Dewan Rakyat · 8 June 2015
15th Parliament, session 3, meeting 2 · 554 turns · 63,134 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Bismillahi
Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut: 1. Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015; 2. Akta Teknologis dan Jurutera 2015; 3. Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015; 4. Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015; 5. Akta Hasutan (Pindaan) 2015; 6. Akta Pencegahan Keganasan 2015; 7. Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015; 8. Akta Penjara (Pindaan) (No. 2) 2015; 9. Akta Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2015; dan 10. Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas (Pindaan) 2015.
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Seluruh Mangsa Gempa Bumi Di Sabah
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pagi hari Jumaat, 5 Jun 2015 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan suatu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala richter yang berpusat kira-kira 16 kilometer dari Ranau, Sabah. Gegaran gempa bumi tersebut turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah seperti di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort, dan Kota Belud. Saya dan semua ahli Dewan Rakyat amat bersedih dengan insiden tersebut dan dengan demikian menzahirkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada keluarga dan seluruh mangsa yang terlibat. Kejadian gempa bumi tersebut juga mengakibatkan beberapa nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda di kawasan terlibat. Pada masa ini usaha- usaha mencari dan menyelamat masih lagi dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Pada kesempatan ini Dewan Rakyat yang mulia ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan serta berharap agar semua usaha mencari dan menyelamat serta membantu mangsa-mangsa yang terlibat akan sentiasa
dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya juga berharap agar keluarga mangsa-mangsa yang terlibat kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun, kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah. [Semua ahli bangun membaca Al-Fatihah dan ahli-ahli bukan Islam bertafakur]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin merakamkan rasa sedih dan dukacita kepada mangsa atau keluarga mangsa musibah gempa bumi di Sabah. Semoga mereka tabah dan kuat.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan :- (a) apakah menerusi pemantauan KPDNKK terhadap harga barangan dan perkhidmatan ekoran perlaksanaan GST telah mendapati berlakunya kegiatan manipulasi harga, menipu pengguna berkaitan GST atau apa-apa penemuan yang boleh disifatkan sebagai cubaan mengambil kesempatan dan sengaja mensabotaj perlaksanaan GST; dan (b) apakah tindakan dan berapakah kes kesalahan yang berkaitan GST telah diambil tindakan dalam menangani isu ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, maaf suara serak sedikitlah. Selamat datang lima DUN dari Parlimen Kuala Pilah; Melawat Parlimen menambah ilmu; Memulakan ucapan dengan Bismillah; Memberi jawapan soalan Yang Berhormat Jelebu. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan sepuluh lagi pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan pada 9 Jun, Yang Berhormat Hulu Langat dan Gerik pada 10 Jun, Yang Berhormat Sabak Bernam pada 11 Jun, Yang Berhormat Kubang Kerian dan Sik pada 15 Jun, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Tanjung Malim pada 16 Jun, Yang Berhormat Kapar pada 17 Jun, dan Yang Berhormat Setiawangsa pada 18 Jun kerana menyentuh perkara yang sama iaitu tindakan-tindakan penguatkuasaan berkaitan pencatutan yang dilakukan oleh kementerian ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan bermula pada 1 April 2015 yang lalu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan senantiasa memandang serius akan isu kenaikan harga barang semasa pelaksanaan GST. Sehubungan dengan itu, kementerian telah dan sedang secara berterusan memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana peniaga yang didapati melakukan penipuan atau mengambil kesempatan menaikkan harga barang dalam pelaksanaan GST melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHP 2011). Bagi tujuan tersebut pelbagai langkah dan tindakan telah dilaksanakan oleh kementerian ini antaranya adalah seperti berikut; Pertamanya, melaksanakan Ops Catu Fasa I yang bermula pada 15 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015. Fasa kedua yang bermula
dari 1 April sehingga ke hari ini 8 Jun. Di bawah pelaksanaan Ops Catu Fasa I sebanyak 597,833 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa. Jadi jumlah ini sebanyak 2,871 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan sebanyak RM492,137 dan nilai kompaun sebanyak RM335,166. Manakala di bawah seksyen 21 iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan sebanyak 286 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan. Di bawah Ops Catu Fasa II pula sehingga 31 Mei 2015 sebanyak 393,335 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,192 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan sebanyak RM193,885.15 dan nilai kompaun sebanyak RM181,020. Manakala di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan sebanyak 965 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan. Malahan statistik yang saya ada ini dapat menerangkan up to date perangkaan berapa pemeriksaan, berapa kes yang kita peroleh dan berapa tindakan kita ambil, ada di sini. Kalau Yang Berhormat Jelebu berminat saya boleh serahkan salinan ini. Kemudian juga turut memperluas lagi penguatkuasaan di bawah Ops Catu Fasa II dengan melaksanakan penyekatan penguatkuasaan secara cross border atau district sejak 8 April 2015. Selain itu kementerian turut meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan luar bandar mulai 24 April 2015. Sehingga 31 Mei 2015 saya ambil April 15 ya. Sebanyak 52 kertas siasatan telah dihasilkan di bawah AKHP iaitu 18 kertas siasatan di bawah seksyen 14(1) kerana kesalahan mencatu, 33 kertas siasatan di bawah seksyen 21(5) kerana enggan atau gagal memberi maklum balas kepada notis yang dikeluarkan dan satu kertas siasatan di bawah seksyen 53A kerana tidak menyimpan dan menyelenggarakan rekod. Daripada jumlah tersebut kes yang telah ditimbulkan di mahkamah selain daripada pemeriksaan kompaun, notis dan sebagainya kita bawa kes itu ke mahkamah khas yang telah ditubuhkan. Sehingga 31 Mei 2015 kes yang telah diambil ianya kes yang di mahkamah kes di iaitu dua kes di Melaka, satu kes di Negeri Sembilan, satu kes di Kelantan dan satu kes di Kuala Lumpur. Kes yang telah selesai ini melibatkan denda dan di antara RM40 ke RM110 ribu yang didenda kepada peniaga jahat, peniaga tamak tersebut. Kes yang telah dituduh dan masih belum selesai adalah sebanyak empat kes iaitu dua kes di Selangor, satu kes di Pulau Pinang dan satu kes di Johor dan tiga kes telah ditawarkan kompaun. Saya terpaksa jawab secara detail kerana soalan-soalan tadi bermacam-macam bentuk soalan. Jadi saya rangkumkan dalam apa yang dapat saya huraikan pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga telah menubuhkan Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP) bermula 30 Mac 2015 sebagai saluran utama aduan atau pertanyaan daripada rakyat mengenai sebarang kesalahan atau isu yang berkaitan GST untuk diambil tindakan di kementerian. Sehingga 31 Mei 2015 sebanyak 21,591 aduan atau pertanyaan telah disalurkan kepada PGAP melalui saluran-saluran berikut. Melalui aduan kita ada terima 6,404 aduan, melalui media sosial 8,383 aduan dan jumlah panggilan yang disalurkan kepada pusat gerakan Antipencatutan ialah 6,804. Selain tindakan susulan di peringkat kementerian terdapat sebanyak 2,177 aduan merangkumi 1,421 aduan mengenai GST kad tambah nilai telefon dan 756 aduan mengenai ID GST telah disalurkan ke Kementerian Kewangan untuk tindakan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014. Pihak kementerian juga telah melancarkan aplikasi pintar MyKira GST pada 30 Mac 2015 sebagai alat interaktif untuk pengguna menyemak harga barang sehingga kini aplikasi tersebut telah mencatatkan sebanyak 91,230 penggunaan, satu. Keduanya, Ez- ADU KPDNKK telah dilancarkan pada 16 April 2015 bagi memudahkan pengguna untuk menyalurkan melalui maklumat dan aduan melalui telefon pintar. Sehingga 31 Mei 2015, aplikasi tersebut telah dimuat turun sebanyak 3,185 kali dan sebanyak 1,838 aduan telah diterima melalui aplikasi ini daripada orang awam, di mana 36 aduan adalah berkaitan GST. Kemudian kementerian melancarkan Garis Panduan Mekanisme Margin Keuntungan Bersih dan Penandaan Harga Dalam Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kepada Peniaga dan compliance agreement pada 26 Mac 2015. Di samping itu kementerian juga telah mengadakan 18 sesi pertemuan dan engagement dengan persatuan perniagaan, pengeluar, pembekal, pemborong, pengimport, pengusaha
perkhidmatan, syarikat audit dan firma guaman bertujuan meningkatkan pemahaman dan pematuhan terhadap AKHP 2011 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebanyak 54 syarikat, persatuan dan individu telah menyerahkan persetujuan pematuhan ataupun compliance agreement kepada kementerian. Kesemua langkah- langkah dan tindakan yang telah dinyatakan ini membuktikan kesungguhan dan usaha kementerian dalam menangani isu-isu pencatutan yang berlaku dan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kementerian memberi jaminan untuk meneruskan usaha memantau dan menguatkuasakan undang-undang ini bagi melindungi pengguna. Setiap aduan yang diterima, setiap kesalahan yang ditemui akan disiasat dan disusuli dengan tindakan sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang lengkap, yang merangkumi semua aspek. Dia bersemangat pagi ini kerana tentera dia ramai dalam Dewan. Tahniah kepada kementerian kerana mengambil langkah-langkah proaktif terhadap peniaga-peniaga dan juga kegiatan pengambilan untung yang berlebihan dengan menggunakan GST ini sebagai alat dan alasan. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Cuma, atas usaha yang telah dilakukan itu tadi berdasarkan siasatan, berdasarkan penguatkuasaan di kawasan-kawasan luar bandar dan juga di bandar, beratus-ratus ribu premis yang sudah dilawati. Cuma saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya percaya tindakan daripada kementerian ini tidaklah bergantung kepada aduan semata-mata. Walaupun dilaporkan aduan terhadap kegiatan sedemikian rupa sudah berkurangan tetapi itu tidak bermakna bahawa kegiatan itu sudah dapat diatasi ataupun sudah berkurangan. Mungkin orang sudah tidak mahu mengadu lagi sebab aduan mereka itu tidak mendapat response ataupun tindakan yang setimpal. Itu kebimbangan kita. Jadi apakah ada usaha kementerian memikirkan supaya audit berterusan berkaitan dengan transaksi peniaga-peniaga ini kalau didapati mereka menyalahgunakan GST ini atau tidak sepatutnya mengenakan GST tetapi mengenakan GST, walaupun dilakukan sepuluh tahun dahulu pun, tetapi masih boleh dikenakan tindakan dan ini boleh menjadikan satu proses penguatkuasaan yang berterusan. Audit kepada pencukai GST kepada semua premis di seluruh negara dan tindakan boleh diambil kepada syarikat-syarikat walaupun mereka melakukan kesalahan itu sepuluh tahun yang lalu. Apakah kementerian mempunyai skim ataupun mekanisme penguatkuasaan yang sedemikian rupa di dalam perancangan ataupun apakah kementerian mempunyai mekanisme sedemikian rupa? Terima kasih.
Saya ingat kalau serak tadi tidak ada soalan-soalan tambahan tetapi ini nampaknya menyeksa kita juga. Walau bagaimanapun Tuan Yang di- Pertua, saya hendak maklumkan pertamanya saya hendak jawab ialah berkenaan dengan statement yang mengatakan tidak ada response daripada pihak kementerian. Saya bercakap banyak kali bahawa setiap aduan yang sampai kepada pusat gerakan kita melalui media, melalui telefon dan sebagainya akan kita ambil tindakan dan daripada aduan-aduan yang sampai ke kementerian, mengikut rekod kita, hampir 90% aduan yang diterima telah kita siasat dan diambil tindakan. Dari segi tindakan, bukan sahaja setakat mengkompaun, memberi notis malahan kita bawa ke mahkamah. Saya sudah sebutkan tadi. Setakat hari ini sudah ada lima kes dibawa ke mahkamah dan diputuskan. Jadi ini menunjukkan betapa seriusnya kita. Tentang mekanisme ini, pemeriksaan kita berterusan. Malahan Pusat Gerakan Anti pencatutan kita berkhidmat selama 24 jam. Daripada 1 April yang lalu sehingga hari ini, operasinya 24 jam. Maknanya yang kita hendak galakkan rakyat dan pengguna mengadu kepada kita sebab selain daripada pemeriksaan yang kita buat sama ada secara smart enforcement ataupun yang lain-lainnya, yang pentingnya pengguna membuat aduan kepada kita. Ini kerana aduan memudahkan kita terus kepada tempat aduan tersebut. Kalau disiasat, ada kesalahan, kita terus memberikan penalti. Pegawai saya juga telah dibekalkan mekanisme untuk menentukan sesuatu borang itu ada yang saya sebutkan dalam ucapan saya tadi, mekanisme yang hendak menentukan harga barangan tersebut adalah di bawah kawalan ataupun harga yang berpatutan. Ada mekanismenya. Selain daripada itu, melalui aduan MyKira. Daripada sini juga sudah ada mekanismenya untuk hendak menentukan barang yang dijual itu adakah berpatutan dan
sebagainya. Kalau harga yang ditawarkan tinggi, MyKira itu akan menunjukkan ada kesalahan dan kita mudah untuk pergi ke tempat aduan tadi. Jadi dalam lain perkataan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan balik. Selain daripada pemeriksaan, kementerian kita memerlukan aduan-aduan daripada pengguna tersebut. Tidak guna kita bercakap di luar tetapi aduan tidak diberikan kepada kita sebab kita dengan keadaan pegawai penguat kuasa yang terhad, kita tidak mampu hendak pergi semua premis. Jadi aduan tersebut amat penting bagi kita. Jadi itulah dia yang dapat saya berikan jawapan pada pagi ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar, “hujan berpohon panas berasap”. [Disampuk] Seperti...
Ya, ya sila. Ya, “hujan berpohon, panas berasap”.
Ya, seperti dari segi peniaga. Misalnya mangsa kerana GST ini. Bolehkah Yang Berhormat terangkan bilangan mangsa kerana GST termasuklah pakej komputer yang terpaksa dibeli oleh pihak peniaga sehingga satu pakej untuk GST itu RM20,000 hingga RM30,000. Bolehkah siasat? Kalau jawab dengan pendek cukup dan baki itu hantar jawapan bertulislah.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Jawapannya saya sebutkan bahawa kesannya sebenarnya peniaga sudah diingatkan daripada awal tahun lagi. Kita sudah ingatkan yang kita akan melaksanakan GST mulai 1 April. Bukan sahaja peringatan, ceramah-ceramah malahan kita mewujudkan satu buku yang disebut Etika Perniagaan. Maknanya kalau hendak menjalankan perniagaan di Malaysia, mesti ikut etika-etika ini. Salah satu daripadanya ialah tentang penyiapan kepada GST. Komputer dan sebagainya. Ada peruntukan untuk diwujudkan. Semua diwajibkan menggunakan komputer untuk menentukan harga barangan dan sebagainya. Jadi pembiayaan untuk membeli komputer itu adalah terpulang kepada peniaga sebab kita sudah beritahu awal. Sepatutnya simpanlah duit sedikit. Dilaburkan sedikit tetapi akhirnya sebenarnya sistem ini nanti banyak membantu peniaga-peniaga kita. They spend less, but later on they will realize that, dengan izin dia akan dapat manfaat daripada sistem cukai barangan dan perkhidmatan ini. Yang lain-lain, saya akan bercakap dengan Yang Berhormat Kepong di luar Dewan. Okey, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya memerhatikan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya pening kerana saya tidak faham kerana sekarang ini ada GST dikawal oleh kastam. Ada pemantauan harga barangan KPDNKK. Saya tidak tahu yang mana satu. Kalau saya pening, Tuan Yang di-Pertua, tentu orang di luar bandar, di Kalabakan lagi pening. Saya takut nanti waktu pilihan raya mereka tidak undi kita. Jadi persoalan saya, adakah KPDNKK dan kastam mengadakan joint operation sebab joint operation ini penting kerana GST dijaga oleh kastam dan kenaikan barang dijaga oleh KPDNKK. Jadi saya mahu tahu adakah joint operation untuk membanteras peniaga-peniaga yang mengambil keuntungan daripada GST yang kita sudah adakan 1 April yang lalu.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Jawapannya ada. Maknanya kita telah mewujudkan satu jawatankuasa di antara Kementerian Kewangan dengan KPDNKK secara bersepadu dan mereka selalu mengadakan sidang media. Kastam dan KPDNKK untuk menunjukkan kita bersatu dan juga menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pengguna, rakyat dan sebagainya.
Operasi bersepadu mengikut rekod kita sehingga semalam sudah ada 210 operasi bersepadu yang telah dijalankan secara bersama. Ruangnya kurang kita soal harga. GST ini soal cukai dan lain-lainnya. So, memang ada yang Yang Berhormat Kalabakan dan kalau ada fikir sesuai untuk kita melawat Kalabakan, kita akan arahkan operasi bersama ini di Kalabakan. Akan tetapi saya ingat Kalabakan tak ada masalah sangat sebab pimpinan rakyat hormat pimpinan Yang Berhormat Kalabakan. Terima kasih. [Tepuk]
2. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah pindaan yang akan dibentangkan atas Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 seperti yang diumumkan oleh Menteri bulan Mac lalu.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Setar di atas soalan yang dikemukakan dan ingin saya pohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini sekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanah Merah pada 10 Jun kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ya sila.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal-hal yang berkaitan dengan pindaan ini, kementerian sedang menyemak semula bagi tujuan menambah baik peruntukan sedia ada bagi Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (ASKM) 1998 terutama dari segi peruntukan-peruntukan mengenai pentadbiran dan penguatkuasaan. Kajian semula AKM 1998 bukan sahaja dikhususkan untuk menangani isu yang berlaku melibatkan medium media sosial sebaliknya akta juga turut diperkukuhkan dengan elemen lain dalam usaha untuk mencapai negara kita sebagai negara digital atau sesetengah negara menggunakan perkataan istilah smart nation, masyarakat digital, smart city dan sebagainya. Selain daripada itu semakan semula akta turut akan dilihat secara keseluruhan bagi memastikan pindaan semula akta berkenaan selaras dengan peruntukan undang- undang semasa. Akta ini juga turut akan memperlihatkan semula peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mempertingkatkan capaian rangkaian telekomunikasi di seluruh Malaysia khususnya di kawasan-kawasan yang berpenduduk. Bagi Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 pula, kajian dibuat untuk memperkukuh serta menambah baik peruntukan-peruntukan penting mengenai urus tadbir serta pindaan lain yang dapat membantu perjalanan SKMM sebagai pengawal selia industri telekomunikasi negara. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini dilaporkan dalam media bahawa Yang Berhormat Menteri ada dikatakan akta ini akan ditambah baik dari segi penguatkuasaan dan penyalahgunaan sosial media dan Yang Berhormat Menteri juga saya percaya ada membuat kenyataan bahawa sebarang penambahbaikan akan dilakukan secara holistik dan juga dinyatakan dalam satu laporan bahawa pihak kementerian akan berjumpa dengan stakeholders, NGO dan SUHAKAM khususnya untuk mendapat pandangan mereka. Persoalan saya adalah, adakah kementerian sudah pun berjumpa dengan NGO- NGO dan SUHAKAM dan mendapat pandangan mereka dan apakah pandangan mereka yang telah pun diterima oleh kerajaan dan juga khususnya bagaimana penambah pindaan- pindaan baru yang akan dibuat boleh digunakan untuk melawan ancaman pengganas seperti kumpulan terrorist IS sebab yang saya lihat sekarang di Malaysia, yang saya takut adalah kerajaan akan menyalahgunakan kuasa di dalam AKM untuk menyekat hak kebebasan rakyat bersuara seperti yang kita lihat di mana peguam-peguam hak asasi...
Seperti Paul...
[Dewan riuh]
Eric Paulsen dan kartunis ditangkap atas tweet-tweet yang disiarkan oleh mereka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya sila.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Perlu dilihat bahawa pindaan yang dibuat ini adalah menyeluruh. Bukan sekadar mengenai sosial media ataupun media sosial. Walaupun benar kerana pindaan perlu dibuat waktu akta ini diperkenalkan dalam tahun 1998.
Pada waktu itu sosial media dilihat dalam konteks yang berbeza daripada sekarang. Kalau dahulunya sosial media dalam bentuk yang mudah seperti IRC pernah kita dengar, Internet Relay Chat. Kita pergi kepada chat room dan sebagainya tetapi sosial media sekarang ini sudah berbeza di mana Facebook diperkenalkan dalam tahun 2004, Twitter diperkenalkan dalam tahun 2006. Ertinya apabila akta ini diperkenalkan dahulu dalam tahun 1998, landskap social media itu berbeza dengan apa yang ada sekarang. Akan tetapi yang lebih penting, akta ini mesti dilihat secara menyeluruh. Ia bukan sekadar mengenai social media tetapi mempersiapkan negara kita kepada sebuah negara digital dalam konteks yang lebih menyeluruh iaitu kalau dahulunya orang tidak bercakap bagaimana kita menggunakan telefon kita itu sebagai alat untuk kita menonton televisyen, untuk mendapat maklumat akhbar satu dunia, kita gunakan untuk membayar tiket, untuk membuat tempahan dan sebagainya. Jadi ini juga perkara-perkara yang perlu kita lihat. Dahulu, komputer stand-alone sebagai komputer, kemudian baru disambungkan pada internet dan sebagainya. Itu adalah perkara yang tidak dilihat secara menyeluruh sewaktu akta ini diperkenalkan walaupun kita tahu dalam sejarah, konsep convergent di mana komputer akhirnya menjadi alat multimedia, adalah menjadi asas yang pertama pada akta itu diperkenalkan dalam tahun 1998. Oleh sebab itu apabila kita hendak perkenalkan ataupun kita hendak membuat pindaan, ia dibuat secara menyeluruh. Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah pun berjumpa dengan beberapa stakeholders termasuk beberapa persatuan pengguna dan insya-Allah akan dikembangkan dengan pelbagai pihak lain termasuk agensi ataupun kumpulan-kumpulan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Kita jangkakan akta ini siap ataupun pindaan akta ini siap dalam bulan Oktober nanti dan kita serahkan kepada pihak Parlimen untuk menentukan jadual untuk kita membuat pindaan di Parlimen nanti. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, kita dimaklumkan juga bahawa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini, menyatakan tiada penapisan ataupun censorship dikenakan kepada pengguna kerana kerajaan ingin menggalakkan lebih banyak syarikat- syarikat MSC terlibat melabur di dalam Cyberjaya. Namun oleh sebab hari ini kita lihat terlalu banyak isu berkaitan dengan media sosial ini termasuk penyebaran e-mel layang, fitnah, penghinaan melibatkan agama dan sebagainya, adakah pihak kementerian bercadang untuk meminda akta ini berkaitan dengan isu penapisan ataupun censorship ini, mengikut seksyen 3 di bawah akta tersebut dan boleh tak pihak Yang Berhormat Menteri menyatakan perbezaan tugas antara SKMM dan juga Cyber Security dalam melibatkan hal berkaitan penapisan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, ia adalah menyeluruh. Hal yang berkaitan dengan media sosial adalah satu daripada aspeknya dan kita tahu bahawa dahulu ada doktrin iaitu Bill of Guarantee mengenai tidak ada censorship di dalam internet dan sebagainya. Namun begitu, sebarang kenyataan ataupun doktrin ini mestilah dilihat tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada.
Jadi sebab itu kita sesuaikan sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Dalam pindaan ini ialah perkara-perkara yang disesuaikan dengan undang-undang semasa. Akta Hasutan sudah dipinda ianya akan disesuaikan dengan Akta Hasutan. Akta yang berkaitan dengan pencegahan keganasan, POTA dan sebagainya, akta ini juga akan disesuaikan dengan POTA yang dimaksudkan tadi. Jadi sebab itu kita beritahu bahawa ada perkara yang sewaktu dahulu aspek social media tidak menjadi suatu perkara yang terlalu besar dalam landskap dunia internet yang ini kita akan sesuaikan dengan landskap baru. Bagaimana yang pentingnya akta ini apabila diperkenalkan nanti ataupun pindaan apabila diperkenalkan nanti ia akhirnya akan dapat melindungi masyarakat kita, negara kita daripada ancaman-ancaman yang tidak dikehendaki. Ini antara perkara yang penting tetapi yang lebih luas lagi kita beritahu yang ianya merangkumi tiga perkara. Satunya dari segi pembangunan (development). Kita sebutkan bahawa untuk memastikan setiap rakyat negara kita mendapat akses kepada broadband di
mana peranan SKMM misalnya untuk memastikan setiap syarikat telekomunikasi cara kita menguruskan peruntukan-peruntukan USP dan sebagainya untuk memastikan seboleh- bolehnya setiap rakyat di tempat yang berpenduduk mendapat akses. Itu yang paling penting sekali kerana untuk meletakkan negara kita menjadi sebuah negara maju tahun 2020, ianya tidak akan mencapai matlamat itu kalau masih ada lagi tempat yang berpenduduk tetapi masih tidak mendapat akses pada broadband, pada jalur lebar. Ini antara perkara yang memberikan kekuatan kepada SKMM untuk memastikan ianya berlaku. Keduanya, disebutkan tentang peranan SKMM sebagai regulatory body, badan kawal selia. Jadi kawal selia ini termasuklah bagaimana untuk memberi kuasa mengawal selia setiap syarikat telekomunikasi menjalankan tugas dan kerjanya juga bagaimana kita menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan media itu sendiri termasuk social media dan sebagainya dan yang ketiga yang penting saya sebutkan bahawa aspek governance ataupun aspek urus tadbir yang baik. Misalnya kalau dikatakan sekarang ini, yang menjadi pengerusi SKMM itulah CEO SKMM. Ertinya tidak ada check and balance kerana dalam SKMM bukan sahaja aspek yang melibatkan tentang kawal selia tetapi ianya juga melibatkan pembangunan. Perlu dipisahkan antara CEO dan juga Pengerusi SKMM itu. Ini adalah antara perkara-perkara yang disebutkan menjadi kriteria yang penting kepada pindaan akta ini di masa yang akan datang. Terima kasih.
3. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Perdana Menteri menyatakan pencapaian pelaksanaan ESSCOM.
Tuan Yang di-Pertua, ESSCOM ditubuhkan pada 7 Mac 2013 dengan matlamat memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup kewujudan bersama, memastikan memelihara dan memudahkan kawasan Timur Sabah, perjalanan secara bebas dan yang keempatnya tindakan sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang. Pada 15 Julai 2014, ESSCOM telah distrukturkan semula dan dengan itu ESSCOM dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan yang lain telah merangka pelbagai strategi dan pendekatan bagi memastikan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah berada dalam keadaan baik dan terkawal seterusnya memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sabah khasnya bahawa Pantai Timur Sabah adalah selamat untuk dikunjungi. Dalam masa yang sama melalui penstrukturan semula ini arahan eksekutif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dikeluarkan kepada semua agensi keselamatan di ESSZONE iaitu ianya telah diletakkan di bawah satu kawalan dan perintah iaitu di bawah komander ESSCOM. Melalui arahan tersebut juga ESSCOM telah memberikan kuasa penuh untuk berperanan dalam menganalisis dan mengatur gerak semua aset dan keanggotaan sama ada dari darat, udara, laut mengikut keperluan semasa di kawasan ESSZONE. Dengan penstrukturan ini semua agensi keselamatan di ESSZONE dapat disatupadukan di bawah ESSCOM. Kejayaan itu adalah hasil daripada productive intelligence yang telah dilaksanakan oleh ESSCOM juga telah berjaya menggagalkan 6 cubaan culik yang telah dirancang oleh penjenayah rentas sempadan. ESSCOM juga turut mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu dengan meningkatkan kesiapsiagaan aset bagi memperkukuhkan keberkesanan pengawasan, kawalan dan penguatkuasaan serta perwujudan cegah rintang di ESSZONE. Pendekatan ini secara langsung akan memperkukuhkan layer of defence and show of force dengan izin di kawasan ESSZONE. Hasil pemantauan dan risikan yang telah dilaksanakan oleh ESSCOM, juga mendapati majoriti komuniti maritim di ESSZONE termasuk para nelayan dan pengusaha- pengusaha pusat peranginan amat yakin dengan tahap keselamatan di perairan negara terutamanya semasa perintah berkurung dikuatkuasakan. Mereka beranggapan bahawa perintah berkurung telah memberi ruang kepada mereka untuk meneruskan aktiviti
penangkapan ikan dengan selamat tanpa merasa ragu dengan ancaman keselamatan terutamanya ancaman daripada penjenayah-penjenayah rentas sempadan. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan dan perolehan secara darurat untuk meningkatkan aset ESSCOM yang sedia ada bagi meningkatkan kawalan di kawasan ESSZONE seluas 1,733.7 kilometer. Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan sea- basing di kawasan yang diletakkan di kawasan Beting, Botgaya dan ia sedang dalam proses baik pulih. Selain itu kerajaan juga telah meluluskan pembelian perolehan untuk meningkatkan keupayaan radar di kawasan ESSZONE sebanyak RM49.7 juta dalam Bajet 2014 yang lalu dan proses perolehan ini sedang dalam peringkat pelaksanaan. Tambahan dari itu, kerajaan juga telah memberikan peruntukan untuk perolehan secara darurat untuk pembelian tambahan bot-bot untuk diletakkan di kawasan pos-pos kawalan untuk membuat cegah rintang sekiranya berlaku penculikan di masa akan datang. Selain itu ESSCOM turut mengadakan program bersama masyarakat setempat dalam usaha untuk memperjelaskan peranan ESSCOM. Isu-isu keselamatan dan tanggungjawab bersama yang perlu diambil dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan khususnya di ESSZONE. Sehingga 12 Mei 2015 ESSCOM telah melaksanakan sebanyak 10 program engagement bersama masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberi. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan entiti seperti ESSCOM di setiap kawasan perairan sempadan negara di setiap negeri yang terlibat terutamanya di kawasan perairan Sarawak yang luas yang juga berdekatan dengan ESSCOM dan adakah kerajaan bercadang untuk mengutamakan anak tempatan bagi menyertai pasukan keselamatan ESSCOM kerana pengalaman terutama dari segi latar belakang, selok-belok kawasan berkenaan jika masalah timbul nanti. Terima kasih.
Soalan yang pertama Yang Berhormat, penubuhan ESSCOM ini berdasarkan pada tahap keselamatan masa itu. Jadi tempat- tempat lain juga kalau sekiranya berlaku perkara-perkara yang mengancam keselamatan dan juga lautan negara terutamanya dalam aktiviti-aktiviti jenayah rentas sempadan maka kerajaan akan ambil tindakan yang sewajarnya. Berhubung dengan apa yang berlaku di Sarawak, Yang Berhormat, kita sedar bahawa ada pergerakan daripada nelayan Sulu yang bergerak di kawasan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Sibuti baru-baru ini.
Yang Berhormat Sibuti dan tindakan telah diambil oleh APMM untuk hendak pastikan supaya nelayan di kawasan ini selamat walaupun kita tahu bahawa kehadiran nelayan asing yang begitu ramai, kadang-kadang menjadi masalah untuk kita mengawalnya. Ini adalah keadaan sebenarnya tetapi kita tidak akan bertolak ansur dengan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan keselamatan dan juga kedaulatan negara. Kita juga sedar bahawa ada beberapa perkara lain yang sedang berlaku dan ini sedang diambil tindakan yang sewajarnya di perairan Sarawak. Ini saya tidak boleh maklumkan kerana beberapa proses rundingan secara diplomatik dan juga secara engagement sedang berjalan dan kita berharap tidak ada perkara-perkara yang memerlukan apa-apa tindakan seperti yang kita buat di kawasan ESSZONE. Keduanya tentang pengambilan orang tempatan. Pengambilan awal sebelum ESSCOM lagi kebanyakannya ialah orang tempatan terutamanya pemandu bot orang tempatan sebab mereka biasa dengan laluan di kawasan yang berkenaan. Akan tetapi apa pun pengambilan ia mesti melalui tahap-tahap keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kita kena ingat bahawa dalam dunia yang kita mudah mendapat maklumat dan menyebarkan maklumat ini macam-macam boleh berlaku seperti usaha gigih yang dibuat oleh pihak kerajaan dan juga malim gunung di Gunung Kinabalu, saya berada daripada peringkat awal lagi di sana juga diputarbelitkan oleh banyak pihak padahal kita masih lagi dalam usaha mencari dan menyelamat. Mereka sudah mula sebarkan berita-berita negatif dan sebagainya.
Saya hendak beritahu sebagai contoh malim gunung itu adalah sebahagian daripada agensi kita kerana mereka mendapat lesen dari taman-taman Sabah. Jadi mereka hanya boleh menjadi malim di situ. Ada soalan timbul kenapa agensi kita lambat sampai, malim gunung yang buat kerja? Setiap malim gunung, dia mesti dibenarkan untuk membawa sekurang-kurangnya maksimum enam orang mesti dibawa. Jadi sudah pasti kalau berlaku apa-apa dalam perjalanan, mereka adalah orang pertama yang akan melakukan usaha- usaha menyelamat dan sebagainya. Jadi tidak boleh dibuat begitu rupa, diasingkan begitu rupa untuk menyeronokkan kita menyebarkan berita-berita yang tidak benar. Jadi Yang Berhormat, kita ambil mereka yang boleh, telah disaringkan faktor-faktor keselamatan untuk membolehkan mereka bekerja dengan pasukan keselamatan. Oleh sebab saya sebutkan tadi bahawa kita takut nanti berita-berita yang belum lagi disahkan disebarkan lebih awal. Jadi kita tidak mahu dengan pengambilan mana-mana kakitangan bukan sahaja berdasarkan kepada ilmu, tetapi juga didasarkan kepada etika mereka.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi...
[Dewan riuh]
Apa dia? Apa dia cakap itu? Jalan terus? Dengar kata kalah apa ini. Kalah pun dalam berjuang. Ada orang kalah, dia mengaku pahlawan Bugis tetapi dengan orang tua umur 90 tahun dia tidak berani. [Ketawa] Macam mana ini? Mengaku pahlawan Bugis, keturunan hulubalang. Dengan orang tua umur 90 tahun...
Ya Yang Berhormat Pokok Sena, ini soalan jawab lisan. Saya fikir banyak kali hendak jemput Yang Berhormat Pokok Sena. Saya sudah agak ada usikan, ada gurauan, ada jawapan secara sinis dan berbagai-bagai. Jadi balik kepada soalan.
Ya soalan. Yang Berhormat Pontian ini, macam itulah dia. Saja dia hendak jolok saya, baik terima kasih. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa perolehan yang dibuat di ESSCOM itu antaranya ialah secara darurat. Saya hendak tanya berapa jumlah selain daripada pembelian bot yang dibuat secara darurat dan berapa banyak lagi perolehan- perolehan yang dibuat secara darurat untuk mempertingkatkan keupayaan menghadapi keselamatan rentas sempadan ini? Kedua ialah disebut tadi adakah akan dibuat di tempat lain? Saya melihat bahawa bukan hanya di kawasan perairan sahaja tetapi di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan negara-negara lain. Umpamanya contoh apa yang berlaku dalam kes di sempadan Thailand kes Rohingya dan sebagainya. Walaupun itu merupakan pendatang tanpa asing dalam konteks pemerdagangan manusia tetapi kebimbangan saya ialah melihat bahawa macam mana mereka itu boleh masuk? Ini menunjukkan bahawa soal keselamatan sempadan kita itu tersangat lemah. Kalaulah yang masuk itu ialah tentera asing maka sudah tentu ini sangat bahaya. Jadi macam mana kerajaan melihat ini untuk mempertingkatkan kawasan sempadan kita macam di sebelah Thailand itu yang saya lihat bahawa ia sangat memberikan ancaman keselamatan kepada kita semua?
Ya, terima kasih atas soalan ini. Ini membolehkan saya memperjelaskan yang pertama Yang Berhormat, saya setuju bahawa kita berjuang kalau kalah, kalah dalam perjuangan, kalau menang itu syukur sebab kalah menang hak Allah. Kalau kita menang bererti amanah, kalau kita kalah pun juga amanah. Jadi...
Kena beritahu dekat Yang Berhormat Pekan itu. Berlawan di medan.
Apa yang berlaku bukan kehendak Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pekan memang bersedia untuk pergi pada hari tersebut tetapi ini arahan daripada Ketua Polis Negara untuk menjaga keselamatan. Ini saya pemangku Menteri Dalam Negeri Yang Berhormat boleh tanya tentang perkara ini. So hendak beritahu siap-siap. Akan tetapi tidak mengapa sampai 10 hari bulan sahaja.
Jadi kita hendak beritahu bahawa memang Perdana Menteri bersedia untuk pergi pada hari tersebut dan saya semalam saya berada dengan, saya sebagai naib presiden PERKIM saya berada dengan Tun Mahathir di Kota Kinabalu dan saya beritahu jawapan yang sama kepada beliau dan beliau pun hanya memberi senyuman begitu.
Saya rasa elok Yang Berhormat Menteri sendiri buat penganjuran untuk mempertemukan kedua-dua itu secara terbuka dan boleh pastikan kawalan keselamatan itu selamat.
Saya akan buat apa sahaja untuk pastikan supaya perbezaan pendapat itu dikurangkan bukan sahaja dengan apa yang telah berlaku tetapi dengan semua pihak sebab rakyat harus beri tumpuan kepada usaha untuk membangunkan negara ini, bukan berselisih pendapat dengan benda-benda yang tidak menguntungkan. Itu jawapan yang pertama. Keduanya ialah berhubung dengan berapa banyak lagi peruntukan yang akan dibelanjakan secara darurat? Darurat ini sebenarnya Yang Berhormat pegawai tahu bahawa kita boleh belanja secara darurat tetapi pegawai menghadapi masalah dan beberapa tekanan kerana darurat ini jarang digunakan. Hanya pada masa-masa betul-betul darurat kita gunakan peraturan ini. Akan tetapi untuk membolehkan supaya pegawai ini dia rasa tidak terganggu apabila dia melaksanakan perkara ini, kita minta supaya Audit dan juga SPRM hadir bersama dalam jawatankuasa untuk memutuskan apa-apa pembelian. Jadi dengan itu tidak ada apa- apa masalah di masa akan datang. Jadi hak yang ini peruntukan ESSCOM sahaja tetapi agensi lain seperti APMM, tentera, polis terpulang kepada mereka. APMM telah pun panggil tender terhad dan telah pun diluluskan kepada orang yang akan membina kapal tersebut. Jadi ini peraturan itu kita ikut sebab sekarang ini sudah bulan 5, kita belum mulakan pembinaan kapal yang berkenaan. Akan tetapi dalam off-budget kita juga sedang memikirkan untuk pembelian aset perumahan bagi mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan ESSCOM. Ketiga, Yang Berhormat sebut tentang sempadan. Saya hendak beritahu apa yang berlaku di Wang Kelian dan juga kawasan forest reserve. Ini ialah kawasan forest reserve yang bersempadan dengan Thailand. Thailand pun ada forest reserve, Malaysia pun ada forest reserve. Forest reserve ini kita bersekali.
Dalam forest reserve Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat biasa masuk dalam hutan, dia tak buat pagar apa. Forest reserve itu ditandai dengan batu. Tiap-tiap 100 meter kita ada satu batu penanda bahawa ini sempadan Malaysia dengan negara sebelah. Cuma masalah kita ialah di sebelah Thailand, selepas forest reserve itu dengan kampung yang paling dekat ialah satu kilometer jaraknya. Dia boleh jalan kaki satu kilometer dan datang kepada sempadan kita, dia boleh masuk mana-mana kawasan hutan yang berkenaan, dia tengok ada kawasan lembah sikit, sudah pasti depa bergerak masuk ke kawasan tersebut dengan mudah tetapi kita ada kawalan keselamatan. Kita mengawal kawasan tembok dan kawasan pagar tetapi di dalam hutan ini ialah kita berkawal di luar sebab apa, dia tidak ada akses untuk pergi dengan kereta, kita hanya boleh berjalan kaki. Itu sebab berlaku apa yang telah berlaku dan Jabatan Hutan sendiri pun tidak dapat mengesannya walaupun jarak dengan chalet Jabatan Hutan itu lebih kurang di antara setengah jam ke empat puluh lima minit dan kita tahu polis telah pun menerangkan berapa banyak yang mereka telah jumpa. Untuk kawasan sempadan ini, kerajaan sedang memikirkan untuk membina dan memperbaiki pagar keselamatan sebab apa kawasan hutan ini kita mudah kesan kalau dia datang dari hutan sebab jalan keluar dari hutan itu tak banyak. Akan tetapi kawasan sempadan sekarang ini oleh kerana pagarnya telah dibina begitu lama, banyak tempat yang telah berkarat dan dengan itu mudah mereka untuk membuat lubang. Bukan lubang tikus, lubang gajah sebab terlampau besar. Kita tahu bahawa orang Rohingya sekarang ini ramai yang berada di Danok, di kawasan Kedah Yang Berhormat dan sudah pasti untuk masuk ke jalan yang telah ditentukan, mereka sukar untuk berbuat demikian. Sudah pasti mereka berusaha untuk melihat di mana lubang-lubang gajah yang mereka boleh tembusi. Mereka suka Perlis
dahulu sebab Perlis ada ladang tebu. Mereka boleh bersembunyi di dalam ladang tebu. Sekarang ladang tebu sudah tidak ada, mereka nampaknya berminat untuk datang ke sebelah Kedah. Kemudian di kawasan Laut Cina Selatan ini juga sedang kita buat sesuatu untuk memastikan supaya mana-mana pihak tidak menceroboh dalam menuntut ini adalah hak mereka dan sebagainya. Ini kita akan maklumkan daripada semasa ke semasa. Terima kasih.
4. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Kewangan menyatakan butir- butir terperinci peruntukan MARRIS yang disalurkan kepada Negeri Sembilan untuk tujuan penyelenggaraan jalan sejak tahun 2010 sehingga kini.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban. Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia atau Malaysian Road Records Information System atau dalam singkatan MARRIS ialah satu aplikasi yang digunakan untuk merekodkan maklumat-maklumat jalan dalam seluruh negeri. Butiran-butiran maklumat yang direkodkan merangkumi panjang, lebar dan bahu jalan bagi jalan raya negeri, butiran jalan raya perbendaharaan, butiran jalan raya dalam kawasan perumahan dan juga butiran lorong belakang. Maklumat-maklumat ini digunakan untuk mengira geran penyelenggaraan jalan setiap negeri yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Sistem MARRIS ini telah digunakan sejak tahun 1982 di mana butiran yang direkodkan merangkumi butiran jalan raya negeri, butiran jalan raya perbandaran, butiran jalan raya di dalam kawasan perumahan murah, butiran lorong belakang di pekan-pekan dan juga bandar serta jalan kampung dan juga butiran jalan sehala di pulau destinasi pelancongan menggunakan lima jenis borang. Borang-borang yang telah dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya akan disemak dan disahkan oleh setiap JKR negeri sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan iaitu Bahagian Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan bagi kemasukan data. Kemasukan dan kemas kini data melalui sistem MARRIS online akan ditadbir sendiri oleh setiap agensi dan akan dipantau oleh JKR negeri masing-masing. Setiap agensi akan dibekalkan dengan sijil digital bagi memastikan kesahihan data individu dan yang berkenaan sahaja diberi capaian pada sistem. Pentadbiran sistem dan akaun pengguna serta bantuan teknikal akan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Kementerian Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat Seremban, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan pemberian penyelenggaraan jalan negeri kepada Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2010 sehingga 30 April 2015 sebanyak RM832,779,245. Agihan tahunan pemberian tersebut adalah seperti berikut: | TAHUN |JUMLAH AGIHAN (RM juta)| |------------------------|----------------------:| | 2010| 129.0| | 2011| 136.0| | 2012| 138.3| | 2013| 173.9| | 2014| 191.1| |2015 (sehingga 30 April)| 63.7|<END_TABLE_MARKER> Peruntukan MARRIS untuk seluruh negara untuk menyelenggarakan jalan-jalan di seluruh negara:
|TAHUN|JUMLAH PERUNTUKAN (RM bilion)| |----:|----------------------------:| | 2010| 2.47| | 2011| 2.59| | 2012| 2.85| | 2013| 3.57| | 2014| 3.82| | 2015| 3.96|<END_TABLE_MARKER> Jika kita lihat peruntukan ini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun kerana penyelenggaraan jalan juga semakin bertambah berdasarkan formula panjangnya jalan di negeri-negeri yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang pertamanya terima kasihlah kepada Yang Berhormat Pontian kerana memberikan jawapan yang terperinci pada pagi ini. Soalan tambahan saya ialah adakah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada setiap kerajaan negeri sekarang ini diberikan secara bulanan dan bukannya secara tahunan seperti dulu. Yang keduanya ialah adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk meningkatkan kadar per kilometer kepada kerajaan-kerajaan negeri dan bagaimanakah pihak Kerajaan Persekutuan memastikan bahawa peruntukan itu yang disalurkan kepada kerajaan negeri dioptimumkan untuk tujuan yang telah dinyatakan itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Seremban, memang betul kita berikan peruntukan itu secara bulanan. Oleh kerana itu jalan-jalan yang diselenggarakan patut diselenggarakan sepanjang masa dan penyelenggaraan itu hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah dan garis panduan tata cara. Kita ada garis panduannya tebal begini yang kita telah berikan kepada semua negeri untuk mengikuti garis panduan dan tatacara pengurusan pemberian penyelenggaraan jalan negeri yang melibatkan jalan-jalan yang saya dah sebutkan tadi dan daripada segi kelebarannya, ketebalannya, jadual kelayakannya, spesifikasi piawai kerja jalannya. Pada saat dan ketika ini kita tidak ada hasrat untuk meningkatkan kadar dan kita juga tidak menganaktirikan mana-mana kerajaan negeri dari segi pemberian ini. Kita mengikut formula yang telah ditetapkan dan Menteri-menteri Besar hadir dalam Mesyuarat Kewangan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan di situ antara tajuk-tajuk perbincangan ialah mengenai peruntukan MARRIS ini. Contoh pada 2014, peruntukan yang kita beri untuk Johor ialah RM531.2 juta, Kedah sebanyak RM179.6 juta, Kelantan walaupun bukan negeri Barisan Nasional tetapi kita bagi RM185.6 juta. Melaka sebanyak RM81.9 juta, Pahang sebanyak RM215.7 juta, Perak sebanyak RM338.2 juta, Perlis, kecil, sebanyak RM28 juta sebab negerinya kecil, jalannya tidak panjang. Pulau Pinang pun negeri agak kecil, RM94.4 juta. Selangor walaupun negeri pembangkang sebanyak RM523.4 juta. Terengganu sebanyak RM146.5 juta, Sabah negeri besar, sebanyak RM542.9 juta dan Sarawak keluasan Sarawak lebih kurang sama dengan Semenanjung, sebanyak RM761.3 juta untuk menyelenggarakan jalan. Terima kasih.
Yang Berhormat Mersing.
Tie merah, berpakat ini.
Tak ada, tak ada pakatan. Sangka baik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengamati jawapan daripada Yang Berhormat Menteri seolah-olah beban dan tanggungjawab untuk menjaga jalan yang kita faham tadi ada tiga peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan. Daripada data-data kewangan yang diberikan seolah-olah beban ini terlalu berat dipikul oleh Kerajaan Persekutuan. Soalan saya, ada atau tidak rancangan di masa hadapan supaya formula baru diperkenalkan agar ia tidak sangat membebankan Kerajaan Persekutuan. Itu pertama. Keduanya, apakah tindakan Kementerian Kewangan bersama EPU kerana EPU merancang dan Kementerian Kewangan menyediakan duit. Ada atau tidak di mana kerajaan negeri yang tidak menyeleweng tetapi ia mengguna pakai duit MARRIS ini untuk tempat-tempat lain. Kalau boleh berilah contoh-contoh negeri yang telah melanggar peraturan ini. Terima kasih.
Terima kasih. Kita sebenarnya mengikut Perkara 109(1) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan wajib memberi mengikut formula dalam peruntukan Bahagian II Jadual Kesepuluh kepada semua negeri. Itu sebab Yang Berhormat Mersing kenapa nampak bebanan itu kepada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan wang penyelenggaraan jalan ini kita beri setiap bulan kepada semua negeri. Memanglah ada negeri Yang Berhormat Mersing sebut bahawa dia tidak guna peruntukan itu sepenuhnya dan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Amanah MARRIS Negeri dan digunakan sebagai bukti konon bajet negeri itu surplus atau pun lebih baik daripada kerajaan yang terdahulu. Ada negeri, sebelum ini Selangor ada berbuat demikian. Sebenarnya ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Ia hanya boleh digunakan untuk tujuan jalan-jalan yang telah kita sebut. Dalam Mesyuarat Kewangan Negeri pada tahun 2013 kita telah membangkitkan tentang dua kriteria baru. Tadi Yang Berhormat tanya formula baru tetapi ini formula baru lainlah ya, bukan pasal bebanan Kerajaan Persekutuan itu. Formulanya ialah sebelum ini jalan kampung dan jalan pertanian tidak termasuk dalam peruntukan MARRIS ini. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat dan juga penonton di luar sana, ketua kampung mulai pada saat dan hari ini kalau masih lagi tidak tahu, tok penghulu, pemimpin-pemimpin ADUN dan juga Ahli Parlimen, mana-mana jalan kampung kita boleh daftarkan dalam MARRIS ini. Jadi kalau jalan kampung rosak, banyak jalan kampung rosak sekarang ini, lori sawit masuk dan keluar, kalau ada banjir dan sebagainya, gempa bumi di kawasan Ranau dan sekitarnya, jalan-jalannya rosak begitu. Kalau kita sudah senaraikan dalam sistem MARRIS, ia akan boleh diselenggarakan. Jadi adalah menjadi tugas kepada ketua kampung, tok penghulu, pegawai daerah untuk menyenaraikan keseluruhan jalan itu. Kita tidak mahu apabila di hujung-hujung tahun, JKR negeri menampal jalan yang tidak rosak pun hanya kerana hendak mencapai KPI 85% daripada peruntukan. Kalau peruntukan itu kurang daripada 85% dibelanjakan, maka peruntukan tidak akan diberi penuh kepada kerajaan negeri yang berkaitan. Oleh sebab itu mereka berusaha di hujung-hujung tahun untuk menyelenggarakan jalan. Kita ingin menyeru jangan dibuat begitu. Penyelenggaraan oleh kerana ia diberi setiap bulan, maka setiap bulan patut diselenggarakan. Satu lagi ialah jalan pertanian Yang Berhormat ya. Jalan pertanian boleh diselenggarakan juga menggunakan peruntukan MARRIS ini. Dahulu ini tidak masuk. Sejak Yang Berhormat Pekan menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2013, beliau masukkan untuk memastikan kampung dan juga kawasan-kawasan luar bandar ini boleh diselenggarakan jalannya dan jalan pulau pelancongan pun boleh juga. Dahulu hanya jalan raya bandaran, jalan kawasan perumahan, jalan-jalan pekan dan juga bandar. Formula baru dari semasa ke semasa kerajaan akan kaji dan garis panduan ini juga akan dibentangkan dalam Majlis Kewangan Negara (MKN) yang akan dihadiri pada hujung bulan ini oleh Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Terima kasih.
5. Datuk Seri Ong Ka Chuan [Tanjong Malim] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh kementerian untuk mengadakan ujian mental dan fizikal terhadap juruterbang di negara ini untuk memastikan semua juruterbang berada pada tahap fizikal yang baik serta tidak mengalami gangguan emosi semasa bertugas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengadakan ujian mental dan fizikal terhadap juruterbang di negara ini untuk memastikan semua juruterbang berada pada tahap fizikal yang baik serta tidak mengalami gangguan emosi semasa bertugas adalah seperti berikut: Pertamanya, berdasarkan kepada Civil Aviation Regulations 1996, Schedule 14 dan juga Aeronautical Information Circular (AIC) 09/2004 bagi maksud ujian fizikal, juruterbang yang berumur 40 tahun ke bawah perlu menjalani ujian kesihatan fizikal satu kali setiap tahun. Bagi juruterbang yang berumur 40 tahun ke atas perlu menjalani ujian kesihatan fizikal satu kali setiap enam bulan. Pada dasarnya juga ia meliputi penilaian mental. Walau bagaimanapun, bagi ujian mental buat masa ini tiada peruntukan undang- undang atau peraturan yang mengehendaki juruterbang melalui ujian penilaian psikologi bagi menilai tahap emosi setiap juruterbang. Walau bagaimanapun kerajaan pada tahun ini melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengarahkan doktor panel atau dengan izin Designated Aviation Medical Examiners dan juga pakar psikologi bagi merangka standard questionnaires untuk diguna pakai oleh setiap panel doktor untuk membuat penilaian awalan terhadap gangguan emosi ke atas setiap juruterbang. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini juruterbang yang berdaftar dengan DCA adalah seramai 3,975 orang yang mana 389 adalah warga asing. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih ke atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, juruterbang ini tugasnya sudah menjadi begitu mencabar. Maka, sudah sampai masanya kerajaan mempunyai satu kaedah yang menyeluruh untuk menguji dan mengawal keadaan fizikal dan psikologi mereka. Ini kerana juruterbang ini apabila dalam penerbangannya terutama dalam keadaan kecemasan atau dalam keadaan mereka harus membuat keputusan yang tepat, maka mereka perlu bukan sahaja mempunyai keadaan fizikal yang sihat tetapi juga keadaan mental dan emosi yang tenang. Saya rasa dari segi ujian medical itu bukan mencukupi. Perlu ada kepakaran yang lain seperti juruterbang yang berpengalaman, yang telah bersara dan sebagainya juga harus masuk dalam panel untuk membuat ujian sama ada juruterbang itu layak untuk menerbangkan sebuah pesawat atau pun tidak. Ini kerana ratusan nyawa akan bergantung di tangannya. Jadi saya rasa sampai masanya untuk kerajaan menubuhkan sebuah panel yang mempunyai kepakaran penuh untuk menguji kebolehan juruterbang. Itu cadangan saya.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kajian mental ini very subjektif lah. Oleh sebab itu kerajaan melalui DCA sejak insiden Gemanwings, ini satu perkara yang baru yang belum pernah berlaku dalam dunia penerbangan. Maka oleh sebab itu kerajaan telah mengarahkan doktor panel yang dipanggil Designated Aviation Medical Examiner kerana semua juruterbang ini kena melalui pemeriksaan kesihatan melalui panel ini iaitu Designated Aviation Medical Examiner. Sekarang ini kita telah mengarahkan untuk mewujudkan satu standard questionnaires, soalan-soalan untuk menguji dan menilai tahap mental juruterbang. Seperti kita tahu mental seorang juruterbang ini memang kita tidak ada satu yang spesifik. Mungkin juruterbang pada hari itu dia hendak terbang dan mengalami masalah rumah tangga atau pun bergaduh dengan isteri. Jadi ini juga akan menyebabkan stres kepada juruterbang tersebut pada ketika itu. Walhal pada kebiasaannya, dia baik.
Jadi oleh sebab itu dalam konteks ini saya juga akan meminta supaya syarikat penerbangan untuk bekerjasama melihat setiap juruterbang mereka supaya juruterbang mereka berada dalam satu keadaan yang terbaik. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang cukup bijaksana memilih Yang Berhormat Kuala Langat untuk soalan kedua. Yang Berhormat Menteri, melalui masalah tugas yang melanda juruterbang iaitu MAS yang tidak tahu masa depan dan perkhabaran yang dimaklumkan akan ada pembuangan pekerja juruterbang, yakni MAS. Maka akan berlaku tekanan sebagai contoh ada pekerja MAS yang bekerja selama 25 tahun bayar lapan bulan, rombak Akta Kerja sebab akta MAS menidakkan hak pekerja. Soalan saya ialah apakah langkah kementerian untuk memastikan juruterbang akan merasai dan yakin masa depan mereka tidak akan teraniaya supaya keselamatan penumpang dalam kapal itu akan dipelihara. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai juruterbang MAS ini, untuk makluman, kita ada lebih kurang 1,483 juruterbang di syarikat MAS. Jadi, yang dapat penyambungan iaitu terus menerbangkan pesawat MAS maknanya tidak ada masalah untuk mereka. Yang ada masalah mungkin yang telah tidak disambung. Jika yang tidak disambung, maka dia tidak menerbangkan pesawat itu lagi tetapi pihak kerajaan telah mengambil kebajikan untuk membela setiap juruterbang yang tidak disambung. Untuk makluman Yang Berhormat, industri penerbangan di negara kita sedang meningkat malah syarikat-syarikat penerbangan lain pun sebenarnya menunggu-nunggu untuk mengambil juruterbang-juruterbang syarikat MAS yang tidak disambung untuk diambil oleh syarikat-syarikat yang lain yang sedang mengembangkan syarikat atau pun route mereka di antarabangsa. Untuk makluman industri penerbangan di Malaysia ini semakin meningkat dan Malaysia atau pun KLIA akan menjadi pusat transit hab yang terbesar di rantau ini, terima kasih.
6. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana
(a) takrif kemiskinan dan miskin tegar serta Paras Garis Kemiskinan (PGK) Kebangsaan yang terkini ; dan (b) statistik miskin dan miskin tegar di seluruh negara bagi tahun 2011 hingga 2015 mengikut pecahan negeri dan daerah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, takrif atau pun definisi kemiskinan dan miskin tegar yang diguna pakai di Malaysia adalah berdasarkan kepada pendekatan pendapatan dengan mengambil kira ciri-ciri keperluan material dan keupayaan yang boleh diperoleh apabila isi rumah mempunyai keupayaan kewangan. Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan atau pun PGK iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. Sementara untuk definisi miskin tegar pula ialah sesebuah isi rumah itu dianggap sebagai miskin tegar, sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrition makanan dan minuman yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat. Model Pendapatan Garis Kemiskinan ini dikaji semula dari semasa ke semasa supaya mencerminkan situasi dan kos kehidupan semasa. Sebagai makluman Model Pendapatan Garis Kemiskinan yang diguna pakai pada masa ini adalah berasaskan kepada metodologi tahun 2005 yang telah dikaji semula secara komprehensif dengan kerjasama
United Nations Development Programme (UNDP) serta Bank Dunia. Berlandaskan kepada tafsiran dan pengukuran yang selaras dengan amalan antarabangsa. Ia seterusnya disesuaikan dengan keperluan dan keadaan di negara kita. Pendapatan garis kemiskinan yang terkini berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014 adalah untuk Semenanjung Malaysia sebanyak RM930 sebulan, untuk Sabah dan Labuan sebanyak RM1,170 sebulan dan untuk negeri Sarawak sebanyak RM990 sebulan. Itu untuk miskin. Untuk miskin tegar Semenanjung sebanyak RM580, Sabah dan Labuan sebanyak RM710 dan Sarawak sebanyak RM660. Jadi purata pendapatan garis kemiskinan untuk Malaysia secara keseluruhan adalah RM950 untuk miskin dan RM600 untuk miskin tegar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik berkaitan kemiskinan kita peroleh daripada penyiasatan pendapatan isi rumah yang kita laksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ia dilaksanakan dua kali dalam masa lima tahun. Tadi dalam soalan Yang Berhormat yang bertanya tentang antara tahun 2011 hingga tahun 2015 itu kita ada dua penyiasatan yang telah dilaksanakan iaitu pada tahun 2012 dan tahun 2014. Yang Berhormat bertanyakan tentang statistik miskin dan miskin tegar untuk setiap negeri. Bagi negeri Johor contohnya, untuk yang miskin telah berkurang daripada 7,000 kepada 200 orang, negeri Kedah daripada 7,400 isi rumah kepada 1,300, di Kelantan daripada 8,800 kepada 3,000, di Melaka daripada 300 kepada 200 dan Negeri Sembilan daripada 1,100 kepada 900, negeri Pahang daripada 4,500 kepada 2,100, Pulau Pinang daripada 2,200 kepada 1,200, negeri Perak daripada 8,600 kurang kepada 4,400, Perlis daripada 1,100 kepada 100, Selangor daripada 5,300 kepada 2,800, Terengganu daripada 3,800 kepada 1,500, Sabah daripada 42,400 turun kepada 19,100, Sarawak daripada 12,600 kepada 5,500, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada 2,900 kepada 400, Labuan di tahap kekal sebanyak 200 dan di Wilayah Persekutuan Putrajaya tiada mereka yang berpendapatan di bawah pendapatan garis kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, Alhamdulillah negara kita telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 1.7% pada tahun 2012 dan seterusnya yang terkini kepada 0.6% pada tahun 2014. Malah kejayaan Malaysia dalam pembasmian kemiskinan ini telah mendapat pengiktirafan UNDP pada tahun 2013 bagi kategori Millennium Development Goals dengan izin iaitu membasmi kemiskinan tegar dan kelaparan ataupun eradicate extreme poverty and hunger, dengan izin. Sehubungan dengan ini keutamaan dasar pada masa ini adalah yang telah menjadi satu pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 adalah untuk meningkatkan taraf isi rumah di bawah 40% ke arah masyarakat golongan menengah, sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu kemiskinan atau statistik kemiskinan ini menjadi kayu ukur terhadap kemajuan dan pembangunan bagi sebuah negara bahkan menjadi kewajipan kerajaan memastikan rakyatnya adalah cukup untuk menguruskan segala urusan kehidupan. Saya rasa data yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tidak menggambarkan keadaan sebenar rakyat yang memerlukan bantuan dan kewangan kalau dikatakan Terengganu sebagai contoh 3000 turun kepada 1500. Kalau anggaran kasar ada 8 Parlimen di Terengganu, sekurang-kurang di tempat saya mungkin ada sekitar 200 keluarga miskin, tetapi hakikatnya tidak begitu. Jadi isu yang saya hendak timbulkan ialah takrifan kemiskinan itu yang saya rasa gagal untuk menyerap masuk lebih ramai orang yang miskin yang memerlukan bantuan sehingga kita terlepas pandang lebih ramai lagi mereka-mereka yang patut dibantu. Jadi soalan saya ialah adakah kerajaan berhasrat untuk mengubah takrifan kepada miskin dan miskin tegar ini agar lebih selaras dengan apa yang dicadangkan oleh Islam. Sebagai contoh, Islam membezakan antara fakir dan juga miskin. Miskin mereka ini mempunyai pendapatan, tetapi tidak cukup untuk meneruskan kehidupan. Fakir pula mereka yang langsung tidak ada pendapatan. Yang kedua, miskin itu sendiri melibatkan mereka yang ada pendapatan yang tidak cukup untuk makan, yang tidak cukup untuk keperluan hidup. Keperluan hidup bukan hanya makanan. Dalam takrifan yang diberi oleh kerajaan, makanan dan bukan makanan sedangkan Islam menyatakan makanan,kediaman dan juga pakaian dan termasuk juga hajat iaitu kenderaan dan juga pendidikan. Kalau itu dimasukkan maka lebih ramai
sebenarnya orang miskin yang akan bertambah miskin. Soalan saya adakah kerajaan berhasrat mengubah terutama kita akan berhadapan, dan akan menangani kita akan menerima RMKe-11 untuk lima tahun ke hadapan. Itu soalan saya, terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang kita sebut takrifan kemiskinan ini ada dua. Miskin dan miskin tegar selaras dengan miskin dan fakir yang disebutkan tadi. Kalau miskin itu kita ambil kira bukan sahaja makanan, tetapi juga yang bukan makanan. Termasuklah sewa rumah, tenaga dan bahan api, perabot, pembiayaan perubatan, pengangkutan yang disebutkan tadi, pendidikan dan lain-lain. Ini secara holistik. Yang saya sebutkan tadi pendapatan garis kemiskinan yang kita gunakan di Semenanjung adalah RM930 dan miskin tegar pada tahap RM580. Ini cover makanan sahaja. Yang disebutkan tadi bukan 300 di Terengganu ia 1,500 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan. Itu untuk yang sekarang ini. Untuk masa hadapan seperti kita bentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, kita menumpukan kepada golongan di bawah 40%. Maknanya dalam Malaysia ini hampir 7 juta isi rumah 2.7 juta di bawah golongan 40% terbawah ini kita memerlukan tumpuan yang lebih untuk mempertingkatkan pendapatan mereka supaya jadi lebih selesa. Kita membantu dari segi akses kepada pendidikan supaya mereka dapat kemahiran yang lebih baik dan juga dapat peluang perniagaan yang lebih baik untuk mereka meningkatkan kedudukan ekonomi keluarga masing-masing. Untuk pelan tindakan kemiskinan, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ini, kita ada wujudkan yang baru yang kita sebut multidimensional poverty index. Bermakna kita tidak menyentuh hanya dari konteks pendapatan sahaja, tetapi kita mengambil kira aspek pendidikan,perubatan ataupun kesihatan dan juga living standard, dengan izin. Itu tahap kedudukan mereka. Kita mengambil kira sekiranya sesuatu isi rumah itu tidak mendapat 1/3 daripada apa yang kita sebut ini, bermakna kita masih takrifkan mereka dalam kategori miskin. Terima kasih.
7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) Berapakah jumlah penerima BRIM 2015 yang masih tidak mempunyai akaun simpanan untuk menerima bayaran BRIM melalui perbankan; dan (b) Berapakah jumlah BRIM yang tidak dituntut sejak BRIM diperkenalkan pada tahun 2012 hingga 2014
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang sekali lagi. Soalannya penting mengenai BR1M. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah bermatlamat untuk membantu meringankan sebahagian beban hidup rakyat berpendapatan rendah bagi membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain. Bantuan ini diberikan secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama, mahupun latar belakang politik. BR1M akan meningkatkan perbelanjaan rakyat seterusnya membantu dalam memacu ekonomi dan menjana pertumbuhan perniagaan domestik. BR1M juga boleh menambah sedikit simpanan bank mereka jika ada baki. BR1M telah bermula pada tahun 2012 secara keseluruhannya sehingga tahun 2015 sebanyak RM13 bilion telah diperuntukkan bagi pengagihan BR1M yang memanfaatkan yang hampir 7.4 juta orang rakyat. Peruntukan ini menggunakan perbelanjaan mengurus B.11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Kementerian Kewangan tidak ada pecahan penerima BR1M mengikut kaum dan masyarakat tetapi kita pecahkan penerima BR1M mengikut jumlah pendapatan. Pada tahun 2015, is rumah RM3000 dan ke bawah yang menerima BR1M ialah 4.1 juta orang, jumlahnya RM3.9 bilion. Untuk isi rumah pendapatan RM3,001 hingga RM4,000 yang menerima pada tahun 2015 ialah 410 ribu, jumlah RM300 juta. Untuk individu bujang yang pendapatan RM2,000 dan ke bawah ialah 2.7 juta orang dengan jumlah RM945 juta. Pada tahun 2015 sebanyak 6.4 juta penerima
iaitu 89% telah mengemukakan maklumat akaun dan menerima bantuan mereka terus ke akaun bank. Manakala baki sebanyak 820,000 penerima 11% masih menerima BR1M melalui baucar dan tidak melalui akaun bank. Tuan Yang di-Pertua, BR1M hanya diberikan kepada mereka yang lulus tapisan semakan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan BR1M, proses verifikasi dilaksanakan secara menyeluruh setiap tahun dengan semakan bersama data- data daripada pelbagai agensi. Antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, untuk menyemak jumlah kereta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu KWSP. Sekiranya terdapat penerima mengadu masih belum menerima BR1M, semakan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara ataupun dengan menghubungi Hotline 1800-88-2716. Akhirnya Kementerian Kewangan akan meneruskan inisiatif BR1M pada masa akan datang bagi membantu meringankan sebahagian beban perbelanjaan harian rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan akan meneliti dan membuat penambahbaikan ke atas program BR1M supaya objektif kerajaan ke arah peralihan subsidi bersasar dapat dicapai, terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat selesai sudah sesi pertanyaan–pertanyaan bagi jawab lisan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Usul ini setelah disetujui oleh Parlimen, bukan saya bawa, setelah Parlimen setuju saya bawa usul ini. Sebab sekarang ini orang suka bawa pemikiran bahawa orang tempatan mesti bekerja di mana-mana agensi tempatan. Contohnya macam Ruji bin Ubi, Pegawai Eksekutif ESSCOM adalah orang Kalabakan.
Orang ESSCOM ini orang kuat ESSCOM ini orang Kalabakan. Usulnya ialah...
Lain macam sahaja bunyi... Parlimen...
Setelah dipersetujukan oleh Parlimen ini dia usulnya. Tuan Yang di-Pertua, tetapi ini bukan bercakap macam Timbalan Presiden PAS bercakap semalam. Lain-lain, bekas Timbalan Presiden PAS bercakap. Dia kata tidak mahu berkawan, buat sorang-sorang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan jadi, “batu api” tidak bagus.
Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: TuanMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9 malam dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 9 Jun 2015.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020Motion
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya; Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [28 Mei 2015]
Yang Berhormat, kita tinggal dua hari lagi iaitu hari Isnin dan Selasa untuk diberi peluang untuk Yang Berhormat berucap memberikan pandangan dalam RMKe-11. Selepas Yang Berhormat Gerik ada 10 minit lagi selepas itu setiap seorang 15 minit. Sila Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menyambung balik perbahasan saya yang lalu saya berpindah kepada Kementerian Pertahanan. Mohon dilihat dalam RMKe-11 supaya pertimbangan diberikan bagi membaik
pulih dan menaik taraf kem-kem Wataniah di seluruh negara. begitu juga supaya dapat kerajaan dapat membina kem-kem Wataniah baru bagi membesarkan pasukan Wataniah sesuai dengan perkembangan semasa akibat dari pelbagai bencana yang ada seperti bencana alam, banjir, musim kemarau dan pelbagai lagi. Maka anggota-anggota Wataniah yang baru ini dapat membantu negara. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Perkara yang ketiga dalam Kementerian Pertahanan ini, mohon pihak kerajaan pertimbangkan menambah peruntukan untuk pembinaan dan baik pulih rumah-rumah bekas askar yang daif. Di samping kerajaan juga perlu memikirkan supaya pembinaan rumah mampu milik diberikan kepada anggota-anggota tentera kerana ketika inilah mereka yang bekerja ada kemampuan untuk membuat pinjaman bagi dapat memiliki rumah masing- masing. Perkara yang keempat, kita lihat Tentera Laut Diraja Malaysia cuma dibekalkan dengan peralatan ketinggalan zaman. Bila pelarian dan ancaman lanun di perairan antarabangsa kita cuma memiliki peralatan ataupun aset-aset yang sudah ketinggalan zaman. Maka minta pihak kementerian mempertimbangkan supaya memperkasakan lagi aset-aset untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Saya juga khusus kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah agar janji yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebelum Dr. Zamri Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli untuk membina jalan daripada Kampung Siam Tasek tembus ke Jalan Gerik-Kulim di Pengkalan Hulu. Perkara ini sering saya bawa tetapi saya berharap dalam RMKe-11 ini perkara tersebut dapat dijayakan. Begitu juga soal bekalan air bersih. Saya masih rasa tidak puas hati bekalan air bersih di kampung-kampung tradisi dan juga di kampung Orang Asli terutama tempat saya dalam Parlimen Gerik. Masih tidak mencapai tahap yang membanggakan walaupun mungkin kita menyediakan kemudahan pelbagai kemudahan terutama di kampung Orang Asli tetapi penyelenggaraannya tidak berjaya. Bolehlah kita ada enjin untuk mengepam air akhirnya tidak dijaga, nampak satu projek yang merugikan. Di samping itu pihak Kerajaan Persekutuan mesti bekerjasama dengan kerajaan negeri. Macam di Perak, kita hendak membekalkan air bersih mesti ada kerjasama dengan Lembaga Air Perak kalau tidak cuma rancangan menjadi rancangan. Kita nampak Kementerian Pembangunan sebenarnya membazir berjuta-juta ringgit kalau kita lihat dalam RMKe-10 untuk pembekalan air bersih ini kerana menyediakan tong-tong tidak digunakan dan pelbagai lagi. Kampung tradisi dapatkan bekalan air bersih menggunakan kaedah percuma buat takungan sendiri di kawasan tadahan, kerana itu di peringkat awal. Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan mereservekan kawasan-kawasan tadahan air dan diambil alih oleh pihak Kerajaan Persekutuan daripada state supaya sampai satu masa nanti sudah tidak ada bekalan air bersih di kampung-kampung tradisi. Ini kerana pembangunan seperti pembalakan, perumahan dan pelbagai lagi akhirnya kampung-kampung tradisi mendapat bekalan air yang tidak bersih. Seterusnya untuk Kementerian Kewangan tolong beri perhatian kepada sempadan di antara Pengkalan Hulu dengan Betong. Di mana kita telah kerajaan negeri dalam tempoh yang lalu telah menganugerahkan tanah kepada satu syarikat untuk pembangunan di sempadan. Sehingga hari ini tidak nampak pembangunan tadi boleh berjaya. Minta Kementerian Kewangan dengan kerajaan negeri menjayakan. Saya bersetuju dengan pandangan Kerajaan Persekutuan bukan semata-mata kita fokus kedai bebas cukai. Ini sebab saya pun tidak hendak di kawasan kedai bebas cukai nanti penjualan arak berleluasa, rokok dan pelbagai lagi ini juga boleh memberikan kesan kepada penduduk tempatan. Akan tetapi kita fikirkan sebab saya tahu pihak kastam memaklumkan urus niaga di sempadan, getah tiap-tiap tahun tidak kurang daripada RM500 juta yang dibawa masuk di pintu sempadan di antara Betong dengan Pengkalan Hulu. Maka kita kena perlu cari
satu perkara yang boleh memberi kesan kepada pihak penduduk tempatan. Perkara ini perlu dirunding bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kementerian Tenaga, Teknologi dan Air. Ekoran daripada banjir yang besar baru- baru ini kawasan Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenderik dan juga Empangan Tasik Raban tidak dapat menampung air. Oleh sebab itu saya amat bimbang kalau berlaku lagi sekali banjir yang luar biasa, dia akan memberi kesan yang berat kepada negeri Perak. Maka saya mohon pertimbangan kementerian supaya memikirkan satu kaedah Empangan Temenggor tadi ditingkatkan boleh menampung air kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Ini kerana boleh membantu bukan sekadar di Parlimen Gerik tetapi dalam negeri Perak untuk mengelak daripada banjir yang boleh memberi kesan kepada penduduk- penduduk tempatan. Di samping itu kita hendak empangan tadi terus dapat membekalkan bekalan air bersih untuk Parlimen Gerik dan seluruh negeri Perak. Dalam pada itu juga saya ingin memberi penekanan kepada Kementerian Perusahaan, Perdagangan dan Komuniti di mana dalam Parlimen saya, Gerik rakyat bergantung kepada pertanian terutama pokok getah dan kelapa sawit. Sekali lagi untuk RMKe-11 ini pihak kerajaan mesti memastikan supaya harga getah sekurang-kurangnya dengan ada subsidi daripada kerajaan untuk membantu pekebun-pekebun kecil sekurang- kurangnya harga sekilo RM5.
Kalau tidak cuma impian dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menambah pendapatan rakyat dalam lingkungan tidak sampai RM5,000 sebulan. Akan tetapi saya percaya dengan adanya subsidi atau apa kaedah yang dimainkan oleh pihak kementerian dengan menetapkan harga syiling pada getah RM5 insya-Allah saya percaya impian dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini dapat kita jayakan. Dalam pada itu saya juga ingin menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana saya percaya dalam Parlimen Gerik tidak bermakna kita membawa industri-industri bentuk yang lengkap seperti buat yang ini ia akan menyebabkan kita terpaksa bawa masuk pekerja-pekerja asing. Kita fokuskan dan memperkasakan pertanian sedia ada. Pokok getah dan pokok kelapa sawit. Dalam masa yang sama memperkasakan buah-buahan seperti pokok durian, pokok dokong, manggis, rambutan, dan pelbagai lagi di samping ada pula tanaman kontan dan juga memperkasakan padang ragut di mana penduduk tempatan boleh membuat kumpulan-kumpulan tertentu untuk menternak lembu, kerbau dan juga rusa dalam Parlimen saya.
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Sebelum itu, ada satu lagi point ialah di Tasik Temengor sekarang ini, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuat ternakan ikan sangkar kepada ikan tilapia hitam yang sebenarnya janji awal dahulu ikan ini tidak boleh membiak. Akan tetapi hari ini ikan tersebut terlepas dalam Tasik Temengor dan saya difahamkan ikan tilapia hitam ini ialah spesies pirana. Maknanya, ikan tersebut boleh makan ikan lain. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjadikan Tasik Temengor sebagai kawasan ikan darat, ikan asal seperti ikan temoleh, ikan tenggalan, ikan kelah, ikan lampam jawa, ikan kelabau, ikan kertang, ikan bauk, dan pelbagai ikan lagi supaya benda-benda ini – kerana ia boleh memberi pendapatan kepada penduduk tempatan disebabkan boleh buat pekasam. Akan tetapi kalau tidak dikawal soal ikan tilapia tadi, kalau ia terlepas ke semua tasik dan sungai- sungai yang ada dalam Parlimen kita, ia boleh memusnahkan ikan-ikan asal di dalam Parlimen Gerik. Dalam pada itu, akhir sekali, saya mohon kerajaan mempertimbangkan supaya dalam parlimen saya diberikan peruntukan khas untuk membina rumah mampu milik, saya tidak mahu rumah PR1MA, tidak mungkin orang Gerik boleh beli rumah PR1MA dalam Parlimen saya. Saya lebih rela supaya tanah-tanah yang ada tadi kita bangunkan dengan rumah mampu milik yang harganya mesti di bawah daripada RM100,000. Kalau buat RM200,000, pendapatan di kampung macam mana mampu mereka hendak membeli dan dalam pada itu, saya cukup yakin dan percaya Rancangan Malaysia Kesebelas ini boleh mampu untuk membangunkan negara. Akan tetapi kita berhadapan dengan pelbagai pandangan, persepsi yang tidak baik, perpecahan sesama kita. Maka, dengan adanya
Rancangan Malaysia Kesebelas ini saya amat berharap permulaan yang baik kita saling hormat-menghormati. Saya percaya insya-Allah, kerajaan yang ada pada hari ini, Barisan Nasional dengan ada Rancangan Malaysia Kesebelas pada PRU-14, insya-Allah kita akan terus berkuasa dan jayakanlah cadangan-cadangan yang kita buat tadi, maka kita berharap semua pihak berilah peluang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada pada hari ini untuk menjalankan segala rancangan, yang lepas-lepas kita sudah sokong, jangan pula pada masa ini kita tunjukkan peperangan di luar sehingga menimbul kegusaran di kalangan rakyat di bawah. Saya percaya semua pihak mempunyai pemikiran yang rasional, kita di dalam Barisan Nasional ini pun satu masa kita sudah sokong pemimpin yang lama. Maka pemimpin yang lama tadi pula perlu menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru dan janganlah kumpulan-kumpulan tertentu memberi persepsi yang tidak baik semata-mata mengharapkan boleh beralih kuasa pada PRU-14. Dengan ini, saya menyokong Usul Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Sekian, terima kasih.
Sebenarnya di atas meja Speaker ini tidak ada list daripada pembangkang yang terkini kecuali list pembahas, sebab itu kita nampak ramai bangun. Sekarang ini saya beri Yang Berhormat Kuantan. List bersama tidak ada ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya memulakan perbahasaan saya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas sini dengan menjurus kepada salah satu daripada teras strategik Rancangan Malaysia kesebelas iaitu pertumbuhan hijau. Dalam rangka Malaysia menuju negara maju tahun 2020, ini merupakan satu teras strategik yang amat penting, bukan sahaja dalam Rancangan Malaysia Kesebelas Tuan Yang di-Pertua. Ia harus terus dilakukan demi sustainability atau kemapanan pembangunan beyond ataupun menjangkau selepas tahun 2020 demi masa depan anak-anak kita dan cucu kita. Kita telah meletakkan beberapa komitmen pada Rancangan Malaysia Kesepuluh akan tetapi antara komitmen tersebut ialah ‘mitigasi’ perubahan iklim, pengurangan jejak karbon Malaysia. Ini kita lihat kita telah meletakkan komitmen 40% tetapi kita hanya baru mencapai 33% daripada komitmen kita. Ini harus kita review Tuan Yang di-Pertua. Banyak lagi perkara yang kita letak di dalam teras RMK-11 yang saya khuatir tidak mungkin kita dapat laksanakan sekiranya kita tidak benar-benar menghayati apa yang kita mahu. Saya tidak mahu lihat ia on paper. Nampak cantik on paper tetapi apabila kita laksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas dari aspek pertumbuhan hijau ini ia merupakan satu cabaran yang amat besar bagi kita. Ia digariskan tiga aspek atau tiga tonggak iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Dikatakan di sini juga bahawa kita mahu beralih daripada trajectory conventional “Grow first, clean up later” kepada trajectory yang pertumbuhan hijau yang memastikan pembangunan sosial ekonomi dilaksanakan dari peringkat perancangan ke peringkat pelaksanaan dan peringkat penilaian. Ini satu wawasan yang saya kira amat progresif. Akan tetapi ia memerlukan anjakan pemikiran dan tingkah laku. Ditulis di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini bahawa ia akan melahirkan perubahan tingkah laku. Akan tetapi sebelum ia dapat melahirkan perubahan tingkah laku, ia memerlukan satu anjakan tingkah laku dan pemikiran dari pihak pelaksana Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini pada bulan Mei 2015, Environmental Democracy Index (EDI) telah memaparkan bahawa Malaysia merupakan negara yang jatuh nombor 69 daripada 70 buah negara yang dianalisis. World Resources Institute dengan menggunakan garis panduan daripada United Nations telah meletakkan tiga teras kepada Environmental Democracy Index ini. Teras yang pertama ialah demokrasi, teras yang kedua ialah partisipasi dan teras yang ketiga ialah access kepada legal justice. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia jatuh nombor 69 daripada 70 Tuan Yang di-Pertua. Kenapa kita jadi begitu? Saya ingin menjelaskan satu persatu dan saya harap sangat
Menteri mendengar dan saya harap sangat bahawa pelaksana-pelaksana mendengar supaya kita tidak terperangkap di dalam bercakap sesuatu yang bunyinya sedap tetapi akhirnya apabila melaksanakan kita tidak mampu untuk melaksanakan.
Antara yang dinilai dalam Environmental Democracy Index (EDI) ialah a right to know, a right to be heard, a right to access to justice, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah teras yang digunakan dalam EDI. Ini adalah indeks yang baru yang dikeluarkan pada bulan Mei 2015. Saya yakin pegawai-pegawai di dalam jabatan, kementerian is aware, maklum tentang perkara ini. Ini memerlukan satu reformasi pemikiran, anjakan dan sebagainya untuk kita benar-benar laksanakan. A right to know, freedom of information kepada akses kepada maklumat Tuan Yang di-Pertua. Kemudian akses, a right to be heard, partisipasi awam. Kita, ini satu persatu saya akan kupas supaya kita dapat memastikan ianya terlaksana. Kalau tidak jangan cakap fasal grow first, clean up later ini hendak buang mentality ini. Oleh sebab mentaliti ini masih berada di kalangan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi contoh akses kepada maklumat. Di Malaysia, kenapa Malaysia jatuh kepada tangga 69 daripada 70. Dekat hendak corot. Indonesia pun tangga 17. Kita punya skor 0.28 daripada average 2.47 indeks Tuan Yang di-Pertua, jatuh corot ke bawah. Pertama kata laporan ini state agencies are not required to account for public comments in environmental decision making. Jadi maksudnya jabatan, kementerian dan Menteri tidak perlu jawab. Oleh sebab itulah apabila orang awam tanya kenapa macam ini, kenapa macam itu Menteri tidak perlu jawab sebab state agencies are not required to account for public comments. Kalau dalam Parlimen pun kadang-kadang Menteri tidak mahu jawab. Jadi ini kita perlu perbetulkan kerana itu teras yang pertama. Dalam laporan juga menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, drinking water quality in Kuala Lumpur was not made publicly available. Ya, maksudnya kualiti air pun rakyat tidak boleh tahu ada heavy metal kah, selamat untuk diminum kah, kita tidak tahu. Air quality index pun satu ketika dulu saya ingat apabila kita jerebu yang amat teruk pun kita tidak ambil tindakan yang sewajarnya. Seharusnya telah ditutup, sekolah pun kita tidak diberitahu ya. Oleh sebab kita tidak mahu cause alarm dengan izin, tidak mahu cause alarm nanti orang panik dan sebagainya. Kita mempunyai satu mentaliti yang begitu tidak progresif yang tidak mungkin dengan mentaliti begini kita boleh pergi kepada satu trajectory yang berbeza Tuan Yang di-Pertua. Ini akses kepada maklumat. Akses kepada partisipasi, participation. Ini, Malaysia mesti buat perubahan. Bagaimana kita buat keputusan tentang sesuatu perkara. Rakyat selalunya tidak dilibatkan. Kalau dilibatkan pun atas nama melibatkan rakyat. Kalau kita kata ada public consultation, jawabnya ada. Akan tetapi apabila kita kaji balik ada beberapa orang mungkin JKKK dan sebagainya yang dilibatkan tidak ada public consultation dalam bentuk town hall contohnya di mana pandangan rakyat diambil kira. Saya bawa satu keadaan di mana pada tahun 2011 apabila warga Kuantan menolak pembangunan kilang Lynas di Kuantan. Datang pihak EALB ke Kuantan. Buat dua kali town hall. Mereka ditolak 100% daripada warga Kuantan. Akhirnya sesi yang seharusnya lapan kali dihentikan kerana tidak mampu dan tidak sanggup untuk menerima penolakan daripada warga Kuantan tentang projek yang mahu dibina. Ini yang dimaksudkan access to public participation. Ini yang mesti kita ubah minda kalau kita hendak pergi kepada pertumbuhan hijau. Bagaimana Malaysia menangani isu tenaga nuklear contohnya. Kita tengok bagaimana negara Malaysia begitu silent berkenaan dengan sama ada kita akan guna atau tidak tenaga nuklear. Yang kita dengar adalah mungkin itu, mungkin ini. Akan tetapi yang kita tahu, maklumat yang kita terima daripada pelbagai pihak Malaysia telah pun membentangkan di luar negara, di Vienna contohnya pelan pelaksanaan tenaga nuklear. Akan tetapi di dalam Parlimen sendiri soalan–soalan begitu tidak pernah dijawab, tidak pernah di bahas. Mungkin satu hari nanti, mungkin hujung tahun saya dengar tidak pasti, saya hendak dengar pada Menteri mungkin akan dibentangkan rang undang-undang. Akan tetapi pada ketika itu mungkin disuruh untuk mengundi ikut parti lain dan sebagainya untuk menerima.
Bagaimana mungkin kita membuat keputusan, Parlimen membuat keputusan di peringkat akhir? Seharusnya Parlimen membuat keputusan di peringkat awal. Seharusnya rang undang-undang itu dibentangkan di peringkat awal. Parlimen membuat keputusan barulah kerajaan mengambil tindakan seterusnya. Akan tetapi ini kerajaan sudah membuat semua, sudah tengok site, sudah bentang dekat Vienna, sudah buat apa yang patut. Ia untuk membuat keputusan berkenaan dengan tenaga nuklear. Dalam RMKe-11 ada satu line sahaja yang disebut. Saya baca di sini, “Pelan ini termasuk program komunikasi dan kesedaran awam untuk meyakinkan penerimaan masyarakat terhadap pembinaan loji jana kuasa arang batu dan nuklear untuk jaminan bekalan tenaga”. Maksudnya ini dalam strategi E1 strategi teras tenaga. Satu line sahaja disebut bahawa Malaysia dalam rangka hendak komunikasi, hendak beritahu bahawa it is okay to have nuclear. Bukan untuk membuat keputusan. Malaysia sudah buat, kerajaan sudah buat keputusan untuk terima tenaga nuklear tanpa melibatkan awam. Kemudian kerajaan buat satu pelan untuk communicate, komunikasi kepada orang ramai supaya menerima bahawa it is the best model. It is the cleanest model di dalam keadaan di mana negara-negara maju sudah pun decommission, kita baru hendak cakap tentang membina jana kuasa tenaga nuklear. Jadi Tuan Yang di- Pertua, kita punya mindset ini kalau kita tidak ubah, kita tidak mungkin bercakap tentang green growth sustainable development. Kita akan terus grow first, clean up later Tuan Yang di-Pertua. Ini contoh nuklear. Ketiga, akses kepada justice. Ini teras yang ketiga kepada Environmental Democracy Index. Bagaimana rakyat, orang ramai boleh ada akses untuk mendapat keadilan. Tuan Yang di-Pertua ada terdapat banyak– the legal framework ini penting juga untuk memastikan pertumbuhan hijau. Lima minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Legal framework amat penting dalam pertumbuhan hijau. Terdapat banyak kelompangan dan dalam kita punya environmental laws. Kalau pertumbuhan hijau, alam sekitar adalah salah satu daripada teras pertumbuhan hijau selain daripada sosioekonomi dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi contoh kelompangan dari segi undang-undang. Hutan simpan kekal ialah satu hutan simpan yang tidak boleh diusik kalau ikut undang- undang. Akan tetapi ada peruntukan untuk mengubah hutan simpan kekal kepada hutan ladang. Ada. Ini legal ya. Jadi apa yang berlaku adalah tidak ada pula garis panduan bagaimana hendak monitor pembersihan hutan simpan kekal apabila ditanam hutan ladang. Jadi maklumat yang saya terima daripada Sahabat Alam Malaysia ialah ada negeri-negeri dalam negara kita yang secara begitu aktif membersihkan hutan simpan kekal dan menggantikan dengan hutan ladang. Di dalam proses itu hutan-hutan ini digondol dan maka pasak bumi itu dibersihkan dan tidak ada lagilah pasak-pasak bumi yang menahan air tadahan hujan yang menyebabkan banjir besar.
Apabila kita buat mapping, banjir besar yang berlaku pada hujung tahun lepas, memang berkait rapat dengan jumlah besarnya bidang tanah hutan simpan kekal yang dibersihkan untuk dijadikan hutan ladang. Hutan ladang ini Tuan Yang di-Pertua ialah hutan simpan kekal yang dibersihkan hendak tanam getah, hendak tanam pokok gaharu dan sebagainya. Jadi it is legal but is it ethical? Ini satu lagi isu yang harus kita soal, yang harus kita garap kerana kalau kita hendak cakap pasal sustainable development, kita harus faham isu ini. It’s legal but is it ethical? What are the moral obligations dengan izin, Tuan Yang di-Pertua kepada anak cucu kita, generasi akan datang. Ini kalau kita tidak garap betul-betul, kita akan terus buat perkara-perkara yang kita kata it’s okay, it’s legal. Kalau tidak legal pun kita legalize. Contohnya apabila Lynas diluluskan, kita tidak ada pun garis panduan sisa buangan radioaktif. Bila sudah jadi isu besar, kita buat garis panduan pengurusan sisa buangan radioaktif. Kemudian kita legalizekan dan kita kata okey, kita sudah ada garis panduan. Padahalnya it is in retrospective. Kita luluskan dulu. Kita tidak adapun dalam EQA itu satu a prescribeb activity yang mewajibkan detail EIA kepada satu industri seperti Lynas yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif. Itu pun kita masukkan kemudian. Selepas kita luluskan. Ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak betulkan mentaliti kita, we have – kita tidak akan boleh buat what is morally right. Kita
hanya akan buat what is legally right dan banyak kelompongan-kelompongan di dalam undang-undang kita. Saya minta izin untuk bercakap satu lagi isu yang menjadi isu besar kepada orang Kuantan iaitu isu perlombongan bauksit. Hari-hari, saya dapat panggilan, dapat e-mel dan sebagainya meminta kita buat sesuatu berkenaan dengan perlombongan bauksit. Ia sekarang mencemarkan alam sekitar, mencemarkan air minuman dan mencemarkan laut. Kami sudah dapat red mart. Laut kami sudah jadi merah, Tuan Yang di-Pertua. Namun, tidak ada undang-undang yang boleh menyekat mereka kerana undang-undang mengatakan di bawah 500 hektar, tidak perlu EIA. Maka mereka boleh menggali sesuka mereka, Tuan Yang di-Pertua. Kemudian, lori yang membawa tanah merah yang mengandungi bauksit itu pun tidak perlu permit untuk bawa bauksit. Mereka hanya perlu permit untuk bawa tanah merah dan mereka beroperasi 24 jam. Anak-anak sudah dapat asma. Mereka gali di tepi rumah, mereka gali di tepi sekolah. Ini tanah aku, apa kau susah. Tuan Yang di-Pertua, ini saya pening kepala. Saya minta Jabatan Alam Sekitar melihat kepada bagaimana hendak selesaikan masalah ini. Saya ada cadangan yang saya harap didengar oleh pihak kementerian. Walaupun lesen itu dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri, pihak kementerian di bawah Jabatan Alam Sekitar boleh meminta Environmental Management Plan (EMP) untuk dilaksanakan. Walaupun ia tidak mewajibkan EIA kerana di bawah 500 hektar, itu undang-undang kita, tetapi boleh meminta Environmental Management Plan (EMP). Di negeri Selangor contohnya Tuan Yang di- Pertua, EMP diwajibkan ke atas mereka yang menggali pasir. Projek pengambilan pasir. Walaupun tidak perlu EIA tetapi boleh buat EMP dan Selangor mewajibkan EMP kepada projek yang di bawah 500 hektar yang tidak perlu EIA. So saya pohon Jabatan Alam Sekitar melihat kepada ini. Satu point lagi, Tuan Yang di-Pertua. Satu point sebelum saya gulung. Berkenaan dengan Parliamentary reform. Saya sokong usaha untuk Parliamentary reform. Saya pohon kita menjadi Parlimen yang bertaraf dunia dalam erti kata yang sebenar. Independence of the legislative daripada pihak eksekutif. Peranan check and balance yang sebenar daripada backbencher dan pembangkang. Dengan wujudnya jawatankuasa- jawatankuasa yang sebenar. Satu lagi saya pohon 30% penglibatan wanita dalam Parlimen. Walaupun RMKe-11 tidak menyebut tentang 30% wanita dalam Parlimen, hanya menyebut wanita dalam sektor korporat dan sektor awam, 30% wanita dalam Parlimen. Pada tahun 2009 ada cadangan daripada UNDP kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi tidak diambil kira. Saya ingin membawa kepada satu referendum yang diluluskan oleh Parlimen New Zealand. New Zealand sama macam Malaysia. Ambil sistem daripada UK tetapi New Zealand telah berjaya meluluskan referendum untuk melibatkan 30% wanita di dalam Parlimen. Proses membuat keputusan paling tinggi. Tidak guna kita cakap pasal 30% wanita kalau kita hanya berlegar di sekitar sektor awam dan sekitar sektor swasta.
Terima kasih Yang Berhormat.
Lagi satu.
Yang Berhormat, banyak lagi satu itu. Sudah tiga kali lagi satu.
Fixed-term bill. Fixed-term bill. Ini Parliamentary reform, Tuan Yang di-Pertua. Fixed-term bill. UK juga...
Ini makan hak, ini.
Fixed-term bill. UK juga telah meluluskan fixed-term bill dalam satu rang undang-undang. Jadi ini harus kita emulasikan. Kalau saya hendak tambah, Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak tambah gender sensitive Parliament. Itu saya tidak masuk dalam nota tetapi bila Yang Berhormat Kinabatangan bangun...
Yang Berhormat.
Saya kata, bila Yang Berhormat Kinabatangan mencelah macam itu, saya hendak kata tambah gender sensitive Parliament supaya ahli Parlimen ini semua gender sensitive. Tidak lagi buat sexist remark macam Yang Berhormat Kinabatangan pada satu ketika dahulu. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang. Bukan, Yang Berhormat Tanjong Karang. Ini kerana dia punya sparring partners.
Yang Berhormat Sepang kalah sebab itu dia tidak berani datang hari ini.
Ya, sparring partners, ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya hendak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Sabah, negeri Timbalan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya amati perbahasan RMKe-11 ini. Sepanjang perbahasan ini saya lihat pembangkang ini dia seolah-olah tidak yakin dengan Rancangan Malaysia Kesebelas malah isu yang sama berulang-ulang. Isu rasuah, salah guna kuasa, 1MDB, GST sedangkan kalau kita lihat, ucapan-ucapan mereka ini saya berani kata Tuan Yang di- Pertua, dia ‘kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak’. Saya bagi contoh. Contoh yang saya ambil ini ucapan daripada Ketua Pembangkang sendiri. Ketua Pembangkang menekankan prinsip utama tata kelola pemerintahan baik ataupun good governance yang boleh menjamin dan melindungi kepentingan rakyat akan terlaksana apabila dipaksikan kepada amalan demokrasi dan ‘keluhuran perlembagaan’. Ayatnya cukup sedap. ‘Keluhuran perlembagaan’ tetapi saya hendak beritahu. Mungkin pembangkang lupa. Bila sebut sahaja ‘keluhuran perlembagaan’, di dalam Perlembagaan negara kita ini, kuasanya ada dua. Satu, kuasa Kerajaan Persekutuan dan di bawah Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, bawah Perlembagaan Persekutuan ialah kuasa-kuasa kerajaan negeri. Contohnya kuasa tanah, kuasa perhutanan, kuasa kerajaan tempatan, ini semua kuasa kerajaan negeri. Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak laksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini dengan jayanya, ia mesti mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri. Kita tidak mahu ada kerajaan negeri yang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat lebihkan politik daripada pembangunan dan kepentingan rakyat. Ini yang mereka kena sedar. Saya mengambil beberapa contoh. Daripada contoh yang kecil sampai contoh yang besar. Saya mengambil contoh di negeri Selangor. Isu pendidikan sebagai contoh. Kita lihat Kerajaan Persekutuan sudah luluskan hendak buat UiTM cawangan negeri Selangor. Peruntukan kita bagi. Tanah-tanah bukan tanah kerajaan negeri, tanah Yayasan Basmi Kemiskinan. Hendak buat di Serendah tetapi kerana kerajaan negeri lebihkan politik, projek, projek Barisan Nasional, kerajaan negeri tidak berikan kerjasama. Akhirnya rakyat negeri Selangor rugi. UiTM yang patut hari ini tersergam indah di Serendah terpaksa dipindahkan kepada Jasin. Orang Jasin yang untung sebab orang Jasin, orang Melaka dia pentingkan dan dia tahu pentingnya pendidikan untuk rakyat. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta kepada Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan Kedua pun ada dalam Dewan ini. Saya hendak mohon supaya di Selangor mesti diwujudkan juga satu UiTM cawangan negeri Selangor. Semua negeri sudah ada. Sabah ada, Sarawak ada. Mana lagi? Perlis yang kecil itu pun ada cawangan UiTM. Selangor yang hebat, tidak ada cawangan UiTM sebab kerajaan negeri lebihkan politik.
Sebab itu saya nak merayu dan nak minta kepada Kementerian Pendidikan supaya UiTM Puncak Alam yang ada, yang baru dibuat, nasib baik buat waktu zaman Barisan Nasional. Kalau agaknya Barisan Nasional tidak memerintah, saya ingat UiTM Puncak Alam pun tak boleh nak wujud. Hari ini dah siap. Saya nak minta supaya UiTM
Puncak Alam dijadikan UiTM Cawangan Negeri Selangor. Sekurang-kurangnya orang Selangor adalah cawangan UiTM sendiri. Contoh yang kedua lagi pendidikan ini Tuan Yang di-Pertua, Universiti Perdana. Universiti Perdana ini satu universiti untuk buat kursus perubatan. Dah ada kerjasama dengan Ireland University. Apa jadi? Nak minta kebenaran tukar syarat tanah. Saya tak tahu apa kedudukannya. Adakah permohonan dari Universiti Perdana ini telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor? Hari ini yang saya tahu tanah-tanah MARDI, MARDI sanggup jual kepada Universiti Perdana. Hari ini Universiti Perdana menumpang di bangunan MAIS. Saya difahamkan mungkin agreement tempoh untuk sewa itu pun mungkin dah nak habis dah tetapi adakah permohonan Universiti Perdana untuk menukar syarat tanah daripada tanah pertanian kepada tanah komersial ini telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor? Dah berapa tahun dah. Jadi sebaliknya Ketua Pembangkang menuduh. Dia kata jangan politikkan isu pendidikan. Saya dengar ucapan Ketua Pembangkang. Hari ini telah terbukti siapa yang mempolitikkan isu pendidikan. Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang lebih kepada politik daripada kepentingan rakyat. Itu baru isu tanah. Itu nak minta kelulusan tukar syarat tanah. Ada pula kes kelulusan surat tanah diluluskan tetapi mengambil masa hampir dua tahun. Saya ambil satu contoh, Institut Latihan Peladang di kawasan saya sendiri, mohon dua tahun. Ding dong, ding dong dah lulus kena pula premium yang tinggi, RM500 ribu kena bayar premium. Tanah ini tanah Pertubuhan Peladang jual kepada LPP nak buat IPP untuk peladang-peladang. Kerajaan negeri punya kuasa untuk memberikan kelulusan sahaja, itu pun dia pau juga, dia samun juga, dia rompak juga. Dia rompak juga untuk kepentingan rakyat hanya nak menggunakan kelulusan. Itu bukan salah gunakan kuasa? Apa kepentingannya? Kalau ini projek swasta, saya setuju tetapi ini projek untuk kepentingan rakyat. Itu baru bab tanah. Lagi satu ini Tuan Yang di-Pertua, ini bab takungan air. Satu projek takungan air buat untuk IADA Barat Laut negeri Selangor. Masa kita sama-sama Barisan Nasional dahulu, kita kata tak apalah, buat dahulu. Kelulusan kita minta kemudian, kita faham nak dahulukan kepentingan rakyat tetapi bila projek ini kita mulakan dulu, apa yang berlaku? Kerajaan negeri stop projek, dekat dua tahun lewat. Minta pula RM500 ribu lagi, eh RM600 ribu lebih sebagai cagaran. Ha ini kawasan Datuk, di dalam Parlimen Sungai Besar. Dihalang projek ini, projek ini untuk takungan air supaya pesawah-pesawah di IADA Barat Laut boleh mengatasi masalah air di dalam sawah padi jika berlaku kemarau tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat dia tak fikir itu semua. Dia tahu dia ada kuasa, dia tahu dia nak rompak nak denda juga apa juga yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, inilah perangai pembangkang. Dia tahu nak cari salah kita. Bila mereka ada kuasa, mereka juga tidak lari daripada salah guna kuasa, mereka juga tidak lari daripada merompak duit-duit rakyat ini. Tuan Yang di-Pertua, itu bab tanah. Bab PBT lagi teruk. PBT ini saya nak ambil contoh kebenaran merancang, kuasa siapa? Kuasa PBT. Kementerian Pertanian nak buat Agrobazaar dekat Kuala Selangor, kita dah buat dahulu. Oh stop, tak boleh buat kerana tak ikut peraturan. Dah terbengkalai projek ini, sampai sekarang tak siap. Kita ikut pula peraturan nak buat pasar tani di Puchong, ikut peraturan. Saya difahamkan pegawai dah masuk permohonan ini dah hampir dekat setahun lebih, tak ada juga kelulusan. Ini apa ini? Hanya tahu nak cari salah Kerajaan Barisan Nasional tetapi apabila mereka memerintah, mereka yang sengaja nak sabotaj apa juga projek-projek pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Itu baru nak minta kelulusan kebenaran merancang, dah bagi kebenaran merancang, nak bagi pula Sijil Layak Duduk (CF), oh tambah pula berbagai-bagai syarat lagi. Saya ambil contoh bagaimana bangunan tambahan Maktab Polis Diraja di Kuala Kubu Bharu. Bangunan dah siap dah, dah boleh duduk tetapi CF tak keluar juga. Sebab apa? Sebab letak syarat baru kena buat jambatan pula. Nak suruh polis buat jambatan? Eh apa kena mengena jambatan dengan maktab polis ini? Dia letak syarat tak buat jambatan, tak boleh lulus, tak boleh bagi CF. Ini apa? Tugas buat jambatan ini tugas kerajaan negeri. Duit MARRIS dah bagi, belanjalah jangan dok simpan sahaja. Tak ada kena mengena. Ini sebagai contoh tetapi saya percaya perkara-perkara ini berlaku bukan salah pegawai, pegawai tak salah. Ini ahli-
ahli majlis PBT ini, siapa ahli-ahli majlis PBT ini? Semua politician. Daripada siapa? Daripada Pakatan Rakyat, daripada DAP, daripada PKR yang menjadi ahli majlis. Mereka yang saya dapat maklum menyalahgunakan kuasa, mendesak pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan terikat tangannya, saya tak salahkan pegawai kerajaan. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Khusrin dalam ucapannya pernah, telah meminta supaya ahli-ahli PBT di negeri Selangor ini lebih berintegriti, lebih menjaga kepentingan rakyat. Jangan nak menjaga kepentingan politik semata-mata. Kita buat projek NKRA sebagai contoh, apa tujuan NKRA? Nak bagi kemudahan perkhidmatan awam kepada rakyat. NKRA ini di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Kita dah bagi satu peruntukan nak buat parking bertingkat, park and ride supaya rakyat senang parking, letak kereta naik MRT tak perlu dah nak sesak jalan. Pembangkang kata kerajaan seolah-olah tidak ada perancangan, jalan jam. Kita buat NKRA, kita nak buat park and ride, parking. Apa yang berlaku? Kita nak buat di bawah jajaran elektrik, tanah itu terbiar. Kita nak buat, duitnya duit kita. Kita nak tolong rakyat negeri Selangor. Kita nak buat projek, lepas itu projek itu kalau dah siap nak serah pula kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Apa yang berlaku? Tiba-tiba kerajaan negeri nak kenakan tol pula, suruh bayar tol kepada bangunan yang kita buat. Saya difahamkan dekat RM900 ribu setahun. Apa yang akan berlaku? Tentulah nanti Kerajaan Persekutuan nak bagi parking murah tetapi kalau kerajaan negeri pula dah nak merompak, nak kenakan pula syarat RM900 ribu setahun, tentulah harga charge parking kereta akan meningkat kerana nak bayar tol. Akhirnya nanti dia tetap mengatakan Kerajaan Persekutuan juga salah, menyusahkan rakyat sedangkan mereka sebenarnya yang menaikkan cukai, mengenakan tol, yang naikkan lesen perniagaan. Yang ini mereka diam membisu seribu bahasa, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat bahawa hari ini dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut mengenai Lebuh raya Pantai Barat. Yang lebuh raya KIDEX ini tak usah cakaplah, saya kasihan Menteri. Saya dengar Menteri JKR sendiri jumpa dengan Menteri Besar. Kiranya Menteri JKR ini orang kata rendahkan jugalah martabat dia untuk jumpa dengan Menteri Besar, pergi pejabat bincang KIDEX ini kepentingan rakyat tetapi oleh kerana KIDEX ini legasi daripada Menteri Besar lama, maka dibatalkan ataupun kontraktor yang dapat KIDEX ini tidak pergi jumpa Menteri Besar yang baru. Kotlah pergi jumpa Menteri Besar yang baru kot dah ada kawtim kah nak bincang di bawah table ke, political fund ke mungkin juga, kita tidak tahu sebab apa yang dibatalkan. Itu KIDEX. Ini yang ‘Lebuhraya Pantai Barat’ ini, saya nak minta kerajaan negeri, kalau kerajaan negeri tak beri kerjasama, harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak akan tercapai untuk wujudkan ‘Lebuhraya Pantai Barat’ yang berikan kemudahan kepada rakyat Perak dan juga kepada rakyat negeri Selangor. Perak dah mula elok dah, Selangor. Kita Ahli Parlimen Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, kita kata kita tak setuju kalau nak buat lebuh raya ini menggunakan jalan kampung. Ini jalan kampung, Jalan Bernam ini nak dinaikkan taraf lebuh raya. Mustahil boleh memberikan keselesaan atau keselamatan. Sebab itu kita minta supaya dibuat jajaran baru, masuklah dalam hutan sana. Yang ini bila nak buat mesti kena dapat kebenaran kerajaan negeri. Saya nak tahu kedudukan ini, adakah kerajaan negeri bersetuju ataupun tidak dengan jajaran baru yang dicadangkan oleh pihak kementerian dan juga kita lihat isu yang paling besar sekali ialah isu rawatan air. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya ada sebut dan juga ada menyentuh Projek Loji Rawatan Air Langat II yang amat penting bagi menjamin bekalan air yang berterusan. Margin air di rizab negeri Selangor ini hanya tinggal 4%.
Standardnya lebih kurang 15%. Sepatutnya kita ada mesti 10% hingga 15% air ini. Kita dengar masalah air ini patut sudah selesai sudah. Menteri Besar lama sudah buat sudah sign MoU tetapi malang sekali setelah apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar yang juga Ahli Parlimen Gombak hari ini, cakap tidak serupa bikin. Saya berani mengatakan kerana saya dapat jawapan rasmi daripada Menteri. Saya tanya dalam Dewan ini pada 27 Mei, jawapan Menteri, jawapan daripada Menteri
Tenaga, Teknologi, Hijau dan Air. Dia beritahu bahawanya di sini “...perjanjian ini belum boleh dikuat kuasa kerana terdapat condition precedent yang belum dipenuhi disebabkan beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.” Ini jawapan Menteri dan dia sebut lagi, “Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 7 April membuat kenyataan untuk meneruskan rundingan bagi memuktamadkan penstrukturan semula. Namun begitu dalam sesi-sesi rundingan susulan yang telah diadakan kesediaan tersebut tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pendirian Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan isu yang mengekang kepada penyempurnaan condition precedent perjanjian utama.” Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, kita sudah tunaikan syarat-syarat kita RM2 bilion. Kita sudah sediakan RM2 bilion. Kita sudah bagikan peruntukan sedia bagi kepada kerajaan negeri untuk bantu mengambil alih urusan air tetapi apa tindakan kerajaan Negeri Selangor? Kalau ini tidak diselesaikan, bagaimana kita hendak bangunkan Rancangan Malaysia Kesebelas hendak berjaya lebih-lebih lagi Selangor ini maritime port, kawasan yang dekat dengan Putrajaya. Jangan dok fikir ‘Route to Putrajaya’ sahaja tetapi masalah air di Putrajaya, masalah air di Wilayah dan juga Selangor dipolitikkan. Kasihan bekas Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak salah satu sebab dia kena pecat jadi Menteri Besar kerana masalah air yang beliau tandatangani perjanjian air ini kerana beliau berkorban dan bersetuju ini untuk kepentingan rakyat. Jadi kalau kita gagal mengadakan perjanjian ini, pengangguran akan berlaku di negeri Selangor dan hari ini pun terbukti. Yang Berhormat Pandan kena kaji ini, Yang Berhormat Pandan jangan hanya dok tengok ekonomi antarabangsa sahaja, ini di Selangor ini, tengok berapa ramai kadar pengangguran. Waktu kita memerintah 2008, sebanyak 20,000 peluang pekerjaan kita sediakan. Hari ini tinggal 10,000. Kalau berlaku pengangguran siapa yang akan dipersalahkan? Sudah tentu dia akan menuding jari, dia akan menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan. Lihat! Kerajaan Persekutuan gagal mengatasi masalah pengangguran. Pengangguran meningkat, pelaburan menurun. Hendak meningkat macam mana, pelaburan hendak datang macam mana kalau air di Selangor tidak diatasi. Jadi sebab itu kerajaan saya hendak minta supaya pembangkang janganlah menuding jari. Jadilah pembangkang konstruktif. Janganlah tahu cari salah Kerajaan Barisan Nasional. Kita juga lihat saya hendak sentuh lagi satu. Ini ucapan Ketua Pembangkang yang saya hendak sentuh. Saya tengok dia sebut apa, tadi pun disebut juga oleh Yang Berhormat Kuantan sudah keluar sudah. Mengenai Parlimen, reformasi Parlimen, mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya. Dia kata SPR ini mesti telus. SPR mesti telus, SPR mesti adil menjalankan tugas. Saya hendak tanya kepada pembangkang, siapa yang mencemarkan nama baik SPR ini? Siapa? Kalau tidak pembangkang menuduh perkara yang bukan-bukan. Pilihan raya lepas kononnya 40,000 Bangla datang jadi pengundi salahkan SPR. Hari ini diam isu 40,000 Bangla. Nasib baik Yang Berhormat Permatang Pauh menang hari itu. Saya ingat kalau hari itu kalau Barisan Nasional menang dekat Permatang Pauh. Wah! Saya ingat semua yang ada dalam Dewan ini tidak ada dekat Dewan ini Tuan Yang di-Pertua. Demonstrasi tidak habis lagi dekat luar ini. Demonstrasi tidak habis lagi, mesti dia tuduh pula. Ini kerana berlaku kerana katanya mungkin juga pengundi-pengundi Permatang Pauh datang daripada pelarian Rohingya pula dia kata nanti. Dia akan tuduh berbagai-bagai. Saya hendak sentuh juga mengenai popular vote tidak habis-habis ini Tuan Yang di-Pertua disebut. Popular vote konon kita ini minoriti government menghasut rakyat kata merekalah yang mendapat mandat daripada rakyat kerana mereka mendapat 52% popular vote, kita 48%.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Inilah betul terbukti menunjukkan ini tadi Yang Berhormat Kuantan kata mesti ikut United Kingdom, ini yang kita warisi. Kalau kita hendak ikut, hendak reform Parlimen ini bukannya Parlimen kena reform tetapi Ahli-ahli Parlimen ini kena reform terutamanya pembangkang. Pembangkang kena reform kita tengok.
Ya, boleh gulung ya, Yang Berhormat.
Sebagai contoh kita lihat pilihan raya yang di UK kita tengok pada Mei yang lepas kita tengok. Parti Konservatif dia menang, berapa? Dia menang 330 kerusi lebih 5 kerusi tetapi popular vote Parti Konservatif hanya dapat 36.9%, 36.9% popular vote di UK, Parti Konservatif dapat, kita tidak tengok pula ahli-ahli pembangkang daripada UK buat demonstrasi macam mana ahli- ahli pembangkang di Malaysia ini yang kurang bertamadun. Buat demonstrasi Blackout 505 mereka faham sudah habis pilihan raya habis dan kita kena teruskan perjuangan untuk membangunkan negara kita. Bagilah kerjasama, jangan asyik hendak buat demonstrasi, asyik hendak menghasut rakyat dan akhir, terakhir - Yang Berhormat Pokok Sena baru dengar gelak, takziahlah sebab kalah.
[Dewan ketawa]
[Bangun]
Tidak payahlah, nanti. Lepas ini saya bagi. [Ketawa]
Tidak, tadi itu Yang Berhormat tidak dengar. Saya beritahu saya kalah dalam medan. Yang ini Yang Berhormat Pekan ini pahlawan Bugis, hulubalang jangan cabar saya nanti kena sepak terajang.
[Dewan riuh]
Tapi dengan orang tua umur 90 hang tidak berani. Allah! Malu dekat orang. [Ketawa]
Duduk, duduk. Duduklah Yang Berhormat.
[Ketawa] Malu dekat orang, orang tua umur 90-an....Allah kasihannya. [Ketawa]
Yang Berhormat Pokok Sena duduklah Yang Berhormat.
Duduklah. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak ucapkan tahniah kepada Perwakilan PAS kerana mereka pandai memilih mana wakil rakyat yang betul-betul hebat. Mana wakil rakyat yang tidak ada peraturan, tidak reti bahasa ini semua kalah. Yang Berhormat Pokok Sena tidak ikut peraturan. Yang Berhormat Shah Alam tidak ikut peraturan, kalah. Yang Berhormat Sepang tidak ikut peraturan, kalah. Tengok macam Yang Berhormat Temerloh, tengok dia wasatiyyah, sederhana. Panglima, Yang Berhormat Bukit Gantang tahniahlah menang Naib Presiden. Dia tengok cara dia berucap, ada dia sopan, ikut peraturan. Jangan ingat kalau lantang di Parlimen rakyat suka. Tidak tentu, ahli pun tolak. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, yang akhir saya hendak sebut. Saya tidak mahu sebut politik tetapi Yang Berhormat jolok, sorrylah. Saya cakap benda yang betul.
Saya jolok, saya hendak suruh Yang Berhormat bagi semangat sedikit dekat Yang Berhormat Pekan. Bagi Yang Berhormat Pekan ini bersemangat. Mari balik darah hulubalang dia.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Sudahlah. Duduklah.
Ini darah hulubalang dia sudah tersentuh masuk dalam.
Sudahlah. Sudah dua kali kalah hendak tumbang kali ketiga? Tak payahlah, kalau saya sudah kalah dua kali berhentilah. Hendak bercakap lebih ahli pun tolak Yang Berhormat. Sudahlah kalah sudah bagi Ketua Penerangan lagi tidak kenang jasa.
Kalah tidak apa, saya bukan turun jawatan dari Menteri turun jadi Ahli Parlimen sahaja. [Ketawa] Itu lagi teruk.
Habiskan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena peraturan.
Eh tidak apa. Itu kuasa Perdana Menteri yang penting rakyat pilih kita, ahli pilih kita. Saya Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor bukannya macam Yang Berhormat sudah lantik jadi Ketua Penerangan tidak tahu berterima kasih kepada Presiden itu yang kalah itu. Okey saya hendak akhirkan, akhir...
Okey, habiskan Yang Berhormat.
Akhir saya hendak ambil kesempatan saya hendak ucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara kerana telah membatalkan dialog Nothing to Hide pada 5 Jun.
[Dewan riuh]
Saya hendak bagi tahu kerana bagi saya bukannya soal keselamatan, lebih daripada itu. Ini soal maruah pemimpin. Seorang Perdana Menteri, seorang bekas Perdana Menteri, seorang negarawan. Saya sudah nampak, saya sudah bayangkan kalau benda itu terus berlaku, apa yang akan berlaku? Akan berlaku boo mengeboo, provokasi, ejek-mengejek, kata-kata kesat akan berlaku. Ini dua orang ini tokoh negara Perdana Menteri dan juga bekas Perdana Menteri. Jadi ini maruah kita walau apa, saya percaya apa juga kritikan daripada Perdana Menteri ataupun daripada bekas Perdana Menteri penyokong-penyokong tidak akan dengar. Dia orang ada emosi masing-masing. Bak kata orang Melayu kita kena ingat dan insaflah. Kita kena insaf, orang kata jangan menang sorak kampung tergadai. Jangan jadi Pak Kadok. Jangan kita maksudnya, “kalau menang jadi arang, kalah jadi abu”. Ini yang pembangkang hendak. Nasib baik pemimpin kita matang, Tuan Yang di-Pertua. Kalau pemimpin kita tidak matang macam pemimpin pembangkang, macam pemimpin DAP dok bantai Presiden PAS. Presiden PAS pula bantai lagi dia sama-sama tidak matang, kasihan.
Akhirnya mana Ahli-ahli Parlimen PAS yang pro DAP habis kalah. Jadi kita pun tidak tahu sekarang ini orang Pakatan Rakyat ini. Ini sudahlah pakatan haram tidak tahu wujud atau tidak wujud lagi. PAS kata hendak pecat gabungan dengan DAP, DAP kata tak nak kerjasama dengan Presiden PAS. Macam mana kedudukan sekarang ini.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Ya masa sudah habis Yang Berhormat.
Sedikit sahaja.
Tidak mengapa, Yang Berhormat Pandan bangun saya kena bagi sebab dia orang Selangor.
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang terima kasih. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang, adakah Yang Berhormat Tanjong Karang bersetuju tindakan Yang Amat Berhormat Pekan mengelak dan takut daripada berhadapan dengan mantan Perdana Menteri itu adalah satu tindakan yang matang sedangkan dia kata dia tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan. Matang kah tidak itu?
Oleh sebab itu saya kata kita kena faham, pro emosi, keadaan ketika itu. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang sekalipun bagi penerangan, jawab dalam dialog dia orang tidak akan dengar. Ia akan berlaku boo mengboo. Jadi cara yang paling baik Yang Berhormat Pandan, ini dua- dua tokoh negara. Kita kena cari jalan supaya mereka bertemu empat mata, bincang dari hati ke hati apa masalahnya. Bukan hendak jadi wayang tontonan kepada penyokong pembangkang dan rakyat. Ini yang pihak pembangkang hendak. Kalau berlaku hari itu, pembangkang lagi seronoklah tengok pemimpin negara tidak dihormati, lebih-lebih lagi pemimpin UMNO. Jadi tahniah, kita tidak terperangkap dengan kehendak yang diharapkan oleh pembangkang.
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena, masa sudah habis pun.
Boleh? Saya boleh bagi lagi.
Sudah habis masa Yang Berhormat.
Ya sebab kasihan dia kalah, kita bagi peluang.
Dia sudah bangun.
Tidak, pasal Yang Berhormat kata takut kena boo. Takkan hulubalang dengan boo pun takut? Apa ini? Hulubalang apa? Boo, boo bukan ada apa. Hulubalang ini mesti waris darah perjuangan. Kena boo takut. Bukan ada keris apa pun.
Okey, ini yang saya kata pembangkang ini dia tidak faham apa maksud saya. Ia akan jadi macam Dewanlah. Apa saya cakap, dia takkan dengar, takkan faham. Dia fikir hendak bantai Perdana Menteri sahaja, itu sahaja. Bukan, ini masalah maruah. Bukan sahaja maruah Perdana Menteri, maruah seorang negarawan. Takkan hendak dijadikan bahan tontonan seperti itu? Kalau perkara ini berlaku, maka siapa yang saya kata jangan kita, “menang sorak kampung tergadai”. Tidak ada maknanya. Ini yang dikehendaki oleh pembangkang. Terima kasih dan tahniah kerana kita tidak terperangkap dengan kehendak-kehendak pembangkang. Saya menyokong.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang.
Kawan itu pondan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang untuk saya berbahas dalam RMKe-11 ini. Saya rasa kalau tadi Yang Berhormat Tanjong Karang kata kenapakah pembangkang berulang-ulang menyatakan tentang 1MDB, tentang GST, tentang rasuah dan sebagainya kerana rasuah ini telah berulang-ulang semenjak BN memerintah ini tidak pernah berhenti. Jadi selagi mana BN perintah, selagi itulah ada rasuah. Bagi saya, BN dengan rasuah ini ibarat kembar siam, tidak boleh hendak dipisahkan. Kata orang, kalau pepatah Melayu kata, “di mana ada semut, di situ ada gula”, begitulah Barisan Nasional di mana ada Barisan Nasional, di situlah ada rasuah. Oleh sebab itulah Barisan Nasional jangan hendak haraplah kami akan berhenti bercakap tentang rasuah ini. Selagi kamu memerintah, selagi itulah kita akan terus bercakap tentang rasuah ini. Oleh sebab itu jugalah kerana rasuah yang berleluasa, kerana salah urus tadbir 1MDB ini bukan kita yang serang tetapi yang serang ialah orang UMNO sendiri. Oleh sebab itulah kita merasa hairan hebat-hebat Yang Berhormat Pekan pun takut hendak berdebat dengan orang tua. Selepas itu ambil polis pula, malulah. Saya ini memang tidak setuju, memang banyak dahulu saya tidak setuju dengan Tun Dr. Mahathir ini tetapi paling kurang kita mesti respek dia sebagai negarawan. Janganlah kita panggil polis stop dia, memalukan. Takkanlah orang–orang UMNO secara tiba-tiba serang TV3, hari-hari serang Dr. Mahathir, katanya akan bagi, bila hendak bongkar segala-galanya. Kenapa semasa perintah dahulu, masa Dr. Mahathir banyak buat polisi-polisi yang menggali duit rakyat, yang mungkin kehilangan banyak wang rakyat, kenapa tidak ada pernah dengar seorang pun tegur Perdana Menteri mereka? Tidak ada langsung dalam Perhimpunan Agung UMNO, tidak pernah dengar Yang Berhormat Tanjong Karang kata serang Tun Dr. Mahathir tetapi sekarang dia tidak ada kuasa, baru semua berani serang. Ini jantan apa tidak tahulah. [Tepuk] Jadi Yang Berhormat Tanjong Karang, saya rasa...
Tidak mengapalah, kalau sudah kalah itu kalahlah. Sebab itu kalah.
Eh tidak ada masalahlah kalau kalah. Kita ini...
Kalau sudah kalah tidak payah cakap banyaklah. Sudahlah. Kalah, kasihan kalah.
Okey, okey. Saya tidak ada sedikit habuk pun rasa apa kalah. Akan tetapi saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Tanjong Karang, walaupun Yang Berhormat Tanjong Karang ini menang dalam pertandingan pilihan raya tetapi tidak ada seorang pun Ahli Parlimen UMNO dilantik menjadi Menteri. Ini apa punya negeri ini? Perintah kononnya megah, menang dekat Tanjong Karang tetapi duduk dekat belakang. Apa punya? Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor tidak jadi Menteri. Apa punya standard? Sampai Perdana Menteri cukuplah puji- puji Yang Berhormat Pekan itu. Jangan harap Yang Berhormat Pekan hendak bagi ruang, sorrylah. Tidak apalah. Saya rasa kalau layan Yang Berhormat Tanjong Karang ini buang masa sahaja. Jadi kita pergi kepada apa yang saya hendak bahaskan pada pagi ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya akan memfokuskan kepada isu MAS. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita menjanjikan dengan janji-janji manis, janji langit dan bumi untuk membantu rakyat dan sebagainya tetapi bagi saya apa yang berlaku sekarang ialah rakyat melihat bagaimana mereka tidak mendapat pembelaan yang sebenarnya dalam keadaan polisi GST diperkenalkan yang kita tahu GST ini cukai yang membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana dan juga rakyat yang tidak ada pendapatan langsung. Tiba-tiba sekarang ini kita hendak berhentikan pula pekerja MAS. Saya bercakap ini kerana kebanyakan pekerja MAS ini mereka tinggal di Sepang. Sepang salah satu Parlimen yang ada dua buah lapangan terbang. Jadi saya merasa mereka berjumpa dengan saya minta supaya saya bercakap soal kesengsaraan mereka ini dan saya ingin tanya kepada kerajaan, kenapakah kerajaan harus memberhentikan 6,000 orang pekerja ini? Sedangkan katanya MAS akan perlukan 14,000 orang pekerja dan kata bekas Pengarah Urusan MAS iaitu Datuk Aziz yang menyatakan bahawa apabila mereka berjumpa Khazanah MAS mengatakan bahawa 14,000 orang itu kita bandingkan dengan Singapura Airlines. Sedangkan Datuk Aziz mengatakan Singapura Airlines yang 14,000 orang itu untuk kakitangan dalam bahagian penerbangan sahaja, tidak boleh pergi bahagian engineering, kargo dan sebagainya. Jumlah pekerja SIA, Singapura Airlines adalah 23,000 orang. Jadi bagaimana kah kita membandingkan MAS dengan syarikat airlines yang kita perlukan 14,000 orang pekerja sahaja. Sedangkan telah dibuktikan dia kata 6,000 orang ini terlebih. Oleh sebab itu kena buang. Restructuring. Kata bekas Pengarah Urusan MAS ini kalau lebih pun setakat 500 orang atau 600 orang sahaja sebab MAS ini memerlukan pekerja yang ramai dibandingkan dengan Singapura. Singapura telah menawarkan penerbangan yang lebih jarak jauh dan dia tidak memerlukan pekerja yang ramai. Sedangkan MAS menawarkan syarikat penerbangan dalam bentuk serantau domestik yang memerlukan take off yang banyak dan juga memerlukan pekerja yang ramai. Jadi kita tidak dapat sebarang justifikasi kenapakah mereka harus diberhentikan dan apabila diberhentikan pula saya hendak baca ini satu contoh surat yang dihantar kepada pekerja yang hendak diberhentikan. “Kami ingin menyampaikan setinggi penghargaan di atas perkhidmatan anda di Malaysia Airlines System. Anda telah menjadi sebahagian sejarah penting dalam sejarahnya yang panjang dan berwarna-warni. Apabila persaingan bertambah sengit sejak beberapa tahun yang lalu, operasi syarikat tidak dapat beriringan dengan perubahan dalam pasaran. Akibatnya Malaysia Airlines System Berhad telah mengalami kerugian berterusan untuk beberapa tahun kerana ia tidak dapat diteruskan. Pelan pemulihan MAS yang menyeluruh telah diperkenalkan pada akhir Ogos menyenaraikan sebanyak 12 perkara penting”. Persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini dia kata bahawa tidak boleh bergerak seiring dengan perubahan dalam pasaran. Eh MAS ini sebuah syarikat gergasi dahulu. Zaman Datuk Aziz itu mengalami keuntungan, dihormati dan kalau kita pergi naik MAS, kita sering dihidangkan dengan pelbagai award yang MAS menang. Maknanya MAS ini satu syarikat penerbangan yang kukuh.
Akan tetapi sekarang ini apabila ada masalah, kenapakah pekerja yang jadi mangsa? Pekerja ini pekerja yang telah bertungkus-lumus. Ada seorang pekerja berjumpa dengan saya dia memberitahu dia tidak pernah mengambil cuti bekerja sampai overtime. Kalau dia ambil overtime bermakna pekerja kurang. Jadi bagaimanakah kita kata terlebih pekerja dan perlu buang 6,000 orang?
Jadi ini satu alasan yang tidak boleh diterima. Apatah lagi dalam proses restructuring itu banyak perkara yang dilihat diskriminasi berlaku. Pekerja-pekerja bawah ini menjadi mangsa, sedangkan orang-orang yang memegang pihak pengurusan yang tinggi- tingi ini mereka diberikan pelbagai elaun. Sepatutnya elaun-elaun ini dipotong dahulu dan apabila mereka ditawarkan balik bekerja, mereka kalau dahulu mereka seorang pegawai tinggi hendak diturunkan taraf, sedangkan mereka sudah bekerja lama. Jadi inikah cara restructure MAS ini? Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, saya minta supaya kerajaan memenuhi saranan daripada bekas Pengarah Urusan MAS itu minta satu suruhanjaya siasatan dibuat menyiasat kenapakah masugi dan mereka yang bertanggungjawab patut dibawa ke muka pengadilan. Itu baru cara kita lihat MAS telus dari segi menyelesaikan masalah. Ini tidak, buat tutup syarikat lama..
Yang Berhormat Kuala Langat bangun Yang Berhormat.
...Lantik pula seorang daripada luar negara, daripada Jerman untuk hendak kononnya, bukan hendak pulihkan. Patutnya kalau dia hebat, pulihkan MAS. Barulah orang nampak, orang yang kita panggil ini adalah orang yang berwibawa.
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat bangun Yang Berhormat.
Yes, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sepang, saya dimaklumkan sebelum ini Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa pembayaran kepada mereka yang terlibat ini akan mengikuti pampasan yang termaktub dalam Akta Kerja dan juga perjanjian bersama. Akan tetapi maklumat yang saya terima pada semalam ialah seorang pramugari sebagai contoh, bekerja 25 tahun hanya dibayar lapan bulan gaji dan dia suruh berhenti. Dalam masa yang sama, MAS telah menerima enam anugerah terbaik dalam penerbangan. Itu sejarahnya. Saya melihat bahawa Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang terbabit, sebenarnya tidak dimaklumkan atau cuba mengelirukan dalam proses untuk memberikan pampasan kepada pekerja. Apakah Yang Berhormat Sepang setuju dengan saya bahawa pampasan yang dibayar ini mengikut cita rasa mereka dan bercanggah dengan undang-undang yang dibiadabkan dalam Dewan ini kerana hak mereka tidak dikembalikan. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang? Terima kasih. [Tepuk]
Saya juga terdapat penduduk di Selayang yang telah menerima surat. Antara mereka yang telah bekerja 19 tahun dan pekerja yang baru tak sampai sembilan bulan dikekalkan dan juga suami isteri, kedua-dua yang bekerja juga telah dipecatkan.
Ya, sebab itu - terima kasih kepada sahabat saya daripada Kuala Langat dan juga Selayang. Saya amat bersetuju dan ini...
Ya tambahan, ya tambahan Yang Berhormat. Saya dimaklumkan yang pekerja baru diambil sebagai permanent staff, pekerja lama yang diambil dibagi kontrak setahun, setahun dan it’s not fair.
Saya minta ucapan Speaker masuk dalam ucapan saya. [Tepuk] Saya hendak bagi tahu juga, kebanyakan pekerja MAS terutamanya pekerja MAS daripada Sabah dan Sarawak, mereka memberitahu kepada pihak union bahawa mereka apabila berlakunya restructuring process ini, bahawa mereka sampai di lapangan untuk bekerja, mereka dihalau balik, disuruh balik tanpa dapat surat notis. Inikah cara kita memperlakukan pekerja-pekerja yang setia dan telah menaikkan nama MAS? Malulah! Sedangkan mereka telah bertungkus-lumus. Sekarang ini apabila
mereka diarahkan untuk berhenti, mereka terpaksa bayar hutang. Mereka terpaksa menanggung tanggungan. Selepas itu kita sekarang ini, macam mana keadaan mereka? Oleh sebab itu saya bersetuju dengan saranan daripada Norsham itu. Sepatutnya kita mempraktikkan. Pertamanya kita mesti jaga kepentingan pekerja ini. Kalau bekas Pengarah Urusan mengatakan bahawa sebenarnya MAS bukan kekurangan pekerja, tetapi apa yang berlaku ialah kita sebagai contoh vendor-vendor, mereka ini diberikan kontrak- kontrak dan mereka ini dapat mengambil pekerja-pekerja asing yang begitu ramai. Malahan pekerja-pekerja asing ini dibenarkan untuk berkhidmat dalam tempat-tempat yang dianggap sebagai tempat yang strategik dan juga tempat-tempat yang tidak sepatutnya dimasukkan oleh orang-orang asing ini, akan tetapi mereka diberikan kebebasan. Sebagai contoh, memandu sahaja sedangkan syarat hendak jadi pemandu ini mestilah mereka dapat lesen, mereka mestilah ada memiliki lesen di Malaysia ini tetapi mereka dengan mudah diberikan jawatan itu sehingga mengetepikan anak-anak tempatan. Jadi saya ingin tanya, bagaimanakah kerajaan mudah sangat buat satu akta untuk MAS buang pekerja selepas itu cuci tangan. Adakah ini cara kita menyelesaikan masalah? Ya, Yang Berhormat Pokok Sena hendak bangunkah?
Ya, terima kasih. Yang Berhormat bersetuju tak bahawa sebenarnya MAS ini sudah sampai ke penghujung dah, dia tak boleh hendak buat apa-apa. Jadi penyelesaiannya, itulah cara dia punya stail. Kalau tidak nanti, dia tak boleh hendak selesai masalah 1MDB. Sebab yang penting bagi dia ialah 1MDB. Kalau tidak, makna dia kena buang pekerja. Oleh sebab itu dia ambil pekerja baru dikekalkan, kerana dengan gaji yang lebih rendah. Buang pekerja lama sebab pekerja lama gaji tinggi. Kalau tidak, macam mana dia hendak selesaikan 1MDB? Inilah hulubalang baru. Zaman moden, hulubalang zaman moden ini dia membela orang itu maknanya cara ini.
Hulubalang ini hulubalang standard kepada Tanjong Karanglah. Maknanya memalukan. Sepatutnya hulubalang ini memang hulubalang sungguhlah. Akan tetapi tak apa..
Tuan Yang di-Pertua...
Saya hendak katakan bahawa inilah masalahnya...
Ya, Yang Berhormat Rompin bangun Yang Berhormat.
Rompin, bolehlah.
Setuju tak kalau saya katakan bahawa industri penerbangan dunia telah berubah. Masa Tan Sri Aziz menjadi Pengarah Urusan, ketika itu tiada pertandingan. Tidak ada internet, persaingan. Jadi boleh katakan Tan Sri Aziz ini mengeluarkan fakta seolah-olah industri penerbangan semasa dia menjadi Pengarah Urusan, sama sahaja, walhal industri penerbangan telah berubah hari ini dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Langkah kerajaan untuk mengambil langkah-langkah ini adalah sesuai dengan keadaan industri hari ini. Kerajaan tidak boleh membiarkan satu keadaan seperti dan bukan Malaysia Airlines sahaja, banyak lagi yang airlines lain-lain.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Yang Berhormat Sepang, sekali Yang Berhormat Sepang.
Okey.
Bersekali Yang Berhormat Sepang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini Yang Berhormat Rompin ini tak faham. Isunya ialah apabila MAS melanggar Akta Kerja, Akta Perusahaan, Akta Kesatuan dan menidakkan hak. Sebagai contoh, orang yang sedang sakit dalam hospital, belum balik lagi dipecat sedangkan dia bekerja lebih 20 tahun. Yang first come last go tidak diamalkan. Macam mana yang dikatakan bahawa senario penerbangan itu berbeza? Sama sahaja undang-undang itu, Yang Berhormat Sepang mesti bersetuju dengan saya.
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Rompin duduk, Yang Berhormat Rompin, duduk.
Yang Berhormat Sepang, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, saya cuma ingin mengingatkan masa perbahasan telah dihadkan 15 minit Yang Berhormat.
15 minit ya, tak apa, tak apa.
Jam 1 ini Yang Berhormat, akan habis 18 minit. Sudah sampai...
Takkan habis itulah, tak apa. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Rompin dan juga Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Rompin, saya akui memang dulu zaman mungkin sudah berubah tetapi saya rasa sebagai satu syarikat penerbangan MAS yang sudah ada dia punya kehebatan dia, telah diiktiraf sepatutnya tidak ada masalah. Persoalannya sekarang yang menjadi masalah ialah dulu Tajol Ramli pegang, apabila mengalami kerugian, beliau tidak disiasat. Malahan dibeli pula saham dia. Jadi dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran dan cara kita mengendalikan masalah itu menyebabkan orang tak yakin. Saya percaya, sebenarnya MAS ini bukan rugi ataupun bukan tidak membuat keuntungan kerana berlakunya competititon. Saya rasa kerana salah guna kuasa, salah pentadbiran, salah urus. Ini yang menyebabkan dan apatah lagi salah urus itu tidak diambil tindakan daripada awal oleh pihak kerajaan. Malahan menyelamatkan, salvage pula, bagi pula golden parachute kepada mereka yang buat salah ini dan mereka ini langsung tidak diambil tindakan pun tetapi pekerja...
Saya hendak tanya. Masa..
Saya tak benarkan, dah cukup, cukup, cukup.
Masa Tajuddin itu siapa perdana menteri dia itu?
UMNOlah juga.
Rompin ini kadang-kadang jugalah.
Dia baru.
Tak apalah, dia baru, kita maafkanlah ya. Sebab bagi saya, sepanjang Rompin, untuk makluman Yang Berhormat Rompin, kalau Yang Berhormat Rompin lupa sejarahlah, daripada mula merdeka sampai sekarang, yang memerintah Malaysia, UMNO, Barisan Nasional. Jadi segala urusan ini, UMNO tak payah lari. Segala masalah dia tak boleh lari. Jadi persoalan tadi, bukan persoalan competititon itu. Kita bila kita menggunakan surat ini, kita kata, oh, sebab apa ini, tak larat hendak bersaing ini. Bagi saya, ini memalukan MAS, memalukan Malaysia. Bagaimanakah sebuah syarikat yang sudah ada jenama, yang kata orang itu, menjadi pilihan pelanggan. Malah kalau kita naik dulu, semasa zaman itu, orang-orang luar negara kata kami lebih suka naik MAS. Mereka lebih percaya dan sebagainya. Tiba-tiba, kita jadikan ia satu, tiba-tiba dia habis begitu sahaja dan yang lebih memalukan, tidak ada siasatan. Oleh sebab itulah saya minta supaya, pertamanya, saya minta kerajaan, para pekerja bertanya kepada saya, bagaimanakah tentang pampasan itu sebab mereka masih lagi kabur. Dahulu kalau MAS bagi pampasan, MAS tentukan jumlahnya. Sekarang ini mereka tak pasti berapa jumlahnya sebab mereka yang minta dikira, minta mereka kira sendiri dan yang itu, sebab itu RM1.6 bilion yang telah dikeluarkan oleh Khazanah untuk menyelesaikan masalah ataupun dari segi VSS ini, bagaimanakah wang itu digunakan? Kita ingin bertanya. Seterusnya, saya ingin juga bertanya kepada pihak kerajaan, apakah polisi tentang vendor ini sebab ini yang mereka sekarang tak puas hati. Sebab apa, vendor ini kontrak- kontrak mereka tidak ditamatkan? Adakah ini menunjukkan bahawa ada orang di belakang ini yang mendapat orang yang membekalkan pekerja-pekerja asing ini termasuk ada yang melihat melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO ini...
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Adakah mereka ini diberikan ‘preference’ so sehinggakan rakyat menjadi mangsa? Sebelum saya tutup, saya ingin menyatakan juga supaya kerajaan juga khususnya ‘Kementerian Pengguna’, saya minta siasat satu keadaan di mana sewa di Sepang itu dipanggil Cowboy Town itu, mereka mengadu bagaimana kenaikan sewa yang walaupun mereka mengalami kerugian tetapi sewa dinaikkan berganda-ganda. Saya minta ‘Kementerian Pengguna’ supaya dapat selesaikan masalah mereka ini dan saya difahamkan syarikat yang dibenarkan penyewaan itu telah pun ditamatkan konsesi mereka untuk menyewa itu tetapi kenapakah mereka diberikan hak untuk terus memberikan sewa dan juga menaikkan sewaan tanpa sebarang - cara arbitrary.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Ya, saya rasa itulah. Terima kasih. Itu sahaja, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila siapa yang berhujah tadi? Belum dipanggil? Belum ya? Saya difahamkan masa telah dihadkan kepada 15 minit. Sila siapa? Sila Yang Berhormat Ketereh.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibuat baru-baru ini. Sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Marang yang telah terpilih sebagai Yang di-Pertua parti mereka dan juga kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang telah terpilih sebagai Ketua Pemuda PAS dalam muktamar mereka baru-baru ini. Saya mendoakan agar kepimpinan baru PAS akan dapat memainkan peranan yang lebih baik lagi di masa akan datang dalam proses kematangan politik negara kita. Bagi pihak Ketereh juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Gua Musang atas kembalinya ke rahmatullah isteri kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah. Bagi pihak Ketereh juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi di Sabah dan diharapkan segala masalah yang timbul akibat dan kesan daripada gempa bumi itu dapat diuruskan oleh kerajaan dengan sebaik yang boleh. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa dalam membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas ini sangat terbatas, maka saya tidak bercadang untuk menyentuh perkara-perkara nasional tetapi ingin menumpukan ucapan saya kepada perkara-perkara berkaitan khusus dengan Kelantan dan juga kawasan yang saya wakili iaitu Parlimen Ketereh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas yang merupakan fasa terakhir ke arah menuju tahun 2020. Seperti mana yang kita maklum Rancangan Malaysia Kesebelas atau
pun rancangan lima tahun ialah satu rancangan makro bagi membolehkan kerajaan menyusun perancangan negara bagi mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan ia dilaksanakan secara berterusan dan juga ia mempunyai fasa-fasa semakan atau pun kajian-kajian semula. Seperti mana yang kita tahu walaupun telah banyak rancangan yang telah dijalankan dalam rancangan Malaysia yang terdahulu, namun terdapat beberapa perkara asas dalam perancangan makro ini yang belum tercapai atau pun dicapai sepenuhnya oleh kerajaan. Antaranya ialah soal ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah ataupun kawasan dalam negara kita. Seperti mana yang kita tahu pembangunan di dalam negara kita asalnya berpaksikan kepada kaedah dan pendekatan yang dimulakan oleh penjajahan Inggeris yang mana pusat pentadbirannya adalah berasaskan kepada kemajuan dan pembangunan negeri-negeri di sebelah Pantai Barat dengan pusat-pusat pentadbiran di Singapura dan Pulau Pinang serta negeri-negeri di sebelah Pantai Barat. Ini telah menimbulkan satu disparity, ketidakseimbangan yang sangat ketara yang mempunyai kesan dan implikasi yang sangat luas serta berpanjangan. Beberapa rancangan Malaysia yang telah dibentangkan walaupun berjaya pada sudut-sudut yang tertentu, namun masalah ketidakseimbangan ini nampaknya masih lagi tidak dapat disempurnakan. Apabila saya perhatikan pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas walaupun pada umumnya mempunyai rancangan-rancangan yang kita harap akan membawa pembangunan yang seterusnya tetapi tanda-tanda menunjukkan penggubalan Rancangan Malaysia Kesebelas masih bersifat business as usual, menekankan kepada projek-projek sambungan, menekankan kepada projek-projek yang telah dikenal pasti dan telah pun mempunyai tanah lalu diberikan priority. Kurang sekali pengenalan projek-projek baru yang boleh membuat koreksi terhadap ketidakseimbangan ini. Justeru itu, pendekatan untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada negeri- negeri di Sabah dan Sarawak adalah sesuatu yang harus dilakukan dengan bersungguh- sungguh. Pada masa yang sama di Semenanjung, penekanan bagi memberikan pembangunan dan juga catalyst yang baru bagi negeri-negeri di sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan memerlukan pemerhatian secara khusus. Dalam hubungan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk melihat dalam perancangan dan pemilihan projek-projek yang terperinci nanti agar ada satu usaha yang khusus untuk melihat negeri Kelantan terutamanya diberikan perhatian agar dalam fasa terakhir Rancangan Malaysia yang kesebelas ini koreksi ini dapat dilakukan. Bagi memajukan sesebuah negeri tentulah perkara yang paling pokok adalah soal prasarana. Bagaimana mungkin Kelantan boleh membangun kalau kesemua prasarana asasnya seperti lapangan terbang, lebuh raya, pelabuhan, pengangkutan kereta api, semuanya boleh dikatakan berada dalam keadaan terkebelakang walaupun sebenarnya potensi yang ada untuk kemajuan negara itu begitu benar. Potensi pembangunan airport Kelantan adalah cukup besar, lebih besar daripada sesetengah lapangan terbang di tempat lain. Begitu juga keperluan pembangunan Lebuhraya Central Spine misalnya yang melalui beberapa ratus kilometer kawasan-kawasan yang mempunyai potensi pembangunan yang tinggi di Kelantan Selatan dan juga di tengah negeri Pahang tidak dapat berkembang kerana masalah prasarana yang tidak mencukupi. Kerajaan akan memberi alasan bahawasanya bajet tidak mencukupi, ianya memerlukan peruntukan yang lebih besar.
Akan tetapi pada masa yang sama saya perhatikan negeri-negeri di sebelah Pantai Barat yang telah sedia maju, yang telah sedia banyak airport, yang telah sedia banyak rangkaian lebuh raya terus menerus diberikan peruntukan yang begitu besar. Saya menyeru kepada kerajaan agar perkara ini mestilah dan perlulah diperbetulkan. Negara mesti menerima hakikat, kalau dahulu sewaktu pada zaman penjajah, hasil pendapatan negara banyak dizahirkan oleh sumber manusia dan sumber alam yang berada di Pantai Barat dan Pantai Barat wajarlah dimajukan. Pada masa ini, hakikatnya hendaklah kita terima sebahagian besar daripada hasil kekayaan negara datang daripada sebelah timur, terutama sekali pendapatan daripada sumber asli, gas, minyak dan sebagainya. Datang dari perairan Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Maka, negeri-negeri ini tidak harus lagi berada dalam keadaan di mana perancangan dan strateginya sama seperti mana dalam keadaan kita sewaktu kita baru merdeka. Political will diperlukan. Kalau tidak ada satu political will yang bersungguh- sungguh, Sabah dan Sarawak akan hanya menjadi salah satu dari negeri yang tahap
pembangunannya berdasarkan tahap pembangunan Borneo, yakni termasuk negeri-negeri di sebelah negara jiran kita. Akan tetapi kita mesti memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai cermin Malaysia, mempunyai wajah Malaysia, mempunyai tahap pembangunan Malaysia. Sabah dan Sarawak mempunyai potensi yang begitu besar untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara. Begitu juga lah Kelantan, bukan sebuah negeri yang kecil, sebuah negeri yang besar, sumbangan Kelantan dan negeri Pantai Timur dari segi sumber manusia, sumber alam adalah cukup besar. Maka, saya berharap akan ada satu political will di peringkat kerajaan mengetepikan sekejap sentimen soal pola kepartian negeri-negeri dalam negara kita. Akan tetapi melihat kepada matlamat yang lebih besar ke arah Wawasan 2020 supaya kemajuan dan pembangunan lebih merata dan lebih menyeluruh. Maka, pemilihan projek-projek terperinci dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dapat mengambil kira faktor ini. Tuan Yang di-Pertua, satu daripada perkara yang menjadi perbincangan di kalangan rakyat adalah tentang royalti, tentang perkongsian hasil daripada minyak dan gas negeri-negeri dalam negara kita. Kerajaan telah pun menubuhkan jawatankuasa yang diwakili oleh negeri-negeri berkenaan. Akan tetapi sehingga sekarang, kita tidak mendapat maklumat yang jelas, apakah strategi selanjutnya, apakah pendekatan selanjutnya. Saya pula berpendapat, perkongsian hasil daripada minyak baik antara Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan sebagainya haruslah disamaratakan, haruslah dibuat secara lebih menyeluruh tanpa mengambil kira pola kepartian negeri-negeri yang berkenaan. Sampailah masanya kerajaan kita harus demonstrate, harus pamerkan satu kebijaksanaan dalam pengurusan negara, terutamanya dalam hal-hal yang asas seperti perkongsian sumber dan sebagainya agar rakyat di semua negeri dapat diberikan dengan layanan yang lebih adil. Oleh itu, saya menggesa kerajaan agar isu royalti yang banyak diperbincangkan pada masa ini dapat diuruskan dengan cara yang lebih baik dengan tujuan negeri-negeri yang mempunyai hak untuk mendapat royalti yang berkenaan dapat diuruskan secara lebih saksama. Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili satu kawasan yakni Parlimen Ketereh...
Yang Berhormat, ada Yang Berhormat berdiri.
Boleh bertanya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Daripada ucapan Yang Berhormat Ketereh tadi, adakah Yang Berhormat Ketereh bermaksud bahawa sebelum ini negeri Kelantan dianaktirikan sehingga boleh dikatakan Kelantan ini negeri yang paling mundur dengan per kapita yang paling rendah sekali. Adakah itu maksud Yang Berhormat Ketereh? Kedua, tentang royalti ini, tuntutan royalti ini ditolak kerana minyak itu berada lebih daripada 3 nautical miles. Adakah Yang Berhormat Ketereh boleh menerima hujah itu bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti itu kerana telaga-telaga minyak itu berada jauh, lebih daripada 3 nautical miles dari pantai Kelantan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sebenarnya saya fikir tidak timbul soal anak tiri, sebab saya fikir Kelantan memilih sendiri untuk menjadi anak tiri, bukan pilihan sesiapa. Tidak timbul pula Kerajaan Pusat menganaktirikan kerana Kerajaan Pusat memberi peruntukan tiap-tiap tahun yang besar kepada Kelantan. Apa yang saya sebutkan di sini adalah untuk masa hadapan. Ini kerana soal pembahagian royalti sekarang terikat kepada undang- undang sedia ada. Akan tetapi kalau kita mempunyai suatu political will yang kuat, undang-undang itu boleh dilihat semula. Kalau dalam keadaan undang-undang sekarang, pentafsiran negeri itu berasaskan kepada beberapa undang-undang cabang yang lain. Undang-undang yang berkaitan dengan maritim, undang-undang yang berkaitan dengan National Land Code dan sebagainya. Terpaksa ditafsirkan bersama dengan Akta Petroleum, tidak boleh dibaca begitu sahaja. Dalam ruang lingkup undang-undang yang sedia ada, difahamkan Kelantan atau pun mana-mana negeri, tidak berhak menerima royalti. Itu dalam framework yang ada sekarang. Akan tetapi kalau kita mengambil jiwa yang besar, kita terima perkara asas, perkara pokok, memang minyak Kelantan tidak diketemui di Kelantan atau minyak
Terengganu pun tidak ditemui dalam bumi Terengganu atau pun 3 batu di luar sempadan Terengganu. Sarawak di bawah akta yang berlainan Yang Berhormat, itu sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia, itu sudah ada satu perjanjian yang berasingan. Ia tidak tertakluk di bawah akta yang sama seperti Yang Berhormat perlu tahu. Akan tetapi Kelantan dan Terengganu di bawah undang-undang yang sama. Apa yang saya maksudkan di sini ialah dalam perancangan makro kerajaan, kita mesti melihat dalam perspektif yang lebih besar yakni kalau ada perkara-perkara yang kita lihat dapat merubah keadaan dan rupa kemajuan pembangunan negara kita. Misalnya, saya bercakap tentang soal regional imbalance tadi, tentang keadaan negeri-negeri yang ketinggalan tadi. Kita tidak akan berbangga menjadi sebuah negara yang maju tetapi majunya dalam bentuk bertompok-tompok. Kita tidak akan bangga kalau negara kita menjadi maju tetapi majunya hanya bagi kaum-kaum yang tertentu sahaja atau wilayah yang tertentu sahaja. Dalam hendak membuat koreksi ini, rancangan jangka panjang kerajaan itu adalah yang paling instrumental yang perlu diperbetulkan. Kita inherit atau mewarisi kesan-kesan daripada apa sistem yang ditinggalkan oleh pentadbir yang terdahulu sebelum kemerdekaan. Oleh sebab itu, koreksi ini memerlukan satu jiwa yang besar, perlu ada satu political will yang lebih dan bukannya sekadar untuk memenuhi sentimen-sentimen yang tertentu. Oleh sebab itu saya harap soal kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan itu harus dilihat dari segi potensi bagi negara. Kelantan mempunyai potensi dari segi sumber manusianya, Kelantan mempunyai potensi daripada buminya, sumber alamnya. Apa lagi misalnya kalau kerajaan Thailand meneruskan rancangan untuk membina Terusan Segenting Kra, keseluruhan pola pembangunan akan berubah dengan banyaknya. Kalau dahulu kemajuan Singapura, kemajuan sebahagian negara kita adalah kerana majunya Selat Melaka yang menghubungkan perairan antara barat dengan timur. Akan tetapi dengan adanya terusan yang baru ini barangkali negeri-negeri di utara Malaysia harus dilihat apakah potensi dan peluangnya. Maka, perancangan jangka panjang kerajaan, termasuklah Rancangan Malaysia Kesebelas ini harus lebih mendepani terhadap masalah- masalah yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyebutkan tadi Parlimen Ketereh adalah sebuah kawasan yang sebenarnya agak ketinggalan. Saya sering apabila ada peluang untuk berbahas di sini, biasanya terikat dengan isu-isu nasional. Sedikit sekali masa yang dapat digunakan untuk menyebut tentang perkara-perkara spesifik dalam kawasan yang saya wakili dan saya rasa itu tidak adil kepada para pengundi yang memilih saya sebagai wakil rakyat. Maka, pada hari ini saya ingin menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk membangkitkan kepada beberapa kementerian tentang perkara-perkara yang saya harap dapat diperbaiki. Kawasan Parlimen Ketereh adalah satu daripada local authority yang berasingan di bawah Majlis Daerah Ketereh. Banding dengan Majlis Daerah Ketereh dengan majlis daerah yang lain, baik Pasir Puteh, baik Gua Musang, baik Tanah Merah, prasarana yang ada dalam Majlis Daerah Ketereh amat-amat sekali daifnya kerana diandaikan Majlis Daerah Ketereh bergantung dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu. Sedangkan dalam kawasan Parlimen Ketereh, pembangunan yang begitu pesat, pengundinya sahaja sudah hampir 70,000. Akan tetapi saya minta Kementerian Dalam Negeri cuba melihat apa bentuk keadaan Balai Polis Ketereh.
Kementerian Kesihatan tolong jenguk apa keadaan Klinik Kok Lanas. Tanah sudah dibeli bertahun-tahun, lepas itu ada bajet, kemudian dikatakan kerana tidak cukup RM5 juta, maka projek keseluruhannya ditangguhkan. Sedangkan Kok Lanas adalah pekan yang paling pesat membangun, jumlah penduduk yang paling ramai sekali tetapi klinik pun satu pun tidak ada bertangguh daripada satu Rancangan Malaysia ke satu Rancangan Malaysia yang lain. Saya sebagai Ahli Parlimen memang banyak perkara nasional yang harus saya bahaskan tetapi kita berada di sini kerana dipilih oleh rakyat. Kalau keperluan rakyat setempat tidak dapat dilayan, saya juga tidak dapat memainkan peranan untuk nasional ataupun parti peringkat negara. Saya mesti memastikan ianya berlaku tetapi saya merasakan banyak perkara dalam kawasan Parlimen Ketereh diabaikan begitu sahaja, tidak diberikan keutamaan.
Sekarang ini kerajaan sedang membina lebuh raya. Gembiralah kita pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Machang tetapi rakyat kawasan saya hanya dapat melihat lebuh raya di depan mata, persimpangan tidak ada, jalan tidak ada. Bila kita tanya pada JKR, JKR kata ini adalah designated highway untuk orang dari kawasan jauh hendak sampai ke Kota Bharu. Jadi bagaimana dengan rakyat setempat? Apa makna ada lebuh raya tetapi tidak memberi kesan apa-apa kerana tidak ada persimpangan hendak keluar masuk ke lebuh raya berkenaan. Zaman Tun Dr. Mahathir membuat Lebuhraya Utara Selatan, apabila lalu kawasan pilihan raya dia, ada kawasan yang bebas tol langsung dan ada jalan boleh keluar masuk. Diberikan keistimewaan hendak memastikan di kiri kanan lebuh raya itu ada kemajuan dan pembangunan. Saya ingin merayu kepada JKR untuk menyemak semula dasar ini agar di mana jalan lebuh raya ini bersimpangan dengan jalan R3, jalan JKR. Saya harap ada jalan keluar dan ada jalan masuk, barulah kesan pembangunan di kiri kanan lebuh raya yang menelan belanja RM400 juta yang melalui kawasan Parlimen tetapi lalu sahaja RM400 juta lalu hendak naik tidak boleh hendak turun tidak boleh. Apa maknanya bagi kawasan Parlimen Ketereh? Sebab itu saya minta supaya persimpangan ada di Jalan Selising bila pergi ke Pasir Puteh boleh pergi ke Kok Lanas, di Banggol Saman sempadan dengan kawasan Pasir Puteh dengan Kok Lanas, di Melor, di Peroi tiga empat persimpangan ini saya harap dapat dibina jalan keluar dan jalan masuk. Apa makna belanja RM400 juta sayang hendak tambah RM30 juta buat exit dan jalan masuk sedangkan kesannya tidak ada. Walaupun saya memahami dari segi traffic planningnya memang jalan itu untuk menyuraikan masalah jalan-jalan ataupun masalah kesesakan daripada Kuala Krai. Akan tetapi soal kesan dan impak daripada perbelanjaan besar hendaklah diambil kira oleh kerajaan. Saya juga berharap kawasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyebut tentang pembangunan Youth City. Saya telah mengemukakan kepada kerajaan agar Youth City ini dibina di dalam kawasan Parlimen Ketereh dalam satu kawasan yang mana oleh kerana kerajaan hendak tanah kerajaan sudah ada. Maka tanah di Gading Galoh dalam Machang bersempadan dengan Ketereh adalah tanah Kerajaan Pusat 186 ekar. Ditinggalkan begitu sahaja sebagai tapak semaian sahaja. Kenapa tidak Kerajaan Pusat membawa pembangunan Youth City ini untuk membawa mixed development pembangunan bercampur yang boleh membawa kesan pembangunan yang lebih besar pada kawasan Majlis Daerah Ketereh dan juga Machang dan juga Pasir Puteh. Kawasan ini ada potensinya dan saya telah membuat pengesyoran secara hitam putih dan bertemu empat mata dengan Perdana Menteri. Minta agar Youth City yang diumumkan dalam belanjawan yang lepas di negeri Perak kah manakah, dibawa ataupun dibangunkan di negeri Kelantan. Saya mencadangkan tanah Kerajaan Persekutuan di Gading Galoh itu dapat digunakan untuk membangunkan Youth City. Dalam komponen Youth City itu saya harap kerajaan dapat satu example membina perumahan bagi generasi-generasi muda. Membina peluang-peluang perniagaan bagi generasi-generasi muda, menyediakan kemudahan sukan dan riadah bagai generasi muda. Saya sudah berapa lama memohon agar sebuah stadium misalnya dibina di Kelantan. Apa lagi yang perlu Kelantan buktikan? Hendak juara sudah juara tiga piala. Hendak kata sukan maju, Stadium Bukit Jalil baru-baru ini 100,000 orang Kelantan boleh penuhi. Hendak kata apa lagi, hendak kata suruh buat dahulu, yang kita buat dahulu tidak bergantung dengan kerajaan. Kemajuan sukan itu ada tetapi stadium kita berumur 40 tahun, 50 tahun. Kerajaan negeri cuba hendak bina tetapi kita tahu mereka tidak mampu.
Saya beri seminit dua lagi Yang Berhormat.
Ya?
Saya beri seminit dua lagi untuk gulung.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya berharap perkara yang seperti ini pembangunan kemudahan sukan bagi generasi muda, perumahan bagi generasi muda, peluang pekerjaan bagi generasi muda terutama di Kelantan akan dapat diberikan perhatian dalam RMKe-11. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, di Kelantan juga masalah penanam-penanam padi dalam
kawasan saya terutamanya Pasir Puteh dan sebagainya, setiap tahun mengulangi masalah yang sama. Saya dalam Dewan ini juga sudah berkali-kali menyeru Kerajaan Pusat untuk membawa penyelesaian yang lebih bersifat jangka panjang. Kerajaan Pusat membazir dengan membina benteng-benteng pasir sementara, membina benteng-benteng low weir yang menelan belanja RM14 juta, RM15 juta hanya menyelesaikan satu dua pam. Sedangkan empat lima rumah pam di sepanjang tebing sungai Kelantan yang menentukan masa depan Kelantan sebagai pengeluar padi. Saya memohon kepada kerajaan agar membuat kajian terperinci membina empangan yang kekal bagi Kelantan yang dapat menyelesaikan masalah bekalan air untuk pertanian, bekalan air untuk minuman dan juga masalah mengawal banjir. Apa salahnya berbelanja satu jumlah yang lebih besar bagi menyelesaikan masalah yang banyak. Satu kali kita banjir kita terpaksa menghabiskan RM700 juta, RM800 juta. Kenapa kita takut hendak berbelanja RM1 bilion, RM2 bilion untuk membina satu empangan yang boleh buat jana kuasa, mengawal banjir, menguruskan bekalan air dan diuruskan semua itu dengan baik. Ini yang saya maksudkan dengan perancangan-perancangan strategik yang diperlukan bagi negeri seperti Kelantan bukannya piecemeal development yang tidak dapat mengubah ketertinggalan Kelantan dalam perancangan dan pembangunan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kepada kerajaan, kepada Kementerian Pendidikan. Saya sudah katakan tadi kawasan ini sedang membangun dengan pesat. Di kawasan bersempadan dengan Pasir Puteh di Banggol Saman 1,000 buah rumah dibina oleh SPNB. Naik Kolej Matrikulasi dengan 3,000 pelajar dan penduduk tetapi Sekolah Banggol Saman kapasitinya hanya 300 orang murid. Ke mana mereka ini hendak menghantar anak-anak mereka belajar? Sedangkan Sekolah Banggol Saman minta kementerian pergi tengok keadaannya daif, antara sekolah yang tidak mendapat sebarang bangunan baru apa lagi hendak diperbesarkan. Begitu juga Sekolah Kebangsaan Beta Hulu dan juga Sekolah Kebangsaan Kok Lanas. Saya minta Kementerian Pelajaran janganlah buat business as usual berdasarkan kepada tanah yang sudah ada, perancangan yang sudah ada. Tengok pada perkembangan-perkembangan terbaru agar sekolah-sekolah ini dapat diberikan perhatian yang segera oleh kerajaan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya juga berharap baru ini berlaku banjir dalam kawasan saya adalah kerana benteng-benteng dirobohkan. Benteng-benteng ini dibina oleh JBS tetapi kerana ada aktiviti menyeludup pasir benteng-benteng dirobohkan. Kawasan saya tidak sepatutnya banjir pun tetapi baru-baru ini berlaku banjir kerana benteng yang dirobohkan. Saya berharap kementerian dapat mengadakan penyelarasan agar benteng yang di roboh itu dibina semula. Kemudian menyeludup pasir itu hendaklah dikawal agar masalah banjir yang menimpa baru-baru ini tidak akan berulang bagi masa- masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Saya hendak komen sedikit tentang soal kehadiran Tun Dr. Mahathir saya rasa banyak yang terkeliru. Oleh kerana saya berada di situ saya hendak jelaskan adalah tidak benar kalau dikatakan Tun Dr. Mahathir dirampas dan dihalang untuk berucap. Saya hendak sebut ini kerana kepentingan ramai, saya berada di situ sehari sebelum majlis, kita ada perbincangan. Sebenarnya telah pun dipersetujui Tun Dr. Mahathir datang. Saya pun pergi tempat duduk telah disediakan. Perdana Menteri pun bersetuju walaupun Tun Dr. Mahathir hendak datang Perdana Menteri setuju Tun Dr. Mahathir datang. Penganjur juga telah bersetuju menyediakan holding room untuk kedua-dua Perdana Menteri dan Mantan Perdana Menteri. Semuanya telah dirancang dan tidak ada perkara-perkara yang aneh. Akan tetapi bila saya sampai pagi itu dewan yang seramai 1,200 telah pun penuh packed dan pintu-pintu terpaksa ditutup tetapi ribuan yang berada di luar yang tidak berkait. Saya nampak polis menghadapi masalah mengawal berlaku pergaduhan, berlaku bertumbuk dan sebagainya keadaan di luar dewan yang huru-hara. Keadaan dalam dewan sebenarnya tidak ada masalah. Akan tetapi yang saya hendak tegaskan di sini adalah atas budi bicara IGP membuat keputusan untuk menangguhkan ataupun membatalkan. Segala- galanya masih elok di peringkat pembatalan. Apa yang menjadi masalahnya setelah dibatalkan sepatutnya polis membantu penganjur menyuraikan kehadiran baik yang dalam dewan atau luar dewan.
Saya berada dalam dewan dari mula, dari 8.30 sampai habis. Akan tetapi oleh kerana perkara itu tidak dibuat, setelah diumumkan pembatalan, Tun Dr. Mahathir dengan beberapa orang menyerbu masuk ke dalam Dewan. Di saat menyerbu masuk itu dan naik ke pentas...
Ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 kah?
...dan berucap. Di situlah yang menimbulkan pelbagai pentafsiran. Saya fikir masalah ini tidak perlu dijadikan isu. Saya fikir majlis itu boleh diadakan di masa akan datang dengan keadaan yang lebih teratur dan tersusun. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, Rancangan Malaysia Ke-11. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan satu rancangan mendapat kejayaan, ternyata dan bukan hanya satu impian sahaja, kita perlu mengambil berat tentang semua kelebihan, kekurangan, kelemahan demi pelaksanaan rancangan-rancangan sebelum ini. Sudah lima dekad lalu sebuah Rancangan Malaysia dilaksanakan, adakah Kerajaan Barisan Nasional hanya bangga kepada beberapa bidang yang berjaya dan tidak pandang serius kepada kegagalan, kelemahan yang ketara sebab-sebab yang mengakibatkan negara kita tertinggal dalam banyak bidang jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sebelum ini jauh di belakang kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia kali ini, masih tidak nampak usaha kerajaan untuk membetulkan kelemahan-kelemahan yang berlaku dari rancangan yang sebelum ini. Seperti kebocoran money laundering, rasuah, pembaziran, projek Gajah Putih dan saya nampak BN tiada political will untuk memasukkan dalam rancangan ini untuk mencegah, mengelakkan perbuatan ini berulang. Juga tidak nampak kesediaan kerajaan terhadap kesan-kesan dan impak-impak dari luar dan dalam negara. Kepada saya, Rancangan Malaysia Ke-11 ini tidak practical dan tidak disokong dengan asas-asas yang tidak boleh kita elakkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara dan pandangan untuk perhatian dan tindakan kementerian-kementerian yang berkenaan. Yang pertama saya ingin menyokong penuh cadangan-cadangan untuk Parlimen reform oleh Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan. Satu usaha yang amat perlu disegerakan. Saya juga ingin membangkitkan satu pandangan untuk diambil perhatian oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga ahli-ahli jawatankuasa Dewan. Kita sedia maklum peraturan mesyuarat dan peruntukan hanya satu setengah jam untuk pihak kerajaan menjawab soalan pertanyaan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada biasanya tidak melebihi 10 soalan sempat dijawab. Sebagai seorang Ahli Parlimen, kita dibenarkan mengemukakan 10 soalan pertanyaan lisan setiap penggal persidangan. Dewan yang mulia ini menyusun berpuluh-puluh soalan pertanyaan setiap hari persidangan. Maka jawapan-jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan soalan lisan yang tidak sempat dijawab akan dihantar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari keesokan sebagai buku jawapan lisan. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan-soalan pertanyaan bukan hanya ingin mendapatkan maklumat sahaja, bahkan juga pendirian tindakan oleh kementerian berkenaan dan juga bertujuan untuk menyampaikan jawapan-jawapan dan maklumat-maklumat ini kepada orang awam melalui liputan-liputan media. Untuk menghargai pegawai-pegawai kementerian yang menyiapkan jawapan-jawapan masing-masing dan mengharapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya, saya mencadangkan bahawa Dewan yang mulia ini membekalkan buku jawapan lisan untuk soalan-soalan pertanyaan yang tidak sempat dijawab kepada semua media pada hari esok. Saya yakin ini akan menambah baik kandungan-kandungan laporan Parlimen di media massa.
Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan masih menjadi sektor-sektor yang penting bukan hanya dapat menambah pendapatan negara, bahkan ia juga dapat menarik penyertaan pelabur asing dan tempatan dan membawa nama negara kita lebih dikenali di dunia. Untuk menyokong usaha kementerian dalam projek MyFest, tahun ini Kerajaan Negeri Melaka telah menaik taraf Pesta Sungai Melaka kepada status antarabangsa. Ini memang perlu disokong oleh rakyat jelata. Akan tetapi satu kecacatan telah wujud dalam program ini. Saya sependapat dengan pandangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, kelewatan siap bina dalam projek pengindahan Sungai Melaka fasa 2, telah mengakibatkan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan dan bandar raya warisan telah terjejas. Tambah lagi projek monorel fasa 2 dan juga monorel sepanjang Sungai Melaka pun terbengkalai. Saya ingin tahu apakah kedudukan permohonan tambahan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Melaka dalam kedua-dua projek ini dan agak bilakah ia dapat dipulihkan atau siap dibina keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, dalam teras kedua kesejahteraan rakyat memang bukan hanya menumpu perhatian dalam pembangunan dan kemajuan infrastruktur sahaja. Ia mesti juga mewujudkan satu suasana kehidupan yang selamat,nyawa dan harta benda dapat dipertahankan. Dengan tambahan penduduk-penduduk termasuk pendatang asing yang begitu ramai, saya ingin tahu kekuatan anggota-anggota polis dan semua badan penguat kuasa dalam RMKe-11 ini, bolehkah ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat jelata terhadap mereka. Tuan Yang di-Pertua, kegiatan-kegiatan along, gores dan menang, perjudian, mesin kuda, ragut, rompak, pecah rumah, kes-kes jenayah yang lain ini semakin berselerak, nampaknya sudah tidak terkawal. Sering kali pihak polis memberikan alasan kekurangan anggota, undang-undang yang tidak berkesan, maklumat yang tidak cukup untuk tindakan, akta yang tidak jelas sampai tidak pasti pihak manakah yang sepatutnya mengambil tindakan. Ini telah membawa satu pandangan bahawa pihak polis kita tidak cukup efisien atau “ada udang di sebalik batu”. Tuan Yang di-Pertua, kegiatan perjudian mesin kuda di negeri Melaka semakin teruk. Mereka telah menukar tempat operasi mereka dari rumah kedai ke rumah kediaman, rumah pangsa, dan membawa banyak masalah dan ugutan kepada penduduk-penduduk tempatan. Laporan-laporan polis telah dibuat, akan tetapi tindakan oleh polis amat mengecewakan. Bolehkah pihak kementerian memberikan satu jaminan bahawa ia akan bertindak demi kepentingan rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, dari aspek pembangunan ekonomi wilayah, kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley yang terletak di bahagian barat Negeri Sembilan dan Port Dickson. Saya berasa kesal mengapakah negeri Melaka dikecualikan terutama kawasan Pantai Barat yang berhampiran dengan Port Dickson seperti Kuala Linggi dan Tangga Batu. Saya percaya ia juga boleh membawa pembangunan bersepadu baru dengan tujuan untuk melengkapi pembangunan luar bandar di negeri Melaka. Tuan Yang di-Pertua, untuk menambah baik hubung jalan di Semenanjung dan pembangunan wilayah Pantai Barat. Lebuhraya Pantai Barat yang dijangka siap pada tahun 2019 yang dikatakan akan menyediakan akses-akses yang lebih baik kepada penduduk Pantai Barat di Perak dan Selangor. Sekali lagi bagaimana dengan negeri Melaka? Bukankah Lebuhraya Pantai Barat pada mulanya juga bercadang akan melibatkan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor? Adakah cadangan itu telah diubah? Bolehkah berikan sebab-sebabnya? Tuan Yang di-Pertua, tentang pembinaan high speed rail kementerian perlu berikan saya satu jawapan yang jelas, di manakah terminal high speed rail ini telah dicadangkan di negeri Melaka sebab saya dapat beberapa berita yang berlainan. Harap dapatkan satu jawapan yang jelas dan bolehkah dengan detailnya mengenai projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, demi sasaran agenda pemilikan rumah rakyat untuk membina satu juta rumah mampu milik untuk rakyat. Saya ingin tahu bagaimanakah kedudukan negeri Melaka dalam usaha murni ini. Saya juga harap semasa kita membincangkan pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat, kita perlu juga mengambil kira semua aspek tentang kemudahan asas dan pengurusan kawasan awam
atau common area. Kebersihan dan keselamatan penghuni pengundi. Saya ingin tahu tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah timbul dari projek perumahan yang telah siap bina. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu contoh iaitu rumah pangsa Pantai Peringgit di Melaka. Terdapat 70 buah rumah pangsa. Jumlah unit lebih kurang 500 buah yang sebelum ini jadi kuarters pelajar UiTM. Kerajaan Negeri Melaka menjualkan unit-unit tersebut kepada rakyat yang berpendapatan sekeluarga di bawah RM2,000 dan juga kepada OKU melalui Lembaga Perumahan Negeri Melaka secara tunai dan ada secara jual beli. Baru-baru ini Lembaga Perumahan Negeri Melaka mengambil tindakan kepada unit-unit yang tunggakan bayaran maintenance fee ataupun penyelenggaraan bulanan dengan mengunci meter air unit berkenaan. Saya ingin tanya, adakah tindakan ini munasabah? Mereka tidak hutang bil air. Mereka tidak pernah hadir sebarang mesyuarat mengenai bayaran caj penyelenggaraan bulanan dan Lembaga Perumahan pun tidak membekalkan anggaran perbelanjaan common area seperti yang terkandung dalam surat perjanjian jual beli. Ingin saya tahu bagaimana kementerian dapat menyelesaikan masalah-masalah ini? Adakah kementerian bersetuju Lembaga Perumahan Negeri Melaka ini menggunakan taktik seperti along, kunci rumah seperti mana kunci meter air. Saya ingat ini memang tidak munasabah yang tidak boleh kita terima. Tuan Yang di-Pertua, di dalam menuju negara maju, kita memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran dan dengan peruntukan RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Kemahiran dalam RMKe-11. Saya ingin tanya tentang penglibatan sektor swasta dalam usaha dan kerugian kerajaan ini. Bagaimanakah dengan kedudukan program sistem latihan dual nasional yang telah dilaksanakan? Saya ingat tidak kurang dari tiga ke empat tahun. Saya setuju ini satu in-house training dan apprenticeship yang memang perlu disokong dan saya ingin tahu tentang status dan kedudukan pada sekarang. Berapa bilangan pihak swasta yang terlibat dan berapakah pelatih terlatih yang telah berjaya melalui program ini? Tuan Yang di-Pertua, untuk mengadakan dan membantu syarikat tempatan untuk bersaing dengan bidang masing-masing dengan negara-negara lain. Saya amat mengalu- alukan SME Corp. yang begitu berjaya melaksanakan projek pensijilan Malaysia Brand. Maklum balas positif dari penerima-penerima sijil Brand. Saya difahamkan ia bukan hanya dapat bantu syarikat tempatan ini dalam branding, jenama dan produk mereka. Ia juga dapat membantu dalam menaiktarafkan proses dan production untuk memberikan produk yang lebih berkualiti. Saya ingin hendak cadangkan pihak kementerian dan SME Corp. agar dapat melibatkan penerima-penerima Malaysia Brand ini dalam usaha kerajaan melahirkan lebih pekerja yang berkemahiran. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang ingin tanya kementerian tentang Biasiswa Skim Bantuan Pendidikan 1Malaysia yang seperti ini. Pelajar-pelajar– mungkin seluruh negara tetapi pelajar-pelajar di Melaka terima jemputan untuk temu duga oleh Nirwana Education Group yang menggunakan lambang 1Malaysia, USM, Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan dan lain-lain logo. Semua ada dalam jemputan ini. Ini memberikan satu gambaran bahawa biasiswa ini satu bantuan kewangan oleh pihak kerajaan. Saya berada di tempat yang mereka jalankan temu duga dan difahamkan ini hanya satu projek untuk recruitment untuk satu institusi pendidikan swasta. Saya tidak pasti adakah pihak kementerian sedar bahawa ini telah dijalankan dan kalau temu duga itu berjaya, mereka diminta bayar jumlahnya RM2,000 lebih dan katakan yang lain agar mohon dari PTPTN. Sebab itu saya tidak berapa yakin dan ibu bapa atau keluarga pelajar ini pun tidak yakin. Sebab itu saya nampak ada doubt atau keraguan di antara cara mereka membuat recruitment. Saya ingin pihak kementerian jika dapat menerangkan tentang isu ini dan jika ini bukan program untuk pihak kementerian, harap ini diumumkan secara detailnya supaya semua ibu bapa dan pelajar tidak terperangkap dalam keadaan begini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan
Yang di-Pertua, pada 21 Mei baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan satu pelan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan enam teras. Ia merupakan satu pelan rancangan yang memperkasakan pelan rancangan terdahulu iaitu RMKe-10 dan kita tahu walaupun RMKe-10 masih ada berbaki enam bulan lagi untuk tamat, matlamat RMKe-10, saya percaya secara realitinya telah berjaya dicapai walaupun dalam perancangannya negara dilanda krisis ekonomi dunia sehinggakan Malaysia menjadi negara yang ke-20 paling kompetitif di dunia masa kini. RMKe-10 melalui dasar transformasi negara dengan Model Baru Ekonomi, Program ETP dan GTP kita dapat lihat banyak kejayaan yang telah dicapai dan dinikmati oleh rakyat. Ini realitinya. Kita jangan lupa dan saya mohon ingatkan, modul baru ekonomi sebenarnya telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada 20 hari bulan 10 sebelum genap setahun Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri dengan tiga prinsip iaitu negara yang berpendapatan tinggi, yang mampan dan sustainable dan juga yang inclusive dengan pelbagai inti pati-inti pati bermula daripada private driven economy sehinggalah kepada GST yang telah disebutkan selama lima tahun terdahulu. Tuan Yang di-Pertua, melalui lima koridor ekonomi, kerajaan telah dapat pelaburan sebanyak RM175 bilion dengan mewujudkan RM427,100 pekerjaan baru. Ini tidak diambil kira penempatan kampung ataupun bandar-bandar yang di sekelilingnya yang menikmati pembangunan mendadak sama ada melalui prasarana dan infrastrukturnya serta penduduk-penduduk yang dapat berniaga dan bekerja tidak jauh dari penempatan mereka. Dalam tempoh RMKe-10, secara keseluruhan, 1 juta pekerjaan baru telah diwujudkan. Untuk pembinaan MRT sahaja, seramai 2,800 jurutera telah diberi peluang dan ruang untuk bekerja. Itu realitinya. Pelan Pembangunan yang melihat universiti dan sekolah mula memberikan kuasa autonomi membolehkan mereka bergerak dan mencorakkan hala tuju masing-masing juga dilihat dapat memberikan output yang lebih baik kepada pelajar-pelajar yang lebih berjaya dan untuk berdaya saing. Peningkatan sebanyak 64% kadar penumpang di KLIA menunjukkan rakyat asing percaya dan yakin dengan kemakmuran negara dan mahu melancong ke Malaysia. Malahan, sementara itu pelancongan-pelancongan dan juga pelancong-pelancong tempatan mula sudah berkemampuan untuk menaiki pesawat untuk melancong di dalam ataupun di luar negara. Itu adalah realitinya.
Tuan Yang di-Pertua, tahun hadapan tahun 2016 akan bermula RMKe-11 yang mana lebih komprehensif, teratur dan tentunya amat mencabar kepada kerajaan. Oleh kerana tempoh lima tahun inilah yang akan menentukan Wawasan 2020 tercapai ataupun tidak. Wawasan 2020 adalah benchmark untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Kerjasama dari semua, baik daripada pentadbiran, politik dan rakyat perlu digembleng. Insya-Allah kejayaan ini pasti tercapai. Ini realitinya. Cumanya, Malaysia negara maju yang bagaimana? Bangsa Malaysia yang maju yang bagaimana? Di manakah kita sekarang? Adakah kita ini separuh maju, tiga suku maju ataupun hampir-hampir maju? Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada sejarah pembangunan setiap negara ianya bermula dengan pembinaan tempat-tempat ibadah, masjid-masjid, gereja-gereja, kuil-kuil dan diikuti dengan pembinaan kediaman-kediaman pemimpin, Raja-raja dan juga kediaman-kediaman rakyat. Apabila terdapatnya interaksi di antara rakyat dengan adanya perdagangan, kedai-kedai, pejabat-pejabat dan juga sekolah- sekolah dibuka. Apabila ada mobiliti di kalangan masyarakat, terbitlah infrastruktur jalan- jalan pelabuhan, stesen-stesen pelabuhan-pelabuhan, airport-airport. Apabila Malaysia ataupun negara menjadi lebih maju, untuk kesejahteraan rakyat, maka diwujudkan hospital-hospital, klinik-klinik dan untuk elemen-elemen kemanusiaan, timbullah pula taman-taman dan juga zoo dan juga pusat-pusat hiburan. Apabila kita hampir maju ataupun mana-mana negara yang hampir maju bertambah maju, maka perkara- perkara seperti muzium, galeri dan juga seni budaya, penilaian kepada seni budaya dan warisan dan juga alam sekitar menjadi pelengkap kepada pembangunan sesebuah negara itu. Jadi, kita lihat evolusi pusingan ini lengkap dan seimbang dengan fizikal dan kemesraannya. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat negara-negara maju, lebih banyak muzium daripada hospital-hospital di kalangan negara-negara maju. Pencapaian sukan negara- negara maju pun memang telah hebat. Jadi, kita lihat kita hampir-hampir ke satu tahap
untuk melengkapkan kita sebagai menyediakan asas untuk menyampai kepada status negara maju. Baru-baru ini kita lihat bahawa British Museum sebagai contohnya, akan membelanjakan lebih daripada 130 juta pound untuk membeli dan memiliki warisan dunia. Itu adalah peranan ataupun apa yang telah dibuat oleh negara-negara maju. Jadi, saya mohon saranan kepada pihak kerajaan untuk membuat satu intervensi untuk mengadakan pengukuhan terhadap aspek kelengkapan yang terakhir ini supaya seni budaya warisan dapat dinilai dan juga alam sekitar dapat kita letakkan di hadapan supaya ini menjadi pull factor untuk melengkapkan kita ke arah negara maju. Beyond 2020, kita akan rasa terkejut bahawa dunia ini akan berpusing balik. Maknanya, binatang dan haiwan akan ke bandar. Setelah adanya perancangan di peringkat negara-negara maju, penternakan babi dan penternakan lembu dan kambing akan dibuat di dalam bandar. Diletakkan di dalam bangunan yang tinggi, di mana proses penternakan hinggalah proses kepada produk itu dibuat di dalam satu bangunan di dalam bandar. Tuan Yang di-Pertua, dalam teras RMKe-11 ini juga ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Bagi tumpuan inclusivity, kerajaan mahu melabur di bandar-bandar yang berdaya saing. Pastinya bandar-bandar ini akan membesar dan maju. Saya harapkan pekan-pekan kecil di sekelilingnya boleh dapat menikmati kesan sampingannya. Adalah baik sekiranya pekan-pekan kecil dijadikan hub-hub kecil untuk perumahan dan untuk mereka yang akan bekerja di dalam bandar-bandar besar ini. Contohnya, sekiranya Ipoh dijadikan bandar pelaburan, kita berharap Kuala Kangsar, Sungai Siput, Gopeng, Manjong, Batu Gajah, Chemor, Manjoi boleh didirikan rumah-rumah mampu milik dan boleh menggerakkan aktiviti-aktiviti sokongan untuk bandar- bandar besar ini. Dengan ini, nikmatnya akan dapat dikongsi bersama. Sistem pengangkutan yang dinaikkan taraf dan diperhebatkan adalah baik bukan sahaja untuk pertumbuhan ekonomi negara, malah untuk pembangunan insan dan kesejahteraan rakyat. Saya berharap pembinaan MRT bukan sahaja dilihat dari kaca mata kesesakan lalu lintas tetapi juga memberi keselesaan kepada rakyat. Stesen-stesen berdekatan dengan kawasan perumahan, bukan kawasan komersial semata-mata. Tempat letak kereta mestilah mencukupi, tambang berpatutan agar tidak membebankan rakyat. Maka, rakyat yang akan pergi bekerja akan lebih selesa dan tiada stress. Hasilnya, produktiviti di tempat kerja akan lebih baik dan produktiviti negara juga akan meningkat dan mengelak pembaziran tenaga dan masa. Kalau saya ambil satu contoh, unit satu juta pekerja membuang masa satu jam pergi kerja dan pulang membuang masa sejam, bermakna dua juta man-hour telah membazir pada satu hari. Kalau kita meletakkan nilai RM20 pada satu man-hour, maknanya kita membazir RM40 juta sehari. Kalikan dengan 20 hari untuk sebulan, kita membazir RM800 juta sebulan, menjadikannya is RM9.6 bilion setahun. Tuan Yang di-Pertua, ini baru satu juta unit. Kalau ada tiga, empat juta, maknanya puluhan bilion nilai pembaziran yang dilakukan oleh kita yang pergi bekerja setiap hari. Untuk perangkaan terkini, ada dalam 3.3 juta kenderaan di Klang Valley dan akan bertambah kepada tujuh juta pada tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat banyak warga emas yang masih boleh memberikan buah fikiran yang baik. Namun, mereka ini tidak mendapat peluang untuk melontarkan idea- idea bernas kerana tiada ruang untuk mereka. Saya berharap kerajaan dapat memikirkan satu mekanisme atau ruang bagi warganegara emas ini untuk memanfaatkan idea-idea melalui satu sistem saluran yang difikirkan sesuai untuk mereka ini. Saya pasti idea-idea baik warga emas ini tidak terbuang begitu sahaja selepas waktu-waktu maghrib di masjid atau pun di warung-warung kopi. Bagi meningkatkan pendapatan bulanan purata isi rumah daripada RM2,537 kepada RM5,270, kumpulan B40 ini saya sarankan kerajaan dapat beri penekanan kepada persatuan yang menaungi golongan B40 ini. Contohnya, persatuan-persatuan peladang, NAFAS, pekebun-pekebun kecil, koperasi-koperasi dan sebagainya. Persatuan-persatuan ini dapatlah memberikan tunjuk ajar dan hala tuju yang baik kepada golongan B40 dan sasaran B40 ini dapat ditingkatkan pendapatan bulanan purata isi rumah ini. Kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta juga perlu diperkemas lagi. Maka, satu revolusi pertanian dan perdagangan secara mampan dan bersepadu perlu
dibuat dengan kelengkapan-kelengkapan peralatan dan bengkel-bengkel baik pulih di semua kawasan pertanian dan perladangan. Cukup dengan inisiatifnya, insentifnya dan safety netnya. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan GST bagi menggantikan SST adalah satu langkah yang baik dan tepat bagi mendapatkan cukai yang lebih telus, adil dan tepat. Namun, penguatkuasaan mestilah menyeluruh dan tidak hanya sekadar bergantung kepada laporan-laporan dan juga aduan-aduan daripada orang ramai. Saya harapkan penggunaan mesin-mesin GST dapat diperluaskan supaya tidak ada kutipan daripada orang ramai dan tidak membayar GST itu kepada pihak kerajaan. Seperkara lagi saya ingin pohon pihak kerajaan dapat memberi maklum berapakah pendapatan net GST sehingga kini iaitu kutipan setelah ditolak tuntutan daripada pengusaha. Sila berikan contoh-contoh daripada pengusaha ataupun tuntutan semula oleh peniaga-peniaga. Adakah peniaga-peniaga ini menuntut berdasarkan kepada harga yang berpatutan? Zakat adalah satu sistem Islam bagi mengimbang yang susah dan yang senang. Namun, implementasi bagi pengimbangan ini nampak amat terbatas dan lemah. Kita tahu pusat-pusat zakat negeri mempunyai wang yang begitu banyak tetapi sistem pengagihan tidak menyeluruh. Kita sering kedengaran kempen-kempen pungutan zakat, penyataan jumlah dana zakat. Jarang sekali kita dengar kenyataan bagaimana jumlah itu dimanfaatkan. Malahan ada yang berbangga dengan jumlah simpanan yang begitu besar tetapi malangnya tidak digunakan sewajarnya. Saya ingin mengadakan pihak kerajaan untuk memberi tumpuan khusus dengan meletakkan pakar-pakar, pelatih-pelatih yang mempunyai expertise yang bekerjasama dan memastikan sistem zakat di peringkat negeri-negeri ini dapat dilaksanakan pengagihannya kepada yang lebih wajar untuk menerimanya dan pengagihan yang lebih sempurna. Maka, orang-orang Islam yang berhak mendapat zakat akan lebih terbela. Dengan ini tentunya akan membantu mempercepatkan transformasi negara maju, rakyat maju 2020.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pembangunan perindustrian khususnya selepas Dasar Pandang ke Timur, kita melihat kepada Japan dan Korea telah melonjak prestasi perdagangan dan pengeksportan negara serta membentuk iklim kehidupan yang agak membanggakan. Namun, jika diteliti secara mendalam, ia juga telah membawa beberapa unsur negatif kepada terbit daripada perkembangan kemajuan. Antaranya, berlaku penghijrahan anak-anak muda Melayu di luar bandar hanya sekadar mengisi keperluan tenaga buruh di kilang-kilang dengan imbuhan gaji yang tidak setara dengan saraan hidup di bandar. Maka timbullah istilah ‘mat spanar’ dan ‘minah karen’ dan mereka ini telah terdedah kepada cabaran-cabaran di bandar-bandar tanpa adanya safety net. Kepesatan pembangunan perindustrian ini yang dikuasai oleh satu-satu kaum sahaja manakala bumiputera hanya bersifat sebagai penonton sahaja. Mungkin segelintir sahaja yang berkesempatan terlibat dengan proses kemajuan ini sama ada dalam bentuk persendirian ataupun sebagai lambang perkongsian semata-mata yang mana lahirnya istilah momokan ‘Ali Baba’ dan sebagainya. Keadaan ini kian melebar jurang pengagihan ekonomi negara. Oleh itu, dicadangkan agar sistem perindustrian negara diperluaskan ke beberapa kawasan terpilih di luar bandar. Kalangan GLC dan lain-lain badan berkanun negara boleh mengambil peranan untuk mewujudkan industri pembuatan dan vendor serta industri halal syarak untuk mempergiatkan pertumbuhan PKS secara lebih berkesan di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan satu bentuk profesion kerjaya yang baru kerana kita lihat industri halal begitu besar dan terdapat dua pihak. Di pihak industri halal kerana syarikat-syarikat yang produknya yang bernilai berbilion-bilion ringgit, berpuluh bilion malahan dan satu pihak regulatory dan auditor iaitu di pihak JAKIM dan juga di pihak majlis agama. Jadi hubungan ini terputus. Oleh itu, satu kerjaya perlu diwujudkan. Saya ingin meletakkan supaya adanya halal officer ataupun halal superintenden. Satu profesion baru yang boleh diambil dari graduan-graduan diploma pendidikan Islam ataupun ijazah untuk menjadi penyelaras kepada isu ini. Menjadi penyelaras dan juga konsultan kepada industri halal di antara industry players dan juga di antara regulator dan juga auditor.
Contohnya, terdapat banyak syarikat dengan SSM, ROC, ROB dan ROS dan peranan ataupun kerjaya profesion ini diwujudkan adalah company secretary yang menghubungkan, yang menjadi penyelaras di antara industri atau syarikat-syarikat dengan SSM. Begitu juga dengan halal industri. Saya mencadangkan wujudnya satu profesion dan kerjaya baru untuk industri halal ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini di peringkat last mile untuk membuat satu lonjakan, maka pelaksanaan delivery system mestilah efisien dan efektif untuk mencapai hasil dalam jangka masa lima tahun ini. Seperti mana yang telah disebutkan, kita mesti memerlukan revolusi-revolusi kecil daripada inovasi, intervensi-intervensi dan juga game changers. Pendekatan-pendekatan yang konsep seperti New Blue Ocean Strategy (NBOS), satu pendekatan yang flexibility dan dinamik, pendekatan yang kreatif dan bijaksana, work smart, work hard, business unusual daripada business as usual mesti diaplikasikan oleh agen-agen pelaksana baik di peringkat pusat dari kementerian-kementerian, kerajaan negeri, PBT, agensi-agensi, GLC dan swasta dan sudah tentunya stakeholders yang responsif. Di peringkat kementerian Tuan Yang di-Pertua, sokongan dan pendekatan boleh diambil oleh pihak kerajaan ke atas agensi-agensi persekutuan termasuk badan-badan berkanun agar agensi-agensi tersebut boleh beroperasi secara self-financing. Dapat mengurangkan beban kerajaan di sudut kewangan dan perjawatan dan boleh mengembangkan aktiviti-aktiviti pengembangan seperti yang telah dibuat kepada MPOB, FELDA, KWSP, LHDN, KWAP dan lain-lainnya dan boleh dikembangkan kepada badan- badan lain seperti PERHILITAN, FAMA dan sebagainya. Difahamkan juga pihak JPA akan membekukan pengambilan jawatan tetap dan kontrak. Tidakkah pembekuan ini perlu dilaksanakan secara selektif? Ini adalah kerana ada agensi yang amat memerlukan pengambil bagi melancarkan pelaksanaan program- program kerajaan seperti NKEA dan sebagainya yang dapat membuka peluang kepada pekerjaan baru dan aktiviti-aktiviti perkembangan. Apabila kerajaan telah meluluskan sesuatu projek, peruntukan bagi sesuatu tempoh di antara satu hingga lima tahun akan turut diluluskan. Bagi menjamin komitmen agensi pelaksana tidak tergugat, amaun tersebut boleh diberi sekali gus bagi membolehkan agensi berkenaan membuat pelaburan-pelaburan terjamin di mana keuntungan daripada pelaburan digunakan sebagai perbelanjaan mengurus ataupun operation expenditure. Dalam hal ini, pendekatan ini boleh dilaksanakan secara selektif dan telus oleh agensi-agensi yang terpilih dan yang telah dikenal pasti. Kita juga perlu melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang ada seperti aset-aset lama yang telah disebutkan oleh sahabat saya daripada Gerik tadi. Contohnya seperti di MINDEF dan KDN dengan penggantian senjata-senjata dan kelengkapan-kelengkapan pasukan polis dan tentera seperti juga dengan kem-kem dan juga balai-balai yang lama. Kita juga turut melihat kepada kelemahan dari sudut imej kita di luar negara di kalangan SME daripada Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat dan melawat ke MATRADE ataupun pusat-pusat pameran di luar, kita lihat produk-produk yang dipamerkan itu telah puluhan tahun benda yang sama sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita lihat bahawa perkara ini perlu kita perbetulkan kerana ini memberi gambaran bahawa kita tidak ada mempunyai produk yang baru untuk dipamerkan. Jadi imej negatif ini perlulah kita lihat semula dan saya percaya banyak lagi kekurangan ataupun kelemahan-kelemahan oleh pihak kerajaan untuk dikaji semula dan membuat pembetulan. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat bawah, khususnya pihak berkuasa tempatan. Ia adalah merupakan barisan hadapan ataupun frontline ataupun agen pelaksana di kawasan- kawasan untuk RMKe-11 ini. Kita lihat projek-projek pembangunan di peringkat kelulusan, perancangan dan bangunan mengambil masa yang agak lama. Daripada enam bulan hinggalah kepada setahun. Uniform Building By-Laws (UBBL) tidak pernahnya uniform dan lain PBTnya, lain peraturannya. Mengikut budi bicara malahan one stop agency ataupun one stop approval yang sepatutnya mengambil masa tiga atau empat bulan sekarang ini sudah lebih daripada enam bulan. Ulasan teknikal yang sepatutnya diberikan dalam masa 30 hari responnya, banyak PBT tidak melakukan perkara ini dan perkara ini perlulah diatasi. Untuk dasar-dasar perancang bandar yang begitu rigid, boleh kita NBOSkan konsepnya seperti mana perancangan back lane rumah. Rumah teres. Apa perlunya lagi kita ada back lane kerana ini hanya mengundang kepada anasir-anasir pencerobohan
rumah. Maka saya cadangkan untuk dia menjadi lebih flexible. Tidak perlunya back lane dan tidak perlu kita membina jalan di antara teres yang menghadap belakang back to back dan cuma kita boleh pagar ataupun mengadakan parit dan ini sudah tentunya dapat menjimatkan kos dan juga menambah unit perancangan di sesuatu kawasan perumahan yang ada.
Saya beri dua minit lagi, Yang Berhormat.
Seminit lagi. Ini adalah contoh-contoh fleksibiliti – mengejar masa ini. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah contoh-contoh fleksibiliti pemikiran-pemikiran dan tindakan-tindakan kreatif yang boleh dilaksanakan untuk delivery system yang benar-benar berkesan kepada ekonomi dan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, adalah jelas kita memang hampir lengkap, memang hampir-hampir maju. Memang diambang negara maju di sudut fizikalnya, ekonominya dan kemajuannya.
Boleh minta laluan sikit tidak?
Last. Sudah hendak tutup.
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Sila, sila, sila.
Ini kerana Yang Berhormat sebut tentang perkara building by-law. Kebetulan saya pun perancang bandar. Saya sangat setuju dan saya hendak memberi penekanan sedikit. Masalah dalam negara kita ini, kita meniru standard yang dibuat oleh British. Bila kita pergi belajar town planning di universiti, kebanyakannya hafal. Kalau dia kata side back 20 kaki, kerajaan tempatan hendak juga 20 kaki. Tanah itu sedikit pun hendak juga 20 kaki. Yang Berhormat bangkitkan tadi tentang back lane. Biasanya kalau terrace house, wajib ada back lane. Fungsi apa pun tidak tahu.
Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus duduk semula dengan kerajaan–kerajaan tempatan dan juga perancang bandar untuk meniadakan ini semua sebab di England sendiri pun dah tak pakai dah apa yang kita pakai dekat Malaysia.
Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Ketereh selaku pakar dalam bidang perancangan dan memang Tan Sri, kita lihat memang tidak praktikalnya mengadakan back lane kerana ini kalau kita lihat dengan sampahnya. Tujuan utama dulu seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi, mengadakan back lane tujuan asalnya ialah untuk konon-kononnya untuk bomba masuk ke back lane sekiranya ada berlaku kebakaran di dapur atau di dapur rumah, itulah logiknya tetapi kita tahu bahawa dengan teknologi, dengan peralatan keselamatan dan juga peralatan bomba, perkara ini tidak diperlukan lagi cuma undang-undang itu perlu ada dan masih rigid dan masih diikuti dan perlu dilihat semula dan kita perlu mengkaji semula supaya perkara ini dapat kita lakukan. Begitu juga dengan ... ini dah bersambung panjang pula ini, saya nak tutup. Begitu juga dengan pembangunan di pesisiran air. Kalau mengikutkan undang- undang, kita tak boleh membina di pergigian air ataupun memerlukan reserve tetapi dengan pendekatan yang fleksibel dan bijaksana, kita boleh mentafsirkan semula perancangan ataupun konsep perancangan untuk pembinaan bangunan-bangunan di atas air. Seperti mana yang telah disebutkan tadi, beyond 2020 ini manusia akan tinggal di air ataupun stadium-stadium akan dibuat di dasar laut. Itu telah ada perancangannya, jadi perbezaan. Jadi kita mesti harus melengkapkan standard ataupun kemajuan kita kerana dunia akan menjadi lebih pantas lagi. Jadi dengan lonjakan akhir RMKe-11 ini Tan Sri, InsyaAllah
Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, bangsa Malaysia yang benar-benar maju. Jadi dengan ini saya menyokong penuh pembentangan RMKe-11 ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan yang telah menyediakan dokumen RMKe-11 ini. Kerja-kerja ini bukan sahaja disediakan oleh ahli-ahli politik tetapi juga ramai telah menyumbang dalam laporan ini dan saya juga ikut dengan perkembangan yang terkini yang dikatakan buku ini atau Rancangan Malaysia Kesebelas ini sepatutnya kalau ikut agenda pembangunan negara akan membawa Malaysia kepada Wawasan 2020 tetapi malangnya orang yang mengilhamkan Wawasan 2020 ini sekarang tidak lagi yakin bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini akan membawa kita ke arah itu. Apa yang kita sebenarnya perlu adalah satu perubahan bukan sahaja menyediakan satu rancangan yang baik tetapi satu perubahan mindset dengan izin yang cukup besar dan kita telah melihat negara kita sentiasa diuarkan-uarkan bahawa kita adalah negara yang bertuah, kita tidak ada krisis, negara kita tidak ditimpa oleh bencana yang besar. Kebelakangan ini terbuktinya ini semuanya tidak semestinya benar dan kita sentiasa harus bersedia menghadapi krisis dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan takziah kepada termasuk Tuan Yang di-Pertua kepada rakyat negeri Sabah terhadap bencana yang telah dihadapi oleh Sabah dan kita harap rakyat Sabah akan tetap kuat dan yakin untuk mengatasi segala musibah ini dan inilah point saya. Kita tidak boleh sentiasa menganggap kita selesa dengan keadaan dan persediaan untuk menghadapi krisis ini harus sentiasa kita ingati. Saya juga ambil kesempatan ini untuk melanjutkan lagi seruan saya iaitu JPAM ini, peranan ini harus diperbesarkan kerana dalam Perlembagaan, inilah unit yang sepatutnya melatih dan menyediakan rakyat supaya kita menghadapi pelbagai cabaran yang kita hadapi. Malaysia yang terletak di dalam keadaan, dalam kedudukan geopolitik hari ini memang penuh dengan pelbagai peluang dan risiko. Sungguhpun dengan pembangunan yang berjaya, kita menjadi kaya, ia juga akan menarik risiko yang kita lihat sekarang. Negara kita bukan terpisah jauh dari negara-negara jiran. Negara jiran kita yang menghadapi masalah pun akan ada pengaruh, ada impak kepada negara kita. Yang kita menyaksikan krisis pelarian Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh ini telah membuktikan bahawa kita tidak boleh menyangka kita hidup bersendirian dan saya memuji langkah yang pertama yang kita ambil iaitu mengisytiharkan ASEAN ini sebagai ASEAN Community. ASEAN Community ini harus juga mempraktikkan, merealisasikan visinya bukan sahaja atas kertas, bukan sahaja dalam perhimpunan yang kita lakukan setiap tahun tetapi juga secara berkesan untuk mengatasi masalah. Cabaran pertama yang kita hadapi ialah pelarian dari Myanmar dan saya sekali lagi tegaskan bahawa kita harus mengambil persediaan untuk menyediakan tempat-tempat, menyediakan bantuan humanitarian untuk menyelesaikan masalah ini. Pada masa yang sama, kita tidak boleh selesaikan dengan sendiri. Kita perlukan bantuan daripada masyarakat antarabangsa. Dengan ini saya mengesyorkan kerajaan supaya kita cepat untuk menandatangani UN Refugee Convention supaya kita boleh mempertingkatkan kerjasama kita dengan negara-negara yang lain. Pada masa yang sama, kita tidak boleh tertinggal sahaja dalam isu humanitarian ini seolah-olah seumpamanya hanya bandage dan kita harus mengambil penegasan dalam penyelesaian diplomatik dan definisi non- interference, tidak campur tangan ini harus kita tafsirkan semula. Kita setuju campur tangan politik itu tidak diterima oleh mana-mana negara tetapi bila sesuatu negara tidak mengikut ramalan yang dianggap sebagai international standard, menghormati kebebasan bersuara, menghormati had politik dan juga agama, diskriminasi terhadap minoriti. Itu tidak boleh diterima dan ASEAN harus dengan tegas memberitahu kepada Myanmar, kalau tidak mengikuti dasar yang telah ditetapkan oleh pengasas Asian ini, mereka tidak patut berada di dalam kumpulan atau pertubuhan ASEAN ini. Begitu juga dengan pelarian Rohingya ini mengingatkan kita bahawa kerajaan ada tanggungjawab terhadap sesiapa rakyat yang menghadapi masalah. Kita dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan bahawa ada rakyat Malaysia yang masih terperangkap di Yaman oleh kerana
peperangan yang berlaku di Yaman, kita terpaksa hantar air force kita untuk menyertai operasi penyelamatan. Saya ingin tahu sama ada sungguhpun kita dapat jaminan bahawa kita tidak menyertai perang memihak kepada Kerajaan Saudi, saya ingin tahu berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang masih terperangkap di Yaman. Saya anggap kita sudah berada di bumi Saudi sekian lama dan kita tidak mahu media Saudi tetap menggunakan propaganda bahawa kita menyertai pergabungan dengan Negara Saudi untuk melakukan tindakan- tindakan yang dianggap sebagai agresif terhadap rakyat yang tidak berdosa di Yaman ini dan kita ingin tahu berapa lama lagi askar kita akan berada di sana.
Adakah kita boleh evacuate secepat mungkin supaya kita tidak dianggap sebagai menyertai memihak kepada tindakan Saudi yang ganas terhadap rakyat biasa. Berbalik kepada isu domestik saya ingin tegaskan lagi bahawa pembangunan ini tidak bermakna, tidak ada maknanya kalau ia tidak diterjemahkan kepada kebajikan rakyat biasa. Kita telah lihat semasa untuk mencapai pembangunan, rakyat diajak untuk berkorban untuk menyumbang supaya untuk membangunkan ekonomi. Bila kita lihat sesuatu ekonomi kita sudah maju tetapi disalah guna, abuse oleh golongan elit. Ambil contoh dengan MAS. Kita lihat kita boleh ucapkan tahniah kepada kakitangan MAS kita yang membanggakan, mendapat banyak award, banyak anugerah daripada pelbagai yang dianggap sebagai pengiktirafan daripada agensi ataupun pertubuhan antarabangsa tetapi kita lihat pengurusan yang telah boros dan telah melakukan kesilapan termasuk bekas CEO, Datuk Ahmad Jauhari yang di tangannya telah merugikan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion. Akan tetapi akhirnya yang menghadapi masalah pembuangan kerja ialah 6,000 pekerja-pekerja MAS ada kemungkinan yang hilang pekerjaan dan hilang kebajikan mereka.
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sungai Petani.
Ya.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu, ini bukanlah kali pertama MAS menghadapi masalah malah sebelum ini pun MAS mempunyai masalah apabila MAS diserahkan kepada Tajuddin Ramli dan dilihat bahawa masalah-masalah ini bukanlah masalah-masalah yang dibuat oleh pengurusan tetapi ada political interference terhadap keputusan-keputusan. Apakah Yang Berhormat Batu bersetuju supaya harus dilihat malah MACC harus melihat dan masuk supaya mengetahui apakah keadaan sebenarnya berlaku dalam MAS. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sepatutnya rakyat Malaysia berhak untuk tahu apa terjadi dengan satu lambang kebanggaan negara kita MAS ini dan bukan sahaja pengurusan juga ahli-ahli politik harus bertanggungjawab terhadap negara kita dan MAS ini bukan sahaja isu berkaitan dengan 6,000 pekerja tetapi seluruh rakyat Malaysia harus prihatin. Saya lihat, saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani seolah-olahnya ada satu dalam dengan izin, recurring pattern setiap kali sebuah syarikat yang kita telah bangunkan akhirnya oleh kerana salah guna kuasa dengan rasuah dan pelbagainya dan yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa. Baru-baru sahaja saya melihat CIMB juga mula dengan menawarkan VSS kepada kakitangannya. CIMB sebagai satu bank yang telah membekalkan banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak kita sekarang juga menghadapi. Saya ingin tahu berapa lagi kalau mungkin diikuti oleh Maybank dan banyak lagi institusi-institusi atau perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan. Mereka ini ada tanggungjawab untuk bukan sahaja mendapatkan keuntungan yang tinggi tetapi juga bertanggungjawab kepada social responsibilitynya, kepada pekerjanya, kepada rakyat biasa. Proton juga menghadapi satu masalah, salesnya saya dengar dua bulan kebelakangan ini, saya ingin mendapat pengesahan daripada Menteri,
drop sehingga kurang daripada 2000 kereta sebulan dan adakah Proton juga mungkin menawarkan VSS dan mengurangkan tenaga kerja? Dan ini semua akan menjadikan satu dampak yang besar dan kita perlu sebenarnya apa yang kita perlu adalah jawapan yang jujur daripada kerajaan apakah tahap ekonomi kita. Kita tidak boleh selalu dibagi gambaran yang positif yang sentiasa memberi satu imej seolah-olah tiada masalah. Itulah sebab isu ketelusan ini, transparency ini bukan isu yang boleh dipandang ringan dan kita merasa kesal, Perdana Menteri berkali-kali sama ada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen tidak berani untuk menjawab. Saya juga ingin tahu adakah kerana Ketua Polis Negara kita sudah menjadi terlalu berkuasa sehingga Ahli Parlimen boleh ditangkap, boleh menghalang satu dialog yang dianjurkan untuk memperdengarkan Perdana Menteri dan dihadiri oleh bekas Perdana Menteri. Adakah Ketua Polis Negara yang kini batas kuasanya telah melampaui institusi perundangan yang telah dipilih oleh rakyat. Juga sama dalam kebelakangan ini Menteri Dalam Negeri sendiri tidak tahu dua orang aktivis Hong Kong, Joshua Wong yang merupakan anak muda 18 tahun telah dihantar balik. Kemudian seorang ahli perundangan Majlis Perundangan di Hong Kong, Liow Kong Hong juga dihantar pulang. Saya ingin tahu adakah ini memberi imej yang positif apakah alasan pihak polis untuk bertindak sebegitu. Malaysia telah beri satu imej yang cukup mysterious kepada dunia. Kita ada banyak soalan yang tidak terjawab. Bukan sahaja kepada rakyat Malaysia dan juga kepada dunia sehingga sekarang hari ini benda-benda yang tidak terjawab yang ada concern antarabangsa termasuk MH17. Kita masih menunggu Kerajaan Malaysia belum ada pendirian siapa yang telah menembak jatuh MH17 ini. Adakah pihak Rusia, adakah pihak Amerika atau siapa atau kerajaan Ukraine? Kita tidak ada pendirian. Kita sehingga hari ini kita tidak tahu apakah sebenarnya berlaku kepada pembunuhan Altantuya? Apakah yang terjadi dengan Sirul yang telah melarikan diri ke Australia dan apakah tindakan kerajaan untuk membetulkan imej negara ini. Di antara semua misteri, misteri yang paling besar sudah hangat dibahaskan adalah 1MDB. Kita sehingga sekarang kita tidak ada jawapan dalam Dewan ini, baik pun PAC pun tidak ada jawapan dan dipanggil untuk datang pengurusannya untuk menjawab pun tidak mahu menjawab tetapi kita dimaklumkan untuk bersabar untuk menunggu auditing. Apa yang harus diaudit kalau benda yang sangat straightforward kita tidak boleh dapat jawapan. Oleh itu saya ingin menyatakan sokongan saya sepenuhnya kepada Tuan Yang di-Pertua atas Parlimen ini harus direformasi supaya kita ada, lebih mempunyai lebih banyak kuasa seperti di negara jiran kita yang ada kuasa untuk memanggil to call or appoint siapa-siapa pun termasuk duta kita, termasuk pegawai kerajaan kita dan juga Perdana Menteri dan Menteri-menteri untuk menjawab soalan di Parlimen. Itu sangat-sangat penting. Dalam ini kita harus mewujudkan semula sistem jawatankuasa di mana kalau perlunya Menteri-menteri atau pegawai kerajaan boleh jawab dalam keadaan in-camera, dalam tertutup sebelum kita sebar kepada media dan dalam peringkat jawatankuasa dari sini. Saya mungkin rasa adalah keberatan kalau kita terpaksa membahas secara terbuka dalam semua isu. Kita mengakui ada isu-isu tertentu yang kita perlukan kesulitan dan dengan itu kita harus kembalikan satu sistem committee yang telah kita saksikan di negara- negara lain. Saya ingin tegaskan dengan point yang terakhir ini kerana adalah untuk menjadikan RMKe-11 ini satu kejayaan, tidak mengulangi kelemahan yang berlaku sebelum ini, kita perlukan team yang credible. Pemimpin yang berintegrasi untuk memimpin negara kita.
Apa yang berlaku di Parlimen ini dengan di bawah pimpinan Yang Berhormat Pekan telah banyak kali Yang Berhormat Pekan telah melanggari peraturan Parlimen dengan memberi kita Ahli Parlimen jawapan yang jelas mengelirukan dan tidak kurang sekali saya terima jawapan yang kemudian dinafikan bukan dalam Dewan ini tetapi di luar Dewan ini. Saya ambil contoh seperti yang kita tanya apakah terjadi dengan wang yang kita telah labur di Cayman Island itu.
Dijawab dengan bertulis bahawa telah dibawa balik sebahagian untuk dibayar hutang dan sebahagian lagi untuk disimpan di sebuah bank perdagangan di Singapura dan tidak melibatkan taikun besar seperti Ananda Krishnan tetapi akhirnya dinafikan dan Ananda Krishnan jelas terlibat dan kita juga dapati sebenarnya wang tunai tidak disimpan di bank yang berpangkalan di Singapura ini dan sehingga hari ini Parlimen tidak diberi penjelasan di mana pergi wang ini. Saya agak itulah sebahagian yang saya sebut. Parlimen sepatutnya ada hak untuk sanction seseorang yang tidak memberi jawapan baik pun setinggi jawatan dia sebagai Perdana Menteri pun harus menghormati kemuliaan Dewan ini. Ini bukan sahaja boleh diselesaikan oleh pegawai-pegawai dan pengurusan 1MDB. Saya tidak setuju dengan peletakan jawatan pengurusan 1MDB ini akan menyelesaikan masalah. Ada laporan bahawa dalam masa terdekat keseluruhan pengurusan 1MDB akan letak jawatan. Ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah. Kita harus menghormati sistem Perlembagaan kita di mana keseluruhan Kabinet harus mengambil tanggungjawab kolektif terhadap apa yang berlaku dalam pentadbiran negara. Kalau tidak, saya agak kita tidak ada pilihan lain selain daripada anggota Kabinet ini untuk memujuk supaya Yang Amat Berhormat Pekan ini untuk letak jawatan dan bagi laluan kepada pemimpin yang lebih berwibawa. Ini tidak ada berkenaan dengan pendirian saya dalam kepartian, bersifat kepartian. saya menghormati bahawa Barisan Nasional memang masih memegang mandat majoriti dalam Parlimen. Peletakan jawatan Yang Berhormat Pekan ini tidak bermaksud kita mengingkari kehendak rakyat. Apa yang rakyat ingin lihat, sesiapa yang memerintah pun harus bersih, harus menjauhi dan menghapuskan penyelewengan dan rasuah dan saya anggap adalah masa yang paling tepat kalau kita ingin melihat satu era baru dan kita ingin melihat, mengejar masa supaya Rancangan Malaysia Kesebelas ini dapat memenuhi misi untuk membangunkan negara sebagai negara maju, step yang pertama kita harus kembalikan keyakinan kepada rakyat. Seseorang pemimpin yang tidak berani untuk menghadapi rakyat itu tidak patut terus memimpin kita dan saya sekali lagi bagi pihak kami di sini menyeru supaya untuk kebaikan keseluruhan negara, kita menyeru supaya Yang Berhormat Pekan untuk menyerahkan jawatannya dan kuasa kepimpinannya kepada seorang yang datang dari Barisan Nasional yang lebih berwibawa yang mungkin boleh meyakinkan dan menyatukan negara kita semula. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Parit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama membahaskan pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Saya terlebih dahulu mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan peluang ini dapat saya untuk menyampaikan apa-apa yang sesuai dan berpatutan bagi rakyat di kawasan saya. Nampaknya pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini telah menarik minat rakyat dan juga pelabur-pelabur luar negara kerana seperti yang kita sedia maklum RMKe- 11 ini merupakan misi utama yang amat penting sebelum negara mencapai Wawasan 2020 yang tinggal lima tahun sahaja dari sekarang. Matlamatnya untuk menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita nasional melebihi USD15,000. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya mengambil kesempatan untuk bercakap atau mengemukakan permasalahan yang sering dibangkitkan oleh rakyat di kawasan Parlimen saya. Pertama, Kementerian Kesihatan. Seperti mana yang telah kita sedia maklum dalam ucapan Bajet 2015 pada 24 Oktober 2014 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyebut kelulusan pembinaan sebuah hospital di Seri Iskandar, Parit. Saya ingin tahu di sini dan mengharapkan supaya Kementerian Kesihatan dapat memulakan kerja-kerja membina hospital ini kerana rakyat di sana telah tertanya-tanya
bilakah projek ini akan dapat dilaksanakan sementelah pula dalam sebutan RMKe-11 tidak disebut pasal hospital di Seri Iskandar, Parit.
Yang Berhormat Parit, boleh duduk sekejap. Saya ingin membuat satu pengumuman ringkas.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa bersama-sama kita di dalam Dewan ini pada ketika ini ialah satu delegasi daripada Women Parliamentarian daripada Darfur State Sudan. Delegasi ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Women’s Parliamentary Caucus Malaysia. Sekian, terima kasih dan welcome to the Malaysian Parliament. [Tepuk] Sila Yang Berhormat, teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi oleh sebab itu, dalam ucapan ini saya memohon kepada pihak Kementerian Kesihatan supaya dapat menyegerakan urusan pembinaan hospital ini dan menjadikan hospital ini nanti mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu, umpamanya sama ada pakar sakit jantung, pakar kencing manis atau pakar sakit puan kerana itulah keperluan-keperluan yang perlu ada sekarang ini. Itu yang pertama. Kedua saya ingin menyentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan. Di kawasan Parlimen saya tidak ada kompleks sukan yang mengandungi padang, balapan dan kemudahan-kemudahan yang lain. Baru-baru ini, Jabatan Belia dan Sukan Parit Tengah telah pun mengemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan permohonan untuk membina sebuah kompleks sukan di kawasan Parlimen Parit di Seri Iskandar di mana telah pun diluluskan sebidang tanah seluas 20.346 ekar di kawasan Seri Iskandar yang memang direservekan untuk pembinaan kompleks sukan di Seri Iskandar. Pada hari ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, apabila pelajar-pelajar sekolah, belia-belia dan persatuan sukan hendak bertanding di dalam bidang sukan, mereka terpaksa berlatih keluar daripada Seri Iskandar atau daripada Parit dan menyebabkan mereka memerlukan kos yang tinggi sebagai tambahan perbelanjaan. Maka dengan itu saya merayu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk dapat membina sebuah kompleks sukan dalam nilai lebih kurang RM30 juta. Ketiga ialah tentang Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pendidikan supaya dapat membina sebuah sekolah asrama penuh atau SBP di kawasan Parlimen Parit dan saya tak mahu jawapan yang akan diberikan oleh kementerian nanti dengan mengatakan bahawa di Parit tidak perlu ada SBP kerana telah ada MRSM.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, keperluan kepada sebuah SBP ini penting kerana Parlimen Parit adalah kawasan luar bandar dan memerlukan sebuah sekolah asrama seperti itu bagi meningkatkan pencapaian anak-anak pelajar di kawasan Parlimen Parit. Isu kedua tentang Kementerian Pendidikan ialah NPQEL. Pada hari ini, bagi guru- guru yang hendak jadi Pengetua dan Guru Besar, mereka dikehendaki untuk mengikuti kursus ini selama enam bulan. Selepas itu mereka akan ditemu duga dan selepas temu duga, bila lulus baru dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar. Ini sebenarnya amat-amat tidak digemari oleh para guru di semua kawasan, termasuk kawasan saya di Parlimen Parit. Saya mencadangkan supaya sistem ini dikaji balik dan kita balik kepada sistem yang lama iaitu di mana pengalaman mereka sebagai PK Koko, PK HEM, PK1 dan akhirnya mereka dilantik sebagai Guru Besar dan Pengetua. Ini lebih baik daripada mereka yang tidak ada pengalaman, tiba-tiba setelah mengikuti kursus NPQEL mereka dipilih jadi Pengetua dan Guru Besar dan akhirnya mereka bermasalah bila menjalankan tugas nanti. Ada satu perkara yang berlaku di Perak umpamanya, ada seorang guru, dia pernah menjadi Pengetua di sebuah sekolah menengah. Selepas itu dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Negeri sebagai Ketua Sektor. Bila dia hendak balik menjadi Pengetua sekolah menengah, dia dikata tidak layak kerana tidak mengikuti kursus NPQEL ini. Tuan Yang di-Pertua, ini cukup ganjil kerana guru ini pernah menjadi Pengetua. Tentulah
pengalaman dia sebagai Pengetua lebih 10 tahun dan bekerja pula di JPN lebih 10 tahun, dia akan jadi Pengetua yang terbaik. Akan tetapi kerana sistem ini menyebabkan guru tersebut tidak dapat menjadi Guru Besar atau Pengetua. Yang ketiga isu Kementerian Pelajaran ialah pengambilan guru. Sekarang ini ratio antara guru wanita dengan guru laki-laki begitu besar sekali, 80:20. Maksudnya, yang paling ramai pada hari ini ialah guru wanita. Ini sebenarnya amat tidak selesa kepada setengah- setengah sekolah kerana di setengah-setengah sekolah, kita perlukan kepada kehadiran guru laki-laki. Akan tetapi oleh sebab syarat yang terlalu ketat dikenakan kepada pengambilan guru-guru, maka yang ramai terpilih adalah guru-guru wanita. Saya mencadangkan supaya pada masa hadapan bagi tujuan untuk menggalakkan calon laki-laki sebagai guru, hendaklah diambil kira penglibatan calon guru itu dalam bidang sukan, dalam bidang persatuan dan sebagainya, ditambahkan kepada markah mereka supaya mereka dapat dipilih untuk mengikuti latihan perguruan dan akhirnya menjadi guru di sekolah-sekolah kerajaan. Jadi, saya harap supaya Kementerian Pendidikan mengkaji balik perkara ini. Perkara keempat tentang Kementerian Pendidikan ialah bebanan guru. Guru semakin hari semakin dibebankan dengan berbagai-bagai beban kerja yang berat dan ini sebenarnya menimbulkan masalah psikologi kepada guru-guru. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya mengkaji balik tentang bebanan guru-guru ini supaya kalau boleh guru-guru hanya bertindak untuk sebagai guru dan mengajar sahaja dan perkara-perkara pentadbiran diuruskan oleh team pentadbiran yang lain. Termasuk jugalah umpamanya macam guru-guru sukan. Kita ambil pegawai-pegawai sukan yang ada kelulusan bidang sukan untuk menjadi guru sukan di sekolah dan membolehkan guru-guru terus memberikan tumpuan kepada pengajaran. Yang ketiga ialah Kementerian Luar Bandar. Di kawasan Parlimen saya, pernah saya sebut dua, tiga kali di sini dan saya ulang balik. Terdapat dua perkampungan Orang Asli yang tersangat mundur yang perlukan bantuan. Walaupun saya sudah timbulkan dua, tiga kali di dalam Dewan ini tetapi tindakan masih belum lagi diambil oleh pihak yang berkenaan. Saya merayu dan minta kepada Kementerian Luar Bandar supaya dapat menengok balik perkara ini dan memberikan bantuan-bantuan yang sepatutnya, terutama dari segi pembinaan rumah. Di kampung Sungai Perah di kawasan saya, rumah mereka pada hari ini tidak selamat untuk didiami. Tak selesa langsung dan amat buruk dan kadang-kadang tak selesa. Jadi, oleh sebab itu, saya minta kepada Kementerian Luar Bandar untuk menengok balik perkara ini dan memberikan bantuan yang secukupnya kepada masyarakat Orang Asli di tempat saya. Kedua, pasal jalan luar bandar. Saya amat berharap kepada Kementerian Luar Bandar untuk dapat lagi menambah peruntukan bagi membina jalan-jalan di luar bandar yang masih perlukan lagi, yang rakyat di luar bandar masih memerlukan lagi. Saya juga minta kepada kerajaan atau kementerian supaya selepas ini membenarkan jalan-jalan luar bandar dibina ke rumah-rumah, ke rumah orang-orang, ke rumah orang kampung. Oleh sebab jalan ke masjid, jalan ke surau, jalan ke sekolah, jalan ke padang bola semua sudah ada. Jadi, sekarang ini kalau boleh saya hendak minta kebenaran kerajaan bagi membolehkan jalan-jalan dibina untuk menuju ke rumah orang-orang perseorangan yang pada hari ini mendapat halangan daripada kerajaan. Jadi, saya minta supaya dikaji balik perkara itu. Ketiga, Kementerian Luar Bandar ialah tentang pembaikan rumah. Saya minta kepada kerajaan kaji balik supaya bantuan untuk membina rumah baru dan membaik pulih rumah-rumah, peruntukannya dapat ditambah kerana pada hari ini peruntukan tidak mencukupi. Yang memohon semakin hari semakin bertambah. Yang susah semakin hari semakin bertambah dan mereka hendakkan bantuan kerajaan. Kalau sekiranya jiran dia dapat, dia kata kenapa dia tak dapat. Jadi kerana itu, peruntukan semakin bertambah dan saya minta supaya kerajaan mengkaji balik supaya peruntukan bagi membina rumah dan membaik pulih rumah dapat ditambah lagi. Sekarang saya pergi kepada Kementerian Pertanian. Di kawasan Parlimen Parit ada lebih kurang 3,000 ekar tanah bendang yang pendapatan mereka paling tinggi enam
tan atau enam guni. Padahal kerajaan ataupun Kementerian Pertanian hendakkan supaya pendapatan mereka di sekitar enam ke-10 tan tetapi hari ini tak dapat. Oleh kerana apa tak dapat? Oleh kerana kedudukan fizikal bendang-bendang di kawasan Parlimen saya yang antaranya kerana tanah tak rata. Bila tanah tak rata, air tak sampai ke kawasan-kawasan yang ditanam dengan padi. Yang kedua, sistem perparitan yang telah ketinggalan zaman yang mana bendang di atas, perparitannya di bawah. Jadi, air pada bila-bila masa pun sukar untuk diairkan ke bendang. Jadi, kerana itu saya hendak minta supaya Kementerian Pertanian dapat memberikan peruntukan tambahan lagi supaya sistem perparitan dan mengubah suai sistem perparitan dapat dilakukan. Saya juga pernah bercakap di Dewan ini supaya bendang-bendang di Parlimen Parit dimasukkan ke dalam mana-mana skim yang ada sama ada Kerian Sungai Manik ataupun AIDA di seberang Perak. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, dia kata insya-Allah akan dimasukkan. Akan tetapi sehingga ke hari ini saya belum lagi nampak apa- apa tandanya untuk dimasukkan ke dalam skim-skim yang berkenaan. Ketiga, kepada Kementerian Pertanian juga. Pada masa-masa yang lalu apabila berlaku inflasi dan sebagainya, maka masa itulah Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian menggalakkan tanaman-tanaman kontan, tanaman sayur dan sebagainya.
Jadi, saya hendak mencadangkan kepada kementerian supaya menjadikan usaha menanam tanaman kontan, edible garden dan sebagainya itu bukan diadakan secara bermusim tetapi diadakan secara berterusan. Pertamanya, ia akan menambah hasil sayuran kita. Keduanya, akan memberikan tambahan pendapatan kepada orang kampung, orang-orang di luar bandar. Jadi, saya berharap supaya jangan hanya bermusim sahaja program ini dijalankan. Umpamanya, seperti kata rakan-rakan lain tadi melalui PPK yang merupakan pertubuhan peladang kawasan, yang merupakan agensi kerajaan yang boleh menjadi tonggak kepada usaha seperti ini. Jadi, saya harap supaya kementerian dapat bertindak lebih jauh dari itu. Umpamanya juga, PPK ada tanah-tanah seperti tanah kelapa sawit dan sebagainya. Apa salahnya atau saya mencadangkan supaya Kementerian Pertanian dapat memulakan usaha memelihara lembu atau kerbau di kawasan-kawasan ladang atau tanah yang dimiliki oleh PPK di kawasan-kawasan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya lupa, tentang masalah penduduk- penduduk di luar bandar yang menoreh getah dan yang ada kelapa sawit.
Saya beri dua minit lagi Yang Berhormat.
Jadi, saya minta supaya kementerian yang berkenaan dapat memikirkan apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk menaikkan harga padi, harga getah, harga sawit sebab hari ini rakyat di kawasan luar bandar hidup tertekan. Oleh kerana ini, pemulihan harus dilakukan oleh kerajaan dengan segera kerana kalau tidak mereka akan merungut dengan berbagai-bagai cara. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, kalau rakyat di luar bandar sudah marah, maka kot-kot mereka tidak hendak lagi mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Jadi, ini merugikan kami. Jadi, saya mintak kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tentang perkara ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, negara akan bertambah maju, pendapatan akan bertambah tetapi kerajaan mesti berusaha untuk mengurangkan kadar jenayah. Hari ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kadar jenayah di sesetengah tempat bertambah dan berlaku dengan berleluasa.
[Bangun]
Oleh sebab itu Tuan Yang di- Pertua, saya minta supaya kerajaan dapat mengambil langkah yang sewajarnya, dapat membetulkan perkara ini supaya rakyat dapat menikmati kehidupan dengan selesa.
Minta laluan Yang Berhormat Parit.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, setuju atau tidak Yang Berhormat Parit dengan cadangan supaya kerajaan membuat pindaan kepada undang-undang yang kurang lengkap. Salah satu daripada undang-undang yang didapati kurang lengkap adalah seksyen 375, Kanun Keseksaan. Ada satu kes yang berlaku di Sarawak, di mana seorang lelaki berumur 60 tahun telah didapati bersalah di Mahkamah Sesyen dengan empat tuduhan merogol seorang remaja perempuan yang berumur 15 tahun ketika itu. Conviction itu, dengan izin, telah di upheld oleh High Court tetapi selepas rayuan di Mahkamah Rayuan, si tuduh itu yang bernama Bunia Jalung telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Walaupun DNA telah membuktikan anak yang dilahirkan oleh gadis perempuan itu adalah anak si tuduh itu. Ini adalah akibat kelompangan serta kelemahan dari segi definisi rogol dalam seksyen 375, Kanun Keseksaan. Si tuduh mengaku memasuki jari beliau ke dalam private part, dengan izin, gadis remaja itu tetapi perbuatan seperti itu tidak tantamount to rape. Seksyen to cause, dengan izin, hanya berlaku jika ada penile penetration dan bukannya kalau ada penetration dengan bahagian badan-badan yang lain ataupun dengan objek-objek yang lain. Kes ini telah menarik perhatian banyak NGO dan mereka meminta kerajaan membuat pindaan dengan secepat mungkin ke atas seksyen 375, Kanun Keseksaan dengan memperluaskan definisi rogol bagi memberi lebih perlindungan kepada remaja perempuan menjadi mangsa rogol. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Saya bersetuju dengan cadangan itu dan masukkan ke dalam sebahagian daripada ucapan saya. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa RMKe-11 ini merupakan satu wadah untuk menuju kejayaan. Seperti RMK-RMK yang lalu yang walaupun ada kegagalan tetapi ada kejayaan yang lebih besar dan memberi impak yang besar kepada rakyat. Jadi, kepada saya walaupun apa sebutan-sebutan oleh siapa sahaja, bagi saya kerajaan telah dan akan cuba melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat. Saya yakin RMKe-11 ini akan membawa kemakmuran kepada negara dan kesenangan kepada rakyat. Dengan ini Parit menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Temerloh.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Siapa? Okay, itu yang ada di dalam list di depan saya sebab itu saya panggil. Siapa? Yang Berhormat Kuala Terengganu, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Rancangan Malaysia Kesebelas amatlah penting dan kritikal kerana ia adalah rancangan Malaysia yang terakhir sebelum tahun 2020, di mana Malaysia dijangka mencapai status negara maju. Mengikut statistik kerajaan, pendapatan per kapita rakyat ialah USD10,000 dan hanya tinggal lima tahun lagi untuk mencapai USD15,000 iaitu tahap pencapaian negara maju. Adakah mampu kita mencapai USD15,000 dalam waktu yang begitu singkat? Tun Mahathir, arkitek dan pengasas Visi 2020 amat meraguinya. Persoalan utama, adakah penting kita mencapai UD15,000 dan dengan itu status negara maju, walaupun jurang perbezaan pendapatan rakyat terus melebar. Pada tahun 2013, Laporan ASB melaporkan 72% pelabur mempunyai pelaburan hanya RM554, sementara 0.2% teratas melebihi RM725,000 atau 1,300 kali ganda. Itulah situasi lebarnya pendapatan masyarakat bumiputera kita. Soalannya, adakah imej segala- galanya untuk kita mengaku menjadi negara maju? Ini kerana di dalam satu butiran laporan antarabangsa, perbezaan pendapatan di Malaysia adalah di antara tertinggi di Asia. Penyelidik antarabangsa, Robert Dicken berkata, kebanyakan negara yang mempunyai banyak sumber asli mengalami pertumbuhan yang rendah, relatively low, dengan izin, dengan jurang pendapatan yang besar dan pengurusan perjalanan politik yang lemah.
Ini dikaitkan dengan sikap kerajaan negara yang kaya sumber asli yang lemah. Kekayaan sumber asli mewujudkan sikap sambil lewa, penuh dengan kelemahan. Ini dicontohi oleh Nigeria yang kaya dengan sumber asli tetapi GDPnya turun 30% di antara tahun 1965 dan tahun 2000. Arab Saudi juga GDPnya jatuh di antara tahun 1970 dan tahun 1999 walaupun negara begitu kaya. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, rakyat biasa masih bertungkus-lumus untuk survive, dengan izin, menyara hidup dan mereka masih bergelut dengan keras untuk membayar sewa rumah, kereta, biaya pendidikan dan kos perubatan keluarga. Isu-isu asasi masih menjadi priority harian untuk diatasi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Imej negara maju adalah penting tetapi ini hanyalah untuk pemimpin mendabik dada yang mereka telah kononnya mencapai target yang dihajatkan. Saya yakin priority rakyat biasa perlu memenuhi keperluan asas keluarga dahulu dan kerajaan perlu betul- betul ikhlas dan prihatin dan tumpukan untuk apa yang diperlukan oleh mereka dahulu.
Pemenang Nobel Prize, Joseph Stiglitz di dalam artikelnya ada menyindir, kerajaan negara-negara kaya ada kalanya merupakan kerajaan dengan izin, of the 1% by the 1% for the 1%. Ini seperti sikap Kerajaan Malaysia yang membela pihak 1% yang terkaya yang dipengaruhi oleh 1% yang terkaya untuk kepentingan 1% yang terkaya di negara kita. Ini sangatlah beza daripada kata-kata masyhur seorang bekas Presiden Amerika, “Government of people by the people and for the people”, dengan izin. Sindiran ini menunjukkan bagaimana kerajaan negara-negara ini bukan lagi untuk kepentingan rakyat jelata tetapi lebih untuk golongan elit yang kaya yang mempengaruhi polisi dan hala tuju kerajaan untuk kepentingan mereka sendiri. Tuan Yang di-Pertua, tindakan Kerajaan Malaysia mengenakan GST dengan kadar 6% sementara menurunkan cukai korporat menunjukkan sikap kerajaan yang memberi lebih keutamaan kepada pihak korporat yang kaya dan membebankan pihak yang kurang berada dan miskin. Ini sekali lagi mirip sikap government of the - 1% , by the - 1%, for the - 1%, dengan izin. Tajuk RMKe-11 yang menyatakan pertumbuhan berpaksikan rakyat. Sebenarnya bagaimana ini boleh dicapai tanpa gaji minimum pun di Malaysia. Hari ini yang dijanjikan di tahap RM1,200. Hari ini usaha lebih tertumpu untuk membolot dan merebut bahagian yang lebih besar kekayaan negara iaitu economic pie dan bukan untuk menambah kekayaan negara dengan izin, by enlarging the economic pie. Di manakah pertumbuhan yang diharapkan? Negara yang kaya dengan sumber asli seperti Malaysia terkenal dengan cara mendapat kekayaan dengan senang cara rent-seeking. Cara mengambil wang dengan membolot sumber asli dengan syarat-syarat yang mudah dan harga murah oleh orang- orang tertentu dan syarikat berkepentingan adalah jauh lagi senang daripada menambah pembuatan barangan dan menaiki produktiviti untuk kesejahteraan umum. Contohnya penjualan tanah di Sungai Besi dengan 1MDB dengan harga murah RM65 satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2,700 satu kaki persegi adalah satu contoh cara mudah perniagaan tanpa produktiviti yang bermakna. Harga yang mahal dibayar kepada 1MDB oleh pemegang saham Tabung Haji yang kurang berada yang datang dari kampung dan desa dan mengharapkan pulangan yang baik bagi tujuan hendak ke Tanah Suci. Inilah eksploitasi yang buruk dan kejam atas golongan bawahan oleh Tabung Haji yang diamanahkan untuk membuat keuntungan. Sistem rent- seeking adalah satu cara aset atau tanah kerajaan dengan mudah dan murah untuk diniagakan oleh yang terpilih sahaja. Ini adalah cara termudah untuk menyalurkan kekayaan negara dan sebahagiannya kepada mereka-mereka yang terpilih dan sudah kaya. RMKe-11 menyatakan lagi memperkukuhkan inclusivity ke arah masyarakat yang saksama. Akan tetapi sikap kerajaan yang berpihak dan membela pihak korporat jelas menunjukkan tiada sikap inclusive yang diamalkan selama ini. Sikapnya lebih terhadap elitists dan eksklusif, membela pihak atasan yang berada. Sejarah telah menunjukkan kerajaan pernah menyelamatkan Tan Sri Tajuddin Ramli semasa menerajui MAS menyelamatkan MISC, isu Maminco, Perwaja Steel dan PKFZ. Sebagai contoh, korporat-korporat yang begitu kaya diselamatkan. Malaysia mengikuti apa yang diamalkan di Amerika di mana pihak korporat diberi segala pertolongan. Di Amerika Syarikat, bank-bank besar diselamatkan seperti dilaporkan dalam buku The Great Divide oleh Joseph Stiglitz. Mereka mengambil sikap dengan izin socializing losses
and privatizing profits. Di Malaysia pun sama socializing losses bermakna rakyat dilibatkan dalam usaha menyelamatkan kerugian syarikat besar. Sementara privatizing profits bermaksud keuntungan lumayan hanya untuk diperoleh oleh syarikat-syarikat besar sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh pula bidang fokus dalam RMKe-11 menyebutkan memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran. Saya nampak isu ini amat penting untuk masyarakat menjadi lebih berdikari tetapi sayangnya seperti aspek ini merupakan janji-janji kosong yang telah diabaikan begitu lama. Oleh itu mengundurkan rakyat tempatan yang telah pun sedia mahir dalam bidang contohnya kraf tangan di Pantai Timur. Sudah berapa lama dan banyak kampung asli kraf di Pantai Timur khususnya di Terengganu dirobohkan untuk pembangunan. Janji untuk memberi mereka tapak rumah atau bengkel utama untuk meneruskan kraf mereka hanya merupakan janji yang tidak dipenuhi. Mereka ini telah pun mempunyai kemahiran kraf tangan yang tinggi melalui pengalaman, usaha keluarga mereka bergenerasi. Mereka sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu latihan atau peningkatan kemahiran kerana mereka sudah mempunyai kemahiran itu. Mereka hanya perlu tapak rumah bertanah atau bengkel yang telah diambil dan dijanjikan untuk mereka. Saya hendak menyentuh tentang contoh negara-negara yang kecil yang boleh mengatasi masalah yang mereka hadapi. Sebagai negara yang mempunyai begitu banyak sumber bumi Malaysia sepatutnya bukan hanya kaya tetapi tidak sepatutnya mempunyai jurang pendapatan yang besar kerana rakyat kita hanya 29 juta. Nyatalah bahawa pengurusan pendapatan rakyat Malaysia daripada hasil bumi yang lumayan adalah amat lemah. Kita patut mempelajari dari jiran-jiran kita yang jauh lagi kecil dan tidak mempunyai apa-apa sumber asli seperti Singapura dan Kepulauan Mauritius. Kalau Mauritius yang makin miskin dan tanpa sumber asli boleh memberi khidmat kesihatan dan pendidikan secara percuma kenapa tidak Malaysia. Kalau kita lihat di rantau ASEAN, negara Indonesia dengan penduduk melebihi 250 juta dan 18,000 pulau, jurang pendapatan rakyat sedang dan makin berkurangan seperti dilaporkan oleh agensi antarabangsa. Kenapa Malaysia tidak dapat mencapai prestasi yang sama. Kalau dibandingkan pula dengan pulau kecil Singapura, Malaysia lagi jauh ketinggalan. Dalam banyak aspek Singapura telah memberi priority keutamaannya kepada ekuiti ekonomi dan sosial sambil mencapai pertumbuhan yang tinggi selama 30 tahun yang lepas. Jurang pendapatan kewangan di antara rakyat adalah kecil dan terkawal. Kerajaan Singapura memastikan gaji- gaji pekerja tidak dieksploitasi oleh syarikat-syarikat besar. Sementara kita di Malaysia ini masih pun belum ada gaji minimum. Melalui saving CPF atau seperti EPF kita ini, lebih dari 90% rakyat Singapura memiliki tempat tinggal yang selesa. Sehingga kita lakukan satu yang positif kita akan terus ditinggalkan oleh Singapura, Korea, Taiwan dan yang paling memalukan lagi duduk di belakang Vietnam dan Cambodia. Tidak lama lagi mungkin Myanmar yang sedang menghantar rakyat pelariannya ke Malaysia akan meninggalkan kita di belakang. Hari ini pada 8 Jun, Ringgit Malaysia di tahap 3.76 untuk satu USD. Ini adalah kejatuhan terbesar di Asia yang dilaporkan oleh Bloomberg. Itulah prestasi yang amat lemah dari Malaysia pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya...
Ya, dua minit lagi.
Saya menggulung. Tuan Yang di-Pertua, masa depan anak muda dan kaum kita terus digadai oleh kerajaan hari ini untuk mereka di atas bermewah-mewah. Ini jelas terbukti dengan pendedahan seorang bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang membongkar rancangan Kerajaan Malaysia melalui TIA untuk menggadai pendapatan akan datang minyak dan gas Terengganu bagi pinjaman RM5 bilion.
Ahli-ahli Exco Kerajaan negeri Terengganu sendiri serta rakyat tidak dimaklumkan harta negeri hendak digadai. Selepas TIA menjadi 1MDB pula, Kerajaan Malaysia sekali lagi telah menggadai harta-harta negara kepada orang dan negara asing. Contoh terbaru adalah perjanjian dengan syarikat asing dari Abu Dhabi untuk dana USD4.5 bilion atau RM15 bilion untuk menyelamatkan 1MDB yang tenat. Ini bermakna rakyat Malaysia sekali
lagi sebagai pembayar cukai akan menanggung beban hutang ini untuk beberapa generasi akan datang. Sebagai ayah kepada anak-anak, kerajaan sepatutnya berjimat dan berkorban untuk rakyat dan anak-anak generasi akan datang. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Masa hadapan kewangan anak-anak muda ini dikorbankan oleh kerajaan hari ini supaya orang- orang atasan boleh bermegah-megah dengan mahligai yang mewah, kapal terbang yang canggih dan cara hidup yang menjolok mata rakyat biasa. Inilah kerajaan dan pemerintah yang wujud di dalam fantasi penuh kemewahan di negara kita ini. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan di sini, ‘Ingatlah kamu bahawa kepastian yang nyata adalah janji-janji Allah SWT akan hari pembalasan yang akan menimpa pemerintah-pemerintah yang zalim dan tidak menunaikan amanah mereka kepada rakyat dan harta-harta hak rakyat’. Mereka yang menyokong kerajaan hari ini adalah bersubahat dengan kemungkaran yang amat terang dan nyata. Kemungkaran yang dilakukan secara terang tanpa segan silu. Akhir kata, selagi pemerintah tidak meletakkan amanah di persada tertinggi sebagai satu kewajipan utama, selagi itulah segala anugerah rezeki Allah SWT tidak akan mendatangkan manfaat sepatutnya kepada rakyat Malaysia. Selagi itulah kita akan ketinggalan jauh di belakang jiran-jiran kita yang terus maju ke hadapan sementara kita dilanda pelbagai masalah dalaman buatan sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dipertimbangkan, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11. Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mahu sentuh beberapa perkara mengenai isu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Logistik, subsidi pengangkutan bagi kawasan pedalaman. Baru-baru ini saya melawat kawasan pedalaman, saya lihat beberapa kawasan pedalaman tidak nampak ada subsidi pengangkutan ataupun logistik membantu luar kawasan. Saya tidak tahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, minyak subsidi ini dihantar ke kawasan mana? Apabila di kawasan luar bandar, sekarang ada diesel jual di kawasan luar bandar RM2.78 seliter. Di Bandar Bintulu dia jual diesel RM2.05 harga sekarang. Petrol RON 95 dijual sekarang di kawasan pedalaman RM3.50 seliter. Di pasar Bintulu jual RON95 RM2.05. Jadi saya mahu tanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, minyak subsidi ini ataupun pengangkutan subsidi untuk logistik kawasan luar bandar, mana minyak tersebut? Kenapa sampai hari ini kita sudah hendak masuk Rancangan Malaysia Ke-11, perkara kecil seperti ini masih tidak boleh selesai. Perkara ini kita sudah sentuh pada sesi yang lepas, tahun lepas. Tetapi tidak nampak perubahan, begitu serius untuk kepentingan rakyat di kawasan luar bandar. Sama juga macam GST. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri minggu lepas kita dengar Timbalan Menteri jawab GST ini seberapa, barang-barangan sudah turun harga tetapi sampai hari ini kita pergi lihat di bandar, harga barang tidak turun, malah naik harga. Saya pun tidak faham, jawab di sini memang syok sendiri. Saya tidak tahu penguat kuasa pergi mana. Sekarang saya terus terang di sini, cuci kereta pun kena charge GST, barang buku kena charge. Apabila tanya kastam, kastam cakap dia kurang faham, I’m not sure. Bila mahu sure, kedai charge. Mana penguat kuasa pergi? Saya tidak tahu penguat kuasa hari-hari Menteri apabila turun padang, sebelum dia turun dia sudah umum satu dunia, bawa pergi kedai-kedai sudah teratur, memang cantik. Apabila Menteri balik, harga tukar lain. Menteri datang harga lain. Inilah jadi masalah. Bila kita boleh baiki kelemahan ini? kita bukan jaga menteri, kita mesti mahu jaga rakyat. Kesusahan. Semua barang sampai sekarang boleh check di Bintulu. Contoh. Kawasan lain-lain pun sama. Kondom pun sama juga, mana ada turun harga.
[Bangun]
Yang Berhormat Jasin bangun.
Kondom...
Tidak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Cakap pasal GST ini, sebenarnya telefon bimbit sekarang menjadi satu keperluan, bukan lagi satu benda mewah lagi. Kita dapat lihat sekarang golongan-golongan yang berpendapatan menengah dan juga berpendapatan rendah menggunakan top up. Kerajaan sebenarnya telah berusaha begitu kuat sekali, kalau boleh tidak mengenakan GST. Sebenarnya top up yang dikenakan itu ada elemen SST sahaja. Tetapi sekarang apabila diperkenalkan GST daripada SST dia masukkan lagi GST. Yang Berhormat Bintulu sedarkah bahawa telco sekarang Celcom termasuk Digi dan juga Maxis dia tidak mahu berganjak langsung, terutamanya Maxis yang tidak mahu menarik semula GST. Apa pendapat Yang Berhormat Bintulu?
Yang Berhormat Jasin, memang saya lihat, memang saya setuju...
Yang Berhormat...
Boleh tunggu sekejap tidak?
Boleh, okey.
Kita memang termasuk Yang Berhormat Tenggara pun faham juga, dia pun lihat, saya pun setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin. Saya minta ambil pencelahan Yang Berhormat Jasin masuk dalam ucapan saya. Minta Menteri itu jangan tidur, bangunlah sedikit. Janganlah kongkalikung. Selalu cerita syok sendiri. Contoh macam di bank, apabila dia orang transfer wang ataupun TT kena charge juga. Itu wang orang lain, kena perlu charge? Macam kad kredit, orang sudah sain selepas beli barang, sudah charge GST, janganlah kad kredit charge lagi. Minta Kementerian Kewangan lihatlah betul-betul.
Yang Berhormat Bintulu.
Janganlah esok jadi isu rakyat marah dengan kita. Kita bagi peluang pembangkang menang kerusi banyak. Kelemahan kita mesti diperbetulkan.
Jangan rasa kita semua betul. Singapore pun tidak ada charge, bank-bank pun tidak ada charge. Satu lagi masalah Bank Negara ini saya pun tidak tahu lah pemimpin- pemimpin di Bank Negara dia masih tidur kah atau pun bangun? Masalahnya kita sekarang sistem tawaran keselamatan macam mana? Kita sekarang terpaksa semua current account holder mesti mahu guna electronic transfer. Akan tetapi rakyat banyak pening. Isu nombor satu kita, sekarang bank-bank ada tentukan limit banyak kecil. Bagi kita transfer bayar sama orang. Kalau kontraktor kah atau pun pemaju atau pun korporat kah dia satu cheque mungkin ada satu juta atau dua juta. Akan tetapi kita tidak guna elektronik, sistem transfer kena charge 50 sen. Dalam 50 sen kena charge lagi GST 6%. So, apa cerita ini? Kenapa kita buat macam itu? Saya dengar dari bank, saya tanya kenapa you charge 50 sen? Dia kata bukan kita mahu charge, ini Bank Negara mahu charge. Dia terpaksa rakyat mahu guna electronic transfer. Ini pemimpin-pemimpin daripada Bank Negara dia ada tidur kah atau pun betul- betul lihat masalah rakyat. Adakah kita berbincang sama pengguna-pengguna atau pun account holder, dengarlah rakyat punya suara. Jangan kita syok sendiri buat sahaja.
Yang Berhormat Bintulu boleh?
Rakyat kata ini serupa macam kerajaan sudah bankrap, hisap darah sama rakyat. Walaupun itu charge kita rasa 50 sen kecil tetapi kumpul-kumpul pun jadi banyak.
Yang Berhormat Bintulu.
Saya haraplah Kementerian Kewangan dan Menteri-menteri...
Yang Berhormat Bintulu.
Kementerian Kewangan fahamlah.
Ada tiga yang bangun. Yang Berhormat, ada tiga yang bangun.
Beri kepada Yang Berhormat Hulu Rajang.
Okey Yang Berhormat Bintulu mengenai GST.
Ini kongkalikung nanti dulu. [Menunjuk jari ke arah Yang Berhormat Sepang]
Mengenai GST ini di kawasan saya bahagian Kapit, bahagian Kapit merangkumi Sungai Asap, Belaga dan Song. Pejabat KPDNKK hanya di Pekan Kapit. Di Belaga tidak ada, di Sungai Asap tidak ada dan di Song tidak ada. Macam mana hendak mengatasi complaints orang di kampung itu. Kalau hendak pergi dari Belaga ke Kapit, kos tambangnya sudah RM50. Siapa hendak pergi ambil tindakan ini? So, saya minta Yang Berhormat...
Yang Berhormat Hulu Rajang.
Itu saya mahu sokong boleh? Mahu sokong.
Memang saya lihat dan saya setuju apa kita punya Yang Berhormat Hulu Rajang bahas. Saya haraplah Menteri jawab Yang Berhormat Hulu Rajang punya pencelahan. Itu pun masuk saya punya perbahasan.
Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.
[Bangun]
Nanti dahulu. Ini semua kongkalikung nanti dulu. [Ketawa] Saya punya masalah nanti you kacau, nanti aku tidak boleh habis.
Eh, ini Menteri kongkalikung...
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mahu lihat betul-betul rakyat punya, betul-betul punya kesusahan. Contohnya macam wanita. Lagi suara bergegar sama saya. Pulang-pulang wanita pakai punya barang, guna punya, makcik lagi cakap kita ada sales tax 10% turun. Patut murah, kalau masuk balik 6%, ada murah betul tidak wanita? Akan tetapi sekarang lagi mahal daripada dahulu. Apa cerita? Inilah saya kata KPDNKK ini memang kongkalikung punya. Cerita syok sendiri. Kenapa kita tidak turun ke kedai, spot check, tidak usah beritahu sama orang, Menteri turun lah sendiri. Tidak payah bagi orang pergi sambut kita di airport, tidak boleh. Sebagai contoh Yang Berhormat Arau, diam-diam sendiri pergi, senyap-senyap pergi. Barulah lihat. Ini saya bukan puji, tanya sama dia, dia sendiri satu orang, Yang Berhormat Arau dia pergi sendiri. Contohnya Menteri turun padang senyap-senyaplah baru lihat mana kelemahan kita di kementerian. Janganlah sebelum kita turun, umum satu dunia bila sampai. Semua atur betul-betul. Ini lah cari masalah. Bila balik jawab dalam Parlimen, semua syok sendiri, barang ini turun, itu turun tetapi bila wakil rakyat turun padang, satu hantu pun tidak ada turun. Ini lah jadi masalah kita. Macam mana rakyat boleh sokong sama kita kalau kita punya perangai begitu? Ini GST satu perkara memang serius. Saya minta...
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah Bangun.
Yang Berhormat Bintulu, boleh sikit?
Nanti dahulu. Bukan kita takut, nanti dahulu. Saya fasal banyak... [Disampuk] Bukan... banyak poin satu hal, banyak isu saya
mahu bawa nanti ini ada 15 minit kongkalikung sampai, aku tidak boleh bahas habis. [Ketawa] Ini isu macam GST, air ticket ini, kapal terbang ini. Apa fasal...
Yang Berhormat Bintulu, Speaker kongkalikung juga kah?
Tidak, Speaker baik, ini kongkalikung itu kawan sebelah. Ini macam air ticket ini, kita pun mahu charge GST, buat apa? Lain-lain Menteri tidak ada charge, lain-lain negara, apa masalah kita mahu charge semua? Itu macam mereka kapal terbang bajet airlines, kita mahu charge lagi satu kali, rakyat kata mahu tambah RM120 Yang Berhormat, kita orang miskin tau, tidak mampu. Inilah macam masuk klinik. Klinik biasa masuk RM15 atau RM20, sekarang mahu tambah lagi RM1, RM2. Walaupun RM1 atau RM2. Yang Berhormat Menteri Arau tidak ada masalah, macam itu Speaker tidak ada masalah. Akan tetapi untuk rakyat miskin banyak masalah, pertambahan. Inilah kita, saya memohon sama kerajaan, terutamanya sekali Kementerian Kewangan lihat betul-betul. Kalau bolehlah saya mencadangkan GST ini across the board, turunkan daripada 6% ke 2% atau pun 3%. Kita, we try first, kita cuba dahulu. Kasi rakyat pun ada peluang mengubah dia punya kewangan. Jangan satu kali naik terbang tinggi, rakyat bersuara sama saya, saya punya gaji tidak naik tetapi kehidupan harian hari-hari naik, macam mana mereka boleh hidup dalam negara kita. Saya harap kita boleh kaji balik semula baik-baik. Jangan kita cuma kira sahaja berapa income kita yang ada. Kalau kita tidak tengok betul-betul, kalau rakyat esok marah sama kita, kita lagi cari susah. Nanti pembangkang duduk sana hari-hari, kasi spin, dia syok, kita bagi dia peluang. Inilah jadi satu masalah, jadi satu isu kita mesti mahu kaji betul- betul, kita kasi peluang rakyat adjust dia punya gaji atau pun adjust dia punya income barulah on win-win situation. Saya memohon betul-betul Menteri daripada Kementerian Kewangan atau pun Menteri Kewangan II kajilah betul-betul, kasi lihat dan nilai kalau diperlukan turunkan apa sepatut mahu... buat terbaik untuk rakyat kita. Tuan Yang di-Pertua...
Mahu sokong BN lagi kah?
Apa lagi?
Mahu sokong BN lagi kah?
Orang bahas rakyat punya masalah, you cerita sokong BN atau tak BN, you masuk ini. Kesian sama kita lah, kita sudah kalah jangan nangis lagi tidak ada ucapan itu. Ya, Yang Berhormat Sepang.
Apa complain ini, complain sahaja tidak habis-habis. Complain sampai bila-bila ini. Cuba...
Bukan, kita ada kelemahan, apa salahnya.
Ini BN yang buat, ini BN yang buat.
Kita sudah kalah, diam-diamlah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Asyik complain sahaja.
Ini saya mempersoalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kongkalikung punya.
Ini isu ST15. Beras ST15. Memang kita sudah masuk Rancangan Malaysia Kesebelas, ini beras ST15 masih lagi huru-hara, tidak pernah habis. Contohnya macam di Sarawak, ada di kawasan Sibu itu, contoh di bulan Februari, Mac sudah setuju berapa kuota seorang untuk pemborong. Sudah setuju, Menteri pun janji sama saya. Bulan Februari itu semasa kita jumpa. Berunding, kuota tiap-tiap kali kita akan keluar satu surat bagi pemborong itu, seorang dapat berapa kuota. Memang kita sudah cerita pun senang hati. Kita cakap setuju kalau buat macam itu. Sudah setuju berapa orang akan dapat.
Bulan tiga, keluar surat. Bagi semua pemborong. Akan tetapi bila sampai kuota bulan empat, bulan lima punya kuota, tidak bagi surat apa-apa. Tiba-tiba bulan tiga punya orang punya kuota, boleh kena dipotong. Berapa orang kena potong? Tambah seorang. Contohnya, dapat 100 tan, boleh jadi lebih 200 tan. Saya sudah tulis surat kepada Menteri. Menteri pun sudah minit kepada KSU. KSU pun jual sangat mahal. Bila kita hendak jumpa sama dia, hendak cerita dengan dia, tolong dia, dia kasi ambil tindakan. Kenapa ini? Mahu minta penjelasan juga kenapa ini boleh berlaku? Akan tetapi masalahnya KSU cakap, sekarang saya banyak sibuk kerana ada pilihan raya kecil. Tunggu habis tetapi sampai sekarang sudah berbulan-bulan pun belum jumpa. Kenapa KSU ini sangat jual mahal? Kenapa KSU ini tidak mahu lihat masalah rakyat? Sekarang saya difahamkan, orang ini dia beritahu, kita tekan dia. Dia cakap satu tan, dia bayar RM250. Kasi kementerian, dalam punya runner beritahu dia bayar kepada peminjam. Kenapa ini boleh berlaku? Inilah ST15 selalu ada masalah seperti itu. Saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang dengarlah sedikit wakil rakyat punya cerita. Jangan kongkalikung juga. Syok sendiri.
Bagi chance lah.
Minta chance tapi tidak bangun.
Hendak bangunlah.
Inilah pun kongkalikung. Minta chance cakap duduk bawah sana tidak mahu bangun.
Ya, sila.
Yang Berhormat Bintulu, masalah ST15 ini memanglah masalah lama. Sudah lama daripada dulu lagi. ST15 ini adalah masalah pembahagiannya meragukan dan banyak berlaku penyelewengan. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bintulu supaya kuota ataupun pembahagian ST15 ini dikaji semula supaya ia dapat diberi kepada mereka-mereka yang patut menjadi pembekal utama supaya beras ini dapat dinikmati oleh orang-orang miskin yang sepatutnya dapat membeli dengan harga lebih kurang RM16 untuk sepuluh kilogram. Akan tetapi ada pihak-pihak yang telah salah guna dan campur atau bahasa ST15, tukar baju dan dijual dengan harga yang lebih tinggi. Kita harap supaya kementerian mengkaji balik supaya ia tidak berlaku penyelewengan di masa-masa akan datang. Setuju atau tidak?
Yang Berhormat Kubang Pasu, memang saya setuju. Ambil pencelahannya masuk kepada saya punya ucapan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab elok-elok dan bagi terang. Penjelasan habis-habis. Kalau satu tan boleh bayar RM250, saya rasa keuntungan memang banyak. Rakyat lagi jadi mangsa. Kenapa KSU tidak mahu jumpa? Apa masalahnya? Saya bukan minta dia projek. Saya pun bukan minta dia apa-apa. Saya minta selesaikan masalah ini. Kenapa kuota orang boleh turun dan bagi orang lain? Mesti mahu ada satu penjelasan. Dulu dia punya kuota pun begitu. Tiba-tiba sekarang dia kasi ubah. Inilah rakyat rasa kita, Barisan Nasional tidak adil. Bila kita jalankan tugas, cakap tidak serupa. Tidak serupa janji. Tuan Yang di-Pertua...
Ya, masa sudah cukup.
Janganlah masa cukup. Kasi lagi satu isu. Ini paling mustahak. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini saya ucapkan terima kasih kepada Menteri. Hari itu kita mengalami banjir kilat. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Arau kerana turun padang. Kita tahu masalah dari mana. Kita minta memang daripada Rancangan Malaysia Kesebelas. Kita minta RM100 juta untuk menaik taraf Sungai Kemena, Sungai Sipiyu dan semua parit di seluruh Bintulu. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri ada runding dengan saya. Sekarang memang mereka tidak cukup peruntukan. Tahun ini dia bagi RM2 juta dahulu. Bagi RM2 juta untuk sementara dahulu. Mendalamkan Sungai Sipiyu. Akan tetapi bila peruntukan turun, ini
bukan untuk mendalamkan sungai. Buat lain lagi. Rakyat sekarang di Bintulu tanya. Yang Berhormat, kenapa janji tidak ditunaikan? Kalau esok banjir kilat lagi, kita dapat apa? Kerajaan bagi kita RM500. Mahu beli apa? Janganlah saya sebut sekali lagi. Wanita lagi sebut. Kita bila berjanji, buat lain. Sekarang dia buat perparitan di tempat lain. Buat setakat UPM tetapi kita minta dalam mesyuarat, kita minta JPS kaji sedalam-dalamnya. Atas bukit-bukit, ada macam kolam (pond). Kaji betul-betul macam mana ada satu rancangan atau cadangan yang terbaik untuk keluarkan air. Sekarang kita letakkan di sana RM1.2 juta atau RM1.3 jutakah. Tidak boleh selesaikan masalah. Kenapa kita mahu membazirkan peruntukan? Kenapa kita tidak tunggu cadangan? Sudah selesai, barulah kita tengok berapa peruntukan khas untuk selesaikan ini. Kenapa kita tidak mahu gunakan peruntukkan itu untuk mendalamkan sungai itu? Sekarang saya difahamkan tender itu mahu keluar. Saya memberitahu kementerian bahawa saya tidak setuju. RM2 juta itu memang diperuntukkan untuk mendalamkan sungai. Sungai Sipiyu mesti didalamkan. Kalau tidak nanti hujung tahun, banjir kilat datang lagi, memang pegawai JPS tidak ada masalah. Bila banjir, kita cari dia, dia hilang terus. Takut rakyat marah. Sekarang ada peruntukan, ramai orang cadang sini, cadang sana. Bila hendak panggil mesyuarat, macam mana hendak cari jalan bagi selesai, meeting pun susah. Hantar pegawai tidak ada kuasa datang mesyuarat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, perkara ini memang saya tidak setuju. Saya harap kementerian, apa sudah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, memang mahu sediakan RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menaik taraf dan mendalamkan Sungai Kemena dan Sungai Sipiyu serta perparitan seluruh Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu...
Ya, selepas ini, Yang Berhormat Tanjung Malim.
...Rancangan pembangunan yang dirangka untuk membawa negara kita ke ambang tahun 2020 dan lebih dekat lagi kepada matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi. Setelah mengamati dokumen RMKe-11 ini, saya mendapati bahawa seperti biasa rancangan kerajaan tampaknya lebih indah khabar daripada rupa. Penuh dengan perangkaan selektif yang memberi gambaran ekonomi sihat serta janji-janji manis yang sebenarnya meragukan dari segi pelaksanaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula dengan isu pendidikan dan pembangunan modal insan. Seperti mana yang diperakui oleh kerajaan, cabaran ekonomi abad ke-21 memerlukan ketersediaan modal insan yang dinamik dan pekerja berpengetahuan ataupun knowledge workers agar negara kita dapat mencapai produktiviti buruh yang optimum serta menarik pelaburan dalam sektor-sektor berpendapatan tinggi. Dalam pada itu, saya tertarik kepada kenyataan Menteri Pendidikan Kedua tempoh hari di Dewan yang mulia ini, di mana beliau menyatakan bahawa sekiranya universiti tempatan kita terus berusaha seperti sedia kala, maka dalam beberapa dekad yang akan datang kita boleh menandingi universiti terkemuka dunia seperti Oxford, Harvard dan Cambridge.
Menteri berasaskan ramalannya atas prestasi universiti penyelidikan kita seperti UM, UKM, USM dan sebagainya dalam QS Ranking yang terkini yang telah menampakkan sedikit peningkatan. Pada masa yang sama, beliau juga menguar-uarkan kononnya kita
sudah mengatasi Singapura daripada segi penerbitan jurnal saintifik ataupun petikan citation. Pada tahun 2013 umpamanya, universiti di negara kita telah mengeluarkan 23,190 artikel, lantas melebihi negara Singapura yang dijadikan sebagai benchmark ataupun penanda aras. Pertama sekali, memang terdapat banyak metodologi ranking keluaran pelbagai badan antarabangsa, contohnya QS World University Ranking yang dipetik Menteri, Times Higher Education, World University Rankings, Best Global Universities Rankings oleh Thompson Reuters, Centre for World Universities Rankings dan lain-lain lagi. Rata-rata universiti yang benar-benar terkemuka dan bertaraf antarabangsa akan mendapat pengiktirafan daripada kebanyakan jika tidak kesemua ranking tersebut. Walaupun Universiti Malaya (UM) berjaya menduduki tangga ke-151 dalam QS World University Ranking, namun dalam ranking-ranking lain tidak terserlah. Sebagai contoh, Centre for World Universities Rankings, UM hanya mendapat tangga ke-192, manakala Best Global Universities Ranking meletakkan UM di tangga 423. Bagi Times Higher Education pula, universiti tempatan kita tidak mengambil bahagian. Jadi pada hemat saya, sekiranya kita tidak mampu atau tidak sanggup bersaing dengan universiti antarabangsa, usahlah kita mengangkat bakul sendiri dengan memilih secara selektif. Cara yang lebih baik adalah untuk mengakui kelemahan kita dan memperbaikinya. Daripada segi penerbitan artikel akademik dan petikan pula, menteri menghebohkan bahawa universiti kita berjaya mengatasi Singapura daripada segi jumlah penerbitan. Saya tidak terkejut dengan pencapaian ini, malah saya hairan mengapa hanya baru-baru ini kita dikatakan dapat mengatasi Singapura. Ini kerana menurut daftar kelayakan Malaysia, kita mempunyai 20 buah IPTA dan 43 buah IPTS. Ini membawa jumlah 63 universiti di Malaysia, manakala Singapura hanya mempunyai 6 buah IPTA dan 26 IPTS iaitu sejumlah 32. Ini bermaksud, bilangan universiti kita adalah dua kali ganda Singapura. Justeru, kita bukan sekadar sepatutnya sudah lama mengatasi Singapura tetapi juga kita patut melebihi universiti mereka dengan sekurang- kurangnya dua kali ganda jumlah penerbitan. Pada masa yang sama, bilangan penerbitan hanyalah satu indikator dan kuantiti tidak semestinya bermaksud kualiti. Mungkin banyak kajian yang dibuat di universiti tempatan kita tapi adakah kajian itu bermaslahat atau menyumbang kepada epistemologi ilmu, adakah ia mempunyai ISI indeks ataupun impact factor. Sebagai contoh, Nanyang Technology University (NTU) di Singapura telah berjaya meraih tempat pertama di Asia daripada segi kualiti dan impak penyelidikan. Ini merupakan pencapaian yang sangat significant memandangkan NTU ini hanya berusia 23 tahun dan kini sudah berjaya menandingi universiti-universiti terkemuka di Asia seperti Hong Kong, Korea dan Jepun. Di Malaysia pula kita mendengar mengenai kejayaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan kit halau makhluk halus sebagai rawatan untuk menangani masalah histeria yang sering berlaku, khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan. Menurut laporan akhbar, antara hasil daripada kajian untuk membangunkan produk ini adalah kejayaan dalam menghubungi dan mengenal pastikan makhluk halus serta kelemahan mereka. Sungguh menakjubkan dan sekiranya benar dakwaan penyelidik UMP ini, maka kita harus segera mencalonkan mereka untuk hadiah Nobel dalam fizik. Ini kerana mereka telah berjaya melakukan suatu yang sudah lama dikejar oleh para saintis dunia yakni membuktikan kewujudan kehidupan dimensi lain, malah berinteraksi dengannya. Namun, jika dakwaan mereka tidak benar, maka demi menjaga nama baik agama Islam serta reputasi sistem pendidikan negara kita, saya mohon agar pihak pentadbir universiti menilai dan menyusun semula keutamaan mereka. Pada kala institusi pengajian negara kita masih bergelut dengan perkara masalah-masalah asas seperti sekolah yang tidak berdinding, tidak mempunyai bekalan air bersih, bekalan elektrik yang tekal dan sebagainya, kelemahan tenaga pengajar, prestasi pendidikan yang makin mencorot, nampaknya kaum intelektual kita lebih gemar menyalurkan geran pendidikan dan prapengkomersialan kepada usaha menghalau hantu. Ini menjadi keutamaan, manakala perkara asas masih tidak diberi perhatian. Saya ingin berbalik sekarang ini kepada penggunaan Oxford University sebagai penanda aras ataupun benchmark oleh Yang Berhormat Menteri pada tempoh hari. Saya menyokong usaha ini untuk menjadi sebaik Oxford University, namun saya tertanya sama ada kerajaan benar-benar memahami apakah yang menjadikan sebuah
universiti itu bertaraf antarabangsa. Saya sendiri pernah dijemput ke Oxford University untuk berucap kepada pelajar-pelajarnya, di samping itu saya juga pernah berucap di Edinburgh University, National University of Singapore, semua universiti yang tidak dinafikan taraf dunianya. Dalam pengalaman saya, program bersama mahasiswa di universiti tersebut sangat berilmiah, memberangsangkan dan tidak pernah ada masalah saya hadir di universiti tersebut. Namun pada bulan lepas, saya telah dijemput ke Forum Anjuran Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, saya menerima panggilan daripada pengelola program tersebut, seorang mahasiswa dan beliau memberitahu bahawa pihak pentadbiran telah membatalkan program kami. Memandangkan saya sudah dalam perjalanan, dah on the way, saya cadangkan agar kita teruskan sahaja program tersebut, mungkin kita buat secara informal. Maka, pada petang itu lebih kurang 80 orang hingga 100 mahasiswa dan mahasiswi UIA telah berkumpul di kafeteria universiti. Kehadiran pelajar masih ramai walaupun kami terpaksa menukar program kepada perbincangan di kafeteria akibat tidak mendapat kelulusan menggunakan dewan. Pun begitu, tidak sampai lima minit perbincangan kami, datanglah pegawai-pegawai sekuriti untuk menghentikan program, seolah-olah orang tidak boleh duduk dan berbincang dalam kafeteria universiti. Akhirnya, kami berjaya juga teruskan perbincangan secara informal dan saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengelola program tersebut serta semua pelajar yang berani hadir walaupun menghadapi kekangan daripada pihak pentadbiran. Namun begitu, beberapa hari kemudian, berita melaporkan bahawa sebuah program debat anjuran Suruhanjaya Tinggi United Kingdom dan juga University of Nottingham yang sepatutnya bertempat di UIA juga telah dibatalkan kononnya atas kehadiran seorang ahli politik pembangkang walaupun terdapat juga wakil kerajaan, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, walaupun saya menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan universiti kita bertaraf dunia, saya ingin menyatakan bahawa tanpa kebebasan akademik, kita tidak akan menghasilkan graduan yang berupaya untuk berfikir secara kreatif. Tidak ada gunanya kita mempunyai universiti yang ada prasarana fizikal, bangunan canggih dan sebagainya tetapi tidak mempunyai ruang kebebasan untuk memberangsangkan minda. Selagi kerajaan tidak membenarkan kebebasan akademik, sehingga itulah universiti kita tidak akan maju dan tidak akan berdaya saing di peringkat dunia. Tuan Yang di-Pertua, slogan besar yang dilaungkan Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-11 adalah Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Dalam prakata dokumen RMKe-11 pula, matlamat yang tertera adalah untuk mencapai aspirasi menjadi negara maju yang inclusive dan mampan menjelang tahun 2020. Dalam pemahaman saya, apabila ungkapan inclusive digunakan, ia membawa maksud bahawa apa-apa hasil kemajuan dan pembangunan akan dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia. Namun, saya ragu sama ada RMKe-11 ini benar-benar inclusive sebagaimana yang dijanjikan apabila jelas terdapat wilayah-wilayah tertentu yang tidak diberi perhatian yang secukupnya. Bagi pihak rakyat Pulau Pinang, saya ingin menzahirkan perasaan dukacita kerana negeri kami seolah-olah dipulaukan dan tidak diberi layanan yang adil dan saksama. Walaupun Perdana Menteri menjanjikan pelaburan yang paling besar dalam sejarah Malaysia dengan nilai RM260 bilion untuk merealisasi RMKe-11, namun nampaknya tidak ada apa-apa yang significant untuk salah sebuah negara utama Malaysia iaitu Pulau Pinang. Ambil sebagai contoh, salah satu daripada enam pemacu perubahan ataupun game changer yang diutarakan oleh RMKe-11 iaitu melabur dalam bandar berdaya saing. Strategi yang dicadangkan ini adalah langkah yang bijak kerana bandar memainkan peranan yang sangat penting dalam memangkin pertumbuhan negara.
Sesebuah bandar yang maju bukan sekadar dapat menjana peluang pekerjaan dan perdagangan yang banyak. Ia juga dapat menghubungkan penduduk kawasan pinggir bandar dan luar bandar kepada pekerjaan...
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.
Ya.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat soal memberi keutamaan kepada penduduk bandar iaitu melabur di kawasan bandar. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa negara kita ini bukan sahaja tumpukan kepada bandar tetapi rakyat di luar bandar Yang Berhormat, terutama di negeri Sabah dan Sarawak. Bolehkah Yang Berhormat toleh balik, tengok balik bagaimana keadaan di Sabah dan Sarawak. Adakah Yang Berhormat bersetuju kepada saya bahawa penduduk di luar bandar juga harus diberi keutamaan menjelang tahun 2020. Ini sebab kita mahu sebagai negara maju dan semua rakyat kita berpendapatan tinggi. Bagaimana pendapat Yang Berhormat jika Kerajaan Pusat tumpu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja. Cuba Yang Berhormat jawab.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya setuju dengan Yang Berhormat di sebelah sana bila kita bincang isu pembangunan inclusive semestinya kita kena memastikan bahawa segala pembangunan, kemajuan dan pengagihan kekayaan itu harus dibuat secara saksama. Di mana penduduk luar bandar, bandar juga harus mendapat manfaat. Antara strategi yang telah dikenal pasti oleh RMKe-11 ini adalah membangunkan beberapa bandar yang tertentu yang di sini dikenal pasti sebagai Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. Tujuan untuk membangunkan bandar-bandar tersebut adalah untuk memastikan bahawa apabila ada pembangunan yang pesat berlaku ada juga spillover yang dapat menghubungkan orang di luar bandar pun boleh datang ke bandar dapat pekerjaan dan sebagainya. Saya rasa dari Bank Dunia, World Bank, IMF dan sebagainya telah menunjukkan bahawa apabila terdapat bandar-bandar yang berdaya saing, yang maju maka kawasan-kawasan di sekelilingnya juga akan mendapat hasil daripada kemajuan. Jadi sehubungan dengan itu kerajaan telah merangka Pelan Induk Daya Saing, Competitive Master Plan bagi empat bandar utama yang saya sebut tadi. Pelan ini dibangunkan berdasarkan prinsip mewujudkan kepadatan, memperluas pembangunan berorientasikan transit, mengukuhkan cluster berasaskan pengetahuan, meningkatkan daya huni dan menggalakkan pembangunan dan amalan hijau serta memastikan inclusivity. Amat malang sekali Pulau Pinang tidak termasuk dalam senarai bandar-bandar utama tersebut. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku sedangkan Pulau Pinang adalah bandar paling utama di negara kita selepas Kuala Lumpur. Malah Pulau Pinang juga diberi pengiktirafan antarabangsa sebagai bandar kelapan paling berdaya huni di Asia. Sementara Kuala Lumpur hanya menduduki kedudukan ke-10. Oleh itu pengecualian Pulau Pinang daripada Pelan Induk Daya Saing ini tidak masuk akal langsung, khususnya apabila kita mempertimbangkan kriteria yang digunakan. Iaitu dalam RMKe-11 telah dinyatakan kriteria untuk memilih bandar-bandar tersebut adalah saiz penduduk, sumbangan KDNK, infrastruktur yang sedia ada, pemusatan institusi pengajian tinggi, kelebihan geografi serta prinsip inclusivity dan agihan saksama. Dari segi populasi Tuan Yang di-Pertua, Pulau Pinang mempunyai hampir 1.7 juta penduduk dan jika dikira kawasan-kawasan pinggiran yang merangkumi Greater Penang Conurbation populasi metropolitannya adalah lebih daripada dua juta orang. Tambahan pula selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi iaitu 1,500 orang sekilo meter persegi. Bagi kriteria KDNK pula, Pulau Pinang adalah antara yang terbesar di Malaysia dari segi sumbangan KDNK kepada negara. Pada tahun 2014 KDNK Pulau Pinang adalah RM67 bilion iaitu kelima tertinggi selepas Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sarawak. Pencapaian ini adalah significant memandangkan Pulau Pinang juga adalah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Ini diterjemahkan kepada kadar KNDK per kapita yang tinggi. Malah pada tahun ini KDNK per kapita Pulau Pinang dijangka mencecah RM46,019 iaitu ketiga tertinggi di Malaysia dan melebihi Selangor yang dijangka mencatat RM45,000.
Ini adalah bukti bahawa Pulau Pinang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Dari segi kriteria infrastruktur pula umum mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan hab logistik Utara di mana terletaknya pelabuhan, lapangan terbang, stesen kereta api utama di Wilayah Utara. Oleh itu kerajaan sepatutnya memantapkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk memangkin pertumbuhan ekonomi di seluruh Wilayah Utara. Dari segi pemusatan institusi pengajian tinggi Pulau Pinang juga merupakan hab pendidikan bagi semua peringkat dari pra sekolah sehingga ke pendidikan tertiary. Di samping sembilan sekolah antarabangsa kami juga mempunyai salah satu IPTA terunggul iaitu Universiti Sains Malaysia serta beberapa lagi kolej dan universiti kolej swasta. Tambahan pula Pulau Pinang juga telah menarik minat universiti asing seperti Hull University dari United Kingdom yang akan menubuhkan kampus mereka di Batu Kawan.
Ya, boleh gulung ya.
Okey baik. Bagi kriteria kelebihan geografi adalah sukar untuk menafikan bahawa Pulau Pinang mempunyai lokasi yang sangat baik dari segi air, udara, jalan raya. Lebih daripada itu Pulau Pinang juga merupakan roda yang menyambungkan rantau Thailand Selatan dengan Indonesia Utara. Akhir sekali berdasarkan prinsip inclusivity empat bandar yang dipilih itu mewakili Sabah dan Sarawak serta Wilayah Tengah dan Selatan Semenanjung. Ini bermaksud bahawa Wilayah Utara Semenanjung Malaysia telah dipinggirkan sama sekali. Oleh itu bagaimanakah pilihan bandar-bandar ini boleh dikatakan sejajar dengan prinsip inclusivity. Jelas Pulau Pinang bukan sahaja berhak tetapi sepatutnya menjadi pilihan utama untuk Program Pelan Induk Daya Saing Bandar ini. Pembangunan Pulau Pinang terbukti dapat memangkinkan pertumbuhan Wilayah Utara secara khusus dan negara Malaysia secara amnya. Malangnya Kerajaan Barisan Nasional mengambil pendekatan ibarat, ‘kerana nyamuk seekor kelambu dibakar’ dengan meminggir rakyat Pulau Pinang atas dasar politik yang sempit. Ini bukan kali pertama Pulau Pinang dianaktirikan. Saya hendak mengingatkan Dewan yang mulia ini mengenai janji-janji manis yang terkandung dalam RMKe-9. Antaranya Projek Monorel RM2 bilion yang telah diumumkan untuk menaik taraf pengangkutan awam di Pulau Pinang. Malah tender projek tersebut pun telah dijalankan, telah dianugerahkan tetapi setelah Barisan Nasional tewas di Pulau Pinang dalam PRU-12 dengan tiba-tiba projek tersebut telah dihentikan semasa kajian separuh penggal. Nasib yang sama juga menimpa Projek Penang Outer Ring Road yang bernilai RM1.5 bilion. Seperti biasa Kerajaan Barisan Nasional selalu letakkan kepentingan politik sebelum kepentingan rakyat. Namun demikian Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak hanya berduduk diam walaupun tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak kami telah bertekad untuk menyelesaikan masalah lalu lintas yang selama ini menghantui rakyat Pulau Pinang. Oleh itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang bernilai RM27 bilion yang kini dalam proses tender untuk project delivery partner yang akan merangkumi pembinaan lebuh raya baru, trem, LRT dan sebagainya. Matlamat projek ini adalah untuk mengintegrasikan sistem pengangkutan dengan pelan pembangunan agar rakyat dapat digerakkan dari rumah mereka ke tempat kerja atau pusat komersial. Meskipun dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan dan walaupun kekurangan sumber dan dana pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap komited untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dengan menyediakan infrastruktur terbaik bagi membangunkan daya huni dan memangkinkan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Minta pencelahan sedikit.
Ya, masa sudah cukup.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Bendera ada pandangan kerana kita tahu bahawa sejak RMKe-9 di mana Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjanjikan empat hadiah yang besar kepada Pulau Pinang. Salah satunya adalah monorel public transportation pengangkutan awam. Sampai sekarang sudah RMKe-11 masih kita tunggu,
Pulau Pinang tunggu-tunggu lagi, sekarang tidak sampai-sampai. Jadi dalam RMKe-11 tidak ada apa pun untuk Pulau Pinang. Jadi minta supaya pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera adakah perlunya kerajaan Yang Amat Berhormat Pekan kena bagi, tunaikan janji yang dijanjikan oleh Kerajaan Pusat bagilah public transportation yang berbentuk LRT atau trem kepada Pulau Pinang. Itu monorel kita tidak mahulah sebab kita tahu bahawa monorel itu sekarang satu teknologi yang amat tidak sesuai untuk Pulau Pinang. Kita minta supaya Yang Berhormat Pekan bagilah tunaikan janji bagi pengangkutan awam kepada Pulau Pinang. Terima kasih. Pandangan.
Ya terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya rasa kalau kita hendak tunggu Yang Berhormat Pekan tunaikan janji itu tunggu sampai bila-bila pun tidak akan menjadi Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tunggu lagi. Kalau hendak tunggu sampai RMK ke berapa baru hendak dapat so kita telah menjalankan program kita sendiri yang dipanggil Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang bernilai RM27 bilion. Kalau Kerajaan Pusat tak hendak tolong kita akan buat sendiri. Biarpun dipinggirkan, Pulau Pinang tetap akan mara ke depan, Penang leads Tuan Yang di- Pertua. Dengan itu saya ucapkan sekian terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong Malim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Mei yang lepas dengan tema Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat dengan Enam Teras Strategik Memacu Perubahan. Saya rasa kejayaan rancangan ini perlu dapat sokongan dari semua lapisan masyarakat sama ada kerajaan atau swasta. Tanpa sokongan daripada semua pihak, rancangan ini tidak akan berjaya dan pada saya rancangan ini sangat penting kerana ia adalah satu rancangan yang akan menjadi pemangkin ke arah untuk menjana pertumbuhan ekonomi untuk negara kita mencapai Wawasan 2020. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kesejahteraan rakyat saya cadangkan adalah telah sampai masanya kerajaan mempunyai strategi yang berkesan untuk apa yang dikatakan desentralisasi atau deurbanisasi supaya tidak semua rakyat berhijrah ke bandar raya besar. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kesesakan dan kos sara hidup yang tinggi di bandar raya-bandar raya besar. Kini di Kuala Lumpur kepadatan penduduk telah mencapai 6891 orang untuk satu kilometer persegi sedangkan di negeri-negeri yang lain seperti Pahang 43.8 orang satu kilometer persegi. Jadi dari segi kepadatan ia akan mewujudkan satu masalah yang tidak seimbang di mana harga kos tanah di Kuala Lumpur di sesetengah tempat kalau tidak silap saya di Bukit Bintang sudah mencapai RM3000 ke atas satu kaki persegi sedangkan di negeri-negeri yang lain di mana kepadatannya rendah ada di kebanyakan tempat tidak melebihi di bawah RM10 satu kaki persegi. Keseimbangan ini adalah bukan disengajakan, pada hakikatnya ia telah terjadi kerana peluang ekonomi dan peluang pekerjaan lebih banyak terdapat di bandar raya- bandar raya besar. Jadi kita tidak boleh secara paksa kerajaan tidak boleh campur tangan secara paksa untuk menjadikan keadaan ini sama rata. Kita cuma boleh buat dengan kaedah-kaedah, dengan polisi-polisi supaya kita boleh salurkan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi dari bandar raya-bandar raya besar ke pekan-pekan yang di luar bandar raya besar. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat banyak kegiatan ekonomi pun telah salurkan ke negara yang ketiga seperti negera India dan Filipina seperti daripada segi accountancy di mana mereka tidak berdepan
dengan pelanggan telah disalurkan. Seperti negara kita, kita boleh salurkan aktiviti-aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan disalurkan kepada pekan-pekan di luar bandar raya besar atau di kawasan luar bandar. Untuk mencapai hasrat ini, kerajaan perlu memperbaiki infrastruktur untuk menghubung kaitkan bandar raya-bandar raya besar dengan pekan-pekan dan kampung- kampung di kawasan luar bandar raya. Ini termasuk kemudahan lebuh raya, jalan raya, jenis pengangkutan awam dan yang penting adalah kemudahan internet yang menyeluruh supaya kerja-kerja yang tertentu boleh disalurkan ke luar bandar. Saya di sini saya cadangkan di mana kerajaan telah cadangkan untuk membina kereta api laju atau high speed train dari Kuala Lumpur ke Singapura. Jadi saya rasa ini projek baik tetapi saya juga harap kerajaan mula merancang supaya high speed train yang menghala ke negeri-negeri utara dari Kuala Lumpur hingga ke sempadan Malaysia- Thailand juga dirancangkan. Saya telah diberitahu oleh Duta Negara Republik Rakyat China ke Malaysia bahawa high speed train ada dua versi. Satu yang lebih mahal ia boleh capai had laju 350 kilometer sejam. Ini saya rasa mungkin akan dilakukan di antara Kuala Lumpur ke Singapura. Akan tetapi ada satu versi yang lebih murah, ia boleh antara 250 kilometer, saya rasa ini mencukupi kalau untuk negeri-negeri utara. Bukan saya menghina negeri-negeri utara tetapi mungkin kerajaan kita tidak ada peruntukan yang mencukupi. Jadi kalau kita boleh buat versi yang tidak seperti yang diadakan antara Kuala Lumpur ke Singapura memadai kerana dengan adanya high speed train ini ramai orang tidak perlu bermastautin di bandar raya besar. Mereka boleh berulang alik dari bandar raya besar atau kepakaran dari bandar raya besar boleh pergi ke pejabat, menyalurkan pejabat mereka di luar bandar raya besar. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyeru supaya kilang-kilang yang besar didirikan berhampiran dengan kawasan yang diduduki oleh B40. Saya sokong penuh cadangan ini. Di kawasan Parlimen saya Tanjong Malim terletaknya Proton City yang juga dinamakan Proton Centre of Automotive Excellence. Proton City di Tanjong Malim mempunyai luas tanah sebanyak 1280 ekar, lima kali lebih besar daripada Proton Shah Alam. Namun Tuan Yang di-Pertua, kapasiti di Tanjong Malim cuma mampu memasang 150 unit kenderaan satu tahun sedangkan kapasiti pemasangan di Proton Shah Alam telah mencapai 230,000 unit kereta setahun. Pekerja di Proton Shah Alam enam kali lebih ramai daripada yang di Tanjong Malim. Kalau tidak silap saya ada 6000 orang lebih pekerja di Proton Shah Alam sedangkan cuma terdapat 1000 orang lebih pekerja di Proton Tanjong Malim. Ini adalah satu contoh yang baik. Saya telah buat cadangan kepada pihak Proton kenapa mereka tidak boleh pindah Proton Shah Alam ke Tanjong malim sedangkan hartanah di Shah Alam boleh digunakan untuk pembangunan yang lebih canggih tetapi pada saya 6000 orang pekerja daripada Shah Alam kalau diletakkan di Tanjong Malim dengan pasangan suami isteri 12,000, ia mempunyai makna yang besar kepada Tanjong Malim. Akan tetapi 12,000 orang di kawasan Lembah Klang ia akan menambah kesesakan. Jadi saya rasa ini adalah satu contoh yang baik di mana kita boleh menempatkan kilang- kilang yang besar di luar bandar raya supaya mereka tidak harus beroperasi di bandar raya besar dengan kos hartanah dan kos hidup yang tinggi. Malah ia juga tidak membantu peluang pekerjaan dan kemakmuran di tempat-tempat di luar bandar raya. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2012, Kementerian Pertahanan telah mengumumkan satu projek yang dinamakan Malaysia Defense and Security Technology Park di Sungkai, Perak juga di kawasan Parlimen Tanjong Malim. Jadi mengikut pengumuman pada masa itu, projek ini kalau berjaya akan dapat menjana 50,000 peluang pekerjaan yang baru. Saya rasa ini adalah satu projek yang baik tetapi malangnya projek ini telah dilenyapkan begitu sahaja. Saya rasa mungkin daripada segi tinjauan secara asas, sekali imbas saya lihat cadangannya memang baik. Ia ada mempelawa kilang-kilang yang besar dengan high technology seperti Hua Wei dari negara China dan negara India diletakkan di sana kerana
pada masa akan datang teknologi pertahanan mereka dalam latihan, mereka lebih cenderung kepada virtual training.
Ia tidak ada meletupkan bom yang nyata, ia dalam internet melalui cyber, ia dalam teknologi yang baru ini mereka di mana kilang-kilang dengan teknologi tinggi akan terletak di sana. Ia akan dapat sokong projek Kementerian Pertahanan. Akan tetapi projek ini tidak dapat dilakukan. Mungkin saya rasa adalah satu sebab kerana kilang-kilang yang berteknologi tinggi ini mereka perlu berhampiran dengan lapangan terbang, kerana dari segi pengangkutan air cargo, mereka perlu berhampiran dengan lapangan terbang supaya barangan mereka boleh dihantar dengan cepat, luar negara atau masuk ke negara kita. Ini kerana mungkin sekatan kemudahan air cargo ini, projek ini tidak dapat dilakukan. Jadi di sini saya cadangkan untuk membantu menjanakan pembangunan ekonomi negeri Perak, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang sedia ada ini terletak di Bandaraya Ipoh dipindah kepada satu tempat yang lebih luas di mana kerajaan negeri mempunyai satu cadangan di mana satu tempat dikenal pasti adalah di Parlimen Parit, di mana satu kawasan yang cukup luas telah dikenal pasti supaya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dipindah ke sana untuk membolehkan pesawat-pesawat yang lebih besar mendarat di sana. Apabila projek ini dapat dilakukan, saya rasa ia akan dapat menarik lebih banyak pelaburan dari segi industri teknologi tinggi. Sebenarnya, lapangan terbang ini selalunya orang hubung kait dengan pelancongan. Memang pelancongan adalah satu aspek tetapi lebih pentingnya ia dari segi air cargo service, ia akan menjanakan pembangunan industri berteknologi tinggi. Jadi saya cadangkan supaya Kerajaan Persekutuan pertimbangkan untuk memindahkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ke Parit dalam masa yang singkat. Untuk membina satu lapangan terbang pada saya komponen yang penting adalah landasan. Jadi kita harus membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membina terminal. Saya rasa itu tidak penting sangat. Selagi landasan itu yang cukup besar untuk membolehkan pendaratan pesawat yang besar seperti 777, sekarang sudah 787, 380 dan sebagainya, ia akan membawa pembangunan ekonomi di kawasan itu. Tuan Yang di-Pertua, dari segi infrastruktur saya minta Jabatan Kerja Raya mengkaji untuk merancang membina sebatang jalan baru yang menghubungi Ulu Slim di negeri Perak dengan kawasan Raub di negeri Pahang. Sebenarnya tempat ini dekat, tak sampai 30 kilometer. Ini kerana sekarang tidak ada kemudahan jalan, kalau ada jalan yang baik ia akan dapat hubung dua negeri antara di Ulu Slim, Slim River di negeri Perak dan juga di Raub di Pahang, maka ia akan dapat membuka banyak tanah untuk kegunaan pembangunan, hartanah dan pembangunan projek-projek yang akan dapat memberi manfaat kepada dua negeri. Saya minta supaya projek ini dipertimbangkan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sempadan negeri Pahang dan Perak. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, masyarakat Orang Asli juga tidak harus diabaikan. Pendekatan pembangunan secara inklusif yang lebih berkesan perlu diadakan untuk mencapai pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan dalam masyarakat Orang Asli. Biasiswa dan ganjaran berbagai-bagai bentuk yang berkesan perlu diadakan untuk menggalak dan mencungkil bakat yang berpotensi di kalangan pelajar Orang Asli supaya mereka boleh dilatih dan dengan kemahiran yang tinggi dan juga dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sampai masa kita bukan setakat membina rumah, membuat jalan, itu penting tetapi, sampai masa kita membantu kaum Orang Asli untuk mencapai social mobility supaya mereka boleh meningkatkan kedudukan sosial melalui pendidikan. Bagi penjagaan kesihatan berkualiti, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Kerajaan akan membina lapan buah hospital baru di seluruh negara. Selain daripada usaha kerajaan, kerajaan juga akan bekerjasama dengan sektor swasta seperti universiti dan universiti penyelidikan dalam memaju inovasi melalui aktiviti penyelidikan. Sebagai seorang Ahli
Majlis di Majlis Universiti Tunku Abdul Rahman, pihak universiti kami bercadang untuk membina sebuah hospital pengajaran dan penyelidikan di kampus utama kami di Kampar. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita adalah sebuah IPTS, tujuan kami dalam pembinaan hospital ini bukan untuk meraihkan keuntungan. Selain daripada melatih kepakaran dalam perubatan, kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan kepada perkhidmatan perubatan yang bermutu kepada rakyat dari semua lapisan masyarakat termasuk golongan yang miskin di negeri Perak dan negeri-negeri yang berhampiran dengannya. Kami berharap akan dapat membantu dan menggenapkan fungsi hospital kerajaan dalam bidang perkhidmatan kepakaran perubatan dan penyelidikan. Kami harap kerajaan akan dapat memberi sokongan kepada hospital yang bakal dibina oleh Universiti Tuanku Abdul Rahman di Kampar, Perak. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam penyelidikan, memang kerajaan perlu kerjasama dengan pihak swasta supaya dari segi penyelidikan, kita dapat bersama-sama berganding bahu untuk mencapai kejayaan seperti saya ambil satu contoh, penyakit denggi. Penyakit denggi adalah satu jenis penyakit di kawasan tropika terutama di Malaysia kerana ada di negara-negara yang lain, mungkin penyelidikan tidak mencukupi untuk menghasilkan vaksin. Jadi adalah sampai masanya kerajaan, sama ada dengan hospital kerajaan, dengan pihak swasta berganding bahu untuk menghasilkan satu vaksin. Saya rasa ini satu usaha sama yang boleh jadi contoh.
Ya, boleh gulung.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pembangunan modal insan, walaupun kerajaan akan melaburkan berbilion-bilion ringgit dalam Rancangan Malaysia dan kita juga akan membina 80 buah sekolah baru di seluruh negara dalam tempoh rancangan Malaysia Kesebelas. Akan tetapi pada pendapat saya, modal insan ini tidak boleh diuji dengan bilangan sekolah dan nilai wang mata ringgit. Jadi saya rasa untuk menjadi negara tahap negara maju, kita perlu menghasilkan golongan generasi muda yang bukan sahaja mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, mereka juga harus mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi, setimpal dengan kelulusan akademik mereka. Tidak ada maknanya kalau kita latih pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan untuk sijil atau ijazah mereka. Mereka dapat A dalam sijil dan ijazah mereka tetapi mempunyai nilai moral yang rendah, tidak ada rasa tanggungjawab, tidak ada integriti sikap yang buruk dan sebagainya. Di sini saya cadangkan, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran harus menggalakkan kursus agama untuk semua kaum dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Sekarang memang ada pendidikan moral tetapi pada pandangan saya kalau pendidikan moral ia tidak ada falsafah keagamaan, ia tidak akan membawa kesan yang mendalam. Akan tetapi pada saya, dari segi keagamaan, kita boleh bincang nilai sejagat. Dari sudut nilai sejagat dalam pembelajaran falsafah agama, maka ia tak akan menjadi sensitif seperti nilai-nilai yang baik. Kita mengajar kepada pelajar-pelajar kita. Saya rasa ini satu pendekatan Kementerian Pelajaran harus melihat dengan seriusnya.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pengiktirafan pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang bakal setanding dengan pendidikan akademik adalah satu perkembangan yang mempunyai visi untuk memastikan rakyat jelata kita mempunyai pilihan selain daripada pendidikan akademik yang mana kita juga boleh memilih untuk berjaya dalam bidang teknikal dan vokasional sehingga mempunyai pengiktirafan yang tinggi seperti di peringkat Masters dan PhD. Mengikut sumber dari Perangkaan Pendidikan 2013, di negara kita terdapat 18 buah sekolah menengah teknik dan 70 buah sekolah menengah vokasional. Dengan jumlah pengajar cuma 7,827 orang sahaja dalam bidang vokasional. Sedangkan untuk sekolah menengah yang biasa kita terdapat 1,950 buah sekolah menengah dengan tenaga pengajar seramai 155,243 orang pengajar. 155,000 dengan 7,000, jadi jauh ini peratusan cukup jauh berbeza. Jadi, saya rasa kerajaan kalau hendak mempromosi pengajaran pendidikan vokasional, kerajaan perlu melipatgandakan usaha dalam bidang ini. Saya cadangkan
supaya kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak sekolah vokasional dan teknikal di seluruh negara kita, sekurang-kurangnya sebuah sekolah vokasional di setiap daerah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sokong. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Lumut tunjuk Yang Berhormat Bayan Baru. Saya hendak panggil Yang Berhormat Lumut tetapi dia tunjuk Yang Berhormat Bayan Baru. Sila, sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Lumut juga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, beliau berkata Rancangan Malaysia Kesebelas ini adalah last lap untuk mencapai Wawasan 2020. Jadi, perbahasan saya pada hari ini bertumpu kepada bagaimanakah kita boleh mencapai Wawasan 2020? Argument saya adalah bahawa hanya menumpukan fokus kepada ekonomi dan seperti RMKe-11, tidak akan membawa kita kepada Wawasan 2020. Negara maju yang sebenar yang sepenuhnya yang diidamkan oleh rakyat di luar di Malaysia adalah merangkumi semua aspek dari segi bidang politik, sosial dan perpaduan negara. Jadi, RMKe-11 ini harus dinilai dan di analisa mengikut berlandaskan objektif asal Wawasan 2020. Wawasan 2020 bertujuan meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya, terangkumkan bukan sahaja bidang ekonomi tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi serta perpaduan nasional dan sosial antara lain, semua terangkum dalam ini. Kesemua ini melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan juga keyakinan. RMKe-11 yang dibentangkan tidak menangani objektif-objektif ini yang disenaraikan. Saya sudah baca penuh tetapi tidak hanya fokus kepada ekonomi, berapa duit bagi ini, nak itu, nak itu tetapi projek apa, 60 buah sekolah, 6 biji hospital lagi, itu sahaja. Akan tetapi tidak menangani objektif-objektif yang disenaraikan. Jadi, saya hendak meramalkan, saya berani meramalkan bahawa walaupun saya pun mahukan negara kita mencapai Wawasan 2020 seperti negara maju yang sepenuhnya tetapi saya kurang yakin dengan pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan, dengan para pimpinan Barisan Nasional. Saya rasa ini tidak dapat mencapai dan biar saya bagi contoh satu-persatu. Matlamat pertama Wawasan 2020 adalah mewujudkan negara yang bersatu. Akan tetapi sejak pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan sehingga sekarang, banyak isu sensitif perkauman dan agama dibiarkan berlaku sahaja. Contoh, pada tahun 2010, gereja dibakar, masjid dilemparkan dengan kepala khinzir, insiden kepala lembu yang menghina orang Hindu, isu kalimah Allah, isu PERKASA mengancam bakar Bible, pemimpin UMNO dan abang Ketua Polis Negara buat demo di depan gereja. Bagaimana kita mewujudkan negara yang bersatu padu jika kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan tidak berupaya menyelesaikan masalah ini? Kedua, mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas tetapi di Malaysia kita tahu bahawa media di Malaysia dikongkong. Editor-editor akhbar media online seperti Malaysian Insider ditangkap tetapi akhbar Utusan Malaysia dibiarkan buat macam-macam tuduhan yang membakar semangat dan memecahbelahkan masyarakat. Berita tipu di saman oleh banyak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan mereka kalah dalam mahkamah. Ini adalah bukti bahawa mereka menipu tetapi tidak diambil tindakan. Jadi, sekarang pula perkembangan yang terbaru adalah Perdana Menteri sendiri yang menyaman media-media seperti Malaysia Kini dan juga Media Rakyat pun kena saman di mahkamah. Kedudukan kebebasan media di Malaysia sekarang adalah pada tahap yang paling rendah dalam sejarah, lebih teruk daripada Myanmar. Jadi, kalau kita biarkan ini, bagaimana boleh melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas?
Pemikiran mahasiswa juga dikongkong dengan Akta AUKU walaupun kata AUKU digubal dan sebagainya tetapi masih berlaku penekanan. Saya bagi contoh, tadi Yang Berhormat Bukit Bendera ada first hand experience. Yang Berhormat Pandan dijemput ke UiTM untuk berucap tetapi mikrofon dirampas. Bekas Yang Berhormat Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput berucap di Universiti Malaya tetapi Naib Canselor umumkan tutup universiti macam darurat gempa bumi. Ini adalah seakan-akan universiti ini mengongkong pemikiran pelajar. Bagaimana kita boleh melahirkan satu generasi pemimpin, pelajar atau pemimpin yang berjiwa bebas? Matlamat ketiga, mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. Dalam bab ini, wujud pula SPR yang dipertanggungjawabkan melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih. Gagal menjalankan tugas yang diamanahkan. Saya hendak ambil contoh yang terbaru seperti apa yang berlaku di persempadanan semula di Sarawak. Daripada 11 kerusi baru yang ditambahkan di Sarawak, kerusi baru Gebong ada pengundi 6,340. Kerusi baru Batu Gitang ada pengundi 20,107 pengundi. Perbezaan antara kedua-dua kerusi ini sebanyak 215%. Ini menunjukkan bahawa perbezaan yang begitu ketara antara satu sama lain. Apakah ini adalah persempadanan yang adil, one man, one vote, one value? Jadi, kenapa perbezaan begitu ketara? Jadi, ini menunjukkan bahawa SPR yang patut melaksanakan amanah untuk menjaga negara yang demokratik, tidak menunaikan amanah mereka. Persempadanan yang berlaku, persempadanan yang begitu jauh, begitu besar. Jadi, syor-syor ini bukan sahaja kita bangkitkan daripada Pakatan Rakyat tetapi kita telah tubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen, di mana Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudah bergabung, duduk, buat syor-syor kepada SPR. Akan tetapi apa yang berlaku, diingkarkan. Tidak dipatuhi, tidak dilaksanakan sampai sekarang. Jadi, kita minta Menteri jawab kenapa tidak melaksanakan apa yang Ahli- ahli Parlimen kedua-dua pihak duduk dan kita mahukan yang terbaik. Terbaik itu sudah ada dalam cadangan tersebut, kenapa tidak laksanakan sampai sekarang? Hendak minta Menteri jawab, sampai sekarang berapa peratus telah berjaya dilaksanakan dan berapa peratus masih belum berjaya dilaksanakan, bila hendak dilaksanakan semua syor-syor tersebut?
Kalau mereka tidak jalankan, adakah SPR ini menghina Dewan ini? Oleh kerana ini adalah persetujuan antara kedua-dua daripada pihak Barisan Nasional dan parti Pakatan Rakyat. Jadi, keadaan ini menyebabkan bahawa SPR dinilai dengan begitu rendah dalam satu laporan Electoral Integrity Report yang dikeluarkan oleh Harvard University. Antara 127 negara yang dikaji selidik, Malaysia daripada tahap yang paling– salah satu paling rendah, 114 daripada 127 buah negara. Kita sama taraf dengan fail states seperti Egypt, Anggola, Pakistan dan Zimbabwe. Bagaimana kita boleh mencapai the best democracy in the world yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, saya minta Yang Berhormat Menteri jawablah. Berdasarkan contoh-contoh di atas, kalau kita tidak membuat sesuatu yang drastik, saya ramalkan di bawah pentadbiran Barisan Nasional sekarang, Malaysia tidak akan berjaya mencapai Wawasan 2020. Masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia bukan semata-mata ekonomi sahaja tetapi adalah institusi politik demokrasi dan pentadbiran negara yang kian songsang, institutional decay. Francis Fukuyama yang merupakan akademik yang tersohor di dunia dalam buku terbarunya, Political Order and Political Decay, dia menulis, dengan izin ya, Tuan Yang di-Pertua, “all political systems, past and present are liable to decay as older institutional structures fail to evolve to meet the needs of a changing world, the fact that a system once was a successful and stable liberal democracy, does not mean that it will remain so in perpetuity.” Jadi, ini bermaksud bahawa institusi kerajaan, institusi negara begitu penting dan ia selalu ada tendensi untuk songsang. Ia ada tendensi untuk menjadi parah kalau negara tidak berbuat sesuatu. Dalam keadaan di Malaysia, kita nampak secara jelas bagaimana institutional decay yang berlaku di dalam institusi pentadbiran negara. Contohnya, SPR yang dipertanggungjawab melaksanakan pilihan raya adil dan bersih, gagal. Skandal 1MDB yang begitu besar terlepas pandang daripada pihak Kementerian Kewangan, Audit Kerajaan sehingga ke Kabinet juga tidak tahu apa sehingga baru-baru ini. Institusi Parlimen
yang berfungsi sebagai check and balance dianggap sebagai rubberstamp oleh pihak cabang Eksekutif. Sistem kehakiman yang tidak adil menyebabkan Datuk Seri Anwar dipenjarakan. Pihak polis yang sepatutnya fokus membanteras jenayah dan bebas daripada campur tangan politik. Sekarang digunakan untuk menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sekarang Tun Mahathir pun dianggap sebagai a threat to national security. Dilarang berucap dalam PWTC, itu bangunan UMNO, bangunan UMNO di mana Tun Mahathir pun ahli UMNO. Sekarang dijadikan sebagai a threat to national security oleh IGP. Ini saya rasa bukan IGP lah, ini adalah Yang Amat Berhormat Pekan yang mungkin takutkah, rasa cemaskah. Jadi, ini adalah- [Disampuk] ...you pun tidak ada dalam Dewan, cakap apa? Okey, duduk, duduk, ini bukan your floor. Akibat daripada masalah kegagalan institusi negara, rakyat kurang berkeyakinan terhadap pentadbiran negara, sosial tidak stabil, rakyat cerdik pandai berhijrah keluar negara. Baru-baru ini satu agensi kerajaan, TalentCorp, CEO nya Johan Merican. Dia kata rakyat Malaysia cerdik pandai, belajar di luar negara tidak sanggup balik ke Malaysia kerana tidak ada keyakinan terhadap keadaan negara Malaysia. Pelabur- pelabur asing tidak berkeyakinan melabur jumlah wang yang besar ke Malaysia juga. Ini kerana masalah institusi negara yang semakin songsang. Maka, keadaan ekonomi negara tidak akan stabil. Jadi, kita tidak ada pilihan. We have to stop the rot dan mereformasikan institusi pentadbiran dan demokrasi negara. Bagaimana kita boleh mencapai negara maju yang sepenuhnya? We have to start somewhere. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan tiga institutional reform yang sudah lama dibincangkan dalam Parlimen dengan serta-merta. Pertama, reform the SPR, memastikan SPR dirombak dan melaksanakan syor-syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen, penambahbaikan sistem pilihan raya. Minta Menteri jawab sekarang. Bolehkah rombak atau tidak boleh? Bolehkah laksanakan syor-syor kah atau tidak boleh? Mengapa tidak boleh melaksanakan syor-syor apabila telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak? Kedua, reform PDRM, polis kita. Baru-baru ini, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaidin, dia telah menuntut melaksanakan semula IPCMC. Mengapa beliau berkata, kerana beliau begitu kecewa kegagalan EAIC yang gagal menjalankan tugas kerana hanya diberi satu orang penyiasat. Akan tetapi dalam tahun 2014, lebih daripada 3,000 complains terhadap institusi PDRM dan banyak institusi lain. Jadi, saya minta respons daripada Menteri. Sekarang EAIC terbukti bahawa telah gagal menjalankan tugas. Sekarang, bolehkan IPCMC di bawa semula kerana ini penting. We have to reform the police. Kalau tidak, masalah rasuah, masalah di Wang Kelian yang berlaku lama, tidak tahu dan sehinggakan penculikan di kawasan Sabah dan sebagainya masih berlaku.
Ya, boleh gulung.
Institusi ketiga yang perlu direform adalah Parlimen. Kita menyokong, saya menyokong kuat kepada Tuan Yang di-Pertua kerana empat cadangan beliau untuk Parliament reform. Di sini saya juga ingin tambah supaya membuat pindaan terhadap Akta Majlis Parlimen, Keistimewaan dan Kuasa 1952, semakan 1988 iaitu Akta 347 untuk memberi kuasa penuh kepada Parlimen untuk menguruskan hal ehwal sendiri. Pada masa kini kuasa tersebut belum cukup dan masih ada campur tangan daripada pihak Eksekutif. Saya juga ingin mencadangkan supaya Ahli-ahli Parlimen diberi imuniti penuh dalam membahaskan isu-isu dalam Parlimen. Parlimen adalah highest Legislative branch in the country. Kita tidak boleh menyekat kebebasan bersuara untuk Ahli-ahli Dewan. Jika cabang Kehakiman boleh mendapat imuniti penuh, kenapa cabang Perundangan tidak boleh? Saya juga ingin mencadangkan kepada Parlimen supaya peruntukan kawasan setiap kawasan Parlimen di pindah daripada ICU kepada jagaan Parlimen supaya Ahli-ahli Parlimen mempunyai lebih banyak kuasa untuk menguruskan peruntukan tersebut. Buat masa ini pihak Eksekutif tidak berlaku adil kerana peruntukan tersebut hanya diberi kepada satu pihak iaitu pihak Barisan Nasional sahaja. Akan tetapi jika diurus oleh Parlimen, saya tahu bahawa Speaker, semuanya adil, dia akan bagi semua peruntukan tersebut kepada semua pihak. Jadi, moving foward, saya menyeru Tuan Yang di-Pertua dan kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas
Parlimen Pembaharuan Institusi Parlimen untuk mengumpul idea-idea dan cadangan yang selanjutnya daripada Ahli-ahli Dewan dan juga rakyat. Isu yang terakhir adalah isu telco card. Menteri Komunikasi dalam rancangan Edisi Khas, suara kita, hak kita yang disiarkan langsung di TV1 berkata, saya bertanya kepada rakyat pandangan mereka dan rakyat hendaklah beli kad prabayar RM10. Bila diaktifkan, dapat RM10. Oleh sebab itu saya ambil keputusan di sini mengenai formula itu kerana ia kehendak rakyat. “Saya akan ikut apa rakyat mahu”. Ini kata-kata Menteri. Akan tetapi baru seminggu sahaja, selepas itu apabila rakyat beli kad prabayar RM10, dapat pula hanya nilai RM9.43. Ke mana janji-janji menteri, baru seminggu? Saya hendak tanya Menteri, dahulu telco kad ada SST 6%, sekarang GST juga 6%. Dahulu telco company boleh absorb 6% tersebut, kenapa sekarang tidak boleh? Kenapa sekarang telco mahu ambil 6% tersebut sebagai keuntungan extra kepada mereka? Itu melibatkan RM800 juta, satu gigantic number, big number. Jadi kenapa ini berlaku? Menteri berkuasa, menteri boleh buat sesuatu, sekarang tidak mahu. Jadi dalam satu kenyataan Yang Berhormat Menteri kata tidak mahu memaksa telco company untuk menyerap GST. Beliau berkata ini akan menghantar signal yang salah kepada pelabur dan mungkin tidak mahu melabur di Malaysia. Saya rasa menteri itu kong kali kong, tidak faham ekonomi. Tidak timbul bahawa akan menakut-nakutkan pelabur kerana dahulu syarikat telco telah menerap 6% SST, sekarang kita minta menerap 6% GST. Polisi sama, remains the same. Selagi perkhidmatan daripada pengguna, selagi kita boleh menyedarkan market regulation yang transparent dan stabil...
Tuan Yang di-Pertua...
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa bangun.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Bayan Baru adakah Yang Berhormat Bayan Baru bersetuju sekiranya mereka ini gagal untuk tidak mengenakan GST ini, kita tarik lesen mereka. Kita bagi mereka contoh lima bulan atau enam bulan daripada sekarang, kegagalan mereka mematuhi GST ini kita tarik lesen. What do you think?
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya rasa ini cadangan yang bagus. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab soalan daripada Yang Berhormat Setiawangsa. Lebih bagus kalau mereka zero rated kan, senang sahaja. Satu pen, sign zero rated telco prabayar. Selesai masalah. Jadi kita mahu mereka jawab. Last sekali, ada satu isu dari kawasan saya di mana solar panel company melabur di Seberang Prai, syarikat Jinko Solar panel. Walaupun New York registered stock market, tetapi dia syarikat China. Diberi manufacturing license. Baru-baru ini ada satu company juga hendak masuk di kawasan Bayan Baru iaitu JA Telco Solar Panel, tetapi masalahnya adalah begini. Ini adalah, semua syarikat ini semakin masuk ke Malaysia kerana mereka adalah Chinese Company dari China. Mereka hendak mengelak Anti-dumping Tax daripada Amerika Syarikat. Apabila mereka masuk ke sini, mereka boleh dapat jual kepada Europe, Amerika mengelakkan Anti-Dumping Tax yang dikenakan kepada China. Tetapi masalahnya adalah dia menimbulkan masalah bahawa Amerika Syarikat dan juga Europe akan tahu cara mereka, mereka tahu pergerakan. Mereka akan pula mengena Anti- Dumping Tax terhadap Malaysia. Dahulu Taiwan, tahun 2010 syarikat-syarikat China masuk ke Taiwan macam ini solar panel. Selepas itu, tahun 2014 Amerika Syarikat sudah mengenakan Anti-Dumping Tax terhadap syarikat-syarikat Taiwan. Taiwan kena Anti- Dumping Tax. Maka industri mereka tergugat. Sekarang same tactic dia akan datang ke Malaysia dan tidak lama lagi mungkin Amerika Syarikat atau Europe akan mengenakan Anti-Dumping Tax pada Malaysia. Maka kita akan destroy the whole ecosystem dalam solar panel. Saya tahu bahawa MITI mungkin dia target dalam NKRA, NKEA telah fokus kepada solar panel, tetapi jangka masa panjang kita akan rugi kerana syarikat-syarikat yang berbentuk opportunistic datang merosakkan industri kita. Jadi saya minta supaya MITI berhati-hati tentang taktik-taktik sesetengah syarikat yang tidak bertanggungjawab masuk ke Malaysia.
Ya Yang Berhormat Bayan Baru.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Turut memberi peluang kepada saya untuk membahas Rancangan Malaysia ke-11 dalam Dewan yang mulia ini dan kalau kita lihat ibarat lumba lari berganti-ganti. Cuma tinggal pusingan terakhir untuk lima tahun untuk kita mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang tahun 2020 Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya ingin memberi pandangan dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas tadi bahawa kerajaan kita tidak bertanggungjawab....
Yang Berhormat Bayan Baru.
Yang Berhormat Bayan Baru mengatakan bahawa kerajaan kita tidak prihatin kepada rakyat segala-galanya dan mukadimahnya tadi pun menyatakan benda-benda yang begitu teruk sekali seolah-olah negara kita ini tidak ada kemajuan di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, dengan ada pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini...
Yang Berhormat Tenom...
Nanti dahulu.
Yang Berhormat Tenom cakap pasal sayakan, saya boleh jawab.
Nanti.
Ok, Ok tidak apa.
Tadi saya dengar Yang Berhormat Bayan Lepas cakap, dengar balik.
Bayan Baru.
Bayan Baru, seolah-olah kemungkinan besar juga apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi itu mungkin sebahagian besar kejadian-kejadian tu mungkin ada juga dilakukan oleh pihak-pihak di sebelah, kita mana tahu. Tetapi pada pandangan saya apa yang telah kita lihat hari ini, dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 ini, kerajaan kita mempunyai niat yang murni niat yang ikhlas untuk membantu rakyat kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pelbagai kriteria digunakan untuk menentukan sebuah negara maju. Antaranya pendapatan per kapita...
Yang Berhormat Tenom, sedikit. Yang Berhormat tanya saya, saya kena jawab. Yang Berhormat Tenom.
Nanti.
Tanya pandangan, nanti saya jawab.
Nanti saya bagi. Tetapi dengar perbahasan saya, tadi saya dengar Yang Berhormat punya perbahasan.
Yang Berhormat sudah ke topik yang lain, saya terus jawab dahulu.
Tidak payah, tidak payah jawab.
Takut?
Itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab nanti.
Kenapa takut?
Sekarang saya bahas. Yang Berhormat dengar perbahasan saya. Tadi saya dengar.
Kalau hendak cocok saya, sambutlah.
Dalam Dewan pun tidak ada.... Beberapa ahli pembangkang: Takut, takut. Apa takut ke?
Semua fakta dari Yang Berhormat Bayan Baru macam ada yang tidak betul juga. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung ada antara pendapatan per kapita mempunyai pendapatan negara kasar per kapita yang mencecah USD 15 ribu, tetapi ada lagi kriteria tambahan diperkenalkan iaitu indeks pembangunan sumber manusia yang merangkumi sukatan ekonomi pendapatan negara dengan langkah lain seperti jangka hayat penduduk serta kemajuan sektor pendidikan. Tetapi kekayaan, kesejahteraan dan bagaimana pembangunan dimajukan, berbeza dengan negara maju antara negara. Begitu juga Malaysia dan kita membangun mengikut acuan kita sendiri. Pembangunan kita diolah berdasarkan rancangan lima tahun sekali, sejak Rancangan Malaysia Pertama RMKe-1 yang diperkenalkan pada tahun 1966 dan 1970 iaitu yang pertama memasuki keperluan Sabah dan juga Sarawak. Sebelum itu dikenali sebagai Rancangan Malaysia Pembangunan Malaya dari tahun 1950 hingga 1955. Rancangan- rancangan Pembangunan Umum 1956 hingga 1960 dan rancangan pembangunan lima tahun kedua 1961 hingga 1965. Rancangan Pembangunan Umum adalah pelan pembangunan pertama oleh kerajaan dengan fokus pembangunan di kawasan luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara. Ini diikuti rancangan lima tahun yang kedua dengan tumpuan sekali kepada pembangunan luar bandar dalam usaha untuk merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar. Kini negara kita memasuki pelan pembangunan ke-11 iaitu Rancangan Malaysia ke- 11 pusingan pecutan terakhir untuk memasuki gelanggang negara maju. Apakah kita sudah bersedia untuk hidup dalam sebuah negara maju. Bagaimana gambaran Malaysia Pasca 2020 nanti. Apakah kita sudah memenuhi atau menghampiri antara kriteria yang menjadi negara maju. Negara maju yang bagaimana kita mahukan? Segala perancangan dalam Rancangan Malaysia ke-11 seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, saya kira berupaya untuk mencapai wawasan itu dengan syarat tiada tsunami ekonomi dunia untuk lima tahun akan datang. Secara tidak langsung Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Sabah juga akan dapat menikmati...
Yang Berhormat Tenom, boleh?
Ini boleh, Ini kawan, ini boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Tenom.
Ya, sila.
Saya terpanggil dengan hujah Yang Berhormat Tenom. Bukan macam Yang Berhormat Bayan Baru. Dia punya hujah itu sahaja, tidak bercakap tahap-tahap yang lebih baik iaitu melihat negara maju ke depan. Memang betul, kita cuma ada lima tahun untuk pacuan ke arah 2020. Justeru itu mungkin Yang Berhormat Tenom mempunyai satu suntikan baru bagaimana menggariskan panduan. Negara maju ini melibatkan juga Sabah dan Sarawak. Lima tahun ini kalau dikira dengan jari, satu, dua, tiga, empat, lima, macam begitu singkat. Akan tetapi mungkin Yang Berhormat Tenom boleh mencadangkan bahawa perlu ada kerancakan pembangunan ekonomi di luar bandar untuk memastikan pembangunan wilayah itu berjalan seiring dan seimbang dan barulah mungkin negara maju itu dapat kita terapkan dengan syarat tidak
ada tsunami ekonomi dan tidak ada tsunami daripada pembangkang yang mengganggu. Setujukah Yang Berhormat Tenom?
100% setuju Yang Berhormat Kinabatangan sebab kita percaya daripada Rancangan Malaysia Pertama hingga ke hari ini, kita percaya bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan, untuk merancakkan seperti mana yang saya katakan awal tadi usaha kerajaan kita untuk merapatkan pembangunan yang kita harap dapat diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas di antara bandar dan juga luar bandar. Kita tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak adil sebenarnya. Ada pihak tertentu yang sentiasa memomokkan bahawa negeri ini adalah negeri yang miskin dan ketinggalan. Saya sebagai wakil rakyat dari Sabah tidak menganggap sebegitu rupa kerana kita yakin bahawa Sabah sekarang ini berterusan mengalami perubahan dalam pembangunan pesat ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta kepada pihak kerajaan supaya memberi maklum kepada saya tentang pembangunan-pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kesinambungan daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh kepada kawasan saya sama ada pembangunan jalan raya, kemudahan asas, hospital, sekolah dan lain-lain lagi. Saya harap pihak kerajaan dapat memberi makluman supaya pembangunan ini akan dapat didengar oleh rakyat khususnya di kawasan Tenom. Tuan Yang di-Pertua, hal berkaitan dengan hak milik tanah adat (NCR) yang mana telah disebut dalam Teras Satu di mana inti pati berkenaan NCR dalam Rancangan Malaysia Kesebelas adalah bertujuan untuk menangani keperluan kumpulan sasar khususnya seperti program pembangunan dan juga pemilikan tanah serta program latihan kemahiran untuk memenuhi keperluan penduduk di luar bandar dan juga pedalaman di Sabah dan Sarawak selain daripada Orang Asli di Semenanjung. Dalam soal tanah adat ini, kerajaan akan melestarikan tanah-tanah adat (NCR) ini agar ianya akan dapat memberi manfaat kepada penduduk peribumi dan juga seterusnya kepada generasi yang akan datang. Sehubungan dengan itu saya ingin bertanya apakah perancangan pihak Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri dalam membantu golongan ini? Penglibatan agensi- agensi yang berkaitan dengan kerajaan atau GLC dilihat penting untuk membantu orang- orang kampung yang terlibat di dalam tanah adat ini. Kita memahami bahawa tanah adat ini jika diikut tidak bergantung kepada undang-undang bertulis kerana pemilikan tanah adat perlu melalui proses kelulusan permohonan hak milik tanah dari Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah iaitu di bidang kuasa kerajaan negeri. Di samping itu pengesahan pemilikan tanah adat sangat penting bagi mengesahkan tanah adat itu dimiliki oleh suku kaum tersebut dan perlu dipertahankan kerana ia telah diwarisi turun temurun. Hal ini memandangkan kes wujud di mana tanah mereka diambil dan dibangunkan oleh pihak yang lain tanpa pengetahuan mereka. Terdapat juga kes di mana penduduk kampung dihalau dari tanah yang telah mereka usaha secara turun temurun. Secara dasarnya Tuan Yang di-Pertua, hak mereka ke atas tanah tersebut telah dicabuli dan mereka kehilangan hak ke atas tanah adat milik mereka itu. Disebabkan tiada hitam putih juga suku kaum ini dianggap menduduki tanah adat mereka secara haram. Tuan Yang di-Pertua, perlu diwujudkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk membantu pembangunan tanah adat ini supaya dapat dimajukan.
[Bangun]
Yang Berhormat Gerik bangun.
Ya, jiran.
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung ada perbezaan. Di Sabah dan Sarawak, tanah adat kaedahnya lain. Manakala di Semenanjung tanah-tanah adat asli tadi kaedahnya secara lain. Saya tidak bersetuju kalau tanah adat di Semenanjung diberi hak milik kepada Orang Asli sendiri. Akan tetapi pada pandangan saya tanah adat di Semenanjung mesti direservekan kepada JAKOA. Macam mana pandangan Yang Berhormat Tenom?
Oleh sebab saya berasal dari Sabah dan Yang Berhormat Gerik berasal dari Semenanjung menceritakan pasal Orang Asli saya rasa saya bersetuju walaupun saya tidak berada dalam apa yang dikatakan Yang Berhormat Gerik sama juga di Negeri Sabah. Kebanyakan antara suku kaum etnik yang ada di Sabah hari ini sering kali mengutarakan kepada pihak kerajaan supaya tanah-tanah adat ini diberikan kepada mereka. Akan tetapi saya bersetuju supaya tanah-tanah adat ini bukan orang cakap mahu lepas tangan tetapi kita mahu kerajaan ambil alih dan bangunkan bersama. Kita tahu bahawa ada di antara mereka ini tidak mempunyai keupayaan untuk membantu membangunkan tanah-tanah ini. Tuan Yang di-Pertua, mungkin wujud pertindihan disebabkan tanah adat ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun, jika Kerajaan Persekutuan turut memperlihatkan kesungguhan untuk membantu mereka memajukan tanah adat dan ekonomi mereka, ia akan memberi kelebihan dari segi modal dan juga pengetahuan. Justeru itu pihak kerajaan perlu menggunakan peningkatan yang terbaik dalam mendapatkan kerjasama mereka ini supaya tidak disalahtafsirkan oleh beberapa pihak sebagaimana yang akan nanti menyatakan akan mengambil alih atau merampas hak milik mereka. Agensi-agensi di bawah kementerian atau GLC amat penting diperlukan untuk membantu mereka membangunkan tanah-tanah adat ini. Pembangunan tanah adat ini sekali gus membantu mencipta ruang pekerjaan terutamanya bagi anak-anak peribumi tempatan yang masih lagi menghuni kawasan sekitarnya dan tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atau mendapat peluang bekerja di luar. Latihan kemahiran yang dirancang untuk dilaksanakan dalam Teras ini perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan benar-benar menyentuh secara terus kepada golongan sasar. Golongan sasar yang terdiri daripada penduduk peribumi ini boleh diberikan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan mereka. Kerajaan perlu ada sentiasa in touch dengan izin, Tuan Yang di-Pertua untuk membantu mereka. Bimbingan dan galakan yang berterusan amat diperlukan supaya ia tidak terhenti separuh jalan sahaja. Latihan kemahiran ini dapat membantu mereka dalam membina pendapatan ekonomi sendiri serta membuka ruang pekerjaan kepada lebih ramai yang lain terutamanya kepada golongan-golongan belia. Hal ini secara tidak langsung membantu mereka meningkatkan pendapatan dan meningkatkan akses kepada latihan kemahiran dan sekali gus dapat membantu dalam mencapai strategi dalam Teras Satu ini Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan tanah adat perlu diambil tindakan segera dan ditangani dengan baik memandangkan NCR ini sangat penting demi menjaga hubungan baik penduduk peribumi dan kerajaan lebih-lebih lagi ianya melibatkan perkaitan antara sejarah, perundangan dan juga politik. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin mengemukakan di dalam Dewan ini iaitu tanah juga – berkaitan dengan tanah milik syarikat Sime Darby Plantation yang dipohon oleh penduduk di kawasan saya sama ada para pekerja bekas pesara ladang ataupun terdiri daripada penduduk tempatan. Di kawasan saya ada dua buah ladang iaitu Ladang Sapung dan juga Ladang Melalap yang mana sehingga hari ini masih belum mencapai jalan penyelesaian. Tanah-tanah milik Sime Darby ini sebahagiannya telah dijadikan kawasan perkampungan dan diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman pertanian oleh penduduk kampung sebagai sumber pendapatan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu sebelum pihak Sime Darby mengambil alih tanah-tanah ladang ini daripada syarikat yang sebelum ini. Sudah banyak usaha telah dilakukan Tuan Yang di-Pertua seperti perbincangan dan juga permohonan, mesyuarat, pertemuan yang telah dilakukan oleh penduduk kampung terhadap pengurusan syarikat Sime Darby untuk pengeluaran hak milik tanah, namun, Tuan Yang di-Pertua sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil dan ianya mengalami jalan buntu di antara kedua-dua pihak ini.
Malah kawasan tapak di tanah milik Sime Darby yang dicadangkan untuk pembangunan pekan kecil Melalap yang terletak dalam kawasan Parlimen Tenom turut tertangguh-tangguh sehingga hari ini, Tuan Yang di-Pertua disebabkan oleh masalah pengeluaran tanah milik syarikat Sime Darby. Hal ini dikhuatiri akan mempengaruhi keyakinan dan kepercayaan penduduk kampung terhadap pihak kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka selain akan menjadi modal yang akan dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang kelak. Antara kampung-kampung yang terbabit ialah Kampung Biasapung,
Kampung Bunut, Kampung Marau, Kampung Sungai Empat, Kampung Laman dan banyak lagi, Tuan Yang di-Pertua. Semua kampung ini adalah merupakan antara kampung yang terletak di tanah milik syarikat Sime Darby iaitu Ladang Sapong dan juga Ladang Belalang. Sebagai sebuah syarikat yang berkaitan dengan GLC, Sime Darby sebaiknya perlu melihat perkara ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka untuk berbakti kepada masyarakat. Janganlah kerana isu seperti ini, keyakinan rakyat akan semakin terhakis terhadap kerajaan yang selama ini amat mengutamakan kesejahteraan rakyat. Maka Tuan Yang di-Pertua, saya minta kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan supaya campur tangan dalam hal ini agar kampung-kampung yang terbabit dapat dikeluarkan daripada tanah milik Sime Darby ini.
Ya, Yang Berhormat Tenom.
Sudah habis? Ada satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Sila, sila.
Satu lagi. Terakhir. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesejahteraan rakyat ini, kita perlu mengambil kira isu-isu yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan dengan pengubahan wang haram termasuklah langkah-langkah yang telah diambil bagi mencegah pengubah wang haram dan juga kesalahan membiayai keganasan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Pada pertengahan bulan Mei, Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini sahaja di mana SPRM telah melancarkan operasi bersepadu di negeri Sabah dan telah membekukan lebih daripada 1,600 akaun bank milik syarikat-syarikat dan individu-individu berjumlah lebih kurang RM560 juta. Namun masih banyak kekurangan, kecacatan dan kelemahan dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Sebagai contoh, kuasa untuk mendapat maklumat, seksyen 49 dan juga menyita iaitu seksyen 50 dan seksyen 51 oleh timbalan pendakwa raya. Pihak pendakwaan tidak sepatutnya terlibat dalam proses penyiasatan. Siasatan terhadap sesuatu kesalahan sepatutnya objektif di mana semua fakta sama ada pihak atau tidak kepada... perlulah dimasukkan ke dalam kertas siasatan. Sekiranya pihak pendakwaan terlibat dengan penyiasatan, siasatan yang dijalankan akan bersifat berat sebelah. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, tiada pemantauan yang dibuat oleh satu-satu badan pemerhati atau penyeliaan. Malah tidak menyatakan bahawa keputusan untuk membekukan atau menyita harta wang perlu melalui suatu jawatankuasa. AMLA juga tidak menyatakan sekiranya proses pembekuan dan penyitaan akan dipantau oleh sesebuah supervisory body. Kedua-dua ini membolehkan kuasa-kuasa pembekuan dan penyitaan boleh digunakan sewenang-wenangnya dan juga disalahgunakan. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, dalam fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, di mana menjamin hak seseorang terhadap harta, penafian dan pelucutan hak seseorang di bawah fasal 13 Perlembagaan Persekutuan hanya dibenarkan sekiranya ia mengikut undang-undang yang mengehadkan kebebasan dan hak asasi mestilah bersifat good law dan bukan undang-undang yang bersifat arbitrari. Kuasa pembekuan yang boleh dilaksanakan hanya berdasarkan kepada penyiasatan telah dimulakan tanpa perlunya sesebuah agensi penguatkuasaan memberi sebab-sebab atau alasan-alasan yang munasabah seperti dalam seksyen 41(1)(a) Harta Wang Dibekukan adalah tidak adil sama sekali. Jika kesannya kalau kita lihat ia hanya kerana satu laporan yang telah dibuat ke atas sesebuah syarikat, sesebuah agensi penguatkuasaan atau seseorang pegawai penyiasat boleh membekukan kesemua akaun harta dan aset milik syarikat tersebut tanpa perlu memberi apa-apa sebab atau alasan yang munasabah. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan supaya satu penubuhan sebuah badan yang akan memantau penggunaan atau pelaksanaan kuasa-kuasa di bawah AMLA ini. Di samping itu, kuasa diberikan kepada mahkamah di mana individu-individu atau entiti
yang terkilan boleh memfailkan semakan kehakiman dan saman sekiranya mereka berpandangan bahawa perintah-perintah pembekuan penyitaan pelucut hak penjualan yang dibuat tanpa merit. Contohnya jika perintah-perintah tersebut dibuat dengan niat jahat, sambil lewa, cuai atau tidak mengikuti undang-undang without due process, Tuan Yang di- Pertua. Akhir sekali, perlu ada peruntukan dan kriteria di mana kuasa untuk membekukan, menyita, menjual dan melucut hak boleh dilaksanakan dan dinyatakan serta digariskan dengan lebih terperinci di mana hak seseorang di bawah Perlembagaan Persekutuan terpelihara. Contohnya, agensi penguat kuasa hanya boleh membekukan wang atau harta sekiranya mereka mempunyai sebab-sebab atau alasan-alasan yang berasas dan juga munasabah. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Temerloh.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe-11 ini. Satu bahagian ataupun satu topik yang akan saya sentuh iaitu berkaitan dengan produktiviti kemanusiaan ataupun humanistic productivity, dengan izin yang mana saya melihat ini adalah merupakan perkara yang paling penting untuk kita lonjak produktiviti dan seterusnya untuk mencapai kehendak kerajaan bagi membentuk sebuah negara maju. Ini kerana negara maju yang kita impikan ini, mahu tidak mahu kita mestilah memperkasakan apa yang disebut sebagai modal insan. Menerusi pendidikan yang berkualiti dan inilah satu daripada kaedah yang boleh kita capai. Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa pelaburan pendidikan yang akan dilakukan ini bukan hanya diukur pada aspek kuantitatif makroekonomi semata-mata tetapi juga mestilah mementingkan aspek kualitatif modal insan yang akan dipasarkan ke dalam pasaran buruh. Tuan Yang di-Pertua, bagi kita memacu sebuah negara maju dan juga mengembangkan ekonomi yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan juga penjanaan pekerjaan berkemahiran tinggi, kita memerlukan pasaran buruh yang kompeten. Namun, ia mestilah berakar kepada nilai seperti berikut. (i) agama; (ii) etika; dan (iii) moral Tuan Yang di-Pertua, saya lihat aspek ini tidak disentuh ataupun tidak disebut secara jelas dan secara berkesan dalam pembentangan RMKe-11 baru-baru ini, khasnya berkait dengan soal pembangunan pendidikan Islam. Saya lihat ini adalah statistik kepada isu pelaburan pendidikan yang saya maksudkan tadi. Sehingga hari ini, memang kita tahu bahawa pendidikan Islam dalam negara kita ini telah pun ada kurikulum yang disebut sebagai Kurikulum Bersepadu Dini dan juga Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan satu lagi kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia dan juga pelaksanaan program j-QAF dan juga STAM. Akan tetapi persoalannya ialah bagaimana keberkesanan kurikulum-kurikulum ini dan juga program-program ini dan bagaimana pembangunan dan pengupayaannya yang saya lihat tidak dimasukkan dalam pelan perancangan negara kita. Pembangunan negara kita dalam RMKe-11 dan bagaimana pula dari sudut capaian akademik dan penghayatan selepas daripada semua subjek, silibus, kurikulum dan juga program ini diperkenalkan. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kerajaan perlu peka dalam soal ini. Melibatkan soal pembangunan Pendidikan Islam ini perlu kepada penggemblengan tenaga seluruh warga pendidik dan juga pentadbir sekolah sama ada melibatkan sekolah bantuan kerajaan
termasuklah juga sekolah agama rakyat yang saya harap ia tidaklah dianaktirikan dalam pembangunan negara. Sewajarnyalah dalam merancang pembangunan negara ini, kerajaan dalam sektor pendidikan ini menyediakan guru-guru yang mempunyai ikhtisas ataupun kepakaran yang tertentu untuk mengajar subjek apa yang saya sebut sebagai KBD dan juga KBT tadi. Kurikulum Bersepadu Dini dan juga Kurikulum Bersepadu Tahfiz yang telah pun dirancang. Kemudian memberi pengiktirafan kepada murid-murid lepasan KBD dan juga KBT supaya mereka bukan sahaja mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi juga nantinya mampu berkhidmat dengan keupayaan ilmu yang mereka miliki setelah mereka tamat belajar.
Saya juga melihat tentang pemerkasaan JQAF itu sendiri setelah kerajaan sendiri telah berbangga dengan pencapaian JQAF di peringkat sekolah rendah. Kenapa tidak ianya diangkat ataupun dibawa ke peringkat menengah pula untuk memastikan ianya dapat dikembangkan dan akhirnya berjaya untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai penghayatan Islam yang baik dan penguasaan ilmu yang baik. Sesuai dengan tema Hari Guru 2015 yang telah pun dilancarkan yang saya lihat cantik iaitu Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak. Satu tema yang sangat baik tetapi janganlah sampai nanti tema ini hanya sekadar ada pada banner dan juga signboard. Akan tetapi tidak diwujudkan satu perancangan strategik untuk mencapai apa yang diletakkan sebagai tema kepada Hari Guru tahun 2015 ini. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tahu status pembangunan dan juga perancangan untuk penempatan Guru Penutur Jati Bahasa Arab yang bakal bermula tahun 2016. Ini kerana saya lihat tidak disebut dalam RMKe-11 ini dan juga untuk menampung peningkatan murid ke SMKA yang saya pasti mulai sekarang ini kita lihat perkembangannya terlalu banyak permintaan pelajar-pelajar untuk masuk ke SMKA ini. Apakah hasrat kerajaan, pembinaan yang telah disebut dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk menubuhkan 77 buah SMKA itu dapat direalisasikan? Oleh kerana tak dijelaskan dan tak disebut bagaimana pelan pembangunan dan juga perancangan untuk ke arah itu. Termasuklah sehubungan dengan itu ialah bagaimana taburan pusat pengajian tinggi yang nak ditubuhkan di negeri-negeri, khususnya saya nak bangkitkan di Temerloh sebagai contoh. Temerloh sebagai satu daerah titik tengah Semenanjung yang dulu sebelum daripada ini menteri pernah bangkitkan, menteri berkenaan telah bangkitkan bahawa di Temerloh akan didirikan pusat pengajian tinggi. Saya dapati ada satu lokasi yang telah pun diisytiharkan sebagai milik IPT tetapi saya tak pasti di kawasan di Kampung Lebak. Saya tak pasti apakah lokasi itu adalah bertujuan untuk sekadar projek ekonomi IPT tersebut ataupun untuk didirikan IPT yang pernah disebut oleh menteri sebelum daripada ini, hasrat untuk menubuhkan IPT di Temerloh. Tuan Yang di-Pertua, itu berkait dengan soal pelaburan pendidikan. Berbalik kepada pokok isu yang saya sebutkan tadi iaitu produktiviti kemanusiaan. Sebenarnya, produktiviti ini dapat kita tingkatkan jika kita semuanya bertanggungjawab terhadap kerja dan tugas yang telah digalaskan kepada kita dengan kita melakukannya untuk dapatkan satu penghasilan yang cemerlang serta bersikap amanah dalam tugas yang telah diberikan kepada kita. Insya-Allah dengan itu kita dapat mengelak daripada berlakunya perkara- perkara yang dianggap sebagai satu jenayah seperti ketirisan, rasuah dalam pelaksanaan. Secara tidak langsung ianya akan memperbaiki kedudukan dan juga skor negara kita Malaysia dalam Corruption Perception Index Transparency International, dengan izin, yang saya lihat kalau mengikut carta 2014 ataupun laporan 2014, kedudukan negara kita pada tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Jadi, jika ini tidak dipupuk, maka impian negara kita Malaysia untuk berada dalam kelompok atau kedudukan 30 teratas pada tahun 2020 negara maju nanti saya kira tidak akan tercapai. Tuan Yang di-Pertua, sudah tentulah dalam kita merancang pembangunan ini, kita mahu negara kita juga aman, negara kita selamat, maju dan juga seluruh warganya dalam keadaan bahagia, sentosa, harmoni. Untuk apa yang kita sebut sebagai [Bercakap dalam bahasa Arab] , negeri yang baik yang aman dalam masa yang sama mendapat keampunan daripada Allah SWT. Kita tidak mahu lagi berlaku dalam proses perancangan pembangunan negara ini masih lagi berlaku skandal-skandal kewangan. Sebagaimana skandal Bank Rakyat sebagai contoh, pada era tahun 70an dulu yang diceritakan panjang oleh Yang Berhormat Pokok Sena dalam ucapan beliau sebelum daripada ini. Demikian
juga skandal yang melibatkan BNF 80an dan juga skandal PERWAJA, skandal Port Klang, Scorpene dan yang terkini isu kontroversi berkait dengan 1MDB. Saya kira perkara-perkara ini akan mencetuskan keraguan sehingga ia merosakkan sistem ekonomi negara dan akhirnya menyebabkan negara kita pincang dan sukar untuk kita bergerak ke arah sebuah negara maju yang akhirnya sebagaimana kita hendak tadi ialah [Bercakap dalam bahasa Arab]. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan semua, termasuk diri saya sendiri, apa yang dipertegaskan oleh Allah SWT, [Membaca potongan ayat Quran] bermaksud jika sekiranya ahli sesebuah negara, penduduk sesebuah negara beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan maksiat dan kemungkaran, termasuklah kemungkaran ekonomi, nescaya kami akan membuka pintu keberkatan daripada langit dan daripada bumi kata Allah, sehingga melimpah ruah. Akan tetapi malangnya mereka mendustakan apa yang telah ditegaskan oleh Allah, lalu kami timpakan mereka suatu peringatan, suatu balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dengan kebinasaan dan keruntuhan akhlak serta kemelesetan ekonomi yang ditimpakan ke atas mereka. Jadi, mudah-mudahan dengan peringatan ini agar dalam kita memastikan pelan perancangan negara kita ini, kita tidak meletakkan semua sektor ini terjebak dalam perkara-perkara mungkar dan juga perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan dan kegagalan hasrat untuk mencapai negara maju. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan produktiviti negara, saya juga nak menyebut bahawa sektor perkhidmatan awam mestilah diperkemas supaya ianya lebih efektif dan lebih efisien. Kita lihat kini jumlah tenaga kerja perkhidmatan awam dianggarkan 1.4 juta ataupun 4.7% daripada populasi negara dan ia dijangka akan terus meningkat menjelang 2020 ini. Persoalannya ialah, bagaimana kuantiti ini mampu untuk menterjemahkan mutu perkhidmatan awam ini secara produktif menjelang 2020? Ini persoalan yang perlu diberikan perhatian. Oleh kerana saya lihat berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh The Conference Board New York, produktiviti pekerja di Malaysia ialah USD24,934. Angka ini jauh ketinggalan berbanding dengan Korea Selatan dan juga Singapura. Korea Selatan USD46,97 dan Singapura USD51,468. Jadi, oleh yang demikian itu saya melihat begini. Penggemblengan tenaga kerja mesti dioptimakan, khususnya di peringkat perkhidmatan awam supaya kita dapat melihat kedudukan yang lebih baik selepas daripada ini. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu terdapat juga perkara berbangkit yang saya harap pihak kerajaan dapat selesaikan. Beberapa perkara yang berhubung dengan fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang saya lihat ada bertindih, berlaku overlapping. Termasuklah juga merasionalisasikan Kabinet supaya saiz Kabinet itu sepadan dan juga sesuai dengan peranan dan tugas yang telah ditetapkan. Oleh kerana kita tidak mahu negara kita hanya banyak kementeriannya, ramai menterinya tetapi fungsinya tidak banyak. Akhirnya, ia melibatkan kos yang tinggi dan keberkesanan produktiviti juga akan terjejas dengan saiz yang tidak sesuai dengan peranan dan juga tugas.
Boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya sehubungan dengan isu yang saya bangkitkan ini, saya sikit lagi, ingin sambut baik lah penambahbaikan penstrukturan latihan pendidikan teknik dan juga vokasional bagi melahirkan lebih ramai pekerja separa mahir dan juga usahawan baru di Malaysia ini. Justeru itu, saya mohon supaya pihak kerajaan selaras dan kemas kini kelayakan masuk para pelajar ke institut teknik dan vokasional. Ini kerana saya dimaklumkan sebelum daripada ini, penetapan kredit bagi mata pelajaran selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris agak menyulitkan pemohon-pemohon untuk menyertai institut teknik dan juga vokasional ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya pada masa yang sama saya juga mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa bimbang dengan keseimbangan hidup pekerja. Keseimbangan antara hidup pekerjaan mereka mencari nafkah dan juga kebahagiaan mereka dengan isi keluarga mereka. Khususnya di kawasan bandar, ini adalah ekoran daripada desakan kos sara hidup yang tinggi dan menunjukkan lebih ramai pekerja yang terpaksa mereka bekerja lebih daripada masa yang ada.
Waktu siang mereka bekerja tetapi akhirnya mereka terpaksa mencari pendapatan sampingan ataupun sumber pendapatan kedua untuk membiayai keluarga mereka. Akhirnya, mereka lupa atau mereka tidak mempunyai kesempatan untuk memberi tumpuan kepada pembinaan dan pembangunan keluarga. Sebagai rekod saya tunjuk, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mendedahkan dalam negara kita ini sebanyak 581,505 kes perceraian pasangan Islam yang telah direkodkan di Mahkamah Syariah seluruh negara daripada tahun 2003 sehingga akhir tahun 2013 yang lalu. Menariknya adalah antara faktor yang telah dikenal pasti berlakunya perceraian ini adalah dua. Pertama, kerana kurangnya penghayatan agama dan kedua adalah kekangan dan tekanan sosioekonomi yang berlaku. Memang inilah sebenarnya yang sangat kita bimbangkan. Oleh sebab dengan faktor ekonomi ini bukan setakat rumah tangga boleh bercerai-berai ataupun runtuh institusi rumah tangga tetapi akidah juga boleh tergugat. Sebagaimana disebut oleh Nabi S.A.W, [Membaca sepotong Hadis] “Hampirlah kefakiran itu boleh membuatkan seseorang itu menjadi kufur kepada Allah SWT.” Jadi isunya Tuan Yang di-Pertua, jika sekiranya institusi kekeluargaan ini goyang ataupun ranap, maka bagaimanalah kita mahu melahirkan sebuah negara yang maju, negara yang makmur, negara yang harmoni pada masa yang akan datang? Jadi, saya mengharapkan sangat Rancangan Malaysia Kesebelas ini adalah perancangan yang seimbang. Kalau sekiranya tidak seimbang, hanya mengharapkan bangunan sahaja tinggi, materialnya hebat tetapi di celah-celah pembangunan itu penuh dengan keruntuhan moral, jenayah, pelacuran dan seumpamanya, maka negara kita bukan sahaja tidak akan dapat lahirkan sebagai sebuah negara maju tetapi saya bimbang 2020 adalah negara Malaysia negara yang ranap. Ranap tamadunnya, ranap peradabannya. Akhirnya, saya tutup dengan memohon dan mengajak semua menghayati apa yang difirmankan oleh Allah SWT, [Membaca sepotong ayat al-Quran] , Maksudnya “Demikian itulah penduduk sebuah negeri ataupun sesebuah negeri yang kami hancurkan mereka, kami binasakan mereka, kami ranapkan mereka dengan sebab mereka melakukan kezaliman, termasuklah kezaliman terhadap diri mereka sendiri kerana gagal untuk hidup sebagai seorang manusia yang taat, yang baik, yang soleh, melakukan perkara-perkara yang meruntuhkan dan kami telah tetapkan satu masa yang telah ditentukan untuk kebinasaan bagi mereka”. Jadi, mudah-mudahan dalam pelan perancangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini dapat diseimbangkan antara faktor-faktor ini untuk memastikan aktiviti kemanusiaan ini dapat kita jana dengan baik. Seterusnya, hasrat untuk mencapai negara maju 2020 menjadi kenyataan tetapi bukan sahaja maju pada material tetapi maju juga untuk mendapat keredaan daripada Allah SWT. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1 Malaysia dan salam sejahtera. Saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan saya terus kepada perkara yang saya hendak bahas di sini. Pertama, tentang rumah. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dimaklumkan bahawa kerajaan akan merancang untuk menyediakan 606,300 rumah untuk golongan pendapatan sederhana dan 47,000 untuk golongan miskin. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana ini adalah satu langkah yang baik kerana untuk kita memastikan bahawa harga rumah itu diconsolidate, dengan izin, atau capai ke tahap keseimbangan yang wajar, maka cara terbaik adalah menambah di sudut penawaran iaitu supply side. Jadi, dengan adanya 606,300 ini saya yakin dan percaya harga rumah mungkin akan dapat dikonsilidasi dan ini memberi impak yang baik, yang positif kepada rakyat yang memerlukannya. Akan tetapi dalam perumahan kita tahu di samping harga yang menjadi fakta penting, kita juga tahu bahawa pembiayaan adalah satu aspek yang juga menentukan kadar take up rate atau kadar pengambilan rumah-rumah ini yang ditawarkan dalam pasaran.
Saya lihat bahawa hari ini rata-ratanya ramai rakyat yang tidak mampu memiliki bukan sebab satu, sebab harga. Sekiranya faktor harga itu menjadi boleh dikonsilidasi masih terpaksa berdepan dengan isu-isu berkaitan dengan pembiayaan oleh bank-bank institusi kewangan dalam negara. Hari ini saya lihat bahawa khususnya di luar bandar dengan keadaan harga-harga rumah yang agak tinggi sekarang ini pihak kami masih sebelum harga ini turun dalam proses penyiapan rumah-rumah sebanyak 606,300 ini, maka kadar pembiayaan itu masih lagi di tahap yang amat membimbangkan. Inilah rungutan rakyat di bawah sana bahawa untuk memiliki rumah memerlukan bukan sahaja downpayment tetapi juga memerlukan pembiayaan tiap-tiap bulan. Paling malang sekali, tiap-tiap kali ramai di antara mereka bila mereka memerlukan pembiayaan, bank terpaksa menolak atas alasan mereka tidak layak. Jadi, usaha kerajaan yang murni ini tidak akan berjaya sekiranya pihak bank, pihak institusi kewangan tidak sama berganding bahu untuk memastikan pembiayaan atau isu berkaitan pembiayaan ini dapat ditangani secara holistik, dibantu mereka ini supaya mereka mempunyai peluang untuk mempunyai rumah dan menjadi sebahagian daripada pelaburan masa panjang mereka. Atas sebab itu saya mencadangkan kerajaan untuk kita memperkenalkan atau memperkasakan konsep-konsep yang boleh membantu mereka memiliki rumah, contohnya konsep sewa beli, sewa untuk beli atau rent to own, dengan izin. Pada soalan lepas kepada KPKT saya mencadangkan tetapi buat masa ini KPKT belum boleh bersedia untuk menjadikan sistem rent to own ini atau sewa untuk beli ini dengan cara lebih menyeluruh. Akan tetapi saya harap dalam RMKe-11 ini mesti ada usaha untuk memperkasakan sistem sewa untuk beli ini supaya rakyat berpeluang untuk memiliki rumah. Saya rasa usaha ini adalah satu usaha yang berbaloi kerana bila rakyat membeli rumah, tahap kesejahteraan rakyat akan bertambah baik, tahap stress rakyat juga akan bertambah baik kerana kita menangani penyebab-penyebab stress. Jadi, fasal stress ini saya sebut dalam isu saya yang ketiga. Akan tetapi rumusan untuk rumah ini, tahniah kepada kerajaan tetapi masih perlu diperkasakan dengan sistem pembiayaan, contohnya melalui sewa untuk beli. Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang fokus kerajaan untuk membina kapasiti dalam modal insan. Ini satu lagi ucapan tahniah kerana pada RMKe-11 ini kita mensasarkan 225,000 tenaga yang berkemahiran melalui program-program TVET dan sebagainya. Cuma saya ingin menekankan bahawa TVET 225,000 ini mestilah bersifat demand driven ataupun industrial driven. Bermakna, kita mesti selaraskan keperluan-keperluan yang ada supaya anak-anak kita atau generasi baru yang dapat melalui TVET ini bila keluar kelak, mereka akan dengan secara expeditiously, dengan izin, dengan secara segera mendapat kerja. Sekiranya mereka dapat kerja, inilah terjemahan sebenarnya pembangunan ekonomi ataupun pembesaran ekonomi yang dapat di serata dan di meratakan kepada lebih rakyat di bawah sana. Saya lihat kita mengalami satu fenomena yang positif di mana pelaburan yang begitu banyak masuk di dalam negara, khususnya Johor Selatan, di Iskandar, di Pengerang kita ada aromatics, di Sabah. Kita tidak kurang dengan pembangunan-pembangunan ditempat-tempat melalui koridor-koridor yang telah dirancangkan. Saya rasa dalam beberapa tahun ini, keberhasilan yang positif akan dilihat pada perancangan awal koridor- koridor yang telah dirancangkan selama 5 atau 10 tahun sebelum ini. Akan tetapi kita mesti memastikan bahawa perancangan untuk kemahiran ini mesti diselaraskan dan mesti berdasarkan, bertitik tolak daripada kemahuan industri. Supaya kita tidak ada hasil mereka-mereka yang graduate, yang telah keluar tetapi menganggur dan tidak dapat diselaraskan dan ini adalah amat rugi untuk negara. Ini juga akan menyebabkan kesan sosial yang tidak kita ingini pada masa-masa akan datang. Kita mempunyai masa untuk memastikan bahawa keluaran TVET 225,000 ini bersifat demand driven atau permintaan dan dimanfaatkan sebaik bila mereka keluar dan tamat daripada itu.
Tidak salah juga kalau kita adakan skim yang memudah cara atau pun program- program kemahiran lain supaya walaupun kita terpaksa berbelanja sedikit tetapi mereka akan menjadi ejen penggandaan pembesaran ekonomi apabila mereka telah pun mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Kita tahu macam BR1M apabila kita bagi
RM1000 Tuan Yang di-Pertua, bagus untuk rakyat. Kalau diberi dalam 12 bulan, RM80 pun banyak juga dapat membantu mereka. Itu setahun tetapi kalau kita naikkan kemahiran mereka Tuan Yang di-Pertua, mereka boleh dapat mungkin antara RM500 hingga RM1000 lebih daripada kemahiran yang sebelum. Kalau kita kali RM1000 dengan 12 bulan RM12,000. RM12,000 untuk satu orang kali 225,000 itu akan menjana hampir RM3 bilion, wealth creation dengan izin, pembentukan kemewahan yang dapat disamaratakan, disekatakan dan menyeluruh kepada rakyat. Ini akan memberi kesan yang positif, impak yang positif kepada rakyat dan ini baik sebab pelaburan .... mesti diterjemahkan dalam bentuk kesan yang positif kepada rakyat khusus dalam bentuk pekerjaan dan juga tidak dilupakan keusahawanan. Baru-baru ini apabila harga minyak turun, baru-baru ini apabila ada konsolidasi dari segi price commodity, kita juga terkesan negatif apabila pendapatan kurang tetapi hikmah di sebalik itu kita ada masa untuk dua tiga tahun ini memperkemaskan lagi perancangan kita sebab banyak daripada pembangunan pelaburan ini disusun, dijadual semula dan ini memberi kita ruang dan peluang untuk juga menyusun atur rancangan kita apabila supaya apabila mereka keluar kelak mereka akan masuk dalam arus pekerjaan dan ini amat baik untuk negara dan ini juga akan membantu melonjakkan lagi pencapaian kita dan insya- Allah mencapai Wawasan 2020 yang kita rancangkan selama ini. Isu ketiga saya sebut tadi fasal stress Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berpeluang sebelum ini apabila bercakap fasal stress ini ramai Ahli Yang Berhormat yang baru hendak cakap stress cuma saya rasa saya sebut untuk Kementerian Kesihatan. Apabila bercakap pasal stress ini kadang-kadang kita pun terkesan sebab stress ini susah juga kita hendak tahu daripada mana tetapi ia memberi kesan yang besar juga kepada efficiency, produktiviti dan keseluruhan kesejahteraan kita sebagai rakyat Malaysia atau sebab itu perkataan stress ini nampak macam mudah tetapi kesannya jauh, ramifikasinya besar. Cuma saya berpendapat dalam RMKe-11 ini, stress adalah kesan sebenarnya, kesan yang terjadi. Apa yang perlu kita lihat ialah penyebab stress. Saya umpamakan kalau denggi adalah kesan, penyebabnya adalah nyamuk Aedes. Jadi stress ini mengganggu gugat kita dan akan jangka masa panjang akan mewujudkan satu lagi masyarakat yang walaupun mungkin daripada segi ekonominya baik, pendapatan per kapitanya tinggi tetapi keseluruhan kesejahteraannya turun sebab keadaan stress tidak dapat kita tangani dengan baik. Jadi itu adalah satu perkara yang besar. Cuma penekanan saya ialah stress ini kita kena lihat persekitaran yang menyebabkan stress ini berlaku. Orang kata stress ini berlaku sebab kita tidak dapat menangani atau menguruskan sistem kita. Apabila kita tidak dapat menguruskan kita, kita stress. Contohnya orang kampung first time masuk Kuala Lumpur, dia stress bawa kereta sebab dia tidak tahu sistem itu sistem baru. Jadi saya lihat dalam sistem pengurusan stress ini termasuklah di rumah, di pejabat, di tempat kerja, cara kita bergerak, transportasi, pengurusan dengan kerajaan, pendapatan yang tidak tinggi atau pun pembelajaran yang belum kita dapat tangani dengan baik. Jadi keseluruhan ini akan menyumbang besar ke arah mewujudkan stress dan kesannya ialah kita akan terkesan negatif daripada hasil stress. Jadi saya minta kepada Ministry of Health (MOH), di sebalik kita melihat kepada stress, mengadakan MO ataupun Standard Operating Process sewajarnya kita lihat kepada persekitaran untuk mengurangkan stress ini. Jadi saya harap mungkin satu kajian lain yang lebih menyeluruh kerana stress ini bukan mengenai stress sebenarnya tetapi mengenai persekitaran penyebab stress. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak membangkitkan di sini dalam RMKe-11 apabila kerajaan membuat perancangan, kerajaan negeri membuat perancangan, kerajaan negeri membuat perancangan, kerajaan pusat membuat perancangan, berbagai-bagai- bagai pelaksanaan dilakukan maka terwujudlah universiti-universiti, bangunan-bangunan khusus untuk keperluan rakyat, kolej-kolej komuniti dan acap kali berlaku apabila bangunan-bangunan yang siap ini, lambat, terbengkalai, terbiar setahun, kadang-kadang enam bulan, setahun dan ini merugikan bukan sahaja pelajar ataupun golongan sasar yang dapat mengguna pakai ini tidak dapat menggunakannya, kerajaan juga rugi kerana aset- aset ini terbiar. Kalau kita ambil secara komposit satu negara, mungkin figurenya agak besar. Salah satu sebab yang kita lihat ialah apabila bangunan-bangunan baru ini siap Tuan Yang di-
Pertua, kurang penyelarasan di kalangan agensi-agensi yang meluluskan walaupun kita sudah ada OSC atau one stop centre tetapi di peringkat-peringkat daerah contohnya di Kota Tinggi, contohnya dan mungkin daerah lain saya rasa benda ini sama juga bangunan tidak dapat dibuat, bangunan sudah siap, hook-up and commissioning dengan izin tidak dapat dilakukan kerana agensi-agensi ini didapati rupanya kalau di daerah Kota Tinggi rupanya TNB contohnya dia punya hierarki pengurusan zoningnya tidak sama. Jadi ini menyebabkan kelewatan daripada segi who hook-up and commissioning, CCC dan sebagainya dan ini amat merugikan. Ini terpakai juga kepada agensi-agensi contohnya macam syarikat air, Telekom dan sebagainya. Jadi sampai masanya saya minta supaya kerajaan selaraskan hierarki pentadbiran agensi-agensi ini sama dengan kerajaan dan kalau tidak sama, ia tidak boleh memberi alasan bahawa kononnya itu Pasir Gudang yang jaga bukan Kota Tinggi dan perkara-perkara ini sebenarnya amat merugikan dan saya bawa dalam Dewan yang mulia ini saya rasa perancangan yang baik tidak jadi baik walaupun kawasan itu di tempat kawasan kekanda saya di Tenggara tetapi kesannya ramai orang Kota Tinggi tidak boleh pergi. Jadi ini adalah salah satu contoh di mana penyelarasan mesti dibuat supaya agensi- agensi ini mengutamakan kerajaan dahulu bukan hierarki pengurusan mereka dan akhirnya menyebabkan kelemahan dari segi keputusan-keputusan yang akan mempercepatkan lagi pembangunan pelaksanaan pembangunan bangunan yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan di sini dalam Rancangan Malaysia Kesebelas saya lihat kita gembira ada pembangunan MRT dan akan memudahkan warga di kawasan bandar untuk bergerak dengan lebih cekap dan ini akan mengurangkan stress, kita harapkan. Kita juga lihat akan ada pembangunan kereta api laju mungkin dari Singapura ke sini dan juga penambahbaikan railway-railway dari Segamat ke Johor dan tempat-tempat lain. Cuma saya rasa ada satu aspek yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak beri.... ialah keperluan pengangkutan bas di luar-luar bandar. Kita tahu bahawa bas-bas ini, syarikat-syarikat ini tidak mungkin viable untuk menjalankan operasi bas, untuk menumpukan kawasan-kawasan luar bandar dan saya difahamkan ada juga peruntukan sedikit sebanyak tetapi saya rasa kita perlu beri perhatian kepada kemudahan pengangkutan warga di luar bandar yang mungkin tidak mampu beli kereta dan mereka terpaksa menggunakan kemudahan bas-bas ini tetapi bas-bas ini tidak dapat beroperasi dengan optimum kerana mungkin tidak cukup volume ataupun jarak-jaraknya yang jauh. Jadi saya rasa ini satu bidang atau sektor yang kerajaan mesti beri bantuan sebab inilah rakyat di luar bandar mungkin mendapat kemudahan awam yang lebih baik, bas henti-henti ini. Bukan bas ekspres, bas ekspres ada laluannya dan ia boleh kalau tidak bawa duit dia berhenti tetapi bas di kawasan contoh di tempat saya di Tanjung Sedili dari Kampung Sedili Besar sampai ke bandar, basnya tidak viable. Kalau ada bas datang satu hari dua kali dia lalu pun susah untuk orang kampung. Jadi ini antara lain saya rasa dlm RMKe-11 ini di samping kita membangunkan kawasan-kawasan bandar, kita jangan lupa juga kawasan luar bandar perlu juga peruntukan khusus untuk memastikan perkhidmatan bas henti-henti di luar bandar ini dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat manfaatnya. Saya juga mengambil kesempatan untuk menyebut tentang keperluan di kawasan Kota Tinggi antaranya ialah keperluan untuk menaik taraf jalan FT092 dari Kota Tinggi ke Penawar yang mana saya ingat amat penting untuk supaya Kota Tinggi, Tenggara dan Mersing tidak terasing daripada pembangunan dan Pengerang. Ini memberi supaya lebih ramai dapat manfaat daripada pembangunan ini apabila saat dan ketikanya sampai nanti dalam dua tiga tahun tetapi dalam perancangan awal mesti dilakukan dan dua dalam satu ialah jalan FT092 dan keduanya ialah FT213 daripada Desaru ke Kuala Sedili iaitu jalan persisiran pantai yang akan dapat membantu mencergaskan semula kegiatan ekonomi nelayan-nelayan di sana dan juga sepanjang pembangunan di pantai. Saya juga mengambil kesempatan Tuan Yang di-Pertua untuk menyatakan bahawa capaian 3G atau signal untuk telefon ini di kawasan Kota Tinggi memang jauh lagi tertinggal.
Saya sendiri pun kalau balik pakai Maxis, confirm memang tak boleh call. Apatah lagi kalau hendak dapat data, mobile data itu semua satu memang tidak. Jadi,duduk dalam kawasan Kota Tinggi ini masih ada rupanya benda-benda yang perlu dipertingkatkan. Jadi saya minta supaya pihak Telekom atau pihak bahagian telco ini mengambil perhatian supaya Kota Tinggi tidak terasing, tertinggal dengan arus pembangunan yang pesat. Di samping itu juga, saya rasa saya bercakap bagi pihak orang Kota Tinggi mungkin termasuk Tenggara dan itu, sampai masa Hospital Kota Tinggi ini diupgrade Tuan Yang di-Pertua sebab kita melihat yang adapun sesak. Kalau kita hendak bangun-bangun secara runcit-runcit pun mungkin tak cost effective. Jadi saya mencadangkan supaya Hospital Kota Tinggi diberi perhatian dan jangan kita tunggu besok sudah ramai baru kita hendak buat, kosnya lebih mahal. Jadi eloklah perancangan dibuat daripada sekarang dan akhir, sebelum saya gulung, seperkara lagi baru-baru ini saya sebut anak buah saya daripada Kota Tinggi ini mati dipijak gajah. Jadi, dia jalan malam-malam, gajah pijak. Orang kata gajah itu tinggi dia 13 kaki. Entah ya, entah tidaklah. Makna besarlah gajah itu. Dan gajah ini berkeliaran jalan, jadi sebab tempat dia punya kawasan normal habitat ini telah terganggu. Oleh itu saya mencadangkan dan pernah disebut bahawa kita amat memerlukan sanctuary gajah walaupun tempat ini sekali lagi tempat kekanda saya, Ynag Berhormat Tenggara tetapi kesannya sampai ke Kota Tinggi. Bila gajah-gajah ini tidak dijaga, tidak di dalam kawasan sanctuary, kesannya bukan sahaja kerosakan tanaman malahan sudah ada berlaku kematian. Jadi atas sebab itu saya mohon supaya perkara-perkara ini dapat diberi perhatian dan saya mengucapkan terima kasih dan menyokong usul untuk RMK-11 ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya peluang untuk berbahas tentang RMK-11. Pertama Tuan Yang di- Pertua, dalam merancang untuk membangunkan negara, pembangunan mestilah seimbang untuk semua negeri. Tidak ada maknanya kalau sebahagian rakyat yang hidup mewah tetapi yang lain hidup miskin merana. Saya bangkit ini untuk mengutarakan keadaan di negeri Perak. Pelan Malaysia Kesebelas sekali lagi menampakkan pembahagian peruntukan yang tidak seimbang seperti RMK-RMK yang lepas. Saya ingin mengutarakan keadaan di negeri Perak sungguhpun ada lain-lain negeri yang terpinggir. Saya tidak nampak apa-apa projek pemangkin yang boleh melonjakkan pembangunan di negeri Perak untuk membolehkan rakyat negeri Perak mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Kedudukan ekonomi negeri Perak kian hari kian terkebelakang atau kian mundur. Dalam tahun 1950-an, Perak lebih kaya daripada negeri Selangor yang pada masa itu termasuk Kuala Lumpur. Hari ini KDNK atau GDP Selangor dan Kuala Lumpur bergabung adalah lebih kurang 10 kali ganda daripada KDNK negeri Perak. Tanpa peruntukan yang lebih adil, Perak akan terus mundur dan dalam bajet sebagai contoh, saya hendak menyatakan kenapa tanpa peruntukan yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan, negeri Perak akan terus mundur lagi. Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Perak, peruntukan kerajaan negeri hanyalah RM1,000 ataupun RM1,000 juta ataupun RM1 bilion sahaja berbanding dengan bajet Kerajaan Persekutuan sebanyak RM274 bilion. Bajet negeri Perak berbanding dengan bajet Persekutuan hanyalah 0.03% ataupun tak sampai setengah peratus pun. Oleh yang demikian, negeri Perak perlu peruntukan pembangunan yang lebih daripada kerajaan Persekutuan. Malangnya, Kerajaan Persekutuan sudah lama berlaku tidak adil kepada negeri Perak. Contohnya dalam peruntukan Wang Pembangunan bajet Kerajaan Persekutuan pada tahun ini 2015 adalah RM50.5 bilion tetapi negeri Perak hanya
mendapat lebih kurang RM1 bilion sahaja. Kalau kita ambil kira jumlah penduduk dan keluasan negeri Perak, peruntukan seharusnya lebih kurang RM4.5 bilion setiap tahun. Dalam RMK-10 ini, dari tahun 2011 sampai tahun 2015, Perak hanya menerima peruntukan sebanyak RM4.45 bilion sahaja sehingga Disember 2014 dan hanya RM3.1 bilion yang telah dibelanjakan. Saya memohon peruntukan lebih adil diperuntukkan untuk negeri Perak dan juga memohon agar GLC-GLC Kerajaan Persekutuan termasuk Petronas, Khazanah Holding Berhad, Putrajaya Holdings, Pembinaan PFI Sdn. Berhad, 1MDB, KWSP dan juga Kumpulan Wang Amanah Negara yang setiap agensi kerajaan GLC ini, mereka mempunyai peruntukan wang pembangunan berpuluh-puluh bilion, ada yang sampai macam Petronas, ratusan bilion setiap tahun. Jadi, kalau negeri Perak hanya bergantung pada RM1 bilion peruntukan kerajaan negeri sendiri, bajet setiap tahun ataupun apa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu lebih kurang RM1 bilion sahaja, ini memang tidak akan melonjakkan atau pun menolong negeri Perak untuk melonjak ke depan dalam keadaan yang sedia ada ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya dapati bahawa sungguhpun kita ada RMK-10 dan RMK-11 ini, didapati daripada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim sendiri menyatakan bahawa kita tidak mencapai matlamat perancangan. Dalam jawapan beliau, dikatakan bahawa sehingga 11 Mei 2015, daripada 11,894 projek di bawah RMK-10, hanya 61.5% yang telah siap dibina dan 38.5% daripada projek-projek tersebut hanya akan siap dalam lima tahun yang akan datang. Jadi RMK-11 ini hanya cantik atas kertas perancangan dan ia tidak bermakna kalau projek-projek yang dirancang ini tidak dilaksanakan. Seperti yang saya nyatakan tadi sungguhpun negeri Perak telah mendapat peruntukan RM4.45 bilion sehingga dari tahun 2011 hingga Disember 2014, sungguh kami sudah katakan memang jumlah ini terlalu kecil tetapi jumlah yang sebenarnya dibelanjakan hanyalah RM3.12 bilion sahaja. Ketiga, saya ingin menyatakan berapa projek yang telah diluluskan yang tidak dilaksanakan di bawah RMK-9 dan RMK-10 dan harap Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek yang telah diluluskan tetapi tidak dilaksanakan dan satu lagi projek yang terbengkalai. Projek pertama yang telah diluluskan di bawah RMK-9, bukan 10, tahun 2008 apabila Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang lepas yang merupakan Ahli Parlimen Lumut masa itu Dato’ Seri Kong Cho Ha yang sekarang Tan Sri Kong Cho Ha telah mengumumkan dalam tahun 2008 untuk membina sebuah jalan daripada Damar Laut ke Simpang Taiping yang berjumlah RM600 juta tetapi sampai hari ini pun tak nampak pembinaan jalan raya ini dimulakan, bukan pembinaan jalan naik taraf projek naik taraf jalan Damar Laut ke Changkat Jering dinaik taraf. Oleh sebab telah diumumkan dan tidak ada pelaksanaan projek ini, ini bukan sahaja tidak membawa manfaat tetapi memudaratkan keadaan sekarang kerana JKR tidak menyelenggarakan atau membaiki jalan ini yang sudah rosak di banyak tempat kerana mereka sangka jumlah RM600 juta yang sekarang dianggarkan RM700 juta ini akan datang tidak lama lagi dan oleh yang demikian, jalan daripada Damar Laut ke Changkat Jering ini kian hari kian merosot permukaan jalan tersebut. Harap projek yang telah lama diumumkan ini dapat dilaksanakan dengan serta- merta. Projek kedua di kawasan saya ialah projek membina jambatan bernilai RM17.3 juta merentasi Sungai Ayer Tawar menghubungi Kampung Baru Lumut ke Kampung Teluk. Panjangnya 419 meter dan luas 14 meter yang merupakan satu jambatan dua lorong.
Kerja pembinaan pun telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan yang pada masa itu ialah Dato’ Seri Kong Cho Ha pada bulan Oktober 2012 dan dijangka siap pada bulan April 2015 iaitu dua bulan yang lepas atau dalam masa 30 bulan. Akan tetapi malangnya projek ini sudah terbengkalai lebih satu tahun yang lalu. Oleh yang demikian kalau ada kelulusan, ada peruntukan tetapi projek terbengkalai ia tidak ada makna kepada rakyat yang sedang menunggu-nunggu pembinaan dan siapnya jambatan ini. Keempat Tuan Yang di-Pertua, kalaupun Kerajaan Persekutuan tidak dapat memberi peruntukan yang lebih kepada negeri Perak berilah kelulusan pada Negeri Perak untuk
maju ke depan dengan memberikan kelulusan projek-projek yang dirancang oleh kerajaan negeri atau pihak swasta. Satu contoh projek penting yang boleh dibina tanpa peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan ialah projek Lapangan Terbang Negeri Perak. Kerajaan negeri telah mengumumkan projek lapangan terbang di Bagan Serai, Perak pada tahun 2011 yang akan dibina melalui kerjasama antara kumpulan Sime Darby dan syarikat penerbangan AirAsia. Akan tetapi mereka hanya mempunyai satu rintangan sahaja iaitu kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan. Sime Darby dan AirAsia sudi membiayai keseluruhan wang pembinaan projek ini dan saya berharap Kerajaan Persekutuan akan meluluskan projek ini kerana ia akan menjana aktiviti ekonomi yang pesat di Perak sekiranya lapangan terbang ini dibina. Saya berharap RMKe-11 yang dicadangkan dapat ditambah baik supaya ia lebih adil kepada semua negeri dan projek-projek dapat dilaksanakan dengan baik. Kelima dan yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, pembangunan mesti memanfaatkan rakyat. Kalau ada polisi baru kerajaan mesti menjaga mereka yang terjejas. Kerajaan akan melarang melayan menggunakan pukat tunda bermulanya tahun 2016 iaitu tahun hadapan dikatakan baik untuk nelayan tetapi kalau nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan, tidak dibenarkan lagi menggunakan pukat tunda, bagaimana ia boleh dikatakan baik untuk nelayan. Kalau kerajaan inginkan penangkapan ikan secara pukat tunda ini diberhentikan, kerajaan mesti menyelesaikan masalah yang timbul kerana bot-bot ini akan terbiar sahaja. Mungkin kerajaan boleh membeli bot-bot mereka ini atau mencari jalan alternatif kegunaan bot-bot ini atau pun memberi masa yang lebih kepada mereka untuk membolehkan masalah yang timbul ini dapat diselesaikan. Dalam tahun 1970-an juga adalah polisi kerajaan sendiri yang meminta nelayan daripada menggunakan jaring tangkapan ikan tradisi kepada pukat tunda. Pada masa itu telah berlaku pergaduhan di antara nelayan yang menggunakan jaring tradisi dan mereka yang mula menggunakan pukat tunda. Ini kerana mereka yang menggunakan pukat tunda ini menjejaskan pendapatan nelayan tradisi. Sekarang sudah ada penukaran polisi baru pula. Kerajaan pula hendak memberhentikan pukat tunda ini. Saya rasa dengan adanya polisi baru timbul juga masalah. Jadi setiap kali kerajaan hendak menjalankan satu polisi baru, setiap masalah itu mesti diselesaikan sebelum polisi ini dilaksanakan supaya nelayan-nelayan ini tidak akan kerugian besar. Ini kerana setiap bot ini kadang-kadang nilainya sehingga RM1 juta. Ada bot yang lebih besar yang nilainya berjuta-juta ringgit. Oleh yang demikian saya berharap kerajaan akan bertindak supaya masalah yang timbul ini akan diselesaikan sebelum polisi ini dilaksanakan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang dalam membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan yang mulia ini. Sekali lagi saya berpeluang dalam membahaskan rancangan Malaysia yang saya kira sangat penting memandangkan rancangan ini merupakan rancangan lima tahun terakhir dalam memastikan Malaysia mencapai status negara maju. Kalau diimbau sejarah lalu kita bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu bermula pada tahun 1956 yang pada waktu itu bermatlamat memajukan sektor luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung kepada sektor ekonomi. Kini, RMKe-11 pula saya melihat kerajaan meletakkan enam teras strategik iaitu memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju, menuju ke arah pertumbuhan hijau, memperkukuhkan prasarana bagi sokongan pembangunan ekonomi dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-11 adalah penganjak akhir dalam pakej Wawasan 2020 dan ia boleh dianggap sebagai dokumen penting dalam membantu merealisasikan keperluan dan aspirasi negara. Tidak dapat dinafikan bahawa pelan dan objektif RMKe-11 ini berteraskan rakyat dan meningkatkan harapan warga negara untuk memperoleh kualiti hidup yang lebih baik. Matlamat dan objektif RMKe-11 yang luhur harus dibanggakan tetapi
inti patinya terletak pada tangan pelaksanaannya. Pada pandangan saya, apa yang penting ialah pelaksanaan, pemantauan dan sistem penyampaian lebih-lebih lagi apabila rancangan ini untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sebelum kita melaksanakan RMKe-11 ini, apa yang perlu dilakukan agar kerajaan belajar daripada kelemahan pelaksanaan RMKe-10 yang lepas dan tidak melakukan kesilapan yang sama. Satu lagi faktor penting yang akan menentukan kejayaan RMKe-11 ini adalah perkhidmatan awam yang cekap dan berdedikasi dengan mengamalkan ketulusan tahap integriti yang tinggi. Semua penjawat awam perlu komited sepenuhnya untuk berkhidmat kepada negara dan memastikan semua program dan projek yang dijalankan akan memberi manfaat kepada rakyat. Mereka mempunyai peranan penting dalam merubah produktiviti perkhidmatan awam dan merealisasikan aspirasi negara. Secara telitinya saya melihat dalam RMKe-11 ini banyak perhatian diberikan kepada golongan miskin meliputi semua kaum dari segi perumahan, penjagaan kesihatan dan sebagainya. Namun demikian kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada golongan berpendapatan sederhana yang kini juga mengalami kesukaran atas kos sara hidup yang semakin meningkat. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh beberapa elemen yang terkandung dalam enam teras strategik itu yang kesemuanya adalah kepentingan rakyat dan keperluan rakyat yang saksama. Pertama sekali ialah teras yang berkaitan yang memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini elemen yang penting apatah lagi di kawasan saya yang boleh dikategorikan kawasan luar bandar. Kalau di kawasan Parlimen Paya Besar, projek naik taraf rangkaian jalan raya ke pedalaman hendaklah diberi keutamaan seperti Jalan Sungai Lembing ke Jerantut. Dalam hal ini Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk skop kerja ukur dari Sungai Lembing ke Jerantut. Pelaksanaan ini saya dimaklumkan akan dimasukkan dalam RMKe-11. Andainya tidak dimasukkan, saya tegaskan supaya ianya dimasukkan kerana projek ini telah diumumkan kelulusannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-10. Mengapa saya tegaskan adalah kerana pembinaan ini kelak akan memberikan lebih limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Namun dalam masa yang sama penduduk harus lebih bersedia dengan arus pembangunan. Di samping itu perjalanan dari Jerantut ke Sungai Lembing yang memakan masa tiga jam sekarang ini akan dipendekkan 40 minit bila projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing yang telah diluluskan dapat dilaksanakan.
Jika sebelum ini perjalanan melalui jarak 180 kilometer dari Jerantut ke Sungai Lembing yang bernilai RM300 juta akan menjadikan jarak perjalanan cuma 40 kilometer sahaja. Kita sedia maklum, bandar Jerantut menjadi bandar transit atau sentral dengan kedudukan Daerah Jerantut menjadi di tengah-tengah negeri Pahang. Kelebihan Daerah Jerantut yang merupakan yang terbesar dalam Pahang dengan keluasan tanahnya membolehkan beberapa projek infrastruktur bertaraf negeri boleh dibina di Jerantut. Jadi, dengan terbinanya projek Jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti, ini bermakna orang dari Utara boleh terus ke Kuantan tanpa melalui Karak Highway. Bermula dari Ipoh, Cameron Highlands, Sungai Koyan, Lipis, Jerantut, Sungai Lembing, Kuantan. Kalau lah jalan Hulu Tembeling, Terengganu boleh dilaksanakan, orang Terengganu boleh juga ke Kuala Lumpur tanpa melalui Kuantan. Jika jalan Ulu Cekong, Bentong lagilah mudah perhubungan Dungun-Jerantut menuju ke Bentong-Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, Jerantut menjadi bandar transit yang penting menghubungkan Timur dan Barat. Malahan, jalan dari Jerantut ke Pasir Raja, Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting kerana ia akan memajukan jurang ekonomi kawasan Sungai Lembing juga. Tuan Yang di-Pertua, saban tahun kalau musim tengkujuh, kawasan Bandar Sungai Lembing ini memang pasti dinaiki air. Sudah menjadi satu kebiasaan apabila berlaku banjir, bantuan-bantuan daripada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, agensi berkaitan dan NGOs memang banyak. Saya berterima kasih kepada mereka yang tidak jemu-jemu turun padang untuk membantu. Masalah sekarang ialah kita sudah kenal pasti kalau kita lihat kejadian banjir Pekan Sungai Lembing adalah disebabkan keadaan Sungai Kuala Kenau iaitu sungai utama di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing yang cetek serta banyak runtuhan tebing
menjadikan sungai ini kurang efisien, di mana ia mudah banjir setiap kali hujan lebat. Keadaan banjir ini akan menyebabkan paras air di Sungai Kuantan turut naik dan menyebabkan kawasan di sebelah hilir dan di sepanjang jalan Kuantan-Sungai Lembing pasti banjir. Kalau sebelum ini pun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan bagi menjalankan kajian dan reka bentuk menyeluruh bagi mengatasi masalah banjir sejak dalam RMKe-10. Bagaimanapun permohonan ini tidak diluluskan dalam rolling plan pertama. Saya amat berharap kementerian berkenaan dapat melihat perkara ini secara serius dan berusaha untuk memasukkan permohonan ini di dalam rolling plan RMKe-11 mengikut keutamaan. Di samping itu, pihak Universiti Malaysia Pahang sedang menjalankan kerjasama dengan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), membuat kajian terhadap sungai- sungai yang terdapat di kawasan DUN Pancing. Malahan, saya cadangkan juga supaya longkang-longkang monsun perlu diperbaiki dan menaik taraf semula, terutama di Kampung Permatang Badak, Kampung Bukit Lamin, Kampung Chendering dan Kampung Baru Pandan Dua. Perkara ini perlu kerana longkang-longkang monsun ini pun sudah tidak lagi terdaya untuk menampung aliran air atau jumlah yang terlalu besar. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada pendidikan yang memperlihatkan di kawasan saya, Gambang yang kini menjadi hab pendidikan dengan wujudnya Universiti Malaysia Pahang, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Komuniti Gambang dan Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang dalam pembinaan. Malahan, di kawasan Gambang ini pun turut memiliki sekolah sukan dan akademi bola sepak yang bakal menarik lebih ramai pelajar ke situ. Di samping mempunyai kilang seperti Hab Halal, Taman Teknologi Pahang, pelaburan dalam bidang biotek, semua ini pasti akan membangunkan pekan Gambang, sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat. Cuma yang ingin saya pohon supaya kerajaan memasukkan dalam RMKe-11 ialah keperluan yang tinggi dan harapan yang besar oleh penduduk Parlimen saya ialah perlunya pembinaan sekolah menengah agama. Perkara ini penting kerana pembelajaran akademik yang berbentuk ukhrawi juga perlu dimantapkan. Kini ramai para pelajar di peringkat sekolah rendah cemerlang dalam pendidikan dan pengajian Islam ini. Jadi, keperluan sekolah menengah agama itu memang ada. Selain itu, kerajaan juga perlu menaik taraf atau membina baru sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil di kawasan Pancing. Kalau kita lihat sekolah sedia ada, sekolah itu cukup daif, malah ia sekolah pertama yang dibina di kawasan Estet Kuala Reman yang diduduki lebih 5,000 orang penduduk. Jadi, saya pohon kerajaan melihat perkara ini. Saya juga ada berbincang dengan pihak berkepentingan yang menjaga hal ehwal kaum India bagi memastikan keperluan pendidikan anak-anak bangsa mereka turut diberi jaminan. Tuan Yang di-Pertua, sedikit berkaitan klinik desa di kawasan Parlimen saya. Sebenarnya, jumlah yang ada sudah mencukupi. Cuma yang sedia ada ini perlu diperbesarkan atau dinaiktarafkan. Ini kerana jumlah penduduk semakin ramai. Penyakit yang ada kadangkala memerlukan mesin rawatan yang canggih dan memerlukan kawasan untuk ditempatkan. Jadi, walaupun ia hanya klinik biasa tetapi janganlah pula kita menampakkan klinik desa ini macam era tahun 60-an atau era tahun 70-an. Akan tetapi perlu ditambah baik kerana kita sudah berada pada era 2015. Dalam teras strategik RMKe-11, perkara yang utama dirancang ialah pembinaan rumah mampu milik atau PR1MA. Kalau di Pahang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sudah mengumumkan rakyat negeri Pahang berpeluang membeli rumah serendah RM80,000 sebuah di kawasan bandar melalui projek PR1MA Pahang. Pada masa ini, rumah PR1MA Pahang diperkenalkan sejak dua tahun lalu, dijual pada harga RM125,000 hingga RM150,000. Ini masalahnya. Kalau kita lihat di jalan dari kilometer 14 Kuantan, Gambang sampailah ke Pekan Gambang, anggaran rumah membabitkan nilai harga RM125,000 atau pun RM150,000 atau lebih tinggi. Jadi, saya harap harga rumah PR1MA ini dapat dijual pada harga RM80,000. Ini kerana kebanyakan anak-anak muda di kawasan Gambang sebagai contohnya, tidak mampu memiliki rumah dengan harga RM125,000. Ia di luar kemampuan mereka dan kebanyakan mereka bekerja sendiri. Kerja di kilang-kilang mahupun menjalankan business industri kecil. Jadi, saya pohon Kerajaan Pusat menimbangkan perkara ini secara teliti. Buat
masa ini saya melihat Kerajaan Pahang komited menyediakan lebih banyak rumah-rumah mampu milik bagi membolehkan rakyat dapat menikmati kehidupan selesa. Setakat ini, kira-kira 27,000 unit rumah PR1MA sedang dalam pembinaan. Kerajaan Pusat juga boleh berunding dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri boleh menyediakan lokasi pagi pembinaan projek PR1MA. Tuan Yang di-Pertua, masih soal perumahan. Akan tetapi yang ini lebih kepada permasalahan kuarters tentera yang uzur. Ini kerana masih ada lagi kuarters yang dibina pada era zaman British. Kalau kita lihat kuarters tentera di Kuantan umpamanya, kebanyakannya dibina pada tahun 1967. Jadi, saya pohon juga kuarters tentera diberikan perhatian dalam RMKe-11. Khususnya untuk dibaik pulih atau dibina baru bagi menggantikan yang sudah uzur supaya anggota-anggota tentera ini dapat tinggal dalam kuarters yang selesa dan terjamin keselamatannya. Walaupun ramai di antara anggota-anggota tentera yang telah menamatkan khidmat mereka dan menjadi orang awam, ada di antara mereka yang memiliki rumah yang selesa untuk didiami. Akan tetapi masih ramai yang tinggal di rumah-rumah pusaka peninggalan nenek moyang mereka. Jika berlakunya bencana malapetaka banjir dan puting beliung, rumah mereka mudah terlibat dengan bencana seperti ini. Oleh itu, kerajaan perlulah menyediakan dana untuk membantu membaiki rumah atau pun menyediakan rumah baru kepada mereka bilamana rumah mereka ini ditimpa musibah ini. Di samping penambahan kem PLKN sebagai persediaan baru dan penambahbaikan persiapan belia, negara menghadapi persekitaran dunia yang semakin mencabar termasuk daripada segi politik, ekonomi dan isu keganasan. Kem-kem PLKN ini mesti disediakan dengan prasarana yang sesuai dan mematuhi kriteria-kriteria yang seimbang dengan modul-modul yang diperkenalkan di kem-kem ini. Baru-baru ini, dalam makmal transformasi PLKN, saya sudah pun maklum akan adanya proses penambahbaikan bagi memastikan program itu mencapai matlamat bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi dan pemikiran.
Selama 10 tahun PLKN dilaksanakan sejak tahun 2004, pelatihnya diwajibkan menjalani empat modul latihan yang ditetapkan Jabatan Latihan Khidmat Negara JLKN iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti. Justeru, apa yang diharapkan ialah menerusi kem-kem baru, termasuklah modul baru yang bakal diterapkan dalam PLKN itu dapat melahirkan generasi yang memiliki semangat patriotism dan toleransi yang tinggi, berdisiplin, matang berfikir dan bertindak, bersopan santun, berbudi bahasa dan menghormati prinsip Rukun Negara serta perkara sensitif yang termaktub dalam perlembagaan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Panjang benar. Selepas ini saya rujuk Tuan Speaker sahaja ikut Yang Berhormat Puchong ataupun Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tidak salah pun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rancangan Malaysia Ke-11 yang telah dibentang didakwa berkonsepkan pertumbuhan serta berpaksikan rakyat dilihat hanya sebagai retorik Yang Amat Berhormat Pekan sahaja. Rancangan Malaysia Ke-11 kononnya bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan berteraskan prinsip bangsa Malaysia, saya ulang, berteraskan prinsip bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu. Dalam hal ini, kita hendak lihat Yang Amat Berhormat Pekan bertindak tidak racist ataupun benar-benar berpaksikan bangsa Malaysia. Ketiga, perkongsian cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan kemakmuran rakyat. Walau apa pun yang cuba dirancang oleh Yang Amat Berhormat Pekan, saya berpendapat bahawa Malaysia tidak mungkin mencapai atau menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 selagi skandal seperti 1MDB terus berlaku. Saya tumpang bangkitkan isu 1MDB ini. Saya minta Yang Amat Berhormat Pekan, niat baik beliau berhutang sebanyak
RM42 bilion, kita hendak tahu ke mana wang tersebut? Yang kita boleh kesan, IPP RM12.4 bilion, TRX RM200 juta, tanah di Sungai Besi RM1.6 bilion, tanah di Ayer Hitam RM1.4 bilion, lombong arang batu di Monggolia RM4 bilion, kontrak kem-kem tentera RM2.1 bilion. Jumlah yang saya baru kira Tuan Yang di-Pertua, baru RM17.7 bilion. Mana pergi lagi RM24.3 bilion? Kita minta Yang Amat Berhormat Pekan untuk menjelaskannya. Itu baru satu skandal Tuan Yang di-Pertua. Belum lagi kita cerita skandal seperti PKFZ yang jika berulang ia akan merugikan kerajaan. Begitu juga dengan skandal Perwaja Steel yang telah selesai tetapi tidak meyakinkan rakyat. Kekalutan kerugian MAS yang berulang dan berterusan ini juga merugikan rakyat. Pembayaran komisen beli jet, kapal selam dan lain- lain aset angkatan tentera juga merugikan rakyat. Ini baru lima contoh yang saya sebutkan, belum lagi 73 senarai projek-projek mega yang telah merugikan rakyat, Tuan Yang di- Pertua. Oleh itu, saya yakin bahawa 2020 kita tidak akan capai sebagai sebuah negara maju. Tuan Yang di-Pertua, GST pula dikutip daripada rakyat untuk membayar hutang kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan yang diurus tadbir oleh pemimpin yang tidak amanah. Ini semua menjadi sebab atau menjadi punca mengapa Wawasan 2020 tidak akan tercapai. Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah kalau kita semua umur panjang, 2020 kita akan menjadi saksi kegagalan Malaysia untuk menjadi negara maju atau mencapai Wawasan 2020. Tuan Yang di-Pertua percaya? Kena percaya cakap saya, insya-Allah. Kita akan lihat. Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-11 yang dibentangkan, saya lihat dan saya dapati tiada langsung aspek keselamatan negara disentuh. Meskipun kita semua tahu kedaulatan negara dilihat sentiasa terancam oleh negara yang berebut-rebut ingin memiliki beberapa buah pulau di Laut China Selatan dan Laut Andaman. Memandangkan situasi sedemikian, saya ingin mencadangkan supaya tindakan berikut dilakukan. Kerajaan harus menyediakan peruntukan yang lebih dalam RMKe-11 bagi membina binaan kekal di Pulau Layang-Layang, Pulau Perahu, Pulau Siput, Pulau Mantarani, Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan bagi mengukuhkan kedaulatan negara di pulau-pulau tersebut. Penempatan warga keselamatan perlu dilindungi dan keselamatan hidup yang lebih baik disediakan di samping dibayar elaun khas dengan kadar RM100 sehari. Begitu juga dengan Pulau Jarak di Perak dan Pulau Perak di Kedah yang juga perlu dipertahankan kedaulatannya. Di samping itu, dalam tempoh RMKe-11 ini juga saya menggesa kerajaan supaya mengambil alih pengurusan Pulau Pisang dari Kerajaan Singapura sebelum terlewat. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya kehilangan Pulau Batu Putih menjadi pengajaran kepada Kerajaan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya pasukan kajian dan pembangunan iaitu R&D ditempatkan di pulau-pulau yang bersesuaian. Supaya pemilikan pulau-pulau itu benar-benar memberi manfaat kepada negara dan rakyatnya dalam tempoh jangka panjang. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengukuhkan ketahanan daya perang semasa peperangan, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memikirkan membina depot-depot minyak simpanan perang di tempat-tempat yang strategik di seluruh negara. Dalam urusan selenggaraan aset ATM pula, saya desak supaya kaedah selenggaraan dikaji semula dan diperbaiki demi mengurangkan kehilangan wang rakyat, supaya tidak habis dibelanjakan tetapi status aset kekal berada di kategori operasi yang rendah. Sebagai contoh, tahap operasi meriam 155 milimeter, tahap status operasi kereta kebal, pesawat pejuang dan terdapat pula kapal-kapal perang yang utamanya tidak boleh dioperasikan dan ini merupakan masalah yang dihadapi sekarang. Oleh itu, kita ingin bertanya kepada kementerian Pertahanan khususnya, di manakah status industri pertahanan negara yang diuar-uarkan untuk dikembangkan sejak 10 tahun yang lalu dan kini kita tidak lihat akan keberkesanan ataupun hasilnya. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh RMKe-11 ini juga saya minta kerajaan tidak melanjutkan tempoh jawatan sebarang penjawat pegawai tinggi ATM setelah mencapai usia 60 tahun. Oleh kerana ia dilihat telah menjejaskan semangat, moral dan dedikasi pegawai-pegawai di bawah yang sentiasa bersedia untuk mengambil tugas dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan ketenteraman strategik negara dari ancaman luar. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya komposisi dan kekuatan ATM kini adalah memadai, lebih-lebih lagi dengan tertubuhnya Markas Angkatan Bersama. Walau
bagaimanapun, saya ingin melihat peranan Panglima Angkatan Bersama benar-benar memenuhi fungsinya sebagai Panglima Perang yang bertanggungjawab menguruskan operasi-operasi yang dikendalikan oleh Angkatan tentera Malaysia atau pada ketika ini menangani ancaman tentera asing yang berlaku di Laut China Selatan. Di mana pulau- pulau milik Malaysia mesti dipertahankan. Dalam pembangunan aset ATM pula, saya ingin syorkan supaya diwujudkan satu Ahli Jawatankuasa Pemilih atau Select Comittee pertahanan di peringkat Parlimen yang berperanan untuk mengawal dan meneliti semua perolehan mega ATM agar tidak berlaku pembaziran seperti pernah berlaku iaitu perolehan sistem C4I atau Command Control Communication and Intelligence Systems dalam tahun 90-an. Di mana sistem yang bernilai lebih RM1 bilion tetapi apabila diterima, ia telah ketinggalan teknologi dan tidak efektif penggunaannya. Cara ini diharap boleh melindungi Kementerian Pertahanan dijadikan lubuk emas. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat program peningkatan aset ATM harus disesuaikan dengan perjanjian pertahanan yang sedia wujud seperti Five Power Defence Arrangements ataupun FPDA yang bertujuan mempertahankan Malaysia dan Singapura dari serangan luar.
Ia merupakan kerjasama tentera antara New Zealand, Australia, United Kingdom, Singapura dan Malaysia dan juga perjanjian-perjanjian bilateral yang lain. Tuan Yang di- Pertua, dalam hal ini juga dalam hal yang sama juga saya ingin mencadangkan Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencetuskan idea supaya perjanjian ketenteraan organisasi ASEAN diwujudkan. Bagi menentukan keamanan serantau di kalangan negara-negara ASEAN terus terpelihara. Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek pengurusan perolehan kelengkapan saya ingin mendapat penjelasan terkini status perolehan dua buah kapal latihan TLDM yang telah tertangguh penerimaannya. Saya juga ingin mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya menanganinya dengan telus sehingga ia boleh diperoleh segera tanpa melanggar sebarang peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Khususnya dalam menentukan peralatan dan perkakasan yang harus dilengkapkan ke dalam kapal-kapal berkenaan. Begitu juga dengan pemulihan KD Perantau yang telah tenggelam tidak lama dahulu di Boustead Naval Shipyard Lumut.
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Lumut kerana di peringkat awal tadi Yang Berhormat Lumut membangkitkan berkaitan dengan keselamatan khususnya keselamatan maritim. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa pada 30 Mei yang lalu dalam Shangri La Dialog di Singapura beberapa negara yang bersidang telah pun mencadangkan suatu inisiatif keselamatan maritim Asia Tenggara, telah mencadangkan satu jumlah perbelanjaan sebanyak USD425 juta untuk membangunkan keselamatan ataupun usaha-usaha keselamatan di Asia Tenggara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Lumut apakah dalam RMKe-11 ini terdapat perincian yang begitu teliti berkaitan dengan aspek-aspek keselamatan ini kerana saya kira Yang Berhormat Lumut juga bersetuju bahawa kalau tidak ada aspek keselamatan diberikan penekanan, saya yakin sebarang perancangan kerajaan itu tentunya akan menemui kegagalan. Mohon pandangan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Pertamanya terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Keduanya saya yakin dan percaya peruntukan kewangan Kementerian Pertahanan untuk aset angkatan tentera bagi RMKe-11 disenaraikan. Akan tetapi berdasarkan pengalaman lalu kesemua peruntukan RMK ataupun program RMK yang
dirancang tidak tercapai. Khususnya contoh kapal selam dia berlanjutan daripada RMKe-8 pergi ke RMKe-9 dan seterusnya hingga RMKe-10. Begitu juga dengan kapal Patrol Vessel dahulu berlanjutan tidak mengikut tempoh yang ditetapkan dalam satu RMK. Saya yakin perkara yang sama berlaku dan mungkin juga tidak ada senarai baru disenaraikan oleh kerana projek-projek yang disenaraikan sedang dilaksanakan. Contohnya Littoral Combat Ship (LCS) dia dimasukkan ke dalam RMKe-11. Jadi kita tunggu dan lihat pelaksanaannya di dalam RMKe-11, terima kasih. Akhirnya yang saya ingin sampaikan Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat RMKe- 11 tidak menjanjikan sesuatu yang baru kepada Angkatan Tentera Malaysia. Ini juga menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Katil. Pencapaian projek-projek dalam RMK sebelum ini tidak pernah tercapai sepenuhnya. Maka sebab itu RMKe-11 untuk Kementerian Pertahanan saya anggap sebagai projek sambungan sahaja. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan untuk saya membahaskan RMKe-11. Saya cukup berbangga dengan negara ini dan Kerajaan Barisan Nasional atas pencapaian yang telah kita capai sehinggalah sekarang kita akan memulakan RMKe-11. Ini yang mana apabila saya lihat, baca, saya bertambah yakin bahawa kita, negara kita kerajaan memang tahu apa yang diperlukan untuk lima tahun terakhir sebelum tahun 2020 kita ingin mencapai status negara maju. Walau macam mana pun masih ada ruang, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki walaupun kita terus mempertingkatkan menambahbaikkan sistem dan sekarang ini kita melaksanakan Transformasi Nasional. Saya berharap Program Transformasi Nasional ini terutamanya Government Transformation Programme dan Economic Transformation Programme akan dapat dijayakan dalam lima tahun yang ke hadapan ini. Saya lihat apa yang penting selain daripada kita sudah mempunyai perancangan yang cukup baik adalah pelaksanaan. Apa yang amat ketara sekali yang perlu dipercepatkan adalah dengan izin empowerment dari segi pelaksanaan kepada pelaksana- pelaksana di kawasan masing-masing. Dalam RMKe-11 ini saya ingin fokus kepada satu daripada enam pemacu perubahan iaitu melabur dalam bandar berdaya saing. Ada disebut empat bandar utama Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu yang memang kita lihat inilah empat bandar yang mempunyai potensi yang tinggi dan bolehlah dikatakan ini adalah bandar-bandar yang boleh ditarafkan sebagai tier pertama. Akan tetapi untuk terus negara ini meningkat dari segi pembangunan ekonominya dengan mendapatkan manfaat daripada aglomerasi ekonomi daripada pembangunan bandar. Saya lihat kita juga perlu mengenal pasti dan seterusnya melaksanakan strategi yang sama kepada bandar-bandar tier kedua, bandar-bandar yang mempunyai potensi dan mempunyai daya saing. Salah satunya sebenarnya saya ingin zoom in dengan izin sebab masa pun tidak begitu mengizinkan dan ramai yang sudah juga yang telah cover polisi- polisi dan perancangan secara menyeluruh peringkat nasional. Jadi saya zoom in kepada Labuan iaitu sebuah bandar yang mempunyai potensi untuk menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara. Labuan adalah sebagai salah satu dari Wilayah Persekutuan selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kita dapat lihat sebenarnya Wilayah Persekutuan yang ada di negara ini adalah kawasan yang sebenarnya kawasan yang istimewa. Kuala Lumpur adalah kapital kepada ekonomi ataupun the commercial capital of Malaysia, dengan izin. Putrajaya pula adalah administrative centre capital di mana di sanalah kuasa dan pentadbiran dipusatkan. Jadi yang satu lagi adalah Labuan yang mana Labuan telah diserahkan ataupun diambil oleh Kerajaan Persekutuan pentadbirannya daripada Kerajaan Negeri Sabah dalam
tahun 1984. Dengan tujuan sebenarnya adalah untuk bandar itu ataupun pulau itu dimajukan dan dijadikan sebagai sebuah wilayah yang istimewa.
Ramai sebenarnya orang luar datang kadang-kadang ke Labuan. Apabila mereka diberi taklimat, maka apa yang mereka lihat, yang mereka faham ialah Labuan ini adalah sama seperti lebih kurang special administrative region. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Lebih kurang macam apa yang diberikan description itu kepada Hong Kong kalau di China. Akan tetapi apa yang specialnya sekarang ini di Labuan ialah setelah ia menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan selama 31 tahun. Saya lihat dan saya seru Kerajaan Persekutuan mesti ambil peluang ini. Selama 31 tahun yang lepas, kita memang nampak pembangunan yang telah membuatkan Labuan itu menjadi bertambah cantik dengan landscapingnya bersih dan aman dan sebagainya tetapi saya lihat ia masih cuma sebagai enhancement kepada perkara-perkara yang sudah ada di Labuan sebelum ia menjadi Wilayah Persekutuan. Mungkin ada satu yang baru iaitu menjadikan Labuan sebagai pusat kawalan luar pesisir tetapi ia belum cukup istimewa sebenarnya. Labuan dijadikan sebagai pusat kewangan dan juga pusat di mana syarikat-syarikat international, antarabangsa mendaftar dan di sanalah regulatory body itu berpejabat dan di sanalah teras company yang menjaga syarikat-syarikat yang didaftarkan itu diadakan tetapi ia tidak banyak sangat menyumbang kepada ekonomi setempat ataupun yang lebih selalu kita dengar sekarang household income kepada rakyat di sana. Mungkin ia mempunyai transaksi yang begitu besar, berbilion-bilion ringgit dengan keuntungan berjuta-juta ringgit tetapi dia punya aktiviti ataupun transactionnya lebih dilaksanakan di Kuala Lumpur. Unit Labuan sebagai pusat kewangan kalau dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di seluruh dunia, ia membenarkan aktiviti itu dilakukan di Kuala Lumpur dan sekarang ini satu lagi kawasan baru yang mana pusat kewangan luar pesisir ini juga dibenarkan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar. Jadi apa yang specialnya Labuan? Alhamdulillah walaupun begitu slow, sunyi selama ini. Cuma dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur di sini untuk memperindah Labuan, tetapi dari segi ekonomi sebenarnya kita baru mula terasa pada tahun-tahun yang lepas. Lima tahun yang lepaslah lebih kurang, apabila aktiviti minyak upstream menjadi lebih rancak di laut Sabah dan Sarawak dengan penjumpaan telaga- telaga baru dan Labuan sebagai hab logistik ini, maka ia mendapat manfaatnya. Ini adalah sesuatu yang saya lihat sebagai penyumbang besar kepada ekonomi Labuan. Akan tetapi sekarang kita dengar pula bahawa ada kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengan Labuan. Supply base baru akan dibangunkan. Bintulu tengah membangunkan supply base, Kuala Abai di Kota Belud juga tengah melaksanakan supply base. Nampak macam tidak ada integrasi dari segi strategi ataupun perancangan yang membuatkan Labuan itu akan dapat terus berdaya saing dan sustainable. Jadi ingin saya katakan di sini ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya selepas beberapa tahun dengan kurangnya strategi ataupun pembangunan-pembangunan yang akan membuatkan Labuan itu terus melonjak dan menjadi kawasan yang istimewa seperti yang saya katakan tadi sebagai Wilayah Persekutuan. Maka ia akan cukup memalukan Kerajaan Persekutuan. Jadi saya berharap Kerajaan Persekutuan tidak akan melepaskan peluang melalui Rancangan Malaysia Kesebelas ini untuk memastikan Labuan akan menjadi kawasan yang istimewa yang mana Labuan akan menjadi jambatan yang akan merapatkan Kerajaan Persekutuan dan juga wilayah-wilayah Malaysia di Borneo. Di Labuan, kita sudah berbelanja sebenarnya, terima kasih saya ucapkan. Satu investment yang agak besar seperti kita mempunyai airport yang beratus juta ringgit, kita mempunyai sekolah antarabangsa yang beratus juta ringgit dan tengah
dibesarkan dan oversize kalau dibandingkan dengan student yang ada sekarang. Kita juga mempunyai kawasan perindustrian yang tengah dibesarkan walaupun masih tidak mencukupi tetapi semua ini masih belum dapat menjanjikan bahawa pembangunan ekonomi yang rancak itu akan sustain. Jadi apa yang saya ingin sampaikan di sini supaya satu langkah besar yang boleh dikatakan pemacu perubahan mesti diadakan di Labuan supaya dengan adanya investment ataupun langkah besar ini, pemacu perumahan ini, maka semua benda lain akan bergerak dengan sendirinya dan sebenarnya tidak lain dan tidak bukan ia adalah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah. Ia tidak jauh pun. Ia cuma lebih kurang tujuh atau lapan kilometer sahaja.
Ya, Yang Berhormat Labuan, gulung.
Dengan adanya jambatan ini nanti, sebenarnya Labuan yang kita inginkan sangat untuk maju dalam pelancongan akan sendirinya melonjak disebabkan ia akan lebih mudah untuk pelancong-pelancong yang sudah datang ke Sabah untuk datang ke Labuan. Selain daripada itu, Labuan juga akan menjadi pusat pelabuhan yang akan dapat, Ia memang sudah pun pelabuhan dan ia akan menjadi pelabuhan yang akan memberikan perkhidmatan bukan sahaja kepada Labuan tetapi akan memberi perkhidmatan kepada kawasan-kawasan persekitarannya yang mana sekarang ini ia agak jauh daripada Kota Kinabalu, dekat dengan Labuan tetapi Labuan itu tidak dihubungkan dengan lebih baik ataupun dengan jambatan yang saya perkatakan tadi.
Selain daripada itu sebenarnya Labuan juga sepatutnya dijadikan pusat pendidikan untuk membolehkan Labuan menambahkan penduduknya dan dengan pertambahan penduduk ini akan membolehkan Labuan terus berkembang untuk menghidupkan produk-produk seperti restoran, perhotelan dan sebagainya yang mana ini akan terus menjadikan Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan yang sepatutnya ianya dibangunkan. Begitu juga dengan hal-hal lain seperti public transportation dan sebagainya. Labuan sepatutnya adalah satu peluang bagi Kerajaan Persekutuan untuk membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan begitu prihatin kepada pembangunan di Borneo Malaysia yang mana ianya akan memberikan manfaat kepada rakyat-rakyat di Sabah dan juga di Sarawak. Sebelum saya mengakhirkan ucapan saya, sebenarnya ada beberapa yang saya ingin ingatkan di sini. Labuan memerlukan beberapa jalan baru selain daripada upgrading jalan yang sudah ada. Kita ada menghantar beberapa permohonan dan kita harap ianya diterima di RMKe-11. Selain daripada itu, kita juga memerlukan hospital yang bertaraf pakar penuh sebab Labuan ini adalah sebuah pulau yang mana komuniti-komuniti minyak dan gas dan sebagainya itu memerlukan pusat medical yang lebih berkualiti sebab ianya memerlukan masa yang begitu lama sekiranya mereka terpaksa diterbangkan ke Kota Kinabalu ataupun ke kawasan-kawasan lain. Selain daripada itu, sebenarnya di Labuan juga kita sudah mempunyai beberapa pusat latihan ataupun TVET yang juga menjadi salah satu strategi kepada RMKe-11 dan saya berharap ILP yang ada di Labuan yang mana ianya adalah di antara ILP yang terawal di negara ini yang sekarang ini telah difokuskan untuk pembangunan sumber manusia di dalam industri terutama industri minyak dan gas supaya ianya diperbesarkan sebab pada masa ini ianya sudah menjadi terlalu kecil dengan permintaan yang bertambah. Begitu juga sebenarnya dengan keperluan untuk mempertingkatkan speed untuk internet dan jalur lebar. Apabila saya bertanya sebenarnya Labuan mempunyai lebih kurang di antara 4 mega hingga ke-10 mega. Mungkin ianya adalah sesuatu yang okey kalau dibandingkan dengan banyak kawasan di Malaysia tetapi sebenarnya kepada komuniti peniaga terutamanya yang berurusan dengan syarikat-syarikat antarabangsa seperti yang saya katakan tadi, Trans Company dan sebagainya, ianya adalah sesuatu yang terlalu slow dan sebenarnya ianya cukup embarrassing mengikut apa yang mereka katakan apabila mereka terpaksa berhadapan dengan komuniti antarabangsa. Begitu juga sebenarnya di Labuan, kita perlukan pelabuhan bersepadu yang baru memandangkan pelabuhan yang ada sekarang ini berada di tengah-tengah bandar, ianya
sudah congested dan ianya sudah membuatkan bandar itu tidak sesuai untuk berada di bandar itu dan study sudah pun dibuat untuk sekian lama dan kita memerlukan sokongan daripada kerajaan supaya ianya dapat dilaksanakan pada RMKe-11 ini. Sebenarnya banyak lagi, termasuklah kita punya senarai mahu dihantarlah.
Sabah hantar bertulis.
Jadi saya berharap Kerajaan Persekutuan tidak melepaskan peluang lagilah di RMKe-11 ini supaya penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan itu adalah sesuatu yang berbaloi di mata rakyat Sabah. Jadi dengan itu, saya mohon menyokong. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbincangan RMKe-11 ini. Merujuk kepada Teras Strategik Ketiga bagi memperkasakan pembangunan modal insan, saya sangat berharap kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melahirkan modal insan yang berakhlak mulia dan mempunyai kemahiran yang tinggi melalui pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dapat direalisasi. Harapan kerajaan untuk meningkatkan pengambilan pelajar lepasan SPM jurusan TVET dari 164,000 dalam tahun 2013 kepada 225,000 tahun 2020 dengan kurikulum yang dibentuk dan disampaikan secara usaha sama antara industri, institusi TVET dan kerajaan, insya-Allah boleh tercapai bila kita pastikan sistem pendidikan mengambil kira keseimbangan antara pendidikan rohani iaitu agama, akhlak, moral dan pendidikan akademik. Saya menyokong cadangan Yang Berhormat Temerloh tadi supaya Kementerian Pendidikan memperkasa sekolah agama. Kami di Universiti Selangor memberi peluang kepada pelajar tahfiz mengikuti kelas peralihan sebelum mereka dapat memasuki bidang kejuruteraan, biotek, pengurusan dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya apakah usaha kerajaan bersama-sama dengan ibu bapa, guru dan masyarakat untuk membawa balik tiga kategori remaja. Pertama, remaja-remaja yang terlibat dalam salah laku dan masalah gejala sosial peringkat sekolah seperti mencuri, pecah rumah, rogol, samun, pergaduhan dan pembunuhan yang diklasifikasikan sebagai pesalah juvenil ke pangkuan masyarakat dan diterima oleh majikan selepas dipulihkan nanti. Pesalah juvenil terus meningkat dan membimbangkan. Sebagai contoh, data daripada PDRM tahun 2008, kes juvenil ialah 5,115 dan pada tahun 2013 ialah 7,816 kes. Bagaimana pula kedudukan kes juvenil ini sehingga akhir 2014. Kedua, remaja-remaja yang terlibat dengan salah guna dadah yang ditempatkan dalam 27 pusat serenti atau pusat pemulihan dadah di seluruh negara yang difahamkan mempunyai kapasiti 12,500 orang. Apakah kedudukan sebenar remaja-remaja yang terlibat dalam salah guna dadah sehingga akhir tahun 2014. Ketiga, remaja wanita yang ditempatkan di pusat pemulihan akhlak sama ada di bawah kerajaan atau swasta dan Dewan yang mulia ini juga ingin mendapat penjelasan kedudukan golongan ini dalam pelbagai kategori. Saya berharap ketiga-tiga golongan remaja ini selepas diberi kaunseling, bimbingan agama, latihan kemahiran vokasional dalam masa tertentu dibenarkan bersama- sama berada di dalam arus perdana mengikuti pendidikan TVET dan dibenarkan bekerja di syarikat-syarikat dengan bimbingan agensi-agensi kerajaan masing-masing sebagaimana seperti apprentice sehingga mereka boleh berdikari. Mereka patut diberi keutamaan bekerja lebih daripada pekerja asing bagi penerusan hidup mereka khasnya dan kesejahteraan rakyat amnya. Jika dibiarkan, mereka akan menjadi sampah masyarakat dan menjadi beban berterusan kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, merujuk Teras Keempat iaitu menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemapanan dan daya tahan. Saya berharap hasrat dan janji Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri juga untuk mengurangkan gas rumah hijau (GHG) kepada 40% KDNK pada tahun 2020 berbanding tahun 2005 dapat direalisasikan sekiranya Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dilaksanakan dengan kerjasama erat antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagai koordinator memantau dan mengawal dengan kementerian-kementerian lain iaitu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, hutan merupakan penyerap Co2 utama dalam proses fotosintesis dan menghasilkan oksigen untuk kesejahteraan manusia dan haiwan. Hutan tropika boleh menyerap 1.5 bilion tan Co2 setahun dan catatan daripada buku RMKe-11 di sini hutan simpanan tetap yang telah digazetkan di Pahang, Perak dan Selangor boleh menghapus atau menyerap 11.8 juta tan secara Co2. Pembukaan hutan yang berleluasa untuk pembangunan perumahan dan industri atau ditukar kepada projek pertanian akan menjejaskan fungsi utama di atas. Pembinaan yang terkawal dan tersusun perlu dilaksanakan dengan mengambil kira penebangan pokok yang minimum. Jalan-jalan yang sesuai dengan saiz pembangunan sesuatu tempat dan longkang yang cukup selaras dengan keperluan saliran dan settling pond yang diperlukan bagi mengelak banjir lumpur atau banjir kilat. Bangunan-bangunan yang dibina mengikut ciri green building. Pengumpulan dan pengurusan sampah yang baik tanpa pembakaran terbuka, pelaksanaan amalan 3R, pelaksanaan waste-to-energy, kawalan pelepasan sisa efluen dan gas dari industri, sistem pengangkutan yang baik dan galakan menggunakan pengangkutan awam. Jadi saya berharap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dapat mempercepatkan pengeluaran kereta elektrik atau hybrid. Penjanaan tenaga elektrik yang cekap dengan menggunakan bahan api dan kaedah yang dapat mengurangkan penghasilan Co2 dengan memberi perhatian lebih kepada tenaga boleh baharu, umpamanya penggunaan photovoltaic cell. Saya ingin juga mendapat sedikit penjelasan apakah status photovoltaic cell yang dipasang di bangunan kerajaan di Putrajaya dan hasil kejayaannya dari segi penjimatan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, teras kelima memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Kekurangan longkang, parit dan sungai yang sesuai dan kekurangan kawalan dan pemantauan pembangunan perumahan dan industri yang berlaku sekarang secara besar-besaran tanpa pengurusan silting atau delay pond menyebabkan lumpur yang terus ke sungai hingga menyebabkan berlaku banjir kilat atau banjir lumpur dan akhirnya memberi kesan buruk kepada rakyat dan membebankan kerajaan dengan bantuan dan pampasan kepada mangsa. Saya sangat berharap agensi kerajaan seperti PBT memantau pembangunan yang telah diluluskan. JPS mempercepatkan tindakan mitigasi banjir umpamanya dalam kes mengatasi banjir di Kajang. Begitu juga kesesakan lalu lintas yang berleluasa berlaku sekarang sama ada di Jalan Persekutuan...
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Boleh sedikit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Hulu Langat berkaitan dengan isu banjir yang kita sering dengar dalam Dewan ini misalnya semalam di Bukit Katil, atas bukit pun boleh banjir juga. Soal banjir lumpur dan sebagainya. Cuma bila Yang Berhormat sebut tentang pelan mitigasi dan sebagainya. Saya ingin minta pencerahan apakah wajar kalau kita kemukakan kepada kerajaan agar ada satu tindakan yang tegas kepada pemaju-pemaju agar perkara berkaitan dengan saliran, longkang dan sebagainya dapat kita lakukan dengan lebih efisien, lebih khusus supaya projek pembangunan yang dibuat itu tidak memberikan kesan yang besar sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya dan memberikan kepayahan kepada rakyat. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Katil. Saya memang setuju sebab itulah saya selalu sebut PBT perlu memantau dan saya masih ingat jawapan Menteri, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan pernah jawab persoalan saya. Saya tidak ingat seksyen berapa tetapi kita boleh mengambil tindakan tegas kepada pemaju yang tidak mematuhi peraturan, denda sehingga RM300,000. Saya rasa Menteri boleh perbetulkan nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharaplah kesesakan yang berlaku di jalan-jalan persekutuan, negeri, taman, lebuh raya yang disebabkan oleh bilangan kenderaan yang bertambah dengan mendadak hasil pembangunan dan perumahan yang meningkat tanpa mengambil kira kapasiti jalan raya. Saya sedih apabila layar elektronik menyatakan trafik sesak atau perlahan selepas tol Sungai Besi atau tol lebuh raya MEX atau tol-tol lain. Perkara ini berpanjangan bertahun-tahun tanpa penyelesaian. Oleh itu saya merayu Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaksanakan satu inovasi kaedah kutipan tol agar penyuraian kenderaan dari tol dengan lebih licin. Saya mengharapkan tindakan yang positif daripada Kementerian Kerja Raya. Saya juga sangat berharap dalam RMKe-11 ini jalan-jalan yang mengalami kesesakan dapat diperluaskan lagi bagi melicinkan perjalanan kenderaan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya sangat berharap daripada Kementerian Pendidikan bagi mempercepatkan pembinaan kompleks sekolah rendah dan menengah di atas tapak seluas 13.04 ekar yang pernah dijanjikan kepada Persatuan Penduduk Pelangi Semenyih, Hulu Langat suatu masa dahulu. Keperluan sekolah ini terdesak kerana pertambahan penduduk dengan bertambahnya taman-taman perumahan baru seperti SP Setia, MKH Berhad, EcoWorld dan banyak lagi taman-taman baru termasuk penempatan satu batalion PGA di Semenyih. Situasi sekarang untuk pengetahuan kementerian ialah SK Bandar Rinching dengan populasi 2,300 murid dengan purata 42 hingga 45 murid setiap kelas. SMK Bandar Rinching 2,500 murid dengan purata satu kelas antara 38 hingga 43 murid. SMK Engku Husin Semenyih 3,100 murid dengan purata 42 hingga 46 murid setiap kelas yang agak kurang selesa dan tiada lagi ruang untuk tambahan. Oleh itu saya sangat berharap dalam RMKe-11 ini walaupun telah dicatit dalam RMKe-10 supaya Kementerian Pendidikan dapat membina kompleks sekolah di Pelangi Semenyih, Hulu Langat. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tampil untuk turut serta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tahun 2015. Berteraskan tema ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ serta berpaksikan enam teras strategik. Pembentangan kali ini dilihat mengukuhkan komitmen kerajaan untuk mencapai pertubuhan yang bermatlamat kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan prinsip bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen dari kawasan pedalaman negeri Sarawak saya amat teruja dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menekankan kepada pembangunan infrastruktur yang lebih mampan bagi meneruskan agenda negara menjelang Wawasan 2020. Terima kasih saya ucapkan di atas kesinambungan pembangunan yang telah dirancang bagi meneruskan agenda pembangunan di negeri Sarawak seperti pembinaan jalan luar bandar, menyambungkan bekalan air dan elektrik dan penambahbaikan akses kepada kemudahan kesihatan kita. Pembangunan infrastruktur dan asas di luar bandar. Kawasan luar bandar seperti Hulu Rajang amat memerlukan pembangunan infrastruktur yang berterusan seiring dengan wawasan negara, Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan yang telah diilhamkan oleh pemimpin dahulu dan kini diteruskan legasi pemimpin hebat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dan meletakkan nama negara di atas peta dunia sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
Sebuah negara maju bukan sahaja terletak dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan keharmonian perpaduan nasional dan sosial namun pembangunan infrastruktur di kawasan
luar bandar harus diberi perhatian serius oleh kerajaan selaras dengan kerancakan pembangunan yang pesat berlaku di Semenanjung. Sering kali semasa persidangan Parlimen Yang Ke-13 ini saya sering mengutarakan permasalahan rakyat terutamanya masalah dari sudut aspek pembangunan di luar bandar. Justeru harapan saya dan rakan-rakan dari Parlimen bumi Kenyalang khusus dari kawasan luar bandar menyeru agar perhatian serius diberikan kepada pembangunan di kawasan luar bandar supaya masyarakat turut bersama-sama dalam menjayakan wawasan negara menjelang tahun 2020. Jaringan jalan luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Kesempatan ini saya juga ingin mohon jasa baik Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia agar dapat menambahbaikkan dan menambahkan lebih banyak lagi rangkaian jalan raya bagi membolehkan masyarakat terus berhubung khususnya mereka di luar bandar. Khususnya jalan perhubungan Kapit ke Sibu harus dipercepatkan dan Jalan Nanga Mujong ke Nanga Gaat sepanjang 35 kilometer harus diberikan tindakan yang lebih agresif dan jalan raya dari Rumah Juntan ke Nanga Sut sejauh 12 kilometer diberi perhatian dengan secepat mungkin. Pembinaan jalan raya ini akan membolehkan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut berkembang dengan pesat. Selain daripada itu saya turut menyeru agar kerajaan mempertimbangkan dan mempercepatkan pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Mujong di kawasan Baleh untuk penduduk-penduduk di luar bandar di kawasan DUN Baleh dan di kawasan saya Parlimen Hulu Rajang. Bekalan di luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan sebanyak RM1.1 bilion bagi meneruskan usaha menyambung bekalan elektrik luar bandar menjadi bukti bahawa kerajaan tetap komited dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar. Sememangnya inisiatif ini amat dialu-alukan oleh penduduk di kawasan luar bandar seperti di Parlimen saya. Saya berharap agar usaha ini dapat diperluaskan di kawasan Parlimen Hulu Rajang khususnya di kawasan rumah panjang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dari Nanga Mujong ke Rumah Panjang Melintang Sungai Gaat dan juga Rumah Juntan ke Nanga Sut Rumah Bengau di kawasan Kapit kerana sehingga hari ini masih terdapat masyarakat yang masih bergantung kepada bekalan tenaga elektrik menggunakan kuasa generator Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu saya ingin menggesa pihak kerajaan untuk mempergiatkan usaha menyambungkan bekalan elektrik kepada rumah-rumah panjang yang terletak berdekatan dengan Empangan Bakun dan Empangan Murun dengan bekalan 24 jam Tuan Yang di-Pertua. Buat masa ini rumah-rumah panjang dari Hilir Bakun misalnya masih bergantung kepada penggunaan gen set. memandangkan pembinaan empangan ini melibatkan kawasan tempat tinggal mereka semenjak turun menurun maka wajarlah sekiranya rumah-rumah panjang ini disambung dengan bekalan elektrik dari kedua-dua empangan tersebut. Saya menyeru agar Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dapat memberikan perhatian khusus di kawasan saya di Hulu Rajang untuk mempercepatkan projek pemasangan bekalan elektrik solar hibrid khususnya di Long Kajang dan Losong Laku di Daerah Belaga yang masih tertangguh kerana gara-gara kelembapan kontraktor. Rakyat di kawasan saya kebanyakannya masih menunggu hari ini untuk mendapat bekalan elektrik yang stabil. Justeru itu saya berharap agar pihak Kementerian Luar Bandar akan bertegas terhadap kontraktor-kontraktor tersebut. Fasiliti kesihatan di Hulu Rajang Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin teruskan kepada soal akses kepada kemudahan akses kesihatan di Sarawak. Di kawasan pedalaman seperti di kawasan Parlimen Hulu Rajang faktor geografi menjadi cabaran utama yang menyukarkan penduduk mendapatkan produk untuk mendapatkan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan. Inisiatif klinik bergerak yang diusahakan oleh Kementerian Kesihatan merupakan salah satu alternatif yang disambut baik oleh penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan saya berharap agar peruntukan terus disediakan untuk meneruskan operasi klinik bergerak ini.
Yang Berhormat Hulu Rajang, boleh?
Okey.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya betul-betul simpati dengan sahabat saya Hulu Rajang sebab saya juga pernah melawat kawasan beliau Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab kita lihat pembangunan di Sarawak itu sudah berubah daripada dahulu oleh sebab banyak yang sudah diperbaiki terutama sekali di kawasan-kawasan perladangan. Bolehkah Yang Berhormat juga meminta daripada syarikat-syarikat gergasi ini membantu Yang Berhormat untuk menyediakan infrastruktur seperti klinik, jalan-jalan kampung dan kalau boleh dari Kanowit ke Song dan selepas itu pergi Kapit, selepas itu ada jambatan supaya ada loop dari Bintulu pergi Belaga, Belaga pergi Kapit, Kapit ke Baleh ke Song, selepas itu Kanowit dan seterusnya Baleh kepada satu loop. Bolehkah Yang Berhormat kalau kita... daripada syarikat-syarikat gergasi di Sarawak?
Terima kasih kawan saya Yang Berhormat Putatan. Itulah impian Kerajaan Negeri Sarawak. Saya berharap konsesi- konsesi besar ini dapat memberi “CSR” mereka untuk membina jalan. Jadi impian saya sebagai wakil rakyat di pedalaman terus menerus untuk memohon dari konsesi-konsesi balak yang berkenaan itu. Terima kasih. Simpanlah ucapan Yang Berhormat Putatan dalam ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Melihat kepada keperluan mendesak rakyat untuk mendapatkan kemudahan kesihatan yang berdekatan maka dalam dua bulan yang lalu Yang Berhormat Liwan Lagang ADUN Belaga bersama penduduk kampung Long Busang telah membuka sebuah klinik gotong-royong di kawasan saya. Saya berharap dengan ini mohon pihak kementerian dapat menyegerakan pembinaan sebuah Klinik 1Malaysia di Long Busang Daerah Belaga seperti yang telah dijanjikan Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu saya berharap agar Kementerian Kesihatan juga dapat mempertimbangkan cadangan saya untuk memperbesarkan Hospital Kapit bagi menampung keperluan penduduk di sekitar kawasan ini kerana ini ialah satu-satunya hospital terletak berdekatan dengan kawasan Parlimen Hulu Rajang dan kawasan Parlimen Kapit. Hospital dibina tahun 1960 dan diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1974, extension dengan izin dan extension pada tahun 1994 sehingga sekarang hampir 21 tahun penambah baik yang dijalankan maka keperluan pembinaan hospital baru adalah sangat diperlukan. Bilangan penduduk kini kian bertambah dan bilangan perkhidmatan katil sebanyak 134 buah yang telah disediakan adalah tidak seiring dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia lebih-lebih lagi jika Empangan Baleh akan dibina, maka sudah pasti hospital tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk yang banyak nanti Tuan Yang di-Pertua. Buat sementara ini pesakit terpaksa menampung kos yang tinggi untuk mendapatkan khidmat perubatan di hospital besar seperti di Sibu yang memakan masa tiga jam menggunakan melalui sungai dari Kapit Tuan Yang di-Pertua. Pertambahan fasilitet seperti mesin CT scan, mesin dialisis dan juga doktor pakar bedah bagi membolehkan pesakit menerima rawatan dengan kadar segera tanpa perlu bergerak jauh ke Hospital Sibu. Kerajaan juga harus mempertimbangkan pembelian ambulans air seperti speed boat yang baru diberikan kepada klinik-klinik seperti Klinik di Punan Bah Belaga, Klinik di Nanga Merit dan Klinik di Nanga Entawau, Klinik Nanga Gaat dan Klinik Dindingan Beragai Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyeru dan merayu agar permohonan saya ini diambil serius kerana apabila nyawa seseorang itu telah diambil oleh Tuhan, maka kita tidak akan dapat mengembalikannya. Saya ingin berkongsi pengalaman paling sedih saya apabila anak buah saya juga merupakan anak tunggal kepada adik saya meninggal dunia baru-baru akibat jangkitan yang gagal dikesan oleh doktor bertugas di Kapit. Sebelum arwah dihantar ke Hospital Sibu kemudian dirujuk kepada Hospital Umum Sarawak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Jikalau Hospital Kapit mempunyai tenaga pakar nescaya nyawa anak buah saya berusia lima tahun dapat diselamatkan Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili kesemua penduduk di Parlimen di kawasan Hulu Rajang setegas-tegasnya menyeru penambahbaikan Hospital Kapit dilakukan dengan segera walaupun sangat sedih atas
pemergian anak buah saya namun perjuangan saya untuk rakyat Hulu Rajang akan tetap membara demi memperjuangkan taraf kesihatan dipertingkatkan setaraf dengan kemudahan yang ada di hospital di Semenanjung ini.
Pembangunan modal insan luar bandar. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memacu pembangunan modal insan negara maju menjelang tahun 2020, saya menyambut baik usaha murni kerajaan agar negara dapat menghasilkan lebih ramai tenaga pekerja mahir selaras dengan sasaran pendekatan sebanyak 58% pekerjaan kemahiran dengan jumlah 28 juta menjelang tahun 2020. Kerajaan meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berkelakuan kemahiran dan memiliki sikap positif terus maju dalam ekonomi global ini. Melalui pelan rancangan jangka panjang ini Tuan Yang di-Pertua, saya melihat lebih ramai tenaga muda khususnya luar bandar akan mempunyai peluang yang luas bagi menceburi diri dalam bidang teknikal dan menjadikan bidang teknikal dan vokasional sebagai satu pilihan utama mereka. Bagi mencapai hasrat dan matlamat yang telah digariskan, saya mohon agar pihak kerajaan dapat menyediakan sebuah sekolah khususnya yang melibatkan pelajar teknikal dan vokasional di Bahagian Kapit agar ia dapat membuka peluang dimensi baru khususnya pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang teknikal dan secara tidak langsung dapat berkhidmat kembali melalui peluang pekerjaan yang bakal disediakan dalam sektor pertanian ataupun dalam empangan hidro yang berdekatan. Penglibatan pelajar lepasan SPM ke dalam bidang teknikal juga akan dapat mengurangkan kadar keciciran pelajar di kalangan pelajar lepasan SPM. Ia secara tidak langsung juga akan dapat melonjakkan ekonomi sebuah keluarga kita. Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kepesatan dalam dunia teknologi pada hari ini melihatkan bagaimana rakyat kini mudah untuk berhubung dengan dunia luar serta mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kerajaan di alam maya dan tidak termakan dengan dakyah tipu helah pembangkang. Oleh sebab teknologi ini turut menjadi sebahagian daripada asas keperluan hidup, maka saya ingin merayu agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat mendirikan telekomunikasi di Klinik Kesihatan Nanga Melinau Mujung, di SK Nanga Kain Baleh, berdekatan rumah panjang Tuai Rumah Ajai di Sungai Majau dan di SK Sungai Benar di Sungai Sut, Batang Baleh, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, boleh gulung.
Sekejap lagi, boleh Tuan Yang di-Pertua? Dalam Rancangan Perumahan Negara kita, jadi saya begitu sedih sekali dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, tidak ada peruntukan untuk rumah-rumah panjang, sebagai suku kaum orang Iban, Dayak, orang Ulu, saya mohonlah kementerian supaya dapat mengagihkan peruntukan soft loan kepada setiap rumah panjang, setiap ahli keluarga untuk mendirikan Rumah Panjang dari RM50,000 hingga RM100,000, Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak diberi peruntukan seperti ini, maka rakyat Iban di kawasan yang mempunyai rumah panjang tidak akan bahagia untuk menghadapi Wawasan 2020 kita. Jadi saya mohon kerajaan kita dapat meluluskan supaya loan ini dapat diberi kepada rakyat-rakyat di rumah panjang. Sehingga dengan itu Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan inisiatif jangka panjang dan bakal menjadi setapak langkah ampuh ke arah memacukan negara untuk mencapai status negara membangun menjelang 2020. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin di waktu dan ketika ini untuk memastikan visi Wawasan 2020 dapat direalisasikan demi kesejahteraan negara dan bangsa. Wawasan 2020 bukanlah hanya slogan untuk dilaung-laungkan tetapi hendak merupakan rangka kerja tindakan atau prime work of action, dengan izin bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara dan yang benar-benar maju dan makmur. Akhir kata saya dengan serangkap pantun, Tuan
Wawasan 2020 hampir sisi; Rakyat kini menjadi saksi;
Barisan Nasional Parti Berintegriti; Sokongan rakyat sentiasa di hati. Sekian, saya mohon.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Yang di-Pertua, ahli ekonomi Joseph Stiglitz seorang pakar ekonomi dan juga seorang pemenang Nobel, Nobel Laureates mengingatkan bahawa ketidaksamarataan ataupun inequality adalah hasil daripada dasar-dasar kerajaan apa yang kerajaan buat dan apa yang tidak dilakukan. Setiap aspek kehidupan dan ekonomi termasuk cukai, undang-undang, termasuk undang-undang buruh, dasar pendidikan dan dasar pembangunan mempengaruhi ketidaksamarataan dalam sesebuah negara. Berdasarkan pandangan Stiglitz ini, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam mengubah dasar. Secara khususnya kerajaan boleh mengubah dasar-dasar yang boleh mengurangkan ketidaksamarataan dan meningkatkan peluang-peluang untuk sama ataupun opportunities for all. Misalnya kerajaan harus memastikan bahawa setiap pelajar yang mempunyai potensi untuk pergi ke universiti boleh berbuat demikian tidak kira apa jua pendapatan ibu bapanya dan berbuat demikian tanpa menjalankan pinjaman yang besar. Tuan Yang di-Pertua, negara kita sedang mengalami satu masalah yang besar, satu masalah pokok iaitu berkait dengan ketidaksamarataan. Ketidaksamarataan dalam pendapatan, dalam harta ataupun wealth accumulation dan juga mengenai penjimatan ataupun savings. Inequality of income, wealth dan savings, dengan izin di antara golongan kaya dan golongan miskin. Pada tahun 2014, pendapatan 20% isi rumah atasan menerima RM6.18 untuk setiap ringgit yang diperolehi oleh golongan bawah ataupun golongan 40% ataupun dipanggil B40. Ini menunjukkan bahawa jurang pendapatan di antara orang kaya dan orang miskin. Pada tahun 2012, pendapatan 22.1% isi rumah golongan atasan merupakan 41.6% manakala pendapatan golongan ke bawah iaitu 22.6% hanya adalah 6.2%. Ia menunjukkan bahawa jurang di antara orang-orang kaya dan orang miskin telah menjadi lebih besar. Tambahan pula wang simpanan di KWSP dan juga Amanah Saham Bumiputera menunjukkan bahawa penjimatan ataupun savings pekerja-pekerja, petani-petani dan rakyat biasa adalah terlalu kurang untuk menampung kehidupan mereka selepas menjadi pencen, selepas retirement. Misalnya golongan bawahan iaitu 13.5% daripada penyimpan KWSP hanya mempunyai simpanan purata sebanyak RM3,580 dalam akaun mereka. Kebanyakan daripada pemegang Unit Amanah Saham Bumiputera iaitu sebanyak 71.4% mempunyai wang simpanan purata hanya RM554 dalam akaun mereka. Jelas terdapat jurang yang besar dalam pendapatan dan pemilikan kekayaan dan penjimatan antara orang-orang miskin dan yang kaya. Ini adalah kerana strategi pembangunan ekonomi yang diamalkan di negara kita telah memberi manfaat kepada golongan kaya 20% daripada golongan berperatus bawahan. Sistem ini tidak telah menghasilkan satu keadaan di mana golongan 40% mengalami pendapatan kekayaan dan simpanan yang rendah. Ketidakseimbangan yang berterusan ini merupakan hasil daripada teori ekonomi trickle down. Ini adalah satu ideologi yang mengatakan bahawa kesamarataan ataupun equality dapat dicapai melalui projek-projek besar. Tanggapan ini telah dibuktikan sebagai salah. Sebenarnya pendekatan ini hanya telah memanfaatkan 20% masyarakat atasan. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, malahan teori trickle down ini telah gagal memastikan peluang yang sama rata kepada semua lapisan masyarakat. Golongan bawahan menderita akibat tidak memperoleh peluang yang sama rata. Oleh itu rakyat Malaysia khususnya kelas pekerja sedang menghadapi masalah apa yang dipanggil human insecurity. Realiti pahit pada masa kini ialah rakyat sedang terdedah kepada pasaran bebas dan tidak mempunyai jaringan keselamatan yang sustainable.
Hal ini menyebabkan kualiti dan mutu kehidupan rakyat biasa terjejas serta merosot. Boleh dikatakan sebanyak 40% rakyat Malaysia ataupun rakyat biasa menghadapi kesukaran untuk akses kemudahan perkhidmatan kesihatan, perumahan dan pendidikan yang mampu dibiayai melalui pendapatan mereka. Saya harap bahawa kerajaan akan ulang kaji kaedah yang diamalkan sekarang dan akan kemukakan satu sistem yang baru dalam Rancangan Malaysia Kesebelas supaya dapat menghasilkan peluang untuk semua ataupun equality in opportunity. Equality in opportunities for all. Salah ada satu cara untuk mengatasi ketidakseimbangan ataupun ketidaksamarataan ialah untuk meningkatkan gaji minimum dan kurangkan pergantungan kepada sumber kerja daripada luar negara.
Pada masa ini sejumlah 6,000 orang pekerja asing bekerja di Malaysia dan jumlah ini harus dikurangkan secara besar-besaran. Isu kedua yang saya ingin bangkitkan ialah berkaitan dengan perumahan dalam aspek perumahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan akses kepada perumahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Pertama, Rancangan Malaysia Kesebelas menggunakan istilah ‘Perumahan Mampu Milik’ tetapi tidak memberi definisi kepada istilah tersebut. Saya minta kerajaan menjelaskan isu ini. Keduanya, Rancangan Malaysia Kesebelas juga tidak membincangkan rekod atau pun prestasi agensi-agensi kerajaan seperti PRIMA dan SPNB untuk menjayakan matlamat kerajaan dalam konteks perumahan mampu milik. Kerajaan harus menjelaskan beberapa unit rumah yang telah dijual kepada B40. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mengemukakan penyata kewangan agensi-agensi seperti PRIMA dan SPNB untuk orang ramai meneliti keadaan kewangan yang sebenarnya dan juga untuk mengelakkan pembaziran. Rancangan Malaysia Kesebelas juga menyatakan bahawa, “rumah pangsa kos rendah dan rumah-rumah yang sedia ada akan diubahsuai sebagai sebahagian daripada kempen yang menyeluruh dalam memperbaiki keadaan hidup masyarakat”. Ini adalah satu pandangan yang saya fikir adalah bagus dan harus dialu-alukan. Saya minta kerajaan untuk memberitahu Dewan yang mulia ini bagaimanakah strategi ini akan dicapai. Isu ketiga Tuan Yang di-Pertua adalah berkait dengan kesihatan. Antara satu masalah besar di Malaysia yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah akses kepada perkhidmatan perubatan yang berpatutan ataupun access to affordable medicine. Peningkatan mendadak hal ehwal ubat serta perkhidmatan perubatan termasuk caj wad dan sebagainya kian merunsingkan rakyat dan golongan pertengahan dan miskin. Keadaan ini bertambah rumit dengan pelaksanaan GST yang meningkatkan lagi kos perkhidmatan perubatan. Kalau kerajaan menandatangani perjanjian TPPA, kos ubat dan perkhidmatan kesihatan akan melambung tinggi. Contohnya seorang penghidap penyakit HIV pada masa kini dibebani dengan kos dalam lingkungan RM2,190 sebulan untuk membeli ubat ditambah beban tambahan sebanyak RM130 selepas pelaksanaan GST. Kerajaan telah gagal untuk mengawal peningkatan kos perkhidmatan perubatan serta ubatan bagi mengatasi masalah penyakit kanser serta penyakit-penyakit yang lain seperti kencing manis, gangguan mental, tekanan darah tinggi di mana bilangan pesakit yang menghidap penyakit-penyakit sebegini semakin meningkat. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, soalan yang penting ialah, adakah kerajaan berhasrat serta berkemahuan political will untuk melaksanakan konsep perubahan struktur untuk memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang berpatutan kepada rakyat atau access to affordable medicine. Satu artikel pada tahun 2012 dalam Jurnal Kesihatan Pharmaceutical bertajuk satu kajian perbandingan harga dadah runcit antara utara Malaysia khususnya di Pulau Pinang dan Australia mendedahkan beberapa isu di mana kerajaan khususnya Unit Perancangan Ekonomi dan juga Kementerian Kesihatan harus mengambil kira untuk menjamin kepentingan rakyat supaya dapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dijamin. Kajian ini telah merekodkan perbandingan harga runcit sepuluh ubat prescription yang paling banyak
digunakan di Pulau Pinang dan Australia. Hasil kajian menunjukkan bahawa harga runcit ubat di Pulau Pinang adalah 30% sehingga 148% lebih mahal dari harga runcit di Australia. Kajian perbandingan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membayar jauh lebih mahal berbanding negara maju seperti Australia. Situasi ini berlaku kerana Malaysia tidak mempunyai peraturan atau mekanisme untuk menetapkan harga ubat yang boleh meletakkan aras had ke atas harga dan keuntungan syarikat pharmaceutical seperti di Australia. Di samping itu kajian juga mendedahkan farmasi runcit di Malaysia mengaut untung dalam lingkungan 25% hingga 38% daripada ubat jenama dan 100% hingga 140% pada ubat generik. Kajian ini juga menunjukkan kos ubat di Malaysia adalah lebih mahal daripada negara-negara membangun yang lain seperti India dan juga Sri Lanka. Kajian itu juga menyatakan bahawa langkah kerajaan untuk menswastakan sistem peredaran ubat-ubatan untuk hospital-hospital awam membawa kepada peningkatan kos sebanyak 30%. Maka artikel menyatakan bahawa ekonomi pasaran bebas dalam pengurusan ubat-ubatan ini telah mewujudkan situasi monopoli jualan perubatan yang diterajui oleh pengilang, pengedar, doktor dan juga ahli farmasi. Berdasarkan kepada cabaran utama yang telah saya bincangkan tadi saya mencadangkan kerajaan menggubal dasar kawalan harga perubatan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada affordable medicine. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan price regulation untuk ubat-ubat supaya harga ubat lebih berpatutan (affordable medicine) serta menurunkan harga ubat-ubat selaras dengan dasar Ubat Nasional Kerajaan 2009. Kerajaan harus regulate harga dan juga keuntungan yang diperoleh oleh firma-firma ubat ini. Keduanya, kerajaan harus menghapuskan semua kronisme atau state capture dalam konteks peroleh kerajaan. Satu lagi isu yang saya ingin bangkitkan ialah berkaitan dengan loji nuklear dan energy security. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan bercadang untuk terus explore atau kaji kemungkinan untuk membina loji nuklear. Tiga hari lalu Malaysian Nuclear Development Corporation menyatakan bahawa rang undang-undang untuk menubuhkan regulatory commission akan dibawa di Parlimen untuk dibincang, dibahaskan dalam sesi Oktober ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan rancangan mereka untuk membina dua loji nuklear di Malaysia. Saya minta kerajaan untuk mengemukakan semua kajian yang telah dibuat untuk justify keputusan termasuk cost benefit analysis, cost of financing, lokasi pembinaan dan adakah kerajaan telah membuat rundingan dengan masyarakat tempatan di mana loji nuklear ini akan dibina. Saya dengar ura-ura dari beberapa sumber menyatakan bahawa empat negeri sedang dipertimbangkan untuk pembinaan loji nuklear ini. Negeri-negeri ini adalah Johor, Terengganu, Pahang dan Perak. Saya minta pihak kerajaan untuk pastikan kawasan ini di mana kedua-dua loji ini akan dibina. Akhir sekali...
Ya, ringkaskan.
Okey, saya gulung. Akhir sekali isu berkait dengan blueprint untuk masyarakat India. Perdana Menteri dalam ucapan beliau di Parlimen semasa mengemukakan Rancangan Malaysia Kesebelas menyatakan bahawa kerajaan akan menggubal blueprint untuk kaum India demi kepentingan masyarakat India di Malaysia. Tujuan blueprint ini ialah untuk menambah kualiti mutu kehidupan masyarakat India melalui sekolah-sekolah Tamil, PTST, bangunan sosioekonomi masyarakat India oleh SEDIC, memperkasakan usahawan India (SEED) dan juga documentation of stateless Malaysian Indian. Minggu lalu kerajaan telah meluluskan sebanyak RM100 juta yang akan diberikan kepada special unit oleh sosioeconomic development – unit of the Prime Minister’s Department dan dipercayai akan diagihkan kepada sekolah-sekolah Tamil, pembangunan belia dan sebagainya. Wang ini disalurkan kepada NGO-NGO India, pusat latihan untuk mencapai matlamat kerajaan. Saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan isu ini ataupun mengenai rangkaan blueprint untuk masyarakat India. Pertamanya bilakah keseluruhan blueprint ini akan dikemukakan kepada rakyat jelata untuk diteliti secara halus. Keduanya, adakah kerajaan telah membuat impact assessment untuk dua atau tiga tahun yang lalu dan apakah kesan kepada masyarakat India khususnya golongan
termiskin? Soalan yang harus ditanya ialah adakah wang yang disalurkan kepada golongan ini telah membawa perubahan dan telah memanfaatkan golongan sasaran 40% bawahan. Saya minta kerajaan mengemukakan kepada rakyat Malaysia assessment impact ini sebelum wang disalurkan kepada SEED, SEDIC atau PTST. Saya telah beberapa kali meminta prestasi pelaksanaan projek ini dikemukakan demi kepentingan golongan India and in the interest of transparency tetapi sehingga kini belum dikotakan.
[Bangun]
Tidak ada masa.
Satu minit lagi.
Beberapa minggu lalu selepas telah dilaporkan bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM2.88 bilion bagi masyarakat India dalam tempoh dua tahun iaitu 2012 sehingga tahun 2014. Akan tetapi sehingga kini kerajaan belum menjelaskan bagaimana wang ini dibelanjakan, siapa penerima dan kesan kepada masyarakat khususnya golongan India 40% bawahan. Ini adalah satu ironi bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar tanpa melaksanakan ataupun membuat apa-apa cost benefit analysis untuk mengukur keberkesanan kewangan ini. Sekian, terima kasih.
Baiklah saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), sila.
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan TempatanMotion
[Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Ketetapan Untuk Menangguhkan Pelaksanaan GSTAdjournment
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan 6% cukai GST mulai 1 April 2015 amat membebankan rakyat khususnya rakyat yang berpendapatan rendah. Selain itu, cukai baru ini adalah bersifat menindas dan tidak adil kerana ia merangkumi semua rakyat termasuk bayi, orang kurang upaya, serta warga emas yang kurang atau tiada pendapatan. Kadar cukai GST 6% bukan sahaja terlalu tinggi malahan banyak barang keperluan termasuk ubat-ubatan juga tidak dikecualikan cukai. Kini pelaksanaannya juga menyaksikan harga barang-barang naik secara mendadak. Maka bahawa saya, Dewan yang mulia ini harus meluluskan satu ketetapan mengehendaki pihak kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai GST atau membatalkannya sehingga satu Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat ditubuhkan untuk mengkaji semula serta membuat keputusan lanjut dalam pelaksanaan dasar cukai GST ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, isu yang diusulkan oleh Yang Berhormat Taiping untuk menangguhkan pelaksanaan GST adalah tidak berbangkit sama sekali kerana Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah diluluskan oleh Dewan yang mulia pada 7 April 2014 dan ia juga telah diluluskan di Dewan Negara pada 5 Mei 2105. Seterusnya di perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 9 Jun 2014 untuk diwartakan sebagai Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada 19 Jun 2014. Pada 30 Jun 2014, Menteri Kewangan telah membuat pemberitahuan melalui warta di bawah seksyen 3(1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 menetapkan tarikh efektif bagi pengenaan GST adalah pada 1 April 2015. Untuk mengurangkan impak pelaksanaan GST terhadap golongan berpendapatan rendah, kebanyakan barangan dan perkhidmatan asas telah diberi kadar sifar. Ini bermaksud barang dan perkhidmatan perlu atau asas seperti beras, gula, tepung, sayur- sayuran, daging, ayam, telur ayam, dan ikan, bekalan air dan elektrik, perkhidmatan pengangkutan awam, pendidikan dan kesihatan, pembelian dan penyewaan rumah kediaman tidak dikenakan GST. Kerajaan juga telah meluaskan skop barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST. Antara penambahannya adalah semua jenis buah-buahan dan sayur- sayuran tempatan yang diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, mi kuning, kuetiau, laksa dan mihun, susu formula bayi bagi kategori umur 0- 36 bulan meliputi semua jenis perasa, ubat-ubatan penting nasional diperluaskan daripada 2,900 jenama kepada 4,215 jenama ubat yang meliputi semua kekuatan dan bentuk dosej bagi 320 entiti kimia, buku teks, buku rujukan, kamus, buku latihan, kitab agama, surat khabar, buku bergambar, buku lukisan dan buku mewarna kanak-kanak diperluaskan kepada semua bahan bacaan kecuali majalah dan buku yang bukan bahan bacaan. Bagi golongan OKU pula, kerajaan telah pun memberi pelepasan GST untuk golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti yang terdapat dalam butiran 7, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014. Antara barangan yang diberi pelepasan GST ialah anggota palsu, kerusi roda, katil boleh laras untuk orang kurang upaya dan alat bantuan pendengaran. Selain itu kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dari 200 unit kepada 300 unit pertama dan memberi manfaat kepada 70% isi rumah di seluruh negara. Jualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG juga diberi pelepasan daripada GST. Maka boleh dikatakan senarai barangan yang diberikan pengecualian GST dan juga kadar sifar di Malaysia adalah di antara terbanyak sekali di kalangan negara-negara yang mengenakan cukai penggunaan ini. Kerajaan tidak menafikan bahawa pelaksanaan awal GST akan memberi peningkatan kadar inflasi secara one-off iaitu sebanyak 1.08% mengikut Bank Negara Malaysia inflasi keseluruhan diunjurkan 2% hingga 3% pada tahun 2015. Ini termasuklah inflasi yang disebabkan oleh pelaksanaan GST. Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa langkah juga seperti berikut. Melebarkan bantuan subsidi bersasar dengan meningkatkan amaun pemberian BR1M sebanyak RM300 ke atas BR1M sedia ada. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan. Melalui langkah ini seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu bayar. Cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan dari melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000. Kadar cukai maksimum yang kini 26% pula dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%. Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan. Bagi syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25% kepada 24% dan syarikat kecil dan sederhana PKS atau SME di kurangkan satu mata peratusan daripada 20% kepada 19%. Kesemua langkah pengurangan cukai pendapatan ini akan dikuatkuasakan mula tahun taksiran 2015. Jika dibandingkan dengan negara ASEAN atau negara lain di dunia ini yang mengenakan cukai GST atau value added tax (VAT) maka kita dapati GST 6% dikenakan di Malaysia adalah di kalangan yang terendah. Sebagai contohnya cukai VAT atau GST di Singapura adalah sebanyak 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Filipina 12%, Laos 10%, Vietnam 10%, Kemboja 10%, Bangladesh 15%, Norway 25%, Luxembourg 15%,
Switzerland 8%, Netherlands 21%, Australia 20%. Negara-negara yang disebutkan ini adalah mempunyai pendapatan negara kasar (GNI) per kapita yang lebih tinggi daripada Malaysia dan ada pula yang mempunyai GNI per kapita yang lebih rendah dari Malaysia tetapi kadar VAT yang dikenakan atau GST adalah jauh lebih tinggi daripada 6% yang dikenakan oleh Malaysia pada masa ini. Pelaksanaan GST mulai 1 April 2015 adalah juga selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkemas dan memperluaskan asas cukai bagi menjamin pertubuhan hasil yang kukuh serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil berkaitan sumber petroleum. Langkah ini penting dalam memastikan kewangan kerajaan terus mampan bagi jangka masa panjang dan kerajaan yakin pelaksanaan GST ini dapat meningkatkan hasil negara untuk membiayai pembangunan ekonomi bagi manfaat rakyat dan sekali gus mampu mencapai sasaran defisit yang ditetapkan. Selain itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia, peratusan schedule ekonomi atau ekonomi terselindung berbanding KDNK bagi Malaysia adalah sebanyak 30%. Dengan pelaksanaan GST maka ia dapat mengurangkan ketirisan dalam sistem kutipan cukai negara kerana terdapat insentif yang disediakan oleh peniaga yang berdaftar dalam GST boleh menuntut kembali cukai input perniagaan mereka. Di kalangan negara maju yang melaksanakan GST, kadar shadow ekonomi seperti penipuan cukai hanyalah sekitar 10% hingga 15% sahaja. Jumlah pendaftaran GST pada 31 Disember yang disasarkan adalah sebanyak 240,000 tetapi jumlah pendaftaran sebenarnya adalah sebanyak 300,700.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada pengalaman di negara-negara lain yang telah melaksanakan GST atau VAT memang akan terdapat isu peralihan pada peringkat permulaan pelaksanaan dan Malaysia juga tidak akan terkecuali dari mengalaminya. Oleh yang demikian, sebarang isu pelaksanaan yang timbul telah dan akan terus ditangani secara komprehensif dan berterusan oleh pihak kerajaan. Kerajaan akan terus melaksanakan program latihan kepada peniaga khususnya Program Hand-Holding yang dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan program kesedaran GST kepada pengguna. Kerajaan juga telah membuat engagement yang berterusan dengan sektor swasta bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit. Di samping itu Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga akan mengadakan 42 sesi bersama pelanggan di pejabat Kastam di seluruh negara bermula 8 Jun 2015 hingga 3 Julai 2015 bagi membantu para peniaga yang menghadapi masalah dalam pelaksanaan GST. Pelaksanaan GST perlu terus dimantapkan kerana ia merupakan satu langkah konsolidasi fiskal yang amat penting untuk memastikan kemampanan ekonomi negara. GST akan dapat meluaskan asas percukaian dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada cukai langsung dan hasil petroleum. Peratusan sumbangan hasil petroleum telah berkurangan dari 41.3% pada tahun 2009 kepada 30% pada tahun 2014. Sehingga 21 Mei jumlah pendaftaran peniaga adalah telah mencecah sebanyak 377,000 buah syarikat di bawah GST. Syarikat-syarikat atau peniaga-peniaga ini telah melabur dalam penambahbaikan sistem yang sedia ada supaya patuh GST. Penangguhan pelaksanaan GST hanya akan membebankan kerugian besar kepada syarikat-syarikat yang telah membuat perbelanjaan untuk bersedia dan beralih ke sistem GST dan ini akan menjejaskan daya saing perniagaan kerana kebanyakan negara-negara ASEAN juga telah melaksanakan sistem GST. Berdasarkan status pelaksanaan GST seperti di atas yang secara umumnya telah berjalan dengan lancar dan memandangkan pelaksanaan GST telah pun mengikut proses perundangan di Malaysia sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan, maka kementerian berpendapat tiada keperluan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat atau menangguhkan pelaksanaan GST. Sekian terima kasih.
Paksaan Menurunkan Tanda Salib di Gereja Community of Praise
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Paksaan Menurunkan Tanda Salib Gereja Community of Praise, Taman Medan, Petaling Jaya. Bagi mewakili rakyat kawasan Petaling Jaya Selatan, saya amat terpanggil untuk mengutarakan kes paksaan menurunkan salib di Gereja Community of Praise di Taman Medan pada 20 April 2015. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, seramai 50 individu yang antaranya dikenal pasti sebagai ahli UMNO berhimpun mendesak salib di Gereja itu diturunkan. Mereka berhimpun membantah kewujudan salib di Gereja tersebut yang disifatkan mereka sebagai cubaan mengganggu gugat keamanan dan keharmonian kawasan berkenaan. Saya memandang isu ini sebagai sebuah agenda parti politik yang berfikiran sempit. Ada antara mereka yang menggunakan nama penduduk untuk berdemonstrasi sungguhpun mereka bukan penduduk di kawasan berkenaan. Mengenai Akta Hasutan oleh kerajaan telah memberikan keistimewaan kepada pihak-pihak tertentu. Ahli Parlimen dari parti pembangkang ditahan sebagai tiga hari, manakala Ketua Cawangan UMNO yang menyertai demonstrasi membantah penggunaan salib hanya disoal siasat selama tiga jam. Ketua Polis Negara pula menyatakan tiada kes manakala Menteri Dalam Negeri mengklasifikasikan di bawah Akta Hasutan. Janganlah pihak polis atau mana-mana badan berkuasa menggunakan Akta Hasutan sewenang-wenangnya. Kita sudah mempunyai undang-undang yang cukup bagi mengambil tindakan kepada kesalahan. Apa yang lebih penting dalam perkara seperti ini ialah melalui perbincangan dan berdialog. Isu-isu lain yang menimbulkan ketegangan agama dan kaum sebelum ini juga tidak memupuk perpaduan. Isu kalimah Allah, rampasan Bible semua ini akan menimbulkan rasa kebencian antara agama dan mewujudkan tembok di kalangan umat Islam dan penganut agama yang lain. Di Taman Medan sendiri sudah cukup yang cuba dibangkitkan oleh golongan tertentu dalam membangkitkan isu perkauman, rusuhan kaum di Taman Medan pada tahun 2001 meletakkan kepala babi di kawasan masjid di Taman Datuk Harun pada tahun 2010 dan balingan mortar di lima buah gereja di Bukit Gasing pada tahun 2010. Apakah hasil siasatan dalam kes-kes ini termasuk kes salib di gereja yang saya nyatakan sebelum ini. Umum memahami dan menghormati Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Kita juga memahami bahawa Islam merupakan agama rasmi dan kaum lain mempunyai hak untuk beribadah mengikut kepercayaan mereka termasuklah membina pusat-pusat keagamaan. Persoalan yang ingin saya bangkitkan kepada menteri ialah apakah jaminan yang diberikan oleh pihak polis apabila gereja ini meletak kembali salib mereka. Ini termasuk keselamatan gereja dan kenderaan yang mereka parking ketika menghadiri upacara keagamaan di gereja ini. Dalam suatu kawasan yang majoriti Melayu, apakah kaum minoriti tidak boleh mendirikan pusat keagamaan mereka dan dipinggirkan sebegitu sekali. Sekalian terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan atas ucapan penangguhan yang telah dibangkitkan mengenai perkara tersebut. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kesemua elemen ini perlu dipelihara untuk memastikan rakyat boleh hidup dengan rukun dan damai serta saling menjaga prinsip hidup bermasyarakat. Sebarang sentimen yang menyentuh isu keagamaan dan perkauman akan
ditangani oleh kementerian secara berhemah. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kementerian khususnya Pasukan Polis sentiasa mengambil berat tentang soal keselamatan dan juga keamanan negara. Sebarang kejadian jenayah yang berlaku akan diambil tindakan tanpa mengira sama ada dilakukan oleh individu berpengaruh atau sebaliknya. Berkaitan dengan isu perhimpunan bagi membantah kewujudan gereja di kawasan Taman Medan di Metro Square Taman Medan, Petaling Jaya pada 20 April 2015, pihak polis telah membuka kertas siasatan berbangkit Petaling Jaya Report 5415/2015 di bawah seksyen 448 dan 511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba melakukan pencerobohan bangunan. Sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkenaan isu ini dalam kejadian tersebut terdapat lebih kurang 40 orang telah hadir dan berkumpul di kawasan tersebut. Pihak polis telah melengkapkan kertas-kertas kerja dan mengedar kepada Pejabat Peguam Negara pada 13 Mei 2015 yang lalu untuk arahan selanjutnya. Kementerian tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini memandangkan pihak Peguam Negara masih belum memberi sebarang ulasan dan arahan kepada pihak polis berkaitan perkara ini. Begitu juga dengan kes-kes yang lain yang berlaku. Pihak polis telah menjalankan siasatan sewajarnya untuk menangkap untuk mendakwa mereka di mahkamah. Dakwaan yang menyatakan bahawa insiden ini merupakan agenda sesebuah parti politik itu tidak dapat dibuktikan secara jelas dalam siasatan polis. Ini mungkin andaian atau tuduhan semata-mata oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda peribadi. Dalam insiden tersebut disertai oleh sesuatu kaum tertentu. Ini tidak bermakna mereka mewakili satu parti politik tertentu. Pihak polis akan menjalankan siasatan tanpa mengira kedudukan dan kefahaman politik seseorang dan siasatan yang dijalankan adalah telus dan without fear and favor dengan izin. Ingin saya tegaskan bawah polis akan sentiasa menentukan keselamatan dan harta benda awam akan terpelihara dan menentukan rakyat dapat beribadat mengikut kepercayaan masing-masing seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, kita perlu sedari walaupun kebebasan diberikan kepada semua rakyat untuk beribadat atau mengamalkan kepercayaan kaum masing-masing, isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen antara kaum perlu dihindari sejauh mungkin. Janganlah atas nama kebebasan namun perkara boleh dilakukan walaupun perkara tersebut jelas mencetuskan perbalahan dan mewujudkan ketegangan sesama kita. Setiap perkara yang ingin dilakukan mempunyai peraturan dan kawalan yang tersendiri sama ada di bawah undang-undang atau kaedah-kaedah lain. Di sini letaknya peranan kita sebagai wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya prinsip tolak ansur bermuafakat dan sifat menghormati perlu mengamalkan setiap masa bagi menjamin keharmonian negara. Janganlah kita mengambil pendekatan untuk dilihat sebagai jaguh perjuangan sesuatu kaum sahaja tanpa menitikberatkan sensitiviti kaum yang lain. Sekali lagi saya merayu kepada semua pihak sama ada yang berada di Dewan ini supaya kita berganding bahu tanpa mempunyai agenda tertentu untuk mempertahankan keamanan negara yang kita kecapi hari ini dari sebelumnya dari diganggu gugat oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara. Bagi pihak kementerian kita akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa sama ada kesalahan itu dibuat melalui perlakuannya, penulisan atau peraturan. Kementerian sentiasa berusaha keras untuk menjamin keselamatan negara dan perairannya terkawal daripada sebarang bentuk ancaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baiklah Yang Berhormat, Dewan bersidang semula pada jam 10 pagi pada hari Selasa 9 Jun 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.21 malam]