Dewan Rakyat · 6 April 2016

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 1,014 turns · 85,767 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [Lipis] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, langkah-langkah kementerian bagi mengawal harga syarikat penyiaran ASTRO yang dilihat seolah-olah tiada kawalan sehingga membebankan pengguna

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan, izinkan saya mengalu-alukan Kelab 1Malaysia Daerah Gombak ke Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini perkhidmatan siaran televisyen berbayar adalah merupakan perkhidmatan premium yang ditawarkan sebagai pilihan kepada pengguna. Pada masa yang sama kita semua sedia maklum bahawa rakyat juga telah mempunyai pilihan untuk mendapatkan sumber berita dan hiburan secara percuma melalui TV bebas keudara, dengan izin, free-to-air, seperti TV1, TV2, TV3, TV8, dan TV9. Pada ketika ini kadar yang dikenakan oleh pihak Astro adalah serendah RM42.35 sebulan bagi pakej asas dan caj tertinggi RM241.68 sebulan bagi pakej premium. Di samping itu, pihak ASTRO juga telah menawarkan pelan tanpa langganan yang dikenali sebagai NJOI bermula awal tahun 2015. Ia diperkenalkan bagi membolehkan pelanggan menikmati 22 saluran TV dan 20 stesen radio yang hanya membayar RM328 pada permulaannya tanpa bayaran bulanan. Dengan julat yang luas dan kepelbagaian di dalam pakej dan harga langganan, ia memberi peluang kepada pengguna untuk membuat penyesuaian berdasarkan kemampuan mereka untuk melanggan. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu kenaikan caj yuran. Yuran yang terakhir dinaikkan ialah pada tahun 2014 untuk perkhidmatan HD. Pihak ASTRO perlu memaklumkan cadangan kenaikan kepada pihak SKMM dan dalam hal ini pihak SKMM perlu menyiasat kewajaran cadangan kenaikan harga tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan di bawah seksyen 198, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 antaranya ialah kadar mesti adil, mestilah mengikut kos dan hendaklah distrukturkan dan selepas itu barulah pihak Menteri dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 199, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bolehlah menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya membuat soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kalau permulaan saya masuk ke Parlimen ini saya melihat semua Ahli Yang Berhormat bercakap tentang ASTRO , masalah dalam ASTRO . Masalah yang dibangkitkan sering berkaitan dari segi gangguan siaran umpamanya. Gangguan ini menyebabkan terpaksa tertangguh dan sebagai mana yang dikatakan jawapan Menteri sebelum-sebelum ini mengatakan yang apabila hujan ini tidak akan berlaku lagi gangguan tetapi sekarang ini masih gangguan.

Tidak sepadanan dengan yang kita bayar sebulan dan yang menjadi timbul lagi apabila bayaran ini termasuklah TV1, TV2 dan TV3. Apabila kita lambat membayar berlaku pemotongan, maka keseluruhan siaran kita tidak akan boleh tengok kecuali TV2 yang dalam keadaan siarannya juga seperti hujan dan dengan bayaran yang mahal ini juga, pihak ASTRO mengambil juga seperti iklan-iklan yang panjang, siaran berulangan. Maka saya melihat dari segi ini, seolah-olah seperti ASTRO ini mempunyai satu kekebalan, pemilik ASTRO ini mempunyai kekebalan yang kita bersidang dalam Parlimen ini masih tidak ada lagi penyelesaiannya. Maka walaupun pihak Menteri ada menyebut tentang satu lagi yang diperkenalkan iaitu pakej NJOI ataupun mungkin MYTV tetapi persoalannya soalan saya Tuan Yang di-Pertua, bilakah pakej ini boleh meliputi keseluruhan kawasan? Maknanya saya beritahu kalau yang menonton dalam TV pagi ini kita tutup ASTRO kita pakai NJOI, pakai MYTV sahaja kerana ASTRO ini banyak menggunakan kesempatan termasuklah yang saya perkatakan sebentar tadi. Itu soalannya, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya lihat ada beberapa soalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Pertamanya dari segi gangguan siaran iaitu terutamanya apabila berlaku cuaca hujan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Lipis, isu gangguan penyiaran apabila waktu hujan terutamanya dipanggil sebagai rain fade ini memang kita tidak boleh atasi secara keseluruhannya memandangkan penyiaran yang digunakan oleh ASTRO adalah berdasarkan kepada prinsip KU-Band. Jadi ini memang terdedah terutamanya negara-negara seperti Malaysia iaitu beriklim tropika.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Akan tetapi beberapa pendekatan sebenarnya pihak Kementerian melalui SKMM, kita telah berbincang dengan pihak ASTRO antaranya di mana pihak ASTRO telah menyediakan pusat penyiaran kedua di Cyberjaya iaitu yang bertindak sebagai pusat sokongan kepada pusat penyiaran utama ASTRO di Bukit Jalil. Jadi setiap kali berlaku kegagalan untuk menghantar siaran daripada Bukut Jalil ke satelit melalui uplink maka pusat penyiaran di Cyberjaya akan membantu menghantar isyarat ke satelit dan sebaliknya. Daripada pemerhatian pihak kementerian melalui SKMM, ia sedikit sebanyak telah dapat mengatasi sebahagian daripada faktor gangguan. Akan etapi pada masa yang sama dengan penggunaan decoder Beyond telah meningkatkan juga kualiti transmisi penerimaan siaran sebanyak 30 peratus berbanding dengan decoder yang lama, itu yang pertama. Keduanya, yang berkaitan isu iklan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya mengikut syarat lesen yang telah diperuntukkan kepada terutamanya penyiar TV berbayar begini ditetapkan pihak kerajaan memang tidak menghalang iklan. Yang kita tetapkan syarat lesen ASTRO membenarkan iklan komersial tidak lebih daripada iklan sepuluh minit bagi setiap jam di setiap saluran. Jadi kalau kita lihat pada masa yang sama, kita juga menetapkan satu syarat lesen iaitu pengumuman khidmat awam ataupun, dengan izin Public Service Announcement ataupun PSA selama satu minit setiap jam siaran di sepuluh saluran. Jadi memang selain daripada yang kita benarkan sepuluh minit siaran iklan itu, kita juga tetapkan PSA. Untuk jawapan yang ketiga soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Lipis, iaitu berkaitan dengan MYTV. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya pihak kementerian ataupun dalam program pendigitalan RTM, kita sedang merangka beberapa program. Terutamanya apabila kita merangka kan bahawa dari segi migrasi, dari segi analog kepada digital memang kita target kan insya-Allah sekitar tahun 2018. Jadi di sini kita telah juga melantik syarikat yang seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Lipis iaitu MYTV. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarikat ini telah melakukan beberapa trial di mana fasa pertama ia melibatkan kawasan di sebelah Pantai Timur dan sekarang ini kita telah melibatkan beberapa kawasan seperti di Sabah dan Sarawak Insya-Allah dan dengan adanya pendigitalan ini, insya-Allah kita rasakan dari segi liputan yang akan disiarkan adalah bertambah baik. Jadi kita berharap proses migrasi ini dapat dijalankan seperti tarikh yang telah kita tetapkan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, peranan media massa cukup penting dalam pembangunan minda golongan remaja.

Jadi saya ingin tahu, sejauh mana pihak kementerian memastikan filem-filem yang ditayangkan memberi kesan yang positif supaya tidak ada filem-filem ganas, filem seks, berunsur tahyul dan sebagainya yang boleh merosakkan jiwa terutamanya golongan remaja. Selain itu, sejauh mana penapisan yang telah dibuat oleh pihak penyiaran untuk memastikan kelancaran ataupun tidak ada gangguan penyiaran, terutamanya di kawasan sempadan. Kawasan saya sempadan negara Thailand, kadang-kadang gangguan daripada siaran negara jiran. Jadi sejauh mana perkara ini diatasi oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Terdapat dua persoalan yang telah ditimbulkan iaitu pertama dari segi content ataupun kandungan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya pihak kementerian, kita mempunyai agensi yang kita namakan FINAS. Di mana FINAS ini bertindak sebagai satu badan untuk memastikan dari segi filem-filem yang dapat ditayangkan, terutamanya kalau kita lihat sebelum ini jawapan-jawapan yang telah saya berikan kepada Dewan yang mulia ini. Terdapat beberapa filem juga yang telah kita cuba ketengahkan iaitu dari segi filem-filem kenegaraan dan sebagainya. Pada masa yang sama kita juga telah menubuhkan satu program yang dinamakan Content Malaysia Pitching Centre, dengan izin iaitu memudahkan proses dari segi pelaksanaan dana untuk ke mana-mana produser yang ingin menerbitkan filem-filem yang untuk disiarkan. Berkaitan dengan persoalan dari segi di sempadan, seperti yang saya maklumkan tadi, kalau kita lihat isu mengenai siaran seperti televisyen berbayar seperti ASTRO dan sebagainya, memang kita selalu engage pihak pemberi perkhidmatan dan juga kita juga ada berbincang dengan rakan-rakan lain seperti di sempadan Thailand dan sebagainya bagi memastikan dari segi kerjasama yang boleh kita lakukan antara pihak kementerian ini dan juga pihak di sebelah sana. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekiranya terdapat mana-mana siaran ataupun makluman yang disiarkan tidak mencapai keperluan yang diberikan, kita memang menggalakkan supaya pihak masyarakat boleh berhubung terus kepada pihak pemberi perkhidmatan. Misalannya, saya juga pernah dihubungi oleh pihak pelanggan yang menyatakan bahawa beberapa siaran yang disiarkan oleh pihak ASTRO tidak menepati piawaian, tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini,sebenarnya pihak MCMC sentiasa memantau operasi ASTRO dari semasa ke semasa kerana kita ingin pastikan bahawa hak pengguna adalah berdasarkan Kod Amalan Am Pengguna dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Saya juga ingin mengambil peluang di sini memandangkan bahawa sekiranya terdapat beberapa aduan oleh pihak pengguna, biasanya pihak SKMM akan memanggil ASTRO kerana kita menekankan keperluan pematuhan Standard Mandatori kualiti perkhidmatan. Kerana kita letakkan bahawa untuk kadar setahun ianya haruslah tidak kurang pada 99 peratus, dengan izin, annual service availability. Maknanya daripada pemerhatian yang kita buat untuk tahun 2014 sahaja. Oleh kerana teguran yang telah diberikan oleh pihak kementerian terhadap pihak pemberi perkhidmatan seperti ASTRO misalannya untuk tahun 2014 dari segi service availability dengan izin,mereka telah meningkatkan kadar sehingga kepada 99.998 peratus. Terima kasih.

Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena · question

2. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan: (a) apakah bentuk kawalan kemasukan beras luar apabila perlaksanaan TPPA; dan (b) apakah jaminan dan langkah perlindungan kepada industri padi dan kepada petani padi dalam berdepan dengan TPPA.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena di atas soalan yang dikemukakan khusus menggambarkan keprihatinan Yang Berhormat apa yang akan terjadi kepada para petani kita setelah perjanjian TPPA dilaksanakan kelak. Untuk makluman Yang Berhormat di bawah rundingan TPPA dahulu, pasukan perunding Malaysia telah berjaya memperoleh pengecualian ke atas mekanisme pengimportan dan pengedaran beras. Dengan pengecualian ini semua dasar berkaitan pengimportan beras yang ada sekarang ini dikekalkan sebagaimana sedia ada dan hanya dipinda sekiranya ada keperluan di pihak kerajaan. Jadi insya-Allah perjanjian TPPA tidak akan memberi kesan besar kepada petani kita dan mereka akan dilindungi dari segi kepentingannya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menyebut tadi bahawa dasar pengimportan beras itu dikekalkan itu dikekalkan seperti yang sedia ada. Saya pun tidak begitu arif dan faham tentang maksud kekal seperti yang sedia ada itu. Adakah maknanya boleh membawa masuk beras daripada Amerika, Australia iaitu negara yang terlibat dalam TPPA. Vietnam memang sedia ada, iaitu negara yang terlibat. Tiga negara yang terlibat dalam TPPA termasuk Malaysia ini adalah merupakan negara yang mengeluarkan beras, tetapi kita import. Jadi itu yang saya hendak dapatkan penjelasan, kalau maknanya selepas ini boleh dibawa masuk beras daripada Australia dan juga Amerika sedangkan beras-beras ini banyak, beras-beras ini dan kalau kita pergi Mekah pun kita makan beras itu, beras daripada Amerika iaitu beras yang di stim, beras yang daripada Amerika ini beras yang telah di stim, padi itu di stim termasuk juga beras daripada India dan Pakistan Tuan Yang di-Pertua. Beras itu distim selepas stim baru mereka proses buang kulit, baru mereka jual. Jadi maknanya mereka mengekalkan satu keenakan dan kelazatan pemakanan. Jadi kebimbangan saya ialah kalau dibawa masuk beras ini dan apatah lagi kalau beras ini dengan kadar harga yang murah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, ini yang dibimbangkan sama seperti mana sebelum ini BERNAS juga melanggar perjanjian iaitu membawa masuk beras tanpa ada permit. Pernah ditahan di pelabuhan, di Port Klang dan juga di Sabah dan Sarawak dalam tahun 2008. Jadi saya bimbang maknanya kalau tidak nanti BERNAS akan bawa masuk beras dari US, dari Australia sedangkan dia pernah melanggar perkara-perkara sebegini rupa. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya lihat Yang Berhormat Pokok Sena begitu stim pagi-pagi hari ini hingga bercakap tentang beras yang distim. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, apabila dimaksudkan tentang mengekalkan mekanisme pengimportan yang ada, yang pertama ialah dilihat tentang kaedah kita mengekalkan kebenaran di mana Malaysia mempunyai seperti sekarang ini single importer satu sahaja pengimport yang dibenarkan. Ertinya kalau ada cubaan untuk mengatakan siapa sahaja boleh import itu tidak berlaku kerana ini adalah antara perkara yang telah dipersetujui dalam perundingan TPPA, hanya satu. Keduanya, ada berapa banyak yang kita perlu import? Misalnya kalau mekanisme yang ada sekarang ini kita mengatakan bahawa kita hanya mengimport atas keperluan kita. Tidak dibenarkan sesiapa sahaja boleh mengimport berapa banyak untuk mengimportnya sehingga ia boleh mengganggu pasaran beras tempatan. Jadi ini antara perkara yang disebutkan tadi. Jadi perlu saya jelaskan tentang single importer ini penting kerana dengan ada single importer ini lebih mudah bagi kerajaan untuk mengawal yang kadang kalanya boleh kita gunakan untuk mempengaruhi single importer ataupun pengimport tunggal tadi. Misalnya kalau kita katakan sebagai contoh, saya selalu mengatakan kita perlu mengimport sedikit beras, dengan mengimport sedikit itu kita boleh gunakan itu sebagai leverage untuk kita memastikan barang-barang kita diambil oleh negara yang berkenaan. Sebagai contohnya, dua, tiga minggu lagi saya akan ke Pakistan. Pakistan ialah sebuah negara yang sangat mengehendaki kalau boleh kita mengimport barang mereka kerana mereka adalah sebuah negara yang mengeluarkan sebanyak 7 juta metrik tan beras. Mereka hanya menggunakan sekitar 3 juta di mana mereka hendak hantar.

Dengan single importer saya katakan bahawa kita boleh rundingkan tetapi syaratnya apa barang Malaysia pula yang akan diambil oleh Pakistan? Okey dia boleh ambil kelapa sawit kita atau perkara-perkara yang lain. Itu kita boleh rundingkan lebih mudah. Akan tetapi kalau semua orang boleh bawa masuk, semua orang boleh import dan sebagainya ianya lebih sukar. Ini salah satu daripada kaedah yang kita boleh kawal kalau kita ada single importer. Daripada segi beras dari sama ada Australia, sama ada dari Amerika dan sebagainya sehingga sekarang pun kita tak ada halangan. Kalau ada orang hendak bawa masuk misalnya BERNAS hendak bawa masuk beras dari Amerika cumanya daripada pasarannya dalam Malaysia benar beras Amerika ada tetapi tak ramai yang beli kerana beras Amerika bukanlah beras yang paling kompetitif. Harganya lebih mahal misalnya kalau tidak silap saya harga beras Vietnam misalnya lebih kurang USD380 per metrik tan. Harga beras Thailand lebih kurang USD370 per metrik tan, tetapi harga beras Amerika ada beberapa kategori antara USD500 hingga USD700 per metrik tan. Jadi sekarang ini dibenarkan. Cumanya dia tidak kompetitif untuk bersaing dengan pasaran tempatan. Jadi isunya tak lama satunya kita masih boleh mengawal berapa banyak beras. Kalau sekarang ini kita katakan BERNAS kamu tidak boleh import lebih daripada 960 metrik tan. Terpulang kepada dia untuk kita fikirkan mana yang terbaik, mana yang lebih kompetitif sekiranya dari Amerika tak ada orang yang hendak beli kerana harganya mahal maka tidak akan berlaku dalam soal ini. Dia boleh masuk tetapi apakah ada pembelinya di sini dia terpaksa bertanding dengan beras-beras lain yang harganya lebih murah kecuali ada orang-orang tertentu yang hendak makannya. Sebab sebahagian besar daripada beras Amerika ini beras dikatakan variety Japonica jenis Japonica sesuai untuk makan chop sticks yang digunakan oleh orang Jepun dan sebagainya. Kebanyakan beras inilah yang digunakan di restoran Jepun dan sebagainya. Kalau Yang Berhormat dekat Pokok Sena hendak makan cara Jepun ini satu pilihan tidak ada halangan untuk kita...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

US pun ada buat Indica, juga ada buat Indica.

Mereka ada Indica, dan mereka ada Japonica tetapi yang popular di Malaysia ialah yang Japonica itu satu pilihan sebab orang Jepun hendak bawa terus kepada Jepun, harga dia berbeza murah sikit daripada Amerika. Ini bukanlah pilihan majoriti daripada rakyat ini menggunakan Japonica bagi menggantikan beras dari Kedah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Beras adalah komoditi keselamatan yang strategik yang menjadi barang makanan yang cukup terpenting dan juga makanan asasi untuk rakyat Malaysia. Pada ketika ini permintaan kita akan terus meningkat menjelang tahun 2020 apabila penduduk kita semakin bertambah. Kita masih lagi menjadi net importer banyak 30 peratus lagi masih kita import beras dari luar negara terutama sekarang dari Thailand dan juga dari Vietnam. Dalam masa yang sama Bernas telah diberikan taraf sebagai single buyer, single importer dan dalam perjanjian TPPA juga seperti mana yang disebut oleh Menteri tadi, kita masih lagi boleh mengamalkan sistem yang sedia ada dan BERNAS masih lagi diberikan tugas sebagai pengimport, penjual dan juga mengedar serta membeli beras-beras ataupun padi daripada pesawah-pesawah. Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, setakat manakah tindakan yang akan diambil kepada Bernas sekiranya gagal menjalankan tugas mereka terutamanya dalam memastikan supaya pesawah-pesawah kita sentiasa diberikan pembelaan? Seterusnya, kita hendak tanya daripada Yang Berhormat Menteri adakah pihak-pihak lain akan diberikan peluang untuk import beras kerana pada ketika ini hanya BERNAS sahaja yang memonopolinya? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin di atas soalan sekali lagi menggambarkan keprihatinan beliau. Tujuan kenapa diadakan, dibenarkan single importer ini adalah tujuan untuk mengawal sebab beras merupakan barang kawalan yang penting yang menjadi sebahagian daripada nadi kehidupan kita. Kalau berlaku keadaan celaru dan sebagainya ianya akan menjadi lebih sukar.

Membenarkan pelbagai importer satu advantagenya yang dilihat, ataupun satu kelebihannya kita boleh melihat harga beras dalam negara kita lebih kompetitif kerana ada faktor persaingan di situ, tetapi bahayanya kerana kaedah semula jadi tentang harga beras kita adalah beras adalah merupakan suatu yang perlu dikawal. Jadi kalau pelbagai importer sukar dikawal. Sekarang ini mungkin ramai orang berminat untuk mengimport beras kerana pasaran beras dunia agak rendah dan kita boleh kawal harga beras tetapi apa yang berlaku misalnya yang berlaku pada tahun 2008 harga beras dunia melambung tinggi tak ada orang hendak import pada waktu tersebut dan kalau diimport ia tidak boleh menjual dengan harga beras yang mahal kerana kerajaan tidak mahu akhirnya rakyat akan menanggung bebannya apabila harga beras mahal. Kalau tak ada orang yang hendak import dan BERNAS tidak pernah mendapat margin yang digunakan sewaktu ada keuntungan sekarang ini untuk mengimport dengan tidak mendapat margin yang besar lagi ia kemungkinan berlaku pada waktu tersebut kita tidak akan kecukupan beras. Ada lagi faktor-faktor lain peranan yang dimainkan oleh beras misalnya the last buyer kalau petani-petani kita tidak ada orang hendak beli lagi beras yang ada pada mereka itu yang dikeluarkan mereka kita boleh pastikan BERNAS dia membeli beras daripada petani ini. Ini adalah baik buruknya dan sehingga sekarang kita merasakan soal beras kita masih terkawal tidak ada berlaku kelaparan dalam negara kita, tidak ada berlaku keadaan harga beras melambung tinggi kerana kita ada sistem kawalan yang sangat berkesan sehingga hari ini. Jadi terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan.

Annuar bin MusaUMNO · BNKetereh · question

3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, keberhasilan kerjasama IKBN dengan pemaju industri khususnya dalam sektor automobil dan perkhidmatan bagi meningkatkan potensi peluang pekerjaan graduan IKBN dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Ketereh atas soalan nombor tiga. Pada tahun 2014, Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan transformasi IKBN. Antara lain, transformasi IKBN ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan IKBN, meningkatkan gaji purata permulaan bagi pelatih-pelatih IKBN dan untuk menjadikan IKBN sebagai institusi kemahiran awam yang menjadi pilihan nombor satu bagi pelatih-pelatih yang memilih kemahiran teknikal dan vokasional dalam pendidikan tinggi mereka. Salah satu usaha daripada kita menjayakan transformasi ini adalah untuk kita meningkatkan lagi hubungan dan juga linkages antara IKBN Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dan juga pihak industri. Kita percaya bahawa latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti tinggi yang bertaraf antarabangsa mestilah bekerja rapat dengan industri, agar industri dapat bukan hanya memberi jaminan pekerjaan tetapi juga membantu kita untuk menyediakan modul- modul yang menepati kehendak industri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak kita memulakan transformasi pada April 2014 dan menggariskan beberapa inisiatif penting dalam jalinan hubungan strategik dengan pihak industri, sehingga Februari tahun ini sebanyak 23 perjanjian MoU telah ditandatangani dengan pelbagai syarikat dan agensi yang bukan hanya menawarkan jaminan peluang pekerjaan kepada lepasan IKBN tetapi juga membantu kita melatih tenaga pengajar dan juga membantu kita untuk mereka modul-modul yang lebih menepati kehendak industri. Syarikat yang menjalankan perniagaan dalam sektor berkaitan automotif yang telah menandatangani MoU di peringkat nasional adalah Tan Chong Group, Tan Chong Motor dan Warisan Tan Chong Holdings, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan di peringkat IKBN institut sendiri adalah Perodua bersama dengan IKBN Chembong dan Scania Group dengan IKBN di Perlis. Dengan jumlah graduan yang telah bekerja dan diberikan OJT ataupun on the job training seramai 145 orang. Selain daripada itu, melalui MoU ini seramai lapan orang tenaga pengajar telah menjalani training of trainers program, penambahbaikan modul latihan dan pemberian peralatan daripada syarikat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Sebagai contoh, pihak Perodua telah memberi enjin kereta serta bahan guna habis seperti cat kepada IKTBN Chembong dan pihak Scania telah memberi peralatan termasuk enjin Scania untuk kegunaan pengajaran di IKBN Kuala Perlis. Kita memaksimumkan MoU ini bukan hanya kita minta jaminan pekerjaan tetapi kita juga minta peralatan, kita juga minta supaya tenaga pengajar kita diberikan pendedahan dan latihan supaya pendekatan dan kerjasama ini lebih sustainable untuk masa yang akan datang. Bersama-sama dengan pihak Tan Chong Group, pelajar-pelajar bidang kemahiran automotif iaitu penyelenggaraan kereta, penyelenggaraan kenderaan perdagangan dan penyelenggaraan jentera berat berpeluang menerima enam modul tambahan daripada pihak Tan Chong Group. Kita minta mereka sediakan modul tambahan selain daripada apa yang diperlukan oleh SKM ataupun IKBN. Sehingga kini, seramai lebih 60 orang lepasan IKBN daripada bidang automotif telah pun bekerja dengan Tan Chong di seluruh Malaysia dengan pendapatan bulanan mencecah RM1,300 sebulan sebagai starting salary, dengan izin. Kerjasama dengan pihak Mercedes-Benz Malaysia pula adalah dengan pelaksanaan program pilot dengan memberikan latihan spesifik teknologi fuso kepada 11 orang pelajar IKBN yang terpilih selama tiga bulan secara intensif dalam tempoh latihan industri serta tiga orang tenaga pengajar IKBN. Sebaik tamat latihan, kesemua 11 orang pelajar ini ditawarkan pekerjaan dengan pendapatan permulaan RM1,800. KBS juga telah menandatangani MoU dengan agensi utama yang menyelaras pembangunan industri automotif iaitu Malaysian Automotive Institute (MAI) dengan pelaksanaan program industri profesional certificate. Program ini menawarkan persediaan dan pendedahan kepada pelajar IKBN dalam pelbagai bidang kemahiran yang relevan dengan industri automotif di IKBN. Kerjasama ini diteruskan dan sehingga kini seramai 64 orang telah mendapat pekerjaan dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1,200 hingga RM1,500 sebulan. Bagi kerjasama bersama Perodua, pada Julai 2016 seramai 10 pelajar bidang automotif di IKTBN Chembong akan menjalani on the job training dan terus bekerja di Perodua dengan tawaran gaji RM1,200 hingga RM1,500 sebulan. Bagi sektor perkhidmatan pula seperti mana yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat, kementerian juga telah menandatangani MoU dengan antara lain Themed Attractions Resorts & Hotels, Nouvelles Visage dan AEON yang telah memberi 24 pekerjaan dan mendapat on the job training kepada lepasan pelajar IKBN. Seramai 10 pelajar kursus perkhidmatan pelanggan kaunter hadapan telah menjalani latihan industri atau OJT di Kidzania KL dan tiga orang di Hello Kitty Town, Nusajaya Johor. Manakala bersama Nouvelles Visage seramai enam orang graduan telah bekerja dan mendapat OJT dan di AEON pula seramai lima orang yang bekerja sebagai beauty advisor dengan gaji RM2,000 hingga RM2,300 sebulan. Mungkin kalau dengan kerjasama daripada pihak Yang Berhormat, kita juga boleh adakan MoU dengan pihak Qu Puteh. Saya sangat mengalu-alukan untuk kita tambah pengalaman beauty advisor bagi pelajar-pelajar IKBN. Selain itu, KBS juga mula bekerjasama dengan pihak Kuala Lumpur Airport Services dalam menawarkan latihan secara konsep boot camp iaitu konsep latihan dengan kerjasama majikan dalam tempoh yang singkat serta intensif dalam 12 minggu dan selepas tamat program, peserta diberikan jaminan pekerjaan. Program dengan kerjasama KLAS adalah bagi mengisi kekosongan segera dan mengisi jawatan pegawai perkhidmatan pelanggan atau customer services officer. Bermula 4 April 2016 hingga Jun 2016 seramai 24 peserta bagi bidang customer service officer telah memulakan latihan bagi program boot camp jangka masa pendek. Selepas tamat latihan, peserta yang berjaya akan ditawarkan pekerjaan tetap dengan gaji RM1,600 sebulan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri adalah dianggap sebagai ikon orang muda dan Yang Berhormat Menteri mempunyai peranan yang sangat besar sama ada dalam parti ataupun juga dalam kerajaan. Masalah masa depan dan juga pekerjaan bagi anak-anak muda adalah suatu masalah yang agak besar terutama sekali apabila kerajaan baru-baru ini ada mengumumkan cadangan yang kemudiannya tak diteruskan untuk mengambil tenaga-tenaga kerja asing. Berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, ternyatalah modul yang telah cuba dilaksanakan untuk IKBN itu merupakan satu modul yang membawa kesan dan impak yang sangat positif.

Apakah Yang Berhormat Menteri tidak bercadang untuk menggesa kerajaan atas semangat Malaysia Incorporated untuk memperluaskan secara lebih sistematik pendekatan ini kerana masalah terbesar yang dihadapi oleh negara pada masa ini ialah soal mismatch di antara institusi yang melatih dengan permintaan daripada industri. Itu daripada segi kualitinya sementara daripada kuantitinya walaupun negara telah menyasarkan untuk mempunyai 50 peratus tenaga mahir menjelang tahun 2020 yakni empat tahun sahaja daripada sekarang, sasaran itu nampaknya sukar dicapai kerana sekarang ini baru berada pada tahap mungkin 28 peratus ke 30 peratus sahaja. Jadi berdasarkan kepada modul dan maklum balas Yang Berhormat berikan tadi, tidakkah Yang Berhormat berhasrat ataupun bercadang untuk memperluaskan modul itu selari dengan konsep Malaysia Incorporated untuk mewujudkan satu kerangka kerjasama yang menyeluruh yang merentasi kementerian sebab latihan itu ada di KKLW, ada Kementerian Pengajian Tinggi, ada Kementerian Pelajaran dan agensi-agensi latihan yang lain. Saya fikir adalah wajar sekali untuk Yang Berhormat selaku macam saya katakan tadi ikon dan harapan anak-anak muda di luar sana mengambil satu langkah yang dilihat sebagai satu lonjakan yang lebih besar, memberi pengharapan kepada anak-anak muda supaya latihan ada daripada segi kualiti dan juga kuantiti serta mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada tenaga asing.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas cadangan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan, saya ingin memberi sedikit latar belakang kepada konteks perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Mengikut kajian yang telah dibuat oleh kementerian berkenaan pendekatan yang telah kita ambil, kajian kebolehpasaran lepasan IKBN. Ini adalah satu kayu pengukur bagi kejayaan transformasi untuk kita melihat employability, dengan izin, ataupun kebolehpasaran yang diukur berdasarkan kepada sama ada pelatih itu berjaya ataupun tidak mendapat pekerjaan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas mereka tamat pengajian dan juga latihan di IKBN. Pada tahun 2013, tahap kebolehpasaran pelajar IKBN ialah pada tahap 80 peratus. Pada hujung 2015 setelah kita melaksanakan transformasi IKBN, kita telah berjaya meningkatkan tahap kebolehpasaran kepada 90 peratus. Ini banyak datang pada usaha kita untuk meningkatkan kerjasama dengan industri seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Apabila kita meningkatkan kerjasama dengan industri, kita dapat mengurangkan apa yang diistilahkan sebagai mismatch, dengan izin, antara apa yang disediakan oleh institut- institut latihan kita dan juga kehendak industri itu sendiri. Malah saya boleh memberi rumusan bahawa ada sesetengah fakulti di universiti yang mana tahap kebolehpasaran mereka lebih rendah daripada tahap kebolehpasaran yang ada di IKBN dan juga institut kemahiran awam yang lain termasuk di bawah MARA dan juga KKLW. Maka kita melihat hari ini bahawa tahap kebolehpasaran pelajar-pelajar yang mengikuti latihan vokasional dan teknikal agak tinggi disebabkan inilah keperluan-keperluan untuk ada pekerja-pekerja mahir, pekerja-pekerja yang ada vocational hands-on training yang relevan dengan industri. Saya bangkitkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua sebab saya harap bahawa apa yang kita telah melaksanakan di bawah IKBN, salah satu daripada usaha saya percaya dan yakin di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, semua ada modul-modul ataupun pendekatan yang berbeza tetapi telah berjaya meningkatkan linkages dengan industri. Rata-rata saya pergi dan saya tengok, semua kementerian meningkatkan industri linkages dan ini telah menyebabkan tahap kebolehpasaran di seluruh institut kemahiran awam meningkat. Barangkali apa saranan Yang Berhormat yang kita boleh bangkitkan dalam steering committee yang menyelaraskan latihan dan pendidikan vokasional dan juga pendidikan teknikal di Malaysia, boleh kita melihat kepada best practices ataupun amalan yang terbaik yang ada di setiap kementerian dan bagaimana ini boleh menjadi government wide ataupun satu usaha yang dapat dibuat secara menyeluruh yang merangkumi setiap kementerian. Saya percaya dan yakin melalui program transformasi ini, bukan hanya saya melihat Ahli-ahli Yang Berhormat, pelajar-pelajar, pelatih-pelatih IKBN dapat pekerjaan tetapi kita dapat mengubah masa depan mereka.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya bagi contoh pelatih-pelatih yang mengikuti kursus bersama dengan Mercedes- Benz Malaysia telah pun dalam tempoh jangka masa yang sangat singkat, bukan hanya belajar cara penyelenggaraan kenderaan daripada Mercedes-Benz tetapi telah belajar macam mana hendak buat presentation dalam bahasa Inggeris dan sebagainya. Inilah sebenarnya yang diperlukan oleh pelajar-pelajar kita. Kalau ada success story yang kecil daripada KBS, saya sangat-sangat bersedia untuk berkongsi dengan kementerian- kementerian yang lain supaya kita ada satu unify approach, dengan izin kepada meningkatkan kualiti kebolehpasaran dan kualiti tenaga kerja anak muda Malaysia. Terima kasih.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Peribahasa menyebut, ‘tak kenal maka tak cinta’. Jadi saya rasa tepat transformasi yang dibuat oleh KBS itu untuk mendedahkan graduad ataupun pelajar lepasan IKBN untuk memberi peluang pekerjaan yang luas kepada mereka. Soalan saya, tidakkah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi perlu kita laksanakan kerana konsep TVET yang telah pun di establish ataupun diuar-uarkan bahawa kita telah pun melaksanakan konsep N-BOS ataupun National-Blue Ocean Strategy. Jadi maknanya apa yang saya faham daripada Yang Berhormat Ketereh tadi, apabila industri yang memberi peluang kepada anak-anak kita bukan sahaja IKBN tetapi semua ILP dan lain- lain institusi, mereka boleh ditempatkan di seluruh Malaysia. Saya berpengalaman lapan tahun dalam industri dan saya memang gembira melihat anak-anak daripada institusi atau daripada kolej datang ke industri untuk membuat latihan praktikal. Jadi akhirnya apabila kita kenal mereka dan mereka mampu menunjukkan bakat yang baik, maka insya-Allah mereka itulah yang diberi keutamaan apabila kita temu duga mereka. Saya cukup tertarik apabila front desk di hotel ada pelajar-pelajar IKBN. Maka setujukah Menteri, kita boleh ganti pekerja-pekerja asing di hotel-hotel itu dengan pelajar- pelajar kita yang mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi di front desk itu. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan terhadap pembangunan latihan vokasional dan teknikal. Salah satu usaha yang perlu kita melaksanakan selain daripada meningkatkan industri linkages adalah untuk kita mengubah persepsi masyarakat umum berkenaan dengan pendidikan vokasional dan teknikal. Ia masih lagi malangnya dilihat sebagai pilihan yang kedua dan ketiga kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Saya selalu sebut bahawa bukan semua anak muda patut dan layak pergi ke universiti sebab mungkin mereka tidak ada academic attitude, dengan izin, untuk masuk ke universiti. Akan tetapi tidak bermaksud bahawa mereka tidak ada kemahiran dan mereka tidak ada potensi yang lain. Kita tengok negara-negara yang maju yang mempunyai keupayaan teknikal yang tinggi seperti Jerman ataupun Korea, 60 peratus daripada anak muda mereka mengikuti aliran vokasional dan teknikal. Ada yang dapat sijil dulu, lepas itu diploma, lepas itu baru dapat ijazah tetapi mereka hanya perlu pendedahan melalui latihan amali ataupun hands on training yang mungkin lain daripada latihan akademik. So bagi saya, selain daripada meningkatkan lagi industri linkages dan juga koordinasi antara kementerian, kita juga perlu ada usaha untuk mengubah persepsi masyarakat itu sendiri bahawa latihan vokasional dan teknikal itu bukan last result, bukan bagi anak-anak muda yang tidak ada harapan tetapi sebenarnya untuk anak-anak muda yang mempunyai kompetensi yang berbeza, yang mempunyai skil yang berbeza dan pendekatan yang berbeza. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya sangat setujulah kalau boleh kita usahakan dengan gigih supaya kita dapat mengurangkan pekerja-pekerja daripada negara asing dalam sektor-sektor seperti services, perkhidmatan, counter service dan sebagainya. Tidak ada sebab kita tidak boleh melatih anak-anak muda kita untuk mengisi jawatan front office, customer service dan sebagainya sedangkan hari ini kita dah mula melihat di mana- mana kita pergi hotel, jawatan ini diisi oleh pekerja-pekerja daripada negara asing. Inilah apa yang kita usahakan dalam IKBN supaya kita dapat melahirkan kualiti produk yang dapat mengisi jawatan tersebut.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya bagi contoh kepada Yang Berhormat sebelum saya menggulung Tuan Yang di-Pertua. Saya usulkan kepada IKBN bahawa kita ada program 50/20- 50/20 untuk IKBN adalah menjelang tahun 2020, 50 peratus daripada content kursus kita yang ada kaitan dengan services dan sebagainya diajar dalam bahasa Inggeris. Walaupun mungkin akan ada yang mengkritik dari segi Dasar Pendidikan Negara dan sebagainya, saya kata ini ada kaitan dengan industri. Kalau tidak kita mengajar mereka terutamanya dalam bidang hospitality dan sebagainya, sekarang ini 100 peratus dalam bahasa kebangsaan, tidak langsung ada pendedahan. Maka industri beritahu saya bahawa, they are well trained, dengan izin, tetapi they cannot communicate in English. Jadi kita perlu ada keberanian untuk bawa satu perubahan supaya mereka bukan hanya dilatih dari segi teorinya tetapi juga dilatih untuk keperluan industri yang sebenar. Jadi sebab itu perkara ini dalam peringkat pelaksanaan dan saya percaya dan yakin dengan sokongan daripada semua terutamanya mengubah persepsi rakyat berkenaan dengan vocational and technical education. Saya percaya dan yakin kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi anak muda yang berkemahiran yang dapat mengisi kerja-kerja yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat Ketereh tadi. Terima kasih.

Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan · question

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan, perancangan pihak kementerian untuk membantu industri pelancongan serta mengembalikan pelancong ke Kuantan setelah kawasan sekitar terjejas teruk akibat pencemaran perlombongan bauksit.

Datuk Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan · Masjid Tanah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan tetapi pantun tidak berapa kenalah, Yang Berhormat Kuantan. Okey, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mempromosikan produk pelancongan dan juga acara bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri Pahang termasuklah Kuantan. Ini dapat dilihat dengan sambutan penyertaan bagi acara Balok Wind Challenge 2016 di Pantai Balok pada 19 hingga 21 Februari 2016. Acara tersebut telah menarik lebih ramai peserta dari dalam dan luar negara termasuk penyertaan daripada negara Australia, England, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Singapura dan juga Thailand dan acara ini juga telah berjaya menarik lebih daripada 20,000 orang untuk berkunjung ke kawasan ini. Selain daripada produk pelancongan pantai, kementerian juga telah mempromosikan secara berterusan produk pelancongan di Kuantan bagi produk pelancongan sejarah, rekreasi dan juga kebudayaan. Produk-produk pelancongan seperti Muzium Sungai Lembing, terowong lombong bijih, Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi, Galeri 3D Sungai Lembing dan juga persembahan teater, “SPEAR An Untold Story of Sungai Lembing” dipromosikan untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong. Selain daripada itu, destinasi lain yang berjauhan dari kawasan perlombongan bauksit seperti Teluk Cempedak dan juga Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah berterusan menjadi pilihan pelancong yang datang berkunjung ke Kuantan. Tambahan daripada itu, kementerian juga menggalakkan penganjuran acara-acara di sekitar bandar Kuantan dan acara seperti Annual Kuantan Half Marathon 2016, Slide the City dan Kuantan Century Ride, Kuantan 160 yang diadakan di sekitar Bandar Kuantan juga telah mampu mengembalikan pelancong ke Kuantan. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan usaha untuk menarik pelancong ke Kuantan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, pelancong tertarik ke Kuantan yang menjadi tarikan mereka ialah dua perkara terutamanya pelancong luar negara. Satu ialah makanan laut di Kuantan dan satu lagi ialah pantai, the beach, the beautiful beaches. Apabila industri perlombongan bauksit ini menyebabkan pencemaran, kita lihat bahawa ada kejatuhan sebanyak 30 peratus daripada jumlah pelancong-pelancong luar negara terutamanya daripada China, Jepun dan Singapura. Kita juga ada fenomena laut merah di Kuantan. Saya tadi ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kita promosikan marikh dan kita promosikan laut merah di Kuantan [Ketawa] Ini lawak dan menjadi bahan lawak dan jadi bahan sinis bagi warga Kuantan.

Dalam Malay Mail mengatakan bauxite contaminated red sea is bound to be a dead sea for up to three years. Maksudnya pantai-pantai kita mati. Hidupan-hidupan laut juga terjejas. Restoran makanan laut juga terjejas. Industri pelancongan huluan dan hiliran semuanya terjejas. Jadi untuk membangunkan sebuah industri perlombongan bauksit, industri pelancongan yang mampan selama ini hancur. Jadi ini dia, saya hendak dengar daripada dasar daripada sudut dasar kementerian bagaimana hendak protect ataupun hendak lindungi industri mampan ini iaitu industri pelancongan. Setakat kita menarik pelancong buat seketika sekiranya disambung nanti esok, sekiranya disambung lagi esok akan hilang balik pelancong. Jadi soalan saya, sabarlah. Adakah dasar yang digubal oleh pihak kementerian seperti indeks mesra pelancongan contohnya, bagaimana hendak pastikan bahawa industri yang mampan seperti pelancongan ini, bagaimana kementerian hendak lindungi. How do you protect this industry so that dia tidak affected by other industries yang tidak sustainable, just short term tetapi dia rosakkan for long term sebuah industri yang mampan. Terima kasih.

Datuk Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan yang amat prihatin bagi masalah pencemaran dan alam sekitar yang disebabkan oleh bauksit. Jadi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan semua sebagaimana kita ketahui baru-baru ini pada 28 Mac 2016, Kerajaan Negeri Pahang telah pun menyatakan bahawa semua cadangan penambahbaikan perlombongan bauksit telah pun siap dan diserahkan kepada Kerajaan Pusat untuk dinilai serta untuk melakukan tindakan seterusnya sama ada sesuai ataupun tidak untuk jangka menambah tempoh moratorium bagi masalah yang disebabkan oleh bauksit. Bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, apabila kita bicara tentang soal alam sekitar pastinya berkait rapat dengan pelancongan kerana apabila alam sekitar itu musnah pastinya untuk mengembalikan alam semula jadi yang menjadi tarikan khususnya kepada pelancong-pelancong daripada Eropah ataupun negara luar yang lain pastinya akan memberi kesan. Oleh sebab itu di bawah Dasar Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2020 telah pun menggariskan pembangunan ekonomi pelancongan secara mampan dan lestari yang ataupun disebut sebagai sustainable tourism dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga secara bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempengerusikan mesyuarat Malaysia Mega Biodiversity Hub (MMBH) yang telah disasarkan untuk mewujudkan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan utama di dunia. MMBH ini juga disenaraikan sebagai satu inisiatif di bawah NKEA iaitu National Key Economic Areas dan ini menunjukkan bahawa kementerian amat mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar dan pembangunan lestari ekopelancongan di Malaysia termasuklah apa yang berlaku di Kuantan, Pahang. Selain daripada itu Yang Berhormat, di pihak kementerian juga kita telah pun dari sudut penjagaan alam sekitar kita juga kementerian juga telah bekerjasama dengan JPS, dengan Jabatan PERHILITAN, Jabatan Taman Laut untuk kita jayakan program-program yang boleh kita timbulkan kesedaran bukan hanya di kalangan penggiat industri tetapi juga kepada orang ramai berkenaan dengan cintanya kepada alam sekitar dan juga contohnya program-program seperti tanam pokok, tanam coral, pembenihan dasar laut dan juga pembersihan pantai serta lain-lain. Begitu juga kita lihat bahawa itu adalah sebahagian daripada komitmen yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebab itu apabila kita bicara soal alam sekitar dan saya baru-baru ini saya pergi ke Lubuk Yu, Maran kita ada first gathering hammock di sana. Lebih kurang 100 orang anak-anak muda yang terlibat dengan pencinta alam sekitar, mereka berkumpul di dalam hutan lipur Lubuk Yu di mana mereka mengenakan macam yang bayi itu tanpa rosakkan pokok dan seumpama itu sebab itu apabila kita hendak bagi pendedahan sekiranya kita merosakkan alam sekitar maka ia telah memberikan kesan yang teruk kepada pelancongan. Itu adalah sebahagian daripada usaha. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kebetulan saya menjadi pelancong sewaktu peristiwa laut merah berlaku di Kuantan. Hotel yang saya duduk Tuan Yang di-Pertua, 80 peratus kebanyakannya diduduki oleh rakyat tempatan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah koordinasi antara kementerian dengan Majlis Perbandaran Kuantan bagi memastikan pelancong tempatan ini terus berada di Kuantan dan kita tidak bergantung kepada pelancong asing.

Apakah tindakan-tindakan kementerian agar pelancong luar negara khususnya daripada Timur Tengah dapat berkunjung ke Kuantan. Terima kasih.

Datuk Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing atas persoalan itu. Pastinya pihak kementerian dan juga Tourism Malaysia sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah pihak PBT dalam kita mengusahakan untuk pelancong bukan hanya dari luar negara dan juga termasuk di dalam negara dan peruntukan pelbagai promosi yang telah kita jalankan.

Datuk Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Kita melihat bahawa negeri Pahang kaya dengan alam semula jadi dan ini termasuk dalam buku pakej, termasuk Kuantan tidak pernah ditinggalkan dalam promosi-promosi yang telah pun pihak Tourism Malaysia lakukan. Selain daripada itu, selain daripada program- program pelancongan yang telah direncanakan, diprogramkan dan juga melalui kerjasama Strategi Lautan Biru atau N-BOS, telah pun kita jalankan dengan banyak pihak untuk kita merancakkan lagi pertumbuhan pelancong untuk lebih datang berkunjung di negeri Pahang. Sebagaimana yang telah disoal oleh Yang Berhormat Mersing, pastinya kita melihat bahawa pihak PBT juga perlu memainkan peranan dan juga melihat apa juga garis panduan ataupun peraturan di bawah yang mana kita boleh lihat daripada segi penguatkuasaan. Oleh sebab itu amat penting dalam kita melihat sebagai untuk kita menjaga pelancongan di negara kita dan juga sebagaimana yang telah kita lihat kementerian juga dalam membantu projek pelancongan di Kuantan. Itu juga kita telah mengadakan kemudahan pelancongan Taman Floral yang terdiri daripada penggantian kedai makan, kiosk dan juga kemudahan rekreasi. Juga untuk cadangan membangunkan jeti baru untuk aktiviti kelip-kelip di Cherating. Kita lihat Pahang sungguh kaya dengan alam semula jadi sebab itu perlunya bukan hanya kita rakyat Malaysia yang perlu mengambil kesempatan untuk menikmati alam semula jadi yang berada di Pahang. Akan tetapi kita juga perlulah giat untuk menjadikan Cuti-cuti 1Malaysia dekat sahaja untuk kita datang ke Pahang dan juga sebagai untuk kita kongsikan dengan sahabat-sahabat kita dari luar negara untuk mereka dapat berkunjung ke Malaysia. Itu sahaja terima kasih.

Mohd Zaim bin Abu HasanUMNO · BNParit · question

5. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, statistik jenayah siber yang melibatkan keganasan dan ekstremisme yang ada hubung kait dengan kumpulan Daish dan Al-Qaeda semenjak lima tahun yang lepas.

Tuan Masir KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Parit kerana amat prihatin dengan keselamatan negara terutamanya berkaitan kumpulan Daish atau Al- Qaeda. Saya merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Parit tadi, kumpulan ini menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan ideologi mereka di samping merekrut ahli-ahli baru. Jenayah siber yang kerap dilakukan oleh kumpulan ini adalah penyebaran propaganda ideologi mereka yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Dengan penyebaran melalui media sosial seperti aplikasi Facebook dan juga Twitter. KDN melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi membanteras propaganda atau jenayah siber ini. Setakat 6 April 2016, PDRM telah memantau lebih kurang sebanyak 1,000 akaun Facebook, 100 akaun Twitter dan 50 website dan blog yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas. Pemantauan ke atas media-media sosial berkenaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk membendung penularan ideologi yang dibawa oleh kumpulan pengganas Daish ataupun Al-Qaeda. Tuan Yang di-Pertua, pengaruh media sosial menjadi pilihan kumpulan ini untuk menarik minat dan mempengaruhi golongan media dengan ideologi mereka. Berdasarkan trend semasa golongan sasar bagi kumpulan ini adalah para belia yang rata-ratanya mahir dalam penggunaan media sosial. Antara langkah-langkah yang diambil bagi membendung penularan penyebaran pengaruh kumpulan ini, kementerian melalui agensi penguat kuasa di bawah seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara serta NGO telah bekerjasama dalam memberikan pencerahan berkenaan ancaman ideologi kumpulan Daish dan juga Al-Qaeda.

Tuan Masir KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Dengan memberikan ceramah dalam program penerangan di peringkat sekolah, kolej, universiti dan juga program umum seperti belia tolak keganasan. Selain itu penerangan mengenai ancaman ini juga disampaikan melalui khutbah Jumaat. Sebelum saya mengakhiri jawapan saya suka saya berpesan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian serta seluruh rakyat Malaysia agar memantau penggunaan laman-laman sosial oleh ahli keluarga masing-masing supaya mereka tidak terpengaruh dengan ideologi kumpulan pengganas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penguat kuasa serta pasukan keselamatan yang bersuara keras menangani ancaman ini bagi memastikan kita sentiasa dapat hidup dengan aman dan selamat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, dalam Indeks Keganasan Global 2015 yang dikeluarkan oleh Institute Economic and Peace meletakkan Malaysia di tangga ke-49 iaitu berisiko tinggi daripada segi ancaman keganasan. Ini membuktikan bahawa Malaysia tidak terkecuali dalam senarai sasaran kumpulan pengganas dan militan. Perkara ini disokong apabila setelah dua kali nama Malaysia disebut dalam majalah kumpulan Daish iaitu Dabiq. Jadi soalan saya ialah, di samping apa yang diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, apakah langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh KDN bagi menghalang penyebaran maklumat berkaitan Daish atau kumpulan ISIS? Seterusnya menghalang rakyat Malaysia daripada direkrut untuk mengikuti kumpulan tersebut. Terima kasih.

Tuan Masir KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Memang tidak dinafikan bahawa daripada senarai indeks global tadi memang tangga kita yang ke-49 dan juga kita tidak dikecualikan daripada sasaran pengganas. Setakat ini kalau dilihat daripada segi statistik tangkapan Daish di Malaysia dari tahun 2013 sehingga Mac 24 tahun ini, kebanyakan mereka yang ditangkap adalah seramai 177 orang dan tindakan diambil di bawah Akta SOSMA, POCA dan juga POTA. Daripada kalangan mereka ditangkap ini ada juga dari negara luar tetapi apabila disiasat mereka tidak terlibat, mereka akan dibebaskan dan juga diusir ke negara asal mereka. Saya pun memang - kita telah mengarahkan supaya PDRM mengambil tindakan ataupun langkah-langkah berjaga. Terutama apabila kita sudah dengar dalam surat khabar sampai sasaran yang telah ditetapkan atas pemimpin-pemimpin negara kita tetapi nasibnya setakat ini kita masih selamat dan belum ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Sekian, terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Selain daripada ajaran songsang dan songsong yang disebutkan, adakah Yang Berhormat sedar bahawa ada penggodaman khalifah dan serangan ke atas sistem komputer termasuk di Malaysia? Kalau sedar, apakah tindakan yang diambil untuk menghalang daripada berlakunya penggodaman khalifah ini?

Tuan Masir KujatPRS · BNSri Aman

Yang Berhormat Kepong saya tidak pasti soalan itu di bawah soalan asal tetapi kalau penggodaman komputer mungkin pihak SKMM yang boleh mengambil tindakan. Terima kasih.

Ong Kian MingDAP · PHBangi · question

6. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, status terkini pembinaan hospital kanak-kanak UKM dan memberi penjelasan mengapa pembinaan projek ini telah terhenti.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Serdang atas soalan yang berkaitan dengan pembinaan hospital kanak-kanak UKM. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat tiada isu pemberhentian kerja-kerja pembinaan hospital kanak-kanak UKM kerana sedang dalam pembinaan dan mengikut jadual. Status semasa pembinaan projek adalah 4.97 peratus berbanding jadual adalah 4.62 peratus. Ini bermakna bahawa projek ini mendahului jadual 0.35 peratus. Sekian, terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih atas jawapan yang begitu singkat oleh Yang Berhormat. Saya tak mahu menyoalkan kepentingan adanya sebuah hospital pakar kanak-kanak yang merupakan sebuah hospital yang pertama di Malaysia. Akan tetapi saya hendak tanya soalan tentang prioriti hospital pakar kanak-kanak di UKM ini, oleh kerana beberapa perkara. Menurut laman web PERMATA, penggerak utama hospital ini adalah tidak lain tidak bukan adalah dari isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan berdasarkan kepada laman web PERMATA juga, nama hospital ini adalah Hospital Pakar Kanak-kanak PERMATA. Pada masa yang sama, saya juga hendak beritahu Dewan yang mulia ini satu MoU telah ditandatangani oleh Fakulti Perubatan UKM yang juga merupakan Project Management Office untuk hospital kanak-kanak ini dengan Children’s Hospital of Los Angeles pada 16 Februari 2016. Pada masa yang sama, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah saksi kepada penandatangani MoU ini. Perception is reality Yang Berhormat. Jadi apakah kementerian akan buat untuk memastikan bahawa prioriti HPKKP ini adalah prioriti hospital kanak-kanak dan bukan dipengaruhi ataupun dipesong oleh pihak- pihak yang lain yang mahu menggunakan hospital ini untuk membangunkan nama sendiri dan mengharumi nama sendiri bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga? Terima kasih.

Yang Berhormat, saya rasa adalah penting bagi kita memberi fokus tentang keperluan mengadakan satu hospital pakar kanak- kanak kerana kanak-kanak adalah the future generation of our country, dengan izin, dan saya nasihat kepada Yang Berhormat adalah untuk janganlah politicize, dengan izin, isu ini kerana memang Kementerian Pendidikan Tinggi sudah ambil kira semua fakta yang berkaitan dengan mewujudkan hospital kanak-kanak. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Pakar Kanak-kanak PERMATA UKM ini adalah dijangka akan menjadi hospital yang tercanggih khusus untuk kanak-kanak yang bertaraf dunia. Ini hospital yang diilhamkan oleh isteri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor setelah beliau melihat hospital kanak-kanak di merata dunia yang dia pergi itu. Jadi ilham ini dibawa ke sini. Hospital ini mempunyai hubungan kait dengan hospital- hospital ternama di dunia seperti Children’s Hospital of Los Angeles, Royal Children’s Hospital Melbourne. Tuan Yang di-Pertua, Hospital UKM ataupun sekarang ini yang dinamakan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz akan menjangkau 46 tahun pada 18 Mei ini. Hospital yang dibina pada 1970 yang mana menjalankan pendaulat amanah negara mengilhamkan harapan dan mencipta masa hadapan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Soalan mana?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

...Untuk memajukan negara. Saya cuma hendak ceritakan ini sebab Yang Berhormat Serdang dia tidak nampak. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Serdang dia apa-apa yang dia nampak, ke politik...

[Dewan riuh]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya beri fakta penting. Hospital ini telah melahirkan 180,000 orang siswazah dan banyak pakar-pakar...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua, adalah ini waktu soalan tambahan, saya minta ruling. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

...Yang berkhidmat di hospital kerajaan, hospital swasta, kolej-kolej perubatan dan juga IJN adalah lahir dari Hospital UKM. Tuan Yang di-Pertua, ada pusat penyelidikan bertaraf dunia seperti Tissue Engineering, Advanced Surgical Skill Centre (ACCS) and Institute of Monica Biology. Ini hendak menunjukkan kecanggihan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini bagi kuliahkah?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Sebenarnya Ahli- ahli Yang Berhormat semua tahu bahawa sebelah pagi ini adalah sesi soal jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi saya dengar tadi Yang Berhormat Taiping ada cakap betul tetapi kadang-kadang Yang Berhormat Taiping pun buat begitu juga. Saya dengar suara Yang Berhormat Seputeh, dia kata “soalan-soalan”, tetapi Yang Berhormat Seputeh juga buat sering kali begitu. Jadinya telah menjadi budaya kita bahawa saya terpaksa layan, tetapi apabila penambahbaikan nanti dibentangkan esok dan diterima, mulai dari sesi 16 Mei, tidak ada lagi perkara seperti begini. Tidak apalah, ada lagi dua hari. Jadi Yang Berhormat Bagan Serai, tolong ajukan soalan tambahan itu, sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Jadi berkenaan dengan Hospital Pakar PERMATA UKM ini, berapakah keluasan sebenarnya gross floor area, saya hendak tahu dan adakah kapasitinya nanti akan menepati kehendak negara-negara maju? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, mengadakan satu teaching hospital khasnya untuk kanak-kanak adalah satu, a very noble cause, dengan izin. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bagan Serai, gross floor area, dengan izin, adalah 2,171,531 kaki persegi. Dengan kapasiti sebanyak 243 katil dan sebanyak 1,604 letak kereta yang berkaitan dengan intake pelajar atau kuota untuk in term ini akan diputuskan oleh Kementerian Kesihatan dan Malaysia Medical Council. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Singkatkan kerana soalan kedua ini tidak kurang mustahak. Sila, singkatkan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya cuma hendak bertanya singkat sahaja, cuma sebelum itu, saya ingat tidak ada sesiapa yang menidakkan kepentingan hospital pakar kanak-kanak ini. Kawan-kawan kita dalam Kementerian Kesihatan dan di institusi pengajian tinggi juga sering membawa isu-isu seperti ini. Cuma saya agak terkilan apabila kadang-kadang diminta oleh kakitangan kerajaan, pakar-pakar dan sebagainya. Biasanya jawapan kerajaan adalah kita tidak ada peruntukan, macam-macam alasan. Akan tetapi apabila projek itu adalah inspirasi daripada isteri Perdana Menteri, we have the money. We have the means. Jadi inilah sebenarnya yang rasanya rakyat agak terkilan. Mesti ada inspirasi politik, mesti ada inspirasi yang tertentu baru keperluan negara dan keperluan orang ramai diprioritizedkan diutamakan, terima kasih.

Yang Berhormat, pendidikan adalah satu proses transformasi. Seperti yang saya sudah jawab tadi, bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi memang sudah ambil kira dari segi semua aspek dan Kementerian Pendidikan Tinggi menggunakan Dr. Edward de bono’s Thinking Skills untuk menetapkan bahawa ada keperluan untuk mengwujudkan satu hospital khasnya untuk kanak-kanak dan saya sudah beritahu bahawa kanak-kanak adalah the future generation of our country and they need to be looked after, dengan izin, terima kasih.

Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNMersing · question

7. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [Mersing] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapa banyak kampung yang telah dipilih dan berjaya di bawah Program Desa Lestari sejak diperkenalkan. Apakah sumbangan dan tindakan kementerian di dalam usaha untuk lebih banyak kampung-kampung menyertai program ini bagi menjana kegiatan ekonomi penduduk.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

El Nino bermaksud musim panas, El Nina pula berkaitan dengan musim tengkujuh, Saya bangun dengan pantas, Untuk menjawab soalan nombor tujuh.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Program Desa Lestari atau PDL, sebanyak 57 buah kampung telah dipilih untuk melaksanakan projek-projek ekonomi. Berdasarkan kepada rekod, sebanyak 48 peratus daripada 42 buah kampung bagi tahun 2013 dan 2014 menunjukkan prestasi yang menggalakkan dengan pendapatan kasar di antara RM100,000 hingga RM1,100,000 selepas setahun pelaksanaan program. Antara projek-projek ekonomi yang dijalankan adalah projek ternakan lebah kelulut yang telah menjana pendapatan setahun sekitar RM10 ribu hingga RM19 ribu dengan penglibatan 24 buah kampung. Di samping itu, pelaksanaan projek kabin chalet yang diangkat sebagai ikonik produk di bawah Program Desa Lestari pada tahun 2015 turut menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan pendapatan di antara RM18 ribu sehingga RM54 ribu setahun. Manakala bagi meningkatkan produktiviti aktiviti pertanian dan perladangan, kampung-kampung turut diluluskan pemilikan jentera moden di bawah sektor perkhidmatan seperti backhoe dan traktor supaya kerja-kerja pertanian dan perladangan lebih efisien. Menerusi aktiviti ini, kampung-kampung berjaya menjana pendapatan segera dengan pulangan pendapatan setahun iaitu RM27 ribu hingga RM57 ribu. Selain itu inisiatif untuk memperkasakan dan memperkukuhkan Program Desa Lestari ialah dengan mewujudkan model baru berpendapatan tinggi penduduk luar bandar bagi meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan berdasarkan kepada kesesuaian potensi dan lokaliti di kawasan luar bandar. Model baru ini bertujuan mempelbagaikan pendapatan penduduk luar bandar supaya tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan semata-mata melalui penerokaan sub sektor baru pertanian yang mempunyai nilai pasaran dan permintaan tinggi. Pembangunan industri hiliran turut dikenal pasti sebagai sokongan kepada industri sedia ada melalui penguasaan rantaian nilai dalam industri pekebun kecil dan pembangunan tanah terbiar. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan banyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada kementerian kerana sejak PDL ini dilaksanakan ia sudah nampak tanda-tanda kejayaan untuk menambah pendapatan orang kampung dan ini sejajar dengan hasrat kerajaan di mana kampung biasanya, saya datang daripada kampung, biasanya kampung ini dia banyak bergantung kepada remittance economy. Anak-anak yang berjaya hantar duit dekat kampung. Tapi dengan adanya program macam ini, dia menambah nilai. Saya hendak tanya ada tidak kementerian hendak tambah lagi kampung yang terlibat, satu. Kedua, kebanyakan kampung yang berjaya banyak bergantung kepada kepimpinan JKK, Ketua Kampungnya. Banyak kali Ketua Kampung yang jadi the team leader dan juga pemimpin catalyst. Ada tidak kementerian bercadang untuk network dengan universiti umpamanya menghantar mereka kursus-kursus pendek dalam pengurusan dan juga business supaya JKK ini terdedah dan boleh menambah pendapatan di kampung di bawah Program Desa Lestari ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat untuk menjawab adakah tidak apa projek untuk mendedahkan pimpinan di peringkat kampung mengikuti kursus-kursus pendek di universiti. Itu adalah cadangan yang baik yang kita di peringkat kementerian boleh ambil kira dan kita akan perincikan bagaimana kursus- kursus pendek di universiti ataupun di kolej yang boleh kita beri kepada kepimpinan di peringkat kampung, JKK itu dan belia juga dan wanita di kampung. Cadangan yang baik Yang Berhormat. Memang betul yang begitu penting bagi untuk menjayakan program ini, Program Desa Lestari adalah kita bergantung sangat kepada diwujudkan koperasi dan juga penglibatan koperasi sebab pengendalian koperasi ini adalah aspek yang begitu penting untuk kita hendak menjamin kejayaan Program Desa Lestari ini. Tadi ditanya juga adakah peningkatan akan dibuat. Ya, memang. Sebab program ini bermula tahun 2013, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, dia telah berjalan tahun 2014, 2015 dan juga kita harapkan supaya tahun 2016 ini dan tahun kemudiannya kementerian diberi kewangan yang mencukupi untuk kita teruskan sebab kita sudah nampak kejayaan dalam program ini. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sebelum saya menanyakan soalan tambahan, saya meraikan kedatangan rombongan penghulu-penghulu daripada kawasan saya Parlimen Bachok ke Parlimen pada hari ini... [Tepuk] Yang Berhormat Menteri, daripada jawapan dan juga saya merujuk kepada website KKLW di antara teras yang diambil kira untuk menjayakan program PDL ini ialah mewujudkan koperasi dan PDL yang berjaya akan diwajibkan menubuhkan koperasi. Soalan saya, sejauh mana nanti penglibatan atau penyertaan dalam koperasi dan juga penyertaan desa yang terpilih untuk PDL ini yang betul-betul bebas daripada diskriminasi politik. Adakah kawasan- kawasan seperti yang diwakili oleh pembangkang ataupun negeri yang dikuasai oleh pembangkang juga diberi kemudahan yang sama untuk penyertaan dalam PDL ini. Sekian, terima kasih.

Soalannya menjurus kepada politik. Untuk makluman Yang Berhormat, kita di sebelah sini kerajaan tidak memikir sangatlah, maknanya politik ini. Sebab sasaran kami adalah mereka ataupun masyarakat di luar bandar, kita akan bantu. Jadi eloklah kita tidak memikir sangat ke manakah kecenderungan politik mereka ini. Sekian, terima kasih.

Nik Mazian bin Nik MohamadPAS · PRPasir Puteh · question

8. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah usaha kementerian untuk membantu membina kehidupan golongan gelandangan dalam penyediaan tempat tinggal dan sara hidup harian.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membantu membina kehidupan yang lebih baik kepada golongan gelandangan. Golongan ini diselamatkan melalui operasi bersepadu di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 yang dijalankan secara berkala dengan kerjasama pelbagai agensi. Antaranya pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen. Tuan Yang di-Pertua, gelandangan berwarganegara Malaysia yang berumur di bawah 60 tahun akan ditempatkan akan ditempatkan di Desa Bela Diri atau DBD. Manakala bagi gelandangan yang berumur 60 tahun dan ke atas pula diberikan penjagaan dan perlindungan di Rumah Sri Kenangan. Langkah ini adalah bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka terjamin. Di DBD, penghuni akan menjalani pemulihan latihan kerjaya dan kemahiran seperti vokasional, pertanian dan kraf tangan bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun. Mereka turut diberikan rawatan perubatan, penjagaan kesihatan, bimbingan kaunseling dan agama serta dilibatkan dalam aktiviti rekreasi. Bagi gelandangan yang mempunyai keluarga pula, mereka akan diserahkan kembali kepada keluarga masing-masing dan akan dipertimbangkan bantuan kebajikan yang bersesuaian sekiranya layak. Kementerian juga melalui Yayasan Kebajikan Negara Malaysia telah membina Anjung Singgah yang menyediakan tempat tinggal sementara di empat lokasi bandar-bandar besar yang menjadi tempat tumpuan golongan gelandangan iaitu di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Gelandangan yang menginap di Anjung Singgah juga disediakan sajian makan minum dan kelengkapan membersihkan diri. Golongan gelandangan di Anjung Singgah dibantu daripada aspek psikologi melalui aktiviti kaunseling dan motivasi bagi meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk kembali kepada kehidupan yang lebih baik. Mereka dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor khidmat pembersihan, kawalan keselamatan dan sebagainya dengan kerjasama pihak Jabatan Tenaga Kerja. Pihak majikan juga menyediakan asrama dan tempat tinggal. Sejak empat buah Anjung Singgah beroperasi sehingga Mac 2016, sejumlah 2,198 orang gelandangan telah mendapat pekerjaan dengan kadar pendapatan yang mencukupi untuk menampung sara hidup mereka.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Anjung Singgah yang berperanan sebagai pusat rujukan intervensi sosial juga telah dapat mengembalikan seramai 861 orang gelandangan ke pangkuan keluarga masing- masing. Bagi yang berkelayakan mereka boleh dipertimbangkan dan kos sara hidup untuk meringankan beban kewangan keluarga tersebut. Tuan Yang di-Pertua, di Bandar raya Kuala Lumpur selain daripada Anjung Singgah yang berperanan membantu golongan gelandangan ini terdapat juga sebuah lagi tempat yang disediakan bagi menampung keperluan tempat tinggal sementara kepada golongan gelandangan yang diuruskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta juga pihak NGO. Tempat ini dinamakan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang dibangunkan sepenuhnya oleh MRCB melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Kita buat usul dahulu Yang Berhormat, selepas itu baru...

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan DR37/2015 Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2015, DR39/2015 Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan DR3/2016 Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 seperti yang tertera di nombor 1 hingga nombor 3 dan usul-usul Menteri Kewangan di nombor 4,5,6 dan 7 dalam Aturan Mesyuarat Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 07 April 2016.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya membawa perhatian Timbalan Yang di-Pertua semasa persidangan semalam di atas isu peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 26(1)(p) yang berbunyi usul supaya suatu rayuan itu dibacakan, diucapkan, atau dibenarkan.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi, dalam masa itu isu yang sedang berlaku ialah di mana polis telah pun menahan Yang Berhormat Pandan di dalam kawasan kita. Sebab itu saya minta panduan daripada Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua kata insya-Allah apabila Tuan Yang di-Pertua datang untuk mempengerusikan Mesyuarat kita, Tuan Yang di-Pertua akan memberikan fatwa dan panduan. Tuan Yang di- Pertua, isu yang berbangkit yang saya bawa semalam ialah saya tidak mempersoalkan apakah kesalahan yang telah pun dilakukan oleh Yang Berhormat Pandan. Isu yang saya hendak bangkitkan dan telah pun saya bangkitkan semalam ialah kenapa penahanan itu berlaku sementara Parlimen sedang bersidang sedangkan kita telah pun meluluskan satu usul pada 8 Mac yang lepas. Usul ini ialah Usul Menteri yang menyebut bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga selama penggal Dewan Rakyat ini yang sedang, jalan-jalan mengenai lorong-lorong menuju ke Dewan dan panjang Tuan Yang di-Pertua dan akhirnya apa yang dikatakan bahawa Setiausaha Dewan hendaklah memaklumkan kepada keputusan usul ini kepada IGP. Maknanya jelas Tuan Yang di-Pertua. Maknanya jelas bahawa semasa Dewan ini sedang berjalan, domain ini ialah domain Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ialah payung kepada kita semua. Apa juga tindakan pihak luar walaupun dia IGP hendaklah mendapat kelulusan Tuan Yang di-Pertua walaupun apa juga tindakan... [Tepuk] Maka, Tuan Yang di-Pertua ialah the man. Sanctity itu harus dijaga. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua kalau orang boleh masuk ke luar dan mengambil apa juga tindakan kepada Tuan Yang di- Pertua. Apa jadi kepada Tuan Yang di-Pertua? Di mana Tuan Yang di-Pertua berada? Ini ialah realiti. Ini ialah Institusi Parlimen. Kalau kita tidak hormat kepada Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu bila Tuan Yang di-Pertua kata duduk, kita duduk. Tuan Yang di-Pertua kata berucap, kita berucap dan Tuan Yang di-Pertua kata keluar, kita keluar. Maknanya kuasa selagi undang-undang yang kita amalkan ini sedang berlaku maka dalam Parlimen ini, dalam kawasan Parlimen ini, dalam domain Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu soal sama ada Yang Berhormat Pandan mempunyai masalah dengan polis itu cerita lain. Mungkin ada kes-kes yang berlaku. Apakah polis tidak boleh tunggu sampai Parlimen selesai atau pun polis boleh tahan dia semasa dia dalam perjalanan balik ke rumah dia, hendak sampai ke Bukit Antarabangsa? Kenapa polis masuk ke kawasan kita? Ini isunya. Ini yang saya hendak bangkitkan... [Tepuk] Saya hendak bertanya di sini, apakah usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri itu yang telah diluluskan oleh Dewan ini polis tidak kisah? IGP kata itu you all punya hal lah. Ini kerja saya. Betul, sebab itu Tuan Yang di-Pertua kita ialah the higher civilian body. Ini ialah institut rakyat yang paling tinggi di negara ini. Kita dilantik oleh rakyat. Sebab itu, sanctity ini Tuan Yang di-Pertua saya harap harus dihormati. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang pengamal undang-undang, seorang yang amat layak duduk di kerusi ini, saya yakin Tuan Yang di-Pertua juga bersimpati dengan kami sebab Tuan Yang di-Pertua ialah payung kami. Kalau anak buah macam ini diperlakukan Tuan Yang di-Pertua. Tidak mungkin. Hari ini kena kepada Yang Berhormat Pandan, mungkin esok Yang Berhormat Pagoh, mungkin Pekan. Apa akan jadi lepas itu, apa akan jadi? Tidak boleh, tidak boleh. Bukan soal Yang Berhormat Pandan, bukan soal pembangkang, bukan soal kerajaan. Betul, hari ini mungkin Yang Berhormat Pandan. Esok mungkin Yang Berhormat Pagoh, lusa mungkin Yang Berhormat Pekan. Tulat mungkin Yang Berhormat Baling. Tidak boleh. Soalnya bukan ini semua...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Kalaupun, kalaupun harus ingat, Yang Berhormat Setiu harus ingat salah tidak salah isu lain tetapi bukan ditangkap di sini. Bukan ditangkap di kawasan Parlimen. Ini isunya sebab kita telah pun meluluskan usul supaya tidak ada halangan untuk Ahli Parlimen masuk atau keluar dari tempat yang maha mulia ini... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung sedikit Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Selesai, selesai. Terima kasih, terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ini peraturan mesyuarat. Kalau berdiri, peraturan mesyuarat.

Ya, 26(1).

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

Boleh? Peraturan 26(1) saya hendak beri pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila 26(1). Yang lain itu duduk dahulu. Yang lain duduk dahulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan dihujah apa yang telah dihujah oleh Yang Berhormat Sungai Petani.

Saya hendak sambung, saya hendak sambung.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan...

Tuan Yang di-Pertua

Kerana isu yang sebenar sudah saya tahu. Jadi, tidak payah panjang lebar. Saya cuma mahu dengar, kasi kesempatan sama Ahli Yang Berhormat. Sila.

Boleh, terima kasih. Saya hendak bangkitkan sebelum ini pun berlaku satu insiden di mana Tuan Yang di-Pertua dibelakangkan oleh Yang Berhormat Pengerang apabila berbuat sesuatu keputusan dan mendapat teguran. Ini adalah insiden yang kedua yang saya rasa kuasa Tuan Yang di-Pertua sebagai yang teragong dalam Parlimen ini dibelakangkan sekali lagi. Seolah-olah Tuan Yang di-Pertua tidak wujud dan sebelum ini pun Tuan Yang di-Pertua mengakui Tuan Yang di-Pertua adalah administrative sahaja. Saya rasa bukan itu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua sebagai Chair ada kuasa yang masyhur. So, kita perlukan satu ketetapan. Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Rafizi sebenarnya balik ke rumah untuk ambil anak dia, pulangkan ke rumah dan dia hendak pulang balik ke sini. So, dalam perjalanan. Bermaksud masih lagi dalam situasi pergi-balik. Dia selalunya memang macam itu but this is something...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Hujah yang sama seperti Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih...

