Dewan Rakyat · 7 April 2015
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 888 turns · 62,497 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [Mersing] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah kementerian akan bercadang untuk menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar semasa proses peralihan TV digital yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, “Daun selasih ubi kayu, Terima kasih, thank you”. Di atas soalan seawal pagi daripada sahabat Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan soal penghijrahan siaran televisyen daripada sistem analog kepada siaran digital kerana penggunaan digital adalah seiring dengan perkembangan dan trend penyiaran seluruh dunia. Penggunaan teknologi digital juga adalah merupakan suatu teknologi yang membolehkan penggunaan spektrum atau gelombang radio yang lebih optimum dan quite efficient. Ini bermakna lebih banyak saluran TV akan disiarkan. Ia juga membolehkan rancangan yang lebih interaktif, gambar dan video yang lebih berkualiti. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya berikan sedikit latar belakang di sini, transmisi ujian siaran digital ini dijangkakan akan bermula pada hujung bulan ini dengan menggunakan stesen pemancar Bukit Pelindung, Kuantan, Bukit Besar, Kuala Terengganu dan Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Ia bermula di situ dan dijangkakan persiapan daripada segi pelaksanaan infrastruktur dan sebagainya dijangkakan akan siap pada hujung tahun depan di mana kawasan Wilayah, Lembah Klang adalah terakhir sekali. Bagi tujuan pelaksanaannya kita tahu bahawa dalam siaran digital ini, televisyen biasa yang menggunakan sistem analog yang ada sekarang ini tidak boleh menerima siaran tersebut dan kita tahu bahawa masih ramai lagi masyarakat kampung luar bandar yang berpendapatan rendah, mereka tidak ada sistem Astro dan sebagainya, ia perlu dibantu sebagaimana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat. Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal ataupun pihak pelaksana perkhidmatan platform digital ini ialah dengan menyediakan set of box bagi membolehkan penerimaan siaran digital ini dan mereka akan menyediakan sebanyak 2 juta set of boxes yang akan diagihkan berasaskan kepada senarai BR1M dan eKasih yang akan diberikan ke seluruh negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, tahniah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri dahulu satu kelas dengan saya. Dia ambil ekonomi jadi Menteri, saya ambil bomoh jadi backbencher. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya faham kerana RTM khususnya agensi di bawah kementerian dia menggunakan sistem analog pada waktu yang sama dia bergerak ke arah digital. Buat masa ini ada platform-platform percuma seperti Google, YouTube, atau NJOI dan portal-portal IPTV yang menggunakan digital. Pada waktu yang sama kita ada kawan- kawan RTM seperti TV Hijrah, TV3 yang terpaksa mengikuti perkembangan daripada
analog kepada digital. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah insentif-insentif yang diberi oleh kementerian dan pemerintah supaya mereka yang berhijrah seperti TV AlHijrah ini dapat berhijrah juga kepada digital dan ini membantu pemerintah untuk menyemarakkan lagi content atau isi kerana isi telah dibantu melalui pelbagai agensi dalam kementerian. Apakah persediaan kementerian jika dan ketika di mana proses analog kepada digital ini hanya boleh separuh jalan? Apakah kesan-kesan dan juga tindakan-tindakan lanjut yang boleh diambil oleh kementerian bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita kawan sekolah ini bukanlah ada kelebihan saya duduk di sini. Saya rasa Yang Berhormat pun ada kelebihan-kelebihan yang lebih daripada kami yang mungkin tidak dapat dinikmati oleh ramai kawan di sini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ingatan yang disebutkan tadi. Sebenarnya sekarang ini bukan tidak ada sistem digital. Sudah ada pun iaitu kalau kita lihat dalam dunia penyiaran digital ini ada pelbagai platform.
Misalnya Astro, menggunakan platform satelit. Itu pun sudah digital. Misalnya ada beberapa syarikat seperti IPTV, ABN yang menggunakan sistem digital tetapi menggunakan kabel iaitu menggunakan fiber optic dan sebagainya. Itu pun sudah digital. Cumanya yang sekarang ini yang menggunakan spektrum yang biasa. Spektrum ini ialah gelombang radio yang selama ini gelombang radio itu digunakan secara tidak efisien dalam tujuan broadcasting ataupun penyiaran iaitu menggunakan frekuensi yang tertentu daripada 470 megahertz kepada 742 yang hanya boleh menyiarkan sebanyak 10 ataupun 12 buah saluran yang ada sekarang, TV1, TV2, TV3, TV8, TV9 dan sebagainya, itu sahaja. Akan tetapi tidak lama apabila kita menyusun kembali perkara ini, ia boleh disiarkan dalam spektrum yang sama sebanyak 50 hingga 80 buah saluran. Jadi ini membolehkan banyak lagi pemain-pemain lain akan boleh menceburi dalam dunia penyiaran ini dan rakyat boleh menerima siaran yang lebih baik. Ini tujuan yang pertama. Cumanya sekarang ini apabila kita meminta supaya TV1, TV2, TV3, Media Prima dan sebagainya untuk masuk kepada platform digital dan juga beberapa penyiaran lain seperti TV AlHijrah dan sebagainya, ia sudah tentu memerlukan kos awal kerana ia juga kena bayar sewa penggunaan platform dan sebagainya. Jadi, pihak kerajaan akan memerhatikan perkara ini dan melihat apakah bentuk-bentuk kawal selia yang perlu diberi bantuan dan sebagainya. Akan tetapi apa yang pentingnya, soal separuh jalan sepatutnya tidak timbul di sini kerana akhirnya, dijangkakan antara tahun 2018 hingga tahun 2020, kita mesti mencari satu titik siaran analog yang ada sekarang mesti dihentikan. Ini kerana sebahagian daripada spektrum itu akan digunakan untuk tujuan lain seperti soal keselamatan, penggunaan mobile mudah alih dan sebagainya, yang itu mesti digunakan. Ertinya mahu tidak mahu, kita kena menghentikan siaran analog. Macam dahulu kita mesti menghentikan siaran hitam putih. Siaran analog ini akan menjadi perkara yang berlalu sebagaimana siaran televisyen hitam putih dan ini tidak ada pilihan, semua mesti berhijrah. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Bharu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan. Bagi berlaku adil kepada pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan tahniah juga kerana nampaknya RTM khususnya, telah banyak memperbaiki perkhidmatannya terutamanya kepada rakyat di luar bandar. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri mengenai suatu yang saya boleh anggap suatu fenomena dalam dunia penyiaran sekarang ini, apabila banyak provider ataupun penyiar-penyiar daripada kalangan swasta yang telah dilesenkan oleh kerajaan memberi perkhidmatan penyiaran ini. Nampaknya syarikat-syarikat swasta ini agak berleluasa menguasai pasaran yang melibatkan mungkin kesengsaraan kepada pengguna atau rakyat jelata.
Saya mengambil contoh, Astro misalnya. Suatu masa dahulu Astro telah menyiarkan mereka tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membiayai perkhidmatan mereka sehingga menyebabkan mereka perlu menaikkan fee kepada rakyat, misalnya RM5 satu akaun menyebabkan rakyat terpaksa tanggung walaupun kecil. Akan tetapi baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, kita lihat Astro mengisytiharkan pendapatan mereka telah naik sebanyak 9% bersamaan RM5.2 bilion. Itu kita nampak seolah-olah macam alasan mereka menaikkan fee kepada rakyat ini satu yang tidak berasas. Dalam masa yang sama, kita lihat perkhidmatan TV swasta ini terutama Astro pun banyak masalah. Ada siaran yang tidak jelas...
Yang Berhormat.
Hujan sikit pun sudah tidak dapat...
Minta ringkaskan Yang Berhormat.
Walaupun Astro bukan di bawah kementerian, tetapi saya rasa kementerian adalah pihak yang perlu memberikan penekanan kepada providers ini. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri tentang apa yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk menangani masalah yang melibatkan kepentingan rakyat ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya tidak bolehlah bercakap bagi pihak Astro dalam semua hal. Cumanya perlu kita fahami dalam dunia penyiaran yang ada sekarang ini, misalnya Astro telah membekalkan perkhidmatan berasaskan – Ia juga sistem digital, tetapi menggunakan kaedah penggunaan satelit. Penggunaan sistem satelit di mana-mana dalam dunia mesti terdedah kepada gangguan. Gangguan kerana cuaca dan kerana pelbagai perkara yang lain, itu adalah sebahagian daripada kekangan yang terpaksa dihadapi menggunakan sistem satelit ini. Ini satu perkara yang sukar untuk diatasi. Mereka sendiri mempunyai– Oleh sebab itu pemancar mereka selain daripada di Bukit Jalil, mereka ada dekat Cyberjaya dan sebagainya. Kalau awan tebal, cuaca teruk di Bukit Jalil, mereka boleh berpindah di sana dan sebagainya. Itu adalah salah satu langkah yang telah mereka buat. Kedua, perlu kita tahu bahawa daripada segi proses bagaimana orang mendapatkan perkhidmatan Astro juga melalui pelbagai peringkat. Dahulu kita ingat, hendak memulakan Astro itu dia kena beli setup boxnya sebanyak RM1500, mula-mula sekali. Selepas itu RM700, selepas itu RM300 dan sekarang ini sudah percuma. Ini orang sudah terlupa bahawa perkhidmatan itu semakin lama semakin mudah. Akan tetapi dalam masa yang sama, kalau kita lihat bahawa ia juga telah meningkatkan perkhidmatannya. Kalau dahulu orang happy, orang gembira dengan mendapat lebih kurang 30 atau 40 buah saluran sahaja termasuk saluran radio dan sebagainya dan orang gembira dengan mendapat saluran SD. SD maknanya Standard Definition, gambar biasa sahaja. Akan tetapi orang perlu tahu bahawa ia telah meningkatkan perkhidmatannya dengan menyediakan saluran High Definition (HD). High Definition dalam sistem ini kita tahu menggunakan penggunaan bandwidth empat kali ganda lebih daripada menggunakan Standard Definition (SD). Ia ada kosnya kerana satelit yang berada di sana ada beberapa transponder. Transponder, satu transponder boleh menyiarkan satu saluran SD misalnya, tetapi kalau untuk HD kena empat transponder. Jadi ada kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Pilihan kita, dia ada banyak pilihan. Jadi kalau kita lihat bahawa kalau hendak banyak saluran HD yang ada sekarang, itu adalah merupakan saluran premium. Oleh sebab itu, dalam konteks kita menyediakan platform baru yang dinamakan platform DTTV yang ada sekarang digital terrestrial television yang menggunakan menara- menara pemancar yang ada sekarang, hendak buat di Bukit Baka di Kelantan dan sebagainya ialah kaedah baru yang tidak menggunakan satelit ataupun memasang kabel dan sistem yang kita buat ini berasaskan kepada free to air iaitu percuma sebagai satu pilihan. Akan tetapi jangan menganggap bahawa semua saluran yang ada dalam Astro itu ada di sini kerana ia bergantung kepada apakah business model yang akan digunakan pada penyiar-penyiar. Misalnya kalau dia hendak siaran sukan yang live, kosnya tinggi. Kosnya tinggi, apakah sanggup dibiayai oleh mana-mana syarikat yang ingin menjadi penyiar dan mengharapkan ia mendapat pulangan melalui iklan kerana dia tidak mengenakan sebarang caj dan sebagainya.
Jadi, ini adalah antara model baru yang akan dapat kita lihat dan pilih semasa adanya sebuah platform baru dalam sistem digital yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat untuk bertanya dengan kementerian oleh sebab kementerian menyasarkan 90% orang penduduk negara ini akan menerima siaran digital terrestrial percuma pada tahun 2016. Kita tahu ia berupaya untuk mengurangkan jurang digital di antara penduduk di dalam dan di luar bandar. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah sebab-sebab yang mendorong kerajaan untuk membawa siaran digital ini ke seluru pelosok negara dan sejauh manakah transformasi dalam landskap penyiaran baru ini akan menjadikan anjakan paradigma bagi sektor penyiaran di negara kita. Bila agaknya kita hendak melancarkan program MYTV ini kerana kita hendak lihat bila MYTV ini dilancarkan nanti, ia sekurang-kurangnya akan memberikan saingan dalam industri penyiaran kepada Astro. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih pada Yang Berhormat Sekijang atas soalan tambahan yang diberikan. Ini semua adalah merupakan minat dan keghairahan orang ramai bila hendak terima siaran digital ini. Kita siaran digital ini melalui perjalanan ataupun journeynya yang tersendiri dan ia mengambil masa kerana satunya, ia melibatkan kos. Kos untuk membina infrastruktur. Sebagaimana kos kalau kita hendak dapat siaran ataupun mendapat transmisi ataupun signal telefon mudah alih kita ini, kos yang besar iaitu menyediakan infrastruktur. Orang tidak nampak tetapi infrastrukturnya ada di mana-mana di luar sana, dalam dewan dan sebagainya untuk mendapatkan penerimaan transmisi yang baik. Untuk membolehkan transmisi digital ini, ia memerlukan banyak menara komunikasi dan antara menara itu dipanggil gap filers yang perlukan tambahan-tambahan infrastruktur. Oleh sebab itu dikatakan lagi kenapa akhir sekali di dalam pelan perlaksanaan ini dimulakan dengan negeri Pantai Timur selepas itu pergi ke Sabah, Sarawak, pergi ke negeri utara, Kedah dan sebagainya turun selatan akhir sekali baru di Lembah Klang. Oleh sebab Lembah Klang yang paling sukar, kerana di sini banyak bangunan yang tinggi yang memerlukan bagaimana pembinaan infrastruktur yang perlu disesuaikan. Itu yang paling akhir, sebab itu yang biarkan bersiaran di tempat-tempat yang mudah. Keduanya, di bawah digital ini dia akan membolehkan penerimaan siaran televisyen di dalam kenderaan. Misalnya, kita mahu orang naik kereta api orang dapat tengok TV, naik bas dapat tengok TV, orang dalam kereta dapat tengok TV, kerana sistem ini membolehkan kita menonton siaran ini degan jelas di dalam kenderaan dan sebagainya. Jadi ini juga kenapa akhirnya memerlukan pembinaan banyak infrastruktur ataupun peralatan-peralatan di sekitar jalan-jalan di kawasan bandar dan sebagainya, itu yang kita katakan. Jadi kalau ditanya bila akan dapat penerimaan ini? Sebagaimana yang saya sebutkan tadi roll out Insya-Allah akhir tahun depan, pelaksanaannya. Akan tetapi, ia mengambil masa sedikit supaya orang membiasa, orang merubah ataupun berhijrah daripada sistem analog lama ke sistem yang baru. Untuk berhijrah sama ada dia boleh kena beli TV yang dipanggil TV digital ready. Tuan Yang di-Pertua sama ada dipanggil digital ready ataupun dia terpaksa menggunakan set-top box. Jadi isu yang ditanya oleh Yang Berhormat Mersing tadi ialah kalau orang tidak mampu macam mana? Jadi pihak pembekal perkhidmatan akan memberi secara percuma sebanyak 2 juta set-top box. Mana yang lain itu kita minta orang beli dan kita menggalakkan syarikat-syarikat yang ingin membiayai secara CSR dan kita akan berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan melalui pelepasan cukai dan sebagainya. Ini kerana kita hendak akhirnya semua orang menggunakan sistem ataupun yang disebutkan sistem digital yang akan berlaku dalam masa yang disebutkan. Ada negara yang mengambil masa 12 tahun untuk berhijrah. Akan tetapi kita tidak ada masa sebanyak itu Tuan Yang di-Pertua, kerana kita hendak spektrum yang ada lebihan yang selalu disebutkan digital dividen. Kalau kita antara spektrum yang dipanggil 470 megahertz sehingga 742 ada sekarang, tetapi untuk digital kita ambil 470 tadi sehingga gelombang 694, jadi ada lebihan 695 sehingga 742 untuk digunakan bagi tujuan lain. Keselamatan, bencana dan sebagainya perlu dan seluruh menuju ke arah itu.
Jadi ini adalah antara perkara-perkara kita hendak buat juga, mesti dilaksanakan dan kita harapkan ia dapat dilaksanakan antara 2018 sehingga tahun 2020 dan ini jadual yang telah kita tetapkan. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Wong Sze Phin.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya dimaklumkan bersama-sama kita di dalam Dewan yang mulia ini ialah Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latiff Abdul Rahman, Timbalan Speaker Dewan Negeri Kelantan dan empat Ahli Dewan Negeri Kelantan iaitu ADUN Tawang, ADUN Bukit Tuku…
Soalan Yang Berhormat.
…Dan ADUN Merbok, ADUN Chempaka Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
2. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, rancangan Kerajaan yang akan diambil daripada segi kerjasama rantau Asia Tenggara dan antarabangsa sebagai tuan rumah atau Negara Presiden ASEAN dan Ahli Tidak Tetap dalam Majlis Keselamatan PBB untuk mengatasi masalah keselamatan yang dihadapi di pantai timur Sabah.
Tuan Yang di- Pertua saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2015, Malaysia akan mengambil inisiatif-inisiatif yang bersesuaian berdasarkan lapan keutamaan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia iaitu menggalakkan keamanan dan keselamatan serantau melalui kesederhanaan. Selain itu kita akan terus berusaha untuk memantapkan lagi hubungan kerjasama antara negara anggota ASEAN khususnya dalam bidang kerjasama politik dan keselamatan. Ini boleh dicapai melalui mekanisme-mekanisme yang sedia ada seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN atau ASEAN Defence Ministers’ Meeting, Forum Serantau ASEAN atau ASEAN Regional Forum dan Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan atau ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime yang telah pun kita adakan selama ini. Tuan Yang di-Pertua, pada 7 Mac 2013 Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kawasan keselamatan khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM sebagai kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400 kilometer di kawasan Pantai Timur Sabah, bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau untuk meningkatkan kawasan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah serta menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah. Di peringkat serantau, negara- negara ASEAN kian mempertingkatkan tahap kerjasama dalam menangani isu-isu keselamatan yang dihadapi oleh rantau ini. Termasuk pertukaran maklumat dan pengalaman antara agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Di peringkat antarabangsa juga Malaysia bukan sahaja bekerja sama dengan negara-negara lain untuk memastikan keselamatan dan keamanan di rantau ini malah juga di seluruh dunia. Peranan Malaysia sebagai Ahli Majlis Tidak Tetap di Majlis Keselamatan PBB adalah penting supaya kita dapat memastikan agar pengalaman yang kita peroleh dapat dikongsi bersama di peringkat serantau. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih ke atas jawapan terperinci Yang Berhormat Menteri yang dihuraikan dalam rancangan Malaysia dalam perhubungan antarabangsa untuk atasi isu keselamatan Pantai Timur Sabah. Tuan Yang di-Pertua Saya ingin beri sedikit cadangan dan minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Soalan Yang Berhormat Kota Kinabalu bukan cadangan.
Ya, tetapi saya kasi dulu. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang kita maklum masalah keselamatan rantau ini amat membimbangkan selepas pencerobohan Lahad Datu serta kes penculikan yang dilakukan kumpulan pengganas. Walaupun ESSCOM telah ditubuhkan ia hanya daripada aspek pertahanan dalam negeri. Saya berpendapat jika kita mahu selesaikan masalah ini selama-lamanya, kita mesti mendapat sokongan daripada rakan-rakan kita di ASEAN dan juga rakan kita dari masyarakat antarabangsa supaya keamanan di Pantai Timur Sabah akan dijaga. Saya harap ASEAN akan menumpukan joint force atau pasukan gabungan yang terdiri daripada negara-negara serantau untuk bersama-sama menjaga keselamatan rantau ini supaya keamanan di ASEAN terjamin Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai contohnya ialah dengan Tuan Yang di-Pertua...
Soalan Yang Berhormat.
...Soalan sudah. Menteri setuju kah? Nanti dahulu, sebagai contohnya ialah dengan menubuhkan pasukan pengaman ASEAN yang merupakan satu modul yang boleh difikirkan untuk tangani masalah ancaman pengganas di selatan Filipina dengan syarat konsensus mesti daripada dicapai dengan lebih...
Tiga muka surat ini dia punya soalan.
Yang Berhormat, soalan.
Soalan lah, soalan. Sudah tiga muka surat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya...
Yang Berhormat, kalau tiada soalan duduk Yang Berhormat ya.
Soalan saya, apakah pandangan daripada pihak kerajaan untuk menubuhkan pasukan pengaman ini? Di samping itu, saya ingin tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Filipina untuk...
Bagi jawapan bertulislah.
Untuk membanteras aktiviti pengganas di selatan Filipina. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju kah itu Yang Berhormat Menteri?
Ia soalan Yang Berhormat. Pandangan itu tak perlu jawab.
Itulah Tuan Yang di-Pertua, masalahnya kita ini hendak jaga keselamatan dalam negeri. Saya nak bagi contoh kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu, bila kita kata nak jaga keselamatan ini Yang Berhormat, kita nak tahu sama ada orang itu orang luar, pengganas ataupun orang dalam. Akan tetapi kalau dah kita sama kita bahasa pun kita kurang faham, nak kenal macam mana dengan orang luar ini, pengganas? Ini yang menimbulkan masalah kita dalam negara ini Yang Berhormat. Oleh sebab itu, bila soalannya untuk menentukan sama ada boleh kita...
Menteri, Menteri jangan hina saya. Jangan hina saya...
[Dewan riuh]
Betullah itu. Jangan hina, dia tidak boleh cakap.
Saya tak hina. Yang Berhormat, kita nak menentukan keselamatan. Jadi, sebab itu kita nak supaya kita kena faham apa yang kita nak persoalkan tentang pengganas, kita kena faham sesama kita. Kalau saya sendiri pun tak faham ini maksudnya sebab itu kadang-kadang Yang Berhormat, bila kita nak bincangkan bersama dengan ASEAN, kita mesti mampu untuk membawa sesuatu dalam persidangan itu seperti mana yang kita buat selama ini.
Contohnya Menteri Pertahanan kita, Menteri Dalam Negeri kita, Menteri Luar Negeri kita. Saya dah jelaskan tadi perbincangan telah banyak kita buat, Insya-Allah. Oleh sebab itu, selama ini kita dapat menentukan keselamatan kita, bebas daripada pengganas- pengganas kalau semua dapat kita faham akan kerjasama yang kita buat. Kerjasama itu mesti bukan hanya luar tetapi juga dalam negeri. Itu maksud saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, ekoran Saudi Arabia menyerang Yaman. Kita mendapat laporan, cuma tengok dalam surat khabar berkenaan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Yaman. Hari ini pun ada berita disiarkan. Soalan saya, apakah kedudukan sebenarnya pelajar-pelajar di Yaman daripada segi perpindahan? Ini kerana bila mereka menghantar mesej, peluru- peluru datang dekat rumah mereka dan satu tempat ada 67 pelajar telah pun dapat berada di airport tetapi sehingga hari ini dengarnya dia dah selamatlah. Tidak dapat balik ke Malaysia. Bagaimanakah laporan lengkap daripada Kementerian Luar Negeri sendiri? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Betul tentang keselamatan, semua pelajar kita yang berada di Yaman itu. Pasukan pertama ataupun golongan pelajar yang dapat kita keluarkan hampir 150 lebih, saya kurang pasti angkanyanya. Kita telah pun dapat membawa mereka terus ke Jeddah dan Insya-Allah, saya rasa telah pun sampai pagi tadi di KLIA. Kumpulan yang kedua kita telah merancang untuk membawa daripada semasa ke semasa untuk boleh kita buat evakuasi untuk terus kita bawa mereka pulang dan dengan selamatnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada pantun sedikit. Yang di-Pertua hari ini berseri-seri, POTA lulus pagi tadi pukul tiga, YB Menteri yang bijak bestari, Soalan saya nombor tiga.
3. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, apakah inisiatif yang dilakukan Kementerian kepada golongan belia luar bandar melalui pertandingan Rural Business Challenge (RBC), adakah ianya mendapat sambutan dari golongan belia dan berapakah jumlah usahawan belia yang dilahirkan melalui inisiatif ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari Semporna ke Sungai Petani, Singgah sebentar di Jalan Bellamy, Dengarkan jawapan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rural Business Challenge merupakan program berbentuk pertandingan, penyediaan rancangan perniagaan di kalangan belia Malaysia. Penganjuran pertandingan RBC telah membantu memperkasakan sektor keusahawanan belia di luar bandar dan meningkatkan pendapatan sedia ada di samping membuka peluang-peluang pekerjaan baru kepada masyarakat setempat dan usahawan tempatan. Melalui pertandingan RBC, usahawan belia yang mengemukakan rancangan perniagaan yang berdaya maju dan menguntungkan akan dipilih untuk dianugerahkan dengan hadiah kemenangan berbentuk geran perniagaan bagi membangunkan perniagaan di kawasan luar bandar. Geran ini akan digunakan bagi membiayai pelaksanaan projek pemenang untuk mengembangkan perniagaan sedia ada di kawasan seliaan kementerian. Sambutan terhadap pertandingan RBC telah meningkat pada tahun 2014 berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak 212% daripada 247 penyertaan kepada 771 penyertaan. Pada tahun ini bilangan penyertaan dijangka meningkat setelah pelbagai aktiviti promosi dan publisiti
melalui pelbagai saluran media dilakukan termasuk program realiti televisyen atau RBC yang telah mencapai sehingga 811,000 rate bagi siaran rancangan tersebut. Objektif utama program realiti televisyen RBC ini adalah untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Kementerian juga dari semasa ke semasa mempromosikan program RBC kepada pelbagai agensi persekutuan negeri agar maklumat mengenai program ini dapat disampaikan kepada usahawan di bawah bimbingan agensi tersebut. Kerjasama di antara agensi ini merupakan antara faktor penting yang membantu menjayakan program RBC ini. Untuk makluman Yang Berhormat Sik, sehingga kini RBC telah melahirkan sebanyak 54 orang usahawan belia sebagai pemenang RBC dan secara tidak langsung, lebih daripada 1,000 orang usahawan lain hasil daripada limpahan manfaat program ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kami kasihi. Terima kasih daun keladi, Kalau boleh nak lagi. Sebab Menteri ini banyak tolong kami di luar bandar. Yang Berhormat Menteri, saya nampak Rural Business Challenge ini merupakan inisiatif yang baik di bawah GTP oleh Kerajaan. Namun program ini didapati kurang diketahui umum terutamanya oleh belia- belia. Saya ingin bertanya, apakah kementerian telah mempunyai perancangan untuk melakukan siri penerangan yang lebih luas berkaitan RBC ini? Dari empat sektor yang dipertandingkan iaitu sektor pertanian moden, industri pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa, setakat ini sektor apakah yang menjadi pilihan utama golongan belia di dalam RBC ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Sik yang banyak mempersoalkan pertama sekali, berhubung kait dengan apa langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian khususnya dalam mempromosikan agar ia dapat diketahui oleh khususnya belia-belia usahawan di seluruh negara untuk memastikan penyertaan mereka akan dapat kita tingkatkan. Seperti yang saya sebutkan, penyertaan dah meningkat hampir 212%. Daripada 200 lebih kepada 711 penyertaan.
Ini merupakan di antara langkah-langkah yang telah kita lakukan menggunakan media sosial termasuk rancangan televisyen dan juga termasuk engagement dengan badan-badan NGO yang lain untuk memastikan agar dapat kita sebar luaskan bagaimana ianya merupakan satu langkah yang boleh memberi manfaat kepada belia-belia yang ada menyedari hakikat bahawa bukan mudah untuk usahawan belia mendapat pinjaman kewangan daripada institusi kewangan ataupun badan-badan yang lain dengan kita memperkenalkan sistem RBC yang mana berbentuk pemberian geran kepada pemenang- pemenang daripada RM2 juta sehingga RM300,000 dan RM10,000 untuk belia-belia yang mempunyai idea. Kita pecahkan program ini kepada dua perkara yang penting iaitu belia-belia yang mempunyai idea tak semestinya mereka ini jadi usahawan, idea yang boleh kita katakan commercialised, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, membolehkan mereka untuk mencetuskan semangat producing good idea, eventually we can commercialise that. Keduanya iaitu perkembangan perniagaan. Di samping itu, dengan niat dan tujuan untuk memastikan bukan hanya kita akan mengupayakan mereka meningkatkan pendapatan yang agak memuaskan, di samping itu tujuannya ialah untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia di luar bandar khususnya supaya kita dapat mengelakkan penghijrahan anak-anak luar bandar ke dalam bandar kerana kita sedar dan tahu banyak resources, dengan izin, bahan-bahan mentah yang boleh diguna pakai oleh usahawan-usahawan tempatan khususnya para belia berkecimpung untuk dapat memanfaatkannya. Ini antara galakan yang kita berikan kepada belia-belia kita di peringkat luar bandar dan kita harap ia akan dapat meningkatkan minat di kalangan usahawan-usahawan belia kita. Terima kasih.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Ini ada kaitan dengan usahawan belia tani. Di luar bandar ini ada di kalangan belia yang sudah berjaya mengusahakan beberapa bidang pertanian, misalnya menanam jambu batu dan juga menanam cili api. Saya pernah mengemukakan rancangan usahawan tani membina usahawan tani. Jadi, usahawan membina usahawan dalam bidang tani dengan mengambil usahawan belia tani yang telah berjaya sebagai pembimbing. Jadi persoalan yang ingin kita kemukakan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, adakah ada peruntukan yang seumpama itu? Ini kerana khususnya kalau di Parlimen Batu Pahat, dari lawatan kita di kawasan Batu Pahat dan kawasan-kawasan yang sekitarnya, ramai belia tani yang sudah berjaya kemudian hendak mewujudkan network membangun usaha mereka itu dan kita mencadangkan kepada mereka supaya mereka memilih belia-belia yang ada potensi, yang ada komitmen, yang ada kesungguhan, untuk mereka bimbing, because usahawan-usahawan tani yang sudah berjaya ini mereka sudah ada expertise, ada pengalaman, mereka bina sudah lama. Jadi pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada usaha yang demikian? Berapa peruntukannya? Kalau ada, bolehkah dibawa ke Parlimen Batu Pahat, barangkali kita adakan beberapa program dan kita jemput Yang Berhormat Menteri untuk melancarkan program itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dari Batu Pahat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya kita menggunakan pelbagai pendekatan untuk menggalakkan penyertaan belia-belia berkecimpung dalam bidang keusahawanan, bukan hanya dalam bidang pertanian tapi juga bidang peruncitan, bidang pembuatan, bidang pengangkutan, bidang pelancongan. Tujuannya untuk memastikan mana sektor yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia kita khususnya di peringkat luar bandar, kerana ini yang kita hendakkan, bukan kita hendak belia yang seeking job, dengan izin. We want them to become job providers. Untuk menyediakan landasan membolehkan ramai anak-anak belia yang boleh dilahirkan mendapat tempat pekerjaan. Seperti di negeri Kedah, bila kita lakukan RBC di Sungai Petani, Hazleen Chocolate, kilang yang kita beri seorang sahaja tapi yang mendapat peluang pekerjaan lebih daripada 20 orang dan di antaranya ada OKU yang membuat chocolate yang saya berkesempatan untuk membuat lawatan. Ini termasuk juga bidang pertanian. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat dari Batu Pahat, kita sudah lakukan tetapi ia bukan berbentuk RBC, ia berbentuk Desa Lestari. Di Batu Pahat sendiri, di Kampung Parit Bugis, tapi bukan orang Bugis, orang Jawa semua di situ di dalam kampung itu. Di kampung itu kita sediakan penanaman cili fertigasi. Kita telah beri peruntukan, kita sediakan container. Ini dalam bidang pelancongan di samping kita bagi container untuk homestay di Kampung Parit Bugis di situ, kita juga membantu belia-belia berkecimpung dalam sektor pertanian, penanaman cili kerana kita sedar dan tahu bahawa negeri Johor merupakan di antara negeri yang banyak mengeluarkan cili dan ia merupakan satu komponen komoditi yang harganya sehingga boleh mencecah RM9 ke RM11 sekilogram, yang agak lumayan jika belia-belia berkecimpung, yang boleh menjamin pendapatan yang cukup baik. Ini merupakan antara langkah yang telah kita lakukan. Jadi saya mempelawa rakan saya Yang Berhormat dari Batu Pahat kunjungi Kampung Parit Bugis, di situ ada bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Untuk RBC ini, kita sediakan setahun RM20 juta ya. Untuk Desa Lestari ini pun lebih kurang seumpama itu untuk kita bantu khususnya masyarakat luar bandar berkecimpung, bukan hanya masyarakat luar bandar daripada segi pertaniannya, daripada segi pelancongannya, pelbagai inisiatif yang kita lakukan. Saya berharap akan banyak penyertaan daripada masyarakat luar bandar dalam inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Terima kasih.
4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, pengeluaran per kapita gas karbon dioksida oleh rakyat Malaysia untuk tahun 1995, 2000, 2010 dan 2014. Apakah pengeluaran karbon dioksida per kapita yang disasarkan untuk rakyat Malaysia menjelang tahun 2020.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput atas pertanyaan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Siput dan Dewan yang mulia ini, pengiraan gas rumah hijau atau green house gases, atau nama singkatnya GHG, adalah ditetapkan oleh United Nations Framework Convention on Climate Change. Untuk negara maju, pengiraan dibuat dua tahun sekali dan untuk negara membangun, sedang membangun juga, pengiraan dibuat empat tahun sekali. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Siput, pengiraan per kapita penghasilan gas karbon dioksida di negara kita adalah seperti berikut: |Tahun|Penghasilan Gas CO (metrik tan) 2| |----:|----------------------------------| | 1995| 7.2| | 2000| 9.5| | 2005| 10.4| | 2007| 10.8| | 2011| 10.8| | 2014|Sedang dalam pengiraan |<END_TABLE_MARKER> Untuk pertanyaan tentang sasaran pada tahun 2000 untuk negara kita, pada tahun 2000, sejumlah 12.1 metrik tan disasarkan. Ini berasaskan kepada business as usual tetapi kalaulah langkah-langkah mitigasi, ambitious actions dilakukan ataupun dilaksanakan, maka pada tahun 2020, sasarannya adalah 9.4 metrik tan. Sekian.
Memandangkan keluaran kita per kapita jauh lebih daripada jiran-jiran serantau kita, saya ingat macam di Philippines hanya lebih kurang 1 tan metrik per kapita, kita sekarang sudah capai 10 tan metrik. Sumber carbon dioxide ini, 60% adalah daripada penjanaan electricity. Adakah kerajaan kita ada sasaran spesifik untuk mengurangkan kebergantungan penjanaan elektrik pada batu arang, minyak dan gas asli ke tenaga yang boleh diperbaharui? Do we have specific targets? 10% kah, sekarang kita hanya 3% kita renew energy. Adakah kita target untuk capai 20%? Macam di negara-negara di Eropah, umpamanya Norway, sudah capai 60% atau 70% daripada renewable energy. So, adakah kita sasar targets yang spesifik untuk isu ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput atas pertanyaan tambahan itu tentang sasaran dan apa yang dilakukan oleh kementerian. Sememangnya kementerian mengambil langkah yang tertentu untuk mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida per kapita. Pertamanya pengangkutan, apabila kita lihat daripada segi pengangkutan, yang penting adalah energy efficiency yang diguna pakai dalam pengangkutan kita. Itulah sebabnya dasar kerajaan juga ada untuk mengguna pakai kenderaan yang menggunakan electricity. Itu satu daripadanya. Kedua ialah penghasilan atau pengeluaran tenaga, power generation. Dalam perkara ini, kementerian menekankan penggunaan renewable energy ataupun tenaga yang boleh diperbaharui. Ketiga, pengurusan sisa-sisa pepejal. Ini adalah amat penting kerana sisa-sisa pepejal juga menghasilkan gas-gas green house. Oleh itu, pengurusan sisa pepejal, sememangnya negara ada dasar baru untuk menguruskan sisa-sisa pepejal supaya tidak banyak gas dikeluarkan ke udara, bahkan ada di dalam gas itu boleh diguna pakai untuk masak ataupun untuk menjana elektrik. Keempat ialah perlindungan hutan. Ini adalah penting sebab hutan kita, hutan asli kita menyerap 5,000 tan metrik gas karbon dioksida setiap tahun. Jadi, langkah-langkah yang tertentu sememangnya sudah pun dilakukan dan akan terus dilakukan dengan
memperkenalkan langkah-langkah yang lain ataupun road map untuk pengurangan penghasilan gas karbon dioksida dan gas-gas yang lain yang digabungkan di dalam gas rumah hijau. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada hemat saya, mengawal pelepasan karbon dioksida bukanlah semata-mata tanggungjawab kerajaan atau industri tenaga. Ini kerana bukan penjanaan tenaga elektrik sahaja yang menyebabkan pelepasan gas rumah hijau tetapi juga masyarakat pengguna tenaga elektrik. Sehubungan dengan itu, saya memohon penjelasan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah kejayaan usaha kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada pengguna di Malaysia berhubung pentingnya menggunakan sumber tenaga dengan lebih bijak dan juga berhemah. Ini kerana saya mendapati di Parlimen saya Kuala Selangor, tidak ada langsung langkah-langkah untuk memberikan seumpama pendidikan kepada rakyat dalam Parlimen saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Itu ialah pertanyaan yang saya sendiri memang sokong sebab yang penting ialah langkah-langkah untuk menyedarkan rakyat tentang penghasilan gas karbon dioksida dan gas-gas yang lain. Tanggungjawab semua individu di dalam negara kita ini adalah penting. Oleh itu, kementerian memang membuat publisiti dan program-program untuk menyedarkan rakyat seperti menubuhkan Rakan Alam Sekitar agar pegawai-pegawai kementerian sentiasa melawat dan melihat dan juga organise apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat. Itulah sebabnya saya katakan soalan ini ialah soalan penting yang perlu rakan-rakan di Dewan yang mulia ini sedar bahawa penghasilan gas karbon dioksida yang ditanyakan oleh rakan kita daripada Yang Berhormat Sungai Siput yang dia sebut adalah per kapita. Akan tetapi per kapita ini ialah total admission gas karbon dioksida setahun dibahagikan dengan bilangan penduduk di negara kita. Itu menjadi per kapita. Walaupun demikian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa membuat pengiraan year by year, tahun demi tahun pengeluaran gas karbon dioksida di negara kita. Setakat ini, kita telah pun menetapkan, meaning sah dan confirm bahawa hanya sampai tahun 2007, yang lain kita sedang buat pengiraan dan buat reference dengan United Nations Framework Convention on Climate Change. Pada tahun 2007, pengeluaran di negara kita ialah 292.9 juta tan metrik pada tahun tersebut. Sekian, terima kasih.
5. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) status terkini permohonan perumahan Mesra Rakyat Parlimen Kota Samarahan; dan (b) berapakah kuota kelulusan projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi setiap Parlimen dan berapakah RMR yang telah dibina di kawasan Kota Samarahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Kota Samarahan, sebanyak 892 unit rumah Mesra Rakyat 1Malaysia telah disiapkan di negeri Sarawak amnya, dan 33 unit di kawasan Kota Samarahan khasnya, menggunakan subsidi yang disalurkan oleh kerajaan dari tahun 2002 hingga 2013. Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat sebanyak 41 permohonan rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dari Kota Samarahan yang kini dalam proses penilaian berdasarkan saringan yang diterima daripada pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak. Unit-unit ini sekiranya layak akan dibina menggunakan peruntukan subsidi 2015 setelah peruntukan tersebut disalurkan kepada SPNB dan tiada kuota dikhususkannya bagi pelaksanaan rumah Mesra Rakyat 1Malaysia di seluruh negara kerana permohonan ialah terbuka sepanjang masa dan bergantung pada peruntukan tahunan subsidi yang diterima daripada kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Memandangkan keadaan sara hidup yang makin meningkat keperluan dan juga permohonan Rumah Mesra Rakyat ini sentiasa menjadi perhatian. Soalan tambahan saya, apakah usaha ataupun inisiatif kerajaan dalam memastikan golongan belia dan golongan berpendapatan sederhana di Sarawak untuk mendapat peluang untuk memohon Projek Perumahan Mesra Rakyat. Apakah keperluan utama untuk kita penuhi dalam usaha kita memohon Rumah Mesra Rakyat secara berkelompok. Satu cadangan kita harap dipertimbangkan dalam usaha kita mewujudkan satu perumahan ataupun satu perkampungan khas yang lebih terancang kepada kumpulan ini. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Nombor satu dari segi meningkat kualiti perumahan. Sebenarnya kalau kita imbas kembali dahulu dari segi rumah mesra rakyat, sebenarnya dia punya saiz adalah sebanyak 866 kaki persegi. Akan tetapi baru-baru ini telah ditingkatkan pada tahun 2013 kalau tidak salah kepada 1,000 kaki persegi dan harganya tidak dinaikkan manakala diturunkan daripada RM75,000 kepada RM65,000. Untuk tahun ini memang kita mengetahui terdapat banyak permohonan daripada segi Projek Perumahan Mesara Rakyat 1Malaysia. Maka untuk tahun 2013 sebagai contoh sasarannya 10,000, tahun 2014 sasarannya 8,000 tetapi untuk tahun ini sasarannya adalah sebanyak 12,000. Ia ditingkatkan memandangkan terdapat permohonan yang lebih ramai. SPNB sebenarnya sentiasa melihat permintaan daripada segi pasaran dan dengan ini mereka telah melancarkan dari segi pelbagai produk nombor satu iaitu Produk Rumah Mesra Rakyat di mana harga jualannya adalah sebanyak RM60,000, Rumah Aspirasi Rakyat di mana ia adalah berteraskan rumah kos rendah di mana harga adalah sebanyak RM35,000 dan ada baru-baru ini adalah Rumah Idaman Rakyat di mana harganya adalah lebih kurang RM250,000 mengikut keadaan yang diperlukan. Maka kerajaan sentiasa melihat dan menimbangkan baru-baru ini terutamanya terdapatlah projek-projek boleh dikatakan perumahan belia di mana subsidi diberi dan diumumkan melalui BSN. Sekian, terima kasih.
6. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub] minta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan: (a) berikutan Malaysia mempunyai 55 peratus rizab tenaga oleh TNB, berapakah jumlah elektrik yang dibeli oleh TNB daripada Independent Power Producer (IPP); dan (b) bilakah harga belian tenaga daripada IPP mahu dikaji semula.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Raub yang bertanya soalan yang berkaitan dengan tenaga elektrik. Untuk maklumat Yang Berhormat, installed capacity terpasang di Semenanjung Malaysia berjumlah 51% dari jana kuasa TNB dan 49% dari jana kuasa milik penjana bebas atau IPP. Belian bekalan tenaga tahunan daripada IPP adalah tertakluk kepada faktor kesediaan unit-unit jana kuasa bagi membekalkan tenaga elektrik pada satu- satu masa sama ada dari TNB ataupun IPP. Tenaga elektrik yang dibeli oleh TNB daripada sesebuah IPP adalah tertakluk kepada permintaan elektrik pada satu-satu masa. Dalam hal ini harga belian elektrik daripada IPP berkenaan adalah tertakluk kepada terma-terma yang terdapat dalam Perjanjian Pembelian Tenaga atau dengan izin, Power Purchase Agreement (PPA) yang telah ditandatangani antara pihak TNB dengan setiap IPP tersebut. Sehubungan dengan itu PPA yang telah ditandatangani adalah bagi tempoh 21 tahun jana kuasa gas dan 25 tahun bagi jana kuasa arang batu. Menjawab soalan nombor dua, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan pembelian tenaga elektrik dari IPP. Memandangkan tenaga yang dijana dari IPP masih diperlukan untuk memenuhi permintaan pengguna. Di samping itu, pembelian sedemikian dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam sektor penjanaan tenaga elektrik. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua. Sejak 1993 kita telah melihat percambahan dan pertumbuhan IPP yang banyak sehinggalah sekarang. Jadi soalan saya dengan akses kapasiti ini, mengapakah kerajaan secara langsung atau tidak langsung menambah kapasiti penjanaan tenaga yang hanya boleh disokong dan didokong oleh peningkatan tarif elektrik. Kedua, dengan ada akses kapasiti ini mampukah kerajaan mengurangkan tarif terutama untuk penduduk-penduduk luar bandar. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Raub. Bila disebut tadi daripada tahun 1993 sukalah saya sebut di Dewan ini bahawa loji jana kuasa yang kita sebut daripada tahun 1993 hinggalah hari ini, sebenarnya ada pada banyak peringkat sama ada yang dipanggil IPP generasi yang pertama, IPP generasi yang kedua dan IPP generasi yang ketiga. Untuk maklumat Yang Berhormat bahawa keseluruhan IPP yang ada di negara kita ini khususnya di Semenanjung bahawa kita ada bekalan loji jana kuasa daripada arang batu dan juga daripada hidro. Saya boleh sebut di sini bahawa keseluruhan jana kuasa hidro adalah milik daripada TNB. Jana kuasa gas dan juga jana kuasa arang batu terdiri daripada TNB dan juga daripada IPP. Ada yang telah contohnya, ada yang IPP telah akan tamat tahun PPAnya. Ada yang telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga supaya PPA itu tidak disambung. Maknanya ada kita membuat planting IPP yang baru ataupun membuat pembinaan jana kuasa yang baru. Jadi ini akan berlaku sepanjang masa dalam tempoh yang tertentu atas permintaan bekalan elektrik dalam negara. Ini sebab bekalan elektrik dalam negara juga bertambah dari semasa ke semasa berasaskan pada permintaan domestik dan juga permintaan industri. Jadi sudah tentu ada penambahan. Suruhanjaya Tenaga mempunyai jadual planting ini ikut tahunan. Tahun ini berapa hendak dibuat planting baru. Tahun 2018, tahun 2020 berapa planting baru yang hendak dibuat, jadi dia ada dia punya jadual. Oleh sebab itu kalau disebut daripada awal memang banyak tetapi dia akan berasaskan kepada permintaan dari semasa ke semasa. Saya fikir bahawa ia akan melihat kepada kos secara keseluruhannya, misalnya di antara IPP dengan tenaga kita ada competitive bidding dan kita melihat kepada harga pada waktu ini. Harga yang dijual kepada IPP kepada TNB berasaskan satu kilowatt hour. Jadi kalau boleh saya ambil contohnya macam kalau kata arang batu lebih kurang 25 sen per kilowatt hour. Gas lebih sedikit lebih mahal sedikit daripada arang batu daripada segi kilowatt hour. Jadi asas-asas yang diambil itulah maka akhirnya ada waktu kita planting. Ada waktu jana kuasa yang lama dihenti tugas bila sampai pada waktunya.
Jadi oleh yang demikian, perkiraan dibuat, pertimbangan dibuat secara keseluruhan dan pertimbangan itulah akhirnya datang kepada tarif elektrik yang kita guna sekarang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya, berapa banyakkah kapasiti penjanaan baru yang boleh kita elakkan dalam tempoh 5 tahun ke 10 tahun sekiranya kerajaan melancarkan dan juga melaksanakan Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional yang telah diturunkan kepada pelan tindakan melalui jawapan pihak kementerian daripada sesi 2012 hingga 2015. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Berkaitan dengan soalan mengenai dasar atau polisi mengenai dengan tenaga yang boleh diperbaharui saya ingat yang ditanya itu dan juga energy efficiency. Kalau boleh soalan yang ditanya itu...
Kapasiti penjanaan baru yang boleh dielakkan.
Kapasiti penjanaan. Okey, faham. Kapasiti penjanaan baru. Saya hendak sebut di sini bahawa seperti yang saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, bahawa kapasiti penjanaan baru ini dibuat berasaskan kepada permintaan semasa, berasaskan kepada permintaan semasa. Apabila permintaan semasa, misalnya pada tahun 2018 atau tahun 2019 sudah dijangka berapa permintaannya, maka planting itu atau jana kuasa itu mesti dibuat pada tahun ini. Kalau tidak, pada tahun 2018 atau tahun 2019 nanti,
bekalan elektrik kita tidak cukup. Oleh sebab itu saya katakan tadi, Suruhanjaya Tenaga mempunyai jadual untuk pelaksanaan jana kuasa yang baru. Untuk waktu ini, ada ditambah satu lagi yang disebut iaitu kita menggunakan bekalan penjanaan kuasa ini daripada gas, daripada arang batu, daripada hidro dan kita tambah yang baru sekali adalah renewable energy dengan izin, tenaga yang boleh diperbaharui. Akan tetapi tenaga yang boleh diperbaharui ini adalah baru peringkat empat tahun di negara kita. Kita guna solar, kita guna biogas, kita guna biomas, kita guna mini hidro yang ada di dalam negara kita dan kita baru empat tahun. Jumlah kapasiti yang boleh diambil ataupun digunakan daripada tenaga yang boleh diperbaharui ini, barulah kalau dikira seluruh penggunaan tenaga, barulah lebih kurang dalam 2%. Maknanya, kita kena ada lagi banyak usaha untuk membolehkan kita menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui. Contoh tenaga yang boleh diperbaharui ini ialah kita kena pergi kepada solar farm, Competitive bidding daripada segi tarif. Maknanya kalau satu syarikat itu buat 50 megawatt solar dan dia kena bagi satu tarif kepada TNB (utilities), berapa dia hendak jual satu kilowatt hour. Kalau itu sampai ke polisi macam itu, maknanya banyaklah tenaga yang boleh diperbaharui digunakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pohon lagi satu soalan tambahan boleh? Satu soalan penting.
Cukup. Cukuplah Yang Berhormat.
Satu lagi.
Soalan 7 pun penting, Yang Berhormat.
7. Tuan Masir Kujat [Sri Aman] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah status Projek Jelapang Padi di kawasan Tanjung Bijat/Stumbin setakat ini selepas ia dilancarkan beberapa tahun lepas. Berapakah kos sebenar pelaksanaannya dan berapa ramai pemilik tanah/petani yang terlibat dalam projek tersebut.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sri Aman. Kawasan pertanian di Tanjung Bijat/Stumbin ini merupakan salah satu dari kawasan pertanian di Batang Lupar. Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Batang Lupar. Di Sarawak ini ada banyak batang, satu lagi Batang Sadong. Batang Lupar ini satu kawasan pertanian bersepadu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini iaitu salah satu daripada empat kawasan jelapang padi pertanian bersepadu iaitu Kota Belud, Rompin, Pekan dan Batang Lupar. Di dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Batang Lupar ini, ada dua kawasan. Tadi saya sebut satu, Bijat/Stumbin dan satu lagi di Lingga - Banting. Saya tidak pergi lagi, saya tidak berapa ingat nama itu. Kawasan Bijat/Stumbin ada 3,000 hektar manakala di Lingga -Banting ada 2,000 hektar. Jadi projek pembangunan kawasan pertanian ini adalah untuk kita bangunkan dalam tempoh hingga tahun 2020. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini di Stumbin ini, kita telah pun menjalankan kerja-kerja tebatan banjir. Sebanyak RM58 juta telah pun diperuntukkan untuk kerja-kerja tebatan banjir. Dalam proses pengiklanan pula, kita telah mengiklankan untuk kerja-kerja pembinaan ibu bekalan utama dan juga komponen pengairan dan saliran tali air utama dan pendua di kawasan tersebut pada 24 Mac 2015. Peruntukan sebanyak RM40 juta. Jadi, kawasan ini akan mendapat peruntukan lebih kurang RM200 juta sehingga tahun 2020 untuk kita melaksanakan beberapa projek lagi bagi tujuan pembangunan kawasan tersebut. Umpamanya, cadangan pengairan di kawasan Seduku. Seduku also is one part of the Bijat - Stumbin. Kita ada peruntukan sebanyak RM40 juta yang akan diiklankan tidak lama lagi. Selepas itu, kos tanah dan lain-lain sebanyak RM58 juta. Itu bagi kawasan Bijat/Stumbin. Bagi Lingga dan Banting pula, saya tidak payah sebut satu per satu, juga lebih kurang RM400 juta. Keseluruhan Kawasan Pembangunan Pertanian
Bersepadu Batang Lupar akan mendapat RM451 juta peruntukan dalam tempoh sehingga tahun 2020. Untuk makluman tambahan, MARDI juga sedang menjalankan penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan pengairan, benih padi dan juga kajian mengenai tanah sawah. Ini akan membantu untuk membangunkan kawasan tersebut. Kita harap produktiviti kawasan pertanian ini dapat ditingkatkan Tuan Yang di-Pertua, daripada 3.4 metrik tan sekarang yang mana diusahakan secara tradisional ditingkatkan kepada produktiviti yang lebih tinggi sebanyak lima atau enam metrik tan per hektar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Banting saja kita ada lebih kurang 28 rumah panjang dan kebanyakan hampir atau 100% mereka adalah bercucuk tanam untuk menanam padi sebagai sumber pendapatan. Jadi memandangkan setakat ini ia hanya mula di Tanjung Bijat/Stumbin, saya ingin menanya kementerian, bilakah projek itu akan disegerakan supaya Banting dapat dihubung dengan jalan bila ban- ban akan siap nanti, bila dilaksanakan. Mintak komen Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Dalam perancangan kita untuk membangunkan kawasan ini termasuklah bangunan, jalan- jalan kampung dan ini akan dilaksanakan dalam tempoh sebagaimana yang saya sebutkan tadi, lima tahun sehingga tahun 2020. Berhubung dengan pembinaan rumah, saya rasa buat masa ini tiada peruntukanlah untuk bina rumah untuk petani-petani di sana kerana tumpuan kita ialah pembangunan infrastruktur pertanian, pengairan, jalan-jalan ladang, tebatan banjir dan sebagainya. Terima kasih.
8. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status pengawasan pihak berkuasa ke atas aktiviti-aktiviti bot-bot Vietnam dan nelayan-nelayan Vietnam bagi memastikan mereka mematuhi segala undang- undang serta peraturan rombongan nelayan ke Parlimen pada sesi Parlimen 2014.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggunakan segala aset yang ada iaitu pesawat udara, kapal dan bot bagi melaksanakan rondaan operasi secara berterusan di perairan negara untuk mengekang kemasukan secara haram bot-bot nelayan Vietnam. APMM telah berjaya menahan sebanyak 285 buah bot-bot nelayan Vietnam dari tahun 2006 sehingga 2014 dan ke semua bot-bot ini telah di lucut hak. Ada di antara bot-bot ini yang telah dijadikan tukun tiruan dan ada juga yang telah dilelong. Selain daripada itu kerjasama yang padu dari komuniti maritim tempatan juga banyak membantu APMM dalam menjejaki bot-bot nelayan Vietnam tersebut. Kerjasama di antara APMM dan komuniti maritim amat penting dalam memastikan keselamatan di perairan negara terus terjamin. Soalan kedua dari Yang Berhormat saya tidak dapat memahaminya iaitu mengenai mereka yang mematuhi segala undang-undang serta peraturan rombongan nelayan ke Parlimen. Saya percaya ini adalah satu rombongan daripada Terengganu yang datang ke Parlimen. Jadi yang bertanya tentang bot Vietnam, saya percaya itu ada hubung kait dengan soalan ini. Saya agak-agak saja. Untuk datang ke Parlimen, peraturannya ialah seperti yang telah ditetapkan untuk mereka datang ke Parlimen. Had yang lain-lain itu saya telah menjawab sebagaimana yang telah saya sebutkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada jawapan dalam Parlimen pada minggu pertama tentang penangkapan atau pembatalan bot-bot nelayan Vietnam terutamanya yang dikatakan 379 vessel telah dibatalkan dan pajakan sepenuhnya kepada nelayan Vietnam tidak dibenarkan lagi. Jadi selepas pada minggu pertama, saya telah berjumpa dengan nelayan di Terengganu dan pandangan mereka adalah selepas bulan Februari tahun ini, bot-bot Vietnam makin banyak, bukan makin berkurangan. Jadi ini adalah tidak konsisten langsung tentang apa yang telah dijawab atau dinyatakan di dalam Parlimen hanya beberapa minggu sebelum itu. Saya rasa ini adalah berkaitan dengan alasan yang kita selalu dengar tiap-tiap tahun, tiap-tiap kali nelayan-nelayan Terengganu datang ke Parlimen, masalah koordinasi
di antara Maritim, Jabatan Laut, polis dan sebagainya. Ini adalah satu kerunsingan di mana kita tidak memahami bagaimana kita tidak boleh memantau keadaan perairan kita sementara Indonesia dengan 18 ribu kepulauan boleh menjalankan kerja dengan lebih berkesan. Jadi soalan saya daripada pihak-pihak nelayan juga, sampai bilakah kita mesti berhadapan dengan soalan dan jawapan yang sama tentang kurangnya koordinasi di antara jabatan-jabatan dan kita masih dicerobohi oleh nelayan-nelayan Vietnam yang telah begitu lama berleluasa di kawasan kita? Semalam saja kita baru meluluskan POTA dan ini adalah berkaitan dengan ancaman kepada negara kita. Kalau boundary kita, international water kita begitu rapuh, bagaimanakah kita akan memastikan security dengan izin kita dapat terjamin. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Saya mohon pembetulan semula, 2009-2014, 285 buah bot nelayan dan daripada 2006 sehingga 2015, 393 yang telah kita tenggelamkan jadikan tukun sebanyak 197. Nelayan Vietnam yang telah kita tangkap 3,909 orang. Jadi pada peringkat awal memang bot ini dijual kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang menggunakan bot Vietnam. Ada kes di peringkat awal itu. Bot Vietnam lesen orang tempatan tapi sudah pasti lesen ini lebih penggunaan nama orang tempatan. Nelayan Vietnam, bot Vietnam tetapi lesen tempatan. Oleh kerana penyalahgunaan ini telah berlaku, maka sekarang ini, ia tidak dibenarkan lagi dan semua bot yang kita tahan akan lupuskan hak atau kita jadikan sebagai tukun tiruan kan. Tiap-tiap kali kita beroperasi, kita punyai tujuh aset, tujuh kapal bot kita berada di kawasan tersebut. Ini bukan soal koordinasi Yang Berhormat, ini tidak mempunyai koordinasi, yang menimbulkan masalah koordinasi di antara Marin ataupun perikanan. Ini kawasan operasi APMM. Yang Berhormat bagi tahu, maklum kepada kita ataupun nelayan memaklum kepada kita bagi koordinat yang betul, kita akan sampai ke tempat tersebut. Akan tetapi sering kali kita sampai ke jaraknya kadang-kadang dalam masa setengah jam, kadang 45 minit, kadang-kadang satu jam. Bila sudah sampai, maklumat tersebut sudah tidak dapat dipakai lagi kerana bot itu telah bergerak dan sebagainya. Kita tidak bertolak ansur Yang Berhormat, tapi kalau sekiranya kita dapati bahawa kehadiran APMM gagal untuk menyelesaikan masalah, maka kita, kerajaan akan memikirkan bagaimana hendak selesaikan masalah tersebut. Apakah dengan agensi APMM ini tidak mampu untuk menghadapi masalah? Kena beramai-ramai seperti dulu untuk hadapi masalah ini. Akan tetapi buat masa sekarang ini, kita tidak boleh terlepas pandang. Kecuali ada kes-kes yang berlaku dituduh pelbagai di lautan sana. Saya sendiri telah mengeluarkan arahan bahawa semua bot Vietnam ini tidak boleh diperiksa di laut. Kena ditarik masuk ke tepi pantai untuk diperiksa sebab nanti dituduh kita membuat urus niaga di tengah laut, lepas itu kita lepaskan begitu saja. Mereka tidak boleh lepaskan bot itu. Tarik mai ke tepi, urus, berbicara di sini, kalau dia lulus pemeriksaan, kita lepaskan. Kalau tidak, kita tangkap. Tapi kalau kita tangkap di laut, jadi kadang-kadang kita lepaskan, orang kata macam-macam. Sekarang fatwa ini berterusan dan tidak boleh berubah dan tidak boleh mana-mana pihak APMM mengubahkannya. Kalau mereka mengubahkannya kita akan ambil tindakan. Yang Berhormat di pihak Menteri dan di pihak atas ini tegas. Tiada ada bertolak ansur. Kalau ada kelemahan di peringkat bawah kena dimaklumkan, sebab nelayan pun kena tahu bahawa ada juga pelbagai interest dengan izin dan lain-lain lagi berhubungan dengan apa yang mereka kompelinkan. Setengahnya orang yang kompelin itu lesennya begini. Setengahnya begini, pelbagai. Akan tetapi kalau mereka seia sekata bahawa musuh besar bot Vietnam, kita hadapi secara bersama, tidak ada masalah, sebab tangkapan yang dibuat ini agak besar ini. Ini bukan bot kecil, ini bot yang besar dan manusia juga ramai kita tangkap. Ini menunjukkan bahawa kita meneruskan operasi kita. Had yang lain-lain ini kita serahkan polisi berhubung dengan hubungan kita dengan Vietnam ini kepada pihak Wisma Putra dan lain-lain lagi untuk menguruskannya. Tapi di pihak kita, tidak ada tolak ansur daripada segi penguatkuasaan Yang Berhormat. Jadi kalau ada kes-kes yang khusus, maklumkan kepada saya, 019-4545111.
Ini nombor telefon itu. Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Isu pencerobohan antarabangsa seperti pemerdagangan manusia dan juga perikanan sebenarnya mencabar keselamatan negara.
Adakah sumber ikan di perairan kita ini satu rahsia ataupun semua orang tahu sehingga menarik minat ramai orang luar untuk datang tangkap ikan di kawasan kita. Soalan saya, apakah sebenarnya teknologi yang kita pakai untuk pantau aktiviti perikanan di laut kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menghadapi segala bentuk musuh negara ini mestilah ada usaha bersepadu di antara penguat kuasa dan rakyat. Oleh sebab dalam kes ini disebut komuniti maritim. Komuniti maritim ini termasuklah agensi penguat kuasa dan juga pihak nelayan. Jadi, sekarang ini telah pun dimaklumkan tentang pemasangan beberapa alat berteknologi tinggi untuk membolehkan nelayan dengan agensi penguat kuasa berhubungan untuk membolehkan kita mengambil tindakan, Yang Berhormat. Jadi, kenapakah ikan di Malaysia ini menjadi tarikan? Saya percaya industri perikanan di Thailand adalah di antara yang terbesar dalam dunia tetapi saya rasa mungkin mereka telah ambil tok ikan, mak ikan, cucu ikan pun dia ambil hingga habis. Demikian juga di Vietnam, penangkapan ikan dibuat begitu berleluasa dan luar biasa, saya rasa kekurangan tetapi di Malaysia ini ikan masih banyak dan bertahan. Keduanya, mereka sering pergi ke kawasan yang kita tahu itulah kawasannya. Kawasan itu berdekatan dengan pelantar minyak. Mungkin api-api yang terang itu menarik perhatian untuk ikan berada di sana dan menarik perhatian berpuluh-puluh bot Vietnam tiap-tiap malam cuba memasuki kawasan kita dan kita juga menangkap mereka. Kalau mereka masuk ke kawasan kita, kita akan menahan mereka. Jadi, apakah teknologi yang dipakai? Kita cuba teknologi yang terkini untuk membolehkan komuniti maritim ini bersama-sama untuk menguatkuasakan – mereka yang masuk ke kawasan kita. Berhubung dengan perdagangan manusia dan lain-lain lagi memang merunsingkan. Demikian juga POTA yang telah diluluskan pada 2.45 pagi semalam dalam bentuk yang saya rasa pembulian peraturan Parlimen dan juga itulah tujuan untuk menolong supaya penguatkuasaan dapat dibuat untuk apa sahaja, hendak pastikan negara ini selamat. Apa pun undang-undang dibuat ialah untuk membolehkan rakyatnya selamat, hidup aman dan damai. Dalam masa yang sama kita boleh bagi sumbangan kepada komuniti dunia.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa dia? [Disampuk] Shut up. Thank you.
Ya, Yang Berhormat Bachok. Pendek Yang Berhormat ya. Pendek soalan, pendek.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita pernah diberitahu tentang jumlah kerugian pencerobohan Zon Ekonomi Eksklusif yang dianggarkan RM1 bilion setahun. Sehingga juga kita diberitahu bahawa kita terpaksa mengimport ikan dari luar dengan jumlah hampir RM1 bilion setahun maka ini menyebabkan kenaikan harga ikan di pasaran. Jadi, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Ini untuk tahun 2010, tahun 2014, berapakah jumlah kerugian yang kita terpaksa tanggung daripada industri perikanan ini dan berapakah pengimportan ikan untuk menampung kerugian ini? Sekian.
Terima kasih. Soalan yang cukup baik tetapi sudah pasti akan dijawab secara bertulis Yang Berhormat ya.
[Ketawa]
Saya hendak beritahu sekali lagi bahawa...
Ini jawapan cukup baik.
Kalau kamu duduk sini pun tidak boleh jawab sebab soalan ini berkaitan dengan kementerian yang lain ya.
Statistik.
Jadi, saya jawab secara bertulis. Awas sedikit malam ini jangan lewat-lewatkan dan jangan salah gunakan peraturan untuk membuli ya, dengan izin.
Ya, Yang Berhormat. Setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG HASUTAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hasutan 1948; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 8 April 2015.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH KHAS MENENTANG KEGANASAN DI LUAR NEGARA 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pada 24 September tahun lalu Majlis Keselamatan Bangsa- bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 2178 atau SCR 2178 untuk menangani ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa yang disebabkan oleh perbuatan keganasan. SCR 2178 telah meminta semua negara anggota mengikut obligasi mereka di bawah undang-undang antarabangsa untuk bekerjasama dalam usaha bagi menangani ancaman yang ditimbulkan oleh orang yang terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan di sesuatu negara asing atau di mana- mana bahagian sesuatu negara asing. Termasuk dengan mencegah merekrut dan perjalanan orang sedemikian, mengendalakan dan mencegah sokongan pembiayaan kepada kumpulan pengganas serta membentuk dan melaksanakan strategi pendakwaan, pemulihan dan pengintegrasian semula bagi orang yang sedemikian apabila mereka kembali ke Malaysia. Dalam mengiktiraf ancaman keganasan yang berterusan di dalam dan di luar Malaysia pada 26 November 2014 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan Kertas Putih yang bertajuk ke arah menangani ancaman kumpulan Islamic State di Parlimen yang mulia ini. Kertas Putih itu telah menegaskan terhadap komitmen kerajaan dalam membanteras ancaman yang ditimbulkan oleh Islamic State bersama masyarakat antarabangsa yang lain dan telah memperuntukkan langkah-langkah yang dicadangkan untuk menangani ancaman itu.
Kertas Putih tersebut juga telah mengiktiraf resolusi yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Berdasarkan syor dalam Kertas Putih itu, suatu rang undang-undang baru akan diperbuat untuk menangani secara khusus ancaman IS ini. Justeru, selain daripada Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan yang ditamatkan pada jam 2.25 pagi tadi, Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 juga dicadangkan bagi memastikan bahawa Malaysia mempunyai rangka perundangan pembanterasan keganasan membolehkan tindakan yang perlu diambil untuk mencegah dan menyekat perjalanan orang ke kawasan konflik Islamic State melalui penahanan, penggantungan dan pembatalan dokumen perjalanan antarabangsa. Tindakan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini selari dengan pendekatan yang sedang diambil oleh negara lain seperti Australia, United Kingdom, Kanada dan negara Eropah lain. Contohnya adalah seksyen baru 22A Australian Passport Act 2005 dan seksyen baru 15A dan 16A Australian Foreign Passports (Law Enforcement and Security) Act 2005 yang telah dimasukkan melalui Counter-Terrorism Legislation Amendment (Foreign Fighters) Act 2014. Rang undang-undang ini kelak akan membenarkan Ketua Pengarah Imigresen melalui satu perintah untuk menggantung atau membatalkan semua dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang terlibat dengan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau mana-mana bahagian sesuatu negara asing. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga Menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan satu perintah untuk menuntut penyerahan dokumen perjalanan asing yang dimiliki oleh seseorang yang bukan warganegara Malaysia yang terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu
negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing. Dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pegawai polis yang menuntutnya dengan serta- merta untuk ditahan selama 14 hari untuk membolehkan siasatan terhadap orang itu dijalankan. Tindakan pencegahan dan sekatan perjalanan sedemikian bertujuan untuk membendung Malaysia daripada menjadi negara sumber mahupun negara transit bagi mereka yang ingin kononnya berjihad dan juga dapat menghalang warganegara Malaysia daripada menyertai aktiviti mana-mana organisasi pengganas tersenarai di negara asing. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 ini mempunyai beberapa elemen utama. Di dalam rang undang-undang ini telah memperuntukkan perkara-perkara seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa akta. Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta. Fasal 3 adalah bertujuan untuk membolehkan Malaysia menuntut bidang kuasa jenayah luar wilayah berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa berhubung mana- mana kesalahan di bawah akta ini. Peruntukan ini diperlukan berdasarkan sifat antarabangsa ancaman IS yang melibatkan bukan sahaja warganegara Malaysia di Malaysia tetapi juga membabitkan warganegara Malaysia di luar negara di samping warganegara asing. Sememangnya IS berkecenderungan mengeksploitasi sebarang kelompangan dan kelemahan dalam benteng keselamatan, kawalan sempadan dan Imigresen Malaysia. Sebagai tambahan, kesan aktiviti dan tindakan pihak IS bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi juga pada harta dan warganegara Malaysia di serata dunia. Fasal 4 adalah diperuntukkan bahawa langkah-langkah khas di bawah akta ini terpakai bagi mana-mana orang yang membuat perjalanan ke Malaysia atau yang membuat perjalanan atau berniat untuk membuat perjalanan ke sesuatu negara asing atau ke mana- mana bahagian sesuatu negara asing atau menerusi Malaysia untuk terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing. Fasal 5 memberi Ketua Pengarah Imigresen kuasa, atas permintaan Ketua Polis Negara, untuk menggantung atau membatalkan semua dokumen perjalanan Malaysia yang telah dikeluarkan kepada seseorang untuk mencegah orang itu daripada membuat perjalanan ke sesuatu negara asing atau ke mana-mana bahagian sesuatu negara asing untuk terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah memberitahu orang itu mengenai penggantungan atau pembatalan dokumen perjalanannya. Mana-mana orang yang dokumen perjalanannya telah digantung atau dibatalkan di bawah fasal ini boleh memohon kepada Ketua Pengarah Imigresen supaya penggantungan atau pembatalan itu dicancelkan. Pemerolehan dokumen perjalanan Malaysia gantian atau sementara semasa penggantungan atau pembatalan itu berkuat kuasa adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sehingga dua tahun. Fasal 6 dan 7 pula memperkatakan dokumen perjalanan asing. Di bawah fasal 6, Menteri diberi kuasa, atas permintaan Ketua Polis Negara, untuk memerintahkan penyerahan dokumen perjalanan asing seseorang itu selama 14 hari untuk mencegah orang itu daripada membuat perjalanan ke sesuatu negara asing atau ke mana-mana bahagian sesuatu negara asing untuk terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai. Fasal 7 memberi pegawai polis kuasa untuk menuntut penyerahan dokumen perjalanan asing seseorang mengikut perintah Menteri. Seseorang melakukan kesalahan jika dia tidak menyerahkan dokumen perjalanan itu kepada pegawai polis itu dengan serta- merta setelah tuntutan dibuat. Kesalahan juga dilakukan jika orang itu memperoleh dokumen perjalanan asing gantian atau sementara semasa dokumen perjalanan yang sedia ada disita. Kesalahan di bawah fasal ini boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sehingga dua tahun.
Fasal 8 memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Fasal 9 memperuntukkan bahawa Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 atau dikenali sebagai Akta 461 dan seksyen 173A, seksyen 293 dan seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah atau dikenali sebagai Akta 593 tidak terpakai bagi suatu kesalahan di bawah akta ini. Fasal 10 memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang perlu atau sesuai manfaat untuk memberi kuat kuasa penuh kepada atau untuk melaksanakan peruntukan akta ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai langkah-langkah khas bagi menangani orang yang terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing dan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa sekarang kita sedang mengambil pendekatan untuk menambah kuasa tangkap, kuasa siasat...
Yang Berhormat Sungai Siput, kita hadkan 20 minit seorang ya.
Boleh. Untuk rampas pasport dan juga untuk tahan orang tanpa bicara. Kita pakai kuasa polis.
Akan tetapi saya rasa sebahagian daripada langkah kita harus ambil untuk mengawal ideologi ekstremis yang sedang merebak dalam kalangan pemuda kita ialah kita kena tengok apakah sebabnya. Apakah fakta-fakta yang mendorong mereka untuk ambil satu langkah sebegini? Saya mahu kemukakan empat perkara yang mungkin kita harus kaji untuk tengok adakah ini fakta yang membawa pada masalah ini. Satu ialah isu peminggiran anak muda kita. Pada setakat ini, saya ingat lebih kurang 1/3 daripada anak muda kita tidak ada kualifikasi yang lebih daripada Form 5. Selepas Form 5 dia tidak ada apa-apa lagi. So, mereka kena bersaing dengan lebih kurang empat juta pekerja asing dari Bangladesh, dari Indonesia, dari Nepal untuk kerja-kerja yang gajinya rendah. So mereka hadapi masalah dengan dapat kerja kerana mereka tidak dapat kerja sebagai rajin berkaitan berbanding dengan orang luar. Mereka dapat gaji yang rendah, mereka menghadapi masalah ekonomi. So saya mahu tahu, adakah bila pihak penyiasatan kita, bila polis menahan berpuluh orang, apakah profil mereka? Berapa daripada mereka yang telah diinfluence dalam ideologi ekstremis ini? Berapa daripada mereka adalah daripada golongan yang 1/3 yang terbawah ini yang tidak dapat mengendalikan masalah ekonomi dalam kehidupan mereka? Isu kedua ialah perkara yang kita harus kaji, apakah pengaruh hujah-hujah orang politik dan aktivis NGO yang menghebohkan pendirian seolah-olah agama Islam sedang dicabar, diserang, dihina? Macam ada komplot dua tahun dahulu, ada pihak yang mengatakan ada komplot hendak menjadikan Malaysia satu negara Kristian. Isu-isu macam ini ada dipermainkan oleh beberapa pihak politik dan juga NGO untuk dapat publisiti. Mungkin untuk dapat sokongan politik tetapi apakah impak permainan macam ini terhadap anak muda? Adakah ini bawa satu feeling mereka harus lawan balik? So, adakah ini satu fakta? Mungkin untuk pihak yang buat ini seperti permainan sahaja tetapi adakah ini bawa influence negatif? Saya rasa ini kita harus juga kaji.
Ketiga, isu yang saya harap kita pun kena ambil kira ialah impak pendekatan agresif terhadap perbezaan dalam interpretasi agama. Kadangkala, bila kita dapat idea yang dikatakan dalam public space dalam internet atau apa-apa terhadap interpretasi agama tetapi respons yang kita tengok, kadangkala ada intolerant. Bukan di hujah secara kefahamannya untuk dapat penjelasan, untuk bagi orang itu faham tetapi terus pukul, hendak ugut, hendak tembak, hendak rogol ataupun daripada kerajaan pakai Akta Hasutan, kita hendak siasat. Bila kita ada respons agresif, adakah ini memberi gambaran kepada anak muda bahawa ini satu respons yang berpatutan, yang dikatakan halal, yang okey di sisi agama untuk ambil respons agresif jika ini perkara yang berkaitan dengan agama? Adakah itu dihalalkan? Saya rasa ini semua, kita kena buat kajian dengan orang yang telah dipengaruhi oleh ideologi ekstremis dan tengok adakah ini satu fakta untuk mereka. What makes them go that way? So saya rasa ini penting. Ini bukan saya buat untuk main-main. Saya rasa we have got to study this. Ini kerana saya rasa dalam agama saya Kristian, cara kita hadapi perbezaan ialah untuk ada dialog, untuk memahami, where is the person coming from and cari titik-titik persamaan and move forward, build bridges, bukan untuk serang. So, saya rasa ini pun sama dalam agama lain. Saya rasa dalam agama Islam pun sama. Akan tetapi, apakah gambaran yang kita beri pada anak muda ini? Last sekali perkara yang harus kita kaji adalah apakah impak-impak undang-undang yang boleh dipandang oleh orang ramai sebagai terlalu ketat, terlalu autoritarian, terlalu kuku besi? Sekarang umpamanya kita akan bawa satu Akta Hasutan. Saya baru flick through tengok, mungkin diketatkan lagi yang mana dalam satu seksyen, hanya certificate daripada pendakwa raya, tidak dapat jamin. So, ini kita ketatkan lagi Akta Hasutan. Already is too bad tetapi kita jadikan ia lebih ketat. So, bila sistem yang kita ada untuk suarakan, untuk bawa perubahan, untuk bawa pandangan, jika sistem itu nampak sebagai satu hiasan, we have the facade of democracy tetapi isinya tidak ada. Macam kes experience saya, sesi lalu saya telah bawa kes terhadap peruntukan RM1 juta tahun sampai ke Supreme Court tetapi tidak dapat dibentangkan dan tidak dapat dibincangkan kerana saya tidak dapat kunci. Leave saya tidak dapat. Supreme Court katakan, “You tidak ada kuasa untuk soal Perdana Menteri”. So, satu macam itu ataupun kali ini saya telah bawa satu akta persendirian berkenaan dengan masalah petani- petani yang tidak ada geran tanah untuk kita bentang di sini dan bincang. Itu pun disclose. Bila orang muda nampak ini, dia cakap, “Kumar, it is wasting your time. Ini semua hanya hiasan sahaja. You tidak boleh buat apa-apa”. Lebih baik kita pakai cara yang lain. Turun jalan raya, turun buat ini. You hendak ikut sistem ini, ada halangannya, ada sekatannya. Tidak boleh pakai. You hanya tipu diri sendiri sahaja. So, saya rasa ini semua kita kena kaji. Empat perkara ini what makes them open kepada influence ini. Adakah ini pun satu sistem yang wujud hanya untuk hiasan? You tidak boleh pakai untuk bawah. So saya rasa, penting untuk kita kaji, mungkin kita kena panggil pakar psikologi, pakar sosiologi, orang kaunselor dengan orang muda dan buat survey untuk faham apa yang mendorong mereka. Kenapakah mereka terbuka kepada masalah risiko ini? Saya rasa hanya kita kuatkan kuasa polis, tambahkan kuasa tangkap, tahan ini, maybe perlu tetapi kita tidak boleh bergantung kepada ini. Jadi kita hendak kawal, kita hendak control masalah pengganasan terrorist ini, kita mesti ambil satu pendekatan menang hati dan minda, the hearts and minds. Ini sangat penting. Saya rasa, beberapa perkara yang saya bawa ini - malam tadi saya dengar daripada Yang Berhormat Bukit Bendera, saya ingat dia pun bawa beberapa perkara ini. Saya mengesyorkan kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah kita tubuhkan satu caucus atau satu committee, buat bipartisan, kita brainstorm. Kita tengok, apakah lagi yang harus kita buat kerana ini memang satu masalah yang kita hadapi? Saya rasa di pihak sini pun, we are also concerned. So, saya rasa jika Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, kita boleh adakan satu open discussion, mungkin pihak sini... [Merujuk kepada blok pembangkang] Pun boleh ambil bahagian dan beri idea-idea untuk tengok bagaimana kita boleh bersama-sama untuk menangani masalah ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat, bagaimana kesungguhan kerajaan, semalam kita telah meluluskan satu akta pencegahan awal dan akta undang-undang langkah-langkah khas menentang keganasan luar negara. Ini pada saya merupakan satu kadernya, ataupun sokongan daripada akta yang kita luluskan sebab saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Siput. Ekoran daripada kajian yang mendalam oleh pakar-pakar keselamatan kita, maka kita kena syorkan akta undang-undang yang sebegini untuk diguna pakai bagi tujuan pencegahan. Sebab kita harus sedar bahawa mentaliti manusia setiap waktu, setiap ketika dia berubah. Generasi musim saya, tidak ada unsur-unsur sebegini. Generasi musim waktu Yang Berhormat Arau, tidak begitu. Jadi oleh sebab itu, generasi yang baru ini, maka kita kena terapkan, sediakan mereka ruang lingkup yang jelas supaya mereka sedar bahawa apa pun yang berlaku itu ada batasnya, ada kekangannya.
Kita melihat Tuan Yang di-Pertua, bagaimana contoh sebuah negara di Indonesia. Contohnya di antara Jakarta dengan Acheh suatu ketika dahulu mereka ini satu rumpun, satu bangsa, satu negara, satu matlamat tetapi mereka boleh berganyang, bertempur, berlawan, bunuh-membunuh antara satu dengan yang lain berbelas-belas tahun. Satu ketika dahulu di Eropah pun begitu. Di Bosnia pun begitu. Negara kita ini untuk makluman, kita negara majmuk, negara berbilang kaum. Sudahlah berbilang kaum, berbagai-bagai spesies pula di Sabah spesiesnya- 49 spesies, di Sarawak ada 43. Di Semenanjung ini di kategori Melayu, Cina, India. Bayangkan bagaimana perkara ini kalau kita tidak tangani bersama...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa sahajalah itu saya punya ayat. Nanti gunakanlah ayat-ayat Yang Berhormat yang elok-elok punyalah. Ini saya punya perkataan jadi biar saya berjalan terus sebab saya melihat bahawa perlu ada komitmen, engagement daripada kerajaan.
[Bangun]
Oleh sebab itu, Menteri Dalam Negeri telah melakukan yang terbaik. Kalau dia sekadar mahu popular, tidak mementingkan rakyat, buat apa ini menyusahkan tetapi dia sediakan ruang lingkup untuk generasi masa depan anak bangsa kita. Yang Berhormat Putatan...
Ya, Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik huraian Yang Berhormat sahabat saya dari Kinabatangan apabila Yang Berhormat menyentuh soal spesies. Spesies ini memanglah kita itu tertakluk kepada bagaimana kita pelontaran kita soal istilah-istilah perkauman. Saya tidak menyentuh soal itu sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan, saya lebih kepada walaupun ini akta ini untuk pencegahan- Menteri dengar ini, pencegahan dan special action to be taken against pengganas yang di luar ini. Oleh kerana teknologi kita IT kita ini sungguh canggih sekarang ini, adakah pihak kementerian melihat dan memikir cara yang lebih halus iaitu memantau di mana semestinya wujudnya rasa-rasa militan ini kenapa wujud sekarang, kenapa dahulu tidak ada. Adakah kementerian memikirkan tempat untuk pemulihan ataupun rehabilitasi orang-orang yang tidak begitu diberi pengetahuan soal hidup berharmoni antara spesies-spesies ataupun kaum-kaum ataupun agama-agama yang lain di negara kita. Ini negara yang jadi model kepada negara-negara jiran kita Yang Berhormat. Kita dianggap sebagai peaceful nation dengan berbagai-bagai agama ini, ini tidak boleh kita nafikan. Sahabat-sahabat kita daripada negara-negara jiran kita dia menghormati geopolitik kita di Malaysia. Jadi adakah tindakan pihak kementerian untuk mewujudkan pusat pemulihan ataupun memantau IPTA semua ini yang terjebak dengan teknologi IT. Cuba Yang Berhormat bagi pandangan sedikit.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya sehaluan dan sependapat dengan Yang Berhormat Putatan dan saya pun ingin tahu kenapa pada ketika ini kecenderungan manusia itu ke arah yang- kalau saya orang rasional, Tuan Yang di-Pertua, why saya mahu masuk kumpulan-kumpulan yang membunuh orang lain. Kenapa saya tergamak untuk menceburi dalam industri yang begitu kotor, yang jijik? Akan tetapi sebetulnya manusia ini memang sudah begini. Kita kata dadah itu berbahaya musuh nombor satu negara tetapi di seluruh dunia masih juga banyak pengedar dadah. Jadi oleh sebab itu kebijaksanaan kepimpinan itu diperlukan. Kebijaksanaan Bapa Menteri itu diperlukan ke arah bagaimana pertama kita harus cegah. Kita harus cegah perkara-perkara yang memungkinkan boleh menghancurkan keharmonian sebuah negara. Sebab di awal mukadimah, saya katakan negara kita ini negara yang berbilang kaum. Tidak ada dalam dunia seperti Malaysia ini. Walaupun negara kecil tetapi penghuninya berbilang-bilang spesies ataupun suku kaum bangsa dengan kepercayaan dan anutan masing-masing.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Putatan.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tanya sekali lagi yang mungkin saya termiss. Dahulu tidak ada perkara ini yang kita resah. Kita hidup secara harmoni, aman damai dan sekarang tiba-tiba pula dunia IT ini ada banyak hasutan-hasutan dan ugutan-ugutan daripada pihak-pihak yang tertentu terutama yang orang yang sudah belajar IT menghasut rakyat kita di luar bandar. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu siapakah antara mereka ini yang datang terutama yang datang dari luar dari negeri Sabah dan menghasut. Saya rasa Batu Sumpah pun kena sentuh, soal yang tidak-tidak kena sentuh, soal fasal agama kena sentuh. Dahulu tidak ada Yang Berhormat. Kita boleh duduk sama-sama, tidur sama-sama. Sekarang ini pihak-pihak yang tertentu ini saya tidak tahulah pihak-pihak tertentu yang menghasut keharmonian negara kita ini. Cuba...
Ya, Yang Berhormat Putatan. Itu sebab kecenderungan manusia itu berubah. Nafsu dia begitu memuncak. Apabila nafsu memuncak, untuk mendapatkan kuasa maka tercetuslah cetusan-cetusan negatif yang seumpama ini. Batu Sumpah dijadikan sebagai landasan konon-konon macam-macam sehingga terlibat. Dahulu Batu Sumpah ini jadi tarikan pelancong sebab Batu Sumpah ini tidak ada apa-apa makna, dia antara hubungan di antara negeri Sabah dengan Malaysia tetapi diperhangat. Dia macam makanan yang sudah sejuk dipanaskan semula. Jadi memang berlaku sebab itu saya kata, hari ini perubahan dunia sudah terlalu berbeza. Dahulu tidak ada perkara-perkara seumpama ini sebab itu kenapa baru hari ini akta ini kita terapkan. Kalau kita ada macam mungkin manusia yang telus, dia boleh tahu 12 tahun akan datang apa akan berlaku, mungkin dia boleh sediakan akta yang sedia ada ini. Tuan Yang di-Pertua, mungkin juga authority pihak kementerian, pihak polis mungkin perlu juga bekerjasama dengan pakar-pakar daripada universiti sama ada pakar sejarah ataupun pakar keselamatan. Di mana-mana universiti di negara kita ini kumpul mereka, panggil mereka dan duduk bincang sebab mereka ini mempunyai kepakaran masing-masing walaupun mungkin cuma keadaan ramalan tetapi kadang-kadang ramalan itu boleh berlaku sebab kita tidak mahu undang-undang yang kita ketat tetapi masih ramai juga ahli-ahli masyarakat negara kita ini cenderung ke arah melakukan kezaliman, cenderung ke arah melakukan aktiviti-aktiviti keganasan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Siput. Dalam masa kita cuba mengekang aktiviti ini, kita perlu lihat bagaimana mungkin kita laksanakan juga unsur untuk penyelidikan ke arah memberi pengetahuan dan mungkin berbincang dengan Kementerian Pendidikan dijadikan sebagai pendidikan keselamatan ini sebagai satu subjek yang mungkin perlu diketahui oleh anak-anak sekolah kita sebab mereka inilah pewaris masa depan negara kita dan Allah SWT telah berkata bahawa untuk melihat keruntuhan sebuah negara itu, lihat sahaja kepada keruntuhan masa depan anak bangsanya. Kalau anak bangsanya terdiri daripada orang-orang yang baik, maka baiklah negara itu.
Akan tetapi kalau anak bangsa kita ini sudahlah kaki dadah, sudahlah tidak tahu menahu tentang akan apa yang mereka buat pada masa akan datang, maka saya tengok negara kita akan menjurus kepada satu keadaan yang menghancurkan.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin mendapatkan penjelasan, tetapi sebelum itu saya hendak mengingatkan kita manusia ini semua satu spesies, tidak ada spesies-spesies. Satu spesies sahaja. Kita ini di penghujung rantaian itu, kita sama sahaja homo sapiens, tidak ada beza. Kalau kita melihat cara kita menangani penyakit Yang Berhormat Kinabatangan, walaupun kita kata kita hendak menghapuskan suatu penyakit tetapi prosesnya bukan hanya merawat, ia ada peringkat preventif, peringkat kuratif dan akhirnya peringkat rehabilitative. Kita rasa tumpuan harus diberikan kepada peringkat awal sebelum penyakit itu berlaku seperti menangani denggi, begitu juga dalam hal keganasan ini Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Apa langkah-langkah khas awal sebelum kita bertindak menangkap, menahan tanpa bicara, tidak adakah diberikan satu penilaian awal seperti memasukkan dalam kurikulum persekolahan kita, bagaimana cara hendak hidup berharmoni yang lebih khusus dalam perkara ini. Kementerian Pendidikan memang akan kata sudah ada tajuk-tajuk dalam mata pelajaran tersebut tetapi kalau ada, kenapa sampai hari ini keadaan makin bertambah buruk. Adakah pendidikan kita tidak efektif ataupun ada kekurangan yang perlu ditambah. Saya minta penjelasan.
Ya Yang Berhormat Kuala Krai, saya memang terpanggil untuk menyatakan, daripada awal-awal tadi saya kata kalau boleh gunakan strategi kerjasama dengan mana-mana kementerian. Ini kerana apa-apa pun undang-undang yang kita seperti contohnya undang-undang Akta Dadah Berbahaya, siapa yang didapati melebihi 200 gram, 300 gram, maka hukumannya gantung sampai mati. Banyak juga yang mengedar. Ini bermakna akta ini pun orang tidak akan endah. Jadi, apa mungkin satu blue ocean strategy yang dirancang oleh kementerian, oleh pihak polis untuk memberikan kesedaran sebab yang penting pada saya, memberikan kesedaran kepada masyarakat itu sendiri instead of kita menegakkan undang-undang? Itu lain iaitu kalau boleh beri kefahaman awal-awal sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan mana-mana menara gading sekalipun, beri mereka kerana ekstremis ini lahirnya daripada pemberontakan jiwa itu sendiri. Saya pun tidak tahu kalau orang yang dari kampung yang menjadi ekstrem, saya tidak kisah, kerana dia tidak berapa ada kefahaman. Akan tetapi rata-rata yang hendak masuk kumpulan IS ini ada engineer, ahli perniagaan, doktor, macam-macam latar belakang. Jadi ini bermakna, hati dan jiwa dia tidak menentu. Oleh sebab itulah saya suatu ketika dahulu, manusia ini hidup dia kerana berpegang kepada tiga prinsip. Pertama usaha, kedua tawakal, dan ketiga, kita kena redha dengan apa juga ketentuan daripada Allah. Ini kerana kalau kita redha, percayalah jiwa kita tidak merana, hati kita tidak dipenuhi dengan hasad dengki ataupun kemarahan dengan apa juga usaha murni yang dibawa oleh mana-mana pihak. Di pihak yang lain pun sebetulnya, kalaupun mungkin percubaan kita ini dalam gelanggang politik ini memang inilah sebetulnya batas kita, bottom-line kita di antara satu dengan yang lain, jatuh menjatuhkan dan hendak menaikkan parti masing-masing. Oleh sebab itu, masuk kampung ada unsur-unsur suntikan yang tidak baik kepada inilah kegagalan kerajaan iaitu tidak membendung. Inilah kelemahan kerajaan. Bagi kita peluang, kita akan menentukan untung nasib rakyat lebih baik daripada apa yang ada. Itu hujah memang sering kali kita dengar di mana-mana. Inilah yang sebenarnya yang merosakkan minda generasi anak bangsa kita. Di negara lain selepas pilihan raya, dia tidak ada politik dan mereka bekerjasama. Di negara kita ini, 24 jam kita bertembung. Bertembung di udara, bertembung di Dewan Rakyat, bertembung di luar dan di ceramah-ceramah, bertembung di rumah, abang dan adik bertembung, suami isteri bertembung, macam-macam.
Semua bertembung.
Semua bertembung. Jadi mungkin untuk mengurangkan pertembungan ini, kita harus melihat unsur-unsur yang lebih
baik iaitu akhirnya kita juga ingin melihat negara kita ini terpelihara, terjamin daripada keselamatan, ekonomi, kemakmuran dan juga keharmonian kita. Apa yang penting, pemimpin itu datang dan pergi tetapi generasi anak bangsa kita seperti di atas ini. Mereka pewaris-pewaris kita pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong akta ini supaya kita janganlah terjadi seperti semalam sampai 2.25 pagi, tidak eloklah sebetulnya. Kita sokonglah akta ini untuk kepentingan kita semua. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut berbahas peringkat dasar mengenai Rang Undang-undang Langkah- langkah Khas Menentang Keganasan. Pada awalnya Tuan Yang di-Pertua, apabila saya membaca sekali imbas rang undang-undang ini dengan tajuknya langkah-langkah khas, saya ingat ada banyak langkah khas. Akan tetapi kesimpulannya, ia menumpukan kepada usaha untuk menyekat perjalanan bagi mana-mana orang, baik warganegara ataupun bukan warganegara yang berpotensi terlibat dalam kegiatan ataupun menyokong kegiatan keganasan di mana-mana negara atau mana-mana bahagian sesebuah negara luar. Saya juga beranggapan langkah-langkah ini bukan sekadar itu, ada diberikan definisi contohnya dalam ini, harta diberikan makna aset, yang ‘A’ itu ‘B’, dokumen tetapi tumpuannya hanya kepada dokumen. Jadi, apakah agaknya rang undang-undang ini akan diperluaskan pula dengan menyita selain daripada menyita dokumen ini, menyita aset kerana telah diberikan definisi di sini. Akan tetapi apabila saya baca keseluruhan, tidak ada pula tindakan-tindakan ke atas aset-aset, harta-harta boleh alih ataupun tidak boleh alih. Jadi, saya pun mengesyaki bahawa ini bukan permulaan dan pengakhiran kepada langkah- langkah khas ini. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan sekali lagi suasana yang wujud pada hari ini sehingga timbulnya aktiviti-aktiviti dalam jiwa rakyat kita ini ke arah keganasan merupakan suatu fenomena mutakhir, mungkin berlaku dalam tempoh 15 tahun yang lalu. Kalau di Amerika dan disebut di Australia, di UK, akta-akta menentang keganasan ini diwujudkan sekitar tahun 2001. Kita mengambil masa 14 tahun kemudian ataupun 15 tahun kemudian untuk mewujudkan akta yang lebih kurang sama. Kalau kita tengok di luar negara, ketiga-tiga buah negara yang diberikan contoh bukan oleh saya sahaja, tetapi pelbagai pihak dalam perbahasan semalam, keganasan tidak juga terbendung dalam negara-negara sedemikian, masih berlaku serangan-serangan, pembunuhan-pembunuhan dalam negara tersebut.
Jadi kita mengambil contoh bahawa usaha-usaha yang dibuat ini kita juga tidak mahu ketinggalan, tetapi 15 tahun terlewat. Kemudian, adakah kerana sepanjang tempoh 14, 15 tahun ini kita hendak mengalami masalah tersebut hanya baru-baru ini sahaja? Ataupun kita sebenarnya didesak oleh mana-mana pihak untuk tujuan-tujuan tertentu bersama-bersama mewujudkan undang-undang ini atas beberapa sebab yang bukan sebenarnya kehendak kita. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ada semalam sehingga 2.30 pagi, tetapi saya rasa perbincangan semalam itu adalah untuk mencantikkan bukan untuk kita bertembung antara satu sama lain. Cuma kembali kepada isu langkah-langkah khas ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Krai, kita tengok konteks yang cuba dipakai di sini adalah daripada konteks anti-terrorism. UK ada masalah dia tersendiri dengan Irish Republican Army (IRA), sebab itu baru dilahirkan Terrorism Act ini. Amerika ada masalah dengan war against terrorism apabila mereka terpaksa berdepan dengan Al- Qaeda dan sebagainya. Now, kita sebagai negara yang juga terdedah kepada keganasan yang merentas sempadan ini tidak ketinggalan. Cuma soalan saya ialah kalau kita lihat on the positive side negara-negara tersebut pada waktu yang sama dia buka atau pada waktu
yang sama diperkenalkan undang-undang Patriot Act, Anti-Terrorism Act contohnya, tetapi kita tengok suasana negara itu dia mengamalkan demokrasi. Jadi persoalan orang yang tidak percaya kepada sistem itu tidak timbul. Akan tetapi macam negara kita, sudahlah kita datang berbagai-bagai masalah ketidakpercayaan kepada sistem yang ada, penyalahgunaan sistem yang ada dan terbukti kepada ISA yang dulu dijamin tidak akan berlaku pada orang politik sudah pun berlaku dan hari ini juga kita membentangkan benda yang sama, apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa bukan sekadar undang-undang itu penting, sama ada pencegahan ataupun undang-undang punitif tetapi apa yang lebih penting ialah sistem yang menjamin ketulusan, kebertanggungjawaban sehingga kita rakyat Malaysia tidak merasa bahawa undang- undang ini tersalah gunakan. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Tuan Yang di-Pertua sepatutnya sebelum kita mewujudkan suatu sistem ataupun satu undang-undang untuk memastikan rakyat kita mengikut sistem yang diwujudkan, sistem itu sendiri mesti berlaku adil. Undang-undang yang lain yang berkaitan juga mesti mengambil kira kesamarataan, memberi peluang-peluang kepada ataupun kebebasan kepada hak asasi manusia seperti menolak penahanan tanpa bicara dan sebagainya. Kalau ini tidak diwujudkan, maka apa juga undang-undang yang diwujudkan yang datang kemudian tidak akan memberikan kepuasan malah menimbulkan revoke di kalangan sebahagian daripada rakyat. Jadi sudah tentulah saya rasa asas kepada masyarakat kita mestilah berlaku berlandaskan kepada keadilan. Kalau ini sudah boleh masuk ke dalam pemikiran masyarakat saya rasa undang-undang itu sebagai mencantikkan lagi pengurusan kehidupan kita. Saya ingin menyambung Tuan Yang di-Pertua.
Sikit sahaja Tuan Yang di- Pertua. Belakang, belakang.
Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bertanya Yang Berhormat Kuala Krai setuju atau tidak. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan tadi ada perkara yang saya setuju ada perkara yang tidak setuju. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Kinabatangan menyatakan bahawasanya lebih baik kita ambil preventif. Di antaranya dia kata kita benar-benar jadikan sistem dan dasar pendidikan kita bagi anak kita agar mereka mengenal Tuhan mengenal perintah Tuhan dan sebagainya. Setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Kuala Krai kalau saya katakan bahawasanya sistem pendidikan dan dasar pendidikan kita perlu kita perlihatkan semula agar anak-anak ini kita asuh mengenal Tuhan, mengenal perintah Tuhan. Saya yakin bahawasanya kalau sistem pendidikan kita baik kita tidak perlu undang-undang yang sebegini. Sebab Tuan Yang di-Pertua, “A good man needs no laws, but the bad men they break all laws”. Jadi, kalau boleh kita zahirkan anak kita yang memahami keadaan hidup, saya percaya ianya lebih baik.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya tadi menyebut tentang konsep preventif. Preventif ini, Tuan Yang di- Pertua…
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat dekat belakang.
Boleh saya jawab dulu yang ini Yang Berhormat Kuala Langat. Preventif ini Tuan Yang di-Pertua dia ada tingkat-tingkat juga. Apa yang di cadangkan dalam bill ini preventive. Akan tetapi sebelum preventif tahap ini, dia ada satu lagi yang lebih iaitu promotive dalam perubatan pun kita masukkan promotive lebih awal daripada the real preventive. Jadi promotive inilah yang kita harapkan, didedahkan anak kita dengan perkara di peringkat pembinaan, jiwa pemikiran mereka di sekolah-sekolah, baik rendah, menengah ataupun peringkat yang lebih tinggi.
Jadi saya amat bersetuju kalau sudah kita terapkan perkara ini, we don’t need the law seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu tadi. Jadi saya bersama-sama dalam hal tersebut. Sila.
Ya, Kuala Langat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Memperlihatkan tentang Rang Undang-undang dalam Langkah- langkah Khas Menentang Keganasan ini Yang Berhormat Kuala Krai, dipamerkan berkuat kuasa di atas permintaan Ketua Polis Negara yang diberi kepada Menteri ini, boleh dihukum sehingga dipenjarakan dalam tempoh sehingga dua tahun. Daripada prospek ini saya melihat rang undang-undang ini di dalam kita mencegah tapi kita tidak memberikan ruang pengadilan yang seadilnya yang mereka dianggap sebagai pengganas yang memberikan kuasa dan rekomendasi oleh Ketua Polis Negara yang bagi kita tidak munasabah, kalau dengan hanya mengesyaki dan meletakkan satu kesalahan. Kalau kita melihat di bawah para 7 di dalam (3) dan (5) itu memberikan satu peringatan kuasa Menteri ini keterlaluan hebatnya hingga boleh memenjarakan atas sabitan yang berlaku. Apakah Yang Berhormat Kuala Krai bersetuju dengan saya bahawa rang undang-undang ini perlu diakhiri dengan pengadilan berbentuk kehakiman yang memberikan haknya untuk di pertahankan kelak. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya sangat-sangat berharap apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat itu tidak akan berlaku sedemikian. Apa pun hukuman ataupun tindakan dari segi undang-undang yang bakal diambil pada mereka yang ingkar pada undang-undang ini mestilah sewajar melalui pengadilan yang sebaiknya, diberi ruang untuk mempertahankan diri, dibela di mahkamah yang terbuka. Jadi saya harap ia tidak diambil tindakan yang pintasan ataupun shortcut ke arah penghukuman. Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap mengenai keganasan dari luar dan dalam konteks sehari dua ini negara luar yang dibayangkan-bayangkan adalah negara Timur Tengah di Syria, di Iraq atau mungkin sehari dua lagi di Yaman juga termasuk atau mana- mana negara agak jauh daripada perbatasan kita. Lalu, sebahagian daripada langkah- langkah kemukakan preventive measure ini dengan izin, kelihatannya comel lah. Menahan dokumen perjalanan pasport daripada digunakan tentulah akan menghalang dari pada keluar meninggalkan negara dan berada di tempat di ground zero di sana. Akan tetapi, kalau kita membuat projection dan kita harap tidak berlaku bahawa keganasan, terrorism boleh berlaku di mana-mana di dunia ini termasuk sempadan- sempadan negara yang berjiran dengan kita. Kita kena ingat bahawa sempadan kita amat poros. Apa poros ya Yang Berhormat Parit Buntar. Mudah bocor. Jadi menahan dokumen perjalanan seperti pasport untuk menghalang katakanlah berlaku keganasan ataupun jihad so-called, di mana-mana jiran kita Thailand pun mungkin, Indonesia, Singapura dan Filipina kerana kita mempunyai sempadan-sempadan berdekatan.
Jadi, adakah sebenarnya langkah yang dibawa pada rang undang-undang ini mencukupi untuk menangani ‘keporosan’ ataupun the porosity dengan izin sempadan kita ataupun ianya sekadar memikirkan suasana sekarang sahaja kerana isunya berlaku jauh daripada sempadan kita yang mana passport itu berguna. Akan tetapi kalau nak masuk ke sempadan Thailand, ramai orang hari ini pun tak pakai passport. Pakai hello! Hello! Lambai- lambai tangan sahaja ataupun menyeberang sungai begitu sahaja. Kalau orang dari seberang boleh masuk dalam negara kita tanpa dokumen seperti apa yang berlaku di Lahad Datu, apa yang menghalang aliran yang sama yang keluar daripada negara kita mengikut kebocoran yang sedia ada? Jadi, kalau pihak kementerian teliti dalam hal ini sepatutnya dia sudah mengambil kira perkara-perkara tersebut, sama ada ini sesuai atau tidak ataupun mencukupi dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah perkara ini boleh dibahaskan dan kalau ianya memerlukan perbahasan yang panjang seperti yang berlaku malam tadi, kita tak boleh menyalahkan mana-mana pihak yang memanjangkan perbahasan. Ini kerana kita di sebelah sini dengan izin, we wanted to prove a point. Untuk memastikan apa yang kita luluskan itu benar-benar telah diazamkan dan keseluruhan perbincangan kami pada malam
tadi sebelah di sini tidak bersetuju dengan rang undang-undang itu. Jadi, tidak persetujuan itu mesti dizahirkan dalam semua peringkat. Ianya dibahaskan untuk diluluskan. Sementelah pula peraturan mesyuarat mengizinkannya. Jadi, tak perlulah merayu- rayu minta dikurangkan ataupun dipendekkan atau tidak menyalahgunakan. Saya rasa itu tidak wajar keluar daripada pihak Menteri. Jadi, itu yang saya nak sampaikan.
Ya, sila Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila kita dengar Yang Berhormat Menteri membentang rang undang-undang ini beralasan keganasan yang telah diputuskan oleh Resolusi 2178, PBB dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Kertas Putih, saya percaya rang undang-undang ini iaitu menentang keganasan di luar negara mudah sahaja. Disyaki sebagai pengganas, kita tahan passport nya, kuasa diberi kepada Ketua Pengarah Imigresen dan kuasa kita beri kepada Menteri. Ekoran daripada kita telah luluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 semalam sehingga pukul 2.25 pagi. Maknanya undang-undang keganasan sudah ada, kita buat pula satu lagi. Kalau mereka ini pengganas, pergi ke luar negara, apa langkah-langkah pencegahan...
Yang Berhormat Gerik...
Kuasa yang ada pada... Ya?
Undang- undang Pencegahan Keganasan.
Undang-undang keganasan...
Tak, Yang Berhormat Gerik beritahu semalam kita putuskan Undang-undang Pencegahan Keganasan bukan Undang-undang Keganasan.
Oh! Ya. Pencegahan keganasan. Minta maaf.
Ya.
Minta maaf. Saya tengok sambil lalu pada nota ini.
Bahaya kita buat undang-undang keganasan.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, jadinya dalam Dewan ini kita melihat dari Yang Berhormat Sungai Siput menggambarkan seolah- olah kegiatan militan ini tidak ganas. Akan tetapi pada saya, sejarah telah membuktikan kepada kita bila mana kita masih kecil dulu, saya umur 58, komunis menyerang Tanah Melayu. Kalau di Gerik kesan-kesannya macam-macam. Kampung kena pindah, wanita dilarikan orang yang tak mengikut komunis kena bunuh dan pelbagai lagi. Jadi ini antara satu contoh keganasan yang tak dapat dibendung. Kemudian datang pula peristiwa 13 Mei berlaku pergaduhan kaum kerana kita lupa kepada kontrak sosial, perjanjian di antara peringkat awal nak memerdekakan negara. Kuasa Raja tak boleh disentuh, hak istimewa orang Melayu dan pelbagai lagi. Hari ini kita tengok lagi selepas peristiwa 13 Mei, di Gerik sendiri berlaku pula satu pemahaman yang macam mana peristiwa Al-Maunah daripada tentera sendiri boleh menyamar di dua kem di Gerik untuk merampas senjata. Mereka dapat rampas senjata, berkampung pula di Sauk untuk melawan kerajaan tetapi lagu P. Ramlee melemahkan semangat Amin tadi menyebabkan dia serah diri. Akan tetapi ini nak kita gambarkan betapa keganasan militan ini bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Bukan soal pemulihan. Ini semua memerlukan satu
undang-undang. Komunis kita dah ada dulu, ISA dan pelbagainya. Begitu juga bila datang IS, cabarannya lagi hebat. Dalam bentuk baru, bukan setakat nak angkat senjata bom, bunuh diri tetapi mengguna multimedia.
[Bangun]
Yang Berhormat Gerik boleh? Boleh sedikit?
...Merompak menyamun. Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Fasal sentuh Sauk tadi memang ada dalam daerah Kuala Kangsar.
Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita merasakan bahawa ancaman komunis ini telah lama dah. Sebenarnya ancaman komunis baru tertutup ataupun ditutup dengan rasminya pada tahun 1987 ataupun 1989. Saya ingat Yang Berhormat Sungai Siput lebih tahu kerana kawasan itu masih diancam oleh pihak komunis. Jadi, tahun 1989 maknanya baru lagi. Kita ingatkan tahun 60-an atau tahun 70-an. Peristiwa di Sauk itu telah mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh, seorang anggota Special Branch terbunuh di peristiwa tersebut. Terima kasih.
Benar Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya masih ingat waktu saya kecil-kecil dahulu, waktu kuat ancaman komunis. Bila nak dekat raya Cina ini, seminggu lagi raya Cina, berlakulah tembak menembak di kawasan hutan. Dengar-dengar ada komunis mati. Kadang-kadang kita boleh dengar pula askar pun mati. Itu ancamannya. Akan tetapi bila kita kerajaan buat jalan dari Kelantan ke Gerik, antara salah satu yang mungkin menyekat pergerakan komunis dan juga mungkin usaha-usaha kerajaan mencari jalan supaya pihak komunis tidak menentang kerajaan. Kita nampaklah macam itu. Kemudian Al-Maunah. Mari pula kemudiannya ada lagi yang saya cerita tadi IS dalam bentuk baru iaitu kita macam dah ada report yang kumpulan IS di Syria, di Iraq. Nak tubuh empayar Islam konon-konon dan seorang itu dah menggelar dirinya khalifah. Kemudian modus operandi merompak telaga minyak, gunakan internet menyebabkan orang-orang Islam di seluruh dunia berminat dan antara negara yang orang Islam berminat di Malaysia sendiri. Ya, Yang Berhormat Temerloh.
Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Gerik. Kalau kita lihat dalam Rang Undang- undang Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara ini, saya lihat sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi ia terhad sekadar untuk menahan dokumen. Sedangkan kita tahu bahawa organisasi pengganas di peringkat antarabangsa itu sangat licik. Mereka boleh masuk mana-mana sempadan negara tanpa dokumen pun. Itu satu. Kemudian saya nak tanya, apakah sahabat saya daripada Yang Berhormat Gerik boleh bersetuju bahawa langkah ini tidak memadai. Kita perlu kepada langkah yang lebih global umpamanya mengambil manfaat kedudukan negara kita di peringkat antarabangsa yang begitu istimewa dalam PBB sebagai Anggota Tidak Tetap Keselamatan PBB dan juga Pengerusi ASEAN dan juga anggota OIC. Jadi, bagaimana langkah negara kita bersama dengan organisasi-organisasi penting di peringkat antarabangsa?
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Sebenarnya dalam saya hendak membahaskan ini, saya hendak meyakinkan bahawa keganasan militan tadi cukup serius. Apa yang Yang Berhormat Temerloh sebut tadi, ini antara salah satu rang undang-undang yang hendak menguatkan POTA. Kita ada lagi ini. Ada rang undang-undang yang akan dibentangkan selepas ini untuk mengemaskinikan pelbagai perkara lagi. Ini salah satu. Untuk hendak menyekat perjalanan ke luar negara, kuasa kita berikan kepada Ketua Pengarah Imigresen dan juga kuasa kita berikan kepada Menteri Dalam Negeri.
