akuakultur; dan (vi) yang serius pada hari ini ialah perubahan iklim yang tidak menentu – misalnya baru-baru ini kita menghadapi banjir yang besar di empat-lima negeri baru ini yang mengakibatkan ikan kolam, ikan dalam sangkar dan sebagainya terjejas teruk akibat daripada banjir dan sekarang ini kemarau teruk pula. Di Sungai Pahang misalnya kawasan tempat Speaker sendiri kita dapati ikan dalam sangkar menghadapi masalah kerana air sungai terlalu surut dan sebagainya. Ini juga merupakan cabaran-cabaran dan halangan yang dihadapi oleh industri akuakultur ini. Terima kasih.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Semasa saya menekuni jawapan daripada Menteri saya tidak melihat apa-apa yang disebut tentang kesan alam sekitar sebab Zon Industri Akuakultur ini sangat-sangat memberi impak kepada alam sekitar. Saya bercakap ini atas memorandum yang diserahkan kepada saya oleh penduduk dari Bagan Tiang di kawasan Parlimen Parit Buntar, Sungai Kota dan di sebelah sana Sungai Acheh. Betapa salah satu daripada permasalahan dalam melaksanakan dasar zon akuakultur ini adalah kesan environmental kepada hutan kayu bakau yang melibatkan penternakan udang. Jadi saya sendiri tengok tempat itu Yang Berhormat Menteri, memang betul penghapusan zon penampan bagi kayu bakau telah dicerobohi begitu rupa oleh pengusaha-pengusaha atas dasar menjayakan zon akuakultur. Soalan saya berkaitan dengan itu, apakah bingkai dasar ketika mana kerajaan mahu melaksanakan zon ini tetapi tidak mempunyai satu bingkai yang menyeluruh. Hanya tengok zon akuakultur tetapi tidak melihat bingkai. Contohnya saya kata kenapa kita tidak memakai bingkai DPSIR saya harap pegawai-pegawai boleh catat di belakang sana iaitu driving force tentang keperluan. Ya, kita tahu market driven, kita ada keperluan di sana. Kemudian pressure daripada pengusaha, semua hendak minta lesen, semua hendak buka sebab di situ ada duit. Kemudian, state itu maknanya keadaan perubahan alam sekitar sudah diambil kira atau tidak, state of the change. Kemudian impact, apa impaknya kepada mangsa, kepada ekosistem, kepada environmental stress bukan lagi environmental impact, environmental stress dan kemudiannya akhirnya yang paling penting ialah response. Jadi saya tengok kerajaan kita hanya response sahaja kepada driving factor, pressure tetapi dia tidak melihat kepada ‘I’. Dia tidak melihat kepada ‘S’ apakah keadaan yang mengubah impact itu. Soalan bersangkutan dengan itu, diminta pencerahan juga adakah pihak kementerian juga berminat dengan serius untuk melabelkan produk-produk marine, melabelkan produk marin berasaskan kepada environmental impact. So saya sebagai pengguna, kalau saya melihat label ini tidak mengikut dia punya perkiraan yang betul, maka saya tidak akan beli produk itu dan ia mengambil kira atas kesan potensi pengusaha-pengusaha yang banyak sekali menceroboh hutan kayu bakau, pencemaran alam, bahan makanan yang diberi kepada udang-udang dan sebagainya, kesan kepada spesies lain, kesan kepada penduduk setempat kemudian kita labelkan.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi kita ajar sedikit pengusaha-pengusaha ini jangan hanya atas nama dasar akuakultur tetapi tidak ikut kesan kepada impak kepada environment, itu satu soalan yang saya rasa valid untuk diambil kira secara serius. Sebab kalau Yang Berhormat Menteri hanya jawab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat...

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Soal zon akuakultur tetapi tidak melihat kesan kepada masyarakat dan saya membawa isu ini kepada pihak Parit Buntar yang hari ini merana kerana hutan kayu bakau sudah pupus di Parlimen Parit Buntar.

Terima kasih Yang Berhormat yang begitu prihatin kepada alam sekitar ini. Sebenarnya Yang Berhormat memang kita memberikan keutamaan kepada penjagaan alam sekitar dalam projek akuakultur dan sebagainya dan sebab itulah setiap pengusaha yang ingin menjalankan projek akuakultur mesti menyediakan pelan pembangunan akuakultur yang mampan seperti SOP, khidmat penyampaian akuakultur, buku pembangunan ZIA dan juga prospectors. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat, syarat mereka kalau mempunyai kolam. Dia mesti mempunyai kolam rawatan yang mana pelepasan air itu mestilah air yang telah pun dirawat. Jadi ini juga untuk menjaga kepentingan alam sekitar. Satu lagi yang paling penting, setiap projek mesti mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Kita tidak luluskan tanpa kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar.

Sebagai contoh, saya hendak beri contoh yang senang. Yang Berhormat Jerantut ada ini. Projek sturgeon misalnya. Projek sturgeon merupakan projek yang besar yang telah pun diumumkan. Semua tahu projek sturgeon akan dijalankan di Hulu Temelih tetapi syarat daripada kementerian mesti mendapat kelulusan alam sekitar. Hari ini oleh kerana tidak mendapat kelulusan alam sekitar, projek itu telah dibatalkan dan terpaksa dipindah ke lain. Yang saya hendak tekankan hari ini bahawa walaupun kita mahu supaya industri akuakultur ini diperhebatkan tetapi kita tidak berkompromi dengan alam sekitar. Saya mengambil baik cadangan daripada Yang Berhormat untuk kita melabelkan produk-produk marin berdasarkan tentang kesan kepada alam sekitar dan sebagainya. Itu saya akan bincang di pihak kementerian. Insya-Allah kita akan lihat ini secara serius. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan para pelajar dari St. Cantemin untuk datang ke Dewan pada hari ini. [Tepuk] Keduanya, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah pun memindahkan projek sturgeon itu daripada Taman Negara Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan juga tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga warga kementerian di atas usaha yang berterusan mereka untuk meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan di seluruh negara. Justeru itu, soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah perancangan kementerian untuk menggalakkan pengusaha akuakultur untuk mendapatkan pensijilan skim amalan pertanian baik Malaysia (MyGAP) yang telah dilancarkan pada 28 Ogos 2013. Di mana pemilikan sijil ini akan membolehkan produk mereka dieksport ke ASEAN selaras dengan Komuniti Ekonomi ASEAN tahun ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Jerantut, terima kasih di atas soalan tersebut. Memang dari segi pihak kementerian, kita sekarang mengadakan kempen besar-besaran di setiap peringkat, sektor di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pengusaha sama ada di dalam akuakultur, pesawah, penanam pokok buah-buahan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil amalan baik dan sebagainya. Ini memang kita jalankan dan kita kempen secara besar-besaran dan tahun ini kita akan pertingkatkan daripada segi kempen ini. Untuk itu kita menyediakan latihan-latihan kepada penternak-penternak ikan dalam sangkar ini. Sebagai contoh, penternak ikan dalam sangkar di Sungai Pahang misalnya, penternak ikan patin sama ada di Temerloh, di Bera, di Kuala Krau dan sebagainya.

Walaupun ia melibatkan usahawan-usahawan kecil di peringkat kampung sekalipun, kita memberikan latihan kepada mereka supaya mereka menjadi penternak yang lebih profesional bagi mendapatkan sijil amalan pertanian baik dan sebagainya, bagi meningkatkan produktiviti mereka. Jadi Yang Berhormat, kita memang sentiasa meneruskan program ini sehinggalah ke peringkat bawah, peringkat kampung dan sebagainya. Terima kasih.

Zainudin bin IsmailUMNO · BNJelebu · question

7. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan: (a) apakah dasar pembelian semula bagi menggalakkan peserta industri tempatan menghasilkan produk yang inovatif dan bagaimanakah RM50 juta yang diperuntukkan oleh kementerian akan diagihkan kepada para peserta industri; dan (b) sekiranya produk inovatif yang dibeli semula mengalami kegagalan, adakah peserta industri terpaksa membayar kerugian terbabit atau pihak kerajaan yang akan menanggung kerugian terbabit.

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jelebu, pembelian semula adalah merupakan satu peruntukan dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebanyak RM50 juta yang digunakan untuk menggalakkan proses pengkomersialan produk. Wang RM50 juta itu adalah digunakan untuk membeli produk- produk yang dihasilkan di bawah penyelidikan ataupun di bawah pembiayaan geran penyelidikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang melibatkan geran daripada ScienceFund, TechnoFund atau InnoFund. Ini adalah kerana kita mendapati produk-produk yang dihasilkan oleh hasil penyelidikan ini amat sukar untuk dikomersialkan. Oleh sebab itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengambil inisiatif dengan mengambil semua peruntukan ini untuk pembelian semula dan peralatan itu akan diedarkan kepada agensi kerajaan untuk menggunakannya. Kita berharap ini menjadi pemangkin atau menjadi customer yang pertama supaya akhirnya, produk ini dapat dijualkan di pasaran. Jadi, itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jelebu daripada pembelian semula. Yang kedua pula, Yang Berhormat Jelebu bertanya berkenaan dengan kegagalan. Kalau kita mendapati produk-produk itu gagal atau tidak berfungsi dengan baik, ini jarang berlaku. Akan tetapi kalau ini berlaku sudah tentu produk ini tidak akan diterima di pasaran dan ini akan menjadikan hasil yang disediakan itu tidak dapat dijual kepada masyarakat. Itulah kesannya kalau berlakunya kegagalan kepada produk tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seputeh, peraturan 41, tidak boleh membaca surat khabar. Hendak baca, pandai-pandailah menyorok sedikit.

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua panggil Yang Berhormat Seputeh bercakap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran anak-anak kita dari Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Empat Gerik ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri secara terus, tidak berpusing-pusing. Sesungguhnya, saya bangkitkan soalan ini kerana soalan ini penting. Sebagai sebuah negara yang hendak mencapai cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020, elemen penguasaan teknologi dan inovasi ini di antara perkara penting. Jadi, oleh kerana itu kita lihat negara seperti Jepun pada tahun 1904 sudah menubuhkan Japanese Institute of Invention and Innovation. Ini bagaimana mereka memberi kepentingan kepada soal pembangunan inovasi dan

teknologi ini. Di negara China, mereka membelanjakan pada tahun 2014 sebanyak RM200 lebih bilion bagi tujuan penyelidikan. Jadi oleh kerana itu, membudayakan inovasi dan juga penguasaan teknologi ini di negara kita, bagaimana kedudukannya? Apakah usaha-usaha yang dibuat sekarang ini sudah memadai? Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu kerajaan melalui MOSTI sudah menggerakkan rangka kerja dan sebagainya. Akan tetapi saya minta penjelasan, MOSTI pernah mensasarkan beberapa bilangan produk inovasi untuk dikomersialkan. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh kongsi bagaimana kedudukan projek ataupun rencana ini bagi kita kongsi bersama-sama. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Sebenarnya, di negara kita juga tidak kurangnya untuk menggalakkan inovasi ini iaitu bersesuaian dengan nama kementerian saya pun Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sudah tentu kementerian ini menitikberatkan inovasi adalah sebahagian daripada menjana pendapatan pada masa akan datang. Kita juga telah mensasarkan sebenarnya dalam tahun 2020, kalau kita hendak menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, seharusnya kita menjadi sebuah negara yang mengeluarkan teknologi, bukan hanya pengguna teknologi. Jadi, kalau kita hendak negara menjadi pengeluar teknologi, sudah tentu produk- produk inovasi yang akan dapat dijual atau dapat dikomersialkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan betapa komitmen kerajaan kepada kerja-kerja penyelidikan ini. Untuk Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja kita telah berbelanja sampai setakat 28 Februari hujung bulan lepas, kita telah membelanjakan RM2.896.75 juta. Maknanya, RM2.8 bilion lebih kurang yang mana dalam masa lima tahun itu produk yang dikomersialkan adalah 314 produk yang telah pun dikomersialkan.

Ini bermakna bersamaan lebih kurang– kerana pada masa itu kita telah meluluskan projek sebanyak 4,566 dan telah siap setakat 28 hari bulan 3,894 dan kita telah berjaya mengkomersialkan 314 produk. Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula sudah masuk tahun yang keempat, masuk tahun kelima, kita telah membelanjakan setakat ini RM795.44 juta melalui projek 1,675,487 produk telah pun siap. Kerja penyelidikan telah siap dan 54 produk yang sudah ataupun dikomersialkan. Ini bersamaan lebih kurang dalam 8%. Kalau berdasarkan pada produk yang dah siap – 11% produk yang dah siap ataupun 8% daripada produk-produk yang telah diluluskan. Jadi ini menunjukkan kita adalah berada di sasaran yang betul dan kita juga telah menyasarkan pada tahun 2020, 360 produk berimpak tinggi yang boleh dikomersialkan. Jadi ini sebenarnya adalah komitmen yang telah dilakukan oleh kerajaan supaya kerja-kerja penyelidikan berterusan dan akhirnya kita dapat mencipta produk-produk baru untuk dijual atau dikomersialkan di pasaran antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucap syabas kepada pihak kementerian kerana memperuntukkan RM50 juta untuk membeli produk inovasi. Akan tetapi dalam Laporan Audit lepas, ada beberapa projek yang telah pun diberi peruntukan oleh kementerian tetapi terbengkalai. Saya ingin mendapat penjelasan status projek-projek inovasi yang terbengkalai yang dilaporkan oleh Audit Negara. Terima kasih.

Kepada Yang Berhormat Hulu Langat, saya tak dapat datanya yang jelas. Saya boleh bagi jawapan bertulis. Akan tetapi sebenarnya yang dikatakan ulangan itu bukan yang melibatkan RM50 juta itu yang sebenarnya yang dimaksudkan itu adalah syarikat yang telah menerima geran penyelidikan tetapi tidak menjalankan projek ini sampai siap. Yang itu yang dimaksudkan dilaporkan dalam surat khabar termasuk ada satu, dua yang didakwa di mahkamah kerana ada penyelewengan semua. Yang ini adalah melalui penyelidikan eScience, TechnoFund ataupun InnoFund. Akan tetapi yang RM50 juta tadi saya dah terangkan dengan jelas ini adalah menggunakan peruntukan yang sedia ada, pembelian produk-produk yang dihasilkan daripada kerja penyelidikan membolehkan produk ini dapat dijual kepada masyarakat dan akhirnya produk

ini boleh dikomersialkan menjadikan negara kita pengeluar teknologi di seluruh dunia. Terima kasih.

Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHBukit Gelugor · question

8. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes-kes seksual terhadap kanak-kanak setakat 28 Februari 2015.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, statistik kes seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan sejak tahun 2013 hingga 2015 berapa banyak adalah seperti berikut. | Tahun |Jumlah Kes| |----------------------------|---------:| | 2013| 3061| | 2014| 2723| |Januari hingga Februari 2015| 331|<END_TABLE_MARKER>

Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan bilangan-bilangan yang telah pun dinyatakan dalam lingkungan 3,000 dan 2,000. Adakah legislation dengan izin yang telah pun digubalkan untuk tujuan mengatasi masalah seksual terhadap kanak-kanak seperti The Child Act ataupun Akta Kanak-Kanak itu mempunyai ataupun berkesan untuk memerangi aktiviti- aktiviti terhadap child abuse tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kita menggunakan beberapa carta termasuk soal yang terdapat dalam konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak atau dengan izin Convention on the Rights of the Children (CRC) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Malaysia telah menerima pakai sejak tahun 1995. Di samping itu kita juga menggunakan peruntukan seksyen 376 KK (kes rogol), seksyen 354 KK (mencabul kehormatan), seksyen 377A KK (Hubungan luar tabii) dan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Pihak PDRM melalui Jabatan JPJKK ataupun Jabatan Pencegahan Jenayah dan Ketenteraman Awam telah bersama-sama dengan beberapa NGO dan beberapa kementerian yang lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita mengadakan kempen-kempen kesedaran di sekolah-sekolah bersama-sama dengan MCPF ataupun Yayasan Pencegahan Jenayah serta Persatuan Pencegahan Jenayah di peringkat daerah dan sekolah-sekolah untuk mengadakan kempen kesedaran agar kegiatan jenayah seksual ini tidak berleluasa. Ini terbukti Yang Berhormat daripada statistik yang saya perlihatkan bahawa pada tahun 2013, terdapat 3,061 kes. Akan tetapi pada tahun 2014 menurun kepada 2,723. Ini memperlihatkan bahawa kesedaran terhadap kempen-kempen yang dijalankan telah memberikan sedikit keberkesanan dan saya fikir pada tahun ini jika kempen-kempen ini sudah dijalankan, maka penurunan itu diharapkan akan memperlihatkan kejayaannya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya agak terganggu daripada statistik yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri tentang kes jenayah seksual. Jadi Yang Berhormat boleh tak berikan terperinci antara jumlah peratusan itu berapa lelaki dan berapa kanak- kanak perempuan menjadi mangsa. Terima kasih.

Saya ingin menyebutkan sebelum itu Yang Berhormat Pengerang terhadap statistik yang agak memalukan lah saya fikir. Pada tahun 2013, orang Melayu yang terlibat ialah seramai 1,717. Pada tahun 2014 - 1,417 dan pada tahun ini Januari hingga Februari - 169. Orang Cina yang terlibat 98 orang pada tahun 2013 dan 98 juga pada tahun 2014. Tahun ini lima orang. Orang India 67 orang yang terlibat pada tahun 2013 dan 57 yang terlibat pada tahun 2014, dan tahun ini lapan orang. Lain-lain bangsa tahun 2013 - 229, tahun lalu 257 dan tahun ini 36 orang.

Tentunya ianya melibatkan kes seksual berlainan jantina. Akan tetapi kes-kes luar tabii berapa lelaki, berapa perempuan itu saya tidak ada statistiknya tetapi saya fikir eloklah Yang Berhormat Pengerang berjumpa saya lepas persidangan ini.

Jumat bin IdrisUMNO · BNSepanggar · question

9. Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan: (a) apakah kementerian berhasrat mengkaji semula program “Community Drumming” yang sedang dikuatkuasakan pada hari ini kerana tidak menepati sasaran dan membuka ruang penyeludupan keluar diesel berbanding memberi manfaat kepada rakyat; dan (b) berapakah jumlah peruntukan pada tahun 2014 untuk program ini di Sabah dan bilangan syarikat yang terlibat di setiap daerah atau zon di Sabah.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepanggar di atas soalan kepada kementerian. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa membuat kajian semula Program Community Drumming melalui kajian keberkesanan menerusi Bengkel Post Mortem Pelaksanaan Program Penyeragaman Harga. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi melihat isu-isu pelaksanaan program bagi tahun semasa dan perancangan yang diadakan setiap tahun. Antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah penyeludupan barang bersubsidi ialah kerajaan kini melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pihak kastam dan juga pihak Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pemeriksaan secara kerap bagi membendung aktiviti penyeludupan daripada berlaku.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Tindakan itu juga telah diambil untuk memastikan semua transporter yang membawa bekalan petrol dan diesel ke kawasan pengedaran diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak kementerian terlebih dahulu melalui pengeluaran surat punca bekalan. Mana-mana transporter yang membawa petrol dan juga diesel di bawah program ini tanpa kebenaran daripada pihak kementerian adalah salah di sisi undang-undang dan tuduhan boleh diambil oleh mana-mana pihak berkenaan seperti yang telah saya nyatakan tadi. Bagi soalan (b) Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM105 juta telah diluluskan pada tahun 2014 dan di bawah Program Penyeragaman Harga bagi negeri Sabah dan melibatkan 173 syarikat yang telah dilantik sebagai transporter. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah usaha untuk memastikan harga barangan di Sabah adalah seperti di Semenanjung supaya rakyat Sabah tidak perlu menanggung harga barang yang tinggi disebabkan kos pengangkutan? Keduanya, apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan bahawa community drumming ini berjalan dengan baik, adil dan saksama dan tidak diseludup ke negara lain? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Memang community drumming ataupun penyeragaman harga ini dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memastikan supaya harga barang-barang yang dijual di pedalaman, di pos yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, harganya seragam dengan harga di seluruh negara. Jadi, sebab itu bagi segi kos pengangkutan ini ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan harga ini adalah harga yang sama. Sekiranya terdapat ada

pihak pos-pos yang menjual lebih daripada harga yang telah ditetapkan iaitu sama harga dengan Semenanjung dan di seluruh Sabah, mereka telah melakukan kesalahan dan tindakan akan dibuat. Mengenai dengan langkah-langkah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, memang kementerian mengakui bahawa pelaksanaan program ini mempunyai kelemahan di sana sini. Jadi, sebab itu pihak kementerian telah pun bersama-sama dengan pihak Jabatan Audit Negara telah pun berjumpa di kementerian untuk membuat pengauditan atas program ini supaya langkah-langkah perlu terus diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan Program Penyeragaman Harga ini akan berjalan dengan baik. Jadi, antara yang telah dicadangkan dalam perjumpaan ini ialah post ini dan juga pengguna tidak mendapat barang. Kita mesti melihat di dalam konteks ini. Kedua, kita dapati bahawa peruncit tidak menjualkan barang perlu dan LPG mengikut harga kawalan kerajaan seperti yang ada kelemahan-kelemahan itu dan sistem pengedaran barang perlu dan LPG juga kurang cekap, memang kita akui dan transporter membuat tuntutan lebih. Jadi, isu-isu ini telah kita atasi dan kita telah meminta supaya pihak SPRM sendiri untuk tampil ke hadapan supaya kita membuat siasatan ke atas mana- mana transporter yang disyaki terlibat di dalam salah laku seperti apa yang saya sebutkan tadi. Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2014 tuntutan bernilai RM26.32 juta oleh 22 transporter telah disiasat oleh SPRM. Ini memang berlaku dan hasil daripada transporter yang membuat tuntutan secara berlebihan ini telah diminta untuk membuat pembayaran balik. Selain itu, daripada segi transporter, kementerian telah menamatkan 23 buah syarikat di atas sebab-sebab tertentu dan di antara sebab menamatkan kontrak berlaku adalah kerana transporter melanggar syarat-syarat pelesenan yang telah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri panjang...

Jadi, itulah langkah-langkah yang telah kita ambil untuk memastikan supaya penyeragaman ini berjaya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab Lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan 1950; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam, dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 1 April 2015.”

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2014 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada dua bilion dua ratus dua puluh tiga juta lima ratus dua puluh ribu tiga ratus sepuluh ringgit (RM2,223,520,310) yang diperuntukkan dalam anggaran perbelanjaan mengurus tambahan kedua 2014 bagi maksud-maksud bekalan B.7, B.12, B.13, B.30, B.32, B.41, dan B.42 untuk Kementerian- kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada satu bilion sembilan ratus dua puluh satu juta sembilan ratus sembilan puluh lima ribu lapan ratus lapan puluh ringgit (1,921,995,880) yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2014 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.21, P.23, P.27, P.28, P.29, P.30, P.31, P.41, P.42, P.43, P.48, P.60, dan P.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 tahun 2015 dan Kertas Perintah 2 tahun 2015 masing-masing dijadikan anggaran perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2014 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2014 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini adalah juga diberi dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A tahun 2015 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2014 dan Kertas Perintah 2A Tahun 2015 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2014. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2014 Jawatankuasa — Maksud B.7 [Jadual] - Maksud P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah, Jabatan Perdana Menteri. Kepala Bekalan B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Seremban.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cuma Yang Berhormat, kita hadkan masa 10 minit di peringkat jawatankuasa.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ya, pendek sahaja. Berkenaan dengan Maksud T.7 di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan tambahan sebanyak RM638,000 untuk menampung keperluan perbelanjaan emolumen, elaun tetap dan ganjaran kontrak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Tuan Pengerusi, berkenaan dengan SPR, saya rasa beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Arau, jangan hendak keluar, kena dengar dulu. Ini berkenaan dengan Yang Berhormat Arau punya yang menjaga SPR. Tuan Pengerusi, beberapa tahun lepas, Dewan yang mulia ini telah meluluskan satu laporan daripada Parliamentary Select Committee berkenaan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya dalam negara kita yang saya juga merupakan salah seorang anggota di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut. Dalam Jawatankuasa

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Pilihan Khas tersebut pada tahun 2012, kita telah membuat satu laporan yang mempunyai 22 cadangan.

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ini mencelah kah apa ini?

Tuan Pengerusi, saya tidak mencelah. Ini peraturan-peraturan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Peraturan mana?

Yang Berhormat bincang tajuk SPR, sekarang disebut B.7, B.7 berkenaan JPA, bukan SPR.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

T.7, perbelanjaan tanggungan.

Tuan Pengerusi sebut tadi B.7. Maksud T.7 kita dah bincang dah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Maksud T.7 di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Maksud B.7 ialah JPA. Tuan Pengerusi, tolong perbetulkan...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sebab Tuan Pengerusi sebut B.7. Bukan T ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Okey, B.7 lah. Saya buat pembetulan lah. Okey.

Tak apa, no problem. Nak cakap fasal SPR no problem, saya gembira. Tak ada masalah. Kalau sahabat saya nak cakap, no problem, saya memang gembira mendengarnya. Cuma nak maklumkan bahawa tajuknya itu agak berubah sedikit ya. Terima kasih. Seronok ya bila boleh tegur ketua whip DAP.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ini berkenaan dengan SPR. Okey, 22 cadangan yang telah kita cadangkan, Tuan Pengerusi, ada merangkumi banyak pembaharuan dan penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya. Akan tetapi sejurus selepas PRU Ke-13, seolah-olah apa-apa agenda pembaharuan, agenda-agenda reformasi terhadap sistem pilihan raya negara kita ini sudah dilupakan oleh pihak kerajaan, walaupun pada ketika itu, dalam PSC kita ada mencadangkan bukan sahaja setakat berhenti selepas laporan PSC itu dibentangkan tetapi perlu ada satu mekanisme untuk memastikan pelaksanaan dan juga agenda-agenda dan juga cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan. Akan tetapi malangnya saya lihat dalam dua tahun kebelakangan ini, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Pekan seolah-olah tidak ada sebarang political will untuk membawa sebarang pembaharuan. Saya masih ingat dalam PSC, kita ada membuat lawatan sambil belajar ke United Kingdom dan kita juga ada melihat model yang digunakan oleh sistem pilihan raya di negara United Kingdom. United Kingdom, semalam, Parlimen UK telah dibubarkan semalam secara automatik kerana mereka telah mengamalkan satu sistem di mana fixed- term Parliament lima tahun. Model Parlimen Malaysia juga merupakan model Westminster yang juga melihat kepada model di United Kingdom. Even di United Kingdom sekarang ini telah membuat pembaharuan di mana dulu Perdana Menteri boleh membubarkan Parlimen pada bila-bila masa tetapi selepas tahun 2010, satu akta baru telah diperkenalkan di Parlimen United Kingdom di mana...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya melihat dalam butiran ini, B.7 hanya tertumpu kepada perbelanjaan bantuan khas kewangan kepada pesara kerajaan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada SPR juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

SPR? Menteri, Menteri masuk SPR kah Menteri?

Tuan Pengerusi, B.7 hanya untuk JPA.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tapi disebabkan oleh orang tengah bercakap, saya hendak dengar juga. Tapi, saya...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak boleh, di peringkat Jawatankuasa dia kena spesifik,Yang Berhormat.

Jawapannya ialah tidak ada.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

SPR ada kan?

Tidak, tidak. Dia JPA.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak masuk, tak masuk.

B.7 hanya untuk JPA. Jabatan Perkhidmatan Awam, tambahan RM283 juta.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

T.7 ada boleh lah sedikit, ada di bawah tanggungan.

Tidak, tidak.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada di bawah tanggungan, walaupun dia tak termasuk dalam B itu...

Timbalan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak termasuk Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

...Tapi dalam T.7 ada. Ada dalam buku ini. Saya boleh sikit sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak, dia kena spesifik ya, Yang Berhormat. Saya ingin pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada SPR termasuk dalam perbekalan.

SPR sebab dia bawah T, tak masuk. Yang dibincangkan sekarang ialah B.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak masuk, Yang Berhormat. Baiklah ya, kita tumpu kepada perkara yang dinyatakan iaitu...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Satu perkara saja iaitu...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

...Menampung perbelanjaan bantuan khas kewangan kepada pesara kerajaan tahun 2014.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sedikit lagi SPR, sedikit saja. Satu perkara berkenaan dengan Penolong Pendaftar. Saya harap Tuan Pengerusi membenarkan walaupun ia termasuk dalam Tanggungan. Yang Berhormat Arau kena jawab. Saya hendak tahu apakah perkembangan kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri tak boleh jawab, Yang Berhormat. Menteri tak akan jawab Yang Berhormat kerana perkara itu tak termasuk dalam Perbekalan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tapi saya dah rekodkan....

Yang Berhormat Seremban, sudah lama masuk Parlimen takkan tak tahu lagi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau boleh mengambil tindakan. Yang keduanya ialah Penolong Pendaftar parti politik. Ini isu yang sangat penting. SPR telah menidakkan hak penolong-penolong pendaftar parti politik. Yang Berhormat Arau pernah berjanji di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengkaji semula perkara ini tetapi SPR belum lagi mengambil tindakan. Mereka telah membekukan semua penolong

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

pendaftar parti politik seolah-olah takut penolong-penolong pendaftar parti politik daripada sebelah kita mendaftar lebih ramai pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14. Jadi saya hendak tahu dan minta Yang Berhormat Arau mungkin dalam jawapan- jawapan yang lain dapat memberikan update apakah status penolong-penolong pendaftar parti politik. Okey. Berkenaan dengan pencen, Tuan Pengerusi. Saya hendak membangkitkan satu perkara ialah berkenaan dengan kemungkinan gaji ataupun elaun Ahli Parlimen akan dinaikkan. Saya hendak tahu sama ada pihak kerajaan akan mengkaji semula supaya pencen-pencen untuk bekas-bekas Ahli Parlimen juga diselaraskan mengikut kenaikan elaun Ahli Parlimen. Ini kerana apa yang saya difahamkan ialah bekas-bekas Ahli Parlimen ini tidak menikmati kenaikan selaras dengan kenaikan elaun Ahli Parlimen. Saya rasa ini perlu kita melihat kepada kebajikan bekas-bekas Ahli Parlimen dan saya harap dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Walaupun saya faham bahawa apa-apa kenaikan pencen kepada bekas-bekas Ahli Parlimen juga akan melibatkan implikasi kewangan yang besar, tetapi jumlah mereka ini tidaklah ramai sangat kerana saya difahamkan sekarang ini seorang pesara Ahli Parlimen, pencen mereka hanya RM3,250 kerana 50% daripada elaun sedia ada, RM6,500, pencen mereka hanya RM3,250. Jadi kalau mengikut kadar sekarang, mereka ini layak mengambil BR1M, bekas Ahli Parlimen. Jadi saya harap pihak kerajaan juga melihat kebajikan kepada bekas Ahli Parlimen. Saya rasa Tuan Pengerusi boleh bersetuju dengan saya kerana ramai bekas Ahli Parlimen yang telah bersara mereka bergantung kepada pencen untuk menampung kehidupan mereka.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, bukan pesara Yang Berhormat. Yang bersara lebih awal daripada 50 tahun itu patut dibayar juga selepas bersara.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Selepas 50 tahun lah.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak, selepas bersara walaupun 45 umur, patut dibayar pencen.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Itu perlu dipinda sebab itu dalam akta. Macam kalau rakan-rakan, macam saya sendiri...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ramai. Yang Berhormat Kulai muda lagi,

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

...Yang Berhormat Kuching dan sebagainya, kalau kita tak menang pilihan raya, kita tak ada kerja lain dah. Kena pencen dah.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor muda lagi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tapi ini memang saya tahu bahawa akta sedia ada dia mengehadkan sesiapa yang tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, dia kena tunggu sampai umur 50 baru dapat pencen. Saya rasa Tuan Pengerusi tak ada masalahlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dah lepas dah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Dah lepas dah. Okey. Akan tetapi saya nak katakan di sini bukannya untuk golongan ini. Saya lebih cenderung kepada golongan- golongan yang telah tidak menjadi Ahli Parlimen, mungkin mereka telah bersara dari arena politik ataupun mereka tidak terpilih lagi menjadi Ahli Parlimen tetapi sekarang bergantung kepada pencen. Akan tetapi saya difahamkan bahawa pelarasan elaun Ahli Parlimen tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada mereka. Ini sesuatu yang saya difahamkan baru-baru ini dan saya harap pihak kerajaan melihat kepada perkara ini supaya kebajikan bekas Ahli Parlimen, rakan-rakan kita juga mendapat sedikit pertambahan daripada pelarasan elaun Ahli Parlimen. Jangan mereka lihat sahaja Ahli Parlimen sekarang ini mendapat kenaikan, tetapi pesara ataupun mereka yang telah tidak berkhidmat lagi tidak mendapat apa-apa

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

kesan ataupun kenaikan ini kerana kos kehidupan untuk pensioner-pensioner juga meningkat. Saya harap pihak kerajaan dapat melihat perkara ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam.

Saya juga tertarik untuk membincangkan Maksud B.7 yang mana saya ingin fokuskan kepada masalah salah laku penjawat awam. Tuan Pengerusi, saya melihat isu ini tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi ia mencemarkan kredibiliti dan juga reputasi kerajaan yang memerintah. Malah, saya juga pernah menyatakan mengenai hal ini dalam beberapa penulisan media pada 7 Januari 2015 yang lalu. Tuan Pengerusi, sudah sampai masanya undang-undang berkaitan salah laku dalam kalangan penjawat awam perlu digubal bagi membolehkan masalah ketirisan dan pembaziran dalam pengendalian kewangan agensi kerajaan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Ada pandangan mengatakan peruntukan sedemikian penting bagi mengambil tindakan ke atas mana-mana penjawat awam yang tidak amanah serta sambil lewa dalam menjalankan tugas tetapi dalam kebanyakan situasi, tidak dapat dikenakan tuduhan di bawah undang-undang rasuah dan juga penyelewengan secara langsung. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada negara Australia dan juga Hong Kong yang telah memperkenalkan peruntukan salah laku khusus untuk mendakwa penjawat awam yang tidak menjalankan tugas dengan amanah seperti yang diharapkan oleh kerajaan pemerintah di Australia dan juga Hong Kong. Laporan media bertarikh 14 November yang lalu, menunjukkan sebanyak 4,693 laporan berkaitan salah laku rasuah membabitkan penjawat awam diterima oleh SPRM dalam tempoh lima tahun ini. Saya sudah tentu ingin maklumkan juga kerajaan sudah pasti harus memberikan perhatian yang serius mengenai ketirisan dan salah laku berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara. Selain keperluan untuk memasukkan kesalahan ini di bawah Akta SPRM 2009, JPA juga harus memainkan peranan dalam memerangi masalah ini, memandangkan kita memerlukan satu pendekatan yang holistik dan menyeluruh untuk memerangi masalah ini sehingga akar umbinya dan dalam usaha untuk memastikan setiap usaha yang dilakukan oleh penjawat awam mencapai sasaran yang dikehendaki oleh pemerintah dan juga Kerajaan Persekutuan. Kita tidak boleh sama sekali kompromi dalam soal misconduct in public office demi kepentingan generasi yang akan datang. Keseluruhannya, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya mohon berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya ingin mengemukakan satu isu yang mana pada tahun ini, adakah benar JPA akan tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember pada tahun ini? Kalaulah benar, saya ingin melihat apakah implikasi yang buruk yang akan berlaku kepada politik ekonomi dan juga sosial Tuan Pengerusi seperti mana yang telah dilaporkan dalam satu akhbar, news portal Malaysia Gazette pada 27 Mac pada tahun ini?

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Jadi saya hendak supaya pihak JPA mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini. Apakah tindakan ini disebabkan oleh kekangan belanjawan kewangan negara kita, Tuan Pengerusi? Saya tidak mahu JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut dan perkara begini Tuan Pengerusi, pernah berlaku seperti mana yang telah dilaporkan pada tahun 2012 bagi notis yang sama. Dalam hal ini, ia membabitkan kakitangan kontrak dengan jumlah yang besar iaitu 50,000 orang pekerja. Mereka ini sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab lain. Jadi kita fikirlah pada jangka masa yang panjang. Soalnya sekarang Tuan Pengerusi, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam ini sudah berkhidmat melebihi sepuluh tahun dan dalam situasi semasa, bukan mudah untuk mencari kerja baru.

[Bangun]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Jadi saya hendak tahu setakat mana ketulusan dan juga keadilan dalam hal ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Kawan bangun, Yang Berhormat.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Adakah pekerja kontrak kakitangan awam yang mana status keperluan itu memang ada pada kementerian-kementerian tertentu.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Batu Kawan?

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Mana ada Yang Berhormat Batu Kawan?

Sini Yang Berhormat Tenom, di depan.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Ya, silakan.

Yang Berhormat, saya ingin bertanya, setujukah Yang Berhormat atau mungkin Yang Berhormat sedar atau tidak dalam Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Umum yang Ke-13 ada menyatakan penyerapan sepenuh-penuhnya 45,000 pekerja kontrak untuk menjadi kakitangan tetap di kerajaan? Hari ini Yang Berhormat Tenom membawa satu isu yang memang membelenggu golongan pekerja kontrak ini. Kami pernah highlight isu ini di Parlimen. Malangnya Jabatan Perdana Menteri telah menjawab mengatakan tiada hasrat untuk menyerap pekerja kontrak. Jadi apa komen Yang Berhormat Tenom?

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih. Pertama, biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab. Sebab itu kita sebagai wakil rakyat, kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat sama ada kita di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang sendiri. Apa yang penting, kita tidak mahu masalah 50,000 kakitangan yang berkhidmat dalam JPM ini tidak dapat diberi pembelaan yang sewajarnya. Jadi Tuan Pengerusi, meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat disebabkan faktor-faktor dalaman. Itu maksud saya Tuan Pengerusi. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan berkenaan isu ini. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang saya berbahas rang undang-undang ini. Tuan Pengerusi, rang undang-undang ini ialah mengenai pentadbiran fiskal kerajaan. Tiap-tiap tahun, penat kita daripada Pakatan Rakyat ini menyeru kepada kerajaan untuk merangka bajet yang baik dan mengamalkan financial discipline. Tiap-tiap tahun Kerajaan Barisan Nasional gagal, tiap-tiap tahun kena tokok tambah. Hari ini, hendak tambah RM4 bilion lagi kepada bajet dan saya akan merujuk kepada P.43 - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ia tertakluk, tertumpu kepada B.7 sahaja, Yang Berhormat.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

B.7. Oh! Sorry, maaf.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya [Disampuk] .