[Dewan riuh]

Okey, saya menganggap Tuan Yang di-Pertua faham dan Tuan Yang di-Pertua kena buat satu ketetapan bukan dari sudut politik tetapi dari sudut kemasyhuran dan memperkasakan Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua kalau...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau isu yang sama, kalau isu yang sama dengan soal penahanan, saya sudah faham. Tidak payah semua Ahli Yang Berhormat berdiri mengeluarkan pendapat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada sedikit saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada penjelasan, cuma peraturan mesyuarat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya, penjelasan daripada Yang Berhormat berkaitan dengan peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Perkara yang sama tetapi saya perlu ingatkan Dewan dan Tuan Yang di-Pertua, pada 12 November 2007, keadaan yang lagi teruk yang telah terjadi di mana beberapa ahli politik yang datang ke Dewan semasa mereka hendak keluar, ditangkap di ruangan luar di Parlimen ini, untuk 12 Disember. Masa itu kita membawa perkara itu ke perhatian Dewan dan selepas itu pihak polis tidak masuk. Mungkin masa itu mereka tidak tahu kawal selia of the inner and outer limits of police powers. Mereka ingat Under Police Act, they can do what they like. Akan tetapi selepas itu, hari ini, semalam, saya membangkitkan perkara itu juga. Saya cakap dengan privileges of committee. Akan tetapi yang menghairankan kepada saya Tuan Yang di-Pertua, selain dari yang betul, yang sedang preside mesyuarat tersebut Timbalan Menteri Dalam Negeri pun sedang memberi jawapan. Bila kita memohon jawapan daripada beliau, he was totally blunt, totally unaware, totally caught by surprise. Menunjukkan kementerian not hands-on on the matter. Saya katakan sedemikian oleh sebab bila sesuatu perkara sedemikian berlaku di perkarangan Parlimen, in or near the Parliament House, Jalan Parlimen, kalau kita tengok resolusi tersebut very clear Tuan Yang di-Pertua. The perception of rakyat, rakyat biasa menunjukkan bahawa ada yang tidak kena betul. Something is wrong with this House. The sanctity of Parliament must be protected. Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya saya tidak, I am not protecting whatever wrong he has done. By all means, arrest people, take them to court, itu biasa. Akan tetapi, kenapa, why the hurry in doing it when Parliament is in session, nombor satu. Nombor dua, semasa dia menggunakan Jalan Parlimen untuk balik, apakah reaksi dan perception of the public. Sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak polis patut memberi tahu kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa ini akan berlaku supaya kita dapat mengambil perhatian mengenai perkara tersebut. Ini adalah satu penghinaan kepada Kerusi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, satu ayat sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua

Sila, one sentence [Ketawa]

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Dengan izin, the sanctity of this House is now in your hand, thank you.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, satu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Berkaitan yang perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau perkara yang sama...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ada, ada sedikit yang perlu saya maklumkan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Pokok Sena. Selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Shah Alam, selepas itu Yang Berhormat Kuala Terengganu, selepas itu time’s out.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, usul yang dimaksudkan iaitu usul yang dibaca pada 8 hari bulan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi itu, usul itu atas nama Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Menteri yang bertanggungjawab terhadap polis dan usul itu dibaca dan dibentang, diluluskan oleh Parlimen ini sehari selepas pembukaan rasmi oleh ke bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong... [Tepuk]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bagi saya, apa yang berlaku semalam, tindakan pihak polis, penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan untuk Ahli-ahli Parlimen ini hadir kepada persidangan... [Tepuk] Dan ini merupakan suatu pencabulan terhadap Parlimen dan terhadap Yang di-Pertua Dewan iaitu Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai seorang yang sepatutnya dimohon kebenaran terlebih dahulu oleh pihak berkuasa, pihak polis. Jadi bagi saya, ini satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Yang di- Pertuan Agong adalah unsur yang paling tinggi dalam Parlimen yang mulia ini. Ini perlu Tuan Yang di-Pertua, mengambil perhatian agar Parlimen ini dan Yang di-Pertuan Agong tidak terus dihina dan perlu kepada satu pengarahan untuk pihak polis menghantar Rafizi sekarang ke Dewan Parlimen ini...

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam. Selepas Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan bahawa tindakan pihak polis itu bertujuan untuk mengugut Ahli- ahli...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap. Sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya memohon Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker Dewan ini untuk menegur pihak polis, hormati institusi Parlimen dan hormat Ahli Parlimen. We are not criminals. Tak ada sebab perlu bertindak sedemikian rupa depan institusi Parlimen itu sendiri. Yang Berhormat Pandan, sudah berkali-kali, bila dipanggil polis pergi ke balai, no problem. Saya dipanggil polis pergi ke balai. Mana-mana Ahli Parlimen daripada belah sini kalau dipanggil oleh polis, kita pergi, kita hormat tak ada masalah. Akan tetapi tindakan yang dilakukan semalam merupakan satu tindakan berniat jahat, harassment, mengugut dan hendak tunjuk kuasa polis, sedangkan apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Pandan semata-mata mendedahkan salah guna kuasa dan penyelewengan oleh pihak berkuasa pemerintah dan Akta Rahsia Rasmi, Tuan Yang di-Pertua bukan bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pihak yang berkuasa. Saya merasakan ini merupakan satu penghinaan yang teramat sangat. Saya memohon Tuan Yang di-Pertua, menegur IGP dan menuntut supaya Yang Berhormat Pandan dibebaskan dengan segera. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bercakap sebagai saksi tentang apa yang berlaku petang semalam. Saya berada di belakang kereta Rafizi dan apa yang saya saksikan bukan seperti seorang Ahli Parlimen, diminta keluar tetapi seolah-olah seorang perompak dikerumuni oleh antara 15 hingga 20 orang polis dan mereka yang berpakaian biasa. Ini amat mengejutkan. Saya tidak langsung menyangka bahawa Rafizi di dalam kereta tersebut sehingga beliau dikeluarkan. Begitu dramatiknya situasi di pagar Parlimen. Saya rasa ini adalah satu perbuatan yang keterlaluan Tuan Yang di-Pertua. Saya sebagai Ahli Parlimen cuba mendekati Rafizi untuk bertanya. Saya sempat menyatakan, Rafizi apa telah terjadi? Siapa yang saya harus hubungi? Saya tidak dibenarkan bercakap dengan Rafzi. Tingkap kereta diangkat supaya ditutup, saya tidak boleh bercakap dan saya disuruh beredar. Saya Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua dan Rafizi Ahli Parlimen... [Disampuk] Kita ada hak untuk membela seorang lagi Ahli Parlimen di dalam kawasan sanctity Parlimen. Kalau kita tidak boleh berbuat sesuatu yang biasa dalam kawasan dan rumah sendiri, apakah kita ini sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, pihak polis tidak menggunakan budi bicara. Rafizi mengatakan dia hanya ingin mengambil anaknya, usia dua tahun Tuan Yang di-Pertua untuk bawa kembali ke rumah. Itu sahaja diminta kelonggaran, tidak dibenarkan juga Tuan Yang di-Pertua. Di manakah sikap penyayang Malaysia ini? Apa telah jadi pada jiwa kita sebagai rakyat Malaysia yang dulu terkenal sebagai penyayang dan bertimbang rasa. Inilah menunjukkan ini perbuatan keterlaluan dalam usaha untuk intimidasi, usaha untuk menakut- nakutkan semua Ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Tuan Yang di-Pertua menimbang supaya perkara ini tidak berulang dan tidak dikenakan kepada Ahli-ahli Parlimen, termasuk juga Ahli Barisan Nasional. Ini adalah soal kebebasan dan juga keadilan. Bukan any preference. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Terima kasih..

Berani, bangunlah, apa pasal duduk sana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah Yang Berhormat.

Itu, macam pengecutlah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang melampau, tindakan polis Tuan Yang di-Pertua. Yang kita membantah, tindakan yang melampau.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dapat tahu perkara ini sebetulnya daripada berita-berita daripada berita sosial, laman web dan apa yang dihantar kepada saya. Biasanya saya tidak baca perkara-perkara begitu. Saya terbaca pada laporan pagi ini dan saya bertanya semalam juga kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, apa yang sebenarnya berlaku. Selain daripada itu, saya tidak tahu apa-apa.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, sebelum saya membuat petua, saya amat teruja apabila mendengar hujah- hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri tadi. Terutama sekali daripada Yang Berhormat Sungai Petani yang mengatakan bahawa kedudukan Speaker itu adalah sebagai payung kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya teruja. Di samping itu juga saya tersenyum atas sebab-sebab yang tertentu. Sebenarnya, selama ini apabila saya membuat sesuatu petua ataupun ruling, adalah bukan untuk saya sebagai seorang Speaker duduk di sini oleh kerana nama saya Pandikar Amin atau apa. Saya duduk sebagai Speaker. Jawatan itu perlu dihormati. Saya teruja dengan itu. Jadi, bertolak daripada apa yang dihujah oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini dan Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini, ambil iktibar bahawa kedudukan Speaker itu adalah amat penting bagi Parlimen. Jadi, sekarang ini saya terpaksa disuruh untuk membuat sesuatu perkara. Pertama, tugas saya sebagai Speaker ialah dan secara konvensyennya ini semua kita tahu dan pernah saya hujahkan ini. Saya tidak ingat tahun berapa iaitu kalau ada umpamanya tindakan-tindakan polis within the precinct of Parliament, perlu dikasi notis dulu kepada Speaker. Soalnya ialah sekarang ini saya tengah ambil maklumat daripada pihak yang berwajib sama ada kedudukan di mana kejadian itu berlaku within the precinct of Parliament. Meaning, kalau gate di luar sana, di mana geran Parliament disebut itu, you are within my power. Kedua yang saya harus ambil kira ialah usul Peraturan Mesyuarat 1(e) sama ada usul itu telah dilanggar. Jadi, saya mohon supaya Ahli Yang Berhormat bersabar dalam mana saya menyiasat perkara ini yang sebenar. Jadi, jangan lagi politikkan isu ini kalau boleh. Kenyataan telah pun dibuat kerana harus juga kita ambil kira mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 36(8), kedudukan seseorang itu, terutama sekali yang tersenarai dalam peraturan mesyuarat itu tidak boleh kita sentuh dan sedemikiannya demi untuk keutuhan sistem kerajaan kita iaitu sistem demokrasi. Akan tetapi saya akan beri petua. Saya janji apabila nanti saya dapat tahu di mana ruang lingkup kuasa saya itu setelah mengambil kira precinct of the Parliament dan mengambil kira Peraturan Mesyuarat 1(e) yang diluluskan oleh Majlis ini.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Tuan Yang di-Pertua juga ambil kira apa yang nampaknya dituduh oleh polis dan sebab beliau itu ditangkap. Kalau misalnya Yang Berhormat Pandan ini tiba-tiba cuba membunuh orang, saya setuju polis tangkap ataupun sedang menerima tunai RM2.6 bilion kah atau RM26 bilion kah masa itu. Saya setuju dia ditangkap tetapi ini kes yang sudah lama ditunggu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Sidang hanya esok lagi. Boleh tunggu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang ini apa lagi ini?

Boleh tunggu supaya ia dapat dilakukan kalaupun hendak dilakukan selepas sidang Dewan ini selesai esok. Saya ingat dan saya harap Tuan Yang di-Pertua ambil kira.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya dapatkan penjelasan kalau perkarangan Parlimen ini mestilah lebih luas definisinya. Oleh kerana kalau kita dikepong, jalan keluar masuk Parlimen, polis boleh mengepung Parlimen. Ini memang- yang penting kita tahu apakah niat polis. Apakah tindakan polis itu menggugat kedudukan Ahli-ahli Parlimen yang dilindungi ataupun diberi kuasa di bawah Perlembagaan Negara. Jadi, precinct ataupun perkarangan Parlimen ini mestilah termasuk jalan keluar masuk. Kalau kita dikepung hari-hari, tidak dapat diberi makanan, kita mati di dalam Parlimen ini. Ini pun boleh berlaku kalau takrif itu, perkarangan ini...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Terima kasih. Yang Berhormat Bayan Baru.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ada perkara yang lebih mustahak daripada apa yang telah dihujah sebelum ini.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, kita semua hendak keluar masuk, itu hanya satu jalan sahaja sepanjang saya tahu. Hari-hari saya pakai jalan itu sahaja. Bridge itu keluar masuk. Jadi, Yang Berhormat Pandan itu, di depan Parlimen, dia keluar masuk melalui bridge itu. Jadi, apabila kita dikepung seperti polis macam itu, adakah itu- kalau katakan definisi precinct itu hanya sampai pintu pagar tetapi kita hanya ada satu jalan sahaja keluar masuk. Betul atau tidak, Tuan Yang di-Pertua? Jadi, minta Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan isu keluar masuk dalam usul tersebut. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan ambil kira semua apa yang di hujah tadi itu dalam petua saya nanti. Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Last point sahaja Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soal perkarangan ini penting. Akan tetapi pada masa yang sama saya rasa status sebagai Ahli Parlimen, Tuan Yang di-Pertua kena bela kami.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, sudah Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kami Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti saya akan buat petua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak wajar dilayan sebagai penjenayah. Tuan Yang di-Pertua, please. Soal perkarangan itu satu hal. Those are the technical things, but the spirit. The spirit that’s behind the whole incident. We are MPs. Kita berkewajipan bersuara, membela rakyat dan bukannya membela pemimpin dan penguasa. Kita membela rakyat. Ini tugas kita.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tell the police, do not treat us as criminals. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kadang-kadang apabila kita sudah emosional...

Tuan Yang di-Pertua, boleh sikit Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Saya baru buka mulut.

Duduklah, Yang Berhormat Jelebu!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Kadang- kadang apabila kita berhujah, kita emosi, kita passionate, kadang-kadang apa yang kita sebut itu maknanya kita terlupa. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, dia kata, “...bukan kita membela pemimpin, kita membela rakyat.” Akan tetapi yang dibela di sini ialah wakil rakyatnya pemimpin. Itu sahaja komen saya. Sila Setiausaha, teruskan agenda Mesyuarat seterusnya. Saya akan buat ruling mengenai dengan soal itu. Saya tidak membenarkan lagi apa-apa peraturan mesyuarat yang dibangkitkan. Sila.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1) Tuan Yang di-Pertua. Perkara lain. Perkara lain Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Peraturan Mesyuarat 18(1). Tuan Yang di- Pertua, saya semalam telah menghantar satu usul yang ingin Tuan Yang di-Pertua membela semua kesihatan Ahli-ahli Parlimen. Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya telah hantar. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua saya baca Usul cadangan itu?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, yang itu untuk esok.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Esok?

Tuan Yang di-Pertua

Esok, esok.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Esok ya? Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua .

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri juga atas Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya telah menghantar satu usul mengenai keputusan Inter-Parliamentary Union yang menyatakan bahawa bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut dibebaskan pada kadar segera. IPU juga telah menyatakan bahawa terdapat keraguan dalam kredibiliti keterangan terhadap beliau di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua telah menjawab dan menolak usul saya menyatakan bahawa perkara ini telah diputuskan oleh mahkamah. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya minta supaya dirundingkan adalah kritikan dan keputusan IPU ini yang merupakan satu badan yang dihormati dunia terhadap kes tersebut ini. Ia memberi impak kepada imej negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Itu yang saya ingin rundingkan dan bukan mengenai prosiding mahkamah yang telah habis, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat juga sedia maklum bahawa apabila saya menolak usul yang di bawa oleh Yang Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), saya beri alasan-alasan tertentu. Saya tahu bahawa kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju dengan keputusan saya. Akan tetapi apabila Ahli Yang Berhormat berdiri sekali lagi dalam Dewan dan bawa kepada perhatian saya, sebenarnya Ahli Yang Berhormat sendiri tahu bahawa keputusan saya tidak boleh diulang kaji, tidak boleh saya tarik balik. Cuma kalau ada usul daripada Ahli- ahli Yang Berhormat, itu pun Usul Ahli-ahli Yang Berhormat tidak juga akan saya nilai, because Peraturan Mesyuarat 15. You all know this. Akan tetapi saya juga konsisten dengan pendirian saya. Kalau saya nampak bahawa usul Peraturan Mesyuarat 18(1) itu perlu untuk dirunding, saya minta Menteri yang berkenaan untuk jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, dalam soal apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai itu, saya benar-benar memberi perhatian khusus sama ada ia di bawah ruang lingkup Peraturan Mesyuarat 18(1) ataupun tidak. Jadi, ia tidak termasuk dalam ruang lingkup Peraturan Mesyuarat 18(1). Tidak ada kesegeraan. Kalau dirunding pun, tidak ada kesimpulan yang kita dapat oleh kerana dalam hal Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan secara terbuka telah dibuat. Kalau proses-proses perundangan yang dibuat ialah proses lain seperti pemohon rayuan, memorandum kepada Panel of a Pardon Board dan sedemikiannya, that issues.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dapat ditangani mengenai dengan isu perbahasan dalam Dewan ataupun soal kolektif. So this is outside the scope SO 18(1). Itu sebab saya tolak. Selain lain daripada itu saya tidak apa-apa. Sila Setiausaha.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri [Tuan Masir Anak Kujat]; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN PEGUAM BELA (SABAH) (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Peguam Bela Sabah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dan untuk menyifatkan pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik pada tarikh tertentu telah dilantik dengan sewajarnya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] adalah suatu akta yang berhubungan dengan profesion undang-undang di Malaysia dan terpakai bagi semua peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan di Semenanjung Malaysia. Selain peruntukan mengenai kelayakan untuk diterima masuk dan menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, Akta 166 turut memperuntukkan mana-mana peguam bela dan peguam cara yang telah diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dan menjalankan amalan di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk kepada apa-apa tindakan tatatertib sekiranya mereka ini didapati melanggar mana- mana peruntukan di bawah Akta 166. Ini adalah bagi menjaga integriti profesion itu sendiri. Bagi maksud itu, suatu Lembaga Tatatertib telah ditubuhkan di bawah seksyen 93 Akta 166. Lembaga Tatatertib ini mempunyai kuasa untuk membuat keputusan antaranya menggantung mana-mana peguam bela dan peguam cara yang terlibat dengan kesalahan salah laku daripada menjalankan amalan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun. Keanggotaan Lembaga Tatatertib diperuntukkan di bawah seksyen 93 Akta 166 yang hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan 16 orang ahli. Sebelum pindaan dalam tahun 2012, seksyen 93 [Akta 166] memperuntukkan bahawa pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib boleh dilantik bagi suatu tempoh yang tidak ditetapkan hadnya. Seksyen 93 Akta 166 kemudiannya dipinda dalam tahun 2012 melalui Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 [Akta A1444] yang memperuntukkan bahawa tempoh pelantikan jawatan Pengerusi Lembaga Tatatertib dihadkan kepada tempoh maksimum tiga penggal sahaja atau enam tahun di mana setiap penggal adalah bagi tempoh dua tahun. Manakala bagi Ahli Lembaga Tatatertib pula dihadkan kepada tempoh maksimum dua penggal sahaja atau empat tahun. Akta A1444 telah mula berkuat kuasa pada 3 Jun 2014. Dalam Akta A1444 terdapat suatu peruntukan kecualian dan peralihan berhubung dengan kedudukan mana-mana Pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik sebelum permulaan kuat kuasa Akta A1444 iaitu bagi mana-mana pelantikan yang dibuat sebelum 3 Jun 2014. Peruntukan kecualian dan peralihan berkenaan terdapat dalam subseksyen 21(1), Akta A1444 yang memperuntukkan bahawa mana-mana pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik sebaik sebelum 3 Jun 2014 akan terus memegang jawatan mereka sehingga tamat tempoh pelantikan mereka atau pada 5 Julai 2013 mengikut mana-mana yang lebih awal. Subseksyen 21(1), Akta A1444 memperuntukkan seperti berikut, pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik sebaik sebelum permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah pada permulaan kuat kuasa akta ini pelantikan mereka akan berterusan sehingga tamat tempoh pelantikan atau 5 Julai 2013 mengikut mana-mana yang lebih awal. Dimaklumkan bahawa terdapat pelantikan yang telah dibuat bagi jawatan pengerusi sebelum 3 Jun 2014 bagi tempoh bermula dari 17 Februari 2013 hingga 16 Februari 2015. Bagi jawatan Ahli Lembaga Tatatertib bagi tempoh bermula dari 5 Julai 2013 hingga 4 Julai 2015. Memandangkan Akta A1444 telah mula berkuat kuasa pada 3 Jun 2014 iaitu dalam tempoh pelantikan pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib masih berkuat kuasa jika ditafsirkan subseksyen 21(1), Akta A1444 maka tempoh jawatan pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib sepatutnya telah ditamatkan pada 5 Julai 2013 dan bukannya masing-masing pada 16 Februari 2015, dan 4 Julai 2015. Pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib yang telah dilantik bagi tempoh yang dinyatakan dalam perenggan lapan telah terus memegang jawatan mereka masing-masing sehingga 16 Februari 2015, dan 4 Julai 2015. Semasa memegang jawatan dalam tempoh tertentu itu mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka dan membuat keputusan berhubung dengan kesalahan tatatertib mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Keadaan ini menimbulkan kekhuatiran bahawa mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Tatatertib sepanjang tempoh selepas 3 Jun 2014 sehingga 16 Februari 2015 yang melibatkan pengerusi dan 4 Julai 2015 yang melibatkan ahli lembaga boleh dipertikaikan oleh mana-mana orang yang berkenaan jika dikatakan telah tidak mematuhi subseksyen 21(1), Akta A1444.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Antara keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Tatatertib sepanjang tempoh pelantikan pengerusi dan ahlinya itu melibatkan tindakan menggantung peguam bela dan peguam cara daripada menjalankan amalan mereka dan pemotongan daripada senarai daftar peguam bela dan peguam cara. Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib ini walau bagaimanapun dibenarkan oleh undang-undang untuk dirayukan ke Mahkamah Tinggi. Selain pindaan yang dicadangkan bagi mengatasi isu yang disebut atas seksyen 103E, dengan izin, Akta 166 memperuntukkan bahawa apa-apa perintah muktamad atau keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib boleh dirayukan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Walau bagaimanapun, kedudukan undang-undang masa ini ialah rayuan tidak boleh dibuat terhadap apa-apa keputusan Lembaga Tatatertib yang menolak permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat sebagai mana yang dinyatakan dalam subseksyen 100(15), Akta 166. Oleh hal yang demikian, pindaan kepada Akta 166 dicadangkan bagi memperluas rayuan yang boleh dibuat kepada mahkamah bagi memasukkan apa-apa keputusan Lembaga Tatatertib yang menolak permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat sebagai keputusan yang boleh dirayukan di mahkamah tinggi. Oleh hal yang demikian, pindaan pada kepada seksyen 103E bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 100(15) ke dalam perenggan 103E(1)(b) bagi membolehkan rayuan dibuat terhadap apa-apa keputusan Lembaga Tatatertib yang menolak sesuatu permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat. Cadangan pindaan yang melibatkan Lembaga Tatatertib dengan mengadakan peruntukan baru bagi memperjelaskan kedudukan pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib seperti yang dinyatakan adalah perlu bagi mewajarkan pelantikan mereka bagi tempoh yang dinyatakan dan bagi menjadikan mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Tatatertib sebagai tempoh tersebut tidak terbatal dan tidak boleh dipersoalkan jika keputusan itu dibangkitkan oleh mana-mana pihak yang berkenan. Bermula daripada tarikh kuat kuasa Akta A1444 iaitu mulai 3 Jun 2014 sehingga Jun 2015, Lembaga Tatatertib telah membuat sebanyak 2,735 keputusan termasuklah mengarahkan lima perintah penggantungan dan 23 pemotongan daripada daftar peguam bela dan peguam cara. Jika diguna pakai subseksyen 21(1), Akta A1444, pengerusi dan ahli lembaga yang dilantik sebelum 3 Jun 2014 hendaklah terhenti daripada pelantikan mereka pada 5 Julai 2013 tetapi masih terdapat keputusan yang dibuat oleh pengerusi dan ahli lembaga yang dilantik sebelum 3 Jun 2014 sehinggalah tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2015 terdiri daripada tiga fasal seperti berikut: (i) fasal 1 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tajuk ringkas akta yang dicadangkan ini; (ii) fasal 2 bertujuan untuk memindah seksyen 103E, Akta 166 dengan memasukkan subseksyen 100(15) bagi membolehkan rayuan dibuat terhadap apa-apa keputusan dibuat oleh Lembaga Tatatertib yang menolak apa-apa permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat (iii) fasal 3 bertujuan untuk menyifatkan pelantikan pengerusi Lembaga Tatatertib bagi tempoh 17 Februari 2013 hingga 16 Februari 2015 dan ahli Lembaga Tatatertib bagi tempoh 5 Julai 2013 hingga 4 Julai 2015 yang telah dilantik sebelum permulaan kuat kuasa Akta Profesion undang-undang (pindaan) 2012 iaitu Akta A1444 dan yang mana pelantikan itu berterusan selepas Akta A1444 telah mula berkuat kuasa sebagai telah dilantik dengan sewajarnya. Fasal 3 juga memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib sepanjang tempoh itu tidak boleh dipersoalkan atau di tidak sahkan hanya oleh sebab pelantikan atau tempoh jawatan pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib tersebut.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, langkah untuk memindah Akta Profesion Undang-undang adalah penting bagi mengelakkan krisis undang-undang yang melibatkan kuasa dan kesahan keputusan yang telah dibuat oleh lembaga yang sememangnya telah diputuskan oleh Lembaga Tatatertib menurut undang-undang sedia ada. Malahan keputusan Lembaga Tatatertib ini turut boleh dirayukan ke mahkamah. Keputusan yang telah dibuat berdasarkan fakta, keterangan dan undang-undang serta peluang merayu yang diberi tidak patut dibatalkan hanya atas alasan tempoh pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga yang membuat keputusan itu sepatutnya berakhir pada 5 Julai 2013 menurut peruntukan kecualian dan peralihan di bawah subseksyen 21(1), Akta A1444. Selain pindaan yang disebut di atas pindaan turut dicadangkan kepada perenggan 103E(1)(b) bagi memperluas jenis rayuan yang boleh dibuat terhadap keputusan Lembaga Tatatertib yang menolak sesuatu permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat yang sebelum ini tidak dibenarkan untuk dirayu. Ini akan membolehkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib yang dibuat pada mana-mana peringkat merayu akan keputusan itu. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dan untuk menyifatkan pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik pada tarikh tertentu telah dilantik dengan sewajarnya dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk mengikuti perbahasan Akta Profesion Undang- undang 1976. Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa Badan Guaman Malaysia atau Majlis Guaman Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976. Tujuan badan ini ialah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan tiga laporan oleh American Bar Association (ABA) iaitu Stanley Report, Margaret Report dan ‘Hansword Report’, Conference of Chief Justices, National Action Plan dan mukadimah kepada American Bar Association Model Rules of Professional Conduct mensintesiskan bahawa profesionalisme menghendaki seseorang peguam untuk memupuk kesedaran hati nurani, personal conscience sepanjang kerjayanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jelebu bangun di belakang Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Silam. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Silam yang menyatakan Bar Council itu bebas, satu badan bebas. Tolong elaborate sikit maksud bebas itu, apakah bebas politikkah atau bebas apa? Oleh sebab kalau dilihat daripada segi politik dia lebih daripada parti politik. Jadi adakah rancangan Bar Council ini hendak mengubah pendaftarannya untuk menjadi parti politik? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Jelebu. Dengar baik-baik teks ucapan saya jawapannya ada di sini.

Memupuk kesedaran hati nurani, personal conscience sepanjang kerjayanya iaitu kesedaran mengenai baik atau buruknya niat atau tindakan seseorang yang disertai dengan rasa tanggungjawab untuk menjadi atau melakukan perkara yang baik dari segi moral. Ia merupakan prinsip asas profesionalisme bagi pengamal undang-undang dalam membina identiti profesional. Tanpa asas ini prinsip profesionalisme yang lain akan hancur disebabkan peguam akan bertindak mengikut kepentingan peribadi. Termasuklah mempersendakan peraturan yang dikuatkuasakan oleh badan kawal selia demi kepentingan peribadi.

Hakikatnya, Majlis Peguam Malaysia hari ini telah melangkaui kedudukan etika profesion mereka apabila sifat cenderung kepada politik dan menjadikan badan ini tidak bebas dan tidak berkecuali. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Majlis Peguam di Malaysia telah melanggar etika profesional mereka. Apabila kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berbaur pembangkang iaitu dengan menyokong himpunan Bersih yang jelas melanggar undang-undang negara. Begitu juga dengan keputusan Bar council Malaysia sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan kepada Perdana Menteri. Bar Council juga turut meluluskan usul menggesa Tan Sri Mohamed Apandi meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam. Saya kira tindakan mereka sebagai mempertikaikan proses perundangan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini juga turut mempertikaikan kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan Peguam Negara dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya. Maka usul yang dikemukakan oleh Majlis Peguam ini jelas bertentangan dengan kuasa mereka yang seharusnya memelihara dan memulihkan Perlembagaan dan undang- undang negara. Kita kena faham kuasa yang diperuntukkan kepada Peguam Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 145 iaitu terserah sepenuhnya kepada budi bicara Peguam Negara dan tidak tertakluk kepada penelitian Hakim atau penelitian kehakiman. Maka keputusan untuk tidak meneruskan siasatan kepada Perdana Menteri oleh Peguam Negara ini termaktub kuasa Peguam Negara. Perkara ini menjadi jelas, menjadi dasar utama bagi sistem keadilan jenayah di mana pengasingan bidang kuasa antara badan kehakiman dan pendakwaan diputuskan. Oleh itu, saya menggesa agar perlu ada sikap saling menghormati antara Majlis Peguam Malaysia sebagai sebuah badan yang diwujudkan melalui Akta Profesion Undang-undang dan Institusi Peguam Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta kepada Majlis Peguam Malaysia kembali kepada peranan asasnya selaku badan yang menjaga soal peguam di Malaysia, bukannya sibuk campur tangan dalam isu politik dan kerajaan. Tindakan ini perlu bagi...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak beri jalan Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan. Yang Berhormat silam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Nanti, kemudian Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Penjelasan ini perlu bagi mengelakkan Majlis Peguam Malaysia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kemudian, kemudian...

...Dilihat sebagai badan yang...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya ingat mungkin ada orang prepared skrip itu.

...Bebas dan tidak mencampuri hal- hal politik. Hal ini kerana Majlis Peguam adalah badan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kalau kerajaan tidak ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sebentar, tidak beri jalan lagi Yang Berhormat.

...Yang memberikan kuasanya kepada mereka yang ingin menjadi pengamal undang-undang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sudah tentu Bar Council akan protes!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh...

Maka dengan itu, Majlis Peguam tidak boleh ...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Siapa tulis ucapan macam itu?

...Membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan profesion undang-undang sehingga menjejaskan nilai integriti Majlis Peguam Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di Singapura, Majlis Peguam Singapura ataupun Singapore Law Society tidak boleh memberi komen ataupun kritikan terhadap undang-undang negara atau pindaan rang undang-undang, melainkan perkara itu diminta oleh kerajaan. Ini menunjukkan bagaimana Singapura boleh ke hadapan dalam menjaga etika profesion Majlis Guaman dari masuk campur urusan tadbir urus negara. Maka Malaysia juga perlu melihat ke hadapan dalam memastikan Majlis Peguam negara sebagai entiti bebas dan berkecuali. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat sudah sampai masanya Akta Profesion Undang-undang 1976 ini dipinda dengan meletakkan Peguam Negara sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia secara automatik. Hal ini kerana sekiranya kita membiarkan Majlis Peguam Malaysia ini dikotori dengan gerakan politik sehingga mencabar undang-undang negara dan mewujudkan persepsi jahat terhadap kerajaan adalah sukar untuk kerajaan Malaysia membentuk satu pemahaman yang jelas terhadap undang-undang dalam negara ini. Maka dengan itu demi memastikan badan Majlis Peguam ini bebas dan berkecuali juga terus mengekalkan profesionalisme mereka, saya mencadangkan agar Peguam Negara dilantik secara terus sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia. Kita tidak mahu dengan kenyataan-kenyataan yang berbaur politik oleh Majlis Peguam Malaysia ini akan menyebabkan nilai kepercayaan rakyat terhadap institusi Majlis Guaman Negara ini tercalar sehingga ia gagal mengaspirasikan matlamat dan tujuan terhadap penubuhan Akta Profesion Undang-undang 1976. Maka dengan itu Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau saya dapat peluang saya hendak mohon agar Yang Berhormat Silam dirujuk kepada- ini kerana dia membawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Rujuk ke mana Yang Berhormat? Bar Council?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bar Council. Isu-isu yang tidak ada kena mengena. Nombor satu Tuan Yang di-Pertua, saya perlu memberitahu kepada Yang Berhormat Silam dan Ahli-ahli Parlimen yang lain yang tidak tahu sejarah Bar Council.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Nombor satu, dari tahun 1957 hingga 1974 Tuan Yang di-Pertua, semua akta sebelum dibentangkan di Parlimen dirujuk kepada Majlis Peguam untuk mendapat pandangan mereka. This is the historical fact, menunjukkan peranan yang diperlukan untuk dimainkan oleh Majlis Peguam. That is the basic thing. Nombor dua, ada baca seksyen 42, Akta Peguam tidak? If you read, then you will know. Saya baca, saya hanya baca seksyen 42(1)(a) sahaja. Seksyen 42(a), dengan izin, “To uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members uninfluenced by fear or favour”. Tuan Yang di-Pertua, saya bukan kali pertama membaca ini, saya ingat lagi sepuluh tahun dahulu. Yang Berhormat Padang Rengas pada masa itu beliau Timbalan Menteri, beliau mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh Bar Council adalah salah kerana seperti yang mengelirukan perkara ini. Yang Berhormat Silam, walaupun dia bukan seorang ahli peguam di Malaysia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, bukan begitu, pendapat Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Legal Profession Act. Saya ada bangkitkan seksyen 42 dengan tertera. It is very easy, baru Yang Berhormat tahu bahawa ada kena mengena. Itu adalah hak mereka, itu adalah kewajipan mereka. Apa yang mereka bersoal sekarang mungkin adalah bertentangan dengan pandangan Barisan Nasional. Mungkin adalah bertentangan dengan pandangan ahli-ahli politik, but that is the free flow. Itu adalah yang perlu dibuat oleh Majlis Peguam. Kita memang perlu betul-betul faham peranan yang perlu dimainkan oleh Majlis Peguam, bukan sahaja terhadap perkara-perkara national issues, tetapi juga terhadap peguam. Tuan Yang di-Pertua, saya bila Yang Berhormat Menteri membentangkan- saya hendak tanya, saya baca di online mengatakan Yang Berhormat bukan Menteri Undang- undang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah itu betul? Saya hendak tanya persepsi atau mungkin salah direport di online news mengatakan Yang Berhormat Batang Sadong ini bukan seorang Ahli Parlimen yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal undang-undang. Is that true you are not de facto Minister of Law? Itu saya terkejut bila saya membaca, mungkin salah ini. Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak tanya sahabat saya ini, so setujulah perkara 42(1)(a) ini untuk menegakkan keadilan tanpa perasaan takut ataupun kesian. Saya hendak tanya satulah, kalau kita mahu menegakkan keadilan ini - baru- baru ini saya ada terbaca kenyataan kalau tidak silap saya kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Ambiga. Dato’ Ambiga ada buat satu kenyataan dan kenyataan ini pula disokong oleh Presiden Bar Council yang minta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bagan dalam kes banglo ini, dia telah cadang, dia kata supaya berehatlah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Cuti berehat dulu bagi SPRM menyiasat seperti mana mereka yang pernah dakwa kepada mana-mana pemimpin Barisan Nasional. Akan tetapi hendak tanya Yang Berhormat apakah tindakan Bar Council, ini cadangan daripada ahli mereka ini. Mengapa mereka diam, mengapa mereka tidak mahu buat demonstrasi. Mengapa mereka tidak mahu buat satu tindakan yang cukup agresif. Adil kah ini bila kena pemimpin pembangkang dia diam, cuba kena pemimpin Barisan Nasional, merekalah yang ke depan dulu yang akan buat demonstrasi dan sebagainya. Apakah komen Yang Berhormat, Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan Ambiga itu saya hendak tanya Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya setuju kepada membawa perkara itu ke Parlimen. Nombor satu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak bersetuju atau bersetuju kepada satu perkara yang tidak diambil oleh Majlis Peguam, Yang Berhormat sebagai seorang peguam I don’t know whether you are active practitioner sekarang saya adalah seorang active practitioner kita ada hak membawa resolusi membentangkan perkara tersebut, mengarahkan Majlis Peguam mengambil tindakan did you do that nombor satu. Did you do that nombor satu. Nombor dua tidak perlu pergi ke hal Pulau Pinang, tengok perkara Yang Berhormat Pekan. How many billion Yang Berhormat Timbalan Menteri mengawal selia Attorney General Chambers, the police, semua agensi federal di tangan beliau. Kalau sedemikian di luar negara, Perdana Menteri telah meletakkan jawatan seperti Perdana Menteri di Iceland semalam. Ini kerana difahamkan bahawa akaun di luar negara foreign offshore accounts Perdana Menteri pun ada. What is right in Iceland takkan not right in our country. Untuk Pulau Pinang, I’ll give you just one minute boleh Yang Berhormat. Untuk Pulau Pinang dia hanya ada seorang Ketua Menteri. Dia tidak ada kuasa terhadap MACC, terhadap Attorney General Chambers, terhadap pihak polis. Dia don’t know kawal selia langsung. Berbeza dengan Perdana Menteri, kalau Perdana Menteri has not shown, is not man enough to show and take the responsibility janganlah tunjuk jari kepada orang lain.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat sudah lari tajuk ini. Saya akan bahas isu ini, saya tahu saya akan bahas isu Yang Berhormat, saya tanya satu sahaja. Yang Berhormat cakap soal keadilan, entahlah Yang Berhormat got the point kata Yang Berhormat Pekan dan sebagainya. Hanya saya hendak tanya Yang Berhormat sebagai Ahli Bar Council yang kata masih aktif. Adakah Yang Berhormat setuju atau tidak dengan pendapat Ambiga, yang minta Ketua Menteri Melaka bercuti kerana menjaga integriti dia dan disokong oleh presiden Bar Council itu sahaja saya hendak tanya. Sama ada bersetuju atau tidak bersetuju. Kalau Yang Berhormat bersetuju apa tindakan Yang Berhormat supaya dijadikan satu kenyataan statement yang dibuat oleh Ambiga. Ambiga ini pun kita tahu siapa dia, itu sahaja yang saya hendak tanya. Tak payah corner jauh-jauh Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Karang. Saya setuju setakat Yang Berhormat Tanjung Karang ada kuasa untuk membuat pandangan tersebut. You got the right to air the view. Akan tetapi yang lebih mustahak kita dalam sistem demokrasi, di mana Majlis Peguam, itu saya kata you are not answering my question. Kalau Dato’ Ambiga kah atau sesiapa juga dalam dunia ini macam Dato’ Ambiga adalah seorang ahli Majlis Peguam, saya pun ahli Majlis Peguam. Kalau Majlis Peguam tidak mengambil tindakan tersebut tolong membawa satu resolusi, tolong adakan satu debate mengenai perkara tersebut, ambil resolusi tersebut dan itu menjadi dasar Majlis Peguam. Have you done that? Kenapa Yang Berhormat gagal.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan Yang Berhormat, Yang Berhormat ini tak faham maksud saya. Yang Berhormat bersetuju atau pun tidak dengan kenyataan Ambiga dan disokong oleh Presiden Bar Council. Saya hendak itu sahaja soalan saya. Mengapa Yang Berhormat kalau dia sudah bersetuju buat apa tak mahu buat AJL, takkan saya hendak buat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Bukan saya sudah jawab.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa dia? Yang Berhormat bersetuju atau tidak, satu sahaja saya tanya. Yang Berhormat bersetuju tidak saya tak tanya jauh-jauh. Tak ada, tak ada Yang Berhormat. Tak, tak, tak. Saya hendak tanya satu sahaja Yang Berhormat satu sahaja setuju atau tidak setujulah. Yang Berhormat tidak faham soalan saya, dia tidak faham, saya tanya Yang Berhormat satu sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Pekan yang menjadi kawal selia kepada MACC kepada Attorney General Chambers, kepada pihak polis, semua kuasa ada di tangan persekutuan dia tidak ambil tindakan, dia sendiri tidak meletak jawatan menunjukkan dia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, dia faham tetapi dia tak hendak jawab Yang Berhormat. Tak payahlah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Contoh Yang Berhormat satu sahaja. Yang Berhormat bersetuju atau tidak dengan tindakan Ambiga? Yang Berhormat itu sahaja yang saya tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah Yang Berhormat bersetujukah. Adakah Yang Berhormat setuju. Itu pandangan sahaja.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bersetuju atau tidak! Tak tahu hendak nak jawab? Why you don’t answer my question, sama ada bersetuju atau tidak? Tuan Yang di-Pertua tanya Yang Berhormat bukan tanya saya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tapi itu saya punya pandangan tak perlulah. Tak perlu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah, balik kepada rang undang-undang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Setuju ataupun tidak. Tuan Yang di-Pertua, dia takut, kalau dia tidak bersetuju nanti dia kena pecat dengan Bar Council.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini Ahli Parlimen ajaran sesatlah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

No! I tanya soalan very simple.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kehilangan fikiran, dia tidak faham.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat tak faham!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Pada asas Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat saya minta untuk balik kepada rang undang-undang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Very simple Yang Berhormat, Yang Berhormat ini tidak berani...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I don’t want to make U-turn, senang sahaja. Tuan Yang di-Pertua sudah bagi tahu don’t politik kan perkara, just get to the nitty-gritty, to get, make sense...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak payah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya anggap Yang Berhormat tidak bersetujulah dengan cadangan Ambiga ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan tak setuju. Saya setujukah, saya tak setuju. Percaya ada satu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Macam mana Yang Berhormat tidak boleh jawab. Eh sebagai peguam you mesti ada firm lah you punya pendirian kalau hendak tegak keadilan, you setuju ataupun tidak! Itu pun tidak boleh jawab! Very simple! Sebagai Ahli Parlimen, sebagai lawyer you must be firm.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada ambil tindakan Yang Berhormat sebagai ahli okey. Can I ask you are you a practitioner sekarang?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya sebab dulu saya pegang jawatan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yes or no?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak praktis.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Then don’t talk.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab saya ada jawatan dalam kerajaan. Saya memang dulu lawyer.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia bagi orang ajaran sesat, fikiran tidak waras.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak boleh, tak boleh. No you cannot talk like that.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tidak ada pendirian jangan berucap Yang Berhormat. You must understand.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I’m not in the box to answer yes or no. He apparently is in the box, he answers to me yes or no.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa, apa dia? I nak tanya you, you setuju kah tidak dengan Ambiga? Itu pun you tak boleh jawab Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak pusing-pusing Yang Berhormat, pusing-pusing itu pun Yang Berhormat tidak boleh firm.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Komen yang dikatakan bahawa Yang Berhormat Tanjong Karang fikiran tak waras tak boleh. Saya minta tarik balik Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tak waras, tak waras, fikiran not good.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

No, no. Don’t use that word Yang Berhormat. Tarik balik Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Then, what word can I use? Please tell me.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Fikiran tak waras maknanya orang gila Yang Berhormat. You cannot do that to imply to a member dalam Dewan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau sedemikian saya tarik diri saya kata dia tak siuman lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hai, Yang Berhormat tarik Yang Berhormat. Tak boleh, tak waras tak boleh pakai Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak apa, tak apa Tuan Yang di- Pertua. Saya benarkan dia guna perkataan apa-apa pun, sebab dia pun orang yang tak ada otak, tak apalah tak payah cakaplah, tak perlu tarik, tak perlu tarik, you can carry on, sebab you seorang Ahli Parlimen, lawyer yang tidak ada otak yang tidak ada pendirian dalam perjuangan. Kemudian dia cakap pusing-pusing. Apa punya lawyer macam ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya ada pendirian yang tegas Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You cakap sahaja, yes or no, yes or no pun tak boleh dijawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu pandangan beliau yang tak boleh diterima. Hanya ada dua orang dalam Malaysia mengatakan sedemikian bukan sebenarnya betul. Itu nombor satu, nombor dua Majlis Peguam, pandangan Majlis Peguam berbeza dengan pandangan presiden dia.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itu I tanya pendapat you sebagai peguam. You punya pendapat apa punya lawyer ini soalan very simple you can’t answer my question! Patutlah otaknya pun tak siuman lah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga merujuk kepada sebenarnya saya hendak mengatakan bila Yang Berhormat Silam mengatakan bahawa lebih baik kalau Peguam Negara menjadi Presiden Bar Council Malaysia. Sebenarnya itu satu pandangan yang bagus juga. Kenapa saya kata sedemikian, 10 tahun dulu telah diberitahu Dewan ini bahawa kerajaan berpandangan, 10 tahun kah, 15 tahun dulu bahawa kerajaan berpandangan, bahawa masa sudah datang supaya kita boleh lebih control Majlis Peguam lebih baik Peguam Negara menjadi presidennya. You tahu apa jadi kepada Peguam Negara, Peguam Negara lari dia tidak mahu jadi presiden, you think it’s easy to be president. Presiden UMNO lain, semua orang takut, kalau you presiden Bar Council, orang tanya soalan, orang tarik sama you, you hendak jawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You hendak sebagai civil servant, Attorney General Chamber dia hendak jadi presiden kah. By all means welcome, we will take them on. Itu lah pandangan saya, saya ingat. Pergi tengok check Hansard lebih kurang 10 ke 15 tahun dulu Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah story-story yang tidak ada kena mengena pada asasnya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua mengenai rang undang-undang ini saya setuju kepada rang undang-undang ini tetapi saya sedikit khuatir kerana prinsip-prinsip di mana retrospective legislation adalah satu di antara yang tidak digalakkan. Walaupun saya seorang peguam di bawah Majlis Peguam saya hairan bahawa rang undang-undang yang dibawa untuk membela mereka untuk menolong mereka mengatasi masalah yang mereka akan hadapi jika rang undang-undang ini tidak diluluskan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi pada prinsip non-retrospectiveness dalam sesuatu sistem, perlu kita menghormati. Saya harap ini telah diambil kira dan ini tidak akan membenarkan seseorang untuk melitigasi perkara yang kalau kes mereka telah masuk ke mahkamah dan this should be a safety net untuk mengelakkan tanggungjawab Majlis Peguam. Saya rasa perkara sedemikian adalah satu yang sangat mustahak. Kenapa kerajaan rela untuk membela sesuatu perkara sedemikian? Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dihadapi oleh doktor-doktor di negara ini sekarang, lebih kurang lima ke enam tahun dahulu saya telah bangkitkan dengan keterlaluan pengeluaran doktor di negara ini. Pada masa itu Dr. Chua Soi Lek menjawab katakan that is not the case, 1 to 5000, 1 to 2500 all is okay. Sekarang situasi yang abnormal di mana kerajaan tidak ingin memberi scholarship untuk melanjutkan pelajaran medical studies. Saya hendak tanya mengenai perundangan. Apakah situasi yang sama akan terjadi memandangkan saya rasa ada terlampau banyak institusi perundangan di negara ini yang memberi kebenaran untuk menduduki dan meluluskan untuk menjadi seorang peguam? Yang lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua dan kepada Menteri Undang-undang adalah kenapa kita lagi belum capai tahap di mana kita ada common law exams untuk semua universiti seperti di UK di mana seseorang boleh menjadi menuntut di Oxford, di Cambridge atau di Ealing College? Mana-mana pun tak kisah tetapi akhir sekali dia perlu datang ke Counsel of Legal Education untuk menduduki peperiksaan yang sama kerana ia nombor satu, akan membawa satu standard yang sama kepada semua peguam. There is no difference, no discrimination. Sekarang kita ada institusi-institusi, universiti-universiti termasuk separuh private university yang mengendalikan kursus-kursus perundangan. Mereka mengeluarkan ramai graduan tetapi apakah kawal selia untuk membawa satu common law exams seperti di negara lain seperti di Nigeria, seperti di beberapa negara yang lain? Harap kerajaan akan mengambil maklum perkara ini kerana ia akan membawa satu ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun, Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang ini saya setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang betul, saya kata betul. Satu saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat, baru-baru ini semasa mesyuarat Bar Council dia ada buat satu usul untuk meluluskan CPD iaitu continuing professional development, mungkin Yang Berhormat pun tahu yang mewajibkan lawyers yang kurang lima tahun untuk menghadiri kursus. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan CPD ini yang waktu undi dulu, waktu usul ini dibawa yang sokong 295, yang tak sokong 294? Satu undi sahaja lebih. Yang Berhormat datang ke tak datang semasa mesyuarat itu? kalau Yang Berhormat datang, Yang Berhormat sokong ke tak sokong usul CPD ini yang mendapat bantahan daripada peguam-peguam muda ini?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It looks like here Yang Berhormat, saya dalam court, dalam box perlu jawab yes or no tapi Yang Berhormat Tanjong Karang tak pergi mahkamah punya orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia ada pengalaman Yang Berhormat, pengalaman.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Oh pengawal. Mengawal or pengawal?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Pengalaman, pengalaman Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Pengalaman, oh.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak beritahu Yang Berhormat, I have been called to the Bar dekat 25 tahun dahulu, saya datang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya tahu. Ealing College?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya pun ada legal firm sendiri. Saya tak boleh practice sebab saya ada jawatan dalam kerajaan. Saya boleh sambung balik kalau saya hendak sambung. You janganlah merendahkan saya punya profesion.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, saya minta maaf. No, saya tidak, saya tidak. I was just saying ...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You memang lah lawyer.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya minta maaf. Kalau Yang Berhormat rasa sedemikian, saya minta maaf.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, sebenarnya untuk compulsory education untuk orang yang kurang daripada lima tahun, saya setuju kepada pandangan Bar Council tetapi pada permulaannya, itu terkena kepada semua orang yang kurang daripada 30 tahun. Nyaris-nyaris masa itu saya sudah 30 tahun [Ketawa] So mahu duduk balik kepada exam ini, orang tua macam mana hendak pass? Orang muda tak boleh pass, ini orang tua macam mana hendak pass tetapi ada asas dia. Dia ada asas kerana satu di antara faktor adalah di mana macam kita tahulah Yang Berhormat Tanjong Karang, bila seorang majistret dilantik, dia umur 24. Umur 24 keluar daripada universiti terus menjadi majistret. Dia tengok satu kes curi, okey tiga tahun tiga rotan. Berapa amaun dia? RM20. Kenapa? Saya curi kerana tak cukup susu di rumah saya untuk anak saya. Dia tak fahamlah, he’s young. Doesn’t understand the reality of life. Saya faham ini perkara yang berlaku di negara ini tetapi untuk penjara sebagai pengajaran kenapa ini adalah satu di antaranya, to acclimatize local law untuk local system. Saya lagi ingat sekarang ramai di antara peguam yang pergi ke mahkamah, dia bangun dia cakap good morning, selamat pagi. Ini all this, unlawyerly languages yang digunakan. Jadi kita perlu satu training sedemikian. Mungkin ia akan menyusahkan tetapi peranan yang perlu dimainkan oleh Majlis Peguam, dia ada membuat kajian-kajian yang tertentu, itu adalah sebab yang membawa. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana bersetuju dengan saya supaya kita perlu ada satu common law exams di negara ini supaya seragamkan semua untuk final year yang sama untuk semua universiti di negara ini. Saya harap Yang Berhormat Tanjong Karang akan menolong membawa perkara ini kepada pihak- pihak atasan supaya kita meneliti dengan seberat-beratnya dan membawa satu peperiksaan yang sama. There is no discrimination. Semua duduk, bila mereka keluar, mereka rasa bangga kerana tak kisah kamu keluar daripada Oxford University, Cambridge University, Ealing College atau Wales University, tak kisah. It doesn’t make any difference. All in one, one in all. Ha itu dia, itu yang bagus. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perkara di mana hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, I masih my specific interest. Mengikut Peraturan Mesyuarat, saya ada buat beberapa pro bono case di Mahkamah Persekutuan dan saya sedang mengambil bantahan terhadap komposisi hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan. Daripada senarai yang kita ada sekarang, dia bukan multi etnik, multireligious and gender sensitive. Ini kalau kita tengok sebelum tahun 1999, 1/3 daripada hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan adalah non bumiputera. Sekarang lebih kurang 95 peratus dan not gender sensitive langsung dan ini perlu ambil walaupun kita ada judicial appointment undang- undang tetapi nampaknya ia berat sebelah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu, peningkatan untuk melantik peguam- peguam yang berbilang bangsa, berbilang agama dan juga daripada kaum wanita sangat kurang pelantikan di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan is the most teruk sekali di mana hanya satu sahaja iaitu kawan kepada Tuan Yang di-Pertua, Datuk Richard Malanjum dari Sabah, kawan mungkin kepada Yang Berhormat Silam juga. Dari Sabah hanya satu orang sahaja, the only man holding the flag of the religious sensitiveness of multiracial composition. Saya harap tindakan yang segera diambil supaya kita tahu ada ramai di antara hakim-hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang layak dan patutnya sudah pun dilantik untuk jawatan-jawatan yang lebih tinggi tetapi tidak kerana beberapa faktor yang saya tak faham. We must be color blind, there must be justice in the appointment. Kalau judge sendiri dan sistem itu tidak ada justice, apa itu justice dalam negara ini? Itu satu perkara yang sangat mustahak dan saya harap pelantikan-pelantikan sedemikian dibuat dengan seberapa segera.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya dengar cadangan Yang Berhormat mengenai cadangan pelantikan hakim-hakim daripada berbilang kaum. Betul ya? Saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat juga akan hendak mencadangkan supaya dalam Bar Council ini juga supaya pimpinannya juga berbilang kaum? Kalau kita lihat presiden-presiden Bar Council ini saya tengok dari tahun 2005 sampai 2015 ini tak adapun Melayu kemudian susunan pegawai pun kalau kita tengok presidennya, timbalan presidennya, setiausahanya semua bukan Melayu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Adakah Yang Berhormat hendak mencadangkan pada Bar Council ini pinda balik rang undang-undang dia supaya presiden Melayu, timbalan presiden bukan Melayu semua bangsa ada di situ. Apa pandangan Yang Berhormat? Adakah Yang Berhormat hendak cadang juga perubahan dibuat kepada Bar Council supaya nampak berbagai-bagai kaum dalam Bar Council ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Seperti di civil servicelah. Yang Berhormat Padang Rengas ada pernah kata this is not civil service it’s Malay civil service. Dalam keadaan yang sama Yang Berhormat Tanjong Karang there is a difference of system dalam satu Majlis Peguam atau NGO di mana demokrasi di mana semua orang layak. Saya sendiri tahu kawan saya sekarang dia adalah seorang Hakim Mahkamah Rayuan. Dia masa itu dia menjadi jawatan nombor duakah nombor tiga dalam Majlis Peguam tetapi telah dilantik di Mahkamah Tinggi lepas itu ke Mahkamah Rayuan. This is something you cannot help tetapi ada the passion for it. Dia perlu ada passion, itu mengambil kira. Saya tahu kawan saya di Ipoh Presiden dia Chairman dia adalah seorang Melayu. We don’t look at the color at all di sana. Apa yang saya tanya adalah pelantikan di mana pelantikan dibuat oleh Judicial Appointment Act. Akan tetapi di Majlis Peguam beza dia Tuan Yang di-Pertua, adalah secara pengundi, you undi, election process, pemilihan. Jadi pemilihanlah kalau orang memilih. Kalau lebih ramai orang yang menjadi anggota di sana. Actually now Bar Council lebih kurang pada pengetahuan saya 60 peratus lebih ada dari golongan Melayu. Kalau mereka mahu Steven Thiru sebagai Presiden macam mana kita hendak elak? Mereka yang membuat keputusan bukan kita.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Setiawangsa.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Ipoh Barat are you implying that appointment sekarang ini based on merit ataupun ada discrimination ataupun we need a quota basis on this. Ini kerana baru-baru ini Oscar Award in United States, the black protest kerana tidak ada black nomination at all. But the academy board saying that discrimination only on merit basis mereka tidak layak. So, macam mana pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat untuk menangani isu pelbagai kaum ini. Adakah on merit basis atau kita letak kuota?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat boleh habiskan dalam masa lapan minit Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya Tuan Yang di-Pertua saya tidak dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh habiskan dalam masa lapan minit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh, boleh dalam dua, tiga minit, empat minit, lima minit boleh habis. Saya tidak setuju kalau kuota, tidak setuju langsung. Saya rasa itu adalah bertentangan dengan prinsip keadilan. Saya rasa perlu dalam merit di mana jika seorang peguam yang, kita tahu ada ramai di antara hakim-hakim Mahkamah Sesyen yang duduk di belakang itu penyelidik dan sebagainya. Very capable people yang pernah tulis banyak buku-buku, very capable people tetapi tidak dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Akan tetapi semasa dia menjadi Hakim Mahkamah Sesyen dia one of the best in the country, tidak ada orang mempersoalkan perkara tersebut. Ini adalah saya rasa yang mungkin tertinggal, mungkin kita hendak kata we are humans we make mistake. I make mistake, I am the biggest making mistake person in the world. Akan tetapi yang mustahak saya mengakui kita perlu mencari menghalusi yang kekurangan tersebut untuk mencari jalan untuk melantik orang-orang yang berkelayakan based on merit tetapi they must be gender sensitive. Kita dari tahun 1956 bila kita meminda Federal Constitution kita mengatakan menggalakkan wanita. Akan tetapi kita cakap di sini di Parlimen tetapi bila hendak melantik mereka tidak ingin melantik mereka tetapi melantik orang-orang yang lain. Itu adalah satu di antara perkara yang perlu diambil. Terima kasih... [Bercakap dalam bahasa Tamil]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, memberi peluang kepada saya untuk bersama membahaskan akta yang dibentangkan sebentar tadi. Apabila akta ini kita bahaskan di Parlimen ini menunjukkan bahawa Bar Council ini ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Bila ditubuhkan di bawah Akta Parlimen maka menjadi tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen untuk kita menggubal, meminda ataupun kita hendak kena memastikan bahawa apa-apa juga institusi, agensi yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen ini ianya tidak lari daripada tujuan ia ditubuhkan. Tadi sahabat saya daripada Yang Berhormat Ipoh Barat saya setujulah Yang Berhormat kata ianya dibuat secara pemilihan. Akan tetapi adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cara pilihan raya yang dibuat, pemilihan yang dibuat oleh Bar Council pada hari ini, secara pemilihan. Bar Council dahulu Ahli Parlimen juga mempertikaikan cara-cara SPR menjalankan pilihan raya. Sampai hari ini pun tidak habis lagi mempertikaikan bagaimana SPR menjalankan pilihan raya. Akan tetapi apabila pemilihan di Bar Council adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cara pilihan raya yang dibuat? Di mana cara pilihan raya dengan cara sistem undi posnya yang diadakan sekarang yang mana dahulu saya pernah cadang. Kalau hendak pastikan ramai yang datang ini buatlah undi pos ini macam kita di PDM. Wujudkan di mahkamah-mahkamah di Melaka siapa peguam di Melaka pergi undi dekat Melaka. Bila kita buat PDM bila pilihan raya kita kumpulkan keputusan itu. Kalau hendak suruh datang semua mesyuarat di Kuala Lumpur ini yang kita lihat pemilihan Presiden Bar Council ini sebenarnya tidak mewakili suara seluruh peguam. Saya tengok sejarah yang dipilih ini dapat undi daripada Bar Council pun tidak lebih daripada 25 peratus. Hadir pun hanya berapa peratus daripada 16,000 lawyer yang berdaftar, yang hadir tidak sampai pun lebih kurang 1,000 sahaja. Adakah ini betul-betul menyuarakan suara daripada peguam- peguam? Oleh sebab itu mesti kita pilih, mesti kita kena fikir bagaimana demokrasi ini benar- benar daripada di wujud dalam Bar Council itu sendiri sebelum Bar Council hendak menjadi jaguh kepada perjuangan demokrasi dan juga pemilihan dalam pilihan raya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya bangun untuk tanya pada Yang Berhormat Tanjong Karang mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang kurang faham sistem pemilihan di Majlis Peguam. Saya dapat gambaran Yang Berhormat Tanjong Karang faham sistem ini semua peguam mesti datang ke Kuala Lumpur untuk buat pengundian pos, bukan. Apa yang sebenarnya berlaku adakah Yang Berhormat Tanjong Karang tahu sistem memang undi pos. Semua peguam dapat kertas undi itu dihantar terus kepada mereka, mereka terima dalam pejabat mereka, hanya mereka buka envelop itu pangkah semua yang dia orang hendak undi, masuk balik dalam envelop dan hantar balik kepada Bar Council, senang sahaja. Dengan sistem itu semua peguam lebih kurang 17,000 peguam di seluruh Malaysia boleh dapat undi tidak perlu pergi ke mana-mana. Jadi itulah sistem dia. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Tanjong Karang apa masalah Yang Berhormat Tanjong Karang dengan sistem itu?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih saya faham. Akan tetapi kalau cerita Yang Berhormat ini, saya pertikaikan sistem pemilihan. Yang Berhormat betul itu sebab saya kata betul. Tahun 2004, tahun 2006 bilangan kertas undi pos yang dihantar 12,033 tetapi kertas undi pos yang dikembalikan hanya 3,764. Nampak?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti saya hendak bagi tahu. Baik sebab apa? Ini sebab apa peguam-peguam ini dia malas hendak respons. Siapa yang jawatankuasa yang menentukan pengiraan undi. Macam kita ada SPR untuk satu badan bebas. Ini tidak, Jawatankuasa Bar Council pilih sendiri siapa yang patut kira undi. Wakil calon pun tidak boleh tengok undi. Adakah adil macam ini? Patut dia, saya sudah cadang dahulu patut ada satu badan bebas. Macam kitalah pilihan raya ada satu badan bebas untuk menguruskan pilihan raya, pemilihan di Bar Council. Bagilah hak kepada calon untuk menghantar wakil apabila undi itu dikira barulah ada keadilan. Ini tidak, orang yang calon itu pun tidak boleh tengok berapa undi. Kira main percayalah sahajalah. Kira percaya sahaja apa sahaja keputusan yang telah diputuskan. Ini saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Subang setuju ataupun tidak dengan saya cara pemilihan. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cara pemilihan sekarang ini? Tidak ada satu badan bebas...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah saya bagi dia peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa hendak habis Yang Berhormat. Tambah sedikit kita sambung petang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oh! Masa hendak habis.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh saya jawab soalan itu sebelum kita tangguh, boleh? Saya boleh sebut saya tidak ada masalah dengan sistem itu semua peguam dapat kertas undi dia ada peluang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya faham.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kalau dia tidak mahu undi dan dia tidak mahu hantar balik kertas undi, itu pilihan dia.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itulah jawapan saya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu sahaja memang sistem...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Faham, faham, faham. Yang Berhormat saya hendak bagi respons sebab apa peguam-peguam ini malas hendak hantar kertas undi?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu kena tanya 17,000 peguam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sambung petang Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oleh sebab itu saya kata, saya nak cadang supaya sistem pemilihan pengundian Bar Council ini mesti kita betulkan semula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang sambung petang Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Supaya ada satu badan yang bebas untuk membuat pilihan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Tanjong Karang, Lord... cakap, only the devil knows what is in the mind of a man.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mesyuarat Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sambung hujah saya tadi mengenai- untuk mengkaji semula sistem pemilihan ataupun undian yang dibuat untuk memilih Bar Council. Kita sedia maklum bahawa Bar Council juga selalu mempersoalkan bagaimana sistem pilihan raya kita dijalankan secara aman, secara telus, secara adil tetapi malangnya apabila cara pemilihan Bar Council yang diamalkan selama ini kita lihat mereka juga tidak mengikut seperti mana yang mereka uar- uarkan selama ini. Oleh itu saya mencadangkan supaya pemilihan Bar Council ini mestilah dikendalikan oleh satu badan bebas. Mungkin juga oleh badan Qualified Board iaitu yang satu badan yang diwujudkan di bawah seksyen 4 kalau tidak silap saya, Lembaga Kelayakan. Lembaga Kelayakan harus diberikan tugas juga untuk mengendalikan proses pemilihan ini secara lebih adil. Oleh kerana itu kita dapati daripada sejarah pemilihan Bar Council ini setiap presiden ataupun jawatankuasa ini yang dipilih tidak mendapat sokongan yang menggambarkan sokongan daripada sokongan daripada ahli-ahli majlis ataupun daripada peguam. Saya tengok sejarah ini yang paling tinggi dapat undi ini tahun 2007-2008, Hindun Mohamad. Dia pernah dapat 2,183. Yang lain-lain ini saya tengok undi yang mereka dapat ialah kurang sudah daripada 2,000. Jadi mesti dikaji sampai bila kita hendak biarkan Bar Council ini hanya dimonopoli oleh orang-orang tertentu. Kedua, saya juga hendak cadangkan supaya sijil tahunan, sijil tahunan ini sudah sampai masanya tidak lagi dikeluarkan oleh Bar Council. Saya hendak cadang beri kepada Lembaga Kelayakan ini untuk mengeluarkan sijil tahunan kepada peguam-peguam. Ini kerana ada beberapa kes yang saya lihat mana-mana peguam yang dilihat tidak sehaluan, yang memberikan pandangan-pandangan bertentangan dengan Bar Council maka peguam ini ditekan. Bila hendak renew sijil tahunan dikenakan beberapa syarat. Ini yang kita lihat hari ini, Bar Council terlalu berkuasa. Tidak ada sesiapapun yang berani untuk lawan Bar Council. Apa juga keputusan yang dibuat, ahli-ahli kena akur. Kalau tidak nanti, bila hendak renew sijil tahunan mereka ini akan menerima berbagai-bagai tekanan. Sekali lagi saya hendak cadangkan supaya Lembaga Kelayakan haruslah diberikan tugas untuk mengeluarkan sijil tahunan ini.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Perkara yang ketiga juga kita lihat bagaimana monopoli yang dibuat oleh Bar Council. Mereka selalu bercakap soal hak asasi mempertikaikan sistem monopoli tetapi hari ini kita lihat untuk beli insurans untuk legal firm dan juga peguam ianya dipaksa hanya melalui satu syarikat insurans iaitu syarikat GLT. Mengapa tidak diberikan kebebasan kepada syarikat guaman untuk memilih mana syarikat insurans yang mereka hendak beli. Hanya Bar Council yang boleh tetapkan apa syarat-syaratnya tetapi di mana syarikat yang hendak dibeli insurans itu terpulanglah kepada syarikat guaman itu sendiri. Mungkin boleh jadi kalau orang peguam-peguam beragama Islam maka mereka berminat hendak membeli insurans takaful Islam, mengikut cara-cara Islam tetapi kalau dipaksa hanya satu syarikat ini monopoli yang diwajibkan membeli insurans ini, ini menunjukkan bahawa sistem pentadbiran Bar Council ini adalah satu sistem monopoli yang mendesak peguam mematuhi segala arahan mereka. Jadi ini juga saya hendak minta supaya pindaan-pindaan yang akan datang ini, saya minta kerajaan jangan buat pinda satu, banyak ini. Pihak kerajaan kena tengok mesti buat satu transformasilah mengenai Legal Profession Act ini. Tidak boleh pinda satu, dua setakat ini kalau tidak silap tiga kali pindaan kita sudah buat. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri saya minta sangat-sangat supaya buat transformasi yang menyeluruh kerana matlamat dan perjuangan Bar Council ini sudah lari daripada tujuan asalnya. Mereka sudah menjadi suara daripada pihak pembangkang. Mereka sendiri tidak menghormati undang-undang di dalam negara kita. Sebagai contoh yang baru-baru ini kita juga sedia maklum apabila mereka meluluskan usul untuk minta Peguam Negara letak jawatan. Adakah ini satu usul yang betul dan apabila polis menahan dan menyiasat mereka yang terlibat, apa yang Bar Council buat? Dia keluarkan pekeliling suruh buat demonstrasi depan Bukit Aman. Nasib baiklah ramai peguam ini yang ada otak sedikitlah, yang tahu ini tindakan tidak betul. Akan tetapi saya tengok Ahli Parlimen Puchong dan Ahli Parlimen Segambut pun datang juga. Bagaimana seorang peguam, seorang Ahli Parlimen boleh tidak menghormati undang-undang dan juga peraturan negara. Kalau kita tidak puas hati dengan tindakan polis, kita bukannya buat demonstrasi. Ini Bar Council, sepatutnya mengikut undang-undang yang betullah. Peguamnya ramai, ada sistem kita, prosedur kita. Adakah Bar Council ini hendak melahirkan satu budaya demonstrasi jalanan yang diwarisi daripada PKR yang kita tahu.

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terus kepada poinnya. Yang Berhormat Tanjong Karang ada menyatakan bahawa Bar Council telah meminta supaya diadakan demonstrasi. Ini tidak betul kerana Naib Presiden Majlis Peguam telah keluarkan kenyataan bahawa tidak ada apa-apa permintaan untuk apa-apa rally atau demonstrasi dijalankan, hanya maklumat diberikan kepada peguam- peguam bahawa beberapa peguam yang telah mengeluarkan usul di AGM akan disoal di Bukit Aman di bawah Akta Hasutan, itu yang berlaku.

Yang kedua saya nak tanya, apa masalah jikalau pun dalam kes ini tidak ada permintaan untuk demonstrasi. Akan tetapi jika Bar Council atau sesiapa meminta supaya demonstrasi diadakan, apa salahnya. Di bawah fasal 10 Perlembagaan Persekutuan, itu hak mana-mana rakyat Malaysia untuk mengadakan demonstrasi dan ia adalah sebahagian daripada mana-mana negara demokrasi. Kenapa selalu kawan-kawan kita di sebelah sana, bila orang cakap fasal demonstrasi menyatakan seolah-olah ia adalah sesuatu bencana kepada negara.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Ini pandangan yang positif, terima kasih Yang Berhormat kerana memberi pandangan macam ini. Kita patut berterima kasih kepada Yang Berhormat Pekan sejak beliau menjadi Perdana Menteri, dia memberikan peluang untuk rakyat mengadakan demonstrasi aman. Kita ada satu akta demonstrasi aman. Patutnya Bar Council kalau hendak buat, buatlah, mohonlah.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ikut Notis yang betul, sistemnya betul, ajaklah yang betul. Bukan berkumpul 10–20 orang untuk buat kecoh di depan Bukit Aman ini, untuk apa? Ini maksud saya sepatutnya. Walaupun Yang Berhormat kata tidak ada satu source asing tetapi kita tahu ramai peguam yang telah pun dapat makluman ini untuk datang beramai-ramai. Inikah cara Bar Council menguruskan ahli-ahlinya dengan menggalakkan, melanggar undang-undang yang sedia ada. Inilah yang saya maksudkan. Sebagai sebuah badan yang kata menegakkan keadilan, mesti menghormati undang-undang. Jadi kita tengok usul yang meminta supaya Peguam Negara letak jawatan, jadi adakah ini cara yang betul? Saya pun tidak tahulah, saya lihat bahawa dalam Lembaga Kelayakan, saya tengok pengerusinya ialah Peguam Negara. Salah seorang ahlinya ialah Presiden Bar Council, macam mana ini? Kalau ahli sendiri dah tidak bersetuju dengan Pengerusi Lembaga Kelayakan, mengapa itu dipersoalkan. Saya kalau disoal, dibuat satu usul untuk meminda Artikel 154 kalau saya tidak silap, kuasa-kuasa ‘Peguam Negara’ itu saya boleh terima tetapi usul untuk letak jawatan, bagaimana. Kalau kita lihat beberapa kes mengenai kuasa Peguam Negara ini, kalau kita lihat seorang ahli majlis kanan, Majlis Peguam iaitu Tommy Thomas pernah menulis di dalam laman web Majlis Peguam. Kehakiman telah menolak apa-apa jemputan untuk mengkaji semula kuasa budi bicara Peguam Negara. Tiada mana-mana orang atau badan pun termasuk mahkamah yang boleh memaksa Peguam Negara memulakan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan yang beliau enggan memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding yang beliau enggan teruskan. Dalam kes-kes mahkamah, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian yang menyebut perkara sama dalam kes Long Samat melawan Public Prosecutors ini 1974 iaitu “Bahawa mahkamah tidak boleh memaksa Peguam Negara memulakan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan yang beliau enggan mulakan atau untuk meneruskan apa-apa prosiding yang beliau enggan teruskan.” Seorang lagi bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dalam kes Public Prosecutor melawan Zainuddin 1986 pula menyebut, “Keputusan Peguam Negara tidak terbuka kepada semakan kehakiman.” Berhubung persoalan yang sama juga, usul peletakan jawatan Mohamed Apandi, ini bersifat menghasut ataupun tidak terpulanglah kepada mahkamah sebagaimana bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kes Public Prosecutor melawan Lim Guan Eng 1998 pernah menyebut, “Kecaman terbuka ke atas Peguam Negara kerana menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah satu kesalahan di bawah seksyen 3 Akta Hasutan 1948.” Jadi saya tidak tahulah, mereka baca tak kes-kes ini. Walaupun saya peguam, saya dah tak praktis tetapi mestilah tengok kes tetapi mengapa Peguam Negara boleh membuat usul. Kita sebuah badan yang menghormati undang-undang, bagaimana kita sendiri diketawakan oleh orang luar. Itu sebab peguam-peguam yang lain dah menyampah nak datang mesyuarat Bar Council ini. Kita tengok ada kumpulan D100 pun telah ditubuhkan. Bila D100 ditubuhkan mendapat tekanan daripada Bar Council kerana peguam-peguam dah nampak dah bahawa Bar Council hari ini double standard dan menjadi alat kepada pembangkang, menyuarakan perjuangan pembangkang. Akan tetapi apabila kena batang hidung mereka, mereka tidak bertindak seperti yang sepatutnya. Adakah ini merupakan kali pertama Peguam Negara menolak kes, kalau kita hendak lihat yang melibatkan pemimpin. Kita masih ingat lagi Tan Sri Gani Patail ketika menjadi Peguam Negara pernah pada 2008 mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran dakwaan secara bersumpah di mahkamah oleh bekas Ketua Pengarah BPR, Dato’ Shafee Yahaya bahawa Dr. Mahathir menyalahgunakan kuasa dengan mengganggu siasatan BPR ke atas seorang bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU). Masa itu tidak ada pula nak buat usul supaya Peguam Negara ini dipecat. Mengapa bila kena kes Apandi Ali ini nak dibuat usul untuk pecat. Di mana perjuangan ini untuk menegakkan keadilan. Seolah-olah bila terkena batang hidung mereka, mereka kata mereka betul. Bila tidak pilih mereka, tidak betul. Kalau saya tidak silap, dulu pun ada satu usul ataupun resolusi yang dibuat oleh Majlis Peguam Negara, oleh Bar Council, bekas-bekas hakim kalau tidak silap saya.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Ipoh Barat yang semua lawyer ini, tidak silap ada satu resolusi yang mengatakan bahawa bekas-bekas hakim ini sepatutnya janganlah appear depan mahkamah. Yang duduk atas hakim-hakim ini semua junior dia tetapi bila kes Anwar Ibrahim, bekas Hakim Sri Ram mewakili Anwar Ibrahim, eh diam pula Bar Council. Cubalah agaknya Sri Ram ini mewakili pemimpin Barisan Nasional yang didakwa, saya ingat dah demonstrasi dah di depan mahkamah tetapi bila kena batang hidung ini, Yang Berhormat Ipoh Barat apa cerita ini double standard oleh Bar Council? Jadi, kalau kita hendak tegakkan keadilan, kita mestilah tegakkan keadilan yang betul. Seperti mana Yang Berhormat Muar hari itu memberitahu kepada kita, bukannya kali pertama Peguam Negara menolak kes. Kalau yang saya catat apa yang disebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Muar hari itu disebut, dia kata ada 33,000 kes yang dihantar kepada Peguam Negara, disiasat. Daripada itu ada 1,700 kes didakwa, 1,200 kes tidak dakwa, ditolak. Bila 1,200 kes ini ditolak, maka 1,200 kes ini dibawa kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), dikaji semula. Bila dikaji semula, 70 kes PPO dapati ada kes untuk disiasat, untuk dikaji semula.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Akan tetapi apabila dibawa balik kepada Peguam Negara, sembilan kes sahaja yang ada prima facie untuk didakwa. Daripada sembilan kes ini, empat didapati bersalah, yang lain tidak bersalah. Peraturan mesyuarat?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peraturan mesyuarat berapa Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Cakaplah peraturan mesyuarat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

36(2). Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Majlis Peguam telah pun memfailkan kes terhadap Peguam Negara. Maka saya pohon agar Yang Berhormat Tanjong Karang jangan sentuh mengenai perkara tersebut kerana itu sub judice.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengalih ke topik yang lain, okey.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya boleh terimalah tetapi hari itu bila kes 1MDB, kita kata itu sub judice, belah sana bukan main lagi berlawan dengan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak bolehlah, bila kena batang hidung sendiri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu semua terpulang kepada fakta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Itu pun dah buat ruling oleh Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, maksud saya, saya akurlah. Saya tidak adalah macam pembangkang sampai nak bertengkar dengan Tuan Yang di-Pertua, sampai kata Dewan ini tidak adil, tidak bolehlah macam itu. Saya akur, okey, kalau Yang Berhormat kata itu sub judice, saya terima. Jadi saya boleh ubah tetapi saya harap bila sebelah kita pula buat usul 36(2) kalau kena kes-kes mahkamah, tak usahlah bantah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta maaf. Boleh saya pohon semua pandangan yang diberi sebelum ini oleh Yang Berhormat Tanjong Karang ditarik balik kerana ini adalah sub judice dan satu perkara yang patut tidak boleh dibahas soalan selanjutnya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah, saya daripada segi undang-undang kalau hendak bantah, bantah on the spot. Bukan sudah lepas baru suruh tarik balik. Jadi okeylah, Yang Berhormat bantah stop setakat inilah. Sudah lepas itu, Yang Berhormat tidak mahu bantah itu salah Yang Berhormat. Takkan Yang Berhormat hendak lekeh saya pula hendak ikut cakap Yang Berhormat. Ini kadang-kadang kita buat bantahan pun kadang-kadang kena ikut peraturan betullah. Macam hari itu kecoh sampai Yang Berhormat Bagan keluar kerana dia tidak puas hati dengan Yang Berhormat Menteri KPKT kata dia bohong. Saya sudah cakap hari itu, kes sudah lama 16 hari bulan dia ungkitnya kemudian. Kes kalau unparliamentary ini dia kena object on the spot, on the spot bergaduh masa itu, suruh tarik masa itu. Bukannya apabila ada orang bantah kemudian kes ini tutup, esok datang lawan lagi. Tidak boleh macam itu, kita ada peraturan-peraturan kita. Akan tetapi pihak pembangkang ini mana dia hendak ikut undang-undang, mana dia hendak ikut peraturan. Dia rasa dia cakap hak dia, mesti betul. Sedangkan saya hendak balik kepada Bar Council mungkin Yang Berhormat peguam-peguam, Yang Berhormat pun tahu yang insurans ini yang saya nyatakan tadi. Mengapa hanya syarikat GLT insurans sahaja yang kita peguam-peguam kena beli? Bagilah open, takaful pun boleh beli kalau peguam Muslim dia lebih suka kepada insurans takaful tetapi ini menunjukkan kuasa yang ada. Tadi saya juga bangkit Yang Berhormat kata fasal kursus CPD. Betullah seperti Yang Berhormat kata sentiasa hendak bagi ilmu-ilmu yang baru tetapi saya tahu, saya rasa ada di sebalik motifnya mengapa CPD ini diperkenalkan. Paksa ini, paksa semua lawyer muda bawah lima tahun ini kena menghadiri kursus ada point. Kalau tidak cukup point, hendak kena denda pula RM500. Saya rasa yang ini ialah kerana dua sebab. Pertama apabila kursus-kursus, seminar-seminar yang dibuat oleh Majlis-majlis Peguam, tidak ada sambutan. Bukan sahaja mesyuarat agung orang meluat hendak pergi, seminar-seminar pun tidak ada sambutan sebab peguam-peguam pun sudah meluat dengan Majlis Peguam ini. Bukan setakat politik sahaja, sampai dinner pun cakap politik, makan malam pun cakap politik, ceramah politik. Ini badan politik kah atau badan menegakkan keadilan? Jangan lupa dalam Bar Council itu ramai juga yang pro kepada kerajaan yang menyokong Barisan Nasional bukannya semua menyokong kepada pembangkang, kenalah lebih adil. Jadi cara senang, okey paksa. Paksa CPO, kalau tidak ikut CPD, tindakan akan diambil macam-macam syarat. Itu pertama. Kedua, dia buat business. Apabila kursus hendak kena bayar. Akan tetapi cuba kerajaan buat, kerajaan telah menaikkan harga, menaikkan kos sara hidup. Bukan main lagi jadi pembelaan, rakyat tertekan, tertindas. Ini peguam-peguam mudalah, yang baru keluar universiti, yang baru buka legal firm, baru hendak belajar hendak cari business, sudah hendak kena menghadiri pula satu kursus khas. Kemudian, ada dokumen kena bayar pula itu kursus ini bukannya free. Jadi mana ada keadilan? Akan tetapi kita tahu sebab diperkenalkan ini kerana kursus-kursus yang dibuat oleh Bar Council ini orang sudah tidak minat. Oleh sebab itu apabila undi itu dibuat, saya lihat di sini 295 undi menyokong dan 294 menentang, satu undi sahaja lebih. Ada cadangan, “Eh, recount baliklah undi ini”, sebab orang yang datang itu tengok lebih ramai yang tidak menyokong daripada yang menyokong. Akan tetapi apabila undi itu dibuat dikira undi, yang menang pula yang usul tersebut, menang satu undi. Orang nampaklah siapa ramai yang angkat tangan kerana apa? Ini kerana tidak ada ketelusan dalam sistem pemilihan undian yang dibuat oleh Bar Council. Ini sebab apa diam?

