Dewan Rakyat · 17 May 2016
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 438 turns · 40,401 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, asas bagi menaikkan caj perkhidmatan penumpang seperti yang dicadangkan oleh Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB).
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, setiap perubahan terhadap caj perkhidmatan penumpang ataupun CPP dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam perjanjian operasi yang telah ditandatangani pada 12 Februari 2009 di antara kerajaan dengan MAHB. Peruntukan dalam perjanjian operasi membolehkan kerajaan dan MAHB untuk menyemak semula kadar caj perkhidmatan penumpang dalam tempoh setiap lima tahun. Semakan terakhir bagi caj perkhidmatan penumpang adalah pada tahun 2011. Buat masa ini, cadangan MAHB untuk menaikkan CPP ataupun lebih dikenali sebagai passenger service charge (PAC) masih lagi di peringkat kajian dan pertimbangan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan kadar yang dicadangkan tersebut tidak memberi bebanan kepada rakyat serta memberi impak yang negatif kepada syarikat-syarikat penerbangan khususnya syarikat penerbangan dalam negara. Untuk makluman tambahan kepada Dewan yang mulia ini, semakan terhadap PAC ini telah diletakkan di bawah kawalan selia Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Parit.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan caj penerbangan udara sehingga 10 kali ganda daripada kadar asal adalah untuk menampung pelbagai kos yang terkandung oleh MAHB di samping memberi kehendak International Civil Aviation Organization (ICAO). Namun demikian, kita juga harus ingat bahawa rakyat juga sudah dibebani dengan berbagai-bagai kos sara hidup yang memeritkan pertamanya bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi juga rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak mereka amat bergantung pada pengangkutan udara dalam kebanyakan aktiviti ekonomi dan sosial mereka. Oleh itu, kita tidak boleh menganggap bahawa penggunaan pengangkutan udara satu bentuk cara hidup mewah dan hanya untuk golongan kaya sahaja. Kita juga melihat tidak ada jaminan yang menyatakan bahawa harga tiket tidak akan dinaikkan. Saya bimbang bahawa kenaikan caj penerbangan udara ini akan memberi kesan negatif terhadap harga tiket penerbangan. Oleh hal demikian, saya hendak tanya kepada Menteri, apakah jaminan dan usaha kerajaan bagi memastikan bahawa kenaikan caj penerbangan udara ini tidak akan memberi kesan kepada kenaikan harga tiket penerbangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai caj penerbangan dengan caj MAHB ini berbeza. Tadi MAHB ialah operator atau pengendali lapangan terbang tetapi DCA ini dia menguruskan ruang udara. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, caj ruangan udara di negara kita ini tidak diubah sejak 40 tahun yang lepas. Jadi baru-baru ini, Jabatan Penerbangan Malaysia telah menaikkan yuran laluan udara dan kerana setelah 40 tahun kita tidak dinaikkan. Negara-negara jiran atau negara lain, kadar yuran laluan udara ini memang jauh lebih tinggi daripada Malaysia. Maka sebab itu, setelah kerajaan membuat kajian semula mengenai yuran laluan udara ini ataupun dia tol lah. Kalau di darat tol, kalau di udara ini ada tol yang dipanggil AMFC ataupun Air Modification Facilities Charge yang tidak diubah sejak tahun 1976. Kita ubah setelah kita berbincang, mula-mula memang kita mengetengahkan satu kadar tetapi telah mendapat respons daripada pihak industri. Kita telah panggil, pihak kerajaan telah panggil semua all stakeholders termasuk syarikat-syarikat penerbangan dan pada dasarnya kadar yang baru ini telah disetuju terima oleh semua syarikat-syarikat penerbangan.
Kadar yang baru ini, ia berbeza antara pesawat-pesawat- kalau pesawat kecil dia lebih murah, pesawat besar dia lebih mahal. Jadi apa yang saya difahamkan kadar yang baru oleh DCA ini tidak menjejaskan harga tiket untuk industri. Jadi ia tidak menjejaskan kenaikan atau harga tiket yang ketara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya rasa kita boleh mengandaikan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan permintaan daripada MAHB untuk menaikkan kadar caj perkhidmatan penumpang atau PSC ini kerana dikatakan tadi kerajaan akan menimbangkan atau sedang berbincang. Saya hendak mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan. Kalaulah sekiranya kerajaan menimbangkan untuk menaikkan ini, ini bercanggah dengan jaminan pihak kerajaan sendiri yang diberikan. Saya melihat dalam laporan akhbar pada 20 Ogos 2013, Yang Berhormat Sri Gading sendiri sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada masa itu semasa lawatan ke KLIA2 yang sedang dalam pembinaan itu memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan PSC ini. Kalau boleh saya baca quotation dalam laporan ini, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa tiada peningkatan. Anda bayangkan perkhidmatan di LCCT yang mereka hadapi pada masa ini, mereka akan mendapat lapangan terbang baru dengan fee lapangan terbang yang sama. Ini kenyataan daripada pihak kerajaan sendiri yang menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan PSC ini. Akan tetapi nampaknya sekarang ini kerajaan seolah-olah akan mempertimbangkan caj ini yang pada masa ini dikenakan untuk penerbangan penumpang antarabangsa RM32 seorang dan domestiknya RM6 seorang. Ini menunjukkan bahawa dasar kerajaan sudah berubah sekarang ini walaupun dikatakan kerajaan boleh menimbangkan. Dalam hal yang sama juga Yang Berhormat Menteri bahawa tiket ERL juga telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55. Jadi, ini amat membebankan rakyat ataupun penumpang dalam penerbangan ini. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti saya jelaskan MAHB syarikat pengendali lapangan terbang. Dia memohon tetapi keputusan kerajaan. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Bharu tadi. Kerajaan telah maklum tidak naik. Jadi sehingga sekarang memang tidak naik. Jadi di KLIA2 RM32, sampai hari ini RM32. Jadi tidak timbul kerajaan menaikkan kerana sampai sekarang dia tidak naik. Untuk penerbangan domestik ini dia sampai sekarang pun masih RM6 dan RM9 untuk main KLIA lah. Untuk KLIA1 penerbangan antarabangsa RM65 dan ini kekal sehingga hari ini. Jadi memang tidak ada kenaikan. Permohonan boleh mereka memohon tetapi kerajaan akan menentukan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebab tertarik tentang caj ini. Boleh tidak beri sedikit perincian statistik berapakah peratus penumpang domestik dan berapakah peratus penumpang international? Sebab kita bimbang kalau kenaikan caj ini akan membebankan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Keseluruhan penumpang di negara kita ada lebih kurang 85 juta dan daripada 85 juta ini lebih kurang 55 peratus adalah penumpang domestik dan 45 peratus antarabangsa. Jadi dalam konteks ini, saya pun hendak maklum bahawa penerbangan dalam negara atau domestik adalah RM6 dan RM9. Jadi untuk penerbangan dalam domestik ini memang murah. Jadi, ia tidak membebankan kepada khususnya masyarakat di Sabah atau Sarawak kerana bayarannya murah. Satu lagi alah untuk laluan udara fee yang baru dinaikkan ini untuk lapangan terbang yang tidak ataupun di luar bandar ini dia ada rebat 50 peratus. Jadi kalau kita terbang ke Mulu ke Lawas itu DCA beri diskaun 50 peratus. Jadi untuk penerbangan domestik memang kerajaan mengambil berat untuk memastikan mereka mendapat harga yang murah. Terima kasih.
2. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, langkah-langkah yang diambil dan penyelarasannya dengan negeri-negeri bagi menangani krisis bekalan air secara menyeluruh yang melibatkan negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor sekarang berikutan fenomena cuaca yang berubah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan pada Yang Berhormat Permatang Pauh dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Fenomena El Nino dan cuaca kering telah menjejaskan bekalan air terawat kepada beberapa buah negeri seperti Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor dan Sabah dengan keseluruhan 24,313 akaun di seluruh Malaysia dan 1,200 akaun di Sabah, akaun pengguna terlibat. Faktor utama ialah penurunan kuantiti air terawat yang dihasilkan oleh loji-loji rawatan air di negeri-negeri berkenaan akibat penyusutan sumber air mentah sama ada di sungai, di kolam takungan atau empangan. Kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sentiasa memantau perkara ini dan turut bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat air negeri dalam merangka pelan mitigasi untuk agar impaknya kepada para pengguna dapat diminimumkan. Antara langkah-langkah mitigasi yang diambil termasuk penghantaran bekalan air melalui lori tangki, pembekalan air melalui tangki statik, pemasangan pam pontoon dan pemasangan purified water package plant terutamanya di negeri Sabah. Penyelesaian masalah bekalan air memerlukan kerjasama jitu antara kerajaan- kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan-kerajaan negeri perlulah memastikan kawasan tadahan dipelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan tidak terkawal termasuk pertanyaan yang menjejaskan sumber air mentah. Kerajaan Persekutuan akan menerokai sumber-sumber air alternatif, menggiatkan kempen penjimatan air dan memperkenalkan struktur tarif air berdasarkan, dengan izin, user based principal, bagi menggalakkan pengguna air secara berhemah. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya hendak tanya kerana kalau pada akhir jawapannya cadangan takungan dan tadahan air yang penting untuk memberikan air mentah untuk dijadikan tapisan untuk menjadi air terawat. Apakah gerakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada pembalakan haram untuk menjaga tempat-tempat yang dikatakan - melindungi kawasan tadahan air bakal menyaksikan negara depan ini menghadapi masalah krisis air yang serius. Jadi saya mengamati daripada Profesor Dr. Awang Noor Abd Ghani, perlu ada rancangan pengurusan tanah yang lebih komprehensif. Saya hendak tanya bagaimana kerajaan dan kementerian mengambil langkah-langkah berikut untuk katanya kalau negeri dan Federal tetapi Persekutuan tetapi apakah langkah-langkah dan pelan induk menangani masalah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Seperti mana yang saya sentuhkan tadi, pihak kerajaan pusat sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan-kerajaan negeri memandangkan perihal tanah dan perihal hutan ini di bawah kawalan negeri masing-masing.
Seperti mana saya katakan tadi, sebahagian daripada masalah dihadapi dengan kekurangan air yang dirawat ini ialah kerana paras sungai dan empangan menurun kerana sungai-sungai yang menuju ke kawasan empangan atau pun sungai di mana loji kita itu mengambil air begitu menurun sekali. Jadi akhirnya, perlu ada kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. Akan tetapi at the bottom line it is still the work of the states with respect to melindungi tadahan air, menjaga hutan dan mengawal aktiviti pertanian supaya terkawal dan tidak mengakibatkan bekalan sumber air. Pihak Kerajaan Pusat sedia maklum juga ada grey areas, dengan izin, di mana neither kuasa pusat ataupun kuasa negeri itu either tidak ada ataupun open, terbuka ataupun berlapis. Majlis Sumber Air Negara yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan bermesyuarat dalam bulan ini ataupun terdekat untuk tujuan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencari penyelesaian di mana ada open space ini supaya peranan Kerajaan Pusat dan negeri, seperti alam sekitar adalah di bawah Kerajaan Pusat, di bawah EIA walaupun di peringkat negeri ada juga yang menubuhkan jabatan perhutanan. Akan tetapi sekadar itu kawalan mereka, akhirnya land and water resources, khususnya sungai-sungai di bawah kawalan negeri dan pihak Kerajaan Pusat mencari jalan bagaimana membantu dan memainkan peranan yang lebih berkesan, terima kasih.
Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Negara telah mengalami kemarau yang panjang dan sebelum itu kita menghadapi masalah banjir yang besar pada tahun 2015. Persoalan saya ialah, ekoran daripada banjir yang besar, menyebabkan empangan-empangan dalam negara tidak dapat menampung air, itu yang pertama. Kedua, pada ketika ini kita menghadapi cuaca panas El-Nino yang menyebabkan beberapa negeri yang dikatakan sumber air utama negara seperti Pahang mengalami tidak ada air langsung. Persoalan yang saya hendak tanya ialah apakah perancangan kerajaan dari segi yang pertama, empangan yang tidak dapat menampung air yang banyak ini, adakah kita akan memperbesarkan lagi, seperti contoh di Gerik, Empangan Temenggor. Kedua, kawasan-kawasan yang tidak ada empangan, adakah kerajaan berhasrat hendak membina semula empangan baru bagi memastikan sumber air tadi dapat dibekalkan di seluruh negara, terima kasih. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya ingin tekankan di sini bahawa pada dasarnya walaupun saya sudah sentuh tadi beberapa buah kawasan di mana account holders kita itu secara terus adalah terlibat seperti mana saya sentuh kan tadi. Akan tetapi pada keseluruhannya hanya dua buah tempat sahaja di mana catuan ataupun water rationing sedang dijalankan iaitu di kawasan Mersing dan Kota Tinggi. Tempat-tempat lain itu, kecuali tempat yang saya sudah sentuh tadi, di mana terpaksa dihantar dengan air dan seterusnya, namun catuan belum ataupun tidak dijalankan. Mengenai soalan yang telah disentuh tadi, perkara ini sememangnya adalah satu perkara yang begitu real iaitu pada masa hujan banyak, empangan melimpah dan seterusnya dan sering kali banjir pun terlibat juga. Pada masa kemarau seperti El-Nino yang sedang berjalan ini, beberapa empangan juga, khususnya pada saat ini sebenarnya hampir- jumlah empangan yang terlibat keseluruhannya hampir sembilan empangan, di mana dalam kawalan kita walaupun pada keseluruhannya hanya lima yang di bawah paras kritikal. Jadi, pihak kita menyedari perkara ini at end of the day, dengan izin, it is a matter of management. Nampaknya pada masa musim hujan banyak air, melimpah dan banjir tetapi dalam masa El-Nino yang berpanjangan pula adalah empangan kita hampir 30 peratus di bawah paras kritikal. Ertinya, we need to manage, kita perlu mengurus sumber air kita dengan lebih tersusun. Dalam perkara ini pihak kementerian sedang menubuhkan sebuah jawatankuasa pengkaji, sekali lagi meneliti keperluan air negara bersama dengan akademi sciences dan untuk membuat perancangan katakanlah 50 tahun akan datang, 25 sampai 50 tahun akan datang. Termasuk mengambil perhatian kepada perihal sungai- sungai dan tadahan air dan we are thinking juga daripada segi water grid untuk nasional, Semenanjung, peringkat nasional.
Kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber air, kita perlu tap dan gunakan untuk membantu negeri-negeri yang ada sedikit miskin dari sumber air. Jadi, perlu satu kajian yang teliti dan secara realistik di peringkat khususnya di Semenanjung Malaysia dan perkara Yang Berhormat telah bangkitkan itu adalah perkara yang begitu pokok sebenarnya. Terima kasih.
Oleh sebab Yang Berhormat Kangar tiada dalam Dewan, soalan nombor tiga tidak dapat dijawab. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Sim Chee Keong.
[Soalan No. 3 – Yang Berhormat Ir. Shaharuddin bin Ismail (Kangar) tidak hadir]
4. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Kewangan menyatakan statistik penerima BRIM ikut pecahan, jumlah diterima setahun, kaum, gender, umur dan negeri dari permulaan program sehingga tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia diberikan secara menyeluruh kepada mereka yang layak tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Sehubungan ini, Kementerian Kewangan tiada pecahan maklumat penerima BR1M mengikut kaum, gender dan umur. Kategori mereka yang layak adalah seperti berikut; (i) isi rumah di mana di bawah RM3,000 ke bawah termasuk warga emas 60 tahun dan ke atas; (ii) isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 termasuk warga emas 60 tahun dan ke atas; dan (iii) individu bujang 21 tahun dan ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah. Untuk statistik penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia dari tahun 2012 hingga 2015 akan diberikan secara bertulis atau dikepilkan dalam Hansard. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Menteri nampaknya macam menjawab tetapi saya langsung tidak mendapat jawapan. Saya tidak faham mengapa kalau kerajaan membelanjakan wang sebegitu banyak untuk isu yang sebegitu penting tetapi kita tidak ada statistik demografi. Oleh sebab statistik demografi ini penting untuk mengenal pasti sektor-sektor terlibat dan untuk mengorak langkah-langkah ataupun strategi yang jitu berkenaan dengan sektor tersebut. Jadi, saya mohon supaya kerajaan mempertimbangkan supaya diambil statistik sebab ini adalah perkara asas dalam dasar sosioekonomi kerajaan, itu satu. Keduanya, saya hendak minta jumlah secara keseluruhannya, bukan sahaja jumlah penerima tetapi jumlah wang yang telah diperuntukkan mengikut pecahan tahun daripada awal sehingga terkini dalam pemberian BR1M, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan. Nombor satu, dari segi pemberian. Kita harus melihat pemberiannya adalah mengikut sumber pendapatan. Kita berharap dari segi corak untuk mengurangkan atau meningkatkan pendapatan penduduk haruslah mengikut kriteria, di mana adalah mengikut pendapatan dan bukan mengikut kaum. Daripada segi bilangan atau statistik secara keseluruhan, untuk secara keseluruhan kerana yang akan diberi adalah secara pecahan, di mana setiap negeri kita akan beritahu jumlah dan bilangan mengikut jenis.
Akan tetapi kalau hendak baca, saya ingat mungkin mengambil masa 20 minit. Daripada segi secara keseluruhan, boleh diberitahu untuk tahun 2012 bilangan penerima adalah sebanyak 4.1 juta, di mana perbelanjaan adalah sebanyak RM2 bilion.
Untuk tahun 2013, jumlah penerima adalah seramai 6.8 juta di mana jumlah perbelanjaan adalah RM2.9 bilion. Untuk tahun 2014, bilangan penerima adalah seramai 6.9 juta dan amaun perbelanjaan adalah RM3.6 bilion. Untuk tahun 2015, jumlah penerima adalah seramai 7.4 juta dan amaun yang dibelanjakan adalah sebanyak RM5.3 bilion. Daripada segi statistik untuk negeri, kita juga bahagikan mengikut jumlah atau kriteria yang mereka menerima sama ada mengikut kategori RM950, RM750 atau individu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rakyat sedia maklum BR1M ini bukan satu penyelesaian. BR1M ini adalah satu bentuk bantuan untuk rakyat yang mempunyai pendapatan yang rendah. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah wajar pengagihan BR1M disandarkan kepada program pemindahan tunai atau, dengan izin, conditional cash transfer (CCT) iaitu disandarkan kepada syarat penerima menyertai program ataupun aktiviti peningkatan produktiviti atau pendapatan yang dilaksanakan oleh kerajaan? Dalam erti kata lain, saya ingin bertanya, apakah rancangan jangka panjang BR1M untuk rakyat Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya BR1M merupakan salah satu program untuk mengurangkan beban rakyat di mana kita juga diberi cadangan agar bantuan yang diberi itu haruslah terus kepada rakyat dan tidak melalui saluran-saluran yang lain seperti dulu kita memberi subsidi melalui petrol di mana akhirnya yang sebenarnya memiliki kereta yang besar atau menggunakan petrol yang lebih tinggi menikmati subsidi yang lebih tinggi. Maka, pertukaran ini di mana kita melihat melalui pemberian BR1M ini, ia dapat menolong daripada segi pendapatan isi rumah bukan secara jangka masa panjang tetapi untuk jangka masa pendek. Bahkan kalau kita lihat daripada segi jumlah penerima untuk tahun 2015, jumlah penerima adalah sebanyak 7.4 juta. Kita menjangkakan untuk tahun 2016, kerana pada masa sekarang terdapat juga masih yang diproses untuk tempoh rayuan, kita yakin daripada segi jumlah yang akan diluluskan tidak akan melebihi tahun 2015 kerana ada yang telah melebihi daripada segi sumber pendapatan mereka iaitu RM2,000 ke atas atau RM4,000 ke atas. Ini adalah kerana BR1M merupakan satu program untuk menolong tetapi kerajaan juga merangkakan projek-projek atau program-program seperti Program 1AZAM, program membuat reskilling dan program latihan yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Maka kita yakin ini merupakan salah satu di mana kita tidak harus mempunyai kriteria tambahan, kerana untuk memohon juga, kerajaan perlu melihat dan meneliti daripada anggaran 13 buah agensi di mana sama ada seseorang itu mempunyai pendapatan melebihi daripada jumlah yang telah dilaporkan. Maka kita yakin ini merupakan sesuatu di mana kita juga telah bahagikan di mana dulu adalah setahun sekali tetapi kita sudah bahagikan untuk memastikan wang ini betul-betul dapat memberi manfaat kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
5. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, secara terperinci berapakah peruntukan yang disediakan bagi Program MyDeposit dan sejauh manakah sambutan terhadap program tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Lipis. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lipis tadi bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Parit Sulong dan Yang Berhormat dari kawasan Silam bertarikh 18 Mei 2016.
Sila.
Kesemua Ahli Yang Berhormat ini telah pun membangkitkan persoalan yang sama, Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkaitan Skim MyDeposit yang dilaksanakan oleh kementerian saya.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu yang berkaitan dengan Program MyDeposit, saya ingin memaklumkan bahawa Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit ini adalah merupakan satu produk khusus atas inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan beban golongan pertengahan ataupun M40 dengan menyediakan satu lagi bentuk bantuan deposit kepada mereka yang mahu memiliki rumah pertama. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama ini. Skim MyDeposit ini, Tuan Yang di-Pertua, ia memberikan bantuan deposit sebanyak 10 peratus ataupun maksimum RM30,000 yang mana lebih rendah bagi rumah-rumah yang berharga RM500,000 ke bawah kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: (i) warganegara Malaysia; (ii) berumur 21 tahun ke atas; (iii) merupakan pembelian rumah pertama; dan (iv) pendapatan isi rumah di antara RM3,000 sehingga RM10,000 sebulan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lipis, peruntukan sebanyak RM200 juta ini, Tuan Yang di-Pertua, telah pun disediakan untuk tahun 2016 dan sebagai makluman kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Lipis, daripada 6 April 2016 sehingga 30 April 2016, sebanyak 3,602 permohonan yang lengkap yang telah pun diterima oleh Jabatan Perumahan Negara dan sedang diproses oleh Jabatan Perumahan Negara. Permohonan di bawah skim ini, Tuan Yang di-Pertua, masih lagi terbuka, Yang Berhormat, sehingga 31 Jun 2016. Ini adalah masa untuk rakyat termasuklah di kawasan Yang Berhormat untuk membuat permohonan secara online di laman web ehome.kpkt.gov.my di kementerian. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru dan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini supaya kita dapat uar-uarkan Program Skim MyDeposit ini supaya penduduk-penduduk atau pengundi-pengundi dalam kawasan kita boleh mengambil bahagian untuk berdaftar bagi pembelian rumah pertama. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari kawasan Silam bertanyakan mengenai mekanisme pelaksanaan. Untuk makluman Yang Berhormat dari Silam- dia tidak ada, tidak apa, saya jawab. Bagi memastikan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan ini benar-benar sampai kepada golongan sasar yang kita harapkan iaitu dalam kumpulan M40 pendapatan RM3,000 sehingga RM10,000 tadi, Tuan Yang di-Pertua, maka kementerian telah pun menetapkan mekanisme pelaksanaan termasuklah peringkat tapisan awal dan permohonan tersebut juga akan disemak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum dipertimbangkan dalam suatu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit. Tuan Yang di-Pertua, kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Parit Sulong sama ada program ini akan dilaksanakan secara berkala seperti BR1M, saya ingin memaklumkan ia adalah satu program skim yang berlainan daripada BR1M. Kalau BR1M ini kerajaan bagi secara tahunan tetapi ini adalah program untuk membantu golongan-golongan M40 berpendapatan seperti yang telah pun saya sebutkan tadi supaya mereka dapat memiliki rumah pertama.
Jadi insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua, program yang baik ini kementerian akan terus komited untuk melaksanakan Skim MyDeposit kerana ia adalah merupakan salah satu daripada insentif kerajaan dalam bentuk bantuan deposit kepada pembeli rumah pertama untuk meningkatkan lagi jumlah pemilikan rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya di sini merakamkan ucapan tahniah kepada kementerian kerana telah mengadakan program yang cukup komprehensif dan dinamik untuk kesejahteraan rakyat dan telah mewujudkan dana MyDeposit sebanyak RM200 juta. Jadi dalam soal ini, kita masih melihat ramai rakyat Malaysia khususnya kakitangan awam yang seramai lebih kurang 1.6 juta yang masih tidak mempunyai rumah yang mereka perlu miliki. Dengan pelancaran MyDeposit sebanyak RM200 juta ini, saya percaya penjawat awam ini akan memperoleh lebih banyak lagi perumahan-perumahan yang boleh mereka miliki. Dalam soal ini, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah sesetengahnya anak muda yang dikatakan di bawah 40 tahun ini ramai di antaranya tersangkut di CCRIS umpamanya? Ini yang perlu kita lihat bagaimanakah cara untuk menyelesaikannya dengan masalah bebanan tersebut, bebanan hutang dan pinjaman-pinjaman daripada bank. Pada pendapat saya, sekurang- kurangnya 60 peratus penjawat awam ini boleh memiliki perumahan ini.
Jadi bagaimanakah langkah kerajaan untuk memastikan masyarakat yang berumur di bawah 40 tahun ini akan dapat memiliki rumah dengan masalah-masalah yang ditimbulkan dan juga apakah perancangan daripada pihak kerajaan untuk menambah baik dari segi pinjaman itu bagi kita juga tidak lain dan tidak bukan dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara? Sekian, terima kasih.
Okey, panjang sangat soalan Yang Berhormat ini. Saya pun confused yang mana satu ini. Semua berbalik-balik. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat, tadi saya dah jawab secara detail tadi ya? Jadi kena faham betul- betul jawapan saya. Skim MyHome ini ia terbuka untuk rakyat Malaysia. Bagi penjawat awam yang disebut oleh Yang Berhormat tadi Tuan Yang di-Pertua, kita ada Program PPA1M, Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia kakitangan kerajaan. PPA1M ini Tuan Yang di-Pertua, sasarannya ialah membina 100,000 unit rumah untuk penjawat awam. Jadi penjawat awam, Yang Berhormat, masuk di bawah PPPA1M, yang Skim MyDeposit ini Yang Berhormat, adalah untuk warganegara Malaysia, untuk semua orang. Tidak mengira mereka muda ke kerana saya sudah menyebut tadi, umur 21 tahun ke atas. Jadi umur 40-an dan sebagainya itu termasuklah dekat dalam. Program Skim MyHome ini Tuan Yang di-Pertua, ia khusus untuk kumpulan sasar M40 ini, bukan umur 40 tahun ke bawah tetapi M40. Okey, Yang Berhormat? Okey, itu yang pertama. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, untuk Skim MyHome ini Yang Berhormat, jangan bimbang. Bagi Skim MyHome ini, CCRIS ini tidak wajib dikemukakan. Bagi Skim MyHome, CCRIS tidak wajib dikemukakan. Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan untuk mengemukakan laporan CCRIS itu semasa memohon kerana laporan CCRIS ini dia boleh didapati daripada semua cawangan Bank Negara. Okey, Yang Berhormat? Saya harap ia menjawab soalan Yang Berhormat kemukakan tadi. Terima kasih banyak.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih juga berkenaan dengan program MyDeposit untuk pembeli-pembeli rumah yang pertama ini, yang pemberiannya RM3,000 hingga RM30,000. Persoalannya ialah kalau RM30,000 ini ertinya, harga rumah itu lebih kurang dekat RM300,000. RM300,000 ini memerlukan sekurang-kurangnya payslip, dengan izin, gajinya tidak kurang RM6,000 sebulan. Inilah yang dialami oleh 960,000 orang kakitangan kerajaan yang tidak mampu untuk membeli rumah kerana harga rumah yang begitu tinggi.
Boleh atau tidak, kerajaan perlu untuk memperbanyakkan lagi terutamanya rumah- rumah yang mampu dimiliki dengan harga pendapatan rakyat yang berada di negara ini terutamanya golongan M40? Minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya bersekitar kepada yang berkaitan dengan Skim MyDeposit. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang pun sama, untuk penjawat awam. Yang ini ialah Skim MyDeposit, ia terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas. Saya dah jawab tadi bagi penjawat awam, dia ada Program Perumahan PPA1M, Yang Berhormat. 100,000 unit yang akan dibina oleh kerajaan. Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang mungkin ada masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan sebagainya, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai mana-mana rumah yang diperlukan oleh mereka, maka di peringkat Kementerian Kewangan, ada disediakan kemudahan yang boleh memberikan pinjaman kepada mereka yang memerlukan. Pinjaman yang disediakan ini Tuan Yang di-Pertua, memberikan pinjaman kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas, berpendapatan tidak tetap, yang tidak ada slip gaji, Yang Berhormat seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan sebagainya. Jadi kemudahan pinjaman ini melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Yang Berhormat, ia menyediakan pinjaman yang boleh dipinjam oleh mereka yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan dan tambahan pula mereka tidak mempunyai pendapatan tetap, slip gaji dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2016, saya ingin memaklumkan sedikit. Terdapat seramai 4,589 orang pemohon daripada kumpulan sasar yang saya sebutkan tadi dengan jumlah pinjaman sebanyak RM230,260,331.87. Kemudahan-kemudahan pinjaman di bawah SJKP yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Jadi kalau adalah pengundi di kawasan Yang Berhormat, yang kadang-kadang mereka tidak dapat pinjaman bank kerana ini adalah antara masalah yang sedang berlaku, jadi ini adalah antara kemudahan yang disediakan. Tadi Yang Berhormat sebut tadi, dia bukan untuk pinjaman di bawah Skim MyDeposit ini Yang Berhormat, ia adalah bantuan deposit yang disediakan oleh kerajaan kepada pemohon-pemohon bagi rumah pertama yang berpendapatan RM3,000 sehingga RM10,000. Bantuan deposit ini Yang Berhormat, ia berbentuk 10 peratus daripada harga jualan rumah. Sebanyak 10 peratus atau maksimum RM30,000 daripada harga jualan rumah. Makna, kalau dia beli rumah itu harga bernilai RM300,000, dia akan dapat RM30,000. Itu maksimum yang kita bagi dan ia berbeza Tuan Yang di-Pertua daripada Skim MyHome. Kalau Skim MyHome, rumah bernilai antara RM80,000 sehingga RM200,000. Skim MyHome ini, dia akan mendapat insentif atau geran yang diberikan oleh kerajaan, satu lagi program di bawah kementerian saya, geran yang bernilai RM30,000 yang dimasukkan dalam HDA akaun tetapi bagi mana-mana rumah, terhadap mana-mana pemaju yang telah pun berdaftar dengan Jabatan Perumahan Negara. Namun jika untuk Skim MyDeposit, pemohon boleh memilih mana-mana rumah di mana sahaja tetapi kalau Skim MyHome, pembeli perlu memilih unit rumah yang mahu dimiliki daripada pemaju-pemaju yang telah berdaftar dengan Jabatan Perumahan Negara. Maknanya, ini adalah antara dua skim yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian KPKT sama ada rakyat Malaysia berminat untuk mengikuti Skim MyDeposit atau pun berminat untuk mengikuti Skim MyHome. Jadi mereka mempunyai pilihan. Ini antara inisiatif yang disediakan oleh kerajaan di bawah Kementerian KPKT. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Soalan No.6 - Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat) tidak hadir]
7. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sama ada pihak kementerian ada membuat kajian terhadap masalah jenayah / kes ragut, rompak (street crime) yang berlaku setiap hari di negara kita ini. Apakah langkah- langkah kerajaan untuk membanteras jenayah ini?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, mengurangkan jenayah merupakan salah satu bidang keberhasilan utama negara (NKRA) yang menjadi tunggak Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Di bawah NKRA, mengurangkan jenayah selain menjalankan tugas-tugas rutin kepolisian, ia juga telah difokuskan kepada kawasan- kawasan hotspot iaitu kawasan yang dikenal pasti sebagai mempunyai aktiviti jenayah yang tinggi. Pihak kementerian dan Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah menjalankan kajian berhubung dengan Safety Perception Index pada tahun 2013 dan 2014 dengan menggunakan khidmat syarikat Frost & Sullivan dan juga Universiti Sains Malaysia. Kajian tersebut telah dijalankan di seluruh negara termasuk di kawasan-kawasan hotspot. Pada tahun 2013, hasil kajian telah menunjukkan hanya 47 peratus sahaja responden berasa selamat manakala pada tahun 2014 pula memperlihatkan penurunan lebih drastik iaitu kepada 39 peratus. Pada tahun 2015, pihak kementerian bersama PEMANDU JPM telah menggunakan khidmat USM untuk membangunkan crime perception indicator, dengan izin bagi mengukur kadar persepsi kebimbangan rakyat terhadap jenayah. Berdasarkan hasil kajian tersebut, didapati 80 peratus orang rakyat masih bimbang dan takut menjadi mangsa jenayah. Dalam perkara ini, kerajaan telah dan sedang mengambil pelbagai langkah untuk membanteras jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan di negara ini. Di antara langkah-langkah yang telah diambil dan sedang diambil oleh kerajaan untuk membanteras jenayah adalah untuk mengadakan tindakan seperti berikut: (i) high profile policing di mana pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turun padang bersama anggota polis yang lain untuk bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat.
(ii) melaksanakan kempen bersama membanteras jenayah ataupun United Against Crime, dengan izin bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bersama pihak berkuasa untuk membanteras jenayah; (iii) program Go to Safety Points, dengan izin yang melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa dengan pihak swasta di mana pekerja syarikat yang menyertai program ini iaitu 7-Eleven, Pos Malaysia dan syarikat minyak Petron serta Shell dilatih oleh PDRM untuk memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kejadian jenayah; (iv) melaksanakan omnipresence, dengan izin iaitu rondaan bersama PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan juga Jabatan Pertahanan Awam (JPAM); (v) menggantikan Unit Kereta Peronda (MPV) PDRM yang telah melebihi tempoh hayat iaitu sebanyak 1,200 buah bagi tahun 2015 dan 500 buah bagi tahun 2016; (vi) community policing melibatkan aktiviti seperti dialog bersama persatuan penduduk, pameran, sukaneka dan mesyuarat bersama rakyat setempat; (vii) rondaan bersama masyarakat di kawasan perumahan seperti bersama persatuan penduduk untuk mencegah jenayah; (viii) mewujudkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bertujuan untuk bertindak dengan cepat ke atas sesuatu kejadian jenayah dan juga berperanan menjalankan Stop and Talk dengan masyarakat bagi memperoleh maklumat untuk menangani masalah jenayah; (ix) pihak PDRM juga telah menubuhkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah;
(x) penubuhan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) bagi tujuan penguatkuasaan anti kongsi gelap dan perjudian; (xi) penubuhan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bagi tujuan pencegahan jenayah berat dan terancang; dan (xii) kerajaan juga telah menggubal dan membuat pindaan kepada beberapa undang-undang untuk membendung jenayah di negara ini seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2014 dan juga Akta Anti Keganasan (POTA) 2015 bagi menentang keganasan dari dalam dan luar negara. Kesimpulannya, kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara melalui program NKRA bagi mengurangkan jenayah dengan terus melaksanakan pelbagai inisiatif yang bermatlamat untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan supaya jurang di antara persepsi rakyat dengan apa juga yang dibuat oleh kerajaan ini dapat dikecilkan. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kanowit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang begitu panjang lebar dan komprehensif dengan tingkah laku kerajaan terhadap jenayah. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, berdasarkan rekod jenayah ragut, soal saya ini tertumpu kepada kes ragut. Biasanya kalau kawasan itu kawasan hotspot seperti yang disebutkan tadi dan dijaga oleh peronda, kes ragut akan kurang. Akan tetapi kalau pencegahan terhadap hotspot itu berkurangan, maka berlaku lagilah kes-kes ragut seperti ini. Jadi soalan saya terhadap ini, adakah peragut ini ialah mereka yang habitual offenders dan mereka tahu di mana police berada dan di mana polis tidak ada? Kedua, adakah mereka ini juga mempunyai sindiket yang memang melakukan jenayah ini. Begitu juga habitual offenders ini, adakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang tertangkap ini tidak setimpal dengan jenayah-jenayah mereka? Kedua soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada jumlah rekod yang dikenal pasti ini, berapakah jumlah mereka daripada warga asing terutamanya warga Indonesia? Ini disebabkan kalau di Sarawak, setiap kes ragut ini berlaku, memang ada daripada mereka ini ialah warga asing terutamanya Indonesia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, kes rompak dan ragut ini, street crime ini adalah bentuk opportunistic. Jadi, ia memberikan masalah kepada pihak polis terutamanya untuk mengadakan penyiasatan kerana kes ragut ini berlaku dengan secepat kilat. Kadang-kadang mangsanya tidak dapat untuk melihat wajah siapa yang telah melakukan jenayah ini kepada mereka. Kadang-kadang mereka juga tidak dapat melaporkan siapakah yang sebenarnya yang membuat jenayah itu kepada mereka. Jadi sebab itu, apa yang kerajaan buat adalah untuk memastikan bahawa rondaan diadakan di tempat-tempat yang menjadi hotspots dan juga maklumat dan penerangan diberikan kepada rakyat supaya mereka mengelakkan kawasan-kawasan hotspots ini dan cari cara lain untuk hendak lalu di kawasan tersebut. Pastikan bahawa mereka menyimpan barang-barang mereka dengan lebih sulit supaya ia tidak mudah untuk diragut oleh mana- mana penjenayah yang mahu melakukan street crime seperti kes ragut ini. Jenis jenayah seperti jenayah opportunistic ini, jenayah berpeluang ini, sebenarnya tidak mudah untuk dijangka oleh pihak polis daripada segi di mana tempat hendak berlaku. Kedua, daripada segi sesiapa suspect yang hendak melakukannya. Kalau ia melibatkan warga asing, itu lebih menyulitkan lagi pihak polis untuk mengadakan siasatan dan terus kepada pendakwaan. Akan tetapi apa yang pentingnya ialah rakyat tahu mengenai hak mereka dan apa juga aduan seperti aduan polis dan sebagainya perlu dibuat bagi kes-kes ini direkodkan dalam statistik polis.
