Dewan Rakyat · 26 November 2015

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 801 turns · 68,132 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Koh Nai KwongMCA · BNAlor Gajah · question

1. Datuk Koh Nai Kwong [Alor Gajah] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah usaha yang diambil serta galakan yang diberikan untuk menggalakkan lebih banyak golongan belia dalam menceburkan diri dalam pembangunan negara

Datuk Saravanan a/l MuruganMIC · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan pemerkasaan program-program pembangunan belia dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai golongan belia untuk menceburkan diri dalam pembangunan negara. Program-program pembangunan belia yang dirancang dan dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Program Parlimen Belia Malaysia; (ii) Program Forum Perdana; (iii) Program Keusahawanan; (iv) Program Pemerkasaan Badan-badan Belia; (v) Program Hubungan Belia Antarabangsa; (vi) Program Pembangunan Sahsiah; dan (vii) Program Pembangunan Kemahiran. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga turut melibatkan belia dalam pelaksanaan program utama yang dianjurkan seperti Hari Belia Negara di mana idea dan tenaga belia diketengahkan dalam program tersebut. Beliau juga diberikan peluang untuk menyampaikan pendapat dan pandangan dalam sesi forum dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu juga antara usaha yang diambil dengan menyediakan peluang latihan kemahiran pasca menengah secara sepenuh masa di dalam IKBN dan latihan jangka pendek secara modular di luar IKBN. Bagi latihan sepenuh masa di IKBN terdapat 20 buah institut Kemahiran Belia Negara di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan di seluruh Malaysia dengan kapasiti para pelajar yang boleh diisi ialah seramai 15,000 orang. Sebanyak 16 bidang utama ditawarkan merangkumi pelbagai kursus kemahiran dan latihan teknikal untuk melahirkan tenaga mahir sepenuh masa dan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan tenaga industri. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga menawarkan program-program di luar IKBN seperti Program Perantis dan Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) pada hujung minggu. Kementerian dengan kerjasama agensi swasta ini adalah untuk menampung permintaan golongan belia yang tercicir daripada sistem pendidikan dan belia yang telah bekerja tetapi tidak menambah kemahiran mereka. Dengan itu golongan ini akan berpeluang mengikuti latihan kemahiran teknikal secara jangka pendek di Kompleks Belia

Datuk Saravanan a/l MuruganMIC · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tapah

dan Sukan, Kompleks Rakan Muda, di premis ataupun Dewan yang bersesuaian di semua negeri. Tuan Yang di-Pertua, dengan program-program teratur seperti ini, KBS dapat membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berkemahiran tinggi, dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta pembinaan satu masyarakat yang cergas dan berbudaya sukan ke arah pembangunan dan perpaduan negara, sekian terima kasih.

Datuk Koh Nai KwongMCA · BNAlor Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu tepat dan jelas sekali. Soalan tambahan saya ialah apakah usaha yang telah mencapai sepakat oleh kementerian dengan negara ASEAN di dalam ASEAN Youth Summit 2015 untuk membina golongan belia Malaysia yang berkemahiran tinggi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat komposisi kedudukan belia di negara kita yang merangkumi hampir 50% adalah golongan belia. Maka masa hadapan negara akan ditentukan oleh golongan belia demi pembangunan negara telah pun mengadakan beberapa program di beberapa peringkat. Akan tetapi di peringkat antarabangsa kita adakan program seperti: (i) ASEAN Youth Leaders Summit; (ii) Program Kapal Belia Asia Tenggara–Jepun di mana kita dapat mempelajari daripada negara-negara maju; (iii) Program Pertukaran Belia Asia – Korea, Malaysia, Indonesia; dan (iv) Program Pertukaran Pelajar dan Belia JENESYS (Japan–East Asia Network of Exchange for Students dan Youths). Maka Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Malaysia bukan sahaja bergantung dengan ASEAN Summit tetapi pelbagai program antarabangsa supaya memastikan golongan belia tidak tercicir daripada arus pembangunan negara demi membangunkan negara. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Menteri yang menjawab soalan tadi. Tuan Yang di-Pertua kita tahu bahawa memang golongan belia merupakan golongan yang akan mewarisi pemerintahan negara dan juga memberi khidmat yang terbaik untuk pembangunan negara kita. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa berdasarkan kepada angka-angka pengangguran atau kadar pengangguran di dalam negara kita yang dilaporkan oleh pihak kerajaan pada kadar 3% setahun dan pertumbuhannya 3.3 setahun sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan. Walaupun pihak KBS bukanlah kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia ini, namun demikian sebahagian besar daripada pencari kerja yang dikatakan pada setiap masa adalah berjumlah 400,000 orang dalam negara kita ini.

Jadi saya hendak tahu apakah langkah-langkah proaktif daripada pihak kementerian sendiri selain daripada memberi bimbingan kepada golongan belia, memberi motivasi kepada belia ke arah cuba menyelesaikan masalah belia dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka ataupun berusaha dengan kerjasama kementerian lain ke arah menyelesaikan pengangguran terutamanya di kalangan golongan mahasiswa. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan seperjuangan saya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana saya sebut di dalam Dewan yang mulia ini, golongan belia merupakan satu kumpulan yang besar atau hampir 50% yang menentukan hala tuju negara ini pada masa-masa akan datang.

Maka di mana-mana negara sekiranya kita gagal mengatasi masalah untuk membangunkan golongan belia, maka kita tidak akan mencapai matlamat ataupun visi dan misi pucuk pimpinan negara. Walaupun bukan bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan tetapi sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk memperkasa ekonomi belia ataupun memperkasa pembangunan belia, Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil pelbagai langkah-langkah positif untuk memastikan golongan belia ini tidak tercicir daripada arus pembangunan. Salah satunya adalah untuk mengatasi masalah pengangguran. Katakan kalau kita lihat kedudukan negara kita hampir 3 juta pekerja asing boleh hidup dalam negara ini, maka soalan tidak sepatutnya timbul tentang isu-isu pengangguran. Walau bagaimanapun kita menghadapi masalah ini atas pelbagai sebab. Pertama ialah golongan belia yang suka memilih peluang-peluang pekerjaan dan yang kedua ialah walaupun menjadi graduan, unemployed and unemployable to different situation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun Kementerian Belia dan Sukan mengambil aspek-aspek untuk memastikan pembangunan belia setaraf ataupun selari dengan pembangunan negara dengan program-program kemahiran dan keusahawanan untuk golongan belia. Walaupun graduan tidak dapat peluang pekerjaan, kita melahirkan program- program keusahawanan untuk golongan belia dan program keusahawanan dan latihan kemahiran sepenuh masa dan jangka pendek di IKBN. Program perintis dan program latihan kemahiran tidak formal, kerjasama smart partnership dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dan NGO. Contohnya, Program Transformasi IKBN yang melibatkan kerjasama IKBN dan Petronas, UEM, Samsung, Tune Skills, ITE Singapore yang menjalankan program keilmuan dan latihan. MoU Kementerian Belia dan sukan dengan syarikat luar, NGO seperti Berjaya Group, Gamuda Berhad, Mercedes-Benz, syarikat kecantikan Nouvelles Visages dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Thomas Su Keong SiongDAP · PHKampar · question

2. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) kategori-kategori pekerja yang dilindungi di bawah PERKESO; dan (b) berapakah jumlah caruman SOCSO yang disumbangkan oleh majikan dan pekerja dan jumlah caruman yang telah dibayar kepada pencarum dan pewaris dalam tempoh lima tahun yang lepas.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu izinkan saya untuk mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dari kawasan saya Maran yang berada di luar Dewan, tengah nak naik. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan induk yang diberikan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Untuk makluman, Akta Sosial Pekerja 1969 (AKSP) dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 telah memperuntukkan bahawa kategori pekerja yang layak mencarum dan seterusnya dilindungi di bawah PERKESO adalah seperti berikut, di bawah seksyen 22 PERKESO: (i) pekerja rakyat Malaysia atau pekerja pemastautin tetapi meliputi pekerja tetap, sementara, percubaan, sambilan dan kontrak; (ii) pekerja tersebut hendaklah bergaji RM3,000 atau kurang sebulan; (iii) bagi pekerja yang telah mencarum dan kini bergaji melebihi RM3,000 adalah wajib untuk terus mencarum selaras dengan prinsip ‘sekali layak, terus layak’; Sekali pekerja berkenaan itu layak di bawah akta ini, beliau terus layak mencarum tanpa mengira jumlah gaji bulanan sebelum itu, maknanya sebelum itu dia bawah RM3,000.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

(iv) pekerja yang menerima gaji melebihi RM3,000 sebulan dan tidak layak di bawah akta ini atau belum pernah mencarum boleh memilih untuk mencarum dengan PERKESO melalui notis pemilihan. Notis ini perlu ditandatangani oleh majikan dan pekerja sebagai persetujuan pembayaran caruman. Kelayakan pekerja untuk diliputi bawah akta ini adalah bermula dari tarikh notis pemilihan itu diterima oleh PERKESO; dan (v) PERKESO juga telah memperluaskan skim perlindungan kepada penjawat awam. Sebelum itu kita tidak Tuan Yang di-Pertua, yang berstatus kontrak dan sementara mulai 1 Jun 2013. Lebih daripada 30,000 orang pekerja yang kita masukkan baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan caruman, jumlah caruman bulanan PERKESO yang perlu dibayar oleh majikan bagi setiap pekerja yang layak adalah mengikut kadar caruman yang telah ditetapkan di bawah akta ini. Kadar caruman adalah berdasarkan kepada umur pekerja dan jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja. Kadar caruman bagi pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja. Manakala kadar caruman bagi pekerja yang berumur lebih dari 60 tahun dan masih bekerja adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja. Sejak dari tahun 2010 hingga 2014, sejumlah RM11.7 bilion merupakan caruman PERKESO yang telah disumbangkan oleh majikan manakala RM10 bilion pula adalah bayaran kepada pencarum dan pewaris. Bagi pecahan mengikut tahun, jumlah caruman yang telah disumbangkan oleh majikan dan pekerja pada tahun 2010 adalah berjumlah RM2.007 bilion. Manakala jumlah bayaran faedah pampasan pada tahun yang sama adalah RM1.678 bilion. Jumlah caruman dan pampasan terus meningkat setiap tahun. Tuan Yang di-Pertua, PERKESO tidak pernah menaikkan kadar caruman ini sejak ia ditubuhkan tahun 1971 tetapi perkhidmatan yang telah diberikan oleh PERKESO kepada pekerja-pekerja amat besar. Jadi sebab itulah sebahagian pekerja memberitahu saya, “They love PERKESO, kami sayangkan PERKESO” dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2011 jumlah caruman yang disumbangkan oleh majikan ialah RM2.17 bilion manakala bayaran faedah bagi tahun yang sama ialah RM1.710 bilion. Jumlah caruman yang telah disumbangkan oleh majikan dan pekerja pada tahun 2012 ialah sebanyak RM2.3 bilion manakala faedah pampasan pada tahun sama yang telah dibayar kepada pekerja ialah RM2 bilion. Bagi tahun 2013, jumlah caruman yang telah disumbangkan oleh majikan pekerja adalah berjumlah RM2.518 bilion manakala bayaran faedah yang telah diberikan kepada pekerja yang terlibat ialah RM2.2 bilion. Bagi 2014, sejumlah RM2.68 bilion caruman telah pun dikumpulkan manakala RM2.468 bilion pampasan yang telah dibayar kepada pekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang daripada apa yang kita tahu, PERKESO ini adalah satu Social Enactment dengan izin, yang memang disambut baik oleh pekerja-pekerja. Pengumuman Yang Amat Berhormat Pekan bahawa ia akan dinaikkan threshold kepada RM4,000 ini juga adalah satu langkah yang baik. Akan tetapi saya hendak tanya apakah langkah lain untuk memperluaskan kategori- kategori ini sebab ada kategori lain yang tidak diliputi seperti pemandu teksi. Walaupun mereka ada permit mereka tetapi mereka juga perlu perlindungan. Selanjutnya, untuk majikan yang ingkar ataupun gagal membayarnya, apakah tindakan PERKESO untuk mengambil langkah undang-undang ataupun tindakan tegas terhadap mereka? Itu sahaja, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ipoh Timur. Suka saya memberikan maklumat Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai lebih kurang 30 juta pekerja di negara kita. Kita mempunyai lebih kurang 14 juta work-force ataupun tenaga kerja. Sebanyak 13.9 juta adalah pekerja yang kita anggap tenaga kerja yang aktif, 1.6 juta adalah pekerja sektor awam dan 6.2 juta sektor swasta. Kalau saya sebutkan tadi 13.9 juta tenaga kerja yang aktif bermakna public sector dan sektor swasta yang berdaftar dengan kita 6 juta lebih kurang, kita ada lebih kurang 7 ataupun 8 juta. Jadi bermakna ada lebih kurang 6 juta kalau ditambah tolak, pekerja-pekerja

yang tidak ada majikan yang bekerja sendiri seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi termasuklah pemandu teksi.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita cukup prihatin, kerajaan cukup prihatin dengan nasib pekerja-pekerja ini. Oleh sebab itulah kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang pertamanya, telah mengumumkan bahawa mereka yang layak mencarum PERKESO ini pada tahun depan ialah mereka yang bergaji RM4,000 ke bawah. Ini sudah tentulah penambahan yang cukup besar kepada pekerja-pekerja kita yang berada di dalam negara kita. Bagi pekerja-pekerja yang tidak ada majikan, kerja sendiri, lebih kurang six million ataupun enam juta, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kementerian telah memikirkan. Antaranya yang telah difikirkan yang telah dibincangkan oleh pihak kementerian dan kerajaan ialah bagaimana kita boleh mencadangkan pelaksanaan sistem insurans pekerjaan yang boleh kita perluaskan. Akan tetapi ia bukan suatu yang mudah Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur, kerana kita perlukan komitmen yang diberikan oleh majikan. Sebahagian daripada enam juta lebih kurang tadi adalah mungkin sebahagian pekerja ada majikan tetapi tidak didaftarkan dengan PERKESO menyebabkan mereka seolah-olahnya bekerja bersendirian termasuklah pekerja persendirian yang sebenarnya seperti peladang, driver teksi dan sebagainya. Kita berusaha bagaimana. Sebenarnya kita sudah ada membincangkan perkara ini termasuklah sistem insurans pekerjaan kita telah mengkaji. Pegawai kita telah dihantar ke Jepun, ke Korea untuk melihat bagaimana pendekatan yang boleh kita bantu tetapi komitmen mestilah datang daripada semua pihak termasuk majikan-majikan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tindakan yang diambil terhadap majikan yang ingkar. Please, tolong maklumkan kepada kita. Kalau ada pekerja-pekerja yang ditindas oleh majikan ini dan mereka tidak beritahu kepada kita, mereka boleh didenda di bawah akta ini seksyen 94, dikenakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Kita serius. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan rekod sehingga 31 Disember 2014, statistik rasmi PERKESO menunjukkan terdapat 402,000 majikan aktif telah berdaftar dengan PERKESO. Soalan saya ialah setakat ini, berapakah jumlah majikan yang didapati tidak berdaftar di bawah PERKESO dan apakah tindakan-tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bagi memastikan setiap majikan di Malaysia mendaftar pekerja mereka di bawah PERKESO? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik- Yang Berhormat Sik. Sorry, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sik, sahabat saya, seorang doktor. Tuan Yang di-Pertua, memang 400,000 lebih kurang majikan, tidak silap saya lebih kurang- saya statistik tepat mungkin saya boleh dapatkan, lebih kurang 700,000 tidak silap saya, majikan yang berdaftar dengan kita. Akan tetapi, sebahagiannya mungkin tidak melaporkan dan tidak mendaftarkan pekerja mereka. Oleh sebab itulah kita banyak program yang kita lakukan oleh PERKESO ini. Saya sebutkan tadi bahawa dari segi caruman kita tidak pernah naikkan, Tuan Yang di-Pertua, sejak daripada dahulu hingga sekarang tetapi pelbagai program kita buat untuk kita bantu pekerja-pekerja ini. Antara program yang kita lakukan ialah, akan kita perkenalkan yang baru ini ialah Program Patuh dan Lindung PERKESO. Maknanya, kita akan buat exercise ataupun tindakan, road show dan sebagainya, kita hendak pastikan supaya majikan-majikan yang mempunyai pekerja ini mestilah mencarumkan pekerja mereka dalam PERKESO. Kita hendak pastikan supaya lebih ramai lagi pekerja-pekerja ini akan dapat perlindungan yang boleh diberikan oleh PERKESO yang kadang-kadang mungkin sebahagian daripada kita tidak kita lihat. Umpamanya, Program Return to Work. Walaupun sebahagian daripada pekerja ini telah ditimpa kemalangan, mereka telah tidak ada kerja tetapi kita ada pusat pemulihan kita di Melaka, kita pulihkan mereka ini dan kita kembalikan mereka ke tempat kerja yang lama

walaupun mungkin di tempat ataupun di lokasi yang berbeza. Sejumlah 12,000 orang telah pun kita pulihkan dan kita berikan kerja semula. Health screening, satu lagi program yang perlu kita sambut. Kita telah memperuntukkan atau baucar dikeluarkan ialah sebanyak RM2.1 juta baucar pemeriksaan bagi pekerja-pekerja 40 tahun ke atas. Akan tetapi, sambutannya agak sederhana, kita hanya pencapaian 20 peratus. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya mohon majikan-majikan dan pekerja-pekerja tolonglah ambil perhatian. Ini kebaikan untuk anda semua. Datanglah kepada kami, kita ada banyak panel klinik, ada 3,000 lebih, panel lab atau lab swasta ini 250, mamogram kita ada 118. Jadi saya harap pekerja-pekerja come forward, tampil ke hadapan, dengan izin, untuk mengambil peluang untuk memastikan kesihatan masa depan kita. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, satu lagi faedah yang boleh kita beri Tuan Yang di-Pertua ialah dialysis program atau kemudahan kawalan dialisis di mana kita telah belanjakan sebanyak RM158 juta pada tahun 2014 bagi kita membantu mereka yang ditimpa masalah buah pinggang ini. Juga, lain-lain masalah yang kita harapkan dapat kita bantu buat pekerja-pekerja ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, pelaksanaan kita akan menggerakkan aktiviti Ops Kesan setiap tahun iaitu door to door visit dengan izin, bermakna kita melawat pintu ke pintu. Kita buat pemeriksaan berterusan oleh pegawai-pegawai PERKESO masih diteruskan dari semasa ke semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

3. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kementerian akan memperkenalkan undang-undang dalam menghalang penjualan rokok elektronik (vape) di kalangan remaja memandangkan populariti rokok elektronik semakin meningkat sejak beberapa tahun ini.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam yang telah berpantun tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali bersama-sama dengan satu soalan lain oleh Yang Berhormat Parit Sulong oleh kerana soalannya lebih kurang sama. Tuan Yang di-Pertua, soalan berkenaan vape ini telah pun sebenarnya dijawab oleh Menteri semalam semasa menggulung Kementerian Kesihatan. Sebenarnya isu ini juga bukan hanya isu kesihatan tetapi telah pun menjadi isu politik dan juga isu business. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kesan rokok elektronik terhadap kesihatan. Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar perubatan kesihatan awam, pakar klinikal dan para penyelidik dari universiti tempatan dan dipengerusikan oleh DG sendiri. Jawatankuasa ini menjalankan semakan ke atas semua kajian-kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia termasuk kajian yang dijalankan oleh WHO dan juga FDA US berkaitan rokok elektronik. Rokok elektronik merupakan satu alat yang mengandungi dua bahagian ataupun dua komponen iaitu perantinya atau alatnya dan juga cartridgenya. Semakan yang dijalankan mendapati bahagian cartridge mengandungi beberapa bahan yang digunakan seperti nikotin, propylene glycol, gliserol dan bahan-bahan perisa yang lain. Nikotin merupakan sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan kebergantungan terhadapnya. Propylene glycol merupakan sejenis bahan apabila dipanaskan akan menghasilkan wap dan hasil pemanasan ini menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan formaldehid, Tuan Yang di-Pertua, iaitu bahan ini ialah bahan yang karsinogenik dan ia juga bahan yang digunakan untuk mengawet mayat, Tuan Yang di- Pertua. Manakala gliserol dan bahan perisa merupakan bahan yang digunakan sebagai bahan perasa. KKM masih mengkaji dengan lebih lanjut bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan masalah terhadap kesihatan kerana kajian sedunia masih terhad terutama melibatkan kesan sampingan jangka panjang kepada penggunanya. Pihak KKM sedang mengkaji peruntukan perundangan yang sesuai untuk membendung masalah ini termasuk berbincang dengan kementerian-kementerian lain yang berkaitan yang mempunyai

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

peruntukan perundangan yang boleh digunakan. Buat masa sekarang, cecair nikotin merupakan racun yang diklasifikasikan sebagai racun kelas ‘C’ di bawah Akta Racun Berbahaya 1982, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Saya tahu Yang Berhormat Menteri juga merupakan seorang doktor medical. Saya ingin bertanya sebab saya mengikuti ada artikel-artikel dalam internet yang menyatakan bahawa vape sebenarnya lebih baik daripada rokok biasa. Ini kerana rokok melepaskan 4,000 jenis bahan kimia semasa dibakar tetapi vape ini cuma mengandungi empat jenis.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Jadi saya minta pandangan, sama ada ini benar, dan seperti mana yang diperjelaskan tadi, brewer sebenarnya yang menjadi masalah, di mana dikatakan boleh dicampur dengan nikotin atau bahan dadah seperti syabu. Jadi saya ingin mengesyorkan kepada kementerian supaya kita melesenkan pembuat brewer ini, dan cecair bernikotin dan sifar nikotin. Dan sekiranya cecair ini dapat dikawal, dipantau dengan lebih ketat maka tidak perlu kita mengehadkan penjualan vape ini hanya kepada farmasi, dan ia boleh dianggap sebagai hanya rokok biasa. Minta pandangan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bila sebut “vape”, rakyat biasanya mengaitkan dengan electronic cigarette. Sebenarnya dia fikir tentang electronic cigarette ataupun rokok elektronik. Sebenarnya dalam definisi, rokok elektronik ialah yang menggunakan peranti yang sama, alat yang sama tetapi apabila ada nikotin ia dipanggil rokok elektronik tetapi bagi perisa-perisa yang lain, dipanggil vape. Makna vape tidak ada nikotin tetapi kita borong semua sekali, kita kata vape. Sebenarnya dia ada beza. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, buat sementara sekarang, undang-undang yang ada memang agak lemah. Dalam hal untuk mengawal penjualan vape dan rokok elektronik kepada remaja bawah 18 tahun, sekarang kementerian di bawah Akta Kawalan Makanan, kita sedang berusaha untuk menambah peraturan supaya definisi “rokok” itu ditambah sedikit lagi dengan “wap”. Makna rokok is hisap rokok, pasang rokok hisap dan keluar asap. Ini kita akan masukkan sedikit lagi, “wap”. Bila “wap” maknanya penjualan kepada anak-anak muda di bawah ‘12’ tahun tak boleh dan menghisap di kawasan larangan rokok pun tak boleh. Itu akan kita buat dan ini semua Cuma merubah peraturan sahaja. Makna Menteri cukup dengan sign sahaja, tak payah bawa ke Parlimen. Jadi maknanya bila peraturan itu telah ditandatangani oleh Menteri, maka ia jadi peraturan dan ini bermakna vape tidak boleh dihisap di kawasan-kawasan larangan sama macam rokok juga. Kita ada 21 jenis kawasan larangan macam di tempat beraircond, di Parlimen, di hospital, di hotel atau di mana-mana yang ada aircond tak boleh. R&R juga tak boleh dan sebagainya. Jadi peraturan ini juga akan menjadi larangan kepada vape untuk dihisap di kawasan-kawasan berkenaan. Jadi mengenai cadangan pihak Yang Berhormat tadi supaya diadakan peraturan untuk dibolehkan dijual oleh mereka yang selain daripada farmasi dan doktor yang berdaftar. Yang itu perkara dasar, yang itu saya tak boleh hendak jawab hari ini. Saya akan bawa balik kepada Jawatankuasa Khas ini untuk bincangkan. Memang, ya lah sebab ini saya katakan tadi, bukan hanya daripada segi kesihatan. Kesihatan semua orang tahu. Saya pun doktor juga, saya tahu masalah kesihatan dan mengenai rokok- memanglah rokok ada lebih 4000 chemical dan lebih daripada 30 karsinogen dalam rokok itu, tetapi vape ini ia ada formaldehid yang juga karsinogenik. Makna banding dengan rokok, memanglah. Kalau ikut artikel yang disebut semalam oleh Yang Berhormat mana entah semalam, yang mengatakan kajian yang dibuat di UK, katanya vape ini 95% lebih selamat daripada rokok. Jadi mungkin itu juga satu finding yang telah dibuat tetapi sebenarnya kita tak tahu kesan long term. Kesan long term tak tahu lagi, mungkin dalam jangka 10 tahun kita akan tahu kesan dia tetapi pada saya sebagai doktor dan ramai juga doktor di sini memanglah, kita hisap masuk ke dalam paru-paru selain daripada oksigen yang bersih ini memang ada kesan buruk kepada paru-paru kitalah.

Jadi untuk jawapan kepada Yang Berhormat Simpang Renggam tadi, yang disebut tadi adalah Dasar. Jadi saya tak boleh jawab sekarang, kena bawa balik kepada Jawatankuasa Khas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan rombongan dari RISDA seluruh negeri Kelantan yang turut hadir memerhati persidangan hari ini [Tepuk] Soalan tambahan saya Tan Sri, ialah sejauh mana kajian dibuat terhadap penagihan vape di kalangan remaja negara kita hari ini termasuk juga golongan wanita, yang mana ini satu fenomena yang sangat membimbangkan dan sejauh mana tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan sebarang bentuk pengiklanan, sebarang bentuk promosi yang menggalakkan penggunaan vape ini supaya tidak berlaku dalam negara sebagaimana apa yang dikuatkuasakan di Brazil dan di Kanada yang mengharamkan segala bentuk pengiklanan vape ini. Jadi sejauh mana perkara ini diambil berat, dan setakat ini apakah mekanisme yang akan dibuat untuk memastikan perokok- perokok tegar ini dapat berhenti daripada merokok. Terima kasih.

Yang Berhormat Rantau Panjang, berkenaan dengan kawalan jualan vape ini kepada remaja dan wanita, maybe ini kita ikut had umur yang saya sebut tadi dalam kawalan rokok. Kita akan masukkan juga “wap” dalam peraturan nanti. Maknanya ia akan mengawal vape jugalah. Memang tak boleh jual kepada bawah usia 18 tahun tetapi tak sebut, tak dikategorikan wanita atau- ia kira bawah daripada umur 18 tahun. Ini satu usaha untuk hendak mengawal rokok. Kajian di Malaysia kita belum buat secara menyeluruh lagi kerana ini fenomena yang baru. Kita tak tahu kesanya, dan tak tahu berapa ramai, tetapi ikut estimate, lebih daripada 1 juta dah pun menghisap- mula dengan vape ini. Jadi, undang-undang kita yang ada masih lagi belum kuat. Yang Berhormat Menteri semalam menyebut bahawa perlu ada undang-undang baru khas untuk mengawal rokok, vape dan juga sisha. Ini kita sedang usahakan, Tuan Yang di-Pertua. Juga berkenaan dengan pengiklanan tadi, bila sudah masuk “wap” dalam peraturan rokok ini maka dia akan tertakluk kepada iklan seperti mana termasuk dalam peraturan rokok. Termasuk jualan dan juga pengiklanan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Menteri. Saya tak merokok, saya pun tak vape tetapi tadi soalan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai kajian itu, kajian kepada sikap tetapi apa yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, sama ada pihak kementerian ada membuat kajian mendalam terhadap bahan-bahan campuran yang digunakan, sebab terdapat dakwaan bahawa ada juga dalam bahan itu terdiri daripada ganja. Jadi saya hendak minta penerangan dan juga makluman daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi tentang tugas-tugas yang telah pun diberikan kepada Jawatankuasa Khas ini termasuklah mengkaji bahan-bahan campuran di dalam cecair vape itu. Memanglah sekarang ini- rakyat Malaysia ini dia kreatif, dia memasukkan macam-macam. Daun ketum pun dimasukkan, ganja pun- saya difahamkan ada sudah masuk dalam itu, dan termasuk juga dadah-dadah yang lain pun ada dalam itu. Jadi ini sedang dibuat kajian oleh Jawatankuasa Khas yang saya sebut tadi, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Ng Wei AikDAP · PRTanjong · question

4. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada satu garis panduan dan kriteria yang baru akan digariskan bagi pinjaman membeli rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah memandangkan golongan tersebut mengalami pelbagai kesusahan untuk mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Titiwangsa

Tuan Yang di- Pertua, garis panduan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab yang disediakan oleh Bank Negara memberi fokus kepada penilaian kemampuan individu untuk meminjam, memastikan peminjam mempunyai penampan yang mencukupi atau peminjam mampu membayar balik pinjaman di sepanjang tempoh pembiayaan, dan mempunyai perbelanjaan sara hidup yang mencukupi bagi mengurangkan risiko rumah dilelong akibat kegagalan membayar balik pinjaman. Ini adalah penting terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah untuk mengelakkan peminjam daripada dibelenggu masalah kewangan akibat daripada bebanan hutang yang berlebihan. Peminjam yang layak terus mempunyai akses kepada pembiayaan untuk membeli rumah termasuk rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik. Setakat akhir Ogos 2015, jumlah pinjaman perumahan sistem perbankan terus meningkat dengan kukuh pada kadar 12.3%, malahan 86% daripada jumlah pinjaman perumahan adalah kepada pembeli berharga di bawah RM500 ribu.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Titiwangsa

Peratus penolakan untuk permohonan pinjaman perumahan pula telah menurun daripada 28.6% pada tahun 2012 kepada 18.6% pada setakat Ogos 2015. Semua negeri telah mencatatkan penurunan kadar penolakan untuk permohonan pinjaman perumahan. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, isu yang dihadapi sekarang ini adalah kemampuan untuk memiliki rumah bagi golongan berpendapatan rendah masih sukar dipenuhi. Ini adalah kerana bekalan baru rumah berharga melebihi paras yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Pada tahun 2014, 79% daripada pelancaran baru perumahan terdiri daripada rumah berharga melebihi RM250,000 manakala pendapatan median isi rumah Malaysia hanya sebanyak RM4,585. Isi rumah. Mereka hanya mampu berdasarkan median pendapatan sebanyak RM4,855, mereka hanya mampu membeli rumah berharga tidak melebihi RM200,000 setelah diambil potongan tax, EPF dan SOCSO. Maka di sini terdapatnya mismatch. Kerajaan juga sedang giat berusaha untuk meningkatkan tahap pemilikan rumah di kalangan rakyat dengan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik di pelbagai lokasi strategik di seluruh negara di bawah Skim Rumah Pertamaku dan Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan melalui Jabatan Perumahan Negara dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam Bajet 2016, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk menyediakan skim pembiayaan deposit rumah pertama bagi membantu pembeli rumah-rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik untuk membayar deposit pembelian rumah serta peruntukkan untuk pembinaan Rumah Mesra Rakyat dan perumahan rakyat golongan yang layak. Terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hakikatnya memang ini adalah satu rungutan umum. Bukan sahaja rungutan rakyat daripada golongan yang berpendapatan rendah tetapi Menteri KPKT juga menyarankan supaya bank pinjaman perumahan ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Hakikatnya masalah ini adalah pembeli rumah kali pertama susah hendak dapat pinjaman. Walaupun pendapatan mereka adalah rendah tetapi saya tidak rasa ini haruslah dijadikan satu penghalang. Adakah kemungkinan Bank Negara dapat mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh mereka dan melonggarkan syarat untuk pembeli-pembeli rumah kali pertama kerana hakikatnya ramai pembeli rumah kedua senang dapat pinjaman tetapi pembeli rumah pertama susah dapat pinjaman. Silakan.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat ini iaitu kita dapat banyak rungutan daripada pembeli-pembeli rumah pertama. Maka mereka tidak mampu mendapatkan pinjaman daripada bank. Ini adalah kerana kalau kita lihat, majoriti rumah-rumah baru yang dibina hari ini berharga sekitar RM300,000. Jadi saya ambil contoh, rumah berharga RM300,000 kalau seseorang itu membuat pinjaman 90%, dalam masa 25 tahun, bermakna sebulan mereka kena bayar lebih kurang dalam RM1,500.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Kalau mereka mempunyai gaji RM2,000 ataupun RM2,500 sudah tentu mereka tidak mampu untuk beli rumah berharga RM300,000. Isunya sekarang ini bukan sebab bank tidak bagi pinjaman tetapi isunya adalah rumah-rumah yang sedia ada untuk dijual ini banyak berharga sekitar RM300,000. Sebab itu saya rasa kerajaan sedang meningkatkan supply rumah-rumah ini terutama rumah-rumah yang berkategori rumah kos rendah dan kos sederhana. Saya bagi contoh. Sekiranya kita boleh mewujudkan banyak rumah yang sekitar RM100,000 ataupun RM200,000. Kalau RM100,000, bermakna kalau seseorang itu berpendapatan RM2,000 mereka boleh pinjam bank, kalau rumah itu berharga RM100,000 kerana bayarannya sebulan cuma RM500. Kalau rumah RM200,000, kalau mereka mempunyai gaji RM3,000, mereka boleh dapat pinjaman kerana bayaran sebulan hanya RM1,000. Akan tetapi kalau dia mempunyai pendapatan katakan RM2,500 hingga RM3,000 tetapi rumah yang dia beli itu RM300,000, pembayaran ini tidak mampu untuk dia bayar kerana selepas tolak komitmen lain, maka dia tidak boleh bayar. Sebab itu kita perlu tekankan banyak rumah kos rendah dan kos sederhana. Hendak wujudkan rumah kos rendah dan kos sederhana ini, dia memerlukan banyak pihak terlibat bersama iaitu kerajaan negeri dan PBT-PBT tempatan kena menjalankan tanggungjawab mereka. Antaranya, kalau ada tanah-tanah yang dipunyai oleh PBT ataupun dipunyai oleh kerajaan negeri, maka tanah-tanah yang strategik ini perlulah kita beri untuk pemaju- pemaju buat dengan harga premium yang rendah. Pemaju-pemaju ini dia boleh datang daripada PR1MA, SPNB ataupun agensi-agensi kerajaan ataupun negeri yang boleh membina rumah-rumah begini dengan mengenakan premium tanah yang rendah. Kemudian...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan. Teruskan, Yang Berhormat.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Premium tanah rendah. Akan tetapi kalau kerajaan ataupun PBT atau kerajaan negeri mempunyai tanah, kemudian kita jual kepada syarikat swasta, maka syarikat swasta akan menjual atas tiket keuntungan. Bila atas tiket keuntungan, walaupun rumah mampu milik, maka mereka akan jual RM300,000 hingga RM400,000. Ini akan menyebabkan ramai mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membuat pinjaman atau membeli rumah-rumah yang berharga tersebut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita faham Yang Berhormat Menteri dalam jawapan tadi. Kita juga faham sebanyak 351,500 unit rumah bakal dibina melibatkan pelbagai agensi untuk segenap lapisan masyarakat dalam usaha menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama juga di bawah KPKT turut disediakan sebagai sumbangan. Soalan saya sekarang, tadi Yang Berhormat Menteri telah menyentuh berkaitan dengan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap mampu untuk memiliki rumah. Yang saya hendak tanya sebagai soalan tambahan ini, seperti mereka-mereka yang berniaga di pasar malam, yang berniaga di gerai-gerai ataupun berniaga sendiri. Yang Berhormat Menteri amat arif tentang peruntukan kaedah Bank Negara, corporate governance nya yang telah diberikan kepada bank-bank. Tidak ada payslip, tidak boleh. Tidak ada J form, tidak boleh, tidak ada EA form, tidak boleh. Tidak ada guarantor tidak boleh. Mereka ini sudahlah orang susah. Orang berniaga pasar malam. Apakah kaedah yang boleh kita bantu. Pemandu teksi contohnya. Macam mana kita hendak tolong? Itu satu. Kedua, apakah langkah Kementerian Kewangan dalam konteks melaksanakan National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang mana mereka harus bekerjasama dengan pihak KKLW, KPKT, JKR. Bagaimana rumah-rumah murah ini bila kita tolong mereka- mereka yang berpendapatan rendah yang tidak ada payslip dan sebagainya, rumah itu juga disalahgunakan. Disewakan pula kepada warga asing. Itu juga menjadi kekangan. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab dengan secara berhemah untuk faham dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera. Kita kenal Menteri ini yang begitu berani, lantang untuk melaksanakan tanggungjawab. Terima kasih.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya sangat bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Baling ini bahawa isu perumahan ini sangat penting untuk kita selesaikan terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Saya ingin menyentuh bahawa– jadi soal kepada mereka yang berpendapatan rendah ini, kalau sekiranya mereka ini berniaga kecil-kecilan, peniaga, mereka juga mampu untuk beli rumah dengan kita menunjukkan kepada pihak bank bahawa kutipan-kutipan perniagaan mereka ini ada dalam bank statement. Jadi bank dia kena ada basis. Kalau katakan kita tidak ada payslip, kita tidak ada EA form, saya rasa tidak mengapa kerana banyak juga bank beri pinjaman kepada usahawan-usahawan kecil untuk membeli kereta, membeli rumah dengan syarat mereka boleh membuktikan income mereka melalui perniagaan tersebut. Akan tetapi kebanyakan kita ini kadang-kadang kita bila berniaga, bila kita dapat untung RM7,000 hingga RM8,000 kita tidak berani hendak masuk dan tunjukkan kita punya pendapatan sebab kita takut kena tax.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Bila takut kena tax, yang ini masalahnya kadang-kadang bank hendak bagi pinjaman pun susah. Akan tetapi kalau kita betul-betul telus dalam perniagaan kita, kita masukkan duit-duit itu dalam kita punya bank statement walaupun kita tidak ada pay-in slip, saya percaya bank akan bagi. Saya hendak bagi contoh lagi Yang Berhormat Baling. Effort untuk mewujudkan rumah-rumah ataupun supply yang begitu banyak untuk rumah kos rendah, kos sederhana dan juga mampu milik ini. Ia bukan saja tanah. Ia juga kena - contoh PBT, apabila ia mengenakan development charges kepada developer sama ada developer itu datang daripada syarikat kerajaan ataupun swasta, kalau mereka membina rumah yang kategori kos rendah dan kos sederhana, bermakna development chargesnya cuma minimum saja, can be only a token saja. Kemudian kita bagi dia peluang untuk naikkan dia punya plot ratio ataupun density untuk rumah mampu milik. Kalau katakan kawasan tersebut plot ratio dia katakan 6, kerana dia hendak bina rumah kos rendah dan kos sederhana, kita bagi dia plot ratio 10 atau 15. Jadi, ia boleh memudahkan mereka mengurangkan kos tersebut. Yang ketiga, deposit pembelian. Kemungkinan besar mungkin kita boleh melihat dengan subsidi yang diberi oleh kerajaan untuk rumah pertama, untuk bayar deposit, ini boleh membantu terutama kepada mereka yang mulakan pekerjaan dan tidak ada simpanan untuk bayar 10%, maka deposit ini boleh diguna pakai. Akhir sekali, saya merasakan bahawa ada juga tanah-tanah dalam kawasan- kawasan kerajaan negeri yang berstatuskan agricultural. Jadi, apabila mereka hendak buat rumah mampu milik, bila dia hendak kena buat conversion kepada residential ini, kita bagi conversion itu cuma minimum saja. Contohnya di Kampung Baru, walaupun tanah dia commercial city centre tapi asal dia agriculture tapi bila convert dia bagi minimum premium cuma RM1 ribu saja. Terima kasih.

Raime bin UnggiUMNO · BNTenom · question

5. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan rakyat Malaysia amat bergantung kepada Google Maps dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel dan boleh membawa ancaman anasir luar. Apakah telah ada usaha kerajaan untuk menangani permasalahan ini .

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tenom yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kadar penembusan jalur lebar pada masa kini adalah di tahap 72.2%, manakala kadar pengguna internet telah melebihi 22 juta orang. Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa rakyat Malaysia pada masa kini aktif menggunakan internet untuk pelbagai kegunaan, bukan saja untuk berkomunikasi melalui media sosial, malah juga untuk menjalankan aktiviti keusahawanan. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah bersedia untuk gaya hidup digital. Kewujudan teknologi ICT tidaklah harus dilihat sebagai taboo kerana konsep dunia digital ialah ruang umum ataupun, dengan izin, public space dan bukan ruang privacy ataupun

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

private space. Persoalannya, apakah itu Google Maps dan juga Waze? Izinkan saya memaklumkan Dewan bahawa Google Maps dan juga Waze merupakan satu aplikasi, navigasi yang berasaskan internet dan user based yang paling popular dalam kalangan pengguna pada hari ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan percuma melalui telefon pintar tanpa mengira sistem operasi sama ada Android, Apple IOS, Windows Phone, Symbian ataupun RIM Blackberry OS. Pada masa yang sama, terdapat banyak sekali pilihan ataupun option sistem aplikasi navigasi yang terdapat di pasaran. Ada setengahnya datang dengan peranti elektronik seperti Garmin dan ada pula yang disediakan khusus, built in di dalam kenderaan seperti sat nav ataupun satellite navigation yang berbeza-beza versi dan keboleh fungsian bergantung kepada jenama pengeluar seperti Mercedez, Audi, Volvo, Proton, Perodua dan lain-lain. Pihak kerajaan melihat sistem aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze ini sebagai salah satu cabang teknologi yang memudahkan urusan harian para penggunanya di samping meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan masa kita bergerak di jalan raya. Penggunaan Google Maps dan Waze tertakluk kepada polisi privacy di antara pemberi perkhidmatan dan pengguna. Terpulang kepada tahap pengguna perkhidmatan tersebut. Ia juga bukanlah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dikuatkuasakan oleh kementerian ini kerana akta ini terpakai kepada pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan melindungi data peribadi seseorang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya. Dalam soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa penggunaan Google Maps dan Waze ini ada juga pro dan cons dia juga, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Cuma dalam soal keselamatan pada hari ini kita lihat bila berlakunya banyak ancaman-ancaman. Kita menganggap bahawa antara aplikasi-aplikasi yang digunakan ini mungkin juga terlibat. Aplikasi yang kita sebutkan ini juga iaitu Google Maps dan juga Waze. Jadi, soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah bentuk kerjasama di antara kementerian dengan kementerian yang lain. Maksud saya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dalam memastikan segala maklumat sulit negara ini tidak mudah dibocori daripada sebarang maklumat media sosial ini. Apakah juga kerjasama yang dibuat oleh pihak kementerian dalam soal untuk membangunkan aplikasi, terutama kepada kepatuhan Google ini untuk bersama-sama dalam media sosial di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya persoalan yang berlegar di hadapan kita adalah lebih kepada isu yang berkaitan dengan perkongsian data peribadi. Jadi, kalau kita lihat sebenarnya memang tidak ada sebarang perjanjian kalau kita bercakap tentang Google dengan Malaysia. Sebenarnya apa yang berlaku di hadapan kita adalah berkaitan dengan aplikasi iaitu user based. Jadi, isu sebenar adalah berkaitan para pengguna kita lebih gemar untuk over sharing, dengan izin, data peribadi di internet. Ini yang menyebabkan data-data tersebut selalunya disalah gunakan. Jadi, kita tidak boleh menyerahkan segala permasalahan ini kepada pihak kerajaan semata-mata. Oleh kerana sebagai pengguna internet yang bijak, kita pun haruslah mengamalkan kawalan kendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, kita juga harus memastikan bahawa anak-anak kita dipantau. Oleh kerana kalau kita lihat misalannya, kalau kita pergi menghadiri jamuan di restoran-restoran besar misalannya, sebelum kita keluar daripada restoran, kita juga kadangkala diminta meninggalkan call card. Jadi, apabila kita meninggalkan call card di dalam balang tersebut, kita pun mengexpose, dengan izin, diri kita kepada maklumat peribadi yang kita ingin berkongsi di luar sana. Jadi, itu yang pertamanya. Yang keduanya, berkaitan dengan kerjasama. Seperti yang saya maklumkan, di dalam isu sosial media misalannya, memang pihak kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan juga agensi-agensi berkaitan. Cuma isu yang di hadapan kita, kalau kita rasakan bahawa isu ini sekiranya akan lebih menjurus kepada tidak selamat, mungkin perkara ini bolehlah dikaji oleh pihak MKN. Oleh kerana seperti yang saya

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

maklumkan, kita tidak harus menganggap segala kewujudan ICT ini adalah sebagai satu taboo yang menyebabkan kita ketinggalan dari segi ICT. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom itu adalah berkenaan dengan keselamatan negara. Walaupun saya tidak berapa setuju dengan Yang Berhormat Tenom tentang Waze dan Google Maps yang akan mengancam keselamatan negara tetapi memang ada wujudnya aplikasi-aplikasi yang cuba mengintip negara dan sebagainya. Jadi, saya hendak minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia tolong, adakah mana-mana research tentang aplikasi yang cuba mengintip dan mengancam keselamatan negara? Jika ada, apakah kementerian pernah ban atau apa- apa websitekah atau aplikasikah yang pada pendapat kerajaan telah mengancam negara. Boleh tolong senaraikan? Terima kasih.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Setakat ini, pihak kementerian melalui SKMM, kita tidak mendapat apa-apa aduan ataupun isu yang berkaitan dengan laman-laman seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Akan tetapi sekiranya terdapat mana-mana permohonan daripada mana-mana kementerian ataupun agensi untuk mendapatkan khidmat teknikal daripada pihak kementerian, insya-Allah kita akan membantu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada hemat saya, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Tenom itu sangat penting. Terutama sekali dalam memastikan kedaulatan negara terjaga. Dalam soal keselamatan ini kita tidak boleh berkompromi kerana kita Malaysia sebagai sebuah negara merdeka.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah peruntukan undang-undang yang sedia ada boleh memastikan kebocoran maklumat termasuk juga soal keselamatan ini dapat kita bendung dan kita jaga supaya akhirnya nanti soal-soal kerahsiaan dan juga soal-soal yang melibatkan kerahsiaan ini tidak menjadi satu hebahan luar dalam soal apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi dalam soal penggunaan Google dan juga Waze ini. Saya hendak tanya adakah wujud sebarang bentuk undang-undang yang memastikan bahawa kedaulatan di Malaysia ini sentiasa terjaga dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang dinyatakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya perjelaskan tadi kita kena melihat aspek ini secara total. Yang pertamanya dari segi penggunaan Google Maps dan juga Waze ia lebih berdasarkan kepada user based. Makna kata seperti yang saya maklumkan tadi ia adalah satu engagement iaitu privasi polisi antara kita sebagai pengguna dan juga pihak Waze termasuklah juga dengan penggunaan Google. Jadi sekiranya apabila kita kerana benda ini adalah satu optional, pilihan kepada pengguna. Jadi apabila kita memasuki satu perjanjian antara kita dengan Waze, kita tertakluk kepada terma-terma di dalam privacy policy antara kita dengan Waze. Sekiranya salah satu pihak merasakan beliau tidak mahu meneruskan perjanjian antara kita dengan Waze, boleh dibatalkan antara kita dan pihak satu lagi makna kata tidak ada lagi boleh pihak satu lagi meneruskan maklumat yang terdapat dalam penggunaan tersebut. Untuk secara total mengenai keselamatan negara, saya percaya benda ini adalah di bawah lingkungan MKN iaitu Majlis Keselamatan Negara dan pihak kementerian melalui agensi kita iaitu SKMM memang terlibat sama terutamanya untuk menasihati perkara- perkara yang berkaitan dengan isu-isu komunikasi. Saya percaya sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat merasakan perkara ini perlu ditangani, saya rasa adalah wajar pihak MKN juga perlu melihat perkara ini secara keseluruhannya. Terima kasih.

Wong Ling BiuDAP · PHSarikei · question

6. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tahap pembinaan dan peningkatan Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak. Terangkan kadar pampasan bagi tanah, rumah dan tanaman yang telah diguna pakai untuk projek pembinaan lebuh raya tersebut.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sarikei di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak melibatkan skop membina dan menaik taraf jalan sepanjang 1,090 kilometer. Ini melibatkan gabungan menaik taraf jalan sedia ada iaitu dianggarkan 85% daripada jumlah keseluruhan dan 15% lagi melibatkan pembinaan jalan yang baru. Projek ini akan dilaksanakan dengan dua fasa. Fasa pertama melibatkan laluan dari Telok Melano ke Semantan ke Kuching ke Serian seterusnya ke Sibu, ke Bintulu dan ke Miri. Manakala fasa kedua pula melibatkan laluan di bahagian Limbang dan Lawas yang akan dimulakan pada tahun 2018. Fasa pertama telah dimulakan pada 31 Mac 2015 yang lalu melibatkan jajaran dari persimpangan Jalan Simpang Nyalau ke persimpangan Jalan Bakun sepanjang 43 kilometer dengan harga kontrak sebanyak RM638 juta. Manakala projek kedua pula melibatkan laluan dari Telok Melano ke Semantan sepanjang 33 kilometer yang telah dilancarkan pada 1 September 2015 yang lalu dengan harga kontrak sebanyak RM580 juta. Manakala segmen-segmen yang lain untuk fasa pertama sedang dalam peringkat proses tender prakelayakan atau prequalification, dengan izin dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2016. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek lebuh raya pembinaan Sarawak ini dilaksanakan melalui kaedah rakan pelaksana projek atau project delivery partner (PDP) dengan izin iaitu sebagaimana model pelaksanaan projek MRT. Sehubungan itu kerajaan telah melantik syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn.Bhd atau LBUSB sebagai rakan pelaksana projek ini untuk mengurus dan memastikan ia dapat disiapkan mengikut kos dan tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan. Manakala lantikan kontraktor untuk pakej-pakej pembinaan lain pula akan dibuat secara proses tender. Pembiayaan projek ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui DanaInfra National Berhad iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan diperbadankan. Keseluruhan projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak ini akan mengambil tempoh lapan tahun untuk disiapkan iaitu dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pampasan tanah pula untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pengambilan balik tanah termasuk kos menyelesaikan halangan di atas tanah jika ada untuk keseluruhan jajaran Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak yang dianggarkan sebanyak RM800 juta. Kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat manakala proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survey atau JTS di mana ia dipantau dan diselaraskan oleh jawatankuasa di peringkat kerajaan negeri dengan keanggotaan turut terdiri daripada wakil-wakil agensi pusat. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sarikei.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bahagian jalan raya di Sarikei dari Sebangkoi ke Pekan Jakar kerap berlaku kemalangan. Setiap kali hujan kemalangan jalan raya memang berlaku. Soalan saya ialah adakah Kementerian Kerja Raya menetapkan keutamaan untuk membina seksyen jalan raya tersebut. Kalau ada, bilakah ia akan bermula? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sarikei di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk tahun hadapan Yang Berhormat, kita ada 10 pakej yang akan dibina iaitu selewat-lewatnya dijangkakan pada November tahun hadapan, semua tender akan dikeluarkan Yang Berhormat. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat saya ingin maklumkan bahawa terdapat dua buah pakej yang akan melalui kawasan Yang Berhormat iaitu Sarikei. Pertamanya adalah Bintangor ke Julau, seterusnya ke Sibu dan Sungai Kuah sepanjang 75.5 kilometer dan dijangka Yang Berhormat pakej ini akan ditanda pada awal tahun hadapan dan akan

ditawarkan dua bulan selepas itu apabila proses tender dapat diselesaikan Yang Berhormat. Yang kedua Yang Berhormat, pakej yang juga alan merentasi kawasan Yang Berhormat kerana melibatkan kawasan Yang Berhormat adalah dari Sungai Simunjan naik ke Bintagor iaitu sepanjang 65.116 kilometer dan pakej ini dijangka akan ditanda pada September tahun hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan saya, neighbour saya Yang Berhormat Papar yang telah dilantik oleh beberapa kementerian. Memang Timbalan Menteri ini hebat Tuan Yang di-Pertua, dia rajin dan selalu turun padang. Ini feedback dari kawasan Papar. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetap tahu hendak jawab soalan antara Putatan dan Papar ini dekat. Jadi soalan yang sering ditimbulkan oleh media- media tempatan di negeri Sabah soal kesesakan di Putatan, jalan dari airport ke Papar yang melalui Putatan. Jadi dalam Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri pun telah membuat satu kenyataan yang minta Kementerian Pusat untuk menyemak semula design ataupun lakar yang mana terdapat terlalu banyak traffic light antara Airport KKIA ke Lok Kawi

Jadi bagaimana pereka jalan raya ini yang boleh membuat traffic light tidak jauh di antara satu traffic light dengan satu kurang lebih 100 meter sahaja. Jadi, saya mohon apa tindakan selanjutnya daripada kementerian supaya perkara ini tidak ditimbulkan oleh pengguna-pengguna jalan dari Kota Kinabalu ke kawasan pedalaman, ke Beaufort dan ke Labuan. Ini Pan-Borneo. Suppose Pan-Borneo ini kita harus bangga. Jadi kita tidak boleh dekat dengan pintu masuk ke negara kita dilihat sebagai design yang tidak boleh menjadi kesenangan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah flyover ataupun jalan susur akan dibina yang memerlukan pampasan ini.

Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Saya ingin maklumkan dengan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Putatan dalam soal ini adalah yang melibatkan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN kawasan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebenarnya cadangan ini sudah diperincikan di peringkat JKR Sabah, Yang Berhormat. Namun, dilihat bahawa cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan memandangkan kawasan yang diperlukan itu adalah lebih luas daripada kawasan yang sedia ada. Jadi ia tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JKR Negeri Sabah. Namun Yang Berhormat, di peringkat kementerian dan juga JKR Sabah kita masih lagi dalam proses perbincangan dan menilai opsyen yang terbaik termasuklah opsyen ataupun pilihan untuk mengemukakan jajaran yang baru, Yang Berhormat sekiranya perlu dalam soal ini. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat sangat prihatin dan juga telah mengemukakan beberapa cadangan yang turut diperincikan dan dipertimbangkan di peringkat kementerian. Saya ucapkan terima kasih. Yang Berhormat juga merupakan seorang yang proaktif di dalam mengemukakan cadangan-cadangan yang bernas untuk dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor · question

7. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Pendidikan menyatakan pendirian kerajaan terhadap kelangsungan operasi sekolah SJKC dan SJKT dan adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk melaksanakan sekolah aliran kebangsaan sahaja.

Tuan Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Terima kasih, Yang Berhormat Tasik Gelugor. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di peringkat pendidikan rendah merupakan institusi

Tuan Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan yang penubuhannya dan pengoperasiannya diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agong Tahunan MCA ke-62 menegaskan Sekolah Jenis Kebangsaan tidak akan dimansuhkan. Ini adalah kerana dasar Barisan Nasional adalah berteraskan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang telah ditentukan oleh pengasas negara. Terima kasih.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Alasan bimbang bahasa ibunda seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil akan terhakis menyebabkan sekolah-sekolah vernakular kita pertahankan. Justeru itu adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan mata pelajaran Mandarin dan juga Tamil diajar di sekolah-sekolah kebangsaan serta pelajar diberikan pilihan untuk mengambil subjek ini dan wajib lulus sekiranya ia menjadi salah satu subjek elektif yang dipilih oleh para pelajar. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan. Memang menjadi dasar kerajaan dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang pun di sekolah-sekolah kebangsaan sudah diwujudkan kelas-kelas Mandarin dan kelas bahasa Tamil, kelas bahasa Arab, kelas bahasa Jepun untuk dijadikan sebagai pilihan elektif tetapi masih tidak ada lagi dasar untuk mewajibkan mana-mana orang Cina untuk mengambil bahasa tersebut di sekolah kebangsaan tetapi ini adalah usaha kerajaan untuk mempelbagaikan pilihan kepada mereka yang belajar di sekolah kebangsaan. Terima kasih.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan jawapan dan soalan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi. Memang satu usaha yang baik untuk memperkenalkan bahasa Tamil dan bahasa Mandarin Cina di sekolah kebangsaan. Cuma saya rasa ada mungkin salah anggap dari segi fahaman peranan SJKT dan SJKC sebab kurikulum sebenarnya dalam sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil memang sama seperti sekolah kebangsaan cuma pengantaraan bahasa itu berlainan dan saya pasti ramai di antara Ahli-ahli Dewan yang mulia ini memang daripada aliran sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Jadi memandangkan pendirian Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan berkenaan dengan SJKC dan SJKT ini, apakah tindakan kerajaan terhadap mereka khususnya pimpinan UMNO dalam perhimpunan pada 16 September yang secara terang- terang mendesak supaya kerajaan hapuskan SJKT dan SJKC. Jadi apakah tindakan yang akan diambil terhadap pimpinan UMNO yang mendesak supaya sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil itu dihapuskan. Sekian.

Terima kasih kepada soalan tambahan. Tindakan yang diambil atau perlu diambil terhadap mana-mana pemimpin dari parti politik itu terpulang kepada kepimpinan parti politik dan bukannya daripada kementerian. Walau bagaimanapun, saya setuju bahawa kewujudan SJKC dan SJKT bukanlah hanya cuma bahasa pengantar tetapi juga terhadap kepelbagaian yang dilaksanakan di negara ini. Kewujudan SJKC yang dikatakan menjadi batu penghalang kepada perpaduan negara juga tidak betul kerana sehingga hari ini seramai lebih kurang 15% daripada murid- murid yang sedang belajar di SJKC adalah di kalangan bukan dari masyarakat Cina. Ini menunjukkan bahawa ia juga menjadi pilihan kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Jadi sekiranya kita tidak melaga-lagakan isu ini, maka ini bukanlah isu yang menjadi batu penghalang kepada perpaduan negara. Sekian, terima kasih.

Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai · question

8. Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk terus meletakkan gaji permulaan Doktor dengan skim gaji UD48 sebagai tanda penghargaan terhadap ilmu yang mereka miliki memandangkan bidang kedoktoran merupakan bidang yang sukar dan panjang tempoh pengajiannya.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Idris, Yang Berhormat Bukit

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Gantang. Soalan ini berkenaan dengan gaji doktor-doktor kita. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengambilan dan penentuan tangga gaji Pegawai Perubatan adalah tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Gaji permulaan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) adalah pada gred UD41 dan mengikut laluan kerjaya skim Pegawai Perubatan, seseorang Pegawai Perubatan akan mencapai gred U48 setelah lima tahun berkhidmat. Pada masa ini Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan belum bercadang untuk menetapkan gaji permulaan Pegawai Perubatan lantikan baru dengan gaji skim U48. Pegawai Perubatan turut menerima elaun dan insentif lain selain daripada elaun dan insentif standard yang diterima oleh penjawat awam. Elaun dan insentif tersebut adalah seperti elaun kerja luar waktu bekerja biasa ataupun on call, bayaran insentif perkhidmatan kritikal, bayaran insentif pakar, bayaran insentif klinik selepas waktu pejabat ataupun locum dan elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Walaupun saya bukan seorang doktor dan saya seorang ustaz sahaja tetapi memandangkan pengorbanan seorang doktor yang sangat tinggi daripada mereka belajar sampailah mereka berkhidmat, jadi apalah salahnya pihak kementerian kena memikirkan sesuatu terutama untuk kita hendak menjaga dari segi kebajikan doktor. Ini kerana kajian menunjukkan tentang bagaimana pada tahun 2009 didapati 68.7% mereka ini mengalami tekanan dan 30% hingga 40% mengatakan waktu bekerja mereka dan beban kerja mereka tinggi sehinggakan tidak sempat untuk bersosial. Jadi, cadangan saya apalah salahnya permulaan gaji mereka ini diberikan dengan UD48. Kita jangan samakan antara doktor dengan pengajian yang lain kerana mereka belajar sampai enam tahun. Yang Berhormat Menteri sudah tentu tahu berkenaan dengan disiplin pengajian doktor. Jadi, dengan sebab itu saya hanyalah menyuarakan kerana doktor ini orang yang paling rapat dengan kehidupan kita untuk kita sering hendak meningkatkan kualiti hidup kita antaranya adalah doktor. Maka, saya merayu sangat- sangat supaya kementerian memikirkan supaya soal skim gaji ini, permulaan lagi. Bukan lagi dengan UD41 tetapi dengan UD48. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gantang. Sebenarnya skim gaji sekarang ini memang jauh berbeza daripada masa saya dahulu. Saya dahulu houseman RM850, kalau demam tidak boleh masuk first class ward. Hendak masuk first class ward masa itu kena gaji RM900. Gaji saya masa itu RM850. Memang tidak boleh masuk ward first class kalau demam semasa houseman.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Memang saya faham sangat kerja-kerja doktor, memang saya faham sangatlah. Dahulu contohnya satu wad itu saya duduk seorang sahaja houseman. Sekarang ini satu houseman empat katil sahaja. Jadi, tangga gaji sekarang saya hendak beri sedikit gambaran. Doktor kita dia melalui laluan yang time based Tuan Yang di-Pertua. Saya ada di sini. [Merujuk pada dokumen] Akan tetapi penjawat awam yang lain dia tidak ikut time based. Dia ikut kenaikan, ikut kekosongan. Akan tetapi dalam hal doktor ini ikut time based. Daripada 41 hingga 44 - dua tahun sahaja. Dari 44 kepada 48 - tiga tahun. Dari 48 kepada 52 - dua tahun. Dari 52 kepada 54 - dua tahun. Jadi, maknanya sembilan tahun. Kalau dia ada kepakaran dalam sembilan tahun dia dapat 54 dah. Akan tetapi bagi bukan pakar dia 12 tahun, lambat sedikit. Maknanya kenaikan mereka laju dan elaun yang mereka dapat ini saya hendak beri contoh gaji minimum U41, U44. Houseman 41 gaji dia minimum RM2,700 campur berbagai-bagai elaun dia dapat sebenarnya take home pay dia dengan izin Tuan Yang di- Pertua ialah U44, dia punya take home pay dan dengan elaun berbagai-bagai. Mereka yang pergi ke Sabah dia special allowance lagi. Ada hardship allowance Tuan Yang di- Pertua.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Hardship allowance adalah 10% daripada gaji dia and then allowance perumahan khas untuk Sabah, Sarawak ikut bandar masing-masing. Labuan lain, KK lain, Kuching lain dan sebagainya. Elaun amat tinggi. Jadi, mereka dapat pelbagai imbuhan seperti perkhidmatan awam, imbuhan keraian, perumahan, bantuan sara hidup, insentif perkhidmatan kritikal, elaun bekerja flexi (on call), banyak elaun dia yang lain. Akhirnya dapat lebih daripada U44. Jadi, saya memang faham sangatlah. Saya memang bersetuju sangat kalau boleh dinaikkan tetapi ini di luar bidang kuasa. Kita boleh rekomen tetapi terpulang kepada JPA dan SPA untuk hendak menentukan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya seorang doktor Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Jadi, saya seronok mendengar pengiktirafan yang diberikan oleh ustaz ini, 30 tahun dahulu saya bekerja di hospital kerajaan saya tidak mendapat pengiktirafan begini. Yang Berhormat Menteri, masalah kekurangan doktor dan doktor pakar satu masalah yang meruncing apatah lagi negara hendak jadi negara maju. Ini dikaitkan dengan tiga perkara utama. Penghijrahan doktor- doktor keluar kerana gaji. Doktor-doktor yang lulus luar negara sudah jadi pakar tidak mahu balik berkhidmat, ini pasal gaji jugalah. Ketiganya, program-program untuk membina pakar ini masih lagi berkurangan di negara kita ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri apakah langkah-langkah kerajaan untuk menambah bilangan doktor dan doktor pakar ini di Malaysia berdasarkan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Bagan Serai lagi. Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut perangkaan yang ada memanglah dalam keadaan sekarang ini memang banyak pegawai-pegawai kita resign. Selepas dia mendapat kelulusan menjadi pakar, tidak lama lepas itu dia resign. Itu memang berlakulah kerana tarikan di luar sana hebat. Ada satu insiden di mana doktor pakar Nephrology ia balik dari UK dan dia dihantar ke Alor Setar dengan gaji 54. 54 memang tidak cukuplah. Selepas enam bulan dia datang balik kepada saya dia kata “Dato’ I want to resign.” “Why?” Gaji dia yang dioffer di luar sana 10 kali ganda daripada apa yang kita bagi. Jadi, dia resign, simple as that. Jadi, itulah, kita cuba bagi berbagai-bagai insentif tetapi tidak terdaya bagi macam pihak swasta. Akan tetapi yang tinggal dengan kita adalah mereka yang betul-betul dedicated bekerja untuk rakyat, bekerja untuk kerajaan dan mereka puas hati dengan apa yang mereka dapat. Ini kumpulan yang dedicated lah Tuan Yang di-Pertua. Dalam program pakar memang seperti yang disebut oleh menteri semalam tiga hingga empat tahun dahulu kita hanya keluarkan 300 tempat untuk latihan kepakaran tetapi hari ini sudah jadi 1,000 setahun. Ini satu angka yang mendadak meningkat dan tidak cukup lagi. Hari ini sudah ada cadangan untuk kita libatkan program dengan universiti- universiti luar negara. Dengan cara itu boleh menambahkan dengan cepat latihan kepakaran kita. Jadi, ini kita cuba hendak seimbangkan supaya yang dilatih akan lebih banyak dari yang resign. Itu yang kita cuba hendak buat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Shaharuddin bin IsmailUMNO · BNKangar · question

9. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan menurut laporan, sejumlah 5,724 kes telah diambil tindakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972. Nyatakan bentuk tindakan yang telah dikenakan dan sejauh manakah pengawasan dijalankan secara berkala ataupun hanya bermusim sahaja.

Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kangar yang mengemukakan soalan kepada kementerian.

Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat dari Hulu Langat pada 1 Disember 2015 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu tindakan pemantauan dan juga penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh KPDNKK. Kementerian telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti pencatutan melalui operasi Ops Catut yang digerakkan bermula pada 15 Januari 2015 sehingga 25 November 2015. Sebanyak 1,781,630 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara. Daripada jumlah ini sebanyak 6,498 kes iaitu masing-masing 4,046 kes telah dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sebanyak 2,356 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, sebanyak 37 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan 59 kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Keseluruhan nilai rampasan berjumlah 1,252,291 dan nilai kompaun sejumlah RM900,056. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 2,342 notis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan terhadap peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj yang tidak munasabah.

Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md. HanipahTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 933 peniaga masih dalam siasatan kerana disyaki mencatut. Sebanyak 158 kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu 107 kertas siasatan di bawah seksyen 14(1) kerana mencatut, 46 kertas siasatan di bawah seksyen 21(5) kerana enggan dan gagal memberi maklum balas kepada notis yang dikeluarkan, dan lima kertas siasatan di bawah seksyen 53A kerana tidak menyimpan rekod perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, sebanyak 15 kes telah didakwa di Mahkamah Sesyen di mana 13 kes telah disabit kesalahan masing-masing enam kes di bawah seksyen 14(1) dan tujuh kes di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan jumlah keseluruhan denda RM415,500 manakala dua kes lagi masih dalam proses pendakwaan di mahkamah. Sebanyak 13 kes telah dikompaun iaitu masing-masing 10 kes di bawah seksyen 14(1) dan tiga kes di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dengan jumlah keseluruhan kompaun RM535,000. Sehingga kini, lima kes telah selesai dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM105,000 manakala sebanyak lapan kes dengan keseluruhan tawaran kompaun berjumlah RM430,000 masih dalam peringkat rayuan dan belum dijelaskan. Tuan Yang di-Pertua, pengawasan berkala ini ke atas peniaga akan dilakukan secara berterusan untuk mengawal kegiatan mencatut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tindakan ini akan terus dipertingkatkan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang menyalurkan maklumat dengan menyasarkan kepada syarikat yang berdaftar di bawah GST yang telah membuat tuntutan bayaran balik khas cukai jualan dan cukai input bagi melancarkan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan tujuan untuk memastikan faedah pelaksanaan GST ini boleh dinikmati oleh pengguna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERSAINGAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Persaingan 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Sumber Manusia bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2016 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2016 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 30 November 2015.”

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2016 dan Usul Anggaran Pembangunan 2016 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016 Jawatankuasa — Maksud B.43 [Jadual] - Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan 2016] -Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan untuk pengetahuan kementerian bermula dengan Butiran 030000 – Dasar dan Pembangunan di bawah Butiran 030100 – Dasar dan Inspektorat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, sekarang sudah tukar giliran. Tuan Pengerusi, selamat datang.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila,

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya pertamanya ingin minta penjelasan isu yang bersangkutan dengan pelaksanaan apa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Perwakilan Penduduk kerana jawatankuasa ini awal diperkenalkan untuk tujuan-tujuan yang dikatakan memperkemaskinikan dan memperbaiki aspek keperluan federal dalam melaksanakan keberkesanan tempatan. Ia juga berkait dengan 188 PBT yang mana pada setiap kawasan PBT itu diadakan 24 zon. Dalam itu, bagi menyelaraskan, adanya juga apa yang dinamakan sebagai majlis perwakilan penduduk. Anggotanya sudah sedia maklum dalam website dan masing-masing kita boleh rujuk. Akan tetapi saya di sini izinkan untuk memberi sedikit komen dan kritikan bagi memperbaiki pentadbiran kerajaan tempatan. Pertama, suasana lahirnya Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini dalam suasana di mana Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa untuk melantik Ahli Majlis itu duduk di pihak berkuasa tempatan. Ada yang berhujah bahawa Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ini seolah-olah cuba mengambil peranan di peringkat PBT dengan pihak pusat ataupun federal bercampur tangan atau campur tangan dalam kuasa ini.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dari sudut apa yang kita namakan sebagai local democracy Tuan Pengerusi, ia telah membawa peranan PBT ini kepada local democracy yang lebih kecil dan sepatutnya kita memberi empowerment kepada local democracy supaya ia boleh berkembang dengan memberikan empowerment kepada local, bukan campur tangan daripada federal. Ini bercanggah dengan usaha kita untuk memperbaiki pembangunan kerajaan tempatan secara menyeluruh.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ketiga, komentar saya, apa yang harus dilakukan dalam konteks pentadbiran kerajaan tempatan ini bukan centralization tetapi decentralization. Apa yang kita ada dalam konteks kerajaan PBT yang sudah pun establish kita cuba untuk memperkecilkan sehingga ia jadi lebih centralize daripada decentralization. Tuan Pengerusi, perhatian seterusnya ialah kepada suasana yang boleh menimbulkan sedikit kalaupun tidak pertembungan tetapi agensi lain yang telah pun ada peranan masing-masing di peringkat local council dan paling jelas ialah ahli majlis itu sendiri. Seharusnya dasar ini dalam kementerian diperluaskan supaya ia dilihat lebih bebas dan bukan dipersempitkan. Oleh kerana itu saya mencadangkan sebagai jalan keluar atau pandangan kami ialah seharusnya tidak perlu ada jawatankuasa perwakilan penduduk tetapi yang perlu ada ialah reformasi cara ke perwakilan itu di dalam majlis tempatan. Oleh kerana ini akan berlaku sedikit isu apabila kita melihat ia seolah-olah macam satu usaha untuk merebut kuasa yang ada di peringkat local council apatah lagi kita pernah berbincang panjang lebar tentang isu apa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Keselamatan Kampung yang disebut Persekutuan sedangkan Jawatankuasa Keselamatan itu adalah kuasa di peringkat negeri. Kita telah bincang panjang macam mana ia menimbulkan pelbagai kekeliruan dari sudut melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri. Akan tetapi sekarang kita diajak untuk menerima pula dan sudah pun diterima sebenarnya jawatankuasa perwakilan atau perwakilan penduduk. Apakah ini membuka ruang juga berlaku konflik antara kerajaan negeri dengan federal. Apatah lagi saya tidak mahu masuk dalam politik menteri sebab saya tidak minat untuk masuk dalam isu ini. Akan tetapi apa yang akan berlaku jika kerajaan negeri itu bukan daripada kerajaan yang sama di peringkat federal. Maka akan berlaku pertembungan dan ini kita kena selesai dalam Jawatankuasa Keselamatan Kampung di peringkat Persekutuan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung di peringkat negeri. So oleh itu saya melihat bahawa reformasi cara perwakilan itu ditempatkan adalah lebih utama dibincangkan di sini daripada kita hijack. Nanti Menteri akan marah kenyataan saya hijack. Daripada kita memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai permasalahan. Tuan Pengerusi, saya ada satu lagi yang berkait rapat sebenarnya dengan isu pertembungan antara federal dengan negeri dan saya akan ambil kasus contoh yang berlaku di Pulau Pinang sebab saya adalah Pengerusi Amanah Negeri Pulau Pinang iaitu isu tentang perancangan bandar, desa, rancangan pembangunan 06000 butiran 060200. Kita ada rancangan fizikal negara, perancangan struktur, rancangan tempatan, rancangan kawasan khas. Itu sudah dimaklumkan kepada kita dari sudut modelnya. Saya ingin bertanya kepada menteri, adakah di sana berlaku satu penyelarasan yang baik. Saya bagi satu contohlah yang berlaku di Pulau Pinang iaitu apa yang Kerajaan Pusat mahu bercanggah dengan kehendak apa yang kerajaan negeri mahu berpandukan kepada polisi-polisi yang ada di peringkat negeri Itu normal sebenarnya. Akan tetapi yang tidak normalnya ialah apabila tidak berlaku perundingan. Itu tidak normal. Normal berlaku percanggahan, yes. Tidak normal jika perkara ini dipolitikkan kerana ini akan melibatkan kepentingan awam, kepentingan perumahan dan juga kepentingan yang lebih besar. Saya beri contoh iaitu berlaku pertembungan yang belum selesai. Hari ini saya mohon penjelasan menteri dalam jawapan. Projek PERDA iaitu JKP Sendirian Berhad yang merupakan agensi federal menyatakan mahu membina rumah mampu milik tetapi daripada harga yang ditetapkan ia bukan harga mampu milik. Harganya ialah RM2 juta di pulau dan

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

RM1 juta di seberang. Ini satu harga yang cukup-cukup menekan orang ramai. Kalau ia harga mampu milik, orang tidak mampu beli dan kerajaan negeri ada satu polisi bahawa mampu milik itu ialah bernilai RM200,000 hingga RM400,000 di pulau dan RM150,000 hingga RM250,000 di seberang. Harga itu sendiri bercanggah dalam konteks dasar kerajaan negeri. Maka berlakulah satu pertembungan dasar. Ia tidak berakhir di situ Tuan Pengerusi. Ia diheret kepada isu yang kemudian Kerajaan Pusat dengan kuasa yang ada padanya pula enggan tolong perbetulkan perkataan saya seolah-olah melambatkan atau enggan untuk meluluskan apa yang dinamakan sebagai Advertising Permit Development License (APDL) yang saya difahamkan sejak Ogos 2014 Tuan Pengerusi ada 81 permohonan daripada pemaju di Pulau Pinang untuk mereka memulakan sales and purchase agreement dengan pihak yang berminat tetapi tertangguh kerana APDL tidak diluluskan. Saya ingin penjelasan daripada 81 permohonan, 47 permohonan masih belum diluluskan serta apakah growth development value kepada permohonan itu supaya kita dapat tahu the degree of lost dengan izin yang pemaju terpaksa tanggung apabila ia berhadapan dengan kelambatan kelulusan yang sepatutnya ia adalah satu kelulusan yang menjadi mudah tetapi dipersusahkan. Persepsinya menteri, saya anggap ini persepsi. Ini mungkin tidak betul tetapi persepsinya ialah seolah-olah berlaku tip for tap. Okey kamu tidak luluskan PERDA kami punya projek, kami tidak mahu bagi APDL kepada kamu. Persepsi Tuan Pengerusi. Saya tidak kata itu kenyataannya. Penjelasannya mesti datang kepada Menteri dengan jujur bahawa jika perkara ini berterusan maka penyelarasan daripada pusat ke negeri akan timbul masalah dan ia diheret kepada isu politik dan apabila ia diheret kepada isu politik menteri sendiri tahulah apa yang akan jadi kepada kita apabila kita terheret dengan isu politik dan kita telah menggadaikan kepentingan orang awam. Jadi saya lebih berminat kepada polisi dan juga cara penyelesaian. Saya tidak berminat kepada politiking. Itu kerja orang yang bercakap tanpa ada satu usaha untuk bagi solution. Saya harap menteri tidak begitu bahawa perkara ini sudah berlaku panjang. Ini termasuk juga tip for tap dalam isu PR1MA contohnya, Perumahan Rakyat 1Malaysia Pulau Pinang saya minta penjelasan betul kah Pulau Pinang telah diberi agak besar unitnya iaitu 24,923 unit merujuk kepada 153 unit merujuk kepada Majlis Perumahan Negara yang mana Pulau Pinang telah hadir sama. Walaupun kerajaan negeri bersedia untuk memudahkan projek PR1MA seperti yang dijanjikan oleh exco yang saya ada surat-suratnya di sini kalau menteri mahu melihatnya, kami bersedia untuk menjalankan projek ini. Akan tetapi hingga hari ini belum ada satu rumah pun PR1MA yang dibina di Pulau Pinang untuk dimajukan. Akhirnya...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya ringkaskan.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yes. Saya ada satu isu iaitu 040001 yang bawah tajuk saya ini pun saya hendak minta penjelasan kalau ada pakar bahasa. Sebenarnya penyenggaraan atau penyelenggaraan? Itu dua saya cuba cari penyelenggaraan dengan penyenggaraan mana satu yang betul saya tidak tahu tetapi yang saya tahu penyelenggaraan ada. Penyenggaraan saya tidak tahu tetapi itu bukan bahasa yang kita hendak berdebat di sini sebab kita bukan pakar bahasa di sini. Dahulu ada satu tabung yang dinamakan Tabung Penyenggaraan Rumah 1Malaysia. Adakah penyenggaraan tabung ini telah diberi kepada negeri-negeri dan secara khusus? Penyenggaraan ini termasuklah hendak perbetulkan lif, hendak baiki paip bocor, yang melibatkan kos rendah projek perumahan rakyat. Saya difahamkan kos rumah rendah 90% Kerajaan Pusat akan tanggung, kos sederhana rendah 70% Kerajaan Pusat akan tanggung dan selebihnya ditanggung oleh kerajaan negeri. Saya ingin penjelasan, adakah dilaksanakan tugas ataupun perpecahan ini, pembahagian ini. Pulau Pinang dapat berapa? Ada tak Pulau Pinang dapat dan begitu juga kalau boleh senarai negeri-negeri lain yang dapat kerana peruntukannya agak besar saya difahamkan iaitu Tabung Penyenggaraan 1Malaysia.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Akhir sekali dan yang betul-betul terakhir iaitu tentang Butiran 040000 – Kesejahteraan Bandar, tentang perkhidmatan dan kesejahteraan bandar. Saya ingin tahu perkembangan Malaysian Urban Rural National Indicators Network on Sustainable Development dengan izin iaitu MURNInet. Sejauh mana kita telah capai indicator yang telah ditetapkan khususnya yang penting bagi saya bukan sekadar kesejahteraan dalam konteks fizikal tetapi kesejahteraan dalam konteks hubungan antara kaum dan agama. Saya difahamkan 70% PBT adalah terdiri daripada penduduk yang komposisinya bukan hanya satu kaum tetapi pelbagai kaum. Kalau tidak dikawal akan boleh potensi mencetuskan ketegangan di sana. Saya ingin minta penjelasan kepada Menteri sedikit pendetailan pencapaian Malaysian Urban Rural National Indicators ini. Sejauh manakan PBT-PBT telah sampai kepada sasaran yang kita sebutkan. Dengan itu Tuan Pengerusi I rest my case, dengan izin.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ramaikah? Tidak, saya tanya ramai, bukannya nama atau ringkas. Oleh sebab saya cadang pukul 2.30 Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab. Yang Berhormat Parit Sulong, satu sahaja.

Dia hendak pendek sahaja. Pendek.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dia suka pendek.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maafkanlah rakan saya Yang Berhormat Lenggong. Saya terus ke Butiran 080000 – Kerajaan Tempatan. Dekat kawasan Parlimen saya ada satu taman yang dinamakan Taman Sri Sulong. Ini adalah bawah perumahan – satu kawasan perumahan dekat kawasan saya yang di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat di mana rumahnya ada sebanyak 1,224 dan penduduknya 4,890 orang. Saya tengok walaupun keadaan di tempat ini luas di bawah majlis perbandaran tetapi saya tengok fasilitinya tidak segah seperti mana ramainya orang dekat situ. Jadinya saya hendak bertanya kepada pihak kementerian sebab ada satu permohonan yang telah diberikan kepada pihak kementerian yang telah dimohon yang mana saya sendiri yang hantar pada tahun 2014. Jadi saya hendak tahu permohonan ini adalah mengenai tandas awam sebab tempat ini tidak ada fasiliti tandas awam pun. Di situlah adanya Pasar Tani Wanita, di situ juga terdapat juga setiap Ahad malam Isnin ada pasar malam. Jadinya saya merasakan keperluan untuk adanya tandas awam sangat penting. Jadi saya hendak tahu sama ada dalam peruntukan ini akan ada diwujudkan atau dibina tandas awam seperti yang telah dimohon semenjak tahun 2014. Seterusnya saya juga hendak tanya kepada pihak kementerian dan saya tengok di tempat yang sama ini juga ada dewan. Walau bagaimanapun dewan ini dan keadaan tandas tidak boleh digunakan dan segala-galanya. Kalau hendak cerita panjang lebar. Takut listnya nanti banyak masa yang diperlukan. Jadi saya hendak tahu dan saya hendak pohon supaya pihak kementerian memandang serius mengenai perkara ini dan harap naik pulih atau naik taraf aduan di Taman Sri Sulong ini dapat dibuat segera yang mungkin di dalam peruntukan tahun 2016. Terakhirnya untuk perkara yang sama ini adalah adakah di dalam tahun 2016 ini pihak kementerian akan mewujudkan atau membina satu kompleks berniaga? Oleh sebab Tuan Pengerusi di tempat yang sama ini banyak walaupun di taman yang besar banyak gerai-gerai diwujudkan di tepi jalan. Ianya nampak tidak seronok. Jadinya saya berharap pihak kementerian dapat mempertimbangkan agar disusun semula gerai-gerai ini dan diletakkan di dalam satu kompleks niaga yang boleh digunakan oleh mereka dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan tempat...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bantulah Yang Berhormat Lenggong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dia asyik sok, sok, sok, sok sebelah saya ini. Astaghfirullah hal ‘azim.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong duduk saja tidak bantu. Sudahlah pendek.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terakhirnya saya hendak juga bertanya sama ada pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membina lagi satu peluang perniagaan seperti mungkin diwujudkan satu konsep pembinaan uptown seperti satu tempat yang dinamakan Bateri di Johor Bahru. Jadinya kalau boleh ia diwujudkan ia dapat memberikan banyak lagi peluang perniagaan terutamanya kepada generasi muda. Terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya bagi Yang Berhormat Lenggong dulu. Selepas itu dua pembangkang sebelah sini. Ya, sila Yang Berhormat Lenggong. Pendek ya walaupun tinggi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Hari ini Tuan Pengerusi paling handsome.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Pengerusi PTPTN.

Okey, terima kasih. Sama- sama. Butiran 040100, Butiran 11000...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tuan Pengerusi, hari ini Yang Berhormat Lenggong pakai tie bunga-bunga. [Ketawa]

Butiran 1000. Lain macamlah Yang Berhormat Parit Sulong ini. Tuan Pengerusi, saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian. Yang Berhormat Menteri pun muda, bergabung dengan Yang Berhormat Tenggara ini yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan kepada kementerian. Ini bukan bodek apa-apa ini tetapi kalau hendak bagi itu bagi saja. Kementerian dan pelbagai penambahbaikan dalam kementerian yang disegarkan. Kalau kita lihat satu daripada program yang biasa dibuat ialah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang bertujuan untuk membantu golongan miskin berpendapatan rendah di bandar bagi meningkatkan kualiti hidup Kita faham dalam keadaan tekanan dan kenaikan kos sara hidup bagi masyarakat hari ini kalau di bandar pendapatan yang RM8,000 kalau anaknya masuk universiti tiga orang, dia sudah dilihat tidak berkeupayaan untuk mendapat kemudahan-kemudahan lain kerana bebanan kewangan yang dihadapinya. Jadi, program-program dan projek aktiviti yang dirancang saya percaya dapat memberi dan meningkatkan pendapatan tambahan kepada golongan sasar ini. Jadi kumpulan sasar PPKB ini saya difahamkan terdiri daripada isi rumah B40 iaitu terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan yang mana antara bantuan yang diberi ialah bantuan sewa rumah, bantuan perumahan dan sebagainya. Saya minta supaya program ini memang berkesan. Saya pun tahu daripada segi kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak kementerian. Akan tetapi saya mohon supaya program ini diperbanyakkan kerana bebanan yang kita ketahui dihadapi oleh masyarakat khususnya kawasan-kawasan bandar hari ini. Jadi saya pohon untuk program ini khususnya di kawasan saya di Lenggong dapat dipertingkatkan. Di Sepang dan di Kuala Langat itu tidak apalah. Itu kemudian-kemudiankan, didahulukan kawasan-kawasan seperti Parit Sulong dan sekalian. Akan tetapi yang di Kuala Langat dan di Sepang bagi juga, yang menyokong kita saja bagi. Kemudian – Kuala Krau pun sama bagi. Satu lagi skim perumahan SPP, ini satu usaha kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi membiayai kos membina rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mampu mempunyai tempat

kediaman asas. Saya difahamkan skim ini diurus melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan bagi golongan berpendapatan rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada sejak lama dahulu di bawah Akta Acara Kewangan 1957 berkuat kuasa 1976. Sudah lama dah. Saya berdasarkan syarat skim ini saya tidak tahu kedudukan terkini. Mungkin kementerian boleh jelaskan. Jumlah pendapatan kasar isi rumah ialah di antara RM750 hingga RM2,500. Saya hendak tanya bagaimana dengan golongan pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM3,500, satu. Kemudian saya juga mohon supaya kalau kita lihat keadaan sudah begitu berbeza sekarang ini sebab itu saya minta kerajaan untuk mengkaji semula syarat-syarat kelayakan bagi apa-apa juga bentuk bantuan, skim dan sebagainya mengambil kira golongan pertengahan di kawasan bandar kerana mereka juga diklasifikasikan sebagai kelompok miskin bandar.

Ini kerana kebanyakan daripada program-program yang dibuat oleh pelbagai kementerian, kumpulan ini nampaknya sedikit ketinggalan. Kalau boleh cuba kementerian nyatakan berapakah penerima skim pinjaman perumahan yang diperkenalkan, dan juga berapakah jumlah penduduk yang telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka melalui program kemiskinan bandar. Tuan Pengerusi, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah berjaya menyelesaikan projek perumahan terbengkalai di kawasan saya di Taman Kota Lenggong. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Saya percaya langkah penyelesaian isu ini dapat membantu menyelesaikan banyak masalah terutama kepada pembeli yang membayar secara bulanan tetapi rumah tidak siap- siap, tetapi alhamdulillah hari ini telah siap dan saya minta untuk penyerahan segera kunci dapat dilakukan secepat mungkin Yang Berhormat Menteri. Satu lagi, saya mohon oleh sebab kawasan saya ialah sebuah kawasan yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, saya mohon untuk tahun akan datang, projek landskap dapat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh supaya kawasan berkenaan dapat benar-benar dilihat menarik, kerana kehadiran pelancong ketika ini, terutama dari luar negara begitu banyak tetapi oleh sebab kawasan-kawasan banyak di dalam kawasan majlis daerah, saya mohon supaya projek landskap dapat ditingkatkan, dan juga kalau boleh pada tahun yang akan datang terdapat pelan pembangunan landskap secara menyeluruh. Ini saya mohon sangat-sangat kepada kementerian. Satu lagi, Butiran 111000 – Akademi Bomba dan Penyelamat. Biasalah kan ini Barisan Nasional berjuang tentang rakyat, macam inilah banyak benda yang hendak dicakapkan. Bomba dan penyelamat- Yang Berhormat Menteri sendiri sudah pergi tengok balai bomba di Lenggong ini pada zaman Tuan Berkeley dahulu Yang Berhormat, kereta bomba pun tidak boleh masuk sebab rendah kerana strukturnya yang memang sudah lama dan kawasan berkenaan sudah boleh jadi muzium, jadi saya memohon untuk pembinaan baru balai bomba di Lenggong kerana pembangunan yang akan dan sedang berlaku ini nampaknya sedikit rancak, jadi ada kawasan-kawasan pembangunan institusi pengajian tinggi dan perumahan-perumahan baru, saya mohon supaya ia ditingkatkan dengan mengambil kira keperluan semasa. Dan satu lagi yang saya minta kementerian beri perhatian berkenaan bomba ini ialah, berkenaan bomba juga, saya minta kementerian memberikan perhatian, oleh sebab banyak kampung di kawasan saya ini di seberang sungai. Kawasan ini memang kalau berlaku kebakaran bomba memang tidak boleh pergi, susah. Jadi, saya minta pihak bomba dan penyelamat fikirkan bagaimana kalau diadakan bomba sukarela dan sebagainya, untuk ditempatkan di kawasan-kawasan seberang Sungai Perak. Kampung-kampung yang sebatu daripada ini ialah kampung homestay yang terkenal di negara ini. Jadi, saya mohon hal ini diberikan perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ampang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hanya ada satu butiran sahaja iaitu Butiran 150000 – Dasar Baru. Saya minta kementerian untuk memberikan perhatian kepada kemungkinan untuk membuatkan satu perancangan dasar baru untuk kediaman asrama untuk pekerja-pekerja asing terutamanya. Ini kerana peruntukan undang-undang yang ada sekarang peruntukan undang-undang untuk rumah kediaman dan juga hotel. Jadi mesti memerlukan satu garis panduan untuk rumah-rumah asrama ini, kediaman asrama yang selalunya didiami oleh pekerja-pekerja kilang. Jadi apabila pekerja-pekerja kilang ini diletakkan di sebuah blok flat ataupun apartment, maka ia boleh mendatangkan kekacauan dan gangguan kepada penduduk-penduduk tempatan dalam persekitaran dan sebagainya. Jadi sekiranya kalau terdapat peraturan-peraturan atau polisi yang lebih tegas, garis panduan yang lebih tepat, maka kita akan dapat mengurangkan masalah kacau ganggu, kebersihan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia ataupun rakyat tempatan. Memandangkan kilang-kilang ini selalunya majikan-majikannya, dengan izin, employed orang daripada warganegara Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Nepal yang mempunyai cara hidup dan sosial yang berbeza dengan kita akan menjejaskan kehidupan, keharmonian dan standard of living- taraf hidup bila mereka tidak dipantau dan diberikan garis panduan, ia akan menjejaskan imej negara kita. Kedua, saya juga ingin mencadangkan agar kementerian membuat satu polisi atau pendaftaran untuk memantau penyewa-penyewa daripada warga asing seperti warganegara Iran, Afrika dan sebagainya. Umpamanya di kawasan Ampang di mana ramai warga ini yang menyewa dan menyebabkan banyak masalah sosial dan sebagainya. Jadi sekiranya kalau setiap rakyat Malaysia yang hendak menyewakan rumah mereka kepada warga asing, wujudkan satu polisi di mana mereka harus mendapatkan kelulusan daripada kerajaan tempatan, kah, atau daripada PBT masing-masing, agar kita dapat memantau mereka- ada satu data bank, dan ia juga akan dapat mengurangkan kedatangan PATI ke dalam negara kita. Jadi saya rasa ini satu perkara besar yang harus dilihat dan kementerian harus melihatnya dengan serius kerana ia membabitkan akan merebaknya isu-isu nasional, keselamatan nasional dan sebagainya. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan 43, KPKT, Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki, dan Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa. Saya ingin merujuk kepada satu projek perumahan PPR di Lembah Subang, iaitu PPR Lembah Subang 2 di Petaling Jaya, di mana projek ini telah pun siap lima tahun yang lalu. Akan tetapi sehingga sekarang tidak terdapat perancangan dan tidak ada penghuni, ia masih kosong. Saya tidak pasti adakah PPR Lembah Subang ini akan dijual, dimiliki atau dibuka untuk disewa untuk warga Petaling Jaya. Ini kerana saya telah mendapat butiran daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya, bahawa projek ini memang sudah siap awal tetapi mereka masih menunggu green light daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sama ada rumah PPR ini akan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya ataupun tidak. Sampai sekarang saya juga difahamkan PPR Lembah Subang ini tidak mendapat CF kerana di bawah rumah ini terdapat sebuah sungai. So, saya pun tidak pasti, apakah masalahnya sehingga sekarang perumahan yang telah dibina dan sudah siap tetapi sehingga sekarang tidak dapat diduduki. Perkara kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Saya ingin merujuk kepada balai bomba di kawasan saya iaitu di Jalan Penchala, di Seksyen 5. Di mana balai bomba sementara terpaksa berpindah ke Seksyen 4 untuk membenarkan pembinaan balai bomba yang baru tetapi sehingga sekarang projek ini masih tergendala, tidak ada progress langsung. Minta untuk dirobohkan

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

balai bomba yang sedia ada, berpindah ke tempat lain tetapi projek yang sedia ada tidak dapat dijalankan. So, saya hendak meminta kepastian, bilakah balai bomba ini siap dan boleh diduduki? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Hulu Rajang.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pendek, tepat.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, kalau pendek, cepat, padat maka ramai yang dapat.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Butiran 30001 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sarawak. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah pergi ke kawasan saya di Belaga. Rakyat di Belaga menunggu-nunggu balai bomba yang baru. Jadi saya minta tindakan tepat, padat dan janji ditepati. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tengah cari DAP. Yang Berhormat Sandakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, sabar Yang Berhormat Pokok Sena. Jangan mata sampai macam itu.

Yang Berhormat Pokok Sena pun boleh. DAP boleh, PAS boleh, AMANAH pun boleh. Ketiga-tiga boleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sabar. Saya akan bagi, saya akan bagi.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya, ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya akan benarkan kecuali Yang Berhormat Bukit Gantang bangunlah. Sila.

Saya ingin menyentuh kepala Butiran P.43...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia kena hormati lah kan? [Ketawa]

Di bawah Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat yang dimiliki dapat peruntukan sebanyak RM521 juta. Merujuk kepala ini, peruntukan tersebut, saya ingin tahu berapa akan diberikan kepada Sabah supaya lebih banyak rumah mampu milik boleh dibina untuk rakyat-rakyat yang miskin di Sabah memandangkan pendapatan rakyat Sabah adalah jauh lebih rendah berbanding Semenanjung. Saya minta maklumat yang lebih terperinci bagaimana projek- projek ini diagihkan?

Tuan Pengerusi, masalah perumahan pun merupakan antara masalah yang semakin serius di Sabah kerana mengikut laporan menunjukkan bahawa harga rumah di Sabah adalah paling affordable iaitu kemampuan keluarga adalah 11 kali ganda daripada pendapatan median keluarga ini. Jadi di sini saya minta Yang Berhormat Menteri yang mengambil perhatian ini. Jadi di sini saya ada satu perkara mahu sentuh di sini, memandangkan PPR ini, rumah PPR ini, jadi saya dapat tahu juga dimaklum bahawa Yang Berhormat Menteri adalah lancar skim sewa beli untuk Program Perumahan Mampu Milik. Akan tetapi ini saya fikir sampai masa ini belum lagi memasukkan PPR ini punya rumah. Jadi, di sini saya dapat tahu alasan yang diberi ialah sebab PPR ini pemilik tidak layak dapat bank loan, bahawa ini dia tidak boleh beri sewa beli. Jadi saya harap kementerian mesti mahu mengkaji semula sebab golongan ini rakyat yang termiskin. Dia tidak mampu mengadakan rumah yang bagus. Jadi PPR ada hanya satu cara, dia boleh dapat satu, tidak payah runding, dia boleh tinggal di sini. Jadi bahawa ia ada banyak berharap boleh dapat ini satu rumah secara mungkin. Akan tetapi kalau kerajaan tidak ada ini satu cara untuk ini, saya fikir Yang Berhormat Menteri ini mestilah beri satu cara bagaimana berkuat kuasa sebagai macam Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan ada juga satu. Dulu ada rancang satu program, bina itu rumah beri sewa. Pemilik itu selamanya 20 tahun kah sampai satu tahap jadi rumah itu boleh dibeli oleh pemilik ini. Jadi harap ini Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan satu cara permintaan yang membantu golongan miskin untuk mendapat satu rumah ini. Jadi sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Samarahan.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 03001 – Pembinaan Bangunan Bomba di Sarawak. Saya mewakililah penduduk di kawasan saya ingin bertanya tentang status kelulusan pembinaan bomba bagi kawasan Asajaya. Kita dimaklumkan program ataupun projek ini diluluskan pada tahun 2016 tetapi kita dapati tidak ada peruntukan untuk tujuan berkenaan. Untuk makluman pihak kementerian, keperluan bomba ini amat mendesak memandangkan pada masa ini hampir setiap bulan berlaku kejadian kebakaran di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya. Balai bomba yang terdekat adalah Balai Bomba Samarahan yang mana lokasinya, jaraknya lebih daripada 70 kilometer. Apabila berlaku sebarang kebakaran, pihak bomba terpaksa mengambil masa dalam lingkungan 45 minit ke sejam untuk sampai ke lokasi kebakaran berkenaan. Apa yang menyebabkan keperluan bomba ini amat pentingnya memandangkan struktur kependudukan di Daerah Asajaya ini rumah kampung tradisional dekat-dekat, yang mana apabila terbakar satu ia akan boleh menyebabkan kebakaran sampai lima hingga 10 buah rumah. Baru-baru ini bulan lepas di Kampung Asajaya Hulu kita telah pun mendapat bencana tersebut, sembilan buah rumah hangus dalam masa tidak sampai pun sejam. Tuan Pengerusi, butiran yang kedua yang saya ingin hendak kemukakan ialah Butiran 02102 – Pembangunan Landskap. Di sini saya ingin memohon pencerahan daripada pihak kementerian, apakah prosedur ataupun apakah keperluan yang diperlukan untuk kita mendapat peruntukan bagi pembiayaan landskap di kawasan kita? Saya dimaklumkan oleh pihak majlis, setiap tahun kita menghantar dan memohon peruntukan untuk memastikan landskap kita diselia dengan baik, betul tetapi setakat ini kita belum dapat feedback daripada pihak kementerian. Kita sebenarnya ada masterplan landskap untuk Samarahan dan saya mohon pihak kementerian dapat melihat, memberi pertimbangan mana yang patut untuk meningkatkan landskap Kota Samarahan terutamanya landskap di sepanjang Jalan Tebuan/Kuching ke Kota Samarahan dan juga dari Kota Sentosa ke Kota Samarahan. Jalan-jalan ini bukan sahaja jalannya panjang tetapi banyak juga bulatan-bulatan yang besar-besar yang perlu dibuat mercu tanda dan perlu ditambah baik untuk meningkatkan keceriaan, keselesaan kepada pihak pengguna.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Seterusnya butiran ketiga iaitu Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Di sini saya ingin hendak menarik perhatian pihak kementerian berkaitan dengan definisi penerima bantuan kemiskinan bandar. Pada masa ini kalau kita lihat bantuan ataupun penerima bantuan miskin bandar ini diperoleh, daripada senarai eKasih yang disediakan oleh ICU melalui pejabat daerah. Kita mendapati pendaftaran ini sebenarnya tidak sama dengan keperluan ataupun spesifikasi yang ada di bandar. Kalau dilihat pendaftaran eKasih, pendapatan penerima adalah bawah RM850 sedangkan untuk pendapatan sebanyak RM850 adalah terlalu rendah untuk miskin bandar .Individu yang berpendapatan RM1,500 masih lagi tidak dapat hidup dengan sempurna, dan masih memerlukan bantuan. Saya mohon kepada pihak kementerian untuk melihat, menilai semula senarai daftar eKasih dan kalau boleh mencipta atau membuat pendaftaran baru bagi daftar miskin bandar dengan menetapkan minimum pendapatan bagi memastikan lebih banyak penduduk-penduduk yang miskin di kawasan-kawasan bandar dapat kita bantu. Kedua, di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, saya juga ingin hendak menarik perhatian pihak kementerian. Salah satu program bantuan di bawah kemiskinan bandar ialah bantuan rumah miskin. Pada masa ini pihak kementerian hanya menekankan tentang baik pulih rumah dan kita mengharapkan pihak kementerian boleh menilai, melihat untuk mempertimbangkan bantuan bina baru rumah. Ini kerana ada separuh rumah-rumah yang miskin di bandar ini tidak dapat dibaikpulih dan perlu pembinaan baru.Seterusnya untuk kemiskinan bandar saya juga ingin menarik perhatian kementerian untuk Program Sewa Rumah. Saya dimaklumkan oleh pihak majlis, tahun ini merupakan tahun terakhir untuk memberi bantuan sewa rumah kepada penduduk- penduduk miskin di bandar dan saya harap pihak kementerian dapat review, menilai semula supaya peruntukan ini diberikan semula pada tahun hadapan. Ini kerana ada separuh penduduk-penduduk miskin ini tidak ada rumah dan tidak ada tapak rumah. Dengan adanya Program Sewa Rumah sekurang-kurangnya kita dapat membantu membayar sebahagian daripada sewa-sewa rumah di kawasan bandar berkenaan.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Butiran yang terakhir yang saya ingin hendak kemukakan di sini ialah 150100 – Program Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek (BPPP), Wilayah Sarawak. Di bawah Butiran ini saya mohon pertimbangan kementerian untuk mempertimbangkan permohonan Kota Samarahan untuk memiliki satu parking, atau tempat letak kereta yang besar di Taman Desa Ilmu. Kita melihat kepadatan tapak letak kereta sedia ada . Dalam masa yang sama kita telah merancang sekiranya tapak ini diluluskan, tapak letak kereta yang luas ini boleh digunakan sebagai satu lokasi uptown bagi membantu usahawan- usahawan kecil kita dalam usaha membentuk ataupun meningkatkan ekonomi mereka. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Butiran 040100 – Kesejahteraan Bandar dengan nilai RM33.8 juta. Saya memang menyokong penuh usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan penduduk bandar ini. Oleh kerana penduduk bandar ini kalau dibandingkan dengan penduduk luar bandar, agak lebih susah. Oleh kerana kalau di luar bandar masih boleh bercucuk tanam untuk mendapatkan makanan harian dan sebagainya. Jadi, saya melihat apa yang dilaksanakan oleh kementerian iaitu memberi pancing, daripada memberi ikan. Kalau lihat usaha-usaha untuk membantu mereka dari segi membimbing mereka menjadi usahawan dan juga memberikan geran untuk memulakan perniagaan. Akan tetapi saya ingin mendapatkan sedikit perincian dan penjelasan mengenai program-program yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan bandar ini. Sebagaimana Yang Berhormat Kota Samarahan sebutkan tadi, adakah database mereka sudah dikemas kini? Adakah kementerian juga mempunyai hubungan dengan JKM dan Pusat Zakat?

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Butiran 070100 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah B.43 yang bernilai RM857.1 juta. Berdasarkan penjelasan yang lepas, adakah peruntukan ini diguna untuk memberi subsidi atau bantuan kepada syarikat-syarikat yang melupuskan sisa di zon selatan, tengah dan utara Semenanjung Malaysia? Bagaimana pula dengan pengurusan sisa di Sabah dan Sarawak? Adakah kementerian juga membantu syarikat-syarikat menguruskan tapak pelupusan sisa sanitary? Sejauh mana pusat pelupusan sisa pepejal sanitary ini berjaya menjana tenaga dari gas methane yang dihasilkan? Bagaimana pula kedudukan rancangan membina incinerator ekoran dari pelaksanaan amalan 3R? Saya minta penjelasan pelaksanaan 3R dalam negara ini dan adakah Butiran 130100 - Solid Waste and Public Cleansing Corporation (SWCORP) bernilai RM83 juta itu berkaitan dengan amalan 3R? Butiran 00500 - Pengurusan Sisa Pepejal Negara, di bawah Pembangunan P.43 ini. Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan. Apakah bentuk pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah butiran ini? Oleh kerana saya tertarik mengenai sistem pembuangan sisa bersepadu iaitu incinerator dan tapak pelupusan sisa sanitary, sebagai contoh saya melihat di Melaka. Jadi, adakah sistem yang akan dibina nanti adalah sistem bersepadu di semua tempat? Akhir sekali, sejauh mana sumbangan kementerian dapat membantu PBT- PBT membangunkan landskap negara berdasarkan ataupun dalam usaha merealisasikan teknologi hijau? Merujuk kepada Butiran 100100 – Landskap Negara di bawah B.43 dan Butiran 02101 sehingga 02105 (Landskap Negara) Apakah pembangunan landskap yang akan dibuat yang bernilai RM58.6 juta? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus ke Butiran 110300 – Pembangunan. Terima kasih kepada pihak kementerian KPKT kerana telah meluluskan untuk pembangunan bomba di kawasan saya, Sibuti di Batu Niah. Apa yang saya hendak terangkan di sini ialah sebelum balai bomba itu siap, saya memohon kepada pihak kementerian supaya melatih pegawai-pegawai bomba yang akan dihantar ke sana. Kita juga memohon sebelum balai bomba itu siap, peralatan-peralatan dan juga kereta bomba yang patut ada di tiap-tiap balai bomba diharapkan sudah ada disediakan. Saya mengharap benar kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, beliau sudah melawat kawasan saya dan melawat tapak itu. Kita tidak mahu bahawa peralatan itu yang second hand dihantar kepada kawasan saya. Saya hendakkan kalau balai bomba itu baru, berilah jentera-jentera yang baru juga. Itu harapan rakyat saya supaya tidaklah kami selalu apabila ada kebakaran di kawasan saya, menunggu bomba dari bandar Miri. Makan masa satu hingga satu jam setengah dan rumah sudah habis terbakar. Itulah harapan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bomba ini nanti boleh membantu mendapat kelengkapan yang baik. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh maksud Bekalan 43, 020100 – Sumber Manusia. Saya ingin bertanya kepada kementerian tentang sama ada ada perancangan untuk mengubah syarat-syarat perjawatan di PBT? Kita semua tahu bahawa perjawatan di PBT adalah perjawatan tertutup. Apabila tertutup makna dia, pegawai tidak boleh bertukar keluar daripada PBT tersebut. Ini sebenarnya ada baik dan ada buruknya. Antara perkara yang negatif ialah apabila ketua-ketua jabatan atau pegawai-pegawai ini tidak perform, maka beliau akan duduk di situ sampai pencen atau sampai dia meletakkan jawatan. Ini menyebabkan pegawai-pegawai di bawahnya agak demoralized. Untuk menukar daripada jabatan ke jabatan, dia juga bergantung kepada kepakaran yang dia ada. Kita tidak boleh meletakkan seorang yang berkelulusan Undang-undang dalam bahagian Perancangan. Kita akan lihat

bahawa Ketua Bahagian Perancangan, dia duduk di situ mungkin dari mula, dari entah berpuluh tahun atau berbelas tahun. Saya ingin mencadangkan supaya KPKT dan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mungkin meminda sedikit akta. Supaya kakitangan, pegawai-pegawai PBT di pool kan di bawah satu guna sama atau perjawatan guna sama negeri. Maknanya, kita boleh menukar daripada satu PBT kepada PBT yang lain. Buat masa sekarang ini, sekiranya mereka ditukar kepada PBT lain, ia melanggar akta yang ada. Ada pegawai yang ditukarkan walaupun naik pangkat tetapi mengugut untuk menyaman balik kerajaan negeri. Jadi, kadang-kadang we have dead woods, dengan izin. Jadi, ini semua membantut dalam kerja-kerja PBT. They have been there, maaf, mereka di situ agak lama dan terlalu menguasai dan mendominasi. It’s not good untuk jangka masa panjang negara kita.

Kedua ialah saya ingin menyentuh tentang Butiran 040000 - Kesejahteraan Bandar, Butiran 040300 – Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Saya ingin bertanya tentang pemberian lesen ini. It seems macam semua orang yang mengiklankan mengatakan mereka adalah peminjam duit berlesen. Pada hakikatnya, mereka tidak berlesen dan apa yang paling sangat merisaukan adalah kadar faedah yang mereka kenakan adalah terlalu tinggi. Misalnya, kalau mereka pinjamkan RM 10,000 mereka hanya bagi RM 7,000 dan kemudian kadar faedah itu saya rasa macam sangat mustahil untuk membayar dan sekarang ini ada teknik baru mereka iklan khidmat mereka iaitu melalui SMS. Kita tidak kenal mereka tetapi akan sampai tawaran-tawaran pinjaman wang ini. Saya ingin tahu adakah pihak kementerian berusaha untuk mewujudkan atau meminda mana-mana akta supaya pelawaan sebegini yang tidak diminta ini boleh dikenakan tindakan. Maknanya, supaya ini tidak menggalakkan kerana ada manusia ini bila dia terima tawaran pinjaman mudah bayaran balik pun mudah dan dia cepat teruja tapi akhirnya dia tidak boleh bayar. Dia akan pergi kepada wakil rakyat memeningkan kepala wakil rakyat. Saya juga ingin bertanya apakah sebenarnya kekangan kementerian untuk enforce. Masa dulu saya ingat kita sudah bawa tentang iklan-iklan yang ditampal kepada nombor-nombor telefon peminjam ini ditampalkan kepada di atas papan-papan kenyataan PBT tapi pada ketika itu SKMM saya ingat menjawab bahawa tiada apa tindakan yang dapat diambil ke atas mereka ini. Akan tetapi, bagi saya rasa sudah sampai masanya nombor-nombor yang digunakan mereka untuk membuat pinjaman ini atau perkhidmatan ini diambil tindakan ke atas mereka. Seterusnya, saya ingin ke Butiran 080000 – Kerajaan Tempatan. Saya hendak tanya tentang latihan pegawai-pegawai yang ada di dalam KPKT. Sejauh mana mereka ini diberi pengetahuan yang agak up to date. Saya risau bila saya melihat bahawa kelulusan- kelulusan kerajaan tempatan pembinaan-pembinaan perumahan tapi tidak mengambil kira tentang saluran, saliran dan perparitan. Mereka hanya meluluskan pada kawasan tertentu, ada parit di kiri kanan dan depan. Kita lihat apabila lot-lot yang di tepinya belum dibangunkan maka paritnya hanya ada di depan. Jadi, akhirnya, mereka menunggu pula permohonan yang seterusnya daripada lot sebelahnya untuk dimajukan barulah parit ini akan bersambung. Jadi apakah latihan diberi kepada mereka dan memang saya terus terang saya katakan perancangan kelulusan perancangan mungkin 10 tahun yang lepas, 15 tahun yang lepas sudah menampakkan kegagalan daripada segi perancangan dan menimbulkan masalah dan banjir kilat adalah antara perkara yang sekarang ini menghantui penduduk. Kalau kawasan saya Taman Sentosa, Bandar Puteri dan sebagainya. Maka setiap kali hujan tidak sampai satu jam maka akan ada banjir. Banjir ini sangat dengan izin irritating sebab ia menyebabkan juga air dalam pembetungan tidak dapat mengalir kerana air banjir dan juga menyebabkan najis itu naik di dalam tandas dalam rumah mereka. Saya ingat ini ada adalah kena mengena dengan perancangan. Seterusnya, saya hendak tanya tentang kepekaan pegawai-pegawai perancangan ini tentang keperluan penjaja-penjaja kecil. Pusat-pusat penjaja ataupun kedai-kedai restoran-restoran Majlis itu sendiri tidak mencukupi kerana ramai rakyat hendak berniaga. Akhirnya, bila tidak ada tempat mereka berniaga di tepi-tepi jalan. Bila mereka berniaga di tepi jalan sering disaman dan sebagainya.

Dalam keadaan yang ada sekarang kita tidak dapat hendak melarang mereka dan hendak menguatkuasakan dengan begitu tegas kerana ini adalah periuk nasi rakyat dan mereka perlu mencari rezeki yang lebih. Apa yang saya lihat adalah, apabila pemaju mengemukakan perancangan mereka, jarang sangat perancang-perancang kita menekankan tentang perlu mewujudkan satu tempat penjajaan atau pun food court. Mungkin menjaja ini sudah tidak lagi relevan dalam negara kita ini untuk menjadi negara maju. Kita hendak satu persekitaran yang bersih yang cantik. Akan tetapi perlu difikirkan bahawa tapak untuk peniaga-peniaga kecil ini difikirkan dan menjadi rungutan kepada peniaga-peniaga kecil ini adalah mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa rumah-rumah kedai atau kedai-kedai kerana ia terlalu mahal kalau di atas lantai itu tidak kurang RM 5,000 atau RM 6,000 sebulan hanya mungkin rantaian kedai nasi kandar mamak sahaja boleh sewa dan mereka buka 24 jam. Sementara itu, saya ingin mencadangkan bahawa sekiranya PBT ini tidak mempunyai tanah dan sebagainya untuk mendirikan tapak-tapak perniagaan ini untuk penjaja. Maka mereka harus berusaha untuk mungkin menyewa beberapa lot kedai dan kemudiannya menjadikan seperti food court. Di sini penjaja-penjaja boleh ada kios mereka sendiri dan kemudian sewa daripada pihak PBT. Saya sangat sedih kadang-kadang bila melihat kepada rakyat yang semakin susah dan mereka selalu saling tolak menolak di antara hendak mencari makan ini dan peluang ini tidak ada pada PBT kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, panjang.