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Padang Serai.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya rasa saya perlu memperbetulkan fakta di sini. Kursus CPD ini bukan syarahan politik oleh Bar Council. Kursus CPD ini dia melibatkan kursus-kursus dan seminar-seminar atas pelbagai aspek skills teknikal dalam menjadi seorang peguam bela atau peguam cara. Umpamanya akan ada kursus mengenai Corporate Law, Commercial Law, Advocacies Skills dan sebagainya.

Ia adalah sepenuhnya mengenai untuk memastikan bahawa peguam itu yang memberi khidmat profesional kepada rakyat, mempunyai skills yang mencukupi walaupun sudah called to the Bar dan habis pengajian di universiti dan sebagainya. Itu adalah keadaan yang sebenar dan kita pernah tengok seminar-seminar yang diorganize sebelum ini secara voluntary basis tidak pernah ada isu seperti ini iaitu orang tidak memberi sambutan bagi seminar oleh Bar Council. Saya rasa tidak tepat fakta itu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya lah Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh cakaplah. Saya dahulu pun- kursus-kursus pun Yang Berhormat saya sokong, patut ia ada. Akan tetapi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, kursus-kursus yang ia ada sekarang ini tidak dapat sambutan. Mesyuarat agung pun tidak dapat sambutan sebab saya kata ramai peguam sudah meluat dan menyampah melihat perangai Bar Council yang menjadi suara kepada pembangkang. Yang Berhormat cuba lihat, kalau itu cadangan yang baik, takkan yang sokong 295 undi, yang tidak sokong 294 undi. Menang satu undi sahaja? Menang satu undi sahaja ini Tuan Yang di-Pertua. Kalau ini satu cadangan- kerana peguam-peguam yang hadir itu sudah nampak muslihat apa yang Bar Council buat. Yang ini pun saya hendak tengok kepada...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jelebu bangun. Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelebu bangun, belakang Yang Berhormat Jelebu. Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sebagai seorang peguam, Yang Berhormat Tanjong Karang, saya ingin meminta pandangan Yang Berhormat bahawa pindaan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang ini yang dibawa kali ini seolah-olah mahu membantu Bar Council di atas beberapa kesilapan terutama tentang tarikh-tarikh pelantikan pengerusi dan tatatertib dan Lembaga Tatatertib. Mereka tidak mengambil perhatian tentang kuasa tarikh pelantikan mereka sehingga perlu dipinda satu rang undang-undang bagi menyelamatkan, bagi memastikan keputusan- keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib Bar Council yang begitu banyak tindakan disiplinnya sudah diambil, begitu banyak ahli-ahlinya sudah delisted. Sedangkan pada ketika itu mereka tidak menyedari tarikh-tarikh pelantikan mereka ini sudah tidak lagi di dalam bidang kuasa. Jadi ini menyebabkan kalaulah Dewan hari ini tidak membantu, beginilah baiknya kerajaan melihat prihatin. Kalau hendak diikutkan hati, Bar Council ini tidak perlu diselamatkan... [Disampuk] Begitu vokalnya, begitu tidak kenanya, semua tidak betul kerajaan. Dengan angkuhnya... [Disampuk] sombongnya. Seolah-olah orang lain tidak tahu undang-undang belaka, dia sahaja yang tahu. Akan tetapi hari ini kerajaan datang ke sini untuk menyelamatkan kesilapan mereka di mana mereka di bawah Lembaga Tertib pengerusi dan sebagainya telah membuat keputusan-keputusan menggantung dan sebagainya semua lawyer yang berkenaan yang begitu banyak beribu kes yang mereka selesaikan. Pada hal mereka ketika itu pun tidak tahu yang kedudukan mereka tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah fasal 3 dan seksyen 103A ini. Jadi kalaulah hari ini Dewan tidak meluluskan pindaan-pindaan ini, dia akan mungkin mengundang krisis undang- undang dalam negara kita. Ini implikasinya, tidak juga baik lagi kerajaan. Saya pun tidak tahulah hendak cakaplah dengan Bar Council. Bukalah mata, bukalah pintu hati tetapi kita membantu menyelamatkan keadaan ini kerana kita melihat kepentingan negara dan kepentingan keluhuran undang-undang itu sendiri. Akan tetapi kalau melihat pada Yang Berhormat Bukit Katillah, memang tidak sokong bill ini. Lagi mana lagi pakar undang-undang? Kalau melihat, bagaimana pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang dalam isu pindaan kali ini? Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebenarnya saya nyatakan tadi, pindaan ini tidak boleh buat satu-satu macam ini. Dia kena buat betul-betul transformasi seperti mana yang saya cadangkan. Sistem per sistem yang mengeluarkan sijil, kena ambil kuasa ini daripada Bar Council bagi kepada Lembaga Kelayakan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya sudah kata tadi masih ada transformasi yang menyeluruh kerana hari ini saya kata Bar Council sudah lari daripada asal tujuannya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya pun tidak pasti. Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Jelebu kata tadi bahawa Bar Council kena ingat, mereka wujud itu kerana adanya Akta Parlimen. Akta Parlimen kita yang buat, kita yang lulus. Apa guna kita ada kuasa di Parlimen tetapi kita lihat orang kita amanahkan menjalankan tugas ini lari daripada tujuan yang telah kita berikan amanah kepada mereka melalui Akta Legal Profession hari ini. Jadi saya minta mesti dipinda betul-betul, dikaji, sesuka hati dia buat. Saya tidak pasti sama ada...

...Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak bagi habis cepat, saya hendak bagi habis sikit.

Okey.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak minta, saya hendak balik kepada CPD tadi. Saya tidak tahulah, ini juga kena tengok sama ada boleh kah dia buat satu undang-undang ini. Adakah ini boleh menjadi ultra vires kepada Legal Profession Act, membuat satu undang-undang yang begitu mudah sekali? Jadi kerana itu mesti dibuat menyeluruh kerana kita melihat hari ini Bar Council cakap tidak serupa bikin sama macam pembangkang. Menjadi jurucakap kepada pembangkang, tidak berapa patuh undang-undang, hanya memberi keadilan, pembelaan kepada seseorang yang mereka melihat menjadi pemimpin kepada mereka. Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tanjong Karang, kalau macam itulah hujah yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Yang Berhormat Jelebu, boleh tidak kita mencadangkan supaya tubuh Bar Council lain supaya dia tidaklah ada masalah dengan kerajaan? Minta pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dulu sudah ada ura-ura hendak tubuh satu lagi badan tapi bagi saya tidak perlulah, itu tidak perlu. Ini kita yang buat, undang- undang ini, akta ini kita yang lulus. Mengapa kita hendak pening kepala, hendak pergi buka undang-undang, pergi buat badan-badan yang lain? Ini akta ini, pinda secara menyeluruh. Mesti buat transformasi Yang Berhormat Menteri. Dewan Negara pun kena tengok betul-betul dan datang ke Dewan ini dan kita bahaslah. Jadi dulu kita, bila kita tubuh dua badan, sudah kita tengok sudah kerajaan takut pula dengan Bar Council. Hendak tubuh satu badan yang kononnya prokerajaan. Tidak perlu bagi saya. Ubah saja akta ini, pinda dan kita lihat kuasa-kuasa yang ada kerana kita nampak hari ini Bar Council cakap tidak serupa bikin. Bercakap soal kebebasan media, bebas mesyuarat media dan kita lihat mesyuarat Bar Council saya difahamkan, saya tahu partner saya pergi, saya punya anak pun peguam juga pergi mesyuarat. Itu fasal banyak dapat maklumat. Memang saya suruh mereka pergi tengok. Yang mereka ini cakap pandai sangat, betul kah mereka laksanakan? Mesyuarat dia Tuan Yang di-Pertua, press pun tidak boleh masuk. Semua dihalau keluar, mana kebebasan? Lagi tidak ada demokratik. Kita paling tidak kita benarkan press. Cuba kita buat halau press macam itu. Tengok, belah sana, melompatlah mereka. Merekalah yang akan menjadi jaguh. Kita tidak mahu layan soalan pemberita pun, sudah bantai kita sudah. Ini contoh, mana yang dikatakan keadilan ini? Badan yang kononnya menegakkan keadilan tapi mereka sendiri tidak menghormati undang-undang dan berlari daripada prinsip- prinsip yang patut menegakkan keadilan. Jadi oleh itu, saya berharap supaya Bar Council mesti dibetulkan semula dan kita kena berani membuat satu transformasi secara besar-besaran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang akhir, ini mengenai disiplin. Saya tengok betul, kalau kita tengok bab disiplin ini memang ada tetapi sekarang ini kita lihat, bab disiplin ini ada, kalau kita tengok ini. Saya pun baca juga, saya melihat akta ini, kot-kot saya silap.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya, bila saya pun mengkaji, bukan saya kata kaji, rang undang-undang ini dekat tangan saya, saya baca, saya tengok undang-undang ini dan saya sudah ringkaskan. Ini fasal disiplin, jelas seksyen 46A(1)(c)(iii), LPA dia ada sebut, ini memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk mengisytiharkan sesuatu gerakan itu bersifat politik dan mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Majlis Peguam yang memegang jawatan dalam organisasi tersebut. Isu kebebasan Bar Council pada unsur politik ini juga telah diputuskan dalam kes Malaysian Bar melawan Kerajaan Malaysia 1987 yang telah diputuskan bahawa tidak boleh berpolitik. Saya ambil satu contoh, ada satu aduan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Peguam yang terlibat dalam BERSIH. Dia masuk, ini 46 yang saya kata tadi ini, 46A(1)(c) ini, sebut iaitu jika iaitu ahli Bar Council terlibat dalam mana- mana badan yang berpolitik boleh diambil tindakan. Itu satu aduan dibuat. Ini satu peguam ini dihantar iaitu aduan dibuat kerana ada Majlis Peguam yang terlibat dengan Bersih. Ia juga dia dihantar oleh seorang peguam, Mohd. Khairul Azam bin Abdul Aziz, dihantar pada 30 Mei 2012. Namun tiada sebarang tindakan atau maklum balas diberikan oleh Peguam Negara terhadap aduan tersebut. Ini bermakna Peguam Negara diberi kuasa untuk bertindak, untuk mengambil tindakan terhadap Bar Council ini. Jadi saya harap Peguam Negara yang baru ini, ini yang mungkin dia orang takut ini, Peguam Negara baru ini dia tengok tegas. Gunakanlah kuasa yang ada dalam Legal Profession Act ini supaya mengambil tindakan kepada mana-mana Bar Council yang menggunakan badan yang kita tubuhkan di Parlimen lari daripada tujuannya menjadi jurucakap kepada pembangkang. Maka tindakan tegas mesti diambil supaya maruah Bar Council ini dapat kita kembalikan. Jadi dengan itu saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Reformasi Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain. Saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai pindaan rang undang-undang berkaitan dengan Akta Profesion Undang-undang. Saya ingin mulakan dengan memberikan suatu pandangan bahawa apa yang menjadi inti kepada pindaan ini adalah soal the right to appeal ataupun hak untuk merayu khususnya dalam kes-kes yang berkaitan dengan prosiding Lembaga Disiplin ataupun Disciplinary Board. Cuma saya ingin tanya kepada kerajaan kalau kita dengar sebentar tadi, daripada pagi tadi Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli-ahli Parlimen terutama di sebelah kerajaan yang mempertikaikan keberadaan ataupun relevannya Majlis Peguam ini. Saya ingin bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa wujudnya Majlis Peguam ini sebenarnya penting untuk melakukan apa yang disebut sebagai check and balance, dengan izin, dalam setiap perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Misalnya dalam seksyen 42 yang telah pun dimaklumkan tadi bahawa kewujudan Majlis Peguam itu adalah untuk uphold dengan izin the course of justice with the regard to its own interest or that of its members uninfluenced by fear or favor. Cuma saya ingin berkongsi dengan Dewan bahawa undang-undang LPA ataupun Legal Profession Act ini sebenarnya yang telah pun digubal pada tahun 1976, dia bukannya satu rang undang-undang yang baru. Malah spirit nya telah pun ada semenjak wujudnya ordinan, advocate dan solicitor pada tahun 1947 di mana pada ketika itu ordinan ini telah memperincikan bahawa Majlis Peguam ataupun peranan Majlis Peguam itu bertujuan untuk menyemak dan sekiranya difikirkan kukuh ataupun kuat sesuatu undang-undang itu, ataupun sesuatu isu undang-undang, maka dia bolehlah memberikan pandangan dan juga cadangan kepada kerajaan untuk memastikan undang-undang yang digubal itu mematuhi prinsip- prinsip asas keadilan.

Maknanya dalam konteks itu undang-undang yang lama ini memperuntukkan bahawa wajib untuk kita merujuk kepada Majlis Peguam. Bezanya undang-undang itu kemudiannya telah pun dikecilkan ataupun kuasa itu telah pun dikecilkan daripada kuasa menasihati maknanya wajib untuk mendapatkan nasihat dan sekarang ini hanya by invitation sahaja. Misalnya dalam seksyen 42(1)(d), Legal Profession Act, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua telah pun digubal di mana peranan Majlis Peguam itu hanyalah sekadar advise the government and the courts where necessary in matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia.

Sebab itu dalam konteks ini kita lihat semakin hari kita lihat kuasa Majlis Peguam itu walaupun saya setuju dengan pandangan-pandangan Ahli Dewan Rakyat yang lain bahawa digubal oleh Parlimen tetapi kuasanya semakin hari semakin dikecilkan oleh Dewan Rakyat ini. Saya percaya apabila saya sebut dalam perbahasan Titah Diraja yang lalu bahawa apabila Perdana Menteri menyebut soal transformasi pada tahun 2012, transformasi politik dan sebagainya kita bergerak ke hadapan. Bila kita bergerak ke hadapan Tuan Yang di- Pertua itu bermakna institusi-institusi penting yang telah digubal oleh Akta Parlimen misalnya Majlis Peguam ia seharusnya bergerak ke arah perubahan yang lebih terbuka dan bukan lebih tertutup. Kalau kita lihat semakin tahun daripada tahun 1947 kalau pada awalnya itu wajib untuk kita rujuk pada Majlis Peguam sekarang ini hanyalah sebaik invitation sahaja. Malah, ada lagi amendment, ada lagi pindaan-pindaan yang telah menyebabkan bahawa dalam kes atau pun dalam peranan Majlis Peguam ini misalnya yang terbaru tentunya pendirian undang- undang yang terkini where requested to do so, to express its view on matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia dengan izin. Maknanya sudah tidak ada lagi dah soal by invitation dan sebagainya tetapi bila direquest, bila diminta sahaja. Kita lihat apabila itu berlaku, apabila tidak ada two sides of the coin dengan izin, bila tidak ada satu pandangan yang berbeza, maka kita dapat menyaksikan pelbagai undang- undang yang digubal ini tidak menepati piawaian atau pun tahap keadilan yang sebenar. Misalnya kita lihat ada pelbagai undang-undang. Kalau ikut nota saya ini ada 12 undang- undang yang saya boleh recall di mana kerajaan sepatutnya mendapat pandangan daripada Majlis Peguam tetapi tidak berbuat sebegitu. Internal Security Act, Dangerous Drugs Act, Police Act dan sebagainya, Printing Presses and Publication Act, ada lebih kurang 12 undang-undang ini yang mana kerajaan lulus dan tidak memanfaatkan peranan Majlis Peguam ini. Jadi, saya tidak mahu Yang Berhormat Menteri yang mencadangkan pindaan undang-undang ini, saya tidak mahu bahawa dengan pindaan ini akan menyebabkan berkurang lagi kuasa atau pun kebebasan Majlis Peguam itu di dalam membuat keputusan atau mengawal peguam-peguam di dalam kawalan Majlis Peguam ini. Misalnya saya ingin ingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa tokoh atau pun antara Ketua Hakim Negara yang tersohor di Malaysia iaitu Tun Suffian telah memberikan pandangan bahawa every government in the world swears belief in the independence of the judiciary. Maknanya, setiap kerajaan dalam dunia ini percaya kepada independent of judiciary, kebebasan kehakiman. Akan tetapi, but some governments work subtly to undermine it. Akan tetapi sebahagian daripada kerajaan dia buat cara yang kemas, efektif untuk menekan kebebasan kehakiman ini. Ini yang kita tidak mahu kerana kita lihat dengan pindaan undang- undang ini maka kebebasan Majlis Peguam itu untuk mengawal selia atau pun mengurus anggota-anggotanya tidak dapat mencapai satu keadaan di mana mereka bebas untuk melakukan mengikut sistem undang-undang yang sedia ada. Saya ingin ingatkan Yang Berhormat Menteri kerana antara guru saya, saya kena sebut dalam Dewan ini, guru undang-undang saya adalah Almarhum Tan Sri Harun Hashim yang telah mengajar saya tentang professional practice, Kanun Acara Jenayah dan sebagainya. Saya masih ingat ketika beliau memberikan kuliah, beliau mengatakan apabila kerajaan mengemukakan pindaan terhadap undang-undang maka sudah pastilah ada niat dan sebab itulah kalau satu hari kamu semua menjadi wakil rakyat atau anggota Parlimen mesti ada pandangan itu, bahawa sebarang pindaan you must exercise dengan izin, with care and caution. Dia mesti ada sebab, dia mesti ada niat.

Sebab itu pada hari ini saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah sebenarnya niat yang tersirat di sebalik pindaan ini? Sementara saya bersetuju dari segi prinsip the right to appeal. Maknanya prinsip untuk dibenarkan membuat rayuan itu boleh. Itu satu prinsip yang penting. Akan tetapi saya ingin tanya kepada kementerian bahawa kita baru-baru ini pada tahun yang lalu kita telah dengar atau pun membaca satu kes di mana kes ini tentunya membabitkan bos saya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun memfailkan satu aduan kepada peguam Shafee di depan Advisory Board, di depan Lembaga Penasihat Majlis Peguam. Apa complaint dia. Complaint dia atau pun aduannya ialah kemungkinan Shafee ini acting in conflict of interest. Maknanya bertindak kerana ada conflict of interest dan breach of rules of etiquette in accepting the appointment from Attorney General Abdul Gani Patail to be Deputy Public Persecutor and conduct the sodomy to trial for the prosecution in the Court of Appeal and the Federal Court. Maknanya, ada conflict of interest. Jadi, dia membuat aduan terhadap Lembaga Tatatertib atau Lembaga Disiplin Majlis Peguam ini. Dalam kes ini apa yang telah dilakukan oleh Shafee dan saya tahu Shafee ini kebetulan dia mewakili ramai pemimpin UMNO, kita tidak akta dia UMNO tetapi kemungkinan dia cenderung kepada sebelah sana. Akan tetapi saya hendak sebut bahawa Shafee ini telah pun memfailkan satu bantahan terhadap Pengerusi Disciplinary Board ini. Pengerusi Jawatankuasa atau pun Lembaga Disiplin ini. Oleh kerana bantahan ini telah difailkan dan kemudian didengar di mana pengerusinya itu telah pun menolak bantahan ini, maka kita tengok tidak ada recourse, tidak ada laluan untuk peguam Shafee membuat apa-apa kecuali meneruskan dengan perbicaraan atau pun meneruskan dengan prosiding disiplin ini. Ini saya hendak minta kementerian tolong jelaskan apakah undang-undang yang dipinda sekarang ini atau dicadangkan bertujuan untuk solve this purpose. Bermakna dengan undang-undang ini maka Shafee tidak perlu lagi tunggu sehingga selesai perbicaraan ini tetapi ada ruang untuk dia membuat rayuan terhadap keputusan yang telah pun ditolak oleh Pengerusi Lembaga Penasihat ini. Saya ingat ini penting kerana sementara saya setuju dari segi prinsip, right to appeal tetapi jangan kita melakukan atau pun membuat pindaan undang-undang yang bertujuan untuk serve the interest of certain people. Dalam konteks ini saya bercakap tentang the interest dan kepentingan peguam Shafee ini. Saya ingin tegaskan bahawa dalam konteks kita kalau kita buat perbandingan dalam Dewan Rakyat sekarang ini, apa sahaja yang dimaklumkan atau yang diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua itu adalah muktamad. Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Tidak kisah lah kita masuk apa-apa usul pun dia akan diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dan muktamad. Kecuali kita tidak puas hati kita bawa ke dalam mahkamah di luar sana. Sebab itu dalam konteks ini kalau kita bandingkan Parlimen sebagai satu institusi dan Majlis Peguam itu sebagai satu badan yang dikawal oleh Akta Parlimen yang sepatutnya berperanan secara sendiri, kalau ada kes-kes disiplin ini saya tidak nampak apa keperluannya untuk dibenarkan dalam konteks pindaan ini untuk dibenarkan membolehkan rayuan dibuat terhadap apa-apa keputusan Lembaga Tatatertib yang menolak apa-apa permohonan atau aduan pada mana-mana peringkat. Saya tidak nampak apa relevannya. Sebab setelah selesainya perbicaraan di hadapan Lembaga Tatatertib tentulah pihak-pihak yang aggrieved party, pihak-pihak yang berhadapan dengan masalah atau pun keputusan yang tidak berpihak kepada yang diadu, maka dia boleh sahaja menggunakan mahkamah untuk menentu sahkan keputusan ini. Jadi, dari segi itu saya minta kementerian tolong teliti perkara ini dan saya ingin tahu apa sebenarnya niat. What is the intend and purpose of this pindaan kerana ianya ada kes sekarang ini yang sedang berjalan yang membabitkan perbicaraan berkaitan dengan Datuk Seri Anwar dan juga Tan Sri Shafee yang juga merupakan seorang peguam. Itu yang pertama. Yang kedua saya hendak jawab tadi beberapa pandangan. Saya hendak beritahu bahawa dalam konteks apa yang telah pun difailkan oleh Majlis Peguam berkaitan dengan usul untuk yang memecat atau pun meminta Peguam Negara meletakkan jawatan. Saya fikir begini, sementara beberapa Ahli Parlimen boleh berbeza pendapat dengan saya tetapi dalam konteks usul ini saya ingin tegaskan bahawa Tan Sri Affandi Peguam Negara pernah berkhidmat sebagai Jawatankuasa Majlis Peguam. Pernah berkhidmat. Dia menjadi bendahari. Jadi, Jawatankuasa Majlis Peguam ini lapan penggal Tuan Yang di-Pertua.

Bendahari dua penggal, menjadi members of the bar 21 tahun. Maknanya pada saya itu adalah satu keputusan yang cukup berat, yang diambil oleh Majlis Peguam dalam hal ini bersabit dengan pelucutan jawatan atau pun pemecatan Peguam Negara. Kerana dia bukannya seorang yang asing kepada Majlis Peguam, dia seorang pegawai. Dia merupakan seorang yang...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang ada peraturan. Ya Yang Berhormat Tanjung Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak tanya. Tadi saya hendak ulas isu Peguam Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peguam Negara- Yang Berhormat Tanjong Karang tanya soalan!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Akan tetapi tadi apabila Yang Berhormat Ipoh Barat bangkit, dia kata ini sub judice, 36(2). Jadi, saya tengok ucapan Yang Berhormat Bukit Katil lebih kurang apa saya hendak cakap, boleh. Oleh itu saya ingat jangan sentuhlah isu ini. Kalau saya boleh hormat, saya ingat yang sebelah sana pun kena hormatlah peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tukar tajuk lain Yang Berhormat.

Saya hendak jawab sedikit sebab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak perlu Yang Berhormat, sebab saya sudah putuskan tadi. Yang Berhormat Ipoh Barat atas usul 36(2).

Saya tidak setuju usul Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Saya tidak bersetuju, saya tidak bersetuju dengan usul itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak boleh macam itu Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Saya perlu memberi jawapan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, saya stand here.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak. Saya hendak bagi sedikit sahaja. Ini beza antara kita dengan pembangkang. Saya menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kita janganlah persoal. Kalau hendak persoal, saya boleh persoal tetapi oleh sebab saya menghormati peraturan mesyuarat, maka akurlah. Kenapa hendak argue lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tajuk lain Yang Berhormat.

Saya akur Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Cuma it’s not fair lah, dia cakap panjang tadi saya tidak boleh jawab. Saya hendak jawab dalam Dewan. Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang sudah ulas panjang tentang perkara ini, saya perlu jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, tajuk lain Yang Berhormat.

Oleh sebab dalam konteks Peguam Negara ini, kita tahu Peguam Negara Swiss, Peguam Negara Luxembourg, Peguam Negara French, Perancis, French prosecutor, di Singapura, di Amerika, di Hong Kong, United Kingdom, UAE, semuanya bercakap tentang perkara ini. Akan tetapi dalam Jabatan Peguam Negara, benda ini ditutup. Oleh sebab itu kita bangkitkan dan tidak nampak kita laih dan lekehlah kerana seluruh dunia bercakap tentang perkara ini tetapi Peguam Negara kita tidak berani untuk melakukan sesuatu. Jadi, saya fikir ini suatu perkara yang saya minta Menteri untuk mengemukakan pandangan kementerian tentang perkara ini. Bagaimana respons kita terhadap action ataupun tindakan undang-undang yang telah dibuat di luar negara? Apakah kementerian akan duduk diam dan tidak memberikan apa-apa maklum balas atau memberikan respons, memberikan kerjasama atau memberikan suatu sokongan terhadap apa yang telah dilakukan? Oleh kerana kita bercakap tentang 53 laporan media, kita bercakap tentang 12 buah negara yang telah memulakan tindakan terhadap perkara ini tetapi negara kita seperti biasa, senyap dan membisu. Jadi, saya hendak bangkitkan isu yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, yang berkaitan dengan tadi disebut soal Continuous Professional Development Program (CPD). Saya juga ingin tanya kepada kementerian, sementara saya akui berdasarkan apa fakta yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi, bahawa majoriti peguam ataupun menang by one vote tidak setuju dengan CPD. Saya ingin tanya, apakah Menteri mempunyai maklumat? Apakah program-program yang ditawarkan dalam Continuous Professional Development Program ini? Oleh kerana kalau saya teliti dalam internet, saya tidak tahulah, ini mungkin tepat dan sebagainya tetapi kita lihat program-program yang ditawarkan kepada peguam-peguam yang junior ini, dia punya lingkungan cukup luas sehinggakan 100 ke 200 kursus. Ada yang tentang family law, ada tentang pengurusan firma, ada yang berkaitan tentang accounting, ada berkaitan tentang tort, ada yang berkaitan dengan professional practice. Ada banyak kursus yang pada pandangan saya dari segi prinsipnya... [Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menuntut ilmu daripada dalam buaian hinggalah ke dalam lubang kubur. Jadi, apa masalahnya untuk kita teruskan dan memberikan sedikit penekanan agar Majlis Peguam, mungkin kementerian boleh berunding dan berbincang dengan Majlis Peguam agar pengisian program-program itu dapat dikemaskan supaya ia dapat memberikan hasil yang lebih baik, hasil yang lebih efektif untuk memberikan atau meningkatkan taraf profesionalisme peguam-peguam ini.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Boleh bagi jalan? Terima kasih. Saya tadi tertarik dengan ucapan Yang Berhormat yang quote Allahyarham pensyarah ini, Arwah Dato’ Harun Hashim. Saya pun rapat dengan dia juga. Saya biasa pergi luar negara dengan dia untuk mengkaji undang-undang hudud pada masa itu. Lima buah negara saya dengan beliau. Lama beberapa hari, dekat 10 hari saya dengan dia bercerita pasal undang- undang. Baik salah satu perkara Yang Berhormat kata tadi, setiap undang-undang yang dikenakan itu ada yang tersirat. Adakah peraturan yang diperkenalkan oleh Bar Council, CPD ini ada yang tersirat seperti yang dinyatakan tadi? Oleh kerana yang tersirat yang saya nampak. Pertama, kerana ia punya kursus tidak mendapat sambutan. Kedua, mereka hendak buat business untuk menekan peguam baru. Jadi, apa agak-agak Yang Berhormat yang tersirat dengan peraturan CPD ini?

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya hendak teruskan jawapan ataupun pertanyaan kepada kementerian. Saya akan menjawab juga soalan Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya ulang sekali lagi kepada kementerian, saya cadangkan supaya ada satu kerjasama yang baik di antara Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan juga Majlis Peguam. Agar contents, saya sebut tadi contents. Saya tak nak cerita tentang muslihat dan sebagainya.

Akan tetapi pada saya, kalau diteliti program itu yang beratus jumlahnya. Pada saya, kalau sayalah jadi peguam, tentulah kalau saya cenderung untuk praktis ataupun mengamal dengan lebih profesional, tentunya ilmu-ilmu ini sesuai dan bertepatan dengan keperluan profesionalisme kepeguaman ini. Jadi pada saya, kalau itu boleh dilakukan, sudah pastilah saya yakin. Tidaklah saya bercakap bagi pihak Majlis Peguam tetapi saya yakin benda ini baik. Sudah tentulah kalau ada kerjasama yang lebih menyeluruh dan ini memastikan agar peguam-peguam kita dapat berjalan dan beramal dengan profesional. Itu sahaja pada saya, kalau adapun hasrat tersirat yang boleh saya simpulkan, soal hendak berniaga, soal hendak dapat keuntungan, kita pun tidak tahu betul ataupun tidak. Oleh kerana ini bukan soalnya kita hendak ambil tahu setiap daripada aktiviti berkaitan dengan Majlis Peguam. Kita ada sedikit kepercayaanlah. Kalau betul ada aduan bahawa berlaku salah faham, berlaku penyelewengan daripada maklumat yang sebenar, daripada maksud yang sebenar, maka sudah pastilah akan ada aduan-aduan dan tentulah perkara ini akan kita bawa dalam Dewan Rakyat untuk kita bawa ke perhatian kementerian. Itu yang ketiga. Keempat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin katakan bahawa soal apa yang saya sebutkan di peringkat awal tadi. Kita jangan ambil satu pendirian bahawa agensi-agensi yang kita wujudkan di bawah Akta Parlimen ini, terutamanya Majlis Peguam, musuh kita. Sementara kita akui ada komen-komen yang mungkin tidak sesuai dengan selera dan juga hasrat politik parti pemerintah tetapi bukankah lebih elok kalau pendekatan yang kita ambil itu pendekatan yang lebih strategik, win-win situation. Teguran-teguran yang dibawa oleh Majlis Peguam itu diambil secara positif, dari sisi dan sudut pandang yang positif dan bertujuan untuk memperbaiki undang-undang sedia ada. Saya yakin kalau katakan isu kepimpinan Majlis Peguam, isu Presiden Majlis Peguam dan sebagainya itu menjadi pertikaian, maka sewajarnya kita menggalakkan anggota-anggota peguam, peguam-peguam kita di luar sana dalam jumlah 17,000 orang untuk merancakkan satu kempen, biar mereka terlibat dalam pemilihan Majlis Peguam ini dan mereka uruskan hal mereka secara profesional. Oleh sebab saya tidak mahu ada kecenderungan di kalangan anggota Dewan Rakyat seolah-olah menjadikan Majlis Peguam ini sebagai musuh. Majlis Peguam ini bukan musuh kita. Majlis Peguam ini adalah satu majlis yang akan tentunya memberikan perbezaan pendapat. Adakah kerajaan sekarang ini, parti pemerintah menyatakan bahawa tidak boleh berbeza pendapat? Saya masih ingat kata-kata Yang Amat Berhormat Pekan bahawa sudah sampai masanya kerajaan tahu semua itu. Tidak betul, tidak boleh. Mesti dihentikan. Jadi kalau begitu, kalau setiap perkara berbeza dengan kita ingin kita jadikan musuh, bagaimanakah progress atau istilah yang disebut yang dipopularkan transform itu boleh berlaku? Jadi, inilah saya hendak tegaskan kepada kementerian agar ada satu jalan yang muhibah. Saya hendak minta supaya dikembalikan semula kepada prinsip Advocates Ordinance 1946 atau 1947 yang lalu, bahawa sudah ada satu obligation ataupun kewajipan untuk kerajaan sebelum mengemukakan sebarang rang undang-undang mendapat pandangan yang ketiga untuk memastikan agar undang-undang yang kita kemukakan pertama, mungkin tidak silap. Kedua, dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat, tidak kiralah parti, tidak kiralah bangsa dan sebagainya. Ketiga, untuk memastikan agar tidak ada technical error kerana kerajaan mengemukakan daripada segi perspektif kerajaan. Peguam akan mengemukakan perspektif daripada segi amalan mereka. Tentulah kita di dalam mahkamah kita membela orang. Jadi, kita dapat beberapa floor, dengan izin, yang kita boleh tampung dengan rang undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan apabila ada hubungan yang harmoni antara pemerintah dan juga Majlis Peguam. Jadi pada saya, kalau itu kita jadikan sandaran kita, kalau itu dijadikan asas kita, maka saya tidak nampak akan wujud perbezaan yang begitu tajam. Saya secara peribadi tidak setuju kalau ada lagi dua tiga Majlis Peguam, untuk apa? Biar kita ada satu yang boleh membantu mengawal semua peguam yang ada.

Dalam masa yang sama kita meningkatkan profesionalisme peguam, dalam masa yang sama kita meningkatkan hubungan yang baik antara Parlimen dan juga Majlis Peguam, meningkatkan hubungan antara kerajaan dengan Majlis Peguam. Itu jauh lebih baik daripada membangkitkan isu-isu yang seolah-olah merosakkan hubungan atau memberikan gambaran yang negatif bahawa Majlis Peguam ini parti politik pembangkanglah dan sebagainya. Ini kerana apabila saya tengok, baca akhbar, laporan-laporan berita, ada juga saya fikir banyak juga keadaan di mana Majlis Peguam bersetuju dengan kerajaan. Jadi takkanlah bila Majlis Peguam bersetuju dengan kerajaan, maka pembangkang akan menyatakan Majlis Peguam ini penyokong kerajaan. Tidak boleh begitu kerana dia independent. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri sementara, kenapa saya memberikan respons ini mungkin tidak berkaitan secara langsung dengan pindaan ini tetapi saya ingin ingatkan Yang Berhormat Menteri inilah pandangan yang telah dikongsi oleh rakan-rakan Ahli Parlimen dan mesti diaddress dan kalau tidak diberikan satu pandangan yang berbeza, maka saya bimbang kita akan berada di landasan yang salah. Jadi saya fikir Tuan Yang di-Pertua, begitu sahaja hujah saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya fikir selepas Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Padang Serai. Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. Ya, Yang Berhormat Setiu. Kita ada lagi rang undang- undang. Jangan panjang-panjang ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tadi saya berlaku adil kerana Yang Berhormat Tanjong Karang saya berikan masa yang lebih dan juga saya berikan masa yang lebih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Selepas ini Yang Berhormat Setiu ringkas dan juga Yang Berhormat Padang Serai saya minta ringkas sahaja ya. Sila.

Saya tidak akan terikut-ikut dengan Yang Berhormat Bukit Katil yang melilau jauh daripada 38(1). Apa yang saya hendak nyatakan bahawa sebenarnya rang undang-undang ini adalah terpakai kepada semua pengamal undang-undang, peguam bela dan pegawai penjara yang beramal di Malaysia. Ini jelaslah kepada mereka. Jadi kita lihat kepada pindaan- kalau lihat kepada fasal 3, cukup jelas ia bertujuan untuk memperjelaskan mengenai dengan kedudukan pengerusi yang dilantik bagi tempoh 17 Februari 2013 yang disebut oleh pihak Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi semua tindakan dan keputusan-keputusan yang dibuat itu boleh kita- maknanya seolah- olah diinjak ke belakang. Ini kerana kalau tidak dipinda akan ada timbul masalah-masalah. Setakat ini sudah dibuat 2,735 keputusan setakat ini. Ada yang melibatkan penggantungan, ada yang melibatkan pemotongan daripada daftar peguam. Jadi kita perlu ambil kisah. Kalau tidak, maknanya keputusan itu sia-sia. Ini yang sangat penting. Jadi akan ada kalau tidak dipinda, mereka yang telah diambil keputusan akan boleh balik praktis walaupun mereka telah didapati tidak boleh untuk berguam. Sijil tidak dikeluarkan kah sebagainya tetapi mereka ini kalau tidak kita ubah ataupun pinda seksyen ini, fasal 3 tadi, maknanya akan menjadi satu masalah yang besar. Kedua, berkenaan dengan rayuan tadi. Tujuan fasal 2 ini pindaan seksyen 103E. Jadi kalau dulu maknanya rayuan setakat keputusan yang muktamad tetapi tidak tertakluk kepada rayuan-rayuan, kita kena ingat bahawa tidak semestinya keputusan daripada lembaga itu adalah satu keputusan yang betul. Apa-apa permohonan mungkin ditolak. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil sebentar tadi saya rasa tidak masuk akallah sebab seolah-olah menjurus kepada kerana kes seseorang. Ini melibatkan 17,000 orang peguam. Jadi untuk jaga kepentingan mereka dan bukan seorang. Ini yang sangat penting.

Saya hendak sentuh daripada segi sedikit- banyak yang disebut. Yang disebut berkenaan dengan seksyen 42 dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Bukit Katil tadi, dia kata untuk mempertahankan keadilan tanpa mengira kepentingan sendiri atau kepentingan ahli, tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau kasihan. Ini kepentingan sendiri, kepentingan ahli dan sebagainya ini maknanya kita mempertahankan keadilan itu, maksud keadilan apa yang kita hendak pertahankan? Kalau kita persoalkan kuasa orang, kuasa orang lain. Contohnya kuasa Peguam Negara tadi. Kuasa dia sudah begitu. Ditetapkan oleh Perlembagaan yang paling tinggi pun kita persoalkan. Maknanya apa yang kita hendak tegakkan keadilan daripada segi apa? Kita lihat juga, cuba tengok. Untuk memelihara dan meninggikan lagi standard kelakuan, jadi kalau kita tidak- kelakuan siapa? Pengajaran profesion undang-undang di Malaysia, peguam itu yang kita kena tentukan. Jangan buat perkara yang tidak senonoh. Ini yang sangat penting. Kita jaga. Kalau sudah ini tujuan sebenar dan kuasa Bar Malaysia ini, itulah sebenar kuasanya. Tidak habis di situ, yang disebut tadi jika diminta berbuat demikian untuk menyatakan pendapat atas perkara. Siapa yang minta? Bukan dengan sendiri-sendiri, suka-suka. Ini masalah yang bila berlaku, kita ini bila mencampuri hal orang lain, melangkaui bidang tugas kita, sudah jauh sangat kadang-kadang kita pergi. Apabila kita melangkau tugas kita, jadi seolah-olah macam bila disuarakan di Parlimen oleh pihak sebelah sana contohnya pihak pembangkang ataupun pakatan, maka disambutlah dari luar oleh badan peguam. Ini yang masalah. Seolah-olah senada seirama. Bukan dia hendak cerita pasal benda lain. Mereka ini ibarat isi dengan kuku. Cukup rapat. Apa disuarakan di sini, disuarakan di luar. Bermacam-macam dibuat. Isi dengan kuku pun boleh dikata. Kalau hendak katakan seperti aur dengan tebingkah apa ini? Banyak sangat rapat ini. Kalau sebelah sana, kalau sebelah Kelantan dan Terengganu ini biasanya, kalau hendak sebut agak apa sikitlah. Kalau hendak kata kentut pun dengan apa. Dia rapat itu. Dengan tahi itu. Betapa rapatnya mereka ini. Jadi perbuatan yang mereka buat ini sebenarnya adalah sia-sia. Tidak ada dalam menegakkan keadilan di mana keputusan sudah dibuat. Keputusan sudah dibuat di mahkamah. Baru dipersoalkan. Pihak kehakiman pun dipersoalkan padahal keputusan sudah dibuat. Hendak tegak keadilan apa? Itu persoalannya sekarang. Jadi kalaulah perbuatan sia-sia, tidak ubahlah kita ini kalau hendak kata Majlis Peguam ini seolah-olah seekor anjing yang menyalak bukit. Inilah dia. Perbuatan yang tidak masuk akal langsung. Jadi untuk kita relatekan dengan pindaan tindakan disiplin yang diambil. Maknanya kena kurang-kuranglah. Rujuklah kepada untuk memelihara dan meninggikan lagi standard kelakuan dan pengajaran profesion undang-undang itu sendiri dalam lingkungan yang saya sebutkan tadi. Jangan lebih daripada itu. Itulah sebab saya sendiri pun tidak berapa- walaupun saya sudah called to the Bar sudah tahun 1984 lagi, 1984 sebelum ini tetapi saya tidak berapa hendak praktis. Inilah sebabnya. Salah satunya. Kemungkinan juga dalam pemilihan presidenkah sebagainya, banyak beberapa perkara mungkin ketidakadilan daripada 17,000 orang hanya hadir setakat 1,000 orang lebih atau bawah daripada 1,000 orang. Ini menunjukkan bahawa mungkin mereka ini sudah tidak rasa tidak seronok lagi dengan Majlis Peguam ini. Membicarakan benda-benda yang tidak sepatutnya dibicarakan. Usul-usul yang tidak sepatutnya hendak diusulkan. Sepatutnya kita kena jaga dan satu lagi kalau kita lihat, yang bawah ini kata, bawah L, 42L. Dia kata hendak promote good relation dengan among members and between members and other persons concerned in the administration of law and justice in Malaysia.

Dia kata hendak promote good relations among members and between members and other person concern in their administration of law and justice in Malaysia. Ini yang sepatutnya ditegakkan. Hubungan antara peguam. Kalau hubungan baik, hubungan rapat semestinya mereka akan adil. Kalau apa-apa pun yang hendak dibincangkan, hendak disidangkan apa-apa. Akan tetapi ini setakat maknanya dah hubungan dengan ahli-ahli pun tak berapa nak baik dan juga dengan pentadbiran pun macam hendak bergaduh. Jadi, susah. Inilah yang sepatutnya apa yang perlu Majlis Peguam buat dan tidak terikut-ikut dengan perintah oleh pihak sebelah sana. Terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Padang Serai, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita membahaskan rang undang-undang ini mengenai pindaan kepada LPE kerana Majlis Peguam, badan peguam adalah suatu badan berkanun dan ia adalah satu badan berkanun kerana di mana-mana negara demokrasi, kita mengiktiraf dan menerima bahawa peranan peguam adalah amat penting sebagai tembok. Bukan sahaja bagi memberikan perkhidmatan profesional bagi banyak perkara sivil dan jenayah tetapi ia juga menjadi tembok antara rakyat biasa dan eksekutif yang maha berkuasa. Di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, itulah peranan penting. Oleh sebab itu, dari awal Majlis Peguam telah didirikan sebagai satu badan berkanun. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, untuk kali pertama dalam sejarah kita, prosiding Majlis Peguam ataupun Bar Malaysia semasa perhimpunan tahunan telah menjadi subjek penyiasatan polis. Ini yang telah baru-baru berlaku dan banyak disebut tadi oleh Yang Berhormat Tanjong Karang dan lain-lain. Beberapa peguam, tiga, empat orang peguam yang telah menimbulkan satu usul mengenai Peguam Negara dan juga 1MDB telah dikenakan siasatan di bawah Akta Hasutan. Di sini saya perlu mengisytiharkan kepentingan saya Tuan Yang di-Pertua kerana saya juga adalah peguam yang mewakili beberapa daripada peguam yang membawa usul tersebut bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan. Di mana saya menjalankan kes itu sebagai kes kepentingan awam secara pro bono. Tuan Yang di-Pertua, apabila sampai kepada suatu keadaan di mana menyoal pun menimbulkan isu mengenai 1MDB menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan, meminta supaya Peguam Negara letak jawatan seperti dalam usul tersebut. Itu pun menjadi asas bagi ataupun tuduhan di bawah Akta Hasutan. Apabila kita sampai kepada peringkat ini, saya rasa kita semua perlu bimbang amat sekali bagi masa depan dan demokrasi negara kita. Bagaimana saya tidak faham ada juga mereka Yang Berhormat yang masih hendak membela tindakan yang diambil terhadap peguam-peguam semata-mata kerana membawa usul itu. Itu pun usul itu adalah closed-door, closed-door meeting. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa saya dengar sejak tadi, serangan demi serangan ke atas Bar Council dan Majlis Peguam, yang dilupakan adalah usul seperti pada hari itu dan kesemua ini bukan dibuat oleh Majlis Peguam. Usul pada hari itu pun adalah oleh Bar Malaysia iaitu kesemua, saya tak ingat, 14,000 ke 20,000 orang peguam di Malaysia. Mereka bersama yang adalah orang yang bertanggungjawab bagi usul. Ahli membawa usul di perhimpunan tahunan Majlis Malaysian Bar dan kesemua ahli yang hadir dalam perhimpunan itu meluluskan usul, bukan Bar Council. Jadi persepsi yang diberi seolah-olah satu group kecil yang dinamakan Bar Council meluluskan usul terhadap Peguam Negara. Semua ini adalah tidak tepat. Kalau ada usul dan kritikan terhadap kerajaan dan sebagainya, ini adalah kritikan oleh semua ahli Malaysian Bar iaitu semua peguam di Malaysia di Peninsular Malaysia, semua peguam yang mempunyai practicing certificate ataupun mempunyai qualified untuk praktis di Malaysia. Juga Tuan Yang di-Pertua, saya dengar juga banyak kritikan bahawa Bar Council ini telah menjadi jurucakap pembangkang. Itu tidak betul, itu tidak betul langsung. Ini adalah mereka yang menyatakan seperti ini langsung tidak faham nature keahlian Malaysian Bar itu dan juga mereka yang menjadi sebahagian daripada Bar Council. Tuan Yang di-Pertua, mereka, dengan izin, adalah fiercely independent. Kita tidak ada apa-apa influence ke atas mereka. Mengapa kadang-kadang apa yang mereka kata dan kita kata adalah sama?Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, Bar Council seperti yang diperlukan di bawah seksyen 42, undang-undang telah menyatakan bahawa mereka perlu berjuang without fear or favor untuk kebaikan, untuk justice, untuk keadilan. Oleh itu apabila mereka mengkritik tindakan-tindakan oleh Kerajaan Barisan Nasional, menteri dan sebagainya, maka di sebelah sana tidak berpuas hati atas tindakan tersebut. Umpamanya, Bar Council mengkritik Akta Hasutan. Kita pun kritik Akta Hasutan. Adakah itu bermakna Bar Council menjadi ataupun Malaysian Bar dan Bar Council menjadi jurucakap kita semata-mata kerana kita dan juga Bar Council mengkritik suatu ketidakadilan?

Ataupun Bar Council juga mengkritik tahanan di bawah SOSMA, Peguam Mathews Chan umpamanya ditahan semata-mata kerana membuat laporan mengenai kes 1MDB, ditangkap di bawah SOSMA seolah-olah pengganas. Bar Council kritik tahanan tersebut dan itu adalah kritik yang bernas, yang kritikan yang betul yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan. Kita juga kritik kerana ia tidak adil, ia menentang undang-undang, ia salah sama sekali. Adakah ini bermakna bahawa Bar Council telah menjadi jurucakap kita semata-mata kerana Bar Council mengkritik ketidakadilan dan kita juga selari mengkritik ketidakadilan? NSC bill Tuan Yang di-Pertua, sama juga apabila Rang Undang-undang NSC dikeluarkan, Bar Council mengkritiknya. Kita pun mengkritiknya kerana ada masalah dengan bill itu sehingga Majlis Raja-Raja juga mengeluarkan kenyataan supaya ada review ataupun ulang kaji. Adakah bermakna Bar Council menjadi jurucakap? Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, mesej saya kepada sebelah sana adalah, dengan izin, Don’t shoot the messenger. Adalah lebih baik jika pihak Yang Berhormat Menteri, kerajaan dan kawan-kawan di sebelah sana menjawab kritikan oleh Bar Council. Bukan sahaja menyatakan, “Oh, ini adalah pro opposition”. Jawablah kritikan-kritikan yang telah ditimbulkan oleh Bar Council dan kritikan- kritikan ini kesemuanya mempunyai basis. Tidak boleh dinafikan, tidak boleh dinafikan bahawa untuk berdekad-dekad lagi, kebanyakan daripada hak-hak asasi fundamental rights di bawah Perlembagaan telah terjejas di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Oleh sebab itu dari dahulu, Majlis Peguam menjadi kritik. Saya ingin menyatakan di sini Tuan Yang di- Pertua, bahawa reputasi Majlis Peguam Malaysia ini di seluruh dunia, di mata dunia, adalah sesuatu yang kita semua boleh rasa bangga. Reputasi Majlis Peguam di mata badan-badan antarabangsa, di mata dunia adalah amat tinggi kerana Malis Peguam dikenali sebagai satu badan yang berani, yang berdiri atas prinsip dan selalu menyoal di mana-mana terdapat ketidakadilan ataupun percanggahan kepada hak asasi dan sebagainya seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we should be proud of the Bar Council, not criticizing them. Saya akan move on to my second point Tuan Yang di-Pertua. My second point Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa akses sebab kita berbahas hari ini sebab ada akta- Legal Profession Act ialah kerana peranan peguam yang begitu penting.

Akses kepada peguam oleh rakyat itu adalah satu hak yang amat penting semua rakyat mesti mempunyai akses kepada peguam untuk apa-apa masalah sama ada civil ataupun criminal. Akan tetapi, kita lihat bahawa di dalam satu kes yang kita semua pernah dengar akses kepada peguam pun telah dihadkan tanpa sebab munasabah. Saya merujuk kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di sini saya sekali lagi perlu isytiharkan bahawa saya juga adalah peguam bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana saya menjalankan kes itu atas dasar public interest secara pro bono. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Penjara Sungai Buloh, akses kepada peguam telah dikurangkan telah dihadkan kepada hanya satu kali seminggu dan hanya satu jam walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hampir 16 kes civil dan criminal di pelbagai mahkamah di negara ini. Walaupun kita telah membantah berkali-kali mengenai pengehadan tetapi ia masih diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, sehingga pada masa ini Anwar Ibrahim terpaksa pula oleh sebab tidak mencukupi masa untuk berbincang kes dengan peguam terpaksa pula mewakili diri sendiri di dalam beberapa kes di Mahkamah Tinggi dan juga di Mahkamah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu pencabulan yang amat serius. Prinsip bahawa setiap orang perlu diberikan akses kepada peguam yang memadai. Yang anehnya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mendapat komen dari Yang Berhormat Padang Serai. Saya membaca artikel bahawa semasa Nelson Mandela ditahan di Afrika Selatan dan dia menghadapi berbagai-bagai charge. Akan tetapi dia mempunyai akses yang cukup untuk lawyer sedangkan Afrika Selatan waktu itu mengamalkan sistem aparteid.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Apakah perbezaan di antara aparteid di Afrika Selatan dengan Malaysia kita yang bebas kononnya. Apakah pandangan?

Ya, Tuan Yang di-Pertua memang setahu saya juga beliau dibenarkan akses penuh kepada peguam semasa beberapa kes yang melibatkan Mandela dan sebab itu saya perlu menyatakan Tuan Yang di- Pertua bahawa saya memang amat bimbang mengenai apa yang berlaku di negara pada masa ini. Prinsip-prinsip yang begitu penting bagi demokrasi kita telah diabaikan, tidak lagi diikuti oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional. Ini satu contoh yang baik penafian akses kepada peguam dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggakan beliau terpaksa mewakili diri sendiri. Selain daripada itu, kita juga telah lihat cara Akta Hasutan dikenakan ke atas peguam yang berbicara mengenai perkara-perkara dalam perhimpunan agung, perhimpunan tahunan mereka sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya memang rasa amat bimbang mengenai masa depan negara kita. Saya rasa amat bimbang mengenai demokrasi negara kita. Saya merasa amat bimbang mengenai hala tuju negara kita. Saya merasa amat bimbang mengenai imej negara kita di mata dunia. Saya bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, satu contoh tadi kita sebut mengenai peguam-peguam yang disiasat di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana meminta Peguam Negara letak jawatan. Laporan IPU yang terbaru yang menunjukkan bahawa antara kesemua negara-negara yang di list kan sebagai mereka yang telah menjejas ataupun hak asasi Ahli Parlimen yang paling banyak Democratic Republic of Congo di Afrika. Kedua, Malaysia kita. 19 kes listed out in the IPU report. Kita sama taraf Tuan Yang di-Pertua dan saya sedih apabila saya menyatakan ini, kita sekarang sama taraf dengan Congo di Afrika. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya kata secara ikhlas saya sedih dan saya bimbang mengenai hala tuju negara kita. Saya harap kawan-kawan kita di sebelah sana juga boleh ingat akhirnya ini negara kita, imej negara sentiasa terjejas apabila tindakan-tindakan ini dilakukan penggunaan Akta Hasutan sampai tidak ada batas lagi kritik peguam, IGP pun terus Tweet dikeluarkan supaya orang itu ditangkap dan sebagainya. Apa yang berlaku di dalam dan kritikan pada hari ini. Hari ini bill ini telah ditukar kepada Bar Council bashing session dan di mana adalah jelas bahawa mereka hanya menjalankan tugas. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada apa-apa lagi kecuali bahawa walaupun kita ada secara prinsip bantahan terhadap rang undang-undang ini tetapi perkara- perkara lain yang kita timbulkan saya harap Menteri dapat memberi perhatian yang amat teliti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang- undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2015 pada hari ini. Saya akan menjawab mana-mana pertanyaan yang telah diutarakan yang mana menyentuh perkara-perkara dalam rang undang-undang ini dan perkara-perkara di bawah urusan kerajaan. Pada masa yang sama kita mendengar cadangan-cadangan yang telah dibangkitkan oleh semua pihak dan akan meneliti dan memperhalus cadangan-cadangan tersebut dan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan kerana apabila saya menyentuh mengenai pihak yang berkenaan, ia melibatkan Majlis Peguam Malaysia juga. Sebelum itu saya hendak menyentuh isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Silam tadi iaitu cadangan supaya Peguam Negara dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam. Pada masa ini presiden dilantik melalui undi. Akta 166 perlu dipinda jika cadangan ini diterima. Perkara ini perlu dirunding dan diteliti dengan lebih mendalam. Kerajaan mengambil maklum cadangan ini dan akan melihatnya secara terperinci nanti dan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan juga sekiranya perlu.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Seterusnya, Yang Berhormat Ipoh Barat tadi isu rang undang-undang ini dikatakan berkuat kuasa ke belakang ataupun retrospective. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa, rang undang-undang ini bukan bertujuan untuk berkuat kuasa ke belakang tetapi untuk mewajarkan pelantikan pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib dan mengesahkan keputusan yang telah dibuat oleh mereka, dengan izin, to just to validate dia punya legislation ini. Seterusnya, seperti yang dijelaskan juga pada sebelah pagi tadi satu rang undang-undang untuk meminda akta ini telah dibawa ke Parlimen pada tahun 2012. Namun ia hanya berkuat kuasa pada 3 Jun 2014, dua tahun selepas itu. Jadi dalam tempoh itu Lembaga Tatatertib telah dilantik dan menjalankan tugas seperti sedia kala. Oleh itu, pindaan pada hari ini adalah untuk mengesahkan pelantikan dan keputusan pada tempoh peralihan tersebut. Yang Berhormat Ipoh Barat juga bertanya betulkah Yang Berhormat bukan de-facto law Minister. Sebenarnya Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini sering kali digunakan oleh pihak sosial media, pihak media dalam akhbar mengatakan saya ini de-facto law Minister. Saya perlu perbetulkan kerana saya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan banyak agensi di bawah saya dalam 14, 15 macam itu dan salah satu daripadanya melibatkan mahkamah, melibatkan peguam negara tetapi itu pun membantu untuk menjawab soalan di dalam kalau isu-isu berkaitan dengan mereka dari segi undang-undang dari semasa ke semasa di dalam Dewan. Saya rasa cukuplah itu untuk menjelaskan di mana saya hendak jelaskan lagi sekali secara rasminya saya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Tanjong Karang tadi telah menyentuh Continuing Professional Development (CPD) yang menyusahkan dan mendiskriminasikan peguam-peguam muda. Yang Berhormat, perkara ini adalah urusan dan keputusan dalaman Majlis Peguam dan ahli- ahlinya. Sebagai sebuah badan profesional, ahli-ahlinya boleh membawa perkara ini ke mesyuarat agung tahunan mereka untuk ditimbangkan semula. Di sinilah para peguam boleh memainkan peranan masing-masing dalam menentukan hala tuju profesion mereka. Sekiranya apabila ada AGM itu hadirlah sebab ramai ahli-ahli peguam-peguam kita dalam negara kita ini.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Soalan daripada Yang Berhormat Bukit Katil mengapakah pindaan ini perlu dibuat,tadi saya sentuh juga. Mana Yang Berhormat Bukit Katil,mungkin saya hendak stresskan di sini dengan izin. Cadangan pindaan ini bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan atau demi menjaga kepentingan mana-mana individu tetapi bagi kepentingan badan peguam dan seluruh ahlinya sendiri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat juga menyatakan kita janganlah menganggap Majlis Peguam ini sebagai musuh. Kalau Yang Berhormat bertanya dengan ahli Majlis Peguam, terutama sekali di kalangan jawatankuasanya, bagaimana saya bekerja dengan rapat dengan Majlis Peguam kerana saya percaya dengan kerjasama di antara kita, ianya boleh membantu. Jadi kita tidak melihat dari segi politik, bagi saya sendiri saya selalu ada engagement dengan izin dengan pihak Majlis Peguam, kadang-kadang beberapa orang datang berjumpa dengan saya,tidak pernah pun terlintas memikirkan mereka ini ialah musuh kita. Kalau tidak kita tidak, kita tidak bawa undang-undang ini tetapi kita mempunyai rasa tanggungjawab sebagai kolektif responsibility, dengan izin, dalam apa juga yang dilakukan,apa juga akibat kalau sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan. Rang undang-undang ini perlu untuk mengelakkan krisis undang-undang yang mungkin berbangkit sekiranya pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib yang telah dibuat semasa tempoh selepas 5 Julai 2013 dipertikaikan atau dibatalkan hanya atas sebab pelantikan atau tempoh jawatan pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kepada Menteri kerana bekerjasama dengan Bar Council, we must be open and mature.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih kepada tindakan tersebut. Saya hendak tanya satu mengenai retrospective effect legislation ini? Adakah ini bukankah bertentangan dengan legislative proses bahawa kita memberi sanction to something that already passed.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya percaya Yang Berhormat pun memahami perkara ini kerana ianya tidak bertentangan sebab itu kita bawa ke sini sebab kalau kita tidak meluluskannya ataupun mengesahkannya,maka impaknya akan menjadi lebih tinggi risikonya untuk kita. Dari segi pelantikan mereka itu telah dilakukan dan mereka menjalankan tugas tanpa- dari segi tarikhnya. Yang Berhormat, biar saya jelaskan di sini takut ia menjadi satu kekeliruan juga, ini perlu difahamkan di mana pelantikan, di mana pindaan pada tahun 2012 diadakan, tiada had tempoh pelantikan pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib, tiada hadnya. Jadi pada tahun 2012 pula Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 sudah diluluskan oleh Parlimen. “Mana-mana ahli sedia ada akan berkhidmat sehingga tamat tempoh pelantikan mereka pada 5 Julai 2013”. Jadi dalam hal ini ada pula pelantikan untuk Pengerusi pada 17 Februari 2013. Selepas itu Yang Berhormat, ia sepatutnya tamat pada tahun 5 Julai 2013dan ada pula lantikan baru ahli pada 3 Jun di mana ianya mula berkuat kuasa. Jadi dengan adanya lantikan lembaga yang mana lembaga telah melantik pengerusi dan ahli sebelum pindaan 2012 berkuat kuasa pada 3 Jun dan ini memerlukan kita untuk melihat dari sudut positifnya. Kalau kita tidak menyokong apa yang kita bentangkan pada hari ini maka sebagai seorang peguam sendiri Yang Berhormat,saya percaya Yang Berhormat menyedari apa akan berlaku dalam hal ini. Jadi minta kerjasama semua untuk memahami dari segi undang-undangnya dan juga dari segi implikasinya Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua point yang saya bangkit tadi,apa tindakan kerajaan,yang pertama saya cadang untuk ditimbangkan. Pertama, sijil tahunan ini, yang hari ini Bar Council yang keluarkan. Mengapa tidak dicadangkan bagi Lembaga Kelayakan yang mengeluarkan. Kedua, ini supaya pemilihan Bar Council ini lebih adil sebab itu saya kata kerana cara pemilihan yang diadakan ini memang tidak telus,jadi saya cadang mengapa tidak dipinda akta ini supaya satu badan khas, jawatankuasa atau Lembaga Kelayakan yang untuk menguruskan pemilihan Bar council.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat, kita ambil maklum apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi kerana dari segi perkara-perkara tersebut,perkara itu kita perlu kemukakan kepada pihak yang berkaitan.Ini bukan sahaja melibatkan pihak Peguam Negara yang mendrafkan undang-undang tetapi juga pihak Bar Council kalau sekiranya itu dipandang atau ianya perlu dilakukan insya-Allah. Jadi kita mengambil maklum, terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi ada juga menyentuh seksyen 46A(1)(c) Legal Profession Act. Peguam Negara dikatakan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap seorang ahli Majlis Peguam yang menjalankan aktiviti politik. Ini saya jelaskan di sini di mana seksyen 46A(1)(c) Akta 166 ini menyatakan bahawa, “Seorang peguam akan terhenti menjadi ahli Majlis peguam sekiranya dia memegang jawatan dalam suatu organisasi yang menjalan aktiviti yang boleh dikatakan bersifat political atau telah diisytiharkan oleh Peguam Negara melalui perintah yang disiarkan dalam warta sebagai organisasi yang mempunyai objektif atau menjalankan aktiviti sedemikian”. Tuan Yang di-Pertua,banyak yang di debat tadi adalah berbentuk pandangan,berbentuk kritikan dan berbentuk komen. Mana yang kita rasa kita boleh ambil sebagai bahagian yang berkaitan dengan pindaan ini insya-Allah kita akan kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Jadi dengan itu, saya rasa tiada lagi perkara yang perlu saya jelaskan di sini,yang lain itu biarlah kita ambil maklum dengan cadangan-cadangan yang lain. Sekian terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh beri jawapan bertulis pada perkara- perkara lain?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah… Are you done?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua tadi Yang Berhormat minta penuh jawapan bertulis tetapi kalau itu bukan merupakan berkaitan dari segi isu, kalau ianya hanya satu cadangan, kita tidak perlu memberi jawapan bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah pada majlis bagi diputuskan. Masalah ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANAK-KANAK (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Kanak- kanak (Pindaan) 2015 untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 atau selepas ini disebut sebagai rang undang-undang digubal, adalah bagi tujuan meminda Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] terutamanya untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan menambahbaikkan beberapa peruntukan sedia ada serta mengadakan peruntukan-peruntukan baru. Akta 611 telah diluluskan di Parlimen pada 18 Disember 2000 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2002 di seluruh negara. Setelah 13 tahun dilaksanakan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengkaji semula Akta 611 dengan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta kanak-kanak. Setelah perbincangan dengan stakeholders, dengan izin, suatu draf awal rang undang-undang disediakan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara. Draf tersebut kemudian telah disemak dan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 79 fasal kesemuanya. Izinkan saya menghuraikan prinsip-prinsip asas yang menggariskan rang undang-undang ini. Pertama, pengukuhan perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak sedia ada di Malaysia dengan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada kanak- kanak dan penalti bagi tujuan pencegahan. Kedua, komitmen berterusan negara sebagai negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) untuk memperundangkan hak-hak kanak-kanak yang digariskan di bawahnya selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, negara juga bertanggungjawab dalam meneliti cadangan oleh Jawatankuasa CRC yang di antaranya menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam penggubalan dasar kerajaan yang berkaitan dengan kanak- kanak dan pemansuhan sebatan. Ketiga, pemerkasaan penglibatan masyarakat atau komuniti dalam melebar luaskan tanggungjawab melindungi dan memelihara kanak-kanak di negara ini. Keempat, pengenalan konsep baharu iaitu pemeliharaan berasaskan keluarga yang menekankan pemeliharaan kanak-kanak dalam suasana kekeluargaan. Adalah sebaik- baiknya dalam perlindungan dan perkembangan kanak-kanak dan perintah khidmat masyarakat yang bertujuan menyuntik elemen pelajaran, pemulihan dan keinsafan kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang melakukan kesalahan. Ini adalah selaras dengan tuntutan antarabangsa yang menitikberatkan usaha untuk mengubah sikap pesalah dan tidak terhad kepada hukuman semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun cadangan pindaan di dalam rang undang- undang ini, tafsiran kanak-kanak sedia ada di bawah Akta 611 dikekalkan selaras dengan Artikel 1 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, Convention on the Rights of the Child yang disertai oleh Malaysia bersama-sama 196 negara yang lain. Menurut Akta 611, kanak- kanak ditafsirkan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun, dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu 10 tahun ke atas. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada fasal-fasal di dalam rang undang-undang ini seperti berikut. Fasal 4 hingga 11 bertujuan untuk meminda seksyen 3, 4, 5 dan 6 Akta 611 dengan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak untuk menggantikan Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-kanak. Fasal-fasal ini turut mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa Majlis iaitu antara lain untuk menasihati dan membuat syor kepada kerajaan mengenai semua isu dan aspek yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Fasal ini juga memperuntukkan dana Majlis, keanggotaan, tatacara mesyuarat dan elaun kepada anggota Majlis dan ahli mesyuarat jemputan. Majlis Kebangsaan bagi Kanak- kanak ini juga akan dianggotai oleh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kanak-kanak serta wakil kanak-kanak selaras dengan prinsip CRC iaitu Artikel 12 yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dalam apa-apa perkara yang menyentuh kanak- kanak dan pandangan mereka diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 611 untuk menstrukturkan semula Pasukan Pelindungan Kanak-kanak dengan keanggotaan seperti berikut: (i) tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dengan perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan perlindungan kanak- kanak yang dilantik oleh Menteri; (ii) seorang pegawai perubatan; dan (iii) seorang pegawai polis kanan.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Penstrukturan semula ini adalah untuk memastikan penyelarasan perkhidmatan yang berkesan yang diberikan kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan atau disyaki memerlukan pemeliharaan dan perlindungan sebagaimana yang diberi perhatian di bawah Bahagian V iaitu di antaranya, kanak-kanak yang dicederakan dari segi fizikal, dianiaya, diabaikan dan dibuang. Dengan pindaan ini juga, Pelindung ditugaskan untuk menyelia Pasukan Pelindungan Kanak-kanak. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 7A ke dalam Akta 611 untuk menubuhkan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dengan keanggotaan seperti berikut: (i) tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dengan perkara yang berhubungan dengan perlindungan dan pemulihan kanak-kanak yang dilantik oleh Menteri; (ii) seorang pegawai pendidikan; dan (iii) seorang pegawai kanan polis. Pasukan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Kanak- kanak berfungsi untuk menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak- kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan pemulihan sebagaimana yang diberi pengertian di bawah Bahagian VI, iaitu antaranya yang terlibat dengan bahaya moral atau jika kanak-kanak itu didapati bersalah di atas apa-apa kesalahan. Pegawai akhlak atau Pelindung ditugaskan untuk menyelia Pasukan Kebajikan Kanak-kanak. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 8A ke dalam Akta 611 untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Pembantu Pelindung oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu. Lantikan ini adalah bagi menggalakkan penyertaan serta memperkasakan masyarakat atau komuniti dengan perlindungan kanak-kanak. Mana-mana orang yang berkelayakan boleh dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Pembantu Pelindung dan diberikan kuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan dan membawa kanak-kanak tersebut ke hadapan seorang pegawai perubatan sekiranya memerlukan pemeriksaan dan rawatan perubatan. Pembantu Pelindung dalam menjalankan tugasnya melaksanakan peruntukan- peruntukan akta ini adalah disifatkan sebagai khidmat awam mengikut Kanun Keseksaan. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 15, Akta 611 untuk mempertingkatkan perlindungan kanak-kanak berhubung dengan laporan dan penyiaran media massa. Pada masa ini, di bawah perenggan 15(1)(a), Akta 611, sekatan mengenai laporan dan penyiaran media terpakai bagi langkah yang diambil terhadap seseorang kanak-kanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah hanya pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan bagi perbuatan atau peninggalan jenayah itu.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Di samping itu di bawah perenggan 15(1)(c), Akta 61, sekatan ke atas laporan dan penyiaran media massa terpakai bagi mana-mana kanak-kanak berkenaan dengan mana- mana kesalahan di bawah Jadual Pertama telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan. Dengan pindaan ini, sekatan itu hendaklah terpakai walaupun semasa penyiasatan perbuatan atau peninggalan jenayah itu dan juga bagi mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 17, Akta 611 untuk meluaskan maksud kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Melalui pindaan ini, seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika ibu atau bapanya telah bertindak dengan cuai dalam menjalankan pengawasan dan kawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu dan jika kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang selain aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Fasal 19, 20 dan 21 bertujuan untuk meminda seksyen 18, 19 dan 20 akta 611 untuk: (i) menambah baik tatacara menyelamat kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan ke dalam jagaan sementara, (ii) memberi kuasa kepada pembantu pelindung untuk mengambil kanak-kanak ke dalam jagaan sementara, (iii) memberi kuasa kepada pembantu pelindung untuk membawa kanak-kanak itu ke hadapan pelindung tetapi sebaliknya mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan jika dia berpendapat bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, (iv) menjadikan mana-mana orang yang memindahkan seseorang kanak-kanak daripada jagaan sementara tanpa kebenaran yang sah, menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak- kanak yang telah lepas lari atau menghalang kanak-kanak itu kembali ke dalam jagaan sementara sebagai suatu kesalahan. Fasal 24, 25 dan 26 bertujuan untuk meminda seksyen 27, 28 dan 29, Akta 611 untuk mewajibkan pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, anggota keluarga kanak-kanak dan pengasuh kanak-kanak untuk serta-merta memberitahu pegawai kebajikan masyarakat dan bukannya kepada pelindung sekiranya mempercayai bahawa kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal, emosi atau seksual. Kegagalan berbuat demikian boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Pindaan ini adalah perlu untuk menangani peningkatan kes penderaan, pengabaian termasuklah mencederakan kanak-kanak dan dalam kebanyakan kes anggota keluarga merupakan orang yang paling penting untuk memaklumkan seorang pegawai kebajikan masyarakat jika seorang kanak-kanak teraniaya, terabai atau didedahkan atau teraniaya daripada segi seks. Fasal 27 pula bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 29A untuk menggalakkan anggota masyarakat termasuklah guru, sahabat dan jiran untuk memberikan maklumat kepada pegawai kebajikan masyarakat sekiranya mempercayai terdapat kanak-kanak telah dicederakan daripada segi fizikal, emosi atau seksual. Maklumat sedemikian adalah penting untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Fasal 28 bertujuan untuk meminda seksyen 30 akta 611 mengenai kuasa mahkamah bagi kanak-kanak untuk membuat perintah penempatan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan ke dalam pemeliharaan berasaskan keluarga. Fasal ini memperuntukkan bahawa mahkamah bagi kanak-kanak hendaklah mengutamakan pemeliharaan berasaskan keluarga dengan perintah penempatan berbanding penempatan di institusi di bawah Akta 611. Fasal-fasal lain yang terlibat dengan pemeliharaan berasaskan kekeluargaan ini ialah fasal 33, 34, 38 dan 43. Pemeliharaan berasaskan keluarga ertinya pemeliharaan kanak-kanak dalam suasana kekeluargaan termasuk: (i) pemeliharaan kanak-kanak oleh ibu atau bapa, penjaga atau saudara; (ii) pemeliharaan kanak-kanak oleh ibu atau bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai; atau (iii) pemeliharaan kanak-kanak di satu pusat yang merupakan sebuah organisasi yang mempunyai elemen kekeluargaan. Pusat ini hendaklah diluluskan oleh Menteri. Fasal 29, 30 dan 31 bertujuan untuk meminda seksyen 31, 32 dan 33, Akta 611 untuk meningkatkan penalti denda dan pemenjaraan sedia ada di bawah seksyen ini dan memasukkan khidmat masyarakat, dengan izin, community services sebagai hukuman tambahan mandatori yang perlu memenuhi elemen hukuman, pengajaran, pemulihan dan penginsafan. Kesalahan-kesalahan yang terlibat dengan penaikan penalti ini ialah:

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

(i) penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak- kanak; (ii) menyebabkan atau mengakibatkan kanak-kanak untuk mengemis, menerima sedekah, menjaja atau menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan (iii) membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan. Fasal 35, 36 dan 37 bertujuan untuk meminda seksyen 38 dan 39, Akta 611 serta memasukkan seksyen baru 39A mengenai: (i) penggabungan tafsiran kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan dalam seksyen 38 dan 42 akta 61; (ii) penyelarasan tatacara pengendalian kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan; dan (iii) peruntukan baru mengenai siasatan bagi kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan. Fasal 45 dan 46 pula bertujuan untuk meminda seksyen 48 dan 49, Akta 611 untuk menaikkan penalti sedia ada iaitu denda dan pemenjaraan bagi kesalahan pemindahan milikan, jagaan atau kawalan kanak-kanak dengan menyalahi undang-undang dan pembawaan masuk kanak-kanak melalui dakwaan yang palsu. Fasal 47 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru VIIIA ke dalam Akta 611 yang berhubungan dengan kuasa Menteri untuk meluluskan mana-mana pusat menjadi tempat bagi pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Di bawah fasal ini, menteri boleh menyebabkan pusat itu diperiksa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang diletakkan di pusat itu. Fasal 49 dan 52 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 55A dan 62A ke dalam Akta 611 untuk memberikan kuasa kepada mahkamah bagi kanak-kanak untuk membuat perintah jagaan susul ke atas kanak-kanak yang dilepaskan daripada suatu tempat perlindungan dan asrama akhlak selama tempoh setahun oleh pelindung, pegawai akhlak atau orang lain yang dilantik oleh pasukan kebajikan kanak-kanak. Jagaan susul bertujuan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak yang telah keluar daripada institusi jabatan kebajikan masyarakat terpelihara termasuk membantu mereka untuk integrasi dengan masyarakat dan penempatan pekerjaan. Malah kementerian sedang berusaha untuk mengadakan rumah-rumah transit bagi tujuan tersebut. Fasal 54 bertujuan untuk meminda seksyen 67, Akta 611 bagi mengkhususkan kemasukan kanak-kanak ke sekolah diluluskan yang lazimnya diwartakan sebagai Sekolah Tunas Bakti adalah bagi kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah selain daripada kesalahan jenayah berat. Pindaan ini dibuat bagi memastikan kanak-kanak yang melakukan kesalahan selain daripada jenayah berat tidak ditempatkan bersama-sama dengan kanak- kanak yang melakukan kesalahan jenayah berat di sekolah yang diluluskan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak yang disabitkan dengan kesalahan jenayah berat mempengaruhi kanak-kanak lain daripada aspek perwatakan, pertuturan dan perbuatan yang tidak baik. Oleh itu, kementerian ini berpandangan bahawa kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah berat sewajarnya dikendalikan dengan kaedah pemulihan yang berlainan selaras dengan jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Fasal 62, 63, 64 dan 65 pula bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 83A serta meminda seksyen 85, 87 dan 90, Akta 611 seperti berikut: (i) hak seorang kanak-kanak apabila ditangkap seperti tidak boleh digari melainkan untuk jenayah berat atau kanak-kanak itu menentang dengan kekerasan semasa tangkapan; (ii) kanak-kanak itu hendaklah dimaklumkan mengenai alasan penangkapannya;

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

(iii) pegawai polis hendaklah dengan seberapa segera yang boleh sebelum memulakan apa-apa bentuk soal siasat atau rakaman kenyataan daripada kanak-kanak itu menghubungi ibu atau bapa atau penjaga atau saudara kanak-kanak itu dan pegawai akhlak untuk memaklumkan mengenai: (a) keberadaan kanak-kanak; (b) alasan kanak-kanak ditangkap dan; (c) hak untuk berunding dengan peguam pilihan kanak- kanak itu. (iv) pegawai polis boleh membenarkan pegawai akhlak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk hadir di tempat di mana kanak-kanak itu ditahan selepas ditangkap untuk memastikan kebajikan kanak-kanak itu; (v) pengasingan daripada pesalah dewasa dan larangan mengambil gambar semasa dibawa ke balai polis atau dari balai polis ke tempat tahanan atau dari tempat tahanan dan semasa ditahan di balai polis atau di tempat tahanan atau menunggu sebelum atau selepas hadir di mahkamah; dan

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

(vi) kewajipan Pegawai Akhlak untuk menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak dalam masa 30 hari dari tarikh arahan mahkamah bagi kanak-kanak. Fasal 66 bertujuan untuk meminda seksyen 91, Akta 611 untuk memansuhkan hukuman sebatan oleh mahkamah bagi kanak-kanak ke atas kanak-kanak yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan. Hukuman sebatan tidak mendatangkan kesan positif kepada kanak-kanak yang menjalani hukuman tersebut. Malah boleh mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan, termasuklah trauma kepada mereka. Atas alasan tersebut, hukuman sebatan oleh mahkamah bagi kanak-kanak dicadangkan untuk dimansuhkan di dalam rang undang-undang ini. Menurut statistik daripada mahkamah, seramai 98 orang kanak-kanak menjalani hukuman sebatan pada tahun 2014 dan 89 orang dalam tahun 2015. Kementerian berharap bahawa tindakan hukuman sebatan ini memberi contoh kepada masyarakat supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak sama ada dalam mendisiplin mereka atau sebagai hukuman kepada mereka. Fasal ini juga memperkenalkan perintah khidmat masyarakat kepada kanak-kanak sebagai salah satu hukuman selain hukuman sedia ada di bawah seksyen ini. Fasal 69 bertujuan untuk memasukkan bab baru 3A yang terdiri daripada seksyen 97A hingga 97F ke dalam Bahagian X, Akta 611 mengenai pelaksanaan perintah khidmat masyarakat oleh pesalah kanak-kanak. Fasal 72 dan 73 bertujuan untuk meminda seksyen 118 dan 119, Akta 611 dengan mengubah nama daftar kanak-kanak yang memerlukan perlindungan kepada daftar kanak- kanak serta memperluaskan kandungan daftar yang termasuk butir-butir orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. Secara prinsipnya, daftar ini disimpan bagi membolehkan keselamatan kanak-kanak dipertingkatkan. Oleh ini, saya juga ingin menghuraikan bahawa daftar kanak-kanak pada masa ini mengandungi maklumat mengenai kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Akan tetapi terhad kepada kanak-kanak yang diabaikan, dianiaya sahaja. Daftar ini juga mengandungi maklumat tentang pelaku yang melakukan pengabaian dan penderaan kepada kanak-kanak. Maklumat sedia ada digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi melindungi kanak- kanak tersebut, termasuklah memberikan perkhidmatan yang sesuai kepada mereka seperti kaunseling dan sebagainya.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Kerajaan sedar bahawa masyarakat lebih prihatin dan amat menitikberatkan keselamatan kanak-kanak. Sebelum itu, daftar ini diperluaskan penggunaannya. Kandungan daftar ditambah untuk mengandungi maklumat individu yang disabitkan dengan kesalahan jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. Dengan pindaan ini, bagi kes-kes jenayah, termasuk contohnya kes rogol yang melibatkan mangsa kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyimpan maklumat tentang mangsa dan pelaku. Maklumat mengenai pesalah ini boleh diakses dengan kelulusan Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk antara lain, saringan bagi mereka yang berurusan atau mengendalikan kanak-kanak. Selain daripada perlindungan kepada mangsa dan meningkatkan keselamatan kanak-kanak secara keseluruhannya. Fasal 75 bertujuan untuk meminda seksyen 123, Akta 611 untuk meluaskan perlindungan kadar tindakan guaman dan prosiding undang-undang yang diambil terhadap pembantu pelindung dan Pegawai Penjara. Fasal 76 bertujuan untuk meminda seksyen 125, Akta 611 bagi menaikkan penalti am di bawah Akta 611. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, membawa rahmat bagi seluruh alam serta teladan yang disanjungi. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, kanak-kanak adalah antara kurniaan terhebat daripada Allah. Kanak-kanak merupakan asas kepada pembinaan generasi akan datang. Maknanya, setiap kanak-kanak itu seharusnya dipersiapkan dan dibentuk peribadi yang terbaik sejak awal lagi. Kita tidak menolak betapa pentingnya menjaga kepentingan dan melindungi kanak-kanak ini. Dalam masa yang sama, kita juga harus mengetahui apa asas yang terbaik untuk membina generasi kita yang akan datang. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.” Surah Al-Tiin, ayat 4 dan 5. Memetik pula sebahagian daripada hadis Rasulullah SAW, bahawa setiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Yakni manusia lahir suci dan bersih, malah falsafah Confucius mengatakan, dengan izin, “People are by nature born good and pure, but habits caused them to lose touch with their natural goodness.” Ini adalah scroll 9, The Analects. Mahatma Gandhi juga pernah berkata, “A nation’s greatness is measured by how it treats its weakest members.” Dalam hal ini, ibu bapa dan masyarakat serta persekitaran yang baik bertanggungjawab mengangkat martabat karamah insaniah agar anak-anak menjadi murni seindah kejadian... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Dengan bentuk sebaik-baiknya, dengan ilmu, iman, amal dan akhlak atau juga terjerumus ke lembah paling hina... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuntas, tanggungjawab kita kepada anak-anak adalah menyediakan peluang dan keperluan agar dapat menimba ilmu, mengasuh keimanan, mendorong, beramal dan membentuk akhlak murni dalam persekitaran yang baik, yang juga wujud unsur pemeliharaan dan perlindungan yang sewajarnya. Kita semua akan dipertanggungjawabkan kepada setiap yang kita pimpin menjadi prinsip amanah agar yang memikul tanggungjawab tidak terpesona dengan pujian anugerah, maka terdapat peringatan umum kepada semua lapisan kepimpinan, lebih memikirkan tanggungjawab dan bukan keistimewaan selaras prinsip... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] terutamanya perihal hak dan perlindungan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kanak-kanak ini merupakan pindaan kepada Akta Ibu yang sebelum ini di maktub di bawah Akta Kanak-kanak 2001, Akta 611. Oleh itu, seharusnya akta ini di syor agar pindaannya memastikan ianya lebih komprehensif dan menyeluruh demi menjaga hak asasi setiap kanak-kanak di Malaysia. Ini selaras dengan prinsip kedua dan Kerahsiaan Kanak-kanak 1990 atau, dengan izin, Principle Dual- Declaration of the Rights of the Child 1990. Saya quote principle dual tersebut, dengan izin, “The child shall enjoy special protection and shall be given opportunities and facilities by law and by other means, to enable him to develop physically, mentally, morally, spiritually and socially in a healthy and normal manner and in conditions of freedom and dignity.” “In the enactment of laws for this purpose, the best interest of the child shall be paramount consideration”. Frederick Douglas, seorang tokoh politik daripada Amerika Syarikat pernah berkata, dengan izin, “It is easier to build strong children, than to repair broken men.” Dalam erti kata yang lain, lebih mudah untuk kita membina jati diri dan daya tahan seorang kanak-kanak dari seorang dewasa yang sudah rosak jati dirinya. Pada hari ini, saya ingin membawa beberapa isu dan persoalan berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanak-kanak ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, fasal best interest untuk kanak-kanak perlu ditekankan lagi dalam akta ini demi memastikan kepentingan yang terbaik untuk kanak-kanak. Khususnya, apabila membuat keputusan yang berkaitan dengan isu kanak-kanak. Semua mahkamah, polis, NGO dan pihak yang lain perlu ingat bahawa kepentingan terbaik kanak-kanak merupakan pertimbangan utama dalam apa-apa keputusan yang melibatkan mereka. Walaupun terdapatnya frasa ini dalam akta yang sedia ada, namun ini tidak dilihat sebagai fakta pertimbangan utama dalam keputusan yang dibuat dalam kes unilateral convention masa ini. Persoalan yang timbul seperti apa yang kanak-kanak itu mahukan? Apakah terbaik yang sesuai dipertimbangkan untuk kanak-kanak ini? Selama ini gagal untuk dipersoalkan dalam mahkamah.

Kita sebagai ahli dalam legislatif di negara ini seharusnya ingat apakah tujuan utama undang-undang ini dibuat, dipinda dan dibentangkan dalam Dewan ini. Demi melindungi suara anak muda kita yang acap kali dipandang enteng oleh yang dewasa. Pertama sekali, saya ingin menyentuh mengenai cadangan penubuhan majlis yang menggantikan majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak kepada pembentukan sebuah majlis kebangsaan bagi kanak-kanak. Komposisi penubuhan majlis baru ini dianggotai secara menyeluruh oleh pelbagai anggota dari pelbagai kementerian dan jabatan yang berkaitan dengan kanak- kanak. Walau bagaimanapun, komposisi ini termasuk dua orang wakil daripada kalangan kanak-kanak yang dilantik Menteri, Menteri yang melantik iaitu cadangan seksyen 4(1)r. Persoalannya, apakah proses ini yang dilaksanakan untuk melantik dua orang kanak-kanak ini, melaksanakan fungsi majlis kebangsaan bagi kanak-kanak? Apakah kriteria untuk melantik kanak-kanak tersebut dilakukan? Kanak-kanak yang bagaimana? Adakah dengan menjadi pelajar di sekolah PERMATA baru dikatakan sesuai untuk menduduki tempat di dalam majlis ini ataupun seorang tahanan juvana dari Sekolah Henry Gurney atau bagaimana? Itu persoalannya. Adakah dua orang kanak-kanak cukup untuk mewakili kepentingan keseluruhan populasi kanak-kanak di negara kita. Berada di dalam sebuah negara majmuk, kebimbangan saya adalah sama ada dua orang kanak-kanak itu menjadi wakil yang boleh dikatakan mewakili semua kanak-kanak dari latar belakang sosial, kaum dan agama yang berbeza. Saya ingin mencadangkan kaedah yang berbeza untuk pindaan ini. Dengan mengenakan contoh Akta Kanak-kanak, Orang Muda dan Keluarga Mereka 1997 di Australia. Seksyen 8(3) yang menyatakan bahawa, saya alih bahasakan, “Dalam mana-mana menjalankan kuasanya di bawah akta ini berhubung dengan kanak-kanak, jika kanak-kanak dapat membentuk dan menyatakan pandangan mereka tentang jagaan dan perlindungan yang berterusan, pandangan-pandangan mereka mesti dicari dan diberi perhatian yang serius dengan mengambil kira umur dan kematangan kanak-kanak tersebut”. Akta ini menyatakan bahawa setiap kanak-kanak itu mempunyai hak untuk berpartisipasi, participate, dengan izin, meskipun mereka mempunyai perbezaan di antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mencadangkan penubuhan suatu pasukan perlindungan kanak-kanak yang disebutkan dalam pindaan seksyen 7, Akta Ibu. Pindaan sekarang turut mencadangkan tambahan tugas pemeliharaan, bukan setakat perlindungan kanak-kanak semata-mata. Pindaan juga mencadangkan keanggotaan pasukan yang terdiri daripada tujuh orang dengan pengalaman. Orang ini mestilah berpengalaman, berpengetahuan dan berkepakaran yang sesuai, selain daripada seorang pegawai perubatan dan pegawai kanan polis. Saya ingin mencadangkan pengambilan tujuh orang anggota dalam pasukan perlindungan kanak-kanak perlu mengambil kira dari kalangan mereka yang terlibat dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pekerja sosial yang berkaitan langsung dengan isu perlindungan kanak-kanak. Mereka terbabit, mereka tahu, mereka memang mempunyai pengalaman dan mereka inilah sepatutnya masuk sama-sama dalam badan ini. Kerajaan harus mempertimbangkan pengambilan NGO berkaitan kanak-kanak, contohnya seperti Voice of the Children, Women Centre for Change (WCC) Penang dan Child Rights Coalition Malaysia (CRCM). Pengambilan NGO-NGO yang saya sebutkan tadi penting dan perlu dimanfaatkan memandangkan mereka mempunyai pengalaman dalam urusan, pengendalian dan pemantauan isu-isu berkaitan kanak-kanak. They are so involved, dengan izin. Isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan penyeludupan kanak-kanak. Saya begitu lega apabila melihat terdapat satu peruntukan mengenai penyeludupan dan penculikan kanak-kanak di bawah fasal 41 (pindaan) yang kini dilihat sebagai satu kesalahan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan pindaan lanjut mengenai perkara itu iaitu menguatkuasakan lagi peruntukan ini bahawa pemerdagangan kanak-kanak merupakan satu kesalahan yang berat, jenayah yang berat. Ia perlu kerana walaupun sudah mempunyai peruntukan di bawah akta ini, namun terdapat ramai kanak-kanak yang masih diperdagangkan di Malaysia. Sebagai contoh, saya memetik daripada Pengarah Tenaganita, Aegile Fernandez. Dalam satu artikel bertajuk, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Child Sex Trade in Malaysia on the Rise”, bertarikh 3 Julai 2015 yang menyatakan bahawa lebih 5,000 kanak-kanak terlibat dengan pemerdagangan seks di Lembah Klang. Beliau berkata sedemikian setelah membuat tinjauan di Bukit Bintang dan Chow Kit. Tambahan pula dalam artikel itu beliau juga menyatakan bahawa antara tahun 2012 ke 2014, hampir 8,000 orang kanak-kanak telah hilang di negara ini. Dalam usaha untuk mencari kanak-kanak itu, beliau mendapati sebahagian daripada mereka terlibat dalam pemerdagangan seks kanak-kanak di Taiwan. Ini Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa penguatkuasaan dan pemantauan yang lebih menyeluruh perlu dilakukan di negara ini. Apa yang kita jaga anak-anak kita ini? Yang terlepas di Taiwan menjadi hamba seks. Ini adalah satu yang penting. Tambahan pula apabila ia datang kepada isu-isu pengabaian kanak-kanak, penderaan dan gangguan seksual. Kementerian telah mengambil inisiatif yang besar dalam melakukan pindaan tersebut. Ia adalah satu keputusan yang wajar untuk mengambil langkah pertama dengan mengenakan kewajipan berjaga-jaga terhadap orang-orang yang berdekatan dan mempunyai hubungan tanggungjawab untuk melaporkan kes-kes yang mempunyai alasan yang munasabah apabila dipercayai kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang terancam. Akan tetapi kita perlu ingat juga kadang-kadang mereka yang menjaga kanak-kanak ini mengambil kesempatan. Namun demikian, saya juga percaya terdapat keperluan untuk mereka ini diwajibkan memberi laporan mandatori apabila berlaku sesuatu kejadian kepada kanak-kanak. Seperti mana yang diperuntukkan di bawah undang-undang Australia, seksyen 67ZA, Akta Undang-undang Keluarga 1975 Australia menyatakan bahawa, “Apabila dalam menjalankan tugas atau fungsi atau menjalankan kuasa ini, kakitangan mahkamah mempunyai alasan yang munasabah bagi mensyaki bahawa kanak-kanak telah didera atau berisiko untuk didera”. Ini penting ya, berisiko untuk didera. Orang itu mesti dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu berkaitan badan kebajikan kanak-kanak atas asas kepada syak wasangka beliau... [Tepuk] Selain daripada itu, kumpulan besar lagi yang perlu dimasukkan ke dalam kategori ini adalah pendaftar, kaunselor keluarga, penimbang tara atau arbitrator, dengan izin, dan peguam bebas yang mewakili kepentingan kanak-kanak.

Setiap individu yang menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak perlu mengambil iktibar dan harus menyedari bahawa mereka mempunyai kewajipan, wajib ya, kena buat untuk menjaga kanak-kanak dan harus dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Permatang Pauh.

...Jika mereka mengesyaki. Ya, silakan.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh, saya lihat isu tentang mandatory reporting.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kalau seseorang disyaki bahawa kanak-kanak itu didera sepatutnya kita kena buat mereka mandatory reporting macam doktor ataupun cikgu. Adakah ini pada pendapat Yang Berhormat Permatang Pauh adakah ini satu isu cultural issue yang kita kata tidak hendak kacau hal-hal orang lain. Apakah yang perlu kita lakukan selain daripada undang-undang ini? Sila bagi komen, terima kasih.

Memang adalah salah satu daripada apa yang kita katakan budaya kita yang dikatakan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain tetapi kalau ini melibatkan keselamatan kanak-kanak atau Yang Berhormat kita mengesyaki sahaja pun, ia menjadikan satu yang boleh dikatakan mandatori kalau kita boleh tukar sedikit bagaimana budaya kita menjaga. Bukan menjaga tetapi masa dahulu saya kira semasa saya kecil-kecil, kita macam ada satu buah kampung menjaga keluarga, jiran-jiran. Itu membuatkan satu pengawasan juga. Akan tetapi saya kira bahawa kementerian mempunyai lagi pakar-pakar yang terlibat boleh memberikan cadangan-cadangan yang lebih bernas. Saya sambung. Jadi kalau dia- hal ini menyedari bahawa mereka mempunyai kewajipan wajib menjaga kanak-kanak dan harus dengan kadar segera melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Jika mereka mengesyaki kanak-kanak itu sedang dianiayai, diganggu, dirogol dan lain-lain oleh penjaga atau ibu bapa masing-masing terutamanya cikgu. Cikgu kemungkinan pada banyak tempatnya adalah orang yang paling dekat selepas ibu bapa dan dia melihat perangai seseorang itu, kanak-kanak itu kalau bertukar mesti ada asasnya, mesti ada sebabnya. Itu menyebabkan bahawa guru-guru ini adalah juga sepatutnya dalam erti kata pengawasan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Rang undang-undang ini tentunya akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan. Kita ketahui bahawa amaunnya belum dapat ditentukan sekarang. Walau bagaimanapun, saya menuntut Kerajaan Persekutuan memastikan dana yang mencukupi bagi pelaksanaan tugas dan fungsi penubuhan berikut iaitu Majlis Kebangsaan bagi Kanak- kanak, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak. Kalau kita mempunyai derma RM2.6 bilion itu baguslah kalau boleh digunakan untuk perkara-perkara macam ini di dalam negara kita. Jika sekiranya peruntukan dana ini bagi tugas dan fungsi tidak mencukupi tentunya ia akan menjejaskan peranan majlis dan pasukan-pasukan yang saya sebutkan tadi seperti mana yang telah dikeluarkan laporan bahawa 8,000 keluar...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Permatang Pauh, bolehkah-. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Permatang Pauh berikan satu kuantum apakah sepatutnya yang kita boleh, Menteri boleh bagi sama ada RM100 juta setahun, RM200 juta. I think it is very important that the Minister commit walaupun dia belum ada data terperinci, mesti commit satu dana yang cukup besar. Berapakah rasanya dana yang patut disediakan untuk perkara ini? Terima kasih.

Saya kira berapa dana pun, ini adalah satu investment untuk masa depan anak-anak kita, generasi depan anak-anak kita. Jadi kalau kita boleh buatkan dalam erti kata Jabatan Perdana Menteri mempunyai dana untuk pengurusan yang begitu banyak, apakah salahnya untuk mendapatkan perlindungan untuk kanak-kanak ini.

Jadi saya menuntut komitmen Menteri memastikan dana untuk pelaksanaan fungsi majlis dan pasukan-pasukan ini tidak akan terjejas. Macam sekarang biasiswa, pendidikan, macam-macam lah. Saya kalau dekat penjara Tuan Yang di-Pertua, kasut pun sekarang tidak diberikan lagi kepada warden-warden di Penjara Sungai Buloh. Sudah ditarik balik peruntukannya. Jadi kalau boleh kita hendaklah komitmen untuk peruntukan yang sewajarnya, yang sepenuhnya, yang sepatutnya. Sebab dan alasan yang memungkinkan peruntukan untuk kementerian-kementerian lain dipotong komitmen ini perlulah memandangkan kanak-kanak adalah pelaburan generasi akan datang seperti anak-anak muda, mahasiswa, pelajar-pelajar dalam negara kita ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang ini yang bertujuan untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001, Akta 611 terutama untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak. Cuma ada dua perkara yang saya hendak bawa dalam perbahasan ini untuk meminta penjelasan lebih lanjut daripada pihak kementerian. Pertamanya adalah berkaitan dengan penerangan dari pihak kementerian mengenai maksud sebenar pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang mungkin boleh disalah tafsir oleh masyarakat. Jadi saya khuatir kiranya ia disalahtafsirkan, ia boleh dikatakan bahawa dasar kerajaan ini telah melangkau tatacara didikan agama Islam yang menggariskan agar seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz boleh dirotan untuk tujuan didikan. Oleh sebab itu, saya perlukan penjelasan yang lebih jelas dan terang mengenai pemansuhan sebatan ini dan perbezaan dengan kanak-kanak yang boleh disebat untuk tujuan didikan. Mungkin kes ini berbeza dengan kes ibu bapa yang ditangkap di Sweden kerana merotan anak-anak. Ini juga adalah kerana pada pendapat saya dalam konsep pindaan ini, rakyat ataupun masyarakat perlu dijelaskan bahawa pemansuhan yang dibuat ke atas hukuman sebatan di mahkamah ke atas kanak-kanak lelaki dan bukannya melarang untuk merotan anak. Ini adalah mengenai salah tafsir perkataan sebat itu. Sebat kemungkinan saya minta penjelasan daripada pihak kementerian sebab mungkin merujuk kepada whipping dan bukannya sebat yang merujuk kepada canning yang difahami rakyat. Jadi perkara ini perlu dijelaskan oleh pihak kementerian agar ia lebih jelas dan faham. Keduanya adalah mengenai hukuman penalti ke atas kesalahan yang membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di bawah seksyen 33 yang akan mengakibatkan pasangan ibu bapa akan dikenakan denda tidak lebih RM50,000 ataupun penjara tidak lebih daripada 20 tahun. Jadinya mengikut contoh yang digariskan, apabila ibu bapa keluar dan meninggalkan anak berseorangan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Jadinya perkara ini saya lihat juga menimbulkan kekeliruan memandangkan definisi kanak-kanak yang digariskan di bawah akta adalah mereka yang berumur di bawah daripada 18 tahun. Jadi adakah remaja dalam usia 18 tahun itu boleh dikatakan sebagai remaja. Jadinya adakah remaja yang berusia 15 sehingga ataupun 16 tahun jika ditinggalkan di rumah berseorangan akan mengakibatkan ibu bapa mereka didakwa sedangkan dalam umur sebegitu mereka sudah cukup matang untuk membantu ibu bapa mereka di rumah. Jadinya adakah perlu pula pihak kementerian menyemak semula definisi kanak- kanak memandangkan ia tidak sesuai untuk diaplikasikan di bawah pindaan penalti seksyen 33. Itu sahajalah, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik bangun.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, Yang Berhormat Gerik [Ketawa]

Yang Berhormat Parit Sulong. Tidak tahulah Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak tanya Yang Berhormat Parit Sulong dia pernah kena whip kah?

[Ketawa] Kanak-kanak diistilahkan 18 tahun dalam Akta Kanak-kanak ini kan, ada kebimbangan di mana bila diistilahkan 18 tahun sebagai kanak-kanak kalau ada dengan adanya akta ini ada orang mereport mereka yang berumur 17 tahun adalah kesalahan-kesalahan ini. Sedangkan daripada segi kementerian lain umur 17 tahun sudah dibenarkan bawa, membenarkan diberi lesen kenderaan. Bagaimana akta ini kemungkinan disalahgunakan oleh orang bila melihat kanak-kanak diistilahkan umur 18 tahun ke bawah? Minta pandangan Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Itulah tadi saya katakan, ini yang menjadi ataupun menimbulkan kekeliruan sebab definisi kanak-kanak itu sendiri. Kita kalau 17 tahun pun sudah selesai SPM, 18 sudah masuk universiti sudah dan betullah ada setengahnya sudah bawa kereta dan segala-galanya. Jadinya, sebab itulah saya hendak minta...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kereta 21 Yang Berhormat.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Eh, tidak, 17 sudah boleh dah Yang Berhormat. Saya ada anak 17 tahun, sudah ada lesen. Jadinya, adakah perlu pihak kementerian untuk menyemak semula tafsir ataupun definisi kanak-kanak ini? Oleh sebab ia apabila kita tengok kepada aplikasi di bawah pindaan penalti seksyen 33 ini dia agak ada contradict sedikit. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini dengan...

Yang Berhormat Parit Sulong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, saya sudah hendak di penghujung. Okey, bolehlah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Berkenaan dengan klasifikasi umur kanak-kanak ini, setujukah Yang Berhormat Parit Sulong sekiranya kita meminta pihak kementerian mendefinisikan semula? Ini kerana kita lihat kanak-kanak umurnya terlampau besar julatnya. Kalau kita - daripada segi perubatan pun ada perbezaannya daripada segi fisiologi dan psikologinya. Kita ada anak-anak yang baru lahir dan kemudian selepas itu sampai dua tahun. Sekarang ini kita ada misalnya sampai sekolah kebangsaan, sekolah rendah sampai 12 tahun. Lain sedikit cara menangani mereka daripada 13 hingga 15 dan kemudian ke atas. Ini kerana agak umum bila kita menyebut kanak-kanak. Jadi, setujukah Yang Berhormat Parit Sulong sekiranya kita minta kementerian untuk mendefinisikan semula? Kemudian menjelaskan lagi dalam undang-undang ini supaya kita lebih spesifik kepada target group. Terima kasih.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Itulah yang saya katakan tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gerik dan juga apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja dan juga dalam perbahasan saya sebelum saya memberi laluan mengenai saya minta supaya pihak kementerian untuk menyemak semula definisi ini agar ianya lebih sesuai dengan pindaan yang kita tengah bincangkan sekarang ini. Dengan itu, saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang Undang-undang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Selepas ini saya akan bagi lelaki. Nanti kita biased terhadap lelaki.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Okey. Kami welcome semua Ahli Parlimen yang berminat dalam tajuk ini. Lelaki, perempuan saya rasa lebih banyak orang ambil bahagian lebih bagus untuk menunjukkan bahawa undang-undang ini memang penting. Di sini pada mulanya saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membentangkan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001. Saya rasa kebanyakan cadangan di sini adalah bagus dan saya tidak ada masalah besar untuk menyokong rang undang-undang ini. Saya ada sedikit masalah sahaja tetapi saya akan bangkitkan isu itu semasa peringkat Jawatankuasa. Akan tetapi di sini saya ingin menyentuh beberapa isu yang saya rasa walaupun kita ada satu rang undang-undang pindaan yang begitu komprehensif tetapi dalam pandangan saya kita masih ada beberapa isu penting yang belum lagi disentuh oleh Akta Kanak-kanak ini. Ini kerana saya rasa Akta Kanak-kanak ini adalah akta yang paling penting untuk memastikan atau pun melindungi kepentingan kanak-kanak. Jadi, saya rasa beberapa isu yang dihadapi oleh kanak-kanak kita masih belum diatasi selepas rang undang- undang pindaan ini diluluskan. Salah satu isu yang saya hendak bangkitkan di sini adalah tentang kanak-kanak yang tiada taraf kewarganegaraan. Saya hendak merujuk kepada satu resolution yang telah diluluskan oleh IPU pada bulan Mac ini. Mesyuarat IPU pada bulan Mac ini lebih daripada 130 buah negara telah menggesa kesemua kerajaan, “To ensure the right to a legal identity is upheld for every child by removing all barriers to birth registration dengan izin. With an estimated 230 million children under five years of age unregistered at birth and one in every seven unregistered child not having a birth certificate, an alarming number of the world’s youngest people have no legal identity or the means of proving it.” Jadi, dalam mesyuarat IPU yang terkini ini memang telah buat satu resolusi supaya menggesa kesemua negara IPU ini untuk membuat proses mendaftarkan kanak-kanak yang tidak ada taraf kewarganegaraan ini secepat mungkin supaya mereka tidak boleh dapat identiti mereka secepat mungkin. Akan tetapi kita lihat di Malaysia, saya rasa kanak-kanak tanpa taraf kewarganegaraan ini adalah satu isu yang cukup serius. Bukan sahaja satu isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen daripada pembangkang tetapi selalu juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional. Akan tetapi hari ini saya baca sebuah cerita di mana seorang budak yang berumur 17 tahun- Navin Moorthy selepas menunggu enam tahun, pada akhirnya pada hari ini beliau mampu untuk dapatkan IC dia, kad pengenalan dia. Saya rasa gembira untuk dia tetapi dia tunggu enam tahun. Kita cakap enam tahun di sini kerana ayahnya mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi dan selepas itu walaupun Mahkamah Tinggi membuat satu keputusan bahawa JPN kita harus memberi kewarganegaraan kepada budak tersebut tetapi keputusan Mahkamah Tinggi ini dibawa ke Mahkamah Rayuan oleh kerajaan kita. Selepas menunggu enam tahun proses undang-undang ini, pada akhirnya hari ini Navin Moorthy dapat pergi ke JPN dan dapat IC dia. Saya rasa gembira untuk beliau tetapi masalahnya di sini adalah berapa banyak lagi budak-budak di negara kita yang masih belum dapat IC. Cerita tentang Navin Moorthy ini adalah ayahnya memang seorang warga Malaysia tetapi isterinya ataupun ibu kepada Navin Moorthy ini adalah seorang warga asing. Oleh sebab mereka tidak mendaftarkan perkahwinan mereka semasa budak Navin Moorthy ini dilahirkan jadi kerajaan kita cakap tidak boleh bagi dia kewarganegaraan.

[Bangun]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sekejap ya Yang Berhormat Batu Gajah, biar saya habiskan di sini. Hakim di mahkamah tinggi, Datuk Hui Siu King beliau menyatakan dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa keputusan untuk menolak permohonan kewarganegaraan ini adalah “unjust” dan “too harsh” I quote.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada peruntukan di bawah artikel 15A under Federal Constitution that expressly states that the marriage of a child’s parents must be officially registered to qualify for citizenship. Saya amat setuju dengan pandangan hakim Mahkamah Tinggi ini dan saya rasa walaupun “various protection afforded to children by Malaysia's ratification of United Nations’ Convention on the Rights of the Child” sebab itu dia rasa “the primary consideration should be what is best for the child.” Hakim itu sebut dalam penghakiman dia. Oleh sebab itu, hakim di mahkamah tinggi ini membuat satu keputusan bahawa kewarganegaraan sepatutnya diberi kepada budak ini. Saya rasa ini adalah satu keputusan yang cukup bagus tetapi masalahnya adalah budak ini saya rasa beliau cukup bersyukur ayahnya mampu untuk mendapatkan peguam dan pergi ke Mahkamah Tinggi sampai Mahkamah Rayuan. Akan tetapi berapa banyak lagi budak-budak di luar yang tanpa kewarganegaraan dan bagaimana kita hendak atasi isu ini. Sejak hari pertama saya bangkitkan isu ini jawapan yang kita dapat bukan daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi jawapan daripada Menteri Dalam Negeri adalah kita juga rasa simpati. Memang betul, budak-budak ini tidak berdosa. Mereka tidak sepatutnya dihukum atas sebab kesalahan ibu bapa mereka.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Akan tetapi sudah berkali-kali Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini tukar-tukar tetapi sampai hari ini kita tidak nampak apa-apa perubahan. Saya perlu bangkit isu ini dalam perbahasan ini kerana saya rasa Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah kita cakap orang yang paling baik untuk melindungi hak asasi budak- budak ini di dalam mesyuarat Kabinet. Kalau Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita tidak membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet untuk memastikan bahawa kementerian-kementerian yang lain mempunyai political will untuk mewujudkan perubahan ini, saya rasa kita mungkin boleh tunggu lima tahun atau 10 tahun lagi untuk memberi hak asasi ini kepada budak-budak kita. Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Baru-baru ini saya terima satu aduan daripada satu pusat penjagaan kanak-kanak di mana ada seorang kanak-kanak hendak masuk sekolah tapi dia tidak mempunyai sijil kelahiran. Malangnya apabila dia pergi hendak masukkan dia di sekolah, sekolah itu tidak mahu menerimanya. Dalam keadaan seperti ini, apa akan berlaku kepada masa depan kanak-kanak ini? Apa salahnya kalau pihak sekolah itu menerima saja dulu. Kalau ada proses-proses tertentu untuk dia memohon surat beranak ataupun untuk kewarganegaraan, biarkan dia belajar dulu di sekolah. Akan tetapi dalam masalah ini kalau pihak sekolah terus menolak, tidak mahu bagi dia belajar, what is going to happen, dengan izin. What is going to happen to this child’s future? Saya rasa perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan. Mintak penjelasan dari kerajaan.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Kulai, saya pun dalam constituency saya walaupun Kelana Jaya ini kawasan Subang Jaya, kawasan orang lebih kayalah ataupun middle class. Banyak kes tentang ayah ada mistress daripada China, keluar anak, birth certificate kata bukan warganegara sebab tidak kahwin secara official ya. Jadi kalau boleh itu saya hendak minta Yang Berhormat Kulai tanya Yang Berhormat Menteri, sebenarnya berapa banyak, berapa ribu kes macam ini. Jadi kita boleh lihat, kalau seluruhnya 10,000 saja, bagilah 10,000 citizenship itu. Apa susah sangat? This is not a moral question. This is about the children which is more important than morality. Betul. Why are we punishing children for the illegal or immoral activities of the parents? This is not right. Jadi minta Yang Berhormat Kulai kalu boleh bagi pandangan. Terima kasih. Satu lagi, sorry. Kalau boleh bagi citizenship pada orang-orang luar, Bangladesh kah apa itu, apa salahnya 10,000 itu. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pandangan daripada rakan saya Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kelana Jaya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kanak-kanak yang tidak ada, tanpa kewarganegaraan, mereka akan menghadapi masalah untuk pergi ke sekolah. Kadang-kadang sekolah rendah masih sudi untuk menerima budak-budak yang tanpa kewarganegaraan ini. Akan tetapi mereka akan menghadapi masalah yang besar apabila mereka pergi ke sekolah menengah dan kebanyakan masa walaupun mereka cukup bersyukur untuk diterima oleh pihak sekolah tetapi mereka perlu bayar seperti warga asing. Saya masih ingat semasa perbahasan ada seorang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang menyatakan bahawa beliau tidak setuju untuk memberi kewarganegaraan kepada budak-budak ini kerana ada yang mereka tidak fasih untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia. Saya hendak bertanya di sini, kalau budak itu tidak berpeluang untuk pergi ke sekolah, siapa yang akan ajar dia untuk berbahasa Malaysia, cakap bahasa Malaysia. So you use your brain a bit lah. Jadi saya memang tidak tahu apa masalah di sinilah. Budak-budak ini tidak berdosa okey. Bukan saya sahaja yang nyatakan di sini tetapi Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita semasa menggulung perbahasan beliau, beliau juga nyata menyebut. Berani tidak Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional berdiri dan cakap bahawa Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita adalah salah. Apabila Yang Berhormat Kulai sebut itu, mereka cakap itu salah. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri menyatakan kanak-kanak itu tidak berdosa dan kita perlulah rasa simpati, mereka cakap, oh! Ini betul, betul, betul. Ini hipokrit. Ini bukan isu politik tetapi ini adalah tentang kepentingan budak- budak. Saya hendak pindah kepada isu kedua iaitu tentang perkahwinan kanak-kanak. Malaysia telah menerima satu resolusi United Nations untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013 tetapi sampai hari ini sudah melebihi dua tahun tetapi negara kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk meminda undang-undang kita untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak ini. Di negara kita, untunglah mereka yang beragama Islam masih boleh mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah walaupun mereka di bawah umur 16 tahun. Jadi saya hendak tanya di sini, apa maksud dan tujuan kerajaan kita apabila mereka menerima resolusi UN untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013 ini. Kami sudah sign, kami sudah terima tetapi balik ke negara kita, tiada tindakan yang telah diambil dan saya ingin merujuk kepada jawapan yang diberi kepada saya pada 5 April tahun ini oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyatakan bahawa pada tahun 2015 sahaja, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menerima permohonan perkahwinan bawah umur Muslim sebanyak 827 kes. Juga di Sarawak ada kes sebanyak 294 kes. Sarawak dan juga di Semenanjung. Jadi maksudnya dalam tahun 2015 ada perkahwinan kanak-kanak kesnya adalah setinggi lebih daripada 1,000 kes. Jadi saya hendak tanya di sini, buat apa kita menerima resolusi ini tetapi tidak ambil apa-apa tindakan. Kita semua janganlah guna alasan bahawa kita boleh tengok negara-negara Asia Tenggara yang lain. Di Cambodia, usia minimum untuk perkahwinan 18 tahun, di Filipina- 21 tahun, Singapura juga 18 tahun tetapi di Malaysia budak-budak yang berumur di bawah 16 tahun juga boleh dapat keizinan ataupun kelulusan untuk kahwin. Saya rasa kita perlu, we need to put a stop to it kerana saya rasa kajian yang cukup banyak telah menunjukkan bahawa isteri kanak-kanak ini mereka hilang peluang untuk pergi sekolah dan mereka ada kemungkinan yang besar mereka akan menghadapi penderaan secara fizikal ataupun emosi. Jadi berapa kes kita perlu tunggu lagi sampai kita boleh menguphold the interest of the children iaitu hapuskan perkahwinan kanak-kanak. Saya rasa kita sekarang di Malaysia tidak sampai umur 21 tahun, kita tidak boleh pilih kerajaan kita sendiri tetapi pada umur yang kurang daripada 16 tahun, kita boleh pilih siapa suami ataupun isteri kita. Masuk akal tidak logik ini? Ya.

Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Kulai. Saya juga hendak menekankan Yang Berhormat Kulai, bukan saja masalah-masalah kahwin di bawah umur tetapi ada juga keadaan yang mana anak-anak gadis yang di bawah umur dirogol, lepas itu disuruh kahwin untuk menyelesaikan masalah.

Itu lagi amat menyakitkan kepada anak-anak ini yang belum lagi cukup umur, tidak dapat lagi pelajaran sempurna tapi telah dianiayai untuk dipaksa kahwin untuk menyelesaikan masalah. Yang Berhormat Kulai, apa pandangan Yang Berhormat Kulai?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Ampang. Memang ada kes sebegini. Di Sabah, di KK, umurnya 14 tahun, kahwin dengan orang yang rogol dia yang berumur 40 lebih tahun dan selepas itu perogol ini dihukum di mahkamah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi saya hendak tanya di sini apa yang akan berlaku kepada budak tersebut? Suaminya dihantar ke penjara oleh sebab satu jenayah telah berlaku tetapi dia masih kahwin dengan perogol tersebut. Ini saya rasa perlulah pinda undang-undang ini untuk memelihara kepentingan budak-budak kita.

Boleh mendapat penjelasan sedikit Yang Berhormat Kulai? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kes umur 14 tahun ini adakah mutual consent atau dipaksa oleh lelaki itu? Ini kerana kalau mutual consent bermakna budak itu sudah ada keinginan kepada seks dan satu masalah besar kita sekarang ialah kanak-kanak di bawah umur 16 tahun sudah ingin pada seks dan sudah mengamalkan hubungan seks yang bebas. Kalau kita menyekat mereka daripada berkahwin, keinginan ini ada juga. Jadi, mereka akan lebih mudah untuk melakukan seks secara bebas dan di luar pernikahan. Apakah pandangan Yang Berhormat Kulai? Adakah Yang Berhormat Kulai bersetuju kalau kanak-kanak bawah umur ini mengadakan hubungan seks tanpa perkahwinan? Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak tanya, tahu tidak apa itu statutory rape? Tahu tidak apa itu definisi statutory rape? Mempunyai hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun, itu adalah statutory rape. Bagaimana kita boleh mengizinkan anak- anak kita untuk kahwin dengan seorang perogol? Itu yang penting. Kita perlu- apa tindakan yang kita perlu ambil di sini adalah pendidikan dan tentang kes yang berumur 14 itu, ada bukti bahawa perogol ini hantar wang kepada ayah perempuan itu untuk memujuk ayah itu setuju untuk mengizinkan anak perempuannya kahwin dengan beliau. Jadi, saya hendak tanya, ini adalah satu pembelian atau ini adalah satu keadilan? Saya minta penjelasan daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Bolehlah Yang Berhormat, 20 minit.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Satu isu lagi, ini pendek sahaja. Saya rasa walaupun kita telah menerima dan sign in the Convention of the Rights of the Child tetapi kita ada banyak protokol lagi yang belum diterima oleh kerajaan negara kita di antaranya termasuklah the Optional Protocol to the CRC on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography. Di sini saya hendak membangkitkan membawa perhatian Menteri tentang sebuah artikel yang di published oleh The Sun Daily pada 5 April. Tajuknya adalah “Sex workers used as baby factories.” Dalam artikel ini dia menyatakan bahawa, “Sex workers are now used as ‘baby factories’, with syndicates capitalizing the country’s stringent adoption procedures to make a quick buck.” Baby lelaki itu akan dijual di antara harga RM12,000 sampai RM40,000 manakala seorang baby perempuan harganya tidak melebihi RM25,000 dan booking fee nya adalah di antara RM5,000 sampai RM7,000. Satu masalah adalah apabila baby itu tidak dibeli tetapi mereka akan goes back to the syndicate to become a victim of child trafficking or brought up to be a future sex worker, dengan izin. At some places where we’re involved such as Chow Kit, there are children being watched over by another sex worker. When the child is eight years old, they are sold for sex. This is a long-term investment for the syndicates. Jadi saya rasa kes ini cukup serius dan juga menunjukkan keperluan untuk negara kita untuk adopt the Optional Protocol to the CRC on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography. Jadi saya berharap bahawa Timbalan Menteri boleh ambil perhatian tentang isu yang telah dibangkitkan oleh The Sun Daily ini dan juga memastikan bahawa kerajaan kita akan melaksanakan obligasi mereka di bawah Child Convention ini. Sekian sahaja terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, memadailah 20 minit. Kita ada tiga empat rang undang-undang yang perlu diselesaikan hari ini dan malam ini. Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim, sssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2015. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak ini adalah anugerah daripada Allah SWT. Semua orang pun, daripada kecil apabila dia sudah besar dan bersekolah, selepas sekolah rendah sekolah menengah, selepas itu masuk universiti dapat kerja, lepas itu da hendak buat apa? Dia hendak kahwin. Lepas kahwin dia hendak apa? Hendak anak. Hendak anak kah hendak kahwin lagi? Selepas kahwin dia hendak anak. Kalau tidak dapat anak, dia tidak gembira.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada yang hendak kereta dahulu Yang Berhormat [Ketawa]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ada sebab saya seorang doktor. Saya cuba dalam lima minit ini untuk menceritakan satu suasana. Mereka datang ke klinik untuk check air kencing. Suaminya datang ke hadapan untuk tanya saya, “Bagaimana doktor?” Saya kata tidak ada apa-apa lagi. Tidak ada apa-apa, dua-dua muka jatuh ke lantai. Saya kata “Kenapa puan? Kami sudah kahwin sembilan tahun, tidak ada anak”. Orang tidak ada anak, balik kampung pun takut. Orang tanya “Sudah ada kah? Tidak ada.” Sembilan tahun. Walau bagaimanapun, ada juga yang datang ke klinik saya, bila saya check air kencing dan apabila saya kata positif dia kata “Alamak”. Saya kata, “Kenapa puan? Kat rumah sudah ada sembilan”. Anak adalah amanah daripada Allah. Pendidikan dia, kesihatan dia, apa-apa kemewahan kita bagi kepada anak-anak. Kita tanyalah pada sesiapa pun. Sepatutnya pada dasarnya anak-anak ini harta kita. Kita kerja kuat demi anak-anak. Kata orang biar kita sakit, jangan anak-anak sakit. Tuan Yang di-Pertua, statistik menunjukkan penderaan meningkat. Tahun 2010 3,257 kes. Pada 2011 meningkat, 2012 dan 2013 sebanyak 4,119 kes. Saya hendak quote dua kes penderaan. Yang satu dilakukan oleh ibu tiri, yang satu dilakukan oleh ibu dia sendiri. Jadi bermakna sama ada ibu atau ayah, hari ini sudah hilang perikemanusiaan. Di mana letak perikemanusiaan? Tuan Yang di-Pertua, kes yang pertama dari Kelantan. Boleh saya sebut nama? Nor Zuliana Zaara, nama timangan Yaya. Lima tahun. kanak-kanak ini trauma kerana terdapat 13 kecederaan di badannya. Rusuk kirinya retak, tulang belakang bengkok, kesan patah pada bahu, luka di kelapa, kesan puntung rokok di bahawa kemaluan. Seluruh badannya diliputi oleh bermacam-macam-macam parut. Perutnya buncit kerana kekurangan zat dan kanak-kanak ini sukar untuk bernafas kerana dikhuatiri ada jangkitan pada paru-paru. Di mana letak perikemanusiaan ini? Macam mana budak lima tahun orang boleh pukul? Macam mana boleh hentak dia? Macam mana orang boleh buat macam ini? Apa punya manusia ini? Kita lihat anak ini akan mengalami kecacatan kekal. Bongkok sebab tulang patah, tempang sebab paha kiri dan kanannya tidak sama, sepuluh kesan kecederaan patah. Perlakuan ini sangat kejam Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak terfikir, saya bila baca cerita penderaan ini, macam mana boleh jadi macam ini? Mana otak? Macam mana anak yang kita semua hendak, tiba-tiba dapat anak kita buat macam ini. Ibu tiri tidak boleh dimaafkan tetapi ayah sendiri, ayah kandung. Agak-agak siapa yang cocok puntung rokok itu?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Emosi. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cerita tentang kes anak bernama Mohd Firdaus. Pada tahun lepas dijumpai oleh pihak Imigresen kerana hendak pergi raid untuk PATI. Dijumpai 2.30 pagi kanak-kanak yang jumpa dalam keadaan yang sangat menyedihkan, terkurung dalam bilik yang sangat kotor, bau kencing, ada najis, ada sisa makanan. Budak itu hanya pakai pakaian yang reput dan kanak-kanak ini adalah kanak-kanak OKU, dihantar untuk lihat macam ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, kucing pun tahu menjaga anaklah. Saya ada seekor kucing dekat rumah, saya panggil Hitam sebab warna dia hitam. Bila dia beranak, saya ingat dia baik dengan saya, tapi bila dia tengok saya, dia marah saya sebab dia ingat saya hendak ganggu anak dia.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya cuba bubuh anak dia dalam kotak elok-elok, bagi kain bagi panas, malam dia ambil anak dia, dia bawa keluar. Dia bawa pergi tempat yang dia fikir selamat. Dia rasa manusia ini akan rosakkan anak dia. Kebetulan, anak dia entah dia letak di mana, mati. Beberapa bulan saya tengok, cara dia punya ngiau dia itu macam panggil anak... [Disampuk] Ya, ngiau dia itu, lain macam. Selalu dia ngiau manja dengan saya sebab tuan dia. Ini tidak, dia panggil anak dia, ngiau panggil anak dia. Kesian. Kucing pun tahu jaga anak. Mana pergi peri kemanusiaan? Mana pergi perangai orang macam ini? Tuan Yang di-Pertua... [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua pun tukar tempat dah. Perkara kedua dalam rang undang- undang ini yang saya lihat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai, suara tinggi tak rasa dada kembang, sakitkah? [Ketawa]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ikut nasihat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau rasa dada itu sudah kembang, slow down sikit tunenya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Okey [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, saya melihat pada pindaan rang undang-undang ini, perlunya perintah khidmat masyarakat. Ini satu perkara yang bagus dilakukan. Melalui pindaan yang bakal dilaksanakan ini, perintah dikuatkuasakan menjadi mandatori kepada penjaga, ibu bapa yang bersalah di bawah seksyen 31, 32 dan 33, Akta 611. Perintah ini meliputi modul CSO keibubapaan dan kerja komuniti, tempoh tidak kurang 36 jam dan tidak melebihi 240 jam dan dipantau oleh JKM dan tempoh khidmat masyarakat selama enam bulan. Program ini bagus sebab memberi pengajaran, keinsafan. Harap-harap dia bertaubatlah. Cuma, benda-benda macam ini kita hendak bagi nampak kesan, saya cadangkan kementerian tunjukkan yang dia kena itu. Bagi dia malu sikit. Jangan sorok dia buat kerja CSO. Bagi dia pakai kemeja ‘T’, ada tulis CSO. Orang tak faham CSO, tulis ‘Perintah Khidmat Masyarakat’, PKM. Tulis besar. Biar dia jalan dengan itu. Kena bagi rasa malu supaya dia insaf. Kalau tidak, nanti orang tak insaf. Dia buat kerja pun dia tak insaf, dia boleh buat kerja. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pindaan akta ini juga, hukuman sebatan terhadap pesalah kanak-kanak dimansuhkan. Ini saya kira adalah satu pembaharuan, satu perkara yang bagus dilakukan kerana anak-anak ini, nama pun anak-anak, bukannya dia faham sangat kadang-kadang. Anak-anak ini dia hendak happy sahaja. Kadang-kadang dia buat salah pun dia tak tahu. Kalau kita ambil, kita pukul dia, itu satu yang tak bagus kerana dia terbenam dalam ingatan dia, iaitu apa? Dendam. Terbenam dalam ingatan dia, takkan berubah. Kita sebat orang dadah, ada orang dadah kata, “Alhamdulillah dah kena sebat, tak ada ambil dadah lagi”, ada? Tak ada. Sebat dia tak jalan rupanya. Ini seiring dengan CRC yang supaya kita angkat hukuman sebat ini. Selain itu, hukuman denda serta penjara di bawah seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 itu dinaikkan denda daripada RM20,000 kepada RM50,000 dan penjara dari 10 tahun kepada 20 tahun. Ini bertujuan memberikan hukuman yang lebih berat. Ini patut kita ajarlah. Eloklah 20 tahun, duduk lama sikit. Nanti dia keluar, dia buat hal. Dan jangan bagi pardon kepada dia. Sudah hukuman yang lebih berat- hukuman duit ini, banyaklah. Saya selalu ambil contoh dadah, tak jalan. Sebab, kita tengok cerita dera ini, on and offlah. Kalau dalam surat khabar hari ini, kita lihat ini. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, fenomena berkenaan kanak-kanak yang mengemis. Ini memang- saya dalam perjalanan saya dekat highway, dekat R&R ada, dekat stesen bas ada, dekat supermarket ada. Baru-baru ini saya jumpa seorang anak berusia 10 tahun dekat bank.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya keluar bank saya tengok dia. Saya kata, “Ini macam dalam RUU Kanak-kanak saja ini”. Saya tengok dia, saya tanya, “Kamu daripada mana?” Dia kata dia daripada sekolah agama private... [Disampuk] Ya, Yang Berhormat macam dah tahu, dia dari Kedah. Saya tanya, “Berapa orang datang?” “Empat orang datang dengan satu ustaz.” Ini dia cerita kepada saya. Saya tanya dia, “Mana kawan-kawan kamu?” “Kawan saya satu ada di bank ini, satu di bank ini, satu di bank ini, saya di bank ini.” “Mana ustaz?” “Ustaz di bank lain.” “Macam mana kamu makan?” “Nanti tunggu ustaz hantar.” “Di mana tidur?” “Tak tahu.” Saya pun tak berani tanya. Dia bila saya tanya banyak, dia sudah jadi takut. Saya tanya, “Ini apa yang kamu buat ini?” Dia kata, “Ini kursus berdikari”. Kursus berdikari. Dia kata dia join kelab untuk berdikari. Jadi usahawan. Jadi dia tolong- duit ini guna untuk anak-anak yatim. Duit ini duit amal untuk anak yatim dan diberikan kepada sekolah untuk dana sekolah. Tuan Yang di-Pertua, tentang hendak derma kepada sekolah anak yatim, kepada orang susah, kepada sekolah tahfiz, itu sangat-sangat dialu-alukan. Itu kita boleh buatlah, masing-masing buat. Ada caranya. Akan tetapi bila bawa anak letak depan bank, anak siapa ini? Saya tanya, “Mak ayah tahu?” “Mak, ayah tahu.” Anak siapa ini? Masa itu sudah dekat maghrib. Tuan Yang di-Pertua, ini yang dia jual kepada saya... [Menunjukkan produk berkaitan] Sebab saya tanya banyak, macam mana pun saya beli. Kadang-kadang saya tak tanya banyak pun saya beli. Ini Tuan Yang di-Pertua, ini gel herba. Herba ini, saya tak tahu, saya nak tanya FRIM nanti, ini herba apa? Ini gel herba. Tak ada tanda.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai, masuk dalam rang undang-undang ini tak?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ini sebab saya hendak katakan, ubat ini takut bahaya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tak jumpa perkataan herba dalam ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tak ada [Ketawa] Sebab saya cuma hendak tunjuk produk ini saya takut merbahaya pada kesihatan. Sebab, ini gel herba. Kalau guna, mana tahu sapu-sapu tumbuh bulu. Ha, macam mana? [Ketawa] Buat pula Yang Berhormat Parit Sulong yang beli. [Ketawa] Sapu-sapu tumbuh bulu. Macam mana hendak buat itu, Tuan Yang di-Pertua?... [Disampuk] Sapu kepalalah. Tuan Yang di-Pertua, saya patah balik kepada perbahasan saya ini tentang pelantikan Pembantu Pelindung. Ini saya hendak touch sebab ini penting iaitu bila berlaku sesuatu yang jauh daripada pelindung dan satu lagi, kes terlalu banyak. Kita berapa orang ada pegawai pelindung? Pelantikan Pembantu Pelindung ini adalah satu usaha yang baik untuk menyelamatkan dan menempatkan kanak-kanak secara segera dan kemudian kalau anak itu sakit, boleh bawa jumpa doktor dulu. Akan tetapi, Pembantu Pelindung mestilah berhubung dengan Pelindung untuk mendapatkan tugasan-tugasan yang selepas dia itu. Jadi, ini satu perkara yang baik yang saya sangat setuju. Cuma, saya terfikirlah, Pembantu Pelindung ini jangan berani sangatlah. Sebab apa? Safety ini. Macam mana safety dia? Saya tak tahu sama ada Pembantu Pelindung- saya hendak tanya, Pembantu Pelindung ini dia ada elaunkah, dia ada gajikah? Macam mana itu? Ada EPFkah? Yang penting sekali keselamatan dia kerana dia pergi tempat anak-anak didera. Mungkin itu tempat yang berbahaya. Sebab, macam saya kata tadi, kita tak tahu. Anak-anak yang tunggu depan bank itu macam mana keselamatan dia? Kalau orang tangkap dia, kalau orang culik dia, kalau orang bawa dia terus dirogol, selepas itu ambil video lagi, macam mana? Ataupun dia dibawa ke luar negara, korek mata satu, jual mata, korek organ dalam badan, jual. Ini masalah yang timbul. Oleh sebab itu, safety itu. Saya cukup bimbang safety. Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara inilah yang membimbangkan kita memikirkan bagaimana rang undang-undang ini dapat membantu anak-anak yang dipaksa mengemis umpamanya, yang menjadi masalah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah tentang kelekaan ataupun ibu bapa yang mengabaikan kanak-kanak yang kita nampak macam contohnya, hilangnya di shopping complex. Selalu jadi. Ataupun jatuh daripada eskalator, tangan tersepit dalam eskalator. Jatuh daripada balkoni ataupun sakit tetapi tak pergi hospital, dia berubat di rumah. Itu satu pengabaian juga. Anak bila dah teruk, bila dah pergi hospital, dah tak sempat. Saya ada banyak kes. Anak-anak yang cirit-birit- cirit-birit dia macam-macamlah, tradisionalkah, herbakah, 10 hari dah. Datang ke klinik, saya ada di wad kecemasan, budak itu tarik sawan, mati terus. Selepas itu dia tanya saya pula, “Macam mana anak saya boleh mati? Anak saya cirit sahaja”. Jadi adakah itu satu bentuk pengabaian? Kita tak tahu. Jadi kita lihatlah bagaimana perkara-perkara ini dapat diambil kira supaya kanak- kanak hari ini terjamin masa depan dia, kanak-kanak ini terjamin kesejahteraan dia, dan pindaan rang undang-undang ini dapat lagi menjaga kanak-kanak yang ada di negara kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Jelebu bangun hendak bagi poin lagi.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya Yang Berhormat Jelebu, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tentang penggunaan kanak-kanak untuk tujuan seperti yang dicakapkan tadi yang merata-rata sebenarnya, di mana-mana pun kita boleh dapati.

Jual ubatlah jual macam-macam. Jadi walaupun sudah banyak disuarakan, dinyatakan tetapi saya tidak nampak tindakan yang proaktif daripada pihak berkuasa walaupun undang-undang ada. Saya percaya kalau sekiranya penguat kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang, undang-undang sahaja tidak cukup. Kalau sekiranya undang-undang itu tidak dikuatkuasakan, tidak ada makna. Letihlah kita menggubal undang- undang yang pelbagai di dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua sampai jauh malam. Akan tetapi kalau undang-undang itu dibiarkan di atas meja, tidak ada orang yang kuatkuasakan, ini isu kita dan masalah kita dalam negara ini ialah soal undang-undang yang terbiar dan undang-undang yang tidak dikuatkuasakan. Ini isunya. Bukan kita kurang undang- undang. Cukup sudah. Jadi bagaimana agaknya kalau penguat kuasa daripada kementerian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat kalau merayaulah sedikit, dia akan jumpa semua yang Yang Berhormat Bagan Serai nyatakan tadi. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Apakah nasihat dan pandangan Yang Berhormat Bagan Serai bagaimana undang- undang yang ada ini menjadi realiti dan dilihat dikuatkuasakan? Terima kasih, Yang Berhormat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Itulah sebabnya maknanya kerja kita melakukan kerja kita satu bablah tetapi kerja- kerja macam ini memerlukan insan... [Pembesar suara terpadam] Macam mana dia buat kerja? Ini kerana kalau kita lihat masih banyak berkeliaran. Undang-undang tidak dikuatkuasakan. Itu maknanya ada loopholes lah. Ada mana-mana orang yang tidak buat kerja. Jadi ini satu perkara yang penting juga untuk ditimbulkan dan saya harap kementerian bertindak atas perkara ini supaya kita tidak mahu lihat lagi anak-anak yang berkeliaran begini. Ini memang melibatkan banyak masalah sebenarnya. Masalah sosial dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang saya ingin tanyakan di sini adalah adakah penambahbaikan modul yang terdapat di sekolah juvana yang sedang dirangka oleh kementerian dalam beberapa modul sedia ada ini demi menggubah dan mendidik minda pesalah laku juvana dan mampu memberi kesedaran kepada mereka ini, sejauh mana? Berapakah jumlah kanak-kanak yang telah pulih sepenuhnya yang berada di pusat perlindungan dan apakah perancangan bagi mereka ini yang dibuat oleh kementerian? Macam mana mike boleh?... Mike pun boleh terkejut.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara lagi saya ingin bertanya, sejauh manakah akta ini juga terpakai kepada kanak-kanak pelarian yang ada dalam negara ini? Macam tadilah soalan yang akhirnya mohon kementerian menyatakan langkah-langkah yang bakal diambil untuk membuat serbuan dan risikan terhadap mana-mana organisasi yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis.

Yang Berhormat Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Gerik.

Saya mohon pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Bila akta ini diluluskan, kanak-kanak diistilahkan 18 tahun ke bawah. Tadi pun ada perbahasan di mana mungkin akta ini akan berlawan dengan Mahkamah Syariah di mana kalau dibenarkan kahwin bawah daripada 16 tahun sedangkan dalam Mahkamah Syariah mengatakan wanita yang berumur sembilan tahun ke atas sudah akil baligh dan boleh berkahwin. Apakah ini akan menimbulkan konflik di antara Mahkamah Syariah dengan undang-undang yang kita akan luluskan nanti? Minta pandangan, Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ini Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Menteri akan jawablah. Masuk sebahagian daripada ucapan saya, minta Yang Berhormat Menteri. Ini pun perkara yang menjadi satu isu yang kontroversi sebenarnya. Ini kerana dari segi agama mungkin ustaz akan jawab ini tetapi ini adalah daripada CRC. Akan tetapi pada pendapat saya pula, sebab apa ada kanak-kanak, saya pernah lihat di klinik, kalau umur kanak-kanak itu 12 tahun katakan tetapi ada pelajar sekolah yang 14 tahun itu macam 12 tahun. Dia kecil. Badan dia kecil. Saya tidak tahu. Perangainya. Saya tanya umur, Tingkatan 2. Tingkatan 2? Nampak macam Darjah 5, Darjah 6 sahaja. Ini macam mana ini sebab fizikal dan mental dia. Begitu juga kita lihat ada juga anak-anak yang berumur 12 tahun tetapi macam 18 tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai. Sebab itu saya pandang Yang Berhormat Bagan Serai ini incinya pun...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila gulung.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Walaupun saya rendah tetapi saya ada...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tuan Yang di-Pertua, jangan macam itu. Terasa kita yang lain.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Rendah, rendah ini, saya takut Yang Berhormat Parit marah. Yang Berhormat Parit marah, Yang Berhormat Putatan marah, siapa lagi marah? Saya takut nanti Tan Sri pun marah saya. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila gulung. Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus bangun. Yang Berhormat Kuala Nerus.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya sudah cerita perkara- perkara...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang seangkatan dengan Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, silakan Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat Kuala Nerus ini pun nampak macam berapa tinggi ini? Rendah juga ini.

Sama tinggi tapi dua orang isteri. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai dan terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Banyak kali isu berkaitan dengan perkahwinan ditimbulkan. Cuma saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai.

Perkahwinan ini adalah satu perlindungan untuk wanita ataupun apa benda? Kalau perlindungan untuk wanita, maka ia memberi kebaikan kepada semua orang. Kepada wanita terutamanya. Minta pandangan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Pendapat saya. Pendapat sayalah. Pendapat saya, saya pernah tengok yang kahwin awal pun cerai awal. Ini kerana dia kahwin ini cinta apa? Cinta monyet dia. Cinta monyetlah. Cinta monyet. Dia sudah bercinta awal. Sekarang ini dengan sosial media, semua dia boleh. Mungkin dia tidak buat hubungan seks atau apa. Cinta tetapi dia hendak kahwin, dia bagi kahwin. Selepas itu tidak lama lagi bercerai sebab mereka ini terlalu muda. Terlalu muda dan tidak matang fikirannya. Jadi banyak masalah. Ini belum lagi cerita duit tidak ada, kerja tidak tetap. Kerja tidak tetap, duit tidak ada. Boleh bagi makan anak orang dengan cinta, boleh? Mana boleh. Kena ada duit hendak beli beras hendak makan. Jadi pendapat saya dari segi kematangan ekonomi, kematangan fikiran. Bukan kematangan ketinggian. Ketinggian ini pendek pun dia boleh kahwin. Ada yang kahwin dua. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat. Sila gulung Yang Berhormat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya hendak tutup ini. Hari ini saya hendak tutup dengan sebuah pantun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Halus gemeresik nobat nafiri, Gegak gempita bunyinya gong, Tibalah masa saya mengundur diri, Bagan Serai mohon terus menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat. Ramai lagi yang berminat berucap, Yang Berhormat? Bahas... [Beberapa orang Ahli Yang Berhormat bagun] Dua, empat, ya? Dua, empat, enam, tujuh, sembilan. Kalau sembilan- 10 minit, 90 minit. Satu jam setengah lagi. Kita ada lagi rang undang-undang. Ya, boleh. Tadi Speaker hadkan 20 minit. Kali ini ramai yang bangun. Sepuluh minit boleh, Yang Berhormat? Boleh, ya.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Siapa yang cakap boleh tadi? Yang Berhormat Sungai Siput ya? Ya, sila Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Okey, saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian kerana ada hasrat untuk beri perlindungan kepada kanak-kanak. Akan tetapi saya rasa seksyen 32B ini yang katakan untuk mendidik masyarakat, beri kesedaran kerana pentingnya kita jaga kanak-kanak, punca masalah penderaan kanak-kanak bukan isu ketiadaan kesedaran. Saya ingat banyak puncanya daripada tekanan sosioekonomi. Banyak kes ini timbul daripada golongan B40. Banyak kes daripada ibu-ibu tunggal yang bapa sudah mati ataupun bapa sudah masuk penjara kah atau bapa sudah masuk drug rehab center. Ibu itu tertekan dengan banyak masalah ekonomi. Ini kerana jika dia pergi ke welfare, maksimum yang welfare akan bagi seorang ibu macam itu ialah RM450. Itu sahaja. RM450 ini tidak cukup untuk run the family. Katakan dia ada tiga orang anak. Tidak cukup. So, dia terpaksa pergi kerja. Bila dia pergi kerja macam di Sungai Siput, dia pergi kerja, masalahnya ialah gaji minimum pun dia tidak akan dapat sebab ada banyak persaingan dengan pendatang asing tanpa izin, the wage floor telah ditekan ke bawah. So mungkin dia dapat RM700 atau RM600 jika dia kerja. Bila balik rumah dia kena basuh kain, dia kena masak. Mana ada masa untuk jaga kanak-kanak? Bila kanak-kanak pergi ke sekolah, balik rumah, ibu di luar. Siapa akan jaga kanak-kanak itu? So, inilah masalah yang saya ingat yang mereka sedang hadapi.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ramai orang, ibu tunggal. Saya ingat ikut statistik daripada kementerian pun, saya ingat ada 300,000 orang ibu tunggal di negara kita. Selain daripada ibu tunggal juga, ada beberapa puluhan ribu lagi keluarga di mana bapa walaupun ada tetapi tidak begitu berguna kepada keluarga.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Bapa yang kaki botol ataupun bapa yang penagih dadah. So, keluarga-keluarga macam ini yang ada insiden yang sangat tinggi dalam kes penderaan, kes di mana kanak- kanak mereka jadi delinquents. So, ini yang kena dikendalikan oleh kementerian. So, saya ingat daripada ini, saya alu-alukan kita sekarang hendak cuba tubuhkan pasukan-pasukan kebajikan kanak-kanak, cari kes macam ini dan pergi melawat kepada kes macam ini. Akan tetapi saya ingat jika sekadar kita pergi menasihat sahaja, ini tidak mencukupi. Kita lebih beri bantuan yang lebih konkrit dan apa yang diperlukan oleh ibu-ibu tunggal ini ataupun ini ibu-ibu dalam keluarga yang B40 yang tidak ada sokongan daripada suaminya. Satu ialah pendapatan adalah satu masalah. Gaji rendah, tidak ada cukup pendapatan mereka. Satu lagi ialah penginapan adalah satu masalah yang besar, tidak boleh sewa rumah. Ketiga ialah penjagaan kanak-kanak semasa ibu pergi keluar kerja. So, ini tiga kita perlu- we’ve got to use some funds, kena pakai dana untuk membantu mereka. Kita hanya nasihat mereka, tidak mencukupi. So, saya rasa kementerian kena sediakan dana, untuk mungkin- satu, bolehkah kita ada satu skim macam Council Housing dekat United Kingdom, di mana dalam setiap skim perumahan harga rendah, kita beli beberapa unit untuk disewa kepada ibu-ibu tunggal macam ini. So, jika mereka boleh dikumpulkan dalam satu taman, senang untuk kita juga aturkan penjagaan kanak-kanak untuk mereka, untuk aturkan kelas-kelas kaunseling untuk kanak-kanak dan juga ibu-ibu. So, ini semua yang saya rasa perlukan satu planning, di mana kita perlu simpan peruntukan yang mencukupi untuk Council Housing. Satu lagi idea yang mungkin kita kena investigate adalah bolehkah kita bagi baucar kepada ibu-ibu tunggal supaya mereka boleh dapat child care, penjagaan kanak-kanak daripada orang lain. Ini semua yang kita kena pertimbangkan. Satu lagi isu yang saya hendak bawa ialah isu ini tempat-tempat tahanan, detention. Saya ada keraguan Menteri kerana saya ada beberapa kes yang lari dari pusat-pusat macam ini, mereka datang kepada saya minta bantuan. Apa yang mereka adu terhadap pusat-pusat, sekolah akhlak atau pusat ini. Dia kata layanan mereka dapat di situ tidak begitu baik, disiplin terlalu keras, dia kena pukul. Mereka yang lari datang ke pusat saya, pusat servis saya. Mereka semua ada sakit kulit yang ditunjukkan, tidak begitu bersih tempat itu. So, saya tidak tahu how useful kita hantar mereka ke pusat tahanan kanak-kanak itu, ke sekolah akhlak semua. Saya tak yakin ini akan bantu mereka ataupun mereka jadi lebih hardened, lebih keras dalam hati mereka kerana mereka juga didera di situ. So, saya hendak pohon kepada Menteri, bolehkah buat satu siasatan bagaimana sekolah-sekolah ini, pusat-pusat ini sedang berfungsi sekarang? Is it doing what is correct ataupun adakah prestasinya tidak mencukupi, I think we should study. Saya rasa jika kita boleh jaga kanak-kanak ini dalam masyarakat, kita boleh bantu keluarga dia, bantu ibu dia jaga dia, saya ingat itu lebih baik daripada kita keluarkan dia daripada keluarga, simpan di satu sekolah. Oleh kerana saya tengok daripada experience saya daripada sekolah-sekolah ini, nampaknya tidak begitu bagus. So, akhirnya, saya rasa ini akta yang penting tetapi kita perlu satu peruntukan yang lebih besar untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk follow-up dengan bantuan yang lebih konkrit lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya. Saya ingin turut serta berbahas iaitu dengan menyentuh dua pindaan iaitu fasal 30 yang bertujuan meminda seksyen 32, Akta 611.

Di mana saya merasakan pindaan ini memanglah agak baik tetapi boleh juga mendatangkan permasalahan-permasalahan. Jadi, mungkin definisinya diperbaiki. Antara contoh ialah tentang beberapa perkara yang melarang anak-anak membuat persembahan atau menawar apa jua untuk jualan atau menjalankan beberapa aktiviti lain. Saya ingin menyentuh di sini, di mana ada kalanya kalau menyanyi, anak-anak ini kadang-kadang mereka mempunyai minat yang tertentu, tidak dibenarkan. Bagaimana pula anak-anak ini, definisi kanak-kanak ini di sekolah? Kanak-kanak ini, siapa ibu bapa yang anaknya bersekolah, agak biasa ada kad walkathon, jogathon yang diberi kepada anak-anak. Kemudian disuruh anak-anak untuk mencari dana bagi tujuan walkathon atau jogathon yang akhirnya digunakan untuk pembangunan sekolah itu sendiri. Bagaimanakah keadaan ini? Apakah mereka akan terlibat atau ibu bapa akan menjadi satu kesalahan, sedangkan ini adalah arahan daripada pihak sekolah. Keduanya, saya juga ingin menyentuh tentang meminda seksyen 33, di mana menaikkan penalti sekarang daripada denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun untuk tujuannya mengadakan peruntukan mengenai khidmat masyarakat sebagai satu hukum atau kerana meninggalkan kanak-kanak ini tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan sekarang, dalam kumpulan keluarga menengah dan ke bawah, adalah menjadi satu kebiasaan ibu bapa meninggalkan anak-anak di rumah. Mak bapa pergi bekerja. Anak balik sekolah kadang-kadang mak sudah siapkan masak, mereka akan makan sendiri dan sebagainya. Jika dalam keadaan-keadaan begini berlakulah sesuatu perkara yang tidak diingini, mungkin anak keluar berjalan dan kemudian tertangkap atau sebagainya, secara tidak sengaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Apakah ini tidak menimbulkan satu permasalahan secara menyeluruh kepada masyarakat kita? Ini kerana saya sebut tadi, daripada awal masyarakat kita memang begini. Saya pun dahulu sekolah sendiri sahaja. Selepas tingkatan tiga, mak saya tinggalkan saya sendiri sahaja. Saya manage sendiri pergi sekolah, balik sekolah. Akan tetapi mujur zaman- zaman dahulu kita tidak ada aktiviti yang kurang sihat dibandingkan dengan sekarang ini banyak. Jadi, bagaimana keadaan ibu bapa ini? Mereka terpaksa keluar mencari rezeki. Nanti dihubungkaitkan pula dengan perkara-perkara lain, dengan kos sara hidup dan sebagainya. Jadi, apakah implikasi ini dapat diatasi dengan baik? Sehubungan dengan itu, denda sehingga RM50,000. Mungkin tidak sampai RM50,000 tetapi agak tinggi. Satu kenaikan yang agak mendadak dan sehingga 20 tahun penjara. Jadi, perkara ini mohonlah definisi ini dikaji balik. Begitu juga dengan definisi 18 tahun ini. Ia boleh menimbulkan pelbagai perkara yang menyukarkan institusi kekeluargaan itu. Kita sedar ada beberapa kes tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahulah kerana kes- kes terpencil kalau kita lihat secara menyeluruh yang melibatkan kanak-kanak ini memang ada kes, memang tidak dinafikan perhatian perlu diambil. Mereka ini patut dilindungi tetapi dalam keadaan kehidupan kita sekarang ini mampu kah ibu bapa menyediakan seperti kehendak pindaan yang dinyatakan oleh rang undang-undang ini? Saya juga ingin menyentuh tentang had umur bekerja, dikaitkan juga dengan had kanak-kanak ini. Kalau kita lihat kepada Akta Buruh 1955 dan juga simpanan pekerjaan, pekerja dibenarkan kanak-kanak, ia tidak definisikan kanak-kanak tetapi sudah lepas umur 16 tahun sudah boleh bekerja.

Jadi, ia ada ketidakseimbangan antara undang-undang. Begitu juga undang-undang negeri. Ada undang-undang negeri Jabatan Perkahwinan, dibenarkan berkahwin selepas umur 16 tahun. Jadi, bagaimana keadaan ini? Adakah kita bersedia dengan keadaan ini semua? Sedangkan kalau kanak-kanak ini tidak bersekolah, daripada dia duduk merayau, baiklah dia bekerja membantu keluarga, dalam kerja yang bukanlah kerja berat. Oleh kerana kebanyakan kalau yang tidak berkemampuan ini, yang tidak menyambung pelajaran adalah memang sama ada anak-anak itu tidak minat ataupun keluarganya tidak mampu. Jadi, apakah persediaan kementerian bila kita meluluskan undang-undang ini dengan perkara-perkara yang kita sebut tadi?

Saya juga ingin menyentuh tentang perlindungan kepada kanak-kanak yang tafsirnya kanak-kanak sehingga 18 tahun tidak boleh perkahwinan awal. Kita kena tengok juga undang-undang dalam negara kita, agama kita iaitu agama Islam. Bila seseorang itu, undang-undang negeri sebagai contohnya, membenarkan perkahwinan. Bagaimana keadaan definisi ini? Adakah ia akan bertentangan bila kita mengatakan 18 tahun masih kanak-kanak, adakah perkara ini dibenarkan? Sepintas lalu memanglah tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan, apa yang kita hendak sebenarnya? Siapa yang mampu mengawal? Pihak kementerian, berapa banyak usaha dilaksanakan untuk mengawal pendedahan anak-anak ini, waima daripada rumah dengan pendedahan sosial medianya, dengan pendedahan TV, kita tengok TV depan anak kita sendiri pun malu. Di mana peranan kementerian dalam hal ini? Saya rasa ini lebih penting kerana ini sosial kita, ini masalah sosial disebabkan- bukan kerana kita suka-suka hendak kahwin. Dua hari lepas saya terbaca dalam surat khabar Tuan Yang di-Pertua, budak umur 15 tahun, maaf dalam Facebook. Satu minggu, maaf cakap, dia mengadakan perhubungan dengan pelbagai lelaki tidak kurang 15 kali, umur 15 tahun. Bagaimana kalau kita hendak cakap tidak boleh kalau dia memang sudah bernafsu. Agama membenarkan tapi undang-undang ni mengatakan mereka kanak-kanak. So, kalau paksa saya bersetuju, saya memang tidak bersetuju dengan perkahwinan paksa ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

Sila, Yang Berhormat Kota Tinggi.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang beri laluan. Saya rasanya terpanggil untuk memberi dan bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya dengar tadi hujahan bawah 21 tahun, kalau mengundi pun tidak boleh, tidak akan kita pilih suami. Ada yang kata tadi, tidak sepatutnya kalau konvensyen kita signed. Itu pun mungkin soalan hendak tanya juga, adakah negara Islam 1.6 bilion satu dunia ini, umat Islam ini tidak pandai kah atau soalan itu memang sengaja menghina kami? Saya juga boleh kata bahawa dalam Malaysia ini tidak ada dalam negara dalam dunia pun ada tiga, empat sekolah Cina, sekolah India, contohnya. Akan tetapi kita ada sebab kerajaan- ini kerajaan yang sensitif, memahami keperluan suku-suku bangsa, berbagai agama dalam negara kita ini. Itu sebab kita berjaya 60 tahun. Akan tetapi kalau ada tanggapan macam itu, begitu dangkal sekali, tidak sensitif dan saya terpanggil untuk bagi tahu, adakah negara-negara Islam di seluruh dunia ini signed konvensyen, maka dia akan kata ikut bawah 18 tahun tidak boleh kahwin? Itu pun hendak tanya kementerian, ada kah tidak ada ?

Kalau ada negara-negara, mungkin ada sebab tertentu mereka lakukan. Tidak kan kita kata umur 18 tahun tidak boleh kahwin. Saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, salah seorang keluarga saya sendiri, umur 12 tahun, abang ipar saya yang sulung, 12 tahun emak dia sudah ada anak seorang, dia anak yang sulung, 13 tahun seorang lagi anak, 14 tahun seorang lagi anak. Dia ada 18 orang anak. Kalau dia umur 18 tahun kita hendak panggil kanak-kanak kah, ibu kepada kanak-kanak? Maknanya, ini fitrah manusia yang saya bercakap sini sepatutnya kita sebagai Ahli Dewan yang mulia ini kenalah peka sedikit, sensitif kerana ada sebab-sebab tertentu kita buat. Saya sudah sebut sebelum ini tetapi dia buat cerita seolah-olah apa kerajaan buat? Kita boleh tanya soalan provokatif tetapi tidak ada solution. Akan tetapi kerajaan ini sentiasa peka dan sensitif. Jadi, saya hendak bagi tahu, kena bertanggungjawab sikit kerana kena jaga sensitiviti yang ada dalam negara kita. Memang kita ikut konvensyen sebagai satu panduan tetapi bertanggungjawab bila kita berkata sesuatu perkara sebegini. Saya tidak tahulah orang sebelah sana, sepatutnya yang lebih arif agama berdiri, bercakap tapi kenapa senyap?

Jadi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang dan tanya kepada kerajaan, apakah ratifikasi ini melibatkan 1.6 bilion orang Islam seluruh dunia? Adakah negara-negara ini ikut atau adakah reservations yang tertentu dibuat untuk menangani sensitiviti yang ada ini? Itu soalan saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang boleh gulung lepas ini.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana kekangan masa, masukkan apa yang di cakap oleh Yang Berhormat Kota Tinggi ke dalam ucapan saya. Saya pun begitu jugalah, menyokong penuh tentang sensitiviti, to be sensitive, dengan izin, tentang masalah agama ini. Oleh kerana kita semua berada di dalam Dewan ini dan kita negara merdeka yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain dan kita sentiasa menjaga hal-hal ini. Dengan kata-kata itu, saya menyokong apa pindaan yang dijalankan oleh kementerian, terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta laluan, minta laluan Yang Berhormat Pasir Gudang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah habis Yang Berhormat, terima kasih. Saya bagi Yang Berhormat Rantau Panjang dahulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi laluan kepada saya untuk sama-sama membahaskan pindaan Akta Kanak-kanak 2015. Sebagai mana yang kita sedia maklum, pindaan akta ini adalah satu penggubalan daripada Akta Kanak-kanak 2001. Pindaan ini adalah sangat- sangat kita alu-alukan dan kita mengharapkan pindaan ini akan menambahkan lagi kawalan, pemeliharaan, perlindungan kepada kanak-kanak dalam negara kita. Anak adalah anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya dan mereka adalah harapan ibu bapa dan juga harapan masa depan negara. Islam mendidik kita supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak ini merupakan satu amanah Allah kepada ibu bapa. Sebagai ibu bapa, Islam mengajar kita supaya sentiasa berdoa, sebagai mana doa yang kita sentiasa baca setiap kali selepas solat kita... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dengan izin, “Minta kepada Allah supaya Allah kurniakan kepada kita pasangan hidup dan zuriat keturunan yang menjadi penyejuk kepada mata hati dan supaya kita semua menjadi pimpinan bagi orang-orang yang bertakwa”. Di antara tujuan pindaan ini adalah untuk kita meningkatkan perlindungan dan kebajikan kepada kanak-kanak. Mutakhir ini Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pelbagai isu yang melibatkan pengabaian kanak-kanak, keganasan terhadap kanak-kanak dan juga eksploitasi terhadap kanak-kanak. Jadi, kita mengharapkan pindaan yang ada dalam akta ini dapat mengatasi segala isu yang sedang melanda dalam permasalahan kanak-kanak dalam negara kita. Di antara punca pengabaian kanak-kanak adalah di antaranya berpunca daripada runtuhnya institusi keluarga atau sistem nilai dalam negara kita. Kita lihat hari ini ramai keluarga yang mengabaikan penghayatan agama, terutamanya bagi orang Islam. Banyak keluarga yang mengabaikan solat, banyak keluarga yang mengabaikan tanggungjawab. Oleh sebab konsep wali dalam Islam itu bukan semata-mata wali ketika akad nikah tetapi adalah pemimpin yang menjaga, mengawal keselamatan ahli keluarganya, isteri dan keluarganya. Jadi, inilah seharusnya kesedaran yang perlu diberi kefahaman kepada masyarakat kita.

Daripada statistik yang kita dapati dari tahun 2000 hingga tahun 2015, begitu menyentuh hati kita apabila didapati anak-anak kelahiran, anak yang dilahirkan tidak sah taraf yang didaftarkan dalam negara kita dalam tempoh lima tahun berjumlah 321, 948 orang. Ini adalah satu angka yang angka cukup besar dan saya ingin tahu sejauh mana perkara ini diberi pemantauan oleh pihak kementerian untuk mengatasi isu-isu ini tidak semakin besar di masa akan datang.

Begitu juga statistik kes rogol yang melibatkan kanak-kanak angkanya cukup membimbangkan dari tahun 2000 hingga 2015 di mana rogol yang melibatkan kanak-kanak bawah enam tahun 421, orang yang antara umur 6 tahun hingga 9 tahun 716 orang. Antara 10 hingga 12 tahun 1862 orang, antara 13 hingga 15 tahun 16,265 orang. Bayangkan begitu ramai kanak-kanak yang di bawah umur yang telah menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya di sini ialah sejauh mana peranan ibu bapa berperanan untuk menjaga dan mengawal keselamatan anak-anak terutamanya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang di antara menjadi punca membawa kepada permasalahan yang ada selain daripada media massa yang ada pada hari ini. Selain daripada masalah rogol, kita juga tersentuh hati kanak-kanak hari ini juga menjadi mangsa kepada sumbang mahram, yang mana kita dapati dari tahun 2000 hingga 2015. Kanak-kanak yang menjadi mangsa sumbang mahram bawah pada 6 tahun ialah 156 kes, antara 6 hingga 9 tahun 327 kes. Antara 10 hingga 12 tahun 651 kes, antara umur 13 hingga 15 tahun 1829 kes. Jadi macam mana Tuan Yang di-Pertua kalau kita ibarat, “harapkan pegar, pegar makan padi”. Harapkan orang yang menjaga ibu bapa atau pun bapa saudara, keluarga tetapi keluarga sendiri yang jadi pemangsa kepada kanak-kanak ini. Inilah akibat daripada apabila manusia tidak meletakkan ketakwaan menjadi agenda dalam kehidupan mereka, tetapi meletakkan nafsu sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Jadi saya ingin penjelasan sejauh mana pindaan dalam akta ini mampu menangani segala isu keganasan termasuk keganasan seksual terhadap kanak-kanak sebagaimana yang sedang menular pada hari ini. Jadi setakat ini, berapakah tindakan yang telah diambil, kes yang telah diambil tindakan dan telah dijatuhkan hukuman. Saya ingin tahu juga Tuan Yang di-Pertua iaitu dalam berkaitan dengan fasal pindaan fasal 4 yang mencadangkan di antaranya ialah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak, bagi menggantikan Majlis Penyelarasan bagi Perlindungan Kanak-kanak, di mana kita dapati antara keanggotaan Majlis ialah melantik dua orang wakil kanak-kanak yang dilantik oleh Menteri atau disyorkan oleh Ketua Pengarah Kebajikan masyarakat. Jadi saya ingin tahu sejauh mana SOP dalam pelantikan ini, apakah kriteria kanak- kanak yang akan dilantik menganggotai majlis ini, berapa had umurnya dan apakah ia mengikut kaum. Kalau adakah mengikut kaum-kaum yang ada dalam negara kita, dan apakah meliputi mewakili kanak-kanak di luar bandar ataupun dalam bandar, ataupun mungkin di pendalaman yang mungkin mempunyai budaya dan suasana yang kehidupan berbeza. Jadi saya ingin penjelasan kriteria dan syarat yang telah diletakkan untuk menganggotai Majlis ini untuk memastikan mereka boleh benar-benar memainkan peranan untuk membuat keputusan terutama mengenai perkara yang melibatkan kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta berkaitan dengan apakah perbezaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai bangun

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalannya ini tidak serius. Petang-petang ini. Yang Berhormat Rantau Panjang bertanyakan pada Menteri yang mengenai komposisi Ahli Majlis Kanak-kanak ini, berapa orang, datang dari mana. Bolehkah atau tidak Yang Berhormat Rantau Panjang mencadangkan supaya dalam Majlis ini, Ahli Majlisnya majoriti daripada kanak-kanak supaya kita lihat macam mana trend pemikiran mereka dalam mengundi dalam melibatkan isu-isu yang melibatkan diri mereka.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Cadangan Yang Berhormat Kuala Krai itu saya kemukakan juga kepada Menteri, sebab kita melihat kanak-kanak mempunyai pelbagai latar belakang, mempunyai pelbagai pengalaman juga dikalangkan mereka yang mungkin berbeza, sebab itu saya sebut tadi kanak-kanak di luar bandar mempunyai pengalaman yang berbeza dengan kanak-kanak di bandar. Kanak-kanak, contoh kaum Cina mungkin suasana berbeza dengan budaya kaum Melayu.

Jadi sebab itulah saya ingin juga penjelasan daripada kementerian tadi. Macam mana kriteria yang disebutkan dan saya juga bersetuju sekiranya keperluan memerlukan lebih ramai bilangan kanak-kanak yang sesuai di masukkan dalam Majlis, supaya kita melantik mereka untuk melatih mereka sebagai ke peringkat pembuat keputusan untuk terutama dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan hal ehwal kanak-kanak. Jadi seharusnya mungkin perkara itu boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian yang ada pada masa depan. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila gulung.

Tuan Yang di- Pertua yang saya sentuh akhirnya iaitu berkaitan dengan pengabaian dan penderaan kanak- kanak yang sangat menyentuh hati kita. Bagaimana banyak kes pengabaian dan sejauh mana undang-undang ini dapat berkesan menangani isu-isu pengabaian kanak-kanak dan begitu juga sejauh mana penglibatan masyarakat. Sebab kita lihat banyak isu pengabaian ini kerana akibat daripada masyarakat tidak peka ataupun lepas tangan menyebabkan isu-isu yang menyayat hati ini terjadi kepada kanak-kanak pada saat yang kritikal kerana mungkin masyarakat tidak mengambil berat ataupun tidak mengambil tanggungjawab yang berat. Jadi sebab itulah, apakah program-program kesedaran yang akan dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan pengabaian kanak-kanak tidak berlaku termasuk juga keperluan perubatan, rawatan begitu juga eksploitasi kanak-kanak yang saya hendak sentuh juga sedikit, iaitu macam mana sekarang ini kita lihat banyak eksploitasi kanak-kanak, bukan sahaja melalui kutipan derma ataupun menjadi buruh ataupun menjadi pengedar dadah. Banyak isu sekarang ini pihak-pihak yang tertentu, yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kanak-kanak bagi kepentingan mereka. Jadi, sejauh mana pindaan dan hukuman akta ini mampu menangani segala isu yang ada dalam berkaitan dengan kanak- kanak yang ada dalam negara kita. Akhirnya ialah saya ingin menyentuh juga tentang isu penyeludupan dan memperdagangkan kanak-kanak. Jadi sejauh mana akta ini dapat melindungi isu penyeludupan dan memperdagangkan kanak-kanak yang hari ini kita cukup gerun berkaitan dengan kes-kes penculikan kanak-kanak, isu-isu yang berkaitan dengan membawa kanak-kanak pendatang asing ke dalam negara kita ataupun menyeludup kanak-kanak negara kita ke luar dan sebagainya dan perkara ini sangat menyayat hati dan sangat menggerunkan. Jadi sejauh mana undang-undang yang ada, dalam pindaan yang ada ini dapat menangani isu ini dan saya ingin tahu sejauh manakah pekerja-pekerja, sebab apa yang kita tahu di bawah kebajikan masyarakat kita tidak cukup staff, tidak cukup kakitangan hendak memantau isu-isu kebajikan. Jadi sejauh manakah pemerkasaan yang akan dibuat untuk memastikan tenaga penguatkuasaan dalam melaksanakan undang-undang ini mencukupi supaya undang-undang benar-benar dapat mencapai objektif dan matlamat sebagaimana yang disebut dalam pindaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah pimpinan Menterinya Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim atas usaha mereka mengkaji semula dan mencadangkan pindaan yang positif terhadap Akta Kanak-kanak 2011. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak yang di ganti oleh Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dalam seksyen 4R disebut bahawa dua orang wakil dalam kalangan kanak-kanak yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Jadi saya ada soalan yang serupa dengan Yang Berhormat Rantau Panjang oleh sebab saya percaya dua orang kanak-kanak itu kononnya ialah untuk mendapatkan pandangan kanak-kanak.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Akan tetapi apakah kriteria untuk memilih dua orang kanak-kanak itu? Oleh kerana ada kedua orang wakil kanak-kanak itu akan menggambarkan pandangan peribadi atau pandangan kanak-kanak negara kita oleh sebab mereka hanya adolescents atau teenagers sahaja. Pengalaman saya, pandangan kanak-kanak biasanya ada kaitan dengan umurnya latar belakang keluarga, latar belakang ekonomi, tahap kelayakan akademik dan juga khususnya di kalangan kawan-kawan yang dia bercampur gaul. Maka bagaimana memastikan bahawa pandangan wakil-wakil itu mencerminkan pandangan kanak-kanak Malaysia keseluruhannya dan bukan pandangan atas whims and fancies peribadi mereka. Tuan Yang di-Pertua soalan yang berikut ialah, apakah negara lain yang juga melantik wakil kanak-kanak ke dalam majlis yang serupa? Adakah selain dari Malaysia adakah negara lain yang serupa? Saya dapati bahawa majlis itu anggotanya seramai lebih 20 orang dan dua orang kanak-kanak itu saya hendak tanya, how much weight? Pandangan wakil kanak-kanak itu oleh kerana mereka hanya dua orang daripada 20 lebih dan apa yang mereka cakap adakah dewasa akan ambil berat. Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah kita perlu sediakan terms of reference dan standard operating procedure (SOP). Kedua, laporan awam bagi pemantauan pelindungan kanak-kanak diumumkan satu hingga dua kali setahun. Ketiga, laporan awam itu harus mengandungi semua aspek pelindungan, pemeliharaan, pemulihan dan perkembangan serta penyertaan. Isu melindungi kanak-kanak dan mengehadkan pendedahan mereka di mahkamah ini penting. Oleh sebab mereka masih kecil, jadi pada saya, saya rasa bahawa penting kanak-kanak tidak terdedah kepada publisiti yang berimpak negatif. Oleh itu saya bercadang bahawa kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan sementara hanya perlu dibawa ke mahkamah apabila benar-benar diperlukan sahaja. Pelindung kanak-kanak sahaja yang perlu menghadiri mahkamah dalam tempoh masa 24 jam kanak-kanak diambil ke dalam jagaan sementara. Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan MAKNA, kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Saya bercadang bahawa memasukkan kanak-kanak yang ibu bapa mengabaikan keperluan mendapatkan rawatan perubatan bertentangan dengan nasihat perubatan terbaik ataupun against the best medical advice. Berkenaan dengan isu melindungi privasi kanak-kanak, perlindungan itu telah diperluaskan untuk bagi semua peringkat jenayah. Misalnya kerahsiaan maklumat kanak-kanak semasa laporan dan siasatan polis. Turut meliputi prosiding di Mahkamah Majistret. Masalahnya mungkin kita boleh kawal di peringkat kerajaan tetapi bagaimana kerajaan hendak mengawal privasi kanak-kanak di social media, seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, Twitter dan sebagainya oleh sebab ini susah bagi kita hendak mengawal. Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan daftar kanak-kanak atau daftar pesalah terhadap kanak-kanak, saya ada sedikit bimbang juga. Kita- saya mengaku bahawa daftar itu boleh memastikan pesalah-pesalah kes-kes yang melibatkan mangsa kanak-kanak tidak diupah untuk pekerjaan tertentu khususnya yang ada peluang contact dengan kanak-kanak. Jadi mereka yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang melibatkan kanak- kanak seharusnya jangan dibenarkan kerja di tadika, sekolah, kawalan keselamatan dan sebagainya. Soalan saya, apakah tujuan daftar kanak-kanak yang sudah terlibat dalam kesalahan? Kalau kita ada satu lagi daftar untuk kanak-kanak yang terlibat dengan kesalahan, apakah tujuannya? Siapakah yang diberikan akses kepada daftar tersebut? Bagaimana kanak-kanak yang namanya ada dalam daftar itu tidak disenaraihitamkan sepanjang hayat mereka sehingga masa depan mereka terjejas walaupun mereka mungkin sudah menyesal dan bertaubat. Apakah prosedur akses kepada daftar pesalah kanak-kanak? Ini kalau kita langsung tidak ada akses ia tidak berguna, kita mesti akses kepada mereka yang mungkin tadika, mungkin syarikat keselamatan tetapi apakah caranya, bagaimana kita pastikan akses itu tidak disalahgunakan? Tuan Yang di-Pertua, maka cadangan saya selain daripada hukuman undang- undang saya bercadang bahawa KPWKM juga harus menyediakan khidmat kaunseling. Ini kerana ramai di kalangan berkenaan menghadapi masalah psikologi dan emosi juga yang bagi pesalah-pesalah kanak-kanak itu kes kanak-kanak mereka biasanya ada masalah psikologi, ada masalah emosi. Kalau kita tidak mengatasi daripada segi ini hanya daripada segi tindakan undang-undang, saya rasa mereka akan berulang.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Bagi kanak-kanak yang terlibat kesalahan, punca masalah tidak semestinya pada kanak-kanak yang berkenaan sahaja. Saya adalah seorang cikgu dan saya selalu kata kanak-kanak yang bermasalah sebenarnya adalah anak-anak kepada ibu bapa yang bermasalah. Kanak-kanak sendiri biasanya tidak ada masalah, latar belakang itu amat penting. Jadi sering kali ia berpunca daripada perangai dan cara didikan ibu bapa yang berkenaan. Saya ada banyak pengalaman tetapi masa tidak mengizinkan untuk saya terangkan. Kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah itu mereka- kita mesti berikan kaunseling, kita mesti berikan kursus, kita mesti berikan bimbingan kepada ibu bapa. Supaya ibu bapa tahu cara untuk mendidik anak-anak. Ada ibu bapa yang selain daripada rotan, tak ada lain, hal yang kecil pun dirotan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tebrau boleh gulung ya.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kategori kanak-kanak di luar kawalan, pindaan baru membolehkan ibu bapa membuat permohonan bertulis kepada mahkamah bagi kanak-kanak. Saya khuatir ada ibu bapa yang semata-mata hendak melepaskan tangan dan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak mereka kepada pihak yang lain jadi mereka senang-senang mohon untuk kategorikan anak mereka sebagai anak-anak di luar kawalan. Mesti ada sebabnya kanak-kanak tersebut menjadi luar kawalan dan selalunya ia juga berpunca daripada ibu bapa sendiri yang tidak menjadi teladan yang baik ataupun tidak menjalankan tugas sebagai ibu bapa dengan baik. Adakah lebih baik ibu bapa diberikan bimbingan untuk mendidik dan menjaga anak-anak mereka sebelum kita kategorikan anak mereka sebagai anak-anak di luar kawalan? Adakah kanak-kanak diberikan peluang untuk menjawab tuduhan ibu bapa? Jangan kita listen to one side of the story. Kita mesti berikan anak-anak peluang untuk jelaskan kenapa mereka tidak mematuhi nasihat ibu bapa. Adakah provision untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa sekiranya mereka didapati sengaja berbohong kepada mahkamah? Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak di luar kawalan? Sambil kita bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan yang mencukupi terhadap kanak-kanak, termasuk kanak-kanak yang mungkin tersabit kesalahan bagaimana kita memastikan kanak-kanak tidak disalahgunakan oleh dewasa yang tidak bersikap bertanggungjawab untuk melakukan jenayah-jenayah yang serius. Oleh sebab saya khuatir apabila kita- kalau kanak-kanak melakukan kesalahan jadi hukuman kita ringan, jadi mereka mungkin digunakan untuk pengedaran dadah, penggunaan senapang untuk merompak dan sebagainya, ini bimbang saya. Cadangan dan pandangan terakhir daripada saya sekiranya terdapat beberapa akta yang boleh diguna pakai untuk menangani sesuatu kes yang melibatkan kanak-kanak, Akta Kanak-kanak mesti diberikan keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, Di tepi jalan durian berlambak-lambak, Tebrau menyokong Rang Undang-undang Kanak-kanak... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kementerian kerana membawa usul-usul ini untuk memperbaiki perlindungan dan pemuliharaan kanak-kanak.

Di dalam hati kita semua yang penting ialah kesejahteraan, kebajikan dan masa depan majoriti anak-anak di negara kita. Saya hendak pergi kepada poin sahaja sebab kekurangan masa. Saya hendak bertanya kepada kementerian, sama ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini terlibat di dalam memberi input kepada kes-kes yang agak berleluasa dalam negara kita ini iaitu kes perebutan anak-anak.

Bukan sahaja hendak merujuk kepada perebutan anak di antara perkahwinan antara bukan Islam dan Islam tetapi juga dalam kes perebutan anak-anak dalam sesama Islam itu sendiri. Banyak kes yang berlaku di mana apabila berlaku penceraian, anak dilarikan terutamanya kalau dilarikan oleh para suami dan anak masih kecil. Anak masih kecil yang saya tahu beberapa kes tapi saya tak hendak sebutlah di sini tapi ada kes-kes, banyak. Kalau kita berbual dengan ibu-ibu tunggal, anak-anak itu kadang masih menyusu lagi tetapi dilarikan dan Mahkamah Syariah hanya meminta ibu-ibu ini untuk fail aduan dan kemudian bawa ke mahkamah. Padahal kita tahu terutamanya kes ini saya tak tahulah, selalunya dengar dalam kalangan orang beragama Islam. Anak masih menyusu, kalau dalam Islam sebelum 7 tahun, maka hak untuk menjaga anak itu adalah kepada ibunya. Jadi saya ingin menyarankan kepada kementerian, untuk menyarankan kepada mungkin mahkamah ataupun Jabatan Agama yang menjaga hal-hal isu ini supaya secara automatik apabila berlaku perpisahan antara ibu dan bapanya, anak bawah 7 tahun adalah di bawah custody ibu, hak penjagaannya kepada ibu dan kemudian sekiranya sang bapa hendak menuntut, maka dialah perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk mengatakan bahawa ibu ini tak layak dan sebagainya. Jadi sekarang ini banyak, terlampau banyak kes sebegini. Saya harap kementerian akan masuk campur dalam hal ini kerana sebaik-baik anak bila dia kecil itu bersama dengan ibunya. Kedua, saya juga hendak sebut tentang perebutan di antara apabila salah seorang suami ataupun isteri yang berkahwin di bawah undang-undang sivil berpisah, maka kita dengar kes-kes yang menyebabkan ketegangan di antara kaum, antara agama negara kita supaya perkara ini diselesaikan dan ada undang-undang yang boleh mengawal kerana hal ini adalah hal peribadi tetapi hal peribadi ini akhirnya menjadi satu perkara yang menegangkan hubungan di antara kaum dan antara agama. Tadi kita dengar hangat perbahasan mengenai perkahwinan kanak-kanak ataupun perkahwinan paksa, bawah umur. Saya hendak sebut di sini mungkin di antara kawan-kawan kita mengatakan bahawa ini hukum Islam, ini kita kena ikut. Kalau orang lain sebut, maknanya dia telah menghina agama Islam. Sebenarnya concern aktivis wanita dan aktivis hak kanak-kanak adalah kesan jangka panjang ke atas child bride ataupun pengantin perempuan bawah umur ini, dalam jangka masa panjang. Statistik yang ada pada saya ini menunjukkan dalam tahun 2000, Malaysian Population Census, banci penduduk ya. Daripada banci ini sejumlah 6800 orang kanak-kanak perempuan berusia bawah 15 tahun direkodkan telah berkahwin. Takkan kita tidak boleh buat satu kajian, yang melihat apa berlaku kepada kanak- kanak yang berkahwin di bawah umur ini. Concern ataupun kebimbangan kita adalah pertama, anak-anak ini tidak ada peluang untuk melanjutkan pendidikan. Bila mereka tidak terdidik, mereka tidak ada pendidikan, maka peluang mereka mencari rezeki atau kerja juga adalah amat rendah dan ini menyebabkan satu kitaran di mana kemiskinan itu berlonggok kepada orang perempuan, poverty in women dan akhirnya kebergantungan kepada apa yang kita sebut tadi welfare dan sebagainya. Jadi, saya minta kementerian membuat kajian kerana kita bercakap atas emosi, atas sentimen. Biarlah ada kajian yang menunjukkan bahawa apa kesannya. Adakah dengan kita membenarkan kanak-kanak berkahwin, bawah 16 tahun, bawah 18 tahun maka kita boleh menyelesaikan masalah sosial kita, kerana kita sekarang ini menghadapi masalah sosial yang sangat genting. Saya orang Islam tetapi saya tidak mahu menidakkan bahawa kita ada. Kalau kita di dalam sindrom penafian, kita akan menghadapi masalah 50 tahun akan datang, orang Islam masih bercakap mengenai perkara ini dan bila kita menyebut mengenai negara Islam, negara majoriti Muslim seperti Algeria, Mesir, Maghribi menetapkan 18 tahun sebagai umur minimum perkahwinan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan... [Tepuk] Mesir, Universiti Al-Azhar, ulama-ulama besar dan kebanyakan daripada ulama negara kita dididik di Al-Azhar tetapi Mesir mengehadkan umur perkahwinan ini kepada 18 tahun dan saya hendak sebut di sini, perkahwinan bawah umur atau kita panggil perkahwinan kanak-kanak ini ada yang kita panggil perkahwinan sebaya. Ini puppy love ini jumpa, dia kahwin tetapi yang saya bimbang sekali adalah perkahwinan di mana jarak umur di antara pengantin perempuan, kanak-kanak perempuan dengan pengantin lelaki terlalu jauh dan kita mendengar, membaca, baru ini satu kes di negara Teluk, child bride dia di bawah 10 tahun.

Lima tahun kalau tak silap saya, malam pertama rabak. Terpaksa dibawa ke hospital dan akhirnya meninggal dunia. Kita tak hendak perkara ini berlaku, baru kita hendak buat satu undang-undang. Pencegahan itu lebih baik daripada kita memulihkan keadaan. Jadi kita mesti lihat dalam keadaan yang rasional. Saya bersetuju bahawa dalam Islam tidak ada had dalam umurnya, malah kita kata kalau baligh, boleh kahwin. Saya juga bersetuju fizikal seorang wanita itu berbeza. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Seberang Perai, ada yang berumur 15 tahun, 16 tahun tetapi badannya kecil, tak nampak macam dia dah 18 tahun. Ada yang 13 tahun tapi badannya masya-Allah macam 18 tahun. Jadi, mungkin daripada segi fizikalnya kita lihat dia sudah boleh berkahwin, sebab dia sudah ada sifat-sifat seorang wanita dan saya hendak sebut tentang masalah sosial yang kita sebut sekarang. Kita dulu mungkin tak tahu benda sebab dunia kita adalah dunia yang agak tidak terdedah kepada sosial media dan internet dan sebagainya. Mungkin kebanyakan kita tidak tahu apa itu seks hinggalah kita berkahwin tetapi anak-anak sekarang sudah ada handphone dan boleh muat turun berbagai-bagai dan inilah yang merangsang mereka sebenarnya. Bagaimana negara kita hendak menghadapi masalah ini kalau kita tidak ada satu undang- undang yang makna by pilihan, by choice. Maknanya kita bila dia dapat software, dia dapat phone, kita sudah limit apa yang boleh didownload dan only adults, orang-orang dewasa mungkin ada ini. Saya diberitahu bahawa ada negara-negara, saya tak pandai software, saya tak tahu sangat ilmu multimedia ini ataupun ilmu ini. Ada softwares tertentu yang boleh kita download, yang boleh block semua downloading pornografi dan sebagainya. Penyakit kita ini apabila mereka, anak-anak ini sudah terdedah itu tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, ketagih seks. Bagaimana dia boleh tahu pasal seks, umur baru 14 tahun kecuali kalau dia melihat ibu bapa dia, dia melihat orang lain ataupun dia melihat melalui skrinnya. Jadi we have to do something proactive. Biarlah dalam isu ini kita dikatakan bahawa kita tidak terbuka, tak apa. Saya rasa rakyat Malaysia akan menyokong kita kalau kita mewajibkan ada satu software yang perlu dipasang pada semua. Saya rasa MIMOS boleh buat. Saya tak pandai ini, saya cerita sahaja tapi saya rasa boleh dilakukan. Lagi satu saya hendak sebut, saya hendak tanya tentang kementerian, sama ada ada campur tangan ataupun ada input kepada Kementerian Pendidikan yang kita biasa berbual, kita biasa berbincang tentang pendidikan kesihatan reproduktif yang disebut tentang pendidikan seks. Kebanyakan orang bila sebut pendidikan seks, kepala otak dia tak ada fikir lain. Dia ingat kita hendak mengajar teknik-teknik macam mana hendak buat seks. Ada orang macam itu, itu sebabnya tak faham. Jadi, sekarang ini kita kena faham betul-betul apa yang kita hendak ajar kerana anak-anak perlu faham, kerana bila tak faham, inilah berlaku incest. Bila tak faham, inilah apabila orang boleh mengambil kesempatan di atas mereka kerana dia tak faham bentuk-bentuk rangsangan yang boleh mereka terima.

Dia tidak faham, dia tengok pornografi dia boleh terangsang. Dia tidak faham kalau dia berpeluk-pelukan dia boleh terangsang. Dia tidak faham kalau orang pegang-pegang dia di tempat-tempat tertentu, dia boleh terangsang. Ini kita boleh didik melalui pendidikan seks, jangan salah faham. Jangan salah faham sebab pendidikan kesihatan dan produktif ini boleh mencegah sekiranya kita memasukkan elemen akhlak, elemen agama ke dalam pendidikan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kota Raja boleh gulung.

Baik terima kasih. Seterusnya saya hendak sebut di situ itu tadi sebab saya melihat kita ini negatif. Bila kami wanita membincang tentang child marriages, ada pihak-pihak yang mengatakan, “Oh! This is trying to impinge on Islamic begini begitu”. Tidak, saya orang Islam. Saya ada anak, saya ada anak buah. Saya sangat-sangat memikirkan tentang yang orang kata ini. Lagi satu, perkahwinan yang awal ini sekarang sudah berlaku. Bagaimana ya kalau kita tahu kita hendak review the law, undang- undang itu akan mengambil masa yang lama. Bagaimana kita hendak memastikan anak- anak sekarang ini yang kahwin sebelum umur 18 tahun ini, masih terus boleh melaksanakan pendidikan, boleh pergi sekolah.

[Bangun]

Saya biasa berbual dengan guru besar. Mereka takut…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

Laluan sedikit boleh?

Saya hendak habis ayat ini ya. Saya biasa berbual dengan guru besar, mereka takut ada budak-budak, kanak-kanak yang kahwin awal masuk dalam sekolah bercampur dengan anak-anak yang belum kahwin. Dia kata nanti topiknya lain. Ini adalah negatif tetapi kita harus memahami keadaan ini dan kita harus proaktif. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Kalau kita lihat kepada zaman mak kita dahulu, mak kita kahwin umur 14 tahun, ada yang 13 tahun dan alhamdulillah rumah tangga mereka kekal dan hidup bahagia sehingga anak 10 orang dan membesarkan anak dalam keadaan yang baik. Itu zaman dahulu. Jadi Islam ini sesuai untuk semua zaman. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kota Raja, adakah zaman kita ini sudah berubah begitu rupa sehingga perempuan yang 14 tahun, 15 tahun itu zaman sekarang ini lebih suka untuk tidak berkahwin? Tidak ada tanggungjawab kekeluargaan lagi supaya senang tanggungjawab ini dipikul oleh ibu bapa mereka sehingga mereka umur 18 tahun dan mereka bebas untuk bergaul secara bebas. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Tidak ada dalam ucapan saya, saya mengatakan saya bersetuju dengan pergaulan bebas. Tidak ada dalam ucapan saya, saya mengatakan bahawa mereka ini tidak sesuai hukuman Islam. Ini saya kata jangan salah faham. Saya mengatakan bahawa kita perlu buat kajian. Saya mengatakan bahawa kita hidup sekarang di dalam abad ke-21, keadaan sudah berubah.

Yang Berhormat Kota Raja.

Keadaan sudah berubah, jadi environment dia berubah.

Yang Berhormat Kota Raja.

Kita tidak berubah hukum dan perkara ini Islam tidak katakan, “By fourteen you must get married, by baligh you must get married”. No! Berubah, ini adalah hukum yang berubah, hukum yang boleh berubah dan tidak fix. Jadi, kenapa kita selalu defensif bila kita kata, saya pun tidak kata kita hendak haramkan, kan saya kata buat kajian dahulu. Saya mengatakan kita buat kesediaan itu, kita kena kaji. Bagi yang 14 tahun zaman emak bapa kita, lain. Dia tidak kerja, dia tidak keluar, suami bertanggungjawab. Akan tetapi sekarang ini cuba kita tengok dia kahwin awal tadi disebut bercerai awal, anak berterabur dan dia akan mula balik cycle itu. Jadi, isu pendidikan sangat penting. I am not saying no to all of if but I said kaji, jangan sensitif benda itu.

Yang Berhormat Kota Raja, izinkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Kota Tinggi. Sebenarnya masa Yang Berhormat Kota Raja sudah habis ini.

Saya pendek sahaja. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh juga, soalan itu pun saya hendak tanya juga. Hukum hakam ini jangan kita compromise, jadi itu kena jelas. Bila perkara disebut dalam bentuk-bentuk yang bagi pandangan saya berhubung pindaan, saya kena stand up, this is our faith. Saya sudah sebut tadi...

Terima kasih, terima kasih.

Jadi yang selain itu, Tuan Yang di-Pertua...

Terima kasih, saya faham Yang Berhormat Kota Tinggi.

Saya tidak habis lagi. My point is, saya setuju you kena buat kajian.

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Sekejap sekejap, Yang Berhormat Kota Raja sedikit lagi. Kalau hendak kajian buat, kalau baik kita dengar. Masalah jangan conclude dahulu dan jangan buat...

Am I concluding? Have I concluded?

Tidak, biarlah saya cakap habis dahulu. Jangan kita bercakap berbentuk provokatif yang boleh merosakkan sensitiviti, itu maksud saya tadi. Dari segi tadi negara-negara lain, saya yakin negara lain pun tidak semuanya ikut. Yang ikut itu macam Mesir, dia tidak ada sensitiviti dan ekosistem tersendiri tetapi jangan generalize sebab apa, perbezaan kita perkembangan ekonomi...

Faham, faham.

Strata sosial kita berbeza. Itu sebab saya kata dalam negara kita ini kena peka pada sensitiviti. Dalam pada itu Yang Berhormat Kota Raja, saya dengar sepanjang berhujah tadi ialah suruh buat kajian. Akan tetapi dalam suruh buat kajian itu seolah-olah telahan-telahan perkaranya amat buruk sekali. Okeylah, kita boleh dengar tetapi sampai kajian itu dibuat jangan buat anything conclusive kecuali kita yakin benda itu. Dalam pada itu perkara-perkara sensitif kita tangani dengan baik.

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi.

Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja.

Semua itu bagi dekat Menteri jawab. Saya cuma hendak sebut...

Yang Berhormat Kota Raja, laluan sedikit.

Bahawa janganlah terlalu kita mengguna provokatif, sensitif. Kita tidak akan boleh bincang apa-apa, we have to move forward. Saya tidak kata, inilah masalah kita, kalau Mesir sebuah negara Islam...

Kalau hendak bincang, kalau hendak bincang bukan dalam bentuk tuduhan-tuduhan macam tadi. Kita kena...

Saya tuduh apa, saya tuduh apa? Saya mengatakan fakta yang ada dalam negara kita dan negara-negara lain.

Ya, okeylah itu.

Jadi jangan kita hanya– saya hendak menyatakan di sini adakah al-Quran, hadis yang mengatakan bahawa kita tidak boleh hadkan 18 tahun. Adakah hadis dan ayat al-Quran mengatakan bahawa kamu boleh kahwin ataupun wajib kahwin, tidak. Benda ini, it’s open so let us discuss.

Yang Berhormat Kota Raja, hukum hakam kata boleh, bila saya kata tidak boleh? Masalah sekarang ini bila keluar soalan kata kenapa 18 tahun atau 21 tahun. Ini yang jadi salah. Saya ingat you missed the point situ.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hanya hendak tambah sedikit. Saya rasa kerajaan kita abort the resolution.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi sekarang Yang Berhormat Kota Tinggi hendak menentang cadangan Yang Berhormat Kota Raja untuk buat kajian atau hendak menentang Kerajaan Barisan Nasional yang telah menerima resolusi di United Nations pada tahun 2013 ini? Saya rasa bingung sedikit…

Tadi dengar atau tidak Yang Berhormat Kulai…

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kerana sentiasanya Barisan Nasional menyokong kerajaan sepenuhnya tetapi selepas kerajaan menerima resolusi...

Saya kata tadi dengan resolution, dengan resolution.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Kota Tinggi ini floor saya. Yang Berhormat Kota Tinggi tahu apa itu peraturan mesyuarat tidak?

Yang Berhormat Kulai, dengan resolution. Ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Duduk dahulu, ini floor saya bukan you punya floor, duduk!

You pun tidak pakai peraturan mesyuarat, tidak ada floor.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ini floor Yang Berhormat Kota Raja bagi saya apa masalah?

Siapa bagi? tidak ada dengar pun bagi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Dia bagi saya.

Tidak bagi pun.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ada bagi tidak?

Belum jemput pun.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ini floor saya, jadi saya dapat floor dari Yang Berhormat Kota Raja, saya berhak untuk ucap di sini. Jangan senang-senang hendak tuduh orang menghina Islam apabila kerajaan sendiri yang sudah menerima resolusi...

Jangan suka buat provokatif. Mengapa tadi Yang Berhormat Kulai cakap bawah 21- orang Islam...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Kota Raja perlu balik dan bincang dengan Menteri terlebih dahulu.

You kena bincang, sebelum cakap kena fikir-fikir dahulu. Tangani sensitiviti dahulu.

Minta laluan sedikit Yang Berhormat Kota Raja.

You celopar!

Teramat panas topik ini. Yang Berhormat Pasir Puteh ada lagi, bolehkah?

Yang Berhormat Kota Raja, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Islam sebenarnya tidak mengehadkan mana-mana umur untuk perkahwinan, tidak ada had. Hatta dari tanggungjawab untuk melepaskan anak perempuan untuk berkahwin adalah tanggungjawab walinya, bapanya.

Kalau bapanya orang yang bertanggungjawab yang faham anak dia ini siapa dia, tahu perangai anak dia, tahu matang atau tidak anak dia, tahu yang terbaik untuk anak dia. Tanggungjawab bapa itulah untuk menyerahkan anak dia kepada sesiapa untuk menjaga anaknya, menantu dia. Jadi kita lihat di sini sekarang ini Yang Berhormat Kota Raja, kita hendak mengehadkan 18 tahun. Kuasa siapa ini kita hendak ambil ini?...

[Dewan riuh]

Terima kasih.

Saya begini, saya hendak sebut bahawa…

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Itulah silapnya, kalau kita sebut berlainan pandangan terus kita ini liberal, terus kita itu, terus kita ini. Ini Parlimen, saya berhak menyuarakan. Walaupun saya berbeza pendapat dengan Yang Berhormat Pasir Puteh, saya respect. Betul Islam tidak mengehadkan kepada 18 tahun. Akan tetapi sekarang kita mengatakan, itulah sebab kita tengok keadaan sekarang. Kalau kita bercakap mengenai idealism memang tanggungjawab bapa begitu, begini. Antara sebab bila orang kita mengahwinkan anak ialah poverty atau kemiskinan. Di antara sebab apabila dikatakan anak ini tidak terkawal, itu banyak sebab. Jadi itu sebabnya saya ingat Tuan Yang di-Pertua, untuk menggulungnya isu ini perlu kita bincang.

Mungkin tidak di Parlimen kerana kita tidak ada masa. Kalau boleh, kita bincang dan kita buat wacana, kita hadamkan dan mendengar semua pihak macam mana kita hendak memperhalusi. Sebab, perkara ini kalau kita kata negara kita- Mesir mengehadkan 18 tahun. Mesir tidak ada ulama? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Alor Gajah. Yang Berhormat, saya tidak dapat hendak bagi peluang semua ya, Yang Berhormat. Kita tadi mula bahas pukul 4.34 petang. Sudah dua jam lebih. Kalau sampai pukul 7.30, maknanya tiga jam. Jadi saya harap ringkas-ringkas sahaja kalau hendak bagi peluang kepada ahli yang lain ya, Yang Berhormat. Saya minta pukul 7.30 Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Ya, sila.

Datuk Koh Nai KwongMCA · BNAlor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 adalah hasil respons dan kepekaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap kes penindasan dan penderaan kanak-kanak yang semakin membimbangkan. Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, bilangan kes penderaan kanak- kanak yang dilaporkan dari tempoh tahun 2010 hingga Jun 2015 adalah sebanyak 11,866 kes. Dibandingkan dengan akta yang sedia ada, pindaan rang undang-undang ini akan memberikan perlindungan yang lebih baik dan pengurusan yang lebih peka kepada kanak- kanak yang didera atau ditindas. Ini adalah jelas apabila sebanyak 70 peratus pindaan ke atas Akta Kanak-kanak atau juga dikenali sebagai Akta 611 dengan memasukkan isu-isu baru untuk menangani pelbagai jenis keadaan termasuk keadaan yang mungkin menjejaskan hak dan perlindungan kanak-kanak pindaan Akta 611 iaitu melibatkan 69 pindaan ke atas seksyen yang sedia ada dan juga termasuk 13 seksyen baru. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 611 juga adalah untuk menyelaraskan akta sedia ada dengan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Konvensyen Hak Kanak- kanak atau United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) dengan izin, di mana Malaysia merupakan satu daripada negara yang menandatangani UNCRC.

Datuk Koh Nai KwongMCA · BNAlor Gajah

Tuan Yang di-Pertua, secara umum, pindaan ke atas Akta 611 tersebut memberi tanggapan yang positif tetapi pindaan tersebut tidak menyeluruh dan masih memerlukan penjelasan lanjut daripada kementerian iaitu pihak kementerian perlu mewujudkan lebih banyak kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai Akta Kanak-kanak dan polisi berkaitan dengan penjagaan serta pengetahuan tentang hak kanak-kanak. Ini adalah kerana hukuman yang lebih berat bagi pesalah atau kecuaian kanak-kanak hanya bersifat punitif sahaja tetapi tidak semestinya menangani sebarang masalah secara komprehensif. Maka, pihak kementerian memerlukan tindakan yang proaktif untuk membendung masalah kecuaian ke atas kanak-kanak. Selain itu, kes yang melibatkan ibu bapa yang mengalami masalah mental, kekurangan pendidikan dan masalah kewangan sehingga menyebabkan kecuaian semasa penjagaan kanak-kanak seharusnya ditangani oleh kementerian secara berbeza dalam pindaan Akta 611 serta mekanisme yang berbeza. Kaunseling dan bantuan kebajikan bagi isu seperti ini lebih berkesan kepada golongan terlibat serta perpecahan institusi kekeluargaan dapat diminimumkan. Di samping itu, penambahbaikan dan penyelarasan beberapa badan organisasi yang terlibat amat baik sekali - sebagai contohnya, Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dan Pembantu Pelindung. Namun, tatacara piawaian operasi atau standard operating procedure (SOP) dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dan garis panduan atau terms of reference perlu diperjelaskan secara terperinci. Walau bagaimanapun, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak diwujudkan untuk memantau perlindungan kanak-kanak amatlah dialu-alukan. Namun, terdapat dua kebimbangan yang timbul daripada ini. Pertama, dalam pindaan tersebut, tiada penerangan yang jelas mengenai syarat yang diguna pakai untuk memilih dua perwakilan kanak-kanak yang akan dipilih oleh Majlis dan skop dan tempoh penglibatan dalam perwakilan kanak-kanak tersebut. Kedua, terdapat keperluan menyertakan laporan awam untuk memantau prestasi Majlis yang perlu diterbitkan apabila Majlis diwajibkan dalam pindaan untuk bermesyuarat dua kali setahun. Dengan itu, dicadangkan kepada kementerian agar laporan prestasi Majlis juga diterbitkan dua kali setahun. Seterusnya adalah mengenai pangkalan data sistem iaitu daftar kanak-kanak yang juga tadi disebut oleh Yang Berhormat Tebrau. Pangkalan tersebut memerlukan penjelasan lanjut daripada kementerian terutamanya melibatkan pengawalan dan penyeliaan maklumat butiran pesalah kanak-kanak atau pesalah ke atas kes kanak-kanak. Dengan ini, saya minta kepada kementerian menyatakan apakah pangkalan sistem ini? Boleh atau tidak boleh dicapai oleh golongan awam dan senarai maklumat yang akan dicatatkan dalam pangkalan tersebut serta maklumat mangsa kanak-kanak dan pesalah digabungkan. Akhirnya, pindaan dalam sekatan mengenai laporan dalam penerbitan media massa terhadap kanak-kanak terlibat penindasan atau kanak-kanak adalah penjenayah merupakan satu pindaan yang amat baik. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, laporan terhadap pesalah yang menindas atau mendera kanak-kanak seharusnya mempunyai keseimbangan dalam melaporkan dan mendedahkan sebarang maklumat kepada orang awam. Ini adalah untuk memastikan langkah pencegahan atau pengajaran serta kesedaran dapat disampaikan kepada masyarakat. Dengan itu, akhir sekali, saya di sini menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Ampang.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin membahas tentang Rang Undang-undang Kanak-kanak ini. Saya sudah dengar beberapa perkara yang telah disebut oleh kawan-kawan dan saya cuma hendak menambah yang mana kekurangan yang telah saya sediakan.

Perlindungan kanak-kanak ini daripada keganasan memerlukan perhatian semua individu dalam masyarakat. Jadi, kanak-kanak harus mendapat penjagaan yang terbaik dan perlindungan daripada keluarga mereka sendiri. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam menyediakan keperluan asas anak- mengasuh, membimbing dan melindungi mereka daripada bahaya. Jadi dari segi kepentingan Akta Kanak-kanak ini, saya cuma amat berharap agar Akta Kanak-kanak perlu diberikan keutamaan dalam semua perkara atau prosiding yang melibatkan kanak-kanak tanpa pengecualian. Peruntukan ini adalah penting terutama dalam situasi yang melibatkan dua undang-undang yang berlawanan. Akta Kanak-kanak perlu didahulukan dalam prosiding yang melibatkan kanak-kanak. Selain itu, dalam kes yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak, Akta Kanak- kanak juga perlu didahulukan dengan mengambil kira faedah terbaik untuk kanak-kanak tersebut seperti perbicaraan dalam Mahkamah Juvenil berbanding dengan Mahkamah Dewasa. Dalam pindaan yang terbaru ini, tiada penekanan terhadap keutamaan Akta Kanak- kanak ini diberikan. Maknanya Akta Kanak-kanak itu paramount to all the laws and to all the courts, dengan izin, yang mana melibatkan anak-anak. Mengenai Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak ini, saya cuma hendak beri cadangan agar digabungkan Majlis Penyelaras Pelindungan dan lain-lain bagi meningkatkan lagi tahap efficiency Majlis tersebut berbanding menukarkan Majlis Penyelaras Pelindungan kepada Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak dan meletakkan semua tanggungjawab terhadap Majlis tersebut. Antara peranan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak adalah dalam aspek perlindungan, pemeliharaan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan. Oleh sebab itu, saya harap ada satu term of reference dan juga prosedur bagaimana hendak memantau pemantauan perlindungan kanak-kanak yang boleh diakses oleh orang awam. Laporan tersebut mestilah disediakan dua tahun sekali. Mengenai Pasukan Pelindungan Kanak-kanak ini, saya juga hendak mencadangkan agar pasukan tersebut perlu dihubungkan terus kepada Pusat Khidmat Bersepadu di setiap hospital setiap daerah, OSCC atau one-stop crisis centre yang mana sekarang ada untuk violence for women or domestic violence.

Jadi kita satukan sekali untuk kanak-kanak. Jadi pekerja sosial perubatan perlu menjadi sebahagian daripada anggota pasukan tersebut di mana mempunyai akses kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hospital secara terus. Saya juga nak sebutkan di sini bahawa daripada pihak NGO, mereka menegaskan terdapat masalah seperti pasukan perlindungan ini yang membuat perkara lain seperti membina perpustakaan kanak-kanak dan pusat IT. Jadi ada perkara-perkara yang lebih penting yang mana peruntukan itu diperlukan untuk membawa, menggunakan transport ataupun untuk mengendalikan urusan anak-anak ini yang mana harus diberikan keutamaan dan tidaklah menggunakan peruntukan itu di perkara-perkara yang tidak melibatkan secara terus untuk kepentingan anak-anak ini. Jadi pembantu pelindung kanak-kanak, jadi pindaan sekarang meletakkan untuk tugas siasatan dan laporan oleh pegawai pelindung tetapi tidak dinyatakan sepenuhnya di dalam akta. Jadi saya menuntut untuk prosedur operasi standard (SOP) dan bidang tugas pegawai pelindung dinyatakan sepenuhnya dalam pindaan akta yang terbaru ini. Jadi saya juga ingin menyentuh tentang makna kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Dalam rang undang-undang pindaan ini perlulah dimasukkan kanak-kanak yang ibu bapa menahan rawatan perubatan bertentangan dengan nasihat perubatan terbaik. Bermaksud pengabaian perubatan oleh ibu bapa dan perlu dilaporkan. Sebagai contoh, kanak-kanak itu perlu diberi rawatan tetapi ibu bapa menghalang. Jadi mesti kita adakan satu lebih baik adalah menubuhkan barisan panel doktor yang terdiri daripada beberapa orang pakar dan keputusan dibuat berdasarkan pandangan doktor-doktor tersebut yang membuatnya secara automatik.

Satu lagi, melindungi privasi kanak-kanak. Saya harap ada wakil-wakil NGO yang mana boleh kita gabungkan sekali dalam jawatankuasa ini untuk membantu menyelenggarakan atau menyelesaikan isu kanak-kanak ini, dalam isu privasi kanak-kanak ini. Selain daripada itu juga, ia harus membawa, perlu diwakili media yang berpengalaman kerana kita tidak mahu ada kesalahan eksploitasi kanak-kanak dan manipulasi gambar kanak-kanak, manipulasi kanak-kanak dalam pornografi dan sebagainya. Seterusnya, penahan kanak-kanak, ada yang sudah sentuh tadi. Jadi hak kanak- kanak untuk perwakilan undang-undang. Jadi di dalam pindaan ini mengatakan bahawa kanak-kanak itu boleh menamakan peguam dan sebagainya tetapi saya rasa tanggungjawab ini harus diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya untuk membuat keputusan kepada siapakah yang harus mewakili mereka. Tentang perkara hukuman, saya juga ingin mendapat penjelasan untuk melakukan khidmat masyarakat yang dimasukkan bagi menggantikan hukuman sebat perlulah diberi garis panduan yang jelas dengan komponen pemulihan yang kuat. Jadi pada keseluruhannya, saya memang menyambut baik tentang akta pindaan kanak-kanak ini yang mana hukuman diberatkan dan ada juga kebajikan kanak-kanak diambil kira, mereka tidak boleh digari, tidak boleh disebat dan konsep pemeliharaan berasaskan keluarga dan sebagainya. Ini satu perkara yang baik. Cuma saya juga hendak menyentuh tentang beberapa perkara hak asasi anak-anak yang tidak sempurna lagi dalam negara kita walaupun kita ada hak akta kanak-kanak tetapi banyak perkara asas yang saya fikir harus kita serapkan ke dalam akta kanak-kanak ini. Satunya ialah isu kewarganegaraan seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kulai tadi. Saya khususnya ingin membawa kes anak-anak Penan, orang-orang Sarawak di pedalaman yang mana mereka telah dinafikan hak mereka untuk mendapat kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai surat beranak dan IC. Ramai kanak- kanak yang terlibat masih lagi tidak dapat surat beranak mereka dan satu memorandum telah dihantar oleh wakil Orang Asli Penan pada 29 Mac lepas kepada Kementerian Dalam Negeri agar kementerian mengambil tindakan yang secepat mungkin kerana kementerian telah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Mengikut laporan Country Report on Human Rights Practices Malaysia dikeluarkan oleh United States Department pada tarikh 8 April 2011, melaporkan bahawa kerajaan telah berjanji akan mempercepatkan pemberian surat beranak dan kad pengenalan orang-orang Penan tetapi sampai sekarang masih lagi beribu, anak- anak Penan yang masih belum dapat surat beranak. Ini juga saya ingin mengaitkan dengan gadis-gadis Penan yang pada satu ketika, kerajaan sendiri, kementerian sendiri telah membuat satu kajian, satu investigation mengenai kes-kes gadis Penan yang mana telah dirogol, anak-anak Penan yang dirogol. Akan tetapi sampai sekarang perogol-perogol ini masih lagi berleluasa dan tidak lagi diambil tindakan, Tuan Yang di-Pertua. Yang ini juga hak asasi kepada anak-anak iaitu hak asasi pendidikan kepada mereka yang mana mereka harus diberikan pelajaran yang sempurna, persekolahan yang sempurna, infrastruktur yang sempurna.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila gulung.

Satu lagi yang saya ingin sebut ialah tentang persediaan perubatan untuk kanak-kanak. Tadi Yang Berhormat Bagan Serai sebut satu pusat kanak-kanak PERMATA, pusat hospital pakar, itu untuk sedangkan yang asas ini, anak-anak di luar bandar pengalaman masih lagi tak terurus kebajikan mereka, kesihatan mereka, perubatan mereka, kita tidak bolehlah mengambil pendekatan elit sahaja dan meninggalkan anak-anak di luar bandar ini terbiar begitu sahaja. Jadi saya harap ini akan dapat diserapkan dalam akta kanak-kanak ini. Akhir sekali saya juga ingin menyentuh tentang kawan-kawan yang sebut tentang child marriage. Saya harap diserapkan juga dalam akta ini kerana child marriage ini bukanlah satu kebaikan. Saya rasa untuk kita membuat kajian seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Ini bukanlah masalah akidah yang mana kita kena terus mengikut bahawa ini boleh berkahwin, tidak boleh menetapkan umur. Kalau kita membuat satu kajian dan ia membuktikan bahawa mereka yang kena kahwin bawah daripada umur 18 tahun ini adalah anak-anak gadis yang dipaksa, yang dieksploitasi, yang di abuse, daripada keluarga miskin, yang banyak masalah sosial.

Adakah masih Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Pasir Puteh hendak membiarkan anak-anak gadis ini untuk dilepaskan berkahwin begitu sahaja? Saya rasa tidak boleh. Jadi ini bukan masalah akidah, masalahnya kita boleh membuat penyesuaian untuk undang-undang semasa, ‘urf dan sebagainya. Jadi ini harus, kementerian harus bertindak lebih agresif atau tegas agar kementerian yang lain juga dapat mengkaji hal ini untuk kebaikan negara ini khususnya kanak-kanak perempuan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang Bagi Akta Kanak-kanak 2001. Tuan Yang di-Pertua, bila melihat kepada akta ini saya rasa terpanggil untuk berbahas melihatkan pada Januari 2016, kita telah dibentangkan dengan laporan kes dera di Kuching yang melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun. Kanak-kanak tersebut ditemui di ruang tamu rumahnya dengan beberapa kesan luka dan calar di bahagian muka, kepala serta badannya. Malah pada 3 Februari 2016, media telah melaporkan kes dera di Butterworth yang melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun dan lebih menyedihkan kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan luka di seluruh badan. Tuan Yang di-Pertua, melihatkan perkara ini, Al-Ghazali menyatakan, “Anak ialah amanah buat kedua ibu bapanya, hatinya masih suci ibarat permata yang mahal harganya. Apabila anak-anak dibiasakan dengan perkara yang baik dan dididik serta diberi tunjuk ajar, nescaya dia akan membesar dengan sifat-sifat yang baik dan bahagia di dunia dan di akhirat. Sebaliknya apabila anak dibiasakan dengan amalan-amalan yang buruk, dibiarkan begitu sahaja tanpa dihiraukan seperti yang berlaku dalam dunia haiwan, nescaya anak itu akan hancur dan binasa. Anak umpama sehelai kain putih, apa-apa sahaja yang dicorakkan ke atas anak tersebut pada permulaan kehidupan mereka, maka itulah yang akan membentuk perwatakan dirinya.” Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, mangsa dera akan lebih cenderung apabila ibu bapa yang juga mendera kanak-kanak atas sebab ingin membalas dendam ataupun melepaskan geram. Sebaliknya kanak-kanak akan membesar menjadi orang baik dan menolak kekerasan jika ibu bapa berkelakuan beradab dan menghormati anak-anaknya.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Menyedari hal ini, apabila melihat masa hadapan kanak-kanak semakin terancam, saya hendak membetulkan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ampang sebentar tadi. Yang mana saya lihat sebuah kerajaan, khususnya Kerajaan Barisan Nasional, telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam mencadangkan pindaan-pindaan kepada akta ini untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak di negara kita. Ini diselaraskan dengan konvensyen hak kanak-kanak yang telah diratifikasikan oleh hampir semua negara seluruh di dunia. Malaysia merupakan antara negara yang telah menandatangani dan meratifikasikan Konvensyen Akta Kanak-Kanak. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat kepada Konvensyen Hak Kanak-Kanak, saya hendak relate kepada, dengan izin, dengan akta ataupun pindaan baru yang diketengahkan dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 ini, yang melibatkan pemuliharaan berasaskan keluarga, pemansuhan hukuman sebat dan perintah khidmat masyarakat yang dicadangkan oleh pihak kementerian adalah satu inisiatif yang wajar dipuji. Pindaan terhadap akta ini sememangnya bertujuan menyediakan perlindungan yang jauh lebih baik terhadap kanak-kanak ini. Saya percaya cadangan-cadangan ini telah dihasilkan setelah kementerian mengkaji keadaan semasa dan kepentingan pindaan ini secara holistik dan menyeluruh. Cadangan pindaan ini juga meliputi penderaan dalam bentuk pengabaian seperti kes kecuaian ibu bapa, seperti meninggalkan anak di dalam kereta berseorangan. Meninggalkan anak tanpa keperluan asas yang mencukupi di rumah dan membiarkan anak bermain di pusat beli-belah tanpa jagaan sehingga menyebabkan kematian.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Dalam hal ini, apabila saya melihat pindaan akta tersebut, dinyatakan pemeliharaan berasaskan keluarga atau deinstitutionalisation merupakan satu pendekatan yang wajar dipraktikkan. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya konsep ini dapat dijana dan dapat digerakkan supaya menitikberatkan kasih sayang yang tidak berbahagi ini oleh ibu bapa kepada anak-anak dalam suasana kekeluargaan tetapi juga mendapat sokongan komuniti. Ini kerana apabila merujuk kepada statistik 20,000 anak yatim piatu ditempatkan di 25 pusat penjagaan kerajaan yang menampung lebih 1,500 kanak-kanak dan 750 institusi NGO yang menjaga 22,500 kanak-kanak. Ini angka yang sungguh luar biasa bagi sebuah negara Malaysia yang masyarakat majmuk ini. Apabila merujuk kepada perkara ini juga, penempatan kanak-kanak ke dalam rumah kanak-kanak atau rumah anak yatim sebenarnya akan mengasingkan mereka daripada mendapat kasih sayang yang sepatutnya diperoleh daripada institusi keluarga. Hal ini juga bagi hemat saya akan menimbulkan kebimbangan kerana ianya akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut akan besar dan bukan sahaja dalam suasana kekeluargaan. Ini akan menghalang kanak-kanak tersebut untuk mempunyai perkembangan minda yang positif dan sahsiah yang sempurna. Tuan Yang di-Pertua, melalui pindaan ini saya ingin menyarankan mahkamah hendaklah memberikan keutamaan kepada penjagaan berasaskan keluarga semasa mengeluarkan perintah perlindungan kepada kanak-kanak. Selaras dengan itu, perintah penempatan di Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dijadikan pilihan terakhir, melainkan untuk kepentingan kanak-kanak. Ini merupakan satu langkah dan satu usaha untuk membantu kanak-kanak ini terdedah kepada suasana kekeluargaan dan seterusnya akan membentuk dan membantu minda mereka berkembang secara positif dan akhlak yang terdidik. Tambahan lagi, cadangan pindaan yang membabitkan hukuman kepada ibu bapa atau penjaga yang melakukan kesalahan menganiaya, mengabai, membuang atau mendedahkan, menggunakan kanak-kanak untuk mengemis dan sebagainya serta membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan, bakal dikenakan tindakan perintah khidmat masyarakat adalah satu hukuman yang berbentuk pengajaran. Saya percaya pendekatan hukuman sebegini akan lebih memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai tanggungjawab mereka untuk melindungi anak-anak. Selain daripada itu, saya melihat pindaan yang akan melibatkan denda sehingga RM50,000 dan penjara maksimum 20 tahun bagi mereka yang disabitkan kerana mendera kanak-kanak, ianya memberikan satu perbezaan dengan akta sekarang. Yang mana mereka akan disabitkan kesalahan kerana mendera kanak-kanak, hanya boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 dan penjara sehingga 10 tahun. Penambahan jumlah denda ini bukanlah satu penambahan yang drastik. Pada hemat saya, ianya perlu dilihat sebagai satu cara untuk mendidik dan memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak adalah golongan yang sangat dilindungi oleh undang-undang negara kita. Tambahan lagi cadangan untuk mengujudkan daftar pelaku jenayah merupakan suatu inisiatif yang sangat perlu. Saya memuji cadangan ini kerana ianya boleh dijadikan satu rujukan oleh orang ramai serta pihak majikan yang mahu mengambil pekerja. Selain mekanisme untuk dirujuk pihak berkuasa dalam mengenal pasti rekod kesalahan terlampau. Hal ini juga Tuan Yang di-Pertua, boleh membantu orang ramai mendapatkan akses secara telus. Senarai ini akan memudahkan, misalnya bagi majikan yang hendak mengambil pekerja, termasuk di pusat asuhan kanak-kanak, untuk kerajaan boleh mengkaji latar belakang bakal pekerjanya. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyarankan dan mencadangkan kepada pihak kementerian kaedah untuk memutuskan pihak manakah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk mengurus daftar pelaku jenayah supaya tiada pertindihan kuasa antara agensi-agensi berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya saya melihat cadangan pindaan ini sebagai satu inisiatif yang sungguh baik dan sungguh bijak untuk menambah perlindungan kepada kanak-kanak di negara kita. Saya juga ingin menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mengadakan lebih banyak lagi kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sama ada sebelum berkahwin dan juga selepas berkahwin.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Pendidikan ini sangat penting kepada setiap pasangan baru terutamanya, bagi menyedarkan akan tanggungjawab yang besar yang mereka harus pikul, terutama setelah berumah tangga. Oleh kerana dengan kaedah ini, saya akan melihat bahawa masalah penderaan kanak-kanak akan berjaya diatasi. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terus proaktif untuk melindungi dan memantapkan pembangunan wanita, kanak-kanak, keluarga dan masyarakat secara berterusan dan optimum. Akhir kata, saya menyokong penuh cadangan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, apabila kita bincang tentang Akta Kanak-kanak ini, saya hendak merujuk kepada firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Harta dan anak-anak, perhiasan hidup dunia dan yang kekal lagi aula itu lebih baik dan lebih elok impiannya”. Ini menggambarkan kepada kita betapa anak itu nikmat yang sangat besar, yang patut kita jaga. Akan tetapi siapakah yang terlebih aula untuk melahirkan anak-anak yang dianggap sebagai permata ini? Dalam satu cerita menarik, kisah seorang lelaki membawa anaknya bertemu dengan Umar Ibnu Al-Khattab. Lalu menyatakan bahawa anak ini telah menderhakai dia, lalu Umar menasihatkan si anak. “Kenapa kamu derhaka kepada ibu bapa, sedangkan kamu ada kewajipan begini-begini?”. Lalu akhirnya anak itu berkata, “Wahai Umar, tidakkah anak juga ada hak yang wajib ditunaikan oleh bapanya untuk diri dia”. Kata Umar, “Ya”. Apa dia? [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Bapa berkewajipan melahirkan ibu sebelum melahirkan anak”.

Maksud cerita ini ialah betapa anak itu menjadi tidak baik, tidak elok, anak yang derhaka disebabkan bapa itu gagal untuk menyediakan satu keluarga yang baik, keluarga yang soleh, memilih ibu yang baik atau ibu memilih bapa yang baik untuk anak-anak lahir dalam satu masyarakat berkeluarga yang sangat baik. Maka, saya lihat bila kita bincang akta ini, pertama sekali institusi yang perlu kita perkasakan supaya segala hak melibatkan kanak- kanak ini dapat dicapai ialah memperkasakan institusi perkahwinan dan keluarga itu sendiri. Berkahwin itu perkara sunah, keperluan manusia tetapi yang tinggal lagi aplikasi atau pelaksanaan kepada perkahwinan. Perkahwinan yang tidak disusun dengan cara yang baik menyebabkan lahirnya satu keluarga yang tidak bahagia, yang kesannya adalah kepada kanak-kanak itu sendiri, satu. Yang kedua, saya hendak pergi pada takrifan yang kita berikan tentang kanak-kanak ini bermula dengan takrifan kanak-kanak sebagai seorang di bawah umur 18 tahun. Saya berpandangan kesilapan kita ialah pada takrifan ini. Oleh kerana kita meletakkan takrifan ataupun hak kanak-kanak pada umur. Akan tetapi beza dengan Islam, Islam meletakkan manusia kematangannya dilihat kepada... [Berucap dalam Bahasa Arab] Ataupun... [Berucap dalam Bahasa Arab] Iaitu umur baligh ataupun umur yang boleh mencapai kematangan dan umur kematangan itu berbeza umurnya. Ada yang muda, ada yang pada belasan, ada yang 18 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Bila mana kita meletakkan takrifan 18 tahun sebagai umur kematangan, menyebabkan ada hak-hak mereka yang telah matang, kita nafikan dengan pelbagai peraturan yang kita cipta dengan akal kita sendiri. Jadi, bagi saya kesilapan besar pada takrifan tersebut. Jadi, saya mencadangkan agar takrifan itu ditambah pada masa akan datang untuk juga kita melihat kepada takrifan Islam berkaitan dengan mereka yang matang yang disebut umur baligh. Kesannya ialah bila mana kita bincang hal berkaitan dengan kanak-kanak yang dikatakan sebagai statutory rape ataupun rogol bawah umur ini. Pertamanya, rogol bawah umur ini mesti kita kecualikan perkahwinan kerana Islam itu menghalalkan perkahwinan. Isu ini memang jadi panas pada hari ini dan memang dibincang hangat di peringkat antarabangsa dalam isu ini.

Pertama sekali, bila mana Islam letakkan umur matang pada umur, bukan berdasarkan umur, berdasarkan kepada body, fizikal, emosi, seksual yang berbeza antara satu sama lain. Di kala itu lah Islam meraikan hak manusia. Mereka yang telah baligh, akan datang secara automatik perasaan dia, keinginan dia, keinginan untuk berkendiri, keinginan untuk berdikari, keinginan untuk dia mendapatkan hak seksual dia. Ini hak dia. Bila mana kita nafikan hak dia disebabkan kita letakkan takrif kanak-kanak berumur 18 tahun, sedangkan dia bukan lagi kanak-kanak, dia orang yang sudah matang, ada keinginan. Bila ada keinginan, keinginan itu mesti kita berikan hak dia. Hak untuk berkahwin, itu hak dia. Kita merasakan tidak berikan hak pada mereka itu adalah suatu keadilan. Hakikat itu kezaliman kita terhadap hak dia. Kesan akhirnya ialah bila kita menghalang seorang yang ada keinginan untuk berkahwin, mendapat hak keinginan seksual mereka secara sah, secara halal, maka berlakulah perkara yang tidak diingini yang namanya zina. Mungkin ada yang berhujah mengatakan bahawa kalau kita benarkan dia kahwin pada usia muda, nanti akan bercerai. Orang tua bercerai, usah kata orang muda. Isunya bukan pada perkahwinan, isu pada orang yang berkahwin, orang yang aplikasikan perkahwinan. Perceraian itu hebat. Kita lihat dalam minggu lepas kita bincang data, saya sebut dalam ucapan saya tentang data perceraian yang dibawa datang oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang begitu ramai orang yang bercerai dalam tempoh 6 tahun yang terakhir. Ertinya bukan isu perceraian. Pertama, kalau kita, kalau kita bagi dia kahwin muda, nanti dia akan bercerai. Persoalan kita, kalau tidak bagi kahwin, dia buat apa? Dia akan berzina. Mana lebih mudarat? Zina mudarat, berkahwin muda mudarat, mudarat yang dijangka. Zina, mudarat yang pasti. Bila bertembung dua mudarat, kuasa Islam ialah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, kita ambil mudarat yang paling ringan. Yang paling ringan adalah berkahwin. Bukan berzina. Kalau biarkan dia tidak berkahwin, akan berlakulah zina. Kita kata mungkin ini menjadi ruang untuk ramai nanti orang tua berkahwin dengan orang muda. Seperti data yang kita bawa, umur 60 tahun berkahwin umur 15 tahun dan sebagainya. Yang Berhormat semua, kita kena faham, seorang budak yang berkahwin, siapa yang benarkan dia kahwin? Islam memberi hak pada bapa, bapa ini baligh, dia ada hak, dia ada kemampuan untuk berfikir. Dia yang berikan hak untuk anak itu berkahwin kerana bapanya yang akan menentukan. Yang salah bukan kanak-kanak yang berkahwin, bukan sistem membenarkan berkahwin, yang salah bapa yang beri anak berkahwin pada orang laki-laki yang tidak layak berkahwin. Itu isu dia. Yang kedua, perkahwinan adalah perlindungan. Islam meletakkan bahawa perkahwinan untuk melahirkan as-sukun, mawaddah, mahabbah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, antara tanda kekuasaan Allah SWT ialah untuk kamu ini boleh as- sukun iaitu mendapat ketenangan dan dijadikan di antara kamu mawaddah, kasih sayang, rahmah, kasihan belas. Erti, perkahwinan untuk ini. Seorang bapa yang hendak mengahwinkan anaknya perlu melihat, jika seorang yang datang itu tidak mampu memberikan as-sukun kepada anak perempuan dia, tidak mampu memberikan mawaddah pada anak perempuan dia, tidak mampu memberikan kasih sayang, rahmah kepada anak perempuan dia, dia tidak boleh kahwinkan. Kalau diberikan perkahwinan, bukan salah anak. Bukan salah sistem, salah pada orang yang mengaplikasikannya. Maka, kita kena buat undang-undang untuk mengatur orang yang akan membenarkan perkahwinan. Bukan dengan kita bakar kelambu kerana ada isu- isu terpencil walaupun mungkin banyak juga tapi ini isu terpencil berbanding kes-kes yang lain. Maka, kita tidak boleh kita bakar kelambu dengan mengharamkan perkahwinan. Jadi, perkara ini perlu kita ambil perhatian. Satu lagi bila kita bincang tentang perkahwinan bawah umur ini dan kita ambil konsep bahawa ia boleh memberi satu kezaliman kepada anak- anak. Saya katakan tadi, yang zalim, menghalang kanak-kanak jika dia ada keinginan berkahwin untuk berkahwin, itu satu. Yang kedua, saya hendak pergi pada hak anak-anak. Akta yang kita buat hasratnya ialah satunya memberikan perlindungan, yang kedua mengelakkan pengabaian. Macam mana kita beri perlindungan?

Pertama, perlindungan kita berikan bila kita berikan hak untuk anak ini mendapat kehidupan yang baik. Satu, menerusi makan minum; kedua menerusi pakaian; ketiga menerusi penginapan. Ini lah yang mesti yang ditunaikan oleh mereka yang bergelar bapa. Oleh kerana itu Al-Quran menyatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, menjadi kewajipan kepada orang yang dilahirkan anak untuknya, bagi makan pada ibu, beri makan pada perempuan yang melahirkan anak, memberi pakaian pada orang yang melahirkan anak, kenapa? Oleh kerana anak memerlukan ibu untuk menjadi pelindung kepada diri dia dan memberi tarbiah kepada diri dia. Maka, diberikan makan minum kepada ibu sebagai satu perlindungan kepada anak-anak. Hari ini yang berlaku ialah isu perceraian. Bila berlaku perceraian, hari ini ramai anak-anak terabai nafkah mereka. Bagaimanakah akta kita ini mampu memberikan hak kepada anak-anak sehingga mereka yang terabai hasil perkahwinan yang pecah daripada mereka tidak mendapat hak. Dalam Al-Quran menyebut konsep perempuan yang mengandung sebagai contoh. Perempuan yang mengandung, Allah Taala berfirman dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, kalau mereka perempuan mengandung... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, maka hendaklah memberi nafkah kepada perempuan yang sedang mengandung ini... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Hingga perempuan ini melahirkan anak. Itu sebenarnya satu perlindungan kepada hak kanak-kanak dalam perut ibu tadi supaya dia boleh membesar dalam kandungan dengan cara yang paling baik dan nanti lahir pun dalam keadaan yang paling baik. Satu lagi yang saya hendak sebut ialah isu menyusu. Hari ini kita terima realiti bahawa ramai wanita bekerja dengan pelbagai sebab. Antara kesan negatifnya ialah ramai anak-anak yang tidak mendapat hak untuk mendapat susu ibu. Yang akhir, kita sub kepada susu lain, susu lembu dan sebagainya. Isu yang saya hendak sebut ialah bagaimana kita boleh buat satu sistem yang memberi hak untuk anak-anak yang ibu mereka terpaksa bekerja dengan pelbagai sebab, tetap mendapat hak untuk menyusu ibu. Dalam Al-Quran menyatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, perempuan-perempuan yang melahirkan anak, menyusukan anak mereka selama 2 haul, itu 2 tahun. Itu hak mereka yang mereka akan tuntut bila mereka besar nanti. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Maka, bagaimana kita hendak berikan hak menyusu ini kepada mereka kerana itu yang ditetapkan oleh Islam. Yang terakhir, yang saya hendak sebut ialah tentang penjenayah kanak-kanak. Adakah kanak-kanak layak dipanggil penjenayah?

Mereka bukan penjenayah. Mereka berada pada umur yang belum mampu untuk mereka berfikir. Maka, apa yang berlaku ialah kesilapan. Maka, boleh ada kesilapan, tidak dianggap sebagai jenayah. Maka, dia akan membezakan cara kita berinteraksi dengan kanak-kanak yang buat kesilapan ini. Ini kerana bila disebut jenayah tentulah kita akan letakkan hukuman yang berat dan timbullah berbagai-bagai hukuman yang kita bincangkan sebelum ini iaitu sebat dan sebagainya. Kita kena balik kepada konsep kanak-kanak yang mereka belum ada akal. Mereka tersilap langkah dalam kaedah Islam dipanggil konsep takzir. Takzir maknanya hukuman yang bertujuan untuk mendidik mereka. Saya sokong pandangan disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi bahawa mereka yang membuat kesalahan ini tempat yang paling aula untuk mereka ialah kembali berada bersama keluarga mereka yang boleh memberikan hak kepada mereka Saya ingat itulah sedikit daripada saya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Masa 2 minit. Minta 2 minit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kalau saya bagi kena bagi Yang Berhormat tetapi sudah tutup dah.

Tidak, tadi yang mulakan tadi Yang Berhormat Permatang Pauh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah cukup dah.

Jadi, last patutnya daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Masa 2 minit, 2 minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri. Cukuplah.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan dengan begitu hangat sekali RUU untuk meminda Akta Kanak-kanak 2011 ini. Terima kasih atas sokongan serta pandangan serta maklum balas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Pertamanya daripada Yang Berhormat Permatang Pauh yang telah menyebut tentang the best interest of the child. Sesungguhnya memang pun akta ini adalah, in the best interest of the child, dengan izin, dan juga pindaan yang dibuat ini adalah juga, in the best interest of the child. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan konsep the best interest of the child memang perlu diambil kira dalam apa juga keadaan. Kementerian ini akan terus berunding dengan pelbagai agensi dan kementerian-kementerian berkenaan termasuklah juga JAKIM dan Mahkamah Syariah supaya mereka lebih sensitif kepada isu the best interest of the child ini dengan membuat apa juga keputusan yang mereka buat. Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah menyentuh tentang kriteria pemilihan wakil kanak-kanak sebagai anggota Majlis. Perkara yang sama disentuh juga oleh Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Tebrau. Kanak-kanak yang dipilih untuk menganggotai Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak adalah terdiri daripada kanak-kanak yang menganggotai Majlis Perwakilan Kanak-kanak di negeri-negeri. Keanggotaan mereka ini dalam Majlis adalah mengikut giliran bagi setiap kali mesyuarat diadakan. Ertinya mengikut keperluan apakah isu-isu yang dibincangkan dalam mesyuarat tertentu, maka kanak-kanak itu akan dipilih mengikut keperluan. Mereka ini adalah anak-anak yang telah dipilih di peringkat negeri masing-masing. Pemilihan juga adalah berdasarkan perwatakan dan kebolehan kanak-kanak tersebut dalam menyuarakan pendapat. Buat masa ini, penyertaan kanak-kanak di dalam Majlis Penyelarasan bagi Perlindungan Kanak-kanak adalah dari kalangan yang berumur antara 16 hingga 17 tahun. Penyertaan kanak-kanak dalam Majlis ini adalah selaras dengan prinsip utama CRSC sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 12 dan 13 konvensyen mengenai hak kanak-kanak. Artikel 12- kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dan menjadikan pandangan itu diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh kanak-kanak. Artikel 13- kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangan menerima penuh maklumat, memberitahu idea atau maklumat tanpa mengira sempadan. Hak ini adalah tertakluk kepada sekatan tertentu dan hendaklah hanya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan perlu untuk menghormati hak atau reputasi orang lain atau untuk melindungi keselamatan negara atau ketenteraman awam, public order atau kesihatan awam atau pun moral.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Ingin juga saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa pindaan ini pun sebenarnya telah dibawa juga kepada kanak- kanak supaya mereka juga mempunyai suara tentang pindaan yang kita laksanakan ini sama ada ia sesuai atau tidak. Mereka telah pun memberi pandangan dan pandangan mereka telah diambil kira. Yang Berhormat Permatang Pauh juga menyebut tentang Pasukan Pelindung. Pasukan kebajikan hendaklah mempertimbangkan pengambilan daripada kalangan NGO. Dengan kedua-dua pindaan bahawa pasukan terdiri daripada tujuh orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang kanak-kanak maka para NGO sudahlah tentu boleh dilantik sebagai ahli pasukan ini. Yang Berhormat Permatang Pauh juga bercakap tentang reporting oleh doktor dan cikgu. Seksyen 27, Akta 611 sedia ada telah pun mempunyai peruntukan mana-mana pegawai perubatan, pengamal perubatan yang gagal untuk memaklumkan kepada pelindung mengenai kanak-kanak yang dipercayai telah dianiaya, dicederakan daripada segi fizikal, emosi merupakan suatu kesalahan yang boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000. Di dalam RUU ini pula, kementerian mencadangkan supaya laporan dibuat kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bukan lagi kepada Pelindung bagi membolehkan mana-mana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima laporan tersebut....

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Menteri...

Kementerian juga mencadangkan obligasi memaklumkan ini kepada orang lain seperti guru dalam seksyen baru 29A.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkataan pegawai perubatan itu saya hendak penjelasan. Apakah doktor swasta dan juga pengamal-pengamal swasta lain, profesion lain juga termasuk dalam itu wajib melaporkan dengan cara yang sama. Terima kasih.

Disebutkan bahawa pegawai perubatan dan juga pengamal perubatan yang berdaftar. Yang Berhormat Permatang Pauh juga menyebut hendaklah memperuntukkan dana yang mencukupi. Fasal 5, RUU ini dalam Schedule 3A memperuntukkan berkaitan dengan dana bagi Majlis Kebangsaan di mana telah dinyatakan bahawa kerajaan hendaklah memperuntukkan dana yang mencukupi secara tahunan kepada Majlis. Juga perlunya peruntukan kepada perkhidmatan kanak-kanak ditambah. Kementerian memanglah bersetuju dan menyokong cadangan daripada Yang Berhormat. Kerajaan telah pun sebenarnya memperuntukkan bajet bagi perkhidmatan kanak-kanak iaitu seperti demikian. Pada tahun 2014, RM57,877,562.82. Pada tahun 2015 RM81.9 juta. Pada tahun 2016 ini RM74.9 juta. Jadi, memang ada peruntukan yang disediakan dan kita telah pun menyediakan di dalam RUU ini supaya dana diperuntukkan. Yang Berhormat Parit Sulong pula berkaitan dengan pemansuhan hukuman sebat ke atas kanak-kanak di mahkamah kanak-kanak. Kenapakah hukuman sebat di bawah seksyen Akta Kanak-kanak ini dimansuhkan? Sebagai agensi utama yang memperjuangkan kesejahteraan dan keselamatan hidup kanak-kanak, kementerian ini menggalakkan ahli masyarakat dan institusi berkaitan menggunakan kaedah mendidik dan mendisiplinkan kanak-kanak yang paling berkesan. Hukuman rotan atau fizikal yang lain tidak semestinya memberikan kesan yang terbaik. Hukuman yang berbentuk kekerasan atau ugutan tidak mendatangkan kesan yang positif ke atas kanak-kanak malah boleh mendatangkan trauma dan menyebabkan kanak- kanak itu mengelak daripada bercakap benar dan mungkin berbohong pada masa hadapan. Kaedah yang memberikan kesedaran dan kesan jangka panjang pendidikan adalah yang berbentuk pendidikan dan pemulihan diri dalam mencorakkan keperibadian yang sihat.

Selain itu, Malaysia selaku negara pihak kepada Konvensyen mengenai Hak Kanak- kanak atau Convention on the Rights of the Child sejak tahun 1995 sentiasa menitikberatkan komitmen negara kepada konvensyen tersebut dengan mengambil kira saranan-saranan di bawah artikel CRC. Selaras dengan Artikel 19 CRC, negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah perundangan, pentadbiran sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau perlakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi termasuklah penderaan seksual semasa dalam jagaan ibu bapa penjaga di sisi undang-undang atau mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu.

Oleh itu kementerian merasakan bahawa hukuman sebat perlu dimansuhkan dengan mengambil kira perlindungan sewajarnya ke atas kanak-kanak. Atas keprihatinan tersebutlah hukuman sebatan oleh mahkamah bagi kanak-kanak telah dimansuhkan di dalam rang undang-undang ini. Berkenaan dengan rotan di institusi pendidikan, kementerian telah mengambil kira pandangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana Kementerian Pendidikan berpendirian bahawa rotan di sekolah masih perlu dikekalkan bagi tujuan mendisiplinkan kanak-kanak. Oleh itu RUU ini hanya memberikan fokus pindaan kepada Akta Kanak-kanak sedia ada yang hanya memperuntukkan hukuman sebatan di mahkamah. Manakala bagi pindaan kepada rotan di institusi pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat Parit Sulong juga menyebut atau menyentuh tentang definisi kanak-kanak bawah 18 tahun boleh dapat lesen dan tidak selaras. Definisi bahawa 18 tahun adalah selaras dengan konvensyen mengenai kanak-kanak CRC. Ia telah diratifikasikan oleh sebanyak 195 negara di seluruh dunia. Semua negara pihak bersetuju dengan definisi tersebut kerana tujuan utama definisi tersebut adalah untuk melindungi kanak-kanak. Kanak-kanak adalah vulnerable dalam keadaan tertentu. Misalnya, tempat perlindungan dan makan minum, berlaku kepincangan dalam keluarga. Dalam keadaan sedemikian, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan seorang dewasa atau ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga umur 18 tahun. Walau bagaimanapun, dalam kes mendapat lesen, kanak-kanak sudah boleh mendapat lesen kerana kanak-kanak berkenaan telah matang daripada segi fizikal dan dapat mengawal motor kenderaannya. Pemberian lesen berkenaan juga membantu ibu bapa kerana tidak perlu menghantar anak setiap kali diminta. Namun ini tidak bermaksud ibu bapa tidak bertanggungjawab sekiranya kanak-kanak berkenaan menyalahgunakan kemudahan tersebut. Yang paling penting, pencapaian umur bawah 18 tahun adalah bagi melindungi mereka yang paling vulnerable, dengan izin, supaya kerajaan ada undang-undang yang digunakan untuk menghukum mereka yang membuat eksploitasi terhadap kanak-kanak. Yang Berhormat Parit Sulong juga menyebut tentang ibu bapa perlu mengawasi kanak-kanak walaupun telah berumur 18 tahun yang dianggap matang. Di bawah seksyen 33, pengawasan yang perlu diberikan adalah pengawasan yang berpatutan iaitu tanpa persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan. Tempoh juga yang berpatutan, barulah melakukan kesalahan di bawah seksyen 33. Ertinya tidaklah kesemua itu adalah menjadi kesalahan akan diambil kira perkara-perkara pengawasan ini yang berpatutan dan tempoh masa yang berpatutan bagi kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan. Yang Berhormat Kulai, isu kewarganegaraan. Isu kewarganegaraan Tuan Yang di- Pertua adalah di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran. Yang Berhormat Kulai juga bertanya apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu perkahwinan bawah umur. Yang Berhormat Kulai ada ya?

Boleh sikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ampang bangun, Yang Berhormat.

Mengenai kewarganegaraan tadi sebelum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana saya juga menyentuh tentang kewarganegaraan.

Walaupun kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, tetapi ia melibatkan kanak-kanak. Jadi saya amat berharap agar kementerian juga mengambil peranan yang aktif untuk memastikan anak-anak yang lahir di negara ini terutamanya dalam kes yang dalam pedalaman banyak kesusahan untuk kepayahan untuk membuat pendaftaran, agar membuat satu usaha agar mereka ini diberikan surat beranak dengan satu mobile unit yang regular turun ke kawasan-kawasan ini ataupun ada yang kes-kes yang banyak lagi yang kita buatkan satu kelonggaran agar mereka ini boleh diberikan surat beranak kerana ini akan menyusahkan mereka hendak pergi sekolah, hendak pergi sekolah menengah, pergi universiti atau pekerjaan dan sebagainya amat menyulitkan mereka bila mereka sudah tua nanti. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kulai, boleh tambah sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Cerita yang samakah?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, betul isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak tambah sedikit. Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Ampang bahawa yang mangsa di sini adalah kanak-kanak. Jadi saya harap bahawa Kementerian Pembangunan Wanita janganlah “cuci tangan” sahaja. Mestilah ambil satu berat yang aktif, yang mengambil berat dalam masalah ini dan saya rasa tadi Yang Berhormat Timbalan menteri ada sebut bahawa, for the best interest of the children. Konsep ini telah dimasukkan dalam akta ini. Jadi for the best interest of the children, bukankah kanak-kanak yang tanpa kewarganegaraan ini diberi kewarganegaraan supaya mereka ada akses pergi ke sekolah, mereka ada dokumen yang sah supaya membolehkan mereka kerja pada masa yang akan datang. Jadi saya memang haraplah, saya tahu ini isu sebenarnya di bawah KDN...

Okey, boleh dengar Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Akan tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita perlulah ambil bahagian dalam proses ini.

Okey, kita ambil maklum tentang perkara ini dan ingin juga saya maklumkan di sini walaupun sebenarnya ini seperti yang saya sebutkan di bawah Kementerian Dalam Negeri, tetapi ingin saya maklumkan di sini bahawa terdapat juga masa-masa tertentu, pegawai-pegawai kebajikan kita di peringkat daerah-daerah, go beyond dia punya responsibility dan bila mendapati ada kanak-kanak yang tidak mempunyai surat beranak seperti mana Yang Berhormat Ampang sebutkan tadi. Akan tetapi mereka ini mungkin tidak mendapat surat beranak disebabkan kelalaian ibu bapa mereka di mana pegawai-pegawai kita telah go beyond responsibility mereka, bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran dan mendapatkan surat beranak untuk mereka. Saya sendiri menyaksikan ini. Saya sendiri melihat dan menyampaikan pula sendiri juga surat kelahiran kepada kanak-kanak tersebut Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri. Isu warganegara tadi, boleh? Sikit lagi. Saya rasa hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan ini bukan hanya menanti dia warganegara. Mereka yang masuk dengan apa sebab sekali pun disebabkan kesilapan ibu bapa mereka, hak kita kena beri tetapi dengan cara yang kita kena fikirlah, berikan kad sementara dan sebagainya. Yang penting mereka boleh belajar. Saya pernah harungi masalah seumpama ini bila orang yang datang secara PATI lah, dia ada anak. Hendak belajar tak ada tempat. Jadi dia akhirnya berpeleseran. Kesan besarnya kepada negara kita juga. Kesan negatifnya. Jadi, saya rasa adakah kementerian boleh fikirkan perkara ini?

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kalau di tempat-tempat tahanan untuk kanak-kanak ini memang kita telah menyediakan juga pendidikan kepada mereka dengan guru-guru yang dibayar oleh kementerian dan juga di institusi kita di mana kanak-kanak tidak mempunyai surat beranak ataupun Sijil Kelahiran ini, mereka juga diberikan pendidikan di dalam institusi kita sendiri sehinggalah dapat diuruskan surat kelahiran ataupun surat beranak mereka. Mereka tidak kita biarkan begitu sahaja. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu perkahwinan bawah umur? Antara langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu perkahwinan bawah umur ialah penubuhan task force perkahwinan bawah umur di bawah Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak. Task force ini terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan. Ahli akademik dan aktivis kanak-kanak yang meneliti isu berkaitan perkahwinan bawah umur. Antara perkara yang diusulkan di bawah task force ini ialah: (i) menyediakan laporan perubatan dan laporan sosial yang perlu dipertimbangkan oleh Hakim Syarie bagi orang Islam, Muslim, Ketua Menteri untuk yang bukan Muslim dan Ketua Adat sebelum meluluskan sesuatu permohonan perkahwinan bawah umur; (ii) meningkatkan kesedaran mengenai ilmu kesihatan reproduktif dan keibubapaan dalam kalangan remaja dan pasangan muda yang akan berkahwin melalui kursus-kursus seperti kursus praperkahwinan dan SMARTSTART yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara; (iii) mewujudkan pusat remaja kafe@TEEN oleh LPPKN di seluruh negara yang mana kita menyasarkan golongan remaja berumur antara 13 tahun hingga 24 tahun bagi memberikan maklumat berkaitan isu psikososial, termasuklah menyediakan khidmat kaunseling kepada remaja. Antara aspek yang diberi tumpuan ialah hubungan dalam keluarga dan hubungan antara jantina di samping khidmat nasihat klinikal dan program kemahiran hidup. Juga mewujudkan dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif kebangsaan untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan mengenai kesihatan reproduktif serta advokasi dalam kalangan masyarakat serta program pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ataupun PEKERTI.

Ingin saya maklumkan di sini juga kepada Ahli Yang Berhormat yang tadi ada menyebutkan tentang pendidikan reproduktif ini, memang kita di kementerian telah pun mengadakan program rintis kita untuk murid-murid sekolah selepas UPSR dan seperti saya telah maklumkan juga kepada mereka yang telah selepas selesai peperiksaan Tingkatan 3, telah kita adakan Program PEKERTI@School dinamakan ini. Ia memberikan pendidikan tentang kesihatan reproduktif kepada mereka. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi itu, memang telah kita adakan. Insya-Allah dengan peruntukan yang mencukupi akan kita teruskan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, boleh saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Sedikit tentang pendidikan reproduktif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit tentang pendidikan reproduktif kerana saya pernah terlibat dengan perbincangan semasa di peringkat saya, sebagai doktor.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Salah satu elemen yang tidak ada pada pendidikan reproduktif di Barat yang menyebabkan bila pendidikan reproduktif diajar seperti pendidikan seks, maka apa yang sebaliknya berlaku. Bukan kebaikan tetapi keburukan iaitu the element of God, dengan izin in marriage dan in sex. Jadi maksud saya ialah kita harus belajar di situ dan kita harus usahakan walaupun kita buat secara generik sebab kita tidak mengkhususkan sesuatu agama tetapi itu satu yang perlu kita belajar dari kegagalan Barat. We have to put in, dengan izin, the element of God in marriage, in family life and in sex juga. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang itu adalah termasuk di dalam kurikulum kitalah untuk the element of God itu tadi. Apakah pindaan yang dibuat di dalam Rang Undang-undang Kanak- kanak berkaitan dengan perkahwinan bawah umur ini. Akta Kanak-kanak tidak memperuntukkan mengenai perkahwinan mahupun perkahwinan kanak-kanak memandangkan ia adalah peruntukan dalam akta mengenai Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1994, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri- negeri dan Undang-undang Adat di Sabah dan Sarawak yang mempunyai jurisdiction ke atas perkahwinan ini. Bukan di bawah rang undang-undang ini ataupun Akta Kanak-kanak ini. Oleh yang demikian, kementerian tidak membuat apa-apa pindaan akta berhubung dengan perkahwinan bawah umur. Ini kerana mengenai perkahwinan, bukan di bawah bidang kuasa kementerian ini tetapi di bawah kementerian atau jabatan-jabatan yang lain dan juga di peringkat negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kita telah mendengar apa yang disebut dan disentuh tadi dan mengambil kira beberapa perkara yang dikemukakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ampang bangun ya.

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kata akan mendengar pandangan mengenai child marriage tadi dan kita akan mengambil langkah- langkah yang tertentu. Apakah langkah-langkah yang kementerian akan laksanakan untuk memastikan bahawa Rang Undang-undang Kanak-kanak ini yang merangkumi kanak-kanak 18 tahun ke bawah, termasuk semua kes kanak-kanak, dengan izin, as long as they are 18 years old and below, they should be under the jurisdiction of this law. Yang Berhormat Menteri, saya harap ini boleh dilihat dengan secara lebih serius kerana kita tidak mahu anak- anak yang bawah umur 18 tahun diambil kesempatan. Abuse dan diexploit oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan mereka. Terima kasih.

Yang Berhormat, kalau berkaitan dengan abuse dan sebagainya, itu memang sudah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak ini. Akan tetapi ini kita sebut tentang perkahwinan. Saya tidak tahulah kalau ibu bapa itu dikatakan kalau anak dia berkahwin itu, dikatakan abuse pula. Walau bagaimanapun, seperti saya telah maklumkan tadi, memang ada langkah-langkah yang telah kita ambil. Antaranya tadi ialah penubuhan task force perkahwinan bawah umur di mana kalau ada permohonan untuk berkahwin di bawah umur yang telah ditentukan itu, sama ada di Mahkamah Syariah ataupun daripada Ketua Menteri ataupun daripada Ketua Adat, maka diminta supaya penyediaan laporan perubatan dan laporan sosial diambil kira untuk dipertimbangkan. Itu antara lain dan banyak lagilah dan insya-Allah kita akan membincangkan lagi perkara ini dalam masa-masa yang akan datang ini.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pulai bangun ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Pulai.

Samakah ini? Kalau tidak nanti lambat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak tanya. Negara kita telah menerima satu resolusi UN pada tahun 2013.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak tanya, pendirian sekarang yang diambil oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adakah ini bercanggah dengan resolusi yang kita telah sign pada tahun 2013 ini, di mana kita telah membuat satu aku janji bahawa kami akan menghapuskan perkahwinan kanak-kanak. Sekiranya dalam pandangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kerajaan bahawa ini adalah satu isu yang perlu dibincangkan lagi. Kenapa kita sign resolusi ini pada tahun 2013? Itu saya tidak faham sikit kerana nampaknya kita hanya hendak menunjuk kepada negara antarabangsa, arena antarabangsa bahawa kita satu negara yang sokong kesemua hak asasi manusia ini tetapi sebaliknya apabila kita balik ke Malaysia, kita tidak ada political will untuk melaksanakan, untuk menunaikan janji yang telah kita telah buat di United Nations. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, resolusi itu is not binding. It’s not binding. Dalam negara kita ini ada lagi undang-undang tertentu yang perlu kita hormati, Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi saya hendak tanya sikit, boleh?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kita sign tetapi not binding maksudnya apa? Kita tidak ada political will untuk merealisasikannya. Adakah itu maksud Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Resolusi is not binding. Itulah dia. Tidak mengikat kita ertinya. Mengapakah rang undang-undang ini tidak memberi perlindungan sewajarnya kepada kanak-kanak ini, Yang Berhormat Kulai punya pertanyaan lagi. Mengenai aspek pendaftaran, kelahiran dan memperoleh kewarganegaraan. Akta 611 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak- kanak. Daripada aspek pendaftaran kelahiran dan kewarganegaraan, ia merupakan di bawah bidang kuasa kementerian lain, tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dan juga Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak yang dijual tertakluk di bawah peruntukan Akta Antipemerdagangan dan Migran 2007, pihak kementerian melalui JKM membantu daripada segi memberikan tempat perlindungan berdasarkan perintah mahkamah. Ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat Kulai bahawa Malaysia memang telah pun menandatangani protokol pilihan berkenaan Children in Armed Conflict and Child Prostitution and Pornography pada 12 April 2012. Berkaitan dengan pemerdagangan kanak-kanak, di Bahagian VII pemerdagangan dan pembelian kanak-kanak di dalam Akta Kanak-kanak 2001, telah memperuntukkan mengenai kesalahan dan penalti bagi pemerdagangan kanak-kanak dan juga pelarian kanak- kanak. Isu pemerdagangan ini termaktub di dalam Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri di mana seksyen 14, Akta 670 memperuntukkan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi di mana hukumannya adalah dipenjara tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda. Penjualan kanak-kanak sebagai pelacur, di dalam Akta Kanak-kanak telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apa-apa transaksi yang bertujuan untuk memindahkan atau memberikan kanak-kanak dengan balasan berharga, merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 48 yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya. Balasan berharga itu sama ada bagi tujuan pelacuran ataupun tidak.

Dalam rang undang-undang ini, kementerian telah mencadangkan agar penalti di bawah seksyen ini dinaikkan kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Yang Berhormat Bagan Serai pula bercakap, menyentuh tentang siapa pembantu pelindung. Pembantu pelindung adalah orang yang dilantik oleh Menteri untuk membantu pelindung menjalankan tugas yang dibenarkan oleh akta. Kementerian mencadangkan tempoh pelantikan adalah selama dua tahun. Terima kasihlah Yang Berhormat Bagan Serai. Memang betul pelindung kita tidak mencukupi atau kita memerlukan pembantu pelindung supaya sampai ke tempat-tempat yang jauh di mana tidak ada pelindung yang dapat kita beri perlindungan kepada kanak-kanak kita yang memerlukan. Tujuan ini adalah untuk memperkasakan lagi peranan komuniti dalam melindungi kanak-kanak. Antara pertimbangan kementerian dalam memasukkan peruntukan ini ialah mengenai pembantu pelindung ini adalah seperti berikut. Kekurangan pelindung seperti yang telah kita bincangkan bersama bagi membantu pelindung mengendalikan kes-kes yang terpencil dengan kadar yang segera. Pembantu pelindung lebih memahami juga budaya, adat, dialek sesuatu kawasan itu kerana mereka mungkin pelindung, tidak mengenali adat istiadat di tempat tersebut. Kriteria pemilihan ialah warganegara Malaysia berumur lebih 21 tahun, tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah, tidak bankrap atau muflis, mempunyai pengalaman dalam bidang kerja sosial dan melibatkan kanak-kanak dan mereka ini juga disokong oleh pemimpin tempatan atau pegawai kanan kerajaan kumpulan ‘A’, diperakui oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kriteria pemilihan itu seperti saya sebutkan tadi. Pembantu pelindung ini dilantik sama ada berdasarkan permohonan atau syor dari Pejabat Kebajikan Masyarakat. Dalam menjalankan tugas mereka ini samalah seperti penjawat awam. Adakah pembantu pelindung menerima kelayakan keistimewaan hak dan tanggungjawab yang sama seperti pelindung memandangkan pelindung merupakan penjawat am daripada segi gaji dan sebagainya bagi membantu pelindung, sama ada layak menerima kelayakan seperti mana pegawai pelindung, masih dalam draf cadangan lagi. Sebagai contoh, menerima gaji atau elaun, kemudahan cuti dan sebagainya. Yang Berhormat Bagan Serai juga ada menyebut tentang kanak-kanak yang mengemis. Seksyen 17(1)(k) memberi maksud kanak-kanak dibenarkan mengemis, menerima sedekah bagi mana-mana orang yang menggunakan kanak-kanak untuk tujuan mengemis. Penalti yang dikenakan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun. Kanak-kanak yang diselamatkan kerana menjalankan aktiviti mengemis ini pada 2015, 39 kes; 2014, 85 kes; 2013, 74 kes. Kanak-kanak yang berkeliaran dan mengemis, kanak-kanak yang didapati mengemis atau berkeliaran, kementerian melakukan Ops Pengemis iaitu Ops Bersepadu, Ops Adhoc dan Ops yang berjadual, lima hingga enam kali sebulan. Kanak-kanak diselamatkan dimasukkan ke rumah kebajikan untuk perlindungan. Sejauh mana akta ini terpakai kepada kanak-kanak pelarian ini juga disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Akta ini memberi perlindungan kepada semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak pelarian sekiranya terdapat kes aniaya dilaporkan. Kementerian melalui JKM akan memberikan perlindungan dan memastikan kesihatan mereka akan pulih dan mereka juga sekiranya mereka melanggar perundangan lain seperti Akta Imigresen, maka akta lain akan dikuatkuasakan selepas proses perlindungan selesai. Perintah Khidmat Masyarakat. Pesalah yang dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat akan memakai vest yang bertulis Perintah Khidmat Masyarakat di bahagian belakang vest mereka. Aktiviti kerja yang dilakukan oleh pesalah Perintah Khidmat Masyarakat adalah aktiviti kerja yang dilakukan oleh pesalah PKM adalah tidak tertumpu kepada hanya di dalam institusi kebajikan sahaja. Malah akan diperluaskan atau pelaksanaannya di masjid, di tempat pihak berkuasa tempatan tertentu di seluruh negara. Selain itu tempat pelaksanaan juga telah diperluaskan ke pejabat kerajaan, hospital, sekolah dan lain-lain. Ingin juga saya tambah memang kita juga memberikan kaunseling kepada mereka ini. Kokurikulum sekolah juvana, sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia. Pendidikan akademik merupakan perancangan jangka panjang di mana aktiviti teras ini mengkhususkan...

Penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan tentang hukuman khidmat masyarakat. Jadi, sejauh mana setakat ini pemantauan yang telah dibuat oleh pihak kementerian, hukuman yang telah dijalani oleh pesalah kanak- kanak ini berjaya dan mampu memulihkan dari sudut akhlaknya? Apakah ada penambahbaikan di masa akan datang dan apakah cabaran yang mungkin diperhatikan oleh pihak kementerian untuk memastikan hukuman yang dikenakan itu betul-betul dapat memulihkan pesalah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab kita rasa memang Perintah Khidmat Masyarakat ini memang berkesan untuk kanak-kanak. Itulah sebabnya kita masukkan lagi dalam rang undang-undang ini. Memanglah daripada semasa ke semasa, kurikulumnya kita tambah baik. Setelah kita membuat kajian-kajian dan melihat ia berkesan tetapi mungkin perlu ada lagi yang kita tambah seperti contohnya kita perlu memberikan mereka kaunseling lagi. Bukan sahaja bekerja tetapi kaunseling untuk memperbaiki lagi dan untuk memberikan motivasi kepada mereka, insya-Allah. Bagi kurikulum sekolah juvana, pendidikan akademik, tadi telah saya sebutkan dalam sistem pendidikan formal di sekolah. Tumpuan aktiviti akademik terhadap banduan muda adalah seperti berikut; kelas 3M, kelas PMR, kelas SPM, kelas STPM. Tumpuan aktiviti kemahiran seperti berikut; logam, jahitan, paip, automekanik, pendawaian elektrik, penyediaan makanan, pendandanan, macam-macamlah jadual aktiviti akademik dan kemahiran seperti yang ada inilah. Ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, pencapaian Perintah Khidmat Masyarakat ini untuk pesalah muda kita, 98 peratus tidak lagi mengulangi kesalahan jenayah. So, memang satu pencapaian yang amat baik sekali, alhamdulillah. Yang Berhormat Sungai Siput ada kah? Boleh teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara bertulis.

Tidak payah, bertulis ya. Yang Berhormat Rantau Panjang ada. Okey Yang Berhormat Rantau Panjang tadi berkaitan dengan kesalahan rogol. Statistiknya ada pada saya. Nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Apakah tindakan JKM bagi mangsa berumur 18 tahun? Kanak- kanak berkenaan diberikan khidmat kaunseling pada kanak-kanak dan juga ahli keluarga mereka. Pengawasan juga secara kerap di rumah dan di sekolah jika masih bersekolah agar emosi mereka tidak terganggu. Kita akan buat secara berterusan. Kita ada ramai kaunselor kita. Perlindungan kepada kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat. Dasar perlindungan kanak-kanak merupakan salah satu usaha bagi memastikan keselamatan kanak-kanak bagi membolehkan dasar perlindungan kanak-kanak dapat dilaksanakan. Maka pelan tindakan perlindungan kanak-kanak telah dibangunkan dan tindakan perlindungan akan melibatkan tindakan daripada segi program aktiviti oleh agensi-agensi tertentu. Contohnya Kementerian Pelajaran Malaysia, PDRM, JPM. Contoh program ialah Nur Alert dijalankan oleh PDRM. Nur Alert ini kalau berlaku ada laporan kanak-kanak yang hilang. Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau, adakah? Ada, okey. Yang Berhormat mencadangkan supaya kanak-kanak tidak dibawa ke mahkamah untuk jagaan sementara dan memadai pelindung sahaja.

Kanak-kanak perlu dibawa ke mahkamah bersama pelindung kerana ia memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut hak untuk didengar, right to be heard, dengan izin, di mana kanak-kanak boleh memberikan pandangannya secara bebas sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan ataupun perintah yang boleh memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut. Jadi Yang Berhormat, perlu mereka hadir supaya boleh didengar, diberikan hak untuk mereka menyuarakan pandangan mereka.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya maksud saya, kalau mereka diperlukan memang mereka kena bawa ke mahkamah tapi bukan tiap-tiap hari mereka perlu memberikan statement. Jadi apabila tidak perlu, cadangan saya ialah jangan bawa mereka ke mahkamah kalau sekiranya tidak perlu pada hari-hari tertentu.

Okey, terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat itu. Akan tetapi, memanglah di mahkamah itu mereka diperlukan. Apabila mereka diperlukan hadir, mereka mesti hadirlah. Prinsip mengenai hak kanak-kanak untuk kemukakan pendapat dalam apa-apa perkara yang melibatkan diri adalah termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak- kanak yang disertai oleh Malaysia. Peluang untuk kanak-kanak memberikan pandangan dan pendapat dalam prosiding mahkamah adalah berkaitan dengan the best interest of the child dan juga berkaitan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan negara kita. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap ibu bapa yang berbohong kepada mahkamah dalam membuat permohonan untuk menghantar anak-anak mereka ke tempat perlindungan? Dalam Kanun Keseksaan, terdapat peruntukan mengenai giving false evidence yang merupakan suatu kesalahan. Yang Berhormat Tebrau juga bercakap tentang perubatan kanak-kanak. Peruntukan seksyen 24 Akta Kanak-kanak 2001, kebenaran bagi rawatan perubatan. Jika pada pendapat pegawai perubatan, seseorang kanak-kanak yang mengalami penyakit kecederaan yang serius memerlukan pembedahan atau rawatan psikiatri, pelindung hendaklah serta-merta memberitahu ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan keizinan bertulis. Sekiranya ibu bapa atau penjaga enggan memberikan keizinan tersebut, maka pelindung mempunyai kuasa untuk memberi keizinan tersebut untuk dia dibawa untuk mendapatkan perubatan ataupun medical treatment. Ibu bapa akan lepaskan tanggungjawab untuk penjagaan kanak-kanak terutamanya luar kawalan...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya, Yang Berhormat Menteri, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Salah satu daripada kes di mana kanak-kanak diabaikan yang saya kerap lihat dari perspektif sebagai doktor selama 29 tahun ialah dalam jangkitan kuman seperti meningitis dan ensefalitis. Meningitis adalah jangkitan kuman di selaput otak yang boleh dirawat dengan antibiotik. Akan tetapi, ia biasanya memerlukan prosedur yang disebut lumbar puncture, dengan izin, mengambil cecair daripada tulang belakang. Ada khurafat yang besar mengatakan bahawa ini satu produser yang sangat berbahaya dan ramai ibu bapa di luar bandar mengambil keluar anak mereka dari hospital atau pergi ke perubatan alternatif yang akhirnya anak itu jadi buta atau jadi cacat akal dan masih saya lihat sampai sekarang, pada tahun lepas, mereka jadi cacat akal, mentally retarded, dengan izin, cerebral palsy dan lain- lain lagi. Jadi adakah ada apa-apa peruntukan dalam akta ini di mana kita boleh misalannya ‘memaksa’ dengan satu barisan pakar apabila itu kita syak penyakit yang serius seperti meningitis supaya– dan ini perlu dibuat cepat, tidak boleh ke mahkamah kerana ia beberapa jam boleh membawa maut atau mencacatkan seumur hidup. Terima kasih.

Di bawah apa yang saya sebut tadi itu, seksyen 24, Akta Kanak-kanak 2001, kebenaran bagi rawatan perubatan ini, sekiranya ibu bapa atau penjaga enggan memberikan keizinan tersebut, maka pelindung mempunyai kuasa untuk memberi keizinan tersebut. Ertinya jika keperluan itu memanglah mendesak dan ada laporan daripada pihak perubatan. Ibu bapa akan lepaskan tanggungjawab dan menyerahkan penjagaan anak-anak terutama luar kawalan. Cadangan dalam pindaan rang undang-undang ini telah mengambil kira berkaitan dengan perkara ini. Oleh yang demikian, ibu bapa akan dikenakan beberapa syarat oleh mahkamah untuk memastikan ibu bapa tetap bertanggungjawab walaupun anak ditempatkan di institusi JKM.

Bagi kanak-kanak yang tidak terkawal, kanak-kanak akan diberi peluang untuk menyuarakan pandangan di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjalankan temu bual terhadap kanak-kanak dan ibu bapa ataupun penjaga bagi menyediakan laporan akhlak untuk dikemukakan kepada mahkamah sebelum dijatuhkan perintah. Pihak kaunselor JKM juga akan menjalankan sesi kaunseling terhadap kanak-kanak dan ibu bapa sebelum kes dikemukakan ke mahkamah. Jadi tidak sewenang-wenanglah ibu bapa itu melepaskan tanggungjawab mereka dan mengatakan anak mereka itu di luar kawalan dan supaya dijaga di bawah institusi JKM. Daftar kanak-kanak. Kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah, Yang Berhormat Tebrau ya, tidak akan didaftar di bawah daftar ini kecuali mereka melakukan perbuatan jenayah terhadap seorang kanak-kanak yang lain. Malah, bagi kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah mereka, perkataan sabitan atau hukuman tidak boleh digunakan oleh mahkamah bagi kanak-kanak. Pendedahan kepada media sosial. Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber yang melibatkan 21 agensi pelaksana merupakan program menyeluruh mengenai perlindungan kanak-kanak dalam dunia siber. Kerjasama dengan agensi lain kita wujudkan seperti MCMC, PDRM, Cyber Security, Kementerian Pendidikan dan sebagainya termasuklah dengan NGO. Champions dalam ini ialah terdiri daripada pelbagai agensi dalam pelbagai disiplin. Itu dalam Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tebrau bangun, Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin dapatkan penjelasan, apakah tujuan utama daftar kanak-kanak yang pesalah besar itu? Oleh sebab saya takut kalau mereka disenaraikan, mereka akan disenaraihitamkan dan sepanjang hayat mereka, mereka hendak cari kerja pun susah.

Daftar kanak-kanak terutamanya ialah mendaftarkan kanak-kanak yang menjadi mangsa supaya mereka sentiasa dalam perlindungan kita. Keduanya, sekarang ini dalam pindaan rang undang- undang yang kita bawa pada hari ini, kita masukkan juga senarai nama-nama pesalah yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak supaya dengan ini, jika ada keperluan, misalnya pihak institusi seperti taska dan sebagainya mahu menggaji seseorang, maka mereka boleh menghantar nama kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kelulusan Ketua Pengarah JKM, kita boleh bagikan nama mereka itu. Akan tetapi, dengan kelulusan. Bukan mudah- mudah kita bagikan. Tadi saya kata itu pesalah yang orang dewasa itu.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Yang Berhormat, izinkan saya bertanya, adakah itu diwajibkan atau mereka hendak tanya atau tidak mahu tanya pun tidak apa? Kalau menghantar taska dan sebagainya, adakah kalau apabila mereka hendak upah seseorang, mereka mesti semak dengan daftar itu ataupun ini secara sukarela?

Setakat ini dengan secara sukarelalah. Bila daftar itu kita telah wujudkan, maka mereka boleh ada akses kepada daftar kita tadi itu. Saya beralih kepada Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja masih ada? Okey. Pendidikan kesihatan reproduktif diajar di sekolah sudah saya sebut tadi. So, saya bagi tahu memang sudah pun kita adakan sekarang ini dan insya-Allah, dengan peruntukan yang mencukupi, kita akan teruskan lagilah pendidikan PEKERTI@School ini untuk pelajar-pelajar kita ini, insya-Allah.

Berkaitan dengan kajian terhadap perkahwinan kanak-kanak wajar dijalankan, saya telah pun jawab tadi. Insya-Allah kita akan jalankan ini dan kita minta semua pihak boleh bekerjasama dengan kita. Seterusnya Yang Berhormat Ampang.

Yang Berhormat Menteri, satu lagi soalan yang belum dijawab Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanya mengenai hak penjagaan anak-anak apabila kedua ibu bapa bercerai dan masalah yang di hadapi di Mahkamah Syariah apabila anak itu dilarikan.

Jadi, adakah Kementerian Pembangunan Wanita boleh bercakap bagi pihak wanita iaitu mencadangkan bila berlaku penceraian dan kita mempunyai anak-anak yang terutamanya di bawah 7 tahun, secara automatik adalah hak penjagaan itu pergi kepada ibunya sehingga bapanya memfail satu rayuan kepada Mahkamah Syariah.

I think secara general nya, penjagaan kanak-kanak adalah diberikan kepada ibu, kecuali ada sebab-sebab yang tertentu yang menyebabkan dia tidak layak untuk menjadi penjaga.

Bukan, maksud saya begini. Sekarang ini bila bapa melarikan anak, bolehkah kita menjadikan ia satu kesalahan dari segi undang- undang. Sebab untuk Mahkamah Syariah, mengambil masa yang lama untuk mengambil satu keputusan untuk kembalikan kepada ibu, kerana ada ibu-ibu yang akhirnya give up untuk dapat balik hak penjagaan anak.

Itu tidak, sekarang ini tidak termasuklah di dalam Akta Kanak-kanak. Tidak termasuk dalam Akta Kanak-kanak ini. Yang Berhormat Ampang menyebut tentang Akta Kanak-kanak tidak memberikan penekanan bahawa Akta Kanak-kanak perlu diberi keutamaan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Parlimen semua, Akta Kanak-kanak sedia ada memang telah pun memperuntukkan di dalam seksyen 83 yang memperuntukkan bahawa, walau apa jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan prosiding penangkapan dan penahanan dan perbicaraan terhadap kanak-kanak yang melakukan apa-apa kesalahan, kanak-kanak tersebut hendaklah ditangkap, ditahan atau dibicarakan mengikut Akta Kanak-kanak. So, memang sudah termasuklah. Ini bermakna bahawa Akta Kanak-kanak mengatasi undang-undang lain apabila melibatkan prosiding penangkapan, penahanan ataupun perbicaraan kanak-kanak yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Sebagai contoh, di bawah seksyen 85, Akta Kanak- kanak memperuntukkan bahawa kanak-kanak hendaklah diasingkan daripada orang dewasa semasa ditahan di balai polis, dibawa atau di mahkamah atau semasa menunggu sebelum atau selepas hadir di mahkamah. Di dalam rang undang-undang ini, kementerian telah mencadangkan pindaan kepada seksyen ini dengan menambah perenggan baru yang juga memperuntukkan bahawa pengasingan kanak-kanak daripada orang dewasa, perlu juga dibuat semasa dibawa dari balai polis atau tempat tahanan. Dari aspek prosiding perbicaraan pula, Akta Kanak-kanak juga membezakan kaedah pengendalian kanak-kanak bermula daripada prosedur pendengaran pertuduhan sehingga kepada membuat perintah apabila kanak-kanak didapati bersalah, yang berbeza dengan pengendalian orang dewasa yang melakukan kesalahan jenayah yang dikendalikan menurut Kanun Tatacara Jenayah. Yang Berhormat Ampang juga bertanyakan tentang Majlis Kebangsaan Kanak- kanak. Majlis ini bertanggungjawab untuk menyelaras program aktiviti yang dijalankan oleh pasukan perlindungan kanak-kanak dan juga pasukan kebajikan kanak-kanak. Majlis ini dahulunya dikenali sebagai Majlis Penyelarasan Bagi Perlindungan Kanak-kanak. Majlis ini juga bertanggungjawab untuk membincangkan isu-isu berkaitan perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Ahli yang wajib bagi pasukan perlindungan kanak-kanak pula, ahli yang wajib di dalam pasukan perlindungan adalah pegawai perubatan secara tidak langsung one-stop centre- crisis centre juga terlibat dalam pasukan perlindungan kanak-kanak. Yang Berhormat Kuala Selangor telah bersetuju dengan...

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor tiada dalam Dewan Yang Berhormat.

Tiada dalam Dewan okey. Nampaknya Yang Berhormat Kuala Selangor tiada, habislah. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Datuk, sebenarnya tadi satu perkara yang penting yang saya bangkitkan ialah bagi pesalah-pesalah dewasa yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak. Jadi, saya rasa bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada tindakan undang-undang. Oleh kerana kebanyakan dewasa ini, mereka ada masalah emosi ataupun psikologi. Jadi, tadi saya ada buat cadangan bahawa kerajaan mesti buat kaunseling terhadap mereka supaya mereka boleh buang tabiat.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pesalah dewasa ini, termasuklah para ibu bapa. Selain daripada dijatuhkan hukuman sama ada dipenjara dan sebagainya, mereka juga di bawah rang undang-undang ini, adalah mandatori untuk menghadiri kaunseling ini iaitu seperti juga kanak-kanak tadi. Mereka juga perlu melalui Perintah Khidmat Masyarakat yang ditentukan masanya dan termasuklah di dalam perintah kemasyarakatan ini kaunseling dan sebagainya diberikan ilmu keibubapaan supaya kita dapat memulihkan mereka daripada menjadi seorang ibu bapa yang mendera dan melakukan kejahatan, pengabaian terhadap anak-anak, mereka menjadi seorang ibu bapa yang lebih baik lagi. So, itulah sebabnya kita masukkan juga pindaan khidmat masyarakat ini mandatori kepada pesalah-pesalah dewasa ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 79 dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara yang minta penjelasan daripada Timbalan Menteri, fasal 13 di mana kita hendak menubuhkan pasukan kebajikan kanak-kanak di seluruh Malaysia, saya sokong cadangan ini, tetapi saya hanya hendak tanya sedikit. Target kementerian adalah menubuhkan berapa banyak pasukan kebajikan kanak-kanak. Setiap negeri ada berapa atau kita akan menubuhkan ini di setiap daerah. Jadi saya minta sedikit dan sama ada anggota untuk pasukan kebajikan ini kerana mereka ada pakar-pakar yang tujuh orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara ini, bukan kesemuanya adalah dari kerajaan, jadi saya hendak tanya anggota-anggota ini akan diberi gaji ke atau elaun. Kerana saya rasa kalau mereka dari pihak NGO memang pakar tetapi mereka tidak diberi gaji atau elaun, saya rasa susah sangat untuk mereka ada satu komitmen yang mencukupi untuk memastikan bahawa pasukan ini boleh lah menjalankan peranan mereka dengan baik. Selain itu, saya hendak tanya fasal 17 di mana ini menyatakan tentang iaitu melarang media untuk membuat laporan tentang kanak-kanak. Saya hendak tanya di sini, kanak-kanak di sini adalah merujuk kepada pesalah kanak-kanak ataupun mangsa kanak- kanak atau kedua-dua juga terlibat. Selain daripada itu ada lagi fasal 25 pindaan kepada seksyen 28.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Di sini kita buat ini mewajibkan a member of the family of a children yang mempercayai bahawa kanak-kanak itu telah didedah sama physically atau pun emotionally tetapi saya rasa ini adalah tidak mencukupi. Selain daripada anggota keluarga, saya rasa sebenarnya pihak sekolah juga ada satu kewajipan untuk membuat laporan. Saya rasa sekarang kita ada fasal 27, di mana kita wujudkan satu seksyen baru 29A, di mana mana- mana orang boleh memberikan maklumat ini kepada seorang pegawai kebajikan masyarakat. Akan tetapi saya hendak nyatakan di sini ialah orang-orang lain kalau rujuk kepada kawan, kepada jiran, itu saya rasa tidak ada masalah. Kita wujudkan seksyen ini supaya menggalakkan mereka untuk memberi maklumat tentang penganiayaan kanak-kanak kepada pegawai kebajikan masyarakat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Akan tetapi saya hendak cakap di sini, peranan sekolah adalah berbeza sedikit. Guru-guru mereka, tiap-tiap hari budak-budak kita pergi ke sekolah, mereka boleh nampak sama ada budak itu telah dianiayai oleh ibu bapa mereka dari tanda fizikal ataupun emotion mereka. Jadi, saya rasa kita perlu menjadikan ini satu kewajipan untuk pihak sekolah, guru- guru dan juga guru besar untuk membuat laporan, memberi maklumat kepada pegawai kebajikan masyarakat supaya mereka boleh masuk untuk buat siasatan. Jadi, di sini saya cadangkan bahawa kita luaskan sedikit seksyen 28 ini supaya bukan sahaja anggota keluarga yang mempunyai kewajipan ini. Akan tetapi pihak sekolah juga penting untuk memainkan peranan mereka untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak. Selain daripada itu, saya hendak tanya fasal 31, di mana kita telah meningkatkan hukuman untuk seksyen 33, akta asal. Saya rasa, saya sokong cadangan ini tetapi saya hendak tanya, setakat ini berapa ramai orang yang telah didakwa di bawah seksyen 33, Akta Kanak-kanak ini? Ini kerana di bawah seksyen ini, adalah satu jenayah to leave child without reasonable supervision, dengan izin. Akan tetapi saya rasa kalau setakat ini, kita tidak pernah mendakwa sesiapa pun ke mahkamah di bawah seksyen ini. Jadi, saya rasa walaupun kita meningkatkan lagi hukumannya tetapi kesan keberkesanannya saya rasa saya ada keraguan sikitlah. Selain daripada itu, saya hendak merujuk kepada fasal 38, di mana kita mewujudkan satu seksyen 40 yang di mana seksyen 40(1)(e) di sini menyatakan bahawa mahkamah boleh membuat satu perintah meletakkan kanak-kanak itu di satu tempat perlindungan selama tempoh tiga tahun dari tarikh kanak-kanak itu masuk ke sesuatu tempat perlindungan. Jadi, saya hendak tanya di sini, boleh tak mahkamah sebenarnya diberi budi bicara untuk meletakkan kanak-kanak itu di tempat perlindungan dalam satu tempoh yang kurang daripada tiga tahun? Ini kerana rasanya di sini kalau letak kanak-kanak itu di tempat perlindungan, jadi tempoh itu adalah untuk tiga tahun. Bukanlah cakap tidak boleh melebihi tiga tahun kerana wording perkataannya adalah sedikit berbeza. Untuk fasal 40(1)(a), (b), (c), (d) semuanya menyatakan bahawa selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun tetapi di sininya perkataannya adalah selama tempoh tiga tahun. Jadi, saya rasa ada perbezaan sikit. Nampaknya di bawah perenggan ini mahkamah tidak ada budi bicara untuk meletakkan kanak-kanak itu di tempat perlindungan kurang daripada tempoh masa tiga tahun. Selain daripada itu, saya hendak tanya fasal 43, tentang kanak-kanak yang tidak terkawal. Saya rasa di sini kita ada menyatakan bahawa kita perlu memastikan ibu atau bapa atau penjaga memahami sifat akibat permohonannya. Akan tetapi apa peranan kanak-kanak dalam proses mahkamah ini? Saya rasa kanak-kanak juga perlu mengambil bahagian dalam proses ini dan mereka juga perlu memahami sifat dan akibatnya. Kita juga perlu mengambil kira keadaan di mana ibu bapa hanya mahu meminggirkan kanak-kanak tersebut. Sampai mana lagi? Saya selain daripada itu, saya hendak merujuk kepada fasal 62, di mana satu seksyen 83A telah diwujudkan. Di sana, di bawah seksyen yang baru 83A(3) ini menyatakan bahawa pegawai polis boleh membenarkan pegawai akhlak atau dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk hadir di tempat di mana kanak-kanak itu ditahan selepas ditangkap untuk memastikan kebajikan kanak-kanak itu. Cadangan saya ialah pihak polis sebenarnya- kita perlu buat ini satu kewajipan untuk pihak polis mengizinkan pegawai dan penjaga dan juga ibu bapa untuk melawat kanak- kanak hadir di tempat di mana kanak-kanak itu ditahan. Saya rasa kita tidak sepatutnya memberi budi bicara kepada pihak polis. Mereka boleh membenarkan tetapi mereka juga boleh tidak membenarkan. Saya rasa ini adalah tempat kanak-kanak kita ditahankan, ditangkap. Jadi, sebagai ibu bapa sepatutnya berhak untuk pergi ke sana untuk lihat apa itu keadaan mereka. Kalau tidak memberi budi bicara kepada pihak polis untuk buat keputusan sama ada untuk mengizinkan atau tidak mengizinkan. Saya takut kalau tempat itu memang tidak sesuai untuk menjadi satu tempat tahanan untuk kanak-kanak, mestilah pihak polis tidak akan mengizinkan ibu bapa untuk buat lawatan. Jadi, saya rasa kita perlu buat ini satu kewajipan. Saya bukan cadangkan bahawa ibu bapa boleh pergi ke sana dan berada di sana selama-lamanya. Akan tetapi hak untuk mereka untuk melawat tempat di mana kanak-kanak itu ditahan adalah penting supaya tidak ada kita cakap konspirasi kah ataupun pihak polis yang hendak cover up kes yang macam itu. Okey, sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh sikit sahaja, ini berkenaan dengan fasal 29, berkenaan pindaan kepada seksyen 31. Saya lihat di sini hukuman dinaikkan begitu mendadak sekali kepada 50,000 dan yang itu kepada 20 tahun. Akan tetapi saya rasa kalau kita hendak tunjukkan dari segi keseriusannya, saya rasa tak cukup setakat itu. Maknanya, yang 20 tahun itu kita tetapkan yang hukuman paling minimum. Antara satu tahun hingga 20 tahun. Kalau tidak, kalau letak tak lebih 20 tahun, mahkamah boleh buat hukuman yang even satu bulan kah, satu hari kah, semua boleh berlaku. Kemudian dari segi pendedahan kanak-kanak tadi, dalam pendedahan kanak-kanak bawah seksyen 31 ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah termasuk mereka yang membawa anak-anak ini ke demonstrasi jalanan, yang membiarkan kanak-kanak berhujan, berpanas, terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan berlakunya rusuhan-rusuhan di tempat begitu, adakah ini termasuk? Kadang-kadang sebab saya tak pernah nampak lagi tindakan diambil kepada mereka-mereka seperti ini. Kita bercerita fasal benda-benda perkara lain. Perkara lain kita kisah tetapi yang ini nampak macam tak ada tindakan langsung. Kemudian satu lagi kepada mereka yang sudah kahwin, yang muda yang kata dipersoalkan sebentar tadi, yang muda ini sama ada juga tertakluk kepada...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Fasal berapa ini?

Apa ini? Ini bawah fasal yang sama ini. Saya hendak kata tertakluk atau tidak kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak ini. Termasuk tak? Maknanya, yang sudah kahwin, penjaga dia, ibu bapa dia, ini suami. Biasa sudah kahwin, makna dia sudah jadi rumah tangga. Bermakna, mungkin dia akan tertakluk kepada keganasan rumah tangga. Domestik punya violence.

Jadi, apa keadaan sekarang? Makna, kalau dia dah kahwin, masih lagi sebab dalam 31, silent, tak disebut dengan perkara macam itu dan saya hendak sentuh sikitlah. Tadi saya tak sempat hendak sentuh sedikit daripada segi kahwin yang bawah umur ini. Saya hendak sentuh sedikit sahaja, saya hendak katakan bahawa kalau dalam Quran sendiri, surah An- Nur, ia ceritakan bahawa kalau ada seseorang lelaki atau perempuan yang bersendiri, kita kena bantu dia berkahwin. Oleh sebab apa-apa semua akan ditetapkan oleh Allah SWT. Okey, saya baca ayat ya. Ayat tak sempat hendak baca, nanti kejap ya. Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca potongan ayat Quran] Ayat ini kata maksudnya, dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian, maksudnya hendaklah laki-laki yang belum berkahwin atau wanita-wanita yang tidak bersuami dibantu agar mereka dapat kahwin di antara kamu. Cukup jelas, kena kahwin. Dia tak sebut umur, yang bersedia untuk kahwin, bersendirian. Tak boleh biarkan dia berdua-duaan. Dan orang-orang yang layak berkahwin daripada hamba-hamba sahayanya. Even hamba sahaya pun kena kahwin. Yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Itu antara maksud ayat. Jadi, tak boleh persoalkan, dia mampu kah tak mampu esok, Tuhan dah tetapkan, jelas. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua sahaja soalan saya, ringkas. Saya ingin merujuk kepada fasal 24, 25, 26 yang bertujuan sebenarnya meminda seksyen 27, 28 dan 29 ialah mengenakan kewajipan ke atas seorang pegawai, perubatan dan seterusnya.

Cuma soalan saya, di dalam pindaan ini seksyen 29A itu memang bagus, maklumat mengenai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, jika mana-mana orang, makna dia tidak semestinya doktor, guru tetapi maknanya, kalau jiran pun atau sesiapa yang tahu bahawa seorang kanak-kanak itu didera ataupun dianiaya, maka sepatutnya menjadi kewajipan kepada dia untuk memaklumkan kepada pegawai kebajikan masyarakat. Namun, wording 29A ini, ini seksyen baru 29A ini, tidak mewajibkan jika mana-mana orang selain orang yang disebut dalam seksyen 27, 28, dan 29, seterusnya dia bolehlah memberikan maklumat itu kepada pegawai kebajikan masyarakat. Dia boleh, makna kalau dia tak buat pun tak wajib, dia tak bersalah. Ini berlaku banyak kali. Bila ada laporan dalam surat khabar, ada anak yang didera dan sebagainya, mula jiran kata, “Saya selalu dengar dia menangis, saya selalu dengar kena terajang ke apa pun”, tetapi maknanya, dia tak ada kesalahan, dia jiran ataupun sesiapa. Jadi maknanya, fasal 24, 25 dan 26 ini tidak mencapai matlamat untuk mewajibkan sesiapa sahaja yang mengetahui tentang penderaan, penganiayaan dan sebagainya untuk melaporkan. Jadi, saya ingat ini ia defeat the purpose lah. Kemudian seterusnya, fasal 69. Fasal 69, sekejap saya baca. Fasal 69 bertujuan ingin memasukkan bab baru. Saya cuma hendak sebut di fasal 69 ini ada satu undang- undang yang baru, 97B. Ini memperkatakan perihal kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah mungkin di sini ataupun kesalahan akhlak dan sebagainya, dia boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat. Akan tetapi dalam perkara 97A(5) dan (5)(a), sekiranya dia gagal, jika dibuktikan sehingga mahkamah pengawas berpuas hati kepada kanak-kanak itu tidak mematuhi mana-mana kehendak Perintah Khidmat Masyarakat. Seterusnya, (5)(a) mengenakan ke atasnya suatu denda yang tidak melebihi lima ribu Ringgit. Jadi, saya keliru, hendak denda anak ke, hendak denda bapa dengan mak. Jadi, kalau kita kata ini kanak-kanak bawah 18 tahun, berumur 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun, dia tidak bekerja, dia tidak ada pendapatan. Jadi, bagaimana kita hendak mendenda dia? Seterusnya, 97B(7), bagi maksud sesuatu perenggan (6)(a) ini, satu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas satu sabitan termasuklah apa-apa kos ganti rugi. Ini semua kewangan. Jadi, saya hendak penjelasan, adakah denda ini dikenakan kepada kanak- kanak tersebut ataupun kepada ibu bapa penjaga dia? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada perkara yang disebut oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat, termasuk Kulai, Kota Raja dan sebagainya berkenaan dengan kewajipan untuk dewasa yang tahu tentang kes-kes dera untuk membuat laporan. Jadi, sekali lagi saya hendak tegaskan, dewasa yang melakukan kesalahan seperti itu selalunya bukan orang biasa. They are not normal people, they are psychologically or emotionally, not very normal. Jadi, ini benar. Saya cakap daripada segi cikgu, ini dia memang begini. Jadi, kalau kita wajibkan orang buat laporan, apa perlindungan kita boleh berikan kepada orang yang buat laporan. Misalnya, kalau dia jiran, kalau kita buat laporan, dia boleh tiap-tiap hari kacau kita. Dia boleh telefon, dia boleh mengancam. Kalau dia tak lapor pun tak betul, kalau dia lapor pun susah. Jadi, apakah perlindungan yang kita boleh berikan kepada orang yang kita wajibkan buat laporan? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang, selepas itu Menteri jawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu sahaja tambahan daripada sahabat-sahabat kita yang telah kemukakan iaitu pindaan fasal 4, seksyen 3 yang mana menyebutkan tentang keanggotaan Majlis. Saya dah tanya tadi tetapi saya perhati tak ada jawapan yang jelas daripada pihak Menteri.

Apakah kriteria kanak-kanak yang dilantik untuk menjadi anggota Majlis Kebangsaan Kanak-kanak ini dan bagaimanakah umurnya? Apakah dia mewakili bandar ataupun luar bandar ataupun polarisasi kaum? Jadi, perkara ini sangat penting dan kalau kita tengok dalam fasal 8 ini di mana Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bahawa kuorum Majlis hendaklah termasuk sekurang-kurangnya seorang wakil di kalangan kanak-kanak yang dilantik. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana keberkesanan majlis ini sekiranya dengan keadaan kuorum hanya sekurang-kurangnya satu kanak-kanak. Mungkin kanak-kanak, dia memerlukan maklumat yang lebih luas dengan pelbagai sudut untuk memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak terbela. Jadi, sejauh mana fasal ini yang memberi kesan kepada tujuan ataupun objektif pindaan ini. minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat dari Kulai telah bercakap tentang pasukan kebajikan. Pasukan kebajikan kanak-kanak ini akan ditubuhkan di kawasan atau daerah yang berisiko. Setakat ini mungkin kita akan tubuhkan di 126 kawasan, di kawasan yang kita dapati memang berisiko tinggilah. Fasal 13 melibatkan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan juga pengabaian. Ini juga untuk Yang Berhormat Kulai tadi. Fasal 27, laporan tidak terhad kepada guru-guru sahaja tetapi mana-mana orang awam juga boleh membuat laporan. Selain daripada ibu bapa, keluarga juga tadi memang diwajibkan untuk membuat laporan tetapi untuk guru-guru dan orang awam ini tidaklah diwajibkan. Akan tetapi mereka digalakkan untuk membuat laporan. Fasal 38...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulai bangun, Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tambah sedikit. Memang kita tahu keluarga adalah diwajibkan tetapi kewajipan ini tidak tertakluk kepada guru-guru. Saya rasa guru-guru adalah berperanan untuk menjaga kanak-kanak kita. Tadi Yang Berhormat Tebrau menyebut bahawa pendera ini bukan orang yang biasa abnormal. Jadi orang dewasa juga takut apa yang akan pendera itu buat terhadap kita sendiri. Biarlah kita bayangkan apa yang pendera itu buat terhadap budak-budak kita. Jadi cadangan saya di sini adalah guru-guru peranan mereka bukan sahaja untuk mendidik anak-anak kita tetapi untuk menjaga kanak-kanak kita. Jadi saya memang harap bahawa sekurang-kurangnya kita juga mewajibkan pihak sekolah untuk buat laporan, untuk memaklumkan pegawai kebajikankah ataupun membuat laporan di balai polis, satu kewajipan untuk mereka bertindak. Kalau kita hanya tunggu anggota keluarga saya rasa susah sedikit kerana kita mesti faham kebanyakan pendera ini adalah datang dari keluarga sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Pengerusi sebenarnya bersetuju bahawa cikgu boleh mainkan peranan sebagai pelapor. Maksud saya tadi, hanya kita sambil itu kena berikan perlindungan kepada pelapor. Walaupun cikgu walaupun dia bukan jiran tetapi apa dewasa ini dia boleh kacau cikgu tiap-tiap hari. Dia boleh datang sekolah, mengancam keselamatan cikgu sampai cikgu pun hendak datang ke sekolah pun takut. Ini yang maksud saya bukan saya kata cikgu tidak bertanggungjawab, bahkan kita kena berikan perlindungan juga.

Saya difahamkan bahawa kewajipan melapor bagi guru-guru pada masa ini terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sendiri mengenai pelaporan bagi kes-kes yang disyaki dadah. Di bawah rang undang-undang ini kerajaan pula mencadangkan supaya pelaporan tidaklah diwajibkan tetapi hanya menggalakkan maklumat diberikan oleh anggota masyarakat sebagai satu inisiatif awal untuk kita menyelamatkan kanak-kanak. Termasuklah kita mencadangkan supaya pelaporan ini dibuat oleh guru-guru. Akan tetapi di bawah Kementerian Pendidikan sendiri, memang sudah ada terdapat garis panduan mereka. Fasal 38 seksyen 40(1)(e). Kanak-kanak boleh dibenarkan keluar sebelum cukup tempoh tiga tahun melalui kuasa Lembaga Pelawat di institusi. Ertinya biar pun mahkamah menjatuhkan telah menetapkan perintah tiga tahun tetapi Lembaga Pelawat boleh membuat syor supaya mereka boleh keluar lebih awal daripada tempoh tiga tahun itu. Seksyen baru 83A fasal 62. Budi bicara diberi kepada polis bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan penyiasatan yang dibuat oleh polis. Ini kerana undang-undang perlulah adil terhadap kanak- kanak tetapi pada masa yang sama membolehkan juga siasatan itu dibuat dengan baik. Yang Berhormat Setiu fasal 29. Sekiranya demonstrasi jalanan tersebut merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang maka Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Ini pindaan kepada seksyen 17. Yang Berhormat Kota Raja- fasal 27. Kerajaan telah mencadangkan supaya pelaporan, sudah saya sebutkan tadi ini adalah inisiatif awal...

Akan tetapi, minta maaf Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak sebut tadi perkataan itukan bolehlah, jadi bolehlah itu makna dia untuk sesiapa sahaja selain daripada Pegawai Perubatan tidak perlu melaporkan. Makna kalau dia tidak lapor tidak menjadi satu kesalahan walaupun dia tahu berlaku dalam jiran dia ataupun- misalnya kita melihat seorang bapa memukul anaknya di khalayak ramai. Pada ketika itu adakah kita berdiam diri atau mewajibkan kita untuk melaporkan?

Bagi pegawai perubatan tadi itu, ibu bapa dan keluarga ataupun penjaga memanglah diwajibkan. Akan tetapi kita juga mengambil inisiatif untuk membolehkan guru-guru, jiran, orang awam untuk juga membuat laporan. Sekiranya mereka ada komuniti ada perasaan untuk membantu kanak-kanak yang dirasakan ataupun disyaki didera maka kita membolehkan mereka membuat laporan. Ini inisiatif yang kita bawa dalam undang-undang ini Tuan Pengerusi. Fasal 62, seksyen 53A, pihak PDRM memang mewajibkan supaya tangkapan terhadap kanak-kanak hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa penjaga. PDRM memaklumkan bahawa lawatan dibenarkan mengikut kesesuaian kes. Yang Berhormat Tebrau, bagi yang melaporkan atau memberikan maklumat mengenai apa-apa kes mengenai kanak-kanak. Maka perlindungan sebagai informer dinyatakan di bawah seksyen 116, Akta 611. Tidak akan didedahkan identiti mereka, itulah perlindungan Yang Berhormat Tebrau ya. Terima kasih. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. [Fasal-fasal 1 hingga 79 diperintahkan jadi sebahagian daripada undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA 2016 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam bahagia, selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 dibaca kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 telah diwartakan pada 30 Mei 1985 dan mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1985 sehingga hari ini. Akta tersebut adalah bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia yang antara lainnya mempunyai fungsi untuk menjalan dan menganjurkan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perhutanan menerusi penubuhan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute Malaysia, kebiasaannya dipanggil FRIM. Semenjak penubuhannya pada tahun 1985 FRIM telah membangun dan berkembang dengan pesat sebagai sebuah institusi penyelidikan yang terulung dalam perhutanan tropika di rantau ini dan dunia. Dengan memiliki kepakaran dan teknologi yang telah dibangunkan semenjak wujudnya Institut Penyelidikan Perhutanan atau Forest Research Institute, pada tahun 1927.

FRIM telah berjaya meneruskan usaha dalam menghasilkan pelbagai penemuan penyelidikan di semua rantaian huluan dan hiliran sektor perhutanan dalam bidang pengeluaran hasil hutan, kayu dan bukan kayu, bioteknologi, biodiversiti serta tumbuhan herba dan ubatan. Walau bagaimanapun, perkembangan isu dan pembangunan pesat yang dialami dalam bidang perhutanan peringkat domestik dan antarabangsa menyebabkan FRIM menghadapi beberapa kekangan fungsi di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 yang seperti berikut: (i) Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 tidak memperuntukkan pelaksanaan aktiviti dan tanggungjawab untuk membangun skop bagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang-bidang baru sektor perhutanan seperti perubahan iklim, ekopelancongan, penghijauan kawasan, bioteknologi, konservasi biodiversiti, kesan bahan pencemar dan teknologi terkini selaras dengan perkembangan semasa; (ii) Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 tidak memperuntukkan kuasa bagi FRIM untuk menjalankan aktiviti komersialisasi dan aplikasi hasil penyelidikan; dan (iii) Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 yang sedia ada tidak memperuntukkan FRIM untuk melaksanakan pelbagai fungsi dan tanggungjawab yang dilaksanakan ketika ini seperti bertindak sebagai bahan persijilan, verifikasi hasil hutan dan badan pengujian bagi hasil berasaskan kayu.

Oleh yang demikian, satu undang-undang baru perlu memandangkan perundangan sedia ada dalam Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 tidak dapat dipinda kerana: (i) banyak peruntukan perlu diwujudkan; (ii) melibatkan pengkhususan semula peruntukan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985; (iii) melibatkan pindaan hampir ke seluruh Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985; dan (iv) mengelakkan kekeliruan sekiranya pindaan dibuat kepada Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 merupakan satu rang undang-undang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan berterusan, continued existence FRIM yang telah ditubuhkan oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985. Ia akan menjadikan FRIM sebuah pertubuhan perbadanan dan membubarkan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia melalui satu perundangan yang lebih komprehensif. Objektif utama rang undang-undang ini ialah untuk memacukan bidang penyelidikan, pembangunan, komersialisasi hasil penyelidikan dalam sektor perhutanan huluan ataupun hiliran di Malaysia supaya dapat dibangunkan secara lebih meluas dan seterusnya menyumbang kepada pengurusan sumber asli secara mampan serta menjana pertumbuhan ekonomi negara. Rang Undang-undang FRIM 2016 ini akan memberi manfaat seperti berikut: (i) Rang Undang-undang FRIM 2016 yang dicadangkan ini adalah seiring dengan dasar kerajaan di bawah National Key Economic Areas (NKEA) yang telah mengenal pasti inovasi dan komersialisasi daripada hasil penyelidikan di bawah bidang biodiversiti sebagai pemacu ekonomi negara. Ia juga akan menjadikan institusi penyelidikan kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan; (ii) FRIM akan dapat memperkasakan usaha-usaha penyelidikan, pembangunan, inovasi dan teknologi serta mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan berkaitan dengan sektor perhutanan. Buat masa ini komersialisasi produk penyelidikan FRIM dilaksanakan oleh syarikat lain dan FRIM hanya menerima tiga peratus hingga lima peratus royalti daripada hasil jualan mereka; (iii) untuk menjadikan FRIM sebagai sebuah pertubuhan perbadanan, body corporate yang memegang entiti perundangan, legal entity bagi membolehkan FRIM melabur, meminjam wang, mengenakan bayaran kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan teknikal dan apa juga perkhidmatan ditawarkan oleh FRIM kelak; (iv) untuk membolehkan FRIM berunding dan mengadakan perjanjian melaksanakan fungsi-fungsinya. Ia juga turut memperuntukkan FRIM untuk menjalankan kursus atau latihan teknikal dan bukan teknikal dalam bidang perhutanan atau bidang lain serta memberi perakuan kehadiran bagi peserta yang mengikut kursus latihan tersebut; (v) membolehkan FRIM menyediakan aktiviti pengajian dan program latihan yang dilaksanakan secara usaha sama atau melalui digabung bersama dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dari dalam dan luar negara;

(vi) FRIM akan dibenarkan menubuhkan atau memajukan syarikat untuk memperkukuhkan FRIM sebagai sebuah badan yang mempunyai authority bagi mengkomersialkan dan mengurus program atau projek yang berkaitan dengan bidang penyelidikannya. Segala komponen dan elemen-elemen baru telah dikenal pasti dan akan memberi ruang kepada FRIM untuk menambah pendapatan di samping terus memantapkan pengurusan dan pengawalan projek penyelidikan dan kerja operasi; (vii) FRIM akan berupaya untuk menjana pendapatan melalui aktiviti komersialisasi hasil penyelidikan dan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal yang ditawarkan; dan (viii) beberapa fungsi kuasa dan aktiviti kritikal lain yang diselaraskan akan dimasukkan ke dalam bidang undang-undang baru seperti: (a) perluasan skop bagi bidang-bidang baru penyelidikan dan pembangunan; (b) memperuntukkan kuasa sebagai badan penguji dan badan pensijilan hasil hutan; dan (c) penubuhan cawangan dan pusat penyelidikan dan segala aspek tadbir urus dan wang kewangan FRIM akan lebih terurus dan menyeluruh. Peruntukan melibatkan hal-ehwal kewangan akan membolehkan FRIM untuk menerima, memperoleh dan meminjam wang daripada pelbagai sumber seperti Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sumbangan hasil jualan, caj perkhidmatan, pelaburan hak harta intelek, dividen dari mana-mana syarikat yang bakal ditubuhkan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan merangka Rang Undang-undang FRIM 2016 ini secara terperinci. Rang Undang-undang FRIM 2016 terbahagi kepada tujuh bahagian yang mengandungi 56 peruntukan yang boleh diringkaskan seperti berikut: (i) permulaan; (ii) Institut dan fungsinya, kuasa dan sebagainya; (iii) ketua pengarah, pegawai dan pengkhidmat institut; (iv) kewangan; (v) kuasa lain institut; (vi) pelbagai; dan (vii) tutupkan pemansuhan, pembubaran, pengecualian, peralihan dan sebagainya dalam jadual. Di Bahagian I dijelaskan bahawa akta ini boleh dinamakan Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016. Selain itu, tafsiran terminologi yang terpakai turut dihuraikan di bahagian ini. Sesungguhnya Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 akan dimansuhkan dan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia akan dibubarkan melalui penggubalan Rang Undang-undang FRIM 2016 ini. Bahagian kedua, peruntukan tentang kewujudan berterusan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ditubuhkan di bawah seksyen 11, Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985.

Selanjutnya ahli lembaga yang dilantik di bawah Akta Lembaga Penyelidik dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 dibubarkan dan diganti dengan anggota Institut Penyelidik Perhutanan Malaysia yang dilantik oleh Menteri seramai 16 orang. Anggota Institut Penyelidik Perhutanan Malaysia yang dilantik adalah seperti berikut:

(i) pengerusi; (ii) wakil kementerian bertanggungjawab terhadap hal ehwal perhutanan; (iii) wakil Perbendaharaan; (iv) wakil Unit Perancang Ekonomi; (v) wakil kementerian yang bertanggungjawab bagi industri perladangan dan komoditi; (vi) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; (vii) wakil dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak; (viii) wakil Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia; (ix) dua orang wakil industri berasaskan hutan; (x) tidak lebih daripada empat orang lain yang pada pendapat Menteri boleh menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan perhutanan; dan (xi) Ketua Pengarah FRIM. Walau berlaku pertukaran nama institut dalam bahasa Inggeris kepada “Forest Research Institute ”alaysia", dengan izin, dan juga pertukaran ahli lembaga kepada anggota institut, pertukaran nama tersebut dan penukaran ahli lembaga tidak akan menjejaskan segala hak atau obligasi institut atau mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap institut yang diteruskan atau dimulakan oleh terhadap institut. Bahagian ini juga menyatakan tentang fungsi baru FRIM dan menambahkan kuasa yang membolehkan ia memenuhi segala aspek yang berkaitan penyelidikan, perhutanan yang boleh memajukan sektor perhutanan dan industri kayu-kayan negara. Bahagian III memperuntukkan tentang pelantikan ketua pengarah yang dilantik Menteri dan lebih daripada seorang timbalan ketua pengarah serta lain-lain pegawai dan pekhidmat FRIM dan kakitangan yang dilantik oleh FRIM. Bahagian ini juga menyatakan tentang faedah-faedah yang boleh ditawarkan kepada pekhidmat FRIM seperti pinjaman, biasiswa, faedah pasaran, ganjaran dan sebagainya serta pemakaian mana-mana peraturan, kaedah, dasar, pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bahagian IV menyediakan peruntukan berhubung hal ehwal kewangan FRIM termasuk penubuhan kumpulan wang di bawah fasal 23, sumber kewangan bagi serta perbelanjaan-perbelanjaan yang dipertanggungkan kepada kumpulan wang tersebut. Fasal 27 memperuntukkan supaya FRIM menubuhkan satu wang rizab dalam kumpulan wang FRIM. Manakala fasal 28 memperuntukkan pemakaian akta badan-badan berkanun, akaun dan laporan tahunan 1980 bagi FRIM. Tuan Yang di-Pertua, bagi Bahagian V memperuntukkan kuasa lain FRIM termasuk peruntukan kuasa kepada Menteri di bawah fasal 29 untuk membuat perintah untuk mengena, mengubah atau membatalkan ses penyelidikan ke atas pengeksportan semua atau mana-mana hasil hutan dengan persetujuan Menteri Kewangan. FRIM juga dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan diberi kuasa untuk menubuhkan dan memajukan syarikat yang melaksana mana-mana fungsi FRIM atau menjalan dan mengelolakan apa-apa program, skim, projek atau aktiviti yang telah dirancang oleh FRIM dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya. Fasal 31 dan 32 masing-masing memberikan kuasa kepada FRIM untuk mengkomersialkan dapatan penyelidikannya sendiri serta mengenakan fi dan caj bagi apa yang perkhidmatan teknikal, nasihat, pakar runding dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh FRIM bagi memberi kemudahan kepada penggunanya. Fasal 33 dan 34 pula masing-masing memberi mandat kepada FRIM untuk meminjam dan melabur wang yang tertakluk kepada kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan. FRIM juga diberi kuasa untuk membuat apa-apa peraturan yang melaksanakan peruntukan dalam akta ini.

Bahagian VI merupakan peruntukan pelbagai termasuk berhubung pengurusan harta dalam mendapat penyelidikan melalui aktiviti yang dijalankan oleh FRIM dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri, orang perseorangan, syarikat atau mana-mana organisasi. Dalam bahagian ini juga ada dinyatakan dalam fasal 39 tentang sekatan terhadap penerbitan semula dapatan penyelidikan atau sebahagian daripada dapatan penyelidikan kecuali dengan persetujuan bertulis bersyarat daripada Ketua Pengarah. Kegagalan mematuhi fasal ini juga disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 40 pula memperuntukkan kewajipan bagi pegawai dan pekhidmat FRIM untuk menyimpan rahsia milik FRIM dan tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana pihak. Pelanggaran fasal ini juga disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali. Terdapat juga sekatan terhadap penggunaan perkataan “Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia - Forest Research Institute of Malaysia" atau abjad “FRIM” di bawah fasal 41 dan mana-mana orang yang melakukan pelanggaran terhadap fasal ini akan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 bagi menjamin perlindungan terhadap apa-apa tindakan guaman terhadap FRIM. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai pada FRIM. Bagi menjamin pertukaran taraf tidak mengganggu aktiviti penyelidikan yang dilakukan oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, peruntukan dalam Bahagian VII diadakan supaya semua hak keistimewaan, liabiliti, obligasi, kewajipan, pemilikan harta, kontrak, surat ikatan bon, perjanjian prosiding mahkamah yang dimiliki atau dimasuki atau melibatkan lembaga yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa pindaan kepada FRIM dari tarikh permulaan kuat kuasa Rang Undang-undang FRIM 2016. Fasal 52 pula memberi jaminan kepada pegawai dan perkhidmatan yang dilantik di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 akan terus memegang jawatan dan disifatkan dilantik di bawah rang undang-undang ini. Selain itu fasal 55 pula bertujuan bagi mengesahkan segala pemungutan fi kemasukan mulai 1 November 1996 serta fi dan caj penggunaan kemudahan mulai 1 Januari 1989 oleh lembaga di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 hingga hari sebelum permulaan kuat kuasa akta ini. Bagi maksud rang undang-undang ini, satu jadual yang merujuk kepada seksyen 3(4) memperuntukkan tentang hal ehwal berkaitan anggota institut yang dilantik di bawah fasal 7 rang undang-undang. Antara peruntukan jadual menyatakan tentang prosedur pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota institut sebab yang membolehkan jawatan seseorang anggota institut dilucutkan prosedur berkaitan mesyuarat pembayaran elaun, minit mesyuarat dan lain-lain perkara yang berkaitan hal ehwal institut. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, usaha untuk memperkasakan Institut Penyelidikan Perhutanan adalah kritikal dalam melaksanakan serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan sektor perhutanan di peringkat huluan atau untuk menyokong sistem pengurusan hutan secara berkekalan, sustainable forest management dan di peringkat hiliran bagi membangun produk-produk bernilai tambah lain untuk memaju serta mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan. Oleh itu, penggubalan Rang Undang-undang FRIM 2016 adalah amat penting bagi memastikan FRIM terus relevan sebagai sebuah institut penyelidikan terunggul dalam bidang perhutanan dan alam sekitar hutan tropika sejajar dengan perkembangan pesat sektor perhutanan semasa dan akan datang. Selain itu, pengukuhan aspek tadbir urus, fungsi dan kuasa akan memastikan FRIM lebih dinamik dalam meletakkan sasaran untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan di samping menyokong hasrat negara dalam mengurus dan membangunkan sumber asli secara mapan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang ditubuhkan oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan di bawah akta ini dan pembubaran Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia untuk menyatakan pentadbiran fungsi dan kuasa institut penyelidikan perhutanan Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ramai yang bangun. Lebih 10 orang. Saya melihat rang undang-undang sebelum ini, 10 minit Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berbahas secara berkesan. Kita kekalkan 10 minit untuk rang undang- undang ini ya. Seorang wanita, kita bagi wanita dahulu ya. Ya Yang Berhormat Parit Sulong.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Masa 10 minit tidak cukup Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiawangsa duduk belakang saya ini, tidak apalah. Okey, saya hendak terus kepada membahaskan Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 yang mana lepas diluluskan, insya-Allah Lembaga akan dibubarkan dan FRIM akan menjalankan fungsi dan kuasa lembaga dan bagi melaksanakan fungsinya yang lebih baik, akta yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menjadikan FRIM satu perbadanan. Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Menteri katakan tadi bahawa FRIM adalah satu institusi penyelidikan yang telah mencatatkan kejayaan yang cemerlang dan dalam website FRIM itu sendiri saya tengok terdapat pelbagai anugerah sama ada daripada dalam dan luar negara, daripada peringkat antarabangsa untuk hasil penyelidikan mereka. Bermakna, banyak dapatan penyelidikan yang mungkin kemudian ini boleh dikomersialkan sekiranya mempunyai strategi pemasaran yang sesuai. Walau bagaimanapun, kalau sekarang ini FRIM tidak secara langsung mengkomersialkan hasil dapatan penyelidikan mereka tetapi telah melantik syarikat lain untuk tujuan mengkomersialkan produk mereka seperti yang dimaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi soalannya yang saya ingin dapat tahu daripada pihak kementerian adalah apakah mungkin kementerian boleh berkongsi, apakah hasil penyelidikan FRIM yang telah berjaya dikomersialkan sehingga kini? Saya juga hendakkan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai kejayaan dapatan penyelidikan yang berjaya dikomersialkan, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ke luar negara sekiranya ada dan mohon Yang Berhormat Menteri boleh menyatakan beberapa success story mengenai kejayaan yang boleh kita kongsikan di dalam Dewan ini. Seterusnya akta ini juga memberi institut kuasa untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan itu sendiri, bermakna ianya boleh menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti pengkomersialan. Jadi, selain daripada menubuhkan syarikat bagi tujuan mengkomersialkan produk hasil dapatan penyelidikan FRIM ini, adakah kementerian ada- saya cuma hendak bertanya kepada pihak kementerian, saya tahu dalam FRIM ini ramai saintis, ramai yang berkepakaran. Akan tetapi saya cuma hendak tahu sama ada kementerian ada mempunyai kepakaran modal insan yang terbabit ataupun mempunyai kepakaran dalam bidang finance sebagai contoh, yang mungkin boleh membuat unjuran kewangan apabila kita bercakap mengenai adanya satu syarikat di bawah FRIM ataupun modal insan yang mempunyai kepakaran dalam strategik pemasaran dan perniagaan.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini kerana pakar-pakar dalam bidang ini sangat penting untuk menjayakan apa-apa juga rancangan perniagaan bagi satu syarikat yang akan ditubuhkan itu nanti agar ia boleh mampu untuk mendapatkan pendapatan kepada institut itu nanti. Dalam waktu yang sama saya juga hendak minta kementerian untuk menyatakan sama ada pihak kementerian ada usaha untuk mempromosikan produk FRIM itu kemudian selepas ini terus kepada pengguna untuk masuk ke pasaran retail. Adakah kementerian juga berusaha, ada juga bekerjasama dengan agensi lain yang mungkin boleh menjadikan satu platform dan kaedah pemasaran kepada hasil dapatan penyelidikan yang telah kemudahan itu dikomersialkan. Sekiranya dapatan penyelidikan ini berjaya dikomersialkan, ini bermakna bahawa agensi ini nanti ataupun FRIM ini akan mempunyai satu syarikat yang mana ia adalah profit oriented organization, dengan izin. Adakah FRIM masih lagi memerlukan sumber kewangan kerajaan untuk menjalankan operasi ini? Maksudnya pertanyaan ini sumber kewangan 100 peratus ataupun berapa portion, dengan izin, yang akan diberikan dan yang akan menggunakan hasil profit dalaman dan kemudiannya selebihnya dari segi operasinya memerlukan bantuan daripada kerajaan? Sekiranya dalam jangka masa panjang ianya tidak lagi memerlukan lagi bantuan daripada pihak kerajaan, berapakah dia punya timeline dengan izin, yang akan ditetapkan oleh syarikat komersial ini nanti yang mana syarikat ini akan menjadi satu syarikat yang profit dan tidak lagi memerlukan bantuan daripada kerajaan. Seterusnya, saya juga hendak bertanya mengenai memandangkan syarikat ini nanti adalah sebuah syarikat yang berkait rapat dengan pihak kerajaan, sudah semestinya banyak kemudahan dari segi networking yang boleh dimanfaatkan oleh FRIM dalam usaha untuk memasarkan produk keluaran FRIM itu nanti. Terutamanya yang berdasarkan herba. Jadi, saya hendak bertanya juga adalah FRIM ada perancangan hendak membangunkan jenama sendiri yang mungkin membolehkan bersaing rapat tetapi reduce price, sebagai contoh, sekarang kita ada pelbagai jenis jamu. Jadi mungkin in future ada perancangan untuk... [Disampuk] Sebagai contoh. Saya bagi contoh ya, seperti Jamu Mak dara...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu Yang Berhormat Parit Sulong guna kah? [Ketawa]

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadi mungkin, sebab ia melalui satu proses penyelidikan dan semestinya dapatan daripada penyelidikan tersebut akan boleh dimanfaatkan sebab kita bercakap mengenai satu syarikat yang profit oriented, sudah semestinya dia perlu untuk mendapat profit, dengan izin. Jadinya commercialization macam ini perlu juga dibuat dan difikirkan. Akhirnya saya hendak tanya sama ada pihak ini boleh juga memaklumkan ada atau tidak bentuk kerjasama yang dijalankan oleh FRIM dengan mana- mana syarikat, sama ada IPT ataupun mana-mana syarikat dan ini dalam bentuk future planning of FRIM itu sendiri, dengan izin. Dengan kata-kata itu saya menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya awal-awal lagi tidak akan bertanya banyak tetapi menyokong rang undang-undang ini sebagai menggantikan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985, dengan harapan apabila rang undang-undang ini diluluskan, maka beberapa perkara penting saya berharap dapat kita capai. Pertama, hasrat kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hutan untuk mengekalkannya sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara diliputi pokok- pokok dan kawasan hutan. Sekarang ini kita tahu di seluruh Malaysia, berjumlah 18.27 juta hektar iaitu 55.32 peratus.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Jadi, saya yakin komitmen kerajaan dalam memastikan keluasan hutan akan dipertahankan atau boleh ditingkatkan melalui pelbagai langkah yang Yang Berhormat Menteri pernah sebut sebelum ini.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Walaupun saya kadang-kadang terfikir juga dalam kepala saya, apabila pembalakan terus berjalan, maka bagaimana untuk kita mempertahankan 55 peratus itu ataupun kita meningkatkan lagi. Umpamanya, komitmen kerajaan dalam mengekalkan hutan simpan, mewartakan kawasan tanah hutan kerajaan, mewartakan kawasan hutan yang diluluskan oleh negeri, menggantikan keluasan hutan yang dibangunkan dengan keluasan yang sama, meningkatkan kualiti kawasan hutan, melaksana aktiviti pemeliharaan, meningkatkan R&D sebagaimana kehendak dalam akta ini dan menyediakan sistem pemantauan hutan yang baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik bangun Yang Berhormat.

Boleh hendak mencelah? Sahabat saya dari Hulu Langat ya. Dalam hendak menukar daripada Lembaga kepada Institut, pada pandangan Yang Berhormat, kita hendak kekalkan hutan 50 peratus dan dalam masa yang sama, kita mengharapkan Institut merekomenkan tanaman-tanaman pokok yang baik dalam negara di mana kita melihat ada satu kompelin daripada kebanyakan Majlis Daerah, saya tidak tahu siapa yang rekomenkan pokok akasia ditanam di Majlis Daerah. Bila ditanam pokok akasia, konon-konon kata dia memberi kesan kurang baik kepada kawasan kita. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Hulu Langat berkenaan perkara tersebut?

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Memanglah dengan kajian dalam bioteknologi mungkin kita harapkan FRIM dapat menghasilkan benih hutan yang baik nanti. Akan tetapi merujuk kepada akasia itu, saya difahamkan akasia ini, seperti yang saya sebut, ia boleh menyerap CO2 yang lebih baik berbanding dengan banyak lagi pokok- pokok lain, umpamanya jati dan sebagainya. Nanti saya akan sebutkan senarai ini. Jadi, saya menghormati ataupun mengharap sangat bahawa cadangan untuk mewujudkan central spine ini dalam usaha untuk menjaga flora dan fauna ataupun hidupan liar yang mungkin makin pupus dapat kita laksanakan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang menjadi perkara penting juga iaitu keperluan kita memelihara hutan kerana terdapat kawasan tadahan air. Hutan mempunyai peranan besar dalam menyerap air dan menahan aliran terus ke sungai dan seterusnya ke laut. Menteri juga menyebut kajian bahawa 18 peratus sahaja air yang dapat tangkap atau kita dapat tahan. Jadi kalau dengan adanya hutan yang tebal ataupun hutan yang baik, mungkin kita dapat menyerap, menahan lebih banyak air daripada pergi ke sungai dan ke laut. Jadi saya berharaplah masalah yang timbul yang dibincang panjang itu, dari segi federalism ataupun memusatkan bekalan air ini kepada pusat. Saya harap kerjasama di antara negeri dan pusat akan lebih baik dalam usaha memastikan bahawa bekalan air negara ini kita dapat jamin dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga, hutan dan tumbuhan juga memainkan peranan penting dalam penyerapan CO2 bagi mengatasi pelepasan gas rumah hijau. Kita tahu komitmen kerajaan untuk memastikan pengurangan pelepasan GHG kepada 45 peratus dalam tahun 2030 berbanding dengan tahun 2005 ini menjadi kenyataan. Tapi, kalau berlaku aktiviti penebangan yang berleluasa, maka mungkin ia akan memberi kesan juga kepada penyerapan CO2. Dalam beberapa kajian saintifik, saya hendak bagi contoh yang mana Yang Berhormat Gerik sebutkan tadi, ada beberapa pokok, saya ambil banyak contoh pokok yang boleh menyerap CO2 lebih baik. Pokok trembesi atau nama saintifiknya Samanea saman yang boleh menyerap 28.5 tan carbon dioxide setahun. Cassia atau Cassia sp menyerap 5.3 tan per tahun. Kenanga atau Canangium odoratum menyerap 757 kilogram per tahun. Beringin atau Ficus benyamina menyerap 536 kilogram per tahun. Jati atau Tectona grandis menyerap 135 kilogram per tahun. Jadi ini saya bagi contoh sahaja. Jadi kita mengharapkan, mungkin saya pernah baca kajian yang pernah dibuat oleh FRIM juga mengatakan bahawa satu hektar hutan boleh menyerap 6.2 juta tan carbon dioxide setahun. Jadi, kita harap dengan adanya hutan yang lebih daripada 50 peratus ini, kita dapat membantu merealisasikan komitmen kita dalam Kyoto Protocol.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir yang menjadi tujuan utama akta ini iaitu meningkatkan R&D dan commercialization produk R&D. Saya melihat bahawa FRIM telah pun meletakkan landasan yang baik dalam bidang R&D perhutanan dan juga hasil hutan. Sebagai contoh, kajian kepentingan menjaga persekitaran dan pemeliharaan biodiversiti hutan, kajian penanaman kayu bakau dan spesies lain di pesisiran pantai, kajian pemprosesan dan penggunaan sumber bukan kayu seperti rotan dan buluh, teknologi rawatan kayu menggunakan suhu yang tinggi, bioteknologi untuk menghasilkan benih pokok hutan yang baik dan lain-lain. Jadi akhir sekali, saya berharap rang undang-undang ini dapat mengawal aktiviti penyelidikan hutan dan meningkatkan lagi R&D dan pengkomersialan supaya usaha kita untuk memelihara flora dan fauna juga akan menjadi kenyataan. Sekian saja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana berfikiran jauh, berpandangan jauh atas transformasi agensi- agensi kerajaan seperti FRIM yang bertempat di Kepong, tidak jauh dari sini. Yang Berhormat Menteri telah pun berfikir dengan blue ocean strategy dengan thinking outside the box, soal kita tidak lagi terlalu bergantung daripada dana kerajaan untuk melaksanakan tugas-tugas agensi-agensi kerajaan iaitu selari dengan agenda dan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang perlukan kepada transformasi ekonomi kerajaan iaitu Government Transformation Programme dan Economic Transformation Programme dan ia juga mendapat satu hasrat baru untuk institusi seperti FRIM ini dapat berubah dalam segi pengurusan.

Saya menyokong sebab itu saya berterima kasih lah kerana kalau ini diubah, maka dana daripada kerajaan itu tidaklah sebetulnya tetapi saya mohon jangan putuskan dana bantuan daripada kerajaan sama sekali. Jadi, dalam bentuk penyelidikan R&D, saya rasa kerajaan harus masih kekalkan peruntukan seperti dalam penyelidikan dan research. Saya tertarik juga dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan technology park atau pun park-park yang mana kita dapat meluaskan lagi aktiviti-aktiviti di sini. Walaupun ia melibatkan beberapa dasar kerajaan iaitu Kerajaan Pusat dan dasar-dasar...

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Hendak cakap Yang Berhormat Putatan.

Baru mukadimah ini.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak, pasal yang tadi itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya tertarik tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Apa Yang Berhormat Parit Sulong panggil tadi?

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila. Sebab tidak berapa clear itu tanya tadi.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Minta maaf, minta maaf. Pukul 9.41. Ini, tadi Yang Berhormat Putatan tadi ada maklumkan mengenai supaya kalau sekiranya menasihatkan supaya di bawah ini nanti peruntukan pada kerajaan itu, pembiayaan kepada kerajaan itu janganlah diputuskan.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi akhirnya mereka ini akan menjadi satu komersial punya organization later. Pada pandangan saya, saya tidak tahulah mungkin saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Putatan lah juga mengenai perkara ini. Kalau mereka ini terus-terusan mendapat atau pun bergantung kepada pembiayaan kerajaan dan dalam waktu yang sama mereka juga menjalankan operasi komersial, saya khuatir nanti dia akan menjadi business yang sentiasa rugi. Jadinya saya hendak bertanya dengan pendapat Yang Berhormat Putatan mengenai perkara ini mengapa harus menggalakkan mereka supaya terus bergantung pada pembiayaan kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Parit Sulong. Kalau sebut Putatan itu hati-hati sedikit. Saya setuju. Saya bukan tidak setuju soal Parit Sulong yang menyatakan pembiayaan daripada kerajaan itu langsung tidak diberi. Kita masih perlukan. Saya belum habis Yang Berhormat Parit Sulong. Ada senarai-senarai yang patut dilihat oleh kerajaan di mana walaupun kita in corporatizing FRIM ini kita galakkan pihak korporat juga memainkan peranan dalam R&D. Itu satu-satunya bajet yang baru-baru ini yang dikatakan NBOS. Kita harus bercollaborate dan engagement dengan corporate sector di mana semua bahan penemuan kita ini kita sama-sama disatukan dalam FRIM iaitu corporate scheme yang di mana subsidiary kepada FRIM ini boleh melibatkan diri daripada marketing pemasaran dan trading misalnya. Ada 20 dokumen yang kita safeguard dalam negara kita Yang Berhormat Parit Sulong iaitu dalam resources flora dan fauna diversity yang mana kita melibatkan juga dasar-dasar Kerajaan Pusat iaitu biological diversity, dasar perhutanan, Akta Perhutanan, Akta Taman Negara dan Akta Environmental Quality, Kualiti Alam Sekitar dan Wildlife Protection Act dengan izin Aboriginal People Act, Occupational Safety and Health. Ini banyak yang terlibat kalau kita merujuk yang memerlukan pembiayaan kerajaan. Jadi ini saya mohon daripada pihak kementerian untuk merangkumi R&D di mana terkenal dengan akta-akta. Sekiranya pada suatu hari nanti apabila kita melibatkan negara asing melalui TPP ini undang-undang ini mungkin akan tersentuh. Jadi, kita masih memerlukan Yang Berhormat Parit Sulong pembiayaan daripada kerajaan. Jadi, Sabah misalnya...

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Menyampuk]

Ya, kuranglah kuranglah. Kita masih lagi ada beberapa pusat. Saya sentuh satu pusat di daerah Tenom Kampung Seberang iaitu satu kawasan taman perhutanan yang berbagai-bagai jenis pokok hutan yang ditanam sebagai ornamental tree, perhiasan. Ini kita galakkan R&D untuk kayu kayan kita ini yang berasal daripada negara kita ini supaya kita boleh buat ini sebagai satu landskap ornamental tree. Daripada ini kita akan juga melihat kepada kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk perladangan. Di negara kita ini saya lihat Hulu Langat kalau di tanam kawasan kelapa sawit itu tanah gambut pun ditanam. Peat swamp also ditanam dengan mewujudkan perparitan. Ini saya kira kita mesti ada percentage yang kita mesti kekalkan dengan hutan asal kita terutama sekali hutan mangrove iaitu hutan bakau yang mana bakau kita boleh buat gambir. Dahulu eksport kita gambir dahulu daripada kayu bakau dan juga boleh buat sebagai dye. Dalam Bahasa Melayu dye itu saya tidak tahu. Yang boleh buat pewarna. Jadi, ini kita juga melihat pasal RIL iaitu Reduced Impact Logging yang mana controlled logging melalui dengan infra-infra yang tertentu supaya tidak merosakkan biodiversiti yang di bawah itu supaya mungkin kita pakai kabel misalnya. Di Sabah kita sudah mulai aktiviti Hulu Langat. Juga dengan High Conservation Value Forest iaitu (HCVF) yang patut kita memelihara dengan tumbuh tumbuhan yang masih muda. Kita jangan rosakkan tumbuh tumbuhan yang masih muda itu. Jadi, ini patut juga FRIM dapat memberi nasihat kepada Jabatan Perhutanan Negeri masing-masing oleh kerana Jabatan Hutan ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga dengan kawasan-kawasan tanah yang tidak sesuai sama sekali untuk perladangan atau pun dalam bentuk pertanian terutama sekali tanah-tanah yang curam yang mana kita mahu lihat tempat-tempat ini dikekalkan sebagai satu apa dikatakan retention area for our air dan juga mewujudkan hutan asal. Kita juga melihat kepada laboratorial sustainable by sources management. Jadi, ini kita galakkan dengan beberapa untuk menasihatkan kerajaan-kerajaan negeri untuk mewujudkan forest management yang sustainable.

Jadi, itu saya melihat daripada bentuk yang resources atau diversity kita yang kita boleh dapat daripada hasil hutan ini terutama sekali dalam bentuk flora and fauna yang mana mungkin terdapat dengan kajian-kajian yang dibuat melalui technology park atau pun mewujudkan satu research centre untuk FRIM ini bukan sahaja bertempat di Kepong tetapi juga di setiap negeri. Kalau bolehlah setiap kawasan yang tertentu yang mana terdapat perhutanan kita yang boleh menghasilkan penemuan-penemuan daripada hasil hutan terutama sekali dalam bentuk pemakanan, juga dalam herbal, pharmaceutical, medicinal value, ornamental atau bunga-bunga yang diperlukan untuk perhiasan atau pun juga dengan insects, benda-benda kecil itu. Mungkin itu juga boleh dikaji untuk menjadi satu perubatan.

Jadi, kalau kita melihat research kita ini, kalau kita buat melalui interaction dengan orang-orang kampung ataupun aboriginal people of this country, dengan izin, kita boleh buat satu kajian yang mana satu insect boleh membuat satu ubat untuk penyakit kulit misalnya ataupun untuk laki-laki misalnya. Satu lagi yang dalam bentuk avian, keburung-burungan. Jadi ini banyak yang kita boleh buat research dalam bentuk bukan sahaja dalam bentuk wildlife kita, tetapi dengan avian ataupun insectologist, we called it. Ini mungkin juga dalam bentuk fungus iaitu kulat yang boleh dibuatkan satu bahan bukan sahaja dalam bentuk pemakanan tetapi dalam bentuk farmaseutikal dan pemakanan. Jadi kalau saya baca semua yang saya tulis Yang Berhormat Menteri banyak lagi tetapi saya rasa saya bagi chance kepada Yang Berhormat Kepong untuk meneruskan sebab kawasan FRIM ini di kawasan Kepong [Ketawa] Sekian, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, memang saya bangga dengan FRIM daripada Kepong dan kita dapat dinikmati oleh semua Putatan, Parit Sulong, Hulu Langat dan Pokok Sena pun kita boleh... [Disampuk] Ha? Yang Berhormat Rantau Panjang pun boleh dapat dinikmati dengan hasil daripada Kepong ini. Ini kali pertamalah saya berdepan dengan Yang Berhormat Menteri yang saya percaya berminat dengan alam sekitar hendak meningkatkan kawalan ke atas alam sekitar di Malaysia ini. Kita bagi dia sokongan... [Tepuk] Kala betung berbunyi malam, Tala menala bunyi dahulu, Tuhan belum menjadi alam, Kita sudah berjanji dahulu. Tuan Yang di-Pertua, dengan 10 minit memang tak cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kerana ini masalah hutan...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Kepong, apa kaitannya pantun ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang, memang ada kaitan kerana kita hendak jaga alam... [Ketawa] Hendak jaga alam kerana dengan adanya rang undang-undang ini, saya pun percayalah salah satu matlamat itu untuk menjaga alam kita untuk menyekat carbon emission dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, kerana masa yang singkat, yang pertama, saya cadangkanlah kerana kita hendak tambahkan aktiviti, kegiatan komersial di dalam FRIM ini. FRIM dia pandai dengan research. Saya bangga kerana ada teknologi, ada penemuan, ada pakar dalam hutan dan sebagainya dan ini telah dikemukakan di dunia. Akan tetapi kalau kita hendak tambah kegiatan komersial ini, kita perlu kawalan. Oleh sebab itu saya mengesyorkan supaya kita adakan satu jawatankuasa di Parlimen, Jawatankuasa Alam Sekitar dan sambil itu menjaga, mengawal apa yang berlaku dengan FRIM setelah diperbadankannya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Jadi kita perlu satu kawalan. Tuan Yang di-Pertua pun setujulah kita tak mahu berlakunya penyelewengan kongkalikung dan sebagainya [Ketawa] Selain daripada kita adakan satu jawatankuasa di Parlimen untuk mengawalnya dan saya hendak Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan ini bilangan penyelidik di FRIM. Bilangan penyelidik, bilangan saintis, bilangan ahli-ahli teknik dan kakitangan untuk menyokong mereka ini. Adakah kita dapat 300 orang penyelidik atau saintisnya? Ini penting kerana kita hendak hasil yang baik, yang kedua. Yang ketiga itu, saya berharaplah kerana tidak disebutkan di sini kita hendak FRIM memberitahu kita cara untuk kita mengurangkan kerosakan hutan kita. Kerosakan kerana hidupan liar termasuklah bukan liar pun, manusia kita pun merosakkan juga dengan baik. Putatan itu memang ada orang rosak. Hutan itu semakin hari semakin kecil. Pokok yang baik ditebang. Itu bukan sahaja hidupan liarlah, hidupan manusia yang buatkan dan serangga dan juga benda-benda yang lain yang merosakkan hutan kita, kita hendak tahu sama ada di dalam FRIM itu, kita adakan kawalan ke atas benda-benda dan serangga yang merosakkan termasuk kulat yang merosakkan hutan kita. Bukan sahaja manusia, kulat pun merosakkan hutan kita... [Disampuk] Ya, ubat? Ubat itu kadangkala tak guna juga. Selain daripada itu, saya berharaplah, dengan adakan perbadanan ini kita mesti adakan bio ekonomi. Bioekonomi dan kita adakan peralatan yang lebih canggih dan cara- cara untuk menggunakan hutan kita dengan lebih baik. Bioekonomi dan juga di sini kita hendak pihak FRIM membuat siasatan, membuat kajian ke atas kebakaran hutan. Kita bukan melihat apa yang berlaku dengan jiran kita. Dengan tanah gambut mereka, dengan hutan- hutan dibakar, ada kebakaran hutan di situ kita pun jaga kebakaran hutan di Malaysia. Saya berharaplah pihak FRIM dapat membuat kajian dengan teliti setakat mana kebakaran hutan berlaku di Malaysia ini. Saya ingat di Sabah, baru-baru ini ada kebakaran di Sabah juga.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik oleh sebab Yang Berhormat Kepong menunjukkan Putatan ini. Saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Kepong soal jerebu dan kebakaran di mana-mana tempat bukan sahaja di Putatan yang ada terbakar. Bahkan di Parit Sulong pun ada terbakar, dengar suara Yang Berhormat Parit Sulong belakang. Di negara jiran kita pun ada terbakar. Jadi apakah cadangan Yang Berhormat Kepong kepada kerajaan supaya dapat mendekati penduduk-penduduk yang di perkampungan ataupun masyarakat-masyarakat kita ini tentang mustahaknya mengelakkan daripada bush fire, kebakaran apa dalam bahasa Melayu ini, bush fire ini?... [Disampuk] Hutan itu, hutanlah, hutan, hutanlah.Ini bush bukan hutan.

Hutanlah! Hutan.

Ya? Lain, hutan, ini hutanlah.

Belukar.

Belukar, ya belukar. Kebakaran belukar. Jadi saya minta pendapat Yang Berhormat Kepong bagaimana kita mengelakkan ataupun educate our community tentang kebakaran terutama sekali di kawasan airport di Sepang itu sering, sering sekali mendapat kebakaran.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Nampaknya malam ini dia ada cadangan yang baiklah daripada Putatan [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang pendidikan diperlukan bagi semua lapisan, bagi semua masyarakat jangan kita itu adakan kebakaran termasuk di belukar dan sebagainya. Ini satu amalan yang baik. Saya tidak mahulah, saya setuju kadangkala kita itu memandu kereta itu nampak daripada kampung dan sebagainya ada kebakaran. Ini di Pahang pun saya nampak banyak juga. Kadangkala kita lalu kita nampak. Itu satu amalan yang tidak baik, tidak baik tetapi di Wilayah Persekutuan kuranglah itu sedikit.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ada juga bukan tidak ada. Ada.

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, masa sudah cukuplah 10 minit untuk saya. Saya berharaplah cadangan saya tadi dapat diambil kira dan kita dapat mengawalkan dengan kegiatan...

Satu lagi Yang Berhormat Kepong, dahulu saya ingat di Kepong itu tempat pembuangan sampah. Adakah Yang Berhormat Kepong bersetuju bahawa tempat Yang Berhormat Kepong dahulu itu, tempat pembuangan sampah itu sering ada kebakaran, dibakar sampah-sampah di Kepong dahulu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, di Kepong itu tidak ada kebakaran sudah sekarang tetapi yang adanya itu bau busuk daripada pusat pemindahan sampah itu. Ada bau yang busuk dan dengan ini saya berharaplah pihak Menteri dapat mengambil perhatian cadangan-cadangan kita supaya itu industri hutan kita supaya penyelidikan kita dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan boleh memasyhurkan Malaysia terutamanya Kepong di seluruh dunia [Ketawa] Burung jeladan singgah di rumah, Anak balam turun ke paya, Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong rang undang-undang Forest Research Institute Malaysia 2016 kerana sejak ditubuhkan FRIM itu telah memberikan sumbangan yang besar dan bermakna. Jadi sumbangan FRIM itu adalah dalam lima bidang. Pertama ialah bidang perhutanan di mana hasil kajian FRIM telah banyak digunakan untuk menghasilkan kertas polisi dan garis panduan pengurusan hutan. Antaranya kajian mengenai tumbesaran hutan yang telah digunakan untuk menambah baik sistem pengurusan hutan sedia ada. Hasil kajian hidrologi pula telah digunakan sebagai standard dalam penyediaan laporan kesan alam sekitar. Kajian mengenai perubahan iklim yang melibatkan hutan pula telah digunakan dalam penyediaan kertas polisi seperti Dasar Perubahan Iklim Negara. FRIM juga merupakan focal point kepada negara dari segi penyediaan laporan komunikasi dan bertindak sebagai sekretariat kepada Project Clearing Development Mechanism bagi sektor perubahan tanah dan perhutanan. Dari segi perhutanan bandar pula FRIM merupakan pusat rujukan kepada pihak berkuasa tempatan dan mengurus dan melaksanakan pembangunan hutan bandar secara mampan. Bidang yang kedua ialah bidang biodiversiti. Antara tugas hakiki FRIM adalah melaksanakan pendokumentasian kepelbagaian biologi negara, FRIM telah diiktiraf sebagai clearing house mechanism kepada flora negara. FRIM juga telah menghasilkan Malaysia Plant Red List yang berupaya untuk membantu negara dan mengurus dan menyelamatkan spesies-spesies yang terancam. Bidang yang ketiga adalah bidang hasilan semula jadi. Pertubuhan bahagian hasilan semula jadi selaras dengan arahan Kabinet bagi meneraju kajian terhadap tumbuhan herba pada tahun 1994. FRIM telah banyak menghasilkan produk yang telah dikomersialkan oleh pihak ketiga. Bidang yang keempat ialah bidang keluaran hutan. Industri kayu getah telah menjana pendapatan negara dengan mengangkat nilai eksport perabot kayu daripada RM50 juta pada tahun 1988 kepada RM6.4 bilion pada tahun 2014 dan dijangka nilai eksport kayu getah akan terus meningkat.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Bidang yang terakhir adalah bidang bioteknologi. Antara kajian yang dijalankan dalam bidang ini adalah penghasilan tanaman bermutu tinggi. Penubuhan gen plasma, klon bank, penubuhan ladang contoh dan aplikasi penanda genetik dan forensik perhutanan. Tuan Yang di-Pertua, perlindungan hidupan liar seharusnya meliputi flora dan fauna. Oleh kerana bukan sahaja binatang liar yang terancam perlu dipelihara, bahkan pada saya tumbuh-tumbuhan dan hutan sesungguhnya mendatangkan hasil yang jauh lebih besar terhadap iklim dan alam sekitar. Sekiranya tumbuh-tumbuhan tidak dipelihara, tidak diberikan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya, ia akan mendatangkan akibat yang buruk kepada iklim dan alam sekitar. Bahkan biar kita jangan lupa kehidupan binatang-binatang liar juga bergantung kepada pengwujudan tumbuh-tumbuhan liar dan hutan. Itulah yang kita sebut sebagai ekosistem. Apabila sesuatu hidupan liar flora ataupun fauna yang mempunyai nilai komersial, mereka akan menjadi sasaran penyeludupan. Itu yang saya amat khuatir. Walaupun apabila ia ada commercial value, misalnya binatang-binatang liar pun diburu dan diseludup. Jadi kewujudan mereka di alam bumi akan semakin terancam. Maka saya bimbang akan mengancam kewujudan tumbuh-tumbuhan yang bernilai tinggi. Binatang-binatang liar yang boleh berlari dan buas pun boleh menjadi mangsa kepada pemburu apalagi tumbuh- tumbuhan yang tidak boleh lari dan tidak boleh gigit orang. Saya berharap bahawa TPP akan membuka peluang dan pasaran besar bagi hasil- hasil kaji selidik FRIM. Selain daripada kerja-kerja kajian dan penyelidikan tumbuh-tumbuhan hutan, apakah peranan FRIM dan usaha kerajaan memelihara hutan-hutan flora dan fauna negara kita. Ini adalah soalan saya. Bagaimanapun pemeliharaan hutan dan alam sekitar harus diberi keutamaan demi masa depan generasi muda kita. Tuan Yang di-Pertua, Orang susah kerajaan bantu melalui BR1M, Tumbuhan hutan ditambah nilai atas usaha FRIM. Tebrau sokong sepenuhnya rang undang-undang Forest Research Institute Malaysia 2016... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya sedikit sahaja untuk turut mengambil bahagian ini untuk mendapatkan beberapa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana antaranya ialah bila disebut fungsi institut ini iaitu 4(d) ialah menjalan dan menggalakkan penyelidikan mengenai pembangunan hutan termasuk pengeluaran dan juga penggunaan hasil hutan. Dalam akta ini juga disebut hasil hutan itu termasuk kayu getah. Hasil hutan itu termasuk kayu getah. Jadi persoalan yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana institut ini bekerjasama ataupun menghasilkan penyelidikan bersama dengan di bawah Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang juga terdapat Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia yang kemudiannya disatukan di bawah LGM.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab bagi saya sudah tentu hasil hutan daripada kayu getah itu mestilah bermula daripada batang pokok getah itu sendiri. Kalau konteks dalam Lembaga Getah sudah tentu ia hendak menghasilkan susu getah yang baik dan daripada pokok itu Tuan Yang di-Pertua, menghasilkan jumlah susu getah yang banyak. Makna pokok yang terhasil daripada benih yang baik. Akhirnya sampailah kepada batang pokok yang akan jadi kayu. Kayu getah itu apabila sudah habis, sudah luput tarikhnya ia akan jadi kayu getah yang baik. Jadi, macam mana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena susu hendak baik, batang pun nak baik. [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini refer kepada pokok getah. Tidak maksud lain-lain.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya memanglah. Memanglah susu datang dari batang yang baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas itu hasil baka yang baik.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya rosak Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]

Mudah-mudahan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya hendak dapatkan penjelasan ialah bagaimana kajian itu hendak dibuat? Siapa yang bertanggungjawab untuk membuat kajian menghasilkan benih getah baik untuk menghasilkan kedua-duanya iaitu susu getah dan juga kayu getah itu daripada batang getah itu sendiri. Itu daripada pokok getah. Jadi ini bagi saya harus diberikan penjelasan sebab kalau tidak ada kerjasama ini, saya lihat bahawa tidak akan terhasil satu kajian penyelidikan yang baik sebab kita hendakkan juga dalam suasana hari ini iaitu benih getah yang baik. Adakah institut ini FRIM ini juga bertanggung untuk menghasilkan benih-benih pokok getah yang baik? Oleh sebab hutan itu juga adalah terdiri dari hutan pokok getah. Yang Berhormat Sungai Petani, hutan pokok getah. Jadi ini juga harus dilihat. Keduanya saya hendak minta penjelasan ialah bila disebut tentang institut ini akan mengkomersialkan penyelidikannya. Oleh sebab sebelum ini diserahkan kepada syarikat dengan mengambil royalti. Lembaga hanya mengambil royalti tiga peratus hingga lima peratus. Jadi apa yang saya hendak dapatkan penjelasan ialah berapa jumlah hasil penyelidikan yang telah pun dihasilkan oleh Lembaga dahulu dan berapa yang telah dikomersialkan? Kalau ada lagi yang tidak boleh dikomersialkan, apa masalah yang tidak boleh dikomersialkan? Masalah kerana hasil dapatan kajian itu yang tidak begitu baik atau bagaimana? Jadi itu yang hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Berapa jumlah yang terkumpul royalti yang terkumpul yang dapat diperoleh selama ini daripada hasil-hasil penyelidikan yang telah dikomersialkan? Jadi itu yang nak saya dapatkan penjelasan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapatkan penjelasan ialah sejauh mana melalui FRIM ini dan kementerian Yang Berhormat Menteri untuk menyelaraskan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi kita hendak mengekalkan hutan 50 peratus. Akan tetapi dalam konteks untuk penguatkuasaan ini ia masih lagi ada di bawah kerajaan negeri umpamanya walaupun kelulusan itu mesti dari Jabatan Hutan untuk meluluskan penebangan balak dan sebagainya mesti dari Jabatan Hutan. Akan tetapi hakikatnya kuasa itu masih berada di bawah peringkat kerajaan negeri dan penguatkuasaan untuk mengelak daripada pencerobohan, pembalakan haram dan sebagainya ini nampaknya kerajaan negeri ini gagal untuk hendak kawal. Jadi bagaimana kementerian Yang Berhormat Menteri dan FRIM akan dapat melaksanakan tugas untuk mengekalkan hutan 50 peratus? Itu satu. Keduanya ialah 50 peratus itu dalam konteks seluruh negara tetapi bagaimana kita hendak mengimbangi untuk setiap negeri itu. Kadang-kadang kita tengok di negeri-negeri itu sudah cukup teruk kawasan hutan inilah sudah cerah. Jadi ia sudah tidak dapat hendak mengimbangi walaupun masih lagi dalam konteks seluruh Malaysia ini 50 peratus umpamanya tetapi ada satu-satu negeri itu kekurangannya yang menyebabkan ia berhadapan dengan masalah umpamanya ada negeri-negeri sekarang ini macam walaupun cuaca panas tetapi saya masih berpendapat bahawa kekeringan air sekarang ini juga ialah ekoran daripada penebangan, pembalakan haram dan sebagainya menyebabkan kita tidak boleh simpan air dan sebagainya. Jadi ini juga harus dilihat oleh kementerian untuk memastikan supaya kita dapat mengimbangi tentang kewujudan trend pencerobohan pembalakan haram ini yang akan menyebabkan walaupun seperti saya katakan tadi kita kekal 50 peratus hutan di seluruh negara tetapi di negeri-negeri tertentu berhadapan dengan masalah alam sekitar dan sebagainya. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk ambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016. Saya melihat rang undang-undang ini iaitu rang undang-undang sebelum ini Akta Lembaga Pendidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 sudah lama dan dipinda dua kali. Saya ucapkan tahniah kepada warga NRE dan warga FRIM kerana bersungguh- sungguh dengan iltizam yang kuat untuk menyediakan draf ini, akta ini. Kenapa mesti kita tukar? Kita lihat kalau saya bagi perumpamaan 1960-an dengan sekarang ini pada tahun 1960-an kita naik kereta tidak ada aircond, rumah kita tidak ada aircond, kita tidak ada handphone, kita tidak ada TV colour pun pada masa itu. Akan tetapi keadaan sudah berubah. tahun 2016 ini semua canggih, saya ada media sosial. Banyak orang tidak baca surat khabar, orang baca dekat handphone sahaja dan berbagai-bagai lagi. Jadi kita lihat ini akta ini sudah begitu lama. Sejak ada pindaan-pindaan itu FRIM telah begitu banyak kejayaan telah berlaku dalam FRIM sehingga menjadi salah satu daripada institusi yang terulung di rantau ini dan juga di dunia. Macam saya katakan tadi kenapa mesti tukar? Akta 319 tidak memperuntukkan untuk pengembangan skop penyelidikan. Keduanya, ia tidak memberi kuasa untuk menjalankan aktiviti commercialization. Ketiga, peruntukan untuk membuat berbagai-bagai fungsi, tanggungjawab badan persijilan, verifikasi, hasil hutan, badan pengujian dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, banyaklah peruntukan baru yang perlu dan melibatkan susun semula yang rumit dan pemindaan hampir semua daripada Akta 319 ini. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan ini maka wujudnya akta baru ini adalah satu keperluan dan satu kemestian dan juga satu perkara yang tepat pada masanya. Seperkara lagi ialah selari dengan hasrat kerajaan di bawah NKEA. Itu supaya institusi penyelidikan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Ini yang keluar dalam bajet hari itu cerita banyak institusi umpamanya daripada universiti awam, universiti penyelidikan kerana ini. Ada yang saya dengar bising. Akan tetapi kita mesti lihat secara positif. Kita hendak jadi negara maju. Negara maju tengok banyak juga negara, institusi tidak bergantung sebenarnya. Jadi ini memberi peluang kepada kita untuk berdikari, untuk fikir dengan lebih jauh lagi. Jadi tujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan continuous existence, FRIM menjadi sebuah pertubuhan perbadanan dan membubarkan LPPM ini dan yang lebih komprehensif. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya kata tadi seiring dengan dasar kerajaan NKEA supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan dan memperkemaskan R&D commercialization kerana sekarang ini syarikat lain yang buat, syarikat yang ketiga buat. FRIM saya rasa dapat tiga percent atau lima percent sahaja, sedikit sahaja sedangkan kerja yang dibuat banyak, R&D banyak. Kita ada banyak saintis di sana, ada banyak saintis dekat research university. Di Malaysia ini ada banyak saintis. Kerja-kerja tidak dapat untung banyak, kerja-kerja dia tidak dapat commercialize banyak. Jadi ini ada perkara yang kita hendak buat. Jadi pertubuhan perbadanan body corporate yang pegang entiti perundangan yang membolehkan dia melabur, meminjam dan mengenakan bayaran kepada technical advice kepada kursus-kursus, latihan-latihan yang dijalankan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, dengan akta yang baru ini boleh membuat kursus dan latihan seperti saya sebut tadi dan memberi akuan kehadiran. Maknanya powerlah, maknanya I can do it. Boleh menyediakan aktiviti pengajian dan latihan dan bekerjasama dengan universiti awam IPT, di dalam dan di luar negeri. Jadi- akan dibenarkan menubuhkan dan memajukan syarikat untuk kukuhkan identiti ini untuk mengkomersialkan segala result, dapatan daripada kajian-kajiannya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Seperkara lagi ialah untuk hal ehwal kewangan dan membolehkan FRIM untuk menerima, memperoleh, meminjam daripada pelbagai sumber Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, swasta, sumbangan dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya. Tuan Yang di-Pertua, FRIM ini sudah lama dan telah memberikan banyak sumbangan kepada negara. Inilah peluangnya supaya FRIM dapat jauh berdikari dan memajukan diri dan menjanakan pendapatan dan menaikkan ekonomi untuk negara. Ada banyak perkara yang telah dilakukan FRIM umpamanya dalam bidang perhutanan. Saya sebutkan di sini salah satunya ialah kajian polisi dan banyak SOP pengurusan hutan adalah daripada FRIM. Kajian hidrologi standard dalam laporan alam sekitar daripada FRIM dan juga kajian tentang perubahan iklim. Penyediaan kertas polisi dasar-dasar perubahan iklim negara juga daripada FRIM. Saya suka cerita sedikit pasal perubahan iklim, baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua saya menghadiri International Parliamentary Conference on Sustainability Energy and Development bulan lepas di London, Parlimen London. Saya hendak cerita saya bangga ada 30 buah negara yang datang Commonwealth countries. Semua cerita persidangan tentang sustainable energy ataupun terus kepada perubahan iklim. Cerita tentang bagaimana hendak reduce carbon. Cerita bagaimana jangan naikkan temperature dunia ini lebih daripada dua darjah celsius supaya air tidak naik, supaya salji tidak melt. Jadi kebanyakan daripada negara-negara Commonwealth banyak complain. Banyak complain duit tidak ada, ini tidak boleh, ini tidak apa. Akan tetapi saya lihatlah Malaysia serius. Malaysia ini cakap tentang sustainable energy, tenaga lestari, renewable energy, tenaga boleh diperbaharui, energy efficient, cekap tenaga, teknologi hijau, penurunan karbon dan juga climate change telah memberikan fokus yang serius. Malaysia macam hero sebenarnya bila kita cerita, bila saya cerita komitmen Malaysia saya rasa bangga sebab diakhiri persidangan dalam perbahasan di Parlimen London. Tuan Yang di-Pertua, lagi tahun 1992 lagi Rio De Janeiro Earth Summit saya masa itu di kawasan Parlimen Bagan Serai jadi pengerusi lokal agenda 21. Saya lihat pada COP15, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjanjikan pada tahun 2009 sebanyak 40 peratus penurunan karbon by 2020. Pada COP21 iaitu policy agreement baru-baru ini Disember 2015, 195 buah negara telah mencipta sejarah berjanji untuk memberikan komitmen untuk menurunkan carbon emissions dan Malaysia telah menjanjikan 45 peratus karbon by 2030. Kita telah berjanji untuk cover 50 peratus hutan di Malaysia ini, supaya dapat serap karbon dan lebih seriusnya kementerian NRE, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini telah buat macam-macam polisi sejak tahun 2009 macam-macam polisi saya lihat. Supaya untuk menjadikan matlamat kita dan cita-cita satu kenyataan. Malah saya percaya Yang Berhormat Menteri telah menghantar- Malaysia telah submit IMBC, komitmennya apa yang hendak dibuatnya. Kalau kita dapat tahu benda ini pun bagus. Apa komitmen kita? Banyak mana kita sudah buat. Adakah kita akan buat lebih baik lagi? Jadi Malaysia jadi hero. RMKe-11 kita meletakkan inclusivity dan sustainability sebagai key pillars, kita sudah letak sudah kita ini macam mirror kepada SDG, mirror kepada sustainable development goals. Baru ini kita fikir kita ini seolah-olah kita sudah kontrak sebenarnya walaupun kita banyak cabaran ekonomi dan sebagainya. Jadi saya ucap tahniahlah kepada kepimpinan negara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, NRE, KETTHA. Tuan Yang di-Pertua, perkara keduanya ialah biodiversiti. Di sini saya lihat FRIM melakukan dokumentasi biodiversiti negara, menghasilkan banyak perkaralah saya tengok sini Clearing House Mechanism to Flora negara, menghasilkan Malaysian Plant Red List untuk spesies yang terancam, mengadakan National Herbarium dan juga Insectarium. Kita ini negara ke-17 biodiversiti, antara yang padat. Kalau karbon naik, kalau carbon emissions banyak kita juga negara terancam. Kita lihat hari ini perubahan climate cuaca kita tengok Perlis hangat, utara semua hangat. Saya ingat di Bagan Serai pun hangat sekarang ini, panas. Jadi cuaca panas, orang tekan lagi aircond jadi energy banyak hendak pakai. Jadi ini semua melibatkan banyak masalah. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya ialah hasil semula jadi. Ini kajian tentang herba, tahun 1994 lagi sudah buat. Tumbuhan ubatan dan di FRIM ada enam buah makmal yang diiktiraf. Saya boleh sebut pasal herba ini memang sensitiflah. Petang tadi saya cerita pasal gel herba ini, tetapi saya tidak hendak cerita gel herba ini. Herba ini saya hendak point out sekali lagilah pasal ketum ini herba.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dulu saya bincang dalam perbahasan KDN sebab apa ketum dikaitkan dengan banyak unsur negatif sebab penyalahgunaan. Apa pun yang disalahgunakan akan jadi negatif. Jadi ketum ini saya percaya ada kajian-kajian, banyak kajian yang dilakukan. FRIM boleh lakukan tetapi cuba fikirkan bagaimana kita hendak lakukan. Kita commercialize, ketum ini dia ketagihannya mitragynine dan ketum ini telah disalah guna. Ketum ini dulu orang pakai ubat sakit pinggang, macam-macam kegunaan semua orang tahu tetapi tidak ada kajian yang menyeluruh. Sama juga macam tongkat ali tidak ada kajian menyeluruh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, Yang Berhormat Kota Tinggi di belakang bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Wah, sebut tongkat ali terus naik, ya silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tadi tertarik sebab sustainable development goals nampaknya kita dalam landasan yang betul. Jadi saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Bagan Serai, bila cakap sustainable saya ingat rang undang-undang ini ialah untuk sustainable FRIM dalam bentuk yang baru transform iaitu daripada segi custodian kita punya gene bank, kita pun DNA bank dan sebagaimana sebagai custodian dibalance pula dengan - sebagai rule, sebagai regulator ataupun menjaga validator atau regulator dan juga to sustain commercially. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Nombor satu skop, nombor dua framework, ketiga regulatory punya peranan dan keempat custodian peranan yang perlu dilakukan oleh FRIM ini selaras dengan undang-undang dan mesti ada dia punya butirannya. Kalau tidak sekarang mungkin kemudian. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, masukkan dalam perbahasan saya. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong saya nanti. Saya tengah cakap fasal ketum ini, kan. Jadi FRIM boleh lakukan ini, kita kena positif. Kenapa kita keluarkan mitragynine? Tidak terfikir macam mana kita hendak buat ini sebab daripada penyalahgunaan kita bagi elok. Oleh sebab orang kata ambil air ketum tidak mengantuk. Orang bawa lori mengantuk, orang duduk dalam Dewan pun mengantuk, ini buat mesyuarat pun mengantuk. Kalau boleh kita buat minuman supaya tidak mengantuk, kita buat minuman. Kita buat macam saya sebut ketum kola kita, boleh fikirkan cari dana, cari geran untuk buat penyelidikan yang serius supaya ketum ini daripada satu masalah jadi satu kebaikan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dalam kesempitan ada kesempatan. Mana benda itu sudah problem jadi elok.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya terpaksa respons sikit pasal ketum ini kerana saya kebetulan kawasan saya memang banyak ketum. Saya hendak bagi tahu bahawa ketum telah dibuat beberapa kajian tentang neuropathic pain iaitu satu penyakit sakit yang sangat sukar dirawat. Cumanya saya hendak mengingatkan supaya kita tidak terjadi sebagai cumin, curcumin daripada kunyit yang sekarang merupakan salah satu star anti- cancer. Akan tetapi penyelidikan dibuat di Jerman. Sekarang hendak beli curcumin yang didapati di Asia kena beli daripada syarikat-syarikat Jerman dan I.V. Curcumin yang diberi melalui intravena hanya dapat dibeli dari Jerman melalui Australia. Walaupun bahan mentahnya daripada Asia. Terima kasih.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Itu yang saya hendak kata. Sebelum orang lain buat, barang itu daripada Asia buat di Jerman, buat di mana, jadi kita rugi. Sekarang inilah bila kita hendak dapatkan rang undang-undang ini, FRIM mereka akan commercialize, dia akan tambahkan R&D, banyak benda boleh buat ini. Kita ada banyak saintis, kita guna saintis kita. Saya sarankan yang ini sangat banyak kali sudah saya cakap.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, tentang NCD ini, non-communicable diseases di Malaysia ini yang makin teruk ini hari ini. Darah tinggi, kencing manis, jantung dan strok. Kita ini kena fikirkan bagaimana saintis-saintis di FRIM ini dapat duduk dan fikir apa produk-produk hutan yang boleh dijadikan ubat umpamanya. Saya tengok banyak produk yang saya tengok dia keluar itu tongkat ali umpamanya for men’s selves and energy. Dia tidak cukup kuat sebab dia tidak tepat apa maksud energy. Tuan Yang di-Pertua, apa sebenarnya maksud for men’s selves and energy. Maknanya Yang Berhormat Parit Sulong tidak boleh makan, ini untuk men sahaja. Akan tetapi apa benda sebenarnya ini? Apa benda sebenarnya ini? Untuk apa dan tidak clear. Bila tidak clear saya memang kalau tidak clear macam gel herba ini, dia tidak clear. Saya kata kalau sapu ini kalau tumbuh bulu macam mana? Tuan Yang di-Pertua, ada satu kajian yang saya hendak tunjuk yang memenangi global prize. Empat orang saintis daripada Amerika yang menangi global prize pada 1998. Pengkajian tentang satu protein yang dinamakan arginine. Ini adalah satu dipanggil critical breakthrough sebab menjumpai satu amino acid yang bertukar kepada nitric oxide yang boleh membuka saluran darah. Tuan Yang di-Pertua, darah tinggi, sakit jantung, strok, dan kencing manis asas dia adalah cardiovascular diseases. Asasnya saluran darah yang sempit yang bakal tersumbat, maka jadilah macam-macam. Jadi arginine yang bertukar kepada nitric oxide yang mana nitric oxide adalah the bullet, magical bullet, inilah bullet magical yang mengembang kan saluran darah dan melembutkan saluran darah yang menyebabkan penyakit-penyakit ini reversible. Ini bukan saya cerita sebab dia memenangi global prize in 1998. Kemudian banyak kajian-kajian yang dilakukan. Ini bukan main-main. Ini saya cuba hendak nyatakan bahawa sakit jantung adalah reversible. Saya cuba hendak katakan bahawa sakit jantung dan darah tinggi boleh di control tetapi kita terlepas peluang. Jadi ini yang maksud saya sebab mereka ini telah buatkan kajian sehinggakan Columbia University mengatakan ini the magic bullet of cardiovascular system, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Reversing cardiovascular diseases. Ini penyakit sekarang ini, non-communicable diseases. Ini kerja FRIM lah,saintis banyak dekat sana. Kajilah hutan kita ini ada banyak,berapa ribu spesies. Cuba kita fikirkan macam mana kita hendak buat,supaya kita dapat kebaikan dia. Tuan Yang di-Pertua,satu lagi ialah keluaran hutan. Orang hutan tengok industri kayu getah umpamanya telah menjana income export. Pada tahun1998 sebanyak 58 juta dan pada tahun 2014 sebanyak 64 bilion. Itu dia. Big money.Ia satu menjanakan ekonomi negara. Jadi sebab itu, rang undang-undang ini jadi penting dan hasil menghasilkan teknologi baru, high-temperature drying (HTD), daripada dua minggu kepada dua tiga hari sahaja. Tuan Yang di-Pertua,saya hendak sentuh bab industri kayu negara ini. Kajian atas getah ini. Pengawetan getah yang berjaya telah menyebabkan getah di terima sebagai bahan mentah untuk industri perabot yang telah memenangi Anugerah Sains Mahathir Antarabangsa 2009. FRIM ini banyak anugerah. Kalau pergi tengok medal dia punya banyak. Cuma dia tidak kaya sangat. Kalau dia kaya sangat,dia tidak jadi macam ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cerita kesatuan Eropah telah mengangkat indeks boric acid, pengawetan boric acid yang menyebabkan masalah. Sebab apa? Pengawetan kayu getah ini menggunakan boric acid. Jadi siapa hero ini, siapa hero? Who’s the hero? Hero dia FRIM, FRIM hero. Dia buat kajian, dia jumpa apa,apa dia jumpa. FRIM buat kajian R&D dia jumpa high-temperature drying lumber treatment system. Maknanya kayu getah di awet tanpa bahan kimia, tengok apa jadi. Jadi tiada masalah dengan eksport kita. Maknanya dijangka eksport kayu getah akan datang banyak lagi keuntungan. Tuan Yang di-Pertua, sudah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ada sedikit lagi, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat tidak penat?

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidak, tidak... [Disampuk] Saya tidak hyper.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat seorang doktor ya.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia minum ketum tu. Walaupun doktor...

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bila saya cakap macam ni,banyak persepsi dari belakang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat,macam mana pesakit boleh jumpa Yang Berhormat?

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Suara keras, tegas.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Selepas ini bolehlah jumpa siapa- siapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terutama Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Kedah ada...

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kita makan benda yang sama sahaja.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Speaker, dia ada persamaan. Ketinggian dia sama.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya yang bagi poin Tuan Yang di-Pertua. Komen, komen. Kuala Kedah komen. Sebenarnya dia berjanji suruh saya komen. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri peluang. Saya hendak cuba hendak menegaskan bahawa itu memang sangat wajar kerana kebanyakan daripada breakthrough ataupun cubaan-cubaan terbaru, macam nitric oxide tadi semua,semua berasal dari tumbuhan. Sebahagian besar memang dari hutan tetapi malangnya apabila kita pisahkan penyelidikan hutan pada ahli akademik, dia tidak memberikan impak yang sesuai. Itulah jadi saya setuju sangat supaya diperkasakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tidak risau pasal Menteri kita ini daripada Pegawai Polis pangkat tinggi, selepas itu menjadi Timbalan Speaker. Sebelum menjadi peguam. Sekarang ini jadi pakar alam sekitar. Baru ini boleh menjadi saintis pula. Saya tidak hairan Yang Berhormat Menteri akan boleh jawab semua persoalan saintis ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit lagi dalam lima minit.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Bagan Serai sedikit sahaja. Sedikit, sedikit.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Orang bandar nak bercerita fasal hutan juga. Silakan.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Bukan, bukan. Apa yang saya hendak cakap saya adalah Pengerusi Technology Park Malaysia. Bukan saya pasal itu tetapi apa yang saya hendak cakap ialah kita juga mempunyai tempat-tempat untuk membuat kajian ini.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Akan tetapi masalah dia ialah after penyelidikan, after a while dia stop. Dia stunted for whatever reason. Maknanya that commercialization part of it kita mempunyai semuanya. Dekat Raub kita mempunyai 500 ekar, dekat sini dan sebagainya. Akan tetapi permasalahan ini ialah dia for whatever reason, commercialization dia tidak jangka panjang. So kalau hendak buat sekali lagi untuk FRIM ini kita belanja, kita boleh ada infrastruktur itu tetapi dia punya progress itu, macam mana kita hendak elakkan benda ini sekali.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Selepas ini JV dengan FRIM. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cerita sedikit masa tsunami ini. Masa tsunami dahulu, apa jadi selepas itu. Siapa jadi hero? FRIM jadi hero. FRIM yang buat leading research bagaimana kita hendak tanam semula bakau, species yang boleh hidup di pantai, yang boleh control pantai, hendak pulihkan balik mudflats dan buat kajian hidrologi berkenaan dengan kuantiti dan kualiti air dengan berkaitan dengan liputan hutan. Saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, banyak kementerian yang berurus niaga, kata orang meminta nasihat kepakaran dan teknikal. Saya sebut kalau yang saya ingat MOH, kesihatan sudah pasti sudah, pendidikan, pengajian tinggi, kementerian teknologi hijau, kementerian KKLW, MITI dan banyak lagi. Saya tidak tahu mungkin tidak ada kementerian. Semua kementerian ada link. Jadi ini satu perkara kebaikan lagi sebab apa betapa pentingnya, betapa crucial effort daripada FRIM ini. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Boleh tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Allah Yang Berhormat Parit Sulong.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya sudah hendak landing ini Tuan Yang di-Pertua. Sudah hendak landing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau tidak bagi Yang Berhormat Parit sulung, nanti ubat yang di sapu berbulu.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bukan, saya tertarik dengan apa tadi mula-mula Yang Berhormat Setiawangsa dan juga apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Sebab itu bila FRIM ini pada saya, bila dia hendak masuk into commercialization atas dapatan penyelidikan dia, dia kena buat satu analisis dan juga perlu tahu the market ataupun the industry. Analisis itu dia kena buat. Sebabnya kalau mereka buat berdasarkan kepada apa yang mereka hendak tetapi tidak berdasarkan apa permintaan ataupun apa yang market itu hendak, takut kita khuatir mereka akan gagal bila mereka masuk dalam commercialization. Jadi apa pendapat Yang Berhormat sebab MATRADE, kita boleh membantu mereka sampai ke peringkat antarabangsa tetapi adakah mereka bersedia untuk menghasilkan produk dan boleh dipasarkan ke peringkat luar negara terutamanya dari segi volume. Terima kasih.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Parit sulung. Itu MATRADE cakap itu. MATRADE cakap pasal marketing. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundurkan diri, saya hendak sebut sedikit tentang ahli lembaga ini iaitu anggota-anggota Institut FRIM ini yang disebut oleh Menteri tadi seramai 16 orang dan pada peri pentingnya tidak lebih daripada empat orang mempunyai kepakaran pengalaman dalam hal ehwal kewangan, perniagaan dan pelaburan. Ini sudah tentu sudah sebab kita buat R&D, yang buat saya excited ini pasal R&D itu. Saya sudah melihat dari aspek kesihatan sebab kalau kita tidak sihat, negara maju ini tidak guna sudah kita.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kalau kita boleh jana sesuatu daripada biodiversiti kita yang hebat dan mewah ini supaya kita dapat cari benda-benda macam ini. Ada orang-orang yang pakar dalam business hendak buat business ini kena ada orang pakar dalam business. Doktor tak reti lah. Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa persoalan yang datang dalam fikiran saya. Sekarang ini berapakah penjanaan income pendapatan FRIM ini sebenarnya? Apabila kita lakukan rang undang-undang ini diluluskan nanti dan bila commercialization R&D, semua stabil nanti berapa agak-agak kita boleh dapat lagi? Ini penting juga kita hendak tahu.

Dr. Haji NoorAzmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya dapati FRIM ini banyak pengunjung-pengunjung, berapa pendapatan kita daripada orang-orang yang berkunjung ke FRIM itu? Kita ada banyak tempat-tempat yang baik di situ. Apakah bentuk kerjasama FRIM dengan universiti awam sekarang ini atau IPT, saya hendak tahu. Adakah kita gunakan sepenuhnya pakar-pakar dan saintis daripada UA, daripada universiti awam, research university untuk bergabung dan sebagainya pada ketika ini? Tuan, Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana beri saya peluang untuk berbahas hari ini satu hari berbahas sahaja. Saya sekali lagi hendak ucap tahniah dan cukup bangga dengan NRE, warga NRE, FRIM, warga FRIM dengan kata-kata FRIM memang boleh Yang Berhormat Bagan Serai menyokong rang undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani. Berapa orang lagi ya? Ya, ramai lagi. Okey. Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sudah dekat pukul 11 Tuan Yang di-Pertua. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, kita sedar walaupun Yang Berhormat Bagan Serai tadi cerita banyaklah tetapi isunya sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah walaupun ada kawalan terhadap penebangan hutan tetapi sekali lagi land is state matter. Hutan-hutan yang ditebang walaupun ada pengawalan daripada Jabatan Hutan tetapi lazimnya negeri-negeri mempunyai way bagaimana untuk menebang hutan- hutan. Akibat daripada penebangan hutan-hutan ini kita lihatlah apa yang sedang jadi bukan sahaja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia. Jadi, apa yang saya hendak tanya di sini ialah ada syarat-syarat yang diletakkan, saya tahu ada syarat-syarat diletakkan, ada negeri-negeri meletakkan syarat selepas hutan di tebang maka harus ada tanam semula. Isunya sekarang ini ialah banyak kawasan yang tidak ditanam semula. Jadi bagaimanakah peranan ataupun peranan yang boleh dimainkan oleh FRIM supaya memastikan hutan-hutan yang ditebang ini ditanam semula dan ditanam semula dengan spesies yang baik. Mungkin hutan yang di clear itu daripada spesies yang kurang baik tetapi dengan nasihat FRIM mungkin jenis-jenis kawasan itu mungkin boleh tanam dengan pokok-pokok yang lain. Pokok-pokok yang macam kalau kita tengok macam tafsiran hasil hutan di sini mungkin boleh tanam dengan pokok gaharu ataupun tumbuhan yang beraroma ataupun dengan rotan atau bamboo yang lebih nilainya baik daripada hutan yang telah ditebang. Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua. Kedua tentang bakau, Malaysia adalah negeri yang mempunyai hutan bakau yang tertua di dunia. Jadi saya melihat bahawa ini adalah aset kita tetapi akhir-akhir ini kita lihat bakau semakin terhakis, bukan sahaja dihakis oleh erosion tetapi juga pencurian bakau juga menjadi-jadi. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat walaupun di Sabah ada 57 peratus bakau yang ada di Sabah tetapi betulkan 57 peratus daripada hasil total bakau itu masih ada di Sabah? Oleh kerana penebangan bakau yang berlaku bukan di Sabah dan di Sarawak tetapi di Semenanjung juga semakin terjadi. Saya bimbang kalau ini tidak dikawal dan kalau tsunami contohnya terjadi, walaupun percubaan ada untuk tanam bakau balik tetapi untuk dapat bakau yang baik ia mengambil masa yang cukup lama. Jadi, saya hendak tanya kementerian apakah usaha-usaha untuk memastikan bahawa bakau tidak ditebang sewenang- wenangnya, dicuri dan akhirnya akan meninggalkan masalah kepada kita. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua saya melihat rang undang-undang ini, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada FRIM, yang itu saya rasa seperti Yang Berhormat Bagan Serai kata saya juga amat teruja dengan tindakan-tindakan yang telah dimainkan oleh FRIM selama ini malah sebelum Akta Lembaga diwujudkan pada tahun 1985 malah FRIM pun telah wujud seawal tahun 1976 dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh pimpinan- pimpinan FRIM dahulu. Ini maknanya hasil yang telah ditunjukkan oleh FRIM itu suatu yang magnificent, itu saya rasa tidak ada perbezaan pendapat kita dalam hal itu. Saya menyokong sangat apa tindakan yang sedang dibuat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Cuma sekarang ini dengan pengenalan rang undang-undang ini seolah-olah ada satu paradigm shift. FRIM atau institut ini apabila rang undang-undang diluluskan, bukan sahaja fokus kepada penyelidikan tetapi ada elemen commercialization. Saya tahu Yang Berhormat Menteri, seperti Tuan Yang di-Pertua tahu, alhamdulillah kita mempunyai seorang Menteri yang hebat, yang ada tanjak. Orang Kedah kata ada tanjak, yang ada kehebatan dia. Akan tetapi saya bimbang kerana dalam akta ini juga apabila kita tengok khususnya klausa 5(1)(c) khususnya peranan yang akan dimainkan selepas ini, institut ini nampak begitu commercialize. Bukan sahaja ia terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan research. Akan tetapi juga boleh turut menjual, menyerahkan semua perkara-perkara yang terlibat di dalam perniagaan dan harta-harta FRIM. Khususnya yang saya bimbang apakah satu jumlah tanah yang kita ada sekarang ini yang menjadi tumpuan masyarakat yang datang daripada berpusu-pusu ke kawasan kita, kawasan FRIM yang ada 1,500 ekar yang ini ialah prime land yang cantik, yang menjadi darling of KL lah. Kalau orang datang KL tentu orang datang FRIM. Ini memang, keluarga saya kalau ditanya “Datang KL hendak pergi mana?” Saya kata “You must go to FRIM this is a beautiful place”. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apakah jaminan bahawa selepas rang undang- undang ini diluluskan aset ini tidak akan terlepas? Apakah jaminan bahawa dengan niat untuk commercialize kan FRIM ini, kita betul-betul pastikan apa yang kita ada itu tidak akan terlepas. Jadi saya minta supaya jaminan ini diberikan kerana inilah warisan untuk anak cucu kita. Kalau kita terlepas ini kita hendak bangunkan satu FRIM lagi, it is not going to be easy. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya berjanji untuk berhenti dalam masa 10 minit. Insya- Allah kalau selepas diluluskan, apakah institut akan bekerjasama dengan pihak-pihak PBT dalam negeri? Saya lihat Tuan Yang di-Pertua, ada PBT-PBT yang kreatif contohnya Sungai Petani. YDP Mukim dia sudah pergi ke Korea ataupun Jepun, dia balik dia boleh cari benih pokok musim panas, pokok ini menghasilkan bunga yang cukup cantik. Di satu jalan itu dia tanam pokok dan pokok ini mengeluarkan bunga dan bunga itu duduk di pokok itu agak lama, dua hingga tiga bulan. Jadi bila kita memandu jalan ini kita lihat seperti seolah-olah kita berjalan di kawasan Korea. Jadi kalaulah FRIM boleh advise atau institut selepas ini boleh advise PBT jadi Malaysia ini akan mempunyai warna-warni Malaysia. Contohnya beliau pergi ke Kuala Krau, Pahang, kita mungkin ada lihat pokok-pokok yang daunnya kuning bercampur dengan ungu contohnya. Kalau kita pergi ke Kuala Selangor contohnya, ada kelip-kelip dan juga pokok-pokok, jadi ini memberikan variety dalam kehidupan kita. Tidak seperti sekarang ini kalau kita pergi joging dekat kawasan Lake Garden Yang Berhormat Menteri, kita nampak hijau sahaja. Apa salahnya kalau kita hasilkan pokok-pokok yang memberikan bunga-bungaan yang daunnya bukan sahaja hijau tetapi juga mungkin daunnya berbeza-beza. Ini semua akan memberikan daya tarikan kepada pelancong- pelancong untuk datang kerana pelancong datang bukan untuk tengok bangunan, Tuan Yang di-Pertua, pelancong datang untuk tengok nature dan saya rasa inilah yang ada di Malaysia.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan insya- Allah, kita boleh berhenti awal kot hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bila kita merujuk tentang hutan, saya melihat hutan di Malaysia telah diiktiraf antara hutan hujan tertua di dunia yang berusia 130 juta tahun. Untuk membayar harga sebuah pembangunan, hutan-hutan yang membekal oksigen di samping juga mengekalkan suhu, berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan sumber kepelbagaian biologi telah dirobek oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Apabila kita melihat kepada statistik dari tahun 2014 oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia adalah seluas 5.80 juta hektar iaitu 44 peratus daripada jumlah keluasan tanah Semenanjung Malaysia yang mana seluas 4.93 juta hektar atau 85 peratus daripada hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal (HSK) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan diuruskan dengan konsep pengurusan hutan secara berkala untuk kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Hutan simpan kekal ini telah dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu hutan pengeluaran seluas 3.01 juta hektar dan hutan perlindungan seluas 1.92 juta hektar. Adalah menjadi harapan saya agar hutan-hutan ini akan terus dikekalkan terutamanya bagi memastikan tatapan generasi yang akan datang. Ini kerana, pada hemat saya, hutan-hutan ini juga akan melestarikan habitat haiwan liar yang semakin terancam. Keindahan flora dan fauna di hutan simpan di Malaysia mampu menjadi satu pusat rekreasi dan riadah terutamanya bagi keluarga. Tuan Yang di-Pertua, bila melihat kepada rang undang-undang ini, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada inisiatif Yang Berhormat Menteri dan juga pihak kementerian dan juga FRIM untuk mengangkat institut FRIM ini sebagai sebuah badan korporat, setidaknya mempunyai entiti perundangan yang akan memberikan satu peralihan kuasa kepada FRIM daripada segi pentadbiran, fungsi dan juga kuasa di dalam semua lagi yang mana ianya tidak lagi tertakluk di dalam sebuah lembaga. Penubuhan Akta FRIM ini saya lihat seiring dengan dasar-dasar kerajaan di bawah National Key Economic Areas (NKEA), TPPA dan juga Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. Selain daripada itu juga, saya lihat daripada segi rang undang-undang ini juga adalah selari dengan perjanjian alam sekitar pelbagai hala yang ditandatangani seperti Convention on Biological Diversity dan United Nations Framework Convention on Climate Change. Bila kita merujuk kepada rang undang-undang ini, saya lihat fasal 2 dalam rang undang-undang ini adalah wajar kerana peruntukan ini adalah untuk mengembangkan fungsi FRIM sebagai sebuah institut penyelidikan hutan tropika di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Ini adalah satu usaha yang sangat baik sebagai satu kaedah dan cara untuk menaik taraf FRIM bukan hanya sebagai institut penyelidikan tetapi sebuah institut penyelidikan hutan yang terulung bukan hanya di Malaysia bahkan di dunia. Fasal 5 juga saya melihat penambahbaikan kuasa FRIM yang mana ia juga melibatkan penganugerahan biasiswa dan kerjasama dengan mana-mana institut pendidikan tinggi dalam dan luar negara dan ini merupakan satu inisiatif yang sangat relevan dalam keadaan hari ini. Di samping itu juga, ia boleh melahirkan lebih ramai golongan pelapis yang berpengetahuan dalam bidang pendidikan perhutanan agar kelestarian hutan di negara kita dapat diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, bila merujuk kepada fasal 31 dalam rang undang-undang ini juga, saya melihat rang undang-undang ini juga memberikan kuasa kepada FRIM untuk mengkomersialkan dapatan penyelidikan yang akan memberikan manfaat kepada FRIM sebagai satu badan yang sentiasa komited bukan hanya dalam memelihara dan memulihara ekosistem hutan di Malaysia tetapi juga satu kaedah untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pengkomersialan hasil penyelidikan serta perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal. Ini secara tidak langsung untuk memastikan bahawa segala bentuk produk-produk yang ada khususnya di hutan kita akan kita lindungi dan kita boleh angkat dalam konteks pengkomersialan kita. Terakhir, saya melihat dalam fasal 36 yang mana memperuntukkan FRIM satu kuasa untuk membuat peraturan bagi menjalankan fungsinya terutamanya kuasa kepada FRIM sebagai badan pengujian dan badan persijilan hasil hutan. Di sini saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, daripada segi badan yang akan mengeluarkan sijil itu, adakah ianya hanya terletak kepada penyelidik dalam negara kita ataupun dikembangkan kepada penyelidik-penyelidik di peringkat antarabangsa? Sebagai contoh, sekiranya ada penyelidik dari luar negara ingin melakukan penyelidikan di hutan- hutan Malaysia, bagaimanakah kaedah pengawalan agar penyelidik antarabangsa tersebut tidak mengambil keluar hasil hutan tersebut dan dikomersialkan atas negara tersebut? Jadi, ini satu perkara yang sangat penting supaya nilai-nilai yang ada di negara kita dapat kita pertahan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian kerana mengambil langkah yang sangat proaktif dan mencari langkah-langkah penambahbaikan terutamanya menjaga khazanah alam di negara kita. Akhir kata, saya menyokong Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah. Ada tiga lagi ya. Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya harap pukul 11.30 malam Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mengambil peluang untuk menyokong rang undang-undang ini kerana saya merasakan bahawa ini adalah satu langkah yang sangat baik untuk memperkasakan FRIM yang kita sebut tadi dan saya menunggu supaya sampai saat di mana kita punya satu badan penyelidikan hutan, pengurusan hutan yang boleh kita banggakan yang sampai standard dan taraf global, taraf dunia yang boleh dijadikan rujukan. Ada beberapa sebab, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, kita selalu terpaksa menjawab isu hutan ini bila kita keluar negara kalau kita bercakap dan menyentuh tentang kelapa sawit. Misalannya, saya hadir satu persidangan perubatan dan terpaksa bercakap from the floor tentang kelapa sawit yang disalahertikan sebagai tidak sihat. Apabila poin kesihatannya saya selesaikan, terus timbul pengurusan hutan bahawa kelapa sawit merosakkan hutan misalannya. Itu hanya kita boleh jawab sekiranya kita ada satu institut penyelidikan yang diiktiraf dunia sebagai sungguh berkualiti, sungguh baik kredibilitinya. Maka, itu akan merupakan satu jawapan yang akan menyebabkan para pengkritik kita tidak dapat mempertikaikan kita lagi. Jadi, saya menunggu saat itu berlaku Tuan Yang di-Pertua, dan saya berharap sangat supaya kita dapat akhirnya mewujudkan institusi yang akan membuat kajian yang baik dan dapat mengeluarkan segala SOP, prosedur dan juga mengeluarkan garis panduan dan melaksanakannya dan akhirnya juga membuat piawaian dan juga melaksanakan cara hutan kita ditadbir dengan cara yang paling baik. Seterusnya, saya hendak menyebut juga tentang kepentingan kita melindungi harta intelek di hutan kita kerana hutan tropika adalah salah satu hutan yang telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada tinggalan untuk kemanusiaan yang sangat-sangat berharga. Banyak ubat yang ada sekarang berasal daripada hutan tropika dan dipercayai lebih banyak ubat dan lain-lain lagi masih ada di sana. Banyak kita tak tahu, ada ubat darah tinggi yang kita gunakan misalnya, ia berasal daripada hutan, produk hutan. Tak mungkin kita dapat menggunakan semua tadi, eksploitasi, sekiranya kita tak menjaga hutan kita dengan baik.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Untuk itu sangat penting kerana kita juga berkemungkinan besar akan akhirnya berada dalam perjanjian dengan Amerika Syarikat apa yang disebut TPPA tadi. Kalau dengan TPPA tadi kita tidak betul-betul bersedia dengan segala undang-undang dan juga pengetahuan tentang biodiversiti kita sendiri maka akhirnya hasil hutan kita akan diambil oleh pihak asing. Macam saya sebut tadi kunyit. Sekarang tidak ada sebarang negara Asia di mana tempat asal kunyit yang dapat menghasilkan apa-apa produk yang berkualiti curcumin Kesemua patency ataupun hak ciptanya dipegang oleh syarikat-syarikat German sedangkan ia semakin menjadi ubat yang penting. Seterusnya yang ketiga ialah tentang balak. Walaupun pembalakan itu tanahnya dan juga hak mengambil balak itu ditentukan oleh kerajaan negeri tetapi tanpa satu penyelidikan yang cukup kukuh yang dijadikan rujukan maka akan sentiasa ada berbagai- bagai kontroversi. Di Kedah dahulu kontroversi sampai pergi beratur buat rombongan ke Pedu misalnya sekarang tidak ada pula, di Kelantan kontroversi juga dan itu akan terus berlaku. Akan tetapi kalau kita boleh perkasakan FRIM sampai satu peringkat di mana orang tidak mempertikaikan lagi apa dikatakan oleh FRIM dan FRIM dapat bertindak secara profesional, sebahagian besar masalah ini akan selesai. Walaupun kerajaan negeri boleh mengambil balak tadi tetapi guideline garis panduannya kita keluarkan oleh FRIM yang telah sampai satu peringkat tadi yang tidak dipertikaikan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Maka itu akan sangat membantu pembalakan tadi. Misalnya kerajaan negeri ada yang membuat ladang rakyat. Itu juga dipertikaikan. Akan tetapi Institut Penyelidikan Hutan yang kredibilitinya sangat tinggi dia akan dapat menjawab dan menyelesaikan segala persoalan tadi. Terakhir Tuan Yang di-Pertua banyak daripada point yang saya hendak sebutkan yang telah disentuh oleh rakan-rakan saya tadi. Saya hendak menyebut di sini tentang hutan di Kedah. Ada satu produk hutan Kedah Tuan Yang di-Pertua yang sangat tinggi nilainya yang sampai peringkat global, madu tualang dari Pedu. Saya kebetulan ke luar negeri dan melihat buku The Honey Tree rupanya tentang madu tualang Kedah. Ikut beberapa orang penyelidik madu yang berasal dari Amerika, profesor dan lain-lain lagi, ikut kajian mereka madu tualang Kedah itu ialah madu yang paling tinggi nilainya di dunia. Ini kerana ia didapati daripada spesies bunga yang sangat banyak. Saya sudah lupa yang tepatnya lebih kurang 30,000 begitu. Ini kerana untuk madu dia akan cari 30,000 jenis spesies bunga. Madu, nilainya itu bergantung kepada banyak mana bunganya. Kalau ada beberapa spesies bunga sahaja nilainya tidak begitu tinggi. Sangat tinggi dan mereka datang membuat penyelidikan. Diiktiraf di luar negara dibuat buku, bukunya dikeluarkan di Texas di Amerika tetapi kita tidak pun mengetahui. Sedangkan pengurusan madu kita juga dianggap, pengurusan pengambilan madu di Tualang, Kedah itu oleh orang kampung di Kedah dianggap yang terbaik dari segi sustainability mampannya. Tidak merosakkan pokok, tidak menyebabkan serangga lebah madu tadi berpindah atau rosak dan tidak rosakkan alam, sangat baik. Jadi kalau ada institut ini sampai satu peringkat di mana dia dapat membuat penyelidikan pengurusan hutan yang baik. Maka produk hutan seperti madu tadi kita dapat ketengahkan menjadi terbaik di dunia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan semoga kita sama-sama dapat selepas ini manfaat daripada apa yang kita lakukan pada hari ini. Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada yang berkenaan yang cuba memperkasakan FRIM ini. Saya berharap supaya ini akan berjaya demi masa depan anak cucu kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya juga membahas soal Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Hutan Malaysia 2016. Terima kasih kepada Kementerian Sumber yang di bawah teraju Yang Berhormat Menteri di mana selama ini kita dok ingat dahulu Kementerian Sumber Asli ini nampak tidak berapa penting. Akan tetapi selepas Yang Berhormat Menteri menerajui kementerian ini nampak beberapa perkara yang diberi perhatian dan menyebabkan nampak perkara yang baik. Pertama, FRIM. Selama ini kita pun tidak pernah dengar tentang FRIM, yang kita tahu Jabatan Hutan. Maka kita berharap supaya bila dengan terwujudnya institut ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat lebih dieratkan lagi. Di mana yang pertama yang kita lihat ialah peranan institut untuk menasihati bagaimana hutan diurus dengan baik. Ini yang mana saya tahu dalam negara kita ini ada dua pembalakan yang dibuat iaitu Lembah Danum dan dahulu satu di negeri Perak di mana diberi pensijilan balak. Hasil kayu tadi diterima di peringkat antarabangsa. Apa salah selepas ini supaya institut ini duduk bersama kerajaan negeri di mana pembalakan yang dikeluarkan di seluruh negara kita ini diberi pensijilan yang sebenarnya FRIM yang memberi nasihat bagaimana supaya hasil kayu tadi tidak disabotaj di peringkat antarabangsa dan ini boleh memberi pulangan yang lebih lumayan, pokok tidak ada ditebang banyak. Walau bagaimanapun, kita kena faham pokok sampai satu ketika akan mati, tetap dia akan mati. Maka kita uruskan dengan baik tengok umur yang tertentu itu yang dibenarkan ditebang dan diberi satu pensijilan. Maka setakat ini saya rasa tidak banyak negeri yang ada mengeluarkan balak mengeluarkan pensijilan seperti yang telah ada di Lembah Danum dan dahulu satu kawasan PITC di tempat saya di Gerik. Akan tetapi hari ini pun kerana cumanya FRIM bagilah nasihat yang lebih baik supaya bila buat pensijilan jangan kos terlampau tinggi.

Hendak buat jalan terlampau elok, tebang dan macam-macam lagilah. Akan tetapi saya percaya ada kaedah-kaedah yang membolehkan hasil kayu balak tadi lebih baik. Perkara yang kedua, saya melihat FRIM membuat kajian yang terbaik tentang buluh tetapi sebenarnya apa usaha? Antara Kerajaan Persekutuan dengan state untuk memastikan buluh yang baik boleh digunakan dalam pasaran. Buat chopstick, buat rumah buluh. Ini sebab kalau kita tengok kawasan buluh ini bertompok-tompok. Akan tetapi kalau kita rasa FRIM boleh bagi nasihat untuk menanam semula buluh dengan baik. Akan tetapi yang ada hari ini ada buluh lembut ada buluh keras. Jadi akhirnya tidak boleh menjadikan produk buluh ini satu hasil yang lumayan untuk negara kita. Begitu juga dengan rotan. Saya tahu Orang Asli bergantung besar kepada buluh dan rotan di dalam hutan. Soal ada yang mengatakan kayu gaharu. Sebenarnya penanaman kayu gaharu setakat ini tidak terbukti yang kita tanam setakat tujuh tahun, lapan tahun menghasilkan dia punya getah yang baik, tidak ada. Cuma ini kelentong daripada penjual-penjual pokok gaharu. Gaharu yang baik ialah tumbuh semula jadi dalam hutan yang kita tebang. Kalau kulitnya pun kebanyakan Orang Asli dapat itu semua kulit, yang hak pokok besar-besar ini dicuri oleh pencuri-pencuri yang tahu tentang kayu gaharu. Oleh sebab itu saya percaya institut ini boleh melakukan penyelidikan yang terbaik di mana hasil dalam hutan tadi dapat diuruskan dengan baik boleh memberikan pendapatan kepada negara. Begitu juga...

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Gerik Yang Berhormat Parit Sulong pun hendak tanya.

Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Patut Yang Berhormat Parut Sulong berlari-lari.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bukan saya seronok tadi Yang Berhormat Gerik ada bercerita mengenai kayu gaharu itu semua. Ini sebab gaharu dekat Malaysia ini antara yang terbaik sekali dekat dunia. Kalau perfume itu daripada gaharu itu memang harga dia mahal. Akan tetapi saya hendak bertanya hendak mencelah sedikit kepada Yang Berhormat Gerik yang mungkin Yang Berhormat Gerik boleh bertanyakan juga kepada Yang Berhormat Menteri. Ini sebab daripada apa yang tadi kita berbincang ini adalah mengenai hendak mewujudkan satu anak syarikat komersial di bawah FRIM ini. Saya kira mungkin persepsi awam nanti akan mengatakan bahawa apabila FRIM satu agensi di bawah kerajaan membuka satu anak syarikat dia akan bersaing dengan industri player, dengan izin, yang sedia ada. Mungkin secara tidak langsungnya dia akan menurunkan profit ataupun keuntungan syarikat-syarikat industri player yang sedia ada. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Gerik untuk mungkin memberikan komen dan juga mungkin bertanya juga dengan Minister yang bolehkah kementerian memberikan satu jaminan yang pewujudan anak syarikat FRIM yang mengkomersialkan barangan FRIM ini tidak akan bersaing secara drag dengan industri player yang hampir sama dengan apa yang FRIM itu buat? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Masukkan dalam ucapan saya. Minta Yang Berhormat Menteri tolong jawab. Kalau saya jawab nanti tidak kena pula. Seterusnya saya menyambung. Itu dari segi kita mengurus hutan. Kemudian apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan supaya produk hasil dalam hutan seperti mana kata Yang Berhormat Kuala Kedah, saya sebenarnya tidak berapa setuju kaedah tebang habis iaitu dengan alasan buat ladang rakyat di mana kita melihat habis semua pokok ditebang. Dari segi harga kayu memanglah tinggi tetapi hasil hutan bagaimana? Ini juga perlu antara kementerian duduk dengan kerajaan negeri, kita berbincang. Sekurang-kurangnya kita tengok apa fauna yang ada di kawasan tebang habis tadi yang menjadi ubatan dan juga bahan-bahan kepada kita. Satu contohlah saya tengok. Di kampung saya, ada seorang dia tanam pokok ubat karang, di mana ada seorang pesakit masuk hospital besar. Tiga hari mengerang. Kawan saya ambil daun pokok karang tadi, rebus. Kawan itu minum pagi esok dia sudah tidak berapa sakit kerana mungkin...

Dia jampi itu.

Dia tidak jampi. Tidak ada cerita jampi pun. Rebus sahaja air daun karang tadi. Jadi ini antara yang kita tengok yang rasanya institut ini boleh tanya orang tua-tua. Kalau kawasan Orang Asli tempat saya, ubi jaga hendak bagi kuat orang lelaki. Tongkat ali, bagi kuat. Ubi spring, kacip fatimah dan macam-macam jenis lagi. Begitulah kita tengok kalau- tapi kita kena mendekati orang tua-tua, sampingan institut ini buat kajian secara tukar daripada ubat yang mungkin boleh memberi pendapatan yang lumayan kepada negara kita. Seterusnya saya bersetuju supaya FRIM teruskan seperti mana yang kita hendak luluskan pada malam ini. Saya doakan, saya yakin insya-Allah dengan tertubuhnya FRIM daripada lembaga kepada institut, satu harapan baru kepada negara di mana sumber hasil hutan ini boleh memberi pendapatan lumayan kepada negara kita dengan satu syarat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan tanpa mengira fahaman parti, duduk bekerjasama. Akhirnya kita akan mendapat nikmat untuk sama-sama dirasai oleh seluruh rakyat dalam negara. Dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.Ringkas sahaja kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas sedikit tentang Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ini. Saya menyambut baik tentang niat dan hasrat serta polisi dan dasar yang begitu baik yang telah dirangka untuk pelaksanaan supaya kita dapat manfaatkan hasil biodiversiti yang ada di negara kita. Akan tetapi saya agak ragu tentang pelaksanaannya kerana dunia penyelidikan dan dunia perniagaan adalah dua dunia yang begitu berbeza. Jadi dalam pada masa yang sama dalam hasrat kita untuk menjadikan FRIM sebagai sebuah badan yang self-sufficient, yang financially independent, perlu kita lihat secara detail dan kita perlu lihat business plan. Adakah benar-benar mereka boleh menjadi independent. Jadi tidak seperti mana macam MPOB. Contohnya kita ada ses yang mana kita dapat menjana ratusan juta setahun dan kita menggunakan untuk penyelidikan dan kita pulangkan kembali kepada industri dan kita gunakan untuk promosi. Jadi dalam peringkat dunia penyelidikan dan perniagaan, peringkat pertama. Di peringkat board itu sendiri, ahli-ahli Lembaga Pengarah, sudah tentunya hendak dikatakan daripada latar belakang perniagaan. Jadi adakah mereka ini yang terhebat ataupun adakah mereka yang boleh sendiri menjalankan perniagaan. Sudah tentunya ada conflict of interest. Adakah pihak-pihak rakan-rakan kongsi yang bakal menjadi rakan kongsi kepada usaha sama ini akan memberi keuntungan yang sebenar dan sewajarnya kepada pihak yang membuat research. Kalau kita lihat di universiti-universiti, ratusan IP-IP yang telah dihasilkan tetapi masih belum dapat melihat universiti itu menjadi totally independent ataupun financially independent, dengan izin. Malahan kalau kita lihat business school, sekolah yang mengajar perniagaan pun mereka tidak membuat perniagaan. Tidak semestinya mereka berjaya dalam perniagaan. Jadi perkara-perkara ini saya harap mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak FRIM yang mana kebanyakan terdiri daripada penyelidik-penyelidik yang terhebat tetapi apabila ada elemen-elemen perniagaan, elemen-elemen korporat, elemen- elemen orang korporat, elemen-elemen rakan kongsi perniagaan, perkara-perkara ini adalah satu dunia baru kepada FRIM yang bakal FRIM hadapi. Kedua, tentang FRIM. Adakah FRIM hanya mungkin selepas ini dengan satu sentimen atau semangat baru tertumpu kepada FRIM sahaja. Di lingkungan FRIM sahaja. Apakah jadinya kepada hutan-hutan lain. Sepatutnya FRIM akan jadi pemain utama menjaga biodiversiti hutan-hutan lain di Belum contohnya dan hutan-hutan dan juga hasil-hasil biodiversiti yang ada di negara kita. Jadi apabila FRIM terlampau tertumpu- saya harap tidaklah kepada perkara yang mereka jaga dan new baby ini, maka hutan-hutan lain yang ada di Malaysia ini takut-takut tertinggal.

Kita tidak mahu saudara Bruno Mancer datang ke Perak, Sabah atau Sarawak dan mendapat IP dan mempatenkan hasil kajian mereka daripada biodiversiti di negara kita yang telah- memang telah berlaku dan mereka patenkan di luar negara. Jadi bagaimana. Ini ada kaitan dengan undang-undang biodiversiti. Mungkin tidak secara langsung terikat dengan FRIM ini tetapi saya yakin benda ini ada kaitan. Jadi saya harap FRIM sebagai badan yang cukup ternama, cukup hebat yang menjalankan penyelidikan hutan ini mesti melihat kepada a big picture of biodiversity di negara kita ini yang bakal dicabar ataupun yang boleh mendatangkan manfaat yang sebaiknya. Jadi saya harap perkara-perkara begini terutama tadi yang boleh kita- saya rasa ada sedikit reservation, dengan izin, dengan perkara-perkara tentang penyelidikan yang tiba- tiba boleh menjadi satu usaha ataupun hasil yang begitu cepat yang boleh memberi apa yang kita hajati sebelum ini. Jadi mungkin FRIM sudah ada satu produk yang cukup hebat. Mungkin sudah ada satu usaha, kajian yang cukup hebat yang boleh mencapai hasrat sebagai satu usaha komersial yang akan berjaya. Jadi perkara-perkara ini saya harap pihak FRIM dapat meletakkan keutamaan yang wajar kerana kita lihat penyelidikan yang hebat dalam dunia ini pun tidak akan menjadi terhebat dari segi perniagaannya. Kalau kita lihat sebagai contoh, electric car. Cukup hebat dia punya research atau penyelidikannya, aplikasinya tetapi realiti dalam dunia ini dia akan diberi kekangan oleh orang yang membuat enjin yang biasa. The traditional car- internal combustion engine. Jadi sudah tentunya ada kekangan daripada rakan-rakan usaha sama ataupun daripada industri itu sendiri. Apatah lagi dengan research contoh sekarang ini minyak daripada air. Jadi satu penyelidikan yang cukup hebat tetapi adakah industri yang sedia ada akan membenarkan perkara ini berlaku? Jadi ini adalah realiti perniagaan yang bakal dihadapi oleh FRIM yang akan melonjak kepada satu era baru. Jadi saya mohon supaya FRIM dapat mengambil kira tentang apa yang saya nyatakan ini. Jadi itulah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab... [Disampuk] Yang Berhormat Kuala Selangor dia berucap panjang. Minta Yang Berhormat Menteri jawab ringkas. Mana adil itu Yang Berhormat. Ini perbahasan 12 orang, Yang Berhormat .

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sepuluh orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap dan di antara yang sepuluh orang itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Seramai 12 orang, Yang Berhormat Menteri.

...Saya dapat tidak satu orang pun ada membantah rang undang-undang ini. Hanya reservation yang dibuat oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat.

Saya memahami khususnya reservation yang telah dan baru pun kita dengar daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Oleh kerana kita melihat fungsi FRIM yang utama ialah berhubung dengan soalan penyelidikan dan di sini kita injek pula soalan komersialisasi dan di mana letaknya fokus dan beliau bimbang kita akan hilang fokus untuk penyelidikan dan bergelut dalam soalan perkara baru iaitu commercialization. Akan tetapi saya menerima reservation ini kerana 30 tahun dulu Tuan Yang di- Pertua, apabila saya dalam polis, saya dah pangkat besar pada ketika itu sebenarnya. Selepas itu bila saya beritahu yang saya hendak meletak jawatan, nak buat legal practice saya, dua tiga orang budak Melayu berkata pada saya, budak-budak Melayu, kawan-kawan saya dalam polis berkata susah ini, nanti bankrap nanti. Akan tetapi bila saya bercakap dengan kawan-kawan Cina saya, dia kata why not, you can try. Jadi we must always look at thing positively. Kalau tidak you can never achieve anything... [Tepuk]

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bersemangat sedemikianlah mengapa that’s why yesterday bila saya berucap dalam penyampaian anugerah cemerlang jabatan. Saya kata break the glass ceiling, achieve the impossible. Jadi moto saya memang macam itu. Jadi soalannya, saya akan ambil kira the reservation dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat sekalian berhubung dengan whether or not, sama ada kita boleh atau tidak melaksanakannya dengan cemerlang dalam sudut penyelidikan dan juga commercialization. Akan tetapi biarlah saya memberi sedikit penjelasan, pencerahan dalam sudut ini. Badan FRIM itu sendiri tidak akan terlibat sama sekali dengan soalan commercialization, produk penemuan mereka. Umpamanya FRIM dah keluar beberapa banyak daripada sudut ilmiahnya, umpamanya konsultasi dan sebagainya tetapi FRIM hanya mendapat pulangan hanya RM8 milion sahaja satu tahun. Jadi kalau FRIM boleh mengkomersialkan idea dan opinion mereka, pandangan FRIM boleh mendapat sekurang-kurangnya empat kali ganda daripada yang RM8 juta itu, daripada idea sahaja, konsultasi sahaja. Macam mana Harvard University menjadi universiti yang terunggul dunia sebenarnya, bahkan banyak MIT, Cornell, UCLA, Silicon Valley University semuanya handal-handal belaka, sama tahap dengan Harvard tetapi Harvard masih ke hadapan sebab dia memasarkan produk-produk ideanya dan memasarkan produk-produk penemuan mereka. Jadi melihat perkara ini, kita tidak boleh memikirkan Malaysia tidak boleh, Malaysian tidak boleh melaksanakan apa yang American boleh buat di Harvard Business School. Maka kita bermula dengan perkara-perkara yang kecil. Mungkin umpamanya kita cerita gaharu tadi, kalau gaharu ini mempunyai potential market nya untuk satu perkara sahaja, perfume based, RM2 bilion. Kita tanam gaharu, ada juga yang mengatakan gaharu ditanam getah, dia tidak begitu tetapi kita dah menunjukkan bahawa it is true boleh dibuat. Kalau ini boleh kita laksanakan melalui research yang kita buat, maknanya semua intellectual property yang kita dapati daripada situ akan menjadi kita panggil investor, kita bentukan satu syarikat, tubuhkan satu syarikat, lepas itu syarikat itu 100 peratus kepunyaan FRIM mula-mulanya. Kalau orang lain mahu teknologi, mahu invest, kita bincang dululah. Lepas dia ambil 70 peratus syer, dia bawa duit, dia bawa kepakaran, dia bawa marketing dan semua sekali dia buat. Kita hanya melihat hasil dividen daripada 30 peratus syer kita yang ada dalam syarikat itu, kita tidak terlibat pun dengan management. Tujuan pelantikan Menteri empat orang yang berlatarbelakangkan kewangan, financial dan sebagainya itu hanya menasihatkan badan institut itu sendiri, apa benda dan cara untuk mengkomersialkan tetapi tidak terlibat secara sendiri. Badan lain, orang lain akan membuatnya. Macam mana apabila Jerry Wang menciptakan amazon.com. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh buat duit until dia berjumpa dengan Steve Jobs. Steve Jobs kata jumpa orang ini, this is the manager. Manager ini yang bawa cari sit capital. Selepas sit capital dia dapat, dia dapat venture capital. Lepas itu dalam masa 48 bulan, Jerry Wang berumur 22 tahun, the person menciptakan amazon.com. menjadi jutawan bernilai RM487 juta. Jadi FRIM boleh bermimpi perkara yang sama. You discover something, serah pada orang, biar orang komersial, you tidak terlibat dengan marketing, tidak terlibat dengan investment, tidak terlibat dengan liabiliti langsung pun tetapi product is yours. Jadi di sinilah terletaknya ilham yang saya fikir boleh diguna pakai. Jadi FRIM mula-mula menggunakan latar belakang yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, daripada 10 orang pembahas, saya dapati sekurang- kurangnya 60 soalan berbangkit. Umpamanya Yang Berhormat Parit Sulong yang pertama. Nama produk-produk yang telah FRIM buat dan apa produk yang telah dikomersialkan, modal insan dalam bidang komersial. Jadi masalahnya kita dapatlah produk ini, umpamanya detergen, mana detergen itu tadi, ada orang bawa ke sini, very cantik. Tidak ada semua benda asli, organik, ya detergen itu... [Menunjukkan produk berkaitan] Cantik, kalau kita lihat di pekan, kita tidak tahu pun ini hasil daripada FRIM. Banyak lagi benda-benda macam itu, tongkat talinya, kacip siti fatimahnya, saya dah cuba semua benda itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kacip fatimah, dia tidak ada siti... [Ketawa]

Tidak tahulah apa nama benda itu. Selepas itu saya dah cuba juga dia punya body wash, banyak dah. Jadi benda-benda ini tidak boleh dikomersialkan oleh kerana kita tidak boleh mengkomersialkan di bawah undang- undang. Kita tidak boleh transact anything sebab kita only a research body, we cannot do business. Itulah kenapa undang-undang ini perlu diperkenalkan semula untuk memberi kuasa kepada FRIM macam mana kita memberi kuasa dulu kepada MARDI.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, itulah serba sedikit produk. Sebenarnya ada banyak kalau saya hendak sebut semua ada di sini, nama produk-produk yang kita telah hasilkan tetapi biarlah saya kata kita mempunyai tidak kurang daripada 50 jenis produk yang telah di peket, di brand sedemikian itu yang layak dikomersialkan. Daripada sudut modal insan, modal insan ini Yang Berhormat Parit Sulong menyebut ialah modal insan dalam bidang perniagaan.

Sebagaimana yang telah disebut tadi, dia tidak perlu sebab dia keluarkan teknologi sahaja, produk dan teknologi dia, back up dengan research dia. Jadi dia beri orang lain untuk komersial and marketing. Jadi dia tidak perlu soalan sumber kewangan, marketing skills and knowledge dan juga soalan management dalam pengkomersialan produk-produk mereka. Begitu juga soalan promosi, oleh sebab tidak boleh komersial, tidak perlulah promosi. Sekarang masih dalam keadaan yang tidak boleh mengkomersialkan perkara-perkara tersebut. Soalan kerjasama, Yang Berhormat memang kita mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan dan juga luar negara. Selepas itu Yang Berhormat Hulu Langat, untuk mengekalkan hutan 50 peratus. Ini di bawah janji kita dalam perbincangan United Nations Framework for Convention on Climate Change yang mana yang famous disebut ialah Perdana Menteri membuat pengisytiharan dan perjanjian pada tahun 2014 di Copenhagen mengatakan kita akan mengekalkan forest cover kita ke 50 peratus. Pada ketika itu ia satu pengisytiharan sahaja. Apabila kita masukkan kita punya INDC ataupun Intended Nationally Determined Contributions kita punya kepada UNFCC ini, saya menegaskan dan mendapatkan bahawa pengiktirafan kita yang disebut oleh Perdana Menteri 45 peratus itu tetapi disyaratkan iaitu 35 peratus unconditional dan 10 peratus conditional. Conditional ini ialah berlandaskan supaya pihak negara yang telah bangun, developed world, advanced countries memberi kita teknologi untuk kita menggantikan apa yang kita guna sekarang yang perlu kita hapuskan. Umpamanya hydrofluorocarbon ataupun chlorofluorocarbon sebagai coolen kepada kita membina refrigerator, air conditioners dan pelbagai item yang lain. Jadi di situlah letaknya yang mana negara yang telah maju mempunyai alternatif kepada substance ini yang tidak akan mendatangkan kesan kepada global warming dan juga kepada green house gases. Apa yang malangnya ialah barang-barang substitute ini masih dipatenkan oleh pihak negara maju dan paten ini ada nilai sendiri. Jadi kalau kita beli dengan harga paten, kita akan membayar dengan harga yang tinggi. Kalau kita bayar dengan harga yang tinggi, makna kita punya air conditioners, kita punya refrigerators dan item dan goods lain yang bakal kita buat umpamanya foam, bantal, tilam dan sebagainya akan naik harga. Dia tidak akan jadi competitive di world market, kita akan kehilangan industri ini. Jadi tujuan kita Kementerian National Resources dan Environment sebagai spearheading dan leader dalam perbincangan climate change ini menekankan supaya yang 10 peratus itu ada conditionnya supaya teknologi diberi kepada kita secara simulasi kita tidak payah beli iaitu negara maju must contribute untuk membelikan paten sebelum dijual kepada kita dengan harga sama dengan hydrochlorofluorocarbon ataupun chlorofluorocarbon sebagai coolen kepada produk yang kita hendak jualkan. Jadi Yang Berhormat, di sanalah letaknya forest ini, hutan ini memberi contribution sekurang-kurangnya pada masa sekarang ialah 18 peratus daripada apa yang kita janjikan ini. Insya-Allah selepas mesyuarat baru ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Majlis Teknologi Hijau yang mana saya telah menekankan supaya semua pihak yang telah membuat semua perkara membantu kita soalan emission, dan mengurangkan emission ataupun carbon footprint membuat laporan kepada kementerian dan tidak, maka sistem sekarang makna kita mencari siapa yang memberi contribution. Akan tetapi sekarang agensi, kementerian syarikat yang membuat ini melaporkan kepada kita insya-Allah kita boleh achieve apa yang dikehendaki dalam kita punya INDC di COP 21 ini nanti. Agreement ini belum ditandatangani sehingga 22. April ini tidak lama lagi di New York. Insya-Allah kalau dibenarkan oleh pihak Kabinet, saya akan pergi ke New York untuk sign agreement 22 April bersama dengan The Earth Day, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Gerik cerita hal Akasia ditanam oleh majlis-majlis tanaman ini. Yang Berhormat Hulu Langat sudah jawab soalan ini kenapa orang tanam Akasia. Akan tetapi sebenarnya saya tidak menggalakkan. Saya cadangkan kepada Jabatan Hutan dan FRIM kerana menanam pokok-pokok yang indigenous kepada negara kita sendiri dan mengambil nama bandar-bandar dan pekan negara kita. Umpamanya di Melaka, kita tanamkan pokok-pokok Melaka supaya orang Melaka mengetahui apa makna Melaka itu dan macam mana pokok dia. Ipoh, macam mana pokok Ipoh, di mana letaknya pokok Ipoh dan banyak lagi bandar-bandar kita di seluruh Malaysia ini menggunakan nama-nama kayu, nama-nama pokok, nama-nama bunga. Kenapa tidak kita gunakan cara ini. Saya bagi tahu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila kita hendak bangunkan park yang baru yang dirancangkan oleh Yang Amat Berhormat iaitu di Tugu Negara, saya mencadangkan supaya varieties and local dan indigenous ini, nama- nama tempat-tempat ini kita tanamkan di tempat itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Central Forest Pine yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat. It’s a mechanism untuk kita menambahkan hutan rizab kita. Jadi menambahkan rizab hutan kita ini, Central Forest Pine di Semenanjung Malaysia dan The Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak yang mana kita bakal mempunyai rizab hutan yang terbesar di dunia nanti apabila berjaya. Akan tetapi memang saya menerima hakikat bahawa hutan dan tanah ini kepunyaan negeri di bawah Perlembagaan. Kita hanya mentadbir memberi nasihat teknikal dan bertanggungjawab kepada dunia luar kerana kita sebagai negara signatory kepada semua International Convention, bukan negeri. Jadi itulah kenapa saya memulakan semua revive semula satu mesyuarat iaitu dipanggil MASCOW di antara kementerian saya dengan EXCO-EXCO negeri yang bertanggungjawab dengan soalan environment dan menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak environment. Jadi satu mesyuarat di mana kita boleh menyelaraskan tugas dan tanggungjawab kita di International Convention dan protocol ini supaya kita melaksanakan tugas, tanggungjawab negara ini bersama dengan pihak negeri dan kerajaan di Federal untuk kita membangun soalan penanaman hutan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada persoalan yang dibangkitkan. Kalau tidak silap saya Yang Berhormat Sungai Petani ada membangkitkan soalan kenapa tapak-tapak yang telah terbiar, hutan yang telah binasa tidak ditanam semula. Constraint kita Yang Berhormat ialah kalau hendak naik rumah orang, kena ketuk pintu. Kalau orang kata boleh masuk, baru kita boleh buat. Tanah negeri punya, kita punya kepakaran, kita mencari hutan, kita punya klon pun ada bahkan nurseries kita ada, tetapi kita kena dapat permission daripada pihak kerajaan negeri baru kita boleh menanam. Ini berlaku di Cameron Highlands. Walaupun sudah tidak ada lagi penerokaan haram lagi yang kita ketahui mengikut laporan pada pihak penguat kuasa, tetapi kita masih belum boleh masuk ke tempat lapang yang telah dibinasakan itu untuk menanam and rehabilatating tanah itu oleh kerana kerajaan negeri belum lagi memberi green light untuk masuk.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa ada trend sekarang Yang Berhormat Menteri bahawa antara syarat-syarat yang diletakkan oleh kerajaan-kerajaan negeri- ada kerajaan-kerajaan negeri yang meletakkan syarat bahawa penanaman semula atau you fell down pokok-pokok itu, mestilah ditanam semula. Isu yang ada sekarang ini ialah pihak pembalak tidak melaksanakan tugas itu. Jadi kalau kita hendak tunggu kebenaran kerajaan negeri ini saya rasa sesuatu yang agak susah. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa dengan adanya Jabatan Hutan yang di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri, ada undang-undang yang mungkin boleh kita upgrade kan supaya bahawa syarat-syarat yang diletakkan itu mestilah diikuti. Kalau tidak mestilah harus ada penalti ataupun ada benda-benda yang kerajaan negeri kena jawab ataupun tindakan-tindakan yang harus diambil terhadap kerajaan negeri. Kalau tidak kita tidak akan selesaikan masalah ini. Ini kerana seperti kita katakanlah Federal walaupun supreme tetapi mempunyai constraint dalam kes ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang hal ini?

Saya amat bersetuju apa yang Yang Berhormat sebut. Walaupun kita mempunyai- kadang-kadang kita mempunyai kuasa ya, kita ada mempunyai state law, kita ada Federal Law dan concurrent law ini. Walaupun kita ada sama kadang-kadang dalam membuat keputusan, relationship di antara kita dengan negeri itu mesti juga perlu dijaga. Jadi dalam kita menjagakan persoalan relationship ini di antara kita dan negeri, kita dapati bahawa payah betul hendak buat sendiri kalau kerajaan negeri tidak bekerjasama dengan kita. Jadi di situlah terletaknya engagement, perbincangan berterusan perlu dibuat dahulu dalam kita melaksanakan dasar kita. Walaupun dasar ini memberi kebaikan bukan sahaja kepada kerajaan pusat tetapi juga kepada kerajaan negeri. Umpamanya soalan penanaman balik hutan ya. Ini amat penting sebab saya meminati semua soalan dalam kementerian saya ini. Soalan penanaman semula hutan ini. Dua jenis hutan yang ditanam iaitu satu iaitu kita reforest station makna istilah saya ialah supaya menanamkan pokok-pokok yang indigenous kepada locality itu sendiri. Makna dia bila hutan itu tumbuh nanti dia akan balik macam sedia kala. Jadi kalau kita hendak replanting, makna kita tanam mana-mana pokok saja, ini jenis replanting tapi assessment, penyelidikan perlu disetujui dan dibuat bersama oleh pihak Jabatan Hutan Negara dan pihak FRIM untuk melaksanakannya. Umpamanya di kawasan Parlimen ini sendiri sebagaimana yang saya sebut, 223 batang pokok telah ditebang dan kita sudah menulis surat kepada pihak Parlimen minta kalau siap pembinaan Parlimen itu nanti, kita beri voluntarily masuk ke sini kalau diberi kebenaran untuk menanam pokok-pokok walaupun sebesar ini hendak tanam semula. Jadi begitu juga kita dealing dengan pihak kerajaan negeri umpamanya. Jadi dalam keadaan yang sedemikian Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mendahulukan politik ini juga dalam soalan kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. Yang Berhormat Putatan menyeru, saya ambil baik apa yang Yang Berhormat Putatan sebut iaitu jangan walaupun berkemungkinan FRIM ini boleh mengadakan soalan kewangan sendiri dan sebagainya. Jangan putuskan sumber kewangan daripada pihak kerajaan. Tidak Yang Berhormat, sebenarnya FRIM to continue to be badan kepunyaan kerajaan dan dia tidak akan berhenti dari mendapat sumber kewangan daripada pihak kerajaan. Apa yang kita hendak ialah supaya FRIM itu tidak 100 peratus bersandar kepada pihak kerajaan untuk sumber kewangan. Ini menjadi satu constraint yang besar oleh dalam bidang penyelidikan. Kalau tidak ada sumber kewangan, dia menjadi satu constraint yang besar. Itulah kenapa negara yang maju umpamanya Amerika dalam bidang military dia, armament industri dia mempunyai satu sumber kewangan yang amat besar dilaburkan di sana dan kenapa dia begitu menjadi satu research yang begitu maju? Oleh sebab sumber kewangan yang banyak menyumbang kepada teknologi armament di Amerika. Begitu juga syarikat-syarikat, kalau kita lihat syarikat- syarikat di Jepun, syarikat-syarikat di Korea, dia punya research. Umpamanya Hyundai punya research center mempunyai researchers yang begitu banyak sekali, one of the fourteen best research center in the world. Bekerjasama dengan top universiti di Amerika. Jadi sumber kewangannya begitu banyak sekali diberi oleh pihak Hyundai ini. Jadi bukanlah 100 peratus benda boleh dikomersialkan, mungkin sedikit saja. Macam mana Thomas Edison, orang yang discover bulb light ini kan. Dia mendaftar hampir berapa ribu paten tetapi yang buat lighting ini saja yang jadi dia famous dan mendapat sumber kewangan banyak. Sebenarnya paten-paten ini bukan semuanya boleh mendatangkan sumber kewangan. Jadi kerjasama dengan research center di seluruh dunia ini memang kita azamkan supaya apabila standard kita naik, sumber kewangan kita ada dan kita boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak berhubung dengan soalan-soalan ini. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan yang ketiga ialah soal biodiversity center tadi. Saya amat tertarik sebab kita sudah melaksanakan untuk mengadakan- baru-baru ini saya telah berbincang supaya kita hendak mengadakan pusat biodiversity center kita sendiri. Mula-mulanya berasal dengan menubuhkan muzium tetapi ada bantahan daripada pihak- pihak yang tertentu dan perkara ini telah didiamkan begitu saja, baru saya revive kan semula idea, bermula dengan research center ini nanti. Research center ini dia macam-macam, ada herbarium, national herbarium, insectarium, ‘zendarioum’, arboretum, galeri buluh dan rotan dan gem plasma species hutan, bank DNA. Bahkan saya sudah arahkan Ketua Pengarah Hutan untuk melaksanakan gene bank to compliment.

Jadi kalau kita letakkan benda ini pada suatu tempat bersama dengan pihak PERHILITAN dengan taxidermy dia, jadi kita mempunyai satu center yang amat komprehensif yang mana pihak universiti dan school boleh membuat sebagai satu research center kepada satu-satu perkara yang tidak ada di tempat lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya tadi Yang Berhormat Menteri adalah untuk memperluaskan pusat-pusat biodiversiti ini. Bukan tumpu kepada kawasan kampung saja. Kita tumpu kepada tempat- tempat yang dikenal pasti sebagai sebuah tempat yang boleh kita memperkasakan terutama sekali di Danau Valley. Kita ada di Sabah Yang Berhormat Menteri, kita sudah ada di Lagut Seberang, di kawasan Sabah saja dari Tenom ada seluas seribu ekar. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun ada pernah melawat spesies-spesies original, yang asli bagi pokok-pokok dari Sabah dan saya rasa Sarawak pun ada juga. Dekat muzium pun ada pokok-pokok yang dipamerkan di situ. Jadi itu sebuah tempat yang boleh kita wujudkan sebagai satu technology park yang mana penyelidik-penyelidik daripada antarabangsa ini akan sebuah tempat kunjungan kepada bukan saja pengunjung tetapi researchers yang boleh buat yang disebutkan insectology, avian, flora dan fauna, macam-macamlah. Wild life kita yang mana kita boleh hasilkan dalam satu bentuk produk yang boleh dikomersialkan.

Sebenarnya ini semua sudah dalam kita punya perancangan Tuan Yang di-Pertua. Hanya merealisasikan perkara ini perlukan sumber kewangan.

Pada ketika ini kita hanya mendapat bajet tiap-tiap tahun hanya list yang saya dapat tadi bahawa pada tahun 2012 kita ada RM62 juta sahaja dan 2013 RM67 juta, 2014 RM81 juta dan 2015 turun lagi ke bawah RM74 juta. Jadi, dalam keadaan sedemikian ini termasuk semua menguruskan pembangunan. Jadi, dalam keadaan yang constraint kita adalah sumber kewangan sebenarnya, Yang Berhormat. Jadi, dalam keadaan sedemikian itulah kenapa kalau kita boleh mendapatkan sumber kewangan daripada sudut lain insya-Allah semua perkara-perkara Yang Berhormat sebutkan itu memang relevan kepada apa yang kita hendak buat khususnya yang saya sebut tadi biodiversity centre tadi. Semenanjung kita belum mempunyai biodiversity centre yang mencukupi yang saya fikirkan itu sebagaimana kita sudah ada biodiversity law di Sabah, biodiversity law di Sarawak tetapi biodiversity law di Sarawak, Sabah ini hanya di peringkat local kerana signatory kepada International Convention of Biodiversity ialah Malaysia. Bukan negeri Sarawak dan bukan Sabah. Kalau orang mencuri sumber-sumber kekayaan dalam hutan Sabah dan Sarawak tidak mempunyai keupayaan daripada sudut undang-undangnya untuk membawa seseorang itu kalau sudah keluar daripada negara dalam peringkat keadilan. Hanya kita di peringkat Semenanjung sahaja yang boleh. Itulah kenapa biodiversity law akan dibawa ke Parlimen nanti supaya to compliment apa yang dibuat oleh FRIM ini bersama di bawah apa yang disebut tadi TPPA. Jadi, dalam keadaan sedemikian insya-Allah kita akan terus melaksanakan program ini walaupun secara berperingkat. Yang Berhormat Kepong, kawalan ke atas FRIM commercial activities. Saya bersetuju tetapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua mengetahui yang kita masih dalam proses untuk transformasi Parlimen dan memperbaiki Parlimen. Apa jenis transformasi itu nanti kita serah lah kepada pihak Parlimen bagaimana yang lazimnya dibuat oleh Parlimen di negara lain tetapi sebagai mana yang kita ketahui juga transformasi Parlimen ini take a long time. Kadang-kadang macam di England sometimes it takes 100 years in order to get something done. Jadi, kita tidak boleh semberono atau pun secara tergesa-gesa. Jadi, dalam keadaan sedemikian saya cukup yakin Parlimen boleh memikirkan dan Yang Berhormat boleh mencadangkan kepada pihak Tuan Yang di-Pertua supaya perkara soalan kawalan ke atas FRIM menerusi Jawatankuasa Parlimen itu bukanlah satu perkara yang unik, payah dan mempunyai kos berasingan.

Tidak, sebabnya mudah sahaja hanya strukturnya sahaja dibuat. Daripada itu insya- Allah dia boleh mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Researchers dan technician. Kita mempunyai ada 200 researchers technician dalam FRIM ini. Biarlah saya kepada jawapan-jawapan khusus ini. Yang Berhormat Bagan Serai, madu tualang Kedah. FRIM tidak menjalankan kajian madu tualang dari Kedah. Walau bagaimanapun, FRIM ada menjalankan kajian ke atas madu lebah. Untuk itu, FRIM telah dapat mengasingkan pemanis daripada pokok hutan dalam kuantiti yang tinggi. Hasil kajian FRIM dapati bahawa pemanis ini adalah setanding dengan madu lebah daripada segi profil kimia dan kajian biodiversiti. Lagi Yang Berhormat Sungai Petani, penanaman dalam membantu penanaman kawasan hutan. FRIM terlibat secara langsung dalam penanaman semula sama ada hutan Semenanjung Malaysia dan konsesi hutan bakau membantu Jabatan Perhutanan dalam program penanaman bakau dan spesies yang sesuai di persisiran pantai yang berkaitan dengan teknik penanaman, kajian terhadap penyakit serta impak penanaman.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, ada usul sebentar Yang Berhormat.

Usul — Merentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M 90(2)Motion

Dato' Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan Usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi membolehkan Majlis Mesyuarat menamatkan perkara yang patut diselesaikan pada hari yang berkenaan juga.”

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya sebutkan tadi kita mempunyai 60 tidak kurang persoalan. Saya boleh jawab semua ini. Saya minta panduan daripada Tuan Yang di-Pertua sama ada menjawab semua jawapan ini atau pun kalau Yang Berhormat bersetuju kita boleh beri jawapan secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, saya rasa boleh jawab secara bertulis Yang Berhormat.

Saya ingat kalau tidak ada lagi, dengan mengucapkan sekali lagi Yang Berhormat saya hanya memberi penjelasan soalan satu perkara sahaja lagi iaitu berhubung dengan perundangan kita yang menjadi satu halangan kepada kita ialah arrangement negara kita sebagaimana negara Australia, India yang mewarisi Constitution ataupun Perlembagaan yang sama.

Kita Federal arrangement ini ada kuasa negeri, ada Kerajaan Pusat dan ada kuasa bersama untuk negeri dan Pusat. Walaupun Perlembagaan mengatakan bahawa apabila perkara bersama ditangani bersama, undang-undang yang ada konflik, undang-undang pusat akan mengatasi undang-undang negeri. Akan tetapi dalam kita melaksanakan perhubungan baik di antara negeri dengan pusat, kadang-kadang kita tidak menggunakan provision atau pun peruntukan Perlembagaan ini supaya kita boleh berfungsi lebih baik daripada menggunakan kuasa undang-undang itu sendiri. Insya-Allah soal biodiversiti Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa undang-undang akan diperkenalkan di Parlimen untuk merealisasikan apa yang dikehendaki di bawah TPPA yang mempunyai 18 artikel berhubung dengan environment, biodiversity dan sebagainya. Ini compliment kepada FRIM dan FRIM ini research FRIM akan continue membuat research tetapi sebagai undang-undang yang kontrol soal eksport, research, kecurian spesies yang akan hilang dan sebagainya itu akan dijaga undang-undang biodiversiti yang bakal kita perkenalkan selepas ini nanti. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membahaskan rang undang-undang ini dan menyokong usaha kementerian dalam kita menangani masalah hutan, research, pengkomersialan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.] [Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Usul — Merentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M 90(2) — Fasal 7 [Pindaan] -Motion

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Tuan Pengerusi, fasal 7 rang undang-undang dipinda dengan menggantikan sub fasal (k) dengan sub fasal yang berikut, “Tidak lebih daripada empat orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal kewangan, perniagaan atau pelaburan yang pada pendapat Menteri boleh menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan perhutanan dan pengkomersialan hasil hutan”. Pindaan kepada sub fasal 7(k) rang undang-undang bertujuan untuk membolehkan Menteri melantik anggota institut yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hal kewangan, perniagaan dan pelaburan yang boleh menyumbang kepada penyelidik dan pembangunan yang berhubung dengan perhutanan dan pengkomersialan hasil hutan. Kriteria tambahan yang dicadangkan itu mempunyai kepakaran pengalaman dalam hal kewangan, perniagaan atau pelaburan adalah selari dengan hasrat rang undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 untuk memacu bidang penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi hasil penyelidikan dalam sektor perhutanan di Malaysia supaya dapat dibangunkan secara lebih meluas. Dengan adanya anggota-anggota institut yang mempunyai kriteria, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berharap keanggotaan mereka mampu membantu dan menasihat FRIM dalam aspek penubuhan syarikat, pengkomersialan dan pemasaran hasil dapatan penyelidikan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ya, tengah memerhatikan jam Yang Berhormat. Hendak bahas Yang Berhormat? Perkara 7, tak? Okey. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kertas hendaklah dipersetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 7 sebagaimana yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 8 hingga 56 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188]Motion

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Titiwangsa

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK), dan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) daripada Akaun Pinjaman Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan seksyen 4(b), Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], dan seksyen 2(b), Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] . Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM28,385.6 juta wang terimaan akaun pinjaman disatukan yang terdiri daripada baki semasa tahun 2015 bagi TPK sebanyak RM28,000 juta dan BPM sebanyak RM385.6 juta yang pada masa ini berada dalam akaun pinjaman yang disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan untuk menampung keperluan perbelanjaan pembangunan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek-projek pembangunan. Salah satu sumber dana yang terdapat dalam akaun Kumpulan Wang Pembangunan adalah melalui pindaan dari akaun pinjaman yang disatukan. Seksyen 4(b), Akta Pendanaan Kerajaan 1983 memperuntukkan bahawa terimaan daripada terbitan pelaburan kerajaan hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan di Dewan Rakyat dengan resolusi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan antara tujuan utama terbitan berasaskan syariah adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Titiwangsa

Manakala bagi wang dari Bil Perbendaharaan Malaysia seksyen 2(b), Akta Bil Perbendaharaan Tempatan 1946 memperuntukkan bahawa pindaan wang terimaan di bawah Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan juga perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki semasa tahun 2015 bagi TPK dan BPM sebanyak RM28,385.6 juta daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Siapa yang menyokong?

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. [Tiada Perbahasan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 4 hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Kastam 1967Motion

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 2, seksyen 11, Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut, Bil. ST.16, ST.17, ST.18, ST.26, ST.27, ST.29 dan ST.30 bagi tahun 2016 disahkan.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Perintah Duti Kastam (Barang-barang Di Bawah Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Kerajaan Negara-negara Anggota Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara dan Republik Korea) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN) 2015 (P.U(A) 286/2015) bertarikh 11 Disember 2015, Kertas Statut ST.16. Perintah ini bertujuan untuk meminda dan menggantikan perintah sedia ada yang telah berkuat kuasa sejak 1 Jun 2007 selaras dengan komitmen di bawah protokol ketiga bagi meminda Perjanjian Perdagangan Barangan Di Bawah Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif Ekonomi Di Antara ASEAN dan Republik Korea yang telah ditandatangani pada 22 November 2015. Perintah ini melibatkan pindaan ke atas Operational Certification Procedure for the Rules of Origin, Product Specific Rules dan struktur HS baru iaitu yang telah ditransposisikan daripada HS 2007 kepada HS 2012 dalam versi 10 digit. Perintah ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016. Perintah Duti Kastam Pindaan Nombor 3/2015 (P.U 305/2015) bertarikh 29 Disember 2015, Kertas Statut, Bil. ST.17. Perintah ini bertujuan bagi melaksanakan komitmen Malaysia dalam menurunkan kadar duti import kepada 5 peratus daripada kadar duti import yang asal ke atas lapan produk di bawah Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) Environmental Good List 2015 seperti berikut: (i) other assembled flooring panels, multilayer of bamboo di bawah kod tarif 4018.72000 daripada 20 peratus kepada 5 peratus; (ii) solar water heaters di bawah 4819.19100 di bawah kod tarif 8419.19100 daripada 30 peratus kepada 5 peratus; (iii) casing for cooling towers di bawah kod tarif 8419.90100 daripada 25 peratus kepada 5 peratus.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

(iv) instantaneous gas water heaters di bawah kod tarif 8419.90410 daripada 30 peratus kepada 5 peratus; (v) air oil filter di bawah kod tarif 8421.29501 daripada 25 peratus kepada 5 peratus; (vi) other of a kind used in oil drilling operations di bawah kod tarif 8421.29600 daripada 25 peratus kepada 5 peratus; (vii) other filtering or purifying machinery and apparatus for gases other than intake air filters for internal combustion engine, other than air purifier di bawah kod tarif 8421.39900 daripada 25 peratus kepada 5 peratus; (viii) part for oil filter and intake oil air filters di bawah kod tarif 8421.99100 daripada 25 peratus kepada 5 peratus. Penurunan kadar duti import ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016. Perintah Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN) dan Perjanjian Pperdagangan ASEAN Pindaan Nombor 3/2015 (P.U(A) 306/2015) yang diwartakan pada 29 Disember 2015, Kertas Statut ST.18. Perintah ini merupakan pindaan susulan, consequential amendment ke atas pindaan Duti Kastam Pindaan Nombor 3/2015. Perintah ini juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016. Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2016 (P.U(A) 11) yang diwartakan pada 22 Januari 2016, Kertas Statut ST.26. Perintah ini bertujuan mengenakan duti anti-lambakan ke atas gelungan keluli yang dicat atau disalut warna, pre-painted, painted or color coated steel coil yang diimport dari negara China dan Vietnam pada kadar nil hingga 52.1 peratus. Pengenaan Duti Anti-Lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa selama lima tahun mulai 24 Januari 2016 hingga 23 Januari 2021. Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Sementara) 2016 (P.U 12) yang diwartakan pada 22 Januari 2016, Kertas Statut ST.27. Perintah ini bertujuan mengenakan Duti Anti- Lambakan ke atas keluli aloi dan bukan aloi, gegelung gulungan sejuk, cold white coils of alloy and non-alloy steel yang diimport dari negara China, Korea dan Vietnam pada kadar nil hingga 23.78 peratus. Pengenaan Duti Anti-Lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 24 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa selama 120 hari mulai 25 Januari 2016 hingga 23 Mei 2016. Perintah Duti Kastam 2016 (P.U(A) 19) yang diwartakan pada 29 Januari 2016, Kertas Statut, Bil. ST.29. Perintah ini bertujuan untuk memansuhkan kadar duti eksport 10 peratus ke atas produk besi scrap di bawah kod tarif 2704.1000, 2704.29000, 2704.30000, 2704.41000 dan 2704.49000 yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2016. Kerajaan memansuhkan kadar duti eksport ke atas produk besi scrap memandangkan berdasarkan statistik, didapati pengeksportan besi scrap adalah kurang daripada dua peratus daripada peratusan penggunaan dalam negara. Sehubungan itu, pemansuhan duti eksport ini tidak akan menjejaskan industri besi dan keluli tempatan di samping mengurangkan jumlah besi scrap di dalam negara yang boleh menimbulkan masalah persekitaran jika disimpan bagi tempoh masa yang lama. Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negara ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN) dan Perjanjian Perdagangan ASEAN (Pindaan) 2016 (P.U(A) 20) yang diwartakan pada 29 Januari 2016, Kertas Statut, Bil. ST.30. Perintah ini merupakan pindaan susulan, consequential amendment bagi tujuan untuk memansuhkan kadar duti eksport 10 peratus ke atas produk besi scrap di bawah kod tarif 7204.10000, 2704.29000, 2704.30000, 2704.41000 dan 7204.49000 yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2016. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 5, yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bil. ST.16, ST.17, ST.18, ST.26, ST.27, ST.29 dan ST.30 bagi tahun 2016 disahkan hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Eksais 1967Motion

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 2, seksyen 6, Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut ST.31 bagi tahun 2016 disahkan. Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2016 P.U.(A) 43/2016 yang diwartakan pada 29 Februari 2016, Kertas Statut Bil. ST.31. Perintah ini bertujuan untuk menstrukturkan semula kadar duti eksais dan meminda komponen ad valorem duti eksais minuman keras ke atas komponen spesifik seperti berikut. Beer made from malt di bawah kod tarif 2203.00.100 dan 2203.00.900 daripada RM7.40 seliter dan 15 peratus kepada RM175 seliter 100 peratus kandungan alkohol.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Sparkling wine di bawah kod tarif 2204.10.000 daripada RM34 seliter dan 15 peratus kepada RM450 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Wine grape must dan other wine and grape must di bawah kod tarif 2204.21.100, 2204.21.200, 2204.29.100 dan 2204.29.200 daripada RM12 seliter dan 15 peratus kepada RM150 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Other grape must di bawah kod tarif 2204.30.000 daripada RM12 seliter kepada RM150 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Vermouth and other wines of fresh grape di bawah kod tarif 2205.10.300 dan 2205.90.00 daripada RM12 seliter dan 15 peratus kepada RM150 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Brandy, other spirits obtained by distilling grape wine or marc, whisky rum, other spirits obtained by distilling fermented sugar-cane product, Gin, Geneva and vodka di bawah kod tarif 2208.20.100, 2208.20.900, 2208.30.000, 2208.40.000, 2208.50.00 dan 2208.60.00 daripada RM30 seliter dan 15 peratus kepada RM150 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Cider dan berry di bawah kod tarif 2206.00.100 daripada RM1.50 seliter dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Rice wine included sake and medicated rice wine di bawah kod tarif 2206.00.210 dan 2206.00.220 daripada RM22.50 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Wines bagi fermentation of fruit or vegetables juices other than grapes di bawah kod tarif 2206.00.400 daripada RM30 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Shandy exceeding 0.5 peratus volume less than 1.1 peratus volume di bawah kod tarif 2206.00.510 daripada 10 sen seliter dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Other shandy di bawah kod tarif 2206.00.190 daripada RM35 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Liquors and cordials di bawah kod tarif 2208.70.100 dan 2208.70.900 daripada RM42.50 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Samsu including medicated samsu di bawah kod tarif 2208.90.100 daripada RM22.50 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Arrack or pineapple spirits di bawah kod tarif 2208.90.200 daripada RM17 seliter dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Other spirits beverages exceeding 0.5 peratus volume but not exceeding 1.14 peratus volume di bawah kod tarif 2208.90.910 daripada 10 sen seliter dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Other than other spirituous beverages exceeding 0.5 peratus volume but not exceeding 1.14 peratus alcohol volume di bawah kod tarif 2208.90.990 daripada RM35 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM60 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Mead di bawah kod tarif 2206.00.300 daripada RM4 seliter dan 15 peratus kepada RM40 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Bottle or canned toddy di bawah kod tarif 2206.00.610 RM1.10 seliter dan 15 peratus kepada RM40 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Other toddy di bawah kod tarif 2206.00.690 daripada RM30 seliter, 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM40 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Other than fermented beverages di bawah kod tarif 2206.00.900 daripada RM30 seliter 100 peratus kandungan alkohol dan 15 peratus kepada RM40 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Bitters di bawah kod tarif 2208.90.30 daripada RM9 seliter dan 15 peratus kepada RM40 seliter, 100 peratus kandungan alkohol. Langkah ini dilaksanakan berdasarkan: (i) mempermudah pentadbiran kastam daripada aspek penilaian produk minuman keras; (ii) cadangan pihak industri berhubung komponen kadar duti eksais minuman keras yang sering menimbulkan pertikaian dalam penentuan nilai eksais; dan (iii) mengurangkan kepelbagaian kadar duti eksais ke atas produk minuman keras iaitu daripada 15 kadar duti eksais yang berbeza kepada enam kadar duti eksais sahaja. Hal ini adalah bagi mengurangkan kemungkinan berlaku kesilapan deklarasi akibat kadar duti eksais yang berbagai bagi produk minuman keras yang hampir serupa. Kenaikan kadar duti eksais ini telah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2016. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada sesiapa menyokong?

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 6 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bil. ST.31 bagi tahun 2016 disahkan dan hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014Motion

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 2, seksyen 56, subseksyen 5, seksyen 17 dan subseksyen 3, seksyen 18 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. ST.11, ST.12, ST.13, bagi tahun 2012 disahkan. Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2015, P.U.(A) 290/2015 yang diwartakan pada 14 Disember 2015 Kertas Statut Bil. ST.11. Perintah ini diwartakan bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru yang meminda peruntukan sedia ada, pindaan yang dilakukan adalah seperti berikut. Jadual Pertama Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan, pembekalan kadar sifar dipinda seperti berikut: butiran (a) dipinda bertujuan untuk memperluaskan skop ubat yang telah diberi layanan pada kadar sifar seperti berikut. Memberi layanan kadar sifar meliputi kesemua jenis ubat terkawal di bawah racun kumpulan A, B, C dan D di bawah akta akhiran A, Akta Racun 1953 [Akta 366] yang didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Akta Racun melalui over the counter medicine di bawah akhiran X dan N yang didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan disenaraikan dalam National Essential Medicines List, senarai ubat-ubatan penting nasional dan nombor tiga ubat-ubatan di bawah National Essential Medical List, Senarai Ubat-ubatan Penting Nasional yang diklasifikasikan sebagai peranti ubat-ubatan. Pindaan kepada lampiran bagi Jadual Pertama Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 juga dibuat bertujuan untuk menambah senarai barangan kadar sifar seperti berikut: (i) susu bayi dan kanak-kanak bagi yang berumur 0 hingga 36 bulan yang berasaskan organik dan kacang soya; (ii) dal ataupun parpu berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau, kacang putih, akar teratai (lotus root) dan sengkuang air (water chestnut) dan biji sawi, gula merah dan mi kolok kering.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Selain itu pindaan di bawah Jadual 2 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 seperti berikut: (i) butiran 23 dipinda bertujuan untuk memberi layanan yang sama bagi perkhidmatan pelancongan dalam negeri yang disediakan oleh pembekal tempatan dan luar negara; (ii) butiran 25 dipinda bertujuan untuk memasukkan selepas perkataan ‘pemegang lesen’ di bawah perkataan Akta Perkhidmatan Kewangan 2015 [Akta 758], Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] atau ini membolehkan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang menyediakan perkhidmatan penghantaran wang mendapat layanan GST kadar sifar; dan (iii) butiran 27 dipinda untuk memasukkan surat khabar serta jurnal yang dibekalkan secara talian online. Ini membolehkan layanan yang setara dengan layanan diberi kepada bahan bacaan fizikal yang lain. Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2015 P.U.(A) 291/2015 yang diwartakan pada 14 Disember 2105, Kertas Statut Bil. ST.12. Perintah ini diwartakan bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru dan meminda peruntukan sedia. Pindaan yang dilakukan adalah seperti berikut.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Perenggan tiga diberi pinda bagi mengeluarkan perkataan logam berharga pelaburan yang dinyatakan dalam sub butiran 41 Jadual Pertama kepada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 bagi membolehkan pelepasan kepada logam berharga pelaburan diberi secara bersyarat di bawah butiran baru iaitu butiran 31 Jadual Pertama Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014. Jadual Pertama dalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dipinda seperti berikut: (i) butiran 5(a) dipinda bagi menjelaskan orang yang diberi kuasa menandatangani sijil pelepasan GST. Selain sub perenggan baru 5(d) juga diwujudkan bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menandatangani sijil pelepasan GST; (ii) butiran 5(c) dipinda untuk meluaskan skop pelepasan supaya merangkumi institusi-institusi menyediakan latihan kemahiran dan vokasional yang diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006; (iii) butiran 16(a) dipinda bertujuan editorial dari untuk memberi pelepasan kepada barangan eksport dan kemudiannya diimport semula bagi tujuan pembaikan dan pemprosesan semula; (iv) butiran 16(d) diwujudkan bertujuan untuk memberi pelepasan kepada barangan yang diimport semula bagi tujuan promosi, penyelidikan dan pameran; (v) butiran 16(e) diwujudkan bertujuan untuk memberi pelepasan peralatan dan kelengkapan yang diimport semula bagi tujuan sewaan dan pajakan; (vi) butiran 26 dipinda untuk menyelaras pelepasan GST ke atas perolehan tempatan ataupun pengimportan barangan bagi tujuan rasmi oleh orang yang mendapat keistimewaan diplomatik di bawah Diplomatic Ordinance 1949 dan Diplomatic Privileges Vienna Convention Act 1966, dengan izin, Akta 636; dan (vii) butiran 31 diwujudkan selaras dengan pindaan bagi perenggan tiga Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 untuk memberi pelepasan dari membayar GST ke atas investment pressers matter (IPM) tertakluk kepada sub butiran satu jadual pertama kepada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014. Jadual Kedua Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 dipinda seperti berikut: (i) butiran 1 dipinda untuk memberi pelepasan kepada pembekalan bercukai dibeli oleh seseorang yang berkaitan dengan program pengumpulan dana untuk tujuan kebajikan; dan (ii) butiran 3 dipinda untuk mengecualikan penggunaan certificate under the Goods and Services Tax (Relief) bagi pembekalan barang dari kedai bebas cukai yang layak. Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015 dikecualikan P.U.(A) 292 yang diwartakan pada 14 Disember 2015. Kertas Statut Bil ST.13 pindaan ini dibuat di bawah jadual dua Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 bertujuan untuk menetapkan perkhidmatan pengangkutan udara domestik di Sabah dan Sarawak di bawah laluan rural air service sebagai bekalan dikecualikan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Siapa yang menyokong?

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalah bahawa ialah usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 7 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.11, ST.12, dan ST.13 bagi tahun 2016 disahkan hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 7 April 2016.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 12.35 malam]