Mengikut statistik polis, jenayah kes ragut ini walaupun masih lagi meningkat, tetapi kadar peningkatannya sudah berkurangan kerana langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan ini telah difahami oleh rakyat dan telah mengurangkan peluang untuk opportunistic crime ini berlaku. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Jenayah ragut banyak berlaku ketika pihak polis alpa dan di kawasan sasaran tanpa kawalan dan rondaan ketat ialah satu sebabnya adalah tidak cukup anggota-anggota polis. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian Yang Berhormat berhasrat untuk menambah anggota-anggota polis di tempat-tempat seperti di bandar raya Kuala Lumpur dan juga di Johor Bahru oleh kerana indeks jenayah ragut ini amat tinggi di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat merupakan Ahli Parlimen untuk kawasan Bukit Bintang yang berada di kawasan Kuala Lumpur yang memang juga menjadi hotspots kepada jenayah berbentuk ragut ini. Solusinya ialah bukan untuk menambah jumlah anggota polis sahaja. Kita perlu mencari cara di mana kita boleh menggunakan teknologi untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada kehadiran pihak polis di atas jalan raya. Oleh sebab itu kerajaan sekarang sedang menimbangkan untuk meletakkan lebih banyak lagi kamera di kawasan-kawasan hotspots ini. Kamera ini juga bukan diletak hanya untuk menjadi alat untuk melihat sahaja. Ia juga boleh dilengkapkan dengan perisian yang boleh mengenal pasti wajah mereka yang berada di dalam kawasan yang hotspots tersebut dan ia juga boleh dibina database mengenai sesiapa yang melalui kawasan-kawasan hotspots tersebut. Akhirnya, database ini boleh dipadankan database penjenayah mungkin yang telah direkodkan oleh polis. Jadi langkah-langkah ini akan mengambil masa yang lama dan juga peruntukan sekarang ini sedang diperoleh. Akan tetapi memandangkan keadaan ekonomi negara kita belum lagi pulih sepenuhnya dan keadaan kewangan kita belum lagi pulih sepenuhnya, perkara ini masih lagi dalam proses memperoleh bajet. Akan tetapi insya-Allah dalam masa-masa akan datang, inilah dia perancangan kerajaan terhadap usaha untuk mengurangkan jenayah street crime ini dengan menggembleng tenaga polis dan juga teknologi menggunakan kamera. Terima kasih.
Ya, saya jemput Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff.
8. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah penghuni di rumah perlindungan wanita, apakah keberkesanan dan cabarannya sejak penubuhan dari tahun 2008 hingga kini di seluruh negara.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman rumah perlindungan di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori tempat selamat yang mana rumah atau institusi yang diselenggarakan atau diuruskan oleh agensi di bawah kementerian atau oleh mana-mana agensi atau pertubuhan sukarela lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud-maksud Akta Keganasan Rumah Tangga. Bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga serta mangsa-mangsa mengikut kumpulan sasar kementerian. Kategori kedua pula ialah rumah perlindungan wanita yang disediakan secara khusus bagi mangsa pemerdagangan orang yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2008. Berikutan pewujudan Akta ATIPSOM 2007 atau Anti-Trafficking in Persons and Anti- Smuggling of Migrants Act pada tahun 2007, dengan izin.
Rumah perlindungan bagi kategori pertama atau dikenali sebagai tempat selamat disediakan khusus kepada mangsa keganasan rumah tangga serta mangsa-mangsa lain di bawah kategori kumpulan sasar kementerian seperti kanak-kanak, warga emas dan lain- lain. Pada masa ini terdapat 42 buah tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga di seluruh negara iaitu sebanyak 35 buah tempat selamat yang dikendalikan oleh kerajaan dan tujuh buah tempat selamat yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Mana-mana tempat selamat di bawah kementerian ini tidak boleh didedahkan kepada orang awam atas faktor keselamatan kepada mangsa yang diberikan perlindungan. Bagi rumah perlindungan wanita kategori kedua pula disediakan kepada golongan wanita yang berusia 18 tahun ke atas yang menjadi mangsa pemerdagangan orang yang mendapat perintah perlindungan daripada mahkamah. Kebanyakan penghuni di rumah perlindungan aktif terdiri daripada mangsa eksploitasi seksual dan buruh paksa. Setakat ini kementerian telah menubuhkan rumah perlindungan untuk wanita seperti berikut: (i) Rumah Perlindungan Tiga; (ii) Rumah Perlindungan Lima; (iii) Rumah perlindungan Johor; dan (iv) Rumah Perlindungan Zon tengah. Berdasarkan statistik kemasukan penghuni, seramai 5,364 wanita telah diperintah perlindungan interim IPO semenjak tahun 2008 sehingga 31 Disember 2015. Walau bagaimanapun seramai 1,980 ataupun 37 peratus wanita telah diberikan perintah perlindungan (PO) semenjak daripada tahun 2008 sehingga 31 Disember 2015. Penghuni di rumah-rumah perlindungan wanita adalah wanita bukan warganegara Malaysia yang terdiri daripada warganegara Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, Laos, Nigeria, Uganda dan sebagainya. Memandangkan penghuni tersebut bukan warganegara, kementerian ini hanya memberikan perlindungan dan jagaan kepada mereka. Sepanjang tempoh berada di rumah perlindungan, beberapa program dan aktiviti telah dirancang oleh pihak agensi di bawah kementerian dengan kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti menjalankan program kaunseling, terapeutik, kraf, kelas bahasa, kemahiran terapi refleksologi, terapi mandala dan sebagainya. Walau bagaimanapun, program dan aktiviti ini bukan program latihan wajib dan penglibatan penghuni dalam program serta aktiviti tersebut adalah atas dasar sukarela. Berdasarkan program-program yang dilaksanakan oleh kementerian kepada penghuni di rumah perlindungan aktif, penilaian terhadap keberkesanan program dilaksanakan dapat dilihat melalui maklum balas daripada penghuni di mana penghuni dengan rela hati mengikuti program-program yang dianjurkan oleh kementerian dan permintaan untuk memperbanyak aktiviti-aktiviti seumpamanya kerana program-program yang dijalankan telah memberikan impak positif terhadap sokongan psiko-sosial mereka. Maklum balas ini juga selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd di Rumah Perlindungan Lima pada tahun 2014. Cabaran utama pihak kementerian dalam menguruskan penghuni di rumah perlindungan aktif adalah komunikasi yang melibatkan penggunaan bahasa yang berbeza. Hal ini kerana penghuni-penghuni di rumah perlindungan aktif terdiri daripada wanita warganegara asing. Cabaran ini telah menyukarkan proses penyampaian perkhidmatan kepada penghuni dan bagi menangani kekangan ini, kementerian perlu menyediakan jurubahasa untuk memudahkan urusan komunikasi bersama dengan penghuni di rumah perlindungan. Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh kementerian adalah masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini telah mencetuskan idea baru kepada kerajaan untuk memulakan kerjasama yang lebih erat dengan perubahan bukan kerajaan kerana mereka menawarkan perkhidmatan pemulihan mangsa secara sukarela. Selain daripada melaksanakan program persediaan kepada mangsa untuk dihantar pulang ke negara masing-masing dan program integrasi semula ke dalam masyarakat.
Pada tahun 2011, kementerian menubuhkan rangkaian kerjasama dengan NGO terutamanya dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (MCWO), Majlis Kebangsaan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Suka Society (SUKA) dan Coalition to Abolish Modern-Day Slavery dan juga Good Shepherd. Di antara program yang dilaksanakan oleh NGO adalah berbentuk kelas bahasa Inggeris, aktiviti memasak, menari dan psikoterapi kepada mangsa. Semua program dijalankan secara mingguan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga turut bekerjasama dengan International Organization for Migration (IOM). Mulai bulan Oktober 2010, IOM mula melakukan penilaian psiko-sosial kepada semua rumah perlindungan kerajaan dan memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan. IOM juga membantu kementerian dalam mengendali beberapa program latihan untuk pegawai-pegawai pelindung. IOM juga berkongsi kepakaran untuk menambah nilai client management system sedia ada supaya selaras dengan piawaian antarabangsa. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di atas jawapan yang telah diberi begitu baik saya kira. Begitu besar cabaran dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas segala usaha yang telah dibuat untuk memastikan kebaikan dan keselamatan terutama kepada kebajikan kepada kaum wanita di seluruh negara kita. Soalan saya ialah sejauh mana peranan keluarga? Seperti yang kita tahu anak- anak yang terjebak dengan kes-kes yang melibatkan salah laku dan sebagainya, ini perlu kepada bukan sahaja bantuan dari sudut kebajikan mereka tetapi psikologi untuk sokongan daripada keluarga sangat penting untuk usaha pemulihan. Jadi setakat ini sejauh mana peranan yang telah dimainkan oleh pihak keluarga dan apakah usaha oleh pihak kementerian untuk memastikan keluarga mereka memainkan peranan penting dalam pemulihan anak-anak yang terjebak ini? Berapa banyakkah kes terjebak semula selepas keluar daripada pusat perlindungan ini, anak-anak remaja ini terlibat semula dalam kes-kes yang melibatkan keruntuhan moral ini? Sejauh mana program-program yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan NGO-NGO yang telah memberi sumbangan ataupun sokongan untuk membantu pemulihan perlindungan kepada wanita ini telah diberikan insentif oleh pihak kerajaan dan apakah bentuk insentif yang telah diberikan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Pertamanya diminta tadi statistik berkenaan dengan kanak- kanak yang di rumah perlindungan, nanti kita akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan peranan keluarga, memang itulah yang kita tekankan supaya keluarga memainkan sama-sama peranan dalam usaha kita memulihkan kanak-kanak yang kita lindungi ini. Akan tetapi pada biasanya, rumah perlindungan yang kita sediakan untuk wanita ini adalah diperlukan bagi mereka yang merasakan diri mereka terancam terutamanya kalau wanita itu mungkin oleh suaminya ataupun ahli keluarga yang lain. Oleh sebab itulah mereka akan datang menemui pihak kita Jabatan Kebajikan dan meminta dilindungi buat sementara waktu. Oleh sebab itu dalam hal seperti ini, kita kena berhati-hati, jika memang dia merasa terancam, yang mengancam itu adalah keluarga yang melakukan keganasan terhadap wanita itu ataupun kanak-kanak itu adalah keluarga, maka kita kena berhati-hati memilih sama ada keluarga itu layak untuk datang buat masa ini untuk membantu mereka. Akan tetapi di mana memang keluarga boleh memainkan peranan maka memang kita sebaik-baiknya kita tidak mahu mereka di dalam institusi kita. Oleh sebab itu di bawah pindaan Akta Kanak-kanak baru-baru ini, kita telah memperkenalkan cara pemulihan di luar daripada institusi iaitu untuk bersama dengan keluarga, insya-Allah Yang Berhormat. Berkaitan dengan apakah- memang kita banyak bekerjasama dengan NGO. Apakah insentif yang kita berikan kepada NGO? Banyak NGO di dalam negara kita Malaysia ini yang berdaftar dengan kementerian kita sama ada dari segi kebajikan ataupun NGO wanita, ramai yang menerima geran daripada kementerian untuk melaksanakan program-program mereka.
Kita juga ada program di mana kita memberikan pengiktirafan kepada mereka dengan memberikan mereka anugerah-anugerah yang tertentu di atas segala usaha mereka untuk membantu masyarakat di dalam negara kita. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Samarahan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya untuk soalan ini. Rumah perlindungan wanita ini memang telah pun memberi banyak kesan kepada wanita-wanita yang bermasalah atau terpedaya. Saya ingin hendak tahu daripada pihak kementerian apakah bentuk persediaan atau pengisian yang diberikan kepada pelatih rumah perlindungan wanita ini dari segi kewangan atau sara diri apabila mereka keluar daripada pusat rumah perlindungan wanita supaya mereka tidak terjebak lagi atau terjerumus kepada kancah yang lebih berat lagi seperti pelacuran dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan, seperti yang mana saya sebutkan dalam jawapan yang awal tadi sebab kita ada dua jenis rumah perlindungan yang pertamanya untuk aktif iaitu mereka yang diperdagangkan dari luar negara. Untuk mereka ini semuanya adalah sementara sahaja mereka berada di dalam pusat perlindungan kita sementara menunggu mereka dikembalikan ke negara masing-masing ataupun jika ada kes di mahkamah di dalam negara kita sementara kes itu diselesaikan, mereka akan berada dalam perlindungan kita. Dalam masa itu kita akan mengadakan program-program seperti mana tadi yang saya sebutkan yang mana mereka boleh ikut secara sukarela dan tidak ada paksaan. Ini kerana mereka ini selepas ini akan dihantar balik ke negara mereka. Akan tetapi bagi wanita yang memohon perlindungan kerana keganasan rumah tangga misalnya di pusat- pusat perlindungan kita yang ada di seluruh negara yang mana saya tidak boleh maklumkan di mana tempatnya ini. Biasanya mereka akan datang ke situ untuk tempoh yang pendek sahaja. Misalnya dua atau tiga hari untuk mereka menenangkan fikiran mereka dan menjauhkan diri mereka daripada pendera daripada rumah misalnya suami atau lain-lain ahli keluarga. Selepas itu mereka akan minta keluar. Jika mereka memerlukan perintah dari mahkamah yang memerlukan perintah dari mahkamah pula sementara mereka mendapat perintah dari mahkamah ini kita akan lindungi di rumah perlindungan kita tetapi selepas mendapat perintah dari mahkamah tidak semestinya mereka akan berada dalam rumah perlindungan kita, mereka akan berada di luar sama ada kembali ke rumah mereka atau ke rumah yang lain. Akan tetapi bagi anak-anak muda yang dalam perlindungan kita di bawah 18 tahun ini, mereka akan berada di dalam pusat kita sehingga mereka berumur 18 tahun. Bagi mereka yang masih perlu diberikan persekolahan, maka kita akan hantar mereka untuk bersekolah seperti biasa juga. Sekolah rendah, sekolah menengah sehinggakan ada mereka yang layak yang memang mempunyai kebolehan dalam bidang akademik mereka akan dihantar sampai ke peringkat universiti, ke peringkat kolej dan sebagainya dan ramai di antara mereka ini sekarang ini sudah pun mencapai kejayaan. Itu antara persiapan yang kita sediakan. Selain daripada itu juga, mereka yang tidak mempunyai kebolehan akademik yang baik, maka mereka akan diajar atau dilatih dalam bidang-bidang kemahiran seperti kraf, jahit menjahit dan sebagainya supaya akhirnya bila mereka keluar nanti mereka boleh berdikari dan hidup seperti insang-insan yang lain biasa juga. Alhamdulillah kita melihat bahawa usaha kita ini telah dapat menunjukkan hasil yang baik kerana ramai mereka ini tidak kembali kepada apa yang menjadi masalah mereka terdahulunya alhamdulillah. Terima kasih.
9. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, apakah kemajuan siasatan mengenai tumpahan minyak setiap tahun, minyak dari laut akan terdampar di pantai-pantai Malaysia agar isu seperti Perhentian Besar di Terengganu tidak berlaku dan mengurangkan ancaman kepada kehidupan laut serta menjaga keindahan pantai kepada sektor pelancongan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai dan tahniah. Ini kerana soalan ini sangat berkait rapat dengan alam sekitar khususnya kestabilan ekologi di dalam laut berkenaan dengan tumpahan minyak. Jadi untuk menjawab soalan tersebut saya sebut di sini ialah sepanjang lima tahun yang lepas hanya lima kes pencemaran marin atau minyak telah didakwa oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kes-kes ini melibatkan pembuangan minyak daripada aktiviti perkapalan sama ada sengaja atau tak sengaja dan sebagainya di Semenanjung Malaysia juga Sabah dan Sarawak. Bagi kes pencemaran minyak di kawasan pantai terdapat sebanyak 15 kes telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar berhubung tar ball ataupun bola tar iaitu minyak petroleum yang telah mengalami proses weathering selepas terapung di laut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya sukar untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut sama ada tumpahan dan sebagainya. Justeru ada beberapa pendekatan kita buat seperti penubuhan pangkalan data profil DNA, dengan kerjasama dengan Petronas dan sebagainya. Apa yang penting ialah way forward bagaimana kita boleh mengawal tumpahan minyak ataupun bagaimana kita boleh melawan, combat tumpahan minyak tersebut. Ada beberapa kaedah pendekatan yang kementerian buat seperti mengadakan latihan tumpahan minyak, mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran dan sebagainya. Itu status siasatan dan status tindakan yang sedang kementerian buat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Bolehkah kementerian menyatakan secara terperinci atau structure mengenai environmental quality atau marine oil pollution control regulation yang akan digubal oleh kementerian dan dalam tatacara piawaian operasi yang akan diperkemaskan? Adakah merangkumi pembayaran pampasan kepada masyarakat yang terjejas sumber pendapatannya akibat isu tumpahan minyak? Apakah peraturan yang akan diubah ini juga merangkumi tindakan ke atas tumpahan atau limpahan air kumbahan domestik ke kawasan pantai di Malaysia dan pencemaran bahan berbahaya ke atas laut berhampiran dengan kawasan pelabuhan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya sejak Yang Berhormat Menteri Santubong mengepalai atau mengetuai kementerian ini, banyak akta-akta tertentu yang akan digubal, diubahsuai termasuklah akta-akta baru menepati keperluan alam sekitar sekarang termasuklah sumber asli. Antara akta yang berkaitan rapat dengan laut adalah akta taman laut. Sekarang di bawah JTLM ataupun Jabatan Taman Laut Malaysia di mana akta tersebut menteri yang in charge dengan izin adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Cuma kementerian tersebut menurunkan kuasa kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang pada pendapat kami tidak efisien dengan izin. Ini antara contoh. Begitu juga akta-akta berkaitan dengan kualiti alam sekitar yang berkaitan dengan tumpahan minyak dan sebagainya sebenarnya perlu ada tadi saya sebut perlu ada satu pangkalan data profil DNA, minyak dengan kerjasama pihak-pihak yang tertentu, peraturan- peraturan yang perlu dikemas kini, yang perlu diperundangkan termasuklah jumlah denda atau penalti yang patut dinaikkan daripada RM500,000 sekarang kepada lebih tinggi lagi ataupun penjara lima tahun mungkin lebih banyak lagi tempoh, lagi panjang tempoh penjara tersebut. Semuanya sedang dalam proses semakan untuk melihat dari sudut mana sesuatu akta itu boleh kita perkemaskan.
Sebenarnya dari sudut lain pula, jika punca pencemaran minyak dikenal pasti, pihak kerajaan boleh menuntut melalui insurans untuk membayar pampasan kepada pihak yang terlibat. Akan tetapi soalnya ialah selain daripada akta tertentu yang boleh kita perkemaskan ialah bagaimana kita boleh mengenal pasti punca sesuatu pencemaran itu. Ini satu kerja yang sangat sukar. Maka, oleh sebab itulah perlu ada satu profil data DNA dan sebagainya seperti yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah tindakan dan langkah untuk menilai kesan tumpahan dalam lima tahun ini terhadap laut kita dan pantai kita?
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sebenarnya sangat sukar untuk menilai sesuatu kesan akibat daripada tumpahan minyak. Bukan satu perkara yang mudah, bukan sahaja melibatkan taman laut itu sendiri kerana di dalam negara Malaysia saya boleh sebut di sini iaitu antara penilaian yang telah kita buat iaitu Pulau Payar. Ini sebagai contoh, Pulau Payar, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Sibu dan Pulau Labuan, di antara pulau-pulau yang telah pun kita nilai daripada segi taman lautnya mempunyai nilai yang tinggi atau total economic value yang tinggi. Ini semuanya ada kaitan dengan kesan sekiranya sesuatu tumpahan minyak berlaku. Misalnya Pulau Payar, TEV atau total economic value adalah RM174 juta setahun, ini antara contoh. Akan tetapi tidak semua taman laut kita telah pun nilai daripada segi total economic value. Itu daripada segi taman laut tetapi dari segi tahap air masin pula, kita masih lagi berdasarkan kepada pemantauan kualiti air masin. Bermaksud, sekarang masih lagi mematuhi piawaian yang ditetapkan kalau daripada segi air masin dan sebagainya, itu masih lagi dalam lingkungan piawaian. Kita tidak perlu bimbang. Cuma saya sebutkan tadi tentang kesan kepada keseluruhan alam sekitar, keseluruhannya terutamanya berkaitan dengan taman laut kerana Yang Berhormat sedia maklum taman laut penting kepada kehidupan ataupun kestabilan ekologi dalam taman laut yang menjurus kepada sumber makanan laut kepada manusia di dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
10. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Kesihatan menyatakan, rancangan untuk menaik taraf Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai. Soalan ini adalah soalan yang spesifik kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru merupakan hospital negeri yang menawarkan perkhidmatan kepakaran yang komprehensif kepada penduduk Johor Bahru. Ia juga merupakan hospital rujukan untuk Wilayah Selatan. Kementerian Kesihatan sedia maklum akan kadar penggunaan katil yang tinggi atau bed occupancy rate melebihi 90 peratus, sekarang sudah jadi 93 peratus dan terdapatnya keperluannya untuk menaik taraf hospital ini. Sehubungan dengan itu, usaha untuk menaik taraf dan membina semula sebahagian fasiliti Hospital Sultanah Aminah telah dirancang secara menyeluruh dan projek-projek menaik taraf tersebut telah dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2005 sehingga sekarang dan ia akan diteruskan selanjutnya bagi disesuaikan dengan keperluan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebanyak tiga projek telah dilaksanakan dengan nilai semuanya RM30 juta. Ini adalah seperti yang disenaraikan di sini iaitu projek membekal, menghantar, memasang dan mentauliah peralatan brain sweep bagi perkhidmatan neurosurgeri. Ini bernilai RM27 juta. Projek naik taraf lif Blok C, dan Blok D dengan nilai RM1,890,000 dan menaik taraf pusat kutipan darah fasa 1 dan 2, banglo dan makmal induk dengan harga RM1,123,000. Jumlah RM30 juta. Seterusnya, sebanyak lima buah projek lagi yang telah diluluskan dan sedang dalam peringkat pelaksanaan. Ini seperti yang saya juga dalam senarai ini iaitu lima buah projek. Satu, projek membekal, memasang, menguji dan mentauliah mesin angiogram, evasive cardio lab. Ini dalam proses penyediaan document tender. Projek membekal, memasang, menguji dan mentauliah mesin spec di Jabatan Perubatan Nuklear. Ini juga dalam proses penilaian tender. Projek membekal, memasang, menguji dan mentauliah mesin pembekal dan memasang mesin ESLW. Ini adalah projek dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap pada bulan Ogos tahun ini. Projek naik taraf lif Blok A dan Blok B. Projek dalam pelaksanaan, di mana tarikh serah tapak pada kontraktor pada 22 Mac tahun ini dan dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.
Projek pembinaan bangunan baru Jabatan Patologi. Ini projek sedang dalam peringkat memuktamadkan reka bentuk, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, ada lapan buah projek naik taraf kecil yang telah diluluskan yang bernilai, jumlah semua sekali RM2.2 juta. Ini yang dalam senarai. Kalau hendak baca panjang juga, Tuan Yang di-Pertua. Bolehlah saya baca untuk- tidak payah? Okey, kemudian dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kesebelas, KKM juga mempunyai rancangan untuk membina Pusat Rawatan Harian ataupun ACC dan Kompleks Pakar Hospital Sultanah Aminah. Cadangan pelaksanaan projek ini adalah melalui kaedah penswastaan, land swap tanah milik KKM di Tampoi, Mukim Bandar Johor Bahru. Kertas Kerja cadangan penswastaan tersebut telah dikemukakan oleh KKM, kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) pada bulan Mac tahun ini, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya bagi pihak rakyat negeri Johor, saya ingin ucapkan terima kasih kepada KKM yang berjanji untuk melaksanakan pelbagai projek untuk menaik taraf HSA ini. Akan tetapi saya hendak tanya di sini, pada hujung tahun yang lalu pernah berlaku bahawa lif di blok C dan blok D yang tidak berfungsi. Semasa saya pergi ke HSA untuk melawat pesakit-pesakit di sana juga mengalami isu ini. Jadi saya hendak tanya, siapa kontraktor untuk konsesi hospital support service HSA dan berapa lama masalah ini berlaku di HSA? Kenapa selepas kontraktor HSS dilantik tetapi masalah ini masih berulang berlaku kerana ini telah banyak mengakibatkan kesulitan kepada pesakit-pesakit dan juga pelawat-pelawat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, hospital kerajaan memang maintenance adalah di bawah concessionaire yang telah kita lantik, Tuan Yang di- Pertua. Ini semuanya dibuat melalui concessionaire. Saya sebut tadi lif telah diperbaiki, dua buah blok telah dibaiki. Tinggal blok C dan D. Sekarang sudah selesai dua buah blok dan yang dalam peringkat pelaksanaan adalah blok A dan B. Akan selesai tidak lama lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Boleh?
Ini soalan spesifik Yang Berhormat Penampang.
Akan tetapi hospital.
11. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Cyber Security Malaysia bagi melindungi maklumat kerajaan daripada penceroboh siber dengan tujuan untuk mencuri atau menjualnya kepada pihak ketiga dengan menggunakan "Secret Encryption" sebagaimana berlaku dalam kes "Panama Papers".
Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salah sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 11. Dalam soalan ini, punca daripada soalan ini bermula daripada soal secret encryption yang berlaku daripada kisah contohnya Panama Papers. Jadi, saya hendak bacakan sedikit apa yang dikatakan dengan kes Panama Papers ini supaya banyak Yang Berhormat boleh faham.
Kes ‘Panama Papers’ merupakan pendedahan kepada dokumen sulit milik firma Mossack Fonseca yang berpusat di Panama City. Pendedahan ini melibatkan urusan kewangan lebih daripada 215,000 syarikat luar pesisir atau offshore dan 14,153 individu yang berprofil tinggi terutama ahli politik, golongan hartawan dan ahli keluarga pemimpin negara dan artis terkenal dari seluruh dunia yang telah didedahkan. Itu adalah Panama Papers.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Cyber Security Malaysia sentiasa mengambil langkah yang proaktif dan bersepadu untuk menangani trend ancaman siber selari dengan perkembangan pesat teknologi ICT masa kini. Kebergantungan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT menyebabkan negara kita terdedah kepada pelbagai ancaman siber yang semakin meningkat kebelakangan ini. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut: (i) melaksanakan program-program di bawah Dasar Keselamatan Siber Nasional ataupun National Cyber Security Policy (NCSP) untuk menangani ancaman siber terutama dalam melindungi infrastruktur kritikal maklumat negara ataupun critical national information infrastructure (CNII); (ii) menggubal Dasar Kriptografi Negara ataupun MKN untuk melindungi keselamatan aset maklumat kritikal negara melalui pelaksanaan infrastruktur kriptografi yang boleh dipercayai; (iii) membangunkan rangka kerja dan rangka Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik; dan (iv) melaksanakan pensijilan standard ataupun Information Security Management System (ISMS) berdasarkan standard antarabangsa ISO 27001 dan melaksanakan program kesedaran siber di peringkat kebangsaan bagi memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan isu keselamatan siber. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan kriptografi secara meluas dalam urusan elektronik berupaya mewujudkan satu persekitaran siber yang selamat dan boleh dipercayai. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Cyber Security Malaysia telah membangunkan dua algorithms atau algoritma kriptografi iaitu CSM Block Cipher dan CSM Stream Cipher yang telah diuji dan dinilai oleh pakar tempatan bagi tujuan penyulitan data atau data encryption yang akan digunakan untuk membangunkan produk kriptografi yang terpercaya atau trusted cryptography. Bagi meningkatkan tahap perlindungan maklumat kerajaan dan agensi melalui kriptografi, Arahan 24 Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memperuntukkan Cyber Security Malaysia sebagai agensi yang menjadi rujukan teknikal kerajaan dalam memberi khidmat nasihat kritikal berkaitan pelaksanaan kriptografi kepada agensi kerajaan seperti MKN dan MAMPU. Di samping itu, Cyber Security Malaysia juga menyediakan modul dan menjalankan latihan kepakaran berkaitan dengan kriptografi. Cyber Security Malaysia juga mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan beberapa projek pembangunan berkaitan teknologi encryption di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu: (i) menubuhkan Makmal Penilaian Modul Kriptografi; (ii) membangunkan skim penilaian dan pensijilan modul kriptografi atau Malaysia Cryptography Module Validation Program (MyCMVP); dan (iii) menyediakan rangkaian data Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara. Dengan pelaksanaan langkah-langkah pengukuhan ini, saya yakin keselamatan maklumat kerajaan akan dapat dilindungi daripada pencerobohan dan seterusnya mengelak berlakunya kecurian data. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Putatan. Ringkas, ya.
Ya, soalan ringkas kepada Yang Berhormat Menteri profesor yang tahu semua soal sains dan teknologi. Soal kriptologi ini memang soal yang agak sukar difahami dan juga algoritma. Hanya saintis seperti profesor yang tahu soal ini.
Ya, seperti Yang Berhormat Putatan.
Soalan tambahan. Oleh kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada MOSTI ini, saya baru-baru ini ditanya oleh rakyat, selain daripada PDRM yang tahu soal lokasi dengan telefon, text messages, dengan melalui Google Map- Tuan Yang di-Pertua pun tahu, ada telefon, tahu di mana lokasinya pada instance di mana. Jadi ini satu pertanyaan yang saya belum faham dan saya minta kefahaman daripada pihak kementerian. Selain daripada Cyber Security yang mana pihak kementerian ini juga menjaga remote sensing di negara kita ini, adakah pemilik telefon itu, seperti Semporna, kita tahu di mana dia berada pada saat-saat demikian? Juga, teks-teks messages ini. Kami tahu, polis tahu apa perbualan dalam telefon kita. Adakah juga telefon bimbit kita ini, lokasi ini orang tahu di mana kita berada?
Tuan Yang di-Pertua, soalannya panjang, jawapannya pendek. Memang kita boleh tahu. Kita boleh kesan di mana kedudukannya. Kita mempunyai peralatan yang mencukupi di Cyber Security Malaysia untuk mengesan semua ini. Terima kasih... [Disampuk] Ya, memang kita mempunyai peralatan yang sangat canggih dan ini memang kita boleh tahu dan percakapan yang telah dicakapkan beberapa tahun dulu pun kita boleh tahu.
Yang Berhormat Putatan, dalam tandas pun tahu, tahu?
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [16 Mei 2016]
Ya, saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani untuk memulakan perbahasan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang dihidangkan di depan kita ialah satu rang undang-undang untuk menyemak dan meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Saya amat bersetuju dengan kementerian yang membawa rang undang-undang ini, very timely, kerana supaya apa juga yang kita lakukan ini selari dengan kehendak Maritime Labour Convention 2006. Dunia telah pun pantas menyusun SOP dan juga isu-isu yang berkait dengan maritim dan saya rasa ini memang wajar kita sokong kerana isu-isu yang diperkenalk-an ataupun dikemukakan adalah isu-isu yang amat relevan dengan keadaan semasa. Apa yang ada dalam rang undang-undang ini akan kita lihat bagaimana definisi- definisi serta ungkapan-ungkapan akan diperjelaskan. Akan tetapi yang lebih penting sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa dalam rang undang-undang ini disentuh tentang hal-hal keselamatan kapal, kebajikan anak-anak kapal, latihan kepada anak kapal ataupun kita panggil seafarer dan kualifikasi (qualification) yang diperlukan untuk menjadi anak-anak kapal. Yang lebih penting lagi saya kira ialah juga untuk melihat bagaimana kita move forward industri ini, industri yang mempunyai peluang yang amat luas dan dengan terwujudnya SOP ataupun dengan terpindanya Ordinan Perkapalan Saudagar 1950 ini, saya rasa kita boleh move forward dengan keadaan yang lebih teratur. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya melihat bahawa bagaimana di Malaysia, Jabatan Laut Malaysia atau Marine Department of Malaysia telah pun mendaftar 52 buah syarikat dan agensi yang terlibat dalam industri ini. Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai potensi yang amat hebat, bagaimana daripada 52 buah syarikat-syarikat yang melibatkan diri dalam industri ini, majoritinya adalah syarikat-syarikat persendirian, walaupun ada institusi-institusi pengajian tinggi dan juga agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, melihat bahawa bagaimana industri ini mempunyai potensi yang luas dengan syarikat-syarikat mengambil inisiatif untuk mengadakan program-program bagi membangunkan industri ini.
Yang Berhormat Kuala Kedah berdiri Yang Berhormat.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sebelum Yang Berhormat Sungai Petani pergi lebih jauh, saya nak minta pandangan Yang Berhormat tentang satu isu kebajikan anak- anak kapal. Saya teringat jelas dua kali saya berjumpa dengan orang yang saya kenali, mereka pelaut, balik dari laut dan sangat kurus. Selepas lama tidak berjumpa, mereka kehilangan banyak berat badan. Bila saya tanyakan, jawapannya ialah semasa belayar, tidak ada makanan yang sesuai. Satunya kerana dia Islam, tidak ada makanan yang sesuai langsung dia kata. Maka perlu makan biskut-biskut selama tiga bulan, seorang lagi selama enam bulan. Seorang lagi juga ada masalah lain. Jadi di sini apakah langkah, maksud saya ialah bagaimanakah pandangan Yang Berhormat tentang mekanisme untuk menguatkuasakan kebajikan tadi? Isu ini isu agak besar saya difahamkan. Terima kasih.