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kalau begitu, saya akan - bila Pembangunan masuk, saya akan sentuh. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Lenggong.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang saya untuk berbahas Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan peringkat Jawatankuasa. Maksud B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam. Kita sedar bahawa kakitangan awam penting dalam memacu pertumbuhan negara dalam semua aspek dan tentunya pesara kakitangan kerajaan juga penting kerana mereka memang selama ini memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. Saya difahamkan bahawa jumlah pesara awam ketika ini - kalau tidak betul minta Yang Berhormat Menteri betulkan - lebih daripada 610,000 orang. Ini termasuk 55,000 ialah pesara tentera dan besar jumlah ini. Kita lihat bahawa, kalau kita lihat, kaji dan merujuk kepada beberapa kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak, kita dapati bahawa dalam kalangan pesara ini, perkara yang mereka perlukan selepas mereka bersara meliputi soal-soal yang berkaitan dengan kesihatan, berkaitan dengan bagaimana menguruskan kewangan yang semakin kurang selepas bersara. [Disampuk] Okey, okey, lain macam rambut.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Apa yang lain macam, rambut?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Yang Berhormat Lenggong, sedarkah Yang Berhormat Lenggong bahawa pesara-pesara awam ini - ini terdiri juga daripada polis bantuan di lapangan terbang. Apabila mereka bersara, mereka akan memperoleh RM350 satu bulan. Jadi, ini rasa saya perlu dilihat oleh - saya minta Yang Berhormat Lenggong mencadangkan kepada kerajaan supaya perlu melihat perkara ini sebagai perkara yang penting. Ini disebabkan rata-rata mereka yang bekerja sebagai polis bantuan di lapangan terbang itu berjumpa dengan saya meminta menyuarakan masalah mereka. Ramai dalam kalangan mereka Yang Berhormat Lenggong, apabila pencen saja dapat RM350 satu bulan. Jadi bukan saja layak dapat BR1M tetapi mereka dikategorikan miskin tegar. Jadi minta Yang Berhormat Lenggong supaya menyuarakan kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri yang ada di sini saya nampak prihatin. Jadi minta dia supaya boleh menyatakan pendirian kerajaan berhubung dengan perkara sedemikian.

Saya bersetuju Yang Berhormat Kinabatangan. Memang benar, sebab itu saya sebut tadi bahawa antara perkara penting yang diberi keutamaan oleh pesara-pesara ialah satu daripada segi pengurusan kewangan mereka. Ini kerana jumlah kewangan mereka selepas bersara memang menyusut begitu sekali dan bukan hanya kepada polis bantuan di lapangan terbang, ada lagi di sektor-sektor yang lain.

Oleh sebab itu kalau kerajaan melihat gaji minimum ini kita juga kena lihat perkara- perkara ini kerana mereka memberi sumbangan besar kepada negara. Walaupun kita tahu

sebahagian kecil daripada mereka sebagaimana disebut oleh rakan saya tadi yang melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan kerajaan. Akan tetapi hakikatnya ramai di kalangan mereka yang tidak terbela dan aspek ini perlu diberikan perhatian khusus oleh kerajaan supaya selepas mereka bersara, mereka juga mempunyai kehidupan yang baik. Ada aspek-aspek kewangan. Ini kerana saya sebut tadi bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan, berkaitan dengan peluang kerja selepas bersara, kesejahteraan pesara. Ini aspek yang sering kali menjadi keutamaan kepada mereka. Oleh sebab itu saya ingin tahu dalam Dewan yang mulia ini, apakah yang kerajaan lakukan selain kita meluluskan bajet tambahan ini? Ini bantuan khas mungkin one-off kepada mereka tetapi program-program yang penting, yang melibatkan jangka panjang. Ini kerana mereka ada keluarga, ada anak. Kadang-kadang Yang Berhormat Kinabatangan ya, bukan satu isteri, dua isteri. Jadi ini semua kena lihat. Jadi saya hendak tahu daripada kerajaan, apa yang kerajaan buat untuk menjaga perkara-perkara ini? Mungkin kalau tidak ditambah dari segi one-off ini, diberi lebih banyak kemudahan. Soal kesihatan ini banyak Yang Berhormat Menteri, sakit lututlah macam- macam. Jadi ini harus diberi keutamaan. Oleh sebab itu saya harap supaya pihak kerajaan, kalau jumlah kakitangan awam yang bersara ini akan meningkat dari semasa ke semasa dan tentunya saya harap supaya perhatian diberi kepada mereka. Mungkin ditingkatkan kemudahan-kemudahan untuk tujuan-tujuan lain dan diberi peluang juga kepada bidang- bidang untuk keusahawanan dan bidang-bidang lain. Jadi saya fikir itu saya hendak sebut, saya mohon supaya kerajaan menyatakan apakah perkara ini diberi perhatian dan apa yang sedang dibuat sekarang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hendak sentuh sikit tentang Maksud B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri,. Saya hendak tahu adakah apa-apa tindakan diambil terhadap seorang pegawai SPRM yang bernama Hishamuddin Hashim yang sekarang merupakan Pengarah SPRM Sabah. Ini kerana kalau menurut Laporan RCI terhadap kematian Teoh Beng Hock, beliau memang didapati bahawa bercakap bohong dalam prosiding RCI. Saya baca daripada Laporan RCI ini, perenggan 336 yang menyatakan bahawa... [Membaca petikan] “Hishamuddin Hashim tetap berkeras dengan pendiriannya bahawa beliau langsung tidak mengetahui apa-apa aduan tentang serangan dan penggunaan kekerasan yang dibuat kepada pihak polis terhadap pegawai yang berada di bawah tanggungjawabnya. Walau bagaimanapun, penipuannya didedahkan melalui penjelasan yang mengejutkan apabila DSP Kamaruddin Ismail daripada pasukan polis Selangor mengemukakan sesuatu surat yang ditulis oleh Hishamuddin Hashim sendiri pada tahun 2008 yang menjawab pertanyaan polis berhubungan dengan aduan mengenai serangan dan penyalahgunaan kuasa yang berkaitan yang telah dibuat terhadap pegawai SPRM di bawah seliaannya.” Jadi ini bermaksud bahawa dalam Laporan RCI ini telah menunjukkan bahawa Hishamuddin Hashim telah berbohong dalam prosiding RCI. Jadi saya hendak tahu apa tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam terhadap pegawai ini? Ini kerana beliau bukan sahaja bohong dalam prosiding RCI, dalam Laporan RCI ini juga menunjukkan bahawa Hishamuddin Hashim telah minta semua, suruh pegawai yang di bawah seliaannya untuk berbohong dalam siasatan RCI juga. Saya baca...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Daripada Laporan RCI ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan terkeluar jauh daripada...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ini tentang JPA.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Ini saraan pesara Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya rasa pegawai di bawah SPRM juga...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

This one more on pension.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, tetapi ini di bawah JPM. Jadi hendak minta sedikit – dia juga akan bersara pada suatu hari. Kalau dia tidak layak, saya harap tidak mahu - janganlah kita beri pencen kepada dia.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Itu yang terkeluar jauh sangat Yang Berhormat ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tidak apalah. Yang Berhormat Menteri sedia untuk jawab punya, saya tahu. Dia tahu tentang semua isu ini punya. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apa tindakan yang diambil oleh jabatan – pegawai daripada SPRM. Ini kerana kalau beliau tidak layak, saya rasa kita perlu pecat dia serta-merta. Tidak perlu bagi dia pencen lagi selepas dia bersara. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bakri. Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab ya.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang baik hati.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang budiman. Di sini saya ambil bahagian ini – di sini saya hendak Yang Berhormat Menteri sila beri jumlah terperinci pesara kakitangan kerajaan dari setiap kementerian mengikut bangsa dan setiap negeri. Sila memberi satu jawapan yang terus terang.

Tuan Pengerusi

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Pengerusi, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 di bawah Maksud B.7, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbelanjaan Maksud B.7 JPA untuk tambahan ialah sebanyak RM287,034,800 juta untuk menampung perbelanjaan bantuan khas kewangan kepada pesara kerajaan bagi tahun 2014. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di dalam Jawatankuasa hendaklah terhad kepada butir-butir yang terkandung dalam anggaran belanja yang diminta diperuntukkan belanja tambahan. Perbahasan ini tidak boleh menyentuh dasar atau perbelanjaan dalam anggaran mengenai peruntukan mula-mula yang telah dibenarkan. Kecuali jika dasar atau oleh yang demikian itu zahir daripada Jawatankuasa itu dengan memandang kepada butiran-butiran yang terkandung dalam anggaran belanja tambahan. Jadi dengan itu, yang pertama saya hendak jawab fasal apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat tadi tidak berada dalam Dewan. Sebenarnya Yang Berhormat Muar tadi telah jawab dengan panjang lebar berhubung dengan SPRM. Jadi

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

saya tidak perlu jawab. Saya cuma berhati mulia ini menjawab sebab Yang Berhormat tidak boleh sentuh lain daripada pencen, yang lain saya boleh jawab. Akan tetapi oleh kerana saya sendiri akan jadi bersalah kalau menjawab perkara yang tidak terkandung dalam perbekalan tambahan, maka sebab hendak maklum pada Yang Berhormat tengok Hansard bahawa Yang Berhormat Muar telah jawab. Yang Berhormat tadi berada di luar ataupun minum di mana-mana. Kemudian Yang Berhormat Seremban. Yang Berhormat Seremban juga telah menyentuh perkara-perkara yang di luar perbincangan B.7...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jawablah.

Yang Berhormat sedia maklum bahawa untuk Ahli Parlimen – ini jawapan ini ialah kerana hati yang mulia, kalau tidak, tidak payah jawab. Kalau tidak nanti Yang Berhormat tidak dapat liputan. Jadi saya jawablah sikit. Yang Berhormat sedia maklum bahawa pada masa sekarang semua sekali orang-orang yang pencen menerima kenaikan 2% setahun. Jadi, kita tahu bahawa tidak ada satu peruntukan yang khusus yang membolehkan pesara dan penerima pencen menyelaraskan mengikut saraan perubahan gaji. Maaf, mengikut perubahan gaji yang dibuat dan Ahli Parlimen sekarang Yang Berhormat boleh sentuh perkara ini semasa perbincangan saraan Ahli-ahli Parlimen. Itu pun kalau Yang Berhormat hendak bangkit bercakap, yang saya syorkan tidak payah bercakap ya. Sekarang ini sudah bercakap dan saya akan cuba lihat benda ini bagaimana ia boleh dipertimbangkan sesuatu. Akan tetapi buat masa sekarang ini tidak bolehlah sebab kita sudah ada tambahan 2% setahun. Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum sekarang ini ialah tambahan pencen ini cukup besar dan juga luar biasa yang melibatkan 584,000 orang pesara.

Walaupun kita sedikit, oleh sebab benda itu telah besar, tambahan sedikit pun orang ingat besar. Ini masalah dunia sekarang. Kalau benda itu dia besar, tambahan sedikit pun orang kata sudah besar ya. Orang buat jahat ramai. Ya, Yang Berhormat, ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa yang saya bangkitkan itu ialah berkenaan dengan Ahli Parlimen sahaja. Saraan Ahli Parlimen tidak boleh disamakan dengan penjawat awam. Oleh kerana kita bukannya tertakluk sebagai penjawat awam. Elaun Ahli Parlimen ini di bawah Akta Saraan Ahli Parlimen. Jadi, apa yang saya bangkitkan ialah berkenaan dengan Ahli Parlimen sahaja, kerana Ahli Parlimen ini bukan penjawat awam, berkhidmat 20 tahun, 30 tahun dan mengikut tangga gaji mereka. Ahli Parlimen ini satu penggal, satu penggal. Mungkin 5 tahun, mereka sudah tak ada. Jadi, ini jangan dikelirukan Yang Berhormat Arau. Jangan rasa terkeliru. Saya hanya bangkitkan berkenaan Ahli Parlimen yang jumlahnya tidak ramai. Saya harap ini dapat dipertimbangkan lagi.

Saya tidak mengelirukan, Yang Berhormat terkeliru ya? Yang Berhormat, walaupun kita tidak termasuk di bawah penjawat awam tapi sumber pencen sama. Bila kita ambil daripada sumber yang sama, dia ada peraturan dia ya. Kalau Yang Berhormat hendak pergi rumah satu orang, ini peraturannya, rumahnya. Kalau hendak pergi rumah kawan ini, ada peraturannya. Kalau hendak pergi rumah Yang Berhormat Kinabatangan, ada peraturannya. Kalau hendak pergi rumah lagi satu, ada peraturannya. Demikian juga pencen, daripada beg yang sama, mesti ada peraturannya. Peraturannya, kita beri setahun 2%. Kalau Yang Berhormat hendak buat pindaan, pindaan ini mesti datang daripada kita, daripada Parlimen yang membuat pindaan. Kami tidak terlibat dengan apa yang telah diaturkan tetapi untuk Ahli Parlimen yang mana penggalnya pendek, setengahnya 4 tahun sudah habis. Setengahnya, macam bekas Setiausaha Agung DAP, dia mungkin seumur hidup, sebagai contoh, ya. Macam kami, kami Barisan Nasional ini ada had, tempohnya. Macam saya, mungkin lagi 2 penggal lagi habis.

Uih, lamanya lagi. Lamanya lagi.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Jadi, Yang Berhormat Negeri Sembilan, macam pembangkang, banyak yang boleh menjadi Ahli Parlimen dengan masa yang panjang sebab mereka kurang sedikit memberi peluang kepada orang lain atau mungkin kurang orang. Akan tetapi Barisan Nasional, kita mempunyai orang yang banyak dan rakyat juga

banyak yang menyokong Barisan Nasional. Jadi, kami punya term pendek-pendek. Kalau sekiranya Yang Berhormat hendak mencadangkan benda itu, sudah pasti ianya akan mendapat sokongan bersama. Akan tetapi buat masa sekarang ini, saya beritahu, itulah peraturannya. Sama ada saya boleh timbang atau tidak, saya tidak ada kuasa untuk berbuat demikian tetapi Dewan ini ada kuasa, Parlimen ya. Jadi, kalau sekiranya Yang Berhormat hendak teruskan benda ini, kita bawa kepada Jawatankuasa Dewan, seperti Yang Berhormat dengan saya bermesyuarat semalam. Walaupun di sini seolah-olahnya mereka nampak macam kita berbeza, sebenarnya kita berbincang semalam. Kita boleh bincang dalam jawatankuasa tersebut dan kita bawa untuk dipertimbangkan oleh Kabinet, ya. Ada lagi?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada cadangan, cadangan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau, saya rasa Yang Berhormat Arau paling maksimum pun satu penggal lah Menteri, untuk meninggalkan satu legasi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dua, tiga penggal lagi Yang Berhormat. [Ketawa]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Menteri, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Arau, sebagai Menteri yang menjaga Ahli Parlimen, boleh meninggalkan satu legasi sebagai Menteri yang menjaga Ahli Parlimen. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Arau, supaya membawa satu agenda pembaharuan kepada Parlimen ini. Oleh kerana seperti yang saya katakan tadi, UK Parliament telah membuat pembaharuan. Sekarang gaji-gaji, elaun-elaun Ahli Parlimen ini, mereka ada satu badan bebas daripada kerajaan, untuk mempertimbangkan sebarang pelarasan. Jadi, cadangan saya ialah Yang Amat Berhormat Arau, bawa agenda ini supaya kerajaan tubuhkan satu Parliamentary Service Commission, satu Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen. Bukan lagi tertakluk kepada kerajaan, bukan lagi kita bahaskan di dalam Jawatankuasa Dewan, pelarasan Ahli Parlimen, pencen Ahli Parlimen dan sebagainya. Perlu ada satu badan bebas, satu suruhanjaya bebas. Saya cadangkan supaya Yang Berhormat Arau bawa cadangan ini dalam Kabinet dan lakukan, laksanakan ini. Supaya tinggalkan satu legasi Yang Berhormat Arau sebagai Menteri yang menjaga Parlimen, membawa pembaharuan kepada Parlimen. Bolehkah Yang Berhormat Arau mengambil cabaran ini? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, kalaupun hendak kira legasi, tetapi bukan saya lah, ini Perdana Menteri. Legasi yang besar ialah pada minggu hadapan. Pada minggu hadapan kita akan membawa sesuatu, Yang Berhormat ingatlah bahawa itu lebih besar dari segala-galanya. Yang Berhormat mengetahui perkara tersebut. Akan tetapi untuk kita menubuhkan sesuatu selain daripada penjawat awam, pada pandangan saya kita tidak patut buat demikian.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Kita tidak boleh memisahkan diri daripada penjawat awam. Penjawat awam itu adalah pengundi kita. Tanpa mereka, di mana lah kita.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, Menteri.

Kalau kita hendak buat apa pun, biarlah orang kata, dalam bentuk yang mereka pun tak marah sangat. Kita pun sayang kepada mereka, macam itu. Biar ada sayang menyayangi dan mereka tak lihat kita menyalahkan gunakan kuasa dan sebagainya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan Menteri.

Sudah pasti telah sampai masanya penjawat awam melihat kita ini bagus, hebat, memperjuangkan negara dari semasa ke semasa. Tanpa kita minta, mereka akan cadangkan. Yang ini pun, pegawai sendiri sebenarnya yang mencadangkan supaya dilihat kembali elaun Ahli Parlimen yang terlampau rendah, di antara yang paling rendah dalam dunia. RM6,000 ya. Kita tahu bahawa sekali kita belanja makan untuk tetamu yang hadir di Parlimen ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, maksud Yang Berhormat Menteri, penjawat awam yang cadangkan kita punya allowance, ke?

Tidak. Tidak. Elaun kita dicadangkan oleh Jawatankuasa Dewan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi Yang Berhormat Menteri cakap penjawat awam, tinggi sangat penjawat awam daripada kita, ya? Hebat sangat dia.

Tidak. Yang Berhormat Kinabatangan yang disayangi, ayatnya berbunyi begini, penjawat awam itu kesian melihat Ahli Parlimen elaun terlampau rendah. Dia kata eloklah dibuat perubahan, sampai ke tahap itu. Mana bila timbulkan perasaan kasih sayang, kita tak payah cadangkan. Mereka yang bersimpati dengan kita, sampai ke tahap itu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Penjawat awam pun kena sedar, kita yang membentuk kerajaan, bukan mereka yang membentuk kerajaan. Agak-agak lah.

[Bangun]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, penjelasan.

Yang Berhormat Kinabatangan betul, tapi kenapa marah berlebihan pagi ini?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Pengerusi, saya ikut peraturan Tuan Pengerusi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okay. Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang Menteri kata, Parliament Services Act tidak harus dijalankan. Ini tidak betul, kerana pada tahun 1993, sebelum tahun 1993, sudah ada Parliament Services Act, di mana penjawat-penjawat awam di bawah jagaan Speaker. Dia pun penjawat awam, kita Parlimen juga adalah satu badan kerajaan. It’s also part of the government. Government ada three branches, Parlimen adalah salah satu. Bukan kata semuanya kena masuk pada JPA. Itu sebab kita kata pembaharuan itu kena ada total. Dia tidak boleh hanya jaga gaji, naik gaji. Tak boleh. Kita pun kena ada pembaharuan dari segi Parliament Services Act dan juga this Rights and Privilege Act. Di mana apabila Ahli Parlimen cakap dalam Dewan ini dapat immunity penuh. Tidak akan tersangkut dengan apa-apa Akta Hasutan dan sebagainya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Betul kah Yang Berhormat?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, itu sebab...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Absolute immunity, betul kah?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya, absolute immunity.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

No, no.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Dan, dan...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak, tak begitu Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Pengerusi, kita minta Menteri jawab lah. Akan tetapi Menteri, sedikit lagi. Sebenarnya, ada jawatankuasa sudah bermesyuarat di bawah bekas Timbalan Speaker. Sudah ada laporan. Tiga bills akan dicadangkan dalam Parlimen, dia sudah bermesyuarat tahun 2012. Laporan sudah keluar, bill sudah draf, kenapa Menteri tidak bawa ke Parlimen? Saya minta lah, kalau boleh Menteri jadi - leave a legacy. Seperti apa yang Yang Berhormat Seremban kata, leave a legacy, bawa tiga-tiga bills itu, Menteri jadi satu Menteri yang bawa pembaharuan kepada Parlimen. We follow the three bills drafted by the Jawatankuasa Pembaharuan. Kenapakah tidak bawa? Terima kasih.

Menteri, Lengong Lengong. Sedikit, sedikit, sedikit. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya banyak tak bersetuju tapi bersetuju dengan rakan-rakan bab ini. Kalau kita hendak letakkan institusi

Parlimen pada tahap yang tinggi, dihormati dan standard, world-class standard yang sebagaimana selalu kita sebut, kita mesti mempunyai satu kedudukan yang tersendiri. Bukan bermakna kita hendak keluar daripada JPA, kita hendak gaji lebih daripada mereka kah bagaimana. Akan tetapi kita mesti, pada satu entiti, yang memperlihatkan kita punya kredibiliti, keupayaan kita, kerana kita ini penggubal dasar. Tak boleh kita standard, saya bukan hendak merendahkan atau membezakan dengan pegawai kerajaan, tidak. Akan tetapi kita berada di sebuah institusi yang penting pada negara. Sampai ketikanya, kerajaan kena melihat kepada perkara ini dan Menteri kena bawa. Supaya kita tidak bersama dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mungkin kalau bukan zaman kita pun, akan datang nanti kita mesti ke arah berkenaan, supaya kita boleh mencapai satu standard yang tinggi dan kita dihormati. Yang ini penting Menteri. Sampai bila kita hendak berbincang soal gaji, soal gaji.

Saya fikir kalau kita berada dalam satu suruhanjaya tersendiri, kita punyai kedudukan yang tinggi dan kita akan dihormati oleh banyak pihak.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tambahan sedikit Menteri, sedikit sahaja. Tidak mengapa, nanti saya akan...

Ada kesilapan teknikal sedikit. Kita tidak pernah menolak apa-apa lagi. Yang tolak Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita tidak pernah tolak, kita sudah bawa tetapi Yang Berhormat lihatlah pembaharuan pada minggu depan. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Seremban ceritalah dekat kawan-kawan balik supaya kawan-kawan jangan bercakap di Parlimen ini. Kita sudah bincang dengan panjang lebar semalam dan insya-Allah kita akan bawa ke Kabinet pada hari Jumaat nanti. Selepas itu minggu depan kita dengarlah cerita.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau...

Itu kira pembaharuanlah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya rasa pembaharuan yang kita katakan bukan daripada segi amaun sahaja. Daripada segi institusi, daripada segi bagaimana keputusan itu dicapai, bagaimana satu mekanisme untuk mengkaji operasi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Separation of power.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada separation supaya kita tidak dikatakan sebagai conflict of interest. Ahli Parlimen sendiri hendak tentukan gaji kita sendiri. Ini saya rasa bukan satu mekanisme yang merupakan work as Parlimen. Jadi kita perlu ada satu institusi yang seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi saya setuju. Saya rasa kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang, backbenchers dan juga pembangkang bersetuju bahawa sudah sampai masanya satu institusi baru untuk kita menjaga Parlimen ditubuhkan iaitu Parliamentary Service Commission itu perlu dibawa balik. Kakitangan Parlimen bagaimana. Jangan bilik Tuan Yang di-Pertua nanti jadi kelam kabut sehingga Tuan Yang di-Pertua tidak mahu masuk. Bilik air pun tidak ada. Ini apa ini? [Tepuk] Nanti kita punya Tuan Yang di-Pertua banyak susah dua minggu ini dia jaga dua, tiga jam, empat jam duduk sana. Hendak pergi bilik air pun tidak boleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okey tidak ada masalah Yang Berhormat.

Yang Berhormat...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua punya bilik air tidak ada. Bilik Tuan Yang di-Pertua hendak ubah suai tidak ada satu perancangan. Itu sebabnya tidak ada satu badan bebas untuk menguruskan Parlimen. Sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen ditubuhkan menjaga Parlimen untuk menaikkan martabat Parlimen Malaysia. Setuju kah Yang Berhormat Arau?

Barisan Nasional yang tepuk ini dia hendak pekena kita ini.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Apa ini? Menteri kita persoalkan adalah Parlimen sebagai institusi yang lebih tinggi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Hendak menjaga Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Kita tidak mahu. Kita sudah lama dalam Dewan ini, sudah lama kita hujah bila lagi Parlimen kita ini diurus oleh Parlimen sendiri? Why orang luar?

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

[Tepuk] Separation of entity, separation of power authority? Ini yang kita mahu. Bawalah pergi Kabinet dan tengok apa yang Kabinet mahu. Kabinet setuju atau tidak. Kalau Kabinet tolak justify, why ditolak. Apakah masalahnya? Kenapakah kehakiman kita boleh bagi separation?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Betul.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Kenapa Parlimen tidak? Kita we are the one yang gubal undang-undang, Perlembagaan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya agree.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya sorang-sorang Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Pengerusi...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Soal setuju atau tidak setuju memang saya suka sebab sudah lama minta benda ini supaya dijadikan sebagai legasi pada masa depan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Menteri hendak jawab Yang Berhormat.

Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Menteri ini tidak faham-fahamlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Faham. Menteri hendak jawab Yang Berhormat. Duduk dahulu.

Boleh menteri?

Bukan, saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan ini tidak faham bahasa ini.

[Dewan riuh]

Kita bincang B.7 Pencen. Saya kalau Ahli Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

B.7 bermakna pencen ini macam mana pencen Ahli Parlimen diurus dengan baik.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Bukan orang lain menentukan masa depan kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Penjawat awam.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Kita tentukan masa depan kita. Itu yang tepatnya. Kenapakah perlu JPA tentukan masa depan wakil-wakil rakyat? Kita tentukan masa depan, bukan mereka tentukan masa depan kita.

Saya sokong Yang Berhormat Kinabatangan.

Yang Berhormat Menteri...

Ini Yang Berhormat...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan, saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya sebentar Yang Berhormat.

Pencen saya minta RM128 juta ini pencen pegawai kerajaan. Tidak bincang pasal Parlimen. Tetapi kalau Yang Berhormat tanya saya jawab...

Tidak kalau Yang Berhormat selagi kita tidak ada sendiri, kita tidak dapat tentukan pencen kita Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong duduk dahulu.

Nanti sekejap Yang Berhormat Lenggong. Duduk sekejap.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bayan Baru duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya minta supaya ditubuhkan satu Jawatankuasa secepat mungkin...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Bayan Baru.

Duduk sekejap, duduk sekejap. Ini my floor. Thank you very much. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya.

Ini kita berbincang pasal B.7. Ini bawah Jawatankuasa Tuan Pengerusi. Ini Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Pokok Sena kita kelmarin bermesyuarat dan kita sudah bincang. Cerita balik kepada kawan- kawan. Itu nombor satu.

Yang Berhormat Menteri boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sebentar, Menteri hendak jawab.

Kedua, ini pasal B.7, ini bukan dasar. Ini ialah khusus kepada...

B.7 peringkat Jawatankuasa. Boleh menteri?

Sekejap Yang Berhormat Putatan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan duduk dulu Yang Berhormat Putatan.

Peringkat Jawatankuasa Butiran 7. Boleh?

Nanti sekejap. Nanti saya cakap dahulu. Ini ialah di bawah Maksud B.7 iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM287 juta. Itu dia kalau Yang Berhormat menimbulkan...

Betul, betul.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk dahulu Yang Berhormat Putatan.

Tetapi saraan pencen Ahli Parlimen tidak masuk. Akan tetapi kalau Yang Berhormat buat cadangan dengan muka yang tidak marah-marah, kita akan bawa berbincang. Tapi sebenarnya saya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau, kita cadangkan Ahli Parlimen dikeluarkan daripada JPA.

Nantilah sekejap.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Menteri menjawab, duduk Yang Berhormat.

Soal pencen.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ia bukan di bawah JPA.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Wakil rakyat kita akan masuk di bawah akta itu.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Siapa bilang tidak?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Yang Berhormat ini yang kita minta ini dengar ya...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Ia akan masuk di situ. Itu sebab kita hendak keluarkan. Jangan masuk di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ini B.7 yang dibincangkan ini spesifik untuk penjawat awam Yang Berhormat.

Yang Berhormat hendak cakap minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan, cakap bangun macam itu sahaja. Bangun elok-elok. Hendak minta kebenaran minta. Hendak minta penjelasan? Ha minta.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, harus selidik betul-betul sebab akta itu melibatkan wakil-wakil rakyat yang sudah pencen sebab kita tidak diasingkan pencen kita tidak diasingkan dengan entiti lain. Oleh sebab itu kita minta diasingkan supaya tidak ditentukan oleh akta yang demikian. Ini kena faham.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, sebentar Yang Berhormat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa perbahasan ini jauh terlencong daripada B.7 yang dimaksudkan dalam perbelanjaan ini. Jadi kita balik kepada perbahasan yang sepatutnya Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya memberi ruang kepada kawan-kawan untuk mencadangkan apa sahaja...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak payah tag Menteri.

Jawapannya ialah kita akan mempertimbangkannya tetapi tidak payahlah cakap seolah-olah saya tidak pernah bawa benda ini untuk pertimbangan Kabinet. Bila yang kita tak pernah kita bawa perkara ini? Jangan cakap seronok-seronok sebab TV sedang pandang saya. Rakyat sedang pandang saya seolah-olah saya tidak pernah bawa kepada pertimbangan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, Menteri...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Cukup sampai sana.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri kita sudah bawa tahun 2012 sampai tahun 2015 belum lagi dibawa ke Kabinet.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bayan Baru...

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat macam ini saya tidak akan benarkan lagi Yang Berhormat. Saya tak nak ikut perangai Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam bangun bercakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam tidak bangun Yang Berhormat.

Sekarang ini kesannya sampai Yang Berhormat Kinabatangan juga bangun bercakap. Cakap sorang-sorang supaya kita dengar supaya rakyat dengar apa masalah Yang Berhormat. Masalah sekarang ini ialah Yang Berhormat

timbulkan supaya saraan Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh diambil kira sama seperti penjawat awam. Okey kita akan pertimbangkan, tidak ada masalah. Ahli Yang Berhormat bangun itu buat apa? Kemudian...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Kalau begitu tadi jawab kan bagus.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam saya tidak benarkan. Saya belum benarkan lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya baru sahaja hendak cakap.

Tengok itu dia sudah bercakap. Perangai itu boleh ubah sedikit tak? Minta kebenaran.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baru saya bangun. Tidak cakap lagi pun.

Saya tidak bagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak marah kenapa?

Saya tidak bagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rilekslah makan ubat. [Ketawa]

Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam elok makan ubat sebab apa? Apabila bangun, ada peraturan. Macam kawan kita tadi menyebut tentang imuniti di Parlimen. Imuniti di Parlimen di bawah Perlembagaan 63(2) kita ada imuniti tetapi 63(4) kita tidak boleh langgar Akta Hasutan dan sebagainya. Jadi yang itu kena ada. Kalau tidak Ahli Parlimen akan menunjukkan sikap yang tidak baik kepada rakyat, bercakap tidak ikut peraturan dan sebagainya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Bagaimanakah kita membincangkan isu kalau ada Akta Hasutan? Menteri B.7...

Menteri...

Sebenarnya perkara B.7...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan macam itu Yang Berhormat. Ikut peraturan.

Ahli Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri baik hati Yang Berhormat. Benda-benda yang tidak termasuk dalam Butiran pun dia menjawab tetapi jangan sampai melampau.

Ya. Jadi Yang Berhormat Batu saya tahu, saya kasihan dengan Yang Berhormat Batu. Duduk sekejap, bagi saya jawab dahulu. Jadi saya menjawab Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Takkan Yang Berhormat Batu sahaja Yang Berhormat? Yang Berhormat Shah Alam bagilah juga.

Timbulkan. Duduklah sekejap.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya saya akan. Janji bagi juga insya- Allah.

Saya tidak pernah mungkir janji tetapi PAS yang selalu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey alhamdulillah.

Untuk tajuk ini Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, ia adalah khusus untuk anggota pentadbiran yang melibatkan sektor awam dan juga angkatan tentera yang hak kita pohon untuk hari ini RM280 juta ini khas untuk itu.

Tetapi saya percaya Yang Berhormat Ahli Parlimen sebab banyak benda yang terbungkam di hati yang nampaknya seia-sekata antara Barisan Nasional dan pembangkang iaitu menyatakan bahawa supaya kita tidak boleh disamakan dengan penjawat awam berhubung dengan saraan serta juga pencen. Okey, kita akan pertimbangkan malah benda ini sedang dibincangkan dari semasa ke semasa. Cukup, saya sudah menjawab yang itu. Untuk yang hari ini, ada dua tiga orang Ahli Yang Berhormat yang membincang tajuk yang ada kaitan. Yang pertama saya sudah jawab Yang Berhormat Seremban bahawa perkara yang telah Yang Berhormat sebutkan tadi tidak termasuk dalam perbincangan kita tetapi saya telah jawab bahawa ini telah memang menjadi persetujuan bersama dan pada minggu depan tidak perlu Yang Berhormat menyebut bahawa ini legasi dan sebagainya. Legasi Ahli-ahli Yang Berhormat semua, bukan saya. Saya tidak perlu nama itu. Yang saya perlu ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen sentiasa terjaga kebajikannya untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat kecuali ada sekumpulan orang yang tidak menjaga mulutnya. [Ketawa] Yang Berhormat Batu? Mana Yang Berhormat Batu? Yang nombor dua ialah apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor berhubung dengan salah laku anggota perkhidmatan awam. Yang Berhormat, juga tidak termasuk Yang Berhormat, tetapi demi menjaga usaha Yang Berhormat untuk berucap tadi saya bukan sahaja mengesyorkan supaya Yang Berhormat melihat Hansard iaitu berhubung dengan tindakan yang telah kita ambil kepada anggota perkhidmatan awam yang telah disabitkan salah laku oleh Laporan Ketua Audit Negara. Peraturannya mudah. Ketua Audit Negara keluarkan laporan berhubung dengan salah laku kemudian kita bawa kepada PAC dan PAC akan bentang di Parlimen dan dalam masa yang sama pegawai pengawal iaitu Perbendaharaan akan mengambil tindakan untuk mengarahkan mana-mana jabatan supaya mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai yang telah disebut dalam laporan audit dan juga telah mungkin diperakukan oleh PAC. Pada tahun 2012 Yang Berhormat, 232 pegawai telah terlibat, 107 pegawai bagi tahun 2013 menjadikan jumlah besar ialah 339 pegawai. Daripada 339, seramai 215 pegawai telah dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan kepada pertuduhan-pertuduhan tatatertib yang dikenakan ke atas pegawai yang melibatkan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2012 dan 2013. Salah laku pegawai bukanlah disebabkan oleh kecuaian semata-mata tetapi melibatkan perlanggaran tatakelakuan yang lain seperti kurang cekap atau kurang berusaha. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa memang terdapat negara- negara yang memberi perhatian yang khusus seperti Australia dan Hong Kong berhubung dengan salah laku. Kalau ikut keadaannya, kita juga lebih kurang sama seperti Australia dan juga Hong Kong sebab kita laporan audit malah laporan audit sekarang ini dikeluarkan dua kali setahun dan kita boleh dapat maklumat berhubung dengan salah laku anggota kerajaan dari semasa ke semasa. Pun begitu oleh kerana anggota kita yang begitu ramai 1.5 juta lebih sudah pasti ada kekurangan di mana-mana yang boleh kita ambil tindakan berdasarkan laporan dan sebagainya dan audit akan mengambil tindakan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, oleh kerana ini termasuk di bawah bidang kuasa saya, saya akan cuba sedaya upaya hendak pastikan supaya perkhidmatan awam perkhidmatan yang bersih daripada tuduhan salah laku. Sekarang ini kadang-kadang orang sebut bahawa Pengerusi Jawatankuasa Tender itu mestilah dilihat dari semasa ke semasa kenapa keputusan tender ini berlaku begini dan sebagainya. Perkara itu sedang diperincikan. Saya tidak duduk diam Yang Berhormat, sedang memerhatikan tetapi saya tidak boleh mengambil keputusan serta-merta begitu dan mengumumkan sesuatu tanpa memberi keadilan kepada semua pihak. Yang Berhormat Shah Alam ada apa-apa soalan? Tidak ada? Terima kasih. [Tepuk] Kemudian Yang Berhormat Tenom menyebut tentang pegawai kontrak yang tidak disambung. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menyerap secara tetap dan automatik kepada mereka yang berkhidmat lebih daripada lima tahun. Yang Berhormat, kita pertimbangkan...

[Menyampuk]

Yang Berhormat Pokok Sena jangan lari.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Pergi makan tengah hari Yang Berhormat. Boleh makan tengah hari.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kerajaan prihatin tentang masalah pegawai-pegawai kontrak ini dan juga masalah rakyat secara keseluruhannya. Saya pasti kerajaan tidak akan mengambil tindakan yang mendadak begitu dalam tahun yang cukup mencabar ini. Tahun-tahun yang mencabar dan kita cuba sedaya-upaya untuk mengepung supaya masalah ini tidak terkeluar. Walaupun kita tahu bahawa kadang-kadang ada kawan-kawan kita di sebelah sana yang ambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan tetapi kerajaan tetap bersabar dan tetap memberi perlindungan kepada anggota kerajaan sama ada tetap ataupun kontrak. Kita hendak pastikan supaya tahun yang mencabar ini supaya rakyat bersama dengan kerajaan menghadapi bersama. Ini ialah keikhlasan kita Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan perkara ini. Kemudian berhubung dengan apa Yang Berhormat sebut tentang faktor dalaman dan sebagainya insya-Allah kita akan siasat. Yang Berhormat Kelana Jaya tersilap kepala. Jadi Yang Berhormat akan cakap bawah tajuk lain. Kemudian Yang Berhormat Lenggong tentang pencen telah mencadangkan one off dan sebagainya termasuk anggota polis airport yang mana Yang Berhormat Kinabatangan cukup prihatin. Saya juga prihatin. Jangan keluar Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Kinabatangan cukup prihatin tentang...

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

...Pencen yang begitu rendah. Yang Berhormat, pencen ini sekiranya mereka berkhidmat lebih daripada 25 tahun mereka akan dapat pencen penuh tetapi masalahnya setengahnya berkhidmat dalam jangkaan yang pendek dan mungkin yang berjumpa dengan Yang Berhormat Kinabatangan itu mereka yang berkhidmat di bawah tempoh 25 tahun dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita akan bagi perhatian dari semasa ke semasa tentang perkara ini walaupun...

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

No problem. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada ya? Saya bagi Yang Berhormat Lenggong dahulu lepas itu Yang Berhormat Shah Alam.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan pesara kerajaan ini saya minta supaya juga dilihat pesara kerajaan yang terlibat dengan dasar penswastaan. Misalnya pesara Jabatan Telekom - Pos. Saya difahamkan jumlah gaji mereka selepas bersara memang begitu rendah sekali. Ada yang sampai tahap ramai di kalangan mereka layak menerima BR1M dan sebagainya. Jadi minta juga dilihat pesara-pesara yang terlibat dengan dasar penswastaan. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Saya sebenarnya melihat tadi satu perbahasan yang begitu menarik berhubung dengan Parliamentary Services Commission (Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen) yang saya pun ingin menyatakan persetujuan saya dan saya melihat bahawa akhirnya Yang Berhormat Menteri memahami apa yang dihajati tetapi tidak memberi satu deadline bila hendak dibawa kepada kabinet cadangan yang mungkin boleh dikembalikan kepada Parlimen untuk dibincang bersama. Kalau boleh kita harap bahawa ia dapat dilakukan dalam tempoh tahun ini juga, insya-Allah terima kasih.

Tuan Pengerusi, pihak pembangkang telah melantik dua wakil dalam Jawatankuasa Dewan iaitu Yang Berhormat Seremban dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi Yang Berhormat eloklah berkomunikasi dengan pihak pembangkang ataupun dengan pihak Barisan Nasional yang sentiasa terbuka untuk mencadangkan perkara tersebut. Jawatankuasa Dewan bawa benda ini. Saya tidak boleh

memandai. Kalau saya bawa perkara ini dalam bentuk yang bersendiri sudah pasti ramai orang yang mempertikaikannya. Baiklah kita bawa melalui Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Dewan mempunyai cadangan dan pandangan mereka. Jawatankuasa Dewan tidak berbincang lagi. Yang berbincang baru di sini. Tajuk yang tidak masuk dalam perbincangan mereka telah bincang tapi saya bermurah hati untuk memberi ruang kepada Yang Berhormat untuk bercakap tapi sudah pasti saya tidak boleh menjawabnya cuma saya sebut bahawa Jawatankuasa Dewan harus membuat cadangan. Tuan Pengerusi...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini sekadar untuk menunjukkan bahawa bukan satu, dua orang yang menyokong tetapi bila dibawa ke dalam Parlimen ini untuk dibahas seperti mana pada pagi ini maka Yang Berhormat Menteri boleh melihat bahawa ia mendapat sokongan dari hampir semua Ahli Parlimen.