Cuma yang saya hendak cakap ini, kadang-kadang sesetengah orang menganggapkan keganasan IS ini seolah-olah tidak ada apa-apa. Kita cuma boleh beri kaunseling, mereka akan boleh pulih balik. Kalau mereka tak berjaya di Syria, kalau kumpulan IS ini mengamuk dalam Malaysia, siapa yang dia tuju dulu? Dia akan cari orang yang kaya-kaya untuk dapatkan dana dalam negara. Sedangkan terbukti polis sudah tangkap dua hari sudah, sudah ada urusan untuk buat bom letupkan balai polis di Kuala Lumpur. Itu ura-ura. Kalau benar berlaku, tak usah kata di balai polislah, kalau bom itu diletakkan di jalan masuk Parlimen, kita semua di sini pun jadi huru-hara. Jadi ini yang kita katakan keganasan militan ini bukan main-main. Kalau gambar macam Shah Rukh Khan masuk dalam internet, maka wanita-wanita muda Islam tadi berminat untuk kahwin dalam internet, ini apa cerita, kan? Jadi inilah antara yang saya melihat bahawa rang undang-undang ini amat mustahak kita persetujukan. Walaupun soal kemanusiaan, kata human rights akan timbul tetapi kita kena sedar negara Malaysia negara majmuk, ada orang Melayu, ada orang India, ada orang Cina, Iban dan pelbagai lagi, agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, di mana generasi muda hari ini sudah mula lupa. Ada satu parti sudah mula mempertikaikan khutbah Jumaat seolah-olah khutbah Jumaat mengajak orang Islam dihasut. Ini semua benda yang boleh mengecil hati orang Islam dan akan berlaku... Ada sesetengah orang ini dia tidak tunjuk, dia tidak cakap secara jelas tetapi tanda dia menentang mungkin dia diam, dia study macam mana belajar buat bom dan pelbagai lagi. Kita ingat 13 Mei orang Melayu Islam di kampung, macam mana mereka mandi minyak, asah parang panjang, dan pelbagai lagi. Ini yang kita beritahu supaya perpaduan kita jaga, saling faham memahami, jangan sentuh antara agama. Adakah penganut agama Islam hendak mempertikaikan Kristian, hendak mempertikaikan agama Hindu, hendak mempertikaikan agama Buddha? Tak ada. Ini yang kita kena bendung bersama-sama. Akan tetapi hari ini, generasi muda sudah lupa, pertikai. Letakkan gambar babi di atas Kaabah. Tidakkah mengecil hati orang Islam di seluruh negara Malaysia ini? Ini yang saya kata yang kita kena cari jalan. Ini saya hendak menghujahkan betapa keganasan militan ini kalau tak ditegah, tak dicari satu jalan, umpama di Malaysia ini, kita akan berada seumpama orang kata, “Telur di hujung tanduk”. Jadi saya berbalik kepada rang undang-undang ini. Paling mudah...
Ya Yang Berhormat Sekijang bangun.
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melihat kepada hujah Yang Berhormat Gerik tadi, adakah Yang Berhormat melihat peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, melihat kepada ramainya orang muda terlibat dengan aktiviti militan dan juga terrorism ini, perlukah kita menggunakan akta yang kita hendak luluskan ini iaitu Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara ini kita percepatkan kerana melihat mereka yang terlibat dalam aktiviti keganasan ini sudah semakin ramai dan mereka dilihat sudah mula menjalankan aktiviti untuk melatih rakan- rakan mereka yang ada dalam negara ini? Silakan.
Benar sekali dakwaan Yang Berhormat Sekijang, kalau kita tidak ambil langkah pencegahan. Polis baru umum IS tak sampai 70 orang tetapi bila disiasat, rupanya semakin ramai. Kalau kita tengok, polis mendedahkan dari minggu ke minggu, dari hari ke hari, pertambahan yang mendadak ini yang mencemaskan. Oleh sebab itu, rang undang-undang yang kita bentangkan ini tidak payahlah kita pertikai banyak-banyak. Kalau boleh kita luluskan dengan segara, janganlah tidak bersetuju. Kita pusing – patut makan nasi ikut mulut tetapi kita makan nasi lalu ikut belakang, pusing corner sana-sini dan akhirnya kita menafikan majoriti dalam Dewan ini bersetuju rang undang-undang ini diluluskan. Apakah matematiknya 80 lawan 60, 60 menang? Kalau kita tanya. Ataupun kita tidak serius? Kita bercakap dengan pengikut kita di luar, kami memperjuangkan rakyat dalam Dewan tetapi dalam Dewan, kita mempermainkan kemuliaan Dewan Parlimen, 80 lawan 60 seolah-olah 60 yang menang, sampai pukul 2.25 pagi. Bercakap pun serupa orang gila. Kita pun jadi gila di dalam Dewan ini. Ingat. Saya bukan apa, saya melihat suasana ini...
[Bangun]
[Bangun]
Saya minta penjelasan.
Saya minta supaya kena ambil tindakan sebab dia mengaku dia gila. Mana boleh orang gila duduk dalam Dewan.
Tak siuman.
Saya tidak faham kalau Yang Berhormat tak boleh bezakan kritikan dengan orang gila.
Nampaknya Yang Berhormat Pokok Sena tidak faham. Saya tak kata gila. Saya kata macam orang gila. Mungkinlah Yang Berhormat Pokok Sena rasa dia gila. Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Kita tahu bahawa rang undang-undang yang kita bincang sekarang ini, undang-undang khas menentang keganasan, iaitu untuk mengawal mereka yang hendak pergi berperang atau pergi berjihad di tempat-tempat lain. Bagi saya, bagus kalau kita boleh menahan mereka ini daripada pergi, tetapi orang gila, kita tahu mereka tak ikut undang-undang. Dia bertindak kadangkala pelik dan mungkin tanpa pasport pun mereka boleh sampai ke tempat yang mereka hendak pergi. Jadi saya rasakan ini tidak boleh control sebenarnya, tidak boleh control. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak boleh mengawal mereka yang kecil-kecil sahaja. Yang besar-besar, yang hero-hero ini, mereka akan sampai juga ke sana. Jadi tindakan yang sebenarnya, saya hendak tahu Yang Berhormat Gerik, tidak mencukupi dengan langkah ini sahaja, tetapi langkah yang lebih holistik mestilah kita ambil. Khususnya apabila diberitahu oleh Menteri Dalam Negeri bahawa mereka ini ada cult. Orang yang ada cult ini dia ada suatu dalam pemikiran mereka ini yang taksub mereka ini kepada kefahaman itu. Dengan kata lainnya, mereka ini hampir kepada sifat gila sebenarnya. Betul, saya setuju. Mereka tidak nampak yang lain sudah. Nampak itu sahaja yang betul, untuk mati syahid sahajalah itu yang mereka nampak. Jadi ini suatu indoktrinasi yang berlaku kepada mereka sama ada melalui internet ataupun melalui tempat-tempat pengajian dan sebagainya. Jadi inilah yang kita kena kawal lebih daripada kawalan ini. Ini kerana saya bimbang – ini hak kita untuk keluar negeri dan sebagainya. Misalnya sebagai wakil rakyat kita hendak berjalan dan sebagainya. Kalau pihak polis merasakan bahawa kita ini hendak pergi ke sana atau bertemu dengan siapa-siapa yang ada hubungan dengan mereka di sana, kita bertemu dengan mereka di luar negara, maka akan mengambil pasport kita, menyekat kita. Jadi ini suatu usaha yang mungkin disalahgunakan juga untuk menyekat kita Ahli-ahli Parlimen untuk ke luar negara. Apa pendapat Yang Berhormat Gerik? Terima kasih.
Sejumlah besar pendapat...
[Bangun]
Minta saya jawab dulu ya. Sejumlah besar pendapat Yang Berhormat Pasir Puteh itu saya cukup bersetuju. Pandangan tentang orang yang fikir hendak mati jihad cara itu, saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh. Cumanya...
Yang Berhormat Gerik...
Tunggu sebentar. Cumanya, kalau kita tidak buat salah, kita tak ikut pemikiran yang macam itu, apa ada masalah lagi tak? Ini kerana yang akan ditahan, yang akan disiasat ialah mereka yang disyaki terlibat, terpengaruh dengan IS kan? Itu pandangan sayalah. Ya, tadi Yang Berhormat Shah Alam kah hendak bertanya?
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong sepenuhnya usaha-usaha untuk menentang dan menghalang tersebar luasnya pengaruh fahaman keganasan untuk memperjuangkan matlamat Islam khususnya seperti mana yang dibawa oleh ISIS ataupun Islamic State sekarang ini. Hanya yang mungkin ada sedikit perbezaan pandangan ialah kaedah yang digunakan yang mana pihak Yang Berhormat Gerik dan juga Barisan Nasional seolah-olah dalam usaha untuk mencegah dan menangani masalah ini. Maka soal mencerobohi hak asasi manusia itu dianggap satu perkara yang biasa dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Orang yang disyaki sahaja tangkap, orang yang disyaki sahaja halang, orang yang disyaki sahaja dikenakan bermacam-macam. Sedangkan tindakan-tindakan yang sebegini rupa akan menimbulkan lagi ketidakpuasan hati dalam kalangan orang-orang yang dipengaruhi dengan doktrin yang sebegini rupa kerana mereka akan mengatakan ini ialah bukti bahawa segala percakapan tentang soal demokrasi dan sebagainya ialah semuanya palsu. Hakikatnya, tidak ada cara lain untuk kita mendapat hak kita melainkan melalui keganasan. Inilah masalahnya.
[Bangun]
Maka apabila kita bertindak dengan cara yang melanggar dan mencerobohi hak asasi, maka kita mengiakan doktrin yang dibawa oleh IS. Di sinilah yang kita kena lebih berhati-hati. Saya rasa Yang Berhormat Gerik pun cukup memahami bahawa fahaman IS ini telah tersebar luas di Timur Tengah apabila antara faktornya kerajaan Dr. Morsi yang telah menang di Mesir dengan cara melalui demokrasi dengan baik dan adil, tiba-tiba dijatuhkan melalui satu rampasan kuasa oleh pihak tentera. Maka ini memberikan impetus kepada golongan muda yang hendak melihat sebuah masyarakat yang dibina mengikut Islam, mereka mengatakan bahawa segala janji hak asasi manusia, demokrasi dan sebagainya, semua itu ialah pembohongan. Maka ini merupakan satu perkara yang perlu kita ambil kira dalam keadaan kita hendak tangani...
Ya.
Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Gerik, dalam masa kita hendak tangani masalah ini, janganlah tindakan dan cara yang kita ambil menyumbang pula kepada bertambahnya keganasan kerana kita menafikan hak asasi manusia kepada masyarakat umum. Lebih baik kita cari kaedah yang dapat mengimbangi kedua-duanya sambil menjamin hak asasi manusia, pada ketika yang sama, kita menangani masalah-masalah ini dengan cara yang lebih berkesan. Apakah pandangan Yang Berhormat Gerik?
Ya, selepas Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya hendak mencelah.
Selepas Yang Berhormat Kota Tinggi mencelah, Yang Berhormat Gerik gulung ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gerik kerana memberi laluan. Saya tertarik untuk bersama-sama dalam perbahasan ini sebab ada pandangan-pandangan mengatakan kita kena melihat hak asasi manusia. Sebenarnya, keganasan ini di bawah tahap satu dipanggil perang terbuka sahaja. Bila perang ini, anything goes walaupun ada konvensyen-konvensyen antarabangsa, konvensyen-konvensyen ini pun tidak dapat dipatuhi sewaktu perang dan berbagai-bagai penganiayaan, pembunuhan berlaku. Kalau kita balik sini di negara kita pun, kita pernah hampir terjebak dengan satu krisis besar, bukan perang tetapi financial subjugation masa 1997 dan 1998. Ekonomi negara kita hampir hancur, Indonesia sendiri pun telah jatuh dan akhirnya menyebabkan 40 juta orang tiada akses makanan dan akhir tahun 1999 berlaku rusuhan yang mana ramai yang terbunuh. Akan tetapi Allah SWT selamatkan Indonesia, bagi tsunami satu round, orang Indonesia sudah tidak bergaduh, Acheh pun tidak jadi, Balikpapan tidak bergaduh,
tinggal ia pecah jadi Timor Timur. Kita pun baru-baru ini banjir. Kita harap banjir ini pun satu peringatan kepada kita, janganlah kita bergaduh banyak sangat. Akan tetapi apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah perkara yang berlaku ini, keganasan adalah clear and present danger. Ia memang berlaku dan berulang-ulang kali. Lebih-lebih lagi di kawasan Malaysia bila dunia tanpa sempadan, bila berlaku keganasan tanpa sempadan ini susah dibendung dan ia bermula lebih 100 tahun dahulu. Ketika Jepun datang sampai ke Tanah Melayu, hendak jaga kepentingan di Selat Melaka, hendak menguasai kepentingan Selat Melaka, mereka datang serang dan akhirnya British dikalahkan, sampai ke Tanah Melayu dan kita diperintah selama tiga tahun oleh tentera Jepun. Ini perkara-perkara yang berlaku tanpa plotnya. Jadi saya hendak mengatakan di sini, hendak menguatkan lagi hujah bahawa apa keganasan yang berlaku dalam dunia tanpa sempadan ini mesti dibuat usaha-usaha, mekanisme mengekang ini berlaku. Apa yang kita buat hari ini ialah forward defence. Maknanya mengadakan tatacara supaya kita menyelamatkan negara kita, meninggikan defence kita supaya perkara-perkara ini dapat dikurangkan, kalau tidak ia sudah dihapuskan, diminimumkan. Jadi kalau kita melihat dari sudut hak-hak asasi, kita juga melihat berlaku peperangan dalam masa lima tahun, sepuluh tahun, 15 tahun ini. Hak asasi memang kita patuhi dan Malaysia sebuah negara yang sentiasa melihat kepada hak asasi tetapi kita juga mesti bersiap sedia mempertahankan negara daripada ancaman-ancaman yang clear dan present danger ini dengan izin. Jadi sebab itulah rang undang-undang ini, rang undang- undang berkaitan dengan POTA mesti kita lihat dari sudut yang lebih besar, tidak hanya pada sudut-sudut yang lebih polemik ataupun mengetengahkan pandangan-pandangan yang melihat kepentingan golongan yang lebih kecil. Hari ini saya hendak sebut Selat Melaka – 60,000. Dulu Amerika baik dengan Pakistan, buang Pakistan. Baik dengan India yang dulu ally kepada Rusia, supply enriched uranium. Hari ini India mempunyai keupayaan nuklear yang amat hebat dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Hari ini untuk mengekang keadaan China - China TPPA pun Amerika tidak mahu masuk China. Saya ingat semua pun tahu sebab apa. Kita berada di dua civilization yang besar sebagaimana yang disebut oleh Samuel P Huntington pada tahun 1993, Clash of Civilisation, dengan izin dan ini berlaku di depan mata kita sehari-hari ini. Jadi saya minta kepada kita sebagai pembuat dasar dalam negara, kita kena ketepikan dan melihat di sudut yang lebih besar betapa kita kena mempertahankan negara dan keadaan ini clear dan present danger memang berlaku pada hari ini dan...
Ya.
Tanggungjawab kita with no options menentukan bahawa pemerkasaan POTA ini mesti dilakukan secara menyeluruh, secara total dan mesti disokong oleh seluruh Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Merujuk Yang Berhormat Shah Alam, inilah kita kata negara kita Malaysia, pelbagai bangsa, pelbagai agama, pelbagai budaya, tidak ada kebebasan yang sebebas-bebasnya. Kita ada cara kita Malaysia yang hendak jaga antara satu sama lain supaya tidak berlaku pergaduhan. Sudah ada dalam sejarah, peristiwa 13 Mei, sudah ada pergaduhan kaum. Jadi jangan bibit-bibit permusuhan ini diwujudkan. Kita tidak mahu dengar cerita sekumpulan orang mandi minyak balik, sekumpulan orang buat bom, sekumpulan orang cuba menghasut dalam Facebook,...
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Dalam alam maya. Jadi saya jawab Yang Berhormat Shah Alam tadi, kita demokrasi ala Malaysia.
Ya, gulung, gulung.
Penggulungannya, saya menyokong penuh rang undang-undang ini untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen dan
Menteri mengikut perundangan yang ada bagi penjenayah-penjenayah ataupun orang yang disyaki sebagai penyokong IS ke luar negara. Dengan ini, saya menyokong.
Ya Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa perbahasan saya dalam beberapa point. Pertama sekali, kita tidak menentang langkah-langkah untuk mencegah keganasan. Pendirian tegas kita ialah menolak keganasan tetapi pindaan undang-undang ini jelas akan disalahgunakan kerana ia memberi kuasa kepada Inspektor General Polis kepada Menteri untuk memutuskan pasport mana yang harus ditahan. Saya hendak hadkan perbincangan kita hanya terhadap penarikan atau penahanan pasport. Adakah kita merasa ini ialah satu langkah yang sesuai atau berkesan yang sekarang undang-undang Imigresen, Akta Imigresen, Akta Pasport dan juga akta yang kita luluskan semalam iaitu Akta Pencegahan Keganasan sudah mencukupi untuk menahan mana-mana pihak yang cuba pergi engage atau menyertai satu tindakan yang mengancam ketenteraman dunia.
Ya Yang Berhormat Batu, kita sambung jam 2.30 petang ya. Baiklah Yang Berhormat, kita sambung sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Ya, sila sambung Yang Berhormat Batu ada 18 minit lagi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin teruskan dengan perbahasan saya, point saya yang ingin saya tekankan bukan sahaja kerana kita menolak pindaan akta ini dan juga pindaan-pindaan yang lain dan termasuk juga langkah-langkah yang ingin diambil oleh kerajaan dalam memerangi terrorism ini. Kita tidak tolak matlamat itu dan kita tidak menyokong bukan sahaja kerana bertentangan dengan hak asasi manusia, dengan prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan. Akan tetapi harus kita tegaskan bahawa kita yang ingin lawan terrorism ini, atau keganasan ini, tidak mungkin kita boleh mengatasi ancaman ini dengan cara yang mengingkari atau melanggar hak asasi manusia, prinsip kebebasan dan keadilan. Ini perbezaannya sungguhpun agak subtle tetapi harus kita ingat yang membezakan pihak kita ini yang lawan dengan pengganas adalah kita adalah pihak yang mempertahankan keadilan, mempertahankan hak asasi manusia, mempertahankan demokrasi. Kalau tidak, apa bezanya, yang kita menentang adalah tindakan-tindakan seperti Boko Haram, seperti ISIS yang potong kepala jurnalis, yang memaksa komuniti tertentu untuk tukar agama, yang mengebom atau menghancurkan barang-barang bersejarah atas nama agama. Ini yang kita menentang, kita harus ingat bukan dengan cara menganggap mereka ini harus dihukum tetapi kita juga harus hati-hati kerana kita tidak mahu dengan izin, “Race to the bottom”. Oleh kerana mereka tidak menghormati hak asasi manusia, oleh kerana mereka tidak menghormati prinsip demokrasi, kita juga ikut cara sama untuk mengatasi mereka. Saya ingatkan bahawa tadi saya dengar dari pelbagai pihak yang menggambarkan seolah- olah pengganas ini gila. Akan tetapi saya harus ingatkan orang-orang, keadaan sekarang ini lebih rumit, lebih kompleks daripada Mei 13, daripada ancaman-ancaman yang lama. Itulah sebab saya dan pihak kami sokong langkah baru yang lebih inovatif untuk mengatasi masalah ini.
Akan tetapi cara yang diperkenalkan sekarang adalah cara lama. Tangkapan, tahanan, tahan pasport bagi saya ini tidak berkesan. Kita harus ingat definisi pengganas itu boleh dilibatkan, kita harus kembali kepada apakah punca terrorism sekarang. Punca terrorism sekarang bukan sahaja kerana mereka yang hilang akal atau dipengaruh oleh ideologi tertentu yang menjadikan mereka benci kepada sesuatu kumpulan atau benci kepada kerajaan sehingga mereka boleh melakukan benda yang begitu ganas sekali. Saya anggap kita harus melihat dengan lebih mendalam lagi apakah fenomena terrorism dan bagaimana kita mengatasinya. Kita harus ingat pertama sekali tidak semua agama terutamanya agama rasmi negara kita, tidak tolak kekerasan secara langsung. Ada sedikit perbezaan antara keganasan dengan kekerasan. Kekerasan bermaksud berperang. Kita tidak tolak kalau perang itu atau membunuh ini atas self-defence atau mempertahankan diri. Kita juga tidak tolak kalau serangan itu strategik untuk mencapai satu matlamat yang murni seperti kemerdekaan, pembebasan dan melepaskan daripada cengkaman yang zalim. Kita juga tidak tolak satu bangsa atau satu kumpulan untuk lawan mendapatkan keadilan supaya membebaskan diri daripada segala penindasan. Kita harus juga ingat dalam kebanyakan kes yang kita hadapi, sebagai negara ahli kepada Bangsa-bangsa Bersatu kita hantar peacekeeping force ke Afghanistan, ke Bosnia... ke Syria, negara yang kita tidak hantar peacekeeping force. Akan tetapi Syria, kita ada pendirian, kita kutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Syria. Kita juga sedikit sebanyak lihat negara Arab kini seperti Saudi Arabia telah menyertai peperangan dengan Yaman atas nama hendak control atau mengawasi keganasan. Perkara-perkara ini sangat rumit, kerajaan tidak boleh gunakan akta ini hendak tahan pasport. Apa yang kita boleh capai dengan tahan pasport ini? Kita harus juga ingat, ini saya tidak mahu pergi jauh sebab mungkin susah kita hendak rujuk. Saya ambil contoh, yang masalahnya ialah kita tidak boleh letakkan segala- galanya atas tafsiran kerajaan, kumpulan mana itu terrorist kumpulan mana tidak. Adakala dalam sejarah kita yang pendek ini banyak kali kerajaan telah syif dari satu tafsiran yang menganggap mereka terrorist dan kemudian kita anggap mereka sebagai pembebas. Ini yang kita sentiasa kutuk terutamanya Mantan Perdana Menteri yang dahulu Tun Mahathir sengaja kutuk hipokrasi Amerika Syarikat ialah bila memihak kepada mereka, jadi pembebas. Bagi perjuangan pembebasan dan kalau tidak memihak, mereka pengganas. Al-Qaeda di senarai dalam UN sebagai kumpulan pengganas tetapi sekarang oleh kerana masalah di Yaman Al-Qaeda memihak kepada Sunni. Saudi Arabia menyokong Al- Qaeda melawan Syiah Al-Houthi. Apakah pendirian kita? Ini adalah kerana kerajaan sentiasa berubah pendirian kerana kepentingan negara. Itulah sebab kita menentang bila undang-undang ini membolehkan hanya kerajaan sahaja yang tafsirkan siapa terrorist. Bila kita lihat ada orang-orang muda yang terpengaruh kerana mereka rasa mereka ingin menyumbang sesuatu untuk mengatasi ketidakadilan.
Ini yang kita harus ingat. Pihak yang menyertai jihad-jihad ini, mereka terpengaruh kerana propaganda itu mempunyai asas-asas tertentu.
[Bangun]
Dengan kita menahan, apa bezanya kalau seseorang itu hendak pergi ke....
Ya, Yang Berhormat Jerlun bangun.
Saya habiskan. Seseorang itu hendak pergi ke Yaman untuk menyertai Al-Qaeeda ataupun hendak menyertai ISIS di Syria, mereka tidak dapat bezakan. Bila kerajaan kata isu tertentu boleh pergi atau boleh pergi hanya menyertai group ini, tetapi tidak boleh menyertai group yang lain. Ini yang menjadikan mereka rasa lebih tertindas. Pada satu ketika, kita hanya mengiktiraf Fatah dan PLO sebagai pejuang Palestin yang sahih. Kemudian, kita kata Hamas ini terrorist. Kita ikut Amerika. Tiba-tiba kerajaan kata Hamas ini okey. Ini yang menjadikan undang-undang ini menjadi sangat relative dan kita tidak boleh bergantung kepada undang-undang ini untuk bertindak. Yang Berhormat Jerlun.
Ya, Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya meneliti dan mendengar sedikit ucapan Yang Berhormat Batu tadi dengan penuh minat sebenarnya. Tadi Yang Berhormat Batu menyatakan bahawa hari ini orang pun sudah berbeza. Maksudnya pemikiran manusia pun berbeza, persekitaran pun sudah berbeza, teknologi berbeza. Oleh sebab itulah saya melihat bahawa definisi terrorist itu sendiri pun kena berubah. Akan tetapi, Yang Berhormat Batu menyatakan pula definisi ini hanya berkisar kepada persepsi kerajaan. Jadi yang mana satu? Adakah Yang Berhormat Batu menganggap bahawa kita tidak perlu hendak ubah definisi terrorism ini kerana hari ini sudah berbeza dengan penggunaan teknologinya, dari segi pengangkutannya sudah berbeza. Maka, sudah tentulah saya kira kita perlu kepada perkara-perkara ini. Apa pandangan Yang Berhormat Batu?
Pada pandangan saya ialah kerana isu ini adalah kompleks.
Yang Berhormat Batu, saya hendak tambah sedikit boleh?
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak echo sikit apa yang Yang Berhormat Jerlun katakan tadi. Dalam keadaan yang cukup mengancam, di mana ancaman-ancaman yang kita hadapi sekarang ini adalah sesuatu yang baru yang mana belum ada satu formula pun oleh mana-mana negara sudah jumpa untuk menangani ancaman-ancaman seperti ini. Jadi saya lihat memang untuk kita mempertahankan negara kita yang memang vulnerable dengan izin, ini adalah sangat penting. Jadi, tidakkah Yang Berhormat Batu setuju bahawa kita perlukan satu senjata ataupun perundangan yang cukup kuat untuk memastikan kita terlindung?
Ya, saya setuju.
Ada satu, ada satu saya hendak bagi analogi. Seperti kita tinggal di dalam sebuah rumah selama ini. Kita tidak inginkan safety grill apa semua ini tetapi kita kena buat. Malah safety grill ini kadang-kadang mengundang bahaya di mana waktu kebakaran kita terkorban, tetapi mesti dibuat juga disebabkan ia adalah satu keperluan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Pendapat saya ialah kalau safety grill itu berkesan, buat. Akan tetapi saya berpendapat safety grill ini tidak berkesan dan ini akan mengundang lebih banyak terrorism. Saya mengambil contoh, kita pergi jauh sedikit. Kita perlukan tindakan, tetapi jangan kita keluar daripada rangka kita menghormati keadilan hak asasi manusia. Di Perancis, oleh kerana mereka takut terrorism, mereka katalah mereka luluskan satu undang-undang pencegah pengganas yang membenarkan polis masuk ke masjid tanpa waran untuk check semua buku. Kalau orang Perancis ikut pendapat dalam Parlimen ini, ini perlu kerana kalau tidak, kita akan menghadapi masalah. Akan tetapi daripada segi human rights, dari segi hak asasi manusia, kita kutuk. Ini tidak akan berkesan untuk mengatasi keganasan kerana untuk mengatasi pengganas, kita kena tunjuk kita lebih menghormati keadilan, lebih menghormati hak asasi manusia. Saya ingin teruskan dengan katalah isu jiran kita. Di dalam negara kita, pada satu ketika saya sendiri pernah ditahan kerana sokong negara-negara jiran kita, Timor Leste. Saya pernah didakwa kerana kita sokong GAM. Kemudian, kita anggap GAM dan Timor Leste ini adalah legitimate, dia jiran. Kita mengiktiraf satu pasukan yang pernah lawan dengan angkat senjata. Saya ambil satu contoh lagi, kita pada satu ketika dulu kita mengiktiraf MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari, kita anggap MILF itu adalah pengganas kerana mereka menolak perjanjian itu.
[Bangun]
Kalau ada kumpulan-kumpulan tertentu dari NGO di Malaysia yang menganggap perjuangan MILF itu betul, mereka tetap teruskan. Kalau ikut akta ini, kalau hendak pergi ke Philippines, pasport dirampas. Tidak
boleh menghadiri satu persidangan yang dianjurkan oleh MILF kerana kerajaan senaraikan MILF yang tidak mahu ikut perjanjian gencatan senjata adalah pengganas. Kerajaan pula sekarang berunding dengan MILF dan kita kata MILF ini betul dan bukan lagi pengganas. Ini yang menjadi masalah kerana kumpulan-kumpulan...
Ya, Yang Berhormat Jerlun bangun.
Nanti, nanti. Ini kerana kumpulan- kumpulan tertentu sekarang kita tidak boleh anggap mereka terrorist ini atau mereka yang menyertai jihad di Timur Tengah ini semuanya orang gila. Kita harus ingat, mereka ada sense of mission kerana bukan lagi macam dulu. Saya anggap pengganas sekarang ini – Tadi disebut mereka rompak bank, rompak telaga minyak, saya anggap fikiran itu outdated kalau kita anggap mereka yang menyertai jihad di luar negara ini orang hilang akal, tetapi inilah orang-orang tertentu yang mempunyai pemikiran, mereka fikir kerana ada perlakuannya penindasan dan pembunuhan beramai-ramai di Syria. Mereka hendak cari group mana yang paling radikal sekali melawan kezaliman ini, mereka hendak pergi. Isunya bukan boleh diatasi dengan tahan pasport, dengan tahanan dua tahun. Itu tidak akan menyelesaikan masalah. Ini hanya akan mengundang supaya mereka rasa apa yang mereka lakukan itu betul. Contohnya terbukti dalam sejarah, orang yang menyokong MILF terbukti betul. Orang yang menyokong Hamas terbukti betul. Kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan untuk senaraikan apakah terrorist ini. Itulah sebab saya tolak undang-undang ini kerana yang kita tolak bukan pertubuhan, bukan kumpulan yang pergi ke Syria atau pergi ke Afghanistan. Apa yang kita tolak ialah Boko Haram, yang kita tolak adalah potong kepala, yang kita tolak adalah pembunuhan beramai-ramai atas nama agama. Biarlah kita buat undang-undang yang lebih teliti yang tidak memberi kuasa kepada pihak polis, kepada imigrasi, kepada ini untuk melakukan. Saya ingin tegaskan...
Ya, boleh gulung ya.
Sedikit.
Ya, Yang Berhormat Jelebu, sila. Selepas itu Yang Berhormat Batu, sila gulung.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Batu berkaitan dengan soal keadilan dan hak asasi manusia itu tadi. Bagaimana agaknya Yang Berhormat Batu melihat dalam konteks dalam satu keadaan kita terpaksa atau perlukan kepada undang-undang untuk melindungi kepentingan negara dan kepentingan majoriti. Undang-undang ini untuk mengawal unsur-unsur keganasan dan perlakuan-perlakuan keganasan. Jadi dalam konteks itu, pengganas ini tentu tidak memikir dan menimbang soal keadilan dan soal hak asasi. Pada dia adalah kepentingan dia. Jadi oleh kerana itu, undang-undang yang dibuat ini tentu tidak boleh kita lihat sebagai zalim dan tidak mengikut hak asasi kerana kita menyelamatkan kepentingan hak asasi yang lebih ramai, berbanding dengan yang sedikit yang tidak mempunyai hak asasi.
Saya anggap inilah yang menjadikan masalah sebab tanggapan kita silap. Kita anggap mereka yang pergi ini tidak peduli tentang hak asasi, mereka tidak pedulikan kebebasan. Saya tidak faham kalau seseorang itu kalau mereka tidak ada sense of mission, tidak akanlah mereka ikat bom dan letupkan sendiri. Tidak mungkin. Mereka mesti ada sesuatu yang mendorong mereka buat. Pendorongan ini mungkin misled, mungkin salah. Apa yang kita harus atasi adalah kesilapan mereka untuk menganggap dalam satu kumpulan itu betul.
Bukan kita hendak target semua. Kita tidak boleh targetkan semua. Sebab yang pergi ke Syria, yang pergi ke Iraq, apakah tidak betul sebagai Kerajaan Malaysia, secara masyarakat umum kita tidak setuju tanah air kita dijajah baik pun Amerika atau Rusia. Kita juga tidak setuju kalau pemerintah itu untuk menjaga kepentingan keluarga baik pun namanya Assad atau Saddam Hussein untuk membunuh ramai-ramai sampai menggunakan gas. Membunuh satu kampung, kita tidak setuju. Kita tidak setuju atas nama agama. Kita orang Syiah kena bunuh orang Sunni semua atau orang Sunni kena
bunuh semua orang Syiah, kita tidak setuju. Bila ini berlaku secara realiti sekarang, jangan kita anggap dunia ini tidak berlaku. Dia berlaku sekarang. Ada orang-orang muda kita rasa terpanggil baik pun atas nilai agama dia, atau di pengaruh dengan propaganda atau publisiti yang ada, mereka terpengaruh, mereka pergi. Jadi yang kita hendak tahan kumpulan ini, tetapi sekarang saya rasa tidak berkesan kalau secara khusus kita hendak tahan pasport. Kalau tidak tahan ambil alih kerana dalam undang-undang sekarang, dalam Passport Act, dalam Immigration Act dan juga undang- undang pencegahan keganasan ini sudah mencukupi untuk menghalang orang menyertai jihad yang terpesong. Akan tetapi dengan mengadakan klausa-klausa ini sebenarnya akan menjadikan lebih rumit kerana kalau kumpulan yang mempunyai conviction mereka rasa mereka betul.
Ya, Yang Berhormat Batu.
Saya hendak gulung. Sebaliknya juga memberi kuasa yang telah terlalu besar kepada kerajaan untuk menghalang seseorang itu, baik pun dari NGO atau kumpulan-kumpulan tertentu secara bebas untuk memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan yang pada satu ketika dianggap sebagai tidak memihak kepada kerajaan. Mungkin satu masa yang akan datang, mereka terbukti betul. Saya hendak ambil contoh, Timor-Leste. Kini kita berhadapan dengan Thailand. Katalah ada NGO-NGO yang pergi untuk membantu atas nama hak asasi manusia di Selatan Thailand, dengan undang-undang ini kita membolehkan pihak polis tanpa siasatan yang baik, dengan ini boleh menahan pasport seseorang itu. Ini bagi saya, isu ini bukan isu sama ada kita hendak mempertahankan keselamatan negara atau tidak tetapi isu ialah keberkesanan undang-undang ini. Oleh itu saya seru supaya kita fikir teliti dengan perkara ini dan tolak pindaan ini atas nama keadilan dan juga keberkesanan untuk mengatasi keganasan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerang.
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membahaskan Rang Undang-undang Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. Pertama sekali saya hendak ucapkan tahniahlah kepada kerajaan khasnya Kementerian Dalam Negeri atas kejayaan kita dalam meluluskan undang-undang POTA 2015. Walaupun lambat tapi lawan tetap lawan dan kita Barisan Nasional menunjukkan komitmen kita kepada keselamatan dalam negara.
BN menang, rakyat senang.
BN menang, rakyat senang. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya melihat bahawa - saya mendengar dengan teliti perbahasan sahabat-sahabat terutama sekali sahabat-sahabat belah sana, pembangkang ya. Dia bercakap seolah-olah undang-undang yang kita hendak luluskan ini, yang langkah-langkah khas menentang keganasan ini dilihat sebagai satu undang-undang yang mencabuli hak asasi, tidak adil dan seterus-terusnya. Akan tetapi saya melihat undang-undang ini sebagai satu susulan ya, susulan kepada akta semalam, Akta POTA 2015 yang mana pengkhususan undang-undang ini adalah terhadap langkah-langkah khas menentang keganasan. Jadi dalam perkara ini kita tidak boleh lupa kepada ayat yang keluar iaitu langkah- langkah khas menentang keganasan. Jadi daripada fasal-fasal yang ditimbulkan, bila hendak tentang bentuk keganasan contohnya, termaktub dalam tafsiran itu yang saya rasa mencukupi iaitu organisasi pengganas tersenarai. Ini konsisten dengan Akta POTA semalam yang mana telah disenaraikan bentuk organisasi. Jadi saya percaya bahawa pelaksanaan akta ini akan tertakluk kepada tafsiran yang telah ditetapkan. Jadi perbincangan perbahasan tadi yang menyatakan kononnya kemungkinan di salah guna dalam definisi pengganas dan sebagainya, saya tidak yakin boleh berlaku kerana adanya pentafsiran. Ini pandangan saya yang pertama Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya saya melihat tentang fasal iaitu fasal 4, fasal 5 dan fasal 6 tentang isu pasport. Semalam bila saya berbahas saya berkata bahawa negara kita khasnya sekarang ini pada tahun 2015 daripada berapa tahun sebelumnya, kita memang begitu terbuka dalam penerimaan kehadiran orang luar. Pertama dalam isu pelancongan. Kedua dalam isu kemasukan pelajar-pelajar asing. Saya menyatakan bahawa kemasukan mereka kemasukan yang sah tetapi bila mereka berada di dalam negara kita kemungkinan yang berlaku hari ini yang mana dunia begitu takut dengan gegaran yang diwujudkan oleh mereka yang menyokong gerakan ISIS ini bahawa saya banyak kali dalam Parlimen sebelum tahun ini bercakap kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, bahawa ini kemasukan yang banyak ini, apa yang kita hendak buat. Jadi sebenarnya undang-undang ini hendak menghalalkan proses mengambil pasport mereka. Itu saja. Sebenarnya apa yang seksyen ataupun fasal ini menyebut ialah pertama sekali dalam masa 14 hari itu boleh diambil untuk diadakan siasatan. Memanglah kita kalau tengok antara kenyataan ayat-ayat yang digunakan itu adalah ayat yang luas dan saya terpaksa setuju dengan sahabat-sahabat pembangkang itu dalam satu perkara. Saya percaya, saya hendak cadang poin saya yang kedua kepada Yang Berhormat Menteri ya. Saya melihat langkah-langkah khas menentang keganasan ini bagi saya sepatutnya lebih luas dan lebih ketat seperti yang di wujudkan dalam US Patriot Act. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua dekat Amerika Syarikat itu macam-macam disenaraikan, bukan saja bentuk pengganas-pengganas tetapi cara-cara untuk mendapat gerakan pengganas ini sebelum ataupun sedang ataupun selepas. Kita dalam negara kita, semalam pun sampai 2.25 pagi, saya tengok dalam perkara ini bagi saya setiap kali yang hendak kata orang berbicara tentang fasal-fasal, isu yang sama yang kita ketengahkan. Tidak habis-habis isu tentang hak asasi, tidak habis-habis bercakap tentang isu proses keadilan. Akan tetapi saya sudah cakap semalam, kalau kita ini bukan pengganas kah penyokong pengganas, kenapa yang kita hendak takut sangat. Sebab pengganas yang ada sekarang ini, pembunuhan, kekejaman yang dilakukan oleh mereka tidak adanya isu hak asasi di sana. Dia hendak tangkap, dia tangkap, hendak bunuh, hendak bunuh, dia hendak rogol, dia hendak rogol, dia tidak kisah sudah. Bukan saja dalam negara kita tetapi di luar negara yang berlaku ini, keluar surat khabar hari ini yang 71 ini, itu yang kita tahu, yang kita tidak tahu. Tidak akanlah kita hendak menggadai masa depan anak-anak kita, keluarga kita kerana kita terlampau takut tentang isu hak asasi. Mereka tidak kisah tentang hak asasi kita. Itu sebab saya katakan dalam perkara ini, sahabat-sahabat kita kena tengok perlangsungan susulan kepada akta semalam. Kalau kita berbicara seolah-olah inilah akta, yang ini tidak boleh, itu tidak boleh, bagi saya kefahaman kita sebenarnya kefahaman yang cetek. Itu sebabnya saya hendak mencadangkan pada Yang Berhormat Menteri kalau betul-betullah kita hendak buat, saya tahu, kita tahu dalam fasal yang terakhir ini, dia ada sebut, “Peraturan-peraturan menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau sesuai, manfaat untuk memberi kuasa penuh kepada akta untuk melaksanakan peruntukan akta ini”. Saya tahu ini luas. Akan tetapi bagi saya kalau kita hendak minta yang terperinci, kemungkinan kalau adanya pindaan mungkin tahun ini kah, tahun depan, kita buatlah undang-undang yang begitu terperinci supaya kita ini, negara kita ini, kita tahu tentang konsep menyekat keganasan yang kemungkinan berlaku. Saya tengok negara luar, saya bercakap semalam tentang Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Australia, tidak pernah sekali-kali pun walaupun negara tersebut memang menerima hakikat bahawa isu hak asasi akan dipertikaikan tetapi keselamatan rakyat, keselamatan negara adalah keselamatan yang diutamakan. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua bila saya tengok pada perkara ini, saya menyatakan bahawa, poin saya yang ketiga ya, apa yang kita hendak memperbesarkan tentang isu pasport. Ini isu bankrap pun tidak boleh pergi luar negara, pasport pun memang tidak boleh guna sebab kes kebankrapan, yang ada perintah bankrap memang tidak boleh pergi luar negara. Pasport juga isu. Kita hendak bercakap tentang isu pasport, isu budak- budak yang tidak bayar pinjaman sebagai contoh pun, keluar negara pun tidak boleh pergi.
Jadi, dalam perkara ini sebenarnya isu pasport ini isu yang dilakukan, yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa atas tanggapan bahawa berlakunya isu kemungkinan
perjalanan yang dilakukan melalui Malaysia, sebelum ke Malaysia, selepas ke Malaysia. Apa-apa yang dibentangkan adalah mengambil kira tentang berkemungkinan meninggalkan negara di mana mereka mempunyai satu niat yang mana perlu adanya siasatan. Jadi, maknanya katakanlah dia ini masuk dari Syria...
Yang Berhormat...
...Jadi pelancong, hendak pergi duduk di Pulau Pinang dia pergilah masuk dekat pasport.
Ya, Yang Berhormat Baling bangun.
Sekejap ya. Dia pergi dekat Batu Ferringhi. Tiba-tiba kita tahu ini mesti ada bau-bau pengganas. Kita ambil dia, kita pegang- kompaun pasport 14 hari, itu sahaja. Apa yang kita hendak bising sangat, yang hendak marah sangat? Mungkin dia masuk pelancong, mungkin dia masuk pelajar tetapi nawaitu dia dalam negara kita itu mengguna aliran-aliran subversif. Ini yang kita berjaga- jaga. Itulah sebabnya akta ini berkata tentang langkah-langkah khas. Silakan Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Apa Yang Berhormat Pengerang setuju, kalau saya nyatakan di sini pengalaman saya sendiri telah pergi ke hampir 36 buah negara dalam misi-misi bantuan kemanusiaan yang mana saya dengan rombongan Kelab Putra 1Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional telah pergi berdepan dengan Al-Qaeda khususnya di Pakistan, pernah berdepan dan berbincang dengan pihak-pihak Hamas, Fatah di Palestin. Kita juga telah pernah berbincang dengan pihak Abu Sayyaf di Philippines dan kita juga pernah pergi ke Somalia, deal dengan Al- Shabaab dalam usaha membantu. Jadi, setuju kah Yang Berhormat kalau apa yang kita buat, sahabat kita iaitu dalam Barisan Nasional yang kita laksanakan ibadah ini, misi bantuan demi hak asasi manusia dan kita tidak ada masalah? Saya dengar tadi beberapa orang rakan di sebelah sana telah menyatakan kalau pergi ke Selatan Thailand polis akan tangkap, kalau saya pergi ke 39 buah negara tidak kena tangkap sebab kita memaklumkan secara betul, secara sah niat kita suci, ikhlas. Kita maklumkan kepada pihak PDRM, kita maklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen. Sudah semestinya mereka bukan tangkap, malah mereka membantu kita lagi untuk memudahkan operasi kita pergi memberi bantuan dan pulang ke tanah air dengan selamatnya. Jadi, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Pengerang setuju atau tidak rakan-rakan kita belah sana ini takut dengan bayang-bayang? Oleh sebab mereka selalu buat benda niat tidak baik. Jadi mereka takut isu ini akan buat mereka ditangkap, polis akan tangkap mereka. Mereka ini takut pada bayang-bayang. Kalau hendak pergi Selatan Thailand macam Yang Berhormat Batu tadi bagilah tahu kepada polis. Tulislah surat kepada pihak Imigresen, mestilah mereka bantu kita. Malah bagi keselamatan, jaga keselamatan kita government to government, mereka akan bincang untuk menjaga keselamatan kita. Jadi, setuju atau tidak mereka ini takut pada bayang-bayang, dan niat mereka selalunya terpesong, tidak ikhlas. Oleh sebab itulah malam tadi sampai pukul 2 lebih, sebab tidak ikhlas.
Terima kasih Yang Berhormat Baling, sahabat saya Yang Berhormat Baling.
Penjelasan.
Saya rasa Yang Berhormat Baling, kita pun memang mengakui bahawa sebelah situ dan sebelah sini yang kena tangkap masa ISA pun ramai juga. Kita sahaja yang belum kena tangkap semasa ISA. Akan tetapi isunya ialah kita tahu ISA itu undang-undang yang berat sebelah, kita tukar kepada undang-undang hari ini yang mana kita tengok kepada subjek spesifik yang mana sahabat saya Yang Berhormat Baling sebut iaitu, apabila kita bercakap tentang terrorist. Saya hendak bercakap tentang war of terror. War of terror ini, terrorism ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ia tidak menggunakan proses-proses undang-undang meminda kerajaan. Sebusuk-busuk pembangkang pun dia pergi pilihan raya. Dia tidak ada lah bom-bom tetapi tidak tahulah ya Yang Berhormat Baling sebab dalam akta semalam dia
tidak mendefinisikan bahawa isu politik kah, semangat politik tetapi kalau orang politik itu ahli sesuatu kumpulan terrorist dia pun akan kena tangkap. Tidak adanya beza orang politik dengan orang bukan politik tetapi isunya dalam perkara ini hari ini yang kita bincang rang undang-undang hari ini spesifik kepada isu langkah-langkah khas. Akan tetapi saya setuju dengan sahabat-sahabat saya. Bagi saya...
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
…Langkah-langkah khas ini kena lebih luas. Takkan hanya bercakap tentang pasport, kompaun pasport tetapi kemungkinan seperti kata fasal yang terakhir ini permulaan. Kemungkinan akan dibawa tetapi ini adalah bergantung kepada kes 71, kes yang hari itu kita sebut, kes-kes yang bau- bau sama yang mana rakyat kita datang kepada negara kita, orang luar ke luar negara, pergi umrah, berhenti dekat Syria, beri sokongan. Ini sebenarnya yang mana bagi saya seksyen-seksyen, fasal-fasal yang dalam langkah-langkah khas ini menekankan kepada keadaan yang kemungkinan berlaku dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa. Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya mendengar dengan teliti ucapan Yang Berhormat Pengerang di mana hujah di antara yang terutama ialah bahawa undang- undang ini khas untuk menangani pengganas dan disebut kumpulan-kumpulan pengganas yang menjadi sasaran. Oleh sebab itu, orang yang tidak terlibat tidak perlu takut. Dahulu bila ISA yang mana yang saya juga merupakan mangsa ISA ia dikatakan khas untuk komunis dan mereka yang mengangkat senjata untuk menentang kerajaan. Akan tetapi akhirnya walaupun ada pengkhususan yang seperti itu proses penghakiman dan proses keadilan itu sangat-sangat dikompromikan sehingga orang yang tidak bersalah sekali pun boleh dikenakan dengan bermacam-macam-macam pertuduhan dan akhirnya dia tidak diberi peluang untuk membela diri. Saya dengar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pengerang. Apa yang kita hendak heboh sangat tentang soal hak asasi manusia? Pengganas-pengganas yang membunuh, merogol, mencedera langsung tidak ambil kira soal hak asasi manusia. Kita hendak ikut dia kah? Adakah UMNO Barisan Nasional sekarang ini dalam soal hendak menangani masalah pengganas yang tidak mengiktiraf hak asasi manusia, hendak mengikut cara pengganas itu dengan tidak mengiktiraf hak asasi manusia itu sendiri...
[Dewan riuh]
Yang terpenting dalam soal ini ialah hak pembelaan yang mana seseorang itu tidak wajar ditahan dan dikenakan apa-apa tindakan tanpa diberikan hak pembelaan. Kita boleh dituduh dengan mudah. “Yang Berhormat Shah Alam pernah pergi belajar di Jordan. Ada hubungan dengan golongan ini dan golongan itu. Ditahan dan ditangkap dan bagaimana kita hendak ada proses pembelaan terhadap pertuduhan itu?”... [Disampuk] Memang tidak buat tetapi bagaimana kita hendak bela, apakah prosesnya? Boleh diguna pakai dan boleh disalah guna untuk dikatakan bahawa ada hubungan....
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Apabila tidak diberikan hak asasi pembelaan diri melalui satu proses yang terbuka dan telus, maka kezaliman akan terjamin. Tadi ada seorang lagi wakil rakyat daripada Barisan Nasional bangun sebelum waktu makan. Dia kata ini perang. Apakah kita hendak sibuk tentang soal hak asasi manusia? Eh! Itulah hujah yang digunakan oleh Amerika Syarikat bila dibuka Abu Ghraib. Sudah kamu hendak mengikut mereka? Kalau tak hendak ikut pertahankan hak asasi manusia, tentukan keadilan itu terjamin dan hanya orang yang sah terbukti bersalah barulah dikenakan tindakan. Bukan macam sekarang [Tepuk]
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Saya hendak perbetulkan lah pemikiran Yang Berhormat Pengerang ini, dan saya cukup dukacita. Seorang peguam yang...
[Dewan riuh]
Sekejap, sekejap. Masalah Yang Berhormat Shah Alam ini…
Yang Berhormat Pengerang…
...Sepatutnya dilantik mempertahankan hak asasi manusia ...
Saya bagi Yang Berhormat Shah Alam peluang cakap, janganlah perasan seolah-olah dia sahaja hendak bercakap. Bagilah orang lain bercakap...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Shah Alam makan cili kah, Yang Berhormat Shah Alam makan cili kah?
…Langsung lupa.
Ini apa demokrasi. Yang Berhormat Shah Alam tidak mengamalkan demokrasi...
[Dewan riuh]
Takkan orang cakap pun tidak boleh!
Dia lupa langsung apa yang dia belajar.
Ini masalah, masalah mentaliti.
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apakah masalah? Biarlah orang cakap…
Inilah apa yang jadi kalau masuk UMNO. Bila masuk UMNO orang yang cerdik pun hilang kecerdikannya!...
[Dewan riuh]
Masalah Yang Berhormat Shah Alam ini dia ingat dia seorang wakil rakyat. Orang lain bukan wakil rakyat. Ini masalah Yang Berhormat Shah Alam.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Hei! Jawab soalan dia... [Dewan riuh] Yang Berhormat Shah Alam cakap perkara penting.
Soalan…
Duduk, duduklah Yang Berhormat Shah Alam. Duduk Yang Berhormat Shah Alam, duduk!
…Potong duit rakyat, potong duit rakyat!
Kenapa tak nak jawab?... [Dewan riuh]
Ini Yang Berhormat Shah Alam punya masalah. Apalah Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Jawab soalan dia, jawab soalan dia.
Bagaimana Wakil Rakyat tidak mempertahankan hak rakyat...
Duduklah Yang Berhormat Shah Alam. Jagalah maruah sedikit Yang Berhormat Shah Alam. Orang hendak berbahas pun tidak boleh.
Kalau tidak kena pada Wakil Rakyat daripada pembangkang, rakyat biasa boleh dizalimi daripada segi undang-undang yang zalim macam ini.
Yang Berhormat Shah Alam takut kah Yang Berhormat Shah Alam? Yang Berhormat Shah Alam takut kah kalau Barisan Nasional bercakap? Apa ini Yang Berhormat Shah Alam? Semua tidak boleh. Duduklah! Duduk lah Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Tidak ada hormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Shah Alam...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat lain duduk semua. Yang Berhormat Shah Alam, sudah beberapa kali kita ingatkan peraturan untuk mencelah bukannya untuk berbahas. Kita ada peluang untuk berbahas. Jika yang sedang berbahas mengalah, barulah kita boleh kita mencelah bangun, dan dipanggil oleh Yang di-Pertua untuk mencelah. Bukan untuk...
[Bangun]
Saya belum habis lagi, Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Act of terror dalam Dewan.
Sila Yang Berhormat Pengerang.
Tuan Yang di-Pertua...
Duduklah Yang Berhormat Shah Alam! Tak malu. Cakaplah selepas ini.
Beritahu pada Yang Berhormat Balinglah...
Cukuplah.
...Janganlah babit nama mak saya pula dalam Dewan ini.
Mak, mak ini apa fasal, Tuan Yang di-Pertua?
Kalau hendak jawab, jawablah dengan hujah. Ini hendak heret-heret mak saya, mak Yang Berhormat Johor Bahru juga.
Sila, sila. Sila Yang Berhormat Ketereh.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya laluan untuk bertanya kepada Yang Berhormat Pengerang. Apakah Yang Berhormat Pengerang boleh bersetuju dengan saya, bahawasanya beban tanggungjawab di sebelah kerajaan sentiasa berbeza dengan beban tanggungjawab mereka yang berada di sebelah pembangkang? Di sebelah pembangkang, mereka barangkali melihat daripada segi kepentingan pentafsiran mereka dan mereka akan beranggapan bahawasanya apa yang mereka buat itu semuanya betul. Akan tetapi kita boleh memeriksa rekod dan juga pendirian-pendirian pembangkang dalam banyak isu. Mereka bercakap tentang kononnya kerajaan membawa rang undang-undang yang bersifat penahanan tanpa sebarang pembelaan. Itu exaggeration, versi mereka. Akan tetapi kalau kita buat satu rang undang-undang yang
tidak bersifat preventif, undang-undang punitif yang lain yang telah pun berjalan misalnya, mereka tidak akan mengiktirafnya juga sebab itu cara mereka sebagai pembangkang. Dalam kes yang melibatkan ada Ahli Parlimen pembangkang dalam kes yang melibatkan liwat, enam tahun bicara, 15 lawyer mewakili, 68 kali tangguh, sampai mahkamah daripada peringkat bawah sampai ke mahkamah tertinggi, akhirnya sudah jatuh hukuman, mereka pula yang akan mengatakan yang hakim itu pun adalah yang bersekongkol dengan syaitan. Ini satu contoh Yang Berhormat Pengerang, yang saya hendak timbulkan bahawa centric yang seperti ini bukan berasaskan kepada daya pemikiran yang semata-mata hendak melihat kebenaran. Itu centric dan fobia pembangkang. Jadi dalam keadaan seperti ini Yang Berhormat Pengerang, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pengerang, dalam isu yang sedang dibangkitkan sekarang ini, beban tanggungjawab untuk menterjemahkan soal yang disebut tadi sebagai kepentingan awam dan kepentingan individu yang mana ini adalah dua kepentingan yang sama-sama perlu dipertahankan tetapi apabila kita berhadapan dengan suatu keadaan yang mana kepentingan awam itu begitu penting sekali terutamanya dalam soal-soal yang berkaitan dengan soal jenayah keganasan yang tidak lagi berlaku secara biasa dalam keadaan sekarang dan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan juga adalah luar biasa, maka kerajaan perlukan satu mekanisme bagi menghalang dan membendung perkara itu demi kepentingan awam. Maka, kita percaya apa yang kerajaan lakukan adalah yang terbaik yang boleh kita lakukan. Of course, kita tidak expect pembangkang menyokongnya.
Yang Berhormat Ketereh. Kita hadkan 20 minit ya.
