Dewan Rakyat · 25 May 2016
15th Parliament, session 4, meeting 2 · 539 turns · 41,317 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) apakah mekanisme yang telah dirangka bagi menangani isu penyalahgunaan dadah yang membabitkan golongan remaja berumur 25 tahun ke bawah; dan (b) apakah Malaysia menjadi pusat pengedaran oleh kartel dadah dari negara luar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan (a), KDN melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menyediakan Perancangan Strategik AADK 2016 hingga 2020 yang meliputi teras merakyatkan perkhidmatan awam iaitu menjalankan program-program pemasyarakatan. Dalam teras pemasyarakatan ini, penglibatan masyarakat dalam membantu mendidik rakyat mengenai penyalahgunaan dadah memainkan peranan yang penting. Teras pemasyarakatan ini menggalakkan komuniti untuk mengetuai sesuatu aktiviti atau inisiatif di mana masyarakat turut dijadikan sebagai ahli utama dalam membantu memerangi masalah dadah. Antara objektif program pemasyarakatan ini ialah memberi kefahaman serta kesedaran mengenai budaya bahaya dadah kepada semua pihak, menggerakkan masyarakat sivil untuk bangun membanteras dadah, mengekalkan serta meneruskan tindakan-tindakan menyeluruh di kalangan masyarakat sivil dalam membanteras dadah. Bagi memastikan program pendidikan pencegahan dijalankan dengan berkesan, badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat terlibat dalam pelaksanaan setiap program tersebut. Pihak-pihak yang terlibat adalah seperti badan kerajaan, badan berkanun iaitu PDRM, majlis bandar raya, perbandaran, daerah, Jabatan Pendidikan Negeri/Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Manakala dari badan bukan kerajaan seperti PEMADAM, Majlis Belia Malaysia dan juga Belia 4B Malaysia. Komuniti setempat iaitu Skuad 1Malaysia, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung atau JKKK, ahli kariah masjid, rukun tetangga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, dan juga pihak sekolah. Pelbagai program pencegahan yang memberi fokus kepada anak-anak muda dijalankan secara berterusan seperti berikut: (i) Kem Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) yang merupakan program pendidikan pencegahan dadah untuk murid sekolah rendah;
(ii) Program Sayangi Hidup Elak Derita atau SHIELDS, dilaksanakan di peringkat sekolah menengah bagi meningkatkan kesedaran dan mengupayakan ketahanan diri pelajar dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun yang dikenal pasti berisiko tinggi dalam penyalahgunaan dadah; (iii) Program SMART iaitu Sukses, Smart, Aktif, Rasional, Tanggungjawab, merupakan program yang membimbing dan mendidik belia bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta kesedaran tentang bahaya dadah dan cara hidup yang positif bagi melahirkan belia bebas dadah; (iv) program bersama PLKN di Sandakan untuk memastikan remaja lepasan sekolah mempunyai kemahiran menggayakan gaya hidup sihat dan mempraktikkannya kepada diri dan juga membantu orang lain; (v) program Tomorrow’s Leader untuk IPT merupakan program berbentuk kesedaran bahaya dan kesan dadah yang dilaksanakan di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dalam bentuk seminar, forum dan juga ceramah bagi memberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran hidup kepada pelajar universiti mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah; dan (vi) program kesedaran awam yang lebih agresif juga dilaksanakan menerusi pelan media iaitu media penyiaran, televisyen dan radio, media cetak, media baru, Facebook, Twitter, YouTube, blog, media luar, billboard dan juga media bersemuka ataupun bas pameran dan pameran statik. Untuk menjawab soalan (b), kementerian menafikan penglibatan kartel dadah dalam kegiatan pengedaran bekalan dadah di negara kita sekali gus menafikan bahawa negara ini dijadikan pusat pengedaran dadah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tidak ada sebuah negara pun yang terlepas daripada masalah dadah. Sindiket pengedaran dadah menyasarkan negara kita sebagai lokasi transit dadah, begitu juga dengan negara lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket ini akan menggunakan beberapa buah negara sebagai lokasi transit sebelum bekalan dadah yang diseludupkan sampai ke negara yang disasarkan. Risikan dan siasatan yang dijalankan mendedahkan bahawa sindiket pengedaran dadah di negara kita ini bukan status kartel dadah, sindiket ini didalangi oleh kingpin dadah. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa pun, saya hendak ucapkan tahniah atas usaha yang dibuat oleh kementerian bagi menangani isu yang amat besar yang memberi kesan kepada rakyat dan negara. Saya hendak rujuk statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK, beberapa tahun dahulu yang menunjukkan 717 orang pelajar yang berusia antara 13 hingga 18 tahun terjebak dengan gejala ini. Menurut kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Pengarah Operasi AADK juga, hasil beberapa ujian air kencing dibuat, terdapat sebilangan pelajar kita terlibat dengan isu ini. Ia barangkali kerana pengaruh rakan sebaya, didikan agama, mungkin ada masalah emosi dan pemberontakan diri dan sebagainya. Jadi, apakah usaha penambahbaikan pembaharuan yang dibuat oleh kementerian dalam memastikan supaya gejala ini dapat ditangani dengan betul dan tepat? Ini kerana kita faham baik dari segi pengedaran, strategi pemasaran yang dibuat oleh pengedar ini mungkin sudah berbeza.
Jadi, apakah perubahan di pihak pembekal, penjual yang sindiket ini berbeza juga dilakukan oleh kerajaan untuk menangani keruntuhan ini? Kemudian, sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha untuk membanteras isu ini di samping saya juga ingin tahu sejauh mana hubungan dan kerjasama yang dibuat oleh kementerian dengan negara- negara lain bagi menangani isu ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tadi daripada awal jawapan saya, saya telah menyebutkan bahawa program-program yang telah diketengahkan untuk membanteras gejala sosial ini yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah paling muda usia dalam lingkungan tujuh tahun dan sudah pasti program seperti SMART, seperti Kem PINTAR, SHIELDS juga telah diketengahkan. Akan tetapi masalahnya beralih kepada soalan asal iaitu permintaan dan juga penawaran iaitu supply dan demand. Saya sudah tidak khuatir juga peranan yang penting dimainkan oleh PIBG, komuniti dan juga ibu bapa untuk menyelaras supaya memantau kegiatan anak-anak mereka yang di bangku sekolah. Setakat ini, kalau kita lihat keberkesanan langkah yang kita telah ambil memang tidak dapat dinafikan dengan berbagai-bagai tangkapan, jenis- jenis dadah dan sebagainya termasuk dadah jenis baru iaitu new psychoactive substances yang melibatkan jenis dadah yang baru juga terlibat dalam perkara itu. Sekali lagi saya mengesyorkan masyarakat, ibu bapa, PIBG dan juga guru-guru dan orang perseorangan untuk memainkan peranan penting supaya pada tahun ini kita boleh membebaskan negara kita dari segala gejala dadah secara habis-habisan pada tahun 2016.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, gejala dadah merupakan satu gejala yang sangat berbahaya dan menjadi musuh utama negara kita. Bukan sahaja soal kesan kepada pelajar dan remaja tetapi memberi kesan terhadap masyarakat terutama jenayah kecurian, ragut, rompakan, hasil daripada usaha mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah. Jadi saya ingin tahu daripada pihak kementerian, sejauh manakah hasil kajian yang dibuat oleh kementerian. Apakah punca kelemahan sedangkan begitu banyak usaha- usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian sama ada melibatkan ibu bapa, anggota masyarakat dengan pelbagai agensi kerajaan, tetapi dadah masih berleluasa. Jadi, apakah punca kelemahan yang dikenal pasti yang mungkin boleh kita sama-sama untuk berusaha untuk memastikan kejayaan dalam membanteras dadah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tadi saya sudah sebutkan supply dan demand. Antara lain punca utama, kalau ada permintaan sama ada pelajar, orang dewasa, sudah pasti orang yang akan mengedar akan datang. Saya juga tidak menafikan kalau sekiranya murid itu diabaikan daripada ibu bapa mereka dan sudah pasti mereka akan teringin untuk mengambil dadah dan sebagainya. Kalau dia disisihkan oleh keluarga, sudah pasti dia akan mencari jalan sama ada kembali ataupun meneruskan kegiatan dadah. Saya juga difahamkan kalau kita lihat PIBG, peranan guru untuk mendidik anak- anak kita di bangku sekolah. Tadi saya sudah katakan murid yang terlibat paling muda usianya adalah lebih kurang tujuh tahun dan ini melibatkan murid-murid yang masih dalam sekolah rendah. Sudah pasti Yang Berhormat pun dapat menolong AADK dan seterusnya membantu kita untuk memerangi dadah di kawasan masing-masing. Seperti saranan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri, walaupun kita gagal pada 2015 untuk menjadikan negara kita negara sifar tetapi tahun ini semasa perasmian AADK di Lawas baru-baru ini bulan Februari lepas, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan untuk membasmi secara berterusan ataupun habis-habisan untuk memerangi dadah. Sudah pasti kalau kita lihat negara kita semakin lama trendnya semakin meningkat dan sudah pasti pertolongan Yang Berhormat sekalian adalah amat dialu-alukan untuk memerangi bersama. Terima kasih
2. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, senarai loji-loji batu arang di Malaysia dengan butiran lokasi, tahun, tahun permulaan penjanaan kuasa elektrik dan jumlah kuasa elektrik yang dijana oleh setiap satu loji batu arang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sungai Siput dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat enam buah loji jana kuasa arang batu yang sedang beroperasi di Semenanjung Malaysia.
Senarai loji tersebut dengan butiran lokasi tahun mula beroperasi dan jumlah kuasa elektrik yang dijana adalah seperti berikut: (i) Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd. di Selangor mula beroperasi pada 2004 dan jumlah elektrik yang dijana bagi tahun 2015 adalah 10,516.41 GWj; (ii) TNB Janamanjung Sdn. Bhd. di Perak mula beroperasi pada 2005 dengan menjana kuasa bagi tahun 2015, 15,572.76 GWj; (iii) Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. di Johor mula beroperasi 2006 menjana jumlah elektrik 15,621.91 GWj; (iv) Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. di Negeri Sembilan mula beroperasi pada 2009 menjana elektrik 9,484.10 GWj; (v) TNB Janamanjung Sdn. Bhd. Blok 4 Perak 2015 menjana kuasa 3,425.97 GWj; dan (vi) Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. di Johor baru mula operasi Mac 2016. Dia mempunyai kapasiti sejumlah 1,000 MW dan jumlah elektrik di jana kita belum ada catatan bagi tahun ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memandangkan bila kita guna bituminous coal, keluaran carbon dioxide setiap kilowatt hour electricity adalah lebih kurang 1 kilogram carbon dioxide tiap kilowatt hour. Akan tetapi bila kita pakai natural gas, gas asli, keluaran kita hanya 0.55. Jadi, hampir 70 peratus sampai 80 peratus lebih keluaran carbon dioxide untuk setiap unit electricity yang kita jana melalui batu arang. Jadi, kenapa kerajaan kita masih sedang membina dan operasi loji-loji baru yang berdasarkan pada batu arang, memandangkan masalah pemanasan iklim adalah satu isu yang begitu kritikal dunia pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sentuhan tadi memang adalah tepat. Setiap megawatt jam yang kita keluarkan bagi arang batu about 877 sampai 1,034 kilo dibandingkan dengan gas 413 ke 727 bagi setiap megawatt jam. Bagi minyak biasa, 797 sampai 805. Dalam perkara in, energy mix kita ini, fuel mix kita ini adalah dictated dengan satu of course keperluan untuk memastikan kestabilan tenaga yang dijana dan juga security, keselamatan. Ketiga, sememangnya pricing of input.
Pada saat ini, Malaysia actually adalah net importer gas sudah. Maka, dalam soal memastikan kestabilan tenaga yang dikeluarkan, kita tidak boleh bersandar kepada satu fuel sahaja. Pada keseluruhan saat ini, suka cita saya maklumkan bahawa kira-kira dari segi tenaga yang di bekal adalah kira-kira pada saat ini 52 peratus adalah daripada gas, 45 peratus peratusan adalah coal dan the remainder adalah hidro 7 peratus plus renewable yang lain. Pada perancangan keseluruhan dan untuk makluman kita mengimport 22 tan arang batu setiap tahun untuk penjanaan saat ini. Menjelang tahun 2020 dengan ada dua lagi pembinaan dalam proses akan meningkat kepada 40 juta tan pada tahun 2020. Dari segi generation CO2 yang dikeluarkan saat ini, sememangnya bagi transport dan energy sebelah tenaga ini mengeluarkan kira-kira 113,567 giga gram CO2, exceed combining the tools about 55 peratus CO2 generated by transport, dengan izin, dan energy industry. So, dari segi trend dalam ASEAN keseluruhan dijangka bahawa purely on cost factors dan security consideration of supply hampir semua kerajaan di ASEAN ini menjangka bahawa the component of fuel- coal expected to marginally increase over the next five years. Malaysia kena memastikan bahawa the balance itu the fuel mix will be consistent dengan dasar kita untuk juga cuba untuk komitmen di Copenhagen dan Paris untuk mengurangkan dan kita dalam sektor tenaga ini walaupun dipandu dengan priorities dan security fuel nation supply akan memastikan bahawa apa yang CO2 yang dikeluarkan oleh energy sector adalah dalam kadar terkawal dan konsisten dengan matlamat yang telah pun kita beri kepada COP 21 di Paris. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya pantun pendek sikit. Air dalam besi, Api dalam kaca, Petik dekat tepi, Tengah menyala. Sebenarnya pantun ini pendek tetapi adalah relevan dengan soalan saya. Sebab hari ini, kita kena melihat daripada filamen dalam bulb kaca kepada LED. Saya hendak bertanya kepada kementerian kebergantungan kita kepada arang batu ini mesti kita pantau dan kita melihat sektor energy berkembang tiap-tiap tahun kita akan sampai ketika, di mana depletion of resources, dengan izin, ataupun berkurangnya bahan bakar seperti stok dan pertambahan penduduk dan keperluan yang begitu mendadak dalam tahun-tahun akan mendatang memaksa kita melihat dua perkara iaitu dari segi application technology iaitu “filamen ke LED” tadi dan keduanya penggunaan-penggunaan yang mapan oleh consumer. Jadi, saya hendak tanya kepada Menteri. Apakah pihak kementerian mempunyai perancangan khusus bagi pertamanya meningkatkan aplikasi teknologi terkini daripada petik di tepi kepada climate control contohnya, pengurusan yang baik di rumah dan keduanya ialah membudayakan satu pengurusan utiliti yang baik di rumah sama ada air, elektrik, penggunaan aircond dan signal maya dan telefon contohnya yang akan memberi kita penjimatan yang banyak. Sebab kalau tidak ada penjimatan dari pihak consumer, berapa banyak pun kerajaan bagi subsidi ataupun infrastructure technology, application yang efficient, tidak dapat memenuhi supply dan demand. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Tinggi atas soalan tadi yang begitu bermakna sekali. Sememangnya penggunaan teknologi dalam sektor tenaga ini adalah sesuatu yang kita letakkan sebagai satu prioriti utama bukan sahaja dalam soal penjanaan generation sector seperti mana yang saya katakan tadi daripada enam penjana kuasa yang sedia ada yang menggunakan arang batu hampir semua mereka itu menggunakan subcritical boiler tetapi yang efficiencynya itu sekadar kira-kira 35 peratus- okay. Akan tetapi, dengan cadangan kita untuk meningkatkan efficiency ataupun efficiency untuk semuanya boiler-boiler ini seperti Tanjung Bin unit empat ini terkini adalah ultra supercritical boiler- efficiencynya 39 peratus. Maka dengan sekali gus mengurangkan CO2 emissions dan seterusnya. Begitu juga dari segi penggunaan teknologi di peringkat home use, penggunaan LED sedang kita juga ini koordinasikan dengan local government khususnya di peringkat bangunan-bangunan kerajaan. Subject matter berkaitan dengan energy efficiency adalah sesuatu yang kementerian dan negara ini pentingkan. Kita sedang roll out energy efficiency plan ini termasuklah penggunaan di peringkat rumah bukan sahaja dari segi teknologi yang digunakan bukan sahaja appliances digunakan supaya mereka adalah low energy consumer dari segi appliances fridges dan television semua. Ini kita pantau sebenarnya dan kita galakkan. Di peringkat rumah dan dari segi behavior of consumers pun kita telah menubuhkan Yayasan Hijau Malaysia khusus sepertinya dan tujuan ini adalah memupuk gaya hidup hijau di mana termasuklah penggunaan tenaga dan air yang lebih efisien, tidak memboros, learning telling children to turn off lights and turn off taps is very- sangat penting bagi keseluruhan perihal pembangunan sektor tenaga di Malaysia. Di mana energy efficiency itu perlu dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi di peringkat rumah tangga apatah lagi dari kalangan generasi yang muda. Terima kasih.
3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, sejauh mana kemajuan mengenai usaha damai yang dipelopori Malaysia bagi mewujudkan keamanan di selatan negara Filipina yang mengalami pergolakan sejak kebelakangan ini.
Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya jawab soalan terus sahajalah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sipitang atas soalan tersebut dan juga berkaitan dengan usaha kerajaan dalam menyumbang ke arah keamanan, kestabilan, dan kemakmuran serantau. Seperti mana yang Dewan mulia ini sedia maklum, Malaysia sentiasa komited dalam usaha mencari keamanan yang berpanjangan di selatan Filipina. Malaysia telah menerima peranan sebagai fasilitator kepada proses pendamaian di antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam MORO atau MILF, sejak 2001 sehingga berjaya membawa kepada persetujuan kedua-dua belah pihak bagi penubuhan Bangsamoro melalui perjanjian komprehensif mengenai Bangsamoro ataupun CAB iaitu Comprehensive Agreement on Bangsamoro pada 27 Mac 2014. Lanjutan daripada perjanjian tersebut, kedua-dua pihak telah menyediakan satu draf undang-undang autonomi yang dipanggil Bangsamoro Basic Law ataupun BBL. Namun begitu, draf BBL tersebut walaupun telah dibawa ke Senate namun tidak dapat dipertimbangkan oleh kongres Filipina kerana kongres telah berhenti bersidang pada 5 Februari 2016 bagi memberi ruang kepada Pilihan raya Umum Filipina pada 9 Mei 2016 yang lalu.
Walau bagaimanapun, Malaysia menyambut baik komitmen panel pendamai Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF) yang telah dizahirkan pada 11 Februari 2016 dalam satu mesyuarat khas di Kuala Lumpur. Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengesahkan komitmen mereka untuk meneruskan proses damai di Selatan Filipina sehingga CAB berjaya dilaksanakan. Komitmen ini turut ditekankan dan disuarakan oleh Setiausaha Luar Filipina dalam pertemuan bersama dengan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri pada 29 April 2016 di Manila. Yang Berhormat Menteri Luar juga telah menyatakan harapan Malaysia agar komitmen ini akan diteruskan oleh pentadbiran Filipina yang baru yang akan dibentuk kelak. Malaysia bersedia dan sentiasa memainkan peranannya sebagai fasilitator dan mengadakan engagement berterusan dengan pelbagai stakeholders di Filipina, terutamanya Pejabat Presiden Filipina, Pejabat Penasihat Presiden Mengenai Rundingan Damai ataupun Office of the Presidential Advisor on the Peace Process (OPAPP), MILF dan melalui Pertubuhan Persidangan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha memastikan kejayaan pelaksanaan CAB tersebut. Di samping itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah memberi jaminan dan sokongan terhadap perjanjian damai di Selatan Filipina melalui komitmen apa yang disebut sebagai Team Pemantau Antarabangsa Mindanao ataupun International Monitoring Team (IMT) Mindanao. Penglibatan IMT di Mindanao sejak tahun 2004 telah berjaya mengurangkan jumlah laporan pelanggaran gencatan senjata mahupun permusuhan di antara kerajaan Filipina dan MILF secara drastik. Malaysia juga telah menyatakan komitmen untuk terus membantu membangunkan keupayaan atau capacity building institusi-institusi sosioekonomi Bangsamoro, antaranya melalui Malaysian Technical Corporation Programme (MTCP) yang terbukti memberi impak positif kepada peserta. Kerjasama ini meliputi perkongsian pengalaman serta melatih masyarakat Bangsamoro dalam bidang urus tadbir pendidikan, pertanian, sektor sosioekonomi dan berkenaan dengan pembangunan luar bandar. Dari Februari 2014, seramai 77 peserta daripada Bangsamoro telah dilatih di bawah program MTCP dan program-program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Bangsamoro dan menjamin keamanan dan kestabilan rantau tersebut. Sebagai rumusan, Malaysia akan terus memantau status pelaksanaan CAB ini di antara kerajaan Filipina dan MILF. Malaysia selaku pihak ketiga dan pemudah cara kepada proses damai ini bersedia untuk memastikan kedua-dua pihak bekerjasama bagi memenuhi komitmen masing-masing selepas menandatangani perjanjian damai tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Sipitang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Usaha damai yang dilakukan oleh kerajaan adalah menepati sekali kerana kestabilan politik khususnya, akan membawa kepada pembangunan di kawasan selatan. Ia menjadikan satu gerakan memastikan orang Filipina tidak tertumpu lagi kepada Malaysia, khususnya di Sabah. Akan tetapi, adakah dengan kemenangan presiden yang baru yang telah pun kita dapat melihat dan apakah pendirian kerajaan kita Malaysia ke atas polisi baru yang akan dilaksanakan, terutama sekali yang mengenai Selatan Filipina dan termasuk tuntutan Filipina ke atas Sabah? Di samping, apakah ketidakstabilan negara Filipina ini sendiri menjejaskan perdagangan dua hala yang selama ini telah digerakkan antara Filipina dengan Malaysia dan dengan kerjasama BIMP-EAGA yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei? Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Sipitang. Menarik untuk kita melihat perkembangan yang berlaku di Filipina dengan pemilihan presiden baru, Rodrigo Duterte. Oleh kerana beliau merupakan seorang yang telah dianggap sebagai agak popular, berusia 71 tahun, merupakan Mayor of Davao City for almost 22 years. Malahan liputan-liputan kemenangan beliau juga telah mendapat liputan yang meluas sewaktu saya di New York. Last week pun ia mendapat liputan yang agak meluas. Namun, apa yang ingin saya nyatakan ialah kemenangan yang telah dicapai masih lagi belum diputuskan secara rasmi walaupun ia secara tidak rasmi memang merupakan presiden elect, ia perlu disahkan oleh convincing board di peringkat district, kemudiannya ia diangkat kepada convincing di peringkat nasional. Beliau dijangka mengangkat sumpah pada 30 Jun. Namun, yang menarik pada beliau ialah beliau sendiri merupakan Mayor of Davao City. Davao City ini adalah salah satu daripada bandar yang mana diletakkan International Monitoring Team (IMT) yang meliputi lima buah bandar. Davao City adalah antara city yang dianggap the safest city di dalam Filipina. Beliau telah dikenali sebagai orang yang mengamalkan pentadbiran secara merayap-rayap sehinggakan keseluruhan mereka yang berada di Davao City itu amat mengenali beliau. Apa yang menarik mengenai Duterte atau lebih dikenali sebagai Rody ini, beliau juga membuat pernyataan bahawa beliau amat komited untuk meneruskan rundingan damai di Southern Phillipines. Bukan itu sahaja, beliau juga antara orang yang komited untuk membangunkan sektor pertanian, terutamanya di Southern Phillipines. Jadi, kepada posisi Kementerian Luar, kita melihat ini dengan penuh rasa optimisme bahawa hubungan dua hala dengan kepimpinan baru dan kemenangan yang agak overwhelming, dengan 38.8 peratus undi yang diperoleh, ia boleh membawa kepada satu lembaran hubungan yang lebih baik antara dua hala dan sekali gus meneruskan apa yang telah ditinggalkan oleh kepimpinan dahulu, terutamanya untuk memastikan Basic Bangsamoro Law (BBL) ini dapat diputuskan, akhirnya di peringkat Kongres. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan Sabah itu dari negeri di dalam Malaysia. Dia cakap seolah-olah kita bukan di dalam Malaysia.
Dia siapa Yang Berhormat, “dia”?
Ya. Itu...
Siapa dia?
[Disampuk] Bolehkah Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan ini, apakah yang dimaksudkan dengan Bangsamoro ini dan juga bolehkah kita dapat muafakat dengan Kerajaan Filipina untuk menghalang segala pencerobohan dan tindakan senjata di Sabah ini?
Bangsamoro merujuk kepada bangsa secara utamalah, masyarakat di Mindanao ataupun Southern Phillipines.
Ia lebih tepat kerana segala rundingan dibuat di antara Kerajaan Filipina bersama dengan MILF yang mana menyaksikan akhirnya perjanjian apa yang dinamakan Comprehensive Agreement of Bangsamoro. This is a monumentus and historic achievement. Pencapaian ini dibuat kerana adanya third party facilitating yang membabitkan lima buah negara di bawah IMT dan negara yang paling mengambil peranan as a lead role adalah Malaysia... [Tepuk] Oleh sebab itulah ketika tahun 2014 bilamana Majlis menandatangani CAB ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri diberikan penghormatan oleh Presiden Aquino untuk turut menyaksikan perjanjian di antara MILF dengan- berkaitan dengan apa yang disebutkan tadi tentang keselamatan dan sebagainya, saya ingin maklumkan bahawa banyak usaha dilakukan. Yang terbaru ialah Yang Berhormat Menteri Luar sendiri telah mengadakan perjumpaan secara trilateral. Selalunya bilateral, sekarang trilateral di antara Indonesia, Philipines dengan Malaysia untuk mengestablish SOP, untuk bukan sahaja melihat tentang aspek-aspek maritim, termasuk kes-kes jenayah penculikan. Sebab kes-kes jenayah penculikan bukan membabitkan rakyat Malaysia. Setakat ini, setakat tahun 2014 hingga sekarang, Indonesia juga menyaksikan kes-kes penculikan sebanyak 14 orang dan ini merupakan isu yang mendasari keresahan ketiga-tiga buah negara. Saya difahamkan esok adalah mesyuarat pertama peringkat teknikal untuk establish SOP di peringkat diplomasi antara negara bagi memastikan kerjasama ketiga-tiga buah negara daripada segi rondaan, daripada segi pemantauan, daripada segi exchange of intelligence information akan dapat dilakukan dan sekali gus akan mengekang perkara-perkara seperti penculikan dan juga yang membabitkan keselamatan daripada berlaku pada masa akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Soal Sabah ini amat penting.
Ya Yang Berhormat Putatan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Bintulu baru masuk, dia masuk Hansard dulu. Usaha kita yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa dia menjadi Perdana Menteri. Memang usaha yang baik untuk berdamai dengan Filipina Selatan. Jadi kita telah pun- saya juga terikut di Malacańan Palace pada seketika itu untuk menjadi saksi perjanjian antara Kerajaan Filipina dan Kerajaan Malaysia, Bangsamoro (MILF) pada suatu ketika itu pada tahun- beberapa tahun yang lalu. Tadi ini memang usaha yang baik yang diterajui oleh negara kita. Jadi soal hubungan kait dengan antara Kerajaan Filipina dengan kerajaan kita itu amat baik. Akan tetapi baru-baru ini pada 9 Mei, kita ada juga mendapat pencerobohan di Spratly Islands di mana navy kita menangkap tiga orang nelayan Filipina. Apabila di interrogate, dia macam- pihak Filipina telah tidak senang hati kerana navy kita telah melukakan ataupun- nelayan Filipina itu. Adakah ini cara yang baik untuk pembaikan... [Disampuk] Sabarlah Yang Berhormat Bintulu, ini soalanlah ini. Minta daripada pihak Kementerian Luar Negeri ini, apa hubungan kita ini? Adakah ia makin baik ataupun makin terancam di mana terdapat pencerobohan nelayan Filipina masuk kepada perairan kita di Spratly Islands baru-baru ini? Bulan ini juga.
Ya, terima kasih. Ia dilaporkan oleh Reuters tetapi sebenarnya ia bukan berlaku di Spratly archipelago. Ia berlaku di Terumbu Laksamana which is dekat North Sabah. Keadaan kedudukan Terumbu Laksamana kalau mengikut maritime features ia dianggap sebagai rock. Apabila ia dianggap sebagai batu maka dia ada maritime boundary. Maritime boundary ini adalah 12 batu nautika untuk territorial sea. Ketika navy dikatakan mengesan bot-bot nelayan itu, mereka berada pada 10 batu nautika.
Kemudian ketika mana mereka ditahan, mereka berada pada 15 batu nautika, and terumbu ini berada dalam 200 batu nautika dari dalam sekitar dipanggil EEZ. Bererti apa yang dibuat oleh operasi TLDM itu sebenarnya tidak bercanggah. Cuma daripada segi dakwaan berkaitan dengan layanan dan sebagainya itu sedang ditangani oleh pihak TLDM dan pihak Mission kita pun bersedia untuk memberi penjelasan seandainya dipanggil. Setakat ini, pihak Mission kita di Manila belum lagi dipanggil. Terima kasih.
4. Dato' Mansor bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam pelan rasionalisasi hutang 1MDB bagi menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang berskala besar dan nyatakan status kemajuannya.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, isu utama 1MDB ialah terdapat mismatch antara aliran masuk daripada operasi perniagaan serta aliran keluar mengenai pembayaran faedah hutang dan prinsipal pinjaman. Mismatch ini berlaku disebabkan 1MDB mempunyai business model yang tidak sustainable. Kegagalan pelan pelaksanaan IPO dan kesukaran untuk membangunkan tanah-tanah milik 1MDB ini akibat dari negative perception yang dialami oleh Syarikat 1MDB. Bagi menangani cabaran tersebut dan untuk membayar balik hutang-hutang kerajaan, kerajaan telah mengambil langkah untuk menjalankan kajian strategik dan seterusnya melaksanakan pelan rationalization. Antaranya ialah: (i) 1MDB menjual Edra Group untuk menyelesaikan pinjaman jangka pendek; (ii) 1MDB menjual Bandar Malaysia Land dengan sebuah konsortium melalui deferred payment; dan (iii) 1MDB mengadakan debt asset swap melalui financial asset dengan IPIC Group. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, status penjualan Syarikat Edra Global Energy ini telah diselesaikan dan jumlah hasil daripada penjualan ini sebanyak RM9.83 bilion telah digunakan untuk membayar kesemua pinjaman jangka pendek dalam bank- bank tempatan iaitu RM3 bilion hutang dalam syndicated loan, dalam bank-bank tempatan. Kemudian pembayaran awal kepada Marstan RM2 bilion. Pembayaran awal USD150 bilion kepada EXIM Bank dan pembayaran balik RM950 juta standby credit yang dikeluarkan oleh kerajaan. 1MDB kini mempunyai cash lebihan RM2.3 bilion untuk digunakan untuk membayar hutang dan pembangunan infrastructure TRX. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, 1MDB setakat hari ini tidak mempunyai sebarang hutang jangka pendek dalam negara, jangka pendek dalam bank-bank tempatan kerana mereka – hutang-hutang telah diselesaikan dan kerajaan tidak lagi membenarkan 1MDB membuat sebarang pinjaman selepas ini...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan melalui siaran media di laman web rasmi pada 4 Mei 2016 telah mengumumkan bahawa Menteri Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang saham. 100 peratus 1MDB telah bersetuju untuk melaksanakan sepenuhnya syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan mengenai kawalan pengurusan tadbir syarikat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mula-mula sekali kagum juga, I mean terkejut dengan soalan ini dulu tidak dibenarkan. Akan tetapi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri kita tahu yang isu 1MDB ini adalah satu isu yang besar dalam negara sekarang ini dan hutangnya memang berskala besar. Kita telah dimaklumkan tadi yang kaedah rasionalisasi pelan yang dilaksanakan oleh kerajaan yang melalui penjualan harta-harta yang terdapat dalam negara kita. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kerajaan boleh memberi jaminan kepada rakyat Malaysia yang pelan rasionalisasi hutang 1MDB ini dapat menyelesaikan hutangnya tanpa menjejaskan kepentingan kehidupan dan rakyat? Contohnya seperti tidak menggunakan tabungan dana rakyat seperti KWAP, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan lain-lain dana tabung hayat.
Seterusnya, tidakkah juga membebankan lagi bebanan kehidupan rakyat terutama sekali dalam aspek peningkatan hutang isu rumah yang cukup ketara sekarang ini bagi rakyat negara kita yang terpaksa juga berdepan dengan pelbagai masalah kehidupan hari ini seperti kenaikan harga barang, GST dan juga hal-hal lain. Terima kasih... [Disampuk]
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama saya ingin beritahu bahawa kerajaan mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang agak serius. Ini kerana kita mengetahui bahawa 1MDB ini ia mempunyai tiga perkara yang menyebabkan syarikat ini tidak boleh berdaya saing.
Pertama, dia mempunyai wrong business model. Bermakna dia rely dari segi pinjaman untuk menjalankan perniagaan yang begitu besar. Oleh kerana pinjaman itu terlalu besar, maka business tidak dapat dihasilkan keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Maka di situ berlaku dipanggil mismatch atau wrong business model atau business model yang tidak sustainable. Nombor dua, 1MDB mempunyai weak management. Nombor tiga, mempunyai poor governance. Ini adalah laporan yang telah dikeluarkan dalam PAC. Kalau mana-mana Yang Berhormat yang cakap menjerit dekat dalam Dewan ini kalau tidak baca PAC bermakna dia akan rasa bahawa jawapan saya ini tidak betul. Akan tetapi ini adalah hakikat yang telah dikeluarkan dalam PAC. There is nothing that we hide. So, itu hakikatnya. Jadi soal dari segi kita hendak menggunakan dana-dana institusi-institusi untuk menyelamatkan 1MDB ini, saya rasa kita semua bertanggungjawab bahawa mana-mana public fund kita akan pastikan bahawa 1MDB tidak lagi meminjam kepada mereka ini. Terima kasih.
Bukan soal pinjam Yang Berhormat Menteri.
Ya, tidak boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Jasin.
Wang Tabung Haji sudah digunakan.
Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
...Macam mana boleh dikatakan tidak digunakan.
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam tidak boleh buat macam ini Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini tidak boleh kita terima...
[Dewan riuh]
Tidak. Akan tetapi kita masih ada peraturan mesyuarat.
Kalau benar kerajaan ambil berat tentang soal 1MDB, ambillah tindakan.
Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat.
Kenapa tidak ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab? Basic businesslah...
[Dewan riuh]
What wrong business model?
Yang Berhormat Menteri. Saya sudah panggil Yang Berhormat Jasin Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Shah Alam punya soalan pun tidak terpakai kerana di luar Peraturan Mesyuarat ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pelan Rasionalisasi 1MDB ini adalah semata-mata untuk menangani aliran tunai yang dijana daripada aset jangka panjang yang tidak sepadan dengan keperluan jangka pendek. Tindakan yang dibuat adalah menerusi penjualan ekuiti dan juga sesetengah daripada aset kita untuk kita mengumpulkan dana dan sekali gus melunaskan apa juga faedah dan prinsipal pada masa tersebut. Jadi bagi saya, option yang telah dibuat oleh Pelan Rasionalisasi ini ialah paling terbaik sekali dengan menjual apa juga aset-aset dan pegangan kita supaya kita dapat mengurangkan hutang kita kepada satu tahap yang manageable. Dalam masa yang sama tidak lagi kita bergantung kepada bantuan kerajaan. Apa yang paling penting Tuan Yang di-Pertua, apa juga tuduhan-tuduhan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab seolah-olah aset EDRA adalah besi buruk, adalah tidak benar. Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah tindakan yang telah dibuat oleh 1MDB selaras dengan cadangan yang telah dibuat oleh PAC termasuk apa juga bayaran-bayaran lain daripada hasil penjualan aset kita. Seterusnya....
Tuan Yang di-Pertua.
Tidak boleh, tidak boleh Yang Berhormat.
Ini soal menegakkan benang yang basah.
Yang Berhormat Shah Alam, tidak boleh buat macam ini Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Woi, barua woi....
1MDB satu kegagalan. Cukuplah nak ampu-ampu.
Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Shah Alam.
Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua- banyak kacau mereka.
Ya, ya.
Apakah implikasi terhadap 1MDB hasil daripada keputusan kerajaan Singapura untuk menggantung lesan perbankan BSI? Adakah kakitangan kita yang terlibat? Terima kasih.
Barulah rasa macam MP tanya soalan. Jadi macam ini punya soalan bolehlah kita jawab. Akan tetapi kalau setakat jawab soalan dia pun tidak tahu apa-apa fakta tidak payah tanya soalan. Saya hendak- kalau Yang Berhormat Shah Alam hendak debate dengan saya fasal 1MDB ini kita duduk dekat luar kita boleh debate dekat luar. Tidak ada masalah.
Yang Berhormat .
Anytime. Akan tetapi apa yang saya ingat kita buat...
Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam...
[Dewan riuh]
Kita hendak rakyat tahu bagaimana Kerajaan Barisan Nasional telah gagal menjaga kepentingan rakyat.
Duduk Yang Berhormat.
1MDB adalah satu kegagalan...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, saya duduk di sini berpandukan kepada Peraturan Mesyuarat. Dalam sesi soal jawab ini ia tidak ada pencelahan yang dibenarkan Yang Berhormat.
Tidak sekolah.
Jadi saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam untuk tidak bangun lagi Yang Berhormat ya. Ya, sila Yang Berhormat menteri.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jasin 1MDB semalam ada buat satu statement, press statement mengatakan bahawa I think I better read this statement. “1MDB states that it has not been contacted by any foreign lawful authorities on matters relating to the companies. 1MDB remains committed to fully cooperating with any foreign lawful authorities subject to advice from the relevant domestic lawful authorities and in accordance with the international protocols governing such matters. 1MDB confirms that its ownership of various fund investment has not been impacted by the announcements today.” That is the press release. Akan tetapi apa yang saya hendak jawab soal Yang Berhormat Jasin ini ialah Yang Berhormat Shah Alam ini sebenarnya dia tidak faham. Oleh sebab kita tidak pernah mengatakan bahawa apa berlaku...
Yang Berhormat Shah Alam, pun dia tidak akan faham Yang Berhormat.
Yang Berhormat Baling.
1MDB ini good investment. Kalau kita katakanlah 1MDB ini good investment.
Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Menteri.
Duduklah. Bagilah saya jawab dulu. Saya hendak jawab Yang Berhormat Jasin...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
[Bangun]
[Bangun]
Daripada awal kita telah pertikaikan 1MDB. Daripada awal kerajaan sangkakan 1MDB sebagai satu pelaburan yang baik. Janganlah buta. Daripada awal kita sudah pertikaikan. Daripada awal kerajaan pertahankan. Please jangan buta.
Fasal itu ini calon tidak selesai...
[Dewan riuh]
Daripada awal kerajaan pertahankan.
Masa, masa itu emas Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada massa depan. Duduk.
So, please jangan buta. You have never admitted ianya satu masalah sehingga ke hari ini.
Cukup Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jasin...
...Memang Yang Berhormat Shah Alam gila ini orang.
Kerajaan mengaku bahawa 1MDB ini mempunyai perjalanan syarikat mereka menjadi isu. Oleh sebab itu kita biarkan PAC investigate, kita buat semua saranan yang dibuat oleh PAC. Kita tidak boleh ada masalah dalam negara and then kita biarkan masalah itu selesai dengan sendiri. Kita sebagai pemimpin dalam negara bila ada masalah, kita selesaikanlah masalah. Akan tetapi siapa-siapa yang membuatkan masalah, tindakan perlu diambil.
Yang timbulkan masalah adalah pemimpin. Pemimpin yang timbulkan masalah. Bila kita tegur nafikan...
[Dewan riuh]
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Mereka yang bertanggungjawab. Baru nampak serius. Ini lepas tangan, semua cuci tangan.
Yang Berhormat Shah Alam.
Kepala memang batulah.
Sekarang ini barulah saya tahu kenapa PAS ini ada masalah [Ketawa] Rupanya ada dia. Yang Berhormat Shah Alam dengan PAS ada masalah.
Ya, kumpulan orang-orang sewel.
Untuk pengetahuan Jasin, beberapa syor yang telah disyorkan oleh PAC, kerajaan telah mengambil tindakan. Pertama, kita telah menerima peletakan jawatan oleh semua Lembaga Pengarah. Saya hendak make it very clear dalam Dewan ini mana-mana kelulusan dan pengarah yang apabila penyiasatan dilakukan oleh kita punya PDRM, mana-mana mereka yang terlibat, tindakan akan diambil. Jadi kena- bukan, mana you punya seat belt dalam sistem ini?
Rakyat dan negara sudah rugi berapa bilion. Letak jawatan sahaja...
Yang Berhormat Shah Alam.
Sekadar macam itu.
Cukup, cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam cukup Yang Berhormat.
...Bertanggungjawab. Rakyat sudah rugi.
Yang Berhormat Menteri sudah jawab Yang Berhormat.
Negara sudah rugi. Letak jawatan, selesai.
Yang Berhormat Shah Alam ya.
Okey. Kita menerima peletakan jawatan Lembaga Pengarah, Lembaga Penasihat dimansuhkan bersama Artikel 117 yang telah disarankan oleh PAC. Kemudian anak-anak syarikat dan aset kumpulan 1MDB akan dipindahkan kepada MKD. Pihak kerajaan juga telah meminta pihak berkuasa PDRM membuat siasatan ke atas pihak pengurusan terhadap kelemahan pengurusan 1MDB. Terima kasih.
5. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan, jumlah negara yang tidak memerlukan Visa Pelancong untuk melancong ke Malaysia, dan berapakah jumlah kemasukan pelancong dari negara-negara tersebut ke Malaysia dari tahun 2010.
Tuan Yang di-Pertua daripada 45 buah negara yang merupakan pasaran utama ketibaan pelancong ke Malaysia, 38 buah negara sahaja tidak memerlukan visa pelancong untuk melancong ke Malaysia. Jumlah kemasukan pelancong dari negara-negara tersebut ke Malaysia dari tahun 2010 adalah seperti berikut. Kita kumpulkan semua ya. | Tahun |Jumlah (orang)| |--------------------------|-------------:| | 2010| 22099493| | 2011| 22002560| | 2012| 22035320| | 2013| 22399594| |2014 (Visit Malaysia Year)| 24048597| | 2015| 22532478|<END_TABLE_MARKER> Lima negara tertinggi yang tidak memerlukan visa yang telah hantar pelancong ke Malaysia, iaitu Singapura; Indonesia; Thailand; Brunei; dan Filipina.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Kita mengetahui Malaysia diiktiraf sebagai negara kedua terbaik di rantau ASEAN dan juga yang kesembilan terbaik di dunia kerana menguruskan urusan kemasukan pelancong tanpa visa ini. Dimaklumkan juga 15,669 permohonan telah diterima bagi e-Visa ini sejak ia diperkenalkan dan buat masa ini hanya pelancong daripada negara China dan India saja yang dapat menikmati perkhidmatan berkaitan dengan e-Visa ini. Selain daripada pengecualian visa kepada pelancong China yang membuat lawatan kurang daripada 15 hari, dijangka ia akan berjaya menarik lebih ramai pelancong daripada negara tersebut sehingga ke penghujung tahun 2016. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang untuk meluaskan lagi penggunaan permohonan e-visa ini ke negara-negara yang lain pula? Boleh kah tidak pihak kementerian menyatakan negara-negara yang dalam rancangan kerajaan untuk membenarkan penggunaan e-Visa ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebanyakan daripada negara-negara yang menghantar pelancong ke negara kita ini adalah negara yang dikecualikan daripada memerlukan visa. Jadi yang tinggal negara-negara yang memerlukan visa untuk datang ke negara tidak begitu banyak tapi yang besar ialah India dan China. India dan China ini juga sebenarnya kita telah pun mengambil tindakan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu pelancong-pelancong daripada China yang telah menggunakan e-Visa. Betul sebagaimana Yang Berhormat sebut iaitu pada tahun- daripada bulan Januari hingga April sahaja, e-Visa sehingga 10 Mei, berjumlah 15,896 dan yang mengguna visa free 21,562. Bermakna sistem yang menggunakan one stop center itu masih lagi diguna oleh pelancong-pelancong China. Kita telah pun membenarkan e-Visa ini dilakukan di India dan kita juga terbuka untuk memberikan kemudahan e-Visa kepada mana-mana negara yang memohon kepada kita. Jadi yang tinggal, negara memerlukan pada visa untuk melawat negara kita ialah Nepal, Myanmar dan Sri Lanka. Akan tetapi setakat ini kita belum lagi ada membuat keputusan untuk membukakan kemudahan ini kepada mereka. Cuma China dan India saja.
Yang Berhormat Seremban.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, dasar pengecualian visa ini merupakan satu pemangkin untuk kedatangan pelancong yang lebih ramai seperti untuk pasaran China seperti jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kepada saya pada beberapa hari lalu jelas menunjukkan bahawa ada peningkatan. Pada bulan April 2016 ada peningkatan 54 peratus berbanding dengan tahun lepas.
Soalan saya ialah, adakah dasar pengecualian visa ini untuk pelancong yang datang kurang daripada 15 hari akan dilanjutkan selepas akhir tahun ini sebab pengumuman yang dibuat ialah sehingga 31 Oktober 2016. Adakah itu akan dilanjutkan dan soalan yang kedua ialah adakah dasar pengecualian visa untuk mungkin kurang daripada 15 hari. Ini juga akan dilanjutkan kepada pasaran pelancong dari negara India kerana negara India juga merupakan satu pasaran yang besar selain daripada pelaksanaan sistem e-Visa, juga pengecualian untuk pelancong yang datang kurang daripada 15 hari. Soalan terakhir ialah, ini saya hendak tanya untuk pihak wartawanlah. Apakah komen Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pertelingkahan Pengerusi Tourism Malaysia dengan AirAsia baru-baru ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, jelas kita nampak iaitu bahawa dengan kita memperkenalkan sistem e-Visa dan entry ini, dia telah pun meningkatkan jumlah pelancong daripada China ke negara kita dan secara kumulatif, bulan Januari hingga April 2016, sejumlah 647,344 visa telah dikeluarkan. Dia keluar itu makna dia datang. Berbanding dengan 352,575 untuk tempoh yang sama pada tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 83.6 peratus. Jadi kita, berkenaan dengan soalan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat, yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi, kita tidak berhajat untuk melanjutkan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi di akhir tahun ini. Saya kira kalau orang dia datang hendak melancong ke negara kita 15 hari menerusi e-Visa sudah mencukupi. Kalau mereka hendak duduk lebih, boleh minta entry visa yang beri 30 hari. Jadi saya rasa ini cukup memadai dan kita tidak berhajat untuk setakat inilah melanjutkan jumlah hari yang boleh mereka tinggal di negara kita. Keduanya, berkenaan dengan India, kemudahan yang sama akan kita berikan kepada India iaitu e-Visa dan juga visa free dan insya-Allah pada bulan Julai, walaupun ianya telah pun dilaksanakan tapi pelancarannya akan dibuat pada bulan Julai. Setakat ini juga pengenalan e-Visa dan juga visa free ini telah pun menunjukkan peningkatan yang sangat-sangat menggalakkan daripada pelancong-pelancong dari India. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat, apa yang telah berlaku di Beijing, kementerian saya memang memandang berat tentang perkara ini. Pertama, sudah tentulah kerana China merupakan sebuah negara yang menjadi sasaran utama kita bagi menggalak para pelancong datang ke negara kita. Malah pada tahun ini sasaran kita ialah 4 juta dan kita percaya insya-Allah ini boleh dicapai.
Keduanya ialah AirAsia adalah merupakan rakan strategik bagi Tourism Malaysia. Mereka telah memberikan kerjasama yang begitu baik dengan Tourism Malaysia dan mereka telah bersetuju, atas permintaan kita, untuk membuka lebih banyak lagi route yang boleh membawa pelancong-pelancong China ke negara Malaysia. Dia memang merupakan strategic partner kepada Tourism Malaysia. Oleh yang demikian, saya telah meminta kepada Tourism Malaysia untuk mereka memanggil mesyuarat secepat mungkin. Saya telah difahamkan iaitu Lembaga Tourism Malaysia akan mengadakan mesyuarat pada jam 3.00 petang pada 30 Mei 2016. Bukan sahaja untuk membincang tindakan yang perlu diambil tetapi juga diarahkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa penyiasatan terperinci ke atas perkara ini. Mereka juga telah diarahkan untuk, selepas penyiasatan itu, juga membuat recommendation kepada saya selaku Menteri supaya tindakan selanjutnya akan diambil. Jadi setakat itu tindakan yang telah diambil berkenaan dengan isu ini.
6. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah perancangan Kerajaan Malaysia mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan negara ASEAN lain untuk menangani masalah serangan lanun di perairan Malaysia khususnya di perairan pantai Malaysia Timur.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan ini. Minggu ini Yang Berhormat sudah dua kali bersama saya.
Tuan Yang di-Pertua, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi mengatasi serangan lanun dari negara-negara seperti Indonesia dan Filipina di perairan Malaysia. Hubungan ini dijalinkan bagi membendung sebarang aktiviti jenayah dan pemantapan penguatkuasaan di perairan negara serta bertukar-tukar maklumat perisikan. Hubungan baik yang dijalinkan di antara APMM dengan Western Fleet Quick Response Team atau WFQR, telah memberikan impak kejayaan dari segi sharing information, perkongsian maklumat berhubung dengan lokasi MT Orkim Harmony yang berjaya dikesan semasa terputus hubungan pada 11 Jun tahun lepas. Sehubungan dengan itu, Malaysia telah bekerjasama dengan pihak Vietnam untuk mengekstradisi penjenayah yang berasal dari negara Indonesia itu untuk dibawa balik ke Malaysia untuk dibicarakan. Kes rompakan di laut yang berlaku di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan telah mencatatkan penurunan yang mendadak hasil daripada kerjasama dengan negara-negara jiran. Pada tahun 2015, sebanyak lapan kes rompakan di laut telah dilaporkan manakala tidak ada kes dilaporkan setakat ini bagi tahun 2016. Negara juga mendapat kerjasama berterusan dari agensi negara jiran seperti Singapore Police Coast Guard, Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla), dan Filipina Coast Guard yang mana telah bersama-sama dalam menangani isu pelanunan di rantau Asia Tenggara khususnya. Perjumpaan secara formal dan tidak formal sering diadakan bagi memantapkan lagi persefahaman yang telah terjalin serta pertukaran maklumat perisikan. Kerjasama sebegini akan diteruskan dan dimantapkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan juga kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan syabas kerana kerajaan telah memulakan kerjasama yang rapat dengan jiran-jiran ASEAN kita. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya ingin memohon kerajaan untuk memberi lagi banyak perhatian kepada situasi di Timur Semenanjung di mana pergerakan nelayan-nelayan dari Vietnam di perairan Malaysia menjadi lebih agresif di mana mungkin akan menjadi satu ancaman yang lebih besar dalam masa yang akan datang kerana dengan pelancong pergi ke Tioman, Redang dan Pulau Perhentian, ini merupakan satu isu antarabangsa. Apa yang saya hendak katakan di sini, banyak aduan daripada pihak-pihak yang berkenaan, melalui tiga Menteri sudah ya, tidak dapat diadakan satu tindakan yang berkesan, walaupun kita ada empat agensi keselamatan yang selalu memberi alasan masalah koordinasi di antara mereka. Baru-baru ini, nelayan-nelayan di Pantai Timur, mereka mengadakan satu tunjuk perasaan kerana diberi jawapan tidak ada peruntukan untuk menjalankan operasi yang lebih berkesan untuk melindungi mereka kerana bahaya pihak-pihak tertentu dari seberang laut yang asing beroperasi waktu malam dan bersenjata. Satu lagi Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyatakan di sini bahawasanya pergerakan nelayan-nelayan asing keluar masuk pelabuhan di Pantai Timur amat bebas. Contohnya di Pelabuhan Chendering, nelayan-nelayan Vietnam boleh keluar masuk begitu bebas sehinggakan mengadakan permainan sukan bola sepak dan sebagainya tanpa apa- apa dokumen perjalanan. Ini mungkin akan menjadi lebih parah dan situasi mungkin akan menjadi seperti apa yang berlaku di Sabah di mana pendatang tanpa izin tanpa dokumentasi akan menimbulkan satu sindiket yang memungkinkan perjalanan atau sindiket lanun boleh menjadi lagi berkesan untuk mengancam kedudukan. Jadi persoalannya, apakah tindakan kerajaan untuk memantau pula di darat supaya mereka-mereka yang datang tanpa izin melalui pelabuhan perikanan dan sebagainya diberi satu pemantauan yang berkesan? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya terima kasih atas soalan ini dan saya makin terang apa Yang Berhormat kehendaki.
Sekarang, Yang Berhormat, di laut itu kerja saya, di darat ialah kerja Menteri Dalam Negeri. Jadi Yang Berhormat boleh timbulkan perkara ini- termasuk imigresen. Mana boleh main-main sepak raga tidak ada dokumen, tidak boleh. Zaman angkat tangan ini sudah habis sudah, Yang Berhormat. Kelmarin Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di Bukit Kayu Hitam. Bermula daripada kelmarin, tarikh kelmarin, tidak ada tolak ansur bagi mana-mana pihak untuk masuk ke negara ini angkat tangan lagi. Mesti ada dokumen. Malah, orang yang jaga itu di antaranya termasuklah anggota daripada Senoi Praaq dan sebagainya yang dia itu saya sendiri pun dua tiga kali saya angkat tangan, dia kata, ”Angkat tangan apa pun, buka boot belakang dahulu hendak tengok.” Dia orang kata Menteri pun kena buka boot. Okey bagus, saya kata, kerja kamu. Jadi ini di antara kejayaan kita tetapi kita perlukan laporan daripada orang ramai. Selepas ini mungkin Yang Berhormat akan menjadi anggota JPAM, jadi JPAM maklumkan melalui networking masing-masing supaya keselamatan negara mesti dijaga bersama oleh semua rakyat. Berhubung dengan apa yang berlaku di Pantai Timur sekarang ini, kita ambil tindakan pelbagai. Saya sudah minta APMM supaya mengurangkan sedikit balik ke pangkalan itu sebab dia navy dan juga APMM ini dia ada sentimen tentang kapal yang mereka bawa. Mereka pergi mereka balik. Pergi dan balik itu akan mengambil masa berjam-jam dan mereka berasa di laut mungkin kurang. Jadi saya kata sekarang ini pergi dan lambat balik. Kalau hendak balik pun mungkin berlaku pertukaran krew tetapi kapal masih berada di sana supaya kapal itu tidak bekerja kuat. Semasa balik itu melalui ombak dan sebagainya, dia terpaksa bekerja kuat. Jadi, dia terus berada di lapangan di mana nelayan-nelayan yang menangkap ikan seharusnya mendapat perlindungan. Nelayan juga kena bagi tahu bahawa sekumpulan mereka sedang berada di mana-mana untuk membolehkan kita memberi perlindungan. Demikian juga dengan pelancongan, hubungan itu mesti dibuat terus dan anggota APMM akan berada di lapangan. Kita tidak boleh sudah berlaku baru kita cerita. Kita kena cerita sebelum berlaku. Pemikiran begini mesti diterap dengan lebih baik kepada rakyat Malaysia. Banyak masalah kita hadapi. Laut, Yang Berhormat, tanya saya. Fasal darat, Kementerian Dalam Negeri. Sudah pasti kalau berlaku hot pursuit- hot pursuit ini makna kalau kami mengejar lanun sebagai contoh, walaupun dia masuk ke darat, itu hot pursuit, kita akan kejar sampai darat. Ataupun yang di darat pun kalau dia mengejar perompak yang lari masuk ke laut, dia akan mengejar sampai dia dapat di laut.
Itu maksud kata jangan kata nanti ada soalan kata kalau lanun itu sampai ke tepi pantai dan turun ke laut, dia bye-bye kat kita sebab kita tak boleh tangkap, tidak. Agensi ini kita boleh mengadakan hot pursuit, dengan izin. Kemudian, apa yang berlaku di Sabah tak boleh disamakan di sini Yang Berhormat. Di Sabah, kita ada pendekatan kita yang berlainan tetapi di Pantai Timur sekarang ini, kita dah bagi perhatian habis-habisan dan kita minta nelayan maklum sebelum berlaku, jangan maklum selepas berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya mengenai keadaan serangan lanun di perairan pantai Malaysia Timur yang berada di Pantai Timur Sabah yang semakin meningkat. Saya rasakan keadaan ini ataupun root of the problem dengan izin, adalah juga disebabkan oleh keadaan ekonomi yang begitu teruk di kawasan Selatan Filipina apabila berlakunya peperangan saudara di rantau tersebut. Jadi, ini adalah masalah ekonomi yang saya rasakan memerlukan juga penyelesaian ekonomi. Jadi, apakah kerjasama di antara Malaysia dengan Filipina dalam bentuk ekonomi di rantau tersebut secara besar-besaran yang mana apabila ekonomi itu dapat dihidupkan, maka ia akan dapat menamatkan vicious cycle dengan izin, yang sedang berlaku sekarang ini dan seterusnya akan memudahkan kerja-kerja kita untuk memerangi masalah serangan lanun yang berlaku di sebelah sana. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang cukup baik iaitu masalah ekonomi selesai cara ekonomi. Kalau kita selesai cara lain, ia akan berterusan. Ini yang terbaik. Kalau senjata, kita juga selesai dengan cara yang sedemikian rupa. Oleh kerana soalannya terlampau baik tetapi malangnya bukan bidang saya Yang Berhormat, jadi itu Yang Berhormat seorang lagi. adi Yang Berhormat boleh sampaikan soalan itu ataupun saya akan sampaikan kepadanya tentang berniaga dan juga lain-lain lagi, termasuk kerjasama ekonomi yang ada sekarang itu patut ditingkatkan. Saya ini lebih kepada penguatkuasaan di laut. Siapa yang melanggar undang-undang, kita tangkap. Kalau Yang Berhormat Seputeh pun langgar undang-undang, kita tangkap sebagai contoh. Akan tetapi hal-hal ekonomi dan sebagainya, ini urusan kawan saya. Kemudian yang keduanya, urusan saya yang seterusnya ialah berhubung dengan Rang Undang-undang MKN yang belum lagi diwartakan. Itu yang menjadi perkara yang besar kerana bila rang undang-undang ini diwartakan, kita akan memberi kuasa kepada tentera bersama dengan agensi yang lain untuk membuat tangkapan dan sebagainya bagi kawasan yang telah digazet sebagai kawasan keselamatan. Yang Berhormat, beberapa tempat di Malaysia ini kalau kita tengok, bermacam-macam berlaku. Kita boleh segerakan kalau sekiranya ada rang undang-undang ini. Kita akan gazet kawasan itu sebagai kawasan keselamatan. Terima kasih.
7. Dato’ Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah usaha yang diambil oleh pihak kementerian dalam membantu para pembeli yang telah menjadi mangsa kepada pemaju- pemaju projek perumahan yang terbengkalai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Gerik. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat dari kawasan Gerik, dari tahun 2009 sehingga 30 April 2016, sebanyak 226 projek perumahan swasta yang melibatkan 40,866 pembeli telah pun diisytiharkan sebagai terbengkalai di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 182 projek ataupun 80.5 peratus yang melibatkan 32,641 orang pembeli telah pun berjaya disiapkan ataupun diselesaikan oleh Kementerian KPKT. Manakala sebanyak 20 projek lagi ataupun 8.9 peratus melibatkan 4,610 orang pembeli sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan dan baki 24 projek ataupun 10.6 peratus melibatkan 3,615 orang pembeli sedang dalam perancangan awal untuk pemulihan. Tuan Yang di-Pertua, kemajuan projek perumahan bergantung kepada perancangan dan juga komitmen pemaju perumahan dalam melaksanakan sesebuah projek. Di antara punca yang menyebabkan kelewatan, kegagalan projek adalah seperti berikut: (i) Pengurusan pembinaan tidak efektif; (ii) ketidakstabilan kewangan; (iii) masalah teknikal di tapak; (iv) jualan kurang mendapat sambutan; (v) kurang kesedaran tentang tanggungjawab sebagai pemaju; (vi) bantahan penduduk setempat; (vii) kenaikan harga barang; (viii) perlanggaran terma perjanjian antara pemaju dan kontraktor utama; dan (ix) perselisihan antara pemaju dengan tuan tanah.
KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara Tuan Yang di-Pertua, sentiasa berusaha untuk mengadakan rundingan bagi membantu pemaju mendapatkan jalan penyelesaian bagi semua isu berkaitan dengan pihak agensi utiliti ataupun pihak berkuasa tempatan dengan bertindak sebagai pemudah cara dalam mencapai kata putus agar sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dapat dikeluarkan oleh pihak yang terlibat. Ini menjawab kepada persoalan yang mungkin akan ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Gerik, kenapa projek itu boleh jadi projek terbengkalai.
Dah preempt dah?
Dah preempt dah. Bagi meringankan beban pembeli, ini menjawab kepada persoalan sebenar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Gerik Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sememangnya memberikan perhatian serius bagi membantu para pembeli projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia dan kementerian telah pun mengambil beberapa inisiatif dan langkah bagi membantu para
(i) mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman ataupun kita sebut white knight untuk mengambil alih permulaan projek perumahan swasta terbengkalai; (ii) melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya kategori kos rendah dan kos sederhana rendah melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui kementerian dan peruntukan ini adalah bagi menampung kos tambahan untuk memulihkan projek-projek yang melibatkan rumah-rumah kos rendah dan juga rumah-rumah kos sederhana rendah; (iii) bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun pelikuidasi swasta bagi membantu untuk memulakan projek perumahan terbengkalai dan kementerian bertindak sebagai mediator bagi membantu pelikuidasi dan kontraktor penyelamat untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan, agensi teknikal dan juga pihak pembiaya iaitu institusi kewangan. Kerajaan juga telah pun mengambil inisiatif Tuan Yang di-Pertua, seperti mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembiaya kewangan bagi unit rumah berkaitan. Melalui surat-surat pengesahan ini, pihak pembeli boleh mendapatkan kemudahan-kemudahan seperti berikut Yang Berhormat daripada kawasan Gerik: (i) memohon pertimbangan daripada institusi perbankan bagi sebarang permohonan pengurangan kadar faedah dan juga penstrukturan semula pinjaman perumahan yang diambil oleh mereka; (ii) memohon pertimbangan daripada pihak KWSP bagi permohonan pengeluaran kali kedua; dan (iii) bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan pula, mereka boleh mendapatkan kemudahan sama ada pertimbangan untuk: (a) membatalkan pinjaman sedia ada dan diberi peluang untuk memohon pinjaman baru iaitu pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama; dan (b) diberi pertimbangan untuk menangguhkan berkenaan faedah pinjaman pada kadar 4 peratus sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama lima tahun, mana-mana yang lebih terdahulu. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, semua perkara yang saya nyatakan ini dia adalah tertakluk kepada penilaian institusi pembiaya ke atas peminjam-peminjam berdasarkan kepada merit setiap kes.
Akan tetapi sekiranya pihak pembiaya tidak memberikan sebarang bantuan Yang Berhormat, ataupun kerjasama yang sepatutnya kepada pembeli-pembeli, maka pembeli boleh membuat aduan kepada kementerian dan aduan tersebut akan dipanjangkan kepada Bank Negara untuk tindakan selanjutnya. Kerajaan juga turut membantu pembeli rumah untuk berbincang dengan pihak pembiaya bagi penyambungan pinjaman ataupun penambah jumlah pinjaman yang diperlukan oleh pembeli setelah pemaju penyelamat dikenal pasti dan projek-projek pemulihan ini dimulakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada kerajaan terutama apabila kerajaan menjelaskan 226 projek yang sakit, yang terbengkalai manakala dapat dipulihkan 182 projek. Di tempat saya sendiri pun saya berterima kasih sangat kepada kerajaan kerana dua projek sakit ini dapat diselesaikan.
Persoalan saya, lesen dikeluarkan oleh KPKT kepada pemaju-pemaju- yang teraniaya ialah pembeli-pembeli. Di mana mereka terpaksa membayar duit booking sebanyak RM10,000 bergantung kepada harga rumah. Sejauh mana, kementerian membantu pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek sakit ini supaya pemaju-pemaju yang terbengkalai tadi dapat memulangkan balik deposit kepada pembeli-pembeli. Inilah keluh kesah pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek sakit. Minta kerajaan jelaskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Gerik. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik ini ialah projek-projek terbengkalai, ya Yang Berhormat? Bukan projek sakit. Projek ini ada tiga kategori kalau yang berada dalam keadaan sedemikian. Lewat, sakit dan akhirnya dia jadi terbengkalai. Bila terbengkalai, maknanya Yang Berhormat Menteri perlu umumkan, perlu membuat pengisytiharan bahawa projek itu adalah projek terbengkalai. Bagi menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik tadi Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi Yang Berhormat tentang perkara-perkara yang boleh diambil maklum untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pembeli. Bagi makluman Yang Berhormat Gerik juga, kementerian telah pun melakukan pindaan ke atas Akta 118, Tuan Yang di-Pertua iaitu peningkatan dalam Deposit Pemajuan Perumahan. Kalau dulu dia bayar RM200,000 tetapi dengan pindaan yang telah pun dilaksanakan melalui Akta 118 ini- Yang Berhormat Gerik, pemaju perlu membayar 3 peratus daripada kos projek yang berkenaan iaitu kos projek fizikal ke dalam akaun Pemajuan Perumahan. Maknanya kalau dulu mungkin dia boleh ambil sikap sambil lewa, bayar RM200,000 sahaja sudah boleh mohon lesen sebagai pemaju dan kemudian sudah boleh memulakan projek. Akan tetapi pada kali ini tidak. Dia kena bayar 3 peratus daripada kos pembangunan projek yang berkenaan. Kedua Tuan Yang di-Pertua, pembeli rumah juga dalam pindaan akta ini, pembeli rumah diberikan hak, Yang Berhormat dari kawasan Gerik. Diberikan hak ataupun pilihan untuk membatalkan mana-mana perjanjian jual beli (S&P). Kalau pembeli mendapati bahawa projek-projek mereka dalam tempoh enam bulan tidak berlaku apa-apa pemajuan ke atas unit rumah yang dibeli oleh pembeli, maka pembeli boleh membatalkan perjanjian jual beli ataupun S&P yang berkenaan. Jadi ini antara pindaan baik yang telah pun dilakukan ke atas Akta 118. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, sekiranya menghadapi masalah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Gerik, kita ada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Jadi saya hendak nasihatkan kepada Yang Berhormat. Sekiranya ada di antara pembeli dalam kawasan Yang Berhormat yang perlukan pembelaan yang lebih lanjut selain daripada yang saya nyatakan dalam jawapan, maka pembeli bolehlah berurusan dengan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah ini. Insya-Allah melalui tribunal itu, pembelaan akan dilakukan ke atas hak pembeli yang telah pun menghadapi masalah dalam projek-projek terbengkalai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Gerik sebut soal projek-projek sakit. Saya hendak tanya ada juga projek-projek yang menyakitkan. Misalnya, projek sudah siap tetapi rumah menghadapi masalah keretakan, tidak boleh duduk dan sebagainya. Jadi perkara ini, saya lihat banyak laporan yang kita dapati. Cuma saya hendak tanya kementerian dari segi peranan kementerian sebagai pemudah cara yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Apakah ada idea untuk diwujudkan satu one-stop center misalnya untuk mendengar claim, dengan izin, perkara-perkara seperti ini. Apakah di sana ada kemungkinan defect liability period ini boleh kita lanjutkan? Yang Berhormat Menteri sebut soal tribunal. Saya fikir tribunal pun ada beberapa kekangan yang mana kalau kita laporkan pun tribunal tidak boleh menyelesaikan masalah. Apakah kementerian bersedia untuk membesarkan lagi peranan pemudah cara ini bagi menyelesaikan isu-isu yang saya bangkitkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat, tribunal yang saya sebutkan tadi, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah ini dia akan melihat kepada semua perkara. Mungkin Yang Berhormat belum pernah berurusan lagi dengan tribunal ini. Jadi saya hendak nasihatkan kepada pembeli. Pertama, sebelum kita membeli apa-apa unit perumahan yang ada, kita kena pastikan bahawa unit yang dibeli daripada mana-mana pemajuan yang ada, pastikan bahawa pemaju itu adalah pemaju yang berlesen. Sekiranya berlesen, maka dia akan tertakluk kepada budi bicara dan juga peruntukan undang-undang yang ada di bawah kementerian, ya Yang Berhormat. Kedua, sekiranya berlaku liabiliti-liabiliti tertentu selepas habis tempoh dan sebagainya ataupun dalam masa tempoh liabiliti, maka pembeli boleh mengemukakannya melalui tribunal yang saya sebutkan tadi. Sekiranya masih lagi berlaku ketidakpuasan hati kepada pembeli, maka tidak ada masalah untuk pembeli berurusan dengan pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut satu lagi perkara. Satu lagi apps yang telah pun- satu lagi sistem data yang telah pun dibangunkan oleh pihak kementerian yang kita namakan TEDUH. Ia adalah sistem data perumahan. Dalam sistem data TEDUH ini Tuan Yang di-Pertua, pembeli boleh menyemak mana-mana pemaju-pemaju yang berlesen dan pembeli juga boleh menyemak tentang kedudukan progress unit-unit rumah yang dibeli oleh mereka melalui sistem data perumahan yang dibangunkan atas nama sistem TEDUH ini. Jadi ini adalah satu sistem yang baik yang boleh memberikan banyak manfaat kepada pembeli apabila dilancarkan. Sekarang pihak kementerian sedang dalam pengurusan untuk update dengan lebih banyak lagi perkara-perkara yang perlu diletakkan dalam sistem TEDUH ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, setakat itu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TANAH NEGARA (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [24 Mei 2016]
Ya, sila Yang Berhormat Sik untuk menyambung perbahasan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dekatkan mikrofon, Yang Berhormat.
Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya untuk meneruskan perbahasan yang sebahagiannya saya telah mulakan dan sebahagiannya saya selesaikan semalam. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Pada hari ini saya mengambil peluang untuk menyentuh beberapa isu. Isu undang-undang...
Yang Berhormat Sik, semalam agak gelap. Hari ini agak cerah, ya. Ini kerana semalam petang ya. Hari ini tengah hari. Ya, sila.
Lebih kurang ya, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat pun tersenyum.
Isu-isu yang saya akan sentuh pada hari ini ialah isu-isu yang perlu dilihat dari segi undang-undang yang perlu penyelarasan di antara pusat dan negeri. Isu-isu ini termasuk sedikit sebanyak berkenaan dengan rizab Melayu. Tanah terbiar...
Yang Berhormat Sik, sebelum meneruskan mengenai tanah terbiar, ada tetamu. Minta Yang Berhormat Sik sila duduk sebentar. Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah Ahli-ahli Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia... [Tepuk] Diketuai oleh Yang Berhormat Dr. Zulkifli Hasan. Kepada Yang Berhormat Dr. Zulkifli Hasan, Dewan mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat Dr. Zulkifli Hasan dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Republik Indonesia. Terima kasih... [Tepuk] Ya, sila Yang Berhormat Sik.
Selamat datang delegasi daripada Indonesia.
Tidak apa. Saya percaya nanti Yang Berhormat Ahli Parlimen daripada Indonesia juga akan jemput Yang Berhormat Sik ke Indonesia.
Terima kasih.
Saya percaya Yang Berhormat Datuk Halimah, Timbalan Menteri juga akan jadi ketua delegasi kita.
Bisa diatur. Bisa diatur.
Ya, Yang Berhormat Seputeh pun.
Saya akan menyentuh sedikit berkenaan dengan rizab Melayu, brownfield, tanah persendirian terbiar, degraded land, tanah yang diteroka dan kemudian ditinggalkan dan juga masalah-masalah kaum minoriti berkenaan dengan tanah.
Tanah rizab Melayu semasa mencapai kemerdekaan mempunyai tiga juta hektar tetapi kini telah menyusut sehingga satu juta hektar. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada negeri Johor yang dapat memajukan tanah rizab orang Melayu dan meningkatkan persen tanah rizab orang Melayu di dalam negeri Johor. Kedua adalah tanah yang gagal dibangunkan walaupun...
Yang Berhormat Sik, sebelum beralih tajuk, boleh saya ini Tuan Yang di-Pertua?
Boleh.
Ya, mengenai isu tanah terbiar. Ya.
Tanah rizab Melayu. Persoalan saya ialah tanah rizab Melayu telah diperkatakan dengan meluas, terutama di Semenanjung Malaysia, cuma bolehkah Yang Berhormat Sik menjelaskan bagaimana kaedah tanah rizab Melayu yang telah dibuat, tiba-tiba diambil untuk pembangunan, bagaimana tanah rizab Melayu diganti ataupun pegawai-pegawai yang menjadi pentadbir tanah di daerah, pentadbir tanah di peringkat negeri, MNK sendiri terlepas pandang untuk menggantikan balik tanah rizab Melayu yang telah dibangunkan, terutama mungkin projek perumahan, mungkin projek pertanian berkelompok dan pelbagai lagi. Saya minta Yang Berhormat Sik ulas ataupun minta kementerian beri satu jawapan yang konkrit supaya tanah rizab Melayu ini terus terbela dan tidak menjadi kehilangan, terutama di Semenanjung Malaysia. Terima kasih.
Kawasan Parlimen Gerik ini lebih kurang kawasan Parlimen Sik, tanah rizab Melayu banyak. Jadi, masalah yang dihadapi oleh Sik lebih kurang sama masalah dengan...
Tidak sebut Kuala Krau macam mana hendak bagi ucapan lama-lama.
Kalau saya sebut Kuala Krau, saya kena sebut Sekijang, Jerantut, semua. Maknanya, semualah satu Malaysia.
Ya.
Labuan jangan lupa.
Yang Berhormat Labuan jangan cakap. Semalam Yang Berhormat Labuan cakap panjang sangat sampai saya tidak sempat habis.
[Bangun]
Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Ipoh Barat sahaja tidak ada tanah rizab Melayu.
Dia supermarket banyak. Jadi, apa yang difikirkan oleh Yang Berhormat Gerik itu telah difikirkan oleh...
[Bangun]
Yang Berhormat Sik, ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Putatan.
Nanti, bagi saya habis dan akan saya sebut di dalam perbahasan saya, akan saya bangkitkan. Okey, Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Hari ini saya setuju apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua. Gaya Yang Berhormat Sik berbahas hari ini begitu ceria berbanding petang semalam Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya rasa terpanggil untuk mencelah pada pagi ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Sik, tadi Yang Berhormat Sik sebut pasal tanah rizab. Saya akui, ya ini perkara yang sangat serius. Cuma daripada segi tanah terbiar ini Tuan Yang di-Pertua, kerana saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik setuju tak apabila menyebut tanah terbiar ini, memandangkan Malaysia ini yang akan menjadi negara maju tahun 2020, kita perlukan banyak sumber makanan, kita juga perlu banyak perumahan di kalangan generasi muda. Yang Berhormat Sik setuju tak kalau perlu ada satu jawatankuasa yang khas di peringkat kerajaan untuk meneliti semua tanah terbiar ini? Kalau tidak nanti, berlakulah pencerobohan daripada pihak-pihak tertentu, terutama yang berlaku di sesetengah tempat, warga asing masuk dan menggunakan tanah terbiar ini. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Sik.
Kalau saya biarkan orang lain mencelah lagi, apa yang dicakapkan oleh orang mencelah itu, itulah point yang saya hendak cakap.
[Ketawa]
Semua dua-dua ini habis ambil point yang saya hendak cakap. Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua daripada Yang Berhormat Kuala Selangor pun sila masuk dalam ucapan saya dan saya bagi...
[Bangun]
Ya, saya yakin Yang Berhormat Putatan dia tidak ambil input untuk perbahasan Yang Berhormat Sik. Ya, Yang Berhormat Putatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu peluang kepada Yang Berhormat Putatan. Saya tengok apa isinya.
Sila Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selama ini saya tidak melihat perbahasan Yang Berhormat Sik begitu menarik sekali. Saya akuilah sahabat saya Yang Berhormat Sik ini sudah matang. Walaupun semalam dia ada agak...
Tidak, saya sebut dia hari ini semakin cerah.
Makin cerah, matang itu cerah. Serupalah itu Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon minta penjelasan sedikit kepada Yang Berhormat Sik. Oleh sebab Yang Berhormat Sik menyebut tentang 1Malaysia. Soal tanah- tanah kepunyaan Melayu, itu satu. Keduanya, dia terlupa pula 1Malaysia ini Sabah dan Sarawak ada. Kita juga ada tanah-tanah kepunyaan orang-orang indigenous seperti di Sarawak, sahabat saya dari Sabah. Cuba Yang Berhormat Sik fikir sedikit, adakah juga kalau tanah yang diambil oleh kerajaan, misalnya daripada kegunaan Kerajaan Persekutuan, mengambil tanah-tanah native misalnya. Sungai Udang tahu ini, soal ini tahu. Native land, terutama sekali Sarawak banyak tanah-tanah NCR dan tanah-tanah native di Sabah yang mempunyai geran.
Saya minta sedikit penjelasan, adakah juga termasuk perbahasan Yang Berhormat Sik ini yang apabila diambil alih oleh Kerajaan Pusat, tanah-tanah native ini boleh diganti? Ada usaha kerajaan untuk menggantikan tanah-tanah yang bergeran native serupa dengan apa yang berlaku di Semenanjung? Keduanya, persoalan pencerobohan ataupun tanah-tanah yang terbiar, adakah usaha Kerajaan Pusat untuk membantu kerajaan negeri masing-masing supaya tanah- tanah terbiar ini walaupun dimiliki oleh seseorang natural person, adakah cadangan daripada Kerajaan Pusat untuk membantu membangunkan tanah-tanah yang terbiar ini? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Sik. Ini persoalan yang penting sekali ini.
Yang Berhormat Sik, Labuan. Topik yang sama pendek.
Yang Berhormat Labuan, nanti sat. Yang Berhormat Labuan selalu panjang.
Kali ini pendek.
Pendek, janji pendek.
Okey, janji, janji. Oleh sebab ia topik yang sama mengenai native land. Jadi, Labuan yang dahulunya Sabah sekarang ini ia sudah menjadi Wilayah Persekutuan, malah Kanun Tanah Negara ini lagi direct dengan Wilayah Persekutuan Labuan yang mana implementasinya sebenarnya lebih senang dan tidak terhalang oleh mana-mana kerajaan negeri sebab tidak ada kerajaan negeri. Di Labuan, kita juga ada native land yang dahulunya banyak dan sekarang ini tinggal sedikit sebab sudah diconvert menjadi country lease. Jadi soalan saya, bolehkah dan setuju kah Yang Berhormat Sik supaya native land yang ada di Labuan dan juga di Sabah dan Sarawak tadi diberikan peruntukan sama seperti Malay reserves iaitu apabila ia diconvert, maka akan diganti dengan tanah baru mengikut nilai yang sama. Nilai, bukan keluasan. Jadi, kalau sekiranya undang-undang itu belum ada, mohon Yang Berhormat Sik suarakan supaya ia dipanjangkan ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Labuan masuk dalam ucapan saya. Akan tetapi saya ingin tambah satu Tuan Yang di-Pertua. Labuan ini- tapi saya bukan Ahli Parlimen Labuan. Labuan ini pekannya kecil Tuan Yang di-Pertua dan ia laut banyak. Saya cadangkan Labuan ini tambak laut. Apabila tambak laut...
Yang Berhormat, tambah ke tambak?
Tambak.
Tambak.
Tambak laut. Apabila tambak laut. jadi tanah menjadi besar. Jadi, Yang Berhormat Labuan tidak payah ambil tanah rakyat, native land. Itu cadangan saya. Ada lagi?
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Putatan tadi, pada saya tanah terbiar bermaksud tanah milik persendirian, tanah milik perorangan yang tidak dibangunkan. Manakala, yang diteroka haram ini ialah tanah kerajaan. Di sinilah dalam Kanun Tanah Negara, bagaimana kita hendak menentukan orang perseorangan yang tidak selesai daripada segi bicara kuasa, tidak selesai daripada segi persetujuan adik-beradik yang ramai yang menyebabkan tanah-tanah tadi tidak dibangunkan apa-apa, cuma ditumbuhi lalang dan hutan.
Akan tetapi yang masalah paling besar ialah apa tindakan kepada peneroka haram yang menceroboh tanah kerajaan seperti mana yang terdapat di seluruh negara. Mungkin orang asing bangunkan tanah tersebut dengan rumah-rumah sehingga kerajaan negeri tak mampu mengambil tindakan apa-apa, sekadar mungkin mereka pula bayar tol kepada pejabat tanah. Bagaimana pandangan Sik dalam perkara ini?
Sik,Sik minta tolong sikit.
Boleh sikit.
Ya Yang Berhormat Sik..
Nampaknya saya tak payah cakap dah.
Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Ada dua, Yang Berhormat, Yang Berhormat, ada dua yang bangun. Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Bukit Katil, yang mana satu?
Saya bagi Yang Berhormat Parit dulu, selepas itu saya tak payah bangun, pergi kepada Yang Berhormat Bukit Katil terus [Ketawa]
Ya sila Yang Berhormat Parit. Selepas ini Yang Berhormat Bukit Katill.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Isu yang hampir sama..
Yang Berhormat, Yang Berhormat Parit, ini seangkatan dengan Yang Berhormat Sik ya.
Lebih kuranglah, lebih kurang.
Lepas itu Yang Berhormat Bukit Katil pun seangkatan.
Sama lah tu.
Tuan Yang di-Pertua, sensitif tu, terasa banyak ni.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang sama. Berkenaan dengan pembalakan haram, ia berlaku di atas setengah-setengahnya berlaku dalam sesetengah kerajaan seperti yang Yang Berhormat Gerik sebut. Digunakan untuk buat rumah dan tanaman sawit dan sebagainya terutama di atas tanah-tanah kerajaan rizab JKR, JPS dan sebagainya dan kereta api. Pada pandangan saya, apa pandangan Yang Berhormat, sekiranya saya cadangkan supaya jabatan kerajaan itu serahkan kembali tanah itu kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri boleh pula lupuskan atau luluskan tanah itu kepada peneroka yang sedia ada terutama bagi mereka yang tak ada rumah. Yang Berhormat sedia maklum bahawa pada hari ini hendak beli rumah sangatlah susah dan sukar kerana harga yang melampau dan sebagainya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat supaya akan cadangan itu. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik kerana berikan peluang untuk pencelahan. Maudho’ ataupun tajuk yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sik itu adalah soal tanah rizab Melayu. Jadi saya ada dua persoalan ataupun mohon pencerahan. Pertama, adakah Yang Berhormat Sik sedar bahawa setakat hari ini menurut maklumat yang kita terima kalau boleh kementerian bantu, kita tengok trend penguasaan tanah rizab Melayu ini menyusut, maknanya menurun. Kalau data yang saya ada ini setakat tahun 2009, 11.99 peratus. Jadi saya percaya trend itu akan lebih menurun dan ini tentunya membimbangkan. Cuma saya hendak tanya, apakah Yang Berhormat Sik bersetuju bahawa perlunya suatu badan mungkin kita boleh kemukakan satu Lembaga Amanah tanah rizab Melayu sebagai contoh dan tanah ini tidak boleh didagangkan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dikomoditikan. Mungkin perlu ditumpu kepada tanah ini sebagai tempat untuk menjana ekonomi. Justeru pegangan itu tidak terlepas kepada mana-mana pihak dan tidak bertujuan untuk di bukan dengan tujuan komoditi.
Yang ketiga Yang Berhormat Sik, adakah Yang Berhormat Sik sedar bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara pada tahun 2005 telah pun bersetuju supaya ada pindaan terhadap Enakmen Rizab Melayu Wilayah Persekutuan yang membenarkan pajakan kepada bukan Melayu ke atas tanah rizab Melayu dilaksanakan di Wilayah Persekutuan sebelum diikuti oleh negeri-negeri yang lain kerana ini penting. Kalau betul perkara ini berlaku, kita juga hendak minta pencerahan kepada kementerian apakah ini diteruskan dan kenapa kalau ia diteruskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya setuju dengan Yang Berhormat Parit dan itulah tujuan saya dan apa yang saya hendak cakapkan dan masuk dalam ucapan saya. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Bukit Katil, saya sedar bahawa penurunan tanah rizab Melayu ini berkurangan hingga sekarang 11 peratus. Kalau dulu masa merdeka, 3 juta hektar, sekarang lebih kurang satu juta hektar lebih. Saya juga ingin bercakap dalam perbahasan saya, saya ingin menyeru kepada kerajaan dan juga kementerian supaya mengambil tindakan-tindakan ataupun menggubal undang-undang ataupun seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil mengadakan satu badan supaya menyiasat dan juga melihat supaya penurunan ini tidak berlaku sehingga tidak ada tanah rizab. Walau bagaimanapun, pendapat saya, kita kena fleksibel. Kalau tanah rizab Melayu itu di kawasan bandar dan perlu dibangunkan atau kawasan-kawasan lain perlu dibangunkan, kita kena fleksibel dan kita boleh membenarkannya sepertimana yang dilakukan pajakan dan janganlah sampai waktu pajakan itu terlalu lama sehinggakan kita tidak boleh mengambil balik ataupun masa itu terlalu lama dan akan menyebabkan masalah-masalah perundangan yang berlaku selepas itu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menutup...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Putatan bangun lagi Yang Berhormat.
Yang Berhormat Putatan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, tadi dia janji saya jangan soal saya. Kalau saya tidak dapat jawab, saya akan masukkan dalam teks ucapan saya. Akan tetapi Yang Berhormat Sik tak berani jawab, minta penjelasan daripada celahan saya tadi. Apa sebab? Saya minta penjelasan Yang Berhormat Sik.
Bukan, bukan dia gaduh Kak Limah, eh, Kak Limah [Ketawa] Sebab banyak sangat Yang Berhormat Putatan, saya pun lupa soalan itu [Ketawa] Boleh sekali lagi?
Ya, ya, sila. Ringkas ya.
Ini ringkas. Soalan satu, minta penjelasan bahawa Yang Berhormat Sik ini memang hebat. Bukan soalan, komen. Yang keduanya, sebenarnya Yang Berhormat Sik telah menyentuh soal semangat 1Malaysia ini, yang Yang Berhormat Sik memperjuangkan reserves tanah Melayu. Itu hebat tetapi Yang Berhormat Sik lupa, Sabah dan Sarawak ada juga tanah-tanah kepunyaan orang-orang bumiputera. Adakah juga serupa dengan setanding...
[Bangun]
Eh, belum lagi. Soalan itu tiga belum lagi, duduklah Yang Berhormat Sik [Ketawa] Yang ketiganya, adakah pihak Yang Berhormat Sik juga bersetuju supaya tanah- tanah yang terbiar yang Yang Berhormat Gerik cakap soal tanah yang dimiliki oleh perseorangan dan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan. Antaranya, banyak yang tanah-tanah kepunyaan milik Persekutuan ini terbiar dan diterokai oleh setinggan misalnya. Apa yang maksud saya itu adalah tanah-tanah milik perseorangan yang di mana Kerajaan Persekutuan boleh membantu untuk membangunkan tanah itu dengan memberikan peruntukan yang tertentu melalui agensi-agensi kerajaan yang boleh melaksanakan kemajuan kepada tanah-tanah yang terbiar.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Faham.
Faham?
Yang pertama, soalan pertama, saya tak mahu jawab [Ketawa] Sebab warna kulit semacam, semalam semacam, hari ini pun semacam. Yang kedua saya hendak jawab yang kedua iaitu berkenaan tanah terbiar, saya juga seperti mana Ahli-ahli Parlimen lain yang menyuarakan pendapat dan celahan tadi dan saya ingin menutup berkenaan dengan tanah terbiar dengan mengatakan bahawa kerajaan perlu, kementerian perlu disebabkan oleh pembentangan rang undang-undang baru ini tidak disebut, tidak ada kaitan dengan berkenaan tanah-tanah terbiar ini, maka kerajaan mesti memikirkan bagaimana ingin meminda, membuat pindaan undang-undang supaya tanah-tanah terbiar seperti tanah persendirian yang terbiar yang disebut oleh Yang Berhormat Gerik seperti tanah-tanah kosong, tanah-tanah kerajaan yang diterokai secara haram kemudian ditinggalkan terbiar. Di Parlimen saya banyak ratus hektar tanah yang begini dan juga tanah-tanah terbiar yang lain. Contohnya dalam istilah, brownfield iaitu the land that is committed to development. Development telah diputuskan akan buat development. Selepas itu tidak ada undang-undang khusus yang muktamad yang mengatakan apa yang perlu dibuat terhadap tanah itu dalam jangka masa beberapa lama dan juga tanah-tanah terbiar yang lain supaya kerajaan membuat satu undang-undang yang khusus supaya kita boleh menyelesaikan masalah ini. Okey.
Kedua, saya juga ingin bercakap berkenaan dengan kaum minoriti. Saya setuju dan masukkan itu di dalam ucapan saya apa Yang Berhormat Putatan cakap. Di kawasan saya juga terdapat kaum minoriti iaitu kaum Siam. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kaum Siam…
Yang Berhormat Sik boleh bagi jiran sebelah?
Ya, sila jiran.
Ya, Yang Berhormat Sekijang sebelah, ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat Sik masuk tentang Siam tadi itu, saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat Sik berkaitan dengan tanah-tanah yang telah diberikan kepada agensi kerajaan ini tetapi terbiar. Semalam pun ramai di kalangan rakan bangkitkan tentang tanah-tanah ini, tetapi kebanyakan rakan bangkitkan tentang tanah yang terbiar ini milik kerajaan ini adalah tanah kosong. Tanah yang memang kadang-kadang tidak ada bangunan di atasnya. Akan tetapi apa yang berlaku contoh di dalam daerah Segamat, di sebelah Parlimen saya Parlimen Labis tempat Timbalan Menteri, Datuk Chua Tee Yong ada satu kuarters guru sebanyak 150 unit yang telah didirikan, namun dalam masa tempoh 10 tahun kuarters tersebut dikosongkan dan tidak ada penghuni, malahan kuarters itu dilihat terbiar sebegitu sahaja, tetapi ia masih lagi di bawah milik agensi kerajaan iaitu di bawah Kementerian Pendidikan. Jadi soalnya di sekeliling kawasan tersebut ramai staf kerajaan ataupun mereka yang bekerja di sekitar daerah Segamat ini ingin menggunakan kuarters ini sebagai penempatan untuk mereka sebab penempatan itu kosong. Jadi minta pandangan Yang Berhormat dalam hal seperti ini boleh tidak kita cadangkan kepada kerajaan, kita berikan satu tempoh masa kepada tanah-tanah milik agensi ini, jika tidak digunakan, contohnya kalau ada bangunan pula di atas tanah tersebut tidak digunakan, terbiar dan sebagainya boleh tidak kita bagi tempoh masa tertentu dan jika dibiarkan ia diserahkan semula kepada JKPTG dan JKPTG boleh menyerahkan kepada mana-mana permohonan. Contohnya kepada KPKT, mungkin KPKT boleh- jangan terperanjat Kak Limah.
Mungkin KPKT boleh gunakan kuarters tersebut, di baik pulih dan disewakan kepada mereka yang berminat untuk menggunakan kuarters tersebut. Daripada ia terbiar 150 unit lebih baik kita usahakan dengan kaedah yang sebegitu. Kerajaan dapat hasil melalui sewa, kementerian pun dapat faedah- KPKT dapat faedah kerana mendapat tempat tersebut untuk disewakan dan dikatakan projek gajah putih itu tidak akan berlaku dalam hal- hal yang sebegini. Ini pandangan. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Sik.
Setuju itu.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Sekijang benda yang sama berlaku di kawasan saya. Di kawasan saya, sekolah angkat saya iaitu Sekolah Kebangsaan Kalai ada tiga buah rumah kuarters dua tingkat, yang cantik. Dibina saya ingat dalam 12 tahun, tidak ada orang duduk. Disebabkan oleh sekolah itu untuk guru, maka orang lain tidak boleh masuk duduk. Nasib baik sekolah itu di dalam kawasan pagar sekolah, kambing dan lembu tidak boleh masuk duduk. Jadi saya setuju, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Sekijang supaya kerajaan mengambil berat tentang tanah terbiar, kuarters terbiar, harta benda kerajaan yang terbiar supaya membuat sesuatu undang-undang, pindaan rang undang-undang dan perkara ini boleh diselesaikan dan tidak membazir harta dan wang ringgit kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, undang-undang tanah untuk kaum minoriti ini ia berbeza dari negeri dengan negeri. Lain negeri lain undang-undangnya. Hak memutuskan berkenaan dengan tanah untuk kaum minoriti ini adalah bergantung kepada negeri masing-masing. Sebagai contohnya negeri Kedah. Negeri Kedah ini ia ada undang-undang berkenaan tanah yang sudah lama digubal. Undang-undang ini dipanggil ATK iaitu Aturan Tanah Kedah. Aturan Tanah Kedah ini digubal sejak zaman Kesultanan Kedah dahulu lagi iaitu sebelum merdeka. Jadi saya beranggapan bahawa mungkin negeri-negeri lain pun mempunyai undang-undang yang lama begitu, yang digubal pada zaman kesultanan kemudian dipinda berkali-kali. Tuan Yang di-Pertua, masalah ini adalah suatu masalah yang sekarang ini kita tidak ada satu keselarasan. Tidak ada penyelarasan di antara negeri dan juga Persekutuan. Contohnya bagi masalah kaum minoriti Siam. Di kawasan saya sebenarnya Siam ini kaum minoriti seperti juga kaum minoriti yang lain. Dalam Malaysia terdapat lebih kurang 100,000 kaum Siam. Kaum Siam ini dari segi adatnya lebih kurang Melayu. Dari segi makan, minum lebih kurang Melayu, cuma bezanya agama dan telah diisytiharkan bahawa kaum Siam ini adalah kaum bumiputera sebagaimana kaum minoriti yang lain yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan adalah kaum bumiputera. Jadi saya berharap kerajaan dapat mengambil perhatian dan dapat menyelaraskan undang-undang di antara Kanun Tanah Negara Persekutuan dan juga undang-undang negeri. Berlaku satu peristiwa di kawasan saya di mana saya hendak bagi contoh masalah yang timbul. Di mana satu perumahan telah dibina di atas tanah orang- orang kaum Siam. Ada tiga empat orang Siam buat perumahan dan dibina oleh developer, membangun dan membina rumah. Tanah ini adalah tanah Siam, tanah bumiputera dan kaum Siam ini tidak boleh memiliki hartanah ataupun perumahan tetapi kaum Siam boleh memiliki tanah rizab Melayu dan untuk tujuan pertanian. Tuan Yang di-Pertua apabila tanah ini – asal tanah ini kepunyaan kaum Siam selepas itu dibina perumahan di atas tanah kaum Siam. Selepas itu apabila rumah dibina, tuan tanah itu iaitu daripada kaum Siam, orang Siam ini tidak dapat membeli rumah di atas tanah dia sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua kita dengar pelik. Tanah dia buat rumah, rumah dibina lepas itu dia tidak boleh beli sebab dia tidak boleh memiliki property. Jadi saya harap kerajaan dapat melihat perkara ini supaya perkara ini dapat diselaraskan, undang-undang terhadap pemilikan tanah dan juga perumahan bagi kaum minoriti ini yang kita panggil juga kaum bumiputera. Ya, sila Yang Berhormat Beruas.
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat pandangan daripada pihak kerajaan, memang niat tanah rizab Melayu ialah untuk melindungi orang Melayu supaya tanah mereka akan berada di dalam tangan mereka sejauh mana yang boleh, kalau boleh selama-lamanya.
Akan tetapi, ada aspek negatif yang telah banyak kali kita utarakan iaitu oleh sebab ia tanah rizab Melayu, ia susah untuk dibangunkan. Kalau dari segi perumahan ialah satu formula, dengan izin, a formula for failure. Maksudnya seseorang Melayu itu kalau dia membangunkan tanah rizab Melayu untuk perumahan hanya orang Melayu sahaja yang boleh membeli. Maksudnya pasarannya terhad dan dari segi business model kalau untuk sesuatu business ini untuk berjaya ia haruslah kalau boleh seluas-luasnya pembeli yang boleh membeli. Jadi masalah itu I would use the word, while protecting, it is self-defeating, ia merugikan orang-orang Melayu. Saya hendak tanya pihak kerajaan, sama ada sudah sampai masanya orang- orang Melayu bagi saya ini sekarang ini semua pun berpendidikan tinggi dan berkaliber. Undang-undang, enakmen tanah rizab Melayu ini sudah lebih 100 tahun. Kalau orang Melayu pun sudah ada daya saing sebenarnya harus kita mempertimbangkan sekali lagi sama ada perlindungan itu masih perlu kerana ia juga mendatangkan kerugian kepada orang-orang Melayu.
Pada hemat saya isu perkauman untuk mendapat perumahan ini mestilah menjadi satu perkara yang lalu ataupun must be an issue of the past kerana selagi seseorang itu ada wang untuk membeli rumah kalau orang Melayu mempunyai daya pembelian rumah mereka tak akan menjadi masalah untuk membeli mana-mana rumah. Ini kerana sebagai seorang bukan bumiputera saya senantiasa katakan kalau mana-mana orang Melayu hendakkan satu pekan pun boleh, berapa ratus ribu jumlah rumah pun boleh ataupun bangunan yang berpuluh tingkat pun kalau ada Melayu yang sudi hendak beli, saya ataupun orang-orang bukan bumiputera akan sudi membinanya untuk orang-orang Melayu selagi ia dapat mungkin katakan keuntungan 10 peratus. Jadi isunya tidak harus kita lagi terus dalam isu perkauman tetapi mestilah melihat isu pembangunan, pemilikan rumah ini dari segi ekonomi. Apakah pandangan pihak kerajaan untuk menolong orang Melayu memperkayakan, saya senantiasa mengatakan tanah rizab Melayu ‘mempermiskinkan’ orang-orang Melayu. Kalau boleh kita mesti memperkayakan, memperkasakan orang-orang Melayu kalau tanah mereka nilai tinggi dengan pembangunan tanah mereka dapat wang yang banyak mereka akan diperkasakan dan itu akan menolong masyarakat orang Melayu.
Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Saya ingat itu bagi Menteri sebab dia kata kerajaan punya dasar, saya ingat bagi Menteri jawab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Beruas. Akan tetapi saya ingin menyatakan kepada kaum minoriti ini bahawa saya tidak tahu di Sabah dan Sarawak. Bagi Semenanjung, bagi Kedah, ada jalan keluar berkenaan dengan ini, saya bercakap ini kerana saya melihat masa hadapan supaya satu sistem yang lebih maju dan advanced di mana penyelarasan itu terutama apabila kita bercakap dengan berkenaan dengan elektronik IT, tanah berkaitan pengurusan tanah dengan IT, pengurusan alam sekitar dengan IT. Mungkin saya boleh kata tele-land ataupun tele-environment. Oleh sebab itu saya bangkitkan perkara ini supaya Kerajaan Persekutuan memikirkan bersama-sama kerajaan negeri membuat satu undang-undang yang selaras di antara negeri dan juga persekutuan dan juga supaya ada satu standard supaya tidak ada masalah ataupun tidak ada hiccup dalam menyelesaikan masalah ini bagi kaum bumiputera minoriti. Akan tetapi penyelesaian sebenarnya ada bagi kaum bumiputera minoriti ini iaitu ada kaedah tertentu di mana kaum Siam ini ataupun bumiputera minoriti ini walaupun tidak diisytiharkan sebagai Melayu dalam Perlembagaan iaitu dengan kelulusan spesifik daripada exco negeri-negeri tertentu. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya berkenaan dengan- disebabkan oleh kementerian ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, walaupun ada sedikit kaitan, tidak ada kaitan terus-menerus dengan tanah tetapi ada sedikit, memang ada kaitan dengan tanah iaitu berkenaan dengan National Water Policy dan juga hutan. Satu lagi isu yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan empangan di kawasan saya. Hutan simpan sebagai kawasan tadahan kawasan saya masih lagi terkawal. Kawasan tadahan masih mencukupi, kawasan buffer masih tidak diganggu gugat. Baru-baru ini terjadi masalah empangan yang kering.
Sesetengah orang mendakwa disebabkan oleh El Nino atau disebabkan oleh kemarau. Akan tetapi usaha untuk mengekalkan kawasan tadahan ini dan empangan mesti diteruskan. Di kawasan saya ada satu empangan bernama Empangan Beris, sudah kering dan masih lagi kering sekarang walaupun hujan sudah turun, dia mengambil masa untuk parasnya meningkat. Empangan ini membekalkan air ke Pulau Pinang dan bukan ke kawasan saya. Di musim kemarau, paras air di tempat utama empangan masih lagi di paras yang boleh diterima dan kawasan yang menerima bekalan air tidak menghadapi apa-apa kesan. Akan tetapi penduduk di kawasan saya, rakyat di kawasan saya walaupun apa yang mereka kata itu sesuatu yang kurang bijak, kurang ilmu pengetahuan. Mereka complain, mereka mengadu...
Yang Berhormat Sik, sekejap.
Nanti sekejap, saya hendak habiskan ini. Nanti saya bagi. Mereka mengadu mereka berkata, “Kita duduk di sini, hutan ada di sini, kawasan tadahan berada di tempat kita tinggal. Empangan dibuat di tempat kita tinggal. Waktu kemarau empangan kita kering tetapi tempat yang menerima bekalan air ke rumah- rumah daripada empangan kita”. Mereka menerima dengan tidak ada masalah dengan bekalan air. Di sana, di sekeliling empangan itu terdapat ladang tanaman anggur yang besar dan di sekeliling empangan itu terdapat satu ladang lada hitam yang besar di Kedah. Apabila kekeringan ini berlaku, banyak pokok lada hitam dan juga pokok anggur mati disebabkan oleh kekeringan empangan. Saya akan teruskan ini, tapi saya ingat bagi Yang Berhormat Sepanggar dulu.
Ya sila, Yang Berhormat Sepanggar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik, saya ingin berkongsi dan mengesyorkan kepada kerajaan satu isolated case berhubung dengan pertindihan tanah persekutuan di bawah Suruhanjaya Tanah Negara dan state land matters. Di kawasan saya berlaku suatu kawasan pembangunan oleh Jabatan Perumahan Negara iaitu rumah PPR, blok di depan di bawah Jabatan Perumahan Negara dan di belakang dua blok itu di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan. The whole area is gated, di pagar dan hanya ada satu access load. So, saya telah questioned pihak bandar raya dan agensi-agensi state di mana apabila Federal Government decided untuk jual, dengan izin, jual harta dia, pembeli- pembeli itu ada hak untuk menubuhkan management corporation. So, management corporation ini mempunyai bidang kuasa untuk memagar dan menghalang siapa-siapa juga yang tidak berkenaan untuk memasuki kawasan perumahan tersebut. Apa yang berlaku dalam isu ini, flat yang di depan itu dimiliki oleh federal di bawah Suruhanjaya Tanah Negara, agensi yang melaksanakan iaitu Jabatan Perumahan Negara. So, kalau Jabatan Perumahan Negara menjual perumahan ini kepada orang-orang yang menyewa di situ, pemilik-pemilik rumah yang di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan Sabah tidak ada access load. Inilah satu grey area dalam peraturan itu di mana apabila satu-satu pembangunan itu berlaku, tajaan oleh dua pihak iaitu state dan federal perlulah dilihat daripada segi peraturan-peraturan yang tidak membebankan di masa akan datang supaya perkara ini tidak berulang. Tidak berlaku. Jadi minta pandangan Yang Berhormat Sik. Terima kasih.
Yang Berhormat Sik, boleh sedikit?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada dua, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Bagan Serai. Yang mana?
Bagi yang dekat dulu Tuan Yang di- Pertua.
Okey.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Sik apabila dia menyebut tentang empangan air di kawasan tadahannya habis juga pokok-pokok. Jadi saya ingin mendapat penjelasan, kepastian daripada Yang Berhormat Sik, apabila kawasan-kawasan tadahan air ini dimajukan kawasan-kawasan hutannya diterangkan maka sudah pastilah walaupun kita buat empang, besar mana sekalipun empang, kawasan yang menjadi sumber air itu sudah tidak ada. Jadi empangan itu hanya bertindak sebagai penyelesaian masalah secara sementara kerana bekalan air berterusan tidak mampu hendak diberikan kepada empangan akibat daripada kawasan simpanan air, kawasan tadahan air telah pun habis.
Apakah pandangan Yang Berhormat Sik, kita juga harus bertimbang rasa kepada kerajaan-kerajaan negeri kerana hasil hutan ini merupakan antara hasil penting kepada negeri berkenaan. Sebagai contohnya negeri Pahang yang buat masa ini masih lagi banyak kawasan hutannya tetapi kalau mereka tidak membangunkan kawasan hutan ini, maka sudah pastilah hasil yang dapat diraih oleh negeri berkenaan tidak dapat hendak digunakan untuk kemajuan rakyat. Akan tetapi, dalam masa yang sama juga, kita tidak boleh bertolak ansur dengan kemusnahan alam sekitar yang akhirnya akan menyusahkan rakyat apabila air yang menjadi keperluan utama kepada masyarakat, air bersih terutamanya, tidak dapat diberikan. Jadi, percanggahan ini akan merugikan rakyat. Kita tidak sanggup alam semula jadi kita, alam sekitar kita dikorbankan semata-mata atas nama pembangunan. Saya teringat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini pun, Duli Maha Mulia Sultan Pahang sendiri telah melahirkan keprihatinan baginda mengenai dengan kemusnahan alam sekitar dan meminta kerajaan negeri berhati-hati dalam membangunkan kawasan-kawasan terutamanya melibatkan kawasan tadahan air. Jadi apakah Yang Berhormat Sik bersetuju dengan saya, Kerajaan Pusat melalui pindaan Akta Kanun Tanah Negara ini mungkin boleh memasukkan sekali di mana negeri- negeri yang masih lagi mempunyai kawasan hutan terutamanya kawasan tadahan air, ia diberikan pampasan sebagai ganti rugi kepada kerajaan negeri yang masih lagi memberikan kawasan hutan ini tidak dibangunkan. Kawasan-kawasan hutan yang telah diambil oleh Majlis Tanah Negara ini letak di bawah JKPTG dan ia diurus dan dipantau oleh Kerajaan Pusat dan segala urusannya dikawal oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dibayar pampasan. Jadi barulah kita dapat suasana menang-menang. Kerajaan negeri dapat peruntukan untuk digunakan pembangunan negeri dia dan Kerajaan Pusat- yang sering kali menimbulkan masalah kepada Kerajaan Pusat apabila alam sekitar diceroboh, Kerajaan Pusat diberikan tanggungjawab. Jadi untuk membolehkan keadaan ini berjalan dengan baik, apakah Yang Berhormat Sik bersetuju kalau sekiranya cadangan Yang Berhormat Jerantut tadi untuk membolehkan Kerajaan Pusat menguasai atau mengambil tanah-tanah yang masih lagi kawasan perlindungan air ini dan kuasa diberi kepada Kerajaan Pusat? Jadi itu sahaja minta pandangan Yang Berhormat Sik. Terima kasih.
Saya minta ucapan Yang Berhormat Sepanggar dimasukkan dalam ucapan saya dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jerantut. Saya ingin menambah kepada Yang Berhormat Jerantut, saya ingat bukan sahaja royalti Kerajaan Persekutuan kita harap diberi kepada kerajaan negeri yang menyediakan kawasan tadahan dan juga empangan dan bekalan air kepada kawasan ataupun negeri yang menerima bekalan air bersih daripada empangan itu. Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh di sini supaya kita mengkaji, kita melihat balik perjanjian, contohnya di antara negeri Kedah dan negeri Pulau Pinang. Kedah menyediakan bekalan air kepada Pulau Pinang. Bila perjanjian itu dibuat, berapa lama perjanjian itu dimateraikan dan valid dan berapa harga, contohnya harga air, yang dibeli daripada pembekal negeri yang membekalkan air kepada negeri, contohnya Kedah dan Pulau Pinang?
Kalau kita bandingkan dulu 50 tahun yang lalu ataupun 100 tahun yang lalu, sudah tentu ketika itu kos atau harga itu rendah. Sekarang saya mencadangkan dan memikirkan bahawa semua perjanjian ini, sepertilah apa yang saya katakan itu Akta Tanah Kedah, mesti dikaji semula. Semua ini mesti dikaji semula dan dilihat dari segi perundangan supaya dapat ditukar dan disesuaikan dengan keadaan semasa dan juga diselaraskan di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Ya, sila Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Sik berkenaan dengan tasik empangan jadi kering ini, Empangan Beris jadi kering. Keadaan yang sama juga berlaku di Parlimen Bagan Serai di mana pada musim kemarau ini, Empangan Tasik Bukit Merah sampai jadi kering sampai bot-bot semua tersadai di tanah. Saya sudah tinggal di kawasan Bagan Serai ini lebih 50 tahun, saya tidak pernah tengok tasik ini jadi kering. Saya pernah tanya orang tua-tua di situ pun, mereka cerita tidak pernah terjadi tasik jadi kering. Jadi hari ini bila kering bila keadaan kemarau dan tasik jadi kering, sungai jadi kering, kita dengar di sana sini mengatakan ini kesan El Nino. Jadi saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Sik, adakah ini semata-mata El Nino? Sebab, dulu pun kemarau juga, dulu ada kemarau tapi tasik tidak kering. Sekarang kemarau, tasik jadi kering. Adakah kemarau itu teruk sangat, El Nino ini teruk sangat dia punya kesan? Ataupun adakah sebab-sebab lain yang berlaku di sekeliling empangan atau tasik ini yang mana kurang diberi perhatian kerana apabila kemarau, air seolah-olah tak ada makna dilepaskan dan apabila hujan datang lebat nanti, seolah-olah air tidak dapat dibendung, maka jadilah banjir dan sebagainya. Apa pendapat Yang Berhormat Sik?
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya setuju...
Yang Berhormat Sik, panjang lagi?
Sikit sahaja.
Ya.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai. Pertama pasal El Nino, kita boleh cakap sebab El Nino tetapi perangai manusia dan penguat kuasa undang-undang adalah satu perkara yang mesti kita perhatikan. Perangai manusia, contohnya saya bagi tahu kepada Yang Berhormat Bagan Serai, apabila satu empangan itu mula berkurangan dan juga waktu surut empangan itu, ini berlaku mengambil masa yang lama sedikit, jadi orang di sekeliling empangan ini- kadang- kadang tanah itu bukan tanah persendirian, tanah itu tanah rizab tanah kerajaan- mereka pergi menanam kelapa sawit. Apabila menanam kelapa sawit di situ, kelapa sawit ini dia serap air. Dia hidup di tanah gambut ataupun di tanah yang basah. Jadi bila kawasan di sekeliling itu menyerap air oleh kelapa sawit, jadi maknanya selepas itu tahun ke depan, empangan itu level kalau kita tengok di tebing tasik itu, dia akan makin berkurangan dari tahun ke tahun. Kita boleh salahkan El Nino tetapi ada faktor lain juga iaitu faktor manusia itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hendak landing, Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya kerajaan negeri...
Sebelum landing, saya ingat hendak dapat tahu ada lagi yang berminat untuk berbahas?
Ya, saya.
Yang Berhormat Setiu. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri bersedia menjawab jam 2.30 petang. Sila, Yang Berhormat Sik.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan negeri mungkin kurang sempurna dalam urusan-urusan sebegini, maka Kerajaan Persekutuan perlu campur tangan. Adalah penting kita meminda akta-akta atau undang- undang yang telah lama yang digubal, contohnya dalam hal tanah, air, dan alam sekitar, supaya dapat diselaraskan. Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya telah berlaku di negara maju, discrepancy perbezaan pendapat di antara pusat dengan state. Contohnya di Amerika Syarikat, banyak undang-undang bergantung dan berbeza daripada satu state kepada satu state, satu negeri kepada satu negeri. Disebabkan itu, kita lihat bahawa satu evolusi telah berlaku, evolusi dalam undang-undang di antara pusat dengan state. Evolusi ini bukan evolusi semula jadi, evolusi yang kita kena buat dari segi undang-undang. Membentuk undang-undang dari semasa ke semasa sedikit demi sedikit undang-undang dipinda supaya ada penyelarasan dan juga selari di antara pusat dan state dan semua ini mestilah kita lakukan demi kebaikan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan saya mengucap tahniah kepada kerajaan kerana sedia membuat transformasi terutama seperti yang kita buat sekarang, pindaan undang-undang Kanun Tanah dan sebagainya. Seperti yang kita telah bahaskan tiga tajuk undang-undang ini, ini adalah semata-mata untuk kebajikan dan kebaikan rakyat. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sik mohon menyokong.
Ya, Yang Berhormat Setiu.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pada keseluruhannya, saya melihat bahawa lebih kurang 77 pindaan dan tiga pindaan baru. Pada saya adalah satu pindaan yang baik. Ia merujuk kepada prosedur baru untuk pelanjutan hak milik bertempoh, cukai petak dan penyerahan secara elektronik dan dia boleh menambah baik lagi daripada segi prosedurnya, daripada segi prosedur pendaftaran dan penyampaian perkhidmatan sistem kutipan hasil, bermacam-macamlah yang diperbaharui dan juga dipinda. Prosedur pelupusan dan juga daripada segi pembangunan tanah itu sendiri. Secara keseluruhannya juga ia menyelaraskan dengan beberapa dasar dan keperluan semasa iaitu memperkasakan aspek penguatkuasaan dan juga berpadanan dan sesuai dengan pindaan kepada Akta Hakmilik Strata dan juga Akta Pengambilan Tanah. Cuma sedikit yang saya hendak bertanya sedikit berkenaan dengan pihak Menteri tentang permohonan pelanjutan hak milik bertempoh ini. Saya hendak mendapatkan kepastian, apakah sebenarnya jaminan kepada tuan tanah ini terhadap permohonan ini kerana kuasa ini biasanya diberikan kepada pihak berkuasa negeri? Saya minta untuk dinyatakan jaminan sahaja.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Berkaitan dengan perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat Setiu, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiu, kalau kita melihat kerajaan negeri daripada segi had tanah, pertama kita lihat di peringkat kerajaan negeri ia ada bagi TOL. TOL biasanya setahun sahaja. Kampung baru Cina, ia beri lease with 60 tahun. Di Perak saya difahamkan sudah naik kepada 99 tahun. Begitu juga, saya tidak berapa faham ada satu lease kata, 999 dan satu lease lagi, selagi ada bulan dan matahari. Maknanya, hak milik kekal selama-lamanya. Bolehkah Yang Berhormat Setiu, minta kerajaan menjelaskan bagaimana kedudukan yang tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik, sahabat saya. Jadi soalannya minta Menteri jawab dan saya jadikan soalan ini sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan minta Menteri yang menjawab. Akan tetapi, kalau hendak 999 ini tidak masuk akallah, tidak pernah ada sebenarnya. Memandangkan rakan-rakan saya telah menyebut perkara-perkara lain tentang pindaan-pindaan ini begitu hebat sekali, sebentar tadi rakan saya Yang Berhormat Gerik dan yang lain-lain juga yang sebelah sinilah... [Merujuk kepada blok kerajaan] . Sebelah sana lain sedikit... [Merujuk kepada blok pembangkang] . Jadi kita sentuh kepada terus pindaan... [Disampuk] Hah! Sedikit sudah sentuh hendak bising dah? Sabarlah, sabar. Pindaan kepada Fasal 10, pindaan seksyen 66 dan juga pindaan seksyen 71, Fasal 12. Apa yang saya hendak sentuh hanya berkenaan dengan provisonya sahaja. Proviso kalau dilihat kepada 66, ia menyatakan bahawa di bawah subseksyen 2, “Nothing in this section shall authorize the Land Administrator to issue temporary occupation licenses in respect of and etc”. “(a) any such river and up to fifty metres of the bank of any such river;”. Kalau sebelum ini disebut “river” sahaja. Tidak sebut “bank”, “lake” dan sebagainya. Cuma yang saya pelik sedikit ini, pindaan seksyen 71nya, proviso juga kepada dua, disebut juga TOL. Sedangkan dalam 66 itu sebenarnya menceritakan berkenaan dengan TOL. Dalam 71 menceritakan pasal permit mengeluarkan batu-batuan. Akan tetapi dalam 66 itu, ia hanya menyebut tentang TOL. Jadi, mungkin ada kesilapan- saya ingatlah ini. Sebab sama sahaja wording yang dia guna, juga digunakan TOL dalam 71. Sebab kalau permit sudah beri, tidak perlu lagi TOL. Saya rasa yang ini perlu dijelaskan oleh pihak kementerian. Saya juga ingin menyentuh tentang pindaan seksyen 92C dan seksyen 92D juga. Oh! Tadi saya sudah tanya dah. Itu yang pertama tadi saya sudah tanya tentang qualified title ini. Itu saya sudah tanya. Seterusnya saya hendak pergi kepada pindaan yang lain-lain ini, seksyen 214A. Seksyen 214A ini saya hendak sentuh daripada segi hukuman. Seksyen 214A, ia banyak ini. Seksyen 214A, seksyen 422, seksyen 423, seksyen 425 atas kesalahan yang berbeza- beza. Kalau seksyen 214A, untuk mendapat atau cuba mendapatkan kelulusan oleh board dengan mengemukakan deklarasi yang palsu. Hukumannya daripada RM10,000 kepada tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih daripada RM1 juta dan juga kepada yang (c) itu, kerana dia transfer kan tanah itu tanpa kebenaran daripada pihak board, hukumannya tidak lebih daripada lima tahun. “Not less than one year...” kepada “not more than five years...”. “...and to a fine not less that one hundred thousand ringgit and not more than one million ringgit”, lebih kurang sama dia punya hukuman. Apa yang saya akan ceritakan selepas ini, ya. Cuma saya hendak katakan, hukuman ini agak tinggi dalam seksyen 422 juga. Seksyen 422 menceritakan pasal mengenai dengan false statement, false information dan juga false evidence. Jadi, seksyen 422 juga hukumannya begitu tinggi sekali sehingga RM500,000 daripada, “not exceeding five thousand ringgit...” kepada “not exceeding five hundred thousand ringgit”. Berapa kali ganda ini kalau kita kira? Seksyen 423 juga berkenaan dengan fraudulence authorization. Maknanya, pengubahan secara fraud. Juga seksyen 425 ini, pendudukannya seperti yang dia- pendudukan ke atas tanah. Jadi saya akan ulas selepas ini. Cuma yang hukuman-hukuman ini saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah hukuman ini berdasarkan kepada kekerapan yang berlaku sesuatu kesalahan itu ataupun kerana sebab-sebab lain? Saya hendak minta penjelasan daripada pihak Menteri sebab kebiasaannya hukuman ini ia menggambarkan atau mencerminkan sesuatu kesalahan. Kalau tidak, kita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menaikkan hukuman. Dalam seksyen 425 tadi, saya rasa hukuman ini pun agak tinggi juga, RM500,000 juga ini. Sebab kita kena lihat adakah pihak kementerian tidak hendak membezakan antara pihak yang industri atau betul- betul menceroboh yang mendapat keuntungan daripada pencerobohan itu?
Kita kena bezakan dengan orang-orang kampung. Kadang-kadang orang kampung ini kita- dia katalah tanah dia itu di sebelah tanah kerajaan. Kalau kira sini kira unlawful occupation, state landkah, reserve land ataupun main land ataupun yang bersubahat. Kalau tanah itu tanah sebelah tanah hutan ataupun tanah apa, sebelah daripada tanah dia dan dia hendak bersihkan tanah tersebut pun tidak boleh. Hendak gali tidak boleh, hendak tebas pokok-pokok tidak boleh, hendak tebas pokok yang besar, yang kecil pun sama, semua tidak boleh. Jadi, apa keadaan dengan yang abatement itu pulanya melibatkan keluarga dia. Anak-anaknya, isterinya pun sama. Jadi, kita kena lihat. Saya rasa dalam hukuman juga kita kena lihat dalam keadaan mana. Begitu juga macam setinggan-setinggan yang memerlukan tempat-tempat tinggal. Mereka memang tidak ada rumah. Bukan tujuan untuk perniagaan. Kalau perniagaan yang berlaku sesetengah tempat itu tebang pokok balak, yang apa semua itu biasalah, kita boleh bagi hukuman yang ada sekarang. Tentang pindaan...
Yang Berhormat Setiu. Boleh?
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Setiu yang menceritakan tentang penalti ini. Yang Berhormat Setiu ceritakan tadi tentang orang kampung yang hendak tebas tanah sikit sebagainya, itu mungkin tidak perlu hukuman yang berat. Namun kita lihat hari ini yang menyusahkan rakyat, yang menyusahkan negara hari ini adalah masalah pencerobohan hutan, penerokaan haram. Kita lihat denda ataupun penalti yang ada sekarang ini adalah tidak memadai dan tidak menakutkan. Yang Berhormat Setiu setuju tidak dengan saya dengan pindaan-pindaan yang akan dibuat ini, dengan penalti yang begitu tinggi yang berkali-kali ganda? Kita harap dapat menakutkan mereka, menghindarkan mereka dari teruskan pencerobohan, penerokaan dan sebagainya untuk keuntungan diri masing-masing. Hari ini saya lihat dalam laporan akhbar, di Cameron Highlands tahun lepas sudah dibuat pemusnahan struktur infonya tetapi tahun ini masuk balik. Ada tangkapan yang dibuat dan ada juga dua kes yang dikatakan yang telah didenda sebanyak RM10,000. Kalau untung dia berjuta, dia didenda RM10,000, dia pun ketawa sahaja tengok undang- undang ini. Jadi, sebab itu saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu, patut atau tidak untuk mengurangkan, menghilangkan masalah yang besar ini, yang akhirnya menggugat kestabilan negara kita, makanan, keselamatan dan sebagainya, sepatutnya undang-undang ini ditekankan meningkatkan penalti setinggi yang boleh ataupun pemenjaraan yang lebih daripada apa yang ada sekarang, setuju tidak Yang Berhormat Setiu?
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan dari Yang Berhormat Setiu?
Boleh, boleh.
Ya, sila Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya tertarik tentang penalti juga, seiring dengan perbahasan Yang Berhormat Bagan Serai. Sebenarnya dalam rang undang-undang ini memang wajar dinaikkan penalti ini sebab kita sudah lama tidak buat dan berpuluh-puluh tahun. Jadi, kalau kita buat ini ia akan memberikan satu deterrent factor atau faktor yang akan mengekang mereka masuk semudah-mudah untuk menceroboh. Akan tetapi takrifan penceroboh ini kalau kita kata rang undang-undang secara menyeluruh, maka undang-undang kena dikuatkuasakan. Akan tetapi apabila kita kata rang undang-undang kita luluskan, penguatkuasaan tidak berjalan pun, maka itu juga menjemput mereka supaya menceroboh. Oleh sebab mereka rasa, “Alah, kalau-kalau ceroboh pun tidak ada apa-apa”.
Akan tetapi apa pandangan Yang Berhormat Setiu? Saya setuju penalti ini bagi kawasan-kawasan yang dicerobohi itu kawasan kritikal. Kawasan tadahan air, kawasan simpanan kekal, kawasan pemuliharaan, kawasan yang sepatutnya tadi kalau mereka ceroboh juga, dia kena juga dengan maksimum penalti. Mungkin sampai RM5 juta, RM10 juta. Oleh sebab kawasan-kawasan ini damage nya kita tidak dapat kita recover dengan penalti RM500,000 itu, tidak dapat. Contohnya, kawasan tadahan air atau kawasan pemuliharaan simpan kekal. Masalahnya, apabila masuk hutan simpan kekal dia kena denda RM10,000, di tempat-tempat tepi jalan sidai baju pun kena RM10,000. Jadi, mungkin dia rasa macam kita tidak serius dan menyusahkan penguatkuasaan. Oleh sebab hendak kena enforcement itu, sebelah rumah pun kena enforcement, dalam hutan pun kena enforcement. Jadi, kalau pegawai PERHILITAN ini enforcement baik pergi tepi jalan, yang mudah-mudah. Akan tetapi kalau kita buat scaling up, contohnya kawasan pemulihan, kawasan tadahan air, bagi saya contoh macam sayalah, Kota Tinggi. Kalau kawasan tadahan air itu diceroboh tidak apalah, kita rugilah. 500, 600 mengundi tetapi kita hendak selamatkan 50,000 orang rakyat, contohnya. Kita memelihara kawasan tadahan air untuk 50 tahun, 100 tahun masa akan datang. Jadi, kita kena bertanggungjawab pada generasi masa depan bukan semata-mata untuk undang-undang pada hari ini sahaja, kita kena ambil kira dan kita juga kena ambil kira akta khas, misalnya golongan tertentu, dijual nama orang tertentu. Konon-kononnya ini VVIP yang suruh, contohnya. Ini pun hendak kena kita tangani juga. Kadang-kadang dia jual nama mudah-mudah, merosakkan lagi yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Setiu? Kita kena ada undang-undang ini yang mana kawasan pemuliharaan, kita maksimumkan dia punya denda sebagai satu deterrent. Akan tetapi kita juga perlu prihatin untuk melihat kawasan-kawasan, contohnya sidai baju tepi rumah pun kita anggap ceroboh, jadi ini menyusahkan rakyat. Menyusahkan dan menyukarkan lagi penguatkuasaan untuk dilaksanakan, tidak realistik. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.
Terima kasih kedua-dua sahabat saya dan minta dimasukkan dalam ucapan saya dan jawapan saya kepada soalan- soalan tersebut. 425, yang saya lebih concerned kepada 425. Kalau yang lain-lain itu saya setuju sangatlah supaya sebab biasanya kalau berlaku penipuan yang saya kira ini sebab kalau hendak ditengok kepada ini, unlawful occupation. Bermakna, kalau duduk sahaja pun, masuk duduk pun sudah kena hukuman yang sebegini. Itu yang kerisauan saya. Jadi, perlu ada penjelasan sebenarnya dalam hukuman itu, dalam keadaan mana yang hukuman ini boleh ditentukan, dalam keadaan macam mana. Kena bagi definisilah dalam keadaan- keadaan yang tertentu yang disebut oleh– macam disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Kota Tinggi. Dalam kawasan tadahan kah, apa semua. Tempatnya dan caranya perlu dibezakan ya. Sedikit saya hendak sentuh 426. 426 ini berkenaan dengan hukumannya daripada segi peruntukannya, 426A. Power of arrest, seizure and etcetera. Jadi, yang sebelum ini hanya power of arrest dan seizure, tidak sebut etcetera. Maksudnya, dia hendak cuba– makna, pihak kementerian cuba pinda kepada BAA itu, BAA ya. Stop and examine any vehicle. Akan tetapi apabila diletak di bawah B pula, dia kata seize any vehicle which he has reason to believe was used or is being used. Makna, kalau sudah kita boleh rampas, saya rasa tidak perlu kita hendak stop lagi ataupun kita hendak examine lagi. Jadi, macam satu sudah– kalau kita hendak examine apa, sebab kita sudah boleh dalam bawah B itu kita sudah boleh rampas, boleh seize. Jadi, tidak perlu lagi saya rasa pindaan kepada AA itu. Kemudian, sedikit saya hendak sentuh tentang Enakmen Rizab Melayu. Saya lebih concern kepada beberapa buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan juga Wilayah Persekutuan. Ini kerana ia terlibat kepada Enakmen dan Rizab Melayu yang dikuatkuasakan tahun 1933. Oleh sebab saya lihat dalam kalau tentang pengambilan ini. Oleh sebab biasanya, kalau yang terlibat dengan proses pengambilan tanah di bawah rizab Melayu ini ataupun penyerahan iaitu yang pemberian wakaf dan sebagainya. Biasanya ia tidak ada macam tindakan susulan oleh pihak-pihak biasanya pentadbir tanah daerah. Jadi, maknanya, apabila tanah milik ini telah diserah atau bertukar taraf kepada tanah kerajaan, ia secara tidak langsung ia akan menjadi kerugian kepada orang-orang Melayu sendiri sebab tanah rizab Melayu. Kenapa saya kata macam itu ya?
Ini kerana ini dikatakan kawasan telah menjadi rizab Melayu itu dia kata menerusi proses pengisytiharan dan juga pewartaan akan kenal sebagai rizab Melayu. Walaupun ia diambil, tetapi kekal sebagai rizab Melayu. Akan tetapi telah digunakan untuk projek-projek kerajaan. Jadi selagi ia tidak dibatalkan, ia kekal. Jadi makna tidak boleh. Sepatutnya kalau dilihat bawah 89, fasal 3 Perlembagaan. Maknanya kena ada penggantian sebenarnya. Selagi tidak dibatalkan, hendak diganti tidak boleh. Jadi sepatutnya boleh dibatalkan di bawah 89, fasal 2(a) dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi saya minta pihak kementerian dalam perkara ini menyatakan sama ada Kanun Tanah Negara boleh dipinda juga dalam untuk mengawal selia tentang perkara begini kerana dalam enakmen tidak ada sebut apa-apa kesalahan. Akhirnya saya hendak sebut tentang hukuman tadi. Biasanya kalau hukuman terlampau tinggi disebut hukuman beratus ribu. RM500,000, RM1 juta. Sebelum ini hanya disebut RM10,000 ataupun RM5,000. Akan tetapi sekarang sudah sebut RM500,000, RM1 juta. Pada saya benda ini akan membuka kepada ruang-ruang kepada rasuah di peringkat bawahan ataupun di peringkat penguatkuasaan. Ini kerana boleh berlaku di mana-mana sahaja rasuah ini. Ia boleh berlaku juga akhir-akhir ini berlaku diisytiharkan telah berlaku dalam satu buah negeri di bawah kayangan, di bawah negeri yang selama ini dianggap satu buah negeri yang bersih. Dianggaplah, bukan betul-betul bersih. Bersih, cekap dan amanah kerana ia di pihak-pihak yang terlibat ini, puak-puak yang bersih dan juga puak-puak yang amanah yang dikatakan bersih, yang dikatakan amanah. Akan tetapi bila berlaku ini adalah pihak yang mengatakan berlakulah satu perkara rasuah. Bukan setakat wang, habuan wanita. Disebut habuan telah berlaku.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Siapa itu?
Hendak tahu di mana? [Disampuk] Adalah tempatnya. Faham-faham sahaja. Bila saya sebut negeri yang dianggap bersih selama ini. Jadi telah berlakunya disebut oleh seseorang. Jadi seseorang menyebut, dia mengaitkan seseorang yang lain terpinga-pinga pula seorang yang lain ini menjawab. Terpinga-pinga tidak tahu apa. Kenapalah nama aku disebut. Dekat zoo nama aku. Bukan. Manakala yang satu lagi pula timbul pula mengatakan bahawa ini adalah perkara jijik. Satu fitnah yang jijik, yang kotor, yang cuba dibuka. Jadi orang yang terasa dia difitnah tapi perkara ini mungkin berlaku. Jadi saya hendak katakan bahawa fitnah...
Bergaduh sesama sendiri itu.
Boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Dia bergaduh sesama sendiri.
Dia sesama sendiri tidak apa. Akan tetapi maksudnya berlaku juga walaupun dalam negeri yang selama ini dianggap cekap, kompeten...
Terus terang Yang Berhormat yang mana satu.
CAT. Dulu CAT sekarang sudah jadi meow. Dia mencakau. Itu bahaya ini. Jadi banyak benda. Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Tidak begitu. Begitulah. Maknanya tidak tahulah sekarang sudah... [Disampuk] Terengganu tidak ada masalah. Terengganu ia hebat, ia masih tegap lagi boleh berdiri dengan hebat lagi walau apa pun berlaku. Akan tetapi tunggulah dan lihatlah di mana janganlah. Akan tetapi yang saya hairannya ialah bila berlaku kalaulah perkara begini habuan wang, habuan wanita berlaku di sebelah kita saya rasa akan adalah bising-bising sebelah sana.
[Bangun]
Ya.
Akan tetapi bila berlaku macam ini...
Yang Berhormat.
Ada tiga orang, saya ingat yang tiga orang sahaja yang bercakap. Manakala yang lain-lain diam semua. Oh, tidak apa tidak berlaku. Barangkali fitnah.
Yang Berhormat Bukit Gantang senyum sahaja.
Persepsi sahaja.
Yang Berhormat Bukit Gantang senyum, Yang Berhormat Bukit gantang senyum.
Yang menjawab persepsi dan sebagainya.
Ya, Yang Berhormat Beruas bangun.
Ya?
Yang Berhormat Beruas bangun.
Tadi Tuan Yang di-Pertua yang saya hanya hendak mengutarakan Yang Berhormat Setiu membuang masa kerana luar topik pejabat kita. Jangan buang masa Dewan Rakyat ini.
Itu contoh Yang Berhormat, contoh. Apalah.
Saya rasa Yang Berhormat Beruas tidak faham. Maksud saya rasuah boleh berlaku di mana-mana. Berkaitan dengan rasuah. Kalau hukuman terlampau tinggi, boleh membawa kepada rasuah dan rasuah berlaku juga di tempat yang dikatakan tidak mungkin berlaku, berlaku juga.
Yang Berhormat Beruas tidak faham.
Kita sebenarnya- tapi Tuan Yang di-Pertua...
Dia masalah dia macam, Macam dia , sebab...
Kita sedang membuat satu akta untuk meminda Kanun Tanah Negara....
Yang buka cerita sebenarnya...
Bukan rasuah, Kanun Tanah Negara.
Buka cerita dengan musuh...
Dia sudah panas. Lawan lagi. Dia sudah panas itu.
Yang buka cerita itu sebenarnya dia musuh kepada yang dikatakan difitnah tadi. Itu jadi macam itu. Dia rujuk kepada orang yang dirasakan boleh memberi sesuatu kepada dia.
Yang Berhormat Setiu. Hendak tanya satu sahaja. Boleh minta penjelasan?
Boleh, boleh.
Saya tertarik bila Yang Berhormat Setiu bercakap fasal competence, fasal accountability, fasal transparency CAT. Jadi dia cakap meow, meow tadi saya pun tertarik juga. Oleh sebab benda ini yang diagung-agungkan rupanya tidak telus, tidak accountable, tidak competent, berbagai-bagai teguran baru hendak hantar surat tanya, bila hendak buat jambatan ketiga.
Wayang, wayang.
Sebanyak 350 juta. Jadi kalau dulunya ceritanya diuar-uarkan sampai bergegar Dewan ini, kita dengar jugalah. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi dengan Yang Berhormat Setiu sebenarnya akauntabiliti, kompetensi ini tidak ada rupanya. Apa pandangan Yang Berhormat Setiu. Meow, meow yang tinggal.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tinggi pun tidak faham.
CAT ini nama sahaja. CAT ini hanya pada nama sahaja.
Jangan kita buang masa Dewan ini.
Tidak nampak pun. Apa masalah, berlaku di Penang, berlaku di Selangor. Tidak amalkan langsung. Apa yang dia buat, dia hendak tunjuk nama ini create something.
Oh, Kalau boleh satu ruling...
CAT, CAT – cat.
Adakah ini relevan atau tidak. Di luar topik atau tidak.
Cat pun boleh.
Bakar Yang Berhormat Setiu, sudah panas.
Panas. Macam saya cakap lah. Jadi masa saya ada lagi kah?
Ada. tiga minit lagi.
Yang Berhormat Ipoh Timur, Ipoh Barat relax sahaja.
Ya, Jam 2.30 petang Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Sila gulung.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh jawab lebih kurang apa yang- ya?
Ya, Gerik.
Yang Berhormat Setiu bersama lagi. Saya tertarik juga dalam soal kita hendak bercakap Kanun Tanah Negara ini soal gadaian geran oleh individu yang kita nampak hari ini tidak selamat di mana kadang-kadang pemilik geran ini tidak pandai menulis dan membaca. Tiba-tiba geran tadi digadai ke pusat kewangan dan pelbagai lagi yang akhirnya yang menanggung ialah pemilik geran. Yang tukang menggunakan nama geran tadi dia boleh bebas terlepas. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Setiu soal gadaian ini?
Terima kasih sahabat Yang Berhormat Gerik. Dalam perkara ini saya rasa pindaan perlu ada kepada Kanun Tanah Negara. Kita jangan hanya minta kalau geran, jangan minta surat kuasa dan sebagainya. Kita kena kehadiran tuan punya itu di pejabat tanah dan sebagainya. Saya rasa ini yang perlu ditekankan. Kalau bagi orang lain bawa dia juga macam itulah. Memang dia akan salah guna. Sebelum salah guna itu kena pihak yang betul-betul mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut perlu hadir di pejabat untuk menandatangani ataupun meletakkan cop ibu jari. Itu yang sepatutnya dilakukan. Ada lagi?
Ada satu perkara lagi yang berlaku di kawasan luar bandar yang mana yang bersalah ialah pejabat tanah soal kampung Tersusun, RPT dan pelbagai lagi. Bila disukat oleh penyukat swasta, dia tidak betul pada sukatan tadi. Akhirnya bila pejabat tanah hendak menambah kawasan lain, kita berhadapan dengan pemilik-pemilik asal mendapati gerainya tidak sama dengan batu sempadan yang telah dibuat di atas tanah. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Setiu dan juga pihak kerajaan kalau hendak diperbetulkan balik sempadan tanah tadi yang mana kesilapan bukan oleh pemilik tetapi kesilapan ialah diputuskan oleh pejabat tanah. Kalau kita hendak sukat semula, kita kena bayar upah sukat.
Ya, baik.
Siapa yang hendak bayar upah sukat ini?
Sudah pukul satu Yang Berhormat Gerik.
Ya, itu minta pandangan Yang Berhormat Setiu.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Masukkan dalam ucapan saya dan akhirnya saya menyokong. Terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat, kita sambung jam 2.30 petang Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab jam 2.30 petang. Kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan Bismillaahi Rahmaani Rahiim, dan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang telah membahaskan rang undang-undang ini dan saya dapati 15 orang ahli Yang Berhormat telah bangkit beberapa isu berhubung Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016. Sepanjang tempoh perbahasan, banyak isu yang relevan tetapi ada juga yang di luar daripada soalan pindaan rang undang-undang ini juga dibangkit khususnya, saya boleh sebut dua tiga perkara iaitu yang pertama berhubung dengan penerokaan hutan simpan dan tanah di Cameron Highlands. Jadi berhubung dengan persoalan Cameron Highlands ini, walaupun saya mempunyai Tuan Yang di-Pertua, banyak, kalau saya hendak bacakan ini semuanya risalah yang didapati, maklumat yang didapati bahawa banyak perkara di sini tapi bukan core kepada persoalan pindaan ini. Maka saya sentuh secara sepintas lalu dan saya memohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tidak payah mencelah soalan ini oleh kerana ia tidak relevan pun sangat dengan soalan pindaan yang kita bahas di sini. Walau bagaimanapun oleh kerana perkara ini adalah topical, current, yang terkini yang menarik minat banyak pihak, maka saya ingin sebut beberapa perkara iaitu bahawa adalah tidak benar kerajaan tidak mengambil tindakan yang serius berhubung dengan perkara berlaku di Cameron Highlands.
Apa yang berlaku di Cameron Highlands terbahagi kepada dua tiga perkara yang khusus perlu dilihat dalam sudut tersebut. Pertamanya ialah lagi saya asingkan bahawa perhubungan dengan pentadbiran tanah dan hutan adalah di bawah pihak berkuasa kerajaan negeri dan kita membantu, insya-Allah dan yang terletak di bawah Kerajaan Pusat dan kementerian saya, khususnya ialah hutan simpan kekal kerajaan sahaja. Jadi dalam konteks ini maka saya hendak sebut dua tiga perkara yang penting untuk menjawab sedikit persoalan menjadi satu kebimbangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas khususnya orang daripada Pahang bahawa kita mengambil tindakan. Satu majlis lantikan daripada Jemaah Menteri yang dipengerusi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersidang selepas sahaja masalah ini berbangkit pada tahun lepas di negara kita bahawa pencerobohan dan penggondolan dan pencerobohan yang begitu besar sekali di Cameron Highlands hingganya menjejaskan keadaan semula jadi dan menjejaskan potensi pelancongan di kawasan tersebut. Dalam keadaan sedemikian kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Kabinet dan dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri dan kementerian semasa itu saya dalam KDN dan Timbalan Menteri KDN. Makna dia dalam bidang penguatkuasaan yang mana Menteri Besar Pahang telah dijemput bersama. Dalam perbincangan ini kita melihat bahawa ada dua tiga keputusan yang penting perlu dilihat. Pertama ialah arahan daripada jawatankuasa ini ialah supaya satu task force ditubuh untuk mengatasi penguatkuasaan yang mungkin jabatan-jabatan perhutanan negeri dan pusat tidak boleh mengatasi bersendirian dan Jabatan Pertanian Negeri tidak boleh mengatasi masalah bersendirian. Maka di bawah bidang kuasa, konsep ataupun kerangka kerajaan iaitu Blue Ocean Strategy ini (NBOS) ditubuhkan satu task force untuk penguatkuasaan, tentera, polis, JPAM, Rela, MKN dan sebagainya. Akan tetapi apabila telah ditubuh, kita perlu mencari siapa yang take charge. Itulah kenapa saya hendak bagi tahu sebenarnya betul apa yang disebut Yang Berhormat ialah Yang Berhormat Menteri kita daripada Arau, Dato' Seri Shahidan bin Kassim yang mengetuai bagi pihak MKN task force Blue Ocean Strategy tersebut untuk menguatkuasakan perundangan di Cameron Highlands. Penguatkuasaan ini telah berterusan dan juga masuk ke kawasan-kawasan perhutanan dan tempat bertanah yang dipunyai oleh kerajaan negeri dan pusat dan diberi kebenaran bersama oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk pihak MKN dengan task force nya melaksanakan tugas mereka dan tugas ini telah terlaksana dan boleh memberhentikan semua aktiviti-aktiviti pertanian, penanam pokok, buah, sayur dan sebagainya. Jadi didapati bahawa terlibat, ada yang menanam tanah TOL mereka sendiri, tanah mereka sendiri tetapi kadang-kadangnya TOL dua hektar, diperluaskan sampai enam hingga tujuh hektar dan juga menggunakan orang tempatan, ada juga menggunakan orang luar, orang asing. Ada juga yang halal, ada juga yang pendatang asing haram digunakan. Jadi penguatkuasaan telah dilaksana dengan imigresen dan sebagainya dan dalam masa yang sama Menteri Besar melihat di mana letaknya tanah yang diberi TOL, tanah yang ada geran, mana peneroka yang komersial, mana peneroka yang mencari nafkah hidup harian mereka macam biasa. Jadi ini dikenal pasti dan arahan diberi kepada Menteri Besar dan Menteri Besar telah buat pekerjaannya sendiri. Setelah mesyuarat yang kedua diadakan pada tahun 2015, lagi kita melihat bahawa Menteri Besar telah menjalankan tugas beliau dan walaupun ada dikatakan dibekukan pemberian tanah-tanah TOL baharu kepada pihak-pihak peneroka, tetapi kepada pihak yang tradisi ini yang dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Selatan kalau tidak salah saya semalam.
Sebenarnya, kalau mereka ini benar orang tradisi dikenali oleh kerajaan negeri dia tidak akan diasingkan. Dia tidak kisah sama ada dia orang India, orang Cina, orang Melayu akan dibantu oleh kerajaan negeri untuk mendapat tempat dia untuk menyara hidup, bertanam pokok dan sayur di tempat tersebut. Dengan syarat dia memohon kepada kerajaan negeri dan permohonan itu mendapat endorsement dan sebagainya daripada agensi-agensi yang tertentu untuk diberikan semula TOL ataupun tempat untuk mereka bercucuk tanam di tempat yang tidak dilarangkan.
Ini kerana ada elevation tertentu di bukit bukau tersebut dilarang kerana kita tidak mahu hutan simpanan diganggu gugat oleh pihak ini. Jadi, dalam keadaan sedemikian enforcement kita teruskan dan juga kita punya pemberian tanah tol baru kepada mereka yang benar-benar bercucuk tanam secara tradisi di situ diberi. Pihak komersial tidak melebihi batasan tanah acreage mereka sendiri untuk bercucuk tanam melainkan ada kebenaran daripada pihak kerajaan berkuasa negeri.
Yang Berhormat Menteri, saya terasa teringin hendak membuat pencelahan kalau dibenarkan [Ketawa]
Siapa? Tuan Yang di-Pertua hendak buat ini? Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi arahan saya, saya duduk. Oleh sebab Speaker bercakap yang lain itu kena duduk.
Saya berminat dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tentang penguatkuasaan. Selalunya penguatkuasaan ini sama ada melalui kementerian Yang Berhormat sendiri atau daripada pihak negeri. Adakah masalah-masalah yang terdapat dengan penguatkuasaan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri? Kalau ada, apakah kekangan yang selalunya Yang Berhormat Menteri hadapi? Soal macam pembalakan haram selalunya di bawah kuasa negeri dan juga soal pencerobohan bagi tanah-tanah kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya rasa banggalah, hari ini bukan Ahli Parlimen yang tanya, Tuan Yang di-Pertua yang tanya. Tuan Yang di-Pertua, ada dua persoalan sebenarnya. Kalau yang di Cameron Highlands itu ialah di bawah Majlis Keselamatan Negara menjadi pengetua gerak gempur untuk menguatkuasakan undang- undang. Belum lagi dibubarkan kuasa ini. Telah diberi oleh Majlis yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menguatkuasakan undang-undang di Cameron Highlands. Satu ialah untuk mengeluarkan orang-orang yang meneroka haram dan meneroka di luar tanah mereka sendiri ataupun tol sudah tamat ataupun tol tidak ada dan sebagainya itu. Itu dikuatkuasakan oleh pihak MKN dengan NBOS tentera, polis. Siapa sahaja yang hendak dia boleh beri. Agensi-agensi lain itu memberi dan membantu dan di bawah bidang kuasa Menteri Arau Dato' Seri Shahidan bin Kassim, minta maaf menyebut nama. Akan tetapi kalau di luar daripada itu, kalau umpamanya kita menguatkuasakan di kawasan Pahang juga, saya pun baru melancar tetapi tidak buat pengumuman, tidak ada press release, tidak ada, semua tidak ada. Ini sebab dalam bidang penguatkuasaan ini kadang-kadang dia sudah berlaku baru kita buat, kalau orang tanya saya bagi ini, maklumat ini sebenarnya kita sudah lakukan dua, tiga bulan lepas. Dua kali rancangan NBOS ini kita melakukan penguatkuasaan dalam hutan bersama, dalam NBOS juga tetapi di bawah kementerian saya. Saya dapati bahawa dia tidak ada halangan yang besar. Masalah satu sahaja saya hadapi bahawa orang yang punyai bidang pengetahuan khusus umpamanya kalau penguatkuasaan itu walaupun kita gunakan konsep Nation Blue Ocean Strategy ini makna semua tentera, polis, askar, RELA, JPAM semua kita bawa. Akan tetapi bidang kuasa, bidang pengetahuan ialah bagi pihak yang berkenaan. Kalau kita berhubung dengan PERHILITAN iaitu Wildlife hanya orang pegawai daripada Wildlife sahaja mengenal, ‘Hanya jauhari yang mengenal manikam’. Itu makna dia. Mengenakan undang-undang itu sendiri dan apa benda. Kalau dia lihat flora dan fauna itu dia yang tahu. Di mana yang diletak di bawah saintis ataupun tidak, dia yang tahu. Begitu juga orang hutan, Jabatan Hutan. Renjer hutan sahaja mengetahui apa benda yang dijaga, apa benda yang tidak dijaga, macam mana berlaku dan kawasan mana yang mana diberi lesen oleh pihak kerajaan negeri dan kawasan yang tidak diberi lesen. Maknanya hanya rintangan di sini sahaja. Tiap-tiap NBOS itu mesti co-officers dia sendiri. Di sinilah bidang kuasa kita berhadapan daripada kerajaan minta bantuan penambahan anggota di seluruh negara untuk penguatkuasaan di semua agensi-agensi saya. Oleh sebab dia core enforcement officers daripada agensi-agensi itu sendiri adalah pakar dalam sudut bidang dia. Kalau umpamanya untuk penguatkuasaan taman laut dia boleh masuk macam scuba diver, navy pun boleh buat tetapi navy tidak tahu macam mana terumbu karang yang bleaching dan tidak bleaching.
Kalau dia bleaching apa peringkat dia, dia tidak tahu, dia sahaja yang tahu. Jadi maknanya, pegawai anggota khas ini mesti ada bersama dengan pihak ini. Maknanya yang lain itu hanya membantu sahaja. Ini sahaja rintangan yang kita lihat dalam konsep National Blue Ocean Strategy ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, butiran banyak saya ada dapat sini tetapi malangnya kalau saya hendak sebut panjang sangat penggulungan ini pun terlupa juga. Itu yang pertama. Kedua, soalan bauksit yang banyak disentuh, Yang Berhormat dari Pahang memang minat ini. Bahkan tidak dari Pahang pun minat juga. Soalan bauksit ini sebagaimana yang semua pihak mengetahui bahawa kerajaan telah meluluskan moratorium di peringkat Kerajaan Pusat. Kita berkuasa menggunakan syarat moratorium ini, moratorium ini ialah sebabnya kuasa untuk eksport bauksit ke luar negara adalah di bidang kuasa yang dipunyai oleh pihak kastam, Kementerian Kewangan. Akan tetapi kuasa ini telah di deputize kan, diberikan, diserahkan untuk kementerian saya menguatkuasakannya. Jadi dalam keadaan sedemikian walaupun 27 November kerajaan, Jemaah Menteri bersetuju moratorium dilaksanakan. Namun pelaksanaannya hanya dibuat pada 15 Januari sebab semua administrative matter ini kita kena selesaikan dahulu daripada sudut perhubungannya, komunikasinya, di peringkat negeri dan pusat, perhubungan saya dengan Menteri Besar Negeri Pahang. Semua sekali kita lihat, akhirnya 15 Januari 2016 kita laksanakan moratorium ini. Moratorium itu yang pertama, tamat pada 14 April dan dalam masa moratorium itu kita hendak menyelesaikan satu masalah stockpile yang berlebihan di kawasan-kawasan pelabuhan. Kedua, membersihkan pelabuhan. Seterusnya, mengeluarkan lagi stockpile, 11 stockpile yang ada di seluruh kawasan Kuantan yang kita hendak keluarkan, lepas itu kita minta agensi-agensi terlibat. Umpamanya Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan negeri untuk melaksanakan dua, tiga perkara yang kita mahu iaitu laluan dedicated road untuk daripada tempat mining sampai ke itu, SOP untuk tempat mining area, SOP untuk stockpile area, SOP untuk pelabuhan. Semua kena diperbaiki, dilihat semula dan dilaksanakan. Apa SOP ini, ada ekoran dia, apa benda fizikal yang perlu dibuat juga. Ini semua di bawah Ketua Setiausaha Kementerian NRE. Jadi, oleh kerana dalam masa tiga bulan semua pihak termasuk pihak industri tidak boleh melaksanakannya. Itulah maka saya terpaksa balik kepada Jemaah Menteri bahawa melaporkan pihak-pihak yang terlibat dengan industri ini tidak berupaya. Pertama, hendak clear stockpile pun tidak bersedia oleh kerana kapal itu pada ketika itu, ada juga Tahun Baru China kalau tidak salah saya.
Jadi holiday itu panjang- bauksit ini dijual ke negara China. Mereka semua holiday. Apabila sudah dua minggu holiday pula, jadi stockpile itu tidak boleh keluar. Apabila stockpile ini tidak boleh keluar, saya kata we don’t have other choice, minta maaf, minta izin, jadi kita dipanjangkan lagi moratorium yang kedua yang bermula pada 15 April dan akan tamat pada 14 Julai. Lagi kita katakan, everybody termasuk Ministry of Transport- SPAD, dedicated lorry saya kata. Saya hendak dedicated lorry. Saya tak nak lori biasa, saya tak nak lagi lori dari Kedah, dari Perlis, dari Kelantan, dari Johor, bahkan orang kata dari Sarawak pun lori ada angkat bauksit di Kuantan. Siapa ada lori, terbuka dan tertutup, semua boleh masuk ke Kuantan sehingga 1,000 lori, mengikut jumlah yang diberi oleh Menteri Besar, lori yang datang daripada seluruh negara nak dapat gaji sebulan RM8,000 angkat bauksit sahaja. Itu pulangan yang amat besar kepada semua pihak. Jadi itulah excitement jadi sebegitu rupa hingga semua kawasan di Kuantan itu jadi merah, air tercemar, bukit bukau merah, bandar Kuantan itu merah. Jadi, alhamdulillah, dengan kertas yang kita bawa ke Kabinet, moratorium itu panjangkan semula. Saya pun apabila sudah ditamatkan 14 Julai, saya beritahu lagi masa PC selepas diluluskan yang kedua ini, saya kata I will not hesitate to go back kepada kerajaan minta moratorium ini sambung semula kalau semua pihak belum boleh memenuhkan syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Itu keputusan saya, itu saya beritahu dengan Jemaah Menteri dan Jemaah Menteri semua angguk dengar.
Jadi Yang Berhormat semua, sebenarnya kerajaan amat peka dan amat bersetuju tindakan yang kita ambil hingga sekarang ini.
[Bangun]
Ya Yang Berhormat Putatan bangun.
Saya ingat itu sahajalah...
Yang Berhormat Putatan bangun, Yang Berhormat Menteri.
Putatan tidak ada bauksit.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mencelah sedikit dengan bauksit ini, interesting subject, kerana Menteri sering menyebut moratorium ini. Actually apa jenis moratorium yang dilaksanakan oleh pihak kementerian ini? Sebab, ini saya sendiri tidak faham perkataan moratorium ini. Mungkin orang kampung pun tidak faham, Tuan Yang di-Pertua.
Itu sahaja?
Kuantan.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri sebab saya tengok komitmen di dalam menangani isu bauksit ini dengan begitu tegas sekali. Cuma apa yang saya lihat Yang Berhormat Menteri, kerajaan negeri, saya tidak nampak progress daripada segi apa yang kerajaan negeri buat. Contohnya, satu, belum dikenal pasti central stockpile. Tidak ada komitmen untuk menyatakan bahawa ada satu detil EIA akan dilaksanakan kalau ada central stockpile. Tidak ada komitmen untuk menunjukkan laluan-laluan khas contohnya. Persatuan pelombong ada mengajak saya untuk berjumpa dan mereka menunjukkan SOP mereka. Saya lihat bahawa daripada segi diri mereka sendiri, persatuan pelombong ini, ada komitmen untuk mencuci lori dan sebagainya. Ini ialah persatuan- persatuan pelombong yang besar. Akan tetapi mereka tidak sedar bahawa SOP mereka itu hanya sebahagian sahaja daripada keseluruhan SOP dan mereka ingat apabila mereka beri SOP itu, ia very komprehensif. Sebenarnya tidak sebab seperti yang Menteri cakap tadi, luas dia punya skop SOP itu dan terutamanya saya amat khuatir tentang rehabilitasi. Saya amat khuatir dengan sekiranya perlombongan itu bermula semula di tapak yang sama, ia akan mencemarkan semula kita punya sungai dan udara. Bukan setakat pengangkutan, excavation dan sebagainya akan mencemarkan balik sebab kita tahu lokasi- lokasi lombong itu ialah up stream di hulu kepada kita punya water intake point. Jadi, saya tidak nampak apa yang sedang berlaku, saya tidak nampak komitmen. Tinggal beberapa bulan lagi sehingga pertengahan bulan Julai. Saya tanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya kita tidak nampak apa yang akan berlaku, adakah akan disambung lagi moratorium sehingga tamat lesen perlombongan tersebut?
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Sedikit.
Yang Berhormat, oleh sebab saya beritahu tadi, sebenarnya saya tak nak beri penjelasan sebab ia bukan core jawapan kepada ini. Jawapan kita di sini sebenarnya... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Itu saya itu sahaja. Sedikit sahaja Yang Berhormat. Jangan bahas, Yang Berhormat ya.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, sedikit, very short.
Ya sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, bauksit ini yang ada moratorium dan masalah merah semua yang wujud ini, saya hendak tanya ada tak kajian dibuat ataupun adakah peningkatan mereka yang mendapat kesihatan yang tidak baik dari segi respiratory, dari segi pemakanan dan sebagainya dan kemasukan ke hospital meningkat semasa peristiwa merah di sana ini? Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, semua soalan itu relevan. Pertama daripada Yang Berhormat Putatan tadi. Yang Berhormat Putatan ini dia banyak bercakap macam itulah. Memang mungkin stail orang Sabah macam orang dari Kedah, orang utara jugalah, dia banyak macam berjenaka, berseloroh, kata orang Sarawak. Jadi, apa maknanya moratorium? Moratorium dalam istilah sebenar biasanya, literally speaking, ialah berhenti kerja, berhentilah, suspended, suspension daripada aktiviti yang kita hendak letakkan moratorium ini. Itu sebenarnya maknanya. Jadi dalam soalan berhenti dari sudut ini, kita define sendiri. Ada kita berhenti- ini jadi cerita panjang Yang Berhormat punya soalan itu. Adakah kita berhenti biar stockpile kita ada- masa kita berhenti itu, ada 12 stockpile. Sebelas stockpile di persekitaran Kuantan, satu stockpile di kawasan pelabuhan. Jadi ada 12 stockpile yang mempunyai tidak kurang daripada 3.7 juta tan bauksit, kalau tidak salah saya. Jadi apabila kerajaan kata moratorium, laksanakan dan arahkan Menteri NRE buat moratorium, saya balik kepada kementerian saya bincang dengan kementerian saya dan pihak pakar dalam kementerian saya dan saya kata kalau kita moratorium berhenti semua sekali, eksport pun kita berhenti, bauksit yang bertimbun pun kita berhenti, maknanya yang bertimbun, hujan turun akan bawa pergi ke sungai. Jadi itulah saya kata, okey, kita clear benda ini dahulu. Jadi saya beri arahan hari pertama moratorium diletakkan, saya kata kita kena berhenti semua aktiviti mining dia, berhentikan mining, berhentikan daripada lorinya berjalan, semua berhenti tetapi kita tidak boleh berhenti to export keluar yang telah digali daripada perut bumi. Itu kena keluar dahulu. Selepas digali itu, kita bersihkan semua itu, aktiviti itu mesti dijalankan, tapak stockpile itu mesti diclear, dibersihkan semua dahulu. Jadi, kena dibuat itu. Jadi maknanya ada syarat-syarat yang saya letak dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha kementerian saya bersama dengan semua pihak seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, polis, JPAM, MKN semua terlibat dan kerajaan negeri...
[Bangun]
Yang Berhormat, belum habis cerita you punya ini. Soalan pendek, jawapan panjang ini. Jadi apabila saya sebut macam itu, jadi itu dilaksanakan dan salah satu daripada SOPnya untuk pelaksanaan moratorium ini sahaja. Bukan soalan bauksit dan aktiviti bauksit dan perlombongan bauksit. Aktiviti hanya moratorium sahaja ialah lesen yang saya beku kena diberi semula untuk orang ini keluar dan syarikat-syarikat yang berkemampuan sahaja yang dibenarkan untuk membawa ini, tetapi malangnya kapasiti port itu sendiri ada terbatas. Port itu sendiri terbatas dan pada ketika itu- ini saya hendak release sedikit information yang mungkin orang lain tidak tahu. Rupanya ada bauksit ini distor dalam bangunan yang mana apabila kita gunakan dron untuk check bauksit ini berapa banyak kah stockpile kita yang ada di semua stockpile ini yang boleh dinampak oleh dron, kerana dron tak boleh masuk dalam bangunan, jadi mathematically calculated, dengan izin, kita tahu berapa banyak satu stockpile itu tetapi yang dalam rumah itu kita tidak tahu. Akhirnya kita suspek memang ada lagi yang hidden somewhere else yang kita tidak tahu.
Drone tidak boleh nampak. Jadi pegawai saya pergi ke on site, check satu per satu di mana-mana tempat dan kita dapati rupanya ada variation dari tiga yang asal dengan tiga yang kemudian kita dapati. Ini Yang Berhormat, ada teknologi canggih yang kita guna untuk membantu kita melihat dan mengawal selia semua benda ini.
Jadi apabila sudah di ini, barulah kita nampak bahawa pihak Ketua Setiausaha masih sibuk hendak drawing up SOP. Lorinya jenis mana, bukan satu SOP sahaja untuk melihat lori macam mana yang diguna pakai yang boleh satisfy the Minister. KSU kena jumpa pegawai kena tengok lori-lori yang ditunjuk oleh industri-industri ini yang boleh diguna pakai. Selepas itu, setelah habis itu SOP dibuat. Bila SOP dibuat, tinggallah banyak lagi dua tiga perkara iaitu dedicated road, dedicated lorry. Saya hendak kata dedicated lori ini mesti ada mark sana. Besar marknya. Kata bauksit. Maknanya lori lain tidak boleh. Hanya lori bauksit sahaja boleh mengangkut bauksit ini sebab kita tahu macam mana hendak aturnya. Kalau orang lain boleh, macam-macamlah nanti. Jadi kita hendak semua benda itu dan tiap-tiap lori itu di certified properly dan selepas itu, selepas tiga bulan, dua minggu lagi kita check semua sekali, KSU saya pergi, KP saya pergi, semua orang pergi check nampak memang tidak memuaskan. Belum memuaskan dan semua banyak benda yang belum di certified. Jadi, itulah kerajaan putuskan lagi sekali sambung lagi moratorium. Jadi, sebagaimana yang saya sebut tadi menjawab balik kepada Yang Berhormat daripada Kuantan bahawa kita tidak akan membenarkan perlombongan bauksit melainkan semua benda yang kita minta, dedicated road car, dedicated lori kah dan SOP dan kawalan tempat-tempat stockpile ini perlu diikuti apa sahaja dan diletak oleh kita, barulah kita boleh. Itu pun kita akan bawa balik kepada Jemaah Menteri. Saya tidak akan buat sendiri. Bawa balik kepada Jemaah Menteri. Saya akan bertanya. Okey, saya buat laporan ini setelah di satisfied dan sebagainya, biar Jemaah Menteri buat keputusan, kerajaan buat keputusan. Jemaah Menteri adalah sebagai satu equipment pentadbir negara yang tertinggi di bawah Perlembagaan Malaysia. Akan buat keputusan, apakah keputusan kerajaan pada ketika itu. Salah satu daripadanya, Yang Berhormat Kuantan, I hendak tengok the catchment area will not be disturbed for perlombongan. Walaupun dia punya bekalan, dia punya stockpile di dalam perut bumi itu banyak, I will not allow the water catchment area diganggu gugat untuk perkara ini. Tetapi walau bagaimanapun, ada satu persoalan yang Yang Berhormat pernah tanya dengan saya berhubung dengan rehabilitation and reforestation. Yang Berhormat, kalau serah tanah itu kepada kami, insya-Allah- we can buat balik. Kalau Yang Berhormat hendak tengok di Cheras kalau tidak silap saya, FRIM punya kawasan, ada lebih 400 hektar. 60 tahun yang lepas, they rehabilitate begitu rupa, sekarang we have the pristine forest di FRIM it is historical bahkan saya sudah berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor hendak diisytiharkan kawasan ini sebagai National Heritage. Jadi, negeri Selangor saya dimaklumkan tidak ada halangan sangat. Jadi kalau sudah bersetuju nanti, insya-Allah tempat itu akan kita kekalkan. Saya tidak mahu satu pokok pun ditebang di kawasan itu. Kalau saya sudah tidak ada lagi pun, there is my legacy. I don’t want it to be disturbed. Jadi Yang Berhormat, it is not soal itu. Jadi kita boleh di dalam umpamanya FRIM punya kawasan itu, kita ada mempunyai berpuluh, beribu kayu dan pokok flora yang disenaraikan di bawah saintis. Protected trees, plants and species yang masih ada di dalam itu, kita tidak mahu kehilangan itu. This is kita punya negara punya heritage. Jadi dalam keadaan sedemikian, insya-Allah tetapi kalau tanah-tanah ini tadi Yang Berhormat Indera Mahkota tanya saya boleh atau tidak you buat? Kalau diserah dengan kami, diisytiharkan kawasan ini diserah dengan FRIM, saya cukup boleh menjamin tempat itu boleh dihabitat, ditanam semula, maybe 30 years down the road you have something macam kita lihat di kawasan FRIM itu. Minta saya berpindah ke tempat lain, Yang Berhormat. Kalau tidak, tidak habis ini.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Kalau tanah itu tanah peribadi, tanah individually owned. Contohnya ladang dusun durian ataupun ladang sawit. Macam mana itu? Kalau di bawah kerajaan negeri mungkin boleh dilaksanakan tetapi kalau bawah tanah milik individu?
Kalau tidak salah saya, 223 bidang tanah kecil-kecilan itu kepunyaan pihak FELDA. Peneroka FELDA dan 67 pihak itu daripada 223 bidang itu yang terlibat dengan bauksit itu, ada 67 sahaja yang ada kebenaran daripada FELDA untuk diterokai bauksitnya semasa bauksit aktiviti dulu. Akan tetapi, ada yang sekarang melihat bahawa aktiviti bauksit itu permanently destroyed dia punya tanah, dia sudah menyesal sekarang.
Jadi, ada juga yang masih ingin bauksit itu diterokai dan saya sudah berbincang dengan pihak FELDA meminta pihak FELDA menghalang mereka ini, tanah-tanahnya diterokai oleh pihak bauksit. Jadi FELDA mempunyai mengikut kata Timbalan Ketua Pengarahnya ada dua tiga alternatif. Pertama, mungkin to rehabilitate tanah itu. Kedua, bangun sebagai- di Bukit Goh itu mungkin dibangunkan sebagai township, dan sebagainya. Ada benda-benda macam itu yang difikirkan. Akan tetapi dalam pemikiran dia sendiri, belum lagi direalisasikan dan diluluskan oleh pihak Boardnya. Jadi Yang Berhormat, panjang sangat saya cerita bauksit. Biarlah saya pindah kepada undang-undang yang kita bahas. Pertama, saya hendak sentuh soalan yang dibahas oleh Yang Berhormat Setiu. Saya ingat dengan Yang Berhormat Setiu ini tadi. Jawapannya, saya beritahu dengan pegawai saya, saya hendak jawab Yang Berhormat Setiu itu terawal walaupun dia terakhir membahas. Sebabnya Yang Berhormat Setiu itu menyentuh the core part of the subject iaitu undang-undang itu sendiri dan tidak ada benda-benda lain. Maklumlah orang bekas jadi hakim ini memang macam itulah dia. Soalannya, satu sahaja saya sentuh. Dia pun menyentuh satu seksyen sahaja berhubung dengan hukum. Hukuman yang amat tinggi. Jadi dalam pemikiran kita bahawa kita memberi keluasan mungkin kepada pihak hakim untuk memikirkan hukuman yang tidak ada dia punya minimum. Maknanya hakim boleh meletakkan hukuman yang serendah-rendahnya dan hakim juga boleh meletakkan hukuman yang setinggi-tingginya. Macam mana difikir kalau satu pencerobohan di satu tanah kerajaan. Kalau pencerobohan itu melibatkan satu bangunan besar yang mempunyai keuntungan komersial, berkemungkinan hakim akan mendapat the question not fight. Presentation oleh pihak prosecutor menunjukkan bahawa dia ini meneroka secara besar- besaran dan juga mendapat pulangan kewangan dan ekonomi yang besar dan mungkin hakim menggunakan cara maksimum sama ada RM400,000 atau RM500,000 hukuman yang diletakkan sebagai maksimum dan diletakkan oleh undang-undang. Akan tetapi dia hanya pakcik dari kampung, makcik dari kampung atau pakcik yang bawa “dia bikin” dekat sana, selepas itu untuk tambat dia punya kambing, tambat dia punya pondok untuk tambat kambing, tambat lembu, tidak akan hakim menghukum dia sampai RM500,000. Mungkin hukumannya dengan itu sahaja. Akan tetapi mungkin juga oleh kerana peraturan membenarkan kita, undang-undang membenarkan kita mengkompaunkan kes-kes sedemikian ini dan budi bicara oleh pihak jabatan itu nanti akan kita susuli dan kita nasihat supaya menggunakan budi bicara untuk meletakkan kompaun yang berpatutan kepada mereka yang menceroboh secara kecil-kecilan. Hanya untuk tampung dia. Aktiviti biasa dia, untuk kehidupan harian dia yang mungkin tidak menjejaskan muka tanah dan bumi itu sendiri. Dalam keadaan sedemikian, it’s very much macam kata peguam biasalah, is the question not fight masa presentation of the case di hadapan hakim itu sendiri.
Jadi, perubahan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat berhubung dengan ada satu tadi seksyen. Insya-Allah Yang Berhormat, saya dah bincang dengan pegawai saya dan kita bersetuju dengan Yang Berhormat. Saya ucap tahniah dan terima kasih banyak dengan Yang Berhormat Setiu ini. He was so meticulous, he look at the law and then dia tunjuk kepada kita bahawa there is some mistakes that we have done. Jadi, dengan itu saya diberi berbincang dengan pegawai saya, lima minit sahaja dan saya kata okey, saya setuju dengan apa Yang Berhormat Setiu kata, pinda sekarang, jadi Parlimen pun dah setuju. Saya ucapkanlah terima kasih banyak dengan Datuk Roosme, Setiausaha Parlimen. Jadi Yang Berhormat Setiu, Datuk Roosme, Datuk Speaker, terima kasih bantu saya dan pindaan akan kita bawa selaras dengan apa Yang Berhormat Setiu sebut di petang ini masa Jawatankuasa nanti... [Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Setiu, handal. Dia itu betul-betul Ahli Parlimen yang bijak. Bukan yang lain tak bijak, yang lain itu bijak juga tetapi dia ini bekas hakim, dia pandai undang-undang.
[Bangun]
Ya, saya pun difahamkan pindaan telah dibentangkan atas meja masing-masing ya.
Untuk makluman, pindaan itu ada atas meja masing-masing, lihat benda itu selaras dengan itu. Nampaknya Yang Berhormat Beruas ini ada persoalan.
Hendak dapat penjelasan.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang setuju dengan pihak Menteri bahawa mahkamah ada budi bicara untuk memberikan hukuman. Akan tetapi kita menghadapi satu masalah ialah katakan kalau kita pinda seksyen 425, daripada RM10 ribu kepada RM500 ribu hanya kerana ada orang yang masuk menceroboh tanah kerajaan. Akan tetapi satu masalah yang timbul ialah pada kebiasaannya, majistret-majistret ataupun hakim-hakim biasa ada perjumpaan atau conference, di mana kadang-kadang ada diberikan satu garis panduan. Katakan first offender 10 percent, second offender 30 percent to 50 percent. Maksimum hanya kalau repeated offender. Masalah yang timbul ialah kalaulah majistret yang pergi kepada conference berkenaan difahamkan ada sedikit sebanyak garis panduan bagaimana undang-undang dan hukuman hendak dikenakan, kalau kita nyatakan di sini RM500 ribu, kalau majistret kata atas prinsip itu dia menghukum seorang petani RM50 ribu, itu memang jumlah besar. Jadi, kalau boleh bagaimanakah kita boleh mengatasi masalah sedemikian?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya soalan Yang Berhormat itu sama dengan soalan Yang Berhormat Setiu tadi. Yang Berhormat Setiu yang bangkit awal tadi sebenarnya. Biarlah saya jawab macam ini, Yang Berhormat. Biarlah jawapan Menteri ini boleh dibawa kepada hakim dalam mahkamah mengatakan bahawa hakim perlu menilai economic return, the impact kepada aktiviti yang menceroboh ini, individu yang menceroboh. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa kalau dia hanya aktiviti orang kampung biasa, petani-petani biasa yang returnnya kecil, janganlah hukum sampai maksimum ataupun 50 peratus, 30 peratus. Berilah hukum yang berpatutan yang boleh tidak membebankan dia sangat tetapi memberi mesej bahawa you jangan menceroboh tanah orang yang bukan you punya. Akan tetapi kepada mereka yang memang mengetahui, commercial return nya besar, aktiviti dia besar, dia pihak yang mempunyai masa hadapan pulangan yang besar, kenakanlah hukuman yang setimpal dengannya. Jadi, perkara ini boleh dibawa kepada hakim, ucapan Menteri ini boleh bawa sebabnya selama 300 tahun mahkamah di negara Britain dahulu, kita berasal daripada situ. Negara Britain dahulu tak boleh membawa apa yang Menteri kata dalam Dewan Parlimen itu ke dalam mahkamah untuk mempengaruhi hakim memberi keputusan hakim, sebabnya dianggap itu adalah infringe the Privilege of Parliament. Itu di bawah the Bill of Rights 1688. Akan tetapi ‘Pepper v Hart Case’, House of Lords 1990 memberi keputusan bahawa tiba masanya the watershed decision was made by the House of Lords bahawa kita can look back into what the Minister said, the intention of Parliament. What the Minister said here is, it is the intention of Parliament, therefore that we don’t want to punish inappropriately. Jadi, bolehlah diguna Pepper v Hart itu, Oleh kerana Pepper v Hart case itulah Limitation Act Malaysia dipinda pada tahun 1991 untuk mengisi. Maknanya, we took judicial notice of the case of Pepper v Hart 1990, House of Lords. Jadi Yang Berhormat, ia boleh dibawa kepada hakim. Ini kata Menteri, the intention of Parliament. Menghukum seseorang berlandaskan the severity and the degree of breach kepada undang-undang. Jadi, saya berharap penjelasan saya mencukupi. Walaupun saya memang mengetahui bahawa notis kepada tiap-tiap hakim, guidelines kepada hakim, guidelines kepada khususnya majistret memang dibuat from time-to-time. Saya tahu, memang betul Yang Berhormat. Saya pun pengamal undang-undang selama 15 tahun sebelum saya jadi Ahli Parlimen sepenuh masa lah, jadi kita biasalah tengok benda macam itu. Allah, belum sentuh undang-undang lagi.
Terima kasihlah Yang Berhormat Setiu sekali lagi atas apa yang ditunjukkan tadi dan kita ambil tindakan segera supaya tak payahlah balik ke Parlimen lagi untuk meminda benda yang sedikit sahaja, terima kasih. Jadi, isu pertama yang dibangkitkan adalah berhubung isu penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, Kuala Kedah, Kota Tinggi, Gerik, Bagan Serai, Labuan, Jerlun, Lipis, Jerantut, Kuala Krai, Sekijang, Sungai Siput dan Bukit Katil. Banyak orang bangkit, semua soalan berhubung dengan penguatkuasaan. Yang Berhormat semua, antara isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah ialah seperti berikut iaitu hukuman bagi aktiviti meragut rumput, dengan izin, meragut sebenarnya saya tak faham betul. Meragut pada saya dalam KDN dulu, orang curi beg orang tengah berjalan itu.
[Bangun]
Jadi, orang Sarawak, orang Sabah ini samalah. Tak payah berdiri, tak payah tanya saya. Kita sama sahaja ini, tak tahu cakap Melayu ini. Meragut ini, dengan izin Yang Berhormat, dalam bahasa Inggeris. Kalau di Sarawak, grazing is Bahasa Melayu, meragut itu bahasa Inggeris. Itu di Sarawak. Tahap kelulusan atas tanah kerajaan atau tanah rizab. Ini banyak yang bangkitlah, semua kawan- kawan bangkit sebabnya saya tahu, Yang Berhormat semua mewakili rakyat. Perkara ini memang dekat dengan rakyat, terlibat dengan rakyat. Jadi, kadar penalti bagi kesalahan membawa binatang untuk meragut secara tidak sah di bawah seksyen 427 dinaikkan daripada maksimum RM100 ringgit kepada RM1,000. Peringkat kadar penalti ini dibuat mengikut keperluan semasa sebagai perbandingan denda yang dikenakan terhadap kesalahan membuang sampah merata-rata juga telah dinaikkan kepada maksimum RM1,000. Oleh yang demikian, peningkatan kadar ini adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan untuk keadaan semasa. Sebenarnya, saya cukup yakin tak pernah pun hakim meletak kali yang pertama dengan hukuman maksimum RM1,000. Mungkin dia kena RM300, RM200, mungkin berapa ringgit sahaja dia bagi sebenarnya. Namun demikian, kementerian ini mengambil maklum akan pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah bahawa tidak sewajarnya petani, penggembala diambil tindakan kerana membantu mengurangkan tanah kerajaan daripada dihuni rumput panjang. Oleh yang demikian, kerajaan boleh mengeluarkan permit bagi membenarkan binatang ternak ini meragut rumput di atas tanah kerajaan. Saya percaya kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan di bawah seksyen ini tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Jadi, saya berharap kebijaksanaan kerajaan negeri yang melaksanakan undang- undang nanti janganlah begitu ghairah sangat melihat undang-undang dah dibuat, kita hukum orang sembarangan. Kedua, pencerobohan tanah kerajaan setinggan termasuk di kawasan tadahan air. Secara umumnya, kerajaan masih lagi berpegang kepada prinsip bahawa apa penggunaan tanah perlulah berdasarkan kelulusan yang diperoleh lebih dahulu sama ada kelulusan berbentuk kekal melalui pengeluaran dikenal pasti atau apa-apa bentuk sementara melalui pengeluaran lesen.
Dengan kata lain, no adverse position against the state. Ini masih kita laksanakan mengikut undang-undang kita. Oleh itu pertimbangan diberi oleh pihak berkuasa negeri untuk memberikan kelulusan berdasarkan prinsip yang dinyatakan. Namun demikian, di kawasan-kawasan sensitif seperti kawasan tadahan air adalah tidak wajar kebenaran untuk menduduki kawasan tersebut diberikan kerana ia akan menyebabkan kepentingan awam terjejas. Lagi Yang Berhormat, soalan tadahan air, the catchment area, sekarang saya tak hendak bahas soalan ini oleh sebab kementerian saya masih bertungkus-lumus untuk mengkaji soalan Dasar Air Negara keseluruhannya dan macam mana kita menangani masalah air yang kita lihat sekarang ini khususnya di negeri-negeri yang tertentu yang mempunyai defisit air. Umpamanya di Kedah, di Perlis, di Melaka, di Johor bahkan di Selangor sendiri yang mengalami keadaan defisit air ini. Jadi kita mengkaji secara holistik.
Kementerian saya- minta maaflah saya sebut dengan bahasa Inggeris, I took it upon myself to direct my ministry to look into this matter. Kalau tidak kita hendak tunggu seorang ini, hendak tunggu seorang itu, SPAN tak buat, siapa tak buat, di akhirnya kita we end up with nothing. Jadi itulah saya mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji secara holistik how best can we handle the water matters di negara ini supaya di negara tropika yang mempunyai berjuta meter padu air turun setiap tahun, ada juga rakyat negara ini tak mencukupi air. Dalam keadaan sedemikian, saya melihat semua negeri, kawasan mesti ada bekalan air mencukupi bukan sahaja untuk minuman di rumah tetapi untuk industri, untuk perladangan dan untuk environment itu sendiri. Jadi semalam pun selepas habis sahaja bersidang di Dewan ini pukul 1, saya bergegas pergi Jabatan Perairan dan Saliran, taklimat dilaksanakan, tamat pukul 2.15, saya bergegas balik masuk Dewan. Bukan hendak tunjuk diri bekerja kuat sangat. Lunch pun tak ada, saya makan buah dragon fruit sahaja sebab I was given under two years dalam kementerian ini. Jadi dalam masa dua tahun itu, I want to make my mark. Aktiviti pertanian atas tanah kerajaan. Berhubung isu berkaitan dengan aktiviti pertanian atas tanah kerajaan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada bekalan makanan terkenal, pastinya ia akan membawa kepada pengetahuan kementerian yang berkenaan. Jadi centralised enforcement yang juga dibangkit iaitu penubuhan Centralised Enforcement Team (CET) adalah secara redeployment bagi membendung aktiviti pencerobohan hutan simpan kekal atau pun tanah kerajaan di Cameron Highland. Ini tadi saya sudah panjang lebar cerita ya. Melibatkan kerjasama bersepadu antara agensi persekutuan terkenal prestigious negeri Pahang mula bulan Disember 2014. Operasi penguatkuasaan khas di Cameron Highland telah diambil alih oleh pihak Majlis Keselamatan Negara hingga ke hari ini. Akan tetapi insya-Allah, saya memang memantau dari semasa ke semasa untuk mengetahui sendiri keadaannya. Memang banyak dah penguatkuasaan ini mendatangkan kesan dan tidak ada orang pun balik meneroka hutan. Akan tetapi apa yang tinggal kita lihat, kalau kita terbang dengan helikopter bahawa masih banyak plastik-plastik roofing dan struktur yang masih berdiri ataupun collapse yang selepas enforcement itu tetapi belum diambil alih. Dia ada dua buah tempat. Kalau hutan simpan kekal di bawah kementerian saya, kita penanaman semula telah dilaksanakan. Pihak FRIM dan Perhutanan telah masuk ke dalam kawasan ini untuk menanam semula tempat-tempat tersebut. Kita masih bincang dengan pihak kerajaan negeri untuk memberi kebenaran kita masuk ke hutan-hutan kerajaan iaitu yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri untuk kita melaksanakan reforeststation dan replanting dengan bantuan pihak-pihak NGO yang mahu terlibat sama dengan kita. Ada banyak NGO sekarang. Saya berterima kasih dengan pihak NGO yang banyak terlibat dengan kita perkara ini. Sehubungan dengan ini, CET bertindak menyokong semua operasi pengurusan di Cameron Highlands yang diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara. Di samping itu CET juga merancang untuk mengadakan operasi penguatkuasaan kekal pastinya lain yang dikenal pasti berlaku pencerobohan dan penerokaan tanah secara haram. National Blue Ocean Strategy (NBOS), kementerian ini menyedari bahawa penguatkuasaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kementerian ini akan mengkaji keperluan penglibatan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dari semasa ke semasa sekiranya berbangkit isu-isu spesifik memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Kementerian ini memang merangka rancangan untuk, dengan izin, engage kerajaan negeri bagi menyelaraskan tindakan yang perlu diambil. Itu dalam kawasan tadahan air termasuk rizab hutan yang dicerobohi. Jadi ini tadi saya sudah sebut, soalan rizab air ini (water catchment area). Saya tak hendak sebut secara panjang lebar dan saya sebut selepas ini, insya-Allah kalau undang-undang air itu nanti berjaya dibawa ke Dewan yang mulia ini, insya-Allah saya akan bincangkan semua perkara berhubung dengan catchmentt area, gazetting a catchment area, gazetting a river reserve dan semua perkara yang berhubung kait dengan air dan sebabnya, kalau kita lihat dan saya selalu menggunakan Sungai Pahang itu sendiri. Pada satu ketika dulu masa saya masih muda- muda dulu, masa saya masih bujang dulu, saya dalam polis.
Saya selalu pergi ke Sungai Pahang itu, dia begitu pristine sekali, cantik sekali, airnya pun kebiruan masa ketika itu. Sungai yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Jadi pada ketika itu, tetapi sekarang, kalau kita lihat banyak pulau sudah mula bangun dalam sungai itu. Ini menunjukkan siltation berlaku oleh sebab aktiviti-aktiviti pembalakan, aktiviti- aktiviti perladangan, aktiviti-aktiviti pembangunan, ini kita tidak boleh halangkan. Apa yang penting ialah there should not be any clash between development and environmental observation. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita cuba seberapa baik yang boleh kita mampu dalam keadaan yang sekarang ini to preserve, to save, selamatkan sungai-sungai di mana sumber air kita sebenarnya kita dapati sekarang. Soalan kenaikan kadar penalti yang tinggi berhubung pendakwaan di bawah Kanun Negara sehingga mengakibatkan masalah rasuah. Ini ada juga Yang Berhormat menyentuh. Agak penting kadar penalti yang tinggi dikenakan bagi menangani masalah seperti pendudukan haram yang mengakibatkan masalah alam sekitar yang lebih serius. Kadar penalti ditetapkan pada kadar maksimum dan mahkamah boleh menetapkan jumlah penalti sebagaimana yang saya sebutkan awal tadi. Itu budi bicara mahkamah, based on the fact of the case dan sebagainya. Jadi, soalan bauksit tadi pun sudah panjang lebar saya sebut, jadi tak perlu saya ulangkan lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut berhubung dengan isu kedua iaitu isu tanah persekutuan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, Kuala Kedah dan Gerik. Yang Berhormat Gerik banyak cerita, Yang Berhormat Putatan pun banyak cerita. Isu premium rendah yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan telah berbincang dengan kerajaan negeri dan persetujuan telah dicapai. Kadar premium tersebut telah dipersetujui bersama negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam Majlis Tanah Negara ke-49. Sekiranya premium ditetapkan mengikut kadar pasaran, ini akan menyebabkan Kerajaan Persekutuan perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk memperoleh tanah bagi projek-projek kerajaan. Ini juga akan melambatkan pelaksanaan projek. Dengan arrangement ini, dengan izin, Kerajaan Persekutuan telah membantu dengan melaksana banyak projek infrastruktur, membantu dalam perkembangan kawasan setempat dan memberikan faedah kepada kerajaan rakyat negeri berkenaan. Jadi, Yang Berhormat ini is a cart before the horse punya situasi. Kalau kita kenakan premium yang tinggi, apabila kerajaan hendak membina jalan di satu-satu kawasan, maknanya jalan itu kosnya akan meninggi dan kalau dia menggunakan sistem tol, tol itu juga akan meningkat tinggi dan semua dia akan pergi bersama dengan kos-kos yang diberi itu. Jadi itulah kenapa kerajaan negeri dengan wisdom mereka sendiri memberi premium yang rendah kepada Kerajaan Pusat supaya kos pembinaan projek-projek yang membangun negeri itu sendiri dengan kos yang rendah dan akhirnya kerajaan negeri mendapat infrastruktur, prasarana yang bagus dengan cepat, umpamanya sekolah, klinik, hospital. Banyak lagi jabatan-jabatan kerajaan yang membina bangunan-bangunan di peringkat negeri yang perlukan bantuan yang sama. Kerjasama kerajaan negeri dengan wisdom yang sedemikian itulah kenapa pada masa sekarang kita menggunakan budi bicara kita, soalan pengenaan premium ini kepada pihak Kerajaan Pusat apabila memohon tanah daripada pihak kerajaan negeri.
Kadar cukai yang dikenakan kepada Kerajaan Persekutuan adalah mengikut kadar persaraan serta mengikut Kaedah Tanah Negeri yang juga selaras dengan syarat guna tanah. Kerajaan Persekutuan juga adalah penyumbang terbesar cukai kepada kerajaan negeri. Isu penggunaan pemetaan bagi tujuan pemantauan penggunaan tanah-tanah di Kerajaan Persekutuan. Pada masa ini Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian mempunyai satu sistem pemetaan yang dikenali sebagai Federal Land Management System ataupun FLMS. Sistem ini membantu jabatan mengenal pasti secara geografi maklumat tanah milik dan tanah rizab di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. Kementerian juga sedang dalam tindakan mengukuh sistem pemetaan tersebut dengan mengguna pakai infrastruktur geospatial yang dibangunkan oleh Malaysia Center Geospatial Data Infrastructure di bawah NRE. Di tanah Persekutuan terbiar yang tidak diguna oleh kementerian atau agensi kerajaan berkaitan.
Pada masa ini Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian mengambil tindakan agar tanah Persekutuan yang terbiar itu dibangunkan projek perumahan rakyat. Selain daripada itu tanah Persekutuan yang terbiar itu turut diberi untuk pajakan dan sewaan. Ketiga tanah Persekutuan yang terbiar itu juga dikenal pasti kepada kerajaan negeri untuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Keempat kementerian juga mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat semua akan menambah baik prosedur berhubung dengan tindakan terhadap tanah Persekutuan yang terbiar tersebut. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat untuk mengadakan sesuatu peruntukan undang-undang berhubung tanah terbiar, kementerian ini berpandangan peruntukan undang-undang sedia ada adalah mencukupi dan kementerian ini akan mengemas kini prosedur dan pemantauan berhubung perkara tersebut. Isu yang ketiga, sistem pentadbiran tanah elektronik. Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga yang dibangkitkan adalah berhubung sistem pentadbiran tanah elektronik yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Labuan. Sistem tadbiran tanah elektronik atau lebih dikenali sebagai sistem e-Tanah telah mula dilaksanakan di negeri Pulau Pinang secara berperingkat bermula Oktober 2007. Sistem ini seterusnya telah diterima pakai dan dilaksanakan di negeri Melaka pada Disember 2014. Sistem ini juga telah dibangunkan di Negeri Sembilan namun masih menunggu keputusan pihak berkuasa negeri untuk menguatkuasakan pemakaian sistem e- Tanah dalam pentadbiran tanah Negeri Sembilan. Jadi ini ada tiga negeri yang kita laksanakan menerusi kementerian ini sendiri. Jadi kita masih- sistem e-Tanah telah mempersetujui untuk meluaskan ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia secara kerjasama awam, swasta ke sembilan negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan, termasuk Labuanlah Yang Berhormat. Peluasan sistem e-Tanah ke Labuan memang berada dalam perancangan pihak kementerian selaras dengan keputusan di atas. Terdapat sembilan modul sistem e-Tanah itu iaitu...
Yang Berhormat Menteri, boleh hendak tanya sikit?
Tunggu saya habis, sikit sahaja. Tidak banyak, dari (a) sampai (h). Iaitu terdapat sembilan modul bagi sistem e-Tanah iaitu: (i) sistem pendaftaran; (ii) pemungutan hasil; (iii) pemprosesan kebenaran untuk urus niaga; (iv) permohonan pecah bahagian bangunan strata; (v) pelupusan; (vi) pembangunan; (vii) pengambilan tanah; (viii) penguatkuasaan; dan (ix) lelong. Salah satu daripada modul sistem e-Tanah adalah pungutan hasil yang merangkumi pembayaran cukai secara atas talian. Pelaksanaan modul ini akan dilakukan secara bersepadu, secara integrated. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kita melihat e-Tanah ini amat baik. Akan tetapi kenapa kerajaan- kerajaan negeri tidak mahu melaksanakan e-Tanah kerana seperti mana Menteri jelaskan ada sembilan modul yang boleh memudahkan pengurusan pengguna-pengguna tanah di mana-mana dalam negara walaupun negeri-negeri mempunyai undang-undang tanah yang berbeza antara satu negeri dengan satu negeri. Atau ada kemungkinan macam berlaku dalam Kementerian Dalam Negeri bila pakai e-Tanah ini mungkin ada serangan hack komputer daripada luar. Macam mana pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya telah berbincang dengan kementerian saya- berhubung dengan perkara yang sama.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bawa perhatian kepada Menteri tentang masalah e-Tanah ini yang berlaku di Perak apabila ia mula-mula digunakan. Berlakunya banyak kes di mana transaksi dibuat, sungguhpun tidak ada transaksi. Geran dikeluarkan dan butir-butir dalam geran telah ditukar sungguhpun tidak ada perubahan yang sebenar dibuat. Hinggakan kita peguam, apabila membuat suatu carian rasmi. Carian rasmi menunjukkan sesuatu tuan punya tanah itu adalah sekian-sekian orang, tetapi sebenarnya itu bukan tuan punya sebenar. Jadi sudah berlakunya beberapa kes keadaan di sini di mana di dalam Dewan Undangan Negeri, saya pun sudah bangkitkan supaya sistem e-Tanah Perak, dengan izin, is separated from the main system. Difahamkan pada masa tersebut apa yang berlaku ialah pegawai-pegawai kerajaan negeri telah pun pergi untuk training yang secara menyeluruh untuk seluruh negara. Difahamkan kod untuk memasuki rekod tanah negeri Perak ini pun boleh diketahui oleh orang luar. Jadi apa yang berlaku yang diusik data dalam rekod tanah negeri Perak ini kemungkinan besar dibuat oleh orang luar. Dalam satu kes yang lain di mana saya sebagai seorang peguam telah menerima satu geran dikatakan kerajaan negeri sudah anugerahkan satu tanah lebih 700 ekar, pun pihak bank sudah memberikan kelulusan untuk pinjaman dibuat. Daripada carian rasmi yang saya buat memang tanah itu dikatakan hak milik orang yang hendak jual tanah itu. Apa yang saya hendak mohon penjelasan daripada Menteri ialah memandangkan ini satu pelaksanaan yang akan dilaksanakan oleh kementerian iaitu akan menjadi satu pelaksanaan menyeluruh untuk seluruh negara. Apakah langkah-langkah yang kita patut ambil supaya keadaan yang sedemikian tidak berulang lagi. Ini kerana ramai telah- kelulusan ratusan ribu ada yang juta-juta ringgit dan juga ada kes-kes di mana pindah milik dibuat tanpa pengetahuan tuan punya tanah berkenaan.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama tadi hampir sama jugalah soalan serangan kepada sistem e-Tanah itu sendiri oleh pihak, apa dipanggil itu hack into the system itu. Jadi itu yang pertama. Sebenarnya apa Yang Berhormat bangkitkan itu pun cerita yang samalah. Akan tetapi yang saya di Perak itu sebenarnya kita belum ada melaksanakan sistem kementerian- program kementerian punya e-Tanah. Bahkan saya tidak mengetahui apa yang berlaku di negeri Perak. Sebabnya apa yang saya ketahui ialah yang kita laksanakan adalah di Pulau Pinang. Pada pengetahuan saya selama perjumpaan saya dengan pihak berkuasa di Pulau Pinang dua atau tiga kali tidak ada masalah berlaku di Pulau Pinang dan kita telah melaksanakan di Melaka dan kita menunggu keputusan untuk melaksanakan di Negeri Sembilan. Akan tetapi kita telah mendapat konsesi secara bekerja bersama iaitu PFI dengan syarikat-syarikat tertentu untuk melaksanakan baki negeri-negeri lain itu iaitu sembilan lagi negeri dan Wilayah Persekutuan, makna 10 lagi sistem lain kita akan masuk dalam e-Tanah ini. Jadi kita akan ambil kita Yang Berhormat apa Yang Berhormat sebut itu, macam mana kita boleh establish dia punya security system menghalang daripada dimasuki ataupun dicerobohi oleh pihak-pihak lain dalam sistem.
Memang kalau kita lihat, Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap sistem komputer ini memang dia ada possibility kena ganggu gugat oleh pihak itu dan pihak kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri ada mewujudkan sistem komputer security iaitu CyberSecurity untuk melihat semua sistem-sistem kerajaan itu terjaga oleh pihak kerajaan. Saya belum mengetahui oleh sebab dahulu masa saya dalam KDN, saya memang dekat dengan pihak sistem CyberSecurity ini tetapi oleh sebab sekarang perkara kita banyak belum lagi yang saya lihat ada kena mengena. Akan tetapi walau bagaimanapun pada ketika itu pihak CyberSecurity ini memberitahu kepada saya bahawa tiap-tiap agensi kerajaan, tiap-tiap kementerian mesti strengthen dia punya CyberSecurity ini dan link-up dengan Jabatan Perdana Menteri untuk menghalang kemasukan dengan apa sahaja sistem sama ada firewall dan sebagainya menghalang sistem kita kena hack dan kena ceroboh oleh pihak-pihak lain sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas, memang amat serius kalau tanah kita boleh dijual oleh orang lain, ditukar nama dan sebagainya.
Jadi kita akan mengambil kira perkara ini dalam kita melaksanakan sistem e- Tanah ini. Akan tetapi pada masa sekarang sistem e-Tanah di bawah kementerian ini hanya dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, di Melaka dan baru diperkenalkan di Negeri Sembilan dan belum lagi full system di implemented. Jadi soalan yang dibangkit, kenapa negeri tidak menerima sistem e-Tanah ini? Sebenarnya begini Tuan Yang di-Pertua, the cost of implementing, the cost of sustaining, the cost of management, the cost of reviewing kita punya kepakaran dan the cost of maintaining kita punya pegawai, ini yang kadang-kadang pihak negeri tidak mahu ambil alih. Itulah sebabnya mengapa apabila kita melaksanakan di Pulau Pinang tu, walaupun sistem itu memang berjalan dengan lancar dan baik di Pulau Pinang itu dan kita lihat benda itu memang walaupun experimental system tetapi dia memberi banyak kebaikan kepada kerajaan Pulau Pinang. Akan tetapi masalahnya ialah kosnya itu, Pulau Pinang hendak kita continue to maintain it, Pulau Pinang tidak hendak ambil alih. Sebenarnya dulu konsepnya, kita laksanakan sistem ini lepas itu kita serah bulat- bulat kepada Pulau Pinang, Pulau Pinang take over. Pegawai dia, gaji dia, semua dia. Akan tetapi bila dia they got to pay for gaji, they create pegawai, expertise, trainings semua sekali dan upgrading lagi kepada sistem ini, itu dah “Allah”. Itulah sebabnya sekarang kita tidak mahu lagi secara itu, kita gunakan PFI system untuk sembilan negeri. Saya telah memberitahu memberi arahan kepada kementerian saya supaya the possibility of taking over the negeri itu tadi, negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka diletak di bawah bersama dengan PFI ini supaya dia satu sistem sahaja dan tidak ada lagi negeri bimbang yang kita nak serah dia nak take over, bayar kos dan sebagainya. Biarlah di bawah Kerajaan Pusat, biarlah di bawah kementerian ini. Biarlah kita yang mengendalikannya dan di bawah satu sistem dan keselamatan cyber itu nanti kita akan bincang terus dengan pihak CyberSecurity di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi masalah yang sebagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi.
Boleh, Yang Berhormat Menteri? Lagi satu perkara yang e-Pendaftaran. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Memang Perak sudah pun mengamalkan e-Transaction tetapi mungkin bukan yang dinyatakan oleh Menteri. Sekarang masalah selain daripada yang saya nyatakan timbul ini, ada lagi satu masalah yang timbul ialah memandangkan sistem pendaftaran dan pengeluaran geran itu, dulu kita ada RDT atau Register Document of Title dan juga geran yang dipegang oleh tuan punya tanah IDT atau Issue Document of Title. Masalah akan timbul di mana the original and the duplicate, the duplicate is also original kerana ia elektronik. Jadi juga diharapkan pihak kerajaan akan re-study National Land Code kalau digunakan sistem baharu kerana untuk ganti IDT itu prosesnya sangat very troublesome dan juga mungkin boleh dipermudahkan. Berlaku juga beberapa kes di mana tuan punya tanah ambil balik dikatakan RDT tetapi dokumen sama dengan IDT hanya tak tahu yang mana code, mana dokumen itu, kita tidak boleh tahu yang mana RDT dan IDT. Dulu kalau sistem manual, RDT itu tetap di pejabat tanah ataupun PTG ia tidak perlu dikeluarkan, hanya dokumen yang tuan punya tanah itu bawa balik. Akan tetapi sekarang ini setiap kali ada transaksi dokumen baharu atau geran baharu akan dikeluarkan. So it is a replacement piece. Itu cara yang berlaku di Perak. Jadi, harap masalah ini dapat diselesaikan kerana kalau tersilap ambil RDT oleh tuan punya tanah, transaksi tidak akan dibenarkan. Kemudian mereka akan diminta pergi ke mahkamah untuk membuat satu pengisytiharan mana perginya IDT, tuan punya tanah kata IDT itu dengan pejabat tanah. Jadi masalah timbul dan cara ini menyebabkan banyak masalah dan saya harap isu original and non original, duplicate itu boleh diselesaikan kerana masa depan isu original or duplicate itu mungkin tidak jadi satu isu lagi kerana setiap dokumen itu adalah original. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Daripada pihak pengamal undang-undang perkara macam ini memang realistiklah dibangkitkan. Saya berterima kasih, Yang Berhormat. Pegawai di belakang sana dia akan take note. Akan tetapi dalam sistem kita ini di Pulau Pinang itu belum lagi kita menerima maklum balas mengatakan apakah masalahnya, sama ada masalah sebegini bangkit di Pulau Pinang ataupun tidak. Kenapa full implementation e-Tanah ialah hanya di Pulau Pinang sahaja dan di Melaka.
Jadi Melaka pun belum the whole system lagi dilaksanakan. Jadi hanya di Pulau Pinang, ya. Jadi kita belum lagi menerima maklum balas dari Pulau Pinang mengatakan bahawa ada tak dia punya masalah original dan duplicate itu tetapi walau bagaimanapun kita will take note apa Yang Berhormat sebut itu dan saya ucap terima kasih Yang Berhormat. This is a good input daripada pengamal undang-undang. Pihak kementerian boleh menampung perkara ini dalam pindahan ubahsuaian yang boleh dibuat dalam Jadual Keenam Belas Kanun Tanah Negara melalui kuasa Menteri. Jadi mengikut kata jawapan daripada pegawai di belakang sana, kita akan ubahkan kita punya peraturan dan supaya sistem pengkomputeran Yang Berhormat sebut di Perak itu diguna pakai yang mungkin ada kesamaan dengan e-Tanah yang kita laksanakan di Pulau Pinang dan juga di Melaka dan bakal kita perluaskan ke seluruh negara ini nanti, kita akan ubah jadual ini sedikit dan kita akan memberi perbezaan di antara original dan duplicate itu. Memang Yang Berhormat, soalan duplicate original ini kalau- memang mudah sekali. Dia keluar pun rupa dia sama tetapi ada disebut duplicate, dia letak tu duplicate. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu keempat ialah soalan dibangkitkan ialah berhubung peletakan petak strata yang meninggal dunia tanpa waris yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena yang duduk di sana, dia ada bangkit. Soalan khusus Yang Berhormat. Tak payah berdiri duduk dulu ya, saya belum habis lagi ni. Dalam konteks ini peletakan petak strata kepada pihak berkuasa dinamakan pihak berkuasa negeri telah diperluaskan oleh pindaan seksyen 46A dan seksyen 351. Seksyen 46A jelas memperuntukkan bahawa perkembalian tanah hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa negeri. Hal ini kerana Amanah Raya Berhad tidak berada dalam konteks tersebut. Seksyen ini jelas menyatakan bahawa yang bahagian yang tidak dipecah atas tanah dengan izin, undivided share in the land akan terletak hak kepada statutory authority bagi pihak berkuasa negeri. Oleh itu, skop ini diperluaskan lagi menampungkan petak strata disebabkan petak strata tidak boleh terletak hak kepada pihak berkuasa negeri kerana terdapat hak pihak lain yang terdapat seperti ahli perbadanan pengurusan yang lain. Namun bagi pemilik petak strata yang beragama Islam, perkembalian hendaklah selaras dengan seksyen 351(6) di mana tertakluk kepada undang-undang bertulis tentang Baitulmal.
Isu kelima, yang dibangkit adalah berhubung tanah bawah tanah yang dibangkit oleh Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Pokok Sena juga. Walaupun sikit, banyak jawapan Yang Berhormat Pokok Sena ini. Seperti mana yang telah saya jelaskan dalam sesi pembentangan semalam, seksyen 92D hanya terpakai kepada tuan punya tanah yang had kedalamannya tidak dinyatakan. Tidak berbangkit tentang persoalan yang dicadangkan ini bertentangan dengan hak yang dijamin di bawah Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan. Ini sebab permohonan untuk menggunakan tanah bagi kegunaan lain dengan izin, independent and unrelated to any use, lawful use to which the surface of alienated land ataupun pengeluaran hak milik berasingan hanya boleh dibuat oleh tuan punya tanah itu sendiri. Isu keenam dibangkit adalah berhubung tanah wakaf yang dibangkit oleh Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Seperti juga tanah wakaf juga terletak di bawah bidang kuasa negeri. Perkara ini terletak di bawah urusan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan diperjelaskan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Enakmen Wakaf Negeri. Hanya perkara yang melibatkan peletakan tanah wakaf yang akan mengguna pakai peruntukan bawah Kanun Tanah Negara. Di samping itu, seperti diperjelaskan dalam seksyen 4 Kanun Tanah Negara, apabila peruntukan undang-undang tentang wakaf akan mengatasi peruntukan umum dalam kanun ini. Maknanya kalau letak wakaf itu, pergi balik kepada wakaf Yang Berhormat. Maknanya undang-undang ini dapat diatasi oleh Kanun Wakaf itu sendiri. Kanun Wakaf itu lebih tinggi daripada undang-undang ini dalam persoalan peletakan harta wakaf. Saya difahamkan bahawa pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji telah mengadakan perbincangan untuk menambah baik enakmen ini dan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di bawah kementerian saya memainkan peranan aktif dalam perbincangan yang telah diadakan.
Isu ketujuh dibangkit adalah berhubung tanah Orang Asli yang dibangkit oleh Yang Berhormat Lipis dan Gerik. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan prihatin dengan isu tanah Orang Asli yang meliputi kawasan rizab hutan yang diduduki oleh Orang Asli, kementerian mengambil maklum bahawa terdapat keadaan di mana permohonan oleh Orang Asli mendapatkan hak ke atas tanah yang telah didiami oleh mereka sejak sekian lama. Berdasarkan dengan izin landmark case, berhubung dengan hak Orang Asli atas tanah iaitu kes Kerajaan Negeri Johor lawan Adong Kuwau. Mahkamah telah mengiktiraf hak Orang Asli atas tanah adat dan wujud bersama dengannya Akta Orang Asli 1954 di mana mahkamah memutuskan ia tantamount, dengan izin, kepada customary right yang diiktiraf dalam seksyen 4 Kanun Tanah Negara. Dalam mengatasi masalah ini perkara tersebut telah berbangkit dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai hak tanah asal Orang Asli yang mana saya sendiri merupakan ahli dalam jawatankuasa tersebut. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 7 April 2016. Sebenarnya Yang Berhormat, mesyuarat yang ditubuh di bawah Jemaah Menteri ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang saya sendiri jadi ahli. Jemaah Menteri jawatankuasa tersebut telah meminta supaya kita mengkaji the system yang diperkenalkan di Sarawak iaitu berhubung dengan tanah adat. Soalan sama ada tanah adat kepunyaan Orang Asli ini boleh disukat dan sejauh mana ia disukat? Itu yang pertama. Kedua, untuk melihat tanah rayau, macam mana untuk preserve tanah rayau yang diguna pakai oleh pihak Orang Asli untuk mereka merayau dan hunting dengan gathering aktiviti. Dalam keadaan sedemikian kita masih memperbaiki di bawah jawatankuasa tersebut bagaimana boleh kita merealisasikan kehendak Orang Asli sedemikian rupa supaya mereka tidak kehilangan tanah adat mereka dan juga tanah rayau mereka. Dalam masa yang sama macam mana tanah rayau ini tidak akan disalah guna oleh pihak yang tertentu sebagaimana Yang Berhormat banyak membangkitkan semalam. Kadang-kadang dia kata ini tanah dia, ini tanah rayau dia dan sebagainya, akhirnya tauke besar-besar yang masuk ke sana nanti mengguna pakai bahkan Orang Asli tidak dapat apa-apa, tauke besar jadi kaya-raya. Jadi ini juga kita akan perlihatkan dan dibangkit dalam jawatankuasa tersebut yang pihak Timbalan Perdana Menteri amat peka dengan perkara ini. Saya sendiri telah diarahkan untuk mengkaji dan melihat perundangan dan sistem diguna pakai di Sarawak, yang mana tanah rayau di kawasan Sarawak itu diisytiharkan sebagai satu-satu tempat jagaan yang tidak boleh diganggu-gugat dan tidak boleh ditukar kepada perladangan dan pembalakan dan untuk tanah rayau pihak-pihak orang bumiputera di Sarawak. Namun kalau kita bercakap soalan bumiputera di Sarawak Yang Berhormat, kena jaga-jaga sikit sebab tanah Sarawak itu ada tanah mid zone, tanah bumiputera dan tanah native customary right. Jadi jangan sebut tanah bumiputera kerana istilah itu adalah tidak betul dan tidak tepat. Jadi kena orang Sarawak sendiri bercakap soalan ini takut kita kesalahan penggunaan istilah. Isu kelapan yang dibangkitkan ialah berhubung lambakan laut dan perkampungan air yang dibangkit oleh Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Labuan. Apa-apa kelulusan berhubung perkara terletak di bawah bidang kuasa mutlak kerajaan negeri, pihak kementerian turut membantu dari sudut pemantauan dan isu alam sekitar melalui, dengan izin, Environmental Impact Assessment. Jadi maknanya Yang Berhormat, barang siapa yang hendak melibat diri dengan soalan penambakan laut ini dia kena satisfied dengan kita punya Environmental Impact Assessment. Itulah kenapa apabila ia berbangkit berhubung dengan penambakan laut di banyak negeri, kementerian sayalah memainkan peranan amat besar untuk mengetahui sama ada tempat itu boleh diterokai atau tidak. Sama ada sudah atau tidak Environmental Impact Assessment (EIA) dibuat? Sama ada Environmental Impact term of reference itu sudah dibuat dengan kementerian atau tidak? Ia ada beberapa peringat sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian. Sebelum kelulusan ini dibuat, pihak proposal ataupun pihak kerajaan negeri tidak boleh sama sekali membenarkan orang-orang masuk ke dalam kawasan itu untuk membina apa sahaja perkara yang ada hubung kait dengan pembangunan yang bakal mereka buat ataupun pembalakan ataupun penambakan laut tersebut. Ini termasuk Labuan Yang Berhormat.
Jadi kalau ini hendak buat penambakan di lautan, Yang Berhormat kenalah satisfied semua requirement ini, berbincang dengan pegawai saya dari Jabatan Alam Sekitar dan juga pihak-pihak yang tertentu dalam kementerian saya supaya mendapat guideline yang sebenar macam mana kita hendak buat. Memang kalau di Pulau Labuan, memang tidak ada soalan United Nations Law of the Sea punya itu tidak ada, memang tidak ada terlibat sebab negara lain amat jauh sekali. Akan tetapi macam di Johor itu kita kena dekat sangat dengan Singapura, jadi undang-undang antarabangsa kena kita observe keperluannya dan di bawah itu ada peruntukan-peruntukan tertentu yang perlu kita guna pakai dan kita ambil perhatian yang serius kerana kita party to the convention. Isu kesembilan yang disentuh oleh Yang Berhormat Sik adalah berhubung dengan penyampaian notis. Suka saya menambah di sini bahawa penyampaian notis yang dipermudahkan hanyalah melibatkan kemasukan dan pemotongan kaveat persendirian. Dari sudut penyampaian ganti, dengan izin, substitute service ditambah baik untuk memudahkan pendaftaran tanah. Dalam hal ini pelaksanaan penyampaian ganti tidak perlu menunggu sehingga perintah keluar bagi tujuan tersebut. Isu kesepuluh tanah rizab Melayu, dan native land. Ini juga rizab Melayu, native land itu lain istilah di Sarawak itu. Jadi kalau orang Sarawak itu kalau dia mengetahui sebenar Native Customary Right Land dan rizab Melayu di Sarawak itu berbeza dengan rizab Melayu yang disebut dalam Perlembagaan di Semenanjung Malaysia. Isu kesepuluh adalah berkenaan tanah rizab Melayu dan tanah native yang berbangkit oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan lain-lain. Seperti mana sesi penggulungan saya bagi Rang Undang-undang Pengambilan Tanah Pindaan 2016, telah dinyatakan bahawa tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia adalah bertambah sebanyak 30 peratus, Tuan Yang di-Pertua iaitu 1,939,749,549 hektar pada tahun 2003 berbanding dengan tahun 1997.
Maknanya, dari tahun 1997 kalau kita guna pakai fakta pada ketika itu, kepada masa sekarang, rizab Melayu sudah bertambah 30 peratus daripada sebelum ini. Oleh itu, keperluan...
Yang Berhormat Menteri. Bagaimana yang dimaksudkan...
Ya, sila.
Terima kasih. Bagaimana yang dimaksudkan bertambahnya rizab Melayu di Semenanjung 30 peratus sedangkan kita tidak tahu keadaan ini tetapi dikatakan rizab Melayu semakin berkurangan? Fakta mana yang betul ini? Terima kasih.
Terima kasih. Dia begini Yang Berhormat. Kadang-kadang apabila kita membuat penilaian sendiri tanpa merujuk kepada agensi yang mengawal selia, kadang-kadang kita lihat apa yang berlaku berdekatan dengan kita apabila tanah rizab Melayu berdekatan dengan kita- yang kita pandang, yang kita lihat, kita ketahui, diambil oleh pihak kerajaan ataupun pihak-pihak tertentu untuk membangun. Ini yang kita lihat kehilangan tetapi gantiannya di tempat-tempat lain yang dibuat oleh pihak kerajaan. Dalam masa yang sama, mungkin tidak kita ketahui, mungkin juga tidak dimaklumkan kepada pihak masyarakat secara umumnya. Jadi dalam keadaan sedemikian itulah kenapa kita menggunakan butiran yang ada pada kita membandingkan daripada 1997 dengan 2013. Jadi dalam keadaan sedemikian kalau Yang Berhormat berkehendakkan butiran mengikut negeri, saya sudah beri arahan dah, semalam saya beri arahan saya hendak mengetahui butiran mengikut negeri berapa banyak rizab-rizab Melayu tiap-tiap negeri di seluruh Semenanjung. Insya-Allah Yang Berhormat, kalau berminat, saya akan beri arahan susulan supaya butiran ini diberikan perincian dan saya boleh serahkan dengan Yang Berhormat kalau datang pejabat saya minum kopi, minum teh yang mana ada pada saya kalau tidak makan sup kambing. Oleh itu keperluan perundangan cukai tanah tidak boleh didagang, tidak berbangkit. Kementerian saya menjunjung kedudukan tanah rizab Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagi tanah native di Sarawak, Sabah, kementerian ini Yang Berhormat- ini jawapan kepada soalan Yang Berhormat, tadi saya baru dapat dari belakang. Mengurus setiakan Jawatankuasa Pemandu Data Tanah Rizab Melayu yang diwakili oleh semua negeri. Oleh itu, semua data ini diperoleh daripada pihak kerajaan negeri.
[Bangun]
Mana saya berhenti pun tidak tahulah ini. Native di Sabah, Sarawak dan Labuan, tindakan yang diambil adalah berlandaskan ...
Dato’ Sri.
Perjanjian Malaysia 1993 dan sebagaimana yang dijelaskan dalam Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan berhubung tanah native di Sabah dan Sarawak, Labuan adalah berbeza dengan di Semenanjung. Kita menghormati kedudukan undang-undang di Sabah dan di Sarawak berhubung perkara tersebut. Jadi, untuk di Sarawak Yang Berhormat, saya tidak tahu apa yang berlaku di Sabah. Kalau di Sarawak, kerajaan negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah dalam masa empat lima tahun ini melaksanakan satu sistem iaitu Kerajaan Persekutuan mengagihkan sumber kewangan, Tuan Yang di-Pertua kepada kerajaan negeri untuk survey, menyukat- minta maaf Yang Berhormat. Saya habiskan dahulu. Untuk menyukat tanah-tanah adat negeri Sarawak keseluruhannya iaitu dikatakan parameter survey dilaksanakan pada tahun lepas- berapa puluh juta kalau tidak salah saya. Ada permohonan baru untuk tahun 2016, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan lagi sumbangan kepada kerajaan negeri untuk berterusan menyukat baki. Saya dimaklumkan ada satu juta lebih ekar lagi tanah native customary right land yang belum lagi dibuat parameter survey di seluruh Sarawak yang hendak kita buat parameter survey supaya mengenal pasti tanah-tanah reserve ini dan yang native di Sarawak tidak akan kehilangan tanah rizab ini. Negeri Sarawak memang berterusan membuat perkara tersebut sebagai satu sistem supaya ...
[Bangun]
Pihak-pihak native Sarawak itu tidak akan kehilangan tanah native customary right mereka.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.
[Bangun]
Yang Berhormat Beruas pun bangun.
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Ringkas sahaja Yang Berhormat ya.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa Yang Berhormat Sik berhujah, saya pun sudah lontarkan satu pandangan iaitu dalam melindungi orang Melayu, Malay reserve land begitu juga dengan orang native Sabah dan Sarawak, NCR land. Kita pun sudah banyak kali bangkitkan bahawa dengan izin, melindungi mereka ini is a double-edged sword, apabila tanah-tanah tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu untuk NCR land mungkin bukan native, tanah berkenaan tidak boleh dibangunkan untuk dijual kepada pasaran yang lebih luas. Oleh yang demikian, it is a formula for failure. Sesiapa orang Melayu ataupun orang native hendak memajukan tanah mereka menjadikan satu projek perumahan ataupun komersial, is a disaster kerana marketnya limited dan juga saya hendak katakan bahawa tanah reserve Melayu ini kadang-kadang memiskinkan orang-orang Melayu atau native in that case or memiskinkan orang-orang native kerana tanah mereka akan hanya mungkin setengah nilai orang bukan Melayu ataupun native.
Jadi, saya katakan bahawa enakmen rizab Melayu ini di Malaysia ini sudah lebih 100 tahun. Pada hemat saya, ramai orang Melayu ini sekarang ini memang sudah compete, ramai yang graduan-graduan dan mereka berkeupayaan untuk melindungi kepentingan sendiri. Mungkin 100 tahun yang lepas mereka perlu dilindungi. Jadi, apakah pandangan pihak kerajaan kalau kita boleh keluar daripada minda race ini, bangsa ini dan melihatnya sebagai satu isu ekonomik ataupun komersial iaitu saya sebelum cadangkan tadi kalau saya bukan Melayu ...
Ya, saya sudah faham Yang Berhormat.
Ya. Sudi....
[Bangun]
...membida berapa pun jumlah untuk orang Melayu pun- kalau asal saya untung sedikit, saya sudi.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi, apakah pandangan pihak kerajaan boleh?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua perkara yang saya hendak sentuh di sini, kalau boleh Menteri berikan penjelasan. Sebenarnya, pandangan contoh tadi daripada Yang Berhormat Beruas itu, economic viability ini bergantung kepada purchasing power. Kalau kerajaan secara keseluruhannya membangunkan kepentingan rakyat, TVET, kemahiran tinggi, gaji besar, maka, kemampuan hendak beli itu akan ada. Jadi tidak timbul sebenarnya isu kita mengetepikan orang Melayu kalau rizab Melayu ini satu pandangan yang mungkin tepat pada ketika ini tetapi kita kena tengok overall view, overarching view, pandangan yang lebih holistik. Akan tetapi, pendekatan untuk mengadakan reserve Melayu ini supaya ada pemeliharaan atau- dalam masa yang sama, kita menggalakkan pembangunan yang mapan oleh- yang commercial viable. Tiada terganggu. Kalau misalnya tidak ada reserve ini, akan menyebabkan satu disparity yang besar jangka masa panjang dan ini akan buruk kepada negara yang multicultural macam kita. Bukan masalah racist sangat. Ini masalah hendak membantu supaya kita ada keseimbangan yang lebih. Ini mekanisme keseimbangan sebenarnya. Jadi, pada saya, adalah pandangan yang bersifat jangka pendek, jangka medium dan panjang. Itu sebabnya kalau ada program sebegini diadakan dan yang penting pandangan dalam konteks Malaysia, ia amat berjaya walaupun tidak mencapai kesempurnaan seluruh. Kedua, Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya, tadi sentuh pasal NCR land ataupun kita buat demarcation ataupun buat parameter surveyor, saya ingat ini amat bertepatan, kerajaan sudah buat, saya ucapkan tahniah. Cuma saya minta kalau boleh ditambah lagi. Sebabnya Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya baru-baru ini pergi ke Paris, Brussel bersama-sama dengan arwah sahabat, MP Kuala Kangsar saya ini yang saya masih lagi kesedihan sebab the last 10 days of his life, lapan hari saya bersama dia. Jadi saya amat terasa sedih sampai hari ini, tetapi- kita doakan supaya rohnya mendapat keberkatan dan juga kepada sahabat saya KSU, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, seorang yang baik dan banyak berjasa kepada negara. Akan tetapi yang pokoknya yang saya hendak sebut di sini, mereka iaitu European Countries, mula menggaris panduankan perkara-perkara yang boleh menyusahkan kita. Contohnya deforestation, kononnya sustainability. Kita pun baru-baru ini ada signed tahun lepas Sustainability Development Goals 2030, yang mana kerajaan negara kita untuk bersaing di peringkat antarabangsa tidak dapat tidak kita mesti seiring dengan gerak kerja peringkat dunia, dengan international architecture dalam sustainability kemampanan tadi. Jadi, saya hendak cadangkan supaya dalam Kanun Tanah ini kita kena giatkan lagi Yang Berhormat Menteri, buat demarcation, buat peripheral surveyor supaya tanah- tanah tadi dapat kita buat penandaan yang jelas supaya rakyat tidak slash and burn, supaya rakyat tidak merosakkan alam sekitar dalam pembangunan yang bersifat sementara– setempat dan sementara.
Kalau kita ada agensi-agensi, contoh kita ada FELDA, FELCRA, RISDA, Regional Development Authority macam KEJORA, SALCRA dan sebagainya, ini sebenarnya banyak membantu kita menangani, menguruskan tanah dengan lebih baik lagi. Itu sebab kita tidak ada kes slash and burn macam di Indonesia, kita ingat smallholders di Malaysia 500,000 lebih, di Indonesia 4 juta households. Jadi, kalau kita melihat satu pendekatan yang holistik, saya minta kepada kementerian supaya kita banyakkan lagi- beri demarcation atau peripheral surveyor ini supaya rakyat lebih jelas dekat mana dia boleh buat, dekat mana dia tidak boleh buat, dekat mana kawasan peat, dekat mana kawasan yang sensitif, dekat mana kawasan pemuliharaan. Saya sudah sebut tadi bersama kawan-kawan kita, kalau kita tidak ada enforcement yang kuat kita juga akan masalah. Enforcement pun jangan secara setara seluruh negara sebab itu akan mengekang kemampuan kita untuk melakukan enforcement secara efektif pada tempat- tempat hotspots. Kita buat tempat-tempat yang kita concentrate tempat-tempat domestik, kita lupa hotspots contohnya, dengan izin. Jadi, saya minta kalau boleh kementerian pada bajet tahun depan, memberi peruntukan khusus dan fokus kepada keperluan kita memperkasakan kerangka-kerangka enforcement, memperkasakan kerangka-kerangka yang membolehkan kita membuat peripheral survey ini lebih efektif, lebih cepat. Kita ada Agensi Remote Sensing, kita ada teknologi canggih, sekarang kita buat mapping. Saya lihat tidak mustahil kita boleh buat mapping seluruh negara kalau kita betul letakkan keutamaan. Kita biasa tengok syarikat- syarikat swasta buat mapping 200,000 hektar, 300,000 hektar dalam keadaan dua, tiga bulan boleh ada. Teknologi itu sudah ada hari ini dan di tambah pula Agensi Remote Sensing kita kena buat. Dengan cara ini, kita dapat early warning system, kita dapat amaran awal. Kita dapat rancang dengan lebih baik lagi dan kita boleh letak resources pada tempat-tempat yang sesuai. Pada masa yang sama, kita sampai mesej kepada orang luar sana. Saya sentuh sedikit, minta maaf, pada tahun 1980-an kita sibuk dengan Summit di Rio, Malaysia salah satu signatory. Lepas itu, tengok-tengok Menteri, Amerika pun tidak rectify. Kita dipaksa buat 50 peratus minimum forest cover dalam Malaysia. Saya bangga, baru-baru ini saya pergi Belgium, saya kata kita punya forest cover more than 54 peratus, saya dengar latest mungkin sudah bertambah. Itu tidak termasuk 17 peratus forest cover ataupun 8.6 million hectares yang kita tanam hijau dengan kelapa sawit, yield per hectares sawit ini one of the highest in the world. Tanaman yang paling dekat dengan palm oil ialah rapeseed oil, ia menggunakan sepuluh kali ganda kawasan lebih besar untuk menghasilkan satu tan minyak yang sama. Jadi maknanya, di sini kalau kita lihat dari segi perancangan kita, pelaksanaan kita, ia amat mampan. Cuma kita kena beri fokus kepada area yang hotspots tadi. Contohnya, kawasan NCR umpamanya. Dengan ini kita dapat buat perancangan yang lebih baik. Sebelum saya tutup ini Menteri, saya tadi ada terfikir tentang apa Yang Berhormat Beruas cakap, saya tidak setujulah. Oleh sebab itu satu pandangan yang short term, kita kena lihat dari segi holistik. Sebenarnya, sampai masa bila kesemua rakyat mempunyai daya saing yang baik, tidak timbul sama ada kawasan reserve Melayu atau tidak dari segi kemampuan. Dari segi kuota itu, mungkin itu yang kita pernah janji dulu dan kita ikutlah. Itu kestabilan kita. Akan tetapi jangan kita usik, ini akan jadi isu lebih banyak. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Menteri dan kalau boleh beri respons kepada cadangan saya tadi. Terima kasih.
Menteri, Kota Raja.
Hendak beri Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat ?
Kota Raja. Sikit mengenai NCR.
Begini, sebelum saya memberi laluan Yang Berhormat, saya mintalah jangan berucaplah Yang Berhormat. Saya mohonlah dalam peraturan kita pun menyatakan soal Menteri jangan berucap pada ketika ini sebabnya ambiguity ataupun ketidakjelasan itu ditanya, boleh ditanya tapi jangan berucap, kalau berucap, panjanglah Yang Berhormat.
Insya-Allah saya tidak berucap, saya hendak bertanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Mengenai NCR land ini memang kita mungkin tidak banyak mengetahui tapi baru-baru ini peluang dalam PRK kita juga ke Sarawak. Jadi, ada beberapa feedback, maklum balas yang diberi oleh indigenous people, terutamanya orang Iban. Masalah NCR land ini kata mereka, ini betul kah tidak betul, mereka kata Yang Berhormat, tolong bawa ke Parlimen masalah ini. NCR land yang mereka duduki agak lama, berpuluh-puluh tahun, beratus tahun mungkin, kini oleh kerana pembesaran, extension, terutamanya sektor kelapa sawit. Maka, tanah-tanah yang mereka duduki itu kelilingnya di ambil ataupun diberi kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit. Jadi, persoalannya ialah mereka kata patutnya ada leasing, kononnya ada leasing antara NCR dengan government. Akan tetapi bila kita boleh dapat balik? Kalau pajakannya enam tahun, apakah yang boleh menjamin kita dapat balik tanah kita, kata dia. Kemudian, kami yang dulu mengusahakan tanah di sekeliling rumah panjang-rumah panjang ini sekarang ini kami terpaksa bekerja di tempat lain. Oleh sebab tanah yang biasa kami bercucuk tanam telah diambil oleh kerajaan dan berikan kepada pihak swasta. Itu soalan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, sebelum saya jawab soalan Native Customary Rights Land di Sarawak, biar saya khususnya kepada persoalan yang dibangkitkan oleh satu Yang Berhormat Beruas, yang kedua tadi Yang Berhormat daripada...
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Kota Tinggi, tidak ada gegaran Yang Berhormat di Kota Tinggi itu?
Adalah sikit-sikit.
Sikit-sikit ya. Okey, terima kasih. Pertama, soalan tanah rizab Melayu ini sebenarnya Yang Berhormat Beruas, it is a special case pasal tanah, memang special. So special, ia dibangkit dalam perbincangan sebelum kita menandatangani satu agreement yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dengan Raja-Raja Inggeris dulu, kalau saya tidak salah saya King George V dulu sebelum agreement of the 5th August 1957 ditandatangani. Sebenarnya, kalau Yang Berhormat baca dalam buku saya, saya kata, we should celebrate this 5th of August 1957, because it is so special and that is the day when the Sultan of Tanah Melayu gave all the freedom for the people of Malaysia untuk mentadbir negara mereka sendiri dengan suara rakyat dan menubuhkan sistem berperlembagaan Parlimen ini. Jadi, 5 Ogos pada saya is one of the most critical date dalam sejarah Melayu sebenarnya. Akan tetapi banyak orang tidak mengetahui date ini tapi saya tulis dalam buku saya, it is a special day. That is the date the Sultan yang mewarisi hak dan kuasa mutlak mereka, diserah kepada rakyat. Kalau hendak baca lagi artikel saya yang dimasuk dalam satu jurnal Komanwel dan yang telah dipersembahkan kepada Queen Elizabeth of England pada 2010, menuliskan cerita 5 Ogos ini. Jadi, ia so special pada saya dan pada orang yang mengetahui latar belakang the Absolute Monarchy, transformed jadi Raja Berperlembagaan, Constitutional Monarchy. Jadi, pada ketika itu ditandatangani, sebelum itu di bincang dulu soal Tanah Melayu, Tanah Rizab Melayu ini. Di mana di masuk dalam perlembagaan agreement tersebut dan sudah di masuk dalam agreement itu, direalisasikan dan dimaktubkan di dalam perlembagaan. Jadi, kita tidak boleh menganiaya semangat dan letters, the spirit and letter of perlembagaan, the spirit dan letter of perjanjian di antara Sultan-sultan Tanah Melayu dengan Raja itu sebelum kemerdekaan tersebut, sebelum perlembagaan kita diguna pakai. Jadi, dalam keadaan sedemikian kalau kita hendak mengabaikan rizab Melayu di Semenanjung ini, kita kena balik kepada pihak asal, kepada Raja-Raja Melayu dan kita pinda ke perlembagaan. Kalau diluluskan oleh Parlimen, baru boleh dibuat dengan syarat Majlis Raja-Raja bersetuju. Kalau tidak, minta maaf Yang Berhormat. Walaupun apa economic argument you have behind it, that’s it [Ketawa]
Jadi yang kedua, soalan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi lagi soalan yang berhubung dengan pemetaan dan seluruhnya. Sebenarnya ingat kita boleh bangkit perkara ini balik dalam Majlis Jawatankuasa oleh Pengerusi Timbalan Perdana Menteri. Insya-Allah saya akan bawa perkara ini ke dalam Majlis itu untuk meminta macam mana boleh kita buat survey iaitu tanah-tanah Orang Asli di Semenanjung sebagaimana yang telah dibuat oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bersama di Sarawak. Ini telah hampir tamat dilaksanakan dari sudut pulangan ekonomi di Sarawak konsep Yang Berhormat Beruas. Native ini berhak untuk bekerjasama dengan pihak khususnya dengan pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) bekerjasama untuk membangunkan tanah native yang telah disurvey ini diserah dengan SALCRA dan tanah itu tidak diberikan kepada SALCRA hanya diguna pakai oleh SALCRA. Tanah itu continue to be their own land. Masih. Akan tetapi SALCRA akan buat itu dengan agreement yang tertentu untuk beberapa tahun yang tertentu dan pulangan secara dividen dibayar kepada native ini, tanah itu masih kepunyaan mereka. Pada satu ketika nanti akan boleh dikembalikan kepada mereka. Dia boleh mendatangkan endowment economic return. Jadi mana konsep sedemikian rupa konsep sebagaimana yang dibuat oleh FELDA masih boleh dilaksanakan dengan native land ataupun tanah Orang Asli di Semenanjung. Terakhir daripada Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat macam inilah. Secara ringkas kalau panjang cerita itu saya boleh buat syarahan. Saya ini bukanlah kata pakar tetapi very mengetahui soalan native keistimewaan. I wanted to write a book on this, buat PhD dulu. Akan tetapi lepas itu saya berhenti setengah jalan. Bukan tidak mampu, masa tidak ada. Jadi sebenarnya buku itu sudah ada. Saya tulis berhubung dengan Native Customary Rights Land ini. Lepas itu Jessie Fong write satu buku iaitu bekas AG Sarawak berhubung dengan Native Customary Right Land. Secara ringkasnya begini, banyak tuntutan yang dibuat di negeri Sarawak adalah tuntutan native yang betul. Akan tetapi ada juga tuntutan-tuntutan ini tidak selaras dengan undang-undang. Oleh sebab undang-undang Native Customary Rights Land ini ada satu enakmen yang diluluskan pada tahun 1955 yang mengatakan semenjak bulan Oktober 1955 no more Native Customary Rights Land is to be created either menerusi cultivation settlement ataupun pembinaan raya dan sebagainya. Maknanya tiada lagi selepas itu. Akan tetapi Native Customary Rights Land wujud before that is recognized oleh undang-undang dalam Perlembagaan Negeri Sarawak. Jadi ini yang di survey menerusi survey celestial mapping dan sebagainya itu dibuat oleh orang Negeri Sarawak yang mengenal pasti hampir dua juta ekar sekarang, sejuta lebih ekar sudah di survey, tinggal satu juta. Kalau tidak salah saya, saya harap kurang lebih 1.3 million ekar lagi belum habis disurvey. Akan tetapi memang betul apa Yang Berhormat sebut itu, memang betul. Ada kadang-kadangnya apabila pihak kerajaan memberi tanah untuk pihak perladangan dia miss out sebab mapping itu tidak ada, belum cukup lagi, belum siap lagi. Survey belum siap lagi itu. Jadi tidak ada dalam map dia. Bila diberi kepada pihak perladangan ini, pihak perladangan ini termasuklah tanah-tanah yang dituntut oleh pihak-pihak native ini yang termasuk dalam perladangan. Akan tetapi apa yang kerajaan negeri buat adalah supaya meminta pihak perladangan ini, don’t use your strong arm dealing dengan native ini sebab dia ada hak. Itu hak dia. Macam mana- saya pernah sebut di Rumah Panjang di kawasan kampung macam mana boleh di belakang rumah saya diberi lesen untuk perladangan dan kepunyaan sendirian Wahab mana saya tidak tahu. Padahal tok nenek saya sudah settle di sana beberapa kurun, bukan tahun, beberapa kurun. Memang hak dia. Jadi inilah sebab Kerajaan Negeri Sarawak hendak do the mapping properly. Sukatan dan dengan Kerajaan Pusat yang memberi sumber kewangan untuk survey ini dicompletekan secepat mungkin. Akan tetapi proses survey ini payah sikit sebab kita hendak interview, tiap-tiap orang dia kena interview. Dalam masa yang sama Yang Berhormat, saya terdapat seorang membuat tuntutan. Dia hantar surat kepada saya tebal macam ini. Saya baca budak itu umur baru 50 tahun semasa dia hantar surat kepada saya, memo. Bila sudah periksa dia buat tuntutan tanah dari Belaga, Yang Berhormat tahu Belaga bukan. Dari Belaga sampai ke Tatau. Right across kalau hendak berjalan kaki 10 tahun pun tidak sampai.
Jadi saya tanya dengan dia macam mana dia boleh tuntut ini? Tok nenek dia yang punya kata dia. Jadi saya pun tidak boleh terima benda macam itu. Jangan lagi kerajaan negeri, memang saya tidak boleh terima. Jadi saya kata minta maaf I cannot bring this matter up to the authority oleh sebab dia begitu tidak boleh terima saya. Dia kata Tatau itu dia kata bahasa Penan kata dia. Itulah kami dulu migrate daripada Belaga sampai ke Penan the whole area maybe million of hectares of land itu sepanjang itu besar lagi daripada RASCOM kepunyaan keluarga dia. Jadi saya kata minta maaf you carilah orang yang bijak lagi untuk membuat tuntutan. Akan tetapi pada saya tidak boleh menerima perkara ini. Jadi inilah keadaannya di Sarawak. Itulah sebagai mapping ini survey ini amat penting dilaksanakan supaya tiap-tiap native yang berhak dapat tanah adat mereka diberi tanah adat mereka tidak boleh didisputekan lagi. Bila survey itu dibuat, dia punya geran dibuat kepada komuniti tersebut dan subdivided kepada individu itu akan dibuat selepas itu nanti berlandaskan kemampuan pihak-pihak ini, kemahuan pihak ini. Oleh sebabnya dia sudah tanya Yang Berhormat di mana border tanah you dengan tanah si Samad sebelah? Itu pokok rambai itu. Lepas itu pokok durian sebelah itu. Itu batu itu. Saya tidak tahu mana batu itu lagi. Jadi ini kadang-kadang menyusahkan keadaan survey ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua panjang cerita saya berhubung dengan Native Customary Rights Land Sarawak. Jadi balik kepada saya cerita tadi selain daripada itu Yang Berhormat Sik membangkitkan cadangan supaya undang-undang Persekutuan diselaraskan peraturan-peraturan ini berhubung kaum minoriti contohnya seperti orang Siam supaya masalah mereka dapat diselesaikan. Cadangan ini adalah di bawah bidang kuasa negeri. Sebarang pindaan berhubung perkara ini hendaklah dibuat dan dibincangkan di peringkat negeri yang terlibat. Kementerian saya boleh membuat penyelarasan berhubung perkara ini di Majlis Tanah Negara. Yang Berhormat Sepanggar...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.
Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya tukang mendengar sahaja hari ini. Akan tetapi saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan menunjukkan satu kesungguhan yang cukup amat tinggi sekali dalam meminda undang-undang ini. Walaupun terakhir sekali kita meminda pada tahun 2008 bagi menambah baikkan tetapi yang paling kita seronok dengar bukan sahaja Yang Berhormat Menteri mempunyai kepakaran dan pengalaman akan dapat menyingkap semula sejarah kita, Perlembagaan Negara yang tertera cukup terang sekali dalam Perlembagaan tahun 1989. Terima kasih. Jadi apa yang saya hendak sebutkan di sini tentang jumlah tanah rizab Melayu tadi yang kita boleh kata bertambah. Adakah pertambahan kita diambil kira tentang tanah- tanah FELDA. Apa yang terjadi pada ketika Yang Berhormat Menteri seperkara lagi, kerajaan-kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan yang pada satu ketika mahu melibatkan diri mereka dalam perniagaan membuat pengambilan tanah adat Melayu. Kalau di Melaka dipanggil tanah adat Melayu dimajukan dan diserahkan kepada pemaju-pemaju yang terus menjual tanah-tanah mereka ini ataupun rumah yang dibina ini kepada bukan Melayu. Itu yang pertama. Keduanya, apa jadi sekarang tentang ada kawasan yang terjadi pada ketika ini tanah rizab Melayu diterokai oleh bangsa lain. Adakah Kerajaan Pusat boleh mengambil tindakan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya soalan sejarah itu Yang Berhormat saya minat. Bila kita berminat, kita hendak mengetahui. Itulah apabila saya menulis satu artikel pada 2008, dimasukkan dalam Journal Commonwealth Parliamentary Association punya jurnal, mereka daripada ibu pejabat Komanwel melihat artikel itu. Pada tahun 2010 dia tulis balik pada saya, dia hantar surat kepada saya untuk menulis to propound a little bit longer artikel itu. Jadi itulah saya tulis yang 2008, saya tulis 2,500 perkataan. Lepas itu yang satu lagi dia kata tulis 3,000 patah perkataan. Akan tetapi saya tulis 4,300 patah perkataan. Saya kata kalau you shorten the thing, saya tidak hendak artikel saya dipublish.
It must be complete. You can edit my bahasa Inggeris tetapi don’t edit contentnya. Jadi akhirnya dia kembali, memang semua dimasukkan dalam buku yang diserah kepada Queen Elizabeth pada 2010, masa ulang tahun ke-100 Komanwel. Jadi dalam itu saya pelopori sejarah lah, sebab minat saya dengan soalan apa yang berlaku sebelum 1957. Jadi persoalan yang dibangkit Yang Berhormat tadi berhubung dengan tanah rizab Melayu yang diterokai oleh orang bukan Melayu. Ini memang jadi satu kelaziman. Itulah dulu apabila saya berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak berhubung dengan tanah adat, penyukatan tanah adat ini, ada kebimbangan yang disebut oleh Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu. Yang bimbangnya ialah kalau disukat nanti, tanah ini akan bertukar tangan sebab di bawah perundangan negeri Sarawak dan keputusan mahkamah mengatakan tanah adat ini tidak boleh ditukar nama, tidak boleh dijual beli. Bahkan surat jual beli kita itu pun menjadi tidak sah. Peguam minta tolong bantu saya, bila dia sign agreement itu dia jadi null and void.
[Menyampuk]
...Semenjak itu terbatal daripada, masa you sign itu dia terbatal.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Lama sudah tidak buat itu Yang Berhormat. Itulah, jadi dia tidak boleh dijual beli. Jadi ada kebimbangan kalau ada geran itu diberi nanti, walaupun diberi di sini, digunakan istilah moratorium, 10 tahun, 20 tahun, no dealing clause, completely no dealing clause tetapi orang masih ada cara-cara dia sendiri buat. Jadi masih tanah ini akan terjual, tergadai juga. Ada kebimbangan daripada pihak Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu. Jadi yang masalahnya, kembali kepada apa yang Yang Berhormat Beruas sebut tanah ini tidak mendatangkan hasil, hanya aset kepada itu. Akan tetapi dalam konteks New Economic Policy, kita pun tidak boleh menaikkan tahap sebab dalam research nya kena polisi, you bacalah sebagaimana penulisan oleh Cefiro, ada 5-6 penulisan buku berhubung dengan New Economic Policy dan affirmative action di Amerika, di India dan sebagainya itu menunjukkan bahawa kenapa kita tidak boleh achieve 30 peratus itu. The reason behind it is because kita tidak mempunyai aset tetapi kalau aset ini boleh di translate into some tangible asset yang boleh diniagakan macam Native Customary Rights Land, Malay Reserve Land dan sebagainya, dia akan meningkat tinggi holding orang Bumiputera dan Melayu keseluruhannya dalam konteks New Economic Policy. Maknanya kita bukan sahaja dapat 30 peratus, mungkin kita sudah capai 50 peratus since then 1970. Jadi saya juga mengkaji New Economic Policy’s performance and prestasi Yang Berhormat ya. Oleh sebab itulah saya kadang-kadang tertarik juga benda ini bila dibangkit. Jadi dalam masa yang sama kita hendak pertahankan juga tapi dalam konteks tanah rizab Melayu tadi, itu yang saya sebut awal-awal tadi. Jadi memang berlaku persoalan orang bukan Melayu mengeksploitasi tanah orang rizab Melayu dan akhirnya tuan tanah rizab Melayu ini mendapat hasil kepada orang lain dan bukan orang Melayu, bahkan orang kampung tidak dapat tetapi orang bandar yang dapat. Orang kaya yang dapat, orang miskin tidak dapat oleh kerana perkara ini berlaku. Jadi Yang Berhormat balik kepada isu asal bahawa tanah rizab Melayu ini masih ditadbir oleh kerajaan negeri. Kita mohon kepada pihak kerajaan negeri supaya melihat, mengawal dan memantau apakah yang berlaku dengan tanah rizab Melayu di negeri-negeri masing-masing macam mana boleh mendatangkan hasil kepada pihak yang berhak kepada tanah rizab Melayu ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, balik kepada Yang Berhormat Sepanggar berhubung ketiadaan akses tanah bersebelahan dengan hartanah berstrata. Memandangkan isu ini merupakan isu spesifik berbangkit di Sabah, kementerian saya melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, akan memantau dan meneliti isu ini. Dicadangkan agar Yang Berhormat membuat aduan berhubung isu ini kepada kementerian saya. Jadi maknanya Yang Berhormat Sepanggar minta tolong hantar suratlah kepada secara menghantar pegawai untuk menyelidik apa yang berlaku.
Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Jerantut ada membangkitkan isu cadangan berhubung isu alam sekitar, empangan, kawasan tadahan air di selaraskan di peringkat persekutuan dan negeri. Jadi Yang Berhormat, beginilah ya. Saya sudah bagi tahu dengan kementerian saya tadi tidak payah cerita panjang lebar sangat tentang tadahan air dan sebagainya sebab masa kini, pada esok hari, Majlis Air Negara ada bersidang dan kementerian saya ada dua cadangan iaitu untuk mencari, membuat estimate berapa banyak air, bekalan air kita, sumber air kita, to come with the quantum volume...
[Menyampuk]
...Air yang ada di negara kita di tiap-tiap masa. Lepas itu pengagihan air yang ada di negara kita daripada satu territory kepada satu territory yang lain supaya tiap-tiap negeri tidak akan kehilangan dan tidak kesuntukan air walaupun dalam keadaan kekeringan di sini, berhujan di sana, banjir di situ, kita masih ada balance air setiap masa dan semua orang mendapat pembahagian air. Jadi kertas ini akan di bentang kepada Majlis Dasar Air Negara pada esok hari yang bakal di pengerusi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kertas ini saya sudah lihat tengah hari kelmarin sebagaimana yang saya sebut untuk dibentangkan termasuk jangan orang Sabah, orang Sarawak kecil hati ya termasuk negeri Sarawak dan Sabah juga. Sebabnya ada kekeliruan sedikit berhubung dengan negeri Sarawak dan Sabah itu sebab dibanding dengan Semenanjung, kita hendak agihkan di negeri Perlis, dengan negeri Kedah, Kelantan, Perak. Siapa yang defisit air, siapa yang ada surplus air dan bagaimana semua dapat air, tidak ada defisit, tidak ada surplus dan semua mendapat air. Pengagihan kepada empat tempat iaitu domestic purposes, agriculture purposes, industrial purposes dan yang penting juga, tidak kurang pentingnya for environmental purposes. Jangan kita hilang air macam apa yang berlaku di Aral Sea, di Central Asia yang mana airnya semenjak tahun 1960, is the second biggest fresh water lake di Central Asia hilang sekarang, tinggal 10 peratus saja lagi kerana pengagihan air yang salah oleh pihak Russia pada ketika itu. Macam mana yang berlaku di Dead Sea, macam mana penggunaan air oleh Jordan dan juga pihak Israel. Akhirnya Dead Sea sekarang berkurangan air dan akhirnya mereka hendak tambah air di Dead Sea itu dengan hilang terus. Jadi ini kita tidak hendak hilang sungai kita, tidak hendak hilang air takungan kita dan tambahan daripada hujan itu kita share bersama. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya sudah tidak hendak cerita panjang lebar ini. Tunggulah apabila perundangan air ini datang masuk Dewan nanti, Yang Berhormat sekalian tolong sokongkan undang-undang air ini untuk kebaikan kita semua. Catchment area akan dibincang, river reserve akan dibincang, kita hendak gazetkan catchment area, kita hendak gazetkan, increasekan river reserve. Semua benda itu kita ambil perhatian dan kita ambil tindakan untuk kebaikan negara. Yang Berhormat Setiu ada membangkit isu mengenai jaminan oleh pihak berkuasa negeri berhubung permohonan pelanjutan hak milik bertempoh. Berhubung perkara ini perlanjutan hak milik bertempoh ada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun demikian saya percaya kerajaan negeri yang prihatin akan mempertimbangkan permohonan perlanjutan hak milik tempoh dari masa ke semasa atas permohonan tuan tanah.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sajalah penjelasan yang ada pada saya untuk ini. Saya ucap sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu dalam perbincangan ini tadi. Saya amat menghargai apa yang telah ditunjuk pada saya, apa perkara yang tidak saya dahulu fikirkan dibangkitkan juga khususnya kembali lagi kepada Yang Berhormat Setiu, bekas hakim kita. Yang menunjukkan ada sedikit soalan perkataan bahasa dalam undang-undang tadi dan sekarang kita hendak bawa sebagai satu pindaan. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang minat dengan undang-undang ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TANAH NEGARA (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 12 [Pindaan]-Bill
Pindaan fasal 12 bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan bagi tujuan penyelarasan istilah yang diguna pakai berhubung dengan pengeluaran permit, berhubung dengan bahan batuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 12 sebagaimana yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 13 hingga 82 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG HAK MILIK STRATA (PINDAAN) 2016 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Milik Strata 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Hak Milik Strata 1985 telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 1985. Akta tersebut bertujuan untuk menyediakan peruntukan perundangan bagi pendaftaran, pengeluaran dokumen hak milik bagi setiap unit atau petak dalam Skim Pembangunan Berstrata. Akta ini iaitu Akta 318 ini telah dipinda sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1990, 1996, 2001, 2007 dan 2013.
Akta 318 dipinda agar selaras dengan trend urbanisasi pembangunan berstrata yang semakin meningkat berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Malaysia pada tahun 2010. Perangkaan jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta dengan 71 peratus daripadanya adalah penduduk bandar. Daripada jumlah tersebut dianggarkan lebih kurang 5.6 juta menduduki bangunan berstrata. Sehingga Disember 2015 terdapat sebanyak 1.2 juta hak milik strata didaftar di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2020 dianggarkan jumlah penduduk Malaysia akan meningkat kepada 35 juta dengan 80 peratus daripadanya menetap di bandar. Daripada jumlah ini jumlah penduduk di pembangunan berstrata turut dianggarkan meningkat, sekali gus jumlah hak milik strata yang didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dianggarkan akan meningkat kepada 1.8 juta. Selaras dengan peningkatan dan jumlah hak milik strata yang didaftarkan seluruh Semenanjung Malaysia, jumlah urus niaga petak contohnya pindah milik, gadaian, pajakan atau easement juga turut dianggarkan meningkat. Pada masa ini peruntukan sedia ada di bawah Akta 318 menyatakan bahawa menjadi kewajipan perbadanan pengurusan untuk membayar cukai tanah. Bagi tanah yang di bangun Skim Pembangunan Berstrata tersebut. Pindah milik pembayaran cukai tanah ini kepada perbadanan pengurusan berdasarkan peruntukan unit share bagi petaknya. Cukai tanah perlu dibayar sepenuhnya sebelum penyerahan boleh dibuat bagi sebarang urus niaga. Dalam kebanyakan keadaan terdapat pemilik petak yang ingkar untuk membayar caruman yang menyebabkan perbadanan pengurusan gagal membayar cukai tanah. Tuan Yang di-Pertua, bangunan berbilang tingkat telah wujud di negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Bilangan semakin meningkat selaras dengan perkembangan pembangunan yang dinamik. Bangunan berbilang tingkat yang telah lama diduduki tersebut, Akta 318 bagi bangunan khas dan dinyatakan sebagai bangunan diduduki sebelum Jun 1996 atau bangunan yang diduduki dari Jun 1996 hingga 11 April 2007 yang diklasifikasikan sedemikian oleh pihak berkuasa negeri. Tuan Yang di-Pertua, pihak saya merekodkan tidak kurang daripada 300,000 petak yang melibatkan bangunan khas ini masih belum dapat daftaran hak milik strata kerana dapat halangan perundangan. Ini adalah kerana tidak semua peruntukan dalam Akta 318 adalah fit for all, dengan izin. Di antara masalah yang dihadapi oleh pemilik bangunan khas ialah ‘ketidak’ dokumen wajib seperti perakuan oleh arkitek profesional ataupun jurutera profesional.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita dapat lihat, pembangunan masa kini tertumpu pada bandar besar yang mengakibatkan semakin kurangnya tanah yang boleh diguna secara optimum, dengan izin, land use optimization. Hal ini membawa kepada senario competing for space, dengan izin, dalam kes di bandar besar yang mana pembangunan projek pesat dilaksanakan, ditambah dengan kurang tanah, tidak lagi dapat lari daripada pelaksanaan pengambilan tanah yang melibatkan pembangunan berstrata. Bagi pengambilan yang melibatkan pembangunan berstrata, Akta 318 pada masa ini tidak mempunyai peruntukan khusus berhubung ubahsuaian kepada Buku Daftar Strata susulan daripada pengambilan tersebut. Merujuk kepada trend pembangunan seperti yang saya nyatakan tadi, jelas membuktikan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan pindaan terhadap Akta 318 bagi memenuhi kehendak rakyat dan agar kemajuan pembangunan berstrata ini terus memberikan impak positif kepada rakyat. Pindaan yang akan saya bangkitkan sebentar lagi dijangka akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik petak dan perbadanan pengurusan khususnya daripada segi pembayaran cukai tanah dan urus niaga petak. Pemilik pembangunan khas juga diberi pengecualian untuk mengemukakan dokumen tertentu semasa permohonan sijil cadangan pelan strata ataupun semasa memohon hak milik strata dalam memastikan hak milik strata bagi bangunan khas tersebut dapat dikeluarkan. Pindaan ini juga dapat memudah cara prosedur ke atas Buku Daftar Strata kesan daripada pengambilan skim pembangunan berstrata di samping memastikan proses pengeluaran dan pendaftaran hak milik strata dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Pindaan yang dilaksanakan ini adalah berasaskan, dengan izin, the people centric dan memastikan slogan kerajaan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini meliputi 31 fasal termasuklah fasal- fasal yang menyentuh tentang perkara berikut. Pertama, pengenalan dua seksyen terbaru. Kedua, pemotongan satu seksyen. Ketiga, pengenalan tiga bahagian baru iaitu Bahagian IVA, IVB dan VIIIA. Bahagian IVA terdiri daripada 10 seksyen. Bahagian IVB terdiri daripada enam seksyen manakala Bahagian VIIIA terdiri daripada satu seksyen yang juga memperkenalkan Jadual Ketujuh baru dan empat pindaan kepada peruntukan dalam Jadual Kelima. Secara amnya pindaan kepada akta 318 meliputi empat skop iaitu; (i) pengenaan cukai bagi petak atau blok sementara bagi setiap hak milik strata atau hak milik strata sementara yang juga merupakan fokus utama pindaan Akta 318 pada kali ini; (ii) penambahbaikan peruntukan bagi tujuan pembangunan bangunan khas; (iii) pindaan berbangkit kepada pindaan Akta Pengambilan Tanah 1960 berkenaan pengambilan tanah melibatkan skim pembangunan berstrata; dan (iv) memperkemas peruntukan sedia ada bagi mewujudkan prosedur pengeluaran dan pendaftaran hak milik strata yang lebih efektif. Tuan Yang di-Pertua, skop pertama dalam pindaan Akta 318 kali ini ialah mengenai pengenaan cukai bagi petak atau blok sementara. Secara dasarnya, peruntukan perundangan dan prosedur berkenaan pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara akan diperuntukkan melalui pindaan di bawah Akta 318 manakala peruntukan umum bagi membolehkan, dengan izin, the general enabling provision akan diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara. Konsep cukai bagi petak atau blok sementara adalah mirip kepada konsep cukai tanah yang telah diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara. Ciri yang berbeza berbanding dengan cukai tanah ialah apabila berlaku kegagalan membayar cukai bagi petak atau blok sementara dalam tempoh tertentu, akan berlaku pelucutan, forfeiture, dengan izin, pengembalian dan peletakan ke atas petak atau blok sementara tersebut kepada pihak berkuasa berkanun atau, dengan izin, statutory authority yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa negeri melalui kaedah negeri. Statutory authority akan memegang petak atau blok sementara yang dilucutkan bagi pihak dan faedah pihak kerajaan berkuasa negeri. Namun, pihak berkuasa negeri tidak boleh sewenang-wenangnya melantik dan menukarkan statutory authority yang telah dilantik memandangkan pelantikan itu hendaklah melalui kaedah hak milik strata negeri. Saya juga ingin menjelaskan bahawa kaedah pelucutan ini merupakan langkah terakhir pihak berkuasa negeri dalam menangani isu sebegini setelah segala usaha lain dilaksanakan. Selain itu, pihak berkuasa negeri tidak akan menyalah guna kuasanya tetapi hanyalah untuk melindungi hak semua pihak berkepentingan berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagaimana yang telah pun diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara. Pindaan utama kepada Akta 318 bagi tujuan skop ini adalah seperti berikut. (i) pindaan seksyen 4 untuk memasukkan takrif baru iaitu cukai, dengan izin, rent untuk pelaksanaan kutipan cukai bagi petak atau blok sementara. Takrifan baru ini dihubungkaitkan dengan seksyen 5 Kanun Tanah Negara untuk membolehkan cukai bagi petak atau blok sementara diiktiraf sebagai cukai di bawah Kanun Tanah Negara dan urus niaga berkaitan petak boleh dilaksanakan selaras dengan peruntukan seksyen 301A Kanun Tanah Negara.
(ii) diperkenalkan seksyen baru 4C bagi memperuntukkan permulaan pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara. Seksyen ini juga memperuntukkan ubahsuaian pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian berkaitan bagi peruntukan Akta 318 selaras pelaksana cukai bagi petak atau blok sementara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVA. (iii) diperkenalkan bahagian baru IVA untuk tujuan pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara. Pindaan ini membolehkan pemilikan petak atau blok sementara membayar cukai bagi petak atau blok sementara dan seterusnya membolehkan urus niaga dilaksanakan. Cukai bagi petak atau blok sementara termasuk fi dikehendaki dibayar kepada pihak berkuasa negeri secara tahunan dikenakan ke atas petak atau blok sementara seolah-olah ia adalah cukai atau hasil tanah sebagaimana ditafsirkan di bawah seksyen 5 Kanun Tanah Negara. Bahagian ini juga memperuntukkan penentuan tunggakan cukai bagi tanah boleh diagihkan berkadaran dengan unit syer kepada setiap petak atau blok sementara. Ia juga boleh dituntut dengan sebarang kaedah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri melalui kaedah hak milik strata. Cukai yang tanahnya akan diberhentikan berkuat kuasa apabila cukai bagi petak atau blok sementara mula berkuat kuasa. Dalam keadaan yang mana skim pembangunan berstrata ditamatkan selaras dengan seksyen 57 Akta 318, cukai tanah bagi milik induk tanah tersebut akan berkuat kuasa pada tahun berikutnya pada semakan terkini. (iv) diperkenalkan bahagian baru IVB untuk tujuan pelaksanaan pelucutan, pengembalian dan peletakan hak kepada statutory authority serta perkara bersangkutan dengannya selaras dengan kegagalan pemilik petak membayar cukai bagi petak atau blok sementara ataupun akibat pelanggaran syarat berkenaan pelanggaran syarat yang berhubung dengan petak atau blok sementara. Peruntukan dan Borang 7A, 7E, 7F, 7B yang berkaitan dalam seksyen 127, 128 dan 129 Kanun Tanah Negara adalah terpakai. Sebelum pelucutan dan peletakan berkuat kuasa di bawah bahagian ini, Borang 7A, 7B, 7E dan 7F tersebut yang disampaikan kepada pemilik petak atau blok sementara akan turut disalinkan kepada perbadanan pengurusan.
Apabila berlaku perlucutan petak atau blok sementara itu akan terletak kepada statutory authority. Dilepaskan daripada sebarang kepentingan sedia ada atau yang timbul di sebalik sebelum pelucutan, dibebaskan daripada sebarang tunggakan yang tertanggung kepada bekas pemilik, bagaimana peruntukan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 dan dihapuskan sebarang cukai yang di tunggak kepada pihak berkuasa negeri. Ini termasuk cukai pintu yang terhutang kepada pihak berkuasa tempatan kerana pihak berkuasa tempatan adalah tertakluk kepada sebarang arahan pihak berkuasa negeri. Di samping itu, peruntukkan seksyen 130 hingga 134 Kanun Tanah Negara adalah tidak terpakai. Bekas pemilik boleh merayu kepada pihak berkuasa negeri atau mahkamah untuk mendapatkan kembali petak atau blok sementara yang dilucutkan sekiranya mahkamah atau pihak berkuasa negeri memutuskan untuk mengembalikan kepada bekas pemilik, maka kepentingan atau tunggakan lain sebelum dilucutkan akan terus berkuat kuasa.
Namun sekiranya tidak dikembalikan kepada bekas pemilik tersebut, statutory authority berkenaan adalah tertakluk kepada sebarang arahan pihak berkuasa negeri; dan (iv) pindaan seksyen 81 bagi peruntukkan kuasa kepada pihak berkuasa negeri membuat kaedah berkenaan penggunaan cukai bagi petak atau blok sementara berkaitan kadar kutipan pengurangan perebatan, pembayaran secara ansuran, penangguhan bayaran cukai atau sebarang perkara sampingan. Tuan Yang di-Pertua, skop kedua dalam pindaan Akta 318 pada kali ini ialah penambahbaikan peruntukkan bagi tujuan bangunan khas. Pindaan ini bertujuan untuk memperkemaskan peruntukkan dalam Akta 318 bagi tujuan bangunan khas pindaan utama kepada Akta 318 bagi tujuan skop ini adalah seperti berikut. (i) pindaan seksyen 8A dan 20A untuk membolehkan pengarah ukur mengecualikan perakuan oleh arkitek profesional atau jurutera profesional dan salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau Sijil Layak Menduduki yang diperlukan dalam permohonan sijil cadang pelan strata bagi bangunan khas. Seksyen ini akan memperuntukkan pengecualian dokumen tersebut dalam keadaan lain yang pengarah ukur berpuas hati seperti contoh projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri; (ii) pindaan seksyen 9 dan 20B untuk membolehkan pentadbir tanah mengecualikan salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pemantauan pematuhan atau Sijil Layak Menduduki yang diperlukan dalam permohonan pecah bahagian, bangunan hartanah bagi bangunan di bawah perenggan 8(2)(a) atau 20(2)(a) Akta 318 ataupun yang diklasifikasikan sebagai bangunan khas. Ia juga memperuntukkan pengecualian bagi dokumen dalam keadaan lain yang pentadbir tanah berpuas hati seperti contoh projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri; dan (iii) pindaan seksyen 81 untuk memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa negeri membuat kaedah berkenaan mengklasifikasikan bangunan khas berdasarkan kepada jenis contohnya bangunan sekolah rendah. Hal keadaan, contohnya keadaan fizikal bangunan atau sebarang faktor lain yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa negeri. Contohnya ketiadaan dokumen berkaitan seperti Sijil Layak Menduduki. Tuan Yang di-Pertua, skop ketiga dalam pindaan Akta 318 pada kali ini ialah pindaan berbangkit daripada pindaan Akta Pengambilan Tanah 1960 berkenaan pengambilan tanah melibatkan Skim Pembangunan Berstrata. Pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 pada kali ini bertujuan untuk menjelaskan dan menambahbaikkan prosedur pelaksanaan bagi pengambilan tanah melibatkan Skim Pembangunan Berstrata. Pindaan kepada Akta 318 ini juga akan turut menyelaraskan pindaan yang telah dibuat kepada peruntukkan berkaitan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960. Berkaitan daripada itu, pindaan utama kepada Akta 318 bagi tujuan skop ini meliputi pengenalan bahagian baru roman 8A bagi memperuntukkan prosedur melalui jadual terbaru ketujuh untuk memperincikan tatacara pelaksanaan ke atas buku daftar strata yang berkaitan susulan daripada pengambilan hartanah berstrata serta perkara lain yang berkaitan dengannya. Tuan Yang di-Pertua, skop keempat dalam pindaan Akta 318 pada kali ini ialah untuk memperkemaskan peruntukan sedia ada bagi mewujudkan prosedur pengeluaran dan pendaftaran pemilik strata yang lebih efektif. Pindaan utama kepada Akta 318 bagi tujuan skop ini ialah seperti berikut:
(i) pindaan seksyen 4A untuk membolehkan Menteri meminda dan mengubahsuai jadual kelima secara keseluruhan termasuk untuk memasukkan borang baru dengan kelulusan Majlis Tanah Negara. (ii) pindaan seksyen 8 untuk memperkemaskan terma yang diguna pakai dalam Akta 318 selaras dengan undang-undang bertulis yang berkuat kuasa dan untuk mentakrifkan perkataan, ‘the building is all was completed’ bagi tujuan penguatkuasaan. Hal ini bangunan siap atau tidak siap, telah siap yang dinyatakan dalam seksyen tersebut merujuk kepada seperti berikut; (a) Perakuan Siap dan Pematuhan atau, dengan izin, Certificate of Completion and Compliant (CCC); (b) Sijil Layak Menduduki atau, dengan izin, Certificate of Fitness for Occupation (CFO); atau (c) sebarang perakuan menurut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa. Ini adalah kerana terdapat beberapa projek pembangunan sebelum 12 April 2007 masih dikeluarkan sijil layak menduduki menurut peruntukan kecualian dan peralihan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 [Akta A1286] . Selain itu pindaan ini bertujuan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pemilik asal yang mematuhi peruntukan 318 berkenaan memohon pecahan bahagian bangunan atau tanah berikutan daripada penguatkuasaan yang dibuat di bawah seksyen ini. (iii) seksyen 9A untuk mengemaskan terma yang diguna pakai dalam Akta 318 selaras dengan pindaan seksyen 9 seperti yang telah saya sebut terdahulu dari ini; (iv) pindaan seksyen 10 untuk memasukkan pecah bahagi tanah dalam syarat yang kelulusan permohonan yang melibatkan blok sementara; (v) pindaan seksyen 17 untuk membolehkan pengeluaran perakuan penubuhan perbadanan pengurusan oleh Pengarah Tanah dan Galian serta menjelaskan bahawa perbadanan pengurusan tertubuh pada hari apabila buku daftar strata dibuka; (vi) dipinda seksyen 17A untuk menjelaskan keperluan penyediaan pelan khas oleh juruukur tanah berlesen yang mesti diluluskan melalui resolusi komprehensif serta untuk menjelaskan bahawa pengarah ukur boleh menentukan secara pentadbiran sebarang perincian lain merujuk kepada harta bersama terhad bagi tujuan kelulusan; (vii) memperkenalkan seksyen baru iaitu seksyen 17B berhubung keempunyaan harta bersama; (viii) dipotong seksyen 9A memandangkan tanggungjawab pemilik asal untuk melaksanakan pindah milik hak milik strata kepada pembeli telah diperuntukkan dalam Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Akta 318 hanya memperuntukkan prosedur bagi pengeluaran hak milik strata sahaja. Pembeli yang terlibat boleh juga membuat tuntutan melalui tindakan sivil memandangkan ia adalah isu contractual antara pihak-pihak;
(ix) pindaan seksyen 25 untuk menjelaskan berkenaan pecahan dan penyatuan pihak bahawa syarat nyata bagi petak terlibat dan petak baru tidak boleh bertentangan antara satu sama yang lain; (x) dipinda seksyen 33A untuk menjelaskan kesan pendaftaran berkaitan dengan harta bersama yang wujud kerana pecahan atau penyatuan petak atau petak bagi tanah yang di pecah bahagi;
(x) pindaan seksyen 34 untuk menjelaskan berkenaan petak atau blok sementara bahawa tidak permohonan boleh dibuat oleh pemilik untuk meminda syarat nyata dalam dokumen hak milik strata. Permohonan adalah dilarang bagi memastikan kesaksamaan unit syer yang diluluskan adalah dikekalkan; (xi) pindaan seksyen 35 untuk memasukkan tanah yang dipecah bahagi dalam hak mendapat sokongan, permintaan dan perlindungan; (xii) pindaan tajuk petunjuk bahagian VIII untuk memasukkan penamatan pecah bahagian bagi tanah yang dipecah bahagi; (xiii) pindaan seksyen 56 untuk menjelaskan kuasa mahkamah untuk membuat perintah apabila tanah yang dipecah bahagi rosak; (xiv) dipinda seksyen 57 untuk membolehkan penamatan pecah bahagian tanah. Seksyen ini turut menekankan bahawa tidak penamatan pecah bahagian bangunan atau tanah boleh diendorse melainkan Pendaftar berpuas hati dan tidak hasil tanahnya tertunggak. Pendaftar boleh meminta dokumen berkaitan sebelum membuat endorsement terhadap penamatan tersebut. Selain itu, pindaan ini bertujuan untuk memudah cara hal ehwal perbadanan pengurusan setelah penamatan pecah bahagian mula berkuat kuasa dan untuk memasukkan tanah yang dipecahkan bahagi dalam definisi di bawah subseksyen (8) dan; (xv) memperkemaskan jadual ke-5 untuk menyelaraskan tajuk jadual ke-5 dengan seksyen 4A dan untuk memperkenalkan definisi baru selaras dengan pindaan sub perenggan 5(6) merujuk kepada sub perenggan 5(6) definisi, dengan izin, existing document of title dan computer printed document of title, tidak termasuk borang 232(K) dan 3(K) sedangkan apabila ditukar ganti dokumen yang disediakan adalah dalam 2(K), 3(K), 4(K) atau 4K(K). Pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam penjelasan saya dahulu merupakan pindaan kecil atau berbangkit satu peruntukan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, pentadbiran tanah negeri juga hendaklah mengambil maklum atau persediaan yang perlu dalam melaksanakan cukai bagi petak atau blok sementara. Itu daripada aspek implikasi kewangan, penguatkuasaan bagi kegagalan membayar cukai bagi petak atau blok sementara. Daripada aspek implikasi kewangan, pentadbiran tanah negeri hendaklah bersedia bagi ubahsuaian kepada sistem hasil dan penyediaan pengeluaran serta penghantaran bil cukai bagi petak atau blok sementara. Daripada aspek penguatkuasaan untuk kegagalan membayar cukai bagi petak atau blok sementara pula, pentadbiran tanah negeri juga harus merangka strategi penguatkuasaan yang akan memberi tumpuan kepada kegagalan membayar cukai oleh setiap pemilik petak atau blok sementara berbanding kegagalan membayar cukai tanah bagi Skim Pembangunan Berstrata Bangunan pada masa ini. Memandangkan Akta 318 merupakan urusan negeri, dengan izin, State Matters, pindaan ke atas tertakluk kepada Perkara 91, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pindaan ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 28 April 2016.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya tegaskan dahulu, pindaan yang saya bentangkan tadi adalah untuk rakyat. Bagi maksud ini, pihak saya telah memulakan proses pindaan bersama pihak pentadbiran tanah negeri dengan mengenal pasti cadangan pindaan yang boleh dilaksanakan, dengan izin, implementable melalui forum seperti Persidangan Pentadbir Tanah Ke-21, Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia, Mesyuarat Timbalan Pengarah Galian Malaysia serta mesyuarat dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri menerusi siri mesyuarat dan working group. Di samping itu, pihak saya telah membuka satu kertas perundingan, consultation paper, dengan izin, yang boleh diakses secara atas talian pada 17 Februari 2015 hingga 18 Mac 2015. Pada 16 April 2015, satu sesi rundingan awam terbuka telah diadakan. Jemputannya di iklan melalui media elektronik. Antara jemputan yang telah hadir adalah agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti ahli akademik, pemberi pinjaman serta institusi kewangan dan perbankan, pertubuhan perwakilan seperti Majlis Peguam Negara, Persatuan Peminjam Hartanah Perumahan (REHDA), Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HPA), Persatuan Penilai dan Perunding Harta Swasta Malaysia serta ejen hartanah, ahli politik, kumpulan profesional seperti juru ukur dan penilai harta tanah. Engagement, dengan izin, bersama pihak industri pula telah diadakan pada 27 April 2015 Selain daripada itu, pihak saya juga telah membuat road show, dengan izin, kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mulai 12 Ogos 2015 hingga 20 April 2016. Pendek kata, semua pihak yang berkenaan telah dilibatkan dalam proses penyediaan pindaan undang-undang ini. Konsultasi yang bersifat inclusive ini membolehkan kerajaan menyediakan pindaan capai semua aspek pentadbiran tanah. Peruntukan baharu yang diperkenalkan dalam pindaan kali ini menjurus ke arah satu matlamat iaitu merealisasikan apa yang dikatakan ’Rakyat Didahulukan’. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Milik Strata 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dia bangun perlahan-lahan tapi saya terpandang Yang Berhormat Tanjong. Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang bagi saya membahaskan terhadap Rang Undang-undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2016. Pindaan kali ini yang membolehkan cukai petak dikenakan ke atas petak- petak mengikut unit syer selepas sesebuah bangunan telah dipecah bahagikan adalah sesuatu yang wajar. Ini merupakan satu masalah yang lama yang dihadapi dan bebannya sering ditanggung oleh MC atau JMB selama ini. Disebabkan cukai tanah di caj ke atas MC atau ke atas pemaju walaupun dengan adanya JMB ditubuhkan, pihak JMB atau MC perlu menanggung beban cukai tanah yang tinggi. Jikalau hanya 60 peratus pemilik yang membayar cukai tanah, JMB atau MC masih perlu mengeluarkan wang 100 peratus untuk membayar cukai tanah. Apabila sebahagian besar wang caj servis yang dikutip terpaksa diguna untuk membayar cukai tanah, ini akan menyebabkan caj servis tidak cukup digunakan untuk tujuan-tujuan penyenggaraan dan pengurusan yang lain. Jikalau cukai petak boleh dikenakan secara berasingan ke atas setiap petak bagi menggantikan cukai tanah yang sedia ada, ini akan mengurangkan beban JMB atau MC bagi membayar cukai tanah untuk pemilik-pemilik petak yang tidak sudi bayar cukai tanah dan tindakan boleh diambil terhadap pemilik-pemilik petak tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut fasal 23C(3) cukai petak kena dibayar bermula awal tahun kalendar dan saya memohon supaya cukai petak yang baru ini dapat dilaksanakan mulai tahun 2017. Jangan kita ulangi kesilapan yang lampau, di mana pindaan hak milik strata yang diluluskan dalam Parlimen pada tahun 2012 hanya dapat dilaksanakan mulai 1 Jun 2015. Masalahnya, bil cukai petak hanya boleh dikeluarkan kepada pemilik-pemilik petak mengikut rekod hak milik, rekod pindah milik. Jika terdapat petak-petak yang belum dibuat pindah milik dan masih didaftarkan atas nama pemilik asal, adakah bil-bil cukai tersebut hanya dapat dikeluarkan kepada pemilik asal? Macam mana rekod ini dapat dikemas kini walaupun belum ada pindah milik? Adakah ini boleh dibantu oleh JMB atau MC supaya bil- bil cukai tersebut, petak tersebut dapat dikeluarkan kepada pihak yang betul?
Jikalau cukai-cukai petak tersebut tidak dibayar bagi petak-petak yang belum dipindah milik dan pemilik asal telah digulungkan dan tidak dapat menyerahkan bil-bil cukai kepada pemilik-pemilik petak atas sebab-sebab yang tertentu, adakah tindakan juga akan diambil ke atas pemilik-pemilik petak walaupun bil-bil tersebut tidak pernah diterima oleh mereka? Untuk membolehkan cukai-cukai petak dikenakan, pendaftar perlu membuat memorial pada dokumen hak milik daftar dan keluaran bagi lot tersebut. Adakah masa kita mencukupi dari sekarang sampai ke awal tahun depan, adakah masa mencukupi bagi pendaftar membuat memorial bagi setiap pemajuan berstrata supaya pindaan akta ini dapat dilaksanakan mulai tahun depan kerana ini melibatkan khususnya di negeri-negeri yang melibatkan pemajuan berstrata yang banyak yang berdaya saing tinggi seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bharu, saya khuatir mungkin masa tidak mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, mulai tarikh cukai petak dikutip, bermaksudnya daripada tarikh yang sama, cukai bagi lot tersebut akan terhenti daripada berkuat kuasa. Bagaimana dengan tunggakan cukai tanah yang belum dapat dibayar sehingga cukai bagi lot tersebut berkuat kuasa? Ini akan terus menjadi tunggakan dan mungkin tidak akan dibayar oleh pemilik-pemilik petak dan ini akan terus menjadi satu beban dan liabiliti bagi MC atau JMB. Adakah cukai tanah yang belum dibayar walaupun hanya terhutang kepada pihak JMB atau MC sebelum tarikh pelaksanaan cukai petak juga boleh dianggap sebagai sesuatu hutang yang terhad hutang kepada pihak berkuasa negeri supaya tindakan- tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemilik petak yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 8(2)(d) dan seksyen 20(2)(c) telah memperuntukkan bahawa mana-mana bangunan yang telah disiapkan sebelum tarikh pelaksanaan pindaan 2012 iaitu pada 1 Jun 2015, pemilik-pemilik asal adalah diwajibkan untuk memohon hak milik strata dalam tiga bulan. Jadi, iaitu tidak lewat dari 31 Ogos 2015. Walaupun berlanjutan masa boleh diberikan oleh Pengarah Ukur, tempoh lanjutan hanya boleh diberikan sekali dan tidak boleh melebihi sebulan dan hanya diberikan atas permohonan sebelum tempoh tersebut tamat. Kini sudah hampir setahun pindaan Akta Hak Milik Strata 2012 telah dilaksanakan. Saya mendapati tidak banyak kes yang lama dapat diselesaikan. Banyak pemajuan berstrata sama ada pemaju telah digulungkan atau caj yang didaftarkan masih tersangkut dengan pihak bank pemberi pinjaman, kita kurang nampaknya ada usaha-usaha pada pihak berlikuidasi yang mengambil sesuatu tindakan bagi menangani masalah tersebut. Ini ibarat lepaskan batok di tangga. Adakah pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu menubuhkan sesebuah pasukan petugas khas seperti apa yang akan diamalkan oleh KPKT bagi melaksanakan Akta Pengurusan Strata. Pasukan tersebut bukan sahaja ditubuhkan di peringkat Persekutuan tetapi juga ditubuhkan di setiap negeri bagi menangani kes-kes yang lama yang tidak dapat dilaksanakan dan lagi rumit termasuk mengecualikan caj atau fi berkanun jikalau diperlukan. Jikalau pemaju sesuatu projek telah digulungkan, maka permohonan perlu dikemukakan oleh pemilik asal iaitu pemilik tanah sendiri.
Jikalau kedua-dua juga digulungkan atau bankrap, maka pelikuidasi yang juga berperanan sebagai pemaju mengikut definisi pemaju di bawah seksyen 3, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2012 adalah wajib untuk mengemukakan permohonan tersebut. Jikalau tiada tindakan diambil oleh pemaju, maka pelikuidasi tersebut adalah bertanggungjawab. Jikalau tanah yang terlibat telah digadaikan kepada pemaju, digadaikan dengan pihak bank, maka dengan gadaian atau caj yang belum dapat dilepaskan, tiada sebarang permohonan dapat dibuat oleh pemaju atau pemilik asal termasuk juga tidak dapat dibuat oleh pelikuidasi. Saya rasanya Akta Hak Milik Strata perlu dipinda lagi bagi membolehkan caj-caj yang sedia ada didaftarkan, yang telah didaftarkan dapat terus dipindahkan secara pentadbiran tidak perlu melalui saluran mahkamah, tidak perlu melalui permohonan kepada mahkamah supaya dapat dipindahkan ke atas petak-petak yang belum dilepaskan gadaiannya selepas hak milik strata ini dikeluarkan supaya ia dapat membantu lebih banyak pembeli yang mereka bukannya hendak hutang kepada bank. Mereka tidak mendapat pinjaman dari bank, gadaian ini dibuat oleh pihak pemaju tetapi mereka telah dimangsakan kerana pemaju tidak membayar pinjaman yang diperoleh daripada pihak bank. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa aneh dengan pindaan yang mencadangkan supaya seksyen 19A dimansuhkan. Sebelum ini seksyen tersebut telah dimasukkan melalui pindaan. Pindaan pada tahun 2007 melalui seksyen 40A, supaya pihak pemilik asal atau pembeli dapat menjalankan hak pindah milik, hak milik strata mereka dalam tempoh 12 bulan. Selepas melalui pindaan pada tahun 2012, maka tempoh untuk pindah milik telah disingkatkan kepada tiga bulan. Akan tetapi mengapa tiba-tiba sekarang ini keseluruhan seksyen 19A ini perlu dikeluarkan, dimansuhkan. Saya rasa ini tidak wajar dikeluarkan. Ini patut dikekalkan walaupun mengikut penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri ini hanya isu kontraktor di antara pemaju dengan pembeli. Akan tetapi jikalau tiadanya peruntukan tersebut, maka dia akan menyebabkan pembeli-pembeli mengambil sikap sambil lewa dalam isu hak pindah milik tersebut. Jikalau pindah milik tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat, maka pelaksanaan cukai petak ini juga akan terjejas kerana banyak pindah milik tidak dapat dilakukan, maka bil-bil cukai petak tersebut tidak dapat dihantar, dikeluarkan kepada pihak yang memiliki petak tersebut. Jadi masalah tersebut akan lebih rumit lagi khususnya ke atas projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah kerana selalunya dalam kes tersebut, pindah milik bagi projek-projek rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah adalah amat lambat. Tuan Yang di-Pertua, mengikut fasal 9(1)(h)(ii), CCC atau CFO adalah tidak diperlukan jika sesebuah bangunan berstrata diklasifikasikan sebagai bangunan khas di mana bangunan khas merujuk kepada mana-mana bangunan yang telah diduduki sebelum Jun 1996 ataupun bangunan yang diduduki di antara Jun 1996 hingga 11 April 2007. Saya ingin bertanyakan kenapa ada dua jenis definisi yang berlainan tempoh bagi bangunan khas. Apakah kriteria untuk menentukan sesuatu bangunan itu adalah bangunan khas? Saya tidak bercadang supaya setiap bangunan yang diduduki dalam tempoh ini boleh dijadikan bangunan khas tetapi perlulah adanya situasi khas yang perlu mendapat pertimbangan khas daripada pihak berkuasa negeri. Terdapat satu projek yang saya ingin bawa di sini adalah satu projek Taman Seri Penawar yang terletak di Jalan Taman Free School di Pulau Pinang. Projek tersebut tidak pernah dikeluarkan sijil penghunian atau CCC atau CFO sehingga hari ini. Projek tersebut telah diduduki sejak tahun 1999. Adakah projek ini boleh memohon hak milik strata di bawah keadaan ini kerana ia telah diduduki sejak tahun 1999? Bagaimana caranya untuk mendapat keputusan daripada pihak berkuasa negeri bagi mengklasifikasikan projek tersebut, Taman Seri Penawar tersebut sebagai bangunan khas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi perkara adalah berkenaan dengan subsidiari MC. Seksyen 17A mengizinkan kewujudan perbadanan pengurusan subsidiari. Akan tetapi sehingga hari ini belum ada suatu mekanisme yang telah dipengerusikan bagi menangani permohonan tersebut seperti macam mana pelan khas disediakan, berapakah fi yang dikenakan...
Panjang lagi Yang Berhormat?
Dua, dua isu.
Okey, sambung esok ya.
Baik, terima kasih.
Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 26 Mei 2016.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Naik Taraf, Kelengkapan Serta Penyelenggaraan Kemudahan Perubatan di Hospital Umum SarawakSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ucapan saya di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan, Notis Peraturan Mesyuarat 17 iaitu mengenai isu naik taraf, kelengkapan serta penyelenggaraan kemudahan perubatan di Hospital Umum Sarawak
(HUS).
Hospital Umum Sarawak (HUS) telah dilandai isu-isu sejak sekian lama. Di antaranya ialah ada alat perubatan yang dilengkapi adalah uzur.
Daripada segi kelengkapan, ia tidak mengambil kesempatan dalam penggunaan teknologi IT terkini dalam meningkatkan lagi prestasi hospital tersebut. Isu-isu yang ingin saya bangkitkan seperti berikut.
Pertama, mesin perubatan. Contohnya mesin radioterapi yang sering rosak serta mengambil masa yang lama untuk diperbaiki. Dua isu yang perlu dibangkitkan ialah kenapakah tiada mesin alternatif yang berkesan memandangkan ia mesin kritikal? Sering kali ia mengakibatkan pesakit-pesakit perlu menunggu masa yang lama terutamanya apabila mesin-mesin tersebut rosak.
Isu kedua, masa yang panjang diperlukan dalam membaik pulih mesin yang rosak oleh syarikat terlibat. Pada satu masa dalam satu insiden, ia sepatutnya diperbaiki dalam masa satu minggu tetapi ditangguhkan lebih daripada satu bulan. Setakat ini tiada tindakan yang diambil supaya ia tidak diulangi, bahkan malangnya gejala sedemikian berlaku setiap tahun.
Satu piawai, garis panduan perlu diwujudkan terhadap syarikat yang terlibat supaya perkara yang sedemikian boleh ditangani secara positif.
Perkara yang kedua ialah penggunaan infrastruktur IT yang terkini.
Secara keseluruhannya, sistem perubatan HUS tidak diintegrasikan dalam suatu rangkaian network di mana ia boleh mengurangkan kerja-kerja kakitangan perubatan. Pada masa sekarang, kakitangan perubatan seumpama runner yang memproses serta menghantar maklumat- maklumat pesakit secara fizikal. Bayangkan jumlah masa yang dibazirkan di mana ia sepatutnya digunakan dalam kerja sebenar sebagai seorang doktor, bahkan ia boleh mengurangkan lagi masa menunggu bagi seorang pesakit.
Isu ketiga yang ingin saya bangkitkan, pembinaan tempat meletak kereta bertingkat yang telah ditangguhkan selama beberapa tahun. Dari tahun 2014, ia sepatutnya dibina ditangguhkan lagi ke tahun 2015 dan yang terkini suku tahun kedua 2016. Ini termasuk pembinaan Medi-Hotel yang berkapasiti 160 buah bilik. Sehingga kini, tiada tanda-tanda fizikal di mana ia dimulakan. Tiada rancangan lalu lintas alternatif yang diumumkan memandangkan ia terletak di kawasan jalan utama yang bakal menjadi suatu masalah.
Secara logiknya, rancangan sudah perlu ada dan diumumkan kepada orang ramai sekiranya projek tersebut akan dimulakan seperti yang ditentukan. Akhirnya, justifikasi di mana bagaimana ia membabitkan peruntukan sebanyak RM351 juta serta cara Kerjasama Awam-Swasta
(PPP) yang akan dilaksanakan.
Memandangkan perkara yang dibangkitkan membabitkan kepentingan orang ramai terutamanya apabila HUS adalah satu-satu...
Yang Berhormat, saya tidak melihat itu dalam ringkasan Yang Berhormat.
Ya, itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Usul yang kita membuat ini harus mengikut teks kerana bila ada perkara-perkara baru yang dibuat dalam ucapan Yang Berhormat, ia tidak memberi keadilan kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Jadi sebab itu harus mengikut teks.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Stampin.
Menjawab pertanyaan mengenai penyelenggaraan peralatan perubatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam perjanjian Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di hospital-hospital kerajaan bersama pihak syarikat yang telah dilantik, pihak kerajaan telah menyenaraikan beberapa langkah alternatif bagi menangani isu-isu perkhidmatan klinikal yang terganggu sekiranya terdapat peralatan-peralatan berkaitan yang mengalami kerosakan.
Antara langkah-langkah tersebut melibatkan tanggungjawab pihak syarikat untuk menghantar pesakit ke hospital luar bagi mendapatkan rawatan atau perkhidmatan yang terdapat di fasiliti swasta di mana segala kos perkhidmatan yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkaitan isu tempoh masa yang panjang diperlukan untuk membaik pulih mesin yang rosak oleh pihak syarikat terlibat, pihak kerajaan telah mengambil pada peringkat awal terhadap perkara ini sebelum perjanjian PSH ditandatangani. Dalam perjanjian PSH telah menetapkan bahawa tempoh pembaikan adalah selama 7 hari bekerja daripada tarikh kerosakan dilaporkan.
Dimaklumkan bahawa terdapat kes-kes di mana kelewatan pembaikan adalah disebabkan oleh perolehan alat ganti mengambil masa yang lama berikutan pasaran alat ganti hanya dapat diperoleh dari luar negara seperti di negara-negara Eropah dan juga di Amerika Syarikat.
Kelewatan pihak syarikat dalam mematuhi terma pembaikan yang telah ditetapkan juga akan mengakibatkan tindakan pemotongan bayaran kepada pihak syarikat berdasarkan bilangan hari kelewatan.
Selain itu juga, terdapat klausa khas yang boleh digunakan oleh pihak kerajaan untuk melantik pihak ketiga bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan sekiranya didapati pihak syarikat gagal dan cuai serta mengabaikan tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang telah ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan melalui dokumen perjanjian PSH juga telah pun menyenaraikan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat bagi memastikan sebarang gangguan terhadap perkhidmatan klinikal di hospital dapat diminimumkan. Berikut adalah antara garis panduan yang perlu dilaksanakan oleh pihak syarikat iaitu:
(i) memastikan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan mematuhi prosedur, arahan ataupun cadangan daripada pihak pengilang ataupun manufacturer;
(ii) memastikan kakitangan teknikal adalah terlatih oleh pengilang ataupun authorized body bagi memastikan tahap kompetensi yang layak untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan;
(iii) memastikan simpanan alat ganti yang mencukupi di hospital central store atau kerjasama bersama dengan pihak pembekal bagi meminimumkan tempoh masa perolehan alat ganti; dan
(iv) pelaksanaan Quality Assurance Program (QAP) bagi mengenal pasti punca serta tindakan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi meminimumkan sebarang gangguan perkhidmatan klinikal di hospital-hospital kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan sistem pengurusan pesakit di hospital.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini KKM telah pun membangunkan Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) bertujuan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan di hospital- hospital KKM. Sistem ini lebih menjimatkan kos disebabkan hak cipta dan pelaksanaan hak milik KKM.
Semenjak RMKe-10 lagi, telah ada perancangan memperluaskan SPP ke hospital-hospital KKM termasuk Hospital Umum Sarawak (HUS).
Namun, ini bergantung kepada kemampuan kewangan kementerian dan kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT KKM dan Jawatankuasa Teknikal ICT MAMPU telah diperoleh pada tahun 2012 untuk perluasan SPP ke hospital-hospital yang telah dikenal pasti.
Pada tahun 2014, peruntukan hanya diperoleh untuk dilaksanakan di tiga buah hospital iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Bentong. Atas sebab keadaan ekonomi semasa dan kekangan kewangan, tiada kelulusan diperuntukkan diperoleh oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk perluasan lain-lain hospital termasuk HUS. KKM akan sentiasa berusaha untuk membuat permohonan kewangan untuk perluasan SPP ke lain-lain hospital seperti yang telah dirancang.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung usul untuk menaik taraf Hospital Umum Sarawak, Kementerian Kesihatan amat menitikberatkan outcome bagi setiap pelaksanaan projek-projek fasiliti kesihatan yang melibatkan kepentingan orang awam. Pelaksanaan projek menaik taraf Hospital Umum Sarawak yang meliputi komponen blok pusat rawatan harian, makmal patologi, bank darah dan kompleks tempat letak kereta dan Medi- Hotel telah diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 22 November 2013. Siri-siri perbincangan antara kementerian ini bersama dengan pihak syarikat dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri telah pun diadakan dengan giat dalam tempoh tersebut.
Siri-siri perbincangan ini telah mengambil kira keperluan kesemua pihak yang terlibat dalam projek ini iaitu HUS di peringkat kerajaan dan pihak syarikat bagi peringkat swasta, di mana sewajarnya outcome projek pembangunan yang dilaksanakan secara private-public partnership menguntungkan kesemua pihak. Isu-isu seperti kawalan lalu lintas seperti yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Stampin telah pun diambil kira oleh pihak HUS dan syarikat dalam perancangan semasa projek ini.
Bagi pelaksanaan projek menaik taraf HUS, pemilihan syarikat yang akan melaksanakan projek ini dibuat menggunakan kaedah switch challenges di mana syarikat-syarikat yang berminat untuk melaksanakan projek ini dijemput untuk menyaingi ataupun compete tawaran asal.
Syarikat yang mula-mula membuat tawaran kepada kerajaan bagi tujuan mendapat pulangan yang berpatutan bagi harga yang ditawarkan ataupun value for money. Dalam hal ini, syarikat yang berjaya telah pun mengemukakan tawaran yang dianggap paling value for money bagi projek yang dilaksanakan. Draf perjanjian bagi melaksanakan projek ini kini berada dalam peringkat penyemakan akhir oleh agensi-agensi yang terlibat. Kerajaan akan berusaha untuk mempercepatkan projek ini secepat mungkin supaya rakyat di Kuching secara khususnya dan rakyat secara amnya, mendapat faedah daripada projek ini.
Dalam hal ini, kesemua pihak perlu mencapai kata sepakat dalam keputusan yang diambil dalam memastikan projek menaik taraf HUS dapat dilaksanakan dengan sempurna. KKM sentiasa komited dalam memastikan fasiliti kesihatan yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat dan pada masa yang sama memberikan pulangan yang maksimum kepada semua pihak yang terlibat dalam projek tersebut Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keselamatan Murid SJK(T) Slim River di Bangunan Sekolah Yang RosakSpecial Chamber
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruangan kepada saya mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan pada petang ini. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang sudi datang memberi jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkenaan dengan isu keselamatan 200 orang murid SJK(T) Slim River. SJK(T) Slim River merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang lama dibina iaitu pada tahun 1954. Saya telah menerima aduan mengenai masalah anai- anai di sekolah tersebut. Saya telah membuat lawatan ke sekolah berkenaan untuk memastikan keadaan. Saya mendapati aduan yang saya terima itu adalah benar.
Sebahagian dari bangunan sekolah berada dalam keadaan bahaya kerana reput dimakan anai-anai. Beberapa kali bumbung runtuh tetapi tidak mengakibatkan sebarang kemalangan ataupun kecederaan. Walau bagaimanapun, bangunan itu berada dalam keadaan yang bahaya dan boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku pada bila-bila masa.
Pada 12 Januari 2011, pihak Jabatan Kerja Raya Batang Padang telah merumuskan bahawa keadaan SJK(T) Slim River adalah pada tahap yang kurang baik, tidak sesuai untuk diduduki dan disyorkan roboh.
Laporan pemeriksaan ini juga telah disahkan oleh Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Batang Padang. Surat sijil tidak selamat untuk blok bangunan lama juga telah diterima oleh pihak sekolah pada 23 Februari 2012.
Saya amat khuatir tentang keselamatan penghuni sekolah, termasuk 200 orang anak murid dan 22 orang guru serta beberapa orang kakitangan lain. Perkara ini telah dibawa kepada perhatian Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, namun tidak ada apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya difahamkan bahawa masalah tentang bangunan sekolah dan keselamatan murid-murid itu telah dibawa kepada perhatian Dato’ K.R.A Naidu, Pengerusi MIC Bahagian Tanjong Malim ketika itu. Kemudian, masalah yang sama juga telah dibawa kepada perhatian Tan Sri Ramasamy yang menjadi pengerusi baru MIC Bahagian Tanjong Malim.
Masing-masing tidak melakukan apa-apa. Selain daripada itu, masalah juga telah dibawa kepada perhatian Dato’ Dr. Subramaniam, Presiden MIC. Beliau juga telah mengabaikan keselamatan anak-anak kita di sekolah tersebut.
Akhir sekali, masalah ini telah dibawa kepada perhatian Datuk P.
Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau juga tidak peka kepada masalah ini. Saya difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri itu juga telah memberitahu pihak sekolah bahawa tidak ada peruntukan kewangan buat masa ini. Sudah lima tahun telah berlalu, tetapi masih tidak ada apa-apa tindakan diambil. Apakah kerajaan hanya akan bertindak setelah sesuatu malapetaka menimpa di sekolah itu? Pihak kerajaan telah dengan cuainya mengabaikan keselamatan 200 orang murid dan 22 orang guru di SJK(T) Slim River.
Saya rasa amat kesal dan kecewa kerana sikap Ahli Parlimen Tanjong Malim dan juga ADUN Slim yang langsung tidak prihatin mengenai nasib sebuah sekolah Tamil dan keselamatan murid-muridnya di kawasan mereka. Saya mendesak supaya tindakan segera diambil untuk membina bangunan baru menggantikan bangunan lama yang reput. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah berhubung isu keselamatan di SJK(T) Slim River, Perak. Pada kesempatan ini, izinkan saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi secara umum latar belakang SJK(T) Slim River, Perak. Sekolah ini merupakan sekolah kerajaan dengan enrolment murid pada masa ini adalah seramai 199 orang, termasuk pelajar-pelajar prasekolah dan 22 orang guru serta lima orang anggota khidmat sokongan. Sekolah ini mempunyai lapan buah bilik darjah, dua buah bilik prasekolah dan beroperasi satu sesi persekolahan.
SJK(T) Slim River terdiri dari tiga buah blok bangunan. Bangunan pertama dua tingkat mempunyai lapan buah kelas, empat buah bilik darjah, perpustakaan, bilik guru dan pejabat. Blok kedua yang dibina oleh PIBG terdiri daripada empat buah bilik darjah. Blok ketiga merangkumi dua buah bilik prasekolah, stor, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks dan kantin.
Laporan pemeriksaan JKR pada tahun 2011 menyatakan bahawa hanya blok ketiga merangkumi blok prasekolah, stor dan bilik BOS ataupun Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks dalam keadaan yang kurang baik tidak sesuai untuk digunakan, bukannya semua bangunan sekolah tersebut tidak selamat seperti dakwaan Yang Berhormat Batu Gajah.
Berdasarkan laporan JKR tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui PPD Batang Padang telah mengambil tindakan dengan membuat kerja-kerja penyelenggaraan kepada bangunan tersebut. Ini membuktikan bahawa dakwaan yang mengatakan PPD Batang Padang, JPN Perak dan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak melakukan apa- apa terhadap pembangunan sekolah tersebut adalah juga tidak benar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak JKR bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan sekali lagi pemeriksaan terhadap sekolah tersebut pada 19 Mei 2016. Laporan pemeriksaan JKR Mei 2016 menyatakan bahawa blok yang menempatkan bangunan kantin, dewan, prasekolah dan stor memerlukan penyelenggaraan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan murid serta permohonan daripada pihak PIBG sekolah, 34 orang murid prasekolah di blok tersebut telah dipindahkan ke perpustakaan di blok yang berlainan. Hal seperti ini dilakukan kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sangat-sangat mengutamakan keselamatan murid-murid di seluruh negara termasuk murid-murid di sekolah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah tersebut telah mendapat peruntukan penyelenggaraan seperti berikut:
(i) pada tahun 2010 telah dilakukan kerja-kerja rawatan pembasmian anai-anai dengan kos RM9,800;
(ii) pada tahun 2012, kerja-kerja penyelenggaraan dan ubah suai sistem perpaipan sekolah dan mengganti jenang pintu dan kayu keras di prasekolah dengan kos RM19,150;
(iii) pada tahun 2014 telah dilakukan kerja-kerja mengganti atap keseluruhan asbestos dengan metal deck dan mengganti siling yang rosak dengan kos RM49,999.52; dan
(iv) pada tahun 2015, telah dilakukan kerja penyelenggaraan bumbung bangunan dan kantin dengan menelan belanja sebanyak RM9,900.
Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Yang Berhormat Batu Gajah bahawa kepimpinan MIC mengabaikan keselamatan murid-murid itu juga tidak berasas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada mantan Presiden MIC dan juga mantan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Utama S. Samy Vellu memberi sumbangan blok pertama sekolah tersebut.
Saya sendiri pada tiga bulan yang lepas membawa isu ini kepada pengetahuan Presiden MIC sekarang, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam dan beliau telah memberi perhatian berat serta menyokong supaya tindakan segera perlu diambil dengan sewajarnya.
Seterusnya, pelbagai pihak termasuk Dewan Undangan Negeri Slim dan Yang Berhormat Tanjong Malim turut membantu penyelenggaraan dan peralatan SJK(T) Slim River seperti berikut.
Pada tahun 2012, sekolah ini mendapat bantuan penyelenggaraan daripada Pejabat Perdana Menteri melalui Pertubuhan Komuniti sebanyak RM400 ribu untuk penyelenggaraan dan pembekalan peralatan sekolah seperti berikut; padang sekolah, pembinaan tandas baru, penyelenggaraan tandas, tangki air, paip air dan meter air, penyelenggaraan bilik mesyuarat, mengecat bangunan sekolah, pembersihan kawasan dan juga membekalkan 30 unit komputer.
Seterusnya pada tahun 2015, sekolah ini telah mendapat peruntukan Dewan Undangan Negeri Slim dan Parlimen Tanjong Malim bagi kerja-kerja membina tempat menunggu dan tempat meletak kereta dengan kos sebanyak RM20 ribu.
Pada tahun 2016 ini, SJK(T) Slim River telah menerima peruntukan Dewan Undangan Negeri Slim dan juga Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjong Malim bagi kerja-kerja membina laluan pejalan kaki berbumbung dengan kos sebanyak RM30 ribu.
Sebagai langkah terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil tindakan untuk mempercepatkan proses penyelenggaraan dan baik pulih bangunan yang sejajar berdasarkan laporan pemeriksaan JKR 2016. Antara skop kerja yang akan dilaksanakan menukar baru tiang kayu, rasuk dan tiang konkrit bangunan kantin; menukar baru bumbung, siling, pintu dan tingkap kayu bangunan dewan; menukar baru bumbung, siling, bingkai tingkap kayu bangunan prasekolah dan stor; serta menjalankan rawatan anai-anai di seluruh kawasan sekolah.
Selain daripada itu untuk jangka panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan permohonan bangunan gantian tambahan bagi SJK(T) Slim River dalam permohonan Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas.
Tuan Yang di-Pertua, perlu saya tegaskan bahawa kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu sejak awal isu ini dilaporkan. Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian khusus dan mengambil tindakan bersesuaian bagi memastikan keselamatan murid dan guru diutamakan, serta pada masa yang sama memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terganggu.
Di samping itu, ingin ditegaskan segala langkah-langkah yang sedang dijalankan mengikut standard operating procedure, dengan izin, yang ditetapkan oleh kementerian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Khamis, 26 Mei 2016.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.55 petang]