Tuan Pengerusi sebelum Ahli Parlimen bercakap pun saya sendiri pun sudah memikirkan benda itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum, biarlah benda ini dibincangkan bersama. Macam Yang Berhormat Lenggong tidak ahli ya, Yang Berhormat Mersing itu ahli. Saya dengar macam suaranya ketawa agak kuat tadi, tidak ya? Saya tidak ahli, Yang Berhormat Padang Besar ahli...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bintulu ahli.

Yang Berhormat Putatan ahli, jadi mereka ini adalah Jawatankuasa Dewan yang akan membincangkannya. Jadi, bincang dalam Jawatankuasa Dewan sebelum dibincangkan secara terbuka kerana itulah yang terbaik. Kemudian Yang Berhormat Kulai, tidak ada lagi, itu sahaja Yang Berhormat yang telah membincangkan perkara ini.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan dari Yang Berhormat Bakri.

Yang Berhormat Bakri minta benda yang saya tidak boleh ambil notis Yang Berhormat sebab Yang Berhormat tanya di bawah bukan perbincangan yang ada kaitan. Yang Berhormat minta berapa pegawai kerajaan, berapa Cina, berapa Melayu, dia tidak masuk bawah pencen. Kalau minta bawah pencen saya boleh bagi Yang Berhormat.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Saya ada tanya satu soalan lagi, yang ini kakitangan kerajaan daripada kementerian mana?

Daripada mana?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Contoh jumlah terperinci...

Pergi bincang dekat luarlah.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Pesara kerajaan kakitangan dari setiap kementerian.

Ya, berhubung dengan pesara Tuan Pengerusi saya akan jawab secara bertulis sebab kalau saya jawab secara off the cuff pun tentulah Yang Berhormat tidak dapat menangkapnya sebab angkanya sudah pasti agak besar. Akan tetapi untuk mereka yang berpencen sahaja Yang Berhormat, sebenarnya saya tidak berapa, yang berpencen saya telah sebutkan tadi bahawa 584,000 lebih saya sebutkan tadi dan saya ulang balik perkataan tadi, lebih 584,050 orang pesara. Kita mohon perkara ini ialah untuk pada 2 Januari 2014 kita telah belanjakan RM167,214,104.15, pada 15 Julai 2014 jumlah RM171,170,177.82. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ia melibatkan 584,050 orang pesara. Jumlah kedua-dua ini ialah RM338,384,281.97 tetapi kita hanya pohon RM287,034,800. Kita pohon kurang kerana bakinya kita gunakan penjimatan peruntukan aktiviti lain. Jadi, JPA ada aktiviti lain, kita telah jimatkan daripada RM338,384,000 ini yang sepatutnya kita minta tetapi kita hanya minta 287 juta. Ini ialah JPA cuba dengan sedaya upaya untuk

membuat penjimatan melalui aktiviti lain dan duit yang ada itu digunakan untuk membayar pencen. Jadi sekali lagi Yang Berhormat saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Awam yang sempat saya jawab. Bagi yang tidak sempat saya jawab benda ini akan dicatat dan akan diambil perhatian yang sewajarnya. Sekiranya berlaku sedikit pertengkaran sekejap tadi dia lebih kepada penekanan kepada suatu usaha untuk kita jayakan bersama. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM287,034,800 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM287,034,800 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2014 Jawatankuasa — Maksud B.12 [Jadual] - Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kepala B.12 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,246,530,700 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,246,530,700 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud B.13Jadual] - Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kepala B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas.

Tuan Pengerusi saya ucapkan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan peruntukan B.13 iaitu Kementerian Luar Negeri. Saya yakin bahawa apa yang dipohonkan ini malah apa

yang telah dibelanjakan ini iaitu berkaitan dengan program-program yang melibatkan kapal terbang Malaysia Airlines dengan izin MH370, MH17 menarik dan memerlukan kita memberi perhatian yang mendalam. Setakat ini mengikut laporan dan mengikut pengakuan sendiri oleh Kerajaan Malaysia, kita telah mengisytiharkan bahawa kapal terbang MH370 itu telah pun musnah atau hilang dan penumpang dan anak-anak kapalnya dianggap dan diisytiharkan sebagai sudah pun meninggal dunia. Sudah tentu MH17 itu jelas terbukti bangkai kapal terbang itu berada dan terhempas di bumi Ukraine. Apa yang saya hendak pohon pemahaman, pengertian dan jawapan daripada kementerian ialah bahawa saya terlibat dalam beberapa perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Pada ketika itu Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan memberikan bayangan bahawa kita benar-benar aktif, benar-benar terlibat dan kita yakin akan dapat menemui bangkai kapal terbang MH370 janji-janji atau harapan-harapan yang seperti itu. Akan tetapi terbukti bahawa ia tidak berhasil dan malah tempat di mana terhempasnya dan terkebuminya atau tenggelamnya MH370 itu sehingga ke hari ini tidak ada suatu tekaan yang boleh diyakini. Malah seolah-olah kerajaan-kerajaan dan jawatankuasa antarabangsa yang terlibat telah pun menganggap dan mengisytiharkan bahawa kita gagal untuk mencarinya dan usaha-usaha itu hampir-hampir sudah pun tidak lagi dijalankan hari ini. Jadi ini saya fikir memberi bayangan, gambaran yang kita ini sebagai sebuah negara tidaklah begitu bersungguh-sungguh untuk berusaha…

[Dewan riuh]

Untuk memastikan kita boleh menemui pesawat dan bangkainya itu. Bandingkan dengan negara- negara lain, bandingkan dengan negara Belanda yang dalam kes MH17 ini lebih berani, lebih terkedepan dan lebih sanggup untuk terlibat di peringat-peringat yang tertinggi untuk memastikan bahawa usaha-usaha yang lebih benar-benar dapat diyakini, boleh dilakukan oleh negara, walaupun MH17 bukan kepunyaan negara Belanda tetapi kepunyaan negara kita.

Jadi ini, saya fikir amat memalukan, amat menjatuhkan maruah kita bahawa kita di medan antarabangsa tidak mempunyai keupayaan, tidak mempunyai kepakaran, tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan negara-negara lain untuk memastikan

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat..

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju apa yang disebut tadi kerana kita lihat waktu krisis MH370, pelbagai negara memberi sokongan dan bantuan kepada kita, kenapa mereka bagi sokongan kepada kita? Kerana mereka yakin dan hormati kredibiliti kita dan kita lihat juga banyak negara baik Rusia, baik Amerika hendak selesaikan isu bagaimana hendak bawa keluar mayat-mayat di Ukraine menggunakan pelbagai cara kekerasan tidak berjaya. Akan tetapi keupayaan pimpinan negara kita menyelesaikan dengan cara yang tersendiri dan diakui oleh banyak negara. Ini menunjukkan bahawa pendekatan yang dibuat oleh kerajaan memang mampu dan diyakini dan diperakui hebat berbanding dengan banyak negara lain. Oleh sebab itu saya tidak bersetuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, keupayaan pimpinan negara kita menyelesaikan isu ini dan membawa balik dengan begitu baik tersusun, ini bukti bahawa kita mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh banyak negara lain. Saya tidak bersetuju Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sebagaimana yang kita semua tahu, apa yang saya sebutkan tadi bukan sahaja pandangan saya seorang ataupun pandangan peringkat saya sahaja tetapi mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri

[Dewan riuh]

telah menyatakan secara terbuka

bahawa beliau mempunyai syak yang amat tinggi Tuan Pengerusi bahawa MH370 ini tidak munasabah ia menjadi persoalan tanpa apa-apa jawapan yang jelas. Bayangkan dan bandingkan dengan MH17 yang mana apabila berlakunya ia terhempas, tiba-tiba Amerika mengeluarkan satelit yang kononnya ini berlaku kepada MH17. Tiba-tiba selepas itu Rusia pula mengeluarkan gambar-gambar satelit dan sebagainya, ini yang berlaku kepada MH17. Kenapa dalam MH370 ini, tak ada gambaran satelit, tak ada detil ataupun maklumat yang seperti itu yang berbeza dengan MH17. Keyakinan saya sama dengan keyakinan Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah bahawa

[Dewan riuh]

segala pergerakan udara sama ada pesawat military ketenteraan atau pesawat-pesawat awam, saya yakin ia segala pergerakan udara ini diikuti, dilayari, diperhatikan oleh sistem-sistem electronic intelligence dan sebagainya yang dipunyai oleh kuasa-kuasa besar.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

Saya hendak mencelah sikit.

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sebenarnya menghormati Yang Berhormat Tumpat tetapi dalam isu-isu ini saya terpanggil untuk menyatakan tak setuju kepada Yang Berhormat Tumpat sebab apa, pandangan itu amat prejudis. Nombor satunya, kita ada lebih seribu satelit seluruh dunia. Sejumlah 700 lebih about mapping masa flying. Akan tetapi satelit ini pun tak dapat pick up. Itu kenyataan. Keduanya, MH370 di dasar laut, yang di Ukraine ini di atas darat dan kes meletup itu pun ada sebab-sebab yang nyata. Satu lagi di Belanda ini sebenarnya, 193 rakyatnya mati dalam kapal terbang itu. Dia ada moral ground to dapatkan tetapi itu pun dia tak dapat bawa balik mayat itu. Kita yang dapatkan mayat itu dan black box. Terimalah hakikat bahawa dalam keadaan darurat ini kita dapat menangani jauh lebih baik daripada negara-negara dan diakui oleh senator Amerika sendiri. Saya hendak sebut juga pasal MH370 ini. MH 370 ini satu perkara yang berlaku dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Tumpat, dalam dunia sekarang ini, di dasar-dasar laut masih berpuluh- puluh kapal terbang yang hilang masih tidak dapat dikesan lagi dan ini bukan satu perkara yang pelik. Cuma kita sedih sebab ia berlaku dalam keadaan kesedihan kita cuba cari bangkai ini atau bangkai kapal terbang ini yang kita lihat, pandangan media barat yang sentiasa hendak mendapatkan keputusan atau buat kesimpulan yang tidak mungkin dapat kita nyatakan tanpa fakta-fakta yang nyata. Akan tetapi janganlah kita menjadi juru ulas atau jadi kakak tua minta maaf, pak turut hendak memanjang-manjangkan lagi fakta-fakta yang belum dapat dipastikan lagi. Kita tahu dalam kes MH370 lead and lag. Setiap lead yang kita dapat mesti justifikasi dalam masa lima hari, enam hari, tujuh hari dan seterusnya. Akan tetapi dalam kes MH17, ia tak ada masalah lead and lag. Sebab apa? Nyata bangkainya ada di sana. Jadi saya haraplah pandangan-pandangan yang cuba meletakkan kerajaan kita dalam keadaan begitu rendah sekali, tak patutlah kerana adalah sedikit keyakinan bahawa kerajaan kita buat yang terbaik dan kalau diberi peluang pun, Kerajaan Australia dengan kapal terbang yang canggih, China pun pinjamkan satu surveillance yang diletak di Perth. Mereka juga tak dapat mengenal pasti dekat mana bangkai ini. Jadi adakah kita mengatakan juga Australia pun teruk, China pun teruk dan Amerika pun teruk dan mengenai Tun Mahathir Mohamad tadi, itu pandangan Tun Mahathir Mohamad. Sangkaan beliau, pandangan beliau, kita hormati. Akan tetapi yang pastinya, janganlah kita dulu Tun Mahathir ini tak baik, sekarang ini macam kita guna, macam kakak tua pula. Apa yang pastinya ialah fakta-fakta itu sedang dikumpulkan dan sebelum ada kepastian yang nyata, saya rasa tak wajar kita membuat spekulasi yang tak baik kerana melibatkan begitu ramai nyawa yang terkorban. Saya harap Yang Berhormat Tumpat kena ambil jelas benda ini dan saya tak setuju pandangan Yang Berhormat Tumpat tadi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okey, Yang Berhormat Tumpat boleh habiskan Yang Berhormat.

Okey, terima kasih. Ya, saya akan cuba habis. Apa yang saya sebut pasal MH370, yang saya sebut dan bagi contoh ialah mantan Perdana Menteri kita tetapi bukan beliau seorang sahaja yang membangkitkan perasaan tidak begitu yakin bahawa sebenarnya pesawat ini, bangkainya tidak boleh ditemui. Ada pakar-pakar penerbangan, ada bekas-bekas juruterbang dan berbagai-bagai lagi pihak- pihak yang membuat kenyataan dan sebagainya yang merasakan bahawa ada banyak kekeliruan, ada banyak misteri dengan izin yang terkena kepada MH370 ini. Jadi saya ingin menyeru kepada Kementerian Luar untuk mengambil inisiatif yang baru untuk memimpin dan mengetuai pasukan antarabangsa dan sebagainya untuk memastikan bahawa ada kesudahannya, that is a closure dengan izin kepada kes MH370 ini. MH17, bangkai terhempas di bumi, dapat bawa balik mayat, itu digembar- gemburkan, gegak gempita macam kejayaan yang begitu besar.

[Dewan riuh]

Walhal pesawat jatuh, mayat ada, bawa baliklah. Apa masalahnya? Hantar pakar doktor, DNA dan sebagainya, itu sahaja. Apa yang hendak dijadikan inilah kehebatan negara kita, bolehkah hantar pasukan untuk mendapatkan mayat-mayat boleh bawa balik. Ini saya fikir adalah suatu gembar-gembur yang melebihi kejayaan yang saya akui untuk pergi ambil mayat balik dan sebagainya. Jadi saya harap Kementerian Luar dapat akan dapat bergerak dengan lebih baik lagi untuk memastikan ada penyudah kepada kes dua pesawat ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya hendak menyatakan sokongan terhadap apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tumpat

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

walaupun, kita telah mencapai sedikit kejayaan..

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak sokong Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

MH17, tetapi kita tak boleh menggunakan itu untuk menutup kegagalan yang nyata dalam kes MH370. Apa yang diungkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tentang misteri banyak soalan yang tak terjawab. Ia merupakan satu hakikat yang diakui ramai termasuklah di dalam majalah-majalah aviation antarabangsa yang mempertikaikan cara bagaimana krisis itu telah ditangani daripada awalnya. Maka janganlah oleh sebab apa yang telah kita capai melalui MH17, kita gunakan untuk hendak tutup kegagalan yang nyata dalam kes MH370. Saya sokong sepenuhnya apa yang dikata oleh Yang Berhormat Tumpat..

Yang Berhormat Shah Alam boleh percayakah .. hari ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Supaya ada a new initiative untuk mendapat maklumat berhubung dengan MH370 itu.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Tumpat dah habiskan Yang Berhormat.

Terima kasih, ucapan Yang Berhormat Shah Alam itu adalah sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Menteri boleh jawab ya. Yang Berhormat, panjang tak?

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh sambung petang Yang Berhormat, mulakan petang.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Boleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Mesyuarat bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Menteri, menyambung.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Seremban boleh buat celahan sebab Menteri dah mula menjawab.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Tumpat yang telah membangunkan kisah-kisah yang menarik tentang kedua- dua tragedi yang berlaku tahun lepas, MH370 dan juga MH17. Yang saya hairannya kepada Yang Berhormat Tumpat ini, tiba-tiba melenting seolah-olah kerajaan langsung tidak membuat apa-apa untuk mendapatkan penyelesaian kepada kedua-dua tragedi ini. Tuan Pengerusi, saya ingin jelaskan pertamanya tentang kedudukan MH370. Ianya sudah berlaku melebihi satu tahun. Tepat satu tahun pada 8 Mac 2015 baru-baru ini. Jadi 8 Mac itu telah berlaku peristiwa ini selama satu tahun. Kawasan pencarian yang kita buat begitu besar sekali, 60,000 kilometer persegi bersamaan lebih kurang setengah daripada besarnya Australia itu. Kalau itu dianggap gagal kerana tak boleh nak mencari sehingga 60,000 kilometer ini, yang saya hairannya Air France yang berlaku dalam kawasan yang kecil dan sudah pun ketahui bahawa kapal terbang itu terhempas di satu kawasan, dia mengambil masa dua tahun untuk menjumpai bangkai tersebut. Manakala kedudukan aircraft atau pesawat MH370 ini, kawasan yang dicari itu begitu besar sekali, 60,000 kilometer persegi. Saya nak jelaskan kepada Yang Berhormat Tumpat, yang mengambil bahagian bersama dengan kita, Yang Berhormat Tumpat, adalah satu kumpulan yang kita namakan Search Strategy Working Group. Ia terlibat merangkumi lapan agensi semuanya dan saya nak bacakan lapan pakar-pakar atau agensi ini iaitu: (i) Australian Transport Safety Bureau (ATSB); (ii) NTSB atau National Transport Safety Bureau iaitu dari USA; (iii) Boeing sendiri; (iv) Inmarsat yang membantu kita daripada segi satelit; (v) Thales Group daripada France;

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

(vi) Air Accidents Investigation Branch UK; (vii) DCA Malaysia; dan (viii) Defence Science and Technology Australia. Dan lapan pakar-pakar ini pula telah pun berjumpa, bukan sekali. Mereka ini ditempatkan di Australia sampai sekarang, masih lagi membuat segala analisis yang kita buat. Selama setahun kita dah buat dan mereka berikan semua analisis mereka ini kepada kumpulan yang kita tubuhkan, satu lagi pula, yang merangkumi 19 members investigation team dari USA, Australia, France, Singapura, Indonesia, UK, China dan sudah tentulah Malaysia. Ini mengikut ICAO Annex 13. Cuba kita lihat, nak menggabungkan pakar-pakar ini memerlukan kerjasama yang baik di antara semua negara yang terlibat. Kita tidak mahu pun Yang Berhormat Tumpat puji kita tetapi sekurang-kurangnya tak payahlah nak sebut gagal sama sekali seolah-olah macam kita ini tak buat apa langsung. Ini tak bersyukur, tak berterima kasih ini. Contoh yang berlaku, saya nak bagi tahu. Yang dia nak puji, Belanda, MH17. Ini saya nak sebut pula MH17. MH17 ini berlaku pada 17 Julai 2014, tahun lepas. Selepas lebih kurang empat bulan berlakunya MH370, berlaku satu lagi tragedi MH17 pada 17 Julai 2014, tahun lepas dan saya nak bagi tahu kepada sahabat saya Ahli Parlimen Tumpat ini, perbincangan dibuat untuk kita tentukan kita dapat black box itu dulu dan saya nak bagi tahu Yang Berhormat, perbincangan yang dibuat itu oleh Ukraine, oleh Belanda, Australia, banyak negara yang terlibat. Semua ini yang terlibat hendakkan balik black box. Saya tak mahu pun Yang Berhormat Tumpat puji sekali lagi tetapi daripada kerjasama diplomasi yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri yang juga Perdana Menteri Yang Berhormat, telah pun berunding dengan, saya sebut nama dia, Alexander Borodai yang merupakan ketika itu dia self-proclaimed sebagai Ketua Donetsk People’s Republic ketika itu. Kita berunding, kita kata kita hendakkan black box dan apa Yang Berhormat tahu? Yang Berhormat sendiri pun mungkin tahu, oleh kerana dia melihat bahawa kepimpinan yang baik ini boleh membantu, maka dia benarkan dan pada 22 Julai 2014, lima hari selepas itu, kita dapat balik black box dan black box yang kita dapat ini dia nak serahkan kepada Malaysia dan Malaysia ambil, pergi dalam keadaan ketika itu peperangan berlaku di kawasan itu.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Akan tetapi Malaysia sanggup pergi masuk ke lapangan dan kita ambil black box, kita bawa terus dengan international rescue team yang ada ketika itu, bersama bawa black box ini dan kita hantar ke United Kingdom untuk buat penyiasatan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, inilah yang sepatutnya Yang Berhormat tahu dan sedar bahawa apabila kita dapat bawa balik itu, The New York Times membuat satu kenyataan bahawa ini adalah merupakan satu diplomatic succes yang dibuat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita Malaysia. [Tepuk] Bukan kita yang puji. Yang Berhormat yang nak marah sangat The New York Times puji Perdana Menteri kita ini pasal apa? Kemudian Yang Berhormat, saya hendak beritahu, kemudian Yang Berhormat pula kata, “Oh! Belanda hebat sehinggakan boleh buat dengan secepatnya untuk bawa balik semua mayat”. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat bahawa yang berlakunya tadi bukan hanya black box, kita juga minta kebenaran bawa pulang semua mangsa dan yang paling hampir ketika itu Netherlands mahu untuk menubuhkan pasukan hendak buat kajian. Kajian yang kita namakan DVI ataupun Disaster Victim Identification. DVI ini dibuat di Netherlands, Belanda dan disokong oleh pasukan DVI dari Malaysia, bersama bukan hanya Belanda. Pasukan dari Malaysia juga kita hantar. Ada pakar-pakar kita yang hebat. Yang Berhormat patut ucap terima kasihlah sama, ini kutuk lagi seolah-olah mayat, senang bawa balik. Yang Berhormat, bukannya mudah hendak buat kerja DNA ini. DNA ini saya hendak beritahu Yang Berhormat, adalah merupakan satu perkara yang agak susah untuk kita buat. DNA ini Yang Berhormat, saya hendak sebut, mana DNA ini? Hilang pula DNA ini. Tidak apalah, DNA ini maknanya Yang Berhormat,

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Luar Negeri · Larut

Deoxyribonucleic Acid. Ini merupakan molekul yang ada encodes genetic di dalam itu untuk menentukan siapa yang jadi mangsa. DNA ini Yang Berhormat, kalau orang tidak mahu bagi, macam di mahkamah kita di Malaysia ini, minta DNA sampai berkali-kali postpone, ini yang jadi lambat. Ini yang jadi masalah kita tetapi DNA yang berlaku di Belanda itu mudah. Dia beri, jadi mudahlah kita buat identification. Jadi Yang Berhormat, minta semua kalau berlaku, kalau pergi mahkamah, kalau kita hendakkan DNA sebagai contoh, beri. Jadi mudah kerja kita. Itu yang berlaku di Belanda sebab tidak ada orang yang tidak mahu bagi DNA yang macam bermasalah di mahkamah di Malaysia ini sebagai contoh. Contoh sahaja Yang Berhormat, saya tidak mengata sesiapa tetapi hendak beritahu. Ini yang menyebabkan... [Disampuk] siapa dia?

[Menyampuk]

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Ha, Yang Berhormat pun tahu siapa sebenarnya yang saya maksudkan tetapi tidak apalah. Yang pentingnya saya hendak beritahu bahawa pasukan kita hantar, kita buat kerjasama dan apabila saya dan rombongan pergi ke sana, pasukan DVI yang ditubuhkan oleh Netherlands itu beritahu pada saya, mereka mengucapkan terima kasih kerana bantuan daripada pasukan Malaysia lah yang dapat mempercepatkan dalam proses mengenal pasti mangsa-mangsa yang ada. Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua wakil dari Malaysia. [Tepuk] Ini bangun, gagal, gagal, gagal apa Yang Berhormat? Semua ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, buat kerjasama dengan sesiapa sahaja di muka bumi ini untuk kepentingan bersama. Itu diplomasi yang Malaysia bawa selama ini. Jadi sebab itu Yang Berhormat, tolong jangan menimbulkan masalah. Kalau kita hendak buat identification, kalau berlaku di Kelantan, tanpa kerjasama oleh kerajaan Federal Government, Kerajaan Negeri Kelantan, tidak mungkin kita boleh mengenal pasti siapa yang terlibat dalam banjir sebagai contoh. Ini adalah kerana kerajaan ini bertanggungjawab. Dia hendak tentukan boleh kerjasama dan dia buat kerjasama. Itu yang kita buat dalam negeri, begitulah juga luar negeri sebab kepimpinan yang baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seremban bangun. Sila.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak balik kepada isu MH370. Selepas insiden MH370, kesan yang paling ketara ataupun negatif kepada negara kita ialah industri pelancongan kita terkena kerana pelancong-pelancong daripada China telah berkurangan untuk datang ke Malaysia. Saya melihat kepada peruntukan tambahan ini juga ada perbelanjaan untuk menampung penganjuran program-program sempena ulang tahun ke- 40 hubungan dua hala Malaysia–China. Ia bermaksud bahawa dasar luar kita, kita hendak berbaik-baik dengan negara China. Saya hendak tanya pendirian Kementerian Luar, adakah untuk mengembalikan keyakinan pelancong daripada China dan untuk kita menambah baik hubungan dua hala antara Malaysia dengan China. Adakah Kementerian Luar berpendirian bahawa sudah tiba masanya kita mengamalkan satu dasar tidak ada visa di antara kedua-dua negara ini kerana apa yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini iaitu hanya mengecualikan caj bayaran kepada visa. Ia tidak banyak membantu kerana pelancong-pelancong daripada China, sekarang ini Indonesia telah membuat satu dasar tidak ada visa untuk pelancong dari China. Memang dalam industri pelancongan di negara kita, banyak pihak dalam industri pelancongan berharapkan kerajaan untuk mengamalkan satu dasar tidak ada visa supaya warganegara China boleh datang dengan lebih mudah ke dalam Malaysia. Apakah pendirian Kementerian Luar dalam perkara ini? Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya menjawab Yang Berhormat Seremban, saya hendak beritahu dengan sahabat saya Yang Berhormat Tumpat sekali lagi bahawa sebenarnya apa yang kita buat ini adalah merupakan sesuatu perjanjian yang kita buat MH370 ini di antara kita dan juga waris-waris mangsa, kita akan terus mencari. Jadi sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih lagi melalui setiap kali perbincangan yang kita adakan hubungan baik dengan China ini, kita

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

berikan komitmen, kita akan terus mencari sehingga satu masa nanti. Masanya bila kita tidak tahu tetapi itulah yang kita buat. Saya hendak terangkan melalui Kementerian Luar ini, kita sentiasa berhubung baik di antara China dan Australia hendak menentukan bahawa kita akan terus membuat operasi mencari aircraft ini. Kepada Yang Berhormat Seremban, saya hendak jelaskan. Ketika itu betul ada masalah tentang pelancong-pelancong yang datang daripada China. Akan tetapi akhir-akhir ini telah nampak ada peningkatan semula. Ini adalah kerana mereka sedar apa yang berlaku itu adalah merupakan satu misteri yang sampai sekarang kita sedang mencari-cari. Walaupun dikatakan seolah-olah macam-macam isu yang dibangkitkan seperti Yang Berhormat Tumpat bangkitkan sebelum ini. Saya hendak jelaskan bahawa kalaupun ada teori yang mengatakan mungkin kapal terbang tidak ada di situ dan sebagainya. Saya hendak jelaskan bahawa, tadi pun saya sudah jelaskan kepada Yang Berhormat Tumpat bahawa gabungan pakar-pakar yang kita ambil untuk mencari aircraft ini kalau digabungkan pengalaman mereka, sudah melebihi seratus tahun pengalaman yang ada. Jadi ini menunjukkan bahawa mereka ini adalah merupakan pakar-pakar yang dikumpulkan, yang mengetahui bagaimana untuk mencari aircraft yang hilang. Tentang hubungan baik Malaysia dengan China ini Yang Berhormat Seremban, jangan risau kita memang merupakan rakan bersama dengan China dan China ini menjadi investors yang terbesar ataupun trading partner kita yang terbesar dalam waktu ini.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Oleh sebab itu, kita mahu supaya hubungan yang baik ini kita tentukan bukan hanya daripada segi trading partners tadi tetapi juga tentang rakyat China yang mahu datang mengunjungi Malaysia. Saya hendak jelaskan, walaupun Yang Berhormat Seremban minta, kalau boleh kita tidak berikan visa tetapi maklum sahajalah ini adalah merupakan isu reciprocal. Kita hendak pergi pun perlukan visa, mereka hendak datang sini pun perlukan visa. Ini masih lagi dalam perbincangan. Kalau kita hendak buat, kita akan buat bersama dengan Kerajaan China. Tuan Pengerusi, itulah jawapan saya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ada soalan sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Labuan, sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Di sini ada menyentuh mengenai hubungan dua hala di antara Malaysia dan China. Lately, dilihat ramai pelabur dari China ini memang agak tertarik dengan Malaysia termasuklah juga kawasan yang saya wakili Labuan. Akan tetapi, dilihat macam negara kita ataupun kerajaan kita agak terlalu berhati-hati ataupun adakah tekanan daripada segi geopolitik dan sebagainya yang membuatkan kita merasa perlu mengurangkan sedikit penglibatan pelaburan dari negara China, kalau betul. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, polisi kita terbuka. Sebenarnya bukan hanya dari negara China, kita minta supaya ramai pelabur untuk datang melabur dalam negara kita. Akan tetapi kita berhati-hati kerana kita hendak menentukan siapakah sebenarnya yang datang untuk melabur dalam negara kita. Bukan negara itu tetapi siapa orangnya untuk menentukan bahawa pelaburan yang mereka buat itu pelaburan yang benar genuine untuk kepentingan bersama untuk jangka masa yang lebih panjang daripada apa yang kita buat selama ini. Terima kasih.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kapal terbang MH17 kita ditembak jatuh dan kita boleh membawa balik mayat-mayat rakyat Malaysia ke Malaysia. Saya hendak tanya berkaitan dengan kalau diizinkan, peruntukan untuk Malaysia menjadi Ahli Tidak Tetap kepada Majlis Keselamatan PBB. Ini kedudukan yang penting dan dalam ucapan saya dalam kesempatan di sidang sebelum ini, kita menyokong dan kita mengharapkan kemenangan dan kejayaan. Ini kita telah berjaya. Apa yang saya hendak

kaitkan isu ini ialah sebagaimana yang kita maklum, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersidang di akhir tahun yang lalu, atas isu keanggotaan Palestin dalam Bangsa-Bangsa Bersatu dan undi di Majlis Keselamatan ini gagal untuk memperoleh majoriti sokongan untuk negara Palestin menjadi ahli. Kita sekarang ini menjadi ahli baru dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Soalan saya ialah adakah Malaysia akan memainkan peranan yang bukan hanya aktif, lebih aktif lagi untuk memulakan sekali lagi proses supaya Palestin boleh diterima untuk menjadi anggota Bangsa-Bangsa Bersatu memandangkan bahawa sekali lagi kita berdepan dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri saya yakin tahu bahawa Kongres Amerika Syarikat mengingkari Presiden Obama mereka sendiri telah menjemput Netanyahu untuk memberi ucapan di Kongres Amerika Syarikat itu sendiri? Maka saya mengharapkan bahawa peranan kita tentang Palestin ini lebih hebat daripada peranan Amerika Syarikat untuk Israel dan kita bukan sahaja akan membawa isu keanggotaan Palestin di Bangsa-Bangsa Bersatu ini sebagai isu utama kita sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya mengharapkan Wisma Putra juga memainkan peranan kalau Kongres Amerika boleh menjemput Netanyahu berucap di kongres mereka, Wisma Putra boleh mengusahakan supaya kita boleh memanggil, menjemput Presiden Palestin untuk berucap di Majlis kita di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ini. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan. Pertamanya, kalau hendak ucap tahniah, biarlah ikhlas. Ini ada pula selit-selit benda yang tidak baik. Niat itu biar betul-betul, macam tadi perjuangkan Palestin. Wah! Itu nampak macam betul-betul ikhlas. Ucap tahniah kepada Perdana Menteri, tidak ikhlas. Apa jenis Yang Berhormat ini? Jangan macam itu. Kedua, tentang Palestin. Palestin ini macam yang saya sudah jelaskan hari itu Yang Berhormat bahawa sebenarnya, kita sedang menunggu supaya mereka masuk atau buat proses sekali lagi untuk menjadi ahli PBB dan ketika itu nanti kita akan berikan sokongan. Itu kita bagi guarantee kepada Yang Berhormat. Jangan risau kerana pejuang- pejuang kita ini daripada UMNO terutamanya Yang Berhormat Baling, banyak kali sudah pergi Palestin. Yang Berhormat, saya tidak tahulah pernah pergi atau tidak. Akan tetapi inilah saya hendak jelaskan bahawa ramai daripada kita, wakil-wakil kita yang telah membantu rakyat Palestin. Sehingga hari ini kita masih membantu dan saya hendak jelaskan, dulu, kini dan selama-lamanya kita akan perjuangkan bersama-sama dengan rakyat Palestin di mana-mana sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedikit sahaja.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Fasal apa pula Palestin?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Fasal bersemangat tadi dengar. Saya hendak tanya sedikit sahaja.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Okey, last Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sambut dengan baiklah keikhlasan yang dizahirkan tetapi memang yang ikhlas atau tidak ikhlas ini bukan kita boleh nampak secara zahir. Hari itu ada juga Menteri UMNO kata hendak beri sokongan penuh terhadap private members’ bill tetapi baru-baru ini bila tanya pun nampak macam tidak tentu. Nampak asalnya nampak macam ikhlas lalu saya hendak tanya...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

.

Bentang dahululah bodoh, bentang dahululah bodoh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa kecoh ini?

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jangan jadi batu api.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau hendak cakap bangunlah.

[Bangun] .

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan persoalan Palestin...

Bentang dahululah sokong atau tidak sokong. Apa punya...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sama ada sudah ataupun tidak Kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas. Sekiranya belum, bila, kerana inilah yang dikatakan tentang soal keikhlasan dalam sokongan? Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, inilah masalahnya Yang Berhormat Shah Alam ini. Saya bagi, selepas itu sudah cakap ikhlas, sudahlah, yang dia hendak ada tetapi, mana ada tetapi, tetapi... [Disampuk] Saya sudah banyak kali sudah, saya tahu sangat Yang Berhormat Shah Alam ini. Oleh sebab itu saya tengok dahulu Tuan Pengerusi, kalau Tuan Pengerusi kata tidak payah, saya duduk terus tadi Tuan Pengerusi. Betul-betul tidak ikhlas ini. Apa kena-mengena dengan bill lain yang hendak disampaikan. Kita bercakap daripada segi Palestin. Saya sudah kata tadi, dulu, kini dan selamanya dan kita akan berjuang bersama dengan rakyat Palestin untuk menentukan bahawa mereka akan menjadi sebuah negara yang bebas. Saya telah pun beritahu bahawa daripada segi pengiktirafan, kita akan iktiraf kerajaan yang United Front mereka itu...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pokoknya Yang Berhormat Timbalan Menteri, straight to the pointlah. Belum lagi diiktiraf dan tidak tahu bila akan diiktiraf dan akan diiktiraf bila Amerika benarkan untuk diiktiraf.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jawab sahajalah terus terang. Tidak payahlah hendak belit-belit, hendak pusing-pusing. Straight to the point, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Straight to the point.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Pengerusi, ini masalah dia. Kalau dia hendak bangun, minta, saya akan bagi. Ini masalahnya. Belum apa-apa dia sudah bangun melenting. Ini kaki melenting inilah yang menyebabkan susah dan saya hendak beritahu...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak melenting pun, relax sahaja lagi... [Ketawa]

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Kita akan sentiasa...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Ini masalahnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Shah Alam tidak berminat, cukuplah.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Jadi kalau tidak berminat, saya hendak beritahu kita akan menyokong unity government yang telah ditubuhkan oleh Palestin. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pokoknya, tidak iktiraf Hamas. Sampai bila-bila tidak iktiraf Hamas. Inilah pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, ada buku peraturan mesyuarat Yang Berhormat Shah Alam?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM26,833,300 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM26,833,300 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Maksud P.21Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Namun, oleh sebab P.21 hanya token, P.21 tidak perlu dibahas. [Tiada Perbahasan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.23Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Namun oleh sebab Parlimen.23 hanya token sahaja, P.23 tidak perlu dibahas. [Tiada Perbahasan] [Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.27Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak terus merujuk kepada Butiran 61000 dan juga Butiran 70000. Saya bacakan sekali. Ada beberapa perkara yang saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Saya hendak tahu daripada jumlah bajet yang disiapkan, saya hendak tahu berapakah jumlah peruntukan untuk kawasan Parlimen Parit Sulong. Kawasan Parlimen Parit Sulong terletak di Daerah Batu Pahat. Daerah Batu Pahat ini pula daerah yang kedua terbesar daripada segi kepadatan di negeri Johor. Jadinya saya rasa pihak kementerian perlu prihatin kalau sekiranya ada projek naik taraf jalan-jalan federal ini terutamanya jalan federal di antara sempadan kawasan Parlimen Muar ke jambatan Batu Pahat patut diberi priority ataupun keutamaan dan saya tengok keadaannya sekarang ini adalah sebaliknya. Minggu lepas saya balik ke kawasan hujung minggu, saya melihat di kawasan jalan utama sebab jalan ini berterusan dari Muar ke Batu Pahat. Dia buat baik pulih itu

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

setengah jalan sahaja. Akan tetapi ia terhenti apabila tiba ke kawasan Parlimen Parit Sulong. Jadi saya hendak tahu, saya hendak tanya pada pihak kementerian, apa sebenarnya kriteria dalam kementerian untuk menentukan kawasan priority untuk mendapat apa-apa alokasi ataupun allocation daripada pihak kementerian. Kalau kita tengok daripada segi ini, sebab banyak kali. Saya kasihan dan simpati kepada JKR di peringkat Daerah Batu Pahat. Setiap kali dibangkitkan dalam mesyuarat di peringkat daerah, jawapan yang diberikan bahawa kita tidak ada bajet yang mencukupi. Saya hendak sentuh juga Tuan Pengerusi, mengenai perkara ini juga. Daripada segi kualiti jalan ini saya tengok dan saya pernah bangkitkan banyak kali dalam mesyuarat yang sama juga. Saya hendak tahu apa SOP yang ditentukan oleh pihak JKR ini. Kualitinya teruk, mungkin bajet kurang, tetapi kalau bajet kurang sepatutnya kementerian patut berikan priority pada kawasan yang sepatutnya tengok. Sama ada kawasannya tanah dia jenis tanah gambut ke, tanah apa. Jadi berdasarkan pada itu. Jadinya saya melihat bahawa- sebab itulah saya bangkitkan di dalam Parlimen pada kali ini untuk pastikan bahawa kawasan yang memerlukannya perlu mendapat peruntukan tambahan dan juga peruntukan daripada segi untuk membaik pulih jalan-jalan federal di kawasan Parlimen- parlimen ini. Saya bangkitkan tadi mengenai kualiti. Bagaimanakah kementerian tentukan kualiti jalan ini? Sebab hari ini buat, saya tengok minggu hadapan sudah berlubang. Apabila banjir sahaja, minggu hadapan sudah berlubang. Jadi saya hendak tahu bagaimana pihak kementerian terutamanya JKR menentukan isu, kualiti, kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak JKR terutamanya dalam baik pulih dan juga membaiki jalan-jalan di kawasan Parlimen kami. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kulai, sila.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh sedikit tentang Butiran 70777, projek memperelok jalan-jalan. Saya hendak tahu antara peruntukan tambahan yang sebanyak RM836 juta ada yang digunakan untuk kawasan Kulai. Ini kerana jalan besar di kawasan Kulai ini memang banyak lubang dan saya rasa kadang-kadang memang ada kerja untuk memperelokkan jalan tersebut, tetapi namun begitu, masalah ini tidak diatasi selama-lamanya. Isu lubang ini akan selalu ada. Saya hendak tanya sedikit, kerana dahulunya ada satu cadangan untuk membina jalan pintasan Kulai-Senai. Ini dirancang pada peringkat awal untuk dilaksanakan oleh JKR dalam RMKe-9, tetapi sampai sekarang projek ini tidak dilaksanakan lagi. Jadi saya rasa salah satu cara untuk kita mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan besar Kulai adalah dengan membina jalan pintasan Kulai. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa status tentang rancangan untuk membina jalan pintasan Kulai-Senai ini dan bila projek ini akan dilaksanakan. Sekian sahaja, ribuan terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, projek memperelokkan jalan-jalan diserahkan pada konsesi. Adakah konsesi yang sama di Pahang atau konsesi yang baru dilantik? Yang sekarang ini Road Care. Ada bantahankah Yang Berhormat Putatan, tidak ada ya?... Okey, Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang saya hormati, yang saya kasihi. Soal memperelokkan jalan bagi keutamaan pada kawasan Timbalan Speaker kawasan...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kuala Krau.

Kuala Krau. Dia minta jaminan. Jadi saya juga tidak ketinggalan memperelokkan jalan ini. Saya nampak sini Borneo Sarawak ini hanya token pengambilan tanah. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, janji daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang saya lihat belum

ditunaikan lagi. Janji tahun lepas bahawa jalan ke Papar ada jejambat di Pekan Putatan dua harus dibina. Satu di hadapan Sekolah Hwa Siong dan satu di hadapan stesen kereta api. Saya tunggu-tunggu bila? Saya sudah janji, saya telah mengeluarkan kenyataan dalam ucapan saya sewaktu perasmian majlis, bahawa kita telah pun diberi jejambat untuk pejalan kami sebelah-menyebelah. Ini saya belum lihat lagi. Saya nampak tiang konkrit yang telah dibina, tetapi belum ada apa-apa pembinaan. Saya minta Yang Berhormat Ahli Parlimen Papar juga supaya berhenti sekejap di Putatan tengok jika jejambat itu dibuat dan bila akan siap. Itu sahaja soalan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Manakah Yang Berhormat Tenom tadi?... Tak, bangun sudah? Sila Yang Berhormat Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa, saya beri peluang pada semua.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Yang Berhormat Pendang tadi ada kacau sedikit, Tuan Pengerusi. Saya ingin turut membahas dalam Butiran 61000 dan begitu juga dengan Butiran 70000, naik taraf projek baru di jalan-jalan Persekutuan terutama di Sabah dan juga projek memperelok jalan-jalan laluan Persekutuan di seluruh negara yang kritikal yang mana saya melihat satu jumlah yang begitu besar, Tuan Pengerusi.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Saya ingin menyentuh berkenaan dengan jalan-jalan persekutuan di negeri Sabah. Adakah selama ini konsesi-konsesi yang telah diarah untuk menaik taraf dan memperelok jalan-jalan persekutuan di negeri Sabah ini telah menjalankan kerja-kerja naik taraf dan juga memperelok jalan? Di mana saya dapati, saya bagi contoh Tuan Pengerusi, jalan di antara Keningau dan Tenom saja Tuan Pengerusi, hari ini. Banyak tempat, jalan-jalan raya telah mendap permukaan jalan rayanya yang mana saya kira ia perlu diperbaiki segera. Apatah lagi apabila berlakunya baru-baru ini banjir. Memang terdapat banyak runtuhan tanah yang mengakibatkan kebanyakan jalan-jalan raya ini telah ditimbus oleh permukaan. Begitu juga dengan keadaan-keadaan jalan raya di mana terletak di tebing, di tepi sungai, Tuan Pengerusi. Saya bagi satu contoh Tuan Pengerusi, ketika lawatan Yang Berhormat Timbalan Menteri ke kawasan saya, ada satu spot itu, jalan raya itu kalau tidak dapat ditangani atau tidak dapat diperelok, mungkin akan putus satu hari nanti. Jadi, saya minta daripada pihak kementerian supaya melihat kembali kerja-kerja yang telah diberikan kepada semua konsesi-konsesi. Adakah mereka betul-betul melaksanakan untuk memperelok ataupun menaik taraf, terutama jalan raya yang saya nyatakan tadi, Tenom- Keningau dan juga begitu juga dengan Keningau-Kimanis. Ini saya kira ini antara jalan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh Butiran 61020 dan Butiran 70000 - Projek Memperelok Jalan-jalan. Saya ingin hendak menyentuh iaitu baru-baru ini selepas banjir yang agak besar di Limbang di mana Lebuhraya Pan Borneo yang menuju ke selatan, menuju ke bandar negara jiran, telah pun ditenggelami air. Disebabkan hujan-hujan ini ada juga di antaranya jalan-jalan ini sudah pun mendap, yang agak berbahaya yang memerlukan perhatian, pembaikpulihan yang segera. Jadi, saya berharaplah semua perkara ini dan juga yang di mana tempat-tempat yang diketahui masa banjir tersebut yang ditenggelami di mana perlu terpaksa dibuat relief culvert, dengan izin, dan sebagainya. Saya mintalah

kepada Kementerian Kerja Raya untuk melihat perkara ini di bawah peruntukan ini untuk memastikan jalan-jalan ini insya-Allah selamat untuk dilalui. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri Labuan juga ingin menyentuh jalan-jalan baru dan juga jalan yang untuk dinaik taraf. Untuk jalan yang dinaik taraf, satu-satunya jalan yang dual carriage di Labuan adalah Jalan Kubong yang mana satu hari dulu perancangannya dibuat sehingga ke hujung di Pohon Batu. Akan tetapi disebabkan oleh bajet, ia dipendekkan ke Kampung Lajau sahaja. Buat masa ini, perumahan mampu milik sedang dibina yang mana jumlahnya 1,560 buah rumah dan sekarang ini jalan yang ada cuma jalan dua hala. Jadi, sekiranya ia tidak disambung dual carriage ini ke seperti perancangan yang awal, maka traffic jam, dengan izin, yang teruk akan berlaku apabila perumahan mampu milik itu akan siap dalam beberapa tahun lagi. Selain daripada itu saya juga ingin menyebut lagi apa yang pernah saya sebutkan selama ini, supaya RMKe-11 tidak terlepas apa yang patut diberi untuk Labuan ini iaitu Jalan Ranca-Ranca kawasan perindustrian ke Kinabenua. Daripada Kinabenua ke Taman Pearl, Sungai Bangat dan Tanjung Teras dan ke Nagalang dan juga dari Nagalang ke Tanjung Aru. Ini jalan-jalan yang sangat penting untuk membolehkan kita membuka kawasan-kawasan perindustrian dan kawasan perumahan yang mana pada masa ini kekurangan ataupun shortage, dengan izin, sehingga membuatkan harga sewa dan harga rumah menjadi terlalu mahal. Begitu juga fasiliti perindustrian menjadi terlalu mahal sehingga ia membuatkan Labuan yang berpotensi untuk terus maju dalam industri minyak dan gas itu terganggu dan ini akan menjadi kerugian bukan saja pada Labuan tetapi kepada negara. Itu saja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, hubaya, hubaya. Yang Berhormat Parit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi. Terima kasih atas peluang untuk berucap. Yang pertama, fasal jalan baru, naik taraf dan memperelokkan jalan. Di Parit, jalan dari Parit ke Seri Iskandar, sepanjang 9 kilometer terdapat cerun yang sering runtuh sejak dua tahun lalu. JKR kata ada pakar cerun tapi hingga sekarang tidak selesai-selesai. Tindakan yang dibuat hanya dibalut dengan plastik saja tapi akhirnya runtuh semula. Saya minta JKR tolong tengok perkara ini kerana ini menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya di kawasan itu. Yang kedua, jambatan Teluk Sena rosak selepas banjir besar baru-baru ini. Jadi, saya minta supaya JKR dapat tengok dan perbaiki jalan itu. Yang ketiga Tuan Pengerusi ialah permohonan saya untuk menggantikan kelubung-kelubung yang menyebabkan banjir berlaku di kawasan Serapuh dan di Simpang Tiga. Permohonan telah pun dibuat tetapi JKR masih belum buat lagi. Jadi, saya minta Tuan Pengerusi, JKR tengok, perhati, lulus dan laksanakan permohonan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jangan minta pada saya, minta pada Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Baling, lepas Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang kami kasihi sekalian lagi kami sayangi Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong, masuk.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Saya ingin- bukan masuk, dia asyuk. Merujuk kepada Butiran 61000 – Naik taraf Jalan-jalan (Projek Baru) dan 70000 – Projek Memperelok Jalan-jalan. Pertama sekali, naik taraf jalan dan projek baru. Pertama sekali, saya ingin rujuk kepada Kementerian KKR ini, yang Yang Berhormat Timbalan Menteri yang prihatin berada di sini, terima kasih. Berkaitan dengan jalan BKE iaitu Baling-Kulim Expressway, ia sampai ke Gerik. Kita sedia maklum, kalau Yang Berhormat Tumpat hendak balik ke kawasan dia pun, dia kena lalu highway itu juga. Betul Yang Berhormat Tumpat ya? Jadi, kawasan itu memang berlopak. Jadi, memanglah kemalangan, bukan setakat kemalangan biasa, kemalangan maut berlaku, dengan izin, every other day. Ini yang sedang berlaku di dalam kawasan BKE tersebut. Jadi, saya mintalah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mengambil nota dan mintalah pegawai-pegawai daripada Persekutuan yang berkaitan untuk tampil ke hadapan melihatnya. Kalau tidak percaya boleh tanya Yang Berhormat Gerik sekali. Dia sampai ke Gerik highway tersebut yang mana ia berlaku kemalangan. Dua hari sekali, ada saja orang Kelantan meninggal, orang Terengganu meninggal, orang Perak, orang Johor. Jadi, highway itu- kerana apa? Ia gelap. Bila waktu malam, lebih gelap daripada saya. Tidak ada lampu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Sebelum Tuan Pengerusi cakap, biar saya cakap dulu kan? Kalau tidak, Tuan Pengerusi akan cakap. Jadi, jalan itu memang gelap, perlukan perhatian iaitu traffic light dan juga lampu-lampu, khususnya di kawasan simpang empat. Ia ada lebih kurang tujuh buah kawasan iaitu simpang empat. Keduanya, saya ingin maklumkan kepada pihak kementerian berkaitan dengan projek jalan baru ini. Di mana satu projek Persekutuan, Sungai Petani-Kuala Ketil sudah berjalan sudah lebih dua tahun. Jadi, dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, kita juga telah- itu di antara KPI kita iaitu dari Kuala Ketil ke Tawar iaitu di kawasan Parlimen Baling, sudah lama kita pohon, belum dapat diselesaikan.

Jadi, dengan ini saya ingin memohon kepada kementerian agar meneliti, melihat untuk dapat dilaksanakan. Percayalah kalau ia dapat dilaksanakan, siap sebelum pilihan raya umum yang akan datang Tuan Pengerusi, penyokong PAS mimpi siang hari kerana mereka akan undi Barisan Nasional dan saya untuk memastikan kemenangan yang lebih besar. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri kena bagi lah sebab pilihan raya nanti sudah nampak muka Yang Berhormat Baling. Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk bahaskan Butiran 6100 - Naik Taraf Jalan-jalan Projek Baru. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana usaha PLUS telah memasang lampu di Lebuhraya KNP 05 ke KM 300 di mana itu kawasan Gua Tempurung yang memang banyak kemalangan berlaku pada waktu malam di mana juga Yang Berhormat Karpal Singh menemui kemalangan maut di kawasan tersebut. Dengan adanya lampu-lampu yang dipasang itu saya harap memang ia akan mengurangkan kemalangan di situ. Soalan saya adalah adakah kementerian mempunyai cadangan untuk menaiktarafkan Lebuhraya Utara-Selatan terutamanya kawasan Slim River sehingga ke Ipoh kerana memang kami tahu pada waktu seperti hujung minggu lebuh raya tersebut memang sesak dan mengambil masa yang lama. Kadang-kadang tiga, empat jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Jadi, adakah kementerian sedang dalam perbincangan dengan PLUS untuk menaiktarafkan lebuh raya tersebut.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Kedua, soalan saya adalah di kawasan saya di mana jalan utama daripada Lahad ke Pangkalan Ipoh. Saya berharap kementerian akan mengambil peluang di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas ini untuk memperuntukkan wang yang diperlukan untuk menaiktarafkan laluan tersebut kerana ia laluan satu hala dan memang pada waktu pagi, petang dan tengah hari kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan tersebut. Ia jalan utama masuk ke Ipoh dari kawasan Batu Gajah, pusing dan juga daripada Manjung-Sitiawan. Jadi, memang adalah amat-amat diperlukan. Saya berharap kementerian akan mengambil perhatian terhadap keperluan untuk menaik taraf jalan tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut berbahas untuk Butiran 00680 - Jalan-jalan Baru, dan Butiran 61000 - Naik Taraf Jalan-jalan Baru dan juga Butiran 70000 – Projek Memperelokkan Jalan. Pertamanya Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan Pan Borneo. Hari ini kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyerahkan surat-surat watikah anugerah pelantikan kepada perunding-perunding untuk menjalankan kerja-kerja perundingan jalan-jalan di Sarawak. Akan tetapi di negeri Sabah saya ingin tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah sebenarnya yang telah berlaku daripada segi perancangan. Kenapakah di negeri Sarawak ini lebih awal dilaksanakan berbanding negeri Sabah dan apakah halangan-halangan yang berlaku dalam soal pelaksanaan Pan Borneo ini? Ada yang mengatakan bahawa masalah utamanya ialah masalah pelantikan pemaju. Apakah ini benar dan apakah status pada ketika ini? Perkara yang kedua Tuan Pengerusi ialah saya membuat ingatan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau jalan dari Kota Kinabalu sampai ke Tuaran, sampai ke Bulatan Berunis dan menuju ke Kudat, di situ kita lihat bahawa masih lagi sampai ke Berunis ini masih lagi dua carriageway. Daripada Bulatan Berungis ke Bulatan Mengkabong tinggal single carriageway. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah pemprosesan kelulusan dibuat oleh pihak JKR sebab permohonan sudah sekian lama dibuat untuk memperluaskan sebab pada ketika ini kesesakan berlaku pada waktu pagi, waktu petang dan juga banyak kemalangan jalan raya yang berlaku kerana kesesakan. Ketiganya ialah berkenaan dengan laluan Telipuk, Luluk, Pukat, Laput, Lokos, Tabah dan Rendah Gong. Projek ini sudah sekian lama disebut-sebut dan kita juga pernah tanya dahulu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini dan dikatakan dihantar ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Bila ditanya di situ, mereka pun tidak tahu menahu tentang kedudukan projek ini. Saya ingin tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status projek ini dan apakah projek ini diberi keutamaan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas? Oleh sebab projek ini daripada segi peruntukannya sebanyak RM400 juta sudah diumumkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum pilihan raya yang lalu. Keempat ialah berkenaan dengan pembaikan cerun-cerun di antara jalan Tamparuli Ranau. Memang keadaannya dalam keadaan yang baik setakat ini. Cuma kadang-kadang berlaku landslide. Apa yang saya ingin beri perhatian ialah terhadap kemalangan yang sering berlaku apabila ada persimpangan jalan yang menuju ke kampung-kampung sebab dilihat di situ hal-hal keselamatan tidak diambil kira oleh pihak JKR dan saya mohon supaya kesemua simpang-simpang jalan di antara jalan Tamparuli ke Ranau ini diambil perhatian sebab jalan ini sudah diisytiharkan sebagai jalan pelancongan dan kita tidak mahu menunggu sehingga jalan raya ini ada apa-apa yang berlaku yang tidak baik terutama sekali yang melibatkan pelancong. Kelima berkenaan dengan rumah-rumah Kerajaan Persekutuan terutama yang berkaitan dengan rumah-rumah guru. Saya dapati bahawa beberapa buah rumah guru termasuk flat yang tidak lagi digunakan sudah diisytiharkan tidak selamat termasuklah di rumah guru, flat di SMK Tung Hwa di Kelulut tetapi saya tidak nampak apa-apa tindakan. Saya ingin tahu Yang Berhormat, apa langkah-langkah pihak kementerian, pihak JKR untuk

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

menangani perkara ini? Ini supaya bangunan-bangunan yang sudah pun diisytiharkan tidak selamat itu diambil tindakan dan diperbaiki. Akhir sekali ialah berkenaan dengan Lebuh Raya Kota Kinabalu-Kudat. Ini juga sudah diumumkan sebelum pilihan raya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingin tahu apakah statusnya dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan projek ini. Sekian, dan saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebelah sini tidak ada ya. Yang Berhormat Lenggong tidak bangun dah. Okey, Yang Berhormat Jerlun.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak masuk.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas sedikit peruntukan tambahan Kementerian Kerja Raya di bawah Kepala 61000 – Naik Taraf Jalan. Saya sudah pun bercakap semasa bajet tahun 2013 iaitu pun iaitu Jalan FT.7, Federal Road 7 antara Jalan Putra-Alor Setar-Kangar KM15 sempadan Kota Setar hingga ke sempadan Perlis di mana kita memerlukan peningkatan bahu jalan dan saya minta supaya ianya dapat disegerakan kerana keadaan trafik kini memang terlalu sibuk. Kita juga mohon kepada KKR untuk membuat traffic survey, congestion study di Pekan Kerpan. Pekan Kerpan ini dia di Jerlun. Jadi minta dan memang saya kira perlu sangat ditambah baik jambatan dan sebagainya sebab kawan saya tadi bisik dia hendak balik Padang Besar selalu jammed. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, satu, dua, tiga, empat. Enam lagi ya. Ya, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawakan dalam Butiran Projek Untuk Memperelokkan Jalan bagi 7000 iaitu Jalan Gemas-Ayer Hitam iaitu FT 01 di mana Jalan Buluh Kasap yang termasuk dalam Jalan Gemas Ayer Hitam ini telah pun dibuat PBT, pengambilan tanah untuk dibina jalan baru oleh sebab jalan tersebut mempunyai selekoh, ada dua buah selekoh yang dikatakan berbahaya dan sering berlaku kemalangan. Jadi, minta jasa baik pihak JKR untuk membuat semula jalan baru tersebut setelah berlaku pengambilan tanah yang mengambil tempoh masa lebih daripada 10 tahun. Jadi, hendak tahu kedudukan Jalan Buluh Kasap ini bagaimana. Kemudian Jalan Segamat-Kuantan FT12. Kita tahu kerajaan telah mula membesarkan jalan daripada Gambang hingga ke Paloh Hinai. So, status daripada Paloh Hinai ke Bandar Segamat itu bagaimana?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Bila jalan itu akan mula dinaik taraf kerana kalau melihat kepada kedudukan trafik, jalan-jalan tersebut memang memerlukan penaiktarafan segera daripada pihak kementerian? Kemudian, jalan pintas bypass Felda Redong ke Selancar yang dijangkakan akan mengurangkan kesesakan terutamanya di kawasan bandar Segamat. Jalan ini pun sama, tiga kali melantik kontraktor untuk pelaksanaan projek tetapi gagal pada kali keempat. Terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah dapat memilih kontraktor yang boleh melaksanakan projek ini. Itu pun sehingga sampai sempadan di Felda Selancar, tidak terus sampai ke jalan utama, Jalan Segamat-Kuantan. Jadi, bila projek ini dapat diteruskan dan minta kerjasama daripada kementerian sekiranya tidak dapat dimasukkan

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

untuk bajet pada tahun ini, boleh dibawa kepada Rancangan Malaysia Kesebelas? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja untuk menarik perhatian Yang Berhormat Menteri tentang Butiran 61000 dan Butiran 70000 iaitu mengenai dengan Jalan Batu Embun-Kuala Lipis di FT234, seksyen 4853 terlalu teruk sekarang ini, lebih-lebih lagi selepas banjir. Jalan ini penting kerana laluan bagi pelancong ke Taman Negara serta laluan utama rakan-rakan pengguna daripada Lipis untuk ke Lebuhraya Temerloh-Kuantan. Keduanya ialah jalan di laluan FT1530, seksyen 0.00 ke 2530 Tekam Utara. Ini juga merupakan jalan yang teruk sekarang ini, lubang-lubang dan merbahaya kepada pengguna. Ketiganya ialah jalan Jerantut ke Kuala Krau, yang mana jalan ini juga rosak akibat daripada banjir masih lagi belum dibaiki, jadi agak berbahaya kepada pengguna yang menggunakan jalan ini termasuk pengguna daripada Lipis, Jerantut, juga kawasan Tuan Pengerusi sendiri, iaitu di Kuala Krau. Seterusnya ialah Jalan Jerantut-Padang Piol yang mengalami keruntuhan banyak dan bahaya akibat daripada banjir baru-baru ini. Jadi, saya sangat berharap agar kementerian dapat memberikan perhatian kepada jalan-jalan yang telah saya nyatakan tadi demi keselamatan pengguna. Agar mereka dapat menggunakan dengan selamat dan juga selesa. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Parit Sulong masuk ya, dengar...

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam peruntukan tambahan yang dipohon oleh Kementerian Kerja Raya di bawah Butiran 70000 – Memperelok Jalan-jalan. Di mana dalam perkara yang melibatkan naik taraf jalan Jabor-Jerangau yang sekarang ini mengalami kerosakan yang sangat teruk selepas daripada banjir. Laluan ini juga menjadi laluan utama kepada pengguna-pengguna walaupun sudah ada pembukaan LPT2 daripada Jabor ke Gemuroh tetapi ia masih menjadi laluan utama terutama pada waktu-waktu kesesakan. Jadi, saya ingin untuk tahu adakah pihak kementerian akan mengambil tindakan untuk menaik taraf jalan-jalan yang telah berlaku teruk kerosakannya selepas banjir baru-baru ini. Keduanya ialah satu jalan runtuh ketika banjir baru-baru ini di kampung berhampiran dengan Hulu Dungun, Kampung Syukur yang menyebabkan terputusnya hubungan dalam memberikan bantuan kepada penduduk-penduduk yang mengalami masalah banjir di Kampung Syukur dan juga di Pasir Raja. Ini juga perlu dilihat kerana kepentingannya ialah apabila laluan ini terputus maka mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir telah tidak dapat diberikan bantuan dengan sebaiknya. Ketiga ialah kiranya kalau boleh juga dilihat kepada penyambungan jalan dari Pasir Raja ke Ulu Tembeling yang mana penduduk kampung dari Pasir Raja ini biasa menggunakan laluan hutan untuk sampai ke Hulu Dungun lebih kurang dalam empat hari waktu perjalanan menggunakan jalan darat, jalan kaki. Jadi, kalau boleh dilihat juga kepada kepentingan sambungan jalan di antara Pasir Raja ke Ulu Tembeling di Pahang yang memungkinkan mereka untuk mendapat bantuan kalau berlaku apa yang berlaku seperti banjir baru-baru ini. Seterusnya ialah berkaitan dengan LPT2 Jabor-Gemuroh yang sudah dibuka dan difahamkan akan diambil tol, dikutip tol pada bulan Ogos 2015 yang akan datang. Cuma taraf jalan itu agak tidak mencapai status atau taraf lebuh raya. Kedua, banyak hentian R&R yang tidak disiapkan dengan sepenuhnya. Ini juga dipohon daripada Kementerian Kerja

Raya untuk mengambil tindakan, memastikan perjalanan yang baik pada masa ia dibuka dengan membayar tol bulan Ogos yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya benarkan tiga lagi sebelah sini dan dua sebelah kiri saya.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 70000 – Projek Memperelokkan Jalan-jalan di Sarawak dan seluruh negara. Di kawasan saya, jalan yang sepanjang 26 kilometer telah dibina pada tahun 2000 setakat ini 15 tahun yang lalu masih dalam menggunakan gravel road. Jadi, saya pohon dengan peruntukan tambahan ini, supaya kementerian berilah peruntukan yang lebih untuk menurap jalan tersebut. Kalau tidak, rakyat di kawasan Hulu Rajang sentiasa mengharapkan peruntukan menaik taraf jalan itu kerana kita telah dalam 50 tahun sudah merdeka ini, masih juga menggunakan jalan seperti itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan dua isu berkaitan dengan peruntukan kepada KKR. Satu ialah tentang Jalan Besar dan juga Jalan Putra Permai di kawasan saya di Seri Kembangan. Saya dimaklumkan oleh pihak MRT bahawa line 2 MRT akan melalui Jalan Besar dan Jalan Putra Permai. Buat masa sekarang, kawasan dekat sana memang menghadapi kesesakan yang memang teruk dan terkenal di seluruh Selangor. Saya harap bahawa pihak kementerian boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri dan juga MRT supaya boleh naik tarafkan jalan di Jalan Besar dan juga Jalan Putra Permai. Saya juga berterima kasih lah kepada pihak kementerian atas usaha untuk membuka satu exit di MEX Highway, saya harap exit ini boleh diselesaikan dan juga dibuka dengan secepat mungkin untuk kebaikan penduduk di kawasan Seri Kembangan. Satu lagi jalan ialah jalan keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Bukit Jalil. Tuan Pengerusi, saya rasa semua Ahli Yang Berhormat yang menggunakan Lebuhraya Utara- Selatan nak pergi ke Seremban, Melaka, Johor tentu telah mengalami kesesakan di PLUS Highway akibat dari jalan keluar kepada bulatan lumba kuda dekat kawasan Seri Kembangan. Oleh sebab jalan keluar ini ialah di kawasan persempadanan Selangor dan juga Wilayah Persekutuan, saya cadangkan supaya kementerian supaya boleh menubuhkan satu Jawatankuasa untuk mengendalikan isu-isu naik taraf di kawasan jalan keluar dan juga lumba kuda Seri Kembangan. Ini supaya bukan sahaja penduduk di kawasan saya boleh mendapatkan manfaat tetapi semua orang yang menggunakan Lebuhraya PLUS ini juga boleh mendapatkan manfaat. Saya rasa projek ini perlu dimasukkan dalam RMKe-11 jikalau tidak cukup peruntukan dalam peruntukan tambahan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya juga berterima kasih kerana dapat turut serta berbahas dalam Bajet Pembangunan Tambahan (2014) 2015 bagi maksud saya hendak menyebut Butiran 00600, Butiran 61000 dan Butiran 70000.

Saya pertamanya menyokong apa yang disarankan oleh rakan saya, Yang Berhormat dari Jerantut, yang disebutkan banyak berkait perhubungannya melalui

kawasan-kawasan saya juga, yang mana yang pertama beliau sebut tadi kawasan perhubungan antara Jalan Lipis-Kerambit, Kerambit-Mela-Jerantut yang melibatkan laluan ke Taman Negara. Jalan itu amat penting sekali kerana jalan itu salah satu perhubungan utama antara Lipis-Jerantut dan terus ke Kuantan. Jalan ini amat bahaya sekali sebenarnya kerana jalannya sangat kecil dan juga berbukit bukau. Jadi ini amat penting sekali. Perkara ini telah beberapa kali saya sentuh dalam perbahasan-perbahasan bajet sebelum ini. Kalau berlaku pembuatan jalan baru iaitu antara Kuantan-Sungai Lembing, Jerantut-Lipis, mungkin ia telah tidak perlu lagi di bawah projek memperelok jalan. Jadi dalam usaha ini, beberapa kali wakil dari Paya Besar dan Jerantut pernah menyebut banyak kali, jadi inilah yang kita nak tahu status jalan itu kerana jalan ini telah beberapa kali masuk dalam anggaran bajet. Mungkin termasuk dalam anggaran bajet pembangunan kali ini. Selebihnya saya menyokong juga jalan yang amat penting yang mana jalan dari Lipis-Benta ke Jerantut yang juga disentuh oleh rakan saya, Yang Berhormat dari Jerantut tadi yang terus menghubungkan Kuala Krau dan Temerloh. Jalan ini amat penting. Kalau tak dapat nak membina baru, mungkin boleh dinaikkan taraf supaya dapat keselesaan kepada pengguna-pengguna di jalan tersebut. Jalan ini juga telah lama disentuh. Mungkin saya belum dalam Parlimen lagi telah disentuh oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lalu. Jalan ini mempunyai terlalu banyak corner, dengan izin, dan menyebabkan gangguan yang amat sangat disebabkan corners tersebut. Jalan ini saya difahamkan sebelum merdeka lagi telah dibuat tetapi sehingga hari ini tiada pembaikan untuk memperluruskan jalan-jalan tersebut. Jadi saya mohon jasa baik pihak JKR untuk mempertimbangkan sehabis baik. Jangan masuk Rancangan Malaysia Kedua Belas, ke-13 pun masih tidak dapat dibina lagi. Saya nak menyentuh juga serba sedikit Projek Memperelok Jalan-jalan yang saya telah sentuh juga di dalam Jalan Kerambit-Jerangsang yang mana kerosakannya amat teruk sekali. Saya dimaklumkan bahawasanya KSU sendiri telah turun melawat tetapi statusnya masih saya tidak dapat ketahui sehingga ke hari ini yang mana kerosakannya amat teruk. Saya setuju dengan wakil dari Parit Sulong untuk mengetahui apakah standard jalan sebenarnya. Akan tetapi, kadang-kadang standard jalan ini memang JKR dah buat ikut standard, kita tak salahkan JKR tetapi ada beberapa faktor. Mungkin disebabkan oleh SPAD dan sebagainya pula yang membawa berat muatan yang begitu berat, maka menyebabkan jalan tersebut senang pecah. Yang akhirnya saya nak bertanya juga status- disebabkan banjir baru-baru ini, telah berlaku keruntuhan jambatan di Kampung Aur Gading. Untuk makluman, jalan ini dan sebuah jambatan dibina dalam masa tiga tahun tak silap saya, dan jaminan kontraknya dua tahun. Maka, kontraktor terlepas daripada masalah keruntuhan jambatan ini. Akan tetapi saya tak tahu statusnya sama ada kesalahannya terletak pada kontraktor yang membina tidak baik ataupun design tidak betul. Akan tetapi projek ini saya tak tahu siapa yang mengawasinya. Sama ada JKR ataupun konsultan ataupun daripada kementerian- kementerian lain yang mengawasi projek ini. Ini amat malang sekali sebenarnya. Baru siap tiga tahun, jalan tersebut yang didapati yang mendap yang amat sangat dan jambatan yang bernilai tinggi ini pun runtuh. Runtuh. Tak sampai dalam masa tiga tahun telah runtuh. Yang Berhormat Shah Alam dah pandang dah tu, Yang Berhormat Shah Alam mesti nak bangun pula itu karang. Saya tak tahu. Sebenarnya bukan salah kerajaan, Yang Berhormat Shah Alam sebab kerajaan bagi bajet, tapi yang mengawasinya. Kalau konsultan, cuba lihat, sila ambil perhatian.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Pengerusi, ini Menteri baru kah ini?

Saya tak sentuh pun soal Menteri tak Menteri. Saya nampak Yang Berhormat Shah Alam pandang. Saya tanya saja Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Lipis.

Yang Berhormat Shah Alam mudah sensitif, mudah nak bangun.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, Yang Berhormat Lipis.

Jadi saya menyebut soal ini saya nak supaya siasatan menyeluruh supaya diberi penekanan, supaya kerajaan tidak dipersalahkan. Selalunya pihak sebelah sana akan menyebut kerajaan tak betul. Kerajaan dah bagi bajet. Kalau lantik konsultan, adakah konsultan ini membuat design yang tidak betul? Atau pengawasan yang tidak betul? Amat malang sekali sebenarnya. Saya sebenarnya masa saya duduk ADUN di Padang Tengku, jalan ini diluluskan oleh KKLW dengan anggaran yang begitu besar sekali sebanyak RM33 juta lebih, tetapi malangnya tak sampai tiga tahun, jalan ini telah tidak dapat digunakan dengan begitu baik lagi. Mohon Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas itu Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga mengambil bahagian perbincangan di bawah Kementerian Kerja Raya, P.27 Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan, bersama dengan Butiran 70000 – Projek Memperelok Jalan-jalan yang sedia ada. Saya rasa tak ada lah kawasan lain di Malaysia ini Tuan Pengerusi, yang terkesan dengan banjirnya paling teruk melainkan Kuala Krai. Jadi kalau ada 10 bantuan, tujuh kena pergi Kuala Krai. Lipis itu semua kita terakhirkan lah [Ketawa] Jalan yang runtuh kerana cerun-cerunnya yang rosak akibat banjir terlalu banyak untuk disebutkan satu persatu. Saya yakin senarai-senarai ini sudah ada dalam perhatian kementerian kerana saya menyaksikan beberapa buah tempat telah mula diperbaiki tetapi masih banyak lagi dan ini menimbulkan bahaya khususnya di sebelah kawasan Dabong, di Kandik, Kemubu-Dabong dan juga jalan yang bersempadan dengan Gua Musang iaitu ‘Jelawang’-Bertam-Mahligai. Keruntuhan mereka ini amat serius. Jadi perhatian kepada pembaikan semula, memperelokkan semula jalan ini mesti diberikan keutamaan kepada kawasan sedemikian. Begitu juga beberapa buah kampung yang dahulunya boleh diakses dengan kereta biasa, kini tidak boleh lagi kerana banjir. Contohnya di antara Mahligai ke Kampung Serasa, kerana kita sedang cuba membina beberapa buah rumah segera untuk bantuan banjir tetapi masalah perhubungan jalan ini agak menyusahkan. Jadi kita minta kementerian cuba mendahulukan kawasan-kawasan ini kerana kita ada proses pembinaan semula, jadi memerlukan jalan perhubungan yang lebih baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya yang telah melibatkan kawasan saya Lahad Datu di dalam rangka Pan Borneo Highway. Setakat ini sudah ada tiga buah pakej yang telah dilaksanakan yang menghubungkan Lahad Datu dengan Tawau dan juga Lahad Datu dengan Sandakan. Setakat itu saya mengucapkan jutaan terima kasih. Akan tetapi ada sebatang jalan raya yang dinamakan Jalan Tengah Nipah. Jalan Tengah Nipah ini dia menghubungkan Lahad Datu ke FELDA Sahabat. Seperti yang kita

tahu, FELDA Sahabat ini satu gugusan FELDA yang terbesar di seluruh Malaysia. Sebuah blok FELDA yang seluas 250,000 ekar. Jadi kawasan ini telah memberi dana, menyumbangkan dana kepada kerajaan berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Jadi status jalan ini kurang jelas. Ada yang mengatakan statusnya adalah state road, ada juga yang mengatakan ia Federal road. Jadi saya merayulah kepada kementerian supaya menyiasat perkara ini. Jalan ini sebetulnya setiap hari, saban hari sesak dengan kenderaan. Hal ini kerana di sepanjang jalan ini banyak sekolah-sekolah yang dibina di sini. Jadi saya merayu dan meminta kepada KKR untuk membuat kajian dan merayu supaya diberi peruntukan supaya jalan ini boleh dilebarkan, dinaik taraf kepada dua hala. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian berkaitan dengan Butiran 61000 dan juga Butiran 70000.

Saya ingin menarik perhatian KKR pada Jalan Seremban-Jelebu di satu bahagian iaitu jalan ini ialah FT86, secara spesifik lagi di seksyen 14 dan 15. Ada selekoh yang saban minggu memang ada kemalangan. Kalau sebut sahaja di antara Jalan Seremban-Jelebu ini kemalangan, orang akan tahu di situlah tempatnya. Jadi saya mohon Kementerian Kerja Raya supaya melihat untuk dapat meluruskan selekoh ini. Ada kemungkinan daripada segi kegagalan teknikal yang menjadi punca. Terbaru ialah lori tangki minyak terbalik di sana dan menyebabkan seluruh jalan itu dipenuhi dengan minyak dan KKR sudah resurface semula untuk mengelakkan daripada kemalangan yang berlanjutan. Jadi saya mohon KKR supaya dapat melihat untuk meluruskan jalan ini dan menyelesaikan masalah kemalangan yang sentiasa berlaku di bahagian berkenaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 22 orang Ahli Yang Berhormat yang bangun untuk membahaskan ke atas Perbekalan Tambahan (2014) 2015 Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh kementerian ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Sulong telah meminta Kementerian Kerja Raya menyatakan mengenai kualiti jalan raya di Parit Sulong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kualiti pembinaan jalan di negara ini termasuklah di negeri Johor perlu mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Arahan Teknik (Jalan) JKR. Garis panduan ini telah digubal dan disesuaikan dengan piawaian antarabangsa seperti British Standard (BS). Di samping itu, pihak JKR juga melaksanakan audit kualiti terhadap kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor untuk projek pembinaan jalan baru atau projek menaik taraf. Untuk projek jalan yang baru disiapkan, jika terdapat sebarang kecacatan atau kualiti pembinaan yang dilaksanakan di bawah aras piawaian atau substandard, dengan izin, pihak JKR akan mengarahkan kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan sebelum Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate of Practical Completion (CPC) boleh dikeluarkan. Kebiasaannya, sesuatu projek yang baru disiapkan itu masih di bawah tanggungjawab pihak kontraktor semasa dalam tempoh membaiki kecacatan atau defects liability period. Jika pihak kontraktor enggan membaiki kerosakan seperti yang diarahkan,

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

JKR akan merampas wang deposit daripada kontrak berkenaan dan seterusnya melantik pihak ketiga untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan terlibat. Yang Berhormat Parit Sulong juga telah membangkitkan mengenai peruntukan untuk Daerah Batu Pahat termasuklah Parit Sulong dan apakah kriteria peruntukan untuk sesebuah daerah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Parit Sulong, untuk penyelenggaraan jalan, peruntukan terbahagi kepada dua iaitu pertama ialah peruntukan penyelenggaraan rutin termasuklah memotong rumput, menampal lubang dan lain-lain. Bajet ini disediakan setiap tahun, Yang Berhormat. Kedua ialah penyelenggaraan berkala iaitu turapan semula, baik pulih dan lain-lain. Bajet ini mengikut keperluan setelah disahkan oleh Jurutera Daerah. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Parit Sulong juga, mengikut ringkasan ya. Negeri Johor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM64,600 meliputi 11 buah projek yang dijalankan di negeri Johor. Tuan Pengerusi, ahli...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Boleh atau tidak saya tanya, Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, boleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong pun kalau hendak mencelah pun boleh masuk.

Boleh masuk ya?... Masuk, masuk.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ada 11 buah projek untuk negeri Johor. Kalau Yang Berhormat ada data, saya hendak minta yang 11 buah projek itu yang mana. Oleh sebab saya tadi bangkitkan mengenai perbandingan antara kawasan Parlimen Muar dengan kawasan Parlimen Parit Sulong, sebab ia bersempadan, sebelah-sebelah. Kalau setiap bulan pun nampak macam ada naik taraf di kawasan Muar, saya tidak jealous, tidak apa. Akan tetapi itu jangan dikurangkan tetapi kena tengok juga di kawasan Parlimen Parit Sulong. Oleh sebab sepanjang perjalanan itu ia berterusan, ia bersambung sampai ke Daerah Batu Pahat dan ini ialah jalan utama. Oleh sebab itulah saya bangkitkan, sebab saya tidak nampak ada naik taraf di kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Ini bekas bos saya semasa Puteri dulu. Yang Berhormat Parit Sulong, untuk negeri Johor, terdapat 11 buah projek termasuklah: (i) memperelok jalan Muar ke Tangkak ke Segamat, Segamat– Jementah; (ii) memperelok Laluan Persekutuan FT005 Johor Bahru ke Melaka; (iii) memperelok Laluan Persekutuan Johor Bahru ke Seremban FT001, Kulai Jaya, JB- Segamat; (iv) memperelok Laluan Persekutuan Lok Heng FT099 Kota Tinggi; (v) memperelok Laluan Persekutuan Johor Bahru ke Endau FT003 Kota Tinggi, Mersing menggantikan Corrugated Metal Pipe (CMP) di Laluan Persekutuan ke Johor; (vi) memperelok Laluan Persekutuan Muar ke Segamat FT023 Ledang; (vii) memperelok Jalan Persekutuan Batu Pahat ke Ayer Hitam Jemaluang FT050 Mersing; (viii) memperelok Laluan Persekutuan FT096 ke Jalan Belut ke Simpang Renggam; (ix) memperelok Jalan Persekutuan FT17 Jalan Pasir Gudang; dan, (x) memperelok Laluan Persekutuan Felda Cahaya Baru FT133 Johor Bahru.