[Bangun]
Terima kasih. Duduklah Yang Berhormat Shah Alam, tidak payahlah Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak bercakap, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh. Yang Berhormat Shah Alam tidak payah ucap terima kasihlah, setiap hari boleh jumpa dia di Shah Alam. Saya hendak cakap terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh sebab Yang Berhormat Ketereh telah memberikan satu pandangan secara terperinci tentang isu individu dengan majoriti iaitu kalau kita melihat sebagai kepentingan awam menentang kepentingan individu. Saya hendak sebut di sini Yang Berhormat Ketereh, Tuan Yang di-Pertua, tidak ada negara hari ini yang boleh meletakkan keutamaan kepada hak asasi apabila bertentangan dengan isu terrorism, keganasan. Kita tengok bukti-bukti undang-undang dalam negara-negara lain. Saya sudah sebut semalam, saya sebut juga hari ini, Australia Anti-Terrorism Act 2005, US Patriot Act 2001, Canada Anti-Terrorism Act 2001, Prevention of Terrorism Act India 2002, New Zealand Terrorism Suppression Act 2002, kemudian United Kingdom Anti Terrorism Crimes and Security Act 2001 dan kita tengok juga Singapura. Pada hari ini memang terbukti dalam setiap isu ini sentiasa dibawa isu hak asasi. Setiap kali pergi ke mahkamah, setiap kali berbiara dalam semua Dewan apabila berbicara dengan kumpulan-kumpulannya, pemimpin, ahli-ahli politik, wakil-wakil rakyat mereka sama ada yang berlaku daripada pihak memimpin, pihak membangkang dalam semua negara, isu yang sama sentiasa dipertikai dan isu yang sama sentiasa dijawab iaitu kepentingan awam diutamakan daripada kepentingan individu dalam isu terrorism, pengganas. Itu sahaja. Jadi kalau disebut oleh sahabat-sahabat saya tentang hak asasi, saya faham. Mereka mahukan hak asasi, saya faham. Akan tetapi mentaliti pembangkang ini kena berubah dalam isu pengganas. Kalau hendak bercakap isu harian, itu saya terima, tetapi dalam isu pengganas, kita tidak boleh kompromi kepada pengganas, kita tidak kompromi kepada komunis. Kita tidak boleh kompromi kepada pengganas sebab hari ini pengganas kadang-kadang lebih pandai, lebih bijak daripada kepimpinan negara, lebih bijak daripada orang-orang politik sebab gerakan mereka gerakan yang kita tidak kenal. Saya sudah cakap semalam, sepatutnya akta-akta ini kita tidak payah bahas, kita sokong sahaja sebab kita bukan pengganas...
[Dewan riuh]
Akan tetapi kalau kita mempunyai niat berfikiran seolah-olah kita pengganas, mungkin kitalah yang takut kepada akta ini. Kami Barisan Nasional tidak takut, Tuan Yang di-Pertua...
Minta penjelasan sikit.
Sebab kami tahu kami bukan pengganas. Kami tidak ada niat hendak mengganas. Jadi tidak ada kena mengena dengan isu hak asasi itu yang kami hendak takut. Saya pun prihatin kepada isu pembangkang tetapi saya rasa isu pembangkang ini sebab dia pembangkang bak kata Yang Berhormat Ketereh, dia bukan pemimpin negara, dia tidak faham tentang isu ideologi pembangkang, ideologi pengganas. Silakan.
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pengerang gulung ya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya rasa kita bercakap di dalam Dewan ini seolah-olah hak asasi manusia dengan pencegahan terrorism ini macam mutually exclusive, dengan izin. Ertinya kalau kita hendak menentang terrorism, forget about human rights. Apakah tidak boleh kita reconcile, kita menghormati human rights dan kita berjuang bersungguh-sungguh menentang terrorism? Apa yang pihak pembangkang meminta sampai pukul 2.30 pagi tadi adalah supaya kita lawan terrorism tetapi kita berikan hak asasi dengan membawa mereka yang disangka atau yang dituduh ke muka pengadilan. As simple as that. Boleh tidak kita reconcile kedua-dua itu supaya ia tidak jadi mutually exclusive? Terima kasih.
Terima kasihlah Yang Berhormat Kuala Krai. Kalau sayalah Menteri Dalam Negeri, saya boleh jawab. Akan tetapi bagi saya hari ini sebagai ahli backbencher, kita menerima bahawa sebenarnya apabila bercakap tentang terrorism, pengganas pada hari ini, saya memang dengar isu-isu terutama peguam-peguam daripada pembangkang- saya tahu isu tentang human rights. Memang kita hendakkan supaya adanya majistret menentang Mahkamah Tinggi, kita nakkan supaya inspektor berbeza dengan pegawai-pegawai polis biasa. Saya faham tentang kekhuatiran yang ada dalam diri kita sebab kita tidak mahu penyalahgunaan kuasa. Saya tahu dan saya menerima. Akan tetapi, kita mesti mempunyai satu mentaliti yang lebih terbuka dalam isu pengganas sebab pengganas ini bukan manusia biasa. Mungkin rupa dia macam kita, tetapi roh dia, roh menukar ideologi mereka kepada gerakan mengganas. Saya tengok dalam perkara ini, berapa jenis pengganas kita ada hari ini? Kita ada religious terrorism. Menggunakan agama terutama agama Islam untuk memperkembangkan kuasa kedaulatan mereka tidak mengikut proses undang-undang. Ini religious terrorism. Kedua bercakap tentang cyber terrorism. Menggunakan internet untuk mencucuk-cucuk supaya mewujudkan kebencian, supaya boleh menukarkan kepimpinan, menukarkan kerajaan sebab dia boleh berselindung di belakang komputer dan juga handphone dan juga internet.
Kena bercakap tentang bentuk-bentuk terrorism yang baru seperti Narco Terrorism, pembentukan ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, hari demi hari bentuk pengganas ini berubah. Kita tidak boleh melihat seperti dahulu dan kami Barisan Nasional dan saya sendiri sebagai bekas peguam melihat bahawa bila bercakap tentang POTA semalam, adanya satu fasal khas, seksyen khas mengatakan tidak adanya ideologi politik, saya berasa syukur bahawa kerajaan mahu mengatakan tidak akan digunakan hanya kerana politik. Kalau tidak ada fasal itu bolehlah pembangkang marah. Akan tetapi ada sudah jadi satu akta, kita menerima dan hari ini perkara yang sama. Tidak akanlah sebagai rakyat, kita yang mewakili rakyat secara proses demokrasi, sebagai majoriti, mahukan undang-undang ini atas perbahasan hari ini, kita telah dituduh seolah- olah mengetepikan hak asasi. Inilah masalahnya. Kalau inilah mentaliti pembangkang, apakah kurangnya pembangkang dengan terrorist? Apakah kurangnya pembangkang dengan terrorist? Iaitu kalau tidak boleh sistem yang betul...
[Dewan riuh]
Saya kata, “Apatah kalau pembangkang macam terrorist”. Janganlah sensitif. Saya berbahas, bererti terrorism itu tidak mengikuti pertukaran kerajaan melalui sistem yang ada iaitu pilihan raya. Tidak akanlah bila pilihan raya, kita lakukan dan kita ialah majoriti, pembangkang marah. Marah kerana kerajaan mahu mewujudkan undang-undang yang dapat membantu rakyat sebagai preventif. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua...
Ya.
...Saya tahu pembangkang ada kebebasan hendak bercakap dalam Dewan. This is not your floor but ini adalah floor saya dan saya berhak bercakap apa yang saya mahu bercakap atas kuasa saya mewakili rakyat Pengerang. Ini ialah demokrasi tetapi pembangkang, bila kita bercakap, tidak boleh. Dia bercakap, boleh.
Pencelahan boleh?
Dia langgar peraturan, semua boleh. Inilah mentaliti pembangkang yang saya tanya kepada pembangkang, adakah ini juga mentaliti yang berlaku kepada mereka yang disebut sebagai terrorist dan pengganas? Adakah ini mentaliti mereka? Dia tidak boleh ubah kerajaan cara yang betul, dia menggunakan pendekatan yang sebagai contohnya berlaku kepada ISIS.
Minta laluan, sambil bagi Yang Berhormat Pengerang rehat tiga minit.
Ya.
Tuan Yang di- Pertua, saya ulang lagi sekali. Soal bangkangan berterusan ini kita sudah tengok sudah. Parlimen kita malangnya bukan macam sesetengah Parlimen negara maju. Di negara maju, kalau benda yang baik, pembangkang pun sokong. Kita di sini setakat yang saya boleh ingat dalam masa dua tahun ini, yang baru pembangkang sokong satu sahaja iaitu menangguhkan- sebab dia rasa elaun Parlimen itu kecil. Itu baru satu dia sokong, elaun kecil. Yang lain, dia bangkang semua. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Pengerang, adakah mungkin Yang Berhormat Pengerang berlaku penolakan ini kerana pembangkang membuat conclusion bahawasanya undang-undang yang kita bincangkan semalam itu telah pun menghukum secara ultimate pihak yang mungkin didakwa di bawah undang-undang berkenaan, sedangkan kita katakan ini preventif. Kalau pengganas mengebom Twin-Tower, kalau pengganas menyembelih orang ramai, tentulah hukuman lebih berat. Mungkin hukuman penjara seumur hidup ataupun hukuman gantung sampai mati dan sebagainya. Akan tetapi di bawah konsep preventif, sekiranya ada maklumat-maklumat tertentu walaupun tidak cukup sampai ke peringkat burden of proof untuk didakwa di mahkamah, maka sebagai langkah preventif, kaedah-kaedah tertentu berdasarkan kepada laporan, kemudian penyiasatan dibawa kepada lembaga anti keganasan, kemudian ditahan bagi tempoh-tempoh tertentu sebelum kesalahan yang lebih besar dan lebih berat yang memudaratkan kepentingan awam. Itu konsepnya sebagai satu rang undang-undang bersifat preventif. Akan tetapi yang cuba dibahaskan seolah-olah, ini ialah hukuman ultimate, hukuman punitif. Maka, dikatakan proses-proses tertentu tidak memberikan keadilan, pembelaan dan sebagainya. Akan tetapi, Kerajaan Barisan Nasional memperkenalkan satu rang undang-undang, bukan sahaja menyelamatkan orang awam tetapi juga menyelamatkan mereka yang terjebak menjadi sebagai pengganas, supaya kalau kaedah preventif ini sekurang- kurangnya ada peluang bagi kerajaan - semalam pun Yang Berhormat Menteri sudah tunjuk dokumen, modul-modul tertentu, agar mereka ini mungkin rakyat kita dan rakyat kita melalui proses-proses pemulihan. Sebab itu Yang Berhormat Menteri pun ada pernah kena dahulu, pembangkang pun ada pernah kena dahulu melalui kaedah-kaedah preventif. Apakah mungkin agaknya Yang Berhormat Pengerang kerana emosi yang membuak-buak ini, pihak pembangkang tidak nampak fakta itu?
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh kerana memberikan sedikit kefahaman yang lebih mendalam tentang apa yang berlaku semalam dan kita juga tengok sedang berlaku pada hari ini. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Ketereh, kita tidak boleh menafikan bahawa bila kerajaan ataupun mana-mana parti politik memimpin negara, memimpin kerajaan, mereka adalah bertanggungjawab sehinggalah pada pilihan raya yang akan datang. Jadi, ini menjadi tanggungjawab besar kepada negara hari ini bagi kepimpinan kerajaan ialah menentukan bahawa cabaran kita hari ini ialah Act of Terror daripada pengganas. Itu sebabnya yang saya tengok hari ini, yang kita sebut hari ini ialah langkah- langkah khas menentang keganasan. Itu sahaja di luar negara. Jadi saya merasakan bahawa dalam perkara ini, perlu kita menerima hakikat bahawa bila pembangkang menolak, itu hak mereka sebagai pembangkang. Saya yakin
juga Yang Berhormat Ketereh, dalam Pilihan Raya Kecil yang berlaku di Rompin ataupun yang mungkin berlaku di Permatang Pauh, saya memang yakin mereka akan turun mengibarkan bendera seolah-olah menyatakan sampai 2.25 pagi mereka menentang akta- akta yang zalim ini. Mereka akan berkata sedemikian...
Ya, Yang Berhormat Pengerang.
...Supaya rakyat melihat kononnya mereka memimpin rakyat, mereka membela rakyat. Jadi soalan saya kepada mereka, adakah mereka hendak membela rakyat yang juga pengganas? Adakah mereka tidak bersimpati kepada mangsa yang menjadi mangsa kepada pengganas?
Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang.
My floor, sorry. Saya sudah hendak habis.
Penjelasan boleh?
Penjelasan pun tidak mahu?
Tanggungjawab kerajaan dalam ini adalah melihat kepada keselamatan negara dan kita Yang Berhormat Ketereh, Tuan Yang di-Pertua berpegang kepada bona fide (niat baik). Akan tetapi kalau pembangkang berpegang kepada mala fide (niat jahat), merekalah yang akan bertanggungjawab pada rakyat tetapi bukan pemimpin Barisan Nasional sebab kita menyokong akta ini untuk menyokong keselamatan umum dan keselamatan rakyat. Itu tanggungjawab kita kepada rakyat. Kita tidak bermain politik dalam isu pengganas, kita tidak bermain politik dalam isu kebebasan seperti pembangkang yang hanya suka bermain isu-isu yang mereka tahu mereka tidak boleh menang kerana Yang Berhormat Ketereh, ini mentaliti pembangkang. Jadi, Yang Berhormat Pengerang menyokong rang undang- undang. Terima kasih.
Belum ada lagi daripada DAP. Yang Berhormat Beruas, sila. Ramai lagi yang hendak berucap sebab saya dapat tahu Yang Berhormat Menteri ingin menjawab pada pukul 4 petang. Berapa orang lagi? Lima orang... [Disampuk] Saya bukan terpaksa, Yang Berhormat Bandar Kuching. Itulah sebab saya sedang berurusan dengan wakil rakyat. Tidak perlulah ajar saya. Yang Berhormat Beruas, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hadkan 10 minit ya,
Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang- undang Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. Memang baik untuk rakyat Malaysia untuk ke mana-mana pusat ilmu untuk menuntut dan mendapat pengetahuan dan ilmu seperti juga dalam hadis Nabi Muhammad pun menggalakkan menuntut ilmu hingga ke negara China. Di Malaysia, kita tahu bahawa ramai daripada pelajar di Malaysia dihantar ke Mesir, Jordan, Libya dan lain-lain negara di Timur Tengah untuk mendalami pendidikan pengajian Islam. Memang Timur Tengah pusat Tamadun Islam dan juga yang mana ilmu tentang agama Islam dapat diperolehi. Akan tetapi memandangkan pergolakan politik, perang saudara dan kemelut yang sedang berlaku di negara-negara ini, saya khuatir institusi- institusi tinggi di negara-negara ini mungkin terjejas. Saya takut oleh sebab keadaan yang terdesak, tertekan dan juga tersepit, mungkin pelajaran agama Islam di institusi-institusi ini untuk menyahut cabaran yang sedia ada di sana, mungkin akan mengajar kepada pelajar- pelajar di sana satu ideologi atau pandangan yang mungkin dengan izin, extreme ataupun melampau.
Jadi adalah perlu kita ibu bapa di Malaysia dan juga Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semula sama ada Timur Tengah adalah first choice tempat untuk kita menghantar pelajar-pelajar kita ke sana. Saya bukan kata jangan hantar tetapi sebelum kita menjadikannya satu first choice atau pilihan yang pertama, kita harus menilai semula adakah institusi-institusi pengajian tinggi di sana masih mempunyai tahap pengajian yang begitu tinggi seperti sedia kala dan negara-negara di sana yang dahulunya memang negara yang sangat mengagumkan seperti Mesir. Di sana rakyatnya sangat miskin dan purata rakyatnya hanya mendapat gaji USD6.00 sehari ataupun RM22.00 iaitu kurang daripada pendapatan di Malaysia. Jadi negara-negara di Timur Tengah ini bukan lagi menjadi tempat teladan untuk kita dan kita harus mempertimbangkan, reconsider mereka sebagai teladan atau tempat pengajian untuk negara kita. Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah rasuah yang berleluasa dan juga Jabatan Imigresen yang tidak berkesan. Dalam akta yang sedang dan hendak kita luluskan, kita hendaklah memastikan pergerakan terrorist ataupun pengganas-pengganas ini keluar atau masuk ke negara kita. Kalau rasuah berleluasa dan Jabatan Imigresen tidak berkesan, tidak efficient semua undang-undang ini tidak akan bermakna. Di Malaysia kerajaan sendiri mengaku kita ada lebih kurang 3 juta, lebih daripada 3 juta orang asing di Malaysia dan lebih kurang 1 juta orang pendatang asing tanpa izin yang ada di Malaysia. Di Semenanjung memang ramai, begitu juga di Sabah dan akhir- akhir ini Ketua Menteri Sarawak pun membidas Jabatan Imigresen tentang keadaan pendatang asing tanpa izin di Sarawak dan rakaman ucapan beliau luas tersebar dalam media sosial. Daripada pengalaman saya sendiri pun apabila saya mengadu ke Jabatan Imigresen di Manjung katakan ada sindiket yang menjual secara terbuka dokumen- dokumen Imigresen yang palsu, beliau tidak mengambil tindakan. Selepas sahaja saya membawa perkara ini ke dalam media barulah pegawai di Manjung, Ketua Imigresen di Manjung ditukar. Bagi saya tindakan tegas bukan sahaja menukar ke tempat lain, pegawai- pegawai yang terlibat dalam rasuah ataupun menjalankan aktiviti-aktiviti yang mana melindungi mereka pendatang asing tidak izin ini, tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka. Kalau tidak, kita tidak akan dapat membendung terrorist atau pengganas yang datang ke Malaysia atau hendak keluar Malaysia. Perkara ketiga dan terakhir adalah perlunya kita berjaga-jaga agar semasa hendak melaksanakan akta ini, kita mesti menjaga hubungan baik negara kita dengan negara asing kerana dalam akta ini kita boleh merampas dokumen-dokumen perjalanan warga asing. Cadangan saya apabila mana-mana warga asing, dokumen perjalanan mereka diambil ataupun diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia, haruslah embassy ataupun Pejabat Kedutaan mereka dihubungi agar tidak ada apa-apa misunderstanding yang berlaku yang boleh menyebabkan hubungan negara kita dengan negara lain terjejas. Inilah sahaja cadangan saya agar kita memastikan dalam membanteras keganasan ini kita juga mengambil langkah-langkah memastikan tidak ada perkara-perkara buruk yang akan berlaku kepada kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
[Membaca sepotong doa] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan Dalam Negara 2015. Sediakan payung sebelum hujan, Jangan terhantuk baru tengadah, Jangan sampai nasi jadi bubur.
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah-langkah yang positif, yang berani dan bertanggungjawab atas perkara keselamatan negara kerana keselamatan negara perkara utama, perkara yang afdal, perkara yang penting untuk kita jaga untuk wujudkan sebuah negara yang kukuh, yang maju, yang makmur. Jadi sekali lagi tahniah kepada kerajaan kita pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh fasal 46(7) tentulah tentang pasport kerana kegiatan apa yang dikatakan keganasan dan organisasi pengganas ini. Pasport merupakan tiket keluar masuk. Kita tidak tahu sebenarnya mereka siapa. Kita tidak tahu yang masuk itu mungkin pakai pakaian yang macam mana tetapi sebenarnya di hatinya pengganas yang akan merosakkan negara, yang itu yang kita tidak tahu. Oleh sebab apa kita lihat dunia hari ini sedang mengalami satu fenomena global yang mana wujudnya pengganas-pengganas yang tidak berhati perut kerana mereka ini sanggup buat apa sahaja untuk mewujudkan contohnya IS ini Daulah Islamiah kononnya. Mereka ini tidak peduli kerana darah bagi mereka adalah percuma. Siapa sahaja yang tidak ikut fikrah dan pemikiran mereka maka hukumnya maut. Hari ini kita lihat yang dikatakan pengganas. Sebab kita sebut pengganas, kita sebut organisasi pengganas tetapi kita pun tidak rasa apa-apa. Macam kita sebut syurga dan neraka. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sebut syurga rasa hendak pergi syurga, nampak syurga. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sebut neraka menangis ketakutan khauf pada Allah SWT. Akan tetapi hari ini kita sebut pengganas tidak rasa apa. Tuan Yang di-Pertua, pengganas ini sembelih orang, dia penggal kepala orang, bakar orang, dia tembak kepala orang. Cuba bayang, cuba kita pejam mata sekejap kita fikirkan sembelih macam mana. Sembelih, sembelih... [Menunjukkan isyarat tangan cara- cara menyembelih] Bakar orang, jangan tidur pula. Tuan Yang di-Pertua, ini manusia-manusia yang tidak peduli. Hari ini kita tengok kalau kita hendak sembelih ayam pun, kita cukup berhati-hati. Sembelih ayam kita menghadap Kiblat kita baca Bismillah, Allahuakbar. Kita guna pisau yang tajam supaya ayam itu tidak sakit. Macam itu kita buat. Saya pernah tanya orang sembelih ayam ada orang tidak berani sembelih ayam. Ada orang tidak boleh sembelih ayam tetapi hari ini ada orang manusia-manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk cita-cita jahat dia, cita-cita syaitan ini. Tuan Yang di-Pertua, pengganas-pengganas ini hingga hari ini kita lihat ada yang sampai sanggup memusnahkan tapak warisan dunia. Apakah dosa tapak warisan dunia itu? Ada pengganas-pengganas ini yang dikatakan hendak mewujudkan, hendak dapat syahid dapat mewujudkan daulat Islamiah kononnya kena seks dahulu. Kena buat seks dahulu, perang-perang juga, seks-seks juga. Oh, macam itu. Seks dahulu ajak kawan wanita seks, ajak orang buat seks dahulu, selepas itu baru berkorban. Mana punya guna.... Tuan Yang di-Pertua, bukan begitu caranya. Macam pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang dikatakan bintang-bintang di langit... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sahabat-sahabat dengan sifatnya, dengan akhlaknya, dengan amalannya, dengan kasih sayangnya dapat menarik rahmat Allah dan menarik taufik dan hidayah Allah SWT. Orang tengok mana sahabat orang dapat Islam. Sahabat-sahabat yang pergi ke negeri China macam Yang Berhormat Beruas cakap tadi, dia bukan tahu cakap Cina. Dia bukan boleh cakap Mandarin tetapi orang-orang di negeri China dapat Islam. Ini sifat-sifat yang perlu ada kerana pengganas ini boleh menggugat keselamatan negara.
Saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
Menggugat keselamatan negara bermakna apa, Tuan Yang di-Pertua? Pertama, rakyat jadi takut. Kedua, pelabur jadi takut.
Yang Berhormat Beruas, ya ada dua yang bangun mana satu?
Bagi saya habis dahulu. Sebentar, sebentar.
Saya hendak betulkan Yang Berhormat Bagan Serai saya boleh berucap dalam bahasa Mandarin.
Pelancong jadi takut, pelancong tidak datang sini. Pelabur jadi takut, industri jatuh, ekonomi jatuh, negara tergugat. Perkara
ini menjadi perkara besar Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya puji sekali lagi, Kerajaan Malaysia sangat prihatin, bertanggungjawab, cepat, proaktif untuk mengadakan undang-undang untuk mencegah ini.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai ada lima minit. Terpulang kepada Yang Berhormat Bagan Serai.
Sekejap sahaja ya.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersetujukah Yang Berhormat Bagan Serai dengan saya bahawa mana-mana kerajaan kalau terlalu menekan, menekan dan menekan rakyatnya secara keterlaluan, kadang- kadang pressure cooker ini ia melantun. Kadang-kadang manusia yang dikatakan rakyat ini pun tidak ada jalan keluar dan wujudnya kumpulan-kumpulan yang cannot take it anymore. Oleh sebab itu kalau kita lihat sejarah-sejarah di negara-negara yang sedang mengganas ini, ada sejarah di belakang itu. Keluarga dia kena bakar, anak-beranak dia kena sembelih dan apabila dia ada kuasa, dia akan membalas dendam itu. Ini sebabnya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, dia kena balance. Sementara dia memerintah, dia juga kena berlaku adil kepada rakyatnya. Takut ada sekumpulan rakyat yang cannot take it, akhirnya dia melantun. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Inilah sebabnya apabila kita selalu mencanangkan, kalau benda buruk pun kita canang, orang akan nampak jadi buruk akhirnya. Oleh sebab itu dahulu saya pernah bercerita, budak-budak yang digembar-gemburkan takutkan hantu, hantu tidak ada pun jadi takut. Jadi rakyat yang dikatakan tidak tahan ini, mungkin disebabkan ada kumpulan- kumpulan yang melancarkan dakyah-dakyah yang bercerita benda-benda yang tidak benar, menakut-nakutkan rakyat, menyebabkan rakyat jadi takut. Tuan Yang di-Pertua, pengaruh sosial media. Ini saya sebut the good, the bad and the ugly. Sosial media ini anugerah Allah. Satu kurniaan Allah kerana apa, dia macam duit juga. Kalau orang baik dapat duit, diguna untuk buat kebajikan. Dia tolong orang banjir, dia buat ibadat, tolong orang lain. Akan tetapi kalau orang jahat dapat duit, maka duit ini dia akan guna untuk maksiat, melanggar perintah Allah, sombong dan kufur nikmat. Jadi ini bezanya apabila seseorang itu mendapat sesuatu anugerah daripada Allah SWT. Kita patut bersyukur sebab ada media sosial. Apa yang goodnya, yang goodnya sebab kita dapat berita dengan cepat, kita dapat TV dengan cepat, kita dapat contact anak- anak yang belajar jauh, kita dapat mengucapkan tahniah kepada orang, mengeratkan silaturahim, mengucapkan tahniah, mendapat ilmu dengan cepat, fingertip ilmu. Apa yang badnya? Berita palsu, tuduhan palsu, kata-kata harian yang boleh menimbulkan kebencian, tuduh-menuduh, hasut-menghasut, perpecahan malah penceraian. Ini yang badnya. Apa yang uglynya, yang inilah, pengganas, terrorism. Ini satu bentuk terrorism. Inilah yang uglynya kerana dakyah ini, kefahaman yang sesat, sukarelawan kononnya hero tetapi semuanya sesat, benda yang salah. Tuan Yang di-Pertua, modus operandi sosial media ini yang menggunakan Twitter, Facebook, aplikasi android, buletin dan sebagainya, ini boleh merosakkan anak-anak muda khususnya. Anak-anak muda ini, golongan yang dipuji oleh Tuhan. Kerana apa? Ini kerana anak muda beribadat, mereka lebih kuat daripada orang tua. Akan tetapi kalau anak muda buat maksiat, maka ini menjadi masalah. Oleh sebab itu anak muda sangat penting. Sekali lagi saya memuji kerajaan kerana berusaha supaya menjaga benda ini. Pencegahan ini amat penting. Tadi kita lihat isu-isu pengganas ini, contohnya di negara kita. Mereka yang keluar kita lihat ada yang pergi singgah ke Bangkok, singgah ke luar negeri untuk pergi ke Syria. Semua hendak berkiblatkan Syria sekarang ini. Mereka ini anak-anak muda. Kita lihat ada dikatakan penggabungan di Asia Tenggara contohnya di Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina. Mereka ini kalau berkumpul, mungkin akan rekrut, akan tambah ilmu pakar bomlah, pakar peperanganlah dan sebagainya, yang akan menyebabkan kesusahan dan masalah kepada negara hari ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Bagan Serai...
Prevention is better than cure. Mencegah lebih baik daripada merawat kerana mencegah itu...
Ya, Yang Berhormat Parit bangun.
Ini kerana mencegah itu murah, kerana mencegah itu seronok, kerana mencegah itu tidak sakit, kerana mencegah itu lebih baik, lebih hebat daripada merawat. Ini kerana merawat itu mahal, merawat itu sakit, merawat itu susah, merawat itu sedih dan akhirnya tidak ada apa-apa. Oleh sebab itu kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab telah melaksanakan kerjanya dengan baik iaitu dengan menciptakan undang-undang seperti yang kita bincangkan hari ini. Silakan.
Terima kasih.
Ya, selepas Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bagan Serai gulung ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Tadi Yang Berhormat Bagan Serai menyebut puncanya kerana melalui media sosial Twitter dan sebagainya yang menyebabkan anak-anak muda kita terikut-ikut dengan IS umpamanya. Jadi penyebaran perluasan pengaruh ini, apakah mungkin disebabkan kerana kekurangan kita ataupun kelambatan kita, kerajaan kita umpamanya, mengambil tindakan terhadap media-media sosial yang sebenarnya telah menyebabkan fikiran anak-anak muda kita terpesong oleh fahaman-fahaman tidak betul. Apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?
Terima kasih. Yang Berhormat Parit clear, sekali lagi saya puji Yang Berhormat Parit. Sebab apa, ini penting. Sebab apa, anak-anak muda ini tengok. Kalau dahulu, kalau sebaya dengan saya semasa kecil-kecil, kalau tengok televisyen, tengok Superman. Tengok Superman, selepas itu rasa hendak terbang. Ada yang terjun bangunan, dia ingat dia boleh terbang sebab fikiran dia. Hari ini anak-anak muda kita lihat, pagi, petang, malam, 24 jam dengan Internet. Seperti saya sebut hari itu, pagi, petang, malam dengan Internet, bilakah membaca al- Quran? Tidak tahu. Pagi, petang, malam dengan Internet, jadi fikiran dia. Oleh sebab itu apabila ditunjukkan orang bakar orang, dia pun cuba hendak bakar orang dalam itu. Inilah kesan yang- oleh sebab itu kita cadangkan supaya SKMM menyekat terus video-video yang menunjukkan keganasan ini, sembelih, penggal, bakar, tembak, SPBP. Ini keadaannya Tuan Yang di- Pertua...
Ya.
Saya hendak menggulung.
Ya.
Negara yang kukuh perlu ada empat perkara saya fikir. Seolah-olah kita gambarkan ada kerusi atau meja yang ada empat kaki. Pertamanya ialah ekonomi yang kukuh, kalau ekonomi tidak kukuh, apakah kita hendak buat? Keduanya, politik yang stabil. Kestabilan politik penting. Ketiganya perpaduan, kasih sayang yang utuh. Keempatnya, keselamatan dan keamanan. Keselamatan isu utama, yang afdal dan penting kerana runtuh keselamatan, maka yang lain-lain kita hendak fikir macam mana lagi. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini adalah penting dan perlu disokong. Undang-undang inilah satu petunjuk bahawa kerajaan kita prihatin, bertanggungjawab dan proaktif dalam mengawal dan membina negara yang maju. Dengan itu, Bagan Serai menyokong.
Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kuala Terengganu, selepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih.
Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin memberikan beberapa perspektif dalam perbincangan kita yang panjang berakhir pagi tadi dan hari ini sambungan. Saya kira dalam perbincangan kita dalam rang undang-undang langkah-langkah ini Tuan Yang di-Pertua, memang sukar untuk kami menerima kerana hakikatnya ialah apa yang disebut sebagai... [Membaca sepotong ayat al- Quran] Barang apa yang pada awalnya itu tidak betul, maka bagaimana kita hendak boleh bersetuju dengan yang seterusnya, di hujung-hujungnya. Ini kerana apa yang kita bangkitkan dalam perbincangan semalam ialah perkara-perkara yang basic. Ini bukan bermakna kita menyusahkan rang undang-undang ini, jauh sekalilah tohmahan daripada rakan-rakan di sebelah sana yang mengatakan kononnya adakah ini bermakna kita menyokong terrorism dan sebagainya. Begitu juga, ia bukan soal kita mengundi 60:82 itu adalah hanya satu figure, tetapi yang lebih penting ialah kami bertanggungjawab kepada 52% undi yang kami dapat daripada Pakatan Rakyat untuk kami menyatakan apa yang kami perlu nyatakan berasaskan kepada hujah-hujah yang telah dibentangkan. Seterusnya point saya Tuan Yang di-Pertua pada pembentangan kertas putih tentang ISIS, saya rasa itu menjadi satu dalil dan bukti bahawa semua di dalam Dewan ini menyokong kerajaan yang hari ini memerintah, Barisan Nasional dalam erti kata menentang keganasan. Saya rasa itu sudah terjawab sebenarnya. Kedua, kita juga kena ingat kita berbincang tentang satu rang undang-undang langkah khas bagi mencegah keganasan dan Menteri menyebut dengan jelas bahawa ini adalah antara sebahagian daripada komitmen Malaysia kepada keganasan ataupun memerangi keganasan di peringkat antarabangsa. Saya bersetuju yang itu. Tidak mungkin Malaysia terasing daripada kehendak antarabangsa. Akan tetapi saya juga agak musykil untuk saya mengemukakan soalan ini kepada Menteri, bukan sekadar isu tentang keganasan tetapi juga ada di sana konvensyen- konvensyen di peringkat United Nations yang menyebut tentang perkara-perkara prelude kepada terrorism itu. Perkara yang dikatakan sebagai satu faktor yang menyuburkan terrorism.
Antaranya kita tengok di negara kita, sudah tentu sebagai seorang yang muslim kita menafikan sekeras-kerasnya bahawa an act of terrorism is a presentation of Islam kita menolak dengan itu, memang tidak betul dan dia tidak mewakili Islam. Akan tetapi kita kena ingat juga bahawa dalam hal faktor melahirkan terrorism ini tidak semestinya dia hanya berkisar tentang agama. Agama itu dijadikan sebagai alasan sahaja. Ia berlaku di atas mungkin dia punya respons kepada keganasan yang berlaku di luar negara terhadap negara umat Islam seperti di Palestin, Syria, Iraq dan Rohingya. Ia satu respons kepada kemarahan yang berlaku kepada keganasan yang berlaku di peringkat yang bukan ada kena mengena dengan Malaysia. Saya rasa agama itu hanya dijadikan sebagai alasan untuk mencetuskan, mengiakan tindakan dia. Kedua, di Amerika tindakan keganasan tidak hanya semata-mata berlegar atas tindakan atau respons daripada orang Islam ataupun Islamic terrorism. Tapi dia juga berlaku di atas satu perasaan anti sistem yang ada di situ. Dia anti kepada sistem yang ada itu kerana mungkin diperas oleh golongan kapitalis, dia jadi susah hidup dia dan sebagainya. So, saya minta supaya kita jangan terlalu mudah seperti rakan-rakan di sebelah sana, hanya menyatakan kita jangan bagi marah umat Islam. Saya pun tidak suka kalau umat Islam marah, tapi itu bukan alasan untuk kita mengiakan keganasan dan sebab itu saya, menyatakan dalam perbahasan yang ini. Saya minta Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Dalam Negeri walaupun saya dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara. Kita ada mencadangkan satu undang- undang yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional. Di mana akta ini menjadikan kebencian agama dan kaum itu sebagai satu jenayah. Satu jenayah yang mana kita sudah ada satu prelude, bahawa usaha yang menimbulkan kata-kata yang membenci, usaha- usaha hate speech. Kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian, kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian kaum, kebencian agama, perlu diambil satu tindakan dan perlu ada undang-undang baru kita kata kita telah ambil measure untuk kawal terrorism dan sebagainya. Kalau kita hanya bawa mai terus undang-undang pencegahan terrorism, walaupun bagus konsep dia tapi kita tidak ada prelude kepada isu-isu lain yang menyebabkan
terrorism berlaku maka saya khuatir kita tidak ambil satu langkah yang careful. Oleh sebab itu saya minta kepada Menteri untuk memberikan penjelasan sejauh mana komitmen Malaysia dalam merangka bersama peringkat antarabangsa juga iaitu International Convention on Civil and Political Rights, International Convention on the Elimination of All Form of Discrimination of Race. Itu juga perlu jadikan sebagai satu perundangan bagi kita memelihara dan bagi kita mengambil satu langkah untuk mencegah juga dalam konteks ada undang-undang lain dan bukan sekadar hanya mengharapkan kepada Undang-undang Pencegahan Langkah- langkah Khas Menentang Keganasan. Akhir sekali, saya minta satu penjelasan kepada menteri nama-nama pertubuhan yang dikatakan sebagai pengganas itu, adakah ini bermakna kalau seseorang contohnya, memakai simbol, memakai pakaian menunjukkan simbol-simbol yang melambangkan simbol pertubuhan itu juga dianggap sebagai menyokong keganasan? Dan bagaimana definisi pengganas adakah kita mengikut kriteria yang Amerika kata? Amerika, mereka kata Hamas ini pengganas contohnya. Akan tetapi Malaysia kita tidak mendefinisikan setakat ini bahawa Hamas pengganas begitu juga fraction lain yang bagi Amerika dan negara barat mereka anggap sebagai pengganas. Ikhwanul Muslimin contohnya di Mesir, telah diharamkan dianggap sebagai pertubuhan yang bahaya kepada Kerajaan Mesir yang duduk di bawah kategori pengganas. Adakah Malaysia juga akan ikut? Soalan-soalan itu saya minta pak Menteri supaya jangan kita ikut list yang dibawa oleh barat kerana mereka ada masalah mereka tersendiri. Kita perlu ada list kita dan macam mana kita dapat deal, disebalik kita berada kepada masyarakat antarabangsa, tetapi kita tidak hanya didictatekan ditentukan oleh kuasa-kuasa barat dalam kita hendak menentukan siapakah yang dikatakan pengganas-pengganas ini. Dengan itu saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Setiu. Lepas Yang Berhormat Setiu, Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya rang undang ini adalah cukup simple sebenarnya dan mudah kita faham. Bermula kalau yang pentingnya seksyen 5, 6 dan 7. Tujuan sebenar adalah untuk penggantungan dokumen perjalanan, untuk penyerahan dan juga kita untuk menuntut untuk menyerahkan dokumen. Tiga perkara sahaja dan asasnya adalah bila ada pihak polis mengesyaki bahawa orang yang kita hendak tahan ini, semua ini bukan tahan orang, tahan pasportnya dokumen perjalanan, mungkin meninggalkan Malaysia untuk terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas. Maknanya kita hendak tahan daripada terutama rakyat kita bukan makna semua orang makna kita tahan pasport mereka atau dokumen perjalanan mereka. Seolah-olah kita berdebat macam semua kita hendak tahan, tidak begitu. Jadi mereka yang terlibat sahaja yang disyaki. Jadi bila berlaku macam itu takkanlah kalau kita yang ada janggut ini, Kita rasa, Oh, yang ada janggut ini terlibat. Tidak macam itu. Macam Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam janggut tebal sikit. Jadi kita ada buat sebab-sebab yang kita boleh syaki bukan semua kita boleh tahan. Jadi kita telah tahu bahawa akhir-akhir ini negara kita telah digemparkan dengan tindakan nekadlah rakyat kita ini yang menyertai kegiatan militan di luar negara. Di mana ada fahaman jihad, itu yang masalah dia. Dia ada fahaman jihad yang dilihat hanya boleh dilakukan dengan cara mengangkat senjata, meletupkan bom dan sebagainya yang kita perlu perbetulkan dan perlu diberi pemahaman. Itu kita hendak sekat daripada rakyat kita terutamanya keluar berjihad yang dikatakan yang hendak berjihad kita perlu tahan mereka keluar dan beri pemahaman. Sebenarnya kalau kita lihat berhubung dengan erti jihad ini kita kena terangkan kepada mereka apa erti jihad yang sebenar. Kadang-kadang mereka tidak tahu mereka ingat bila ada orang mengatakan bahawa kalau kita pergi berjuang di luar negeri masuk syurga dan sebagainya mati syahid dan sebagainya. Inilah yang kita tidak mahu. Jadi kita kena ingat ini satu ancaman besar pada negara kita apabila boleh dikhuatiri pihak
pelampau ini bersekongkol dengan pihak militan di luar negara dan cuba menjatuhkan negara melalui pertolongan daripada pihak luar. Ini yang kita risaukan. Jadi kita tidak mahu lebih ramai rakyat di negara ini yang bertindak terburu-buru dan tanpa pemahaman yang kukuh dan secara membuta tuli mengandaikan nyawa demi kepentingan pihak tertentu. Kita kena ingat banyak sebenarnya kes-kes yang terbaru kalau kita lihat. Kalau lihat tahun 2015, 19 Mac 2015, seorang bekas kakitangan jabatan kerajaan berasal dari Sabah berusia 29 tahun telah ditahan. Dia disyaki masuk negara jiran pada awal Februari untuk menyertai sebuah kumpulan militan yang di sana sebelum merancang untuk berlepas ke Syria dan penahan dibuat oleh bahagian Counter Terrorism PDRM ketika suspek cuba menyusup masuk semula ke Malaysia untuk merekrut beberapa lagi individu. Individu tempatan untuk menyertai militan di Syria. Ini satu contoh Pada 7 Mac 2015, seorang suri rumah tangga berusia 28 tahun yang berasal dari Kedah telah ditahan di KLIA kita cuba berlepas ke negara jiran untuk menyusup masuk ke Syria. Pada 18 Februari 2015 juga seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di tahan kerana dipercayai mahu menyertai kumpulan IS. Jadi hasil siasatan mendapati remaja ini terpengaruh untuk menyertai IS selepas berinteraksi dengan dua orang individu di laman Facebook dan banyak lagi berlaku sebelum ini pada 2014. Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan fahaman-fahaman ini juga cukup menakutkan di negara kita ini. Kebanyakan para ulama dan juga Ahli Sunah Waljamaah biasanya di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan IS. Ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka...
Pencelahan sedikit Yang Berhormat. Boleh?
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai bangun. Ya, Yang Berhormat. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya mahu berkongsi sedikit Yang Berhormat kerana gadis berumur 14 tahun itu ditahan dalam lokap sebelah saya di Balai Polis Jinjang. Saya dapati ya, memang kes yang begitu serius mengenai kemungkinan berlepas untuk bersama dengan terrorist di Syria. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Sememangnya kita faham akan tangkapan tetapi dalam masa sebulan ya beliau ditahan, tidak ada peluang yang dimanfaatkan bagi intelligence gathering, dengan izin. Maksudnya kita harus tahu kenapakah dan apakah yang mendorong gadis remaja tersebut untuk tertarik dengan IS sama ada menerusi iklan di Facebook atau teman-teman ataupun dorongan keluarga. Jadi pada saya, dalam kita membincangkan cara-cara untuk menangani cabaran terrorism, haruslah kita ambil kira satu dimensi lagi iaitu program de-radicalization dan satu lagi intelligence gathering. Kadang-kadang dalam peluang sebulan kalau kita tak mampu untuk mendapatkan maklumat maka kita akan gagal dalam menangani dan menghalang gadis-gadis remaja-remaja lain daripada mengikuti cara yang sama. Jadi, saya pohon agar Yang Berhormat dapat mengambil kira dalam perbahasan ini langkah-langkah pencegahan tidak boleh kita lupa. Antara langkah-langkah yang paling berkesan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi adalah bagaimana kita dapat memahami tarikan ideologi dan cara-cara untuk menghalang daripada mereka ini terus menerus termakan dengan cara-cara jahat sedemikian. Saya mohon pandangan Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang saya cuba katakan berkenaan dengan apa berlaku kepada rakyat kita di Malaysia. Bermakna mereka juga terlibat dengan perkara-perkara macam ini. Jadi maknanya undang-undang yang dibuat untuk menahan mereka di sini dan kita mengambil langkah-langkah untuk memberi
pemahaman kepada mereka. Kalau apa-apa yang perlu dibuat, saya rasa pihak Menterilah bertanggungjawab. Jadi, saya tak maklumat apa yang kita kena bagi pemahaman daripada segi agama dan sebagainya. Ada lagi?
Nak bagi Yang Berhormat?
Baik?
Baik.
Terima kasih. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Setiu tadi dan juga undang-undang ini. Kita bicara ini yang ada dalam Malaysia. Nak tanya pendapat Yang Berhormat. Kalau dia ini dah ada memang di luar negara, dia memang dah berada di Syria, bagaimanakah cara kita nak membatalkan passport dia? Adakah Yang Berhormat bersetuju, macam baru-baru ini ada seorang warga negara Malaysia yang lari ke Amerika. Kemudian, kita pun batalkan passport dia akhirnya dia jadi champion. Dia dapat perlindungan politik dan negara yang dia tinggal itu sudah tentu menerima kerana dia ini seolah-olah seorang pejuang seperti yang berlaku kepada seseorang yang kini berada di Amerika. Jadi, kalau mereka itu di luar negara, apakah tindakan kita nak ambil? Adakah satu tindakan bijak kalau kita nak batalkan passport dia ataupun kita tunggu dia balik ataupun kita tunggu passport dia mati baru kita ambil tindakan yang kita nak ambil kepada mereka yang berada di luar negara. Macam mana pemulihan nak dibuat kalau mereka telah berada di luar negara?
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Kalau ikutkan pindaan ini juga terpakai kepada yang nak masuk ke Malaysia. Jadi, bila dah berada di Malaysia makna seksyen 5, 6 dan 7 terpakai sebenarnya ya. Saya teruskan dengan yang saya katakan ideologi di Malaysia juga iaitu ideologi...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya ingin merujuk apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi, saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Setiu. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi mengenai bila seseorang itu berada di luar negara dan bagaimana untuk mengekang atau untuk memastikan dalam konteks menghalang kegiatan atau pencegahan keganasan itu daripada berlaku. Saya lihat dalam seksyen 5(1) ini, penggantungan atau pembatalan kod dokumen perjalanan Malaysia “Atas permintaan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen boleh melalui perintah menggantung atau membatalkan semua dokumen perjalanan Malaysia yang telah dikeluarkan ke atas seseorang yang dikaitkan mungkin dengan keganasan dan sebagainya”. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Setiu. Sekiranya berlaku seksyen 5(1), sebagaimana kita sedia maklum Yang Berhormat Tanjong Karang sebut tadi, mesti ada satu kaedah atau sistem yang boleh memastikan bahawa sesuatu pembatalan itu. Ini kerana kalau kita lihat dalam konteks Malaysia ketika ini di entry point setiap airport dan sebagainya ada sistem passport yang elektronik dan sebagainya. So, adakah mungkin pihak kementerian perlu upgrade sistem di peringkat imigresen ini supaya ia sama seperti yang mungkin berada di UK, di US dan US Border Control dan sebagainya. Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Setiu.
Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tertukar dengan Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya setuju lah. Sebenarnya apa-apa yang dah ada, langkah-langkah yang kita cuba buat, kita upgrade kan. Untuk lebih menjaga daripada segi keluar masuk ini. Saya teruskanlah dengan ideologi yang saya katakan tadi, di Malaysia ini mungkin tidak ditekankan sangat berkenaan dengan ideologi Khawarij. Ideologi Khawarij ini sebenarnya mereka yang cukup hebat ya. Dia mengkafirkan sesama sendiri kadang-kadang itu. Dia menghalalkan pelbagai cara, menghentam sana, menghentam sini. Dia rasakan dia Islam tetapi cara dia itu tidak sebagai seorang Islam. Ini yang bahaya. Jadi orang yang suka menghentam orang ini, yang suka mencaci, menghina orang ini saya rasa ada juga di sebelah sana... [Disampuk] Tak ada ya? Kalau tak ada Alhamdulillah. Kalau ada itu kita kena lihat jugalah.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu, minta laluan.
Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Setiu ya. Pertamanya ialah seperti mana yang disebut tadi kadang-kadang yang terlibat dengan gerakan ini ialah mereka yang sebenarnya silap memahami tentang agama. Bukan sahaja dalam soal keganasan ini, bukan sahaja merujuk kepada orang yang memahami tentang Islam semata-mata, malahan juga terhadap mereka yang terdiri dari kalangan orang yang juga bukan beragama Islam. Saya merujuk kepada perkara yang berhubung kait dengan pemahaman silap di kalangan mereka yang beragama Islam ataupun belajar Islam ini bukan melalui daripada guru-guru yang mursyid ataupun guru-guru yang boleh membawa dan memberikan tunjuk ajar yang sebenar kepada mereka. Maka, apa pandangan Yang Berhormat Setiu supaya dalam soal berkenaan dengan pengajaran agama ini, kalau dibuat dengan secara sembunyi ataupun tempat yang kita lihat agak mencurigakan. Kita harapkan perkara ini perlu diambil tindakan dengan segera oleh pihak berkuasa agama terutamanya. Keduanya, kita tak hendak sebab itu pepatah Arab juga sebut tentang... [Berucap dalam Bahasa Arab] Maknanya kita membelanjakan satu dirham lebih baik daripada kita belanja dengan berguni-guni gandum untuk soal pencegahan. Maka dalam hal ini apa pandangan daripada Yang Berhormat Setiu? Kita mengharapkan supaya pihak terutamanya pihak Special Branch di negara kita ini, ini yang kita tahu bahawasanya SB di Malaysia ini ada ranking dalam context Interpol yang hebat. Maka sebab itu kita mengharapkan supaya pihak Special Branch terutamanya berikan tumpuan khusus kepada mereka ini. Kalau boleh kurangkanlah penumpuan kepada kami punya kegiatan parti politik ini. Ini kerana kami bergerak bukan setakat atas tanah, atas meja pun. Nama kami ada, kami senarai di dalam ROS. Nama semua ada. Kami bukan bawah tanah, bukan setakat atas tanah, malahan juga atas meja.
Apa pandangan Yang Berhormat Setiu supaya pihak keselamatan terutamanya SB memberikan tumpuan khusus macam kewujudan SB pada peringkat awal dulu memberikan tumpuan kepada soal Komunis negara kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya bersetujulah dengan apa yang disebut Yang Berhormat Bukit Gantang tadi. Cuma daripada segi SB ini, dilihat kalau ada laporan, biasa dia akan ambil tindakanlah. Ada sesetengah tempat, tempat saya sendiri di zaman dululah, sekarang sudah tak ada sudah, dia mengintip tengah-tengah malam. Orang lain hendak pergi mengintip tak boleh, kumpulan dia sahaja yang boleh mengintip. Kita lihat juga yang dulu diperangi kumpulan Al-Ma’unah dan sebagainya, peristiwa Mamali, kita kena ingat, benda- benda macam inilah sebenarnya yang kita perlu pertahankan ya. Jadi saya hendak sebut sedikit tentang ideologi Khawarij ini. Khawarij ini dia tak pernah isytiharkan sama ada dia sokong atau tidak IS ini. Itu yang bahaya dalam senyap ini, perbuatan dalam senyap ini. Kalau MILF atau apa semua itu, mereka sudah isytihar. Kemungkinan kita satu hari mungkin akan diserang lagi ya. Kumpulan Kiram itu mungkin masuk lagi. Mungkin menjadi yang dikatakan sandiwara pula, berlaku kali kedua. Jadi akhir kata, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Kami daripada Pakatan Rakyat memang menolak segala bentuk keganasan dan menyokong segala usaha membendung keganasan. Bagaimanapun, usaha ini hendaklah mengikut syariat Islam dan menepati konsep keadilan untuk semua berpandukan kepada undang-undang antarabangsa juga. Pada Hari Polis baru-baru ini, Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara sendiri menyatakan Akta Anti-Pengganas dan tambahan kepada Akta Hasutan adalah kerana kepercayaan prevention is better than cure, dengan izin, iaitu pencegahan lebih baik daripada pemulihan. Saya bersetuju seratus peratus dengan kenyataan tersebut. Untuk mencegah, hendaklah kita prihatin dan tumpu kepada asas masalahnya, the root of the problem wujudnya pengganas. Pembahagian kekayaan negara yang tidak menyeluruh dan rasuah punca utama banyaknya ketidakpuashatian timbul di sini. Kalaulah kerajaan mengadakan akta hukuman ke atas orang-orang yang tidak amanah dan merasuah, sudah tentulah saranan Perdana Menteri, pencegahan lebih baik daripada rawatan, dapat mencapai matlamat membasmi dan menghentikan ancaman keganasan di Malaysia atau sekurang-kurangnya membendungnya. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, pada 4 April di Program Belia Menolak Keganasan menyatakan 75 orang ekstremis yang ditangkap, hanya 5% datang daripada latar belakang pengajaran keagamaan. Ini menunjukkan bukan agama yang mendorong keganasan tetapi mereka yang membenci rasuah dan salah guna kuasa menggunakan agama sebagai alasan untuk memberontak. Itulah pokok utama yang melahirkan budaya pengganas. Tuan Yang di-Pertua, pengganas sebenarnya tidak dilahirkan dari perut ibu yang mengandung. Pengganas dilahirkan dari perut yang lapar daripada kemiskinan dan penindasan. Perut yang lapar dan maruah yang tercalar pencetus kelahiran budaya pengganas. Baru-baru ini, akhbar Jakarta Post bertarikh 29 Mac di bawah tajuk, “Menentang ISIS di negara sendiri” telah menyatakan Indonesia menjadi tapak subur pertumbuhan anasir pelampau agama terutamanya kerana kemiskinan yang meluas dan bertambahnya pihak berpandangan konservatif agama. Inilah pandangan Jakarta Post. Di Malaysia, walaupun kerajaan bangga dengan statistik kenaikan kadar pendapatan, tetapi jurang perbezaan pendapatan di antara kaya dan miskin makin melebar dan bertambah. Dr. Khalid dalam bukunya, the Colour of Inequality, menjelaskan jurang perbezaan antara yang sangat kaya dengan termiskin makin meluas. Statistik kekayaan negara semata-mata tidak menjamin membendung tumbuhnya gerakan dan budaya pengganas. Contoh klasik Arab Saudi yang mempunyai undang-undang yang ketat terhadap pengganas dengan kekayaan minyak yang begitu lumayan. Ekonomi dan kekayaan dikuasai oleh keluarga diraja Arab Saudi sementara rakyat biasa tidak diberi peluang untuk menentukan hala tuju negara dengan sebaiknya. Dengan peristiwa tragedi kemusnahan World Trade Center di New York, 9/11, sebahagian besar pengganas adalah sebenarnya daripada rakyat Arab Saudi, 70%. Ini menunjukkan sistem ekonomi dan kekayaan negara yang songsang boleh melahirkan mereka yang menjadi pengganas antarabangsa walaupun negara sendiri kaya. Ini menunjukkan walaupun wujud betapa banyak rang undang-undang yang ketat dan betapa kaya pun per kapita negara seperti Arab Saudi tetapi kalau pengurusan kewangan berpusat kepada keluarga dan kelompok tertentu, negara itu telah dan masih berupaya melahirkan pengganas. Seorang ahli psikologi kanan polis Singapura, Encik Jansen Ang yang menyoal siasat ahli Jemaah Islamiah (JI) mendapati ramai pengganas memilih untuk berjuang, berjihad kerana mereka percaya orang Islam di dunia sedang dizalimi dan dirompak hak mereka.
Yang Berhormat Batu bangun ya, Yang Berhormat.
Sedikit, sedikit. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sebenarnya kerajaan ini dia hendak target kepada orang yang menyertai kumpulan yang dianggap sebagai terrorist atau orang yang melakukan terrorism? Itu makin kabur. Saya ambil contoh ya. Adakah kita hendak menghalang orang itu untuk menyertai, katalah perjuangan Hamas, angkat senjata, secara spesifik kita hendak dengar dari Menteri, atau kita hendak
menghalang seseorang itu dari menyertai JI tapi tidak angkat senjata? Itu implikasi yang amat berbeza tetapi tidak jelas dalam akta ini.
Ya, saya bersetuju bahawasanya kurang jelas dalam matlamat sebenarnya akta yang dicadangkan. Akan tetapi, itulah yang sebaik-baiknya kita mengambil usaha di dalam negara sendiri untuk mengurangkan sebab-sebab yang boleh melahirkan budaya sedemikian rupa. Saya sambung. Negara lain tidak lagi hanya menangkap dan penjarakan pengganas tetapi mereka menggunakan pendekatan yang lebih sofistikated dan cara-cara psikologi. Mereka sedar cara lama ini tidak berkesan menyelesaikan masalah. Akan tetapi Malaysia nampaknya masih di takuk yang lama dengan pendekatan menggubal undang- undang untuk menangkap dan menghukum tanpa memberi tumpuan serius meningkatkan tahap mutu hidup rakyat dan membasmi rasuah, pembaziran dan penindasan.
Boleh saya mencelah?
Ya Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat.
Nanti sekejap. Saya habis sedikit ya. Sebentar. Saya hendak sebut di sini, seorang profesor, Mark Juergensmeyer, seorang pakar dari Amerika bidang pakar keganasan agama atau religious terrorism, telah memberi pandangan di Seminar Keselamatan Nasional di Singapura pada Januari 2014. Beliau mengatakan perang menentang keganasan atau terrorism boleh dimenangi dengan syarat kerajaan jangan masuk ke perangkap pengganas. Kata beliau, biar pihak keselamatan menjalankan tugas mereka tanpa campur tangan atau unsur politik dan biarlah mahkamah memutuskan hukuman yang sepatutnya. Akan tetapi kata beliau, apabila insiden 9/11 pengeboman di New York World Trade Center berlaku dan kerajaan mengisytiharkan ini adalah declaration of war atau pengisytiharan perang, itulah yang dikehendaki oleh Al- Qaeda dan ramai yang benci Amerika dan bersimpati dengan Al-Qaeda telah menyebelahi Al-Qaeda dalam perang untuk menentang Amerika. Ya, silakan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sebenarnya saya tertarik sebab apa yang cuba dirumuskan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu bahawa keganasan ini disebabkan oleh ketidakpuasan hati rakyat mengenai rasuah, mengenai jurang ekonomi memang ada benarnya tetapi sejarah membuktikan pembunuhan beramai-ramai dan keganasan itu sendiri berhasil daripada perbezaan pendapat yang ekstrem sampai level antara, sama ada agama ataupun doktrin.
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua membuktikan ratusan juta, puluhan juta orang rakyat mati bukan sebab rasuah tetapi sebab doctrine divide, perbezaan doktrin ataupun pendekatan-pendekatan doktrin tertentu untuk mencapai matlamat sempit kumpulan-kumpulan tertentu. 9/11 membuktikan bahawa bila ada pelanggaran World Trade Center, menyebabkan kematian 3,000 orang, maka George Bush kata, “You are with us or against us”. Akhirnya, berlakulah peperangan yang membunuh ramai, jutaan rakyat Iraq dan rakyat Afghanistan. Tidak ada kena-mengena dengan rasuah. Jadi saya ingin merumuskan di sini bahawa apa pun berlaku dalam negara sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, kita kena kenal pasti daya penarik mengapa mereka ini sanggup membunuh diri atau menyebabkan perkara- perkara yang membabitkan kepada keganasan. Saya rasa ini Yang Berhormat Batu, jelas sama ada dia buat senjata atau dia buat bom, dipanggil atau terpanggil, ini satu fenomena landskap yang berlaku yang perlu ditangani. Kita tidak boleh duduk diam mengatakan sama ada ini hak asasi atau tidak kalau landskap itu tidak dapat kita akses atau tidak mempunyai kawalan. Kalau tidak ada kawalan, sekurang-kurangnya kita mempunyai mekanisme untuk mengurangkan keterbukaan kita kepada senario keganasan yang begitu ketara dalam dunia ini. Ditambah pula dengan dunia tanpa sempadan dan juga perluasan fitnah yang begitu membara seluruh dunia sebab orang membunuh sebab fitnah. Dalam Islam pun, sebab fitnah lebih tajam daripada mata pedang.
Jadi saya ingin menyatakan di sini kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu, memang betul kita melihat satu sudut rasuah. Itu perlu ditangani tetapi tidak boleh menolak hakikat bahawa kelakuan keganasan ini satu fenomena yang amat berbahaya, yang dahsyat, yang perlu kita tangani dengan satu pendekatan mekanisme atau undang-undang yang lebih tegas yang merangkumi. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Terengganu?
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Pada saya Tuan Yang di-Pertua, rasuah ialah pencetus awalan yang mana apabila rakyat Malaysia melihat saudara-saudara mereka di Arab Saudi, Timur Tengah dan sebagainya mengalami masalah yang sama, inilah mencetuskan keakraban atau the brotherhood link. Di situlah timbulnya banyak pertalian dan exchange abuse dan juga radicalism bertambah. Inilah pencetus yang menyamakan, a common ground, dengan izin untuk mereka bersama. Di sinilah kita tidak boleh hanya rely kepada satu approach sahaja, hanya menangkap dan mengurung kerana kita boleh mengurung jasad mereka tetapi minda mereka masih memberontak. Ini kerana kita tidak meyakinkan bahawa sebab-sebab kezaliman, penindasan, masih belum ditangani oleh semua pihak. Bukan hanya di Malaysia tetapi di banyak negara Islam di seluruh dunia yang kaya tetapi rakyatnya masih susah, miskin dan tertindas. Itulah the common cause yang saya maksudkan di sini. Rasuah adalah hanyalah permulaan dan ini mencetuskan the friendship atau the brotherhood spirit. Ada juga seorang lagi pakar yang memberi banyak pandangan di Singapura iaitu Dr. Mohammad Ali yang mengatakan kita tidak boleh fight fire with fire all the time. Kebijaksanaan diperlukan dalam isu kemenangan yang mana psikologi boleh dan sepatutnya digunakan dalam menangani masalah pengganas. Akan tetapi, Kerajaan Malaysia tidak yakin dengan sistem kehakiman sendiri dan banyak sistem yang dibentuk dalam akta yang baru ini mengambil kuasa mahkamah yang asal dan mengetepikan hak untuk bicara dan penahanan tanpa bicara. Hari ini pula kita mendengar even untuk dibebaskan pun, kita tidak benarkan lagi membayar bail. Ini satu lagi pembaharuan yang makin menekan orang-orang yang telah ditahan...
Yang Berhormat Kuala Terengganu, sedikit.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Kuala Terengganu dengan saya, mengatakan bahawa anak- anak muda khususnya mereka yang lepasan sekolah hari ini, apabila mereka kecewa yang teramat sangat melihat bahawa seluruh dunia sekarang ini, bagaimanakah kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan negara Eropah menggunakan kedudukan mereka untuk mempengaruhi kerajaan-kerajaan tertentu termasuklah Malaysia? Kadang-kadang ini menyebabkan ada tindakan-tindakan yang mereka rasakan tidak patut dilakukan. Contohnya mempengaruhi sistem perdagangan, mempengaruhi tindakan-tindakan kerajaan hingga menyebabkan sebelah pihak ini berada di pihak yang advantage contohnya Amerika dan Europe dan menyebabkan apabila kesusahan yang berlaku di Arab khususnya di Syria, bagaimana Amerika membantu sebelah pihak tetapi sebelah pihak lagi tertekan. Ini menyebabkan mereka tertarik untuk membela orang yang tertindas. Ini amat bahaya kerana maklumat-maklumat ini mereka dapati daripada internet dan juga sumber-sumber lain yang menyebabkan rasa kecewa mereka terhadap negara imperialis menyebabkan mereka tertarik untuk berjuang bagi pihak orang lain. Ini sedang membara. Saya rasa juga ia menyebabkan anak-anak muda ini berasa harus berkorban untuk ketidakadilan yang berlaku di seluruh dunia. Apakah pendapat Yang Berhormat Kuala Terengganu?
Boleh gulung Yang Berhormat ya.
Saya jawab sikit dan saya gulung ya. Ya, saya setuju dengan pendapat itu. Ini berbalik kepada konsep common cause. Apabila anak-anak muda ini melayari internet dan mendapati bahawasanya negara ini dan juga negara-negara lain seperti negara Arab dicerobohi dan dikekang oleh kuasa- kuasa besar, di situlah bermulanya persahabatan yang boleh menimbulkan budaya yang
lebih ekstrem. Kalau kita dapat membendung suasana atau atmosfera sedemikian rupa di Malaysia, kemungkinan mereka tidak begitu tertarik. Di situlah letaknya kebijaksanaan psikologi. Saya hendak menekankan di sini, Malaysia sekarang ini menjadi Ahli Tidak Tetap United Nations Security Council. Walaupun Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan akta menentang keganasan tetapi ia mestilah menghormati segala hak asasi kemanusiaan dan civil liberties. Ini mengikuti Resolusi 2178 Bangsa-bangsa Bersatu, September 2014. Sekarang ini amatlah menyedihkan kerana Malaysia melanggar syarat-syarat ini dengan begitu banyak akta baru yang tidak menepati kehendak ini. Akhir sekali, saya hendak menekankan di sini. Malaysia sebenarnya telah mempunyai pengalaman sistem battle for the hearts and minds iaitu memerangi hati dan minda rakyat dan penyokong pengganas dalam memerangi Komunis pada tahun 50-an dulu yang boleh diguna pakai terhadap gerakan pengganas hari ini. Antara sebab-sebab mulanya gerakan Komunis tahun 40-an di Malaya adalah seperti dilaporkan oleh akhbar parti Komunis sendiri pada tahun dahulu, Freedom Youth yang menyatakan, “Britain syaitan imperialis yang menghisap darah rakyat Malaysia. Kekayaan Malaysia dirompak oleh orang asing”. Akan tetapi hari ini, apa yang anak-anak muda pandang, hari ini pengganas atau potensi menjadi pengganas menyatakan kekayaan negara Malaysia dirompak dan disamun oleh pihak elit pemerintah Malaysia sendiri dengan restu negara asing.
Saya hendak mencelah sedikit, boleh? Sempat lagi atau tidak?
Ya.
Saya cuma mengenai Briggs Programme masa kita Emergency 1948-1960. Masa itu sebenarnya pengganas lain- kita ada pewujudan kampung-kampung baru dan kita memotong laluan- laluan logistik untuk pengganas. Akhirnya, kita dapat mengatasi Emergency ini dengan berjaya tiga tahun selepas merdeka. Jadi masa itu tidak ada media sosial, tidak ada minda. Saya ada sedikit kekeliruan di situ, saya ingat diperbetulkan balik Yang Berhormat Kuala Terengganu. Terima kasih.
Maksud saya ialah konsep propaganda yang digunakan bahawasanya kekayaan negara ini tidak turun ke bawah, kepada orang ramai dan anak-anak muda memprotes keadaan sedemikian rupa. Kalau dulu, penjajah adalah orang asing, hari ini penjajah yang membolot harta kekayaan negara bertumpu pada orang-orang kaya sendiri. Di situlah the common cause. Maksud saya, kalau kita hendak membendung perasaan benci dan ekstremis ini, kita mestilah mengatasi perkara-perkara sedemikian rupa by dengan izin, remove the cause dengan mengurangkan lagi jurang perbezaan pendapatan.
Yang Berhormat.
Ya Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.
Boleh? Sedikit lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita banyak bercakap tentang pencegahan. Semalam kita nampak Menteri banyak kali menggunakan perkataan ‘pencegahan’. Apakah sebenarnya pencegahan? Adakah dengan datangnya akta-akta draconian sebegini ialah pencegahan atau didikan? Sebagai contoh, memerangi mereka daripada melakukan keganasan ataupun terlibat dalam ekstremis ini pencegahan. Saya rasa definisi pencegahan ini disalah gunakan, disalah tafsir hanya untuk membawa bil-bil ini masuk dalam Dewan yang mulia ini. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Ya, saya bersetuju bahawasanya we have to remove the cause. Itulah cara seperti yang Perdana Menteri sendiri kata prevention is better than cure. Itulah sebabnya kalau diambil langkah-langkah yang bijaksana untuk mengurangkan ketidakpuasan hati terutamanya anak-anak muda, perkara ini dapat dibendung. Akhir sekali saya hendak nyatakan di sini hari ini di Malaysia dan negara membangun yang lain menghadapi ancaman pengganas. Kemarahan rakyat berpusat atas isu salah guna kuasa serta rasuah pihak pemerintah dan atasan. Anak-anak muda hari ini
begitu canggih dengan kegunaan media sosial dan sebagainya dan tidak ada cara kita untuk menyekat maklumat ini berpindah dari benua kepada benua yang lain. Melainkan kita mengubati perasaan mereka dengan menangani masalah ini supaya tidak berterusan. Itulah saya rasa sebaik-baik pendekatan yang kerajaan patut lakukan. Tidak akan selesai masalah ini dengan berapa banyak, berapa ratus ribu akta undang-undang baru yang dibubarkan kalau kita tidak tangani the root of the problem or the root cause of the problem. Itulah sebaik-baiknya. Dengan itu saya minta memohon kerajaan memikir sedalam-dalamnya supaya undang-undang yang keras tidak boleh menyelesaikan malahan boleh seperti yang dikatakan oleh sahabat saya tadi, membuat keadaan ini lebih teruk, lebih berat kerana pihak anak muda akan lebih memberontak. Dengan itu saya memohon untuk kerajaan mempertimbangkan sepenuh-penuhnya pendapat daripada pihak kami. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya akur kepada peraturan Dewan dan juga peraturan-peraturan yang ada hubung kait dengan Dewan. Jadi kita berbincang saya tertarik dengan Yang Berhormat dari Setiu mengatakan tidak ada perkara yang patut banyak sangat dibincang yang kita bincang di sini ialah soalan pasport, imigresen itu sahaja sebenarnya. Jadi saya akan menjawab soalan pasport dan imigresen. Soalan-soalan keganasan itu sepatutnya dibawa dalam undang-undang yang semalam yang mana kita membuang banyak masa untuk belah bahagi sahaja. Kita tidak berhujah secara produktif. Jadi saya pada hari ini saya tidak hendak terdorong, terbawa-bawa. Saya percaya bahawa amat baik kita gunakan peraturan itu sendiri dan berpandukan kepada peraturan itu sendiri. Itu yang pertama. Kedua, kalau siapa hendak mencelah, baca peraturan dahulu. Saya tidak akan memberikan peluang untuk orang mencelah melainkan mengikut peraturan. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, kalau di New Zealand tidak boleh dicelah langsung kalau Menteri bercakap melainkan specific case. Itu pun jarang berlaku dalam satu-satu perkara supaya boleh kerajaan membentangkan apa hendak kerajaan sebut. Ketiga, kalau kita hendak bercakap tidak payahlah screaming. Kalau di Finland, dia akan measure the decibel, kita punya screaming dalam Dewan itu, melihat sama ada kita itu bercakap secara Parliamentarian ataupun kita bercakap secara dalam market. Jadi budi bahasa kesopanan kalau kita betul-betul hendak jadi Ahli Parlimen yang betul matang begitulah sepatutnya kita berhujah. Jadi saya bukanlah hendak sebut kepakaran sangat tetapi saya suka berbudi bahasa Tuan Yang di- Pertua. Pertama, saya ingin menjawab daripada Yang Berhormat Shah Alam berhubung dengan hak asasi terhadap orang-orang ditahan. Saya ada jawapan. Pihak memperjuangkan hak asasi orang ditahan oleh pihak berkuasa tanpa memikirkan hak mangsa dan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pembelaan dan menikmati kehidupan dalam suasana aman dan harmoni. Ini kadang-kadang kita terlupa, banyak sangat membela pihak-pihak yang melakukan kesalahan. Kita terlupa bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia itu perlu pembelaan, wakil-wakil rakyatnya juga bukan daripada kerajaan sahaja tetapi daripada semua pihak dalam Dewan yang mulia ini. Jadi kita jangan part yang sedikit itu kita hingga kecoh pembelaannya. Jadi rang undang-undang ini sebenarnya melihat semua sudut untuk membolehkan pihak berkuasa menahankan pasport mana- mana rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan sebarang kesalahan keganasan. Bukan semua orang hendak keluar pergi ke Filipina ataupun pergi ke Syria ataupun pergi ke Jordan ataupun pergi ke mana-mana negara yang bergolak itu akan dikatakan terlibat dengan keganasan, itu bukan. Dinafikan oleh kerajaan sangkaan ini. Hanya mereka yang disyaki dan kerajaan mempunyai bukti-bukti yang khusus bahawa dia ini ada terlibat dengan keganasan ataupun latihan keganasan pun ataupun ideologi keganasan ini. Ini yang kita hendak halangkan kerana kita bimbang apa yang berlaku sekarang kita lihat beberapa orang rakyat Malaysia telah berada di luar negara. Memperjuangkan satu pendapat ataupun perjuangan politik yang mungkin tidak betul. Itu kita hendak halangkan mereka ini membunuh diri dalam perjuangan yang tidak sesuai, tidak betul, tidak wajar, tidak selaras dengan kepercayaan agama mereka. Kita hendak halang
mereka ini supaya menyelamatkan beliau sendiri, menyelamatkan keluarganya daripada semua stigma dan sebagainya. Ini yang kita hendak halangkan itulah kenapa diberi kuasa kepada pihak polis memaklumkan kepada Ketua Pengarah Imigresen dan supaya Ketua Pengarah Imigresen menilai bukti-bukti yang ditunjuk oleh pihak polis boleh menahankan pasport beliau itu. Kedua, soalan pasport itu sendiri, ini panjang lebar saya hendak sebutkan. Apakah pandangan mahkamah sebenarnya berhubung dengan hak seseorang untuk mempunyai, mengguna atau diberi satu keutamaan menggunakan pasport untuk keluar negara? Sebenarnya rakyat Malaysia, rakyat mana-mana negara pun tidak mempunyai hak untuk keluar daripada negara mereka. Itu satu privilege ataupun keutamaan yang khusus diberi kepada pemegang pasport untuk keluar ke negara asing. Jadi ini di bawah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kebebasan diri seperti yang berikut, “Liberty of a person” dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Inggeris kerana kes ini pun dalam bahasa Inggeris juga. No person shall be deprived of his life or personal liberty except in accordance with law”. Jadi ini interpretasi oleh mahkamah. Perkara 51, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tidak orang boleh diambil nyawanya atau disekat kebebasannya kecuali mengambil nyawa dan sekatan tersebut dibuat berlandaskan undang-undang. Mahkamah Persekutuan dalam kes Government of Malaysia and others versus Loh Wai Kong [1979] 2 LNS 22 telah membincangkan isu hak seseorang untuk mendapatkan pasport dan keluar dari Malaysia. Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut, dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua. Article 5 speaks of personal liberty, not of liberty simpliciter. In the light of this principle, in construing “personal liberty” in Article 5(1) one must look at the other clauses of the Article, and doing so we are convinced that the article only guarantees a person, citizen or otherwise, except any enemy alien, freedom from being “unlawfully detained”. It will be observed that these are all rights relating to the person or body of the individual and do not in our judgment include the right to travel overseas and to a passport.
With respect, we agree with that Mukrejee Jay said at page 96 Gopalan AIR 1950SC 27. In ordinary language, Judge Mukrejee said, “Personal liberty means liberty relating to or concerning the person or body of the individual and personal liberty in this sense is antithesis of physical restraint or coercion.” According to Dicey- dari sini, semua pengkaji undang-undang tahulah siapa Dicey itu. Who is an acknowledged authority on the subject, ‘personal liberty’ means a personal right not to be subjected to imprisonment, arrest or other physical coercion in any manner that does not admit of legal justification.” [Dicey, on Constitution Law, Edition 9 page 207 and 208]. “It is, in my opinion, this negative right of not being subjected to any form of physical restraint or coercion that constitutes essence of a personal liberty.” Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa “To sum up personal liberty in Article 5 means liberty relating to or concerning the person or body of the individual; that Article does not confer on the citizen a fundamental right to leave the country.” Ini penting ini, hak untuk keluar negara. “On the contrary, the government may stop a person from leaving the country if, for instance, there are criminal charges pending against him.” Article 5 does not confer on the citizen fundamental right to travel overseas. Jadi secara ringkas, saya tidak payah baca habis semualah Yang Berhormat ya. Sebenarnya undang-undang yang kita bawa di sini, actually the realisation of this keputusan tahun 1979. Lama undang-undang ini diputuskan. Jadi maknanya, there is nothing new dalam undang-undang yang kita bawa dalam Dewan pada hari ini. Itu hanya menjadi garis panduan supaya tidak ada kekeliruan bahawa ada kes law yang telah membuat satu-satu keputusan. Exactly apa yang disebut dalam kes itu tadi. Sila, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyanjung penggunaan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang Article 5, dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga menggunakan konotasi daripada AV Dicey itu. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, daripada segi prinsip saya lihat akta ini sangat
penting terutama dalam memastikan bahawa kita boleh menghalang seseorang individu yang dianggap pengganas untuk masuk atau keluar dalam negara kita. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ini berkaitan dengan rakyat Malaysia. Sekiranya ia bukan berkaitan dengan rakyat Malaysia, contohnya rakyat luar negara yang disyaki pengganas ingin memasuki ke negara kita. Adakah dengan akta ini kita boleh menghalang individu tersebut daripada masuk ke dalam negara kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya konsep menyeberang sempadan ini tidak ada satu bidang tanah pun yang tidak dipunyai mana-mana negara sekarang. Semua sudah dipunyai negara, melainkan tempat yang internationally renowned macam North Pole, South Pole dan sebagainya. Jadi, itu pun kita kena gunakan pasport juga hendak keluar. Jadi kalau dia keluar daripada negara dia sendiri, hendak masuk ke negara kita, kita pun berhak menghalang dia. Jadi ini satu lagi realisation prinsip itu kepada undang-undang ini, menghalang orang lain daripada negara lain hendak masuk ke negara kita ini. Bila sampai ke negara ini, kita boleh meminta dia mengeluarkan pasportnya dan kita boleh menyita pasportnya. Begitu juga kita konsisten dengan kehendak international body macam United Nations, bagaimana diusulkan pada awal tadi apabila Menteri membentangkan rang undang-undang ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, nyata sekali undang-undang ini sebenarnya, it’s all long overdue. Apa yang kita buat hari ini ialah untuk merealisasikan perkara yang sebenarnya sudah wujud dalam dunia. Jadi apa yang kita buat, untuk menunjukkan kepada pegawai kita yang mungkin- tidak payahlah hendak membaca case law, tidak payah mengenali prinsip cross border travel berhubung dengan daripada tempat ke satu tempat lain, migration, berhubung dengan keperluan memasuki daripada negara dia akan masuk ke negara orang lain. Prinsip undang-undang tidak dibolehkan. Jadi di sini, kita mengatakan bila dia masuk ke negara kita bawa passport foreign, kita tidak berhak menyita pasport dia sebab itu kepunyaan kerajaan negara mereka. Jadi dengan undang-undang ini yang dipersetujui oleh United Nations secara multilateral, maknanya kerajaan yang bersetuju dengan apa yang diusulkan di United Nations itu dengan implikasinya, bersetuju dengan undang-undang yang mana-mana rakyat mereka melakukan satu kesalahan keganasan, datang ke negara ini, kita berhak sebagai kerajaan negara ini menangkap, menahan dan menyita pasportnya. Jadi, inilah prinsip yang kita tunjukkan dalam undang-undang. Jadi tidak ada hubung kait dengan apa yang dibahas dengan panjang lebar, soalan keganasan dan sebagainya yang disebut dari pagi tadi yang sepatutnya dibahas semalam di bawah undang-undang yang kita luluskan semalam. Ini hanya soalan imigresen.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Ya, Yang Berhormat Batu berdiri. Okey, sila Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya ingin dapat penjelasan sebab ia berkaitan dengan tafsiran. Saya ambil contoh, kalau ada sekumpulan rakyat dari Republic of China datang ke Malaysia dan mereka datang daripada kaum Uyghur atau orang Sin Kiang. Sebenarnya mereka hanya- Kalau ikut mereka, mengatakan mereka hendak pergi mendapatkan suaka politik dari Turki. Akan tetapi negara China bertegas bahawa mereka terlibat di dalam terrorism. So, ini yang menjadikan kekhuatiran bila kerajaan buat tafsiran. Adakah tafsiran ini mengikut kepentingan diplomatik atau mengikut hak asasi manusia? Itu yang saya anggap relatif ini yang menjadikan Malaysia jadi sasaran kalau kita tidak mengambil langkah yang betul dan maklumat yang dikutip ini datang hanya daripada pihak polis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu memang banyak membangkit dan membahas soal hak asasi. Bahkan kalau kita kaji dengan halus- Hansard tidak ada depan saya ini apa yang Yang Berhormat Batu sebut tadi. Bahkan tindakan seseorang itu untuk terlibat dengan apa sahaja badan- badan yang kita isytiharkan sebagai badan pengganas, pun nampaknya ada sedikit petunjuk yang Yang Berhormat Batu kata boleh dipersetujui Jadi saya tidak boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Batu dalam soal ini sebenarnya. Kita mempunyai maklumat- maklumat kita sendiri. Kita juga mempunyai pakar risik kita sendiri. Kita juga mempunyai badan yang boleh menilai kita sendiri, yang boleh memastikan siapa pengganas dan siapa bukan pengganas berpandukan kepada senarai
yang diberi oleh United Nations. Jadi, United Nations memang kita boleh pertikaikan Yang Berhormat. Saya banyak mempertikaikan United Nations, tetapi dalam sudut ini Yang Berhormat, United Nations is the only badan dalam dunia sekarang kita terima. Bukan yang lain sebagai penghalang daripada berlakunya peperangan dan sebagainya. Walaupun kita lihat tidak berjaya, tetapi kejayaannya kalau dinilai secara besar, banyak kejayaan United Nations itu. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita tetap masih boleh menyokong apa sahaja yang dikeluarkan oleh United Nations. Di samping itu, kita menggunakan kepakaran kita sendiri untuk menilai individu ataupun group of individual, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sama ada pengganas ataupun bukan pengganas.
Boleh tanya?
Jadi, apa Yang Berhormat sebut tadi berhubung dengan orang- tunggu Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat Batu dulu. Nanti dia masuk dalam sungai nanti. Yang Berhormat Batu, tidak masuk sungailah. Dalam Dewanlah. Walaupun negara seperti Yang Berhormat sebut, negara China mengatakan orang ini pengganas, tetapi kita mempunyai hak kita sendiri untuk menilai dan mengetahui orang ini sama ada pengganas ataupun tidak. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita tidak 100% berlandaskan maklumat daripada negara-negara lain Yang Berhormat.
Kita akan nilai sendiri juga sama ada dia pengganas ataupun tidak. Bahkan banyak contoh-contoh disebut di sini umpamanya Hamas sebagai badan “tool”, Amerika mengatakan dan dituduh sebagai badan pengganas. Tetapi sebenarnya United Nation tidak pernah pun mengisytiharkan Hamas sebagai badan pengganas dan begitu juga Malaysia Yang Berhormat. Jadi dengan sedemikian bahawa contoh menggunakan Hamas itu sebagai badan pengganas di Dewan ini adalah kurang tepat. Terima kasih. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mendengar bahawa pembangkang sering kali berhujah, dia kata kerajaan cuma mengambil sumber daripada risikan pihak polis. Memang sebetulnya pun. Tugas polis ini kalau kita lihat iaitu mengawal keselamatan. Jadi saya tidak tahu pembangkang dia mahu kita mendapatkan sumber dari mana, risikan dari mana? Dari KGB mungkin, dari CIA mungkin, sebab dia tidak percaya dengan risikan polis kita. Jadi saya tidak tahu Yang Berhormat Batu percaya dengan siapa. Sebab itu mungkin satu ketika Yang Berhormat Batu gigit telinga polis sebab dia tidak ada kepercayaan. Dia percaya dengan risikan daripada KGB mungkin, daripada polis...
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Belum lagi, kejap dulu.
Perkara ini sudah banyak kali dibangkit, tapi dalam Mahkamah saya tidak didapati bersalah, tidak ada isu saya gigit polis.
...Akan tetapi ada gigit.
Kalau sekali lagi dibawa, saya akan terpaksa buat usul kerana berkali-kali...
Bukan, tidak apa.
...Dikata ini adalah bersifat menghina terhadap karakter saya.
Bukan, Yang Berhormat tidak ada gigit kah. Kalau tidak ada okey lah itu.
Memang tidak ada.
Okey.
So, saya harap Tuan Yang di- Pertua bagi warning sebab dah beberapa kali dibangkit oleh Ahli-ahli Parlimen.
Ya, Yang Berhormat jelas.
Cuma saya punya pandangan tadi bahawa Yang Berhormat Batu langsung tidak ada kepercayaan kepada polis. Jadi saya hendak tahu Yang Berhormat Batu...
Balik kepada Rang Undang-undang lah Yang Berhormat ya.
Ya, undang-undanglah ini.
Sifat ahli jangan sentuh.
Saya mahu tanya polis adakah sumber-sumber lain yang boleh diterima pakai selain daripada risikan yang diwujudkan oleh pihak polis? Dan sekiranya United Nations juga mungkin mengkategorikan Yang Berhormat Batu sebagai potensi ganas adakah juga dia akan ditahan oleh kementerian? Sekiranyalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak guna sama ada contoh Yang Berhormat Batu kah, ataupun mana-mana Ahli Parlimen kah sebagai pengganas, kerana saya tahu Yang Berhormat dari Kinabatangan dia selalu bergurau, sebenarnya bukan serius bercakap begitu. Jadi sebenarnya polis mempunyai maklumat daripada semua sudut. Bahkan kita membuat satu perhubungan antarabangsa dengan Interpol, dengan risikan-risikan antarabangsa sama ada Eropah, Amerika dan sebagainya dan juga seluruh ASEAN, ASEANAPOL dan sebagainya. Kita mendapat maklumat-maklumat ini. Dalam masa yang sama polis tidak pernah secara 100% menggunakan maklumat ini sebagai mengatakan bahawa, maklumat ini mengatakan si anu bin si anu di Malaysia ini pengganas ataupun penjenayah. Itulah kenapa polis kita akan menilai sendiri sama ada rakyat Malaysia itu ataupun sesiapa saja yang datang itu kalau dicurigai oleh pihak polis akan menilai sendiri sama ada dia penjenayah ataupun tidak. Dalam hal yang sedemikian, dalam konteks undang-undang ini, kalau dia betul seorang pengganas ataupun didapati ada bukti-bukti yang nyata ada pada pihak polis dan rekod jenayah ataupun pengganasnya, boleh memberi maklumat kepada pihak Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Imigresen boleh menggunakan kuasanya menghalang seseorang itu untuk masuk ke negara ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sejauh mana kepakaran polis kita daripada segi komputer forensik.
Yang Berhormat sebenarnya polis khususnya Special Branch mempunyai kepakaran yang banyak Yang Berhormat. Akan tetapi malangnya saya not at liberty, dengan izin Yang Berhormat, untuk mendedahkan metodologi, cara, prinsip dan falsafah, intelligence mereka kepada Dewan ini. Bukan saja di Dewan kita Yang Berhormat, bukan saya saja bahkan kalau di Amerika pun, di tempat yang macam Senate ataupun di Kongres ataupun di House of Common di England ada dikatakan executive right ataupun privilege yang mana tidak boleh didedahkan kepada pihak wakil- wakil rakyat pun. Jadi Yang Berhormat oleh sebab ada hubung kait dengan keselamatan negara.
Akan tetapi itu sebahagian daripada kepakaran kita Yang Berhormat.
Ya memang, kita, saya cukup yakin Yang Berhormat. Saya cukup yakin polis kita mempunyai cukup kepakaran dalam sudut ini. Hanya mungkin kita kekurangan anggota, mungkin kita kekurangan alat-alat yang canggih, yang kita sedang mengkaji dan meminta pihak kerajaan memberi tambahan kepada sudut- sudut keanggotaan dan juga alat-alat yang saya sebutkan tadi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat dari Kuala Krai. Walaupun Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada di sini, menyasarkan perjalanan merentas sempadan, dokumen perjalanan bagaimana mereka yang tidak ada dokumen perjalanan. Ini berhubung kait dengan sempadan kita yang porous ataupun mudah dibolosi Yang Berhormat yang beberapa ratus kilometer di sempadan kita dengan Thailand, hampir 2 ribu kilometer di sempadan kita di antara Sarawak dan Kalimantan. Begitu juga yang 800 kilometer di Sabah dan Kalimantan. Jadi ini memang, kita mendapati bahawa tempat ini
mudah dibolosi dan boleh mendatangkan satu kesan keselamatan kepada kita. Walau bagaimanapun pihak kementerian dan pihak polis bersama dengan pihak anggota keselamatan lain macam tentera dan sebagainya, kita mengambil kira dan berbincang dengan kerajaan untuk macam mana mengatasi masalah kebolosan sempadan ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih. Saya ingin bertanyakan, kalau kita buat perbandingan adakah terdapatnya ranking atau dimanakah letaknya tahap perisikan kita kalau dibandingkan dengan MI5, MI6, CIA, FBI dan juga sebagainya Mossad ataupun KGB. Di mana prestasi ataupun tahap penyelidikan ataupun risikan, pihak negara Malaysia kita ini?
Berkaitan, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sambung sikit kaitan tersebut. Daripada segi perisikan negara kita sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar, adakan dengan adanya akta yang kita bincangkan dan bahaskan pada hari ini, sudah sampai masanya untuk melonjakkan tahap pasukan perisikan negara kita seperti tahap negara-negara maju sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar seperti CIA, MI6, KGB dan sebagainya untuk menunjukkan lagi keseriusan pengumpulan data dan juga intelligence report dan managing intelligence report untuk memastikan kita boleh elakkan sebarang bentuk keganasan daripada berlaku sama ada di negara kita. Terima kasih.
Walaupun secara formal Tuan Yang di- Pertua, kita tidak mempunyai ranking ataupun study on ranking sama ada kita salah satu daripada yang teratas atau di ke bawah atau di mana letaknya negara Malaysia, punya intelligence capability ataupun capacity. Kalau dibandingkan dengan FBI, CIA, MI5, Scotland Yard dan sebagainya, kita tidak mempunyai ranking sedemikian yang saya ketahui. Akan tetapi apa yang saya tahu ialah pada tahun 60-an, 70-an hingga 80-an, kita dapati banyak pengiktirafan daripada negara-negara luar bahawa kita punya intelligence service dalam polis itu sendiri mempunyai ranking yang teratas, one of the best dikatakan di dunia pada ketika itu. Begitulah kenapa kita boleh mengatasi masalah-masalah subversive element dalam polis itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau saya hendak ceritakan, is lebih stranger than fiction Tuan Yang di-Pertua cerita-cerita ini. Bukan cerita dongeng ataupun kisah buatan manusia, penulisan minda manusia penuh dengan imaginasi, tidak. Perkara benar berlaku.
Akan tetapi kita mempunyai kapasiti dan capability tetapi apa yang berlaku selepas emergency, ada Yang Berhormat menyebut tadi pada tahun 1989 sebenarnya keadaan emergency di Semenanjung tamat. Sebenarnya pihak komunis ada 50 orang lagi belum menyerah diri hingga Oktober tahun 1990. Pada ketika itu kita anggap bahawa communist threat tidak ada lagi. Jadi, pada ketika itu juga nampaknya ada indicator tertentu menunjukkan bahawa we stood down kita punya intelligence service. Dalam keadaan sedemikian kita nampak kurang dalam sudut itu kerana kita menangani masalah-masalah lain. Jadi, dalam keadaan sekarang digerakkan semula to recover back apa yang telah kita tinggalkan. Mungkin tidak lama tetapi sekejap dalam peringkat tahun 90-an dan akhir 80-an dan pada masa sekarang, pertengahan tahun 2000 kita akan mempertingkatkan pula kedudukan ranking kita walaupun tidak ada secara formalnya dalam sudut intelligence gathering dan analysis di dalam Jabatan Polis itu sendiri. Jadi Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, saya cukup yakin, we can achieve the level of excellence yang kita pernah capai pada suatu ketika dahulu dan bukan sahaja dalam sudut risikan information dan analysis intelligent report itu sendiri tetapi kita mempunyai juga kepakaran daripada sudut psywar dan apa Yang Berhormat tadi katakan to win the
heart and mind of the people. Kita akan bina semula apa yang kita tinggal sekejap Tuan Yang di-Pertua. Jangan bimbang, Insya-Allah. Jadi, saya masih berkitar dengan Yang Berhormat Kuala Krai yang bertumpu kepada negara luar yang jauh dari Malaysia seperti Iraq dan Syria. Bagaimana pula dengan Thailand, Indonesia, Filipina mahupun Singapura? Yang Berhormat, sebenarnya tindakan kita di bawah undang-undang ini tidak mengira sama ada keganasan, threat kepada negara kita itu datangnya dari jauh ataupun dari dekat ia akan dilihat dalam sudut yang sama. Memang ada sedikit sebab kebolosan apa yang saya sebutkan tadi di sempadan kita yang menjadi satu cabaran yang besar kepada pihak keselamatan khususnya pihak polis dan intelligence. Akan tetapi dalam masa yang sama juga pihak polis sekarang telah merancang dalam dua, tiga perkara iaitu untuk menjaga sebagai apa yang dikatakan border security network intelligence service untuk mendapat yang lebih komprehensif lagi dalam sudut intelligence gathering. Bukan sahaja dari sudut keganasan, pembawa senjata atau pun weapon smuggling ke negara kita tetapi semua sudut, membuat jenayah ataupun human trafficking. Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanya apakah kita didesak oleh mana-mana pihak untuk mewujudkan akta ini? Jadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bukan didesak. Kita sebagai the world community, ahli United Nations kita juga bersetuju dengan apa yang diusulkan oleh Security Council. Jadi, kita melihat ada kebaikannya kita mewujudkan undang-undang ini. Sebenarnya apa yang saya sebutkan awal tadi, sebenarnya kita sudah ada undang-undang. Kita boleh laksanakan mengikut apa yang saya sebutkan awal tadi tetapi United Nations memperuntukkan usul ini, kita perlu mewujudkan statute. Itulah sebabnya direalisasikan, di codify menerusi undang-undang yang kita tubuhkan ini, yang kita boleh laksana tidak payah ada undang-undang ini sebenarnya. Jadi, kita hanya menggubal rang undang-undang ini selaras dengan apa yang diusulkan di Security Council United Nations. Bukan didesak. Kita hanya merealisasikan dan selaras dengan apa yang dikatakan oleh usul United Nations. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri mengaku bahawa kita tidak mengikut mana-mana arahan negara tetapi mengikut keputusan yang dibuat oleh United Nations. Menteri juga mengatakan kita sudah ada sebenarnya undang-undang ini. Jadi, apakah keperluan kita mengadakan undang-undang yang lain ataupun statut yang lain semata-mata untuk mengikut cadangan yang dibuat oleh United Nations? Undang-undang yang sedia ada pun sudah mencukupi dan boleh dilaksanakan untuk mencapai hasrat tersebut. Jadi, ini Yang Berhormat Menteri sendiri yang sebut. Bagaimanakah boleh ada kontradiksi tersebut? Terima kasih. Dat Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ini daripada jurusan...
Perubatan.
Perubatan. Saya daripada jurusan undang-undang Yang Berhormat. Saya mengkaji undang-undang, banyak negara. England itu banyak buat undang-undang yang diputus dalam mahkamah, lepas itu dia codify, dia buat di Parlimen. Itu untuk makluman umum. Yang dalam ini hakim sahaja yang mengetahui. Orang macam kita ini kadang-kadang tidak tahu. Jadi, bila dibuat macam ini ia sama dengan apa yang dikehendaki oleh United Nations. Bukan sebabnya, sebab sudah ada kenapa buat lagi. Jadi, itulah kita boleh panjat gunakan kayu macam orang Sarawak dahulu, dia boleh panjat juga gunakan tangga macam itu tetapi kenapa buat tangga batu? Boleh juga panjat. Jadi, itulah Yang Berhormat untuk memperbaiki keadaan, untuk menyelaraskan tindakan kita bersama dengan tindakan antarabangsa kita boleh laksanakan perkara sedemikian rupa. Bukan ada apa-apa atau sebab-sebab yang tertentu.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Shah Alam.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju bahawa kita dalam memerangi keganasan ini sememangnya kita perlu bekerjasamalah dengan negara-negara yang lain dan United Nations ataupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sememangnya merupakan wadah ataupun badan yang terbaik untuk kita melaksanakannya. Hanya saya agak terkilan dengan perbahasan yang berlaku di mana dalam soal hendak menggubal undang-undang itu Kerajaan Barisan Nasional dan khususnya backbencher menganggap bahawa soal hak asasi manusia boleh dicabuli demi mencapai kepentingan awam yang lebih penting dan perlu mengatasi kepentingan peribadi. Sedangkan resolusi United Nations khususnya Resolusi 2178 telah menyatakan dengan jelas bahawa walaupun the Members State perlu menggubal undang-undang untuk menangani masalah keganasan itu tetapi diberikan penegasan bahawa persoalan hak asasi manusia perlu juga dilindungi. Malahan pencabulan hak asasi manusia itu telah didapati menyumbang kepada bertambahnya ataupun meruncingnya masalah keganasan itu. Kita telah melihat bahawa negara-negara yang lain walaupun mereka telah menggubal undang-undang untuk hendak menangani masalah keganasan ini mereka telah berusaha untuk mengimbangi antara kepentingan awam dan kepentingan peribadi dan menjamin bahawa hak asasi manusia itu tidak dicabuli secara sewenang-wenangnya. Saya tidak melihat usaha yang sama di pihak Kerajaan Barisan Nasional dalam soal ini khususnya yang POTA dan juga dalam soal Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara di mana check and balance dan jaminan-jaminan yang tertentu yang boleh menghalang berlakunya pencabulan hak asasi manusia. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan persoalan ini?
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan hak asasi ini relatif sebenarnya. Perbincangan hingga sekarang kita tidak mengatakan bahawa konsepnya settle. Bahkan di negara yang maju macam di England, sebenarnya saya membaca buku on human right di England itu sendiri tetapi pada hari ini malang oleh sebab saya tidak sangka saya menjawab soalan ini. Saya tidak bawa ke sini. Tebal buku itu. Penulisan yang latest, on the question of human rights. Sama ada sejauh mana Parlimen itu intrude into individual rights semasa membuat undang-undang di Dewan Parlimen di England. Jadi didapati bahawa di England itu sendiri pun ada encroaching into the right of others dalam melaksanakan undang-undang mereka.
Akan tetapi saya masih bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Lord Denning pada tahun 1978, “Your rights end when the rights of others begin”. Ini very simple words sebenarnya tetapi kalau dinilai dengan mendalam, kita memahami apa yang Lord Denning sebut itu. Sebenarnya berlandaskan itu, kita tidak jauh kesalahan dan kelemahan dalam kita menggubal undang-undang. Memang Yang Berhormat, saya bersetuju bahawa dalam kita melakukan sesuatu undang-undang, memang ada kita akan encroach into the right of others. Saya bersetuju itu, memang ada encroachment into the right of others. Akan tetapi dalam keadaan kita to protect the multitude, there must be a few who suffer. Ini tidak boleh kita nafikan bakal berlaku. Jadi dalam begitu, semuanya ada hak. Bahkan pembunuh dan sebagainya semua ada hak. Pembunuh, pengganas semua ada hak. Akan tetapi dalam masa yang sama, sama ada kita bersetuju tidak bahawa dalam kita mempertahankan sangat the hak asasi pembunuh dan pengganas ini, kita terlupa bahawa there are multitude perlu pembelaan daripada kita untuk menjaga hak asasi mereka yang tidak berkemampuan mempertahankan sendiri. Jadi Yang Berhormat, persoalan ini adalah amat akademik, Yang Berhormat. Jadi saya...
[Bangun]
[Bangun]
Biarlah saya bagi peluang sekali lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akui bahawa sememangnya elemen-elemen yang subjektif dalam definisi apa itu hak asasi manusia dan mungkin dari satu negara dan satu masyarakat dengan satu negara dan masyarakat yang lain mungkin ada perbezaan.
Akan tetapi pada masa yang sama, saya rasa tidak ada mana-mana pihak yang boleh menafikan bahawa ada juga bahagian yang wujudnya persetujuan ataupun ijmak, kalau kita hendak gunakan istilah Islamic punya law, adanya persetujuan dan adanya consensus bahawa ia merupakan hak asasi yang wajar diberikan walaupun seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, yang melibatkan orang yang dituduh sebagai pembunuh, yang dituduh sebagai perompak dan sebagainya. Ini merupakan persoalan-persoalan yang diberikan penegasan. Saya baca di sini Yang Berhormat Menteri dengan izin... [Membaca petikan] “Reaffirming that Member States must ensure that any measures taken to counter terrorism comply with all their obligations under international law, in particular international human rights law, international refugee law, and international humanitarian law, underscoring that respect for human rights, fundamental freedoms and the rules of law are complimentary and mutually reinforcing with effective counter terrorism measures, and are an essential part of a successful counter terrorism effort and notes the importance of respect for the rule of law so as to effectively prevent and combat terrorism, and noting that failure to comply with these and other international obligations including under the charter…” – where we are worsen or make the problem even. “…Is one of the factors contributing to increase radicalization and foster a sense of impunity.” Lalu di sini saya rasa persoalan yang terpenting ialah kita hendak tentukan bahawa orang yang dituduh diberikan hak pembelaan dan tidak dengan sewenang- wenangnya yang disyaki terus dikenakan hukuman. Walaupun dikatakan dalam kes POTA itu ia preventive, tetapi hukuman yang sama walaupun dia bersalah ataupun tidak, terbukti ataupun tidak, ia tetap merupakan satu hukuman. Begitu juga dengan soal langkah-langkah khas menentang keganasan di luar negara dan sebagainya di mana seseorang yang apabila dia hanya sekadar disyaki, maka dikenakan tindakan-tindakan yang tertentu. Saya merasakan persoalan mempertahankan hak asasi seseorang itu adalah penting supaya kita tidak menyumbang kepada satu keadaan di mana orang muda akan menganggap bahawa demokrasi itu tidak wujud dan dengan itu, kalau hendak bawa perubahan, maka mesti melalui pendekatan-pendekatan yang lebih radikal. Inilah yang dimaksudkan oleh resolusi itu. Saya tidak nampak ia dilaksanakan ataupun dihayati. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sendiri pun sudah tersasul Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bincang soal POTA, bukan lagi soal rang undang-undang penahanan pasport.
Balik pada rang undang-undang ini.
Jadi saya balik pada itulah. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, secara ringkaslah ya. Saya boleh bersetuju dengan beberapa perkara Yang Berhormat sebut, Yang Berhormat dari Kuala Terengganu dan juga daripada apa tadi, berhubung dengan penekanan akan membuahkan resistant. Saya percaya benda ini. Polarization berlaku apabila pull to the right too much, then the polarization to the left will happen. Then, the vacuum in the center will become the better ground for everybody. Saya bersetuju Yang Berhormat benda ini. Dari sudut teorinya- saya tidak main golf, tidak main tenis, tidak main badminton, Yang Berhormat. Saya baca buku sahaja.
Boleh baca buku dan main golf, Yang Berhormat [Ketawa]
Ini bukan hendak mencaci orang main golflah. Siapa yang suka main golf, just carry on main golflah, tetapi saya tidak boleh main golf. Itu sahaja. Akan tetapi Yang Berhormat dari sudut rang undang-undang ini, sebenarnya tidak ada benda yang berhubung dengan hak asasi manusia. Tadi soalan hak seseorang mempunyai pasport telah saya jelaskan dengan jelas sekali berhubung dengan hak seseorang rakyat Malaysia berhubung dengan pasport yang didapati kes yang disebut tahun 1979 itu ialah yang diputuskan berlandaskan Perlembagaan dan berlandaskan interpretasi common law, bukan berlandaskan undang-undang ini. Jadi nampaknya jelas bahawa there was no infringement of rights against anybody dalam sudut undang-undang ini.
Satu lagi saya hendak sentuh. Yang Berhormat Batu sebut ini. Kerajaan dunia sering tukar takrif siapa dianggap pengganas. Memang, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu berhubung dengan perkara ini. Akan tetapi, tidak boleh ditegaskan sedemikian rupa. Dalam undang-undang ini ataupun POTA, sebenarnya tidak ada dalam undang-undang ini. Kadang-kadang seseorang kalau dia peguam Yang Berhormat, they just look at this... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Apa nama ini? Dia kata, peguamlah kadang-kadang sebut, proconos of the law to understand the meaning, the intention of the law itself. Jadi kalau dia interpret benda itu... Satu lagi sudah diputuskan oleh kes yang telah 300 tahun berlandaskan apa yang dikatakan the Bill of Rights in 1688 yang mana interpretation of undang-undang dilihat dari sudut rang undang-undang ini sahaja, tidak boleh direfer kepada Hansard, tidak boleh melihat apa dia intention Parlimen menggubal satu undang-undang until the case of Pepper and Hart in 1990 by House of Lord yang kita pakai kerana kita pinda kita punya Interpretation Act pada ketika itu selepas keputusan dibuat oleh House of Lord in 1990 berhubung dengan interpretasi undang-undang refer kepada apa yang diucapkan oleh Menteri dalam Dewan untuk mengetahui what actually is the intention of the Parliament semasa meluluskan satu rang undang-undang. Sebenarnya dalam rang undang-undang ini tidak ada sebut pun mana senarai- senarai pengganasnya. Jadi jadual yang disebut oleh Menteri di situ- sebab itu disebut sebagai Jadual. Jadual itu boleh dikurangkan dan boleh ditambah. Jadi maknanya dia bukanlah fix, ia akan berubah. Akan tetapi dalam masa yang sama, ada yang menyebut tadi contohnya Hamas. Ada juga Yang Berhormat dari sana menyebut dia sebagai badan Kelab Putra 1Malaysia membantu pihak Hamas. Memang Hamas bukanlah disenaraikan sebagai badan pengganas dan bantuan kepada pihak Hamas akan diteruskan oleh pihak ini. Boleh diteruskan kerana tidak ada halangan bagi pihak kita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada lagi persoalan Yang Berhormat Batu iaitu disediakan seperti Akta Imigresen dan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan yang diluluskan semalam sudah mencukupi, Akta Pasport. Jadi tidak perlulah undang-undang ini lagi. Saya sudah jelaskan juga itu Yang Berhormat Batu. Sebenarnya kalau Yang Berhormat dengar cerita saya tadi daripada awal, mungkin sudah jelas penjelasan saya berhubung dengan keputusan di bawah satu kes- di mana seseorang yang cross sempadan tidak ada hak melainkan dibenarkan oleh pasport negara mereka. Sekarang undang- undang hanya membenarkan kita confiscate pasport dia kalau dia masuk ke sempadan kita, kalau dia di senarai dan disuspek sebagai seorang pengganas dari negara mereka datang.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.
Apa yang kerajaan buat dengan tahan pasport...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.
Sebentar Yang Berhormat.
Saya minta jangan berucap, Yang Berhormat ya.
Okey, saya tidak berucap. Saya hendak dapat penjelasan. Selepas kita confiscate pasport dia, dia tidak lagi ada pasport. So maksudnya dia menjadi tahanan pada negara kita dan saya juga ingin tahu, dalam undang- undang ini tidak sebut apa yang akan berlaku kemudian. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan. Satu lagi, sedikit sahaja. Kita khuatir tentang undang-undang ini bukan kerana kita cuma kata seperti pembunuh, pengganas ini harus diberi kepada hak asasi. Ini adalah kerana undang-undang ini bersifat pencegahan iaitu preventif. Preventif itu susah kita tafsir seseorang itu sama ada dia mempunyai niat untuk melakukan sesuatu. Jadi seseorang itu, kalau disyaki atau dianggap sebagai mereka berniat dan menghadapi hukuman, itu yang kita khuatir amat tidak adil kalau seseorang itu hanya dihukum kerana dianggap mempunyai niat untuk melakukan sesuatu.
Yang Berhormat Batu masih berbincang soal POTA sebenarnya, bukan berhubung dengan pasport.
[Bangun]
Yang Berhormat, tunggu, dengar saya cakap. Yang Berhormat cakap, saya dengar. Berhubung dengan POTA. Berhubung dengan perkara ini ia hanya tahan pasport sahaja, Yang Berhormat. Kalau menahan pasport itu sebagai satu hukuman, padahal case law yang mengatakan yang diinterpret daripada perlembagaan oleh common law, oleh hakim, bahkan hakim seorang pun Mukharji ini dari India. Jadi maknanya undang-undang kita dan keputusan kita dengan keputusan yang dibuat di India itu pun sama, Yang Berhormat. Dengan sendirinya, kita tidak ada deny hak asasi dia sebenarnya. Apa yang kita larang, kita mempunyai bukti yang cukup, hanya dia belum lagi di charge oleh kita, mungkin menghalang keluar untuk membantu orang kerana tidak mungkin belum lagi menjadi kesalahan sebelum dia menjadi pengganas. Akan tetapi ada bukti yang cukup bahawa beliau telah ada dan mahu terlibat dengan soal keganasan. Ini orang yang kita tahan pasportnya, Yang Berhormat. Jadi dalam keadaan sedemikian, hak asasinya mengikut keputusan hakim itu tadi tidak ada kita infringekan, kita langgarkan hak asasi dia. Jadi Yang Berhormat, saya ingat itu tahanan pasport, selepas itu dia jadi tahanan, selepas itu apa terjadi. Apabila dia ditahan pasportnya, kita kena berhubung dengan negara dia. Kalau dia betul-betul dibuktikan sebagai seorang pengganas, dia menerusi proses ekstradisi, Yang Berhormat. Kalau ada ekstradisi di antara kita, kalau dia berada di negara ini, dia boleh melantik peguam. Dia boleh challenge kalau negara dia meminta dia dihantar balik untuk extradition kepada negara dia, dia akan challenge di mahkamah kita untuk memastikan sama ada bukti itu mencukupi ataupun tidak. Kalau akhirnya mahkamah kita membuat satu keputusan bahawa dia tidak ada melakukan satu keganasan di bawah undang-undang, kita juga membenarkan ketua pengarah mengembalikan pasportnya. Jadi Yang Berhormat pada saya, tidak ada langsung masalah dalam sudut undang-undang ini. Saya berpindah kepada Yang Berhormat Beruas. Ini berhubung dengan rasuah yang berlaku dalam Jabatan Imigresen. Sebenarnya secara ringkas, dia banyak cerita hal Imigresen. Persepsi pembangkang selalunya Yang Berhormat ini nampaknya tidak elok. Buat masa ini, Jabatan Imigresen ada kira-kira 140,000 orang anggota kakitangan. Daripada jumlah ini, ramai pegawai yang berintegriti sebenarnya. Jadi kalau kita sebut secara rambang sahaja nampaknya menggambarkan bahawa keseluruhan masyarakat yang 140,000 orang itu rasuah. Sebenarnya dalam kalangan 140,000 orang itu, mungkin adalah. Kita bukan nafikan...
Itu bukan tuduhan saya. Niat saya hendak mengutarakan ada satu juta PATI yang ada di Malaysia.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya sudah beritahu tadi, kalau saya bercakap Yang Berhormat duduk dahulu- 37, Yang Berhormat.
Ya. Dia Former Deputy Speaker, Yang Berhormat.
Jadi, di antara yang 140,000 orang itu, kita tidak nafikan memang ada yang melakukan kesalahan. Ada yang mungkin rasuah. Itulah kenapa kerajaan menubuhkan satu Unit Integriti dalam Imigresen, bahkan saya sendiri sudah berjumpa dengan unit ini baru dua minggu atau tiga minggu lepas. Saya stresskan kalau kita hendak mempertahankan integriti, kalau kita hendak mempertahankan imej, kalau kita hendak mempertahankan imej jabatan dan imej kementerian ini, saya kata, “Unit Integriti ini kena bekerja work the extra miles, do the extra hours to make sure pegawai kita clean”. Jadi Yang Berhormat, saya lebih concern dengan perkara ini daripada Yang Berhormat mungkin. Sebab saya lebih dekat dengan mereka, Yang Berhormat. Saya tidak hendak jadi kerbau terpalit. Itulah sebabnya kenapa saya stress soalan integriti ini. Bahkan saya berbincang dengan Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kwan berhubung dengan integriti jabatan enforcement dalam semua sudut bahkan holistic approach to integrity. Jadi Yang Berhormat, memang kita tidak nafikan tetapi kalau Yang Berhormat mempunyai bukti-bukti yang nyata, laporkan kepada SPRM. Kita desakkan SPRM ambil
tindakan. Kita tidak kompromi dengan soalan-soalan integriti ini. Saya hendak imej jabatan, saya hendak imej kementerian baik untuk jabatan, baik untuk kementerian, baik untuk negara, baik untuk Yang Berhormat dan saya. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Buntar. Apa yang dimaksudkan dengan ‘listed terrorist organization’? Ini ada dalam rang undang-undang ini sendiri sebenarnya ataupun ‘organisasi pengganas tersenarai’ merujuk kepada, “Mana-mana entiti ditentukan yang diisytiharkan di bawah seksyen 66b, 66c Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] ”. Sebenarnya, sebelum saya sampai ke Dewan tadi sudah tanda, Yang Berhormat. Saya tanda kuning... [Menunjukkan teks jawapannya] Saya tahu perkara itu mesti dibangkitkan. Jadi, saya boleh jangka. Sebab lama sangat dalam Dewan ini, jadi saya boleh berfikir macam Ahli-ahli Yang Berhormat juga. Jadi sebenarnya itulah badan yang dikatakan badan yang disenaraikan. Jadi Yang Berhormat Kuala Selangor - bagaimana hendak kuatkan kuasa keputusan Ketua Pengarah Imigresen yang membatalkan pasport rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Apabila Ketua Pengarah Imigresen membatalkan pasport rakyat Malaysia yang dipegang sama ada berada di dalam negara atau di luar negara, keputusan tersebut akan dimasukkan ke dalam database dan memaklumkan kepada Interpol untuk diupload keputusan Ketua Pengarah Imigresen tersebut. Secara automatik, apabila keputusan ini diupload di dalam database Interpol, maklumat ini akan disebar kepada seluruh negara yang melanggan (subscribe) kepada database Interpol tersebut. Maka, maklumat pergerakan mana-mana rakyat Malaysia yang dibatalkan pasportnya dapat dikesan dan diketahui sama ada mereka membuat entry exit point di mana-mana negara di luar Malaysia.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak merujuk dengan pernyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang peranan Imigresen itu.