Yang Berhormat, dia mabuk laut, itu dia selalu muntah. Itu sebab dia kurus. Sila.
Dia mabuk free Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju Yang Berhormat Kuala Kedah, sebab itu apabila memerhatikan pindaan ini juga dicatatkan apakah yang perlu ada dalam sebuah kapal. Apakah qualification untuk seorang itu menjadi seafarer? Apakah latihan yang harus dilalui dan ada guideline terhadap apa-apa yang harus ada dalam kapal itu sebelum kapal itu diluluskan oleh pendaftar?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut di sini ialah kalau kita lihat Malaysia ini, kedudukan kita ini samalah seperti Korea Selatan. Kita mempunyai Semenanjung dan kita juga ada wilayah kepulauan, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak bukan negeri ya Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak ialah wilayah kita. Jadi ia bukan sebahagian daripada negeri kerana Malaya, Sabah dan Sarawak lah yang membikinkan Malaysia. Jadi saya iktiraf Sabah dan Sarawak sebagai wilayah di sini. Oleh yang demikian, kalau di Korea, kedudukan fizikalnya sebagai satu peninsular dapat menghasilkan industri marin yang amat hebat di dunia. Malah untuk pengetahuan kita semua, shipyard yang terbesar di dunia ialah di Ulsan, Tuan Yang di-Pertua dan Ulsan ini menempatkan the three big players iaitu Hyundai Heavy Industries, Samsung Heavy Industries, Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering. Bagaimana sebuah negara yang posisinya sama seperti kita dapat memberikan semua R&D dan peruntukan bagi membangunkan industri yang terbesar di dunia ini? Tuan Yang di-Pertua juga pernah melawat tempat ini, saya juga pernah melawat tempat ini dan ramai kawan-kawan kita yang telah melawat tempat ini. Malah kawasan ini seolah-olah menjadi state within state. Bagaimana Hyundai dan Daewoo menjaga pekerja- pekerjanya, sekolah ada dalam situ, klinik ada dalam situ, institusi pengajian tinggi juga ada dalam kawasan industri ini. Ianya ialah state within state. Bagaimana keseluruhan kehidupan di sana dijaga begitu tertib. Telefonnya, kebersihannya, ia ada services, segala-galanya dan sebab itulah kesungguhan inilah yang kita nampak menjadikan South Korea sebuah negara yang hebat. Rakyatnya sama tinggi dengan kita Tuan Yang di-Pertua, kot dia 7 kaki atau 8 kaki, tidak. Dia pun lebih kurang saja, 5 kaki 6 inci. Saiz pun sama, lebih kurang Yang Berhormat Bagan Serai saja saiznya, saiz sama. Kita dah pergi tengok Yang Berhormat Bagan Serai kan, saiz lebih kurang sama. Cuma perempuannya lebih segak sikit saja. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat kepada saiz, kedudukan, kita sepatutnya menjadi salah sebuah negara yang hebat dalam segi marine engineering. Apatah lagi kita lihat wilayah Sabah dan Sarawak juga mempunyai potensi yang hebat dan harus kerajaan memperuntukkan R&D yang lebih. Saya kira anak-anak Malaysia sama ada anak-anak Malaya, Sabah dan Sarawak begitu sinonim dengan laut. Kita bukan underdog country, kita bukan seperti di Kazakhstan ataupun Hindustan pula, Kazakhstan atau tan-tan family yang tidak mempunyai laut. Negara kita dikelilingi oleh laut. Maknanya Yang Berhormat Kuala Kedah, laut bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi kita. Kita main dengan laut. Jadi sebab itu di Semporna, ini biasa tetapi nampaknya kita tidak mengambil peluang daripada posisi yang kita ada. Saya melihat sementara kita meminda ordinan ini, kita juga harus mengambil kesempatan ini. Saya Tuan Yang di-Pertua, semenjak nak bercakap, nak berucap dalam isu inilah saya Google, banyak ilmu yang ada dalam internet. Saya rasa kalau saya pun tidak terdedah dengan maklumat ini, saya pasti anak-anak kita di sekolah, di institut pengajian tinggi tidak juga mengetahui apakah peluang-peluang dalam industri ini. Jadi sebab itu saya rasa sudah tiba masanya kerajaan mengambil sikap bahawa ini ialah satu peluang yang luas, bukan saja untuk negara tetapi juga untuk anak bangsa bagi keluar daripada kepompong yang kita ada. Khususnya saya melihat tiap-tiap tahun ramai di kalangan anggota-anggota dan pegawai-pegawai TLDM yang telah pun tamat pengajian ataupun tamat berkhidmat dengan TLDM. Ada yang berhenti 12, 15, 18, ada yang pencen. Akan tetapi kalaupun dia pencen Tuan Yang di-Pertua, umurnya muda, dia baru dalam sekitar 40, 43 dia pencen. Kita harus memanfaatkan mereka ini. Mereka ini kita harus diberikan peluang untuk menjadi seafarer ataupun untuk menjadi pegawai-pegawai dalam industri ini dan mereka ini harus dibina kerana mereka mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Di samping itu saya lihat beberapa buah institusi seperti ALAM yang berada di Melaka telah pun mengeluarkan hampir 10,000 orang seafarer. Saya kira ini satu pencapaian yang boleh kita banggakan sebagai rakyat Malaysia. Saya rasa ALAM harus diperkemaskan lagi, diperbanyakkan tempat-tempat latihan dan saya rasa kerajaan harus memberikan recognition yang tinggi kepada mereka dan akhirnya kalau boleh dibuka institusi ini di beberapa buah tempat yang lain khususnya di wilayah Sabah dan Sarawak.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bagaimana anak-anak kita di sekolah khususnya yang berada dalam Tingkatan 4 dan 5 harus didedahkan dalam industri ini sebab industri ini mempunyai peluang yang cukup hebat. Bukan sahaja dari sudut kerjaya tetapi juga peluang untuk anak-anak Malaysia merantau ke luar negara. Tuan Yang di-Pertua, kalau dia dok main Sabah, Sarawak, Malaya, Sabah, Sarawak, Malaya tak jadi. Anak Malaysia harus jadi Panglima Awang. Dalam sejarah Melayu terbukti bahawa Panglima Awang telah pun belayar, di antara anak Melayu, anak Malaysia, di antaranyalah yang telah pun mengelilingi dunia. Jadi maknanya kita harus mempunyai pandangan begitu untuk melahirkan anak Malaysia yang berani. Saya kira kalau industri ini membangun, industri ini hebat, di antara industri yang boleh kita ketengahkan, maka pengetahuan awal, pendedahan awal harus diberikan kepada anak-anak sekolah kita. Malah saya cadangkan juga kalau boleh di sekolah-sekolah di samping kita ada Kadet Tentera Darat dan Kadet Polis, kita juga harus memperkenalkan Kadet Marin kepada mereka. Bawa mereka ke laut, ke Lumut dan sebagainya untuk mendedahkan mereka dengan industri ini.
Saya yakin, kalau ini terjadi, sepertilah apa yang sedang terjadi di Dubai atau di Emirates. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat apa yang berlaku di Dubai, di Emirates, kalau kita turun ke bandar Dubai, sudah pasti tidak akan berjumpa ramai jururawat dari Malaysia. Kita tanya dia, “Kenapa kerja di sini?”, dia kata yang pertama sekali, gaji lah Tuan Yang di-Pertua, hebat. Keduanya, kita telah pun berjaya mengeksport jururawat-jururawat kita di Emirates dan Dubai. Ketiganya, pilot. Saya dimaklumkan hampir 13,000 orang pilot yang berpindah dan berpusat. Begitu juga dengan IT. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita sediakan peluang-peluang ini kepada anak-anak Malaysia, saya yakin, kita boleh eksport kepakaran ini. Kita boleh eksport nurses, kita boleh eksport doctors, kita boleh eksport IT. Sekarang ini, waktunya telah tiba. Kita kena eksport marine seafarers dan juga mereka yang pakar dalam bidang ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengatakan bahawa industri kita ialah masih lagi dalam elementary lah, kalau saya boleh katakan. Harus ada peningkatan yang cukup daripada segi R&D, harus ada kemampuan dan juga kemahuan untuk membuka sebanyak mungkin institusi-institusi pengajian tinggi berhubung dengan industri ini. Apa yang lebih penting sekali Tuan Yang di-Pertua, jangan lepaskan peluang oleh kerana posisi geografi kita sebagai sebuah negara peninsular dan juga negara kepulauan, maka kita harus mengambil manfaat bagi membangunkan negara. Jangan sekadar kita bergantung kepada industri-industri tradisional khususnya yang kita ada sekarang ini iaitu perdagangan dan juga minyak. Untuk itu, saya menyokong untuk pindaan ini dilakukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama berbahas dalam pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar ini. Pindaan ordinan ini seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semalam adalah suatu kewajipan kepada negara memandangkan Malaysia merupakan antara negara anggota kepada beberapa konvensyen antarabangsa yang telah menetapkan garis panduan serta peraturan bagi aktiviti perkapalan laut iaitu International Maritime Labour Convention, 2006 (MLC, 2006) bagi tujuan melindungi kebajikan, kesihatan serta keselamatan pelaut dan Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STCW) Manila Amendments 2010 iaitu suatu standard bagi mengeluarkan lesen atau sijil pelaut yang merangkumi aspek latihan serta persediaan untuk menjadi seorang pelaut.
Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan negara anggota kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa ataupun (IMO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah mengeluarkan satu standard piawaian yang dikenali sebagai International Convention for the Safety of Life at Sea ataupun (SOLAS). Justeru, Malaysia yang berada di kedudukan strategik laluan perkapalan dan perdagangan sudah tentu memerlukan sebuah undang-undang ketat yang selari dengan standard piawaian antarabangsa untuk dikuatkuasakan bagi menjamin sistem keadilan kepada anak kapal atau pelaut dan menjadikan perkara ini sebagai keutamaan pemilik kapal. Selain daripada itu, statistik tahun ini sehingga bulan April 2016 seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Laut Malaysia, jumlah ketibaan kapal-kapal di pelabuhan seluruh Malaysia adalah sebanyak 51,493 buah yang mana 22,922 ialah kapal berdaftar domestik dan selebihnya ialah 28,571 datangnya daripada negara-negara luar. Ini ialah suatu jumlah yang amat besar dan sudah tentu suatu bentuk undang-undang yang menyeluruh perlulah diperkenalkan bagi memastikan sistem kawalan perairan negara dapat dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, mengikut penerbitan dari Institut Maritim Malaysia ataupun (MIMA), terdapat lebih 1.2 juta pelaut berdaftar di seluruh dunia. Melalui pindaan ordinan ini, banyak peruntukan baru yang menjamin hak pelaut terutamanya berkaitan kebajikan dan juga keselamatan. Ia perlu kita akui pelaut ini menghadapi persekitaran kerja yang sangat mencabar dan sangat berisiko tinggi. Justeru, pindaan ordinan ini bakal menyaksikan semua pemunya kapal diwajibkan mencarum semua pelaut warganegara Malaysia di bawah skim KWSP serta PERKESO bagi memastikan pelaut-pelaut ini merasa tenang dalam menghadapi persekitaran kerja yang mencabar serta berbahaya ini. Ini sebenarnya ialah satu tindakan yang tepat memandangkan pelaut-pelaut terpaksa berhadapan dengan risiko keadaan laut yang ganas serta kemalangan di lautan yang boleh mengancam nyawa mereka. Akan tetapi apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimanakah bentuk penguatkuasaan yang akan dijalankan bagi memastikan pemilik kapal-kapal asing ini yang mengambil pelaut-pelaut dalam kalangan rakyat Malaysia, akan turut mematuhi arahan undang-undang bagi memastikan caruman skim keselamatan sosial ini dapat dilaksanakan. Ini adalah penting tentang bagaimana proses untuk mereka menyalurkan wang caruman kepada agensi yang berkaitan dapat dilakukan dengan terurus oleh pemunya kapal-kapal ini. Selain daripada itu, saya sangat bersetuju dengan peraturan waktu rehat minimum kepada pelaut di atas kapal Malaysia memandangkan pelaut-pelaut ini perlu menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Sudah tentu rehat yang mencukupi ialah suatu keperluan kepada pelaut-pelaut ini bagi memastikan tahap kualiti kerja yang tinggi. Akan tetapi, kapal-kapal ini akan berlayar di lautan antarabangsa jauh dari daratan dan jauh daripada negara kita. Mekanisme apa yang akan digunakan oleh pihak kerajaan dan juga kementerian bagi memastikan pemunya kapal mengikut peraturan ini? Adakah pihak Kementerian Pengangkutan sedia bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan pemunya kapal dapat mengikut peraturan seperti ini? Walaupun selepas pindaan, nakhoda kapal diwajibkan untuk menyelenggarakan buku log rasmi kapal. Namun, seperti yang saya katakan sebentar tadi, mereka ini jauh dari daratan. Bagaimana kita hendak pastikan segala catatan yang direkodkan adalah suatu catatan yang telus. Saya mohon pihak kementerian dapat menjelaskan mekanisme yang akan kita gunakan kelak untuk memastikan mereka membayar caruman seperti yang telah disyaratkan.
Yang Berhormat, boleh duduk sekejap? Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Parlimen Ghana yang diketuai oleh Honourable James Klutse Avedzi... [Tepuk] Pengerusi merangkap Ketua Jawatankuasa Kewangan. Kepada Honourable James dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Welcome to the Malaysian Parliament, Sir. Semoga dengan kehadiran Honourable James dan delegasi ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Ghana. Terima kasih. Sila Yang Berhormat teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya khuatir jika perkara ini tidak diberikan perhatian secara langsung, sesuatu yang buruk boleh terjadi di atas kapal yang jauh dari daratan tersebut terutamanya apabila ramai pelaut di atas kapal tersebut datangnya daripada negara yang berbeza-beza.
Walaupun peraturan ini nampak bagus dan juga baik buat pelaut-pelaut dan turut disokong dengan denda yang tinggi jika tidak dipatuhi, namun, kelompangan yang wujud ini mempunyai kemungkinan untuk di manipulasi oleh sesetengah pihak terutamanya oleh pemilik-pemilik kapal yang berdagang terutamanya di sekitar perairan negara kita. Selain daripada itu, saya juga ingin menekankan tentang aspek keselamatan kapal-kapal ini yang sangat berisiko terdedah dengan serangan lanun terutamanya di kawasan perairan laut antarabangsa. Soalan saya, apakah langkah-langkah pencegahan yang digariskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan aspek keselamatan ini diberi perhatian penuh oleh pemunya kapal terutamanya dalam pemilihan laluan yang akan digunakan oleh kapal-kapal tersebut? Kawasan lautan di Benua Afrika terutamanya berdekatan dengan Somalia adalah sangat terdedah dengan masalah lanun. Namun begitu, dikatakan laluan ini adalah yang paling pendek bagi kapal-kapal merentasi benua. Justeru, adakah kerajaan mempunyai cadangan bagi menguatkuasakan suatu peraturan agar laluan ini dapat dihindari oleh kapal-kapal tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, melalui pindaan ini juga Menteri Pengangkutan diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada pemunya kapal agar mana-mana kapal milik mereka yang karam ataupun tenggelam untuk dikeluarkan daripada kawasan lautan negara. Jika mereka ini ingkar, maka kerajaan boleh menggunakan kuasa yang ada untuk mengeluarkan tinggalan kapal tersebut dan segala kos berkaitan kerja tersebut akan diselesaikan oleh pemunya kapal. Namun begitu, apakah sebenarnya bidang kuasa yang ada pada kerajaan seandainya kos pengeluaran tinggalan kapal tersebut tidak mahu diselesaikan oleh pemunya kapal tersebut? Apakah peruntukan yang ada pada kerajaan jika perkara sebegini berlaku kelak? Oleh kerana sekarang ini pun ada beberapa kapal yang tenggelam tetapi kos untuk menyelenggarakannya masih tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemunya-pemunya kapal tersebut. Selain daripada itu, saya juga ingin mendapatkan kepastian sama ada kerajaan melalui kerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga mempunyai mandat bagi mengenakan kos bagi pembersihan ke atas mana-mana pemunya kapal jika berlaku tumpahan minyak di perairan negara. Andainya mereka ini tidak mahu bertanggungjawab ke atas mana-mana kejadian tumpahan minyak oleh kapal milik mereka ini. Contohnya kejadian di Selat Melaka, kalau kita ingat pada 18 Februari tahun 2007 apabila kapal kontena MV Sahelderberg bertembung dengan kapal Ocean Sapphire di Tanjung Piai, Johor dengan keluasan sebanyak satu kilometer tumpahan minyak telah berlaku. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat melalui pindaan ordinan ini banyak kelebihan yang akan dinikmati oleh para pelaut. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar program pendidikan serta penerangan kepada pelaut-pelaut ini diberikan secara terperinci kepada mereka apabila mereka memperbaharui sijil atau ketika mereka mendaftarkan diri sebagai pelaut. Kita maklum mereka ini lebih banyak menghabiskan masa di lautan dan kemungkinan untuk mereka tidak mengetahui tentang peruntukan serta kelebihan kepada mereka ini adalah sangat tinggi. Selain daripada itu, silibus pembelajaran berkaitan dengan pelaut terutamanya dilaksanakan oleh Akademi Laut Malaysia ataupun ALAM turut menekankan aspek undang- undang ini secara menyeluruh memandangkan undang-undang ini sememangnya telah dijadikan standard antarabangsa melalui konvensyen-konvensyen yang disebut di awal ucapan saya tadi. Ini penting bagi memastikan bakal-bakal pelaut ini dilengkapkan dengan ilmu peraturan antarabangsa agar tidak berlakunya perlanggaran peraturan apabila mereka mula menjejakkan kaki di alam lautan kelak. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap segala bentuk persoalan yang saya tekankan dalam ucapan saya ini diberi perhatian oleh pihak kementerian. Adalah penting bagi kerajaan menerangkan perincian berkaitan pindaan ordinan ini memandangkan ianya adalah satu standard antarabangsa yang telah diterima oleh hampir kesemua negara di dalam dunia ini. Saya menyokong penambahbaikan yang ada di dalam pindaan ini terutamanya berkaitan kebajikan dan keselamatan para pelaut. Apa yang boleh dipertingkatkan melalui cadangan-cadangan yang saya telah kemukakan, diharap dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian agar undang-undang ini dapat dikuatkuasakan serta dilaksanakan seperti mana niat yang baik yang terhasil daripada pindaan ini.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, Sekijang mohon menyokong Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 ini.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Penampang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa kepada perhatian Tuan Yang di-Pertua bahawa ordinan ini adalah satu contentious ataupun ordinan yang telah didebatkan, master ordinan dia iaitu Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Seksyen 65(b) telah digubal pada Januari 1980 di mana cabotage policy telah dilaksanakan where by Sabah, segala transshipment yang di bawa ke Port Klang mesti diangkat oleh kapal-kapal yang telah di register kan sebagai Malaysia ship kepada Sabah dan Sarawak. Saya hairan bahawa Parlimen ataupun kerajaan tidak membawa pindaan ini setelah bertahun-tahun di mana politician daripada Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung telah membawa isu cabotage policy ini dan bagaimana cabotage policy ini telah membuat keberatan kepada kos-kos rakyat Sabah dan rakyat Sarawak. Dengan ini, saya ingin membawa juga perhatian kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan mesti ambil satu inisiatif di mana di Semenanjung biarpun di sini ada cabotage policy, di Sabah sepatutnya ada shipping policy dia tersendiri iaitu kita sepatutnya boleh menerima ships daripada luar negara supaya industri kita di Sabah akan grow, akan menaik atau meningkat. Selalu dibawa sebagai argument for cabotage or in favor of cabotage, dengan izin, bahawa bila foreign ship sampai ke Sabah, tiada loads daripada Sabah yang dibawa balik ke negara mereka but I think itu adalah satu excuse yang tidak boleh diterima Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita ada policy bahawa ships luar negara ini sampai ke Sabah, obviously kita punya industri akan naik. Obviously ada investment, bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga daripada private sector. So, saya harap Kerajaan Pusat akan membawa satu pindaan specifically untuk memberi perhatian kepada Sabah dan Sarawak di mana kita tidak ada polisi kabotaj ini dan kita juga mengambil kesempatan di mana port muara tidak akan ambil peluang untuk mencari trade dengan ships di muara dan ships ini pergi ke Sabah dan Sarawak. Dia bypassing our cabotage policy. What l suggest Tuan Yang di-Pertua, is the government should look, dengan izin, into creating a new shipping policy for Sabah and Sarawak dan create kita punya industri. Meanwhile berkenaan dengan pekerjaan yang telah dibawa di dalam pindaan ini, saya sokong dengan pindaan ini tetapi I hope Kerajaan Pusat akan memberi reminder kepada Malaysian Shipping Association dan segala-segala employers to employ Sabahan and Sarawakian dan train them. Terlebih lagi orang-orang kita di Sabah yang tidak dapat peluang pekerjaan di Sabah kerana keadaan ekonomi di Sabah dan Sarawak. I hope kerajaan akan membawa juga training centers di Sabah dan juga di Sarawak di mana our young school leavers dapat training yang akan membawa manfaat kepada mereka in their future. That is all Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Gudang. Suara wanita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk bersama-sama dalam membahaskan Ordinan Perkapalan, pindaan kepada Ordinan Perkapalan ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana akhirnya dapat membuat beberapa pindaan kepada akta ini namun demikian, ada beberapa perkara yang saya juga bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat daripada Sungai Petani tadi yang perlu diambil kira secara serius oleh pihak kementerian. Pertama sekali tentang waktu rehat yang dihadkan dengan minimum 10 jam dengan pindaan baru ini tadi. Mengapakah ada perbezaan di antara MS atau Malaysia Shipping Ordinance ini dengan Employment Act. Kalau dibandingkan pekerja yang di darat Tuan Yang di-Pertua, mereka waktu bekerja lapan jam sahaja.
Kenapa pula di kapal yang kerjanya lebih mencabar- saya kira at least ten hours. So, perkara-perkara seperti ini saya rasa tak patut diadakan perbezaan because semua pun rakyat kita jadi kita should not go dengan izin, lebih rendah daripada apa yang telah ditentukan oleh Employment Act yang menjadi panduan kita sekian lama. Dalam banyak hal bila saya menyuarakan tentang kebajikan-kebajikan pelaut ini, seafarer ini biasanya akan dirujuk kepada MSO sendiri. Jadi soal bayaran SOCSO yang sepatutnya ada dan juga coverage yang sepatutnya disediakan dipastikan. Persoalannya ialah siapakah yang akan memastikan penguatkuasaan ini kerana kalau di darat kita tahu Jabatan Buruh, Kementerian Sumber Manusia ada mereka-mereka yang akan membuat semakan. Akan tetapi di kapal-kapal ini saya tak pastilah sama ada pernah dilaksanakan penguatkuasaan whether this company, dengan izin, syarikat-syarikat ini menjalankan aktiviti mereka dengan mengikut perundangan sedia ada.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan bahawa ini adalah perkapalan satu bidang the near future, dengan izin peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Jadi perkara ini mesti diambil berat bagaimana kita menyediakan peluang-peluang pekerjaan ini kepada anak-anak kita because in times to come, dengan izin, keadaan pekerjaan di lautan ini semakin kurang. Dia menjadi satu tarikan. Jadi bila menjadi satu tarikan kepada anak-anak kita apa inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menarik minat anak-anak kita daripada bangku sekolah bahawa there is job outside there yang boleh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, boleh menawarkan skim gaji yang baik. Tidaklah sebaik mana tetapinya yang saya risau dan mungkin pihak kementerian perlu melihat dengan pindaan ini tentang klausa-klausa tertentu bagaimana mesti diwajibkan kepada syarikat-syarikat perkapalan ini memastikan peluang- peluang pekerjaan diberikan kepada anak-anak tempatan. Syarikat perkapalan Malaysia, the captain of the ship, dengan izin orang luar. Cook of the ship, chef, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, orang luar. Tidak bolehkah orang Malaysia masak? Setakat masak dalam kapal itu? Tidak bolehkah anak-anak Malaysia yang sudah belajar dekat ALAM ini akhirnya diberi peluang untuk menjadi captain of the ship? Saya bercakap dengan yakin kerana saya ada saudara-mara yang sangat rapat dengan saya bekerja di perkapalan ini. Jadi banyak feedback. Saya juga engaged dengan engagement, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada engagement dengan Persatuan Anak-anak Kapal ini yang mereka belayar ini dia ada satu association dan saya selalu engage dengan mereka dan mereka sentiasa meluahkan keluh kesah yang dihadapi. Jadi saya mintalah dengan pindaan ini juga diambil kira bagaimana cara kita memastikan anak-anak kita ini mendapat peluang-peluang pekerjaan seperti menjadi tukang masak sendiri ataupun captain of the ship. Saya bercakap begini kerana belajar di ALAM memerlukan bayaran sendiri dan tidak mendapat biasiswa yang senang. Mereka hanya tajaan oleh pihak-pihak tertentu. That means dia menjadi satu ruang yang terhad kepada anak-anak yang kurang kemampuan ibu bapa mereka kalau belajar di ALAM. Saya tidak faham kenapa ALAM perlu diswastakan. I think timely to consider, dengan izin, untuk ALAM ini diambil oleh pihak kerajaan kerana ini sangat penting. Bila diswastakan, hendak masuk belajar ALAM itu sahaja RM70,000 tidak kurang dan untuk menyambung master langsung tidak ada biaya, tidak ada tajaan, tiada siapa hendak taja pun kena cari duit sendiri. Because kalau dia hendak sambung master dan tidak cukup dia punya shipping hours, dia tidak boleh jadi kapten. So macam mana anak- anak kita hendak pergi kepada kapten ini? Tidak boleh. Jadi mungkin boleh diambil kira dengan pindaan-pindaan ini tentang kebajikan rakyat negara kita. Janganlah kapal-kapal Malaysia ini pun akhirnya mengambil pekerja- pekerja daripada luar negara dengan alasan mereka ini boleh dibayar dengan gaji yang lebih murah lagi. Kebajikan kepada anak-anak kapal ini perlulah diambil kira seperti yang saya katakan especially on the jumlah jam bekerja mereka dan juga waktu off mereka. Kalau dikira saya pernah lihat gambar-gambar yang dihantar kepada saya, mereka ini tidur dekat tepi-tepi itu sahaja kerana waktu rehat mereka sangatlah terhad.
[Bangun]
Seterusnya tentang isu yang saya ingin sampaikan isu keselamatan, Tuan Yang di-Pertua. Mereka ini kadang- kadang bawa chemical ship...
Yang Berhormat...
Ya.
Yang Berhormat Kuala Langat berdiri.
Yang Berhormat Kuala Langat, asyiklah Yang Berhormat Kuala Langat.
Pencelahan, pencelahan.
Okey, sila.
Agak terlepas pandang tadi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Lama tidak jumpa kerinduan membara [Ketawa] Saya membenarkan saya mencelah. Celahan saya yang pertama sekali saya agak keliru di bawah perkara 8 yang dimaksudkan dengan seafarer under the age of 18 years while at sea and in port. Bermaksud di sini bahawa akta ini memperakukan mereka yang bawah umur 18 tahun itu bekerja. Saya pun keliru. Tuan Yang di-Pertua, apakah undang-undang ini mengizinkan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah bekerja dalam konteks (b) - tidak melebihi 8 jam per day of 14 hours per week. Jadi saya nampak percanggahan dari segi hak pekerjaan dalam negara ini. Apakah undang-undang ini dibuat tanpa merujuk kepada undang-undang asas yang saya lihat encouraging underage bekerja dalam perkapalan ini. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan dengan isu yang saya nampak ini terlalu memberi kesan yang tidak baik kepada usia yang sebegitu muda diberikan dalam akta yang membenarkan mereka bekerja ini? Apakah ia tidak mengizinkan diskriminasi ataupun abuse the age of working entitlement? Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya hendak ke situ juga tadi untuk the next point yang saya akan cakap. Jadi Yang Berhormat Kuala Langat sudah cakap maknanya bolehlah kita bercakap perkara yang sama. Minta diteliti juga Tuan Yang di-Pertua perkara ini seperti apa Yang Berhormat Kuala Langat beritahu. Yes, it is quite confusing daripada macam saya katakan tadilah. Perbezaan yang agak nyata dari segi kalau coverage 10 jam dengan lapan jam dan di sini juga dari segi umurnya. Mungkin boleh diterangkan oleh pihak kementerian. Seterusnya tentang tadi saya ingin menyentuh soal keselamatan. Soal keselamatan kadang-kadang mereka ini bawa chemical ship, dia bawa petroleum dan sebagainya. Ia sangat terdedah kepada bahaya. Bila chemical dia mesti ada involvement dengan confined space. Pendedahan beberapa jam mereka perlu ikut or semua peraturan keselamatan. Jadi di sini saya sekali lagi saya tahu pihak perkapalan dia ada sistemnya tetapi sekali lagi sejauh mana penguatkuasaan dijalankan kerana pihak Kementerian Sumber Manusia saya yakin bila bercakap soal ini, ia akan berbalik semula kepada MSO tadi. Jadi saya minta dapat dijelaskan perkara ini kerana ini adalah untuk anak-anak bangsa kita. Mungkin anak kita, cucu-cucu kita esok yang akan menjadi pekerja-pekerja ini. Jadi, sewajarnya kita memastikan keselamatan semua terjamin. Peluang-peluang pekerjaan yang sewajarnya dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua, yang ingin saya sampaikan. Terima kasih, saya menyokong pindaan ini.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan yang ringkas ini untuk menyokong pindaan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016. Daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai pindaan ini, saya melihat bahawa kapal merupakan satu industri yang digabungkan dalam berbagai kemudahan ataupun bahan yang ada dalam kapal umpamanya chemical iaitu diesel, petrol. Kemudian dari segi mekanikalnya dia juga ada enjinnya dan sebagainya dan begitu juga dari segi biological, biohazard dan sebagainya. Jadi saya memikirkan bahawa apa yang hendak dicadangkan oleh Menteri dalam pindaan ini adalah memastikan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] kerana apa yang disebut oleh Menteri iaitu sebelum ini mungkin pekerja ataupun pelaut-pelaut ini tidak diberi pendedahan yang baik kepada pekerja kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana akta. Jadi umpamanya dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang perlu diberi latihan, penyeliaan berkenaan dengan keselamatan dan risiko kepada kesihatan.
Kedua, insiden-insiden penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian yang berbahaya. Ketiga, mengenal pasti supaya majikan ataupun tauke kapal berkenaan mematuhi perundangan iaitu Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan 1994. Kelima, memastikan bahawa majikan menyediakan atau mempromosi Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan, prosedur kerja, peraturan-peraturan dan garis panduan-garis panduan mengenai keselamatan. Jadi, cuma persoalan saya Yang Berhormat Menteri, oleh kerana akta ini di awasi oleh DOSH adakah majikan perkapalan ini- boleh dikawal di bawah akta ini. Dalam lain perkataan, adakah DOSH boleh mengawal syarikat perkapalan ini? Itu persoalan yang berlegar dalam pemikiran saya. Kedua, oleh kerana kita ada sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pasir Gudang tadi. Kita ada Akademi Laut dan sepatutnya Akademi Laut boleh menjadi tempat untuk latihan pelaut-pelaut ini sebelum mereka ditawarkan bekerja ataupun on service training kepada yang belum mendapat latihan, maka dia dikeluarkan daripada syarikat perkapalan untuk diberi latihan mengenai keselamatan dan kesihatan ini. Apabila sudah faham dan mahir, maka mereka kembali bertugas. Jadi, saya rasa itu boleh- kalaulah daripada awal tadi DOSH boleh mengawal mereka, maka kita harap boleh mengawal syarikat perkapalan ini, maka kita berharap pelaksanaan perubahan ataupun pindaan dalam ordinan ini boleh kita laksanakan. Terakhir, saya juga ingin mendapat penjelasan, adakah Akta Pekerjaan atau Employment Act juga boleh dikenakan ataupun mengawal syarikat perkapalan ini? Oleh kerana itu yang saya katakan tadi saya rasa Yang Berhormat Pasir Gudang pun tidak faham, saya pun kurang jelas, tadi Yang Berhormat Kuala Langat pun sama- adakah kita maknanya sama ada Kementerian Sumber Manusia melalui DOSH dan Employment Act ini boleh kita kenakan kepada syarikat perkapalan ini. Jadi, kalau boleh, maknanya banyaklah perkara-perkara yang sudah ada peraturan, kita laksanakan sahaja kepada pelaut-pelaut yang bertugas di dalam syarikat perkapalan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
[Membaca sepotong ayat Al- Quran] Bismillaahi Rahmaani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016. Pertama sekali, saya mengucapkan tahniahlah kepada kementerian yang tampil sekali lagi untuk membuat pindaan-pindaan untuk penambahbaikan kepada masyarakat pelaut-pelaut di negara ini.
Pada tahun 2011, pindaan terakhir yang dilakukan terhadap ordinan ini adalah memenuhi keperluan Malaysia selaku negara anggota dalam International Convention on Liability for Bunker Oil Pollution Damage 2001 iaitu Convention Bunkers 2001 dan International Convention on Limitation of Liability for Maritime Claims 1976, as a mandate by the Protocol 1976 iaitu Konvensyen LLMC 1976, dengan izin. Keperluan tersebut adalah bagi mewujudkan mekanisme liabiliti dan pampasan bagi kerosakan akibat daripada pencemaran. Minyak bunker dari kapal yang memperuntukkan pemilik syarikat kapal haruslah bertanggungjawab terhadap tumpahan minyak ini. Ini bagi menjaga standard kekompetenan serta hal ehwal kebajikan pelaut. Malaysia telah bersetuju untuk mengguna pakai International Maritime Labor Convention 2006 ataupun Convention MLC 2006 pada 31 Julai 2013. Jadi, tambahan hak-hak serta kebajikan pelaut adalah di antara pindaan-pindaan penting yang dibincangkan dan dilaksanakan. Bila rang undang-undang ini ditunjukkan dan saya baca. Saya dapati ceritanya cerita masyarakat pelaut yang mereka ini ada masanya lama di laut, ada masa lama di darat ataupun saya kata, saya lihat ada juga kawan saya yang kerja begini. Dia banyak di laut, sekejap di darat. Dia menjadi manusia dua alam. Jadi, bila dia balik daripada laut itu mula-mula pun saya tengok dia agak pelik perangai dia sebab maklumlah kalau kita dalam kapal lama-lama, saya rasa bila turun itu badan pun bergoyang, badan itu macam bergoyang. Walaupun kapal itu besar tetapi dia tetap kapal, ada masa, ada orang jadi mabuk kapal, mabuk dalam perjalanan dan bila dia turun itu dia jadi tidak selari dengan apa yang dia biasa hidup sebenarnya. Apa yang saya hendak gambarkan di sini ialah hak-hak kebajikan pelaut ini maknanya kita melihat, kita ambil peduli tentang pelaut ini. Sebagai seorang doktor, saya juga melihat dia dari sudut kesihatan. Untuk mendapat kesihatan terbaik ini kita kena jaga beberapa perkara antaranya ialah pemakanan- perkara yang penting. Hari ini saya pun tidak faham, orang makan untuk hidup kah, hidup untuk makan ataupun sudah jadi makan untuk mati? Hari ini orang tidak mati lapar, orang mati makan. Jadi, makan satu perkara. Saya lihat juga, saya pernah tanya kawan saya di dalam kapal, “Macam mana, banyak makanan?” Mana ada orang pelaut complain makan. Adakah pelaut turun daripada laut kurus kering tinggal rangka, ada? Tidak ada. Siapa dia? Kuala Kedah? Kuala Kedah tinggal rangka? Mana ada. Balik ke laut, balik lama, tengok badan sudah naik, tidak kenal muka sudah, orang laut. Ini bab makan. Keduanya, ialah bab rehat. Ini saya lihat dalam fasal ini ada disentuh mengenai bab rehat. Enough rest sangat-sangat penting ini. Kalau tidak cukup rehat, kalau kita bagi orang itu bercakap tidak rehat, boleh jadi gila dia [Ketawa] Kalau kita bagi seorang itu bekerja sahaja, dia boleh jadi mental, dia boleh jadi fikiran dia tidak tentu arah. Bukan sahaja pelaut tapi banyak lagi pekerjaan-pekerjaan lain yang sebenarnya kerajaan kena tengok, kena tengok, tidak boleh bagi- contohnya bagi bersidang sampai pukul satu pagi, dua pagi. Itu saya tidak tahulah berapa yang setuju tapi itu tidak cukup rehat atau saya boleh ambil satu contoh. Oleh sebab selama saya bekerja dulu, kita bekerja di hospital, mana ada orang tanya. Saya kerja di hospital dulu, tidak ada orang tanya saya sudah ambil breakfast kah belum. Tidak pernah orang tanya saya, cukup rehat kah belum ataupun saya sudah balik tengok orang rumah saya kah belum? Penting sebab- tapi doktorlah mungkin kerja on-call, lepas itu half day, lepas itu ada kawan tidak datang sakit perut, kita kena sambung. Orang tidak tanya, “Are you tired?” No. Akan tetapi bos kita akan tanya, “How many people died today?” Dia tanya pula, “Berapa orang pesakit mati hari ini?”. Saya tidak hendak sebutlah hospital mana saya kerja dulu. Dia tanya, Why? Eh, why- Allah SWT ambillah. Kita sudah buat yang terbaik, dia mati hendak buat macam mana? Itu yang saya takut, takut orang yang kerja separuh mati, orang yang tanya itu pergi main golf sahaja. Itu saya takut. Jadi, itu rest dan juga exercise dan juga minda itu. Itu untuk kesihatan. Kalau tidak, tidak boleh bekerja dengan baik. Hari ini kita cakap tentang pelaut tapi kita boleh rujuk kepada Ahli Parlimen kah, rujuk kepada doktor kah, pada nurses kah dan ada orang ambil berat.
Kita baru sahaja meraikan guru-guru, Teacher’s Day. Sampai kita buat majlis yang besar untuk meraikan guru. Bagus. Saya pernah tanya kawan-kawan saya, “Ada tak Doctor’s Day?” Doktor pun tak tahu ada Doctor’s Day. Doktor tahu tidak? Yang Berhormat Kuala Kedah tahu tidak? Mana Yang Berhormat Kuala Kedah, lari sudah? Saya tanya, saya hantar kata ‘Happy Doctor’s Day’, dia kata “Ada ke Doctor’s Day?” Siapa peduli doktor?... [Disampuk] Yang Berhormat Sik tahu ada Doctor’s Day? Tuan Yang di-Pertua, ini Doctor’s Day pun tidak ada. Kita baru Teacher’s Day. Bagus tidak kalau kita buat Seafarer’s Day untuk Seamen?... [Disampuk] Hendak mengiktiraf, bukan apa. Hendak ambil peduli. Sebab apa, banyak dalam pekerjaan- pekerjaan orang tidak pernah tanya benda ini. Ini nurses- tidak lama lagi nurses. Nurses cukup rehat tidak? Ini perkara-perkara yang terfikir saya bila kita cakap tentang kebajikan pelaut. Apabila kapal mula berlayar, orang bye-bye dekat rumah, lepas itu main hand phone, connect dengan hand phone berbulan-bulan. Saya tidak tahulah berapa lama orang duduk di laut ini, berapa jauh dia pergi ke tengah-tengah laut, berapa lama di tengah laut. Ini kalau bertolak sekarang ini, dua minggu lagi hendak pilihan raya, macam mana? Bolehkah dia mengundi? Adakah helikopter hendak pergi ambil dia? Dia tengah-tengah laut. Sebab mereka pun ada hak. Ini hak ini. Tuan Yang di-Pertua, dia banyak bulan duduk di tengah laut, jadi macam mana dengan hak-hak di rumah dia? [Disampuk] Makan dah banyak dah. Ini saya cerita benda lain. Mungkin...
Benda apa itu?
Bagaimana dengan isteri dia dekat rumah? Itu dia [Ketawa]
Ha, biar jelas.
Tuan Yang di-Pertua, hendak perjelaslah ini. Macam mana ini? Ada pernah orang tanya, macam mana dia hendak buat? Saya hendak tanyalah. Mungkin ada dari kementerian kah ada ustaz-ustaz boleh terangkan. Berapa bulan dia boleh tinggal ini? Tiga bulan kah empat bulan- tiga bulan? Kalau dia keluar ke tengah laut empat bulan baru balik, macam mana dengan dekat rumah? Siapa yang berdosa ini- ataupun kementerian berdosa? Macam mana ini? [Ketawa] Bila dia boleh balik ke darat? Sebab kerja dia macam itu. Jadi banyak perkara-perkara yang saya lihat, saya bimbang. Sebab apa? Dalam kapal, kawan saya kata, there is ample food, banyak makanan, balun semua. Apa yang sedap hari ini? Yang ada gula sedap, yang ada manis sedap. Kalau tidak ada gula memang kena marah. Tidak ada gula kena marah. Saya pernah sekali dalam kapal terbang, saya dalam perjalanan, saya ada bubuh kopi saya pahit. Saya minta dekat pramugara, saya minta, “Can I have some sugar, please?” Dia datang dekat saya, dia tunduk dekat saya- dia tinggi, saya ini rendah. Dia tunduk, dia kata, “Sugar is not good for you, Sir”, dengan izin [Ketawa] Saya kena. Saya doktor. Saya kopi pahit saya tidak boleh tahan. Kopi kena ada gula sedikit. Hari ini kalau orang jamu kita teh, kita minta teh tarik baik punya, dia pun hantar teh tarik, lepas itu teh itu tawar, kita panggil dia minum, “Hei, pernah buat teh kah? Tak reti buat teh kah?” Terus marah dia. Kena marah dia. Dia bawa teh kita ke belakang, tidak tahulah dia bubuh apa, sampai ke depan manis pula. Sebab itu jangan marah orang yang buat teh ini. Jadi, masalah pemakanan ini. Kalau pelaut tidak jaga pemakanan, pelaut jatuh sakit, pelaut tidak boleh buat optimum kerja dia, problem. Jadi, ini perkara-perkara yang kena lihat. Perkara-perkara yang di dalam kapal- saya tidak pernah naik kapal kawasan pelaut ini. Saya pernah naik cruise sahaja [Ketawa] Akan tetapi kapal macam mana? Macam mana tempat tinggal pelaut ini? Adakah tempat tinggal pelaut ini cukup ruang dia, cukup tempat rehat dia, bilik air dekat mana, macam mana? Kalau baik, bagus. Bagaimana untuk melihat hak-hak pelaut ditunaikan? Kalaulah bilik dia sempit, dia hendak pusing pun susah, tempat dia hendak solat pun susah, jadi itu satu masalah.
Macam kita bela ayamlah sekarang ini, bukan boleh kandang kecil sangat. Dosa itu. Kawan itu hendak pusing pun tidak boleh. Contohnya. Jadi kita mesti cukup tempat- tempat dia, cukup kawasan dia. Jadi tentang kebajikan pelaut yang saya hendak terangkan dan aspek kesihatan- kerana bila dia keluar, dia fikir dia hendak tidur dalam bilik macam itu, dia hendak pergi ke tengah laut, dia tengok laut sahaja. Laut ini tengok mula-mula seronoklah. Mula-mula tengok seronok, laut. Best tengok laut. Akan tetapi lama-lama asyik laut, laut, laut, lama- lama kita pun melalut. Dia boleh jadi stres. They get mental stress yang wujud itu boleh merosakkan segala-galanya daripada pangkat bawah sampai ke pangkat atas. Apakah bentuk-bentuk distress yang disediakan oleh tuan-tuan kapal ini? Macam- macamlah. Contohnya kalau buat ceramah agama kah ataupun ada entertainment yang dibenarkan kah. Macam mana pelaut ini hidup sebenarnya? Sebab, saya hendak menyingkap balik permulaan mukadimah saya tadi, saya ceritakan kawan saya tadi yang kerja macam ini, dia banyak di laut. Lepas itu balik, balik sekejap sahaja. Lepas itu pergi ke laut balik, hilang, tak jumpa dia. Jadi, tiga empat tahun saya tak jumpa dia sebab waktu dia balik saya tak ada, waktu dia keluar, saya balik. Tuan Yang di-Pertua, saya terfikir tentang ini, siapa yang peduli? Siapa yang benar-benar peduli tentang perkara ini? Dalam pindaan ini saya tengok ada tujuh fasal. Seksyen 83 hingga 87 berhubung dengan kontrak pelaut termasuk dari aspek pelanggaran dan penamatan kontrak. Pembatalan kontrak dibuat dengan diberikan notis 14 hari dan cadangan kita kepada kementerian ialah jika ia boleh diperhalusi dengan memberi notis selama 30 hari kepada pelaut supaya dia dapat memberi masa untuk mencari pekerjaan baru nanti dalam tempoh itu. Maknanya bagi time lah. Tempoh 14 hari ini singkat sangat. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 108 iaitu denda sebanyak tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun kepada mana-mana majikan yang tidak membuat caruman di bawah PERKESO kepada pelaut. Ini nanti saya takut orang ambil sambil lewa kerana banyak orang yang baru kerja pun kadang-kadang dia tidak tahu. Kadang-kadang bukan sahaja dia tidak tahu tapi sebab potongnya sedikit, nampak macam sedikit, itu satu macam bentuk insurans, jaminan, kadang-kadang dia tidak tahu di mana dia hendak periksa. Banyak juga yang tidak tahu. Ada majikan yang ambil kesempatan, umpamanya, yang tidak mencarum dan bila terjadi sesuatu, barulah timbul masalah. Jadi perkara ini perkara yang harus diteliti, harus diberi perhatian. Hal ini juga harus diteliti dan pemeriksaan patutlah dilakukan secara berkala bagi mengenal pasti mana-mana pemilik syarikat perkapalan yang bertindak mengajikan pelaut asing tetapi melanggar peraturan yang di dalam lesen perkapalan dalam negeri yang memperuntukkan 75 peratus kelasi kapal haruslah warga tempatan. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 90. Ini kita balik kepada peruntukan waktu rehat minima kepada pelaut. Tadi saya lihat pembahas-pembahas lain juga sebut tentang perkara ini. Saya sebutkan tadi salah satu faktor untuk menjamin kesihatan, sebab itu tidak boleh tidur lewat sangat. Tidak boleh tidur lewat sangat. Saya tengok contoh-contoh sekarang yang nampak atas permukaan bumi, bukan di laut, anak muda. Anak muda sekarang ini tidur pukul berapa? Anak Ahli-ahli Yang Berhormat tidur pukul berapa? Saya tidak tahu dia orang tidur pukul berapa. Kadang- kadang pukul 12 baru hendak keluar. Baru mukadimah itu. Baru keluar pukul 12. Jadi tidur pukul berapa? Jadi kalau dia duduk bincang bagaimana hendak memajukan diri, hendak tambah pendapatan, hendak mengelokkan negara, tak apa. Takut buat benda-benda lain. Paling utama yang saya hendak sebut berkaitan dengan pelaut ini, kalau tidur lewat, tidur tidak cukup, dia boleh merosakkan production kita, produktiviti kerja kita. Sebab apa? Masa orang bercakap, dia tidur. Maknanya dia tidak cukup tidur. Kalau tidur tak cukup, rehat tak cukup, itu juga boleh mendatangkan banyak penyakit yang lain. Ada kajian yang menunjukkan those who do not have enough rest, not enough sleep will get into heart trouble, dengan izin. Itu dia sampai tahap itu. Bukan sahaja makan sahaja. Tidur tak cukup. Kalau pergi ceramah jangan lama-lama sangat, nanti balik lepas itu ada – lepas itu hendak makan lagi. Lepas makan buat apa? Tidurlah. Mana ada orang lepas makan exercise. Ceramah habis pukul 11, pergi makan sampai dekat pukul 12.30, pukul 1, lepas itu buat apa? Tidur. That is bad juga.
Jadi, tidur ini, rehat, siapa yang buat kerja itu?... [Disampuk] Oh, sebelah sana? Yang Berhormat Bukit Gantang lah? [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya sedang menceritakan tentang perlunya rehat yang cukup ini. Kita takut dia orang kerja atas kapal ini, macam mana- how do they work sebenarnya? Time dia macam mana? ■1240 Ada punch card ke ataupun dia pakai kerja saja sebab dia atas laut, mana boleh pergi mana-mana. Lagi jauh sikit, jatuh laut. Dia duduk dekat situ, buat saja kerja. Ada overtime kah? Akan tetapi rehat kalau tidak cukup boleh mendatangkan penyakit contohnya penyakit jantung. Hari ini jantung number one killer hari ini. banyak faktor yang menunjukkan penyakit jantung tetapi antaranya ialah tidak cukup rehat, ini yang kita takut dalam apa-apa pekerjaan pun pada perkara ini kita berbincang tentang hak-hak pelaut. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan dalam operasi kapal tersebut. Namun perkara ini juga harus diperiksa secara berkala oleh jabatan laut bersama dengan majikan bagi memastikan tidak ada penipuan. Sekarang ini semua hendak untung. Untung sudah banyak selepas itu caruman PERKESO tidak buat. Untung sudah banyak, gaji tidak dinaikkan. Untung sudah banyak, macam-macam sebab itu complain macam-macam hari ini sebab apa, ada orang-orang yang hendak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih. Tuan Yang di-Pertua, cabaran yang satu lagi yang saya lihat hari ini ialah lambakan pelaut asing, sudah dibahaskan oleh beberapa orang pembahas tadi- bekerja di atas kapal syarikat warga tempatan. Jadi hal ini sangat membimbangkan kerana ia menutup ruang serta peluang warga tempatan untuk bekerja. Maklumlah atas kapal itu daripada tukang bersih bilik, jaga enjin, jaga elektrik, jaga bilik-bilik pejabat. Daripada tukang masak, tukang pelayan dan semua banyak kategori dalam kapal itu sebenarnya tetapi apabila kita naik di sana kita tengok macam-macam dan kita dapat kurang orang kita. Berdasarkan satu statistik 2014, seramai 7,193 atau 46 peratus daripada 15,672 orang pelaut yang berdaftar pada tahun tersebut adalah pelaut asing dan ini telah melanggar peraturan yang terdapat dalam Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL). Tuan Yang di-Pertua, gerak kerja bagi mempromosikan profesion ini harus dipergiatkan. Ini yang cerita akademi laut tadi. Saya pernah lalu dekat akademi laut ini, nampak sunyi macam berhantu. Nampak macam tidak ada orang pula tetapi akademi laut ini mungkin pergi laut tetapi kalau dia belajar, saya hendak tahulah peringkat apa yang dia belajar, diploma kah, degree kah, sampai ke tahap PhD kah? Apakah yang dia dapat? Apakah prospek peluang-peluang pekerjaan dia selepas ini, dan bagaimana akademi laut- tadi saya dengar ada yang mencadangkan diswastakan. Bagaimana akademi laut ini dapat dipromosikan supaya orang tahu, anak muda tahu kah ada akademi laut? Tadi disebutkan ALAM hendak diswastakan, saya pun terkejut ALAM pula hendak diswastakan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tadi, tetapi ALAM ini kalau orang dengar, kita pi kat luar sana, cakap dengan anak muda ALAM dia tidak tahu. Dia tidak tahu ALAM itu apa maknanya, akademi laut. Nampak sunyilah, tepi laut. Tuan Yang di-Pertua, dengan pencerahan serta beberapa cadangan ini yang saya lontarkan sebentar tadi, mohon pertimbanganlah kan untuk kementerian dan pada dasarnya saya rasa saya ingin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana membawa rang undang-undang untuk pindaan ini kerana ini jelas menandakan kita mengambil berat tentang mereka yang telah berjuang, yang telah berkorban untuk kemakmuran, untuk rakyat sebab apa perkapalan ini bawa barang dan sebagainya. Saya berharap jugalah kita ambil peduli ataupun really care, ambil peduli bukan sahaja pelaut tetapi kumpulan-kumpulan yang lain macam contohnya saya hendak menyatakan tadi kalau kita ada teachers’ day, kita ada nurses’ day, kita ada semua day mungkin ada seafarers’ day, mungkin dia orang boleh cerita tentang kehidupan di laut, mungkin boleh bagi ini. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong, terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut sama hendak membahaskan tentang Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar. Sebenarnya saya tidak mahir sangat sebab saya tidak tinggal di kawasan laut. Cumanya saya ingin mendapatkan penjelasan di pihak kementerian di mana kapal-kapal saudagar ini yang terlibat bermakna di peringkat laut semua sekalilah ya, daripada perikanan, kapal besar, kapal pelancong dan pelbagainya. Akan tetapi bagaimana pula kapal-kapal yang berada dalam tasik-tasik, adakah di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar ini juga? Itu persoalannya. Kedua, dalam perkapalan saudagar ini kita melihat ordinan yang sedia ada mungkin sudah mula ditambah baik untuk menjaga daripada segala segi yang kita lihat rang undang-undang yang dinyatakan pada hari ini di mana kita mengambil kira soal pemilik kapal, nakhoda dan juga anak-anak kapal. Soalnya pada pandangan saya perkapalan ini juga merupakan satu industri yang sudah lama tetapi kita perlu beri nafas baru untuk memberi peluang pekerjaan yang lebih kepada penduduk negara di mana dalam ordinan yang ada ini kita melihat kemahiran yang diperlukan pada anak-anak kapal dan juga mereka yang bekerja dengan kapal. Sudah itu kalau dengan adanya perkara-perkara ini dalam ordinan baru ini saya menjangkakan gaji yang diberikan kepada mereka yang bekerja di lautan ini mungkin lebih tinggi sebab saya tidak berapa tahu sangat soal ini cuma berdasarkan kepada kapal saudagar ini, kita melihat benda yang baru bagaimana peluang pekerjaan masa hadapan kita kena beri latihan kepada generasi muda yang mungkin boleh mengambil bidang-bidang kemahiran di mana peluang pekerjaan yang cukup banyak disediakan oleh kapal saudagar yang berlegar di lautan sama ada kapal yang berada di perairan Malaysia dan juga perairan antarabangsa. Kita melihat perdagangan masih besar menggunakan kapal saudagar, bagaimana kapal perdagangan ini dapat dielakkan seperti mana berlaku penculikan dan pelbagainya semua. Di sini yang kita ingin melihat bagaimana pasukan penguat kuasa sedangkan tanggungjawab untuk Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar di bawah Kementerian Pengangkutan sedangkan persoalannya, penguat kuasa yang kita tahu di bawah Marin, APMM dan lain-lain. Bagaimanakah hendak diselaraskan antara pihak penguat kuasa dengan Kementerian Pengangkutan? Kita bimbang esok kalau Kementerian Pengangkutan juga ada penguat kuasa yang menggunakan bot-bot di persekitaran laut nanti orang kata bot tadi banyak diadjust sahaja, akhirnya memberi ruang dan peluang kepada ketirisan dan nama baik Kementerian Pengangkutan akan terjejas. Cumanya kalau dapat pihak kementerian boleh menjelaskan dalam kita hendak meminda Rang Undang- undang Ordinan Perkapalan Saudagar ini siapakah penguat kuasa yang akan menyelaraskan ini? Saya juga berhadapan dengan melihat bagaimana tasik-tasik yang berada dalam Malaysia ini yang terdapat kapal-kapal pelancongan, siapakah yang mengeluarkan lesen kepada mereka? Penguatkuasaannya siapa dia? Adakah mereka beroperasi haram dan pelbagai lagi. Tambahan pula kita melihat pengedaran dadah cukup ketat dengan menggunakan kapal udara dan juga pengangkutan darat. Apakah undang-undang yang ada ini terangkum perkara-perkara tersebut supaya tidak berlaku pencerobohan dadah? Penyalahgunaan dadah tadi dibawa masuk ke negara dengan sewenang-wenangnya. Pemerdagangan manusia sebahagian besarnya menggunakan kapal-kapal saudagar, di manakah dalam ordinan ini yang pihak kerajaan boleh menguatkuasakan untuk memastikan pemerdagangan manusia ini dapat dielakkan dengan sebaik mungkin? Bagaimana pula kapal dari luar negara yang memasuki perairan kita? Apakah kapal tadi kapal dari luar negara terikat dengan Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar ini juga?
Di sinilah yang nampaknya tidak jelas tetapi mungkin sebab kita tidak melihat secara terperinci. Akan tetapi kebimbangan-kebimbangan yang ada pada kita dengan ini tetapi saya melihat masa hadapan negara. Dengan adanya Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar ini, boleh meluaskan peluang pekerjaan kepada model insan kita, yang kita latih di pelbagai tempat seperti mana yang telah dinyatakan oleh mereka yang bercakap sebelum ini.
Walau bagaimanapun, saya percaya, ada pertindihan macam kapal perikanan yang kita kata menangkap ikan di lautan dalam. Pengawalannya di bawah Kementerian Pertanian ataupun Jabatan Perikanan. Bagaimana benda ini, ia akan berlaku pertindihan dan untuk rang undang-undang ini, bagaimana kedudukan kapal besar yang menangkap ikan di lautan dalam, kapal kecil dan pelbagainya yang juga dikeluarkan lesennya oleh Kementerian Perikanan. Jadi, di mana kaitannya dengan Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar yang kita bincangkan pada hari ini? Oleh sebab apabila kita meluluskan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016, kita berharap suasana yang berlaku di lautan sekeliling negara kita ini yang melibatkan pemilik kapal, nakhoda kapal, anak-anak kapal yang bekerja dalam kapal, mereka terikat dengan satu undang-undang. Kita tidak mahu kapal ini, kapal saudagar ini menjadi satu dari jalan membolehkan pemerdagangan dengan manusia seperti hari ini walaupun kita sebut undang-undang cukup ketat untuk masuk dalam negara. Akan tetapi bagaimana kita masih terdapat kemasukan warga asing tanpa dokumen di pintu-pintu masuk yang menggunakan kapal. Apakah benda ini berada dalam kawalan Rang Undang- undang Perkapalan Saudagar kita? Saya berharap, benda-benda ini pihak Kementerian Pengangkutan dapat memberi penjelasan supaya sedikit sebanyak rakyat mengetahui. Hari ini mungkin, apabila kita sebut Rang Undang-undang Perkapalan, majoriti rakyat yang tidak tinggal di kawasan pantai, laut, tidak memahami apa perkara benda tersebut.
[Bangun]
Sekurang-kurangnya kita boleh memberi penjelasan yang lebih mudah rakyat mengetahui Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar ini boleh memberi kesedaran kepada masyarakat tentang rang undang-undang ini. Ya, Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sahabat saya Yang Berhormat Gerik, apabila Yang Berhormat menyentuh fasal masyarakat yang duduk di tepi pantai, saya terpanggil untuk berdiri. Oleh sebab di Sabah, Undang-undang Perkapalan negara kita memang ada yang dinamakan dasar kabotaj. Sedar atau tidak Yang Berhormat Gerik bahawa harga barangan di Sabah dan di Sarawak agak lebih mahal daripada harga di Semenanjung? Sahabat saya yang Menteri itu tahu apa sebenarnya soalan saya. Soalan saya, adakah pihak kerajaan terutama sekali Kementerian Pengangkutan negara ini mereview soal dasar kabotaj itu yang membolehkan kapal-kapal antarabangsa boleh mendarat di Kota Kinabalu, di Sarawak misalnya? Supaya harga barangan dan produk yang dikeluarkan dari negeri Sabah dan Sarawak ini boleh setanding dengan harga di Semenanjung supaya ia tidak perlu melalui Port Klang. Setuju atau tidak Yang Berhormat masyarakat Malaysia, rakyat Malaysia di Sabah ini agak terlalu lama membayar harga barangan lebih tinggi daripada harga di Semenanjung? Tuan Yang di-Pertua pun tersenyum soalan ini kerana Tuan Yang di-Pertua pun sedar bahawa ini masih lagi kita perjuangkan.
Saya tutup mulut saya Yang Berhormat. Macam mana Yang Berhormat nampak saya senyum? [Ketawa]
Jadi, minta penjelasan daripada kawan saya dari mana? Yang Berhormat Gerik.
Yang Berhormat Gerik, sikit. Yang Berhormat Gerik, Lumut, Lumut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gerik ada menyebut mengenai kapal pelancong ataupun kapal penumpang. Sepatutnya, kapal penumpang ini digunakan untuk bawa penumpang daripada satu pelabuhan, satu tempat ke satu tempat. Akan tetapi sedarkah kita bahawa ada juga penyalahgunaan kapal pelancong ini ataupun kapal penumpang ini, ia keluar ke laut antarabangsa digunakan sebagai kasino terapung? Dalam hal ini, kita mintalah kerajaan sama ada melihat perkara ini satu perkara yang serius supaya ia tidak menjadi penyakit kepada masyarakat. Kalau boleh, kita pastikan undang-undang untuk menyekat atau mencegah aktiviti seperti ini harus wujud dalam rang undang-undang yang dipinda ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Lumut. Persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi kerana alasannya ialah kos pengangkutan lebih tinggi, dasar kabotaj- saya sendiri pun dalam kawasan saya di tasik hendak pergi ke kawasan Orang Asli, terpaksa kita minta yang kabotaj juga, sewa untuk bot kerana harga lebih tinggi dalam kawasan Orang Asli. Pada kita, harga yang tinggi memang berlaku tetapi kerajaan mencari jalan untuk memastikan harga yang lebih tinggi tadi dapat dikurangkan. Walaupun kita kata tinggi di Sabah dan Sarawak, di Malaysia tetapi kalau kita bandingkan dengan jiran-jiran kita di Indonesia, di Kemboja, di Laos, Thailand, kita dapati walaupun harga lebih tinggi apabila dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga kita nampak lebih rendah sedikit. Sekurang-kurangnya kita tahu kerajaan berusaha untuk mengawal harga walaupun dilihat di Sabah dan Sarawak lebih tinggi sedikit. Soalnya, penguatkuasaan di peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu dilaksanakan. Itu perkara yang pertama. Perkara yang kedua, Yang Berhormat Putatan tidak puas hati jawapan. Sepatutnya kerajaanlah jawab nanti.
Tuan Yang di-Pertua, memang jawapan daripada Yang Berhormat Gerik itu saya tidak puas hati. Tanya Ahli-ahli Parlimen dari Sabah sama ada setuju atau tidak dengan jawapan Yang Berhormat Gerik itu. Memang tidak setuju sebab harga barangan di Sabah 30 peratus lebih mahal daripada harga di Semenanjung. Apakah ertinya, “1Malaysia”, Yang Berhormat Menteri? Apakah ertinya 1Malaysia? Satu, produk-produk keluaran yang kita manufactured di Sabah, lebih mahal. Tidak kompetitif jika kita hantar kepada luar negara sebab barangan itu terpaksa melalui Port Klang. Fasal apa? Oleh sebab polisi kerajaan melalui dengan dasar yang dictatorship ini, yang tidak mahu kapal-kapal yang lain mengangkut barangan kita ke luar negara. Oleh kerana kita sedang melaksanakan rectifying TPP ini, kita mengharap kapal-kapal dari luar juga dapat berlabuh di Sabah dan Sarawak supaya kita boleh direct pasaran kita itu kepada antarabangsa. Jadi, saya tidak 100 peratus bersetuju dengan Yang Berhormat Gerik kerana Yang Berhormat Gerik ini sebenarnya bukan penduduk di pantai. Saya penduduk di pantai, Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Labuan juga penduduk di pulau. Saya mengharaplah Yang Berhormat Gerik ini bantu masyarakat di Sabah ini menyuarakan kepada Yang Berhormat Menteri yang duduk di sana supaya mereviewkan cabotage policy ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tolong masukkan cadangan Yang Berhormat Putatan dan pihak kementerian-kementerian yang berkaitan serta Kementerian Pengangkutan sendiri melihat semula perkara yang dibangkitkan oleh sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak. Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Lumut berkenaan dengan kapal cruise yang main judi di tengah lautan. Saya tidak arif sangat perkara tersebut sebabnya adalah dalam negara kita pun kita kata agama Islam agama Persekutuan. Sebelah masjid pun kadang-kadang ada karaoke bukan? Apatah lagi di tengah lautan yang kita tidak tahu kedudukannya macam mana. Kalau ada cruise mainkan judi, maka bagaimana tindakan pasukan kewangan? Adakah cruise yang menjalankan perjudian tadi berlesen ataupun tidak? Saya tidak tahu sangat perkara tersebut. Cumanya saya minta daripada segi rang undang-undang ini, ada kaitan atau tidak dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut. Saya pun tidak hendak bercakap lebih panjang kerana masa sudah pukul satu dan dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya, ada lagi yang hendak berbahas? Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut membahaskan Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 seperti yang telah dibacakan kali kedua semalam. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah bertujuan untuk menambah baik perundangan dan seterusnya menyeragamkan perundangan maritim sedia ada di samping dapat memenuhi aspirasi dua konvensyen yang diterima pakai oleh Malaysia iaitu Konvensyen MLC 2006 dan Convention STCW Manila Amendment 2010. Oleh yang demikian, cadangan rang undang-undang ini dijangka dapat menjamin tahap kekompetenan pelaut, memelihara kebajikan serta hak para pelaut yang bekerja di atas kapal Malaysia dan kapal-kapal yang beroperasi di perairan Malaysia tanpa menidakkan kepentingan komersial sektor perkapalan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini seperti juga rakan-rakan yang lain yang sudah membahaskan, setuju bahawa ia mestilah disokong dan diluluskan secepat mungkin. Bukan sahaja ia disebabkan negara kita perlu sebagai ahli kepada konvensyen- konvensyen tersebut untuk dapat melaksanakan dan menyeragamkan enforcement perundangan tetapi juga lebih penting untuk memastikan negara kita akan dapat meningkat daya saingnya dalam pembangunan ekonomi di mana pasaran global yang sangat dinamik. Perubahan yang begitu cepat berlaku disebabkan oleh teknologi dan juga saingan antara pemain-pemain di antara negara terutamanya di dalam industri perkapalan. Pindaan yang membabitkan tujuh fasal ini di antaranya akan seperti yang digariskan di fasal 4 akan merangkumi perlindungan kesihatan di atas kapal dan darat, tanggungjawab pemilik kapal, kesihatan perlindungan keselamatan dan pencegahan kemalangan atas kapal, kemudahan untuk fasiliti kesihatan dan kebajikan di daratan dan keselamatan sosial untuk pelaut-pelaut atau seafarers itu. Ini akan dapat membuatkan kerjaya sebagai pelaut atau pun seafarers ini menjadi lebih menarik. Ini juga akan dapat membuatkan ramai lagi anak-anak muda di negara kita untuk memilih menjadi pelaut dan dengan adanya skilled manpower yang cukup, akan menambahkan lagi kekuatan daya saing industri ini di negara kita, yang mana sangat penting memandangkan negara kita negara maritime nation, dengan izin, dan juga negara pedagang. Maka, sudah tentu kita ingin pemain-pemain industri di dalam industri perkapalan tempatan negara kita akan dapat bersaing dan berkembang maju dalam pasaran atau industri yang semakin membesar dan sangat penting ini. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya dapat mendengar beberapa Ahli Parlimen kita terutamanya yang datang dari Sabah, Penampang dan juga Putatan ada menyentuh bahawa sepatutnya polisi yang dikatakan cabotage policy dalam rang undang-undang ini sepatutnya juga di sekali gus untuk diperbaiki. Mereka merasakan cabotage policy itu telah menyumbang kepada kenaikan harga barang di Sabah dan juga menyebabkan pembangunan pemain atau pun industri di sebelah Sabah dan Sarawak itu terbantut. Saya pun kurang faham, kurang arif dengan cabotage policy ini secara detailnya tetapi apa yang saya dapat lihat atau pun ketahui, sebenarnya kapal-kapal dari luar negara sampai juga ke pelabuhan-pelabuhan di Kota Kinabalu dan juga di Labuan. Jadi saya pun kurang pasti kenapa, apa yang sebenarnya cabotage policy ini...
Yang Berhormat Sandakan bangun Yang Berhormat.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu cerita sedikit, Yang Berhormat Labuan.
Cabotage policy ini satu polisi yang mengehadkan barang-barang yang ditentukan seperti di Sandakan atau di Kota Kinabalu. Walaupun ada kapal dari negara lain seperti Hong Kong atau China tetapi pada masa dia hantar barang di Sandakan atau di Kota Kinabalu, dia mengangkat barang walaupun barang itu mahu pergi satu kapal tertentu, kapal itu boleh muat barang ini. Akan tetapi dia tidak boleh. Barang ini semestinya mahu kapal-kapal yang diregister di Malaysia baru boleh angkat. Jadi bawa begitu baru barang itu boleh diangkat di kapal yang sesebuah negara yang tertentu. He is already on the way. Jadi, bermakna harganya adalah lebih rendah seperti kita mahu sewa satu teksi, pergi satu tempat tetapi nanti balik mahu kosong. Dia sewa mesti mahal. Ini yang satu major sebab mengapa barang kita ini what you call the charges kapal itu begitu tinggi. Ini adalah salah satu major sebab.
Okey terima kasih atas penjelasan. Saya kira apa yang dijelaskan adalah kapal contohnya daripada Hong Kong yang mahu ke Sandakan apabila dia sudah singgah ke Kota Kinabalu maka dia tidak boleh membawa barang itu ke Sandakan. Cuma sampai ke Kota Kinabalu. Dari Kota Kinabalu ke Sandakan mesti dibawa oleh kapal yang berdaftar di Malaysia. Saya rasa itulah yang saya fahami. Saya faham logiknya dan cabotage policy yang perlu kita dengar memang pun di antaranya adalah membuatkan industri perkapalan ataupun pemain-pemain negara kita mempunyai peluang untuk berkembang dan tumbuh seterusnya Malaysia negara kita tidak ketinggalan dalam industri perkapalan ini. Memanglah kalau ada sesuatu yang kita ingin protect, maka sudah tentu ada kosnya. Jadi melihat positif kepada apa yang diinginkan oleh kerajaan untuk mempromosi dan untuk menggalakkan pertumbuhan industri perkapalan di Malaysia mungkin apa yang perlu dibuat adalah untuk Malaysia, Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo ini mempunyai satu structure yang boleh membuatkan penggalakan perkembangan industri perkapalan itu tumbuh dengan balancenya, pemain daripada sebelah sini dan pemain daripada sebelah sana. Untuk menjadikan ini mungkin kita perlu, saya yakin polisi ini bukan sahaja untuk Semenanjung tetapi baik untuk seluruh Malaysia. Cuma macam mana untuk kita mengolah ia baik juga untuk pemain-pemain di sebelah Sabah dan Sarawak. Apa yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua adalah untuk Sabah dan Sarawak ataupun Malaysia di sebelah Borneo yang mempunyai kawasan yang begitu luas, kawasan perairan yang jauh lebih luas sebenarnya dibandingkan dengan banyak negara lain untuk mempunyai sebuah pelabuhan yang utama. Hab yang akan membuatkan adanya economies of scale. Sekarang ini dia terlalu berpecah. Kita tidak tahu di mana habnya. Kalau di sini kita ada Port Klang, di sana kita ada Kota Kinabalu, Sandakan pun ada, kita ada Bintulu, kita ada Kuching. Semua pun lebih kurang sahaja. Jadi saya tahu Tuan Yang di-Pertua pun boleh bayangkan kemana saya lead to. Sebenarnya kita perlukan satu pelabuhan yang boleh menjadi hab di sebelah sana sebab negara kita ini dipecah oleh laut yang cukup luas. Dua keping. Kalau keping sebelah sini kita ada Port Klang, sepatutnya keping sebelah sana kita ada satu pelabuhan yang akan menjadi hab kepada region itu, rantau itu. Mungkin disebabkan saya mewakili Labuan, tetapi saya ingat saya buat analisa- analisa memang Labuan yang paling layak untuk dijadikan sebagai hab kepada rantau tersebut. Malaysia sebelah timur. Satu, Labuan ini memang pun mempunyai harbor yang secara semula jadi dalam. Memang pun nama Labuan itu datang daripada perkataan ‘labuhan’. Memang pun pelabuhan daripada dulu. Labuan itu terletak betul-betul tengah- tengah di antara Sabah dan Sarawak dan dekat lagi dengan Brunei. Tadi ada disebut kalau kita terus begini, maka muara pelabuhan Brunei akan terus mengambil peluang, mengambil advantage dengan izin, untuk merebut peluang-peluang perjalanan perkapalan industri ini di sebelah sana disebabkan tangan Sabah dan Sarawak seperti diikat.
Jadi sebenarnya untuk tidak diikat, kita perlu restructure dan kita perlu setuju bahawa ada satu port yang kita jadikan sebagai port utama hab yang akan serve feeder ports yang lain. Jadi port yang lain sepatutnya feed port Labuan dan Labuan akan menjadi sebuah hab logistik di mana barang-barang daripada luar negara boleh datang dengan kapal yang saiznya lebih besar yang mana dalam economy of scale yang ada, jadi kos penghantaran menjadi lebih murah. Untuk dia keluar balik dengan barang yang cukup banyak kerana semua barang- barang lain daripada rantau tersebut akan pergi ke hab ini untuk di ship ke luar Malaysia ataupun pergi ke Semenanjung. Jadi dengan itu saya merasakan pindaan undang-undang ini memang timely memang sesuai untuk terus jadikan Malaysia ini menjadi tempat yang akan mengamalkan piawaian-piawaian ataupun perundangan yang bertaraf antarabangsa dan seterusnya akan dapat menjadikan negara kita kedua-dua belah di Semenanjung dan juga di Malaysia Borneo untuk terus berkembang baju dengan adanya industri perkapalan yang lebih lancar, yang lebih efisien sama ada oleh pemain-pemain daripada dalaman ataupun daripada perkapalan-perkapalan daripada seluruh dunia. Jadi saya yakin perundangan ini juga dipanjangkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pindaan ini. Saya berharap kemajuan akan terus berlaku dengan pindaan yang akan kita luluskan sebentar lagi, insya-Allah. Labuan mohon menyokong.
Yang Berhormat Sik, selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 pada hari ini. Saya ingin menyokong pindaan rang undang-undang ini. Malaysia sebuah negara yang terdiri dari semenanjung dan sebahagian daripada sebuah pulau iaitu Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo. 90 peratus daripada Semenanjung dikelilingi oleh laut dan 50 peratus lebih kurang dari Sabah dan Sarawak disempadani oleh lautan. Oleh itu Malaysia mestilah mempunyai undang-undang yang berkaitan dengan maritim yang terbaik dan mesti dipinda untuk kepentingan dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merupakan lanjutan kepada Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atau OPS 1952. Merchant Shipping Ordinance 1952 yang dipinda dan dikemas kini bagi memenuhi tuntutan keperluan semasa dalam meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara lain dalam bidang maritim.
Malaysia sebagai sebuah negara ahli kepada konvensyen-konvensyen seperti International Convention on Civil Liability for Bunker Oil Pollution Damage 2001 atau Convention Bunkers 2001 dan International Convention on Limitation of Liability for Maritime Claims 1976 as a mandate by the protocol of 1996 atau Convention LLMC 1996. Negara kita hendaklah sentiasa mempunyai tahap perundangan maritim yang setanding dengan amalan perundangan antarabangsa. Pindaan ini juga bertujuan memastikan kepentingan pelaut dan negara sentiasa terpelihara. Sebagai sebuah negara ahli kepada International Maritime Labor Convention 2006 atau Convention MLC 2006 juga, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mengguna pakai perundangan domestik mengikut garis panduan konvensyen ini. Ia juga sebagai menambah baikkan kepada ordinan sedia ada selain daripada memenuhi keperluan dalam pelaksanaan MLC 2006. Termasuk juga pindaan kepada International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping (Manila Amendment) 2010 yang mana merupakan konvensyen bagi menyediakan standard dan peraturan dalam latihan pelaut, persijilan, kekompetenan pelaut dan aktiviti-aktiviti pengawasan ketika pelayaran.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan memastikan Malaysia sentiasa menjadi sebuah negara yang ulung dalam bidang maritim, kita hendaklah sentiasa peka dan berusaha mengemas kini dari semasa ke semasa perkara-perkara yang berkaitan dengan maritim termasuklah daripada segi perundangan, kebajikan pelaut, profesionalisme, kekompetenan dan juga keselamatan pelaut khasnya dan negara amnya. Kita juga terpaksa mengikuti dengan rapat terhadap perkembangan dan perubahan terbaru dalam dunia maritim antarabangsa. Sebagai contohnya, istilah-istilah yang diguna pakai oleh masyarakat maritim seperti perkataan ‘passenger steamer’ telah digantikan dengan perkataan “passenger ship”, dan perkataan “seamen” kini menjadi “seafarer”. Definisi dan pentafsiran hendaklah digantikan selaras dengan definisi yang digunakan oleh komuniti maritim antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan kepada OPS 1952 ini juga bertujuan menitikberatkan hal ehwal kebajikan warga pelaut. Peruntukan tentang aspek-aspek seperti perlindungan kesihatan dan keselamatan, tanggungjawab pemunya kapal, kebajikan dan keselamatan sosial telah dimasukkan. Peruntukan waktu rehat minimum kepada pelaut di atas kapal juga telah ditekankan dengan peruntukan denda kepada pemunya kapal yang tidak mematuhi peruntukan tersebut, sekali gus dapat membela nasib pelaut. Ia bagi memberi masa rehat yang mencukupi kepada pelaut. Pindaan ini juga telah memperkenalkan Skim Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan peruntukan denda kepada pemunya kapal yang ingkar dan gagal melindungi pelaut di bawah skim ini. Dalam usaha kerajaan memastikan supaya operasi maritim yang selamat dari semasa ke semasa, tindakan tegas perlulah diambil. Ini termasuklah dengan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang ingkar dalam memenuhi peruntukan undang-undang, termasuklah dalam hal-hal yang lebih serius, tindakan penjara boleh dikenakan. Bagi melicinkan lagi sektor maritim negara, Menteri Pengangkutan perlulah diberikan kuasa dalam aspek-aspek tertentu. Cadangan memberi kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk membuat kaedah-kaedah di bawah bahagian (x), OPS 1952 merupakan cadangan yang sangat positif dan perlu dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, meneliti faktor-faktor di atas, saya amat yakin pindaan terhadap OPS 1952 perlu dilakukan, apatah lagi ia sekali gus membolehkan Convention MLC 2006 dan Convention STCW dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan. Negara juga dapat menikmati lebih banyak faedah dengan rang undang-undang yang dicadangkan ini, di samping kebajikan dan aktiviti pengusaha maritim dan perkapalan tidak diabaikan. Sekian Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Sik mohon menyokong.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan selamat petang. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 dan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini. Pertama sekali, saya ingin menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani yang telah membangkitkan mengenai perbandingan industri perkapalan Republik Korea dengan Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya Korea mempunyai kelebihan tertentu di dalam industri maritim, khususnya dalam pembinaan kapal. Walau bagaimanapun Malaysia juga mempunyai kelebihan tertentu, contohnya Malaysia merupakan operator kedua terbesar kapal L&G di dunia serta kelima terbesar di dunia sebagai operator kapal tangki minyak. Seterusnya, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan kontena ke-12 dan ke-17 dunia terbesar bagi tahun 2015. Pelabuhan Busan di Korea berada di tangga yang keenam.
Yang Berhormat Sungai Petani juga telah membangkitkan mengenai apakah peluang yang ada bagi bekas pegawai tentera laut yang bersara awal. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Laut memang mengiktiraf sea time, dengan izin, yang diperolehi oleh pegawai TLDM. Dalam hubungan ini, terdapat program bridging, dengan izin, yang dilaksanakan untuk mereka. Sejajar dengan itu, telah ada bekas pegawai TLDM yang pernah dan sedang berkhidmat di atas kapal dagang. Yang Berhormat Sungai Petani juga turut membangkitkan bagaimana Akademi Laut Malaysia (ALAM) boleh diperkasakan. Untuk makluman Yang Berhormat, selain Akademi Laut Malaysia, terdapat 31 buah institusi latihan yang lain yang telah diiktiraf oleh Jabatan Laut bagi menjalankan kursus dan latihan pelaut. ALAM yang telah diswastakan dan tempoh konsesi penswastaan yang akan tamat pada 31 Disember 2016 kini sedang dalam peringkat rundingan untuk dilanjutkan. Di bawah pelanjutan ini, syarat dan KPI akan diperkenalkan bagi memastikan ALAM menjadi center of excellence di rantau ini dan dapat melatih lebih ramai pelaut-pelaut tempatan di pelbagai peringkat. Yang Berhormat Sungai Petani telah juga membangkitkan mengenai tidak ada makanan yang sesuai. Ini juga Yang Berhormat Kuala Kedah, apakah mekanisme menangani isu ini? Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan kepada Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 ini di antara lain memang bertujuan untuk memastikan bahawa makanan dan minuman yang secukupnya dan berkhasiat disediakan di atas kapal. Ini diperuntukkan di bawah fasal 107. Akta pindaan ini adalah sejajar dengan Maritime Labor Convention 2006 yang menetapkan keperluan serupa. Yang Berhormat Sekijang membangkitkan mengenai bagaimana pelaksanaan penguatkuasaan social security. Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 108 mengenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak lebih dua tahun bagi pemilik kapal yang tidak mematuhi keperluan ini. Dalam pada itu, Jabatan Laut Malaysia mengadakan audit tahunan ke atas syarikat-syarikat perkapalan ini bagi memastikan pematuhan ataupun compliance, dengan izin. Yang Berhormat Sekijang juga turut membangkitkan mengenai bidang kuasa kerajaan dalam kos menyelenggara kapal tenggelam oleh pemilik kapal.
Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 38(1A) OPS 1952 telah menetapkan peruntukan mandatori insurans atau sekuriti kewangan. Oleh demikian, Malaysia selaku coastal state mempunyai hak menolak kapal yang tidak mempunyai sekuriti kewangan untuk masuk ke Malaysia. Oleh itu, sekiranya berlaku insiden kemalangan atau kapal karam, kerajaan membuat tuntutan kos pengalihan wreck itu daripada pemilik kapal atau syarikat insurans jika wreck tidak dialihkan oleh pemilik kapal. Yang Berhormat Sekijang memohon penjelasan mekanisme yang digunakan bagi membayar caruman yang dikenakan kepada pelaut. Mekanisme yang diterima pakai adalah melalui pemotongan gaji secara prosedur yang diluluskan seperti mana peruntukan fasal 98 akta pindaan dan seperti mana yang dibenarkan oleh Pengarah Laut. Yang Berhormat Penampang dan juga Yang Berhormat Putatan membangkitkan mengenai dasar kabotaj. Dasar kabotaj tidak menghalang mana-mana kapal dari pelabuhan asing untuk singgah terus ke mana-mana sahaja pelabuhan di dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tidak ada kewajipan bagi kapal-kapal membuat transshipment melalui pelabuhan di Semenanjung. Keputusan untuk mengunjungi mana-mana pelabuhan di Malaysia adalah ditentukan sendiri oleh syarikat-syarikat perkapalan berdasarkan faktor- faktor tertentu termasuk pelabuhan hab, volume cargo, facility, pelabuhan dan lain-lain. Dalam dasar kabotaj ini, yang tak boleh cuma dia tidak boleh mengangkut muatan domestik, maknanya dia nak mengangkut dari Kota Kinabalu hendak ke Sandakan, atau Kota Kinabalu ke Kuching, itu memang tak dibenarkan kerana kita hendak menjaga kepentingan pengusaha-pengusaha kapal tempatan. Jadi kalau kapal-kapal luar dibenarkan mengangkut barangan domestik, maka pengusaha tempatan akan tidak dapat peluang.
Jadi, oleh sebab kita ada persatuan yang dipanggil Malaysia Shipowners’ Association (MASA). Jadi Malaysia Shipowners’ Association ini telah beberapa kali mengingatkan kerajaan agar tidak membenarkan kapal-kapal luar dibenarkan mengangkut barangan domestik. Ini untuk menjaga industri perkapalan tempatan. Jadi mengenai...
Yang Berhormat Labuan bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, jadi disebabkan oleh restriction untuk tidak boleh kapal yang dari luar tadi menghantar daripada port tempatan ke port tempatan yang lain, memang menyumbang kepada kos yang lebih tinggilah kepada pengangkutan, jadi setujukah Yang Berhormat Menteri kalau diadakan satu hab, kalau kita olahkan supaya satu hab diadakan di sebelah sana dan economy of scale ini berlaku, maka kos itu akan boleh diturunkan? Setujukah Yang Berhormat Menteri, Labuan pilihan yang terbaik, naturally? Terima kasih.
Dia begini. Kapal sebagai contoh daripada Hong Kong, dia boleh bawa muatan sampai ke Kota Kinabalu, tetapi dia tidak boleh mengambil barang di Kota Kinabalu bawa pergi Sandakan. Akan tetapi ia boleh membawa barangan yang daripada Hong Kong tadi sudah sampai ke Kota Kinabalu tetapi ia tidak turun habis, dia boleh terus ke Sandakan, boleh. Tetapi dia tidak boleh berhenti dekat Kota Kinabalu dia ambil barangan, load dari Kota Kinabalu bawa ke Sandakan kerana itu mengambil peluang rezeki pengusaha kapal...
Yang Berhormat Menteri, ini yang dipanggil kabotaj, kah atau sabotaj?
Ini kabotaj. Kabotaj ini sebenarnya hendak menjaga industri perkapalan tempatan. Kalau kapal luar dibenarkan mengambil barangan di dalam negara untuk dihantar domestik, maka peluang pengusaha kapal-kapal tempatan akan terhakis. Akan tetapi untuk kapal daripada luar dia hendak bawa barang dia hendak singgah dua, tiga kali, no problem, boleh. Dia singgah ke Pelabuhan Klang, selepas itu barang yang ada di dalam kapal itu dia tak boleh turunkan tetapi dia boleh terus sambung ke Kota Kinabalu, boleh. Akan tetapi yang tak boleh ialah sudah sampai Pelabuhan Klang, dia ambil barang Pelabuhan Klang dibawa pergi ke Kota Kinabalu. Itu tidak boleh kerana...
Yang Berhormat...
Ya.
Selalunya, disebabkan oleh sistem polisi ini, barangan daripada Hong Kong diangkat ke Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang itu, kemudian dihantar ke Sabah menyebabkan barangan di Sabah lebih tinggi kos harganya disebabkan oleh transportation cost yang lebih. Jadi untuk menangani isu kepentingan industri perkapalan tempatan, dengan kos sara hidup yang lebih tinggi di Sabah, bagaimanakah kementerian imbangi keadaan ini?
Ini bergantung kepada pengimport. Contoh pengimport di Sabah, kalau dia import barang daripada Hong Kong atau daripada Guangzhou, kalau kapal itu boleh terus ke KK, tidak perlu pergi ke Port Klang, tidak ada masalah, boleh, dibenarkan. No restriction. The problem cuma sekarang hari ini kapal-kapal telah dibina dengan besar. Hari ini, sebagai contoh, kapal dibina sampai 20,000 TEU. Kapal 20,000 TEU ini dibawa daripada, contoh Guangzhou, dia hanya boleh berlabuh di pelabuhan-pelabuhan yang besar-besar. Dia tak mampu nak singgah-singgah ini pasal too big. Jadi itu yang menjadi permasalahan kepada pengusaha-pengusaha kapal antarabangsa lah. Sebenarnya there is no restriction untuk kapal-kapal di peringkat dunia untuk sampai ke Sabah, ke Kuching dan Sandakan. Itu semua adalah tertakluk kepada keputusan komersial yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha kapal antarabangsa. Jadi sebab itu dasar kabotaj ini sebenarnya tidak mengehadkan pengaliran barang-barang seluruh dunia sampai ke Sabah, tidak ada. Yang tak boleh cuma kapal luar negara ini, contohnya dia sudah singgah ke Port Klang, dia turunkan barang dan dia ambil barang di Port Klang hendak bawa pergi ke Kota Kinabalu. Itu tidak boleh.
Jadi oleh sebab kadang-kadang dia tak cukup muatan, jadi dia tidak mahu hendak bawa kapal besar-besar tadi, contoh ship like 20,000 TEU itu, dia hendak pergi sampai ke Kota Kinabalu, dia tidak ada economy of scale. Jadi ini semua adalah bergantung pada market forces. Jadi kerajaan tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat secara komersial oleh pengusaha-pengusaha kapal. Seterusnya, Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan mengenai tahap keselamatan pelaut atas kapal chemical dan tangki. Bagi memastikan tahap keselamatan, pematuhan kepada International Safety Management Code di mana antara lain telah ditetapkan pelaut yang terlatih dan competent, garis panduan IMO atau International Maritime Organization berhubung dengan chemical ships, audit oleh pegawai pelabuhan, pemeriksaan oleh Port State Control Officer dan regular safety meeting. Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan mengenai apakah hak pelaut daripada aspek kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat, fasal 101 memperuntukkan standard dalam aspek perkhidmatan kesihatan, perubatan, keselamatan, penginapan, rekreasi dan bekalan makanan. Denda tidak melebihi RM50,000 boleh dikenakan kepada pemilik kapal yang gagal mematuhi peruntukan ini. Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang berkenaan peringatan dan penekanan pada Malaysia Shipowners' Association atau dikenali sebagai MASA untuk mengambil rakyat Sabah dan Sarawak.
Kementerian difahamkan bahawa Sabah and Sarawak Shipowners’ Association juga memberi penekanan kepada penggunaan rakyat tempatan dari Sabah dan Sarawak terutamanya bagi perkapalan domestik. Kementerian mengalu-alukan semua pemilik kapal untuk memberi keutamaan dalam menggunakan pelaut-pelaut tempatan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan persoalan bagaimanakah Malaysia seafarer, dengan izin, diberi keutamaan? Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia tidak mengamalkan sistem penggajian pelaut tempatan secara mandatori. Untuk menggalakkan penggunaan pelaut tempatan, pemilik yang menggaji 75 peratus orang pelaut tempatan akan menikmati lesen perkapalan domestik, jika syarat bilangan pengarahan juga dipenuhi. Kementerian juga sedang mempertimbangkan cadangan inisiatif lain seperti pengenaan levi terhadap penggunaan pelaut asing. Yang Berhormat Pasir Gudang turut bertanya mengapakah ALAM diswastakan? ALAM atau dikenali sebagai Akademi Laut Malaysia diswastakan bagi membolehkan ALAM beroperasi dan dibangunkan sebagai sebuah centre of excellence dengan segala aset, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh pihak industri. Sejak diswastakan, ALAM berjaya mendapat pengiktirafan centre of excellence dan berjaya melahirkan jumlah graduan yang bertambah berbanding dengan semasa ALAM ditadbir dan diurus oleh pihak kerajaan. Saya turut menarik perhatian pertanyaan Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Pasir Gudang mengenai persoalan kenapakah pelaut di bawah umur 18 tahun dibenarkan bekerja. Yang Berhormat, fasal 73 akta pindaan menetapkan had umur minimum adalah tertakluk kepada Akta 350 fasal yang sama yang menetapkan had umur minimum adalah 16 tahun yang sebenarnya dan ini tidak bercanggah dengan Akta Children and Young Persons (Employment) Act 1966 [Akta 380] yang menetapkan had umur minimum untuk diambil bekerja tidak kurang 15 tahun. Oleh yang demikian, fasal 73 adalah selaras dengan Maritim Labor Convention (MLC) 2006...
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Gudang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Menteri mengatakan ALAM diswastakan untuk menjadi sebuah badan yang akhirnya menjadi centre of excellence dan kejayaan ALAM.
Adakah ini bermakna, dengan pengeluaran ramai graduan daripada ALAM, ia tidak menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita bersama terutamanya pihak kementerian bagi memastikan bahawa anak-anak keluaran ALAM ini mendapat pekerjaan? Ini yang saya risau, apabila kita meletakkan sekadar 75 peratus mereka dengan pengambilan pekerja tempatan satu kapal, tidak banyak hendak pakai kapten kapal. Begitu juga dengan tukang-tukang masak ini. Jadi bidang-bidang ini bagaimana? Bagaimanakah sebagai sebuah kementerian memastikan jawatan-jawatan ini diisi oleh anak-anak tempatan? Kita kena fikir jauh, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu tadi saya sudah maklumkan bahawa kerajaan sedang ingin mengambil inisiatif untuk mengenakan levi kepada pelaut-pelaut bukan pelaut-pelaut asing. Jadi mungkin dengan dikenakan levi ini maka ini akan mencenderungkan kepada pemilik kapal mengambil pelaut-pelaut tempatan.
[Bangun]
Oleh sebab kita tidak boleh memaksa secara drastik kepada pengusaha-pengusaha kapal ini, kita tidak mahu menjejaskan pembangunan ataupun perkembangan industri perkapalan di negara kita. Kita akan gradually mengambil langkah-langkah untuk mengetatkan bagaimana pemilik-pemilik kapal ini menggunakan pelaut-pelaut tempatan.
[Bangun]
Yang Berhormat Gerik membangkitkan mengenai pencerobohan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan orang. Adakah Ordinan Kapal Saudagar (OPS) 1952 mengawal selia aspek tersebut? Untuk makluman Yang Berhormat, OPS 1952 tidak mengawal selia aspek berkenaan kerana ordinan tersebut mengawal aspek-aspek perkapalan dan keselamatan pelayaran, penguat kuasa pelaksanaan, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah oleh agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Ini bawah Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Gerik membangkitkan mengenai isu rompakan bersenjata di laut. Bagaimana penyelarasan di antara jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan lain-lain diselaraskan. Untuk makluman Yang Berhormat, penyelarasan di antara Jabatan Laut Malaysia dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia adalah seperti berikut: (i) melalui Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim yang dipengerusikan oleh APMM dan dianggotai oleh agensi maritim yang lain iaitu Jabatan Laut Malaysia, Polis Marin, Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar, (ii) melalui jawatankuasa bersama APMM iaitu Jabatan Laut Malaysia yang dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Laut dan Ketua Pengarah APMM. Jawatankuasa ini membincangkan kerjasama di antara dua buah agensi ini dalam bidang penguatkuasaan ke atas kapal-kapal dagang di perairan Malaysia. Yang Berhormat Gerik juga membangkitkan mengenai kapal-kapal nelayan, kapal besar, kapal kecil yang didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Pertanian, Perladangan dan Komoditi. Adakah kapal ini tertakluk kepada akta ini? Untuk makluman Yang Berhormat, kapal-kapal nelayan tidak didaftarkan di bawah Jabatan Laut Malaysia. Akta ini tidak terpakai ke atas kapal-kapal tersebut. Walau bagaimanapun terdapat konvensyen-konvensyen khas yang mengawal selia kapal-kapal perikanan iaitu Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Fishing Vessel Personnel (STCW-F) dan Torremolinos International Convention for the Safety of Fishing Vessels. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan mengenai adakah Akta DOSH terpakai dan boleh dikuatkuasakan kepada syarikat perkapalan?
Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 1(2) [Akta 514] Occupational Safety and Health Act 1994 tidak terpakai. Walau bagaimanapun fasal 131(2)w, Menteri boleh membuat peraturan berkenaan, occupational safety and health yang mana akan terpakai bagi industri perkapalan. Seterusnya cadangan daripada Yang Berhormat Labuan mengenai supaya Pelabuhan Labuan dijadikan hab bagi Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini tidak ada sebarang rancangan untuk menetapkan Pelabuhan Labuan sebagai hab bagi kawasan demikian. Ini disebabkan volume kargo, fasiliti dan kemudahan pelabuhan yang amat terhad di Labuan. Terdapat juga pelabuhan-pelabuhan yang lebih besar di Sabah dan Sarawak yang mempunyai fasiliti yang lebih baik dan jumlah kargo yang lebih banyak. Seterusnya, saya hendak sentuh Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Berhormat Labuan bangun.
Mengenai hari ...
Yang Berhormat Labuan tidak puas hati, Yang Berhormat. Labuan tidak diberikan hab.
Yang Berhormat Menteri, apa Yang Berhormat Menteri kata tadi itu, itulah masalahnya, Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi kita mahu penyelesaian sekarang ini. Masalahnya, terlalu banyak port yang ingin hendak jadi lebih dari yang lain. Tidak ada pihak yang menyelaras, tidak ada pihak yang membuat satu strategi “move the decision” untuk memastikan kita lebih berdaya saing. Kita lebih efisien dalam sistem pengangkutan kita. Kita biarkan KK pun hendak jadi hab, Kuching pun hendak jadi hab, Bintulu pun hendak jadi hab, Sandakan pun hendak jadi hab. Jadi kita perlukan keputusan daripada leadership, daripada kerajaan. Kita perlu satu sahaja. Barulah kita kuat. Satu itu memang saya katakan tadi, Labuanlah... [Disampuk] Ini kerana kapal besar tidak boleh hendak rapat ke pelabuhan-pelabuhan, ke KK kah sebab dia cetek. Itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Sekarang kapal sudah besar-besar, 20,000 TEU. Pelabuhan Labuan, super tankers, very large crude carrier (VLCC) semua itu pun boleh datang ke Labuan sebab kita punya draft melebihi 30 meter. Jadi sebenarnya, yang kita perlukan ialah satu tindakan, keputusan tegas bahawa untuk memastikan Malaysia Timur ini mempunyai satu sistem pengangkutan yang lebih efisien, ada economy of scale dengan berani dan dengan tegas walaupun Labuan ini lobi politiknya tidak kuat, satu seat sahaja dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak. Akan tetapi kementerian kena tegas untuk kepentingan Sabah dan Sarawak untuk masa panjang, kena buat keputusan yang berani. Terima kasih. Setuju atau tidak, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan daripada Yang Berhormat Labuan, saya akan mengambil perhatian dan saya akan meminta pihak KSU dan juga Jabatan Laut untuk membuat satu perbincangan yang mendalam dengan semua stakeholders pelabuhan-pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk membincangkan mengenai hab di kawasan Wilayah Timur, wilayah Sabah dan Sarawak termasuk Labuan.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak EPU juga sudah menjalankan kajian mengenai mewujudkan hab tetapi belum ada rumusan atau keputusan. Sila.
Sibuti.
Yang Berhormat Sibuti.
Ya. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat hendak pelabuhan hab itu di Sibuti, Yang Berhormat?
Insya-Allah, insya-Allah. Apa yang saya hendak katakan di sini, saya tidak sempat hendak bercakap tadi, hendak berbahas. Kita di negeri Sarawak ini, Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Territorial Sea Act 2012 yang kita hendak bahas sekarang seksyen 2, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, adakah sebelum rang undang-undang ini, Ordinan Perkapalan Saudagar ini dipinda, adakah Yang Berhormat Menteri membawa kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebab kita punya territorial water yang dikatakan not exceeding three nautical miles measured from the low-water itu nanti, dalam itu akan menjadi percanggahan di Kerajaan Persekutuan dan negeri? Kalau boleh, kita hendakkan supaya ini dibawa kepada peringkat negeri dan mudah-mudahan kita sama- sama dapat mencapai kata sepakat bahawa ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?
Untuk makluman, pindaan ini lebih kepada untuk kita adopt konvensyen antarabangsa. Oleh kerana kita juga selaku ahli kepada International Maritime Organization dan di peringkat antarabangsa telah memutuskan beberapa penambahbaikan dalam industri perkapalan saudagar ini yang lebih menjurus kepada menjaga kebajikan pelaut-pelaut dan juga menjaga tentang keselamatan, jadi, itu adalah yang dipinda untuk kita adopt. Walau bagaimanapun, pandangan daripada Yang Berhormat Sibuti saya akan mengambil maklum untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, setakat itu respons daripada kementerian saya dan saya bagi pihak kementerian sekali lagi mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan telah memberikan cadangan- cadangan dan pandangan-pandangan terhadap pindaan akta ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 131 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2013, pindaan telah dicadangkan kepada beberapa undang-undang bagi menangani kegiatan jenayah terancang. Pindaan tersebut telah di bentang dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Parlimen Ke-13. Antara rang undang-undang yang telah diluluskan pada masa itu ialah seperti berikut: (i) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013; (ii) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013; dan (iii) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) (Pindaan) 2013.
Selari dengan pindaan-pindaan tersebut, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) juga telah dibentangkan. Walau bagaimanapun ia telah ditarik balik untuk dibuat konsultasi dan penelitian lanjut. Pada hari ini, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) dibentangkan semula kerana ia amat diperlukan sebagai salah satu langkah untuk menambah baik tatacara dalam penyiasatan dan pembawaan kes-kes jenayah. Kanun Tatacara Jenayah juga dicadang untuk diperkasakan dengan mencadangkan beberapa pindaan yang merupakan penambahbaikan kepada peruntukan sedia ada di samping memperkenalkan beberapa peruntukan baru. Pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah juga bertujuan untuk menambah baik peruntukan sedia ada bagi menangani ancaman keganasan yang undang-undang berkaitan dengan perkara itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebelum ini. Elemen-elemen utama di dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa akta ini. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru (5) yang memperuntukkan bahawa mana-mana kesalahan di bawah Kanun Keseksaan kesalahan boleh tangkap jika diperuntukkan dengan nyata di bawah undang-undang bertulis yang lain, kesalahan itu kesalahan boleh tangkap. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam penyiasatan oleh pihak polis terutamanya bagi kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga yang secara jelas menyatakan kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga kesalahan boleh tangkap. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 13 untuk menghendaki orang ramai supaya memberikan maklumat kepada polis tentang niat atau perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain jika orang ramai mempunyai pengetahuan atau maklumat mengenainya. Ini adalah sebagai langkah untuk menangani jenayah yang semakin meningkat dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam membanteras jenayah. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru (6) untuk membenarkan pendakwa raya untuk hadir dalam mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen 98.
Dengan cadangan pindaan ini, pendakwa raya boleh hadir di hadapan majistret untuk membuat permohonan bagi menghalang mana-mana orang atau orang awam secara amnya dari melakukan perbuatan tertentu: (a) yang boleh mengakibatkan gangguan, halangan atau kecederaan kepada mana-mana orang; (b) yang boleh membahayakan nyawa, keselamatan atau kesihatan orang ramai; atau (c) yang boleh menimbulkan rusuhan atau pergaduhan. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru (1A) untuk membenarkan pendakwa raya untuk hadir dalam mana-mana permohonan reman yang dibuat di bawah seksyen 117. Ini bertujuan supaya pendakwa raya boleh hadir dalam permohonan reman bagi kes-kes tertentu yang dirasakan perlu yang mempunyai kepentingan awam, melibatkan isu undang-undang dan jika suspek diwakili peguam. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 173A dengan memasukkan subseksyen baru (8) dengan pindaan yang dicadangkan, peruntukan sedia ada diperjelaskan lagi pemakaiannya iaitu seseorang pesalah tidak boleh dibebaskan dengan atau tanpa syarat dan tiada sabitan direkodkan di bawah seksyen 173A jika seseorang pesalah itu dipertuduh dengan kesalahan berat atau dipertuduh dengan kesalahan keganasan rumah tangga. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 265A, 265B dan 265C. Seksyen baru ini mengadakan peruntukan bagi keterangan saksi yang dilindungi diambil melalui tatacara khas. Pindaan ini dicadangkan bagi menangani masalah keengganan saksi untuk memberi keterangan di mahkamah kerana bimbang keselamatan dirinya jika identitinya didedahkan terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan kumpulan jenayah terancang. Dengan peruntukan baru yang dicadangkan itu akan lebih ramai saksi berani untuk tampil memberikan keterangan terhadap apa-apa pertuduhan di mahkamah termasuklah terhadap anggota kumpulan jenayah terancang dan dengan keterangan itu, maka sabitan dapat dikenakan terhadap mereka yang melakukan jenayah. Fasal 8 pada asalnya bertujuan untuk meminda seksyen 282 dengan memasukkan perenggan baru (e) bagi menghendaki mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman pemenjaraan secara serentak apabila seseorang disabitkan dengan dua atau lebih kesalahan dalam satu perbicaraan. Namun pindaan di Peringkat Jawatankuasa akan dicadangkan untuk memotong fasal 8 ini. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan subseksyen baru untuk memperjelaskan lagi pemakaian peruntukan sedia ada iaitu seseorang pesalah yang dipertuduh dengan kesalahan berat atau seseorang pesalah yang dipertuduh dengan perlakuan keganasan rumah tangga tidak boleh dibebaskan dengan bon berkelakuan baik. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 399B ke dalam Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan bahawa mana-mana keterangan atau laporan yang diberikan oleh seorang pakar berkenaan dengan aktiviti, struktur, amalan, upacara, tandatangan, insignia, ciri-ciri atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan sesuatu kumpulan jenayah terancang hendaklah diterima sebagai keterangan. Sedikit pindaan pada fasal ini dicadang untuk dilakukan di Peringkat Jawatankuasa kelak. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 402B untuk memperuntukkan bahawa walau apa pun subseksyen 402B(1) pihak pendakwaan tidak dikehendaki untuk mendapatkan izin tertuduh sebelum mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 407B ke dalam Kanun Tatacara Jenayah bagi menghendaki tertuduh untuk membayar penalti jika harta yang merupakan hal perkara tersebut, sesuatu kesalahan telah dilupuskan atau tidak boleh dikesan. Kedua-dua Fasal 11 dan 12 ini akan dicadang untuk dilakukan pindaan di Peringkat Jawatankuasa kelak. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 414 bagi memberikan pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu daerah polis kuasa untuk mengarahkan penjualan harta rampasan yang sebelum ini kuasa itu di bawah Ketua Pegawai Polis.
Fasal ini juga bertujuan untuk meletakkan hak milikan atau hasil jualan harta rampasan yang tidak dituntut kepada Kerajaan Persekutuan. Sebelum pindaan yang dicadangkan, hak milikan atau hasil jualan itu diletakkan di bawah kerajaan negeri tempat harta itu dirampas. Fasal 14 bertujuan untuk menggantikan seksyen 415 untuk membenarkan penjualan harta yang ditahan dengan perintah Majistret di bawah subseksyen 413(3) dibuat melalui lelongan awam. Penjualan itu boleh dibuat jika harta tersebut mudah rosak, sukar atau tidak praktikal untuk disenggarakan. Harta tersebut bernilai kurang daripada RM10,000 atau jika penjagaan harta tersebut melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan sukar. Fasal 15 pada asalnya bertujuan untuk memasukkan bab baru XLIA bagi mengadakan tatacara yang lengkap berhubung dengan perampasan dan perlucuthakan dan harta dan terbitannya yang dimiliki oleh seseorang anggota kumpulan jenayah terancang yang diperoleh semasa perlakuan sesuatu kesalahan atau yang membawa kepada perlakuan sesuatu kesalahan. Pegawai polis boleh merampas harta alih dan harta tidak alih yang secara munasabah disyaki harta tidak sah dengan mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam bab baru ini. Namun, pindaan di peringkat jawatankuasa akan dicadangkan untuk memotong fasal 15. Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 425A ke dalam Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen baru 425A memperuntukkan tatacara dalam keadaan jika tertuduh melarikan diri sebelum atau semasa perbicaraannya selepas dia dipertuduh. Dengan pindaan yang dicadangkan ini mahkamah dibenarkan untuk meneruskan perbincangan dan menyelesaikan kes itu tanpa kehadiran tertuduh yang melarikan diri itu. Mahkamah juga boleh menjatuhkan hukuman tanpa kehadiran tertuduh kecuali bagi kes yang melibatkan hukuman mati, pemenjaraan seumur hidup dan pemenjaraan seumur hayat. Fasal 17 pada awalnya bertujuan untuk meminda seksyen 430, Kanun Tatacara Jenayah untuk memberi kuasa kepada Menteri dan bukan mahkamah untuk memberi ganjaran kepada orang persendirian yang telah menunjukkan keberanian, kegigihan dan keupayaan luar biasa dalam penangkapan seseorang yang terlibat dalam kegiatan jenayah. Sebagai cara untuk menggalakkan orang ramai untuk turut sama membantu menangani jenayah, peruntukan berkaitan dengan pemberian ganjaran kepada orang ramai yang membantu dalam penangkapan penjenayah yang terlibat dalam kesalahan yang membawa hukuman mati atau pemenjaraan dicadangkan untuk dinaikkan daripada tidak melebihi RM100 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM10,000. Cadangan pindaan akan turut membabitkan fasal ini di peringkat jawatankuasa nanti... [Batuk] Mohon maaf. Minta izin minum sekejap. Terima kasih.
Ya, take your time Yang Berhormat. Kita faham baru siap Pilihanraya Umum Sarawak.
[Batuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Fasal 18 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Kanun Tatacara Jenayah berbangkit daripada kemasukan beberapa kesalahan baru ke dalam Kanun Keseksaan dan pindaan kepada hukuman bagi beberapa kesalahan tertentu di bawah Kanun Keseksaan. Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 7 (Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2012 [Akta A1431] . Dengan pindaan ini, subseksyen baru (7) dimasukkan ke dalam seksyen 388A yang dicadangkan untuk memperuntukkan borang yang ditetapkan digunakan berhubungan dengan pemasangan peranti pemantauan elektronik. Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 8 Akta A1431. Dengan pindaan ini seksyen baru 390A diganti dengan seksyen yang meliputi penggunaan borang yang ditetapkan bagi pemasangan peranti pemantauan elektronik dan memotong kesalahan mengganggu atau memusnahkan peranti pemantauan elektronik. Terakhir fasal 21 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 10 ke dalam Akta A1431. Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan borang 55 ke dalam jadual kedua kanun tatacara jenayah bagi diguna pakai semasa diperintahkan dipasang dengan peranti pemantauan elektronik. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya mulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang sangat proaktif dalam hal ini di mana bila membawa rang undang-undang kali pertama, beliau telah memaklumkan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk memberitahu feedback apakah yang perlu diubahsuai kerana beberapa perkara di rang undang-undang ini adalah sangat draconian, yang sangat serius, has gone to the root of freedom and liberties of the subject. Selepas saya ingat dua kali saya berjumpa dengan beberapa Ahli Parlimen dengan Menteri dengan AG Chambers. Saya hendak ucapkan terima kasih kerana datang untuk berbincang macam mana mengatasi beberapa kerumitan yang mungkin akan terjadi selepas rang undang-undang ini diluluskan. Selepas beberapa perbincangan, saya sangat berasa seronok hari ini kerana beberapa perkara yang sangat serius yang akan ditarik balik. Di antaranya mengenai kes-kes gengsterisme dan juga mengenai concurrent sentences. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah mengambil inisiatif yang baru. Itulah sebab Tuan Yang di-Pertua saya telah cadangkan semasa Standing Order Committee bahawa kita perlu ada satu Standing Order Committee mengenai menghalusi rang undang-undang yang dibawa ke Dewan Rakyat. Sebelum ia dibawa ia dihantar kepada committee tersebut supaya dihalusi, mendapat pandangan pakar-pakar yang ada kena mengena dengan undang-undang sedemikian supaya mereka boleh memberi pandangan mereka. Akan tetapi macam rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua bila ia dibahaskan, saya masih ingat beberapa Ahli Parlimen yang sependapat dengan kita di sebelah ini dan membantah kepada beberapa klausa-klausa rang undang-undang ini pada mulanya. Itulah sebabnya Yang Berhormat Menteri menarik balik rang undang-undang ini supaya mungkin dapat menghalusi perkara itu. Akan tetapi yang lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin utarakan untuk beritahu adalah kalau kita ada committee berkaitan, ia akan memainkan peranan yang lebih menghalusi dan mengambil tahu apakah kehendak terkini berkenaan perkara tersebut.
Akan tetapi seperti dalam cadangan rang undang-undang ini di mana kita boleh memanggil pakar-pakar yang terlibat dalam kes ini, profesor-profesor, peguam-peguam yang kerap kali mengendalikan perkara-perkara sedemikian untuk mendapat input-input mereka. Akan tetapi sayangnya saya rasa Kabinet telah menangguhkan perkara itu. Saya harap perkara itu dapat diambil kira dan diimplementasikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Tuan Yang di-Pertua sendiri telah mengatakan bahawa kemungkinan besar selepas perbincangan dibuat di antara kedua-dua pihak, ini akan diambil kira dan mungkin satu di antara committee ini akan dimulakan. Akan tetapi yang lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ialah pemindahan yang dicadangkan mengenai seksyen 117. Saya rasa saya sedikit khuatir dengan cadangan tersebut kerana, dengan izin, “section 117 is amended by inserting after section 1, the following subsection (1A), public prosecutor may appear in any application made under this section”. Pada permulaannya nampaknya ini a satu perkara yang bukan luar biasa, satu perkara yang biasa kerana Peguam Negara ada hak untuk menghadiri perkara tersebut.
Akan tetapi kita perlu fikirkan, mengasingkan peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara, peranan yang dimainkan oleh peguam penyiasat dan peranan yang dimainkan oleh hakim-hakim atau majistret. Sekarang, selepas Peguam Negara atau public prosecutor diberi kebenaran untuk datang dalam remand proceedings, saya khuatir ia akan mengambil alih dan memainkan peranan sebagai judge, jury and prosecutor dan ini satu perkara yang kita tak boleh terima. You cannot play all three parts dan itu perlu diasingkan. Apakah asas yang tertentu supaya untuk public prosecutor untuk mendapat kelulusan untuk menghadiri diremand proceedings? Saya khuatir ia akan disalahgunakan oleh public prosecutor kerana dah 58 tahun jika ia tidak perlu, kenapakah sekarang ia diperlukan oleh public prosecutor? Perlu dinyatakan di sini bila Attorney General tidak menjadi pihak di sana, dia hanya memberi arahan kepada investigator atau pegawai penyiasat untuk menjalankan beberapa hal berkaitan penyiasatan ini. Ini akan merangkumi semua, it will take into account all the factors, bukan directly involved. When dia directly involved, dia overtake the independence of this investigation. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin memberi pandangan saya, di mana saya nampak satu unsur draconian. Saya rasa perkara ini sepatutnya dikeluarkan iaitu di mana walaupun tanpa kehadiran yang kena tuduh, kes dapat dijalankan, keputusan boleh dibuat dan hukuman diberi. Saya rasa this is a paradigm shift dalam Criminal Procedure Code, saya rasa perkara ini tidak patut dicadangkan langsung. Oleh sebab ia mengabaikan dan melucutkan hak seseorang yang kena tuduh. Kalau dia tidak boleh hadir, sebenarnya pihak berkuasa boleh mengesan atau mengambil tindakan pada waktu-waktu yang tertentu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu, jumlah kes yang sedia ada di mana yang mana orang yang kena tuduh telah melarikan diri, abscond, trial in absence of the accused. Saya rasa ini adalah sangat drastik, di mana cadangan ini akan menyusahkan dan will be an abuse of process. Di mana kerap kali atau di mana dia ditahan atau dia disimpan di mana-mana dan kalau tidak diketahui oleh pihak berkuasa, kes ini akan dijalankan. Adakah situasi sedemikian atau dia ditangkap, dihantar POTA, dia ditangkap di bawah Crime Prevention Act, di mana tidak ada koordinasi antara pihak-pihak yang menyiasat dan tidak dapat tahu di mana dia ada, maka kes itu dijalankan. Apakah situasi sedemikian? Itu saya khuatir dan berapakah kes-kes yang sedia ada supaya it warrants, berapa percentage kes-kes yang sedia ada di mahkamah yang mungkin 80 peratus kes yang sedia ada yang they have absconded, maka kerajaan perlu- AG needs this amendment untuk mengatasi masalah tersebut. Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua saya telah mengemukakan satu soalan tetapi telah ditolak oleh Parlimen. Saya baca soalan tersebut yang berkaitan dengan CPC. Saya tanya kepada Menteri, ‘jumlah banduan yang telah ditahan oleh polis di bawah Kanun Acara Jenayah, berikan pecahan dari tahun 2000 sehingga tahun 2016’. Jawapan dia, ‘sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan perkara yang tidak tertentu atau terlalu umum’. It seems to be no logic, because the second question mungkin ada a bit weight. Saya baca itu, ‘bagaimanakah sesuatu kes akan difailkan setelah didapati bahawa penahanan tersebut adalah salah dan apakah yang telah dipelajari dan dinaiktarafkan oleh PDRM daripada kesilapan tersebut?’ Maybe the second part of the question is a bit weighted, which I don’t agree. But, for argument’s sake, but pada angka-angka yang saya tanya, kenapakah ia tidak dapat diberi? Saya rasa itu senang sahaja Tuan Yang di-Pertua, jumlah banduan yang telah ditahan oleh polis di bawah Kanun Acara Jenayah dan berikan pecahan dari tahun 2000 hingga 2016. Don’t tell me the police don’t have statistics or this is under Official Secrets Act or cannot be told or cannot be informed. Saya rasa ini adalah satu yang tak masuk reasoning. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Mungkin soalan ini belum lagi ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri, mungkin telah ditapis oleh Parlimen sendiri untuk tidak menghantar, saya tak tahu. Akan tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mengambil kira apa yang saya kata dan mengambil tindakan supaya kita pada situasi- I ask this question because baru-baru ini di mana seorang atau beberapa orang telah ditangkap di seksyen 117. Di mana pada remand proceeding yang pertama, majistret telah memberi empat hari dan tidak ada alasan-alasan ditulis.
Saya tidak ada pada masa itu kerana saya terikat dengan perkara yang lain, saya tidak dapat hadir dan saya difahamkan oleh orang yang berada di mahkamah. Maka, pada hari kelima, saya hadir ke mahkamah dan saya membuat bantahan kepada apa yang telah dinyatakan dan apa yang telah dimohon oleh pegawai penyiasat dengan alasan-alasan yang tidak kukuh, tidak ada basis. Atas bantahan saya, serta-merta orang yang dipohon untuk mendapat reman itu telah dibebaskan. Akan tetapi hakikatnya adalah ini Tuan Yang di-Pertua. Section 117, selepas pemindaan lebih kurang empat tahun dahulu, alasan-alasan perlu diberi oleh majistret. Kedua, yang memohon untuk mendapat reman itu pun perlu memberi alasan-alasan yang tertentu. Bila majistret pada hari kelima menanya kepada pegawai penyiasat, he was rambling away. Doesn’t know how to reply, tak tahu. Dia tak sangka saya akan ada di sana atau mana-mana peguam akan berada di sana, menunjukkan a standard prosecution is questionable. Nampaknya pada empat tahun dahulu kita ada kata, bila membawa pemindaan kepada ini. Don’t arrest and investigate, you investigate then you arrest. Itu yang saya katakan di mahkamah juga. Kerap kali apa yang dibuat di negara ini adalah seseorang ditangkap, selepas itu penyiasatan baru dibuat. Tak masuk akal, this is against the rules. Yang perlu dibuat menyiasat dahulu, you do the investigation, lepas itu if you ada concrete reasons baru pergi tangkap dia dan menahannya. Itu nombor satu. Nombor dua Tuan Yang di-Pertua, tak masuk akallah. This is really no logic. Kenapa kalau seorang tidak ada apa- apa rekod, dia melarikan diri, tiba-tiba pihak polis pergi ke rumah dia pukul tiga pagi with five or six cars, macam dia ISIS punya Member.
Serbu rumah dia, memalukan dia. He is innocent until proven guilty. Pihak polis sekurang-kurangnya apa mereka boleh buat? Panggillah mereka. Kalau dia don’t want to cooperate, and very easy, you just put the IC number, you tahulah latar belakang. Nothing unusual but don’t take the law into your own hands. Jangan selepas itu menggunakan 24 jam simpan dia dalam lokap, tangkap dia semata-mata kerana hendak cakap sama dia, “I want to teach you a lesson”. Simpan dia dalam lokap for 24 hours, no investigation. Selepas 24 hours, bawa dia ke mahkamah mendapat reman untuk empat hari. Hari pertama tidak ada investigation, hari kedua tidak ada investigation, hari ketiga tidak ada, hari keempat baru tanya. All these is the process untuk menyusahkan yang kena tangkap, Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Ini perkara yang perlu diambil kira. Jangan kita mengatakan bahawa kita ada seksyen 117, ia memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa juga, tetapi untuk menahan itu, perlulah menggunakan kebijaksanaan mereka. Don’t abuse seksyen 117 itu yang saya kata, don’t abuse the investigative power, they must be investigators. Kenapa kerap kali- saya berani mengatakan, ramai di antara orang yang ditangkap adalah pada waktu pagi, waktu- what times? Dan ramai yang di antara mereka yang kena tangkap macam guru, doktor pada pukul 3 pagi. Dia bukan melarikan diri. If he has run or make an attempt to run, okay.
Ahli Parlimen pun.
Ha, Ahli Parlimen pun.
Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua...
Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun.
Yang Berhormat Ipoh Barat, saya just hendak tanya berkenaan dengan isu yang dibangkit iaitu berkenaan dengan aplikasi seksyen 117.
Sebagai peguam, Yang Berhormat Ipoh Barat, adakah Yang Berhormat Ipoh Barat sedar bahawa terdapatnya penyalahgunaan kuasa di mana ada banyak kali di mana terdapatnya roadshow, kita panggil, di mana apabila satu tempoh reman habis di satu balai, satu Kertas Siasatan baru akan dibuka di balai yang lain di mana siasatan yang sama akan dijalankan melebihi 14 hari dan sebagainya? There is an abuse of process, dengan izin. Adakah Yang Berhormat Ipoh Barat sedar berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa seperti itu dan adakah Yang Berhormat Ipoh Barat boleh membuat apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya hairan dengan perbuatan tersebut kerana empat tahun dahulu, satu aku janji telah diberi oleh Menteri bahawa apa yang dikatakan sebagai chain arrest or smoking arrest lah- I’ve forgotten the terminology- di mana selepas satu reman habis, dia dibawa ke balai yang lain. There are many cases. Saya sendiri yang mengendalikan. Ada kes di mana hampir empat lima bulan ditangkap. Number one, the abuse of process. Nombor dua, itu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan langsung. Saya hairan ia masih digunakan oleh pihak polis. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan yang khusus mengenai perkara ini kerana adakah perkara ini berlaku? Kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor membangkitkan nampaknya adalah perkara itu berlarutan. Saya lagi ingat Yang Berhormat Menteri pada sesi four or five years ago, I don’t know, there was an undertaking given. Itu sebab kita ada amendment dibuat pada masa itu. There was initial remand proceeding 14 days. It was reduced from four to seven and for minor offences and serious offences, seasonable and non-seasonable offences and there is undertaking given untuk mengatasi perkara sedemikian. Saya sendiri, Tuan Yang di-Pertua, ada buat kes di mana seorang mati di lokap di mana disimpan various lock-up around the country, various lock-up. Selepas habis tamat satu 117, dia dihantar ke lokap lain, ke lokap lain untuk to teach him a lesson. Saya rasa saya hairan, Yang Berhormat Bukit Gelugor, bahawa perkara itu masih wujud. Kalau sedemikian, tindakan perlu diambil dan tindakan perlu diambil terhadap pihak-pihak di Jabatan Polis kerana kita tahu ramai di antara- there are fantastic police officers in this country tetapi ada bad apples di antara mereka dan kita perlu ambil tindakan terhadap mereka. Kita tidak boleh give face to them. Tuan Yang di-Pertua, saya pada suatu kes di Ipoh juga di mana di kawasan saya dia telah ditangkap dan saya telah berjumpa dengan investigation officer. Bila saya pergi ke pejabat beliau, beliau tidak ada di sana. Saya ingin berjumpa dengan lagi seorang pegawai, saya beritahu saya dan cousin saya Ahli Parlimen kawasan tersebut. Saya ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai perkara tersebut. Ini sudah lebih kurang lapan bulan. Perkara terkini, saya tidak langsung diberitahu dan saya ada hantar SMS kepada pegawai penyiasat, no respect. Saya sudah kata kalau mereka tidak peduli kepada seorang Ahli Parlimen, what more kepada orang biasa? Selepas itu saya berjumpa dengan Ketua Siasatan Jenayah dan saya beritahu apakah keperluan untuk menahan orang ini, dia kata untuk menyiasat. Saya tidak ada halangan untuk menyiasat sesuatu hal, that is okay, tetapi saya kata tidak ada kena- mengena. Dia orang kata dia tetap tidak terlibat dan tidak ada apa-apa bukti sedemikian. Dia kata, “Saya tidak boleh membuat keputusan, muka cam belum dibuat”. There is so banyak-banyak alasan telah dibuat. Saya terus terang beritahu kepada pegawai penyiasat, “Will you do this if it is your own daughter, own son or own brother, or your own father? You akan tangkap dan simpan di dalam lokap?” Bila saya kata kepada dia, dia kata, “Oh, you cakap keterlaluanlah, you cannot”. I said, “I will say it. I’m daring enough. Not only you.” Saya kata, “Sebelum you join the service, I’m already a lawyer.” Ini adalah satu antara perkara yang perlu diambil kira oleh kerajaan. Section 117 is not memberi keluasan kepada pihak polis untuk menahan sesiapa sahaja mereka suka. Itu saya khuatir. Perlu mengambil tindakan untuk mengatasi perkara- perkara sedemikian di mana abuse of process kerap kali berlaku. Lagi satu perkara, Tuan Yang di-Pertua. Kita kerap kali diberitahu, Tuan Yang di- Pertua, kita jangan mempolitikkan perkara-perkara yang berniat untuk menolong rakyat.
Akan tetapi dengan membawa perubahan kepada seksyen 430 iaitu klausa 17, dengan izin, saya baca, “Section 430 of the code is amended by substituting for the words “any Court” the words “the Minister”. Saya rasa ini akan to lead to abuse di mana selepas ini Menteri akan memanggil the great informer dan memberi dia RM5,000, RM10,000, all this the cronies yang terlibat dalam politik akan mendapat ganjaran-ganjaran yang luar biasa. Because, selepas itu, we will not know kenapa, apa asas wang ini diberi. Wang sepatutnya Tuan Yang di-Pertua, “By substituting the words, “not exceeding one hundred Ringgit” the words, “not less than one thousand ringgit and not more than ten thousand Ringgit”.” Nampaknya santa claus di sini, Tuan Yang di-Pertua. They put the minimum- when you decide to give somebody, you must give them RM1,000. Kasi angpau sekurang-kurang RM1,000. Mana ada masuk akal. Give minimumlah. Public Work Department ada bagi macam itukah? These are- it must be said maximum RM10,000. The amount cannot be- how can it be minimum RM1,000? What is the rationale? Selepas itu mengambil kuasa dari mahkamah yang sedia ada di mana dia tidak terlibat di dalam arena politik or no political partisan, but now menteri-menteri berkenaan. Therefore, saya khuatir Tuan Yang di-Pertua. Bukan Menteri Undang-undang. I have a great respect for you. Saya rasa Menteri Dalam Negeri dan sebagainya, semestinya di mana dia pergi mana-mana, dipanggil orang dia kata, “You are an informer, you help the police lah.” RM10,000, RM5,000, RM6,000. Instead of ganjaran diberi secara dari parti politik, sekarang kerajaan have legalized the illegal act. Itu saya khuatir kerana menunjukkan bahawa kuasa sebelum ini kuasa ini diberi kepada mahkamah, sekarang diambil alih kepada Menteri, saya rasa ini can be abused. So, saya harap ia akan diambil perhatian.
Ini perkara-perkara yang saya ingin bangkitkan sebelum saya duduk Tuan Yang di-Pertua, saya ingin cakap terima kasih kepada Menteri dan AG Chambers yang telah sudi, we may quarrel, but in the interest of nation we are together. Thank you.
Ya, Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa undang-undang ini sebenarnya telah digubal dengan sebaik mungkin oleh pihak Jabatan Peguam Negara. Jadi dakwaan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat sebentar tadi perlu dirujuk. Dia kata yang dulu pernah dibentangkan dan ditarik balik, selepas itu janji-janji perlu dirujuk kepada pihak-pihak yang pakar. Bermakna ini menunjukkan bahawa seolah-olah Jabatan Peguam Negara ini tidak pakar. Mereka ini start daripada awal, mereka berada di sana sehinggalah daripada 41, 44, 48 dia punya jawatan dia sehingga ada kepada Jusa dan- ke peringkat Jusa ‘A’ sekali. Mereka ini sudah lama, sesetengah dia orang ini tidak pernah ditukar pun. Jadi mereka ini pakar untuk gubal undang-undang ini. Jadi dakwaan daripada sahabat saya, sahabat baik saya Yang Berhormat Ipoh Barat, sahabat saya, tidak berapa hendak betullah, tidak berapa betul. Jadi maknanya benda ini sudah dibuat oleh pakar-pakar yang telah sedia ada. Saya juga hendak..
Boleh saya hendak penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Kawan-kawan saya.
Kawan-kawan ramai ini seorang sahaja.
Kawan bijaksana.
Kawan seorang.
My learned friend, dengan izin. Yang Berhormat Setiu sedikit correction. Sebenarnya, saya bila saya katakan menghantar perkara itu untuk pandangan pakar-pakar saya merujuk kepada situasi yang sedikit beza. Sebenarnya pada permulaannya, saya seorang ahli Standing Order Committee di Parlimen ini di mana kita telah memikirkan adakah committees diperlukan, ditubuhkan supaya menapis semua rang undang-undang negara ini sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat dia akan dihantar kepada satu committee dan saya rasa cadangan itu perlu- itu di mana pakar-pakar diambil kira. Mengenai pakar-pakar ini sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sangat ikhlas dengan AG’s Chamber dia have discussion dengan kita, I don’t know whether Yang Berhormat pun ada hadir tapi dalam discussion tersebut we have come out with the win-win position dalam hal ini, it’s a bit different from what your accept. Thank you.
Ya, betullah apa yang Yang Berhormat Ipoh Barat cakap itu tapi maksud saya kalau dalam hal yang undang-undang pada hari ini maknanya kalau kita hendak masih hendak rujuk kepada pakar saya rasa tidak berapa betullah. Jadi kita sudah dibuat oleh pihak kementerian dan telah dipinda. Ada sebenarnya ada pindaan sebelum ini ada- memang kita, saya sendiri pun telah terlibat untuk membahaskan rang undang-undang ini dan telah ditarik balik dan pindaan kita lihat di kertas putih ini. Ini saya tidak boleh bincang lagi di peringkat ini dengan pindaan-pindaan. Daripada situlah sebenarnya kerana kita berbahas sebelum ini dan pindaan-pindaan telah dibuat. Jadi maknanya kalau kita hendak rujuk lagi kepada pakar saya rasa tidak perlu lagilah. Jadi kita lihat terus kepada rang undang-undang pindaan yang sedia ada sekarang. Saya terus kepada seksyen 117 tadi. Ini juga pada saya sebenarnya memang ditentang habislah di pihak pembangkang. Tetapi sebenarnya, kalau dilihat peruntukkan 117 ini dia Public Prosecutor ini bukan wajib hadir, dia tidak wajib hadir. Dia may appear maknanya dia boleh hadir dan tidak boleh bukan satu practice sebenarnya. Kalau ada keperluan sahaja kehadiran mereka diperlukan. Akan tetapi, kena ingat bahawa kuasa budi bicara majistret masih kekal. Dia tidak, maknanya boleh dipengaruhi oleh kehadiran pihak pendakwa raya tadi. Ini sebab dalam permohonan kes reman ini sebenarnya peguam pun boleh hadir. Ada dalam keadaan tertentu kes-kes peguam hadir. Jadi apa salahnya kalau pihak pendakwa yang mewakili pihak polis pun boleh hadir, tidak salah. Kalau kita lihat juga daripada Yang Berhormat Ipoh Barat tadi pun saya pun tidak berapa hendak faham dia kata tidak- undang-undang kena tangkap dulu? Tidak ada tangkap dulu, siasat dulu. Masalah dalam peruntukkan undang-undang kita kena ada report dulu dan kita tangkap dulu atas bukan tangkap itu kerana dia bersalah, tidak kerana kita syak dia bersalah. Jadi kita tangkap dulu barulah kita siasat. Macam mana kita hendak siasat dulu, tidak tangkap, baru hendak ditangkap.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun.
Dengan izin. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya saudara dari Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan seksyen 117 tersebut. Now adakah Yang Berhormat Setiu setuju bahawa public prosecutor itu mempunyai peranan untuk memutuskan sama ada satu kes selepas disiasat ada cukup bukti untuk dibawa ke mahkamah? Pertama. Okey, so kalau itu merupakan peranan seorang public prosecutor adakah elok bagi public prosecutor tersebut juga hadir di peringkat siasatan? Sudah tentu itu merupakan satu percanggahan inconsistency, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Apa pandangan, Yang Berhormat Setiu?
Yang Berhormat Bukit Gelugor ini bukan daripada segi siasatan ini permohonan reman yang selepas 24 jam tidak boleh diselesaikan. Maknanya, permohonan yang disebut tadi kalau kes kesalahan berat 14 hari dan kalau kesalahan satu hingga sepuluh tahun dia boleh minta tujuh hari, tujuh hari.
Dia hendak buat permohonan ini bukan senang. Dia kena kalau tidak selesai 24 jam siasatan dalam permohonan itu dia kena adakan ID iaitu investigation diary, makna diari penyiasatan itu kena ada. Ini sebab pengalaman saya sebagai majistret atau sebagai hakim dulu saya buat benda yang sama. Saya akan minta dengan IO dengan pegawai penyiasat saya kata di mananya ID menunjukkan kamu tidak boleh selesai dalam masa 24 jam? Saya akan minta. Kalau tidak ada ID saya benarkan permohonan reman. Jelas, jadi kita buat, kita beri maknanya kuasa majistret masih ada so saya kata tadi, kuasa majistret hendak benarkan permohonan reman itu dilanjutkan ataupun tidak. Ini di peringkat- itu maksud 117. Dia bukan disiasat pada permohonan itu, dia tidak siasat lagi. Disiasat selepas dia bawa balik ke balai baru disiasat. Jadi masa itu, pihak pendakwa raya sudah tidak terlibat. Dia terlibat hanya dalam permohonan untuk membantu bukan daripada segi untuk mengarahkan majistret untuk menahan sebagainya, tidak. Ini saya rasa jawapan yang tepat kepada soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi. Saya alih kepada pindaan seksyen 2. Seksyen 2 sebenarnya dia memasukkan selepas subseksyen 4, subseksyen- yang 5 itu. Sebenarnya, untuk tidak mengehadkan jenis kesalahan ditakrifkan sebagai seizable offence. Jadi sebenarnya benda ini kita datang daripada pihak wanita kita sebenarnya. Diberi caucus wanita dia minta dimasukkan kerana memberi penekanan bahawa seizable offence ini juga dia termasuk dalam pindaan ini yang melibatkan domestic violence, contoh di bawah 18A.
Jadi maknanya, perkara ini juga ditetapkan sebagai seizable offence. Ini permohonan daripada kaum wanita kita. Apa sebenarnya, kenapakah seksyen 2 ini dipinda untuk kita tambah seizable offence? Untuk pihak polis ini boleh menyiasat dengan segera dan boleh mempercepatkan siasatan itu dalam kes-kes yang melibatkan organized crime, contohnya. Jadi perkara ini, yang seksyen 2, saya ingat perlu pada saya. Kemudian, selain seksyen 117, saya kepada seksyen 173A. Seksyen 173A ini perlu juga dipinda kerana kalau dilihat sebelum ini, seksyen 173A ini kita bagi kepada pesalah muda. Kita bagi jamin pada pesalah-pesalah muda berdasarkan pada karakter dirinya, keluarganya dan sebagainya- kesalahan. Maknanya, tidak kira apa kesalahan pun boleh diberi jaminan. Akan tetapi dalam pindaan ini adalah patut kerana yang kesalahan kalau contohlah kes-kes yang berat, kes-kes rogol contohnya. Maknanya, kalau kita hendak bagi jaminan juga rasa tidak memadai hukuman. Jadi, hukuman perlu diberi sama ada denda ataupun dengan penjara. Tidak lagi boleh kita bagi binding over ataupun dengan jaminan. Ini sangat perlu. Jadi, kita perlu pinda seksyen 173A. Ia sama juga dengan seksyen 294 itu. Seksyen 294 juga perkara yang sama tetapi melibatkan semua pesalah. Tidak terhad kepada yang muda sahaja. Jadi, tujuan juga adalah supaya kesalahan yang serius itu di hukum dengan sewajarnya. Ia tidak diberi jaminan. Jangan kalau kesalahan biasanya boleh diberi jaminan, kalau kes-kes- walaupun kes berat berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu. Akan tetapi dalam pindaan ini, kalau kesalahan itu serius dan juga melibatkan domestic violence, maka hukumannya adalah perlu hukuman yang setimpal. Ini juga satu pindaan yang sangat perlu. Sebenarnya banyak lagi ini. Banyak lagi sebenarnya. Kita lihat juga kepada seksyen 386A pindaan, kanun dipinda dengan masukkan di bawah bab berapa ini- 38 (roman), seksyen baru, “When person shall not be released on bail”. Jadi kita lihat bahawa tujuan pindaan ini adalah untuk tidak membenarkan jaminan kepada mana-mana orang yang menganggotai kumpulan penjenayah yang terancang yang biasanya dituduh dengan kesalahan-kesalahan yang berat. Jadi, jaminan juga boleh dibantah dalam kes- kita boleh bantah jaminan ini di mana anggota tertuduh itu tidak tertuduh dengan kesalahan yang berat. Apabila suatu, bermakna, ini peranan pendakwa raya, mengeluarkan sijil supaya tidak boleh diberi jaminan. Jadi, untuk memastikan bahawa saksi-saksi, kalau diberi jaminan, saksi macam takut- mereka akan mempengaruhi saksi dan sebagainya. Cuma dalam kes-kes kalau kita lihat, dalam kes-kes rogol juga banyak berlaku, kadang-kadang kalau kita benarkan jaminan, akan ada gangguan pada saksi-saksi. Jadi ini sangat penting pindaan ini.
Seksyen 399B ini berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 39A, “Evidence or report by an expert on matters relating to organized crime criminal group”. Jadi sebenarnya, seksyen 39B ini ditambah supaya satu peruntukan baru dimasukkan untuk penerimaan oleh pihak mahkamah ini, apa-apa keterangan pakar. Keterangan pakar ini, berhubung dengan suatu kumpulan penjenayah terancang ini sebagai satu fakta dan juga andaian daripada keterangan yang ada. Tujuan juga pindaan ini sebenarnya supaya untuk memudahkan pihak-pihak pendakwaan untuk memasukkan keterangan dalam kumpulan yang melibatkan kes jenayah terancang. Jadi cadangan ini, kita rasakan bahawa boleh dipertimbangkan sebab ia mengimbangi kepentingan tertuduh dengan kepentingan awam secara amnya. Jadi itulah sebenarnya kenapa pindaan-pindaan dalam perkara ini perlu dipinda. Saya rasa itu sahaja setakat ini dan dalam Peringkat Jawatankuasa, saya akan menyentuh tentang pindaan undang-undang yang telah dibentangkan. Terima kasih dan saya menyokong.
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dalam membincang rang undang-undang berkaitan dengan meminda Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan). Saya bukan seorang peguam. Yang membahaskan tadi semua dua orang itu peguam. Selepas ini, mungkin Yang Berhormat Bukit Gelugor yang juga merupakan peguam yang mempunyai kepakaran tentang undang-undang. Akan tetapi, saya bangun untuk berbahas, memberikan beberapa pandangan dan juga untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan khususnya pada pihak Yang Berhormat Menteri kerana pindaan yang akan berlaku ini antaranya ialah berkaitan dengan seksyen 13. Seksyen 13 iaitu memasukkan satu pindaan dengan meletakkan obligasi kepada orang awam untuk memberikan maklumat berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Kanun Keseksaan dan juga dalam undang-undang yang bertulis yang lain. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Pertama sebelum itu, saya hendak katakan bahawa daripada segi orang awam ini untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa, kepada pihak kerajaan, kepada pihak berkuasa, kepada pihak polis ataupun pihak-pihak yang akan menjalankan siasatan, tidak sangat bermasalah bagi saya, tidak sangat bermasalah. Saya fikir, dalam dunia moden pada hari ini, keberanian orang awam untuk tampil ke hadapan itu sangat tinggi untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terhadap kes-kes, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan jenayah yang mungkin akan dilakukan dan berlaku apa-apa maklumat yang berkaitan dengan jenayah. Akan tetapi, persoalannya sekarang ini ialah sejauh mana maklumat yang diberikan itu akan diambil tanggungjawab pula obligasi oleh pihak kerajaan, pihak AG umpamanya dalam hendak memastikan tindakan harus diambil terhadap mereka. Siasatan harus dibuat, kemudian bila siasatan itu dibuat, maka kertas siasatan itu akan dikemukakan kepada pihak AG, umpamanya dan apa obligasi AG? Itu satu. Kedua, saya hendak dapatkan penjelasan di sini ialah masalah undang-undang dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan maklumat ini. Apabila kita ada maklumat tetapi kadang-kadang maklumat itu terhalang untuk kita kedepankan kepada pihak berkuasa dan sebagainya kerana ada pula undang-undang yang menghalang untuk kita berkongsi maklumat yang berkaitan di bawah undang-undang di bawah OSA, umpamanya. Contohnya, saya katakan bahawa Yang Berhormat Pandan. Ini bukan orang awam biasa. Beliau merupakan Ahli Parlimen yang terlibat dalam proses pembuat undang- undang dalam Parlimen. Beliau mendedahkan, membuat report polis umpamanya, membuat report polis terhadap kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB dan sebagainya dan akhirnya oleh sebab ada sebahagian daripada kes yang didedahkan itu berkaitan dengan maklumat yang dikategorikan di bawah OSA, akhirnya beliau ditahan. Beliau di tahan oleh pihak polis untuk disiasat di bawah OSA.
Jadi, seolah-olah saya lihat bahawa berlaku satu contradict. Kita hendakkan orang tampil ke hadapan untuk mengemukakan maklumat yang berkaitan dengan kes-kes jenayah yang berlaku dalam negara kita.
Akan tetapi apabila ada jenayah-jenayah yang dilakukan itu dilindungi oleh Akta OSA, ini yang menyekat kepada pihak orang awam hatta Ahli Parlimen sendiri untuk ke hadapan dalam menyatakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kes-kes yang berlaku dengan jenayah. Keduanya, contohnya kita katakan dalam kes 1MDB, kes RM2.6 bilion umpamanya dan kes RM46 juta SRC dan sebagainya. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan umpamanya dengan Matthias Chang telah membuat report polis, report SPRM dalam negara kita dan di luar negara kita sehingga ada- saya pun tidak ingat berapa jumlah report yang telah pun dibuat oleh kedua-dua orang ini. Akan tetapi akhirnya kita lihat bahawa mereka dalam berkongsi maklumat kepada pihak berkuasa hatta di dalam negara kita tetapi akhirnya mereka ini ditahan dan kemudiannya didakwa di bawah SOSMA dan sebagainya sehingga menyebabkan mereka di reman tidak boleh dijamin sehingga berada dalam Penjara di Sungai Buloh. Jadi saya melihat bahawa persoalan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah sejauh mana perlindungan kepada orang yang memberikan maklumat ini harus dilihat supaya tidak berlaku, kalau kita lihat bahawa kita hendak suruh orang awam tampil ke hadapan dengan penuh tanggungjawab tetapi kita sendiri dalam perkara-perkara tertentu akhirnya mengambil tindakan kepada orang yang memberikan maklumat terhadap kes-kes jenayah yang berlaku dalam negara kita. Contoh sekarang kalau kita lihat bahawa apa tindakan dan langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan sendiri khususnya pihak AG, saya katakan daripada segi tanggungjawab obligasi AG sendiri dalam hendak membanteras jenayah yang berlaku dalam negara kita. Siasatan telah dibuat oleh pihak polis, SPRM, Bank Negara dan sebagainya kepada AG tetapi sejauh mana obligasi AG, tanggungjawab AG untuk memberitahu kepada kita tentang apa hasil siasatan yang telah dilakukan, satu. Kedua, AG memberitahu tentang kes-kes yang disiasat oleh pihak polis dan juga pihak SPRM khususnya mengatakan bahawa tidak ada kes dan sebagainya tetapi ada jawatankuasa panel penilai di bawah SPRM mencadangkan supaya mereka ini meneruskan siasatan dan memohon mutual assistance daripada AG yang hanya boleh mengeluarkan kepada pihak yang menyiasat. Sejauh mana AG, tanggungjawab AG, kebolehan untuk mengeluarkan, kesediaan untuk mengeluarkan mutual assistance (MA) kepada SPRM ataupun kepada badan-badan penyiasat yang lain untuk memastikan siasatan itu berterusan yang berkaitan dengan 1MDB. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya kira-kira isu jenayah yang besar dalam negara kita yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi dan juga kepada integriti negara kita ialah isu yang berkaitan dengan 1MDB. Ini isu besar, Laporan PAC cukup jelas menunjukkan bahawa bagaimana kalau kita hendak alih kepada isu satu pindaan ini iaitu seksyen 15 ini yang berkaitan dengan jenayah terancang. Ini bagi saya 1MDB ini juga merupakan satu yang saya boleh istilahkan sebagai satu jenayah terancang. Macam mana RM3.5 bilion tidak tahu pergi ke mana sekarang ini? Tidak tahu ke mana RM3.5 bilion, itu disebut dalam...
Dia pakai bow cakap lain.
Hah?
Semangat pakai bow itu lain.
Dia lainlah, ini semangat Speaker, Tan Sri Speaker. Baik.
Boleh, mohon pencelahan?
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Soal peranan AG ini sebab kalau kita lihat apa yang berlaku di luar negara khususnya di Singapura, beberapa orang warganegara Singapura telah didakwa berkenaan dengan 1MDB dan SRC International di bawah money laundering yang melibatkan wang bukan wang dari Singapura tetapi wang dari Malaysia sendiri. Walaupun ada orang yang didakwa di Singapura tetapi di Malaysia, tanah air kita, di mana wang kita hilang tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada AG Chamber, daripada pegawai polis dan sebagainya dalam siasatan tindakan tersebut. Bukankah ini menunjukkan AG tidak menjalankan tanggungjawab yang sesuai. Apakah pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya dari Gopeng. Saya bersetuju dan itu sebahagian daripada ucapan saya. Oleh sebab itu saya membangkitkan tadi bahawa sejauh mana integriti, ketelusan AG dalam hendak membenarkan SPRM supaya meneruskan siasatan sehingga memberikan MA kepada mereka untuk membuat siasatan lanjut dengan pihak-pihak yang ada di luar. Sebab itu bagi saya bawa kes ini macam saya katakan tadi, satu kes jenayah besar yang boleh menjejaskan masa depan negara. Walaupun di peringkat awal sebelum itu semua pihak menafikan tetapi hari ini walaupun ada beberapa masalah dalam PAC dan sebagainya tetapi bagi saya dengan laporan yang ada sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada usaha-usaha yang menunjukkan jenayah terancang yang cuba dilindungi oleh pihak berkuasa dalam negara kita. Sejauh mana maklumat yang tertera dalam PAC dan dalam Audit yang dirujuk oleh PAC ini untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Maklumat itu sudah mencukupi bagi saya. Adakah kita hendak- sekarang ini kalau kita lihat bahawa umpamanya...
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tidak apa, duduk dahulu.
Sekejaplah, sekejap, bagilah sekejap, sedikit.
Tak, saya...
Penjelasan, ini penjelasan.
Cepat.
Bukan soalan, penjelasan.
Ya, sila yang arif tuan hakim.
Boleh duduk dahulu. Yang Berhormat Pokok Sena yang Yang Berhormat Pokok Sena bercakap ini berkenaan dengan mana, dengan pindaan mana? Pindaan yang apa tadi seksyen 13 bukan?... [Disampuk] Seksyen 13? Seksyen 13 berkenaan dengan information daripada orang awam. Makna cara Yang Berhormat Pokok Sena bercakap ini saya tidak tahulah, maknanya ada berkenaan kena mengena dengan information itu sebab kalau seolah-olah macam Yang Berhormat Pokok Sena bercakap berkenaan dengan kuasa pendakwa raya, kuasa AG. Kalau bercakap dalam kita punya peraturan pun kita tidak boleh lari daripada pindaan itu. Kalau information, yang pertama tadilah, yang mula-mula tadi betullah pada information, berkenaan dengan Yang Berhormat Pandan. Makna bagi maklumat. Yang Berhormat Pandan bukan bagi maklumat. Yang Berhormat Pandan sebenarnya sudah mengambil satu dokumen, dokumen itu bukan maklumat, maklumat itu just beritahu dengan pihak polis ada perlakuan jenayah dan sebagainya, itu sahaja maklumatnya bukan kita ambil semua dokumen yang OSA, tidak OSA. Kita ambil, kita sebarkan di media dan sebagainya. Ini tidak betullah. Kalau tengok pindaan seksyen 1…
Baik.
Itu sebenarnya ya.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu tadi. Saya bercakap tentang maklumatlah ini. Maklumat itu maknanya luas sebab itu saya katakan bahawa Laporan PAC itu satu maklumat yang cukup lengkap yang menunjukkan sepatutnya langkah dan tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa, polis, penyiasat dan sebagainya. Jadi sejauh mana obligasi ini dilakukan oleh pihak berkuasa dalam negara kita. Sebab saya bimbang kerana kalau kita tidak memandang serius, saya hendak sebut kalau kita tidak memandang serius isu ini dan kita cuba untuk hendak melindungi isu ini akhirnya bermakna bahawa kita sedang melindungi satu jenayah yang besar dalam negara kita dan membabitkan kepentingan negara, kepentingan rakyat dalam negara kita. Ini bukan duit satu kupang, dua kupang. Ini bukan duit satu kupang, dua kupang, kalau setakat satu kupang tidak apa. Orang boleh anggap kata sedekah ataupun derma, ini memakan bilion sehingga kita tidak tahu maknanya macam mana jenayah- sebab itu saya katakan umpamanya jenayah terancang sehingga sekarang ini kita tidak tahu. PAC sendiri pun hairan, Laporan Audit yang dirujuk PAC pun menunjukkan mengatakan bahawa mereka tidak tahu duit bilion US Dollar itu pergi ke mana. Tidak tahu, maknanya melayang ke mana, kita pun tidak tahu meniaga apa pun tidak tahu. Kalau kata meniaga air ketum pun tidak juga. Kata hendak meniaga air daun ketum pun tidak. Jadi ini persoalan yang saya bangkit bahawa saya katakan bahawa ini baru satu isu besar yang perlu disegerakan, tidak boleh ditangguhkan sebab ia memberikan kesan yang cukup besar kepada ekonomi, kepentingan rakyat dan kepentingan negara kita. Ini satu yang sangat memalukan, jadi sebab itu saya mohon kepada pihak kerajaan untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan 1MDB, maklumat yang cukup lengkap yang terdapat dalam Laporan PAC dan kita sangat mengharapkan pula laporan penuh Jabatan Audit dapat dibentangkan.
Sehingga sekarang Laporan Audit masih di kategori dalam OSA yang tidak boleh- dan tidak dibentangkan pun kepada kami. Kalau ia dikeluarkan daripada OSA sudah tentu ia dibentangkan kepada Parlimen untuk dijadikan public document untuk pengetahuan masyarakat Malaysia. Jadi sekarang ini kita masih lagi tertanya-tanya. Sekarang kita hendak berhadapan pula dengan pilihan raya kecil. Jadi akan timbul lagi isu-isu yang seperti ini dan sudah tentu ia akan menjadi perbahasan, perdebatan umum yang akan memberikan effect kepada negara kita. Saya harap oleh sebab pilihan raya berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan puasa kerajaan tidak boleh bohong. Cakap dalam bulan puasa mana boleh bohong... [Disampuk] Berkaitan dengan soal 1MDB, sekarang ini kena bercakap benarlah. Jadi sebab itu saya sangat mengharapkan pihak kerajaan untuk melihat isu-isu seperti ini sebab kita tidak mahu nanti bahawa seperti yang disebut oleh satu Swiss Report yang akhirnya diperakui oleh- direspons oleh Arul Kanda mengatakan bahawa dia rujuk kepada Swiss Report itu berkemungkinan bahawa ini merupakan satu perancangan antara pihak luar dengan pihak dalam negara kita ini untuk melarikan wang. Bagi saya bahawa ini satu sindiket penipuan. 1MDB ini satu sindiket penipuan. Satu skandal negara, satu sindiket penipuan untuk menipu wang yang menjadi kepentingan kepada rakyat dalam negara kita. Inilah macam lagu Rhoma Irama, lagu Salleh Yaakub, “Korek lubang tutup lubang”. Korek lubang tutup lubang, korek lubang tutup lubang. Last sekali lubang itu tidak tahu siapa hendak terjun. Kalau- kita tahulah siapa korek, siapa korek siapa kambus tetapi akhirnya korek lubang, korek kambus, korek kambus akhirnya tetap ada lubang. Oleh sebab yang last sekali tidak tahu hendak kambus dekat mana sudah. Jadi siapa hendak jatuh dalam lubang itu? Jadi yang saya bimbang, kita bimbang akhirnya yang akan jatuh dalam lubang itu rakyatlah.
Yang Berhormat Pokok Sena tang mana?
Ya?
Yang Berhormat Pokok Sena tang mana?
Ya?
Yang Berhormat Pokok Sena tang mana, tang mana sekarang?
Tang mana apa? Tang ini, tang ini. Sebut Kedah tang ini [Ketawa] Pokok Sena tang ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa isu berkaitan dengan seksyen 15 ini apa nama, jenayah-jenayah terancang. Ini harus dilihat. Adakah cukup sekadar untuk kita memasukkan perkara-perkara yang akhirnya tidak melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan duit RM100 juta KBS umpamanya, 1MDB RM2.6 bilion yang membabitkan jenayah terancang. Ini RM2.6 bilion itu belum lagi campur dengan USD7.7 bilion. Maknanya sudah hampir RM30 bilion. Duit tidak tahu pergi ke mana. Soalan saya daripada sebelum ini sidang yang lalu Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan soal duit SRC RM42 juta yang masuk dalam akaun peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mereka menjawab berasaskan kepada AG menjawab. AG menjawab kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak tahu kata duit itu masuk. Okey bila tidak tahu, saya hendak tahu bahawa lama lagikah ataupun duit itu dibelanjakan? Adakah duit itu patah balik- diberi balik kepada SRC? Sehingga sekarang tidak diberitahu kepada kita. Dia hanya beritahu kata bahawa, AG kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak sedar. Tidak sedar kata duit itu masuk. Jadi bagi saya bahawa ini satu- kita melihat bahawa walaupun pindaan ini untuk mencegah jenayah tetapi daripada segi praktikalnya kita melindungi jenayah, Yang Berhormat Kalabakan. Walaupun pindaan ini untuk mencegah jenayah, untuk membanteras jenayah, untuk hendak menggalakkan semua orang bersama dalam memerangi jenayah tetapi praktikalnya kepada golongan ataupun pihak...
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.
...Berkuasa ini ialah untuk melindungi jenayah yang dilakukan oleh pihak atas dalam negara kita.
Sedikit Yang Berhormat Pokok Sena. Sedikit, sedikit, sedikit
Boleh, boleh, boleh
Sedikit sahaja ya. Yang Berhormat Pokok Sena kata kita melindungi penjenayah tetapi Yang Berhormat Pokok Sena sedar tidak baru-baru ini tangkapan dibuat oleh pihak polis kepada Yang Berhormat Pandan. Apa yang dibuat oleh pihak-pihak semua daripada Amanah, daripada Pakatan yang tidak berapa diharapkan ini? Apakah dia buat? Dia dimarah tangkap di kawasan Parlimen. Akan tetapi apa yang berlaku kumpulan-kumpulan ini duduk beratur start dari luar pagar sana sampai ke Bukit Aman. Macam hendak melindungi penjenayah jugakah apa ini? Kalau kita buat, dikatakan melindungi. Padahal keputusan sudah dibuat oleh pendakwa raya. Keputusan sudah dibuat, apakah lagi hendak siasat lagi? Keputusan muktamad dia, sudah kuasa dia. Apakah kita hendak kata lagi? Dengan perbuatan kita ini yang duduk beratur start dari luar pagar sampai ke Bukit Aman ini, adakah itu juga satu kesalahan dan juga melindungi penjenayah yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Pokok Sena? Biarlah bercakap biar adalah sedikitnya perasaan. Ini bercakap yang kita kata orang lain buat, kita sendiri pun buat masalahnya.
Ini... [Ketawa]
Yang hijau pergi- tidak tahu hendak pergi mana ini. Hijau tidak, oren pun tidak. Lagi masalah ini susah. Dia bercakap dalam kedua-dua. Dia buat tidak apa, kita buat tidak boleh. Macam itulah maksudnya tetapi tidak fahamlah itu yang 1MDB sudah selesai, sudah habis.
Selesai?
Apakah lagi hendak di apa?... [Disampuk] Tidak, yang muktamadnya siapa? Keputusan siapa ini? Bukan keputusan kita sebagai Ahli Parlimen hendak mendesak dan sebagainya. Bukan rakyat hendak mendesak, yang hendak mendesaknya- maknanya tidak boleh desak. Ia berdasarkan kertas siasatan, kena faham.
[Bangun]
Dalam undang-undang kita jelas. Kertas siasatan kita baca kertas siasatan. Kalau ada kes adalah, kalau tidak ada tidak adalah, tutuplah.
Ya...
Itu sahaja.
Terima kasih, terima kasih. Okey, okey.
Ini masalah tidak faham cakap yang tidak berapa hendak faham seorang ini.
Payah bercakap orang kepala senget ini [Ketawa]
Ha, saya rasa ini lagi senget dia tengah-tengah duduk ini. Hijau dengan oren ini lagi senget. Dia tidak tahu hendak pergi mana.
Ada pula kata kita hendak melindungi Yang Berhormat Pandan sebagai penjenayah. Kita hendak melindungi orang yang mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah.
Dua-dua pun salah. Masalah sekarang 1MDB sudah diputuskan.
Apa?
Apakah lagi hendak lindung?
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kapar. Saya bagi Yang Berhormat Kapar pula.
Sudah diputuskan, faham tidak?
Okey, okey habis sudah, habis sudah. Bagi Yang Berhormat Kapar.
Mana ada diputuskan kata tutup hendak korek balik, mana boleh.
Okey, bagi Yang Berhormat Kapar.
Apa ini tidak faham, susahlah ini.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Bagi Yang Berhormat Kapar.
Ini Yang Berhormat Kapar tidak pernah menjadi DPP dia tidak tahu. Dia tidak pernah menjadi pendakwa raya, dia tidak tahu. Mana-mana pun- yang mana pegawai kita tidak tahu.
DPP apa?
Ini pengalaman saya okey.
Ini DPC lah, bukan tentang Kapar. Duduklah.
Apa?
Duduklah.
Yang Berhormat Kapar bukan pendakwa raya saya cakap, salah kah?
Duduk diam-diam. Orang kata duduk, duduklah.
Saya belum habis bercakap.
D-U-D-U-K! Duduk. Bahasa Malaysia Darjah 1. D-U-D-U-K.
Tidak, masalahnya...
D-U-D-U-K! Jawi saya tidak tahu sekarang. Siapa tidak faham sekarang?
Dia tidak hendak...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak. Samalah juga dia ini sebab dia tidak faham apa yang dia bercakap. Kalau dia faham apa yang dia bercakap, saya tidak kisah. Saya tidak akan ganggu. Saya jarang mengganggu.
Saya jarang jadi Tuan Yang di- Pertua lah atau jadi Menteri.
Akan tetapi apabila cakap benda yang tidak betul, memang saya akan ganggu.
Speaker pun tidak layak, Menteri pun tidak layak, duduk.
Apa layak tidak layak?
Eh bagi, bagi. Bagi saya.
Kita pula yang layak ini tidak apa?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bagi tidak bagi ini?
Tidak ada, habis sudah. Cakap merapu sahaja.
Lagi merapulah.
Dia pun mengaku kata dia merapu.
Ini bukan saya, yang merapunya Yang Berhormat Pokok Sena.
Saya, saya...
Dia ini memang merapulah daripada awal sampai ke akhir.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada kawan saya Yang Berhormat Setiu dan saya tidak perlu respons apa-apa pun sebab tidak ada apa benda yang dia bercakap. Habis-habis akhirnya menunjukkan bahawa...
Respons sebab dia tidak tahu, sebab dia tidak faham.
...Percakapan itu menunjukkan bahawa dedak banyak dalam mulut. Kalau tidak dedak pun, ‘sagon’, ‘sagon’. Kalau tidak dedak pun ‘sagon’. ‘Sagon’ roti campur gula [Ketawa]
Jangan menuduh sembarangan.
Tidak apa, tidak apa.
Jangan menuduh sembarangan ya. Menuduh sembarangan tidak betul. Ini satu tuduhan.
Okey, okey. Tidak apa.
Salah tuduh orang macam itu tahu? Menuduh orang berzina dan sebagainya tidak boleh.
Tidak, tidak, tidak.
Samalah, salah tuduh orang macam itu.
Okey. Yang Berhormat Kapar ada?
Duduklah Yang Berhormat Setiu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat Setiu sudah duduk Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila, sila.
Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Ini tentang Yang Berhormat Pandan yang kena tangkap di hadapan itu. Saya rasa yang itu apabila dikategorikan sebagai jenayah itu tidak berpatutan.
Ya.
Oleh sebab itu isu yang berbeza. Kita pun tahu mengapa beliau ditangkap dan apakah kes-kes yang telah beliau bongkarkan ketika itu. So, saya rasa untuk Yang Berhormat Setiu kategorikan Yang Berhormat Pandan sebagai penjenayah itu pun kena tarik balik tetapi kita biarkan sahaja sebab dia melalut tadi. Saya rasa bahagian ini kalau Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana tidak faham hendak bezakan seorang yang berada di hadapan dan mengeluarkan fakta-fakta tentang kebenaran dikategorikan sebagai penjenayah dan penjenayah sebenar kita kategorikan sebagai apa. Yang rompak duit rakyat dan sebagainya kita hendak kategorikan sebagai apa? Penjelasan Yang Berhormat.
Yang rompak duit itu siapa dia? Itu tuduhan juga itu. Sama juga. Yang pegang surat dokumen OSA pun penjenayahlah. Kesalahan bawah OSA.
Okey, baik. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Ini maknanya, ini persoalan yang saya bangkitkan tadi bahawa kita hendak menggalakkan orang untuk mengemukakan maklumat bagi tujuan membanteras jenayah. Akan tetapi akhirnya orang yang mengemukakan maklumat itu dianggap penjenayah seperti Yang Berhormat Pandan, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang ditahan kerana mereka dianggap sebagai melakukan perkara yang disifatkan sebagai jenayah. Sedangkan mereka mendedahkan satu jenayah besar yang berlaku dalam negara kita yang membabitkan soal integriti negara kita. Ini juga disahkan oleh Laporan PAC yang merujuk kepada Interim Report Ketua Audit Negara. Ini sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa kita tidak boleh lagi melindungi jenayah ini dan tindakan harus diambil daripada apa yang telah pun dibuat oleh PAC dan juga Interim Report Ketua Audit Negara.
Saya melihat contoh, saya katakan bahawa ada satu kes dalam report PAC, Shahrul umpamanya, bekas CEO. Beritahu bahawa keputusan Lembaga Pengarah akhirnya dibatal oleh satu keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat. Ini bagi saya satu yang tidak wajar. Itu satu. Keduanya ialah apabila sekarang ini kes 1MDB ini seperti mana yang diumumkan baru-baru ini, semua lembaga pengarah telah meletakkan jawatan. Sekarang siapa yang mahu bertanggungjawab? Adakah tindakan diambil kepada mana-mana lembaga pengarah atau pun bekas Lembaga Pengarah? Siapakah yang bertanggungjawab? Adakah kita hendak bebaskan, tidak ada siapa pun di kalangan Board of Directors itu mesti dipertanggungjawabkan untuk diheret atau pun mana-mana bekas CEO atau pun CEO yang masih dikekalkan sampai sekarang ini? Apakah tindakan kita? Ini bagi saya satu perkara yang amat memalukan. Memalukan negara, umpamanya contoh, dalam report penyiasatan yang dikepil bersama dalam Laporan PAC itu. Apabila ditanya kepada Tan Sri Dr. Irwan, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan berkaitan dengan Lembaga Penasihat. Dia sudah beberapa kali bermesyuarat. Dia kata Lembaga Penasihat dilantik tetapi mesyuarat tidak pernah. Tiba-tiba tidak pernah bermesyuarat, baru-baru ini Lembaga Penasihat dibubarkan. Lantik Lembaga Penasihat, lantik pula Tok Arab, dua orang Tok Arab, daripada negara China seorang. Kalaulah Tok Arab itu, sesiapa media pergi tanya, “Ya, Sheikh, apakah anda ada hadir meeting itu?” “Tidak tahu, ana pun tidak hadir meeting. Sekarang ana diberitahu, sekarang ini Lembaga pun sudah dimansuhkan”. Tidak ke malu? Lantik dia, mesyuarat tidak dipanggil, tiba-tiba dimaklumkan kepada dia, dimansuhkan. Ini sesuatu yang sangat-sangat memalukan. Ini report yang berlaku dalam PAC. Bagaimana Perdana Menteri selaku pengerusi penasihat membuat keputusan tanpa ada nasihat daripada Lembaga Penasihat, bagaimana? Ini soal Lembaga Penasihat itu dimansuhkan itu satu persoalan yang lain. Akan tetapi pada waktu yang berlaku kes-kes yang berlaku dalam 1MDB ini, pada waktu itu Lembaga Penasihat tidak berfungsi, tidak diperanankan untuk memastikan satu nasihat yang betul kepada Perdana Menteri. Ini bermakna bahawa Perdana Menteri membuat keputusan tanpa mendapat nasihat daripada Lembaga Penasihat melalui Mesyuarat Lembaga Penasihat kerana perakuan Tan Sri Dr. Irwan mengatakan bahawa Lembaga Penasihat tidak pernah bermesyuarat... [Disampuk] Ya, Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Pokok Sena soal Laporan PAC ini. Kita telah merumuskan rekomendasi daripada PAC. Jadi, saya mencadangkan Yang Berhormat Pokok Sena baca laporan itu dahulu, apa rumusan PAC, apa rekomendasi PAC tentang apa yang berlaku di pengurusan 1MDB. Jadi, kita tidak boleh bahas bahawa penasihat dibubar kerana itu dan ini. Saya rasa kita serahkan kepada pihak SPRM dahulu untuk membuat tindakan yang sepatutnya dibuat. Itu recommendation daripada PAC. Kita di dalam Dewan ini, kita tunggu dahulu supaya apa yang diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab penyiasatan itu. Saya dalam PAC ini, saya tertekanlah soal apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tadi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Putatan. Saya mengakui bahawa pemansuhan Lembaga Penasihat itu rekomendasi kepada PAC. Saya baca. Saya baca. Cuma hari ini saya tidak bawa Laporan PAC itu. Saya lipat, siap muka surat berapa, muka surat berapa. Saya tidak menjangka bahawa saya hendak membahaskan isu ini. Akan tetapi saya hendak sebut bahawa yang saya bangkitkan pada waktu itu, Lembaga Penasihat itu ada. Lembaga Penasihat itu ada. Keputusan yang dibuat Perdana Menteri, bagaimana keputusan itu dibuat tanpa mengambil apa-apa nasihat daripada Lembaga Penasihat, daripada Mesyuarat Lembaga Penasihat? Ini yang saya bangkitkan. Soal rekomendasi itu maknanya, saya pujilah Yang Berhormat Putatan melihat bahawa Lembaga Penasihat itu, jadi tidak ada makna ada pun. Sebab apa? Sebab tidak dipanggil mesyuarat. Jadi, buat apa ada? Jadi, sebab itu PAC kata, bubar semualah. Sebab apa? Sebab ada pun tidak bermesyuarat. Saya percaya atas alasan itulah didorongkan untuk dimansuhkan Lembaga Penasihat PAC.
Akan tetapi isu ini, bagi saya apa yang berlaku ini benda yang sangat besar. Sebab itu macam Yang Berhormat Putatan kata, serahkan kepada SPRM. Saya pun tidak tahu sama ada SPRM, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menterilah. Adakah SPRM sekarang ini memulakan kembali penyiasatan ini terhadap isu-isu 1MDB berasaskan kepada Laporan PAC dan juga berasaskan kepada Laporan Ketua Audit Negara? Kita masih lagi tidak tahu ini, ia ke mana akhirnya. Apakah siasatan itu akan dibuat? Apakah tindakan yang akan dibuat? Ini yang kami bangkitkan, yang kita bukan dengki, kita bukan dengki pada sesiapa. Akan tetapi kita hendak supaya kita kena tahulah, maknanya ini soal kepentingan negara, wang negara, membabitkan wang negara. Hutang sampai RM50 bilion, maknanya PAC sendiri pun, Audit sendiri mengatakan bahawa tidak wajar hutang yang begitu besar. Maknanya, kita berniaga ini, tidak salah hendak berhutang. Akan tetapi biarlah berhutang berpada-pada, akhirnya keuntungan itu- maknanya, hutang untuk betul-betul dibuat modal berniaga, satu. Keduanya, keuntungan itu mestilah ada keuntungan. Perniagaan yang menguntungkan. Keuntungan itu dibuat untuk membayar hutang. Ini tidak. Hutang dibayar hutang. PAC sendiri mengakui berasaskan kepada Audit Report, hutang bayar hutang satu amalan yang tidak baik. Hutang bayar hutang. Orang yang berniaga di kampung, I mean, TEKUN, Amanah Ikhtiar, dia boleh bayar tiap-tiap minggu. Ini kita hutang bayar hutang. Sudahlah hutang bayar hutang. Akhirnya, apabila sampai satu tempoh, kita tidak boleh bayar dia punya interest. Satu yang sangat memalukan. Satu dunia tahu, kita ini lari daripada hutang kah? Bukan lari daripada hutang pokok, lari daripada interest hutang. Ini saya kata korek lubang, tutup lubang. Korek lubang, tutup lubang, akhirnya lubang tetap ada, kita tidak tahu siapa hendak terjun masuk dalam lubang ini. Jadi, ini soalan yang saya fikir bahawa kerajaan tidak wajar. Pihak berkuasa, saya minta SPRM, Bank Negara, pihak berkuasa yang lain, pihak polis dan sebagainya mesti tampil dengan keberanian demi negara, bukan demi seseorang untuk melindungi seseorang. Akan tetapi demi melindungi negara dan rakyat. Mesti tampil ke hadapan, pegawai-pegawai kerajaan jangan takut. Apakah hendak takut? Kita akan dipersoalkan oleh di hadapan Allah SWT, dihadapan tuhan Rabbul Jalil. Kalau kita cuba untuk melindungi jenayah terancang yang berlaku dalam negara kita ini. Ya, saya juga akan dipertanggungjawabkan sebab itu saya tampil ke hadapan untuk menuntut ini kerana saya tidak mahu nanti saya dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Sebab itu saya minta rakan-rakan saya di sebelah sana. Adakah masalah kalau sekadar hendak menuntut Perdana Menteri melepaskan jawatan, apakah masalah? Hendak suruh dia berundur, apakah masalah? Tidak bolehkah kita lakukan sesuatu demi negara?... [Disampuk]
Saya cakap serius, Tuan Yang di-Pertua, keadaan negara kita ini cukup kritikal, sangat kritikal sekarang ini. Dunia sedang memerhati kita. Orang lain boleh mengambil tindakan, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng tadi, Singapore ambil tindakan kepada beberapa orang atas kes penggubahan wang haram yang wang itu datang dari Malaysia. Tiba-tiba, kita tidak mengambil tindakan kepada sesiapa. Tidak ada sesiapa yang bersalah, tidak ada sesiapa yang boleh dipertanggungjawabkan. Eh, pelik, pelik. Saya mohon penjelasan ini daripada pihak kerajaan. Apa yang penting kepada saya, saya tekankan dan saya stresskan tadi ialah soal tindakan segara ke atas penjenayah 1MDB ini perlu diambil tindakan. Kita dah kehilangan wang besar. Oleh sebab itu saya tuntut Laporan Audit segera diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Segera, saya minta sungguh-sungguh, Tuan Yang di-Pertua. Sebab, ini janji daripada pihak kerajaan untuk serahkan Audit itu buat audit dalam 1MDB dan kemudian laporan itu akan diberikan kepada Ahli Parlimen dan juga dijadikan public document. Apakah yang kita hendak takut? Kalau yakin bahawa Laporan Audit itu menunjukkan bahawa tidak ada siapa yang bersalah, okey, bentang. Apakah masalahnya? Jadi saya harap sungguh-sungguh daripada pihak kerajaan, pihak Menteri memberikan penjelasan kepada saya dalam isu-isu yang saya bangkit.
Saya tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang berkaitan dengan 1MDB berasaskan kepada Laporan PAC yang Yang Berhormat Putatan juga terlibat dalam membuat penyiasatan melalui PAC. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Putatan dan juga kepada rakan-rakan di dalam PAC yang berani membongkar satu skandal besar negara, skandal yang bertujuan untuk melindungi jenayah dan penjenayah yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam negara kita ini. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang berkenan Kanun Tatacara Jenayah di mana beberapa cadangan yang telah pun dibangkitkan perlulah dibincangkan demi keadilan ataupun demi in the administration of justice, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan beberapa peruntukan yang dibangkitkan. Pertama sekali berkenaan dengan apa yang telah pun dibahaskan oleh rakan saya dari Ipoh Barat dan juga Setiu tadi berkenaan dengan proses reman di bawah seksyen 117 di mana amendment yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Saya quote dengan izin, Tuan Yang di-Pertua... [Membaca petikan] “Section 117 of the Code is amended by inserting after subsection (1) the following subsection: “(1a) The Public Prosecutor may appear in any application made under this section.”” Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu pindaan yang akan mengakibatkan penglibatan pihak pendakwa raya dalam proses siasatan. Itu sebab kita perlu membantah terhadap pindaan tersebut. Ini kerana adalah jelas di dalam setiap administration of justice, kita perlu ada satu keadaan di mana terdapatnya perbezaan peranan antara pihak-pihak tertentu. Di dalam kes ini sekiranya pihak pendakwaan dibenarkan hadir di proses reman, Tuan Yang di-Pertua, maka pihak pendakwa ataupun Public Prosecutor tersebut akan mengetahui berkenaan dengan peringkat-peringkat siasatan ataupun langkah-langkah siasatan yang telah pun dibuat oleh pihak polis yang dinyatakan di dalam Investigation Diary (ID). Tadi rakan saya, Yang Berhormat Setiu, menyatakan bahawa ini bukannya merupakan peringkat siasatan lagi memandangkan tertuduh tersebut ataupun suspek tersebut masih belum dituduh di mahkamah. Itu yang saya faham apa yang dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Setiu. Akan tetapi dengan membenarkan Public Prosecutor hadir, ia adalah berbeza dengan membenarkan seorang suspek itu diwakili peguam, oleh sebab seorang suspek itu mempunyai hak di sisi undang-undang iaitu di dalam Perlembagaan Persekutuan, he has a right, a fundamental constitution right, dengan izin, untuk diwakili peguam. The roles are not reversed. Pihak pendakwaan ataupun pihak polis tiada hak tersebut di sisi undang-undang. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar cadangan pindaan di bawah seksyen 117 ini dipertimbangkan semula dengan serius oleh sebab ia akan merupakan satu, dengan izin, infringement of the rights of an accused to be defended under the Federal Constitution. Saya beralih kepada peruntukan-peruntukan lain, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan seksyen 173A yang dinyatakan dalam rang pindaan ataupun bill tersebut. Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, boleh saya point out bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini memberi kuasa kepada pihak polis ataupun pihak pendakwa raya untuk melaksanakan pelbagai langkah yang pada asalnya di reserved kepada mahkamah. Baru-baru ini kita ada dengar berkenaan dengan kegagalan pihak polis dalam banyak perkara. Kes Indira Gandhi, sebagai contohnya, di mana saya difahamkan suami ataupun bekas suami Indira Gandhi tersebut sekarang telah pun melarikan diri. Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak polis untuk mengesan bekas suami tersebut?
Adakah polis mempunyai langkah-langkah ataupun kuasa yang efektif untuk menangani masalah seperti ini? Adakah terdapatnya apa-apa pindaan dalam rang undang- undang seperti ini untuk memberi polis kuasa seperti kuasa untuk menangani masalah seperti dalam kes Indira Gandhi?
Ya.
Boleh.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, pada 12 September 2014, Mahkamah Tinggi Ipoh telah memberi satu Warrant of Committal kepada pemohon iaitu Indira Gandhi. Selepas itu, IGP enggan melaksanakan writ of committal dan perkara itu kerana dia kata he wants to go halfway di mana dia terikat dengan dua perintah iaitu satu dari Mahkamah Syariah dan satu dari Mahkamah Sivil. Pada masa itu, saya sendiri telah pergi ke Pejabat IGP di Kuala Lumpur untuk menyerahkan warrant of committal itu supaya IGP dapat melaksanakan peruntukan- peruntukan yang sedia ada di bawah Police Act. Akan tetapi lebih daripada satu tahun setengah, beliau enggan melaksanakan warrant of committal itu sehingga pada 29 April tahun ini di mana Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan beliau untuk melaksanakannya dan juga lagi satu perintah adalah di mana perintah susulan, the ancillary order di mana Mahkamah Tinggi Ipoh diarahkan untuk to ensure that the warrant of committal is served on Mohd Ridhuan. Akan tetapi soalan yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah kenapa satu orang di mana menggunakan sebuah telefon yang sama untuk lebih sembilan tahun, polis tidak dapat mengenal pasti di mana dia duduk? Nombor satu.
Nombor dua, dia menggunakan telefon yang sama untuk menghantar bermacam- macam message kepada beberapa orang termasuk kepada Indira Gandhi dalam kes ini. Walaupun report telah dibuat, hingga sekarang nampaknya IGP tidak tahu atau tidak ingin tahu atau tidak ingin mengambil tindakan tersebut. Ini telah melambatkan penangkapan tersebut dan adakah Yang Berhormat Bukit Gelugor bersetuju bahawa seperti yang telah dikatakan oleh Hakim Justice Lee Swee Seng, “The police have the apparatus and the ability to ascertain any individual who has done wrong in this country. They should use this apparatus at the best to get the best out of this. In this case, the failure to do so is unacceptable”. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa tindakan susulan perlu diambil supaya ditingkatkan the earlier errors yang dibuat, kelambatan yang dibuat oleh IGP tidak boleh diterima?
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudah tentu Yang Berhormat Ipoh Barat, saya rasa amat bersimpati dengan orang-orang seperti Indira Gandhi di mana ada perintah mahkamah untuk melaksanakan satu perintah bagi pihak polis. Akan tetapi pihak polis gagal untuk melaksanakan satu perintah mahkamah. Persoalan yang timbul saya fikir adalah seperti ini, adakah kegagalan pihak polis itu merupakan satu, is it deliberate? Dengan izin. Oleh kerana kita tahu pihak polis mempunyai banyak kemudahan, they have a lot of resources and powers at their disposal, dengan izin untuk dengan senangnya melaksanakan perintah tersebut. Kegagalan ini bukannya satu kegagalan yang sengaja. Ini adalah satu kegagalan saya suspek Tuan Yang di-Pertua, adalah bahawa pihak polis dengan sengajanya tidak melaksanakan tugasnya. Jadi ini bukan merupakan satu perkara yang tidak serius, ini boleh dianggap sebagai, I would go so far as to say, satu penghinaan perintah Mahkamah Persekutuan dalam kegagalan polis untuk mengambil langkah yang berat atau serius untuk mengesan bekas suami Indira Gandhi. Saya kembali Tuan Yang di-Pertua kepada cadangan-cadangan di dalam Rang Undang-undang Kanun Acara Jenayah ini khususnya kepada pindaan kepada Seksyen 173A di mana yang dinyatakan, saya quote dalam bahasa Inggeris dengan izin. “This section shall not apply, (a) the offender is charged with a serious offence, or
(b) if the offender is charged with the Commission of an act of domestic violence as defined under Section 2 of the Domestic Violence Act 1994. Sudah tentu Tuan Yang di-Pertua kita bukannya orang – kita tidak, we condemn domestic violence, itu sudah- itu adalah satu perkara yang menjijikkan dan kita tidak boleh menerima domestic violence. Akan tetapi dengan pindaan-pindaan seperti ini kita mengambil keluar, we remove, dengan izin, kuasa mahkamah ataupun budi bicara mahkamah dalam membuat keputusan berkenaan dengan hukuman. Itu merupakan satu prinsip fundamental yang telah pun diguna pakai di dalam sistem keadilan kami, in our administration of justice, sudah lama. Jadi apakah rasional, dengan izin, kita perlu mengeluarkan ataupun remove kuasa tersebut daripada kuasa Hakim? Sama seperti kalau kita lihat di Seksyen 265, ada terdapatnya tiga seksyen 265A, ‘B’, ‘C’ yang dicadangkan Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan protected witness. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, kita perlu appreciate apakah tujuan pindaan- pindaan seperti ini? Adalah obvious bahawa pindaan-pindaan seperti ini adalah digubal untuk memberi protection ataupun perlindungan kepada saksi-saksi yang tertentu. Jadi sekiranya misalnya terdapatnya kes yang luar biasa pergi ke mahkamah, misalnya kes 1MDB pergi ke mahkamah. Mengikut pindaan seperti ini Tuan Yang di-Pertua, the Court saya dengan izin membaca 265A(2) dalam bahasa Inggeris, dengan izin. “For the purpose of satisfying itself as to the need to protect the identity of the witness, the Court shall hold an inquiry in camera by questioning the witness concerned, or any other witness in the absence of accused and his counsel”. Kesemua pindaan tersebut Tuan Yang di-Pertua mengecualikan kehadiran counsel ataupun peguam seorang suspek semasa ataupun seorang tertuduh semasa perbicaraan dilakukan. Ini merupakan satu departure, dengan izin, daripada prinsip yang selalunya diamalkan di negara ini mengikut prinsip The Westminster concept of administration of justice, the adversarial system that we practice, mengikut sistem pelaksanaan undang-undang di United Kingdom di mana seorang suspek ataupun seorang tertuduh tersebut mempunyai hak untuk diwakili peguam. Kalau kita membenarkan pindaan-pindaan seperti ini, walaupun kita melindungi seorang saksi, tetapi dalam melindungi saksi tersebut, we are forfeiting the right of an accused, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua to counsel. Ini merupakan satu perkara yang sudah tentunya akan disalahgunakan oleh kerana sekiranya seorang tertuduh tersebut tidak diwakili peguam di mahkamah, sudah tentunya we would not know whether his rights are being abused in Court? Macam mana kita akan tahu sama ada hak-hak seorang tertuduh tersebut dilindungi? Kalau kita lihat kepada seksyen 265, dengan menggunakan perkataan “shall”, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam kesemua seksyen tersebut, perkataan “shall” digunakan kalau kita lihat. Dengan menggunakan perkataan “shall” ini bermaksud bahawa budi bicara mahkamah itu diambil keluar, it is removed. The discretion of the Court is completely removed when we use the word “shall”, dengan izin. Jadi contohnya di subseksyen 3, kita baca, dengan izin. “If after such inquiry, the Court is satisfied as to the need to protect the identity of the witness the evidence of such witness shall be given in such a manner that the witness would not be visible to the accused and his counsel”. Di perenggan keempat, “The evidence given by the witness under subsection (3) shall be given to the accused and his counsel provided that the court shall cause the evidence leading to the identity of witness to be concealed. The Court shall disallow any question by the accused or his counsell to any other witness that would lead to identification of the witness”. Jadi dengan menggunakan perkataan tersebut, kita tidak memberi budi bicara kepada mahkamah. Jadi setiap kes yang tergolong di bawah subseksyen ataupun pindaan- pindaan ini akan mengakibatkan mahkamah tidak ada kuasa untuk melihat kepada fakta- fakta kes untuk menentukan sama ada ini adalah satu kes yang sesuai untuk mengguna pakai perlindungan di bawah seksyen 265 tersebut. Jadi ini adalah merupakan seperti yang saya nyatakan satu departure, dengan izin, daripada prosedur yang biasanya selalunya diamalkan di negara ini di mana mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjalankan ataupun menjatuhkan hukuman ataupun mengguna pakai prosedur-prosedur tertentu yang tidak pernah menjadi masalah di masa dahulu. Saya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pergi kepada pindaan di bawah seksyen 399B.
Di mana dinyatakan di sana, dengan izin, seksyen 399B baru subseksyen 1, “Notwithstanding any other written law, where evidence or report is given by an expert on the activities, structure, ritual, ceremonies, hand sign, insignia, characteristic of an organized criminal group or any other matters relating to an organized to criminal group the Court…”, again, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “...shall admit the evidence as…”, dulunya, “conclusive proof” tetapi di bawah amendment di peringkat Committees sekarang, dipinda kepada, “prima facie proof of the facts.” Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada nature ataupun latar belakang di bawah pindaan seperti ini, apa yang berlaku di sini ialah seorang pakar yang memberikan keterangan di mahkamah, keterangan tersebut mesti diterima. It shall be received oleh mahkamah. Ini bertentangan dengan prinsip yang selalunya dipakai dan juga dinyatakan di bawah Akta Keterangan bahawa seorang pakar ataupun peranan pakar tersebut, hanyalah setakat membantu mahkamah membuat keputusan. Jadi kalau kita lihat kepada seksyen 399B yang baru ini, akan sekali lagi memaksa mahkamah itu menerima, it will force the Court to receive, dengan izin, keterangan seorang pakar yang dinyatakan di dalam seksyen tersebut. Ini sudah tentunya adalah bercanggah dengan seksyen 44 kalau tidak silap saya Akta Keterangan yang memberi kuasa sepenuhnya kepada mahkamah untuk menerima atau tidak kepakaran ataupun keterangan seorang pakar. Kalau kita lihat kepada pindaan seterusnya di bawah seksyen 399B, Tuan Yang di- Pertua, apa yang dinyatakan adalah evidence ataupun keterangan pakar tersebut sekiranya diterima, akan ataupun setelah diterima, saya quote, dengan izin setelah diterima, “the Court shall presume that the accused is a member of an organized criminal group”. Ini adalah bahaya Tuan Yang di-Pertua oleh sebab ini menimbulkan satu anggapan, satu presumption. Sekiranya satu presumption itu ditimbulkan, maksudnya ialah seorang tertuduh perlu menyangkal anggapan tersebut di bawah balance of probabilities. Ini merupakan satu beban yang lebih tinggi daripada beban yang biasa iaitu yang mana seorang tertuduh diperlukan menyangkal kes pendakwaan atas beyond reasonable doubt. Jadi kalau kita membenarkan pindaan seperti yang dicadangkan di bawah 399B tersebut, ini akan menimbulkan dua masalah. Pertamanya, bahawa mahkamah itu mesti menerima keterangan seorang pakar tanpa soal. Setelah menerima keterangan pakar tersebut, saksi ataupun tertuduh perlu menyangkal keterangan pakar tersebut atas dasar ataupun beban yang lebih tinggi daripada yang biasa. Ini tidak ada apa sebarang justifikasi untuk membenarkan pindaan-pindaan seperti ini dilakukan, Tuan Yang di-Pertua. Juga kalau kita lihat kepada pindaan seterusnya, Tuan Yang di-Pertua iaitu dalam seksyen 402(1A) dinyatakan, “Nothing in subsection (1), shall require the prosecution to obtain the consent of the accused before tendering any statement in evidence”. Ini sudah tentunya Tuan Yang di-Pertua boleh menimbulkan penyalahgunaan kuasa, it can give rise to an abuse of process, dengan izin. Oleh sebab sudah tentunya sekiranya keizinan seorang suspek ataupun consent tertuduh tidak diperlukan dalam apa jua keadaan, ini akan mengakibatkan statements yang diambil, kenyataan-kenyataan yang diambil, sekiranya diambil secara paksa contohnya, boleh dikemukakan di mahkamah. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ini ialah merupakan undang-undang mantap bahawa keterangan-keterangan yang didapati secara paksa involuntary dan sebagainya, tidak boleh diterima di mahkamah. Sekiranya diterima di mahkamah, seseorang tertuduh itu mempunyai hak untuk membantah terhadap keterangan tersebut yang perlu ditolak dan sekiranya pindaan-pindaan seperti ini dibenarkan ataupun dijadikan undang-undang, ini bermaksud bahawa satu statement yang merupakan confession misalnya, dengan izin yang didapati secara paksa boleh diterima masuk. Sekali lagi ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa...
Yang Berhormat Bukit Gelugor, sikit Yang Berhormat Bukit Gelugor sikit. Penjelasan. Sebenarnya 402B ini ada pindaan. Jadi kita tidak perlu hendak, kita tunggu pindaan ...
(1A).
‘A’ atau ‘B’
‘A’.
(1A)?
Ya.
Ada pindaan.
No, pindaan itu lain.
Pindaan. You tengok pindaan dia. Akan ada pindaan ataupun belum dipinda. You tengok 402B, sub ini dipinda dengan memotong perkataan, “...with the consent of the parties...”.
402B(1), 1 yes bukan 1A. Saya rujuk is (1A).
11 ya?
Ya, itu lain.
B ya? (1A) tidak masuk?
No, tak masuk. Ini kalau kita lihat kertas putih, dengan izin Tuan Yang di-Pertua...
Kertas putih itu dia merujuk kepada ...
It’s for 402B(1). Not (1A).
Habis memotong apa? Memotong perkataan, “...with the consent of the parties of the proceeding”.
Itu sebabnya, “...with the consent of the parties” bukannya dalam (1A).
Okey, okey.
Jadi ini memangnya perlu dibahaskan di peringkat ini.
Okey terima kasih.
(1A), bukan 1.
Okey terima kasih.
Saya merujuk kepada (1A). Jadi kalau kita lihat kepada apa yang dinyatakan di bawah (1A) Tuan Yang di- Pertua, ini adalah jelas bahawa ini merupakan satu cubaan. It is an attempt to membenarkan keterangan yang diperolehi secara paksa, dimasukkan ke mahkamah. Ini merupakan saya sudah tentu setuju juga boleh setuju bahawa ini merupakan satu perkara yang tidak pernah kita terima di mahkamah. Terdapatnya undang-undang mantap yang mana keterangan yang diperolehi secara paksa tidak boleh dibenarkan masuk. It is inadmissible. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua kepada peruntukan yang selanjutnya di seksyen 416C Tuan Yang di-Pertua. Ini saya percaya tidak dipinda di Kertas Putih dan merupakan satu cadangan di bawah rang yang dibahaskan petang ini. Mengikut pindaan 416C(1) dinyatakan di sana ataupun di barisan kedua akhir dinyatakan di sana. “…relating to an organized criminal group may by order in writing authorize any senior police officer named in the order to make an investigation in the matter in such manner or mode as may be specified in the order”. Ini merupakan- saya membaca semula Tuan Yang di-Pertua dari mulanya. Seksyen 416C(1) dengan izin, “Notwithstanding the provisions of any other written law, the Public Prosecutor, if satisfied that it is necessary for the purpose of any investigation into an offence relating to an organized criminal group may by order in writing authorize any senior police officer named in the order to make investigation in the matter in such manner or mode as may be specified in the order”.
Ini memberi kuasa kepada Public Prosecutor Tuan Yang di-Pertua untuk mengeluarkan satu perintah dan perintah itu adalah seperti yang dinyatakan di subseksyen (2) barisan keempat 4th last line, saya baca perintah tersebut, “…shall be sufficient authority for the disclosure or production by any person of all or any information or accounts or documents or articles as may be required by the officer so authorized”. Ini bermaksud dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua bahawa seorang Public Prosecutor tersebut boleh mengeluarkan satu perintah yang akan menjadi binding. Ini memberi kuasa mahkamah kepada Public Prosecutor. Kalau kita hendak perintah untuk dokumen-dokumen dan sebagainya di kemukakan oleh seorang suspek, itu perlu menjalani proses mahkamah. Mahkamah sahaja perlu mendengar kepada pihak-pihak dan memberi perintah tersebut. Akan tetapi, kalau kita lihat kepada seksyen 416 yang bertajuk ‘special powers of investigation’, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ini sudah tentu memberi kuasa yang keterlaluan kepada Public Prosecutor. Sekiranya kita bagi kuasa yang keterlaluan kepada Public Prosecutor, sudah tentunya it will be, dengan izin, open to abuse. Why are we giving so much powers, dengan izin, to the Public Prosecutor? Do we not have confidence in our legal system to such an extent that we have to give so much power or delegate so much power to the Public Prosecutor, dengan izin?
Yang Berhormat Bukit Gelugor, panjang lagi?
Hendak habis Tuan Yang di-Pertua infact...
Kalau panjang, kita sambung esok.
Saya sudah habis actually. Just satu perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan Trial in absence of an accused di bawah seksyen 425A. Now Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu pindaan yang amat luar biasa. Ini merupakan satu pindaan Tuan Yang di-Pertua yang tidak perlu. Oleh sebab sekiranya seorang tertuduh itu melarikan diri, he absconds, undang- undang yang sedia adalah cukup iaitu mahkamah akan mengeluarkan satu perintah DNAA- ‘discharge not amounting to an acquittal’. Itu bermaksud, sekiranya orang itu ditangkap semula, dia boleh dituduhkan dan dibicarakan semula. Jadi, kenapa kita perlu ada satu seksyen di sini untuk membenarkan seorang yang melarikan diri itu dibicarakan dalam ketidakhadirannya? Sekiranya kita lihat kepada - saya akan berakhir sekarang Tuan Yang di-Pertua - kepada subseksyen 4. Saya quote apa yang dinyatakan dalam bahasa Inggeris, “If the Court proceeds or continues with the trial pursuant to subsection (2), the Court may draw an inference adverse to the accused from the fact that he absconded”, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini merupakan sekali lagi satu departure daripada prinsip yang mantap di mana prosecution is obliged to prove its case sekiranya kita membenarkan inference adverse terhadap seorang tertuduh. Jadi memandangkan keadaan-keadaan tersebut saya memohon Tuan Yang di-Pertua agar cadangan-cadangan yang telah pun saya timbulkan lagi ditolak sekiranya diizinkan. Sekian terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 18 Mei 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Iklan Perjudian Dalam Talian Melalui SMSSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Teknologi di dunia kini berkembang setiap hari. Salah satunya adalah teknologi komunikasi. Masyarakat Malaysia saat ini juga menikmati perkembangan teknologi. Hampir setiap rakyat memiliki telefon selular tidak mengira umur hinggakan kanak-kanak di bangku sekolah rendah juga telah mempunyai telefon pintar. Kegunaan teknologi yang berupaya memulakan komunikasi berupaya menjadi alat atau instrumen yang membiakkan gejala sosial.
Hari ini iklan sindiket perjudian dalam talian yang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin berleluasa. Tidak mengira sesiapa, pastinya kita boleh menerima iklan sebegini. Jadi, bukanlah suatu aktiviti sihat kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan apabila seseorang individu itu mengalami ketagihan judi. Tambah buruk apabila mereka mula meminjam wang untuk bermain judi.
Skim perjudian dalam talian ini juga tidak memerlukan individu untuk pergi ke mana-mana premis. Cukup sekadar mempunyai telefon pintar dan akaun bank, mereka sudah boleh bermain judi.
Jika perkhidmatan perjudian ini menggunakan premis untuk beroperasi secara haram, ia masih lagi boleh dipantau dan pihak berkuasa boleh menyerbu premis tersebut.
Akan tetapi, khidmat perjudian yang menggunakan telefon pintar ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja menggunakan telefon pintar. Ada juga
penyedia perkhidmatan iklan perjudian ini yang bukan sahaja menawarkan permainan judi, tetapi turut menyediakan perkhidmatan pinjaman wang dan perkhidmatan wanita yang dipanggil ‘escort girl’ dengan izin. Tanpa pengawalan dan pemantauan, kita sebenarnya sudah mengheret bukan sahaja orang dewasa, tetapi golongan muda dan anak-anak kecil untuk terjebak dalam gejala judi dan seks bebas.
Kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius termasuklah meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. Apakah perancangan atau roadmap kerajaan khususnya SKMM dalam membendung penularan iklan SMS begini dan akses laman sesawang judi? Operator telekomunikasi juga perlu bekerjasama membantu membendung gejala ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri, Tuan Er Teck Hwa atas ucapan di bawah usul berkenaan perkara tadbiran kerajaan yang melibatkan bidang kuasa kementerian saya iaitu berkaitan iklan perjudian dalam talian melalui SMS.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kegiatan judi dalam talian adalah tidak dibenarkan sama sekali di Malaysia dan tiada lesen ataupun permit yang pernah dikeluarkan di bawah mana- mana akta. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kebanyakan kes perjudian tanpa lesen atau haram, mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289].
Oleh itu, kerjasama antara kementerian ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan PDRM dijalin dalam membanteras kegiatan judi dalam talian yang meliputi aspek-aspek kerjasama pemantauan, pengesanan dan perkongsian maklumat serta aspek forensik digital.
Daripada banyak laporan yang kita dapati, pihak polis pada yang sama giat menjalankan pemeriksaan dan serbuan untuk membanteras serta membendung kegiatan perjudian dalam talian daripada terus berleluasa.
Walau bagaimanapun, salah satu langkah penyelesaian terakhir sekiranya tindakan penguatkuasaan tidak dapat diteruskan oleh agensi penguatkuasaan bagi mengekang penularan laman web judi dalam talian ini ialah dengan melaksanakan sekatan akses terhadap laman web yang menawarkan perkhidmatan berunsur perjudian tersebut.
Dari tahun 2012 sehingga bulan April 2016, sejumlah 664 laman web telah pun disekat aksesnya oleh pihak SKMM berdasarkan permohonan bertulis daripada pihak PDRM bagi kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289]. Bagi kegiatan promosi perjudian dalam talian melalui SMS dan aplikasi telefon pintar seperti WhatsApp, kementerian melalui SKMM telah menerima sejumlah 438 aduan awam bagi
tempoh Januari hingga April tahun 2016 ini. Pihak SKMM telah mengumpul maklumat yang diterima daripada aduan awam tersebut, mengenal pasti nombor-nombor telefon yang berkaitan untuk sekatan dan turut memanjangkan maklumat-maklumat yang berkaitan untuk siasatan lanjut pihak PDRM.
Selain daripada aduan awam, kementerian melalui SKMM juga turut mengambil langkah positif dengan mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengesan dan menamatkan nombor-nombor yang didapati menyebarkan SMS berunsur perjudian. Sehingga kini sebanyak 12,449 nombor telah ditamatkan perkhidmatannya sejak bulan Januari hingga April tahun 2016. Selain itu syarikat telekomunikasi juga turut memberikan kerjasama dengan menyediakan sistem tapisan yang membendung penghantaran SMS yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memudahkan penggunaan untuk melaporkan isu-isu berkaitan kegiatan promosi perjudian dalam talian melalui SMS, pihak SKMM telah menyediakan perkhidmatan aduan secara terus oleh pengguna melalui nombor telefon khusus 016-2206262.
Pengguna boleh memajukan SMS, promosi perjudian dalam talian yang diterima secara terus ke nombor telefon tersebut tanpa perlu lagi hadir ke SKMM atau tanpa perlu melaporkan melalui e-mel.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga kementerian ini dan SKMM adalah turut terlibat dalam Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta Aktiviti Gaming sedia ada di bawah kawalan Kementerian Kewangan. Input KKMM dan SKMM telah diberi semasa mesyuarat untuk pindaan kepada Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289].
Dalam konteks ini Ahli Yang Berhormat sudah sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada 21 Mac 2016 di Dewan Rakyat telah menyentuh tentang isu perjudian dalam talian ini dan peranan setiap kementerian dan agensi dengan panjang lebar serta persetujuan beliau untuk supaya dibentuk satu Caucus Parlimen bagi menanganinya.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri kerana menanyakan mengenai persoalan ini. Saya harap jawapan saya ini dapat menjelaskan persoalan Yang Berhormat tersebut.
Kementerian dari semasa ke semasa akan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Projek Penambahbaikan Taman Bukit KiaraSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kawasan lapang dan taman bagi penduduk di Kuala Lumpur untuk bersenam telah semakin berkurangan. Salah satu taman yang amat disukai oleh pelari dan orang yang bersenam ialah Taman Bukit Kiara di Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur. Saya selalu bersenam di Taman Bukit Kiara.
Saya mengalu-alukan taman ini diletakkan di bawah pengurusan dan penyelenggaraan Jabatan Landskap Negara.
Saya juga mengalu-alukan usaha Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf jalan dan pelengkapan di taman ini sejak akhir tahun depan.
Akan tetapi ramai pelari dan saya rasa amat kesal atas kerja naik taraf taman ini kerana ia tidak mengikut jadual yang dipaparkan di taman tersebut.
Mengikut jadual penaiktarafan yang dipaparkan di taman tersebut, kesemua kerja naik taraf jalan akan siap pada 31 Mac 2016. Akan tetapi sehingga hari ini kerja pengetaran jalan dan pembuatan parit kelihatan dihentikan.
Jalan yang telah dikorek di taman ini menjadi lebih rosak dan penuh dengan abu dan habuk.
Saya ingin tanya apakah sebab kerja penaiktarafan ini berhenti dan dilewatkan? Apakah ini disebabkan Jabatan Landskap Negara gagal bayar kontraktor atau pegawai kurang melakukan pemantauan ke atas projek ini.
Kami cuba menghubungi nombor telefon Jabatan Landskap Negara yang dipaparkan di pintu masuk taman iaitu 03-40470000, nombor itu tidak dapat dihubungi. Saya ingin minta kementerian memberi maklumat tentang keseluruhan projek ini dan juga kos yang terlibat.
Apakah projek penaiktarafan ini akan membina tandas bagi pelari dan pesenam? Apakah projek ini termasuk pembesaran jalan masuk ke taman ini yang sempit di Changkat Abang Haji Openg yang selalu digunakan sebagai tempat letak kereta bagi pengguna taman.
Selain itu ramai ahli Bukit Kiara Equestrian Club yang selalu masuk ke taman melalui pintu kecil di belakang kelab itu amat berharap Jabatan Landskap Negara boleh melewatkan waktu penutupan pintu kecil itu daripada pukul 7 malam ke 8.30 malam supaya mereka yang bekerja boleh bersenam lebih lama di taman tersebut. Akhirnya apakah tarikh baru penyiapan projek penambahbaikan taman ini? Sekian, terima kasih.
Ya, minta Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mikrofon ini bagus Tuan Yang di-Pertua kalau yang di sana itu kena tunduk [Ketawa] Ini sampai ngam-ngam dekat mulut.
Bagi yang baru ini agak panjang sedikit ya [Ketawa]
Ya, ya. Nampak macam terlebih panjang sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak di atas keprihatinan Yang Berhormat daripada kawasan Seputeh. Kalau Yang Berhormat di kawasan Seputeh tidak bangkitkan usul ini Tuan Yang di- Pertua, harus saya tidak ada dalam bilik ini pada hari ini [Ketawa] Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Seputeh Taman Persekutuan Bukit Kiara ini, lepas ini saya akan sebut sebagai Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK). Taman Persekutuan Bukit Kiara ini Tuan Yang di-Pertua ia merupakan Taman Persekutuan yang pertama, the one and only in Malaysia. Dia adalah Taman Persekutuan yang pertama, the one and only in Malaysia dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara.
Taman ini Tuan Yang di-Pertua dibangunkan dia menyediakan pelbagai kemudahan Yang Berhormat. Kemudahan rekreasi dia juga merupakan muzium hidup pokok-pokok hidup ataupun arboretum. Dia menjadi tempat di mana koleksi pokok-pokok dan sebagainya yang ditanam mengikut kepada reka bentuk seni bina landskap berasaskan kepada hutan semula jadi.
Jadi Taman Persekutuan Bukit Kiara ini Yang Berhormat Seputeh dia lebih daripada satu kawasan tanah lapang untuk berlari. Dia lebih daripada satu kawasan tanah lapang untuk bersenam, dia adalah konsep park and arboretum maknanya konsep park, park for all, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Park untuk ada beberapa zoning yang kita sudah buat. Park untuk keluarga, park untuk orang muda dan sebagainya. Dia lebih daripada apa yang kita sangkakan seperti apa yang dilihat oleh Yang Berhormat daripada kawasan Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua, apabila siap kelak taman ini akan dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada Seputeh tetapi kepada semua rakyat jelata yang ada. Ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua sekarang ini kalau kita hendak cari taman-taman dalam kawasan bandar yang besar Tuan Yang di-Pertua seperti yang ada di Bukit Kiara sudah tidak ada lagi.
Ini adalah satu-satunya taman besar yang berkeluasan 380 ekar. Satu- satunya taman yang terbesar maka kerana itu pihak kementerian ambil untuk dijadikan sebagai Taman Persekutuan. Dia akan memberikan manfaat orang beriadah, berekreasi dan dia akan menjadi hutan pembelajaran, penyelidikan dan juga akan berfungsi sebagai green lung bagi kawasan persekitaran yang ada dalam kawasannya.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan ini seluas 380 ekar, sedang dibangunkan secara berperingkat Yang Berhormat. Sebanyak 380 ekar dia tidak boleh- oleh kerana dia akan menjadi park and arboretum dia tidak boleh dibangunkan dengan sekali rap. Dia bukan mixed development ataupun pemajuan mana-mana kawasan yang boleh dibangunkan oleh pemaju. Dia bersifat park and arboretum. Jadi maka kerana itu dan taman ini adalah taman yang sentiasa digunakan. Dalam pada kita menaik taraf taman ini Tuan Yang di-Pertua, taman ini masih lagi digunakan oleh orang ramai dalam pada pihak Jabatan Landskap Negara sedang terus berusaha untuk membangunkan taman ini.
Maka kerana itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat, ia bekas tanah ladang, Yang Berhormat pun tahu, dengan bentuk muka bumi yang bercerun tinggi dan sebagainya, 60% berada di tahap kecerunan yang melebihi daripada 25 darjah. Maka kerana itu mungkin Yang Berhormat Seputeh agaknya jogging dekat bawah sahaja, tidak naik sampai atas, dia tidak pergi ke tempat bicycle track yang ada semua kemudahan di dalam itu.
Maka kerana itu Tuan Yang di-Pertua, sesuai dengan keadaan yang tersebut, Jabatan Landskap Negara melaksanakan pembangunan secara berperingkat berdasarkan kepada kedudukan muka bumi taman yang berkenaan tanpa menghalang akses untuk kemudahan penduduk untuk terus berekreasi. Maknanya dalam pada pembangunan berjalan, penduduk masih lagi boleh gunakan taman itu.
Jabatan Landskap Negara Tuan Yang di-Pertua, dengan kerjasama dari Jabatan kerja Raya sedang melaksanakan kerja-kerja turap semula, jalan masuk Yang Berhormat, membina semula 6 kilometer jalan servis yang integrasikan laluan berjoging, yang tempat Yang Berhormat berjoging itu.
Komponen pembangunan naik taraf ini dia juga merangkumi kerja-kerja sivil seperti pembaikan cerun-cerun. Dengan keadaan hujan dan sebagainya, ada cerun yang jatuh, rosak. Jadi pembaikan cerun-cerun, kerja-kerja memperbaiki sistem saliran, pemasangan kabel untuk penggantian lampu dan juga pemasangan bekalan air untuk tujuan hydrant sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya.
Memandangkan kawasan ini Tuan Yang di-Pertua, boleh digunakan oleh orang ramai termasuklah oleh Yang Berhormat Seputeh, semasa kerja- kerja tapak berlangsung, maka kerana itulah Yang Berhormat, penutupan secara berperingkat terpaksa dilaksanakan di mana tarikh yang Yang Berhormat tengok dekat papan itu dia tercatat, di papan tanda itu tercatat 31 Mac 2016. Betul? Ya, itu adalah tarikh, merupakan tarikh akhir penutupan bagi zon Fasa 1A, sub Zon 2 yang terlibat dan bukannya tarikh siap kepada Taman Persekutuan Bukit Kiara seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat balik petang nanti, Yang Berhormat joging, Yang Berhormat tengok balik ya papan tanda yang ada itu.
Tuan Yang di-Pertua, kos keseluruhan bagi cadangan naik taraf, ini soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh juga dan menurap Jalan Taman Persekutuan Bukit Kiara. Fasa 1A Yang Berhormat, adalah berjumlah RM9.23 juta. RM9.23 juta, to be exact RM9,275,313. Itu ialah kos untuk kita laksanakan Fasa 1. Tarikh sebenar siap bagi kerja-kerja menaik taraf jalan dan juga segala infrastruktur yang ada adalah pada bulan Julai, insya-Allah. Bulan Julai, raya, selepas raya Yang Berhormat, 2016 seperti mana yang tertera kepada papan tanda projek.
Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kemajuan kerja-kerja di tapak adalah mendahului jadual Yang Berhormat, bukan lewat. Mendahului jadual by 1.03%. Tidak nampaklah, tetapi telah mendahului jadual. Berhubung dengan keperluan membina tandas, jalan masuk di Changkat Abang Haji Openg dan keperluan-keperluan lain, ia akan diambil kira Tuan Yang di- Pertua dalam fasa seterusnya bagi kemudahan pengunjung.
Berhubung dengan jadual waktu penutupan pagar melalui Kelab Ekuestrian Bukit Kiara ini, jabatan menetapkan supaya ia ditutup jam 7 malam Yang Berhormat, setelah mengambil kira faktor keselamatan pengunjung. Kerana apa Tuan Yang di-Pertua, saya sudah pergi ke Taman Persekutuan Bukit Kiara ini sudah banyak kali Yang Berhormat. I know the site because I have been there, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya tahu.
Ada juga masalah pendatang-pendatang asing yang masuk, yang mengambil kesempatan ke atas pokok-pokok getah tua yang ada Tuan Yang di-Pertua. Mereka masuk untuk toreh getah dan sebagainya. Pihak Imigresen bekerjasama dengan Jabatan Landskap Negara untuk menyelesaikan isu-isu. Jadi...
Yang Berhormat, getah tua banyak susu lagi?
Ada lagi susu Tuan Yang di- Pertua, ada [Ketawa] Mana yang sudah tua tidak boleh toreh itu tidak ada apa, tetapi ada lagi pokok-pokok yang masih boleh menghasilkan susu.
Jadi oleh sebab itu Yang Berhormat, maka untuk keselamatan pengunjung termasuklah keselamatan Yang Berhormat, Yang Berhormat ini Ahli Parlimen, kalau apa-apa berlaku, esok pilihan raya sudah tentu BN menang ya [Ketawa] Jadi maka kerana itu, biarlah ia tutup ikut kepada masa yang dicadangkan iaitu pukul 7 malam. Pukul 8.30 malam sudah terlalu gelap Yang Berhormat, you cannot see anything there and it’s not good for your security when you are there ya...
[Disampuk] Cannot Yang Berhormat, ambil kira keselamatan. Ya, ambil kira. Saya ini menjaga keselamatan Yang Berhormat ini.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan meneruskan pembangunan Taman Persekutuan ini secara berperingkat, saya sudah sebut.
Pemantauan kerja di tapak dilaksanakan oleh pegawai Jabatan Landskap Negara. Setiap hari they are there. Kami akan menetapkan tempoh pembangunan selama lima tahun termasuk tempoh penanaman gantikan pokok getah tua yang Tuan Yang di-Pertua tanya tadi dengan spesies pokok berkayu sesuai dengan konsep pembangunan sebagai park and arboretum.
Berkenaan dengan talian am, baru pertama kali cuba sudah kata tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Try banyak kali. Try masa joging sahaja,
try. Akan tetapi memang betul, buat masa ini nombor itu tidak berfungsi ya [Kamar Khas riuh] Jadi, Jabatan Landskap Negara yang Yang Berhormat gagal hubungi itu kerana berlaku kerosakan pada peralatan PABXnya. Jadi sekarang pihak kementerian sedang uruskan untuk baiki peralatan PABX itu Tuan Yang di-Pertua. Sementara itu Yang Berhormat, jangan tunggu guna telefon sahaja. Ada ditulis di situ bukan sahaja talian nombor telefon, termasuklah laman web Jabatan Landskap Negara di jln.kpkt.gov.my ataupun boleh hantar email terus kepada [email protected]. Jadi you got other means, madam. Not only the nombor telefon, but you can email and you also can go to the website. Dalam website, you can see the progress of the project. Jadi maklumat-maklumat ini kita masukkan sebagai kandungan di dalam laman website saya.
Jadi saya harap dengan penjelasan saya ini Tuan Yang di-Pertua, diharap Yang Berhormat Seputeh faham dan kenapa Taman Persekutuan ini penting, kerana it is the one and only. Kenapa perancangan diambil masa lima tahun, kerana ia merangkumi kepelbagaian kemudahan yang ada.
Saya harap Yang Berhormat Seputeh setuju dan terima dengan hati yang ikhlas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh celah?
Mana boleh celah, usul [Ketawa]
Tidak boleh. Ini ucapan penangguhan ya.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Rabu, 18 Mei 2016. Sekian, terima kasih.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.56 petang]