Itu sahaja Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, Tuan Pengerusi. Oleh sebab tadi saya dengar ada FT005 tetapi Muar ke Melaka. FT005 itu adalah dari Melaka ke Batu Pahat. Kenapakah ia berhenti sampai Muar sahaja? Sepatutnya kena teruskan ke Batu Pahat. Itu saya hendak minta...

Garang sungguh.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Penjelasan dan juga tindakan...

Ini dua-dua bekas Ketua Puteri ini.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Dan maklum balas daripada pihak kementerian.

Dua-dua bekas Ketua Puteri ini.

Hidup Ketua Puteri!

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi kita akan ambil maklum dan saya akan bincang di peringkat kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cuma Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Limbang pun ada juga tetapi belum sampa,Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri...

Ada sedikit cerita Parit Sulong tadi.

Boleh Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sekejap, sekejap. Sekejap ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri bercadang untuk respons semua sekali perbahasan seramai 20 orang ini atau jawapan bertulis kepada semua? Ini kerana...

Saya cadangkan jawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Melibatkan kawasan masing-masing.

Saya serahkan kepada Tuan Pengerusi. Sekiranya bersetuju untuk saya memberikan secara bertulis...

Saya cadangkan jawapan bertulis.

Jawapan bertulis.

Boleh kemukakan secara bertulis. Saya pulangkan kepada kebijaksanaan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, jawapan bertulis ya?... [Disampuk] Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Limbang.

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri semasa Yang Berhormat Parit Sulong fasal road safety audit ini. Saya ingin hendak bertanya sedikit sebab hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan The Pan Borneo Highway. Jadi saya ingin hendak bertanya secara spesifik. Apakah dalam pembinaan ini the four stages of the road safety auditing akan dimasukkan dalam reka bentuk? Kalau ia pun, dari mana road safety auditors sebab saya tahu di Sarawak, kalau tidak silap saya ada seorang sahaja yang qualified road safety auditors? Di sini saya hendak minta.

Setiap perancangan pembangunan yang dilaksanakan terutama dalam pembinaan jalan raya atau bolehlah kita katakan di sini lebuh raya, Yang Berhormat sudah tentu akan memastikan the four criteria akan menjadi satu keutamaan. Memang benar hari ini merupakan Majlis Pecah Tanah Jalan Pan Borneo di negeri Sarawak yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan ia sudah tentu menjadi satu perkara yang ditekankan. Ini mengambil aspirasi bukan sahaja kepimpinan kita tetapi apa yang paling penting keselamatan orang awam terutama rakyat di negeri Sarawak, Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, izinkan saya meneruskan jawapan atau Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terpulang kepada Timbalan Menteri, kalau jawapan bertulis disetujui ramai, kita beri jawapan bertulis. Jawapan bertulis ya?

Bertulis untuk semua jawapan..

...Ha, jawapan bertulis.

Baik Tuan Pengerusi. Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM894,520,030 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM894,520,030 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.28Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Pengangkutan, Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan, namun oleh sebab P.28 hanya token sahaja, P.28 tidak perlu di bahas. [Tiada perbahasan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.29Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kepala Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, namun oleh sebab P.29 hanya token sahaja, P.29 tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]

Maksud P.29Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2014 Jawatankuasa — Maksud B.30 [Jadual] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kepala Bekalan B.30 dan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, namun oleh sebab B.30 dan P.30 hanya token sahaja, B.30 dan P.30 tidak perlu di bahas. [Tiada perbahasan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.31Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] – Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, namun oleh sebab P.31 hanya token sahaja, P.31 tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud B.32Jadual] – Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Wilayah Persekutuan, Kepala Bekalan B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai tipping fees. Tipping fees ini sepatutnya dibayar oleh PBT iaitu Dewan Bandaraya, tetapi kalau kita tengok peruntukannya RM34 juta lebih ini sebagai tambahan yang diberi oleh kementerian untuk membayar tipping fees kepada tapak pelupusan sanitary di Bukit Tagar. Jadi, kalau saya congak daripada maklumat kementerian KPKT iaitu, Wilayah Persekutuan ada lebih kurang 2,000 tan sampah setiap hari, jadi setahun 720,000 tan. Dan saya ingin dapat penjelasan, berapakah tipping fees satu tan, kerana kalau saya kira RM45 satu tan peruntukan boleh bayar, lebih kurang 800,000 tan. Jadi adakah Dewan Bandaraya tidak bayar langsung tipping fees tahun 2014. Jadi, itu yang pertama. Kedua, persepsi saya, saya minta Yang Berhormat Menteri tolong jawab persepsi saya ini, adakah perjanjian konsesi itu ada certain limit, sampah wilayah, sama ada kurang daripada limit ataupun lebih daripada limit itu, sebab itulah kementerian perlu bayar.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Ketiga, saya juga melawat Bukit Tagar, mereka boleh generate 10 megawatt electricity daripada methane hasil pelupusan sampah situ. Siapakah yang membayar hasil produk mereka atau elektrik yang di generate di Bukit Tagar itu? Jadi itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada B.32. Saya hendak tahu dari Yang Berhormat Menteri, berapa lama lagi kawasan di sanitary sisa Bukit Tagar ini boleh bertahan, kalau kita mengambil kira jumlah pelupusan yang kita buat berdasarkan kepada anggaran metrik tan yang ada pada hari ini? Adakah sama ada lagi 10 atau 15 tahun? Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa dengan kewujudan incinerator di Taman Beringin kelak akan dapat mengurangkan kegunaan tanah di Bukit Tagar ini daripada segi pelupusan sanitary sisa. Akhir sekali, saya juga ingin tahu dari segi kawasan, ada tak Wilayah Persekutuan mempunyai tanah reserve untuk meletakkan pelupusan ini sekiranya Bukit Tagar ini telah memenuhi kapasitinya. Sekian.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua soalan untuk Menteri berkenaan pembayaran kepada tapak pelupusan sisa Bukit Tagar. Soalan yang pertama ialah adakah kontrak telah ditandatangani dengan pihak Bukit Tagar untuk melanjutkan konsesi dan berapa ringgit akan dibayar setiap tan, dalam syarat kontrak ini. Adakah waste guarantee, dengan izin, dimasukkan ke dalam kontrak supaya satu guarantee, satu tahap boleh diberikan kepada Bukit Tagar supaya mereka boleh guarantee satu income yang cukup untuk melanjutkan pelupusan sisa pepejal di tapak Bukit Tagar. Soalan yang kedua ialah, memandangkan apa yang Yang Berhormat Titiwangsa kata tadi, adakah pihak kementerian juga sanggup untuk top-up ataupun bayar lebih jikalau incinerator di Kepong, di Taman Beringin dibina dan berapa ringgit top-up fee, kementerian sanggup untuk membayar kos operasi yang lebih tinggi akibat pembinaan loji incinerator di Kepong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Putrajaya

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menanyakan soalan berkenaan dengan perbelanjaan tambahan yang telah dimohon sebanyak RM34,375,654.18. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, yang pertama, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi, berkenaan dengan kos tipping fees. Sebenarnya bermula pada 18 Disember 2007, DBKL telah membuat bayaran yuran pelupusan tipping fees kepada KUB-Berjaya Enviro Sdn. Bhd. sebanyak RM28.80 satu tan. Selaras dengan keputusan yang ditetapkan oleh EPU, Jabatan Perdana Menteri, pada tarikh 29 Oktober 2009. Bermula pada 1 Januari 2012, kadar yuran pelupusan, tipping fee, ditetapkan pada kadar RM49.00 satu tan, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan pada 25 Mei 2010.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Putrajaya

Walau bagaimanapun kenaikan kadar yuran pelupusan (tipping fee) sebanyak RM20.20 satu tan ini akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Permohonan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang bagi menampung kenaikan kadar yuran pelupusan tipping fee sebanyak RM20.20 satu tan bagi tahun 2012 hingga 2013 telah berjumlah sebanyak RM34,375,654.18 dibuat pada 7 Februari tahun 2014. Justeru, untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat, yang sebenarnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bayar, tapi kita hanya bayar dengan kadar RM28.80. Pada Februari 2014, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM34,375,654.18 bagi tahun tunggakan yuran pelupusan (tipping fee) dari Januari 2012 hingga Disember 2013. Tuan Pengerusi, kesimpulannya kenaikan yuran pelupusan (tipping fee) di tapak pelupusan sisa Bukit Tagar daripada RM28.80 satu tan kepada RM49.00 satu tan, bermula pada 1 Januari 2012. Kenaikan kadar yuran pelupusan (tipping fee) sebanyak RM20.20 satu tan telah dipersetujui ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan yang di salur melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. DBKL hanya menanggung kadar yuran pelupusan (tipping fee) sebanyak RM28.80. Berkenaan dengan soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, berkenaan dengan tarikh dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Titiwangsa, ini terpulang kepada KPKT. Kita hanya menggunakan fasiliti yang telah diarah oleh Jabatan Sisa Pepejal untuk kita gunakan Bukit Tagar. Berkenaan dengan kawasan, begitu juga berkenaan dengan kawasan, insinerator dan sebagainya, ini sepatutnya ditanya kepada pihak KPKT. Oleh sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya akan mengikut apa yang telah diminta oleh Jabatan Sisa Pepejal untuk kita laksanakan pelupusan tanah. Jadi, dia tidak ada berkaitan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan tidak ada kena mengena dengan perbelanjaan yang telah kita minta tambah hari ini. Ini semua di bawah Kementerian KPKT. Sekian, terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, saya rasa jikalau Kementerian Wilayah Persekutuan mesti bayar lebih akibat daripada, sebagai satu contoh, kenaikan kos konsesi KUB Enviro di Bukit Tagar ataupun pembinaan loji insinerator. Saya rasa tanggungjawab ini tidak boleh dialihkan kepada KPKT sahaja. Oleh sebab yang keluar duit adalah daripada bajet Kementerian Wilayah Persekutuan. Jadi Yang Berhormat Menteri, boleh beri pandangan tidak tentang isu ini?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Serdang, seperti yang telah saya sebutkan tadi bahawa kita telah diarah untuk bekerjasama dengan Jabatan Sisa Pepejal. Jabatan Sisa Pepejal di bawah Kementerian KPKT akan memastikan bahawa apa yang dikehendaki, apa yang patut dilaksanakan untuk pembuangan sisa-sisa pepejal dan juga sampah ini diuruskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kita merupakan hanya salah satu pengguna fasiliti yang akan disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jika mereka hendak bangunkan insinerator ataupun mereka minta kita hantar kepada landfill, kita akan laksanakan dan kita akan bincang dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap kadar yang sesuai untuk kita bayar. Memang betul seperti apa yang Yang Berhormat Hulu Langat telah sebutkan tadi, tiap-tiap PBT diarah untuk membayar kos untuk melupuskan sampah. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya hendak beri satu contoh. Jikalau KPKT mengarahkan kementerian untuk bayar, misalnya RM1 bilion setiap tahun untuk melupuskan sampah akibat daripada pembinaan loji insinerator, adakah kementerian akan kata, “Okey, ini keputusan oleh KPKT, kami akan terima saja.” Tidak ada input langsung.

Yang Berhormat Serdang, takkan lah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak berbincang dengan pengguna...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Serdang, duduk.

...Fasiliti ataupun pengguna tentang apa yang mereka hendak bangunkan. Sudah pasti mereka akan berbincang dengan pihak kami dan pihak kami akan maklumkan kepada mereka kadar yang boleh kami bayar. Seperti apa yang telah disebutkan pada awal tadi, kadar yang pertama yang telah kami setuju pada awalnya ialah sebanyak RM28.80 satu tan. Selepas ada perbincangan antara pihak KUB Berjaya Enviro di atas yuran pelupusan yang baru, maka dia telah bersetuju dengan kadar RM49.00. Dia telah minta supaya Kerajaan Pusat untuk menampung RM20.20 per tan itu tadi. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak lebih memahami tentang proses, Yang Berhormat Menteri. Jikalau misalnya, jikalau tipping fee itu naik kepada RM200 satu tan, apa proses perbincangan yang akan dilakukan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, KPKT dan juga DBKL? Ini untuk memastikan bahawa ratepayer di Kuala Lumpur itu tidak dipaksa untuk bayar lebih assessment untuk menampung kos operasi insinerator yang saya rasa akan jauh lebih, berbanding kos tipping fee di Bukit Tagar. Saya rasa Titiwangsa, Setiawangsa, penduduk dan pengundi mereka juga akan dapat kesan negatif akibat daripada kenaikan rate assesment ini.

Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Apa yang Yang Berhormat telah sebutkan tadi, kita senantiasa akan berbincang dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selalunya kita akan maklumkan kepada pihak Kementerian dan Jabatan Sisa Pepejal kadar yang kita sanggup bayar daripada apa kutipan yang kita dapat daripada rakyat dan kita tidak akan membebankan rakyat. Itulah sebab di Kuala Lumpur ini, sehingga hari ini cukai tidak dinaikkan. Kadar cukai yang telah kita tetapkan walaupun harga hartanah telah meningkat tetapi kadar kita masih kekalkan pada kadar yang lama. Oleh sebab kita tahu kekangan- kekangan yang akan dihadapi oleh rakyat. Kita senantiasa akan berbincang dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Percayalah kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan yang selalu memikirkan masalah rakyat. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Jadi, Yang Berhormat Menteri boleh beri guarantee atau tidak bahawa tipping fee ini tidak akan naik akibat daripada pembinaan loji insinerator ini.

Yang Berhormat, ini Yang Berhormat patut hala tanya kepada masalah tipping fee ini berapa akan dikenakan kalau insinerator dibangunkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya hanya merupakan salah satu PBT yang akan menggunakan facility, dengan izin, yang disediakan oleh pihak KPKT. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM34,375,700 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM34,375,700 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2014 Jawatankuasa — Maksud B.41 [Jadual] – Maksud P.41 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kepala Bekalan B.41 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin bincangkan Maksud B.41 - Kementerian Pendidikan. Sekali lagi saya ingin membawa ke perhatian Tuan Pengerusi kepada dua perkara utama ini. Pertamanya, mengenai pembinaan sekolah. Saya mohon kementerian dapat mengambil kira pembinaan sekolah-sekolah, terutama di Parlimen Kuala Selangor yang telah menjadi aku janji iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama yang melibatkan 36 buah bilik darjah. Terdapat juga sekolah-sekolah lain, merangkumi Sekolah Kebangsaan Alam Perdana dan juga Sekolah Kebangsaan Alam Seri dan sebagainya.

Saya ingin nyatakan di sini pembinaan sekolah ini sangat penting kerana kepadatan penduduk yang semakin meningkat dan murid telah mencecah hampir 3,900 orang dan rujuk kenyataan daripada Persatuan PIBG untuk mewujudkan kelas pada waktu malam. Keduanya Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk pada pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor. Saya mohon juga agar kementerian dapat mengambil kira pembinaan bangunan pejabat pelajaran di Kuala Selangor untuk memenuhi skop yang sedia ada yang lengkap dengan bilik mesyuarat, kafeteria, surau dan bilik penyimpanan fail sulit. Ini kerana PPD pada masa sekarang menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat yang daif keadaannya sehingga merencatkan daripada segi urusan pendidikan dalam Daerah Kuala Selangor. Maka saya berharap pembinaan bangunan PPD yang baru ini dapat dipercepatkan memandangkan PPD menjadi nadi pendidikan di sebuah daerah serta untuk mengerakkan Pelan Pendidikan 2015-2025. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Maksud B.41 Kementerian Pendidikan termasuk pada beban kerja guru iaitu menilai sistem waktu kerja. Saya ada terbaca mengenai kenyataan daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyatakan sistem waktu bekerja guru hanya sembilan jam mulai Januari 2012. Walau bagaimanapun, waktu kerja sebenar mengikut sistem yang ditetapkan. Namun secara realitinya mengikut beban kerja guru pada masa kini, mereka bekerja jauh lebih dari waktu tersebut dan mereka juga terpaksa membawa longgokan kerja hingga ke rumah. Bebanan kerja yang banyak terhadap guru akan memberi impak terhadap kualiti pelajaran dan seterusnya menjejaskan keputusan pelajar kerana guru dibebani dengan pelbagai tugas lain sehingga tugas hakiki mereka terjejas. Saya juga mengalu-alukan cadangan pihak kementerian untuk mewujudkan 10,000 jawatan pembantu pentadbiran sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mohon disegerakan tindakan ini terutamanya di Parlimen Kuala Selangor supaya guru-guru dapat memberikan fokus sepenuhnya dalam pengajaran daripada kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran. Tuan Pengerusi, yang terakhir saya juga ingin memberi perhatian kursus kepada soal-soal sekolah-sekolah pedalaman. Perhatian kursus adalah sangat perlu dan penting dalam melonjakkan pendidikan luar bandar bagi merapatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Tiada dinafikan banyak sekolah pedalaman melahirkan pelajar-pelajar cemerlang walaupun agak kekurangan daripada aspek kemudahan dan infrastruktur jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar. Saya juga ingin merujuk pada keputusan SPM khususnya di Daerah Kuala Selangor wujud perbandingan yang ketara, pertama sekali di sekolah-sekolah di kawasan bandar dengan luar bandar. Kursus ini adalah wajar dalam memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk

cemerlang di mana perhatian kursus meliputi projek-projek khas yang meliputi aspek infrastruktur, peralatan, kurikulum dan program bantuan serta khidmat sokongan. Yang terakhir saya juga ingin mencadangkan agar Kelas Abad ke-21 yang kini telah digerakkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dapat diperbanyakkan khususnya dalam sekolah-sekolah terutamanya dalam Parlimen Kuala Selangor. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya ingat dalam peringkat jawatankuasa kita mesti tertakluk kepada Bekalan B.41. Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat petang, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mendapat penjelasan berkenaan dengan posting yang melibatkan 511 kelulusan daripada IPG daripada opsyen pendidikan Islam yang masih tidak lagi ditempatkan. Hanya 150 orang sahaja ditempatkan di penghujung Januari pada tahun 2015 baru ini. Manakala 361 lagi terpaksa menjadi calon simpanan. Dia macam main bola pula. Sedangkan mereka ini sudah pun lulus dalam temu duga SPA. Yang paling malang lagi ada di kalangan guru ini yang pergi berjumpa dengan bahagian Sumber Manusia dimaklumkan tarikh untuk mereka ditempatkan ialah pada bulan April 2015 dan ada juga satu tahun lagi mengatakan pada bulan Jun 2015. Isu yang kedua ialah berkenaan dengan sistem aplikasi yang digunakan oleh guru- guru pada hari ini. Sekarang kita lihat guru-guru menghadapi masalah yang server yang ada di kementerian yang sukar untuk guru masukkan markah ujian mereka pada bulan Mac baru ini. Saya hendak minta penjelasan. Bilakah perkara ini dapat diselesaikan? Jangan biarkan guru kita menderita. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh sedikit tentang Bekalan B.41 di mana tambahan sebanyak RM428 juta diperuntukkan untuk bayaran emolumen kakitangan awam. Saya nak sentuh isu ini kerana walaupun jumlah besar telah diperuntukkan untuk membayar imbuhan tahunan dan bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di bawah Kementerian Pendidikan, tetapi di kawasan Kulai dan juga di Johor SJK(C) masih menghadapi isu kekurangan guru pada awal tahun ini. Saya bagi satu contoh di kawasan Kulai ada 14 buah SJK(C). Pada awal tahun ini kita mempunyai jumlah guru yang kurang sebanyak 78. Kalau kita bandingkan dengan tahun 2014, pada awal tahun 2014 kekurangan guru sebanyak 38, tetapi tahun ini kekurangan guru sebanyak 78. Oleh sebab itu SJK(C) Kulai 1 yang sepatutnya kalau ikut jumlah murid yang sepatutnya membuka 55 buah kelas, tetapi oleh sebab kekurangan guru mereka hanya membuka 49 buah kelas sahaja iaitu di SJK(C) Kulai 1. Saya rasa isu kekurangan guru ini satu isu yang lama dan sekarang memang telah menjejaskan kualiti pendidikan di sekolah- sekolah kita. Kalau ikut satu statistik yang dibekalkan oleh NGO-NGO di Johor untuk tahun ini, pada awal tahun ini kekurangan guru di Johor adalah melebihi 300 orang. Saya tidak pasti angka ini adalah betul atau tidak betul, saya minta bantuan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi saya hendak tanya sama ada isu kekurangan guru di Johor ini, di Kulai ini telah diselesaikan. Apa rancangan daripada kementerian untuk mengatasi isu ini. Takkan kita setiap tahun datang ke Parlimen kita bangkit isu yang sama. Semua orang bangkit isu yang sama, saya rasa cukup lama. Sekarang Ahli-ahli Parlimen MCA selalu cakap. Oleh sebab sekarang tidak ada wakil MCA dalam Kementerian Pendidikan, isu kekurangan guru di SJK(C) ini menjadi semakin teruk. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekian sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya Bukit Bendera.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bahas di bawah Maksud B.41 Butiran 020300 - Pendidikan Menengah, hanya dua isu. Yang pertama mengenai kemahiran berfikir aras tinggi, iaitu satu format pentaksiran baru yang sepatutnya diperkenalkan mulai tahun 2017 agar terdapat cukup masa untuk melatih guru dan mengajar murid dalam format baru ini. Jadi soalan saya kenapa dengan tiba-tiba soalan SPM tahun lepas ada dalam 30% hingga 40% yang menggunakan format KBAT ini sedangkan buku teks pun belum siap, guru belum dilatih, murid tidak sedia lagi. Soalan kedua mengenai Ujian Amali Sains untuk kertas fizik, ini untuk SPM juga ya. Untuk kertas fizik, kimia, biologi dan sains tambahan yang sepatutnya dimulakan pada tahun ini tetapi telah ditangguh ekoran daripada surat penangguhan dari Lembaga Peperiksaan baru dua minggu lepas. Walaupun saya setuju dengan penangguhan ini, tetapi soalnya kenapa banyak sangat flip-flop dan ketidaktentuan dalam keputusan Lembaga Peperiksaan, kenapa ditangguh pada bulan tiga apabila sudah banyak sekolah yang sudah mula untuk mengajar murid dan untuk menyediakan murid bagi menghadapi ujian amali, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas dalam perkara Maksud B.41 - Pendidikan. Saya ingin menyentuh tentang sebuah sekolah menengah sekolah menengah agama yang telah lama dijanjikan untuk didirikan di Lahad Datu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Perkara ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran pada 28 Ogos 2010. Di mana Yang Amat Berhormat telah menjanjikan pada masa itu sebelum pilihan raya agar sebuah sekolah menengah agama didirikan di Lahad Datu. Untuk makluman Tuan Pengerusi, Lahad Datu merupakan kawasan yang mempunyai penduduk hampir 80% yang beragama Islam daripada jumlah penduduk lebih kurang 360 ribu. Jadi, ini telah dijanjikan di khalayak ramai dan saya setiap kali berucap saya sering sentuhkan perkara ini. Saya merayulah kepada pihak kementerian supaya dapatlah diberi pertimbangan untuk dibina sebuah sekolah menengah agama di Lahad Datu.Kerajaan negeri juga telah menyediakan tapak untuk sekolah ini cuma diperlukan peruntukan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang untuk Kapar membahaskan Maksud B.41. Soalan saya ringkas sahaja, dua soalan. Pertama, ada kena mengena pembayaran emolumen kakitangan awam ini sebanyak RM428 juta melibatkan berapa ramai kakitangan, itu yang pertama. Kedua, dalam penjelasan juga telah menekankan tentang bantuan khas kewangan. Daripada RM428 juta ini berapa banyak peruntukan yang telah disalurkan untuk bantuan khas kewangan dan berapa ramai yang telah mendapat

bantuan ini? Saya juga menuntut Timbalan Menteri menjelaskan maksud bantuan khas kewangan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020300 – Pendidikan Menengah. Di daerah Kerian khususnya di Parlimen Bagan Serai, kita ada 12 buah sekolah menengah, 45 buah sekolah rendah dan 35,000 orang pelajar. Pencapaian pelajar-pelajar di Parlimen Bagai Serai ini sangat baik dari tahun ke tahun. Akan tetapi ada dua soalan saya hendak tanya di sini. Pertamanya, kenapakah di Parlimen ini tidak ada sekolah menengah berasrama penuh dan juga tidak ada MRSM? Saya ingin bertanya apakah kriteria untuk penubuhan? Kenapa daerah lain ada, kenapakah daerah ini tidak ada sampai sekarang? Sebenarnya orang Bagan Serai sudah mula kecil hati dan rasa terpinggir. Seperkara lagi Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kecil hati tetapi masih undi Barisan Nasional lagi ya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Permohonan untuk Sekolah Menengah Pelangi Perdana di Jalan Baru, Parlimen Bagan Serai. Pengambilan tanah pada tahun 2007 dan dijangka dalam lima tahun akan dapat 2,000 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang ada sekarang ini terpaksa keluar seawal pukul enam pagi dan balik sehingga lapan malam untuk sesi petang. Kebanyakannya terpaksa bayar tambang bas sehingga RM46 sebulan dan mereka ini kebanyakannya orang-orang yang susah. Jadi, kita memohon Sekolah Menengah Pelangi Perdana ini diwujudkan sebab sudah lama rakyat di Parlimen Bagan Serai menunggu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 41 dalam aspek kewujudan sekolah, koperasi pendidikan, pendidikan menengah. Dua perkara yang saya hendak timbulkan kepada kementerian. Pertama sekali bila kita tengok DUN Tanjung Surat di bawah Parlimen Pengerang, Mukim Pengerang. Dengan adanya Projek Rapid, berkali-kali selaku Ahli Parlimen saya menyebut tentang kewujudan sekolah menengah vokasional kerana mengambil kira dalam pendidikan persediaan pekerjaan dalam minyak dengan gas. Keperluan sekolah vokasional perlu diutamakan. Jadi soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, bilakah akan diambil langkah proaktif oleh kementerian untuk mewujudkan sekolah vokasional secepat mungkin? Keduanya, saya hendak bertanya kepada kementerian berkenaan dengan Projek Rapid yang mana pemindahan sekolah-sekolah yang sedang berlaku. Jadi soalan saya tentang adakah akan diwujudkan sekolah berasrama penuh yang baru dalam Parlimen Pengerang terutama di DUN Tanjung Surat, persediaan bagi Projek Rapid. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak berbahas Butiran 41 – Kementerian Pendidikan. Baru-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Hulu Selangor yang ada juga dalam Dewan ini telah membuat kenyataan bahawa penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia adalah jauh lebih baik dari Singapura. Kita merupakan kedudukan teratas di Asia...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masuk dalam mana itu Yang Berhormat, emolumen?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Masuk dalam operasi pendidikan Butiran 020000. Nanti saya akan terangkan. Akan tetapi di sini saya rasa keadaan amat menyedihkan kerana ini adalah sama seperti peribahasa, “Masuk bakul angkat sendiri”. Saya rasa tidak ada masalah kalau kita mengakui kelemahan kita tetapi yang penting kita memperbaiki kelemahan tersebut. Saya hendak petik di sini laporan Malaysia Education Blueprint bahawanya SPM 2011, 23% orang pelajar gagal dalam bahasa Inggeris sedangkan hanya 9% dalam Bahasa Melayu. Hanya 16% orang pelajar mendapat keputusan cemerlang bahasa Inggeris berbanding 30% Bahasa Melayu. Ini juga kerana kita membuat pemarkahan ikut piawaian tempatan. Kalau ikut piawaian Cambridge International Examination kertas bahasa Inggeris SPM 50% orang pelajar kita akan gagal mencapai tahap minimum. Berbanding kalau ikut piawaian Lembaga Peperiksaan hanya 20% yang gagal. Dalam Malaysia University English Test (MUET) tahun lepas hanya dua daripada 100,000 orang calon mendapat Band 6 ataupun markah tertinggi, band tertinggi, very good. Manakala 90% orang calon lain dapat gred terendah iaitu daripada Band 1 hingga Band 3. Jadi, sini saya ingin tanya kepada kementerian mengapa kita masih lagi belum terbitkan laporan kemajuan ataupun laporan status untuk Malaysia Education Blueprint bagi tahun 2014. Saya hendak mohon supaya kementerian boleh bentangkan dengan kadar segera. Sudah masuk ke bulan April 2015 tetapi kita masih belum lagi tahu apakah perkembangan segala-gala program peningkatan, penguasaan bahasa, peningkatan kualiti pendidikan negara kita. Terima kasih.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis sudah. Ya, Yang Berhormat Batu Kawan, lepas itu Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk membahas Maksud B.41 – Kementerian Pendidikan. Tuan Pengerusi tahun demi tahun sekolah vernakular diperkatakan dengan tanggapan bahawa sekolah baru akan dibina, peruntukan akan ditambah, bantuan akan diberi dan macam-macam lagi. Akan tetapi jenuh mereka menunggu hasrat masih belum dicapai, janji tidak ditepati. Saya ingin membawa dua isu ke Dewan yang mulia ini. Satu, berhubung dengan pembinaan sekolah baru Tamil SJK(T) Sungai Bakap. Sekolah ini yang berusia lebih 60 tahun telah diberikan janji oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan sejak tahun 2012 lagi. Surat hitam putih dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan jelas mengiktiraf pembinaan sekolah baru di tapak yang telah pun disediakan di atas Lot 464 dengan papan tanda tanah Kerajaan Persekutuan, pemilik tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan agensi pengguna Kementerian Pendidikan. Malah dalam temu bual bersama akhbar New Straits Times dalam bulan Mei 2014, Timbalan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Hulu Selangor telah menyatakan dengan confident bahawa kerja pembinaan sekolah baru akan bermula pada bulan Jun 2014 atau selewat-lewatnya Julai. Dengan izin, “I am happy to announce that the ministry will appoint an Indian contractor for the job, a first for Indian contractors, we will deliver our promises”. Apa yang peliknya Tuan Pengerusi dalam jawapan Kementerian Pendidikan Oktober tahun lepas ternyata hitam putih, Menteri menyatakan bahawa kementerian belum lagi menerima apa-apa permohonan dari sekolah tersebut. Pada masa yang sama akan meneliti dengan lebih lanjut sekiranya terdapat justifikasi kukuh cadangan pembinaannya akan disenaraikan dalam permohonan RMKe-11 mengikut keutamaan. Tuan Pengerusi, sama ada tiada langsung koordinasi antara kementerian dan agensi kerajaan dalam pembinaan sekolah baru ataupun memang hasrat kerajaan untuk tidak membina sekolah vernakular lebih-lebih lagi di Pulau Pinang, sebuah negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Bagaimanakah sebuah kementerian boleh memberi jawapan sebegini? Ini bukan kedai runcit atau kedai kopi, ini sebuah kementerian.

Tuan Pengerusi dalam jawapan Kementerian Pendidikan pada 11 Mac yang lalu cadangan pembinaan SJK(T) Sungai Bakap telah disenaraikan dalam Pakej Rancangan Khas (PRK) tahun 2013 dengan peruntukan RM3.5 juta yang melibatkan pembinaan baru atas lot tersebut.

Jawapan kementerian, sekolah ini tidak dapat dibina mengikut masa yang awal kerana peruntukan di bawah pakej rangsangan khas tahun 2013 telah digunakan untuk menampung komitmen bagi projek rancangan khas tahun 2012. Projek ini akan dilaksanakan menggunakan baki peruntukan pakej rancangan khas tahun 2014. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya sekali lagi di Dewan yang mulia ini, di sebalik tipu muslihat dan silap mata ini, berapakah baki peruntukan pakej rancangan khas tahun 2014 yang telah dijanjikan untuk digunakan bagi pembinaan sekolah baru SJK(T) Sungai Bakap? Ini kerana memandangkan kerajaan semangat untuk menetapkan tarikh 1 April untuk mengimplementasikan GST tetapi hendak bagi tarikh untuk membina sekolah baru sampai sekarang terpinga-pinga. Saya mohon agar satu tarikh juga diberikan bilakah sekolah baru SJK(T) Sungai Bakap akan dibina? Tuan Pengerusi, poin yang seterusnya. Saya ingin menyentuh mengenai isu Universiti AUCMS yang masih belum diselesaikan. Apakah status skrol ijazah perubatan pelajar MARA di Universiti Sumatera Utara di Indonesia? Pelajar Malaysia yang mendapat pendidikan di Indonesia masih belum mendapat skrol lagi kerana mereka diberitahu bahawa bayaran belum dijelaskan lagi. Tambahan lagi, mereka ini pelajar biasiswa MARA. Oleh sebab masalah pembayaran, bukan sahaja skrol mereka belum terima, tetapi mereka tidak dapat mendaftar sepenuhnya dengan MMC tanpa skrol tersebut. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, jika benar tanah di Trent Park, London yang bernilai £30 juta atau lebih RM160 juta...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan melencong jauh sangat daripada butiran, Yang Berhormat.

Berhubung dengan Supplementary Budget sahaja, Tuan Pengerusi. Atau lebih RM160 juta dijual atau tidak. dan jika ia, ke manakah perginya wang tersebut? Adakah ia digunakan untuk membayar gaji staf di AUCMS atau melangsaikan apa-apa hutang dengan universiti lain supaya pelajar-pelajar scholar kita dapat meneruskan perjalanan mereka ke alam perubatan dan penjagaan kesihatan. Tuan Pengerusi, tiada erti kata 1Malaysia jika kementerian dan Perdana Menteri memilih bulu berhubung dengan pembinaan sekolah vernakular, sekolah Tamil dan sekolah Cina di Malaysia. Kalau satu-satu kerajaan tiada priority dengan izin, untuk memastikan hak asasi generasi anak-anak muda mendapat pelajaran terbaik, bagaimanakah negara Malaysia ini boleh bersaing dengan negara-negara maju tanpa pindaan polisi-polisi kalut dan outdated? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, saya baca di sini- sebentar Yang Berhormat Menteri. Ini emolumen. Walau ditulis itu, tetapi huraian dia adalah emolumen. Ya, saya bagi Yang Berhormat Ampang sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.

Saya nak sentuh mengenai Ubahsuai Naiktaraf...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Operasi pendidikan tetapi huraian dia, emolumen, Yang Berhormat.

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sebut di sinilah, bertahun-tahun saya di sini menyatakan tentang keperluan seperti mana yang lain, beberapa tahun berjanji-berjanji hendak membina sekolah yang baru, begitu juga di Parlimen saya, Parlimen Ampang di Bukit Antarabangsa

yang mana sudah penduduknya memang sudah cukup kepadatannya memang wajar untuk membina sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah. Ketika itu diminta Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan tanah, sudah kita sediakan dua pilihan keping tanah tetapi sampai sekarang masih belum lagi. Sesi yang lepas, tahun yang lepas, yang lepas, yang lepas, dua tiga tahun yang lepas memang janji kata hendak bina sekolah di situ tetapi sampai sekarang masih belum lagi ada apa-apa pembinaan. Yang keduanya, saya hendak sentuh tentang pembelajaran kanak-kanak OKU yang saya rasa amat perlu diberikan perhatian kerana kita lihat trend peningkatan anak- anak OKU telah bertambah makin tahun ke tahun. Jadi Kementerian Pendidikan mesti melihatkan bagaimana kita hendak memanfaatkan anak-anak ini yang walaupun mempunyai masalah terencat akal, autisme dan sebagainya ataupun learning disabilities ini, boleh kita pupuk dan mendidik mereka menjadi manusia bermanfaat, insya-Allah. Akan tetapi apa yang terjadi sekarang Tuan Pengerusi, anak-anak ini sama ada mereka mempunyai apa-apa kekurangan learning disorder seperti dyslexia, autism, syndrome down, mentally retarded, mereka ini semuanya diletakkan dalam satu kelas dan diberikan aktiviti yang sama, mewarna. Jadi ini cara yang tidak betul sama sekali. Setiap individu memerlukan pendekatan yang berbeza. Barulah kita dapat maximize, optimize dia punya kebolehan agar kita dapat menjadikan mereka warga negara yang boleh dimanfaatkan. Kita lihat di sekolah-sekolah yang ada guru-guru yang ditempatkan di kelas khas ini tidak diberi latihan ataupun guru ini tidak terlatih. Contohnya beberapa buah sekolah yang dikenal pasti, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Melawati, Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 5, dan beberapa lagi yang saya pasti mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, saya mintalah Menteri Pendidikan untuk melakukan sesuatu agar keadaan tidak menjadi lebih parah kerana anak-anak ini harus diberikan perhatian agar mereka dapat, seperti saya sebut tadi, dimanfaatkan. Jadi saya harap perkara in dapat diberikan perhatian yang lebih serius kerana kalau tidak, peningkatan trend terhadap anak- anak yang mengalami mental learning disabilities ini akan terbiar dan makin ramai lagi anak-anak warga negara kita akan dalam keadaan itu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Menteri jawab yang berkaitan butiran. Yang tidak itu boleh jawab secara bertulis.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Ampang kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2014 dan Anggaran Perbekalan Pembangunan Tambahan Pertama 2014 pada kali ini. Daripada 11 Ahli Yang Berhormat Tuan Pengerusi, hanya seorang Ahli Yang Berhormat spesifik kepada tajuk perbincangan iaitu Yang Berhormat Kapar.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, yang lain itu boleh jawab bertulis, Yang Berhormat ya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kapar, sebenarnya permohonan bantuan khas kewangan ini ialah tambahan- sepertimana Yang Berhormat sedar, sebanyak RM428 juta diperlukan bagi menampung pembayaran emolumen kakitangan awam dalam Kementerian Pendidikan berikutan pembayaran imbuhan tahunan dan bantuan khas kewangan. Di Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berhormat, kita ada lebih kurang 600,000 orang kakitangan awam. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap bulan emolumen Kementerian Pendidikan sahaja sebanyak RM2.5 bilion sebulan. Dua bayaran yang telah kita maklumkan

di sini ialah, satu, bayaran bonus yang mana telah diumumkan akan mendapat gaji separuh bulan ataupun RM500 minimum dan pada masa yang sama untuk bayaran khas. Bayaran bantuan khas ini sempena hari raya sebanyak RM500 kepada pegawai Gred 54 dan ke bawah juga telah mengakibatkan implikasi kewangan yang tinggi di mana sebanyak RM42.8 juta untuk 85,613 orang warga Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat kementerian sahaja. Terima kasih Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang lain. Kita ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya akan dilaksanakan. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada perhatian, keprihatinan dan teguran dan sokongan yang berterusan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM428,022,300 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pendidikan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM428,022,300 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM50 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM50 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2014) 2015 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2014 Jawatankuasa — Maksud B.42 [Jadual] - Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya. Butiran 020200 di bawah Maksud B.42, Kementerian Kesihatan.

Saya ingin merujuk kepada program latihan dan saya harapkan supaya dalam kita melaksanakan untuk mencari kakitangan baru untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisien dan murah kepada rakyat tentang kesihatan keluarga dan juga kesihatan rakyat. Saya ingin membuat satu perkara yang mana saya melihat bahawa terdapat satu kaedah pembayaran yang perlu dibuat kepada hospital sebanyak RM100 di Kuala Kangsar. Saya tidak tahu dengan hospital lain kerana untuk pemeriksaan asas untuk syarat- syarat pembaharuan senjata api, padahal di peringkat klinik swasta cuma RM10 atau RM20. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, mengapakah hospital mengenakan bayaran sebanyak RM100 kepada pemeriksaan yang begitu asas? Sedangkan kalau mereka tahu, mereka boleh maklumkan kepada rakyat biasa untuk pergi ke klinik swasta yang mengenakan caj sebanyak RM10 ataupun RM20 sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, di B.42 ini untuk pembayaran emolumen kakitangan awam. Di sini saya hendak menekankan bahawa dengan bayaran untuk emolumen ini, kita berharap di hospital-hospital seperti di Klang - Hospital Klang sudah uzur dan bilangan pesakit sama ada pesakit luar atau pesakit di dalam wad itu penuh, memang penuh. Di sinilah kita berharap kakitangannya dengan bayaran emolumen dan juga bonus dan sebagainya boleh meningkatkan standard perkhidmatan kepada pesakit-pesakit. Ini termasuk di semua hospital awam, HKL pun begitu juga, dengan begitu ramai. Ini bukan sahaja berlaku di negara ini, negara lain pun juga masalah ramai pesakit terutamanya sekarang dengan ekonomi pun sudah itu...

GST, GST.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, GST ini kita boleh bincang kemudian ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Kepong sokong GST agaknya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sokong GST, Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kita hendak itu ...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak payah, tidak payah bahas Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya [Ketawa] Jadi Tuan Pengerusi, di hospital- hospital ini kerana ekonomi pun sudah ada terjejas sikit dengan keadaan di dalam dan luar negara termasuk GST, perniagaan pun kurang, memang kurang. Dengan demikian, lebih ramai yang pergi ke hospital, memang lebih ramai dan kadangkala kalau bukan pesakit tenat, pesakit cemas, memang dia mesti menunggu dan tempoh waiting list memang panjang termasuklah pembedahan untuk koronari untuk jantung pun waiting list sudah ditambah kerana ramai. Sebab itulah saya berharap kakitangan hospital ini dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatan untuk menjaga pesakit-pesakit dan waiting list pun dapat dikurangkan. Oleh sebab pesakit terlalu ramai, kadangkala sikap kakitangan itu tidak begitu sopan dan mesti kita meningkatkan kesopanan juga. Dengan demikian, saya berharaplah pihak kementerian dapat mengambil perhatian supaya kita boleh memperbaiki, menambah baikkan keadaan perkhidmatan di semua hospital di negara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 42 - Kementerian Kesihatan. Saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Kepong dan saya amat setujulah. Saya pertama sekali bila hendak tengok tentang berkenaan dengan butiran ini, pada tahun 2011, doktor-doktor yang ada dalam negara kita ialah sebanyak: | Profesion Doktor |Bilangan| |-------------------------|-------:| |Doktor Awam | 25845| |Doktor Klinik Swasta | 10762| |Jumlah Keseluruhan Doktor| 36607|<END_TABLE_MARKER>

Kalau kita tengok ratio pada 2011 ialah 1:791. Saya menganggar pada tahun 2015 ini, mungkin kenaikan sebanyak 20% kepada 30% bukan sahaja dalam aspek jumlah doktor tetapi juga ratio kepada populasi. Sama juga dengan hospital yang ada dalam negara kita, sama ada hospital swasta ataupun hospital kerajaan. Suka atau tidak suka, kita akan melihat rakyat begitu ramai, doktor sebanyak mana pun tidak akan mencukupi untuk memberi bantuan kesihatan yang terbaik bagi rakyat. Itu sebabnya saya hendak menimbulkan kepada Yang Berhormat Menteri. Daripada kita membelanjakan duit yang begitu banyak dalam aspek kakitangan kepada Kementerian Kesihatan, kenapakah tidak kita melangkah kepada contoh-contoh negara maju seperti di Denmark ataupun di Australia? Di mana mereka mempunyai apa yang disebut sebagai super clinic, dengan izin, yang mana mereka membezakan antara pesakit- pesakit kronik dengan pesakit-pesakit generalist, dengan izin, yang tidak kronik yang mana hospital-hospital mewujudkan macam contohnya early discharge ataupun pelepasan awal ataupun yang disebut sebagai mereka tidak dalam hospital secara menyeluruh dalam aspek katakan selepas dilakukan pembedahan, mungkin sehari dua boleh dihantar pulang. Sebab kalau kita tengok daripada apa yang berlaku di negara-negara maju, mereka menerima hakikat bahawa kos kesihatan daripada segi ukuran contohnya, hospital dalam negara kita - saya sebagai Ahli Parlimen dalam Daerah Kota Tinggi, Parlimen Pengerang dimaklumkan hendak bina hospital 50 buah katil, sebuah hospital itu RM1 juta. Maknanya RM50 juta hendak bina hospital. Jadi macam mana pun hospital di Daerah Kota Tinggi ada 50 buah katil, RM50 juta, dia hendak selesaikan 50 buah katil kepada 300,000 lebih kurang tolak campur, tiga buah kawasan Parlimen dalam Daerah Kota Tinggi iaitu Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara. Macam mana pun letak doktor pakar, macam mana pun banyak jururawat, macam mana pun banyak isu kewujudan bilik pembedahan, takkan mencukupi kepada jumlah rakyat tolak campur 300,000 ke bawah. Jadi, kalau kita mewujudkan kewujudan hospital hari ini dengan cara kita membuat perbelanjaan, memang tidak mencukupi. Itu sebabnya kalau kita memakai Blue Ocean Strategy sebagai contoh, bahawa kementerian perlu memikirkan keadaan yang lebih strategik supaya perbelanjaan tahunan kerajaan dalam Kementerian Kesihatan itu bukan sahaja dikatakan bertambah tetapi dibijaksanakan perbelanjaan. Sebagai contohnya Denmark dan juga Australia, Tuan Pengerusi. Contoh pertamanya, dia membezakan antara doktor pakar dengan tidak pakar yang mana kalau penyakit itu tidak memerlukan doktor pakar, doktor-doktor biasa boleh selesaikan, pakar ini pada stage yang terakhir. Kita ini kadang-kadang kerana kerajaan selalu menggalakkan kesihatan secara percuma, hendak jumpa doktor pakar pun macam kata Yang Berhormat Kepong, senarai-senarai perjumpaan hendak jumpa doktor pakar atau doktor biasa pun memang berbulan-bulan. Ini agak tidak adil kepada rakyat. Itu sebabnya bagi saya, kerajaan mesti dalam Blue Ocean Strategy ini memikirkan cara yang lebih memudahkan kepada rakyat. Kemudian contoh yang mereka wujudkan ialah mobile clinic. Kenapa tidak? Kenapa kita tidak boleh memperbanyakkan mobile clinic ini yang mana tidak payahlah rakyat macam saya dalam kawasan Pengerang ini hendak pergi ke Kota Tinggi, 20 kilometer atau 25 kilometer. Kalau ada kereta itu tidak apa. Dengan bas atau hendak naik motor punyalah jauh. Bila sudah sampai, empat jam atau lima jam hendak tunggu jumpa doktor. Hendak operation pula empat bulan atau lima bulan. Saya rasa tidak adil bagi rakyat. Jadi, bila adanya mobile clinic, mobile clinic ini diwujudkan juga pengkhususan. Adanya kata orang mobile surgery center sebagai contoh. Jadi kerajaan boleh menurunkan bantuan-bantuan kesihatan kepada rakyat. Bukan rakyat pergi ke hospital, hospital pergi kepada rakyat.

Jadi dalam kawasan luar bandar sebagai contoh, ini perlu menjadi Blue Ocean Strategy Kementerian Kesihatan. Kemudian ditambah pula hari ini, banyak orang mengatakan bahawa kos hospital begitu tinggi kerana orang tengah, middle man yang mana mereka hendak mendapat untung bila menjual barang-barang kesihatan. Jadi kenapa tidak boleh kita wujudkan satu sistem yang lebih murah, memikirkan pendekatan yang lebih

murah supaya kos hospital, pembinaan hospital tidak membebankan rakyat secara menyeluruh. Jadi saya mintalah kepada Kementerian Kesihatan sebab banyak mana pun kita bina hospital, banyak mana pun doktor kita bagi duit, banyak mana pun gaji, tidak akan mencukupi kerana pada tahun 2011 ratio nya 1:791 orang. Saya yakin pada tahun 2015, ratio mungkin 1:800 ke-900 orang. Jadi dengan jumlah rakyat yang begitu ramai, saya cukup yakin bahawa pendekatan Blue Ocean Strategy ini dapat membantu terutama dalam aspek kakitangan dan juga dalam aspek pembinaan hospital secara menyeluruh. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran B.42. Kita lihat dalam perbelanjaan tersebut RM200 juta diperuntukkan khususnya untuk penambahan jawatan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu ini, antara jawatan-jawatan yang ditambah itu, beberapa peratus adalah untuk jururawat, untuk pakar dan untuk doktor-doktor pelatih. Saya hendak rujuk kepada khususnya pakar. Kita lihat walaupun Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan Titah Diraja pernah mengatakan bahawa KPI telah ditetapkan untuk temu janji pakar-pakar dan sebagainya. Akan tetapi saya pasti kalau ada sesiapa yang ada pengalaman buat sementara, memang masa menunggu untuk temu janji pakar, konsultasi pakar memang agak lama. Baru sahaja minggu lepas saya ada pengalaman seorang pesakit yang jumpa saya yang tunggu untuk buat ekokardiogram sampai enam bulan appointment. Ini pasti tidak boleh diterima sebab ini sepatutnya dibuat dalam seminggu dua. Ini pasti adalah kerana kekurangan pakar. Dalam penambahan tersebut, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab setakat mana kekosongan pakar-pakar di bawah kementerian. Kedua, berkenaan dengan doktor juga, doktor pelatih. Kita lihat disebaliknya kita tahu mereka yang graduate daripada universiti kursus perubatan, sekarang perlu tunggu sehingga setahun untuk dapat posting sebagai pegawai perubatan pelatih ataupun housemen. Adakah ini kerana tidak ada kekosongan dalam kementerian ataupun kekurangan daripada segi ruang untuk melatih doktor pelatih tersebut. Ataupun kekurangan peruntukan untuk melatih mereka. Jadi saya harap soalan-soalan ini mendapat jawapan yang munasabah daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga. Di Parlimen Bagan Serai, keperluan kritikal untuk membina sebuah lagi klinik kerana kesesakan di klinik-klinik yang di persekitarannya. Jadi saya memikirkan dengan penambahan klinik disebabkan kesesakan yang berlaku di tempat-tempat lain akan memberikan peluang kepada kakitangan hospital yang baru dan klinik yang baru. Contohnya kita dapat memberikan peluang kepada doktor-doktor, kepada jururawat dan juga kepada pembantu perubatan, medical assistant, dengan izin. Jadi ini peluang pekerjaan dan peluang pendapatan kerana hari ini kita lihat ada berlakunya lambakan doktor-doktor. Doktor-doktor yang graduan dari dalam negeri dan juga doktor graduan dari luar negeri yang datang tetapi bilangan tempat untuk posting untuk latihan sangat berkurangan. Juga kita lihat hari ini lambakan jururawat yang berlaku kerana banyak kursus yang menawarkan kursus jururawat ini. Hari ini jururawat banyak. Saya masih ingat lagi 15 tahun dulu di klinik-klinik yang bekerja sebagai pembantu klinik ialah mereka yang lulusan SPM ataupun tidak lulus SPM tetapi hari ini kita lihat di klinik-klinik adalah mereka dari diploma jururawat dan banyak lagi di luar sana yang tidak bekerja. Yang fikir tidak tahu hendak buat apa. Jadi ni satu peluang lagi. Juga saya menyatakan di sini bagi doktor-doktor yang mengikuti kursus kepakaran. Jadi sebab itu kalau kita lihat negara hendak pergi negara maju dan kita ada

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

banyak cadangan untuk membina hospital daerah. Hospital daerah ini patut dilengkapkan dengan doktor-doktor pakar. Ini ialah peluang sebenarnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelulusan. Ia juga peluang untuk mereka mendapat satu pendapatan yang baik. Juga kita lihat hari ini dalam zaman di mana kos kehidupan sangat tinggi, perlulah dinaikkan gaji minimum supaya mereka ini dapat buat kerja dengan tidak ada kerunsingan. Bila runsing tentang pendapatan ini, kerja semua jadi tidak betul. Ini salah satu perkara yang baik. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekadar ingin membangkitkan isu kematian seorang doktor, Dr. Iskandar bin Rosli pada hari Jumaat yang lepas. Saya ingin tahu tindakan kementerian akibat daripada kes tersebut. Almarhum telah bertugas di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Kemudian jatuh sakit, dia baru balik ke Semenanjung dan dirawat di Hospital Besar Sungai Buloh. Selepas satu bulan, beliau meninggal dunia. Baru diketahui bahawa kematian beliau, Almarhum adalah disebabkan oleh penyakit tibi. Sehubungan itu, saya ingin tahu apakah tindakan kementerian untuk mengatasi kes seperti ini. Adakah penyakit tibi ini tidak boleh dirawat? Hakikatnya memang kita tahu oleh sebab dah sampai ajal, maka meninggallah beliau tetapi kita hendak tahu tindakan kementerian sama ada tindakan susulan akan dibuat ataupun kajian akan dibuat supaya dapat mengelakkan kes seperti ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan satu isu mengenai pakar jantung Hospital Umum Sarawak di Kuching. Dulunya kita ada, dua tiga tahun lalu kita ada seorang cardiothoracic surgeon di hospital pakar itu di mana beliau menjalankan pembedahan open heart surgery. Selepas saya bangkitkan isu itu, ada tiga orang pakar cardiothoracic surgeon dihantar ke Kuching, di hospital pakar jantung itu. Akan tetapi kebelakangan ini, sudah beberapa bulan, hospital itu hanya terdapat seorang anesthetist. Oleh sebab itu walaupun kita ada tiga orang cardiothoracic surgeon tetapi pada masa yang sama hanya satu operation open heart surgery boleh dijalankan kerana semasa cardiothoracic surgeon hendak menjalankan open heart surgery itu, dia mesti diiringi oleh seorang anesthetist. Kalau hanya satu orang anesthetist maka itu merupakan satu pembaziran, wastage of human resources. Ada seorang cardiologist yang menjalankan open heart surgery, dua orang lagi cardiothoracic surgeon, mereka tidak boleh buat apa-apa kerana kekurangan anesthetist di hospital itu. Oleh itu saya rasa kerana masalah ini, ramai pesakit yang memerlukan open heart surgery terpaksa menunggu queue dengan panjangnya selama beberapa bulan, enam bulan, sembilan bulan. Oleh itu saya harap kementerian boleh memberi perhatian atas perkara ini dan menghantar, transfer dua orang lagi anesthetist ke hospital pakar jantung di Kuching supaya kita tidak membazirkan our talent, the other two cardiothoracic surgeon. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk Butiran 020200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga, berhubung dengan Khidmat Pusat Kesihatan, beberapa Pusat Kesihatan Kecil di tempat saya. Yang lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah ada datang tetapi agak menyedihkanlah, sampai ini hari pun apa yang diminta tidak dapat ditunaikan. Tidak ada maklum balas tentang permohonan menaik taraf tempat pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Di mana Pusat Kesihatan Pasir Gudang ini sangatlah padat dengan kepadatan penduduk yang terlalu ramai. Mereka saya sudah bawa, tunjuk, terpaksa duduk di tepi-tepi longkang semasa menunggu giliran. Tidak kira lagilah mereka ini datang pagi. Banyak kali juga mereka meminta kepada saya, jadi saya mohonlah diambil kira perkara ini. Seterusnya, tentang Pusat Kesihatan Masai. Sehingga kini, mereka tidak lagi mempunyai mesin dan mereka pun telah minta kepada saya, mesin lanjutan untuk membuat pengesahan kencing manis. Oleh kerana itu, mereka terpaksa pergi ke Johor Bahru, ke Hospital Sultanah Aminah. Oleh kerana hanya ada di sana. Di Pusat Kesihatan Desa Taman Plentong, di klinik ini juga tidak ada mesin untuk anak-anak menghidap penyakit kuning. Bayi-bayi ini juga terpaksa pergi ke hospital yang berdekatan. Lebih kurang 25 minit kalau jalan tidak jammed lah. Jadi, perkara ini kita kena ambil kira dalam kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat. Keadaan pendapatan keluarga, suami-suami pergi bekerja, hanya kerana perkara kecil mereka terpaksa bercuti untuk membawa anak-anak. Jadi, saya kira perkara-perkara kecil yang mungkin tidak memerlukan belanja yang besar. Kalau perlu dilengkapi klinik-klinik ini dilengkapi dengan kadar segera. Cari jalan bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak, masalah ini tidak akan selesai sampai bila-bila pun. Terakhir, saya juga hendak menyebut supaya pihak Kementerian Kesihatan jangan sekali-kali lupa untuk memastikan Hospital Pasir Gudang dibina dalam rolling plan yang pertama. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana bagi kesempatan kepada saya. Saya ingin mendapatkan kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa isu yang memberi ketidakselesaan, bukan sahaja kepada kakitangan hospital tetapi juga pesakit serta keluarga mereka. Isu pertama, tempat meletak kereta di Hospital Umum Sarawak. Tuan Pengerusi, saya telah pun membangkitkan perkara ini beberapa kali di Dewan yang mulia ini dan jawapan terkini yang saya terima adalah yang ianya akan bermula dibina pada tahun Jun 2014. Jadi, soalan saya senang sahaja, bila, bila dan bila? Ini adalah janji yang diberikan sejak beberapa kali pilihan raya umum yang lalu. Sekali lagi saya minta bila butir- butir terperinci? Bilakah yang ini akan dimulakan? Syarikat mana jaga pembinaan? Jangkaan siap bagi setiap peringkat serta kos-kos yang terlibat. Tuan Pengerusi, minta maaf, saya akan membincangkan Butiran B.42, Butiran 020000 – Kesihatan Awam. Tuan Pengerusi, sudah berapa tahun ianya ditangguhkan dan tiada jawapan yang memuaskan. Rakyat Sarawak ingin tahu, Hospital Umum Sarawak Kuching juga dikunjungi oleh pesakit daripada seluruh Sarawak. Di mana kawasan yang begitu luas kerana kelengkapan hospital ataupun klinik yang tidak mencukupi di kawasan lain. Jadi, Hospital Umum Sarawak sesak bukan sahaja daripada segi tempat meletak kereta tetapi juga kemampuannya untuk menampung begitu ramai isi keluarga yang datang mengunjungi serta menerima rawatan. Isu kedua iaitu penyelenggaraan kemudahan serta kelengkapan asas Hospital Umum Sarawak. Tuan Pengerusi, masalahnya apabila ahli keluarga ini datang dari jauh, terutamanya untuk mengunjungi ahli kesayangan mereka termasuk yang masuk ke ICU,

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

jadi apa yang berlaku, mereka terpaksa tinggal di Kuching beberapa hari sehingga berminggu-minggu. Kebanyakan di kalangan mereka tidak mampu untuk menginap di hotel ataupun motel. Itu pun sekurang-kurangnya RM80 sehari. Mereka terpaksa menampung kos makan, perjalanan dan banyak lagi. Jadi, banyak yang terpaksa bermalam di hospital, di koridor ataupun di mana-mana tempat. Tuan Pengerusi, saya ada membuat beberapa lawatan lewat malam ke situ dan apa yang saya dapati adalah sangat menyedihkan. Saya mesti menegaskan bahawa kakitangan hospital memang ada cuba sedaya upaya untuk meringankan beban mereka, termasuk adanya bilik berhawa dingin. Akan tetapi bilik tidak banyak, dua, tiga sahaja. Saiznya lebih kurang 3 kali ganda keluasan pentas yang mana Tuan Pengerusi duduk akan tetapi puluhan orang yang perlu tidur di dalam satu bilik. Saya ingin menarik perhatian kementerian adakan kemudahan asas seperti tandas. Saya sendiri pergi melawat ke kawasan tersebut dan kadang-kadang satu, dua tandas sahaja berfungsi untuk menampung begitu banyak ramai orang. Situasi tandas juga amat teruk sekali. Terdapat tandas lain yang berdekatan tetapi ianya hanya untuk kakitangan, itu saya faham. Akan tetapi ada juga yang rosak serta tidak siap-siap penyelenggaraannya. Tuan Pengerusi, isu tandas tidak habis-habis. Terdapat satu kes di mana tandas tersumbat di wad wanita selama 2 minggu. Sudahlah kawasan wad hospital itu perlu bebas kuman akan tetapi dalam kes ini, begitu tidak bebas kuman. Di mana ianya tidak dipedulikan hingga pesakit perlu meminta tolong daripada kita. Saya bersama rakan saya sendiri mengendalikan kes tersebut dan dalam penyiasatan kita, kita mendapati bahawa isunya terletak kepada syarikat yang mengendalikan penyelenggaraan alat-alat serta kemudahan hospital. Setelah beberapa penyiasatan serta soal selidik, kita mendapati isu- isu berikut iaitu: Pertama, penyelenggaraan yang tidak efisien, lambat, yang menyusahkan pengguna sekalian. Kedua, penggunaan bahan ganti yang tidak sepadan dengan harga yang dibayar iaitu saya difahamkan beberapa kali gandanya daripada harga pasaran; Ketiga, peralatan hospital yang uzur. Data yang diperoleh tidak boleh dipakai. Data yang diperoleh oleh doktor tidak boleh dipakai. Doktor perlu membuang begitu banyak masa untuk menunggukan data yang di kumpul yang di mana tidak mungkin boleh dipakai. Ada yang membuat aduan kepada saya bahawa mereka seumpama running boy. Mereka run here and run there, dengan izin. Saya juga difahamkan harga yang digunakan untuk memperoleh peralatan itu tidak murah juga beberapa kali ganda. Jadi, soalannya adakah Menteri Kesihatan betul-betul serius? Saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Cara pengurusan perbelanjaan sedemikian memang tidak relevan lagi dan hanya akan mengkayakan syarikat itu sahaja. Satu katil, satu million. Bayangkan? Keempat, fasiliti klinik luar bandar yang tidak mencukupi. Tuan Pengerusi, kebanyakan klinik luar bandar hanya terdapat satu orang MO iaitu Medical Officer sahaja. Daripada feedback, dengan izin, yang saya dapati bahawa klinik ini tidak ada laboratory yang asas. Contohnya, yang membuat ujian darah iaitu untuk menguji electrolite. Jadi, MO ini terpaksa pergi ke hospital yang paling dekat iaitu mungkin 20, 30, 50 kilometer dari klinik luar bandar tersebut. Jadi, apa yang berlaku? Hanya seorang MO, sekarang MO sudah tidak ada. Jadi, klinik luar bandar itu tidak boleh berfungsi, tidak ada doktor; Kelima, tempat-tempat tinggal pegawai klinik luar bandar yang tidak memuaskan. Sudahlah mereka perlu meninggalkan keluarga pergi ke tempat jauh tetapi tempat tinggal mereka tidak memuaskan. Saya sendiri ada pergi membuat lawatan ke luar bandar, saya tengok tempat-tempat tinggal itu tidak sesuai. Ada yang aircond mereka rosak, tidak pernah dibaiki; Keenam, cadangan saya iaitu melengkapi klinik luar bandar dengan mobile ultrasound. Ini cadangan saya kerana saya mendapati bahawa kebanyakan ibu yang tinggal di kampung-kampung serta anak dalam kandungan mereka meninggal dunia kerana komplikasi sepanjang kandungan mereka. Oleh kerana ibu-ibu ini apabila mereka

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

mengandung, mereka tidak mahu pergi ke hospital yang berdekatan kerana ianya sangat jauh. Ada yang terpaksa berjalan kaki 2 kilometer, seperti ada Yang Berhormat yang berkata, biarlah kita adakan mobile hospital melawat mereka. Jadi, dengan adanya mobile hospital ini, kita perlukan mobile ultrasound. Bukan yang canggih-canggih itu, yang saya katakan RM20,000 lebih ataupun RM40,000 lebih seunit. Supaya doktor boleh menggunakan mobile ultrasound ini untuk membuat scanning kepada ibu-ibu tersebut. Jadi, saya difahamkan adapun ibu yang anak kandungannya telah pun meninggal dunia kerana tidak mengesan komplikasi sepanjang masa mengandung.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Ketujuh, masalah kekurangan doktor di hospital, klinik-klinik luar bandar di Sarawak. Ini adalah satu masalah yang besar. Walaupun ada yang mengatakan bahawa bilangan doktor banyak di Malaysia akan tetapi masalah kekurangan doktor adalah satu perkara yang biasa di Sarawak kerana tidak ramai yang hendak ataupun sudi distesenkan di pedalaman Sarawak. Itu pun Hospital Umum Sarawak tidak cukup doktor, doktor tidak cukup tidur. Saya ada satu cadangan. Saya harap kementerian boleh ambil pertimbangan. Ini cadangan saya. Memberikan keutamaan kemasukan ijazah perubatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kepada rakyat Sarawak tanpa kuota supaya mendapat bilangan yang mencukupi. Ini kerana saya rasa tiada masalah bagi Sarawakian untuk bekerja dan berkhidmat di Sarawak. Jika tidak cukup barulah kita buka kepada yang bukan rakyat Sarawak tetapi dengan satu syarat iaitu graduan mesti berkhidmat di Sarawak selama sekian tahun yang ditetapkan. Tuan Pengerusi, saya yakin ini penting untuk mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan yang dihadapi di Sarawak. Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tidak apa, semua dapat peluang Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas kali ini Butiran B.42 - Kementerian Kesihatan. Butiran 020000 – Kesihatan Awam. Di sini saya ingin membawa perhatian Kementerian Kesihatan kepada bahayanya arak murah ataupun cheap liquor kepada kesihatan awam dan juga kesihatan individu. Arak murah Tuan Pengerusi adalah minuman yang mengandungi lebih kurang 40% alkohol dan dijual dengan harga serendah RM1.70 sebotol 125ml. Bezanya dengan beer ialah beer mempunyai kandungan alkohol hanya 5% dan harganya jauh lebih tinggi dan dengan harga semurah itu RM1.70 sebotol maka tepatlah slogan syarikat penerbangan Yang Berhormat Kinabatangan ‘now everyone can drink’ dengan izin. Budak-budak sekolah pun boleh mampu membeli arak murah ini. Pada masa ini ada lebih kurang 200 jenama arak murah yang dijual di seluruh Malaysia. Ada antaranya berjenama seperti Vodka Orange, Apple, Lychee, Sarsi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya pasti yang ini tidak boleh dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ini berkaitan dengan kesihatan awam.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tetapi butiran kita emolumen Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Berkaitan dengan pembangunan memang ada kaitan sekali.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak, dia spesifik kepada gaji, emolumen. Butiran Yang Berhormat, butiran.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sebab saya ingin Kementerian Kesihatan untuk...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dalam Parlimen ini kita tidak boleh longgok semua isu dalam satu perbahasan. Dia ada peraturan-peraturan. Pada peringkat Jawatankuasa ini cuma perkara-perkara yang tersenarai dalam butiran sahaja Yang Berhormat. Saya sudah baik hati kementerian sebelum ini saya katakan yang tidak berkaitan itu jawab bertulis. Tetapi tidak mengizinkan semua boleh berucap pada semua isu yang tidak termasuk dalam butiran.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya hanya ingin memohon supaya Kementerian Kesihatan membuat kajian terhadap isu ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat. Balik kepada emolumen Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar tadi masuk dalam butiran ya. Dipuji oleh Kementerian Pendidikan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana membenarkan saya membahaskan B.42 - Kementerian Kesihatan. Anggaran asal 2014 adalah RM20,498,060,000. Sekarang ada peningkatan RM200,723,500 membawa kepada jumlah peruntukan 2014 sebanyak RM20,698,783,500. Soalan pertama saya adalah peratus pecahan untuk emolumen dan perkhidmatan dan bekalan, aset serta pemberian dan pembayaran tetap serta perbelanjaan-perbelanjaan lain. Peratus mengikut setiap butiran termasuk kenaikan untuk emolumen ini. Masuk balik kepada B.42 saya ingin mendapat keperincian daripada Menteri Kesihatan, berapakah kakitangan yang terlibat dalam penambahan jawatan pada tahun 2014 ini. Maksud saya RM200,723,500 ini diperuntukkan untuk berapa ramai kakitangan dan berapa ramai kakitangan yang terlibat. Saya juga ingin menuntut penjelasan perincian jawatan-jawatan yang terlibat. Adakah ini melibatkan pegawai am, doktor-doktor biasa ataupun pakar. Berapa ramai secara terperinci. Saya juga ingin tahu tentang sekiranya pakar ataupun doktor hospital- hospital yang terlibat dalam pertambahan jawatan ini berkenaan dengan RM200,723,500 ini dibelanjakan. Adakah ini juga terlibat kenaikan gred seseorang doktor. Itu pun saya menuntut penjelasan. Tuan Pengerusi, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana pertambahan jawatan untuk tahun 2014 ini sepatutnya diramalkan terlebih dahulu. Mengapa ia perlu dimasukkan dalam perbekalan tambahan. Saya bagi contoh untuk tahun 2016 nanti sepatutnya kita sudah buat satu kajian secara terperinci dan dimasukkan dalam Belanjawan 2015 sebab ini kena-mengena dengan pertambahan jawatan. Berbeza dengan Kementerian Pendidikan tadi dia kata itu adalah bonus, pemberian khas dan sebagainya. Di sini saya nampak penjelasannya amat berbeza. So, saya meminta kementerian terangkan mengapa benda ini tidak diramalkan terlebih dahulu. Nilai pun berbanding dengan RM20 bilion yang kita sudah minta. Di sini hanya ada RM200 juta sahaja. Mengapa benda ini tidak diperincikan terlebih dahulu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 42. Tuan Pengerusi, bukan mudah untuk seseorang menjadi doktor. Kita semua maklum tentang perkara ini. Bertahun-tahun mereka belajar dalam jurusan perubatan lepas itu mereka juga terpaksa menjalani latihan sebelum menjadi seorang doktor. Kita juga tahu bahawa perbelanjaan untuk menjadi seorang doktor bukan murah sama ada ditanggung sendiri ataupun ditaja ataupun dibiayai oleh pihak swasta ataupun kerajaan.

Tetapi masalahnya saya dapati bahawa ramai di antara mereka yang telah mendapat ijazah perubatan itu apabila menjalani latihan houseman mereka gagal. Apabila saya kata gagal maksudnya ramai yang tercicir. Mereka tidak mahu. Mereka meninggalkan bidang tersebut dan ini adalah satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada individu itu mungkin juga kepada keluarga itu dan juga mungkin kepada kerajaan yang membiayai pelajaran untuk seseorang yang menjalani latihan housemen. Ada rekod- rekod yang mengatakan bahawa daripada lima orang doktor pelatih ini satu akan tercicir. Ini adalah satu jumlah yang cukup besar. Kalau 1,000 orang atau pun 200 orang akan tercicir tidak menjadi doktor. Jadi saya hendak tahu kenapa perkara ini berlaku di negara kita. Kenapa ramai di antara doktor pelatih ataupun housemen ini tidak berjaya menghabiskan latihan mereka dan menjadi doktor. Apa sebabnya? Di mana masalahnya dan apakah tindakan ataupun langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk memastikan setiap orang yang layak mendapat ijazah kedoktoran itu menjalani latihan tersebut dengan sepenuhnya dan akhirnya menjadi seorang doktor supaya sumber bukan sahaja dari segi kewangan tetapi tenaga yang kita perlukan itu dapat diguna pakai dengan sepenuhnya. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri. Jawab yang berkaitan dengan butiran, yang tidak itu boleh jawab secara bertulis Yang Berhormat.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan tadi. Ada 12 semuanya iaitu: (i) Yang Berhormat dari Kuala Kangsar; (ii) Yang Berhormat Kepong; (iii) Yang Berhormat Pengerang; (iv) Yang Berhormat Gopeng; (v) Yang Berhormat Bagan Serai; (vi) Yang Berhormat Lumut; (vii) Yang Berhormat Bandar Kuching; (viii) Yang Berhormat Pasir Gudang; (ix) Yang Berhormat Stampin; (x) Yang Berhormat Bukit Mertajam; (xi) Yang Berhormat Kapar; dan (xii) Yang Berhormat Batu Gajah. Seperti yang dinasihatkan oleh Tuan Pengerusi, saya akan hanya menjawab perbahasan yang ada kena mengena dengan butiran. Yang Berhormat Kuala Kangsar tentang latihan. Memanglah di bawah kementerian sendiri kita ada 33 buah pusat latihan untuk paramedik dan kita menggunakan sepenuhnya. Selain daripada itu juga terdapat pihak swasta, kolej-kolej swasta yang juga mengeluarkan paramedik-paramedik. Untuk latihan doktor, memang kita ada lebih daripada 20 universiti awam di Malaysia menganjurkan program ini, program perubatan dan banyak lagi daripada luar negara yang telah kita iktiraf, yang mereka balik. Bagi doktor saja tiap-tiap tahun lebih kurang 5,000 doktor baru yang balik ataupun yang telah lulus. Bagi latihan houseman ada dua tahun. Jadi maknanya tiap-tiap – at any one time dengan izin Tuan Pengerusi, ada 10,000 doktor pelatih houseman. Yang Berhormat Kepong...

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit Kuala Kangsar.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Ya.

Tentang caj pemeriksaan asas medical check-up sebagai syarat-syarat untuk senjata api itu kerana hospital caj RM100 itu. Adakah perkara ini menyeluruh di seluruh negara ataupun...

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Yang ini saya akan dapatkan jawapan bertulis ya. Saya tidak tahu, mungkin nampaknya berbeza-beza antara hospital dengan hospital yang lain. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kepong, yang ini berkenaan dengan pertambahan pesakit yang pergi ke hospital kerajaan ataupun klinik. Outpatient pun ramai inpatient pun ramai Tuan Pengerusi. Memang ada kaitan dengan keadaan ekonomi ataupun kos rawatan di luar daripada fasiliti kerajaan. Jadi sebab itu mereka datang lebih ramai ke klinik dan memang ada masalah dari segi congestion dan sebagainya dan untuk ini Tuan Pengerusi, untuk outpatient kita adakan extended hours seperti yang pernah saya sebut dalam Parlimen dulu. Extended hours bagi hospital dan juga klinik-klinik. Lebih daripada 155 hospital dan klinik yang telah ada extended hours. Ini yang kita bayar doktor- doktor kita yang ada kelapangan, mereka pergi bekerja sebagai doktor di klinik-klinik yang extended hours ini Tuan Pengerusi. Jadi untuk inpatient, memang saya tidak nafikan bahawa kita ada hospital-hospital yang tertentu yang memang dia punya bed occupancy rate (BOR) dia lebih daripada 100 pun ada. Macam Seberang Jaya. Banyak hospital yang lain yang hadapi masalah begitu juga. Jadi sebab itu dalam hal memang kita ini berusaha mewujudkan berbagai fasiliti, kemudahan klinik, Klinik 1Malaysia dan juga kita upgrade banyak kemudahan kita, tambah blok dan sebagainya dan ini semua memerlukan kos yang tinggi. Akan tetapi untuk pengetahuan umum, kita cuba hendak mencapai taraf antarabangsa iaitu kadar 2.5 bed dengan izin per 1,000 population. Kita ada 1.5 bed per 1,000 population. Jadi kita perlu lebih kurang 16 ribu katil lagi untuk seluruh Malaysia. Ini keperluan kitalah. Jadi kita akan usaha tapi dengan limited, dengan peruntukan pembangunan yang agak terhad jadi kita akan ambil masa yang panjang sedikit Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pengerang, ratio doktor sekarang sudah meningkat sedikit. Sekarang lebih kurang ratio 1 kepada 600 population. Jadi sudah meningkat sedikit dan target kita ialah pada tahun 2020 kita akan mencapai seorang doktor kepada 400 population kita. Tentang separation klinik yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerang, memang kita sudah ada sebenarnya, konsep itu sudah ada. Kita sudah buat di Malaysia ini, adalah yang kita dipanggil day care center. Ada hospital, yang ada baru ini, saya pergi ke Muar, sudah ada day care, dia minta day care center. Di tempat lain hospital yang besar-besar ini sudah ada day care center di mana kita buat procedure, buat treatment, jadi pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad. Mereka diberi rawatan di pusat-pusat day care center ini. Memang untuk menyelesaikan masalah congestion dengan izin, dalam wad Tuan Pengerusi...

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Sekejap, sekejap.

Yang fasal day care center ini. Saya hendak tanya setakat ini ada berapa Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

That one, saya kena dapatkan maklumat yang tepatlah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri datang ke Dewan kata day care center ada sebab rakyat nanti tertunggu-tunggu tetapi tidak banyak. Jadi, saya hendak tahu, satu kah, 10 kah, 100 kah. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Saya akan bagi secara bertulis ya. Kita juga ada discharge lounge Tuan Pengerusi dalam hospital tertentu. Macam baru-baru ini saya

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

pergi ke Klang ada discharge lounge di mana pesakit yang kena discharge Tuan Pengerusi, dia diubah ke bilik ini dan katilnya akan dipenuhi oleh pesakit lain. Bermakna pesakit boleh tunggu keluarga dia datang, bawa dia balik. Sebenarnya Tuan Pengerusi, kita sedang berusaha, pihak kementerian sedang berusaha untuk memastikan rakyat kita makin lama makin sihat. Kita tidak mahu mereka jatuh sakit dan masuk ke hospital. Jadi, kita adakan program NBOS seperti yang disebut Yang Berhormat Pengerang tadi NBOS di mana kita bekerjasama dengan berbagai kementerian. Contohnya yang ketara kita buat tentang prevention, kita adakan KOSPEN bererti Komuniti Sihat Perkasa Negara. Melalui KOSPEN ini kita memperkasakan rakyat kita. Tiap-tiap kampung sedang berjalan. Kita mula tahun lepas, tahun ini sudah berjalan terus. Kita latih volunteer atau sukarelawan di kampung- kampung dan juga di bandar-bandar. Sekarang sudah ada lebih daripada 14 ribu orang sukarelawan. Kerja mereka, tugas mereka ialah memeriksa basic, buat screening dengan izin. Jadi, check dia punya Body Mass Index (BMI), check dia punya kolesterol, dia punya glukosa, blood pressure dan sebagainya. Kalau didapati ada masalah, mereka akan terus rujuk kepada klinik ataupun hospital yang dekat. Dengan cara itu kita dapat, kita cuba hendak mengurangkan, hendak buat prevention Tuan Pengerusi. Prevention is better than cure. Kita tidak mahu sampai ke peringkat menjadi, mendapat penyakit stroke, kencing manis dan sebagainya. Itu kita sedang berusaha dan setakat sudah lebih hampir 50 ribu telah diperiksa di kampung-kampung dan juga di bandar-bandar. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, tentang yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Pengerang, memanglah kita berusaha untuk meningkatkan, menambahkan lagi, Klinik Kesihatan (KK) kita, Klinik 1Malaysia sudah tambah sudah lebih 250 unit, kita juga ada mobile clinic. Mana-mana kawasan yang tidak ada klinik, kita gunakan mobile clinic dan juga kita ada bot klinik Tuan Pengerusi, yang mana tidak boleh sampai dengan jalan, kita pergi dengan bot dan juga kita ada helikopter service di Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Gopeng Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Gopeng tentang jumlah pakar. Jumlah pakar sekarang ini kita ada 4,063 orang pakar. Butiran yang terperinci saya tidak dapat bagi sekarang, kita akan bagi kemudian. Tentang houseman, tunggu sampai setahun...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tentang pakar itu.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Ya?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Kebetulan soalan saya itu. Peratusan pengisian kekosongan jawatan pakar tersebut sama ada 80% isi ataupun 100% isi? Ini pertama. Kedua, berkenaan dengan KPI yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini di mana temu janji berapa, sekian lama, temu janji untuk jumpa pakar sekian lama. KPI tersebut, sampai hari ini saya tidak nampak ada mana-mana pengumuman secara awam berkenaan dengan KPI tersebut. Bagaimana kita tahu? Okey, bila saya hendak jumpa pakar neurologi misalannya. Saya pergi ke kaunter, bagi saya appointment tiga bulan. Sama ada appointment itu munasabah atau tidak munasabah? Adakah appointment itu sejajar dengan KPI yang ditentukan oleh kementerian. Ini soalan saya berkenaan dengan pakar.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Tuan Pengerusi, mengenai pakar Tuan Pengerusi, hendak latih seorang pakar – contohnya buat master. Master dahulu kita buat di luar negara tetapi sekarang kita buat di dalam negara. Master empat tahun. Kemudian hendak jadi pakar lagi, hendak jadi neurologist, tiga tahun hingga empat tahun lagi. Jadi, lapan tahun. Ia makan masa dan kerap berlaku di mana bila kita latih elok-elok, sudah jadi pakar, lepas itu sekejap sahaja dia letak jawatan, then dia pergi ke pihak swasta. Ada satu kes – saya boleh sebutlah ada satu kes. Tidak mahu sebut nama. Pakar Urologi balik ke Malaysia, selepas enam bulan dia kerja dengan kerajaan, jumpa saya dia kata, “Dato’, saya dioffer di luar sana lebih baik daripada Kementerian Kesihatan, jadi saya buat keputusan untuk berhenti.” Jadi, kes-kes macam itu berlaku. Kita train banyak mana pun akhirnya dia pergi ke pihak swasta. Walau bagaimanapun, kita akan terus melatih pakar-pakar ini dan hari ini kita sudah ada lebih daripada 1,000 slot atau pun 1,000 scholarship setahun untuk pakar-pakar

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

kita yang hendak buat latihan pakar. Kita akan teruskan usaha ini. Kita tidak boleh duduk begitu sahaja, kita akan teruskan usaha ini.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya. Kalau tidak ada jawapan di sini, mungkin boleh jawab secara bertulis. Pertama, peratusan pengisian pakar, berapa peratus yang diisi? Kedua, sama ada kementerian telah tetapkan KPI untuk temu janji pakar-pakar di kementerian? Adakah tidak? Yes or no? Itu soalan yang senang sahaja. Sampai sekarang pun tidak ada jawapan.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Tuan Pengerusi, saya sudah sebut tadi, masalah kita, memang perjawatan pakar-pakar ini tidak diisi penuh. Akan tetapi hendak minta angka yang tepat, saya ada tetapi mana cari tidak jumpa dah. Jumlah angka yang tepat nanti saya bagi secara bertulis. Memang kita usahalah. Masalah kita macam saya sebut tadilah, kita kehilangan pakar. Pakar pergi ke pihak swasta. Akan tetapi tak apa, kita akan teruskan latihan mereka. Houseman tunggu sampai setahun ini saya ingat tidak masuk akallah. Ini laporan daripada Star kata sampai setahun tunggu, tidak masuk akal. Ini kerana kalau dia balik dia terus daftar dengan MMC kita, kemudian akan dipanggil untuk interview oleh SPA, kemudian dia boleh terus masuk dalam e-houseman, dalam kita punya pusat ada e- houseman, boleh masuk terus. Setakat ini sehingga 23 Mac, yang masuk e-houseman seramai 312 orang sahaja, yang sudah dapat penempatan seramai 284, yang mohon penangguhan, sudah dapat tempat, dia sendiri minta tangguh, seramai 25 dan tiga lagi belum mohon dalam e-houseman. Dia daftar MMC, panggil interview, dia tidak mohon lagi. Mungkin dia hendak rehat, jadi dia tidak mendaftar. Yang jadi sampai tunggu setahun ini mungkinlah dia balik selepas lulus dia punya degree dia tidak pergi daftar dengan MMC. Itu mungkin lewatlah. Yang Berhormat Bagan Serai tentang lambakan doktor dan jururawat. Sebenarnya Tuan Pengerusi, seperti yang saya sebutkan tadilah, belum lagi berlaku lambakan doktor dan jururawat ini. Jururawat yang dilatih di pusat-pusat latihan kita, kementerian, itu kita ambil semua. Yang dilatih oleh pihak swasta, tiap tahun ada satu program kita ambil lebih kurang 1,600 jururawat daripada jururawat yang dilatih oleh pihak swasta. Kita ambil untuk berkhidmat dengan pihak kerajaan. Memanglah mereka ada yang sudah pergi ke hospital swasta, bekerja di sana, mereka berminat dengan kerajaan, jadi mereka juga memohon dan mendapat pekerjaan dengan kerajaan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun, Yang Berhormat.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Ya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, apa akan jadi pada masa akan datang? Sekarang ini kita lihat, saya rasa banyak doktor-doktor yang datang balik dan adakah cukup sebenarnya hospital untuk latihan atau pun adakah pada masa depan ada doktor-doktor apabila pulang dari luar negeri, sudah graduate tetapi terpaksa tunggulah sampai setahun, dua tahun? Adakah ini akan terjadi atau bagaimana persediaan kementerian?

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Tuan Pengerusi, ini yang saya sebutkan tadilah, kita sedang berusaha meningkatkan, menambahkan lagi facilities kemudahan hospital dan klinik. Setakat ini sebenarnya kita perlu banyak doktor lagi. Tidak ada timbul masalah lambakan tetapi mungkin akan datanglah. Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, dalam segi latihan hari ini, kita sudah pun berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk memperketat lagi kelulusan untuk menyertai kursus latihan doktor di dalam negeri atau luar negara. Sekarang ini tidak ada kawalan dan sebab itu kadang-kadang kita lihat houseman atau pun doktor yang lulus dari luar negara, saya tidak mahu sebut negara mana, dia balik dia kena – dia pergi kepada

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

universiti yang tidak diiktiraf. Dia balik sini dia kena mengambil peperiksaan kita. Ambil peperiksaan sampai tiga kali tidak lulus. Bila kita semak balik result SPM dia, kita dapati bahawa dia pergi dengan kelulusan Sains pun tidak ada. Keputusan dia 7, 8, 9, tidak ada sains. Jadi memang dia tidak boleh berjaya dalam bidang ini. Selepas itu dia salahkan kerajaan, salahkan kementerian dan sebagainya, tetapi sebenarnya keputusan dia memang amat teruk dan saya pun tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke universiti luar negara, negara tertentu. Dia pergi dengan kelulusan yang hendak jadi kerani pun tidak boleh tetapi dia lulus jadi doktor di luar negara. Yang Berhormat Lumut, Tuan Pengerusi, kematian doktor di Sungai Buloh. Ini sebenarnya kematian bukan disebabkan tibi tetapi disebabkan complication. Dia ada masalah jantung dia, Tuan Pengerusi. Dia mati oleh kerana itu. Memang ada juga kes-kes di mana kadang-kadang dia adverse reaction dengan izin, kepada ubat-ubat tibi ini. Itu pun boleh menjadi masalah, boleh merosakkan jantung dia, merosakkan buah pinggang dengan hati dia boleh rosak oleh kerana tidak tahan ubat ini. Yang Berhormat Bandar Kuching. Ini saya ambil perhatianlah. Yang Berhormat Bandar Kuching, saya ambil perhatian kerana saya difahamkan memang tidak cukup anaesthetist. Memang kalau ada tiga surgeon, ada seorang anaesthetist, yang dua orang lagi relakslah, tidak boleh buat operation. Jadi, saya ambil perhatian. Yang Berhormat Pasir Gudang, memang saya sudah pergi melawat Pasir Gudang dahulu. Projek ini telah pun kita pohon dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Mulai tahun depanlah dalam rolling plan, kita mohon projek untuk Hospital Pasir Gudang. Yang Berhormat Stampin, masalah tempat letak kereta. Di seluruh Malaysia ini semua hospital yang besar-besar ini memang ada masalah parking, memang tidak cukup. Ini kita akui dan kita sedang berusaha. Untuk Hospital Kuching, memang sudah ada perjanjian dengan pihak swasta. Pihak AG sedang teliti perjanjian tersebut, Tuan Pengerusi. Makna, bila selesai, kita akan boleh mulakan segera. Tuan Pengerusi, penyelenggaraan hospital di seluruh Malaysia ini adalah diselenggarakan oleh syarikat-syarikat concessionaire. Kalau ada masalah, memang kita akan ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat tersebut, Tuan Pengerusi. Baru ini baru sambung, perjanjian disambung lagi sepuluh tahun bagi tiap-tiap syarikat tersebut. Kuarters, ini pun saya akui bahawa ada masalah kuarters terutama sekali di luar bandar. Saya sudah pernah pergi ke luar-luar bandar di Sarawak dan Sabah, memang ada masalah. Ada kuarters yang BER atau beyond economic repair. Jadi, ini kita sedang teliti bagaimana kita hendak percepatkan masalah kuarters dan juga klinik-klinik yang memang klinik lama, jenis kayu dahulu sebelum merdeka. Cadangan supaya Universiti Malaysia Sarawak mengadakan fakulti, ini satu cadangan yang baik. Boleh kita susulkan tindakan.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Yang Berhormat Mertajam, ini saya tidak perlu jawablah. Ia keluar daripada perkara yang kita bincangkan. Yang Berhormat Papar.

Minta maaf Menteri, Kapar.

Sorry, sorry. Kapar.

Terima kasih.

Ini kawan saya baik ini, Kapar. [Disampuk] Beliau minta tentang pecahan butiran tentang berapa untuk emolumen. Sudah bercampur- campur dah. Memang ada pada saya, saya akan bagi secara bertulislah. Tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar ini, kenapa tidak minta permohonan perjawatan terlebih dahulu, tahun sebelum itu. Sebenarnya memang kita minta tetapi perjawatan biasanya diluluskan pertengahan tahun. Jadi bila diluluskan, kita cepat- cepat isi. Untuk tahun 2014 juga, kita dapat 16,000 perjawatan, kita dapat isi hanya 11,000 sahaja. Yang lain kita tunggu lah daripada SPA akan melantik. Jadi bila berlaku begitu,

maknanya kita perlulah tambahan peruntukan RM200 juta ini untuk hendak bayar emolumen, untuk yang kita pilih 11,000 yang kita sudah lantik itu. Yang lain belum lantik lagi, ia tidak perlu emolumen. Ini berlakulah ya walaupun kita rancang tetapi kelulusan dia dapat kita lambat sikit, jadi kita lantik lantikan pun lambat. Yang Berhormat Batu Gajah.

Menteri, Timbalan Menteri.

Ya, Kapar.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya minta juga tadi perincian pertambahan jawatan ini, perinciannya untuk adakah ia kena-mengena dengan jawatan am doktor pakar, perinciannya untuk jumlah RM200 juta ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, memang ada sebenarnya maklumat ini sebab sudah bercampur aduk dah. Hendak cari sekarang, tidak jumpa. Saya akan bagi dengan cara bertulis.

Okey, Yang Berhormat Menteri. Pastikan berikan sebab selalunya dijanjikan, tetapi saya tidak dapat-dapat. So, minta budi

Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan tentang masalah kegagalan houseman. Itulah saya sebut awal tadi tentang masalah houseman yang datang, yang kelulusannya tidak seberapa, tetapi masih di luar negara, dia pergi sana dapat kelulusan jadi houseman, balik, dia ada masalah, Tuan Pengerusi. Saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi...

Yang Berhormat Menteri, saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri ini kurang tepat kerana daripada lima orang yang dikatakan, satu orang dikatakan akan keluar, tercicir. Adakah semua ini alasan yang sama, iaitu mereka belajar di luar negara, mungkin dari universiti yang tidak baik ataupun mereka mempunyai kelulusan yang tidak baik di peringkat SPM dan sebagainya? Saya rasa tidak betullah Yang Berhormat Menteri. Mungkin ada sebab-sebab lain kenapa seseorang yang boleh lulus sampai mendapat ijazah dan apabila mereka menjalani houseman ini, tiba-tiba mereka tidak boleh buat pula. Saya rasa alasan Yang Berhormat Menteri itu mungkin tidak munasabah, mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka tidak mahu lagi meneruskan, mungkin sebab tekanan kerja ataupun ada apa-apa faktor lain yang menyebabkan mereka menolak, mereka terpaksa tinggalkan kerjaya ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ya, memang sebenarnya bukan semua yang pergi belajar menjadi doktor ini semuanya berminat, tidak. Banyak juga yang dipaksa oleh ibu bapa. Bila dia balik, dia tidak minat, jadi tinggal begitu sahaja. Ada juga yang saya sebut tadi, qualification dia kurang baik, IQ dia kurang baik, dia lulus jadi doktor, balik Malaysia dia kena pressurelah. Ataupun sistem di luar negara, ada satu negara yang pelajar-pelajar pergi belajar, sampai habis belajar, sampai lulus, dia tidak boleh dan tidak dibenarkan pegang pesakit pun. Balik sini, baru dia hendak adjust, baru dia hendak belajar ambil history para pesakit, hendak belajar interact dan sebagainya. Jadi dia mengalami tekanan. Ada juga daripada negara lain, masalah bahasa. Dia belajar bahasa lain, balik ke sini kita guna banyak English, pun ada masalah. Jadi ada banyak tekanan. Saya hendak sebut satu contoh yang terbaiklah saya kira, bagaimana houseman ini tidak mahu, gagal hendak buat housemanship ini, anak saudara saya sendiri. Dia pergi ke Indonesia, dia lulus dan dapat ijazah dia sebagai doktor, balik, dia ambil ijazah itu, serah kepada mak, “Ambil ini, saya sudah selesai kehendak mak, saya sudah buat. Saya tidak mahu jadi doktor”. Jadi maknanya sikap begitu pun ada. Maknanya rugilah kalau kita hantar - sebab itu hari ini kita insist dia mesti ada kepakaran dan kelulusan yang mencukupi. Jangan pergi dengan kelulusan yang sangat rendah, tidak boleh. Kena ada attitude yang betul, kena ada attitude. Maknanya dia hendaklah berminat bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan barulah dia boleh berjaya, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM200,723,500 Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM200,723,500 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.43Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] - Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas dalam Maksud P.43 dalam Butiran 12.1 dengan projek 00500. Pertama sekali, soalan saya ialah ini yang disenaraikan dalam butiran projek. Akan tetapi, di bawah ini nampaknya ialah suatu perbelanjaan yang telah ditetapkan peruntukan tambahan sebanyak RM619,000 lebih dikehendakkan untuk pembayaran kepada syarikat konsesi. Saya ingin tahu, ini sebenarnya ialah satu kerja untuk melaksanakan kerja membersihkan sisa pepejal di tujuh buah negeri yang terlibat. Saya ingin tahu, apakah sebabnya pembayaran sisa pepejal ini di dalam satu bayaran luar jangkaan? Saya juga ingin dapat tahu, apakah bayaran untuk tahun 2012, tahun 2013, dan tahun 2014 memandangkan penswastaan untuk sisa pepejal telah berlaku pada tahun 2011? Tiga buah syarikat yang telah menerima konsesi untuk pelupusan pembersihan sisa pepejal ini iaitu SWM Environment di zon selatan, Environment Idaman di zon utara dan Alam Flora di zon timur dan tengah. Saya ingin dapat penjelasan setiap syarikat konsesi ini, berapa banyak bayaran yang telah diperuntukkan dalam perbelanjaan RM619,000 itu dan saya juga ingin tahu apakah servis tambahan yang telah dibekalkan oleh syarikat konsesi dengan tambahan bayaran ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, perbahasan khusus ke atas pembayaran kepada syarikat sisa pepejal, Yang Berhormat ya. Ya, Yang Berhormat Parit ‘Suluh’, Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Parit Sulong.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Parit Sulung, ya.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak terus kepada Maksud P.43 Butiran 00500. Saya hendak merujuk terus kepada pelupusan sisa pepejal tapak pelupusan sampah dekat Bukit Payong. Jadinya, saya hendak tahu sama ada kajian terperinci mengenai impak alam sekitar ini sudah dibuat atau tidak dan juga kos yang diperuntukkan untuk pembinaan ini.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Pembinaan ini sebenarnya sepatutnya dibuat sebelum PRU Ke-13 dan telah dijadikan isu politik yang menyebabkan ia tertunda. Jadi sehubungan dengan itu, saya nak

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

merujuk balik kepada apa yang bekas Menteri KPKT ada maklumkan iaitu Tan Sri Cho pernah mengatakan yang projek ini akan dilaksanakan melalui tender antarabangsa. Jadinya saya nak minta penjelasan daripada pihak Menteri. Bagaimanakah statusnya sekarang dan apakah pendirian pihak kementerian mengenai perkara ini? Soalan saya yang seterusnya adalah saya minta juga pihak Yang Berhormat untuk maklumkan implikasi pembinaan tapak pelupusan sampah ini kepada penduduk sekeliling seperti adakah pembinaan ini nanti akan menyebabkan kos kehidupan masyarakat setempat itu akan meningkat. Adakah cukai pintu akan bertambah? Sebab sekarang ini pun walaupun belum lagi dilaksanakan, cukai pintu pun dah naik berapa ratus peratus. Jadinya saya nak minta pihak kementerian Yang Berhormat Menteri pun ada untuk menjawab persoalan yang saya bawa untuk ini dan saya percaya masyarakat di kawasan Parlimen Parit Sulong akan mendengar dan meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Garang Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran yang sama iaitu 500 iaitu Pengurusan Sisa Pepejal. Baru-baru ini ada kebakaran berlaku di tapak pelupusan sampah Renggam yang terletak berhampiran dengan Pekan Renggam. Jadi tapak pelupusan ini sepatutnya ditutup selamat pada hujung tahun 2013. Akan tetapi, saya difahamkan kontraktor pun telah dilantik dua kali dan juga ditamatkan dua kali dan sehingga hari ini pun tidak dapat diselesaikan. Saya juga tidak berpuas hati dengan sikap kerja PPSPPA dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Ini kerana sudah banyak kali saya meminta kalau ada wakil hadir di mesyuarat tindakan daerah Kluang tetapi tiada wakil dan pada hari yang berlaku kebakaran itu pun tidak ada wakil yang dapat tampil ke tempat kejadian pada masa yang terdekat itu. Sehingga selepas 12 jam, sampai saya telefon orang yang bertanggungjawab baru dia sedar tentang ada kebakaran. Jadi cukup jelaslah tidak ada pemantauan daripada dua agensi ini daripada PPSPPA dan juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ke atas tapak pelupusan ini. Jadi saya mohon perhatian dan juga penjelasan daripada pihak kementerian dan selesaikan isu kontraktor ini dalam yang terdekat ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, memang sisa pepejal ini jadi isu kekal lah itu di negara ini dan juga di kawasan Kepong. Cuma di sini Yang Berhormat, adakah syarikat-syarikat konsesi ini dilantik selepas tender terbuka. Ini penting kerana kita hendak syarikat yang benar-benar kita mampu untuk menjalankan tugas. Bagi setiap syarikat ini, berapakah tempoh kontraknya? Adakah lima tahun, tujuh tahun, 10 tahun? Bagaimana Yang Berhormat dapat memantau perkhidmatannya? Saya bagi satu contoh di kawasan saya. Sampah ini ataupun sisa pepejal ini datang daripada seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mereka bekerja, memang larut malam dia kerja. Di Kepong ini ada stesen pemindahan Taman Beringin dan di tepi itu akan diadakan insinerator lah saya nampaknya. Masalah Tuan Pengerusi, bau itu bau yang menyinggung para penduduk, bertahun-tahun, berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan- bulan. Bau itu tidak dapat dikawal. Ini masalah Yang Berhormat. Cara pengangkutan itu walaupun ada kadangkala saya diberitahu lori khas untuk membawa dan sebagainya tetapi itulah ada kalanya tidak begitu sempurna. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan yang ada tak dijaga dengan baik. Ini di stesen pemindahan itu, kemudahan-kemudahan tidak dijaga dengan baik dan inilah masalah bukan sahaja sisa pepejal, masalah kekal dan saya berharap Yang Berhormat ini

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

saya akan bangkit dari semasa ke semasa lah kerana masalah tak selesai. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seremban lepas itu Yang Berhormat Setiawangsa, kemudian Menteri menjawab.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya nak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan apakah tujuan peruntukan ataupun RM619 juta ini dibayar kepada syarikat- syarikat konsesi kerana bukankah untuk bayaran kepada syarikat-syarikat konsesi ini untuk kerja-kerja pembersihan sisa pepejal dibayar oleh PBT-PBT? Ini kerana Majlis-majlis perbandaran yang saya lihat, akaun-akaun mereka di Negeri Sembilan umpamanya Majlis Perbandaran Seremban, sebahagian besar pembayaran ataupun perbelanjaan mereka ialah untuk bayaran ikhtisas kepada syarikat konsesi ini untuk menguruskan sisa pepejal. Mengapakah ada lagi bayaran daripada pihak Kerajaan Persekutuan sama ada ini adalah sebahagian daripada subsidi ataupun apa tujuannya? Saya juga nak tahu apakah struktur bayaran itu. Adakah berapakah peratus yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dan berapakah peratus dibayar oleh PBT? Ini kerana perlu diperjelaskan. Ketiganya, saya juga nak mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah mekanisme yang ada pada PPSPPA untuk memantau prestasi kerja syarikat- syarikat konsesi ini? Saya difahamkan PPSPPA boleh menolak bayaran kalau mereka tidak menepati sesuatu KPI yang ditentukan itu di sesuatu kawasan. Kalau umpamanya terlalu banyak aduan, sampah tidak dikutip mengikut jadual dan sebagainya, adakah ada mekanisme untuk menolak ataupun mengurangkan bayaran kepada syarikat-syarikat konsesi ini. Saya harap penjelasan ini dapat diberikan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya mengenai tipping fees ini. Sekarang dia punya kadar per tan is between RM28.80 to RM36. Saya nak extend kepada Yang Berhormat Kepong punya soalan itu ialah berapa lama konsesi ini. Satu lagi saya nak tanya ialah berapa lama kadar ini boleh dikekang. Adakah kadar ini out for review every three years macam concession yang diberi kepada lebuh raya ataupun macam mana? Kedua ialah tadi semasa Menteri Wilayah menjawab tentang harga ini, mereka memberitahu bahawa tipping fees ditetapkan oleh KPKT. Saya nak tanya sama sebagai Kementerian Wilayah atau PBT mempunyai hak juga untuk bersama-sama decide tentang kadar ini supaya ia tidak naik begitu ketara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Pengerusi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah menimbulkan beberapa persoalan berkenaan dengan perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) sebentar tadi. Saya ingin sentuh di sini bahawa Butiran 00500 iaitu peruntukan tambahan Pengurusan Sisa Pepejal sebanyak RM619,645,000 yang diperlukan bagi membiayai pembayaran kepada syarikat konsesi yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa pepejal di tujuh negeri yang terlibat dalam pelaksanaan penswastaan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun 2014.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kota Belud

Saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu bertanyakan kenapa ada pertambahan peruntukan sedangkan sepatutnya peruntukan- peruntukan itu telah pun dirancang dengan sebaiknya. Beliau bertanya tentang tahun-tahun sebelum ini berapa banyak yang telah diperuntukkan untuk pengurusan sisa pepejal.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kota Belud

Untuk makluman Tuan Pengerusi, penswastaan ini bermula pada tahun 2011. Pada waktu itu proses untuk pengambilalihan tugas-tugas untuk melupuskan sisa pepejal dan pembersihan awam ini berlaku daripada pihak PBT kepada syarikat-syarikat konsesi. Pada waktu itu kita tidak boleh mengambil secara keseluruhan kerana kita tidak mempunyai data-data yang mencukupi. Saya bagi contoh, bagaimana caranya untuk kita ketahui inventori di setiap jalan. Berapa kilometer? Berapa meter keluasan yang perlu dibersihkan? Semua itu memerlukan perancangan yang agak teliti. Oleh sebab itu, statistik, data collection dan juga inventori itu dibuat dalam masa beberapa tahun. Untuk tahun 2014, peruntukan untuk tahun 2014 yang kita minta adalah berasaskan kepada kertas Kabinet yang telah diberikan kepada Jemaah Menteri pada tahun 2011. Pada waktu itu mereka menjangkakan berdasarkan data-data awal hanya RM790 juta. Oleh kerana data itu dikutip pada awal tahun 2013, untuk perancangan Bajet 2014. Pada waktu itu kita tidak mempunyai data yang mencukupi. Data yang lebih tepat, penuh dan mencukupi hanya dapat diperoleh pada tahun 2014. Bilamana KPI secara menyeluruh diwajibkan kepada PBT-PBT dan juga kepada konsesi. Maka, pada waktu barulah kita tahu kalau sebatang jalan dalam kawasan majlis perbandaran atau majlis daerah itu, kita tahu berapa panjangnya, where is the sempadan, mana sempadannya, berapa lebarnya? So, itu semua mesti diukur bagi memastikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak membayar lebih kepada konsesi dengan hanya mengatakan, oh saya bersihkan daripada poin ‘A’ kepada poin ‘B’. Kita hendak tahu berapa panjang, berapa lebar dan sebagainya. Jadi, apabila data-data itu telah dikumpul dengan lebih teratur dan lebih kemas, maka timbullah jumlah yang telah saya sebutkan tadi. Kita terpaksa meminta tambahan peruntukan bagi 2014. Untuk makluman Yang Berhormat Batu, peruntukan kerajaan untuk tahun 2011 kepada Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dalam pembersihan awam di mana duit itu dimasukkan ke dalam kumpulan wang itu dan dibelanjakan dan dibayar kepada concessionaire. |Tahun|Jumlah (RM)| |----:|-----------| | 2011|400 juta | | 2012|200 juta | | 2013|480 juta | | 2014|790 juta |<END_TABLE_MARKER> RM790 juta yang tidak mencukupi, yang kita minta untuk tambahan tahun ini. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Batu. Pecahan kepada konsesi, berapa banyak kepada itu saya tidak ada maklumat. Kalau ada jawapan di sini saya akan bagi. Kalau tidak, saya akan bagi secara bertulis. Berapa diberi kepada Alam Flora ataupun diberikan kepada E-Idaman ataupun SWM. Ya?

Sedikit? Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa sedikit pelik kenapa tahun 2011, 2012 dan 2013, setiap tahun ini kurang konsisten daripada perbelanjaan ini? Saya juga ingin tahu, dalam pembersihan ini bukankah kerajaan negeri dan juga PBT bertanggungjawab untuk bayaran ini? Ini saya ingin tahu, adakah ini on top of segala bayaran yang telah dibayar oleh PBT dan ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Pusat? Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, apabila duit daripada Kerajaan Persekutuan dimasukkan dalam kumpulan wang amanah ini, ia boleh diletakkan dalam

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

instrumen-instrumen tertentu yang boleh mendapatkan pulangan apabila belum lagi dibelanjakan. Akan tetapi bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Batu tadi, kenapa tidak konsisten? Sebanyak RM400 juta tahun 2011, RM200 juta tahun 2012, kemudian tahun 2013 sebanyak RM480. Ini kerana pada waktu itu ada lebihan dalam Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ini, maka wang itu digunakan untuk tahun seterusnya. Harus kita ingat bahawa dalam tahun-tahun awal ini, 2011, 2012, kita masih lagi mencari statistik yang paling kemas. Bukan senang Tuan Pengerusi, untuk mendapatkan data-data tersebut kerana PBT sendiri tidak mempunyai data yang lengkap. Berapa meter jalan-jalan yang– itu semua mesti dibuat bukan sahaja bersama dengan PPS atau PPA ataupun sekarang dipanggil SW Corp, perbadanan yang memantau kutipan sampah ini. Ia juga memerlukan penglibatan PBT dan juga jabatan sendiri. Oleh sebab itu ia tidak konsisten. Selepas ini ia akan lebih konsisten kerana mulai dari tahun 2015, kita mempunyai data yang sudah lengkap, yang tidak lagi merupakan anggaran. Insya-Allah, dalam tahun 2015 ke depan, kita akan mempunyai jumlah yang ini. Keduanya, tentang soalan berkenaan dengan sumbangan PBT. Yang Berhormat Batu mengatakan tadi ada sumbangan daripada PBT, betul. Sumbangan daripada PBT memang ada. Untuk tahun 2011, sumbangannya itu- ingat, tahun 2011 adalah permulaan konsesi. |Tahun|Sumbangan (RM)| |----:|--------------| | 2011|15 juta | | 2012|400 juta | | 2013|434 juta | | 2014|470 juta |<END_TABLE_MARKER> Jadi, memang ada sumbangan yang diberikan oleh PBT tetapi tidak mencukupi untuk kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Oleh sebab itu Kerajaan Pusat terpaksa top up daripada apa yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan oleh PBT, kita terpaksa top up lagi. Jauh lebih banyak daripada apa yang dikutip daripada PBT tersebut.

Okey, sedikit sahaja. Terima kasih, sedikit sahaja. Terima kasih atas penjelasan. Kalau saya tidak silap, maksudnya tahun 2014 Tuan Pengerusi, ialah RM790 juta yang telah diperuntukkan dalam bajet tahun lalu. Tambahan ini ialah RM619 juta. Itu kedua-dua dicampurkan adalah hampir RM1.4 bilion. Itu satu angka yang cukup besar. Itulah sebab saya harap kalau boleh bagi break down kepada setiap syarikat yang diperlukan. Akhir sekali ialah kalau Kerajaan Pusat telah memberi sumbangan untuk top up apa yang telah disumbangkan kepada PBT, saya ingin tahu kalau negeri seperti Selangor yang tidak mengambil Alam Flora atau apa-apa yang disenaraikan sebagai penswastaan Kerajaan Pusat ini, adakah ini bermaksud Selangor tidak terima sebarang subsidi dari Kerajaan Pusat? Oleh kerana tidak mengikut senarai konsesi penswastaan yang telah disetujui oleh Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu. Kos untuk mengurus sisa pepejal dalam negara ini semakin bertambah. Kosnya meningkat apabila kita melihat daripada segi ke perincian semua data yang telah kita terima dan kosnya memang meningkat. Sebenarnya, sekarang ini untuk tahun 2015, kosnya boleh meningkat sampai RM20.3 bilion dan akan dikongsi bersama di antara PBT dan juga Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu kita kena mengambil langkah-langkah yang tertentu seperti kitar semula, pengurangan penggunaan barangan, insinerator dan bermacam-macam lagi cara untuk kita mengurus sisa pepejal ini supaya kosnya itu tidak begitu tinggi. Oleh sebab itu untuk makluman Yang Berhormat Batu, sekarang ini Kerajaan Persekutuan berbelanja lebih kurang 70%. Sebanyak 70% daripada kos mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam di negara kita ini, di negeri-negeri yang mengguna pakai

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akta 672 ialah 70%. Manakala, PBT hanya menyumbang lebih kurang 30%. Itu pun ada juga PBT yang bayar lambat. Ini pun satu lagi kekangan atau cabaran Tuan Pengerusi, PBT membayar lambat. Jadi, kita terpaksa menggunakan wang Kerajaan Persekutuan untuk membayar konsesi. Kita tidak ada masalah untuk menyenaraikan jumlah yang kita bagi kepada Alam Flora, E-Idaman dan SWM, Yang Berhormat, no problem. Itu kita akan bagi secara capital letters lagi, kita bagi kepada Yang Berhormat, no problem. Tidak ada cara untuk kita– ini berkenaan dengan Selangor. Ya, betul. Selangor masih lagi tidak mengambil pakai Akta 672 dan di situ jugalah cabarannya kepada negeri Selangor.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita dengar bagaimana keluhan ramai penduduk di negeri Selangor, di kawasan PBT, berkenaan dengan masalah denggi, masalah kebersihan, masalah sampah yang tak dikutip. Ada yang mengatakan negeri Selangor mendabik dada, mengatakan “Oh, kami tidak perlu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan”, betul, tetapi risikonya ialah perkhidmatan mereka yang begitu tidak menyerlah, dan kita tahu ini bukan cakap sahaja. Tetapi kita boleh kutip cerita-cerita ini di peringkat PBT daripada penduduk di kawasan bandar, di mana kita tahu, Selangor mempunyai masalah denggi yang tertinggi. Antara lainnya ialah kebersihan, yang begitu buruk lah kalau dalam keadaan negeri yang begitu maju. Sebab itu saya minta Kerajaan Negeri Selangor untuk berbelanja lebih kepada usaha untuk membersihkan PBT ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu bangun.

Sedikit sahaja. Saya ingin dapat pendirian daripada Menteri, kalau Kerajaan Pusat telah membelanjakan besar untuk memberi subsidi atau yang dikatakan sumbangan untuk pembersihan sisa pepejal, adakah oleh sebab Selangor tidak memilih ketiga-tiga syarikat konsesi yang ditentukan oleh Kerajaan Pusat, adakah Selangor dikecualikan daripada menerima sumbangan daripada Kerajaan Pusat. Kalau ini boleh diterima, saya harap Kerajaan Negeri Selangor mula berbincang dengan kementerian supaya sebahagian daripada sumbangan pusat juga boleh digunakan untuk membantu rakyat Selangor tanpa mengira sifat kepartian. Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, saya setuju. Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh saya juga...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bahawa memang Kerajaan Negeri Selangor gagal mengatasi masalah kutipan sampah di negeri Selangor. Sebab itu banyak masalah. Let’s face it. Sepertimana Yang Berhormat kata tadi, Kerajaan Negeri Selangor, itu sebabnya Yang Berhormat bersetuju untuk meminta supaya Kerajaan Negeri Selangor memohon untuk diguna pakai Akta 672. Sebabnya yalah Yang Berhormat pun tahu Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk menyelesaikan masalah...

Itu bukan maksud saya. Maksud saya ialah...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini bukan politik, ini adalah yang sebetulnya.

Maksud saya ialah...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Maknanya itu gagal lah, dari segi kewangan, pengurusan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Seorang, seorang Yang Berhormat.

Kerajaan Pusat...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dan kita tahu statistiknya Yang Berhormat, you cannot run away from this statistic, dengan izin, denggi terbesar, tertinggi di negeri Selangor, negeri yang paling kaya, how can it be? Jadi antaranya ialah kebersihan, ADUN Kajang kena kerja kuat sedikit.

Isu... isu...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya hendak beritahu Yang Berhormat Batu, saya ada pecahannya di sini. Pecahannya ialah, Alam Flora untuk tahun 2014 - RM585.58 juta, SWM Sdn. Bhd. - RM578.46 juta, E-Idaman Sdn. Bhd. - RM238.88 juta, jadi itu bayaran bagi tahun 2014 setakat ini sebelum peruntukan tambahan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Minggu lepas baru Yang Berhormat Sungai Petani sekarang tidak ada, tanya Menteri Wilayah Persekutuan kerana di tempatnya di kawasan Kuala Lumpur itu kontraktor Alam Flora kutip sampah dua kali satu minggu. So, Menteri Wilayah Persekutuan kata pengutipan sampah itu di bawah Kementerian KPKT, jadi minta kami panjangkan dalam sesi perbahasan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, samalah. Di Kuala Lumpur bukan begitu bersih. Kalau tidak ada denggi, di Kuala Lumpur juga sangat tinggi. Ini semua di bawah Kerajaan Pusat.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tak ada berbahas kah tadi? Tak ada berbahas kah?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Haiya...

[Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat mana tahu, Yang Berhormat mana tahu. Selangor yang tertinggi, negeri yang paling kaya Yang Berhormat, jangan lari daripada statistik, jangan lari daripada tanggungjawab kepada rakyat Selangor yang di mana Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk membersihkan Negeri Selangor sebab itu denggi yang paling tertinggi. Di Kelantan nombor dua. Tapi tak apa lah, Kelantan tidak sekaya Selangor. Jadi jangan terlalu banyak main politik, suruh ADUN bekerja kuat sedikit, ya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Soalan saya berkenaan dengan Alam Flora di Kuala Lumpur.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak berbahas tadi.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tak kutip sampah. Jadi isu sampai kena bawa ke Parlimen. Yang Berhormat Menteri begitu...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Nyamuk tidak pernah tipu Yang Berhormat. Nyamuk suka di Selangor. Okay, lebih banyak nyamuk...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sekarang saya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan di bawah Kerajaan Pusat. Juga tidak kutip sampah betul-betul.

[Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, cara kita hendak menyelesaikan masalah pelupusan sampah ini bukan hanya bergantung kepada kerajaan untuk mengurusnya. Percayalah, kerajaan tidak akan mampu menangani ini dalam masa yang akan datang, kalau kita tidak mengamalkan budaya baru untuk mengurangkan penggunaan kita, consumption kita. Tuan Pengerusi, kita masih lagi gagal ataupun lemah dalam kitar semula. Kita masih lagi lemah dalam mengurangkan penggunaan kita. Kita masih lagi gagal dalam menggunakan barangan yang lama. Reuse, recycle. Ini yang perlu kita tangani Yang Berhormat, kalau kita hanya mengatakan, “Oh mengapa tidak kutip sampah?”, blame kerajaan itu adalah satu jalan yang mudah sebab semuanya adalah kos. Dua campur satu ini pun yang dikutip ini, telah memakan belanja lebih kurang RM2 bilion tahun ini Tuan Pengerusi. Okey, itu Yang Berhormat Batu. Kepada Yang Berhormat Parit Sulong, okey, sekejap ya. Yang Berhormat Parit Sulong. Satu lagi Yang Berhormat, ini bukan subsidi. Negeri Selangor tidak layak untuk menerima mana-mana dana daripada Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam kerana ini bukan subsidi. It’s not a subsidy, ya. Ini adalah apabila dipakai Akta 672 and then we will help Selangor. I agree with you, saya setuju bahawa memang negeri Selangor gagal. Itu sebabnya isunya Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Isunya bukan ini. The question is, kalau kerajaan hanya bagi kepada syarikat konsesi yang tertentu, ini pilih kasih, ini bukan...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no. Because Akta 672 tidak dipakai di Selangor.

Ya, so, isu itu, tapi wang itu, juga wang rakyat. You cannot deny that you only give to a certain concession, syarikat konsesi...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak, tak. Walaupun saya faham apa maksud Yang Berhormat, tidak begitu. Pakai dulu Akta 672, supaya tugasan dan juga bidang kuasa, authority yang diberikan oleh Parlimen kepada Kerajaan Persekutuan itu, boleh diguna pakai. We cannot spend money on negeri yang tidak mahu menerima pakai Akta 672.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tapi, sama juga, 672 di Kuala Lumpur juga, Kerajaan Pusat, kementerian tidak jaga betul-betul.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Masih juga kotor.

[Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Siapa kata kotor?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kalau hendak dibandingkan dengan bandar Kuching, saya rasa bandar Kuching lebih bersih hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur di bawah kementerian.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, pasal Sarawak hendak pilihan raya itu.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, yang kotor di Kuala Lumpur ini, mulut-mulut ahli politik, itu yang kotor. Kuala Lumpur bersih, mulut-mulut ahli politik, setengah-setengah ahli politik itu kotor.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sorry, sebelum saya berpindah Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu minta mekanisme pemantauan oleh SWCorp ke atas syarikat konsesi, kita mengikut KPI yang very, very detail dengan izin KPI yang telah dibina oleh SWCorp bagi memantau semua konsesi ini. Yang keduanya, kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Soalan Yang Berhormat Parit Sulong ialah, Bukit Payung.

[Menyampuk]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ada, ada sekejap. Jangan begitu. Okey untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong, Bukit Payung Johor. Tapak pelupusan Bukit Payung Johor, kajian Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA), telah diluluskan pada Ogos 2012, akan dilaksanakan secara reka dan bina dengan tempoh pelaksanaan selama 22 bulan, dijangka bermula pada Julai tahun ini 2015. Apabila siap akan menerima sisa sebanyak 600 tan sehari dari Batu Pahat, Muar dan Simpang Renggam. Untuk Yang Berhormat Simpang Renggam, tapak pelupusan sampah Simpang Renggam masih digunakan sehingga kini dan akan ditutup setelah tapak pelupusan Bukit Payung itu siap dibina. Kita kena bina dulu Bukit Payung, then only we cover you. Kalau tidak, kita tidak boleh buang, ke mana sampah itu hendak dibuang. Jadi terpaksalah kita buka Simpang Renggam ini buat sementara waktu, kerana Bukit Payung itu belum lagi siap dibina. Jadi jangkaan bermula untuk tutup selamat Julai 2015 dan jangkaan siap 22 bulan kemudiannya dan luas tapak 32 ekar. Kos pembinaan tapak pelupusan Bukit Payung adalah RM42 juta bagi menjawab soalan Yang Berhormat tadi. Kemudian, Yang Berhormat Kepong. Saya pertama sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Antara MP yang mempunyai pandangan yang terbuka. Dia datang dalam sesi-sesi pendengaran awam kami, datang sebagai seorang Ahli Parlimen, bukannya seorang ahli politik. Sementara yang lain-lain itu hanya datang instigate dan sebagainya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh Yang Berhormat?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

This is the truth, Yang Berhormat Kepong adalah seorang yang gentleman. Dia bertanya soalan dengan baik maka pada waktu itu pun saya masih ingat lagi ada sekumpulan NGO yang dicucuk oleh sesetengah orang selepas itu Yang Berhormat Kepong yang minta marahkan mereka supaya jangan kacau prosiding pendengaran awam itu. Terima kasih daripada KPKT untuk Yang Berhormat Kepong. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi Yang Berhormat Kepong, kita memang hendak selesaikan masalah. Yang Berhormat kata tadi bila hendak selesaikan masalah bau? Bila hendak selesaikan masalah pelupusan sampah? Saya hendak beritahu transfer station di Taman Beringin itu kapasitinya ialah 1,700 tan. Sekarang ini 2,400 tan hingga 3,000 tan sehari. Kita tidak mempunyai pilihan selain daripada menghantar semua sampah Kuala Lumpur itu ke pusat pengumpulan atau pemampatan atau compaction itu sebelum dihantar ke Bukit Tagar. We have no other choice. Kalau kita hendak buka transfer station yang lain, semua merungut, Ahli Parlimen, ADUN semua marah, kenapa buka lagi di kawasan mereka? Maka kita terpaksa menggunakan tapak transfer station itu. Yang Berhormat mengatakan kenapa penyelenggaraan dan sebagainya? Kapasiti 1,700 we have abused the transfer station dengan izin, Yang Berhormat. Now it’s up to 3,000 tons a day, surely mechanical failure dan sebagainya akan berlaku. Akan tetapi walau bagaimanapun itu sebabnya incinerator itu ataupun waste-to-energy plant itu hendak dibuat di situ selain daripada mengurangkan lebih kurang 1,000 tan yang dihantar ke situ sebelum dihantar ke Bukit Tagar, kita lupuskan di tempat itu supaya baunya lebih berkurangan. Jadi tidak ada masalah Yang Berhormat. Kita sentiasa membantu malah pada pandangan saya waste-to-energy plant yang akan dibina di Taman Beringin itu dapat membantu Yang Berhormat menjaga kebaikan dan kebajikan penduduk di sekitar itu. Adakah syarikat yang dilantik selepas tender ditutup? Pada pandangan saya tender itu diatur ataupun dibuat oleh UKAS, bukan kementerian saya tetapi pada pandangan saya memang tidak ada syarikat yang dilantik selepas tender itu ditutup. Mustahil saya rasa. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya harap UKAS dapat mendengar dan memberikan pandangan mereka. Tempoh kontrak, saya kurang pasti tempoh kontrak yang ada di sini. Sekejap Yang Berhormat, Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin telah diambil oleh Alam Flora bermula daripada 23 Disember 2013 setelah operator yang sebelum ini yang tidak mampu untuk menjalankan tugasnya Umpan Jaya Sendirian Berhad itu telah ditamatkan perkhidmatannya oleh DBKL. Kalau ada pegawai di situ kalau boleh minta masa konsesi untuk…

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, kalau tidak ada maklumat, jawapan bertulis sahaja jika tidak ada maklumat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak, kalau sempat, very quickly. Tidak mengapa Yang Berhormat Kepong sekejap lagi kalau ada saya bagi, itu tidak ada masalah. Kemudian Yang Berhormat Seremban. Kenapakah Kerajaan Persekutuan bayar lagi? Siapa pantau KPS? Sebenarnya saya sudah jawab tadi dengan Yang Berhormat Batu bahawa ini adalah kenapa kita minta RM619 juta ini kerana pada tahun 2014, tahun lepas kita tidak mempunyai data set yang lengkap. Sekarang baru kita mempunyai data set yang lengkap. Mulai tahun 2015, peruntukan yang akan diminta itu akan lebih konsisten kerana semuanya dapat inventori dan juga measurement jalan, bahu jalan, panjang jalan dan sebagainya itu dapat dikenal pasti. Pemantauan dibuat oleh SWCorp, Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kemudian Yang Berhormat Setiawangsa. Saya kurang faham, kalau boleh Yang Berhormat Setiawangsa. Saya kurang faham apa yang disebutkan tadi, RM28 dan RM36.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Menteri...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Menteri, dia tipping fees sekarang dibayar di antara...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mana satu? Bukit Tagar ataupun...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Bukit Tagar. So, RM28 I was made to understand RM28.80 to RM36. Soalan saya ialah sama ada kadar ini ialah kadar setiap tiga tahun untuk disemak ataupun tetap sepanjang tempoh konsesi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Menteri, penjelasan. Sini, Seremban. Saya hendak tahu sama ada jawapan yang telah diberikan Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan nisbah bayaran iaitu kalau saya tidak silap dengar tadi ialah 30% dibayar oleh PBT, 70% dibayar oleh Kerajaan Pusat untuk negeri-negeri yang ada memakai akta ini. Adakah ini satu nisbah yang tetap ataupun apakah mekanisme untuk menentukan bayaran itu setiap tahun? Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ia tidak ada nisbah yang tetap. Sebenarnya apa yang dikutip oleh PBT sebelum ini untuk melupuskan sampah dan pembersihan awam itu ialah sebulat-bulat yang diberikan kepada kementerian untuk dibayar kepada concessionaire. Kita cuma anggarkan 70%, 30% sebagai melihat kepada apa yang telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dan PBT sebab mesti ingat walaupun PBT mempunyai tanggungjawab untuk menyerahkan duit itu kepada kerajaan, kadang-kadang mereka lewat membayar dan mengambil masa sedikit untuk membayar. Itu tidak ada masalah. Untuk menjawab Yang Berhormat Kepong tadi, tempoh penswastaan di incinerator atau WTE ini ialah 22 tahun atau 22 years. Untuk menjawab Yang Berhormat Setiawangsa, untuk makluman Tuan Pengerusi tipping fees yang dibayar pada Bukit Tagar sekarang ini sebenarnya RM49 satu tan, RM49. Ada sebabnya kenapa ada kenaikan daripada RM36 kepada RM49 tadi yang dijawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Untuk sel yang pertama, kita ada lapan sel yang kita telah rancang untuk Bukit Tagar sebanyak 1,700 ekar kawasan itu adalah sel. Sel pertama telah dibuka dan sel itu, capital expenditure untuk membuat sel dan infrastruktur di situ ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu tipping fees hanya RM36, RM28 atau RM36 Yang Berhormat mention tadi tetapi untuk sel yang kedua kita telah arahkan supaya syarikat Bukit Tagar itu KUB Berjaya Enviro itu untuk membina sel itu sendiri dengan capital expenditure duit mereka sendiri dan itu sebabnya kita bagi mereka ruang untuk meningkatkan tipping fees tadi kepada RM49. Itu sebabnya kenapa ia naik daripada RM36 kalau saya tidak silap kepada RM49. Kosnya begitu mahal untuk membina satu sel yang telah dirancang. Tuan Pengerusi, itu sahaja bagi pihak KPKT kita ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang memberikan pandangan dan hujah berkenaan dengan peruntukan tambahan KPKT.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM619,645,020 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM619,645,020 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.48Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala P. 48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Namun oleh sebab P.48 hanya token sahaja, P.48 tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan] Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.60Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014 Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala P. 60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Ya Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ringkas sahaja. Maksud P.60 iaitu Butiran 00400 iaitu peruntukan sebanyak RM399.3 juta untuk dikehendaki bagi menampung perolehan enam buah SGPV-LCS. Saya sangat menyokong tentang usaha kerajaan untuk pembelian ini yang cukup bertepatan dan tepat pada masanya kerana kita menghadapi ancaman yang semakin meningkat. Tambahan lagi kapal LCS yang kita akan dapat ini adalah sebuah kapal yang termoden iaitu dengan model iaitu dengan izin surface combatant yang dilengkapi dengan teknologi yang terkini bersama dengan solution nya.

Seterusnya, kapal ini adalah untuk memperlengkapkan pertumbuhan supaya angkatan tentera kita akan berkeupayaan dalam pertahanan, dengan izin, war fighting capabilities dan berkebolehan untuk melindungi kapal-kapal tentera yang lain. Negara kita pada ketika ini adalah sangat-sangat memerlukan satu penyelesaian berhubung dengan ancaman yang terus meningkat dan membantu dalam misi bersama. Soalan saya kepada pihak kementerian, setakat manakah usaha kementerian untuk menukar ganti kapal-kapal yang telah lama ini dan juga membeli aset-aset yang baru berdasarkan pada kemampuan negara kita? Keduanya, soalan saya, adakah kapal-kapal dan aset-aset ketenteraan yang sedang ataupun proses pembaikan yang dijalankan di bawah limbungan kita dapat disiapkan dalam masa yang sepatutnya? Ini kerana setiap kapal yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang sepatutnya bukan sahaja akan menggagalkan operasi kita, bahkan melemahkan lagi ketenteraan kita. Jadi apakah tindakan kerajaan sekiranya syarikat- syarikat ini gagal untuk mematuhi syarat-syarat supaya mereka dapat menyiapkan apa-apa pembaikan dalam masa yang ditentukan? Begitu juga kepada Syarikat Boustead dengan DCNS yang membuat kapal-kapal LCS ini sebanyak enam buah ini. Kita berikan mereka masa yang tertentu. Apakah penalti ataupun denda yang kita kenakan sekiranya mereka gagal untuk menepati masa yang telah ditentukan? Ini kerana mereka hanya berkeupayaan untuk menyiapkan dua kapal dalam masa 18 bulan. Jadi maknanya kita akan mengambil masa sebanyak 54 bulan untuk menyiapkan enam buah kapal. Kalau tidak ada pemantauan yang betul-betul ketat, maka kita akan mendapat kapal kita dalam masa yang cukup panjang sekali. Seterusnya, soalan saya, selain daripada kita memperkuatkan sistem ketenteraan bagi negara kita bagi menyaingi kekuatan sistem ketenteraan negara-negara jiran dengan sistem pertahanan yang lebih canggih yang mereka miliki, maka apakah langkah kementerian untuk memperlengkapkan kapal-kapal kita dengan sistem-sistem, misalannya

dengan sistem yang sukar dikesan terutamanya sistem, dengan izin, stealth capabilities terutamanya untuk menghadapi perairan kita yang cukup panjang pada ketika ini yang semakin hebat kita menghadapi ancaman, bukan sahaja daripada pengganas, bahkan daripada kapal-kapal negara lain yang turut sama dalam tuntutan bertindih? Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 00500 – Tentera Udara. Peruntukan tambahan sebanyak RM2.8 juta untuk menampung kos pembinaan Pusat Servis Teknikal bagi penyelenggaraan dan pembaikan pesawat. Inilah sebenarnya untuk pembaikan dan maintenance Sukhoi A400M untuk logistik transport ship. Kita mempunyai sebanyak 18 unit. Jadi adakah ruang ini mencukupi untuk kos maintenance sebanyak 18 buah kapal ini? Kita mahu kalau boleh melihat apa juga aset ketenteraan kita berada dalam keadaan yang siap siaga dan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa juga ancaman. Seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk menggantikan MiG-29 kita yang telah sepatutnya dilupuskan ataupun dengan izin, decommission? Jadi adakah kerajaan bercadang untuk menggantikan kapal-kapal yang lebih canggih lagi untuk memperlengkapkan aset ketenteraan kita?

Yang Berhormat Jasin.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang disayangi. Yang Berhormat Jasin, saya terpanggil dengan hujah Yang Berhormat Jasin soal kelengkapan aset-aset Kementerian Pertahanan kita. Saya hendak tanya, enam buah kapal LCS ini – banyak rujukan dia, saya pun tidak faham. Enam buah kapal ini ditempatkan di mana? Kita minta Menteri untuk memperjelaskan kenapa beli enam buah. Di manakah enam buah ini – adakah di kawasan Silam, adakah di kawasan Lahad Datu, adakah di kawasan Tawau? Juga, aset-aset ketenteraan udara ini. Kita telah pun berbahas tentang aset keperluan bagi air drone supaya dapat memantau tempat-tempat di mana persempadanan kita antara Filipina dan Malaysia, terutama sekali di kawasan ESSZONE di Sabah. Minta tumpang bahas dan tanya kepada pihak kementerian. Menteri ini dari Kudat, so dia tahu. Kalau dia tidak tahu, tidak tahulah.

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Jadi saya ringkaskanlah. Memang bertepatan sangatlah kalau boleh kerajaan kita dapat menambah lagi aset-aset ketenteraan. Bukanlah bertujuan kita untuk menunjuk kekuatan kita tetapi kita mahu kalau aset-aset ketenteraan kita dapat diperlengkapkan supaya negara-negara jiran sentiasa menghormati kekuatan kita. Bukan untuk menyerang sesiapa, tetapi kita membuat persediaan dalam apa jua eventualities. Seterusnya, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan sebenarnya bercadang untuk menambahkan lagi aset ketenteraan terutamanya aircraft carrier yang boleh mengawal bukan sahaja untuk Laut China Selatan yang sebenarnya cukup strategik pada ketika ini sebagai satu perairan yang cukup penting sekali, tetapi juga dalam masa yang sama, Selat Melaka. Ini kerana kapal ini adalah sangat-sangat diperlukan pada ketika ini bagi memperlengkapkan terutamanya kita sedang menghadapi pelbagai ancaman. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Stampin. Selepas Yang Berhormat Stampin, Menteri menjawab.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan bagi Stampin. Butiran 00500 dan Butiran 00600. Tuan Pengerusi, saya ada satu cadangan kepada Kementerian Pertahanan iaitu melibatkan kerjasama bersama dengan Kementerian Kesihatan yang pernah saya bangkitkan. Tuan Pengerusi, Timbalan Menteri Kesihatan tadi

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

ada mengatakan bahawa kita di Sarawak ada helikopter di mana kita bawa pesakit ke hospital. Akan tetapi, helikopter yang kita pakai di Sarawak dia ada kelemahan. Helikopter yang kita pakai itu daripada Langley Aerospace, ianya adalah jenis VFR atau Visual Flight Rule. Apabila cuaca tidak baik ataupun keadaan di mana dia tidak boleh – seperti Yang Berhormat Parit Sulong cakap, dia goyang-goyanglah. Jika di dalam situasi di mana visibility dia kurang, jadi helikopter itu tidak boleh terbang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Putatan dia hendak kacau-kacau. Jadi Tuan Pengerusi, ada dua jenis helikopter yang kita katakan. Satu jenis adalah yang kita gunakan di Sarawak iaitu helikopter yang banyak kelemahan. Dalam cuaca tidak baik dia tidak boleh terbang. Satu jenis helikopter yang kita katakan adalah jenis yang canggih di mana tentera udara kita ada, di mana walaupun cuaca tidak baik, dia boleh terbang. Izinkan saya memetik ayat-ayat dari The Borneo Post, keratan akhbar yang mengatakan bahawa pada 17 November 2012, izinkan saya quote ini, title nya, “Medevac delivers over 800 patients to regional hospitals in three years” di Sarawak, dengan izin. “Dr Wong Jin Shyan, Head of Medicine at Bintulu Hospital, was quoted as having said: “The failure of the medical emergency evacuation or EMS to respond to emergency calls to send its helicopters to airlift critically sick patients has caused the death of at least five patients in Bintulu in the last two and half years.”

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Ini berlaku pada sebelum 2013. Clarifying further, Poong ataupun daripada syarikat lain-lain aerospace “…utterly refuted any claims that the company’s EMS have ‘failed’ in any way and pointed out that the state had one of the highest annual rainfalls iaitu Sarawak, in the world at 3,300 millimeter to 4,700 millimeter, and that approximately 25% of all days in the year are unsuitable for helicopter flights due to heavy rain, low cloud, strong winds/turbulence and smoke haze. The sheer physical size of Sarawak, its frequently inclement weather and the fact that the contract provides for only two EMS helicopters, places a massive burden upon our company and helicopters,” Poong said. Poong emphasised that Dr. Wong’s statement that the company’s pilots refused to fly even when Bintulu ATC had confirmed good weather ‘was seriously misleading to the readers’ because Bintulu ATC could only visually observe weather up to a radius of 10 miles and up to 25 miles via its radar and could not accurately report weather conditions outside their immediate area.” Tuan Pengerusi, dalam catatan surat khabar ini jelas menunjukkan bahawa pengguna helikopter yang boleh terbang pada cuaca yang kurang baik amatlah penting kepada negeri Sarawak.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kapar bangun. Ya, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya ingin merujuk soalan ini kepada kementerian. Kita telah bercadang untuk membeli empat Airbus A400M yang pertama terbang sebagai CASA422, Future M54-01 yang telah dengan izin, deliver ke Malaysian Air Force pada 12 Mac 2015. Lagi dua tempahan kedua dan tempahan ketiga di sini direkodkan sebagai delivery plan for 2015. Keempat itu saya tidak ada penerangan lanjut. Saya ingin tanya kepada kementerian adalah ada atau tidak supplementary budget ini merangkumi satu yang sudah deliver dan baki yang belum deliver? Adakah ini termasuk sekali? Saya ingin menuntut penjelasan. Kalau ya, saya ingin menuntut mengapa kita perlukan empat air force ini? Terima kasih.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Tuan Pengerusi, sila masukkan ucapan Yang Berhormat Kapar dalam saya punya ucapan. Memang betul Air 400 itu memang satu heavily cargo plane yang begitu canggih sekali. Jadi wajiblah kalau Menteri boleh beri lebih detail. Bukan wajib, kalau bolehlah Menteri bagi lebih banyak detail sebab kita di Dewan yang mulia ini kita boleh bersama-sama tengok apakah kebaikan yang telah pun Menteri

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

beli. Bersambungan dengan apa yang saya katakan tadi, jadi di sini kita boleh lihat terdapat satu simbiosis yang wujud yang mana kita tahu bahawa tentera udara kita perlu sentiasa bersedia 24/7 bagi menghadapi situasi yang tidak tahu tahap kecemasan mahupun yang mengancam keselamatan negara. Contohnya apabila MH370 buat U-turn balik dalam case study ini, tiada tindakan walaupun ia berada di ruangan udara kita tanpa identification selama 30 minit. Jadi saya cadangkan bahawa ini ialah satu situasi yang paling baik bagi Tentera Udara kita supaya mengadakan latihan dual life bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan.

[Bangun]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Di mana Kementerian Pertahanan boleh mengadakan helikopter yang canggih mereka sentiasa standby untuk mengisi kekurangan, keperluan hospital di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya terdapat banyak kes mangsa kemalangan meninggal dunia semasa menunggu ketibaan ambulans. Walaupun semasa dalam perjalanan balik ke hospital kerana Sarawak itu besar, jalan rayanya panjang. Jadi, apabila mangsa hendak menunggu ambulans sampai ke tempat kejadian terlalu lama, mungkin dua jam, tiga jam sudah berlalu. Jadi jika ada kerjasama bersama dengan tentera udara, helikopter ini boleh digunakan untuk membawa mangsa seperti yang kita lihat di Rescue 911, membawa mangsa ke hospital dalam masa yang paling singkat seperti apa yang doktor katakan bahawa dalam masa kemalangan, satu jam itu adalah golden hour yang boleh menentukan kematian atau berjayanya kita selamatkan mangsa-mangsa tersebut.

[Bangun]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Saya faham bahawa kita kekurangan duit bagi Kementerian Kesihatan. Jadi saya mahu cadangkan bahawa wujudnya satu situasi di mana simbiosis boleh berlaku yang mana aset tentera udara boleh digunakan dalam kes ini. Pada masa yang sama, boleh menjadikan satu senario yang mana memberi Tentera Udara kita satu real time training supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa-apa juga situasi tidak kisah cuaca, tidak kisah keadaan.

[Bangun]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Ya Yang Berhormat Kapar.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menggunakan kesempatan mencelah ini untuk menanyakan tentang butiran mengenai projek 00600 berkenaan dengan Tentera Udara Kelengkapan. Sebanyak RM5,702,100 dibelanjakan untuk menampung perolehan kelengkapan Tentera Udara Diraja Malaysia. Saya menuntut penjelasan untuk Menteri menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai menampung perolehan? Apakah butiran terperinci untuk menerangkan Butiran 00600 ini? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan yang baik, sila masukkan dalam ucapan saya. Jadi itu sahajalah saya punya cadangan. Saya harap Menteri boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Menteri.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Saya akan menjawab dan mengambil maklum terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan dan sekiranya terdapat perkara-perkara yang melibatkan rahsia pertahanan negara, saya tidak akan dapat menjawabnya di sini.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi khususnya oleh Yang Berhormat Jasin iaitu berkaitan dengan pembelian enam littoral combat ship ataupun kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, pembelian adalah sebagai satu yang penting, dan aset strategik negara. Ini kerana kita harus sedar bahawa negara kita mempunyai kepentingan maritim yang begitu besar khususnya menjaga kepentingan perairan Selat Melaka yang merupakan perairan antara yang tersibuk di dunia. Akan tetapi juga adalah untuk menjaga kepentingan kita di Laut China Selatan yang mana kepentingan ekonomi negara kita adalah begitu besar termasuk di Lautan Sulu dan selanjutnya di Lautan Sulawesi. Oleh sebab itu sebagai sebuah negara maritim, kita haruslah mempunyai keupayaan bukan untuk menunjuk kekuatan tetapi adalah deterrent ataupun cegah rintang terhadap siapa yang cuba mencabar kedaulatan dan juga keselamatan negara kita. Oleh sebab itu, pembelian enam LCS ini yang telah diluluskan oleh Parlimen adalah merupakan perolehan yang penting khususnya program-program penggantian kapal-kapal yang usang. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa setiap kapal tersebut mempunyai jangka hayat. Kapal yang telah mencapai umur 20 tahun atau 25 tahun, haruslah diganti untuk memastikan ia adalah aset yang economical dan capability tidak ketinggalan daripada segi kemampuan teknologi. Oleh sebab itu pembelian aset adalah satu pembelian yang berterusan bagi menggantikan aset yang lama.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Oleh sebab itu pembelian kita adalah berdasarkan kepada kemampuan kerajaan, lagi pun Tentera Laut diraja Malaysia telah pun menyerahkan 17 kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada APMM apabila APMM ditubuhkan sebagai agensi bertanggungjawab dalam coastal guard. Saya mengambil maklum beberapa teguran yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin berhubung dengan pemantauan terhadap pelaksanaan projek ini. Sememangnya kita mahu melihat supaya syarikat-syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan iaitu Boustead Naval Shipyard ini dapat melaksanakan tugas dengan baik dan begitu juga dengan partner mereka iaitu DCNS merupakan satu syarikat dari Perancis yang memang mempunyai reputasi yang baik. BNS telah menunjukkan prestasi mereka dengan meneruskan projek sambungan enam buah kapal iaitu yang telah diserahkan kepada PSC-Naval Dockyard pada tahun 1995 yang telah dapat disiapkan oleh BNS berkaitan projek KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan KD Selangor. Kita memang mengambil maklum terhadap kebimbangan semua pihak di dalam memastikan projek ini tidak mengalami kelewatan dan kegagalan. Sebab itu kita telah pun memastikan project team yang memantau projek ini dapat memastikan bahawa ia dapat berjalan dengan baik dan mengikut jadual yang sewajarnya. BNS sendiri telah pun melantik konsultan Bureau Veritas sebagai konsultan bagi memastikan bahawa pelaksanaan projek ini mengikut design atau reka bentuk yang telah ditetapkan. Kita tidak akan berkompromi atas kelewatan dan peruntukan yang terkandung dalam perjanjian-perjanjian yang telah ditetapkan di antara Kerajaan Malaysia dengan BNS akan diaplikasikan sewajarnya. Yang Berhormat Jasin...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar bangun.

Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan RM399 juta ini bukan harga belian, ini adalah menampung perolehan. Saya ingin penjelasan perincian apa yang dimaksudkan sebagai menampung perolehan dan kalau boleh jumlah kos untuk jumlah kos untuk keenam-enam patrol vessels ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kapar, seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini kita perlu berbelanja lebih kurang RM9 bilion untuk kesemuanya untuk memberi kapal ini termasuk juga ada beberapa perbelanjaan lain yang akan diperincikan. RM500 juta ini adalah merupakan sebahagian daripada progress payment yang perlu dibayar.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2014, kementerian hanya diperuntukkan RM400 juta bagi membayar progress payment kepada kontraktor BNS. Hasil daripada kelulusan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan dan kelulusan yang telah dibuat oleh EPU dan MOF, bersetuju untuk menambah RM500 juta pembayaran kepada BNS. Peruntukan ini ialah RM100 juta lebih daripada Kementerian Pertahanan dan selebihnya daripada kementerian-kementerian yang lain iaitu penjimatan daripada yang telah dibuat daripada kementerian yang lain.

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar bangun lagi.

Adakah ini bermaksud, tambahan perolehan ini included within the RM9 billion yang Yang Berhormat Menteri terangkan tadi? Terima kasih.

Ya, sememangnya ini merupakan progress payment. Seperti mana yang saya katakan, projek ini akan mengambil masa untuk kapal yang keenam terakhir kita akan terima sehingga tahun 2023. Kapal pertama dijangka siap pada tahun 2018, kapal kedua tahun 2019, kapal ketiga tahun 2020, kapal keempat tahun 2021, kapal kelima tahun 2022 dan kapal keenam tahun 2023. Jadi apa yang saya nyatakan ini adalah sebahagian daripada RM9 bilion yang telah diperuntukkan sebentar tadi. Yang Berhormat Jasin ada membangkitkan berkaitan dengan keupayaan LCS ini. Seperti mana yang saya pernah jelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa LCS kapal yang mempunyai capability dan kapasiti yang lebih baik, lebih laju, dilengkapkan dengan missile, dilengkapkan dengan torpedo gun, radar dan sonar system. Kapal yang mempunyai keupayaan dan prestasi yang tinggi berbanding dengan kapal-kapal kelas corvett. Yang Berhormat Jasin juga ada membangkitkan berkaitan dengan penyelenggaraan pesawat Sukhoi. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum kita memiliki pesawat Sukhoi ini sejak beberapa tahun yang lalu. Pesawat pejuang Sukhoi telah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara dan mengadakan exercise dengan beberapa tentera asing. Kesiapsiagaan Sukhoi ini adalah penting bagi kita memastikan Air superiority kita dapat dikekalkan dan menjadi cegah rintang terhadap pertahanan negara kita. Oleh sebab itu seperti mana yang kita sedia maklum bahawa pesawat tersebut memerlukan schedule maintenance dan juga penggantian terhadap parts tertentu bagi membolehkan ia sentiasa dalam keadaan siapsiaga. Oleh sebab itu kita telah memohon peruntukan bagi maksud ini. Ia dapat digunakan sekiranya diperlukan bagi maksud- maksud tertentu untuk maksud latihan dan menggunakannya sekiranya terdapat ancaman terhadap kedaulatan negara kita. Yang Berhormat Jasin juga ada membangkitkan, berkaitan dengan MiG-29. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya pesawat MiG-29 ini telah pun menghampiri jangka hayatnya iaitu sepatutnya kita kena decommission pada tahun hadapan. Kerajaan mempunyai beberapa opsyen tertentu yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan berdasarkan kepada kemampuan kewangan negara kita. Di antaranya ialah kita mungkin melakukan upgrade dan overhaul bagi MiG-29 ini. Dengan memanjangkan jangka hayatnya sekiranya itu adalah merupakan cost effective, maka kita akan mempertimbangkan perkara itu. Akan tetapi kita juga telah melihat alternatif pesawat lain MRCA ataupun Multi-Role Combat Aircraft. Di antaranya ialah mungkin kalau kita mempunyai kemampuan kita boleh memilih untuk membeli pesawat-pesawat yang lebih canggih seperti Eurofighter Typhoon, Rafale dari Perancis dan juga pesawat Super Hornet daripada Amerika dan juga Gripen yang telah ditawarkan oleh Sweden. Akan tetapi pada peringkat ini kita masih belum membuat apa- apa keputusan bergantung pada keupayaan kewangan kerajaan. Yang Berhormat Putatan ada membangkitkan berkaitan dengan di manakah LCS ini akan digunakan. Apabila satu kapal ini telah pun siap diberi beberapa area operasi yang penting sekali yang akan digunakan di Perairan Selat Melaka, di Laut China Selatan yang

merupakan contested areas. Laut China Selatan adalah merupakan kawasan kepentingan ekonomi yang dipertikai dikalangan negara ASEAN dan juga negara kuasa besar iaitu China.

Aset ini adalah diperlukan untuk maksud-maksud ini dan ianya adalah merupakan sebagai cegah rintang. Digunakan untuk latihan bersama dengan tentera-tentera asing. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah anggota perjanjian Fire Power Defense Agreement (FPDA) dengan beberapa negara lain. Termasuklah Britain, Australia, New Zealand dan Singapura. Kita juga sering mengadakan latihan dengan negara-negara lain seperti Amerika dan negara-negara yang ingin mengadakan latihan dengan kita. Oleh sebab itu aset ini adalah diperlukan bagi maksud ini dan juga untuk menjaga kepentingan Maritim kita di Laut China Selatan, Laut Sulu dan juga di Laut Sulawesi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Maaf, saya tunggu. Terima kasihlah Menteri kerana menjawab secara shallow. Satu, latihan. Satu, memantau Laut China Selatan. Yang saya tanya secara spesifik Menteri, jika antara enam buah kapal ini, bagilah sekurang-kurangnya satu memantau perairan, perbatasan di antara Selatan Filipina dan kawasan ESSZONE di Sabah. Bolehkah Menteri? Menteri yang kuasa ESSZONE ini, walaupun APMM ada sana, kalau bolehlah yang kapal yang tercanggih ini, yang berkapasiti tinggi ini dapat juga kelihatan memantau dan menjaga kawasan perbatasan kita di Filipina. Boleh tak Menteri kalau ini boleh di bagi selain daripada digunakan untuk latihan sahaja?

Yang Berhormat Putatan, tak dengar ataupun tidak mengetahui apa yang saya katakan tadi? Saya kata, area operations bagi kapal-kapal ini di Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi, selain daripada Selat Melaka.

Akan tetapi ESSZONE tidak kena sebut.

Laut Sulu itu apa?

Secara spesifik. Sulu itu luas, menteri, spesifik perbatasan yang saya minta.

Ya, ya. Tak apalah, itu pengertian dia lain tapi maksud saya itulah, Laut Sulu itu adalah merangkumi kawasan ESSZONE yang di mana kita adalah bersempadan dengan negara Filipina. Oleh sebab itu, aset-aset ini apabila kita beli, kita guna untuk maksud-maksud operasi. Kita akan menghantar mereka ke tempat- tempat di mana ianya diperlukan selain menyokong juga dua kapal selam kita yang ada di Sepanggar. Selain daripada itu, di kawasan ESSZONE, penting sekali kita menempatkan aset bersesuaian seperti interceptor boats dan juga coastal guard vessel. Aset yang disediakan APMM. Saya rasa APMM akan menambahkan aset-aset bagi maksud untuk mengadakan enforcement di laut. Oleh kerana APMM ini adalah bertanggungjawab untuk mengadakan enforcement di laut sama ada untuk mencegah penyeludupan, mencegah trans border crime dan juga pencerobohan. Manakala aset-aset TLDM ini adalah bermaksud untuk pertahanan negara. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita akan mewujudkan sea- based seperti Bunga Mas Lima, yang ditempatkan secara mobile di kawasan lautan Sulu. Ianya dilengkapkan dengan peralatan-peralatan pertahanan bagi maksud menyokong usaha-usaha pertahanan di kawasan ESSZONE. Selain daripada itu, kerajaan juga akan membina sebuah sea-base secara permanent di situ dengan bantuan PETRONAS. Sea-basing ini sendiri akan menggunakan oil rigs. Ianya akan dilengkapkan pelbagai peralatan, khususnya unmanned areal vehicle (UAV) ataupun drones bagi memantau kawasan tersebut dengan lebih berkesan. Oleh sebab itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa aset UAV ini memang telah pun dipasang di kawasan OPS Pasir Selatan. Akan tetapi keupayaannya harus ditambah kerana kawasan

ini haruslah difahami, ianya merupakan sepanjang 1,700 kilometer dari utara sehinggalah ke selatan. Yang Berhormat Jasin juga ada membangkitkan berkaitan dengan sama ada kita mempunyai cadangan untuk membeli aircraft carrier. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita mengakui bahawa aircraft carrier ini adalah merupakan satu aset yang penting tapi harganya memanglah terlalu mahal. Setakat ini, hanya Amerika yang memilikinya dan beberapa negara maju yang mempunyai keupayaan ketenteraan. Aircraft carrier ini seperti mana yang saya pernah naiki, USS George Washington, aircraft carrier yang begitu canggih dan menggunakan kuasa nuklear. Ianya boleh membawa hampir 100 pesawat iaitu melibatkan pesawat-pesawat jet pejuang, Super Hornet helicopter attack dan juga transport helicopter termasuk anggota tidak kurang daripada 5,000 orang. Saya percaya kita masih belum berkemampuan untuk maksud itu pada ketika ini. Akan tetapi ianya mungkin pada masa-masa akan datang, sekiranya Malaysia menjadi negara maju. Ia boleh dipertimbangkan. Yang Berhormat Stampin ada mencadangkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan berkaitan dengan Medievacuation. Memang kita mengakui bahawa di Sarawak mempunyai keperluan. Kita juga mengambil maklum terhadap cadangan-cadangan ini. Walaupun sebenarnya Kementerian Kesihatan telah pun mempunyai perkhidmatan doktor udara ataupun Medivac bagi maksud ini. Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu sekiranya diminta dan perkara yang berkait dengan emergency, kita juga menyediakan mercy flight bagi maksud-maksud ini. Akan tetapi ianya bukanlah merupakan satu permanent duty bagi TUDM kita. Oleh kerana di TUDM Sarawak, ada pesawat-pesawat Sikorsky dan juga EC725 yang ditempatkan di situ. Ianya adalah merupakan pesawat yang mempunyai prestasi yang tinggi berbanding dengan apa yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Akan tetapi perkara ini mungkin dibincangkan di peringkat kementerian bagi masa-masa akan datang melalui program apa yang dipanggil National Blue Ocean Strategy. Yang Berhormat Kapar ada membangkitkan berkaitan dengan A400M iaitu logistik transporter. Seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa kita telah pun membeli pesawat transporter sebanyak empat buah. Pesawat ini adalah merupakan pesawat di mana kita menjadi partner nation. Pesawat ini telah pun dibangunkan oleh beberapa negara NATO seperti UK, France, Sepanyol, Germany, Turki, Luxembourg dan Belgium yang merupakan launch nation dan Malaysia terlibat dalam pembangunan A400 ini sebagai partner nation. Oleh sebab itu, keupayaan A400 ini adalah merupakan satu aircraft yang begitu berprestasi tinggi kapasitinya adalah dua kali ganda berbanding dengan Charlie C130 yang kita miliki dari USA dahulu.

Tujuannya adalah bagi kegunaan logistik, transporter aircraft dan ia merupakan heavy lift aircraft. Yang penting sekali, ia juga mempunyai capability bagi maksud Air to Air refuelling khususnya bagi pesawat-pesawat jet pejuang. Ia juga adalah digunakan bagi maksud-maksud tactical mission dan kemampuan-kemampuan yang ia juga boleh evading radar dan juga maksud-maksud bagi menggunakan perkhidmatan atau operasi ‘ParaJump’ dan container delivery.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah maksud Charlie C-130 Chris masih lagi digunakan dan apa perbezaan airbus dengan Charlie 130 Chris ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Charlie 130 adalah merupakan workhorse TUDM yang telah pun diguna pakai semenjak beberapa dekad yang lalu dan ia merupakan satu pesawat yang sangat reliable. Cuma kita juga dalam proses untuk menimbang untuk menaik taraf Charlie C-130 ini kerana ia adalah merupakan pesawat yang masih lagi menggunakan analog system. Kita juga akan berusaha untuk meningkatkan keupayaannya menaiktaraf kepada glass cockpit ataupun menggunakan sistem digital dan juga meningkatkan keupayaan dari segi avionic system. Ia akan terus digunakan selagi mana ia berkemampuan cuma rancangan yang terdekat ini ialah untuk meningkatkan dari segi keupayaannya.

Yang Berhormat Kapar, Kapar lagi, dia minta berkaitan, tidak ada lagilah.

Ada, ada, yang tentang 00600.

Berkaitan dengan satu peruntukan bagi menyediakan...

Kelengkapan untuk tentera udara.

Kelengkapan bagi untuk menyediakan hangar bagi keperluan A400, di mana apabila A400 akan tiba di negara kita. Maka kita memerlukan satu hangar bagi storage atau menyimpan kapal-kapal ini dan peruntukan untuk membina infrastruktur itu telah pun dipohon. Berdasarkan kepada permohonan yang telah kita buat, kita telah pun memohon peruntukan bagi maksud itu bagi membina infra yang telah kita pohon tersebut. Jadi itu sahaja Yang Berhormat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya difahamkan ada tiga biji lagi. Adakah perolehan ini termaktub untuk tiga itu sekali atau bila kita deliver yang tiga itu, ada anggaran tambahan seperti ini? Terima kasih.

Tidak, untuk makluman Yang Berhormat seperti mana yang saya katakan tadi bagi pembinaan infrastruktur bagi maksud infra bagi kapal tersebut adalah digunakan untuk keempat-empat kapal tersebut.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh saya tanya?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya bahawa...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Pengerusi. Kenapa selalu menteri tidak datang, hanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kerja di Parlimen?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya kasihan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Seputeh, baliklah Yang Berhormat Seputeh.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM407,830,510 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM407,830,510 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Maksud P.62Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2014] – Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Namun oleh sebab P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahas. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 dan Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2014 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Chua Tee YongMCA · BNBacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

UsulMotion

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi: “Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus dua puluh satu juta sembilan ratus sembilan puluh lima ribu lapan ratus lapan puluh ringgit (RM1,921,995,880) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2014 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2014 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2015 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Hendaklah disahkan.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Diputuskan, “Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus dua puluh satu juta sembilan ratus sembilan puluh lima ribu lapan ratus lapan puluh ringgit (RM1,921,995,880) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2014 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2014 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2015 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 1 April 2015”.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari esok, Rabu, 1 April 2015, selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan perbahasan akan dimulakan dengan D.R.24/2014 Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 dan akan diikuti dengan rang undang-undang yang lain seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 1 April 2015.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.31 malam.]