Satu lagi, last sekali. Butiran 090000 – Perumahan Negara. Saya hendak ini balik kepada Menteri, ingat dulu saya bawa tentang rancangan kerajaan polisi perumahan build and sell and then sell and build kenapa kita ada rumah terbang terbengkalai. Menteri mengatakan bahawa Menteri ada satu plan baru setelah pergi ke Korea dan balik dan perancangan yang lebih baik daripada build and sell dan saya ingin mendengar statusnya sekarang. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 090000 – Perumahan Negara dan juga Butiran 010000 – Pengurusan Am. Itu harga rumah di daerah Johor Bahru amat mahal. Sebenarnya sekarang kalau rumah kedai tiga tingkat harganya lebih RM 2,000,000. Kalau rumah semi detached harganya dekat RM 1,000,000. Kalau rumah teres pun RM 300,000 pun tidak boleh dapat. Jadi golongan muda memang tidak mampu beli. Jadi saya rasa bahawa kerajaan harus bina lebih banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Satu lagi masalah teknikal ialah kalau kita bina rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di kawasan yang agak jauh dari tempat kerja mereka. Mereka dapat pun tidak guna, kerana tidak sesuai oleh sebab masalah pengangkutan dan sebagainya. Ini perkara yang harus kita pertimbangkan. Butiran 010400 – Undang-undang. Saya menyarankan bahawa Menteri haruslah diberi banyak kuasa untuk menangani masalah projek sakit. Saya percaya Menteri pun sudah tahu, sudah banyak kali saya bangkitkan masalah projek Kong Sun Enterprise Sdn. Bhd. sebagai contoh. Itu projek seperti ini dia sudah lebih 10 tahun. Kalau saya tidak silap dekat 14 tahun tidak siap-siap. Saya tahu kementerian memang ada usaha hendak ambil alih sebagai projek terbengkalai tapi oleh sebab pemaju berjaya untuk fight untuk buktikan mereka tidak muflis. Jadi kementerian pun tidak boleh buat apa-apa. Akan tetapi kepada rakyat jelata, kalau kita kata kita tidak ada kuasa rakyat jelata akan marah. Apa gunanya kita pilih you sebagai kerajaan kemudian tidak boleh bantu kami walaupun dalam kesusahan. Jadi saya cadangkan bahawa undang-undang harus digubal semula untuk berikan Yang Berhormat Menteri lebih banyak kuasa untuk menangani masalah seperti ini. Pemaju ini harus disaman. Kalau mereka disaman, sampai mereka muflis. Jadi kita boleh isytiharkan projek itu projek terbengkalai.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Bagi Butiran 060000 – Perancangan Bandar dan Desa dan juga 06300 – Pembangunan. Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa di kawasan Tebrau ada beberapa kawasan dan walaupun pada prinsipnya di bawah PBT, ada yang di bawah MPJBT, ada yang di bawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang tetapi atas hal-hal teknikal, kawasan itu semua penduduk belum bayar cukai pintu. Oleh yang demikian, jadi PBT pun tidak mampu hendak bangunkan kawasan tersebut. Saya berikan contoh kawasan yang paling terpencil di Tebrau adalah Kampung Pasir Salam. Kampung Pasir Salam ialah kampung Orang Asli, kampung nelayan yang tidak ada api dan air tetapi ia di bawah MPPG, Pasir Gudang. Jadi saya cadangkan bahawa KPKT mungkin boleh bantu kawasan seperti ini secara langsung, tidak melalui PBT ataupun serahkan kawasan seperti ini kepada Kementerian Luar Bandar untuk bantu oleh kerana selama ini memang sukar bagi Tebrau untuk dapatkan bantuan daripada Kementerian Luar Bandar. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, jangan panjang-panjang ya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. B dan P.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 050000 – Tribunal Perumahan serta P.01604 dibacakan bersekali berkaitan dengan pemulihan perumahan swasta terbengkalai. Saya nak dapatkan penjelasan terutama sekali berapa jumlah projek terbengkalai yang di dalam pengetahuan pihak kerajaan dan membabitkan berapa unit perumahan yang terlibat dalam semua projek tersebut. Sudah berapakah projek-projek perumahan ini yang telah dapat diselamatkan oleh pihak kerajaan dan berapa jumlah penggunaan dana kerajaan dalam menyelamatkan projek perumahan terbengkalai. Kedua, saya hendak sentuh di sini ialah apa penyelesaian sebenarnya kepada masalah projek sakit ini, projek terbengkalai tadi disebut oleh rakan saya di Tebrau. Kalau mengikut kementerian Yang Berhormat iaitu bekas menteri Tan Sri Chor dalam tahun 2012 mengeluarkan satu komitmen bahawa konsep bina jual itu akan dilaksanakan pada tahun 2015 tetapi akhirnya Yang Berhormat sendiri yang membuat penangguhan kepada pelaksanaan dan tadi disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Kota Raja. Katanya ada pula satu lagi cadangan formula daripada Korea tetapi sehingga sekarang kita tidak dengar. Akan tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat bahawa penangguhan itu kerana kementerian berpendapat bahawa jika ia dilaksanakan, ramai pemaju tidak dapat beroperasi kerana tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi. Jadi nampak kementerian lebih pro kepada pemaju. Daripada kenyataan ini menunjukkan bahawa kementerian lebih pro kepada pemaju daripada melihat kepada nak pro kepada pembeli. Jadi maknanya pihak kerajaan mengakui dan mengekalkan bahawa pemaju-pemaju yang sebahagian besar yang ada ini ialah pemaju yang tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi. Jadi maknanya kita terus mengekalkan, dia tidak kewangan yang mencukupi pun okey hang buat rumah, akhirnya kadang-kadang walaupun dia dapat dari bank tetapi terbengkalai juga. Dia lari, dia tinggal projek. Jadi akhirnya kerajaan yang terpaksa tanggung. Jadi bagaimana penyelesaian kepada perkara ini yang saya fikir bahawa jalan terbaiknya sudah tentulah konsep bina jual itu seharusnya dilaksanakan. Jadi kita dah bagi tempoh daripada tahun 2012 sampai 2015 akan dilaksanakan tetapi kalau lepas ini hendak bagi tempoh lagi berapa tahun pula untuk hendak melaksanakan ataupun ada formula daripada Korea selepas lawatan Yang Berhormat. Bagi saya bahawa sesuatu yang sangat merunsingkan kerana dalam kawasan saya pun ada projek rumah terbengkalai dan ini membebankan kepada pembeli-pembeli. Sudahlah rumah itu dengan harga yang mahal dan sebagainya, mereka terpaksa mengalami potongan pinjaman yang terpaksa dikuatkuasakan kerana sudah melepasi tempoh dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan. Yang akhir sekali ialah 060000 – Perancang Bandar dan dibaca bersekali dengan 080000 – Kerajaan Tempatan. Pertama saya hendak minta sejauh mana kementerian Yang

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Berhormat ini menyelaras dengan PBT-PBT ini dan juga dalam perancangan bandar ini dalam nak membangunkan kawasan-kawasan perumahan baru ini dengan melihat kepada soal sistem perparitan, master plan perparitan yang ada ini. Saya difahamkan bahawa master plan kepada perparitan ini untuk discharge air dan sebagainya masih master plan yang lama. Jadi ia sudah tidak mampu menampung dengan program pembangunan perumahan bandar-bandar baru yang diwujudkan kawasan-kawasan perumahan yang baru. Jadi ini yang menyebabkan berlaku banjir kilat. Umpama contoh di Sungai Petani baru-baru ini, berapa banjir kilat di kawasan kompleks perniagaan. Jadi menunjukkan bahawa seolah-olahnya PBT membenarkan pembinaan kawasan perumahan ataupun kompleks perniagaan yang besar itu tanpa melihat kepada keperluan soal penampungan kepada sistem saliran air dan sebagainya. Jadi ini harus dilihat untuk memastikan supaya kita tidak terperangkap. Selepas ini pembeli beli rumah, selesai masalah beli rumah, dah tidak terbengkalai tetapi terperangkap pula dengan banjir kilat. Akhir sekali ialah berkaitan dengan penggunaan penguatkuasaan bahasa Malaysia di kawasan-kawasan kompleks perniagaan. Sejauh mana pihak PBT ini dapat berkuat kuasa kerana saya lihat Tuan Pengerusi, kalau kompleks-kompleks perniagaan baru ini penggunaan bahasa Malaysia itu terlalu rendah sehingga di tempat parking pun hendak guna perkataan keluar pun tidak ada out. Jadi seolah-olahnya macam tidak serius dalam penggunaan. Saya bukan menentang penggunaan bahasa Inggeris tetapi tidak apalah, gunalah dua bahasa, tiga bahasa, guna bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Cina ataupun kalau di Sarawak gunalah bahasa Iban dan sebagainya, boleh digunakan. Jadi bukan menjadi satu kesalahan tetapi yang penting ialah bagaimana kementerian dan juga PBT menguatkuasakan supaya kita dapat memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. P.43 04001 – Penyelenggaraan Perumahan. Saya ingin sentuh satu perkara kecil tetapi agak penting, kecil tapi penting, besar impaknya iaitu tentang penggunaan lif ataupun kualiti lif atau dalam bahasa American English nya dengan izin elevator, bahasa Melayu masih panggil lif. Yang pertama dari segi performance. Kita lihat kebanyakan lif ini kerap kali rosak tetapi yang lebih penting ialah spesifikasi lif itu sendiri. Kita lihat kebanyakan lif ini seolah- olah masyarakat Malaysia ini tertipu dengan spesifikasi lif-lif bukan sahaja di peringkat projek-projek perumahan murah, sederhana atau tinggi malahan di kompleks-kompleks yang begitu hebat pun kalau kita lihat spec nya, kapasiti ialah 23 orang contohnya tetapi naik 12 orang dah tidak boleh, dah penuh. Jadi perkara ini telah diambil ringan oleh semua pihak dan saya faham perkara ini memang terlibat di peringkat awal pembangunan iaitu ketika merancang dan juga ketika projek dibuat. Akan tetapi kita sebagai pengguna ataupun sebagai pemilik mempunyai hak untuk memastikan supaya lif-lif ini dibuat, dibina atau di selenggara dan dipasang mengikut spesifikasi kerana perkara ini saya ingat dah berpuluh tahun kerana kita tidak sedar. Saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat pun kalau kita keluar mana-mana lif sekalipun, saya ingat kapasitinya hanya 60% hingga 70% daripada apa yang diperakui ataupun disebutkan di dalam lif, terpampang begitu jelas maksimum kapasiti, 24 tetapi kita boleh muatkan hanya 12 ke 13 orang sahaja. Itu pun yang slim-slim, bukan yang berat- berat pun. Jadi ni satu perkara yang perlu kita lihat semula dan saya mohon pihak kementerian melihat perkara ini di peringkat awal lagi ataupun di peringkat kelulusan ataupun pelaksanaan pelan dan juga apabila kita mengiktiraf ataupun kita memberi certificate sijil penerimaan elemen lif di dalam bangunan ini khususnya dalam perumahan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tanpa melengahkan waktu saya merujuk kepada Butiran 110400 iaitu Operasi Kebombaan dan Penyelamat. Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan satu masalah kontraktor memperbaharui lesen ‘competence person’ 1 HQ di Bomba Putrajaya tidak cukup kakitangan menguruskan bahagian pembaharuan lesen dan kontraktor. Satu pegawai untuk jaga semua kontraktor di Malaysia, satu orang sahaja. Akibatnya kekurangan kakitangan di HQ memperbaharui lesen kontraktor kerja penyelaras dan tertunggak dan tidak dapat dihantar pada klien pada masa yang dijanjikan. Nombor tiga, alat pemadan api adalah wajib untuk semua premis seperti yang termaktub di bawah Akta Peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 untuk setiap premis yang mempunyai keluasan minimum 20x70 kaki persegi. Apakah tiada peruntukkan untuk bangunan kerajaan seperti sekolah khususnya untuk penyelenggaraan pemadam api kerana didapati guru besar, pengetua, sering kali tidak ambil endah hal-hal keselamatan pelajar-pelajar mencegah kebakaran. Masalah kontraktor berlesen competence person HQ seperti mana yang saya bacakan tadi akhirnya ialah apakah tiada peruntukan untuk bangunan sekolah kerajaan seperti sekolah khususnya untuk menyelenggarakan pemadam api kerana didapati guru besar, pengetua sering kali tidak ambil endah. Ini perlu diambil serius kerana keselamatan pelajar. Oleh itu saya mohon Menteri supaya memberi penjelasan adakah ianya peruntukan ini perlu wajib diberikan kepada sekolah-sekolah kerajaan untuk memastikan keselamatan anak murid terjamin. Keduanya ialah saya ingin merujuk kepada perkara yang sama di bawah Butiran 140200 - Kakitangan Kontrak. Lagi saya hendak bagi tahu, setiap kementerian ada pekerja kontrak. Maka yang demikian saya memohon kepada kementerian kalau sekiranya pekerja itu diperlukan lebih daripada waktu yang munasabah, bagilah mereka kerja tetap kerana mereka juga tidak terlepas daripada bebanan, kesengsaraan hidup, tidak dapat apply untuk rumah untuk memohon pinjaman-pinjaman yang tertentu yang membolehkan mereka layak dan juga faedah-faedah persaraan yang boleh meringankan beban mereka. Oleh kerana masa terlalu pendek Tuan Pengerusi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri jawablah secara ikhlasnya kerana saya tahu Yang Berhormat Menteri ini kalau bercakap banyak prejudis. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri supaya pastikan bahawa pekerja kontak ini kalau posisi itu perlu, confirmkan. Jangan tunggu- tunggu lagi, kasihan dia orang ini. Jadi saya mohon supaya jangan tunggu sampai 15 tahun baru hendak diconfirmkan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri mengambil peranan ini walaupun kementerian ini memperuntukkan sebanyak ‘RM3,510,900’, tetapi saya percaya bahawa ianya memberikan kesan banyak kepada mereka yang berada dalam skop kontrak. Maka yang demikian Tuan Pengerusi terima kasih memberikan ruang kepada saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Selangor:

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 090100 - Perumahan Negara. Kita kui bahawa menurut Presiden Institut Agen Hartanah Malaysia sebab terbesar generasi muda tidak mampu untuk beli rumah hari ini disebabkan oleh kenaikan harga hartanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Justeru itu selain daripada isu monopoli pemain sektor hartanah yang menjadikan rumah kos sederhana rendah yang berharga sekitar RM200,000 sebagai sasaran pelaburan, amalan 10% bayaran muka yang berjumlah RN20,000 juga yang dua kali bayaran guaman untuk perjanjian dengan pemaju dan bank yang berjumlah di sekitar RM15,000 juga dijadikan pekerja muda tidak kompetitif untuk membeli rumah. Sehubungan dengan itu saya juga melihat Skim Perumahan Belia adalah produk yang sangat baik yang dilakukan oleh kerajaan untuk pembiayaan perumahan dan cagaran KWSP juga mengambil bahagian khususnya dalam skim ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah langkah-langkah lain yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam menjamin golongan belia yang lebih ramai lagi khususnya untuk dapat miliki rumah dan apakah langkah lain yang dilakukan oleh pihak kementerian juga melalui Majlis Perumahan Negara untuk melibatkan bank-bank lain dalam menyediakan Skim Pinjaman Perumahan khususnya bagi generasi muda. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 110000 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Kementerian Kesejahteraan Bandar yang telah membantu banyak mangsa banjir khususnya di Parlimen Kuala Selangor yang melibatkan lebih kurang tujuh pusat pemindahan dan juga melibatkan lebih kurang 670 orang khususnya dalam memastikan mereka selamat daripada banjir yang melanda di Kuala Selangor ketika ini. Saya juga melihat apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menyasarkan lebih kurang 300 bali bomba termasuk balai bomba jenis fast track iaitu balai bomba kategori D yang mempunyai 27 anggota termasuk pegawai dan jentera yang berfungsi sebagai pasukan bantuan khususnya membantu balai bomba besar. Saya juga ingin bertanyakan pihak kementerian apakah sebagai contohnya balai bomba yang sedang dibina di Kuala Selangor ini, ciri-ciri apakah yang digunakan khususnya dalam memastikan balai bomba yang dibina ketika ini dibina di Parlimen Kuala Selangor dapat memastikan bahawa khidmat balai bomba ini menepati ciri-ciri yang disebut oleh pihak kementerian khususnya Jabatan Bomba Malaysia ini. Seterusnya perkara kedua yang ingin saya tanyakan mengenai kes panggilan palsu yang mana saya lihat satu kes yang tidak boleh dianggap sebagai remeh kerana panggilan ini juga boleh mengancam nyawa dan orang lain kerana petugas lebih menumpukan masa untuk menjawab panggilan palsu dan akan menjejaskan respond untuk panggilan kecemasan yang sebenarnya. Saya melihat statistik yang ditunjukkan kepada pada tahun 2014, hampir 480 kes yang telah dinyatakan dan di negeri Selangor sahaja sebanyak 96 kes panggilan palsu telah dinyatakan. Pada saya ini satu perkara yang amat serius dan apakah kaedah yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan kes-kes panggilan palsu ini dapat dikenal pasti dan apakah denda ataupun hukuman yang boleh diketengahkan. Yang terakhir ialah mengenai mangsa-mangsa kebakaran. Saya mengucapkan banyak terima kasih dan tahniah kepada pihak kementerian di atas inisiatif National Blue Oceans Strategic dengan izin untuk melibatkan anggota bomba khususnya dalam membina kembali perumahan ataupun rumah-rumah yang terbakar. Ini kerana kalau mengikut Majlis Keselamatan Negara mereka mungkin sukar untuk memberikan bantuan rumah baru kepada mangsa-mangsa kebakaran. Sehubungan dengan itu, saya kena tanya kepada pihak kementerian, apakah kaedah ataupun perancangan pihak kementerian untuk mengembangkan lagi konsep ini supaya akhirnya nanti walaupun jumlah kebakaran itu mungkin kecil dalam sesetengah Parlimen ataupun kawasan, tetapi pada hemat saya setidak-tidaknya boleh meringankan beban khususnya di peringkat rakyat yang mengalami kebakaran kerana mereka pun tidak mengetahui apakah kaedah khususnya bagi memastikan bantuan-bantuan ini dapat dilakukan. Itu sahaja Tuan Pengerusi terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah. Ramai lagi? [Mengira Ahli Yang Berhormat yang bangun. Sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang bangun untuk mengambil bahagian] Yang Berhormat Menteri pukul tiga, setengah jam selepas 2.30 petang. Ya Yang Berhormat Rasah sila.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya Cuma ingin merujuk kepada dua perkara sahaja. Perkara yang pertama Butiran 010400 - Operasi Kebombaan dan Penyelamat. Tuan Pengerusi, sebenarnya apa yang sedang berlaku di Seremban, sebenarnya di Seremban kita mempunyai satu isu alam sekitar iaitu di mana ada sebuah kilang yang memproses sisa toksik yang bertapak di Bandar Sendayan dan sebenarnya kilang memproses sisa toksik ini telah pun wujud di Sendayan sejak 20 tahun.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Sebenarnya pada tahun ini, 27 Februari satu kebakaran telah berlaku di stor kilang tersebut. Pada masa itu saya masih ingat lagi pihak bomba telah mengeluarkan amaran kepada semua penduduk yang tinggal di sekitar khususnya Sendayan dan Seremban supaya jangan mendekati kilang tersebut dalam radius tiga kilometer. Jadi dalam perkara ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian khususnya daripada pihak bomba, adakah kilang tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak bomba dan apakah tindakan yang telah pun diambil oleh pihak bomba supaya memastikan bahawa kilang tersebut adalah selamat ataupun adakah pihak kementerian akan memberi nasihat supaya kilang memproses sisa toksik itu akan dipindah ke tempat yang lebih sesuai kerana untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sebenarnya di sekitar kilang tersebut telah pun dibangunkan dengan besar sekali dan saya amat berharap pihak kementerian khususnya Yang Berhormat menteri dapat membantu dalam perkara ini. Perkara kedua yang saya ingin sebut ialah Butiran 001000 - Projek Kecil Kawasan pihak Berkuasa Tempatan. Sebenarnya saya telah banyak kali membawa isu ini di dalam Dewan yang mulia ini sama juga rakan-rakan saya yang berada di Dewan Undangan Negeri Sembilan iaitu isu masalah banjir yang sering berlak di Taman Bukit Emas Negeri Sembilan. Sebenarnya isu banjir kilat ini telah pun berlaku sejak 20 tahun. Walaupun banyak kali aduan telah ditujukan kepada Majlis Perbandaran Seremban dan juga kerajaan Negeri Sembilan tetapi sampai tiada sebarang tindakan yang telah diambil dan saya harap pihak kementerian dapat membantu penduduk di situ sebab memandangkan penduduk di situ telah pun dihantui dengan banjir kilat selama 20 tahun. Selama ini 25 keluarga telah menghadapi isu masalah banjir kilat di mana ketika hujan lebat rumah mereka akan banjir. Itu sahaja terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih, saya terus kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Limbang sambung jam 2.30 petang.

terima kasih. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Limbang untuk menyambung perbahasan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran B.43 3001 – Pembinaan Bangunan Bomba di Sarawak. Jadi pada masa ini di Limbang ada sebuah balai bomba iaitu di Pekan Limbang di tengah bandar. Jadi yang dipohon ialah hari itu sebuah balai bomba gred ‘D’ telah pun diluluskan untuk dibina di kawasan Tedungan iaitu dekat hampir 40 kilometer daripada Pekan Limbang berhampiran dengan sempadan untuk tackle kawasan-kawasan di sebelah sanalah. Jadi saya berharap bilakah ianya akan dilaksanakan, itu soalan saya. Keduanya ialah Butiran B.43 110400 – Operasi Kebombaan. Di sini operasi kebombaan ini saya telah pun menerima berbincang-bincang, mendengar juga supaya ini bukannya complaint ataupun aduan daripada pegawai bomba, bukan tetapi dari hasil kita melihat daripada segi efficiency dengan izin dalam operasi menyelamat dan sebagainya ataupun kebakaran. Pada masa ini di Limbang hanya ada dua syif sahaja di mana maksudnya mereka bekerja 24 jam tiada rehat. Sepatutnya di tempat-tempat, saya difahamkan di seluruh Sarawak hanya Stesen Bomba Limbang ini sahaja yang masih lagi dua syif, yang lainnya semua sudah pun paling kurang tiga syif. Jadi saya minta demi untuk keberkesanan dalam pasukan operasi bomba dalam apa juga situasi supaya ditambah anggota, supaya ianya sampai menjadi tiga syif. Satu lagi ialah iaitu Butiran 141100 – Bomba Sukarelawan. Kita ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah pun ada menubuhkan beberapa pasukan bomba sukarelawan dan mereka telah pun membuktikan keupayaan mereka dalam beberapa kebakaran yang terjadi, di mana mereka dahulu yang sampai. Alhamdulillah dapat menyelamat rumah-rumah kebakaran daripada merebak kepada premis-premis yang lain. Akan tetapi ada dua tiga tempat di mana seperti di Teluk Brunei Kampung Limpaku, ada penempatan di situ dalam 40 lebih buah rumah. Pada masa ini mereka hanya, saya yang membekalkan di pusat khidmat iaitu bomba menggunakan Hale pam yang boleh timbul di sungai. Dia macam ada pelampung dan mereka sedut air. Akan tetapi mereka ini tidak terlatih, mereka bukannya bomba sukarelawan. Jadi saya minta kalau boleh, ada beberapa tempat lagi yang perlu diadakan, diwujudkan kementerian memberikan peruntukan untuk menubuhkan secara rasmi bomba kesukarelawan ini seperti di Kampung Limpaku dan di kawasan sebelah Ulu Medamit dan tempat-tempat ini. Saya minta kementerian melihat, menimbang tentang perkara ini. Satu lagi ialah perkara Butiran P.43 04000 – Pembasmian Miskin Bandar. Saya juga menyokong apa yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Samarahan dan ada satu lagi tadi iaitu tentang minimum untuk mereka ini dikategorikan sebab walaupun ada setengahnya itu pencen kerajaan tetapi mereka kadang-kadang pencen itu yang scale di bawah-bawah itulah. Mereka tidak mampu juga dengan kos hidup, dengan apatah lagi kalau ada kecacatan dan sebagainya. Jadi kita mengharaplah untuk mengkaji semula. Ini sebab saya yakin banyak lagi yang layak untuk menerima bantuan ini contohnya seperti sewa rumah. Saya memang minta seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Samarahan tadi iaitu supaya direview baliklah sebab rasanya masih banyak memerlukan supaya ianya dipanjangkan ke tahun hadapan lagi. Satu perkara lagi ialah Butiran B.43 100000 – Landskap Negara. Jadi saya memohon kepada kerajaan, kementerian khususnya. Limbang ini adalah pekan kecil. Jadi, pendapatan daripada PBT itu adalah kecil. Jadi kita memang mengharapkan juga bantuan daripada kementerian, daripada peringkat negeri dan juga daripada persekutuan untuk membina prasarana. Satu daripadanya yang saya pernah sebut ialah iaitu Taman Nauran Limbang. Saya berharap yang ini akan dapat dilaksanakan sebab saya difahamkan Majlis Daerah Limbang sudah pun mengirim, sudah pun membuat proposal kepada kementerian. Juga untuk kecantikan bandar di mana kecantikan bandar ini disebabkan oleh pendapatan PBT itu kecil kita memerlukan untuk menyerikan bandar Limbang lagi sebagai salah satu bandar pekan sempadan dengan negara jiran kita. Jadi untuk memperelokkan, memperindahkannya kita memohon bantuan daripada kementerian. Butiran seterusnya ialah 07000 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah pun memberikan

peruntukan untuk membina kawasan pelupusan yang baru di Limbang. Akan tetapi memang sudah siap basic infranya semua siap hanya mungkin belum digunakan sahaja lagi tetapi saya telah pun melawat tempat itu. Ini sebab saya dengan izin Tuan Pengerusi kita tahu jugalah background fasal pelupusan sisa pepejal ini masih banyak lagi perkara yang perlu dibina. Daripada hasil lawatan saya yang tentunya seperti jalan raya dia, kemudian jalan raya pembaikan tempat effluence, kawasan ini dan sebagainya banyak lagi yang perlu dibuat. Jadi kalau boleh kementerian bolehlah menghantar orang, melihat apa kerja-kerja tambahan yang perlu dibuat sebelum ianya digunakan tapak pelupusan ini. Seterusnya saya ingin memohon juga kepada kementerian, Pusat Penjaja Tedungan. Tedungan ini adalah di sempadan Limbang dengan negara jiran kita. Di mana pada masa ini memang ianya menarik banyak pelawat daripada negara jiran kita. Jadi saya memohon sebab gerai-gerai di sana hanyalah merupakan warung, gerai-gerai yang dibuat sendiri, not in a proper conditionlah. Jadi kita minta sekiranya pihak PBT, kementerian khususnya dapat membantu untuk membina pusat penjaja di Tedungan ini. Satu lagi ialah pada masa ini di Pekan Limbang, Tamu Limbang telah pun diperuntukkan di bawah ICU berjumlah RM1 juta untuk membina, untuk menambah baik, untuk membaiki Pekan Tamu Limbang yang begitu sesak hari-hari. Sekarang dari negara jiran kita dari Sabah dan sebagainya adalah tumpuan di Limbang.

Namun RM1 juta itu memang tidak mencukupi dan PBT Limbang memang ada program dia untuk RM1 juta ini buat beberapa perkara, sebagai fasa pertama. Jadi kita mohonlah kepada kementerian untuk memperuntukkan lagi sekurang-kurangnya pun dalam RM1 juta hingga RM1.8 juta untuk fasa kedua supaya tempat perniagaan ini akan dapat memberikan impak yang besar dan menambah ruang lagi kepada peniaga-peniaga kita khususnya orang-orang bumiputera dari luar bandar, dari pedalaman yang berniaga di Pekan Limbang ini. Kita minta kepada kementerian untuk membantu dalam perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang. Kita akan hentikan perbahasan pada jam 3 nanti Yang Berhormat.

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahas berkaitan dengan dua isu. Pertamanya berkaitan dengan Butiran 090010 iaitu berkaitan dengan Sektor Perumahan Negara. Ada dua isu Yang Berhormat Menteri yang saya ingin bangkitkan iaitu pertamanya isu penyediaan affordable house, dengan izin dan juga isu rumah PR1MA. Isu pertama iaitu isu affordable housing. Saya hendak tanya kepada Menteri, adakah pihak Menteri ataupun pihak kerajaan sedar tentang laporan kajian Khazanah Research Institute (KRI) yang bertajuk, “Making Housing Affordable” yang dikeluarkan agak recent juga iaitu pada bulan Ogos 2015, yang mendapati antara findingnya adalah, rumah-rumah di Malaysia ini secara umumnya menurut laporan ini adalah severely unaffordable. Kajian juga menunjukkan medium house price adalah empat kali ganda medium household income per year. Seperti mana yang saya rasa, Menteri juga aware bahawa affordable market adalah merujuk kepada medium house price, adalah tiga kali ganda medium annual household income. Jadi kajian yang dibuat itu juga menunjukkan bahawa pasaran rumah di setengah-setengah negeri lebih affordable dari negeri yang lain misalnya Melaka- dianggap affordable sebab ‘median multiple’ nya adalah two times sahaja tetapi bagi Kuala Lumpur, medium house pricenya adalah 5.4 kali ganda, manakala di Penang pula 5.2 kali ganda dan kedua-dua bandar ini dianggap dan dikategorikan sebagai severely unaffordable…

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun, Yang Berhormat.

Oh, sorry. Saya ingat Tuan Pengerusi tanya saya pasal Terengganu.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, saya hanya ingin bertanya, sedarkah Yang Berhormat Sepang bahawanya di bawah PR1MA housing, dia sebenarnya tidak tertakluk kepada lesen pemaju dan ia juga tidak tertakluk kepada permit iklan dan permit jual dan di sini kita bertanya, adakah ini akan dapat memberi jaminan kepada mereka yang di kalangan kos sederhana dapat menjaga kepentingan dan daripada segi kesiapan dan juga mutu bangunan ini kalau ia tidak diletakkan di bawah Kementerian Perumahan. Apa kata kalau ia dipindahkan kembali kepada Kementerian Perumahan daripada duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan saya, Kuala Terengganu. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. Sebenarnya saya pun hendak menyentuh juga berkaitan dengan PR1MA itu tetapi saya harap Menteri boleh menjawablah. Saya hendak teruskan kepada hasil laporan KRI ataupun Khazanah Research Institute ini. Selama ini kita sering dikatakan bahawa kenaikan tinggi harga rumah ini kerana antaranya harga tanah yang mahal dan juga construction cost yang selalu melambung tinggi. Akan tetapi surprisingly, dengan izin, laporan KRI ini nampaknya menafikan kedua- dua dakwaan itu. Sebaliknya laporan KRI menunjukkan ketidakcekapan atau inefficiency dalam sektor penawaran rumah ini berpunca antaranya daripada, dengan izin, the fragmented nature of Malaysia on construction business system. Sistem kita ini fragmented. Sebab itulah KRI mencadangkan supaya diadakan satu konsolidasi industri construction bagi menyelesaikan isu-isu affordable housing ini di mana cadangan dia adalah supaya konsolidasi dibuat oleh semua player, pemain-pemain ataupun pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan perumahan ini iaitu yang melibatkan pemaju perumahan, yang melibatkan pembekal material, yang melibatkan pereka bangunan atau designer, kontraktor dan profesional-profesional lain yang terlibat. Bagi KRI, dengan ini mereka boleh collaborate dan laksanakan teknologi baru secara berkesan dan cekap di site. Malah Pengarah Penyelidikan KRI menyatakan, industrialize building system yang melibatkan komponen-komponen, dengan izin, prefabricated untuk membina rumah adalah satu daripada teknologi yang boleh mengurangkan kos tetapi masih belum diutilize oleh pemaju perumahan. Kajian ini juga meminta supaya berlakunya penstrukturan semula atau procurement dalam industri pembinaan ini, dan juga dicadangkan supaya diadakan moratorium, satu ‘tawaquf’ ataupun pemberhentian, dalam penjualan semula rumah-rumah yang affordable ini untuk beri masa yang cukup untuk penawaran baru rumah untuk masuk pasaran dan kurangkan tekanan yang membawa kepada kenaikan harga yang rapid. Jadi saya ingin tanya kepada pihak Menteri, kalau kajian ini telah disedari oleh pihak kementerian, apa pandangan kementerian tentang cadangan-cadangan yang dikemukakan itu, dan pandangan-pandangan mereka, adakah pihak Menteri setuju ataupun ada mempunyai counter kajian yang menafikan ataupun menyokong kah? Itu saya minta Menteri memberikan jawapan. Seterusnya Menteri, saya juga mengharapkan supaya isu tentang, walaupun saya tak tahu sama ada ini bidang kuasa kementerian ini, sebab isu PR1MA ini sekarang ini nampaknya telah dipindahkan bidang kuasa itu. Cuma saya ingin tanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam isu-isu berkaitan dengan kurangnya perlindungan berkaitan dengan pembelian rumah PR1MA ini. Sebab apa saya katakan begitu, sebab kalau kita lihat Akta PR1MA itu, walaupun disyaratkan antaranya pemaju-pemaju yang hendak memajukan rumah itu mestilah pemaju-pemaju yang antaranya ialah dia mestilah housing developers yang berdaftar di bawah Akta Pemaju Perumahan. Akan tetapi dia tidak pergi lebih daripada itu sedangkan dalam Akta Pemaju Perumahan, ia melibatkan, ada wujudnya agreement yang dipanggil statutory agreement, atau perjanjian statutori yang telah ditetapkan oleh akta, di mana dia bukan berdasarkan, dengan izin, consensus ad idem, persetujuan dua-dua pihak iaitu pihak pembeli dan penjual

tetapi satu yang ada intervention daripada kerajaan melalui akta itu, dan akta-akta itu mempunyai perlindungan-perlindungan tertentu kepada pengguna. Jadi saya ingin bertanya, oleh sebab kementerian ini antara fungsinya menjaga kepentingan mereka-mereka yang beli rumah ini. Jadi kalau orang yang beli rumah PR1MA ini, apa jaminan-jaminan yang Menteri rasa telah pun cadangkan ataupun telah sedar bahawa di sana tidak adanya statutory agreement ini? Sebagai contoh kalau sekiranya kelewatan daripada segi pembelian itu kalau dalam Akta Pemaju Perumahan, dia sudah ada liquidated sum, sudah ada pengiraannya. Akan tetapi dalam mereka yang beli rumah dengan PR1MA ini, tidak ada jaminan itu dalam bentuk statutori. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian, adakah pihak kementerian ada mempunyai cadangan-cadangan, ataupun adakah perkara ini dioverlook oleh pihak yang buat Akta PR1MA itu sendiri, sebab tidak ada- saya tengok specific provision tentang, bagaimanakah nature perjanjian-perjanjian yang dimasuki antara pihak penjual dan pembeli?...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

Okey. Yang terakhirnya saya juga ingin tanya kepada pihak Menteri, sejauh mana kementerian ini mempunyai kuasa untuk melindungi pengguna dalam kes-kes yang melibatkan pemaju perumahan ini telah menyalahgunakan kuasa mereka, telah “melakukan fraud”. Sebagai contoh, saya ada satu kes di Sepang itu yang melibatkan pembeli-pembeli non bumi, mereka beli rumah kondominium atau apartmen di Dengkil itu yang pemaju jual untuk unit bumi kepada non bumi tanpa diketahui oleh pembeli.

Jadi apabila mereka beli, akhirnya mereka telah dikenakan denda oleh pihak kerajaan negeri sebab syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri. Jadi apabila mereka kena denda, patutnya pemaju yang bayar denda tetapi mereka minta supaya pembeli yang bayar. Saya telah campur tangan dan kita pun berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar telah waive penalti yang 7% yang sepatutnya dibayar oleh pembeli. Akan tetapi mereka juga menghadapi masalah untuk daftarkan title. Selagi mereka tidak bayar, ada lagi penalti 5% pula. Jadi saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Saya tahu daripada segi penalti itu di luar bidang kuasa kementerian di bawah kerajaan negeri. Akan tetapi yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh manakah kementerian ini mempunyai kuasa untuk finalize pemaju-pemaju yang bagi saya yang ingkar ini apalagi kalau pemaju itu telah diround up, telah digulung. Diambil oleh pihak receiver dan sebagainya. Mereka begitu bongkak begitu keras kepala. Masih lagi mahu pembeli yang bayar. Pembeli dalam keadaan dilema. Hendak daftar kena bayar denda. Akan tetapi bukan kesalahan mereka. Jadi saya harap dalam kes-kes seperti itu mungkin kementerian ini mempunyai bidang kuasa untuk melindungi pengguna. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh Butiran 080100 – Kerajaan Tempatan dan 040100 – Kesejahteraan Bandar. Ini berkaitan dengan isu yang telah dibawa ke Menteri Kesihatan semalam dan dia telah merujuk juga serta meminta bantuan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan dengan penggunaan yang berleluasa cheap liquor ataupun arak murahan. Saya telah membawa usul beberapa kali tetapi tidak dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini. Ini adalah berkenaan dengan penjualan arak khususnya cheap liquor atau arak murahan di mana kita dapati kedai-kedai ubat ataupun kedai-kedai runcit biasa yang menjalankan operasi mereka 24 jam, menjalankan aktiviti jual arak-arak murahan ini secara berleluasa. Kita juga mendapati cheap liquor ini ataupun arak murahan ini dibeli dan

diminum di kawasan-kawasan terbuka seperti taman awam, taman permainan kanak- kanak. So, ini perlu dibendung. Saya juga telah membawa isu ini kepada Kerajaan Negeri Selangor. Saya arif tentang bantuan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk membanteras isu ini. So, saya mohon jasa baik kementerian untuk memandang isu cheap liquor atau arak murahan ini dengan serius sebab di kawasan Parlimen Kapar khususnya, ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibendung. Usul ini dibawa oleh saya ke dalam Parlimen adalah selepas ada perbincangan dengan beberapa guru kaunseling di sekolah di kawasan saya yang mengatakan bahawa cheap liquor ini telah merentasi bangsa dan agama kini. Malahan cikgu-cikgu sekolah tidak dapat membendung isu ini. Seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat semalam, pelajar- pelajar membawa campuran cheap liquor ini, arak murahan ini dengan Coca-Cola ke dalam sekolah dan minum semasa sesi persekolahan dijalankan. So critical telah timbul. Isu ini perlu dipandang serius, perlu diberi keutamaan kerana saya terangkan lagi sekali. Mungkin Yang Berhormat Menteri faham bahasa tersirat saya. Saya mengatakan bahawa cheap liquor ini telah merentasi sempadan bangsa dan agama. So, perlu dibendung supaya tidak berlaku sesuatu yang di luar dugaan dan sebagainya. Saya juga ingin tekankan banyak juga kemalangan, gejala-gejala sosial, gengsterisme, keganasan rumah tangga. Semuanya berpunca daripada arak murahan ini. So, ketegasan daripada kementerian amat diperlukan.

Boleh?

Ya, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Berkaitan dengan isu arak murahan ini, Yang Berhormat Kapar, setuju atau tidak kalau saya kata bahaya arak murahan ini seolah- olah sama seperti bahaya penyalahgunaan dadah? Kalau kerajaan memberi tekanan sebegitu banyak kepada penyalahgunaan dadah tetapi saya nampak tidak ada apa-apa inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Pada hari ini, arak murahan ini boleh dibeli dengan harga RM5 yang mempunyai kandungan alkohol lebih kurang 40% dan saya rasa ini adalah cukup bahaya. Baru-baru ini isu vape telah dibangkitkan dan telah mendapat perhatian seluruh negara tetapi perkara ini telah pun kita bangkitkan banyak kali dalam Dewan tetapi sehingga hari ini saya tidak nampak apa-apa tindakan yang telah diambil. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan isu ini?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat, sikit.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Merentasi kaum dan agama.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Kapar. Saya hendak tambah sedikit daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi sebab saya sendiri juga terlibat dengan NGO-NGO yang ingin membanteras masalah dan fenomena arak murahan ini. Sedarkah Yang Berhormat Kapar bahawa arak murahan ini bukan sahaja murah malah dipromosikan sedemikian untuk menarik perhatian dan menarik minat kanak-kanak sebab mempunyai perisa-perisa seperti strawberi, sarsi dan ada juga yang dipromosikan sebagai ubat dan dijual di kedai- kedai ubat. Adakah Yang Berhormat Kapar sedar keadaan ini dan setujukah dengan promosi sedemikian? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Yang Berhormat Batu Gajah.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Yang Berhormat, boleh? Tuan Pengerusi.

Saya menyelami perasaan dan...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, hendak bagi, Yang Berhormat?

Saya jawab dulu, Yang Berhormat. Saya jawab dulu.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Lima minit sahaja. Sikit sahaja.

Saya mesti akan bagi Yang Berhormat. Saya akan jawab dahulu. Saya terima pandangan Yang Berhormat Batu Gajah yang mengatakan bahawa cheap liquor ini dijual dengan harga yang begitu murah. Semalam saya telah tekankan di kawasan saya, RM1.20 sen. Perisa laici, perisa strawberi, perisa oren dan saya telah berlakon sebagai seorang pembeli dan telah membeli untuk dibawa dan memberikan botol-botol itu kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam minggu depan saya akan selaraskan benda itu. Untuk tujuan rekod, saya tidak minum arak dan saya tidak hisap rokok, Tuan Pengerusi tetapi ini adalah dua bahan yang menjahanamkan masyarakat kita. [Tepuk] Maka saya prihatin dengan dua-dua isu ini. E-Vape yang baru telah diberi perhatian yang khusus tetapi kita tidak boleh pandang rendah terhadap gejala minum arak terutamanya arak murahan atau cheap liquor ini yang sedang menular terutamanya di dalam sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar kita. Saya pandang juga tadi Yang Berhormat Bukit Mertajam mengatakan perisa-perisa tadi memang wujud macam saya katakan tadi. So, ini sesuatu yang perlu dipandang berat. Dalam usul saya di kertas usul, Tuan Pengerusi, saya telah membuat satu cadangan dekat sini. Izinkan saya baca lagi sekali.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah. Sudah baca semalam, Yang Berhormat. Tidak payahlah.

Yang Berhormat Menteri ada hari ini. Boleh ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh baca.

Boleh baca. Terima kasih. Saya menekankan pusat pemulihan arak di setiap negeri. Pusat pemulihan arak yang sepatutnya dikenali sebagai Pusat Pemulihan Arak (PPA) perlu dikenalkan di setiap negeri untuk menjaga dan menyelamatkan sesiapa yang telah masuk ke dalam gejala ini. Keduanya ringkas Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan 110400...

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Tuan Pengerusi.

Minta maaf. Minta maaf. Ya, ya.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Saya difahamkan gejala arak ini juga telah menular di kawasan-kawasan Orang Asli yang sangat membahayakan, memudaratkan dan membimbangkan. Adakah Yang Berhormat Kapar setuju?

Saya amat terima pandangan itu, Tuan Pengerusi. Semasa pilihan raya khususnya, benda ini memang sesuatu yang diberikan dan sebagainya. Tidak kisahlah Orang Asli kah, orang India kah, orang Melayu kah, orang Cina kah. Janji warga Malaysia. Segala gejala sebegini perlu diselamatkan terutamanya untuk anak-anak muda dan pelajar-pelajar yang masuk dalam era persekolahan. Terima kasih Yang Berhormat .

Saya masuk kepada Butiran 410400 – Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan Butiran 111000 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian, terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sungai Pinang di kawasan saya yang tempoh hari bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk mencari satu mayat yang hilang di dalam sungai. Komitmen yang diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat terutamanya dari Sungai Pinang ini memang dialu-alukan. Ini adalah di antara beberapa kes yang saya telah bersama-sama mereka dan mereka telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi. Saya ucapkan syabas kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang. Saya minta beliau teruskan dan mengalu-alukan kewibawaan beliau untuk membantu rakyat Kapar.

Pada waktu yang sama, saya ingin menanyakan tentang satu Balai Bomba dan Penyelamat di Meru sebab kepadatan penduduk sekarang Tuan Pengerusi, saya difahamkan hampir 600 ribu. Maka kita perlukan satu bomba di kawasan Meru. Minta pandangan dan budi bicara daripada kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas Tuan Pengerusi. Yang pertama saya terus kepada Perkara 020200 – Kewangan dan juga Perolehan. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PBT Jasin yang telah memberikan satu perkhidmatan yang cukup cemerlang sekali. Akan tetapi sebagai sebuah Majlis Perbandaran yang kecil, masalah utama yang dihadapi oleh PBT kita adalah masalah kewangan. Perkara ini telah menyebabkan beberapa perkara yang patut kita laksanakan terpaksalah kita batalkan. Harapan dan juga ekspektasi rakyat begitu tinggi sekali untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada PBT. Malangnya PBT banyak kerja yang perlu dilaksanakan tetapi PBT tidak mampu untuk melaksanakan kerana apa yang saya sebut tadi masalah kewangan. Jadi kita mengharapkan supaya PBT, sebagai satu agensi penggerak dalam kerja-kerja pelaksanaan, kebersihan dan juga kesejahteraan rakyat dapat benar-benar diperkasakan. Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya diwujudkan satu bentuk bantuan kewangan yang lebih besar yang diperlukan dan patutnya disalurkan supaya PBT dapat benar-benar berfungsi. Saya minta maaf terpaksa maklumkan perkara ini, ada kalanya PBT kita yang membekalkan air di tempat-tempat rekreasi, air terpaksa dipotong kerana bil air tidak dibayar kerana tidak ada kemampuan kita. Seterusnya bayangkan PBT kita dikehendaki untuk menampung bil utiliti sebahagian air, api, kos maintenance terhadap infrastruktur bangunan serta kemudahan awam. Itu tidak lagi kita menyebut dan mengambil kira tentang maintenance kenderaan, maintainance sistem perparitan dan juga tidak memenuhi daripada SW Corp seperti kita terpaksa naik taraf monsoon drain dan juga discharge drain terutama dalam keadaan musim hujan ini dan musim banjir ini. Seterusnya pergi kepada Butiran 070100 tentang Pengurusan Sisa Pepejal. Negeri Melaka adalah sebuah negeri yang membangun begitu pesat sekali. Pada ketika ini sumber utama kita adalah daripada pelancongan. Apa yang kita hadapi pada ketika ini negeri Melaka sangat amat-amat memerlukan satu sistem pelupusan sampah yang lebih efektif kerana sistem yang kita gunakan sekarang misalnya yang terbesar sekali di Sungai Udang adalah direct dumping yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan yang boleh hanya bertahan selama 3 tahun daripada sekarang. Akan tetapi apabila kita membuat tinjauan, kita dapati kawasan tersebut bukan 3 tahun bahkan setahun pun tidak boleh tahan lagi kerana jumlah sampah adalah terlalu banyak sekali. Bayangkanlah selain daripada penduduk yang ramai, yang semakin padat, kita dapat sekarang kebanjiran pelancong-pelancong yang datang sebanyak 14 juta orang satu tahun. Jadi kita sangat memerlukan supaya sebuah incinerator yang benar-benar berkesan untuk menampung jumlah sampah yang semakin bertambah. Masalah seterusnya adalah masalah tipping, bayaran yang diperlukan oleh pemaju-pemaju kalau dia hendak bina incinerator kerana dia ada beberapa proposal yang mana alat ini boleh juga menjana renewal energy tapi apa yang diperlukan ialah mereka akan mengenakan caj sebanyak RM100 pada setiap tan daripada pihak kerajaan. Ini membebankan kerajaan. Jadi kita mohon supaya pihak kerajaan dapat benar-benar memikirkan cara yang terbaik sekali yang menampung kos pembinaan ini. Kita dapat selesaikan masalah ini dan supaya sistem yang akan menjana elektrik ini dapat benar-benar disalurkan kepada pihak berkuasa. Seterusnya saya pergi kepada yang terakhir, Butiran 040100 – Kesejahteraan Bandar iaitu kawasan rekreasi. Pada setiap taman perumahan memang diperuntukkan kawasan lapang, yang mungkin digazetkan hanya untuk kawasan rekreasi. Akan tetapi kalau kawasan lapang saja tidak mencukupi Tuan Pengerusi. Kita mahu kalau boleh pihak kerajaan mestilah mempersiapkan peralatan permainan supaya anak-anak kita ataupun penduduk-penduduk dalam taman ada tempat untuk berekreasi dan kita mahu melihat

supaya tidak ada gejala-gejala yang tidak sihat berlaku. Itu saja Tuan Pengerusi. Saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi dan rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya mulakan dengan Jabatan Perumahan Negara. Yang Berhormat Pokok Sena menanyakan tentang bilangan rumah terbengkalai dan berapakah unit rumah yang terbengkalai dan berapakah unit-unit yang telah diselesaikan. Untuk makluman Yang Berhormat, dari tahun 2009 sehingga 30 Oktober 2015, sebanyak 226 projek perumahan melibatkan 60,865 unit rumah dan 40,744 bilangan unit pembeli telah diisytihar sebagai projek perumahan terbengkalai di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 173 projek ataupun 77% melibatkan 47,100 unit rumah telah disiapkan dan diselesaikan di mana seramai 31,449 pembeli rumah telah memperoleh manfaat daripada inisiatif tersebut. Selain itu sebanyak 20 projek lagi ataupun 9% sedang berada dalam pelbagai peringkat pemulihan dan bakinya sebanyak 33 projek ataupun 14% sedang dalam peringkat perancangan. Yang Berhormat Tebrau ada menanyakan tentang pemaju perumahan Kong Sun Enterprise...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Melaka bangun Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tentang projek terbengkalai. Ada cadangan dari PR1MA mengatakan akan mengambil beberapa projek terbengkalai supaya dapat dipulihkan dan dijadikan projek PR1MA. Adakah kementerian Yang Berhormat ada bincang tentang perkara ini. Terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas maklumat. Cuma satu perkara yang belum dijawab, berapa dana kerajaan yang telah diguna pakai dan juga bagaimana akhirnya nanti. Apakah pemaju itu akan diambil tindakan untuk bayar balikkah macam mana dan sebagainya.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Untuk Yang Berhormat Kota Melaka, PR1MA bukan di bawah kementerian saya. Saya tidak mempunyai maklumat tentang rancangan PR1MA untuk mengambil alih rumah terbengkalai tapi saya percaya rakan saya daripada Jabatan Perdana Menteri mampu untuk menjawab soalan tersebut. Tentang jumlah yang telah dibelanjakan, saya tidak mendapat maklumat lagi, mungkin pegawai saya masih lagi mencari. Kalau ada nanti, saya akan beritahu kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Kepada Yang Berhormat Tebrau, berkenaan tentang Kong Sun Enterprise Sdn. Bhd. Seperti mana yang telah saya umumkan beberapa kali, projek Taman Mount Austin ini telah diisytiharkan terbengkalai pada 16 Mac 2012. Blok 8 dan 9, pemaju telah siapkan blok-blok tersebut dan dalam proses untuk mendapatkan CF. Sebanyak tiga agensi iaitu Jabatan Bomba, TNB dan Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mengeluarkan surat sokongan.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Blok 4 dan 6 kerja-kerja pembinaan masih berjalan dan kerja-kerja dalam lingkungan 65% seperti kerja-kerja pendawaian dan plumbing. Blok 3, 5 dan 7 tidak akan dibina. Pembeli-pembeli di blok ini akan dipindahkan ke blok 8 dan pihak Jabatan Perumahan Negara dan Institusi Kerajaan negeri Johor sentiasa mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan pembinaan dan penyelesaian projek tersebut. Dalam penggulungan saya di peringkat dasar Tuan Pengerusi, saya sudah memberitahu kepada Yang Berhormat Tebrau bahawa oleh kerana soalan ini sentiasa berulang, saya telah membuat komitmen

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

untuk memberikan status projek ini secara tiga bulan, setiap tiga bulan kepada Yang Berhormat Tebrau yang begitu prihatin terhadap isu yang berada di kawasan beliau.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tebrau bangun Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya tadi apa yang saya hendak tegaskan ialah saya rasa bahawa Yang Berhormat Menteri harus diberikan lebih banyak kuasa supaya walaupun kita selesaikan masalah pengurusan mungkin lain kali kita ada masalah yang serupa. Kalau Yang Berhormat Menteri ada kuasa yang lebih besar jadi boleh atasi masalah seperti ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih atas word of confidence dengan izin Yang Berhormat. Sebenarnya memang Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa dalam akta untuk mengisytiharkan rumah-rumah terbengkalai ini. Saya kira kuasa itu sudah mencukupi buat masa ini, tetapi yang penting ialah komitmen daripada pemaju perumahan untuk menyelesaikan masalah dan tidak lari daripada tanggungjawab mereka. Itu yang lebih penting daripada memberikan kuasa yang lebih kepada Menteri. Kuasa yang lebih pun kalau benda itu berlaku tidak akan memberikan manfaat yang melebihi daripada apa yang ada sekarang ini. Akan tetapi saya faham Yang Berhormat, saya terima cadangan Yang Berhormat itu sebagai panduan. Yang Lenggong dalam isu tentang Jabatan Perumahan Negara meminta....

Yang Berhormat Menteri, Kota Raja.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya ingat sehubungan dengan soal perumahan saya juga telah membangkitkan tentang isu kerana ia berkaitan dengan rumah terbengkalai. Apa polisi kerajaan sekarang. Dahulu kita telah membawa banyak kali berkali-kali mengenai program ataupun polisi build and sell, menteri kata ada perancangan lain. Adakah akan dijawab sekarang atau kemudian?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya akan jawab kemudian tentang isu rumah terbengkalai dan juga konsep bina sebelum jual ataupun jual sebelum bina. Yang Berhormat Lenggong, jawapan kepada Yang Berhormat Lenggong ialah kita menyediakan Skim MyHome, Program Rumah Transit, Rumah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB bagi golongan berpendapatan RM2,500 sehingga RM3,500. Sebab ia bertanya tentang apakah program-program yang dibuat oleh kementerian ataupun kerajaan bagi mereka yang berpendapatan RM2,500 hingga RM3,500 dan apa usaha untuk membantu mereka? Kita ada Skim MyHome, Program Rumah Transit, Rumah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB bagi golongan yang berpendapatan RM2,500 hingga RM3,500. Kemudian kementerian juga sedang mengkaji untuk meningkatkan kelayakan di bawah Skim SPP daripada RM2,500 kepada RM3,000 bagi mereka yang ingin membina rumah sendiri di atas tanah sendiri pada nilai pinjaman tidak melebihi RM45,000. Untuk makluman permohonan sehingga 30 September 2015 ialah sebanyak 947 permohonan telah diterima dan 316 telah diluluskan. Ini di bawah Skim Pinjaman Perumahan ataupun SPP di bawah kementerian saya. Untuk makluman di Kedah contohnya, terdapat 423 permohonan dan 117 telah diluluskan dan daripada 2013 hingga 2015 sebanyak 1022 rumah telah siap dibina. Yang Berhormat Sandakan juga bertanyakan tentang isu di bawah Jabatan Perumahan Negara iaitu harga rumah di Sabah naik 11 kali ganda dan apakah tindakan kerajaan? Untuk makluman Yang Berhormat, saya memang faham bahawa masalah kenaikan harga rumah di negara ini memang satu perkara yang begitu meruncing sekali, bukan sahaja NGO dan juga pihak pemimpin politik yang merasakan ini satu bebanan, tetapi kerajaan juga Yang Berhormat. Tetapi saya hendak sebut beberapa statistik yang saya tengok amat memberangsangkan. Walaupun ada kenaikan harga rumah, tetapi statistik yang kita dapati yang kita tengok melalui NAPIC, ada penurunan daripada segi kadar kenaikan. Dia masih naik tetapi pada kadar yang lebih rendah. Saya hendak bagi contoh pada suku keempat tahun 2012,

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

kenaikan mencecah 12.2% setiap tahun kenaikan harga rumah. Ini indeks 12.2%. tetapi untuk suku kedua 2015 dia telah turun kepada 5.9% kenaikan. Bermakna hampir setengah daripada kenaikan itu dapat dikurangkan daripada 12.2% kepada 5.9% pada suku kedua tahun 2015. Bermakna Tuan Pengerusi kita mempunyai banyak perancangan untuk mengawal harga rumah. Bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara. Jadi ini adalah satu fenomena yang baik. Apa tindakan kita di negeri Sabah? Kita telah melaksanakan banyak perkara. Pertamanya kita meningkatkan cukai keuntungan harta tanah. Bilamana mereka membeli rumah keuntungan dari rumah itu nanti akan kita cukai dengan kadar yang lebih tinggi. Kemudian kita minta supaya harga jualan minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Warga asing tidak boleh lagi membeli rumah di bawah RM1 juta. Kemudian kita minta supaya pemaju mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk insentif yang diberikan kepada pembeli. Kemudian kita melarang pemaju melaksanakan projek yang bercirikan Developer Interest Bearing Scheme yang tidak telus dan membebankan pembeli. Kemudian kita mewajibkan pemaju melaporkan pembelian oleh individu atau syarikat yang melebihi empat hartanah sekali gus. Maknanya kalau dia beli empat rumah sekali gus, dia kena laporkan kepada kementerian. Kemudian kita meningkatkan penawaran. Ini yang paling penting Tuan Pengerusi. Sebelum ini saya telah memberitahu kepada Dewan ini bahawa selama ini kita selalu sangat memikirkan tentang isu demand ataupun permintaan. Akan tetapi sejak 2012 sampailah sekarang, kita juga telah memfokuskan kepada penawaran, demand and supply dengan izin. So dahulu demand sahaja, permintaan yang kita uruskan. Tetapi sekarang kita juga mahu mengurus apa yang dipanggil penawaran ataupun yang dipanggil supply. Sebab itu sejak kebelakangan ini kita ada banyak program yang kita buat melalui usaha Kerajaan Persekutuan seperti Scheme My Home, PR1MA, SPNB, Projek Perumahan Rakyat dan bermacam-macam lagi yang di bawah KKLW lagi, di bawah RISDA, di bawah FELDA dan sebagainya. Ini adalah cara kita untuk memberikan atau menawarkan lebih banyak rumah dalam pasaran. Kita berharap dengan wujudnya bekalan yang lebih banyak ini, maka harga rumah tidaklah naik secara mendadak seperti sebelum ini. Ternyata kita telah tunjukkan dalam statistik tadi daripada 12.2% kenaikan setiap tahun kita telah perlahankan kenaikan harga rumah kepada hanya 5.9% pada suku kedua tahun 2015. Kita juga kena ingat Tuan Pengerusi bahawa kita tidak mahu ada deflation, kita tidak mahu harga rumah menurun sampai negatif. Bermakna harga rumah sekarang lebih murah daripada tahun lepas walaupun itu yang dikehendaki oleh pembeli, sudah tentu, tetapi banyak risiko dan juga banyak kesannya yang boleh memudaratkan ekonomi kalau ada deflation ataupun nilai hartanah menurun daripada tahun sebelumnya. Selain itu, kita juga telah mengeluarkan garis panduan iaitu Loan to Value (LTV) dengan izin. Hanya 70% pinjaman bagi mereka yang membeli lebih daripada dua rumah. Dia tidak boleh lagi 10% down payment, kena 30%. Kemudian kita bagi lagi bantuan pembelian rumah melalui Skim Rumah Pertamaku dan juga Skim Pinjaman Perumahan. Jadi ini yang kita buat untuk negeri Sabah dan untuk seluruh Malaysia termasuk juga di negeri Sabah. Yang Berhormat Sandakan tanyakan tentang PPR yang dibina di Sabah ataupun Projek Perumahan Rakyat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, Sabah menerima bantuan ataupun pembinaan PPR antara yang tertinggi di Malaysia, yang tertinggi. Untuk makluman, projek yang telah siap ialah 15,456 unit dalam pelaksanaan sekarang ini ialah 6,423 dan dalam perancangan untuk tahun 2016 sekurang-kurangnya 2,562 unit lagi jadikan totalnya lebih kurang 24,261. Ini adalah komitmen kita kepada, komitmen Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional untuk negeri Sabah yang tercinta. Yang Berhormat Sandakan juga telah bertanyakan tentang PPR tadi dan saya hendak sebut untuk kawasan Yang Berhormat di Sandakan, kita telah siapkan 4,580 unit dan dalam pelaksanaan sekarang ini 900 unit. Jadi ini yang saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Buntar...

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, bagaimana itu PPR punya itu saya ada tanya soalan bolehkah ini PPR mempunyai satu syarat untuk sewa beli. Ini syarat boleh kah?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh. Kita memang mempunyai satu program yang dipanggil rent to own, dengan izin sedang dalam pelaksanaan tetapi ini adalah satu hibrid di antara konsep beli dan juga konsep menyewa. Memang RTO atau rent to own itu akan kita guna pakai dalam projek-projek PPR yang akan datang ini. Insya-Allah atau juga kepada unit-unit PPR yang telah kita kenal pasti untuk dijual tetapi tidak dapat dijual kerana mungkin pembeli tidak mendapat pinjaman bank. Maka kita boleh tukarkan statusnya kepada unit RTO.

Yang Berhormat Menteri, masalahnya golongan ini miskin, dia mahu pinjam bank yang saya fikir masalahnya begitulah. Saya punya cadangan ialah bolehkah kerajaan membina rumah ini PPR punya untuk pembeli atau penyewa dia layak boleh membeli satu golongan berapa period, 20 tahun hingga satu masa. Jadi tertentu selepas itu rumah itu yang boleh dibeli oleh kasi you know pembeli...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu dasar rent to own lah Yang Berhormat. Saya kata tadi, kita bagi dia menyewa tetapi sewaan itu boleh ditukar menjadi jumlah yang boleh digunakan untuk membeli rumah itu nanti. That is the same thing.

Bila yang ini akan dilaksanakan...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Anytime sebab yang ada sekarang ini, PPR yang ada sekarang ini telah kita klasifikasikan sama ada sewa ataupun beli. Oleh sebab itu saya katakan tadi projek yang baru nanti terutamanya 900 unit di Sandakan nanti, kalau siap kita boleh gunakan konsep ini. Kalau yang sudah kita minta supaya dia dibeli tetapi tidak ada pembeli yang layak ataupun susah untuk mendapatkan pinjaman, kita tidak ada masalah untuk menukar rumah itu kepada RTO (rent to own) tadi. Okey, Yang Berhormat. Terima kasih. Sahabat saya daripada Parit Buntar ada menanyakan tentang beberapa persoalan daripada Jabatan Perumahan Negara. Antara lain ialah APDL iaitu advertising permit. Untuk makluman Yang Berhormat, keseluruhan permohonan 80 permohonan. Untuk 2014, sebanyak 30 permohonan diluluskan daripada 35 permohonan dan 5 permohonan lagi perlu menyediakan maklumat tambahan. Untuk tahun 2015, 15 permohonan telah diluluskan daripada 51 permohonan lengkap dan 36 permohonan masih dalam semakan. Kita tidak mengambil ini sebagai tip for tap yang seperti mana Yang Berhormat katakan tadi. Kita hanya mahu memberikan penekanan yang khusus supaya APDL ini betul-betul, benar-benar syarikat-syarikat ini layak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memberitahu kepada Yang Berhormat, di Pulau Pinang ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya tadi Yang Berhormat dengar dengan tekun menceritakan tentang bagaimana Yang Berhormat tidak berminat untuk mempolitikkan isu. Saya hendak minta jasa baik Yang Berhormat sebab Yang Berhormat duduk sebelah sahaja itu dengan Yang Berhormat Bagan, sebelah kiri Yang Berhormat. Di Pulau Pinang sekarang ini contohnya, dahulu kalau projek-projek perumahan Kerajaan Persekutuan, di bawah agensi Kerajaan Persekutuan kita tidak perlu pergi ke State Planning Committee, hanya memerlukan kelulusan daripada PBT, berjalan dengan baik. Akan tetapi entah kenapa bila Pulau Pinang dapat Ketua Menteri baru, dia telah mengambil keputusan untuk kuasa yang diberikan kepada PBT itu ditarik kepada SPC ataupun SPC. Mesti melalui SPC dahulu dan pengerusinya ialah Yang Amat Berhormat Bagan. Oleh sebab itu, saya memberitahu kepada Yang Amat Berhormat Bagan, saya dapati bilamana ada agensi Kerajaan Persekutuan ingin membina rumah, rumah mampu milik, cross subsidized dengan rumah mahal dan sebagainya seperti juga developer yang lain. Kita mempunyai masalah sebab SPC itu tidak memberikan kelulusan sudah sekian lama, bertahun-tahun kita menunggu sedangkan kita telah memberitahu kepada kerajaan negeri bahawa developer agensi Kerajaan Persekutuan ini tidak mahu layanan istimewa. Apa yang dikenakan kepada pemaju perumahan swasta di Pulau Pinang itulah juga perlu dikenakan kepada pemaju perumahan agensi Persekutuan.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi malangnya bila saya dengar, bila fail-fail daripada JKP sampai ke SPC ianya tidak bergerak langsung sampai memakan masa bertahun-tahun sedangkan dalam senarai menunggu, waiting list di Pulau Pinang yang diselenggarakan oleh PERDA dan JKP kita mempunyai 30,000 nama yang menunggu untuk membeli rumah dan kita ada 10,000 projek yang telah kita kenal pasti dan telah cuba sedaya-upaya mengambil kira segala syarat yang diberikan oleh PBT dan sepatutnya diluluskan tetapi nampak gayanya masih lagi stuck. Saya minta Yang Berhormat Parit Buntar, saya menghormati Yang Berhormat sebagai seorang Ahli Parlimen yang rasional supaya terus juga menegur kalau boleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya kita dapat memberikan layanan yang sama kepada agensi-agensi perumahan Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat memberikan lesen itu dan dapat membina rumah yang mahu dimiliki oleh mereka.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya response sedikit sebab isu ini saya yang bawa. Saya tertarik dengan permit APDL itu. Disebut di sini maklumat yang saya ada daripada Ogos 2014 terdapat 81 permohonan, ini maklumat daripada exco perumahan dari negeri Pulau Pinang termasuk kedua-dua projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan swasta yang mana 47 masih belum diluluskan. Saya ingin tahu tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut alasannya adalah ada yang tidak mencukupi kriteria dan sebagainya, boleh kita tahu apa dia kriteria itu dan yang kedua tentang projek PERDA dan JKP itu sebenarnya isunya adalah kerajaan negeri ada dasar yang tertentu, itu bukan masalah yang kita harus timbulkan tetapi dijadikan sebagai alasan bagi kerajaan negeri adalah kerana kos rumah itu yang bukan mampu milik tetapi dia mampu tengok sahaja sebab harganya itu terlalu tinggi, RM1 juta hingga kepada RM2 juta. Itu sebabnya, saya difahamkan begitu. Jadi, kalau betul ada rundingan, saya rasa benda ini kena selesaikan sebab selagi mana ia tidak selesaikan, orang akan menganggap ini sebagai tip for tap.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya rasa Yang Berhormat rakan saya daripada Parit Buntar tidak mendapat maklumat yang tepat. Daripada 10,000 itu lebih kurang 6,000 adalah dalam lingkungan yang dikatakan affordable house, bukan affordable house ini yang dikehendaki oleh pasaran. Hanya yang berharga RM2 juta ini hanya berbelas-belas. Itu pun pihak PERDA dan JKP sanggup untuk mengurangkan jumlah itu asalkan permit diberikan oleh kerajaan negeri di bawah SPC. Jadi pada pandangan saya eloklah - saya untuk makluman Yang Berhormat saya telah berjumpa dengan REHDA iaitu persatuan pemaju perumahan Pulau Pinang dengan ‘Datuk Jd’ dan insya-Allah kita akan dapat satu suasana yang lebih kondusif untuk kita berhubung dengan mereka. Jadi tidak benarlah kalau hanya RM2 juta yang dimaklumkan kepada Yang Berhormat itu. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bertanyakan tentang status PPR Lembah Subang 2. Tidak betul bahawa PPR Lembah Subang 2 ini belum dapat CF. Sebenarnya CF itu telah diterima pada 22 Ogos 2011 dan untuk makluman jumlah unit keseluruhan adalah 1,580, yang telah menerima kunci 423, dalam proses pembayaran 487 dan masih menerima permohonan untuk 670 unit.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Untuk makluman Tuan Pengerusi, yang 670 unit ini kita mempunyai masalah teknikal. Saya mintalah rakan-rakan dari Selangor di sini supaya membantu saya. Bila kita menerima senarai nama permohonan untuk 670 unit ini daripada pihak berkuasa negeri, kita menghantar surat tawaran kepada mereka. Akan tetapi malangnya surat-surat itu dikembalikan kepada kementerian kerana alamat tidak lengkap. Jadi, mereka tidak dapat respond kepada tawaran kita sedangkan nama-nama ini adalah yang diberikan oleh pihak berkuasa negeri. Bila ini berlaku, ia melibatkan banyak masalah. Apa yang kita buat di bawah kementerian saya ialah saya telah meminta supaya Jabatan Perumahan Negara supaya mengiklankan nama-nama ini bahawa mereka telah diberikan tawaran ini. Sampai sekarang masih tidak dapat respond daripada mereka yang telah diberikan penawaran ini dan nama mereka telah dishort listed oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa negeri. Jadi, bantu saya. Ini bukan kita tidak mahu mengisi tetapi bila ianya telah ditawarkan, kita mahu

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

memberi peluang kepada mereka tetapi saya telah minta kepada Jabatan Perumahan Negara, kita kena ada cut-off point. Kalau mereka tidak juga mampu atau tidak datang ke depan untuk mengambil peluang dari segi penawaran ini, kita akan batalkan nama-nama ini dan move on dan bagi kepada mereka yang mungkin memerlukan.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai tawaran pembelian rumah ini. Surat yang dihantar terus kepada yang ditawarkan itu kembali. Tidakkah ada satu salinan kepada APHS atau pihak kendiri. Mungkin mereka boleh menghubungi pihak-pihak ini bagi pihak Persekutuan.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya kurang pasti kalau ada salinan tetapi mereka maklum masalah yang dihadapi oleh jabatan saya kerana mereka berbincang. Akan tetapi kita tidak mahu membatalkan penawaran ini kerana mereka telah diberikan peluang ini dan kita bagi masa. Akan tetapi saya juga setuju, takkan lah kita hendak tunggu sampai bila? I agree with Yang Berhormat Kota Raja, dengan izin, this has to be stopped. Kita kena buat satu keputusan. Jika mereka sampai pada satu tarikh, mereka masih tidak dapat menerima tawaran ini, ia harusnya ditawarkan kepada orang lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita hendak menunggu tawaran empat tahun, saya rasa ini tidak munasabah lah. Kalau mereka tidak mahu terima tawaran ini atau mereka sudah pun mendapat tawaran di tempat lain, mengapa kita tidak ada satu mekanisme yang boleh tukar kepada orang lain? Buka untuk orang yang perlu.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya setuju. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, empat tahun kelewatan ini bukan sahaja kerana ini tetapi ada juga masalah dari segi perundingan kementerian dengan pihak PBT. Di mana pihak PBT pada awalnya tidak mahu menerima tanggungjawab untuk menyelenggarakan PPR ini. So, ada banyak negotiation pada awalnya yang melewatkan kita memberi penawaran. Yang saya katakan tadi masalah penawaran ini Tuan Pengerusi adalah masalah yang berikutnya. Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa pada satu ketika kita kena buat satu keputusan. Saya sudah beritahu kepada Jabatan Perumahan Negara supaya kita tidak lagi melengahkan. Kalau mereka masih tidak tampil ke hadapan, ramai lagi yang berminat. Saya minta supaya kerajaan negeri bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perumahan Negara. Yang Berhormat Kota Raja, berkenaan dengan Malaysia Housing Guarantee Scheme. Oh, ini yang berkenaan dengan Korean Housing Scheme. Saya hendak bagi makluman kepada Yang Berhormat, kenapa kita tidak bersetuju. Walaupun saya akui bahawa sebelum ini Menteri Perumahan pada waktu itu membuat keputusan bahawa bina kemudian jual itu patut dilaksanakan pada tahun 2015. Akan tetapi pada waktu itu, harga rumah tidak begitu kritikal sangat. Jadi, bila saya menjadi Menteri, saya mengakui bahawa saya yang bertanggungjawab untuk menunda. Saya tidak kata batal tetapi menunda tarikh itu kerana for one simple reason. Prioriti, keutamaan kementerian Tuan Pengerusi, pada waktu ini ialah untuk mengawal atau pun memastikan harga rumah tidak naik begitu mendadak. Salah satu sebabnya ialah kerana penawaran yang saya katakan tadi begitu berkurangan. Bila kita lihat dan buat kajian, bila kita wajibkan bina sebelum jual, tadi ada Yang Berhormat Pokok Sena yang bertanyakan. Sebenarnya, bukan semua pemaju perumahan mampu untuk membuat rumah dahulu sebelum menjual. Sekarang ini mereka mampu kerana mereka mendapat progress payment daripada pembeli. Bermakna, dia jual dahulu sebelum beli. Dengan cara itu ramai atau banyak syarikat yang mampu untuk membina rumah.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bila kita wajibkan bina dahulu sebelum jual, hanya syarikat-syarikat yang mempunyai kewangan yang kuat yang mampu untuk membina rumah sampai siap dahulu tanpa pertolongan atau pun duit daripada pembeli, hanya syarikat yang besar sahaja yang boleh buat. Dengan cara itu, kita khuatir bila syarikat-syarikat kecil, saiz sederhana dan kecil ini tidak lagi mahu membuat rumah kerana mereka terpaksa bina dahulu sebelum dapat dijual. Maka, apa yang akan berlaku ialah penawaran rumah dalam pasaran akan berkurangan. Bila penawaran ini berkurangan, maka kita beranggapan, kita khuatir harga akan naik. Sebab itu prioriti kita pada waktu ini ialah untuk memastikan lebih banyak rumah berada dalam pasaran. Dengan cara itu kita boleh mengurangkan tekanan kepada harga pasaran rumah itu. Saya tidak mengatakan kita tidak akan mempertimbangkan soal tentang bina kemudian jual ini. Mungkin pada masa akan datang bila harga rumah dapat dikawal dengan lebih sistematik. Kita telah buat pun Yang Berhormat, bukan kita tidak pernah buat. Kita bagi juga peluang kepada kontraktor-kontraktor atau pun pemaju perumahan untuk melaksanakan konsep bina sebelum jual tetapi respond daripada pemaju perumahan tidak begitu menggalakkan.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Menteri kerana soalan yang selalu diajukan oleh rakyat ialah negara-negara lain yang Menteri biasa lawati, saya ingat kita tidak banyak mendengar masalah rumah terbengkalai di tempat-tempat lain, di negara- negara lain. Wallahu’alam, mungkin pembacaan saya tidak begitu baik seperti di Singapura dan sebagainya. Jadi, kenapa perkara ini, build and sell ini, bina dan jual ini tidak dapat dilaksanakan oleh pemaju negara kita? Sedangkan di negara-negara lain itulah konsepnya. Itu yang menjadi persoalan besar kepada rakyat. Kalau kita tengok di Singapura, ia ada Housing Board dan sebagainya dan rumah-rumah ini sebenarnya dibina oleh kerajaan sendiri dan kemudian dijual kepada rakyat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya faham kebimbangan Yang Berhormat dan juga tujuan Yang Berhormat tetapi seperti mana yang saya katakan tadi kita kena ikut prioriti dahulu. Dalam keadaan sekarang ini harga rumah meningkat terlalu tinggi. Saya tidak mahu menjadi penyebab kepada harga itu naik lagi. I cannot take that risk, dengan izin Tuan Pengerusi. So, itu sebabnya saya katakan lebih baik kita lewatkan dahulu, kita tunda dahulu sebelum kita wajibkan. Akhirnya nanti, bila kekhuatiran kita tadi penawaran rumah berkurangan, surely harga akan naik. So, I cannot take the chances at the moment sebab sekarang ini prioriti kita ialah untuk menurunkan atau pun memperlahankan kenaikan harga rumah. Untuk makluman Yang Berhormat, soal tentang rumah terbengkalai ini, saya hendak bagi tahu sedikit tentang rumah terbengkalai ini. Sebenarnya, statistik menunjukkan bahawa rumah terbengkalai di Malaysia ini adalah terkawal. Akan tetapi masalahnya ialah bila kita bercakap tentang rumah terbengkalai dalam Dewan yang mulia ini, biasalah rumah terbengkalai ini adalah satu isu yang besar. Besar dari segi emosinya bila ia dikeluarkan terpampang 200 keluarga terkesan akibat rumah terbengkalai. 200 orang keluarga yang begitu marah dalam surat khabar, dalam media dan sebagainya, itu mengundang satu reaksi emosi daripada kita. Saya tidak ingin memperkecilkan keperitan yang dialami oleh mereka. Akan tetapi secara statistiknya jumlah rumah terbengkalai jauh lebih rendah daripada rumah yang lancar dibina di negara ini. Jadi, daripada segi statistik it is very-very low. I think kalau saya tengok di sini, bilangan projek yang dilancar 3,772. Hanya 226 itu pun yang lewat dan sakit sudah termasuk dalam itu. Jadi, it is under control.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh bangun, Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Cuma dari segi emosinya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan dan saya sangat bersetuju tentang

banyaknya berlaku silap faham tentang seolah-olah kalau sistem bina dan jual itu lebih menjimatkan.

Sebenarnya bagi yang memahami sistem dan proses pembinaan, apabila konsep siap dan bina itu kalau dipaksakan, dia boleh membawa kepada peningkatan harga kerana pertama sekali, kontraktor yang ingin membina terpaksa mengaturkan apa yang diistilahkan sebagai bridging finance. Dalam sistem konvensional yang kita pakai sekarang, mungkin bridging finance yang diperlukan itu mungkin hanya 20% ke 30% daripada kos dan selepas itu bila penjualan dilakukan awal, maka end financing yang diaturkan akan menyelamatkan kos kerana bayaran mula dibayar secara progress di bawah end financing yang diaturkan. Dengan demikian, segala kos yang naik termasuk kenaikan harga barang dan sebagainya selepas end purchase agreement ditandatangani tidak terpindah kepada pengguna. Adalah berbahaya untuk kita mengandaikan bahawasanya siap baru jual sebenarnya kita menyebabkan compounding problem dan juga semua kos pemaju akan memilih untuk tangguhkan dan longgokan pada hujung dan sale sebenar dilakukan di luar. Sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada, apa tadi?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kota Raja.

Kota Raja.

Yang Berhormat Kota Raja, sebenarnya tidak berapa tepat. Kebanyakan amalan penjualan harta tanah terutamanya residential yang dibuat awal ini boleh dikatakan menyeluruh, seluruh dunia. Jarang sekali negara yang memaksa pemaju-pemaju untuk melakukannya secara bina siap kemudian jual.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Ketereh. Ini yang saya katakan tadi bahawa fenomena ataupun risikonya ialah harga rumah akan naik bila kita gunakan sistem ini.

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, banyak lagi ini.

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. saya hendak respons, bukan apa, memang kita peduli sangat dengan industri perumahan tetapi safety net kita kepada pembeli, you must remember. Orang-orang yang membeli ini, inilah satu-satu rumahnya. Apabila rumah terbengkalai, mereka terpaksa servis lagi kepada bank dan sekiranya mereka gagal, mereka dibankrapkan. Jadi bagi kita yang mampu, kita tak merasakannya tetapi rakyat walaupun dikatakan hanya beberapa beratus, ada yang sudah berzaman sampai sekarang. Tidak ada solusi dan mereka masih menanggung hutang dengan bank. Itu sahaja.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, saya memahami Yang Berhormat Kota Raja. Saya memang memahami...

Tak boleh simplistic juga memandang hal ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa ini adalah satu seperti saya kata, menggamit perasaan bila ada yang rumah terbengkalai, sudah tentu kita bersimpati dengan mereka. Akan tetapi kita tidak boleh menyelesaikan satu masalah tetapi dengan cara menyelesaikan masalah itu kita membuka satu masalah yang lebih besar. Oleh sebab itu kerajaan terpaksa mengimbangi semua perkara seperti mana Yang Berhormat Ketereh katakan tadi, buat masa ini kita berpandangan bahawa kalau kita impose atau wajibkan bina sebelum jual, ia akan menyebabkan harga akan naik. Ini yang akan menjadi masalah sebab kita tahu rakyat Malaysia sekarang ini sedang khuatir dan gusar mengenai dengan kenaikan harga rumah. So, kita kena ikut prioriti pada masa ini. Untuk makluman seperti mana saya katakan tadi, 226 projek terbengkalai dibandingkan dengan 3,772 projek yang telah dilancarkan. So, bukan kita tidak mengambil

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

tindakan Yang Berhormat. Banyak peruntukan dalam akta ini telah kita ketatkan untuk mengambil kira soal perumahan terbengkalai dalam negara kita ini. Seterusnya, saya hendak menjawab Yang Berhormat, ini berkenaan dengan JPP. Sekali lagi sahabat saya daripada Parit Buntar mengatakan tentang Jawatankuasa Perwakilan Penduduk bertentangan dengan Perlembagaan. Kemudian, ini kononnya adalah campur tangan Kerajaan Persekutuan. Kemudian kerana struktur ahli majlis di PBT telah sedia ada dan kita tidak perlu ada konflik antara JPP dan juga ahli majlis. Saya telah menjawab soalan ini banyak kali dalam Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi tetapi saya ulang sekali lagi bahawa berdasarkan Perlembagaan Kerajaan Tempatan adalah kuasa kerajaan negeri. Penubuhan JPP dibuat secara pentadbiran. Kita tahu bahawa kerajaan tempatan ataupun local government, pihak berkuasa tempatan itu wujud kerana ada provisi dalam Perlembagaan. Akan tetapi kita tubuhkan JPP melalui pentadbiran. Jadi ia tidak terikat ke mana-mana perundangan. Malah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk tidak mempunyai apa-apa kuasa perundangan dan penguatkuasaan. Kita tidak boleh mengenakan cukai, JPP lah maksud saya. JPP tidak boleh mengenakan cukai, tidak boleh kompaun, tidak boleh menyita harga, tidak boleh mengeluarkan membuat undang-undang kecil. Semua itu masih lagi dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. So, tanggungjawab PBT masih berterusan tetapi seperti mana yang saya jawab dahulu, kita mempunyai masalah bila isu perbandaran ini semakin kompleks dan ia melibatkan banyak agensi Kerajaan Persekutuan, banyak. Perumahan, kesihatan, pendidikan, polis, bomba dan sebagainya, banyak perkhidmatan yang kita beri kepada penduduk di kawasan bandar sebenarnya hampir 70%, 80% adalah daripada agensi Kerajaan Persekutuan. Bila kita melihat bahawa banyak isu yang dibangkitkan di peringkat bawah, maka kita tubuhkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dengan hasrat untuk mendekatkan diri Kerajaan Persekutuan ini kepada penduduk di bandar. Saya rasa itu tidak patut dijadikan satu polemik yang berterusan. Kita anggap ia menjadi satu compliment kepada pihak berkuasa tempatan. Kuasa-kuasa PBT masih tetap berjalan daripada segi perundangan, daripada segi kuasa dan sebagainya. Kita seperti juga Rukun Tetangga, persatuan penduduk perumahan, taman perumahan dan sebagainya. Ini semua adalah kelompok- kelompok sel-sel yang cuba untuk membantu menyelesaikan isu. Oleh sebab itu saya ingin minta Yang Berhormat supaya berlapang dada dan menerima JPP ini sebagai satu cara untuk kita menyelesaikan masalah-masalah yang ada kaitan dengan masalah perbandaran yang kompleks. Masalahnya besar Tuan Pengerusi. Kita tidak lagi hanya menceritakan tentang perumahan. Sekarang ini isu perbandaran melangkaui isu-isu tersebut. Kita sekarang ini, orang bandar mahu menceritakan tentang bagaimana mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Dahulu tak ada orang bercakap pasal itu. dahulu mungkin kita bercerita pasal bandar ini tentang parit tersumbat, jalan raya yang belum...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap. Jalan raya yang berlubang ataupun traffic light yang mati dan sebagainya, yang tidak berfungsi. Akan tetapi sekarang ini, isu yang dibawa oleh penduduk bandar ini begitu kompleks sekali tentang sustainability of a city, resiliency of the city dengan izin. Ada yang selalu fikirkan kalau ada bencana alam di bandar saya ini, apakah pegawai-pegawai saya, pegawai-pegawai perbandaran ini mampu untuk menyelamatkan kami ataupun making sure that we survive this bencana. Jadi isunya lebih besar dan kita mahu mendekatkan Kerajaan Persekutuan dengan cara ini. Kita juga ada majlis perwakilan penduduk yang Yang Berhormat Parit Buntar katakan tadi di mana kita akan menjemput semua ketua jabatan Kerajaan Persekutuan supaya duduk bersama-sama dengan pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk for the first time, buat pertama kalinya. Wakil-wakil penduduk ini akan dapat bersemuka dengan semua ketua Jabatan Persekutuan di dalam satu suasana mesyuarat yang sistematik, mempunyai minit, ada tindak balas, maklum balas dan sebagainya dan diurus setiakan oleh Unit Kesejahteraan Bandar yang kita tubuhkan di setiap PBT.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Ampang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri memberikan satu penjelasan yang agak panjang lebar mengenai komposisi perwakilan penduduk tadi itu. Adakah mereka ini dilantik, oleh sebab kompleks masalah perbandaran dan sebagainya, adakah mereka dilantik ini terdiri daripada pakar-pakar daripada bidang- bidang tertentu dan setahu saya kemungkinan besar mereka ini adalah lantikan politik yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk memantau kerja-kerja kita terutama di negeri pihak pembangkang. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskannya, terima kasih.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Majlis, sekejap saya jawab dahulu. Tidak betul, mereka tidak semestinya adalah pakar. Mereka adalah pemimpin-pemimpin tempatan yang boleh membawa isu yang diangkat kepada mereka kepada pihak kementerian. Kita ada satu sistem buat pertama kali sekali lagi, kita mempunyai sistem di mana kementerian saya dapat observe dengan izin isu-isu yang dibawa di peringkat akar umbi. Contohnya dulu, kalau mereka hendak membuat satu aduan, mereka akan menulis surat kepada jabatan. Mungkin dapat dibalas, tidak dibalas. Akan tetapi sekarang ini mereka mempunyai peluang untuk berdepan dengan PPD, dengan pengarah hospital, dengan OCPD, semua Ketua Jabatan Persekutuan yang ada di daerah itu dan mereka mendapat input ataupun respons yang cepat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang lebih penting daripada itu kita ada sistem minit mesyuarat sebagainya daripada unit yang kalau kita letak di PBT tersebut untuk memberi makluman kepada kita dan yang lebih penting untuk perkara yang lebih penting follow true apa aduan-aduan yang dibuat. Jadi bukannya lantikan politik. Ia adalah lantikan yang dibuat berdasarkan kemampuan mereka untuk berinteraksi dengan penduduk.

Sedikit. Apa beza yang ada sekarang Menteri, Tuan Pengerusi? Oleh sebab apa yang kita laksanakan sekarang ialah apabila kita ada majlis dialog, majlis maklum balas daripada penduduk, kita memanggil semua perwakilan daripada polis, daripada bomba, daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi apakah hendak berlapik dan bertindih kerja-kerja ini?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya mempunyai pengalaman Yang Berhormat apabila ada di kawasan-kawasan tertentu kita tidak diberikan pengiktirafan langsung. Jadi saya anggap ini adalah sebagai sebahagian tambahan kepada penambahbaikan apa yang saya katakan tadi sistem. Kita kena ingat PBT bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Saya tidak katakan kerajaan pembangkang, semua juga kerajaan termasuk juga negeri-negeri Barisan Nasional. Kita mempunyai masalah kadang-kadang apabila PBT ini answerable kepada Pihak Berkuasa Negeri, birokrasinya banyak sangat tetapi buat pertama kali sekali lagi saya hendak tekankan buat pertama kali penduduk di bandar boleh berhubung terus dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini. Jadi kita jangan anggap sebagai satu percubaan. Saya kira kita boleh complement each other dan JPP ini ditubuhkan di semua negeri. Bukan sahaja di negeri-negeri pembangkang tetapi juga di negeri-negeri Barisan Nasional. Can I move on?

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih kepada menteri. JPP ini yang timbul permasalahan ialah saya sebut Tuan Pengerusi isu dahulu Jawatankuasa Keselamatan Kampung kita ada Persekutuan. So apabila kita hendak buat sesuatu barangkali berlaku pertembungan pelantikan dalam satu kampung juga bahawa ada dua JKK dan ini berlaku pada kerajaan-kerajaan yang di negeri itu Barisan Nasional lah pembangkang. Jadi maksud saya, kenapa kita ulangi fenomena yang sama dengan kita melaksanakan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ini dan dengan peruntukan yang besar juga. Itu satu yang lebih penting. Kedua, saya minta penjelasan bahawa Majlis Perwakilan Penduduk ini terdiri daripada Datuk Bandar, Yang di-Pertua ini disebut atau dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kalau betullah saya punya rujukan ini, wakil JPP zon, pemimpin tempatan Persekutuan, ketua jabatan. saya hendak bagi contoh di Parit Buntar contohnya sekarang yang diamalkan sekarang. Mesyuarat Pembangunan Daerah kami tidak dijemput untuk hadir sebagai ahli. Jadi apabila kami tidak dijemput banyak isu yang

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

kami secara akar umbi deal tidak dapat kita bawa dan ia lebih kepada isu yang mungkin kita kata bukan politik tetapi pelantikan itu sebenarnya adalah pelantikan politik. Jadi oleh sebab itu sahaja kebimbangan yang kami cuba lahirkan di sini dan saya minta menteri bagi sedikit gambaran berapa JPP yang sudah ditubuhkan dan berlaku penyelesaian yang baik. Adakah di Pulau Pinang sudah buat? Di Selangor macam mana?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Nanti statistik itu saya akan bagi secara bertulis sebab ia ad hoc. Seperti mana yang saya katakan tadi kalau kita hanya membuat JPP ini di negeri-negeri pembangkang, itu mungkin your case may be right tetapi kita buat di seluruh Malaysia, di negeri-negeri yang juga ditadbir oleh kerajaan negeri Barisan Nasional. Tuan Pengerusi, izinkan saya meneruskan sebab banyak sangat lagi ini.

Kuala Langat tidak jawab lagi.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

You kemudian sekali. Sebut nama Yang Berhormat Hulu Langat keluar, kena beli four digit hari ini. Yang Berhormat Hulu Langat Tuan Pengerusi meminta kesan pelaksanaan sistem pengasingan sisa menjadi punca ke atas operasi incinerator.

Menteri beli four digit kah?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ampang. Saya ada dalam sini Yang Berhormat Ampang, saya puji Yang Berhormat Ampang, saya tarik balik muka surat itu. Saya kata dengan pegawai saya tadi buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ampang tetapi kalau macam ini saya tarik baliklah muka surat itu.

Menteri hendak beli four digit. Itu saya kata Menteri main four digit kah?

[Ketawa]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Hulu Langat bertanya tentang isu di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Yang Berhormat bertanyakan tentang kesan pelaksanaan pengasingan sisa di punca ke atas operasi incinerator. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan pengasingan sisa di punca akan memberi sedikit kesan kepada calorific value sisa pepejal. Walau bagaimanapun ia tidak memberi kesan kepada kecekapan proses pembakaran dan operasi keseluruhannya bagi loji incinerator. Kemudian Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanyakan tentang penggunaan tenaga dari gas metana yang dihasilkan dari tapak pelupusan. Penggunaan tenaga dari gas metana hanyalah viable bagi tapak pelupusan yang mempunyai kapasiti melebihi 1 juta tan sisa pepejal. Dalam hal ini tapak pelupusan yang besar yang mencapai kapasiti tersebut iaitu tapak pelupusan sanitary di Bukit Tagar Selangor dan Seelong Johor mempunyai facility untuk menjana tenaga elektrik daripada gas metana di tapak pelupusan. Yang Berhormat Hulu Langat bertanya tentang peruntukan untuk ataupun subsidi bantuan kepada syarikat pengurusan sisa pepejal di Sabah dan Sarawak. Peruntukan mengurus yang disediakan adalah bagi perkhidmatan syarikat konsesi di negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta 672. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pengurusan sisa pepejal masih lagi di bawah PBT masing-masing. Walau bagaimanapun peruntukan pembangunan adalah diagihkan untuk projek- projek di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam tahun 2015, projek-projek berikut telah siap dibina iaitu Tapak Pelupusan Kayu Madang di Sabah, Tapak Pelupusan Sibuti Sarawak, Tapak Pelupusan Kemunyang Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM84 juta. Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanyakan tentang bentuk pembangunan di bawah BP5 ada sistem pengurusan pepejal bersepadu di seluruh negara. Adalah dasar kementerian untuk menguruskan sisa pepejal secara bersepadu. Pada masa ini satu sistem bersepadu telah dibina di Ladang Tanah Merah, Port Dickson yang telah beroperasi pada 16 November 2015. Projek ini akan dinilai keberkesanannya dan dijadikan penanda aras bagi pelaksanaan projek-projek facility pengurusan sisa pepejal yang lain.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, this is, ini adalah satu projek yang saya rasa baru. Saya melawat kawasan ini seminggu yang lepas dan saya telah lancarkan. Ini adalah satu cubaan baru daripada kementerian untuk membina satu tapak pelupusan sampah yang menggunakan teknologi yang berbagai-bagai for the first time. Itu sebabnya dikatakan bersepadu. So kalau ia berkesan nanti insya-Allah kita akan teruskan usaha kita iaitu untuk membawa konsep ini kepada tapak pelupusan yang lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri tidur.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Hulu Langat, dia lagi. Okey sorry. Di bawah Jabatan SWS Corp, Solid Waste Solutions adakah program pembangunan 3R termasuk dalam RM83 juta yang diperuntukkan oleh SWS Corp? Itu soalannya. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM80 juta adalah untuk emolumen dan bekalan perkhidmatan. Walau bagaimanapun sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk melaksanakan program 3R iaitu reduce, reuse and recycle melalui pelbagai program yang dibuat oleh kumpulan sasaran berikut iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar prasekolah, pelajar universiti awam dan swasta, komuniti dan juga agensi kerajaan dan swasta. Selain itu kementerian melalui SWCorp juga akan meningkatkan program engagement bersama masyarakat untuk melaksanakan program pengasingan sisa di punca yang telah pun dilaksanakan pada 1 September 2015. Kita beralih ke Jabatan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat meminta permohonan pembinaan tandas awam di Taman Sri Sulong. Insya- Allah saya telah berbincang dengan Timbalan Menteri. Timbalan Menteri kata ini penting maka dia kata tahun 2016 insya-Allah akan dilaksanakan tandas awam di Taman Seri Sulong. Kemudian permohonan menaik taraf dewan di Taman Seri Sulong ini akan dipertimbangkan

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Sulong tidak payah bangunlah.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okeylah itu.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak, bukan, bukan sebab permohonan ini sudah hantar kepada Yang Berhormat Menteri sendiri tahun 2014. Jadi dua tahun hendak bina. Jadi terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sebenarnya Yang Berhormat Parit Sulong yang kecil seperti tandas ini kita lewatkan sedikit tetapi saya dapat maklumat untuk yang besar...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Patut yang besar MP sahaja buat tandas awam.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi saya dimaklumkan banyak lagi projek KPKT yang besar-besar yang dibuat di kawasan Yang Berhormat, insya-Allah yang telah pun siap dan tandas awam ini kerana ia kecil maka kita buat pada tahun 2016.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Juga minta permohonan pembinaan kompleks perniagaan berkonsepkan uptown. Ini akan dikaji dan melihat kesesuaian untuk dipertimbangkan. Untuk makluman yang Yang Berhormat, untuk maklumat bagi tujuan peluang perniagaan pada tahun 2014, ini untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong. Sebuah pasar awam telah dibina di Taman Murni di Batu Pahat itu di bawah kawasan Parlimen Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bukan, minta maaf. Itu kawasan Parlimen Batu Pahat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, pada tahun 2015 satu lagi pasar awam dibina di kawasan Yang Berhormat ataupun dan juga Batu Pahat. Okey, yang itu kita telah diluluskan. Bukan apa Yang Berhormat, sebenarnya bila saya berbincang dengan Yang Berhormat Menteri, pasal isu Yang Berhormat Parit Sulong selalu timbul dari mulut Yang Berhormat Menteri. Saya pun tidak tahu apa hubungan. [Disampuk]

Menteri, Menteri jawab ikut tajuk kah ikut Ahli Parlimen?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ikut Jabatan. Saya cuba, saya ikut jabatan. Kalau ada yang lain saya akan masukkan nanti.

Saya punya Jabatan Perumahan, tidak jawab lagi ini. [Ketawa]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Lenggong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mohon supaya Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong dinaik taraf. Kementerian memberi keutamaan pembinaan balai-balai bomba baru Yang Berhormat terutama bagi kawasan-kawasan yang belum mempunyai balai bomba. Ini tidak bermakna kementerian mengabaikan balai-balai yang sedia ada yang perlu dinaik taraf. Misalnya pada tahun hadapan sebanyak tujuh buah balai bomba akan dibina, dinaik taraf. Buat masa ini Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong belum lagi tersenarai. Harap Yang Berhormat Lenggong bersabar kerana kementerian mempertimbangkan untuk menaik taraf Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bila tiba masanya. Akan tetapi, saya ada maklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia supaya mengekalkan ciri-ciri balai bomba yang sedia ada yang begitu nostalgik dan mempunyai sejarah yang begitu tinggi supaya kalau ada nanti dinaik taraf ataupun bina baru stesen balai bomba yang lama yang ada sekarang ini yang telah berumur berpuluh-puluh tahun itu supaya dikekalkan. Insya-Allah. Kemudian, Yang Berhormat Lenggong mencadangkan supaya kementerian membaiki perkhidmatan bomba bagi kawasan di seberang sungai yang mengambil masa yang lama bagi bomba sampai sekiranya berlaku kebakaran. Kementerian sentiasa menggalakkan penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan-kawasan yang jauh dari balai bomba dan kementerian akan membantu dari segi peralatan dan latihan asas bagi pasukan ini. Sehingga kini sudah ada sebanyak 340 pasukan bomba sukarela di seluruh negara dengan keahlian seramai 13,000 orang. Kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat amat dialu-alukan bagi membantu pasukan-pasukan bomba sukarela khususnya dalam aspek kebajikan dan kepimpinan. Yang Berhormat Sibuti mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana meluluskan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah. Akan tetapi, memohon supaya pegawai bomba yang terlatih dihantar dan peralatan-peralatan yang dihantar itu bukannya second hand. Pada masa ini, Balai Bomba Batu Niah sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2016. Kementerian akan memastikan balai bomba ini akan beroperasi dengan baik sebagai mana balai-balai bomba dan penyelamat di seluruh negara dengan mempunyai keanggotaan yang terlatih dan peralatan yang mencukupi. Yang Berhormat Hulu Rajang bertanyakan tentang balai bomba dan penyelamat di Belaga. Bilakah akan dibina? Mana Yang Berhormat.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih, bilakah?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya faham Yang Berhormat sudah lama minta dan kerajaan telah meluluskan peruntukan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Belaga dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kesebelas.

Tuan Wilson Ungak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Justeru, kerja-kerja pembinaan balai bomba akan bermula pada Julai 2016 dan dijangka siap pada tahun 2018 kerana Yang Berhormat ialah Yang Berhormat daripada Barisan Nasional yang bekerja kuat memastikan Hulu Rajang berada dalam kawasan Barisan Nasional. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, bilakah balai bomba di Seksyen 4 akan siap dibina kerana didapati kerja-kerja pembinaan seperti tidak ada kemajuan. Untuk makluman Yang Berhormat punca kelewatan pembinaan adalah disebabkan semakan semula reka bentuk bangunan dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Disember 2015 dan dijangka siap pada tahun 2017.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kota Samarahan meminta supaya permohonan Balai Bomba Asajaya bagi tahun 2016. Beliau dinyatakan telah tidak diluluskan. Justeru mohon kerajaan memberi pertimbangan ke atas permohonan Balai Bomba Asajaya kerana bantuan balai bomba terdekat begitu jauh. Kementerian akan mengemukakan permohonan bagi pembinaan Balai Bomba Asajaya untuk tahun 2017 kerana kita gagal untuk mendapatkan peruntukan untuk 2016. Di Asajaya terdapat satu pasukan bomba sukarela yang beralamat di Kampung Sungai Buloh Sadong Jaya, Kota Samarahan dengan keahlian 64 orang. Yang Berhormat Rasah ingin penjelasan sama ada kerana kilang memproses sisa bahan kimia berjadual yang terdapat di Sendayan menepati ciri-ciri keselamatan. Adakah kilang berkenaan perlu dipindahkan memandangkan kawasan berkenaan pesat membangun. Pemeriksaan yang dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati kilang berkenaan mempunyai ciri-ciri keselamatan kebakaran yang mencukupi. Selepas kejadian kebakaran yang berlaku pada 27 Februari 2015, pihak syarikat telah meningkatkan lagi tahap keselamatan dengan membina sebuah balai bomba sendiri dengan dilengkapi sebuah jentera bomba, sebuah jentera hazardous material ataupun Hazmat dan sebuah ambulans. Ini bagi memastikan sebarang kecemasan akan ditangani segera. Isu perpindahan kilang ini tidak timbul kerana kilang ini berada di zon perindustrian yang mempunyai jarak penampang atau buffer zone yang mencukupi dengan penduduk dan kilang-kilang berhampiran. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Kuala Selangor mengatakan apakah kaedah yang dilakukan oleh kementerian dalam menangani panggilan palsu.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah bangun. Sila, ringkas ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Mengenai isu keselamatan kilang memproses sisa-sisa toksik berjadual ini. Yang Berhormat Menteri sebenarnya kilang ini sepatutnya dihentikan operasi pada tahun ini. Akan tetapi, kebetulan telah pun mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Pusat untuk terus beroperasi selama 15 tahun. Jika boleh saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri kalau boleh turun ke kawasan tersebut dan meneliti dengan diri sendiri di mana sebenarnya ia memang agak dekat sekali sangat dengan tempat penduduk. Saya berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan yang sewajarnya atas permintaan penduduk di situ.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya baru di situ minggu lepas. Saya melawat kawasan itu minggu lepas. Saya lalu kawasan itu. Di syarikat berkenaan. Seperti mana yang dikatakan di sini, tidak timbul isu memindah kilang ini kerana ia berada di zon perindustrian dan mempunyai corak jarak penampang atau buffer zone yg mencukupi dengan penduduk dan kilang yang berhampiran seperti mana yang diperlukan oleh peraturan-peraturan. Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Kuala Langat. Apakah kaedah yang dilakukan oleh kementerian dalam menangani panggilan palsu dan apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas pemanggil yang membuat panggilan palsu. Ini disoal oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Kuala Langat. Setiap panggilan yang diterima akan ditapis kakitangan profesional yang terlatih di bawah Perkhidmatan Pengendalian Kecemasan Malaysia ataupun MERS 999. MERS 999 juga menggunakan automatic number identification dan automatic location identification dengan izin. Berdasarkan based station yang memudahkan lokasi pemanggil dikenal pasti. Mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kesalahan menyalahgunakan talian keselamatan 999 boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya sekali. Yang Berhormat dan Tuan Pengerusi soal tentang panggilan palsu ini. Ini sebenarnya adalah isu yang paling menyakitkan hati kita. Ini sebab, sebenarnya kita

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

menerima banyak panggilan palsu tetapi pihak bomba juga dari pengalaman mereka cuba untuk mengenal pasti di mana palsu dan yang mana tidak. Selalunya mereka berjaya, akan tetapi ada juga panggilan-panggilan palsu yang mana 50-50 palsu atau tidak kerana yang memanggil itu pandai berlakon. Akan tetapi Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak mahu menanggung risiko. Mereka akan menghantar anggota dan peralatan ke kawasan dikenal pasti yang dikatakan kebakaran atau kemalangan, hanya bila sampai di situ mereka dapati adalah panggilan palsu. Kes ini banyak sampai dekat 500 kes setahun. Oleh sebab itulah, saya katakan panggilan palsu ini bukan sahaja sistem ini boleh mengekang tetapi budaya orang Malaysia yang menggunakan 999 hanya untuk permain- mainkan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ini perlu kita kekang bersama. Mesti ada satu, rakyat Malaysia mesti faham bahawa ini adalah satu perkara yang betul- betul perkara yang hina kerana ia melibatkan nyawa kalau ada kebakaran di tempat lain pihak bomba tidak dapat pergi ke tempat yang betul-betul ada kebakaran. Tuan Pengerusi...

Menteri, Menteri..

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kapar bangun.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyelami pendapat yang sama bersama dengan kementerian tentang panggilan-panggilan yang menipu ini. Berapa banyak kes yang telah dihadapkan ke mahkamah dalam tahun ini Yang Berhormat Menteri yang telah dibawa. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Seperti mana yang saya katakan tadi, kita sukar, amat sukar sekali untuk kementerian saya. Akan tetapi ada dua, tiga buah agensi yang mempunyai akta yang boleh kita guna pakai iaitu akta di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan satu lagi tadi saya sudah lupa. Ada dua akta yang boleh diguna pakai, dan itu tidak berada dalam kementerian saya. Saya harapkan rakan-rakan saya dalam kementerian yang berkenaan dapat meningkatkan, saya rasa polis yang mempunyai akta yang bersangkut paut. Akan tetapi amat sukar Yang Berhormat, very difficult untuk kita mengenal pasti, bawa bukti dan bawa ke mahkamah untuk menuduh mereka. Akan tetapi apa yang pasti perkara ini berlaku. Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu kelewatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memperbaharui Lesen Penyelenggaraan Alat Pemadam Api Mudah Alih. Yang Berhormat, Lesen Penyelenggaraan Alat Pemadam Api Mudah Alih dilakukan secara online Yang Berhormat dan kelewatan pembaharuan berpunca daripada kegagalan competent person untuk memperbaharui lesen mereka kerana setiap premis mesti mempunyai seorang pegawai. Bukan pegawai bomba tetapi pegawai syarikat tersebut yang dianggap sebagai competent person itu tidak memperbaharui lesen mereka menyebabkan permohonan pembaharuan Lesen Penyelenggaraan Alat Pemadam Api Mudah Alih tidak dapat diproses. So, surat amaran kepada kontraktor penyelenggaraan telah dikeluarkan dua bulan lebih awal tetapi kebanyakan kontraktor menunggu sehingga saat akhir untuk memohon pembaharuan. Jadi saya ambil maklumlah Yang Berhormat...

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak apalah Yang Berhormat. Ini bukan isu besar...

Yang Berhormat Menteri, mencelah sedikit.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maklumat yang saya terima, kebanyakan kontraktor ini kontraktor senior yang

tidak begitu bijaksana dalam soal dalam menggunakan online ini. Namun yang demikian, hanya seorang pegawai sahaja yang mengendalikan permasalahan ini, dan rata-ratanya kebanyakan kontraktor yang terlibat kerja-kerja pencegahan kebakaran ini ialah bumiputera. Saya melihat keperluan untuk menambahkan lagi pegawai untuk memastikan mereka ini tidak menyulitkan permohonan untuk renew lesen ini terutama dalam jabatan bomba khususnya Jabatan eFEIS, Putrajaya. Perlu ditambah untuk kemudahan kontraktor menyelesaikan permasalahan mereka berkenaan dengan kerja-kerja yang telah mereka lakukan dan mohon. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat tidak mendengar jawapan saya. Saya sudah katakan permohonan melalui online. Masalahnya ialah... [Disampuk] Sekejap.

Dua isu. Satu, permohonan online betul. Satu lagi permasalahan kontraktor.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, Yang Berhormat.

Kontraktor itu memerlukan komunikasi, itu yang dimaksudkan yang saya dimaklumkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dengar sekali lagi Yang Berhormat. Saya kata tadi permohonan online. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, masalahnya apabila semua kontraktor ini hendak renew lesen pada saat akhir, berapa banyak pun pegawai-pegawai yang kita ada Yang Berhormat tidak akan mencukupi. That’s the problem. Semua hendak buat pada minggu yang terakhir, contohnya. So, itu satu masalah. Kedua, competent person yang ada dalam syarikat itu, lesen yang ada pada dirinya itu perlu diperbaharui. Without that license you cannot, dengan izin Tuan Pengerusi, tidak boleh diperbaharui semua yang lain-lain itu. So, jangan menyalahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, saya rasa tidak ada masalah sebenarnya. Akan tetapi kalau syarikat-syarikat kontraktor tersebut mempunyai keprihatinan, buat cepat dan you know bagi ruang untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memberikan komen mereka. Alamak Yang Berhormat Kuala Langat lagi?

...Mestilah.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Adakah kementerian bercadang untuk menyediakan peruntukan kepada pihak sekolah bagi tujuan penyelenggaraan alat pemadam api memandangkan keselamatan pelajar-pelajar perlu diutamakan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan membeli dan menyelenggarakan alat pemadam api ini akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat Kuala Selangor mengucapkan...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri. Bagan Serai, sedikit pencelahan.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Jadi cerita alat pemadam api yang kecil dan mudah alih ini, saya hendak bagi contohnya di Parlimen Bagan Serai. Tahun lepas ada tiga kebakaran yang melibatkan kematian. Bomba sudah datang tetapi waktu itu agak mengambil masa, tidak ada alat pemadam api di rumah. Satu lagi kebakaran yang berlaku dalam kereta di highway. Orang yang datang berhenti tengok ajar mengucap tetapi satu orang pun tidak ada bantuan awal sebelum bomba datang. Cadangan saya agar semua rumah ataupun kereta, mesti ada alat pemadam api untuk bantuan awal sebelum bomba datang. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya lah Yang Berhormat, ini soal hidup mati sepatutnya ada tanggungjawab masing-masing. Takkanlah kerajaan- kita tidak mahu kerajaan ini bagi peraturan di situ, dan mewajibkan di sini- kalau kita tahu dan sayang kepada nyawa atau keluarga kita, belilah sendiri dan letakkan di rumah dan juga...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Menteri, kebanyakan rumah tidak ada.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya lah maksud saya biarlah masing-masing. Kalau dia sayang nyawa, harta dia belilah. Kita tidak mahu supaya kerajaan terpaksa mewajibkan. Seolah-olah kerajaan mesti mengurus segala apek kehidupan kita. Kalau kita sayang kepada keluarga dan harta benda kita, belilah sendiri. Akan tetapi saya faham apa Yang Berhormat katakan, dan saya menyokong tentang keprihatinan Yang Berhormat. Sedikit lagi ya. Yang Berhormat Parit Buntar. Pelaksanaan Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia di Pulau Pinang dan juga skop kerja di bawah program TP1M dan juga meminta supaya bilangan lokasi program TP1M di Pulau Pinang dan lain-lain negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia adalah bertujuan untuk membaik pulih rumah berstrata kos rendah dan sederhana rendah swasta. Terdapat lapan skop yang terlibat di bawah program TP1M ini iaitu: (i) membaikpulih/mengganti lif; (ii) membaikpulih/mengganti tangki air dan sistem retikulasi; (iii) membaikpulih/mengganti paip sanitari; (iv) membaikpulih/mengganti bumbung; (v) membaikpulih/mengganti tangga dan handrail; (vi) mengecat bangunan- harta bersama setiap 10 tahun; (vii) pendawaian dan elektrikal; dan (viii) membaikpulih kerosakan umum pada kemudahan awam ataupun harta bersama yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni. Untuk makluman Yang Berhormat juga, di bawah program TP1M bagi permohonan berstrata kos rendah swasta, 90% akan dibiayai oleh kerajaan, dan 10% lagi akan dibiayai oleh pihak pengurusan. Manakala bagi permohonan berstrata kos sederhana rendah swasta, 70% akan dibiayai oleh kerajaan, dan 30% lagi akan dibiayai oleh pihak pengurusan. Bagi tahun 2015, di bawah program TP1M, sebanyak 16 buah lokasi projek telah diluluskan di Pulau Pinang dengan kos berjumlah RM8.4 juta. Kita sayang pada Pulau Pinang Yang Berhormat. Terdapat lapan perumahan berstrata kos rendah dan perumahan berstrata kos sederhana rendah yang terlibat bagi tahun 2015 di Pulau Pinang dan lokasi projek yang terlibat adalah seperti berikut: (i) Rumah Pangsa Mutiara Perdana; (ii) Rumah Pangsa Desa Sri Ara, Bayan Lepas; (iii) Rumah Pangsa Taman Bukit Jambul; (iv) Saujana Heights, (v) Apartment Permata, Bukit Mertajam; (vi) Uptown Permata Blok 07, Bukit Mertajam; (vii) Pangsapuri Kos Rendah Taman Seri Janggus, Bukit Mertajam; dan (viii) Rumah Pangsa Tun Hussien Onn, Seberang Jaya; Kemudian kos sederhana rendah pula: (i) Rumah Pangsa Taman Pauh Indah, Permatang Pauh; (ii) Rumah Pangsa Taman Pauh Indah, fasa IV; (iii) Pangsapuri Indah, Taman Teluk Air Tawar, fasa 1C; (iv) Pangsapuri Indah, Taman Air Tawar Indah;

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

(v) Taman Desa Genting, Balik Pulau; (vi) Rumah Pangsa Tingkat Nusantara, Jalan Perak; (vii) Rumah Pangsa Bukit Dumbar, Blok 96; dan (viii) Rumah Pangsa Seri Bayu. Kerajaan amat prihatin terhadap keperluan penghuni khususnya. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, saya telah membuat satu sedikit perubahan dasar mulai tahun hadapan iaitu mana-mana projek rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah ini yang ingin memohon dana untuk membaiki lif, handrail, electrical dan sebagainya, saya tidak memerlukan lagi 10% kerana Kerajaan Persekutuan akan menanggung 100%, semua kos penyelenggaraan lif dan pendawaian tersebut. Jadi kita tidak mahu nanti, oleh sebab mereka tidak mampu untuk mengeluarkan 10%, maka lif mereka rosak. Jadi, ini tidak adil kepada mereka. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membiayai 100%. Kalau ia berkaitan dengan membaiki lif, hand railing, pendawaian dan ada perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan. Terima kasih, itu idea yang baik. Okey hendak habis sudah ini. berapa minit lagi Tuan Pengerusi? Pukul berapa saya habis?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sepatutnya sudah.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sudah habis?

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, bagi saya masa 10 minit.

Yang Berhormat Menteri. Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Silam.

Tuan Pengerusi, semalaman saya menyediakan teks ucapan saya untuk hari ini. Pagi ini saya berdiri 10 kali, tetapi tidak dapat peluang. Adakah ini bermakna Yang Berhormat Menteri, masalah-masalah yang dihadapi di Parlimen Silam sebab tidak dapat diutarakan pada pagi ini tidak akan diambil tindakan oleh kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini yang baru ini nanti Yang Berhormat Silam jumpa Yang Berhormat Menteri ya. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, saya tadi terikat kepada peraturan Yang Berhormat apabila Tuan Pengerusi mengatakan hanya sampai pukul 3 petang.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi Walau bagaimanapun Yang Berhormat boleh berjumpa dengan saya untuk memberikan dan memaklumkan kepada saya isu-isu yang di bawah Parlimen Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, boleh sekejap?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya tertarik dalam perbahasan Yang Berhormat Menteri menyatakan berkaitan dengan kes rumah murah iaitu untuk rakyat yang marhaen. Jadi saya selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang mana rakyat selalu datang mengadu minta bantuan, sokongan dan sebagainya. Jadi ia bertepatan dengan pandangan dan soalan yang saya hendak syorkan.

Berkaitan dengan rumah murah ini, rumah kos sederhana, bagaimanakah kaedah yang Menteri lakukan dalam konteks pinjaman. Saya sudah sebut pagi tadi dalam perbahasan soal jawab dengan Timbalan Menteri Kewangan. Ini yang menjadi masalah yang mana rakyat di sana khususnya petani, tempat saya di Baling penoreh getah contoh umpamanya, nelayan, orang berniaga di pasar malam, orang yang berniaga di dalam Internet, online business. Mereka ini semua tidak ada slip gaji. Mereka ini semua tidak ada Borang J atau EA dan sebagainya. Saya ingin mengesyorkan kepada kementerian Yang Berhormat Menteri agar mengadakan satu task force khas untuk meneliti, untuk melihat kembali cara kaedah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan Kementerian Kewangan, kementerian KKLW dan sebagainya untuk mencari kaedah untuk membantu mereka. Saya tahu kementerian Yang Berhormat Menteri sedang usaha dengan gigih untuk membina ratusan malah jutaan rumah yang bakal diberikan kepada generasi muda dan sebagainya. Yang ada gaji, slip gaji dan sebagainya okey. Ini kepada kumpulan golongan marhaen yang akan sentiasa menyokong dan menjunjung segala kerja Barisan Nasional dan akan menjadi penyokong setia kita. Jadi apakah Yang Berhormat Menteri hendak laksanakan? Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tuan Pengerusi, saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Baling. Memang pihak bank agak sukar untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang dianggap bukannya tidak mampu, tetapi tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap. Dengan cara itu, dengan kerana itu oleh kerana Bank Negara begitu strict sekarang ini maka permintaan ataupun permohonan pinjaman mereka itu ditolak. Saya ingin mengingatkan juga kepada pihak bank, saya adalah Menteri Perumahan, sudah tentu saya mahu lebih ramai orang memiliki rumah. Saya tahu keutamaan Bank Negara ialah berkenaan dengan level hutang isi rumah yang agak tinggi di negara ini. Akan tetapi saya ingin hendak mengingatkan bila mereka membeli rumah kos rendah ini terutamanya PPR jumlah yang hendak dipinjam itu jauh lebih rendah daripada nilai rumah tersebut. Rumah itu mungkin bernilai RM150,000. Akan tetapi hanya meminjam RM35,000. Takkanlah pihak bank tidak boleh memberikan sedikit ihsan ataupun budi bicara bahawa pinjaman RM35,000 itu against a very valuable piece of property RM150,000. Tiga kali ke empat kali lebih ganda nilainya daripada loan itu tidak dapat diberikan pertimbangan. Kalau saya bank ini di bawah bidang kuasa saya Tuan Pengerusi, saya selesaikan masalah ini. Akan tetapi Bank Negara mempunyai pertimbangan lain. Pertimbangan mereka ialah hutang isi rumah yang kononnya tinggi. Betul tinggi. Akan tetapi kita juga tahu bahawa saya tidak mahu mengulas isu yang berkenaan Kementerian Kewangan. Akan tetapi oleh kerana ini ada kaitan dengan perumahan saya ingin tegaskan di sini bahawa hutang yang banyak isi rumah ini adalah hutang credit card, hutang kereta dan sebagainya. Kalau dia meminjam...

Saya hendak tambah Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tambah sikit. Kadang-kadang pinjaman dengan Couts Mammoth ataupun Couts Mammoth ataupun Singer dahulu RM800 tidak habis bayar lagi masuk CTOS ataupun OCIS mereka disenaraihitamkan. Kadang-kadang credit card masih hutang RM1,300. Mereka ini sudah susah, hendak pinjaman rumah murah, rumah kos sederhana pun disenaraihitamkan. Jadi NBOS itu amat perlu untuk dibincang, halusi dan diteliti kementerian Yang Berhormat Menteri dengan Bank Negara bagaimana tindakan dapat dilaksanakan.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya setuju Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Baling.

[Dewan riuh]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mudah-mudahan, Aamiin.

Yang Berhormat Menteri apa Speaker?

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, sekali lagi saya ingin merayu kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau ada reshuffle saya cadangkan ada Kementerian Kebajikan, Menteri Kebajikan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Di Saudi ada Menteri Haji.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya amat setuju Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Sekali lagi saya ingin tekankan saya ingin ambil peluang ini untuk merayu kepada pihak bank, ini soal tentang saya hendak ambil contoh PPR. Ini kerana PPR ini di bawah kementerian saya. Nilai rumah RM150,000 Tuan Pengerusi. Hendak pinjam RM35,000. You do the mathematics. I think risikonya amat kecil sekali. RM35,000. Kalau tidak bagi RM35,000 full loan pun nilai rumah RM150,000. But here is the thing Tuan Pengerusi dengan izin. Tadi Yang Berhormat Baling ada mengatakan tentang hutang Singer, hutang Courts Mammoth dan sebagainya. Saya hendak katakan bila kita bagi kepada orang miskin ini, pembelian rumah PPR, apa yang kita buat ialah Kerajaan Persekutuan telah transferring wealth. Kekayaan negara ini diserahkan, dipindahkan kepada orang miskin kerana dengan hanya RM35,000 mereka mempunyai satu harta yang bernilai RM150,000. It is a transfer of wealth.

[Bangun]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Program Projek Perumahan Rakyat adalah satu cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beritahu saya cara untuk kita memindahkan kekayaan negara ini kepada orang miskin. Oleh sebab itu saya minta Bank Negara dengan budi bicaranya cuba sedaya upaya. Jangan anggap ini sebagai satu transaksi seperti commercial transaction yang lain. Dia ada banyak social value dia. Ini adalah untuk membolehkan orang miskin mempunyai harta. Ini untuk membolehkan mereka dapat membayar hutang Singer ataupun Courts Mammoth. Jangan kita hanya anggap dari segi hutang isi rumah. Kita kena bagi peluang kepada orang miskin ini yang tidak berkemampuan ini untuk membeli rumah kerana mereka hanya perlu RM35,000. But all of sudden mereka mendapat harta yang bernilai RM150,000. Jadi jangan kita menidakkan peluang untuk orang miskin mendapat rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan untuk memindahkan kekayaan negara ini kepada mereka secara direct. Oleh sebab itu saya minta supaya sangat-sangat Bank Negara supaya dapat melihat semula pinjaman perumahan terutamanya untuk PPR. Jangan anggap mereka hanya menjual goreng pisang mereka tidak mempunyai income. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi saya amat berterima kasih dengan Yang Berhormat Baling kerana membawa isu ini sebab saya tengok keutamaan kementerian saya adalah untuk memastikan rakyat miskin mendapat rumah tetapi keutamaan Bank Negara lain. Jadi oleh kerana saya berdiri atas kapasiti saya sebagai Menteri Perumahan, saya merayu sangat kepada Bank Negara supaya melihat isu ini dengan lebih holistik lagi. Jangan hanya memikirkan...

Yang Berhormat Kota Raja tidak sabar-sabar lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hairan Menteri duduk di sebelah sana bertanya soalan itu sepatutnya Kementerian Kewangan. Kenapa pula merayu kepada Bank Negara? You all ada policy makers, dengan izin. You make the – you have the political will, dengan izin.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak Yang Berhormat.

Dalam mesyuarat Kabinet...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat tidak perlu politikkan ini. Saya telah katakan tadi...

Bukan masalah politik.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dengar saya katakan begini tadi, sebab itu saya katakan atas kapasiti saya sebagai Menteri Perumahan. Menteri Perumahan kerja saya ialah untuk memboleh semua Malaysian mendapat rumah. That instance nature of Menteri Perumahan. Akan tetapi bila Bank Negara mempunyai keutamaan mereka, saya tidak katakan salah. Oleh sebab Yang Berhormat sendiri juga yang marah bila harga hutang isi rumah tinggi...

Lagipun cara Barisan Nasional tidak mendesak macam pembangkang. Cara kita lebih holistik. Kita rendah diri. Bukan macam ini, mendesak. Itu sebab jadi pembangkang.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu sebabnya Yang Berhormat sendiri di sebelah sana yang selalu mengkritik Bank Negara kerana hutang isi rumah di negara ini terlalu

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

tinggi dan minta supaya kerajaan mengambil sesuatu tindakan untuk mengurangkan kadar hutang isi rumah.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Maka Bank Negara atas kapasitinya yang fungsinya ialah begitu ialah untuk mengekang hutang-hutang melalui pinjaman. So, we have different priorities, pada masa ini. Tidak bermakna mereka salah. Akan tetapi apabila saya berdiri di sini sebagai Menteri Perumahan, sudah tentu saya mahukan supaya pinjaman perumahan itu dapat diluluskan supaya kita boleh berikan dan agihkan kekayaan negara ini kepada orang-orang miskin. So, that is the point.

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya belum mencelah tadi. Setuju kah Yang Berhormat Menteri kalau untuk membolehkan bank, rayuan Yang Berhormat Menteri tadi memberikan pinjaman-pinjaman ke atas orang-orang yang benar-benar sana, yang mungkin tadi Yang Berhormat Baling kata tadi CTOS. Jadi ini saya rasa kalau sekiranya kerajaan boleh memberikan guarantee kepada peminjam-peminjam seperti 1MDB, kenapakah rakyat-rakyat miskin ini kalau buat pinjaman kalau bank takut hendak beri pinjaman? Kerajaan beri guarantee kepada mereka yang layak sebab kerajaan boleh beri guarantee kepada 1MDB, kenapa untuk rakyat miskin, kerajaan tidak boleh gunakan sistem beri juga guarantee supaya mereka ini bank berani beri duit pada peminjam-peminjam ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sepang. Ya, Yang Berhormat Menteri, nampaknya sudah semakin berlarutan isu-isu pinjaman perumahan ini. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pindah ke tajuk yang lain.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okeylah Yang Berhormat. Untuk makluman bukannya tidak ada, ada juga macam DBKL contohnya, ada skim yang seperti mana Yang Berhormat Sepang cadangkan tadi. Ini tadi yang saya sebut tentang Yang Berhormat Ampang. Tidak mengapalah, saya puji dia juga lah. Buat pertama kali, saya rasa saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ampang berkenaan dengan garis panduan untuk rumah yang disewakan kepada pekerja asing. Ini satu idea yang cukup baik, Yang Berhormat kerana ini menyebabkan kacau ganggu kepada komuniti setempat oleh pekerja-pekerja luar negara (foreign workers) ini. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015 ada diperuntukkan berkaitan undang-undang kecil di dalam Jadual Ketiga Peraturan-peraturan Pengurusan Strata 2015. Pemaju, Joint Management Body (JMB), Management Corporation (MC) dikehendaki mengadakan, menyelenggara dan menguatkuasakan undang-undang kecil termasuk melibatkan kacau ganggu. Walau bagaimanapun pemaju, JMB, MC boleh membuat penambahan atau pindaan undang-undang kecil termasuk melihat langkah-langkah keselamatan dan perlindungan. Akan tetapi yang lebih penting daripada itu Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat tadi tentang garis panduan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) telah memulakan kerja-kerja awal untuk mewujudkan garis panduan yang diminta oleh Yang Berhormat. Malah, kita akan berkolaborasi dengan Kementerian Sumber Manusia yang juga mengadakan kajian mereka sendiri bagaimana untuk memastikan bahawa tempat premis yang disewakan kepada pekerja asing ini menepati spesifikasi dan garis panduan yang ada. Insya-Allah tahun hadapan, garis panduan ini akan dapat kita bentangkan di Kabinet untuk dipersetujui. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi. Saya tidak ada berapa banyak lagi ini, yang lain ini. Kapar. Yang Berhormat Kapar, tahniah kepada anggota balai bomba di Balai Bomba Sungai Pinang di atas komitmen tugas yang cemerlang. Saya ucapkan Terima kasih kepada Yang Berhormat yang memberikan ucapan tahniah kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sekarang ini Tuan Pengerusi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerjasama dengan syarikat perfileman untuk mewujudkan satu drama bersiri dipanggil ‘Hero’ di mana ia akan melibatkan aktor-aktor yang menjadi pegawai bomba dan kehidupan

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

sebagai bomba. Sama macam polis, ‘Gerak Khas’. Yang ini Yang Berhormat Baling boleh jadi aktor sebagai mangsa kebakaran.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jadi pelakon utama. [Ketawa]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, saya akan pastikan Timbalan Menteri saya yang terbaik ini, Timbalan Menteri yang terbaik dalam Malaysia supaya beliau akan dapat muncul dalam filem ini sebagai taxi driver kah, can you help me, Timbalan Menteri?

Better than Yang Berhormat Kapar, for sure, better than Yang Berhormat Kapar.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Baling boleh jadi mangsa kebakaran.

Duduk lah Yang Berhormat Baling, jangan kacau Yang Berhormat Menteri, duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

KSU pun boleh jadi pelakon utama.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Datuk KSU. Bilakah Balai Bomba Meru akan dibina? Untuk makluman Yang Berhormat Balai Bomba Meru kini dalam proses pembinaan melibatkan kerja awalan iaitu pembersihan tapak. Balai bomba tersebut dijangka siap pembinaan dalam tahun 2017. Yang Berhormat Kota Samarahan memohon supaya KPKT memberikan peruntukan bagi meningkatkan landskap di kawasan Kota Samarahan. Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara sedang menyiapkan Pelan Induk Landskap Samarahan yang dijangka dapat disiapkan sebelum bulan Jun 2016. Melalui pelan berkenaan, JLN akan mengemukakan cadangan projek-projek berimpak besar kepada agensi pusat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini bergantung kepada keputusan peruntukan yang diberikan. Yang Berhormat Hulu Langat bertanyakan bagaimana KPKT dapat membantu PBT membangunkan landskap di kawasan masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Landskap negara sentiasa membantu PBT membangunkan landskap di kawasan-kawasan masing-masing terutamanya untuk membangunkan taman awam baru, membangunkan landskap perbandaran, menaik taraf taman awam sedia ada, meningkatkan persekitaran kehidupan, menyediakan pelan Induk Landskap, bagaimanapun ia bergantung kepada peruntukan yang diluluskan setiap tahun. Yang Berhormat Limbang meminta supaya KPKT membantu Majlis Daerah Limbang untuk membangunkan taman awam dan mengindahkan pekan Bandar Limbang. Kementerian melalui Jabatan Landskap Negara ada membantu Majlis Daerah Limbang dalam meningkatkan kehijauan di pekan berkenaan. Berhubung dengan pembangunan Taman Awam Noran, kita akan cuba usahakan dalam Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang Berhormat Pokok Sena, okey sudah selesai Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Limbang memaklumkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat Limbang mempunyai dua syif sahaja dan bekerja secara syif 24 jam. Dimaklumkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat Limbang akan beroperasi secara syif 12 jam mulai Januari 2016. Yang Berhormat Jasin meminta supaya kawasan lapang di taman perumahan dibangunkan dengan kelengkapan. Untuk makluman, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara ada membantu PBT menyediakan kemudahan ini melalui Program Naik Taraf Taman Awam yang mengutamakan taman-taman komuniti. Walau bagaimanapun peruntukan adalah terhad. Sedikit sahaja lagi Tuan Pengerusi, ada tiga empat lagi. Yang Berhormat Parit Sulong kah yang minta tanya fasal MURNInets tadi? MURNInets ya? Siapa yang tanya tadi? Oh, bukan Parit Sulong, Parit Buntar. Sini Parit Sulong.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

MURNInets – apakah status pencapaian PBT terhadap kemampuan di dalam sistem MURNInets? Sebanyak 89 PBT telah mencapai status mampan bagi tahun penilaian 2014. Daripada 100 PBT yang telah memasukkan 36 data petunjuk MURNInets secara lengkap pada tahun penilaian 2014. Yang Berhormat Parit Buntar bertanyakan adakah MURNInets mempunyai indicator perpaduan kaum? Untuk makluman Yang Berhormat, tiada indicator perpaduan kaum tetapi wujud indicator Indeks Kebahagiaan bagi penduduk setempat. Apakah benchmarking international yang digunakan dalam membangunkan MURNInets? Pertanyaan daripada Yang Berhormat Parit Buntar. Untuk makluman, MURNInets dibuat dengan benchmarking indicator kemampuan UK, Jepun, Korea, Bhutan dan Australia. Okey, sudah hendak habis ini.

Yang Berhormat Menteri. Ini Limbang sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi rasanya bab kebombaan sudah lepas tadi. Akan tetapi ada saya sebut fasal yang telah diumumkan tempoh hari di Limbang iaitu balai bomba gred ‘D’ untuk kawasan di sempadan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey Yang Berhormat, saya tidak ada makluman di sini. Mungkin masih lagi pegawai di belakang masih lagi mencari datanya. Saya akan beri maklumat itu secara bertulis. Yang Berhormat Parit Buntar...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tuan Pengerusi, bolehkah saya hendak tumpang bertanya sedikit sebab dia tengah cerita fasal bomba.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tumpang tanya atau sudah masuk?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Ketawa] Begini, cerita fasal bomba ini, saya pun minat juga hendak bertanya.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dalam mulut itu ada makanan nampaknya.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Ketawa] Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian mungkin boleh mencadangkan bahawa terutamanya kami, macam saya Parit Sulong, Lenggong dan juga Baling. Selalu jalan kami ini kecil-kecil. Bila sudah jadi macam itu, mungkin boleh cadangkan kepada pihak kementerian agar menyediakan kenderaan yang lebih kecil...

Kecil kah pendek?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Supaya boleh masuk dan membantu sekiranya ada kebakaran dekat kampung-kampung ini yang mana jalannya memang kita pasti dan kita tahu ada jalan yang kecil. Mungkin itu cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, idea Yang Berhormat Parit Sulong amat baik sekali. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, bila jentera itu kecil, maka kemampuannya itu pun kecil, ya? Oleh sebab itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Parit Sulong memang dia meminta yang kecil [Ketawa]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pada saya lebih baik kita lebarkan jalan itu daripada meminta supaya jentera bomba itu makin kecil. Selepas itu nanti seminit sahaja air terkeluar. Don’t get me wrong Tuan Pengerusi. No, no...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Pengerusi, saya cadangkan wujudkan bomba sukarela dengan kereta Honda, Proton Serena..., Proton apa?

Arena, Arena. Yang penting air keluar cepat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

I don’t want to going to that debate, dengan izin. Saya setuju dengan rakan saya bahawa bomba sukarela ini penting dan kita memang mempunyai anggota sebanyak 13,000 orang seluruh Malaysia. Yang Berhormat Jasin, Melaka memerlukan sebuah insinerator untuk melupuskan sisa pepejal yang dijana di negeri tersebut dan bantuan dalam menangani kos tipping pengoperasiannya. Untuk maklumat Yang Berhormat Jasin, kerajaan mengalu-alukan kesungguhan Yang Berhormat Jasin untuk Melaka menerima teknologi insinerator bagi menyelesaikan masalah sisa pepejal di negeri tersebut. Kerajaan Persekutuan sememangnya berhasrat untuk menyediakan integrated facility termasuk insinerator di tapak pelupusan Sungai Udang. Saya telah melawat– Yang Berhormat Jasin ada di sini? Saya sudah melawat tapak ini lebih kurang seminggu yang lepas. Walaupun fasilitinya baik, memang boleh ditambah baik lagi. Pada masa ini ia di peringkat kajian menyeluruh, termasuk anggaran kos pembinaan serta kaedah pembiayaan. Untuk kos pengoperasian, ia akan memerlukan satu kaedah perkongsian kos antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi. Yang Berhormat Lenggong, mencadangkan supaya satu Pelan Induk Pembangunan Landskap disediakan untuk Lenggong bagi menyokong tapak-tapak warisan yang ada di Lenggong. Pada masa ini belum ada peruntukan yang diluluskan untuk penyediaan Pelan Induk Pembangunan Landskap untuk Majlis Daerah Lenggong. Walau bagaimanapun, kementerian melalui Jabatan Landskap Negara akan melaksanakan projek- projek kecil landskap untuk mempertingkatkan pemuliharaan landskap di kawasan Lenggong untuk kemudahan pengunjung di tapak warisan tersebut. Yang Berhormat Baling- bagi petani et cetera tanpa slip gaji. Yang Berhormat Kota Raja, iklan-iklan haram, pajak gadai dan peminjam wang melalui SMS. Untuk makluman Yang Berhormat, banyak iklan dalam akhbar tempatan adalah salah daripada segi Akta Pemberi Pinjam Wang 1991, Akta 400 PPW ataupun Lesen Pajak Gadai. Tidak dibenarkan menjemput pelanggan melalui SMS. Kemudian Yang Berhormat Kota Raja bertanyakan kekangan KPKT untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas papan-papan tanda iklan haram. Untuk makluman Yang Berhormat, dengan dibekalkan hanya 35 jawatan penguatkuasaan iaitu 23 di Putrajaya; enam di Sabah; dan enam di Sarawak. KPKT tidak berkemampuan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam wang yang tidak berlesen. Tindakan penguatkuasaan dibantu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah PDRM. KPKT membantu daripada segi mengesahkan status peminjam wang itu sama ada dilesenkan atau tidak. Isu penampalan iklan-iklan hendaklah ditangani oleh PBT dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di taman-taman perumahan yang terlibat. KPKT tidak membenarkan peminjam wang berlesen berkenaan untuk menampal poster-poster di luar dari premis mereka. KPKT tidak bercadang meminda Akta 400 dalam masa yang terdekat. Okey, habis sudah. Okey tinggal dua, ini soal tentang– okey, Yang Berhormat Kapar dulu. Ini soal tentang penjualan arak. Arak yang tidak– yang haram atau pun berkualiti rendah. Pada peringkat Persekutuan, jualan arak dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah Kementerian Kewangan. Undang-undang yang berkaitan dan pelesenan jualan arak oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah Akta Kastam 1967 iaitu Akta 235, dan Akta Eksais 1976, Akta 176 serta peraturan yang dibuat di bawahnya. Pihak yang bertanggungjawab melesenkan penjualan liquor yang memabukkan ialah Lembaga Pelesenan Daerah yang dilantik di bawah seksyen 31, Akta Eksais 1976. Biasanya pegawai daerah kawasan berkenaan. Pihak berkuasa tempatan pula hanya mengeluarkan lesen premis bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Kerajaan negeri selaku custodian kepada PBT dan juga pejabat daerah yang menentukan catalyst perniagaan di sesuatu kawasan perlulah merancang keperluan dan kebajikan penduduk mengikut kesesuaian. Cadangan Yang Berhormat bangkitkan kepada kerajaan negeri adalah di bawah pimpinan Yang Berhormat Gombak. Tuan Pengerusi, saya rasa itulah sahaja yang saya...

Yang Berhormat Menteri, saya Sepang tanya...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang manakah tadi?

Khazanah Research Institute, fasal...

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Oh ya, fasal Khazanah Research Institute...

Fasal rumah-rumah di bawah PR1MA yang tidak ada perlindungan.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, PR1MA saya tidak boleh jawab Yang Berhormat.

Tidak, saya kata tadi daripada segi jaga pembeli-pembeli rumah ini di bidang kuasa...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

[Bangun]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, saya tahu. Memang PR1MA ada meminta sikit kelonggaran daripada akta kami tetapi mereka juga mempunyai peruntukan dalam akta mereka seperti tribunal sendiri dan sebagainya untuk melindungi pembeli rumah PR1MA.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya serahkan kepada pihak berkenaan untuk menjawab isu tentang PR1MA. Saya bersetuju ada tadi cadangan untuk meletakkan PR1MA itu di bawah kementerian tetapi saya hendak bagi alasan ataupun sebab kenapa PR1MA ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Oleh sebab pertamanya, kita hendakkan supaya penawaran rumah di seluruh Malaysia ini dibuat dengan cepat dan ini melibatkan kerajaan-kerajaan negeri dan juga banyak agensi lain yang berkaitan. Maka, kalau diletakkan di bawah kementerian, boleh tetapi terpaksalah berurusan dengan kerajaan negeri. Akan tetapi sebagai seorang Perdana Menteri, contohnya Jabatan Perdana Menteri diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, PR1MA mempunyai sedikit kekuatan daripada segi itu untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri dapat berurusan dengan PR1MA dengan lebih cepat dan efisien. Itu sebabnya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya kita dapat membuat keputusan yang melibatkan kerajaan negeri, tanah, agensi kerajaan yang lain dengan cepat kerana ia berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kalau di bawah kementerian boleh juga tetapi saya kira sesuailah kalau PR1MA itu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Walaupun kementerian saya tidak- boleh mengalu-alukan bila-bila masa kalau PR1MA itu diletakkan di bawah kementerian saya.

[Bangun]

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sementara itu- sekejap. Khazanah Research Institute ini telah membentangkan hasil kajian mereka yang bertajuk, “Making House Affordable”. Kementerian saya untuk makluman Yang Berhormat, menerima baik kajian berkenaan kerana fakta dan hujah-hujah yang diutarakan itu mempunyai asas. Kita tahu bahawa seperti mana Yang Berhormat kata tadi, it is highly affordable or severely affordable in certain areas. Akan tetapi kita membuat banyak, pelbagai insentif Yang Berhormat. We cannot deny, kerajaan juga mempunyai pelan yang begitu banyak untuk memastikan harga rumah ini dapat dikawal dengan baik. Kalau kerajaan tidak berbuat apa-apa, mungkin kita boleh marah tetapi kerajaan membuat banyak. Saya bagi contoh tadi, Skim Perumahan Mampu Milik Swasta iaitu MyHome, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia kita buat. Kemudian kita buat facilitation grant melalui inisiatif pembiayaan swasta oleh Unit Kerjasama Awam. Kemudian kita ada PR1MA, kita ada SPNB, kita ada banyak agensi yang lain.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

We are doing our best. Oleh sebab itu saya katakan tadi the rate of growth of house prices in this country, dengan izin Tuan Pengerusi, telah perlahan daripada 12.2% pada suku pada tahun 2012 kepada hanya 5.9% suku kedua tahun ini. So, ada sesuatu perkara yang Kerajaan Persekutuan buat yang telah menjadikan kenaikan harga rumah itu tidak terlalu tinggi...

Sikit Yang Berhormat Menteri. Kalau saya sempat baca walaupun tidak habis keseluruhannya tetapi dalam laporan itu sebagai contoh, ia memberi contoh- apabila di Kuala Lumpur sebagai contoh. Di Kuala Lumpur pada tahun 2014, tidak ada satu pun pelancaran housing project ini yang rumah

bawah RM250,000 ke bawah. Makna, seolah-olah di Kuala Lumpur ini macam tidak ada orang berpendapatan rendah, sederhana yang boleh hanya mampu untuk membeli rumah- rumah seperti itu. Jadi, saya rasa ini melibatkan polisi kerajaan. Sudah tentulah untuk kita menjaga juga kepentingan golongan-golongan yang– walaupun duduk di Kuala Lumpur tetapi mereka masih lagi berpendapatan yang rendah, yang mereka mempunyai masalah untuk memiliki rumah ini. Jadi, kalau tidak ada launching rumah-rumah yang affordable ini, bagaimanakah mereka mampu untuk membeli rumah? Jadi, saya tanya dengan kementerian ini, adakah kerajaan atau kementerian ada mencadangkan supaya dalam launching perumahan-perumahan ini mesti ada projek-projek perumahan yang menjaga segmen-segmen masyarakat seperti ini? Oleh sebab mereka mungkin sudah lama duduk di sini, bukan kerana mereka hendak duduk tetapi mereka sudah lama duduk di sini.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya setuju. Isu affordability atau mampu milik ini bukan isu yang- ia complex. Kita tidak boleh hanya pick up satu kajian, kemudian kita ambil itu dan kita katakan inilah segala-galanya tentang isu perumahan. Ia begitu complex Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau Yang Berhormat tahu, dan membaca lebih daripada Khazanah itu, soalnya sekarang ini banyak isu- isu tanah, isu demand. Bagaimana hendak bina rumah RM250,000 kalau tanah itu berjuta-juta ringgit nilainya? So it’s berkait, dia akan berkait-kait dengan benda yang lain. Oleh sebab itu ada juga pandangan yang mengatakan bahawa untuk kos rendah di bawah RM250,000 ini mungkin kos rendah biarlah kerajaan yang membina. Saya puji dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur banyak yang dibina, kementerian saya sendiri di Wilayah Persekutuan penerima PPR yang terbesar di Malaysia, nombor duanya Sabah, PPR yang terbanyak adalah di Wilayah Persekutuan. Oleh sebab itu kita akan bina berpuluh-puluh ribu tetapi untuk launching private sector kita kalau kita paksa mereka boleh RM250,000 ke bawah. Akan tetapi ingat mereka akan cross-subsidize dengan unit-unit yang mungkin berharga RM600,000, RM700,000 yang sepatutnya berharga RM500,000 naik kepada RM700,000. Mesti ingat Yang Berhormat bahawa yang membeli rumah yang harga RM600,000, RM700,000, golongan yang menengah yang juga rakyat Malaysia yang perlu kita bantu. Jangan hanya kerana mereka subsidize the low cost maka yang middle class income ini yang membeli rumah RM500,000, RM600,000, RM700,000 ini maka harga rumah mereka naik kerana kami terpaksa cross-subsidize. So banyak isu Yang Berhormat it’s not as easy as that tetapi secara pendeknya saya ingin berterima kasih kepada Khazanah Research Institute. Saya telah berjumpa dengan mereka penulis report tersebut ada banyak perkara yang mereka cadangkan itu telah pun kami buat. Contohnya tentang moratorium dan sebagainya dan ada juga idea- idea yang baru yang sedang kami fikirkan untuk Jabatan Perumahan Negara aplikasikan di masa akan datang.

Last question. Kalau ikut daripada laporan itu antara dia kata masalah yang paling besar ialah golongan middle class ini. Middle class ini dia hendak beli rumah mewah pun tidak boleh, hendak beli rumah yang ini tidak layak. Jadi mereka ini sebenarnya yang menjadi golongan yang betul-betul mangsalah kepada keadaan, itu yang pertama. Keduanya moratorium lima tahun itu. Adakah kementerian bersetuju dengan cadangan daripada pihak KRI itu?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita pun sekarang moratorium 25 tahun Yang Berhormat. Dalam untuk PPR contohnya kita letakkan 10 tahun baru honorarium tidak boleh dijual selama 10 tahun. So kita lebih baik daripada apa yang dicadangkan oleh Khazanah Research Institute. Oleh sebab itu saya hendak katakan bahawa isu ini memang kompleks tetapi statistik menunjukkan, Tuan Pengerusi, bahawa kenaikan harga rumah di negara ini walaupun naik tetapi dalam keadaan yang lebih sustainable mampan dengan hanya 59.Itulah sahaja yang saya ingin sebut dan kalau...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya terpulang kepada Tuan Pengerusi kerana masa saya bukan pegang.

Tuan Pengerusi, saya cuma hendak komitmen daripada Yang Berhormat Menteri ada saya tanya mengenai sumber manusia tadi dan juga perancangan Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Kalau boleh bertulis.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat ada di sini tadi. Kita lebih daripada itu Yang Berhormat, kita hendak transformasikan PBT ini. Bukan sahaja daripada segi perjawatan tetapi kita ada enam buah teras yang bakal kita lancarkan tahun hadapan, kita akan transformkan PBT ini. Kita sudah transform kerajaan, transform ekonomi dan sebagainya Government Transformation Plan (GTP), transformasi ekonomi, transformasi politik, transformasi kerajaan. Sekarang ini tiba masanya untuk kita buat transformasi dalam PBT termasuk pembangunan modal insan iaitu membenarkan is not a closed service, kita akan buka. Banyak negeri yang telah bersetuju, kecekapan perkhidmatan, pengukuhan kewangan, kemudian kesejahteraan rakyat, penglibatan rakyat dan komunikasi berkesan. InshaaAllah kita akan lancarkan transformasi PBT ini pada bulan Januari oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, inshaaAllah

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Satu lagi, Yang Berhormat Menteri. Tadi saya mengemukakan tentang Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Ada dua, tiga isu yang telah diutarakan. Antara dia daftar e-kasih, kedua Program Rumah dan Sewa Rumah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, mungkin sekali. Yang Berhormat Menteri, tadi saya ada membangkitkan isu banjir yang telah pun berlaku selama 20 tahun di Taman Bukit Emas, Seremban. Saya cuma mohon jawapan daripada pihak Menteri kalau boleh dalam lisan ataupun dalam bertulis. Terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita tadi bincang Yang Berhormat tentang soal itu tetapi terlalu detail dan kita tidak dapat masa yang cukup untuk mendapat maklumat. Nanti kita akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat Kota Samarahan tentang soal tentang sewa rumah dan sebagainya itu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Program Bantuan Sewa Rumah ini perlu diteruskan. Akan tetapi saya kira setiap tahun ada keutamaan berpindah sedikit Yang Berhormat. Tahun ini nampak gayanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan memberikan penekanan kepada bantuan deposit untuk membeli rumah pertama. Maka itu peruntukan untuk program-program lain itu dikecilkan kerana kita hendak bagi peluang kepada orang-orang muda, generasi muda untuk membeli rumah pertama. Kita akan bantu mereka dengan jumlah bantuan lebih kurang RM200 juta dananya dan sebahagian itu adalah kerana kita telah alihkan keutamaan kita. Akan tetapi bukan bermakna kita tidak pentingkan apa Yang Berhormat kata tadi tentang sewa rumah, membaiki rumah dan sebagainya. Cuma mungkin tahun ini Menteri Kewangan memberikan pengkhususan kepada program bantuan deposit untuk pembelian rumah pertama. Jadi Tuan Pengerusi itulah sahaja yang saya ingin sentuh cuma saya hendak bagi kepada kawan saya Yang Berhormat Parit Buntar. Tadi ada satu soalan berkenaan dengan jumlah Pengerusi JPP untuk Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat saya baru dapat information ini ada PBT di Pulau Pinang jumlah zon 48, Pengerusi JPP yang telah dilantik adalah 48 orang, so 100%. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat hendak tahu tentang Perak. Untuk makluman Yang Berhormat untuk Perak bilangan PBT 15, jumlah zon ialah 311, Pengerusi JPP yang telah dilantik ialah 297, Pengerusi JPP yang belum dilantik adalah 14 bermakna peratus lantikan ialah lebih kurang 95%, untuk makluman Yang Berhormat. Jadi terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberikan pandangan kepada kementerian saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pegawai kerajaan, Jabatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang di belakang saya yang bertungkus-lumus untuk memastikan bahawa kita mendapat kesejahteraan di bandar, perumahan dapat diselesaikan dan juga masalah PBT dapat diselenggarakan dan diatur dengan sebaik mungkin. Terima kasih Tuan Pengerusi saya mohon supaya soalan-soalan yang tidak dijawab secara lisan akan saya jawab secara bertulis, inshaaAllah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,477,103,000 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,477,103,000 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,696,026,400 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2016 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,696,026,400 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2016]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016 Jawatankuasa — Maksud B.45 [Jadual] - Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2016] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kementerian Belia dan Sukan. Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Ketereh.

Tuan Pengerusi saya ucapkan terima kasih saya ingin mengambil peluang untuk menyentuh beberapa butiran dalam perbelanjaan Bekalan 45 khususnya bagi Butiran 020200 – Pembangunan Sukan dan beberapa butiran yang lain. Bagi Butiran 020200 saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada kementerian berkaitan dengan usaha-usaha pembangunan sukan yang dijalankan terutamanya dalam konteks pembangunan sukan bola sepak. Seperti mana yang Yang Berhormat Menteri sedia maklum kita telah beberapa kali menerima berita yang mengaibkan di mana pasukan negara telah diaibkan dengan kekalahan-kekalahan yang agak di luar daripada yang sepatutnya. Dalam sukan kekalahan adalah biasa tetapi sekiranya kekalahan itu dalam bentuk yang agak luar biasa ia sepatutnya merupakan satu, sesuatu perkara yang harus diteliti dengan mendalam dari sudut pembangunan sukan.

Dalam hal ini kita ketahui bahawa kementerian menjalankan program pembangunan sukan bola sepak menerusi Pelan Induk Pembangunan Bola sepak Negara yang saya faham bahawa impak atau kesannya mungkin akan memakan masa. Walaupun begitu, saya ingin mendapat penjelasan, seperti mana kita tahu peruntukan yang peruntukkan di sini memang semakin kecil atas sebab yang kita sedia maklum, dan apakah dengan peruntukan yang semakin kecil ini, bagaimana dapat kementerian mengambil langkah lain yang lebih serius terutama untuk memastikan perjalanan persatuan sukan yang menguruskan program-program development itu dapat dijalankan dengan lebih teratur. Sebagai contoh, dalam konteks bola sepak sememangnya lah ia di bawah tanggungjawab Persatuan Bola sepak Malaysia tetapi sejauh manakah langkah-langkah intervensi yang boleh dan harus dimainkan oleh kementerian misalnya apabila persatuan sukan cuba menswastakan Liga M misalnya. Dalam cadangan penswastaan Liga M misalnya, ditetapkan ataupun diputuskan bahawasanya hasil yang diperoleh itu hanya 40% sahaja akan diperoleh oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Ini bermakna, mereka yang terlibat dalam memajukan sukan itu tidak mendapat pulangan yang sewajarnya dan ini akan menimbulkan kesan yang sangat besar kerana rights yang dimiliki oleh persatuan sukan diserahkan untuk tempoh satu jangka yang panjang yang mana kalau ia berlaku kesilapan ia sukar sekali untuk diperbaiki. Saya berpandangan dalam konteks pembangunan sukan ini sudah tentulah tidak boleh hanya

bergantung kepada program yang dijalankan secara langsung oleh kementerian. Kementerian melalui Pesuruhjaya Sukan harus memantau tindakan-tindakan yang dilakukan oleh persatuan sukan selagi mana ia tidak sampai di tahap ia bercanggah dengan badan-badan sukan antarabangsa seperti FIFA. Dalam konteks pembangunan sukan, saya percaya kementerian mempunyai kaedah-kaedah tertentu dan saya harap penswastaan Liga M yang memberikan implikasi yang sangat besar ini tidak dilakukan tanpa mendapat keizinan ataupun persetujuan secara konsensus dengan pihak kementerian. Perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berhubung dengan butiran di bawah 02301 – penyelenggaraan kompleks dan kemudahan sukan negeri-negeri dan juga butiran 02400 berkaitan dengan pembangunan gelanggang sukan. Dalam hubungan ini beberapa tahun yang lalu di dalam Parlimen ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan tentang langkah-langkah untuk membina padang-padang astroturf di beberapa buah negeri. Berikutan dengan itu beberapa buah syarikat difahamkan telah pun dilantik namun didapati kemajuannya adalah sangat perlahan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian dengan peruntukan yang disediakan di bawah kedua-dua butiran ini apakah langkah-langkah kementerian bagi memastikan kerja- kerja pembinaan gelanggang-gelanggang padang bola sepak Astro Turf ini benar-benar dilaksanakan. Di Kelantan misalnya, telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk dibina di satu, dua buah tempat tetapi sehingga sekarang termasuk ura-ura untuk membina di padang Majlis Daerah Ketereh sampai sekarang pun masih tidak dilakukan. Sebenarnya janji yang seperti ini pernah diberikan oleh beberapa orang Menteri sebelum menteri sekarang lagi di Ketereh tetapi tidak jua dilaksanakan. Saya difahamkan ada beberapa buah syarikat tempatan yang telah dilantik yang menggunakan astro untuk buatan tempatan. Jadi kita ingin tahu apakah sebenarnya masalah di kementerian dalam usaha untuk meningkatkan gelanggang sukan termasuk padang bola sepak ini. Dalam butiran yang sama saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di mana ada kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri yang sememangnya bergantung sedikit sebanyak kepada sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan misalnya Stadium Mini Pasir Mas adalah sebuah kemudahan sukan yang telah dibina begitu lama di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan tetapi kita tahu kemampuan kerajaan tempatan khususnya Majlis Daerah Pasir Mas untuk mengendalikan prasarana itu sangat terbatas. Pada masa ini Stadium Pasir Mas sudah pun menjadi stadium yang terabai, langsung tidak dimajukan, sudah sampai ke tahap tidak boleh digunakan. Saya telah membuat pengesyoran kepada Yang Berhormat Menteri malah saya telah berjumpa secara peribadi beberapa kali atas isu ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian apakah kedudukan statusnya termasuk cadangan saya supaya kementerian membaik pulih Stadium Mini Pasir Mas dan kemudian diserahkan untuk digunakan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negeri ataupun boleh diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan. Saya juga ingin membangkitkan perkara yang berkaitan dengan bekalan 040500 – Majlis Sukan Negeri Kelantan. Di sini peruntukan RM2 juta setiap tahun dan adakah Yang Berhormat sedar peruntukan RM2 juta ini sejak hampir 15 tahun yang lalu tidak pernah dipertingkatkan. Saya difahamkan kementerian ada cadangan-cadangan tertentu untuk meningkatkan jumlah peruntukan Majlis Sukan Negeri Kelantan, jadi saya ingin tahu apakah kedudukan yang terbaru dan apakah benar Majlis Sukan Negeri Kelantan akan diberikan peruntukan tambahan. Akhir sekali saya ingin membangkitkan tentang perkara di bawah maksud bekalan Butiran 050100 yang berkaitan dengan penganjuran dan penyertaan sukan khususnya oleh Majlis Sukan Negara. Ini terutamanya dalam konteks mungkin berkait juga dengan butiran lain dalam konteks persediaan-persediaan kita untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea beberapa tahun yang akan datang. Sebenarnya sewaktu kita membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah sukan yang lebih besar iaitu Commonwealth Games. Satu perancangan lebih kurang lima atau enam tahun lebih awal dilaksanakan dengan permintaan penuh pihak swasta.

Maksud saya oleh sebab peruntukan di sini nampaknya agak kecil disediakan dalam mempersiapkan kontinjen negara sama ada oleh Majlis Sukan atau di bawah butiran satu lagi berhubung dengan penyertaan sukan antarabangsa, adakah persediaan pihak kementerian untuk memungkinkan negara lebih berjaya dalam sukan-sukan wilayah seperti ini untuk memastikan penyertaan yang lebih bersungguh-sungguh daripada pihak swasta. Sewaktu persiapan kita bagi melaksanakan Sukan Komanwel dahulu kita pernah membuat konsep twinning di mana tiap-tiap satu sukan itu telah ditetapkan agensi ataupun syarikat-syarikat tertentu pada satu jangka yang panjang dan kita waktu itu berupaya mengutip ratusan juta dengan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada syarikat-syarikat. Saya percaya kementerian dengan peruntukan yang terbatas memerlukan satu pendekatan yang lebih teratur bagi membolehkan kerjasama di antara kementerian dengan syarikat-syarikat supaya program pembangunan sukan dan persiapan atlet itu tidaklah dibuat pada saat-saat akhir kerana persiapan yang baik itu memerlukan tempoh masa yang panjang dan ia memerlukan pada satu blueprint yang lebih teratur. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian apakah langkah- langkah yang lebih proaktif selain daripada langkah-langkah biasa yang dilakukan oleh kementerian dalam persiapan bagi kontinjen negara yang lazimnya apabila kita menjadi tuan rumah kita bukan sahaja harus menjadi tuan rumah yang baik tetapi kita juga memperagakan kontinjen yang mempunyai prestasi dan pencapaian yang tinggi. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh satu sahaja butiran iaitu tentang pembangunan belia di bawah 020300 yang diperuntukkan hampir RM29 juta.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang cara kerajaan dari sudut kementerian mengendalikan isu yang melibatkan pengangguran di kalangan para belia ataupun mereka yang merupakan tercicir di sekolah dan mereka yang apabila minta kerja terpaksa ambil kerja di bawah daripada kelayakan yang ada. Soalan ini saya timbulkan adalah kerana implikasi kepada suasana belia yang menganggur dan juga drop out serta mismatched dan sebagainya boleh membawa kepada isu yang lebih besar yang mungkin boleh menjejaskan pembangunan belia iaitu pertama, isu yang melibatkan belia-belia yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan bagaimana kementerian mengendalikan. Selain daripada ia keselamatan tetapi dari sudut pendekatan proaktif, keadaan di mana anggota kongsi gelap sekarang ini mereka merekrut remaja-remaja, belia-belia dan menawarkan satu tawaran yang lebih menarik daripada- mengambil kesempatan daripada suasana kesusahan kehidupan yang mereka alami kerana menganggur dan sebagainya. Itu satu segmen belia yang mungkin terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah di mana mereka direkrut oleh kongsi-kongsi gelap ini. Kedua, belia yang terpengaruh dengan satu lagi bahaya yang menimpa dunia seluruhnya iaitu budaya extreme. Saya baru buat kenyataan di Parlimen dua hari sudah tentang bahayanya penularan fahaman extreme ini. Apabila kita melihat di seluruh dunia, kebanyakan mangsa kepada budaya extreme ini datang daripada orang muda atau golongan belia. Kita tahu bahawa mereka akhirnya akan mengambil jalan keras untuk berdepan dengan isu-isu khususnya tentang agama dan sebagainya. Jadi mereka saya sifatkan sebagai prospek kepada pra-terrorism. Belum lagi tetapi dia menjadi prospek dengan menanam budaya-budaya extreme di dalam mereka ini. Saya juga tidak menafikan pada waktu yang sama, isu sosial media sekarang menjadi sesuatu yang cukup penting. Bagaimana Kementerian Belia dan Sukan dalam konteks pembangunan belia ini melihat isu sosial media yang saya difahamkan bahawa antara yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang merosakkan sama ada menjurus kepada terrorism ataupun sama ada menjurus kepada aktiviti lain yang boleh merosakkan,

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

kebanyakannya mereka seolah-olah mendapat pendidikan daripada sosial media. Daripada Facebook, daripada WhatsApp. Walaupun mereka tidak pergi hadir kelas-kelas ini tetapi mereka dapat maklumat-maklumat siap dengan video dan sebagainya di mana ia mampu mempengaruhi anak-anak muda di kalangan belia untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang sebegini rupa. So bagaimanakah belia ini dikawal sebab kita sendiri ada banyak Facebook. Kita tengok mana yang banyak –peratus besar yang menjadi subscriber kepada ini semua ialah anak-anak muda, golongan muda belia. Jadi saya harap bukan sahaja ini isu Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetapi dia juga adalah proactive step yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan. Akhirnya Tuan Pengerusi, di bawah butiran yang sama iaitu pembangunan belia dari sudut pendidikan politik yang berasaskan kepada pembudayaan demokrasi. Sejauh mana belia-belia kita terdedah kepada pembudayaan demokrasi yang mana ia berasaskan kepada erti dapat menerima kepelbagaian sama ada dia kepelbagaian pandangan, pendapat, ideologi supaya tidak lahir intolerance ataupun tidak boleh terima pandangan- pandangan yang lain yang boleh merosakkan serta bagaimana kita mendidik belia. Kita ada Parlimen Belia. Betul kita ada tetapi dalam konteks pembudayaan yang lebih luas kepada mereka yang mungkin tidak ada peluang macam itu. Macam mana kita hendak didik proses tersebut di kalangan kelompok belia. Yang lebih penting ialah saya kira Kementerian Belia dan Sukan dalam konteks pembangunan ini ialah catalyst kepada kita melahirkan politik baru dan ini tidak akan berlaku jika tidak membudayakan proses politik demokrasi keterbukaan di kalangan belia-belia kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya ruang untuk membahaskan rang undang-undang berkaitan Perbekalan 2016 untuk Kementerian Belia dan Sukan. Saya terus kepada Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Kita sedia maklum bidang keusahawanan merupakan salah satu daripada sembilan bidang keutamaan belia. Dasar Belia Malaysia yang diumumkan juga telah memberi penekanan yang sangat mendalam tentang bidang keusahawanan terhadap golongan ini. Justeru, kita perlu akui bahawa golongan muda yang memilih bidang ini pastinya masih memerlukan bimbingan dan bantuan memandangkan kebanyakan mereka masih belum mempunyai pengalaman yang luas. Saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat mewujudkan satu sistem database mengikut kategori usia bawah 20 tahun, bawah 25 tahun, bawah 30 tahun dan juga bawah 40 tahun. Ia juga perlu untuk mengumpulkan usahawan muda bagi membantu mereka mewujudkan rangkaian perniagaan mereka sendiri. Tindakan ini sudah tentu boleh membantu mereka dalam menghadapi persaingan daripada perniagaan yang telah lama bertapak dalam negara kita. Selain itu database ini juga boleh membantu golongan ini daripada segi penyaluran maklumat mengenai polisi serta pelbagai bentuk bantuan perniagaan yang ditawarkan kerajaan terutamanya apabila database ini dapat digunakan untuk National Blue Ocean Strategy dengan kementerian-kementerian yang lain. Seterusnya untuk Butiran 020200 dan Butiran 00908 – Pembangunan Sukan dan Program Pembangunan Ahli Sukan atau Latihan atau Bakat. Saya ingin menyentuh tentang Program MyTID iaitu program pengenalpastian bakat baru dalam bidang sukan. Program ini dengan objektif mencari bakat baru sukan seawal umur tujuh tahun satu program yang amat baik sekali yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian. Saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian dan terima kasih kerana telah memilih lima buah sekolah dalam Daerah Segamat, tiga dalam Parlimen Sekijang untuk pelaksanaan program ini. Justeru, saya minta pihak kementerian agar kita perhebatkan lagi serta kita lipat gandakan lagi program ini. Maksudnya kita tambah lagi sekolah-sekolah rendah yang ada di kawasan-kawasan parlimen ini supaya pencarian bakat sukan ini tidak menghadapi masalah ketandusan pelapis terutamanya yang melibatkan sukan-sukan teras. Tadi pun

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

kita dengar Yang Berhormat dari Ketereh sudah sebut tentang hal berkaitan dengan sukan ini. Jadi kita harus akui negara kita masih lagi bergantung kepada atlet senior manakala atlet pelapis yang kita ada pada hari ini masih belum nampaknya mampu menyaingi atlet senior kita yang ada. Seterusnya mengenai Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) yang ketika ini masih di bawah Institut Sukan Negara (ISN). Terdapat konflik apabila ADAMAS ini diletakkan di bawah ISN memandangkan ISN terlibat secara langsung sebagai badan yang merawat serta menyediakan program nutrisi kepada atlet-atlet ini dan ini menyebabkan ketelusan serta integriti ADAMAS boleh dipertikaikan. Kita harus akui ADAMAS perlu sentiasa mengikut kod anti doping dunia dan kedudukan Malaysia sebagai negara kedua tertinggi. Masalah doping dalam kalangan atlet di Asia Tenggara memerlukan penelitian lanjut daripada pihak kementerian. Selain itu pengasingan dua entiti ini juga membolehkan ADAMAS bergerak serta bertindak secara bebas memandangkan saban tahun ramai atlet yang akan menjalani ujian doping ini. Untuk makluman, kos untuk ujian doping bagi atlet yang bertanding di Sukan Sea baru-baru ini mencecah hingga RM500,000. Adakah kementerian mempunyai kaedah untuk mengurangkan kos berkaitan dengan ujian doping ini terutama dalam usaha pihak kementerian sendiri bagi menaik taraf fasiliti dan juga kemudahan-kemudahan yang ada dalam negara kita berkaitan dengan ADAMAS ini. Seterusnya masih di bawah butiran yang sama iaitu Program Podium. Ia merupakan program penyediaan atlet terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan sains sukan dan kejurulatihan yang memberi fokus kepada sukan yang berpotensi untuk merangkul pingat di peringkat Sukan Asia, Komanwel dan juga Olimpik. Program Podium ini sememangnya memakan belanja yang kita tahu agak besar iaitu RM75 juta.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Justeru saya ingin mendapatkan kepastian, mungkin diberikan penerangan kepada Dewan bagaimanakah sesuatu sukan itu dipilih bagi mengikuti program podium ini dan apakah jaminan bahawa atlet serta persatuan sukan yang mengikuti program ini benar- benar mampu membawa pulang pingat untuk negara kita? Kita tidak mahu peruntukan besar diberikan dan dibelanjakan andai kata tiada jaminan daripada atlet-atlet tersebut serta persatuan-persatuan sukan untuk mereka beraksi dengan baik dalam pertandingan sukan yang kita sebutkan tadi. Seterusnya Butiran 02100, dan Butiran 02301 iaitu naik taraf Kompleks Sukan Negara dan juga penyelenggaraan kompleks dan kemudahan sukan negeri-negeri. Saya mohon jawapan daripada pihak kementerian berkaitan dengan persediaan pihak kementerian sendiri terutamanya berkaitan dengan kemudahan-kemudahan sukan yang ada dalam negara kita terutamanya menjelang pelaksanaan Sukan SEA pada tahun 2017. Yang terakhir Butiran 02000 iaitu Pembangunan Belia dan Sukan, Butiran 020400 – Penyelaras Rakan Muda. Kalau melihat kepada prestasi aktiviti, berlaku peningkatan terutamanya bilangan peserta yang terlibat, pertubuhan belia yang menerima bantuan dan yang paling penting ialah Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana dan program melibatkan sukarelawan yang semakin ramai. Sejauh mana pihak kementerian melihat Program Anugerah Remaja Perdana ini mampu menjadi program untuk mencungkil pelapis di bawah umur 30 tahun menjelang pelaksanaan Dasar Belia Negara yang akan dilaksanakan, akan dibentangkan pada tahun 2018? Berapa ramai pula jurulatih peringkat antarabangsa yang telah berjaya kita lahirkan melalui program ini dan apakah kementerian bercadang untuk meneruskan Program Anugerah Remaja Perdana ini dengan ada tiga buah pingat, gangsa, perak dan juga emas yang saya kira ini juga adalah platform yang baik sebenarnya untuk kita mendedahkan belia-belia yang berumur 30 tahun ke bawah ini dalam aspek berkaitan dengan kepimpinan dan juga hal berkaitan dengan belia yang akan menggantikan belia-belia yang berumur 40 tahun ke bawah dan kita akan mula memilih mereka-mereka yang berumur 30 tahun ke bawah untuk diserapkan dalam kepimpinan belia. Saya rasa itu saja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Saya ingin memohon penjelasan ataupun sedikit sebanyak laporan daripada kementerian mengenai Parlimen Belia. Apa hasil, dan juga adakah program Parlimen Belia ini benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak muda kita dan pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya kepada kementerian apakah pendirian kementerian, di mana sebenarnya ramai anak-anak muda khususnya mahasiswa yang telah pun banyak kali mengeluarkan suara mereka di mana mereka menuntut supaya Akta Universiti ataupun Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan. Perkara yang kedua Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia serta Butiran 030200 – Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara. Tuan Pengerusi, sebenarnya saya rasa kita yang berada di sini untuk program pembangunan belia ataupun program sukan sebenarnya ke semua ini melangkau fahaman politik. Cuma daripada segi kursus- kursus ataupun program-program yang ditawarkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara ini, saya cuma ingin memohon pihak kementerian supaya dapat menyatakan bagaimana pihak kementerian mempromosikan kursus-kursus ini. Sebab apa yang saya lihat sebenarnya program-program ataupun kursus yang ditawarkan oleh institut ini tidak diketahui oleh semua. Saya ingin memberi satu cadangan kepada pihak kementerian supaya tidak kira ketika mempunyai program ataupun kursus yang ingin ditawarkan kepada anak-anak muda, mungkin boleh cuba mencadangkan ataupun menerima cadangan daripada saya di mana jika boleh maklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen ataupun Adun- adun tanpa mengira parti politik supaya program-program kementerian dapat diketahui oleh semua dan kita boleh tolong mempromosikan program yang telah pun dianjurkan oleh pihak kementerian. Sebab bagi saya, saya rasa kementerian, KBS dalam sejak PRU Ke-13 memang ada banyak usaha untuk merapatkan anak-anak muda di negara kita khususnya baru-baru ini kita lihat kementerian telah pun adakan State Challenge bagi semua MP di mana kita dapat merasai. Ketika dalam isu melibatkan sukan ataupun pembangunan belia saya rasa kita tidak melihat kita sebagai pembangkang ataupun sebagai pihak kerajaan. Baru kita akan membuat sesuatu untuk sama-sama kita membangunkan anak-anak muda kita. Butiran 040400 – Festival Belia Negara. Saya cuma ingin bertanya kepada pihak kementerian sebab sebelum ini Festival Belia Negara cuma melibatkan peringkat kebangsaan.Adakah pihak kementerian bercadang untuk adakan program yang sama ataupun mengadakan program festival ini di setiap negeri di mana melibatkan semua anak- anak muda di negara kita? Yang terakhir Butiran 040600 – ASEAN Youth Volunteer Programme. Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya bagaimana bagi anak-anak muda negara kita untuk menyertai program ini. Jadi saya memang amat berharap pihak kementerian dapat memberi jawapan dalam perkara ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ai, sudah tidak bangun sudah Yang Berhormat Parit Sulong?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya bagi Yang Berhormat Jerlun lah.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya juga turut berterima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas dalam peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan. Merujuk terus kepada Butiran 020200 – Pembangunan Sukan.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Baru-baru ini kita telah mendengar berita dan cukup berbangga dan mengucapkan tahniah kepada saudara Badrul Hisham Abdul Manaf yang telah berjaya memecah rekod 100 meter lumba lari. Rekod kebangsaan yang dimiliki oleh saudara Watson Nyambek sejak tahun 1998 di ASEAN School Sport di Brunei Darussalam. Dia juga telah memenangi acara 200 meter dengan larian 21. 39 saat serta juga bersama-sama dengan rakannya mencipta satu lagi larian 4x100 meter mencipta larian ketiga terpantas dalam sejarah negara kita dan beliau juga difahamkan telah pun layak untuk memasuki pertandingan Junior World Championship pada tahun depan dan selain daripada itu sudah tentulah ada lagi beberapa nama yang juga telah memenangi, mencipta rekod seperti- triple jump, Faris Hazim, dan sebagainya. Cuma saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian walaupun Yang Berhormat Menteri telah pun membuat kenyataan akan menjaga Badrul Hisham ini. Kita sedar bahawa ini adalah permata baru negara dan kita sudah lama ketandusan pelari-pelari jarak dekat yang mempunyai potensi dan saya kira sudah tentulah saudara Badrul ini mempunyai harapan yang cukup cerah di masa depan dan kita mahu supaya sebagai seorang atlet karier mereka mungkin berkisar dalam tempoh 10 tahun dan beliau kini berumur 18 tahun dan mempunyai masa yang agak cerah di depan. Kita hendak supaya training, latihan, penjagaannya daripada segi fizikalnya, daripada segi pemakannya, nutritionnya, daripada segi mental, persiapan mental, daripada segi disiplin dan juga sudah tentu self development diambil kira. Kita tidak mahu mendengar cerita-cerita lama di mana bila timbulnya jaguh-jaguh baru ini, akan bercakaran pula isu-isu berkaitan dengan jurulatih mana yang harus kita berikan dan seterusnya akhir sekali atlet ini akan tersisih daripada lime light pada masa depan. Jadi sejauh mana di bawah pembangunan sukan ini, negara kita merancang untuk menghantar atlet-atlet berbakat seperti ini. Bukan beliau seorang tapi banyak lagi yang masih muda daripada dilahirkan daripada peringkat Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, mungkin juga Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sebagainya, adakah kita merancang mungkin dalam program podium juga untuk menghantar mereka ke pusat-pusat latihan yang world class?

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Umpamanya mungkin di Jamaica kalau kita hendak ikut foot steps ataupun langkah Usain Bolt. Ataupun mungkin juga kalau dalam sukan-sukan lompat tinggi dan sebagainya di Cuba yang juga berjaya melahirkan beberapa orang jaguh dunia. Jadi sejauh mana kerajaan berhasrat merancang untuk memastikan supaya bakat-bakat ini dapat terus membawa nama baik kerana kita tahu bahawa contohnya dalam larian 100 meter dulu kita ada Rabuan Pit yang pernah memenangi pingat emas peringkat Asia. Kita juga pernah ada Dr. M. Jagadesan yang kini masih memegang rekod 200 meter, larian 200 meter sejak sekian lama. Itu ialah pemegang rekod terpanjang, terlama, paling lama dalam negara. Akan tetapi saya melihat bahawa Badrul ini mempunyai potensi untuk memecah rekod tersebut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa.] Jadi kita hendak supaya kerajaan menyusun, melakar program-program latihan dengan membawa jurulatih-jurulatih terbaik ataupun menghantar ke pusat-pusat latihan ternama supaya akhir sekali kita akan juga turut bangga dalam sukan atletik ataupun sukan olahraga ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya terus untuk menyebut tentang Butiran 020000, 0200100 – Belia dan Sukan. Saya ingin menyentuh mengenai isu etika pemakaian atlet yang mematuhi syariat. Jawapan yang dikemukakan menteri dalam sesi penggulungan KBS minggu lalu

menunjukkan tiada keseriusan daripada pihak kementerian dalam memastikan etika pemakaian atlet sukan negara mematuhi kehendak syariat. Ia bukan isu kecil untuk disebutkan di sini kerana implikasinya begitu besar kepada masyarakat. Sudah menjadi kewajipan pihak kerajaan untuk menyediakan satu bentuk polisi yang mengenakan garis panduan dalam etika pemakaian terutamanya bagi atlet wanita negara yang beragama Islam. Sesuai dengan kewajipan amal maaruf dan nahi mungkar yang dipikul oleh pihak kerajaan. Kerajaan Negeri Kelantan pernah menganjurkan Sukan Wanita Malaysia (NISA’ Games) pada tahun 2013 yang mengenakan etika pemakaian yang menutup aurat serta hanya membenarkan kumpulan wanita sahaja sebagai penonton. Acara tersebut jelas menerima sambutan yang baik di samping ia tidak menjejaskan kualiti sukan tersebut. Kita juga melihat bagaimana pasukan futsal wanita Iran yang menjuarai kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 di Nilai pada September yang lalu. Ia satu bukti bahawa isu pemakaian tidak akan sesekali menjejaskan kualiti sukan yang disertai oleh atlet dari sesebuah negara. Justeru saya mencadangkan agar satu polisi dan dasar pemakaian yang mematuhi syariat diperkenalkan kepada semua atlet beragama Islam yang menyertai kejohanan dalam negara kita. Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Tuan Pengerusi, berikutan kemeruduman sukan bola sepak negara sejak sekian lama di samping program pembangunan bola sepak negara yang mensasarkan pembangunan bola sepak secara akar umbi di negara kita. Saya ingin mencadangkan agar sebuah institut sains sukan dan akademi penyelidikan bola sepak negara ditubuhkan. Ini merupakan satu langkah bagi memastikan pengurusan technical coaching, skema latihan dan juga peningkatan kemahiran terhadap sukan bola sepak negara dapat diselaraskan dan diperkembangkan secara terancang dan sistematik serta mematuhi standard antarabangsa. Kemudian Butiran 030000 – Pembangunan Sumber Manusia. Saya ingin menyentuh dua perkara dalam butiran ini. Pertama mengenai Indeks Belia Malaysia 2015. Apa bentuk penambahbaikan yang diperlukan pihak kerajaan hasil daripada dapatan indeks belia tahun ini. Ini kerana hasil dapatan menunjukkan tahap kesejahteraan belia ketika ini 70.22% iaitu paras yang sederhana. Seterusnya adakah indeks ini dirangka merangkumi aspek spiritual termasuk juga kefahaman agama dan nilai-nilai akhlak yang sepatutnya ada pada golongan anak-anak muda. Kedua mengenai pendidikan politik kalangan anak muda. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Parlimen Belia negara kita dalam usaha membentuk pendidikan politik berdasarkan hujah dan kefahaman di negara kita. Pelaksanaan Parlimen Belia di negara-negara maju seperti UK dan sebagainya berteraskan kepada pengaruh NGO yang begitu memberikan sokongan dan dukungan terhadap kewujudan Parlimen Belia di negara mereka. Mereka mengamalkan politik secara terbuka, memberi ruang seluas-luasnya kepada belia walaupun di peringkat sekolah menengah untuk menentukan pilihan mereka sendiri. Apatah lagi pendedahan yang diberikan terhadap pendidikan politik yang berteraskan perbincangan ilmiah jauh daripada sentimen dan juga emosi. Malangnya dalam negara kita Malaysia, pelajar universiti dilarang untuk menjemput kalangan pemimpin pembangkang kerana bimbang pengaruh itu merebak kepada belia di universiti sehingga terdapat di kalangan mereka yang digantung apabila dituduh dan disyaki terlibat dengan ada hubungan dengan pemimpin politik pembangkang. Pentadbiran universiti diceroboh untuk kepentingan politik sehingga menenggelamkan fungsi universiti sebagai sebuah institusi ilmu dan penuh dengan nilai-nilai yang harmoni. Ertinya kesedaran politik tidak dapat dicapai hanya dengan pelaksanaan program PBM semata-mata jika ruang-ruang membina partisipasi belia diletakkan dengan pelbagai halangan. Apatah lagi isu pendidikan politik di kalangan belia yang menyaksikan sikap tidak peduli belia di negara kita terhadap isu-isu nasional. Mereka lebih suka untuk terhibur dengan hiburan-hiburan dan juga tidak menyumbang kepada penyelesaian kepada isu-isu nasional yang berlaku dalam negara kita. Jadi bagaimana kementerian memandang perkara ini fokus kepada pendidikan politik atau political education di kalangan belia? Jadi itu sahaja yang saya ingin sebutkan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya cuma ada satu perkara sahaja yang hendak diketengahkan berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan ini iaitu B.45 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan khususnya Butiran 020300 iaitu Pembangunan Belia. Seterusnya Perkara 0300 ini berkaitan juga. Secara khususnya 030100 – Pentadbiran dan Latihan. Pembangunan belia diperuntukkan RM29 juta, cuma kalau kita lihat pembangunan belia ini lebih dalam sukan dan belia itu harus berjalan serentak. Akan tetapi umumnya masyarakat melihat bahawa belia dalam sukan itu lebih menyerlah tetapi dalam persatuan, dalam kepimpinan itu nampak agak tenggelam. Jadi kalau suatu ketika dulu bidang ini, persatuan belia ini merupakan kilang-kilang di mana latihan-latihan secara tidak langsung kepada pemimpin-pemimpin negara di masa akan datang. Jadi nampaknya sekarang ini, persatuan belia ini tidak mendapat perhatian yang jelas. Di sesetengah tempat di negara kita atau umumnya, persatuan-persatuan belia ini banyak ‘hidup segan, mati tidak mahu’, lebih kurang begitulah. Jadi tidak dapat melahirkan pemimpin dan kita belanja banyak dalam sukan dan tidak memberi perhatian kepada harta-harta negara daripada segi human capital di dalam belia ini. Saya mohon kementerian untuk dapat menjelaskan apakah perancangan dan susunan kementerian bagi memperkemaskan supaya belia bukan sahaja hebat dalam sukan tetapi mereka berupaya menjadi pemimpin di masa akan datang menerusi latihan dan bimbingan di dalam persatuan-persatuan belia di negara kita. Jadi itu sahaja yang saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Sulong. Ramai peminat Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak terus kepada Maksud Pembangunan 45, Butiran 00908 iaitu Program Pembangunan Ahli Sukan, Program Latihan Bakat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Kita pun maklum bahawa atlet Paralimpik negara ini memang beberapa kali mencatatkan pencapaian yang sangat mengagumkan. Antara lainnya dia telah mendapat pingat sukan Paralimpik di London 2012, lepas itu pingat emas Sukan Paralimpik Asia di Korea 2014 dan yang lain-lain. Jadinya saya cuma nak bertanya kepada pihak kementerian, apa program-program yang kementerian rancang untuk tahun 2016 dalam usaha untuk meningkatkan lagi performance, dengan izin, atlet ini dan selain daripada itu juga saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada kementerian ada mempertimbangkan untuk menambah ataupun meningkatkan jumlah elaun dan juga skim hadiah kemenangan kepada atlet Paralimpik ini dan apakah golongan ini mempunyai jumlah kelengkapan dan juga kemudahan sukan yang mencukupi. Seterusnya saya juga terus ingin menyentuh Maksud Bekalan 45 iaitu Butiran 010200 iaitu Perbadanan Stadium Malaysia. Di negara kita ini kemudahan ruang khas untuk peminat sukan daripada kalangan OKU ini masih lagi terhad, itu kita tidak dapat nafikan. Setakat ini ada sesetengah tempat ataupun stadium ataupun gelanggang sukan yang tidak mempunyai ruang khusus ataupun ruang khas untuk golongan OKU. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian untuk menyatakan ataupun detailkan mana-mana stadium dan juga gelanggang sukan yang belum lagi mempunyai ruang khas atau fasilitet untuk OKU dan seterusnya saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian melalui Perbadanan Stadium mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan dan juga menaiktarafkan ruang khas untuk OKU termasuklah menyediakan lebih banyak lagi parkir khas, laluan untuk kerusi roda, ruang paling hadapan untuk mereka menonton sesuatu perlawanan dan lain-lain dan sekiranya ada, berapa jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan ini? Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi, P 02400 - Gelanggang Sukan. Tadi Yang Berhormat dari Ketereh juga ada menyatakan mengenai padang standard astroturf untuk sukan hoki sebab memang kita tengok prestasi skuad remaja terutamanya dalam

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

bidang hoki ini memang agak menggalakkan walaupun kita tahun ini kita tidak dapat melepasi ataupun layak ke Hoki Piala Dunia Remaja tetapi memang sangat berpotensi. Akan tetapi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian sebab saya dulu hockey player, jadinya saya suka tengok ...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat big back rider juga kan?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Semua. Biker pun ya, itu pun. Semua. Golf sahaja tidak, itu untuk orang yang kurang tinggi daripada saya. Okey, jadinya saya hendak bertanya kepada pihak kementerian. Berapakah sebenarnya peruntukan yang diberikan dalam usaha untuk membina lebih banyak lagi padang hoki astroturf ini dan bagaimanakah usaha dan juga langkah kementerian untuk mencungkil lebih banyak lagi bakat dalam usaha untuk mewujudkan lebih ramai lagi player ataupun pemain. Maknanya full of players, dengan izin, terutamanya di kalangan mahasiswa-mahasiswa di universiti dan saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, apa jaminan masa depan dan juga pekerjaan yang mungkin kementerian boleh berikan kepada atlet yang mewakili negara ini kerana apabila dia aktif, kadang-kadang dia terpaksa ataupun tidak pergi kerja dan menyebabkan mereka kebanyakannya ataupun ada atlet yang ada kes yang diberhentikan kerja kerana terlampau banyak mengambil cuti akibat mewakili negara. Jadinya saya harap persoalan-persoalan ini dapat diambil perhatian dan diberikan jawapan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada anak muda Kapar. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 - Pembangunan Sukan. Pertama sekali tentang kualiti dan mutu bola sepak di Malaysia. Beberapa Yang Berhormat telah membangkitkan isu yang sama. Bola sepak salah satu sukan yang paling unggul di Malaysia. Kita mempunyai prestasi dan rekod yang amat cemerlang. Bola sepak membangkitkan semangat perpaduan sebelum ini tetapi kini masyarakat Malaysia sedang mendahagakan pemain-pemain seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh. Pelbagai kaum ada di sana...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada nama James Wong, Yang Berhormat.

James Wong, lupa. Dari Sabah ya.

Hassan Sani.

Hassan Sani. Tengok. Nama- nama macam itu masih lagi didahagakan, tidak lagi dilahirkan. So saya minta amat sangat daripada Kementerian Belia dan Sukan jangan membawa isu bola sepak ini ke isu politik mahupun isu komersial tetapi lebih kepada semangat sukan seperti sebelum ini yang mengamalkan konsep-konsep perpaduan. Saya minta Kementerian Belia dan Sukan beberapa kali soalan-soalan ini telah dibangkitkan dan kita ada Menteri dan juga Timbalan Menteri memberi jawapan-jawapan yang saya boleh terima tetapi tidak memadai dengan prestasi di luar dan di dalam gelanggang bola sepak. Maka saya minta penekanan khusus daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada pada hari ini khususnya untuk bola sepak, tolong ambil kuasa sepenuhnya untuk menerajui kepimpinan mutu bola sepak dan keluarkan elemen-elemen politik mahupun komersial supaya kita bangkit kembali menerajui permainan bola sepak di Asia. Kedua adalah hoki. Saya setuju dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Saya baru- baru ini dipanggil untuk beberapa buah sekolah untuk merasmikan anugerah pelajar cemerlang. Setiap kali saya datang, saya jelajah sekolah itu dan bertanya tentang sukan- sukan yang dimainkan. Amat sedih sekali, kecewa sekali saya Tuan Pengerusi apabila saya mendapati permainan hoki langsung tidak dibawa untuk dimainkan atau dikedepankan di kalangan pelajar-pelajar. Selepas itu saya tanya berapakah orang pelajar yang hadir untuk sesi latihan, hanya dua hingga tiga orang pelajar. Maka tidak diberi keutamaan seperti

permainan-permainan lain. So saya menekankan sekali lagi kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya permainan hoki juga mempunyai kegemilangan kita pada satu masa dahulu supaya kementerian memberi penekanan membawa balik era-era yang telah hilang dan hanya wujud dalam sejarah sahaja. Ketiga, ini adalah kena mengena dengan permainan kabaddi. Kita ada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang saya difahamkan pun pernah main kabaddi masa kecil- kecil dahulu tetapi kini permainan kabaddi tidak ditonjolkan. Saya minta Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri supaya menonjolkan permainan kabaddi ini di peringkat sekolah-sekolah lagi khususnya di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil. Permainan kabaddi ini Tuan Pengerusi, dia adalah dua pasukan. Kena tahan nafas, kena pergi serang menyerang, tarik dan sebagainya. So permainan itu memang mengaktifkan fizikal, mental, rohani dan sebagainya. Maka permainan kabaddi ini perlu ditonjolkan dan kita pernah menang pingat emas di SUKMA, Tuan Pengerusi. So memang kita ada potensi untuk permainan kabaddi tetapi dari sudut sekolah dan sebagainya kita tidak menular...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang kita itu siapa Yang Berhormat?

Ya, Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang kita pernah menang itu siapa itu?

Kita maksudnya?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Peringkat SUKMA ya?

Ya, ya. Kita di peringkat Sukma memang kita ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak, yang kita itu siapa?

Malaysia. Maksud saya kita itu Malaysia.

Yang Berhormat Kapar itu Tuan Pengerusi, dia penonton sahaja.

Ya Tuan Pengerusi, saya penonton sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak, SUKMA kan ..

SUKMA 2011.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

SUKMA kan Sukan Malaysia.

Kita menang lepas itu kita pernah masuk peringkat Sukan SEA, Sukan SEA pun kita pernah. Betul kan menteri? Dia angguk [Ketawa] So kita pernah, kita ada kaliber dalam sukan ini. Yang saya minta ini potensi daripada sekolah dibangkitkan, diawalkan daripada peringkat sekolah lagi kita membawa anak-anak muda cenderung ke permainan kabaddi. Itu yang saya maksudkan.

Seterusnya Tuan Pengerusi 020300 – Pembangunan Belia. Tuan Pengerusi, belia merupakan antara aset terpenting negara yang sepatutnya menyambung warisan kepimpinan negara di masa akan datang. Pemimpin datang dan pergi dengan meninggalkan warisannya untuk disambung oleh bakal pemimpin-pemimpin baru yang sepatutnya mengambil alih dan meneruskan segala tanggungjawab untuk negara tetapi adakah kita mengetahui tentang perkara ini dan kita bersedia dengan situasi ini. Saya menekankan empat sektor yang perlu diberi penekanan iaitu politik, ekonomi, sukan dan sosial. Dari sudut politik saya menekankan bahawa mahasiswa dan juga pelajar-pelajar perlu diteraskan dengan elemen-elemen politik, perlu digalakkan supaya mengambil bahagian dalam parti-parti politik. Akan tetapi sayang seribu kali sayang Tuan Pengerusi kita tidak memperjuangkan prinsip sebegini tetapi pelajar-pelajar atau pun mahasiswa yang mengambil bahagian dalam bidang politik ditahan daripada meneruskan cabaran mereka dalam bidang-bidang politik. So, saya rasa keluasan, keterbukaan, ruang

dan peluang sepatutnya diberikan kepada anak-anak muda, belia supaya mengambil bahagian dalam bidang politik. Keduanya dari sudut ekonomi. Ada Yang Berhormat tadi telah menekankan tentang isu pengangguran. Saya juga hendak tambah sedikit. Bukan sahaja isu pengangguran malahan isu memberi ruang kepada pengusaha-pengusaha dari sudut belia pun perlu ditekankan, dinaiktarafkan, diperbaiki dan ini perlu bukan sahaja atas kertas tetapi perlu dinampakkan secara ikhlas, jujur supaya anak muda diberi ruang yang secukupnya dalam sektor perniagaan. Itu perlu diutamakan. Pengangguran adalah lagi satu elemen ekonomi. Saya rasa Kementerian Belia dan Sukan kena memperbanyakkan lagi program-program yang memberi ruang untuk pekerja-pekerja datang ambil pekerja belia-belia. Hari Karnival Kerja dan sebagainya perlu digalakkan lagi. Ketiga adalah tentang sukan. Saya tekankan daripada pengambil bahagian belia- belia dalam bidang sukan pun sedang merosot. Bukan macam sebelum ini lebih kepada sukan. Sekarang ini berbeza sedikit Tuan Pengerusi, semua main bola tetapi main bola dekat hand phone. Semua main hoki tetapi main hoki dalam hand phone. Semua main bowling pun dalam hand phone. So, ini zaman hand phone pula. So, saya rasa kementerian kena bersungguh-sungguh datang dengan satu mesej secara holistik supaya menggalakkan belia mengambil bahagian dalam sukan. Bukan sukan dalam komputer sahaja. Teruskan dengan yang keempat adalah tentang sosial. Ini amat penting Tuan Pengerusi. Sejak semalam saya sedang tekankan, semakin maju kehidupan kita semakin ketara emosi dan mental kita. Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya kebanyakan gejala- gejala sosial seperti rompakan, peras ugut, pembunuhan, penyalahgunaan dadah, alkohol termasuk arak sekali. Banyak juga di kalangan belia-belia yang sekarang dilanda dengan penyakit mental. So, moral dan sosial Tuan Pengerusi merupakan antara aspek yang semakin pudar dengan bertambah majunya kehidupan kita pada hari ini. Kita lebih mengutamakan keselesaan individualistik, dan materialistik lebih menguasai kehidupan kita, maka kita tidak sangat bergantung kepada pemahaman moral dan pemahaman agama. Ini yang menyebabkan ramai anak-anak muda tergolong dalam sektor-sektor yang memudaratkan. Saya mengambil kesempatan ini, saya telah membawa isu tentang minum arak yang saya katakan sebagai arak murahan, cheap liquor. Saya rasa Kementerian Belia dan Sukan pun kena membawa isu ini dan mengetengahkan isu ini supaya dapat membuat sesuatu untuk membendung gejala sosial ini berterusan. Kementerian Belia dan Sukan perlu arif bahawa tahap gengsterisme dan tahap jenayah di kalangan belia amat menular dan amat meningkat. Maka, Kementerian Belia dan Sukan perlu memainkan peranan yang proaktif, mara ke hadapan untuk menyelamatkan anak-anak muda, belia dan remaja negara kita. Tuan Pengerusi, seterusnya 020400 – Penyelarasan Rakan Muda.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ringkaskan Yang Berhormat ya.

Ya, boleh. Program Rakan Muda dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 29 Oktober 1994. Matlamat utamanya ialah untuk melahirkan potensi tertinggi generasi anak muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara. Saya ingin menanyakan kepada kementerian, sejak tahun 1994 sehingga hari ini bagaimanakah matlamat ini boleh dikatakan dicapai? Apa hasrat dan objektif visi, misi pada awalnya pada tahun 1994 pada hari ini setelah berpuluh-puluh tahun kita telah menepati. Itu perlu dijawab sebab saya nampak dekat sini masih lagi RM14 juta telah diselaraskan. Kita tak nak duit diletak tetapi pembangunan anak muda tidak dicapai. Saya menuntut jawapan. Akhir sekali Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Ya, seminit masa kecemasan. Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Saya mewakili Parlimen yang paling banyak, ramai pengundi di Malaysia iaitu hampir 150,000 orang pengundi dan saya difahamkan penduduk saya sahaja 600,000 Tuan Pengerusi. Maka, saya minta jasa baik Kementerian Belia dan Sukan binalah sebuah kompleks sukan komuniti. Apa salahnya, anak-anak muda ramai di sana boleh manfaat daripada program-program seperti penubuhan sebuah kompleks sukan komuniti. Saya boleh berbincang dengan Yang Berhormat Gombak, Menteri Besar Selangor untuk dapatkan tanah dan ruang dan pembinaan boleh dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Jumlah 600,000 lah Lenggong.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan dalam Kepala B.45. Saya terus menyinggung Butiran 0202000 – Pembangunan Sukan. Pada anggaran tahun 2015 berjumlah RM27,447,500, manakala pada anggaran 2016 berjumlah RM18 juta. Jauh, potongannya dibuat. Dalam masa yang sama ingin saya bertanya Kementerian Belia dan Sukan, bila mana dikurangkan bajet ini apakah ia berkemampuan dalam suasana hari ini sukan menjadi sebutan yang amat menyedihkan sampaikan 10-0 kita kecundang. Kita merasai kedukaannya dan kita melihat daripada perkembangan sukan yang amat menyemakkan otak kita hingga kita tidak kenal tokoh-tokoh anak muda hebat untuk kita pamerkan atau tampilkan mereka. Saya memberi contoh seperti mana sukan golf. Bila mana saya membaca beberapa siri latar belakang. Tiger Woods sebagai contoh. Dia tidak kira pendek panjang Tuan Pengerusi, dia kira konsisten fizikalnya sama.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Golf ini yang rendah pun boleh pukul.

Ya, betul saya setuju sangat. Macam fizikal pemain Korea dan Jepun sama tubuhnya macam kita. Jadi, isu susuk tubuh tidak timbul Yang Berhormat Parit Sulong. Itu confirm tetapi yang penting Tuan Pengerusi dia melaporkan lapan jam satu hari dia mempelajari teknik untuk memukul golf dengan cara yang lebih konsisten. Cara chiefnya, cara swing nya, cara bagaimana untuk meletakkan distancenya. Jadi, kita melihat bahawa kesungguhan itu dilakukan oleh Tiger Woods hingga menjadikan dia satu ketika dahulu pemain yang sukar ditewaskan. Maka yang demikian saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian bercadang untuk melihat tokoh-tokoh kampung, anak-anak muda kampung yang berkebolehan. Kalau sukan itu bola sepak, petik jadi bola sepak. Kalau sukan itu hoki ambil daripada hoki. Akan tetapi yang penting ialah jangan ada pilih kasih bila pemilihan itu dilakukan. Ini saya percaya, Yang Berhormat Lenggong pun setuju kerana kalau kita pilih kasih maka kita tidak akan lahirkan tokoh-tokoh atau pun para atlet sukan yang berwibawa yang mampu bersaing di persada dunia...

Pergh dahsyat.

Bukan sahaja di peringkat kampung tetapi persada dunia oh dahsyat.

Kuala Langat, pandai main apa?

Tetapi kita tidak merasai demikian.

Kuala Langat, Kuala Langat pandai main apa?

Inilah kelebihan Yang Berhormat Baling, menyampuk tanpa direstu [Ketawa] Saya mengambil ruang ini untuk menegaskan sudah tiba waktunya walaupun bajet ini sudah dikurangkan tetapi anggaran bajet ini tidak membolehkan belia-belia sukan melemahkan kementerian dan tidak bersungguh-sungguh untuk mengangkat martabat darjat sukan dalam negara ini yang sudah terpalit lemahnya, yang sudah terhakis keyakinannya, yang sudah mundur jauh ke belakang dan saya cabar Kementerian Belia dan Sukan.

Jangan menjerit, nanti speaker lari.

Memastikan, pastikan keyakinan rakyat untuk melihat sukan itu diletak ke tempat yang sepatutnya. Saya juga meneruskan dalam butiran lanjutan daripada 020300 - Pembangunan Belia, bersekali dengan Pembangunan Ekonomi Belia dalam Butiran 020500. Tuan Pengerusi, hari ini kita telah didedahkan dan kita dimaklumkan berbagai- bagai catuan dan percaturan yang hendak dilakukan dengan persaingan anak muda, ekonomi sekarang ini berada dalam paras yang cukup kritikal. Mata wang sudah merudum..

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, selepas ini Kementerian Sumber Manusia, hendak berucap ke tak?

Ya, saya simpan suara sedikit di sana [Ketawa] Ya, saya percaya Yang Berhormat Menteri akan menunggu soalan daripada saya. Akan tetapi yang pentingnya Tuan Pengerusi, dalam keadaan kita bergelut dalam percukaian yang dikenakan, GST, dalam masa yang sama, TPPA hendak dibuat perjanjiannya dan ia akan dibentangkan untuk di bahas pada bulan Januari, saya dimaklumkan. Maka apabila tandatangan TPPA dilakukan, apakah akan berlaku pada anak muda yang menjadi usahawan ataupun mereka yang berkecimpung dalam perniagaan? Ini Kementerian Belia dan Sukan tidak boleh berlengah waktu, tidak boleh memandang sepi dan tidak boleh anggap ia bukannya tanggungjawab kerana anak muda di sana, ratusan ribu itu peniaga yang mengharapkan suntingan ataupun dokongan, sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk memantapkan dan memberi mereka keyakinan untuk memastikan mereka ini juga dibela. Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Belia dan Sukan, apa persiapan kerangka dasar yang Kementerian Belia dan Sukan lakukan untuk memastikan anak muda ini tidak tercicir daripada mereka bersama bersaing untuk mengangkat ekonomi mereka sendiri. Maka yang demikian, persoalan saya ialah langkah-langkah yang segera yang belia dan sukan harus wajib sediakan untuk memastikan anak muda tidak dipinggirkan. Seterusnya saya ingin menyinggung Butiran 040200 - Pekerja Kontrak. Pekerja kontrak ini di mana kementerian ada Tuan Pengerusi, dan saya dimaklumkan ia diperlukan mengikut suasana dan waktu. Saya ingin menegaskan bahawa pekerja kontrak ini kalau mereka perlukan, kalau mereka diperlukan, dengan munasabah saya ingin mencadangkan mereka diambil pekerja tetap terutama orang-orang yang profesional yang berpengalaman. Jurulatih sebagai contoh yang digajikan sebagai pekerja tetap dan ini pekerja kontrak yang saya khuatir mereka akan teraniaya dengan sifat tidak ambil berat oleh kementerian untuk meneruskan kesinambungan kontrak year-by-year. Dengan yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan kementerian yang seluruhnya, pastikan bahawa kalau keperluan itu konsisten, saya mohon mereka diconfirmkan kerana penganiayaan itu akan membuahkan hasil tidak puas hati dan benih-benih tidak puas hati itu akan menular dan memastikan bahawa pembiakan atau penubuhan itu akan tersekat perkembangannya. Maka yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa kalau ia munasabah, tolong confirmkan dan tolong berhati perut sedikit untuk mereka yang mengharapkan pembelaan walaupun dalam kementerian yang kecil itu tetapi kita mesti membantu mereka yang memerlukan. Saya percaya Yang Berhormat Baling pun setuju dengan cadangan saya, malah Yang Berhormat Lenggong pun akan ketawa, tersenyum. Dia kata, ya betul tetapi hatinya walaupun mulut tidak

berkata, saya percaya mereka juga menyokong bahawa tidak boleh kita benarkan pekerja kontrak yang teraniaya ini berterusan sehinggakan mereka..

Butiran mana ini, butiran mana?

Benar-benar memohonkan pertolongan.

Butiran mana ini?

Dan saya yakin dan saya percaya dengan adanya keprihatinan itu, maka kita akan tenggelamkan diskriminasi pekerjaan terhadap mereka yang mengharapkan pertolongan. Terima kasih Tuan Pengerusi yang cukup budiman pada petang ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya Cuma hendak betulkan, tadi Yang Berhormat Parit Sulong kata dia terror main hoki tetapi di peringkat kampung sahaja tadi [Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat Kuala Langat ini sesuai kita letak sebagai ketua pasukan sorak sama dia [Ketawa]

Tuan Pengerusi, logik mana ada lelaki sorak? Ini apa punya Lenggong ini, terbalik. Baling betulkan otak dia [Ketawa]

Butiran 020000, kemudian Butiran 020300, dan Butiran 020200. Tuan Pengerusi, saya dalam Dewan yang mulia ini hendak ucap tahniah kepada atlet muda kita Badrul kerana telah muncul dan menjadi mutiara baru dalam bidang olahraga. Tadi Yang Berhormat Jerlun sudah ucap tahniah, saya pun secara peribadi hendak ucapkan tahniah. Ini permata baru kepada kita kerana berjaya memecahkan rekod yang dibuat oleh Watson Nyambek dulu. Ini saya percaya jika digilap dengan begitu baik, dia boleh muncul antara yang digeruni di rantau ini. Akan tetapi saya minta kementerian kerana kita juga ada track record, ada atlet-atlet baru muncul tetapi bila diserah ke-satu pihak bukan maju lagi ke depan tetapi reverse ke belakang. Ini saya harap pihak kementerian berhati-hati dan jangan pula kita pinggirkan jurulatih yang telah membina Badrul ini kerana hasil tangan jurulatih itulah yang menyebabkan lahirnya Badrul ini. Saya harap pihak kementerian mengambil serius tentang perkara ini...

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Mersing bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong, tanya sikit. Kalau kita tengok pelari-pelari pantas short distance ini, dia biasa kulit hitam. Hitam manislah macam Yang Berhormat Kapar. Bila didapati bakat mereka dikesan seterusnya ada kajian saintifik dibuat, dia ada sport science yang mengkaji aktiviti masa atau otot juru sukan tersebut. Yang Berhormat Lenggong setuju tak dengan saya jika Badrul ini dikaji dari sudut saintifik supaya kita boleh pakai dia lama?

Saya setuju sangat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Mersing. Saya percaya, banyak negara yang berjaya melahirkan atlet yang bertaraf dunia ini, dia bukan hanya mengajar dia berlari tetapi segala aspek dikaji, pemakanan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita tidak pernah terfikir bagaimana Korea ini menjadi jaguh dalam bidang bola sepak. China, Jepun, dulu dengan kita, kalah semua ini tetapi bagaimana mereka boleh ke hadapan? Dan yang kita kerana kalau track record tahun 1997, kita di tangga ke-79 ranking bola sepak. Hari ini, turun 171. Kenapakah puncanya? Sama sepak

takraw, kita dulu sepak takraw, Tuan Pengerusi,mengajar orang. Hari ini kita belajar daripada orang lain. Ini yang menjadi masalah kepada kita. Manakah silapnya? Saya rasa kementerian kena kaji. Jangan kaji kesilapan pasukan tetapi kadang- kadang program yang kita buat juga harus dikaji dan diteliti. Ini penting seliaan. Sebab apa? Kalau kita bercakap soal sukan ini tidak boleh lari daripada kita bercakap, berkata dengan bola sepak. Tadi kita bercakap dan ramai yang menyentuh tentang bola sepak ini. Nampaknya yang boleh dibawakan ialah JDT. Saya mahu ucap tahniahlah kepada JDT, hari ini antara tiga pasukan yang dicalonkan, baru tadi diumumkan akan menjadi antara pasukan terbaik di Asia, baru tadi keluar berita. Ini bangga. Kalau kita hendak kaji baru daripada segi pemakanan, kaji juga bagaimana JDT boleh pergi ke arah itu. Itu penting sekalian. Saya juga harap kita telah bercakap bola sepak, tentu kita tak boleh lari daripada menyentuh FAM dan sebagainya. Adakah kementerian kaji bolehkah tidak, kalau ada undang-undang dan sebagainya, jangan sampai kita langsung tak boleh sentuh, tak boleh buat apa-apa langsung kepada badan ini. Ini penting supaya kita dapat majukan industri bola sepak. Ini hak rakyat sukan ini, bukan hak IFF dan sebagainya.

Yang Berhormat Lenggong, tanya sedikit? Pasal bola sepak. JDT lah. Sebab Tengku Mahkota Johor yang mempelopori dan memberi idea ini tetapi yang paling penting, apa yang kami faham, program bawah ini yang Talent Scout ini yang diperkembangkan hebat oleh Tengku Mahkota Johor. Sekarang ini belum nampak lagi tetapi di daerah-daerah, kita rasa sudah cemerlang, dan kami wakil- wakil rakyat memang sentiasa membantu dan mengikuti perkembangan skaud talent ini. Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Lenggong, dalam hal bola sepak ini banyak kali orang suka tengok bola sepak ini dia selalunya dia town based. Umpamanya di Sandakan di kawasan Beluran, orang akan keluar tengok dan support the local team. Akan tetapi kita berasaskan kepada negeri. Betul negeri ada tetapi macam di UK, England ini mereka bermain untuk World Cup, European Cup sahaja. Tidak ada liga. Akan tetapi dalam EPL, All England punya team itu berasaskan kepada bandar. Saya hendak tanya, ada tak perubahan-perubahan yang dikaji oleh kementerian bekerjasama dengan FAM supaya modus perlawanan ini, kita buat style mungkin macam Jepun. Jepun dia bentang undang-undangnya di Parlimen dan diwujudkan J-League, dibantu oleh kerajaan bersama sektor swasta dan diwujudkan team-team ini, sehingga ia menjadi team yang bagus dan boleh dapat semi final World Cup. Adakah Yang Berhormat Lenggong setuju dalam approach ini?

Tuan Pengerusi, saya bersetuju sangat. Oleh sebab itu, kajilah sedikit undang-undang sedia ada untuk membolehkan kerajaan secara langsung terlibat dalam pembangunan bola sepak ini, dan dengan sendirinya saya percaya apa yang dibuat oleh Jepun misalnya boleh kita laksanakan di negara kita. Saya sebut tadi kenapa JDT dicalonkan oleh AFC di antara tiga buah kelab yang akan dicalonkan untuk anugerah satu daripada UAE, satu daripada China. Maknanya mereka sudah sampai standard Asia. Mereka ada program-program yang tentunya kelab ini dicalonkan bukan kerana mereka menang bola sepak di peringkat Asia ataupun kerana mereka menang liga di peringkat dalam negara kita sahaja. Tentu ada program lain- program bakatnya, kepimpinannya, daripada segi kewangannya, profesionalnya. Semua aspek yang menyebabkan mereka dicalonkan. Saya percaya, kalau kita hendak kaji Badrul tadi, kita kaji juga JDT. Kerana ini sahaja pasukan bola sepak yang kita nampak terbaik yang ada dalam negara kita ini pun. Bukan ada yang lain. Kita hilangkan sentimen lain, kerana kita letakkan bola sepak di hadapan. Saya percaya pihak kementerian pun ada pelan induk pembangunan bola sepak negara, untuk melahirkan bola sepak di peringkat remaja, kanak-kanak dan sebagainya, sehingga ke peringkat sampai ke tahun 2030, hendak lahirkan jumlah pemain bola sepaknya bukan sedikit. Ramai- sampai peringkat kalau menjelang tahun 2020 sampai 51,125 orang pemain di pelbagai peringkat.

Akan tetapi saya juga nampak ada sedikit- di antara badan bola sepak dengan kementerian itu, nampak ada persaingan sedikit di situ. Ini yang kita tidak mahu. Oleh sebab itu kita kena ada satu- kalau Jepun boleh bawa dalam Parlimen dia untuk pulihkan industri itu diangkat, saya percaya langkah itu juga boleh dibuat di dalam negara kita. Oleh sebab itu, saya harap pihak kementerian mengambil perhatian mengenai perkara ini kerana cerita bab bola sepak ini sudah acap kali kita sebut. Banyak kita dengar ialah kritikan kerana kalah 10-0, kalah 6-0. Kosong semua. Jadi ini harus dibaiki, dan tanggungjawab itu saya fikir kementerian kena bertanggungjawab. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga hendak sentuh berkaitan dengan perkara lain, iaitu belia ini. Saya percaya satu daripada aspek penting yang mesti diberi penekanan oleh kementerian ialah belia. Saya minta kementerian jangan tumpu satu bab sahaja. Bab belia ini penting tetapi jangan juga tumpu program di peringkat atas sahaja kerana di kampung ini penting. Festival Belia buatlah, tetapi, belia di kampung kena beri perhatian, kerana di situ yang ramai. Kalau kita terlupakan golongan muda di akar umbi ini, ini yang menimbulkan masalah kepada kita. Oleh sebab itu, banyak saya tahu pasal program kementerian baik soal pendidikan, kemahiran dan sebagainya, saya cuma hendak minta supaya kementerian, saya bukan tidak bersetuju program anak bangsa ini. Saya sangat setuju tetapi boleh atau tidak kalau dibincang dengan Kementerian Pelajaran, program itu pelajarnya tidak ditempatkan sahaja di UiTM tetapi dibawa masuk ke institusi-institusi kemahiran di Kementerian Belia dan Sukan, yang begitu banyak ini. Ada juga kebaikannya kerana peluang kedua ini harus diberi kepada institusi ini kerana kita perbanyakkan. Kalau banyak di UiTM sahaja, rangking UiTM sudah turun sampai nombor berbelas sekarang. Ini harus kita fikirkan. Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya menyambut baik apabila kementerian menggubal dasar baru belia Malaysia. Kita sudah banyak kali dasar- Dasar Belia Malaysia dan sebagainya. Tentunya ia bertujuan untuk memberi nafas baru sesuai dengan perubahan yang berlaku di kalangan generasi muda hari ini. Cuma bab umur ini kalau tanya saya secara peribadi tidak berapa nak setuju sangat. Kalau 30 tahun ini hendak jadi pemimpin boleh, tetapi kalau kita hendak buat hanya kerana kita hendak ikut model daripada Europe, daripada Amerika saya rasa ia tidak sesuai dengan kita kerana pertubuhan belia di Europe ini sosial sahaja. Mereka bukan macam kita. Ini kita kena fikirkan. Satu daripada perkara yang saya hendak tekankan ini, saya rasa kementerian maklum tentang perkara ini. Oleh sebab tahun 2007, kita sudah bentang Akta Pembangunan Pertubuhan Belia dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingat sangat akta ini kerana saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bersama dengan Menteri Pengangkutan waktu akta ini digubal. Daripada kita tidak ada umur, kita terus kepada 40 tahun. Perkara yang menjadi isu ialah saya tengok, saya tidak tahu mungkin Kementerian Belia dan Sukan akan bawa apabila dalam dasar baru belia Malaysia ini umurnya 30 tahun tetapi saya fikir dan saya rasalah, pindaan perlu dibuat dalam Dewan ini kerana kita ada akta, kerana Akta Pertubuhan Belia ini, kalau kita tengok yang dibawa dalam Dewan ini tafsirannya ialah 15 tahun hingga 40 tahun. Kalau tidak pinda yang itu, kita guna pakai yang Akta Dasar Belia Negara, dasar ini bukan compulsory. Saya rasa, kalau pertubuhan belia, ia tetap hendak pakai umur 40 tahun, boleh sebab itu tak salah tetapi kalau ia melebih daripada 40 tahun, ia salah kerana ia ada akta. Jadi saya fikir ada perkara-perkara yang terkandung dalam Akta Dasar Belia Baru ini yang agak bertentangan dengan Akta Pertubuhan Pembangunan Belia. Saya fikir sama ada pinda atau dilihat supaya ia tidak berlaku contradic. Juga saya lihat, hari ini dalam surat khabar muka penuh, berkaitan dengan Majlis Perundingan Belia Negara. Memang cukup bagus hendak buat transformasi. Saya memang pejuang daripada dahulu lagi malah telah diangkat dan diwartakan dalam Parlimen ini ada Majlis Perundingan Belia Negara, kebangsaan, negeri dan daerah. Memang bagus. Itu juga sama. Kalau juga ia melibatkan beberapa perubahan yang juga saya fikir kalau ia juga bertentangan dengan apa yang terkandung dalam akta itu, ia juga mestilah dipinda dan sebagainya...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya habiskan Yang Berhormat.

Jadi Tuan Pengerusi, saya harap kementerian menumpukan program-program di akar umbi, style orang bandar tidak sama dengan orang muda di luar bandar. Kadang-kadang kita bercakap style kita di bandar ia tidak sama dengan di luar banar. Jadi kepelbagaian program itu saya harap perlu diberi penekanan terutama biarlah program-program yang termaktub dan kewangan yang dibelanjakan ini bukan hanya dirasai oleh golongan muda di bandar tetapi anak muda di kampung juga mesti mendapat nikmat daripadanya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya merujuk kepada Butiran 020200 - Pembangunan Sukan. Meningkatkan mutu sukan dan penyediaan pelapis sukan. Kita sudah banyak dengar hari ini tentang cerita bola sepak.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya juga ingin menyentuh sedikit, walaupun saya tidak main bola sepak, hoki pun saya tidak main. Saya main sepak takraw. Sepak takraw. Walaupun saya rendah, tapi saya boleh terbang. Boleh terbang, lipat boleh kan. Dululah tahun 70-an. Sukan sering menjadi keutamaan yang menghiasi dada-dada akhbar dan bukan sahaja melibatkan kejohanan tempatan malah di peringkat global. Walau bagaimanapun, sukan yang kita menyaksikan penurunan prestasi. Sukan bola sepak ini sehingga ke tahap ranking 171 dalam dunia. Kekalahan skuad Harimau Malaya, skuad Malaysia ini pada kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asean 2019 pada bulan September tahun ini, 10-0. Bila dengar 10-0, yang tidak tahu main bola sepak pun terkejut. Macam mana boleh kena 10-0. Pertama, kuat sangat kah UAE itu, 10-0. Separuh masa pertama saya dengar lebih dari 5-0. Kedua, lemah sangat kah kumpulan pemain-pemain kita di Malaysia ini. Ini saya dapati ada menceritakan satu rekod terburuk yang baru untuk negara Malaysia. Ini kerana berjaya memecahkan rekod buruk kalah 8-2 kepada New Zealand di Kuala Lumpur lebih kurang 50 tahun yang lepas. Lama juga rekod ini 50 tahun. Jadi, Tuan Pengerusi. Di Malaysia ini, sukan kalau menang, Ketua Jurulatih itu esok dapat Datuk. Kalau kalah teruk, esok kena ketuk. Pemain-pemain kita pun tidak tahu. Kalau 10-0 kena adakah mereka bermain sepenuh hati, semaksimumnya yang telah diajar. Kita selalu dengar, “Kami keletihan tiga, empat hari- baru tiga, empat hari berlatih”. Ini alasan-alasan yang biasa didengar. Jadi, benda ini perlu diambil dengan serius oleh FAM supaya tidak ada kumpulan yang dikecam dengan begitu sahaja. Ia melibatkan Ketua Jurulatih pun takut.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ketua Jurulatih pun takut sebab apa dia mungkin kena sabotaj. Dia mungkin sabotaj. Mungkin ada orang marah dan sebagainya. Tiba-tiba pula dia macam contoh di sini Ketua Jurulatih Dollah Salleh dia terpukau, bukan terpukau kemenangan, terpukau ketakutan saya rasa ataupun terpukau malu disebabkan kekalahan yang begitu teruk. Sila.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Bagan Serai, saya tertarik dan... [Disampuk] Yang Berhormat Parit Sulong tidak berbahas sekarang. Ikut peraturanlah. Saya bermain badminton Yang Berhormat. Saya tertarik dan terpukau tadi dengan pandangan Yang Berhormat mengenai kekalahan besar 10-0. Akan tetapi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa susulan daripada kekalahan memalukan ini, ketua skuad kebangsaan Dollah Salleh telah pun

meletakkan jawatan. FAM pun telah mengumumkan Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara. Saya difahamkan juga kementerian atau pun FAM telah mengiklankan kekosongan jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan. Jadi ini pada saya tindakan segera yang dilakukan oleh mereka yang berkaitan dengan bola sepak ini. Adakah ini memadai untuk memastikan kecemerlangan bola sepak atau pun apakah perlu ada satu reformasi yang menyeluruh terhadap sistem bola sepak negara. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil sungguh prihatin walaupun main badminton macam saya juga, walaupun main sepak takraw tapi memang tengok bola juga... [Disampuk] Tinggi ini bukan faktor penentu. Tuan Pengerusi, jadi isu di sini mengenai kesediaan skuad pelapis negara yang akan datang untuk ambil alih umpamanya skuad senior yang ada pada suatu hari nanti. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh mana keberkesanan impak program pencarian bakat yang telah dilakukan oleh kementerian bagi memastikan kualiti sukan negara berada di tahap yang memuaskan. Saya merujuk kepada Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Berdasarkan statistik penempatan belia di Malaysia yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, seramai lebih kurang 10.2 juta, golongan belia yang menetap di kawasan bandar manakala 5.5 juta orang belia di kawasan luar bandar. Jadi belia memainkan peranan yang besar dalam ekonomi di dunia dan sebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. Malah, belia ini menentukan masa depan negara. Kalau belia itu elok dalam serba serbi, maka masa depan negara akan jadi cerah. Kalau belia itu tidak sihat, kalau belia itu akhlak yang tidak baik, kalau belia itu tidak ada etika, tidak ada disipli, maka masa depan negara pun akan hancur. Jadi sebab itu perkara ini adalah sangat penting. Penglibatan golongan belia dalam ekonomi telah meningkatkan terhadap keperluan ekonomi negara malah sumbangan golongan belia ini dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi dan pembangunan terutama di negara-negara dunia yang begitu dominan. Tuan Pengerusi, pelbagai program pembangunan ekonomi yang boleh disertai oleh golongan belia di samping menjana pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan tahap ekonomi diri sendiri. Persoalannya, sejauh mana penglibatan belia terhadap skim ataun bantuan serta latihan yang diberikan oleh kementerian. Saya ingin bertanya berapakah jumlah usahawan belia yang telah berjaya dilahirkan menerusi skim ini dan bantuan tersebut. Seperkara lagi tentang hasrat kerajaan hendak membina youth city ataupun bandar belia. Bagaimana projek bandar belia yang bakal dibangunkan di Tanjung Malim boleh meningkatkan taraf ekonomi belia. Bagaimana pula dengan golongan belia di luar bandar yang tidak mampu untuk berhijrah ke bandar pada masa-masa yang akan datang. Jadi, sudah tentulah pembangunan bandar belia ini akan memberikan segala kebaikan, tumpuan kepada belia terutamanya daripada segi job opportunity, dengan izin, daripada segi rekreasi, daripada segi perumahan, dan daripada segi latihan dan kepada belia supaya belia kita ini dapat membawa kemajuan dan kehebatan pada negara Malaysia ini baik dari segi sukan ataupun aspek-aspek yang lain. Terima kasih. Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu perkara. Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Saya rasa sekarang memanglah salah satu strategi Kementerian Belia dan Sukan membangunkan NGO supaya mempunyai keupayaan dan kebolehan bagi membantu kementerian dalam menjalankan aktiviti belia dan sukan. Saya rasa strategi ini adalah betul dan saya juga sokong strategi sebegini tetapi masalahnya sekarang ada NGO-NGO walaupun cakap dia NGO sukan tetapi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mereka bukan berunsur sukan tetapi ada agenda tersendiri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak guna Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia sebagai contoh. PESAKA ini telah menganjurkan satu himpunan 16 September. Ini perhimpunan 16 September, bukan berunsur sukan, bukan untuk aktiviti sukan. Saya merujuk kepada satu jawapan yang diberi oleh Menteri Belia dan Sukan pada 4 November. Di sana, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa PESAKA merupakan badan sukan yang sah berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan tertakluk kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 serta perlembagaan badan sukan tersebut yang berperanan dalam melaksanakan dan membangunkan aktiviti sukan berkaitan silat. Jadi, tujuan NGO ini ditubuhkan adalah untuk melaksanakan dan membangunkan aktiviti sukan berkaitan silat. Akan tetapi, pada akhirnya kebelakangan ini mereka menganjurkan satu himpunan 16 September. Ini dengan jelas bukan satu aktiviti sukan berkaitan dengan silat. Saya baca jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. APS jelas menyatakan di bawah seksyen 2, aktiviti sukan bermaksud penganjuran pertandingan, seminar, klinik atau kursus untuk suatu sukan. Penghantaran peserta ke pertandingan atau acara sukan apa- apa aktiviti lain yang bersampingan atau berkaitan dengan suatu sukan dan tidak melibatkan penganjuran himpunan berunsurkan politik. Ini jawapan daripada Menteri. Mereka tidak boleh melibatkan penganjuran himpunan yang berunsurkan politik. Jadi Suruhanjaya sukan berperanan sebagai pentadbir akta yang berfungsi untuk mengawasi selia tadbir urus PESAKA sebagai badan sukan serta boleh membantahkan dan menggantungkan pendaftaran PESAKA melalui kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Pembangunan Sukan di bawah seksyen 20.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Selain itu PESAKA boleh diambil tindakan di bawah seksyen 39 bagi kesalahan- kesalahan am iaitu boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya oleh Pesuruhjaya Sukan sekiranya didapati telah melanggar mana-mana peruntukan akta atau peruntukan di bawahnya. Jadi soalan saya kepada Timbalan Menteri adalah seperti ini, saya rasa kalau merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, sekarang PESAKA memang sudah dengan begitu jelas telah menyalahi Akta Pembangunan Sukan. Jadi, sama ada tindakan akan diambil oleh Pesuruhjaya Sukan terhadap mereka. Ini kerana kalau mengikut jawapan ini, PESAKA telah melibatkan untuk menganjurkan satu perhimpunan yang berunsurkan politik. Jadi memang sudah menyalahi undang-undang, sudah melanggar akta sukan ini. Jadi persoalannya sekarang adakah tindakan akan diambil terhadap mereka? Adakah pendaftaran NGO ini akan dibatalkan setelah yang telah disebut dalam jawapan Yang Berhormat Menteri. Selain daripada itu, pendek sahaja. Saya sebagai wakil rakyat Kulai, saya rasa permintaan rakyat jelata Kulai adalah berharap agar sebuah swimming pool didirikan di kawasan Kulai kerana di Kulai sekarang sudah ada sebuah stadium sukan. Hendak membuat pertandingan bola sepak pun boleh tetapi tidak ada swimming pool. Jadi, di sini saya juga hendak meminta pertimbangan Timbalan Menteri untuk mempertimbangkannya pada masa akan datang, masukkan projek ini di kawasan Kulai. Tidak ada bajet, biarlah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawabnya. Yang Berhormat Lenggong ini bising sangat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak membawa Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Dalam sesi yang lepas, saya masih ingat dan cukup taksub dan juga menakjubkan apabila Yang Berhormat Pengerang pada waktu itu belum kembali menjadi Menteri membangkitkan bahawa di Malaysia harus ada pengkhususan, maknanya kementerian kata beliau hendaklah memilih beberapa jenis sukan yang boleh kita terajui, yang boleh kita bawa ke depan dengan berpandukan kepada saiz kita seperti Yang Berhormat Parit Sulong kata, saya setuju.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Bukan sahaja saiz kita tetapi juga kebolehan kita disebabkan oleh diet kita dan sebagainya. Saya kira itu pandangan yang cukup bernas dan saya kira kementerian kena mengambilnya secara serius. Dalam banyak-banyak sukan, kita mesti specialize. Lima, tujuh, sembilan. Kalau Yang Berhormat Bagan Serai tadi dia kata dia boleh terbang untuk sepak takraw. Harus ada ramai lagi orang yang boleh terbang. Jadi kalau kita menumpukan dan memberikan masa serta wang ringgit untuk jenis-jenis sukan yang kita specialize kan ini, saya yakin kita tidak semata-mata generalize, yang akhirnya kita tidak specialize dalam mana-mana bidang dan setiap kali kita berhadapan dengan competitor kita, kita lose out. Seperti juga kita tengok bagaimana di negara East Africa contohnya. Oleh sebab keadaan negaranya yang amat rugged contohnya Kenya dan Ethiopia. Oleh sebab keadaan yang amat rugged, suasana yang memang perit dan akhirnya kita melihat bahawa East Kenya, East Africa sama ada Kenya ataupun Ethiopia dapat melahirkan long distance runner among the best in the world. Setiap kali mereka masuk, merekalah yang akan menggondol hadiah-hadiah yang hebat kerana mereka take advantage of the situations. So, saya kira kementerian harus mencari, senaraikan jumlah sukan-sukan yang kita rasa in terms of size, in terms of environment kita yang rasa kita boleh menjadi dominant dalam sukan ini. Berbalik kepada bola. Saya bersetuju bahawa keadaan sekarang amat mencemaskan. Akan tetapi saya masih ingat lagi pada tahun 70-an, 80-an di mana amat meriah sekali permainan bola ini bermula dari sekolah kemudian daerah-daerah dan kemudian negeri-negeri. Oleh sebab meriahnya pesta-pesta bola ini di semua peringkat ini, maka kita akan jumpa orang-orang yang hebat, ahli-ahli sukan yang boleh ditonjolkan hinggalah ke peringkat kebangsaan. Akan tetapi sekarang ini tidak berlaku lagi disebabkan masalah-masalah tertentu termasuklah ada sekolah-sekolah yang tidak ada padang dan sebagainya. Akan tetapi isunya ialah kementerian kena balik kepada back to basic. You have to go back to basic. Maknanya, kalau hendak mencari penemuan-penemuan baru, orang-orang yang hebat, dia kena balik ke sekolah, district dan juga negeri-negeri yang boleh kita tonjolkan. Saya masih ingat lagi sebelum Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang menjadi Menteri. Dia memperkenalkan satu konsep yang hebat MyTeam dan saya rasa itu a brilliant idea tetapi soalnya sekarang setelah dia menjadi Menteri, what happened to that MyTeam ideas? Saya rasa MyTeam idea ini satu yang tidak memerlukan duit yang banyak tetapi kenapa stop setelah dia menjadi Menteri? Jadi saya ingat ini benda yang harus difikirkan balik. Keduanya Tuan Pengerusi, saya hendak bawa kepada Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Saya melihat kalau masalah belia ini tidak diselesaikan, kita akan mempunyai sebuah negara yang masa depan kita agak bermasalah. Sebab itu saya mencadangkan kepada kementerian untuk duduk dan berbincang dengan Kementerian Pertahanan khususnya mengenai isu PLKN ini. Kita berbelanja sudah hampir RM6000 juta tetapi saya tidak nampak secara jelas apakah faedah daripada kita menghabiskan RM6 bilion ini. Apa kata kementerian, sit down betul-betul dengan Kementerian Pertahanan, anak-anak muda kita selepas sahaja Form 5 yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, mereka ini harus diberikan keutamaan untuk datang dan berlatih di PLKN. Bukan enam bulan, bulan tiga bulan, enam bulan tetapi saya mencadangkan buat seperti di Korea, dan juga Singapura ataupun di Jepun. Kita hantar mereka untuk dua tahun. Katakanlah dia masuk ketika berumur 17 tahun, 19 tahun barulah dia graduate daripada PLKN. Waktu itu di samping dia berkawad ala tentera tetapi kita letakkan isu-isu disiplin di sini. Di samping itu, kita akan menekankan isu pengetahuan dalam beberapa bidang, specialize kan mereka contohnya di dalam tiga bidang. Hands on dalam bidang electrical, hands on dalam motor mechanics, hand on dalam construction. By the time dia habis sahaja training untuk enam bulan, paling tidak anak-anak yang tidak boleh masuk ke universiti ini, anak yang tercicir di peringkat form five ini, dia akan ada ilmu dalam tiga bidang. Sama ada elektronik ataupun electrical construction ataupun motor mechanic. Sebaik sahaja dia habis kursus enam bulan ini, mereka boleh lah kita assign kan sama ada ke JKR kah ataupun ke mana-mana. Kalau tanya saya, saya akan assign kan mereka ke tentera dan juga polis untuk selama satu period lagi. Jadi akhirnya, apabila dia masuk umur 17 tahun dan selepas dia graduate dalam PLKN dua tahun ini, dia sudah berumur 19 ataupun 20 tahun dan dia telah pun melepasi

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

waktu paling berbahaya dalam kehidupan kita iaitu zaman remaja. Jadi masalah mat rempit tidak akan timbul, masalah pengangguran tidak akan berlaku, masalah belia dapat dikurangkan dan apa yang lebih penting sekali, kita fully utilize anak-anak muda kita, human resource kita yang akhirnya khususnya anak-anak Melayu, anak-anak bumiputera, anak- anak India khususnya yang bermasalah sekarang ini kita dapat channel kan kepada suatu pengetahuan yang hebat. Ini bermakna mereka bukan sahaja dapat mendisiplinkan diri mereka melalui program-program PLKN ini tetapi apa yang lebih penting sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka mempunyai ilmu. Jadi dengan ilmu ini, mereka bukan sahaja membangunkan diri mereka tetapi juga membangunkan negara. Kita telah spent RM6 bilion. Saya rasa kena lihat balik, kementerian kena duduk balik because in the end of the day Tuan Pengerusi kalau sebut belia failed, kementerian failed. Sedangkan kementerian tidak mempunyai kuasa secara muktamad terhadap belia-belia ini. Sudah sampai masanya kementerian melihat balik bagaimana kita membangunkan belia-belia kita. Setakat memberikan tiga kepada empat ratus ribu untuk satu-satu program seperti Majlis Belia Malaysia yang dibuat sekarang ini, saya kata that one is touch and go, bukan sebuah program yang asas yang dapat membangunkan negara. Touch and go program ini tidak akan ke mana-mana.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oleh sebab itulah, saya minta supaya kementerian duduk, sit down betul-betul secara khusus untuk membangunkan belia kerana kementerian bertanggungjawab apa yang akan jadi kepada belia esok, inilah tanggungjawab kementerian hari ini. apa akan jadi pada masyarakat esok, inilah yang akan dipersoalkan kelak kepada kementerian. Akhir sekali Tuan Pengerusi, ia tentang Butiran 20500 - Pembangunan Ekonomi. Saya kira untuk membangunkan ekonomi anak-anak belia bukanlah suatu yang mudah. Oleh sebab itu saya minta kementerian juga boleh bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Di samping memberikan bantuan kepada anak-anak muda ini, tetapi kejayaan- the success story ini harus dimaklumkan kepada rakyat jelata. Isunya sekarang ini anak-anak belia tidak nampak the success story of belia-belia lain. Sama ada belia India kah, Cina kah, Melayu kah, Iban dan Kadazan di Sabah Sarawak mesti ada success story. Success story lah yang boleh motivatekan anak-anak muda kita. Saya kira kalau kementerian ini boleh bergerak dan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, allocatekan time untuk menceritakan success story ini. saya yakin sebab saya tengok anak-anak saudara saya, anak saya juga bila tengok anak-anak muda yang berjaya bagaimana mereka terlibat dalam perniagaan walaupun qualificationnya rendah. Bagaimana mereka berjaya dalam membangunkan industri walaupun qualificationnya rendah. Walaupun banyak stories yang kita ada. Macam Lim Goh Tong contohnya, datang dari China selepas itu jadi tukang mekanik. Selepas itu dia membangunkan- this is a success story. Begitu juga dengan Syed Aidid contohnya success story, ini success story ini mesti diceritakan. Ini akan motivatekan belia-belia kita di samping kita memberikan bantuan-bantuan program tetapi success story ini mesti melekat dalam jiwa mereka. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat kita kena habiskan. Baiklah saya panggil Yang Berhormat Gerik selepas itu- eh Yang Berhormat Parit. Selepas itu kita panggil Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Selepas itu Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua perkara sahaja. Pertama Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Saya hendak tanya kepada Kementerian Belia dan Sukan, bila agaknya kementerian hendak bina kompleks sukan di Daerah Parit Tengah, Seri Iskandar? Tapak telah pun ada, premium telah pun dibayar atas nama Kementerian Belia dan Sukan. Permohonan telah pun

dikemukakan oleh pegawai belia daerah Parit Tengah kepada Kementerian Belia dan Sukan, itu yang pertama. Kedua daripada segi Butiran 020300 – Pembangunan Belia dan Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Di Parlimen Parit saya tidak nampak apa-apa program yang boleh membantu golongan belia . Bagi saya program belia ini patut diperkembangkan kerana dapat membantu belia-belia kita daripada terlibat dengan pengangguran. Ketiga tentang Butiran 02400 – Wilayah Sukan. Di Daerah Parit Tengah ada 16 buah gelanggang futsal yang telah pun dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan, terima kasih banyak. Cuma saya hendak tanya kementerian daripada segi maintenance, daripada segi penyelenggaraan apakah ia ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan ataupun oleh siapa? Bagi saya, pada pandangan saya kalau sekiranya kementerian sudah tidak hendak lagi menanggung beban, elok serahkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk mereka mengawasi, mereka menjaga dan menentukan tentang gelanggang-gelanggang futsal mereka. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Dungun.

Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk berbahas dalam perkara Butiran B020200 – Pembangunan Sukan. Dengan peruntukan RM18 juta yang disediakan ini dan saban tahun peruntukan diberi kepada pembangunan sukan. Akan tetapi mutu sukan negara kita berada dalam keadaan yang tidak konsisten. Secara khususnya sukan-sukan teras negara yang melibatkan sokongan yang banyak daripada anak-anak muda kita, belia kita, remaja kita dan menimbulkan semangat patriotik di kalangan mereka iaitu melibatkan sukan bola sepak, hoki, badminton dan sepak takraw. Walaupun muncul sukan-sukan baru, tetapi sukan-sukan teras ini mestilah diberikan tumpuan. Jadi bagaimana mekanisme yang digunakan untuk mencungkil pelapis-pelapis, bakat-bakat baru yang akan diketengahkan untuk peringkat pertandingan dalam negara dan juga antarabangsa? Saya sebutkan sebagai contoh pasukan bola sepak negara kita sekarang, mesti diberikan perhatian serius kerana dengan ranking- kedudukan 171 hari ini, padahal kalau kita pernah menyoroti sejarah kemajuan bola sepak negara ini Malaysia pernah memasuki sukan Olimpik dalam bidang bola sepak dalam tahun 1972 di Munich Jerman, 1980 di Moscow walaupun negara memboikot sukan tersebut. Akan tetapi dalam waktu kita menyertai bola sepak dalam sukan Olimpik Munich 1972, dalam pertandingan peringkat kumpulan Malaysia menewaskan USA 3-0 dalam keadaan tahun 1972, bola sepak tidak dikenali atas nama football di Amerika kerana mereka lebih terkenal dengan American football terpaksa diubah dengan nama soccer kalau kita sampai di Amerika. Akan tetapi tahun 1990, United States of America telah boleh masuk ke pertandingan Piala Dunia 16 pasukan, 18 tahun selepas itu. Sedangkan kita semakin menurun padahal dalam pasukan amatur yang bertanding di peringkat Olimpik itu kita pernah menewaskan USA. Begitu juga pada waktu itu kita dalam taraf yang sama dengan Jepun, taraf yang sama dengan Korea Selatan dan kita boleh menewaskan mereka tetapi bagaimana kedudukan hari ini? Begitu juga dengan Saudi Arabia, kita dapati perkembangan bola sepak mereka jauh lebih mundur daripada kita tetapi sekarang mereka mengatasi kita. Jadi saya pohon sebuah model pembangunan yang menyeluruh yang dibuat dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan ini supaya memungkinkan kita kembali kepada tahap bola sepak yang kita pernah maju dalam tahun 70-an sehingga 80-an. Untuk memungkinkan kita membangkitkan kembali semangat patriotik di kalangan anak-anak muda kita, anak-anak remaja kita. Ini kerana pengisian patriotik ini penting. Mereka boleh bangun pukul tiga pagi, pukul empat pagi untuk menyokong pasukan yang mereka minati tetapi tidak ada daripada pasukan kita yang bertanding yang mereka bangun menyebabkan hilangnya semangat patriotik di kalangan anak-anak remaja dan belia kita. Kedua dalam perkara “P”000908. Terengganu merupakan negeri pengeluar atlet lumba basikal negara bahkan penyertaan peringkat negara yang juga seorang daripadanya adalah dalam bidang pecut lumba basikal, yang lahir di Dungun. Dalam sebuah majlis

penutup SUKMA yang diadakan di Kuala Terengganu telah dijanjikan sebuah velodrom untuk dibina di Dungun bagi meningkatkan acara pecut dalam lumba basikal ini tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa yang berlaku daripada segi pembinaan pembangunannya. Saya ingin tahu adakah rancangan itu masih wujud ataupun tidak? Saya hendak memperingatkan supaya kita mengambil pesanan daripada Al-Quran Nur Karim bila kita ada dalam sesuatu organisasi, sesuatu persatuan... [Membaca sepotong ayat Al- Quran].

Apabila kita ada dalam organisasi dan persatuan sukan, belia dan sebagainya, jangan kita bertelingkah kerana ini akan menyebabkan kita jadi mengecil kekuatan kita dan hilang bau kita menyebabkan inilah yang berlaku kepada persatuan-persatuan sukan yang ada dalam negara kita kerana berlakunya pertelingkahan dalaman di kalangan ahli-ahli lembaga ataupun ahli-ahli jawatankuasa. Saya pohon ini diberikan perhatian supaya ia dibuat yang paling penting ialah sebuah model khusus bagaimana kita belajar sama ada daripada USA kah, daripada Saudi Arabia kah, dari Jepun atau Korea untuk menaikkan semula taraf bola sepak kita ini supaya dapat menimbulkan semula semangat patriotik di kalangan anak-anak muda dan remaja kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Saravanan A/L MuruganMIC · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tapah

Terima kasih Tuan Pengerusi, dan juga terima kasih kepada ke semua 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ke semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, KBS sentiasa meningkatkan pengurusan dan pentadbiran kementerian bagi memastikan semua pelaksanaan program dan inisiatif kementerian menghasilkan impak yang besar dan berkesan. Sehubungan usaha berterusan ini dapat dilihat melalui pencapaian KBS di dalam Laporan Audit Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang terkini. KBS telah menduduki kedudukan kelapan dan mendapat markah cemerlang 93% dan diberi penarafan setinggi 4 Bintang. Kedudukan kelapan ini kemajuan peningkatan sebanyak 14 mata anak tangga daripada kedudukan ranking 22 pada laporan sebelum ini pada tahun 2013. Saya ingin tekankan pemarkahan 93% ini diperoleh KBS meliputi kecemerlangan bagi kriteria kawalan pengurusan, kawalan perbelanjaan dan pengurusan aset dan stor. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan demi kebaikan sukan negara dan juga prestasi Kementerian Belia dan Sukan. Segala pandangan dan cadangan akan diambil secara terbuka dan akan dikaji secara mendalam untuk penambahbaikan taraf KBS pada masa-masa akan datang. Seterusnya, izinkan saya meneruskan jawapan-jawapan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang seperti berikut. Yang pertama daripada Yang Berhormat Ketereh telah menimbulkan dan membangkitkan isu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara di mana Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) 2014-2020...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, lazimnya jika Ahli tidak ada di Dewan, boleh jawab bertulis, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini akan membantu untuk menjimatkan masa memandangkan Ahli Yang Berhormat Ketereh tiada di dalam Dewan ini, maka kementerian akan memberi jawapan secara bertulis. Seterusnya ahli Yang Berhormat daripada Parit Buntar.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada Yang Berhormat.

Parit Buntar juga kan diberi jawapan secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang ada, Yang Berhormat.

Sahabat saya daripada Sekijang telah membangkitkan beberapa isu mengenai cadangan untuk menjadikan sistem database untuk usahawan belia. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Cadangan yang saya- sangat bagus. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah mewujudkan sistem database program keusahawanan belia. Sistem ini merupakan platform kepada belia untuk memohon mengikuti program atau latihan-latihan keusahawanan KBS. Sistem ini turut menyimpan database maklumat belia dan usahawan belia bagi memudahkan kementerian mengenal pasti belia berpotensi untuk mewujudkan jaringan perniagaan dengan melibatkan belia ini dalam program keusahawanan di peringkat lebih tinggi dan antarabangsa. Kementerian juga dari semasa ke semasa sentiasa akan menambah baik fungsi sistem ini. Seterusnya Yang Berhormat Sekijang juga telah membangkitkan Anugerah Remaja Perdana (ARP) melahirkan pemimpin di peringkat nasional dan juga antarabangsa di mana program ARP telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1998. Program ini adalah didapati dari Duke of Edinburgh International Award. Sehingga kini seramai lebih daripada 120,000 telah menyertai program ini dan seramai 80,000 orang peserta telah ditauliahkan tahap gangsa, perak dan emas. Seterusnya Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan bagaimana sukan ini dipilih untuk Program Podium. Syarat pemilihan sukan podium top enam dalam Asia, Komanwel dan Majlis 2014. Dan juga mengenai isu ADAMAS, konflik kepentingan sebab ISN adalah di bawah pentadbiran- pada tahun 2012, jemaah Menteri menukarkan ADAMAS diletakkan di bawah kelolaan KSU KBS. Pada mulanya di bawah pentadbiran ISN untuk hal-hal gaji, cuti, dan sebagainya. Akan tetapi sekarang sepenuhnya berada dalam struktur organisasi KBS di mana KSU Kementerian menjadi- dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaan. Seterusnya isu-isu yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Keterah sudah masuk Dewan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Ketereh mengenai Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014 hingga 2020 merupakan pelan jangka panjang di mana fasa pertama akan bermula dari tahun 2014 sehingga 2020. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembangunan bakat muda bola sepak yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun, di mana program pembangunan akan melibatkan pemain muda, lelaki mahupun perempuan. PPBN telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2014 di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang. Visi pelan ini adalah untuk melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten. Manakala misi pelan ini adalah untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti serta kualiti pemain bola sepak negara. Bagi merealisasikan objektif yang telah digariskan, pelan ini akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan lima buah teras strategi utama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat memberi perhatian kepada perkembangan semasa isu ini, beberapa tindakan serius telah diambil oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam menangani kelemahan sistematik ini. tindakan yang telah diambil, tindakan ini telah memastikan perhatian serius diberi untuk menangani faktor- faktor kelemahan yang dikenal pasti seperti tahap kecergasan pemain yang rendah, masalah kecederaan pemain-pemain utama dan pemilihan pasukan lawan untuk sesi pemanas badan yang tidak bersesuaian dengan pasukan yang bakal dihadapi secara kompetitif. Seterusnya.....

Boleh kah kita dapat jaminan daripada kerajaan sebab biasanya bila satu-satu pelan itu dibuat, ia perlukan kepada satu pemantauan secara berterusan untuk mengetahui sejauh mana pelan itu membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan. Seperti mana yang kita tahu negara Jepun melahirkan blueprint, ‘Dare to Dream’ untuk tempoh 50 tahun dan ia membuat correction berterusan menggunakan model Latin Football dan juga German-type of Soccer.

Jadi kita ini saya tidak pasti, sebenarnya kita pakai model yang mana? Model mana yang kita gunakan dalam membentuk blueprint kita?

Tuan Pengerusi, melalui Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) ataupun National Football Development yang telah dilancarkan adalah untuk jangka masa panjang. Walaupun kita telah adakan beberapa rancangan, hanya masa Bleh menentukan kejayaan kita. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan sukan akan memberi jaminan bahawa kementerian akan sensitif dan peka terhadap perkembangan ini supaya kita mencapai ataupun merealisasikan visi dan misi tujuan asal kita.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu mengenai langkah-langkah proaktif dalam penyediaan atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Program Kita Juara melaksanakan program-program baru Program Kita Juara yang bermula dari bulan September 2015 hingga September 2017. Program Kita Juara ini akan dilaksanakan secara sepenuh masa full time, dengan izin, dilaksanakan dalam tiga fasa latihan iaitu fasa satu iaitu September 2015 hingga September 2016- pemilihan atlet mengikut acara dan tetapkan sasaran kejohanan untuk menilaikan semua prestasi atlet. Fasa kedua mulai Oktober 2016 hingga Mac 2017 memberi fokus kepada atlet yang mempunyai potensi untuk menang medal, menggerakkan latihan dan kejohanan luar negara. Fasa ketiga daripada April 2017 hingga September 2017, memberi lebih banyak pendedahan latihan luar negara attachment training di pusat latihan terbaik di luar negara dan penyertaan kejohanan luar negara yang berkualiti tinggi. Tuan Pengerusi, melibatkan 38 sukan yang telah dikenal pasti oleh Majlis Olimpik Malaysia sasaran kontinjen juara keseluruhan perlu menang sekurang-kurangnya 108 buah pingat keseluruhan, 108 buah pingat emas. Pemilihan atlet dibuat dengan teliti bersama dengan penentuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan perbicaraan telah diadakan dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dengan memilih atlet-atlet yang berdaya saing. Seterusnya Tuan Pengerusi, satu lagi isu yang disentuh oleh Yang Berhormat kaedah bagi memastikan kerajaan mempunyai kos Program Pembangunan Bola Sepak Negara dalam jangka panjang, langkah-langkah yang diambil bekerjasama dengan negeri- negeri untuk berkongsi perbelanjaan pembangunan bola sepak di negara-negara. Kedua, menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta dalam PBBN. Setakat ini sektor swasta menaja 25% daripada kos PBBN. Ketiga, bekerjasama dengan pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (LLP) di mana FAM dalam penswastaan legal supaya sebahagian penajaan liga boleh digunakan untuk pembangunan. Akhir sekali...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Ketereh bangun Yang Berhormat.

Saya hendak enlighten sikit Yang Berhormat secara terperinci sedikit berhubung dengan pengurusan dan pengendalian bola sepak Yang Berhormat maksudkan. Sekarang ini bagi pasukan yang terlibat dalam Liga Super setiap pasukan harus melaburkan tidak kurang daripada RM10 juta. Kalau tiga tahun lepas, pasukan yang bersaing dalam Liga Super memadai dengan RM3 juta ke RM4 juta. Akan tetapi sekarang ini sejak satu keadaan perebutan pemain-pemain nasional yang terhad dan gaji yang dilonjakkan di mana pemain tempatan sekarang ini kalau yang dapat national call up gaji mereka tidak kurang daripada RM40,000 ke RM50,000. Malah kalau dalam konteks di Johor gajinya sampai RM80,000 ke RM100,000 sebulan. Dengan empat orang pemain import yang dibenarkan dibawa masuk, setiap pemain import itu perbelanjaan bagi seorang pemain import sekurang-kurangnya RM1 juta. Empat orang pemain import, RM4 juta. Jadi perbelanjaan sekarang sudah melebihi lebih daripada RM10 juta. Ini pengalaman yang saya lalu sendiri Yang Berhormat bahawasanya bola sepak di Malaysia ini sampai satu peringkat ia tidak lagi viable. Apa yang sedang berlaku sekarang ini

pasukan bola sepak membelanjakan dana daripada rakyat kerana negeri-negeri melaburkan wang daripada tax payers money. Dia mengejar sesuatu yang sebenarnya tidak akan dapat sebanyak yang dibelanjakan. Jadi di sini, sepatutnya kalau semua orang dicurahkan kepada competitive football, itu menyebabkan program development tidak berlaku di negeri-negeri. Dalam pengalaman saya persatuan sukan langsung tidak memberikan sebarang peruntukan untuk program development. Oleh sebab itu saya mengesyorkan supaya peruntukan development Yang Berhormat maksudkan tadi seharusnya dibuat secara langsung dengan bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan negeri. Sekarang ini kementerian pun tidak buat, Persatuan Bola Sepak Kebangsaan pun tidak buat. Yang terima RM400,000 hingga RM500,000 setahun tidak cukup pun untuk sebulan gaji bagi pasukan-pasukan di Liga Super. Jadi keadaan ini patut dikaji oleh kementerian kerana akhirnya dia akan merosakkan keseluruhan industri bola sepak itu sendiri dan lebih banyak pasukan yang tidak dapat meneruskan secara kompetitif kerana perbelanjaan jauh lebih besar daripada hasil. Saya harap kementerian dapat meneliti perkara tersebut.

Yang Berhormat Menteri, tambah sikit boleh? Saya hendak bangkitkan juga soalan yang hampir sama apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh tadi. Kita balik rujuk matlamat sukan kita ini hendak menang atau hendak dapat duit atau hendak untuk bersilaturahim? Kalau hanya untuk menang dan untuk duit barangkali sebab untuk kita pemain import. Akan tetapi kalau tujuan asal bersukan ini adalah untuk hubungan kemanusiaan antarabangsa, kenapa kita perlu habiskan duit yang besar untuk tujuan itu. Persoalan saya ini mungkin tidak dipersetujui oleh ramai peminat sukan bola sepak tanah air. Akan tetapi ini realiti yang kita kena bincang balik perkara ini agar tidak dihabiskan duit bayar cukai bersahaja sedangkan ramai lagi orang miskin yang susah dan memerlukan bantuan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, bersekali. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mendengar dengan penuh teliti daripada Yang Berhormat Ketereh kerisauan dan juga pengalaman menjadi Timbalan Presiden. Saya juga mengikuti hujah-hujahan Yang Berhormat Ketereh dalam soal membangun dan memastikan martabat bola sepak itu dapat dicapai dan segala bentuk sukan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sepandangan dengan saya peruntukan-peruntukan terutama sekali daripada sukan-sukan yang terpilih ini yang popular seperti bola sepak yang tidak boleh dinafikan bolehkah sumbangan itu diteruskan bayar kepada mereka yang proaktif. Jangan bagi kepada FAM. Banyak sangat. Nanti dihabiskannya. Duit entah ke mana. Ataupun tidak ada hasil. Jadi Tuan Pengerusi saya hendak confirmkan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah tidak boleh kita bagi peruntukan yang sebegitu, ratusan juta itu terus kepada kelab-kelab itu secara terus bukan secara organisasi yang induk. Ia boleh berlaku demikian. Maknanya kita boleh mengangkat martabat sekurang-kurangnya kelab-kelab itu dapat membangunkan dan mencungkil bakat-bakat kampung, bakat daerah yang membolehkan kita mencari dan menyelia mereka yang berwibawa. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada pandangan saya itu sebab- belum lagi. Duduk dulu. Oleh sebab saya melihat bahawa kalau berterusan perkara ini berlaku ia akan tidak mendatangkan hasil. Malah kita tengok ratusan juta kita taburkan hasilnya tidak nampak. Kenalah 10-0. Itulah hasil dia. Jadi saya hendak bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri komited apakah boleh membuat demikian atau kita biarkan begitu sahaja. Jadi kita menjadi bahan basahan dilanyak oleh pihak lawan. Ini yang saya nampak. Terima kasih.

Sambung sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sambung sikit, sikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi lagi Yang Berhormat?

Sikit, sikit. Sama.

Make it fast.

Terima kasih. Saya just hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang peruntukan yang telah diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada FAM pada tahun 2015 dan jumlah sponsorship yang FAM memperolehi dengan sendiri. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. memandangkan pandangan dan cadangan ini akan dikaji secara mendalam. Kalau Yang Berhormat dari Kuala Langat harap saya membuat keputusan di sini cukup mustahil. Ini bukan tempat membuat keputusan tetapi pandangan itu akan dikaji secara mendalam. Sekiranya perlu akan ditambahbaikkan, okey. Seterusnya Yang Berhormat Ketereh juga menyentuh isu mengenai kenaikan peruntukan Majlis Sukan Negeri Kelantan di mana peruntukan MSN negeri Kelantan telah dinaikkan kepada RM4 juta mulai tahun 2014. Lebih daripada RM2 juta dibuat melalui Butiran 040500, tambahan RM2 juta dibayar melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara. Seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Rasah- Yang Berhormat Rasah ada?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada Yang Berhormat. Yang Berhormat Rasah ada, ada,

Saya akan beri secara bertulis Yang Berhormat. Oleh sebab saya tidak ada keputusan di sini akan di....

Tentang Yang Berhormat Kapar tadi, peruntukan dengan sponsorship dijawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar tidak payah Yang Berhormat.

Secara peruntukan dan sponsorships bagi tahun 2005 saya tiada butiran dengan saya. Akan kita beri secara bertulis. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat daripada Rasah pula- ada?...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada, ada. Ada Yang Berhormat.

Yang Berhormat telah membangkitkan isu bagaimana pihak kementerian mempromosikan program kursus yang terdapat di Institut Belia Negara. Untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah mempergiatkan promosi melalui program yang dilaksanakan sepanjang tahun. Antara inisiatif yang telah dibuat adalah dengan menyertai Karnival Pengajian Tinggi Nasional peringkat kebangsaan, seminar hala tuju dan kerjaya bagi pelajar lepasan SPM dan STPM, pameran ahli pendidikan kerjaya IPTA dan IPTS, pameran kemahiran sempena Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM). Yang Berhormat Rasah juga membangkitkan isu ASEAN Youth Volunteer Program bagaimana anak muda boleh sertai program ini dan bagaimana pelaksanaan ASEAN Youth Volunteer Program (AYVP) ialah program bekerjasama kementerian dengan NGO, agensi kerajaan untuk memfokuskan kepada pembangunan luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan, persekitaran dan pemuliharaan warisan. Program ini dilaksanakan selama lima minggu di empat buah tapak projek di seluruh negara dan terbuka kepada 100 orang belia di seluruh negara. Belia yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan membuat permulaan melalui laman web www.ayupukm.com.my. Yang Berhormat Rasah juga telah membangkitkan isu Ahli Belia Negara. Kementerian telah melaksanakan sambutan Ahli Belia Negara di peringkat negeri bermula tahun 2014 di mana kemuncak sambutan peringatan peringkat kebangsaan diadakan di Putrajaya pada bulan Mei. Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada peruntukan yang disediakan. Seterusnya Yang Berhormat juga telah isu Program Belia Negara. Secara khususnya pelaksanaan PBN ataupun Kempen Belia Malaysia telah menunjukkan impak positif daripada aspek berikut: (i) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan di kalangan Ahli Parlimen Belia;

(ii) menyenaraikan potensi dan kualiti kepimpinan di kalangan Ahli Parlimen Belia; dan (iii) Ahli Parlimen Belia Malaysia juga telah memahami proses penyediaan undang-undang serta memahami sistem pentadbiran negara dan akhirnya mengemukakan usul yang bernas dan praktikal untuk dilaksanakan sesuai dengan kehendak generasi muda. Tuan Pengerusi seterusnya isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Jerlun. Yang Berhormat Jerlun ada. Bagi tahun 2016, atlet-atlet elit sedang berjuang untuk menyediakan diri ke Olimpik Rio manakala atlet-atlet senior dan pelapis pula akan mengikuti Program Kita Juara dengan matlamat menjadi juara Sukan SEA 2017. Kita telah pun melayakkan seorang atlet ping pong sementara dan beberapa orang atlet khususnya olahraga yang memberi pulangan pingat akan terus dibaikpulih, latihan sepenuh masa bagi memastikan mereka melayakkan diri ke Rio nanti. Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat Mersing telah membangkitkan isu yang sama mengenai pembangunan sukan Badrul Hisham. Atlet ini mempunyai potensi yang tinggi ISN boleh mempertimbangkan pengambilan atlet ini untuk program podium sekiranya ia memerlukan kriteria yang telah ditetapkan oleh ISN. Tuan Pengerusi seterusnya isu-isu yang dibangkitkan...

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Menteri, Tuan Pengerusi. Saya ingat Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi kata sekiranya dia layak kriteria podium saya ingat I think he is more than qualified, dengan izin, dia sudah pecah rekod Watson Nyambek ini. Saya tadi ada cadangkan adakah kerajaan berhasrat hendak hantar dia ke luar negarakah contohnya ke Jamaica, ke all these excellence centres ini. Ini sebab saya rasa ini permata baru yang perlu kita gilap dan jangan kita biarkan di dalam lumpur lagilah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi isu sama. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jerlun tadi. Kita keluarkan sistem latihan yang sedia ada di dalam negara. Kalau sistem yang kita ada ini kita sudah lahirkan banyak Badrul lah tetapi nampak tidak mampu pun. Jadi kita pergi ke yang lebih hebat lagi ke luar negara tengok mana negara yang lebih hebat letak di situ, satu-satunya orang. Kalau kita letak dalam kelompok yang sama dalam sistem yang kementerian buat hari ini saya takut undur ke belakang sahaja. Ini perlu kita gilap betul-betul sebab kalau begitu kita punya atlet ini dia lahir bukan dengan sistem yang sedia ada ini dia ada latihan sendiri. Jadi kalau kita bawa dalam sistem yang tidak berjaya lahirkan Badrul saya rasa hilang.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Lenggong hebat kita malam ini ada satu lagi kementerian Yang Berhormat Lenggong.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi kita lihat atlet baru ataupun Badrul Hisham merupakan harapan baru kepada negara. Maka Kementerian Belia dan Sukan akan buat terbaik untuk memastikan kita memberi sistem support yang sesuai sama ada di dalam atau luar negara untuk memastikan beliau boleh menjadi harapan baru kepada negara ini. Seterusnya Tuan Pengerusi isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bachok, Yang Berhormat Bachok ada? Kita akan beri secara bertulis. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Jelebu, Yang Berhormat Jelebu ada. Apa rancangan kementerian dalam melahirkan pemimpin dalam bidang kepimpinan. Bagi melahirkan pemimpin Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan kursus-kursus kepimpinan belia tahap 1, tahap 2, tahap 3 dan ia diadakan untuk mengasah bakat kepimpinan dan input untuk mendapat pemimpin belia. Di samping itu NGO belia juga mengadakan kursus kepimpinan melalui bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Program-program ini akan memberi peluang kepada kita untuk mengenal pasti pemimpin-pemimpin muda yang bakal mewarisi negara dan masa depan negara. Tuan Pengerusi seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong ada? Yang Berhormat Parit Sulong telah bangkitkan isu mengenai atlet OKU. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat yang menunjukkan keprihatinan dalam sukan golongan kelainan upaya.

Buat makluman Ahli Yang Berhormat program sukan prestasi tinggi untuk golongan OKU telah dilaksanakan secara serius bermula tahun 2007 dan setelah Majlis Sukan Negara (MSN) menubuhkan cawangan paralimpik khusus untuk memastikan program persediaan atlet OKU dilaksanakan seperti mana bagi atlet normal agar semua atlet-atlet Malaysia dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Bagi melaksanakan program tersebut Majlis Sukan Negara (MSN) telah memperuntukkan sejumlah RM12 juta setahun untuk program sukan prestasi tinggi OKU dan yang melibatkan 16 jenis sukan. Peruntukan ini merangkumi program persediaan latihan yang spesifik seperti latihan pendedahan ke kejohanan antarabangsa dan penyertaan pasukan kejohanan bertaraf dunia serta temasya sukan antarabangsa. Kementerian melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan prestasi tinggi HPT, paralimpik pada tahun 2013 yang khas untuk memberikan latihan terbaik kepada atlet kurang upaya. Yang Berhormat juga telah menyentuh apakah golongan OKU mempunyai kelengkapan sukan yang mencukupi. Melalui Program Latihan Atlet yang diuruskan oleh Majlis Sukan Negara atlet-atlet ini dibekalkan dengan keperluan-keperluan yang secukupnya. Ini termasuklah pembelian kerusi roda sukan dan beberapa keperluan peralatan yang memudahkan atlet-atlet ini dapat menjalani latihan dan bertanding sebaiknya. Tuan Pengerusi seterusnya soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kapar. Yang Berhormat Kapar ada? Yang Berhormat Kapar ada...

Mesti adanya.

Memohon KBS untuk membantu meningkatkan prestasi sukan kavadi dan memberi perhatian kepada sukan kavadi. Walaupun Yang Berhormat sentuh fasal bola sepak Malaysia telah mencontohi soalan-soalan itu melalui seorang Ahli Yang Berhormat Ketereh maka serba sikit sebanyak mengenai kavadi. Pihak KBS melalui Majlis Sukan Negara sentiasa membantu pembangunan sukan-sukan prestasi tinggi seperti sukan kabaddi. Kementerian juga akan mengkaji peluang-peluang untuk memperkenalkan di sekolah ronda memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.

Yang Berhormat hoki belum. Yang Berhormat Parit Sulong bersama saya dengan hoki.

Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Kapar juga bertanyakan soalan, bajet dan apakah perancangan KBS untuk membina lagi padang hoki? Tuan Yang di-Pertua, KBS akan menimbang cadangan ini untuk menambah bilangan padang hoki sedia ada di dalam Rancangan Malaysia Ke-11...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya punya persoalan tadi adalah untuk menambahkan mutu dan minat orang untuk cenderung kepada bidang hoki sekarang semakin berkurangan. Sekolah merupakan pelapis untuk bidang-bidang sukan ini tetapi hoki bila saya memantau, tidak menarik minat para pelajar. So saya rasa Kementerian Belia dan Sukan kena memupuk bersama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan sukan hoki tidak terpupus sama sekali. Ulasan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kita akan mengkaji cara-cara terbaik untuk menyelidik sama ada ini boleh dibuat melalui Kementerian Pendidikan atau tidak. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Di dalam negara kita tak habis-habis kaji...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dulu ada Menteri Besar menyebut, saya tak sebutlah pangkal nama awalnya tapi kaji juga.

[Ketawa] Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Sebelum itu Tuan Pengerusi, nanti sudah masuk topik lain susah pula. Boleh ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hendak kaji juga? Ya, sila.

Saya analisis sahaja buat masa ini, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh Timbalan Menteri?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Saya minta sebuah pusat sukan di Kapar, belum dijawab. Adakah akan dijawab kemudian atau sekarang ini hendak jawab sebab hendak sebut Kapar nanti takut terlepas bahagian itu.

Boleh ulang soalan dia?

Pusat komuniti sukan di Parlimen Kapar, saya minta untuk pembinaan satu sebab Parlimen Kapar kan besar. Tadi saya sudah bagi statistik. Ini untuk warga ....

Yang tak sokong bajet bagi buat apa.

Yang Berhormat Lenggong jangan nakal-nakal. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Memandangkan pengundi Kapar dan melebihi 100 ribu, maka permintaan ...

150 ribu.

Ya 150 ribu, maka permintaan Yang Berhormat akan dikaji...

[Dewan riuh]

sama ada mengikut peruntukan yang sedia ada.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kaji lagi.

Tak payah kajilah, tolak terus.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Yang Berhormat Menteri, kaji dan timbang.

Dia tak sokong bajet pun...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pasal itu Yang Berhormat Lenggong tak jadi Menteri KBS ke, Timbalan Menteri KBS. Yang Berhormat Lenggong tak layak langsung. Kau duduk sana Yang Berhormat Lenggong selama-lamanya. Dulu, kini selama-lamanya.

Dia kena kaji itu kenapa lama.

Tuan Pengerusi, kalau kita membenarkan mungkin semua Ahli Yang Berhormat yang akan minta kompleks sukan tetapi sebagai kementerian bertanggungjawab, kita harus mengkaji sama ada perlu atau tidak mengikut keperluan dengan kedudukan kewangan kementerian. Maka permintaan Yang Berhormat akan dikaji secara mendalam dan akan diberi maklum balas. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan pelbagai isu. Yang pertama adakah KBS ingin melihat anak-anak muda kita menjadi atlet negara supaya KBS tidak ada pilih kasih semasa proses pemilihan atlet negara? Salah satu daripada teras strategik di bawah program-program bola sepak negara ialah pengenalpastian bakat,

pembentukan wira bola sepak dan struktur pemilihan terbuka tanpa pilih kasih, Yang Berhormat. Pasukan pemilihan mempunyai kaedah profesional dalam memilih bakat-bakat muda berdasarkan kemampuan mereka untuk dipilih ke Akademi Bola Sepak Negara, Sekolah Sukan Malaysia, sekolah sukan negeri, pusat latihan daerah dan Akademi Tunas PBBN dan Yang Berhormat juga telah membangkitkan langkah-langkah KBS untuk membawa dan membantu belia dalam menghadapi TPPA dan kesan TPPA kepada belia dan usahawan belia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memastikan kefahaman belia berhubung TPPA, pihak kementerian telah menjadikan ruang kepada belia untuk memahami dan memberikan pendapat serta maklum balas menerusi Majlis Perundingan Belia Negara dan juga sesi perkongsian pandangan melalui Parlimen Belia Malaysia. Melalui platform ini dapat membantu untuk meningkatkan tahap penerimaan dan persediaan belia untuk menghadapi TPPA melalui MPBN. Contohnya maklumat disalurkan kepada pemimpin belia peringkat tertinggi dan wakil-wakil belia kawasan ini akan menyampaikan maklumat tersebut kepada peringkat akar umbi. Melalui PBN pula, pandangan daripada ahli-ahli parlimen belia yang dilantik dapat membantu kementerian pelaksana untuk merancang dan melaksanakan TPPA pada tahap yang sesuai untuk semua belia daripada latar belakang sosioekonomi. Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kuala Langat juga membangkitkan pengurusan peruntukan bagi pembangunan sukan memberi kesan kepada pembangunan sukan negara. Kementerian ini melalui Jabatan Belia dan Sukan Malaysia sentiasa memandang serius dengan pembangunan sukan negara. Justeru itu dengan mengurangkan peruntukan ini, kementerian mengambil langkah-langkah dengan membekalkan program-program sukan untuk semua yang menjadi platform kepada bakat-bakat baru dengan menjalinkan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain melalui NBOS. Sebagai contoh, program Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, kementerian-kementerian lain, syarikat-syarikat swasta, NGO dan lain-lain. Terima kasih. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari Lenggong. Yang Berhormat Lenggong ada?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Balik, balik. Yang Berhormat Lenggong sudah balik.

Tuan Pengerusi, isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah berkenaan atlet olahraga. pecut telah pun dijawab sebelum ini dan soalan kedua daripada Ahli Yang Berhormat ialah had umur belia yang ditetapkan Dasar Belia Malaysia individu belia yang berumur 15 tahun dan sebelum dia mencapai umur 30 tahun. Rasional pemilihan umur belia ini adalah bagi memastikan kesinambungan kepimpinan masa depan negara, mengurangkan jurang generasi di kalangan belia, mempercepatkan proses kematangan golongan belia, mengurangkan tingkah laku berisiko dalam kelompok belia, menstabilkan identiti belia, memantapkan proses pembangunan belia, menentukan pendekatan yang lebih sistematik ke arah transisi belia dewasa dan memantapkan teknologi digital. Di samping itu, had umur belia ini selaras dengan amalan terbaik antarabangsa. Takrifan umur belia yang baru ini akan dilaksanakan pada tahun 2018 bagi memberikan ruang masa mencukupi untuk latihan dan peralihan kepimpinan baru serta proses pindaan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 yang akan dibawa ke Parlimen pada tahun 2017. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Lenggong juga telah mencadangkan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri dan daerah di dalam Akta 66. Kementerian mengambil maklum dengan cadangan Yang Berhormat dan akan membuat langkah-langkah, bukan kajian yang patut dibuat. Seterusnya Tuan Pengerusi, isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai ada? Bagaimanakah 1Malaysia Youth City di Tanjung Malim dapat meningkatkan ekonomi belia luar bandar dan memberi manfaat kepada belia? Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya akan memberi maklumat secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Bagan Serai juga telah membangkitkan isu insentif-insentif PBBN memerlukan sedikit kesabaran Yang Berhormat sebab memandangkan ini satu program jangka panjang di mana tempoh lapan hingga sepuluh tahun. Kita akan tahu keberkesanan dalam masa-masa yang terdekat. Seterusnya bagaimana 1Malaysia Youth City boleh menjadikan ekonomi akan dapat secara bertulis dan seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Kulai. Ada?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ada, ada.

Yang Berhormat Kulai ada. Penglibatan PESAKA dalam menganjurkan perhimpunan yang berunsur politik. Apakah tindakan yang akan dikenakan ke atas peserta? Yang Berhormat Kulai, kementerian melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah menghantar surat kepada PESAKA meminta penjelasan daripada PESAKA mengenai penglibatan PESAKA dalam perhimpunan tersebut. Saya akan bagi salinan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat juga telah memohon swimming pool di Kulai. Kementerian Belia dan Sukan akan menimbang. Bukan mengkaji tetapi menimbang kali ini. Seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, perkembangan Pertandingan PPPN. PPPN telah mewujudkan sejumlah 12 pertandingan baru berkonsepkan karnival setempat dan liga melibatkan sekurang-kurangnya 5,000 perlawanan untuk kategori umur tujuh hingga 17 tahun sambil mengekalkan liga KPM yang sedia ada untuk peringkat umur B.14 dan B.17 serta kejohanan-kejohanan MSSM yang lain. Pengurusan sukan di Malaysia. Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Sukan telah pun meluluskan sebanyak 19 jenis sukan teras pada tahun 2004 untuk kita kumpulkan bagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa. Kesemua 19 jenis sukan ini juga diwajibkan untuk dipertandingkan di Sukan Sea Malaysia setiap dua tahun sekali. Yang Berhormat Sungai Petani juga telah membangkitkan isu kelulusan dalam jenis sukan tersebut ikut kesesuaian fizikal. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi jawapan secara bertulis dan saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan dan menyertai dalam perbahasan di bawah B.45 dan mereka yang telah memberikan cadangan yang baik akan dikaji dan dipertimbangkan demi kebaikan sukan negara dan ada jawapan-jawapan yang perlu masa, saya akan beri secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM473,866,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM473,866,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM457,968,200 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2016 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM457,968,200 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2016]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016 Jawatankuasa — Maksud B.46 [Jadual] - Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan 2016] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Tuan Pengerusi, saya hanya ada satu iaitu Butiran 050100, 050200 dan 050300 – Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Tenaga Kerja Sabah dan Tenaga Kerja Sarawak. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Saya rasa lambakan pekerja-pekerja asing sekarang ini macam tidak terkawal. Saya hendak tanya kepada kementerian. Siapakah yang mempunyai hak akhir untuk meluluskan kemasukan pekerja-pekerja asing ini ke dalam negara ini? Adakah setelah ia diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia, kemudian barulah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri untuk diluluskan kemasukannya? Saya hendak tahu sama ada sebelum kemasukan ini dibuat, adakah telah dibuat satu study mengenai keperluan pekerja asing untuk lima tahun atau sepuluh tahun daripada sekarang dan dalam bidang manakah negara ini benar-benar memerlukan pekerja asing ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak mula dengan yang pertama ialah Butiran 010700 – ILO Convention. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan. Apa pendirian kita terhadap konvensyen- konvensyen ILO yang kita belum ratify dengan izin. Ini dalam konteks apa yang kita baru sahaja bahas tentang tandatangan TPP yang dalam Artikel 17(5) dan PTT telah mewajibkan semua negara yang menandatangani TPP ini untuk menghormati fundamental rights of labor yang telah dimaktub dalam ILO khusus sekali dalam hak untuk berkesatuan. Itu seperti yang banyak dikritik oleh kesatuan buruh di negara ini bahawa kita sehingga hari ini belum lagi secara jelas komited untuk memberi hak kepada pekerja untuk berkesatuan secara bebas. Berkenaan ini juga ia ada berkaitan sama ada dalam TPP atau dalam isu ILO ini, ada kaitan dengan isu pekerja asing. Saya sedar bahawa kelulusan untuk memasukkan pekerja asing itu bukan bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia tetapi dalam pentadbiran undang-undang dan di bawah Butiran 050000, dan pentadbiran undang- undang dan standard perburuhan. Kalau di bawah TPP, hak untuk dispute settlement ini, dengan izin, itu satu prosedur yang bukan lagi tertakluk kepada undang-undang negara. Saya ingin tahu, kalau kita tandatangan TPP ini, dalam dispute settlement yang berkait dengan pekerja migran ini, apakah kita atau cara kita untuk menyelesaikan supaya kita tidak hilang kedaulatan dan kuasa control ini? Pada masa yang sama saya juga rasa kita tidak boleh elak untuk meningkatkan perlindungan kita terhadap pekerja-pekerja asing. Dalam hal ini saya juga ingin tahu apakah pendirian kerajaan sekarang sebab pada tahun 1990 kita telah denounce, kita telah tarik balik tandatangan dan sokongan kita terhadap Abolition of Forced Labor Convention C105 of ILO Convention. Ini juga tidak akan membantu kalau kita tidak menyediakan kemudahan yang cukup untuk membeli perlindungan kepada pekerja migran. Pada masa yang sama, ASEAN telah mengumumkan ASEAN Community. Kalau kita masih ingat pada tahun 2007, kita telah mengisytiharkan ASEAN Declaration for the Protection and Promotion of the Rights of the Migrant Workers. Saya ingin tahu apakah pendirian kerajaan bagi melaksanakan dan mengotakan apa yang telah diumumkan dalam konvensyen ini? Akhir sekali di bawah butiran 040100 – Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA). Saya ingin tahu setiap tahun berapa health and safety officer yang kita latih dan apakah dalam keadaan sekarang kita ada kekurangan officer dari OSHA dan apakah cara kerajaan untuk mempertingkatkan latihan untuk memperbanyakkan lagi pegawai OSHA ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong. Ramai lagi? Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin hendak terus ke maksud P.46 Butiran 09600 tetapi yang ini berkaitan dengan PERKESO. Ini kerana PERKESO ini dia ada keluarkan satu voucher pemeriksaan kesihatan ataupun HSP yang dibuat secara percuma yang diberikan kepada pencarum- pencarum yang layak yang berusia 40 tahun ke atas. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian bagaimanakah sambutan terhadap inisiatif yang dibuat oleh pihak kementerian ini.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Daripada jumlah ini berapa peratuskah yang betul, yang benar-benar menjalani pemeriksaan kesihatan sebab ia dibuat secara percuma. Jadinya saya hendak tahu adakah berapa peratuskah daripada jumlah ini dan kalau ada figure daripada segi jumlah dan juga bilangannya harap dinyatakan juga. Sekiranya tidak ramai ataupun sambutannya sangat kurang, jadinya saya hendak kementerian juga menyatakan apakah yang menyebabkan, sekiranya, ia lah tidak mendapat sambutan menggalakkan. Mengapa sambutan ini tidak menggalakkan dan apakah usaha-usaha yang mungkin boleh kementerian kongsikan kepada kita untuk memastikan lebih ramai lagi pencarum yang layak mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini memandangkan kesihatan ini adalah satu faktor yang sangat penting dan ditekankan oleh pihak kerajaan sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk memberikan program ini secara percuma kepada pencarum-pencarum yang layak yang berusia 40 tahun ke atas. Dalam waktu yang sama, dalam tajuk sama saya juga hendak bertanya mengenai facility mammogram untuk wanita. Saya mohon pihak kementerian untuk menyatakan berapakah jumlah pekerja wanita yang melakukan ujian mammogram melalui program ini dan apakah yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk menggalakkan pencarum-pencarum wanita ini menjalankan pemeriksaan, aktiviti pemeriksaan kesihatan ini terutamanya melakukan mammogram seperti yang digalakkan seperti yang saya nyatakan tadi. Seterusnya pada Butiran 080200 iaitu Kebolehpasaran Pekerja. Sistem Latihan Dual Nasional ataupun SLDN ini satu perkara yang saya hendak puji apa yang dilakukan oleh pihak kementerian. Akan tetapi saya cuma hendak tahu setakat ini berapakah jumlah penyertaan apprentice yang mengikuti program ini dan bagaimanakah status keadaan program ini sekarang. Adakah dilakukan penambahbaikan daripada sebelum ini dan bagaimanakah pihak kementerian memberikan penilaian sebab saya percaya masih ada lagi selepas tamat daripada program SLDN kemungkinan graduan itu belum lagi mendapat pekerjaan. Jadinya saya hendak bertanya kepada pihak kementerian bagaimanakah pihak kementerian memberikan pendedahan kepada graduan yang belum lagi mendapat pekerjaan setelah selesai daripada menghadiri ataupun grad daripada program ini dan mungkin kementerian juga boleh berkongsi dengan kita apa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian dalam tahun 2016 dalam memperkasakan lagi program ini. Saya juga hendak memuji satu lagi program di bawah kementerian iaitu Graduan Skim Latihan 1Malaysia. Walau bagaimanapun saya hendakkan pihak kementerian melalui Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan jumlah graduan yang sudah diterima masuk dalam program Skim Latihan 1Malaysia ini dan daripada jumlah ini berapakah lagi yang telah berjaya memperoleh pekerjaan dan bagaimanakah ataupun apakah yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk membuat satu program kesinambungan ataupun continuation, dengan izin, daripada program ini agar ia tidak terhenti setakat itu saja. Bermaksud pihak kementerian ada usaha untuk menyambung selepas saja mereka tamat daripada program itu. Daripada jumlah itu, mungkin kementerian juga boleh menyatakan sama ada apabila sesetengah peserta yang telah tamat ini tidak mendapat apa-apa hasil, bermaksud tidak mendapat pekerjaan, tidak tahu ke mana, terberhenti setakat itu. Jadinya pihak kementerian ada tidak membuat satu kajian mengenai perkara ini, mengapa ini terjadi dan adakah penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak kementerian sebab kita tidak hendak apa-apa program yang dilakukan oleh kementerian ini dibuat sekadar waktu tempoh tertentu, tidak ada kesinambungan dan akhirnya tidak akan memberi manfaat apa juga kepada pelajar-pelajar yang telah grad, yang telah selesai, tamat daripada menghadiri kursus ataupun program tersebut dan saya harap mendapat

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

maklum balas daripada kementerian mengenai perkara ini terutamanya figure ataupun statistik yang saya mohon melalui perbahasan saya. Terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya hanya ingin mengemukakan beberapa item saja. Pertamanya berkaitan dengan isu Kemajuan Guna Tenaga Manusia iaitu Butiran 020000 yang kita lihat peruntukannya ditambah daripada RM417 juta kepada RM438 juta lebih ya dan di mana dalam item atau Butiran itu mengandungi tiga item, sub-sub item itu iaitu Khidmat Pengurusan, Perkhidmatan Latihan dan Pembangunan Kemahiran. Yang Berhormat Menteri saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan khususnya berkaitan dengan Perkhidmatan Latihan itu. Adakah kumpulan-kumpulan sasaran yang disasarkan oleh pihak kementerian. Jumlah untuk perkhidmatan latihan itu agak besar iaitu sebanyak RM353 juta. Berbanding dengan tahun lepas hanya RM337 juta. Jadi saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah bentuk-bentuk latihan yang dimaksudkan dalam Perkhidmatan Latihan itu dan berdasarkan peruntukan yang lepas RM300 lebih juta, apa effectiveness ataupun hasil-hasil positif yang dilahirkan daripada perkhidmatan latihan ini dan juga kumpulan-kumpulan sasaran itu. Kalau ada kegagalan, tidak mencapai sasaran, apa punca-punca yang menyebabkan perkhidmatan latihan itu tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Itu yang pertama Yang Berhormat Menteri. Yang keduanya, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan Butiran 080000 iaitu Dasar Baru. Antaranya ialah Kebolehpasaran Pekerjaan. Walaupun peruntukan dia tidak lah besar RM500 ribu tapi saya ingin dapatkan penjelasan apa sebenarnya, mungkin sudah ada rangka yang telah dibuat oleh pihak kementerian yang menyebabkan item ini dimasukkan sebagai Dasar Baru, Butiran 080200 ini. Saya ingin tanyakan dengan peruntukan yang sebanyak RM500 ribu, apa sebenarnya yang ingin dibuat itu. Bagi saya Yang Berhormat Menteri, kebolehpasaran, marketibilitylah, maknanya pekerjaan-pekerjaan yang boleh masuk marketlah. Makna kita menawarkan satu macam dasar memastikan pekerja-pekerja ini, dia boleh masuk dalam market, bersaing dengan orang lain. Itu yang saya fahamlah sebab itu yang dimaksudkan kebolehpasaran. Akan tapi kalau Yang Berhormat Menteri ada definisi lain, mungkin boleh jelaskan. Cuma saya ingin tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri bagaimanakah kementerian ini boleh melakukan perkara ini secara bersendirian. Saya percaya bahawa untuk membolehkan dasar ini, kebolehpasaran pekerjaan ini, ia seharusnya melibatkan juga institusi ataupun kementerian-kementerian lain khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebab saya percaya, kalau kita sebagai contohlah kita hendak memastikan pelajar-pelajar universiti yang ambil apa-apa course kah, mereka boleh selepas mereka graduate, selepas mereka habis belajar dengan kursus yang diambil, dengan pencapaian-pencapaian akademik mereka ini, seharusnya mereka ini tidak mempunyai masalah untuk terjun ke market, ke pasaran buruh ini. Jadi saya tidak tahu sama ada kajian telah dibuat oleh pihak kementerian, sejauh mana pelajar-pelajar universiti kita ini. Sama ada di peringkat public university ataupun universiti swasta dan juga kolej-kolej ini. Sejauh mana mereka ini memang marketable, boleh dipasarkan dan kalau, tidak tahu Yang Berhormat Menteri adakah kajian telah dibuat. Cuma ada pengalaman sebagai employer lah saya, menceburi dalam saya cakap bidang guaman sebagai contoh, saya menyaksikan bahawa marketability ya, pelajar-pelajar undang-undang sebagai contoh. Bila kita employ mereka, memang kita nampak semakin hari semakin merosot kualiti itu.

Sebagai contoh nak buat simple letter saja, nak buat surat yang mudah saja. Orang bagi, kalau lawyer-lawyer biasa kita bagi notice of demand, kita nak menghantar surat tuntutan kepada orang yang kita nak saman. Kita nak cerita fasal guna bahasa Inggeris ini, kadang-kadang guna bahasa Melayu pun ada masalah. Saya pernah melihat satu contoh notis tuntutan, kes hutang saja. Kes yang orang kata that recovery, tiba-tiba

dalam tuntutan itu boleh tulis pula kamu telah melanggar Artikel 10, Perlembagaan Malaysia, ini apa kaitan dengan perlembagaan pula ini. Dalam hati saya, saya dapat surat itu, client bagi surat itu, saya dapat surat itu saya kata you don’t have to entertain that kind of letter. Saman, samanlah. Maknanya hendak tunjukkan just imagine empat tahun belajar undang-undang, lepas itu hantar notice of demand, kes that recovery quoted Perlembagaan Persekutuan, just imagine. Kita mungkin ketawa tetapi ini realiti yang berlaku. Saya percaya juga dalam bidang-bidang lain, dalam bidang kejuruteraan saya tidak tahu sangatlah tetapi saya bercakap berdasarkan bidang guaman. Maknanya something is wrong somewhere. So any changes dalam kita hendak memasarkan tenaga buruh ini, bagi saya it must start from the school, dia mesti mula daripada sekolah lagi. Mungkin di sekolah rendah lagi, sekolah menengah lagi. Jadi saya merasakan walaupun dasar baru ini saya amat bersetuju iaitu Dasar Kebolehpasaran Pekerjaan ini cuma saya sangsi adakah dengan bajet RM500,000 ini dengan pula kementerian ini sahaja yang dibebankan dengan tanggungjawab itu, saya tidak yakinlah ia boleh mendatangkan satu hasil yang mungkin kita harapkan. Cuma saya mengharapkan kementerian ini dan saya berharap kementerian ini boleh berbincang dengan khususnya Kementerian Pelajaran dan Pendidikan dan kementerian-kementerian yang menyediakan pasaran pekerjaan ini seharusnya mengambil berat isu ini. Itu yang kedua. Yang ketiganya menteri, saya ingin juga tanya sekarang ini, saya cakap khususnya daripada segi pekerja-pekerja MAS sebab yang telah pun diberhentikan kerja seramai 6,000 orang yang kebanyakan mereka tinggal di Sepang. Maklumat terbaru, mereka telah memfailkan tuntutan mereka kerana mereka mempertikaikan perkiraan ganti rugi atau pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka telah buat aduan di Pejabat Perhubungan Perusahaan dan saya harap walaupun biasanya kalau tidak dapat settle akan pergi kepada minister, kalau minister ada belas kasihan, mungkin dia rujuk kepada industrial court. Akan tetapi, actually berdasarkan belas kasihan pun walaupun- apa yang saya ingin minta Kementerian Sumber Manusia ini, supaya dalam kes MAS ini kalau boleh jangan sampai perkara itu berlarutan. Kalau boleh selesaikan di peringkat perhubungan perusahaan itu. Macam mana nak lakukan itu, setiap proses Mahkamah Industri ini siapa yang tahu, prosesnya tidak macam mahkamah biasa. Mahkamah biasa you can just file the claim either Session Court or High Court. Dalam Mahkamah Perusahaan ini ada proses- prosesnya, negotiation, lepas itu tidak dapat settle, tedious, lepas itu kena pergi Menteri dulu, kalau menteri kata boleh rujuk, baru pergi Mahkamah Perusahaan. Selepas Mahkamah Perusahaan, dapat award itu boleh buat judiciary review pula. It takes long years. Saya pernah buat satu kes yang melibatkan berurusan dengan Telekom sampai dekat 15 tahun. Di Mahkamah Rayuan akhirnya tahun kelima belas baru kes itu officially settle. Jadi saya mengharapkan dalam kes MAS ini, saya harap sangat Kementerian Sumber Manusia ini boleh memainkan peranan proaktif. Walaupun undang-undang dan peruntukan dalam peringkat ini menteri tidak boleh campur tangan tetapi carilah sesuatu mekanisme supaya kes ini dapat diselesaikan tanpa mereka perlu pergi ke Mahkamah Perusahaan. Ataupun mereka mungkin akan ditolak, mereka terpaksa pergi High Court dulu, challenge the keputusan of Minister, itu proses lagi panjang. Jadi saya haraplah sebab bagi saya mereka ini, saya dah cakap banyak kali memang merana sebab kebanyakan yang bekerja itu kadang-kadang sole back winner dan mereka mempunyai tanggungan. Jadi saya mengharapkan sangat kementerian tolonglah 6,000 orang pekerja ini sebab kita boleh bahaskan dengan panjang adakah mereka ini wajar diberhentikan daripada peringkat awal pula sebab saya yakin dalam isu MAS ini sepatutnya walaupun kita nampak macam memangsakan pekerja sebab isu MAS ini tiada siasatan dibuat. Kita hanya gunakan Parlimen ini buat undang-undang, kita restructure balik MAS, kita lupakan segala penyelewengan ataupun kerugian MAS itu tidak ada orang yang bertanggungjawab. Bagi pula golden parachute kepada orang-orang yang menyebabkan MAS rugi. So tidak ada akauntabiliti, tidak ada langsung mereka itu disiasat, Suruhanjaya Diraja, suruhanjaya disiasat kenapa MAS rugi. We have not done all this, tiba-tiba mangsa.

Jadi kalau sekarang mereka juga dimangsakan dengan tunggu pula satu proses yang tedious ini, saya rasa memang tidak patutlah. Ini satu kezaliman kepada mereka. Terakhirnya, isu pemandu teksi oleh sebab ini Kementerian Sumber Manusia, saya terpaksa cakap lagi. Saya harap kementerian ini dengan SPAD, dengan Kementerian Pengangkutan mesti sit down. We must find a workable solution untuk menyelesaikan masalah pemandu teksi ini. Sekarang ini pemandu teksi jumpa kita, mereka mengeluh. Mereka kata pertamanya apabila mereka yang dapat permit daripada syarikat, mereka terpaksa bayar sewa. Bayar sewa pula sekarang ini, nak dapat bayar sewa, belum dapat lagi yang dia punya income itu, hanya untuk dapat bayar sewa, kadang-kadang keluar pagi mungkin pukul 5 petang baru dapat. Kadang-kadang satu hari pun tidak dapat, kerana apa, antaranya persaingan. Persaingan daripada GrabCar, persaingan daripada Uber dan sebagainya. Saya bukan kata 100% orang pemandu teksi tidak salah, ada juga pemandu teksi ini salah sebab mereka ini kadang-kadang tidak ikut meter. Ada complaint-complaint yang legitimate, complaint yang genuine ke atas mereka tetapi realitinya, secara relatifnya mereka ini orang- orang susah, orang-orang yang mengharapkan dengan memandu teksi itulah untuk mereka menyara kehidupan keluarga mereka. Kenderaan mereka kita tahu kadang-kadang setengah itu memang daif pun tetapi mereka terpaksa, that’s the only car they have. Of course, saya dah cakap soalan dengan SPAD tetapi saya harap Sumber Manusia mengambil aspek sumber manusia ini, aspek kebajikan mereka sebagai pekerja sebab mereka pekerja, mereka adalah sebagai pekerja kolar biru. Jadi saya harap mereka ini diselamatkan. Oleh sebab itu saya minta kementerian ini bersama SPAD mesti berpadu tenaga untuk selesaikan masalah ini. Kalau kita perlu rebrand the whole taxi system pun rebrand lah sebab antara yang orang complaint, dia kata kami pakai Uber, kami pakai GrabCar kerana pertama perkhidmatan mereka lebih cekap. Keduanya mereka lebih comfortable kereta-kereta mereka, betul. Kalau kita hanya nak berpandukan supply and demand, kalau kita betul-betul mengamalkan laissez-faire iaitu kita tidak mahu Kinesin punya teori, government tidak boleh interfere, let the market determine. Saya setuju memang patutnya mereka diberi peluang sebab the whole concept laissez-faire is competition...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sepang, ringkaskan.

Jadi saya hendak katakan kalau kita buat sistem itu memang kita mati. Saya bukan kalah kerana perkauman, kebanyakan pemandu-pemandu teksi orang-orang Melayu, orang India pun ada tetapi kebanyakan. Jadi mereka ini memang bekas-bekas tentera, memang mereka tidak ada ini, mereka mengadu. Mereka datang pejabat saya, tolong Yang Berhormat. Selepas itu bila saya dengar kenyataan daripada SPAD hendak pinda undang-undang, saya pun rasa lega sikit. Kita mesti buat sesuatu. Sekarang ini masalahnya macam GrabCar dan Uber ini, mereka syarikat antarabangsa, mereka ada network yang besar dan mereka ini menyediakan perkhidmatan memang cekap, tetapi we kill our taxi drivers. Jadi sebab itu saya harap kementerian ini mesti memikirkan serius sebab dari sudut sumber manusia itu. Jadi saya sangat berharaplah satu langkah yang drastik, kalau kita perlu undang-undang, buatlah undang-undang ini untuk memastikan golongan- golongan B40 ini, golongan bawahan ini diselamatkan. Mereka, dengan GST mereka merana, dengan harga barang mereka merana, dengan pula persaingan yang kata orang itu, not level playing field. Memang semua ini mematikan mereka. Kementerian Sumber Manusia tolong ambil berat perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk sama berbahas. Saya ingin menyebut Butiran 010500, 010400 tentang Dasar Sumber Manusia dan Dasar Perburuhan.

Kita pun tahu sekarang ini dalam negara kita tentang lambakan pekerja asing yang seperti seolah-olahnya tiada kawalan. Kita pergi ke pelosok mana sekalipun, kita akan

nampak mereka berada di mana-mana. Keadaan ini sedikit sebanyak pada dasarnya memang kita faham bahawa mereka ini sepatutnya diengage di kawasan-kawasan, dengan izin, yang the 3D jobs yang tidak mampu dilaksanakan oleh anak-anak tempatan. Akan tetapi apa yang kita melihat, mereka ini berada di mana-mana. Saya selalu suarakan perkara ini jadi di hotel, mengapa tidak ada sesuatu inisiatif yang serius daripada kementerian ini mengkaji mengapa anak-anak tempatan yang kononnya memang tidak mahu bekerja di tempat-tempat yang dangerous, dirty job ini semua tetapi tidak mahu juga bekerja di hotel. Mengapa? Kenapa? Sebagai kementerian yang menjaga perburuhan, perkara ini haruslah diteliti. Oleh kerana ini suatu kawasan kerja bukannya susah sangat, duduk dalam aircond, pakai cantik, tidak peluh tetapi masih lagi anak-anak tempatan tidak berminat. Kalau kita pergi ke hotel sekarang ini penuh dengan mereka ini. Jadi, saya rasa sudah sampai masa perkara ini dikaji. Kita tahu kita bercakap dengan orang-orang hotel, masalah utama adalah masalah kedatangan. Akan tetapi kita pun tidak boleh menjadikan ini satu alasan yang diterima baik oleh kementerian bagi membenarkan terus di dalam industri perhotelan ini dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing. Seterusnya, tentang pengendalian kelulusan. Kalau dahulu, pekerja-pekerja asing ini diluluskan melalui Kementerian Sumber Manusia dengan satu jawatankuasa JCS. Jadi, bila di bawah JCS ini, ia nampaknya agak terkawal. Jadi, mungkin sudah sampai masanya kerana sebagai sebuah kementerian yang menjaga keluar masuk pekerja, mempunyai hubungan kait yang rapat dengan majikan, tentunya pihak kementerian akan tahu data sebenar dalam sesebuah kilang itu berapa sebenarnya pekerja yang diperlukan dan mengikut kategorinya dengan halus. Kita akan dapat maklumat itu. Jadi, mohonlah kementerian mengambil inisiatif ini untuk memberi kebaikan dan keburukan, kekuatan dan kelemahan jika perkara ini perlu dikendalikan semula oleh pihak kementerian. Seterusnya, saya juga ingin menyentuh Butiran 030300 – Mahkamah Perusahaan. Walaupun ada peningkatan sedikit tentang kes-kes pengendalian mahkamah dikatakan agak cepat tetapi saya secara majoritinya berjumpa dengan rakan-rakan industri, sama ada pihak pekerja atau pihak majikan, perkara ini masih lagi lewat. Kes-kes masih lagi lewat diputuskan, terutama sekali bila dibawa kepada pihak Menteri untuk diberi judgement dia sama ada kes ini perlu direfer ke mahkamah atau sebagainya. Ini mendatangkan masalah, ia akan mendatangkan kerugian kepada kedua-dua pihak. Kepada pekerja kadang-kadang sebelum dia dapat kerja lain, dia tidak ada sumber, jadi tidak ada keputusan dapat dibuat. Kepada pihak majikan pula, kadang-kadang bila kes di tangguh begitu lama, dia terpaksa membayar banyak. Jadi, kita bolehlah lihat perkara ini mungkin perlu kepada penambahan hakim-hakim ataupun Industrial Court di pihak negeri- negeri supaya Mahkamah Perusahaan ini dapat dilancarkan. Kemudian 040000 - Keselamatan Kesihatan Dan Kesejahteraan Pekerjaan. Kita tahu ini satu jabatan yang agak agresif dan bagus dari segi menjaga kepentingan pekerja dan banyak perkara-perkara baru yang telah dilaksanakan oleh jabatan ini. Namun begitu, apa yang dialami oleh jabatan ini dan menjadi masalah kepada majikan ialah tentang penguatkuasaan. Kita tahu majikan-majikan kita bukanlah majikan yang high level in the sense that, dengan izin, mereka kita hendak imposed the self diciplines itu. Makna, mereka sendiri mengambil inisiatif, mereka sendiri membuat laporan itu rasa saya memang agak lewat sedikit. Jadi, kita perlukan lebih tenaga kerja dari sudut pegawai-pegawai penguatkuasaan supaya mereka ini dapat memantau. Dari sudut keselamatan kesihatan dan pekerjaan ini juga, saya juga ingin menyentuh tentang prolonged illness yang datangnya daripada penyakit pekerjaan. Ini adalah sesuatu yang amat sukar dibuktikan. Oleh kerana bila pekerja bekerja di dalam satu-satu industri, it is quite easy kalau dahulu, dengan izin, kalau dengan asbestos semua itu kita senang hendak buktikan, but it takes time. Akan tetapi kalau bekerja dengan habuk, dengan bunyi bising dan sebagainya walaupun kita ada medical surveillance, there is still, masih memerlukan masa yang agak lama. Kadangkala by the time pekerja itu berhenti sampai umur dia 55 tahun, sekarang ini 58 tahun baru penyakit itu mula datang. Jadi, kadang-kadang terlampau ketat pihak hospital mengawal dan saya boleh quote jugalah, doktor terlampau takut untuk meletakkan bahawa pekerja-pekerja yang malang ini, kecacatan ini berlaku kerana mereka bekerja di satu-satu kawasan dengan agak lama menyebabkan mereka mendapat penyakit tersebut. Seterusnya, tentang 070300 – Sambutan Hari Pekerja. Agak menyedihkanlah. Sambutan Hari Pekerja daripada RM500 ribu turun kepada RM400 ribu, jumlah yang

diperuntukkan agak menurun. Ingatkan hendak minta Yang Berhormat Menteri mulai tahun ini kita mohonlah kalau boleh kawasan-kawasan yang heavy industry pekerjanya ini adalah diadakan di peringkat negeri atau di peringkat Parlimen supaya bajet dapat dikongsi secara bersama. Kita sama-sama gembirakan pekerja-pekerja kita. Daripada kita belanjakan duit bawa bas semua pergi Kuala Lumpur, kita buat dekat peringkat kawasan-kawasan kita. Tentang 070400 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Ini saya dahulu semasa saya bekerja memang selalu pergilah di pusat-pusat latihan. Akan tetapi sekarang ini pun baru-baru ini, dua minggu lepas saya ada berjumpa dengan rakan-rakan yang buat recruitment, pergi ke pusat latihan- latihan ini ada dua permasalahan yang mereka minta saya sampaikan. Ini bukanlah satu masalah baru tentang peralatan yang sudah agak uzur, yang perlu diganti dan tidak up to date. Contohnya, kalau mereka menggunakan engineering drawing, autocad ini sudah autocad version sekarang ini sudah version berapa, yang mereka belajar masih lagi version-version yang lama. Begitu juga dengan clamping and all that, masih lagi ketinggalan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menyuarakan tentang insurans pekerjaan iaitu SOCSO kepada pekerja-pekerja. Kita ucap terima kasih banyak kepada Kerajaan Barisan Nasional dan kepada Kementerian Sumber Manusia di atas dua perkara inisiatif. Walaupun tidak tinggi tetapi memulakan langkah menaikkan gaji minima sangat baik penerimaannya. Cuma haruslah diteliti, saya cakap ini berulang kali dan saya amat memahami tentang International Labour Organization Practises dan tidak boleh ada perbezaan dari sudut gaji local dan foreign. But, kita masih lagi perlu melihat seperti yang saya selalu tekankan, mekanisme apa, bagaimana. Ini yang perlu kita fikirkan. We cannot beat the law, dengan izin. Kita tidak boleh melanggar undang-undang, apatah lagi undang-undang antarabangsa. Akan tetapi untuk rakyat kita sendiri mesti ada sesuatu yang kita bezakan dengan mereka-mereka ini. Seterusnya, tentang insurans SOCSO daripada RM3,000 sudah naikkan capnya kepada RM4,000. Tahniah juga dan terima kasih bagi pihak rakan-rakan industri. Ini sebenarnya mungkin ramai yang tidak begitu faham. RM3,000 ini ‘once in, always in’ konsep SOCSO ini. Maknanya, kalau dia mula kerja gajinya RM3,000 kemudian dia sampai bila gajinya RM5,000 ke RM6,000, dia boleh terus mencarum, tidak ada masalah kepada mereka. Begitu juga now dia sudah naikkan, kalau RM4,000, mereka boleh terus mencarum. But, persoalannya begini. Ada kes-kes tertentu bila pekerja mendapat kemalangan di tempat kerja, kadang-kadang pihak majikan, majikan ada yang baik hati, ada HR yang begitu pandai, faham undang-undang ini Tuan Pengerusi.

Dia tolong pekerja ini juga tetapi dari segi undang-undang ia tidak menyalahi di mana bila pekerja mendapat kemalangan, majikan tidak perlu membayar. Dia boleh tunggu sahaja bayaran daripada SOCSO. Akan tetapi kadang-kadang SOCSO ada kalanya bukan dalam semua keadaan, ada sedikit kelewatan dan bayarannya pun tidak lah penuh, tidak lah sepenuh gaji pekerja itu dapat secara harian. Jadi, kita minta tolong juga tengok keadaan ini. After all pekerja ini sudah bekerja. Walaupun dalam dasar syarikat, pilihan syarikat tetapi eloklah Kementerian Sumber Manusia melihat ada satu negotiation dengan pihak majikan sama ada melalui Malaysian Employer Federation (MEF) atau pun melalui Federation of Malaysian Manufacturer (FMM), discuss with them, berbincang dengan mereka supaya pihak majikan tidak memotong gaji pekerja dan membiarkan bayaran SOCSO itu berlaku seperti yang sepatutnya dan diterima oleh pekerja. Ada kalanya juga dari sudut SOCSO ini sudah banyak perubahan yang dilaksanakan iaitu banyak benefit tentang lencongan bila berlaku kemalangan pergi dan balik bekerja. Perkara ini pun harus juga diberi sedikit kelonggaran. Kadang-kadang bila terlencong sedikit, menjadi sebab mengapa pekerja itu bila berlaku kemalangan pergi atau balik kerja, dia tidak layak mendapat tuntutan di bawah SOSCO. Yang terakhir, ingin saya sampaikan ialah tentang Skim SOCSO kepada mereka yang bekerja sendiri. Saya mohonlah pihak kementerian menjadi champion dalam hal ini untuk memberi sedikit ruang kepada pekerja-pekerja yang bekerja secara sendirian atau di syarikat-syarikat yang kecil. Kalau majikan kadang-kadang mesti 5 and above baru boleh mencarum SOCSO kan? Akan tetapi kalau mereka sendiri hendak mencarum, kita jadikanlah seperti EPF, KWSP di mana mereka ini ada satu skim dia boleh menabung

sendiri untuk mendapatkan Skim Pelaksanaan SOCSO. Jadi, saya mohon pihak kementerian melihat kepada perkara ini. Yang terakhir, untuk satu skim yang saya kira memang sangat baik yang telah dilaksanakan oleh SOCSO ialah memberikan tahunan untuk medical check-up kepada pekerja-pekerja. Setelah mereka bekerja berapa tahun, mereka boleh pergi medical check- up dan juga dipanjangkan kepada pekerja-pekerja wanita ini. Mereka boleh complete dengan buat pap smear dan sebagainya. Cuma, selagi dia bekerja, the minute dia stop, dia tidak dapat lagi kemudahan ini tetapi mungkin bolehlah dipertimbangkan sehingga satu jarak masa dalam tempoh tiga, ke lima tahun atau sebagainya. After all, dengan izin, mereka ini pernah contribute kepada SOCSO, mudah-mudahan skim ini dapat diteruskan. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat, nampaknya panjang-panjang semua. Yang Berhormat Ipoh Barat, panjang- panjang. Sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mulakan dengan apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Di mana kenaikan gaji minimum, di mana gaji minimum untuk swasta adalah tidak dinyatakan. Akan tetapi untuk pekerja kerajaan adalah RM1,200 dan untuk minimum wages for private sector adalah sebanyak RM900 ke RM1,000. Apakah rasional dia? Kenapa seorang yang bekerja dengan kerajaan perlu dinaikkan gaji untuk setanding RM1,200 tetapi untuk private sector adalah kurang? Bukankah ini satu dasar yang diskriminasi kepada pihak swasta? What is the rational behind it? Adakah Yang Berhormat Menteri sendiri telah memberi pandangan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri supaya mengesyorkan kita memerlukan satu sistem diskriminasi terhadap pekerja swasta ada perlu beza dengan pekerja kerajaan. Perkara yang lain yang saya akan bangkitkan adalah di mana saya telah mengemukakan pada bulan Ogos ini kepada Research Department Parliament. They are taking their own time. In August I sent to them. I know it’s not so relevant to your ministry, but shows our standards in our country. Sampai sekarang, sudah lima bulan tidak dapat jawapan. Saya kemukakan yang asas untuk Yang Berhormat Menteri jawab hari ini adalah Employee’s Social Security Act 1969, di mana meaning of employee di section 2, saya pun tidak faham mengenai perkara ini. Di mana, dengan izin, employee means does not include a person of the description specified in the first schedule. Bermakna, sesiapa walaupun dia pekerja tetapi kalau dia tidak merangkumi, setanding tetapi adalah di the first schedule, dia tidak boleh mendapat manfaat SOCSO. Apakah perkara itu? Adalah di the first schedule, the spouse or the principal employer of the immediate employer. Schedule 1, section 5, apa makna dia? The spouse or the principal employer of the immediate employer. Apa maknanya Tuan Pengerusi? Makna dia, kalau isteri Tuan Pengerusi, bekerja dengan Tuan Pengerusi dalam satu perniagaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Isteri, isteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Isteri-isteri.

[Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Wives. If your wives work with you, you buat business, lepas itu satu tragedi datang pada your wife, dia claim SOCSO. SOCSO kata, “Sorry, tidak boleh, pasal you kerja dengan your husband, you tidak layak. Ada satu undang-undang yang saya rujuk”.

Uh, dahsyat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Gender equality. Fairness to wife, fairness to women. Mana ada? Tidak masuk akal Tuan Pengerusi. Ini saya boleh gunakan ‘tidak masuk akal’ lah. As a lawyer I can say, I’m sure many lawyers will agree. I have spoken to so many lawyers dengan retired judges, mereka hairan bahawa ini satu peruntukan British yang lama lagi diguna pakai. Saya ada kes, I find so peculiar, di mana seorang isteri bekerja 20 tahun, lepas itu sesuatu terjadi, dia claim kepada SOCSO. Pada masa 20 tahun

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

ini Tuan Pengerusi, SOCSO mengutip caruman. Caruman dia collect tetapi bila hendak claim, dia kata, “Tidak boleh, out, you get out”. What kind of rational? Kita bawa beberapa perundangan yang baru untuk menguatkan penglibatan wanita dalam pekerjaan. Ini menjadi satu diskriminasi. Saya telah merujuk kepada research department kita. August I sent email, sampai sekarang no reply. I sent reminder, no reply. Very simple. Dia kata dia busy. What is so busy about this matter. I’m busy also, I’m a lawyer, I’m a MP, lagi busy. No reply tetapi tidak apa. Saya merujuk kepada Yang Berhormat Menteri. Saya harap nombor satu, mengiktiraf bahawa satu kesilapan telah terjadi. Saya rasa ada banyak kes di negara kita, beberapa kes sedemikian yang telah mengalami kes sedemikian, nombor 1. Nombor 2, apakah tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini? Jangan kerajaan mengatakan dia membuat sesuatu untuk pekerja di negara ini, untuk menolong wanita, untuk menolong pekerja-pekerja masuk kerja tetapi ada sistem diskriminasi kepada seorang wanita. Saya rasa ini tidak masuk akal. No rational, I already checked all provision in other countries in the world. Saya rasa they empower wanita. They empower women tetapi di sini nampaknya ada undang-undang yang tertentu mendiskriminasi women. Saya rasa ini tidak boleh diterima langsung. Yang Berhormat Menteri lebih arif, tahu bahawa apakah pandangan Barisan Nasional, pandangan kerajaan supaya kita memberi lebih kekuatan, lebih keutamaan kepada wanita supaya kita mengiktiraf bahawa satu kesilapan telah terjadi. Bring the law in March, we will support you. So, that we abolish this draconian unnecessary, unfair law to the women of this country.

Setuju, setuju.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tak setuju?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Oh, setuju, minta maaf. Saya pekak sikit. [Ketawa] Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya hendak tahu “P” - 06400, Naiktaraf Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Di Pulau Pinang. Saya hendak kata, saya ada banyak kali saya kata, tahun 1999 bila saya membantah kepada kerajaan mengambil tanah kerajaan wakaf Hindu India, Hindu Endowment Boardharta di Pulau Pinang. Kerajaan selepas itu telah memberi pengisytiharan bahawa tanah itu, satu institut akan dibina di mana telah dibina dan satu through principle announcement telah dibuat pada tahun 1999 di mana kerajaan kepada saya semasa itu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia mengatakan bahawa nombor satu, kerana tanah itu adalah milik warisan dan masyarakat India. Pekerja-pekerja di sana keutamaan akan diberi dan sekurang-kurangnya 50% adalah dari masyarakat India, N.T.S Arumugam PillaI Seethai Ammal College sehingga sekarang sudah 16 tahun, you have promised but you have not delivered. Bukan baru, sixteen years sampai sekarang not fifteen percent lagi tetapi mahu tanah itu. Mahu, pasal masa itu MIC ingin mengambil tanah itu. Saya telah membongkar perkara itu. Semasa itu Yang Berhormat Menteri berkenaan, Samy Vellu but all kinds of deals dan selepas itu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, okey, we will come to compromise bahawa bina satu institut di sana untuk masyarakat India. The undertaking, nombor satu, majority of the students of the Indian. Ini wakaf, harta India. apa jadi? Sampai sekarang, belum dicapai. What happen? Kalau diskriminasi kepada wanita, sini pun diskriminasi kepada India. Kenapa? Mahu tanah! Mahu semua, Barisan Nasional tetapi tak, never carry out the promise. Itu saya hendak tahu, apakah tindakan yang diambil supaya merealisasikan janji Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1999 dan lagi satu Tuan Pengerusi adalah mengenai retrenchment many phase di mana kerajaan telah mengatakan mengagihkan beberapa juta untuk menolong penganggur-penganggur di negara ini. Apakah sistem yang sedang dijalankan untuk mengusahakan supaya dalam kemelesetan ekonomi kita di mana ramai di antara pekerja kita mungkin akan menjadi penganggur. There’s a slow down the economy, kerajaan boleh give a bigger picture, rosy picture, but through this tak boleh keadaan sedemikian.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apakah yang diusaha supaya kita kena reach out kepada B40, kepada orang- orang yang miskin, pekerja-pekerja yang akan terlibat dalam perkara ini. Juga kepada Mahkamah Perusahaan, saya difahamkan Yang Berhormat Menteri ada banyak kes di mana belum lagi merujuk under section 20 dan sebagainya di mana Menteri membuat keputusan untuk merujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan. Satu di antaranya ialah Tuan Pengerusi, saya ada kata banyak kali. Mahkamah Perusahaan membuat keputusan security of tenure, di mana dia membuat keputusan adakah pekerja itu layak untuk diambil balik sebagai pekerja dan sebagainya. Security of tenure, tetapi untuk Pengerusi Mahkamah Perusahaan, dia tidak ada security of tenure. He will decide, he got no right. He got no privillege. Yang ini pun minta maaf Tuan Pengerusi, tak masuk akal. Ramai di antara kawan- kawan saya juga adalah Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang mengatakan tak terimalah. Saya bukan baru, when menteri menjadi backbencher in the early 2000, early 90’s pun saya ada bangkitkan perkara macam ini. Mungkin masa itu Yang Berhormat tak berapa aktif tetapi dia pun mungkin aktif dalam satu perkara. Sebelum ini beliau menjadi Timbalan Menteri Luar Negara. Dia pun ada harapan untuk menjadi menteri. Betul ke tak Sure! I am debating here, I want to be minister of the country. I want to lead the country one day tetapi untuk Pengerusi Mahkamah Perusahaan, no harapan. [Ketawa] No harapan. No harapan untuk menjadi Presiden. Tak boleh! Pasal apa? Malaysia Boleh! That is defending. Kenapa tak boleh rakyat di antara pengerusi-pengerusi yang telah dilantik, working there for years, some of them for 10 years! You cannot appoint them. You appoint somebody from the Attorney General Chambers just to come in. You ask any lawyer lah, they will tell you. I have done labor case Industrial Court not now, 30 years. Those who have not done they are not very familiar. They may be lawyers, but why you appoint some else as president? Menteri must put kuasa! I have told many times, you must put your [Mengetuk meja] put down and said to the AG. This is my right!

Tak payah jerit, habis.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Pasir Gudang tak berani cakap. She got here before, you berani, you bangun. This is the truth! Ha, now this is the truth. Bagi chance, ramai yang macam Timbalan Menteri hendak jadi Menteri. This is fair what, nothing wrong. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, you want to be minister one day. You have to vote yourself! You must face the challenges. Nothing to worry! But must speak the truth then speak your mind. Tuan Pengerusi, saya difahamkan mereka semua diberi extension of two years, selepas itu diberhentikan dan sebagainya. To be fair to them. Ramai di antara mereka adalah peguam-peguam atau dari Attorney General Chambers, they are also got the harapan dan ini adalah satu di antara perkara yang kita perlu fikir dan memberi penghargaan. You must acknowledge. Like our own child, growing up, you give encouragement, we give them, tell them. These are good things that you have to do, you will come out in life. What about others when you are minister, do you take care of all these people? Kenapa asingkan mereka? Ini adalah satu di antara perkara yang perlu difikir. Akhir sekali Tuan Pengerusi, perkara kedua. Nombor satu, kenapa kerajaan bersetuju, kenapa menteri bersetuju untuk membawa segala satu perkara...

Tuan Pengerusi (ertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebab itu saya kata Yang Berhormat Ipoh Barat panjang-panjang sikit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

1.5 juta dari Bangladesh. Apa alasan dia?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

15 minit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sebelum itu Yang Berhormat Pasir Gudang kata, the hotel, I agree. Tuan Pengerusi, sebelum Tuan Pengerusi menjadi Speaker, saya ada kata kepada Speaker, if you go on like this, one day, even your position, will be privatised. Your position, I told the former speaker, dari Sabah dulu. Saya sudah kata, dia kata, oh, what will affect you. It doesn’t affect you. They can privatise in this country, Malaysia Boleh, semua boleh. [Disampuk] Boleh! Barisan Nasional boleh! Malaysia boleh! This is what going to happen. Itu yang kita mahu tahu, kita mahu tahu apa asas dia membawa 1.5 juta? Nombor satu, Yang Berhormat Pasir Gudang, must acknowledge bila?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya tak mahu campur tangan tetapi rational dia, gaji tak cukup, insentif tak cukup dan sebagainya untuk pekerja kita sendiri. Give them all these. Paksa memberi tahu kepada majikan, these are the minimum you put attempt. Ini semua belum dicapai dan saya rasa Tuan Pengerusi, akhir sekali ini ialah untuk orang yang menjadi anggota dalam trade union. Sekarang kurang daripada 8% yang menjadi anggota dalam trade union. Apa yang dibuat usul oleh kerajaan, don’t be negative, don’t stop them. At least what are you doing to encourage people to be unionized to help them to be part and parcel of the growth of this country? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih. Saya pun hendak berbahas juga di dalam jawatankuasa ini Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, panjang juga?

Tak panjang. [Ketawa] Tajuknya Butiran 020000 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Saya berharap Jabatan Tenaga Kerja yang berada di daerah-daerah meneruskan usaha mendaftar kepada mereka yang menjadi penganggur dan membantu peluang pekerjaan yang dibuat oleh untuk swasta dan juga kerajaan. Dalam masa yang sama seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan yang terlebih dahulu kalau kita biarkan, maka orang tempatan tak boleh nak dapat dah kerja-kerja walaupun kita boleh berbangga kononnya pengangguran tiga peratus tetapi jumlah tersebut sebenarnya bila dibentuk dalam angka ia menjadi tinggi dan tambahan pula universiti mengeluarkan graduan sama ada kemahiran akademik. Jadi kita berharaplah supaya di bawah peruntukan ini, Jabatan Tenaga Kerja terus memainkan peranan walaupun semacam mana untuk memastikan pengangguran itu dapat kita kawal.

Dalam masa yang sama saya berharap kementerian terus mengadakan program job pair di mana turun ke kawasan-kawasan luar bandar dan bandar bagi peluang kepada mereka walaupun saya tahu tidak semudah kita bercakap sebenarnya. Akan tetapi apabila peringkat pelaksanaan turun pihak swasta, tawaran kerja diberi. Ada di kalangan kita punya guna tenaga-tenaga buruh kita tidak berminat. Kadang-kadang ada kelayakan tetapi kita kena fikirkan sesuatu. Tiba masanya. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi nanti satu masa apa akan berlaku kepada rakyat kita kalau kita tidak beri perhatian tak kan Bangla selepas menjadi pekerja kahwin dengan orang tempatan minta warganegara. Ia berterusan akan ada masalah. Jadi sekurang-kurangnya kita sedar sekarang. Mungkin dalam masa lima tahun, sepuluh tahun kita bertengkar tetapi cari satu pendekatan yang terbaik untuk memastikan peluang-peluang pekerjaan tadi dapat diisi oleh masyarakat Malaysia tempatan sendiri. Perkara yang seterusnya saya melihat Kementerian Sumber Manusia teruskan usaha untuk melahirkan guna tenaga perkhidmatan latihan di mana kita tengok peruntukkannya besar juga kalau tahun 2015 RM337 juta. Tahun depan naik ke RM353 cumanya kadang-kadang tidak ada penyelarasan di antara pelbagai kementerian. Kita boleh lihat Kementerian Belia, Kementerian Pendidikan melahirkan tenaga mahir tetapi akhirnya apabila mereka keluar dari pusat latihan, tenaga mereka tadi tidak dapat digunakan dalam pasaran. Ini yang perlu kita fikir. Kita jangan seronok sekadar kita boleh menyatakan, kita boleh melahirkan 20,000 orang tenaga mahir tetapi yang paling penting bagaimana tenaga mahir tadi dapat kita gunakan dalam pasaran. Sama juga 020500 pembangunan kemahiran. Tadi perkhidmatan latihan pun nampak tinggi juga peruntukan daripada RM76 juta kepada tahun hadapan RM81 juta. Sama jugalah pandangan saya.

Satu perkara lagi tajuk ketiga yang akhir 060000 - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Pada rakyat di kampung, di luar bandar menganggap benda yang sama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ini dengan PTPTN. Akan tetapi kita melihat pada tahun hadapan, saya pun tidak faham macam mana. Kalau tahun 2015 peruntukan yang disediakan RM15,257,800 tetapi pada tahun hadapan untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ini cuma ada RM5 juta. Kita melihat di bawah Kementerian Sumber Manusia diwujudkan pusat-pusat latihan yang boleh mengeluarkan sijil dan juga boleh mengeluarkan diploma. Saya difahamkan yang mengeluarkan sijil biasanya kerajaan tanggung 100% daripada latihan, cari tempat ini dengan harapan selepas habis mendapat sijil mereka akan dapat pekerjaan. Akan tetapi yang diploma terpaksa pinjam daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Cumanya kita melihat pengurusan PTPTN dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ini agak berbeza. Saya hendak tanya kementerian, mereka masih dalam latihan sudah diminta untuk membayar kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran? Macam mana kedudukan ini? Pada pandangan saya, berilah peluang kepada guna tenaga kita ini menghabiskan diploma mereka di pusat-pusat latihan yang diiktiraf. Ini biasanya swasta yang under Kementerian Sumber Manusia supaya setelah mereka habis latihan boleh bernafas sedikit kita settle perlahan-lahan supaya saya tadi ada dengar tidak silap saya Yang Berhormat Sepang sebut menggunakan surat yang seolah-olah mengugut peminjam tadi. Biarlah kita lebih sistematik walaupun kita hendak mereka membayar duit tetapi janganlah akhirnya orang tidak menyalahkan Kementerian Sumber Manusia. Kalau di kampung-kampung ibu bapa menyatakan ini kesalahan PTPTN. Jadi sedikit sebanyak saya harap kementerian melihat semula benda tersebut supaya sama-sama memang. Kita yang meminjam, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ini pun dapat membayar dengan baik, kerajaan pun boleh penuh balik tabung. Diharapkan dengan kekurangan sumber tadi peminjam-peminjam membayar, akhirnya kita boleh melahirkan buruh-buruh yang mahir yang boleh digunakan dalam pasaran. Terima kasih. Dengan ini saya menyokong dalam perbahasan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang membenarkan saya bersama berbahas dalam kepala B46. Saya ingin menyinggung terus kepada butiran 101500 bersekali dengan 010600 - Dasar Sumber Manusia dan Dasar Perburuhan. Seperti mana yang teman-teman lain Ahli Yang Berhormat yang lain membicarakan soal masa depan dengan dasar kerangka kementerian, sifat atas pekerja- pekerja asing yang memberikan kesan yang menakutkan dan sebagainya. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri baru-baru ini yang hanya memerlukan kepada mereka kumpulan-kumpulan tertentu dan Menteri Sumber Manusia ketika berbincang di pejabat dan juga di hotel saya sudah lupa hotel mana mengatakan kepada saya dengan jelas bahawa beliau menentang tetapi dalam masa yang sama saya hendak pastikan bahawa penguatkuasaan pekerja asing ini yang longgokan mereka ini tidak akan menyusahkan kita dan sekarang ini pun tidak tahu berapa jumlah sebenar berpandu kepada yang sah dan yang tidak sah. Maka yang demikian saya cadangkan kepada kementerian bolehkah kita melakukan siasatan ataupun penguatkuasaan secara konsisten dan kolektif dengan pihak- pihak negeri dan pihak-pihak PDRM untuk memastikan bahawa pekerja asing ini pastikan ia tidak dikumpulkan sebagai memudaratkan dan memberi kesan buruk kepada pekerja tempatan. Saya hendak cadangkan juga sektor tertentu menteri yang membolehkan kita kenal pasti bahawa pekerja asing boleh dibenarkan bekerja di sektor tertentu yang memberikan penguatkuasaan itu lebih baik. Saya kira ia boleh dimanfaatkan dan boleh diberikan penumpuan kalau ini dilakukan.

Saya ingin juga menyinggung Butiran 020200 - Perkhidmatan Latihan. Sidang yang lepas saya sudah memberitahu kepada tidak silap saya timbalan menteri yang latihan ini pun perlu dikawal selia sebab saya mendapat makluman dan saya ada bukti yang mengatakan latihan-latihan yang dibuat itu kosnya itu agak luar biasa yang memungkinkan berlaku ketidaktulusan ataupun berlaku ketirisan dalam memberikan pegawai-pegawai kuasa mutlak untuk mengendalikan latihan-latihan perkhidmatan ini yang akan memakan belanja yang besar. Jadi saya mengharapkan kementerian untuk boleh juga mengawal selia setiap pegawai untuk memastikan perkhidmatan latihan ini dapat diberikan fokus secara khusus kerana kita takut dengan kos anggaran tahun 2016 berjumlah RM353,347,900 ini tidak sampai kepada sasaran. Saya terus kepada Butiran 030100 - Hal Ehwal Sekerja.

Seperti mana Yang Berhormat lain berbicara soal masa depan kesatuan-kesatuan yang ada dalam lingkaran 8% keseluruhan jumlah pekerja dalam negara ini, memberi isyarat bahawa kita banyak dikongkong atau disempitkan dengan undang-undang di bawah akta kesatuan itu sendiri dan juga promosi atau kita tidak berseiring dengan Konvensyen ILO 87 yang memberikan pengiktirafan untuk ditubuhkan kesatuan. Ia juga memberikan kesan tidak begitu munasabah apabila akta kesatuan itu sendiri mengetatkan dan menyusahkan. Seperti mana saya sebut berkali-kali dan saya tahu Menteri pun ada berkata kepada saya bahawa dia hendak menyeluruh pindaan itu hendak dibuat. Akan tetapi saya hendak menyegerakan untuk dibuktikan antara yang begitu tidak masuk akal ialah kita dalam menubuhkan kesatuan ini pada tarikh permohonan itu dikira sebagai yang berhak. Kalau di waktu antara untuk dia mendapat pengiktirafan untuk dibuat undi sulit, tiba-tiba ada mereka yang sudah meninggal, ada mereka yang sudah pencen, ada mereka sudah sakit ilat, mereka ini perlu dikira sebagai majoriti untuk mendapatkan number untuk lebih 50%. Ini tidak masuk akal. Kalau sekiranya orang itu meninggal, tidakkanlah kita hendak gali kubur dia, kita kata, ‘mat, keluar sekejap kami hendak mengundi, selepas itu masuk balik dalam kubur’ ataupun orang yang sakit ilat yang duduk dekat rumah, yang tidak boleh berjalan, kita kena dukung dia bawa pergi ke tempat mengundi ataupun orang yang sudah pencen yang tidak tahu mana dia pergi kena cari. Itu namanya tidak adil dan saya menganggap bahawa akta kesatuan itu juga perlu diambil perubahan. Sikit lagi Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi sudah pandang atas.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa. Panjang, panjang tidak apa.

Tuan Pengerusi macho dia- handsome Tuan Pengerusi hari ini. Jadi, ini menyebabkan bahawa kita kena tengok keseluruhan akta itu. Saya minta pegawai di belakang memberi tumpuan untuk memastikan bahawa biarlah seiring dengan keadaan sekarang yang memerlukan pindaan itu dibuat secara menyeluruh. Saya memohon Menteri supaya pindaan itu harap ia dapat memberikan keadilan dan memastikan bahawa kita tidak mengongkong atau kita tidak menekan banyak pekerja yang mengharapkan bahawa mereka ini diberikan ruang untuk menubuhkan kesatuan. Kebanyakan yang kita lihat, apabila berlakunya sedemikian, maka isu majoriti– dan masalah satu lagi ialah pekerja asing itu dikira silent. Maknanya, pekerja asing pun dimasukkan sebagai mereka yang– itu mengikut konvensyen ILO, dia kena kira tapi ialah sebagai fakta...

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang ini kena pendek-pendek. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Bila Tuan Pengerusi sudah tukar. Jadi, saya terpaksa lajukan sedikit. Jadi, saya rasa perkara-perkara itu perlu dikaji semula untuk memastikan bahawa keadilan untuk menubuhkan kesatuan itu dapat ditegakkan dalam haknya sebagai pekerja. Saya terus menuju ke Butiran 030200 – Perhubungan Perusahaan. Dalam proses kita hendak mencari pendamaian antara dua

pihak ini– ya, betul itulah gelanggang yang kita ada, untuk kita filed di bawah seksyen 20 pun...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta penjelasan. Yang Berhormat, setuju kah dengan saya bahawa kita perlu kerajaan untuk terlibat dalam menggalakkan supaya pekerja-pekerja menjadi anggota dalam trade union dan juga untuk memperkasakan trade union untuk mempercepatkan pengiktirafan mereka. Ada sesuatu tidak kena pada masa sekarang.

Saya setuju. Penglibatan itu untuk memberikan peluang dan juga keadilan dapat ditegakkan, masukkan keseluruhan ucapan Yang Berhormat Ipoh Barat ke dalam sebahagian dalam ucapan saya. Saya menuju terus kepada Butiran 030200 - Perhubungan Perusahaan. Apa yang menjadi permasalahan sekarang ialah kuasa terhad yang diberikan kepada perhubungan perusahaan. Apabila berlaku dispute seksyen 18 sebagai contoh, di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, hanya memberi ruang– termasuk seksyen 20, hanya memberikan ruang kepada pegawai ataupun pengerusi perhubungan perusahaan itu kuasanya terhad iaitu hanya boleh mendengar, boleh menasihati dan merujuk kepada Menteri untuk mendapat satu keputusan. Jadi, saya cadangkan supaya dibuatkan satu peraturan baru supaya pegawai- pegawai diberi kuasa untuk mereka membuat keputusan dan memudahkan, memantaskan lagi pesalah yang berlaku dalam peringkat mediation itu. Saya harap Menteri dapat merenung untuk perkara Butiran 030200. Saya terus kepada Butiran 030300 – Mahkamah Perusahaan. Mahkamah Perusahaan ini menjadi satu gelanggang terakhir untuk pihak pekerja untuk memastikan hak mereka ditegakkan. Dalam proses ini saya ingin memberikan contoh rujukan seperti mana yang berlaku dalam kes Hong Leong Bank kepada 29 orang pekerja yang mengambil masa lebih 24 bulan untuk pengendalian dalam melaksanakan dispute yang mereka lakukan. Persoalan hari ini ialah apabila mahkamah tidak mahu mendengar secara adil, sebagai contoh mahkamah ini mahkamah 13 yang dikendalikan oleh pengerusinya, Tuan Eddie Yeo. Saya hendak bagi peringatan, pengerusi ini tidak mengiktiraf walaupun di bawa MC oleh yang mewakili pekerja dan dia teruskan juga walaupun bantahan untuk menukar pengerusi itu dilakukan. Seolah-olah dia ini tidak mengiktiraf pegawai-pegawai yang datang dari MTUC. Ini berulang kali dilakukan. Saya mendapat maklumat, benar atau tidak saya minta kementerian menyiasat, pengerusi ini menggunakan kuasa secara dasar tidak bertimbang rasa dan kes ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.

Masa sudah habis. Mintak dua minit. Maka demikian, saya memohon kementerian supaya menyiasat dan memastikan pengerusi-pengerusi di semua Mahkamah Perusahaan berlaku adil kepada perayu-perayu untuk mereka menegakkan keadilan. Saya satu lagi Tuan Pengerusi iaitu pegawai keselamatan dan kesihatan. Saya diberitahu, saya maklum bahawa banyak isu dibangkitkan, termasuk sekali Yang Berhormat Pasir Gudang, berkenaan dengan SOCSO ini yang cenderung untuk tidak memberikan pampasan dalam sifatnya dalam akta itu sendiri. Saya ingin merumuskan begini, perlukah kita mengkaji semula akta ini? Sebagai contoh seksyen 24, seksyen 106, yang memberikan tempoh dan laluan utama. Ini juga mengetatkan dan tidak boleh dilonggarkan atas akta itu tidak memberikan ruang. Jadi, saya melihat akta SOCSO ini juga pun perlu, wajib dipinda untuk keperluan semasa ini yang memerlukan pindaan yang tidak boleh kita gunakan– biasanya riuh rapuh untuk kita bawa ketika ini. Maka yang demikian, saya ingin merayu kepada kementerian supaya mengkaji semula keperluan atas adanya akta SOCSO ini perlu dirubah untuk memastikan hak pampasan ini dapat diberikan kepada mereka yang mengenakan kemalangan dan sebagainya dan juga memastikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja yang berlaku di setiap kilang itu ada jawatankuasanya termaktub di bawah seksyen 30. Ini juga perlu dipastikan siasatan dibuat secara terperinci untuk memastikan setiap kilang atau setiap kawasan pekerjaan itu diikut dalam prosedur atau pun syarat setiap satu syarikat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya tidak akan dapat memanggil semua Yang Berhormat ya. Kita panggil seorang, dua begitu. Lepas itu kita minta Menteri menjawab. Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Butiran 030000 – Keharmonian Perhubungan Perusahaan, Butiran 030100 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Butiran 030200 - Perhubungan Perusahaan, Butiran 030300 – Mahkamah Perusahaan, sekali senang. Saya dengar hujah-hujah rakan sebelah sana saya tengok ada perkara-perkara yang saya bersetuju dengan pandangan mereka. Ini kerana kita juga– kita faham bahawa kerajaan hari ini saya ingat mungkin dia kena imbang di antara kepentingan pekerja, kepentingan majikan, kepentingan pelabur-pelabur.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau lebihkan sangat pekerja, takut nanti pula mungkinlah, pelabur-pelabur takut hendak datang. Kalau kita lebihkan pelabur-pelabur, kepentingan majikan ataupun syarikat yang melabur, maka kita bimbang pula bahawa nanti negara kita maju, syarikat ini banyak melabur tetapi akhirnya pekerja-pekerja kita terpinggir, terutamanya rakyat kita ini akan terpinggir. Jadi, saya hendak sentuh mengenai hak kesatuan kerja. Seperti mana Yang Berhormat Kuala Langat nyatakan tadi dan ada beberapa rakan-rakan pun membangkitkan benda yang sama. Dalam kita hendak menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja ini, maka beberapa peraturan mesti dilihat kembali. Seperti yang kita tahu, prosedur untuk menubuhkan kesatuan sekerja. Walaupun Menteri sudah memberikan kelulusan untuk menubuhkan kesatuan sekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja. Akan tetapi apabila hendak mendapatkan pengiktirafan, union ini hendaklah berjumpa dengan majikan. Ini tadi yang saya ingat dan dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Apabila mendapat pengiktirafan ini, maka mereka cabar dan kena buat undi sulit. Oleh sebab di bawah peraturan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, apabila buat undi sulit ini, prosedur ini yang saya lihat ialah peraturan yang mana tidak perlu mendapat pindaan daripada Dewan yang mulia ini. Saya yakin bahawa peraturan ini adalah kuasa Menteri sendiri. Memang kalau kita lihat peraturan ini memang seolah-olah tidak adil. Bagaimana hendak mengundi mengikut jumlah pekerja yang asal? Kalau kata semasa itu pertubuhan union ditubuhkan tahun 2010, ahli pekerjanya katalah 5,000 orang, dia ada masalah pada tahun 2013 hendak mendapatkan pengiktirafan. Pada masa itu pekerjanya dah mungkin bukan 10,000 orang lagi, mungkin sudah tinggal 5,000 orang. Separuhnya lagi pekerja- pekerja asing, mungkin sudah kembali ke negara asal mereka. Jadi, oleh itu saya hendak mencadangkan dan merayu dengan Yang Berhormat Menteri– terima kasihlah, Yang Berhormat Menteri pun hari itu memberikan peluang kepada saya berjumpa dengan rakan- rakan pemimpin MTUC. Saya hendak tanya, apakah perkembangan masalah yang selama ini kita bangkitkan bahawa yang ini tidak perlu saya rasa meminda akta, hanya peraturan supaya undi sulit ini biarlah adil, mesti diambil kira terhadap pekerja-pekerja yang sedia ada. Bukannya daripada jumlah pekerja yang asal. Kalau hari ini dia ada 2,000 orang, okey berdasarkan, based on 2,000 orang. Kita tahu dia mesti ada 50% campur 1 ataupun saya hendak cadang ikutlah undi yang ada dalam peti undi. Tidak kiralah. Kalau dia ramai pun, kalau dia tidak datang mengundi ataupun mungkin ada pula majikan cuba menghalang pekerja-pekerja datang mengundi untuk mengundi sulit, maka sudah tentulah sukar untuk pihak union hendak mendapatkan 50% : 50% tambah 1. Jadi, saya hendak mencadangkan sama ada ikut undi yang ada di dalam peti undi ataupun ikutlah jumlah pekerja yang semasa pada undi sulit itu diadakan. Perkara kedua juga ialah mengenai hak kepada pemimpin union ataupun pekerja- pekerja yang diambil tindakan dan didapati menang di mahkamah tetapi pampasannya hanyalah 24 bulan. Banyak kes kalau kita tengok, kes doktor, hospital-hospital, koperasi serba guna, berhad dan sebagainya kerana saya tengok mungkin hakim terikat sama. Oleh kerana seksyen ini di bawah peraturan, undang-undang kata pampasan hanya 24 bulan. Bayangkan ada kes lima tahun baru selesai. Kalau lima tahun barulah selesai, pampasan hanya dibayar untuk 24 bulan. Di manakah ada keadilannya? Sudahlah dia tidak boleh diambil bekerja semula. Sepatutnya undang-undang seksyen 20 ini kena diubah. Mesti

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

memberikan keadilan, mesti diberikan berapa lama kah tempohnya. Kalau tanpa gaji lima tahun melainkan mahkamah boleh memberikan jaminan bahawa ia mesti diselesaikan di dalam tempoh dua tahun. Akan tetapi tidak pernah berlaku, jarang berlaku, lama. Jadi, lima tahun, enam tahun tetapi dapat pampasan 24 bulan. Saya hendak mencadangkan supaya akta ini disemak semula demi keadilan. Berilah peluang kepada pekerja yang telah menang kes ini reinstate, bekerja balik. Walaupun alasannya mungkin apabila dia bekerja semula akan menimbulkan masalah, hubungan tidak berapa baik tetapi itu hak dia. Kalau kakitangan kerajaan, penjawat awam dikenakan tindakan disiplin dan pergi ke mahkamah dan dia menang, maka kerajaan mesti mengambilnya semula, reinstate. Bayar pula berapa banyak yang telah tertunggak, lima tahun, enam tahun, semuanya mesti dikira, dibayar balik seolah-olah dia bekerja selama itu. Akan tetapi tidak berlaku kepada pekerja-pekerja dalam bidang industri. Jadi, saya berharap supaya kes ini dapat dilihat semula demi memberikan keadilan kepada pekerja- pekerja kita. Saya juga hendak menyentuh mengenai Corporate Development Centre (CDC). Niat kerajaan baik, apabila timbul masalah pekerja-pekerja MAS, ditubuhkan CDC ini untuk memastikan bahawa pekerja dan kakitangan MAS diberikan peluang bekerja, hendak memastikan mereka diberikan pembelaan. Hari ini saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, sejak CDC ini ditubuhkan berapa ramai yang telah dipanggil temu duga? Berapa ramai yang telah diberikan peluang untuk mendapatkan pekerjaan baru ataupun peluang perniagaan dan sebagainya? Berapakah peratus daripada pekerja-pekerja MAS yang diberhentikan ini telah diberikan pembelaan yang seadilnya? Akhirnya, mengenai pekerja asing. Memang semua orang bimbang dan bukan sahaja di sebelah sana tetapi di sebelah sini pun bimbang. Kita bimbang, sudah berjuta. Jadi, saya hendak mencadangkan kalau boleh, kalau belum dibuat, saya tidak pasti kalau sudah dibuat kah belum. Kalau belum buat, kena ada kad pengenalan pekerja asing untuk memastikan kalau dia bekerja di restoran mesti bekerja di restoran, kalau dia bekerja di ladang, dia mesti bekerja di ladang. Perkenalkan kad, kad hijau untuk pekerja ladang, kad kuning untuk pekerja restoran, bekerja di mana lagi? Kad-kad tertentu. Jadi, dia tidak boleh hendak lari. Dia pakai kad warna hijau, dia bekerja di restoran, ini salah. Oleh sebab apa kad hijau bekerja di restoran, sepatutnya bekerja di ladang. Jadi, mesti diperkenalkan kad- kad ini supaya kita dapat membezakan mengapa mereka datang dan supaya tidak berlaku penyelewengan daripada berjuta, beribu yang masuk hari ini. Hari ini pekerja separuh mahir sudah semakin mahir yang masuk. Jadi, sebab itu kita kena melihat masa depan generasi kita. Macam-macam pusat-pusat latihan kita wujudkan. Akan tetapi apa maknanya kita lahirkan ribuan seperti mana Yang Berhormat Gerik katakan tadi, kita hanya ada angka yang keluar banyak tetapi mengapa kita masih lagi memerlukan pekerja-pekerja asing dalam bidang-bidang separuh mahir sebagai contoh. Jadi, saya rasa itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Jadi, saya berharap pandangan-pandangan ini walaupun sudah banyak kali kita bangkitkan tetapi kita mengharapkan kali ini tindakan benar-benar akan diambil. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih Tuan Pengerusi. B.46, Butiran 010000 – Pengurusan Kementerian. Butiran kecil, 010500 – Dasar Sumber Manusia. Peningkatan jumlah pekerja asing membawa pelbagai implikasi buruk di negara ini. Lambakan pekerja asing menjadi punca kepadatan dalam penjara di seluruh negara. Mengikut statistik terkini, 30% daripada 51,946 orang penghuni penjara adalah terdiri daripada warga asing. Jumlah banduan yang boleh ditampung iaitu kapasiti penuh penjara di seluruh negara ialah 52,150 orang sahaja. Kerajaan terpaksa menanggung kos makanan dan pelbagai perbelanjaan lain. Rata-rata kehadiran warga asing ini telah meningkatkan kadar jenayah dalam negara kita. Saya sedar ini adalah isu yang lebih cenderung kepada Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi Kementerian Sumber Manusia adalah agensi yang menetapkan dasar berkaitan dengan tenaga manusia. Oleh yang demikian, kementerian ini juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawab dalam hal ini. Pada pendapat saya, lambakan warga asing

mungkin menguntungkan sektor swasta tetapi merugikan pihak kerajaan dan negara secara umumnya. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan kita memilih warga asing yang baik dan bukannya orang-orang yang mempunyai rekod jenayah di negara mereka? Adakah latar belakang mereka diselidiki sebelum diterima masuk bekerja di negara ini? Selain daripada itu, adakah benar bahawa pekerja-pekerja asing ini telah mula mendirikan rumah-rumah setinggan di sekitar bandar kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi.

Isu ini mungkin akan memulakan episod baru dalam masalah setinggan di negara kita. Saya juga ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa pihak majikan memilih pekerja tempatan terlebih dahulu sebelum membuka peluang pekerjaan kepada warga asing? Bagaimanakah pemantauan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Siput, ya.

Kementerian dalam hal ini? Ya Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Berkenaan dengan pekerja warga asing ini, nampaknya banyak majikan lebih suka ambil pekerja asing kerana mereka lebih murah. Ini kerana jika kita ambil pekerja tempatan, kita kena bayar KWSP 13 percent. Jika gaji RM100,000 sebulan, untuk pekerja tempatan you kena bayar RM130 extra. Akan tetapi jika you ambil pekerja asing, you boleh potong levy daripada gaji dia. So, structure pasaran kita pun mendorong pihak majikan, pura-pura kena tunjuk pada kementerian kita dapat pekerja tempatan dia kena pura-pura untuk tawar kerja pada pekerja tempatan tetapi dia lebih suka ambil pekerja asing. So, the structure of the labour market itself is masalah. So, kita mesti tengok bolehkah – Apa Yang Berhormat Batu Gajah rasa? Bolehkah kita buat satu undang- undang di mana levi itu mesti sekurang-kurangnya setaraf dengan KWSP dan mesti dibayar oleh majikan sendiri bukan boleh dipotong daripada gaji? So, kita jadikan mereka setaraf. Ini akan kurangkan the tendency untuk majikan hanya dapat pekerja asing. Apa pandangan?

Ya Yang Berhormat Sungai Siput memang saya bersetuju sangat dengan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sungai Siput ini. Butiran 010600 – Dasar Perburuhan. Kerajaan telah mengumumkan gaji minimum dalam Bajet 2016. Kadar yang diumumkan ialah RM1,000 sebulan atau RM4.819 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan ataupun RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan. Kadar yang diumumkan adalah masih lebih rendah dan memandangkan kos hidup semakin meningkat terutamanya selepas kerajaan melaksanakan GST. Oleh itu bilakah kajian semula akan dibuat oleh kerajaan untuk melihat sama ada gaji minimum yang diberikan ini boleh diperbaiki lagi? Gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sangat rendah yang akan menjadi salah satu hal besar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Mana boleh negara mencapai taraf maju sedangkan rakyatnya miskin dan gajinya terlalu rendah? Butiran 010700 – Hal Ehwal Antarabangsa. Penglibatan pihak kementerian dalam hal ehwal antarabangsa berlaku setiap tahun. Secara umumnya, Malaysia menyertai dalam mesyuarat, persidangan antarabangsa, bengkel, seminar dan lawatan kerja Menteri ke negara-negara lain meningkat setiap tahun. Apakah pembaharuan-pembaharuan yang dibawa masuk dalam pengurusan sumber manusia negara kita dalam tempoh lima tahun yang lalu? Nyatakan juga pembaharuan-pembaharuan yang masih dalam peringkat cadangan ataupun bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat? Butiran 010800 – Institute of Labor Market Information and Analysis (ILMIA). Memandangkan objektif institusi ini adalah membudayakan penyelidikan dan perancangan sumber manusia bagi menyediakan input dan membuat perancangan keperluan sumber manusia serta menjadi pusat konsultasi utama berhubung dengan pengurusan sumber manusia, saya ingin tahu sama ada institut ini telah mengkaji dan menyelidik mengenai niat kerajaan untuk membawa RM1.5 juta orang pekerja Bangladesh tiga tahun secara

berperingkat? Jika ya, saya memohon supaya satu laporan lengkap mengenai hal ini dibentangkan dalam Dewan yang Mulia ini.

[Bangun]

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada pihak kementerian sedar atau tidak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

Boleh?

Boleh.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta pencerahan sikit mengenai ILMIA ini yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dan memang saya teliti – kita boleh teliti dalam website ILMIA ini memang fokusnya tentang mengkaji the trend ataupun bagaimana keadaan pasaran kerja dan sebagainya. Kalau Yang Berhormat rujuk dalam butiran itu belanjanya agak besar. Cuma saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat kerana kalau kita teliti report misalnya yang dibuat dari bulan satu tahun ini sampailah bukan sembilan, ada tiga sahaja laporan yang kalau kita download dan baca, saya tidak nampak ada satu pandangan yang boleh disesuaikan dengan keadaan semasa sekarang ini. Ini kerana kita berhadapan dengan masalah pekerja asing, kita berhadapan dengan masalah pemberhentian kerja dan kita berhadapan dengan masalah pengangguran. Jadi tidak ada perkara-perkara yang agak praktikal dan apakah Yang Berhormat rasa ILMIA ini harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberikan solusi ataupun penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan dalam waktu yang semasa sekarang ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Kalau institusi ini tidak boleh memberi pandangan yang konkrit dan sebagainya, tidak gunalah sebab.perbelanjaan terlalu tinggi. Jadi oleh sebab kita membelanjakan jumlah wang yang tinggi maka semua perkara yang diberikan ataupun dikeluarkan oleh institusi ini harus boleh diguna pakai untuk pembangunan sumber manusia di negara kita. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada pihak kementerian sedar atau tidak bahawa pekerja-pekerja asing yang datang ke Malaysia dengan tujuan untuk bekerja telah membuka banyak perniagaan di merata tempat. Sebagai contoh di kawasan Pudu Raya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan banyak lagi. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Apakah tidak ada sebarang pemantauan dan tindakan diambil terhadap mereka yang telah menyalahgunakan permit masuk kerja ini? Adakah orang-orang tempatan juga turut terlibat dalam membantu warga asing membuka perniagaan di negara kita? Saya juga ingin tahu berapakah peratus pekerja asing daripada jumlah guna tenaga negara pada masa ini? Saya difahamkan sasaran kerajaan ialah pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga menjelang tahun 2020. Butiran 020000 – Kemajuan Guna Tenaga, Butiran 020200 – Perkhidmatan Skim, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). SL1M merupakan program latihan bercorak corporate social responsibility didapati hampir 25 peratus graduan di negara kita tidak mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bukan selepas tamat pengajian. SL1M dilancarkan pada bulan Jun 2011 untuk membantu graduan-graduan ini. Saya ingin tahu kenapakah program ini diletakkan di bawah EPU, Jabatan Perdana Menteri dan bukannya di bawah Kementerian Sumber Manusia? Adakah Kementerian Sumber Manusia mempunyai cadangan untuk mengambil alih skim ini untuk tujuan penyelarasan yang lebih baik berkaitan dengan hal ehwal sumber manusia? Butiran 030000 – Keharmonian Perhubungan Perusahaan. Butiran 030100 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya difahamkan bahawa Akta Kesatuan Sekerja 1999 sedang dikaji semula oleh kerajaan secara menyeluruh. Adakah kerajaan akan mengambil kira amalan antarabangsa mengenai prinsip-prinsip kebebasan yang di dokong di bawah Konvensyen 87 (C87) Pertubuhan Buruh Antarabangsa? Nyatakan tumpuan kajian yang dijalankan dan setakat ini apakah perkembangannya?

Butiran 030300 – Mahkamah Perusahaan. Pada masa ini Mahkamah Perusahaan harus menyelesaikan sesuatu kes dalam tempoh 16 bulan. Apakah tindakan-tindakan lain yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk mempercepatkan penyelesaian kes-kes di Mahkamah Persekutuan? Peruntukan Bajet 2016 telah ditambahkan RM1 juta untuk Mahkamah Persekutuan. Butiran 040000 – Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerjaan. Objektif Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang tahun 2015 seperti berikut:- (i) mengurangkan kadar kemalangan maut hingga 20 peratus; (ii) mengurangkan kadar kemalangan untuk yang dilaporkan maut, hilang upaya kekal, tanpa hilang upaya kekal sehingga 30 peratus; (iii) meningkatkan bilangan penguatkuasaan dan pemeriksaan tempat kerja sebanyak 20 peratus; dan (iv) pertambahan orang yang kompeten dalam bidang KKP sebanyak 30 peratus.

Adakah sasaran-sasaran ini telah dicapai setakat ini? Berapakah jumlah kemalangan maut dan bukan maut yang berlaku sehingga bulan Oktober tahun 2015, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2014? Akhir sekali, Butiran 05000 – Pentadbiran Undang-undang dan Standard Pemburuhan. Pengangguran adalah isu besar dalam pengurusan sumber manusia dalam seluruh negara. Saya memerlukan beberapa maklumat terperinci berkaitan dengan kadar pengangguran di negara kita. Saya telah menerima jawapan daripada Menteri Sumber Manusia pada hari ini mengatakan bahawa jumlah pengangguran di negara kita sekarang ialah 435,100 orang dan juga pengangguran siswazah yang memiliki ijazah ialah 100,000 orang. Saya ingin tahu berapakah bilangan penganggur berdasarkan gender dan kaum ketika ini? Sejauh manakah kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah diskriminasi gender dan kaum dalam soal pengambilan kerja dan kenaikan pangkat dalam semua sektor. Harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab semua soalan saya pada malam ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, setakat itulah Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat ya. Sedikit itu panjang itu. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. 10 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2016 di peringkat jawatankuasa. Tuan Pengerusi, I think I need to answer one by one with your permission. Panjang, walau bagaimanapun oleh kerana ke semua perkara-perkara yang telah dibangkitkan agak penting, maka saya memilih untuk menjawab. Tuan Pengerusi, kita bermula dengan Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian iaitu giliran yang nombor satu dari Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Setiawangsa telah membangkitkan beberapa perkara antaranya adalah pekerja asing. Beliau telah menanyakan siapakah yang sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas kemasukan pekerja asing ke negara kita. Tuan Pengerusi, walaupun keputusan terakhir terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, namun kerajaan melalui one stop center yang diwakili oleh semua agensi kawal selia termasuk Kementerian Sumber Manusia turut berperanan dalam menapis permohonan majikan yang ingin mengambil pekerja asing. Ini amat penting supaya permohonan ini adalah mengikut kriteria atau mengikut apa yang dikehendaki oleh kerajaan. Agensi-agensi yang turut duduk dalam one stop center ini adalah MITI, MPIC, Kementerian Pertanian, Kementerian KPDNKK, Kementerian Kerja Raya.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Pengerusi, oleh yang demikian, terjawablah soalan yang menanyakan kita siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk mengambil pekerja asing ke negara kita ini. Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun, Yang Berhormat.

Sedikit. Yang Berhormat Setiawangsa tidak ada, saya ingat – yang sebenarnya soalan itu ada berkaitan cuma saya ingat isu dia bertanggungjawab untuk membawa masuk, kita sedia maklum ia diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Apa yang kebanyakan kita yang bahas ini, minat ialah sama ada boleh ada satu dengan izin, harmonization dari segi intake dengan approval yang meluluskan kemasukan. Oleh itu kita cadangkan sudah beberapa kali permohonan itu harus pergi ke Kementerian Sumber Manusia supaya Kementerian Sumber Manusia boleh meneliti dengan bantuan ilmiah kah atau institusi yang lain, lebih market kita di dalam negara ini supaya kita tahu di mana ada kekurangan pekerja, ada kelebihan pekerja dan selepas kita assign kan kuota pekerja itu, barulah mereka dapatkan pekerja dan baru dilulus dalam Kementerian Dalam Negeri. Itu adalah prosedur yang lebih menepati kehendak pasaran buruh daripada keadaan sekarang yang kelulusan kemasukan ini didominasi oleh agensi-agensi sumber manusia yang tidak pedulikan realiti dalam pasaran buruh. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, sebenarnya soalan itu belum lagi saya jawab. I will go into that later. Akan tetapi ia telah pun ditanya oleh Yang Berhormat Batu, ingin saya menyatakan di sini iaitu Kementerian Sumber Manusia melalui Institute of Labor Market Information and Analysis (ILMIA) telah pun diarahkan oleh kerajaan iaitu Kabinet untuk membuat kajian iaitu study mengenai apa yang kita panggil sebagai demand and supply. Daripada perkataan demand itu, barulah kita tahu sebenarnya berapakah jumlah pekerja-pekerja asing yang sebenarnya diperlukan oleh negara. Kalau tidak silap saya, sebulan yang lepas, saya telah di Dewan yang mulia ini menyatakan bahawa kajian (study) itu ialah sebenarnya three quarter. Maka dengan ini, we have gone three quarter into the study, maka dengan ini Tuan Pengerusi, kita harap study ini akan dapat dibentangkan kepada Kabinet dalam masa tiga bulan dari sekarang. Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Batu, dari Titiwangsa juga iaitu beliau telah – Yang Berhormat Titiwangsa telah menanyakan tentang... Okey, I think I’ll go to the next one first. Untuk pergi ke Yang Berhormat Batu dulu. I think tidak payah masuk, confuse ini. Tuan Pengerusi maaf, jadi Yang Berhormat Batu itu yang kedua mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ini telah membangkitkan beberapa isu antaranya ialah apakah pendirian ke atas konvensyen- konvensyen yang belum diratifikasi? Tuan Pengerusi, jawapannya kerajaan meratifikasi konvensyen-konvensyen yang berkaitan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian dengan keadaan ekonomi pasaran buruh dan sosio negara. Sehingga kini, Tuan Pengerusi, kerajaan tidak meratifikasi tiga daripada lapan konvensyen utama ILO. Convention 98(CO98), Right to Organize and Collective Bargaining Convention.

Konvensyen 105 - Abolition of Force Labor dan Konvensyen 111 - Discrimination (Employment and Occupation). Bab buruh, TPPA tidak mewajibkan, saya ulang, bab buruh, TPPA tidak mewajibkan mana-mana negara ahli untuk meratifikasi mana-mana konvensyen ILO dan bebas untuk meratifikasi mana-mana Konvensyen ILO yang difikirkan sesuai. Juga dari Yang Berhormat Batu iaitu mengenai sama ada TPPA mewajibkan fundamental rights seperti hak kebebasan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

...untuk berkesatuan. Jawapannya Tuan Pengerusi, bab buruh, labor chapter...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya, walaupun tidak ada paksaan ataupun undang-undang yang memaksa tiga resolusi itu untuk tidak diiktiraf tetapi apakah alasan dia? There must be some rational by the government not to agree with these covenants. Apakah sebab dia? There must be some basis, factors yang khusus untuk negara kita. Or are we scared to merangkumi ketiga-tiga resolusi tersebut?

Yang Berhormat Menteri boleh?

Tuan Pengerusi, sebelum itu, perkataan ‘are we scared’ sepatutnya tidak wujud. Sovereignty tidak boleh dikompromi. Okey, Yang Berhormat Batu.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu.

Saya boleh memahami ada daripada convention rights to organize dengan discrimination itu. Akan tetapi saya kurang faham kenapa Konvensyen 105 - Abolition of Force Labor. Itu pernah kita ratifikasikan. Akan tetapi pada tahun 1990, kita denounced tanda tangan itu. Pada waktu itu, pengetahuan saya ialah ada sebahagian daripada negara kita yang belum lagi maju dari segi industrial relation. Akan tetapi kini sudah lebih daripada 20 tahun. Saya tidak faham kenapa force labor convention ini kita tidak boleh kaji semula sama ada kita boleh setuju atau tidak. Pada masa yang sama saya hendak dapatkan tafsiran daripada kerajaan tadi. Saya lihat dalam labor chapter untuk TPPA daripada artikel 17.2 menyatakan, can I, dengan izin, “Each party at minimum adopt and maintain in its status and regulations, the practices thereunder, the rights as stated in the ILO Convention related to: (a) freedom of association; (b) effective recognition of the rights to collective bargaining; and (c) the elimination of all forms of compulsory or forced labor; Dan lain-lain lagi. Akan tetapi saya anggap sekurang-kurangnya– akhirnya: (d) the elimination of discrimination in respect of employment and occupation. Kalau itu dinyatakan dalam TPP, apakah pendirian kerajaan apabila TPP dikuatkuasakan? Adakah ini adalah artikel-artikel yang kita boleh abaikan? Terima kasih.

Mengenai bab buruh atau labor chapter di bawah TPP, empat perkara yang kita akan adopt dan maintain. Saya menggunakan perkataan English, ‘adopt’ dan ‘maintain’. Perkara-perkara itu adalah apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Batu. Dari segi sama ada kita mahu meratifikasi apa yang terkandung sebelum ini, apa yang tertera sebelum ini Tuan Pengerusi, kita akan ambil maklum akan perkara itu. Akan tetapi saya tidak berhajat untuk menjawabnya di Dewan yang mulia pada petang ini. Tuan Pengerusi, dari Yang Berhormat Batu, because I have ten here, it may take me another one or two hours. Yang Berhormat Batu telah menanyakan berapakah ramai pegawai keselamatan dan kesihatan yang dilatih setiap tahun? Adakah jumlah ini mencukupi? Apakah cara pekerjaan untuk memperbanyakkan lagi bilangan safety and health officers ini atau pegawai keselamatan kesihatan. Jawapannya Tuan Pengerusi, jumlah pegawai keselamatan dan kesihatan atau SHO yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi tahun 2013 adalah seramai 5,601 orang. Selepas itu, peningkatan jumlah tempat kerja di Malaysia seperti sektor perkilangan dan sektor pembinaan sememangnya memerlukan jumlah ramai lagi pegawai safety and health officers. Tuan Pengerusi, apakah cara kerajaan untuk memperbanyakkan lagi bilangan SHO? Antara langkah yang diambil kerajaan bagi memperbanyakkan lagi bilangan safety and health officers adalah: (i) meningkatkan jumlah penyelia latihan bagi SHO bagi melatih ramai lagi pegawai safety and health;

(ii) mengiktiraf program-program diploma dan ijazah di peringkat universiti awam dan swasta, di mana graduan boleh terus dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan setelah mendapat pengalaman atau pendidikan yang mencukupi. Tuan Pengerusi, dari Yang Berhormat Batu saya pergi ke Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong, antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan juga dibangkitkan saya ingat oleh Yang Berhormat Batu Gajah juga iaitu tentang Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Program Skim Latihan 1Malaysia sebenarnya dilaksanakan oleh EPU. Kita di Kementerian Sumber Manusia juga turut membantu dalam mengendalikan program ini. Setakat ini, 69,760 graduan telah mengikuti program ini yang dibiayai oleh industri, termasuk GLC dan GLIC. Akan tetapi saya sekali lagi menekankan bahawa sebenarnya program ini dilaksanakan oleh EPU. Kita di Kementerian Sumber Manusia hanya membantu.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Apakah rasional latihan ini diletakkan di bawah EPU? Kenapa ia tidak diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia? Oleh sebab saya rasa Kementerian Sumber Manusia lebih relevan dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan sumber manusia. Saya tidak tahu kenapa semua perkara dalam banyak di antara kementerian Jabatan Perdana Menteri campur tangan. Saya rasa ini adalah satu bidang eksklusif untuk Kementerian Sumber Manusia dan bukannya kepada Jabatan Perdana Menteri. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih di atas pandangan itu. Itu keputusan kerajaan. Akan tetapi kalau diminta untuk dikendalikan– kalau Kementerian Sumber Manusia diminta untuk mengendalikan program ini, kita bersedia. Walau bagaimanapun seperti mana yang saya telah sebutkan awal lagi tadi iaitu keputusan itu adalah keputusan kerajaan. Saya tidak berhajat untuk berdebate dalam perkara ini di Dewan yang mulia ini. Tuan Pengerusi, dari Yang Berhormat Parit Sulong tentang Health Screening Program PERKESO atau Saringan Kesihatan PERKESO.

Sehingga 25 November tahun ini, seramai 441,166 orang pekerja telah menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui Program HSP PERKESO ini. Di samping itu, sejumlah 150,302 orang pekerja wanita telah menjalani pemeriksaan mammogram percuma. Jika dilihat dari segi keseluruhan pekerja yang menjalani pemeriksaan kesihatan itu boleh kita simpulkan bahawa tahap pencapaian masih rendah iaitu sekitar 21%. Tuan Pengerusi, antara sebab musabab program ini kurang mendapat sambutan adalah, ini alasan yang kita terima:- (i) Pekerja tidak mempunyai masa untuk melakukan pemeriksaan di klinik swasta yang dilantik; (ii) Kurangnya kesedaran tentang pentingnya untuk mengesan penyakit di peringkat awal. Itu antara sebab musabab. Tuan Pengerusi, seterusnya masih dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong telah juga membangkit isu Sistem Latihan Dual Nasional. Yang Berhormat Parit Sulong telah memuji usaha Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Skills Development Department, Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Penyertaan dalam Skim Latihan Dual Nasional setakat ini adalah iaitu sehingga Oktober 2015, penyertaannya 71,366 perantis yang melibatkan 4,700 buah syarikat. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, di bawah Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) ini, 30% adalah di pusat latihan dan 70% adalah pekerja itu turun ke padang iaitu ke industri-industri berkenaan. Tuan Pengerusi, dari Yang Berhormat Parit Sulong pergi ke Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang telah membangkitkan beberapa perkara, terima kasih kepada Yang Berhormat iaitu antaranya mengenai - [Sambil menyelak kertas] Hendak tengok pun banyak. Kebolehpasaran, employability graduan. Bagi meningkatkan

kebolehpasaran graduan, institusi-institusi latihan di bawah Kementerian Sumber Manusia mengambil pendekatan kerjasama dengan pihak industri dan kementerian-kementerian lain melalui kerjasama Strategi Lautan Biru atau NBOS. Sehingga kini, kebolehpasaran graduan institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia mencapai lebih 90% dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Selain itu, kementerian juga telah menubuhkan industry led body bagi mengenal pasti keperluan pihak industri dari segi kompetensi dan bilangan yang diperlukan.

Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Menteri, saya ingin dapatkan penjelasan. Kalau berdasarkan jawapan Menteri itu, seolah-olah kebolehpasaran pekerjaan ini satu dasar yang telah pun dibuat oleh kementerian ini. Akan tetapi kalau kita lihat dalam anggaran perbelanjaan ini di bawah item 080200 – Kebolehpasaran Pekerjaan ini, ia termasuk dalam dasar baru yang saya faham sebelum ini mungkin tidak adalah, sebab itu peruntukan yang tahun lepas pun tidak ada. Tahun ini tidak ada, tahun depan baru ada RM500,000. Sebenarnya apa matlamat kebolehpasaran ini? Sebenarnya siapa sasaran dia? Target dia siapa? Cara Menteri jawab tadi macam seolah-olah sudah pernah buat dan kita telah menghasilkan produk-produk ini. Jadi, kenapa dimasukkan dasar baru? So, I’m a bit confused, can you enlighten us? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sepang, I’ll go into that. Actually, I have an answer to that later on. Lepas itu, Yang Berhormat Sepang juga telah menanyakan tentang ‘malang’- I use the word ‘malang’ first, ‘malang’ nasib para pekerja atau bekas pekerja MAS. Tuan Pengerusi, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Industrial Relationship Department sebenarnya telah menerima sebanyak 5,043 kes representasi pembuangan pekerja di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 daripada bekas-bekas pekerja Malaysia Airlines System Berhad (MAS). Ini yang telah difailkan terhadap MAS dari 1 September 2015 hingga 30 Oktober 2015 iaitu dalam jangka masa hanya dua bulan. Jabatan Perhubungan Perusahaan bertindak sebagai pendamai bagi menyelesaikan pertikaian ini. Mesyuarat rundingan damai telah dijadualkan untuk diadakan pada awal Disember ini. Semua proses rundingan damai ini- maaf, semasa proses rundingan damai ini, kedua-dua pihak akan diberi peluang untuk mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan pertikaian-pertikaian tersebut. Tuan Pengerusi...

Sorry Menteri. Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi, saya terpaksa tanya lagi ini. Pertamanya, terima kasih Menteri kerana maklumat itu, 5,000 lebih telah buat representation itu. Maknanya, kira jumlah yang agak besarlah daripada 6,000 itu. Jadi Menteri, saya minta jasa baik Menterilah. We know- I think Menteri, both of us know the procedures, negotiation dan sebagainya. Akan tetapi saya minta lebih dalam kes MAS ini, kalau minister boleh buat satu take it as an exceptional caselah, take it as satu kes yang memang we really serious to settle it. Maknanya, kalau boleh tidak perlulah sampai pergi ke KAL. Jadi, saya harap Menteri, I really hope you use your office untuk try to reach amicable settlement dan kalau boleh win winlah. Akan tetapi lebih baik Menteri, saya juga ingin tanya kalau sekiranya, maknanya berdasarkan tuntutan mereka itu, the whole amount yang mereka claim berapa sebenarnya Menteri? I think they are asking for pampasan basically, because they are not really asking for reinstatement I believe. Jadi, mungkin Menteri ada maklumat what they are really asking for, how much, what is the main dispute antara pekerja ini dengan pihak MAS. Apa yang saya tahu, tentang jumlah pampasan itulah. Terima kasih Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Jadi, tentang amaun atau pampasan yang bakal diterima itu atau yang bakal dibincangkan dalam rundingan, saya gunakan perkataan ‘rundingan damai’, dalam mana kita akan menjadi mediator yang bakal diadakan pada awal Disember ini.

Kita belum menerima mana-mana amaun yang bakal diajukan oleh pihak pekerja ini. Tuan Pengerusi, I think now I go to the next one, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Soalan saya ada yang belum jawab, saya bangkitkan isu teksi tadi, pemandu teksi.

Pemandu teksi, saya akan jawab sebentar nanti. Jadi sebenarnya untuk pemandu teksi, since you are asking that question. Pemandu teksi seperti pekerja-pekerja lain di negara kita ini yang mana kita mengambil berat akan nasib yang menimpa, I use the word malang sebab nasib ini biasanya yang kebaikan. Malang yang menimpa pemandu-pemandu teksi, kita sedang dalam kajian untuk mencari- cari jalan walaupun ia di bawah bidang kuasa SPAD tetapi kita sedang membuat kajian untuk mencari jalan bagaimana kita boleh membantu para pemandu teksi ini dan sebenarnya kementerian kita, Kementerian Sumber Manusia sedang pun dalam proses untuk mencari jalan daripada segi caruman mereka kepada PERKESO dan banyak kemungkinan ini akan dibentangkan kepada pihak kerajaan sebelum bulan Mac ini sebab kalau sebelum ini mereka yang layak untuk mencarum kepada PERKESO adalah pekerja yang mempunyai majikan. Lepas itu bermula pada Oktober 2013, ia juga meliputi penjawat awam iaitu yang bekerja sebagai kontrak. Ini adalah satu pembaharuan yang kita akan buat untuk membantu atau membela nasib, I use the word malang para pemandu teksi.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri sebab saya ada beberapa soalan yang saya tanya tetapi Yang Berhormat Menteri mungkin tak sempat jawab. Saya rasa tak apa, cuma saya essence. Dalam perbahasan saya ialah semasa kita dalam bakal untuk menandatangani TPP, banyak implikasi daripada segi undang-undang bekerja kita akan kita hadapi. Saya harap sebelum kita membahas TPP dalam Parlimen yang akan datang, bolehkah Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk membuat satu huraian apakah dampak TPP terhadap pengguna ini. Saya sebut tadi TPP ada artikel, satu lagi artikel yang saya terjumpa yang saya bawa tetapi menteri tak jawab juga tetapi saya ingat boleh dibuat secara komprehensif iaitu daripada segi migrant workers. Artikel 17(5), ia mengatakan under those circumstances may and an employer or a labor recruited take possession of a worker’s passport, visa or other travel document. Ini juga dalam TPP dan saya rasa kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh dalam jawapan bertulis untuk memberi satu summary of apalah impaknya. Cuma sebelum saya duduk, saya ingin dapatkan penjelasan daripada segi teknikal pada muka surat 550 di bawah Butiran 00600 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia di mana ada peruntukan. Kemudian satu lagi item yang di bawah tajuk yang sama, 09500 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia juga ada peruntukan. Saya cuma keliru sedikit apa bezanya kedua-dua tajuk ini dan adakah ini adalah repetitive of a same expenses, dengan izin. Sekian, terima kasih.

Pertamanya tentang repetitive, itu tidak wujud sebenarnya kerana sebelum ia dicetak, sememangnya kementerian kita telah pun meneliti apa yang perlu dicatat. Mengenai soalan-soalan atau isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu yang belum saya jawab dan mungkin saya telah terlupa, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Batu kerana understand. Dalam masa yang singkat ini, lima orang mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa, ada yang membangkitkan sehingga lapan isu maka to be fair with ini, I think even the most brilliant brain in the world I don’t think he can digest that in just a few minute.

It’s okay, we understand.

Thank you very much. So that’s why I say thank you very much for your understanding. Itu adalah caranya. Yang Berhormat Batu, terima kasih. Lepas itu kita pergi ke Yang Berhormat Pasir Gudang.

Yang Berhormat Menteri, kejap ya. Saya harap jawapan-jawapan saya pun just give written reply lah.

Ya, thank you very much Yang Berhormat Sepang.

Okey, okey.

So more understanding, this is what I really need. Terima kasih.

It’s okay, it’s okay.

So I already received a signal from our friend ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya pun setujulah, lagipun it’s so late already.

Yang Berhormat Ipoh Barat, now nampak Yang Berhormat Ipoh Barat bersetuju supaya dijawab secara bertulis. Yang Berhormat Sepang pun bersetuju supaya dijawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Langat setuju Yang Berhormat?

Kalau Yang Berhormat Kuala Langat bersetuju.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Setujulah Yang Berhormat.

Dan oleh yang demikian Tuan Pengerusi ...

Saya tidak pernah menghalang Tuan Pengerusi memberi pandangan termasuk Yang Berhormat Menteri sahabat saya. Saya tahu dia akan jawab bersurat supaya saya mudah menjadi bukti kepada mereka di luar sana.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita setuju, kita semua setuju.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, hendak cakap ya pun lambat sangat Yang Berhormat ya.

Okey, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian seramai 10 orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa, bukan sahaja itu tetapi kerana betul- betul memahami akan kedudukan kita dan bersetuju supaya saya menjawab secara bertulis. Tuan Pengerusi, maka dengan itu saya bagi pihak Kementerian Sumber Manusia sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 10 orang yang telah memberi pandangan, cadangan, kali ini kurang teguran kepada Kementerian Sumber Manusia. Isu-isu yang mungkin saya tidak boleh menjawab setakat ini seperti mana yang saya sebutkan tadi, saya akan menjawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM836,128,000 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM836,128,000 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM540,660,000 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2016 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM540,660,000 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2016] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ahli Parlimen baik kan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Kalau selalu macam ini, bagus Yang Berhormat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, lagi pun malam Jumaat ini, kena balik awal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 30 November 2015.

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.48 malam]