Sebab saya lihat dalam konteks negara sejagat dan juga peringkat antarabangsa Negara Malaysia sering dikaitkan dengan tohmahan bahawa sistem, sempadan kita dan pintu masuk kita seakan-akan mudah dibolosi dan juga ditembusi sehinggakan ada yang mengatakan bahawa pengganas menggunakan transit untuk masuk ke Malaysia dan keluar balik ke negara-negara yang lain. Saya hendak tanya dalam usaha untuk memastikan akta ini dikuatkuasakan dan untuk menjadikan Malaysia seiring dengan negara-negara maju seperti Amerika, UK dalam konteks sistem imigresen itu sendiri. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menaiktarafkan ataupun memastikan bahawa sistem yang ada ini setaraf dengan sistem- sistem di luar negara supaya akhirnya nanti kita boleh pastikan tidak akan ada lagi pelolosan ataupun transit yang mungkin digunakan oleh setengah-setengah organisasi untuk memasuki ke Malaysia. Ini sangat penting kerana saya lihat, saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri kerana saya tidak mahu lihat di masa akan datang airport kita ataupun pintu sempadan kita dia menjadi transit hingga menyebabkan imej negara kita boleh menjadi imej yang negatif. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri secara aktifnya untuk mempertingkatkan tahap apa yang dikatakan screening di tiap-tiap entry point di seluruh negara. Apa dahulu pernah saya sebutkan di sini iaitu Advanced Passengers Screening System, facial recognition, dan juga optic recognition dan berbagai-bagai lagi sistem-sistem yang kita hendak integratekan di tiap-tiap entry point kita tetapi dalam peringkat ini masih dalam peringkat kajian pihak-pihak yang tertentu umpamanya EPU, pihak UKAS dan sebagainya, sebabnya pembelian alat-alat ini adalah dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan, bukan oleh Kementerian Dalam Negeri sendiri.
Akan tetapi walau bagaimanapun, pihak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memang telah mengenal pasti beberapa alat yang penting supaya kita ada mempunyai perhubungan terus dengan database Interpol supaya kita mengetahui penjenayah ataupun pengganas yang cuba untuk memasuki negara kita ini dapat dikenal pasti apabila mereka daripada kalau APSAC itu ataupun Advanced Passengers Screening System itu dilaksanakan, semasa beliau membeli tiket di luar negara, kita sudah tahu dia hendak datang ke sini. Kita boleh menghalang tidak jual tiket kepada dia dan tidak boleh masuk kapal terbang mana-mana untuk datang ke negara kita. Kalau ada yang lain untuk memasuki entry point tidak menerusi pembelian tiket sedemikian rupa, kita juga lagi masih iaitu facial recognition dan retina recognition dan selepas itu banyak lagi equipment yang kita telah kenal pasti perlu untuk menaik taraf kebolehan ataupun kapasiti pihak Imigresen di entry point kita, Tuan Yang di-Pertua. Jadi secara akhirnya Tuan Yang di-Pertua, nama-nama pertubuhan keganasan yang ada, bagaimana definisi pengganas, apakah logo-logo? Jadi ini sebenarnya terkeluar daripada soalan ini Tuan Yang di-Pertua. Semua soalan Imigresen tadi semua sudah saya jawabkan. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya iaitu bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai sila. Yang lain tidak ada ya, selepas Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Ya, Yang Berhormat Kapar. Okey, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membuat pertanyaan dua perkara. Pertamanya dalam tafsiran saya telah bangkitkannya dalam perbahasan di Peringkat Dasar cuma saya belum dengar jawapannya mungkin. Mungkin terlewat mendengarnya. Dalam tafsiran ini dia ada satu disebut situ harta pada muka surat 4. Harta dan diberikan tafsiran harta itu ‘A’ dan ‘B’. Lazimnya Tuan Pengerusi, bila perkataan yang hendak ditafsirkan itu masuk ke dalam rang undang-undang ini, ia merujuk kepada mana- mana bahagian dalam rang undang-undang ini yang dikaitkan dengan perkataan tersebut. Sebagai contoh Ketua Pengarah Imigresen ada disebut dalam rang undang-undang ini tetapi tentang harta ini saya sudah cari di mana dalam rang undang-undang ini yang memerlukan perkataan harta itu di tafsir. Kalau dokumen perjalanan itu Menteri ada, organisasi pengganas ada tetapi perkataan harta itu. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apa keperluan memasukkan “harta” sebagai suatu yang perlu mendapat pentafsiran dalam rang undang-undang ini. Itu yang pertama. Keduanya, saya ingin penjelasan dalam perkara ataupun Perkara 5 – penggantungan ataupun pembatalan dokumen perjalanan. 5(5) tiada seorang pun dokumen perjalanan Malaysia nya telah digantung atau dibatalkan di bawah akta ini boleh memperoleh dokumen perjalanan sampai akhir hayat. Keenam itu seseorang yang melanggar seksyen 5 melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan perbicaraan.
Saya hendak bertanya dengan sistem penyediaan ataupun pembuatan dokumen perjalanan ataupun pasport yang begitu canggih pada hari ini, agak-agaknya bagaimana Perkara 6 itu boleh berlaku. Kalau dia bercakap mengenai dokumen palsu, saya yakin ada undang-undang yang lain yang berkaitan dengan penggunaan dokumen palsu atau cara mendapatkan dokumen palsu. Akan tetapi dalam hal ini seolah-olah apabila sudah dibatalkan, dalam sistem di Jabatan Imigresen seolah-olah nama dia ini tidak disenaraihitamkan atau disenaraimerahkan, tidak dihighlightkan dalam sistem sehingga ia boleh dikeluarkan semula kepada orang yang berkenaan melalui satu proses biasa iaitu membuat permohonan biasa. Apakah tanggapan saya itu benar atau ada cara lain yang membolehkan seseorang yang telah disita dokumennya boleh mendapatkan semula dokumen tersebut menyebabkan ia telah melakukan satu kesalahan. Dua perkara itu. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus ke seksyen 5. Seksyen 5, subseksyen 1 menerangkan bahawa atas permintaan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen boleh melalui perintah menggantung atau untuk membatalkan semua dokumen. So, di sini atas permintaan Ketua Polis Negara. Adakah SOP untuk siasatan Ketua Polis Negara ditakrifkan? Itu yang pertama. Kedua, apabila Ketua Pengarah Imigresen dia ada kuasa untuk menggantung dan membatalkan. Subseksyen 3, 5(3) menerangkan bahawa seseorang yang dokumen perjalanannya telah digantung atau dibatalkan boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Imigresen dan Pengarah Imigresen pula melalui subseksyen 4 dia boleh mencancelkan, dalam kata lain dia boleh membatalkan. Apa yang saya perlu penjelasan adalah permintaan dilakukan oleh Ketua Polis Negara kepada Ketua Pengarah Imigresen dan sekarang Ketua Pengarah Imigresen hasil daripada sesiapa yang jadi mangsa Seksyen 5 ini boleh tulis kepada Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Imigresen terus boleh buat keputusan tanpa merujuk balik kepada Ketua Polis Negara. So, saya perlu penerangan untuk bahagian 5 subseksyen 1, 5 subseksyen 3 dan 5 subseksyen 4.
Keduanya, tiada pendakwaan. Ini berkenaan dengan fasal 8. Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah akta ini boleh dimula kecuali atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya. Jangka masa tidak diberitahu. Kita dengan izin meletakkan seksyen ini terlalu weak, adakah jangka masa ditetapkan sebab dahulu kita ada 14 hari. So apabila saya semak di bahagian huraian, huraian pun tidak menerangkan apa-apa. So, bagaimana prosedur ini berfungsi daripada pendakwa raya dia bawa kes, bagaimana prosesnya. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh terangkan. Terakhir seksyen 10, fasal 10. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa penuh kepada atau untuk melaksanakan peruntukan akta ini. Kita balik kepada Menteri mempunyai kuasa penuh. Saya semak bahagian huraian, pun tidak ada huraian apakah bentuk kuasa yang diberikan ataupun apakah bentuk prosedur SOP yang boleh diguna pakai untuk manfaat peruntukan ini. Jadi saya ada tiga persoalan, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri perjelaskan. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Batu minta izin, baru masuk. Sila Yang Berhormat Batu dan selepas itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Saya ingin membawa perhatian dalam bahasa yang digunakan dalam seksyen 5(2)(a) dan juga seksyen 6(2)(a). Bahasa yang digunakan ialah, “Ketua Polis Negara boleh membuat sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) jika Ketua Polis Negara mengesyaki bahawa...”, yang digunakan adalah ‘mengesyaki’. Ia tidak ada bahasa seperti berpuas hati dengan siasatan polis atau laporan polis. Ia mengesyaki itu sangat subjektif dalam bahasanya dan ini dianggap amat bahaya kerana kita meletakkan segala-gala kepercayaan kepada Ketua Polis Negara yang mengesyaki.
Saya juga lihat masalahnya kita juga tidak ada tempoh hadnya. Apabila seseorang itu mengesyaki, disyaki bahawa mereka akan melakukan keganasan, pasportnya dibatalkan atau diserahkan, dia tidak ada tempoh untuk setahun atau dua tahun dan kemudian mereka dibenarkan untuk memohon semula. Ini boleh dijadikan indefinite dan ini yang saya rasa ada kelemahan dalam perkara ini atau terlalu keras dalam perkara ini. Tadi saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri kata boleh bawa ke mahkamah. Dibawa ke mahkamah serta-merta mungkin relevan, tetapi kalau katalah disyaki dan dibatalkan dokumen itu, selepas setahun katalah ISIS ini sudah dibubarkan, dia tidak ada klausa untuk membenarkan orang itu memohon balik. Jadi saya menganggap ini adalah agak repressive sekali dan ia tidak memberikan ruang supaya seseorang itu secara automatik boleh kembalikan haknya apabila tempoh yang disyaki itu telah tamat. Saya ingin mendapatkan penjelasan.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama tadi Yang Berhormat Kuala Krai, berhubung dengan interpretasi harta. Kenapa pula harta itu disimpan dalam rang undang-undang ini, padahal perkara ini berhubung dengan pasport. Kedua, dia kata ada dua interpretasi dalam rang undang-undang ini iaitu yang pertama, tiap-tiap jenis aset sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tidak alih, ini yang (a) dan (b) pula dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa bentuk. Jadi ini menunjukkan bahawa apa yang dikatakan harta di sini, termasuklah dokumen maknanya. Jadi dalam keadaan sedemikian, rang undang-undang ini memberikan ruang dan peluang supaya apabila satu permohonan daripada IGP itu diterima seperti mana Yang Berhormat Batu sebutkan tadi, kepada Ketua Pengarah Imigresen. Ketua Pengarah Imigresen juga mempunyai budi bicaranya sendiri untuk membuat penyelidikan berhubung dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh IGP ataupun Ketua Polis Negara sebelum melaksanakan permohonan daripada Ketua Polis Negara. Jadi kalau ada daripada penyelidikan itu berbangkit harta, sama ada dalam kertas ini harta itu termasuklah dokumen-dokumen yang diperlukan, dia boleh juga mengambil tindakan sebab ia termasuk dalam rang undang-undang ini. Dalam masa yang sama, saya juga menjawab soalan Yang Berhormat Batu, bahawa seksyen 10 itu memberikan satu ruang yang mana Menteri akan membuat peraturan kepada perkara-perkara yang tidak ditetapkan sebagai penjelasan kepada rang undang-undang itu iaitu peraturan akan dibuat oleh pihak Menteri untuk bagaimana, daripada segi jangka masa yang disebut oleh Yang Berhormat Tapah...
Kapar, Kapar.
Kapar. Minta maaf Yang Berhormat. Jadi, ketiga-tiga orang Ahli Yang Berhormat meminta penjelasan berhubung dengan hampir satu perkara yang boleh dijawab di bawah seksyen 10. Seksyen 10 itu akan mengkhususkan SOP dan tindakan yang akan spell out, akan memperjelaskan apa yang kurang jelas dalam rang undang-undang ini supaya boleh dilaksanakan oleh pihak Ketua Pengarah Imigresen untuk melaksanakan apa yang IGP pohon bagi menentukan apabila perkara-perkara itu boleh diberi kepadanya semula apabila siap penyiasatannya, kalau didapati bahawa ketua pengarah imigresen mungkin tidak berpuas hati dengan apa-apa permintaan oleh pihak polis. Itulah tidak ditegaskan bahawa apa sahaja yang diminta polis itu mesti dipersetujui oleh pihak Imigresen supaya adalah juga dikatakan check and balance antara pihak polis dan pihak Imigresen Yang Berhormat. Dengan ini menunjukkan bahawa rang undang-undang ini amat prihatin dengan soal hak dan kemahuan individu. Kalau didapati individu itu tidak terdapat apa-apa berlaku, mungkin tidak ada tindakan sebab Imigresen lambat mengambil tindakan atau keputusan diberitahu kepadanya, diberikan lagi ruang supaya dia boleh memohon kepada pihak Ketua Pengarah Imigresen. Ini juga disoalkan oleh Yang Berhormat Kapar. Boleh memohon kepada pihak Imigresen untuk meminta pasportnya, sama ada dikembalikan ataupun memperbaharui pasport kepunyaannya untuk dikembalikan kepadanya. Jadi dalam keadaan yang sedemikian, semua perkara telah diambil kira dan dilihat supaya diperjelaskan dan boleh diperjelaskan di bawah seksyen 10 Yang Berhormat. Sekian, Tuan Pengerusi.
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENJARA (PINDAAN) (NO.2) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang- undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan Akta Pencegahan Keganasan 2015 diperkasakan seperti mana yang telah dibentangkan pada sesi ini, beberapa pindaan selari terhadap lima undang-undang lain turut dibuat termasuk Akta Penjara 1995 [Akta 537]. Pada masa ini seksyen 7(1A) Akta Penjara 1995 ataupun Akta 537 hanya membolehkan orang yang di reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 boleh dibuat dilokap balai polis ataupun di bangunan mahkamah maka pindaan ke atas Akta 537 adalah perlu bagi membolehkan Menteri menetapkan lokap di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat pengurungan orang yang di reman di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015. Rang undang-undang ini peruntukan pindaan seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta ini; Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 7(1A) [Akta 537] untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan lokap di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat bagi pengurungan orang yang di reman di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang dicadangkan. Pindaan ini akan membolehkan pihak polis menahan orang-orang yang di reman di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 selama 60 hari di balai polis ataupun di bangunan mahkamah bagi siasatan menjalankan inquiry. Sehubungan dengan itu, pindaan ini juga akan dapat memudahkan proses siasatan inquiry dan orang untuk menghubungi keluarga dan peguam pilihannya di suatu tempat yang sama di samping untuk memastikan keselamatan orang yang ditahan tersebut terjamin. Terima kasih.
Ya, ada siapa-siapa yang menyokong?
Ya, saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Penjara 1995 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ya, Yang Berhormat Beruas. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak ungkitkan atau bangkitkan satu perkara. Adakah Parlimen, Dewan Rakyat ini, boleh meluluskan satu rang undang-undang berkenaan dengan satu rang undang-undang yang belum diluluskan iaitu Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang kita luluskan di Dewan Rakyat pada pagi tadi, pukul 2.25 pagi. Akan tetapi ia belum lagi diluluskan oleh Dewan Negara dan belum ditandatangani ataupun diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong. Tanpa adanya, wujudnya satu undang-undang POTA ini, bolehkah kita di sini meluluskan satu undang-undang memasukkan undang-undang yang tiada. Itulah harap dapat penjelasan dan jawapan daripada Menteri.
Ya, Sila Menteri. Ya, Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua sebenarnya Tuan Yang di-Pertua boleh jawab ini, bukan Menteri jawab.
Ya, dia minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Dalam Parlimen Yang Berhormat Beruas mengikut peraturan Parlimen, mengikut Artikel 63, Parlimen berhak untuk menentukan bidang kuasanya sendiri dan mengurus Internal Affairs dia sendiri. Dalam keadaan sedemikian kalau kita bersetuju di sini dia akan boleh direalisasikan. Terima kasih.
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang- undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan rangka perundangan pembanterasan keganasan Malaysia diperkasakan dengan sewajarnya, antara lain untuk menangani ancaman Islamic State. Pada masa ini pindaan kepada lima rang undang-undang lain turut dicadangkan termasuk Kanun Keseksaan [Akta 574] . Pindaan kepada Kanun Keseksaan yang dibentangkan pada sesi ini adalah bertujuan untuk mewujudkan beberapa kesalahan khususnya yang baru, yang disasarkan kepada aktiviti dan kaedah operasi semasa kumpulan pengganas yang amat kreatif dan bersandarkan kepada teknologi terkini untuk menarik dan menjerut golongan muda yang mudah terpengaruh. antara kesalahan baru ialah kesalahan menerima latihan dan tunjuk ajar daripada kumpulan pengganas dan orang yang melakukan perbuatan keganasan. Sebagai tambahan, kehadiran mana-mana orang di tempat yang diguna bagi latihan keganasan juga
akan dijadikan satu kesalahan jika seorang itu mengetahui tempat itu diguna bagi tujuan latihan tersebut. Kesalahan-kesalahan itu telah digubal dengan merujuk kepada kesalahan yang seumpamanya di bawah seksyen 6 dan 8 United Kingdom Terrorism Act 2006, section 2339D Title 18th United States Code and section 1194 Australian Criminal Code seperti yang dipinda oleh Counter-Terrorism Legislation Amendment (Foreign Fighters) Act. Selain itu, pindaan dalam rang undang-undang ini juga akan memperjelaskan perbuatan sokongan yang terangkum dalam kesalahan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas. Dengan pindaan ini, sesiapa yang menggunakan media sosial atau kaedah lain untuk menggalakkan atau mempromosikan kumpulan pengganas atau sokongan bagi kumpulan pengganas atau kelakuan perbuatan pengganasan serta sesiapa yang menggalakkan seseorang untuk meninggalkan Malaysia untuk menganjurkan aktiviti kumpulan pengganas atau untuk melakukan perbuatan keganasan melakukan kesalahan. Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup atau pemenjaraan selama tidak melebihi 30 tahun atau denda dan mana-mana harta yang telah diguna atau ditujukan untuk diguna untuk melakukan kesalahan itu juga boleh dilucutkan. Peruntukkan tersebut selaras dengan kesedaran bahawa media sosial sedang dieksploitasi oleh pihak seperti ISIS untuk merekrut dan menyebarkan ideologi untuk mendapatkan penyokong di serata dunia. Selanjutnya, peruntukan baru yang dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan untuk menangani kaedah operasi yang dikesan dalam sesuatu negara ketiga seperti Malaysia, dijadikan negara transit oleh orang yang bertujuan meneruskan perjalanan ke kawasan konflik. Perjalanan melalui negara ketiga dan alasan seperti melancong dan melanjutkan pendidikan digunakan untuk menyembunyikan destinasi akhir yang sebenar. Maka, peruntukan dibuat untuk menjadikannya kesalahan khusus untuk membuat perjalanan ke, menerusi atau dari Malaysia untuk melakukan perbuatan keganasan di sesuatu negara asing atau mana-mana bahagian sesuatu negara asing. Ini selaras dengan tekad kerajaan untuk menghindari Malaysia menjadi sumber atau hab transit bagi mana-mana kumpulan pengganas. Kesalahan khusus juga diwujudkan berhubung pemilikan barang yang berkaitan dengan kumpulan pengganas dan perbuatan keganasan, membina atau selainnya. Menyediakan pengangkutan bagi tujuan perbuatan keganasan serta membuat apa-apa persediaan bagi melakukan perbuatan keganasan. Peruntukan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, elemen- elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa akta ini. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru seksyen 130FA dan 130FB ke dalam Akta 574. Seksyen 130FA mengadakan peruntukan bagi kesalahan menerima latihan, tunjuk ajar daripada kumpulan pengganas dan orang yang melakukan perbuatan keganasan. Seksyen 130FB menjadikan kehadiran di suatu tempat yang diguna bagi latihan keganasan suatu kesalahan. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 130J(2) Akta 574 untuk meluaskan kategori “support” yang dilarang oleh seksyen itu. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru, seksyen 130JA, 130JB, 130JC dan 130JD dalam Akta 574. Seksyen 130JA mengadakan peruntukan bagi kesalahan membuat perjalanan ke, menerusi atau dari Malaysia untuk melakukan perbuatan keganasan di suatu negara asing atau mana-mana bahagian suatu negara asing. Seksyen 130JB memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan bagi seorang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa barang yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau perlakuan sesuatu perbuatan keganasan. Kesalahan itu juga merangkumi perbuatan mengadakan, mempamerkan, mengagih atau menjual barang itu. Seksyen 130JC memperkatakan kesalahan membina, melengkapkan atau menghantar mana-mana kenderaan atau mengeluar atau menghantar serah apa-apa tempahan bagi mana-mana kenderaan dengan niat atau pengetahuan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu akan diguna dalam atau oleh sesuatu kumpulan pengganas untuk memajukan aktiviti sesuatu kumpulan pengganas atau untuk melakukan sesuatu perbuatan keganasan. Seksyen 130JD menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang melibatkan diri dalam apa-apa kelakuan sebagai persediaan bagi melakukan sesuatu perbuatan keganasan atau untuk membantu seseorang yang lain untuk melakukan suatu perbuatan keganasan.
Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 130TA ke dalam Akta 154. Seksyen 130TA memperuntukkan bahawa Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 dan seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai bagi kesalahan di bawah Bab VIA. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua, akta ini saya lihat memang baiklah sebab semata-mata untuk pencegahan... [Disampuk] Walau bagaimanapun, dengar dahulu Yang Berhormat Shah Alam. Baru daripada solat, istighfar sedikit [Ketawa] Walau bagaimanapun kita melihat iaitu perkembangan media sosial pada hari ini di Malaysia bukan lagi satu halangan, bukan lagi satu rintangan bahkan kita seolah-olah berada dalam dunia tanpa sempadan. Oleh sebab itu, kita juga melihat bahawa ada juga sebilangan masyarakat di pinggir bandar ini juga dapat internet. Ada juga di kalangan remaja-remaja yang mereka suka-suka. Tidak tahu semena-mena macam contohnya IS itu diupload, mereka banyak di Facebook yang “like”.
Jadi macam mana kategori menggunakan media sosial ini? Apakah juga orang yang menanda aras ‘like’ itu juga dikategorikan sebagai menyokong aktiviti terrorist ini? Kadang-kadang suri rumah ini apabila dia free, ibu-ibu di kampung ini pun ada internet access, dia pun buka Facebook, dia pun tidak tahu apa-apa, dia like sahaja. Dia nampak gambar bagus-bagus, dia like. Jadi kalau inilah penanda aras, yang kita bimbang ramai masyarakat kita yang terperangkap dengan kaedah-kaedah sebegini. Jadi mungkin perlu ada pemantauan, serba sedikit pemahaman, kerana saya tengok akta ini memang baiklah sebab penggunaan media sosial ini begitu berleluasa di negara kita sehingga ada cetusan-cetusan provokasi yang melampau. Ini kalau boleh pun dipantau sebab seperti awal-awal saya kata, negara kita ini tidak mampu ada pertembungan kaum. Kita harus dipupuk semangat kekawanan ini, semangat kekitaan di antara satu dengan yang lain. Jadi mungkin apa juga satu undang-undang, apa juga satu akta boleh kita terima pakai dengan sebaik mungkin. Contohnya juga penggunaan kenderaan. Mungkin yang pemilik kenderaan tidak tahu, mungkin anaknya pakai. Anak dia ini pula berkawan dengan pengganas, dia pun tidak tahu. Pinjam pergi kedai. Pinjam punya pinjam, sudah jalan, bukan pergi kedai, pergi pula melakukan keganasan. Ini pun mungkin perlu diambil perhatian, perlu diambil kira sebab tujuan akta ini untuk pencegahan, bukan untuk menganiaya mana-mana pihak. Ini kerana mandatori 30 tahun atau seumur hidup ini bukan satu penjara yang singkat, bahkan dia akan habiskan hidup dia 30 tahun dalam penjara tanpa mungkin dia mengetahui yang undang-undang ini telah kita wujudkan dan telah kita laksanakan. Itulah sebetulnya kekhuatiran yang perlu saya lontarkan supaya di pihak kementerian mungkin boleh mengolah dan boleh meneliti perkara ini sebaik mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Batu.
Saya tidak ada masalah kalau kita hadkan pindaan undang-undang ini untuk mengatasi tindakan terrorist. Di sini saya lihat bahasanya yang digunakan ialah, ini semua dalam bahasa Inggeris, “To further the activities of the terrorist groups”. “To further the activities of the terrorist groups” itu bermaksud apa-apa sahaja yang kita bantu untuk memajukan atau mempromosikan kumpulan terrorist ini yang ditafsirkan kumpulan yang dianggap sebagai terrorist ini adalah satu tindakan jenayah. Saya tidak ada masalah kalau kita, yang di belakang itu adalah ayat- ayat seperti “Or to commit a terrorist act”. Sepatutnya saya rasa lebih sesuai kita hadkan “commit a terrorist act”. Seperti yang saya bahas sebelum ini, terrorist group ini, tafsiran dia berubah-ubah. Hari ini kita anggap mereka terrorist seperti Al-Qaeda, hari lain mungkin mereka telah menyertai satu perdamaian dan mereka bincang. So kita hukumkan seseorang itu hanya kerana kita mempromosikan ideologi sesuatu kumpulan itu dan dengan hukuman yang begitu keras, itu adalah satu masalah yang besar. Saya tidak mahu tegaskan hanya dari aspek hak asasi manusia tetapi dia juga akan menjadikan posisi mereka lebih keras lagi dan tidak berkesan untuk mengatasinya. Saya juga hendak bawa isu item, barang-barang. Sebarang item termasuk publication, visual, recording, flags, banner, emblems, insignia dan lain-lain lagi. Ini juga bermaksud sesiapa yang pakai baju Osama bin Laden, t-shirt dia yang mengandungi dia atau simbol yang dianggap sebagai JI. Ramai di kalangan peniaga, remaja, mereka tidak tahu signifikan pakaian ini, mereka juga boleh didakwa dan dikenakan dengan tindakan yang begitu keras sekali. Jadi saya anggap tidak wajar kalau kita mengandungkan terlalu luas, di mana ia mengandungi segala aktiviti yang ditafsirkan sebagai kumpulan terrorist ini. Saya harap kalau undang-undang ini lebih adil, lebih tepat dan lebih berkesan, cuma kita hadkan tindakan terrorist itu. Itulah sebabnya saya sebut tadi, tidak salah – katalah satu kumpulan yang mengatakan mereka hendak menentang serangan atau penjajahan pihak Amerika Syarikat dan mereka hendak keluarkan Amerika Syarikat dari Iraq dan di kalangan mereka ada yang menganggap yang paling tegas dalam perkara ini adalah kumpulan ISIS. Tidak harus dicriminalisekan kalau mereka klik like pada website IS ini. Akan tetapi, adalah salah kalau mereka membantu atau menyertai satu aktiviti yang membantu IS meletupkan satu explosive di sebuah kindergarten, umpamanya. Itu yang harus kita cegah. Janganlah sampai kita menghukum sesiapa sahaja yang pakai baju dia, yang forwardkan mesej-mesej ini. Ini sangat merbahaya sekali kalau kita meluaskan jenayah terhadap apa yang ditafsirkan sebagai “further the activities of a terrorist group”. Yang Berhormat Sungai Petani.
Ya, sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Batu. Sekali lagi isunya ialah isu hukuman yang agak keras di sini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu, katalah rakyat kita pergi ke luar negara untuk menyokong satu-satu kumpulan dinamakan terrorist, kemudian dia ditangkap dan dihukum. Tiba-tiba dalam tiga bulan, empat bulan selepas itu, terrorist yang dikenal pasti sebagai terrorist ini berdamai dan tidak lagi dipanggil lagi terrorist. And tiba-tiba mereka juga govern the country, mereka jadi pemerintah. So what will happen orang yang kita namakan terrorist ini bantu mereka tapi akhirnya orang yang dinamakan terrorist itu tidak jadi terrorist tapi rakyat kita yang kena 30 tahun ini terpenjara? Apa pandangan Yang Berhormat Batu tentang perkara ini?
Pandangan saya ialah adalah amat bermasalah kalau kita hendak labelkan sesuatu kumpulan itu sebagai terrorist kerana terrorist ini adakala itu ditafsirkan mengikut kepentingan politik. Saya sebut tadi dalam isu Al-Qaeda. Al-Qaeda sebelum perang di Yaman berlaku, mereka dianggap sebagai terrorist. Sekarang tiba-tiba bagi negara Saudi, Al-Qaeda ini okey kerana mereka lawan dengan Houthi yang dianggap sebagai bertentangan dengan kepentingan Saudi. Jadi bagi saya, seseorang itu associate dengan kumpulan-kumpulan ini, kalau tidak melakukan tindakan terrorist itu, tidak harus dihukum dengan begitu berat. Kita harus bezakan. Memberi sokongan kepada ideologi dan kepentingan sesuatu kumpulan itu tidak harus dijenayahkan, should not be criminalised. Akan tetapi bila
menyokong tindakan sesiapa pun, kalau kumpulan itu bukan terrorist pun tetapi melakukan tindakan keganasan, itu harus dihukum sekeras-kerasnya. So, itu maksudnya. Katalah Fatah di Palestin ini bukan disenaraikan sebagai terrorist atau Hamas, tetapi dalam satu tindakan, kumpulan serpihan dia atau kerana pemikiran strategiknya mereka mengambil tindakan untuk menyerang sebuah sekolah, itulah yang harus dihukum.
Apa yang kita hukum ialah serangan terhadap orang yang tidak berdosa itu sebagai tindakan terrorist act ini harus dihukum, bukan secara terlalu longgar untuk mengatakan further the activities of a terrorist group.
Ya Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Batu. Saya ingin mendapat penjelasan setelah mendengar hujah Yang Berhormat tadi. Mungkin ada pula yang menyangka seolah-olah Yang Berhormat Batu ini menyokong tindakan-tindakan yang menganjur ke arah terrorisme. Contohnya, kalau kita mengambil tindakan terhadap orang-orang yang memakai baju T yang ada gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang dulunya atau mungkin sekarang di cop sebagai terrorist, mungkin itu juga mempromosi kumpulan-kumpulan tersebut. Ini kerana kita khuatir, macam kita membuat satu conclusion, kalau orang itu pakai T-shirt lambang dacing contohnya, terus kita kata dia penyokong dacing. Saya tengok di tempat construction ramai juga orang-orang Bangladesh, itulah pakaiannya kerana mungkin mereka dapat baju ini dengan percuma. [Disampuk] Mereka bukan menyokong.
Tahu pun.
Tahu pun. Tahu tidak apa, ya. Jadi begitu juga kadang-kadang kita tengok anak-anak kita memakai baju-baju yang ada swastika contohnya, ataupun grafiti-grafiti ataupun mungkin di belakang T-shirt nya ada URL, satu kumpulan yang pada mereka tidak ada significance nya. Akan tetapi kalau orang tengok, URL ini macam website address kumpulan-kumpulan tertentu. Jadi kalau kita memborong semua ini sebagai usaha-usaha untuk mempromosi keganasan, mempromosi kumpulan-kumpulan tersebut, mungkin ini agak keterlaluan. Saya yakin, Menteri akan menjawab, “Kita akan lebih discerning”, dengan izin dalam membuat tangkapan ataupun pertuduhan. Akan tetapi meletakkannya di dalam satu bill seperti begini, menambahkan kerisauan bahawa kita tidak berhati-hati dalam mengkategorikan kumpulan-kumpulan ini. Apa pandangan Yang Berhormat Batu?
Saya ingat kita dalam menangani terrorisme ini, jangan sampai kita keterlaluan dan ambil tindakan yang begitu keras sekali terhadap semua perkara. Itulah sebab sebelum kita adakan undang-undang ini, kita lihat di merata tempat termasuk negara-negara Barat yang mengharamkan seperti aktiviti Nazism. Akan tetapi di merata tempat termasuk di Malaysia, kita lihat ada orang berpakaian tentera Jepun zaman Perang Dunia Kedua dengan matahari terbit bersimbolkan kekerasan yang dilakukan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kita juga lihat ramai anak muda tidak faham atau mereka faham, mereka pakai swastika seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Kita boleh melalui pendidikan di sekolah atau dengan cara lain untuk mendidik supaya mereka memahami simbol-simbol ini ada unsur-unsur negatifnya. Akan tetapi jangan sampai kita ambil tindakan undang-undang menghukum mereka. Itulah sebab saya sangat khuatir dengan seksyen 4 ini yang mengatakan, “Which whoever has possession, custody or control off or provide, display, distribute or sell any item associated with any terrorist group or the commission of a terrorist act”. Saya tidak ada masalah bila kita sebut ‘the commission of a terrorist act’ itu tepat tetapi ‘with any terrorist group’, ini masalah. Katalah saya mempunyai satu CD yang mempunyai teks ucapan Osama bin Laden. Mungkin saya tidak setuju. Saya boleh berkongsi dengan orang lain kata, “Inilah apa yang dicakapkan tidak betul, bertentangan dengan prinsip agama, bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia”. Akan tetapi undang-undang ini membolehkan saya, kalau saya edar atau saya simpan atau saya tunjuk kepada orang lain, itu menjadi salah. Katalah saya adalah satu kumpulan yang beragama, kita hendak tunjukkan apa yang mereka sebut oleh kumpulan ini tidak betul. Saya boleh tunjukkan dalam video dan ini juga boleh disalahtafsirkan kerana kita further the activity of a terrorist group. Saya anggap oleh kerana pindaan ini menjadikan Kanun Keseksaan ini terlalu longgar yang
membolehkan penguat kuasa dengan secara agak liberal, agak bebas untuk mendakwa dan menangkap sesiapa sahaja. Itulah sebab saya tidak setuju langsung dengan pindaan ini tetapi tidak bermaksud saya tidak setuju untuk sekat tindakan terrorist act. Saya tegaskan sedikit penggulungan saya.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Ketereh bangun.
Kita hanya ingin...
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Ketereh bangun. Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu itu ada relevannya iaitu kekhuatiran, takut-takut semata-mata memiliki bahan tertentu tetapi tanpa ada penglibatan dengan aktiviti yang bersifat terrorism, barangkali itu yang cuba di highlight kan oleh Yang Berhormat. Saya fikir sesuatu yang saya nampak ada relevan tetapi juga adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan, kalau kita lihat kepada roh ataupun spirit akta yang kita pinda ini dan juga akta induk yang kita pinda semalam, prinsipnya tidak menekankan sangat kepada menghukum. Sebabnya pertama, prinsip utamanya ialah preventive. Keduanya, kalau kita tengok steps yang ada di situ, daripada tahan, investigate, rehabilitate, release rather than menghukum. Jadi spirit kepada rang undang-undang ini saya rasa lebih penting walaupun kekhuatiran Yang Berhormat itu ada meritnya.
Saya amat setuju kalau itu ialah rohnya atau semangatnya tetapi saya tidak nampak dalam undang-undang yang kita pinda ini, bercirikan begitu. Saya nampak ini menekankan. Itulah sebab saya kata taktik yang kita gunakan untuk melawan terrorist ini sedikit outdated sebab kita masih fikir tentang tahanan, rampas pasport, rampas hartanya. Saya harap undang-undang ini diketatkan atau dijadikan lebih tepat kerana kita tidak mahu sasaran itu ialah sebarang kumpulan, collective punishment itu tidak betul. Apa yang harus kita sasarkan ialah tindakan terrorist itu, tindakan terrorisme itu, serangan terhadap sekolah, serangan dibuatkan letupan di tempat awam yang boleh membunuh orang yang tidak berdosa. Akan tetapi kerana kekerasan yang dilakukan oleh sebahagian kumpulan yang mungkin di tafsir oleh atau dianggap oleh orang yang pegang kuasa itu terrorist. Akan tetapi visinya atau mission nya menarik kerana mereka menegakkan keadilan untuk satu-satu kumpulan yang tertindas. Itulah sebab saya sebut tadi, kenapa IS ini sangat menarik sokongan daripada kumpulan orang-orang tertentu terutamanya orang muda. Ini kerana IS ini juga berhujah, berbicara tentang bagaimana kita harus menyingkir penjajah Amerika Syarikat dari tanah Iraq dan Syria.
Mereka memerangi satu rejim yang korup, yang tidak kompeten yang ditanam atau didokong oleh satu kuasa Barat. Juga mereka menentang satu keluarga yang sudah begitu lama duduki kuasa dan untuk mempertahankan kuasanya mereka sanggup bunuh beramai- ramai.
Ya, Yang Berhormat Batu.
Ini benda yang menjadi tertarik kepada mereka.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu Gajah bangun.
Kita tidak harus menghalang mereka untuk berfikiran begitu tetapi kita harus mendidik dan memastikan mereka faham cara yang melakukan cita-cita itu haruslah mengikut hak asasi manusia, mengikut prinsip demokrasi dan tidak harus bertentangan dengan prinsip-prinsip kemanusiaan. Itu bezanya kita dengan IS bukan kita tidak mendukung ultimate objektif yang dikatakan oleh IS ini. Saya bukan saya hendak sokong IS tetapi ada sebahagian daripada apa yang
diadvokasikan oleh IS itu menarik kerana dia ada kebenaran. Kita harus tunjukkan kita berbeza dengan IS ini adalah kerana kita hormati rules of law, kita hormati keadilan, kita tidak melanggar hak asasi manusia.
[Bangun]
Ada dua yang bangun.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya dapat memahami line of argument Yang Berhormat kata tadi memang ada meritnya. Apakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan penglibatan seseorang itu dalam kegiatan terrorism ini, dia tidak berlaku secara mendadak. Biasanya dia memakan satu proses masa yang panjang dan keterlibatan mereka melalui proses indoctrination dan sebagainya. Biasanya mengasosiasikan diri mereka dengan lambang, dengan gerakan yang pada awalnya memang belum dan tidak semestinya berakhir dengan tindakan bersifat terrorism. Maka the spirit of preventive measures tadi, maka undang- undang bagi membolehkan mereka menjauhkan diri daripada menghampiri ataupun mula terlibat. Walaupun di peringkat awalan kerana ia preventif ia adalah satu provision ataupun satu mekanisme yang mendukung roh dan semangat akta-akta yang sedang kita pinda ini.
Ya, boleh Yang Berhormat Batu Gajah sila.
Saya jawab sedikit dahulu sebelum Yang Berhormat Batu Gajah. Saya akan setuju dengan Yang Berhormat Ketereh kalau kita berhenti pada tahap item-item ini membenarkan polis untuk rampas dan confiscate. Tidak perlulah hantar mereka ke penjara. Kalau ada penjajah yang jual katalah Osama bin Laden gambar, kita anggap ini bukan mempromosikan satu fahaman yang ganas. Sudah cukuplah kalau polis datang dia boleh seize all the things, rampas. Itulah yang dilakukan di Germany. Yang Berhormat siapa yang pakai swastika atau apa pun lambang tetapi tidak sampai hantar mereka ke dalam hukuman penjara. Ini akan mengeraskan sesiapa yang percaya Hitler ini adalah hero kepada Germany. Kita henti pada itu, kita boleh hentikan benda-benda display, item macam publication, video tape, lambang. Ini kita menguat kuasa supaya polis berhak untuk rampas bila sesuatu – saya anggap itu sudah mencukupi tanpa mengambil satu tindakan yang terlalu keras. Saya bagi Yang Berhormat Batu Gajah sebelum Yang Berhormat Shah Alam.
Ya lepas itu gulunglah Yang Berhormat Batu.
Okey, Terima kasih Yang Berhormat Batu. Tuan Yang di-Pertua, saya agak tertarik juga dengan hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu berkaitan dengan Perkara 4 ini. Beliau menyatakan bahawa bahayanya memiliki benda-benda tertentu umpamanya VCD ataupun DVD. Niatnya bukan untuk propaganda bukan untuk menyebarkan tetapi untuk beliau lihat ataupun beliau membantah tentang perkara itu dan dia hendak gunakan CD ataupun DVD itu untuk beritahu kepada orang lain. Ini adalah perkara-perkara yang salah yang terkandung dalam CD itu. Ini menunjukkan bahawa ada kelonggaran dalam undang-undang tersebut. Saya juga minta Yang Berhormat Batu untuk melihat kepada pindaan kepada seksyen 130J Bahagian III (k). “Using social media or any other means to; (i) advocate for or to promote a terrorist group, support for a terrorist group or the commission of a terrorist group act”. Apa yang saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Batu apabila kita sebut ‘support for the terrorist group’ bagaimana kita mentafsir ‘support’ ini dalam social media. Katakan ada seseorang kalau dia share sesuatu dalam social media adakah itu juga akan dianggap sebagai ia menyokong ataupun kalau dia like dalam Facebook dan sebagainya, adakah itu juga akan ditakrifkan sebagai menyokong terrorist group itu. Bahagian II itu ‘further of facilitate the activities of a terrorist group’. Ini pun susah untuk kita takrifkan, memberi takrifan yang betul sebab katakan saya memiliki sebuah rumah dan saya telah menyewakan rumah itu kepada seseorang. Saya tidak tahu dia itu adalah seorang terrorist. Adakah itu dianggap saya telah facilitate dia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terrorist ini? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Batu berkaitan dengan hal ini.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Inilah yang kita risau apabila definisi-definisi yang seperti ini diguna pakai yang criminalise ataupun menjadikan perkara ini sebagai satu kegiatan ataupun kesalahan jenayah yang boleh dikaitkan pula dengan kegiatan keganasan. Apabila mereka yang seperti ini ditahan oleh kerana menjual baju t-shirt yang ada gambar Osama bin Laden ataupun ada menerima ataupun menyimpan material, tulisan-tulisan dan di dalam laptop mereka yang ditulis oleh kumpulan-kumpulan yang menyokong IS, yang menentang Amerika Syarikat dan sebagainya. Lalu semua ini kita hendak takrifkan sebagai keterlibatan dengan kegiatan pengganas dan selepas itu mereka ini pula dibawa ditahan di bawah POTA yang tidak memberikan ruang kepada mereka untuk membela diri. Kita boleh lihat bagaimana ketidakadilan dan kezaliman itu akan berlaku. Ini kerana orang-orang yang sebenarnya hanya melakukan tindakan-tindakan secara innocent menyimpan gambar-gambar yang tertentu dan sebagainya dengan mudah boleh disabitkan dengan kesalahan keganasan. Selepas itu terus didakwa ataupun terus disimpan selama 60 hari dan seterusnya dua tahun dan sebagainya. Inilah yang kita bahas pada malam ataupun awal pagi tadi. Bila kita baca pentakrifan yang terkandung di dalam ini, ia hanya menambahkan kekhuatiran kita. Lalu saya cukup bersetujulah dengan Yang Berhormat Batu bahawa takrif keterlibatan itu perlu lebih khusus. Bukan sekadar dengan adanya bahan tulisan dan sebagainya ataupun pergi ke tempat-tempat yang mungkin tidak diketahuinya merupakan tempat-tempat latihan pengganas dan sebagainya. Akan tetapi lebih khusus supaya ia tidak akan menyebabkan ramai yang innocent bystander yang dikenakan tindakan undang- undang. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Batu?
Yang Berhormat Batu boleh gulung.
Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah untuk sebut social media ini. Saya hendak gulung dengan social media ini. Saya kembali kepada apa yang semangat yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh ini ialah undang-undang ini tidak harus digunakan sebagai alat untuk menghukum tetapi ini adalah untuk membolehkan kita hidup dalam satu suasana yang selamat, yang aman, yang bebas daripada ancaman.
Jadi saya anggap, masalahnya ialah dia akan mengeraskan lagi tindakan-tindakan orang-orang muda ini untuk menyokong kumpulan terrorist ini. Dalam sosial media zaman sekarang, orang tidak akan terima dengan authority menyatakan kumpulan ini terrorist, oleh itu semua orang sokong. Tidak. Dalam sosial media, orang akan menilai setiap hujah baik pun kita panggil dia terrorist atau tidak terrorist, mereka akan menilai dan mereka akan tertarik oleh hujah-hujah yang ada logiknya, ada appealnya. Jadi saya hendak ambil satu contoh dalam sosial media, katalah Osama bin Laden menyatakan kita menyeru kepada semua orang Islam di Timur Tengah untuk menghalau supaya Amerika keluar dari bumi Iraq. Osama bin Laden adalah seorang terrorist, jelas. Dalam PBB menyatakan kumpulan Al-Qaeeda adalah terrorist kerana ada rekod terrorist. Kalau seseorang itu like Facebook yang menyatakan itu atau forward kepada orang lain kerana mereka anggap itu satu seruan yang tepat, janganlah kita hukum mereka. Kalau kita hukum, kita sebenarnya membantu untuk memperkembangkan kumpulan sokongan Al- Qaeeda.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu sikit.
Kita harus – Nanti, saya habiskan. Kita harus menghukum dan kita harus menggunakan hujah. Kalau Osama bin Laden kata halal untuk bunuh sesiapa yang berkerakyatan Amerika Syarikat, kalau mereka forwardkan hujah-hujah ini, itu bermaksud mereka committing a terrorist act. Ini kerana Osama bin Laden telah menyeru kepada orang untuk berperang kepada orang yang tidak berdosa. Ini adalah terrorist act. Kita harus menghukum kalau ada sesiapa yang mengedarkan risalah sebegitu.
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
Ya, Yang Berhormat Batu.
Itulah sebab masalah ini boleh diselesaikan kalau kita tidak pakai ‘or’, kalau kita pakai ‘and’...
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu. Sebelum Yang Berhormat Batu pergi, boleh sentuh sikit...
Support for terrorist and the commission of terrorist act. Okey.
Saya faham tentang maksud yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu itu, tetapi di kalangan anak muda, mungkin perkara itu menjadi satu perkara yang fashionable. Sudah tentu Osama bin Laden terrorist tetapi sekiranya anak muda memakai T-shirt Osama bin Laden, saya hendak pandangan Yang Berhormat Batu. Sekiranya di kota London, di kota New York, kadang- kadang anak muda itu walaupun tidak terrorist, adakah Yang Berhormat Batu menggalakkan anak-anak ataupun pelajar-pelajar memakai baju yang bercetak Osama bin Laden kerana itu adalah merupakan fashion.
Saya ingat kita jangan ulangi masalah.
Itu contoh. Anak muda, itu contoh.
Saya hendak jawab itu. Kita jangan ulangi kesilapan yang dilakukan oleh negara-negara Barat kerana mereka mengambil tindakan keras. Bukan sahaja gambar Osama bin Laden pakai T-shirt itu dihukum atau diambil tindakan atau mereka rasa mereka overdo. Sesiapa yang memakai ada simbol Islam tidak dibenarkan masuk sekolah kerana barat takut kepada insignia ini. Mereka mengambil satu pendekatan yang sama. Item yang ada association dengan terrorism itu. Dia pakai segala yang ada simbol itu diharamkan. Ini yang menjadikan IS. Mereka lagi keras untuk menentang because mereka rasa apa salahnya bila Osama bin Laden suruh kita halau Amerika Syarikat keluar dari bumi tanah air kita.
Ya, Yang Berhormat Batu cukuplah.
Itulah sebab kita harus bezakan.
Yang Berhormat Batu, kalau macam itu...
Kalau kita lawan dengan terrorist pun kena pakai akal. Kita kutuk terrorist hanya bila mereka ambil tindakan keganasan. Kalau mereka bukan terrorist, sesiapapun kalau mereka suruh orang untuk melakukan pembunuhan terhadap orang yang tidak berdosa, kita kutuk. Itulah sebab saya kata kita tidak mahu bincang secara conceptual. Saya kata undang-undang ini ada kecacatan. Kita harus khususkan tindakan itu has to be committing a terrorist act. Jangan kita membenarkan, kita menghukum rather than Yang Berhormat Ketereh kata, kita tarbiah supaya mereka faham perkara ini tidak betul. Ada kumpulan ini bertopeng menggunakan anti penjajahan, tetapi sebenarnya mereka melalukan jenayah. Boleh kita juga gunakan Facebook kita untuk membetulkan persepsi. Jangan gunakan tindakan hukuman kepada anak-anak muda yang rasa fashionable kerana apa yang dihujah oleh sesetengah kumpulan ini make sense dan ada logiknya. Jangan kita buat itu. Kalau kita lakukan, saya anggap kita lakukan satu kesilapan yang besar dan ini akan mendorong banyak lagi...
Ya, cukuplah Yang Berhormat Batu.
...Ramai lagi untuk menyertai dan menyokong kumpulan ini. Ini bertentangan dengan hasrat yang kita lakukan. Saya anggap saya tidak ada masa.
Terima kasih. Saya hendak dapatkan kepastian berapa orang lagi minat? Selepas Yang Berhormat
Sepang, Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat Sepang. Sebenarnya 20 minit ya Yang Berhormat Sepang.
Okey, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya ingin menegur kepada pihak kerajaan. Saya rasa dalam rang undang-undang yang hendak dibentangkan ini begitu banyak pindaan yang hendak dibuat. Kanun Keseksaan, selepas itu nanti – Bermula dengan POTA semalam yang mana kita cuba bulldoze dalam masa beberapa hari ini. Saya percaya seorang peguam pun menghadapi, kita pun memerlukan masa untuk meneliti akta-akta seperti ini. Jadi saya pun masih hairan kenapa kita hendak segerakan sangat benda ini semua, seolah-olah kita merasakan kalau tidak buat benda ini, seolah-olah negara kita terancam dengan terrorist ini. Jadi ini bagi saya ia akan menyebabkan kemungkinan apabila kita tidak mempunyai masa dengan preparation yang cukup, dia akan menyebabkan perbahasan kita di sini pun nanti dalam keadaan kelam kabut. Apatah lagi semalam apabila kita berbahas tentang POTA semalam, kami telah memberikan banyak input kepada pihak sebelah sana dan kebanyakannya tidak dijawab dengan baik. Selepas itu dibuat sampai pukul 2, 3 pagi, ini menyebabkan Menteri ambil jalan mudah sahaja.
[Dewan riuh]
Sabar dulu. Saya akan tunjukkan. Jangan takut. Sabar. Kalau hendak, bangun. Tidak payah hendak membebel-bebel macam itu.
Janganlah angkuh sangat.
Tidak, saya hendak katakan memang pihak Barisan Nasional ini mereka – Orang di luar nampak perbahasan antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Jauh beza langit dengan bumi.
Angkuh lagi! Sombongnya, sombong!
Bukan masalah sombong. Ini masalah realiti. Masalah yang menunjukkan bahawa memang Barisan Nasional ini tidak ada mempunyai kemampuan untuk memahami benda ini semua.
[Bangun]
Gunakan sentimen semata-mata, gunakan emosi semata-mata. Ini menyebabkan...
Ini berbahaskah apa ini?
Ini berbahaslah!
Boleh bagi jalan?
Berbahas, janganlah mengata orang. Ini bukan berbahas namanya.
Sekarang yang buat ini orang, bukannya binatang.
Yalah, ini Barisan Nasional, Barisan Nasional semua ini apa hal?
Oleh sebab itulah saya kena kata orang yang buat. Kalau binatang buat, saya tidak marah. Pihak yang buat ini orang.
Ini, perangai orang Islam macam itukah?
Yang kita hendak kenakan hukuman ini orang, bukan binatang, bukan monyet di Setiu!
Perangai Islam macam ini? Ini bukan perangai Islam!
Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Orang Islam macam Khawarij. Kumpulan Khawarij ini, suka mengata orang. Ini tidak boleh.
Ini kena faham, kena faham. Dalam Dewan ini kita mengatalah benda betul. Saya tidak bagi ruang macam itu.
Dengan cara baik, okey?
Boleh bagi jalan?
My point is that akta kita hendak bangkitkan, kita hendak cepat. Kenapa?
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, ini dua yang bangun.
Nanti dulu, nanti dulu.
Tidak bagi jalan?
Memang tidak bagi jalan.
Tidak apalah, saya hormat peraturan mesyuarat.
Apa yang saya hendak tegaskan, semalam kita telah luluskan POTA. Cuba kita lihat akta ini. Akta ini diibaratkan kita menebarkan dia punya jaring itu terlalu luas sehinggakan orang-orang yang sebenarnya mereka ini memang bukan terrorist, tetapi mereka akan jadi mangsa kerana akta ini telah melebarkan jaring itu begitu luas. Saya hendak tengok. Cuba lihat. Mana-mana yang Setiu itu, cuba lihat seksyen 130JB. Cuba tengok. Yang Berhormat Setiu mungkin boleh faham. “(1) Whoever: (a) has possession, custody or control of; or (b) provides, displays, distributes or sells; any item associated with any terrorist group or the commission of a terrorist act shall be punished with imprisonment for a term not exceeding seven years, or with fine, and shall also be liable to forfeiture of any such item.”
Okay, in this section “item” includes publications, visual recordings, flags (bendera), banners, emblems, insignia and any other thing displaying symbols associated with a terrorist group, terrorist act or ideology of a terrorist group. Kalau kita pecahkan satu persatu ini, dekat sini saja berpuluh-puluh kesalahan. Nampak macam 1,2,3, ideologi, ‘a' itu nampak kecil tapi kalau kita pecah, kita dissect benda itu, dia akan melibatkan dekat sini saja berpuluh-puluh kesalahan on this section alone. On this section alone, kita boleh mengemukakan pertamanya whoever has possession of any item associated with any terrorist group, satu salah. Whoever has custody or control, satu salah. Banyak. Possession simpliciter, possession sendiri, possession sahaja tanpa ada niat pun boleh kena. Contohnya kita ada terpegang bendera-bendera yang kita tidak tahu itu pun kumpulan terrorist, tiba-tiba kita pegang. Dalam 130JB ini boleh kena. Kalau kita setakat memiliki benda itu, kena dibicarakan, okey lagi, bicarakan dekat SOSMA okey lagi. Masalah dengan adanya seksyen ini, dengan wujudnya POTA kerana kesalahan itu kita boleh tangkap tanpa bicara. Consequent dia jelas. Sebab itu saya kata tadi jangan terburu-buru. Apa yang hendak terburu-buru sangat. Mungkin kita rasa, “Oh, kalau kita tidak terlibat apa kita takut, bukan masalah kita”. Mungkin yang akan terlibat nanti anak kita, saudara kita, kawan kita yang kita tidak tahu, yang tahu dia ini budak innocent. Yes, Yang Berhormat Lenggong hendak bangun? Hendak tanya? Tidak ada. Hendak duduk, okey. Sebab itu bagi saya tidak perlu kita
terburu-buru. Kenapa? Sebab dengan kita wujudkan POTA ini kita tidak boleh jamin apabila mereka melakukan kesalahan ini, mereka akan dibicarakan. Oleh sebab dengan adanya POTA itu bermakna kita boleh gunakan kesalahan ini dan kita tangkap di bawah POTA. Ini yang kita takut. Apatah lagi sekarang sudah jelas sudah, sebelah sana ini banyak sudah memungkiri janji. Esok mungkin kita akan lihat pula pindaan pada Akta Hasutan. Mula-mula janji hendak hapuskan Akta Hasutan. Lepas itu tidak hapuskan. Lepas itu tangkap pula, bukan tangkap orang-orang BN, tangkap daripada Pakatan Rakyat dan juga rakyat biasa, cakap dan boleh interpretkan seditious tendency. Lepas itu sekarang hendak buat lagi satu pindaan pula, hendak masukkan kesalahan baru dan sampai pula ada pula hendak letakkan satu kesalahan unavailable, seolah-olah kesalahan sedition satu perkara yang amat serius sampai kita tidak mahu bagi bail. Bayangkan kalau orang didakwa, tiba-tiba dipenjarakan kerana tidak bayar bail, tiba-tiba didapati tidak bersalah, dia sudah jalankan hukuman. Sedangkan function ataupun fungsi bail itu ialah to secure attendance. Maknanya saya hendak katakan Barisan Nasional ini apa sebenarnya kamu buat ini? Apa yang kamu hendak capai ini? What you are doing? Yang Berhormat Setiu bangun, kamu sebagai hakim. Where is your conscience. Mana hati kamu, mana kamu punya ini.
Sudah, cakap elok-elok tidak bolehkah?
Boleh, ini elok-elok lah ini.
Bercakap biar ada hemahlah sikit, adab itu ada. Langsung tidak ada adab ini masalahnya. Apa ini kamu-kamu ini masalahnya.
[Menyampuk]
Saya bukan hendak bertanya, saya hendak bagi tahu sahaja ini.
Kalau dalam Peraturan Mesyuarat, beritahu tidak ada, yang ada soal. Kalau hendak mencelah soal. Kalau hendak tahu kita pergi kedai kopi. Saya bercakap ini sebab saya tahu benda ini akan open to abuse. Kita tidak boleh jamin benda ini semua tidak akan open to abuse. Kalau kita betul- betul hendak memerangi terrorist, okey. Kalau kita...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bangun, bangun, bangun, please bangun. Cakap membebel macam itu, itu bukan orang jantan itu. Okey bagus. At least Yang Berhormat Tanjong Karang walaupun tidak berapa pandai, tapi dia hendak bangun. Terima kasih. [Ketawa]
Ya sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tadi saya malas hendak bercakap. Tapi bila dengar Yang Berhormat Sepang cakap merapu, saya terpanggillah. Sebab dia tidak berapa pandai.
Hujah, hujah, hujah.
Eh, biarlah. Apa hal yang bising dekat belakang ini.
Hendak dengar, hendak dengar orang…
Tidak ada soalan tidak apalah. Okey orang lain.
Ya lah, saya hendak tanyalah.
Okey, tanya cepat.
Bila saya dengar yang pertama tadi, semalam, kata sampai pukul 2.30 pagi, kata Barisan Nasional ini tidak mahu menghadapi realiti, tidak mahu menerima kenyataan. Betulkah? Siapa yang tidak mahu menerima realiti dan kenyataan. Sudah lima kali undi kalah, hendak undi lagi. Siapa yang tidak mahu menerima kenyataan? [Tepuk] Inilah, dia cakap tidak serupa bikin, itu yang sampai 2.30 pagi. Kemudian yang kedua saya hendak tanya ini, ini undang-undang, kalau semua orang mematuhi undang-undang seperti di bawah Rukun Negara, kedaulatan undang-undang kita sudah luluskan, mengapa kita buat? Sebagai contoh, kalau kita tahu pakai baju yang ada karikatur Nabi sebagai contoh, bolehkah kita pakai? Sampai dekat Paris hari itu, sampai berbunuh-bunuh. Isu dia sebab karikatur Nabi. Ini Yang Berhormat kena ingat, ini roh. Kita memahami undang- undang ini. Kalau sudah undang-undang kata tidak boleh, tidak bolehlah. Itu undang- undang tapi kadang-kadang ada juga kata budaya. Ada satu perkataan, provokasi. Katalah ada perhimpunan PAS. Kami BN datang ramai-ramai pakai baju BN. Apa akan berlaku? Salahkah? Ini kebebasan bercakap, kebebasan berhimpun. Tiba-tiba perhimpunan PAS, kami BN pakai baju UMNO, kita pergi dengar ramai-ramai dekat situ. Jadi kecoh tidak? Mesti jadi kecoh kerana kita seolah-olah membuat provokasi. Samalah ini undang-undang ini. Jadi kalau kita ikut peraturan, undang-undang, tidak ada masalah. Masalahnya pembangkang tidak mengikut peraturan. Adil, adil, adil. Selama enam tahun bicara dekat mahkamah, 14 lawyers pun kata tidak adil lagi. Masa bila hendak adil. Ikut cakap dia baru adil. Inilah dia.
Okey sudah. Dia ada satulah orang katakan, ada orang, sesetengah orang ini bila dia diam, kita ingat dia ini mungkin tidak pandai kot. So dia cakap, confirm tidak pandai. Soalan, tadi apa yang dibangkitkan itu bagi saya dia faham tidak apa yang dia cakap itu? Saya hendak tengok ya, saya hendak baca tadi Yang Berhormat Tanjong Karang. Tadi kata dalam seksyen 130JB ini kalau kita tahu tentang ilmu pentaksiran undang-undang ini, whoever has possession, dia tidak cakap whoever voluntarily kah, wilfully, dia tidak ada. Maknanya kalau dalam undang-undang dia kata dia tidak perlu ada mens rea. Mens rea ini faham tidak? Saya rasa dia faham. Mens rea ini maknanya ada niat. Sebab dalam undang-undang dia mesti ada mens rea, ada actus reus. Ada kesalahan-kesalahan ini dipanggil dalam undang-undang ini bagi straight liability untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang. Straight liability ini maknanya we don’t have to prove mens rea. Masalahnya budak-budak ini kadang-kadang, contoh budak- budak boleh. Anak kita mungkin. Mungkin kita dekat sini kita tidak mahu anak kita terlibat dengan terrorist group, terrorist act dan sebagainya tapi dengan tidak sengaja mereka ini mungkin kadang-kadang Facebook kan dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam 130JB ini yang begitu wide, begitu luas dia punya pemakaian undang-undang ini, dia boleh terkena pada semua orang termasuk innocent bystander, sesiapa saja. Ini yang kita khuatir. Mungkin kita tidak buat. Mungkin kita pun tidak sokong terrorist tapi orang-orang yang mungkin jadi mangsa ini tidak boleh kita ketepikan. Sebab itulah, saya pun hairan kenapa kita masukkan banyak sangat dan mudahkan pula untuk ditahan. Bayangkan “publication” includes all written, pictorial or printed matter, and everything of a nature, similar to written or printed matter whether or not containing any visible representation, or by its form, shape, bentuk pun in any other manner capable of suggesting words or ideas or an audio recording and every copy, translation, reproduction or substantial translation or reproduction in part or in whole thereof”. Mana ada orang kampung yang faham. Kita hendak faham itu pun sakit-sakit kepala, silap-silap kena migrain hendak faham benda ini. Tiba-tiba...
[Bangun]
Sekejap ya. Saya hendak katakan kalau ini kita luluskan, bermakna kita menjadikan semua rakyat Malaysia ini berpotensi untuk ditangkap di bawah seksyen ini. Semua, bukan seorang. Semua. Okey silakan.
Laluan Yang Berhormat Sepang.
Ya, sila.
Kalau macam ini saya rasa pihak polis pun tidak cukup kakitangan hendak tangkap semua orang, sebab terlalu ramai sangat yang tidak faham, dia buat macam ini, sikit-sikit, semua kena tangkap. Jadi saya rasa apa yang berlaku ialah dia akan pilih-pilih orang lah hendak tangkap dan yang paling mudah untuk ditangkap ialah pembangkang sajalah. Kerana itulah yang paling vocal. Apa pendapat Sepang?
Ya sila, sila.
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya hendak beri tumpuan kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi iaitu bila ada pindaan ini lepas itu dikaitkan pula dengan Rang Undang-undang POTA itu maka inilah yang menjadi masalah dan inilah mungkin orang tidak perasan malam tadi bila dibahaskan. Bila orang ada CD kah, ada dalam majalah, yang ada unsur-unsur yang nampak macam seolah-olah ada hubung kait dengan pengganas, terus ditahan, terus di caj di bawah POTA, tidak ada perbicaraan. Maka, dengan begitu mudahnya seseorang itu akan dapat disabitkan kesalahan terlibat dengan pengganas sedangkan mungkin seperti mana yang disebutkan tadi dia hanya innocent bystander. Inilah implikasinya apabila takrif kesalahan itu begitu luas. Selepas itu prosedur penghakiman dan keadilan itu begitu mudah untuk disabitkan kesalahan dan tidak menjamin keadilan. Inilah gandingan di antara dua, tiga pindaan dan rang undang-undang baru ini menunjukkan bahawa satu suasana yang begitu mencengkam dan begitu tidak menjamin keadilan itu boleh berlaku. Ini saya hendak minta Yang Berhormat Sepang comment sekali. Kedua, saya pun naik letih dengar Yang Berhormat Tanjong Karang ini. Saya hendak Yang Berhormat Sepang beritahulah keadilan itu dijamin berdasarkan tempoh masa perbicaraan. Kita buat lagi panjang tempoh masa perbicaraan, maknanya lebih adillah ataupun adakah keadilan itu dinilai berdasarkan pada penghakiman, the written judgment. Walaupun kiranya ada tempoh perbicaraan satu tahun sekalipun tetapi written judgment nya jelas menunjukkan bahawa keputusan hakim itu adalah adil. Maka, rakyat akan beranggapan justice has been done and has been seen to be done. Akan tetapi kalau tempoh perbicaraan ini 20 tahun sekalipun tetapi akhirnya apabila keluar written judgment yang merapu. Orang macam Saiful Bukhari boleh dikatakan seorang saksi yang adil dan credible walaupun kenyataannya bercanggah-canggah, maka adakah dengan itu rakyat akan menganggap bahawa keadilan itu telah dilaksanakan dan jelas kelihatan terlaksana. Jadi, kena berikan kefahaman kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Kita gunakanlah, tidak apalah, pasal dia merasakan diri dia seorang peguam yang hebat, memahami undang-undang dan sebagainya kita gunakanlah ruang ini untuk memberikan sedikit kesedaran dan kefahaman kepada dia bahawa keadilan itu bukan bergantung pada tempoh perbicaraan. Keadilan itu bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh hakim yang dijelaskan sebab-sebabnya dan alasan-alasannya dalam written judgment yang boleh dibaca dan boleh dinilai oleh rakyat jelata. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang.
Ya Yang Berhormat Sepang, kita hadkan 20 minit.
Berapa minit lagi?
Masa tinggal tiga minit lagi kerana Yang Berhormat Sepang telah memberikan laluan yang banyak kepada Ahli yang lain.
Kalau boleh bagi saya 30 saat sahaja.
Hari ini saya hendak bagi peluang seberapa banyak yang boleh.
Akan tetapi saya tidak beri peluang lagi selepas ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Dalam rang undang-undang pindaan ini dikatakan sesiapa yang ada apa-apa barang berhubung dengan kumpulan pengganas ini telah melakukan kesalahan. Ini sangat berbahaya kerana kita tahu ada penyelidik-penyelidik, pensyarah-pensyarah dan juga ahli-ahli politik terutamanya Ahli-ahli Parlimen mesti memahami siapa pengganas-pengganas ini. Kalau kita melalui internet ataupun ada apa-apa bahan bacaan berkenaan dengan kumpulan- kumpulan pengganas ini kita pun sudah melakukan suatu kesalahan dan ini sangat merbahaya. Ini bermaksud kita tidak boleh mengetahui apa-apa tentang kumpulan pengganas ini. Adakah ini satu perkara yang sihat? Memang kita hendak tahu sahaja, tidak menjadi satu kesalahan. Setuju kah Yang Berhormat Sepang?
Oleh kerana ramai sangat yang bertanya itu, saya pun sudah lupa dengan soalan-soalan itu. Akan tetapi tidak apalah saya cuba. Tentang yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Beruas. Okey, tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tentang adakah lepas ini polis banyak kerja? Kalau mengikut apa yang digubal ini, apabila kita create new offence bermakna a new work. Bila new work bermakna new duty dan maknanya new cost. Benda-benda ini, setiap benda yang kita siasat ini dia melibatkan kos. Bukan kita ingat bila kita siasat, dia siasat begitu sahaja. Dia melibatkan duit, duit rakyat. Jangan kita ingat bila kita introduce new law, new offence ini benda ini tidak ada apa-apa. No, law ini ada kaitan dengan ekonomi juga. Bila ada new offence bermakna kita mungkin hendak investigate benda-benda baru ini dia memerlukan new technique, dan memerlukan new equipment dan sebagainya. Jadi, maknanya tidak boleh lepas daripada kos. Jadi, jangan kita ingat bila kita gubal undang-undang ini tidak ada apa-apa. Tidak, dia menyebabkan implikasi yang besar. Bagi saya kesilapan yang paling nampak jelas yang dilakukan oleh Barisan Nasional with due respect ialah merasakan apa sahaja masalah berkaitan terrorism ini selesai dengan law atau undang-undang. Saya peguam, Yang Berhormat Puchong peguam. Jadi, percayalah undang-undang ini tidak boleh menyelesaikan banyak masalah. Kalau kita betul hendak pergi kepada penyelesaian masalah terrorism ini dia mesti empowerment of the police force itu. Itu patut kita tumpukan lebih. Macam mana kita boleh empower dia sampai ke peringkat mereka boleh mempunyai teknik-teknik yang sophisticated dan sebagainya yang mereka boleh gunakan untuk memerangi terrorism ini. Apa yang lebih malang lagi,di hadapan saya ini ada sebuah buku. Saya bawa sebenarnya tujuan hendak bahas. Al-Qanun ad-Dauli al-Insani. Di dalam satu bukharanah. Ini adalah Islam dan juga kanun antarabangsa. Dalam buku ini ada cerita tentang perbandingan antara undang-undang terrorism ini. Diceritakan masalah dalam buku ini ialah masalah sampai di dunia ini definisi terrorism itu tidak settle lagi. What is meant by terrorism. Peringkat dunia ini masih lagi tidak dapat capai satu permuafakatan apa sebenarnya terrorism sebab kadang-kadang bagi Amerika mereka adalah terrorist. Bagi orang tempatan pula mereka ini adalah golongan mungkin pembela, golongan hero dan sebagainya. Jadi apabila kita tidak dapat menyelesaikan masalah ini, masalah definisi pun still tidak settle kita akan menghadapi masalah untuk memerangi terrorism sebab...
Ya, Yang Berhormat Sepang gulung.
Okey, jadi kita akan menghadapi masalah kerana bagi orang Amerika dia kata dia terrorist tetapi bagi orang tempatan dia jadi hero. Jadi, bila mereka menganggap dia hero. Mereka akan ambil gambar dia, tampal dekat poster, buat baju dan sebagainya. Adakah kerana mereka ini sokong? Tidak, kerana mereka merasakan mereka ini ada jasa dan sebagainya. Jadi ini masalah kita sebab itu kalau kita terus buat law kita jadikan kesalahan pula, memiliki bendera, baju, simbol, semua ini satu kesalahan kita akan menghadapi masalah. Percayalah kita menghadapi masalah sebab everybody...
Cukuplah, saya minta gulung.
[Bangun]
Everybody will be subjected to this abuse dan saya katakan tadi innocent. Ya Yang Berhormat Batu Gajah. Sekejap ya, sedikit sahaja Yang Berhormat Batu Gajah.
Sudah cukuplah, cukup.
Sedikit boleh.
Kalau Yang Berhormat Sepang sudah tidak berminat saya minta Yang Berhormat Menteri.
Sekejap, sekejap. Okey, lepas ini peringkat Jawatankuasa boleh lagi. Jadi saya hendak katakan bahawa dengan wujudnya POTA semalam ini dan dengan kita mewujudkan seksyen-seksyen baru ini yang ada dalam Kanun Keseksaan. Sebelum ini kita ada Kanun Keseksaan kita sudah pinda, masukkan kesalahan-kesalahan ini. Kita masukkan pula kesalahan-kesalahan baru dan kita buat seksyen-seksyen ini dalam keadaan begitu luas dia punya implikasinya dan dia punya jaringan itu ibarat macam pukat tunda, dia boleh kena semua orang. Jadi, saya risau ini mungkin menyebabkan ramai orang yang tidak bersalah akan dikenakan tindakan. Bayangkan kalau kita ditahan sampai beberapa tahun di bawah POTA. Tiba-tiba selepas 10 tahun kita dapati mereka ini tidak terlibat pun. Ketika itu macam mana hendak repair balik? Hendak repair balik itu macam mana? Irreparable. Jadi, inilah yang patut kita fikirkan sebab itu saya tidak nampak ada keperluan. The best way dalam Parlimen ini untuk menyelesaikan masalah ini ialah kita buat select committee.
Both parties. Kita tidak payah semua orang. Kita pilih Ahli Parlimen yang ada kepakaran untuk duduk semaja, kita bincang benda ini. Sudah sampai masanya saya rasa Parlimen Malaysia ini kita ubahlah style. Sudah sampai masanya Barisan Nasional ini tidak perlu rasa, oh, apabila kita buat undang-undang, kita mesti luluskan, whatever consequences. Makna kita rasa kalau kita kalah, kita malu. No. Baru ini apabila ketum ditolak, kami tidak rasa ini kejayaan Pakatan Rakyat. Bagi kami, ini kejayaan menunjukkan ini semua sudah mula ada satu permuafakatan. Sepatutnya kita rasa syukur benda itu, bukannya kita rasa, oh, Barisan Nasional kalah. Sampai ada dekat kantin kata sebab Yang Berhormat Sepang last cakap, Yang Berhormat Sepang minta tarik balik, it’s a personal glory for Yang Berhormat Sepang. No. I want to reiterate, no. Bagi kami, it is not a personal glory. Kita fikirkan mangsa yang mungkin akan dijadikan tahanan-tahanan yang tidak bersalah. Itu yang kita risau. Terima kasih.
Ya, saya menjemput Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan satu seksyen yang banyak dibangkitkan iaitu seksyen 130JB iaitu seksyen yang berhubung dengan possession of item. Saya sendiri pun mempunyai kecurigaan juga, Yang Berhormat. Saya memahami apa yang Yang Berhormat sebut berhubung dengan possession ini dan Yang Berhormat sebut juga, itu yang asas sekali dalam sudut undang-undang, actus reus dan mens rea itu, ia tidak ada soalan mens rea proof. Asalkan ia mempunyai atau ada benda-benda macam itu, kalau dilihat secara literal undang-undang ini, boleh dihukum dan boleh dibawa ke mahkamah. Akan tetapi berlandaskan apa yang kita lihat polis buat sekarang, banyak anak muda kita menggunakan t-shirt 04, 08, bermacam-macam lagi simbol-simbol yang ada hubung kait dengan gangster, berhubung kait dengan jenayah, tidak adapun dituduh. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita cukup yakin bahawa polis kita cukup rasional dalam sudut ini, dalam menggunakan seksyen-seksyen sedemikian ini. Lagipun, undang-undang ini sebenarnya masih macam sudut undang-undang biasa. Keseluruhannya kalau kita lihat seksyen daripada awal daripada 130FA ini hingga seksyen-seksyen yang dibuat itu, semua mempunyai knowing or having reason to believe. Semua benda-benda macam itu dimasukkan. Selain daripada itu, hanya seksyen ini sahaja
yang saya dapati rasa – seksyen 130JB ini. Saya betul-betul rasa curiga juga, Yang Berhormat. Saya bincang banyak...
Kalau begitu Yang Berhormat Menteri....
Tunggu Yang Berhormat.
Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menteri mengatakan ada curiga. Nampaknya Menteri ada kejujuran di situlah. Saya harus mengakui ada kejujuran. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri rasa sedar bahawa ini boleh open to abuse dan sebagainya. Jadi apa salahnya Yang Berhormat Menteri, be a man. Kita kata untuk 130JB ini, at least kita withdraw dahulu, tarik balik dahulu. Kita buat apa yang rasa boleh dulu. Ini kerana 130JB ini bagi saya – bayangkan, possession simpliciter. Maknanya setakat kita ada possess pun boleh kena. How come we criminalise budak-budak yang pakai baju? Budak ini kadang-kadang – anak kita pakai baju Superman, adakah kerana dia tahu Superman itu betul-betul ini? Dia tidak tahu, dia pakai sahaja. Baju ini, bagi orang yang jual baju ini Yang Berhormat Menteri, mereka hendak laku, yang penting baju itu orang beli. Sudah tentu dia beli benda-benda yang boleh menarik minat. Dia bukan niat untuk hendak suruh orang itu sokong terrorist. Jadi kalau kita gunakan seksyen 130JB ini criminalise everyone, saya minta tolonglah Yang Berhormat Menteri, dengan kecurigaan Yang Berhormat Menteri yang saya amat saya puji, saya harap tolonglah 130JB ini ditangguhkan dahulu, tarik balik. Kita tidak akan mainkan isu di luar bahawa BN itu... Malah, kita kata sekurang-kurangnya kerajaan dah mula rasional. Kita tak lokek untuk beri pujian. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Mas Gading sudah bangun, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita faham kerisauan ahli-ahli mengenai strict liability. Akan tetapi kalau kita lihat di dalam rang undang-undang yang di hadapan kita sekarang, cuma seksyen 130JB sahaja yang strict liability. Kalau kita lihat seksyen 130JC, 130JD, semuanya ada dengan whoever with the intention yang untuk menolong ataupun mengambil bahagian di dalam terrorist act baru mereka boleh didapati bersalah. Jadi saya mencadangkan seksyen 130JB ini – ini cadangan kepada kementerian, kalau boleh ditambah dengan sesiapa yang ada possession atau custody atau control atau distribute, jual apa-apa benda dengan niat hendak mempromosikan kumpulan pengganas supaya dia punya mens rea itu dimasukkan balik dalam seksyen 130JB dan tidak payah ditarik balik. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat Mas Gading ini classmate saya di Council Legal Education dahulu, boleh dikatakan head-head juga. Yang Berhormat ini dengan saya sama, not too badly, we did very well. Among the top Malaysian di Council Legal Education berhubung dengan undang-undang, Yang Berhormat. Bukan hendak puji sendirilah kerana di antara yang ramai itu, sedikit sangat. Akan tetapi bukanlah bermakna kita... Sebab itu kita boleh condone benda-benda yang tidak betul. Saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat itu, tetapi saya juga melihat daripada amalan yang telah dibuat oleh pihak polis sekarang. Tidak ada pun orang-orang yang memakai simbol-simbol yang boleh dikatakan menyalahi undang-undang pernah dicaj ataupun dibawa oleh pihak polis ke mahkamah. Itu satu.
Yang pakai baju Bersih itu?
Tunggu Yang Berhormat. Yang kedua, saya juga melihat di bawah undang-undang ini, tidak ada langsung yang mengehadkan kuasa mahkamah. Kalau kes ini dibawa ke mahkamah, tiada suatu kuasa mengehadkan mahkamah untuk menghukum orang itu dengan RM2 atau RM3 sahaja.
Boleh, atas budi bicara mahkamah. Tidak ada minimum sentence yang diberi oleh pihak undang-undang ini. Jadi maknanya, walaupun saya berasa curiga, saya masih mempunyai kepercayaan bahawa polis akan tidak teragak-agak. Dia akan membuat penyelidikan yang terperinci dan melihat juga walaupun di bawah undang-undang itu sendiri tidak mempunyai mens rea, ia juga akan melihat dari sudut kehendak. Kalau dilihat keseluruhan undang- undang ini, mungkin apa Yang Berhormat sebut tadi mungkin kita pada suatu ketika nanti kita boleh pinda semula. Akan tetapi untuk ini, oleh kerana satu ini sahaja Yang Berhormat, jadi saya belum lagi bersedia untuk menarik balik undang-undang ini.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, sila.
Kita tidak cadangkan untuk tarik balik semua tetapi untuk pinda sedikit sahaja supaya kita tidak menghukum orang-orang yang tidak bersalah. Saya menghargai apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tentang polis setakat ini tidak sewenang-wenangnya menghukum orang yang pakai. Akan tetapi dengan ada undang-undangnya, kita tidak boleh kata kita ada undang-undang tetapi kita tidak laksanakan. Saya juga khuatir kerana bukan semua polis itu memahami cara untuk menangani ini. Saya hendak dapat contoh. Sekarang ada Akta Perhimpunan Aman. Jadi ada perhimpunan yang berlaku, polis tidak boleh charge, tetapi di kalangan mereka ada 10 atau 20 orang pakai baju yang mempunyai gambar Osama bin Laden.
Boleh kalau polis mengambil kesempatan, mereka invoke undang-undang ini, hakim terpaksa jatuh hukum kerana berlaku kesalahan bertentangan dengan klausa ini. Jadi ini akan dianggap sebagai salah guna undang-undang ini tetapi ini berlaku di bawahan ini. Bukan niat Yang Berhormat Menteri, bukan niat Parlimen ini tetapi ada kemungkinan ia akan berlaku. Jadi saya harap, kita pertimbangkan semula kerana perkara ini cukup serius bila kita buat undang-undang, harus undang-undang itu dipatuhi kerana undang-undang itu ialah autoriti yang kita sama-sama bersetuju.
Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri menggunakan hujah itu mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan polis mungkin daripada segi logiknya tidak sepatutnya polis ini menyalahgunakan ini. Akan tetapi apabila ada kes-kes begitu dibawa ke mahkamah, pihak mahkamah ia tertakluk kepada undang-undang, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebab pendakwa pun, dia dakwa, dia akan tengok bila ingredient dalam seksyen ini dia boleh digunakan untuk didakwa, dia akan gunakan. Maknanya kalau dia dakwa, mahkamah tidak boleh kata, “You ada intention”. Kalau katakan peguam bela kata, “You have to prove intention”. Mahkamah kata “Tunjukkan di mana dalam seksyen ini kata we have to prove mens reas”. Tidak ada. So, mahkamah akan putuskan berdasarkan apa jaminan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang kita cakap dalam Parlimen ini tidak terpakai dalam interpret undang-undang. Itu masalah kita. Kalau boleh terpakai, senang kita. Kita boleh cakap dalam mahkamah, “Yang Berhormat Menteri janji dahulu tidak begitu”. Tidak boleh. Mahkamah kata “Lantaklah Yang Berhormat Menteri”. Ini undang- undang. Ini yang berlaku di bawah. Sebab itu saya rasa tidak salah. Paling kuranglah kalau tidak hendak tarik pun kita setuju dengan Yang Berhormat Mas Gading itu, masukkan sesuatu yang sekurang-kurangnya kita ini. Bila kita mengaku kesilapan ini, kita tidak boleh dikatakan orang jahat. Kadang-kadang kita dianggap sebagai hero lagi. Sebab itu saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadilah hero hari ini, sokong pindaan ini. [Tepuk]
Boleh satu minit? Terima kasih.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua perkara yang saya hendak utarakan di sini. Kalau ada undang-undang tetapi tidak dilaksanakan or in English we call, we bring disrepute to the law. Ada undang-undang kalau tidak dilaksanakan, penghormatan orang terhadap undang-undang itu akan berkurangan.
Kedua, kalau ada undang-undang, dikatakan polis tidak akan melaksanakannya, ia membuka ruang untuk memberi ruang kepada polis yang tidak jujur menggunakan undang- undang untuk mendapatkan rasuah ataupun mengugut rakyat. Jadi haruslah kita mempertimbangkan perkara ini if there’s a law, it must be enforced, if it is not enforced, it will bring disrepute to the law. If there’s a law, it is discretion of the enforce, it will break corruption and abuse. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga mendengar hujah Yang Berhormat Batu tadi tetapi daripada pandangan Yang Berhormat Batu itu memang saya tidak berapa boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Batu ini sebab Yang Berhormat Batu sentiasa tidak mempercayai orang lain. Manusia yang boleh diterima di dunia ini hanya dipercayai di dunia ini ialah Yang Berhormat Batu sahaja. Orang lain tidak boleh. Ini saya tidak boleh terima benda macam ini Yang Berhormat. Kita tidak boleh menyangka orang lain buruk sangka dengan sesiapa sahaja selain daripada kita sendiri, Yang Berhormat. Kita juga boleh menerima bahawa dalam Jabatan Polis itu, di Jabatan Peguam Negara itu, banyak manusia yang mempunyai fikiran yang waras, yang baik hati, yang takut dengan Tuhannya, Yang Berhormat. Jadi jangan buruk sangkalah. Saya boleh menerima perbahasan daripada Yang Berhormat Sepang tadi tetapi untuk meminda, ada proses-proses yang tertentu yang tidak boleh dibuat sekarang Yang Berhormat. Jadi itulah kenapa. Lagipun Yang Berhormat kita mengetahui kenapa latar belakang rang undang-undang ini dibuat. Latar belakang rang undang-undang 130JB ini dibuat kerana mengikut risikan dan maklumat yang didapati oleh pihak polis bahawa pihak IS ini banyak menjual logo, menjual bermacam-macam item yang sedemikian ini untuk mempromosikan group mereka. Jadi, tidak akan polis melihat seorang yang pakai di sana dia terus tangkap sebagaimana Yang Berhormat Batu sebut tadi, kalau ada orang semua pakai ‘Bin Laden’ sampai 20 orang, saya pun tertanya dengan sendirinya, “Kenapa semua orang pakai baju ‘Bin Laden’”. Jadi, polis pun mungkin akan tanya juga Yang Berhormat. Akan tetapi latar belakangnya ialah kenapa 130JB itu dibuat oleh kerana IS menggunakan item-item yang ada hubung kait dengan mereka sebagai mempromosikan gerakan mereka. Jadi mereka ini pandai untuk menarik anak-anak muda. Kita sebenarnya Yang Berhormat bukanlah untuk mengenakan orang yang memakai tetapi kita hendak cari siapa yang membuat dan mempromosi. Inilah latar belakang 130JB ini. Kita cukup yakin maklumat ini juga kita dapat daripada risikan-risikan polis sebelum undang-undang ini kita cadangkan di sini. Jadi, saya bersetuju juga dengan Yang Berhormat Sepang tadi mengatakan bahawa apa sebenarnya intention menggubal undang-undang ini. Mungkin perkataan assurance daripada Yang Berhormat Menteri tidak boleh pakai walaupun ada undang-undang disebut oleh saya awal tadi dalam satu rang undang-undang lain iaitu Pepper vs Hart yang di decide oleh House of Lords itu 1990 yang diambil kira oleh hakim di Malaysia dan juga mahkamah Malaysia untuk menginterpretasikan apakah tujuan Parlimen untuk menggubal satu-satu undang-undang mungkin tidak diambil kira oleh hakim untuk menentukan kes-kes yang tertentu. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita kena ada rasional juga kenapa kita gubal satu-satu undang-undang. Sebab itulah kita melihat dia sebagai satu sebab kenapa satu-satu tindakan yang diambil oleh kerajaan bukan hendak menganiaya sesiapa. Jadi itulah juga kenapa there is no minimum sentence dan tidak ada had bagi hakim mengenakan hukuman-hukuman yang berpatutan berlandaskan apa yang hakim lihat. Jadi...
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam bangun. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak ringkaskan sahajalah. Saya tidak pertikaikan yang polis kah, Peguam Negara kah dan sebagainya. Masing-masing buat kerja ikut masing-masinglah tetapi sekarang ini kerja kita dalam Parlimen, kita hendak luluskan rang undang-undang. Maka sebaik-baiknya kalau kita hendak orang lain buat kerja dengan baik, dengan rasional dan sebagainya, kita pun bila hendak luluskan rang undang- undang itu kita pun ada tanggungjawab untuk menentukan bahawa apa yang terkandung di dalam rang undang-undang itu benar-benar mencerminkan niat dan tujuan di sebalik rang undang-undang itu.
Lalu di sinilah walaupun kita mungkin kita boleh bersetuju bahawa polis tidak akan menyalahgunakan dan Peguam Negara dan pegawainya semua pun ramai yang baik, yang tidak akan - tetapi tanggungjawab kita dalam Parlimen ini sebagai Ahli Parlimen. Ini yang kita kena lepaskan diri kita daripada segi itu iaitu biarlah kita gubal rang undang-undang dengan ayat-ayat yang jelas, maksud yang jelas supaya kita buat kerja kita dengan betul, polis buat kerja dia dengan betul, hakim buat kerja dengan betul, Peguam Negara buat kerja dengan betul dan Insya-Allah, selesailah. Baguslah. Akan tetapi kalau kita dalam keadaan nampak ada kelonggaran, ada kekurangan kita lepaskan juga, lepas itu kita kata “Polis akan buat kerja dengan baik dan Peguam Negara akan buat”. Kita punya tanggungjawab kita tidak selesaikan. Di sinilah saya rasa kalau boleh, biarlah paling kurang mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan jaminan bahawa perkara ini akan dipinda untuk kita melalui proses yang secepat yang mungkin supaya orang nampak dan hakim-hakim pun akan nampak, polis pun akan nampak, Peguam Negara pun akan nampak bahawa Ahli-ahli Parlimen dalam Parlimen ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan bukan dengan lebih kurang dan mengharapkan mereka pula untuk menampung kekurangan- kekurangan yang ada dalam rang undang-undang itu. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Yang Berhormat, oleh kerana saya juga peka dengan proses pemindaan Yang Berhormat. Kalau saya boleh buat sekarang pindaan itu, saya boleh ubah. Masuk apa yang disebut oleh itu tadi supaya soalan mens rea itu akan dimasukkan dalam seksyen 130JB ini. Akan tetapi saya beri assurance satulah sebagaimana yang dipinta oleh Yang Berhormat Shah Alam, saya akan bincang dengan AG selepas kelulusan ini nanti untuk kita membincangkan soal pindaan kepada 130JB ini. [Tepuk] Terima kasih, itu sahaja Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya iaitu bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAH JENAYAH (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa iaitu Rang Undang- undang Pencegah Jenayah (Pindaan) 2015 dibaca kali kedua sekarang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan Akta Pencegahan Keganasan 2015 diperkasakan seperti mana yang telah dibentangkan pada sesi ini beberapa pindaan selari terhadap lima rang undang-undang lain dibuat termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959. Pindaan ini dibentangkan pada sesi ini adalah untuk menyelaraskan peruntukan-peruntukan dalam Akta Pencegahan Keganasan 2015 supaya ia selari dengan peruntukan-peruntukan di bawah di dalam Akta Pencegahan Jenayah 1959. Malah penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada juga dibuat bagi memperkasakan Akta 297 iaitu Akta Pencegah Jenayah 1959. Akta ini pada mulanya memperuntukkan dalam tajuk panjang untuk menangani “secret societies” dan juga “organized crime”. Dengan pindaan ini, takrifan “terrorist” telah dimasukkan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Kanun Keseksaan Akta 574 yang membolehkan mana-mana pengganas tempatan diambil tindakan. Selain itu, akta ini juga tidak boleh digunakan untuk membuat tangkapan kepada mana-mana orang di atas alasan kepercayaan dan kegiatan politiknya. Oleh itu, Ahli Yang Berhormat tidak perlu merasa bimbang kerana akta ini tidak akan diguna untuk menangkap mana-mana ahli politik kecuali jika mereka merupakan seorang pengganas yang termasuk di bawah takrifan yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Pindaan kali ini juga adalah untuk bertujuan untuk menyelaraskan Lembaga Pencegah Jenayah supaya ia dijadikan sistem Lembaga Pencegah Keganasan di mana Lembaga akan dianggotai oleh seorang Pengerusi yang mempunyai kelayakan undang- undang dengan pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang undang-undang yang dibantu oleh Timbalan Pengerusi berserta dengan Ahli yang juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang keselamatan dan ketenteraman serta mempunyai integriti yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat awam. Pindaan ini juga memperuntukkan penggantian terhadap seksyen 19E iaitu laporan tahunan yang mana seksyen 19E yang baru memberikan kuasa kepada Lembaga untuk mengarahkan pemindahan orang tahanan dari suatu tempat tahanan ke suatu tempat tahanan yang lain yang mana semasa pemindahan orang tahanan tersebut bersifat berada di bawah jagaan yang sah. Manakala Seksyen 19F yang lama iaitu berkaitan sunset clause terhadap Bab IVA perintah tahanan digantikan dengan seksyen 19F yang baru iaitu memperuntukkan kuasa kepada Commissioner General atau Ketua Polis Negara untuk mengemukakan orang tahanan ke mahkamah atau apa-apa jua dikehendaki demi kepentingan keadilan. Atau bagi maksud apa-apa siasatan awam atau siasatan lain atau demi kepentingan negara. Atau demi kepentingan orang yang ditahan yang ada dalam jagaan mana-mana pihak yang berkenaan. Peruntukan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015. Elemen-elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti yang berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa akta ini. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta 297 untuk memperjelaskan bahawa Akta 297 terpakai bagi pengganas. Dalam hal ini Akta Pencegahan Keganasan 2015 akan memperkatakan secara khusus mengenai pencegahan perlakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai sebagaimana yang ditakrifkan di dalam akta itu di suatu negara asing atau di mana-mana
bahagian satu negara asing serta kawalan terhadap orang yang terlibat dalam perbuatan sedemikian; Fasal 4 bertujuan memindakan seksyen 3 Akta 297 untuk memasukkan subseksyen baru (1A) untuk mengehendaki pegawai polis merujuk kes orang yang ditangkap kepada pendakwa raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada 7 hari daripada tarikh penangkapan. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 297 untuk memasukkan subseksyen baru (2A), (4), (5). Subseksyen (2A) mengadakan perlindungan bahawa tidak seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 4 semata-mata kerana kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.
Fasal 6 bertujuan untuk menggantikan seksyen 7B Akta 297 untuk mengadakan kesamaan antara Lembaga Pencegahan Jenayah dengan Lembaga Pencegahan Keganasan yang ditubuhkan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang dicadangkan. Lembaga Pencegahan Jenayah akan terus bersidang sebagai satu Lembaga dengan kuorum bagi persidangannya seramai tiga orang anggota. Pindaan ini bertujuan untuk memudahkan persidangan Lembaga Pencegahan Jenayah. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 297 untuk memasukkan subseksyen baru (7) untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan elaun yang kena dibayar kepada saksi yang dipanggil melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 297. Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 15A(2) Akta 297 untuk memperjelas bahawa kajian semula kehakiman termasuk prosiding yang dimulakan melalui writ habeas corpus. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 19A Akta 297 untuk mengelak sebarang keraguan tentang pemakaian Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan bagi perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah seksyen 19A. Fasal 12 bertujuan untuk meminda Akta 297 dengan menggantikan seksyen 19E dan 19F. Dengan ini, kehendak bagi Menteri Dalam Negeri mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen mengenai semua aktiviti di bawah Bahagian IVA (Perintah Tahanan) di bawah Akta 297 dan keperluan untuk Bahagian IVA dikaji semula tiap-tiap lima tahun oleh Parlimen akan dikeluarkan. Sebagai gantinya, seksyen baru 19E memberi Lembaga kuasa untuk mengarahkan pemindahan orang yang ditahan dari mana-mana tempat tahanan ke tempat tahanan yang lain sementara seksyen baru 19F memberi Komisioner Jeneral Penjara atau Ketua Polis Negara kuasa untuk mengarahkan kehadiran orang yang ditahan bagi maksud siasatan awam atau siasatan lain, atau demi kepentingan negara, atau demi kepentingan orang yang ditahan, berada dalam jagaan atau dikurung. Fasal 13 bertujuan untuk meminda Akta 297 dengan memasukkan seksyen baru 19G. Ia memperuntukkan bahawa penahanan mana-mana orang di bawah Bahagian IVA Akta 297 adalah tanpa menjejaskan pengambilan apa-apa prosiding jenayah terhadap orang itu, sama ada semasa atau selepas tempoh tahanannya. Fasal 14 adalah bertujuan untuk membatalkan kuasa Pendaftar untuk memusnahkan gambar foto dan cap jari jika tiada permohonan dibuat untuk gambar foto dan cap jari itu oleh orang yang gambar foto dan cap jarinya telah diambil di bawah seksyen 21. Fasal 15 memperuntukkan bahawa peraturan-peraturan boleh dibuat oleh Menteri bagi pentadbiran dan pengurusan Lembaga, termasuk peruntukan mengenai latihan bagi anggota Lembaga. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang
bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ya, Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara 6 dalam cadangan ini di mana menyatakan berkenaan dengan Prevention of Crime Board dan di situ dinyatakan seksyen baru iaitu seksyen 7B di mana saya lihat bahawa di composition dengan izin Tuan Yang di-Pertua, of the Board ditukar di mana sekarang ada Pengerusi yang dinyatakan legally qualified person with at least fifteen years’ experience in the legal field then the Deputy Chairman not less than three and not more than six for other members. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tujuan kita mengadakan Board ini? Sama ada Board ini diwujudkan supaya memang keputusan berkenaan dengan tahanan dapat dibuat melalui akta ini dan kebiasaannya apabila kita ada Board, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri falsafah, the philosophy being, in this act, adalah untuk menentukan bahawa ada badan yang bebas untuk membuat keputusan berkenaan dengan tahanan dan sebagainya. Akan tetapi masalahnya adalah sama ada ataupun tidak, pegawai-pegawai ataupun mereka yang dinyatakan dalam komposisi Board ini boleh bertindak sebagai bebas disebabkan dua perkara. Pertama, saya lihat bahawa ia member of the Board akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, siapa yang akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan nama-nama yang akan menjadi ahli-ahli Board ini? Itu penting kerana kita kena tahu sebenarnya cadangan yang dibuat itu datangnya daripada mana. Itu yang pertama. Kedua, berkenaan dengan pembayaran. Adakah mereka ini dibayar sebarang gaji dan dibayar oleh siapa? Ketiga, adakah sebarang sekuriti diberikan? Maknanya seperti seorang Hakim itu, kita boleh terima atau kita boleh percaya bahawa Hakim tersebut bebas kerana ada security of tenure, di mana beliau ini tidak boleh dikeluarkan daripada jawatan tersebut begitu sahaja oleh sesiapa yang tidak suka ataupun tidak bersetuju dengan keputusan yang beliau buat. Akan tetapi dalam kes seperti ini di mana kita ada Board, di mana dinyatakan bahawa Board itu akan menjadi bebas, tetapi apakah jaminan yang diberikan bahawa Board itu sebenarnya bebas? Di mana mereka boleh membuat keputusan tanpa ada sebarang masalah ataupun fear kepada pihak mereka bahawa sebarang keputusan itu akan membawa kepada mereka itu dikeluarkan daripada jawatan mereka. I think this is important kalau kita hendak memberikan pandangan kepada orang ramai bahawa sebenarnya apa yang dicadangkan melalui pindaan ini adalah cadangan untuk mengeratkan lagi the belief that there will be no political interference. Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita berbalik juga kepada apa yang dinyatakan dalam subseksyen 5, di mana disertakan ataupun dinyatakan di situ bahawa seseorang tidak boleh ditahan untuk apa yang disebut sebagai his political belief or political activity. Ini menjadi satu topik yang semalam pun saya bangkitkan kerana apa yang perlu adalah untuk kita meneliti apabila ada peruntukan tersebut di mana kita menyatakan dengan jelas bahawa seseorang itu tidak boleh ditahan because of his political belief dan sebagainya. Akan tetapi apakah jaminan yang diberikan bahawa sekiranya ada abuse, ada salah guna akta ini, maka boleh dicabar atau dipertikaikan perintah-perintah yang dibuat. Ini kerana kalau kita sebut, kita memang ikut apa yang ditulis di sini, no person shall be arrested and detained because of his political belief. Akan tetapi bagaimana kalau benar- benar kita lihat bahawa perintah itu mempunyai alasan-alasan yang menyentuh kepada political belief beliau, di mana kita ada dalam undang-undang ini syarat yang menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan below judicial review. So we came back again dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kepada isu yang dibangkitkan semalam tetapi ini dalam konteks bil ini, cadangan yang dikemukakan. Apakah kerajaan bersetuju bahawa sekiranya kelonggaran diberikan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan dengan satu perintah yang dikemukakan sama ada
ataupun tidak, ia memang benar atau tidak melibatkan political belief or political activity of orang yang ditahan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada seksyen 9 yang baru Yang Berhormat Timbalan Menteri, di mana dibangkitkan isu berkenaan dengan habeas corpus. Kalau kita lihat kepada seksyen 15A, dinyatakan bahawa, “Section 15A of the principal Act is amended in subsection (1), by deleting the word “or finding”, and in subsection (2), by deleting the word “or” appearing at the end of paragraph (b); and by inserting after paragraph (b) the following paragraph writ of habeas corpus.” So, saya minta penjelasan berkenaan dengan apakah yang disebut di situ dan apakah kesannya terhadap permohonan-permohonan khususnya kepada mahkamah di mana dibangkitkan isu-isu teknikal.
Seperti mana Yang Berhormat Menteri sedia maklum kalau kita bawa satu kes ke mahkamah di bawah habeas corpus permohonan dibuat supaya kita dapat melihat sama adapun tidak, prosedur yang ditetapkan dan yang ditentukan dalam undang-undang ini telah pun diguna pakai. Adakah ini mempunyai sebarang kesan kepada perkara itu kerana ini penting di mana undang- undang tersebut itu membenarkan tahanan tanpa perbicaraan. So, setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun ingin menanyakan tentang seksyen 6 Prevention of Crime Board. Pertama sekali ialah setakat mana keluasan dan tanggungjawab dan amanah yang diperuntukkan untuk Prevention of Crime Board. Saya juga menarik sebab yang ini they are appointed by Yang di-Pertuan Agong, saya ingin tahu siapa yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sebab dia mesti melalui nasihat Menteri. So, kita perlu penerangan daripada Menteri. Siapakah yang akan menasihati panel Yang di-Pertuan Agong ini? Selepas itu kita dapati chairman legally qualified tetapi deputy not less than three persons yang bahagian (c) itu tidak ada apa-apa penerangan tentang kelayakan mereka. Saya menuntut penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kelayakan seksyen 7B(b) dan (c). Selain daripada itu kita juga ingin tekankan dekat sini kuorum untuk Prevention Crime Board ini hanya tiga orang. Ini bermaksud kemungkinan besar Chairman yang mempunyai legal qualification itu tidak datang pun tidak apa. Dia masih lagi Prevention Board ini meneruskan dia punya tatasusila dia, boleh teruskan dengan program aktiviti dia dan dia boleh menghukum seseorang. So, saya minta penerangan tentang seksyen fasal 7B(5) itu tentang kuorum. Selain daripada itu, saya juga menuntut penerangan tentang 9(b) dan (a) mengenai rate of habeas corpus mengapa yang ini diselitkan, padahal pada asalnya tiada peruntukan sebegini. So, penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada satu lagi bahagian. Sekejap, saya cari. Okey, ya jumpa. Pindaan seksyen 9(7) “The Minister may by regulations prescribe the allowances to be paid to witnesses summoned and under subsection (3).” Ini untuk pendapat saya, Tuan Yang di-Pertua boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan sebab Minister boleh regulate sendiri bayaran. So, macam mana kita boleh memberi kuasa sebegitu luas kepada Minister ini boleh disalahgunakan terhadap saksi-saksi yang kita bawa untuk berkaitan dengan rang undang-undang ini nanti. So, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang beberapa isu yang saya telah bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Bukit Mertajam. Bukit Mertajam? Yang Berhormat Tanjong. [Ketawa] Lepas itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Oh, panjang sedikit Yang Berhormat ya?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyertai perbahasan ke atas pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959. Di mana saya berasa amat hairan, satu akta yang telah dipinda dua tahun sebelum ini, kini perlu dipinda lagi. Di mana sekarang ini dengan memasukkan terrorist dalam definisi dalam lingkungan akta ini, jadi dia semakin mengaburkan definisi di antara terrorist dengan secret societies atau organized crime. Jadi seseorang yang ditangkap dia kemungkinan walaupun dia seorang ahli kongsi gelap, dia mungkin akan dilihat, dilayan sebagai terrorist dan ini akan memberi satu layanan yang berbeza, di mana mungkin mereka mendapat layanan yang lebih teruk dan yang lebih sesak terhadap mereka. Jadi saya rasa dengan memperluaskan skop bagi POCA ini untuk memasukkan terrorist juga akan menyebabkan polis kurang cekap apabila menentukan sama ada sesuatu tindakan harus diambil di bawah POCA atau di bawah POTA. Memang POCA sekarang ini dimasukkan beberapa peruntukan yang agak sama dengan POTA. Jadi ini menimbulkan kesangsian kami. Jikalau sesuatu keadaan berlaku seorang patut diletakkan, ditahan di bawah POTA atau di bawah POCA. Ini kerana di bawah POTA, seorang hanya boleh ditahan 59 hari tapi di bawah POCA seseorang boleh ditahan maksimum 71 hari. Jadi kemungkinan seorang terrorist dia akan ditahan lebih panjang lagi, lebih lama lagi. Jadi ini akan menimbulkan sesuatu soalan mengapa ada ketidak konsistenan di antara dua akta ini dari segi tempoh yang boleh ditahan di bawah kedua-dua perundangan ini. Lagi satu adalah berkenaan dengan kuasa Parlimen yang memantau pelaksanaan undang- undang seperti POCA ini akan terhakis. Di mana pindaan ini, akan memansuhkan supaya Menteri perlu mengemukakan laporan tahunan kepada Parlimen. Semalam Yang Berhormat Menteri ada tunjuk kepada kami bahawa ada laporan tahunan telah disediakan untuk dibentangkan ke Parlimen. Tapi kita tidak dapat. Satu laporan pun tidak dapat walaupun sudah lulus dua tahun tapi berapa orang yang ditangkap, ditahan, direman, semua ini kita tidak tahu. Jadi mengapa ketelusan ini tidak dapat ditingkatkan. Jadi saya rasa kuasa Parlimen yang memantau pelaksanaan kuasa undang-undang ini untuk memastikan laporan tahunan dapat dibentangkan kepada Parlimen setiap tahun perlu dikekalkan. Ia tidak harus dihapuskan sama sekali dan saya berharap supaya kuasa yang asal supaya POCA ini dapat dikaji setiap lima tahun perlu dikekalkan. Ini adalah hasrat kita, apabila Parlimen meluluskan pindaan dua tahun sebelum ini, ini adalah hasrat supaya ia dapat dikaji. Akan tetapi belum sampai lima tahun, belum ada peluang untuk kita buat kajian ini sudah dimansuhkan. Jadi saya berharap beberapa perkara ini yang penting dapat diberi satu jawapan yang memuaskan oleh pihak kementerian dan saya berharap kuasa Parlimen tidak harus terhakis semacam ini dan perlu dikekalkan. Sekian, terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama soalan berhubung dengan board ataupun lembaga, apakah tujuan lembaga ini. Sebenarnya tujuan lembaga ialah untuk memindahkan kuasa daripada kuasa Menteri. Dahulunya kalau kita masih ingat di bawah Akta ISA dulu kuasa ini daripada laporan yang dibuat oleh pihak polis dan selepas itu diserahkan kepada pihak Menteri. Menteri pula membuat keputusan berlandaskan laporan polis dengan tidak ada dianggapkan sebagai tidak memberi kepuasan kepada banyak pihak. Jadi itu la kenapa pindaan undang-undang POCA dahulu, yang kita selaraskan dengan undang-undang ini supaya dipindahkan kuasa Menteri itu.
Undang-undang tidak lagi memberi kuasa penahanan kepada Menteri tetapi dipindahkan kepada lembaga. Lembaga itu pula seorang yang berpengalaman dalam bidang undang-undang, di bawah undang-undang ini tidak kurang dari 15 tahun dan lembaga ini dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Persoalan juga
dibangkitkan iaitu macam mana proses pelantikan ini? Proses pelantikan ini hampir sama dengan proses pelantikan mana-mana lembaga sedemikian ini iaitu memang Perdana Menteri membuat saranan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kita tidak juga boleh meremehkan kuasa dan bidang budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri untuk pelantikan mana-mana ahli lembaga. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga akan menggunakan budi bicara sama ada melantik atau tidak melantik seseorang yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri. Ini di luar bidang pengetahuan saya macam mana proses Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seseorang itu selepas mendapat saranan daripada Perdana Menteri. Akan tetapi syaratnya telah ditetapkan di bawah undang-undang. Saya juga mendapat soalan tadi mengatakan pengerusi mempunyai kelulusan tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang tetapi sebahagian daripadanya itu tidak ada. Timbalannya tidak ada dan ahli-ahli lain tidak mempunyai kelulusan yang tertentu, disebutkan di dalam undang-undang itu sendiri. Akan tetapi dalam ucapan saya yang awal tadi semasa pembentangan bahawa orang yang dipilih itu adalah orang yang mempunyai integriti, kemahiran dalam sudut keselamatan dan juga dalam sudut mengendalikan undang-undang sedemikian ini. Jadi, saya cukup yakin bahawa sebelum cadangan ini diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga akan menilai dan daripada sudut ini, Menteri sendiri, Menteri Dalam Negeri tidak ada terlibat dalam soal pelantikan mana-mana individu yang akan berada dalam board. Itu yang kedua. Ketiga ialah soalan kenapa kuorumnya hanya tiga. Ini untuk memudahkan supaya proses pelaksanaan lembaga itu tidak dikekang oleh kehadiran semua pihak dalam lembaga itu sendiri. Jadi, dalam keadaan sedemikian supaya proses keputusan di bawah undang-undang ini boleh dipercepatkan. Dalam masa yang sama saya cukup yakin bahawa lembaga ini akan bebas daripada pengaruh kementerian ataupun Menteri ataupun mana- mana pihak sebagaimana kita lihat daripada sudut Lembaga POCA yang baru kita laksanakan itu. Tidak semua cadangan dan saranan yang dibuat oleh pihak polis ataupun inquiry officer di bawah undang-undang itu diambil dan ditahan oleh pihak lembaga. Sebahagian daripada orang yang disarankan oleh pihak inquiry officer dan polis adalah ditolak juga oleh pihak lembaga ini daripada tahanan. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya cukup yakin kebebasan pihak lembaga ini adalah dijamin dan tidak ada pengaruh dari mana-mana pihak untuk mempengaruhi keputusan mereka dalam membuat sesuatu keputusan. Itu yang pertama. Kedua, memang saya bersetuju dan percaya dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Puchong tadi bahawa dalam soalan habeas corpus ini bahawa pada sudut procedural sahaja bukan berhubung dengan sudut substantive. Maknanya semua fakta itu bukanlah dalam proses macam mahkamah, dipersoalkan oleh pihak peguam semasa memohon habeas corpus dalam kes ini tetapi adalah berhubung dengan pematuhan kepada semua prosedur dia sahaja. Jadi, dalam sudut ini memang saya masih bersetuju dan betul kata-kata Yang Berhormat dari Puchong, jaminannya ialah hanya kepada procedural. Akan tetapi oleh kerana kita mempunyai kepercayaan kepada lembaga itu tadi bahawa perkara ini telah ditapis dan dilihat oleh pihak lembaga sebaik mungkin. Berlandaskan kebijaksanaan, kebolehan mereka dalam sudut ini bahawa semua perkara dan fakta-fakta yang diserahkan oleh pihak inquiry itu telah didapati adalah berpatutan dan mencukupi untuk penahanan tersebut. Jadi, hanya yang boleh dipertikaikan ialah berhubung dengan prosedur sahaja tetapi dalam sudut ini saya tidak mengetahui adakah kita pernah mencuba kalau didapati ataupun proven matters ini dilaksanakan oleh mana-mana pihak yang mala fide berhubung dengan pelaksanaan undang-undang ataupun inquiry itu sendiri mungkin juga pada saya boleh dibuat review di mahkamah. Ini subject to mana-mana pihak peguam boleh mencuba di mahkamah, kalau ada didapati mala fide berhubung dengan inquiry officer, polis ataupun lembaga itu sendiri. Jadi Yang Berhormat, saya cukup yakin ini boleh dicuba di mahkamah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dengar dengan teliti tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan kita boleh mempertikaikan prosedur tetapi sekarang kalau tengok pada fasal 616, prosedurnya pun “The board shall determine its own procedure”. So, dia buat prosedur sendiri, macam mana hendak pertikaikan di mahkamah sebab dia sendiri yang buat prosedur itu. Prosedurnya
untuk dia mungkin itu yang terbaik, itu dia dah ikut sebab every single situation, prosedurnya boleh berubah-ubah. Penjelasan daripada Yang Berhormat.
Saya terlibat secara langsung juga Yang Berhormat berhubung dengan prosedur ini kerana kalau kita minta pihak kementerian menyediakan prosedur yang akan diguna pakai oleh lembaga, itu nampak ada penglibatan kementerian ataupun Menteri dengan menentukan prosedur yang akan diguna pakai oleh lembaga. Oleh kerana kita mempunyai satu kepercayaan bahawa lembaga ini boleh independent ataupun bebas dari pengaruh mana-mana pihak, jadi kita menyerahkan supaya lembaga itu mengadakan ataupun mewujudkan SOP ataupun prosedurnya sendiri. Akan tetapi prosedur ini bukanlah hari ini ditentukan, esok dipakai, lusa tidak pakai, diubah, tidak Yang Berhormat. Prosedur ini macamlah SOP mana-mana badan lain juga. Macam SOP polis, SOP polis bukan dari semasa ke semasa berubah sebagaimana mengikut kehendak dan naluri. Dia akan buat set prosedur dan dia fikirkan inilah yang wajar dan itu akan diguna pakai oleh pihak inquiry dan juga mana-mana pihak lain yang terlibat dengan lembaga itu. Jadi dari itu, kita boleh menilai dan meneliti bahawa sama ada prosedur ataupun SOP yang ditetapkan oleh lembaga itu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dan tugas dan tanggungjawab inquiry officer itu diubahsuai untuk kepentingan mereka sendiri ataupun memang untuk kebaikan pelaksanaan undang-undang ini dan semangat undang- undang ini semasa dilaksanakan.
Minta maaf, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hanya hendak dapat kepastian, adakah prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh lembaga ini akan disahkan oleh sesiapa, mana-mana pihak? Saya bawa cadangan, saya rasa Timbalan Menteri pun tahu misalnya dalam ISA dulu, there were rules and regulations yang dipakai oleh – for in respect of the advisory board, itu satu contoh tetapi ada rules and regulations di mana boleh dilihat apa yang seharusnya dibuat supaya konsisten untuk semua tahanan. Tidak ada satu tahanan yang dapat treatment yang lebih dari yang lain. Adakah kementerian bercadang supaya prosedur ini ditetapkan dan mungkin diwartakan ataupun akan melalui satu saluran di mana ia boleh dijadikan perkara umum supaya juga dapat di tested by court dan juga menjadi undang-undang atau sebahagian undang-undang ini? Terima kasih.
Saya mengambil kira dan saya berterima kasih dengan cadangan Yang Berhormat. Saya amat bersetuju. Sebagaimana kita lihat lockup rules, kita lihat IGP Standing Orders, Director General of Prison Standing Orders, semua benda-benda ini fixed SOP. Jadi saya bukanlah kata hendak mencadangkan kepada pihak lembaga ini sebab dia bebas. Kalau saya cadangkan macam itu, nanti saya pula yang interfere dengan dia punya fungsi sebagai badan bebas. Jadi saya ambil kira dan saya akan buat recommendation kepada kementerian untuk membawa perkara ini kepada lembaga apabila telah dilantik nanti supaya SOP mereka juga bersama dengan sebagaimana kita buat IGP Standing Order, boleh subject to examination oleh pihak peguam yang ada berhubung kait dengan kes-kes yang mungkin mereka cabar di mahkamah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang undang- undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2013, pindaan telah dicadangkan kepada beberapa rang undang-undang bagi menangani kegiatan jenayah terancang. Pindaan tersebut telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Ketiga Belas. Antara rang undang-undang yang telah diluluskan pada masa itu ialah Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2013. Selain dengan pindaan-pindaan tersebut, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah juga telah dibentangkan. Walau bagaimanapun, ia telah ditarik balik untuk dibuat kajian lanjut. Pada hari ini, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah dibentangkan semula kerana ia amat diperlukan bagi salah satu langkah untuk menambah baik tatacara dalam penyiasatan dan pendakwaan kes jenayah. Kanun Tatacara Jenayah juga dicadangkan untuk diperkasakan dengan mencadangkan beberapa pindaan yang merupakan penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada di samping memperkenalkan beberapa peruntukan baru. Pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah juga bertujuan untuk menambahbaik peruntukan sedia ada bagi menangani ancaman keganasan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkara yang dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebelum ini. Peruntukan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015. Elemen utama di bawah rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa akta ini. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru (5) yang memperuntukkan bahawa mana-mana kesalahan di bawah Kanun Keseksaan adalah kesalahan boleh ditangkap jika peruntukan dengan nyata di bawah undang-undang bertulis yang lain kesalahan itu adalah kesalahan boleh ditangkap. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam penyiasatan oleh pihak polis terutama bagi kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga yang secara jelas menyatakan kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga adalah kesalahan boleh ditangkap. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 13 untuk menghendaki orang ramai supaya memberi maklumat kepada polis tentang niat atau perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain jika orang ramai mempunyai pengetahuan atau maklumat mengenainya. Ini adalah sebagai langkah untuk menangani jenayah yang semakin meningkat dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam membanteras jenayah. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru (6) untuk membenarkan Pendakwa Raya untuk hadir dalam mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen 98. Dengan cadangan pindaan ini,
Pendakwa Raya boleh hadir secara ex parte di hadapan Majistret untuk membuat permohonan bagi menghalang mana-mana orang atau orang awam secara amnya dari melakukan perbuatan tertentu: (i) yang boleh mengakibatkan gangguan, halangan atau kecederaan kepada mana-mana orang; (ii) yang boleh membahayakan nyawa keselamatan atau kesihatan orang ramai; dan (iii) yang boleh menimbulkan rusuhan atau pergaduhan. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk memasukkan subseksyen baru (1A) untuk membenarkan Pendakwa Raya untuk hadir dalam mana-mana permohonan reman yang dibuat di bawah seksyen 117. Ini bertujuan supaya Pendakwa Raya boleh hadir dalam permohonan reman bagi kes-kes tertentu yang dirasakan perlu yang mempunyai kepentingan awam, melibatkan isu undang-undang dan jika suspek diwakili peguam. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 173A dengan memasukkan subseksyen baru (8). Dengan pindaan yang dicadangkan, mahkamah tidak boleh membebaskan pesalah dengan atau tanpa syarat dan tidak merekodkan sabitan di bawah seksyen 173A jika seseorang pesalah itu dituduh dengan kesalahan berat atau dituduh dengan kesalahan keganasan rumah tangga.
Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru iaitu 265A, 265B dan 265C. Seksyen baru mengadakan peruntukan bagi keterangan saksi yang dilindungi ambil melalui tatacara khas. Pindaan ini dicadangkan bagi menangani masalah keengganan saksi untuk memberi keterangan di mahkamah kerana bimbang dengan keselamatan dirinya jika identitinya didedahkan terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan kumpulan jenayah terancang. Pindaan ini dicadangkan bagi menangani masalah keengganan saksi untuk memberi keterangan di mahkamah kerana bimbang keselamatan dirinya jika identitinya didedahkan. Dengan peruntukan baru yang dicadangkan itu, akan lebih ramai saksi berani untuk tampil memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan di mahkamah termasuk terhadap anggota kumpulan jenayah terancang. Dengan keterangan itu, maka sabitan dapat dikenakan tangkapan mereka yang melakukan jenayah. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 282 dengan memasukkan perenggan baru (e) bagi mengehendaki ke mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman pemenjaraan secara serentak apabila seseorang disabitkan dengan dua atau lebih kesalahan dalam satu perbicaraan. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru untuk menghalang seorang pesalah yang dipertuduh dengan kesalahan berat atau kesalahan pesalah yang dituduh dengan perlakuan keganasan rumah tangga daripada bebas dengan bon berkelakuan baik. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 399B ke dalam Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan bahawa mana-mana keterangan atau laporan yang diberikan oleh seorang pakar berkenaan dengan aktivis struktur, amalan, upacara, tandatangan, insignia, ciri-ciri atau apa-apa perkara lain yang berhubung dengan sesuatu kumpulan jenayah terancang hendaklah diterima sebagai keterangan. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 402B untuk memperuntukkan bahawa walau apa pun subseksyen 402B(1), pihak pendakwa tidak dikehendaki untuk mendapatkan izin tertuduh sebelum mengemukakan apa-apa penyataan keterangan. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru, 407B ke dalam Kanun Tatacara Jenayah bagi mengehendaki tertuduh untuk membayar penalti jika harta yang merupakan hal perkara sesuatu kesalahan telah dilupuskan atau tidak boleh dikesan. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 414 bagi memberikan pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Daerah Polis kuasa untuk mengarahkan penjualan harta rampasan yang sebelum ini kuasa itu di bawah Ketua Pegawai Polis. Fasal ini juga bertujuan untuk meletakkan hak milikan atau hasil jualan harta rampasan yang tidak dituntut kepada Kerajaan Persekutuan. Sebelum pindaan yang dicadangkan ini, hak milikan atau hasil jualan itu diletakkan di bawah kerajaan negeri tempat harta itu dirampas.
Fasal 14 bertujuan untuk menggantikan seksyen 415 untuk membenarkan penjualan harta yang ditahan dengan perintah Majistret di bawah subseksyen 413(3) dibuat melalui laporan lelongan awam. Penjualan itu boleh dibuat jika harta tersebut mudah rosak, sukar atau tidak praktikal untuk di selenggara, harta tersebut bernilai kecil atau tidak, penjagaan harta tersebut melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan sukar. Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan Bab baru XLIA bagi mengadakan tatacara yang lengkap berhubung dengan rampasan dan pelucutan hak harta tersabitnya yang dimiliki seseorang anggota kumpulan penjenayah terancang yang diperoleh semasa perlakuan sesuatu kesalahan atau yang membawa kepada perlakuan sesuatu kesalahan. Pegawai polis boleh merampas harta alih dan harta tidak alih yang secara munasabah disyaki harta tidak sah dengan mengikut tatacara yang di peruntuk dalam bab baru ini. Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 425A ke dalam Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen baru 425A memperuntukkan tatacara dalam keadaan jika tertuduh melarikan diri sebelum atau semasa perbicaraan selepas dia dipertuduh. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, mahkamah dibenarkan untuk meneruskan perbicaraan dan menyelesaikan daripada segi tanpa kehadiran tertuduh yang melarikan diri itu. Mahkamah juga boleh menjatuhkan hukuman tanpa kehadiran tertuduh daripada hukuman mati. Pemenjaraan seumur hidup dan pemenjaraan seumur hayat tidak boleh dijatuhkan oleh mahkamah tanpa kehadiran tertuduh. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 430 [Akta 593] untuk memberi kuasa kepada menteri dan bukan mahkamah untuk memberi ganjaran kepada orang persendirian yang telah menunjukkan keberanian, kegigihan dan keupayaan luar biasa dalam penangkapan seseorang yang terlibat dalam kegiatan jenayah. Sebagai cara untuk menggalakkan orang ramai untuk turut sama membantu menangani jenayah, peruntukan berkaitan dengan pemberian ganjaran kepada orang ramai yang membantu dalam penangkapan penjenayah yang terlibat dalam kesalahan yang membawa hukuman mati ataupun pemenjaraan dicadangkan untuk dinaikkan kepada tidak melebihi RM100 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM10,000. Fasal 18 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Kanun Tatacara Jenayah berbangkit daripada kemasukan beberapa kesalahan baru ke dalam Kanun Keseksaan dan pindaan kepada hukuman bagi beberapa kesalahan tertentu di bawah Kanun Keseksaan. Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta Kanun Tatacara Jenayah (No.2) 2012 [Akta A1431]. Dengan pindaan ini, subseksyen baru 7 dimasukkan ke dalam seksyen 388A yang dicadangkan untuk memperuntukkan borang yang ditetapkan digunakan untuk berhubung dengan pemasangan perantai pemantauan elektronik. Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 8 [Akta A1431] . Dengan pindaan ini seksyen baru 30A diganti dengan seksyen yang meliputi penggunaan borang yang ditetapkan bagi pemasangan peranti pemantauan elektronik dan memotongkan kesalahan mengganggu atau memusnah peranti pemantauan elektronik. Fasal 21 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 10 ke dalam Akta A1431. Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan Borang 55 ke dalam Jadual Kedua Kanun Tatacara Jenayah bagi diguna pakai semasa seseorang diperintah dipasang dengan peranti pemantauan elektronik. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mula dengan menyatakan bahawa sebenarnya peruntukan-
peruntukan ini Tuan Yang di-Pertua, ia melibatkan banyak sangat pindaan dan seharusnya diberi lebih masa kepada kita supaya dapat melihat kerana ia teknikal. Saya rasa kalau kita semua tengok it is impossible to expect us to read this in detail in two or three days. Apabila ada masalah pula, kita sebagai Ahli Parlimen, kita dipersalahkan. Saya hanya hendak bawa perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada seksyen 265A. Seksyen 265A menyatakan ataupun memberikan perlindungan kepada saksi yang memberikan keterangan di mahkamah yang mana ia menyatakan bahawa seseorang saksi itu boleh membuat permohonan supaya beliau tidak dilihat oleh seseorang tertuduh ataupun peguamnya apabila memberi keterangan.
Ini menjadi satu perkara yang cukup serius kerana seperti mana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, kebanyakan kali ini dalam perkara satu kes yang ini melibatkan aduan yang dibuat daripada seseorang yang membawa kepada satu pertuduhan itu dan kebanyakan kalinya atau kerap kali kita lihat bagaimana tertuduh tersebut itu ada masalah persendirian dengan pengadu. Untuk tujuan tersebut, memang tertuduh perlu tahu siapakah pengadu untuk memberikan keterangan bagaimana pengadu tersebut itu memberi keterangan untuk mengenakannya misalnya. So kita ada undang-undang yang menyatakan bagaimana undang-undang melindungi tertuduh daripada keterangan yang diberikan oleh interested witness for example. Interested witness dengan segala hormatnya Yang Berhormat Menteri adalah seorang yang diketahui oleh tertuduh kerana beliau memberi alasan-alasan kenapa orang tersebut itu menjadi seorang yang tidak boleh dipercayai dan beliau mungkin akan merujuk kepada satu keadaan ataupun satu peristiwa terdahulu yang menyebabkan saksi tersebut itu menjadi satu saksi yang ingin mengenakan dia. So, there’s a safeguard that exists in law supaya satu hakim dapat buat keputusan sama ada ataupun tidak satu saksi itu credible. Dengan adanya atau wujudnya seksyen sedemikian, bagaimana kita dapat mengukuhkan undang-undang tersebut di mana seseorang yang tersebut itu mempunyai tujuan tertentu untuk mengenakan seseorang tertuduh tersebut tetapi beliau langsung tidak dapat tertuduh ataupun peguam langsung tidak dapat tahu siapa orang itu, tidak dapat dengar suara dia. Bagaimana dia akan membawa isu-isu ini? How do they apply all safeguards that exist in law, dengan izin. How do they work bila kita ada satu peruntukan di sini di mana seseorang itu tidak boleh dilihat ataupun didengar oleh tertuduh ataupun peguamnya. Itu satu perkara yang saya minta penjelasan. Berkenaan dengan Seksyen 282. Saya tengok terdapatnya satu peruntukan di mana kalau tidak silap Yang Berhormat Menteri, kuasa hakim untuk memerintahkan supaya hukuman dalam satu kes yang melibatkan banyak pertuduhan itu dibenarkan untuk lari ataupun jalan secara serentak. In other word, dalam masa kini misalnya kalau kita lihat kepada kesalahan-kesalahan khususnya jenayah komersial, in commercial crimes for example. Kerap kali kita lihat bagaimana seseorang itu dipertuduh dengan beratus-ratus pertuduhan dan di mana dalam kes tersebut semua mereka itu dijalankan bersama oleh kerana ia melibatkan satu transaksi yang sama. Dalam kes-kes tersebut kita lihat bagaimana mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan meletakkan ataupun memerintahkan tahanan pemenjaraan setahun tetapi tidak boleh dijalankan untuk seratus tahun kerana banyak sangat pertuduhan. So bagaimana keadaan ini memandangkan seksyen yang dicadangkan di bawah seksyen 282 di mana terdapat banyak pertuduhan dan pertuduhan-pertuduhan tersebut itu dijalankan atau dibicarakan bersama. Ini menjadi perkara yang cukup penting kerana if you look into offences today dengan izin, banyak daripada mereka offences yang teknikal for example offences under Securities Commission and so forth. Perkara ini menjadi masalah yang cukup besar kerana hakim akan dalam satu keadaan di mana beliau terpaksa mengeluarkan satu perintah pemenjaraan yang bermaksud berpuluh-puluhan tahun oleh sebab peruntukan sebegini. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimanakah ini boleh menjadi satu perkara yang membantu dalam kes-kes jenayah seperti mana saya sebutkan tadi. Setakat itu saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan rang undang-undang yang dicadangkan seperti yang dinyatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Puchong, saya setuju bahawa terdapat banyak pindaan yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini. Perlu kita tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa cadangan-cadangan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini akan mempunyai effect kepada semua bicara jenayah di negara ini. Oleh itu cadangan-cadangan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini adalah far reacting consequences. Sekiranya diteliti kebanyakan peruntukan yang dicadangkan untuk dipinda di sini adalah peruntukan-peruntukan yang kerap kali ataupun lazimnya digunakan di dalam perbicaraan-perbicaraan jenayah. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Puchong tadi bahawa sepatutnya cadangan-cadangan seperti ini in the interest of justice, in the interest of criminal justice dengan izin, perlu diteliti dengan lebih lanjut dan mendalam. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya ataupun mendapat penjelasan lebih lanjut berkenaan beberapa perkara yang timbul dalam rang undang- undang tersebut. Saya bermula dengan apa yang rakan saya Yang Berhormat Puchong tadi berakhir dengan iaitu Seksyen 282 di bawah kod tersebut dan dinyatakan di sana Tuan Yang di-Pertua bahawa seperti yang dinyatakan tadi bahawa effectively cadangan ini mengambil keluar budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman serentak ataupun concurrent ataupun consecutive. Buat sekarang tiada apa-apa masalah berkenaan dengan pentakrifan apa itu maksud concurrent, apa itu maksud consecutive. In fact, it is settled law, dengan izin. Jadi tiada apa-apa sebab yang munasabah untuk mengeluarkan budi bicara mahkamah tersebut. There is no basis, absolutely no basis what so ever dengan izin, Tuan Yang di-Pertua untuk diremove that discretion. Seperti yang dinyatakan oleh rakan saya tadi boleh kita dapat bukan saja kes-kes jenayah komersial yang mempunyai banyak pertuduhan. Tidak akan kita akan menjatuhkan hukuman beratus-ratus secara consecutive dalam kes jenayah komersial tetapi juga terdapat kes-kes lain. Mungkin kes-kes sensitif seperti kes seksual, mungkin dalam satu kes rogol, mungkin juga ada dua-tiga kejadian rogol yang dituduh. Memang kita setuju. Kita tidak di sini datang, saya seorang peguam bela, saya bukan mencadangkan itu bukan satu perkara serius. Sekiranya tertuduh itu didapati salah, dia akan dijatuhkan hukum tetapi ini semua bergantung kepada fakta-fakta dan circumstances. Sekiranya insiden rogol itu adalah satu insiden, kes seksual melibatkan seorang gadis di bawah umur 16 tahun. Suka sama suka kita panggil. It is a common occurrence, suka sama suka tetapi ini satu kejadian yang serius, kes seksual. Akan tetapi surely we dengan izin cannot remove the discretion of the court in taking into account that this a suka sama suka kes. If they are ........, if we were to adopt this amendment dengan izin Yang Arif, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Sudah macam hakim. Tidak apalah Yang Berhormat.
Saya terlalu...
Selalu sangat di mahkamah.
...Di mahkamah, saya minta maaf dan juga pun masa sudah lambat sekarang. Sudah larut malam sekarang. Akan tetapi balik kepada point saya Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dinafikan dalam kes- kes tersebut, kes-kes tersebut adalah serius tetapi sekiranya terdapat empat kejadian suka sama suka, surely the court is justified in menjatuhkan satu hukuman concurrent. Jadi isu yang saya timbulkan di sini, saya minta penjelasan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah apakah basis ataupun apakah asas untuk remove budi bicara mahkamah tersebut.
Sekarang mahkamah masih boleh menjatuhkan hukuman concurrent dalam kes- kes yang sesuai. So, where is the basis of that?
Saya pergi juga kepada provision ataupun peruntukan lain di dalam rang undang- undang tersebut di 265A. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan peruntukan baru ini adalah berkenaan protection of witnesses. Ini adalah satu perkara yang amat berbeza Tuan Yang di-Pertua, daripada protection of victims. Bila seseorang itu dituduh, sudah tentu dia ada hak untuk lihat macam mana saksi itu mukanya. Sekiranya seorang itu dikatakan seorang saksi yang kenal tertuduh, surely the accused has the right to look at his case. Macam mana kalau kita ada satu keadaan di mana sebenarnya tertuduh itu tidak pernah berjumpa dengan saksi tersebut? Kalau kita mengambil peruntukan-peruntukan ini, itu bermaksud saksi itu boleh melindungi dirinya di bawah peruntukan-peruntukan ini and conceal his face from the accused or his council. Ini bercanggah langsung dengan the provision of equality before the law di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya sedar ataupun saya berpengetahuan at least dua akta yang memperuntukkan protection of victims. Ada peruntukan di bawah ATIP (Akta Antipemerdagangan Orang), human trafficking. Di dalam provision ataupun statut tersebut yang baru digubal kalau tidak silap saya dalam tahun 2007, terdapat provision yang spesifik untuk melindungi victim di dalam kes tersebut. Ini kerana di dalam kes-kes tersebut lazimnya ataupun kerap kali victims tersebut adalah dari antarabangsa, seperti maids dari Cambodia dan selanjutnya. Jadi, ada keperluan untuk disposal of their evidences dengan secepat mungkin. Itu sebabnya di dalam kes-kes tersebut, terdapatnya keperluan untuk mempercepatkan keadilan dan itu sebabnya terdapat sebab khusus untuk memperkenalkan peruntukan seperti ini di dalam legislation tersebut. Juga seperti di dalam Child Act ataupun Akta Kanak-kanak. Of course di dalam kes-kes di mana kanak-kanak adalah terlibat, ini bertambah sensitif. Sudah tentu kita faham. So, itu sebabnya ada peruntukan ataupun legislation yang spesifik untuk menangani keadaan tersebut. So saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya kita sudah ada undang-undang yang sedia ada seperti yang telah saya sebutkan tadi, kenapa kita perlu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan menafikan hak equality of the law kepada semua dengan memperkenalkan cadangan-cadangan di seksyen 265A ini. In langsung tidak diperlukan, memandangkan sudah ada undang-undang yang spesifik bagi tujuan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan di seksyen 399B. Saya membaca di bahagian Inggeris dengan izin, “Evidence or report by an expert on matters relating to organized criminal group 399B(1) Notwithstanding any other written law, where evidence or report is given by an expert on the activities, structure, ritual, ceremonies, hand sign, insignia, characteristic of an organized criminal group or any other matters relating to an organized criminal group the court shall…” Itu penting, mesti, “… the court shall admit the evidence as conclusive proof of the facts”. Dengan segala hormatnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adalah menjadi undang-undang trap yang telah pun menjadi undang-undang buat selamanya bahawa expert itu tujuannya hanya untuk membantu mahkamah. Peranan seorang expert di mahkamah bukannya binding, bukan semestinya keterangannya mesti diterima. Ini adalah undang-undang trap. Kita semua tahu. Tanya pelajar di universiti yang tahun ataupun hari pertama, dia akan bagi you tahu seksyen 45 Akta Keterangan menyatakan ini adalah peranan ...
[Bangun]
Just one minute, saya akan bagi jalan. Just satu minit. Seksyen 45, seksyen 73, semuanya adalah menjurus kepada prinsip tersebut bahawa peranan seorang expert itu hanya untuk membantu mahkamah, bermaksud mahkamah boleh setelah menimbang keterangan tersebut sama ada boleh dipercayai dan sebagainya, ada hak untuk menolak ataupun menerima keterangan saksi tersebut ataupun expert tersebut. Kalau kita lihat kepada 399B baru ini, ini sekali lagi mengambil ataupun removes the discretion of the court untuk menolak ataupun menerima expert evidences tersebut. So masalah-masalah yang jelas ataupun obvious akan timbul sekiranya seorang expert datang, handwriting expert misalnya datang. Dia bagi satu report yang tebal, 300 muka surat. Itu mesti diterima tanpa soal. Kalau kita lihat kepada peruntukan yang selanjutnya, ada anggapan juga di 399B subseksyen (2), “If evidence is proved that the
accused (a), (b), (c), (d), the court shall presume that the accused is a member of an organized criminal group”. In other words, dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, mahkamah mesti terima keterangan seorang pakar dan membuat anggapan atas keterangan tersebut. Ini bercanggah langsung dengan undang-undang yang termaktub sejak awal 90 century ataupun 20 century. Jadi adalah tidak masuk akal dengan segala hormatnya, untuk memperkenalkan undang-undang yang with substitutes dengan izin, the power of the court with the power of the expert. Dalam erti kata lain, sekiranya kita teliti peruntukan ini dengan benar-benar, ini bermaksud Hakim tidak ada kuasa lagi di dalam kes-kes yang melibatkan expert untuk menilai keterangan expert tersebut. Dia mesti terima keterangan expert tersebut. So, sekiranya seorang expert itu memilih untuk membuat satu laporan dan laporan itu dikemukakan sebagai keterangan di mahkamah, itu bermaksud kandungan laporan itu mesti diterima walaupun saksi itu bukannya satu saksi yang reliable. So sekiranya expert itu datang ke mahkamah, satu dunia boleh setuju keterangannya memang tidak boleh terima. Completely unreliable from his oral evidences with anybody, any reasonable person from his oral evidences would conclude that this witnesses cannot be or his evidences cannot be reliable or accepted.
Tetapi sekiranya laporan ini diexhibitkan, ia mesti diterima. Macam mana logik itu? Siapa yang nasihat peruntukan ini digubal? It makes absolute nonsense with the greatest of respect, dengan izin kepada undang-undang yang sedia ada. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan 265C iaitu sekali lagi dengan protection of identity of witness. Apa yang telah saya nyatakan tadi hanya untuk mengakhiri point saya berkenaan dengan ia khususnya dinyatakan di perenggan C. Notwithstanding any written law to the contrary, any report through any means on a protected witness shall not reveal or contain the picture of the protected witness. So ini adalah penting oleh kerana peruntukan ini secara spesifiknya membolehkan seorang witness bukan sahaja seorang victim, tetapi semua witness untuk the consent daripada tertuduh. How is he going to defend himself if he cannot even see what is a accuser looks like or witnesses of his accuser looks like. With the greatest of respect, saya minta penjelasan, terima kasih.
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hari ini setelah beberapa rang undang-undang, kita tiba pula ke Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015. Rang undang-undang ini kalau kita teliti secara spesifik, melibatkan 20 pindaan terhadap akta ini, rang undang-undang baru ini dan ianya perlu diselaraskan dengan dua rang undang-undang yang telah kita luluskan iaitu POTA dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. Saya ingin menyentuh pertama sekali tentang fasal 10 yang menyelitkan seksyen baru iaitu seksyen 399B di mana ia memperuntukkan bahawa mana-mana keterangan atau laporan daripada seorang pakar berkenaan dengan aktiviti, struktur, amalan, upacara, tandatangan, insignia, ciri-ciri atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan sesuatu kumpulan jenayah terancang harus diterima sebagai keterangan. Mahkamah boleh menganggap tertuduh itu sebagai seorang ahli kepada kumpulan jenayah terancang. Peruntukan sedemikian dan terutamanya fasal 2 yang merangkumi aspek yang luas lagi kurang spesifik berkemungkinan memberi kesempatan kepada penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu. Saya bagi sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, topeng-topeng kalau digunakan di demonstrasi atau protes secara aman, saya tekankan secara aman, tetapi boleh berkemungkinan dianggap sebagai berkaitan dengan aktiviti pengganas. Walaupun itu adalah protes secara aman, kita hendak bawa kritikan, bawa luahan secara aman supaya kerajaan boleh meneliti kesilapan ataupun kecuaian mereka, tetapi boleh dikaitkan dengan aktiviti keganasan dengan terbukanya seksyen baru kita 399B.
Seterusnya saya ingin sentuh fasal 11 seksyen 402B. Di bawah pindaan seksyen 402B pula, pihak pendakwaan tidak dikehendaki untuk mendapatkan izin daripada tertuduh sebelum mengemukakan apa-apa penyataan keterangan. Peruntukan ini bagi pendapat saya Tuan Yang di-Pertua boleh dikatakan menafikan hak asas tertuduh dan sama sekali tidak adil bagi pihaknya. Sebelum disabitkan kesalahan seseorang harus dianggap tidak bersalah dan apa-apa penyataan keterangan atau bukti yang bakal dibentangkan di mahkamah haruslah dimaklumkan kepada tertuduh bagi pengetahuannya.
[Bangun]
Yang Berhormat Puchong bangun.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat kapar, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar tadi, kita lihat juga apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya dengar daripada Yang Berhormat Kapar di mana kita menyebut berkenaan dengan pindaan- pindaan ini, di mana kita lihat bahawa hak seseorang tertuduh itu seolah-olah diketepikan. Maknanya kita lihat sekarang seksyen yang dibaca oleh Yang Berhormat Kapar menunjukkan ataupun membawa satu undang-undang baru di mana consent ataupun persetujuan daripada tertuduh tersebut tidak diperlukan dan statement ataupun dokumen daripada dia boleh dikemukakan, itu satu. Tadi kita juga dengar bagaimana Tuan Yang di-Pertua ada peruntukan yang membolehkan supaya saksi-saksi memberikan keterangan tanpa identiti mereka itu ditunjukkan. Kita lihat kemudiannya kepada seksyen 425A. Saya minta penjelasan atau pendapat daripada Yang Berhormat Kapar. Bukan sahaja Tuan Yang di-Pertua, pengaku ataupun consent daripada seseorang tertuduh tidak diperlukan untuk statement beliau dikemukakan. Bukan sekadar saksi boleh beri keterangan tanpa diketahui identiti mereka. Peruntukan sini diberikan supaya perbicaraan boleh dijalankan tanpa seseorang tertuduh langsung. That means you can even proceed with a trial in this section. [Ketawa] So, apakah perlunya kita ada perbicaraan di mana seseorang tertuduh itu tidak ada?
Malaysia boleh.
Memang boleh. Kita lihat bagaimana Yang Berhormat Kapar, untuk juga mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Kapar, satu peruntukan yang menyatakan bahawa court may continue with proceedings, tetapi tidak boleh mengeluarkan hukuman mati, death sentence, imprisonment for life, or imprisonment natural life. So ketiga-tiga ini tidak boleh, boleh teruskan perbicaraan tanpa ada tertuduh sana, statement boleh masuk, saksi pun tidak payah ada identiti dan sebagainya. Tetapi tidak boleh death sentence, imprisonment for life dan sebagainya. Akan tetapi apakah bezanya di antara pemenjaraan misalnya 18 tahun dan imprisonment for life? Kenapa ada perbezaan di situ? So, saya hendak tanya seperti mana saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, it’s significant, such an important amendments Tuan Yang di-Pertua. Kita sebagai Ahli Parlimen sini kita datang sebagai Yang Berhormat perlu kita kaji. Takkan kita bawa undang-undang sebegini yang mengikis hak seseorang tertuduh to this extent Tuan Yang di-Pertua, and yet ianya dibuat sekadar begitu sahaja. Tergesa-gesa tanpa diadakan satu perbincangan yang mendalam, it’s not reasonable Tuan Yang di- Pertua. How are we to pass this kind of things, these kinds of laws that completely neglect the rights of an accused. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Kapar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Dilema yang dialami oleh Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bukit Gelugor saya menyelami Tuan Yang di-Pertua. Memang kepincangannya luar biasa, ternampak sangat.
Saya kagum dengan kesopanan Yang Berhormat Kapar berucap. [Ketawa] Jam 9.00 malam Yang Berhormat ya.
Saya memang anak yang sopan- santun Tuan Yang di-Pertua.
Baguslah begitu Yang Berhormat. Mungkin tidak ada Yang Berhormat Tanjong Karang kot ya.
Saya sengaja diusik, apabila diusik saya pun melompat, itu sahaja. Melompat itu pun penuh sopan Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, daripada apa Yang Berhormat Puchong terangkan sebentar tadi, saya ingin jelaskan sesuatu, kita ada satu notion dalam undang-undang approved innocent until proven guilty. Dengan wujudnya fasal ini seolah-olah notion itu sudah masuk dalam tong sampah Tuan Yang di- Pertua. Kita sudah copkan dia sebagai seorang penjenayah. Selepas itu kita just bawa dia dan atas dasar proses, kita proseskan sahaja. Tidak payah bukti, tidak perlu dia hadir, tidak payah saksi diberi. Nampak terlalu tidak adil, tidak munasabah.
Saya terkejut macam mana kita boleh draf satu undang-undang begini. Ini bukan sivil. Yang kita bicarakan hari ini adalah kena-mengena dengan jenayah. Saya dengan nada ini memang saya terkejut. Bukan sekadar lakonan Yang Berhormat, saya tidak hendak namakan. Dia memang pelakon pun. Akan tetapi ini betul. Saya khuatir penyalahgunaan.
[Bangun]
Silakan.
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kapar kita akan berasa lega kalau pemerintah yang ada akan berlaku adil tetapi seperti orang tua-tua kata langit tidak selalu cerah. Akan tiba masanya ada pemerintah yang lain dan pemerintah itu akan mengambil manfaat daripada loophole yang ada ini untuk berlaku zalim. Jadi, kita takut bukan sahaja pemerintah mungkin juga pemimpin-pemimpin dalam parti yang sama, dia jadi pemerintah. Maknanya kita memberikan ruang kepada sesiapa juga yang ada kuasa. Hari ini Alhamdulillah saya tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada PhD dalam law. He understands law tetapi akan ada masa orang yang akan mengambil kedudukan dia untuk just bulldoze and buat sesuatu yang – kita memberikan dia legitimacy oleh kerana undang-undang yang begitu relax nampaknya. Apa pendapat Yang Berhormat Kapar tentang ini?
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Semalam pun kita sudah tegur tentang bahagian sebegini. Hari ini angin di sebelah sana. Besok angin mungkin di sebelah sini. Jangan ingat bila ada kuasa daripada rakyat, kita menindas balik rakyat dengan undang-undang sebegini rupa. Rakyat sedang meneliti. Esok kalau ada seorang jadi mangsa akibat undang-undang ini siapa hendak jawab Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua pun duduk sana meneliti. Saya tengok dia sudah pusing kiri kanan, tengok baca kerana Tuan Yang di-Pertua sudah hairan bahawa wujud kepincangan. Hilangnya hak seorang yang akan ditangkap.
Yang Berhormat macam ahli psikologi, boleh baca dalam fikiran saya Yang Berhormat. [Ketawa]
Keberkesanan Tuan Yang di- Pertua, sudah meneliti rang undang-undang ini cukup terbukti saya telah menarik perhatian, bukan sekadar menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua tetapi meneliti fasal ini satu persatu sebab ini kita bukan buat untuk kita. Ini bukan sekadar rang undang-undang gaji kita. Ini rang undang-undang jenayah.
Gaji belum masuk lagi.
Itu lain. Itu kena-mengena dengan kita. Maksud saya Tuan Yang di-Pertua itu kena-mengena dengan kita tetapi yang ini tidak dan yang kita akan gubal ini kena-mengena dengan orang di luar, yang kena-mengena dengan rakyat biasa. Rakyat yang miskin. Bila datang dengan fasal-fasal begini kita tidak ada kedudukan sudah, kita tidak ada warna kulit, kita tidak ada background apa-apa.
Semuanya sudah kena, sudah terperangkap. Kalau satu penyalahgunaan memang kita wajib jawab.
[Bangun]
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya bila mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Kapar begitu syahdu dan begitu psikologi sehingga saya terpaksa bangun untuk memberikan kesyahduan melihatkan dari segi tatacara kanun jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah...
Kalau berucap begini sepanjang masa kerja Tuan Yang di-Pertua senang Yang Berhormat.
[Ketawa] Mungkin sudah Larut malam. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kapar, kalau kita lihat dari segi Kanun Tatacara Jenayah ini yang merupakan antara elemen procedural dalam sistem perundangan yang mana dalam konteks procedural ini sudah tentunya memerlukan hakim yang akan memberikan interpretasi dalam memberikan satu keputusan. Adakah dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar ini menunjukkan bahawa bila undang-undang ini digerakkan nanti dengan prosedur, Yang Berhormat Kapar mengatakan bahawa hakim-hakim di Malaysia nanti tidak akan faham daripada segi untuk menggerakkan keadilan dalam sistem perundangan. Terima kasih.
Saya minta laluan. Saya hendak minta penjelasan berkenaan komen yang dinyatakan tadi berkenaan dengan undang-undang ini merupakan undang-undang prosedur ataupun tatacara. Walau bagaimanapun ia bertajuk Criminal Procedure Code tetapi dalam peruntukan- peruntukannya kita sudah boleh baca ada banyak peruntukan yang mempunyai ciri-ciri mandatori yang mengguna pakai kata-kata seperti “shall” dan bukannya “may” dan sekiranya perkataan seperti “shall” digunakan itu menunjukkan prosedur yang perlu digunakan perlu tidak boleh dipersoalkan. Jadi, contohnya sekiranya laporan expert itu shall be received by the court walaupun kandungan laporan itu langsung tidak boleh ataupun tidak reliable, apa mahkamah akan buat. Bukankah itu merupakan satu isu substantif dan sekiranya laporan itu menunjukkan bahawa tidak reliable tetapi mesti diterima oleh mahkamah, mahkamah mesti membuat keputusan berdasarkan an unreliable report. Jadi persoalan yang timbul Tuan Yang di- Pertua...
Post that question to Yang Berhormat Kapar.
...Ya, Minta maaf. Apa yang timbul adalah walaupun ia digubal sebagai prosedur ia mempunyai effect terhadap kes-kes ataupun isu-isu substantif yang timbul. Apa pandangan?
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebenarnya Yang Berhormat Bukit Gelugor telah menjawab Yang Berhormat Kuala Selangor tetapi Yang Berhormat Kuala Selangor kena arif. Kita ada 20 fasal ini, bukan satu atau dua tetapi 20. Lepas itu di sini kita sedang mengimbangi di antara mangsa nanti dengan hukuman dan proses di mahkamah. Kalau kita kata kita bagi ruang kepada mahkamah dan sebagainya dia pun tertakluk kepada apa yang kita luluskan di sini. Kalau kita tidak berwaspada di sini esok di mahkamah pun dia tertakluk. Itu kerisauan kita. Saya masuk seterusnya kepada fasal 15 Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan special power of investigation. Fasal ini memperuntukkan bahawa pendakwa raya boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis yang dinamakan melalui perintah secara bertulis untuk mengadakan siasatan terhadap kesalahan berhubung dengan kumpulan jenayah terancang sekiranya dia rasa berpuas hati dan ada keperluan bagi tujuan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya perkataan-perkataan seperti berpuas hati, satisfied dengan izin dan ada keperluan, needs dengan izin adalah bergantung kepada tafsiran pendakwa raya. Maka subjektiviti dalam hal sedemikian sukar dipisahkan dan disingkirkan malahan memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa. Dalam kata lain
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya berpuas hati berbeza dengan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang Tuan Yang di-Pertua berpuas hati berbeza dengan saya. Dalam kes jenayah sebegini, isu-isu yang kita kaitkan dengan prosedur jenayah saya rasa penggunaan perkataan puas hati dan memberi subjektiviti yang sangat luas ini tidak patut digunakan. Oleh sebab ini boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan kita memang arif dengan beberapa situasi di mana penyalahgunaan kuasa pernah berlaku. Maka subjektiviti sebegini saya menuntut jaminan daripada Yang Berhormat Menteri, apa yang dimaksudkan dengan keadaan dalam fasal sebentar tadi seksyen 416C.
Seterusnya saya masuk ke fasal 14 berkenaan dengan penggantian seksyen 415 di mana dia menekankan dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “Procedure where property is perishable or of small value”. Peruntukan fasal 14 ini bertujuan untuk membenarkan penjualan harta yang ditahan dengan perintah Majistret melalui lelongan awam tertakluk kepada prasyarat seperti yang dinyatakan dalam fasal 415(1)(a), (b), (c) dan (d). Yang menarik Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya adalah apakah jaminan ketelusan pihak polis dalam mengendalikan harta yang ditahan?
Percaya saja. Kita percaya saja.
Saya percaya, Tuan Yang di- Pertua, tetapi ada ruang untuk penyalahgunaan kuasa dan kita tidak boleh menafikan. Memberi ruang sekali lagi secara terbuka, boleh memberi persepsi ataupun memberi ruang untuk penyalahgunaan kuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan fasal 17...
Yang Berhormat Kapar.
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kapar dari segi lelongan awam ini. Biasanya dari segi substantive nya bila sebut lelongan awam ini, sesuatu prosedur harus digerakkan dengan perintah mahkamah. So, bila sebut tentang perintah mahkamah, bagaimana Yang Berhormat Kapar boleh mengatakan bahawa boleh berlakunya sesuatu penyalahgunaan kuasa? Adakah Yang Berhormat Kapar mengatakan bahawa hakim-hakim ini tidak menggunakan substantive untuk memberikan suatu keputusan di atas sesuatu lelongan awam? Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kapar kerana Yang Berhormat Kapar praktis dari segi elemennya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tidak mengatakan hakim akan bersifat sebegitu. Yang saya katakan adalah ketelusan pihak polis. Bila dia pergi buat tangkapan, apa-apa barang dia boleh ambil. Benda ini biasa berlaku, bukan baru hari ini. Memang dalam proses memang sedang berlaku. Yang saya risau adalah ketelusan sekiranya berlaku. So, yang kita menuntut adalah jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menerangkan nanti bahawa ketelusan ini boleh dijamin. Yang Berhormat boleh ya? Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Fasal 17 pindaan kepada seksyen 430 dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, mengatakan bahawa dengan menggantikan perkataan “any court” dengan perkataan “the Minister”. Fasal 17(b) dengan menggantikan perkataan “such court” dengan perkataan “the Minister” dan fasal 17(c) dengan menggantikan perkataan “not exceeding one hundred ringgit” dengan perkataan, “not less than one thousand ringgit and not more than ten thousand ringgit”. Pindaan Seksyen 430 Tuan Yang di-Pertua, memperuntukkan kuasa kepada Menteri, bukan mahkamah, untuk memberi ganjaran kepada orang persendirian yang menunjukkan keberanian, kegigihan dan keupayaan luar biasa dalam penangkapan seseorang yang terlibat dalam kegiatan jenayah. Pindaan ini turut menaikkan ganjaran yang ditawarkan daripada jumlah tidak melebihi RM100 kepada jumlah yang tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000.
Ada dua persoalan yang berkaitan dengan fasal ini, Tuan Yang di-Pertua. Apakah rasional mengalihkan kuasa mahkamah dalam hal pemberian ganjaran itu kepada Menteri? Seakan-akan menyusup lagi peranan dan kuasa badan perundangan yang telah didominasi oleh badan eksekutif selama ini terutamanya beberapa hari ini. Walaupun POTA kelihatan menidakkan kuasa eksekutif khususnya dalam melakukan perintah tahanan, namun kuasa Menteri yang diperuntukkan dalam Akta 593 kekal. Persoalan yang kedua berkaitan dengan fasal yang sama Tuan Yang di-Pertua, adalah apakah piawaian atau standard yang akan digunakan oleh Menteri dalam menentukan seseorang itu, dengan kata lain, menunjukkan keberanian, kegigihan dan keupayaan luar biasa? Apakah definisi yang kurang jelas ini dengan tambahnya lumayan sehingga RM10,000 boleh menimbulkan kerisauan saya sekali lagi, iaitu adalah penyalahgunaan. Adakah ini akan menimbulkan penyalahgunaan? Saya mengakhiri dengan pindaan pada Jadual Pertama. Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak di sini 124B, 124C, semuanya kena-mengena dengan Parliamentary Democracy. Dahulu kita selalu dikaitkan dengan Parliamentary Supremacy tetapi sekarang nampak gaya parliamentary supremacy makin hilang, makin terhakis, Tuan Yang di-Pertua, terhakis.
Yang Berhormat Tanjong Karang baru masuk, Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kapar sudah hendak habis ya.
Makin lama makin terhakis. [Disampuk] Boleh, saya masih maintain. Yang Berhormat Tanjong Karang okey. Dia panggil orang, aibkan orang, caci orang, tidak apa, itu standard dia. Saya teruskan dengan cara saya, Tuan Yang di-Pertua.
Cara ini bagus, Yang Berhormat.
Kalau diganggu, saya memberontak. Tak ada masalah. Saya respect Tuan Yang di-Pertua.
Baguslah kalau macam tadi cakap melompat pun dengan sopan, Yang Berhormat.
Ya, betul Tuan Yang di-Pertua. Apa salahnya Tuan Yang di-Pertua, semua melompat tetapi kena ada tatatertib, tatasusila yang kita kena penuhi. Tuan Yang di-Pertua, masuk balik kepada yang saya terangkan tadi, semuanya kena-mengena dengan aktiviti detrimental to Parliamentary Democracy. Selepas itu, attempt to commit activity detrimental to Parliamentary Democracy, and documents and publication detrimental to Parliamentary Democracy. Banyak sangat yang kena-mengena dengan Parliamentary Democracy. So, saya menuntut penjelasan dan huraian tentang apakah yang dimaksudkan dengan detrimental to Parliamentary Democracy ini? Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, akta-akta begini adalah penting sebab ia melibatkan mengenai hukuman terhadap seseorang individu. Maka yang terbaik, saya tekankan sekali lagi, sebelum kita bincang pada dasar ini sepatutnya kedua-dua pihak duduk meneliti, datang dengan yang terbaik. Ini kerana, jangan kita lupa, kita boleh hukum 1,001 orang yang bersalah tetapi sekali pun kita tidak boleh menghukum seorang yang tidak bersalah. Tidak kisah Tuan Yang di-Pertua duduk di sana mahupun saya dekat sini, kalau esok ada sesiapa dihukum dan didapati tidak bersalah selepas beberapa tahun saya terlibat bersama sebab saya pun duduk dekat sini dan tidak boleh buat apa-apa. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bukan sahaja untuk...
Yang Berhormat Kapar, sedikit, sedikit.
Saya hendak habiskan, Tuan Yang di-Pertua.
Hendak habiskan Yang Berhormat ya.
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kena-mengena dengan undang-undang sebegini bukan sahaja datang dengan undang-undang sebegini sesuka hati tetapi ada komitmen terhadap apa yang dibentangkan di sini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Salam reformasi.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
[Bangun]
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Setiu bangun. Dia giliran sebelah sini ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh sedikit sahaja. Pertama mengenai dengan fasal 8 yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi. Cuma saya hendak menambah sedikit sahaja keraguan yang saya ada yang mengatakan bahawa, yang disebut, disabitkan dengan dua atau lebih kesalahan dalam satu perbicaraan. Saya hendak dapatkan kepastian dengan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada kesalahan yang sama ataupun kesalahan yang berlainan? Dia ada beza itu.
Kemudian saya juga hendak sentuh fasal 12 berkenaan dengan memasukkan seksyen baru 407B ke dalam Akta 593, “Menghendaki tertuduh untuk membayar penalti jika harta yang dirampas telah dilupuskan atau tidak boleh dikesan”. Saya tidak pasti, lupus itu bila? Oleh pihak polis ataupun oleh pihak tertuduh? Sebab tidak boleh dikesan itu maksudnya bila. Bila sudah dirampas macam mana boleh lupus dan macam mana boleh hilang, tidak dapat dikesan?
Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.
...dan sebagainya.
Yang Berhormat Puchong bangun.
Yang Berhormat Setiu boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu juga kerana Yang Berhormat Setiu membangkitkan perkara ini. Saya hendak minta kalau boleh bantuan Yang Berhormat Setiu sebagai bekas Hakim Mahkamah Sesyen yang mana kita lihat perkataan yang digunakan - maaf Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa Inggeris.
Ya, silakan Yang Berhormat.
“Person is convicted at one trial”, perkataan di situ ‘at one trial’. Jadi kebiasaannya, ‘at one trial’ itu maknanya perbicaraan itu berkisar kepada perkara yang sama ataupun dalam transaksi yang sama. So, we have to get over that hurdle first sama ada satu hakim akan membenarkan perbicaraan bersama. Adakah tidak benar bahawa I stand corrected bahawa kebiasaannya apabila perbicaraan itu diadakan bersama, ia berkisar pada transaksi yang sama atau fakta-fakta yang sama tetapi ada ciri-ciri persamaannya yang menyebabkan ataupun membolehkan satu perbicaraan itu diadakan bersama? Susulan daripada itu kebiasaannya, hukumannya juga turut berkenaan dengan perkara yang sama dan kebiasaannya dipertimbangkan untuk dijalankan secara serentak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya kebiasaannya dalam pertuduhan-pertuduhan ini biasa kalau nature yang sama, boleh dituduh seberapa banyak yang mungkin sebab kita tidak pasti bila sebenarnya. Kalau pertuduhan, mungkin pada masa yang sama pertuduhan dibuat ataupun mungkin hari ini ditangkap, esok dituduh dan diletakkan bersama. Kemungkinan yang kita tidak pasti daripada seksyen ini. Jadi perlu diterangkan oleh pihak Menteri.
Minta laluan. Sekejap sahaja. Just bertanya dengan Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan seksyen 8 tadi. Bersetujukah kita semua tidak pasti, ada keraguan dengan pentafsiran (b) dan (e) tersebut? Sebab itu Yang Berhormat Setiu juga tidak boleh jawab. Bersetujukah Yang Berhormat memandangkan keadaan tersebut, peruntukan tersebut tidak sesuai, tidak sepatutnya diluluskan? Pandangan Yang Berhormat Setiu.
Saya sebenarnya dalam hal ini saya rasa kita kena ikut yang lama, yang memberikan budi bicara kepada pihak mahkamah. Saya pun rasa tidak boleh bersetuju dengan 282 ini sebab seolah-olah macam kita mengehadkan hukuman secara concurrent. [Tepuk]
Concurrent.
Secara concurrent sahaja. Maknanya tidak boleh buat secara concurrent, kena consecutive. Jadi maknanya, kalau ini kita hadkan, seolah-olah macam kuasa budi bicara itu tidak ada pada pihak mahkamah.
Dahsyat kalau kes rogol dituduh empat kali merogol.
Setuju Tuan Yang di-Pertua. Setuju, setuju, amat setuju.
Empat kali, 20 tahun, 80 tahun.
Ia tidak boleh melebihi kalau hendak secara consecutive ataupun concurrent, dia kena mengikut tidak boleh melebihi hukuman asal dia. Itu masalah yang mungkin timbul. Kemudian, seksyen 407B tadi - mana sudah hilang. Berkenaan dengan subject matter itu yang telah dilupuskan.
Page enam, Yang Berhormat.
Ya, ya. Fasal 12 ya, 407B. Jadi tidak pasti siapa yang melupuskan dan siapa yang menghilangkan itu ataupun yang tidak dapat dikesan tadi. Sebab biasanya kalau rampas, mesti dalam simpanan pihak polis, dalam police custody. Macam mana pula kita hendak hukum sebagai fine kepada tertuduh itu sendiri. Kalau polis yang hilangkan atau polis yang dispose, maknanya tidak boleh kita hendak menyalahkan tertuduh. Satu lagi fasal 14 tadi, hanya sedikit tambahan, bab kuasa kepada pegawai polis. Pegawai polis itu, atas opinion dia menentukan harga untuk jualan lelong. Maknanya, tidak lebih daripada RM10,000. Kurang daripada RM10,000 dikira macam satu value yang kecil. Pada saya kalau opinion dia, katalah sebuah kereta. Kereta itu bernilai RM12,000 katakan tetapi dia hendak senang kira, dia jual dengan cara yang pada pendapat dia mengatakan nilai RM10,000 atau tidak kiralah, bawah RM10,000 kah. Jadi macam opinion, maksudnya tidak expert. Itu masalahnya. Kalau benda-benda yang kecil-kecil itu, okeylah mungkin tetapi kalau benda-benda besar – jadi, kita membuka ruang kepadanya untuk bertindak sewenang-wenangnya. Jadi itu sahaja yang saya hendak sentuh. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Kanun Tatacara Jenayah.
Ya. Mood perbahasan sungguh baik hari ini, Yang Berhormat.
Ya. Saya akan bermula dengan...
You can maintain that.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan bermula dengan apa yang dikatakan – saya petik sedikit daripada yang telah dikatakan the case Loh Kooi Choon against Government of Malaysia oleh Raja Azlan Shah semasa itu. Dengan izin, “The Constitution is not a mere collection of pious platitudes. It is the supreme law of the land embodying three basic concepts: One of them is that the individual has certain fundamental rights upon which not even the power of the State may encroach. The second is the distribution of sovereign power between the States and the Federation, that the 13 States shall exercise sovereign power in local matters and the nation in matters affecting the country at large. The third is that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be distributed among the Executive, Legislative and Judicial branches of government”. Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, kita dengar empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah berhujah tetapi merangkumi perkara yang saya bangkitkan yang mana satu di antaranya adalah encroachment. Encroachment into the power of the court telah masuk ke bidang kuasa mahkamah, mengehadkan atau menghakiskan peranan mahkamah di negara ini. Mahkamah adalah sebuah tempat yang mana sepatutnya diberikan full discretion. Mahkamah bukan boleh menjadi satu puppet kepada kerajaan, kepada niat atau seberapa deficiency dalam sistem Kerajaan Malaysia. Apakah niat Peguam Negara? Saya berpendapat mungkin beliau yang menggubal undang-undang ini. Apakah niat beliau? To make it easy as possible to take away the right of individual. Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, prinsipnya seseorang adalah innocent until proven guilty. Akan tetapi kalau kita tengok dalam beberapa klausa yang telah dibincangkan sedalam-dalamnya oleh Ahli-ahli Parlimen empat orang sebelum ini dengan tinta writing must be excellent. Itu saya khuatir bahawa apa yang dikatakan oleh Raja Azlan Shah, hakim pada masa itu Lord President, langsung tidak diambil kira atau telah diketepikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Satu di antaranya adalah the mechanical manner Tuan Yang di-Pertua yang mana kita nampak sistem yang digunakan beberapa klausa yang sedia ada, mechanical manner in which process dijalankan. Serupa macam tuan hakim di mahkamah tidak ada peranan langsung. Semua keputusan akan dibuat oleh Peguam Negara or prosecutor...
Yang Berhormat, kita balik berehat dulu Yang Berhormat ya.
Saya mahu...
Esok kita sambung.
Saya mahu habis, lagi satu jam cukup.
Sambung esok [Ketawa] . Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 8 April 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam]