Dewan Rakyat · 24 March 2016

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 1,563 turns · 67,405 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Azeez bin Abdul RahimUMNO · BNBaling · question

1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah tindakan kementerian dalam menyelesaikan masalah beberapa buah sekolah di Parlimen Baling yang sangat padat dengan kapasiti penduduk di sesetengah kawasan yang ramai sehingga menyebabkan sekolah tidak mampu menampung jumlah pelajar yang berlebihan. Contohnya Sekolah Kebangsaan Baling yang terletak di Pekan Baling.

Tuan Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Baling masih boleh menampung keperluan penduduk. Melalui semakan kementerian, tidak terdapat sekolah di kawasan tersebut dikategorikan sebagai sangat padat dan semuanya masih beroperasi dalam satu sesi. Walau bagaimanapun, bagi menampung pertambahan penduduk bagi lima hingga sepuluh tahun akan datang, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan permohonan pembinaan sekolah baru iaitu SMK Kuala Ketil 2 dan SK Kuala Ketil 2 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas di atas tanah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia sedia ada untuk dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek tersebut tertakluk kepada kelulusan agensi Pusat dan kemampuan kewangan negara. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut. Saya sedar apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi tetapi dalam jangka masa yang pendek dan bukan jangka masa yang panjang. Sekarang ini contohnya, di beberapa buah sekolah di kawasan saya, sudah begitu padat. Sebelum saya tanyakan soalan, saya juga melihat kaedah yang dilakukan oleh kementerian Yang Berhormat Menteri sendiri. Contohnya, baru-baru ini di kawasan Meru ada sebuah sekolah yang padat dengan pelajar- 3,000 lebih pelajar. Ini begitu jelas dan nyata bahawa Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan tanggungjawab merentasi sempadan politik. Walaupun Meru itu bukan negeri kita, bukan kawasan kita tetapi kita beri peruntukkan sebanyak RM2.15 juta untuk laksanakan bangunan baru. RM2.15 juta serta-merta untuk dibesarkan sekolah tersebut. Jadi, saya hendak tanya. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah tempat menang. Apa salahnya tempat menang kita tengok balik. Jadi, saya hendak tanya. Soalan saya, kaedah yang diguna pakai oleh kementerian. Apakah mempunyai standard ataupun penetapan jumlah pelajar bagi setiap sekolah bagi memastikan tidak wujud masalah kepadatan pelajar di sesebuah sekolah, khususnya di kawasan Baling dan juga kawasan-kawasan persekitaran sebagai Sik dan sebagainya. Ini kerana kalau sekolah menengah, kita ada lebih pada 1,000 orang ataupun 1,300 orang. Ini agak menyukarkan. Selain daripada itu, saya harap walaupun saya faham dari segi kekangan kedudukan kewangan dan sebagainya memerlukan pelbagai kelulusan, saya cuma minta lihat dua perkara pokok iaitu bilik-bilik untuk guru berehat dan melaksanakan tanggungjawab dan dewan-dewan. Open air pun tidak apa untuk di kawasan Parlimen Baling. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan tambahan. Saya setuju bahawa dari segi pembangunan pendidikan, Kerajaan Barisan Nasional, kita tidak melihat kawasan sama ada kita kawasan Barisan Nasional atau kawasan bukan Barisan Nasional sebab pendidikan adalah untuk rakyat semua. Menjawab kepada soalan berkenaan dengan kawasan sekolah di Parlimen Baling. Contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Baling iaitu Sekolah Kebangsaan Baling yang terletak di Pekan Baling, sekarang kita mempunyai murid sejumlah 684 orang dengan 24 buah bilik darjah. Jadi, kalau mengikut skala yang ditetapkan, sekolah itu masih boleh menampung lebihan murid daripada skala yang sekarang ada. Kepada sekolah yang dekat iaitu Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling cuma hanya 542 orang murid dengan 18 bilik darjah. Kalau mengikut kategori sekolah-sekolah seperti ini, tidaklah padat dan bukanlah sangat padat. Di seluruh kawasan Parlimen Baling, tidak ada satu sekolah yang sehingga memerlukan dua sesi. Semuanya dalam satu sesi. Itu pun kita mengambil kira pembangunan di kawasan Baling pada masa akan datang seperti mana yang kita jangkakan pemindahan Kolej Universiti Insaniah akan berpindah ke Baling. Maka, dengan itulah jawapan saya tadi. Kita mempunyai perancangan untuk pertambahan sebuah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah kebangsaan di kawasan Baling. Untuk kepadatan di Pekan Baling iaitu SK Baling, sebab sekolah yang sedia ada itu tanah tidak cukup untuk pembangunan. Jadi, sekiranya memang masa depan jangka pendek iaitu dua atau tiga tahun nanti memang padat, kita ada rancangan untuk kita bit tanah di sebelah sekolah tersebut seluas dua ekar. Itu kita melihat kepada kekangan kewangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ini soalan spesifik sekolah di Baling. Apa agaknya kaitan dengan Rantau Panjang dan- kecuali, sila, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu dari sudut pembangunan pendidikan, kelas yang selesa amat penting dalam proses pembelajaran. Jadi dari sudut pemantauan pihak kementerian, berapa buah sekolahkah dalam negara kita yang mempunyai kepadatan murid dengan kelas. Di mana sekolah yang memerlukan dua sesi persekolahan setakat ini dalam pemantauan kementerian; berapa buah sekolahkah yang kurang murid? Minta penjelasan.

Ya, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalannya sangat spesifik, saya minta jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan itu bagi saya relevan kerana soalan asal iaitu sekolah dan kepadatan. Yang ditanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah kepadatan. Walau bagaimanapun, saya benarkan soalan itu dijawab secara bertulis.

Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHSepang · question

2. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) adakah satu kajian terperinci kajian kesan jangka pendek dan jangka panjang apabila kerajaan akan diwajibkan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi membolehkan pekerja asing menubuhkan Kesatuan Sekerja dan juga memegang jawatan dalam mana- mana Kesatuan Sekerja di negara ini, selepas kerajaan bersetuju menandatangani TPPA; dan (b) jika ada kajian dibuat, apakah hasil kajian tersebut dan jika tidak ada mengapa tiada kajian dibuat.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Pihak kerajaan telah melantik Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia dan PricewaterhouseCoopers pada tahun 2013 untuk melaksanakan kajian analisis kos faedah berhubung penyertaan Malaysia dalam perjanjian TPP. Kajian tersebut juga merangkumi impak bab buruh kepada Malaysia. Antara lain, kedua-dua kajian ini mengetengahkan kebimbangan berhubung kebebasan berkesatuan terutamanya yang melibatkan pekerja asing. Kebimbangan adalah berhubung peningkatan kes-kes pertikaian perusahaan dan peningkatan kos operasi syarikat. Kementerian Sumber Manusia sememangnya menyedari implikasi dan impak tersebut semasa rundingan TPPA masih lagi berjalan. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kaedah- kaedah bagi mengurangkan risiko penglibatan pekerja asing dalam aktiviti-aktiviti kesatuan akan ditentukan. Sebagai contoh, dari segi kepimpinan kesatuan, pekerja asing yang ingin bertanding untuk dipilih sebagai anggota eksekutif kesatuan sekerja wajib bekerja secara sah di Malaysia sekurang-kurangnya selama tiga tahun sebelum layak bertanding. Kerajaan akan terus memantau aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja bagi memastikan unsur-unsur yang tidak sihat atau radikal tidak diserap dalam kesatuan sekerja yang seterusnya akan mempengaruhi ahli-ahli kesatuan sekerja.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana jawapan itu. Yang Berhormat Menteri, kita tahu bahawa apabila kerajaan bersetuju untuk menandatangani TPPA ini dan kita memasukkan dipanggil labor chapters dalam TPPA itu, kita tahu bahawa TPPA ini adalah antaranya agenda Amerika Syarikat. Saya baca apa yang dikata oleh Obama ketika mereka hendak promote TPPA ini, “When more than 95 percent of our potential customers live outside our borders, we cannot let countries like China- we should write those rules, not China opening new market.” Jadi, antara cara Amerika hendak memastikan kita ikut undang-undang ataupun pinda undang-undang buruh ini, mereka ada satu yang dipanggil consistency plan. Saya lihat kerajaan telah menandatangani satu perjanjian dengan Amerika berhubung dengan consistency plan ini di mana kerajaan bersedia untuk Trade Union Act ini, akan buat satu major amendment termasuk dalam judicial review. Tidak ada lagi kuasa minister untuk tolak mana-mana trade union, kuasa pengarah juga dihadkan. Ini bagus. Malahan apabila kita file judicial review sahaja, kita file judicial review, sebarang keputusan Menteri hendaklah ditangguhkan, di state. Ini bagus. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia? Kalau kita boleh ikut kehendak Amerika sehingga kita boleh meminda, kita sanggup meminda lebih kurang sembilan akta- akta yang berhubung dengan pekerjaan, adakah kita hanya memikirkan bahawa akta itu sahaja yang ada kesan kepada pekerja? Adakah kita juga bersedia untuk meminda akta-akta lain yang sebenarnya ada pengaruh kepada pekerja yang juga mempunyai provision- provision yang draconian seperti Akta Trade Union. Jadi kalau kerajaan boleh bersedia untuk meminda akta-akta atas dasar consistency plan ini, saya hendak tanya kenapa kita tidak mahu juga mendengar suara rakyat di Malaysia ini untuk kita juga pinda undang-undang yang juga menyekat hak-hak asasi sama ada rakyat Malaysia ataupun orang yang datang ke negara kita. Jadi saya minta supaya kerajaan bersedialah juga untuk buat pindaan yang menyeluruh. Bukan sahaja yang melibatkan buruh... [Disampuk] Tidak faham diamlah! Ini benda-benda yang tinggi-tinggilah. Susah Barisan Nasional hendak faham.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Panjang sangatlah soalan itu.

You don’t know, diamlah! Silentlah.

Ingat kamu seorang sahaja yang pandai?

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri. Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah TPPA ini, sememangnya kerajaan akan meminda tidak kurang dari lapan akta yang ada sangkut paut dengan perburuhan. Tadi Yang Berhormat daripada Sepang telah menyebut tentang Labor Consistency Plan.

Tuan Yang di-Pertua, Labor Consistency Plan (LCP) dalam bab buruh di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dibuat pindaan di bawah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh (Sabah) Bab 67 dan Ordinan Buruh (Sarawak) Bab 76. Aspek-aspek yang perlu dipinda ialah seperti berikut. (i) peruntukan penggantian kontrak pekerjaan; (ii) memastikan hak yang diterima oleh pekerja yang digaji melalui sub contracting atau outsourcing diberi faedah penggajian yang sama dengan pekerja yang digaji secara terus; dan (iii) melarang diskriminasi di atas wanita berkenaan dengan penggajian dan pekerjaan mereka. Terima kasih.

Tidak jawab soalan pun.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita sedar bila ada TPPA akan mewujudkan peluang pekerjaan juga di luar negara dan kita juga dalam waktu yang sama hendak memastikan tidak berlaku penghijrahan tenaga mahir negara ke luar. Jadi apa mekanisme yang kementerian rancang dan lakukan untuk pastikan tidak begitu banyak penghijrahan tenaga-tenaga mahir ke luar negara. Itu satu. Keduanya, apakah insentif dan pengetahuan kerajaan dalam memastikan kesatuan sekerja yang dibentuk tidak mencabuli hak asasi dan juga kebajikan pekerja-pekerja tempatan kerana perkara ini mungkin berlaku akibat daripada TPPA ini. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Dua soalan. Tentang soalan pertama, mengikut Bab Buruh TPPA, Bab Buruh tidak mempunyai sebarang peruntukan berhubung pergerakan bebas pekerja antara negara-negara TPPA. Saya ulang. Tidak mempunyai sebarang peruntukan berhubung pergerakan bebas pekerja antara negara-negara TPPA.

Kemasukan pekerja asing ke dalam negara dibuat berdasarkan keperluan oleh pihak majikan dan kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam peluang pekerjaan dan begitu juga dengan negara-negara yang bakal menerima pekerja dari Malaysia. Seperti sebagai contoh,seperti mana yang telah kita sedia maklum 600 orang rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Itu soalan nombor 1,soalan nombor 2,Yang Berhormat Lenggong? Yang Berhormat Lenggong nombor dua saya terlupa soalan nombor 2...

Tuan Yang di-Pertua

Ulang balik soalan nombor dua, Yang Berhormat Lenggong.

Yang Berhormat Lenggong pun lupa.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Lenggong pun lupa sudah soalan nombor 2.

Yang Berhormat Lenggong pun sudah tahu soalan nombor 2.

Dia peluang bangun dua kali, peluang masuk TV dua kali. Yang Berhormat, apakah insentif dan juga pemantauan kerajaan, dalam pastikan kesatuan sekerja untuk pekerja asing yang ada dalam negara ini tidak mencabuli hak dan kebajikan pekerja tempatan? Itu sahaja, terima kasih.

Itu nombor tiga sudah.

Itulah di bawah, sebelum TPPA ini pekerja asing, saya menggunakan perkataan ‘tidak dibenarkan’ untuk memegang jawatan dalam sesebuah kesatuan. Akan tetapi di bawah TPPA, pekerja asing dibenarkan untuk menerajui kesatuan-kesatuan sekerja. Pada masa sekarang, pekerja asing boleh menjadi ahli kepada kesatuan sekerja, tetapi tidak boleh memegang jawatan.

Akan tetapi dengan TPPA, pekerja asing pun diberi peluang untuk menerajui kesatuan sekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, maaf.

Ahmad Lai bin BujangPBB · BNSibuti · question

3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapa jumlah kes kehilangan kanak-kanak di seluruh Malaysia dan negeri manakah mencatatkan kes tertinggi serta nyatakan kes kehilangan kanak-kanak mengikut jantina, umur dan bangsa. Apakah telah dikenal pasti punca utama kes ini berlaku dan langkah-langkah diambil mengesan kanak-kanak hilang.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Tuan Yang di- Pertua,saya tidak pandai berpantun lah, tetapi saya akan jawab terus soalan Sibuti. Tuan Yang di-Pertua, pihak polis memandang serius kes-kes yang melibatkan kanak-kanak hilang. Ini kerana, jika keadaan tidak dikawal boleh mengundang kes pemerdagangan orang atau kes sosial yang lain. Kanak-kanak merupakan harta negara yang tiada nilainya dan kepada mereka lah terletak segalanya untuk mewarisi kepimpinan dan keadaban negara satu hari nanti. Kanak-kanak ibarat sehelai kain putih, maka ibu bapa yang mencorakkan sama ada menjadi insan yang kamil atau sebaliknya. Statistik kanak-kanak yang hilang di seluruh negara bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 sehingga Januari adalah seperti berikut: | TAHUN |JUMLAH| |---------------------|-----:| | 2014| 2015| | 2015| 1782| |2016 sehingga Januari| 140|<END_TABLE_MARKER> Tiga negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi kehilangan kanak-kanak secara keseluruhan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 adalah seperti berikut: | NEGERI |JUMLAH| |--------|-----:| |Johor | 681| |Selangor| 538| |Kedah | 474|<END_TABLE_MARKER> Bagi statistik kanak-kanak yang hilang mengikut jantina bagi tahun 2014 sehingga 2016 adalah seperti berikut: | JANTINA |TAHUN| | | |---------|----:|---:|---:| | | 2014|2015|2016| |Lelaki | 479| 457| 46| |Perempuan| 1536|1310| 94|<END_TABLE_MARKER> Bagi kategori umur kanak-kanak yang hilang secara keseluruhan bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti berikut: | UMUR |JUMLAH| |-------|-----:| | 6| 24| |7 - 12 | 111| |13 - 15| 2159| |16 - 18| 1643|<END_TABLE_MARKER> Statistik untuk bangsa yang hilang dari tahun berkenaan. Bangsa Melayu seramai 2,691,bangsa Cina 241,India 409 dan lain-lain bangsa 596 orang. Hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, pelbagai punca atau sebab yang dikenal pasti mengapa kanak-kanak telah hilang mengikut tahun yang sama adalah seperti berikut. Mencari kebebasan sebanyak 2,179 kes, ikut kawan sebanyak 667 kes, ikut kekasih sebanyak 500 dan salah faham terhadap keluarga 428 kes dan diikuti oleh sebab-sebab lain seperti tidak minat belajar, mencari kerja, bersama ibu bapa dan tidak mendapat perhatian atau kasih sayang keluarga sebanyak 23 kes.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Antara langkah yang diambil untuk mengesan kanak-kanak yang hilang adalah berikut, polis Kerajaan Malaysia atau PDRM telah mewujudkan portal kanak-kanak hilang boleh diakses oleh masyarakat menggunakan laman web PDRM sebagai hebahan kepada masyarakat untuk bekerjasama mengesan kanak-kanak yang hilang dengan lebih cepat dan berkesan dengan menyalurkan maklumat yang terkini melalui internet. Maklumat juga dapat diakses oleh pegawai penyiasat kes dan tindakan segera dapat diambil. Kedua,menggunakan sistem NUR alert juga telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan diterajui PDRM bersama 33 agensi kerajaan dan bukan kerajaan sebagai ahli pasukan petugas sistem NUR alert bagi membantu mengesan kanak-kanak hilang bagi umur bawah 12 tahun sahaja. Kes-kes kehilangan kanak-kanak hilang ini boleh ditangani jika ibu bapa sentiasa memberikan perhatian dan pengawasan yang lebih terhadap pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka. Tanpa membiarkan untuk bebas keluar dan bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Ibu bapa juga perlu menekan aspek pendidikan agama dan moral, kerana melalui pendidikan ini akan menjadi benteng utama menghindari anak-anak terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas terang tadi. Daripada jawapan tadi, kita mendapati pihak polis, pihak keselamatan telah bermacam cara melalui laman web, NUR alert untuk mengesan anak-anak yang hilang itu. Kita mendengar bahawa lebih kurang dekat 2,000 kanak-kanak hilang. Bagaimanakah pihak polis, fakta yang didapati, bagaimanakah kanak- kanak yang hilang, adakah di taman-taman sekolah ataupun di dalam kawasan sekolah atau hilang waktu berjalan? Apa yang saya hendak katakan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita selalu mendengar bahawa masyarakat selalu menyatakan bahawa pihak polis sangat lalai, sangat tidak menjalankan tugas. Sedangkan pihak polis siang, malam, panas, hujan bekerja di luar menjaga keselamatan. Sedangkan kita tidur di rumah ada suami berpeluk sama isteri di rumah, sedangkan polis berjaga di luar. Lebih dari itu, Tuan Yang di-Pertua, janganlah kita selalu mencaci, mencemuh pihak keselamatan ini. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan akan mengambil inisiatif untuk melakukan lawatan susulan dan seterusnya memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang ditimpa kemalangan ini? Sekian terima kasih.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Yang Berhormat dari Sibuti. Memang saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa kes kanak-kanak yang hilang ini boleh berlaku di mana-mana tempat dan kejadian itu boleh berlaku bila-bila masa. Jadi, memanglah pihak polis akan sentiasa mengawasi kes-kes begini dan setakat ini memang boleh tahan jugalah. PDRM telah menjalankan tugas yang baik dan untuk mengekang kes-kes insiden kanak-kanak yang hilang di merata-rata tempat atau pun di seluruh negara kita. Jadi, pandangan Yang Berhormat, saya akan ambil maklum dan kalau perlu saya akan tambah secara bertulis. Terima kasih.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan kepada soalan yang bagi saya cukup penting iaitu berkaitan dengan kehilangan kanak-kanak atau pun disebut missing person. Daripada statistik yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, yang saya catat sini pada tahun 2014 sebanyak 2,015 kes dan tahun 2015 - 1,782 kes. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Daripada bilangan orang yang dilaporkan hilang terutamanya kanak-kanak ini, berapa peratuskah yang gagal dikesan atau pun dijumpai. Sebagai contohnya, untuk tahun 2014 itu berapa orang yang masih belum ditemui atau dijumpai. Keduanya saya hendak bertanya dari segi undang-undang Malaysia, apabila seseorang itu dilaporkan hilang dan tidak ditemui, berapakah jarak masa yang diperlukan untuk orang itu diisytiharkan mati. Sebagai contohnya, kalau dalam kes MH370 misalnya missing. Berapa lama undang-undang memerlukan untuk mengisytiharkan orang itu sebagai sudah mati? Mohon penjelasan, terima kasih.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Jadi, mengikut statistik yang ada dengan saya ini, setakat tahun 2014 dari 2,015 kes yang dilaporkan hilang yang ditemui atau dijumpai semula adalah lebih kurang 90 peratus. Maksudnya yang masih hilang 10 peratus. Yang itu lebih kurang 56 daripada kes 2014. Manakala untuk 2015, 1,722 orang yang hilang, yang dijumpai semula 1,563 maksudnya berkurang, 87 peratus yang ditemui dan 13 peratus yang masih hilang. Kita tidak boleh mengisytiharkan mereka itu mati atau sebaliknya tetapi pihak polis akan terus mencari. Misal kata untuk tahun 2014, yang 56 itu masih hilang tetapi kita akan berusaha mencari mereka sehingga didapati dan tidak boleh ditetapkan di sini sampai bila mereka akan isytiharkan sebagai mati. Sama juga dengan MH370 dan itu terpulang kepada kerajaan bila kita akan mengisytiharkan mereka telah mati sehingga bukti ditemui nanti. Sekian, terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera · question

4. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] minta Menteri Pendidikan menyatakan, Highly Immersive Programme yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2016, termasuk kos dan jumlah sekolah yang terlibat.

Tuan Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, Highly Immersive Programme (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Program ini bukan sebuah program baru, malah ia merupakan pengukuhan terhadap Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas. Pelaksanaan HIP diperuntukkan dengan dana sebanyak RM6.5 juta bagi tahun 2015 dan 2016. Program HIP kini dirintis di 94 sekolah rendah di enam negeri iaitu di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Perlis. HIP akan diperluaskan ke 2,000 sekolah rendah dan menengah mulai Julai tahun ini- 5,500 sekolah pada tahun 2017 dan kesemua sekolah pada tahun 2018. Terima kasih.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberi. Seperti mana PPSMI dahulu pelaksanaan Dual-Language Programme (DLP) dan juga Highly Immersive Programme (HIP) ini, kini nampaknya menerima banyak bantahan dan tekanan daripada pelbagai pihak, daripada masyarakat sivil, groups seperti GAPENA dan sebagainya. Jadi, memandangkan kerajaan dahulunya pernah membuat U-turn dalam kes PPSMI apabila menghadapi tekanan daripada pihak-pihak yang sama, apakah response kerajaan terhadap bantahan yang diterima pada masa kini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjamin kelestarian program-program tersebut supaya tidak berlaku lagi U-turn setelah membelanjakan banyak duit rakyat dan juga mengkompromikan masa depan anak-anak muda kita sebab kita tidak hendak berlaku lagi dasar-dasar yang menjadi U-turn. Jadi, terima kasih pohon dijawab.

Terima kasih ke atas soalan tambahan. Pelaksanaan DLP dan HIP ini tidaklah sama dengan pelaksanaan PPSMI. Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, kita mengambil iktibar pelaksanaan PPSMI yang mendapat bantahan ramai di mana pelaksanaannya diwajibkan kepada semua sekolah di seluruh negara. Akan tetapi DLP itu adalah pilihan sekolah yang mematuhi syarat-syarat tertentu khususnya kesediaan sekolah dan sokongan ibu bapa. HIP pula tidak merupakan satu program baru tetapi pengukuhan terhadap program- program sebelum ini yang menjadikannya aktiviti di dalam sekolah dan bukannya satu kurikulum baru dan kerajaan sentiasa kita engage dengan NGO, mana-mana bahagian sivil society, dengan izin, yang masih membantah kita akan terus berinteraksi, berdialog dengan mereka untuk mereka memahami dasar dan cara kita untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Program ini kita akan teruskan supaya tidak ada lagi perkara seperti mana u-turn sebab kali ini kita mengambil kira sokongan dan persetujuan ibu bapa dan kesediaan sekolah. Sekian, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Program HIP ini memang adalah antara program yang baik yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memastikan peningkatan kemahiran bahasa Inggeris melalui peningkatan penguasaan bahasa itu sendiri. Soalan saya kepada pihak kementerian, apakah Kementerian Pendidikan mempunyai sebarang cadangan untuk memperluaskan Program HIP ini ke semua sekolah ke seluruh negara agar memastikan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang ada dalam sekolah ini dapat menguasai kemahiran bahasa Inggeris. Terima kasih.

Terima kasih soalan Yang Berhormat Sekijang. Seperti mana jawapan saya pertama tadi kita memang mempunyai program secara berfasa. Semua sekolah akan melaksanakan HIP pada tahun 2018. Sekarang ini kita mempunyai rintis di 94 sekolah dan akan diperkembangkan ke 2,000 sekolah pada tahun ini juga. Program-program HIP yang kita rancang ini memang sesuai untuk digunakan di sekolah tetapi kita memberi kuasa kepada sekolah untuk menentukan apakah aktiviti yang sesuai dengan sekolah. Jadi, kita tidak ada satu paksaan bahawa semua sekolah kena melaksanakan program yang sama. Dia melihat kepada kemampuan, kesediaan setiap sekolah. Terima kasih.

Abdul Rahim BakriUMNO · BNKudat · question

5. Datuk Abd Rahim bin Bakri [Kudat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam memastikan kestabilan dan keharmonian di kawasan Laut China Selatan susulan ketegangan yang berlaku di kawasan itu ketika ini.

Dato' Sri Anifah bin Haji AmanUMNO · BNMenteri Luar Negeri · Kimanis

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kudat bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Selayang pada hari ini 24 Mac 2016, Yang Berhormat Kapar bertarikh 28 Mac 2016 dan Yang Berhormat Batu bertarikh 31 Mac 2016 kerana semua pertanyaan tersebut menyentuh perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas pertanyaan-pertanyaan yang telah pun dikemukakan. Secara umumnya, isu Laut China Selatan melibatkan dua aspek.Pertama, keperluan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan atau, dengan izin, freedom of navigation and overflight. Kedua, tuntutan bertindih melibatkan beberapa buah negara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Malaysia, Vietnam serta China. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi perhatian yang khusus kepada isu Laut China Selatan. Tindakan-tindakan yang sewajarnya termasuk rondaan, pengawasan dan penguatkuasaan sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Pendirian Malaysia berhubung tuntutan bertindih Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten. Semua tuntutan dan penyelesaian hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut 1982 ataupun UNCLOS 82. Malaysia serta negara-negara penuntut ASEAN yang lain tidak mengiktiraf tuntutan China berdasarkan nine-dash line kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah pun menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan atau dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea pada 4 November 2002. Melalui DOC, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk melaksanakan usaha- usaha bagi membina dan meningkatkan kesalingpercayaan serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

Pada masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan atau dengan izin, Code of Conduct in the South China Sea atau COC. Berhubung dengan isu Beting Patinggi Ali, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menganggap kawasan Beting Patinggi Ali sebagai kawasan yang dipertikaikan atau kawasan di mana wujud tuntutan bertindih di antara Malaysia dengan mana-mana negara pun. Tuan Yang di-Pertua, kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan merupakan laluan perkapalan utama yang menghubungkan timur dan barat dan banyak kapal menggunakan laluan ini pada satu-satu masa. Undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982 memperuntukkan hak kebebasan pelayaran atau dengan izin, freedom of navigation bagi semua kapal termasuklah kapal perang ataupun kapal penguat kuasa ataupun kapal komersial. Kehadiran kapal-kapal perang dan penguat kuasa daripada banyak negara termasuklah Amerika Syarikat dan China di dalam kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan sentiasa dipantau oleh agensi-agensi keselamatan negara. Selagi kapal-kapal perang dan penguat kuasa ini tidak melaksanakan sebarang aktiviti selain daripada belayar selaras dengan prinsip kebebasan pelayaran, sesebuah negara pesisir tidak mempunyai hak untuk menghalang atau mengganggu aktiviti kapal-kapal ini. Sekiranya kapal-kapal perang dan penguat kuasa ini dikesan melaksanakan sebarang aktiviti yang bercanggah atau bertentangan dengan prinsip kebebasan pelayaran, maka negara pesisir berhak untuk mengemukakan bantahan diplomatik kepada negara berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa isu Laut China Selatan adalah kompleks dan melibatkan hubungan antara negara. Sebagai sebuah negara persekutuan berperlembagaan, isu ini dikendalikan di peringkat pusat bagi memastikan kepentingan negara di peringkat nasional, negeri dan tempatan sentiasa terpelihara. Saya juga ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dalam perkara yang boleh menjejaskan keutuhan wilayah dan kepentingan negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif berkaitan dengan isu ini. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa semua negara khususnya negara- negara maritim adalah tertakluk kepada UNCLOS ataupun United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 dan telah memperuntukkan bahawa setiap negara maritim diberikan hak ataupun generated exclusive economic zone 200 batu nautika. Persoalannya di sini, apakah asas-asas yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menuntut khususnya kawasan-kawasan yang begitu jauh dari kawasan pesisir mereka dan adakah negara kita bersedia untuk membawa kes ini ke peringkat antarabangsa khususnya ke ICJ? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. China menuntut Laut China Selatan itu melalui apa yang dikatakan nine-dashed line dan Malaysia serta negara-negara yang terlibat iaitu Brunei, Filipina, Vietnam tidak mengiktiraf tuntutan unilateral China terhadap nine-dashed line. Menurut China bahawa tuntutan China itu berdasarkan kepada sejarah iaitu Laut China Selatan dan juga dia mengatakan daripada segi aspek legality walaupun kita telah pun menjelaskan bahawa sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan melalui undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Now, apakah kemungkinan Malaysia bersedia untuk kalau sekiranya isu ini dibawa ke ICJ? Itu soalan Yang Berhormat. Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, pendirian Malaysia berhubung tuntutan bertindih Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten. Pertama, penyelesaian kepada pertikaian mestilah secara aman melalui perbincangan dan juga perundingan. Kedua, tuntutan dan penyelesaian mestilah berdasarkan kepada undang- undang antarabangsa dan United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 atau UNCLOS.

Malaysia percaya bahawa perundingan atau perbincangan di antara negara-negara yang mempunyai tuntutan bertindih ini merupakan langkah terbaik di dalam menentukan pembatasan sempadan maritim di Laut China Selatan dan rujukan kepada pihak yang ketiga iaitu ICJ ataupun tribunal timbang tara adalah merupakan pilihan terakhir dalam mencapai penyelesaian...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah masalah bertindih daripada tuntutan bertindih ini?

Kedaulatan negara. Terima kasih.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memanglah kita rasa memang ketara ada kelemahan dalam penguatkuasaan di Laut China Selatan daripada segi contohnya pencerobohan nelayan Vietnam dan juga pencerobohan Tentera Sulu di perairan Sabah. Persoalannya di sini Yang Berhormat Menteri, kenapakah kita tidak mengadakan latihan besar-besaran di Laut China Selatan seperti di perairan Sabah seperti yang telah kita adakan latihan ketenteraan besar-besaran di Timur Tengah yang tidak ataupun kurang relevan dengan kita? Apakah telah jadi kepada polisi ZOPFAN atau polisi berkecuali negara Malaysia? Ini kerana saya rasa dengan cara polisi tersebut, ini adalah satu cara yang lebih baik untuk menangani pencerobohan terutamanya dari kuasa-kuasa besar. Saya telah mengutarakan persoalan ini kepada Timbalan Menteri Luar Negeri beberapa hari lepas tapi tiada jawapan. Adakah kita masih mengamalkan polisi berkecuali atau adakah kita lebih cenderung kepada axis Amerika Syarikat seperti yang banyak diperhatikan? Terima kasih.

Saya mula menjawab persoalan yang kedua mengenai pengecualian. Dalam kes ini Yang Berhormat, kita tidak dapat mengecualikan negara kita oleh sebab kita adalah di antara negara yang menuntut dan juga yang dituntuti. Jadi, soal pengecualian tidak timbul dalam hal ini.

Soalan pertama iaitu kenapakah kita tidak mengadakan latihan besar-besaran. Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini soalan hendaklah ditujukan kepada Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan nanti. Walau bagaimanapun kita telah pun mengadakan latihan di antara mereka dengan Malaysia di Laut China Selatan dan saya pun telah difahamkan kemungkinan latihan seumpama itu sama ada besar-besaran atau sebaliknya juga akan diadakan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Adakah kita masih mengamalkan polisi berkecuali? Persoalan belum dijawab.

Memang kita mengamalkan apa orang katakan, kawasan berkecuali tetapi Yang Berhormat, ianya tidak relevan dengan isu ini. Tidak relevan oleh kerana yang saya katakan tadi bahawa kita negara Malaysia adalah terlibat secara langsung dengan tuntutan bertindih dalam aspek ini. Terima kasih.

Teo Kok SeongDAP · PRRasah · question

6. Tuan Teo Kok Seong [Rasah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) bilakah kerajaan akan meningkatkan kadar saman kesalahan jalan raya; dan (b) jumlah saman kesalahan jalan raya dikeluarkan dan kutipan yang diterima sejak tahun 2014-2016.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Terima kasih Yang

Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan

(a) Ketua Polis Negara mencadangkan untuk menaikkan kadar kompaun kesalahan jalan raya bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa memandu.

Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan

Di samping itu saranan berkenaan adalah untuk mendidik masyarakat ke arah mengurangkan kes kemalangan jalan raya pertama, atas kesalahan yang boleh menyumbang berlakunya kemalangan seperti memandu terlalu laju, memotong di garisan berkembar, potong queue, tidak berhenti di lampu isyarat berwarna merah dan sebagainya. Nilai kompaun maksimum tidak pernah dikaji sejak Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dikuatkuasakan semenjak 29 tahun yang lalu dan terlalu rendah dalam situasi masa kini di samping kadar kompaun sedia ada tidak menimbulkan perasaan takut kepada pengguna jalan raya. Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat kajian dan mendapatkan pandangan dari semua pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana terdapat keperluan untuk meminda undang-undang terutama seksyen 119 dan seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum ianya dilaksanakan. Bagi menjawab soalan: (b) Jumlah saman yang dikeluarkan kepada pesalah jalan raya dan jumlah kompaun yang dikutip oleh pihak polis dan denda mahkamah bagi tahun 2014 sehingga 2016 adalah seperti berikut: (i) untuk tahun 2014, saman dikeluarkan sebanyak 5.4 juta juta kes dan saman telah diselesaikan 2.1 juta kes. Kutipan kompaun dalam lingkungan RM251 juta dan hasil denda mahkamah adalah lebih kurang RM11.4 juta; (ii) tahun 2015 menyaksikan saman dikeluarkan sebanyak 4.6 juta kes dan yang telah selesai sebanyak 1.2 juta kes manakala kutipan kompaun sebanyak RM146 juta dan denda mahkamah sebanyak RM8.6 juta. (iii) sehingga Januari 2016, saman dikeluarkan oleh pihak polis adalah sebanyak lebih kurang 65,000 kes dan yang telah selesai 2,700 kes dan kutipan kompaun adalah sebanyak RM300,000 manakala denda mahkamah sebanyak RM43,000. Cadangan menaikkan kadar kompaun dilihat dapat membantu untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana pengguna jalan raya akan terkesan untuk membayar kompaun yang tinggi dan akan sentiasa berhati-hati, berhemah dan tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan jalan raya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya saya mengemukakan soalan ini disebabkan satu kenyataan telah pun dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara pada 10 Februari 2016 di mana beliau juga mencadangkan bahawa kadar saman ditingkatkan untuk mengurangkan kadar kemalangan. Bagi cadangan ini, saya berpendapat bahawa yang sebenarnya pada masa kini, beban rakyat cukup tinggi. Saya memang amat berharap pihak kerajaan jika boleh cuba mengambil berat terhadap keadaan yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang kedua adalah sebenarnya kebanyakan daripada rakyat jelata khususnya pemandu-pemandu, mereka mempunyai satu persoalan di mana jikalau mereka melakukan kesalahan, mereka akan di saman ataupun di kompaun tetapi di sebaliknya adakah kenderaan-kenderaan rasmi yang digunakan oleh Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, jikalau mereka menggunakan fast lane ataupun memandu melebihi had laju, adakah mereka turut di saman? Bagi saya, paling penting pendidikan kepada pemandu-pemandu itu adalah lebih penting daripada kita memberi saman kepada mereka dan jika pimpinan kita, PM, TPM ataupun Menteri atau Timbalan Menteri, kita boleh menunjukkan teladan yang baik, saya rasa ini sebanyak sedikit dapat mengurangkan kadar kemalangan dan saya mohon pihak Timbalan Menteri supaya membuat kajian jika boleh memberikan statistik kepada Dewan yang mulia ini adakah kenderaan-kenderaan rasmi ini juga diberi kompaun ataupun disaman, iaitu kita hendak semua sama rata. Kalau buat salah, semua disaman. Terima kasih.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi mengenai soalan pertama, memang saya katakan tadi kita akan mengkaji walaupun IGP telah memberitahu bahawa saman mungkin dinaikkan tetapi setakat ini kita belum ada buat keputusan kerana kita khuatir kita perlu meminda dua undang-undang utama tadi seperti yang saya telah sebutkan. Mengenai kedua, kalau mengikut undang-undang, kalau sekiranya pemandu itu membuat kesalahan, memang kompaun ataupun saman akan dikeluarkan ke atas pemandu bukan penumpang, bukan Menteri ataupun bukan Timbalan Menteri yang menumpang kereta tersebut. Jadi itu terpulang kepada pemandu dan saya khuatir jikalah kesalahan dibuat, pasti pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Parit Sulong. Pemandu wanita, sila.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sebab dua-dua tadi dah dapat, terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Nasib baik saya tak terjatuh [Ketawa] Soalan tambahan saya terus kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya adakah sistem KEJARA yang diguna pakai oleh pihak berkuasa ini berkemungkinan akan meningkatkan jumlah saman yang tidak dibayar memandangkan pemberian mata demerit KEJARA ini hanya akan dikenakan sebaik sahaja notis saman itu diselesaikan. Terima kasih.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Yang Berhormat Parit Sulong, jadi sudah pasti kalau kita lihat kes-kes saman yang tertunggak dan sebagainya kerana perkara ini bukan sahaja untuk pihak polis yang akan menjawab tetapi kita juga diserahkan kepada Ministry of Transport, jadi saya tak boleh menjawab bagi pihak MOT atau Ministry of Transport dan terpulang kepada mereka untuk membuat kenyataan.

Joseph Salang anak GandumPRS · BNJulau · question

7. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian merancang untuk membekalkan klinik-klinik yang berhampiran dengan sungai dan jauh dari jalan raya dengan bot yang diubah suai untuk kegunaan semasa kecemasan.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan yang bertaraf tinggi sampai ke pelbagai tempat di dalam negara kita menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk pastikan bahawa perkhidmatan ini boleh sampai dan untuk memastikan perkara ini, kementerian menggunakan perkhidmatan melalui sungai di beberapa tempat dan kementerian menyediakan bot ambulans untuk klinik berhampiran dengan sungai. Pada masa ini, pihak kementerian menggunakan enam buah bot ambulans. Lima di semenanjung dan satu di Sabah manakala kementerian pun menggunakan pelbagai jenis bot yang berlainan untuk melengkapkan perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman yang berhampiran dengan sungai di negeri Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, kementerian melengkapkan 59 buah klinik dengan bot yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu bot atau perahu yang dibekalkan adalah berbeza mengikut keperluan setempat.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Di antaranya adalah bot panjang, bot laju, bot panjang yang mempunyai fibre glass dan bot laju fibre glass. Untuk negeri Sabah, sejumlah 57 buah bot pelbagai jenis pun telah disediakan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan boleh sampai kepada kampung- kampung yang berhampiran dengan sungai. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Namun demikian, kita mesti mengingatkan kita sendiri bahawa kebanyakan tempat di pedalaman tak ada jalan raya dan begitu juga banyak tempat seperti di Sarawak jauh dari klinik dan jauh dari pekan-pekan yang besar. Dalam kita menaikkan kualiti perkhidmatan kesihatan kita, apakah sebenarnya kekangan ataupun cabaran yang ada kepada kementerian dari segi membekalkan doktor-doktor di klinik-klinik di pedalaman. Terima kasih.

Rancangan Kementerian Kesihatan adalah untuk memastikan kebanyakan daripada klinik walaupun di dalam bandar atau desa atau kawasan- kawasan pedalaman dibekalkan dengan pekerja-pekerja perkhidmatan kesihatan yang lengkap iaitu pasukan yang lengkap termasuk doktor. Tiada halangan, banyak dari klinik- klinik di dalam pedalaman, kita ada doktor yang secara kekal atau klinik-klinik yang lain, di mana doktor membuat lawatan mengikut jadual, kadang-kadang satu kali seminggu atau dua kali seminggu. Akan tetapi isu yang kita hadapi kadang-kadang selain daripada klinik-klinik ada di dalam kawasan pedalaman ialah infrastruktur yang tersedia ada di dalam beberapa klinik pedalaman tiada mencukupi untuk memastikan satu jumlah pegawai yang begitu banyak boleh tinggal di sana. Contohnya, kuarters tiada. Sekarang dalam usaha kita untuk memastikan perkara ini boleh ditangani dan diatasi, kementerian telah merancangkan supaya macam mana untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di dalam klinik-klinik kesihatan di pedalaman supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat boleh diatasi. Satu infrastruktur yang lebih holistik boleh disediakan supaya satu pasukan kesihatan yang complete, yang lengkap boleh meneruskan perkhidmatan kesihatan mereka di dalam klinik-klinik di dalam kawasan pedalaman seperti apa yang dilakukan di klinik-klinik di lain-lain tempat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang lembap, saya percaya ramai rakyat di luar sana yang sekarang ini memilih untuk pergi ke klinik-klinik kerajaan kerana tidak ada punya kewangan yang mencukupi untuk pergi ke klinik swasta. Jadi, dengan pertambahan mereka yang pergi ke klinik kesihatan biasa ini, kerajaan, saya ingin tanya apakah kerajaan bersedia untuk berhadapan dengan masalah bekalan ubat yang berkualiti? Apakah perancangan yang kerajaan sedang dan akan lakukan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun seperti kementerian-kementerian yang lain, Kementerian Kesihatan pun menghadapi di dalam dengan keadaan di mana bajet yang telah diberi kepada kementerian telah menghadapi kekurangan. Akan tetapi di dalam proses pengurangan bajet ini, apa yang kita telah tetapkan ialah bahawanya ia tidak akan ada kesan ke atas perkhidmatan kesihatan yang diberi kepada rakyat, khususnya mereka yang miskin yang datang kepada klinik-klinik kesihatan. Di dalam perkara itu, apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bahawa kementerian masih mempunyai keupayaan untuk terus memberi ubat-ubat yang berkualiti kepada rakyat. Ini sentiasa diambil kira oleh kementerian dan kementerian akan terus memastikan mereka yang datang kepada klinik-klinik kesihatan untuk apa- apa penyakit itu akan dibekalkan dengan ubat-ubat yang berkualiti. Salah satu perkara yang kita sedang buat ialah untuk memastikan di mana ada ubat- ubat generic yang berkualiti, yang kualitinya setaraf dengan innovative drugs yang tersedia ada, di mana kosnya berbeza, sangat berbeza, Kementerian akan memberi penekanan untuk menggunakan ubat generic itu sebagai pilihan, sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya perkhidmatan ini boleh diteruskan walaupun di dalam keadaan kelembapan ekonomi yang tersedia ada. Terima kasih.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Julau kerana keadaan Hulu Rajang, Baram dan Julau kurang lebih sama. Yang Berhormat Menteri, untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, bot perahu panjang, bot laju ada tetapi semua klinik yang ada bot dan motor sangkut itu rosak semua Yang Berhormat. Rosak.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Jadi, kelengkapan ada. saya minta kementerian memberi peruntukan, buat dengan secepat mungkin kerana itu adalah satu daripada dalam Titah Tuanku, jagakan kepentingan kesihatan. Nombor dua, saya hendak tanya klinik Long Busang, sudah jadi viral. Ketiga Yang Berhormat Menteri, bot klinik bergerak dari Belaga ke Nanga Merit diberhentikan, kenapa? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya menerima secara baik pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat terhadap kalau ada keadaan di mana bot-bot itu tidak berfungsi atau rosak, saya menerima ini sebagai secara baik dan kementerian akan berusaha untuk memastikan bahawa bot-bot ini diperbaiki atau ditukar supaya tiada apa-apa perkhidmatan yang diberi boleh diteruskan sampai dengan tiada ada halangan. Tentang isu spesifik yang ditanya, tentang mengapa perkhidmatan masa dahulu ada tetapi telah diberhentikan itu, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Sivakumar a/l Varatharaju NaiduDAP · PHBatu Gajah · question

8. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah wang yang diperuntukkan kepada MySkills Foundation sejak penubuhannya dan bagaimanakah wang peruntukan itu dibelanjakan oleh pihak berkenaan. Adakah pelajar-pelajar yang menjalani latihan di MySkills Foundation itu juga diberi bantuan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MySkills Foundation merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu pelajar India yang bermasalah di sekolah menengah. Pelajar ini adalah dari kalangan pelajar yang tercicir, gagal atau dropout students, di mana mereka akan dihantar menjalani latihan oleh penyelia latihan Premiers Institute of Technology, Pelabuhan Klang. Mereka ini diberi peluang bagi mengikuti latihan kemahiran di penyedia latihan tersebut dengan harapan supaya pelajar-pelajar ini dapat berubah dan berdikari untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah mendapat pekerjaan kelak. Pada tahun 2014 dan 2015, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Perancang Ekonomi telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.539 juta kepada MySkills Foundation untuk program pembangunan sosioekonomi masyarakat India bagi tujuan latihan kemahiran, pelajar lepasan SPM dan remaja berisiko tinggi. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan melalui Yayasan NAAM atau Gerakan Affirmative Baru telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada MySkills Foundation untuk melatih ahli-ahli Yayasan NAAM dalam bidang kemahiran, dalam program usahawan ini.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Yang di-Pertua, penyedia latihan Primus Institute of Technology merupakan sebuah penyelia latihan yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Pada tahun 2015 PTPK telah memperuntukkan pembiayaan pinjaman latihan kemahiran sebanyak RM501,400 kepada 58 pelatih di dalam sektor elektronik dan sebanyak RM299,300 kepada 41 pelatih di sektor pengurusan perniagaan. Manakala bagi tahun 2016 pula PTPK telah memperuntukkan pembiayaan pinjaman latihan kemahiran sebanyak RM203,200 kepada 16 pelatih di dalam sektor elektrik dan sebanyak RM226,000 kepada 20 pelatih di dalam sektor pengurusan perniagaan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Secara prinsipnya saya bersetuju dengan pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sejajar dengan misi kerajaan mencapai 1.2 juta pekerja mahir menjelang tahun 2020. Akan tetapi masalahnya saya hendak tahu sejauh manakah kerajaan ataupun kementerian memantau terutamanya kolej-kolej swasta yang diberi pinjaman ini. Sama ada mereka kolej-kolej ini mempunyai piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini sebab saya terima banyak aduan bahawa kolej-kolej swasta ini tidak mempunyai tenaga pengajar yang cukup.

Kadang-kadang tiada siapa yang mengajar dan masa berlalu dan juga tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan, tidak mencukupi alat-alat latihan dan bengkel. Sering kali kurikulum yang telah ditetapkan juga tidak diikuti oleh pihak kolej swasta ini. Maka ini semua menimbulkan banyak masalah kepada pelajar-pelajar dan juga kepada ibu bapa. Kita risau dalam tujuan kita mencapai sasaran 1.2 juta kita perlu mendapat tenaga kerja yang betul-betul mahir bukan kita mengeluarkan pelajar-pelajar yang setengah masak. Saya risau there’s no point kalau kita kata kita ada sasaran yang tinggi tetapi yang keluar daripada kolej-kolej ini semua tidak mempunyai kemahiran yang cukup. Saya juga tidak begitu bersetuju dengan Menteri apabila mengatakan bahawa pengrekrutan kolej-kolej swasta ini boleh dibuat di kalangan pelajar-pelajar yang masih berada di bangku sekolah. Saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu kita pertimbangkan secara teliti sebab saya takut ada pihak-pihak kolej-kolej swasta, ada ejen-ejen tertentu di sekolah-sekolah. Di mana mereka sengaja mengeluarkan pelajar-pelajar daripada sekolah tersebut dan mereka dimasukkan ke kolej-kolej yang memberi tawaran seperti ini. Mungkin ini akan menjejaskan masa depan pelajar-pelajar tersebut. Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri sama ada perkara ini ada berlaku ataupun tidak. Ini sebab saya terima aduan bahawa ada guru-guru tertentu di sekolah- sekolah kerajaan mereka sengaja mengeluarkan pelajar-pelajar daripada sekolah dengan mengatakan bahawa mereka ada masalah. Akan tetapi sebenarnya mereka tidak menghadapi masalah ataupun mungkin masalahnya adalah masalah yang kecil dan akhirnya mereka telah dikeluarkan daripada sekolah itu dan mereka masuk ke pusat-pusat seperti ini. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua mengenai latihan kemahiran seperti mana yang kita mungkin sedia maklum dalam RMKe-11 pekerjaan baru yang bakal diwujudkan adalah berjumlah 1.5 juta. Daripada pekerjaan baru yang bakal ditubuhkan ini memerlukan 60 peratus yang mempunyai kelayakan dalam bidang kemahiran. Berbalik kepada soalan sama ada penyedia latihan ini benar-benar yang layak atau tidak. Jawapannya begini di bawah Kementerian Sumber Manusia khususnya di bawah agensinya yang dinamakan Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) memang terdapat tidak kurang dari 700 penyedia latihan yang telah didaftarkan dan berdaftar dengan HRDF. Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu di sebuah jabatan di Kementerian Sumber Manusia kita memberi sijil iaitu di peringkat sijil peringkat satu, level dua, level tiga dan level empat. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua tentang sama ada, ada yang mereka itu adalah pelajar-pelajar atau pelatih-pelatih yang berdaftar, sama ada berdaftar dengan agensi- agensi atau jabatan-jabatan di bawah kementerian kita. Soalan itu baik dan kita akan membuat study untuk memastikan bahawa penyedia-penyedia latihan ini benar-benar adalah penyedia latihan atau training providers yang berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia di bawah HRDF dan juga diiktiraf oleh Jabatan National Skills Department. Sekian, terima kasih.

Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai · question

9. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah kementerian bersedia untuk mewujudkan Pusat Saintis Muda di Universiti Penyelidikan Negara untuk memenuhi peranan Universiti Awam untuk bersama sekolah-sekolah terpilih harian, SBP dan MRSM bagi membudayakan penyelidikan di peringkat sekolah lagi sebagai komponen penting menjadi negara maju dan mengadakan program seperti konferen untuk Saintis Muda seperti MyCys iaitu Malaysian Conference For Young Scientists yang pernah dilakukan oleh UPM.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas soalan yang berkaitan dengan pembudayaan penyelidikan. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat tiada keperluan khusus untuk mewujudkan Pusat Saintis Muda di Universiti Penyelidikan (RU). Memandangkan Kementerian Pendidikan Tinggi telah menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan pembudayaan penyelidikan di peringkat sekolah.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Antaranya program kolaborasi melalui jalinan kerjasama Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dengan universiti awam sejak tahun 2007. Program ini dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam aspek kemudahan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, kemudahan dan peralatan serta penempatan atau penglibatan murid dalam program akademik dan kemasyarakatan universiti awam. Setakat 15 Februari 2016 sebanyak 419 Sekolah Kluster Kecemerlangan fasa 1 hingga fasa 9 telah dijalankan secara rasmi dengan 20 buah UA. Malahan kajian penyelidikan sains berkonsepkan from waste to wealth yang dibuat secara kolaborasi antara pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan Universiti Malaysia Pahang telah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2014. Antaranya satu gold medal, satu silver medal dalam International Sciences Project Olympiad di Indonesia dan bronze medal dalam International Environment Project Olympiad, dengan izin di Turki. Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan universiti awam (UA) juga melaksanakan program saintis muda. Pesta inovasi dan kecemerlangan akademik dan bengkel pemantapan pengajaran dan pembelajaran ICT, research and development guru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kerjasama Sekolah Kluster Kecemerlangan dan UA juga diadakan setiap dua tahun bagi mengiktiraf kejayaan program kerjasama ini.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Pihak universiti awam juga mengambil sekolah angkat yang terdiri daripada kategori sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi tinggi atau Maktab Rendah Sains Mara. Selain kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi juga bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui pertandingan National Science Challenge, dengan izin, melibatkan universiti awam dan universiti swasta. Pertandingan ini menggalakkan kefahaman, kesedaran dan penghayatan terhadap kajian sains di mana pelajar akan dibawa ke universiti yang terpilih dan diberi pendedahan pengalaman menjadi saintis termasuk penyelidikan yang dilakukan oleh saintis di universiti tersebut. Antara universiti yang pernah menjadi tuan rumah adalah Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara dengan kolaborasi Universiti Perdana, Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Monash Malaysia dan Universiti Multimedia Malaysia. Kesemua program yang dilaksanakan melibatkan universiti mampu membudayakan penyelidikan dalam kalangan pelajar. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar. Tuan Yang di-Pertua, untuk melahirkan saintis yang hebat kita perlu mula daripada muda lagi. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Kita juga tahu tentang usaha strategik negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi melalui program PERMATApintar. Program yang telah bermula sejak 2009 ini yang sudah menjangkau lapan tahun, baru-baru ini melalui satu laporan akhbar telah dilaporkan melahirkan kumpulan graduan yang pertama, pra siswazah yang pertama yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan juga kedoktoran di universiti-universiti yang terkemuka di dunia daripada usia yang sangat muda, dalam 21 tahun. Jadi saya hendak ucapkan tahniah kepada PERMATApintar negara atas usaha gigih dan kesabaran yang telah membuahkan kejayaan yang cemerlang. Semoga dengan lahirnya saintis-saintis berbakat ini, satu hari nanti boleh memenangi hadiah Nobel Laureate untuk negara kita. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya apakah perancangan kementerian untuk memastikan anak-anak PERMATApintar ini ataupun anak-anak yang belajar di SBP dan MRSM terus diberi sokongan seperti yang saya sebut mewujudkan contohnya Pusat PERMATA Sains Negara ataupun Pusat Saintis Muda di universiti-universiti penyelidikan seperti UKM, UPM dan USM di mana kita dapat mengumpul dan memupuk bakat-bakat mudah supaya Malaysia yang maju nanti tidak kita hanya bergantung pada saintis-saintis luar dan juga impian untuk Nobel Laureate negara ini menjadi satu kenyataan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas soalan yang berkaitan dengan usaha yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan saintis muda dengan harapan bahawa pada satu hari Malaysia melahirkan seorang Nobel Laureate negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelajar PERMATApintar boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran di luar negara atau dalam negara kerana Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM sendiri menyediakan program Asasi Pintar. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ini juga boleh memilih untuk bidang selain sains. Untuk pengetahuan, beberapa orang bekas pelajar PERMATApintar ada yang sedang melanjutkan pelajaran di United States of America dan United Kingdom dan ada yang telah menamatkan pengajian bukan hanya di peringkat sarjana muda tetapi terus pengajian di peringkat sarjana dan PhD. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ahli-ahli saintis Network Academy of Sciences Malaysia, dengan izin, ataupun ASM telah memainkan peranan yang significant sebagai mentor kepada anak-anak PERMATApintar ini terutamanya anak-anak di pusat PERMATApintar, UKM untuk memupuk minat terhadap sains juga mencerminkan budaya kecemerlangan sains. Anak-anak PERMATApintar ini dibimbing ke arah pembudayaan kecemerlangan sains supaya mereka ini di masa hadapan menjadi saintis yang kompeten dan berdaya saing seterusnya dapat mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa termasuk hadiah Nobel. Macam mana Kementerian Pendidikan buat persediaan untuk pelajar-pelajar PERMATApintar adalah di mana mereka diberi peluang untuk menyertai pertandingan National Science Challenge atau NSC bersama pelajar-pelajar daripada sekolah menengah yang lain dari seluruh Malaysia. Juara pertandingan NSC akan mendapat peluang keemasan menyaksikan majlis anugerah Nobel di Stockholm, Sweden pada 10 Disember setiap tahun. Pada masa yang sama pelajar-pelajar ini juga berpeluang berinteraksi bersama pemenang hadiah Nobel. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menghantar delegasi pelajar Tingkatan 4 ke majlis berprestij ini dan inisiatif ini telah dijalankan sejak tahun 1999 oleh Akademik Sains Malaysia dan sangat berkesan untuk membudayakan kecemerlangan sains di kalangan anak-anak muda. Memanglah ini menjadi doa dan harapan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan pelajar yang akan menangi hadiah Nobel Laureate seperti yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengikuti perkembangan anak-anak yang terlibat dengan penyelidikan di peringkat sekolah sama ada berasrama penuh atau MRSM. Ada juga berita-berita yang muncul di media kita mengenai kejayaan mereka yang pergi mewakili negara ke Indonesia, ke Bangkok tahun lepas dan juga beberapa siri pertandingan yang terbaru bulan Disember di PWTC. Saya kagum dengan keupayaan mereka terutama dalam penyelidikan seperti Yang Berhormat sebut from waste to wealth. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini sangat bermanfaat kerana ia membuka minda anak-anak kita dan saya melihat hasil penyelidikannya sangat praktikal. Soalan saya, siapakah yang akan membuat follow up kepada pencapaian ini sama ada universiti awam yang membimbing mereka ataupun Kementerian Pendidikan dalam menyediakan peruntukan supaya hasil penyelidikan yang dibuat oleh para pelajar ini saya rasa sangat bernilai komersial boleh di commercialize kan. Jadi, siapa yang mempunyai tanggungjawab ini? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan tanggungjawab untuk ambil tindakan susulan yang berkaitan dengan kajian atau penyelidikan yang sudah mendatangkan faedah. Jadi saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat bahawa tanggungjawab Kementerian Pendidikan Tinggi atau universiti adalah untuk menjalankan penyelidikan. Kementerian Pendidikan Tinggi memang tidak ada kuasa untuk membuat polisi yang berkaitan dengan commercialization of the research finding dan ini sebenarnya mengikut standard operating procedure di mana output kajian ataupun penyelidikan ini hendaklah dibentang di peringkat atasan atau peringkat yang berkuasa untuk buat recommendation untuk ini membuat satu polisi untuk diimplementasikan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, kerana menghargai usaha yang sudah dijalankan oleh universiti awam untuk mengendalikan kajian-kajian yang memang saya percaya juga akan mendatangkan faedah kepada Malaysia memandangkan kajian-kajian ini pun sudah menang dalam bentuk satu gold and silver di peringkat antarabangsa. Terima kasih atasan sokongan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Jabatan Perdana Menteri menjawab dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Isnin, 28 Mac 2016.”

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Sungai Besar

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Ketiga belas”. [23 Mac 2016]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Betong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, sektor sawit banyak dibincangkan masa perbincangan ini. Satu isu yang dikemukakan adalah isu penurunan harga sawit dan kesannya kepada ekonomi negara, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industri sawit merupakan salah satu tonggak utama ekonomi negara. Ia menyumbang tiap-tiap tahun tidak kurang daripada RM60 bilion kepada pendapatan eksport negara dan ia juga menyediakan pekerjaan kepada hampir 1 juta orang peringkat huluan dan hiliran. Industri ini juga menjadi punca pendapatan kepada lebih 600,000 pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, harga sawit pada tahun 2015 telah melalui tempoh masa yang agak mencabar. Pada tahun 2015 kita menyaksikan harga sawit turun sehingga RM1,800 CPO nya. Ini adalah disebabkan satu stok minyak sawit kita yang tinggi pada 2015. Kita menyaksikan stok sawit kita meningkat kepada 2.9 juta tan pada bulan November. Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini juga adalah disebabkan keadaan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan, khususnya di negara-negara pengimport minyak sawit seperti India, China yang mempengaruhi prestasi harga. Bagaimanapun, kerajaan telah mengambil beberapa tindakan dan nampaknya tindakan telah pun membawa kesan. Oleh itu kita menampakkan bahawa pada bulan Februari 2016, pada penghujung 2015 kita berjaya menurunkan stok CPO kita kepada 2.12 juta tan. Hasil daripada usaha-usaha ini, kita belum pernah nampak hasil positif di mana kita pada kelmarin, kita telah menyaksikan bahawa harga sawit kita telah pun meningkat ke paras RM2,615 se tan pada 23 Mac. Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah yang pertama adalah melaksanakan program biodiesel B7. Kedua, kita telah memperuntukkan RM100 juta bagi pelaksanaan skim insentif tanaman semula yang bermula pada bulan Oktober yang lalu dan dalam program ini kita menyasarkan kita akan menanam semula 83 ribu hektar kelapa sawit yang telah berusia lebih dari 25 tahun.

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Betong

Ketiga, kita memperkukuhkan pasaran eksport yang sedia ada, menembusi pasaran- pasaran baru termasuk di negara-negara Asia Tengah, Eropah Timur, Afrika melalui promosi dan teknikal ke luar negara. Dalam hal ini Majlis Minyak Sawit Malaysia menganjur pelbagai program, begitu juga MPOB telah pun menjalankan pelbagai program seperti ‘Pots Techno’, ‘Eco Seminar’, Buyer & Seller Program, Palm Oil Treat Awareness Program dan sebagainya. Di peringkat antarabangsa, penghujung tahun 2015 kita menyaksikan kedua negara pengeluar utama sawit Indonesia dan Malaysia telah pun memeterai piagam penubuhan Council of Palm Oil Producing Country. Ini adalah satu acara yang dianggap sebagai bersejarah kerana kita lama telah berusaha untuk mencari jalan bagaimana menubuhkan satu forum di mana pengeluar-pengeluar sawit ini dapat bekerjasama untuk membangunkan industri sawit. Akhirnya pada 21 November 2014, kita menyaksikan lahirlah satu Council of Palm Oil Producing Country di antara Malaysia dan Indonesia dan kita akan menjemput negara-negara pengeluar lain untuk menyertai council ini. Tuan Yang di-Pertua, maka hasil daripada langkah-langkah tersebut, kita nampak harga dapat naik sehingga seperti yang saya sebut tadi. Selain dari itu, kita juga berusaha untuk mencari jalan bagaimana kita hendak mempertingkatkan pendapatan pekebun kecil kerana seperti saya sebut tadi ada 600,000 dan pendapat mereka turun naik mengikut harga sawit. Maka untuk tahun 2016, kita pun telah menjalankan program insentif integrasi tanaman dan ternakan dengan sawit dan peruntukan RM9.6 juta sebagai projek perintis telah pun diperuntukkan untuk tahun 2016 dan kita berharap bahawa program ini akan menjadi program tetap untuk membantu dan mempelbagaikan pendapatan pekebun-pekebun kecil kita. Kementerian juga sedang merancang untuk membantu pekebun-pekebun kecil sawit apabila ia jatuh kita menguntungkan dan menyediakan jaringan keselamatan sosial ini telah sedang diusahakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti menyarankan supaya kerajaan mengambil tindakan untuk menangani ancaman luar terhadap industri sawit negara terutama cadangan negara Perancis untuk mengenakan cukai import atas sawit diimport oleh negara tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, National Assembly Perancis pada 17 Mac 2016 telah pun meluluskan yang pertama, kenaikan duti import ke atas sawit iaitu Euro30 se tan pada tahun 2017 dan ini dinaikkan secara progresif pada Euro90 se tan pada tahun 2020. Kedua, mereka juga meluluskan clause pengecualian atau exemption clause sebagai mana kalau minyak sawit itu memenuhi kriteria-kriteria kemapanan, ia tidak dikenakan cukai tersebut. Cadangan kadar baru ini akan dirujuk semula kepada Senate Perancis untuk perbincangan dan keputusan. Alasan Perancis untuk menaikkan duti import adalah bahawa pengeluaran minyak sawit adalah tidak mampan dan minyak sawit memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Betong

Kenaikan duti import ini sememangnya akan menyebabkan kenaikan harga sawit di pasaran Perancis dan mengurangkan usaha persaingan kita dengan minyak-minyak vegetable oil yang lain. Maka ia akan sukar bagi sawit untuk bersaing dengan minyak sayuran lain. Kementerian khuatir tindakan Perancis yang tidak berasas ini mungkin akan dicontohi oleh lain-lain negara ke Kesatuan Eropah. Langkah ini juga dalam masa panjang akan menjejaskan pasaran import dan juga imej minyak sawit.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah bangun.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju bahawa sama sekali tidak ada asas untuk mengatakan sawit itu tidak mampan dan juga tidak baik untuk kesihatan. Daripada segi sainsnya kita cukup jelas. Cuma, saya juga sering ditanyakan apabila saya berjumpa dengan rakan sejawat saya dari negara luar terutamanya di Barat tentang apa yang kita lakukan dan bagaimana agresif kita menyampaikan mesej kita bahawa ia mampan dan ia baik untuk kesihatan. Jadi minta dijelaskan sikit, apakah yang telah kita lakukan dan apa yang kita rancang untuk dilakukan lagi? Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Beruas juga bangun Yang Berhormat.

Oh, boleh saya jawab...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sama, isu berkaitan dengan harga.

Oh, sama isu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya dapati apabila saya di luar negara, ada ramai rakyat negara-negara tersebut membeli minyak makan yang lebih mahal daripada minyak sawit ataupun lain-lain minyak kerana menganggap minyak tersebut adalah high class ataupun untuk orang kaya. Bolehkah kementerian memberikan fakta-fakta ataupun memberi ciri-ciri kebaikan minyak sawit itu lebih baik daripada minyak-minyak lain? Ini supaya kalaupun di Perancis dikenakan cukai, orang-orang Perancis mungkin akan makan minyak sawit kerana ada kelas ataupun satu minyak yang lebih baik. Seperti di Malaysia ini, kalau orang minum arak ataupun bir, sungguhpun di luar negara sangat murah, tetapi ramai minum bir kerana dianggap ada kelas, ia lebih mahal dan berprestij. Bolehkah cara ini, untuk menangani masalah ini di Perancis, kita jualkan minyak sawit kita ini sebagai the premium oil? Anggapan itu yang mahal, yang baik, rakyat akan pilih jenama minyak sawit dari Malaysia. Adakah ini satu daripada caranya?

Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat. Memang apabila kita memasarkan minyak kelapa sawit kita, kita memberitahu dunia palm oil is the best untuk kesihatan dan daripada segi harga. Oleh sebab itu, pendapatan eksport kita sehingga RM60 bilion sehingga sekarang. Pada suatu ketika apabila harga sawit tinggi, eksport kita sampai ke RM80 bilion. Indonesia juga tahun lepas mengeksport lebih 35 juta tan. Jadi daripada segi jumlah yang kita eksport, ini menunjukkan bahawa minyak sawit diterima oleh dunia dan kita akan terus berkempen untuk memberitahu dunia minyak sawit ini adalah bagus, ini adalah harapan untuk dunia untuk membekalkan makanan kepada penduduk-penduduk yang kian bertambah dari setahun ke setahun. Dari segi...

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rompin bangun.

Boleh saya selesaikan jawapan? Nanti saya lupa the train of thought. Nanti saya bagi peluang.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Perkara yang sama. Adakah kementerian ada bercadang untuk membuka research centre di Eropah bagi menangani masalah imej kelapa sawit supaya diberi penjelasan yang secara saintifik dan secara profesional? Saya setuju dengan rakan saya tadi daripada Yang Berhormat Kuala Kedah bahawa kita kurang agresif di Eropah dan kurang meyakinkan daripada segi pendekatan saintifik. Bagi negara-negara yang maju, pendekatan yang saintifik dan agresif sahaja yang boleh menangani propaganda yang negatif ke atas minyak sawit. Saya bercadang sudah sampai masanya kerajaan harus membelanjakan banyak wang mengadakan research centre di Eropah khusus untuk kelapa sawit. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Sekijang belakang, belakang. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Selain daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rompin berkaitan dengan research, saya hendak minta pandangan daripada pihak kementerian, bagaimana dengan pemasaran?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Adakah pihak kementerian ada bekerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi yang ada dalam negara kita ini berkaitan dengan kelapa sawit seperti Sime Darby, FGV ataupun syarikat-syarikat lain yang kita tahu memang mempromosikan produk kelapa sawit ini di pasaran antarabangsa? Adakah mereka ini diberikan insentif tertentu bagi memastikan produk kelapa sawit ini dipasarkan dengan baik terutamanya di negara-negara Eropah?

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Rompin yang mencadangkan banyak lagi peruntukan diberi, disediakan untuk memasarkan minyak sawit ini. Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk memasarkan sawit ini dan memberitahu dunia mengenai kebaikan minyak sawit ini telah pun dijalankan pada awal tahun 70-an, 80-an sehingga sekarang. Perjalanan yang begitu panjang, yang begitu penuh dengan peristiwa dan seperti saya kata tadi, kalau kita nampak daripada segi pasaran yang telah ditembusi di seluruh dunia, ia telah nyata bahawa segala tindakan yang telah diambil sama ada untuk meyakinkan dunia bahawa sawit ini adalah dikeluarkan secara mampan dan juga ia minyak masak yang tidak menjejaskan kesihatan nampaknya kita berjaya. Akan tetapi dari semasa ke semasa- satu isu, ada NGO yang cuba hendak mengemukakan pelbagai isu yang mempersoalkan kemapanan pengeluaran sawit dan juga daripada segi kesihatannya. Jadi, kita tidak berhenti, kita akan teruskan. Jadi yang pertama, kita memang bekerjasama dengan beberapa pihak di beberapa buah negara seperti China, Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat. Ini kerana kebanyakan negara-negara ini mereka memerlukan institusi research dalam negara dia sendiri bekerjasama dengan MPOB untuk membuat penyelidikan mengenai isu kesihatan. Bagi mereka, kalau mereka dapat laporan dari institusi dalam negara mereka sendiri, mereka senang lagi meyakinkan pasaran di negara mereka sendiri. Maka, kita telah pun mengadakan- saya tidak ada senarai yang penuh tetapi kita telah mengadakan banyak kerjasama dengan institusi-institusi di seluruh dunia khasnya di pasaran-pasaran lebih besar seperti Amerika Syarikat, China, Eropah, India dan di Rusia juga. Kita juga mempunyai rekod, beratus-ratus rekod yang menunjukkan daripada segi sains, sawit adalah sihat untuk dimakan. And I advise to Yang Berhormat, belilah your tocotrienol, vitamin E, can make you kuat [Ketawa] Mengenai sama ada...

Can I finish my...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gerik.

Mengenai sama ada kita hendak kerjasama dengan syarikat-syarikat besar, kita memang mengambil beberapa pendekatan. Untuk makluman Dewan ini, satu produk yang dalam agenda nasional eksport negara adalah minyak sawit. Oleh kerana minyak sawit ini penting, maka ia satu agenda yang masuk dalam National Export Council di mana dianggotai oleh syarikat-syarikat besar.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

[Bangun]

Kita memang bekerjasama dengan syarikat- syarikat besar kerana bagi mereka kalau dapat pasaran tambahan, ianya bagus untuk dia punya shareholders. Jadi kita...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh sikit?

Dari Sabah dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Semporna. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Setelah mendengar daripada penjelasan dan penerangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri, saya ingat tidak mencukupi untuk kita hendak melihat dari segi hanya melakukan kajian dan juga menyatakan bahawa it is good for health. Saya ingat penting bagi kita, kalau boleh saya cadangkan seperti dahulu saya masih ingat semasa saya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebelum saya luluskan licence untuk Tesco, Carrefour, untuk Giant, saya hendak mereka memastikan bukan hanya menjual minyak yang hasil kelapa sawit di dalam negara kita, bahkan juga rangkaiannya yang berada di Eropah, di France, di London, di United Kingdom kerana kita tahu bahawa dalam konteks pemasaran ini bukan hanya promosi yang kita lakukan tetapi mereka hendakkan licence contohnya. Akan tetapi ini memerlukan koordinasi di antara pihak kementerian-kementerian dan juga menerusi rangkaian syarikat-syarikat multinasional kerana tanpa kita sedar, sebenarnya ruang itu telah tersedia. Cuma apa yang penting kalau boleh saya cadangkan, tidak kisah sangatlah sama ada dia sebut kelapa sawit dari Malaysia, dia ada branding dia. Contohnya, minyak Tesco. Dia dengan botol dia, it doesn’t matter. What is important, the incomes yang datang untuk membeli barangan kita. Hasilnya bukan hanya income kepada negara, tetapi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang ada. Jadi saya hendak cadangkan seboleh-bolehnya kita intensify, kita pertingkatkan usaha kita dengan koordinasi badan-badan lain untuk memastikan pemasaran yang dilakukan oleh pihak tertentu memastikan jualan minyak kelapa sawit dapat kita dagangkan ke peringkat luar, bukan hanya dalam negara dengan kita nyatakan, kita boleh bagi licence. Yang Berhormat Menteri Besar Selangor contohnya, dulu saya minta kerjasama bagaimana hendak set up hypermarket but allowed them kita ada syarat dia, 200,000 atau 300,000 satu unit hypermarket kita boleh wujudkan berdasarkan dengan penduduk tetapi kita mestikan mereka menjual selain daripada, kita tahu olive oil untuk kesihatan berada di situ, ya. Akan tetapi saya rasa ini, kalau boleh, kita lakukan, bukan hanya dengan negara-negara Eropah bahkan dengan rangkaian-rangkaian hypermarket multinasional yang berhubung kait dengan kita, kita dapat pertingkatkan. Insya-Allah ini mungkin dapat menambahkan pemasaran kita...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh saya tambah?

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Boleh saya jawab dahulu?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Berkait Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua orang yang bangun, Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menambah beberapa point lagi sebelum kita beredar. Saya rasa persoalan pokoknya tentang kesihatan tadi ialah kerana kita melakukan sesuatu di luar daripada mainstream medicine. Apa yang disebut dengan mainstream medicine? Saya sendiri apabila ke luar negara, ke Indonesia, ke Acheh dan juga rakan-rakan saya ke Bangladesh, India terdapat kekeliruan yang besar di dalam mainstream medicine. Sainsnya telah jelas bahawa lemak tepu dan lemak 50 peratus tepu seperti sawit adalah sihat. Malah lebih sihat daripada mono tidak tepu seperti olive, seperti zaitun. Ini jelas. Akan tetapi masalahnya kita tidak dapat menembusi mainstream medicine. Kegagalan kita adalah cara kita memasarkan sawit melalui mainstream dan mainstream menolak kerana mainstream masih keliru akibat daripada kesan lobi dan sains yang ketinggalan masa. Akan tetapi ada group, ada kumpulan doktor-doktor di seluruh dunia yang memang telah jelas sainsnya ini. Itu rangkaian yang boleh kita wujudkan dan boleh kita hubungi mereka. Saya sendiri bersama rangkaian tadi dan sangat jelas.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya rasa sedikit terkilan kerana apabila kita bercakap tentang kebaikan minyak tepu, minyak sawit, IJN sendiri masih mengesyorkan minyak bunga matahari, minyak jagung yang merupakan racun, polyunsaturated, bukanlah minyak makan tetapi racun. Hanya atas kekeliruan isu kolesterol. Jadi kalau ini boleh dijelaskan, ini saya rasa akan memudahkan. Sedikit sahaja tambahan. Saya ke Acheh untuk berjumpa dengan pesakit-pesakit dan doktor. Mereka juga tidak faham, mereka bercita-cita kalau duitnya banyak hendak guna minyak bunga matahari dan minyak jagung. Di sinilah peranan kita, kita kena gunakan cara-cara di luar mainstream. Ada caranya. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Recorder saya hilang.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Ha, okey, okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri hendak jawab dulu, Yang Berhormat.

Yang pertama, cadangan Yang Berhormat dari Semporna tadi. Memang tepat sebab itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Menteri hendak jawab dahulu.

Ya, saya jawab dulu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila

Memang ini sebab sawit ini masuk dalam satu agenda Export Council. Kita akan menentukan bagaimana kita akan menggunakan beberapa rangkaian di dalam negara kita dan juga di luar negara. Misalnya networking dari MITI dan sebagainya, dengan itu kita mengharapkan dapat reach out kepada market di luar sana. Kedua mengenai isu kesihatan tadi. Memang pendekatan kita juga bekerjasama dengan badan-badan saintis dan sebagainya. Malah di beberapa tempat, beberapa program yang kita ada, kita menjalankan clinical trial mengenai kebaikan-kebaikan minyak sawit ini. Ini kerana kita sedar bahawa kita kena menggunakan laluan yang lain, yang lebih saintifik, yang meyakinkan pasaran bahawa sawit ini adalah baik. Mengenai penggunaan tempatan, tadi disebut IJN. Ini adalah satu cabaran yang dihadapi di dalam negara ini kerana even among MPs, berapa Ahli Parlimen menggunakan minyak sawit masak di rumah? Ini soalan yang very interesting. Jadi inilah satu cabaran yang dihadapi oleh MPSC dalam kita menentukan bahawa minyak sawit kita ini terus digunakan dan dapat dipasarkan dan menentukan harganya terus di tahap yang munasabah untuk membantu pekebun- pekebun kecil dan industri di negara kita ini. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat bersetuju dengan pandangan-pandangan daripada rakan-rakan dari Rompin, Kuala Kedah, Beruas dan juga apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kehebatan minyak sawit atau kebaikan minyak sawit ini memang terserlah dan dari sudut kesihatannya memang telah kita tertipu selama 30, 40 tahun yang menyatakan bahawa saturated fat tidak baik untuk kesihatan dan malah sekarang ini telah terbukti bahawa mentega atau pure butter itu adalah baik untuk kesihatan. Jadi ini satu pandangan yang- keju. Ya, marjerin dan butter. Jadi kebaikan, kehebatan sawit memang teruji dan telah terbukti. Cumanya di peringkat antarabangsa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar, yang hebat itu, apa dia?

Produk- produk sawit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Daripada minyaknya hinggalah kepada perubatan farmaseutikal dan juga untuk kesihatan dan juga untuk segala-galanya lah. Contoh ‘tocotrienol’ yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri itu adalah Vitamin E yang terhebat kerana ia mempunyai absorption rate, dengan izin, 30 kali ganda daripada Vitamin E biasa. Ini adalah untuk anti-aging, anti radiasi, untuk anti penuaan, anti alzheimer, semua terkandung dalam kebaikan minyak sawit. Cumanya di peringkat antarabangsa, kita sering menangkis anti kempen, kempen-kempen yang melawan tentang kebaikan sawit yang mereka tahu. Akan tetapi untuk makluman, kita di luar negara, pegawai-pegawai tertinggi kita di luar negara merupakan, ada latar belakang saintis scientific background yang boleh beri penekanan dan juga penerangan tentang kebaikan sawit. Cumanya, pihak Menteri, saya hendak tanya, kebanyakannya kita terlepas pandang bahawa kebaikan minyak sawit itu, kita jarang atau kita kurang highlight kan kepada kebaikan dalam negara kita sendiri.

Menteri sendiri tanya, “Berapa ramaikah kita yang menggunakan minyak sawit?”. Rata-rata kita nyatakan kalau kita rujuk kepada dapur, mereka lebih kepada minyak jagung, minyak sunflower yang konon-kononnya lebih baik daripada minyak sawit. Jadi, apakah boleh pihak kementerian dan pihak semua yang terlibat, boleh memberikan penekanan tentang kebaikan sawit di dalam negara kita kepada agensi-agensi tertentu, kepada kementerian- kementerian tertentu khususnya Kementerian Kesihatan? Jadi, itulah harapan saya supaya kebaikan sawit itu diketahui ramai umum, khususnya dalam negara kita.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Kebaikan sawit itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Kangsar, ringkaskan.

Hendak kempen sedikit boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Kuala Kangsar macam Yang Berhormat Menteri menjawab pula. [Ketawa]

Tidak ada. Untuk kempen sahajalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Pencelahan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sila.

Terima kasih.

Yang Berhormat Kuala Kangsar, tadi beliau telah pun minta...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Boleh minta sedikit penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Okeylah.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya ingat selepas ini Yang Berhormat Menteri beralih pada tajuk yang lain Yang Berhormat. Kita banyak lagi kementerian. Hari ini ialah hari terakhir kita. Ya, sila.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta sedikit penjelasan. Sekarang Malaysia menghadapi cuaca yang luar biasa iaitu orang kata El Nino atau kemarau. Saya hendak minta sedikit pandangan sebab kita pun semua sedar dan tahu kelapa sawit suka hujan lebat. Pada masa akan datang, berapa output kelapa sawit yang menjejaskan pendapatan negara kita? Terima kasih.

Semua soalan ataupun cadangan dari Yang Berhormat Kuala Kangsar, memang kita merasakan adalah penting. So, tugas utama MPOB mulai dari sekarang adalah untuk melihat pasaran dalam negeri termasuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini supaya balik beli minyak sawit dan tukar minyak- minyak yang lain dan beli juga tocotrienol di pasaran. Mengenai impak El Nino, memang jelas. Saya tidak ada angka tetapi mengikut sejarah pada masa lampau, sekurang-kurangnya 20 peratus produktiviti akan turun oleh sebab El Nino. Oleh yang demikian, ada beberapa buah syarikat telah pun mengambil tindakan mitigasi untuk mengurangkan kesan El Nino ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah ke tajuk- satu perkara yang saya hendak jawab di sini adalah mengenai penyelidikan sawit ini. Untuk makluman Yang Berhormat, MPOB telah melancarkan 586 teknologi semenjak 1986, 177 daripadanya telah dikomersialkan. Ini adalah satu pencapaian yang setanding dengan institusi penyelidikan lain dalam negara dan juga dalam dunia. Soalan ini dikemukakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Tenom mengenai isu penyelidikan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan membangkitkan isu cukai yang tinggi, cukai dua kali yang dikenakan atas industri sawit di negeri Sabah. Ini telah menjejaskan daya saing di negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, yang pertama, cukai sales tax adalah cukai dikenakan di peringkat negeri dan bagi kita ialah windfall tax, tetapi bagi windfall tax ini bagi Semenanjung ia ada dikenakan apabila harga mencecah RM2,500 dan di Sabah dan Sarawak apabila harga mencecah RM3,000. Tuan Yang di-Pertua, sektor getah adalah satu sektor juga yang hangat telah pun dibincangkan oleh beberapa orang Yang Berhormat. Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Tenom telah pun menyentuh isu kejatuhan harga getah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga getah asli telah pun menunjukkan peningkatan mulai tahun 2016. SMR 20 meningkat daripada RM4.67 satu kilogram pada bulan Januari kepada RM5.38 satu kilogram pada 23 Mac. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh sentimen yang positif di pasaran antarabangsa dan ini ialah hasil daripada beberapa tindakan yang telah dijalankan oleh kerajaan. Antara langkah-langkah adalah bagi pihak TLC, kita telah pun menjalankan agreed export tarnished system sebagaimana kita telah bersetuju mengurangkan eksport berjumlah 615,000 tan bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Ogos 2016. Ini kerana kita nampak bahawa stok getah kita begitu tinggi di dunia dan ini nampaknya ada kesan kepada harga. Kita harap ia akan boleh membantu harga getah kita dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional memang prihatin dan bersimpati dengan pekebun-pekebun kecil apabila harga getah turun. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita telah pun menjalankan insentif pengeluaran getah dengan harga mulanya lebih iaitu bagi SMR RM5.50, bagi cup lump RM2.20. Maka maknanya kita mengadakan floor price kalau harga cup lump turun daripada RM2.20, kerajaan akan membayar sebagai bantu insentif. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, sehingga bulan 9 Mac 2016, sejumlah RM11.14 juta telah dibayar kepada 81,163 pekebun kecil di seluruh negeri. Sebanyak RM2.11 juta dibayar kepada 21,500 pekebun di Semenanjung Malaysia, sebanyak RM8.98 juta kepada 59,500 pekebun kecil di Sabah dan sebanyak RM46,000 kepada 147 pekebun kecil di Sarawak.

Pendekatan yang lain ialah LGM telah pun menjalankan kerjasama dengan koperasi-koperasi pekebun kecil untuk mencari jalan bagaimana hendak menentukan harga getah ini dapat ditentukan di tahap yang berpatutan dan kita mendapatinya ada kesan. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri, Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya nampak juga macam Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Bukit Gantang tangan sudah standby di button mikrofon. Akan tetapi Yang Berhormat Kuala Krai yang bangun dahulu awal. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada kementerian ini mempunyai pendirian yang sama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang semasa memberikan ulasan mengenai prospek masa depan getah ini, mencadangkan supaya pekebun kecil diberikan pilihan untuk menukar tanaman daripada getah kepada tanaman lain yang boleh mendapat hasil yang lebih segera semasa proses hendak menanam semula ini. Ini kerana kita berpandangan ia memberikan satu signal yang agak bercanggah dengan dasar kita untuk meningkatkan pengeluaran getah ini kerana saya merasakan langkah tersebut mungkin daripada segi jangka pendek menguntungkan, tetapi daripada segi jangka panjang meletakkan Malaysia sebagai negara pengeluar getah akan jatuh. Jadi, sama ada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mempunyai persefahaman yang sama iaitu kita hendak menggantikan dengan tanaman yang lain? Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, LGM yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sedang meneliti langkah-langkah lain untuk menambah pendapatan ataupun menjaga harga yang lebih stabil.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya berharapkan ada jawapan hari ini apa yang LGM hendak beri tetapi rupanya masih lagi dalam proses. Jadi, apa bayangan usaha-usaha yang cuba dibuat oleh LGM supaya harga getah kita dapat dijamin satu harga lantai yang munasabah yang diminta oleh rakyat antara RM3.50 hingga RM4.00. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua yang bangun Yang Berhormat Menteri, yang mana satu?

Saya akan bagi jalan, tidak apa. Pertama mengenai dasar yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar. Kita memang mempunyai satu jawatankuasa untuk mengkoordinasi dan menyeragamkan segala arah tuju. Bagaimana kita hendak membantu para pekebun kecil? Akan tetapi dari segi dasar, keluasan tanaman getah di seluruh negara kita telah menetapkan bahawa pada tahun 2020, kita berharap kita dapat menanam 1.2 juta hektar getah. Ini kita telah rancang di mana ianya akan diluaskan dan dalam masa yang sama kita juga memberi peluang kepada pekebun-pekebun kecil untuk memilih tanaman-tanaman yang dalam pandangan mereka sesuai. Kita ini adalah kerajaan demokrasi dan percaya adalah hak mutlak untuk petani-petani untuk memilih apa dalam pandangan mereka ianya dapat menguntungkan. Dalam masa yang sama juga, kementerian- kita bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk mempelbagaikan pendapatan petani-petani. Ini penting kerana kita mendapati kalau seorang pekebun kecil hanya bergantung kepada satu komoditi, misalnya bergantung kepada getah. Apabila getah turun inilah masalahnya pendapatan mereka juga turun. Akan tetapi kalau kita dapat mempelbagaikan pendapatan mereka seperti yang saya sebutkan mengenai sawit tadi. Kita menggalakkan pekebun kecil sawit untuk menternak lembu ataupun kambing supaya mereka ataupun kegiatan-kegiatan aktiviti ekonomi yang lain. Maka kita dapat menentukan apabila satu harga komoditi itu turun dia dapat sumber- sumber pendapatan yang lain.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Maka, kesan penurunan harga dapat dikurangkan. Kedua mengenai langkah LGM. Setakat ini kita masih tetap berpegang kepada lantai RM2.20. Kita berusaha untuk bagaimana kita hendak mengurangkan stok getah kita dan satu keputusannya telah dibuat oleh International Tripartite Rubber Council baru-baru ini adalah untuk menambah apakah getah ini dapat digunakan lebih dari apa yang kita gunakan sekarang. Satu hasil kerjasama kementerian dengan Kementerian Kerja Raya adalah kita telah pun memutuskan akan menggunakan getah ini untuk jalan raya and kita akan melaksanakannya dalam masa yang singkat kepada projek. Projek ini telah berjaya dilaksanakan di Thailand dan saya telah pun diberitahu oleh Indonesia mereka juga akan menggunanya di jalan raya. Ia juga akan menggunakan satu bahan dalam rel. Jadi kalau kita tambahkan produk-produk dari getah ini, maka kita berharap harganya dapat naik kepada tahap yang munasabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua yang bangun Yang Berhormat Menteri, mana satu yang berhormat?

Yang pakai tie hijau.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan tadi. Cuma saya hendak dapatkan penjelasan pertama sekali berapa jumlah ataupun peratus getah yang diimport ke negara kita daripada luar dan daripada negara-negara mana? Saya difahamkan walaupun kita juga merupakan negara pengeluar getah kita juga mengimport getah-getah daripada negara-negara luar. Jadi saya hendak minta perbezaan antara import dengan eksport. Kedua, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan apa yang pernah saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan ses 14 sen dalam keadaan harga getah yang agak jatuh rendah ini. Saya telah pun minta supaya ditangguhkan ses 14 sen. Kementerian Luar Bandar mengatakan mereka tidak ada masalah untuk menangguh 10 sen untuk tabung tanam semula. Namun bergantung pada kementerian Yang Berhormat Menteri untuk bersetuju menangguhkan 4 sen bagi R&D. Jadi, saya hendak mintalah untuk menangguh sementara sehingga harga getah berada pada harga RM3.50 ataupun RM4.00. Barulah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Pokok Sena saya percaya Yang Berhormat Menteri akan jawab. Ini dalam ucapan Yang Berhormat. Saya ingat tidak perlu diulang ucapan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya. Ya. Itu yang saya minta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya percaya Yang Berhormat Menteri ada fakta tersebut. Ya, Yang Berhormat, ya Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya. Ya.

Cukup? Masih ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masih ada. Masih ada.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kemudian saya hendak minta berapa jumlah tabung R&D itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bukit Gantang. Lepas ini Yang Berhormat tajuk lain Yang Berhormat. Boleh habiskan 12.30 tengah hari Yang Berhormat?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Bangun]

Okey okey, habis. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya. Yang Berhormat Bukit Gantang.

Pertama mengenai import eksport saya tidak ada angka yang sepenuhnya tetapi kalau kita lihat dari segi lateks yang kita import, penggunaan kita dalam negara adalah 400,000 tan. Kita import hampir lebih 350,000 tan. Sebab itu lah kerajaan- kementerian telah pun bekerjasama untuk mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan pengeluaran lateks di negara kita ini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bermurah hati untuk meluluskan RM10 juta untuk kita menggalakkan program-program pengeluaran lateks di negara kita. Kedua, mengenai ses ini kita tahu, di sebelah sini tahu bahawa isu ini telah pun dipoliticizekan oleh pihak tertentu dan menggambarkan bahawa BN ini tidak prihatin kepada masalah pekebun kecil. Saya ingin memperbetulkan itu kerana Kerajaan Barisan Nasional memang cukup prihatin untuk tahun- pada Rancangan Malaysia Kesepuluh hampir RM1 bilion telah diperuntukkan untuk pekebun kecil bagi tanaman baru dan tanaman semula. Untuk tahun 2013 dan 2014 kita telah membelanjakan hampir RM350 juta untuk memberi one-off payment kepada pekebun kecil RM500 seorang. Jadi inilah bukti-bukti nyata bahawa kita memang cukup prihatin dan sentiasa membela nasib pekebun-pekebun kecil di negara kita ini. Mengenai Ses, kita akan bermesyuarat tidak lama lagi. Inilah satu agenda yang kita akan timbang bagi kita LGM mendapat RM45 juta satu tahun dari ses ini. Jadi bagi kita, kalau kita melihat masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil isu ini saya fikir tidak susah untuk kita timbangkan tetapi kita cuma mencari cara bagaimana kalau kita mengurangkan ses ini bagaimana ianya akan sampai kepada pekebun-pekebun kecil. Jadi inilah isu yang akan kita bincang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena bangun takkan Yang Berhormat Bukit Gantang tidak bangun.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Ketawa] Mala fide Tuan Yang di- Pertua. Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satunya adalah berkenaan dengan untuk hendak meningkatkan harga getah yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan antaranya untuk kita mengurangkan supaya stok kita ini untuk dieksport. Ada atau tidak cadangan daripada pihak kementerian untuk memastikan supaya harga getah ini terjamin, iaitu dengan kita membuat penyelidikan dengan membuat produk-produk selain daripada JKR yang akan menggunakan untuk buat jalan raya? Kenapa kita tidak menggunakan kebijaksanaan saintis kita dan kita beri peruntukan R&D kepada universiti-universiti kita untuk membolehkan supaya produk-produk yang dibuat daripada getah dan kita akan eksport itu ialah bukan bentuk getah biasa yang kita hantar hari ini ialah kita harapkan bentuk selain daripada glove yang sedia ada dan juga tayar kereta dan juga tayar motor. Apa salahnya pihak kementerian memikirkan supaya memastikan harga getah ini dapat dikawalkan dan dapat dinaikkan?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Keduanya ialah berkenaan dengan insentif kepada pekebun-pekebun ini. Adakah mereka ini dapat kepada kebun teruskah ataupun terpaksa mendapat endorse daripada tuan tanah? Ini kerana ada juga rungutan yang timbul kerana ada sesetengah tuan tanah yang masalah mereka tanah geran kongsi dan sebagainya, yang hendak dapat tandatangan dari kalangan pemiliknya agak payah, maka akhirnya terbebannya ialah kepada penoreh getah sendiri. Maka dengan sebab itu, pada saya ialah lebih baik kerajaan menaikkan harga getah daripada kita memberikan insentif. Ini kerana insentif ini kadang-kadang tidak dapat kepada penoreh getah. Minta penjelasan. Terima kasih.

Pertama, mengenai untuk menambah kegunaan getah. Inilah arah tuju dasar kerajaan adalah untuk meningkatkan usaha penyelidikan. Ini ialah satu persetujuan dalam International Tripartite Council bahawa ketiga- tiga negara akan meneruskan usaha untuk mencari jalan bagaimana hendak menambah kegunaan getah ini. Ini termasuk juga kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Mengenai pelaksanaan IPG ini, memang kita mendapat banyak sungutan di peringkat bawah dan kita telah pun mengkaji apakah pendekatan yang lebih baik untuk menentukan bahawa tujuan murni program ini dapat dirasai kepada penoreh dan kepada pekebun sama-sama. Kita sedang berusaha apakah tindakan yang kita ambil, apakah pendekatan yang kita harus laksanakan untuk menentukan mereka ini sentiasa dibela. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita sudah jawab semua perkara yang telah dikemukakan dalam perbincangan. Akan tetapi apa-apa perkara yang tidak dijawab di sini yang telah dikemukakan, kita akan menjawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Pendidikan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga Barisan Nasional yang telah mengambil bahagian membahaskan isu-isu pendidikan sepanjang perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Semua 46 orang yang telah mengambil bahagian membahaskan beberapa isu. Izinkan saya pada tengah hari ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menerima semua perkara yang berkaitan dengan pandangan, teguran dan cadangan yang telah dikemukakan demi kebaikan dan memastikan sistem pendidikan negara terus relevan. Saya cuba untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan yang berkaitan dengan beberapa perkara yang secara langsung di bawah Kementerian Pendidikan. Antara perkara yang menarik perhatian di sini ialah perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan juga penyelenggaraan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Sipitang, hal-hal yang berkaitan dengan kekurangan ataupun masalah-masalah yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah. Ini kebanyakannya melibatkan rakan-rakan kita di Sabah dan juga di Sarawak. Antara yang dibangkitkan di sini adalah yang berkaitan dengan usaha-usaha menaiktarafkan dan membaik pulih bangunan-bangunan sekolah yang daif. Suka saya menyebut di sini bahawa pihak Kementerian Pendidikan sedang berusaha untuk mendapatkan sejumlah lagi peruntukan bagi membantu penyelenggaraan sekolah-sekolah di negeri Sarawak dan juga Sabah. Tahun 2015 misalnya, kita mempunyai peruntukan yang telah diberi untuk penyelenggaraan kecil-kecilan di Sarawak RM48 juta dan di Sabah RM30.65 juta. Ini tidak termasuk kepada projek-projek pembangunan sama ada yang baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Mulai tahun ini, tahun 2016 kita juga telah menyalurkan peruntukan ke negeri Sarawak dan Sabah untuk tujuan membaiki sekolah-sekolah yang uzur dan juga daif. Pada masa ini, di negeri Sarawak sudah ada bangunan sekolah yang telah di laksanakan secara IBS, penambahan bilik darjah di beberapa buah sekolah. Di antara sekolah-sekolah yang sedang dilaksanakan projek ini adalah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong, Sekolah Kebangsaan Kampung Tanam, Sekolah Kebangsaan Kalok Pusa, Sekolah Kebangsaan Pinang, Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku, SMK Sebuyau dan juga SK Niu di Sarawak. Manakala sekolah-sekolah yang di negeri Sabah sekarang ini dalam peringkat akhir untuk menentukan jumlah sekolah yang awal yang sepatutnya dijalankan projek itu pada tahun ini. Itu yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan di Sabah dan Sarawak mengenai dengan pembangunan dan juga penyelenggaraan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Pada masa yang sama juga, sukalah saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini kita mempunyai sekolah-sekolah baru yang dibina sama ada di sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah kebangsaan untuk di seluruh negara, termasuklah di Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung. Keduanya adalah yang berkaitan dengan pendidikan teknik dan vokasional yang telah dibangkitkan oleh…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sepanggar bangun Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Sepanggar.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Boleh Menteri?

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, sila.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sekolah kalau kita tidak cukup peruntukan untuk membina sekolah baru, saya syorkan kita kena baikilah sekolah-sekolah yang daif ini seperti SK Likas dan SK Tombongon. Minggu lepas saya di Tombongon dan orang kampung, ketua kampung minta saya sampaikan kerana sekolah itu kita takut bila-bila collapse. Begitu juga SK Rampaian dan SK Kokol. Satu sekolah lagi iaitu Sekolah Kingfisher dan sekolah SK Kebagu Baru, ini amat perlu kerana semua maklum bahawa kepadatan penduduk di Sepanggar ini memerlukan sekolah-sekolah baru. Oleh kerana sekolah-sekolah yang ada ini tidak boleh menampung bilangan penduduk yang ramai di sekitar Kota Kinabalu dan Sepanggar. Mohon Yang Berhormat Menteri bantu, terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih pada Yang Berhormat Sepanggar. Saya ambil maklum bahawa Sepanggar adalah salah sebuah daripada kawasan pembangunan pesat di pinggir bandar Kota Kinabalu dan sudah tentulah pertambahan penduduk yang banyak sekali. Jadi, saya ambil perhatian kepada semua sekolah Yang Berhormat Sepanggar sebut tadi. Saya teruskan kepada yang kedua di sini, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak yang berkaitan dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) berhubung dengan skop Kolej Vokasional yang tidak menduduki sijil peperiksaan SPM.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya memaklumkan di Dewan ini bahawa pelajar-pelajar yang kita telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar yang hendak pergi ke aliran vokasional selepas daripada Tingkatan 3, selepas daripada PT3 mereka boleh pergi ke sekolah akademik dan juga boleh pergi ke kolej vokasional menduduki sijil yang dikenali sebagai Sijil Vokasional Malaysia. Saya sukalah saya memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan Sijil Vokasional Malaysia adalah setara dengan 3 kredit SPM bagi calon-calon yang telah memperoleh nilai purata gred kumulatif kepujian Bahasa Melayu dan juga PGNK Vokasional. Penyertaan ini pelajar lulusan sekolah vokasional Malaysia akan layak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Diploma Vokasional Malaysia di kolej vokasional serta boleh memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia ke Tahap 4. Selain dari itu pelajar yang layak juga mempunyai peluang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah awam dan swasta dengan mengguna pakai Sijil Vokasional Malaysia yang telah disetarakan. Pelajar juga boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi melalui institusi tinggi latihan kemahiran (ILK). Ini jawapan kepada yang telah membangkitkan mengenai dengan pendidikan dan juga vokasional.

Yang Berhormat Menteri, hendak tumpang tanya?

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Apa dia?

Bukankah kolej vokasional..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, ya lupa.

Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bukankah kolej vokasional bila selesai PT3 mereka belajar 4 tahun mereka akan dapat Diploma Kemahiran tetapi berdasarkan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi kolej vokasional cuma ada sijil. Mana satu keadaan yang benar ini. Minta maaf, Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat kedua-duanya itu benar. Pertamanya saya sebut tadi selepas Tingkatan 3, pelajar itu boleh masuk ke sekolah vokasional ataupun kolej vokasional. Dia masuk 4 tahun dia dapat diploma tetapi kalau dia masuk sampai 2 tahun itu yang saya maksudkan tadi itu Sijil Vokasional Malaysia adalah setara dengan 3 kredit SPM itu. Maknanya selepas itu dia hendak pergi buat diploma ataupun dia hendak melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Kalau dia buat di situ terus, maknanya dia dapatlah Diploma Vokasional itu.

Yang Berhormat Menteri saya rasa. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Setakat yang orang kampung tahu mereka yang belajar di kolej vokasional ini 4 tahun. Jadi, bila ada yang ini bolehlah kita maklumkan balik bahawa belajar di vokasional dalam masa 2 tahun dia dapat sijil yang setara dengan SPM. Ini perkara baru pada sayalah. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Sebenarnya kalau kita hendak ambil mengenai dengan ada sekolah vokasional ini ataupun pelajar-pelajar vokasional ini daripada 450,000 pelajar yang ada di Tingkatan 5 itu kita hanya ada lebih kurang dalam 5 peratus sahaja yang berada dalam vokasional. Lebih kurang dalam 20,000 pelajar yang berada di vokasional dan yang masuk di vokasional, sudah tentulah kelayakan mereka agak rendah sedikit daripada yang masuk ke sekolah biasa. Untuk tujuan itu kebanyakan daripada mereka hanya pergi sampai dapat Sijil Vokasional dan selepas itu mereka masuk mencari pekerjaan. Ada sedikit sahaja daripada mereka itu yang kemudiannya melanjutkan pelajaran sama ada membuat diploma ataupun mencari tempat lain untuk melanjutkan pelajaran. Jadi maksudnya bukanlah kalau kita ambil daripada sini maknanya mereka masih ada peluang, mereka masih mempunyai peluang untuk pergi melanjutkan pelajaran.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sekijang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau berdasarkan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa mereka yang mengambil masuk ke kolej vokasional ini mereka layak untuk mendapat sijil sekiranya dalam tempoh 2 tahun. Maksudnya selepas mendapat Sijil Vokasional Malaysia itu mereka boleh melanjutkan pelajaran sama ada mengambil diploma ataupun bidang yang berkaitan dengan kemahiran. Saya setuju dengan jawapan Yang Berhormat Menteri iaitu jumlah mereka yang berminat dalam bidang vokasional ini tidak ramai lebih kurang dalam 5 peratus sahaja daripada 500,000 lebih pelajar-pelajar yang ada. Cuma bagaimana pihak kementerian memastikan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang dapat kita serapkan dalam bidang berkaitan dengan kemahiran ini dan yang kedua bagaimana pihak sekolah mempromosikan supaya mereka-mereka ini berminat untuk mengambil bidang berkaitan dengan kemahiran dan juga memastikan apabila mereka dapat Sijil Vokasional Malaysia ataupun Diploma Vokasional Malaysia itu. DVM ataupun SVM ini mereka boleh masuk ke universiti yang berkaitan sebab ada jawapan daripada setengah ibu bapa ini, anak-anak mereka yang telah taman dalam DVM dan SVM ini mereka tidak boleh hendak masuk ke universiti tempatan walaupun mereka berminat untuk menyambung pelajaran. Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Tahun ini baru yang pertama keputusan akan keluar pada bulan April nanti.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Maknanya inilah kali pertama baru Sijil Vokasional ini keluar daripada yang dikeluarkan seperti mana yang kita putuskan. Jadi yang keduanya untuk Technical Vocational Education Training (TVET) ini saya ingat pada waktu ini banyak daripada ibu bapa setelah saya cuba dapatkan, kita cuba beri maklumat supaya mereka faham bahawa pada waktu ini untuk bersaing dalam pasaran salah satu perkara yang paling penting adalah untuk mendapatkan kemahiran. Ramai daripada ibu bapa yang kita temui bahawa mereka juga bersetuju. Kalau boleh anak-anak mereka ini mendapat kemahiran dan salah satu tempat yang paling baik untuk mendapat kemahiran awal ini adalah melalui sekolah vokasional. Jadi sekarang setakat hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai 80 buah kolej vokasional yang ada dalam negara kita.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, bangun.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, orang sempadan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Jiran tetangga.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak bagi tidak balik Kuala Nerang lah [Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sejauh mana penyelarasan dengan kolej-kolej vokasional yang dikendalikan oleh pihak swasta yang dahulunya kalau tidak silap saya di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jadi macam mana dia punya sijil, kelulusan sijil itu setaraf dengan apa Yang Berhormat Menteri maksudkan ataupun macam mana.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang saya maksudkan di sini adalah yang di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan yang ada kaitan dengan kolej vokasional. Maksudnya yang pergi daripada Tingkatan 1, 2, 3 dan selepas itu pergi ke kolej vokasional. Yang Berhormat Pokok Sena maksudkan tadi adalah yang pergi misalnya institut latihan perindustrian (ILP), IKBN dan banyak lagilah yang berada di sektor swasta yang buat. Itu sebenarnya kendalian di bawah Kementerian Sumber Manusia. Misalnya sebuah kolej di Kuala Lumpur ini ada yang bagi dalam bidang automotif. Dia ambil pelajar tetapi pelajar dia ambil itu adalah lepasan daripada SPM yang tidak berapa qualified dalam akademik untuk SPM yang pelajar itu masuk di kolej dia, di institut dia. Dia punya colaborationnya, kerjasamanya adalah dengan Kementerian Sumber Manusia. Katalah dia ambil 50 orang pelajar ambil untuk kolej, kemudian dia boleh dapat Sijil Kemahiran disitulah. Daripada sijil kemahiran di situ ada pula peluang untuk dia pergi menyambungkan pelajaran di peringkat diploma. Itu kalau saya ambil salah satu contohnya. Sebenarnya banyak kolej itu yang kerjasama tetapi jumlah pelajar yang berada di kolej-kolej yang kecil ini yang dianggap profesional ini dia tidak besar jumlahnya sebab dia hendak betul- betul pelajar-pelajar yang ada kualiti. Contohnya ada sebuah kolej dalam bidang jahitan. Dia hanya ambil pelajarnya dalam 40 orang sahaja tetapi dia hendak betul-betul budak-budak ini dapatkan kualiti. Itu yang maksud Yang Berhormat Pokok Sena tadi itu. Terima kasih.

Sedikit penerangan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Ya, ya sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan latihan yang diberi di sekolah vokasional dan teknik ini sama ada di peringkat sijil ataupun diploma sebab makluman yang saya terima di mana latihan yang diberikan kepada pelajar-pelajar itu tidak melahirkan kualiti kemahiran sampai tahap yang berkualiti sebab peralatan ataupun bahan- bahan yang diperlukan itu dikongsi secara kumpulan. Sebagai contoh dalam makmal ataupun dalam lab itu satu alat untuk latihan itu diguna berkongsi dengan antara 30 ataupun 40 orang pelajar.

Jadi sudah tentulah kemahiran itu tidak sampai kepada tahap yang diingini. Inilah keluhan yang banyak diberi oleh guru-guru tenaga pengajar di peringkat sekolah kolej vokasional. Jadi sejauh mana kementerian melihat isu ini dan macam mana cara penyelesaiannya?

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang tentang perkara yang berkaitan dengan peralatan. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang bahawa ada kemudahan kita ataupun peralatan kita ini kadang- kadang tidak begitu cukup untuk keseluruhan pelajar. Jadi apa yang dibuat oleh kerajaan ialah hari ini kita hendak kena, kita di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperuntukkan kewangan untuk pertamanya kita mengganti peralatan. Bagi peralatan yang sedia ada tapi tidak cukup, kita tambah peralatan. Itu sudah dimasukkan dalam bajet untuk Rancangan Malaysia Kesebelas dan insya-Allah kementerian sekarang telah, sedang membuat persiapan untuk menentukan bahawa tahun ini kita boleh belanjakan peruntukan itu untuk dibawa kepada kolej-kolej vokasional yang Yang Berhormat Rantau Panjang maksudkan tadi. Sebab saya akui kalau kita hendakkan kepada satu standard kualiti anak-anak ini di sekolah untuk sampai satu tahap yang tinggi dari segi pendidikan kemahiran ini, yang pertamanya peralatan itu kena moden, yang keduanya peralatan itu kena cukup. Kalau tidak dia tidak dapat. Sebab itu saya kata kita hendak kena cari kereta pun kalau automotif misalnya, kereta hendak buka itu pun mestilah kereta yang lebih baiklah daripada yang ada. Kalau tidak dia dapat teknologi itu, teknologi yang lama. Sedangkan kereta pada waktu ini mungkin kenderaan pada waktu ini mungkin yang lebih moden. Ini perkara yang sedang diteliti seriuslah sebab kalau hendak kualiti saya bersetuju bahawa kita hendak yang lebih baik. Itu jawapan sayalah. Untuk pengetahuan juga...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tambahan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Ada sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Berkait dengan 80 buah kolej vokasional tadi, adakah pengambilan pelajar memenuhi atau cukup dengan keperluan kita? Katalah satu kolej 300 pelajar tapi kita hanya mampu ambil 100 pelajar kerana minat pelajar-pelajar ini kurang. Persoalan saya hendak kaitkan dengan minat dalam STEM. Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Untuk pengetahuan, kolej vokasional permohonan untuk 2016, tahun inilah, permohonannya adalah 89,483 tapi kita boleh ambil setakat inilah kapasiti kita di kolej hanyalah 16 ribu. Jadi maknanya permintaan sememangnya tinggi. Ada 89 ribu yang minta, yang berminat tapi kemampuan kita hanyalah setakat ini 16 ribu. Jadi Yang Berhormat saya nampak ramai juga di antara anak-anak kita yang sebenarnya minat. Itu yang berkaitan dengan yang dibangkitkan berkaitan dengan vokasional. Yang berikutnya adalah mengenai dengan yang dibangkitkan mengenai dengan Tingkatan 6. Saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pelajar-pelajar di Tingkatan 6 ataupun yang telah mengambil STPM. Misalnya pada tahun lalu lebih kurang 50 ribu sahaja berbanding dengan pelajar-pelajar yang mengambil SPM yang mencapai 450 ribu. Jadi pelajar-pelajar yang telah berjaya di peringkat SPM, mereka telah pergi ke A level, mereka pergi ke Matrikulasi, foundation ataupun terus membuat diploma. Jadi bagi menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Sekijang, dari Sabak Bernam, dari Sungai Petani, dari Kota Raja yang berkaitan dengan Tingkatan 6 ini. Sukalah saya menyebut bahawa kita telah cuba. Sekarang ini Tingkatan 6, Form 6 ini ada di sekolah menengah sekali dengan Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5. Kita hendak buat ini yang paling baik sekali kalau boleh buat ialah dia panggil dalam istilah di kementerian sahajalah, mode 1 ini maknanya, contohnya di Sungai Petanilah. Kita kata di Sungai Petani itu kita kumpulkan semua pelajar Tingkatan 6 itu di dalam satu bangunan. Maknanya pengurusan tersendiri di Tingkatan 6. Ini dipanggil mode 1. Kalau tidak boleh buat macam itu, kita hendak pergi kepada mode yang kedua. Mode yang kedua, belah Pokok Sena mode ini Mahmudlah.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Mode yang dua ini ialah dalam sekolah yang sama tapi bangunan yang berasingan, Tingkatan 6. Akan tetapi untuk pengetahuan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, mode 1 ini di seluruh negara pun baru sikit yang dapat kita buat kerana kita belum ada cukup tempat hendak buat. Akan tetapi kebanyakannya mode 2. Makna dalam sekolah macam contohnya kalau di Kedah itu, di Sekolah Menengah Datuk Seri Omar itu dia sudah ada bangunan sendiri untuk Tingkatan 6. Jadi untuk tujuan ini, kementerian telah melihat bahawa Tingkatan 6 patut dijenamakan semula untuk menarik anak-anak lebih ramai ke Form 6. Jadi kita bersetuju untuk menamakan Kolej Tingkatan 6. Maknanya pelajar-pelajar itu ke Kolej Tingkatan 6. Jadi kurang-kurang ramai jugalah pelajar-pelajar ini berminat untuk masuk dalam Tingkatan 6.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat menyokong pandangan Yang Berhormat Menteri. Ini satu pandangan yang amat jauh dan bijak. Namun pun begitu Yang Berhormat Menteri saya mencadangkan apa kata kalau, apa kiranya Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan kembali. Dulu-dulu kita pernah gunakan perkataan ataupun panggilan Pra-U. Budak-budak yang lepas Form 5, dia masuk Form 6 ini. Panggilan Form 6 ini masih lagi tidak umph lah, tidak umph. Akan tetapi kalau dia kata dia Pra-U itu Yang Berhormat Menteri, dia jalan pun kembang tahu, dia buat Pra-U. Kalau di Sekolah Ibrahim sekolah saya itu dia pakai tie pun lain, badge pun lain. Dulu kena pakai uniformlah. Akan tetapi sekarang ini saya tengok ada budak-budak Form 6 yang sekolah membenarkan dia pakai, dia tidak pakai uniform. Akan tetapi isunya gini Yang Berhormat Menteri, matuarity sebenarnya berlaku Form 6 itu sebab kita ada subjek-subjek seperti General Paper dan sebagainya. Sebab itu saya rasa Yang Berhormat Kota Raja telah bangkitkan bagaimana dia membezakan kerana dia pernah menjadi pensyarah di kolej, di matriks school. Jadi dia kata pelajar-pelajar matrik dengan Form 6 ada sikit perbezaan. Paling tidak pun mereka terdedah dengan general paper and what not. Sebab itu dia rasa dia ada perbezaan di antara murid-murid yang lulus daripada Pra-U atau Form 6 dengan pelajar- pelajar yang datang dari Matrik. Cuma cadangan saya Yang Berhormat Menteri ialah supaya kita kekalkan balik panggilan Pra-U ini kerana yang pertama sekali guru-guru Pra-U ini memberikan penghormatan kepada murid-murid ini. Yang kedua murid-murid itu sendiri, psychologically mereka telah bersedia, lepas pra ini, U. Jadi semangat untuk belajar lebih kuat dan dia melihat bahawa masa depan dia untuk universiti ini lebih dekat. Kalau kita sebut Form 6, lepas 6, 7 lah kot dia kata. Jadi dia tidak hendak itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani atas pandangan...

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, fasal Tingkatan 6.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada pengalaman 8 tahun mengajar Tingkatan 6. Jadi saya fikir ini tahun 70-an mungkin sekarang sudah berubah ya, 70-an, 80-an. Pada peringkat permulaan masuk ke Tingkatan 6 itu memang ada rasa rendah diri di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 ini, Tingkatan 6 Rendah sebab menganggap diri mereka ini yang bukan daripada pilihan. Mereka yang lulus Form 5 dengan baik, Tingkatan 5 dengan baik, pilihan mereka telah terus masuk yang disebut tadi sebagai Pra-U ataupun masuk diploma, straight kepada universiti.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Akan tetapi kalau mereka ini didekati dengan baik dan pengalaman kami, ada satu team guru yang baik di Sekolah Sultan Ismail dahulu. Selepas beberapa minggu mereka berada di situ dan saya selepas beberapa tahun di situ, Sekolah SSI ini, murid-murid Tingkatan 6 dianggap sebagai sangat celik politik, sangat celik masalah sosial dan sebahagian besar daripada mereka masuk ke universiti dan menjadi pemimpin-pemimpin di peringkat universiti.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Point saya Yang Berhormat Menteri ialah kalaulah pelajar-pelajar Form 6 ini dapat dilayan sebagai pelajar-pelajar ‘dewasa’ dan mereka dipersiapkan dari segi mental, dari segi kekenalan diri dan juga dari segi sosial and political competencies, itu saya fikir mereka dapat lebih baik sebenarnya performance mereka apabila mereka masuk ke universiti. Jadi pandangan saya ataupun permintaan saya, maknanya selain dari kurikulum biasa yang diajar dalam subjek Kertas Am dan lain-lain itu, maka ada extra kokurikulum yang mempersiapkan mereka supaya mereka ada kompetensi-kompetensi yang berbeza, sesuai dengan kedudukan mereka yang hampir hendak masuk ke universiti ini. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Batu Pahat. Saya ingat untuk Tingkatan 6 ini kita ambil perhatian terutamanya perkataan prauniversiti dan atas pandangan tadi bahawa untuk mempersiapkan anak-anak ini, kita patut bagi dia nampak sedikit kebebasan. Kita yang pertama kali memperkenalkan tidak payah pakai uniform sekolah, ada uniform dia sendiri. Kedua, kita minta supaya diasingkan daripada Form 1 sampai Form 5. Saya bersetuju bahawa dia punya kaedah, cara penampilan dia sudah menampakkan penampilan dewasa. Insya-Allah kita ambil maklum, perhatian yang berkaitan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 6. Saya diberi masa sehingga habis jam 1.00 ini. Jadi, saya ada beberapa lagi isu yang hendak dibangkitkan di sini. Salah satu yang telah dikemukakan di sini ialah yang berkaitan dengan dasar pendidikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lanang dan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu yang berkaitan dengan dasar pendidikan yang berubah atau pun dasar pendidikan yang berubah-ubah. Sukalah saya mengambil maklum bahawa apabila Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dilancarkan dan kita sekarang berada pada tahun 2016, kita telah mengikuti blueprint pendidikan ini Tuan Yang di-Pertua sebagai pelan pembangunan secara induk. Jadi apa-apa aktiviti yang kita buat, apa-apa perkara yang kita buat di dalam urusan pendidikan negara, kita rujuk kepada dasar pendidikan yang sedia ada dan kalau adapun perkara yang hendak diubah, bukanlah dasar tetapi kita membuat secara pengubahsuaian di dalam atau penambahbaikan. Saya hendak memberi maklum di sini, misalnya ada pihak-pihak yang bertanya apabila kita memperkenalkan DLP atau Dual Language Program, adakah ia telah mengubah dasar bahasa. Saya hendak menyebut di sini bahawa DLP adalah salah satu program yang telah diperkenalkan di sekolah yang telah dikenal pasti untuk tujuan mempertingkatkan bahasa Inggeris. Jadi dia bukanlah satu dasar. Sebab kita telah mempunyai dasar-dasar pendidikan yang sedia ada dan dasar-dasar ini kita teruskan dari semasa ke semasa seperti mana yang telah diletakkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan pendidikan yang sedia ada dan tidak lari daripada Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara lain yang telah disentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat termasuklah kurikulum. Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Rantau Panjang,Yang Berhormat Pasir Mas yang berkaitan dengan beberapa perkara yang ada kaitan...

Boleh Yang Berhormat? Isu DLP, boleh?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, sila.

Apabila diperkenalkan DLP pada beberapa buah sekolah, jadi kita melihat itu sebagai permulaan hendak menghidupkan balik isu lama yang kita bincang dahulu. Makna kita mulakan dengan isu ini ialah kita belajar beberapa subjek menggunakan bahasa Inggeris dan kita menyatakan bahawa bahasa Inggeris sepatutnya hanya menjadi alat sahaja, bukan menjadi bahan utama dalam pengajaran subjek. Jadi, sejauh mana kalau Yang Berhormat Menteri kata tadi, tidak bertentangan dengan dasar tadi. Lihat ini adalah permulaan awal. Kalau hendak berjaya kita akan lajak sedikit lagi.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya selesaikan ini dahulu.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Tidak, hal yang sama. DLP. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, beberapa hari yang lepas ini saya menghadiri beberapa bengkel dan pertemuan di kalangan mereka yang concern terhadap pelaksanaan DLP Ini. Ada kalangan berpandangan DLP ini PPSMI yang diseludup daripada pintu belakang dan mereka menyebutkan kajian-kajian yang telah dibuat termasuk oleh bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dahulu dengan rakan-rakan membuat kajian bahawa PPSMI ini selepas sebab tahun dilaksanakan, kejayaan peningkatan bahasa Inggeris itu hanya sekitar 4 peratus sahaja. Jadi kebimbangan mereka ialah dan kebimbangan saya juga sebagai seorang guru yang memang kenal murid-murid ini ialah murid-murid kita dan cikgu-cikgu kita tidak kompeten dalam bahasa Inggeris. Inilah kebimbangan kita. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya faham bahawa di sini ada dua. Kita sudah sampai lebih 50 tahun merdeka, kita sudah ada dua kumpulan. Satu kumpulan yang katakan bahawa perlu bahasa Inggeris. Ada satu kumpulan menyatakan bahawa tidak perlu bahasa Inggeris pun tidak apa. Jadi, kementerian perlu mengambil satu kedudukan yang padanya bukan berkaitan dengan mana-mana kumpulan tetapi kita melihat kepada kepentingan negara untuk masa hadapan. Sebab kebetulan kita berada dalam rantau di sini, di mana keseluruhan rantau di sebelah sini termasuklah di negara China telah menghantar sebahagian daripada pelajar- pelajar di negara China itu sendiri untuk mempertingkatkan kualiti dalam bahasa Inggeris. Jadi maknanya kita hendak kena juga mencari jalan. Akan tetapi saya ingin tegaskan Yang Berhormat Batu Pahat bahawa apa pun keadaan kita masih berpegang kepada Perlembagaan dan dasar yang sedia ada. Kita Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan dan apa yang kita buat ini hanya sebagai program dan tidak kita pergi kepada yang melampaui daripada batas perundangan yang sedia ada. Jadi saya ingat sekarang sudah pukul 1...

Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Menteri...

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya boleh gulung...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya gulung ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya dalam titah ucapan tidak dijawab lagi. Saya ada bangkitkan satu soalan tetapi belum jawab.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Itu saya jawab secara bertulislah Yang Berhormat nanti ya.

Soalan yang mana Yang Berhormat Menteri? Saya takut mungkin nanti tidak salin soalan saya kah.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ada di sini semua.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri, saya punya Bursary Scholarship dan JPA biasiswa.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Itu dijawab oleh JPA bukan urusan di kementerian. Jadi JPA sudah jawab, saya ingat selesai.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Bursary Scholarship pelajar-pelajar masih menunggu.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Bursary di bawah pengelolaan JPA, so saya tidak akan jawab soalan Bursary.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tunggu JPA jawab.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ada lagi?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, isu saya tentang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Batu. Permintaan untuk membuat pagar dan gate pintu bawah.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya akan bagi jawapan kepada Yang Berhormat, bukan sekarang tetapi saya akan bagi.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ada lagi?

Yang Berhormat Menteri, soalan saya mengenai guru yang terlibat dalam kes tujuh anak Orang Asli yang hilang di SK Pos Tohoi, apa tindakan kerajaan ke atas guru itu? Apa keputusan daripada siasatan tersebut?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Laporan penuh sudah ada, nanti kita boleh berbincang. Saya tidak payah sebut. Sebab tidak ada pada masa sekarang. Kalau saya cakap pun, saya tidak cakap benda yang betul.

Baiklah Yang Berhormat Menteri. Nanti saya berbincang dengan Yang Berhormat Menteri nanti, dapatkan jawapan bertulis.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey, boleh bincang dengan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada semua rakan yang telah mengambil bahagian. Akan tetapi ada yang saya tidak sempat jawab, insya-Allah saya akan bagi jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi setakat itu dahulu. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baiklah Yang Berhormat, kita tempohkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Giliran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam sesi perbahasan Titah Diraja yang sedang kita bahaskan ini. Tuan Yang di-Pertua, salah satu teras utama di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas adalah pertumbuhan hijau atau green growth, dan menjurus kepada pembangunan lestari termasuk pengurangan intensiti karbon atau de-carbonization dalam ekonomi kita. Dalam hal ini, tindakan agresif akan diambil untuk melaksanakan pelbagai inisiatif seperti peningkatan penjanaan tenaga boleh baharui (TBB), kecekapan tenaga benar- benar bercirikan rendah karbon serta peluasan pengangkutan awam melalui mass rapid transit, dengan izin, dan penggunaan kenderaan elektrik.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Berhubung dengan tenaga boleh baharu, tindakan sedang diambil untuk menjana 1,000 megawatt tenaga solar berskala besar bagi tempoh tahun 2017 sehingga 2020. Bagi inisiatif kecekapan tenaga, langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak lapan peratus dalam tempoh sepuluh tahun mulai tahun 2016 ini. Seramai 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya akan memberi penjelasan seberapa yang boleh terhadap isu- isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat meliputi tiga sektor utama kementerian iaitu sektor tenaga, sektor air dan sektor teknologi hijau. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Kota Kinabalu ada bertanya tentang penjanaan tenaga di Sabah. Kerajaan sedar akan masalah kekurangan kapasiti penjanaan yang dihadapi di kawasan Pantai Timur Sabah. Antara perancangan yang dibuat untuk mengatasi masalah tersebut adalah projek pembangunan loji jana kuasa berkapasiti 30 megawatt di Lahad Datu yang akan dimulakan pada tahun 2016 ini dan dijangka siap pada tahun 2017 dan pembangunan loji jana kuasa dua kali 30 megawatt di Sandakan yang akan dimulakan pada tahun 2016 dan dijangka siap pada tahun 2018. Berkenaan dengan cadangan pembangunan jana kuasa paip natural gas di Sandakan, pada 25 April 2011, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju untuk membangunkan sumber tenaga alternatif menggunakan gas atau gas asli cecair (LNG) bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik di negeri Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah. Berikutan daripada itu, cadangan pelaksanaan projek pembinaan regasification terminal (RGT) dengan izin, oleh Petronas dan projek pembinaan stesen jana kuasa kitar padu berasas gas dengan kapasiti 300 megawatt di Lahad Datu telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh sebuah konsortium yang ditubuhkan oleh gabungan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas dan Kerajaan Negeri Sabah. Pada bulan Oktober 2011, Eastern Sabah Power Consortium (ESPC) ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Namun begitu, sehingga bulan November 2013, projek ini yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2016 tidak dapat dilaksanakan kerana SESB tidak dapat memuktamadkan Perjanjian Pembelian Tenaga ataupun PPA dengan pihak ESPC berikutan pendirian Petronas untuk mengenakan harga gas berasaskan harga pasaran dan ketidakupayaan ECSB untuk mendapatkan subsidi sokongan tarif dari Kerajaan Persekutuan. Projek tersebut juga didapati tidak ekonomi serta pasaran yang akan membebankan ECSB dan pengguna-pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada masa depan. Justeru, bagi meneruskan pelaksanaan projek tersebut, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan agar projek loji jana kuasa di Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sandakan dilaksanakan secara private finance initiative (PFI) secara proses tender. Pada masa ini, kertas kelulusan Jemaah Menteri mengenai cadangan projek tersebut sedang disediakan secara bersama dengan Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan telah membangkitkan isu mengenai kadar tarif elektrik dan perkhidmatan SESB di Sabah. Sungguhpun harga minyak di pasaran dunia telah menurun, kadar perkhidmatan tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada kadar 34.52 sen satu kilowatt jam tidak dapat diturunkan disebabkan kadar ini adalah lebih rendah daripada kos pembekalan elektrik sebenar yang perlu ditanggung oleh SESB. Sebenarnya perkara ini sudah berkali-kali saya jelaskan khususnya dalam konteks Semenanjung di Dewan yang mulia ini. Kadar ini dapat dikekalkan kerana kerajaan telah memberi subsidi bahan api kepada pengguna yang melibatkan kos sebanyak RM683 juta bagi tahun 2014 dan sebanyak RM361 juta bagi tahun 2015. Ini adalah subsidi diesel yang diberi oleh Kerajaan Pusat.

[Bangun]

Malah, dengan hasrat untuk melindungi kepentingan rakyat di negeri Sabah, kerajaan telah meluluskan pemberian rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen satu kilowatt jam sejak tahun 2015 supaya kadar tarif elektrik berada di paras yang rendah. Sekejap lagi, Yang Berhormat Sandakan.

Pihak SESB tidak memperoleh keuntungan yang banyak seperti mana yang didakwa dan masih bergantung kepada subsidi pihak kerajaan disebabkan kadar tarif elektrik yang dikenakan adalah masih di bawah kos pembekalan elektrik yang sebenar.

Actually, the rate that we’re paying is below the cost of production gas of Sabah. Seperti mana saya katakan tadi, kita menggunakan RM360 juta subsidi diesel tahun lalu. Pada masa kini, kadar penepatan tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah pada kadar 34.52 sen per kilowatt jam dengan subsidi bahan api berbanding dengan kos pembekalan sebenar pada kadar 39.10 sen kilowatt jam tanpa subsidi bahan api. We were dubbing, dengan izin, 39.10 sen satu kilowatt jam tanpa subsidi if there’s no subsidy from the Federal Government. Yang Berhormat Sandakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. I think yang harga satu masalahlah. Yang penting ialah Yang Berhormat Menteri sedarkah the plus one week or two weeks dalam SALCRA ini di Sandakan, saya tahu dan juga di KK. Black out the frequency yang terlampaulah. Jadi bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh tingkatkan perkhidmatan yang sekarang kita hadapi yang penting ini. Masalahnya rakyat yang complaint sebab harganya begitu mahal tetapi service tidak ada. Itu masalahnya. Jadi saya pun mahu tanya. Hari itu saya nampak dalam newspaper, Yang Berhormat Menteri ada pergi sebarkan di Kota Kinabalu. Bila di Sandakan, two unit of 190 kilowatt yang loji itu yang tetap kah tahun ini mengikut tender melaksanakan ini, atau belum lagi. Ini yang penting. Kita mahu tahu.

Yang Berhormat Sandakan, dua perkara yang dibangkitkan. Sebahagian saya telah ulas tadi. Dari segi gangguan elektrik sebenarnya, things have actually improve drastically. Seperti mana yang katakan tadi, pada tahun 2014 untuk seluruh negeri Sabah, hampir 777 minit satu pengguna, satu tahun. Pada tahun lalu ia menurun kepada 379 minit satu pengguna dan target yang telah kita tentukan tahun ini adalah 250 minit. Setakat ini kalau semuanya tidak ada major problem, harus boleh mencapai itu. Untuk makluman Yang Berhormat, misalnya untuk Sandakan, saya sedia maklum memang masih berterusan gangguan tetapi sebenarnya gangguan itu sudah mulai menurun secara drastik. Untuk Sandakan misalnya, pada tahun 2014, 1,155 minit satu orang pengguna satu tahun. Tahun lalu menurun kepada 407 minit dan pada tahun ini, kalau tindakan-tindakan yang telah dibuat, harus boleh mencapai 180 jumlahnya satu minit. Tawau pun begitu juga 615 minit satu orang pada tahun yang lalu. Kita jangka pada tahun ini, setakat ini, kalau analyze harus sekadar 138 minit. Jadi, petanda-petanda daripada semua usaha yang dilaksanakan oleh pihak SESB telah menurunkan gangguan tetapi saya sedia maklum ada beberapa line, ada beberapa lokasi yang masih konsisten tetapi kalau jumlah keseluruhan untuk Sandakan, Tawau dan Sabah, major improvement.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, banding dengan Semenanjung, kenapa Sabah terlalu kerap gangguannya?

Ya, Semenanjung averaging tahun lalu, KPI yang telah diletakkan about 70 minutes and we are lingering about between 60 to 70 dalam perkara ini. Historical lah Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana pada dahulu, kewangan yang mencabar SESB, maka investment dalam peralatan dan teknologi dan tarif hampir 25 tahun tidak disemak, jadi kumulatif berkumpul. Akan tetapi Kerajaan Pusat tidak pernah putus asa dan itulah tujuan untuk lima tahun ini. Kerajaan Pusat telah berhabis-habisan sejumlah RM2.3 bilion untuk empat tahun untuk tujuan tersebut to bridge the gap dan SESB despite their position dan mereka banyak untung sebenarnya. Kalau ada untung, untung-untung hanya RM99 juta untung tahun lalu. Itu pun dengan subsidi sebanyak RM361 juta daripada subsidi diesel. Kalau tidak ada subsidi diesel, maka sebenarnya kerugian adalah RM262 juta untuk SESB.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

So, we are still working very hard, dengan izin dalam perkara ini dan kita yakin bahawa daripada tanda-tanda semua dan KPI pencapaian semua yang telah dilaksanakan khusus dalam tiga tahun ini bahawa keadaan harus bertambah baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun, ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi yang ini saya dapat tahu. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh beri penjelasan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita dapat tahu Sabah yang telah mendapat bajet RM3 bilion untuk merancang electricity ini. Akan tetapi kita dapat tahu baru 10 peratus peruntukan itu yang dipakai. Jadi kita mahu tahu mengapa begitu yang baru pakai 10 peratus peruntukan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh itu. Jadi ini surplus, kita pun nampak, peruntukan pun sedia ada. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjamin kita bagaimana boleh pakai peruntukan peringkat yang ini bekalan elektrik yang sedang kita hadapi. Ini yang penting. Ini kerana kita dengar berapa program atau projek akan dilaksanakan tetapi dengar-dengar sahaja, satu tahun lepas sudah pun tidak nampak apa-apa yang terjadi. Ini masalahnya. Jadi the past one, two weeks, Sandakan dan Indrajaya, setiap hari ada gangguan elektrik. Saya punya telefon pun sejak di Parlimen sini pun selalu gangguan sebab ada ramai orang yang beri aduan masalah ini.

Ya, saya mulai dengan Seri Indah itu. Kita telah mengkaji. Sebahagiannya adalah masalah kontraktor yang menjalankan kerja tersebut. Sambil lah lain itu menghadapi tripping dan overload tetapi itu isolated lah di mana lapan kali tripping dalam satu hari. Antaranya adalah masalah kerja kontraktor dan saya telah memberi arahan kepada pihak SESB bahawa protokolnya dan kerja-kerja, peraturan-peraturan kerja, syarat-syarat teknikal hendaklah diperketat. Saya mohon maaf mengenai perkara itu. Saya ada terima juga aduan tersebut dan apabila dikaji, overloading plus kerja kontraktor yang tidak dijangka telah menambahkan masalah. Dari segi penggunaan wang, sebenarnya laporan untuk tahun lalu itu bukan sekadar 10 peratus. Yang Berhormat ada latar belakang teknikal. You should know. Now, those money adalah digunakan untuk tiga. Satu, of course distribution. Changing line semua, changing to ABC dan seterusnya. Selain itu adalah upgrading substation dan pencawang masuk. It’s not just fix same. Kita perlu open tender untuk konsultan buat study, untuk akhirnya dan juga open tender untuk pelaksanaan projek. Most of the design work untuk projek-projek yang besar kebanyakan telah pun awarded tahun lalu untuk konsultasi. Tahun ini, will be the starting ruling up on pelaksanaan. I’ll show you. Saya beri jaminan. Duit itu RM2.6 bilion itu akan tetap habis dipakai.

Kalau tidak cukup pun, kita boleh minta tambahan lagi untuk tujuan tersebut. Itu adalah masa-masa yang kadang-kadang menjadi gangguan. Ini hal negeri Sabah, minta juga?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyebut tentang apa yang Menteri sebut tadi, tentang pembinaan stesen jana kuasa elektrik baru dan juga sedia ada. Ini berkaitan dengan status. Sebenarnya stesen jana kuasa di Paka Terengganu, berkaitan juga tentang stesen jana kuasa baru dan lama, yang telah dioperasikan oleh YTL dari tahun 1993 sehingga 2016. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, stesen jana kuasa elektrik di Paka sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober 2015. Jadi, persoalannya juga di sini, YTL tidak lagi beroperasi dan tidak mengganggu langsung kehendak tenaga negara dan juga pihak Tenaga Nasional.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Kita rakyat Malaysia patutnya bersyukur dan mengambil kesempatan kerana setelah 23 tahun perjanjian yang berat sebelah ini, seperti yang dikatakan oleh Almarhum Tan Sri Ani Arope. Kita boleh menamatkan atau memperbaharui perjanjian tersebut. Akan tetapi persoalannya di sini, kalau kita tidak memerlukan tenaga yang digenerasikan oleh Paka Power Station, kenapakah kerajaan melalui kementerian dan Suruhanjaya Tenaga, Energy Commission telah memperbaharui lesen YTL Power International untuk menyambung operasi jana kuasa, sementara syarat-syarat yang berkaitan tidak dipenuhi. Pertama adalah perjanjian dengan Tenaga Nasional masih belum dipersetujui, masih dalam peringkat perundingan dan juga perjanjian dengan Petronas untuk supply gas belum juga dicapai. Kalau dua syarat yang penting ini tidak dicapai, bagaimana satu keputusan atau satu ketetapan telah dicapai kerana kita daripada dahulu lagi pernah dengar, rundingan YTL tahun 1993 dahulu berat sebelah dan dituduh pelbagai keistimewaan yang diberi. Jadi hari ini, kroni siapakah YTL sehingga begitu banyak keistimewaan diberi tanpa syarat-syarat dipenuhi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, isu baru boleh dijawab secara bertulis Yang Berhormat.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Saya rasa ini adalah berkaitan dengan keperluan tenaga yang kita hadapi hari ini. Seperti yang Tuan Yang di- Pertua kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kecuali yang telah dibangkitkan semasa perbahasan. Isu penting, tetapi peraturan mesyuarat kata isu baru harus tidak perlu dibangkitkan ketika Menteri sedang menjawab. Saya cuma ingatkan Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat boleh memilih untuk menjawabnya.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya ambil perhatian apa yang dibangkitkan itu, walaupun luar tajuk dalam susunan jawapan saya, jawapan kementerian. Perihalnya untuk menjelaskan bahawa pada tahun lalu, YTL antara tiga syarikat yang telah mengambil bahagian dalam open bidding untuk short term capacity filling kerana ada projek-projek besar yang lewat, maka yang sudah expired ini competitive bidding, name new price. So, antaranya adalah YTL, Edra dan satu lagi syarikat dan di antara yang telah mendapat short term extension. Berasaskan kepada land list dia dua tahun sepuluh bulan, maka telah diberi, tertakluklah memang dengan supply gas diperoleh dan juga PPA dengan power purchase agreement dari pihak TNB. Jadi mereka ini kerana ada keperluan short term defisit dan kerana projek-projek besar agak terlewat, sebahagian khususnya dalam hal hidro dan beberapa yang lain, kita telah buat open bidding, competitive bidding, name your price dan dia adalah antara tiga syarikat yang telah berjaya. I think cukuplah untuk penjelasan. Nanti kalau...

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Jadi, tentang Paka Yang Berhormat.

Yes, YTL Paka, dia menang. The cheapest actually daripada tiga yang telah menang itu. Through open competitive bidding.

Menteri, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Saya sambung dahulu Yang Berhormat Sandakan. Nanti kalau ada yang kena jawab, barulah Yang Berhormat Sandakan boleh sentuh. Saya katakan tadi SESB sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna di Sabah. Untuk tujuan itu, antara program dilaksanakan oleh SESB ialah pengukuhan sistem yang berjaya mengurangkan catuan bekalan sejak September 2014 dan mampu untuk menampung permintaan pengguna dengan purata margin 200 megawatt pergi 300 megawatt. Certainly actually, dengan izin, we have capacity margin, operating margin daily 180 megawatt to sometime 250 megawatt. So, capacity at the moment not really a problem kecuali isu on transmission kerana kita kirim kepada East-Coast about 140 megawatt satu hari and then distribution, pengagihan.

Most of the problem di Sandakan dan Tawau adalah masalah distribution. Di sanalah saya katakan tadi pihak SESB juga telah melaksanakan program pengukuhan sistem penghantaran, antaranya bertujuan bagi memastikan semua PMU, PPU stesen jana kuasa dilengkapi dengan kemudahan sistem supervisory control dan data acquisition ataupun sekadar we can monitor online action and actual distribution within the area. Juga, pihak SESB melaksanakan program pengukuhan sistem pembahagian atau distribution, menukar talian overhead lines tidak bersalut, mean bare wires kepada talian aerial bundle cable (ABC) yang bersalut. Penggunaan ABC akan dapat mengurangkan punca gangguan bekalan seperti tersentuh pokok dan binatang. SESB juga telah melaksanakan Ops Marak Bersepadu iaitu operasi menambah baik sistem pembahagian secara menyeluruh through network overhaul dan memantau kawasan yang kerap mengalami gangguan tertinggi. Di Kota Kinabalu sebanyak 17.6 peratus daripada jumlah gangguan, diikuti oleh Tuaran 9.9 peratus dan Papar 8.9 peratus. Segala usaha ini telah membuahkan hasil di mana kadar SAIDI di Sabah telah menurun dari 522.84 pada tahun 2014 kepada 379.26 pada tahun 2015. So, these are showing volts dan mungkin persistence effort to solve dengan izin, tempat-tempat yang masih lagi menghadapi gangguan. Saya yakin bahawa the situation can only improve for the future. Okey.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Jadi satu soalan yang Menteri belum jawab lagi iaitu Sandakan punya itu, dua unit yang 190 megawatt, yang itu hari Menteri ada mengumumkan di PC di Kota Kinabalu, jadikah ini tahun yang lancar ini, start to melaksanakan ini projek? Satu lagi soalan yang saya fikir in the last Parliament, last sitting, kita ada bangkit satu masalah yang capital contribution to the perumahan di Sabah. Adakah ini capital contribution ada turun atau tidak sebab saya mendapat aduan pemaju memberitahu dia punya contribution terlampau mahal. Ini pun mengakibatkan mengapa kita punya rumah-rumah di sana yang tertinggi compare to pendapatan yang di Sabah. Ini kerana saya dapat tahu, saya tidak tahu betul atau tidak di Sabah, kos capital contribution per unit adalah dari RM3,500 to RM8,500. Akan tetapi di Semenanjung sini, baru RM2,500 to RM2,000. That is ridiculous you know. Bagaimana Sabah boleh tahan begitu punya caj dari SESB?

Okey, okey. Mengenai dengan dua power plant di Sandakan, saya telah sentuhkan tadi bahawa ini dalam peringkat terakhir untuk diputuskan oleh Kabinet Persekutuan. Nampaknya dalam semakan, pada 300 megawatt boleh mencukupi kerana kita akan buat re-powering 60 megawatt. Dua kali tiga puluh yang saya katakan awal tadi, boleh dilaksanakan boleh dilaksanakan mulai tahun ini dan siap pada 2018. Jadi 300 megawatt itu dengan paip gas yang kita bawa dari Kota Kinabalu all the ways to Sandakan untuk industri hiliran di tepi jalan di Kota Belud, Kota Marudu, Beluran.

Jadi ini dalam dua bulan ini atau pun bulan depan, Kabinet harus dapat memutuskan. So, itu takes place. Then, of course line acquisition dan begitu semua dapat dijangka mulai kita selesaikan dalam 60 hari ini dan Jun, I think they award and then the rest of it bolehlah mulai berjalan. Mengenai dengan capital contribution kita telah mengawasi perbincangan di antara developers dan SESB dan kami dalam peringkat terakhir untuk menentukan semakan kepada rate, kepada kadar yang dijalankan. Pindaan juga semua RM3,000 tertakluk kepada berapa jauh daripada connection point. Kalau dalam kawasan lapang, new green field satu housing estate dan jauh daripada existing injection point atau supply point. Sememangnya kos itu lebih tinggi daripada mereka yang dekat. Akan tetapi tidak boleh compare dengan Semenanjung oleh kerana kadar yang digunakan di Semenanjung untuk capital contribution telah dimasukkan dalam semakan tarif yang dikenakan oleh pihak TNB. Whereas dalam Sabah dia tidak termasuk dalam semakan tarif yang kita buat. Namun, saya perakui bahawa inconsistent dan tidak regular dan sering kali tinggi daripada apa yang harus. Saya berharap bahawa kita boleh kemas kini rate baru yang lebih uniform dan lebih transparent dalam masa yang terdekat untuk negeri Sabah. Okey.

Yang Berhormat Menteri...

Cukuplah, cukuplah.

Penjelasan lagi. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi satu masa yang tetap bila ini boleh dimulakan? Kita dengar ini sudah, I think two session back sudah, ini pun sudah dibangkitkan tetapi sampai sekarang sudah satu tahun, belum lagi ada apa-apa.

Dalam 30 hari ini kerana sudah siap kajian itu, hanya memutuskan. Dalam tempoh dua bulan inilah...

Okey, terima kasih.

Selama 60 hari. Okey, whether you have to supply enough in another point tetapi kita akan adakan semakan dan satu rate yang lebih transparent. Okey, terima kasih. Seterusnya saya rasa enough perihal lukis Sabah dan kawasan-kawasan local di Tawau dan Sandakan. Isu pemberian subsidi, rebat bil elektrik yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya prihatin terhadap golongan yang berpendapatan rendah. Dalam usaha untuk meringankan beban mereka kerajaan sebebarnya memberi bantuan dalam dua bentuk, terutamanya ialah melalui pemberian subsidi elektrik RM20, bil di bawah kira-kira 80 kilowatt sejam tidak payah membayar bil sebelum RM20 punya costing. Kedua, kepada isi rumah yang menggunakan elektrik 300 kilowatt sejam dan ke bawah sebulan mereka menikmati tarif yang lebih rendah okey. Bagi pengguna yang melebihi 300 kilowatt sejam sebulan rebat imbalance cost pass-through (ICPT) diberi kepada setiap per kilowatt jam yang digunakan. Ini dapat membantu isi rumah mengikut saiz keluarga. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap tahun untuk subsidi yang kita beri bagi RM20 bagi setiap pengguna itu menelan belanja RM140 juta hingga RM160 juta satu tahun. Pemberian rebat elektrik sebanyak dua kali ini dibuat menerusi pelaksanaan mekanisme ICPT yang saya sentuhkan tadi dan rebat elektrik sebanyak 2.25 sen kilowatt/jam bagi tempoh Mac 2015 hingga Disember 2015 dan rebat elektrik sebanyak 1.52 sen kilowatt/jam bagi tempoh Januari 2016 sehingga Jun 2016 ini. Jadi, ertinya walaupun kita telah menentukan basic tariff 38.53 sen kilowatt/jam sebenarnya sampailah pada tahun hadapan. Akan tetapi kerana penurunan kos minyak dan sedikit penurunan juga dari segi arang batu, maka ada saving dari segi peringkat tersebut dan kita telah gunakan itu untuk memberi rebat kepada pengguna-pengguna seperti mana saya sentuhkan tadi. Kerajaan akan mengambil masa ke semasa membuat kajian untuk menambah baik usaha untuk membantu rakyat termasuklah melihat cadangan yang diberi oleh Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan mengenai pembangunan tenaga boleh baharu atau pun TBB di Malaysia. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah kapasiti terpasang tenaga boleh baharu yang telah disambungkan ke grid adalah 332.76 megawatt berbanding sasaran sebanyak 985 megawatt sasaran kita. Jumlah ini merupakan sekadar 1.12 peratus sahaja daripada keseluruhan kapasiti terpasang bagi Semenanjung Malaysia. Akan tetapi sebenarnya figure ini adalah figure yang digunakan hasil daripada penggunaan kutipan daripada tabung tenaga boleh baharu ini. Kalau kita masukkan 1,800 megawatt hidro daripada TNB and define it dengan izin as renewable we are already about the 14 percent dari segi pencapaian. Akan tetapi dari segi sokongan yang diberi daripada tabung amanah tenaga boleh baharu itu adalah sekadar 985 megawatt dan asal dan ini adalah kira-kira 1.1...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, it’s just a short clarification point, pendek sahaja, boleh?

Belum habis lagi, sekejap lagi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Berdasarkan kepada TBB Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tunggu sampai ayat habis Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sedikit sahaja, sedikit sahaja, sedikit sahaja. Ini clarification, clarification point only.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia kalau menyanyi dia kena ikut tempo muzik.

Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tahu. Bukan, bukan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Bila menjawab sampai habis ayat lah Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey terima kasih. Just a small clarification point. Sebagaimana yang saya tahu Suruhanjaya Tenaga, dengan izin, Energy Commission, they classify hydro not as tenaga boleh baharu. So, adakah kementerian juga menggunakan klasifikasi yang sama dengan Suruhanjaya Tenaga atau pun masukkan juga hidro dalam klasifikasi tenaga boleh baharu. Just a short clarification.

Menteri-Menteri Tenaga ASEAN telah memutuskan pada persidangan tahun 2015 mengikut definisi antarabangsa di mana hydro upon size, to be classified renewable. We, the ministry, kami dalam ministry memang terus terang we have some hesitation on that, we believe that any 300 daripada megawatt ke atas dari segi hidro, we need to bear in our view give list 15 years to make it the renewable until bio system come back to the system. So, we are done by the ASEAN definition tetapi dalam klasifikasi kami internal is that anything more than 300 megawatt we put it as a secondary list untuk didefinisikan sebagai renewable asset. Jadi, saya rasa ertinya dalam FIT semua hidro. Akan tetapi di peringkat antarabangsa you know when we say how much is renewable in Malaysia except Bakun, kami tidak masukkan tetapi kami masukkan semua hidro di bawah TNB kerana kebanyakan itu adalah di bawah 400 megawatt in single location kecuali sedikit di Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Putatan.

Sabah sudah selesai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sama-sama Dr. Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terpanggil apabila Yang Berhormat Menteri menyentuh soal definisi antarabangsa atau definisi Asia- Asian definition. Apabila kita menyentuh pasal soal Summit, protokol dan co-op co-op yang surprisingly, Yang Berhormat Menteri sebenarnya selalunya yang hadir kepada Paris Agreement ini Menteri Alam Sekitar. Akan tetapi saya difahamkan kementerian menteri yang hadir sewaktu Summit di Paris yang baru-baru ini diadakan pada tahun yang lalu iaitu dipanggil Paris Agreement dan dinamakan COP21.

Jadi, saya rasa negotiator-negotiator Yang Berhormat Perdana Menteri ada dan saya minta penjelasan sedikit. Apa pandangan Menteri soal komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa COP15 di Copenhagen yang mana komitmen itu kita mengurangkan CO2 dan green gasses kepada atmosfera? Apa progress sekarang? Adakah renewable sustainable development goal Malaysia ini sudah mencapai tahap berapa sekarang? Ini kerana Menteri telah menguar-uarkan biomass lah, mini hidro lah, solar PV lah, yang baru-baru ini Menteri announce pada 17 Mac di Batang Ai yang dilaksanakan oleh CSR iaitu nama saya lupa- Solar Home System di Sarawak. Ada lagi janji-janji solar di perkampungan yang di mana sesuai mini hidro boleh dibuat pada tempat-tempat perkampungan yang mana tidak dapat grid. Saya minta penjelasan apa tahap sekarang pencapaian kita?

Dewan yang mulia, Persidangan COP 21 di Paris itu telah dihadiri oleh Menteri NRE. Pihak kami sebelah Tenaga memang ada pegawai-pegawai yang mewakili kementerian tetapi front bench telah diketuai oleh Menteri NRE.

Sememangnya daripada segi keseluruhan NRE yang membuat pemantauan mengenai dengan komitmen untuk mencapai 45 peratus, telah disemak balik pergi 45 peratus sekarang pada tahun 2025 yang mana 35 peratus adalah voluntary dari Kerajaan Malaysia menjalankan dan 10 peratus lagi itu tertakluk kepada sumbangan kewangan antarabangsa, ada technology transfer dan ada human resource, sumbangan. Jadi, semua ini dipantau NRE. Daripada segi tenaga, khususnya electricity, kita menyumbang 28 peratus daripada total CO2 generation. Itulah sebabnya investment dalam renewable ini dan juga strategi-strategi untuk apa yang dikatakan tadi energy efficiency boleh mengurangkan sumbangan sektor electricity yang 28 percent is coming from that dengan renewable mengurangkan penggunaan diesel dan seterusnya. The major bulk actually is transport, sektor-sektor yang lain. Okey, saya ingin memajukan. Sejajar dengan teras pertumbuhan hijau dan RMKe- 11, kerajaan telah mengkaji langkah-langkah meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Untuk tujuan tersebut, kerajaan akan memperkenalkan dan melaksanakan net energy neutering dan large scale solar untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas. Untuk large scale solar (LSS), sebanyak 250 megawatt disasarkan untuk beroperasi pada setiap tahun mulai tahun 2017 dengan pecahan 200 megawatt di Semenanjung dan 50 megawatt di negeri Sabah. Bagi net energy neutering pula 100 megawatt satu tahun disasarkan untuk beroperasi mulai tahun 2016 sehingga ke tahun 2020. NEN dijangka akan mula dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Combine the two, 251 tahun dalam tempoh empat tahun, 1,000 megawatt daripada segi solar PV. Okey...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Hendak tanya tentang tenaga solar, tenaga solar.

Dia cukup tahu what’s happening. Dia hadir lagi untuk balloting.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Last question, solar.

[Bangun]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk bertanya kepada pihak kementerian tentang identiti konsortium yang telah diberi large scale solar contract sebanyak 150 megawatt ini. Saya tahu 50 megawatt telah diberi kepada 1MDB. Saya rasa ini telah dikeluarkan sebagai maklumat tetapi 150 megawatt diberi kepada satu konsortium di mana nama pun tidak diberikan oleh kementerian. Jadi, saya harap Menteri boleh jawab soalan ini dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, pemberian satu kuota khas 150 megawatt itu telah dilaksanakan melalui Economic Council. Oleh kerana saya telah sentuh tadi, kita terkebelakang daripada segi mencapai kuota yang telah kita tentukan. Daripada segi FIT misalnya, saya katakan tadi yang telah diluluskan adalah 1,000 megawatt tetapi delivered COD baru sekadar 300 lebih megawatt. Maka, pihak kerajaan berpendapat perlu ada fast tracking sebelum kita akhirnya buka untuk seperti request for proposal pada saat ini yang mana 250 megawatt untuk tahun hadapan. Konsortium ini adalah konsortium yang sudah terlibat dalam sektor tenaga dan mereka akan bekerjasama dengan pihak company, syarikat-syarikat yang terkenal dari segi kewangan dan teknologi di peringkat antarabangsa. Kami cukup yakin walaupun sekarang ini masih dalam proses perbincangan mengenai dengan PPA tetapi pihak kita akan pantau dan pastikan supaya ini akan dijalankan secara jayanya dan tertakluk kepada pricing yang kompetitif. Okey.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua, cukuplah Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Menteri...

Menteri...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tanya kenapa tidak boleh beritahu nama konsortium ini kepada Dewan yang mulia ini? Ini kerana untuk track 4A, track 4B dan sebagainya memang konsortium itu yang memenangi dan juga yang tidak dapat kontrak tersebut itu semua maklumat ini diberi kepada orang ramai. Kenapa konsortium ini nama pun, satu syarikat pun tidak boleh dinamakan? Saya tahu ini adalah kontrak yang diberi secara direct negotiation. Adakah apa-apa yang sedang disembunyikan oleh pihak kementerian ataupun pihak kerajaan?

Tiada cadangan untuk menyembunyikan sesuatu memandangkan perbincangan masih dalam proses untuk membentuk PPA dan untuk financial closure. Jadi, kerana sebahagian konsortium adalah listed company, kita tidak mahu terlibat dalam speculation kepada syarikat-syarikat tertentu. Jadi, apabila sampai masanya nanti it will be made public once they have done their financial closure and their partners are informed. Don’t worry too much, we will let you know.

Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat?

It’s not normal for- bagi- to make PPS public, but the rate will be known to everybody. Okey. Pelaksanaan program ini...

Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sepang tidak ada bahas.

Ada, ada. Mungkin Menteri terlupa. Tidak catat kot.

Saya gulung nanti hendak balik ke luar bandar.

Menteri, saya ada bangkitkan pasal isu kampung Orang Asli, dua buah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya iaitu Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul yang masih lagi tidak dapat perkhidmatan bekalan elektrik. Jadi- Mentari ada catat tak ini? Saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya, Menteri. Jadi, saya minta jawapan Menteri sebab ini kampung orang miskin, Orang Asli berdekatan pula dengan Putrajaya. Jadi, sudah lama merdeka tidak dapat lagi elektrik ini, sebelum kita cerita pasal sistem solar kah atau apa, kita bagi dahulu elektrik pada dua buah kampung inilah.

Sebenarnya, memang Yang Berhormat Sepang ada sentuh tetapi perkara ini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KKLW). Jadi, saya difahamkan ia telah...

Elektrik bawah Menteri kan?

Akan tetapi difahamkan ini telah pun dijawab dalam penggulungan pihak kementerian tersebut. Biasanya di kawasan bandar-bandar di bawah utiliti TNB ataupun SESB, di mana dikategorikan luar bandar dan pembiayaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kementerian difahamkan bahawa projek untuk memberikan bekalan elektrik kepada penduduk Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul telah pun disenaraikan dalam kontrak KKLW di bawah Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan telah dianugerahkan kepada TNB untuk melaksanakan di tapak, dijadualkan bermula Mei 2016 dengan kos RM723,359. Jadi, saya akan pantau supaya ini terlaksana. Terima kasih.

Pelaksanaan program-program ini tidak melibatkan peruntukan kerajaan, LSS Sarawak, perkara dengan ‘network train’ dan melalui pelaksanaan- dan usaha kerajaan mensasarkan kapasiti terpasang TBB sebanyak 2,080 megawatt atau 7.8 peratus menjelang tahun 2020 pasti boleh dicapai.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen kerajaan semasa COP 21 di Paris untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau, emission intensity of GDP sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 berbanding dengan intensiti pelepasan pada tahun 2005 seperti mana saya telah sentuhkan tadi. Perkara ini juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Santubong semasa sesi penggulungan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Di samping itu kerajaan telah mengalihkan tumpuan daripada meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan kepada penggunaan tenaga yang cekap dengan memperkenalkan inisiatif kecekapan tenaga atau energy efficiency, dengan izin, melalui langkah-langkah penjimatan tenaga yang lebih agresif dan holistik dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara atau National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP) bagi tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2016 sampai tahun 2025. Pelan ini merupakan sebagai pelan jangka panjang dengan pendekatan holistik bagi meningkatkan tahap kecekapan tenaga dalam tiga buah sektor utama iaitu sektor industri, komersial dan domestik dan melalui pelan ini kerajaan mensasarkan pengurangan 8 peratus penggunaan elektrik di negara ini menjelang tahun 2025 yang mana daripada segi cumulative saving untuk 10 tahun dijangka 52,233 gigawatt hour. Yang Berhormat Bakri juga membangkitkan sama ada pembangunan PIPC di pusat hab minyak di Tanjung Piai ini bercanggah dengan pembangunan TBB di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan tersebut tidak bercanggah dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembangunan tenaga boleh baharu di negara ini malah PIPC akan memenuhi permintaan bekalan elektrik di kawasan tersebut melalui core generation yang merupakan teknologi yang menyokong pertumbuhan hijau di negara ini. Yang Berhormat Kuala Kangsar turut menyentuh mengenai dengan cadangan pembangunan stesen mini hidro untuk bekalan elektrik. Kerajaan sememangnya menggalakkan penjanaan elektrik melalui sumber tenaga boleh baharu dan mini hidro merupakan salah satu daripada sumber tenaga boleh baharu yang turut diambil kira dalam pelaksanaan mekanisme feed-in-tariff. Untuk pengetahuan semua, sehingga 31 Disember 2015 jumlah kapasiti terpasang sumber mini hidro di bawah mekanisme FIT yang telah disambung ke grid ialah sebanyak 18.30 megawatt. Yang terakhir, berkenaan isu pembangunan loji rawatan di Lahad Datu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam. Untuk makluman, Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan peruntukan pembiayaan untuk projek ini secara pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM270 juta dan untuk fasa pembangunan tahun 2016, sejumlah RM5 juta telah diperuntukkan. Pada masa ini, pihak kementerian sedang giat menjalankan proses-proses untuk menyegerakan projek ini. Untuk makluman juga, sehingga kini proses reka bentuk dan penyediaan dokumen tender telah diselesaikan. Proses tender dijangka akan bermula pada bulan September 2016. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kota Kinabalu mengenai Projek Empangan Tawau, Kerajaan Negeri Sabah melalui surat tarikh 15 Disember 2015 telah memanjangkan keputusan kelulusan Jemaah Menteri Negeri Sabah berkaitan dengan ketetapan mengenai dengan mekanisme pembiayaan secara pinjaman bagi projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa 3. Reka bentuk dan pembinaan Empangan Air Tawau, reka bentuk empangan telah siap dan laporan makmal pengurusan nilai atau value management kini dalam tindakan di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Tender dijangka akan dibuka pada akhir Jun 2016 dan pembinaan dijangka akan dapat dimulakan pada akhir 2016. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kos sebanyak RM416 juta bagi pelaksanaan projek Empangan Tawau dan peruntukan bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM4 juta. Yang Berhormat Kangar ada membangkitkan mengenai isu bekalan air di Perlis. Untuk makluman, KeTTHA telah menyediakan satu kertas kerja Pelan Tindakan Penurunan Kadar Air Tidak Berhasil atau NRW National bagi 2016-2017 bertujuan untuk membantu ke arah penurunan secara holistik kadar NRW National yang turut melibatkan pelaksanaan program berkaitan bagi negeri Perlis. Fokus cadangan pelan tindakan ini adalah dengan membantu negeri-negeri ke arah mengurangkan NRW dengan intervensi Kerajaan Persekutuan mengenai program-program yang dikenakan.

Akhir kata, kementerian khususnya bagi Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi tak ada di sini bahawa kementerian akan terus menyokong usaha- usaha untuk menjadikan Langkawi sebagai Pulau Berkarbon Rendah serta usaha-usaha yang dilaksanakan kementerian untuk mencapai visi tersebut. Untuk makluman, pada masa ini kajian kemungkinan pembangunan model pulau rendah karbon untuk Pulau Langkawi sedang berlangsung. Kementerian ini telah melantik syarikat perunding Reka Rancang Sdn. Bhd. untuk menjalankan kajian ini mengenai dana United Nations Development Program (UNDP) dan kajian ini telah pun bermula sejak April 2015 dijangka akan berakhir pada penghujung bulan Mac 2016. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekadar itu ulasan-ulasan saya bagi pihak kementerian. Terima kasih sekali lagi kepada mereka, Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan tanggungjawab KeTTHA. Apa-apa yang tidak sempat dijawab atau diulas, nanti bolehlah berbincang dengan pihak kementerian bila- bila masa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Jabatan Perdana Menteri, saya jemput Yang Berhormat Menteri kawasan Pengerang.

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pengerang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, JPM melibatkan 7 orang Menteri yang akan menjawab. Saya kira memadailah seorang tidak melebihi 40 minit Yang Berhormat ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah serta dalam perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara yang di bawah tanggungjawab Parlimen Malaysia berserta dengan agensi dan hal ehwal di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pilihan raya, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Pejabat Perdana Menteri, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP). Memandangkan terdapat 7 lagi Menteri yang perlu menjawab seperti yang telah diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara lisan seperti yang diarah 40 minit dan seterusnya akan diberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana masa tidak mengizinkan. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Parlimen iaitu Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Tumpat dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Kuala Krai telah mencadangkan agar diberi lebih ruang untuk Ahli Parlimen kedua-dua pihak untuk membawa rang undang-undang apabila transformasi Parlimen berkuat kuasa. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penambahbaikan dan pembaharuan selaras dengan transformasi Parlimen telah dicadangkan melalui pindaan kepada Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar diberi lebih ruang kepada Ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak untuk membawa rang undang- undang ini juga boleh diperhalusi melalui cadangan kepada transformasi Parlimen ini. Kerajaan sentiasa memberikan sokongan dalam memastikan perancangan dan cadangan ke arah penambahbaikan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Yang Berhormat Ipoh Barat telah mencadangkan agar satu jawatankuasa ditimbulkan untuk menghalusi rang undang-undang sebelum dibentangkan ke Dewan sejajar dengan langkah-langkah transformasi Parlimen manakala Yang Berhormat Batu telah mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen Mengenai Keselamatan Negara bagi sebahagian daripada Parliamentary reform.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, penambahbaikan atau pembaharuan Parlimen telah dicadangkan melalui pindaan kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti pindaan kepada pertanyaan Jawapan Lisan, mewujudkan waktu-waktu pertanyaan Menteri, mewujudkan kamar khas dan cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Baru.

Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, pindaan yang dicadangkan tersebut telah diperhalusi dan dipersetujui kecuali cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa pilihan baru yang ditangguhkan bagi maksud menjalankan kajian yang lebih mendalam. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian ke atas cadangan penubuhan jawatankuasa pemilih, maaf, jawatankuasa pilihan oleh Ahli Yang Berhormat dan perkara ini akan diteliti semula dengan lebih terperinci. Untuk maklumat Yang Berhormat, pada 7 April 2016...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian atau bersetuju kepada pandangan saya supaya dalam menghalusi lagi satu commitee yang dicadangkan ditubuhkan, selain daripada tiga yang telah diluluskan, bolehkah Yang Berhormat ambil kira pandangan sebelah sini supaya kita satu pandangan, nombor dua, untuk kedua-dua membuat perbincangan untuk mencari satu jalan untuk mendapat win-win position?

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat juga duduk dalam jawatankuasa yang mana telah kita bincangkan juga semalam, kita telah bincangkan bahawa pada 7 April ini kerajaan akan membentangkan Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat di Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen untuk melaksanakan transformasi Parlimen ini. Saya berharap semua Ahli Parlimen akan memberi sokongan sepenuhnya secara sebulat suara untuk meluluskan penyata ini. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat, sememangnya kerajaan menerima cadangan semua secara positif daripada empat cadangan, tiga telah diterima yang mana satu itu masih belum ditolak 100 peratus tetapi diarahkan oleh Jawatankuasa Kabinet yang telah diwujudkan dalam merujuk kepada reformasi, maaf, transformasi Parlimen ini, Jawatankuasa Kabinet pada 4 Disember 2015 telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membincangkan perkara ini dan salah satu pada cadangan bagi perkara yang keempat itu untuk dibuatkan kajian. Jadi saya berharap, Yang Berhormat perlu sabar dalam perkara ini sebab tak semua negara pun yang mewujudkan jawatankuasa pilihan ini dilihat dalam keadaan yang memerlukan, ia perlu dilihat dalam keadaan negara kita dan kita berpegang kepada sistem Westminster. Dia- lawatan ke Australia itu baru-baru ini, kalau kita tengok di Australia, dia ada joint committee dan kemudian di Australia itu, kedua-dua Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara mereka adalah yang dipilih oleh rakyat. Kita ini di Dewan Negara dilantik oleh parti-parti politik. Jadi Yang Berhormat Kalabakan juga telah mencadangkan supaya diwujudkan Jawatankuasa Parlimen bagi mengkaji dan memantau hal ehwal pembangunan negeri Sabah. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat...

Mohon, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang sebelum disentuh tadi itu, yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang Jawatankuasa Pilihan, Select Committee, dengan izin. Pada fahaman kita, Select Committee atau Jawatankuasa Pilihan ini memang sudah ada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Tinggal lagi keputusan kerajaan sebagai majoriti untuk mewujudkannya sahaja jawatankuasa pilihan tentang pertahanan negara, jawatankuasa pilihan tentang pendidikan, jawatankuasa pilihan dasar luar negara.

Maknanya, peruntukan yang membolehkan diwujudkan Jawatankuasa Pilihan itu memang tersedia ada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat daripada asal lagi. Jadi saya tak berapa faham apa yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi bahawa belum buat keputusan ataupun belum bersedia lagi dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Sebenarnya apa yang saya sebutkan tadi ialah bila yang kita nak bentangkan penyata nanti pada insya-Allah hujung bulan April ini, kita akan bentangkan penyata ini supaya ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini boleh melihat cadangan yang diwujudkan oleh jawatankuasa yang mana dicadangkan antara empat perubahan dalam aspek transformasi Parlimen dan yang disebut perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi tentang elemen tentang jawatankuasa pilihan itu, memang kita ada jawatankuasa yang ada sekarang ini sebagai salah satu daripadanya adalah PAC- Public Accounts Commitee sebagai contoh.

Itu bukan Jawatankuasa Pilihan, itu adalah jawatankuasa tetap yang ada dalam peraturan mesyuarat khusus.

Yang Select Committee yang kita itu yang mana, di mana...

It’s not listed.

Setiap committee yang dipengerusikan. Yang Yang Berhormat Tumpat ini isu yang mana? Yang berkenaan...

Jawatankusa Pilihan- Select Committee...

Select Commitee.

Ya, yang mana dalam amalan kebanyakan negara-negara Demokrasi Berparlimen atau Demokrasi Kongres, contohnya Singapura sekali pun ada beberapa Select Committees tentang isu-isu dasar negara yang dipecahkan kepada dasar luar, pertahanan...

Oh, itu yang disebut. Itu yang sebenarnya Yang Berhormat yang bagi saya, yang saya terangkan tadi yang mana Jawatankuasa Kabinet telah mengarahkan bahawa cadangan-cadangan yang dibuat itu perlu diteliti semula. Itu sebab daripada empat cadangan yang dibuat dalam aspek transformasi itu, kita melihat bahawa tiga diterima, empat sahaja untuk dikaji. Saya menjawab kepada sahabat saya tadi yang mana saya menyatakan bahawa kerajaan tidak menutup. Ia tidak final dan konklusif tetapi menyatakan bahawa kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam untuk dibentangkan di dalam Jawatankuasa Kabinet dan pada 7 April ini pada yang mana telah diterima dan mungkin insya-Allah setelah kajian itu dibuat akan dibawa semula kepada Jawatankuasa Kabinet dan diturunkan kepada jawatankuasa untuk dilihat semula yang mana diwujudkan ataupun tidak diwujudkan kerana perlu diadakan kajian sebab Jawatankuasa Kabinet merasakan bahawa cadangan-cadangan yang telah dicadangkan, yang mana kerajaan melihat yang boleh diterima tetapi dalam aspek ini, contohnya yang perlu dilihat sebagai satu kajian yang sangat-sangat mendalam itu dalam isu keselamatan sebagai contohnya. Sebab keselamatan ini, ada juga negara di luar sana yang berdemokrasi dalam sistem Westminster ataupun sistem Amerika Syarikat. Mereka melihat bahawa sistem keselamatan itu, jawatankuasa keselamatan ini tidak boleh diwujudkan. Saya dimaklumkan kerajaan Parlimen Australia tidak mahu diwujudkan jawatankuasa keselamatan sebab mereka kata, bahawa benda ini disebabkan isu-isu national security. National itu dia tak nak membenarkan ahli-ahli dalam jawatankuasa sama ada dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara mereka untuk terlibat dalam perbincangan keputusan oleh kerajaan yang memimpin. Itu sebabnya bagi saya, banyak juga perlu dilihat secara menyeluruh. Tak semuanya boleh ditolak dan tak semuanya boleh diterima kecuali kajian telah dibuat secara menyeluruh untuk mengkaji pros and cons dalam perkara ini. Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Bagi Yang Berhormat Kalabakan itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan satu jawatankuasa adalah berdasarkan kepada keperluan dan kehendak semasa dan ini memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membincangkan sesuatu isu yang dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dengan lebih teliti.

Namun demikian, sebarang keputusan untuk menubuhkannya memerlukan perancangan yang teliti agar ia dapat berjalan dengan lancar dan juga berkesan. Yang Berhormat Tumpat juga telah mencadangkan supaya bilangan hari-hari Mesyuarat Parlimen ditambah berbanding hanya dengan 50 hari bagi tahun 2016 dan sesi yang dijalankan oleh jawatankuasa-jawatankuasa termasuk PAC dan laporannya harus dibuka kepada media. Yang Berhormat Tumpat juga telah mencadangkan supaya PAC tidak melambat- lambatkan laporan termasuk mengenai 1MDB dan SRC yang sudah lama tertangguh. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan berpendirian bahawa bilangan hari yang diperuntukkan bagi Dewan Rakyat bersidang adalah mencukupi bagi Ahli Dewan Rakyat membincangkan serta membahaskan isu-isu yang berkaitan. Seterusnya berhubung cadangan Ahli Yang Berhormat supaya laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dibuka kepada media, perkara ini telah pun dilaksanakan oleh sekretariat PAC di mana laporan-laporan tersebut telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan juga kepada pihak media dan awam. Laporan PAC ini juga adalah tersedia dan boleh diperoleh melalui laman web rasmi PAC. Namun demikian, hanya laporan PAC yang telah dibentangkan dalam Dewan rakyat akan dimuat naik ke laman web PAC untuk rujukan umum. Untuk tahun 2015, kesemua 10 laporan PAC yang telah dibentang dan dimuat naik. Yang Berhormat Tanjong Karang ingin mengetahui bilangan Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan yang telah membuat tuntutan pakaian nombor satu bersempena majlis pembukaan Parlimen baru-baru ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga 18 Mac 2016, Parlimen Malaysia telah menerima sebanyak 9 permohonan tuntutan balik pakaian istiadat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sempena Majlis Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas pada 7 Mac yang lalu iaitu Barisan Nasional satu orang, pembangkang satu orang dan Senator tujuh orang. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Seputeh dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai telah membangkitkan isu mengenai biasiswa JPA yang meliputi perkara seperti penangguhan, penghantaran para pelajar tajaan JPA ke luar negara dan penukaran biasiswa tersebut kepada pinjaman.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa JPA sebagaimana yang didakwa oleh pelbagai pihak. Malahan atas keprihatinan kerajaan, penajaan kepada 744 orang pelajar lepasan Bursary diteruskan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi di dalam negara seperti yang diumumkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016. Kerajaan juga masih meneruskan penajaan kepada seramai 49,060 orang pelajar tertangguh yang terdiri daripada 41,324 pelajar di dalam negara dan 7,736 pelajar di luar negara. Kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai program tajaan JPA secara menyeluruh dalam masa yang terdekat. Yang Berhormat Gelang Patah telah membangkitkan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya minta penjelasan.

Maaf.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Bagi 744 orang pelajar SPM yang dapat keputusan cemerlang itu sebenarnya mereka sudah dapat surat janji daripada pihak kerajaan. Ini yang mana kalau mereka dapat tawaran daripada universiti yang terkenal di luar negara, kerajaan akan beri biasiswa kepada mereka. Saya rasa kalau kerajaan sudah pun janji pada mereka haruslah tunaikan janjilah. Jangan selalu katakan janji tidak ditepati, janji sebagai satu joke bagi orang ramai. Saya rasa ini satu. Kedua ialah, tiba-tiba JPA buat satu pengumuman dalam laman webnya yang kata kalau mereka habis belajar di universiti awam tempatan, mereka mesti jadi pegawai kerajaan. Kalau tidak jadi pegawai kerajaan, kena bayar balik semua biasiswa itu. Semua ini saya rasa ini pengumuman yang agak mengelirukan dan kenapa ini dibuat. Juga ia berkata kalau pelajar dapat biasiswa pergi kerja dengan GLC, kena bayar balik 50 peratus. Semua ini new law, new rules dan saya rasa ini semua adalah sangat mengelirukan. Saya hendak tanya kenapakah ini berlaku? Kalau yang 774 orang pelajar dapat biasiswa dijanjikan biasiswa ini bolehkah ia dijadikan bayar the last batch yang mana kerajaan akan hantar mereka belajar ke luar negara kerana pendidikan ini adalah sangat penting. Biar mereka semua balik selepas belajar dan berkhidmat dengan kerajaan because they are the best brain. Saya rasa yang investment pelaburan seperti ini adalah bagus untuk masa depan negara kita dan juga untuk perkhidmatan awam kita yang akan datang.

Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Seputeh. Apa Yang Berhormat sebut itu memang betullah sebab mereka ini boleh dikategorikan dalam best brain yang mana kita tengok keputusan mereka adalah dalam kategori 9A ke atas. Itu sebabnya yang jawapan saya beri tadi belah bawah itu mengatakan bahawa kerajaan memberi komitmen tetapi pertukarannya adalah belajar di dalam negara sama ada IPTA ataupun IPTS. Akan tetapi dalam isu mereka yang masih mahu belajar di luar negara saya menyebut tadi bahawa kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai program tajaan JPA. Ini sebab perkara ini banyak juga pandangan bukan sahaja daripada Ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tetapi juga di pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat di sini banyak juga mengatakan bahawa mereka juga mempunyai pandangan yang lebih kurang sama dalam perkara ini. Akan tetapi saya ingin mengatakan kalau kita tengok agensi kerajaan saya sebut tadi JPA yang mana jumlah yang saya sebut yang dikekalkan juga yang saya sebut tadi iaitu 49,060 orang. Akan tetapi pada tahun 2015 Tuan Yang di-Pertua sebagai contoh kerajaan telah membelanjakan menyeluruh melalui agensi RM10.28 bilion dalam penajaan pelajar- pelajar. Kita tengok di kategori agensi sebagai PTPTN, MARA, JPA, KPT, KPM. Maknanya menyeluruh katakan kalau kita tengok aspirasi kerajaan untuk meneruskan penajaan ini bukan sahaja berlaku dalam tanggungjawab JPA tetapi juga dalam agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Kalau kita lihat soalan yang kedua yang disebut oleh sahabat saya tentang perlu membayar balik ataupun bekerja dengan kerajaan dan sebagainya. Saya tengok ini adalah soalan baru, saya boleh memberi jawapan secara bertulis tentang perkara ini. Akan tetapi kalau saya jawab di aspek common sense, dari segi common sense tetapi mungkin jawapan rasmi daripada JPA ialah mungkin dalam kita tengok cabaran ekonomi dunia kalau kita banding dengan negara lain. Pengajian sekarang ini disebabkan oleh nilai wang ringgit mata wang Malaysia dan juga- contohnya kalau kita tengok di Amerika Syarikat dan di United Kingdom pada tahun 2013, jumlah penajaan RM42.426.31 di Amerika Syarikat pada tahun 2015 naik kepada RM51.268 naik 17 peratus dari segi jumlah ringgit Malaysia. United Kingdom RM65.268.38 pada tahun 2013 naik kepada RM77.749.75 naik kepada 9 peratus. Saya balik kepada Yang Berhormat Pasir Gudang- ada membangkitkan cadangan CUEPACS yang menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun ke 62 tahun.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat sedikit. Tadi Yang Berhormat sebut nama saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Seremban di mana jumlah peruntukan untuk biasiswa JPA bukan sahaja tidak dikurangkan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Jumlah peruntukan adalah RM1.65 bilion dan dalam bajet pengubahsuaian yang diumumkan pada 28 Januari jumlah peruntukan untuk biasiswa JPA telah dipertingkatkan sebanyak 10 peratus iaitu RM160 juta. Maka secara logiknya peruntukan bertambah, jumlah peruntukan telah ditambahkan. Akan tetapi mengapa kini jumlah penerima biasiswa itu terpaksa menundakan ataupun menangguhkan program mereka, tidak dapat melanjutkan pelajaran kepada universiti ternama di dunia yang telah sudi menerima mereka. Saya rasa untuk memastikan negara kita tidak kehilangan best brain, adalah patutnya mereka adalah berhak untuk mendapat yang terbaik supaya- JPA boleh mengeluarkan syarat-syarat supaya mereka balik berkhidmat untuk negara kita. Maka akhirnya yang akan menerima manfaat adalah tanah air kita yang tercinta ini. Saya mohon pencerahan dan penjelasan mengapa peruntukan tambah tetapi mereka kini tidak menerima sewajarnya mengikut peruntukan yang ditambah. Sekian. Terima kasih

Saya rasa sahabat saya dari Taiping. Sebenarnya saya cuba terangkan tentang jawapan. Pertama sekali bahawa bila kita bercakap tentang pelajar 744 lepasan Bursary yang kita menyatakan, kerajaan menyatakan bahawa mereka masih kekal memulakan mereka di peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi. Ini yang mana disebut oleh kerajaan di mana dalam Bajet 2016 pada 28 Januari 2016 yang mana disebut oleh Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat menyebut tentang pelajar 744 Bursary ini? Saya mengatakan dalam jawapan saya bahawa kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai program tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat. Setakat ini yang jawapan kita pada hari ini 744 pelajar lepasan Bursary laksanakan tetapi pengajian di dalam negara. Ini yang mana jumlah penerusan penajaan kepada pelajar adalah sebanyak 49,060 pelajar tertangguh yang terdiri daripada 41,324 pelajar di dalam negara dan 7,736 pelajar di luar negara. Maknanya jumlah pelajar 49,060 ini memang berterusan tidak adanya pembatalan luar negara dan dalam negara. Akan tetapi kalau tentang 744 pelajar lepasan Bursary itulah jawapan setakat ini tetapi saya qualify jawapan saya dengan izin. Mengatakan kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai program tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat. Itu sahaja kemampuan yang saya boleh jawab. Sahabat saya daripada Yang Berhormat Pasir Gudang membawa isu berkenaan dengan CUEPACS menaikkan umur cadangan daripada 60 tahun ke 62 tahun dan meminta kerajaan menolak cadangan CUEPACS. Yang Berhormat Pasir Gudang juga telah mencadangkan umur persaraan dikaji semula ke 55 tahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan kenaikan umur wajib bersara untuk anggota perkhidmatan awam akan membawa implikasi kewangan yang serius kepada kerajaan. Secara khususnya ia akan menambah tanggungan kerajaan untuk membayar pencen bulanan yang akan bertambah dengan peningkatan tempoh perkhidmatan. Yang Berhormat Bukit Gantang menuntut supaya penyertaan OKU dalam perkhidmatan mereka dalam GLC dan perkhidmatan awam ditingkatkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memberi perhatian supaya penglibatan orang kurang upaya dalam perkhidmatan awam ditambah, ditingkatkan dengan menyediakan peluang untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Penyertaan OKU dalam perkhidmatan awam digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3, Tahun 2008, dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16, Tahun 2010, mengenai pelaksanaan dasar 1 peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Ketua-ketua jabatan memberikan kerjasama bagi memastikan dasar 1 peratus peluang pekerjaan di perkhidmatan awam kepada OKU tercapai. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan-kekangan yang menyebabkan ketua-ketua jabatan tidak dapat mengambil OKU berkhidmat disebabkan ketidaksuaian dalam jenis perkhidmatan, skop tugas dan infrastruktur prasarana yang sesuai. Sehingga tahun 2015, pengurusan terkini dalam perkhidmatan awam adalah sebanyak 3,655 orang. Yang Berhormat Kuala Langat telah mencadangkan agar penjawat-penjawat awam berstatus kontrak diserapkan ke dalam perkhidmatan tetap dengan segera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Bajet 2016 telah memutuskan bahawa pegawai lantikan secara kontrak berkhidmat untuk servis yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016.

Ini tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Panduan pelaksanaan keputusan ini akan dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada pihak berkuasa melantik oleh Ketua Jabatan. Yang Berhormat Sepanggar ingin mengetahui...

Menteri, minta pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Langat bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, saya dimaklumkan bahawa ada surat pekeliling yang dimaklumkan kepada jabatan-jabatan untuk menamatkan perkhidmatan mereka yang digelar sebagai Contract of Service walaupun dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengatakan dengan jelas bahawa mereka yang bekerja selepas 15 tahun ini akan di permanent kan sebagai pekerja tetap dan saya berterima kasih ke atas itu. Namun, dalam masa yang sama, saya juga ada menyarankan atau mengesyorkan di atas perbincangan saya dengan sahabat-sahabat saya di CUEPACS, kalau boleh mereka yang bekerja yang diperlukan jawatan itu seperti mana yang mereka itu berterusan kerja selama enam, tujuh tahun, saya kira mereka juga boleh dikecualikan daripada 15 tahun dan diserapkan kepada jawatan tetap sebab keperluan itu saya lihat keperluan yang diperlukan. Kalau tidak, mana mungkin mereka bekerja enam, tujuh tahun. Jadi, bolehkah Menteri pertimbangkan bagi jawatan-jawatan tertentu yang memerlukan sifat profesionalisme yang mereka ada, yang mereka dokong ini, diberikan peluang mereka juga menikmati sebagai pekerja tetap? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Sahabat saya, saya ucap terima kasih kepada cadangan yang diberi tetapi saya hanya Menteri yang menjawab. Saya tidak boleh membuat keputusan dari segi dasar tetapi saya akan memberi jawapan bertulis kepada cadangan dan soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat sahabat saya. Yang Berhormat Sepanggar dan juga Yang Berhormat Sekijang, saya akan beri jawapan secara bertulis. Saya sekarang akan pergi kepada SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu berkaitan dengan SPR iaitu Yang Berhormat Sibu dan juga Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Sibu telah bertanyakan soalan tentang apakah usaha- usaha untuk menambah baik urusan pilihan raya ke atas pengurusan pilihan raya yang bersih, adil dan tiada politik wang. Manakala Yang Berhormat Pasir Mas telah menyeru agar kerajaan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi sistem pilihan raya agar lebih adil dan berintegriti dalam negara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada dasarnya, kerajaan berpuas hati dengan keupayaan SPR dalam pengendalian pilihan raya- PRU Ke-13 yang lalu dan beberapa siri pilihan raya kecil selepas daripada PRU Ke-13. Ia jelas mempamerkan setiap pelaksanaan dasar serta tindakan yang telah dilaksanakan oleh SPR sepanjang pengendalian pilihan-pilihan raya berkenaan adalah bebas, adil dan juga lagi bersih. Bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan secara berintegriti, pelbagai langkah telah diambil oleh SPR di samping mewujudkan dasar perundangan yang berwibawa. Justeru, bagi menjamin matlamat tersebut tercapai, SPR sentiasa memastikan pelaksanaan pilihan raya mengikut ketetapan undang-undang dan peraturan yang sedang dikuatkuasakan pada waktu itu. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan khusus untuk melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan pilihan raya, pendaftaran pemilih dan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

Sistem dan kaedah pilihan raya kini masih relevan dan perlu diteruskan. Pun begitu, ia tidak bermakna SPR tidak bersedia melakukan anjakan paradigma dan transformasi untuk melakukan usaha pengupayaan dan penambahbaikan di dalam pengurusan dan operasinya bagi memastikan tiga fungsi utama SPR dilaksanakan dengan lebih tulus, berintegriti dan efektif demi menjamin demokrasi terus hidup subur dalam negara kita. Walau bagaimanapun, sebarang usaha tersebut sudah tentu mesti berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan lunas sistem demokrasi negara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) iaitu Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui mengapa peruntukan kepada negeri Kelantan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, bukannya melalui kerajaan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan khas yang dikendalikan oleh ICU JPM bagi pelaksanaan projek-projek kecil adalah disalurkan melalui wakil ICU JPM di peringkat negeri yang merupakan agensi Kerajaan Persekutuan. Mengambil kira bahawa peruntukan tersebut disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, oleh itu, sewajarnya pelaksanaan projek-projek kecil tersebut diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri Kelantan yang juga merupakan Agensi Pembangunan Persekutuan sama seperti pelaksanaan di negeri-negeri lain. Bagi program projek di bawah Rancangan Malaysia Kelima pula, sebahagian...

Sedikit, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan. Baru-baru ini kerajaan telah memberi sumbangan wang ihsan kepada negeri Kelantan dengan bayaran 50 peratus melalui Majlis Agama Islam dan 50 peratus melalui JPP. Adakah perkara ini juga, pembayaran wang ihsan sama ada ke Terengganu ataupun royalti kepada Sabah dan Sarawak diberi kepada JPP juga? Kenapa di Kelantan diberi kepada JPP, tidak kepada kerajaan negeri? Sebab, ini adalah untuk kepentingan rakyat. Jadi seeloknya perkara ini direct kepada kerajaan negeri sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Ini perkara baru, jadi jawapan kepada soalan ini akan diberi secara bertulis. Yang Berhormat Tumpat telah mencadangkan agar peruntukan kepada Ahli Parlimen ditambah dan diberi secara adil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri disediakan untuk semua kawasan Parlimen di seluruh negara pada kadar yang telah ditetapkan untuk setiap kawasan mengikut keperluan tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan. Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan projek-projek kecil dan pelbagai program khusus untuk kemudahan dan manfaat penduduk di kawasan Parlimen yang berkenaan. Pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menyemak semula kadar peruntukan kawasan Parlimen tersebut. Namun, pelaksanaan pelbagai projek dan program turut dibiayai menerusi peruntukan yang disediakan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun dan pelbagai peruntukan lain yang disalurkan melalui agensi Kerajaan Pusat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semua Ahli Parlimen juga boleh memohon peruntukan tersebut untuk melaksanakan program dan projek di kawasan mereka. Permohonan tersebut boleh dikemukakan kepada Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan dan akan ditimbangkan berdasarkan peraturan-peraturan semasa berkuat kuasa. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu berkenaan dengan Pejabat Perdana Menteri. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Bukit Katil yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan dana politik RM2.6 bilion serta SRC Sdn. Bhd.

Untuk makluman Yang Berhormat, isu-isu ini tidak dapat dijawab dalam masa ini selaras...

Come on, don’t make joke, please.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, point of order.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya telah pun bangkitkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ayat belum habis lagi, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta maaf. Yang Berhormat Pengerang, are you finished or do you want to just finish that line? Saya minta maaf.

You want me to finish everything and debate on this issue or you want me to...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, I think you should finish first.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, thank you.

Ini tidak dapat dijawab pada masa ini kerana selaras dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) dan perkara ini dalam pertimbangan mahkamah. Sub judice! Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Majlis Permuafakatan Nasional, Jawatankuasa Terpilih Parlimen dan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi, Truth and Reconciliation untuk mencari kebenaran ke atas isu-isu seperti 1MDB dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meningkatkan integriti dan mengukuhkan sistem keagamaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan majlis atau jawatankuasa seperti yang dinyatakan tersebut. Dalam hal ini, kita telah pun mempunyai institusi atau entiti-entiti sedia ada seperti JPNIN, SPR, SPRM dan lain-lain yang mengurus dan melaksanakan peranan-peranan seperti yang dinyatakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Point of order. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2). Boleh saya minta kebenaran untuk baca, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih. P.M.36(2) reads as follow, “Reference shall not be made to any matter which is sub judice in such a way as might in the opinion of the Chair prejudice the interests of parties thereto”.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapatan bahawa aturan ini cukup jelas dua perkara yang timbul satu bahawasanya ia ialah tugas Tuan Yang di-Pertua untuk membuat keputusan sama ada ataupun tidak satu soalan boleh ditanya di atas alasan sub judice itu pertama. Keduanya terdapat keadaan-keadaan yang khusus yang dirujuk di bawah seksyen atau pun aturan 36(2) di mana menyatakan, even if this is a case Tuan Yang di-Pertua, they must be prejudice to the interests of parties. So, ia bukan satu keadaan yang blanket provision dengan izin even if this a case if it can be shown, it does not prejudice the interests of parties, although does not apply, so can I have a ruling, Tuan Yang di-Pertua, dua perkara. Satu, bolehkah Yang Berhormat Menteri membuat satu keputusan berkenaan satu perkara yang jelas dalam bidang kuasa Tuan Yang di-Pertua. Keduanya, sekiranya tidak, berkenaan dengan sama ada ataupun tidak Menteri perlu jawab kerana belum lagi diberi jawapan tersebut ataupun belum lagi diberikan sebarang asas untuk ia ditolak di bawah all the 36(2) rules. I don’t have to reiterate the important of the issues at head.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya rasa ini bukan sahaja satu soalan yang dibangkitkan oleh kita sebagai Ahli Parlimen. Ini perkara cukup penting semua rakyat Malaysia hendak tahu. Akan tetapi, kita di sini dalam perbahasan kita telah membangkitkan. So, saya rasa ini ialah satu peluang yang terpaling baik untuk kerajaan memberi jawapan di dalam Dewan yang mulia ini supaya ia dirakamkan dalam Hansard dan juga supaya semua rakyat Malaysia dapat mendengar apa yang menjadi asas ataupun jawapan-jawapan tersebut. Terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat. Bila orang hendak point order, the Tuan Yang di-Pertua will address the point order first. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Dua isu yang dibangkitkan sama ada Menteri boleh buat keputusan kah tidak, sesuatu perkara itu sub judice ataupun tidak dan satu lagi jika tidak, sama ada Menteri boleh buat pengumuman. That’s it, two issues.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Maaf, Tuan Yang di-Pertua, can I say this with regard and with due respect, saya minta maaf. Kemungkinan Ahli-ahli yang lain juga akan membawa isu yang sama. Sebelum satu keputusan dibuat, maybe Tuan Yang di-Pertua may want to just hear them first, I just leave it to Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, but the point is standing order bila ada orang standing order, the Tuan Yang di-Pertua would address the standing order.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya setuju, saya setuju tapi before decision made that issues perhaps because I’m informed, I want to declare I’m informed that they want to speak earlier but I leave it to Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya dimaklumkan yang Tuan Yang di-Pertua, akan membuat ruling on this matter pada hari Isnin ini, untuk merujuk perkara-perkara yang dibangkitkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Puchong. You’re out of order.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, saya hendak tanya soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

You on point of order tetapi Yang Berhormat out of order.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta soalan, pencerahan daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ayat saya belum habis Yang Berhormat, okey. Saya dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua sebelum masuk tadi bahawa Tuan Yang di-Pertua akan membuat ruling on this matter pada hari Isnin seperti yang dijanjikan pada Yang Berhormat Puchong. Saya juga meminta panduan sama ada membenarkan Yang Berhormat Pengerang untuk menjawab seperti yang dikehendaki dan Tuan Yang di-Pertua memberi tahu kepada saya bahawa beliau ingin memaklumkan agar perkara ini tidak dijawab sehingga keputusan yang dibuat pada hari Isnin nanti.

Tuan Yang di-Pertua, minta izin.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta izin kalau boleh. Tuan Yang di-Pertua, sebab saya minta satu ruling adalah kerana jawapan itu perlu diberikan dalam Dewan ini sekarang dan apabila jawapan itu diberikan, kita ada hak untuk tanya soalan. Itu adalah sebab atas mana ianya perlu dibuat sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya tahu keadaannya sedikit tidak selari kerana keputusan Tuan Yang di-Pertua akan dibuat hanya pada hari Isnin dan Menteri ketika ini sedang menjawab. Walau bagaimanapun, kerana keadaan yang sedemikian, saya kira jika diputuskan kelak bahawa Tuan Yang di-Pertua akan membenarkan, Menteri boleh menjawab secara bertulis.

There’s a debate.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Jika tidak dibenarkan Tuan Yang di-Pertua mengambil keputusan bahawa perkara itu sub judice, maka keputusan pada hari ini adalah tepat Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, can I...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya- sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Peraturan 36(2) itu we agreed to respect ianya terpakai apabila kita berbahas. Apabila ada peluang untuk tanya soalan dan apabila ia dibuat secara terbuka dalam Dewan yang mulia ini. So, we cannot have a situation where we don’t want to make decision now- decision will made that time, I understand but then again it possess a serious problem because apa yang perlu adalah untuk kita dengar jawapan dalam Dewan ini dan kita diberi peluang supaya kita tanya soalan dan opportunity is lost Tuan Yang di-Pertua then I think the entire impact and effect of us as MPs in Parliament is lost. So, saya minta Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan sekarang berkenan dengan isu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okey, saya dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi bahawa terdapat satu kes baru yang Yang Berhormat Menteri yang telah difailkan atas perkara yang sama. Selain daripada kes daripada Bar Council tetapi terdapat juga kes yang difailkan semalam. Can you brief me on that, please?

Tuan Yang di-Pertua, kes Bar Council adalah application for leave, judicial review.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okey, dia ada kes.

Dia lapan statuary right, dua mandamus, satu declaration, objective motion dengan affidavit and support. Ini berlaku sebelum 16 Mac yang mana kita memberi jawapan bahawa we have been advised by the AG Chambers that all answers as that date would be subjudice. Itu sebab kita memberi jawapan tersebut jawapan bertulis kepada soalan yang ditimbulkan. Kemudian dan semalam writ summons daripada tiga orang, saya pun tidak tahu hendak cakap orang macam mana menyaman Perdana Menteri dalam thought of ‘misreason’ di mana fakta kalau kita kaji dari segi afidavit tersebut dan juga writ summons itu dan kita tengok semula kepada soalan-soalan yang ditimbulkan secara lisan dan juga bertulis oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bukit Katil semuanya boleh dilihat dari segi fakta yang sama. Jadi sebenarnya bagi pihak kerajaan, kalau adanya kes mahkamah sama ada OM ataupun writ summons dan kita hendak jawab. Itu sebabnya saya hendak tanya sahabat Yang Berhormat Puchong sebagai sahabat saya yang saya yakin memang ahli Bar Council, nasihat Bar Council withdraw the matter dan kita jawab dalam Dewanlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak Yang Berhormat sudah lah yang lain. Dua kes sekarang ini dan kes dari Bar Council dan kes daripada tiga individu yang menyaman Perdana Menteri terhadap perkara yang sama. Saya Yang Berhormat Puchong, saya berpendapat bahawa 36(2) terpakai dalam perkara ini Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita tidak tahu apakah yang akan dihalang, the interests of parties, we don’t know that Sir.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rujuk balik apa yang satu ruling pada 28 Oktober 1980 oleh Tuan Yang di-Pertua masa itu Tan Sri Syed Nasir yang mengatakan ada kes petroleum versus Lim Kit Siang masa itu dan itu pun pada masa itu dikatakan sebagai sub judice. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, pada masa itu ruling kata walaupun dia kata sub judice tetapi Dewan ini yang berkuasa dan dia rasa national interest come first as long as dia tidak affect the ruling the interest of parties, maka boleh dibincangkan dalam Dewan masa itu. Jadi kita minta fakta daripada soalan yang kita masukkan ada fakta. Kita minta fakta sahaja bukan satu yang akan affect seperti the interests of parties.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak, sebab itu Yang Berhormat diberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menentukan sama ada satu perkara itu sub judice kah tidak dan tentu garis pemisah yang tidak jelas untuk menentukan sama ada sub judice kah tidak dan lantaran peraturan mesyuarat memberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua to be on the safe side Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, tapi...

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ini sebab Tuan Yang di-Pertua boleh membuat ruling sama ada sub judice atau pun boleh membuat ruling sama ada tidak sub judice.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya but depend on the fact either...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sebab itu saya katakan dalam isu ini, terdapat dua suit yang dikemukakan di mahkamah pada ketika ini. Itu yang membuat kita untuk menentukan bahawa to be on the safe side, Tuan Yang di-Pertua, I mean saya akan- saya letakkan dalam sub judice yes.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, do know what the content suit are. Let me ask you simple question, Tuan Yang di-Pertua have you seen the matters. Tuan Yang di-Pertua, have you seen the papers.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

If you haven’t seen the papers, how can you decide there is sub judice? Itu yang saya bangkitkan. Bagaimana kita boleh buat keputusan ia sub judice apabila kita tidak lihat kepada kertas klausa?

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

We don’t even know what the case is about, but Tuan Yang di-Pertua has made the decision. Bagaimana boleh? Ini Peraturan Mesyuarat 36(2) cukup jelas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, I know. But the Speaker didn’t see, you have seen it.

Come onlah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

But then now- correct. What are the areas? What are the areas? Kita tidak boleh datang. Tuan Yang di-Pertua, where is Azmi Sharom case. Azmi Sharom…

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

What is the perimeter? Tuan Yang di-Pertua, what is the perimeter of the matter?...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, you have made – this House has made…

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Penal Court pending. Ada Kes di Mahkamah Persekutuan and yet Tuan Yang di-Pertua, we carry on.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

This is the problem. Parlimen, Parlimen kena beri jawapan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu tidak ada kena mengena, tidak ada kena mengena.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...On 36(2) rule. Tuan Yang di-Pertua, you must make a ruling. You must make a ruling.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It is very clear, government tidak mahu jawab. They don’t respect...

...Sub judice. Come onlah... [Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You are the Bar Council yourself. My position now Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, all right...

[Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua must make a ruling.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Ask them to charge Prime Minister.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Lihat kerajaan sekarang Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Menteri...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

How I am sub judice Sir. You can’t just come here and say sub judice and completely ignore the issue…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri...

[Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

How is it sub judice? You tell me, bagaimana ia sub judice? Hal ini conflict of interest of anyone.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Running away, running away. Hiding, hiding.

Tuan Yang di-Pertua.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengelak, mengelak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Puchong... [Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Oleh sebab itu...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Fakta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri. Duduk Yang Berhormat, duduk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini perkara yang amat penting. We need ruling...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Oleh sebab itu Yang Berhormat, tengok sahaja keadaan sekarang. Lihat keadaan sekarang ini, ia tidak boleh tentukan. Ada pihak katakan sub judice, ada pihak katakan tidak sub judice. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua tentukan. Oleh sebab itu peraturan mesyuarat kata, Tuan Yang di- Pertua tentukan.

Tuan Yang di-Pertua, exactly.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua doesn’t have a paper. I can see from here. You don’t have a paper with you, how come you decide?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Macam mana kita boleh buat?

Tuan Yang di-Pertua, the fact that...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, saya telah merujuk dengan Tuan Yang di-Pertua tadi sebelum masuk. Untuk mengatakan, untuk membuat ruling bahawa perkara ini ditetapkan dalam sub judice Yang Berhormat.

Akan tetapi soalan-soalan kita telah ditolak sebelum Tuan Yang di-Pertua buat keputusan. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Itu hari Isnin, sekarang belum hari Isnin. Boleh jawab Yang Berhormat Menteri. Mesti jawab sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Submission by the Speaker. That would be the submission by the Speaker...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Make the ruling now.

Sepatutnya hari ini buat keputusan, bukannya buat hari Isnin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Tidak apalah. That...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, this is Parliament. This is not a joke...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mahkamah pun buat macam itu. Buat keputusan, kemudian written submission Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You don’t even think about us?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Selepas hari ini kalau tidak jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Baiklah Yang Berhormat, saya sudah katakan bahawa saya setuju Peraturan Mesyuarat 36(2) terpakai dalam kes ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Azmi Sharom case Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes Azmi Sharom...

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Azmi Sharom case.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

The same Chair- we carry on Sedition Act while he was in court whether or not it is constitutional. Itu okey. When it comes to them, okay. When it comes to us, tidak boleh.

Pelik, peliklah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Double standards. I don’t want that to be.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kalau Tuan Yang di-Pertua kata okey tidak sub judice, bila dia akan jawab? Tidak kuorum lagi.

Macam mana hari Isnin, kita debat hari ini? Tidak masuk akal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, saya check Yang Berhormat. Okey keputusan saya, saya setuju bahawa perkara 36(2) terpakai dalam kes ini Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

How do you do that? You were to look at that statement of him.

Tuan Yang di-Pertua, come onlah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Macam mana kalau tidak tahu apa kes itu, kenapa buat judge under 36(2)?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, sudah habis Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, be fair. This is a matter point of order. This is what happen. That is why last time we created a scene because this is how Speaker treat us...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kita minta supaya satu ruling dibuat, uphold the standing order.

Parlimen sudah macam apa, tidak ada kelaslah...

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Penjelasan, penjelasan akan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua pada hari Isnin ini.

Pandangan dan cadangan yang dikemukakan dan mana-mana kenyataan yang tidak sempat saya betulkan, akan saya jawab secara bertulis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Dewan riuh]

Jawablah. Apalah. Jawab satu persatulah. Penakut. Jawablah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

How do you carry on the case…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Menteri kawasan Jerai.

Yang Berhormat Menteri, soalan saya mengenai...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Shameful, shameful. It is happened all the time in this Parliament. Shame, complete shame.

Mengapa tidak hendak jawab? Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

What’s the point? What’s the point?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Kita minta...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tuan Yang di-Pertua akan membuat penjelasan pada hari Isnin ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Buat penjelasan pada hari Isnin untuk apa? It is doesn’t make sense...

[Dewan riuh]

Teruklah!

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia...

[Dewan riuh]

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya telah meneliti semua isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri mengambil pandangan, teguran dan juga cadangan serta pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat duduklah.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya isu berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Yang Berhormat Marang dan juga Yang Berhormat Gerik membangkitkan isu meningkatkan dan memperkasakan Mahkamah Syariah. Kerajaan amat menghargai keprihatinan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Sebagaimana penjelasan saya beberapa kali di Dewan ini, sesungguhnya kerajaan bersama kerajaan negeri, sedang giat berusaha bagi memastikan Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan melalui cadangan untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah,

Peguam Negara, takkan itu pun tidak boleh jawab? Nilai yang RM2.6 bilion kes di mahkamah kena-mengena dengan Yang Amat Berhormat Pekan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Menaikkan taraf sistem- sistem syariah dan akan menyemak semula rujukan hakim-hakim Mahkamah Syariah. Mengenai cadangan untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah, kerajaan bercadang untuk mewujudkan lima peringkat Mahkamah Syariah di negara ini iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

You want me make a ruling…

Pada masa ini, kerajaan masih menjalankan rundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi mendapatkan pertimbangan memandangkan perkara-perkara yang berkaitan adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Jadual 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Apa punya Parlimen ini? Shame, shame, shame!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Shame, shame, shame.

Berhubung saranan Yang Berhormat Temerloh supaya meningkatkan bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah, dimaklumkan kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta355] yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan Ahli-ahli Jemaah di bawah Akta 355 keseluruhan dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan...

[Dewan riuh]

Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk menghormati...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya sudah buat ruling Yang Berhormat.

Undang-undang Islam sedia ada, termasuklah hukuman...

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ini keputusan Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat. Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Mengharmonikan undang- undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid syariah....

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan supaya diambil tindakan segera kepada pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tindakan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah adalah merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan berdasarkan undang-undang. Sebagai contoh, di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1957 [Akta 559] telah ditentukan di bawah seksyen 10(11), mengingkari perintah mahkamah. “Mana-mana orang yang didapati mempertikai...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Teruskan, teruskan Yang Berhormat.

“...Mempersenda atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda dan tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”. Sehubungan itu, sekiranya mana-mana pihak yang melakukan perbuatan mempertikaikan keputusan ataupun hinaan mahkamah telah dilakukan di hadapan Hakim mahkamah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Seseorang Hakim boleh mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak-pihak yang melakukan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

Perbuatan tersebut. Mana- mana pihak yang melakukan perbuatan tersebut di luar mahkamah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya sudah jelaskan Yang Berhormat.

Tindakan boleh diambil melalui tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang...

[Dewan riuh]

Dalam hal ini, Jabatan Kehakiman Syariah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya sudah jelaskan, Yang Berhormat. Yang Berhormat dengar, sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar Yang Berhormat Menteri.

I want the ruling on this firm, please.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I have made my ruling.

Nobody haven’t looked at the paper, how do you know if it is not?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

You see, you see. You are disputing my ruling.

Yes, I am...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya katakan sekali lagi, Yang Berhormat. Stop. Saya katakan bahawa Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia buat keputusan untuk disampaikan bahawa perkara itu selari dengan 36(2). Dengar. Dengar. Penjelasan- Stop! Penjelasan detail secara terperinci akan dibuat pada hari Isnin. That’s it. That is the decision of the Speaker. Ya...

[Dewan riuh]

You don’t even know how the...

[Dewan riuh]

Dalam hal ini, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengambil langkah dengan mengeluarkan Arahan Amalan No. 13 Tahun 2004 mengenai penghinaan di luar mahkamah bagi menjelaskan prosedur dan carta aliran kerja bagi kes-kes penghinaan mahkamah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

...Meja Speaker...

[Dewan riuh]

...Amat jelas bahawa pihak- pihak tidak boleh sewenang-wenangnya mempersenda, mempertikai atau menghina keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Syarie bagi menjaga kredibiliti dan keperluan Mahkamah Syariah. Berhubung saranan Yang Berhormat Gerik, supaya kes perkahwinan dan penceraian dipercepatkan, dimaklumkan JKSM dan Mahkamah Syariah di negeri-negeri sentiasa melaksanakan usaha untuk mempertingkatkan serta mempercepatkan kes penceraian, perkahwinan dan penceraian di Mahkamah Syariah bagi mengelakkan dari berlaku kes tertunggak. Antara langkah-langkah tersebut ialah melaksanakan kes-kes penceraian melalui persetujuan bersama atau pun... oleh Jabatan...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya sampaikan keputusan Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia sahaja. Keputusan dia adalah selari bahawa perkara itu tertakluk 36(2). You stop first. Listen. Listen! This is the problem with you, you don’t listen, you don’t want to accept the decision by the Chair...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I checked with him, I checked with him. He made the written submission on Monday. Because you raised the matter before the third Speaker. He asked me to convey the decision. Ha, there.

The rule said that the Chair must decide. Not the Speaker who is in the room.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, teruskan. You see, this is the problem, you don’t accept the decision...

[Dewan riuh]

Pertama, melaksanakan penyelesaian kes-kes melalui persetujuan bersama atau fast track oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dalam tempoh enam jam bermula daripada kes didaftarkan hingga memperoleh perintah. Bermula dari program ini dilancarkan bulan Jun 2015 hingga Februari 2016, sebanyak 1,550 kes perceraian telah diselesaikan dalam tempoh masa enam jam sahaja. Kedua, program yang hampir sama turut dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang iaitu sistem E-Siap atau pun E-Syariah Instant Access Procedure bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes persetujuan bersama dalam tempoh masa satu hari iaitu bermula dari proses penyediaan dokumentasi tuntutan untuk didaftarkan di Mahkamah... sehingga perintah-perintah pengeluaran mahkamah. Demikian juga usaha yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang memperkenalkan program Sifar Kes Tertunggak (SIKET). Program tersebut dilaksanakan bermula 1 Mac...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, point of order. Wait Yang Berhormat. Point of order. The rest duduk.

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Mic mana, Datuk Seri, mic... How can it be?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak payah menjerit Yang Berhormat, ya...

[Dewan riuh]

Eh, diamlah BN.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan 36(2) jelas yang- Shut up for a while all of you...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Mengetuk tukul]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Pest. BN full of pest...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, 36(2) is very clear the Chair, the Chair must decide, ya, not Tan Sri Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

But, you listen to me, okay. This matter, you brought to me before the Speaker.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Correct.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Before this.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yes.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

And the Speaker says he will make decision.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Correct.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okay. Sit down first. Speaker said, he will make the decision. It happened during my time, so I checked with him, ‘so what’s your decision on this?’ I told the House that I concur with 36(2). Sub judice. I will make the explanation on Monday.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No, no, no.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I don’t make the decision.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You have to make the decision for that because you are the....

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I know. But it was brought up before the Speaker.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No. Now..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

You brought up before the Speaker.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Correct.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Exactly. You brought up before the Speaker. Speaker’s supposed to make the decision.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

The standing order says that the Chair must make the ruling. Are you not the Chair now, Sir?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I checked the matter with the Speaker.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

If you are not the Chair, then you can’t even talk to me.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I checked the matter with the Speaker and the Speaker asked me to deliver that. I will... on Monday...

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You are the Chair. You make the decision.

Tuan Yang di-Pertua, it is not your decision.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

The point- masalahnya, Yang Berhormat tidak terima.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tak, you are the Chair.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tahu saya Chair tetapi keputusan Yang Berhormat minta Speaker buat keputusan sebelum ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya minta Chair buat keputusan sebelum ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tahu. Sebab itu saya Chair, saya tak payah buat keputusan Speaker. Speaker akan buat penjelasan pada hari Isnin.

Terima kasih Tan Sri. Thank you Tan Sri. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri. Apa itu, Yang Berhormat?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Yang you pegang itu. Apa, itu?

Yang Berhormat Kapar, duduklah.

Tuan Yang di-Pertua

I am supposed to come at 4.30. I have been listening for almost one, half an hour. Itu sebab saya terpaksa masuk awal. Jadi, terpaksa saya percepatkan masa supaya kita jangan bertengkar lagi. Berapa lagi menteri mahu menjawab? Enam orang lagi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yes, Yang Berhormat Puchong?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara. Satu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta ruling dari Tuan Yang di-Pertua. Apabila kami membangkitkan satu bantahan ataupun satu perkara di bawah aturan 36(2). Bukankah Chair, yang perlu membuat keputusan tersebut? Maknanya, Chair, my understanding sir, is the person sitting in the Chair. Bolehkah the Deputy Speaker said no, the decision has been made by somebody else? Itu pertama. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, if Tuan Yang di-Pertua want to make the decision, the Minister is not here anymore. With the greatest respect, Tuan Yang di-Pertua and I say that with all honesty, Tuan Yang di-Pertua should have come half and hour ago and rule, and rule valid because if the minister is supposed to reply, if Tuan Yang di-Pertua is with me, or with us, or with the standing orders and at least we can call into a debate. So, why didn’t Tuan Yang di-Pertua come out earlier? Itu soalan saya. Honestly kepada Tuan Yang di-Pertua and of course what is Tuan Yang di-Pertua’s ruling and why does it have to wait until Monday? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya pun ada- Tuan Yang di-Pertua, boleh benar untuk berhujah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minister is here already, don’t worry.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Okey, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya kami tadi bangun ada sebab. Ada justification. Pertamanya, mula-mula Tuan Yang di-Pertua kata, mengatakan bahawa ruling akan dibuat on Monday. Kami berasa pelik. Kita hendak didik sekarang, keputusan Monday. Itu yang pertama. Yang keduanya, the fact that Speaker buat keputusan, mengapakah daripada awal lagi kita lihat menteri telah buat keputusan tolak semua soalan-soalan mengenai RM2.6 bilion?

The fact that ini adalah bidang kuasa Speaker. Boleh tolak atau tidak tolak. Kenapa dari awal lagi soalan bertulis ditolak. Sekarang tak nak jawab. Patut dengar dahulu ruling daripada Speaker barulah kata tak nak jawab. Itu yang kedua. Ketiga, kita ada precedent dalam Parlimen ini semasa kita membahaskan berkaitan dengan pindaan Akta Hasutan. Saya masih ingat lagi, Ahli Parlimen Puchong bangun, minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa ada pending court case di Mahkamah Persekutuan. Kes sudah habis,tengah tunggu keputusan. Yang dua kes ini, baru fail, belum dengar pun. Apa lagi dalam kes judicial review, mungkin Menteri tidak faham. Mungkin Ahli Parlimen BN tidak faham tetapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua faham. Ada dua proses. Satu ialah proses- diamlah...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ada dua proses. Satu proses hendak dapatkan list. Dapatkan list, Tuan Yang di-Pertua. we are not going to debate, the lawyers are not going to debate on merits. Hanya selepas list is granted, barulah pergi kepada merit. The fact that- saya ada kes law, Tuan Yang di-Pertua tetapi tidak dapat nak cakap tadi sebab tak dibenarkan bercakap. Kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam kes ‘SYABAS lawan dengan Lutfi Othman & Rafidah’, mahkamah mengatakan hanya kerana kita file satu kes di mahkamah, itu tidak dengan in access mengatakan itu ialah sub judice. Unless kita question the merits of the case. Ini saya tanya tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat, saya faham.

Jadi, saya hendak tanya. Tadi Ahli Parlimen Bayan Baru juga telah...

Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. Duduk Ahli Yang Berhormat kerana isu ini adalah isu yang sama bukan?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Speaker terpaksa buat ruling.

Akan tetapi saya hendak tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Can I have a few minutes? One or two minutes.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat juga yang sama?

Sama Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak habis lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Saya hendak tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua? Okey, Tuan Yang di- Pertua, macam ini. Saya yang menulis kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin merujuk kepada 28 Oktober 1990, yang mana Tan Sri Speaker pada masa itu, Tun Syed Nasir telah membuat ruling berkenaan dengan satu conflict of interest, subjudice juga. Akan tetapi Yang di-Pertua pada masa itu kata, “Dengan keterangan dan peringatan saya tadi, maka demi kepentingan negara dan demi ekonomi nasional, maka saya memutuskan dan memberi ruling iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengeluarkan dan boleh bercakap dalam soal di mana di dalam pertimbangan mahkamah sekarang” dan dia kata, “Sila teruskan”. Ini adalah ruling pada tahun 1980. Saya minta pertimbangan daripada Tuan Yang di-Pertua supaya...

[Bangun]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

...1MDB dan RM2.6 bilion ini adalah persoalan kepentingan negara. Semua rakyat di luar tanya kita dan this is the right forum...

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

It is democracy.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Saya faham Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat Bukit Katil, sila.

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada isu ini yang telah dibangkitkan ke hadapan Tuan Yang di-Pertua beberapa hari sebelum ini, saya dengan Yang Berhormat Tumpat telah membuat sedikit research dalam hal ini dan tentunya ini sebagai satu panduan. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua mempunyai kebijaksanaan untuk meneliti perkara ini yang mana seperti yang dinyatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Bayan Baru, bahawa Tun Syed Nasir pada ketika itu telah mengambil kesempatan untuk mengulas dengan begitu panjang lebar mengenai isu sub judice. Ini kerana isu yang dibangkitkan pada ketika itu ialah perbahasan mengenai ‘ESSO lawan Lim Kit Siang’, yang mana Yang Berhormat Lim Kit Siang telah pun membuat kenyataan di dalam Parlimen, ESSO telah mengeluarkan lebih tong minyak daripada yang sepatutnya dan menyebabkan kerajaan rugi RM800 juta. Itu dinyatakan di dalam Dewan ini, dibuat huraian apa makna sub judice dan sebagainya dan rujukan-rujukan terhadap Erskine May dan kes-kes di negara Britain lawan Times Newspaper dan sebagainya, dibuat rujukan yang terperinci di dalam Hansard bertarikh 28 Oktober 1980. Cuma saya hendak menarik perhatian Dewan dan juga Tuan Yang di-Pertua pada kenyataan atau pandangan ataupun ruling ataupun fatwa Tun Syed Nasir pada ketika itu, yang mana dia menyatakan, “Sesuatu perbincangan di dalam Parlimen tidak mesti ditegah atau dilarang dengan cara automatik hanya oleh sebab pihak yang lagi satu sudah mengemukakan writ, sudah mengemukakan tuntutan di mahkamah. Saya berpendapat tidak patut dihalang Ahli Yang Berhormat mengeluarkan pendapat serta perkara demi kepentingan rakyat dan juga ekonomi”. Itu yang dinyatakan dengan tegas. Malah dia tambah lagi, “Bagi seorang rakyat biasa, jika ada tuduhan amalan curang, bolehlah rakyat itu mengadu kepada polis atau kepada pihak Biro Siasatan Negara tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah Ahli Parlimen dan Dewan yang mulia ini dianggotai oleh Ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya yang sah, pilihan raya umum. Maka pada pendapat saya, di sinilah forum yang sebaik-baiknya dan forum yang selayaknya untuk membincangkan dan memberikan kenyataan dan keterangan di dalam sesuatu perkara yang penting seperti ini”. Jadi, jelas kemas hujahan ini dan yang mana saya percaya inilah peluangnya bila mana kita dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional menyatakan bahawa “Ini adalah fitnah” dan sebagainya, baik kita kemukakan soalan, kita minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham. Sila.

Izin Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang penghabisan, but I would like to hear on this issue. Please, I am so sorry Yang Berhormat Ipoh Barat. Sila.

Thank you.

Tuan Yang di-Pertua

Then I will make the ruling.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya just hendak tanya sebelum ini pada 3 Disember tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri telah pun buat satu kenyataan di Dewan ini yang menyatakan yang beliau tidak akan menjawab soalan yang berkenaan dengan RM2.6 bilion oleh sebab subjudice. Memang pada masa itu tiada kes yang pending tetapi beliau kata macam itu.

Sekarang Menteri menyatakan bahawa ada dua kes yang pending, therefore it is subjudice. So, we are not sure what stands the government is stating until we know what the facts are. Itu sebabnya adalah amat penting Tuan Yang di-Pertua, kita tahu apa yang dimaksudkan atau latar belakang sebelum kita boleh buat satu ruling bahawa ini adalah satu kes sub judice. Itu yang telah kita timbulkan tadi dengan Tuan Yang di-Pertua dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

You also want to say something?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Different from that they have said?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Substantially different or more or less...?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lebih kurang.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Parliament must be relevant. Ini adalah forum yang mana suara rakyat didengari. Bila kita di zip, tidak dibenarkan berbincang satu hal yang sangat kena-mengena dengan masyarakat umum di negara ini, satu skandal yang terbesar di negara ini, kita menunjukkan satu, we are not a first class world Parliament, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. We must be allowed- Parliament must be a forum of current issues. There is no- dalam kedua-dua kes yang dikatakan- itu adalah- we are not going to discuss about the merits of the matter. Sepatutnya perkara sedemikian patut digalakkan, patut dibenarkan di debate di Parliament here.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat?

Minta penjelasan sedikit. Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, penghabisan.

Peraturan mesyuarat sekali. Sebab saya lihat dalam peraturan mesyuarat tidak ada disebut langsung bahawa keputusan terdahulu adalah mengikat keputusan terbaru. Bermakna, keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua adalah free, terkini. Maknanya, kalau adapun cerita-cerita lama, tidak mengikat kepada Tuan Yang di-Pertua. Sebab kalau sudah dibuat keputusan, maknanya kita tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 43. Jelas, tidak boleh diulang kaji dan sebagainya. Jadi maknanya sekarang, tidak payah dengar apa-apalah. Surat sudah ditulis oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Jadi, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan dan kita lihatlah apa keputusannya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri untuk membangkitkan peraturan mesyuarat, saya ambil dengan serius. Itu sebab kadang-kadang kalau peraturan mesyuarat yang dibangkitkan itu semata-mata mahu interrupt the debate ataupun disturbing the change of thoughts Ahli Yang Berhormat yang sedang berhujah itu, pada ketika itu I will make a ruling, because I think it is proper. Akan tetapi kalau dalam soal-soal umpamanya serius yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kadang-kadang saya minta tempoh. Saya kata, “I am not ready to give a ruling”, because that is what normally is done by Speaker in any Parliamentary system that I know of. Apa yang terjadi ini, ekoran daripada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri kepada satu persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Itu sebab tadi sebelum masuk, Timbalan saya iaitu Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bertanya bila saya buat ruling. Saya kata, “Next week”. I did not even specify on Monday, saya kata, “Next week”. I just make it open.

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab begini. Pertama, apabila sesuatu soalan itu dimasukkan dalam Order Paper, Yang Berhormat sedia maklum, bermakna soalan itu perlu dijawab. It is in Order Paper. Akan tetapi pada kebiasaan kita pada setiap hari, sesi soal jawab yang perlu jawapan lisan, tidak dapat dijawab segala soalan yang telah dimasukkan dalam Order Paper. Maka, yang lain itu terpaksa dijawab secara bertulis. Jadi, dalam soal yang berbangkit ini, Ahli Yang Berhormat yang berkenaan yang menjawab kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab pada waktu sesi pertanyaan- pertanyaan untuk jawapan lisan, maka Yang Berhormat yang berkenaan jawab secara bertulis. Dia kata, “Saya tidak boleh jawab ini memandangkan ada kes-kes begini”. Bermakna, dalam soal itu, Yang Berhormat yang berkenaan menggunakan Peraturan Mesyuarat sama ada 36(2) ataupun Peraturan Mesyuarat 23(1)(g). Bermakna, dalam soal itu Yang Berhormat yang berkenaan menggunakan itu tanpa merujuk kepada Speaker. Dalam soal ini, perkara ini belum lagi pernah berlaku sepanjang saya menjadi Speaker mahu hampir lapan tahun, I have never known it to happened before, dahulu. Jadi, interpretasi Yang Berhormat Menteri ialah ia sub judice. It is not come to my attention.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong berdiri. Yang Berhormat Puchong bangkitkan isu itu. Saya kata biar Yang Berhormat Bayan Baru write a letter to me kerana soalan perkara itu berbangkit dalam waktu menjawab bertulis. Then I asked Yang Berhormat Bayan Baru, write to me. What was the nature of your soalan. Saya boleh check Hansard- boleh. Akan tetapi Yang Berhormat bangkit di sini. Then also saya minta daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri explained to me. On top of all these before I make a decision. I must make sure apa binatang sub judice ini. See, saya gunakan perkataan ‘binatang’ itu bukan menghina sesiapa. What is this is sub judice matter terpaksa baca ini, baca Erskine May, baca India Parliamentary, baca Kanada- semua saya baca. Because I want to make a ruling comprehensively on sub judice next week supaya kita faham apa sebenarnya sub judice. Okey. Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Standing Order. Yang Berhormat Bukit Katil jumpa saya. He gave me the decision of Syed Nasir. 1980, I read. Saya simpan dalam saya punya poket ini- I read. So in other words, I will include that in my decision. Selepas itu pula, kelmarin saya dapat satu salinan I read yang mantan Perdana Menteri hendak saman kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini. It never happened before iaitu saman yang berkenaan ialah saman kepada seseorang membuat salah laku dalam jawatan sebagai penjawat awam dan tidak menjalankan tanggungjawab seperti mana yang diamanahkan sebagai penjawat awam. I got to take all that into consideration. Oleh sebab that matter is very serious. I consider that is serious. Akan tetapi, kalau ia boleh menjadi pertelingkahan sampai begitu. Semalam satu jam setengah. Hari ini mahu setengah jam. Okay, I can make a ruling. Sekarang ini let’s say masing-masing pegang dia punya Peraturan Mesyuarat. Pegang, tengok. Okey, tengok Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan bahawa menjadi tanggungjawab Speaker untuk mengendahkan maksud peraturan-peraturan mesyuarat dan keputusan Speaker untuk menentukan kata taksiran mesyuarat adalah muktamad. Tidak boleh diulang kaji kecuali dibawa usul persendirian. Jelas? Jelas? So, I’ll make a decision. Okey. Yang menjadi pertikaian ini ialah sama ada perkara yang di hadapan kita sub judice atau tidak? Sekarang ini dua Peraturan Mesyuarat yang boleh dirujuk Yang Berhormat satu adalah Peraturan Mesyuarat 36(2). Pengertian 36(2) ialah seandainya kita memikirkan bahawa perkara yang sedang dibincangkan di Mahkamah itu apabila ia dibincangkan di Parlimen, maka itu pre judice the case sama ada mempengaruhi pemikiran hakimkah, mempengaruhi pemikiran saksi-saksikah, mempengaruhi pemikiran jurikah kerana kita ada juri sistem itu perlu diambil kira oleh Speaker. In other words, 36(2) itu adalah discretionary.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi, rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 23(1)(g). 23(1) Dia kata setiap pertanyaan itu hendaklah menepati peraturan-peraturan tersebut di bawah ini; (g) sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira- kira harus melencongkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan apa-apa perkara lain dalam timbangan Mahkamah. Tidak boleh ditanya apa-apa dalam pertimbangan mahkamah. Bermakna kalau tidak boleh ditanya dalam pertimbangan Mahkamah- anything under the sun. If I want to exercise my discretion under 36(2) and I will take this 23(1)(g) bermakna anything that is before the court. Tidak boleh ditanya. Ada dua perkara di sini Yang Berhormat perkara sub judice ini pertama, political in nature seperti yang di sebut dalam kes 1980. Anything that must be discussed in the Parliament must be discussed in Parliament kerana mesti ada pertimbangan iaitu freedom of speech by Ahli-ahli Yang Berhormat versus prejudicing the case which is now in court. Ada dua pertimbangan. Akan tetapi satu lagi pertimbangan yang Ahli-ahli Yang Berhormat lupa. Parliamentary practice in New Zealand. I will read it to you, page 192. “The purpose of the rule has been described as being to safeguard the interest fundamental justice, so that, for example, popular prejudice against a defendant is not excited through Parliamentary statements. In the case of judge only and appellate proceeding it is extremely doubtful if any prejudice could arise from discussion of a case, whether in the House or elsewhere”. That is the argument of Yang Berhormat Puchong. What Yang Berhormat Puchong is saying dalam judicial review, how can a judge be influenced by perbahasan Yang Berhormat Shah Alam, for instance, unlikely that argument. So therefore, he put the argument into my head so that I take that into consideration. But there is a limb in this rule of sub judice which says that, “but there is another, is in perhaps in a practical sense, more important strand to rule”. Bermakna ada lagi satu limb yang paling mustahak dalam rule of sub judice ini. Dia kata, “This is the implicit acknowledgement by the legislature that the proper forum in which to resolve legal dispute in the courts and that the legislature, above all other institutions”. Bermakna satu lagi limb dia ialah perkara-perkara seperti begini adalah implicit recognition by Parliament bahawa perkara-perkara before the court. Oleh sebab kita menghormati separation of power, maka janganlah kita sentuh. Jadi bermakna banyak perkara yang harus di ambil kira. Jadi dalam soal ini, dalam soal ini apabila perkara datang dari satu perkara court case yang sudah mulai di fail. Apabila saya baca, terpaksa saya ambil kira kerana yang menyaman itu adalah citizen- yang di saman adalah secara kebetulan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Belum pernah berlaku misfeasance. Bermakna salah laku. Jadi apabila saya ambil kira ini sedangkan interest orang yang di saman itu akan dibicara wouldn’t that jeopardize the hearing? Can I not apply sub judice? Akan tetapi, apa juga yang kalian lupa ialah semua yang dibincangkan ini telah pun di jawab oleh Yang Berhormat Menteri sebenarnya. Ada rekod di sini. Hal yang sama. Pada 8 hari bulan Mac 2016, Yang Berhormat Kampar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dia kena tanya dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Pada 9 Mac 2016 daripada Yang Berhormat Pokok Sena, dijawab juga oleh Yang Berhormat Menteri. Hal yang sama 2.6 bilion LRCC cuma pada ketika itu Yang Berhormat Menteri tidak menjawab sebab tidak ada kes. Semua ada sini. Ada. Jadi, kalau saya juga kena periksa untuk buat ruling then I will take Peraturan Mesyuarat 23(1)(g). Anything that is dalam pertimbangan Mahkamah- sub judice. Kalau tidak akur kepada apa dia punya ruling refer to Peraturan Mesyuarat 43. Itu sebab, kenapa perkara yang sebegini harus Ahli-ahli Yang Berhormat bersabar kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri lupa pada sekarang ini pun sedang Jawatankuasa Public Accounts Committee sedang membuat penyiasatan. Public Accounts Committee adalah dibuat di bawah peraturan mesyuarat di bawah Perlembagaan fasa 62. Kalau itu pun kita tidak boleh tunggu. Apa dia punya keputusan sedangkan perbicaraan dalam PAC ini adalah soal yang sama. Apa lagi yang perlu saya dan Timbalan-timbalan saya buat? Parlimen bukan mahkamah, Parlimen tidak boleh kita baca semua apa precedent-precedent kerana itu bukan tugas kita, tugas kita berbahas. Bukan RM2.6 bilion ini belum pernah dijawab, sudah pun dijawab. Kalau saya Menteri yang menjawab saya kata soalan ini sudah dijawab, I don’t have to answer.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi kesilapan Menteri di sini ialah Menteri preempted the issue usurping the power of the Speaker, that is the mistake. So never, never any Minister repeat that again, itu adalah kuasa Speaker. Ini kerana kalau itu juga Menteri-menteri ambil betullah tuduhan orang bahawa Speaker ini ikut telunjuk. Apa yang menjadi pergaduhan lagi semalam, satu jam setengah ialah dengan perkataan unparliamentary words iaitu liar. Saya juga terpaksa buat research. Sebenarnya kalau seseorang itu membuat kenyataan yang salah atau sebetulnya dia dalam bahasa Melayu, bahasa dia ialah bohong, see. Kalau tidak buat kenyataan benar apa yang sebenarnya? Bohong. Ataupun kalau kita orang yang polite, macam sayalah kiranya orang yang polite kenyataan Yang Berhormat itu kurang tepat, tidak betul. Akan tetapi maknanya yang sebenar ialah bohong, terpaksa juga saya buat research, sebenarnya bolehkah perkataan bohong (liar) itu digunakan dalam Parlimen walaupun ada asas? Terpaksa saya buat research. Saya dapat research… [Mengangkat sebuah buku] The word “liar”, yang digunakan oleh Winston Churchill, tapi oleh sebab tidak dibenarkan maka Winston Churchill find another word for liar. Dia kata saya tidak boleh pronounce pun apa perkataan ini. Dia kata terminological inexactitude, sama juga. Akan tetapi dia sebut di sini it is considered unparliamentarily to accuse another honorable member of lying even if they are. Bermakna kalau saya yang seat kelmarin di sini, saya akan arah Yang Berhormat Menteri untuk tarik balik itu liar. Ini kerana dalam Parlimen ini rupa-rupanya kita ini sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat title kita Ahli Yang Berhormat another words, we above ordinary people. Kita harus menghormati diri kita sendiri. Walaupun kita membohong tidak boleh dicakap bohong. Itu what is meant by unparliamentary, meaning teaching us. Please respect yourself, respect your friend...

We are not able to talk lie again.

Tuan Yang di-Pertua

Ha, exactly macam begitulah kiranya. Jadi lain kali itu sebab apabila buat kenyataan sama ada dalam Dewan ataupun di luar Dewan sering kali saya ingatkan sulami dengan kebertanggungjawaban. Ini kerana tugas saya dan timbalan- timbalan saya cuma memastikan bahawa masa berbahas mesti dipatuhi, mesti kita finish in time. We are your servant actually. Jadi kalau Yang Berhormat semua bawa kita gaduh, apa yang kami buat? Apa yang paling saya boleh buat saya berdiri, saya kata Dewan kita tangguhkan 15 minit, we go inside again. Masuk lagi balik, you kecoh saya bilang Dewan ditangguhkan 15 minit, kita masuk lagi balik. Apalah tugas kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat kalau itu bergaduh sahaja? Tidak bolehkah bertengkar nanti keluar sana, minum, makan nasi gorengkah, apakah sambil teh tarik sambil tengkar, lepas itu hisap cigar, can’t you do that? Then after that, we come again inside here. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat that is my ruling on today because you tanya sama saya, tapi pun demikian apa benda yang saya nanti on Monday I will put it in writing and I will give it to each one of Ahli-ahli Yang Berhormat segala precedent yang saya tahu dan segala-gala apa yang dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan…

Tuan Yang di-Pertua

Mengenai dengan soal precedent yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat Bukit Katil ini peguam practicing, Yang Berhormat Puchong practicing. Macam juga di mahkamah, tidakkah negotiation of a High Court when the similar matter comes to same level of court bahawa itu benda binding on that? Paling-paling pun dia tengok dia kata, well this is a persuasive precedent, I can give- to this case. So in this particular case we tell you to speak to the previous Speaker, we read that. I really read it. We told you to speak to him, he did it even really understand what is sub judice yang sebenar kerana ia pisahkan. Dia kata kalau untuk kepentingan orang ramai, dia kata ini, but sub judice will is this. It is not that. Sub judice is a convention of Parliament self restrain on Parliamentarian. Don’t talk about this because this is within the preview of the court, it’s a matter of respect. Yang lain satu makna dia if we just put prejudice perbahasan sini keputusan don’t do that. So with that decision, with that precedent I will beg to differ and I will give you my reason in writing when the time comes, that is next week.

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang sekarang ini oral judgment. Oleh sebab kamu semua minta supaya saya buat ruling. It will be followed up by our written judgment. Yes, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya menerima dan mengalu-alukan apa yang disebut oleh Tuan Yang di- Pertua berkenaan dengan perkataan bohong. I think Tuan Yang di-Pertua made a ruling earlier, someone don’t understand why it was not kept to yesterday, but we have to move on. Despite the fact that Yang Berhormat Bagan was suspended for it. Itu yang pertama. Kedua Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua saya rujuk kepada 36(2). Saya rasa dalam 36(2) ini cukup jelas bahawa isu di situ adalah sama ada ataupun tidak it will affect the interest of the party. Itu bacaan saya. I will be wrong and I stand corrected. Just like Tuan Yang di-Pertua begs to differ with the previous Speaker, kita berbalik kepada 23(1)(g). 23(1)(g) Tuan Yang di-Pertua there are two parts to it but they have to be read together. Maknanya we have to first decide what is sub judice? Untuk kami tahu apa yang sub judice Tuan Yang di-Pertua, my question just for clarification is this, bolehkah Tuan Yang di-Pertua membuat satu keputusan menyeluruh oleh sebab ada satu kes Tuan Yang di-Pertua said all right all the issues are there. Tuan Yang di-Pertua, hujahan kami panjang lebar berkenaan dengan a range of issues, range of issues. Oleh itu standing order digubal dan dikarang dalam keadaan sedemikian. Maknanya we have to be allowed to ask and of course with the Minister of the view, that it is the sub judice, there is for all the convince the Chair and then the Chair must decide that must come so that is to be questioned and issue to issue basis, tidak…

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Persoalan saya, can we have a blanket ruling? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

No, no. No, no. Oleh sebab itu based on the merit of the case, case-by-case basis, selepas itu yang duduk di sini dia apply job and discretion with the allow do not. That’s the reason why sometimes when you stand up don’t ask question pertaining RM2.6 billion whatever if I sit here, then I just let it go. I mean of course there is somebody will say that this is against 36(2) ataupun 23(1)(g) see then I can make a ruling. But if that is not raise then there is no such thing. But on that point I agree with you. There is no such thing as blanket decision bahawa dengan satu kes semua anything that will go and that thing. But then again depends on the person that sits here actually.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

But if that be the case Tuan Yang di-Pertua then what Tuan Yang di-Pertua has done is to make a blanket decision? Because there is a case in court, just respect. With the case in court there is no reference made to which part of those case that applicable. Tidak ada rujukan dibuat kepada soalan mana yang kami tanya yang dihalang daripada dijawab. Our question range Tuan Yang di-Pertua. It’s not just about RM2.6 billion, it involved the whole process and a lot of it Tuan Yang di-Pertua, doesn’t even relate to the end finding of that suit. So bagaimana kita boleh on the one hand say okay no blanket ruling…

Tuan Yang di-Pertua

No, no.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

…But on the other hand, say never mind for this particular case all RM2.6 billion issues cannot be asked.

Tuan Yang di-Pertua

See, I didn’t say that bermakna satu kes, saya kata tidak ada. Cuma dalam hal ini apabila Ahli-ahli Yang Berhormat minta juga supaya dibuat ruling saya kena buat ruling. Akan tetapi ruling yang saya buat sekarang ini pun dia ada dua. You ingat bahawa 36(2) sama 23(1)(g). Bagi saya Ahli-ahli Yang Berhormat read yang ‘dan’ itu dia bersambung. Saya tidak this disjunctive bermakna sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekiranya harus melencongkan perkara yang sedang dibicara.

Tuan Yang di-Pertua

That is where the discretion applies. This is talking about 36(2) iaitu kalau difikirkan dia menggelencongkan, that is the first lane. The second lane is dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam pertimbangan mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua

If that is conjunctive, then why should they have that second lane Might as well just leave that second lane out. That is my interpretation and if my interpretation you don’t agree or anyone of you don’t agree, Peraturan Mesyuarat 43. Yang Berhormat Puchong last word from you, after that we proceed because what time is now already...

Saya hendak minta penjelasan fasal...

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata Yang Berhormat Puchong sahaja, Yang Berhormat Sepang.

Okey, precedent. Tuan Yang di- Pertua, because you make a ruling precedent.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong sahaja. Yang Berhormat Puchong sila. You have wasted much time already in English. Sila Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, as I understand it, first Yang Berhormat Menteri Pengerang had no right to make the decision which means that when she stood up here and said she does not want to answer, itu pun tidak betul. You should not actually asked the Speaker and asked the Speaker to make a ruling. Itu pertama. Dalam perkara ini, bagaimana dengan soalan-soalan saya mengenai dengan MACC and mutual assistance yang tidak sangkut, Tuan Yang di-Pertua it doesn’t go to the root of it which is basically the AG or the RM2.6 billion. It is about the procedure. So these are the question which surround the issue. Itu menjadi masalah saya. Saya setuju, I’ll accept what Tuan Yang di-Pertua says. You can either read it disjunctively or conjunctively because I think those are the words used I stand characters again. Akan tetapi perkara pelencongannya, that has to be decided on her question to question basis. Tuan Yang di-Pertua cannot say from there, okay all the interpretations…

Tuan Yang di-Pertua

I didn’t say that. I didn’t say that.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

If I understand, Tuan Yang di-Pertua correct now...

Tuan Yang di-Pertua

I didn’t say that because....

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya cukup terima, in fact that I’m happy Tuan Yang di-Pertua had said that. Tuan Yang di-Pertua says that Tuan Yang di-Pertua didn’t say that. So can I now to ask the Minister my question and then she says she sub judice. Then Tuan Yang di-Pertua decide. Kalau tidak, the whole submission, the whole argument...

Tuan Yang di-Pertua

Actually that was the Speaker for, that is to decide thing with that accordance peraturan mesyuarat or not.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

But then must hear the question first lah.

Tuan Yang di-Pertua

Must hear the question first.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

So that’s settle issue, Yang Berhormat Kapar. Settle issue.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Siapa, siapa? Setiausaha who is now, sila, sila. Jangan ganggu lagi, jangan ganggu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

[Bangun]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

What is the question? What is the question?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Different Minister, that Minister.

Tuan Yang di-Pertua

Forget about those question that before I sit here because I don’t know what is the question about.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak dibenarkan tanya. Ditutup terus, tidak boleh tanya.

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no. I’m sitting here. That is different matter. Sila...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, JKTM juga turut mengambil...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh yang mengatakan bahawa perkara itu adalah sub judice or not is the Speaker. You know Minister can’t beat the power.

Ya, but...

[Dewan riuh]

Can I get the ruling of my question which is not related to...

Tuan Yang di-Pertua

When was your question?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak dibenarkan tanya.

Tadi semua dia tolak Tuan Yang di- Pertua. Masa Tuan Yang di-Pertua dekat dalam...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ditolak, kedekut.

Minister sudah tolak semua soalan yang berkaitan dengan 2.6.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dia tidak mahu jawab.

She mentioned all the MPs and said she rejected all the question.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, my question was the mutual assistance as well. Nothing to do with Yang Amat Berhormat Pekan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang benda telah berlaku semasa saya tidak ada di sini, jangan lagi ungkitlah.

Mana boleh, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Because you see kalaupun misal kata dalam 36(12) dia mengatakan bahawa mengelirukan Dewan, pada ketika itu tidak ada yang berdiri tidak lagi boleh diulang balik. Kalau itu diulang balik, yang kelmarin pun kita ulang balik.

Unfair lah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua tadi saya bangun.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, the last question. The last question, Tuan Yang di-Pertua the first question I asked with this. Tuan Yang di-Pertua yang was in the Chair earlier, he didn’t make a ruling. He said that a ruling had been made by Tuan Yang di-Pertua in Chambers and he followed that. So, to me he is not made a ruling and I asked Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua says no ruling has been made the interpretation, I agree with Tuan Yang di-Pertua. Let us ask our question and direct to Yang Berhormat Pengerang to answer according this question...

Tuan Yang di-Pertua

Well if I’m here, I will decide with that sub judice or not sub judice. Ada melanggar peraturan mesyuarat atau tidak.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

So, sekarang the way I understand it we can ask those question to this Minister and if he cannot answer then the other Minister must help him because it is the same Ministry. Masih Jabatan Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Thank you very much. Sudah, sudah, sudah. It is the time for Minister to answer.

Tuan Yang di-Pertua, tadi pun saya...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dia langsung tidak tahu ini mutual assistance.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila apa yang...

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga JKSM perlu mengambil langkah membina dan mewujudkan arahan amalan kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia sejak dari tahun 2000 hingga kini sebanyak 168 amalan arahan dikeluarkan oleh JKSM yang sebahagian besarnya bertujuan untuk pengendalian kes Mahkamah Syariah...

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah Yang Berhormat Kapar, duduklah Yang Berhormat Puchong. Menteri sedang menjawab.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Puchong ingin minta penjelasan, sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri saya ada bangkitkan soalan dengan mutual assistance berkenaan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi Majlis Peguam iaitu Lim Chee Wee di mana beliau menyatakan bahawa dalam kes yang tertentu ini memang tidak ada bantuan diberi. Langsung tidak diberikan oleh Jabatan Peguam Negara kepada MACC. Itu telah memudaratkan dengan secara seriusnya siasatan dalam kes ini. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri di sini yang pakar dalam bidang ini seperti mana yang saya boleh lihat. Pertama, adakah benar atau tidak kenyataan daripada Lim Chee Wee, nombor satu. Nombor dua, kalau ia benar, kenapa tidak dibenarkan bantuan mutual assistance itu yang cukup penting untuk kita mengesahkan sama ada betul ataupun tidak hasil siasatan dalam siasatan tersebut adalah sah ataupun tidak. Bolehkah saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang bijaksana berkenaan dengan isu undang-undang ini?

Saya pun, saya pun. Saya ada bertanya soalan, Yang Berhormat Menteri boleh, boleh Tan Sri Speaker?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Okey, soalan saya apabila Perdana Menteri menerima RM2.6 bilion, beliau telah pun dalam undang-undang di bawah seksyen 25 subseksyen (1) Akta SPRM 2009 mengatakan dia wajib melaporkan kepada pihak BPR ataupun pihak polis. Soalan saya, adakah beliau telah melaporkan hal itu kepada kedua pihak itu. Kalau tidak bermakna dia telah melanggar seksyen 25, subseksyen (1) Akta SPRM 2009. Jadi Yang Berhormat Menteri minta jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau umpamanya informasi itu tidak berada dengan Yang Berhormat, boleh nyatakan bahawa saya akan jawab secara bertulis.

Saya minta jawapan bertulis itu sekarang, boleh?...

[Dewan riuh]

Saya sudah bangkitkan dalam debate.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Sepang kepada soalan tadi. Oleh kerana juga tidak dalam maklumat pengetahuan saya, saya mohon untuk supaya maklumat diberikan kemudian.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri tidak bersiap sedia untuk jawab soalan kita dalam Parlimen...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Menteri tidak tengok berita kah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bila perkara dibangkitkan sebelum daripada ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini menjadi salah satu daripada standard of the Ministers that come here never- Tuan Yang di-Pertua, dia tidak boleh jawab... [Dewan riuh]

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong it is not...

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Puchong, sudahlah.

Tuan Yang di-Pertua, soalan mudah. Tuan Yang di-Pertua, soalan langsung tidak ada kena-mengena...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di- Pertua, they plan to do it. They did it yesterday. They doing it again today.

Tuan Yang di-Pertua

Enough. Ahli Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat. Masa sudah tidak mengizinkan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

This people are like that. They are here for that. They were here yesterday, today the same thing.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang berhormat Kapar duduk. Yang Berhormat Baling sudahlah.

Did you respect that we are not to waste the time. We have the serious question and we demand the answer. What is wrong with that?

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Menteri sudah jawab bertulis.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Jangan eh eh. Soalan saya soalan hari Isnin. Soalan saya soalan hari Isnin, mengapa tidak ada jawapan lagi?

Yang Berhormat Ahli Parlimen Kapar, jangan buang masa...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Ketuk tukul] Ahli Yang Berhormat yang berdiri boleh Yang Berhormat duduk.

Duit ini duit rakyat. Yang Berhormat Kapar.

I’m not yet finished by this time. I am asking question.

You are using… City loaded. Use your common sense. Don’t waste the time.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kapar sudahlah.

I am asking the question. What’s common sense. What’s common sense?...

[Dewan riuh]

Ini duit rakyat...

Tuan Yang di-Pertua

[Menutup pembesar suara] Sudahlah-sudah. Dua Ahli Yang Berhormat duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya serius. Kalau lagi ada gangguan-gangguan seperti begini saya gunakan kuasa saya di bawah peraturan mesyuarat lain yang mengatakan bahawa kalau tidak cukup masa untuk berbahas Speaker boleh memendekkan perbahasan dan langsung tidak membenarkan untuk siapa-siapa. Jangan paksa saya buat itu. Sekarang sudah jam 5.10 minit. Saya tidak mahu duduk di sini sampai jam 12. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, yang keempat JKSM telah mengadakan program untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada perbicaraan inkuisitorial bagi membolehkan hakim-hakim di Mahkamah Syariah memainkan peranan aktif di peringkat perbicaraan bagi mempercepatkan proses perbicaraan. Kelima, JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri juga telah menetapkan petunjuk prestasi utama KPI bagi menyelesaikan kes-kes perceraian bermula pada tahun 2015.

Memandangkan KPI tersebut telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan, maka ianya telah diteruskan pada tahun ini yang bertujuan untuk mempercepat dan menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Berdasarkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri adalah bagi memastikan bahawa penyelesaian kes-kes di Mahkamah Syariah dapat diselesaikan dengan cepat, pantas dan berkesan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang berkaitan Lembaga Tabung Haji...

Tuan Yang di- Pertua, boleh? Before.....

Sekejap, saya baca yang Tabung Haji ini dulu. Yang Berhormat Pandan telah membangkitkan tujuh isu dan penjelasan saya adalah seperti berikut; Pertama, isu surat Bank Negara Malaysia (BNM), rizab Tabung Haji dan pembayaran bonus. Isu ini telah saya jelaskan panjang lebar semasa menjawab pertanyaan lisan Yang Berhormat Bagan di Dewan yang mulia ini pada 14 Mac yang lalu. Namun demikian, saya ingin mengulanginya dan sekali lagi menegaskan bahawa surat Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Disember 2015 menyarankan agar Tabung Haji merumuskan dasar rizab yang lebih komprehensif bagi mengharungi situasi ekonomi yang tidak menentu serta menangani ekspektasi pendeposit terhadap kadar bonus tinggi daripada Tabung Haji setiap tahun. Surat tersebut hendaklah dibaca secara bersama dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 26 Januari 2016 yang memaklumkan bahawa Tabung Haji secara proaktif melalui inisiatifnya sendiri telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan pengurusan risiko dan kedudukan kewangan Tabung Haji. Selain itu, saya jelaskan di sini bahawa pemberian bonus kepada pendeposit adalah daripada keuntungan yang dijana oleh Tabung Haji dan bukannya daripada simpanan pendeposit. Justeru itu, analisis Ahli Yang Berhormat adalah tidak betul dan janganlah mengelirukan para pendeposit dengan tatacara pembayaran bonus yang salah. Dimaklumkan juga penyata kewangan Tabung Haji mematuhi piawaian perakaunan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan diselaraskan menurut prinsip-prinsip syariah serta mematuhi Akta Audit 1957 dan piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menegaskan bahawa prestasi kewangan Tabung Haji adalah baik dan tidak mengalami kerugian malah mencatatkan keuntungan yang tertinggi sejak penubuhannya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada dua celahan yang saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh perjelaskan kepada Dewan. Pertama ialah surat yang dirujuk 23 Disember itu ialah surat yang kedua daripada Bank Negara kerana surat pertama dalam tahun 2014 nampaknya tidak ada apa-apa tindakan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan kenapa Tabung Haji walaupun telah mendapat surat yang pada nada dan arahan yang sama daripada Bank Negara sejak tahun 2014 tetapi perlu diingatkan sekali lagi pada 23 Disember 2015 sehingga dimaklumkan bahawa rizab telah menjadi negatif?

Dalam perkara yang sama, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri maklumkan juga kepada Dewan, apakah Tabung Haji akan dapat mematuhi permintaan dan arahan Bank Negara Malaysia bahawa satu dasar itu perlu dikemukakan kepada Bank Negara menjelang 31 Mac 2016 iaitu seminggu daripada sekarang? Saya juga ingin mencelah mengenai apa yang disebut Yang Berhormat Menteri bahawa analisa saya itu tidak betul. Kalau analisa saya itu tidak betul, Tabung Haji boleh saja saman. Keduanya, kalau analisa saya itu tidak betul, kenapa Tabung Haji tidak menjawab secara akaun ataupun kewangan dan hanya memberi jawapan yang umum? Dan saya tanya sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri dalam sesi kali ini, berapakah susut nilai saham bagi tahun 2015 yang terpaksa Tabung Haji catatkan dalam laporan kewangannya dan Yang Berhormat Menteri enggan menyatakan. Jadi saya tanya sekali lagi dengan persetujuan Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, berapakah susut nilai saham yang dicatatkan oleh Tabung Haji bagi tahun 2015 dan apakah rizab bagi tahun 2015? Rizab keseluruhan Yang Berhormat Menteri, adalah negatif kerana yang itu jawapan Yang Berhormat Menteri untuk mengelak dan Tabung Haji sehingga sekarang tidak menafikan bahawa rizabnya kekal negatif bagi tahun 2015. Rizab itu seperti mana yang ditunjukkan dan dihuraikan di dalam surat Bank Negara Malaysia bertarikh 23 Disember 2015 kepada Tabung Haji. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah jelaskan sebentar kepada Yang Berhormat Pandan...

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah? Terima kasih. Saya juga sama berbincang dalam hal ini dan dalam kenyataan saya, dalam Hansard telah menunjukkan saya telah menyatakan perkara Tabung Haji, yang saya ketahui, tidak di bawah kelolaan Bank Negara. Walau bagaimanapun, yang penting pemerhatian Bank Negara itu sangat penting. Walau bagaimanapun, saya telah meminta Tabung Haji menyatakan kepada saya ratio ataupun nisbah harta bersih Tabung Haji berbanding jumlah simpanan yang disimpan oleh lapan juta penyimpan kerana ini adalah satu indikator yang sangat penting bahawa orang yang menjaga duit lapan juta penyimpan ini, adakah dia mempunyai harta yang lebih dari apa yang telah disimpan. Saya minta supaya perkara itu lebih penting daripada rizab yang Tabung Haji ada kerana sebagai seorang penyimpan, saya melihat orang yang menjaga duit saya mestilah mempunyai duit yang lebih daripada apa yang saya simpan. Ini sebagai menunjukkan sama ada Tabung Haji boleh bersedia mempertahankan dirinya sebagai institusi yang saya sentimental sebab masa saya di PNB, Tabung Haji juga bersama dengan saya. Kita telah dapat memberikan kepercayaan lebih daripada lapan juta masyarakat umat Islam dan di PNB lebih daripada 10 juta masyarakat. Jadi oleh sebab itu, adalah penting kita memberikan kepercayaan kepada penyimpan-penyimpan kerana dengan kepercayaan itu, kita akan terus mengumpul simpanan yang sangat perlu untuk masyarakat umat Islam dan juga menolong mereka mengatasi perkara-perkara perbelanjaan untuk pergi haji dan masa depan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat Pandan dan juga Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Sebagaimana yang telah Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Bandar Tun Razak sebutkan secara mudahnya untuk kita dapat fahami bahawa Tabung Haji adalah merupakan institusi yang telah pun setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 1963, kita diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan juga kita laporkan semua daripada hasil keuntungan dan juga jualan serta juga sebarang perkara yang berkaitan dengan transaksi Tabung Haji di sepanjang tahun perniagaan mereka sehingga sampai di hujung tahun, dibentangkan di dalam Parlimen. Ertinya, kebertanggungjawaban kita adalah merupakan satu kebertanggungjawaban yang tinggi. Cumanya, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Pandan sebentar tadi bahawa kita memiliki surat yang dihantar pada 23 Disember 2015 dan saya sebutkan dalam ucapan sebentar tadi, ianya harus juga dibaca secara bersama oleh Bank Negara Malaysia yang mengeluarkan kenyataan akhbarnya pada 26 Januari.

Ini harus dibaca secara bersama jangan berasingan di mana bahawa Tabung Haji telah mengambil inisiatif dan juga secara proaktif dan juga disebutkan oleh pihak Bank Negara bahawa melalui inisiatif ini telah mengambil langkah-langkah sewajar mengukuhkan pengurusan risiko dan kedudukan kewangan Tabung Haji. Sehubungan dengan Yang Berhormat Bandar Tun Razak sebutkan juga sebentar tadi, bahawa kita sentiasa menjaga 8.7 juta pendeposit ini dan sebagaimana pengumuman dividen yang lalu, kita telah pun memiliki di mana aset yang dimiliki. Sebab dalam surat Bank Negara pada 23 Disember tersebut, saya tidak pasti surat yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pandan sebab surat yang bertarikh 23 Disember itu saya dapat sendiri diberikan oleh pihak Bank Negara kepada saya yang ditandatangani oleh Tan Sri Zeti. Yang Yang Berhormat sebutkan pada tahun 2014 itu surat tidak berada dalam pengetahuan saya. Mungkin saya boleh menjawab balik kemudian nanti, isi kandungan dan sebagainya surat tersebut dan tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas surat tersebut. akan tetapi saya ingin menjelaskan bahawa pada pengumuman dividen bonus yang lalu, kita telah mengumumkan bahawa kita mempunyai aset-aset yang telah digabungkan. Ia tidak hanya melihat kepada aset-aset yang dalam erti kata yang disebut oleh pihak Bank Negara kertas peringkat pertama 23 Disember itu ialah nilai rendah 98 sen dibandingkan dengan RM1. Jadi sebenarnya tanpa dalam surat itu mencantumkan nilai-nilai yang dimiliki oleh syarikat- syarikat Tabung Haji dan syarikat-syarikat bersekutu dan juga aset-aset alih dan tidak alih kita yang dimiliki oleh pihak Tabung Haji termasuk...

[Bangun]

Nanti, saya habiskan dahulu. Nanti saya bagi.

Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai sebuah tabungan umat Islam yang terbesar di negara kita. Sebenarnya sedikit sebanyak kenyataan Yang Berhormat Pandan tadi telah menjejaskan bukan sahaja keyakinan umat Islam, bahkan umat-umat lain pun seolah-olah pengurusan Tabung Haji berada dalam keadaan yang tidak baik. Bahkan Tabung Haji sebenarnya simpanan umat-umat Islam bukan sahaja dijamin oleh kerajaan, bahkan akaun mereka diaudit oleh Auditor General pada setiap tahun. Apa yang telah saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam menjawab soalan yang lalu bawah aset campurnya result Tabung Haji melebihi apa juga jumlah simpanan daripada pencarum-pencarum. Jadi seharusnyalah kita dapat melihat sedikit sebanyak kenyataan Yang Berhormat Pandan tadi telah menyebabkan bukan sahaja keresahan, saya telah dimaklumkan bahawa Tabung Haji telah mengalami withdrawel secara berkelompok sehinggakan sampai jumlah RM60 juta. Saya tidak tahu jumlah yang sebenar. Sedikit sebanyak mereka yang telah mengeluarkan wang bukan sahaja tidak dapat menikmati apa juga dividen dan juga bonus bahkan giliran mereka untuk pergi haji telah tertangguh selama 70 tahun. Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang menghadapi satu cabaran daripada Yang Berhormat Pandan terhadap Yang Berhormat Menteri. Saya pulangkan kepada kebijaksanaan kementerian ataupun pihak menteri sama ada sekarang kita hendak memberikan penerangan yang jelas kepada semua rakyat ataupun kita membuat satu kenyataan ataupun dalam masa yang sama mengambil tindakan supaya apa juga kerosakan yang telah berlaku ini sekurang-kurangnya kita dapat pembelaan dan supaya keyakinan umat-umat Islam terhadap tabungan yang terbesar dalam negara kita ini insya-Allah akan berada dalam keadaan yang cukup terbaik sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil hujah Yang Berhormat Jasin tadi sebagai sebahagian daripada penggulungan saya dan saya ingin menjelaskan sekali lagi kepada Yang Berhormat Pandan bahawa daripada pengumuman dividen dan bonus yang telah kita sebutkan bahawa kita mempunyai aset yang melebihi daripada RM60 bilion.

Manakala tanggungan kita iaitu pendeposit iaitu sebanyak RM59 bilion. Jadi dalam erti kata mudah untuk dapat kita fahami dalam proses untuk kita melihat nilai dan sebagainya yang dimiliki oleh Tabung Haji aset-aset ini adalah tidak sebagaimana yang telah didakwa dan begitu juga dengan apa yang disebutkan bahawa Yang Berhormat sebutkan tadi susut nilai saham 2015. Kalau sekarang ini saham-saham yang ada kita belum menjual. Jadi di atas kertas nanti mungkin boleh bagi secara bertulis sebab ini aset-aset susut nilai saham ini perlu diberikan dalam erti kata, kalau sebenarnya realitinya Yang Berhormat Pandan dia seharusnya dikira apabila aset tersebut dijual. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat mohon juga untuk di atas kertas kita boleh maklumkan nanti kemudian kepada Yang Berhormat.

Saya sambung sedikit lagi.

Saya Kota Tinggi.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya lihat sekarang keadaan sekarang telah berlarutan. Bukan sahaja Lembaga Tabung Haji yang menghadapi tuduhan yang cukup serius ini, bahkan Yang Berhormat Pandan juga telah membuat satu kenyataan terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Jadi kita mahu kalau boleh perkara ini dihentikan. Janganlah kita membuat spekulasi- spekulasi yang mempunyai asas ‘politik’ yang sebenarnya cukup murah sekali dan sekarang kesannya cukup mendalam sekali. Lembaga Tabung Angkatan Tentera dicarum oleh anggota-anggota yang sedang berkhidmat yang berpencen. Jadi nama baik Lembaga Tabung Angkatan Tentera sekarang telah tercemar. Saya Tuan Yang di-Pertua saya juga seorang ahli veteran. Saya juga rasa cukup terhina sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Tinggi.

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tidak berniat untuk menyukarkan kerja Yang Berhormat Menteri kerana saya tahu ini bukan bidang Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Menteri mengambil alih dari tahun 2013 sedangkan daripada apa yang saya siasat dan semak, perkara ini telah berlarutan agak lama. Saya hendak bagi beberapa jawapan yang pada saya mungkin untuk rakyat biasa, mungkin boleh menerima dan boleh dengan izin, being misled dengan jawapan yang begitu tetapi bukan kepada mereka yang faham. Kalau mereka faham tentang kewangan, jawapan yang diberikan oleh pengurusan Tabung Haji setakat ini, cukup tidak meyakinkan. Saya bagi contoh Yang Berhormat Menteri Tuan Yang di-Pertua, saya tanya tentang susut nilai saham kerana susut nilai saham itulah yang akan menentukan sama ada nilai aset bersih seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi benar-benar boleh membiayai atau boleh menampung deposit atau tidak kerana keuntungan yang disebut itu tidak mengambil kira susut nilai saham. Sebagai contoh, memang betul Tabung Haji tidak menjual FGV. Akan tetapi kalau pendeposit mula mengeluarkan secara banyak dan kita kena ingat 75 peratus daripada simpanan Tabung Haji ini dipegang oleh pendeposit-pendeposit besar oleh 15 peratus sahaja pemegang akaun. Jadi sebab itulah apa yang disebut oleh Bank Negara Malaysia itu merujuk kepada- jangan hanya melihat kepada aset tanpa mengambil kira susut nilai saham kerana aset utama pelaburan Tabung Haji seperti juga PNB dan lain-lain ialah saham. Kalau keputusan yang diumumkan itu tidak mengambil kira susut nilai saham sudah tentulah kita tidak pasti kalau berlaku sesuatu sama ada apabila saham itu dicairkan untuk mendapatkan tunai cukup atau tidak tunai itu untuk membayar deposit. Itu yang pertama yang Tabung Haji menyembunyikan sampai hari ini kerana saya rasa semua orang tahu kalau susut nilai itu telah negatif resultnya tahun 2014, sudah tentulah tahun 2015 lebih besar negatifnya kerana iklim pelaburan tahun 2015 adalah lebih buruk daripada tahun 2014. Itu yang pertama. Yang kedua saya cukup tidak berpuas hati dengan jawapan awal pengurusan Tabung Haji dan saya tidak salahkan Menteri kerana ini ialah dan juga pengerusi kerana ini ialah CEO.

Apabila kita tanya tentang result negatif dan sama ada aset itu cukup atau tidak untuk membiayai pendeposit, jawapannya ialah penyata kewangan Tabung Haji itu tidak mengambil kira nilai aset saksama kumpulan.

Yang Berhormat Bandar Tun Razak tahu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri tahu penyata kewangan yang dibentangkan itu telah menunjukkan penyata kewangan Tabung Haji sebagai satu lembaga dan juga penyata kewangan Kumpulan Tabung Haji. Kumpulan Tabung Haji, dengan izin, adalah consolidated accounts yang telah mengambil kira berapa aset pelaburan di dalam syarikat milik penuh seperti Bank Islam, seperti TH Plantation, telah mengambil kira juga berapa sumbangan pendapatan dan keuntungan daripada syarikat bersekutu dan lain-lain untuk diberitahu kepada rakyat bahawa penyata kewangan itu tidak mengambil kira aset-aset anak syarikat. Itu tidak betul Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya, surat dari Bank Negara Malaysia itu merujuk terus kepada perkara itu kerana aset ataupun anak syarikat Tabung Haji yang paling besar ialah Bank Islam. Tabung Haji ini kalau tidak silap saya, memiliki lebih kurang 54 peratus saham Bank Islam. Kalau saham-sahamnya yang lain itu susut nilai terlalu besar, kalau berlaku pengeluaran yang berkali ganda yang Tabung Haji tidak dapat memenuhi permintaan aliran tunainya, kalaupun Tabung Haji ada anak-anak syarikat yang nampak baik tetapi apabila dia terpaksa cairkan ataupun terpaksa jual pelaburan itu, sudah tentu dia terpaksa jual dengan izin, in this stress sales. Maka, nilainya itu tidak sama dengan nilai semasa dalam consolidated accounts dengan nilai pada ketika itu. Jadi, sebab itu perkara-perkara begini dia kembali kepada soalan yang asal iaitu bahawa sebenarnya pengurusan daripada soal Bank Negara menanyakan perlunya ada satu dasar pengurusan deposit dan dana yang baru itu, itu perkara masa depan Yang Berhormat Menteri. Perkara yang lepas itu tidak boleh disembunyikan begitu sahaja kerana kalau Gabenor Bank Negara sendiri memaklumkan setakat September 2015, Tabung Haji tidak mempunyai nilai aset yang cukup untuk membiayai deposit kalaupun pendeposit mengeluarkan semua. Saya tidak rasa ada siapa-siapa yang boleh mempertikaikan perkara itu. Saya hendak jawab Yang Berhormat Jasin sedikit Tuan Yang di-Pertua. Soal LTAT bukan spekulasi. Ada beribu-ribu keluarga pesara tentera yang baru tamat perkhidmatan yang tiga bulan tidak mendapat bayaran caruman pencen, yang enam bulan tidak dapat, ada yang setahun tidak dapat. Apabila saya bawa perkara ini, 1MDB dan LTAT menafikan. Kata mereka, ia tidak ada kena-mengena dengan kontrak di antara Perbadanan Perwira Harta Malaysia, anak syarikat milik LTAT dengan 1MDB kerana 1MDB telah melantik PPHM ini untuk mengendalikan lapan pangkalan udara. Saya ada dokumen Tuan Yang di-Pertua, yang menunjukkan bahawa kerajaan sendiri tahu. Kerajaan tahu. Saya ulang balik, kerajaan tahu 1MDB tidak membayar PPHM selama satu tahun, berhutang. 1MDB berhutang dengan PPHM lebih kurang RM396.41 juta. On the dot, I know. Kenapa perlu dinafikan? Oleh sebab itulah oleh sebab RM400 juta yang tidak dibayar oleh 1MDB kepada PPHM anak syarikat LTAT ini, sudah tentulah ini ada kesan kepada aliran tunai dan sebab itulah ramai keluarga pesara pencen tentera yang baru tamat perkhidmatan yang tidak dapat caruman mereka. Itu hak mereka...

Sabar dahulu Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Kasihan dekat Yang Berhormat Menteri. Nanti dahulu, biar saya habiskan. Dia kena kembali kepada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu Yang Berhormat Jasin sendiri ialah bekas tentera., sepatutnya Yang Berhormat Jasin faham perasaan mereka. Saya dapat maklumat dan juga aduan tiap-tiap hari, ada keluarga yang sudah kena jual kereta, ada keluarga yang sudah kena jual motor. Kalau ya pun hendak pertahankan, ingatlah rakyat biasa sedikit...

[Dewan riuh]

Oleh sebab itu kalau ada orang yang timbulkan, pastikan kalau salah Tuan Yang di-Pertua, mengakulah salah dan perbaiki secepat mungkin. Jangan kata ini semua spekulasi, serangan persepsi kerana sebenarnya itu berlaku.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, cukup Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri duduk Yang Berhormat, yang sedang berdiri duduk dahulu, duduk. Ahli Yang Berhormat, kadang-kadang saya salahkan diri saya oleh kerana terlalu memberi ruang yang begitu lebar, besar dalam waktu penggulungan dan mencelah ini. Sebetulnya, tidak boleh dibenarkan untuk berhujah seolah-olah the floor is yours sedemikiannya. Jadi, mulai daripada Yang Berhormat Pandan tadi sudah dibuat. Jadi kalau ada lagi pencelahan, pendekkan pencelahan itu dan pencelahan itu biar merupakan satu pertanyaan. Ini kerana kalau tidak, seolah-olah memberi informasi yang di luar daripada apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, ada dua yang berdiri di situ. Ahli Yang Berhormat yang mana satu? Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan tumpukan kepada perakaunan Tabung Haji dan saya tidak menyentuh tentang Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Apa yang perlu saya jelaskan bahawa akaun Tabung Haji dan juga akaun-akaun yang dalam syarikat-syarikat pelaburan yang ada sesetengahnya ialah akaun yang disatukan dan juga pengiraan harta ataupun nilai saham-saham yang dilaburkan. Saya tahu Yang Berhormat Pandan pun tahu bahawa apabila akaun itu dibuat, akaun itu based mark to market sekarang. Bukan dibuat dengan harga apa yang dikatakan kalau dia beli harga RM4, sekarang harga RM2, bererti dia masih dikira RM4. Tidak, dia dikira RM2. Itu sebab mark to market, dipanggil mark to market. Sudah tentu ahli-ahli perakaunan yang tidak membuat itu dan akaun Tabung Haji tidak boleh diluluskan. Itu sebab saya hendak jelaskan perkara tersebut. Bila ada mark to market, bererti dia akan menilai pada harga yang ada sekarang, bukan harga semasa dia beli. Itu yang saya hendak jelaskan. Kedua, saya tahu sebab saya juga pernah jadi pengurus dana, sedikit besar dari Tabung Haji... [Tepuk.] Jadi saya kalau ditanya tentang nilai-nilai saham dalam PNB dan sama ada dia naik atau turun, saya tidak akan menjawab sebab dia akan menjadi kesan kepada market. It’s a market sensitive. Itu sebab ia tidak diberitahu walaupun ada. Kalau betul-betul hendak tahu boleh pergi kerana market sensitiviti itu satu perkara yang sangat penting dalam pengurusan pelaburan. Jadi kalau orang tahu tentang strategi kita, jadi maknanya kita akan esok rugi. Ini kerana orang tahu Tabung Haji sekarang mendapati kerugian, sudah tentu harga saham ini tidak akan naik. Jadi, rugi juga. Itu sangat penting. Jadi, insider knowledge sangat dijaga dalam pengurusan saham-saham. Jadi, ada undang-undang yang mengatakan kita akan menjadi kesalahan jenayah kalau menggunakan insider knowledge. Itu sebabnya. Jadi saya percaya tujuan murni kita untuk menolong Tabung Haji memang penting, tetapi kita juga kena jaga bagaimana cara kita menolong Tabung Haji dengan cara tidak merosakkannya. Itu yang sangat penting. Itu perkara saya berharap pihak Menteri dapat jelaskan. Itu sebab saya telah cadangkan satu nisbah yang jelas.

Saya cadangkan sekurang-kurangnya 1.3, satu sebab itu biasa dibuat oleh syarikat- syarikat insurans company yang besar. Saya juga cadangkan nisbah kecairan supaya ada duit untuk jika ada orang hendak mengeluarkan simpanan. Saya rasa semuanya itu sudah ada di dalam akaun Tabung Haji dan kita sebagai penyimpan mesti melihat itu dan saya berharap Tabung Haji dapat menjelaskan kepada masyarakat dengan cara begitu. Akan tetapi kalau bercerita tentang bilion-bilion nanti orang pun tidak tahu. Dia lupa nombor tetapi yang paling penting ialah duit kita RM100 tetapi kita hanya jaga simpanan RM70. Jadi senang. Jadi dengan cara itu perbincangan kita perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab untuk kepentingan Tabung Haji.

[Bangun]

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua bagi menjaga maruah dan semangat perwira-perwira kita yang telah mencarum begitu banyak sekali dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Pada ketika ini saya telah dimaklumkan kerana menjadi tanggungjawab saya bukan sahaja sebagai ahli veteran, saya pernah menjadi Presiden Persatuan Angkatan Tentera Negeri Melaka selama 17 tahun, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang saya ditanya jadi saya telah membuat penyelidikan jumlah aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera sekarang...

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin ini di bawah jagaan Yang Berhormat?

Tidak ada tetapi saya...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak ada Yang Berhormat pendekkan kerana ini adalah dalam soal jagaan.

Okey saya ringkaskan Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan. Ini kerana aset mereka pada ketika ini sebanyak RM9.4 bilion berbanding dengan caruman ahli sebanyak RM9.1 bilion. Jadi mereka telah mengumumkan keuntungan pada tahun 2012 sebanyak RM766 juta dan memberikan dividen kepada pencarum-pencarum sebanyak RM693.8 juta iaitu sebanyak 12 peratus. Satu perkara lagi saya hendak nyatakan beliau telah membabitkan nama 1MDB yang sebenarnya telah pun 1MDB menjawab dalam kenyataan akhbar. Izinkan saya baca ringkas Tuan Yang di-Pertua. Dia kata another wrong allegation, dengan izin, dari Yang Berhormat Pandan 1MDB refers to a wrong and baseless allegation made by Yang Berhormat Rafizi today in relation to the Pangkalan Udara Kuala Lumpur relocation construction contract between 1MDB dan juga Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia, a wholly-owned subsidiary of Lembaga Tabung Angkatan Tentera. 1MDB confirms that all payments to this company under the contract are current and there are no amounts outstanding. Selepas itu furthermore whilst 1MDB has been through challenging period in 2015, it has consistently made all its financial debt interest and principal payments when due. We accordingly urge Yang Berhormat Rafizi to stop this politically motivated, desperate and irresponsible attempts to wrongfully implicate 1MDB in such matter.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat okey terima kasih.

Kalau kenyataan ini tidak betul saman 1MDB. Jadi saya hendak kalau boleh kita nyatakan perkara yang sebenar. Janganlah hendaknya kita membuat apa-apa tuduhan yang tidak berasas. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey baik. Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Menteri, Kota Tinggi lagi sekali menteri. Kota Tinggi, Kota Tinggi.

Last on ...

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat sama ada melayan ataupun tidak. Saya tidak tahu berapa panjang lagi ucapan Yang Berhormat. Panjang lagi? Kalau panjang lagi Ahli Yang Berhormat.

Kota Tinggi satu round. Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang, terpulang kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Kota Tinggi, Yang Berhormat Menteri. Ini hendak penjelasan penting.

Mengenai Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan. Yang Berhormat Pandan duduk Yang Berhormat Pandan.

Penjelasan Kota Tinggi.

Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi saya masukkan penjelasan itu dalam saya punya penggulungan untuk memberikan jawapan kepada cara pengiraan susut nilai saham dan sebagainya yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Menteri ...

Suka untuk saya hendak menyebutkan juga Yang Berhormat Bandar Tun Razak bahawa di atas cadangan tentang nisbah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi ini adalah bertepatan juga dengan perkiraan iaitu nisbah tanggungan Tabung Haji adalah melebihi satu dan menepati nisbah yang disarankan iaitu 1 hingga 1.3 oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Bagi nisbah kecairan pula pada 31 Disember 2015 nisbahnya adalah pada kadar 18 peratus dan ini melebihi nisbah yang disarankan iaitu di antara 5 peratus hingga 10 peratus. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pelaburan dalam Silver Bird Group Berhad (SBGB). Isu ini telah saya jawab secara bertulis kepada pertanyaan lisan Yang Berhormat Pandan pada 9 Mac yang lalu. Ahli Yang Berhormat telah pun petik baca jawapan tersebut semasa perbahasan tempoh hari tetapi kenyataan dan analisis yang dibuat adalah tidak tepat. Ahli Yang Berhormat tidak sebut dan tidak membaca perenggan terakhir jawapan tersebut yang berbunyi pada 3 Oktober 2013 Tabung Haji telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya di dalam SBGB. Hasil penjualan tersebut Tabung Haji telah memperolehi keuntungan sebanyak RM9.13 juta. Oleh itu jumlah kerugian yang berkaitan dengan pelaburan SBGB adalah sebanyak RM48.87 juta setelah mengambil kira keuntungan sebanyak RM9.32 juta sepanjang tempoh pelaburan tersebut. Ini bermakna pada masa ini dan sejak 3 Oktober 2013, Tabung Haji tiada lagi pegangan dalam SBGB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam pengendalian portfolio pelaburan Tabung Haji mengambil kira keseluruhan pelaburannya. Setiap pelaburan yang ada yang menguntungkan rugi ataupun pulang modal yang penting keseluruhan portfolio pelaburan adalah menguntungkan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya perlu soal saham semua ini. Saya perlu perbetulkan juga Yang Berhormat Bandar Tun Razak kerana saya rasa Yang Berhormat Bandar Tun Razak tidak melihat sebelum saya pergi kepada Silver Bird Group Berhad kerana Yang Berhormat Bandar Tun Razak tidak melihat kepada pengumuman keputusan yang dibuat oleh Tabung Haji. Tabung Haji mengumumkan untung bersih. Untung bersih Yang Berhormat Bandar Tun Razak tidak masuk lagi kepada perubahan nilai saksama, ia tidak masuk kepada changes in fair value. Jadi sebab itu saya faham masalahnya Tabung Haji contohnya bagi tahun ini mengumumkan keuntungan RM3 bilion lebih. Memang kalau ikut penyata pendapatan itu untung bersih selalu disebut di situ. Akan tetapi di dalam mengikut yang terkini Yang Berhormat Bandar Tun Razak saya tidak tahu zaman Yang Berhormat Bandar Tun Razak dahulu macam mana. Terkini selepas untung bersih kena masukkan sebarang perubahan kepada nilai saksama baru line yang terakhir itu diletak sebagai net comprehensive income. Oleh sebab itu kalau tengok kepada rizab, memang ada rizab boleh agih dan rizab tidak boleh agih. Rizab boleh agih disebabkan ia adalah untung bersih memang positif RM3 bilion seperti yang diumumkan oleh menteri. Saya tanya susut nilai itu kerana sepatutnya diberitahu juga berapa sebenarnya net comprehensive income barulah betul-betul menggambarkan kedudukan kewangan yang betul.

Saya hendak juga perbetulkan jawapan yang diberikan oleh pengurusan Tabung Haji kepada menteri kerana itu menteri adalah accounting profit, dengan izin. Apa yang berlaku ialah oleh kerana Tabung Haji telah beli tahun 2007 dan harga saham Silver Bird Group itu terus jatuh, ia ada satu masanya yang mana auditor akan meminta supaya keseluruhan pegangan dalam Tabung Haji di dalam Silver Bird Group di write-off completely.

Jadi memang di dalam selepas tahun tertentu di dalam akaun Tabung Haji carrying value Silver Bird Group itu memang kosong. Jadi apabila akhirnya tahun 2013 itu dijual 5 sen kah, 3 sen kah sudah tentulah ada accounting profit RM9 juta. Akan tetapi pelaburan awal yang dimasukkan tahun 2007 dulu RM67 juta itu memang habis semua. Oleh sebab itu saya tidak sebut kerana saya rasa pengurusan Tabung Haji nakal cuba beritahu Yang Berhormat Menteri yang mungkin tidak begitu arif tentang akaun untuk memberi gambaran yang tidak betul.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih.

Kota Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli- ahli Yang Berhormat saya gunakan sekarang ini kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 37(2) iaitu Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Majlis Mesyuarat tidak mempunyai masa.

Tuan Yang di-Pertua

Maka, Menteri beralih kepada lain tajuk, tinggalkan, say bye, bye kepada Tabung Haji kalau panjang lagi. Sila, kerana sudah banyak. Cukup saya dengar mengenai dengan Tabung Haji, sila.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana atas arahan Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada hal yang berkaitan dengan Yang Berhormat Gerik yang menyarankan supaya ditubuhkan pusat dakwah Orang Asli di Gerik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan infrastruktur sama ada membina ataupun membaik pulih pusat dakwah diuruskan sama ada melalui peruntukan Majlis Agama Islam Negeri, ringkasnya MAIN ataupun Jabatan Agama Islam Negeri, ringkasnya JAIN. Walau bagaimanapun, berkaitan dakwah kepada Orang Asli, kerajaan melalui JAKIM telah melantik seramai 242 orang penggerak masyarakat Orang Asli yang ditugaskan untuk menyampaikan dakwah dan pendidikan Islam kepada masyarakat orang Islam di negara ini. Seramai 58 orang penggerak masyarakat Orang Asli telah ditempatkan untuk bertugas di perkampungan Orang Asli negeri Perak. Dalam memastikan dakwah berterusan kepada masyarakat Orang Asli Islam, JAKIM dengan kerjasama MAIN dan JAIN dan masyarakat setempat telah membina surau dan rumah penggerak masyarakat Orang Asli di perkampungan Orang Asli. Walau bagaimanapun, tidak semua perkampungan Orang Asli disediakan dengan surau dan rumah penggerak kerana pembinaannya adalah berdasarkan peruntukan tahunan. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga bersama-sama membantu melaksanakan program tersebut, khususnya melibatkan kewangan, kemudahan dan penyertaan. Yang Berhormat Tanah Merah juga menyarankan sesi penerangan penyelewengan doktrin IS di sekolah-sekolah dan universiti-universiti bagi mengelak golongan belia dan remaja terjebak. Dalam hal ini, JAKIM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Penjelasan Konsep Jihad Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM dan dianggotai oleh wakil daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Program dilaksanakan melalui kaedah Strategi Lautan Biru-Kebangsaan (NBOS) antara JAKIM dan agensi berkaitan yang turut serta memberikan penjelasan mengikut bidang dan kepakaran agensi masing-masing. Program penjelasan konsep jihad yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut; (i) program penerangan bersemuka iaitulah merangkumi program seperti seminar, taklimat, ceramah dan forum. Ini termasuk khutbah Jumaat sekurang-kurangnya sebulan sekali akan dibaca dan khutbah berkaitan pengertian jihad serta ancaman IS dan juga khutbah tersebut diguna pakai serta dibaca di negeri-negeri, (ii) program penerangan melalui media massa, radio dan televisyen iaitu penerbitan program radio dan TV RTM, TV Al-Hijrah, IKIM FM dan Al- Jazeerah channel, (iii) program penerangan melalui media cetak dan media baru iaitulah penerbitan artikel, temu bual dan laporan berita melalui pelbagai akhbar harian, Facebook dan juga web laman berita online. Sasaran program-program penerangan tersebut adalah merangkumi penjawat awam Persekutuan dan negeri, imam-imam, pegawai tadbir, guru KAFA, pemimpin pelajar- pelajar IPTA-IPTS, kakitangan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pensyarah universiti, Ahli Majlis Profesor Negara, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan guru-guru pondok. Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang berkaitan ajaran sesat telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit. Ahli Yang Berhormat berharap tindakan bersepadu dan kerjasama pelbagai kementerian, agensi untuk menangani ajaran sesat. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa bidang kuasa untuk menguatkuasakan kesalahan yang berhubung dengan akidah, termasuk ajaran sesat adalah berada di bawah bidang kuasa negeri seperti yang dijelaskan di Butiran (1) Senarai (II) Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil perhatian berat mengenai bahaya ajaran sesat di Malaysia. JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri, agensi keselamatan, khususnya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan juga Suruhanjaya Komunikasi, Multimedia Malaysia (SKMM) sama-sama berganding bahu dalam memastikan ajaran yang menyeleweng daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah dapat dikawal daripada terus tersebar. Bagi meningkatkan tindakan bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi tersebut, maka Jawatankuasa PEMANDU Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah bagi mengawal penularan fahaman- fahaman menyeleweng ini adalah seperti berikut; (i) pencegahan menyebarluaskan fatwa yang berkaitan dan mengadakan program penjelasan fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah melalui ceramah, seminar, menerusi media cetak dan elektronik, (ii) pemantauan dan risikan. Menjalankan program pemantauan terhadap gerakan kumpulan berfahaman menyeleweng dan menapis bahan-bahan penerbitan sama ada bercetak atau elektronik, juga kawalan terhadap kurikulum sekolah-sekolah agama dan pondok, (iii) penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan kerjasama antara pihak berkuasa agama dan agensi keselamatan terhadap fahaman-fahaman yang telah diwartakan menyeleweng daripada akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, (iv) gerak saraf perang saraf (GSPS), mengadakan kerjasama dengan jabatan mufti, Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi- agensi keselamatan bagi sesi perbincangan dan dialog dengan pihak-pihak yang dikaitkan dengan fahaman yang telah difatwakan menyeleweng. Ini termasuk untuk memberi kaunseling agama dan memanggil guru-guru ajaran sesat yang terlibat.

Bagi menangani penularan fahaman yang menyeleweng kepada pelajar, JAKIM juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengawal penularan ajaran, selain daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Sehingga kini, ramai pengikut ajaran sesat telah diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa, pihak berkuasa agama negeri-negeri dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

[Bangun]

Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Sekejap, kejap. Sedikit, bagi habiskan sedikit sahaja. Antaranya sehingga kini yang diambil tindakan antaranya adalah ajaran al-Arqam, Kerajaan Langit Ayah Pin, Rasul Melayu, Tuhan Harun, Milah Ibrahim ataupun Abraham dan lain-lain. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Menteri, soalan ringkas sahaja, pendek. Adakah fahaman Wahabi itu adalah dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini telah berulang kali dijawab di Dewan ini, cumanya sebagai pengulangan juga, boleh merujuk kepada Hansard yang lalu. Akan tetapi sebagai mudahnya ialah kita sebutkan hal- hal yang bercanggah dengan ajaran ini difatwakan melalui Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan digazetkan di peringkat negeri. Balik kepada soal- Yang Berhormat Shahidan tengok saya pasai apa?

Sik, Sik.

Wahabi, berkenaan dengan Wahabi ialah kita dah sebutkan bahawa ianya adalah dalam lingkungan kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah... [Tepuk] Yang Berhormat Bachok menyeru kerajaan perlu menangani isu label melabel di kalangan umat Islam di negara ini. Dalam hal ini, kerajaan telah menerapkan konsep wasatiah yang bermaksud kesederhanaan, keseimbangan dan keadilan dalam pelaksanaan dasar- dasar negara dan kehidupan bermasyarakat. Pendekatan wasatiah mampu membawa masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, ajaran yang jauh daripada sikap ekstrem dan melampau. Ini kerana ajaran Islam yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah amat menekankan kepada kesederhanaan dan keseimbangan. Fahaman ekstrem dalam agama merupakan suatu ancaman terhadap sesebuah negara dan umat Islam khususnya. Penularan fahaman ekstrem ini juga telah menggalakkan sesetengah pihak bertindak di luar batas kesederhanaan, menjejaskan sosial politik dan kestabilan sesebuah negara dan masyarakat. Oleh itu, kerajaan membendung fahaman ekstrem daripada terus menular daripada mempengaruhi umat Islam, termasuk berkaitan dengan hal kafir mengkafir. Ini adalah pendekatan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tidak melabelkan kafir kepada orang lain dan memberi penekanan kepada pendekatan dakwah secara berhemah dan bukan melabelkan ataupun mengkafirkan. Maka, kerajaan melalui jabatan-jabatan berkaitan dan juga kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah melihat serta memberikan penekanan kepada pendekatan wasatiah dan menghindarkan daripada pendekatan melabelkan atau mengkafirkan pihak lain.

Justeru semua pihak harus memainkan peranan masing-masing serta bertanggungjawab terhadap memelihara keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara termasuklah para pendakwah itu sendiri serta anggota masyarakat keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan isu Pensijilan Halal Yang Berhormat Parit Sulong meminta penjelasan mengenai inisiatif kerajaan bagi meningkatkan penglibatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera dalam mendapatkan pensijilan halal.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha menambah PKS bumiputera untuk mendapat sijil halal adalah usaha bersama pelbagai pihak termasuk JAKIM. Peranan JAKIM lebih tertumpu pada pensijilan halal iaitu menjalankan pengauditan pengeluaran sijil halal, pemantauan dan penguatkuasaan halal di Malaysia. Manakala agensi- agensi lain seperti Halal Development Corporation (HDC) dan SME Corporation perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menggerakkan usahawan PKS bumiputera dalam industri halal dengan lebih aktif. Di samping itu kerjasama daripada pelbagai agensi pembimbing seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan lain-lain amat penting ke arah mempertingkatkan jumlah pemegang sijil halal di kalangan PKS bumiputera. Yang Berhormat Parit Sulong juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan penjelasannya adalah seperti berikut: (i) menyarankan kerajaan menyediakan satu fasiliti green lane bagi mendapat sijil halal bagi syarikat-syarikat kepunyaan orang Islam. Pensijilan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan terbuka kepada semua pemohon sama ada pengusahanya orang Islam mahupun bukan Islam. Pensijilan yang dijalankan berdasarkan hukum syarak serta tertakluk kepada aspek pematuhan kepada standard dan garis panduan tertentu. Ini termasuklah mematuhi garis panduan keselamatan dan kebersihan seperti yang dikuatkuasakan oleh agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan lain-lain agensi. Prosedur dan peraturan ditetapkan terpakai kepada semua pemohon sama ada Islam dan bukan Islam. JAKIM sedaya-upaya mempercepatkan semua permohonan sama ada permohonan daripada bumiputera atau bukan bumiputera. Maka adalah tidak wajar untuk diberikan Sijil Halal secara mudah kepada sesetengah pemohon kerana ia akan mencemarkan nama baik Pensijilan Halal Malaysia. Prosedur dan peraturan ditetapkan ini adalah bagi memastikan supaya pemegang sijil pengesahan halal bukan sahaja mengeluarkan produk halal dari sudut syarak tetapi juga menghasilkan produk yang berkualiti, bersih dan selamat sesuai dengan konsep Halalan Toyyiban; dan (ii) meletakkan semula pengiktirafan pensijilan halal kepada HDC. Kerajaan terlah menggariskan peranan dan fungsi JAKIM dan HDC dalam bidang halal di Malaysia. JAKIM dan MAIN, JAIN adalah pihak berkuasa wibawa dalam urusan pensijilan halal di Malaysia berdasarkan peruntukan akta perihal dagangan 2011 (APD 2011)..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Parit Sulong berdiri.

Sat, bagi habis sikit.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Yang sama sahaja jawapan dia. Selain menguruskan permohonan pengeluaran sijil pengesahan halal Malaysia, JAKIM dan MAIN turut berperanan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Manakala HDC perlu fokus kepada pembangunan industri halal. Oleh yang demikian, cadangan meletakkan semula pengiktirafan sijil halal kepada HDC adalah tidak wajar memandangkan isu pensijilan halal turut melibatkan pihak berkuasa agama negeri sesuai dengan peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai 2, Perlembagaan Persekutuan.

Pelaksanaan Pensijilan Halal oleh JAKIM dan MAIN juga telah melalui proses bertujuan bersama oleh kedua-dua pihak sebagai pihak berkuasa berwibawa dan diperuntukkan secara jelas dalam perintah perihal dagangan perakuan dan penandaan halal 2011. Bidang pensijilan halal juga perlu dilihat bukan sahaja dari sudut industri halal, malah perkara yang sangat penting iaitu isu-isu berkaitan hukum syarak serta integriti dan kemampuan JAKIM untuk menjalankan pensijilan halal yang menjadi keyakinan masyarakat terhadap status produk halal tersebut. JAKIM dan JAIN juga mampu menjalankan peranan dan fungsi dengan baik berbanding syarikat swasta yang pernah dilantik untuk mengeluarkan sijil halal pada tahun 1998. Sila.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan dan memberi penjelasan mengenai pensijilan halal. Cuma Yang Berhormat Menteri, saya mungkin saya rekodkan jugalah di sini sebagai Pengerusi MATRADE, saya menerima banyak aduan mengenai kesukaran usahawan- usahawan terutamanya mendapat pensijilan halal. Jadinya, antara isu yang dibawa oleh mereka adalah kelewatan mendapat pensijilan halal itu sedangkan saya percaya ia ada tempoh-tempoh tertentu untuk mendapat sijil halal ini. Jadinya sebelum itu saya hendak bertanya dengan pihak Yang Berhormat Menteri apakah kekangan yang sebenarnya dalam usaha untuk peningkatan ini sebab saya bila menerima aduan daripada mereka, ini kadang-kadang membantutkan usaha mereka untuk memasarkan terutamanya produk mereka ke luar negara sebab sekarang ini, apa yang saya hendak katakan adalah the respect kepada syarikat yang mendapat pensijilan halal ini sangat tinggi. Jadinya kerana itu kita patut take advantage of that, bukannya take advantage of hendak memudahkan cara, tidak. Akan tetapi kalau sekiranya kekangan itu adalah daripada segi manpower, mengapa tidak kementerian request, dengan izin, supaya manpower itu ditambah dan diperkembangkan lagi sebab itunya dapat membantu dari segi eksport barangan industri halal keluar. Itu sahaja, itulah sebab itulah saya bangkitkan perkara ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong yang juga merangkap Pengerusi MATRADE. Saya suka hendak jelaskan bahawa sebenarnya Yang Berhormat Parit Sulong pun sudah bagi tahu kata bahawa Sijil Halal JAKIM ini amat dihormati di peringkat dunia, bahkan untuk maklumat Dewan, semua peniaga, setiap kali kita apabila MITI mengadakan persidangan tahunan untuk pameran antarabangsanya, semua negara yang datang ke Malaysia, dia amat mengharapkan dia rasa tak lengkap kalau dia dapat sijil daripada mana dunia sekali pun, dia hendak supaya sijil Malaysia itu dia dapat sebab dia amat-amat dihormati di luar sana- keyakinan orang. Dalam erti kata yang lain ialah bahawa ramai masyarakat bila sebut kata halal, dia tidak hanya sekadar barangan halal tetapi dia terkandung toyyiban yang disebutkan dengan bersih, suci, baik dan juga mengambil kira seluruh piawaian termasuk kesihatan. Jadi, sebab itu sebenarnya, saya tegaskan sekali lagi bahawa memang di peringkat asasnya sebab itu kita tak jadikan sebagai wajib. Sebagai kalau semua barangan yang dikeluarkan harus menjadi wajib ataupun telah pun ditetapkan, mesti memiliki Sijil Halal, tentu akan menjadi masalah. Akan tetapi sebenarnya tak pernah dikuatkuasakan Tuan Yang di- Pertua. Siapa-siapa yang tak ada Sijil Halal, dia menjual barangan sebagaimana biasa. Akan tetapi nilai tambah akan berlaku apabila dia mendapat sijil halal daripada JAKIM. Jadi untuk lebih sebab oleh sebab setiap kali penggulungan Penggal Pertama, Kedua, Ketiga, Yang Berhormat Parit Sulong dia akan tetap sebab oleh sebab Pengerusi MATRADE, dia tetap berkaitan halal. Jadi, saya mengajak untuk lebih mudah Yang Berhormat Parit Sulong untuk supaya apabila ada perbincangan-perbincangan yang elok kita panggil semua. Ambil contoh yang telah dibuat baru-baru ini oleh masyarakat kaum Cina yang telah mengumpulkan saya fikir lebih daripada 400 peniaga-peniaga mereka yang mendapat taklimat langsung tentang berkaitan dengan halal dan juga begitu juga baru-baru ini, masyarakat India yang daripada peniaga-peniaga mereka dikumpulkan di bawah satu badan menjemput untuk JAKIM memberikan taklimat kepada mereka.

Sebenarnya bukan ada kekangan di sudut, saya tidak menafikan ada ruang-ruang yang boleh dipertingkatkan di bahagian halal mengeluarkan sijil ini, di sudut manpower ataupun sumber manusianya, bahkan kita sudah mula beroperasi di Bandar Enstek, kita punya makmal. Jadi ini akan lebih merancakkan lagi bagi halal industri di Malaysia pada hari ini tetapi elok dan cantiknya lagi untuk kita perjelaskan sebab selalu saya terpaksa jelaskan bahawa permohonan diproses dalam masa yang ditetapkan. Apabila semua syarikat patuh dan comply dengan peraturan-peraturan permohonan. Akan tetapi sebagai contoh kalau ambil kosmestik katakan, kosmetik ini mungkin yang bahan sapu di pipi kanan, kiri, putih kanan, putih kiri, maka putihlah.

Jadi perlu mendapat Sijil Halal kalau sekiranya dia boleh menjelaskan bahan-bahan campuran yang ada dalam itu disahkan melalui Sijil Halal yang lain ataupun terpaksa dibawa kepada makmal. Ini yang sedikit mengambil masa. Jadi, dia tidak harus melihat bahan yang sudah terhimpun itu tidak dihuraikan dalam bentuk penjelasan halal masing-masing. Akan tetapi saya cadangkan nanti dikumpulkan untuk JAKIM memberikan penjelasan agar lebih dekat supaya kita tidak bincang panjang hal-hal yang seperti ini di sini. Sila.

Minta laluan sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin sedikit penjelasan berkaitan dengan pemalsuan Sijil Halal. Jadi kita lihat perkara ini berleluasa juga di dalam negara kita. Jadi, sejauh mana pihak kementerian memantau isu pemalsuan Sijil Halal ini dan setakat ini berapa ramai penguat kuasa kita yang bertanggungjawab dalam isu pemalsuan ini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang sebentar tadi. Sebenarnya dalam isu pemalsuan ini kebelakangan ini kita tidak banyak menghadapi isu pemalsuan. Dahulu semasa sebelum pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 sebelum dipinda 2011 kita menghadapi pemalsuan sebab sijil-sijil dikeluarkan oleh individu. Akan tetapi sekarang ini apa yang berlaku ialah sijil- sijil yang tamat tempoh ataupun perbahasaan yang melambangkan kata halal tetapi tidak. Contoh ada kedai yang telah melekatkan perkataan Bismillah, kalimah Allah dan Muhammad dan sebagainya. Ini dari sudut perbahasaan menggambarkan ianya sebagai halal, ini termasuk yang tadi. Akan tetapi pemalsuan-pemalsuan yang seperti ini tindakan diambil sebab di setiap negeri ada penguat kuasa sebab kuasa untuk mengambil tindakan ini diperturunkan selain daripada KPDNKK yang menguatkuasakan dengan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD 2011) pindaan tadi. Termasuk juga JAKIM yang telah diberikan kuasa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri yang mengambil tindakan. Ini sentiasa berterusan bergantung kepada maklumat pihak pengguna dan juga daripada pihak penguat kuasa yang membuat pemantauan. Ketiga, Yang Berhormat Parit sulung, cadangan menambah kepakaran berkaitan Sijil Halal agar proses Sijil Halal dapat disegerakan. Mengikut prosedur Sijil Halal setiap pemeriksaan bagi tujuan Pensijilan Halal Malaysia perlu dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai iaitu seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan seorang Pegawai Teknikal. Setiap pegawai yang dilantik sebagai pegawai pemeriksa oleh JAKIM dan JAIN merupakan pegawai yang berkelayakan dan competent dalam menjalankan pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia. Setiap pegawai perlu melepasi satu tahap kompetensi yang telah ditetapkan sebelum layak menjalankan pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia. Pegawai-pegawai ini telah dilatih dan didedahkan dalam semua aspek meliputi pengetahuan berkaitan syariah, teknologi pemprosesan dan pembuatan, analisa makmal dan perundangan yang berkaitan. Piagam pelanggan JAKIM dalam mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi permohonan yang memenuhi syarat adalah dalam tempoh 50 hari bekerja. Selepas pemohon diterima tempoh ini ditetapkan selepas mengambil kira tempoh masa untuk menjalankan penelitian terhadap bahan ramuan dan dokumen sokongan pemeriksaan lapangan penyediaan laporan, mesyuarat, panel pengesahan halal dan pengeluaran sijil pengesahan halal. Walau bagaimanapun, sekiranya memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan Sijil Pengesahan Halal akan diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja. Selepas pembayaran dibuat dan tiada notis ketidakakuran dikeluarkan semasa audit pematuhan dijalankan ke atas premis pemohon.

Namun demikian di atas kebanyakan kes pemohon yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan adalah disebabkan faktor-faktor berikut: (i) kurang kefahaman di pihak pemohon berkaitan prosedur permohonan Pensijilan Halal Malaysia standard Malaysia yang berkaitan, syarat-syarat dan keperluan pensijilan; (ii) pemohon membuat permohonan tanpa persediaan dan perancangan yang teratur dan tiada komitmen oleh pemohon untuk mengambil tindakan pembetulan terhadap notis ketidakakuran yang telah dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah yang telah dibangkitkan oleh pihak rakan- rakan Dewan yang mulia ini. Saya ingin menegaskan perkara-perkara yang tidak sempat saya bangkitkan sebentar tadi akan saya berikan jawapan secara bertulis. Inilah sahaja yang telah saya rasa Ahli Yang Berhormat sentuh tentang mengenai hal ehwal Islam. Apa-apa yang tidak sempat dijawab sebagaimana saya kata tadi akan dijawab dan dicatat dan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya baru dapat tahu bahawa rupanya Timbalan Yang di-Pertua sebelum mempengerusikan Majlis telah mengehadkan masa daripada Menteri-menteri dari Jabatan Perdana Menteri menjawab dalam masa 40 minit setiap Menteri. Kalau itu adalah ruling beliau, maka saya tidak boleh mengubah. Menteri seterusnya Yang Berhormat Pensiangan, 40 minit Yang Berhormat termasuk pencelahan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pensiangan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya punya hanya lima minit [Ketawa] Pertama sekali saya mengucapkan syabas, tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam penggulungan perbahasan Titah Yang di- Pertuan Agong dan telah membangkitkan isu berkaitan dengan jabatan saya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan yang membangkitkan isu berkaitan dengan kedudukan Akta Keharmonian Nasional yang telah dibincang yang telah dicadangkan pada 11 Julai 2012 yang lalu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, secara ringkas Akta Keharmonian Nasional ini memberi penekanan dan pendekatan, dengan izin, corrective measures Ini yang lebih tertumpu ke arah usaha-usaha untuk memberi kesedaran, pendidikan, menerapkan nilai-nilai kesedaran, nilai-nilai moral serta nilai-nilai kenegaraan. Ia tidak berhasrat untuk menggantikan Akta Hasutan 1948. Sehingga peringkat ini kerajaan sedang membuat penganalisisan dan meneliti secara terperinci input dan cadangan-cadangan yang diperoleh melalui pendampingan awam ataupun public engagement dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti ahli-ahli akademik, jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan atau NGO dan pemimpin masyarakat di peringkat komuniti. Memandangkan akta ini memerlukan penelitian yang terperinci dan mendalam sebelum dimuktamadkan usaha-usaha untuk mendapatkan input daripada masyarakat sivil atau the civil society masih diteruskan supaya hasil yang diperoleh itu kelak lebih menyeluruh dan inclusive. Tuan Yang di-Pertua kerajaan amat sedar, kerajaan amat menyedari penggubalan sesuatu akta memerlukan penelitian dan ia tidak boleh dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Supaya hasilnya nanti akan memberikan satu impak yang boleh diterima oleh semua pihak. Adalah diharapkan juga input-input yang akan diperoleh hasil pertemuan dengan masyarakat selepas ini nanti akan dapat membantu kerajaan dalam usaha menggubal akta tersebut. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya selalu tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu usaha untuk menterjemahkan perpaduan nasional bukanlah kerja sehari dua. Akan tetapi memerlukan kesungguhan yang berterusan tanpa noktah oleh setiap pegawai khususnya pemimpin politik. Setiap rakyat seharusnya memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras dan menjadi amalan...

[Bangun]

Nanti ya. Amalan seharian agar isu yang dibangkitkan dapati ditangani dengan lebih berkesan. Sesungguhnya penyatuan sebuah negara, bangsa hanya boleh dicapai melalui concentration dan kerjasama bukan melalui jalan konfrontasi dan konflik. Ya, Yang Berhormat Batu Kawan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan saya yang berhubung dengan Akta Keharmonian Nasional. Mungkin saya perlu mengingatkan Menteri bahawa soalan saya ada dua bahagian, satu berhubung dengan Akta Hasutan yang saya harap Menteri akan jawab dan juga berhubung dengan Akta Keharmonian Nasional. Menteri pasti tahu cadangan untuk satu akta baru ini dibuat pada tahun 2012 dan sampai Julai tahun ini genap empat tahun, dengan izin it is still stagnant tetapi cadangan-cadangan seperti pengimplementasian GST, Malaysian National Security Council, yang ini dengan izin bulldoze through Parliament in a blink of an eye. We found the paper on our table, we debated, we opposed, it was still passed. But something critical like this, National Harmony Bill. It has been four years already Yang Berhormat Menteri. How far is the impact of this, dengan izin that it can lead to national reconciliation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Hari ini kita lihat there is more national, anti national reconciliation movement on the ground Yang Berhormat Menteri. Jadi saya ingin tahu, Julai ini akan sampai empat tahun, when exactly will it be brought to Parliament to be debated and passed and if yes, what is the impact of the National Harmony Bill and what is happening in the country. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah jelaskan dengan panjang lebar sebentar tadi kenapa ia mengambil masa. Bagi saya sendiri, saya tidak tergopoh-gapah untuk membulldoze sesuatu undang-undang yang amat penting ini. Dengan izin, I would like to see what is the impact of this, what is the implication of this. Saya berpendapat bahawa bukan undang-undang sahaja yang mengambil masa tetapi di lain-lain negara pun juga mengambil masa untuk mewujudkan sebuah undang- undang yang amat penting ini. Ia betul, kami membuat keputusan supaya akta ini digubal sejak tahun 2012 tetapi kami bukan berdiam diri. Kami sudah menjalankan beberapa dialog, lebih daripada 18 dialog yang melibatkan kurang lebih 5,470 orang. Oleh sebab ada lagi permintaan lain supaya mereka didengari berkaitan dengan perkara ini, maka itulah sebab kenapa ia mengambil sedikit sebanyak. Itu saya punya penjelasan.

Terima kasih menteri.

Ada lagi?

Ya. Menteri, alasan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan pada masa itu sebab beliau membuat satu u-turn pada tahun yang sama mengatakan mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi membuat u-turn mengatakan Akta Keharmonian Nasional ini akan menggantikan Akta Hasutan 1948. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, don’t you think it will just better to repealed the Sedition Act? Then to have this National Harmony Act that has been dragging its feet for four years. Wouldn’t be better to just repealed to stick, tell the Prime Minister to stick to your guns and to repealed the Sedition Act. Apa pendapat Menteri? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Disember 2014, kerajaan telah membatalkan keputusan itu yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan sebaliknya telah menukar dengan mengukuhkan bahagian-bahagian Akta Hasutan dan keputusan ini dibuat dengan mengambil kira senario politik masa kini. Akta ini masih relevan dalam usaha membendung sebarang isu yang boleh mengundang pertelingkahan dan konflik antara kaum. Akta Hasutan hendaklah dilihat seperti- ya tentu sekali turut memberi manfaat kepada kesejahteraan dan kestabilan negara termasuk bagi mengekang ekstremis dan perbalahan kaum atau agama yang boleh merosakkan negara ataupun mengancam kaum atau penganut pelbagai agama.

Selain daripada itu, saya berpendapat, kami berpendapat bahawa kedua-dua akta ini, kedua-dua akta berkenaan boleh saling melengkapi selaras dengan- maafkan saya if I didn’t pronounce this properly. Selaras dengan prinsip amar makruf, nahi mungkar atau mengajak melakukan kebaikan dan mencegah keburukan di mana Akta Keharmonian Nasional bertindak sebagai amar makruf yang boleh mempromosikan keharmonian kaum dan juga agama manakala Akta Hasutan 1948 boleh memainkan peranan pencegahan. They can go alongside together. Satu mempromosikan harmoni kaum dan juga agama manakala Akta Hasutan 1948 memainkan peranan pencegahan.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Kalau macam itu mengapa kita perlukan the National Security Bill if you got it 101 acronyms of your alphabet full of x that are supposed to curtail of movement, speech, thought, assembly etc. dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Why do we still need this new bill that was bulldoze in Parliament in the wee hours of the morning? Tuan Yang di-Pertua, saya juga membangkitkan beberapa isu dalam ucapan membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Salah satu soalan saya adalah memandangkan dakwaan hasutan terhadap pensyarah Universiti Malaya, Azmi Shahrom telah digugurkan, adakah kerajaan juga akan menggugurkan dakwaan hasutan terhadap ADUN Seri Delima, ADUN-ADUN yang lain, Ahli Parlimen, aktivis, wartawan termasuklah kartunis supaya ia boleh betul-betul menunjukkan bahawa Perdana Menteri seorang pemimpin yang berazam untuk mentransformasikan negara. Terima kasih.

Saya sudah katakan tadi itu jawapan saya straight to the point sebentar tadi. Soalan yang dikemukakan kepada saya itu nampaknya ada terlari sedikit daripada apa yang kita bahaskan daripada asalnya tetapi selepas ini mungkin kita boleh bercerita.

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan Yang Berhormat.

Bahagian mana Yang Berhormat Menteri yang lari daripada, bahagian mana?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak payah jawablah.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua baru kah semua ini, sejak bila jadi Tuan Yang di-Pertua baru?

Yang saya cakap tadi itu adakah lain- lain masalah, Yang Berhormat sebentar tadi sentuh berkaitan dengan pensyarah di universiti dan adakah lain-lain yang menghadapi masalah seperti ini akan dilepaskan.

Ia dalam ucapan saya Yang Berhormat Menteri. It was in my speech.

Ya tetapi saya ialah seorang Menteri yang menjaga perpaduan, bukan menguatkuasakan undang-undang. So dengan izin, I think I have directed the wrong question to the wrong...

Tuan Yang di-Pertua

Sila-sila, teruskan Menteri.

But your Akta Keharmonian Nasional is something that is need to be enforce also by you.

Tuan Yang di-Pertua, saya perlukan penjelasan. Siapa yang perlu jawab isu tentang SEDIC dan SITF sebab nanti pula terlepas Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Tentang?

Tentang SEDIC iaitu Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India dan SITF adalah Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India. Saya kena tahu menteri mana, yang mana satu akan jawab soalan ini nanti, nanti terlepas macam tadi pula.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan keharmonian. Jangan ganggu Menteri kerana dia Menteri harmoni.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah Menteri mana yang patut jawab soalan ini?

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun tidak tahu Yang Berhormat. Yang saya tahu selepas ini Yang Berhormat Arau akan menjawab, Yang Berhormat Batang Sadong akan menjawab, seorang Yang Berhormat Senator akan menjawab dan yang satu lagi Yang Berhormat Muar. Ada lagi empat Menteri. Manalah tahu tersangkut di situ. Saya tidak tahu, Yang Berhormat. Sila, teruskan keharmonian Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, macam mana...

Akhir sekali, akhir sekali ya. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat, boleh saya tanya? Yang Berhormat adalah Menteri yang jaga perpaduan untuk semua, dan saya rasa perpaduan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini sangat penting. Saya dan ramai rakan-rakan di sini telah pun dilarang masuk ke negeri Sarawak untuk membantu pilihan raya Sarawak dan juga saya dilarang masuk ke Sabah juga, negeri Yang Berhormat Menteri, tanpa alasan. Bukankah ini merosakkan keharmonian dan juga perpaduan di antara Malaysia Timur dan juga Semenanjung Malaysia? Dan saya sebagai Ahli Parlimen yang amat prihatin...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah jawab Menteri kerana itu adalah kuasa kerajaan negeri. Tidak payah dijawab.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini adalah demi keharmonian negara. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri boleh tolong dan masukkan ini dalam Akta Keharmonian yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sudah berakhir?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini kuasa semata-mata kerajaan negeri dan apabila kerajaan negeri memutuskan sedemikian untuk melarang Ahli-ahli Yang Berhormat untuk masuk ke Sabah dan Sarawak, itu sebenarnya melakarkan perpaduan sedia ada di Sarawak dan Sabah. Kalau Yang Berhormat masuk di Sabah dan Sarawak, kami anggap itu sebagai merosakkan perpaduan di situ. Terima kasih.

Menteri, satu perkara sahaja. Minta Menteri Perpaduan.

Cukup sudah.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah selesai? Okey, terima kasih.

Boleh satu?

Tuan Yang di-Pertua

Menteri sudah duduk, jadi saya tidak boleh paksa Menteri, dia sudah duduk. Yang Berhormat Arau.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Sekarang Menteri ini bangun ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat telah bercakap selama 20 minit dan terima kasih kerana sudi memberi saya 20 minit tambahan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Majlis Mesyuarat]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, bagi Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab saya ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bahagian Hal Ehwal Maritim Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN), PR1MA dan juga ESSCOM.

Menteri, SEDIC dan SITF tak ada?

SEDIC dan SITF tak ada ?

Seperti Tuan Yang di-Pertua sebut tadi, dalam banyak-banyak Menteri mungkin terlepas masuk salah seorang daripada Menteri yang akan menjawab. Yang Berhormat sabar. Sabar itu separuh daripada iman.

Jangan sampai akhir nanti semua sudah duduk, duduk, terima kasih, tak ada jawapan. Terima kasih.

Tak. Kalau tidak ada orang jawab, saya akan bagi jawapan di luar nanti. Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan mengenai status pembinaan rumah bagi mangsa banjir di Kelantan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang berhormat, bilangan Rumah Kekal RKB yang dimohon oleh mangsa banjir Kelantan ialah sebanyak 1,827. Setelah proses pemutihan, sejumlah 1,629 unit sahaja perlu dibina. Sejumlah 189 permohonan lagi didapati tidak layak. Dari jumlah tersebut, Kerajaan Persekutuan dipertanggungjawabkan untuk membina 966 unit, kerajaan negeri sebanyak 528 unit dan NGO sebanyak 135 unit. Status pembinaan RKB terkini oleh Kerajaan Persekutuan seperti berikut iaitu sebanyak 436 telah siap, 271 dalam peringkat pembinaan, 229 peringkat pra-pembinaan dan 30 unit di peringkat proses pengesahan hak milik oleh PTG Kuala Krai. Kesemua RKB yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan dijangka siap sepenuhnya dalam bulan Jun nanti. Untuk membolehkan Ahli Yang Berhormat membuat perbandingan, Kerajaan Persekutuan sekarang ini telah menyiapkan 436 unit daripada 996 unit, kerajaan negeri sebanyak 326 unit daripada 528 unit dan NGO 135 unit semua telah disiapkan. Terima kasih. Sekarang APMM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Jerantut...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh tanya, boleh tanya?

Sudah habis.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tidak ada. Saya tanya kalau Kerajaan Persekutuan sepatut buat 966...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua ada di sini Yang Berhormat. Minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua dulu, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, jadi Yang Berhormat Arau sudah pun setuju untuk saya tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kalau ikut jawapan Yang Berhormat Menteri, saya ada dengar Kerajaan Persekutuan sepatutnya buat 966 buah rumah tapi sampai sekarang baru 436 buah yang siap selepas dua tahun. Kenapakah begitu tidak berkesan? Mangsa banjir ini dengan duduk dalam khemah dan cabin container, begitu susah kehidupan mereka. Kerajaan Persekutuan sepatutnya buat 530 unit lagi kalau ikut angka yang diberi oleh Yang Berhormat Arau. Boleh Yang Berhormat Arau terangkan apakah sebabnya? Adakah Yang Berhormat Arau jarang turun padang dan tidak begitu prihatin, mahu mereka sengsara lebih lagi baru Kerajaan Barisan Nasional masuk? Apa sebab?

Yang Berhormat, semua rumah ini telah dibina oleh JKR. Yang Berhormat patut tanya soalan itu kepada Menteri JKR semalam.

Akan tetapi, saya bagi laporan kerana Yang Berhormat kata Menteri ini tidak turun ke padang. Saya rasa Yang Berhormat tahu bahawa saya sentiasa turun ke padang dan beberapa kali saya turun ke padang bersama Yang Berhormat di mana-mana padang [Ketawa] Jadi Yang Berhormat, hendak saya cerita lagi sebagai tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Termasuk jogging juga.

Termasuk jogging bersama-sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya nampak Yang Berhormat.

Setakat itulah cukup ya, jangan cerita lebih- lebih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berfungsi untuk menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan juga kedaulatan negara di zon maritim Malaysia, zon ekonomi eksklusif serta menyelamatkan nyawa, harta benda semasa berlaku kecemasan di laut. Ini saya menjawab Yang Berhormat dari Jerantut. Agensi ini sentiasa meningkatkan rondaan dan kawalan terutama di perairan negara yang menjadi hotspot berlakunya kes-kes jenayah di laut. Aset Maritim Malaysia diatur gerak secara optimum mengikut KPI yang telah ditetapkan di mana sebanyak 42 aset beroperasi di laut pada setiap hari. Sehingga kini, Maritim Malaysia memiliki sebanyak 73 buah kapal. Terdapat kapal- kapal yang telah melangkaui usia sehingga 52 tahun. Berdasarkan usia kapal tersebut, APMM memang berhadapan dengan cabaran dalam melaksanakan tugas-tugas keselamatan di perairan negara. Oleh hal yang demikian, penggantian kapal-kapal baru adalah penting untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam memastikan zon maritim Malaysia aman dan terkawal. Yang Berhormat Sibuti, silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sibuti, sila.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya selalu bercakap pasal penambahan baik kapal-kapal laju untuk maritim di kawasan saya. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, untuk maklum Dewan ini, di kawasan saya, Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan sekarang sudah ada kapal besar dari negara China yang mengawal Beting Patinggi Ali. Di sinilah tempatnya masyarakat kami baiknya nelayan dari Miri, nelayan dari Sibuti mencari nafkah untuk keluarganya menangkap ikan. Sedangkan, sekarang Beting Patinggi Ali ini dijaga oleh kapal besar, adakah itu kapal perang ataupun kapal nelayan tidak membenarkan nelayan kita merapati kawasan Beting Patinggi Ali. Jadi tidak dapatlah mereka untuk menangkap ikan di sana. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri menghantar pasukan navy ataupun pihak maritim untuk melihat keadaan di kawasan lautan itu. Ini kerana Laut China Selatan adalah pelantar-pelantar minyak yang banyak daripada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kalau ini tidak dijaga dengan betul, kita akan hilang ekonomi besar kita daripada minyak dan gas. Dapatlah Yang Berhormat Menteri melihat keadaan ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, boleh minta tambah sikit tak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jelebu. Cuma saya hendak ingatkan jangan banyak pencelahan. Yang Berhormat Menteri boleh habiskan sehingga jam 7.13 minit.

Ringkas sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Maklumat terakhir yang diperoleh kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti itu sekarang ini terdapat lebih kurang 70 lebih kapal nelayan yang sedang berada di kawasan itu sekarang, yang dilindungi oleh kapal- kapal China itu. Apakah tindakan kerajaan dan apakah langkah-langkah APMM dalam mengatasi masalah yang kronik dan membimbangkan ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah meminta kelebihan masa sikit daripada masa Yang Berhormat tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya juga telah dibisikkan oleh Tuan Yang di-Pertua semasa mengambil alih tadi, tetap 40 minit diberikan kepada Yang Berhormat Arau.

Ya, tetapi saya ingat Tuan Yang di-Pertua sebab perkataan 40 minit tidak berapa sesuai sebab kita juga pegang portfolio penting dalam kementerian yang saya kena jawab Yang Berhormat. Terutamanya berhubung dengan – macam mana pun saya tidak akan lawan Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya sampai 7.30. Tuan Yang di-Pertua ini bukan soalan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

7.13 bukan 7.30 [Ketawa]

7.13? Ya, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, seorang yang baik dalam dunia saya tengok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila, sila.

Thank you. Berhubung dengan soalan ini memang sekarang ini telah menjadi percakapan bahawa terdapat 70 buah bot nelayan China di perairan Beting-beting Ali dan juga Beting Raja Jarum. Kapal Bombardier APMM telah terbang dua kali dan kita telah mengarahkan tiga buah kapal APMM untuk bergerak ke sana dan sudah pasti dalam pergerakan yang begini lambat kita akan hanya sampai pada esok hari. Walau bagaimanapun. APMM juga telah maklum kepada NAVY dan juga pihak lain supaya hadir di kawasan tersebut. Ini kerana kawasan ini ialah kawasan dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, lebih kurang 83 batu nautika daripada shore line, dengan izin pantai negeri Sarawak, daripada Miri. Jadi tidak ada persoalan bahawa kawasan ini kawasan mana- mana pihak. Berhubung dengan kapal coast guard yang berada di situ, memang kapal tersebut berada di situ mengikut pengawasan yang dibuat oleh kapal terbang Bombardier sebentar tadi. Saya terima kasih atas apa yang telah Yang Berhormat maklumkan dan pihak APMM akan menggerakkan lagi aset tambahan untuk memastikan tidak berlaku pencerobohan yang bagi saya agak luar biasa sampai 70 kapal nelayan berada di sana. Kapal layar mereka ialah kapal layar yang besar-besar. Tindakan akan diambil, sesiapa yang masuk ke kawasan Malaysia ataupun kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, kita akan ambil tindakan undang-undang. Dengan melaksanakan pembaikan ke atas kapal-kapal sedia ada, peratus pengoperasian kapal sepanjang tahun 2015 dapat mencapai 64.9 peratus. Manakala 35.1 peratus kapal lagi berada dalam proses pembaikan dan moth ball. Walaupun terdapat beberapa kapal dalam keadaan moth ball, di mana pembaikan akan terus dilakukan bagi memastikan kapal dapat beroperasi semula. Selain itu proses pelupusan dan pelan penggantian kapal-kapal baru akan turut dirancang bagi memastikan kapal-kapal yang beroperasi dapat ditugaskan dengan lebih efektif.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan bangun.

Pihak kerajaan telah meluluskan- ya, saya seronok kawan-kawan tanya soalan tetapi kita minta tolong Tuan Yang di-Pertua yang baik ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kebenaran diberi. Yang Berhormat Menteri, nombor satu saya rasa kita tidak perlu lebih mendesak kepada pihak kementerian. Ini kerana kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri itu memang ada kekangan dan ada kelemahan dari segi pelaksanaan terutama sekali aset-aset kementerian itu sudah agak lama.

Jadi kita sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, kita sokong Yang Berhormat Menteri Arau ini supaya kementerian ini diberi peruntukan pada tahun depan untuk menggantikan aset-aset. Supaya perairan kita di Malaysia ini agak meluas sekali. Jadi- walau bagaimanapun, saya minta juga penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Kota Kinabalu ini Yang Berhormat Menteri dekat dengan pusat APMM, di Kota Kinabalu pun ada juga pencerobohan. Jadi kalau bolehlah jangan terlalu ketara segala kelemahan kita itu. Kalau ada bot-bot besar yang pergi ke tepi pantai di mana nelayan-nelayan kecil ini terpedaya dan terhina oleh kerana usaha untuk menangkap ikan di pesisiran Pantai Barat, Kota Kinabalu itu dapat diselamatkan. Janganlah kita biar bot-bot besar ini beroperasi dengan tidak bertanggungjawab. Jadi mintalah ini permohonan saya. Itu satu memang kalau menyokong ini memang kami sokong. Ahli-ahli Parlimen kita sokong kementerian ini.

Terima kasih, hidup Yang Berhormat Putatan. Jadi Yang Berhormat insya-Allah boleh berterusan berada di sana. Berhubung dengan pencerobohan Yang Berhormat, kita sedar tentang pencerobohan yang berlaku dan APMM menggerakkan asetnya termasuk aset yang sedia ada yang mana kita dapati sekarang ini dekat 40 peratus berada dalam pembaikan. Akan tetapi kita ada pendekatan baru di mana kita tidak akan bertolak ansur walaupun kapal dalam pembaikan, kita akan menggunakan kaedah lain untuk membolehkan tindakan diambil kepada pencerobohan, pencerobohan kawasan dan juga pencerobohan daripada negara luar. Malah saya beritahu bahawa keutamaan sekarang ini ialah pencerobohan daripada negara luar dan juga penyeludupan terutama penyeludupan rokok dan sebagainya harus diberi perhatian. Dengan nelayan-nelayan tempatan ini, saya sudah maklum pada APMM supaya mereka ini merupakan rakan APMM, kawan APMM. APMM bukan musuh. Yang Berhormat telah maklumkan pencerobohan di Kota Kinabalu, Yang Berhormat maklum serta-merta. Saya telah sampaikan maklumat telefon bagi semua sekali pengarah-pengarah negeri dan kita boleh maklum ataupun beritahu kepada saya terus, kita akan ambil tindakan serta-merta. Contohnya macam kenampakan kapal-kapal nelayan asing di kawasan Beting-beting Ali, tindakan kita ambil dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, kita terima kasih pihak Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan RM384,985,200 bagi perolehan enam buah kapal untuk menggantikan kapal ronda kelasi padan yang telah usang dalam membantu APMM meningkatkan kesiapsiagaan di seluruh Malaysia. Kapal ronda generasi baru pertama akan dijangka siap pada Januari 2014. Berhubung dengan kawasan di Wilayah Sabah dan juga Labuan Yang Berhormat, sehingga kini kita telah pun membuat 44 tangkapan dalam pelbagai kesalahan. Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita tidak bertolak ansur dengan apa bentuk pencerobohan nelayan asing, warga asing sebab rakyat Malaysia merupakan keutamaan kita. Di bawah RMKe-11 pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM740 juta bagi perolehan tiga buah kapal pesisir luar pantai offshore petrol vessel, dijangka akan mengambil masa selama tiga tahun dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018. Ini bagi membantu APMM melaksanakan rondaan di Laut China Selatan. Saya akan menjawab MKN di akhirnya sebab saya tengok Yang Berhormat banyak yang berminat tentang Rang Undang-undang MKN. Jadi biarlah kita di penghabisan. Kalau masa dibenarkan terus, jadi saya akan menjawab segala persoalan berhubung dengan rang undang-undang ini. Bagi ESSCOM Yang Berhormat Semporna telah mencadangkan supaya ESSCOM di perkasa dengan latihan, kesiapsiagaan, anggota mencukupi, aset pertahan yang sewajarnya, mempertingkatkan risikan, kerjasama diplomatik dengan Filipina dan juga pemerkasaan keupayaan kewangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil berat keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dengan meningkatkan kekuatan dan keupayaan dari segi keanggotaan dan aset-aset yang diperlukan di ESSZONE dari semasa ke semasa. Kerajaan telah meluluskan penambahan anggota keselamatan sebanyak 1,076 anggota pada 17 Ogos 2014 yang terdiri daripada PDRM dan juga ATM. Penambahan anggota keselamatan ini mampu untuk menghadapi sebarang ancaman daripada dalam dan luar negara di samping membantu memperkukuhkan pertahanan di kawasan ESSZONE.

Keupayaan ESSCOM sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan menambah sistem aset pertahanan seperti pemasangan sistem Coastal Surveillance System Radar (CSSR) yang melibatkan lima radar site tambahan bagi melebarkan liputan semasa. Lima buah radar jarak dekat- short range bersama Optronic turut dipasang di lima buah pulau di perairan Telok Lahad Datu dan Semporna bagi meningkatkan situational awareness di laluan yang berisiko tinggi.

Inisiatif lain sedang dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) mewujudkan High-Level Committee antara Malaysia dan Philippine melalui MKN dan menjalinkan kerjasama dua hala untuk menangani isu-isu keselamatan di persempadanan sepanjang ESSZONE seperti rondaan bersama dan juga perkongsian maklumat perisikan; (ii) memperketatkan kawal selia pemantauan persempadanan dengan memperkemaskan perniagaan tukar barangan- barter trade yang juga menimbulkan masalah; (iii) penguatkuasaan pengharaman operasi pam bot serta pengisytiharan kawasan larangan di perairan ESSZONE yang didapati berisiko tinggi; (iv) membangunkan pangkalan-pangkalan operasi hadapan sea- basing dan juga mothership di lokasi-lokasi strategik bagi mempertingkatkan kehadiran pengawasan dan tindak balas; dan (v) menambahkan kelengkapan teknologi seperti sistem pengawasan radar Unmanned Aerial Vehicle (UAV), penggunaan teknologi satelit, sistem kawalan dan juga pemerintahan dalam mewujudkan kesedaran persekitaran yang menyeluruh (complete domain awareness). Langkah-langkah ini adalah bagi mempertingkatkan pengawasan show of force dan juga response time di kawasan ESSZONE. Yang Berhormat Silam juga menimbulkan beberapa perkara dalam ESSCOM. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam Bajet 2016, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM523 juta bagi menambah aset dan teknologi ketenteraan serta membangunkan kem tentera darat bridged ESSCOM di Felda Sahabat Lahad Datu, Sabah. Selain itu juga, kerajaan memperuntukkan dana untuk menaik taraf landasan lapangan terbang Lahad Datu. Walau bagaimanapun, projek ini masih dalam peringkat permulaan. Perbincangan sedang dibuat di antara pihak Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan juga FELDA, terutamanya yang melibatkan perolehan tanah dan aspek-aspek teknikal yang lain. Tuan Yang di-Pertua, mengenai sea-basing. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah pelantar minyak lucut tauliah telah diubahsuai sebagai sebuah pangkalan laut dan telah beroperasi di perairan Beting Bongaya, telukkan Lahad Datu mulai 31 Julai 2015. Pangkalan laut ini dinamakan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR). Sementara itu, sebuah kapal dagang yang diubahsuai telah dijadikan sebagai mobile sea-basing dinamakan sebagai Kapal Auxiliary Tun Azizan. Kapal ini telah beroperasi mulai 1 Mei 2015. Di samping itu, dua buah kapal berukuran 27 meter turut diubahsuai sebagai mothership dengan peranan yang hampir sama dengan PL Tun Sharifah Rodziah dan KA Tun Azizan tetapi dengan kapasiti yang lebih kecil. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemasangan sistem Coastal Surveillance Radar (CSSR) sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap dan mula beroperasi pada September 2016. Yang Berhormat Silam juga mencadangkan supaya ESSCOM bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ESSCOM menyambut baik cadangan Yang Berhormat Silam berkenaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah untuk mencari cara terbaik terutamanya bagi mengekalkan kampung-kampung air tradisi dan yang dirizab atau yang diwartakan sebagai kawasan perkampungan air.

Walau bagaimanapun, ESSCOM akan berbincang dengan pejabat-pejabat daerah dan majlis pembandaran serta Jabatan Perhutanan Negeri Sabah untuk tindakan sewajarnya terhadap kampung-kampung haram yang terletak di tanah persendirian atau milik kerajaan negeri. Yang Berhormat Sandakan, yang telah menghilang diri menimbulkan beberapa perkara juga mengenai ESSCOM. Secara keseluruhannya, sejumlah peruntukan mengurus yang telah diberikan oleh ESSCOM bermula daripada ditubuhkan ialah sebanyak RM28.4 juta bagi peruntukan mengurus dan RM82.5 juta peruntukan permohonan sehingga kini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memberikan jaminan, telah memberikan kelulusan khas kepada ESSCOM sebanyak RM65.8 juta bagi tujuan perolehan 92 bot pada tahun 2016. Tempahan bot ini telah dilaksanakan mulai Jun 2016, setelah melalui penerangan teknikal dan bot-bot ini diterima secara berperingkat mulai September 2015 dan dijangka selesai pada Ogos 2016. PR1MA, seperti Yang Berhormat sedia maklum, perumahan mampu milik kos sederhana yang disediakan oleh PR1MA adalah khusus untuk golongan pertengahan. Golongan ini didefinisikan sebagai golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 sehingga RM10,000 sebulan. Rumah kos sederhana yang disediakan oleh PR1MA adalah dalam lingkungan harga RM100,000 hingga RM400,000 bergantung pada jenis dan lokasi. Harga rumah ini adalah berdasarkan tahap kemampuan dan secara purata sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa bagi projek di kawasan dan spesifikasi yang sama. PR1MA turut menyediakan produk inovasinya khusus untuk memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi dilema pembiayaan perumahan. Skim RTO merupakan kemudahan sewa milik yang berupaya mengatasi isu aliran tunai individu dan merupakan suatu inisiatif bagi membantu ke arah pemilikan rumah. Program ini akan menggalakkan penjanaan kekayaan di kalangan golongan sasarannya. Tuan Yang di-Pertua, dengan pendahuluan itu, saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sibuti. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini Anggota Perbadanan PR1MA telah meluluskan sebanyak 9,185 unit rumah PR1MA untuk dibina di negeri Sarawak. Antara kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti ialah Santubong, Petrajaya, Mambong, Sibu, Bintulu, Stampin dan Bandar Kuching. Pada masa ini, PR1MA juga sedang giat mengenal pasti kawasan-kawasan lain yang sesuai untuk pembangunan PR1MA mengikut permintaan dan juga kesesuaian projek. Sekiranya mana-mana projek mempunyai sebarang cadangan projek rumah kos sederhana, ia boleh dikemukakan kepada PR1MA untuk di teliti kesesuaiannya. Yang Berhormat Langkawi juga telah menimbulkan perkara-perkara mengenai PR1MA. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu akan diterajui oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada tahun ini. Sesungguhnya PR1MA menyokong penganjuran ekspo tersebut dan bersedia untuk bekerjasama ke arah pelaksanaan. Untuk perkara lain Ahli-ahli Yang Berhormat, PR1MA telah menganjurkan sebuah program berskala besar yang menjelajahi bandar utama di negeri-negeri seluruh Malaysia. Ekspo perumahan yang dikatakan Ekspo Rumah PR1MA 2015 ini telah diadakan dengan jayanya di negeri Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan Johor. Manakala pada tahun 2016, PR1MA telah menganjurkan ekspo tersebut di negeri Sarawak yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Sekiranya sesuai, PR1MA akan mengadakan ekspo ini di seluruh negara. Penganjuran Ekspo Rumah PR1MA ini telah direalisasikan hasil kerjasama PR1MA dengan rakan-rakan strategiknya terutamanya sekali pemaju swasta, institusi kewangan serta pihak-pihak lain yang berkaitan dengannya. Yang Berhormat Silam juga bertanya beberapa perkara berhubung dengan PR1MA. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, PR1MA memberi tumpuan kepada projek pembangunan rumah kos sederhana. Agenda pelaksanaannya adalah khusus untuk membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki harta di kawasan strategik di bandar-bandar utama. Sesungguhnya kehadiran PR1MA akan membantu golongan ini.

Seperti mana yang telah saya nyatakan sebentar tadi, pada masa ini PR1MA sedang giat mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk pembangunannya. Antara faktor yang ditimbangkan dalam pelaksanaan projeknya termasuklah permintaan setempat, kesesuaian projek serta tahap kemampuan pemohon tempatan. Oleh itu, sekiranya mana- mana pihak yang mempunyai sebarang cadangan projek yang dirasakan sesuai untuk pembangunan PR1MA, ia boleh dikemukakan kepada PR1MA untuk ditelitikan. Yang Berhormat Batu Kawan bertanyakan PR1MA Pulau Pinang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembangunan PR1MA akan dibangunkan di seluruh Malaysia termasuk Pulau Pinang. Setakat ini, Anggota Perbadanan PR1MA telah meluluskan sebanyak 26,291 unit rumah untuk dibina di negeri Pulau Pinang. Jumlah ini adalah melebihi jumlah yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2012 iaitu membina 20,000 unit rumah murah dan kos sederhana di Pulau Pinang.

Kesemua projek ini berada dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan. PR1MA bersedia dan terbuka bagi mengadakan rundingan dan perbincangan dari masa ke semasa bersama dengan kerajaan negeri dan PBT dalam memastikan pembangunan PR1MA dapat dijayakan demi kemaslahatan rakyat khususnya penduduk negeri Pulau Pinang. Projek rumah PR1MA adalah terdiri daripada pelbagai jenis mengikut kesesuaian projek. Seperti yang dinyatakan harga rumah PR1MA yang ditawarkan adalah mengikut julat harganya dengan mengambil kira tahap kemampuan golongan sasaran serta dengan purata harga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Sekarang akhir sekali Yang Berhormat ialah MKN. Kalau mana-mana Yang Berhormat yang saya tidak sentuh mengenai apa-apa perkara, Yang Berhormat boleh bangkitkan. Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan isu kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang luas dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjelasan telah diberikan mengenai kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang didakwa lebih luas daripada kuasa Yang di- Pertuan Agong dalam RUU MKN 2015 semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan Dewan Negara pada 21 Disember hingga 22 Disember 2015. Kuasa Perdana Menteri di bawah fasal 18 adalah hanya untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan atas nasihat Majlis dan bukannya secara bersendirian. Anggota-anggota Majlis terdiri daripada individu yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang sewajarnya dalam hal keselamatan negara.

Mohon penjelasan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Oleh yang demikian, dakwaan bahawa RUU ini memberikan kuasa yang luas kepada Perdana Menteri adalah tidak benar sama sekali.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini di sini Yang Berhormat Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada dua orang yang bangun Yang Berhormat. Yang mana satu Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua orang yang bangun. Yang mana satu sama ada Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Pokok Sena?

Tuan Yang di-Pertua berilah. Dua-dua kawan baik saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang mana satu? Tidak boleh serentak.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Pokok Sena belakang, beri depan dahulu.

Beri belakang dahulu.

Siapa bangun dahulu?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Ya. Kena ‘amanah’ tahu?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam MKN ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat tentang status akta ini. Apakah ia telah pun digazetkan ataupun belum? Kedua yang saya hendak dapatkan penjelasan ialah apabila Majlis Raja-Raja memberikan saranan supaya ada peruntukan-peruntukan tertentu dalam Akta MKN ini perlu diperhalusi. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan kerana mengikut kenyataan Penyimpan Besar Mohon Raja-Raja- Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor yang akan menghantar maklumat kepada Perdana Menteri tentang perkara-perkara yang diamati oleh Majlis Raja- Raja yang perlu diperhalusi peruntukan-peruntukan tersebut. Jadi saya hendak dapatkan, apakah perkara-perkara yang disarankan oleh Majlis Raja-Raja yang perlu diperhalusi dan apakah tindakan dan langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan?

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya pun lebih kurang sahaja. Akan tetapi berbunyinya adakah rang undang-undang yang diluluskan di Parlimen, MKN itu telah mendapat perkenan Diraja ataupun royal assent kerana sebagaimana kita tahu, walaupun di dalam Perlembagaan kita apabila satu rang undang-undang diluluskan di Parlimen itu tidak mendapat royal assent, ianya akan menjadi undang-undang setelah satu tempoh. Akan tetapi adakah kerajaan- saya ingin tahu berhasrat untuk meneruskan juga Akta MKN ini walaupun ianya mungkin tidak akan mendapat suatu royal assent daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan apakah kesan yang mungkin akan berlaku kalau sekiranya perkara itu diambil oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Dua-dua soalan ini ada jawapan sekejap lagi ya. Saya kena baca sebab ini telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Tentu saya akan jawab. Semasa saya jawab nanti kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati juga, Yang Berhormat boleh bertanya termasuk dua-dua ini telah ada jawapan bertulis ya. Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah mempersoalkan kemungkinan darurat berlaku dan adakah pilihan raya akan ditangguhkan jika RUU ini dikuatkuasakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahap ancaman kawasan keselamatan adalah lebih rendah berbanding dengan tahap ancaman bagi pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 150. Pengisytiharan kawasan keselamatan dibuat bagi membolehkan pasukan keselamatan dikerah tugas bagi menangani ancaman keselamatan di kawasan tersebut. Proses pilihan raya sekiranya ada, akan berjalan seperti biasa dalam kawasan tersebut. Jadi kalau Yang Berhormat meneliti sepanjang rang undang-undang ini, Yang Berhormat boleh melihat bahawa ia tidak mendatangkan apa-apa kesan daripada segi pilihan raya dan juga lain-lain lagi. Sekiranya tahap ancaman tersebut didapati terlalu serius, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri akan menasihati Yang di- Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai penyelesaian terakhir berdasarkan Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Raub telah membangkitkan mengenai pandangan Majlis Raja-Raja mengenai Akta MKN 2015 dan ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengkaji semula akta tersebut. Yang Berhormat Permatang Pauh juga turut mencadangkan agar rang undang- undang ini dibatal dan dimansuhkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Peguam Negara dan MKN, JPM telah memberikan sembah taklimat kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Februari 2016 mengenai Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang telah diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan Dewan Negara pada 22 Disember 2015.

Majlis Raja-Raja telah mengambil maklum akan taklimat dan penjelasan yang diberikan dan meminta supaya rang undang-undang tersebut diperhalusi dan mewujudkan semak dan imbang- check and balance, dengan izin, bagi kestabilan dan keutuhan negara. Mekanisme semak dan imbang telah pun diperuntukkan dalam rang undang-undang ini iaitu antara lainnya ialah fasal 18(6) “RUU memperuntukkan bahawa pengisytiharan kawasan keselamatan hendaklah dibentangkan di Parlimen”. Itu check and balance. “...dengan seberapa segera dan seterusnya boleh dibatalkan jika resolusi diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk membatalkan pengisytiharan tersebut”. Ini contoh, antara contohnya. Kedua, mekanisme untuk menentukan- ini contoh yang kedua untuk menentukan nilai pampasan yang memadai terhadap pengambil milikan sementara dan penggunaan sumber akan diperuntukkan dalam peraturan-peraturan yang akan dibuat di bawah fasal 42, RUU MKN. Peraturan-peraturan ini sedang dalam proses. Peguam Negara dan MKN, JPM kini sedang menyediakan peraturan-peraturan di bawah fasal 42, RUU MKN 2015 yang akan mengambil kira pandangan Majlis Raja-Raja. Kerajaan sekali lagi akan memberikan sembah taklimat kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja dalam masa yang terdekat. Terima kasih kerana jawapan itu...

Yang Berhormat Menteri.

...Memuaskan hati Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kota Bharu dengan hebatnya.

Boleh?

Ini tidak puas hati? Okey, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapat satu penjelasan ataupun pendirian kerajaan oleh sebab kami tidak dapat mengetahui apakah kandungan sebenar surat Majlis Raja-Raja itu tetapi saya hendak tanya pendirian pihak kerajaan. Pertama, apabila kata diperhalusi itu, adakah diterangkan apa maksud diperhalusi itu? Adakah pihak Majlis Raja-Raja mungkin mengatakan bahawa bawa balik ke Parlimen ke Dewan Rakyat? Itu yang pertama. Kedua, seandainya selepas ini ditolak lagi, tidak diterima lagi, apakah pendirian kerajaan? Adakah kerajaan akan teruskan berdasarkan tadi Yang Berhormat Kota Bharu kata, kalau ikut peruntukan Perlembagaan boleh, dalam sekian-sekian masa tidak dapat royal assent, boleh jadi undang-undang. Jadi, saya hendak tanya, adakah Menteri sedar seorang profesor undang-undang Perlembagaan, Aziz Bari mengatakan, “Even Perlembagaan yang menyatakan...” [Disampuk] Eh! Diamlah. Tidak tahu, diam.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Hei! Bangun kalau tidak faham.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Aziz Bari PAS? Ini lagi tidak faham. Kata ‘bahalul’ marah pula. Aziz Bari DAP lah. Apalah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Of course. Dia Ph.D dalam bahagian...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

I cabar you. Yang Berhormat Pendang, I cabar you cakap di luar Parlimen, cakap Aziz Bari bukan pakar undang-undang, tidak ada kelulusan dalam perundangan.

Hendak cakap luar Parlimen buat apa? Saya Ahli Parlimen. Saya bercakap di sinilah.

You gunakan ruang ini untuk menghina orang.

Siapa lantik dia jadi pakar perlembagaan ini? Siapa pilih dia?

Sebab dia memang ada kelulusan Ph.D.

Siapa pilih dia? Ph.D tidak semestinya dia pakar.

Hei! He’s writing- to Federal Court. You mana tahu. You tidak pernah pergi court.

Siapa pakar? Ph.D tidak semestinya pakar. Retarded lah ini.

Yang ada Ph.D tidak semestinya pakar, yang tidak ada Ph.D macam you sudah tentu tidak pakar. Yang ada Ph.D tidak tentu lagi pakar. Ada Ph.D ‘kangkung’. Akan tetapi yang ini, dia punya bidang Ph.D adalah berkaitan dengan soal royalti, sistem monarki. Buku dia pernah dirasmikan oleh Yang di- Pertuan Agong. Tahu tidak?

Tidak, pakar ini siapa yang bagi? Kalau lantik diri sendiri pakar, tidak semestinya pakarlah. Pakar ini mesti sudah ada universiti bagikan. Kalau setakat PhD, beribu-ribu PhD di Malaysia, yang tidak pakar pun.

Ha, itu BN lah. Ini bukan BN.

Pigilah. Jawablah ini. Hendak jawablah persoalan, kalau hendak berdebat, berdebat di sinilah.

Ini lagi tidak faham. Saya tengah tanya soalan Menteri, yang you hendak saya jawab buat apa.

Kalau hendak berdebat, kita berdebat di sinilah. Saya mendengar sahaja, saya dengar selama ini tetapi kalau tengok muka macam ini, hat muka macam ini, saya tak takut punya. Cakap.

Takut?

Kalau setakat hendak berdebat, muka macam ini, saya tak takut Yang Berhormat.

Kalau saya tidak tengok muka you pun saya tak takut.

Sudahlah. Pigilah. Muka boleh menang ke? Lari dari PAS. Pigilah. PAS buang begitu saja. Malulah.

PAS buang apa? Saya yang keluar sendiri. Apa benda ini? Perkataan buang pun tak faham. Alamak.

Tak, kena buanglah.

Ini, saya rasa pemimpin yang recycle.

Cakaplah.

...Orang recycle, recycle tiba-tiba ada lantik Yang Berhormat Pendang.

Siapa recycle?

You lah.

Berlambak recycle dalam PAS.

You lah.

Siapa? You?

You lah, yang recycle.

Siapa, you? Eh, cakaplah Yang Berhormat, you apa you?

Anda adalah pemimpin recycle.

Siapa recycle?

Ha, you lah.

Saya? Saya tak pernah kalah. Saya tak pernah kalah.

Setuju tak recycle? Setuju tak recycle? Setuju.

Saya tak pernah kalah. Saya tak bertanding di 2014, 2016 tetap tak recycle.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ya, duduk Yang Berhormat.

Saya tak recycle. Jangan biadap ya begitu, ya. Bodoh punya Wakil Rakyat!

Recycle, Yang Berhormat.

Kenapa pula? Apa recycle, apa makna recycle?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Recycle bermaksud pemimpin macam you.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Apa makna recycle?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Itu yang saya kata tadi retarded punya wakil rakyat.

Saya tengah tanya soalan, tiba-tiba dia mari serbu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sepang, kedua-dua minta keluar dari Dewan.

Eh! Apa pula Tuan Yang di-Pertua?

Keluar, keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, minta keluar dari Dewan.

Apa ini? Ini macam tak ada apa-apa sebab pun Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Yesterday you made a wrong decision. Hari ini takkan hendak buat wrong decision lagi? Tadi Speaker dah tolak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Tadi cakap- what is my salah? Apa salah saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua tak boleh buat beginilah. Suka-suka halau saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat menuduh saya, Yang Berhormat.

Ya, saya tanya soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, menuduh saya Yang Berhormat. Ini berat, Yang Berhormat.

Saya tanya soalan baik-baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sila lihat Peraturan 37(1)(a). Ada saya jemput Yang Berhormat berucap?

Tuan Yang di-Pertua tak halang pun tadi. Kenapa sekarang baru halang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tak sebut pun perkataan, ‘Sila Yang Berhormat Sepang berucap’. Saya tak sebut.

Kenapa tak bagi saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kenapa Peraturan 37(1)(b)...

Tuan Yang di-Pertua, are you having any grudge against me?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat. Duduk. Saya minta duduk.

Tuan Yang di-Pertua tak boleh guna kepentingan Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang!

So, what?...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua tengking saya, kenapa tengking saya?...

[Dewan riuh]

Ikutlah peraturan! Sepang. Apa ini!

Tuan Yang di-Pertua tengking saya. What do you have against me?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang tunjuk-tunjuk dekat muka Speaker. Hormat pada kedudukan kerusi Speaker, Yang Berhormat.

Saya memang hormat pada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak hormat pun...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ya Allah.

Tidak faham peraturan...

Yang Berhormat Pendang dah keluarlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peraturan 37(1)(b).

Ha, belum jemput lagi sudah bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Buku peraturan. Sila baca. Sila baca Yang Berhormat.

Kalau kata saya tak hormat Tuan Yang di-Pertua...

Siapa yang jemput?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya berapa kali tegur Yang Berhormat Sepang membuat perangai macam ini, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang sila duduk.

Can I explain?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, sila duduk. Oleh sebab Yang Berhormat Sepang dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat tak mengikut peraturan, saya menggunakan Peraturan 37(2), sebagaimana Yang Berhormat Tan Sri sebut, Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana Ahli-ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Majlis Mesyuarat tidak mempunyai masa yang secukupnya. Sila Yang Berhormat Menteri. Tidak ada lagi pencerahan. Yang Berhormat Menteri sila habiskan dalam masa dua minit.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih walaupun cuaca agak panas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak ada Yang Berhormat Jelebu, duduk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Saya hendak clarification. Ini untuk Yang Berhormat Menteri ini sahaja atau untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila dua minit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jelebu, kalau berdegil-degil juga, Yang Berhormat Jelebu boleh keluar.

Keluar. Apa ini?

Yang Berhormat, semasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya sudah minta Yang Berhormat Pendang keluar. Dia dengan hormatnya, dia keluar. Yang Berhormat Sepang tidak keluar tetapi saya tidak ambil ruling. Yang Berhormat macam- macam sebut perkataan kepada saya, tuju kepada saya. Tunjuk ke muka saya tetapi saya tak ambil tindakan. Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Saya tak puas hati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat buat perangai bukan hari ini, Yang Berhormat. Saya menjadi Pengerusi sudah lama, Yang Berhormat. Sudah lama perhatikan tindak-tanduk Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua ini macam ada something against me kah?

Yang Berhormat, demi keadilan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat menuduh saya lagi, menggunakan perkataan yang tak baik pada saya, Yang Berhormat.

Saya tanya. Saya tanya, adakah Tuan Yang di-Pertua have grudge against me?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Sila duduk yang Berhormat.

Kenapa repeat segala benda ini?

Eh, kamu belum dijemput lagi!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat menuduh saya membuat keputusan tidak betul. Yang Berhormat kata, Tan Sri Speaker telah membuat ruling yang lain. Tan Sri Speaker tak pernah memaklumkan pada saya membuat ruling yang lain. Tidak memaklumkan pada saya. Kalau ada ruling, ada usul bersendirian, Yang Berhormat membuat fakta yang tak betul. Yang Berhormat jangan spin fakta yang tak betul, Yang Berhormat.

Apa yang tak betul?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat hendak bertengkar dengan saya?

Apa yang tak betul?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Saya minta tujuh minit, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua minit Yang Berhormat.

Bukan, saya tidak terlibat Tuan Yang di- Pertua dalam pertarungan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat terlibat kerana Yang Berhormat duduk, membenarkan Yang Berhormat Sepang.

Tak, bukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya dalam peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat menunjukkan bahawa apabila ada seorang bangun, saya duduk. Itu peraturannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Saya tahu sebab saya Ahli Parlimen di antara yang terlama di sini. Tujuh minit tadi, saya tak terlibat sebab saya kena jawab ini. Saya hendak beritahu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang, Yang Berhormat menyebut tentang Majlis Raja-Raja dan sebagainya. Jadi, saya minta Yang Berhormat hari ini menyokong Titah Agong sebab Agong adalah sebahagian daripada Majlis Raja-Raja. Boleh tak? Yang Berhormat jangan yang ini buat-buat sokong, yang ini tak sokong. Sokonglah ini. Boleh bersetuju tak Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat menyokong perbahasan Titah Diraja. Boleh tak?

Tidak boleh menggunakan macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat tak payah sebut macam itu, Yang Berhormat.

Tentang sembah taklimat kepada Majlis Raja-Raja, kita akan tunggu hasil taklimat dengan Majlis Raja-Raja yang akan diadakan dalam masa terdekat. Untuk tujuan keadilan, akhir sekali, saya kena jawab yang ini sebab dia melibatkan persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Limbang iaitu berhubung dengan keanggotaan Ahli Majlis Keselamatan Negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal 10, rang undang-undang memperuntukkan bahawa MKN boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati MKN mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan.

Satu hal perkara yang dibincangkan dalam MKN melibatkan negeri-negeri, maka wakil-wakil negeri yang berkaitan boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat MKN. Sebagai contohnya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah telah dijemput untuk hadir dalam Mesyuarat MKN Bil.1/2016 yang membincangkan mengenai ESSZONE. Yang Berhormat Bukit Katil. Ini betul-betul yang terakhir ya. Yang Berhormat Bukit Katil menyatakan bahawa Akta MKN 2015 telah menghakiskan kuasa dan juga kedaulatan Raja-raja. Terima kasih sebab concern tentang perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang MKN 2015 tidak menghakis kuasa dan kedaulatan Majlis Raja-Raja. Rang undang-undang ini tidak memberi kesan langsung kepada keistimewaan kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja. Kuasa dan kedaulatan Majlis Raja-Raja masih kekal diperuntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia. Rang undang-undang ini hanya bertujuan untuk mengukuhkan mekanisme pengurusan keselamatan negara dalam menghadapi ancaman keselamatan negara yang semakin dinamik dan kompleks. Ia saling melengkapi dan mengukuhkan perhubungan yang sedia ada. Rang undang-undang ini bertujuan untuk mewujudkan Majlis Keselamatan Negara, fasal 3, RUU MKN secara perundangan setelah diwujudkan melalui keputusan Jemaah Menteri pada 23 Februari 1971. Keduanya, meningkatkan perkongsian maklumat dan risikan antara entiti kerajaan, fasal 17, RUU MKN dan pesisiran kawasan keselamatan, fasal 18, RUU MKN. Sekiranya perlu bagi membolehkan pasukan keselamatan menangani ancaman keselamatan secara bersepadu. Rang undang-undang ini merupakan undang-undang biasa dan boleh dicabar di mahkamah. Rang undang-undang MKN ini bagi saya ialah di antara yang terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dengan cuaca yang panas Tuan Yang di- Pertua, kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri di bawah seliaan saya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas dari 8 hingga 17 Mac yang lalu. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya menghargai pandangan, cadangan dan teguran serta akan menjawab pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta penjelasan. Yang Berhormat, I just want to ask you…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat, ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

…Adakah Yang Berhormat akan habis semua dahulu lepas itu kita tanya soalan or do we ask in the process.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

As we go along.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

As we go along. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okey, terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua pertama sekali iaitu Yang Berhormat Tebrau telah mencadangkan agar perkhidmatan Shuttle Tebrau, dengan izin, menambah bilangan koc serta bilangan perjalanan atau trip. Bagi Shuttle Tebrau ini kita akui dan menyedari bahawa sambutan terhadap perkhidmatan ini amat menggalakkan daripada pengguna memandangkan perkhidmatan ini adalah antara pilihan pengangkutan yang paling mudah dan pantas bagi perjalanan Johor Bahru ke Singapura. Dalam hal ini sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah pun membawa cadangan untuk menambah bilangan trip perkhidmatan ini ke Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia pada awal bulan Mac baru-baru ini iaitu 8 Mac 2016. Pihak Singapura kini sedang menimbang permohonan kita ini dan insya-Allah akan diputuskan dalam masa terdekat ini. Cadangan Yang Berhormat berhubung penambahan koc juga akan diteliti sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gantang telah mencadangkan agar syarikat bas henti-henti diberikan subsidi dan menyentuh berhubung perkhidmatan bas percuma. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar dan memberikan bantuan kepada pengusaha bas henti-henti dalam memastikan agar perkhidmatan bas henti-henti tetap diteruskan di kawasan yang mempunyai permintaan, tetapi sedikit dan tidak menguntungkan. Atau lebih dikenali sebagai laluan sosial melalui inisiatif dana sokongan sementara bas henti-henti atau lebih dikenali sebagai Interim Stage Bus Support Fund atau ISBSF, dengan izin. Ia adalah seperti mana yang telah saya maklumkan dalam Dewan ini pada 14 Mac yang lalu ketika menjawab satu pertanyaan jawab lisan. Di bawah skim ini pengendali bas akan dibayar perbezaan di antara kos operasi dan kutipan tambang di suatu laluan. Saluran dana yang telah diluluskan sejak tahun 2011 ini adalah bertujuan untuk memastikan perkhidmatan bas henti-henti tetap diberikan walaupun di laluan-laluan sosial atau laluan yang tidak menguntungkan bagi mereka memanfaatkan kepada pengguna. Sehingga penghujung tahun 2015 sejumlah RM467 juta dana ISBSF telah disalurkan. Selain daripada itu kerajaan juga telah menyediakan perkhidmatan bas percuma iaitu GoKL sejak 1 September 2012 lagi. Perkhidmatan percuma ini menawarkan perkhidmatan bas henti-henti yang selamat, selesa, boleh capai dan boleh harap iaitu, dengan izin, save, comfort, accessible and reliable, dengan izin, bagi laluan, dengan izin, first and last mile yang disasarkan kepada pengguna kenderaan persendirian, pengangkutan awam serta pelancong di kawasan, dengan izin, Central Business District ataupun CBD. Laluan perkhidmatan ini menghubungkan pelbagai tempat di Kuala Lumpur seperti premis pejabat, kompleks membeli-belah, hab pengangkutan awam, institut pengajian dan tempat tarikan pelancong. Seterusnya ialah mengenai sistem e-lelong di mana Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Batu Gajah ada? Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah telah membangkitkan beberapa pertanyaan berhubung dengan sistem e-bida yang sedang dibangunkan oleh pihak mahkamah. Sebelum itu saya ingin membetulkan sedikit fakta bahawa nama sistem yang sedang dibangunkan ini adalah sistem e-lelong dan bukannya e-bida. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem e-lelong ini bertujuan untuk menggantikan proses lelongan awam secara manual dengan sistem lelongan atas talian, online system. Sistem yang bakal diperkenalkan ini akan membabitkan kes-kes lelongan awam, harta tak alih di Mahkamah Tinggi Malaya dan disasarkan dapat meningkatkan mutu penyampaian dan pelaksanaan lelongan awam harta tak alih di mahkamah. Sistem ini akan memberi manfaat melalui: (i) mewujudkan lokasi berpusat untuk mengendalikan semua proses lelongan dan bidaan secara atas talian; (ii) mengelakkan persepsi bahawa proses lelongan mahkamah tidak telus; (iii) memudahkan proses lelongan dengan mengurangkan halangan birokrasi; (iv) meningkatkan proses sistem penyampaian mahkamah; (v) memudahkan pemantauan dan kawalan; (vi) menghapuskan manipulasi dan ketirisan proses lelongan secara manual; dan

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

(vii) membuka peluang kepada lebih ramai bakal pembida. Yang Berhormat Batu Gajah turut membangkitkan isu berhubung ketelusan sistem e-lelong ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti yang telah saya nyatakan tadi salah satu tujuan pembangunan sistem e-lelong ini adalah berhubung isu ketelusan proses lelongan. Pada masa kini proses lelongan awam diamalkan secara manual iaitu melibatkan pembida, pelelong berlesen, pegawai mahkamah dan institusi kewangan di 15 buah lokasi Mahkamah Tinggi Malaya. Pelbagai aduan telah diterima mengenai pengendalian secara manual ini. Antaranya ialah: (i) ketelusan dalam sistem penggiliran pelelong di mana terdapat dakwaan mahkamah melantik pelelong yang sama secara berulang; (ii) isu touting ataupun ulat; dan (iii) kebocoran mengenai perihal hartanah sebelum lelongan. Dalam erti kata lain proses lelongan awam secara manual memerlukan pengawalan pihak-pihak yang terlibat. Berbeza dengan sistem e-lelong. Ia boleh dijana secara automatik dengan hanya menyelaraskan ketetapannya sahaja. Selain itu sistem ini tidak memerlukan kehadiran pihak-pihak yang terlibat memandangkan ia dikendalikan sepenuhnya oleh sistem. Tuan Yang di-Pertua sistem ini juga hanya memerlukan sebuah pusat operasi e- Lelong untuk menjalankan proses lelongan awam tersebut berbanding dengan proses sedia ada yang kini dijalankan di 15 buah lokasi Mahkamah Tinggi Malaya. Justeru perkara-perkara yang telah saya terangkan ini jelas menunjukkan sistem ini adalah lebih mudah dan telus untuk mengendalikan proses lelongan awam. Suka saya ingin jelaskan di sini bahawa pihak mahkamah tidak mengambil keputusan untuk melaksanakan sistem ini secara melulu. Bagi mengkaji pelaksanaan sistem e-lelong ini beberapa sesi perkongsian dengan pihak-pihak berkepentingan ataupun stakeholders, dengan izin, telah diadakan pada 28 November 2015 dan 1 Mac 2016 yang melibatkan wakil Majlis Pelelong Malaysia, Persatuan-persatuan Pelelong Negeri, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia, Persatuan Perbankan Islam Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia. Antara perkara utama yang dibincangkan dalam sesi perkongsian tersebut adalah agar pelelong diberikan peranan untuk menjalankan kerja-kerja pra lelongan awam walaupun setelah sistem e-lelong ini dilaksanakan. Perkara ini sememangnya diberi perhatian oleh pihak mahkamah dan akan diperhalusi dengan lebih teliti. Sementara itu sebarang cadangan penambahbaikan sistem ini turut dialu-alukan. Selain itu Yang Berhormat Batu Gajah juga turut mendakwa bahawa cadangan sistem ini seolah-olah pihak mahkamah ingin masuk campur tangan dalam urusan perniagaan lelongan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Sebenarnya Yang Berhormat, proses lelongan awam bagi harta tak alih ini sememangnya adalah dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi Malaya. Peruntukan ini jelas berdasarkan Seksyen 254 dan 256 Kanun Tanah Negara. Aturan 83 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, dan Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Bil. 1, Tahun 2014. Bil. 1, 2014- takut orang fikir, “bilangan 1 tahun” ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pelelong hanyalah berperanan untuk membantu mahkamah dalam kerja-kerja lelongan awam. Oleh itu dakwaan Yang Berhormat itu adalah tidak benar. Berhubung persoalan adakah sistem e-Lelong ini patuh syariah, perkara ini juga adalah tidak berkaitan kerana sistem e-Lelong yang bakal dilancarkan ini akan diaplikasikan di Mahkamah Tinggi Malaya- Sivil. Isu terakhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah dalam isu ini adalah berhubung syarat-syarat kelayakan pelelong. Untuk makluman Arahan Amalan, Bil. 2, Tahun 2015 berkenaan dengan syarat-syarat kelayakan tersebut telah dibuat di bawah Aturan 92 Kaedah 3(b) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 di mana arahan telah diberikan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya untuk mengeluarkan arahan amalan tersebut bagi pihak Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Arahan amalan tersebut dikeluarkan adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi Mahkamah Tinggi Malaya berkaitan mutu perkhidmatan pelelong-pelelong berlesen yang beramal di Mahkamah Tinggi Malaya yang semakin merudum dari setahun ke setahun dan seterusnya mengundang kepada banyak aduan dan masalah. Kelemahan dalam mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pelelong-pelelong ini telah menjejaskan proses lelongan daripada berjalan dengan lancar dan telah menjejaskan imej mahkamah sebagai agensi yang menjalankan lelongan awam. Justeru Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya telah mengarahkan agar syarat minima ditetapkan bagi memastikan hanya calon yang layak dan mampu sahaja yang dipilih menjalankan tugas sebagai pelelong berdaftar dengan mahkamah sekali gus meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan di Bahagian Pelaksanaan Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, satu surat telah dikeluarkan pada 10 Mac 2016 oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya untuk mengadakan temu duga bagi pelelong yang tidak layak di bawah arahan amalan tersebut. Yang Berhormat, saya hendak terus kepada topik seterusnya kalau tidak ada soalan.

Yang Berhormat Menteri, saya ada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya terima baik pembaharuan yang dicadangkan tetapi saya juga risau dengan mengimplementasikan kaedah baru ini apakah nasib lebih kurang 1,500 orang pelelong berlesen ini? Adakah mereka akan hilang kerja ataupun ada tugasan-tugasan yang lain yang akan diberikan kepada mereka? Saya difahamkan bahawa sekarang mereka hanya akan membuat lawatan untuk melawat periksa hartanah, membuat pengiklanan di dalam akhbar, membuat carian hak milik dan menampal notis jualan lelong di hartanah. Itu sahaja tugas mereka. Mereka tidak boleh terlibat secara langsung dalam proses pelelongan itu. Jadi dengan itu kalau inilah tugas baru mereka, bagaimanakah pembayaran yang akan mereka dapat? Inilah satu perkara yang saya rasa masih belum dijawab lagi walaupun perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali tetapi pihak mahkamah masih belum memberitahu bagaimanakah mereka akan dibayar. Saya juga difahamkan bahawa untuk mengendalikan e-Lelong ini sebuah syarikat telah dipilih untuk menjalankannya yang bernama Syarikat OMESTI Berhad. Adakah syarikat ini akan menjadi monopoli? Inilah maklumat yang saya terima. Saya hendak tahu saya hendak pastikan adakah benar bahawa sebuah syarikat telah dilantik syarikat yang bernama OMESTI Berhad yang akan menjadi monopoli dalam membuat e- Lelong ini? Saya juga ada satu cadangan kalau hendak berikan ini kepada pihak ketiga apa salahnya kalau urusan e-Lelong ini diberikan kepada Majlis Pelelong Malaysia. So, untuk menubuhkan satu konsortium dan mereka sendiri yang mengendalikan sebab mereka lebih berpengalaman dalam hal ini. Berkaitan dengan syarat Bahasa Melayu dan Matematik serta Bahasa Inggeris kepada pelelong ini saya hendak dapatkan kepastian daripada Menteri adakah syarat ini dikenakan kepada pelelong-pelelong yang sedia ada ataupun kepada calon-calon baru? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih, Yang Berhormat. Okey, soalan Yang Berhormat yang pertama tadi adalah nasib 1,500 pelelong berlesen. Sebenarnya apa yang, Yang Berhormat nyatakan tadi adalah betul iaitu di mana tugas pelelong itu dia pergi ke Pejabat Tanah untuk memeriksa dan pasang iklan dan sebenarnya mereka membantu di mahkamah dari segi lelong. Ingin saya nyatakan di sini sebenarnya cara Yang Berhormat tadi bercakap tadi fasal syarikat, ini belum pun dilaksanakan. Kita belum laksanakannya. Jadi saya really menghargai Yang Berhormat bertanya dengan saya sendiri sebab banyak yang cerita di luar itu tidak betul. Ini sebenarnya belum lagi dilaksanakan dan ada juga peluang dan memang ada syaratnya. Syaratnya di mana kelayakannya perlu ada Matematik, ada Bahasa Malaysia, itu kredit.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Satu lagi ialah di mana ada kelulusan dari segi hendaklah lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan umur mesti tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun. Akan tetapi Yang Berhormat selain daripada itu juga ada panel interviewer ini, panel interviewer akan kalau sekiranya mereka merasakan mereka walaupun umurnya lebih daripada 60 tahun rasanya dia layak ataupun dia masih sihat, fit untuk menjalankan tugas itu maka masih boleh lagi diberi peluang untuk memohon dan ada proses selanjutnya di mana ada panel untuk menginterview, dengan izin, interview si pelelong yang merasakan dirinya masih layak lagi dari segi kesihatannya. Yang Berhormat perlu ingat juga kita memperkenalkan, mahkamah memperkenalkan program ini kerana banyak aduan di mana berlakunya bila saya cakap tadi fasal merudum ya. Di antara contoh-contohnya Yang Berhormat, saya dimaklumkan saya mendapat feedback untuk apabila saya terpaksa menjawab ini saya hendak tahu apa sebenarnya kita perlu, kenapa kita perlu mengubahkan ini? Sebelum ini tidak ada peraturan dilakukan oleh mahkamah dan dari segi pendapatan pula Yang Berhormat, dari segi beroleh pendapatan ini hanya untuk mahkamah sahaja. Mereka tidak dihalang untuk melakukan lelong untuk bank kah, untuk Kerajaan Negeri kah sebab prerequisite yang asasnya lesen itu adalah daripada Kerajaan Negeri. Jadi ini adalah peraturan yang dikenakan oleh mahkamah kerana di antara kompelin- kompelin yang kita terima ialah di mana si pelelong ini adanya sudah tidak mendengar lagi, tidak boleh bercakap dengan apa nama, tidak sihatlah. Ada yang tidak sihat lagi, jadi ini di antara contoh-contoh ada lagi banyak lagi contoh yang lain bila saya tanya pegawai kenapa kita kena lakukan yang ini. Jadi banyak aduan di mana mereka hendak berkomunikasi itu masih sebab ada yang umurnya lanjut kan. Jadi itulah di antara mereka perlu dilakukan peraturan ini. So, meaning mahkamah tidak pernah mengenakan peraturan sebab itu dikenakan peraturan ini.

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan syarat akademik itu iaitu kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik serta kelulusan dalam Bahasa Inggeris itu adakah ianya dikenakan kepada pelelong yang sedia ada ataupun untuk calon-calon baru? Sebab saya risau mungkin mereka yang sudah lama dalam bidang ini sudah 20 tahun, 30 tahun jadi pelelong tiba-tiba syarat ini dikenakan kepada mereka dan mereka akan hilang kerja begitu sahaja. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, sebelum ini mereka tidak berdaftar pun dengan mahkamah. Jadi sebab itu mereka diperlukan untuk berdaftar. Berdaftar supaya ini adalah mereka dikehendaki untuk berdaftar di mahkamah. Jadi apa yang ada pada hari ini adalah satu syarat yang dikenakan supaya mereka berdaftar dan mereka perlu melalui prerequisite ini. Namun yang saya nyatakan tadi ya, saya nyatakan tadi masih lagi ada peluang kerana mahkamah mewujudkan satu panel untuk menginterviewkan, menemu duga pelelong ini yang merasakan dirinya mungkin merasakan dia masih layak.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi itu perlu dibuktikan. Kalaulah dia tidak ada kelayakan itu dan mereka yang akan menemu duga akan menilaikan. Selain daripada itu Yang Berhormat yang saya nyatakan, ini belum lagi dilaksanakan dan masih dialu-alukan cadangan, masih juga dialu-alukan komen dan mereka yang terlibat adalah mereka juga kalau mereka menjadi ahli di dalam majlis lelong itu, mereka masih ada peluang untuk improve, dengan izin, untuk memperbaiki keadaan ini. Jadi belum ada ketetapan dari segi peraturannya Yang Berhormat. Walaupun memang amalan itu, kelayakan itu memang sudah disusun atur dalam amalan ini tetapi ia tidak semestinya yang akan memohon nanti terus ditolak. Jadi ada peluang lagi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kota Bharu bangun. Yang Berhormat Kota Bharu. Silakan Yang Berhormat.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniahlah kepada pihak kerajaan khususnya di badan kehakiman yang melaksanakan transformasi termasuklah e-Lelong di mahkamah. Saya merujuk kepada satu kenyataan daripada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria pada 11 Mac 2016 baru-baru ini yang mengatakan bahawa proses lelongan awam secara talian dalam sistem e-Kehakiman Fasa 2 dijangka siap pada Julai tahun hadapan iaitu tahun 2017. Itu satu benda yang baik saya rasa. Cuma saya hendak dapat satu penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri adakah sistem ini sudah diuji dan ia terbukti sebagai satu sistem yang berkesan berbanding dengan sistem lelongan yang diadakan sekarang ini sama ada di mahkamah ataupun pejabat tanah di seluruh negara kerana kalau kita lihat sistem yang ada sekarang ini di mahkamah iaitu e-Filing di mana peguam-peguam atau firma guaman dalam menghantar dokumen- dokumen ke mahkamah itu hanya perlu melalui sistem e-Filing, melalui itu. Akan tetapi e-Filing ini kadang-kadang menimbulkan banyak kesulitan. Kadang- kadang apabila ia difailkan melalui e-Filing, sampai ke tarikh perbicaraan, misalnya dua bulan mungkin sebelum perbicaraan, tiba-tiba dokumen itu tidak ada dalam sistem mahkamah. Jadi terpaksa tangguh dan terpaksa menggunakan dokumen secara manual lagi. Jadi saya turut bimbang dalam e-Lelong ini kalau sekiranya dokumen-dokumen yang berkaitan dengan hartanah terutamanya harta tidak alih yang dikenakan lelongan ini hilang sedangkan kalau saya tengok syarat-syarat dalam e-Lelong ini dia melibatkan harta bermula daripada RM7,000 sehingga RM10 juta. Itu amaun lelongan yang dibenarkan melalui e-Lelong ini. Jadi saya hendak tahu adakah kerajaan sudah mempunyai satu trial and error, dengan izin, untuk menentukan bahawa sistem ini adalah lebih baik daripada sistem manual yang telah sekian lama dilaksanakan di mahkamah-mahkamah kita ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat saya harap sampai jam 8 malam ya Yang Berhormat boleh habiskan jawapan. Puah Hajah Nancy bin Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Memang pun e-Filing itu adalah satu sistem seharusnya memperbaiki keadaan. Mungkin adalah dia punya waktunya yang ada yang tidak- dari segi technical error. Akan tetapi dari segi e-Lelong ini sebenarnya belum lagi dilaksanakan tetapi masih dibangunkan, developing the system, dengan izin. Kita juga sedang membuat perbandingan dengan negara-negara lain yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Apa yang saya hendak nyatakan di sini berperingkat di mana ianya akan bermula di Kuala Lumpur lepas itu baru negeri-negeri lain. Ingin saya nyatakan di sini juga tujuannya ialah, tadi saya sudah nyatakan untuk mengelakkan segala tuduhan kepada mahkamah ataupun pegawainya di mana dikatakan satu syarikat saja dan dengan adanya e-Lelong, dia akan menggunakan online system di mana adalah hanya antara sistem yang mendaftar iaitu si pelelong itu. Jadi ia tidak melibatkan orang lain. Hanya dia dengan sistem itu ada penilainya lagi nanti. Jadi ini yang harusnya lebih efisienlah, yang diharapkan dan saya hendak nyatakan kalau kita hendak bandingkan dengan sistem lain belum lagi sebab ia masih belum dinyatakan. Sebab itu saya nyatakan kepada Yang Berhormat Batu Gajah tadi, kita masih menerima cadangan-cadangan. Jadi kalau ada apa-apa mengenai fasal pelelongan ini ataupun e-Lelong ini, datang kepada saya bila masa kalau saya ada supaya kita dapat bercakap mengenainya secara peribadi. Ingin saya kongsikan juga melalui maklum balas yang kita terima seramai 957 daripada 1,811 orang pelelong yang tidak memenuhi syarat seperti mana ditetapkan dalam arahan amalan. Jadi pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia masih belum menjalankan sesi temu duga memandangkan proses mengumpul permohonan yang dibuat pelelong mengikut negeri masih dijalankan. Sesi temu duga tersebut dijangka akan dijalankan seawal bulan April bagi memastikan rayuan dibuat oleh pelelong dapat diselesaikan dengan segera. Saya rasa saya perlu berpindah kepada topik yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma dua minit sahaja. Itu sebenarnya berkenaan dengan shuttle Tebrau, selain daripada saya bercadang tambah trip dan tambah coach, saya juga ada sebut tentang tambang daripada JB ke Woodlands ialah RM5 tapi daripada Singapore ke JB adalah SGD5. Where as by bus is only SGD1.40, by cash or 78 cents by card. Thank you. Itu cadangan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat, isu ini sudah ada... Puah Hajah Nancy bin Shukri: Kita sudah mengambil kira cadangan tersebut untuk dibawa kepada pihak berkenaan ya. Okey, terima kasih. Saya perlu jawab mengenai Akta Sivil 1956 ini Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah mengambil kira cadangan tersebut untuk dibawa kepada pihak berkenaan ya. Okey terima kasih. Saya perlu jawab mengenai Akta Sivil 1956 ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ipoh Barat telah mencadangkan agar Akta Sivil 1956 ini dipinda untuk menaikkan had umur penuntut dalam kes kemalangan jalan raya dinaikkan daripada 55 tahun kepada sekurang- kurangnya 60 tahun. Memang ini dalam penelitian kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Peguam Negara masih sedang meneliti cadangan untuk meminda seksyen 7, Akta Undang-undang Sivil 1956 iaitu Akta 67 bagi menaikkan amaun ganti rugi bagi kesedihan atau, dengan izin, damages for bereavement dan pengiraan kehilangan mata pencarian atau dengan loss of earnings dengan mengambil kira pindaan kepada Akta Pencen 1980 [Akta 227] melalui Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta 1409] yang telah menaikkan umur persaraan wajib bagi pegawai dalam perkhidmatan awam ke 60 tahun dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753] yang menetapkan umur persaraan minimum ialah 60 tahun. Keputusan dasar akan dibuat berdasarkan hasil dapatan penelitian yang sedang dilaksanakan ya, terima kasih. Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Ipoh Barat ingin mengetahui bilakah peruntukan hukuman gantung sampai mati mandatori akan dipinda. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara pada masa ini masih lagi sedang menjalankan penelitian. Sebenarnya sudah ada study, dengan izin, dan mereka masih lagi membuat laporan.

[Bangun] Puah Hajah Nancy bin Shukri: Mesyuarat telah diadakan. Tinggal melaporkan kepada pihak AG Chambers, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Terima kasih... Puah Hajah Nancy bin Shukri: Sekejap ya. Boleh saya habiskan. It’s very short.

Very well. Puah Hajah Nancy bin Shukri: Dalam menilai isu undang-undang dasar dan keberkesanan pelaksanaan hukum mati di negara ini. Skop kajian tersebut tidak terhad kepada kedudukan hukuman mati mandatori sahaja, sebaliknya merangkumi keseluruhan peruntukan hukuman mati yang dikuatkuasakan di negara ini dan juga pelaksanaannya. Keputusan dasar berhubung isu ini akan diputuskan berdasarkan hasil kajian tersebut. Terima kasih. Sila Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan isu mandatory death sentence yang telah pun dibincangkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin bertanya berkenaan dengan tiga tertuduh yang telah pun disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan dan dijadualkan untuk digantung mati besok, kalau tidak silap saya. Nama-nama mereka seperti yang telah pun disiarkan oleh Amnesty International yang telah pun membantah terhadap pergantungan tersebut iaitu J. Ramesh A/L Jeyakumar, Gunasegar A/L Pitchaymuthu dan Sasivarnam A/L Jeyakumar di dalam kes-kes di bawah seksyen 302. Memandangkan terdapat perbincangan untuk abolish the death penalty which is in progress, adakah terdapat apa-apa cadangan untuk menggantungkan ataupun postponed pergantungan ataupun death penalty on them tomorrow?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Moratorium on this matter.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Isu yang sama, Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Moratorium on this? Okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You have promise to us earlier...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Biar saya jawab.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Menteri...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Same issue?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, same issue. Daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya masih ingat lagi Yang Berhormat Menteri apabila kita bincang berkenaan dengan pindaan kepada hukuman mandatori ataupun gantung, masa itu ada juga disebut apa yang berlaku di Singapura, Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku di Singapura adalah mereka pinda undang-undang dan selepas itu Tuan Yang di-Pertua, mereka review balik kes-kes lama. So, saya rasa kalau kita ikut jejak- because, if I remember correctly Tuan Yang di-Pertua, please correct me if I am wrong, Tan Sri Gani Patail at that point of time, dia isu satu statement kata we will look at Singapore model. Jadi isunya, kalau kita akan adopt the Singapore model or something like that, maknanya kita akan pinda dan kemudian review. So kalau ada review, minta maaflah, I don’t understand why we want to go ahead with the execution tomorrow. Oleh kerana kemungkinan ini adalah satu kes dalam mana mungkin akan direview dan saya rasa whether the review is successful or not is another matter, but if it is capable of review, death is irreversible. Baik kita sekarang tangguh sehingga kita pasti supaya kita tidak kemudian lihat kembali and say, “Look, this is one of the cases we should have stop and review before we executed”. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih semua Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara ini. Ini memang perkara yang penting, Pertama, saya hendak menyentuh mengenai pelaksanaan moratorium. Dari segi pelaksanaan moratorium atas alasan di mana kita mengadakan penyelidikan mengenai pelaksanaan hukuman mati, ia sedang dijalankan sebenarnya. Saya belum dapat report. Saya dimaklumkan baru selesai kajian dilakukan. I think was last Friday mereka mengadakan mesyuarat, Friday yang lepas, dan saya tidak ada menerima laporan. Jadi saya hendak tahu sama ada kita mengikut apa yang diamalkan di Singapura. Namun, ingin saya nyatakan di sini yang kita commit untuk moratorium pada hari itu ialah kes dadah, bukan kes murder. Saya hendak perbetulkan. Moratorium adalah untuk kes dadah, bukan kes bunuh. Namun begitu Yang Berhormat, seperti mana Yang Berhormat nyatakan mengenai kes Yang Berhormat nyatakan tadi, sebenarnya walaupun ia bukan di bawah penyeliaan saya- Yang Berhormat Batu Kawan dan ada juga beberapa pihak-pihak yang tertentu menelefon saya. Jadi saya mengusahakannya, saya menelefon pihak-pihak yang tertentu untuk membantu supaya kalau boleh janganlah diexecute, dengan izin.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bukit Gelugor, sebentar. Yang Berhormat Menteri sedang jawab, Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya nak menyatakan, saya cuba mengusahakannya. Sama ada mereka mengambil kira - sebab, ini adalah di bawah kerajaan negeri masing-masing untuk melaksanakannya dari segi pelaksanaan sebab mereka sudah memohon kepada Pardons Board tetapi tidak diluluskan. Itu saya tidak berani commit. Cuma ingin saya nyatakan di sini apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Puchong tadi, kalaulah kita dapat ikut apa yang diamalkan seperti di Singapura, syukur alhamdulillah. Cuma yang saya hendak tekan tadi mengatakan kita hendak abolish, kita tidak pernah mengatakan abolish. tetapi kita hendak memberi discretionary power, dengan izin, kepada mahkamah. Itu memang ada dalam kajian kita.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Abolish the mandatory death sentence.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Abolish the mandatory, ya.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya telah timbulkan itu dan itu apa yang saya maksudkan. The mandatory death sentence, that is what I mean.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Itu memang dalam saranan kita dan juga kita menunggu apa yang diputuskan dari segi laporan yang dibuat oleh pihak yang mengkaji yang memberi kepada pihak Peguam Negara dan insya-Allah, saya akan follow up apakah out come, dengan izin, daripada keputusan tersebut. Di sini memang kita, kalau boleh, itulah kehendak kita, kalau boleh. Sebab itu kita beri discretionary power kepada mahkamah supaya hakim pun mudah untuk membuat keputusan. Saya rasa hakim pun merasa itulah keperluan mereka pada masa ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada empat orang ahli bangun, Yang Berhormat. Mana satu?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya bagi kepada Yang Berhormat Batu Kawan dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Batu Kawan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, berdasarkan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan dalam hujah-hujahan kami dalam ucapan-ucapan kami dalam membahaskan Titah Diraja. Yang Berhormat Menteri attended, dengan izin, mesyuarat meja bulat bersama dengan PGA tahun lepas dan memberi verbal commitment bersama dengan Yang Berhormat Padang Rengas, Menteri Pelancongan, komitmen Kerajaan Pusat untuk memansuhkan mandatori death penalty. While we are doing that, sebab sampai sekarang we have not seen the bill yet, Yang Berhormat Menteri, so while we are doing that, to consider that, to prepare the papers and whatnot, can I appeal that a moratorium be put on all crimes on death penalty, not just drug related Yang Berhormat Menteri, dengan izin, in the case of the three men who are up for execution tomorrow? The charge is murder but since this amendment is going to take place to remove the word mandatory, bolehkah satu moratorium di atas bukan sahaja drug related offences, dengan izin, Yang Berhormat Menteri, tetapi atas semua kidnap, arms, sehinggalah pindaan ini dibuat? Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak janji, tetapi insya-Allah, saya akan kemukakan ini adalah satu keputusan dasar kerajaan. I will do my part, dengan izin, untuk mengemukakan kepada Kabinet perkara ini.

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada dua Ahli Yang Berhormat yang bangun, Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Kapar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan secretive execution. Berkenaan dengan banduan-banduan yang hendak dijatuhkan hukuman gantung ini, kerap kali kita dinasihati bahawa bila tarikh hendak kenakan hukuman gantung ini selalunya terlalu dekat ataupun selepas. Baru-baru ini, Amnesty International pun hari ini telah mengkritik tentang isu ini dan isu ini bukan baru. Dalam meja bulat pun kita telah bangkitkan isu ini. Saya rasa benda ini berulang balik dalam kes terbaru ini. Saya rasa kementerian kena bagi fokus yang serius terhadap benda ini sebab benda ini boleh ditetapkan, boleh dimaklumkan secara terbuka. Setiap kali kita buat benda ini memang kita mengamalkan very secretive execution. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, saya kena berkomunikasi dengan kementerian berkenaan. Ini adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Saya akan kemukakan perkara ini kepada KDN sebab ini bukan di bawah seliaan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini adalah berkenaan juga dan bersangkut dengan the death penalty, adalah berkenaan dengan Koperal Sirul Azhar Omar yang kini telah melarikan diri ke Australia walaupun dia telah pun diberikan hukuman gantung mati dalam kes Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Persekutuan dalam bulan Januari tahun lepas. Now, kami telah pun dimaklumkan, saya telah banyak kali bertanya soalan berkenaan dengan ekstradisi beliau, Sirul, dari Australia dan diberi maklumat yang sama dan saya telah menulis kepada Peguam Negara sendiri yang telah pun memberitahu saya bahawa proses ekstradisi ini sedang dijalankan tetapi adalah dalam proses yang rumit.

Jadi, ini adalah satu perkara yang serius Yang Berhormat Menteri dan kami perlu dapat satu pengesyoran. Kami perlu dapat tahu dengan with certainty dengan izin when where’s the extradition process comment if at all because Sirul Azhar Omar has to face due process in this country and on top of that sekiranya hukuman gantung mati itu atau pun mandatori gantung mati itu adalah tidak mandatori lagi. Maka, beliau dengan senangnya dapat di bawa balik oleh kerana Australia sudah tentunya akan memberikan dia peluang untuk datang balik sekiranya ada pengesyoran beliau tidak akan dihukum gantung mati. Jadi, adalah ekstradisi itu telah dimulakan. Can we have a certain answer to that please. Thank you.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Ini di bawah KDN okey. Ekstradisi proses, ekstradisi adalah di bawah KDN. Jadi, kalau hendak saya jawab pun saya tidak ada jawapannya. But kalau saya hendak bawa kepada pihak AGC untuk bekerjasama dengan KDN untuk memberi specific answer kepada Yang Berhormat kita akan lakukan demikian.

Dengan izin. Can I just ask one question dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya telah pun tanya KDN ini dan ini adalah jawapan Menteri KDN. Saya tidak bercadang untuk mendedahkan secara terperinci berkenaan perkara ini, extradition memandangkan ia melibatkan isu kedua-dua buah negara. That is a three line answer. Macam mana kita mahu terima.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat kerana itu bukan di bawah saya.

No. No apa yang di bawah bidang kuasa AG.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kalau itu di bawah bidang saya...

Extradition di bawah bidang kuasa AG.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, kalau itu di bawah AGC, saya akan bawa perkara ini kepada AGC sebab...

Memang di bawah AGC because di bawah treaty...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Dengar dahulu Yang Berhormat, you asking a specify question...

Yes.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

I don’t have the answer now. I mean I don’t have the answer now.

We are waiting for more than a year for an answer. Why it so difficult?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Because I do not have the answer now.

Why is it so difficult to get an answer if Sirul Azhar Omar is to be extradited...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, I can give you an answer in writing.

From Australia to Malaysia. Why you wait for one year.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak jawapan spesifik...

Why can’t Menteri Dalam Negeri answer, why can’t Puan answer, why can’t the AG answer? Why are we not bringing Sirul Azhar Omar back to Malaysia? That’s all.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okay, now I have my turn for you to listen to me.

Very well.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okay, can you sit down. Thank you very much. You asking the specific question Yang Berhormat. I don’t have the answer to it now. I can give you answer in writing you want. Okay, is that agree? I can give your answer...

Doesn’t look like I have a choice.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Because I don’t do the job Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

So, itu jawapan saya. Kalau saya yang buat kerja dalam pejabat mungkin saya boleh bagi jawapan itu. But since you want a specific answer for that particular question I have to get the answer from the officers okay.

We are not trying to be difficult, but we need the answer.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

I accept your question but please be fair with me as well…

[Dewan riuh]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

I can not give you the answer. I will give you the answer in writing okay.

Written answer then Deputy Prime Minister gave me a three liner. Hopefully better written answer.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Well hopefully. Okay, thank you very much.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua yang bangun. Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Yang Berhormat Subang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak dapatkan penjelasan. Tadi, saya dengar ucapan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dalam ucapan beliau tadi beliau mengatakan bahawa kalau hukuman mandatori hukum gantung ini dipinda maka memberi peluang kepada Sirul ini untuk balik ke Malaysia. I dengar you cakap macam itu. Sekarang ini, kita masih boleh lagi abolish death penalty.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi, saya hendak tanya adakah undang-undang di Australia yang mana orang yang dihukum gantung di Malaysia. Adakah Kerajaan Australia membenarkan untuk dibawa balik ke Malaysia?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, inilah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi sebab masalahnya itulah yang dikatakan oleh pihak AG agak rumit. Mereka perlu ada perundingan ini dan perundingan inilah yang kita tidak tahu bagaimana caranya. Jadi, ini adalah perkara-perkara yang tidak dinyatakan pada kita kerana mungkin ianya perkara sulit yang perlu dibincangkan bersama untuk sampai kepada satu keputusan win-win kind of keputusan, dengan izin. Jadi, itu adalah di antara mereka yang menjalankan tugas Yang Berhormat ya. Jadi, saya rasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, actually soalan saya ialah berkaitan dengan susulan daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor sebab dahulu pun saya ada tanya soalan yang sama adakah kerajaan buat permohonan untuk ekstradisi kepada Kerajaan Australia dan apakah perkembangannya. Saya faham frustration, dengan izin, Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi sebab saya fahamkan maksudnya ialah dia sudah tanya soalan ini beberapa kali dahulu. Dalam ucapan ini saya yakin dia sudah bangkitkan isu ini. Jadi, apakah sebabnya pihak-pihak yang membantu Menteri untuk menjawab tidak sediakan jawapan dan bagi jawapan sekarang. Saya faham jawapan tidak dengan Menteri. Saya tidak salahkan Yang Berhormat Menteri. Saya salahkan pihak-pihak yang membantu sebab soalan ini bukan baru. Soalan ini sudah ditimbulkan bukan dalam mesyuarat ini, dalam mesyuarat-mesyuarat dahulu dan saya yakin dalam ucapan dia, dia sudah timbulkan. Akan tetapi, kenapa jawapan tidak disediakan supaya Dewan ini dapat dengar jawapan pada malam ini. Itulah soalan dia. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Biarlah pegawai mendengar itu. I will give the answer in writing as I promise Yang Berhormat Bukit Gelugor. I don’t know if you require the same thing because you also require the same answer. Okay, thank you very much. Itu sahaja perjanjian saya sebab I mean I can’t commit other thing except that lah, dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat. Isu seterusnya iaitu unilateral convention yang ditanya oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera, Ipoh Barat, Alor Setar, Sepang. Saya rasa saya sudah jawab semasa di Dewan hari itu. I can describe plenty answer. Jadi, saya rasa tidak perlu lagi saya sentuh mengenai perkara ini unless you have new issue.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No hanya satu sahaja Yang Berhormat. Saya difahamkan Kabinet di mana telah memberitahu bahawa bulan Mac ini akan membawa rang undang-undang berkenaan. Kenapa sampai sekarang belum dibawa atau bukan sesi ini bila?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tidak ada Kabinet commit untuk membawa rang undang-undang tetapi kita memang sudah mendrafkannya. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya ini adalah tugas yang dilakukan oleh pihak menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal Islamic Affairs, dengan izin. Mereka telah menjalankan tugas mereka. Pada masa ini telah pergi ke negeri-negeri untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak negeri dan sedang menunggu ada certain negeri itu dengan izin, ada beberapa buah negeri masih belum memberi maklum balas. Ini adalah berkaitan dengan Law Reform Marriage Divorce Act 1976. Memang pun sudah siap, the draft have been completed cuma kita dari segi tanggungjawab kita, kita perlu berkomunikasi dengan pihak negeri kerana ianya akan melibatkan custody, maintenance, jadi sebab itu Yang Berhormat kena merujuk kepada pihak negeri supaya pihak negeri juga boleh meminda undang-undang yang berkaitan sebab kita bercakap mengenai unilateral convention ini yang melibatkan ada juga sebelah pihak masuk Islam. The other one is not Muslim yet. Jadi, inilah yang perlu dibincangkan bersama dengan pihak negeri. Jadi, untuk Law Reform Marriage Divorce Act itu memang pun sudah siap drafnya okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Boleh saya cadangkan bahawa we have all party conference. All MP’s meeting to discuss on this matter.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Itu saya cadangkan. Sebenarnya ini dari segi Law Reform Marriage And Divorce Act ini adalah di bawah seliaan Home Affairs, Kementerian Dalam Negeri. Yang berkaitan pula adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu menteri yang bertanggungjawab dalam hal Agama Islam. Saya pun memang pun sentiasa mengingatkan supaya kalau adalah undang-undang ini minta menteri-menteri mengadakan engagement, dengan izin, dengan stakeholders itu supaya semua mereka terlibat tidak kira dari pembangkangkah siapa itu perlu dilakukan supaya semua pihak dapat memberi pandangan. I mean, bagi saya itulah prinsip saya. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk sokong cadangan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan mengalu- alukan juga cadangan oleh Menteri supaya satu persidangan tertutup juga antara semua stakeholders khususnya Ahli Parlimen, mungkin NGO-NGO yang prihatin dalam hal ini. Oleh sebab bukan sahaja Law Reform Marriage and Divorce Act yang terlibat, the guardianship of infants pun terlibat. Kita kena buat satu penyelesaian masalah ini yang menyeluruh supaya masalah ini tidak berlaku lagi. Juga ada isu Perlembagaan yang akan ditimbulkan, tetapi saya bangun untuk tanya apakah jadual atau time frame atau milestone yang Menteri ingin buat dan lebih kurang bila?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan tersebut. Ingin saya kongsikan di sini, saya pun ada pernah mengadakan engagement dengan NGO-NGO. Daripada segi jadual itu, sebenarnya isu ini bukanlah di bawah seliaan saya Yang Berhormat. Jadi akan saya nyatakan kepada kementerian yang berkenaan. Saya ini kata orang membantu sebab Menteri agama takut ada perlu saya menyentuh perlembagaan, sebab itu saya diminta untuk menjawab. Jadi daripada segi jadualnya, saya berharap pegawai-pegawainya akan mengambil tindakan dalam hal ini. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Sedikit sahaja penjelasan, kenapakah isu Law Reform Marriage and Divorce Act adalah di bawah penilaian Kementerian Dalam Negeri? Itu tidak...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Disebabkan pendaftaran, pendaftar. Oleh sebab itu ia di bawah...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Pendaftaran perkahwinan?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Perkahwinan?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Mereka jaga? Okey baik, terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okey terima kasih. Saya rasa sekejap. Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat. Dengan menjawab isu-isu tadi Tuan Yang di-Pertua, maka dengan ini saya ingin mengakhiri sesi...

Yang Berhormat, Yang Berhormat, soalan saya. Tuan Yang di-Pertua dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya, sila.

Saya telah menanyakan soalan tentang kenapa AG mempunyai kecenderungan pendekatan yang berbeza terhadap kedua- dua kes iaitu kes Tuan Haji Yahaya Shari RM50,000 derma berbanding dengan RM2.6 bilion yang melibatkan derma...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak payah sebut lagi Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, sebenarnya apabila isu itu melibatkan RM2.6 bilion itu, kita telah menyerahkan kepada seorang Menteri sahaja menjawab hal ini sebabnya supaya ada consistency dalam menjawab. Jadi saya tidak menyediakan jawapan ini Yang Berhormat, sebab ia telah diserahkan kepada Yang Berhormat Menteri Dato’ Sri Azalina.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Siapakah Menteri yang diamanahkan? Siapakah Menteri yang diamanahkan untuk jawab?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina tadi sebab itu semua yang melibatkan RM2.6 bilion itu adalah di bawah beliau.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi, saya tidak ada jawapan untuk semua itu. Jadi Yang Berhormat...

This is so unfair because saya sudah tanya, tadi Menteri terus keluar macam itu. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua tadi buat keputusan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sudah pun buat keputusan Yang Berhormat.

No. That is case to case basis. Case to case basis, yang ini tidak ada kena mengena dengan Yang Amat Berhormat Pekan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sekalian, harap fahamlah sebab sudah diputuskan saya tidak menjawab. Jadi kalau tanya saya pun, saya tidak ada jawapannya. So I want to answer you, so I don’t have the answers. So ...

It is regarding AG.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bolehkah Menteri minta Menteri yang berkaitan datang untuk jawab kita hari ini? Kita semua ada di sini. Tadi dia ada di sini. Kenapakah datang ke Dewan tidak jawab kita?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat, itu bukan bidang kuasa saya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Akan tetapi kena ada some authority.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Itu bukan bidang kuasa saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup Yang Berhormat, cukup.

Yang Berhormat Menteri tahu, mengenai isu 1MDB ini juga bawah bidang kuasa Peguam Negara?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Dengan menjawab isu itu tadi, maka dengan ini saya ingin mengakhiri sesi penggulungan saya pada petang ini. Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan kepada kementerian kita dan menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu yang telah diutarakan. Terima kasih kepada semua. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Senator untuk penggulungan.

Dato’ Sri Abdul Wahid OmarMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2016.

Dato’ Sri Abdul Wahid OmarMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Untuk penggulungan perbahasan kali ini, saya akan menjelaskan 10 perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung bidang tugas Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Am Swasta (UKAS), Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) Jabatan Perdana Menteri. Terdapat 10 isu yang telah dibangkitkan dan insya-Allah saya akan cuba menjawabnya dalam lima bahagian iaitu jurang pendapatan isi rumah, pembangunan masyarakat India, pembangunan wilayah, infrastruktur dan juga Akta Pembangunan Petroleum 1974. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin memberi penjelasan ke atas isu jurang pendapatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Raub. Yang Berhormat Langkawi meminta supaya kerajaan berusaha meningkatkan pendapatan, pendapatan per kapita dan pada masa yang sama mengurangkan kos sara hidup rakyat. Manakala Yang Berhormat Jasin telah meminta kerajaan memberi perhatian kepada income disparity ataupun jurang pendapatan dalam masyarakat. Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub membangkitkan isu kesenjangan ekonomi golongan B40 dan M40 yang beliau dakwa semakin melebar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan wawasan Malaysia untuk mencapai status negara maju yang inclusive dan mapan menjelang tahun 2020, dasar pembangunan sosioekonomi negara sememangnya menobatkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Ke arah ini, kerajaan komited dalam meningkatkan dan memperkukuhkan pendapatan rakyat, merapatkan jurang pendapatan dan menangani kos sara hidup yang meningkat, terutamanya melibatkan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah ataupun B40. Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesebelas, kita menyasarkan pendapatan purata bulanan isi rumah Malaysia meningkat kepada RM10,540 sebulan pada tahun 2020 dari tahun RM6,141 pada tahun 2014. Manakala jurang pendapatan rakyat disasarkan terus berkurang dengan Pekali Gini semakin mengecil kepada 0.385 daripada 0.401 dalam tempoh masa yang sama. Komitmen kerajaan telah dizahirkan dalam RMKe-11 melalui pelbagai strategi, terutamanya tiga strategi yang saya akan sebutkan berikut. Pertama adalah meningkatkan pendapatan isu rumah B40. Matlamat ini disasarkan dengan langkah-langkah seperti mengurangkan kadar keciciran pelajar dalam kalangan isi rumah B40, memastikan akses kepada pendidikan latihan kemahiran tinggi, meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penggunaan teknologi moden, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, meningkatkan sokongan keusahawanan secara bersepadu, membangunkan perusahaan berasaskan komuniti dan sosial, menggalakkan pelaburan di kawasan majoriti isi rumah B40 dan memperluas program pelaburan bagi meningkatkan pemilikan kekayaan. Kedua adalah menangani isu peningkatan kos sara hidup. Matlamat ini pula disasarkan dengan inisiatif memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan kawalan harga, meningkatkan penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, memperkenalkan sistem jaringan perlindungan sosial yang bersepadu dan komprehensif dan meningkatkan program pengurusan kewangan dan hutang. Ketiga adalah matlamat memperkukuh sistem penyampaian program isi rumah B40. Ini disasarkan dengan langkah-langkah menyelaras sokongan kepada isi rumah B40 dan melengkapkan pengukuran pendapatan garis kemiskinan dengan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ataupun Multidimensional Poverty Index. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat Raub, kesenjangan pendapatan golongan B40 dan M40 sebenarnya semakin mengecil, bukannya melebar. Berdasarkan penyiasatan pendapatan isi rumah tahun 2014, pendapatan purata isi rumah golongan B40 telah meningkat sebanyak 12.8 peratus setahun bagi tempoh 2009 hingga 2014 dan pertumbuhan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan pertumbuhan 9.3 peratus purata pendapatan golongan M40. Ini membolehkan nisbah ketidaksamaan pendapatan golongan B40 dan M40 menurun daripada 2.5 kali ganda pada tahun 2009 kepada 2.3 kali ganda pada tahun 2014.

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Yang Berhormat, penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah angka-angka yang diberikan tadi mengenai B40 dengan M40, adakah ini relative terms ke ataupun real terms?

Terima kasih Yang Berhormat. Ini Tuan Yang di- Pertua adalah berdasarkan kepada kajian pendapatan isi rumah yang kita laksanakan pada tahun 2014. Dia berdasarkan kepada actual amount itu, jadi kita buat nisbahnya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang ini beralih kepada isu kedua berkaitan dengan pembangunan inclusive yang melibatkan kaum India yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Kapar ingin tahu berapakah peruntukan yang diterima oleh SEDIC dan bagaimana ia diagihkan. Yang Berhormat Klang juga telah bertanya mengenai impak hasil daripada peruntukan RM100 juta kerajaan kepada kumpulan B40 masyarakat India dan adakah SEDIC pernah melaksanakan cost benefit analysis ke atas wang yang telah diperuntukkan tersebut. Sementara Yang Berhormat Ipoh Barat ingin tahu apakah rancangan terkini short term dan long term Special Implementation Task Force (SITF) yang telah ditubuhkan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kelang, unit khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) telah pun ditubuhkan pada 2 Mei 2014 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengendalikan peruntukan kerajaan bagi menjalankan program intervensi strategik demi meningkatkan status sosioekonomi masyarakat India khasnya golongan B40. Tujuan utama penubuhan SEDIC adalah untuk memastikan bantuan dana yang dihulurkan oleh kerajaan kepada masyarakat India ditadbir urus dengan efisien dan mencapai kumpulan sasarannya. Pada tahun 2015, SEDIC telah menerima peruntukan berjumlah RM100 juta bagi melaksanakan program yang telah dirancang. Sebahagian besar peruntukan ini telah diagihkan kepada 379 badan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan pelbagai program SEDIC. Maklumat penerima dana SEDIC ini boleh didapati di laman sesawang SEDIC, www.SEDIC.my dan pada tahun 2016, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan kepada SEDIC adalah berjumlah RM60 juta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, SEDIC melaksanakan cost-benefit analysis pada setiap peringkat pemprosesan bantuan dana. Cost-benefit analysis ini dengan izin, yang dilakukan bukan hanya mengambil kira aspek kewangan sahaja malah manfaat sosial lebih dititikberatkan. Cost benefit analysis ini ,dengan izin, secara keseluruhan adalah diukur dan dipantau melalui Sistem Pemantauan Projek Kedua (SPP2) secara online oleh Jabatan Perdana Menteri. Setiap cadangan projek yang diterima dinilai secara rapi supaya membawa impak yang tinggi kepada peserta program dan akan melalui tiga peringkat terperinci yang melihat impak daripada segi pelbagai sudut sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ...

Tuan Yang di-Pertua.

Penjelasan Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua yang bangun Yang Berhormat.

Boleh saya habiskan masyarakat India ini lepas itu YB. bertanya ya? Terima kasih. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan, SITF yang ditubuhkan pada tahun 2009 pula menjadi salah satu tunjang utama dalam pelaksanaan dasar dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai hal ehwal kaum India seperti isu kewarganegaraan dan meningkatkan peluang pekerjaan di sektor awam bagi kaum India.

SITF mempunyai matlamat untuk menyelesaikan isu-isu melibatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat India. Ini dizahirkan melalui aktiviti seperti program MyDaftar untuk menangani isu kewarganegaraan dan dokumentasi, MySihat dan transformasi masyarakat India, kerjaya dalam perkhidmatan awam dan GLC, perumahan masyarakat India dan program MyFuture bagi mengubah nasib pelajar kurang berjaya. Aktiviti seperti program MyDaftar misalnya telah mengenal pasti sebanyak 16,869 isu kewarganegaraan dan dokumentasi. Hasilnya sehingga kini lebih 6,759 orang India telah mendapat status warganegara dan 2,500 masih diproses kewarganegaraannya. Dari segi penyertaan masyarakat India di dalam perkhidmatan awam dan GLC, SITF telah membuat satu sesi engagement secara berkala dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Khazanah Nasional dan NGO berkaitan pembangunan kerjaya. Usaha ini telah membuahkan hasil di mana sejumlah 2,194 jawatan dalam kerajaan untuk tahun 2014 dan 1,126 jawatan bagi tahun 2015 telah ditawarkan kepada calon berbangsa India. Ini akan menyumbang kepada lebih kurang 48,000 kaum India yang sedang berkhidmat di perkhidmatan awam sehingga kini dan selaras dengan matlamat jangka panjang, SITF menjangka untuk mencapai angka 120,000 selepas tahun 2020. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Kapar ke Yang Berhormat Klang? Sila Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, soalan pertama saya berkenaan dengan SEDIC. Saya telah rujuk website yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri. Di sini ada nama pemohon, program, kumpulan sasaran, bilangan peserta, lokasi, e-mel dan nombor telefon. Dalam persoalan saya ialah berapa banyak dana yang telah diagihkan kepada setiap 379 NGO ini memang tak ada dan itu yang saya telah bangkitkan so saya memerlukan jawapan yang menerangkan setiap NGO ini berapa banyak dana yang telah diperuntukkan kepada mereka, itu yang pertama. Kedua, saya ingin juga dapat kepastian adakah juga sekretariat khas untuk memperkasakan usahawan India Sikh pun di bawah kementerian? Itu pun saya telah menanyakan soalan dan soalan ketiga saya adalah berkenaan dengan 2,600 badan NGO yang dikatakan telah diberikan dana daripada tahun 2009 sehingga tahun 2014 sebanyak RM125 juta. Ada juga soalan berkenaan saya dalam bahagian ini. So tiga soalan, saya minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama tentang breakdown itu, saya akan bagi kemudian. Soalan yang kedua, yang ketiga itu sebenarnya tidak ada dalam rekod saya tetapi untuk Sikh itu di bawah Jabatan Perdana Menteri juga dan daripada segi yang disebutkan tentang 2,600 itu saya tidak ada jawapan sekarang ini sebab memang tidak ada di dalam rekod saya. Mungkin kita akan berikan dalam bentuk bertulis.

Ketiga-tiga soalan breakdown itu Yang Berhormat Menteri?

Ya, Yang Berhormat.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Saya ada dua soalan berkait dengan SEDIC. Pertama, adakah cost benefit analysis yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu dan saya minta bukan kali pertama tetapi telah beberapa kali, adakah ini, is it publicly available supaya kumpulan kepentingan boleh membaca dan juga memberi pandangan-pandangan yang lain demi kepentingan implementasi kerajaan, itu yang pertama. Isu yang kedua adalah berkait dengan jumlah wang yang diberikan. Pada tahun 2015, sebanyak RM100 juta diberikan tetapi untuk tahun ini telah dipotong sebanyak RM40 juta, hanya dapat RM60 juta.

Mengapa begitu drastic cut, dan adakah ini akan juga mengadakan impak daripada apa yang telah dibuild from last year tetapi soal yang penting ialah cost benefit analysis. What is the cost benefit analysis saying about the impact of the RM100 million on the Indian community? Has something fundamentally changed on the ground? Itu saya hendak tahu tetapi saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi wang itu supaya menukar, membawa perubahan kepada B40 khususnya B40 kaum India. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, yang saya sebutkan tadi cost benefit analysis itu adalah dilaksanakan kepada setiap komponen projek-projek yang diberikan. Jadi setiap projek itu akan dinilai kos dan manfaatnya dan dia akan dicatatkan dalam proses penilaian tersebut. Ini juga selaras dengan RMK-11 kita di mana kita memilih projek-projek yang diutamakan, kita menggunakan satu kaedah yang kita namakan creativity index cuma kita tidak publishlah in the real cost benefit analysis itu. Itu memang tidak dimaklumkan kepada umum.

Tuan Yang di-Pertua.

Kedua tentang jumlah peruntukan yang berkurang kepada RM60 juta, ini kita perlu sedar dalam keadaan di mana harga minyak telah turun dan kita telah pun membuat pengubahsuaian bajet, bukan sahaja program ini di mana jumlahnya berkurang tetapi banyak juga program-program lain. Jadi, ini kita laksanakan mengikut kemampuan kita.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang akhir sekali. Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh minta supaya kerajaan ataupun SEDIC memberi satu taklimat kepada semua Ahli Parlimen yang ada minat dalam isu ini, mungkin dalam masa yang dekat.

Yang Berhormat, saya hendak sambung sikit.

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya akan uruskan taklimat tersebut. Terima kasih.

Boleh Yang Berhormat, sikit tambahan? Dalam taklimat itu juga selitkan macam mana kriteria NGO-NGO yang dipilih untuk kita berikan dana tersebut. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan isu ketiga mengenai pembangunan wilayah. Yang Berhormat Sandakan menyatakan negeri Sabah adalah yang paling miskin di Malaysia dan pembangunan yang masih ketinggalan berbanding Semenanjung. Manakala Yang Berhormat Pasir Mas pula meminta supaya lebih banyak program projek dilaksanakan di negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu pembangunan di negeri Sabah memang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Tumpuan kerajaan adalah untuk mempercepatkan pembangunan di negeri Sabah bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik, di mana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah. Kerajaan juga sentiasa prihatin dan komited untuk menangani isu kemiskinan di negeri Sabah. Berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan isi rumah tahun 2014, kadar kemiskinan Sabah telah berjaya dikurangkan daripada 19.7 peratus pada tahun 2009 kepada 4 peratus pada tahun 2014, manakala kemiskinan tegar daripada 4.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014. Dari segi peruntukan pembangunan, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, negeri Sabah telah menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM20.6 bilion ataupun 8.6 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas pula, negeri Sabah turut menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM4.55 bilion ataupun 9.9 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan bagi Rolling Plan Pertama untuk tahun 2016.

Di dalam tempoh tersebut, kerajaan akan mempergiatkan lagi program pembangunan secara inklusif bagi mempercepatkan pembangunan di negeri Sabah, terutamanya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi meningkatkan ketersambungan di Sabah dan Sarawak. Perlaksanaan Lebuhraya Pan Borneo ini melibatkan jajaran sepanjang 1,236 kilometer yang terdiri daripada jalan raya Persekutuan dan jalan raya negeri dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan anggaran kos sebanyak RM12.86 bilion, tidak termasuk kos tanah. Ini bahagian negeri Sabah sahaja. Lebuh raya ini juga akan berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi di Sabah, terutamanya dalam sektor pelancongan, pertanian dan juga industri. Di samping itu, kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan penduduk di negeri Sabah, terutamanya di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalan berturap. Justeru, kerajaan melalui Program Bekalan Air Bersih Luar Bandar dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar akan meningkatkan liputan bekalan air dan elektrik, khususnya di Sabah kepada 99 peratus pada tahun 2020. Selain itu, daripada sejumlah 3,000 kilometer jalan berturap yang akan dibina juga di Sabah dan di Sarawak. Bagi meningkatkan kumpulan pendapatan isi rumah B.40, kerajaan akan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana di Sabah dengan memperkukuh infrastruktur, menggalakkan perluasan pasaran melalui e-Dagang, mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meningkatkan akses kepada bantuan kerajaan. Selain itu, usaha akan diadakan bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar, memastikan akses kepada penyelidikan dan latihan kemahiran tinggi dan menggalakkan pelaburan di kawasan yang majoriti isi rumah B.40. Kerajaan akan terus memastikan rumah mampu milik disediakan kepada rakyat di Sabah yang dilengkapi dengan kemudahan asas melalui pembinaan penempatan bersepadu di bawah Program Bantuan Rumah dan Program Perumahan Rakyat. Untuk pembangunan ekonomi pula, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan terus memberi tumpuan untuk menarik pelaburan yang akan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, terutamanya dalam sektor pelancongan dan pemprosesan minyak kelapa sawit hiliran serta program berimpak tinggi dalam pembangunan kandungan kreatif. Sejak penubuhannya dari tahun 2008 hingga tahun 2014, Sabah Development Corridor telah berjaya menarik pelaburan domestik dan asing sebanyak RM147.26 bilion dan mewujudkan lebih 160,674 peluang pekerjaan. Antara projek utama lain yang akan menjadi pemangkin pembangunan di Sabah adalah projek pembesaran pelabuhan kontena Sepanggar Bay dan pembinaan jeti minyak sawit di POIC, Sandakan dan selain itu pusat inkubator pembangunan kreatif Sabah fasa 2 juga telah diluluskan dengan kos keseluruhan sebanyak RM19 juta yang akan memanfaatkan golongan belia di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas pula, kerajaan sentiasa menumpukan usaha bagi merapatkan jurang pembangunan dan menangani isu kemiskinan di semua negeri di Malaysia. Berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah 2014 secara keseluruhan, kadar kemiskinan di negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak telah berjaya dikurangkan berbanding tahun 2010. Untuk negeri Sabah, seperti yang saya sebutkan tadi telah merekodkan penurunan kadar kemiskinan kepada 4 peratus pada tahun 2014 berbanding dengan 19.7 peratus pada tahun 2009. Negeri Sarawak dan Kelantan pula telah merekodkan penurunan kepada 0.9 peratus pada tahun 2014 berbanding 5.3 peratus bagi negeri Sarawak dan 4.8 peratus bagi negeri Kelantan pada tahun 2009. Kadar kemiskinan di negeri Terengganu pula telah menurun kepada 0.6 peratus pada tahun 2014 berbanding 4 peratus pada tahun 2009. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan yang terbesar kepada negeri Sabah sebanyak RM20.6 bilion dan diikuti oleh negeri Sarawak sebanyak RM18.6 bilion dan negeri Kelantan dan Terengganu masing- masing telah diperuntukkan sejumlah RM5.1 bilion dan RM6.8 bilion. Di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kesebelas, negeri Sabah telah diluluskan peruntukan tertinggi yang saya sebutkan tadi RM4.55 bilion dan diikuti oleh negeri Sarawak dengan peruntukan RM4.0 bilion dan untuk negeri Kelantan RM1.3 bilion dan Terengganu RM1.1 bilion.

Pelbagai projek dan program sedang dan akan dilaksanakan, terutamanya melibatkan projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan dalam RMKe-11, Projek Terusan Pembangunan Central Spine Road; Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai; Lebuhraya Pantai Timur; dan Projek Pembesaran dan Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan menambah baik ketersambungan di Semenanjung Malaysia dan memangkin pertumbuhan di negeri Kelantan dan Terengganu. Di Sabah pula yang disebutkan tadi, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang juga di Sarawak akan meningkatkan lagi ketersambungan dan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu keempat adalah berkaitan dengan pembangunan infrastruktur. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ingin tahu mengapa UKAS menawarkan kontrak pembinaan lebuh raya yang amat besar kepada syarikat Putrajaya Perdana yang beliau mendakwa tiada pengalaman membina lebuh raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Putrajaya Perdana adalah merupakan syarikat yang terlibat dalam beberapa projek seperti pembinaan kemudahan infrastruktur, pelabuhan, bekalan air dan pembinaan bangunan. Selain daripada itu, syarikat juga terlibat dalam beberapa projek lebuh raya sebagai kontraktor seperti Lebuhraya Pantai Barat, pembinaan persimpangan Lebuh Raya Shah Alam ataupun KESAS dan Southern Inner Ring Road di Putrajaya. Setakat ini, syarikat tersebut telah melaksanakan projek-projek bernilai kira-kira RM9.5 bilion. Oleh itu, pertimbangan kerajaan terhadap pembinaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya atau SKIP, oleh Putrajaya Perdana adalah berdasarkan kepada keperluan lebuh raya tersebut, daya majunya, keupayaan dan pengalaman syarikat dalam pelbagai bidang pembinaan.

Tuan Yang di-Pertua isu kelima dan terakhir yang ingin saya berikan maklum balas adalah berhubung dengan isu penyata kewangan Petronas oleh Yang Berhormat Taiping yang membangkitkan isu ini semasa membuat celahan perbahasan Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Taiping telah mencadangkan supaya Akta Petroleum 1974 dipinda untuk membolehkan penyata kewangannya diteliti di Parlimen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan masih belum bercadang untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 dalam masa terdekat. Ini memandangkan Petronas menyediakan penyata kewangan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Akta Syarikat 1965 dan kehendak peruntukan perakaunan yang diperakui. Penyata kewangan tersebut juga diaudit oleh juruaudit bertauliah antarabangsa. Petronas turut menerbitkan laporan tahunan yang lengkap dengan laporan kewangan dan laporan operasi pada setiap tahun. Laporan tahunan ini bukan sahaja menjelaskan tentang status kewangan Petronas malah turut mengandungi maklumat berhubung dengan prestasi dan aktiviti-aktiviti Petronas. Laporan tahunan ini turut dimuatkan di laman sesawang Petronas, www.petronas.com.my dan boleh dimuat turun oleh pihak- pihak yang berminat untuk dikaji dan diteliti. Selain itu Petronas juga mengumumkan penyata kewangan setiap suku tahun kepada pihak media dan masyarakat umum melalui laman sesawang Petronas dan ia juga disiarkan dalam akhbar-akhbar semasa. Tuan Yang di-Pertua sekianlah sahaja penggulungan saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mana juga isu-isu yang telah dibangkitkan tetapi tidak dirangkumi dalam jawapan penggulungan ini ingin saya maklumkan bahawa perkara tersebut telah dicatat dan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri dari kawasan Muar.

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk meneruskan penggulungan perbahasan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri.

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan tanggungjawab dan bidang kuasa SPRM. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Raja meminta supaya SPRM diperuntukkan cukup kuasa untuk siasat dan ambil tindakan kepada individu yang hidup mewah dan meminta kerajaan melakukan sesuatu. Misalnya menjadikan undang-undang berhubung political financing. Tuan Yang di-Pertua mengumpul atau memiliki harta kekayaan dan kehidupan mewah tidaklah menjadi satu kesalahan di Malaysia. Namun ianya akan menjadi satu kesalahan sekiranya hasil kekayaan dan kehidupan mewah itu berpunca dari hasil jenayah termasuklah antara lain rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. SPRM mempunyai kuasa untuk memperoleh maklumat jika ia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai berdasarkan penyiasatan yang dijalankan. Bagi meminta mana-mana orang mengisytiharkan harta yang dimiliki olehnya atau mempunyai apa-apa kepentingan, bahawa apa-apa harta yang dipegang atau diperoleh oleh mana-mana individu adalah hasil daripada atau berkaitan dengan satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Manakala bagi penjawat awam merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3, Tahun 2002 telah menjelaskan bahawa setiap penjawat awam dikehendaki mengisytiharkan harta sama ada harta alih ataupun harta tidak alih kepada Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993. Peraturan ini mengehendaki semua pegawai mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing sama ada harga yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi isteri atau suami atau anaknya. Berhubung dengan undang-undang berkaitan cadangan mewujudkan political financing, dengan izin, walaupun buat masa ini tiada undang-undang yang jelas yang ada untuk pembiayaan politik. Namun kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan atau lebih dikenali sebagai GTP telah mengenal pasti pelbagai inisiatif untuk dilaksanakan bagi meningkatkan tahap ketelusan dan accountability dalam jentera pentadbiran kerajaan. Salah satu inisiatif di bawah rasuah besar kerajaan kajian terhadap dana politik yakni political funding. Mewujudkan kawalan ke atas dana politik merupakan salah satu daripada inisiatif NKRA memerangi rasuah menjelaskan bahawa kerajaan adalah komited dalam menstranformasikan pentadbiran kerajaan. Seterusnya memulihkan persepsi rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Justeru bagi menambahkan elemen ketelusan dan integriti di kalangan ahli dan parti politik di negara ini sebagaimana Yang Berhormat semua sedia maklum. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 Ogos 2015 mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil inisiatif bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa Consultative National mengenai pembiayaan politik JKNMPP. Bagi merangka satu pelan pembiayaan politik yang komprehensif dan inclusive khususnya untuk menentukan proses consultative di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak. Yang Berhormat Sibu membangkitkan isu status berkaitan dengan laporan yang telah dibuat kepada SPRM...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Menteri penjelasan Menteri, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

National Consultative Committee on Political Funding saya tanya kenapa tidak consult Ahli-ahli Parlimen daripada sebelah sini? Apa consultative itu, siapakah stakeholder? Isu dia ialah tentang political funding semua Ahli-ahli Dewan mesti diambil kira. Kenapa tidak ada consultation? Jadi maknanya nama Consultative Council memang tidak berasas, sila beri pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Kita sudah jawab perkara ini. Peringkat ini jawatankuasa ini turun di setiap zon untuk mendapat maklum balas daripada rakyat. Parti gerakan telah pun menghantar memorandum, beberapa parti telah pun menghantar pandangan masing-masing. Pandangan ini akan dibawa dengan menimbang dengan pandangan-pandangan ataupun perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh semua negara.

Kemudian dia akan dipertimbangkan, akan dikemukakan kepada Dewan ini. Jadi kalau Yang Berhormat hendak beri pandangan tidak apa cukuplah saya hendak beritahu, hendak beri pandangan hadirlah kepada semua ataupun minta bantuan Yang Berhormat hantarlah apa perkara pandangan Yang Berhormat hendak bagi.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Menteri consultative kalau boleh ya Tuan Yang di-Pertua.

Saya sudah jawab sudah.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

...kena buat invitation minta kita buat consultation. Macam Menteri MITI kita baik masa TPPA di kokus dia consult kita. Apakah elemen consultation stakeholder, mana?

Sudah keluar surat untuk beritahu sudah umum sudah untuk semua beri pandangan kalau tidak dia akan turun mengikut zon.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Zon apa, zon sebelah sini? Zon Gerakan itu... zon?

Zon utara. Yang Berhormat ini macam kanak-kanaklah zon dia pergi ke utara dia pergi ke Pantai Timur dia pergi Sabah Sarawak. Nanti dia keluarkanlah notis kepada parti-parti politik untuk datang hadir dalam public hearing, berilah pandangan.

Tuan Yang di-Pertua boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya hendak bagi jalan Yang Berhormat? Ya Yang Berhormat Kapar.

Tadi Yang Berhormat telah mengatakan public hearing, why public hearing? Apa salahnya engage dengan kita ambil pandangan daripada kita then we come with the concrete idea dalam bahagian ini.

Sudah cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat punya pandangan pun kita ambil tetapi saya hendak beritahu untuk yang lain-lain ini semua dengar Yang Berhormat cakap supaya jangan dengar cakap dia orang, tidak boleh Yang Berhormat. Ini sebab kita hendak juga pandangan daripada syarikat-syarikat yang kadang-kadang Yang Berhormat minta derma ini. Yang Berhormat pun ada jumpa jadi ada banyak perkara yang tidak hanya tertakluk kepada Yang Berhormat. Saya tidak kata Yang Berhormat tidak boleh bagi, bagilah.

Tidak apa salahnya kita buat formal engagement apa salahnya formal engagement itu yang kita minta.

Tidak saya akan bagilah tidak ada masalah.

Okey that’s it.

Itu sahaja apa masalah dia? Saya tidak kata Yang Berhormat tidak boleh bagi...

Bukan public hearing...

Consultative jawatankuasa ini dia ada dia punya SOP yang telah pun kita beritahu, term of reference. Dia pun akan study daripada negara Korea, daripada Kanada Yang Berhormat pun bukan tahu semua. Kita belajar supaya benda ini jadi satu perkara yang dapat memuaskan dan memenuhi kehendak kita dalam soal political financing ataupun kewangan parti-parti politik. Ada banyak perkara Yang Berhormat. Dia tidak boleh tanya dua orang Yang Berhormat Kapar dengan Yang Berhormat Kelana Jaya, tidak cukup Yang Berhormat tidak tahu semua. Jadi kita akan jemput semua stakeholders, NGO dan pelbagai pihak termasuk mengkaji bagaimana perkara ini dijalankan di negara- negara yang saya nyatakan tadi, itu. Jadi apa Yang Berhormat hendak tahu? Hendak tanya lagi? Berilah pandangan tidak ada masalah. Yang Berhormat Sibu membangkitkan isu status berkaitan dengan laporan yang telah dibuat kepada SPRM berkaitan kegiatan atau kesalahan membeli undi. Termasuk aduan penduduk di kawasan long house tentang pilihan raya yang lalu dan mendakwa tiada apa-apa tindakan daripada SPRM.

Untuk makluman Yang Berhormat semasa pilihan raya diadakan SPRM telah mengaktifkan bilik gerakan operasi pilihan raya di SPRM ibu pejabat dan SPRM negeri. SPRM juga telah menghantar pegawai bertugas di bilik gerakan pendakwaan yang beroperasi di Jabatan Peguam Negara. Berhubung dengan maklumat yang terima oleh SPRM semasa Pilihanraya Umum Ke-13 bagi negeri Sarawak semua maklumat yang berkaitan kesalahan pilihan raya telah dirujuk kepada bilik gerakan pendakwaan yang beroperasi di Jabatan Peguam Negara. Sumber maklumat yang diterima telah diambil tindakan pengesahan.

Tindakan yang telah diambil dirujuk kepada bilik gerakan pendakwaan. Siasatan berkaitan telah dijalankan namun mendapati tiada unsur kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ya. Yang Berhormat Tasek Gelugor membangkitkan isu mengenai pembelian rumah banglo di No. 25, Jalan Pin Hon, Pulau Pinang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang yang mana harganya dikatakan jauh lebih rendah daripada harga pasaran dan seterusnya menggesa SPRM menyiasat isu ini. Pihak SPRM ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor atas keprihatinan yang telah ditunjukkan terutama melibatkan isu-isu integriti. SPRM telah menerima maklumat berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada 17 Mac. SPRM telah meneliti maklumat tersebut bersama-sama maklumat dan laporan lain yang diterima. Setelah meneliti dan mengkaji maklumat ini secara menyeluruh, SPRM telah membuka kertas siasatan. Untuk makluman Yang Berhormat, proses siasatan SPRM tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya dan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan iaitu memperoleh, mengkaji dan meneliti bukti-bukti dan dokumen, mengenal pasti dan merakam percakapan saksi-saksi dan individu yang telah terlibat. Pada masa ini pihak SPRM sedang giat menyiapkan siasatan ini tanpa dipengaruhi dengan sebarang spekulasi atau persepsi kerana siasatan SPRM adalah berlandaskan kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa demi memastikan kebebasan suruhanjaya terus terpelihara.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, di bawah Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong and I read ‘shall on the advice of the Prime Minister appoint a person who is qualified to be judge of Federal Malaysia to be attorney general for the federation.’ Jadi jelas di situ Artikel 145, ‘advice of the Prime Minister’. Kemudian Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami ada peruntukan di bawah Seksyen 23 Akta MACC di mana dinyatakan dengan cukup jelas, ‘any officer of the public body commits an offence and uses his office or position for gratification when he makes any decision or takes any action whether for himself in relation to any matter in which such officer or relative has an interest whether directly or indirectly’. So maknanya sekiranya ada siasatan terhadap seseorang, and he has a direct interest in it then of course he is not suppose to take any decision. So soalan kepada Timbalan Menteri ialah dalam bulan Ogos tahun lepas, satu laporan telah pun dibuat kepada MACC berkenaan dengan lantikan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dalam laporan itu cukup jelas dinyatakan bahawa dalam masa itu ada pengakuan daripada Yang Amat Berhormat Pekan bahawa ada siasatan terhadap dia berkenaan dengan wang dalam akaun dia oleh pihak MACC. Jadi cukup jelas bahawa Ahli Parlimen Pekan telah pun memberi nasihat untuk lantik Peguam Negara dan Peguam Negara itu perlu membuat satu keputusan dalam kes dia. So it is a clear cut violation of Section 23 of the MACC Act. Jadi persoalan saya, number one, adakah lantikan Peguam Negara dalam keadaan kes ini di mana cukup jelas bahawa orang yang memberi nasihat dalam mana pelantikan itu dibuat adalah seorang yang disiasat pada masa itu dan seorang dalam mana keputusan berkenaan pendakwaan akan diambil selepas daripada itu and I think the record will confirm that subsequently it is Tan Sri Apandi Ali who cleared Ahli Parlimen Pekan. So is it a proper appointment? Nombor satu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kedua, kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil dan dimaklumkan berkenaan dengan siasatan laporan yang dibuat itu kalau tidak silap saya dalam bulan Ogos tahun yang lalu? Boleh saya dapat satu penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Nombor satu Tuan Yang di-Pertua, saya perlu berhati- hati dalam berkongsi sebahagian sebab tadi pun panjang Yang Berhormat bercakap dengan Yang Berhormat Pengerang tentang subjudice, tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang siasatan pendakwaan. Cuma saya hendak beritahu dari segi penggunaan Seksyen 23 tentang kesalahan menggunakan jawatan ataupun kedudukan untuk suapan. Ini pandangan saya ya, soalan baru bangkit, saya nak beritahu. Dalam soal ini, penggunaan itu perlu terlebih dahulu kita lihat termasuk membaca bersama Perlembagaan Persekutuan dari segi kuasa pelantikan yang diberi walaupun kepada Yang Dipertuan Agong yang dicadangkan oleh Perdana Menteri. Jadi pada saya, betul pandangan Yang Berhormat itu kalau hendak dibangkitkan dan dibincangkan secara sebegitu tetapi tidak semestinya tepat. Contoh, saya pun dengar juga Yang Berhormat dari Sepang tanya fasal seksyen 25 atau 26, tentang adakah Yang Berhormat Pekan membuat deklarasi kepada SPRM? Baca balik mungkin seksyen itu- Yang Berhormat Sepang tiada, nanti Yang Berhormat marah dia tidak ada dalam ini. Okey, 26 ya? Seksyen itu untuk memberikan kepada satu orang yang dapat suapan tetapi dia tidak beritahu SPRM. Yang Berhormat Pekan bukan dapat suapan, dia perlu beritahu Bank Negara. Untuk menggunakan seksyen itu pun tidak betul tetapi kalau kita cerita kat orang, orang mungkin percaya sebab Yang Berhormat Sepang pun peguam. Akan tetapi seksyen itu tidak boleh digunakan dalam konteks Yang Berhormat Pekan kerana dia bukan dapat suapan, dia dapat apa yang dipanggil oleh pelbagai pihaklah tak apa tetapi seksyen itu tidak kena. Yang boleh kalau orang ini tahu ada perlakuan rasuah, sogokan tetapi dia tidak pergi beritahu, maknanya dia pun terlibat, kesalahannya 10 tahun penjara, mungkin. Itu antara perkara yang kita perlu jelas. Jadi sebab itu perkara yang disebut oleh Yang Berhormat itu mungkin perlu diperjelaskan secara perundangan yang pada saya melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan bukan hanya tentang rasuah yang sedang saya bicarakan, termasuk juga...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Teruskan, teruskan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih. Perbezaannya Yang Berhormat, di dalam keadaan Seksyen 23, ada peruntukan anggapan, there is a statutory presumption under the MACC Act that a person who acts atau orang yang mengambil tindakan dalam satu keadaan di mana beliau ada interest, for example if he actually appoints an Attorney General and the Attorney General has to decide on his case, there is a presumption of corruption. So cukup jelas fakta menunjukkan bahawa it is a clear cut case where there is a presumption of corruption. Jadi isu yang berbangkit adalah ini, kenapa tidak ada tindakan dan siasatan sehingga sekarang? Saya rasa sudah dalam enam bulan telah pun berlalu dan saya difahamkan tidak ada satu statement pun diambil daripada pengadu dalam kes itu yang merupakan saya. Terima kasih.

Banyak kes pengadu pun tidak dipanggil, yang saya tahulah ya tetapi tidak semestinya tidak dipanggil tidak ambil tindakan. Contoh kalau saya boleh berkongsilah, Yang Berhormat ada sebut dalam perbahasan, Yang Berhormat pun kawan saya juga. Yang Berhormat kata kenapa MACC membiarkan ataupun menerima arahan Peguam Negara untuk menutup kes ini? Yang Berhormat, perlu saya jelaskan di sini bahawa sepanjang MACC beroperasi, kita ada hampir 30,000 lebih maklumat aduan kita terima, bukan sedikit, banyak. Daripada jumlah tersebut, tidak semua kita buka kertas siasatan. Kita ada prosedur kita dan daripada jumlah yang banyak itu, 7,418 kita siasat. Daripada jumlah 7,418 kita hantar kepada Peguam Negara, 1,237 sebenarnya ditolak oleh Peguam Negara dengan arahan ‘No further action’. Maknanya kes yang disebut oleh Yang Berhormat itu bukan kes yang pertama, ada 1,237 yang pernah ditolak. Apabila ini berlaku, Yang Berhormat Kota Bharu tidak ada tetapi boleh setuju dengan saya, kesemua 1,237 ini akan dibawa kepada PPO- Panel Penilaian Operasi.

Tidak ada satu kes yang ditolak oleh Pejabat Peguam Negara yang terlepas daripada PPO. Daripada jumlah 1,237, 70 kita buka balik siasatan. Daripada 70, 9 didakwa semula. Daripada 9, 4 menang, 1 kalah, 1 sedang bicara, 2 orang kena tuduh tidak dapat kita cari, 1 saksi tiada. Macam mana Yang Berhormat boleh cerita kat semua orang bahawa ada satu cover up, tidak Yang Berhormat. PPO telah pun memberi saranan untuk MACC ataupun SPRM terus melakukan engagement dengan Pejabat Peguam Negara tetapi memang arahannya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Yang Berhormat, saya tidak berniat jawab panjang- panjang yang ini, tak payah tanya dah sebab banyak perkara tadi patut dibincangkan lebih awal. Saya hendak beritahu bahawa kes ini bukan kes yang pertama ditolak oleh pejabat Peguam Negara. Kenapa tidak pertahankan 1,237 itu?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Menteri, minta penjelasan. Akan tetapi kes ini tidak ditolak. Saya ada surat daripada MACC terima dan siasat.

No, no saya hendak bagi tahu. Saya hanya boleh jawab setakat perkara yang saya boleh. Tentang siasatan Yang Berhormat, kes yang Yang Berhormat Bagan pun saya tidak jawab panjang pendek sahaja saya jawab. Saya pun boleh gunakan benda itu tapi kes sedang disiasat. Bukan hak saya untuk bagi tahu pada semua orang apa yang sedang disiasat. Yang Berhormat kata Yang Berhormat tidak dipanggil ada banyak kes rakan-rakan Yang Berhormat sebelah sini, sebelah sana, orang luar, orang dalam ramai yang disiasat ada yang tidak kena panggil.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Bagan pun kata- that is not the point, it is such a clear cut case, why is any action taken. Yang Berhormat can call me tidak apa but the fact is so clear, a Prime Minister who appoint an AG and then asked the AG to decide no charge against him. So, there are something wrong.

No, no. Assumption, assumption saya tidak hendak layan assumption di sini. Saya cuma beri tahu saya tidak ada maklumat tentang sama ada dia terus siasat tapi saya tidak kata semua kes akan ditutup hanya kerana cover up, tidak. Itu sebab saya bagi contoh perkara ini akan terus disiasat Yang Berhormat tidak tahu ada banyak perkara yang kita siasat, bukti-bukti yang diberi ada yang tidak betul. Yang Berhormat Bagan kata siasat saya segera, tidak perlu cakap begitu pergilah SPRM, pergilah beri kenyataan, tidak payah tunggu. Ada kes macam Yang Berhormat Kota Belud bila dia beritahu dia ada dokumen, tadi petang dia sudah bagi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

So, Yang Berhormat Menteri sah kan dalam Dewan bahawa laporan itu ada dan masih dalam siasatan. Sama ada ataupun tidak lantikan AG adalah sah dalam negara ini.

Tidak, tidak saya tidak ada obligasi untuk jawab Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Then ?

I didn’t say yes, I didn’t say no.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya hendak tahu, the last time I came to Parliament I asked you the same question and you ask me for time. Now six month, three month and one plus.

Yang Berhormat dapat surat jawapan daripada SPRM.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

No, no Minister I have the rights to ask you.

Yang Berhormat dapat surat jawapan daripada SPRM.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak ada!

No, no tentang laporan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya.

Biasanya kalau orang buat laporan dia akan dapat satu surat, sudah adakan, tunggulah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ada. Sudah tunggu enam bulan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat seorang, seorang.

Jangan tanya saya. Yang Berhormat ingat saya kerja SPRM.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You are the Minister, saya hendak tanya sangat important issues which is to the appointed of AG’s...

Saya bagi peluang Yang Berhormat Tanjong Karang... [Disampuk] No, no saya sudah jawab sudah, cuma Yang Berhormat tidak suka jawapan saya, nak buat macam mana.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya hendak jawapan kenapa. Kalau tidak berani hendak jawab, this is second time Razali, earlier also.

Apa Gobind hendak apa?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

But the thing is the problem is how about we waited - Kalau kita datang ke Parlimen.

Saya sudah jawab Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak buat macam mana ?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You have to answered, Najib, Najib, Najib, AG, AG, AG. Kenapa tidak ada sekarang siasatan sehingga sekarang. Kenapa tidak ada jawapan sehingga sekarang. Kalau Yang Berhormat dalam Parlimen pun kena tunggu sebegini lama, so there we goes our harapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini peguam apa ini?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini isu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri bagi Yang Berhormat Tanjong Karang Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya nak tanya Yang Berhormat ini peguam jenis apa ini, peguam cap ayam kah? Peraturan hormatlah peraturan. Undang- undang, peraturan. Dia sudah bagi saya jalan, Menteri bagi saya jalan bagilah saya cakap.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tunggulah, tunggu sekejap. Yang Berhormat saya habiskan kalau memang tidak boleh jawab sebut sahaja tidak boleh jawab.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa tidak boleh jawab? Kita boleh jawab...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Puchong minta kena halau, Yang Berhormat Puchong hendak minta halau. You have to halau Yang Berhormat Puchong bagi press conference game over.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jangan bagi – macam ini.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya dengar ucapan Yang Berhormat Puchong. Apa yang saya faham Yang Berhormat Puchong punya ucapan, pertama tadi kalau tidak silap saya dari segi peraturan penyiasatan kes mana lah polis kah, SPRM kah semua kes itu masih dianggap rahsia. Akan tetapi, tadi Yang Berhormat Puchong bagi tahu dia ada laporan itu. Macam mana laporan yang tengah siasat, Yang Berhormat Puchong boleh dapat, itu yang saya hendak tanya Menteri ini. Bagaimana laporan..

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh jelaskan itu laporan yang saya buat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada, dia hendak tanya kepada Menteri Yang Berhormat, tanya pada Menteri Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya yang buat laporan itu, I’m the complainer.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Kalau dia buat report, mestilah ada report. Hei Yang Berhormat Tanjong Karang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Gelungor duduk dulu Yang Berhormat. Ikut peraturan, ikut peraturan. Ya Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kemudian ini saya hendak tanya Timbalan Menteri, bukan hendak tanya Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Jangan tanya saya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia punya perception seksyen 23 tadi saya dengar. Dia kata sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kononnya ada kes, bagaimana Perdana Menteri ini boleh lantik AG’s. Itu yang dipertikaikan. Kalau itulah presumption dia saya pun boleh buat presumption, andai katalah ada kes tiba-tiba something wrong dengan AG, meninggal kah apa, adakah bila itu berlaku bermakna AG baru tidak boleh dilantik... [Disampuk] Ini kuasa, ini pakai presumption. Jadi bermakna...

Itu hypothetical, bukan presumption itu hypothetical, come on lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar duduk. Yang Berhormat Kapar duduk.

Can not differentiate within hypothetical situation and presumption, come on brother.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah Yang Berhormat saya hendak bagi tahu ini, perangai pembangkang kita tidak hairan. Sebab itu contoh bila kena pemimpin dia, sengaja dia lari keluar dari Dewan, semalam. Hari ini hendak mempersoalkan Perdana Menteri. Ini menunjukkan pembangkang bukan gentleman.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua point of order. Ini mengelirukan Dewan, point of order

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya, ya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa, Yang Berhormat Puchong pun lari. Kalau hendak- mesti ada kedua-dua belah pihak.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Point of order, point of order.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jangan ambil untuk diri sendiri. Ini tidak adil.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Just for the record. Tuan Yang di-Pertua telah pun membuat satu keputusan tadi bahawa sepatutnya apa berlaku adalah Yang Berhormat Menteri perlu tarik balik. Kalau begitu, kita tidak akan dihalau keluar daripada Dewan.

Mana ada Yang Berhormat Puchong dihalau keluar. Yang Berhormat Puchong tidak dihalau keluar.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

At the end of the day, keputusan yang silap dibuat.

Yang Berhormat Puchong, you tak dihalau keluar. Yang dihalau Bagan, Puchong tak kena.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tunggu, tunggu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Puchong tak faham, yang halau Yang Berhormat Bagan. Saya tak faham kenapa Yang Berhormat Puchong keluar? You are so stupid lah Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dengarlah, dengar apa saya nak cakap.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You are stupid sebab you tak faham. It is very simple. Yang kena halau Yang Berhormat Bagan. Sebab apa Yang Berhormat Puchong keluar? Tak faham bahasa kah?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

So, penjelasannya, itu sebab- kerajaan telah pun meninggalkan waran. Akan tetapi isu dia sekarang, kenapa Peguam Negara masih dibenarkan ambil tugas walhal lantikan dia adalah dipersoalkan?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Stupid lawyer, tak faham bahasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Menteri. Cukup Yang Berhormat. Duduk, duduk. Ya...

[Dewan riuh]

Baik, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong karang, cukuplah Yang berhormat. Puchong duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, saya hendak ulang, bagaimana Yang Berhormat Puchong boleh tak faham?

Tidak boleh guna perkataan liar, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua arah Yang Berhormat Bagan keluar. Yang Puchong itu keluar pasal apa? Tak faham? Hari ini lagi ...

Ini apa punya perkataan great liar. Tadi baru Tuan Yang di-Pertua cakap, perkataan liar so unparliamentarian. Kenapa dia duduk di sini? Duduk di sini buat malu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat Kapar.

Yang Berhormat Puchong bukan liar, Puchong tak bohong. Yang Berhormat Puchong cakap tidak jelas.

Yang Berhormat Baling paling tepat boleh ajar Yang Berhormat Tanjong Karang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat Menteri. Habiskan Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sudah habis dah, Tuan Yang di-Pertua. Inilah masalah apabila kita jadi pengadu, kita jadi orang yang menyiasat, kita jadi orang yang mendakwa dan orang yang menghukum. Ini yang jadi masalah. Sebab itu saya katakan tadi, seksyen 23... [Disampuk]

[Dewan riuh]

No, no, no. Apa pun you nak cakap, saya tak jadi masalah. Memang kita dari awal pun tak setuju. Kalau semangat yang sama ditunjukkan atas kes Yang Berhormat Bagan pun saya seronok tetapi orang tak sama behavior dengan kes itu. Itu maknanya memang jelas, sudah jelas lagi bersuluh. Saya hendak beritahu bahawa, seksyen yang disebut itu berkenaan menggunakan kuasa untuk mendapatkan suapan. Manalah Perdana Menteri dapat suapan daripada- baca dulu tajuk.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Seksyen 23, mana ada?

Seksyen 23.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Mana?

Baca, baca. Sebab itu...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

“Offense of using office for gratification.”

So, there’s no gratification. Itu pandangan Yang Berhormat dan itu pandangan saya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

The definition of gratification, you look at it.

Bukan pandangan, definition.

Bacalah Perlembagaan sekali. Sebab itu, tidak faham. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tetap mengatakan bahawa perkara ini adalah satu perkara yang perlu kita kendalikan secara profesional dan bukan atas sentimen. Ceritalah dekat luar, hendak mempersendakan orang, saya tak ada masalah. Sebab apabila dalam soal kena muka sendiri, Yang Berhormat pun sudah masuk muka depan majalah kan, sudah hebat. Jadi saya hendak beritahu, kes ini tidak akan ada kes kalau kita tidak menggunakan sentimen dan membangkitkan perkara-perkara, seperti yang saya beri contoh. Menggunakan seksyen 26 kerana apa tidak menyerah, tidak ada kena mengena. Akan tetapi memberitahu kepada orang seolah-olah kesalahan tidak mengisytiharkan duit yang diterima kepada - Tidak.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itu soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah, cukuplah. Habiskan Yang Berhormat.

Tidak apa, saya hendak beri contoh. Kawan Yang Berhormat juga, peguam juga. Jadi contoh-contoh inilah yang mungkin telah mengganggu persepsi kepada sesuatu kes.

Saya hendak beritahu, SPRM akan cuba sebaik mungkin untuk terus menjalankan kerja dengan bebas dan telus bagi kita sama-sama di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Diam, diam, diam Yang Berhormat. Diam, dengar dahulu. Dengar setiausaha, Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis menjawab Yang Berhormat.

Usul — Meminda Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Di Bawah P.M. 30(1)Motion

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang lain belum dijawab lagi. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya tidak dijawab lagi. Yang Berhormat Menteri, soalan saya tidak dijawab.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Soalan saya pun tidak dijawab.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Soalan saya macam mana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis, Yang Berhormat. Sudah habis ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Macam mana habis setakat ini?

Tuan Yang di-Pertua, tapi isu yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis dah. Jawapan sudah habis, Yang Berhormat Menteri sudah habis menjawab, Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

We come here to shield the parliament itself from what?

Tuan Yang di-Pertua, at least we have to ask the Minister to give us in writing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu cadangan pindaan atas Usul Menjunjung Kasih...

Tuan Yang di-Pertua, at least jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

...Titah Diraja daripada Yang Berhormat Bandar Kuching.

Saya tak dengar pun akan dapat jawapan bertulis. Tuan Yang di-Pertua, at least jawapan bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Daripada Yang Berhormat Bandar Kuching pada hari Khamis, 8 Mac 2016. Usul tersebut dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 30(1) iaitu berkenaan dengan peraturan mesyuarat meminda usul-usul. Saya mendapati bahawa cadangan pindaan tersebut tidak berkaitan dengan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Cadangan pindaan Yang Berhormat Bandar Kuching adalah melebihi, exceeding the scope daripada Usul Menjunjung Kasih. Cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching itu sepatutnya dikemukakan melalui usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27. Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan Usul tersebut dikemukakan... [Tepuk]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, ini Usul memang sudah memenuhi apa yang diperlukan dalam peraturan mesyuarat dan tiada apa- apa peraturan yang tergantung dalam peraturan mesyuarat yang mengatakan bahawa Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja itu tidak boleh dipinda. Tidak ada apa-apa disebut dalam peraturan mesyuarat. Saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sarawak, daripada Barisan Nasional sana, sokonglah ini Usul saya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga dari Sabah...

Tuan Yang di- Pertua, baca surat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini adalah satu Usul Pindaan supaya...

Yang Berhormat Bandar Kuching, duduklah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

...Royalti ditambah dari lima peratus kepada 20 peratus. Ini akan memberi manfaat kepada negeri Sarawak, negeri Sabah, negeri Kelantan dan Terengganu di mana negeri-negeri ini ada hasil minyak.

Di mana apa? Di mana sudah ditolak. Sudah tolak, di mana apa?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Usul itu Tuan Yang di-Pertua, tidak ada syarat-syarat, tidak ada apa-apa peraturan...

Hei Yang Berhormat Bandar Kuching, cukuplah. Yang Berhormat Puchong pun sudah baliklah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

...Yang menghalang satu pindaan dikemukakan untuk meminda Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya rayulah Tuan Yang di-Pertua, supaya kaji balik keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk kebaikan Sarawak dan Sabah, Terengganu dan Kelantan, dan negeri-negeri yang ada hasil minyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching, itulah keputusan saya bahawa Usul itu tidak boleh diterima, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Sibuti itu hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Ketiga Belas.”]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 28 Mac 2016.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.15 malam]