Dewan Rakyat · 26 January 2016

15th Parliament, session 3, meeting 0 · 779 turns · 49,819 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Pemakluman Mesyuarat Khas Dewan Rakyat

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 30 November 2015 supaya diadakan suatu mesyuarat khas pada hari ini Selasa, 26 Januari dan Rabu, 27 Januari 2016, selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membahas pembentangan usul bagi Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau singkatnya TPPA. Dalam kesempatan ini saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar memanfaatkan sepenuhnya sidang ini untuk membahaskan usul yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan sebaik-baiknya. Sila.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pengerang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 27 Januari 2016.”

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Di Bawah P.M. 27(3) — Penyertaan Malaysia Dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Tppa)Motion

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, saya dengan penuh takzim berdiri dalam Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul; “Bahawa Dewan ini, menerima akan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan; mempersetujui penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memperkukuhkan daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global; menyokong keputusan kerajaan bagi Malaysia untuk menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi TPPA; dan Bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia dalam TPPA, Dewan ini menyeru agar semua pihak bersama-sama berusaha menjayakan matlamatnya.” Tuan Yang di-Pertua, Merah menyala si bunga raya, biarkan ia mekar membara, izinkan saya mula bicara, manfaat TPPA untuk negara. Terima kasih. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Menteri-menteri TPPA di Atlanta, Amerika Syarikat dari 30 September hingga 5 Oktober 2015, telah memuktamadkan rundingan TPPA. Ini adalah setelah lima tahun lebih berunding. Lanjutan dari itu, pada 5 November 2015, teks penuh TPPA yang mengandungi 30 bab terdiri daripada 595 muka surat teks perjanjian, 5,755 muka surat mengandungi lampiran bagi jadual akses pasaran bagi 12 buah negara TPPA, jadual syarikat milik kerajaan, peraturan ‘tempasal’ dan 20 surat-surat sampingan yang disetujui secara dua hala mengenai isu spesifik telah dihebahkan kepada umum. Pihak MITI ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memuat naik beberapa soalan-soalan yang biasa ditanya di laman sesawangnya, bagi memudahkan orang ramai memahami kandungan TPPA. Pada 3 Disember tahun lalu, hasil kajian kos faedah oleh Institute Strategic and International Studies (ISIS) dan PricewaterhouseCoopers (PWC) mengenai impak TPPA telah dimuat naik di laman sesawang MITI. Di samping itu, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah diberikan dokumen berikut pada bulan Disember:- (i) Teks dan lampiran TPPA setebal 16 jilid;

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

(ii) hasil kajian kos faedah oleh ISIS dan PWC Ringkasan TPPA dalam Bahasa Melayu juga telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat pada bulan Januari 2016. Ringkasan ini juga diedarkan sekali lagi kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi ini sebagai rujukan.

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, sebagai usaha kerajaan untuk memberi penjelasan kepada semua lapisan masyarakat termasuk di peringkat negeri, saya sendiri telah membuat lebih 300 sesi penerangan mengenai TPPA sejak 1 Ogos 2013 sehingga ke hari ini. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan kandungan TPPA serta mendapat input daripada pelbagai pihak. Golongan-golongan yang telah ditemui termasuklah pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi, belia, golongan akar umbi, guru-guru, penjawat awam, CUEPACS, persatuan-persatuan perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan, Ahli Parlimen dan lain-lain pihak yang berkepentingan. Pegawai-pegawai MITI dan jabatan-jabatan lain juga telah memberi penjelasan kepada beberapa pihak berkepentingan dari semasa ke semasa. Selain itu temu ramah di media massa, media elektronik, media cetak telah diberikan dari semasa ke semasa. Kesemua sesi penerangan dan dialog ini telah memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memahami TPPA dan mengajukan persoalan tertentu untuk mendapat pencerahan. Malah MITI juga membawakan satu proses bernama cleared advisors iaitu kumpulan pakar meliputi beberapa bidang yang memberi nasihat kepada kerajaan berkaitan hal-hal yang sedang dirundingkan di bawah TPPA. Mesyuarat pertama kumpulan ini diadakan pada 4 Disember 2014. Cleared advisors terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing dari sektor swasta, kerajaan, kumpulan profesional, ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan. MITI telah berkongsi dengan kumpulan ini butir-butir terperinci mengenai TPPA. Tindakan kerajaan untuk membentangkan sebuah triti antarabangsa pada Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah satu tindakan yang unprecedented, dengan izin iaitu tidak pernah berlaku dalam sejarah. Semasa sidang media di Sidang Kemuncak APEC di Bali pada 8 Oktober 2013, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah buat keputusan supaya TPPA dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. Daripada sudut undang-undang iaitu di bawah Perlembagaan Negara Bab 3, Perkara 39 mengenai kuasa eksekutif persekutuan jelas menyatakan bahawa, “Kuasa eksekutif persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.” Dalam kata lain kerajaan berhak untuk tandatangan perjanjian antarabangsa termasuk TPPA tanpa perlu dibawa kepada Parlimen. Namun demikian, sebagai kerajaan yang menghormati demokrasi, TPPA dibentangkan di Parlimen pada hari ini di Dewan Rakyat kerana ia merupakan perjanjian bebas terbesar di dunia, yang paling komprehensif berbanding dengan mana-mana FTA yang ditandatangani oleh Malaysia pada hari ini. Ia meliputi banyak perkara, selain daripada hal-hal berkaitan dengan tarif dan punya kesan yang besar kepada negara. Sebelum dibahaskan di Parlimen, perkara ini menjadi subjek dalam seminar, forum dan menarik perhatian banyak pihak. Keputusan kerajaan untuk membawa TPPA ke Parlimen amat bertepatan sekali dan langkah ini telah mendorong kerajaan untuk mengadakan majlis-majlis penerangan di seluruh negara selama lebih dua tahun. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua tindakan unprecedented ini atau bersejarah ini adalah keputusan untuk menubuhkan sebuah Caucus TPP yang melibatkan Ahli Parlimen yang daripada ada di antara Barisan Nasional dan pembangkang. Caucus ini telah bermesyuarat 15 kali. Kali pertama mesyuarat diadakan pada 6 Ogos 2013 dan terakhir pada 30 November 2015. Caucus tersebut yang diketuai oleh Yang Berhormat Jasin terdiri daripada 11 Ahli Yang Berhormat yang lain termasuklah enam dari Barisan Nasional dan 5 pembangkang. Mereka adalah Ahli Parlimen Johor Bahru, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Kota Tinggi. Pembangkang diwakili oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Sungai Siput dan Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya ucapkan terima kasih pada Ahli Yang Berhormat yang menyertai Caucus TPP kerana memberi penerangan secara telus dan terbuka. Kerajaan amat menghargai sumbangan Ahli Yang Berhormat dan ini menunjukkan dalam isu-isu melibatkan kepentingan negara, pihak kerajaan dan pembangkang boleh duduk semeja. Malah dalam beberapa kes Yang Berhormat telah memberikan pandangan termasuklah mengenai ISDS dan cukai eksport. Pihak MITI telah bawa kepada meja perundingan dan sebahagian pandangan Ahli Yang Berhormat telah diterima oleh rakan- rakan TPPA yang lain. Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga satu lagi tindakan yang bersejarah ialah sesi plenary dan bengkel yang diadakan pada Hari Selasa, 12 Januari yang menghimpunkan Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan pembangkang di MITI. Pada sidang plenary, ahli pembangkang telah mengemukakan lebih banyak soalan berbanding ahli-ahli Barisan Nasional. Pada sebelah petangnya, pada hari yang sama, pada 12 Januari, hari Selasa, bengkel mengenai isu-isu utama TPPA seperti akses pasaran, ISDS dan pelaburan, perolehan kerajaan, bumiputera dan syarikat milik kerajaan serta hak cipta intelek dan ubat- ubatan telah diadakan. Saya gembira kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan dan pembangkang telah duduk semeja bagi membincangkan isu-isu secara mendalam dalam suasana yang cukup tertib dan berhemah. Tuan Yang di-Pertua, hari ini hari Selasa, 26 Januari. Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan sahabat-sahabat dalam Kabinet yang hadir dalam Persidangan Khas ini. Ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk memastikan bahawa perjanjian ini dibahas dan diputuskan oleh Dewan Rakyat. Esok hari Rabu adalah hari Kabinet. Yang Berhormat Perdana Menteri telah membuat keputusan bahawa Mesyuarat Kabinet ditunda ke hari Jumaat. Ini mencerminkan bahawa seluruh kerajaan bersatu dan berpendapat bahawa amat penting isu ini dibahaskan di Parlimen untuk kelulusan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa di kalangan 12 negara TPPA, cuma Malaysia saja yang membawa perkara ini ke Parlimen untuk kelulusan sebelum ditandatangani. [Tepuk] Kesemua negara lain telah pun membuat keputusan untuk ke Auckland, New Zealand pada 4 Februari 2016 untuk tandatangan TPPA. Bagi Malaysia, kita belum buat keputusan. Dewan Rakyat akan buat keputusan esok dan insya-Allah kalau okey semuanya, Dewan Negara pada hari Khamis dan sama ada kita tandatangan ataupun tidak akan ditentukan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini merupakan satu langkah yang menunjukkan bahawa kerajaan ini menghormati pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat. [Tepuk] Sekiranya Ahli Yang Berhormat setuju agar kerajaan tandatangan TPPA, ianya belum boleh dilaksanakan lagi. Tempoh kira-kira dua tahun diperlukan untuk kita membuat beberapa pindaan dan pindaan ini perlu dirujuk kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebanyak 26 pindaan perlu dibuat ke atas 17 undang-undang bagi mengambil kira beberapa persetujuan yang telah dicapai antara kami negara-negara TPP. Pindaan undang-undang yang substantif yang perlu dibuat dan diluluskan di Dewan ini termasuklah yang pertama empat pindaan yang melibatkan bidang penguatkuasaan di bawah Akta Kastam 67, Akta Zon Bebas 1990 dan Perintah Kastam No. 27 dalam bab barangan iaitu Bab 2 dalam perjanjian TPPA. Kedua, dua pindaan yang melibatkan bidang kuat kuasa di bawah Akta Kastam 67 dan Akta Zon Bebas 1990 dan Bab Tempasal iaitu Bab 3 Perjanjian TPPA. Ketiga, sembilan pindaan yang melibatkan bidang paten, hak cipta, cap dagangan, petunjuk geografi dan kuat kuasa di bawah Akta Tanda Niaga 1976, Peraturan Tanda Niaga 1997, Akta Paten 1983, Peraturan Paten 1986, Akta Hak Cipta 1987, Geographical Indications Act 2000, Akta Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004, Peraturan Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2008, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dalam bab 18 iaitu Bab Harta Intelek.

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Keempat, 10 pindaan yang melibatkan bidang kuat kuasa di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1958, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, Akta Pasport 1966, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Antipemerdagangan Orang 2007, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966, Ordinan Buruh Sabah 1967 dan Ordinan Buruh Sarawak 1976 dalam bab buruh iaitu Bab 19 TPPA. Kelima, satu pindaan yang berkaitan dengan anti rasuah dan melibatkan bidang kuat kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu Bab 26 berkaitan dengan ketelusan. Tuan Yang di-Pertua, semakan semula akan juga dibuat ke atas peraturan perolehan kerajaan sedia ada yang akan melibatkan pindaan untuk memastikan keseragaman peraturan berkaitan pelaksanaan di bawah arahan perbendaharaan dan suatu pekeliling perbendaharaan yang berkaitan dengan TI ataupun Treasury Instruction di bawah bab perolehan iaitu Bab 15 Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa pindaan ke atas 17 undang-undang Malaysia adalah untuk memastikan bahawa 12 pindaan atas undang- undang kita dikemas kini berdasarkan perkara yang telah dipersetujui dalam rundingan dan tidak melibatkan pindaan Perlembagaan.

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Perlu ditekankan bahawa pindaan ini tidak menjejaskan dasar-dasar utama negara seperti agenda bumiputera. Sebaliknya pindaan ini secara amnya adalah bertujuan untuk mengguna pakai amalan-amalan terbaik ataupun best practices dalam hal berkaitan dengan buruh, alam sekitar serta hak cipta intelek. Tuan Yang di-Pertua, berkurun-kurun lamanya Malaysia adalah sebuah negara yang amat bergantung pada perdagangan antarabangsa. Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi tanah air kita adalah sebuah pusat perdagangan yang ulung dan lokasi yang strategik dan menemukan saudagar-saudagar dari seluruh dunia. Ini telah membawa kemakmuran kepada Melaka. Legasi perdagangan ini diwarisi sehingga ini dan Malaysia terus unggul dalam perdagangan antarabangsa. Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka, jumlah dagangannya ialah kira-kira 1.5 kali ganda lebih besar daripada KDNK. Pada masa ini Malaysia berada di tangga 23 negara pengeksport di dunia dan 25 negara pengimport tertinggi di dunia. Jumlah dagangan pada tahun lepas dijangka berjumlah kira-kira RM1.4 trilion. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia berdagang dengan lebih 200 buah negara di dunia. Dasar kita adalah untuk berkawan dan berdagang dengan semua negara. Oleh itu kita telah tandatangan 13 FTA sehingga hari ini, yang terkini dengan Turki dan Malaysia juga sedang merundingkan beberapa FTA yang lain termasuklah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan China serta FTA dengan Kesatuan Eropah. Jumlah perdagangan dengan Turki telah melonjak lebih 70% sejak Ogos tahun lepas apabila perjanjian FTA dengan Turki terlaksana. Penglibatan dalam TPPA bukanlah bermakna kita meminggirkan China, ASEAN atau pun negara-negara Islam. Malaysia perlu mempelbagaikan hubungan dagangan kita dan jika kita ada peluang sudah pasti kita ingin menjual barangan kita ke seluruh dunia. Dalam dasar luar negara kita Asian adalah keutamaan tertinggi kita. Pada masa yang sama China dan negara sahabat yang lain juga penting untuk kita. Penglibatan dalam TPPA tidak bermakna kita memilih Amerika Syarikat dan mengetepikan hubungan perdagangan dengan negara-negara lain. Ini adalah tanggapan yang tidak tepat. Di samping itu, penglibatan Malaysia dalam TPPA tidak bermakna kita mengabaikan Organisasi Perdagangan Dunia ataupun WTO. Malaysia masih lagi berkeyakinan WTO merupakan platform terpenting untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara negara-negara dunia. WTO ada 162 buah negara dan WTO pada tahun 2001 memperkenalkan apa dipanggil Doha Development Agenda. Sehingga hari ini agenda ini belum menampakkan hasil. Disember lalu kami bermesyuarat di Kenya di Nairobi dan tidak ada kemajuan dalam Doha Development Agenda. Kita tidak boleh menunggu Doha Development Agenda ini ditamatkan sebelum kita terlibat dalam mana-mana FTA ini. Ini satu tindakan yang kurang cerdik. Sekiranya kita menunggu sehingga Doha Development Agenda tamat kita tidak akan dapat

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

menandatangani satu FTA baru pun. Oleh itu, pihak-pihak yang berkata kita tidak patut tandatangan TPPA dan terus terlibat dalam WTO tidak faham tentang perdagangan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi dengan Ahli Yang Berhormat sekalian kenyataan Ketua Pengarah WTO Roberto Azevedo. Mengikut beliau TPPA bukanlah satu persaingan sebaliknya ia melengkapi ataupun complement WTO. Kenyataan ini datang daripada orang paling tinggi, paling kanan dalam perdagangan dunia. Siapalah kita semua untuk menindakkan pandangan Azevedo yang secara terbuka mengalu-alukan TPPA sebagai satu perjanjian yang penting dalam melengkapi WTO complement bukannya bertentangan dengan WTO ini. Sejarah membuktikan bahawa negara yang mengamalkan dasar terbuka lebih berjaya dari negara yang tertutup. Negara-negara yang mengamalkan dasar tertutup seperti Korea Utara, Cuba dan satu ketika dahulu Myanmar tidak mencatatkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan. Sebab itulah negara berlumba-lumba untuk tandatangan FTA. 619 FTA telah dilaporkan kepada WTO dan 413 daripadanya sudah pun dilaksanakan. Kita boleh memilih untuk menutup pintu kita kepada perdagangan dan pelaburan asing. Kita juga boleh memilih untuk membuka pintu kita seluas-luasnya tanpa had. Namun bagi Malaysia kita mengamalkan sistem pasaran terbuka tetapi akur kepada Perlembagaan Persekutuan agama Islam sebagai agama rasmi dan budaya kita budaya tempatan. Malah, agensi seperti MIDA di bawah saya, InvestKL, Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Koridor Tenaga Boleh diperbaharui Skor di Sarawak, Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) semuanya telah diperkenalkan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara kita. Itulah sebabnya ada juga Invest Penang di Pulau Pinang, ada Invest Selangor di Selangor Yang Berhormat Gombak. Invest Perak di Perak dan Invest Johor di Johor. Semua negeri berlumba-lumba untuk mendapatkan pelaburan asing. Malah keadaan sama di peringkat antarabangsa di mana negara-negara dunia turut berlumba untuk menarik pelaburan asing. Kalau ada Ahli Yang Berhormat beranggapan bahawa pelaburan asing mencuri peluang pelabur tempatan seperti dihujahkan oleh beberapa personaliti daripada Merbuk hari Sabtu lalu maka Yang Berhormat Bagan tidak ada di sini perlu tutup Invest Penang, Yang Berhormat Gombak perlu tutup Invest Selangor. Saya pun kena tutup MITI, kena tutup MIDA, semua kena tutup. Dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan pelaburan asing kerana ia mendatangkan banyak manfaat kepada negara. Di Kelantan ada sebuah syarikat Jepun bernama ROHM-WAKO yang sudah 30 tahun beroperasi. ROHM-WAKO tidak mencuri peluang orang Kelantan sebaliknya ia membawa pelaburan berjumlah lebih RM900 juta, 1,800 peluang pekerjaan dan eksport produk LED syarikat tersebut yang tidak boleh dihasilkan oleh Kelantan dihantar 100%. Ia merupakan syarikat yang mengeksport 100% keluarannya ke seluruh dunia. Adakah ROHM-WAKO mencuri peluang orang Kelantan? Jawapannya tidak sama sekali. ROHM-WAKO membawa modal, ROHM-WAKO membawa teknologi LED yang orang Kelantan tidak ada teknologi. Sekiranya kemasukan syarikat-syarikat asing dikatakan mencuri peluang rakyat tempatan, maka wajarnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan agar syarikat seperti Dell dan Intel berpindah keluar dari negeri tersebut. Saya yakin Yang Berhormat Bagan tidak bercadang untuk berbuat demikian. Justeru, berhati-hatilah ketika bercakap kerana sebenarnya Malaysia bergantung kepada perdagangan luar dan pelaburan asing yang mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa masuk modal serta menjadi pemangkin kepada kemajuan setempat seperti di Shah Alam, di Selangor dan Kulim di Kedah. Pelaburan asing juga telah membawa pembangunan kepada kawasan setempat. Kulim Hi-Tech Park yang mempunyai lebih 20 pelabur asing bertaraf global telah menyediakan 25,000 peluang pekerjaan. Tidak ada pelaburan asing di Kulim Hi-Tech Park, maka pembangunan Kulim terbantut. Tanpa perdagangan luar tidak ada pelabuhan Klang. Tanpa perdagangan luar tidak ada pelabuhan Pulau Pinang, tidak ada juga Pelabuhan Tanjung Pelepas. Negara China dahulunya miskin 50 tahun dahulu rakyat China kebuluran, waris-waris mereka di Malaysia hantar wang kepada sanak saudara di China untuk membolehkan mereka makan. Hari ini negara China pesat berkembang. Kenapa? Kerana Deng Xiaoping tahun 1989 telah memperkenalkan reformasi yang radikal dan membuka ekonominya.

Dato’ Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Pada tahun 2001 China menjadi negara ahli WTO setelah 15 tahun berunding. Kenapa China mahu menjadi sebahagian dari dunia? Deng Xiaoping dan China nampak faedah keterbukaan. Satu masa dahulu China merupakan pengeluar basikal terbesar dalam dunia. Hari ini China merupakan pengeluar kereta yang terbesar di dunia. Yang penting 3 syarikat teratas yang keluar kereta di China adalah syarikat-syarikat asing, pelabur asing iaitu Toyota, GM dan Volkswagen. Syarikat-syarikat China cuma duduk tempat empat dan lima sahaja. Hari ini ada orang yang berkata kepada saya mungkin orang China hantar wang kepada keluarga mereka di Malaysia. Dahulu orang Malaysia hantar wang ke China, hari ini mungkin orang China hantar wang kepada ahli keluarganya di Malaysia. 50 tahun dahulu Singapura sama miskin dengan Malaya. Hari ini pendapatan per kapita Singapore lima kali lebih besar daripada pendapatan per kapita Malaysia. Kenapa? Kerana dasar keterbukaan Singapura. Singapura tidak mengeluarkan setitik pun minyak petroleum tetapi merupakan salah sebuah negara pengeluar refined petroleum terbesar di dunia. Singapura tidak ada kelapa sawit, getah atau padi. Kita harus akui Singapura lebih berjaya dari Malaysia pada hari ini kerana dasar keterbukaannya.

Singapore tidak ada UMNO.

Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Singapore tidak ada 1MDB.

Negara kita boleh memilih sama ada untuk tutup atau buka. Kerajaan Barisan Nasional berpendapat untuk menjadi sebuah negara maju, untuk mencatatkan pertumbuhan tinggi, untuk membawa lebih banyak pembangunan Sabah dan Sarawak dan luar bandar kita harus menjadi sebahagian daripada sistem perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Syarikat kita harus bersaing agar mereka dapat menjadi sebahagian dari global value chain. Dalam menghadapi TTPA ini, Malaysia perlu ada keberanian, kerajaan harus berani melakukan langkah yang mungkin tidak popular dalam jangka pendek. Pada tahun 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak mantan Perdana Menteri telah mengiktiraf negara China. Ramai yang tidak bersetuju pada ketika itu kerana China adalah sebuah negara komunis yang membantu Parti Komunis Malaya. Namun jelas, bahawa tindakan berani yang diambil oleh Allahyarham Tun Abdul Razak membawa manfaat kepada Malaysia. Hari ini hubungan perdagangan, hubungan politik antara Malaysia dengan China amat baik sekali. TPPA memberi akses kepada pasaran yang lebih luas. Benar kita sudah ada komuniti-komuniti Asian, benar kita sudah ada 13 FTA yang lain. Akan tetapi pada pandangan saya adalah salah untuk mengatakan bahawa 13 FTA sudah cukup untuk Malaysia. Apabila kita tandatangan TPPA, pasaran kita akan berkembang khususnya di empat buah negara yang Malaysia masih belum ada FTA iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Analoginya cukup mudah. Kalau saya orang Kelantan hendak berniaga tomyam di Kelantan insya-Allah rezeki ada, saya boleh hidup tetapi sekiranya saya memilih untuk datang ke Lembah Klang seperti mana ramai orang Kelantan berhijrah maka pasaran saya telah lebih luas. Rugilah sekiranya saya melepaskan peluang terus tinggal di Kelantan tidak datang ke Lembah Klang. Samalah juga halnya dengan TPPA, sekiranya kita diberi peluang untuk menambah perniagaan dalam pasaran terbesar dunia maka kita tidak sewajarnya menolak peluang untuk perniagaan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia hari ini kita perlu bersaing. 115 tahun yang lalu Argentina adalah sebuah negara yang kaya di dunia. Pada satu masa dahulu, United Kingdom merupakan suatu kuasa ekonomi dan military yang terbesar di dunia malah satu waktu dahulu Jepun dikatakan bakal mengancam kedudukan Amerika Syarikat. Akan tetapi dunia semakin berubah dan sedang berubah. Hari ini China merupakan negara ekonomi kedua terbesar di belakang Amerika Syarikat. 30 tahun dahulu Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan berada pada tahap pembangunan yang sama. Ketiga-tiga negara tersebut sudah menjadi negara maju dan Malaysia masih terperangkap dalam middle income trap. Itulah sebabnya Perdana

Menteri telah melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan untuk memastikan cita-cita Malaysia menjadi negara maju tercapai. Kita tidak mahu negara kita dipintas oleh Vietnam atau negara jiran yang lain. Kita mahu jadi negara maju tetapi saya bimbang sekiranya kita mengambil pendekatan terlalu jumud, tertutup, anti pelaburan asing, anti perdagangan, saya takut Malaysia akan tercicir dan kita akan berputih mata. Vietnam kini mengamalkan dasar terbuka dan semakin agresif menarik pelaburan asing. Saya bimbang Malaysia akan menyesal sekiranya kita tidak menyertai TPPA kerana para pelabur akan melihat negara-negara seperti Vietnam sebagai satu destinasi pelaburan yang lebih menarik. Tuan Yang di-Pertua, terbuka tidak bermakna kita abaikan segala-galanya tanpa ada kawalan atau sekatan. Dasar keterbukaan yang kita amalkan adalah bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan, lindung hak Bumiputera, rapatkan jurang antara kaya dan miskin serta merapatkan jurang antara negeri maju dan mundur. Dalam TPPA ada yang berkata ia akan mengakibatkan kemasukan bahan lucah tanpa kawalan. Ini satu fitnah kerana Malaysia masih lagi boleh mengawal selia bahan-bahan di bawah TPPA. Penyertaan dalam TPPA tidak menjejaskan hak kerajaan untuk menapis kandungan asing termasuk filem dan majalah dari negara-negara ahli TPPA. Ia telah dimasukkan dalam senarai pengecualian di bawah bab pelaburan dan bab perdagangan rentas sempadan. Kemasukan buku-buku, majalah atau surat khabar, karya seni serta filem yang diimport dan akan diedarkan dalam pasaran Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Tidak ada perubahan dalam undang-undang Malaysia. TPPA melibatkan 12 buah negara. Benar Amerika Syarikat sumbang 20% kepada pengeluaran dunia dan merupakan negara terbesar dalam TPPA. Namun yang demikian, prinsip yang digunakan di sepanjang perundingan TPPA ialah nothing is agreed until everything is agreed dengan izin. Ini bermakna kita membuat keputusan berdasarkan consensus, kita masuk TPPA atas kerelaan kita tanpa dipaksa. Bab 30 Perkara 6 memperuntukkan bahawa kita boleh keluar dari TPPA sekiranya ia membawa kemudaratan kepada rakyat. Keluar TPPA tidak bermakna kita akan disaman atau menjadi sebuah negara yang muflis. Tuan Yang di-Pertua, TPPA adalah lebih demokratik daripada Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB), International Monetary Fund dan World Bank. Beberapa buah negara PBB diberikan kuasa veto manakala dalam TPPA kuasa dibuat secara bersama atau consensus. Di bawah TPPA, TPPA Commission akan ditubuhkan di mana tidak ada kuasa veto. Malaysia menjadi ahli macam mana 11 buah negara ahi yang lain. Tidak ada satu negara yang dapat mengatasi negara-negara yang lain. Di IMF dan World Bank, kita tahu bahawa kuasa besar ada undi yang lebih besar. Justeru TPPA adalah satu perjanjian yang lebih adil dan demokratik berbanding dengan PBB, IMF dan World Bank. Tuan Yang di-Pertua, segelintir individu cuba menakutkan rakyat dengan tuduhan tidak berasas. Contohnya ada yang mengatakan bahawa negeri-negeri tertentu tidak boleh mengisytiharkan cuti pada hari Jumaat. Ada juga yang beranggapan TPPA akan memaksa kedai-kedai dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang pada hari Jumaat dan mungkin disaman sekiranya mereka tutup pada waktu itu. Sesungguhnya ini adalah fitnah daripada individu yang langsung tidak memahami TPPA. TPPA melibatkan 12 buah negara termasuklah negara Brunei Darussalam. Negara Islam Brunei Darussalam. Harus diingat bahawa Brunei merupakan sebuah negara Islam seperti Malaysia. Malaysia juga diberi kebenaran untuk terus mengguna pakai sistem sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Salah seorang penulis di sebuah universiti tempatan telah menerbitkan buku TPPA yang menggunakan gambar khinzir. Ini dia. [Menunjukkan sebuah buku] Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang yang cerdik. Kerajaan menyatakan bahawa TPPA, kita kena tahu bahawa TPPA ada kelemahan dan kebaikan tetapi janganlah menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan mengaitkan TPPA ini dengan khinzir. Ini seorang yang pandai. Nama pun ada di sini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat perlu sedar bahawa Malaysia merupakan negara yang hebat. Ratusan ribu orang rakyat Malaysia kini bekerja sebagai profesional di luar negara, doktor, peniaga, profesor dan profesional. Malah syarikat milik kerajaan seperti Khazanah Nasional dan Petronas dihormati, digeruni dan disegani di seluruh dunia. UUM dan ‘SP Setia’ beroperasi di Australia sebuah negara TTP. Rimbunan Hijau mempunyai

konsesi balak, konsesi hutan di New Zealand. Mengikut perangkaan Bank Negara pada September 2015, pelaburan Malaysia di luar negara berjumlah RM600 bilion berbanding pelaburan asing di Malaysia bernilai RM500 bilion. RM600 bilion syarikat-syarikat Malaysia di luar negara, RM500 Amerika Syarikat, Jepun, Singapura di Malaysia. Bagi negara-negara tertentu umpamanya Australia bagi setiap ringgit yang Australia laburkan di negara kita, kita ada RM5 di sana. Maknanya pelaburan Malaysia di Australia lebih banyak daripada pelaburan Australia di Malaysia. Adakah pelaburan Malaysia di negara asing bermaksud kita jajah mereka? Jawapannya tidak. Perniagaan adalah menang, menang. Kita untung, mereka untung. Syarikat Malaysia di Australia untung, negara Australia pun untung. Kita harus sedar bahawa TPPA bukan sahaja memberi peluang untuk syarikat asing masuk negara kita tetapi juga buat syarikat Malaysia melangkah masuk ke pasaran antarabangsa. Perdagangan dan pelaburan mewujudkan situasi menang-menang. Bukan kita hendak jajah mereka, bukan kita dijajah oleh Amerika Syarikat dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, TPPA adalah kontroversial kerana ia tidak hanya tertumpu kepada tarif dan pengurangan cukai. Setuju. TPPA merupakan satu kejayaan alaf baru dan komprehensif. Perjanjian TPP meliputi enam perkara yang penting bagi Malaysia iaitu; (i) Cukai lebih rendah bagi barang-barang tertentu khususnya barangan elektrik dan elektronik; (ii) Layanan lebih baik di empat buah negara yang kita belum ada perjanjian iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru; (iii) Liberalisasi dan perlindungan pelaburan Malaysia di luar negara; (iv) Meningkatkan kerjasama. TPP juga menjalin kerjasama. Kerjasama dalam bidang kastam, kerjasama dalam bidang pembangunan, kerjasama dalam bidang pembangunan PKS; (v) Kuat kuasa peraturan alam sekitar, buruh dan harta intelek; dan (vi) Ketelusan serta dasar anti rasuah. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masuk TPP atas terma-termanya sendiri. Sejak awal lagi Perdana Menteri telah menegaskan kepada Presiden Obama dan pemimpin dunia lain bahawa Malaysia tidak akan mengorbankan dasar Bumiputera semata-mata mahu pastikan tempatnya dalam TPPA. Pada 8 Oktober 2013 di Bali sewaktu Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan TPP di sana, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan lantang mengatakan bahawa dasar Bumiputera merupakan dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dasar ini tidak boleh digugat kata Perdana Menteri. Perdana Menteri dengan lantang dan menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengorbankan dasar ini semata-mata untuk sertai TPP. Buat pertama kalinya dalam Perjanjian Perdagangan Antarabangsa kedudukan Bumiputera diiktiraf. Ini adalah satu kemenangan bagi Malaysia. [Tepuk] Ini adalah kemenangan bagi Malaysia ialah sebabnya kita buat keputusan untuk masuk TPP iaitu negara-negara ahli yang mengiktiraf dasar Bumiputera yang penting untuk negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu kebanyakan Ahli Yang Berhormat telah faham dan baca TPP walaupun ada seorang tokoh mengatakan Yang Berhormat tak faham dan tak baca. Akan tetapi bagi pihak Barisan Nasional, saya berani kata di sini bahawa mereka faham kerana mereka telah lalui banyak bengkel, mereka fasih TPP tetapi bagi pembangkang, saya tak tahulah. Oleh yang demikian, pada hari ini saya tak akan senarai secara terperinci kandungan bab dalam TPPA kerana ia 30 bab semuanya. Kalau baca semua, Yang Berhormat mungkin tidur. Jadi, saya akan ringkaskan. Saya akan highlight beberapa butiran penting sahaja. Kenapa kita sertai TPPA? Yang pertama, kerana kita masih belum mempunyai FTA dengan empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Peru mungkin dikatakan pasaran yang lebih kecil tetapi Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, ini merupakan negara-negara gergasi di dunia. Amerika Syarikat ialah sebuah kuasa ekonomi terbesar di dunia dan peluang untuk menembusi pasaran negara ini akan memberi pulangan kepada syarikat-syarikat Malaysia.

Pada pagi ini saya cuma ingin menjelaskan tentang faedah yang dinikmati oleh syarikat Malaysia dalam tiga bidang utama iaitu elektrikal dan elektronik, tekstil dan komponen automotif. Cukai import bagi barangan elektrikal dan elektronik untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat buat masa ini adalah secara puratanya 5%. Dengan terlaksananya TPPA, duti ke atas hampir 100% daripada produk elektrikal dan elektronik akan dimansuhkan serta-merta. Ini akan memberi faedah kepada syarikat tempatan untuk meningkatkan pelaburan. Menerusi pelaburan tambahan ini, kita menjangkakan peluang pekerjaan serta eksport akan bertambah. Saya ada dua contoh [Merujuk kepada barang di tangan beliau] , ini bukan untuk pukul Yang Berhormat, ini adalah satu spring coil. Sekarang cukainya 3% hingga 5%, ini untuk barangan automotif. Spring coil ini sekarang cukai 3% hingga 5% tetapi lepas TPPA berkuat kuasa, 0%. Ini bermakna dulu ada cukai, lepas itu tak ada cukai, jadi ianya menguntungkan syarikat. Syarikat boleh melabur lebih dan dengan itu dapat ambil lebih banyak pekerja. Yang ini, ini kabel [Merujuk kepada barang di tangan beliau] , banyak di Pulau Pinang dan banyak di Shah Alam. Kabel ini cukai sekarang 3% hingga 5%, lepas ini 0%. 0% maka barang-barang lebih laku di negara tersebut, lebih banyak pekerja, lebih banyak eksport, tukaran wang asing. Contoh-contoh yang saya bawa. Dalam bidang tekstil, baju- baju tarifnya sekarang ialah di antara 0% hingga 30% untuk masuk pasaran Amerika Syarikat. Ini seluar [Merujuk kepada barang di tangan beliau] , seluar ini bukan seluar dalam ya. Seluar ini cukai 20% sekarang, apabila terlaksana TPPA jadi 0%. [Tepuk] Maka, syarikat-syarikat yang buat seluar ini menjangkakan pelaburan akan bertambah, peluang pekerjaan akan bertambah. Yang ini, ini sarung tangan [Merujuk kepada barang di tangan beliau], sekarang cukai masuk pasaran Amerika Syarikat 3.2%, TPPA jadi 0% cukai atau tak ada cukai langsung. Itu sebab antara sebab kenapa kita tertarik untuk tandatangan TPPA.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, eh sabar-sabar. Yang Berhormat ada peluang untuk bercakap selepas ini ya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai bumiputera. Ini isu yang penting bagi kerajaan, perolehan kerajaan. Government procurement dan juga syarikat-syarikat milik kerajaan dalam bab pelaburan dan perkhidmatan. Untuk ini, fleksibiliti diberi kepada Malaysia, tempoh dan threshold yang lebih tinggi, tertinggi untuk Malaysia melaksanakan obligasi, terutamanya di bawah bab perolehan dan SOE. Umpamanya, TPP memperuntukkan bahawa kita terus dapat mengamalkan dasar 30% untuk kontraktor bumiputera dalam sektor pembinaan, itu pun dari threshold SDR RM63 juta ataupun kira-kira RM350 juta pada nilai sekarang. Makna, di bawah RM350 juta nilai sekarang, tidak ada syarikat-syarikat TPPA akan dibenarkan memasuki projek atau tender tersebut. Jadi, yang lebih itu dibuka tetapi 30% masih dikhaskan kepada bumiputera. Untuk SOE ataupun syarikat-syarikat kerajaan, 40% dibenarkan untuk bumiputera, untuk Sabah dan juga entiti lain. Tuan Yang di-Pertua, projek-projek luar bandar umpamanya dan projek-projek PPP ataupun public private partnership dikecualikan daripada perolehan kerajaan. Kita juga telah berjaya untuk merundingkan supaya MARA, TERAJU, EKUINAS umpamanya, terkecuali daripada obligasi TPP. Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah antara perkara-perkara yang telah kita berjaya merundingkan untuk memastikan bahawa dasar bumiputera akan terus dipertahankan. Saya ringkas-ringkas sahaja, yang detail Yang Berhormat boleh bahaskan. Mengenai negeri, ada negeri-negeri yang khuatir bahawa kuasa mereka akan terjejas. Saya ingin tegaskan di sini bahawa selaras dengan Perkara 74, Jadual Kesembilan Perlembagaan, kuasa negeri, kuasa Persekutuan, umpamanya urus tadbir hal tanah, termasuk untuk meluluskan dan meletakkan syarat bagi transaksi dan soal berkaitan tanah adalah terkecuali. Maknanya, negeri-negeri ini akan terus berkuasa, tidak ada masalah berkaitan dengan tanah rizab Melayu dan lain-lain, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai halal, ia tidak dianggap sebagai satu halangan kepada perdagangan. Maknanya, sistem halal dapat diteruskan. Mengenai import dan edar beras di Malaysia, tidak tertakluk kepada disiplin TPPA. BERNAS dan lain-lain syarikat yang terlibat dalam perkara ini boleh meneruskan perniagaan mereka, urusan mereka. Mengenai duti eksport seperti yang dibangkitkan dalam Kokus Parlimen, kita terus boleh mengenakan duti eksport. Keenam, kerajaan boleh terus melaksanakan dasar kawal selia serta penapisan bahan berunsurkan lucah dan bercanggah nilai moral dan agama kita. Kerajaan juga telah

berjaya untuk merundingkan supaya kita terus dapat menguruskan aliran modal tidak menentu apabila berlaku krisis kewangan seperti yang berlaku 1998, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberikan penjelasan kepada beberapa kebimbangan, termasuklah ubat yang Yang Berhormat banyak bangkitkan, termasuk dalam kokus dan juga di kalangan rakyat Malaysia kerana ini perkara yang penting. Tuan Yang di-Pertua, terdapat dakwaan bahawa harga ubat akan naik oleh kerana TPPA. Kita harus sedar bahawa terdapat pelbagai faktor yang menentukan harga ubat seperti kos pengangkutan, margin perniagaan, kadar pertukaran wang asing, kos penyelidikan dan lain-lain. Hasil rundingan TPPA mengekalkan dasar paten negara pada masa ini iaitu pertamanya, undang-undang Malaysia memperuntukkan perlindungan paten selama 20 tahun dan ini kekal di bawah TPP, tidak ada perubahan dalam dasar paten hari ini. Sekarang 20 tahun, terus 20 tahun di bawah TPP. Yang kedua, tempoh perlindungan paten hanya akan dilanjutkan sekiranya berlaku kelewatan tanpa sebab-sebab munasabah. Amalan sedia ada bagi kelulusan pemasaran adalah efisien dan mengambil masa kira-kira 245 hari. Oleh kerana masa ini adalah dalam tempoh yang munasabah, maka tempoh paten tidak akan dilanjutkan. Oleh itu, kalau kita dakwa bahawa harga ubat akan naik kerana paten akan dilanjutkan, ini adalah tidak benar. Bagi ubatan-ubatan biologi ataupun bukan kimia, syarikat farmaseutikal boleh mendaftarkan data ujian ubatan untuk mendapat perlindungan selama lima tahun menerusi proses perlindungan data farmaseutikal yang berkuat kuasa sejak tahun 2011. Kerajaan bersetuju untuk memberi tempoh perlindungan yang sama bagi produk-produk ubatan biologi. Tuan Yang di-Pertua, selain dari Malaysia, negara TPPA seperti New Zealand dan Australia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa TPP tidak akan menyebabkan kenaikan harga ubat kerana seperti Malaysia, negara tersebut mengekalkan dasar paten yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, ISDS ataupun Investor-State Dispute Settlement mechanism yang banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam KOKUS dan juga dalam Parlimen ini, ia merupakan satu mekanisme untuk selesaikan pertikaian antara pelabur dan kerajaan. Ini bukan satu perkara baru bagi Malaysia. Sehingga kini, negara kita telah tandatangan 74 perjanjian pelaburan dua hala dan 8 FTA yang mengandungi mekanisme ISDS. Perlu ditegaskan di sini bahawa ISDS tidak menyekat hak kerajaan untuk mengawal selia perkara-perkara seperti kesihatan awam, keselamatan dan alam sekitar. ISDS juga bertujuan melindungi pelabur kita di luar negara. Bukan sahaja kita lindung pelabur asing di sini, ia juga melindungi RM600 bilion yang syarikat Malaysia ada di luar negara. Memandangkan ada kegusaran dan kelemahan dalam mekanisme ISDS sedia ada, beberapa penambahbaikan bagi proses ISDS telah dirundingkan dalam TPPA. Penambahbaikan ini termasuk mewajibkan proses konsultasi dan rundingan sebelum dibincangkan di tribunal antarabangsa. Satu perkara yang penting dalam ISDS ialah interpretasi peruntukan TPPA ditentukan oleh kami, negara-negara ahli TPP menerusi Suruhanjaya TPPA, bukannya oleh mereka dan tribunal wajib mengikut interpretasi yang dibuat oleh negara-negara TPPA. Di samping itu, semua tuntutan tidak munasabah atau frivolous claims tidak dibenarkan.

Tempoh masa untuk pelabur membawa kes terhadap kerajaan terhad kepada tiga tahun enam bulan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda khuatir bahawa TPP akan membawa kepada kebanjiran pekerja asing. Terdapat kebimbangan bahawa TPP akan mengakibatkan kebanjiran pekerja asing. Ingin diperjelaskan di sini bahawa adalah menjadi obligasi di bawah bab buruh. Bab Buruh ini adalah untuk mempertingkatkan standard perburuhan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi seperti memberi kebebasan menubuhkan kesatuan sekerja, rundingan secara kolektif, penghapusan buruh paksa, buruh bawah umur dan diskriminasi tempat kerja, penetapan gaji minimum, waktu bekerja serta aspek keselamatan, dan kesihatan pekerja. TPP tidak mengubah dasar mengenai kemasukan pekerja asing. Pekerja asing mahupun pekerja mahir masih tertakluk pada syarat-syarat domestik sekiranya mereka ingin bekerja di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kebimbangan ialah Industri Kecil dan Sederhana (PKS). Ramai yang bimbang industri kecil dan sederhana tidak dapat bersaing di bawah TPPA. Hakikatnya di bawah FTA sedia ada dengan ASEAN, pasaran kita sudah pun terbuka di mana duti ke atas lebih 90% produk yang masuk ke Malaysia telah pun dimansuhkan. PKS diutamakan di bawah TPPA di mana satu bab khusus iaitu Bab 24. Tidak pernah ada dalam mana-mana FTA di mana perkara PKS diberi perhatian yang khusus. Satu bab ini menyatakan bahawa negara-negara TPPA akan bekerjasama untuk membina upaya PKS. Di samping itu, kerajaan telah pun mempunyai pelbagai program bina upaya untuk membantu PKS mengambil peluang dari peluang yang diwujudkan di bawah TPPA. PKS di Malaysia telah pun terlibat dalam pasaran eksport di mana 18% daripada jumlah eksport datangnya daripada sektor PKS. 51% PKS adalah dalam sektor perkhidmatan dan 40% dalam sektor pembuatan. TPPA akan membuka peluang yang lebih besar kepada bukan sahaja PKS asing masuk ke negara kita, PKS kita juga berpeluang untuk berkecimpung dalam perniagaan di luar negara. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang telah saya jelaskan tadi ialah berkaitan dengan penjajahan semula. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam juga telah menyatakan bahawa TPPA bukan bermakna Malaysia dijajah oleh Amerika Syarikat. Saya hendak tekankan sekali lagi bahawa pelaburan Malaysia di luar negara berjumlah RM600 bilion manakala pelaburan asing di negara kita RM500 bilion. Hakikat bahawa kita mempunyai RM600 bilion bukan bermakna kita menjajah negara-negara tertentu dan pada masa yang sama bukan bermakna RM500 bilion yang ada di Malaysia bukan bermakna negara asing menjajah negara kita. Perniagaan hari ini mewujudkan situasi menang-menang. Kita untung dan syarikat asing untung. Pelaburan asing telah membawa banyak kesan sampingan kepada negara kita dan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa kepada pertumbuhan beberapa kawasan pertumbuhan baru. Tuan Yang di-Pertua, ada juga kebimbangan pelajar-pelajar universiti bahawa tempoh hak cipta (copyrights) yang akan dipanjangkan dari 50 tahun kepada 70 tahun. Ini akan mengakibatkan peningkatan dalam kos kepada pelajar universiti. Saya ingin menyatakan di sini bahawa kita ada banyak pengecualian. Pertama, untuk pengajaran, penyelidikan, akses maklumat oleh individu dan lain-lain tujuan seumpamanya dilindungi di bawah TPPA. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa penyertaan dalam TPPA ada kosnya. Kita tidak pernah kata bahawa semuanya baik belaka tetapi kerajaan menyatakan bahawa yang baik itu lebih banyak dari yang buruk. Itu sebabnya kita buat keputusan. TPPA akan memberi kelonggaran untuk penubuhan kesatuan sekerja. Ini mungkin menimbulkan sedikit-sedikit rasa bimbang di kalangan employer ataupun majikan. Hendak tubuh kesatuan sekerja, lebih senang. TPPA akan memudahkan prosedur sekiranya kesatuan ini ingin mengadakan mogok. TPPA juga membolehkan orang asing memimpin kesatuan sekerja dengan syarat- syarat yang ketat yang akan ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Ini mungkin akan mengenakan tekanan kepada majikan tetapi ia adalah baik untuk pekerja kerana mereka mendapat hak yang lebih berbanding pada masa ini. Di bawah TPPA, kita dikehendaki untuk menambah baik kebajikan pekerja termasuklah membanteras pemerdagangan manusia, menghapuskan buruh kanak-kanak. Ini merupakan satu langkah yang baik yang harus disokong oleh semua rakyat Malaysia. TPPA juga membolehkan beberapa PKS dalam sektor pembuatan meningkatkan daya saingnya bagi menembusi pasaran luar negara. Benar, bukan senang untuk menembusi pasaran tersebut walaupun beberapa PKS sudah pun berjaya. Kerajaan mengakui bahawa kita memerlukan satu pelan tindakan mantap bagi memastikan PKS tempatan mampu menembusi pasaran global. MITI dan agensi-agensi seperti SME Corp serta agensi yang lain termasuklah kerajaan negeri akan memperkasakan program bina upaya dan meningkatkan pencapaian piawaian antarabangsa. MATRADE di bawah MITI akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam mencari pasaran dan memastikan agar syarikat kita mampu bersaing di luar negara. Kajian PWC menyatakan bahawa imbangan dagangan akan berkurangan kerana meski pun jumlah eksport meningkat, namun jumlah import akan meningkat pada kadar

yang lebih tinggi. Kata PWC, imbangan dagangan akan menurun daripada 5.2% kepada 4.3% sepuluh tahun akan datang. Kita menghormati penggulungan oleh PWC dan ini memberi ingatan kepada kita. Kita perlu tingkatkan usaha untuk menambahkan eksport. Itulah sebabnya kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menubuhkan National Export Council untuk memastikan bahawa Malaysia terus mencatatkan kejayaan dan usaha-usaha untuk menembusi pasaran luar. Dalam apa juga keputusan, ada buruk baiknya. Kerajaan buat keputusan berdasarkan pertimbangan yang teliti. Kerajaan berpendapat Malaysia dapat meraih kebaikan dan kita akan ketinggalan sekiranya tidak menyertai pakatan perdagangan terbesar dalam dunia ini. Ramai mungkin tidak nampak faedahnya hari ini tetapi saya bimbang ekonomi negara jiran lain yang menyertai TPPA akan menjadi lebih mantap sekiranya kita memilih untuk tidak menyertai TPPA. Kalau kita pilih untuk menunggu dan masuk kemudian, kita mungkin tidak akan dapat pengecualian yang sama dalam isu seperti bumiputera, sijil halal dan lain-lain kelonggaran yang telah kita rundingkan. Ini dipanggil first mover advantage. Kalau Malaysia menyertai TPPA kemudian, perkara ini telah berjaya dirundingkan, mungkin tidak akan terpakai lagi. Ini lebih-lebih lagi kerana sekurang-kurangnya lima buah negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPP. Ini termasuklah negara-negara Indonesia, Filipina dan negara Thailand. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah banyak memberikan pandangan tentang TPPA sepanjang lima tahun tempoh rundingan berlangsung. Ucapan terima kasih saya tujukan khusus kepada Ahli-ahli Kokus yang diketuai oleh Yang Berhormat Jasin. [Tepuk] Beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh wakil kerajaan dan pembangkang di dalam Kokus telah kita ambil kira. Selain itu, saya ingin menyatakan betapa bertuahnya kita mempunyai pasukan perunding yang cukup berpengalaman, yang pakar dan tegas mempertahankan kedudukan kita dan berjaya merundingkan TPPA atas terma Malaysia. Sehubungan ini saya ingin menyatakan secara terbuka betapa kita menghargai peranan yang dimainkan oleh ketua-ketua perunding dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Kewangan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Kementerian Dalam Negeri; Jabatan Peguam Negara; Bank Negara Malaysia; Suruhanjaya Sekuriti; Jabatan Standard Malaysia; Kastam Diraja Malaysia; Khazanah Nasional Berhad; dan SME Corp., 17 buah kementerian dan agensi, semuanya di belakang. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka. Mereka hebat. [Tepuk] Mereka hebat. Merekalah yang telah berjuang mempertahankan negara kita dan memastikan Malaysia telah mendapat terbaik dalam rundingan TPP. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di- Pertua. “Harum sungguh bunga kemboja; Bunga karangan cantik tersemat; Janganlah membaca kulit sahaja; Telitilah kandungan sehingga tamat”. Terima kasih. [Tepuk] Terima kasih. Saya mohon mencadangkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada ahli Yang Berhormat yang menyokong?

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya ada peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu, nanti dulu, Yang Berhormat. Ada yang menyokong?

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Peraturan Mesyuarat 21, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat?

Peraturan Mesyuarat 21.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Peraturan Mesyuarat 21 iaitu soalan kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan usul ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, berdasarkan usul ini, kita lihat dalam perenggan yang ketiga. Saya bacakan dalam bahasa Inggeris. ‘Supportive of the government’s decision to be a party to the TPPA by signing and ratifying the TPPA’. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga mungkin Tuan Speaker. Adakah persidangan pada hari ini berakhir dengan ada satu undian dibuat? Itu satu.

Keduanya, adakah kalau sekiranya benar selepas perbahasan ada pengundian, adakah pengundian itu juga merangkumi tandatangan dan juga ratifying, ratifikasi. Sebab seperti mana kata Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ratifikasi ini kita ada 22 tahun, jadi saya berharap hari ini kita sepatutnya– hanya sekiranyalah undi seharusnya hanya untuk tanda tangan sahaja. Saya percaya negara-negara lain juga tidak menandatangani dengan ratifikasi sekali gus dan saya percaya, saya difahamkan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Kuala Krai dalam satu persidangan di Vancouver baru-baru ini, itulah contohnya Kerajaan Kanada. Ratifikasi itu akan mengambil masa dua tahun hingga 22 tahun, jadi kita berharap kalau sekiranya ada pengundian pada hari ini, ia hanya setakat mungkin untuk tandatangan tetapi ratifikasi janganlah kita sekalikan sekali dalam persidangan ini. Minta penjelasan daripada...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Apabila seorang Ahli Yang Berhormat itu menarik perhatian Speaker berhubung dengan peraturan mesyuarat yang membuat keputusan adalah Speaker. Pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan ialah sewaktu berbahas. Dalam soal ini ialah soal usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri supaya Parlimen dapat membahas. Jadi sesuatu usul itu apabila dibentang, dibahas sememangnya mesti ada persetujuan yang sedemikiannya. Kalau perlu belah bahagian, belah bahagian. Kalau tidak perlu, suara sahaja, suara sahaja. Jadi dalam soal ini telah pun diterangkan oleh Menteri tadi bahawa negara- negara lain tidak pun membawa usul TPPA ini di Parlimen kerana itu adalah hak Eksekutif untuk buat. Malaysia sahaja yang buat, kalau pendengaran saya betul dan tepatlah. Jadi dalam soal ini apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu adalah tidak timbul, terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Terima kasih, mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Penjelasan Yang Berhormat, saya ada discretion sama ada saya membenarkan atau tidak. Kalau peraturan mesyuarat, saya akan dengar. Apakah peraturan mesyuarat?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, Peraturan Mesyuarat 21 seperti mana yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sepang kerana persoalan...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau... yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sepang...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, tidak dijawab iaitu mengasingkan proses tandatangan dan ratifikasi, itu isu utama. Kita mengucapkan terima kasih bahawa Kerajaan Barisan Nasional sudi membawa persoalan ini ke Parlimen. Apabila sudah dibawa ke Parlimen, biarlah kita jelas sama ada usul ini hanya sekadar untuk tandatangan ataupun tandatangan dan ratifikasi, itu sahaja yang ingin diperjelaskan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu sebab kita ada perbahasan. Itu sebab kenapa ada usul dibentangkan. Jadi kalau dalam peringkat awal ini peraturan mesyuarat dibangkitkan, ia tidak berbangkit oleh sebab saya rasa usul ini adalah proper untuk dibahas. Jadi dengarlah nanti kepada jawapan-jawapan Menteri, saya difahamkan enam kementerian terlibat untuk menjawab. Jadi, apa-apa perkara yang ingin ditimbulkan oleh Yang Berhormat, timbulkanlah dalam perbahasan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, dengan hormat. Dengan hormat, saya cukup faham dan cukup jelas dengan penjelasan yang telah dibawa oleh Tuan Yang di-Pertua. Ia berhubung dengan usul, lalu kita hendak penjelasan usul ini adakah ianya untuk tandatangan dan ratifikasi ataupun kedua-duanya ataupun hanya tandatangan, itu yang kita hendak penjelasan berhubung usul.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti Menteri yang berkenaan akan menjawab berhubung dengan persoalan ini mengenai dengan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

...Peraturan mesyuarat yang dibangkitkan sama ada usul ini proper atau tidak bagi saya proper, boleh dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul telah dibentangkan, sokongan telah dibuat. Sekarang ini tinggal lagi kita berbahas. Jadi apabila mengambil kira masa yang ada pada kita mulai dari hari ini sehingga esok. Pada hari ini kita berbahas sehingga jam 7.00 malam. Jadi esok saya mahu Menteri yang berkenaan untuk menjawab mulai dari jam 2.30 petang. Jadi saya difahamkan ada enam buah kementerian untuk menjawab. Jadi apabila saya mengambil kira masa dengan menolak gangguan-gangguan di sana dan sini, kalau saya membenarkan Ketua Pembangkang sama ada Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri mahu berbahas atau pilih seorang ketua daripada barisan pembangkang, kalau saya beri masa 30 minit selepas itu daripada backbenchers 30 minit dan pembahas lain saya berikan 15 minit, ini bermakna ada 37 orang Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berbahas. Akan tetapi kalau ramai yang ingin berbahas, mahu seorang dua, tiga minit? Boleh. Ramai yang boleh berbahas tetapi bagi saya yang penting dalam hal ini, oleh sebab memandangkan benda yang dibahaskan ini adalah merupakan perkara yang teknikal, lebih baik kualiti perbahasan itu bukan kuantiti ataupun berapa banyak yang berbahas. Maka, saya memberikan masa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau saya memberikan masa 20 minit, hanya 30 orang yang boleh berbahas sahaja, bermakna 15 orang daripada kerajaan dan 15 orang daripada pembangkang. Kalau 15 orang daripada pembangkang, bermakna kalau saya beri empat kepada tiga buah parti jadi 12, maka sebuah parti akan mendapat tiga. Jadi saya tidak akan menamakan siapa itu parti, saya memberikan peluang kepada Ketua Pembangkang untuk berbahas setengah jam, selepas itu daripada kerajaan setengah jam, daripada Yang Berhormat Jasin dan selepas itu ketua-ketua Whip daripada parti ini jumpa saya nanti di antechamber untuk kita berunding siapa yang berbahas dan berapa lama. Faham? Okey faham. Sekarang ini saya menjemput daripada Ketua Pembangkang ataupun siapa yang mewakili pembangkang untuk 30 minit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit hal sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya dan ramai di antara Ahli Parlimen ini telah berbahas pada sesi yang lalu di mana Menteri-menteri mengatakan akan memberikan jawapan secara bertulis. Sudah empat bulan belum terima. Boleh berikan arahan? So, kalau saya hendak namakan, kebanyakan selain daripada Yang Berhormat Padang Rengas...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Yang lain semua ada, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi tidak ada kena mengena dengan apa yang saya katakan ini, ia kepada perkara yang lalu. Jadi para Menteri, sila ambil perhatian. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh, setengah jam. Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh setengah jam, Yang Berhormat Jasin.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Secara prinsipnya, pihak pembangkang Parlimen ini, saya ingin menegaskan pendirian bahawa kita tidak menolak perdagangan, mana-mana... [Dewan riuh] saya kata perdagangan bukannya TPPA, belum habis. Sabar, sabar, sabar, tolong. Saya kata tidak menolak perjanjian perdagangan dengan mana-mana negara sekalipun melainkan dengan Israel. Malah kami menyokong negara harus melebarkan jaringan perdagangan ke seluruh pelosok dunia dalam konteks globalisasi dan pasaran terbuka. Namun kita tidak dapat menerima sebarang bentuk pemerasan, kerakusan, ketamakan, penindasan dan kezaliman oleh mana-mana pihak dan negara sama ada dalam persoalan perdagangan, baik domestik mahupun antarabangsa dan juga perihal berkaitan soal pengurusan dana awam, urus tadbir, pengadilan hukum dan pengagihan kekayaan ekonomi negara dan bumi. Allah berfirman maksudnya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan bagi melakukan dosa, maksiat dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya”. [Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat ke-2] Tuan Yang di-Pertua, agar pertanyaan ini dirakam buat pesaksian rakyat dan sejarah, maka saya ada mengajukan pertanyaan asas seperti berikut. Pertama, adakah mesyuarat khas ini yang tajuknya tidak ada perkataan khusus ratifikasi, bermaksud adakah usul ini yang dibahas dan kemudian diundi akan menyekat cabang Eksekutif atau ia hanya sekadar mendengar dan mengambil pandangan Dewan ini sahaja, yakni usul kalau ditolak, kerajaan tetap akan menandatanganinya.

Ini adalah satu yang dikatakan baguslah ya, Parlimen kita diberikan peluang untuk membahaskan tapi adakah deal itu is a done deal? Ini hanyalah untuk kita perbahas untuk menyedapkan hati. Jadi agar pertanyaan ini dirakam buat persaksian. Dalam perenggan tiga Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul ada menyebut ratifikasi menyokong keputusan kerajaan bagi Malaysia untuk menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi TPPA. Akan tetapi, ia adalah ratifikasi melalui menandatangani perjanjian bukan ratifikasi melalui Parlimen. Apakah itu tanda-tanda, lepas itu apakah itu– lepas itu baru hendak ratifikasi. Oleh itu mungkin lebih baik tajuk usul mesyuarat khas berbunyi usul meratifikasikan bagi Malaysia bagi menyertai perjanjian Trans-Pacific. Hak meratifikasikan satu perjanjian antarabangsa yang sebelum ini tidak pernah diberikan kepada Parlimen adalah satu perkara yang boleh kita terus pinda dan tambahkan kepada Perlembagaan Persekutuan agar kaedah dan hak ini kekal dalam sistem demokrasi kita atau ini adalah sahaja hanya satu usaha sementara khusus untuk perjanjian ini.

Tuan Yang di-Pertua, kandungan dan syarat-syarat perjanjian ini sudah pun ditentukan dan dipersetujui oleh cabang eksekutif tanpa rujukan dan penglibatan Dewan sebelum ini. TPPA adalah perjanjian yang sudah diukir, carved and stoned ataupun tidak boleh diubah. Ini adalah satu perjanjian fix and comply, apakah hanya Dewan perlu membahaskan usul tanpa ketetapan hak ratifikasi maka rakyat boleh menjangka ia tetap akan ditandatangani walaupun jika Dewan menolak usul ini pada esok hari, - pada Februari 2016 nanti. Oleh itu, perbahasan hanyalah untuk menerima atau menolak usul yang tidak melibatkan cadangan-cadangan atau kajian yang lebih terperinci isi kandungan yang lebih 30 bab, 6,880 lampiran yang hanya diberikan kepada kami pada 5 November dan dua setengah bulan yang lalu laporan cost-benefit pula dengan izin hanya diserahkan setelah dijanjikan, walaupun dijanjikan selama dua tahun hanya pada 3 Disember yang lalu, lebih kurang satu setengah bulan yang lalu. Siapa yang tidak memerlukan kamus ataupun terjemahan perjanjian dalam bahasa Malaysia? Untuk makluman Dewan ini, permohonan agar ia diterjemahkan terlebih dahulu dalam bahasa Kebangsaan masih belum diputuskan walhal kita sudah diminta membahaskan usul ini. Perjanjian ini telah diterjemahkan dalam bahas Perancis dan Sepanyol tapi tidak dalam bahasa ibunda. Belum lagi ditandatangani, bahasa Kebangsaan kita sudah dijajah dan perjanjian ini sudah bising dijaja di seluruh pelosok negara. Kenapa TPPA begitu pantas hendak ditandatangani dan dilaksanakan walhal perjanjian Malaysia 1963 mengambil masa lebih 50 tahun baru hendak bincang tajuk-tajuk pelaksanaan sekarang sebelum pilihan raya negeri Sarawak? Mana silap tatacaranya dan mana silap matanya dalam dua pendekatan berbeza antara dua perjanjian ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya mengajak Ketua Whip BN mengeluarkan arahan bahawa wakil-wakil rakyat BN dibenarkan mengikut mengundi mengikut suara hati nurani conscience dan undi dibuat secara rahsia jika perjanjian TPPA dirunding secara rahsia selama ini dan sudah tentu undi usul ini boleh juga dibuat secara rahsia, boleh kan? Tuan Yang di-Pertua, apakah hujah untuk menolak usul ini? Perjanjian ini sebenarnya bukan perjanjian antara dua buah negara berdaulat yang sepatutnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi tetapi adalah perjanjian membuat kita melutut menunduk menyerah bunga emas nanti kepada golongan pemodal syarikat gergasi multinasional ataupun MNC (Multinational Corporation) yang menjadi kuasa sebenar di sebalik kuasa asing. Adakah kita kabur sejarah dengan peranan syarikat Hindia Timur East India Company sebuah MNC beratus tahun dahulu. Perjanjian ini sepatutnya lebih jelas, tepat tajuknya. Kenapa di benua Asia yang pernah merasa dijajah ini diberi tajuk samar, silap mata, kesaksamaan iaitu Trans-Pacific Partnership Agreement. Manakala di benua Eropah yang juga pernah menjadi mangsa penjajahan, diberikan tajuk Transatlantic Trade and Investment Partnership seperti antara dua darjat nampaknya. Apa salahnya kalau kita minta negara yang lebih maju yang tandatangani dulu baru kita ikut, walaupun dikatakan, kalau itu menguntungkan. Hanya enam daripada 30 bab perjanjian TPPA bersangkut dengan perdagangan, iaitu trade dan selebihnya berkaitan dengan hak dan perlindungan pelabur investor right and protection dengan izin. Bab-bab bukan perdagangan itu saya mengatakan tajuk perjanjian samar TPPA berbeza untuk benua Eropah. Perkataan ISDF Investor State Dispute Settlement bila ada perselisihan faham antara pelabur asing, MNC akan boleh menyaman kerajaan kita. Jika kerajaan salah langgar akad perjanjian, memang patut diadili tapi kita perlu melepaskan hak negara berdaulat untuk menentukan penggunaan sistem perundangan di tangan kita yang akan diswastakan kepada satu tribunal persendirian (private tribunal). Ini ibarat pengadil bola sepak daripada pihak mereka menggunakan peraturan mereka malah mungkin akan mengubah tiang gol ikut sesuka hati mereka satu hari dan mengikut pengalaman negara-negara yang ada FTA, Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat seperti Bolivia dan Ecuador, nyata ISDF memihak kepada MNC, gergasi Giant Multinational Corporation, malah perdebatan kuasa MNC mengatasi kepentingan kedaulatan negara di Amerika Syarikat dan negara-negara maju di Eropah tentang percukaian perlindungan memonopoli serta obligopoli masih hangat.

Tuan Yang di-Pertua, sudahlah 26 atau lebih undang-undang atau lebih undang- undang kita perlu diseragamkan supaya selaras dengan penswastaan TPPA ini. Hak harta intelek (intellectual property) pula diberikan tambahan lebih masa lebih syarat seperti untuk kegunaan baru IP yang asal dan bermacam lagi yang akan dihuraikan oleh wakil rakyat yang lain. Macam GST juga, Menterinya ada ya, ‘harga barang akan turun dengan GST’, waduh...waduh..macam GST, Tuan Yang di-Pertua, minta maaflah saya hendak minta sedih daripada GST. Akan tetapi, apakah TPPA ini lagu sama didendangkan ‘harga ubat tidak akan naik pula’ pada yang tidak sakit tidak apalah yang sakit? Sekali lagi kita sudah diGSTkan, jangan pula kita menghulur leher untuk diTPPAkan. Kalau itu alasan kenapa kita kena seragamkan undang-undang agar selaras dengan TPPA boleh diterima oleh BN. Maka sepatutnya jika pernah dijanjikan rakyat didahulukan kita wajib seragamkan semua undang-undang kita dan amalan demokrasi tulen selaras dengan perlembagaan Persekutuan dan perjanjian Malaysia 1963 dengan alasan sama dengan kadar lagi segara daripada kepantasan seperti kilat usul TPPA ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian jika kita menyokong usul ini, kita menyokong kedaulatan negara diswastakan kepada golongan MNC yang bertopengkan negara mereka untuk perjanjian TPPA. ‘Lembu boleh susu, MNC yang merasa’, rakyat sudah jelas dan sudah tahu apa keburukan dan akibat penswastaan. Ini adalah Trans- Pacific Privatization Agreement nampaknya. Keduanya, adalah manfaat ekonomi lebih guruh daripada kilat. Tidak kira jika jumlah manfaat pelaburan dan perdagangan dalam masa 10 tahun adalah USD 100 bilion ataupun USD 300 bilion atau apa sahaja model ekonomi mana yang digunakan untuk membuat analisa apa pun itu adalah harga terlalu mahal untuk kedaulatan negara. Malah apa yang perlu disebut adalah setinggi gunung pun manfaat, siapa akan dapat merasakannya, rakyat, kroni, siapa?

Hujah baru bahawa TPPA yang piawaiannya cukup tinggi bertaraf dunia akan memaksa kita seragamkan udang-undang. Membuka persaingan yang menguntungkan kita. Memelihara serta meningkatkan hak pekerja. Memelihara alam sekitar. Bauksit Kuantan pun tidak ditangani lagi. Ini hendak buat lagi? [Tepuk]

Panggil Pak Arab.

Mencegah rasuah, jawab itu pun belum selesai lagi kan? Mencegah rasuah dan lain-lain lagi adalah semata-mata untuk TPPA memberi jaminan, memperluaskan perdagangan dan menarik pelaburan asing masuk. Kita gula-gulakan seruan dengan izin, Malaysian needs to be more aggressive in attracting foreign direct investment, the fear, owing to the difficult global economic scenario. Termasuk kenyataan Yang Berhormat Jeli, Menteri, bahawa pelaburan kita di luar negara, beberapa kali saya dengar, RM600 bilion berbanding dengan RM500 bilion orang pelabur asing masuk ke dalam negara. Ini dilihat sebagai satu petanda kita mampu meningkatkan lagi FDI, gagal menjelaskan bahawa semua ini juga adalah andaian yang seperti perancangan ekonomi bergantung pada faktor ekonomi global yang kita juga gagal mengambil kira hasilnya. Kemudian setelah kita gula-gulakan, kita pula diugut dgn izin, Malaysians without TPPA would not attain status of high income nation. Takkanlah kita hendak tunggu TPPA baru hendak meningkatkan keupayaan kita, menjadi negara yang berpendapatan tinggi, high income nation? Menjadi negara yang berdaya saing, competitive nation dan negara agresif, menarik pelabur asing, foreign investment and favoured nation yang merubah dasar-dasar serta undang-undang kita hanya untuk memberi jaminan dan menarik pelabur asing datang ke negara kita. We have to do it for ourselves as well, for our people, dengan izin. Ada pertubuhan perniagaan dan persatuan-persatuan masyarakat yang berasa bersedia mengorbankan 30 peratus IKS atau SME berserta beratus-ratus ribu pekerjaan untuk meningkatkan daya saing antarabangsa kita. Mungkin kerana anak-anak mereka tidak akan dibuang kerja, mereka bolehlah senang berkata begitu.

Ada yang menunggu TPPA, memaksa agenda bumiputera diubah. Di sini kita harus jujur, bukan agenda bumiputera tetapi UMNO putera yang terancam. [Tepuk] Sebaliknya, UMNO pula mencanangkan kita satu-satunya antara 11 buah negara berjaya melindungi agenda bumiputera dengan pengecualian atau carve-out, berapa aras nilai projek-projek untuk UMNO putera, bukan bumiputera tetapi adalah tarikh luput bukan kekal selagi bintang bulan dan matahari ada. Tanpa menunggu TPPA, kita sudah boleh reformasikan ekonomi dan politik negara seperti yang sudah saya huraikan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas dan perbahasan Bajet 2016. Itu pun kita potong sudah bukan? Lalu di Dewan mulia ini dengan Agenda Ekonomi Malaysia atau MEA. Jika ada pendidikan berkualiti tinggi, penyelidikan dan pembangunan bertumpu kepada kekuatan bidang industri sedia ada termasuk menggubal satu akta pelesenan dan paten khazanah biodiversiti kita untuk dikomersialkan, meningkatkan automasi IKS, meningkatkan hak pekerja, memelihara alam sekitar dan memberi peluang peniagaan telus tanpa monopoli. Ramai rakyat, semua bangsa dapat bergaji tinggi dan menjadi usahawan berjaya tanpa kita menunggu TPPA. Jika ada penambahbaikan, perjalanan Parlimen memperkukuhkan kebebasan badan kehakiman, mengadakan pilihan raya bebas, media bebas, mencegah rasuah dan memansuhkan undang-undang draconian, pendek kata, memperluaskan ruang demokrasi yang akan menyuburkan tanah air untuk bersaing. Ini bukan akan sahaja memperlihatkan ramai rakyat yang merantau, yang berkelayakan tinggi dan memiliki modal yang besar untuk pulang tetapi akan meyakinkan lebih tinggi lagi jaminan pada pelabur asing tanpa ragu-ragu lagi. Banyak orang kita seperti yang dikatakan oleh menteri, melabur di luar negeri. Apa salahnya kalau suasana baik, dia akan pulang tanpa mengharapkan FDI, pelabur-pelabur asing? Apakah pemodal asing disusukan, anak bangsa sendiri mati kelaparan di rumah. Akan menjadi slogan untuk menyeru usul ini diterima begitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, isunya lagi, perjanjian TPPA ini akan mencemarkan tradisi dan menggugat reputasi kita sebagai negara berkecuali sebagai legasi ayahanda, bapa kepada Perdana Menteri. Mendukung pendekatan multilateralisme dan bukan pluralisme seperti TPPA. Kita mesti ingat bagaimana Perdana Menteri pertama telah membawa kita bergabung dalam pergerakan negara-negara berkecuali, non-alligned movement (NAM) dan menerajui pergerakan antarabangsa, menentang Aparteid, Afrika Selatan. Perdana Menteri kedua membuka jalan diplomasi dengan negara komunis China ketika negara-negara lain menjauhkan diri dan mendukung ASEAN dengan ZOPFAN, Zone of Peace, Freedom and Neutrality semenjak 1971 untuk menjaga Asia Tenggara bebas dari segala bentuk campur tangan dari kawasan luar dan meluaskan lagi bidang kerjasama. Hanya pendekatan multilateralisme akan memelihara kepentingan kita bersama. Kita negara tidaklah besar sangat, kecil. Apa yang telah berlaku pada zaman dahulu, it worked. Kenapa hendak kita buatkan satu ini, perjanjian kita untuk kita nampak macam menyebelahi? Kita tidak mahu, pivot to Asia yang nampaknya menjadi pivot to trade and investment not democracy bertukar kepada pivot to security bila kita dipaksa membenarkan, kemungkinan pangkalan tentera dibina di tanah air kita. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, rakyat sudah tahu sejarah dan faham akibat durjana perjanjian yang indah dari khabar. Ini kerana satu Perjanjian Pangkor 1874 Tuan Yang di-Pertua, telah membuka pintu kepada penjajahan. Perjanjian Pangkor macam TPPA kah, akan membenarkan kuasa asing tentukan perundangan seperti IFTS dan hanya tinggalkan urusan agama dan adat resam kita pada kita sahaja? Janganlah pula perjanjian TPPA membuka luas pintu serta terbinanya pangkalan tentera asing di bumi tercinta kerana konon mahu melindungi TPPA. Jangan kita terjerat dengan bentuk penjajahan baru akibat penswastaan negara walaupun Perdana Menteri keluarkan kenyataan, ini saya hendak tegaskan jangan kita terjerat dengan bentuk penjajahan baru akibat penswastaan negara pada MSCM, multinational corporation Barat seperti mana East India Company, Syarikat Hindia Timur menjadi alat menjajah kita dahulu. Justeru adalah baik jika satu referendum untuk semua rakyat diadakan agar sejarah Perjanjian Pangkor dan Malayan Union tidak berulang. Bayangkan rupa sejarah negara sekarang jika ketika itu rakyat membuat referendum atas perjanjian kuasa asing, it could have changed history, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Lagi pun saya yakin pihak kerajaan bersetuju untuk referendum diadakan. Ini kerana BN kata, TPPA akan menguntungkan dan BN telah berjaya dengan pengecualian carve-out, agenda bumiputera yang sebenar hanya mengekalkan habuan pada golongan yang sama dan tidak terasa beban GST dan kehilangan pekerjaan. Mungkin Yang Berhormat Menteri sahaja tidak rasa, yang lain terasa. The worst of TPPA must– mesti dihalang dari difilemkan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, oleh demikian saya mengajak Ahli-ahli Dewan bersama semua kita menolak usul bagi mengheret Malaysia dalam jebak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ini yang lebih mementingkan pelabur asing yang merakus daripada kepentingan rakyat yang sewajarnya dibela. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jasin setengah jam.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Terlebih dahulu izinkan saya menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Jeli dan juga semua pasukan perunding yang diwakili oleh para pegawai daripada beberapa kementerian dan agensi yang telah bekerja begitu keras sekali dalam memuktamadkan Perjanjian TPPA pada 5 Oktober 2015 atas terma Malaysia. Perlu saya akui dan ditegaskan di sini sebelum TPP Caucus ditubuhkan, saya dan juga sebahagian besar daripada sahabat-sahabat yang berada dalam Dewan yang mulia ini mempunyai persepsi yang tidak jelas mengenai TPP serta kami berasa cukup curiga sekali dengan inti pati perjanjian yang sedang dirundingkan. Penubuhan Caucus pada tahun 2013 sebenarnya telah menjawab segala persoalan ini. Tahniah sekali lagi kepada pihak kerajaan yang telah membuktikan sikap keterbukaan apabila kita berhadapan dengan suatu isu besar yang bakal menentukan hala tuju negara dan juga generasi kita pada masa akan datang. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Caucus yang terdiri daripada Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Putatan – minta maaf, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Simpang Renggam dan saya tidak lupa juga untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat kita daripada pihak parti pembangkang terutamanya Yang Berhormat Lembah Pantai yang begitu aktif sekali, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Kelana Jaya. Kami dapat bekerja dalam satu pasukan dan sebenarnya atas kerjasama inilah sebenarnya Caucus TPP dapat meneruskan usaha membantu Yang Berhormat Jeli sebagai Menteri MITI dalam mempersoalkan tentang beberapa isu yang kita selalu timbulkan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi kepercayaan kepada kami pada dua tahun yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, keputusan penubuhan TPP Caucus ini adalah cukup tepat sekali dan membuktikan kematangan wakil-wakil rakyat. Caucus ini telah berjaya menjadikan platform kepada Yang Berhormat Menteri MITI untuk bertemu dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik bukan sahaja untuk menerangkan tentang kedudukan rundingan tetapi juga dalam masa yang sama beliau dapat memungut apa juga isu-isu yang kami kumpulkan dan maklum balas serta pandangan daripada suara rakyat daripada akar umbi.

Sejak penubuhan Caucus ini dua tahun yang lepas, kita bermesyuarat secara berkala dan 15 kali bermesyuarat secara rasmi dengan Yang Berhormat Menteri. Dalam beberapa sesi tertentu kami juga telah diberi peluang untuk berdialog secara langsung dengan pasukan perunding bagi memastikan setiap kegusaran dan sentimen rakyat dapat sama-sama kita rasai dan para perunding yang memegang amanah supaya kita mendapatkan pakej yang terbaik bagi Malaysia. Kami juga mengambil inisiatif untuk turut hadir bersama dalam mesyuarat rundingan semasa di Kota Kinabalu dan juga di Brunei atas perbelanjaan sendiri. Di sana sebenarnya kami berpeluang untuk mengadakan beberapa engagement dengan pakar-pakar perunding daripada negara-negara ahli TPPA dan bertanyakan apakah masalah-masalah utama yang dihadapi mereka. Kami membincangkan juga tentang masalah-masalah pokok yang kami hadapi. Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, semua negara peserta dalam TPPA memuji Malaysia kerana kitalah satu-satunya negara yang mewujudkan TPP Parlimen untuk menyertai dalam rundingan ini secara sideline. Di samping itu, TPP Caucus juga pernah terlibat dalam perjumpaan dua hala dengan delegasi luar termasuk yang diketuai oleh Trade Representative Micheal Froman daripada Amerika. Di mana kami dengan jelas telah mengutarakan pandangan dan rundingan Malaysia khususnya dalam isu-isu sensitif berkaitan dengan dasar bumiputera, berkaitan dengan dasar milik kerajaan, syarikat milik kerajaan dan juga pelaburan serta ISDS. Tuan Yang di-Pertua, saya perlu juga mengakui bahawa para perunding sebenarnya amat membantu kami di TPP Caucus dalam memberikan kefahaman atas isu- isu rundingan melalui penerangan yang cukup komprehensif kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau adalah di kalangan kita yang mempunyai pandangan bahawa seolah-olah Ahli-ahli Yang Berhormat tidak memahami ataupun tidak mendapat apa-apa penjelasan adalah tidak tepat sekali. Di atas penerangan yang diberikan kepada kami Ahli-ahli Caucus dapat berkongsi pandangan dan cadangan agar Malaysia dapat mempertahankan dasar- dasar tertentu melalui fleksibiliti khusus dalam isu-isu yang sukar serta tidak bertolak ansur dalam isu-isu yang menjejaskan kedaulatan negara dan juga kepentingan rakyat. Kita amat menyedari bahawa tanggungjawab yang digalas oleh para perunding bukannya mudah. Apatah lagi dalam satu rundingan yang cukup komprehensif serta melibatkan jagoan ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga Jepun. Namun teks akhir TPP yang kita dapat tatap bersama untuk pertama kalinya pada 5 November 2015 telah membuktikan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang paling banyak mendapatkan fleksibiliti, mendapatkan keistimewaan, mendapatkan pengecualian sehingga kita dicemburui oleh kawan dan lawan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri MITI dan kepada semua para perunding yang telah bekerja dengan begitu keras sekali untuk kepentingan negara. Tuan Yang di-Pertua, pembentangan TPPA di Parlimen adalah demi rakyat. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jasin dan saya merupakan salah seorang anggota Caucus yang telah dipilih dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih Yang Berhormat Menteri dan kepada Yang Berhormat Jasin yang telah mengetuainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jasin, sepanjang 15 kali kita bertemu, saya agak terkejut apabila sebentar tadi Ketua Pembangkang telah menyatakan bahawa seakan-akan teks ini dan juga setiap apa yang kita bincang ini tidak mendapat maklumat yang jelas terutama bagi kita dalam ahli anggota Parlimen ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jasin, setuju kah bahawa setiap kali rundingan ataupun setiap kali Yang Berhormat Menteri pulang daripada setiap kali persidangan anggota Caucus lah antara yang diketemui oleh Yang Berhormat Menteri untuk kita berbincang dan menghalusi setiap apa perancangan dan juga perundingan yang ingin kita masukkan? Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Jasin setelah mendengar hujah dari pihak pembangkang tadi dan setelah negara kita ini telah melalui satu proses keterbukaan yang begitu lama sehinggakan kita telah mencapai banyak kejayaan dari segi pendapatan GDP dan juga per kapita yang melonjak tetapi yang kita dengar tadi adalah berita-berita buruk jika TPPA dilaksanakan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidakkah ini satu perbuatan yang boleh menakutkan rakyat di satu butiran yang boleh menyebabkan orang menjadi susah hati dan kebimbangan? Apa yang saya katakan Yang Berhormat Jasin, adakah ini satu unjustified and unfounded peers yang diberi kepada rakyat? Terima kasih.

Terima kasih kepada kedua- dua orang sahabat saya. Pertama kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, cukup bertepatan sekali, bahkan bukan kami sahaja didedahkan tentang apa juga perundingan yang dijalankan. Hanya mereka tidak boleh menyatakan tentang teks perundangan. Akan tetapi apa juga isu yang kita timbulkan, isu pokok, memang kita diberikan penjelasan dengan begitu baik sekali. Bahkan ahli-ahli kokus memang memahami tentang items satu demi satu. Untuk Yang Berhormat Bagan Serai saya fikir saya akan jawab kemudianlah. Saya tak boleh jawab semua sebenarnya, saya berikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lembah Pantai bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Jasin. Saya menyambut baik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Hanya saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat. Kalau dilihat kepada wakil-wakil anggota Kongres di Amerika Syarikat, mereka yang mewakili dalam persidangan Jawatankuasa Pilihan TPP di Amerika Syarikat ini ataupun The Trade Caucus sebenarnya diberikan ruangan membaca keseluruhan kandungan rundingan tersebut sejak awal. Jadi pada saya kita kehilangan peluang di situ walaupun kita dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut apa yang diputuskan oleh pihak MITI dan Menteri tetapi kandungan teks tersebut hanya kita dapati selepas ianya dibenarkan atau diterbitkan pada bulan Disember tahun lepas. Jadi saya mohon pandangan Yang Berhormat dari segi itu pada saya mereka lebih berpeluang, mereka lebih mendapat akses dan mereka mendapat lebih banyak cara untuk mendapatkan pendirian dan penekanan kepada isu-isu yang memberikan impak kepada negara mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kelana Jaya, ya. Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun.

Akan tetapi saya takut... Okey, okey.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin setuju atau tidak bahawa – ya, memang Tok Pa baik sekali Yang Berhormat Jeli, tetapi kita tidak pernah diberi kos benefit punya update langsung. Jadi apabila kita diberi penjelasan kita tidak tahu apa-apa data ekonomi dalam 15 meeting. Apa yang kita baru dapat pada 3 Disember seperti semua Ahli Parlimen lain, ialah PwC report. Terima kasih, setuju atau tidak?

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya, apa Yang Berhormat Lembah Pantai cakap

itu ada bertepatan dan tidak ada bertepatan. Pertamanya, yang kita tidak bentangkan ialah teks perbincangan dalam TPPA tetapi kita dapat mengetahui apakah sebenarnya isu-isu utama yang kita sama-sama dapat saksikan setiap kali mesyuarat. Saya rasa pihak yang lain tidak mendapat peluang seperti mana peluang yang diberikan kepada ahli-ahli TPPA dari Malaysia. Pada sahabat saya dari Kelana Jaya mengatakan tentang cost benefit analysis ini, sebenarnya bagaimana hendak membuat cost benefit analysis sehingga teks perjanjian ini belum dibuka dan dikeluarkan lagi. Memang tak boleh, kalau hanya selepas teks perjanjian yang dikeluarkan barulah kita boleh mendapatkan CBA. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong, bangun.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat bersetuju atau tidak dengan saya, apabila kerajaan membuat keputusan bahawa perbincangan TPPA ini dimasukkan ke dalam Dewan bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas? Bukankah itu menunjukkan keterbukaan Kerajaan Barisan Nasional dan dalam waktu yang sama Malaysia ini adalah satu-satunya negara yang membawa ianya sebelum ditandatangani ke dalam Dewan. Tadi apa yang dikatakan yang telah diperbincangkan di Vancouver yang secara kebetulan saya juga ada bersama-sama dan perbincangan itu apabila kita bentangnya dengan pihak dari Kanada, pihak dari Jepun, semua mereka mengatakan bahawa tidak ada perbincangan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen seperti yang dibuat di Malaysia ini. Jadi adakah Yang Berhormat Jasin bersetuju bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini begitu prihatin dan sanggup untuk membawa ianya ke dalam Dewan jadi kita bincangkan bagi membolehkan setiap Ahli-ahli Parlimen memberikan suara mereka di dalam Dewan ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Sebenarnya inilah perkara yang patut kita semua memahami bahawa sehinggakan negara-negara lain memuji bab keterbukaan kerajaan Malaysia pada ketika ini. Untuk itu Yang Berhormat Parit Sulong, seperti yang kita sedia maklum, hari ini adalah hari pertama kita membentangkan satu usul mengenai perjanjian perdagangan antarabangsa di Dewan yang mulia ini. Sekiranya kita lihat daripada sistem perundangan yang sedia ada, kerajaan berhak untuk menandatangani perjanjian antarabangsa termasuk TPPA tanpa merujuk kepada Parlimen.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Mohon laluan.

Jadi tidak ada di bawah mana- mana undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membentangkan di Parlimen sebelum ditandatangani atau berkuat kuasa. Jadi saya hendak sebut satu perkara lagi -Kemudian saya beri, kemudian. Saya hendak sebut satu perkara lagi seharusnyalah kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli kokus kerana atas desakan kitalah dalam mesyuarat bertarikh 8 Ogos 2013, kita mencadangkan kepada Menteri pada ketika tersebut supaya perkara TPPA ini dibentangkan dalam Parlimen.

Yang Berhormat Jasin.

Pada waktu tersebut, Menteri telah teragak-agak sama ada bersetuju dengan kita atau tidak. Akan tetapi selepas itu Menteri kata beliau akan cuba membawa perkara ini di Kabinet dan alhamdulillah, pada April 2014 dalam mesyuarat kita seterusnya, Menteri telah menyatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Kabinet telah bersetuju supaya TPPA ini dibincangkan dalam Parlimen dalam satu atau dua hari.

Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Lenggong, sedikit.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Gopeng, Gopeng.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dari segi ketelusan kerajaan membawa isu ini dalam Parlimen tidak siapa boleh pertikaikan dan apabila kerajaan mewujudkan kokus itu juga menunjukkan bagaimana kerajaan mahu melibatkan semua pihak di dalam isu ini. Apa yang saya hendak sebut dan hendak tanya kepada Yang Berhormat Jasin ini, sepanjang tempoh kokus berbincang, melihat kepada isu-isu dibangkitkan di luar Dewan, soal kepentingan bumiputera, soal kedaulatan, soal kepentingan rakyat luar bandar dan isu-isu yang dilihat dan sengaja dibangkit oleh rakyat menimbulkan pelbagai kegelisahan. Apakah pandangan Yang Berhormat di dalam perbincangan itu, semua isu ini dibincangkan secara detail dan menunjukkan bahawa ahli-ahli kokus yakin bahawa isu-isu yang dibangkitkan di luar Dewan ini sejak bela dan kita yakin ia dilindungi dalam perjanjian ini? Saya hendak tanya pandangan itu sahaja kerana ini yang dibina oleh rakyat. Soal pembentukan kokus pun orang sudah tahu, tetapi isu-isu ini, apakah dalam kokus itu perkara-perkara ini menjadi keutamaan dan dipertahankan oleh ahli-ahli kokus. Terima kasih.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Gopeng.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jasin. Jadi apabila kokus dan juga kementerian bincang soal TPPA ini lebih kepada nasihat daripada pakar-pakar ekonomi berkenaan dengan sumbangan GDP, sumbangan FTI, sumbangan keseluruhan kepada negara dari segi dollar and cent, dan juga beberapa sektor tertentu mungkin automotif dan juga tekstil yang mungkin dapat faedah. Akan tetapi saya hendak tumpu kepada khususnya kos ubat dalam hal ini sebab akhirnya apabila kos ubat ini akan naik, setiap rakyat Malaysia akan dibebankan dengan kos yang lebih khususnya sebab ada data exclusivity yang diberikan kepada biologi untuk ubat yang ada indication yang baru ataupun formula yang baru. Ini akan menjejaskan generik yang boleh digunakan untuk penyakit-penyakit tertentu dan saya hendak bangkitkan di sini sebab akhirnya setiap rakyat Malaysia akan dibebankan dengan kos ubat yang lebih tinggi oleh kerana TPPA ini.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

...Walaupun dari segi ekonomi keseluruhan GDP mungkin boleh...

Yang Berhormat, tidak ada berkaitan langsung. Saya ucap terima kasih kepada sahabat saya daripada Lenggong. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam setiap perjumpaan kita, bukan sahaja kami berbincang dengan Menteri kosong, bahkan setelah kami membuat engagement dengan semua stakeholders, kami memungut apa juga isu dari bawah dan di situlah kita berbincang.

Dalam masa yang sama, kita dapat bertukar-tukar fikiran dengan semua pakar- pakar perunding supaya bukan sahaja perkara yang kami bawa ini dibincang ataupun dibawa bersama dalam perundingan akan datang bahkan kita yakin pandangan kita juga diambil kira. Tuan Yang di-Pertua, beri saya peluang untuk...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Jasin.

...Nampaknya masa saya...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Jasin, sekejap sahaja.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Saya ingin– Yang Berhormat Gopeng tadi mengatakan kerisauannya tentang harga medicine ini. Semalam, kalau tidak silap saya membaca surat khabar, Malaysian Organization of Pharmaceutical Industries. Mereka memberitahu secara jelas sekiranya ada kenaikan pun sekali, ia bukan disebabkan oleh TPPA ini, tetapi disebabkan oleh pertukaran wang ringgit kita. Itu adalah benda yang asas yang mesti kita tahu. Akan tetapi saya tidak mahu seolah-olah sekiranya ada kenaikan ini, ianya dibebankan atas TPPA. Yang Berhormat Jasin, sila...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Jasin, mohon, mohon...

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terus kepada perbahasan saya...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Mohon respons.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

FTA dan Dasar Keterbukaan Ekonomi Negara. Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 31 juta orang adalah sebuah negara yang amat bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Pada tahun 2014, Malaysia berada pada tangga ke-23 negara pengeksport dan tangga ke-25 negara pengimport yang tertinggi di dunia. Dengan jumlah dagangan sebanyak RM1.45 trilion yang merupakan sebanyak 1.5 kali ganda berbanding dengan KDNK kita. Jumlah dagangan sehingga bulan November tahun lepas, telah mencapai lebih daripada RM1.3 trilion. Maka Dasar Ekonomi terbuka yang kita amalkan sejak sekian lama perlu kita teruskan. Sebagai contoh, dalam konteks ASEAN, saiz pasaran kita sebanyak 20 kali ganda besar daripada saiz pasaran Malaysia. Malaysia sebagai sebahagian daripada komuniti ekonomi ASEAN memasarkan produk dan juga perkhidmatan Malaysia dengan lebih mudah di pasaran yang lebih besar. Ini seterusnya dapat kita menjana pendapatan dan memberikan peluang pekerjaan, kita memberikan peluang keusahawanan yang lebih besar kepada rakyat kita. Pada masa ini, sebanyak 13 perjanjian perdagangan bebas ataupun FTA yang telah kita laksanakan. Malaysia juga adalah merupakan antara negara pengasas WTO. Malaysia terbukti mendapat manfaat dari dasar ini dan kita bangga dengan apa yang telah kita capai. Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin ada tujuh minit lagi. Sila Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Ringkas. Kalau Malaysia sudah begitu berjaya dengan 13 FTA dengan ASEAN, bilateral dan unilateral dan juga sedang berusaha untuk menandatangani RCEP , FTA dengan EU. Pada pendapat Yang Berhormat Jasin, kenapakah kita dan sebenarnya Malaysia perlu untuk menandatangani TPPA ini?

Terima kasih mungkin saya akan terus kepada perbahasan saya kerana kalau tidak saya tidak cukup masa nanti.

Yang Berhormat Jasin, boleh sedikit tidak? Belakang, belakang.

Yang Berhormat Jelebu ya?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Jasin, dengan gambaran besarnya saiz pasaran yang mungkin boleh diterokai oleh negara kita menerusi penyertaan dalam TPPA itu. Kita dikatakan akan dapat akses pasaran yang lebih besar dalam keadaan kita dapat mempertahankan hak kita dari segi kedaulatan, kepentingan bumiputera, dari segi hab halal dan sebagainya itu. Apakah ini merupakan suatu ultimate kepada kejayaan kita dalam TPPA itu? Ini pendorong besar kepada kita. Kita berjaya dapat besar dalam keadaan kita kekal dengan apa yang kita ada hari ini walaupun ada kos-kos untuk kita harus korbankan tetapi kos itu kecil berbanding dengan faedah. Apa pandangan Yang Berhormat Jasin dalam hal ini?

Terima kasih kepada kedua sahabat saya. Sebelum itu, izinkan saya memberikan sedikit penerangan. Sebelum TPPA ini dimuktamadkan ataupun kita tandatangan, sebenarnya Malaysia telah mencapai kejayaan yang patut kita sama-sama banggakan. Kalau kita telah mencatat lebih daripada RM1 trilion, dan Malaysia juga telah mencatat lebihan dagang selama 271 bulan berturut- turut sejak November 1997, kenapa kita perlu hendak masuk TPPA? Mesti ada sebab- sebab tertentu. Jadi untuk makluman, pada ketika ini dunia semakin berubah. Kita mungkin boleh selesa dengan pencapaian yang kita sedia ada yang konon kita kaya dengan sumber alam semula jadi yang kita miliki. Akan tetapi kita jangan lupa persekitaran global kita juga berubah, persekitaran ekonomi juga berubah. Jadi persaingan kita semakin sengit terutamanya dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu. Malaysia tidak akan terus berada pada tahap sekarang selama-lamanya tanpa kita berusaha secara berterusan untuk terus kita menerokai pasaran-pasaran baru ataupun kita dapat menembusi pasaran- pasaran baru untuk kita terus maju ke hadapan.

[Bangun] Yang Berhormat Mersing.

Ya, Yang Berhormat Mersing. Boleh, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Mersing.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya hendak tanya sedikit sahaja. Mula-mula TPPA ini ada orang kata TPPA ini Tok Pa personal agenda. Buat senyap-senyap. Akan tetapi dengan adanya penubuhan kokus, kali pertama Parlimen ini ada kokus yang terdiri daripada pihak backbenchers dengan pembangkang. Yang Berhormat Lembah Pantai pun ada. Akan tetapi kita tahu akhir-akhir ini walaupun Tok Pa panggil kita, panggil pembangkang dua hari, ada bengkel macam-macam melihat kepada kenyataan Ketua Pembangkang akhirnya dia tidak setuju juga. Jadi saya hendak tanya, menghabiskan beras sahaja kita ini. Adakah penglibatan pembangkang dalam kokus ini tidak ikhlas dan mereka ini bersifat politik semata-mata. Semua sekali hendak dipolitikkan. Orang berniaga ini tidak boleh politik. Berniaga hendak dapat duit. Yang Berhormat setuju atau tidak?

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Mersing. Akan tetapi saya sebagai anggota kokus, kita ada mempunyai sebanyak 11 orang ahli dan saya sebenarnya berasa secara ikhlas, saya berasa cukup selesa bersama mereka. Walaupun satu ketika mereka begitu berlainan sekali pandangan mereka. Kalau saya kata mereka kadang-kadang garang sangat pun ya juga. Akan tetapi lama-kelamaan, mereka telah mula receptive dan juga positif kerana penerangan yang jelas yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga para perunding. Ini kerana kita yakin ketokohan dan kebolehan mereka dan kita mahu melihat supaya sebagai Ahli-ahli Parlimen yang bertanggungjawab, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus membawa negara kita terus berjaya. Tuan Yang di-Pertua, atas alasan inilah Malaysia perlu menerokai pasaran baru, khususnya menerusi...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Bangun] Boleh saya tanya Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Saya sambung yang Yang Berhormat Mersing ini fasal kokus ini. Saya ingat inilah pertama kali kita buat kokus, selalu kita buat – banyak cadangan kita tidak buat. Sekarang kita sudah buat kokus. Daripada jawapan Yang Berhormat tadi, bahawa sebelah sana nampak ada positif. Adakah Yang Berhormat berfikir bahawa ahli-ahli kokus itu nanti akan menyokong TPPA ini, kalau betul mereka ini positif?

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi. Pada awal saya menyertai kokus, saya pun sebenarnya tidak memihak di mana-mana. Saya sentiasa mempunyai banyak persepsi sama ada nasib kita ini dibela. Kedaulatan kita dijaga. Akan tetapi lama-kelamaan, setelah kita diberikan penerangan, barulah kita bersikap positif, bukan kita menerima seterusnya.

Saya yakin kawan-kawan saya sebelah sana bukannya mereka bersetuju untuk menerima dan tandatangan, tetapi kita positif bahawa sebenarnya rundingan untuk kita menyertai TPPA ini adalah di atas satu inisiatif negara kita supaya bukan sahaja kita dapat menyertai perancangan untuk menembusi satu pasaran yang lebih besar, bahkan kita mahu kalau boleh negara kita akan terus menjadi sebuah negara yang lebih kompetitif.

Yang Berhormat Jasin, boleh Yang Berhormat Jasin?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila gulung Yang Berhormat Jasin. Sila, sila, sila.

Atas alasan inilah, Malaysia perlu menerokai pasaran baru, khususnya FTA baru.

Malah Malaysia pada masa ini dalam proses perundingan berbagai-bagai FTA yang lain seperti macam yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed tadi, European Free Trade Association, dan juga FTA dengan Kesatuan Eropah, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang meliputi China, India, Korea Selatan, Australia dan juga New Zealand. Selepas itu kita masukkan lagi satu, Hong Kong-ASEAN untuk kita mempelbagaikan akses pasaran kepada produk dan juga perkhidmatan Malaysia. Jadi berdasarkan kepada statistik semasa, 63.3% daripada jumlah dagangan kita adalah daripada rakan-rakan FTA. Pada masa yang sama, empat buah negara rakan FTA kita yang baru iaitu Amerika, Kanada, Mexico dan juga Peru adalah mewakili 9.7% daripada jumlah dagangan pada masa ini. TPPA dijangka memperkukuhkan lagi nilai dagangan dan mempelbagaikan pasaran eksport Malaysia khususnya kepada keempat-empat negara tersebut supaya kita dapat membuka prospek perniagaan kita yang lebih besar. Janganlah hendaknya kita mempunyai persepsi seolah-olah adanya Amerika akan menggugat kedudukan kita. Adakah kita maklum bahawa keempat-empat negara ini, Amerika, Kanada, Peru dan juga Mexico sebenarnya adalah merupakan sebanyak 74% saiz pasaran ekonomi dalam TPPA kepada KDNK yang berjumlah sebanyak USD21 trilion pada tahun 2014. Jadi keempat-empat buah negara ini cukup penting bagi kita. Jadi ingin saya tegaskan di sini bahawa pasaran TPP akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat tempatan khususnya syarikat yang berorientasikan kepada eksport. Lebih 90% daripada produk eksport Malaysia akan menerima penghapusan duti import secara serta-merta di Amerika Syarikat dan juga di Kanada. Manakala, kira-kira 80% daripada duti import akan dihapuskan serta-merta di Mexico dan juga di Peru. Penambahbaikan ini sebenarnya adalah cukup bertepatan sekali supaya kita dapat membuka akses pasaran kita. Yang penting, adalah lebih baik ketika Malaysia berhadapan dengan kejatuhan harga minyak dan juga kadar kejatuhan harga komoditi. Tuan Yang di-Pertua, TPPA bukan sekadar perdagangan tetapi juga ia meliputi beberapa skop baharu perdagangan seperti penekanan terhadap tadbir urus yang lebih cekap lagi, yang lebih telus lagi, usaha membanteras rasuah, standard alam sekitar dan kebajikan buruh supaya kita tidak dieksploitasi oleh aktiviti-aktiviti perdagangan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Saya melihat kandungan perjanjian TPPA ini adalah sebagai satu, dengan izin, wake up call untuk negara-negara yang bergantung kepada perdagangan seperti negara kita, supaya kita lebih prihatin dan kita lebih bersedia dengan cabaran baru di abad ke-21 ini. Kita akur Tuan Yang di-Pertua, setiap pindaan dan juga perubahan yang ada akan melibatkan kos-kos yang tertentu. Walau bagaimanapun, kita perlu melihat perubahan ini sebagai satu penambahbaikan yang perlu kita lakukan khususnya selaras dengan usaha Malaysia untuk mencapai taraf sebuah negara maju pada tahun 2020. Sehubungan dengan itu, kita harus jangan sekali-kali kita mempolitikkan perkara ini dengan merumuskan bahawa kononnya pindaan terhadap undang-undang sedia ada adalah satu contoh bahawa kedaulatan negara kita telah tergadai atau TPPA kononnya

telah menyekat kebebasan Kerajaan Malaysia untuk menentukan sistem yang terbaik untuk diamalkan di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir, bolehkah Tuan Yang di-Pertua? Lama sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila. Ringkaskan. Sila.

Di antara kebimbangan utama kita yang wujud di kalangan rakyat pada ketika ini, khususnya orang Melayu adalah mereka hendak mengetahui sama ada TPPA ini bakal menggugat hak keistimewaan Bumiputera serta kebebasan kerajaan untuk menangani isu-isu yang berkaitan kepentingan agama dan juga budaya. Alhamdulillah, teks TPP yang telah dimuktamadkan sebenarnya telah menjawab segala persoalan tersebut dan memberi jaminan kepada kita serta meredakan kegusaran rakyat khususnya golongan bumiputera. Malah, ada suara di luar sana yang mempertikaikan fleksibiliti dan keistimewaan yang berjaya diperoleh oleh Malaysia. Mereka ini mendakwa kononnya TPPA masih menyekat pihak lain untuk bersaing secara adil dengan syarikat-syarikat Bumiputera. Saya juga difahamkan Tuan Yang di-Pertua bahawa para perunding Amerika Syarikat juga terpaksa berhadapan dengan Kongres mereka untuk menjelaskan kenapakah Malaysia diberikan begitu banyak sekali keistimewaan, begitu banyak sekali fleksibiliti dan kompromi dalam isu yang berkaitan dengan Bumiputera ini. Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan para-para perunding yang telah dapat mengambil keputusan yang cukup hebat sekali. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah untuk kita memastikan supaya kerajaan kita terus komited untuk merangka dan melaksanakan agenda bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera secara komprehensif. Kita akui pada masa ini, banyak lagi agensi kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk membantu agenda ini dan diperuntukkan dengan dana-dana tertentu. Namun, masih banyak lagi rungutan yang kita dengar khususnya di peringkat akar umbi. Kita kalau boleh, tiap-tiap kementerian kita berikan satu pengkhususan. Kita hendak lihat kalau boleh kementerian dapat melaksana KPI yang tertentu supaya pelaksanaan agenda Bumiputera benar-benar dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menghormati masa. Akan tetapi yang terakhirnya saya hendak sebut sedikit, saya hendak quote sedikit apa juga dan saya menyokong penuh prinsip yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Menteri MITI bahawa dalam sebarang perundingan, beliau ada sebut yang saya cukup ingat, yang pertamanya dia kata “Kita terima hakikat dan berpegang kepada prinsip bahawa kita tidak boleh dapat semua dan kita tidak mahu hilang semua”. Keduanya dia ada sebut, “Kita tidak boleh berpegang kepada pendirian “hak kita kita punya, hak orang kita runding”. Ketiganya dia ada sebut, “Kita menerima prinsip majority rule, iaitu kalau kebaikan itu lebih banyak maka kita terima. Kalau lah keburukan lebih banyak, kita tolak” Jadi inilah perkataan yang diguna pakai dalam kita merundingkan TPPA dan pendekatan inilah yang wajar kita terima dan kita halusi dalam kita membahaskan dokumen TPPA berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Langkawi, minta maaf ya. Yang Berhormat Jasin sudah lebih lapan minit.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada ruang lagi untuk Yang Berhormat Langkawi.

Penutup soalan kepada Yang Berhormat Jasin. Ini kerana Yang Berhormat Jasin sudah hendak tutup sudah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak Yang Berhormat Jasin, hari itu saya tidak sokong TPPA kerana apabila saya tanya kepada pegawai yang berkenaan, adakah sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakan TPPA dengan baik untuk negara bolehkah kita keluar? Jawapannya tidak pada tahun lepas. Akan tetapi saya hendak tanya, adakah jawapan yang sama sekarang ini kepada Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf. Akan tetapi ini satu soalan yang cukup penting yang patut kita berikan sedikit penjelasan. Sebenarnya itu sebab Yang Berhormat Menteri sebut tadi, seharusnya semua pihak dapat membaca, memahami selepas itu baru kita boleh komen. Sebenarnya semua negara dalam teks agreement ia sebut dengan begitu terang sekali. Kita carikan pokok perkara Akta 30.6, Withdrawal. Maknanya semua negara boleh menarik diri untuk keluar bila-bila masa dengan notis enam bulan. Jadi tidak ada sebab yang kita perlu runsing dan kita sebenarnya mempunyai hak. Jadi saya hormati Tuan Yang di-Pertua yang cukup tenang sekali dan cukup sabar menunggu saya. Jadi yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Pengerusi Caucus, saya akui..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin, sudah lima kali akhir ini.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Jasin, minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Jasin.

Tuan Yang di-Pertua tidak beri lagi. Minta maaf sahabat.

Saya akui TPPA juga ada kelemahan tetapi dengan menyertai TPPA ini yang diunjurkan, kita akan dapat lebih banyak faedah daripada keburukannya. Dengan izin, more benefit than cost. Sebaliknya, dijangkakan kita tidak akan mengalami lebih banyak kerugian. Kita akan mengalami banyak kerugian jika kita tidak menyertai TPPA ini. [Tepuk] Sekian, saya mohon maaf. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat. Setelah diperbincangkan di antara Ketua-ketua Whip Barisan Nasional dan juga pembangkang, Yang Berhormat Tan Sri Speaker telah bersetuju bahawa selepas ini diberikan peluang 20 minit pembahas. Daripada Barisan Nasional, 15 pembahas termasuk Yang Berhormat Jasin dan yang kedua, pembangkang 15 pembahas iaitu 4 daripada PKR, 4 daripada DAP dan 4 daripada PAS dan 3 daripada Parti AMANAH. Mohon Ketua-ketua Whip pembangkang untuk menghantar nama-nama pembahas daripada parti masing-masing. Setakat ini, saya telah menerima senarai 15 pembahas daripada Barisan Nasional. Sila Yang Amat Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat dari Jeli kerana mengaturkan persidangan khas Parlimen untuk perbahasan tentang penyertaan Malaysia dalam TPPA. Walaupun perjanjian ini tidak perlu mendapat kelulusan melalui Parlimen Malaysia, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Menteri telah membuat keputusan untuk mengadakan sidang khas pada hari ini dan esok, seperti mana yang dijanjikan pada tahun lepas supaya rakyat boleh diberikan peluang untuk mendengar pandangan dan juga kritikan terhadap TPPA daripada perspektif-perspektif yang berlainan sama ada di sebelah pihak pembangkang ataupun di sebelah pihak Barisan Nasional. Pada masa yang sama, saya juga mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri dan kementerian beliau untuk menganjurkan sesi taklimat terperinci

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

kepada semua Ahli Parlimen dalam sesi yang sama untuk memberi penjelasan yang lebih lanjut tentang butiran TPPA, terutamanya yang berkenaan dengan isu hangat seperti harga ubat, harta intelek dan perolehan kerajaan. Walaupun bukan semua jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak kementerian diterima oleh Ahli Parlimen yang menghadiri sesi ini, saya berpandangan bahawa langkah seperti ini patut diekori oleh Menteri dan kementerian yang lain terutamanya apabila dasar yang berimpak besar dibentangkan. Tentulah dalam aspek kepakaran, saya rasa beliau harus dipuji kerana memang dapat menguasai semua. Sungguhpun hujah-hujah mungkin berlainan, tetapi daripada segi kepakaran beliau memang menguasai intricacies of this TPPA. Bukan mudah dan saya rasa saya tidak bercakap – I do not exaggerate if I say that you are actually a one man show dalam aspek TPPA ini. Ini kerana nampaknya Yang Berhormat Menteri sahaja yang tahu, yang lain-lain tidak tahu. Itulah yang kita bimbangkan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Itu yang kita bimbangkan. Sekiranya “Tok Pa” tidak ada, apa akan berlaku? [Ketawa] Kalau hanya bergantung kepada “Tok Pa” satu orang, kalau kita lihat daripada aspek- Saya bukan cakap Ahli-ahli Parlimen, saya cakap daripada pihak Kementerian MITI. Kita hanya melihat “Tok Pa” sahaja. Kalau Menteri hanya tahu, yang lain-lain tidak tahu, yang menjadi decision maker dengan izin, saya rasa ini adalah satu keadaan yang amat membimbangkan. Ini kerana sekiranya “Tok Pa” tidak ada, apakah jaminan bahawa semua janji-janji ini ditunaikan. Kita boleh percaya sama “Tok Pa”...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bangun]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi bolehkah kita percaya tentang menteri- menteri yang lain? Ini yang dibimbangkan kerana daripada segi dasar-dasar...

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelas sedikit boleh?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Daripada segi dasar-dasar yang telah diterangkan...

Saya hendak mencelah sedikit boleh? Mencelah sedikit boleh?

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Mencelah sedikit.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya habis dahulu. Saya habis dahulu. Daripada segi dasar-dasar yang dibincangkan, satu orang tidak boleh tentukan segala-galanya. Ia bergantung kepada keputusan kerajaan dan inilah saya rasa bahayanya. Akan tetapi walau macam mana pun, daripada segi peribadi, daripada segi usaha untuk kembali kepada rakyat supaya dapat pandangan dan keputusan daripada wakil rakyat tentang TPPA, saya rasa saya mengalu-alukan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita harus berikan kepujian bila ia harus diberikan kepujian.

Boleh saya cakap sikit?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itulah saya hendak memuji...

Yang Berhormat Bagan, boleh sekejap? Pendek sahaja.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekejap. Saya belum. Nanti Yang Berhormat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya sedikit sahaja. Fasal “Tok Pa”. Fasal “Tok Pa”.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Duduklah. Nanti saya akan beri, bukan sekarang. Nanti.

Nanti lari daripada topik. Pendek sahaja hendak tanya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Mana itu train of thoughts sudah lari.

Beri pendek sahaja.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Beri settle “Tok Pa” itu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita berikan kepujian tentang kepakaran. Kedua, kerelaan untuk mengadakan sesi seperti ini. Saya harap ini boleh menjadi satu amalan yang lumrah yang lazim. Mungkin kita boleh ikuti dengan Dewan persidangan khas untuk Kedah supaya undi tidak percaya dapat dilaksanakan untuk menentukan siapa sepatutnya jadi Menteri Besar Kedah. [Tepuk] Janganlah hanya sekadar di sini sahaja...

Yang Berhormat Bagan sudah lari topik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Biar wakil rakyat Kedah putuskan siapa jadi Menteri Besar Kedah.

Yang Berhormat Bagan, ini TPPA. Ini debat TPPA.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bukanlah diputuskan oleh hulubalang-hulubalang UMNO tertentu sahaja, tetapi oleh wakil rakyat Kedah dipilih.

Yang Berhormat Bagan, saya hendak tanya sedikit. Penjelasan, penjelasan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sedikit sahaja hendak tanya, boleh?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Salah satu boleh dapat. Salah satu sahaja.

Saya, saya. Saya dahulu. Kota Tinggi dahulu. Saya hendak tanya, Yang Berhormat Bagan tadi sebut masa pergi taklimat tadi, senyap. Pergi taklimat masa meeting bagus tetapi hendak tanya, Yang Berhormat Bagan masuk tidak masa workshop, bengkel? Masa plenary “Tok Pa” jawab, kamu masuk tidak masa kita berbengkel selama sampai petang? Jadi, jawapan- jawapan itu diberi bukan oleh “Tok Pa”, diberi oleh pegawai-pegawai yang mereka amat detail. Malah kita memberi ucapan tahniah kepada mereka sebab mereka tahu apa disebut. Jadi kalau tuduhan itu seolah-olah kementerian semua tidak tahu, saya ingat Yang Berhormat Bagan, saya ingat elok ditarik balik. That is a very misleading punya information.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa Yang Berhormat Kota Tinggi belum jadi Menteri, tidak fahamlah. Tidak faham, you duduk.

Tidak, soalan saya, masuk tidak dalam bengkel?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak faham macam mana sebuah kerajaan beroperasi.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Bagan cakap mengelirukan. Mengelirukan rakyat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita perlukan kepada pegawai tetapi akhirnya keputusan dibuat oleh Menteri. Saya tahu kerana saya juga seorang pemimpin kerajaan negeri. Takkan kita benarkan pegawai buat keputusan. Kita dapat nasihat daripada mereka, yang buat keputusan Menteri. Itulah sebabnya saya sebut di sini, saya memuji kepakaran “Tok Pa”. Sungguhpun kita tidak bersetuju...

Akan tetapi kena sebut...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tetapi sekurang-kurangnya bila dia cakap ada otak punya.

Kementerian yang disupport oleh pegawai-pegawai yang fasih, yang mahir, yang tahu. Jangan fikir kementerian satu orang macam Lim Guan Eng pakai satu orang sahaja.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Brain power– putuskan, yang akan membuat keputusan untuk menyokong ataupun menolak mana-mana dasar kerajaan. Kita sebagai Ahli Parlimen patut menilai dasar itu secara objektif dan rasional. Kita tidak sepatutnya

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

menolak mana-mana dasar atas sebab ia tidak munasabah atau pun tidak berasas. Sebagai satu contoh, kita tidak sepatutnya menolak TPPA oleh sebab kebimbangan bahawa negara kita akan didominasi oleh Amerika Syarikat. Pada hakikatnya, apa yang diperlukan ialah untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan negara kita dengan semua negara dagangan utama kita. Ada sesetengah daripada negara ini yang terlibat dalam TPPA termasuk Singapura, nombor satu daripada segi pasaran eksport, Amerika Syarikat nombor tiga, Jepun nombor empat dan Australia nombor sembilan. Ada sesetengah negara yang tidak terlibat dalam TPPA seperti China nombor dua dan India nombor tujuh, tetapi termasuk dalam perbincangan RCEP (Regional Comprehensive Economic Partnership). Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak patut mengeluarkan kenyataan bahawa ada pihak yang sokong atau tolak TPPA atas kepentingan satu kaum atau satu puak sahaja. Inilah tuduhan yang tidak berasas dan bersifat fitnah jahat yang patut ditolak sama sekali.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apa yang diperlukan sekarang ialah penilaian secara objektif tentang kos dan faedah penyertaan Malaysia dalam TPPA, ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Bebas ataupun FTA yang sedang dirundingkan dengan Malaysia. Dalam konteks sebegini saya hendak membangkitkan beberapa isu penting mengenai TPPA yang belum ditangani dengan sewajarnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Isu pertama yang saya bangkitkan ialah impak TPPA terhadap IKS ataupun small and medium enterprises. Walaupun analisa kos faedah yang dijalankan oleh Pricewaterhouse menunjukkan potensi kesan positif kepada sektor SME akibat daripada pembukaan pasaran baru kemungkinan besar kesan positif ini akan dinikmati oleh SME yang sudah berorientasikan mengeksport barangan keluaran mereka. Untuk SME yang lebih kecil, kebanyakan daripada mereka tidak akan menikmati potensi kesan positif daripada TPPA tetapi kemungkinan besar akan mengalami kemerosotan perniagaan akibat daripada persaingan luar yang lebih besar. Berdasarkan kajian yang di jalan oleh Penang Institute, syarikat kecil di Malaysia yang secara umumnya adalah lebih kecil mempunyai leverage yang lebih rendah, diberikan nilai yang lebih rendah di pasaran saham untuk mereka yang disenaraikan dalam pasaran saham dan terlibat dalam industri yang boleh dikatakan kurang berkeuntungan. Boleh dikatakan bahawa syarikat-syarikat SME kecil ini kemungkinan besar kurang dapat bersaing serta mendapat manfaat daripada TPPA berbanding dengan GLC dan juga syarikat bukan GLC yang lebih besar.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Menurut Michael Tang…

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Bagan, sedikit. Yang Berhormat Bagan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya dengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat Bagan tadi. Kalau TPPA dijalankan besar kemungkinan ada sesetengah SME yang dapat atau syarikat besar yang dapat tetapi SME yang kecil-kecil dikatakan tidak dapat. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Bagan, adakah Yang Berhormat Bagan ingat kerajaan yang prihatin ini akan membiarkan SME yang kecil ini tidak mendapat keuntungan? Malah tentulah kerajaan akan berusaha supaya SME kecil ini diberikan dorongan, bantuan dan support untuk mendapat juga kejayaan. Apa pendapat Yang Berhormat Bagan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya berikan jawapan daripada Presiden Persatuan IKS Malaysia, Encik Michael Tang, yang menyatakan bahawa 30% daripada 195,000 perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia akan hilang selepas TPPA dilaksanakan. Sesetengah pihak pula sebut mungkin sampai 40% akan terjejas. Kebimbangan pengusaha-pengusaha IKS ini saya rasa adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah terutama di kalangan mereka yang bukan merupakan pengeksport terutamanya ke Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru iaitu empat pasaran yang akan dibuka akibat daripada perjanjian TPPA.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kerajaan tidak boleh menafikan bahawa masih terdapat dengan izin, credibility gap di antara kerajaan dan SME yang kecil. Saya hendak beri satu contoh, sebelum GST diperkenalkan pada bulan April tahun lepas, kerajaan melalui Jabatan Kastam memberi jaminan kepada SME dan peniaga-peniaga lain bahawa bayaran balik ataupun refund daripada GST yang dikutip oleh mereka akan dipulangkan dalam masa dua minggu. Akan tetapi sampai sekarang ia tidak dilaksanakan dalam tempoh dua minggu yang dijanjikan. Kesan negatif dari segi sekatan tunai ataupun cash flow dapat dirasai lebih-lebih lagi oleh SME kecil yang tidak mempunyai simpanan tunai yang besar. Kerajaan wajib memberikan bantuan kepada SME yang akan mengalami kesan yang buruk akibat daripada TPPA. Ini isu penting yang pertama. Bantuan dari segi kewangan dan juga bantuan technical assistance mesti diberikan kepada SME kecil untuk membolehkan mereka menghadapi TPPA. Akan tetapi buat masa sekarang tidak ada apa-apa dasar yang konkrit dan kami ingin cadangkan kalau disusuli dengan satu tabung khas oleh TPPA soft loan, tabung mudah TPPA dapat diumumkan oleh MITI ataupun mana-mana kementerian untuk membantu SME menghadapi cabaran persaingan akibat daripada pelaksanaan TPPA ini. Jikalau kerajaan tidak ada sebarang langkah-langkah mitigasi yang dirancang secara terperinci khusus dan sistematik, bagaimana SME boleh mempercayai jaminan kerajaan bahawa TPPA ini akan membawa kesan positif kepada mereka. Isu kedua adalah ISDS. Walaupun pihak kementerian telah memberi jaminan bahawa text TPPA akan mengehadkan tindakan undang-undang remeh atau frivolous lawsuits, dengan izin. Tidak ada jaminan kukuh bahawa kes ISDS yang melibatkan kerajaan negeri tidak akan dibawa ke Tribunal Antarabangsa. Ada beberapa kes yang melibatkan kes-kes tersebut iaitu yang telah dibawa ke Tribunal Antarabangsa melalui ISDS yang termaktub dalam perjanjian NAFTA dan dengan izin, contoh yang pertama, “Chemical giant Dow AgroSciences used NAFTA to force the province of Quebec, after it banned 2,4-D, a pesticide that the Natural Resources Defense Council says has been linked in many studies to cancer and cell damage, to publicly acknowledge that the chemical does not pose an “unacceptable risk” to human health, a position the government had previously held.” Saya rasa ini semuanya menunjukkan bahawa bukan sahaja Kerajaan Persekutuan boleh dibawakan ke Tribunal Antarabangsa tetapi mungkin juga kerajaan negeri boleh diheret ke tribunal yang sama. Ini sangat membimbangkan kerana dana dan kepakaran kerajaan negeri memang terhad berbanding dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya berlaku, bolehkah ia ditanggung sepenuhnya indemnified dengan izin, sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Kes-kes di Tribunal Antarabangsa memakan kos yang tinggi dan juga tentulah kerana ia melibatkan peguam-peguam yang kebanyakan berpusat di Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran tentang perjanjian yang amat kompleks ini, saya rasa ia adalah sesuatu yang boleh mengancam kerajaan-kerajaan negeri. Sebagai satu contoh kes yang melibatkan undang-undang terhadap pembungkusan kotak rokok di Australia. Walaupun telah dimenangi oleh Kerajaan Australia, memakan kos sebanyak AUSD50 juta. Ini bukanlah satu jumlah yang kecil dan saya rasa sukar ditanggung oleh kebanyakan kerajaan-kerajaan negeri. Kalau kita lihat kes yang serupa di Malaysia, contohnya bolehkah Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada Kerajaan Negeri Pahang bahawa ia tidak akan diheret ke Tribunal Antarabangsa oleh Lynas sekiranya kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kuantan menghentikan lesen operasi Lynas di Gebeng akibat daripada pencemaran alam sekitar. Tambah lagi jikalau kes penting ini yang melibatkan kerajaan negeri di negeri Pulau Pinang, Selangor ataupun Kelantan, sekiranya mungkin kita tidak setuju dengan pembinaan loji reaktor nuklear. Kalau ia menjadi satu perkara pertikaian, isu seperti ini bolehkah Kerajaan Pusat memberi jaminan bahawa bantuan kewangan kepada kerajaan negeri tersebut untuk melawan kes ke Tribunal Antarabangsa. Isu ketiga adalah berkaitan dengan pendirian kerajaan dari segi ketelusan ataupun transparency. Salah satu kebaikan TPPA yang telah diumumkan oleh pihak kementerian dan juga merupakan satu bab dalam perjanjian TPPA ialah ketelusan dan antirasuah ataupun anti corruption measures terutama dalam perolehan kerajaan ataupun government procurement.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi pihak Kerajaan Malaysia telah berjaya untuk meletakkan satu out of clause, satu carve-out dalam bab perolehan kerajaan di mana projek di bawah PPP atau public-private partnership atau kerjasama awam swasta dikecualikan daripada persaingan terbuka. Ini bermakna bahawa kontrak rundingan terus ataupun direct negotiations di bawah PPP akan diteruskan selepas perjanjian TPPA dikuatkuasakan. Telah terbukti bahawa public-private partnership ataupun PPP di bawah Kerajaan Barisan Nasional telah digunakan untuk memberi keuntungan kepada kroni-kroni dan meningkatkan beban kepada rakyat jelata.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kontrak lumayan untuk membekalkan elektrik kepada TNB melalui IPP. Kontrak konsesi untuk membina dan menjalankan operasi tol lebuh raya yang kian tahun demi tahun menaikkan kadar tol. Kontrak membina dan mengoperasi asrama di institusi pengajian tinggi awam yang mengenakan kos yang tinggi ke atas mahasiswa. Ini adalah sebahagian daripada TPP yang ditawarkan dengan kaedah yang tidak telus yang membawakan impak yang begitu negatif kepada ekonomi dan Rakyat Malaysia. Kerajaan Persekutuan telah melepaskan peluang keemasan untuk menggunakan perjanjian TPPA sebagai proses memperbaiki sistem perolehan kerajaan dengan menghapuskan TPP. Ini adalah sebab utama kenapa kami dari pihak pembangkang tidak boleh menyokong perjanjian TPPA ini kerana membelakangkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan. Di samping itu, saya tertarik dengan kenyataan oleh pihak... bahawa kita boleh menarik diri tanpa sebarang kos. Tetapi sekiranya ada syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat ataupun mereka yang tandatangani TPPA ini. Mereka melabur di Malaysia berdasarkan wujudnya TPPA. Adakah mereka tidak ada hak langsung untuk menuntut bayaran ganti rugi. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan perkara ini kerana sekiranya mereka melabur berdasarkan kita adalah signatory, dengan izin kepada TPPA. Saya percaya mereka boleh menuntut bayaran ganti rugi dan macam mana kita boleh menanggung beban ganti rugi yang begitu besar ini. Isu terakhir yang paling penting ialah harga ubat, harta intelek, alam sekitar tahap buruk yang saya rasa akan dibangkitkan oleh rakan-rakan saya sebelah sini. Akan tetapi saya hendak sebut tentang harga ubat. Ia adalah satu isu kritikal. Satu isu kritikal yang menyebabkan parti DAP membuat keputusan bahawa kita amat bimbang, rakyat akan terpaksa membayar harga yang tinggi untuk ubat-ubatan. Apakah janji bahawa TPPA akan memberikan pelindungan kepada mereka? Tentunya kuasa pelaksana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kita akan menggunakan kuasa penguatkuasaan secara bersama di kalangan semua negara-negara yang terlibat dalam TPPA. Akan tetapi macam mana kita boleh memastikan ia berkepentingan awam. Di Amerika Syarikat pun Kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh berbuat apa-apa pada awalnya. Bila Turing Pharmaceuticals menaikkan harga ubat dari USD13.50 kepada USD750. Kenaikan 5 ribu peratus. Adakah keadaan sedemikian akan berlaku dekat Malaysia? Kalau Amerika Syarikat pun perkara seperti ini boleh berlaku dan saya percaya Yang Berhormat Menteri pun tahu ia menjadi satu skandal yang begitu besar. Macam mana Malaysia boleh memastikan bahawa kes seperti ini tidak akan berjangkit ke Malaysia. Hendak lagi?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya hendak lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Baik hati Yang Berhormat Bagan beri dekat Yang Berhormat Bagan Serai ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Nanti Yang Berhormat Bagan gulung yang akhir.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya dengar dengan teliti tentang isu yang ditakutkan oleh Yang Berhormat Bagan kepada Rakyat Malaysia. Tentang ubat naik ini bukan sebab TPPA. Sudah dijelaskan dalam usul tadi Menteri. Sebab perkara IPR dan ubat perkara paten dan DE adalah tidak berubah. Tidak berubah. Tentang harga naik, banyak faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan harga naik.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kejadian naik contohnya di... mungkin disebabkan faktor-faktor lain. Jadi apa yang saya hendak nyatakan Yang Berhormat Bagan, saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan kita TPPA belum buat lagi dan TPPA kita tidak mengubah tentang IPR ubat ini. Jadi kita tidak boleh menyalahkan TPPA dan kita tidak boleh kata bagaimana kerajaan hendak meyakinkan perkara ini tidak naik. Sudah tentu saya percaya kerajaan yang prihatin akan berusaha untuk mengekang kenaikan harga dan membantu rakyat yang miskin, membantu orang-orang yang sakit dan sebagainya. Kita jangan menakutkan-menakutkan rakyat di dalam Dewan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa Yang Berhormat daripada Bagan Serai tidak begitu bimbang kerana dia masih muda. Macam saya tualah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Berapa umur?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, saya lebih bimbang kerana kita perlukan ubat dan kita harap ubat itu dengan harga yang munasabah. Saya rasa simpati sedikit bagi orang-orang tua kerana itulah kebimbangan mereka. Kalau sekiranya kita boleh yakin pihak Kerajaan BN mengapakah apabila GST dilaksanakan terlepas, kerajaan memberikan jaminan harga barang akan turun, ekonomi akan dipulihkan tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Sehingga GST dianggap sebagai satu kecelakaan kepada ekonomi Malaysia.

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekiranya GST kita tidak boleh percaya, takkan bila kita sebut pada harga ubat, kita tidak boleh dipersalahkan, rakyat tidak boleh dipersalahkan kalau kita sangsi, kita ragu tentang jaminan bahawa harga ubat akan terus terkawal dan dipastikan rendah. Ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Omong-omong kosong yang kita tidak percaya. Hanya perenggan terakhir saya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak nafikan TPPA ada baiknya untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya berdiri sebagai pemimpin DAP untuk semua Rakyat Malaysia. Macam mana kita boleh yakin bahawa langkah-langkah perlindungan untuk rakyat Malaysia dapat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu GST adalah satu pengalaman yang amat pahit sekali untuk rakyat Malaysia. Memudaratkan ekonomi, menurunkan kos kehidupan rakyat dan saya rasa kita tidak mahu ia berulang untuk TPPA. Betul, ada “Tok Pa” sini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bagan

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tetapi kalau “Tok Pa” satu hari tidak jadi Menteri, jadi Menteri Besar Kelantan macam mana?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Wow.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini yang kita hendak tahu kerana tidak ada sebarang jaminan di sini. Tidak ada sebarang jaminan di sini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sila, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup risau bila mendengar hujah daripada Bagan Serai. Tadi dikatakan oleh Pihak Menteri bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional semua sudah faham sudah. Sudah dengar macam-macam taklimat penerangan. Tetapi bila dengar hujah dari Yang Berhormat Bagan Serai harga ubat tidak akan naik kerana kerajaan akan campur tangan, SME tidak akan

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

terjejas kerana kerajaan akan campur tangan. Ini kita cakap tentang soal persaingan bebas. Mana boleh kerajaan campur tangan.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau campur tangan, maka ia akan melanggar syarat-syarat TPPA. Ini tidak faham. Bukan kata faham. Inilah sebabnya kenapa kita sokong. Saya hendak desak Ketua Backbenchers Kelab Barisan Nasional untuk benarkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional mengundi atas dasar conscience mereka dan bukan untuk ikut toe the party line. Bila ada arahan toe the party line, menunjukkan bahawa ada perpecahan, ada perbezaan pandangan biar undi ikut kefahaman dan biar undi secara sulit. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya memang setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam. Seperti yang disebut tadi, kerana isu-isu akauntabiliti dan ketelusan tidaklah diterapkan sebaliknya dibelakangkan kerana kebimbangan tentang masa depan SME, kerana kebimbangan bahawa SDS akan mengheret syarikat-syarikat ataupun Kerajaan Malaysia dengan kos yang tinggi untuk menangkis pun, dekat Australia AUD50. Kalau melibatkan kerajaan negeri memang tidak mampu ada isu tentang buruh, harta intelek, alam sekitar dan akhirnya seperti yang saya sebut tadi ubat. Itu satu fundamental perkara asas sekiranya harga ubat naik masa depan. Anda semua, Ahli Parlimen ini akan tanggung dosa ini. So, dengan ini sebab ini yang saya bangkitkan, kami di pihak DAP dan pihak Pakatan Harapan menolak sebulat-bulatnya perjanjian TPPA. Sekian Terima kasih.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul bagi Malaysia menyertai TPPA. Saya mulai dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada usaha yang dicurahkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perundingan, penjelasan dan kajian TPPA di sepanjang waktu ini. Khasnya kepada Kementerian MITI, saya turut ingin berterima kasih kepada Institute of Strategic and International Studies (ISIS) dan juga PricewaterhouseCoopers atas Laporan Analisis Kos Faedah TPPA yang menyeluruh dan terperinci dalam membantu pemahaman semua pihak termasuk masyarakat umum. Pembentangan usul ini juga saya lihat sebagai satu langkah yang tepat walaupun saya dimaklumkan bahawa Malaysia sebenarnya boleh terus menandatangani dengan kelulusan Kabinet, tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membenarkan ia dibahas supaya maklumat yang tepat dan betul disalurkan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada beberapa minggu yang lepas telah menjalankan satu soal selidik mengenai TPPA dan keputusan soal selidik ini menunjukkan bahawa ada dua per tiga orang bersetuju supaya Malaysia menyertai TPPA tetapi kami tidak berasa gembira kerana masih ada satu per tiga orang yang tidak bersetuju dan mungkin mereka dipengaruhi oleh maklumat-maklumat yang tidak tepat dalam internet. Saya mengalu-alukan perbahasan yang terbuka dan rasional ke atas usul-usul penting seperti TPPA yang bakal mempengaruhi tahap perkembangan dan hala tuju politik dan sosial, ekonomi negara. Tindakan kerajaan yang membawa usul ini ke Dewan yang mulia ini untuk dibahaskan secara rasmi mencerminkan sifat keterbukaan dan ketelusan yang amat diperlukan dalam proses membuat keputusan kepada TPPA. Saya percaya perbahasan di dalam Dewan ini melibatkan kalian Yang Berhormat berserta dengan laporan analisis yang cukup profesional mampu memupuk persefahaman dan membuat keputusan yang terbaik. Saya sedar akan wujudnya perbahasan yang sengit sejak tahun 2013 yang membincangkan kesesuaian Malaysia untuk menyertai TPPA tetapi saya perlu mengingatkan bahawa negara kita merupakan sebuah negara perdagangan selama ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kita merupakan sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal dengan keterbukaan, kepelbagaian dan daya saingan yang telah membawa kekayaan dari segi kewangan mahupun kebudayaan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia seharusnya mewarisi falsafah dan reputasi perdagangan yang sememangnya memberi makna kepada kedudukan sejarah mahupun perkembangan semasa negara kita. Penempatan pada masa kini sama ada Malaysia patut menyertai atau tidak boleh merujuk kepada pencapaian masa silam mahupun orientasi ekonomi politik masa depan negara. Saya percaya bahawa ia merupakan keputusan yang semula jadi dan logikal untuk Malaysia menyertai TPPA setelah meneliti dan menimbangkan analisis kos faedah laporan dan pandangan kesemua pihak. Penyertaan TPPA memberikan akses kepada negara kita sebuah pasaran melintasi sempadan yang boleh mencecah USD800 juta dengan Keluaran Dalam Negara Kasar gabungan sebanyak USD27.5 trilion. Saya percaya bahawa Malaysia akan banyak mendapat faedah melalui penyertaan ini kerana kita boleh menembusi batasan pasaran domestik yang sebanyak 30 juta orang dan Asian dengan populasi sebanyak 620 juta dan pasaran sebanyak USD2.3 trilion. Menurut Kajian Peterson Institute of International Economics, nilai eksport Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak USD41.7 bilion dan pendapatan turut meningkat sebanyak USD26.3 bilion menjelang tahun 2025 sekiranya menyertai dan kekal dalam TPPA, sementara Laporan Credit Suisse menjangka bahawa KDNK Malaysia bakal meningkat 5% dengan penyertaan TPPA. Malahan, TPPA dijangka akan mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai antara negara perdagangan terbesar di dunia dan ini bakal mencipta lebih banyak lagi kekayaan, peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dengan suara bantahan TPPA yang diketengahkan oleh sesetengah pihak dan percaya bahawa kebimbangan mereka banyak berasal daripada perasaan takut dan keengganan untuk bersaing. Mereka diberikan maklumat yang salah (misinformation), dikelirukan (misleading) dan dihasut oleh pihak- pihak yang mempunyai agenda politik tersendiri. Saya tidak bersetuju dengan perdebatan TPPA yang sengaja dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ia adalah terpesong daripada fokus sebenar ke atas kesesuaian Malaysia menyertai TPPA. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya menggunakan perkataan dialek Hokkien yang saya percaya boleh mencerminkan dilema sekarang dengan tepat sekali. Dalam isu TPPA, kita harus mengamalkan, menggalakkan semangat dan sikap ‘kiasu’. ‘Kiasu’, ‘kia’ ialah takut, ‘su’ - kalah. Makna, takut kalah. Ia memberi maksud mempunyai daya saing yang tinggi sehingga melakukan apa sahaja untuk menang, untuk berjaya, ‘kiasu’ dan kita harus rasa kita tidak mahu kalah, tidak mahu dikalahkan oleh negara jiran, tidak mahu dikalahkan oleh Singapura, tidak mahu dikalahkan oleh Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kita mahu meletakkan, memperjuangkan yang terbaik untuk negara, untuk Malaysia. Saya cukup yakin, negotiator-negotiator kita sentiasa mempunyai sikap ‘kiasu’ apabila menjalankan perundingan mereka dengan negara-negara lain dan sikap yang seharusnya kita menolak Tuan Yang di-Pertua, ini dalam dialek juga, ‘kiasi’.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan bangun.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Biar saya habiskan dulu. Kiasi, ‘kia’ juga takut, ‘si’ itu mati tetapi tidak ada kena mengena dengan kematian. Ini menunjukkan sikap takut menerima cabaran. Mahu status-quo, takut mengambil risiko. Inilah sikap yang seharusnya kita menolak kerana dengan sikap ‘kiasi’, kita tidak akan berdaya saing dan mencapai keputusan yang cemerlang. Kita tandatangan, takut negara dijajah oleh Amerika Syarikat, sedangkan tidak. Kita tandatangan takut pula hak bumiputera terhakis, sedangkan tidak. Kita tandatangan, takut orang asing mengambil jawatan syarikat- syarikat Malaysia, sedangkan kita juga boleh pergi ke Amerika Syarikat menjawat di dalam syarikat.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kita tandatangan takut negara bankrap kerana mekanisme ISDS sedangkan ISDS bukan sesuatu yang baru dan kita mempunyai telah pun ada 8 FTA dan 74 bilateral investment treaties dan ini adalah suatu safeguard dalam TPPA.

Dato’ Ahmad Fauzi bin ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Sebentar.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Jadi sepatutnya, kita tolak sikap kiasi dan mengamalkan sikap kiasu...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Sila.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Setiawangsa ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Siapa?

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Bagi Yang Berhormat Putatan dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Simpang Renggam. Ini soal sikap kiasu, kiasi. Kami difahamkan ini saya takut. Ingat tidak Yang Berhormat Simpang Renggam, tidak tahu Yang Berhormat Simpang Renggam sudah lahir kah tidak tahun 1974 semasa Allahyarham Tun Abdul Razak, semasa dia jadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia kiasu, takut dengan hubungan kita dengan negara China. Ramai rakyat kita membantah pada satu ketika itu... [Disampuk] Itu kiasi ya. Jadi kita berkawan, Perdana Menteri kita melawat negeri China, berkawan dengan negeri China. Apakah kesudahan kita? Berkawan baik, kita mahu rakyat yang semua kita mahu rakan. Jadi apa yang sebab kita takut dengan Amerika ini. Kalau takut dengan Amerika, tidak perlu hantar pembedahan di Amerika Syarikat. Sini kita bantah, kalau kita bantu mereka bebaskan ayah, pergi Amerika Syarikat, lain di depan membantah, di belakang lain buat. Ini suka main belakang fasal apa.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Simpang Renggam, sikit saja. Yang Berhormat Simpang Renggam, saya hendak bagi tahu semasa Allahyarham Tun Razak menandatangani perjanjian diplomatik dengan China tahun 1931, Mei 1974, semasa itu rakyat China 900 juta, rakyat Malaysia semasa itu hanya 12 juta. Bermakna 1.32 juta, yang penting dia bukan ramai tetapi perjanjian itu yang sekarang ini kita tandatangani ialah segala 800 juta dengan 12 buah negara. So, apa yang kita hendak takut. Maknanya orang lain tidak takut. Saya hendak bagi tahu, kalaupun ada orang takut tentang gerak lawatan ini pada saya tiga buah negara saja. Pertama, Mexico. Mexico pada Spanish, Amerika, Mexican-American War 1846 hingga 1848 mereka kehilangan 1.4 juta kilometer tanah yang sekarang ini merangkumi 14% daripada tanah USA sekarang. Itu pertama. Kalau orang kedua yang paling takut ialah Jepun. Perang bom yang diturunkan di Nagasaki dengan di Hiroshima, 100,000 orang mati, mereka lagi takut. Saya hendak bagi tahu tentang Vietnam War ini. Tahun 1965 hingga 1973, 1 juta orang mati disebabkan ini. Merekalah yang patut lebih takut daripada kita. So, bagaimana pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Simpang Renggam, boleh?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya dengar Yang Berhormat Simpang Renggam cakap tadi, cerita tadi tentang kiasu, kiasi ini, kepahlawanan- 400 tahun dulu di Melaka, perdagangan yang begitu hebat di Melaka. Itu adalah, hakikatnya adalah gene kita itu. Itu hakikatnya DNA kita, kepahlawanan, keberanian. Jadi di mana perginya keberanian ini hingga takut hendak

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

bersaing. Di manakah perginya? Siapa yang mengura-urakan, menakut-takutkan rakyat dalam perkara ini? Perkara kedua, Yang Berhormat Simpang Renggam saya hendak bertanya, saya dapat lihat dalam laporan IMD, competitive risk 2015, World Competitive Year 2015, Malaysia di tahap 14 daripada 61 negara dan daripada report World Economic Forum, Global Competitive Index, Malaysia di tangga 18 daripada 140 negara. Kita lihat Malaysia bukan budak hingusan sekarang ini. Perbandingan tahun 70-an perbandingan lama. Perbandingan yang jitu perbandingan yang sekarang. Pada tahap ini Malaysia di tahap 14 dalam competitiveness. Dia saingan begitu hebat di dalam negara di dunia ini. Yang Berhormat Simpang Renggam, saya dapati berbandingkan dalam 11 lagi negara dalam TPP, US nombor satu, nombor dua Singapore, nombor tiga, dan pada tahap ketiga adalah Kanada iaitu pada level yang kelima, dan Malaysia menduduki tempat keempat, dengan competitive index pada tangga 14 dunia dalam ranking 12 buah negara TPP, Malaysia pada tangga keempat. Lepas itu turun New Zealand, Australia, Jepun, Chile, Mexico – 39, Peru – 54 dan Vietnam tidak adapun dalam list. Kalau Peru, Vietnam tidak takut, kenapa Malaysia mesti takut bersaing. Kenapa kita hilang hakikat keberanian ini. Terima kasih.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Habislah masa saya Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih kepada sahabat, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Setiawangsa dan juga Yang Berhormat Bagan Serai. Kesemua ini dimasukkan dalam hujah saya. Itulah yang saya ingin sampaikan. Kalau dengan sikap kiasi, sampai bila-bila pun kita tidak akan maju dan kita sepatutnya mengamalkan sikap dan semangat kiasu dan kalau kita tidak menyertai TPPA akhirnya Vietnam yang akan masuk. Jadi, kita akan ketinggalan, semua pelabur asing akan masuk ke Vietnam dan sekarang pula...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Negara China pun tidak masuk, kiasi agaknya.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Thailand, Indonesia telah pun menunjukkan minat mereka. Mahupun Indonesia mahu menyertai TPPA. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita perlu yakin dengan kemampuan dan daya saing masyarakat kita. Kecenderungan dasar tutup pintu dalam ekonomi hanya akan merugikan negara dengan pemulauan ekonomi ostracism yang dikenakan oleh diri sendiri. Penepatan TPPA banyak didominasi oleh kumpulan berkepentingan dan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang takut akan cabaran dan persaingan. Pada halnya kepentingan pengguna juga patut diberikan pertimbangan yang sewajarnya. TPPA dijangka akan membawa kemasukan produk-produk baru berkualiti yang menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pengguna Malaysia. Malahan kebanyakan produk tersebut adalah bebas cukai kerana Malaysia merupakan sebahagian daripada jalinan perdagangan bebas TPPA. Tuan Yang di-Pertua, persaingan yang dibawakan oleh TPPA adalah positif dan boleh memanfaatkan negara kita. Keperluan untuk menyamai, malahan mengatasi 11 buah lagi negara anggota TPPA bakal mempertingkatkan lagi penekanan ke atas penyelidikan dan pembangunan R&D untuk memastikan cara penghasilan dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara kita mematuhi piawaian atau tahap tinggi yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut. Industri dalam negara akan mengambil langkah untuk melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan cara penghasilan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah setanding, malahan lebih baik daripada negara- negara anggota yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Simpang Renggam, sila gulung.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Perbelanjaan Malaysia ke atas penyelidikan dan pembangunan masih rendah dengan 1.13% daripada KDNK pada tahun 2010. Penyertaan TPPA dengan persaingan yang keterbukaan pasaran turut menandakan

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

permulaan usaha untuk mempertingkatkan kreativiti dan inovasi dalam Malaysia. Ia secara tidak langsung akan mempertingkatkan daya saing industri Malaysia dan merangsang pasaran tempatan. Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti analisis dan laporan yang telah dibentangkan, saya yakin bahawa TPPA ini akan memberikan lebih banyak faedah pada negara kita dan adalah tindakan yang wajar dan bijak untuk menyertai perjanjian tersebut dan kita perlu menunjukkan kesanggupan untuk berdepan dengan persaingan dan cabaran dan terus mengamalkan falsafah keterbukaan komuniti yang sememangnya menjadi warisan negara kita sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. TPPA suatu perjanjian yang bebas dan komprehensif, 13 FTA yang telah terjalin oleh Malaysia sebelum ini, TPPA menandakan peningkatan kerjasama perdagangan ke tahap yang baru...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Yang patut kita berdepan dengan keyakinan diri sendiri dan keterbukaan minda. Saya gulunglah.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Sedikitlah, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Temerloh, kita sudah hampir pukul 1 Yang Berhormat.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Sedikit, sedikit. Saya hendak timbulkan soal isu yang disebut kononnya kita ini takut bersaing. Sebenarnya apa yang dirasai oleh rakyat kita sebenarnya berasas. Sebab kalau kita tengok sejak dilancarkan Dasar Ekonomi Baru dalam negara kita tahun 1971 yang lalu, asasnya adalah untuk mewujudkan keseimbangan sosioekonomi dalam negara kita antara kaum dan sasarannya ialah hendak capai 30% pegangan ekuiti bumiputera menjelang tahun 1990 tetapi gagal. Tahun 1990 hanya 19.3% sahaja. Jadi ini menunjukkan kegagalan dan tahun 2011 yang terbaru, hanya 23.5% pegangan ekuiti bumiputera ini. Jadi maknanya jauh ketinggalan. Jadi kalau persaingan di peringkat tempatan pun bumiputera gagal bersaing, bagaimana hendak lihat persaingan di peringkat yang lebih global dan lebih besar di peringkat antarabangsa.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya rasa kita option macam carve-out. Kalau kita tidak dapat mencapai sasaran tersebut, bila-bila pun Malaysia kita boleh keluar daripada perjanjian tersebut, satu. Kedua, kita lihat pasaran yang lebih besar, peluang yang lebih banyak supaya bumiputera boleh mengambil bahagian dalam pelaburan, dalam pekerjaan dan saya percaya dengan keupayaan bumiputera yang ada dalam Malaysia kita ini, kita akan boleh mencapai 30%...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Ekuiti dalam Malaysia. Jadi kita perlu sedar bahawa TPPA bakal menjadi perjanjian perkongsian ekonomi terbesar dunia dan kita mesti menjadi sebahagian daripada perjanjian tersebut untuk mengekalkan daya saing dan tarikan Malaysia sebagai negara perdagangan yang terbesar di dunia. Kita harus sekali lagi mengamalkan sikap kiasu dan tolak sikap kiasi. Dengan itu saya mohon menyokong Malaysia menyertai Perjanjian TPPA. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Marang, mula pukul 2.30 petang ya. Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Marang untuk menyambung perbahasan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan menyebut Firman Allah SWT... [Membaca ayat suci Al-Quran] Surah Rum Ayat 41, yang bermaksud, “Telah zahirlah keburukan atau kemusnahan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka.” Mudah-mudahan mereka sedar dan insaf kembali kepada petunjuk Tuhan. Kemusnahan dan keburukan termasuk dalam aspek ekonomi sehingga ke peringkat global, bukan sahaja peringkat nasional. Sebenarnya, pengertian globalisasi atau al-Aulamah adalah hampir sama dengan nilai kesejagatan al-Anbiya dan dibawa oleh Islam dalam al-Quran Nur Karim, Firman Allah SWT... [Membaca ayat suci Al-Quran] “Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad SAW melainkan membawa rahmat kepada seluruh alam”. Rahmat itu termasuklah rahmat dalam aspek ekonomi yang bermasyarakat madani peringkat antarabangsa. Namun, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari ini bererti membaratkan dunia, westernization atau meng‘Amerika’kan dunia, Americanization dengan tujuan untuk menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi bagi menjayakan agenda pemaksaan pengaruh Amerika dan Eropah ke seluruh dunia. Kita mesti berwaspada dalam hal ini, kini dunia hanya mengenali dua pendekatan ideologi ekonomi sama ada dalam sebuah negara atau antarabangsa iaitu sama ada liberal kapitalisme atau sosialisme. Abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan ideologi sosialisme sehingga kuasa besar yang mendukungnya paling ekstrem seperti China dan Rusia serta negara ikutannya melakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang didukung oleh liberal kapitalisme. Sehingga yang dikatakan tabir besi dahulu sudah tidak ada lagi kerana semuanya sudah bergerak ke pasaran bebas dalam aspek ekonomi. Kini kita menyaksikan tanda-tanda kegagalan liberal kapitalisme dengan krisis ekonomi dunia yang kita juga mengikut menumpang dan terpalit. Maka, diciptakan gagasan baru bernama TPPA yang arkiteknya Amerika yang tidak boleh diberi keyakinan dalam menyelamatkan ekonomi dunia. Bahkan salah satu punca masalah kalau kita menumpang bahtera ini, kita akan bersama melakukan kesilapan yang sama dan tenggelam bersama. Kita sama-sama mengikuti ucapan Presiden Obama ketika menjelaskan kepentingan TPPA kepada ekonomi Amerika. Jelasnya, TPPA akan menjadi penyelamat kepada ekonomi Amerika dengan menjadikan peraturan perdagangan yang mereka menulis sebagai terma yang dipaksakan ke atas negara anggota blok TPPA bagi membantu Amerika berdepan dengan perkembangan mendadak ekonomi negara besar dunia. Ini dapat dilihat berdasarkan negara anggota TPPA yang merentasi beberapa buah benua bermula dari Lautan Hindi ke Pasifik dan turut melibatkan negara anggota ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. TPPA ingin mengukuhkan geopolitik dan pengaruh Amerika di Asia Pasifik dan Laut China Selatan. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik amat penting untuk Amerika menguasai sebahagian Selat Melaka dan kawasan tertentu di Laut China Selatan. TPPA gagasan perdagangan berkonsepkan liberal kapitalisme yang diketuai oleh barat yang pernah menjajah dengan gabungan kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan yang pernah membawa penderitaan ke seluruh pelosok dunia. TPPA pembaharuan daripada syarikat Hindia British dan Belanda yang pernah menakluki rantau ini menjajah tanah air, memperhambakan rakyat dan mengangkut hasil bumi. Hujah ini dikuatkan apabila merujuk kepada Artikel 25(7), ringkasan teks perjanjian muka surat 217, itu saya bacakan tadi. Perjanjian TPP menyebut, negara anggota TPPA perlu lebih telus dan bertukar- tukar maklumat negara. Kita kena sedar, ini satu bahaya besar terhadap keselamatan negara dan membuka ruang kepada ancaman kuasa asing. Sejauh mana Kerajaan Malaysia mampu mengawal maklumat negara dari diserahkan kepada negara luar secara halal sedangkan negara anggota terpaksa akur dengan langkah perundangan. Benarlah TPPA akan membuka ruang kepada kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara yang menjajah negara bermula dengan penguasaan ekonomi.

Ideologi kapitalisme masih menjadi ideologi yang gian, maka perjanjian yang dimeterai oleh gagasan ini tetap berkonsepkan ekonomi bebas, yang tidak beriman dan budiman. Oleh sebab konsep ekonomi bebas walaupun berpakat tetap berpandukan, “Siapa cepat, dia dapat”, atas nama menggalakkan kemajuan ekonomi.

Di samping itu langkah perlindungan sementara yang diperuntukkan hanya untuk tempoh maksimum dua tiga tahun sahaja. Selepas tamat tempoh itu, tiada lagi perlindungan dibenarkan untuk melindungi industri tempatan dan pampasan mestilah dibayar kepada pihak yang terjejas. Kesan daripada perjanjian TPP ini boleh mendera dan akhirnya membunuh industri tempatan. Pakatan ini kita yang diajak serta dengan draf perjanjian yang disediakan. Bermakna kita berpijak atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak dengan syarat-syarat dan tawaran yang mungkin sangat menarik hasilnya pada zahir. Akan tetapi dalam perlumbaan berkonsepkan liberal kapitalisme, sudah tentulah lapangannya lebih berpihak kepada mereka. Kita hanya sekadar menumpang kelajuan kenderaannya yang lebih besar dan canggih jenteranya, lebih laju perjalanannya dan sudah pasti kita bukan pemandunya yang asasi. Aset mereka lebih besar, modal mereka lebih besar, pasaran mereka lebih besar. Ini terbukti apabila kita tidak semena-mena dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian berat sebelah ini ditandatangani, kita terpaksa meminda tidak kurang daripada 26 akta dan beberapa Pekeliling atau peraturan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri supaya mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam TPPA, patuh TPPA. Inilah satu bentuk penjajahan undang-undang dan ekonomi yang berselindung di sebalik tirai pemulihan demokrasi dan keterbukaan ekonomi yang wajib kita selaku Ahli Dewan Rakyat mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini. Ya, kita akan mendapat limpahan ekonomi yang kaya-raya dengan sebab menumpang tetapi percayalah bahawa kita laksana kolam kecil yang membekalkan air untuk kolam tasik yang besar melaut akan menjadikan air kita surut, kering kalau disedut atau dibuka tanpa sempadan air pasang, tasiknya boleh menenggelamkan kita sehingga mati lemas. Segala-galanya berlaku nampak mudah di atas kertas. Amerika yang menjadi arkitek utama perjanjian ini menjanjikan gagasan ekonomi alaf baru berbeza dengan yang berlaku selama ini kerana dikatakan sangat membantu negara anggota. Pihak kita pula terus berkempen bahawa syarikat-syarikat tempatan akan menembusi pasaran antarabangsa. Kebenarannya, percayalah bahawa ia akan bergantung kepada kemampuan kita berlumba dan bertanding dengan syarikat-syarikat gergasi kerana sifat perlumbaan konsep ekonomi liberal kapitalisma ditambah pula dengan tidak ada akhlak. Malangnya lagi Malaysia sudah tidak lagi boleh menentukan dasar cukai dan duti walaupun untuk kepentingan sendiri. Merujuk kepada perjanjian TPP, hanya diperlukan dua buah negara asing untuk memohon supaya duti Malaysia dikurangkan. Malaysia mesti akur dan patuh. Malaysia juga harus memberikan layanan kepada pelabur asing setara dengan layanan yang diberi kepada pelabur rakyat Malaysia, sama rata dan tiada pilih kasih. Malah hasil analisa pihak PricewaterhouseCoopers (PwC), konsultan yang dilantik kerajaan bagi menjalankan kajian kos dan manfaat ekonomi terhadap Malaysia mendapati kesan TPPA kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia tidaklah terlalu signifikan. Hanya menyumbang kenaikan 1.1% KDNK dan kenaikan 0.9% eksport negara pada tahun 2027. Satu lonjakan yang sangat rendah dan tidak signifikan kepada ekonomi negara yang perlu berkembang pada kadar 5% hingga 7% setahun. Di samping itu kajian PwC mendapati tiga sektor yang bakal mendapat kesan negatif industri yang menghadapi persaingan yang lebih sangat pasca TPPA seperti minyak dan gas, minyak sawit dan pembinaan di mana sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan dikuasai oleh syarikat bumiputera. Manakala tiga sektor yang bakal mendapat manfaat pasaran terbuka di bawah TPPA kelak perniagaan yang berorientasikan eksport seperti tekstil, komponen automotif dan elektrik di mana sektor ini kebanyakannya dikuasai firma Amerika Syarikat dan Eropah. Semua syarikat perjanjian ini adalah dipilih oleh mereka untuk mendapat persetujuan kita. Walaupun kita boleh tidak bersetuju tetapi tentu sahaja perundingan yang sebegitu besar yang kawannya itu mempunyai agenda tersembunyi oleh kuasa besar.

Kerisauan ini adalah berasas apabila meneliti perjanjian TPP yang menyebut tentang satu entiti penyelesaian pertikaian negara. Pelabur AS akan memberi kesan dan membuka lebih ruang untuk Kerajaan Malaysia disaman dengan alasan keadilan dan kesamarataan. Langkah-langkah perundangan yang terpaksa diakur oleh Kerajaan Malaysia apabila TPPA dilaksanakan juga adalah bercanggah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang sepatutnya bersifat sukarela dan atas dasar kontrak moral ditambah pula ia nanti akan dikawal oleh undang-undang perdagangan antarabangsa dan mahkamahnya adalah laksana sarang labah-labah. Akhirnya hanya akan dapat menghukum syarikat-syarikat kecil dan negara-negara kecil seperti kita. Apakah jaminan negara besar seperti Amerika yang menjadi anggota boleh mematuhinya dan bersedia diambil tindakan undang-undang yang adil? Adalah lebih berhikmah kita membina gagasan masyarakat madani global bersama negara serantau agenda 1Asean terlebih dahulu dan sesama negara Islam agenda 1Umah dengan konsep kita yang adil dan saksama, kita bina kekuatan sendiri terlebih dahulu dengan sumber kita. Kemudian boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja di seluruh pelosok dunia Timur dan Barat. Bukan sahaja terikat dengan pintu TPPA bahkan lebih banyak pintu yang boleh dimasuki dan dibuka tanpa ikatan dengan sesiapa. Adalah lebih baik diperkenalkan konsep Islam kepada dunia setelah kegagalan sosialisme dan tanda kelemahan liberal kapitalisme. Di antaranya ialah penyakit muamalah riba. Senjata Zionis yang sedang meruntuhkan ekonomi Amerika sendiri. Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggallah saki baki riba jika kamu beriman. Jika kamu tidak melakukan demikian bermakna Allah mengisytiharkan perang.” Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terhadap kamu kerana melakukan sesuatu yang tidak betul. Inilah kerja Tabung Kewangan Antarabangsa IMF yang dibayangi Zionis dan inilah juga urusan institusi kewangan yang memangkin TPPA bersama Amerika. Maka TPPA adalah ibarat menjadikan negara anggotanya laksana tongkat untuk berdepan dengan krisis ekonomi dan berdepan dengan gagasan kuasa besar ekonomi yang baru iaitu China, Rusia dan kumpulannya dalam gagasannya bukan untuk berpakat secara saksama dan adil. Sepatutnya kerajaan kita menunaikan yang wajib terlebih dahulu daripada sumber sendiri iaitu mengolah hasil bumi kita dengan baik dan bumiputera yang menjadi sumber manusia terbesar tetapi masih di belakang kerana program pembangunan manusia yang salah sehingga kaum bumiputera masih ketinggalan walaupun sudah merdeka lebih daripada setengah abad. TPPA tidak mampu menjadikan sumber kita untuk kemajuan kita sendiri tetapi lebih menjadi khadam atau abdi sekali lagi kepada pihak yang lebih besar. Dalam konsep ekonomi liberal ini, pembahagian kelas masyarakat dalam negara kapitalis juga menjadi acuan dalam masyarakat antarabangsa. Mereka sudah membahagikan kepada kelas negara maju dan kumpulan yang dinamakan sedang membangun dalam konsep kapitalis tetap meneruskan sumber kekayaan berpusing di kalangan yang kaya dan maju sahaja... [Menyebut istilah dalam bahasa Arab] Mengikut bahasa al-Quran, berpusing di kalangan yang kaya-kaya sahaja. Sepatutnya negara bekas tanah jajahan ini sedar dan insaf betapa peranan yang zalim daripada negara bekas penjajah sejak zaman mereka memerintah kita secara langsung sehingga lepas dikatakan kita sudah merdeka dan diletakkan dalam bakul, bekas jajahan dengan pelbagai nama yang disenaraikan dalam negara sedang membangun yang tidak diizinkan bangun sendiri, terus bergantung dengan mereka. Bersamalah kita selaku Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab ke atas kepentingan negara menghalang sebarang bentuk campur tangan asing dalam menentukan urusan politik dan ekonomi tanah air dengan menolak usul penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific ini demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Saya sangat yakin akan kemampuan kita untuk berdiri di atas kaki sendiri dan begitu optimis terhadap kebolehan yang ada di kalangan generasi muda negara untuk mencorakkan kejayaan di abad ini dan melakar kecemerlangan di masa akan datang mengikut acuan dan kebijaksanaan kita sendiri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Rajang.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya mewakili rakan-rakan saya daripada Parti Rakyat Sarawak ingin merakamkan jutaan terima kasih atas peluang yang telah diberi bagi bersama-sama terlibat dalam perbahasan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau nama ringkasnya TPPA. Di kesempatan ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan kesemua barisan kementerian yang terlibat kerana berani mengambil satu cabaran yang besar bagi mentransformasikan dan mencorakkan ekonomi masa depan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya daripada Parti Rakyat Sarawak dan suku kaum Dayak di negeri Sarawak khasnya melihatkan perjanjian ini sebagai satu peluang yang besar dan tidak harus dibiarkan terlepas begitu sahaja. Ini kerana pelbagai spin off efektif yang positif boleh diperhatikan daripada pelaksanaan TPPA ini kelak. Kesan-kesan positif ini akan memberi impak yang secara dasar mikro tetapi besar daripada kaca mata kami di Bumi Kenyalang, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai wakil rakyat datang dari kawasan pedalaman, saya melihat telekomunikasi merupakan satu agenda yang sangat penting khususnya untuk masyarakat luar bandar. Ini dapat merapatkan jurang digital yang wujud di antara masyarakat bandar dan luar bandar serta dapat menambahkan pendapatan kepada peniaga tradisional melalui perniagaan online, Tuan Yang di-Pertua. Saya pasti, melalui pelaksanaan TPP ini, ia akan membukakan satu dimensi baru dalam sistem telekomunikasi di negara kita. Ia secara tidak langsung turut akan menambahkan bilangan pelabur yang berminat untuk melabur di negara yang mempunyai sistem teknologi yang canggih. Namun, perkara yang perlu diberi perhatian pihak kerajaan adalah agar syarikat tempatan tidak dipinggirkan dalam kerancakan pembangunan ekonomi negara kita. Salah satu perkara yang menarik perhatian saya di dalam perjanjian ini adalah berkenaan terma di mana Malaysia tidak perlu membuat sebarang pindaan kepada mana-mana undang- undang dan peraturan bagi melaksanakan obligasi dalam bab telekomunikasi dan kuasa Menteri yang membuat keputusan terhadap syarat-syarat kelulusan lesen dan selainnya seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Komunikasi Malaysia (AKM) 1998 tetap kekal. Tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah proaktif bagi memastikan hak keistimewaan ini dikekalkan. Ini merupakan salah satu bukti di mana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberikan keistimewaan dalam perjanjian ini, Tuan Yang di-Pertua. Alam sekitar, Tuan Yang di-Pertua. Pihak kerajaan sentiasa komited bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan agenda utama negara kita. Dalam keghairahan kita menjadikan negara sebagai salah satu kuasa ekonomi di rantau ASEAN, tatkala jangan kita alpa bahawa keseimbangan ekosistem dalam alam merupakan elemen yang sangat penting bagi menarik pelaburan dari luar negara. Umum kita ketahui peletakan jawatan seorang pengurus besar syarikat pengeluar kereta terkemuka Volkswagen kerana penipuan carbon emissions memberikan gambaran bahawa pengurusan alam sekitar yang mapan perlu selari dengan pemodenan negara kita. Selain itu, kerajaan turut telah menghebatkan skop undang-undang alam sekitar kepada undang-undang yang digubal di Parlimen dan hanya dikuatkuasakan pada peringkat Persekutuan sahaja, undang-undang negeri adalah tidak tertakluk kepada bab ini. Saya turut mencadangkan agar penguatkuasaan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan agar tidak berlaku musibah bencana alam yang tidak diduga pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit berkenaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Paling menarik perhatian saya dalam bab ini satu peluang dalam meningkatkan peluang penglibatan PKS dalam rantaian bekalan global dan setiap negara

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

anggota perlu menyediakan program khusus pembangunan kapasiti dan pangkalan data untuk kegunaan PKS. Contoh kejayaan syarikat-syarikat PKS tempatan seperti Old Town White Coffee, Hup Seng dan Mamee dan lain-lain telah lama mengambil peluang daripada pembukaan pasaran melalui FTA untuk meluaskan perniagaan mereka di luar negara. Pada masa kini, Malaysia mempunyai sejumlah 645,000 PKS dan kira-kira 18 peratus daripada jumlah ini telah pun terlibat dalam rangkaian global. Namun, peratusan besar masih belum terlibat dalam persaingan ini. Justeru itu, cadangan saya agar bantuan secara berkala dan berterusan harus diberikan kepada PKS agar mereka tidak gulung tikar, Tuan Yang di-Pertua. Disebabkan persaingan yang berlaku ini, dan saya tidak menafikan sama sekali bahawa TPPA memberi SME Malaysia cabaran kerana perlu bersaing dengan negara-negara yang global nanti, namun, sebagai kerajaan yang prihatin, dan akan sentiasa berusaha bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing PKS agar mereka dapat bersaing di peringkat global. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, generasi Y dan kini generasi Z merupakan generasi yang paling terkesan daripada perjanjian ini. Ini kerana sebahagian besar daripada impak perjanjian ini akan dirasai oleh kedua-dua golongan ini dalam tempoh 50 tahun akan datang. Dalam masa 50 tahun akan datang ini, rentak dan arus globalisasi adalah jauh lebih deras berbanding dengan cabaran masa kini. Arus globalisasi ini seperti yang boleh dilihat sekarang akan turut memberi impak kepada sosioekonomi negara dalam masa 50 tahun akan datang. Arus globalisasi ini tidak boleh dihalang. Lumrahnya umpama kepala air yang mengaliri sungai yang tenang. Perjanjian TPPA ini yang mempunyai pelbagai safeguard telah diolah untuk memastikan aliran arus globalisasi ini dikawal, terkawal dan selamat untuk dilayari. Tanpa menyertai perjanjian tersebut, kita kehilangan hak untuk sama-sama menentukan aliran arus globalisasi yang bakal ditempuhi generasi yang akan datang. Tepuk dada tanya minda, haruskah kita membiarkan sahaja generasi seterusnya dilambung ombak, Tuan Yang di-Pertua? Saya mewakili Parti Rakyat Sarawak menyokong usaha TPPA ini agar visi dan misi negara menjelang Wawasan 2020 akan tercapai di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Saya akhiri perbahasan saya ini dengan serangkap pantun, Tuan Yang di-Pertua. Tumbuh lebat si daun palas, Panjang sepohon limau bakung, Demi rakyat TPPA dibahas, Hulu Rajang mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mulakan dengan petikan daripada ayat Al-Quran dari Surah Hud Ayat 88, Allah berfirman... [Membaca ayat suci Al-Quran] . Kenyataan bahawa apa yang akan saya sampaikan ini adalah merupakan semata- mata mahukan kebaikan sekadar yang termampu oleh saya selaku ahli legislator dan saya serahkan urusan ini kepada Allah atas apa jua keputusan yang akan dibuat dalam pengundian dengan penuh rasa insaf dan bertanya kepada dhamir hati kita dan bukan sekadar mengikut-ikut apa yang diminta kepada kita. Saya mulakan dengan memetik tulisan Muhammad Hamidullah (1908-2002) dalam bukunya yang dijadikan rujukan di Barat dan juga di negara Islam iaitu The Muslim Conduct of State.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bukunya bercakap tentang kebebasan dan kemerdekaan antaranya, saya memetik, dengan izin, “Independence is defined as the non-existence of any external power to enforce its will upon the state. That is an independent sovereign. In other words, it is the right of a state to administer all its internal and external affairs in such a way that it is neither controlled nor interfered with by any foreign power.” Negara bebas dan berdaulat didefinisikan sebagai tidak wujud mana-mana kuasa luar memaksa kehendak dan masa depan negara itu iaitu sebuah negara merdeka dan berdaulat. Dengan kata lain, ia hak negara untuk mentadbir dan mengurus hal dalaman dan luaran tanpa campur tangan dari mana-mana kuasa luar. Bermula dengan kenyataan itu Tuan Yang di-Pertua, pada pengamatan kami khusus daripada Parti Amanah Negara dan umumnya daripada Pakatan Harapan bahawa TPPA bukan sekadar perjanjian antara negara berdaulat dengan sebuah negara berdaulat tetapi TPPA pada isi kandungan dan hakikatnya adalah perjanjian antara negara berdaulat dengan kepentingan syarikat multinasional yang asasnya adalah untuk mengaut kepentingan semata-mata atas risiko kepentingan nasional dan maruah negara. Tadi Yang Berhormat Menteri telah memberi pantun supaya kami tidak hanya melihat yang di luar sahaja. Saya ingin membalas pantunnya. Jangan dilihat dipandang sisi; Jangan pula bergesa-gesa; Bukan kerana kulit atau isi; Tetapi membela maruah negara. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlu mendefinisikan penjajahan hanya dalam konteks military. Sejarah kita telah membuktikan Perjanjian Pangkor 1874. Negara kita sudah pun dijajah hanya dengan tandatangan di mana ia memberi kuasa kepada British dan disaat itulah sejarah penjajahan bermula di negara kita. Kali ini lebih buruk, Tuan Yang di-Pertua. TPPA lebih buruk kerana ia menandatangani untuk memberi kuasa kepada syarikat multinasional yang terdorong atas kepentingan mengaut untung semata-mata. Saya ada bukti dengan apa yang saya nyatakan. Antara yang menjadi kontroversi ialah Investor State Dispute Settlement (ISDS). Kalau kita rujuk kepada pengalaman negara- negara yang telah pun menandatangani perjanjian free trade dengan Amerika, kita akan dapati isu ISDS satu persoalan yang cukup membimbangkan, yang penuh dengan kontroversi. Saya tidak ada masa untuk memanjangkannya tetapi cukuplah sekadar saya memberikan kasus-kasus yang pernah dibawa dan didakwa atas asas dan alasan free trade ini. Ini kerana asas ISDS adalah hak yang diberi kepada Multinational Corporation untuk mendakwa dan menyaman entiti sebuah negara yang berdaulat. Tuan Yang di-Pertua, mari kita bayangkan sebuah syarikat Multinational Corporation boleh sue sebuah negara hanya atas undang-undang yang cuba mempertahankan kedaulatan negara itu. Asas apa ini? Dari manakah sumbernya ini? Negara seperti Australia dan Kanada telah melalui pengalaman pahit ini. Kasus yang diperdengarkan dalam Tribunal Pelaburan Antarabangsa hanya memberi perkiraan atas asas sesuatu pelaburan itu terjejas atau tidak daripada mengambil kira sama ada undang- undang yang sedia ada bertujuan untuk memelihara kepentingan awam. The very basis of the cases is not about to defend the sovereignty of this country but to defend the interest of the multinational corporation. Ini amat memalukan kita. Bagaimana bisa kita boleh terima kedaulatan dan maruah ini dijajah melalui perundangan ini dan berlaku di Australia. Antara yang disebut oleh rakan-rakan kita, kasus Australia vs. Philip Morris tahun 2012 tentang undang-undang tobacco plain packaging. US Company vs. Cuba dalam penangguhan shell gas mining. Kos RM250 juta. Kerajaan Cuba telah menahan projek itu atas kepentingan alam sekitar yang diadu oleh masyarakat setempat. Akan tetapi multinational corporation ini mendakwa dan menyaman dengan RM250 juta. Kenapakah diadakan sekatan ini? Tuan Yang di-Pertua, hanya satu rakyat yang berwawasan dan kasih kepada negara ini sahaja yang mampu berfikir bagaimana pencerobohan ini berlaku. Begitu juga dalam multinational pharmaceutical syarikat dari US- Eli Lilly yang menyaman Kerajaan Kanada. Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak pernah mahu tanya kenapa dia menyaman? Ini kerana Kerajaan Kanada mempertahankan ubat generik supaya rakyat

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

awam boleh akses. Kerana itu, dia disaman dan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab itu hanya kebimbangan sebagaimana yang dijawab oleh rakan-rakan kita. Ini bukan kebimbangan tetapi ini sudah pun berlaku dan berpotensi berlaku kepada negara kita. Mengapa kita tidak mahu ambil pengajaran daripada pengalaman yang sudah dilalui oleh negara-negara lain. Isu kepentingan dan kedaulatan nasional, national interest, national sovereignty dari sudut kesihatan awam dan alam sekitar nampaknya boleh sahaja dicabar. Bukan entiti sebuah negara tetapi entiti multinational corporation yang memikirkan tentang keuntungan tetapi meletakkan risiko kepada negara ini. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu negara seperti Australia dan Kanada dari sudut infra perundangannya jauh lebih baik daripada kita dan mereka terpaksa tunduk kepada tekanan-tekanan ini. Cuba tanya kepada kita, infra yang ada kepada negara kita bagaimana keadaannya kalau kita diasak begitu rupa? Saya rasa Ahli-ahli Parlimen di sini sudah pun boleh menjawab soalannya. Salah seorang pengkritik keras ISDS menyatakan bahawa the right to regulate has not been preserved. Ini negara yang sudah tandatangan. Negara yang sudah lalui pengalaman ini. The only effective way to preserve it is not to undermining it via protection standards or excluding it. Hak untuk memperundangkan yakni hak negara ini untuk memperundangkan sesuatu tidak dipelihara dalam ISDS. Cara paling berkesan untuk melindungi hak ini melalui pemeliharaan piawaian undang-undang atau dicadangkan ditiadakan sahaja ISDS ini kerana ia melanggar kedaulatan undang-undang negara. Di sini kedaulatan negara telah dicerobohi. It’s been compromised apatah lagi ia proses satu hala. This is just one way. Dia boleh saman kita, Tuan Yang di-Pertua, tetapi bila kita hendak mempertahankan maruah negara, alam sekitar, kepentingan nasional, tidak boleh. Apakah perjanjian ini? Ya, Yang Berhormat Menteri akan jawab. Saya tahu nanti. Mana betul, Yang Berhormat Menteri. Saya sempat solat jemaah dengan dia di Surau Subang. Dia kelihatan begitu tertekan tetapi saya doakan kepada dia. Ini kerana dia jujur menjawab, inshaaAllah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sifat seseorang tidak boleh disentuh.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak, tidak. Saya doakan kepada Allah supaya dia. Tidak ada niat buruk, Yang Berhormat Menteri. Saya amat menghormati Yang Berhormat Menteri ini sebenarnya. Baik.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Baik, demokrasi nasional juga turut terjejas, kepentingan rakyat juga turut dinafikan dan tidak syak saya berani menyatakan Tuan Yang di-Pertua, TPPA ialah penjajahan baru ke atas kedaulatan negara. Sekejap lagi jawablah. Gelak pantun, kalau hendak jawab gelak pantun ya. Jangan membaca sekerat-sekerat, Sesal nanti jangan kesesatan, Bukan menolak tetapi ambil berat, Salah kah saya mempertahankan kedaulatan? Tuan Yang di-Pertua, geopolitik. Saya masuk kepada point yang seterusnya, geopolitik. Kalau kita tengok dalam perjanjian itu, hanya enam daripada 30 chapter adalah tentang perdagangan, baki 24 yang lain has got nothing to do with trade. Ini memberikan kami satu pandangan bahawa Amerika sebagai kuasa besar lebih mementingkan dasar untuk mengubah geopolitik rantau ini daripada mahu berdagang dengan kita. Kita tidak menolak perdagangan cuba rekod di sini ya, kami tidak menolak untuk berdagang dan bersaing di pasaran tetapi bukan dengan cara kita menggadaikan kedaulatan. Ini membawa kita kepada isu pengimbangan kuasa China ke atas rantau ini, Amerika hanya mencari jalan supaya macam mana dia hendak mengimbangi kuasa China ini dengan mengadakan perjanjian ini, malah ada yang menganggap ia sebagai paksi pelancaran untuk mengimbangi kuasa amerika ke atas China. Saya ada bukti. Obama pernah berucap dalam State of Union address. Apakah dia kata? With TPPA, China does not set the rules in that region, we do. Did they not say that?

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dan dia cakap itu dalam satu perhimpunan yang cukup penting bagi dasar-dasar luar negara Amerika. Saya ingat tidak boleh dilarang daripada menganggap bukan tanggapan buruk, tidak kerana saya sayang negara ini, saya tidak dapat mengelakkan untuk memikirkan Malaysia ini cuba ambil hati semua orang, trying to play safe with everyone. Dengan Amerika dia sanggup tandatangan TPPA. Habis sat lagi big brother China marah, apabila marah dia bagi semua projek mega kepada Chinese corporation. Apakah pula tidak betul? Semua orang tahu.

[Menyampuk]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bandar Malaysia, railway, apa lagi Cina mahu? [Ketawa] Rasa macam pernah dengar ungkapan itu ya. Apakah lagi Cina mahu? China, China. Jadi atas apa, kita ini apa? Ada pepatah Melayu kata apa, “Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di celah-celah”. Sini pun tidak, sana pun tidak, akhirnya mereka untung, kita ternganga. Tidak apalah nanti Dato’ Pa akan menjawab. Itu juga apa isu ZOPFAN yang telah kita perjuangkan selama ini. Zone of Peace, Freedom and Neutrality, di mana? Di mana ASEAN Community, Malaysia ialah Pengerusi, tidak malu kah? Tidak kiralah tetapi kita pernah menjadi Pengerusi. Tolong jangan bercakap di sini. Tuan Yang di-Pertua, saya teringat Mesir pernah menjadi broker tahu. Mesir pernah menjadi broker untuk Amerika bagi menaturalisasikan hubungan Israel dengan negara Arab apabila Mesir menandatangani perjanjian Camp David. Sejak itu Mesir terkenal sebagai broker Amerika supaya negara Arab lain boleh menerima konsep perjanjian naturalisasi hubungan dengan Israel. Adakah kemungkinan Malaysia juga menjadi broker di sini? So, this is about geopolitics...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, yang di belakang pun bercakap secara tidak bangun Yang Berhormat, sama macam Yang Berhormat Parit Sulong tadi.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya Yang Berhormat Parit Sulong. Sebab suara Yang Berhormat Parit Sulong begitu jelas kedengaran. Jadi...

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Parit Buntar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Setiawangsa bangun.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Oh my good friend please, terima kasih. Akan tetapi jangan ambil masa saya, saya ada beberapa minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tiga minit.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Oh bagaimana ini tiga minit? Okey saya bagi 10 saat now. Okey habis sudah 10 saat.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Tidak ada saya hendak beritahu sedikit sahaja mengenai containment geopolitik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar ini. Saya ingin hendak maklumkan semasa permulaan kepada negotiations perjanjian ini, New Zealand and Australia make it very clear kepada trade negotiator Amerika, kalau perjanjian ini bermaksud for containment ini menyekat China, mereka willing to pull out. Saya agak stand yang sama diambil oleh Malaysia. Satu lagi yang lebih penting ini pada tahun 2013...

[Menyampuk]

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Okeylah memadai lah dengan itu dahulu.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya dah semak di cafeteria. Thank you for the input, terima kasih banyak. Saya hendak ambil last point saya iaitu pandangan rakyat. Kita boleh berbangga kitalah satu-satunya negaranya yang berbincang isu ini di dalam Parlimen. Kita pun bercerita satu dunia. Orang lain tidak buat kerja ini, dah orang lain tidak buat, hangpa buat pasal apa? That is number one. Number two, ia bukan sekadar kita bincang di sini sebab the whole world knows when the Malaysian Parliament discusses something the result already known [Ketawa] There is nothing new about that, dengan izin, tidak ada benda baru di sini. So, saya mahu tekankan di sini, proses itu

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

penting, penglibatan rakyat itu penting, public hearing itu penting. Now we have 16, 17 volumes of chapter perjanjian, kenapa sekarang kita tidak bentangkan kepada rakyat?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Menyampuk]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Translate pun tidak ada. Semua orang Parit Buntar tidak baca, tidak faham satu macam mana? Kecuali semua tanya kepada wakil rakyat dia. Jadi this is rushing into something yang kita rasa sepatutnya sudah ada- tadi saya ada dengar seorang kata tadi, semasa itu kita tidak ada chapter macam mana kita hendak bincang dengan rakyat. Sekarang ini ada sudah, bincanglah dahulu. Pasal apa minta kami terus lulus, hendak lulus sudah? Jadi...

Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat tetapi ada seminit lagi tinggal.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Satu minit sahaja lagi?

Minit terakhir.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak payahlah bagi Yang Berhormat Bukit Katil ya.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey, tiga saat, sekarang.

Saya hendak tanya sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit. Tadi saya tertarik apabila Yang Berhormat menyebut soal ZOPFAN itu yang kita tahu merupakan satu pendekatan yang dicadangkan oleh Allahyarham Tun Razak dan kita lihat sekarang ini ada kecenderungan. Apa yang digagaskan dengan baik oleh bekas Perdana Menteri sekarang ini dirosakkan dengan the current Prime Minister, dengan izin, minta pandangan, oleh anak dia.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Selain itu saya minta Yang Berhormat Bukit Katil boleh sambungkan hujahan dia atas fakta itu dan saya menyokong dia sebenarnya. Few research survey menyatakan bahawa Malaysia lah antara paling lemah sokongan kepada TPPA. Ini tidak usah cakap dekat Ahli Parlimen Barisan Nasional, ini rakyat ini. Ini tidak usah tanya kepada Ahli Parlimen ini, tanya pada rakyat. Rakyat itu sama ada dia sokong UMNO kah, dia sokong apakah maka yang dia dapat daripada kajian itu menunjukkan bahawa Malaysia antara yang paling lemah sokongan kepada TPPA iaitu 38%. US yang gila-gila hendak tandatangan ini pun, yang sokong 49% sahaja. US menyatakan tunggu dahulu presiden baru, barulah kami hendak sign. Apakah yang kita kalut pasai apa? Yang menentang sepenuhnya upright opposition, Kanada 31%, Australia 30%, US 39%. Dalam konteks Malaysia yang paling kurang sokongan terhadap perdagangan dengan US 40%. Adapun hubungan ekonomi yang lebih mendalam dengan China, sokongan 43% daripada rakyat Malaysia. Kebimbangan hubungan dengan China kerana TPPA, rakyat Malaysia menyatakan 54% kebimbangan membawa kepada konflik dengan China. We are all this statistics. Jangan hendak penuhi selera kita sahaja, tengok yang di bawah, apakah kata mereka?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

[Berucap dalam bahasa Arab] Kamu bertanggungjawab dan saya kesian kepada Yang Berhormat Menteri kerana dialah orang yang akan bertanggungjawab sepenuhnya. Apabila ditanya tentang bagaimana sesuatu itu boleh hancur... [Berucap dalam bahasa Arab] Sesuatu amanah itu disia-siakan, bagaimana ia disia-siakan jika bagi tugas sesuatu kepada orang yang tidak tahu hendak buat benda itu.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa kita tidak mahu sampailah kepada tahap itu. Cadangan saya- nanti orang kata cakap pandai, tidak beri cadangan. Tidak dinafikan perjanjian ini bagus Tuan Yang di-Pertua, ada baiknya...

Akan tetapi...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Akan tetapi, dengar! Akan tetapi ini- meletakkan piawaian perundangan di Malaysia mengikut umpamanya, baguslah, Malaysia kena ikut international standard. Akan tetapi, sejauh mana Malaysia dapat menyediakan infra ke arah itu? Kalau rekod proses membuat undang-undang di Malaysia satu dunia sudah tahu. Salah guna undang-undang untuk kepentingan pelabur dan parti yang memerintah bukan lagi benda yang rahsia. Apa yang berlaku di Pahang, di Gebeng, bauksit, itu pun tidak boleh hebah, benda paksaan, macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat. Masa habis.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi kalau dalam negara kita pun kita tidak boleh kawal, macam mana kita hendak pertahankan kedaulatan negara kita? Ini tidak cerita isu Tabung Haji. Manakah dia punya ini? Kedudukan kewangan yang tenat. Rizab yang lebih rendah daripada dia punya liabiliti. Kalau you tidak boleh control sebuah syarikat yang kita punya, macam mana kita hendak control orang?... [Disampuk]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, this is the most important thing, apakah kajian terhadap isi rumah yang akan affect dari sudut kesihatan awam, public health, ubat-ubatan, makanan, buruh dan dasar penggajian? Macam mana kesan kepada B40? Adakah kesenjangan pendapatan semakin melebar? Kalau kita hendak kejar growth tetapi kita punya kesan kesenjangan lebih teruk, buat apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Lembah Pantai boleh sambung itu Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Biar dia semangat, saya beri dia semangat sebenarnya. Kita tidak perlu tergesa-gesa, ini hendak landing sudah Yang Berhormat Menteri. Kita tidak perlu tergesa-gesa. Kami cadangan buatlah satu Jawatankuasa merintas kepartian. Ini kita sudah ada chapter ini, kita check balik, kita tengok balik kita buat public hearing, kemudian Jawatankuasa ini akan buat penelitian. It is a about the country, it is not just about making money and growth, dan kerana itu- ini yang paling penting ini, kalau saya tidak boleh sebut ini saya tidak boleh tidur malam ini, apa dia? Kami dari Pakatan Harapan terpaksa menolak usul ini atas hujah yang telah saya sebutkan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut berbahas dalam TPP pada hari ini. Akan tetapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melontarkan satu pantun. Ada.

Adakah pantunnya?

Ya. Naik pokok kelapa dapat pemejang jauh, Pakai satelit pelepah melihat seluruh rantau, Kita bahas TPP pembangkang sengaja tidak tahu, Kita puji usaha Tok Pa yang pakar, dan bukan one man show seperti kata YB Bagan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah, terima kasih kepada Menteri kerana melantik saya sebagai salah seorang daripada ahli kokus, yang seorangnya dari

Sabah termasuklah sahabat saya dari Lembah Pantai juga, yang hebat-hebat, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Bukit Katil tidak kena pakai, Yang Berhormat Klang iaitu Yang Berhormat Tuan Charles Anthony Santiago. Semua Ahli Yang Berhormat ini hebat-hebat. Seperti juga saya, saya juga curiga dan very pessimist terhadap TPP pada satu ketika. Ini kerana banyak isu yang saya tidak faham ketika itu. Sama juga sahabat-sahabat saya seperti dari Barisan Nasional Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Jasin, dan Yang Berhormat Kota Tinggi. Ini semuanya yang prihatin. Tuan Yang di-Pertua, kita duduk sebagai kokus ini sebagai orang yang neutral, orang yang mendengar, yang memantau apa yang kita dengar daripada engagement daripada stakeholder, ya ini tugas kita, betul ya, Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput pun saya lihat orang yang sungguh prihatin terhadap generic medicine dan juga beberapa isu yang lain termasuklah Yang Berhormat Lembah Pantai. Apabila kita soal Tok Pa bertubi-tubi dengan Yang Berhormat Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dan semua ahli dan pakar-pakar di dalam MITI ini sungguh hebat. Jadi kita mendengar penjelasan itu dengan begitu baik sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya memang dari dahulu tidak lama apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri cakap, kita mahu TPPA in our own term- sorry, kena pukul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, PM pukul mejakah?

In our own term, itu memberi keyakinan kepada saya. Jadi kita berunding, bukan setakat satu bulan, dua bulan, bukan setakat satu tahun, dua tahun. Tiga tahun ke-5 tahun kita berunding. Kita juga sudah engagement dengan Michael Froman, sama orang kongres, Obama datang sini kita sentuh dia, betul sahaja. Yang Berhormat Sungai Siput, ini bukan main-main, kita hanya negara ahli TPP ini yang banyak diberi flexibility. Dalam Bahasa Melayu- “flexibility” itu apa, kelonggaran? Jadi kita banyak yang kena carve out. Jadi saya menghormati dan saya ucap tahniah kepada perunding-perunding kita termasuk yang diketuai oleh Yang Berhormat Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, tahniah Tok Pa. Jadi saya- Yang Berhormat Jeli, biasa ataupun Tok Pa. TPPA ini Tok Pa, lah ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang kita khuatir kita runsing, kita bimbang, soal kedaulatan negara. Itu memang kita prihatin dengan ketakutan kita conscious Yang Berhormat Simpang Renggam. Jadi isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi, sebelum itu saya berterima kasih dengan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana dia juga nyatakan dia sokong TPPA tetapi, ada tetapi dia- ada sokongannya. Jadi Yang Berhormat Parit Buntar, siapa lagi tadi itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

Ini belum lagi habis mukadimah sahaja.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Bukan ada perkara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mukadimah sudah tujuh minit, Yang Berhormat Putatan [Ketawa]

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Putatan dan Tuan Yang di-Pertua. Saya masih khuatir dengan TPP kerana walaupun kerajaan kata tidak ada masalah dengan harga ubat semua. Saya ingat balik pada GST ya kerana pada masa itu Kastam katakan hanya 2.6% untuk orang yang peringkat RM3000 ke bawah tetapi saya tengok macam di Sungai Siput lebih kurang 17% kenaikan harga semua. Jika satu isu macam satu tax pun, mereka tidak dapat tahu berapa kesan dia. Isu ini begitu kompleks, dia kata tidak ada impak atas ubat. Saya susah untuk saya percaya ini. Tolong bantu saya.

Okey, itu saya tidak dapat jawab, biar Menteri yang jawab [Ketawa] Walau bagaimanapun, kalau saya jawab nanti Menteri

bilang saya jadi Menteri. Memang saya tahu jawab tetapi yang sebenarnya yang menjawab itu Menteri, ya. Okey

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

Aduh, kacau Yang Berhormat Shah Alam ini [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Putatan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun meneliti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan cerita tentang carve out inilah. Akan tetapi, saya hendak tanya, akhirnya hasil daripada perbahasan atau perbincangan selama lima tahun itu, adakah dengan itu maka TPPA itu membenarkan penjualan perubatan, ubat-ubatan generik ataupun masih kena hanya ubat-ubat yang paten diberikan tempoh masa yang seperti mana yang telah diminta daripada asal dan tidak ada perubahan? Maka di mana carve out yang telah tercapai...

Okey sekarang...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Hasil daripada lima tahun...

Baik saya akan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Punya perbahasan berhubung dengan ubat-ubatan ini. Terima kasih.

Saya akan sampai. Ini baru mukadimah, kamu sudah pergi penghujung. Ya, saya- sebelum itu Yang Berhormat Shah Alam, saya ingin menyentuh apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Maran, soal Dasar Bumiputera ini. Ini soal bumiputera memang kekal. Ini kena carve out. Jadi dia tidak baca betul-betul, ya. Apa yang dihantar kepada mereka. Ini sengaja diputar belit, menyandiwarakan isu yang kecil ini supaya- satu agenda sahaja ini. Main politik. Politik- politik pelik sangat jahat, menjatuhkan kerajaan. Itu sahaja. Apa yang kerajaan buat yang baik, semua dilihat buruk supaya memberi gambaran bahawa pembangkang menjadi wira kepada...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Jelutong pun ahli caucus kan?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tidak, tidak.

Oh, tidak. Bukan ahli caucus duduk dulu.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tadi dia menyebut itu Yang Berhormat Maran itu, dia salah sebut.

Tidak, tidak.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Dia bagi pandangan Yang Berhormat Putatan.

Saya di sini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tadi soalan itu, bukan kah Yang Berhormat Maran itu penasihat kepada kerajaan.

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jelutong, duduklah.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Itu yang saya hendak tanya itu. Kenapakah antara kerajaan tidak ikut?

Ini soal ahli kena buli, negara Amerika buli dengan ahli-ahli TPPA ini. Bolehkah kita tengok, Malaysia sahaja kah yang dibulinya? Kalau betul-betul Amerika mahu buli, Jepun pun dia mahu buli, Kanada pun dia mahu buli, Mexico pun dia boleh buli...

Vietnam.

Vietnam tidak perlulah, macam sedara kita. Kalau Vietnam dibulinya. Kita ini- kalau fikir, kita ini siapa? Nak kena buli, senang-senang, Kita berkawan dengan China juga, apakah salah? Pelaburan China lebih besar dari Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam dan Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat.

Eh Yang Berhormat Shah Alam, duduklah. Sudahlah kau. Sudah. Jadi, Yang Berhormat Parit Buntar, pasal kuasa syarikat- syarikat multinasional...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Isu bumiputera, isu bumiputera dulu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Isu bumiputera.

Saya maksud itu- lebih baik lagi native customer right di Sabah. Tidak bersentuh lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak tanya.

Ya, dalam perjanjian ini, kita diguarantee oleh Kerajaan Pusat. Ya, saya wakil Ahli Parlimen di Sabah ini. Saya mementingkan negeri Sabah. Kita sedar dan kita juga mahu pelabur pergi ke negeri Sabah.

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ini ada tiga orang bangun, Yang Berhormat.

Soal Perjanjian Malaysia kita mesti mahu tekankan supaya ini tidak mencampuri. Ini kita pertahankan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Shah Alam masih bangun, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia kena tanyalah.

Jadi beri sama sahabat ini, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Yang Berhormat Putatan, beri sekali kepada Yang Berhormat Penampang juga, ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Putatan, caucus. Yang Berhormat Putatan, setujukah Yang Berhormat Putatan, saya ada terbaca dalam Bab 18, Harta Intelek dalam teks perjanjian TPPA menyatakan bahawa, dasar sedia ada di Malaysia melindungi data ujian klinikal ubatan berasaskan kimia selama lima tahun dan TPPA tidak mengubah tempoh tersebut. Jadi ubat generik masih boleh dihasilkan seperti biasa selepas TPPA berkuat kuasa. Dalam konteks ini, dalam teks tersebut bila saya menginterpretasikan, Malaysia berjaya mendapatkan access window, dengan izin, yang mewajibkan syarikat mereka untuk menfilekan permohonan kebenaran, memasarkan ubat di Malaysia dalam tempoh 18 bulan selepas ubat tersebut memasuki pasaran pertamanya.

Jadi, Yang Berhormat Putatan, bersetujukah, ini maksud, tempoh perlindungan paten dan data itu akan menjadi berjalan serentak dan memastikan ubat yang lebih murah generik lebih cepat memasuki Malaysia? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Ha,Yang Berhormat Shah Alam, dengar jawapan. Dia jawab bagi pihak. Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh lah?

Bermakna- itu jawapan saya.

[Bangun]

Dia menjawab bagi pihak saya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya jawab atas jawapan itu? [Ketawa]

Tidak. Bagi Yang Berhormat Penampang dahulu. Yang Berhormat Shah Alam duduk.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat dari Putatan. Saya tersentuh dengan hujah Yang Berhormat Putatan tadi bahawa Ahli Parlimen dari Sabah mempertahankan Sabah. Boleh saya tanya, sebagai caucus, pernahkah, Caucus TPP ini bincang bahawa Petroleum Development Act 1974 yang disebut di Artikel 4, page 5, di dokumen MITI TPPA, pernahkah kamu berbincang bahawa hak Petronas bukan lagi seperti dahulu sebab selepas Proclamations of Emergency dimansuhkan pada 24 November 2011, hak territorial water di Sabah dikembalikan kepada Sabah. Dalam dokumen ini, dia kata, the parties recognize the fact that Petronas is the sole authority designated to award petroleum arrangement and other related contracts to other companies. Now, kalau sudah dikembalikan kepada Sabah kerana proclamation of emergency sudah dimansuhkan, bukankah Sabah sepatutnya membuat kontrak direct dengan investor TPP ini? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Penampang. Saya berperasaan sedemikian dengan Yang Berhormat Penampang. Akan tetapi kita dalam isu PETRONAS ini memang kita kena kekalkan dalam perjanjian TPP kita ini. Jadi, itu saya mengharapkan isu-isu yang kena mengena dengan hak negeri ini, kita sama-samalah bersetuju supaya Kerajaan Pusat dapat memberi guarantee, memberi jaminan kepada hak-hak negeri Sabah dan Sarawak terutama dalam natural resources, tanah, air, power generator kuasa, dan sebagainya. Jadi ini, saya ada pernah tanya dengan Tok Pa, Menteri- Yang Berhormat Jeli. Dia memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan ada perundingan dengan kerajaan negeri masing-masing sebelum apa-apa pelabur asing datang kepada misalnya kepada negeri Sabah. Jadi, soal kedaulatan negara kita ini tidak akan terjejas, tidak akan tergugat. Hal ini kerana, walau bagaimanapun apa sahaja yang akan- yang kita mahu negeri Sabah ini memerlukan juga pelabur asing melalui TPPA dan SCORE di Sarawak. Kita perlu pelabur ini. Begitu juga sebagai Pengerusi Lembaga Koko ini, saya sebagai pengeluar komoditi koko, kelapa sawit kerabat saya, ingin juga memainkan peranan di peringkat antarabangsa. Hal ini kerana kita terikat di mana undang-undang seperti child labor, perundangan manusia, kita akan terikat. Kita lebih untung, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana di Afrika ini, kita akan lebih memenangi. Saya ingat, kita yang utama adalah Indonesia, yang belum masuk dalam ahli TPPA ini. Jadi kita lebih advantage lah dibandingkan dengan Indonesia. Itu saingan besar kita daripada orang-orang komoditi kita. Jadi saya mengharapkanlah kerajaan dapat melihat perkara ini supaya apa-apa yang kebimbangan sahabat saya daripada Parit Buntar itu dapat ditangani. Sama juga dengan Perjanjian Pangkor itu. Dahulu kita mungkin ada kekangan atau kekurangan soal Perlembagaan atau pun undang-undang. Akan tetapi sekarang kita mempunyai kepakaran peringkat antarabangsa. Jadi barisan rundingan kita dalam TPPA ini bukan calang-calang. Jadi, soal ISDS yang dikatakan Yang Berhormat Parit Buntar itu kalau kamu ikut statistik

yang ada, yang dimenangi oleh syarikat multinasional ini hanyalah 20 lebih, yang dimenangi oleh kerajaan masing-masing 37,000 dan win-win situation. Jadi kita mahu juga syarikat-syarikat kita di luar, yang melabur di luar, dapat juga perlindungan Yang Berhormat Parit Buntar. Bukan kita melihat di sini sahaja, kita melihat kita punya pelabur yang di luar negara juga. Ini jangan kita main politik sahaja, seolah-olah kita ini- apa yang kita takut sangat dengan Amerika itu? Kalau kita takut dengan Amerika, dalam TPPA ini, ini consensus.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun, Yang Berhormat.

Tiada kuasa veto seperti PBB atau pun WTO. Kalau kita tidak mahu lagi ikut, kita boleh keluar.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bangun]

Jadi kebaikan yang kita ada ini, kita terlibat dalam pembubaran agreement ini.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Setiawangsa dengan Yang Berhormat Bukit Katil.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Setiawangsa, lepas itu, Yang Berhormat Bukit Katil, okey?

Siapakah yang paling tinggi? [Ketawa]

Yang belakang dahulu.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya setuju sangatlah tentang komoditi tadi Yang Berhormat Putatan sebutkan tentang koko dan sawit. Kalau kita lihat bahawa sawit sebenarnya saingan kita ialah Indonesia. Dengan adanya TPPA ini kita sudah mendahului ataupun kita ada kelebihan daripada pesaing besar kita Indonesia. Jadi kita telah menembusi ataupun dapat bertapak di pasaran-pasaran baru. Di Mexico, Kanada, di Peru dan sudah tentunya di USA. Isu sawit ini dengan falsafah keterbukaan perdagangan terbuka kita semenjak dahulu lagi telah menjadikan pokok hiasan ini, asalnya pokok hiasan yang tidak ada commercial value dengan R&D dan political will oleh pemimpin kita telah meletakkan sawit ini sebagai industri yang terhebat, yang ketiga besarnya di negara kita selepas daripada elektronik dan elektrikal dan juga oil and gas dan petrol chemical. Jadi, ini satu contoh yang mana kita dapat menembusi pasaran baru dan rakan-rakan kita di kampung smallholders dapat satu pasaran yang baru, harga yang lebih stabil sudah tentu dapat memberi pendapatan yang lebih kepada smallholders. Satu lagi perkara yang saya hendak sebutkan. Isu labour dan juga yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Putatan child labour dan juga force labour. Setuju kah Yang Berhormat Putatan bahawa kita tidak ada masalah tentang perkara ini, cumanya NGO-NGO ataupun orang-orang kita sendiri yang telah memberi satu pandangan yang begitu negatif kepada child labour dan juga force labour yang dikatakan berada di Malaysia ini? Jadi ini peranan NGO yang telah dibawa oleh NGO-NGO yang saya boleh sebut nama dia mendiang Irene Fernandez telah membuat satu tuduhan sehingga sekarang masih kita terjejas dengan isu force labour dan juga child labour ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Putatan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan masa habis Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sekejap, saya menjawab Yang Berhormat Kuala Kangsar dulu. Saya setuju...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tadi dengan Yang Berhormat Sungai Siput kata tidak hendak menjawab kerana itu Yang Berhormat Menteri punya kerja.

Ini, ini sahabat. Dia sawit, saya koko sebab orang muda ini Tuan Yang di-Pertua, orang muda sekarang minat dengan coklat. Jadi pasaran kita mengenai ini amat baik. Jadi kalau Indonesia beria-ia juga masuk TPP tetapi belum masuk. Jadi kita lebih untung Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya setuju sebab koko ini juga bukan berasal dari Malaysia, ia berasal dari Brazil. Jadi dulu kita buat sebagai pokok hiasan. Yang Berhormat Parit Buntar soal dengan gaji tadi itu ya. Gaji, kalau kita lihat yang syarikat multinasional ini, mana yang beri gaji besar? Jangan dibandingkan dengan syarikat kita. Kita mahu rakyat kita berpendapatan tinggi. Kalau kita import barangan yang tiada cukai, naturally barangan yang diimport itu akan jadi murah. Jadi pendapatan kita lebih banyak, lebih besar dibandingkan dengan gaji yang kita buat sekarang. Ini satu perubahan, ini dipanggil transformasi ekonomi negara kita Yang Berhormat Parit Buntar. Jangan kita tengok daripada perkara yang remeh-temeh sahaja, membuatkan itu sebagai sandiwara politik supaya menggambarkan agar kerajaan ini seolah-olah tidak mempedulikan rakyat. Ini semua kebaikan kepada rakyat Yang Berhormat Parit Buntar, ya. Terutama di luar bandar. Kita beri priority...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Buntar tidak payah bangun Yang Berhormat, tidak payah bangun.

...Keutamaan kepada pembangunan luar bandar ya, eradication of poverty. Ini kita masih kekalkan. Ini dalam semua. Polisi-polisi dan dasar-dasar bumiputera kita masih kekalkan. Itu sahajalah, terima kasih. Saya sokong TPPA Tuan Yang di-Pertua sebab bagi peluang dengan sahabat saya yang sokong juga TPPA ini, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Itu belum rasmi Yang Berhormat, yang dipanggil itu tidak rasmi. Sekarang saya panggil Yang Berhormat Lembah Pantai [Ketawa] .

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillah, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Kita berpeluang pada hari ini untuk membahaskan usul Yang Berhormat Menteri, Tok Pa. Diizinkan saya panggil nama glamour beliau. Usul yang pada saya sudah lama kita bicarakan. Saya ucapkan terima kasih kerana cadangan kami bersama di peringkat pembangkang diterima pakai untuk mewujudkan sebuah caucus. Namun tentunya kita menantikan beberapa permohonan antaranya versi bahasa Malaysia keseluruhan teks yang saya fikir akan membantu keseluruhan rakyat Malaysia memahami perjanjian yang memuatkan 6,350 muka surat seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar sebentar tadi. Kedua adalah supaya kita adakan sesi, sebelum caucus dibubarkan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri kita telah minta sesi bersama Pejabat Peguam Negara supaya kita dapat memperincikan ke-26 pindaan yang akan dilakukan terhadap undang- undang kita dan memikirkan apakah undang-undang lain yang seharusnya kita perkenalkan bagi mempertahankan kedudukan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kerana itulah bila masa ada beberapa penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sebenarnya tidak menggambarkan keadaan ataupun realiti semasa. Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa TPP ini lebih adil berbanding dengan WTO ataupun PDB. Saya hendak ambil satu contoh mudah sahaja berkait dengan tarif kerana selalunya perjanjian perdagangan melibatkan penurunan tarif, Tuan Yang di-Pertua. Bagi negara Amerika sebuah negara yang maju. Kalau kita lihat mereka mendapat masa untuk menurunkan kesemua tarif atau cukai-cukai eksport terhadap negara-negara lain maksimum selama 16 tahun. Maaf, 30 tahun Tuan Yang di-Pertua, bagi Amerika

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Syarikat sebuah negara maju. Selama 30 tahun sebelum mereka wajib liberalisasikan ekonomi, malangnya Malaysia sebuah negara sedang membangun diberikan hanya 16 tahun. Jadi, the devil is in the detail. Bilamasa Yang Berhormat Menteri menyatakan kesemua yang positif sahaja, saya fikir ini sebenarnya tidak memberikan gambaran sebenar impak dan kesan sebenar daripada perjanjian ini. Kita bahaskan rundingan TPPA, saya fikir a done deal seperti arahan Yang Berhormat Pekan. Maka saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri termasuk dengan team MITI bekerja keras menurut perintah yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Rundingan dibincangkan di kala rakyat sedang lemas dengan potongan subsidi, kemudian cukai regresif GST. Yang Berhormat Jeli sendiri sebut, Tok Pa sebut kita sudah lebih 20 tahun sambut perangkap ekonomi kelas pertengahan iaitu ekonomi Malaysia yang harus kita rubah menerusi reformasi. Akan tetapi kita gunakan TPP di kala rakyat lemas dijanjikan dahulu bahawa 8 daripada 12 barangan utama yang dipantau bakal turun dengan pasca GST. Malangnya, kedua belas barangan utama yang dipantau semua naik dan di Kuala Lumpur sahaja di mana saya wakili, mencatatkan 5.5% inflasi. Kos hidup terus meningkat, gaji kekal rendah pada kadar pertumbuhan yang sederhana dan bilangan warga asing lambakan sebanyak 6.7 orang dijadikan premis utama pertumbuhan ekonomi bukan dasar menaik taraf teknologi dan menambah penggajian bagi pekerja tempatan. Ini semua sebenarnya realiti ekonomi Malaysia. Jadi, bila masa kita membincangkan beberapa cabaran yang mendepani kita, saya fikir setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan haruslah berserta dengan mandat. Where is your credibility? Your moral authority as a government. Bila masa satu demi satu masalah terbuka dengan jelas termasuklah yang terbaru dakwaan berkait dengan pengurusan Tabung Haji sehingga Yang Berhormat Parit Buntar ada sebut juga tadi, kita berhadapan – pencarum berhadapan bagi setiap RM1 liabiliti hanya 98 sen yang kita ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila masa kita membincangkan masa depan juga yang memperlihatkan harga minyak sedunia jatuh kepada USD28 setong, setiap USD1 itu ibarat kehilangan RM300 juta. Maka rakyat dipaksa lagi merana bila masa dana pendidikan MARA, JPA menjadi mangsa termasuklah para guru yang bakal dibekukan kenaikan pangkatnya dan kala kebankrapan moral inilah BN di bawah Yang Berhormat Pekan menekan agar Malaysia tumpu kepada Perjanjian TPPA nya. Tidak payah bincang hal lain, kita akan gunakan TPPA sebagai the magic formula untuk mereformasi negara, untuk memastikan kita keluar daripada perangkap the middle income trap. Dulu kata GST, saya masih ingat, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang TPPA, maknanya where is the justification Tuan Yang di-Pertua?

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Hari ini sebenarnya saya menantikan lebih banyak lagi penjelasan daripada Yang Berhormat Jeli atau Tok Pa. Kita bukan bercakap tentang dua sahaja laporan sama ada ISIS or PWC. Di luar sana Profesor Jomo Kwame Sundaram hendak bercakap dengan Profesor Joseph Stiglitz dahulu hero Ahli-ahli Parlimen UMNO, kenapakah? Ini kerana Joseph Stiglitz telah mempertahankan pilihan Malaysia untuk memperkenalkan capital controls kala krisis ekonomi 1998, the financial economic crisis, dengan izin. Bila masa kita hanya menumpukan we are charity king, we are choosing which are the result termasuk juga competition yang kita mahukan untuk memenuhi selera kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan. Jadi pada itulah pada saya bila masa tidak ada mandat dan kredibiliti sebegini, bagaimana kita gunakan Parlimen. Gah bercakap kitalah negara, satu-satunya negara yang membahaskan TPP tidak seperti negara lain. Tok Pa juga tahu bagi Amerika Syarikat mereka ada the desertification process apa maksudnya. Sebelum mereka bersetuju dengan sebarang perdagangan yang dimeterai, mereka akan periksa do you comply with all the demands or not? Ini berlaku di antara FTA US dan Korea Selatan. Sejarah menunjukkan daripada segi prosedur, daripada segi akauntabiliti, daripada segi ability to demand more Tuan Yang di-Pertua. There are far superior than ours. Kerana apa? Ini kerana Parlimen kita hanya diguna pakai sebagai satu sistem rubber stamp [Tepuk] Di mana hendak bantah selepas ini. Di manakah? Caucus pun pada saya kita harus laksanakan satu Jawatankuasa Parlimen Pilihan Khas kerana ini merangkumi satu impak kesan kepada kedaulatan negara dan bukan ini bermaksud Yang Berhormat Permatang Pauh atau kami di sebelah sini, kami mendukung, kami tahu sejarah Malaysia. We are proudly trading nation. Tidak ada masalah. Kalau bercakap tentang

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

zaman Kesultanan Melayu Melaka, pada saya sekarang ini status ini kekal buat kita. Kita sekarang the 17 biggest trading nations di antara negara-negara di luar. Akan tetapi yang saya bimbangkan bila tanggapan yang dibuat contohnya kita dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan mudah. Tuan Yang di-Pertua, lihat kajian para economies menyatakan 94% daripada perolehan kerajaan Amerika Syarikat. 94% saya ulangi pergi kepada syarikat-syarikat Amerika Syarikat. Hanya 6% untuk perolehan kerajaan di Amerika Syarikat itu dikongsi oleh 170 buah syarikat di luar negara. Jadi pada saya jangan mudah memberi tanggapan bahawa ini akan berlangsung dengan baik. Hatta bagi contoh mudah, Qu Puteh di Brunei pun ada kontroversi penggunaan raksa akhirnya they were banned. Jadi bila masa berhadapan dengan negara-negara maju tentulah kita sebagai negara sedang membangun harus memikirkan kesan-kesan kepada sebarang perjanjian yang kita buat dan tandatangani. Perbincangan TPPA pada kali ini Tuan Yang di-Pertua berbeza kerana semasa kita tandatangani dan bincang US FTA 2008 ada 58 red lines. Jadi semua yang kita bangkitkan ini bukanlah perkara baru. Dulu dibangkitkan semasa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jadi kalau hendak menolak kami sebenarnya itu pendirian Barisan Nasional. Bercakap dengan apa-apa yang disebut sebagai garisan merah their red lines. Akan tetapi di bawah Perdana Menteri baru semua sudah berubah okey sudah berubah. Akan tetapi saya hendak maklumkan Malaysia sudah punyai tujuh FTA dengan 11 buah negara TPPA. Hanya yang kita mahu apa Mexico, Peru, Kanada, dan US. Mexico and Peru, not top five of our trading partners. Jadi pada saya bila masa kita fikirkan kita harus benar-benar melihat dengan semua maklumat yang ada sama ada manfaat dalam perjanjian ini melebihi kosnya. Sudahlah kerajaan tidak ada mandat. Itu satu. Jadi saya pada hari ini mahu berkongsi beberapa maklumat tetapi menjurus kepada isu ISDS kenapa termasuk juga impak kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.

Boleh sedikit? Sedikit sahaja.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Okey sedikit, tiga saat saya bentang standard.

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Lembah Pantai tentang satu artikel yang ditulis sendiri oleh Yang Berhormat Lembah Pantai berkaitan dengan kajian yang dibuat oleh economist di UNTAC bahawa berlaku satu kajian yang showcase erosion of trade balance about 5 billion per year. So saya fikir ini satu perkara yang cukup mengejutkan kita kerana kalau lihat PWCBA itu marginnya sedikit sahaja tetapi kalau 5 bilion, satu perkara yang cukup besar bagi Malaysia. Mohon pandangan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua saya kerana itulah bila masa bercakap isu pertama menandatangani perjanjian perdagangan mahu mengurangkan tarif. Tarif Amerika Syarikat kalau tengok average WTO 3%. Mereka tak boleh turunkan lebih kepada 3% kalau WTO. Maksudnya hendak turunkan daripada 3% kepada 0% itu, apa yang bakal kita gadaikan. Bercakap tentang 4 figures- saya boleh rujuk juga PWC. PWC menyatakan pasca TPPA trade surplus jatuh kepada USD29.7 bilion. Tanpa TPPA USD41.9 bilion. Maksudnya kita akan mencatat trade surplus yang lebih baik tanpa TPP. Itu satu one assumption that you will sign this agreement and you will get a better trade surplus yang ternyata meleset. Jadi saya juga hendak tahu apa jawapan menteri di kala ini. Adakah ini bermaksud kerajaan kita lebih suka mendapatkan lebihan import. Jangan lupa saya rujuk Profesor Jomo Kwame Sundaram, dengan lebihan import kekurangan pasaran eksport kita akan memberikan akibat dan kesan negatif kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri eksport. Itu satu.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kedua, pekerjanya. You cannot assume Tuan Yang di-Pertua bahawa transisi itu mudah. Orang sudah hilang pekerjaan secara automatik mendapat pekerjaan di sektor lain. Ini tidak berlaku sebegitu. Ada banyak lagi yang beri kesan negatif kepada pekerja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya habiskan dulu apa yang habis.

Akan tetapi ISCS yang lain.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Okey tiga saat ya. Terima kasih.

Tadi sebut pasal trade. Yalah kalau eksport tambah, import pun tambah. Akan tetapi ada tiga, capital goods, intermediary goods dan consumption goods. Kita kena tengok. Jadi jangan Yang Berhormat Lembah Pantai oversimplified. Kedua ialah pelaburan...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih, you can call the charge of this. Terima kasih.

Tak sebut pelaburan itu sama itu. Jadi saya ingat statement itu misleading dan cuba merubah kepada skewing it to the next, to your side. Jadi saya ingat itu tidak adil dan saya sebut pun sebab Yang Berhormat Lembah Pantai pun ahli caucus. You pun ahli caucus.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, selain itu- saya, terima kasih. Yang Berhormat Kota Tinggi ada peluang selepas ini biar saya cakap. Yes, yes apasal. Of course. Kalau saya keluar pun saya rujuk kepada economist. Duduk, terima kasih.

Jadi bila datang statement yang you keluar itu you seorang Ahli caucus jadi ya- jangan lari banyak sangat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, kerana itu saya suka merujuk kepada pakar economist. Ini kerana bila Tok Pa sebut tadi bahawa TPPA ini jauh lebih baik daripada WTO. Saya pun tanya juga di mana Yang Berhormat Menteri siapa yang sebenarnya tidak berkisar kepada data. Bila masa pula kita bawa isu apa yang dibangkitkan menerusi kajian oleh Tars University. Mereka menggunakan model terkini yang juga boleh dibandingkan dengan CGE model oleh PwC. Tidak ada masalah. Pada saya jangan cherry pick itu mesej saya utama dan harus dibincangkan dengan lebih lanjut tidak memadai dalam dua hari di dalam Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita maintainlah Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Jeli, “Tok Pa” itu kurangkan ya.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Jadi kawan-kawan saya pun tak boleh. Okey baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mulai sekarang ya, nanti selepas ini “tok”, “tok”, banyak jugalah.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Baik, sudah lama dalam caucus mesyuarat 15 kali mesra sedikit ya. Okey Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak bangkitkan bila masa ada kenyataan daripada speaker Kanada dia sebut Parlimen harus jadi medan di mana kita membicarakan sampai ke tahap ratifikasi dan setiap pindaan undang-undang yang memberikan kesan kepada rakyat. Isu hendak tandatangani itu isu eksekutif mereka tandatangan tetapi haruslah memberi kuasa kepada pihak legislatif membuat tugasan. Jadi pada saya bila bercakap hari ini kita berikan kuasa kepada Parlimen ia sebenarnya jauh daripada sasaran dan tidak begitu accurate, dengan izin.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kritikan yang saya bawakan juga di sini disuarakan, saya sebut tadi Joseph Stiglitz tetapi juga procurement Robert Wright termasuk Senator Elizabeth Warren. Senator Elizabeth Warren ini pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bab bankruptcy law, dengan izin.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kenapakah saya berkata sedemikian? Kita bercakap perjanjian perdagangan. Akan tetapi sebenarnya TPPA ini lebih kepada perjanjian pelaburan, kenapakah? 30 bab, 6 bab perdagangan biasa tetapi dalam setiap bab walaupun bab state owned enterprise, alam sekitar, pekerja, IKS, semua ada pengecualian, ya. Akan tetapi bersyarat. Syarat dia apa, Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua yang baru. Syaratnya, semua ini terpakai selagi ia tidak bertentangan dengan bab pelaburan. Bab pelaburan ini memberi kuasa penuh untuk saman-saman, saman menyaman- pelabur menyaman kerajaan, menerusi investor- state dispute settlement mechanism, tribunal antarabangsa. Maksudnya, hak yang paling tinggi diberikan kepada pelabur. Pekerja, pekerja okey, kita tukar, kita pinda undang- undang kita, tidak ada masalah. Akan tetapi bila masa pekerja ditekan, pekerja dimangsakan, mereka hanya boleh pergi kepada mahkamah Malaysia. Mereka tidak boleh pergi mahkamah ISDS. ISDS Tuan Yang di-Pertua, hanya dikhaskan kepada pelabur. Ini kuasa lebih yang Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat, New Zealand antara ramai yang menyuarakan bantahan. Saya dengar banyak kes yang Yang Berhormat Parit Buntar sebut tadi kerana kita pun ada 74 bilateral investment treaties. Jadi, kita pun kena saman, kita pun saman, okey. Akan tetapi kalau dahulu, semasa kita ada bilateral investment treaties, saya masih ingat. Krisis kewangan ketika itu, Malaysia laksana Asian Financial Crisis, Tun Dr Mahathir Mohamad laksana capital control. Jadi, ada seorang pemilik saham Belgium- orang Belgium menyaman kerana dia tidak boleh keluarkan dana dia daripada KL Stock Exchange. Dia saman kerajaan Malaysia, alhamdulillah walaupun kita disaman, kita menang, kenapakah? Oleh sebab pelaburan dalam bentuk saham tidak dikira sebagai pelaburan kerana tidak termaktub dalam makna pelaburan seseorang itu. Dalam TPPA, kalau dia saman sekali lagi, kita tidak akan menang kerana makna pelaburan itu merangkumi 1001 sama ada paten, sama ada saham, milikan kawasan. Jadi, bila masa saya hendak maklumkan kes-kes yang sudah berlalu, kita kata, ”Oh, kita pun ada bilateral investment treaties, tidak ada masalah. Kita boleh mendepani cabaran-cabaran ini”. Jawab saya apa? Jawab saya seperti yang diulangi oleh Elizabeth Warren, the US Senator for Massachusetts, Tuan Yang di-Pertua, “ISDS mekanisme atau badan pengadilan yang diamalkan dalam perjanjian TPPA. Jadi, persetujuan TPPA ini memberikan ruang pendakwaan antara syarikat dan kerajaan. ISDS akan beri kelebihan kepada syarikat luar negara mencabar undang-undang dan akan mengenakan bayaran tinggi kepada pembayar cukai tanpa melalui prosedur mahkamah US”. Ini apa yang disebut dalam Kongres. Kalau tengok Rusia, saya tengok Rusia tahun lepas, tak silap saya. Maaf, dua tahun lepas, 18 Julai 2014. Rusia diarahkan bayar, tidak banyak, USD50 bilion pampasan kepada OAO Yukos Oil Company ataupun RM220 bilion, hampir sama dengan belanjawan kita untuk setahun. Ini berlaku 2014. Akan tetapi bawah ISDS, lebih serius kerana mana-mana syarikat boleh bawa kes tersebut kepada panel penimbang tara antarabangsa dari mahkamah US atau mahkamah Malaysia dalam kes kita. Sekiranya syarikat tersebut menang, maka keputusan ISDS tidak boleh dicabar di mahkamah Malaysia. Kita juga- kalaupun kita menang, kerana PwC sebut antara semua kes-kes sebelumnya yang bersifat sama dengan ISDS, 37% dimenangi oleh kerajaan yang majoritinya kalah. Kalah oleh kerajaan. ISDS tidak mempunyai hakim yang bebas. Peguam yang dahulu jadi pembela bagi syarikat korporat...

[Bangun] Nak betul sikit. 37%?

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yes. Please read your- please read.

Ya, lepas itu 25 buah syarikat...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, susahlah saya macam ini. Kalau hendak balas, you have your turn. Bagi penjelasan kemudian.

Tak, ini misleading sebab you kata tadi, you kata majoriti kalah, 22% adalah arbitration, timbang tara. Jadi, tolong jangan mislead us. Kita dengar.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, saya susah begini. Saya tidak faham kenapa emotional, kerana saya...

Kita dengar, kita terima tapi itu salah. Saya minta tarik balik. Tarik balik, tarik balik.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, pertama, tak minta kebenaran. Tak minta kebenaran. Kedua, nak bulldoze begini. Saya tak nak tarik balik kerana saya telah merujuk kepada muka surat 261.

Sebab dia kata majoriti- saya repeat balik. Tuan Yang di-Pertua, 37% kita menang, kerajaan menang- 22% - syarikat. Jadi, saya minta tarik balik.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak teruskan, saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Yang Berhormat Kota Tinggi, you can answer later, okey. Tuan Yang di-Pertua, begini. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dah stop, dah stop.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Kenapa...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya nak....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai, ya Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

I’m sorry, I have to ask you the question. Why does she have to be interrupted for two minutes?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Subang bercakap dengan Speaker dengan duduk.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita boleh terus berhentikan Yang Berhormat Kota Tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya sudah berhentikan Yang Berhormat Kota Tinggi. Apakah masalah Yang Berhormat Subang?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya masalah kalau Speaker tak berhentikan. Yang Berhormat Kota Tinggi yang ganggu Yang Berhormat Lembah Pantai. Itu masalah saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang pun cakap sambil duduk. Ya, sebenarnya Yang Berhormat Lembah Pantai dah cukup masa.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Okey, saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila sila.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, penting kerana apa? Ini kerana saya hendak maklumkan, ada satu bahaya juga dalam sistem ISDS yang dibangkitkan juga oleh Ahli Kongres di Amerika Syarikat. The revolving door system. Satu hari jadi hakim untuk tribunal, hari lain jadi pembela untuk syarikat-syarikat korporat besar. Jadi kerana itu, kebanyakan mereka memang sentiasa memberi, they will give the weightage, dengan izin, kepada syarikat-syarikat besar. Ini bukan saya bercakap kosong-

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

kosong Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap merujuk kepada teks perbahasan Senator Elizabeth Warren. Jadi pada saya, bila masa kita bangkitkan kebimbangan, this is serious, Tuan Yang di-Pertua. Kita akan terpaksa memikirkan bukan soal nak mempertahankan diri. Dalam laporan PwC pun kata, dengan izin, other cost the government will have to set aside additional resources due from possible challenges and related administrative procedures as part of the arbitration process. Contoh mudah, Lynas ada saham antara negara-negara TPPA. Jadi, bila-bila masa kalau ada keputusan nak batalkan lesen Lynas, bersedialah kerana Lynas ada kuasa bawah TPP ini untuk menyaman kita. Tak cukup dengan itu, Article 9.6 – Treatment in Case of Armed Conflict or Civil Strife, Tuan Yang di-Pertua. Negara yang terlibat dengan TPP. Bawah non-conforming measures, each party shall accord to investors of another party and to cover investments non-discriminatory treatment. Okey, termasuk if it adopts- will report respect to measures, it adopts and maintains relating to losses suffered by investments in its territory owing to armed conflict or civil strife. Jadi, saya nak tanya, maksudnya kalau Malaysia diserang, apakah kesan sebenarnya? Adakah kita pun terpaksa menanggung kerugian yang dihadapi oleh syarikat- syarikat yang memilih untuk melabur di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sekarang Brazil- kalau hendak bercakap tanpa ISDS, kita tak akan dapat pelaburan. Brazil negara di mana undang-undang dan perlembagaan mereka tidak membenarkan investor dispute clause dimasukkan. Mereka tak boleh laksana ISDS. Percayalah Tuan Yang di-Pertua, mereka negara kelima di dunia yang mendapat pelaburan yang terbanyak. Jadi pada saya, bila masa kita ada sistem infrastruktur yang baik, kita pun boleh sahaja menandatangani FTA dengan negara-negara lain, tidak ada sebab kenapa nak terima pakai, menyerah diri bawah ISDS. Saya rasa ini a good reason to exit just on ISDS. Jadi terakhir, memang kita minta agar sebuah jawatankuasa pilihan diwujudkan jangan- don’t rush into this, Tuan Yang di-Pertua. Kita harus ingat bagi kerajaan negeri, ini yang terakhir. Kerajaan negeri di negeri Mexico walaupun kerajaan negeri kononnya dikecualikan, jangan lupa kalau ada pelabur, ada syarikat di negeri Selangor atau Pulau Pinang tiba-tiba mereka dilihat melanggar dan menyebabkan kerugian kepada syarikat tersebut. Apakah dia buat? Dia tak saman kerajaan negeri, dia saman Kerajaan Pusat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Akhirnya, ini pihak Attorney General Chambers sendiri, pihak Peguam Negara mengesahkan dalam persoalan saya bahawa akhirnya kemungkinan akan ada situasi kerajaan pusat seperti Mexico terpaksa paksa kerajaan negeri untuk bayar, kenapakah? Because you are facing the cost. Kita terpaksa membayar semua ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi negara Indonesia, India dan juga Afrika Selatan, mereka sedang menarik balik klausa investor dispute ini kerana mereka tahu ada kesan yang besar. Kenapakah kita tidak mampu untuk melihat ini secara keseluruhan? Seperti yang saya katakan, kita mendukung perdagangan terbuka tetapi ada kesan-kesan dan impak yang tidak sepatutnya kita pegang. Jadi saya berharap sangat-sangat ini akan dan sepatutnya menjadi perbincangan yang lebih lanjut. Isunya jangan kita mudah menerima pakai satu tekanan daripada pihak korporat. Pada saya mudah kerana banyak lagi suara daripada Amerika Syarikat, not all of them agreeable, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri pun tahu. Ramai juga negara yang berlumba-lumba untuk menjalankan atau menandatangani free trade agreement dengan kita. Kita tidak tolak. Akan tetapi bila masa kita serahkan dan bersetuju dengan ISDS dalam rangkaian sebegini, dengan semua undang-undang yang sebegitu, pada saya akan memberi kesan yang sangat negatif pada semua perjanjian lain sama ada RCEP- don’t tell me China tidak akan minta perkara yang sama. Kita kena ingat, segala keputusan akan mengikat kita dalam perjanjian perdagangan lain. Kalau lebih relax, lebih longgar, lebih beri ruang kepada negara sedang membangun seperti Malaysia, okey lah. Akan tetapi kalau tidak, kita akan menghadapi masalah, menjerut leher sendiri.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan pimpinan lain, kita menolak usul ini. Saya mohon sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri, ini beri kesan. It is not about BN or Pakatan. It is about the future of Malaysia. Saya minta wujudkanlah Jawatankuasa Pilihan. Ada banyak perkara kita boleh rundingkan bersama, fikirkan implikasi negatifnya tapi jangan ikut telunjuk Yang Amat Berhormat Pekan. Kita pun tidak pasti dia ini Perdana Menteri untuk berapa lama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini apabila isu TPPA dibangkitkan dan mendapat perhatian daripada masyarakat, saya dapati bahawa antara golongan yang paling berminat dalam isu TPPA ialah pengusaha kecil dan sederhana (PKS). Jadi, antara soalan-soalan yang selalu mereka tanya ialah yang pertama, adakah keputusan kerajaan untuk menyertai TPPA ini dibuat secara tergesa-gesa? Kita tahu sebenarnya kerajaan kita sudah adakan konsultasi dan outreach bermula dengan TPP Open Day pada 1 Ogos 2013. Sejak 2013, lebih 200 sesi TPP telah diadakan untuk mendapat pandangan, input serta menerangkan perkembangan rundingan TPP. Pada 15 Ogos 2013, Jemaah Menteri mengarahkan kajian kepentingan negara dan analisis kos manfaat. Kemudian, laporan akhir kajian telah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen pada 3 Disember 2015 iaitu tahun lepas. Jadi mungkin ada Ahli-ahli Parlimen daripada pihak yang tertentu yang malas hendak membaca ataupun tidak faham kandungannya. Caucus TPP yang mengandungi Ahli Parlimen daripada BN dan pembangkang dari kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah mengadakan 15 kali mesyuarat. Baru-baru ini, Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari BN mahupun daripada pembangkang telah diajak menyertai taklimat dan sesi perbincangan mengenai TPPA. Kita telah diberi penjelasan dan peluang untuk bertanya sekiranya ada keraguan. Dengan menjadi salah satu daripada 12 buah negara yang pertama yang mengambil bahagian dalam TPPA, kita diberi ruang perundingan yang lebih besar dan syarat-syarat tertentu selaras dengan suasana dan Perlembagaan Negara. Sekiranya kita mohon menjadi anggota TPPA selepas ia ditubuhkan, kita perlulah mendapat persetujuan daripada kesemua negara anggota yang asal dan kita terpaksa terima semua syarat yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Jadi ini sebab-sebabnya kita hendak menjadi anggota TPPA pada masa sekarang. Kepentingan TPPA pada Malaysia. Tanpa TPPA, kemungkinan besar negara akan menjadi kurang menarik daripada segi penarikan pelaburan asing, bukan sahaja antara negara anggota TPP bahkan yang belum menjadi anggota TPP. Bukan itu sahaja, bahkan kemungkinan besar pelaburan tempatan dan asing akan menyusut kerana para pelabur memilih untuk melabur di negara-negara anggota TPP kerana layanan istimewa yang dinikmati di negara-negara anggota TPP. PKS tempatan yang bergantung kepada pengeksportan produk mereka juga akan menghadapi persaingan yang amat sengit. Kajian Pricewaterhouse Coopers menunjukkan pasaran projek Malaysia akan menjadi lebih besar dan luas kerana kini TPPA merupakan 40 peratus ekonomi global dengan jumlah penduduk seramai 800 bilion orang dan GDP negara berpotensi berkembang USD107 bilion sehingga USD211 bilion. Kemasukan pelaburan asing juga dijangka meningkat, USD136 bilion sehingga USD239 bilion dan FDI akan berkembang pesat akibat kemasukan pelaburan asing itu. Sebanyak 90 peratus perkembangan ekonomi berpunca daripada langkah-langkah pengurangan ataupun penghapusan tarif.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Tebrau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Sungai Siput, boleh?

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Okey.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini berkaitan dengan kajian Pricewaterhouse, kerana ia berdasarkan kepada andaian-andaian. Ada enam andaian diambil kira dan figure USD211 bilion accumulative GDP yang tambah itu adalah dalam anggaran yang satu itu tadi. Akan tetapi ia tidak ambil andaian yang lain, other assumptions are not taken into consideration. Umpamanya, Michael Kang, Presiden SME, dia katakan ada kemungkinan 30 peratus daripada SME akan gulung tikar dalam masa dua tahun. Jika andaian itu dimasukkan dalam the computer generated equilibrium, kita mahu lihat apa curve itu. So, andaian yang diambil untuk kira hanya beberapa andaian sahaja tetapi andaian SME akan bankrap itu tidak diambil kira.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Okey, saya sudah faham, saya sudah faham. Oleh sebab Pricewaterhouse sebuah syarikat yang profesional, saya tidak mahu mempersoalkan keputusan mereka. Baru-baru ini, saya dapati ada tujuh buah NGO termasuk yang daripada masyarakat Cina mahupun daripada masyarakat Melayu yang menyatakan mereka menyokong TPP. Kebaikan tambahan yang akan dibawa oleh TPP termasuklah sistem pentadbiran yang lebih efisien dan telus, kebajikan pekerja, pemeliharaan alam sekitar, amalan anti rasuah dan juga kepentingan dan keselamatan para pengguna. Apa yang saya hendak tegaskan pada petang ini Tuan Yang di-Pertua, ialah kesan TPP kepada PKS. Kita dapati bahawa lebih daripada 95 peratus entiti perniagaan dan perusahaan dan industri negara kita merupakan PKS. PKS juga menyumbang kepada 30 peratus GDP negara. Lebih penting lagi, 65 peratus rakyat Malaysia bekerja di bidang PKS. Akan tetapi, cuma 18 peratus PKS sahaja yang mengeksport hasil buatan mereka.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Jadi ini menunjukkan bahawa ada ruang yang besar untuk PKS tempatan mengembangkan pasaran ke luar negara dan menjadi lebih besar sekiranya Malaysia masuk TPP. Mexico, Kanada dan Peru mempunyai daya pembelian yang tinggi. Ini boleh menjadi pasaran baru bagi PKS Malaysia. Semenjak tahun 1998, Malaysia tidak lagi menikmati generalisasi semua preferences di USA. Ini menyebabkan negara kita sukar bersaing dengan negara-negara lain yang masih diberikan GSP seperti Thailand, dan Indonesia yang masih berstatus ESP dan membayar tarif import yang rendah di USA. Maka, penyertaan TPP ini membolehkan Malaysia merebut balik pasaran USA yang amat besar dan permintaan produk yang berkualiti tinggi. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Malaysia tidak menyertai TPP seperti sekarang. Para peniaga kehilangan akses kepada pasaran kerajaan USA yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan sebarang pembekalan ataupun perkhidmatan daripada negara yang bukan anggota TPP. Sebaliknya, pasaran kerajaan USA merupakan pasaran baru yang besar kepada kita. Jelas sekali bahawa penyertaan TPP akan membuka ruang yang besar dan peluang yang banyak untuk perkembangan PKS di negara kita. Penyertaan TPP sudah pasti akan menggalakkan lebih banyak pelaburan asing termasuk dari negeri China ke negara kita kerana mereka pun ingin merebut peluang untuk memasarkan hasil-hasil mereka ke pasaran TPP. Tuan Yang di-Pertua, daerah Batu Pahat di negeri Johor amat terkenal dengan industri kain dan pakaiannya dan kualiti produk di kilang-kilang itu adalah di antara yang terbaik di dunia. Malangnya, industri ini kini semakin merosot kerana pasaran pengeksportan yang menyusut dan juga oleh sebab mereka menghadapi persaingan yang amat sengit. Para pekilang kain dan pakaian memang berharap bahawa pasaran TPP ini akan memberi nafas baru dan juga harapan baru kepada industri. Namun demikian, saya difahamkan bahawa benang yang diperlukan diimport dari negara lain. Ramai yang beranggapan bahawa hanya produk yang berasal dari Malaysia yang dibuat seratus peratus di mana bahan mentah tempatan dianggap produk Malaysia dan menikmati layanan tarif khas atau special tariff import di negara-negara TPPA. Hakikatnya, Malaysia sebenarnya telah berjaya berunding dan mendapat kebenaran khas iaitu hasil-hasil Malaysia yang diperbuat dengan 40 hingga 50 peratus

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

bahan mentah tempatan boleh diklasifikasikan sebagai produk buatan Malaysia. Tambah lagi segala hasil kita yang bernilai kurang daripada USD1 ribu yang dikecualikan daripada duti import semasa dibawa masuk ke USA dan saya percaya ini, sesuatu yang baik kepada industri pelancongan kita. Masalahnya ialah adakah negara kita sudah bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut. Buat masa sekarang, negara kita sudah banyak bergantung kepada pekerja asing untuk sumber manusia kita. Saya difahamkan bahawa bilangan pekerja asing di Malaysia sudah menjangkau dua juta orang tidak termasuk PATI. Sekiranya bilangan itu terus berkembang industri kita akan dibanjiri pekerja asing. Apabila bilangan pekerja asing yang besar ini menubuhkan kesatuan pekerja mungkin dia akan menimbulkan masalah yang besar kepada kita. Maka, saya pun berpendapat bahawa kita harus beralih daripada lower end industry kepada high end industry yang kurang bergantung kepada sumber manusia tetapi lebih banyak mechanization. Jadi sebenarnya, sebaliknya perkembangan high end industry ini memerlukan lebih ramai technocrats dan juga kita kena berarah mechanization. Oleh itu, saya berharap bahawa Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Pendidikan perlu membuat perancangan awal untuk melatih technocrats yang mencukupi dan juga para pengusaha PKS hendaklah menuju ke arah mechanization. Negara kita mempunyai bakat-bakat yang tertentu yang memerlukan arena yang sesuai untuk perkembangan bakat mereka. Saya difahamkan bahawa pencipta pendrive Pua Khein Seng warga Malaysia yang berasal dari Sekinchan, Selangor, tetapi oleh sebab pada masa itu kita tidak ada, dia tidak ada peluang di sini, jadi dia beralih ke Taiwan, tetapi saya percaya kalau kita ada TPP, kalau kita ada high end industry mungkin bakat-bakat kita akan berada di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua program-program dan peruntukkan dana untuk membantu bina daya PKS oleh kerajaan dan juga swasta dalam tahun 2015 adalah seperti berikut. Sebanyak 15 kementerian dan 67 buah agensi sudah mengadakan program untuk menyokong PKS Malaysia dan sebanyak 163 program PKS yang menelan belanja sebanyak RM11.3 bilion telah diadakan. Saya rasa bahawa kerajaan perlu membuat penerangan kepada rakyat dan pengusaha-pengusaha industri. Sebelum itu ada pihak yang beranggapan golongan TPP ini didominasikan oleh Amerika Syarikat dan hanya menguntungkan syarikat multinasional negara berkenaan. Namun, kebanyakan syarikat sudah beroperasi di Malaysia sejak beberapa dekad menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi dan industri termasuk PKS. Sehingga tahun 2014 terdapat lebih 700 buah syarikat pengilangan milik Amerika Syarikat termasuk beberapa syarikat- 500 di Malaysia. Merangkumi 81 buah syarikat berstatus MSC dan jumlah pelaburan syarikat-syarikat ini ialah lebih daripada RM70 bilion dan mewujudkan lebih kurang 201 ribu peluang pekerjaan. Ramai warga negara kita tidak sedar bahawa pelaburan Malaysia di negara asing sebenarnya melebihi FTI di negara kita. FTI di Malaysia adalah sebanyak USD500 bilion. Manakala...

Yang Berhormat Tebrau. Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Tebrau. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Tebrau bersoal dengan pelaburan korporat Multinational Company yang melabur di Malaysia. Adakah syarikat gergasi dari negara China akan menarik balik pelaburan di Malaysia sekiranya kita bersetuju menyertai TPPA ini? Yang saya tahu pelaburan negara China termasuklah pembelian EDRA di Malaysia dan banyak lagi tempat-tempat terutama Johor di perairan Johor, bersemuka dengan negara Singapura. Kebanyakannya berasal dari negara China. Adakah kompeni-kompeni syarikat-syarikat Amerika Syarikat ini akan tarik balik pelaburan dari Malaysia balik ke China apabila telah menandatangani TPPA ini?

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih. Saya percaya negeri China tidak akan menarik balik. Oleh sebab tadi saya ada sebut ada kemungkinan besar negeri China akan menggunakan kemudahan ini. Dia bukan anggota TPP tetapi kalau dia adakan kilang di sini dan kalau buatan dia akan dianggap eksport Malaysia ke negara TPPA dia juga akan

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

menikmati segala kemudahan. Jadi saya percaya mungkin lebih banyak pelaburan dari negeri China bukanlah menjadi kurang. Maka segala syarat TPPA yang memberi pelindungan kepada pelaburan negara asing, negara anggota TPPA ini di negara kita sebenarnya juga memberi pelindungan kepada pelaburan kita di negara-negara berkenaan.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Itu yang kita jangan lupa bahawa walaupun kita kata TPPA berikan perlindungan kepada pelaburan asing di sini tetapi dia juga memberikan perlindungan kepada pelaburan kita di negara yang berkenaan. Rakyat dan pengusaha khususnya para pengusaha PKS harus disedari hakikat bahawa Malaysia secara teori akan mendapat akses kepada pasaran 800 juta- penduduk dengan KDNK tergabung sebanyak USD27.5 trilion. Institute in economy Peterson menyatakan Malaysia berpeluang mendapat keuntungan lebih daripada USD41.7 bilion ataupun sebanyak RM134 bilion peningkatan dalam eksport dan sebanyak USD26.3 bilion dalam keuntungan pendapatan menjelang tahun 2025 jika ia kekal bersama TPP. Tuan Yang di-Pertua, melalui TPP kita bakal lihat peningkatan pelaburan yang menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan serta pemantapan tadbir urus berlandaskan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik. Selain itu perjanjian TPP juga akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri. Kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat jelata terutama kaum bumiputera tentang kelonggaran dan layanan istimewa yang Kerajaan Malaysia berjaya memperoleh bagi golongan bumiputera melalui rundingan khas dengan negara-negara anggota TPPA. Syabas kepada Menteri MITI dan pasukan pegawai yang terlibat dalam perundingan tersebut. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri MITI dan juga pasukan perundingan beliau yang terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi kerana berjaya memperoleh syarat-syarat yang amat baik bagi negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tebrau sila gulung.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Okey. Akhirnya saya menyeru kepada semua warganegara supaya bersatu hati dan bersatu jiwa, bergabung tenaga dan segala sumber demi merebut peluang-peluang keemasan yang ada di bawah TPPA. Biar kita mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif demi menarik pelaburan asing. Apa yang lebih penting lagi biar kita melangkah keluar negeri, mengeksport ke luar negeri dan melabur di luar negeri. Biar kita menembusi pasaran global. Malaysia boleh, rakyat Malaysia boleh. Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk bahas rang undang-undang TPPA di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, dokumen Kementerian Kesihatan iaitu Malaysian National Medicines Policy yang digubal pada tahun 2012, beri satu komitmen kepada rakyat Malaysia bahawa akses kepada ubat adalah berdasarkan harga berpatutan iaitu affordable medicine. Tambahan pula kos ubat tidak boleh menjadi penghalang atau barrier kepada sesiapa untuk mendapat akses kepada ubat-ubatan. Dengan TPPA Malaysia akan mengikut regime TRIPS-Plus ataupun Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights plus. Saya khuatir regime TRIPS-Plus ini akan bercanggah dengan dasar kerajaan sendiri iaitu Malaysian National Medicines Policy dan TRIPS-Plus pula akan memangsakan hak rakyat untuk affordable medicine atau harga ubat berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2000 buah firma farmaseutikal Amerika Syarikat mula mendesak Kerajaan Amerika Syarikat untuk memasuki peruntukan TRIPS-Plus dalam Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA. Ini sebab firma-firma gergasi ini tidak sokong

TRIPS yang menjadi global standard untuk IPR pada tahun 1955. Salah satu komitmen TRIPS ialah perlunya keseimbangan ataupun balance antara hak rakyat untuk membeli ubat dengan harga berpatutan, affordable medicine dan ruang untuk syarikat farmaseutikal untuk mendapat keuntungan. Dengan TRIPS-Plus kita dapati dan sejarah menunjukkan dan pengalaman- pengalaman di negara lain seperti Jordan menunjukkan bahawa tempoh paten boleh dipanjangkan, phenomena evergreening di mana paten yang sedia ada akan diperbaharui akan boleh berlaku dan ini akan juga menambah tinggikan kos kepada kerajaan. Soalnya mengapakah patent extension ataupun perlindungan untuk syarikat-syarikat farmaseutikal adalah penting? Tuan Yang di-Pertua perlindungan paten yang kuat ataupun strong patent protection yang kita dapati dalam TPPA ini adalah penting supaya syarikat-syarikat farmaseutikal ini dapat mengaut keuntungan secara tidak terkawal. Menurut Vice President Eli Lilly, dengan izin, the financial returns generated by the exclusive monopolies provided by patents are believed to enable pharmaceutical companies to recoup the cost of R&D, earn profits and invest in future innovations. As such the pharmaceutical industry is dependent on the paid protection of patents. Kita dapati bahawa bab IPR ada provide a strong pattern protection for pharmaceutical companies. Memang ketara Tuan Yang di-Pertua, bahawa kandungan TPPA memberi ruang untuk perlindungan paten yang kuat. Ini jelas menunjukkan pengaruh industri farmaseutikal dalam menentukan kandungan TPPA. Adakah kenyataan pegawai Eli Lilly ini benar bahawa patent protection adalah penting untuk mendapatkan semula perbelanjaan R&D mengaut keuntungan dan inovasi baru. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2013, firma Johnson & Johnson di Amerika Syarikat membelanjakan hanya USD8.2 bilion untuk R&D tetapi untuk sales and marketing syarikat ini membelanjakan sebanyak USD17.5 bilion. Untuk R&D USD8.2 bilion tetapi untuk sales and marketing USD17.5 bilion. Pada tahun yang sama firma ini mengaut keuntungan sebanyak USD13.8 bilion. Selain itu Syarikat Pfizer telah mengaut keuntungan sebanyak USD22 bilion pada tahun 2013 dan perbelanjaan untuk R&D hanya USD6.6 bilion tetapi untuk sales and marketing USD11.4 bilion. Kedua-dua firma ini lobi terkuat untuk mendesak kerajaan-kerajaan supaya mengadakan patent protection yang kuat di dalam TPP. Ini jelas menunjukkan bahawa motivasi syarikat-syarikat ini bukan untuk membuat ubat baru tetapi untuk mengaut keuntungan. Satu cara untuk mengaut keuntungan yang besar atau super profits ataupun profit yang tidak terkawal ialah menerusi strong patent protection. Dalam perspektif yang lain dasar memperkukuhkan regime patent protection membawa masalah kepada rakyat dan negara. Bolehkah kerajaan memberi ketetapan bahawa Malaysian National Medicines Policy mengenai dasar harga berpatutan tidak akan kompromi. Pada tahun 2000 Kerajaan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Jordan dengan peruntukan TRIPS-Plus. Tiga kajian yang berasingan dibuat selepas tujuh tahun, tujuan implementasi FTA dengan Jordan dan United States. Mereka melaporkan hasil yang amat mengejutkan, shocking conclusions. Pertama harga ubat di Jordan meningkat sebanyak 20%. Industri ubat genetik tempatan dimusnahkan. Kerajaan Jordan terpaksa keluarkan USD18 juta lebih setiap tahun oleh sebab kos harga paten adalah tinggi. Kalau dibandingkan dengan kos ubat di Egypt iaitu negara jiran Jordan, yang tiada ada undang-undang TRIPS-Plus lebih rendah sebanyak 30% berbanding dengan Jordan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini selalu ditanya oleh rakyat dan juga telah dibahas di dalam Dewan yang mulia ini adalah adakah harga ubat akan naik? Kalau kita tanya soalan itu kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau akan mengatakan bahawa harga ubat tidak akan naik. Akan tetapi pengalaman Jordan dengan jelas menunjukkan dengan TRIPS-Plus, menunjukkan bahawa selepas tujuh tahun, harga telah naik. Apa yang kita ada dalam TPP, kandungan chapter TPP – TRIPS-Plus. Tambahan pula, Perdana Menteri New Zealand, John Key berkata dan ini kenyataan akhbar beliau yang mengatakan bahawa “Key admits medicine costs will rise.” Beliau berkata, “Prices of medicines will cost more and there is a high probability patents on

medicines would be extended under the deal and that means the government will have to pay more for medicines after the agreement.” Director-General WHO, Margaret Chan (World Health Organization) dalam satu kenyataan akhbar, “Pacific trade deal could limit affordable medicines or affordable drugs- world health chief.” Beliau mengatakan bahawa, “There are some serious concerns about the TPP.” Beliau melontarkan satu soalan, saya percaya harus dijawab oleh kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri. Beliau mengatakan, “If these agreements open trade yet close the door to affordable medicines, we have to ask the question: Is this really progress at all?” So Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang timbul ialah siapa betul dan siapa salah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Menteri Malaysia mengatakan harga ubat tidak akan naik. Akan tetapi Perdana Menteri New Zealand berkata, harga ubat akan naik. So, siapakah benar dan siapa yang bohong? Tuan Yang di-Pertua, ubat biologics. Selain itu...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Penjelasan sedikit boleh?

Saya habiskan. Saya habiskan dahulu. Sudah mahu sampai. Tuan Yang di-Pertua, ubat biologics. Selain itu, terdapat juga kekeliruan mengenai ubat biologics. Yang Berhormat Menteri MITI mengatakan market protection atau data exclusivity untuk biologics lima tahun. Akan tetapi Timbalan USTR, Robert Holleyman mengatakan, data exclusivity adalah untuk lapan tahun. Ini adalah daripada BiotechDispatch yang mengatakan, “Make no mistake - it’s eight years on data exclusivity says USTR.” Sekali lagi, siapa betul dan siapa bohong. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya mesyuarat yang dihadiri oleh perunding Malaysia dan perunding Amerika Syarikat adalah berlainan kerana kedua-dua memberi gambaran yang lain. Soalan yang berkait dengan market protection lima atau lapan tahun ialah adakah Kerajaan Malaysia akan mengubah pendirian dan tukar kepada lapan tahun apabila Kerajaan Amerika Syarikat membuat process certification mereka? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi ketetapan dengan penuh yakin bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat semasa process certification? Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan beliau selalu mengatakan bahawa TPPA akan membawa kebaikan dan keburukan. Oleh sebab kebaikan lebih daripada keburukan, maka kerajaan pilih untuk menyertai TPPA. Tuan Yang di-Pertua, soalannya kebaikan yang diuar-uarkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah untuk siapa? Kepentingan golongan mana yang didukung oleh pihak Kerajaan Malaysia? Kepentingan rakyat Malaysia atau kepentingan syarikat-syarikat farmaseutikal? Pada pandangan saya, dalam isu berkait dengan ubat, kebanyakan hanya adalah untuk firma gergasi yang membuat ubat tetapi rakyat pula hanya mendapat keburukan akibat perlindungan paten yang lebih kuat. Dengan adanya tempoh paten ini, maka hilanglah peluang bagi rakyat untuk membeli ubat pada harga yang berpatutan. Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan paten dan data exclusivity, kita tahu bahawa dalam TPPA sebenarnya tidak ada perubahan dengan apa undang-undang yang telah ada di Malaysia. Jadi, kekeliruan yang ditimbulkan apabila orang memperkatakan kebimbangan dan kesangsian mengenai kenaikan harga ubat. Sebenarnya kenaikan harga ubat tidak ada bersangkutan kerana dengan TPPA ini, paten yang diberikan 20 tahun tidak akan dipanjangkan kecuali kelewatan dalam pendaftaran ubat dan memberi paten. Jadi persoalan tentang kerana paten, kerana TPPA itu harga ubat naik, tidak menjadi persoalan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, tidakkah benar sebenarnya kalau mengaut keuntungan yang banyak daripada rakyat umpamanya hasil daripada ketamakan syarikat itu. Ketamakan syarikat pengeluar farmaseutikal yang telah membelanjakan R&D sebanyak mungkin dan untuk iklannya sebanyak mungkin dan meletakkan harga yang memberikan keuntungan yang lebih. Ini bermakna apa yang saya hendak nyatakan, hendak tanya kepada Yang Berhormat bahawa TPPA sebenarnya tidak menyebabkan kenaikan harga ubat. Apa yang menyebabkan kenaikan harga ubat faktor-faktor lain dan juga termasuk ketamakan farmaseutikal. Terima kasih. Dia telah mengelirukan rakyat.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Jawapan ada dalam teks IPR dan saya minta Yang Berhormat rujuk kepada 18(37), 2. Jawapan ada di sini dan Yang Berhormat boleh baca sendiri [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada satu lagi isu yang saya fikir satu kontroversi yang besar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia iaitu berkait dengan ISDS iaitu Investor-State Dispute Settlement, dalam bab pelaburan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, peruntukan ISDS dalam mana-mana FTA, bilateral, multilateral ataupun BITs telah mendapat bantahan yang hebat daripada kumpulan- kumpulan kepentingan atau stakeholders seluruh dunia. Ini sebab pelabur asing sekarang boleh mengheret sesuatu kerajaan ke tribunal timbang tara antarabangsa atas alasan kerajaan telah mengakibatkan kejatuhan dalam keuntungan- loss in profits. Negara-negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, India, dan sebagainya sedang mengulang kaji terma-terma ISDS ini dan mereka telah mula keluar daripada perjanjian FTAs atau BITs yang mengandungi ISDS. Yang Berhormat Menteri selalu berkata kepada kita di Dewan yang mulia ini dan juga dalam sidang media bahawa Malaysia telah setuju dengan ISDS, dengan perjanjian FTA dengan negara-negara lain, jadi menyertai TPPA tiada bezanya. Tuan Yang di-Pertua, kenyataan seperti ini sangat mengelirukan rakyat. Hal ini juga menunjukkan bahawa kurang faham implikasi perjanjian dengan Amerika Syarikat. Adakah TPPA berbeza dengan FTA yang lain? Memang, sudah pasti. Pertama, pengaruh besar dalam TPPA ini Amerika Syarikat dan industri-industri gergasi Amerika Syarikat are highly litigious. Ketiga, industri arbitration ini melibatkan wang berbilion-bilion US Dolar. Keempat, firma-firma Amerika Syarikat telah menyumbang kepada 22% daripada semua kes ISDS di dunia. Kelima, Amerika Syarikat tuan rumah kepada firma gergasi paling besar di dunia. Keenam dan yang paling penting, Amerika Syarikat tidak pernah kalah dalam ISDS. So, ini adalah penting kita memahami sebelum kita tandatangani satu perjanjian yang ada ISDS. Keyakinan MITI ataupun Yang Berhormat Menteri menggunakan ISDS adalah kerana Malaysia telah menang lima kes ISDS termasuk kes Flatgrass Woodland pada tahun 1998 semasa kemelut ekonomi Asia. Tuan Yang di-Pertua, kemenangan kes ini adalah berdasarkan definisi seorang pelabur. Dalam kes Flat grassland, seorang pelabur yang membeli stok atau saham yang tidak diluluskan oleh pihak kerajaan, tidak dapat dikelaskan atau dikategorikan sebagai satu pelaburan. Akan tetapi kalau kita guna pakai definisi pelabur TPPA, maka kerajaan akan kalah dalam tribunal timbang tara antarabangsa. Ini sebab definisi pelabur adalah sangat luas dan tidak memberi perlindungan kepada kerajaan. Definisi pelabur TPPA sekarang ialah pertama, “An enterprise, shares, stocks and other forms of equity...” Adalah (a), (b), (c) dengan (e) sampai (h) pun ada. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah sebuah syarikat bernilai RM2 atau RM100 layak menjadi pelabur? Ini kerana definisi pelabur ialah an enterprise, no amount mentioned.

Kalau kita nampak BIT di India mereka ada amaun. You must invest USD50 million in India before you can take your case against the Indian government. Akan tetapi di sini ada an enterprise. An enterprise di Malaysia is it USD2, USD100, a foreign investor can sue the Malaysian Government ataupun dengan memiliki peti pos cukup untuk menjadi sebuah syarikat layak menjadi pelabur. Apa yang penting di sini Tuan Yang di-Pertua jika kes Philip Morris berlaku di era TPPA, Malaysia akan kalah dan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat tersebut. Ini satu. Implikasi yang berkait ialah implikasi Most Favoured Nation dan berkait dengan safeguards yang dikatakan, yang disenaraikan oleh Yang Berhormat Menteri dalam mukadimah beliau pada pagi ini. George Kahale seorang peguam timbang tara dan presiden firma litigasi yang besar di Amerika Syarikat. Walaupun dia Australian tetapi pejabat dia yang terbesar ini adalah di New York. Beliau menyatakan bahawa dan saya harap pihak kerajaan dengar apa yang saya baca sebab this is very important. This will make your safeguards null and void. Dia mengatakan bahawa, “including an MFN clause Most Favored Nation clause in the TPP was a major mistake.” Ini adalah peguam timbang

tara yang mewakili pihak kerajaan. Selalu dia menyokong kerajaan, mewakili pihak kerajaan bukan untuk pihak investor. Dia mengatakan bahawa, “including an MFN clause in the TPP was a major mistake. Essentially an MFN clause is tantamount to a classic wipeout move. It would enable foreign corporations from TPP states to make a claim based on ISDS provisions in any other trade deal a member state has signed, no matter which country it was signed with. That means it does not matter how carefully the TPP is drafted, foreign investors can cherrypick another treaty a member state has signed and sue the government based on the provisions included in that treaty. So, essentially Tuan Yang di-Pertua all the safeguards that the government talks about is rendered useless. Kalau kita percaya apa George Kahale says. Kahale juga mengatakan bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, habiskan Yang Berhormat Klang. Lagi satu minit, ringkaskan.

Saya belum habis lagi, baru start.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

20 minit sudah.

George Kahale mengatakan bahawa “MFN is a dangerous provision to be avoided by treaty drafters whenever possible because it can turn one bad treaty into protections never imagined for virtually an entire world of investors.” Isu yang berikut ialah berkait dengan 9(15) yang mengatakan bahawa ada safeguards untuk Malaysia. Beliau juga mengatakan bahawa the entire provision of 9(15), I have to go fast tetapi I’m sure that AG’s Chambers know what 9(15) is. Mengatakan bahawa “the entire provision is negated by five words in the middle unless otherwise consistent with this chapter. So at the end of the day this provision which really held out a lot of promise of being very protective is actually much ado about nothing.” So, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan isu ini. Penjelasan ini adalah penting sebab kerajaan menyatakan bahawa ada safeguards yang cukup untuk melindungi kerajaan supaya tidak di saman oleh Tribunal Timbang Tara Antarabangsa. Akan tetapi menurut pakar timbang tara George Kahale safeguards tidak boleh dipakai dan sekarang isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan, alam sekitar dan lain-lain boleh di saman oleh syarikat-syarikat asing. Robert French Ketua Hakim Australia telah berkata bahawa ISDS ini memotong kuasa demokratik mahkamah Australia dalam membuat sesebuah keputusan. Ini adalah selepas Philip Morris mengheret Kerajaan Australia ke Tribunal Timbang Tara Antarabangsa. Beliau berkata dan saya harap pihak AG’s Chambers dengar apa yang saya baca. “Arbitral tribunals set up under ISDS provisions are not courts. Nor are they required to act like courts. Yet their decisions may include awards which significantly impact on the national economies and on national regulatory systems within nation states. The significance of ISDS arbitral processes is global. They have general implications of national sovereignty, democratic governance and the rule of law within domestic legal system. So, mengapakah Kerajaan Malaysia ingin menandatangani perjanjian yang akan menghakiskan kegawatan negara dan mengurangkan ruang policy making space, membuat dasar perkara yang penting bagi sesebuah kerajaan untuk mentadbir negara. Memandangkan peguam timbang tara dan ketua hakim negara Australia jelas mengatakan bahawa kedaulatan negara akan dicabar, policy making space of government will be affected saya minta Yang Berhormat Menteri dan kerajaan berhenti berkata bahawa TPPA tidak akan mencabar kedaulatan negara. Ini adalah penting. Adakah peruntukan ISDS akan membawa FDI? Itu pun adalah kontroversi. Jelas bahawa ISDS tidak, is not the sole contributor towards FDI. The UNCTAD mengatakan bahawa kestabilan ekonomi, politik, sosial termasuklah kerajaan yang tulus, dasar yang teguh dan ada yang merupakan asas bagi setiap negara yang ingin menarik pelabur asing. UNCTAD juga berkata “investment agreements alone cannot turn a weak domestic investment climate into a strong one and they cannot guarantee the inflow of the foreign investments. Therefore investment chapters cannot be a substitute.” Ini UNCTAD, bukan

saya. UNCTAD mengatakan cannot be a substitute for the domestic policies and sound national regulatory framework for investments. Tuan Yang di-Pertua, Bank Dunia, penyelidikan ekonomi Bank Dunia mengatakan bahawa dan kajian mengatakan bahawa analyzing 20 years of bilateral FDI flows from the OECD developing countries find little evidence that BITs have stimulated additional investments. Kajian European Commission, reviewed the attitudes of European business community towards investment bab pelaburan dan kesimpulan mereka adalah only 10% had a working knowledge of investment treaties. About 40% had some general awareness and 50% had no knowledge of investment treaties. So, jelas kerajaan menyokong bab pelaburan dan TPPA ini dengan alasan yang lemah. Kalau kerajaan telah menjadikan, menjalankan kajian yang mengatakan bahawa ada persepsi positif dan terdapat hubung kait di antara pelaburan dan pelaburan langsung asing (FDI) kerajaan harus menjadikan dokumen-dokumen tersebut for public scrutiny. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang perlu saya bangkitkan di sini adalah ancaman ke atas hak kepada air untuk rakyat. Menurut Water Services Industry Act (Wasia) tiada sekatan ke atas pelabur asing untuk mengambil bahagian dalam industri air. TPPA juga memberi ruang kepada ini dan klausa national treatment memaksa setiap negara termasuk Malaysia untuk melayan pelabur asing dan tempatan secara sama tidak kira industri di mana mereka ingin memasuki pengecualian carve-out yang didapati oleh kerajaan adalah untuk kesihatan, pendidikan, sektor perikanan dan sebagainya tetapi industri air tidak termasuk dalam senarai ini. Pada waktu sekarang, kebanyakan negara mengawal industri air dan menjual air pada harga yang berpatutan kerana air adalah hak asasi manusia. Adakah industri air di Malaysia akan terancam dan dipaksa oleh syarikat luar untuk menjual industri air kepada mereka? Adakah kerajaan akan di saman untuk menekankan harga siling ke atas air? Saya mohon supaya menteri menjelaskan perkara ini. Akhir sekali Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua saya telah mengajukan 15 soalan pada minggu yang lalu berkenaan TPPA kepada MITI. Saya harap soalan-soalan itu akan dijawab juga. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya ingatkan 20 minit. Kalau panjang-panjang saya yakin ramai rakan yang lain tidak berpeluang. Jadi, sila Yang Berhormat Tanjung manis.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad, Allahumma Salli Ala Sayyidina Wa-Moulana Muhammad. Pertama kali, saya hendak mengucap syukur ke hadrat Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Kita bersyukur kerana dapat menghadiri sidang dewan khas di Parlimen yang mulia ini untuk membincang mengenai satu isu yang kini menjadi satu topik yang mendapat perhatian di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya mengenai Trans Pacific Partnership Agreement.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Tuan Yang di-Pertua, saya Yang Berhormat Norah Abd. Rahman, Ahli Dewan Rakyat, Parlimen bagi kawasan Tanjong Manis negeri Sarawak dan mewakili Parti PBB Sarawak dengan ini ingin memberi pandangan saya daripada aspek perdagangan antarabangsa, pelaburan industri negeri Sarawak, halal, biodiversiti dan alam sekitar yang berkenaan dengan Malaysia dan kaitan dalam Malaysia menyertai TPPA. Tuan Yang di- Pertua, senarai negara, tiga tempat teratas rakan niaga kongsi Malaysia yang terkini adalah Singapura, China dan Amerika Syarikat. Bersandarkan fakta-fakta di atas ini, penyertaan Malaysia dalam TPPA ini adalah satu kesinambungan perdagangan dan bukannya satu bentuk penjajahan ekonomi ataupun menjual kedaulatan negara seperti diuar-uarkan. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat telah berjalan sekian lama sejak dari tahun 1960-an dan pada tahun 70-an syarikat-syarikat

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Amerika telah melabur secara besar-besaran di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Sebagai contoh Intel yang kini berkembang dari satu kilang hinggalah kini menambah operasi di Kulim Hi-Tech di masa ini. Intel mula melabur pada 1972 dengan jumlah pelaburan USD1.6 juta dan sekarang telah berkembang menjadi USD4 bilion pada 2014. Pulau Pinang telah berkembang dan Intel menjadi benchmark kepada lain-lain syarikat dari Amerika Syarikat yang melabur di free trade zone Pulau Pinang. Lain-lain pelabur dari Amerika Syarikat yang melabur di Pulau Pinang adalah Intel, Seagate, Altera dan sebagainya, Honeywell, Motorola, macam-macam lagi. “Lembu punya susu, sapi yang dapat nama”. Pelaburan langsung asing ini telah menjana ekonomi Pulau Pinang khususnya dan Malaysia secara amnya dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Pelaburan langsung asing adalah satu elemen yang begitu signifikan sepanjang perjalanan pembangunan ekonomi Malaysia yang bermula dari pertanian, perlombongan, sumber asli, getah, kelapa sawit dan sebagainya kepada perusahaan manufacturing pada sekitar 1970. Pada masa itu juga Allahyarham Tun Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Jika kita masih ingat lebih kurang pada pertengahan 1970 antara polisi kerajaan Malaysia pada masa tersebut ialah menjana melalui pemberian biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA dan Petronas kepada bilangan pelajar Malaysia yang ramai bagi melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada peringkat ijazah, sarjana dan PhD dan sebagainya, jurusan kejuruteraan, perakaunan dan sastera. Hingga sekarang terdapat ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Malah ada yang ditawarkan peluang pekerjaan. Antaranya bekerja di Pusat Angkasa Amerika (NASA) dan lain-lainnya agensi ternama di sana. Ini adalah disebabkan bakat dan kebolehan yang ada pada rakyat Malaysia dan sistem pembelajaran yang baik di tahap sewaktu lagi muda. Melihat kedua- dua ini pelaburan langsung asing dan penjanaan pelajar Malaysia ke Amerika Syarikat ini adalah antara penglibatan perhubungan dua hala yang telah lama wujud dan TPPA yang melibatkan 12 negara ini adalah kesinambungan dari perhubungan dua hala ini. Bentuk persaingan yang ada di Malaysia bukan saja datang daripada Amerika Syarikat, malah daripada seluruh pelosok dunia. Persaingan yang sihat akan memberi kebaikan kepada ekonomi kita. Sepatutnya kita menerima TPPA ini dengan baik dan melihat apa Malaysia boleh sumbang kepada 11 buah negara lain yang menyertai TPPA. Jika Malaysia telah menjalankan Look East Policy setelah sekian lama iaitu berdagang dengan negara Jepun, sekarang kita dapat saksikan Jepun juga mengikuti, menyertai TPPA. Jepun juga sedar bahawa masa hadapan dunia ialah perdagangan antarabangsa yang bebas dan kita perlu bersaing atas dasar kos, kualiti dan penyampaian. Jadi ini yang perlu kita terapkan kepada syarikat-syarikat Malaysia termasuk IKS, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, GLC, orang awam dan penjawat-penjawat awam. Persediaan awal untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia agar dapat berdaya saing dari pihak kerajaan amatlah diperlukan memandangkan TPPA ini akan dilaksanakan pada 2018. Jadi amatlah diperlukan persediaan awal. Kerajaan harus menyediakan dana awal untuk latihan-latihan sebagai human capital development, standard ISO dan pembangunan perniagaan atau business development dan pemantauan pelaksanaan TPPA dengan baik. Di negara Jepun terdapat pengusaha industri kecil (SME ) yang menceburi bidang spare part kapal terbang dan berjaya. Kata orang tua, “kalau hendak seribu daya”, kita amat bangga bila terdapat seorang pengusaha anak tempatan dari Raub yang telah berjaya memenangi suatu tender terbuka untuk servis kapal terbang dan helikopter di Chile dan telah membuka perusahaan servis di sana. Syabas dan tahniah. Satu e-Trading platform TPPA yang padat dengan informasi perdagangan di antara 12 negara TPPA harus dibangunkan dengan segera supaya memudahkan perniagaan cara generasi kini, borderless world. Jika hasil dari penyertaan Malaysia ke dalam TPPA ini memberi kelebihan dari aspek pelaburan langsung asing, perdagangan antarabangsa dan persaingan sihat dalam perniagaan, kita perlu menyokong demi kesinambungan ekonomi Malaysia. Berdasarkan angka perdagangan yang dikeluarkan baru-baru ini turut menunjukkan pelaburan langsung asing dan pelaburan swasta masih mantap. Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2015 sejumlah RM153.2 bilion pelaburan dicatatkan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

beberapa sektor utama dibandingkan dengan jumlah RM180 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2014. Daripada jumlah tersebut, pelaburan domestik berjumlah RM124.9 bilion iaitu 82% dari pelaburan manakala bakinya adalah pelaburan asing. Dari sini juga kita dapat melihat kesimpulan bahawa Malaysia juga mempunyai kekuatan untuk melabur sehingga 82% pelaburan negara pada 2015, jika pelaburan asing berkurangan. Tuan Yang di-Pertua, ini sekurang-kurangnya dapat membuatkan ekonomi Malaysia lebih tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia dan kejatuhan harga minyak mata wang Ringgit Malaysia. Dalam kajian oleh World Bank untuk Kerajaan Australia, pihak media The Sydney Morning Herald pada 12 Januari 2016 telah melaporkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang akan memperoleh manfaat kepada ekonomi negara yang banyak malah melebihi Australia dan Amerika Syarikat setelah menyertai TPPA menjelang 2030 iaitu pertambahan GDP dan peningkatan eksport. Mengikut kajian World Bank untuk Australia, Malaysia dijangka mengalami pertambahan GDP yang tinggi setelah menyertai TPPA iaitu bertambah kepada 8% menjelang 2030, lebih tinggi dari unjuran tambahan GDP bagi Singapura, Amerika Syarikat dan Australia.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Hanya Vietnam yang dijangka akan mengalami pertambahan GDP yang lebih tinggi dari Malaysia iaitu sebanyak 10% menjelang 2030. Dalam unjuran pertambahan eksport pula, Laporan World Bank pula menyebut bahawa peratusan impak eksport bagi Malaysia adalah 20% lebih tinggi daripada Amerika Syarikat 9%, Singapura 7% dan Australia 5%. World Bank juga dalam laporannya telah menyimpulkan bahawa 12 buah negara TPPA ini akan mengalami peningkatan ekonomi dan pertambahan eksport menjelang tahun 2030 dan pasaran TPPA ini adalah 40% dari GDP dunia. Jepun juga mempunyai pandangan bahawa dengan menyertai TPPA ini ia akan meliberalisasikan ekonomi negaranya dengan memberi akses pasaran yang besar. Jepun juga berpendapat kebaikan menyertai TPPA adalah lebih baik dari keburukan dan ia adalah kebaikan bagi jangka panjang. Persaingan antarabangsa dan juga perkembangan perdagangan ke peringkat antarabangsa adalah seiring. TPPA akan menggalakkan persaingan yang sihat dan syarikat tempat perlu meningkatkan kapasiti bagi mengimbangi kehadiran syarikat asing. Bagi syarikat tempatan yang hanya menyasarkan pasaran Malaysia, TPPA ini akan meratakan dengan izinnya level of playing field. Persaingan di negara-negara yang menyertai TPPA dengan penghapusan tarif dan duti. Ini juga sedang berlaku dengan ASEAN dan AFTA. Kerajaan Malaysia pula hendaklah memberi maklumat secara lebih terperinci kepada sasaran terlibat iaitu syarikat swasta dan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Sebagai contohnya, syarikat yang berniaga secara dalam talian online telah menjalankan perdagangan secara global dan tidak akan tergugat dengan Malaysia menyertai TPPA. Walau bagaimanapun, kita juga tidak lupa kepada Negara China yang juga rakan niaga yang baik dan strategik bagi Malaysia. Negara China telah menyediakan akses pasaran kepada produk Malaysia seperti sarang burung, produk makanan, pasaran halal di Ningxia yang besar. Malaysia perlukan keseimbangan dalam perdagangan antarabangsa dan TPPA ini adalah usaha mengimbangkan pasaran dengan Amerika Syarikat. Di samping itu insya-Allah meningkatkan perdagangan Malaysia ke pasaran 10 negara TPPA yang lain. Tuan Yang di-Pertua, pada 17 Januari 2016, seorang penganalisis bank pelaburan, investment bank Encik Tan Boon Soon, telah membuat kajian mengenai kehadiran penyelia perkhidmatan penstreaman video, video streaming Amerika Syarikat Netflix Inc. ke Malaysia. Menurutnya, langkah-langkah ini dijangka tidak akan menggugatkan perkhidmatan televisyen berbayar Astro memandangkan kandungan siaran Astro yang lebih memenuhi cita rasa tempatan dan Astro anak tempatan. Dia memahami cita rasa rakyat Malaysia. Tahap penyiaran Astro di Malaysia kini sudah dianggap terlalu matang sehingga dapat menawarkan rancangan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, Tamil dan Kantonis. Analisis ini juga melaporkan 70% pelanggan Astro menonton rancangan- rancangan yang diterbitkan oleh syarikat televisyen berbayar itu sendiri.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Astro ketika ini mampu menawar rancangan berbentuk siaran langsung dan berita yang tidak disediakan oleh penyedia video atau permintaan video on demand seperti Netflix Inc. mahupun iflix. Perkhidmatan video on demand hanya menyediakan rancangan yang sudah mendapat kelulusan perundangan untuk ditayangkan. Namun, di Malaysia berlaku situasi saingan sengit dari rancangan yang dimuatkan turun daripada internet atau cetak rompak. Pada masa yang sama, budaya rakyat Malaysia untuk menonton atau membayar internet video on demand masih di peringkat awal. Lebih-lebih lagi terdapat di kawasan yang menghadapi liputan internet yang perlahan. Oleh itu tidak dapat dipastikan bagaimana perkhidmatan video on demand yang disediakan oleh Netflix atau iflix akan mendapat sambutan. Astro mempunyai sedikit kelebihan kerana sudah lama berada dalam pasaran yang disaingi dengan rancangan yang dimuatkan turun daripada internet serta cetak rompak. Dalam jangka masa panjang, syarikat televisyen berbayar tempatan perlu bersaing dengan tekanan dengan penyertaan Netflix ke dalam pasaran yang mana itu juga telah berlaku di Amerika Syarikat apabila Netflix dilancarkan di negara itu pada tahun 2007. Malah saingan iaitu iflix syarikat tempatan juga mengambil langkah untuk bergabung dengan Telekom Malaysia dan menawarkan pakej iflix dalam pakej UniFi. Strategi ini telah menaikkan bilangan pelanggan iflix melebihi lebih satu juta pelanggan. Jadi, persaingan sihat adalah baik bagi kita sebagai pengguna, consumer dan juga syarikat terbabit mengalami persaingan yang sihat dan mendapat dengan izin a win-win situation. Ini adalah satu contoh bahawa persaingan akan tetap datang ke Malaysia. Cuma persoalannya, hanya berbentuk dan masa sahaja. TPPA ini adalah bentuk persaingan pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, di kalangan syarikat tempatan yang juga terdapat banyak persatuan yang mewakili industri masing-masing telah tampil memberi sokongan kepada penyertaan Malaysia dalam TPPA. Pertama iaitu Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) yang telah memberi pendapat bahawa mereka yakin Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan penyertaan 12 buah negara ini akan menyediakan akses pasaran yang lebih luas untuk syarikat Proton memasarkan jenama kereta nasional. Presidennya Encik Armin menyatakan PEDA menyokong TPPA memandangkan kenderaan Proton buatan Malaysia boleh menembusi negara peserta secara bebas dengan sekatan yang minimum. Beliau juga menambah bahawa pasaran tempatan akan mendapat manfaat melalui penetapan harga yang lebih kompetitif hasil dari ekonomi bidang yang dicapai, economies of skill. Malah menurut beliau, tanpa TPPA Proton akan berdepan dengan sekatan import yang ketat di atas kenderaannya jika ingin memasarkan kereta tersebut di 11 buah negara yang menyertai TPPA. TPPA akan meliberalkan sekatan ini dan ia akan menjadikan lebih mudah untuk mengeksport kereta Proton ke 11 negara TPPA. Kedua pula, sebanyak tujuh persatuan peniaga juga bersetuju dengan hasrat Kerajaan Malaysia menandingi TPPA dengan menyifatkan ia akan memberi banyak kelebihan kepada industri perniagaan Malaysia dalam kedua-dua bidang import dan eksport. Setelah mereka meneliti serta mengkaji isi kandungan dan kesan Perjanjian TPPA, wakil kepada tujuh persatuan tersebut iaitu Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FFM), Yang Berbahagia Datuk Seri Saw Choo Boon berkata, kesemua persatuan bersetuju dan menyahut cabaran TPPA untuk menjalankan perniagaan yang menjurus ke arah global.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila gulung.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

I see, sebentar ya. Sedikit ya.

Tuan Yang di-Pertua. Sebelum tutup gulung, boleh?

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya tertarik dengan kenyataan awal tadi Yang Berhormat Tanjung Manis, pelaburan yang dibuat di Sarawakkah, di Selangorkah, di Johorkah berkembang begitu pesat daripada ratus juta kepada empat bilion, khususnya di Penang, Intel. Sebenarnya sekarang, kita tidak menjadi risiko bila pelabur-pelabur masuk ke negara kita. Apabila mereka menutup ataupun rugi, kita tidak ada risiko. Akan tetapi bayangkan sekarang, dengan bab 9, investment, apabila sesuatu pelaburan itu mengalami kerugian disebabkan oleh armed conflict ataupun civil strife ataupun sebab-sebab yang lain, kerajaan akan dipertanggungjawabkan dan akan membayar ganti rugi. Apakah pandangan Yang Berhormat Tanjong Manis itu melindungi kerajaan kita ataupun rakyat Malaysia khususnya dalam menerima pelabur-pelabur daripada luar negara khususnya multinational corporation ini? Tolong memberi perhatian kepada bab investment. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Terima kasih. Tidak ingat sudah Yang Berhormat dari mana.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Ya, Lumut. Sorry, Yang Berhormat Lumut. Terima kasih. Kalau hendak kata daripada segi undang-undang, saya hendak quote satu kes. MTD versus Chile Government, di mana MTD Capital telah menang melawan dengan Chile Government dan itu adalah satu kes yang amat menarik. Kalau masuk ke dalam laman web MITI, dapat dilihat ataupun dilihat terus MTD versus Chile Government. Saya hendak habiskan, ya. Terima kasih. Satu masalah yang saya suka hendak membawa ke MITI adalah industri halal Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang telah jauh ataupun sudah lama ke hadapan daripada segi industri halal ataupun standard halal dan telah bergabung bersama- sama Standard Malaysia dengan mengadakan standard ISO MS2400:2010 dan Halal Logistik MS2610:2015, Halal Food Production Preparation (handling and storage and general guide) MS1500:2009 dan Malaysian Standard Muslim Friendly Hospitality Services Requirement yang saya berharap MITI mengambil perhatian khas supaya kita dapat melabur bersama-sama sebelas rakan-rakan negara-negara TPPA daripada segi halal. Ini kerana janganlah peluang kita, Malaysia yang telah dikirakan de facto daripada segi standard halal diketepikan. Jadi, saya amatlah menyeru supaya MITI melihat ini dengan teliti. Oleh kerana apabila saya berada di negara Jepun, Perdana Menteri Jepun telah memuatkan agenda halal sebagai satu agenda di dalam polisi negara mereka. Mereka telah menyatakan hasrat mereka untuk bergabung bersama dengan Malaysia daripada segi persijilan halal. Ini akan membukakan peluang-peluang lagi untuk anak-anak Malaysia melabur daripada segi industri halal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tanjong Manis.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Jadi, dengan ini saya menyokong usul TPPA Kerajaan Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Hendaklah kamu merasa bimbang dan takut meninggalkan zuriat keturunan kamu ataupun orang-orang yang di belakang kamu di dalam keadaan yang lemah”. [Surah An-Nisa, ayat kesembilan] Tuan Yang di-Pertua, TPPA ini merupakan satu perjanjian yang mengikat dan mengunci negara sehingga negara berekonomi yang lebih kuat menguasai negara kecil yang mudah dieksploitasi oleh syarikat gergasi seperti Amerika, Kanada dan Australia dan

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

ia dianggap sebagai satu perjanjian mega yang terbesar di dunia. Atas nama perjanjian perkongsian ini, hampir tidak ada bidang dalam urus tadbir negara kita tidak terkesan. (i) dari segi tender kerajaan; (ii) status syarikat milik kerajaan; (iii) kuasa menggubal dan menguatkuasakan undang-undang; (iv) bekalan ubatan dan kos kesihatan; (v) kualiti alam sekitar; (vi) pengambilan tenaga kerja profesional; (vii) eksploitasi sumber bumi negara; (viii) kos sara hidup; (ix) perbankan; (x) polisi kewangan; (xi) dasar pemeliharaan hak dan kedudukan bumiputera; (xii) status syariah dalam perundangan; (xiii) industri halal negara; (xiv) kos pendidikan; (xv) kepentingan dan kedudukan usahawan tempatan; (xvi) syarat dan peraturan pelaburan; (xvii) kuasa legislatif dan kehakiman; (xviii) kuasa agensi tempatan; (xix) peraturan tender; (xx) pengambilan pekerja syarikat luar; (xxi) rejim percukaian; (xxii) sosiobudaya; dan (xxiii) pertahanan negara. Ertinya, semua ruang yang terlibat di dalam TPPA. Ertinya ialah TPPA ini merupakan penjajahan yang paling menyeluruh, yang lebih lengkap dan lebih menjamin kedudukan untuk merentas kuasa politik. Ia diikat dengan sifatnya untuk daripada sebarang peralihan kuasa politik kepada mana-mana parti politik sekalipun tetap perlu mematuhi peraturan dalam TPPA yang telah dimeterai oleh kerajaan hari ini walaupun ada klausa sana yang boleh untuk kita keluar. Pengakuan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menyatakan ia mengambil masa dua tahun untuk meminda 26 undang-undang bagi memenuhi keperluan TPPA. Ini satu perkara yang aneh kerana kita terpaksa pinda bagi meraikan TPPA. Anehnya, Amerika yang kini bukan sebenarnya kuasa ekonomi yang mampan dan boleh bertahan, namun Amerika menjadi penggerak untuk menggerakkan kesepakatan TPPA yang paling ghairah dan sangat bernafsu memastikan sebelas negara lain mengikut telunjuk. Tujuannya jelas untuk mengikat 40% daripada dagangan dunia. Kami dengan tegas menyatakan TPPA memudaratkan rakyat dan negara. Ia satu kesilapan yang paling besar dalam sejarah mempertahankan kemerdekaan negara.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Bangun juga. Sudah beritahu jangan bangun, dia bangun juga. Terima kasihlah, Yang Berhormat Bagan Serai. Sikit sahaja.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat Bukit Gantang pergi jauh mengelirukan rakyat dengan melemparkan kesangsian dan unjustified fears yang saya cadangkan tadi, saya ingin merujuk kepada satu perkara iaitu economic complexity index. Bagi saya sedikit sama. Indeks kecanggihan ekonomi. Merujuk kepada Observatory of Economic Complexity iaitu merujuk kepada maklumat di pangkalan data ATLAS di MIT, hasil kajian sarjana Harvard dan MIT menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-34 daripada 186 buah negara dari segi kecanggihan eksport. Dari tahun 1970, kita berada di tahap 76 tetapi dua tahun lepas, kita berada di tahap 34. Jadi, apa yang saya ingin katakan ialah...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Bagan Serai, nanti kita lantik Menterilah. Boleh jawab bila senang nanti.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Bukit Gantang, sikit lagi.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Cukuplah. Masa tidak ada, Yang Berhormat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sikit. Bagi seminit sahaja. Please. Alhamdulillah. Sabar ya, sabar. Jadi, apa yang saya hendak tekankan di sini, kalau kita bandingkan. Itu 34 di dunia itu, daripada 186. Now we compare with the 12 TPPA countries. Kita kena compare dengan TPP countries. Di depan kita hanya lima negara. Japan, Singapore, USA, Mexico dan Kanada.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Okey, okey. Saya faham sudah itu. Okey, Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada masa, Yang Berhormat. Duduk.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bermakna, kita tidak ada kesangsian, kita tidak ada ketakutan. Jadi, yang dikatakan negara akan dijajah, negara akan musnah, negara akan terbengkalai, itu adalah bayangan yang palsu.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya pun hendak tumpang juga. Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Cukup, cukup Yang Berhormat Parit Sulong. Orang lain Yang Berhormat Parit Sulong tak ganggu. Saya Yang Berhormat Parit Sulong ganggu pulak dah.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak apalah. Bolehlah ya? Bolehlah. Sikit sahaja.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Lemah laki-laki ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong, dengar perkataan Yang Berhormat Bukit Gantang. Lemah saya kalau perempuan ini. Sila, sila.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Cuma saya hendak tanya sebab tadi Yang Berhormat Bukit Gantang ada menyatakan bahawa terjajah dan segala. Oleh sebab kita, TPP ini ia ada 12 negara. Ia bukan Malaysia dengan US kah, Malaysia dengan Kanada kah. Bukan. Ia ada 12 buah negara.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Adakah apabila Yang Berhormat berbahas tadi menyatakan bahawa seolah- olahnya semua 12 buah negara itu akan dijajah, jadi saya hendak minta penerangan lebih

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

jelas lagi daripada Yang Berhormat mengenai perkara ini. Sebab, kita ini bercakap ini, kita ini negara dagang ya, negara dagang dan kita perlukan dagangan luar.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Okey, saya faham sudah. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Memanglah 11 buah negara lain pun sama. Jadi, kita ini jangan jadi macam Pak Pandir dengan Mak Andeh, anak orang juga mati, bukan anak kita sahaja mati. Menurut Menteri MITI, sebanyak 26 undang-undang dan akta dipinda untuk memenuhi keperluan pengkajian untuk perjanjian perkongsian TPPA ini semata-mata kerana untuk, antaranya ialah berkenaan dengan status Akta Buruh yang bakal melayakkan buruh asing menjawat jawatan tertinggi dalam kesatuan sekerja. Nanti kita cukup bimbang yang menjadi ketua union di kilang tempat anak-anak kita kerja ialah daripada Bangla, Nepal dan Myanmar. Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya juga ialah apakah selepas ini ada lagi pindaan-pindaan yang melibatkan undang-undang kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan bagi meraikan perkongsian ataupun perjanjian TPPA ini? Tuan Yang di-Pertua, ini belum lagi peningkatan dalam sektor pengeluaran produktif tinggi yang akan memberi kesan terhadap tenaga buruh kerana digantikan sepenuhnya dengan penggunaan mesin. Semua ini akan mengakibatkan peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas sekali gus menjadikan kadar pengangguran semakin tinggi. Tuan Yang di-Pertua, TPPA mempunyai peruntukan yang sangat lemah iaitu berkenaan contohnya syarikat perlombongan diberi kuasa untuk bertindak menyaman kerajaan yang menyekat perlombongan. Jika sebuah komuniti lokal menyekat aktiviti perlombongan, syarikat boleh mengeluarkan saman. Menurut Sahabat Alam, menyatakan TPPA memberi ruang yang sangat luas kepada aktiviti perlombongan kepada syarikat antarabangsa tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar di negara yang menyertai TPPA. Matthew Rimmer, seorang profesor mengenai hak intelektual, undang-undang dan pakar polisi perdagangan daripada Queensland University of Technology, Australia, menyatakan perwakilan Amerika Syarikat telah melakukan green washing ke atas TPPA iaitu mendakwa ia nampak seperti perjanjian yang mesra alam sekitar tetapi pada hakikatnya adalah perjanjian yang bakal menjejaskan alam sekitar dengan lebih parah. Pemuliharaan alam sekitar serta mekanisme penguatkuasaan yang berkaitan dengan alam sekitar sangat lemah dalam TPPA. Liputan peraturan dalam perjanjian itu terhadap pemuliharaan biodiversiti, konservasi sumber laut dan perdagangan serta khidmat alam sekitar sangat terbatas. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengurangan tarif akan memberi kesan langsung terutama kepada produk pertanian. Walau bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil, SME. Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat gergasi pertanian daripada negara seperti mana Amerika, Kanada, Jepun yang mana kerajaan tidak menurunkan subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian daripada UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus, kapas sebanyak 52 peratus. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM1.40 satu kilo. Apa akan terjadi kepada nasib petani kita dan juga kepada BERNAS pada masa akan datang? Mungkin kita sebagai pengguna akan makan beras murah seperti mana beras dari Amerika yang disebut sebagai beras long green yang berkualiti, harganya murah. Waktu itu sudah tentulah petani-petani kita tidak akan lagi untuk menanam padi. Maka akhirnya ia akan memberikan kesan daripada segi food security. Hari ini pun kita sudah tengok, dulu di belakang rumah saya di kampung ada sawah padi, sekarang sudah tidak ada. Anak saya sudah tidak kenal pokok padi, yang

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

dikenalnya pokok beras. Cuba bayangkan esok apabila padi beras menjadi murah, maka petani kita tidak akan tanam, maka kita bergantung dengan negara-negara yang akan eksport kepada kita. Akan tetapi untuk jangka panjang, apakah kebarangkalian terjadi daripada segi musibah, daripada segi malapetaka, bencana dan sebagainya, mereka tidak mampu untuk eksport beras ke negara kita? Maka pada waktu itu, di manakah pula kita hendak mendapatkan makanan asasi di negara kita? Ini kesan berlaku hasil daripada TPPA. Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Ini Yang Berhormat Bagan Serai kena faham bab ini. Itu yang menyebabkan antara kes – maksud dia ialah kita lambat hendak dapat harga ubat yang oleh kerana patennya itu dilanjutkan, akhirnya kita sukar untuk hendak mendapatkan ubat generik yang lebih murah daripada paten aslinya. Sebagai contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Bukit Gantang, sejak bila paten dilanjutkan di Malaysia? Ada pernah terjadi?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

TPPA nanti akan adalah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tak ada, tak ada.

[Bangun]

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

TPPA nanti akan adalah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kelirulah, ini mengelirukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Antara dua tadi siapa dulu yang bangun Yang Berhormat?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ini cakap fakta.

Yang Berhormat Bukit Gantang...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Sedikit lagi hendak habis. Nanti Yang Berhormat Kuala Selangor cakap masa orang lain. Okey, sebagai contoh, hydrazine yang digunakan untuk kanser pada masa ini memerlukan RM8,000 setiap kali rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah sampai RM44,725 setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurangan terutama mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten tersebut.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sik bangun, Yang Berhormat.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Sik, nanti bangun kemudian ya? Lewat, saya sudah hendak habis masa.

Tak, pasal fakta tak betullah.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Baiki nanti. Nanti Yang Berhormat Sik dilantik sebagai Menteri, okeylah. Bahagian hak cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat di Malaysia.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, cukai eksport dikenakan kepada pengeksport barangan utama. Cukai ini berfungsi melalui dua cara iaitu menaikkan pendapatan kerajaan dan membangunkan industri perantara tempatan. Cukai eksport menaikkan harga bahan mentah dalam pasaran eksport menyebabkan produk akhir yang dihasilkan oleh pasaran tempatan lebih mudah dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan oleh pasaran luar. TPPA mahu mengubah perkara ini dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai eksport negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eksportnya masih barangan mentah yang akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber kita dengan harga yang jauh lebih murah, seterusnya membunuh peluang industri perantara tempatan seperti pembekal kelengkapan teknologi, perabot industri, penapisan harga kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. Kita telah dapat lihat hasil daripada pertanian kita seperti mana kelapa sawit kita di antara pengeksport yang terbesar juga di dunia tetapi malangnya kita lihat harga kelapa sawit dunia ditentukan oleh dunia, tidak ditentukan oleh kita juga. Maka dengan sebab itu, kita mengharapkan supaya perkara ini tidaklah memberikan kesan yang berat kepada perjalanan ekonomi negara kita. Dengan ini, Bukit Gantang menentang TPPA ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kita bagi Yang Berhormat Parit Sulong. Ya Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga sebab memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas mengenai diskusi Perjanjian TPP ini. Seperti yang kita semua sedia maklum isu TPPA ini memang sudah lama dibahaskan serta dibincangkan oleh banyak pihak sama ada secara forum rasmi oleh pihak MITI ataupun oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ataupun stakeholders daripada dewan perniagaan persatuan pengguna, badan profesional malah individu-individu profesional. Saya juga hendak bersama dengan rakan yang lain hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Jeli dan juga pasukan pegawai perunding yang telah berunding selama lima tahun sehingga dimuktamadkan mengikut terma Malaysia. Jadinya Tuan Yang di-Pertua, Malaysia ini adalah sebuah negara perdagangan. Bermakna Malaysia mengamalkan satu dasar ekonomi yang terbuka yang melibatkan diri dalam FTA. Setakat ini memang 13 FTA telah ditandatangani dan Malaysia juga adalah negara yang ke-23 pengeksport terbesar di dunia. Jadinya sudah semestinya berkelangsungan ekonomi negara kita ini yang relatifnya kecil ini bergantung kepada keupayaan kita untuk melonjakkan daya saing negara di peringkat global yakni dalam mempertingkatkan jumlah eksport negara ke peringkat antarabangsa. Jadinya sungguhpun sekarang ini global ekonomi ini memang agak mencabar, berkembang dengan kadar yang lebih rendah iaitu 2.4% kalau kita bandingkan dengan tahun 2014 iaitu 2.6% tetapi yang pentingnya perdagangan Malaysia ini masih kukuh. Bagi tahun 2015 perdagangan Malaysia telah mencapai RM1.4 bilion. Jadinya melalui TPPA ini, syarikat pengeksport Malaysia boleh lebih banyak lagi mendapat akses kepada pasaran yang lebih besar dengan jumlah penduduk seramai 800 juta orang di negara TPPA ini. Bagi tempoh 11 bulan dari Januari hingga November 2015, eksport ke negara dagang FTA telah meningkat sebanyak 4.5% dan merangkumi 63.3% daripada jumlah eksport negara. Di antara negara FTA yang menunjukkan pertumbuhan yang paling ketara adalah apabila ada perjanjian ataupun FTA yang telah ditandatangani dengan Turki kita dapat melihat peningkatan perdagangan itu adalah sebanyak 78% dan sejak FTA Malaysia ini dilaksanakan dengan Turki pada tahun 2015, perdagangan Malaysia juga meningkat. Itu tadi tetapi yang ini meningkat sebanyak 113% dari bulan November 2015. Itu satu contoh. Contoh yang lain pula pada tahun 2014, perdagangan dengan ASEAN yang juga telah meningkat. Kita telah melihat telah meningkat kepada RM389 bilion kalau kita bandingkan

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

pada tahun AFTA itu ditubuhkan nampak ada peningkatan sebanyak 500%. Itu bukan satu jumlah yang sedikit. Ini bermakna kita sebagai Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan sudah semestinya kita memerlukan negara lain untuk kita berdagang dan dalam waktu yang sama urusan ini dapat kita pertingkatkan melalui perjanjian ataupun yang kita hendak meterai melalui TPP ini. Saya percaya...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okeylah bolehlah.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Hujah Yang Berhormat Parit Sulung menunjukkan apabila kita ramai rakan dagang membolehkan perdagangan lebih besar, apa komen Yang Berhormat Parit Sulong negara-negara yang sebelum ini macam Iran dan Myanmar yang membuat dasar tertutup tidak mahu berdagang tetapi hari ini kita lihat mereka pun sudah mula hendak berdagang dengan negara-negara lain. Apakah mereka ini telah dijajah? Apakah mereka ini akan menjadi macam-macam? Bagaimana Amerika yang sudah masuk, melabur sudah lama dalam negara kita? Minta pandangan Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okeylah Yang Berhormat Gerik dia bertanya tetapi dalam waktu yang sama dia menjawab jugalah. Jadinya kita pun tadi sudah maklum sebab kita ini negara dagang yang terbuka, yang perlukan negara luar untuk membantu kita meningkatkan kapasiti kita. Akan tetapi saya hendak biarkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Gerik. Saya hendak terus kepada ucapan saya. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua bahawa...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Sulong sedikit saya tidak berucaplah.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Nantilah dahulu. Nanti boleh tak? Saya habiskan dahululah fakta saya. Banyak helai lagi tau.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak bagilah itu, Yang Berhormat. Duduklah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia bagi, dia bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi, Yang Berhormat Parit Sulung?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak sebab dia parti harum manis. Luar hijau dalam oren. Ini dia.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya terima kasih. tanya orang Perlis harum manis musim panas ini memang manis dan lemak.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak mengapalah. Nantilah dahulu. Kalau sudah lemah lagi bahaya, sila duduk.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat Pokok Sena. Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya hendak teruskan sebab kalau tidak tidak habis fakta saya. Saya percaya melalui TPPA ini ia memang memberi kesan positif kepada Malaysia. Kalau kita bercakap mengenai keusahawanan, ia kita lihat akan dapat membantu usahawan TPPA ini di bawah TPPA boleh meluaskan pasaran eksport terutamanya kepada syarikat-syarikat SME atau syarikat bumiputera, syarikat kepunyaan wanita dan belia yang terlibat dalam pelbagai industri termasuk industri halal, makanan dan minuman, herba, pertanian dan perkhidmatan.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya kerajaan melihat peranan SME ini kepada negara sangat penting kerana kita dapat melihat bahawa SME ini secara tidak langsungnya dapat mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Namun saya hendak juga mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya memberi lebih banyak lagi sokongan dan juga bantuan bagi menggalakkan SME ini untuk lebih bersaing di dalam kerjasama TPPA ini sebab sesetengahnya Tuan Yang di- Pertua mereka ini bukan hanya berada di bandar tetapi juga di merata tempat di Malaysia ini. Sesetengahnya belum lagi boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Akan tetapi bukan bermakna mereka tidak boleh. Mereka boleh dan itulah pentingnya peranan kerajaan untuk membantu mereka agar mereka ini juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Jadinya itu yang saya harapkan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka agar mereka ini sama level dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Pasaran negara TPPA ini juga mewujudkan akses kepada pasaran baru bagi pengeksport Malaysia untuk meningkatkan rangkaian pengeluaran. Contohnya di empat buah negara yang Malaysia tidak ada FTAs. Walaupun pasaran Asean di bawah komuniti ekonomi ini, menjadi fokus utama Malaysia. Itu kita tidak ada apa sebab asalnya adalah rakan dagangan utama kepada Malaysia. Jadinya perjanjian ini juga kita lihat dapat menawarkan pelbagai pilihan barangan import kepada pengguna pada harga yang lebih rendah dan kompetitif. Ia juga boleh membantu usahawan tempatan menggunakan input-input ini untuk mengeluarkan barangan siap bercirikan identiti dan juga jenama Malaysia untuk dieksport semula. Jadinya walaupun sebenarnya peluang telah disediakan, saya juga ingin mencadangkan agar usahawan-usahawan, jadi kita sebagai usahawan, kita juga perlu mengambil satu langkah pro aktif untuk mematuhi piawaian dan juga keperluan pasaran antarabangsa. Oleh sebab kita bercakap mengenai saingan bukan dalam tetapi juga di luar. Apabila kita cakap TPP, itu bermakna di luar. Apabila kita bercakap mengenai di luar, ia adalah pasaran antarabangsa. Jadinya saya berharap agensi-agensi terutamanya di bawah MITI ini ia agensi pelbagai agensi yang dalam usaha untuk membantu usahawan tetapi yang saya hendak fokuskan adalah agensi-agensi di bawah terutama di bawah MITI ini bersedia untuk membantu memperkasakan usahawan Malaysia ini agar mereka boleh bersaing di peringkat negara-negara TPP.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadi saya memuji langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan dengan menubuhkan Majlis Eksport Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menunjukkan betapa Kerajaan Barisan Nasional ini memang menekankan dan juga ini adalah satu keputusan yang sangat tepat dalam usaha untuk memastikan koordinasi semua program promosi eksport ini agar ia dibuat secara telus, secara efektif dalam usaha untuk meningkatkan lagi penyertaan SME di peringkat global. Tuan Yang di-Pertua, SME yang berdaftar di Malaysia ini ada 97.3% adalah daripada keseluruhan entiti perniagaan Malaysia dan jumlah ini sebenarnya menyumbangkan 19% kepada jumlah eksport dan juga sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkannya kepada 23% menjelang tahun 2020. Oleh itu, sudah tibalah waktunya bahawa pasaran negara, TPPA ini memang sangat penting dalam usaha untuk kita meluaskan lagi pasaran eksport Malaysia terutamanya pasaran ASEAN di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN yang menjadi fokus utama Malaysia. Jadi kerajaan telah menyediakan pelbagai program yang sekarang ini sedang dirancang, dirangka dan sedang berjalan untuk membantu usahawan SME ini dan inisiatif baru yang dilaksanakan – ia banyak tetapi antaranya adalah Go-Ex programme, selepas itu kita juga ada best exporter program, kita ada E-dagang, kita ada Dana Eksport Perkhidmatan yang secara umumnya memberikan bantuan dalam meningkatkan keupayaan eksport. Jadinya pembeli antarabangsa juga dijemputnya, punyalah baik Kerajaan Malaysia dijemput ke sini selepas itu kita mempertemukan mereka dengan usahawan-usahawan tempatan melalui international sourcing program yang melibatkan pertemuan antara pembeli dan penjual. Jadi sudah semestinya daripada apa yang saya nyatakan tadi, saya

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

yakin usaha kerajaan ini sebenarnya adil dan berterusan dalam usaha untuk membantu SME mengambil peluang baru yang akan ditawarkan melalui perjanjian TPPA ini. Saya hendak berkongsi beberapa buah syarikat SME sebab ramai orang cakap nanti SME kita tidak akan dapat bersaing, SME tidak boleh hendak pergi jauh, SME akan mati, akan tutuplah pula. Akan tetapi saya hendak beri contoh beberapa buah syarikat SME yang mempunyai dan kepunyaan wanita, kepunyaan belia, kepunyaan bumiputera yang sudah berjaya, yang sudah pergi ke pasaran antarabangsa. Saya contohnya, ini sebuah syarikat di Terengganu, MGV Industries Sdn. Bhd yang membuat produk makanan dan minuman. Mereka sudah berjaya, sudah pergi ke China, Indonesia, Thailand, Brunei dan saya percaya selepas ini melalui TPPA banyak lagi pasaran baru yang mereka akan terima. Kemudian, mungkin setengah daripada kita selalu dengar Syarikat Salmi Hj. Tamin, Sdn Bhd. Syarikat ini buat apa? Membuat kicap yang memang mungkin kebanyakan daripada kita guna. Yang Berhormat Bukit Katil pun kalau tidak ada kicap mungkin dia tidak boleh hendak hidup, ini sebagai contoh. Syarikat ini juga telah menembusi eksport luar juga ke Jepun, Vietnam, Brunei dan juga Thailand dan juga pelbagai syarikat-syarikat lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya minta maaf sebab saya banyak lagi, ini baru SME.

Sedikit sahaja.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya ada empat point yang saya hendak cakap.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya minta maaf, nanti boleh bercakap apabila ada giliran bercakap, nanti boleh bercakap. Seterusnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cakap tadi Yang Berhormat Jerlun dengan Yang Berhormat Bukit Katil, sebab itu Yang Berhormat Batu bangun.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Syarikat ini Ain Medicare. Ain Medicare ini sebuah syarikat dari Kelantan yang mengeluarkan produk farmasi selepas itu ubat-ubatan, ia pun sudah berjaya, sudah mengeksport ke Brunei, Singapura. Kemudian Mycopter Aviation Services Sdn Bhd. Ini usahawan-usahawan muda di sebuah syarikat yang terlibat dalam menyelenggarakan pesawat, juga sudah pergi ke luar negara juga.

Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak bagi Yang Berhormat.

Sekarang contoh-contoh yang diberikan Yang Berhormat...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ya saya.

...Adalah...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Begini...

...Usahawan-usahawan yang berjaya tanpa TPPA.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Betul.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tetapi...

Kita hendak dengar...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey.

Apa buktinya kalau kita sign...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Ini tanpa TPPA.

...Selepas tandatangan...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi Yang Berhormat...

...Yang telah bincang...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...TPPA ini membuka satu pasaran baru.

....jual kerana mereka...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

....Bila menyebut pasaran baru bermaknanya...

Masalahnya...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Banyak lagi opportunity yang boleh mereka dapat sebab itu Yang Berhormat duduk nanti bila berbahas Yang Berhormat boleh menyatakan panjang lebar dalam ucapan Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya hendak sambung dengan ucapan saya selepas itu saya...

Saya cuma hendak mendapatkan bukti apa...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini saya sudah tukarlah kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu duduklah, tidak payah.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sebab apabila kita bercakap mengenai...

Membantu penjual kicap.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya – SME cukuplah nantikan Yang Berhormat Batu panas punggung dia bangun sahaja. Apabila bangun, bangun, saya risau ini Yang Berhormat Batu ini. Saya hendak bercakap mengenai tajuk lain iaitu mengenai business of the day, dengan izin iaitu e-dagang. Peningkatan jualan melalui e-dagang di dunia sebanyak 23% pada tahun 2014, nilainya USD 1.3 trilion. Jadi ini bermakna peluang usahawan Malaysia untuk bersaing dalam platform e-dagang ini memang sangat besar. Saya berikan contoh di Malaysia. Di Malaysia ini kita ada Fashionvalet selepas itu kita ada Mudah.My, jadinya saya hendak mengambil peluang ini juga maknanya kita sudah keluar, kita sudah global, kita sudah keluar. Akan tetapi saya hendak mencadangkan lagi lebih banyak daripada syarikat untuk menceburi e-dagang ini sebagai satu acara untuk kita keluar, mungkin ke negara TPPA dan juga negara-negara lain dan juga melalui projek e- Trade yang diperkenalkan oleh kerajaan, SME seperti ini dibantu untuk mempromosikan produk mereka melalui platform e-dagang. Cuma saya berpendapat platform e-dagang ini memang bagus tetapi saya berpendapat bahawa ada kekurangan yang mungkin pihak kerajaan perlu tengok dan perlu perbaiki. Saya tengok mengenai infrastruktur dan juga kelajuan internet di semua tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Jadi kerajaan perlu tengok mengenai perkara ini dan kerajaan juga perlu mengkaji semula kos Internet pada hari ini yang dilihat sangat tinggi. Kerajaan juga perlu untuk membantu untuk meningkatkan kesedaran undang-undang kepada usahawan...

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Berkaitan dengan Akta Perdagangan Harta Intelek Malaysia 2002 sebab ini untuk memastikan bahawa idea kreatif mereka ini dapat dilindungi daripada dieksploitasi oleh pihak lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya minta maaf...

Pendek, seminit sahaja.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya rasa...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Banyak lagi.

Seminit sahaja.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak apalah kang tidak habis...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dia kalau mula, Bismillahi kena ada Sadaqallahulazim. Jadi takut tidak sempat hendak habis. Jadi saya hendak bercakap mengenai industri halal pula.

Tidak, ini Yang Berhormat Parit Sulong, hendak tambah e-dagang tadi itu.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak apalah.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya sudah tukar tajuk lain.

Sekuriti, sekuriti tadi.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sebab saya pagi tadi itu, jadinya tidak apalah.

Sekuriti, sekuriti untuk orang muda ini meniaga e-dagang, dia pun nak pergi ke negara lain dia pun hendak sekuriti juga. Jadi ICS ini membantu.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, itu sudah cakap tadi kan, terima kasih. Ia mengenai industri halal. Menurut “Article 7.3 (2): Nothing in this Chapter prevents a Party from adopting or maintaining halal requirements for food and food products in accordance with Islamic law”. Jadi peruntukan ini menunjukkan bahawa TPPA ini tidak akan mengganggu-gugat industri halal negara, ini memang sangat penting kerana industri halal menyumbang 20% daripada keperluan industri halal dunia yang bernilai RM136 bilion daripada jumlah keseluruhan, RM790 bilion. Jadi secara tidak langsung ia akan membuka sebanyak 80% peluang perniagaan halal kepada SME yang lain. Walau bagaimanapun saya ingin hendak mencadangkan agar skop halal ini diperluaskan lagi lebih besar kepada semua ekosistem halal termasuklah insurans, kewangan Islam, kosmetik, farmaseutikal dan juga logistik. Saya percaya pihak kementerian boleh memikirkan cara bagaimana untuk kita menambahbaikkan mengenai perkara ini. Ada sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap mengenai buruh. Mengenai isu kebenaran untuk berpersatuan ataupun trade union. Tadi kita mendengar ada perbahasan juga menyatakan bahawa pekerja asing ini juga dibenarkan untuk berpersatuan dan memegang jawatan dalam persatuan tersebut. Jadi ramai yang menyatakan kebimbangan mengenai isu ini, namun perkara ini adalah untuk memenuhi standard piawaian antarabangsa dan kita tidak boleh menafikan hak-hak mereka. Jadi saya hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian dan kerajaan kerana hasil daripada rundingan hanya Malaysia sahaja yang boleh menetapkan syarat bahawa pekerja asing yang hendak berpersatuan dan memegang jawatan dalam persatuan mesti bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya tiga tahun. Jadinya ini kita kena pujilah langkah yang dibuat oleh pegawai-pegawai yang telah bernegotiate, dengan izin dengan mereka.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi, saya juga difahamkan bahawa mereka juga boleh menubuhkan persatuan mengikut negara. Ini yang sedikit kekhuatiran dekat situ. Jadi saya ingin cadangkan kepada pihak kementerian bahawa mungkin kalau kita buat trade union mengikut industri adalah lebih elok dan tidak mengikut negara tersebut, sekurang- kurangnya beberapa perkara yang tidak diingini seperti mogok itu terutamanya yang berkaitan dengan security. Security ini ada satu bangsa dia memonopoli sesuatu, for example, security, dengan izin. Jadi kita tidak mahu dia akan menggugat proses pengeluaran dan menjejaskan produktiviti Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan atau mempertimbangkan cadangan kebenaran untuk menubuhkan persatuan mengikut negara dengan menukar kepada hanya mengikut sektor dan kemudiannya merangka dan melaksanakan langkah- langkah tertentu untuk mengurangkan risiko terhadap majikan dan seterusnya sentiasa mengawal pembentukan dan aktiviti persatuan agar kuasa yang ada pada persatuan tersebut tidak disalahgunakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh habiskan, Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, terima kasih banyak saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya pada kali ini. Dengan itu, saya menyokong TPPA seperti yang saya hujahkan tadi. Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Sepang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya untuk sama-sama berbahas mengenai isu TPPA ini. Saya rasa biarlah saya mulakan perbahasan saya ini dengan menyatakan beberapa perkara. Antaranya, kami dari Pakatan Harapan sebenarnya tidak menentang sebarang bentuk perdagangan dengan mana-mana negara. Kami juga dari Pakatan Harapan tidak menentang sebarang bentuk perdagangan dengan negara-negara dan juga menerima idea liberalisasi dalam perdagangan antarabangsa ini. Kami juga boleh menyokong sebarang bentuk hubungan perdagangan yang berasaskan prinsip yang adil, telus, dan bebas dari sebarang elemen-elemen rasuah dan sebagainya. Akan tetapi, dalam masa yang sama juga, saya ingin nyatakan kami tidak boleh menerima sebarang bentuk hubungan perdagangan yang mana kuasa-kuasa besar mempunyai unfair advantage ke atas negara-negara yang berdagang dengannya khususnya negara-negara kecil seperti Malaysia dan lain-lain. Kita selalu menyatakan bahawa tadi di dalam perbahasan kita dengar bahawa TPPA ini adalah satu dengan izin, trade deal tapi saya ingin berkongsi di sini apa yang dikatakan oleh Larry Summers, bekas ataupun mantan Setiausaha Perbendaharaan Amerika dan juga bekas penasihat ekonomi kepada Presiden Obama. Beliau mengatakan dengan izin, “The agreement is less of a trade deal and more of a tool for regulatory harmonization between US and its partners”. So, istilah di situ ialah regulatory harmonization. Apa maksud dia? Maksudnya dalam TPPA ini, inilah peluang untuk negara seperti Amerika Syarikat ini dia mahukan negara-negara yang berdagang dengan dia ini mengikut standard yang dia tetapkan. Jadi, kita tidak menafikan bahawa sebelum wujudnya TPPA ini negara kita memang telah ada hubungan perdagangan dengan negara-negara lain melalui bilateral international treaties ataupun Free Trade Agreement (FTA) yang kami pada dasarnya anggapnya satu realiti perniagaan masa kini dan kami boleh terima. Akan tetapi masalahnya dalam TPPA ini, perjanjian perdagangan yang kita sama-sama akan masuk dan akan tandatangan mungkin sebab Parlimen ini saya percaya kalau ikut hujah-hujah dari Barisan Nasional, kemungkinan dia akan dapat diluluskan di sinilah.

Saya percaya TPPA ini dia akan cipta satu peraturan baru, new rules dan juga standard baru untuk perdagangan dan pelaburan perniagaan. Malahan, kalau kita lihat pentadbiran Obama juga cuba advertise TPPA ini dalam geopolitik, geopolitical terms dalam terma-terma geopolitik. Ini kerana bagi pentadbiran Obama, TPPA ini adalah penting, dengan izin, in formatting US-ASEANship dan juga untuk counter China. Saya ingin lebih memfokuskan perbahasan ini mengenai bagaimanakah dalam pandangan kami TPPA ini boleh mencabar kedaulatan negara. Saya tidak dapatlah baca semua isi perjanjian itu tapi telah melihat beberapa volume dan cuba baca dan cuba memahami terma-terma itu. Di peringkat awal ini saya ingin menyatakan bahawa memang kalau kita sebagai peguam kita melihat cara agreement ini didraf, dibuat itu, memang jelas, saya akui, cuba menonjolkan prinsip ketelusan, transparency, prinsip fairness, prinsip equality, memang itu dia punya idea sebalik TPPA ini. Akan tetapi malangnya, yang mungkin kita tak sedar, bahawa – tadi kita kata kalau Japan boleh masuk TPPA, kenapa kita Malaysia harus takut untuk bersaing? Pertamanya, saya rasa, itu kita telah memberi analogi yang tidak betul. Japan dengan US ini boleh dikatakan kekuatan mereka hampir sama, sebab itu mereka masuk dalam Negara-negara G8. Mereka negara-negara yang ada bargaining power yang besar. Mereka negara maju. Mereka negara yang mempunyai kekuatan ekonomi yang kuat. Sudah tentulah apabila mereka berhadapan dengan US, bagi mereka, we are on the same level playing field. Akan tetapi, sudah tentulah Malaysia, kita tak boleh samakan dengan negara maju itu. Hatta, sebelum kita nak bersaing dengan peringkat negara antarabangsa, kita terpaksa akui, kita kena akui dalam negara kita sendiri pun, banyak polisi yang sebenarnya tidak pro kepada liberalisasi. Sebab, kita menyedari bahawa dalam negara kita, kalau kita membuka liberalisasi atau open liberalization ini terlalu luas, mungkin ada setengah-setengah bangsa, setengah-setengah segmen masyarakat yang akan terus ketinggalan. So, kita menyedari itu. Akan tetapi dalam TPPA ini nampaknya kita tiba-tiba bercakap pula, “Oh, kita bersedia dah, sampai masanya untuk kita bersaing”. Saya rasa, hebat macam mana pun syarikat-syarikat besar di Malaysia ini, katakan Syarikat Sapura, syarikat-syarikat yang besar, nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat di US seperti Monsanto kah, Google kah, Syarikat Walmart kah, saya rasa masih lagi mereka berada di satu tahap yang lebih tinggi daripada yang di negara kita. Itu kalau kita nak bandingkan dengan syarikat-syarikat besar dalam negara kita. What more, dengan izin, kalau sekiranya syarikat-syarikat yang kita tahu nak bersaing di peringkat domestik, peringkat ASEAN pun terpaksa berusaha, terpaksa ditolong, terpaksa dibantu – kita tahu bagaimana AFTA telah berapa kali ditangguh- tangguhkan sebab kita takut nanti kalau AFTA dibuka Proton akan bankrap. Ini realiti yang kita semua tahu. Ini menunjukkan bahawa kita memang sebenarnya, hakikatnya, walaupun BN mengatakan kita sudah bersedia, saya percaya sebenarnya itu hanya retorik daripada Barisan Nasional. Sebab, saya percaya dalam hakikatnya kalau kita bahas secara jujur, bahas secara telus, sebenarnya kita belum sebenarnya bersedia untuk masuk perjanjian TPPA ini dan saya juga percaya, walaupun Menteri mengatakan dalam jangka panjang TPPA ini akan mendatangkan keuntungan, saya percaya dalam jangka panjang juga sebenarnya TPPA ini akan mendatangkan kemudaratan yang besar kepada rakyat negara ini khususnya rakyat-rakyat di bawah yang menjadi middle income dan berpendapatan rendah. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu sekarang ini pun dari segi kadar tarif, sekatan kuota, pakar-pakar ekonomi kata memang dah sedia rendah. Akan tetapi, TPPA ini seperti mana saya katakan tadi, ia kurang kepada isu trade, ia lebih kepada regulatory harmonization. Maknanya, implementasi undang-undang domestik dalam negara yang memastikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun, Yang Berhormat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sikit saja.

Yang Berhormat Bagan Serai ini tak cukup merapu tadi kah? Merapu lagi?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sikit saja. Terima kasih. Tak cukup. Saya bimbang dengan cara Yang Berhormat Sepang ini mengelirukan rakyat. Pada tahap ini, indeks kecanggihan negara kita berada pada tahap ke-34 dalam dunia ini dan kita punya daya saing pada tahap ke-14.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kita bukan negara di tahap inflasi, kita telah terbuka sejak daripada dahulu lagi. Kita sedang menuju ke arah negara maju dan kerajaan telah membuat macam-macam untuk membantu SME dan sebagainya. Kita telah melalui legalization selama lima tahun untuk mendapatkan perjanjian mengikut terma-terma, untuk kebaikan negara. Jadi kesangsian, kebimbangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Sepang ini, saya rasa tidak berasas. Unjustified fears.

Okey, terima kasih, ya. Saya ingat apa yang di cakap ini, sama dengan yang tadi. Saya rasa tidak perlu hendak ulaslah, sebab saya rasa...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sebab kamu cakap benda yang sama juga. Mengelirukan.

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Mengelirukan.

Okey, tetapi dalam banyak yang nampak keliru, seorang sahaja, Yang Berhormat Bagan Serai sahaja.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat pun sama lah.

[Ketawa] Oh, ada dua orang. Ya, memang orang-orang yang tidak begitu bijak memahami, terkelirulah. Itu biasalah. Kita kena hadapi.

Sebenarnya...

Soalan sama.

Tidak, bijak memahami.

Tidak, saya tidak bagi. Yang Berhormat Kota Tinggi duduk.

Cakap biar betul.

Memang cakap betul. Okey, saya kata tadi, reformasi undang-undang domestik dalam negara yang dimasuki dalam negara adalah selaras dengan standard. Maknanya, sekarang ini US mahu standard itu mengikut US. Oleh sebab itu kalau kita tengok perjanjian ini, saya bagi contoh. Kalau sekiranya berlakunya kita terminate, contohnya export license sebagai contoh, ataupun mana-mana license tersebut. Kalau ikut perjanjian dalam TPPA, saya baca, memang kita mesti, pertamanya, kita kena beritahu kenapa kita tamatkan. Sebelum kita tamatkan, apakah langkah-langkah, counter measure yang kita buat. Ataupun, apabila kita tamatkan, kita kena beritahu apa ground dia. Ground dia adakah munasabah atau pun tidak. Maknanya semua pintu untuk memastikan sebarang tindakan kita ini adil dinyatakan dalam perjanjian itu. Baiklah, baguslah dari segi peniagaan, baguslah. Akan tetapi kenapakah dalam sistem negara kita, dalam sistem domestik negara kita, kita tidak hendak pula bersikap begitu. Sebagai contoh, apabila kita ada undang-undang-undang kalau kita hendak terbitkan surat khabar, Prime Minister ada hak untuk bagi permit. Akan tetapi kalau dia hendak terminate permit, tidak ada pun dalam undang-undang-undang itu kata kita mesti beritahu alasan. Selepas itu, kenapa kita beritahu alasan? Adakah alasan itu munasabah? Tidak ada langsung. Akan tetapi apabila dengan orang luar, kita mahu satu perjanjian yang adil dan transparent. Dalam negara kita, banyak buat undang-undang yang jelas undang- undang itu menzalimi rakyat. Jadi cakap tidak serupa bikin Barisan Nasional ini.

[Bangun]

Minat maaf lah, hendak ikut standard US, tidak ready lagi.

[Bangun]

Yang Berhormat Sepang.

Boleh, boleh?

Tidak, itulah sebabnya Yang Berhormat Sepang...

Saya baru bercakap, Yang Berhormat Kota Tinggi sudah...

Saya, saya. Boleh, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada yang bangun, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sepang menuduh kita buat baik pun kata tidak baik. Bila kita dah buka, satu standard dengan dunia Yang Berhormat Sepang mengagung-agungkan. Sekarang Yang Berhormat Sepang cakap terbalik pula. Jadi macam mana ini? Come on. You cakap, you putar belit.

Saya mengatakan...

Kalau you kata dalam tidak betul, kita hendak standardized. Transparent. Ini yang kita cakap sistem kerangka yang lebih komprehensif.

Okey, okey sudah. Faham.

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.

Okey? Cakap biar betul.

Kita – sebab itu kita kata tadi, belum kita hendak tunjukkan, hendak terima segala transparency ini, kita buktikan dahulu di peringkat domestik.

Ya.

Kalau di peringkat domestik pun kami melihat di dalam Parlimen ini, kita melihat bagaimana undang-undang yang zalim di bulldoze sahaja. Tadi ada dinyatakan – sekejap ya, sekejap Yang Berhormat Kota Raja. Tadi, rakan saya dari Lembah Pantai mengatakan antara perkara yang merisaukan kita ialah dia panggil US Certification di mana US ini belum dia agree dengan perjanjian- perjanjian seperti ini, dia mesti ada buat certification dahulu. Kita dalam dasar, saya baca dalam idea lisis ISDS ini dia mengatakan kita tidak perlu takut walaupun US meminta kita meminda undang-undang dan dalam tanda tangan TPPA ini mungkin akan meminda beberapa undang-undang sebab bagi kita, kita tidak takut kerana kita akan membawa semua undang-undang di Parlimen. Akan tetapi persoalannya, adakah Parlimen ini benar-benar dapat berperanan sebagai satu badan yang betul-betul bebas dalam membincangkan apa-apa undang- undang tanpa mengira parti? Maknanya, kalau ada undang-undang yang mungkin bercanggah dengan prosedur operasi, bercanggah dengan prinsip ketulusan, bercanggah dengan prinsip keadilan, adakah Barisan Nasional kerana tidak dapat menjawab hujah- hujah itu, sanggup menolak undang-undang itu? Apa yang berlaku, kita lihat SOSMA, POTA dan Akta Hasutan, walaupun kita berbahas, NFC kita berbahas, buat undang-undang yang jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi, bercanggah dengan prinsip- prinsip keadilan tetapi di bulldoze juga. Ini menunjukkan walaupun kita mempunyai Parlimen yang boleh bawa isu ini ke Parlimen, tetapi hakikatnya, contoh dalam isu TPPA ini, kita bawa pun, kita sudah tahu ini

hanya PR exercise sahaja. Bukan untuk kita sama-sama setelah mendengar perdebatan, setelah mendengar perbahasan, kita mengundi mengikut hati nurani kita. Bukan berpandukan toe line of the party. Terima kasih.

Inilah tahap keyakinan Yang Berhormat Sepang.

Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin sedikit penjelasan. Di dalam antara yang dikatakan TPPA ini bagus sebab kita hendak mengukuhkan sistem anti rasuah negara dan kita mempertingkatkan tadbir urus dan sebagainya. Akan tetapi di dalam perjanjian ini, kita lihat, kita carve out untuk syarikat-syarikat bumiputera di dalam government procurement. Jadi maknanya, untuk government procurement adakah kita tidak mengikut standard TPPA ini? Kalau itu tidak berlaku maknanya kita tidak menyeluruh dan negara kita tidak akan capai apa yang dicita-citakan. Apa komen Yang Berhormat Sepang?

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja. Itulah, kalau kita hendak bercakap secara jujur dan kita bercakap soal transparency, soal equality, memang kita boleh bahaskan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Akan tetapi bagi saya, saya melihat daripada statements yang dibuat, statements yang dibuat oleh kerajaan ataupun pihak yang berunding ini, seolah-olah apabila kita dapat beberapa, kita dapat antaranya berjaya mendapat exemption dalam isu-isu berkaitan bumiputera, seolah-olah ini kemenangan segala-galanya. Sehingga kita lupa bahawa di sana juga ada beberapa peruntukan yang telah kita persetujui ini sebenarnya, hakikatnya mencemarkan atau mengganggu kedaulatan negara kita. Saya akan pergi kepada ISDS...

Sebelum itu, saya ingin mengatakan...

Yang Berhormat Sepang.

Ya? Apa lagi? Sudah, cukuplah. Jangan mengarutlah.

Saya tidak mengarut. You yang mengarut. Jadi...

Saya tidak benarkan, duduk. Saya tidak benarkan. Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Saya tidak benarkan, duduk. Minta maaf.

Biar dia mengarutlah.

Seperti FTA saya mengatakan, TPP juga meliputi ISDS. Kita tahu struktur penyelesaian tersebut telah melindungi pelabur at the expense of the state sejak awal lagi. Kita lihat itu sejarah, macam mana ISDS itu sendiri. Sebenarnya dalam penambahan FDI dan juga penambahan dipanggil nationalization, syarikat-syarikat asing semasa era decolonization dan tahun 60-an telah mendorong para pelabur antarabangsa untuk memperjuangkan satu badan ala mahkamah, judiciary body akan menggantikan mahkamah-mahkamah tempatan di negara-negara yang mereka ragu sistem keadilannya. Jadi apabila tahun 1965, International Centre For Settlement Investment Dispute (ICSID) diwujudkan sebagai daripada sebahagian kumpulan Bank Dunia. Ia mewujudkan

mekanisme timbang tara untuk ‘second time’. Maknanya, mereka buat tribunal ini sebab mereka tidak yakin mereka dapat keadilan oleh mereka melabur dalam negara yang mereka sangsi sistem keadilannya. Maka mereka dalam majlis telah membenarkan para pelabur membuat tuntutan ke atas negara yang melanggar perjanjian tetapi tidak memberi negara satu jalan keluar. Pada awalnya, hanya beberapa buah negara yang menggunakan mekanisme ICSID tetapi saya hendak kongsi ini. Menurut Trade and Development Report yang dinyatakan di dalam United Nation Council on Trade and Development pada 2014, hanya 50 kes sahaja ke atas negara antara tahun 1965 hingga tahun 2000. Mula-mula 50 sahaja tetapi menjelang tahun 2013, menurut report itu para pelabur telah membawa kes sebanyak 568 buah kes. Makin lama makin bertambah-tambah. Okey. Kenapa kami agak kritikal terhadap ISDS ini? Banyak penimbang tara ini atau arbitrators ini yang mendengar pertelingkahan antara pelabur-pelabur dan kerajaan ini, tentang perancangan PFA ini, mereka ini mempunyai watak yang pelbagai. Antaranya, mereka juga dalam masa yang sama bertindak sebagai council, mereka juga wakil kerajaan, representatives of the government. Mereka juga dalam satu kali, menjadi saksi pakar, mereka juga ahli akademik. Jadi mereka ini bukan satu, macam contoh dalam mahkamah dekat Malaysia sekarang, naik mahkamah, hakimnya tetap. Peguam tidak menjadi hakim. Dia tetap. Akan tetapi dalam sistem ISDS ini, dia tidak mempunyai satu komposisi, para arbitrator yang tetap, dia boleh.

Hari ini mungkin jadi peguam, nanti dia jadi hakim. Jadi mereka inilah yang akan menduduki ISDS ini. Menurut Chandler Foust, Research Associates in Council on Hemispheric Affairs, 55% known dispute, dispute yang dikenali, dikendalikan oleh kumpulan 15 orang peguam antarabangsa. Beliau juga menyatakan dalam satu kes ISDS yang agak baru, kes ISDS menelan kos purata lebih kurang USD8 juta dan ada juga yang menelan sebanyak USD30 juta. Dia punya cost very ini – Dalam jangkaan OECD, peguam timbang tara antarabangsa ini mengenakan bayaran dipanggil bill per hour. Mereka mengenakan bayaran USD1,000 sejam.

Secara puratanya. Jadi ini sekali gus menjelaskan mengapa dalam kebanyakan kes, tafsiran-tafsiran yang mereka berikan adalah tafsiran yang lebih broad, lebih luas? Oleh sebab mereka tahu apabila mereka memberi tafsiran yang luas, maka banyak lagi workload, case load dan ini akan menguntungkan mereka. Jadi elemen-elemen keuntungan mereka sentiasa fikirkan.

Okey, apakah klausa-klausa yang biasanya menjadi satu igauan dalam ISDS ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil.

Boleh sikit?

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang sebab saya mendengar dengan teliti tentang ISDS iaitu penyelesaian pertikaian negara pelabur yang mana dari segi strukturnya Yang Berhormat Sepang telah menceritakan peranan penimbang tara ini. Cuma adakah Yang Berhormat Sepang sedar bahawa dalam PricewaterhouseCoopers (PwC), cost-benefit analysis (CBA) telah pun menyatakan dalam bahasa konsultannya bahawa this exercise, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, may increase cost to the government. Kemungkinan kehilangan terus, kerugian terus, cost proceeding, professional dan sebagainya.

Dari satu aspek, selain daripada aspek prosedur adalah aspek undang-undang. Kita diminta untuk memastikan sebarang undang-undang yang dibuat ataupun digubal mestilah mengikut dengan ketat selera pelabur yang ingin ataupun akan membuat pelaburan di dalam negara kita. Adakah ini dimaksudkan menggugat kedaulatan kita? Silakan.

Okey, tentang isu yang kos tadi itu, apa yang berlaku apabila sesuatu kes dibawa ke ISDS, contohnya Malaysia di saman oleh mana-mana pelabur ini. Dia bukan sahaja kita risau kalau kita kalah kita bagi ganti rugi. Dalam perundangan ini mungkin kita menang sekalipun kita akan juga menanggung kos sebab kos untuk kita engage council kita. Bayangkan kalau perbicaraan itu mungkin berlaku dengan negara Amerika, saya percaya kerajaan untuk memastikan kita dapat pembelaan yang baik, kita akan engage lawyer antarabangsa juga dan mereka mungkin kenakan USD1,000 satu jam. Jadi pada hakikatnya, kita tetap akan membelanjakan dan kos ini mungkin melebihi, peguam tahu kadang-kadang kos yang tinggi daripada jumlah ganti rugi. Jadi ini yang kita risaukan. Maknanya either way, kita tetap akan menanggung kos.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Baiklah, habiskan Yang Berhormat.

Sekejap ya. Jadi selalunya ada dua klausa utama dalam perjanjian pelaburan antarabangsa ini yang digunakan oleh pelabur iaitu dipanggil fair and equitable clause. Ini yang selalu digunakan untuk bawa kes ke mahkamah, ke IDS, yang satu lagi dipanggil indirect expropriation clause. Okey, apa dia? Dalam BIT atau dalam perjanjian antarabangsa pelaburan memang ada dan boleh katakan standard tentang apa dipanggil fair and equitable clause. Dalam TPPA juga begitu, kita lihat sebagai contoh dalam volume 2 artikel 9.6 dalam tajuk “Minimum Standard of Treatment”. Saya bacakan, “Each Party shall accord to covered investments treatment in accordance with applicable customary international law principles, including fair and equitable treatment and full protection and security.” Apa maksud fair and equitable treatment? Dalam perjanjian ini mengatakan, “Fair and equitable treatment includes the obligation not to deny justice in criminal, civil, administrative adjudicatory proceedings in accordance with the principle of due process embodied in the principle legal systems of the world”. Inilah yang selalu digunakan oleh pelabur-pelabur untuk menyaman mana-mana kerajaan yang dia merasakan sama ada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan itu ataupun polisi yang dibuat oleh kerajaan itu walaupun baik tetapi tidak tergolong dalam fair and equitable dan ini banyak kes. Negara Argentina adalah negara yang paling banyak disaman, ada 20 pending case. Negara seperti El Salvador, negara seperti negara-negara yang lemah ini. Malahan dalam satu kes apabila sebuah syarikat Kanada saman El Salvador, Kerajaan El Salvador dia tuntut ganti rugi itu jumlah dia two percent of the GDP dia dan juga jumlah ganti rugi itu lebih tinggi daripada bantuan foreign aid dari luar kerajaan itu. Saya hendak bagi contoh dalam kes melibatkan ISDS ini. Apa yang menjadi masalah dalam banyak kes FAE ataupun fair and equitable ini ditaksirkan dengan luas sedangkan undang-undang pun baru akan dilihat melanggar perjanjian pelaburan sekiranya ia menyebabkan, memperkecilkan legitimate expectation para pelabur. Mengenai indirect, itu sudah tentang fair and equitable. Satu lagi yang menjadi igauan kita ialah berkenaan dengan expropriation clause. Ini boleh dilihat dalam article 9.7 of the agreement. Saya bacakan, dia ada dua expropriation. Satu dipanggil sebagai direct expropriation yang terus di mana pelabur-pelabur pelaburan ini dimiliknegarakan, nationalize atau melalui pindah milik hak milik yang rasmi atau pengambilan secara paksaan. Kedua, indirect expropriation di mana tindakan atau tindakan oleh pihak yang mempunyai kesan sama ada seperti direct expropriation. Kalau kita ambil tanah di bawah Land Acquisition Act, ini dipanggil expropriation. Kalau dia boleh menjejaskan pelabur, pelabur boleh saman kita dalam ISDS ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan.

Sekejap ya. Dalam indirect expropriation ini ada satu kalimah yang sebenarnya saya hairan kenapa perunding kita terima tanpa kita buat modification iaitu apa dipanggil non-discriminatory regulatory

measures. Walaupun tindakan kita ini bersifat non-discrimination, kalau kita ambil tanah dan kita tidak berlaku diskriminasi. Akan tetapi kalau sekiranya, dia kata non-discrimination ini oleh pihak yang digunakan untuk melindungi objektif kepentingan awam. Contohnya kita ambil untuk sekolah, ia tidak bagi saman tetapi kecuali in rare circumstances, ada proviso dipanggil. Dalam rare circumstances ini, kalimah ini – sudah, duduklah.

Panjang lagi... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dalam kalimah frasa rare circumstances ini, ini telah pun negara-negara tertentu seperti India, negara Turki, mereka telah hapuskan istilah. Bagi mereka cukup kalau tidak ada perkataan rare circumstances tetapi bagi kita, kita merasa hairan kenapakah kerajaan masih lagi boleh terima proviso itu? Saya hendak bagi contoh negara Turki, mereka ini telah membuang perkataan rare circumstances ini. Kita boleh lihat Kerajaan Turki, apabila BIT antara Turki melalui Perjanjian COMESA iaitu perjanjian Common Market for Eastern and Southern Africa dan juga Kerajaan India dalam tahun 2015 model VIP, dia secara terang mereka terus hapuskan perkataan “rare circumstances” itu. Jadi syarikat penimbang tara ini mereka akan tafsirkan rare circumstances itu dalam keadaan yang begitu broad dan apabila dia buat keputusan, itu akan jadi panduan pada kerajaan yang akan datang untuk ikut. Maknanya mereka tolong drafkan undang- undang untuk kita melalui tafsiran yang meluas itu. Jadi kita pula ikut pula langkah mereka. Oleh sebab itulah kita melihat sepatutnya kerajaan hapuskan terus dalam rundingan itu, kita tidak mahu perkataan ini, hatta Singapura apabila mereka menandatangani perjanjian. Mereka juga hapuskan perkataan “rare circumstances” ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Secara umumnya saya mengatakan bahawa TPPA ini terlalu banyak mudaratnya. Oleh sebab itu kami Pakatan Harapan menolak sekeras-kerasnya dan kita tidak terima TPPA ini apatah lagi TPPA ditandatangani oleh kerajaan yang korup seperti Barisan Nasional. Kita tidak boleh terima. Terima kasih. [Tepuk]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut bersama-sama dalam perbahasan usul TPPA yang dibawa oleh Yang Berhormat Jeli. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan pujian kepada Yang Berhormat Jeli dan juga barisan seluruh pasukan runding negara yang telah bertungkus-lumus untuk mewakili pihak negara dalam membawa perkara-perkara yang berkaitan tentang isu-isu yang dibangkitkan terutama sekali dalam melengkapkan teks TPPA tersebut.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, bila menyebut tentang TPPA sudah tentunya ia berkaitan dengan penyertaan Malaysia yang mana ia sangat perlu bagi mengelak risiko besar hubungan erat dan mesra Malaysia dengan negara-negara lain. Sekiranya kita menyertai TPPA dari segi prosedur politiknya kita dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan kebanyakan negara. Manakala dari segi urusan ekonomi institusi formal Malaysia terlibat terutamanya dengan ASEAN dan rakan dialog. Dari sudut lain jika Malaysia bukan sebahagian daripada TPP, bakal pelabur akan memilih untuk berdagang dengan negara- negara jiran lain yang menjadi sebahagian daripada perjanjian seperti itu. Kini Malaysia mempunyai 13 perjanjian perdagangan bebas yang mewakili 65% daripada perdagangan global. Negara-negara TPP menyumbang hampir 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia keseluruhannya yang bernilai USD107.5 bilion lebih kurang RM470 trilion, 26% daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 763 juta

pengguna dan 1/3 daripada perdagangan global. Keperluan seterusnya dari sudut perdagangan. Sekiranya kita tidak menyertai TPPA, maka Malaysia berisiko mengalami peralihan perdagangan. Misalnya bagi industri tekstil dan pakaian, Amerika Syarikat adalah destinasi eksport paling penting terhadap Malaysia dan diikuti oleh negara Jepun. Jika kita memilih keluar daripada TPP Malaysia juga berisiko menangani perdagangan-perdagangan memandangkan negara-negara yang mengambil bahagian punya akses yang lebih besar dan sudah tentunya keutamaan diberikan kepada negara- negara anggota. Tambahan pula input dagangan dari negara-negara yang mempunyai TPPA akan menjadi lebih murah. Sudah pasti negara yang mempunyai TPP hanya akan mengambil peluang. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada ini kesan keseluruhannya di peringkat negara mungkin tidak kelihatan besar tetapi kos peralihan perdagangan boleh menjadi sangat penting bagi industri-industri tertentu dan untuk pendapatan eksport Malaysia. Antara keperluan lain dari sudut pengeksportan Malaysia akan berupaya untuk mengakses kepada tarif rendah atau sifar pasaran eksport. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keterbukaan pasaran eksport adalah peluang yang besar terutama bagi pengeksport yang ingin membuka pasaran luar. Tuan Yang di-Pertua perkara seterusnya, iaitu merujuk kepada Bab 7 dalam perjanjian yang merangkumi bab sanitary and phytosanitary merujuk kepada Artikel 7.3 dalam perjanjian TPPA, yang telah menerangkan bahawa negara TPP dibenarkan untuk memperkenalkan atau mengekalkan keperluan syarat-syarat halal untuk pengimportan produk mengikut hukum syarak yang mana Islam telah ketatkan. Justeru ini jelas menunjukkan tiada kebimbangan bahawa TPPA ini akan menghalang Malaysia daripada meneruskan sistem pensijilan dan penggunaan logo halal. Realitinya halal bukan sahaja dilihat dari sudut keagamaan tetapi satu komponen penting dalam dunia perniagaan termasuk pasaran halal global. Negara bukan Islam juga mengutamakan produk halal untuk pengguna mereka kerana konsep halal itu sendiri menekankan segenap aspek ke terutamanya seperti kebersihan, pengendalian makanan, dan bahan yang digunakan. Saya juga melihat Malaysia amat bertuah kerana Brunei juga telah bersepakat untuk bersama-sama dengan rundingan untuk memperjuangkan pensijilan halal. Ini bukan sahaja satu tuntutan agama, bahkan sijil halal telah menjadi satu keperluan bagi pasaran negara Muslim kini dan masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya iaitu mengenai subsidi eksport pertanian. Bagi menggalakkan bidang pertanian terus berkembang, subsidi eksport tidak akan diteruskan oleh kerajaan selepas menandatangani TPPA. Jika sebelum ini subjek eksport dibenarkan oleh WTO, dalam perjanjian ini pula terdapat obligasi untuk negara TPP untuk tidak membenarkan subsidi eksport ke atas barang pertanian yang akan dieksport ke negara TPP yang lain. Dalam Artikel 2.21, TPP telah menggariskan keperluan negara TPP berkongsi matlamat untuk menghapuskan subsidi eksport bagi barang pertanian serta bekerjasama dengan WTO untuk menghapuskan dan tidak mengenakan semula subsidi tersebut dalam apa jua bentuk. Larangan subsidi eksport ini juga akan memberikan faedah dari segi harga produk pertanian Amerika Syarikat yang tidak akan menjejaskan pasaran global. Ini juga selaras dengan komitmen di bawah WTO perjanjian untuk ahli-ahli WTO untuk menghapuskan subsidi eksport secara berperingkat untuk produk pertanian. Tuan Yang di-Pertua seterusnya impak TPPA kepada sektor perikanan. Mengikut perdagangan hari ini, daripada jumlah eksport ikan dan produk ikan Malaysia pada tahun 2014, 72.6% adalah yang didagangkan kepada negara-negara TPPA. Pengimportan ikan dan produk ikan daripada negara TPP hanya meliputi 17.45% daripada jumlah import Malaysia. Dari segi nilai, Malaysia telah mengeksport RM1.9 bilion merangkumi produk makanan laut kepada negara-negara TPP dan hanya mengimport RM615.85 juta daripada negara-negara TPP. Ini menunjukkan terdapat baki perdagangan atau dengan izin balance of trade (BOT) antara Malaysia dengan negara-negara TPP sebanyak RM1.34 bilion untuk perdagangan makanan laut. Negara-negara TPP menawarkan penghapusan duti 1% kepada Malaysia untuk semua ikan dan produk ikan. Dengan penghapusan duti untuk makanan laut oleh semua pihak TPP eksport Malaysia akan meningkat di pasaran di negara-negara TPP. So secara

keseluruhannya untuk industri perikanan dengan eksport besar sebanyak RM1.96 bilion pada tahun 2014 yang didagangkan kepada negara-negara TPP sektor agromakanan adalah dijangka untuk mendapat manfaat yang terbaik daripada penghapusan duti dalam TPPA. Berikutan penghapusan duti menyeluruh oleh semua pihak di dalam TPP. Kita tidak seharusnya melepaskan peluang ini kerana hari ini akan beri manfaat kepada seluruh peringkat termasuk seluruh nelayan dan juga operator untuk projek akuakultur di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah kepada impak TPPA kepada sektor penternakan. Untuk bidang penternakan pula...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya mahu tanya berkenaan perikanan ini. Apakah risiko nelayan kita akan didisplace oleh nelayan daripada syarikat asing? Adakah kemungkinan itu berlaku?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sudah tentunya sebagai sebuah negara yang mempunyai 156,000 nelayan kita harus memastikan bahawa produktiviti nelayan ini harus dipertingkatkan bukan hanya dari segi mempertingkatkan tahap allowance sara hidup mereka tetapi teknologi- teknologi terkini termasuk juga bidang akuakultur ini. Ini kerana sangat penting khususnya dalam konteks generasi muda mereka harus didedahkan dengan industri akuakultur supaya Malaysia boleh menjadi hab perikanan untuk mereka eksportkan ke negara-negara TPP. Ini yang harus digerakkan kerana pada hemat saya ini ada peluang yang terbaik kepada generasi muda untuk mereka menceburi bidang perikanan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya impak TPPA...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.

Sikit sahaja Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor sebab tadi saya ada dengar Yang Berhormat Kuala Selangor berbahas tentang halal. Cuma saya hendak minta penjelasan apakah halal yang dimaksudkan ini hanya khusus kepada makanan sebab dalam konteks Malaysia ini kita mempunyai halal certification dari segi medicine, ubatan, kosmetik, syampu dan sebagainya banking perbankan syariah compliance. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor tentang perkara ini?

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Katil. Kalau kita melihat kepada Bab 7 Artikel 7.3 sanitary dan phytosanitary dalam teks rundingan perjanjian halal tidak dikira sebagai non-tariff barrier iaitu perjanjian halal yang dikekalkan bagi mana-mana produk dan perkhidmatan yang keluar masuk ke pasaran Malaysia. Ini jelas menunjukkan pensijilan halal diiktiraf oleh perdagangan antarabangsa dan ini juga adalah konteks yang telah dinyatakan dalam artikel tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak pergi kepada topik impak TPPA kepada sektor penternakan. Dalam bidang penternakan pula hari ini Malaysia telah mengeksport RM542.3 juta yang merangkumi produk ternakan kepada negara-negara TPP dan hanya mengimport RM18.2 juta daripada negara-negara TPP. Ini menunjukkan baki perdagangan (balance of trade) dalam perdagangan ternakan untuk Malaysia adalah sebanyak RM524.1 juta. Secara keseluruhannya untuk bahagian penternakan, negara- negara TPP akan menghapuskan atau mengurangkan duti kepada ayam hidup, daging ayam dan produk ternakan yang diproses. Sebagai sebuah negara yang mempunyai industri ternakan yang matang, tawaran daripada TPP akan menyediakan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan pengeksportan produk-produk ternakan ke negara-negara TPP. Namun begitu, kerana kebanyakan pihak TPP juga mempunyai industri penternakan yang matang, peningkatan dalam eksport dijangka tidak berubah secara drastik. Akan tetapi produk-produk seperti produk ternakan yang diproses akan menjadi potensi yang tinggi dan pensijilan halal

Malaysia pada produk ayam akan menyediakan peluang yang lebih khusus untuk memasuki negara-negara TPP. Pada masa yang sama, Malaysia tetap mengekalkan sekatan kuota pada ayam hidup dan produk ayam. Oleh itu, aktiviti import produk-produk ini masih perlu memohon peruntukan kuota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang turut memantau perkembangan dalam industri domestik. Justeru, kita tidak seharusnya bimbang mengenai perdagangan penternakan kita kerana kita telah mempunyai prosedur domestik yang cukup untuk mengawal dan memantau pengimportan produk itu daripada kesan kepada industri tempatan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kepada impak TPPA kepada sektor beras. Kerajaan boleh meneruskan sistem pengimportan dan pengedaran beras di Malaysia. Sebagaimana yang telah dijelaskan, dengan izin, footnote 4, chapter 2, article 2.11, dengan izin, import and export restrictions. This paragraph shall not apply to the importation of distribution of rice and paddy in Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, menandatangani TPP tidak akan menghalang kerajaan untuk meneruskan Dasar Agromakanan 2011-2020 yang menyokong industri dan meningkatkan pendapatan petani. Ironinya, rata-rata rakyat risau dan bimbang dengan beras Amerika yang akan memanipulasi harga beras tempatan. Harus diingat, beras daripada Amerika Syarikat tidak akan mengancam beras tempatan Malaysia. Beras-beras yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat mungkin kurang digemari oleh pengguna-pengguna domestik. Pada tahun 2014, import beras daripada Amerika Syarikat hanya mewakili 0.05% daripada jumlah beras yang diimport oleh Malaysia. Harga beras import daripada Amerika Syarikat ialah antara RM3.90 dan RM9.00 sekilogram berbanding di antara RM1.65 dan RM2.60 sekilogram bagi beras tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga di sini ingin memperjelaskan dan juga ingin meyakinkan bahawa TPPA tidak akan menggugat kedaulatan negara. Kita harus melihat perjanjian ini dari perspektif yang jelas dan terbuka memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang ingin menikmati faedah daripada perdagangan bebas. Tiada alasan untuk membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara hanya kerana untuk menandatangani TPPA. Perkara 4 Klausa 2 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat tidak kesahan itu. Hakikatnya, apabila merujuk kepada Perkara 4 ini, TPPA telah dirundingkan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan polisi negara. Hal ini juga telah dinyatakan berulang kali, terutama sekali apabila dalam caucus debate ini apabila bertemu Yang Berhormat Jeli. Hak-hak rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja kekal seperti sedia ada. Tiada ruang untuk TPPA ini untuk mengubah kuasa kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, sekiranya ada peruntukan daripada TPPA yang memerlukan undang-undang dan polisi yang perlu dipinda, kita harus ketahui bahawa pindaan itu dibuat setelah mengambil kita faedah yang akan diperoleh oleh kerajaan dan juga orang awam. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada ISDS...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Bharu bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Kuala Selangor, yang mana tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kedaulatan perlembagaan dan undang-undang kita tidak tercabar dengan TPPA ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah tidak mana-mana artikel di dalam final draft TPPA ini yang mengatakan bahawa jika sekiranya rules of international law bercanggah dengan perlembagaan, which law will prevail? Undang-undang mana yang prevail, adakah tidak disebut?

Terima kasih kepada kakanda saya daripada Yang Berhormat Kota Bharu. Bila melihat kepada artikel 9.24 - Governing Law dalam teks TPPA, kita juga harus melihat kepada elemen reservation. Bila menyebut kepada reservation ini sudah tentunya Annexe 1 dan Annexe 2 adalah berkaitan

tentang undang-undang yang berkaitan dengan apa yang telah dilakukan dalam sesebuah negara. Tadi terjemahan dan juga annexe tersebut begitu panjang, saya rasa eloklah Yang Berhormat boleh meneliti satu persatu kerana annexe itu juga memperjelaskan bahawa inilah antara perkara-perkara yang menjadi pelindung, safeguards kepada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada ISDS. Terdapat kegusaran mengenai isu kedaulatan negara yang mungkin juga tergadai disebabkan sesebuah syarikat boleh menyaman kerajaan. Isu serius seperti ini turut juga membimbangkan saya. Bagaimana nanti nasib rakyat Malaysia sekiranya negara ini tergadai. Namun, kebimbangan ini terpaksa saya hapuskan berikutan proses mechanism ataupun prosedur perjanjian TPP ini yang cukup jelas dalam teks TPPA. Tuan Yang di-Pertua, mechanism ISDS ini bukan perkara yang baru. Kita telah menandatangani 74 perjanjian jaminan pelaburan IGA dua hala dan 8 FTA yang mengandungi mekanisme ISDS. Merujuk kepada artikel 9.17 di bawah perkara consultation and negotiation, dengan izin, sekiranya pelabur asing mendakwa dianiaya, maka penyelesaian pertikaian adalah dalam tempoh 6 bulan melalui cara damai sama ada melalui rundingan atau menerusi perantaraan. Sekiranya proses ini gagal, pelabur asing boleh mengemukakan cadangan penyelesaian yang lebih efektif menerusi forum timbang tara. Bagi mendengar kes timbang tara ini, pembentukan tribunal ini diwujudkan dan pihak yang bertelingkah masing-masing boleh melantik penimbang tara dan kedua-dua penimbang tara boleh bersepakat melantik penimbang tara ketiga sebagai pengerusi. Setelah itu, barulah boleh persidangan tribunal dijalankan secara telus. Ini jelas termaktub dalam artikel 9.24, para 3 yang menyatakan sekiranya TPP dirujuk kepada Suruhanjaya TPP, keputusan Suruhanjaya TPP berkenaan isu interpretasi tersebut akan terpakai pada tribunal yang mana keputusan tribunal hendaklah selaras dengan interpretasi tersebut. Proses konsultasi dan rundingan adalah suatu penambahbaikan yang mana akan meliputi hak kerajaan dalam melindungi kesihatan awam dan keselamatan. Tuntutan akan hanya berkuat kuasa setelah proses rundingan selama 6 bulan dijalankan sebelum dirujuk ke Tribunal Arbitrasi Antarabangsa. Kita harus lihat penambah baikkan ini sebagai suatu yang positif kerana tiada tuntutan yang tidak munasabah atau frivolous claim yang boleh dibuat oleh mana-mana pihak apabila berlaku pertikaian. Pelabur harus dan mesti membuktikan kerugian yang dialami akibat pelanggaran kewajipan yang diperuntukkan di dalam seksyen A, bab pelaburan. Harus diingat, dalam kes Malaysia, tiada tuntutan untuk tempoh tiga tahun dari tarikh mula berkuat kuasa bagi nilai kontrak perolehan kerajaan seperti yang dinyatakan di dalam annexe 9/k di bawah bahagian pelaburan. Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan sama ada adakah Malaysia berpeluang untuk mewujudkan pusat suruhanjaya TPP ataupun lokasi tribunal tersebut bagi mengangkat imej Malaysia, terutamanya dalam sektor perundangan di peringkat antarabangsa. Bagaimana pula pendekatan kerajaan dalam memastikan juga kebanjiran peguam atau pengamal undang-undang dalam negara TPP tidak akan membanjiri sektor guaman negara.

Ini bermakna TPPA bukanlah suatu perjanjian yang zalim seperti yang dicanangkan oleh sesetengah pihak, kerana tiada mana-mana pihak boleh sewenang- wenangnya menyaman suatu pihak yang lain tanpa melalui konsep rundingan. Rundingan adalah suatu proses yang selaras dengan galakan Islam. Untuk menjalani mesyuarat, sebelum kita bertindak terhadap suatu yang lain seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat 159, dengan izin, “Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepada mu (wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan lari dari keliling mu. Oleh itu, maafkanlah mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap mu dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan soal-soal keduniaan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.

Boleh Yang Berhormat Kuala Selangor?

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Beri Yang Berhormat Setiawangsa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Setiawangsa.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Setelah kita mendengar secara teliti tentang ISDS ini yang diberitahu oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, saya rasa seolah- olah yang digembar-gemburkan ISDS ini adalah inti pati kepada TPPA ini, seolah-olah ia sewenang-wenang kerajaan ini boleh diheret untuk disaman dan sebagainya. Kita ada 73 lebih treaties yang kita telah tandatangani. Bagi pihak Malaysia, saya difahamkan sepanjang kita sign treaties FTA ini, tidak ada satu pun saman yang telah dikenakan kepada kita. Ini menunjukkan bahawa ia tidaklah semudah itu. Itu pertama. Keduanya, mengikut WTO, sehingga 2015, sebanyak 619 atau 613 FTA satu dunia telah dimuktamadkan, 413 telah efektif. Bermakna, 67 peratus daripada 619 FTA ini telah pun dilaksanakan. Masalah orang lain ada. Seolah-olahnya macam kita ada highway, banyak pelanggaran yang kita dengar akhir-akhir ini. Adakah kita hendak tutup, kita cakap jangan pandu kereta, tutup highway kerana ada saman di sana sini? Bagaimana pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Selepas beri pandangan, boleh habiskan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma, saya tengok tadi jawapan Yang Berhormat Kuala Selangor, seperti mana apa yang telah diberikan penerangan dalam discussion atau perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan ISDS. Cuma, saya hendak ambil satu perspektif. Betul, fakta-fakta yang diberitahu tadi tentang bilateral agreement dan FTA. Kita bercakap tentang 12 buah negara yang terlibat dalam satu perjanjian yang penting dan juga ada kesan yang besar. ISDS ini yang seperti mana Yang Berhormat Kuala Selangor sebut, kita minta kerajaan untuk pindahkan atau pastikan lokasi kita itu berada di sini. Bermakna, bila timbul satu pertikaian, mana-mana pihak tak semestinya memilih Malaysia misalnya, dia akan pilih negara-negara yang lain untuk memastikan agar dispute ataupun pertikaian itu dibereskan di negara bukan Malaysia. Itu yang disebutkan oleh PwC atau laporan berkaitan dengan cost benefit analysis. Ada kemungkinan berlaku pertambahan kos yang akan membebankan. Yang lebih bahaya lagi ialah soal undang-undang yang akan dibuat nanti mestilah mengikuti selera pelabur. Ini begitu bahaya kerana buat pertama kali dalam Parlimen kita, sebarang undang-undang yang ingin kita buat itu mesti tengok sama ada negara-negara yang menandatangani ini, terutamanya para pelabur, adakah undang-undang itu menggugat pelaburan mereka. So saya rasa dari segi perspektif itu perlu diperjelaskan kenapa kebimbangan kita. Sekarang kita bebas menggubal undang-undang tetapi sekarang dengan pelaksanaan TPPA ini, kita hendak buat undang-undang kena ikut. Misalnya Angela Merkel di Jerman, dia membuat keputusan untuk menghapuskan nuklear selepas Fukushima punya masalah, negara dia terpaksa berhadapan, syarikat negara dia terpaksa berhadapan dengan saman berbilion ringgit, dan ini berbahaya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor boleh habiskan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil.

Sebelum saya meneruskan kepada penggulungan saya, di sini saya ingin menyatakan, bila menyebut tentang ISDS – sebab kita melihat dari segi di samping dengan perjanjian FTA yang lain. Setakat tahun 2015, jumlah pelaburan syarikat Malaysia di luar negara adalah RM600.16 bilion berbanding dengan jumlah pelaburan asing ke Malaysia sekitar RM500.2 bilion. Sudah tentunya bila menyebut tentang pelaburan di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia juga mengguna pakai ISDS untuk membuat tuntutan berkaitan pelaburan mereka di luar negara. Ia juga digunakan untuk melindungi kepentingan syarikat Malaysia di luar negara. Ini harus kita jelaskan. Di samping tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan yang mungkin sama ada Kerajaan Malaysia di saman atau tidak, ISDS bukanlah kegunaan ataupun digunakan untuk syarikat luar semata-mata untuk menyaman syarikat kepentingan pelaburan syarikat mereka di negara kita, tetapi ia juga harus melindungi syarikat-syarikat Malaysia di luar sana. Kalau kita lihat dari segi kes-kes pun, telah banyak dinyatakan. Jadi sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, sebagai rumusannya, kita tidak seharusnya khuatir dengan ramalan-ramalan atau keburukan TPPA yang kita belum tahu kesahihannya. Kita harus bimbang sekiranya kita tidak menyertai TPPA, aspek pencapaian ekonomi kita mungkin ketinggalan berbanding dengan negara- negara serantau seperti Vietnam dan juga Singapura. Penyertaan dalam TPPA diharap dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan juga perdagangan yang lebih baik. Oleh itu, syarikat-syarikat Malaysia akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk meneroka pasaran di negara- negara TPP. Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Jeli. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan TPPA ini. Saya nampaknya cuma ada tiga minit lagi. Kemungkinan kena sambunglah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh sambung tetapi tidak boleh berhenti ketika ini, Yang Berhormat. Kena berhenti jam tujuh malam ya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berfikiran kebanyakan Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini telah memberi pandangan mereka tentang ISDS dari sudut-sudut terperinci seperti investor-state dispute resolution harga perubatan, dan isu state-owned enterprise dan bumiputera. Bagi perbahasan saya, saya ingin menyumbang pandangan yang lebih luas dari segi ekonomi makro ataupun macro-economics serta perspektif peribadi saya. Tuan Yang di-Pertua, saya memang memahami bahawa kebanyakan Ahli Parlimen di Dewan ini bukannya peguam korporat ataupun pakar perdagangan antarabangsa. Istilah-istilah perdagangan seperti non-conforming measures dan halangan bukan tarif atau non-tariff measures, sangat mengelirukan. Memandangkan TPPA mengandungi lebih daripada 6,300 muka surat, saya rasa dengan istilah-istilah ini, mustahil sesiapa di dalam Dewan ini benar-benar memahami isu-isu secara terperinci. Sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen, saya telah bekerja sebagai seorang peguam korporat selama 22 tahun dan merupakan pakar dalam isu-isu usaha sama syarikat ataupun joint-venture, dan juga jual beli syarikat, mergers and acquisition, dengan izin. Syarikat-syarikat yang menjadi anak guam saya termasuk family business, listed companies, GLC, high net worth individuals dan juga multi-national corporations. Justeru, saya ingin memberi perspektif sebagai seorang insider dalam dunia perniagaan dan pelaburan khususnya daripada segi komersil dan korporat, dan perspektif saya juga sebagai seorang outsider, sekarang sebagai seorang Ahli Parlimen dan

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

penggubal dasar-dasar ekonomi dan perdagangan untuk parti saya iaitu Parti Keadilan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba meringkaskan isu TPPA dari sudut pandangan seorang peguam korporat. Dalam hal ini, kita perlu membincangkan tiga topik. Topik pertama adalah proses perundingan perjanjian ini, topik kedua mengenai isu kos faedah ataupun rasional dan tujuan perjanjian ini, dan topik ketiga berkaitan impak perjanjian ini terhadap Malaysia. Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang peguam korporat, anak guam saya lazimnya mempertimbangkan tiga faktor...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh sambung cerita kerjaya Yang Berhormat ya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 27 Januari 2016.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam]