Dewan Rakyat · 20 March 2017
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 1,488 turns · 71,481 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah cabaran yang dihadapi dalam menyuntik kesedaran tentang penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di sektor pembinaan tempatan dan sejauh mana kesedaran ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan syarikat pembinaan itu sendiri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Parit. Saya kena jawab soalan tetapi tidak jawab pantunlah pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, tujuan sistem binaan berindustri atau lebih dikenali sebagai IBS ialah untuk meningkatkan produktiviti pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam industri pembinaan. Berdasarkan analisa data projek kerajaan daripada Sistem Pemantauan Projek ataupun SPP2 oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sehingga bulan Mei 2016, didapati sebanyak 69.5 peratus projek kerajaan telah menggunakan IBS bagi pembinaan bangunan kerajaan. Manakala bagi projek pembinaan bangunan swasta di negara ini pula, mengikut kajian oleh CIDB pada tahun 2014, mendapati hanya 14 peratus sahaja sektor swasta menggunakan IBS. Antara cabaran penggunaan IBS di negara ini ialah berkaitan dengan dua faktor paling kritikal iaitu melibatkan polisi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga inisiatif oleh pihak pemaju itu sendiri. Di samping itu, cabaran penggunaan IBS ialah berkaitan dakwaan kos keseluruhan projek yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Ini berkemungkinan disebabkan oleh masalah kekurangan pembekal, pembelian acuan yang mahal serta kos pengangkutan yang tinggi. Selain itu juga, pembuatan komponen IBS juga memerlukan peralatan berteknologi tinggi dan lebih mahal berbanding alatan konvensional. IBS juga berhadapan dengan cabaran dan halangan untuk mengatasi isu tahap integrasi projek yang lemah dan proses reka bentuk yang masih menggunakan kaedah konvensional, di samping isu kekurangan tenaga mahir dan skim latihan yang masih terhad. Sehubungan itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan IBS di kalangan projek-projek kerajaan dan juga swasta, Kementerian Kerja Raya melalui CIDB antara lain telah melancarkan Program Transformasi Industri Pembinaan atau Construction Industry Transformation Plan (CITP), dengan izin, daripada 2016 hingga 2020. Melalui inisiatif itu, CIDB antara lain telah mengadakan beberapa sesi konsultasi dengan pihak industri pembinaan mengenai pelaksanaan IBS di negara ini. Hasil daripada perbincangan itu, pihak industri pembinaan telah bersetuju secara prinsipnya untuk menggunakan kaedah IBS dalam pelaksanaan projek mereka mulai tahun 2018. Ini bermakna nilai skor IBS akan ditetapkan sebagai salah satu syarat wajib dalam memberi kelulusan perintah pembangunan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, bagi tujuan untuk mempertingkatkan penggunaan IBS dalam industri pembinaan di negara ini, kerajaan juga antara lain telah bersetuju seperti berikut: (i) menetapkan koordinasi modular dijadikan sebagai piawaian dalam reka bentuk projek IBS; (ii) meningkatkan kadar levi bagi pekerja asing tidak mahir; (iii) menambah dan meluaskan kemudahan pinjaman kewangan kepada kontraktor IBS melalui Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) bagi projek kerajaan yang dilaksanakan oleh JKR; (iv) mewajibkan surat ikatan penyerahan hak antara kontraktor dengan pembekal IBS bagi projek persekutuan yang dilaksanakan secara IBS; (v) memperkenalkan modul IBS dalam syllabus technical vocational education and training (TVET); (vi) mewajibkan pengiklanan tender projek IBS kerajaan dengan pengkhususan bidang IBS; dan (vii) menggiatkan promosi IBS oleh CIDB melalui siri jelajah program IBS, seminar, penubuhan pusat IBS CIDB di Kuala Lumpur dan penganjuran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) yang diadakan pada setiap tahun. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu lengkap. Cuma saya hendak tanya sekali lagi, adakah setakat ini kerajaan berpuas hati dengan pencapaian projek melalui skim IBS terutama daripada pihak swasta? Keduanya, apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan penyertaan syarikat bumiputera dalam bidang pembinaan melalui IBS ini? Terima kasih.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Parit. Kalau mengatakan puas hati, kita belum berpuas hati sebab masih banyak perkara yang perlu kita laksanakan untuk memastikan produktiviti dalam bidang pembinaan ini dapat kita tingkatkan. Dalam projek kerajaan, kita sudah tetapkan bahawa semua projek yang melebihi RM10 juta mesti dilaksanakan secara IBS.
Malahan apa yang kita laksanakan, kita sudah memperkenalkan pre-approved plan (PAP) yang disediakan oleh JKR. Di sini apa yang kita lakukan ialah untuk kita latihkan, bukan sahaja bumiputera tetapi keseluruhan sektor pembinaan, daripada konsultan, daripada kontraktor, pembekal, supaya mereka bersiap siaga. Oleh sebab tahun 2018 kita mengharapkan IBS diwajibkan melalui penglibatan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya apa sahaja pelan yang dikemukakan mesti menggunakan kaedah IBS. Dengan itu, maka kita akan dapat memperbanyakkan penggunaan IBS. Oleh itu, diharapkan dengan itu harga akan lebih baik dan kebergantungan kita kepada pekerja asing yang tidak mahir akan dapat dikurangkan. Untuk itu, untuk makluman yang Berhormat, setakat ini kita sudah melatih lebih kurang yang berdaftar sehingga ini, sehingga Disember 2016 ada 8,170 kontraktor IBS. Untuk pemasang komponen yang telah kita latih ada 39,271 orang, termasuk majoriti adalah bumiputera dan profesional daripada jurutera, arkitek dan juruukur 1,809. Manakala pengilang setakat ini yang berdaftar dengan CIDB ialah 224. Apa yang kita hendak tentukan sekarang ini ialah untuk pastikan pengilang dan pengeluar akan mematuhi segala standard yang ditetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya mulakan, saya ingin mengalu-alukan rombongan JKKK daripada Parlimen Bayan Baru. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin hendak tambah, menanya soalan tambahan, berkenaan dengan IBS ini kita tahu bahawa demand and suppy, itu adalah paling penting. Demand itu tidak ada, maka supply tidak ada. Mengapa demand tidak ada? Ini adalah disebabkan oleh dasar-dasar dan polisi kerajaan yang membenarkan pekerja-pekerja asing berpusu-pusu masuk, mungkin berjuta-juta yang masuk ke sektor pembinaan. Itu sebab kos untuk membina secara konvensional itu kekal rendah. Jadi, IBS ini menjadi tidak kompetitif. Maka, kerana
kos tinggi, maka demand itu tidak ada. Ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan yang membenarkan ramai pekerja asing masuk. Jadi, isu di sini adalah kalau kita ingin meningkatkan pendapatan pekerja-pekerja kita dalam sektor pembinaan...
[Dewan riuh]
Maka, adalah penting untuk kita meningkatkan produktiviti dan membenarkan anak-anak muda tempatan mendapat pekerjaan dalam sektor terutamanya IBS. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri terangkan, CIDB yang mempunyai sumbangan yang begitu besar daripada sektor pembinaan, berapa peratus yang dibelanjakan untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja tempatan dan bagaimanakah ia dapat sepanjang selepas CIDB ini ditubuhkan, apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, berhubung kait dengan dasar, saya kurang bersetuju dengan Yang Berhormat. Kalau mendengar jawapan saya tadi, dari segi komitmen kerajaan, terutama sekali apa yang telah kita lakukan. Kita ada program setiap lima tahun. Untuk tahun 2015 sehingga tahun 2050, kita telah melancarkan, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri iaitu Constructions Industry Transformation Plan (CITP). Salah satu komponen, ia ada empat komponen iaitu berhubung kait dengan: (i) produktiviti; (ii) profesionalisme; (iii) internationalisation; dan (iv) memastikan alam sekitar kita dapat terpelihara dengan kita menggunakan teknologi baru dan sebagainya. Berhubung kait dengan apa yang dikatakan produktiviti. Salah satu komponen ialah untuk memperkenalkan adaptasi ataupun adopt teknologi-teknologi baru. Bukan sahaja IBS tetapi juga menggunakan building information modeling (BIM) supaya kita dapat bukan sahaja menjimatkan, mengurangkan waste material tetapi kita akan dapat menggunakan kaedah baru supaya construction industry ini lebih produktif. Oleh sebab itu, kita melihat bahawa komitmen kita dalam melalui CIDB dan semua stakeholders, termasuklah NGO’s berhubung kait dengan construction industry, the professional bodies, kita sudah duduk berbincang untuk mengenal pasti. Bukan disebabkan kerajaan tidak menetapkan dari mengurangkan dari segi pekerja-pekerja daripada luar tetapi disebabkan pada masa ini kontraktor kita ataupun developers masuk belum berkemampuan untuk adopt keseluruhan IBS sistem. Oleh sebab itu, komitmen mereka ialah 2018 insya-Allah mereka akan beralih kepada IBS sistem dengan mengimport lebih banyak material, lebih banyak teknologi baru. Kita membuat interaksi sebab kita melihat bahawa kalau kita hendak menetapkan dasar sesuatu ia tidak akan merugikan sektor pembinaan itu sendiri, terutama the players, the stakeholders, sama ada pemaju ataupun kontraktor. Oleh sebab itu, kita mengambil pendekatan untuk mengadakan dialog, perjumpaan dengan mereka dan kita bersama-sama mengemukakan perancangan yang terperinci supaya ia akan memberikan menang-menang kepada semua pihak sama ada kerajaan, rakyat mahupun the industry players. Itu komitmen kita. Setakat ini yang saya katakan tadi, kalau kita melihat daripada program yang dilaksanakan oleh CIDB - IBS, kita sudah melahirkan untuk IBS ini sahaja 35,000 pekerja mahir. Diharapkan dengan pendaftaran baru yang kita buat untuk kontraktor, untuk manufacturers ini, maka kita tahun 2018, kita dapat melihat pencapaian lebih baik dalam bidang penggunaan IBS, lantas dapat menjimatkan, produktiviti construction industry akan lebih baik dan kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing yang tidak mahir. Terima kasih.
2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kewangan menyatakan cara-cara mengatasi tekanan ke atas ringgit.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan oleh Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Shah Alam bertarikh 9 Mac hingga 4 April memandangkan soalan-soalan tersebut menyentuh isu yang sama iaitu mengenai ringgit.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, penyusutan nilai mata wang bukanlah unik kepada Malaysia sahaja. Keadaan ini turut dialami oleh mata wang serantau yang mencerminkan, terutamanya pengukuhan Dolar Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, nilai ringgit telah menyusut sebanyak 4.3 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat. Penyusutan nilai ringgit kebanyakannya didorong oleh perubahan aliran dana yang didorong oleh faktor luaran. Faktor-faktor tersebut termasuklah jangkaan bahawa kadar faedah akan meningkat. Kenaikan kadar dasar Federal Reserves Amerika Syarikat, ketidaktentuan dalam harga minyak mentah dunia dan kebimbangan terhadap kadar pertumbuhan ekonomi dan ketidaktentuan pasaran kewangan di China. Ketidaktentuan politik di UK, kawasan Euro dan Amerika Syarikat juga menjejaskan permintaan terhadap aset dalam pasaran sedang pesat membangun yang telah memberi kesan negatif terhadap kebanyakan mata wang negara-negara sedang pesat membangun dan serantau, termasuk ringgit. Tuan Yang di-Pertua, untuk menangani penyusutan nilai ringgit dalam jangka masa pendek, kerajaan akan sentiasa memastikan pasaran pertukaran mata wang asing tidak terjejas bagi memastikan kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, kedudukan reserves Bank Negara Malaysia berjumlah USD95 bilion akan terus menjadi penampan kepada turun naik yang berlebihan dalam pasaran kewangan. Pada penghujung tahun 2016, Bank Negara Malaysia juga telah memperkukuh semula peraturan sedia ada untuk menghalang penglibatan institusi kewangan berlesen dalam negara dalam aktiviti kontrak hadapan tanpa serahan ataupun non-deliverable forward (NDF). Langkah ini bertujuan untuk membendung aktiviti spekulatif kontrak hadapan tanpa serahan dalam pasaran luar pesisir yang telah memberikan kesan negatif terhadap pasaran pertukaran asing dalam negara.
Pada masa yang sama, BNM akan terus menyediakan mudah tunai di pasaran tempatan bagi memastikan keadaan pasaran yang stabil dan teratur. Walaupun negara kita merupakan pengeksport bersih dan mencatatkan lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perolehan eksport dalam mata wang asing tidak ditukar pada Ringgit lalu menyebabkan ketidakseimbangan dalam permintaan dan penawaran Ringgit di pasaran pertukaran asing. Bagi membendung masalah ini, Jawatankuasa Pasaran Kewangan bersama BNM juga telah mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan pasaran perlindungan nilai dan mengatasi ketidakseimbangan dalam pasaran pertukaran asing dalam negeri. Ini termasuk mewajibkan penukaran hasil eksport dalam mata wang asing ke ringgit untuk menangani ketidakseimbangan ini. Aliran perolehan eksport mata wang asing ke dalam pasaran kita akan meningkatkan mudah tunai mata wang asing dalam pasaran dalam negeri. Walaupun hanya dua bulan sejak pengumuman langkah-langkah ini, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hasil yang menggalakkan. Langkah perkara yang paling utama ialah turun naik nilai ringgit telah menunjukkan kestabilan yang ketara sejak langkah-langkah ini mula beroperasi. BNM daripada semasa ke semasa akan memperkenalkan langkah-langkah liberalisasi baru yang bertujuan untuk mengembangkan pasaran pertukaran wang asing bon dan wang dalam negara untuk memenuhi permintaan peserta pasaran dan membolehkan perniagaan tempatan untuk mengurus dedahan kadar pertukaran di dalam negara. Dalam jangka yang lebih panjang, nilai ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Dalam hal ini, usaha kerajaan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi termasuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan, pembaharuan fiskal dan langkah untuk memastikan sistem kewangan yang kukuh dan stabil akan dapat memberi sokongan ke arah pengukuhan nilai ringgit. Tuan Yang di-Pertua, apabila nilai ringgit menyusut, sebahagian sektor ekonomi akan menerima manfaat manakala terdapat juga sebahagian sektor ekonomi akan terjejas. Pengeksport akan menerima manfaat daripada segi hasil eksport yang lebih tinggi dalam nilai ringgit atau peningkatan dalam permintaan bagi barangan buatan Malaysia. Secara khusus, penyusutan nilai ringgit akan memberi manfaat kepada eksport perkilangan Malaysia yang menyumbang sebanyak dua per tiga daripada jumlah eksport kasar. Penyusutan nilai ringgit akan menyebabkan kenaikan kos import. Walau bagaimanapun, kesannya terhadap kadar inflasi diimbangi oleh sumbangan sederhana wajaran barangan import daripada keseluruhan permintaan domestik. Sebagai contoh, bahan mentah dan bahan pengantara yang diimport hanya mencakupi sekitar 20 peratus
daripada jumlah pengeluaran. Barangan import tidak termasuk petrol dan diesel hanya mencakupi 6.4 peratus daripada kumpulan Indeks Harga Pengguna. Keadaan permintaan dalam negeri yang lebih sederhana juga akan membendung tekanan inflasi memandangkan kesanggupan dan keupayaan firma untuk memindahkan sepenuhnya tekanan kos yang lebih tinggi kepada pengguna dijangkakan lebih terhad. Untuk menangani kenaikan kos sara hidup, pihak kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import bagi barangan asas dengan menaikkan jumlah pengeluaran domestik bagi barangan keperluan. Selain itu juga dalam menangani cabaran semasa, kerajaan akan sentiasa memastikan pasaran pertukaran mata wang asing tidak terjejas bagi memastikan kegiatan ekonomi kekal mampan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada faktor yang disebutkan tadi, apakah faktor yang dianggap paling besar yang menjejaskan dan apakah boleh kita buat lagi untuk mengukuhkan kewangan Malaysia dengan kestabilan ringgit?
Sebagaimana saya nyatakan tadi, faktor yang terbesar sekali ialah jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan seperti mana kita tahu, baru-baru ini Federal Reserve telah pun menaikkan kadar faedah dengan 25 basis point dan dijangka akan dinaikkan lagi pada tahun ini. Satu lagi ialah kerana holding bond kita, pasaran bon kita ini lebih kurang 34 peratus di tangan non-resident. Ini merupakan satu kebaikan dan juga satu ancaman. Umpamanya pada awal tahun, first half dengan izin, pertengahan pertama tahun 2016, kita tengok nilai mata wang kita, ringgit kita prestasinya antara yang terbaik di dunia tetapi bila Amerika Syarikat dijangka menaikkan kadar faedah, maka non-resident yang memegang bon yang ada di pasaran kita telah buat apa yang disebutkan sebagai portfolio rebalancing, Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini, menyebabkan aliran wang keluar dan permintaan Dolar Amerika bertambah. Jadi itulah yang saya anggap sebagai faktor yang terbesar sekali.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Pekan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Pekan, sejauh manakah kerajaan terutama sekali dalam menangani khususnya tekanan ke atas ringgit mempunyai indikator-indikator dalam memastikan cabaran tekanan ke atas nilai ringgit terutamanya mengatasi tindakan oleh sesetengah pihak yang berunsurkan sabotaj ekonomi sehingga menyebabkan kestabilan dan kedaulatan negara terjejas. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit sebanyak unsur sentimen yang boleh dipengaruhi melalui cerita-cerita yang bertujuan untuk memburukkan keadaan ekonomi kita dengan meluahkan fakta-fakta yang tidak berasas ataupun tidak tepat. Oleh itu, selain daripada perkara ini tidak wajar diteruskan. Walaupun kita ada berbeza pendapat politik tetapi kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan sebagai pertaruhan dalam soal politik kepartian. [Tepuk] Ini amat penting sebab dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kepentingan negara atau national interest sepatutnya mengatasi segala-galanya. Inilah yang saya harap, saya merayulah jangan adanya unsur-unsur sedemikian. Sebagaimana saya nyatakan baru-baru ini, kita hampir kehilangan pelaburan dari Aramco bernilai RM31 bilion oleh kerana fakta yang tak betul sama sekali yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu tetapi alhamdulillah apabila kita betulkan, kita berjaya meyakinkan mereka bahawa ekonomi Malaysia ini ditangani dengan begitu baik dan kita mendapat penarafan yang tinggi oleh badan-badan penarafan. Umpamanya kita dalam kategori A minus Tuan Yang di-Pertua, hanya beberapa buah negara sahaja yang ada kategori A tetapi apa yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu adalah sebaliknya. Jadi saya berharap apa yang boleh dianggap sebagai economic sabotage ini Tuan Yang di-Pertua, haruslah dihentikan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara. [Tepuk]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menjawab soalan ini dan juga soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Jadinya susulan daripada itu, kita melihat bahawa pihak kerajaan membuat pelbagai pengumuman mengenai langkah-langkah kerajaan dalam menangani tekanan mata wang ringgit ini. Jadinya soalan tambahan saya adalah, apakah tindakan tegas pihak kerajaan terhadap mereka yang selalu speculate ataupun memanipulasikan kejatuhan nilai ringgit ini yang kerap tersebar terutamanya dalam social media kerana ini akan hanya menjatuhkan pihak kerajaan seolah-olahnya salahnya adalah pihak
kerajaan. Minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kita akan tingkatkan lagi dengan izin engagement kita dengan pihak luaran terutama sekali mereka yang menentukan soal pelaburan, soal perdagangan dan mereka yang mempunyai dana yang besar seperti pension fund dan juga investor bank dan sebagainya supaya mereka mengetahui keadaan yang sebenarnya mengenai ekonomi negara kita. Soal sosial media ini kita akan cuba memberi gambaran yang lebih tepat dengan harapan bahawa gambaran kita itu akan diterima dan dipercayai oleh pihak-pihak yang berkenaan.
3. Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [Mukah] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah rangka kerja strategik yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi menghadapi gelombang keempat (industri 4.0) memandangkan ianya akan menambahkan jumlah pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan datang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Mukah. Gelombang keempat atau industri 4.0 didorong oleh revolusi digital atau internet melalui aplikasi sistem siber fizikal yang bukan hanya tertumpu pada sektor pembuatan malah akan turut melibatkan sektor perkhidmatan. Gelombang ini merupakan kesinambungan daripada gelombang perindustrian ketiga yang berteraskan sistem elektronik dan teknologi maklumat. Trend gelombang keempat bermula daripada negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan Amerika Syarikat yang kini berkembang kepada negara-negara seperti China, Korea Selatan dan Singapura. Pemangkin gelombang keempat bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang dengan izin autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran. Kerajaan telah mengadakan beberapa inisiatif berhubung industri 4.0 termasuk pertama, mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun ekonomi internet Malaysia. Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada KDK telah mencecah 17.8 peratus pada 2015 dah hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk tahun 2020. Sebanyak RM162 juta telah diperuntukkan di dalam Bajet 2017 bagi berbagai program seperti ekosistem e-dagang, digital maker movement serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai hub digital Malaysia. Kedua, penubuhan digital free trade zone yang pertama di dunia yang diterajui oleh EMDEC yang menggabungkan zon fizikal dan maya dengan penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan merangsang inovasi berteraskan internet. Digital free trade zone ini akan dilancarkan hari Rabu, 22 Mac 2017 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama kehadiran Jack Ma dari Ali Baba. com. Ketiga, merangkan pelan hala tuju strategik kebangsaan tentang internet of things yang diterajui oleh MIMOS. Pelan ini diunjur menjana sejumlah RM9.5 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang 2020 serta menyediakan 14,270 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Melalui pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh MITI, lebih banyak syarikat pengeluar peralatan bagi penggunaan internet dan sensor dijangka melabur di negara ini untuk mewujudkan ekosistem serba kondusif bagi industri IOT. MITI dan agensi juga telah mengadakan program outreach kepada pihak-pihak yang berkepentingan di dalam industri 4.0. Antaranya: (i) persidangan pembangunan dan peluang rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana pada 15 Disember 2016;
(ii) seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi pada 12 Januari 2017 oleh MIDA; (iii) seminar berhubung peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada 21 Februari 2017 juga oleh MIDA; (iv) bekerjasama dengan institusi pendidikan dan teknikal serta industri bagi pembangunan bakat dan bidang teknologi baru, digital dan kejuruteraan bagi menyediakan graduan tersedia untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar. Sebagai contoh Malaysia memerlukan 2 ribu saintis data, data scientist menjelang 2020; dan (v) memberi tumpuan kepada PKS bagi menerima pakai proses pengeluaran pintar. Ianya penting untuk membangunkan PKS yang berdaya tahan dan mampan ke arah mencapai pertumbuhan inklusif dan seimbang. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini MITI sedang dalam proses merangka polisi nasional dan pelan tindakan menyeluruh bagi industri 4.0 dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan bagi memanfaatkan sumber sedia ada. Polisi nasional berkenaan dijangka akan diumumkan pada akhir tahun 2017 dan diharapkan ia menjadi salah satu pemangkin untuk memastikan jumlah pendapatan negara mencapai RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu tepat dan soalan tambahan saya ialah selain dari program-program yang disediakan graduan dan generasi akan datang, apakah program-program yang dirancangkan untuk meningkatkan lagi atau upgrading and upskilling tenaga-tenaga kerja sekarang dalam jangka pendek ini.
Terima kasih Yang Berhormat Mukah. Sebelum saya menjawab soalan yang berkaitan, untuk memahami lebih lanjut, pada 1800 industri 1.0 Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai kuasa wap untuk digunakan dalam kilang-kilang. Industri 2.0 pada tahun 1900 menggunakan kuasa elektrik. Industri 3.0 pada tahun 2000 menggunakan automasi dan information technology (IT) yang kita cerita pada hari ini ialah 2016 bermula industri 4.0 iaitu tentang sistem siber fizikal yang antara lain menggunakan big data, internet of things dan perkara yang seumpamanya. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Mukah yang bertanyakan apakah langkah-langkah dari segi penyediaan graduan untuk ke arah kita menyediakan dalam masa jangka pendek. Kita mempunyai usaha-usaha yang secara blue ocean dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan juga Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan berlaku penyelarasan terhadap apa yang saya sebut tadi keperluan sebagai contoh yang tidak pernah kita dengar sebagai, data scientist, tapi kita tidak pernah dengar. Oleh itu usaha-usaha yang bersepadu perlu dibuat. Jika tidak kita akan ketinggalan dari segi industri 4.0 ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah prestasi gelombang industri ketiga sekarang kepada negara kita dan apa faedah yang dikecapi setakat ini. Minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Prestasi Gelombang 3.0. Kita sekarang bercerita tentang gelombang 4.0. Sebagaimana yang kita sedia maklum, prestasi ini boleh diukur dengan kejayaan-kejayaan yang wujud dalam negara kita. Bagaimana pelaburan pihak-pihak syarikat di luar menganggap Malaysia sebagai salah satu pusat, ada angka dan kajian mengatakan yang terbaik dalam dunia dari segi pelaburan, itu sebagai contoh. Kita menyediakan segala prasarana yang mencukupi, prasarana moden yang mencukupi dari segi sistem jalan raya dan juga misalnya national broadband penetration rate kita yang dikeluarkan data oleh KKMM pada Jun 2016 ialah 77.3%. Ini juga menunjukkan bagaimana prestasi persiapan kita untuk menghadapi 4.0. Untuk memudahkan kita lebih memahami apakah maksud 4.0 ini. Dalam bahasa yang mudah ia dipanggil sebagai smart factory.
Smart factory ini adalah kilang pintar Tuan Yang di-Pertua. Untuk mewujudkan kilang pintar, kita perlu ada bangunan pintar, kita perlu ada logistik pintar, kita perlu ada pejabat pintar dan tentunya kita perlu ada modal insan yang pintar untuk ke arah itu. Terima kasih.
4. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan jumlah sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2016 dan langkah- langkah untuk mempertingkatkan sumbangan tersebut bagi tahun 2017.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, maklumat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk sektor pelancongan bagi tahun 2016 masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Tengah dok kumpul data. Pada tahun 2015, sektor pelancongan mencatatkan sumbangan sebanyak RM166 bilion atau 14.4 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 13.7 peratus atau RM152 bilion pada tahun 2014. Peningkatan ini jelas menunjukkan kepentingan sektor pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Menyedari hakikat keperluan transformasi produk dan destinasi pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah merencanakan inisiatif strategik bagi promosi tahun 2011 iaitu yang pertama, memperkasakan Strategi Lautan Biru yang berpegang kepada mantera Blue Ocean Strategy, “Low Cost, High Impact” dan Rapid Execution. Di antaranya adalah inisiatif: (i) pelancongan udara segar, Lung-Washing Tourism; (ii) ekopelancongan, Diving and Birding; (iii) segmen hasil lumayan, mines, beli-belah, kesihatan dan pelayaran; dan (iv) mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran, filming. Keduanya, kita mendaya upayakan teknologi terkini sebagai medium utama aktiviti promosi, publisiti dan pengiklanan. Ini melibatkan pengukuhan dan pelebaran penggunaan rangkaian media sosial, platform pasaran maya ataupun virtual market place, pemasaran digital seperti alitrip.com serta mengoptimumkan penggunaan enjin pencarian atau search engine optimization. Ketiganya kita memberi penekanan kepada perkongsian pintar dengan syarikat- syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines, Emirates Airlines, Qatar Airways, Etihad Airways, KLM dan Turkish Airlines dalam meningkatkan kemudahsampaian udara ke Malaysia. Terutamanya di pasaran jarak jauh yang tiada perkhidmatan Malaysia Airlines dengan mengambil peluang rangkaian penerbangan yang luas di pasaran Eropah oleh syarikat-syarikat penerbangan berkenaan. Langkah ini diambil bagi memastikan kadar purata, tempoh tinggal dan purata perbelanjaan pelancong asing perkara kapita dapat dipertingkatkan. Keempat, kita menggunakan Kempen Melawat ASEAN@50 bagi: (i) promosi pelancongan inter-ASEAN; dan (ii) promosi pelancongan berteraskan sukan; Sukan SEA 2017 dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017. Kelima, kita mengetengahkan budaya, seni dan warisan sebagai elemen jualan unik yang memberikan manfaat terus kepada komuniti tempatan. Keenam, kita memberikan kemudahan entry visa kepada pelancong-pelancong dari India, di mana mereka boleh memohon visa menerusi e-visa (entry visa) dengan hanya bayaran USD20. Kita akan jamin kan dalam masa empat puluh lapan jam visa itu diberi untuk melawat Malaysia selama empat belas hari.
Ketujuh, kita menggalakkan pelancongan domestik melalui pemerkasaan segmen Domestic Mines dan Kempen Cuti-cuti 1Malaysia, Dekat Je. Sekarang ini tengah cuti sekolah, ramai kita tengok rakyat Malaysia yang pergi Cuti-Cuti 1Malaysia. Terakhir yang kelapan, memaksimumkan kempen global yang bersepadu bersama Kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerjasama bersama agensi kerajaan di bawah kementerian lain seperti MIDA dan MATRADE. Usaha-usaha ini dijangka akan dapat menyumbang kepada sasaran 31.8 juta serta RM118 bilion pendapatan pelancong bagi tahun 2017, insya-Allah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan sektor pelancongan ini memainkan peranan penting terhadap sumbangan kepada ekonomi negara, adakah pihak Yang Berhormat Menteri setuju bahawa projek-projek pembangunan pelancongan yang strategik seperti menaiktarafkan lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek Cable Car Bukit Bendera itu perlu dilaksanakan dan diberikan priority oleh pihak kerajaan, walaupun ada kekangan dari segi bajet. Keduanya ialah, minggu lepas ada satu dakwaan oleh seorang pelancong dari Taiwan yang menyatakan bahawa beliau telah dilayan buruk dan ditahan oleh pihak imigresen selama 35 jam di KLIA2 dan ada seorang pegawai imigresen meminta wang suapan daripada beliau sebanyak satu ribu ringgit untuk dilepaskan. Walaupun dakwaan ini telah dinafikan oleh pihak imigresen, saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan dan siasatan daripada pihak Kementerian Pelancongan? Kerana kita tidak mahu perkara-perkara ini, berita-berita ini yang menjadi viral, yang menjadi satu berita sensasi di media Taiwan akan menjejaskan imej pelancongan negara. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian Pelancongan untuk memastikan perkara-perkara ini dan berita-berita seperti ini tidak tersebar luas? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini menyokong usaha untuk merangsangkan pertumbuhan sektor pelancongan di negeri Pulau Pinang. Dan bagi tujuan tersebut Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri boleh menghantar permohonan cadangan pembangunan Kereta Kabel yang disebut di Bukit Bendera untuk dipertimbangkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Keempat di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM24 juta di bawah Rolling Plan Pertama di bawah RMKe-11 bagi melaksanakan projek naik taraf bypass di Bukit Bendera Pulau Pinang. Projek ini telah disiapkan pada 20 Disember 2016 dan dibuka untuk kegunaan awam. Bagi tujuan untuk menerima lebih ramai lagi pelancong sama ada domestik ataupun dari luar negara, kementerian saya bersetuju kalau sekiranya ada usaha untuk membesarkan lagi airport di Pulau Pinang ini. Kementerian saya akan tetap menyokong permohonan itu. Keduanya berkenaan dengan imigresen iaitu aduan yang telah dibuat oleh seorang pelancong daripada Taiwan. Pertamanya Yang Berhormat kita semua sedia maklum iaitu pada minggu lepas telah diumumkan iaitu Imigresen Malaysia mendapat anugerah nombor satu dalam dunia oleh Skytrack. Ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya layanan yang diberikan oleh pihak imigresen kepada pelancong- pelancong adalah baik dan mereka telah pun memahami betapa pentingnya sebagai front counter, mereka memberi layanan yang baik kepada pelancong-pelancong. Saya yakin dan percaya iaitu bahawa apa yang berlaku pada hari itu yang dibuat aduan sudah tentulah kita ada sesuatu yang berlaku yang kita tidak tahu, tetapi saya sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengambil berat tentang perkara ini dan kita akan mendapatkan maklumat yang terperinci daripada pihak imigresen. Keduanya Yang Berhormat, kita kena ingat bahawa kerajaan dalam usaha memastikan supaya Jabatan Imigresen ini bertindak dengan adil, baik dan tidak menerima rasuah. Kita telah pun melantik seorang daripada SPRM untuk menjadi Ketua Pengarah iaitu, Dato’ Seri Mustafar Ali yang telah lama berkhidmat dalam SPRM. Saya kira dengan pelantikan beliau itu sudah tentulah ia akan memastikan supaya pihak Jabatan Imigresen akan sentiasa berada dalam kedudukan yang baik dan tidak merupakan satu jabatan yang mana ahli-ahlinya itu cuba mendapatkan rasuah daripada pelancong-pelancong. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum Kerajaan Persekutuan telah melakukan pelbagai
pelaburan dengan jumlah yang besar. Contohnya, menyasarkan lawatan 36 juta orang pelancong dan pendapatan RM168 bilion menjelang tahun 2020. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana industri pelancongan kesihatan mampu menyumbang ke arah ini dan apakah usaha-usaha kerajaan dalam mempromosi pelancongan kesihatan ini dan buat masa ini di bandar-bandar manakah di Malaysia terdapat unsur-unsur pelancongan kesihatan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan yang betul iaitu pelancongan kesihatan merupakan satu sektor yang cukup penting kepada kita, apatah lagi apabila pertama sekali, kita mempunyai doktor-doktor kelulusan daripada negara India, China dan juga Rusia. Jadi, apabila mereka ini datang mencari perubatan di negara kita, mereka lebih berkeyakinan kerana doktor-doktor itu adalah hasil daripada lepasan pusat penggajian tinggi di negara-negara seperti Rusia, banyak orang Rusia datang, negara China pun ramai yang datang dan juga daripada India. Keduanya, sudah tentulah disabitkan oleh sebab kita punya ringgit telah pun jatuh, ini menyebabkan segala perubatan, servis perkhidmatan perubatan akan lebih kompetitif jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Jadi itu yang kedua. Ketiganya, kita punya aftercare iaitu daripada segi memberikan aftercare kepada mereka yang telah melalui pembedahan, di Malaysia adalah yang terbaik sekali dan kita mempunyai resorts yang cukup baik yang boleh memulihkan pesakit-pesakit yang sudah melalui pembedahan. Oleh kerana itu, sudah lebih daripada tiga tahun berturut-turut Malaysia telah menerima anugerah tertinggi dan terpilih di Portugal sebagai penyedia health service tourism yang terbaik di dunia. Ini menunjukkan betapanya kita merasakan bahawa health tourism ini merupakan satu sektor yang cukup penting. Kementerian saya sentiasa memberikan kerjasama dengan kita memastikan setiap expo yang kita hadiri bagi travel and tour ini, kita sentiasa menjemput mereka yang terlibat dengan health tourism untuk sama-sama dengan kita bagi mengetengahkan health tourism kita yang cukup baik di negara-negara yang mempunyai potensi untuk menghantar pelancong-pelancong health tourism ke negara kita. Akan datang ini di Arab Travel Mart, kita juga menjemput pihak health tourism Malaysia untuk bersama dengan kita. Jadi ini adalah cara-cara yang kita lakukan untuk memberi kerjasama kepada pihak health tourism untuk membantu sektor ini di negara kita.
5. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Kewangan menyatakan kriteria pemilihan rakan kongsi strategik bagi Proton Holdings Bhd. (Proton) dan nyatakan kelebihan dan pulangan kepada pelaburan (ROI) rakan kongsi strategik Proton yang baharu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tenom. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat Tenom, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keserasian dalam aspek strategik operasi dan budaya adalah kriteria utama dalam menentukan rakan kongsi strategik terbaik bagi membantu Proton meningkatkan keupayaan operasi dan memperluaskan pasaran. Dari perspektif kesesuaian strategik ia akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan semua teknologi dan produk sedia ada untuk mengembangkan pasaran masing-masing. Dari perspektif operasi pula, usaha sama strategik bakal memastikan kedua- dua Proton dan rakan kongsi strategik saling melengkapi kekuatan masing-masing. Dalam perkongsian ini, Proton dijangka menerima manfaat daripada operasi dan pasaran yang lebih besar bagi mencapai skala ekonomi ataupun economies of scale dengan izin, yang lebih baik. Dalam mengenal pasti rakan kongsi strategik, Proton juga menilai kesesuaian budaya kerja bagi memastikan keserasian dan kerjasama yang baik antara kedua-dua pemegang saham Proton. Keserasian dan kerjasama antara kedua-dua pihak amat kritikal dalam proses membuat keputusan dan operasi bagi memacu syarikat di masa depan. Perkongsian strategik ini bakal memberi manfaat bukan sahaja warga kerja Proton tetapi juga kepada ekosistem industri automatif itu sendiri. Setiap aspek rantaian nilai ataupun value chain Proton daripada pihak pembekal sehinggalah ataupun vendor, Proton sendiri sebagai pengilang kenderaan dan rakyat umum bakal menerima suntikan teknologi dan amalan terbaik antarabangsa.
Justeru, usaha sama ini bermatlamat untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berdaya maju yang memungkinkan pasaran yang lebih luas, yang dapat memberikan kebaikan dan manfaat jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya nombor lima. Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai rakyat Malaysia berharap Proton Holdings Berhad ini memerlukan rakan strategik yang berupaya untuk memperluaskan pasarannya di luar negara dengan menghasilkan kereta yang bermutu tinggi serta dapat memperkukuhkan kedudukan dalam jangka masa yang panjang. Malahan Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan penjelasan-penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dapat menolak dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa Proton akan menjual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing, yang mana akan menyebabkan kekayaan negara kita tergadai. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut elemen budaya. Adakah elemen budaya itu dititikberatkan ataupun apakah elemen budaya yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi sebagai faktor kejayaan kepada kedua-dua belah pihak? Keserasian antara kedua-dua pihak ini amat kritikal Tuan Yang di-Pertua, dalam soal untuk memacu Proton kerana kita tidak mahu kedua-dua pihak ini mengalami kerugian yang besar di masa akan datang, yang mana diakibatkan oleh ketidaksefahaman kedua-dua pihak. Soalnya Tuan Yang di-Pertua, rakan strategik baru ini kena faham dengan budaya kita dan kita pun mahu berbuat demikian. Jadi, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tenom, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, apabila Proton mengorak langkah untuk mencari rakan strategik, sebanyak 15 syarikat automotif besar di dunia berminat dan setelah dibuat penilaian, lapan telah pun di senarai pendek, kemudian dibuat kajian, tinggal lima, sehingga kini tinggal tiga yang terakhir iaitu ketika ini sudah masuk proses due diligence ataupun dalam proses kajian lebih mendalam. Seperti yang saya sebutkan tadi antara perkara yang penting dalam proses pemilihan rakan strategik ini adalah berkaitan dengan perkara-perkara strategik operational dan juga budaya. Jadi sudah tentulah seperti yang kita sedia maklum, Proton ini memang menjadi kebanggaan negara. Proton dan kerajaan selama ini pun menjadi stakeholders yang penting, walaupun hari ini Proton telah pun diambil alih oleh DRB-HICOM. Kita menyedari bahawa Proton menjadi satu kebanggaan dan milik kita semua dan sudah tentu kerajaan berhasrat untuk memastikan Proton ini akan terus mampu bersaing di masa akan datang dan kita mengharapkan juga pemilihan rakan strategik ini akan memberi nafas baru kepada Proton. Untuk makluman Dewan juga, oleh kerana kita mengambil berat dalam hal ini maka kerajaan telah pun memberikan pelbagai insentif. Antaranya, sehingga kini hampir RM14.6 bilion telah pun diberikan insentif dalam bentuk cukai dan juga pengecualian cukai dalam bentuk bantuan R&D dan sebagainya.
Namun kita tahu, Proton pula telah pun memulangkan pulangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai-cukai eksais dan sebagainya hampir RM25 bilion. Ini tidak termasuk rantaian nilai iaitu vendors dan sebagainya. Jadi sudah tentulah Proton ini menjadi perkara yang paling penting. Jadi kepada Yang Berhormat Tenom, berkaitan dengan budaya ini sudah tentulah kita mengambil kira elemen antara apa yang sedang dibuat oleh Proton hari ini bersama dengan rakan strategik yang baru ini, sudah tentu kita tidak mahu ada distraction atau dengan izin ada ganggu gugat ecosystem sedia ada. Kita mengambil kira hari ini kalau kita sebut orang-orang yang terlibat dalam ecosystem Proton sahaja lebih 50,000 orang stakeholders kalau dalam industri automotif keseluruhan dalam negara lebih kepada 250,000. Jadi sudah tentu kita mahu supaya rakan strategik yang baru ini yang hendak dipilih oleh Proton hendak memahami budaya kerja cara proses membuat keputusan kita mahu membantutkan pembangunan vendor development dan sebagainya. Jadi kita sudah tentulah kita harapkan sangat supaya rakan strategik yang hendak dipilih ini memahami budaya kerja tetapi kita juga kena di peringkat kita orang Malaysia ini pun sudah tentulah juga perlu adjust, menyesuaikan diri dengan budaya
kerja yang lebih kompetitif lebih berkesan, efisien dan sebagainya untuk memastikan keberkesanan kerja itu akan memacu kemajuan Proton di masa depan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah Proton sanggup untuk melepaskan ekuiti saham 51 peratus kepada rakan kongsi yang baru. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Pertama sekali kita sedar hari ini Proton mengeluarkan sekitar 100,000 unit kenderaan ataupun model untuk dijual di pasaran dan kebanyakannya pasaran tempatan. Kita tahu volume ini tidak mencukupi. Minimum mungkin kalau kita bercakap soal the right volume ini sekurang-kurangnya 500,000 dan sebagainya. Berbalik kepada soal ekuiti sama ada PROTON hendak menjadi majoriti ataupun hendak minoriti, ini merupakan satu keputusan komersial. Akan tetapi apa pun pada saya, kalaupun kita hendak berbangga dan bermegah memegang ekuiti yang lebih tetapi sedangkan kita sedar kita tidak mampu hendak berkembang, maka ini merupakan satu keputusan yang perlu diambil kira oleh pihak yang berkenaan. Namun buat masa ini, dalam proses peringkat due diligence ini termasuk jugalah dari segi kepentingan modal yang hendak dibawa masuk dan sebagainya itu dalam proses penilaian peringkat di pihak PROTON hari ini. Terima kasih.
6. Dr. Ko Chung Sen [Kampar] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah status Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang dan berapakah anggaran kos asal dan kos semasa; dan (b) sama ada Petronas akan dapat membiayai keseluruhan projek tersebut dengan pengunduran Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco), dan sama ada ini akan melambatkan pelaksanaan bahan api EURO 4 dan EURO 5 yang lebih bersih di Malaysia
Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Gombak bertarikh 27 Mac 2017 yang menyentuh mengenai kejayaan Kerajaan Persekutuan membawa masuk pelaburan daripada Saudi Aramco ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) adalah pelaburan terbesar Petronas di Malaysia dan terletak di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), Johor. Komponen pembangunan bertaraf dunia ini membabitkan pembangunan loji penapisan minyak, loji perekah dan juga kompleks petrokimia. Projek PIC dengan kos pembangunan USD27 bilion ini direalisasikan bagi membolehkan Petronas menghasilkan premium differentiated petrochemicals dengan izin, yang akan memenuhi keperluan pasaran dan juga untuk menghasilkan produk petroleum gred Euro5. Pertama seumpamanya di Malaysia, kos ini tidak pernah berubah dari mula dilaksanakan. Sehingga kini keseluruhan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) yang turut merangkumi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia ataupun RAPID telah hampir 60 peratus siap. Kompleks PIC ini dijangka siap dan mula beroperasi pada tahun 2019. Ini bermakna bahan api Euro5 dijangka akan dapat dikeluarkan untuk pasaran Malaysia lebih awal daripada tarikh ditetapkan oleh kerajaan iaitu pada tahun 2020 untuk diesel dan 2025 untuk petrol RON95. Pembangunan kompleks PIC akan membantu meningkatkan jaminan bekalan bagi petrol dan diesel di samping menyumbang secara positif kepada ekonomi negara secara keseluruhannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa lawatan negara Raja Arab Saudi ke Malaysia pada 28 Februari 2017 yang lalu, Petronas dan Saudi Aramco telah menandatangani perjanjian jual beli pegangan saham setelah semua rundingan dan juga terma rundingan dipenuhi. Melalui perjanjian ini, pihak Saudi Aramco akan melabur sebanyak RM31 bilion ataupun lebih kurang USD7 bilion di dalam projek Petronas di Pengerang. Perjanjian ini dijangka memberi banyak kelebihan kepada Petronas seperti perkongsian kepakaran dan pengalaman pelaksanaan projek berstatus mega selain memastikan adanya bekalan minyak mentah jangka panjang untuk PIC. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada pakar-pakar runding kita di Petronas walaupun dalam usia yang muda mampu untuk membuat pelaburan yang besar kepada negara. Untuk makluman Yang Berhormat Gombak, saya juga telah membaca soalan yang agak nakal daripada Yang Berhormat Gombak mengenai kononnya Saudi Aramco telah menamatkan cadangan pelan kerjasama dengan Petronas pada Januari 2017. Ini adalah tidak berasas kerana pada ketika itu Petronas dan juga Saudi Aramco masih lagi dalam perundingan bagi mencapai satu terma yang boleh diterima kedua belah pihak. Perbincangan kedua-dua buah syarikat telah berlangsung untuk tempoh lebih daripada dua tahun sebenarnya. Ini mengambil masa yang agak lama memandangkan subjek perbincangan yang kompleks dengan nilai pelaburan yang tinggi. Saya sendiri terlibat bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menghantar saya dan delegasi bagi membincangkan kerjasama ini sehingga ke peringkat atasan Kerajaan Arab Saudi bagi memuktamadkan perjanjian ini. Keputusan Saudi Aramco untuk melabur dalam projek RAPID di Pengerang merupakan satu pengiktirafan kepada usaha-usaha yang dibuat oleh Petronas dan juga kerajaan Barisan Nasional dan juga hubungan baik kedua negara ini. Ia merupakan permulaan kepada perkembangan hubungan ekonomi di antara kedua-dua buah negara. Saya percaya banyak lagi kelebihan ekonomi yang boleh dikongsi warga Malaysia dengan negara Arab Saudi untuk manfaat kedua-dua buah negara pada masa hadapan. Di samping itu, ia adalah penanda aras kepada keyakinan pelabur luar negara terhadap ekonomi negara dan juga terhadap kepakaran dan kebolehan insan anak tempatan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, jumlah kos Kompleks Bersepadu Pengerang adalah RM89 bilion. Saudi Aramco akan melabur RM31 bilion yang merupakan 35 peratus daripada jumlah kos. Walau bagaimana pun, Saudi Aramco akan memiliki pegangan ekuiti 50 peratus dalam projek mega tersebut. Jika angka-angka ini benar nampaknya Saudi Aramco menerima tawaran yang sangat istimewa daripada Petronas iaitu 50 peratus pegangan ekuiti bagi 35 peratus jumlah kos sahaja. Tuan Yang di-Pertua, mengapakah kerajaan bersetuju dengan transaksi yang jelas berat sebelah macam ini. Malaysia akan membayar RM58 bilion ini bermakna RM27 bilion lebih daripada Aramco untuk memiliki 50 peratus pegangan ekuiti yang sama. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan mengapa kerajaan boleh membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia macam ini. Terakhir, adakah ini harga yang perlu dibayar kepada Raja Arab Saudi kerana sumbangan yang diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Salah. Ini Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya rasa, pemikiran Dr. ini, Yang Berhormat Dr.. Minta maaflah. Inilah jawapan, saya akan jawab, tiada masalah.
[Dewan riuh]
Pertamanya...
Tuan Yang di-Pertua, ini pertanyaan yang cukup nakal. Inilah yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan berkenaan dengan tohmahan daripada pihak pembangkang yang mengambil cerita, dikutip di tepi jalan daripada Sarawak Report daripada Wall Street Journal digunakan dan ditanya soalan itu di dalam Dewan yang mulia ini. You used the word ‘jelas’.
Yang Berhormat, bukan. Ini...
Yang Berhormat duduk dahulu. You used the word ‘jelas’.
Sebanyak 35 peratus...
No, no. You duduk.
Yang Berhormat.
You, assumption...
Yang Berhormat.
You apa tahu. Tuan Yang di-Pertua...
Ya, ya.
Saya hendak beritahu...
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain diam ya Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat, sila.
Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi masalah saya bila Yang Berhormat ini mengatakan dengan jelas membelakangkan negara, kononnya menggunakan –whatever you said is wrong.
Eh Yang Berhormat, jangan tuding jari seperti macam itu.
Itu sebabnya saya katakan, sebab itu saya katakan baca.
Bukan.
Baca. Jangan kutip...
Semua orang boleh kira.
Yang Berhormat duduk. Duduk dulu.
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat yang lain ketika Yang Berhormat Menteri menjawab sila diam. Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat?
Saya belum selesai lagi Tuan Yang di- Pertua.
Sila Yang Berhormat. Sila, sila. Yang lain diam ya.
Tuan Yang di-Pertua, jangan kutip cerita tepi-tepi jalan. Soalan boleh ditanya tetapi kata dengan jelas membelakangkan kepentingan, lepas tu kata kita jual negara ini. Yang Berhormat, maintain your standard. Jangan ikut yang di depan ini. Saya hendak beritahu itu sebabnya pihak pembangkang ini bila dia tidak baca, bila dia tidak mengetahui keseluruhan cerita yang ada - go and read. Sit down.
Dia baca tetapi dia silap.
Sit down. You are the kind, you know. Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat ini boleh membaca, baca dalam website Petronas, buat kajian sebelum masuk dalam Dewan, tidak akan keluar statement yang begitu – kalau saya kata gila susah nanti. Yang low standard seperti ini. Saya hendak beritahu, your fakta semua berterabur. Berterabur Yang Berhormat. Minta maaf. You berterabur. Inilah yang membimbangkan kita sebab kalau kenyataan seperti ini keluar, akan menyebabkan pelabur di luar negara merasakan kita ini paria tahu.
Tuan Yang di-Pertua, ini Menteri jawab soalan atau buat ceramah di sini sekarang?
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya hendak beritahu... Duduk, duduk. Sit down, sit down. I’m not going to tolerate you. Sit down, Yang Berhormat Rasah.
[Dewan riuh]
Who are you to ask me to sit down?
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, suruh dia duduk.
No, you ingat you Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua,...
Baca sahaja.
Saya ingin beritahu kepada Tuan Yang di- Pertua bahawa kalau mereka baca sebenarnya Pengerang ini adalah dipanggil Pengerang Integrated Petroleum Complex – duduk dulu Yang Berhormat. Walaupun you doktor, saya hendak sekolahkan you, hendak bagi you sedikit pembelajaran. [Tepuk] So that you can learn. Yang Berhormat Rasah duduk dulu.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Hari ini kita dengar cikgu Rahman. Duduk, duduk.
Projek ini namanya ialah PIPC. PIPC ini apa Tuan Yang di-Pertua? Pengerang Integrated Petroleum Complex. This is the whole area. The whole area is PIPC. Okey. Kalau Yang Berhormat boleh baca nanti ini public domain Yang Berhormat. So before you come and ridicule yourself dalam Dewan ini. Ini, this is PIPC. Nampak ini semua?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tinggi sikit.
Okey, PIPC. Kemudian dalam PIPC ini ada Pengerang Integrated Complex (PIC). Inilah yang bernilai RM27 bilion, nilai pelaburan di situ. [Tepuk] Okey, belum lagi habis Yang Berhormat. Kemudian di dalam PIC ini terdapat komponen rapids. Okey. Di dalam rapid itu pula adalah satu komponen dalam rapid itu Aramco Joint Venture Yang Berhormat sebutkan. Jadi tidak betul. Bila Yang Berhormat menuduh bahawa pelaburan yang Aramco, Saudi Aramco buat dalam projek refinery and cracker yang ada dalam rapid itu adalah 50 peratus daripada PIPC Yang Berhormat. Dia hanyalah komponen refinery and cracker dalam rapid. You faham? Sebelum you mengelirukan rakyat. If you learn, if you baca, you don’t have to ridicule yourself here in the Dewan. Ini masalah saya. Okey. So, jadi saya minta sebelum you berdiri sekali lagi and humiliate yourself –you know. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya katakan –ini saya mahu beritahu sedikit sebelum saya pergi ke soalan seterusnya. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak cerita, Yang Berhormat Gombak, dia katakan di sini di dalam soalannya bahawa kononnya soalannya berbunyi, “Adakah keputusan mendadak Saudi Aramco menamatkan pelan kerjasama dengan Petronas mempunyai hubung kait dengan siasatan Department of Justice Amerika Syarikat mengenai skandal 1MDB.” Ini salah satu soalan low class. Saya mahu maklumkan Tuan Yang di-Pertua, semua ini dilaporkan antara lainnya oleh Wall Street Journal. Ini adalah surat khabar yang menjadi kiblat kepada pihak pembangkang. Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal berkata pada bulan Disember dan Januari 2017, Wall Street Journal mengatakan bahawa pelaburan di antara Aramco Joint Venture, di antara Aramco dan juga Petronas ini telah gagal, saya ingin bagitahu kepada Yang Berhormat, dia gunakan tiga orang. Dia kata menurut tiga individu yang mengetahui tentang projek ini. Wall Street Journal ada tiga. Agaknya ini Clare Brown daripada Sarawak Report, agaknya mungkin dua orang atau tiga orang daripada pihak pembangkang. Itu sebabnya, agaknya. Wall Street Journal boleh gunakan dalam laporannya yang mengatakan bahawa perbincangan antara Aramco dan Petronas gagal mengikut kononnya cerita tiga orang individu. Only three individuals. Siapa dia?
Tolong beritahu Yang Berhormat Menteri, siapa mereka tiga orang ini? Kami hendak tahu.
Saya tidak tahu. Itu sebabnya. Dia tidak gunakan sources lain, dia gunakan –dia kata dia gunakan...
Who are that three stooges? We want to know.
I can assure you one of them is Clare Brown daripada Sarawak Report. Manakala yang dua lagi ini mungkinlah ada di antara kita yang selalu duduk bising dalam Dewan ini. Jadi, please, saya minta kepada Yang Berhormat kalau mahu bertanya soalan tanya soalan yang berkualiti. Jangan kutip cerita daripada Sarawak Report dan...
Bagi statistiklah. Bagi jawapan low class.
I just give you.
Ini Menteri tidak jawab pun. Langsung tidak jawab.
Menteri yang tidak berkualiti. Sudahlah.
Apa yang saya tidak jawab? Apa ini soalan dia?
Jumlah kos, jumlah kos.
Berapa jumlah.
Apa jumlah?
Jumlah projek itu mereka hendak tahu.
USD27 bilion. Are you...
You said part of it. How much is part of it?
USD7 bilion.
Tadi untuk keseluruhan USD27 bilion, tetapi berapa Pengerang?
USD27 bilion is for PIC. Faham tidak.
Jadi yang dilabur oleh Aramco projek itu berapa jumlah?
You hendak saya... Jangan layanlah Yang Berhormat. Layan mereka tidak ada... Soalan yang lain Yang Berhormat. Ini semua tidak ada masa depan.
Pengerang PIC USD27 bilion. Pengerang USD27 bilion. Pelaburan Aramco Joint Venture dengan Petronas ialah USD14 bilion. 50– 50 USD7 bilion. But that USD7 bilion, bukannya keseluruhan PIC itu Yang Berhormat. Faham tidak?
Baru sekarang jawab. Tadi tidak mahu jawab.
Tuan Yang di-Pertua, kesian soalan nombor tujuh ini.
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa hendak bertanya?
Saya hendak bertanya soalan nombor tujuh.
Saya belum jemput lagi. [Ketawa]
7. Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status kesedaran pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia dan apakah organ yang paling tinggi keperluannya buat masa kini.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Yang di-Pertua, status kesedaran terhadap penerimaan organ di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat saban tahun hasil kempen berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan. Pada tahun 2014, seramai 42,976 orang pengikrar telah dicatatkan. Pada tahun 2015, 50,333 orang telah berikrar. Pada tahun 2016 menurun sedikit kepada 26,969 orang. Sehingga 31 Januari 2017, jumlah keseluruhan pengikrar penerima organ yang telah mendaftar adalah seramai 381,353 orang. Meskipun begitu, negara masih memerlukan lebih ramai rakyat untuk berikrar sebagai penderma organ selepas kematian kerana bilangan pengikrar berdaftar sedia ada hanya mewakili satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia pada hari ini. Peratusan ini masih kecil berbanding dengan negara-negara maju yang jumlah pengikrar mencecah sehingga 30 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah penduduk mereka.
Tuan Yang di-Pertua, menurut statistik Pusat Sumber Transplan Nasional sehingga 31 Januari 2017, terdapat seramai 21,105 orang pesakit yang sedang menunggu organ transplant. Daripada jumlah ini, majoritinya iaitu seramai 21,084 orang adalah pesakit kegagalan buah pinggang tahap yang akhir, tujuh orang kegagalan hati tahap akhir, lima orang kegagalan jantung tahap akhir dan empat orang kegagalan paru- paru dan lima orang pesakit kegagalan jantung dan paru-paru yang tahap terakhir.
Kementerian Kesihatan akan meneruskan usaha-usaha kempen kesedaran bagi memastikan penglibatan masyarakat untuk menderma terus meningkat bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan organ, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ialah sehingga tahun 2015, mereka yang berikrar untuk menderma organ ini adalah sebanyak 326,738 orang. Ada juga kes-kes di mana mereka semasa hidupnya bersetuju untuk menderma organ mereka tetapi apabila meninggal dunia, warisnya membuat keputusan untuk menghalang daripada organ ini didermakan. Bagaimanakah perkara ini ditangani? Akhir sekali soalan kedua, berapa peratuskah keberjayaan pembedahan pemindahan organ sejak pertama kali ia dilaksanakan di negara kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memang ada masalah di sini. Memang di antara mereka yang telah pun berikrar untuk menderma organ, apabila mereka nazak dan organ mereka memang sesuai untuk didermakan tetapi masalahnya memang masih lagi kita perlu mendapatkan kebenaran daripada waris pesakit tersebut. Ini satu masalah besar. Jadi sebab itu dalam hal ini, kita membuat pelbagai cara. Satu, pendekatan memberi penerangan dan penjelasan kepada semua rakyat Malaysia. Kedua, fatwa pun dah mengharuskan supaya pesakit boleh menderma. Maknanya, kita akan teruskan usaha ini untuk menerangkan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pelbagai cara, melalui media perdana, melalui GLC-GLC, melalui agensi-agensi kerajaan dan juga sampai ke peringkat sekolah, Tuan Yang di-Pertua, melalui Program Doktor Muda di sekolah pun kita terapkan isu ini, Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi apa tadi?
Pemindahan. Semenjak dilakukan pemindahan organ ini, berapakah kejayaan yang kita telah...
Oh, ya. Tuan Yang di-Pertua, memang ada statistiknya. Yang memerlukan derma organ, transplant ini ialah Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Universiti Malaya dan juga private sector ada satu iaitu Prince Court. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1975 sehingga 28 Februari 2017, sebanyak 2,800 pembedahan transplant organ telah berjalan iaitu buah pinggang sebanyak 1,878; hati sebanyak 1,173; jantung sebanyak 26 pembedahan; paru-paru sebanyak enam pembedahan; jantung dan paru-paru sebanyak empat pembedahan, Tuan Yang di-Pertua, setakat ini. Terima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya tertarik dengan fatwa yang diberitahu tadi bahawa fatwa telah diluluskan. Akan tetapi, bagaimanakah setakat ini daripada statistiknya, golongan orang Islam di Malaysia ini, berapa peratus di antara mereka yang menderma? Saya diberitahu bahawa bilangan penderma orang Islam masih lagi kurang. Bermakna, kefahaman mereka dan kepekaan mereka tidak begitu tinggi. Jadi, adakah pendapat ini betul atau tidak? Itu yang pertama. Yang kedua ialah kos kepada pendermaan ini adalah terlalu tinggi. Jadi apakah bantuan pihak kerajaan yang diberikan untuk membantu supaya kos pemindahan organ ini boleh dikurangkan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik yang ada, setakat sehingga 28 Februari 2017, seramai 607 orang telah pun menjadi penderma iaitu: | Kaum |Bilangan (orang)|Peratus (%)| |---------|---------------:|----------:| |Cina | 327| 58.00| |India | 128| 27.00| |Melayu | 47| 7.69| |Lain-lain| 38| 6.87|<END_TABLE_MARKER>
Jadi makna kita harus menjalankan kempen berterusan seperti yang saya sebut tadi, Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini memang kos tinggi tetapi saya hendak beritahu tentang perkara ini. Kos untuk transplant buah pinggang di Malaysia adalah lebih kurang RM20,000. Kalau kita lihat dari segi jumlah yang buat hemodialisis di Malaysia ialah RM40,000. Kita belanja seorang yang buat hemodialisis setahun ialah RM40,000 juga, lebih kurang 40,000. Maknanya setahun kali RM40,000 kali 40,000 pesakit hemodialisis, makna RM1.6 bilion yang dibelanjakan untuk hemodialisis. Akan tetapi untuk kidney transfer, Tuan Yang di-Pertua, hanya RM20,000 sekali sahaja tetapi kalau hemodialisis, setiap tahun sampai bila-bila, sampai dia meninggal. Jadi maknanya, kos kepada kerajaan amat tinggi kalau diteruskan dengan hemodialisis. Jadi sebab itu kita harap ramai lagi yang datang ke depan untuk menderma kidney atau buah pinggang ini supaya kita boleh buat banyak lagi kes-kes transplant dan menjimatkan kos kepada kerajaan dan kepada orang ramai, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Pendek soalannya.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya, baru-baru ini ada penularan satu video klip yang kornea untuk transplantasi diambil daripada khinzir yang sekarang ini negara China giat untuk industri ini. Saya ingin tahu, untuk transplant kornea di dalam negara kita, di manakah sumbernya dan apakah pendirian kementerian dalam hal ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya tidak tahu, tidak ada maklumat tentang kornea daripada khinzir di-transplant kepada manusia di Malaysia ini. Akan tetapi, memang kornea kalau hendak ditransplant hendaklah disegerakan. Setakat ini tidak ada laporan yang mengatakan bahawa, saya sebut sekali lagi, tiada laporan mengatakan bahawa kornea daripada khinzir ditransplant kepada manusia di Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perkembangan semasa teknologi filem nipis dan sumbangan besar dalam industri.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam negaraku Malaysia dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini merupakan satu soalan yang standard kerana jarang ditanyakan di Dewan ini satu produk yang berteknologi tinggi yang diselidiki di Malaysia iaitu teknologi filem nipis. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi-agensi seperti SIRIM Berhad, MIMOS Berhad dan NanoMalaysia telah terlibat secara langsung dalam bidang teknologi filem nipis ini. Teknologi filem nipis merujuk kepada proses meletakkan lapisan bahan daripada ketebalan beberapa nanometer atau monolayer kepada beberapa micrometers. Teknologi filem nipis adalah satu langkah asas di dalam teknologi pemprosesan untuk pelbagai aplikasi dalam industri electric electronic, optic dan juga pharmaceutical opioids thin film drug delivery. Di antara tujuan aplikasi filem nipis ini ialah pertama, memberi fungsi tambahan kepada pembukaan bahan untuk menjadikan bahan konduktif dan juga bahan optik ataupun conductive thin film and optical thin film. Kedua, memberi perlindungan kepada permukaan bahan daripada berlaku deduktasi disebabkan oleh faktor luaran ataupun protective thin film, dan bahan salutan untuk hiasan ataupun decorative thin film. Semenjak Rancangan Malaysia Kelapan sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh, SIRIM telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang filem nipis bagi menyokong industri bioperubatan, elektronik, sensor, penstoran tenaga, machining dan juga photonic. Antara projek-projek berteknologi filem nipis yang telah dilaksanakan oleh SIRIM adalah antibacterial coating on orthopedic physilation plate dan ini melibatkan geran sebanyak RM2.8 juta.
Manakala, diamond coated cutting tool dan sustainable thin film, photovoltaic building and renewal energy generation ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada geran yang disediakan oleh MOSTI. Hasil penyelidikan ini telah memberi impak kepada industri melalui perpindahan teknologi perkhidmatan, pengujian latihan dan konsultasi. Selain daripada itu, MIMOS Berhad pula melaksana pelbagai inisiatif untuk meningkatkan taraf kepakaran dalam bidang teknologi filem nipis dan telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat antarabangsa dan tempatan untuk menghasilkan platform teknologi filem nipis yang lebih berdaya maju untuk meningkatkan daya saing syarikat tempatan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, MIMOS telah melaksanakan projek untuk melaksanakan perkembangan teknologi filem nipis berskala nanometer dengan menggunakan bahan seperti graphene dan juga aplikasi reliable devices dan komponen elektronik yang lebih cekap tenaga. Dalam hal itu NanoMalaysia juga melaksanakan program fasilitasi dalam menentukan syarikat-syarikat nano teknologi untuk membangunkan teknologi filem nipis. Program Fasilitasi Nano Malaysia telah membantu Nanopac (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat aplikasi teknologi nano menggunakan teknologi filem nipis dalam nano light energy panel untuk perbekalan solar dan untuk membekalkan solusi kepada tenaga solar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Alhamdulillah, penggunaan thin film atau filem nipis ini banyak dilaksanakan di dalam industri dan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut SIRIM telah pun melaksanakan R&D. Adakah thin film yang digunakan di Malaysia ini umpamanya, contohlah dalam pengeluaran photovoltaic cell ini, dihasilkan dalam negara kita ataupun masih lagi kita import daripada luar? Apa peranan MOSTI ini dalam pengkomersialan R&D tadi? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya, banyak syarikat di Malaysia ini akan saya namakan kemudian ini adalah telah menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh ataupun yang berdasarkan oleh Nanopac yang saya nyatakan sebentar tadi. Salutan bahan connective untuk industri photovoltaic atau PV seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat solar cell merupakan antara sumbangan terbesar dalam industri teknologi filem nipis di Malaysia. Pada masa ini, Malaysia merupakan negara pengeluar PV yang ketiga terbesar di dunia selepas China dan Kesatuan Eropah. Nombor tiga ya. Terdapat sebanyak lapan syarikat pengeluar PV di Malaysia yang menggunakan produk kita sendiri iaitu: (i) First Solar, Kulim Hi-Tech Park; (ii) Panasonic Energy Malaysia, Kulim Hi-Tech Park; (iii) JA Solar di Pulau Pinang; (iv) Jinko Solar di Pulau Pinang; (v) TS Solartech di Pulau Pinang; (vi) SunEdison di Ipoh; (vii) AUO SunPower di Melaka; dan (viii) Hanwha Q CELLS Malaysia di Cyberjaya. Salah satu daripadanya adalah syarikat milik Malaysia iaitu Tek Seng Holdings ataupun TS Solartech di Pulau Pinang. Daripada sumbangan industri PV ini, ahli ekonomi telah pun membuat anggaran secara konservatif bahawa Malaysia mampu menjana hasil bernilai RM70 bilion bagi sektor swasta dan mewujudkan 50,000 pekerjaan daripada pembinaan operasi dan penyelenggaraan industri PV menjelang tahun 2020. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Ya. Sila Yang Berhormat Menteri. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua sebelum itu saya ingin mengalu-alukan rombongan Wanita UMNO Parlimen Arau. [Tepuk] Ini teras Ahli Parlimen Arau.
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Selasa, 21 Mac 2017.”
Mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”. [16 Mac 2017]
Ya, saya jemput Kementerian Dalam Negeri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada 35 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja 2017 di Dewan yang mulia ini dari 7 ke 16 Mac 2017 yang antara lain telah menyentuh portfolio Kementerian Dalam Negeri. Sebelum saya menjawab
pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tersebut, izinkan saya terlebih dahulu untuk merafakkan sembah tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V atas pemilihan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke- 15 oleh Majlis Raja-raja untuk tempoh lima tahun bermula 13 Disember 2016 dan setinggi penghargaan atas Titah Diraja semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas Tahun 2017 pada 6 Mac 2017. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya akan menggulung perbahasan Titah Diraja 2017 berdasarkan kepada isu- isu yang telah dibangkitkan seperti berikut: (i) pendaftaran dan pertubuhan; (ii) Imigresen dan pekerja asing; (iii) pembangunan dan infrastruktur; (iv) penjara dan antidadah; (v) kawalan penapisan filem; (vi) keselamatan dan ketenteraman awam; dan (vii) polis dan kawalan sempadan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Beruas memohon penjelasan pihak kementerian berhubung dengan isu kewarganegaraan yang dihadapi oleh anak-anak yang ibu bapanya tidak dapat dikenal pasti atau ibunya bukan warganegara Malaysia yang tidak diselesaikan, dengan merujuk kepada Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, KDN menegaskan bahawa status kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi yang telah diperuntukkan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dan diteliti dalam menentukan status kewarganegaraan seperti tarikh dan tempat kelahiran dan taraf kewarganegaraan serta status perkahwinan ibu dan bapa individu tersebut. Saya hendak maklumkan di sini bahawa Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah memutuskan bahawa apa yang dilakukan oleh JPN berdasarkan kepada landas-landas Perlembagaan Negara. Bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita warga asing di luar perkahwinan pula, walaupun lelaki yang didakwa sebagai bapa kanak-kanak tersebut merupakan warganegara Malaysia, kanak-kanak tersebut akan tetap didaftarkan sebagai bukan warganegara selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 17, Jadual Kedua, Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan. Adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal ibu kanak-kanak berkenaan melalui kedutaan negara masing-masing. Yang Berhormat Lanang bertanya...
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun, Yang Berhormat.
Penjelasan.
Okeylah, Yang Berhormat Ipoh Barat tanya. Saya bagi Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya nampaknya ada satu pendirian yang baru oleh kerajaan kerana faktor di mana seorang di declare sebagai bukan warganegara adalah satu fenomena yang baru kebelakangan ini lebih kurang five years. Sebelum itu, bukan keadaan yang sama. Kita menggunakan Artikel 15A dan meregisterkan mereka, special circumstances. Itulah sebab itu ada satu Article 15A untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi kita tidak boleh lupa, saya ada bangkitkan perkara ini. When the Adoption Act was amended, why was it amended? It was amended Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana untuk menyelaraskan supaya bila anak itu dibesarkan, Adoption Act, you adopt the child, you do not have anak angkat di sana.
That is the main principle di mana Adoption Act itu telah diubah. Sekarang dengan dasar baru kerajaan, dalam lingkungan lima tahun ini, menunjukkan nombor one, we defeat Adoption Act. Nombor dua, menyusahkan anak itu. Anak-anak itu tiba-tiba tahu bahawa dia adalah anak angkat. The whole idea of adoption telah, have been defeated. Nombor dua, kita ada artikel 15A dengan very specific bahawa discretion can be used. Yang Berhormat Timbalan Menteri cannot refer to the Court of Appeal kerana itu adalah satu proses perundangan. The discretion is with the ministry. How come that discretion dalam 55 tahun digunakan untuk menerangkan anak angkat ini tetapi tiba-tiba in the last five years telah berubah? Adalah ini satu contoh Malaysia Boleh? Satu contoh pendirian yang baharu?
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara pokoknya undang-undang kata 15A itu adalah ditegakkan oleh KDN ya. Peraturan 15A. Soal pelaksanaan itu adalah tertakluk kepada discretion KDN. Tadi Yang Berhormat berkata begitu kan. Jadi untuk menyelaraskan isu-isu mengenai anak-anak yang tidak berstatus warganegara ini, mereka boleh memohon kepada KDN. Soalnya sekarang ini mereka kena memohon dan menunggulah keputusan akhir daripada KDN. Tak. Bukan saya hendak kena jalan...
[Bangun]
Hari ini bermacam-macam kes di Malaysia kini. Keadaan yang sama seorang bernama Tan Ban Guan has been years and years perkara yang sama.
No, no I don’t want to go into details because there are so many other things to answer...
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya sendiri bukan warganegara Malaysia lebih 3 tahun.
Yang Berhormat seorang-seorang. Yang Berhormat Menteri sedang bercakap Yang Berhormat.
Saya sendiri, jangan cakap orang lain.
Kita menurut Perlembagaan Negara dan kita menggunakan discretion kita berdasarkan pada Perlembagaan Negara.
No. Bukan. Hasrat discretion must be used to the benefit of the child. Don’t be cruel to him. Don’t be cruel to the child.
The government is not being cruel.
Oleh sebab, Yang Berhormat – kerajaan ada kuasa bukan menggunakan kuasa – salah gunakan kuasa tersebut. It is important.
Tak, Yang Berhormat sudah pernah tanya soalan. KDN menggunakan discretion bukan dari segi menyeluruh. Kita gunakan from case to case basis. So proses untuk menilai kes...
Saya ada tanya berapakah kes dengan khusus. Berapakah kes di mana permohonan telah dibuat untuk perkara sedemikian? Berapa yang telah diluluskan? Apa alasan itu? Can I dapatkan angka tersebut?
Itu akan beri kemudianlah secara bertulis. Ya lah. Saya akan maklumkan secara bertulislah. Saya tak ada maklumat sekarang.
Boleh saya dapat angka tersebut kalau Yang Berhormat...
Yang Berhormat.
Saya akan bagikan secara bertulis lah nanti.
Secara tulis ya.
Jangan berdialog, jangan berdialog ya.
Okey. Bagi saya...
Boleh lah saya satu penjelasan sahaja.
Yang Berhormat Beruas duduk Yang Berhormat Beruas.
Tak, tak. Isu ini sahaja nanti akan mengambil masa begitu. Jadi bagi saya habiskan dulu perkara ini dan juga pertanyaan daripada wakil-wakil rakyat yang lain ya.
Dengan isu kewarganegaraan boleh tak?
Tak, tak. Ada banyak lagi Yang Berhormat yang bertanya fasal isu ini. Jadi biarkan saya habiskan dulu. Kalau ada masa lagi kita boleh ambil soalan tambahan. Yang Berhormat Lanang bertanya keberkesanan special task force yang diwujudkan oleh JPN pada 1 Januari 2016. Dalam menyelesaikan masalah ketiadaan kad pengenalan terutamanya bagi rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. SOP untuk mendapatkan kewarganegaraan mereka yang diambil sebagai anak angkat rakyat Sarawak atau Sabah dan pengeluaran kad pengenalan pemastautin tetap MyPR dan juga kad pengenalan pemastautin sementara MyKAS, ataupun kad pengenalan lain oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Untuk maklumat Yang Berhormat, pasukan petugas khas bagi menangani masalah penduduk peribumi yang lahir dan menetap di negeri Sarawak tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah ditubuhkan pada 15 September 2015. Sejak penubuhan PPK pada 15 September 2015, sebanyak 72 program telah berjaya dilaksanakan sehingga 10 Mac 2017. Sebanyak 4,468 permohonan pendaftaran lewat kelahiran telah diterima untuk diproses oleh JPN dengan 3,147 permohonan telah diluluskan dan selebihnya masih dalam penelitian. Yang Berhormat Ipoh Barat, di Sarawak kita buat – kita ambil apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Kita cuba selesaikan tetapi ambil masa lah ya.
Kadar sedemikian tidak digunakan dulu. That’s why I’m angry. Bukan. Saya minta maaf. Be fair to the parents kepada anak tersebut.
Case by case basis but in Sarawak, we setup the jawatankuasa to do it, okay?
Yang Berhormat seorang, seorang bercakap Yang Berhormat.
Okey. Berkaitan dengan isu kewarganegaraan anak angkat kepada warganegara Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ditegaskan bahawa status sebagai anak angkat kepada warganegara Malaysia sama sekali tidak membawa maksud pemberian kewarganegaraan secara automatik. Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia adalah berdasarkan kepada permohonan dan individu tersebut hendaklah terlebih dahulu memenuhi syarat yang ditetapkan di Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. That’s why the parents must take responsibility for their own children’s status, dengan izin. Dalam hal ini semua pertimbangan bagi permohonan yang dikemukakan kepada JPN adalah berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) dengan izin dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan. Harus juga diambil maklum bahawa beban bukti yang menunjukkan pemohon benar-benar layak dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah tanggungjawab pemohon itu sendiri. Perkara ini juga telah diputuskan di mahkamah rayuan di dalam kes Than Siew Beng & Anor lwn. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain dan juga kes Lim Jen Hsian & Anor lwn. Ketua Jabatan Pengarah Pendaftaran Negara. Berhubung dengan isu kewarganegaraan ini juga, mahkamah rayuan pada 16 Mac 2017 telah memutuskan untuk menolak dua permohonan kewarganegaraan bagi dua orang kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia kerana pertama, bagi kes yang pertama pemohon gagal membuktikan susur galur keturunannya pada masa kelahiran. Oleh itu prinsip jus sanguinis tidak dipenuhi. Kedua, manakala bagi kes kedua pula, kanak-kanak tersebut perlu dibuktikan bahawa beliau tanpa kerakyatan atau kewarganegaraan negara lain. Namun memandangkan ia adalah kes anak tidak sah taraf dilahirkan di luar perkahwinan maka pertimbangan kewarganegaraan anak tersebut adalah mengikut kerakyatan asal ibunya. Yang Berhormat tahu mengenai hal ini.
Yang Berhormat.
Berhubung dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai MyPR, MyKas, kedua-dua jenis kad ini masih dikeluarkan oleh JPN
kepada pemohon yang layak dan memenuhi syarat-syarat seperti mana diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.
Sedikit sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat saya harap satu pendirian yang terdekat kita ambil dalam hal ini. Oleh sebab Yang Berhormat nombor satu, tidak menjawab soalan saya di mana sebelum lima tahun we didn’t have that system, sedemikian. Kalau tidak saya sendiri seorang yang dikatakan bukan warganegara untuk lebih kurang empat tahun dalam kehidupan saya tiba-tiba jadi warganegara so the whole system is discretion to be used judiciously, nombor satu. Nombor dua, Yang Berhormat, yang kita menyusahkan anak-anak ini. Yang Berhormat menjawab mengatakan bahawa pemohon perlu mengadakan semua situasi di mana layak dari segi 15A dan sebagainya. Masalah kita adalah di mana ramai di antara anak-anak dilahirkan never asked to be born. They were born in this country. Apakah kesusahan untuk memberi kewarganegaraan bila kita ada satu Article 15A spesifik dalam hal tersebut untuk menyenangkan—to use the discretion to the best benefit of the child? Kenapa kita enggan menggunakan perkara tersebut? Apa susah dia?
Yang Berhormat
And the child cannot go to school.
On the same point Yang Berhormat sedikit.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Sementara. Tak.
Duduk Yang Berhormat.
Sementara KDN bersimpati dengan status anak tersebut dan juga dengan ibu bapa anak-anak tersebut tetapi saya sudah sebutkan tadi tanggungjawab adalah kepada ibu bapa itu sendiri. Baru-baru ini ada pindaan pada Akta Kelahiran yang dibuat oleh JPN yang juga sekarang ini menaikkan denda ataupun hukuman kepada kedua-dua ibu bapa yang tidak mengambil tanggungjawab untuk mendaftarkan anak-anak mereka. The responsibility does not fall on the government for their children. It is the parents’, dengan izin. Masalahnya apabila mereka telah membuat– tidak mengikuti Perlembagaan Negara seperti ini, KDN pula dipersalahkan. JPN pula dipersalahkan dan kesnya bukannya jumlah yang kecil Yang Berhormat, banyak kesnya dan berbeza faktanya dan ia perlu diteliti secara Yang Berhormat. Oleh sebab itu kita bawa kes ini kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan pun sudah menentukan bahawa...
Amnesty kah Yang Berhormat? Can you give amnesty for these people?
What?
Amnesty.
That is why we will consider case by case. They can apply again. It is not a hard and fast rule but on the principle of law, the court of appeal has decided that JPM has carried out its duties according to the constitution, dengan izin.
[Bangun]
Tidak, tidak...
Penjelasan Yang Berhormat.
Tiga orang bangun Yang Berhormat.
Yang bertanya Yang Berhormat Lanang. Jadi saya hendak beri peluang pada Yang Berhormat Lanang.
Yang Berhormat Lanang.
[Bangun]
Terima kasih...
Tidak, bukan. Yang Berhormat, saya minta tolong. Masa tidak banyak ya. Pada sesi lepas pun kita sudah lama juga kita berbahas dalam Dewan membahaskan Akta Kelahiran ini...
But saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri. Semua mesti...
Yang Berhormat.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, isunya mereka ini semua layak menjadi rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi di bawah Perlembagaan Persekutuan, discretion– exercise of discretion with the government, memang semua ini dia layak, bukan kalau tidak layak memang tidak boleh mohon. Oleh sebab itu ramai anak-anak in the orphanages and all that. Kita mesti selesaikan masalah mereka. Kita hendak tolong orang yang tidak ada ibu-bapa tetapi kita menyusahkan mereka dengan tidak memberi, ada yang tidak ada kad pengenalan pun untuk hidup di Malaysia. So, either they become an asset or liability? Mereka akan jadi masalah kerana mereka tidak dapat kerja. So, harap kerajaan make them whoever is born in Malaysia nowhere else to go, make them an asset to the country rather than a liability. Itulah harapan saya.
Terima kasih...
Macam hari ini dalam Malaysiakini.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita faham dengan hal ini, tentang masa depan anak-anak tersebut dan juga bagaimanakah mereka akan menjadi rakyat masa akan datang. Soalnya sekarang ini, discretion dipakai oleh kerajaan ini adalah juga berlandaskan kepada prosedur-prosedur yang ditetapkan. Bukannya Menteri Dalam Negeri boleh luluskan kerakyatan tanpa ada prosedur dan sebagainya, tanpa ada apa-apa bukti dan sebagainya. Jadi perkara ini selalu dilakukan secara case by case basis. Itu yang saya kata tadi mungkin kelambatan dari segi pemprosesan ini dan menjadi masalah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ibu-bapa dan juga anak-anak tersebut. Ini saya bagi peluang pada Yang Berhormat Lanang lah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tanya apabila Yang Berhormat Menteri berkata tadi mereka perlu memohon kewarganegaraan dan saya mahu tahu, berapa lama mereka perlu tunggu? Ini kerana sudah ada yang tunggu bertahun-tahun. Saya ingin tanya mereka yang sedang memohon kewarganegaraan yang belum dapat diluluskan, dianugerahkan MyKad, adakah mereka dibenarkan dianugerahkan MyKas atau MyPR sementara untuk mereka melanjutkan pelajaran terutama bagi anak-anak yang sudah mencapai 18 tahun yang perlu melanjutkan pelajaran mereka. Supaya mereka dapat datang ke Semenanjung atau keluar dari Sarawak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat datang daripada Sarawak dan isu ini saya sudah sebutkan awal tadi, KDN sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memproses mereka yang terlibat di bawah kategori ini. Pengurusan ini akan mengambil masa dan saya tidak boleh berikan satu tempoh ya yang tetap tetapi kerajaan telah mengambil – telah memandang perkara ini dengan serius dengan mengadakan jawatankuasa khas untuk meneliti isu-isu berkenaan dengan anak yang tanpa warganegara ini di negeri Sarawak. Jumlahnya besar bukan sikit, beribu orang. Jadi saya mohon Yang Berhormat bersabar dalam hal ini dulu ya. Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Penampang bertanyakan status Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan status penubuhan satu unit khas bagi menyiasat isu kad pengenalan palsu di Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Ahli Yang Berhormat, buku Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah telah diedarkan kepada semua ahli Dewan Negara pada 4 Disember 2014. Ketika Dewan Negara masih bersidang dan dihantar melalui kiriman pos kepada semua ahli Dewan Rakyat pada 8 Disember 2014. KDN memandang serius kes-kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu oleh sindiket kerana ia bukan sahaja menjejaskan nama baik JPN malah
melibatkan ancaman keselamatan dan kedaulatan negara. Sehubungan dengan itu, Majlis Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) bilangan 1/2017 pada 9 Mac 2017 telah memutuskan supaya pasukan khas ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan keupayaan risikan, perkongsian maklumat antara agensi kerajaan dan keberkesanan penguatkuasaan bagi mengatasi masalah pemalsuan kad pengenalan. Yang Berhormat Sandakan juga telah bertanya mengenai status kes Junitia Benateh dan sama ada JPN telah melanggar Perjanjian Malaysia 1963 yang memberikan kebebasan beragama. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, mengenai status agama pada sijil kelahiran milik seseorang kanak di negeri Sabah semakan JPN melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah mendapati bahawa ibu kanak-kanak tersebut telah memeluk agama Islam pada 8 Oktober 1988. Justeru itu, status agama pada rekod JPN serta maklumat yang tertera pada kad pengenalan milik ibu kanak-kanak adalah berstatus agama Islam. Maka selaras dengan prosedur semasa pendaftaran kelahiran, kanak-kanak tersebut telah didaftarkan dengan status agama Islam. Walau bagaimanapun, ibu kanak-kanak enggan menerima sijil kelahiran yang dikeluarkan kerana tidak bersetuju dengan status agama yang direkodkan oleh JPN. Dalam menyelesaikan isu ini, wakil JPN Sabah telah mengadakan pertemuan dengan ibu kanak-kanak tersebut serta memberikan penerangan yang terperinci. Beliau juga dinasihatkan untuk hadir ke Pejabat JPN Kota Kinabalu bagi menuntut sijil kelahiran anaknya. Permohonan pindaan status agama anak boleh dikemukakan kepada JPN sekiranya beliau mendapat perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah. Yang Berhormat Beruas bertanya tindakan JPN...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sandakan bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Oh, Sndakan bangun, okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Beruas, I hendak jawab you pula.
Tentang masalah dari itu Puan Junitia dia punya anak itu, jadi berapa lama boleh selesai ini kes? Saya dapat tahu anak dia tidak boleh masuk sekolah. Ini mengikut Yang Berhormat Timbalan Menteri punya jawapan, mungkin mahu ambil lama lagi untuk menyelesaikan ini. Mahu go through syariah court and then berbagai-bagai. Jadi I’m asking, tanya bolehkah kerajaan ini tentu beri ini anak masuk sekolah dulu pada masa yang menunggu dia punya status itu clearance ini. Bolehkah ini, satu dianjurkan atau tidak?
Telah sebutkan tadi bahawa ibu anak ini mesti mendapatkan kebenaran daripada mahkamah syariah untuk menukar apa-apa status agama anaknya sebelum JPN memproses ia. Jadi saya – ini merupakan perkara yang di luar daripada bidang kuasa KDN. Saya harap perkara ini akan dirujukkan kepada mahkamah syariah yang bertanggungjawab dulu ya sebelum proses ini dapat dilaksanakan oleh KDN. Jadi saya hendak jawab soalan berapa...
Ini kuasa administrative...
...saya tidak boleh jawablah.
Jadi ini kuasa administrative pejabat JPN yang ada kuasa bukan mahkamah syariah. Ini kerana Mahkamah Syariah tidak ada kuasa...
Prosedur.
Prosedur sebab itu ini administrative untuk menukar atau tidak ini kuasa administrative, dalam Lina Joy kes pun mengatakan bahawa ini isu prosedur. Jadi isu prosedur ini Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai kuasa untuk menukar prosedur atau syarat-syarat bukan kita pergi mahkamah untuk menyelesaikan satu pertikaian. If there is a dispute mahkamah wujud untuk menyelesaikan pertikaian. Dalam kes-kes ini, tidak ada pertikaian. Mereka kata ini salah tulis kah maknya– anaknya IC dia ataupun bersedia ditulis bukan Islam. This our administrative bukan isu untuk pertikaian perlu mahkamah syariah kah atau mahkamah sivil untuk memutuskan. Jadi haraplah kerajaan mengikut Perlembagaan kita di bawah Artikel 11, saya memang tidak mempersoalkan hak orang-orang Islam dan ini orang-
orang bukan Islam we got caught in a bind. Hendak pergi ke mahkamah perlu rujuk ribu- ribu ringgit untuk menggaji seorang peguam.
Jadi ini hak absolute, hak mutlak di bawah Artikel 11, hanya kita kata mengehadkan penyebaran fahaman lain ataupun agama lain antara orang-orang Islam. Hak orang-orang bukan Islam ini terjamin di bawah Perkara 11. Jadi, haraplah mahkamah pinda semua sumpah di sini untuk menegakkan Perlembagaan Malaysia dan Perkara 11 ini adalah undang-undang Persekutuan yang tertinggi. Ikut undang-undang di bawah schedule, memang perkara-perkara di bawah undang-undang Persekutuan, Mahkamah Syariah tak ada kuasa. Sebab itu saya mohonlah demi mereka yang caught in this bind, bagilah mereka kebebasan untuk menganut agama mereka dan dalam Islam pun dikatakan ada kebebasan beragama. Kenapa kita melanggar juga prinsip Islam ini juga? So, it is administrative. I hope the government would change the administrative procedure. Itulah permintaan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya nak bagi penjelasan sedikit. Dari segi Akta Kelahiran, di Sabah dan Sarawak, dia terletak di bawah enakmen negeri tersebut. Itu satu hal procedure administrative yang kita di Kuala Lumpur, di Putrajaya tidak boleh melebihi. Kedua, hal-hal agama adalah di bawah kerajaan negeri. Ini juga merupakan satu lagi perkara yang tidak boleh dilalui oleh KDN tetapi kita ambil maklum hal ini dan kita telah mencadangkan cara penyelesaiannya iaitu untuk ibu ini mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Syariah. Kalau perkara ini dapat dilaksanakan, maka JPN tidak ada masalah untuk mendaftarkan sijil kelahiran anak tersebut. Okey?
Kalau boleh saya...
Yang Berhormat, I nak jawab soalan you ini.
Selama ini...
Tak bagi jalan Yang Berhormat.
...Undang-undang tak tukar. Selama ini amalannya ialah dulu adalah by ‘dippo’. ‘Dippo’ JPN akan tukar. Dulu semasa saya baru jadi peguam, memang Jabatan Pendaftaran Negara menerima surat akuan ataupun advertisement in the paper kata sudah tukar nama, agama, diterima. Lepas itu dikatakan sensitif. Kemudian diminta pergi ke Majlis Agama Islam setiap negeri untuk dapat surat. Masa itu saya pun pernah buat, dikeluarkan surat daripada Majlis Agama Negeri untuk penukaran nama dan agama. Kemudian, undang-undang tak ditukar tetapi tiba-tiba prosedur pula sekarang ditukar mesti pergi ke Mahkamah Syariah. Sebab itu saya katakan ini bukan isu undang-undang, ini isu prosedur. Jadi kalau Jabatan Pendaftaran Negara boleh buat satu keputusan, balik kepada amalan yang lepas kerana undang- undang tak pernah ditukar. Jadi haraplah it is a procedure issue. Nothing to do with law.
Yang Berhormat, saya dah cakap tadi. Kita di Putrajaya pun, kita perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan di negeri. Kalau di Sabah itu dia mempunyai hak dan kuasa melalui enakmen akta kelahiran dan juga hal-hal agama Islam, hal-hal syariah di negeri Sabah, kita pun akan menghormati apa yang dikehendaki oleh kerajaan negeri. Sebab itu prosedur kita pun boleh diubah mengikut kehendak kerajaan negeri.
[Bangun]
Itu sahaja ya. Yang Berhormat Sandakan minta tolong saya. Saya nak...
Sedikit sahaja.
Menteri tak bagi jalan Yang Berhormat.
Tak, bukan. Saya ada banyak lagi Yang Berhormat. Saya dah jawab Yang Berhormat. Saya dah bagi peluang Yang Berhormat isu ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri tak bagi jalan Yang Berhormat.
Ya.
Masalahnya in...
Menteri, terus jawab...
Kesilapan pegawai yang catat kesilapan sijil dia.
Itu tuduhan...
Ini bukan dia yang...
Itu tuduhan Yang Berhormat. Tapi pada ketika itu, saya dah terangkan tadi, status mak dia yang di rekod adalah beragama Islam. Jadi JPN ikutlah apa dia status mak dia, ibu dia.
Tapi dia mengikut...
Tak timbul soal kesilapan...
Mengikut mak dia itu dia sekeluarga pun bukan Islam. Jadi dia punya sebab dia itu ada perkataan ‘Islam’ itu dia kasi sentuh, maksud dia. Maksud dia beragama Islam. Dia pun sudah kasi tahu awal- awal, I mean— anak dia sudah lahir, dia nampak dia sudah kasi JPN tetapi JPN sudah tujuh tahun pun tidak mahu kasi tukar balik. You know. Ini yang masalahnya.
Ya Yang Berhormat. Saya dah cakap tadi JPN lakukan tanggungjawabnya...
Duduk Yang Berhormat.
...Berdasarkan kepada apa yang direkodkan. Tak timbul soal kesilapan dan sebagainya. Saya minta tolong, saya nak teruskan. Yang Berhormat Beruas bertanya tindakan JPN mengenai masalah permohonan menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan untuk kaum Cina dan India yang bukan beragama Islam. Namun, mempunyai nama yang berbentuk Islam. Prosedur semasa JPN berkehendak pengeluaran kad pengenalan adalah atas permohonan yang memerlukan seorang individu hadir untuk melengkapkan maklumat peribadi dalam borang permohonan. Borang tersebut merupakan sebuah rekod simpanan yang kekal yang akan dijadikan rujukan khususnya jika berlaku sebarang pertikaian maklumat selepas ini. Dalam hal ini, seseorang individu bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan serta mengisytiharkan bahawa setiap maklumat yang dikemukakan kepada JPN adalah tepat dan benar. Berhubung dengan isu maklumat agama kepada kad pengenalan, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sekiranya maklumat agama pada dokumen adalah berbeza dengan anutan agama sebenar disebabkan oleh kesilapan perkeranian, maka individu tersebut boleh mengemukakan permohonan pindaan butiran agama pada kad pengenalan di JPN selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Peraturan 14 Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Walau bagaimanapun, bagi permohonan penukaran status agama berpunca daripada pengisytiharan individu itu sendiri, maka permohonan pindaan butiran agama pada kad pengenalan boleh dikemukakan setelah individu tersebut mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah. Yang Berhormat Sandakan, saya harap jawapan ini memuaskan. Itu dia prosedur yang kita pakai. Kalau silap perkeranian, betul tetapi kalau ada bukti bahawa ia bukan silap perkeranian, maka kita akan ikut prosedur yang telah ditetapkan seperti mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang bertanya sebab JPN Pasir Gudang masih beroperasi di bangunan sekarang walaupun ia telah ditawarkan lokasi baru oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini dan Ahli Yang Berhormat, JPN tidak mempunyai perancangan untuk memindahkan pejabat JPN Pasir Gudang yang beralamat di No. 15 dan 15A, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia ke lokasi baru yang terletak di pusat bandar Pasir Gudang. Ini kerana lokasi pejabat JPN Pasir Gudang mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung keperluan semasa perkhidmatan kepada penduduk Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya. Kedua, kontrak penyewaan pejabat masih berkuat kuasa daripada 1 Disember hingga ke 30 November 2019 dan ketiga, kadar sewaan yang berpatutan berbanding
dengan lokasi baru juga dicadangkan. Justeru itu keputusan mengekalkan lokasi sedia ada adalah selaras dan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan bajet. Yang Berhormat Ipoh Barat bertanyakan status terkini ke atas Kuil Marathandavar di Maran yang didakwa menyalahgunakan wang. Untuk makluman, Pertubuhan Sri Marathandavar Aalayam, Maran, Pahang telah dibatalkan pada 29 Disember 2016 di bawah seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] kerana didapati telah melanggar beberapa fasal perlembagaannya. Antaranya adalah pertubuhan telah membuat perbelanjaan tanpa mendapatkan kelulusan mesyuarat agung pertubuhan. Justeru itu, pembatalan pendaftaran pertubuhan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang berdasarkan kepada aduan yang telah diterima sebelum ini. Namun, pertubuhan tersebut boleh membuat permohonan rayuan kepada KDN selaras dengan seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 agar pembatalan pertubuhan tersebut ditarik balik dan permohonan berkenaan masih diteliti.
Sedikit...
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Ya. Saya ada tanya dengan khusus Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila membatalkan pendaftaran tersebut, ada beberapa yang ditulis dalam surat tersebut saya sendiri ada nampak di mana mengatakan menyalahgunakan wang tersebut. Akan tetapi sehingga hari ini, tidak ada tindakan diambil terhadap committee atau presiden tersebut. Itulah khususnya yang saya bangkit. Adakah kerajaan tidak niat atau akan mengambil tindakan pihak-pihak berkenaan?
Tindakan pertama adalah membatalkan pendaftaran, itu satu. Jadi, tindakan kepada committee tersebut saya rasa itu boleh dipertimbangkan oleh ROS tetapi kalau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya, aduan boleh dibuat oleh ahli-ahli yang terlibat yang tidak puas hati kepada polis...
Pendaftar sendiri mengaku, menulis dalam surat tersebut...
Ya lah...
Ada penyelewengan kewangan dan sebagainya, they give about eight, nine transaksi di mana tertulis beberapa ribu hilang, ini adalah jawatankuasa yang responsible, maka sepatutnya pihak polis patut mengambil tindakan. Kenapa belum lagi?
Saya tidak tahu secara terperinci hal ini tetapi saya akan rujuk kepada ROS untuk tindakan selanjutnya. Akan tetapi kalau ada ahli-ahli pertubuhan tersebut yang hendak buat laporan kepada polis, saya alu-alukan.
Sudah, sudah.
Bukti sudah ada, sudah dikumpulkan oleh ROS. It is just procedure wise, somebody needs to make a police report because police has the authority to investigate all the cases dengan izin, terima kasih. Seterusnya saya akan pergi kepada isu-isu imigresen dan pekerja asing. Yang Berhormat Lanang bertanya tentang tujuan sebenar melaksanakan pemberian kad sementara atau enforcement card dan berapakah PATI yang telah diberikan E-Kad dan sebab perlaksanaan E-Kad tidak diperluaskan di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Ahli Yang Berhormat, program E-Kad merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan bermula daripada 15 Februari 2017 bertujuan untuk memberikan peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa dokumen perjalanan yang sah dan bekerja secara haram di Malaysia diberikan kad kebenaran bekerja sementara. Program ini bertujuan memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan tenaga kerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa. Majikan dan PATI yang telah didaftarkan seterusnya belum mendapatkan dokumen atau pasport daripada pihak kedutaan bagi membolehkan PATI tersebut diputihkan melalui program ini. E-Kad hanya akan diberikan selepas majikan membuat pendaftaran di bawah program rehiring melalui proses-proses
dengan kos-kos yang telah ditetapkan kepada program rehiring tersebut. Walau bagaimanapun, kad berkenaan atau E-Kad tersebut dikeluarkan oleh JIM secara percuma. Jadi, saya hendak nyatakan di sini bahawa setiap PATI mesti melalui program rehiring dengan kos-kosnya. Kad itu sahaja dikeluarkan secara percuma selepas diproses kelayakan mereka.
Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat.
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak tanya di sini sebab saya difahamkan melalui laporan media, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menyatakan bahawa proses mendapatkan E-Kad ini tidak akan melalui ejen ataupun orang tengah, majikan boleh terus mendaftar di pejabat imigresen tetapi daripada penerangan Timbalan Menteri tadi, nampaknya ada lagi satu proses sebelumnya. Saya hendak mendapatkan penjelasan sama ada proses rehiring itu terus daripada Jabatan Imigresen ataupun perlu lagi melalui orang tengah dan selepas itu dikeluarkan E-Kad oleh Jabatan Imigresen. Minta penjelasan, terima kasih.
Yang Berhormat, saya tidak faham apa maksud Yang Berhormat mengenai orang tengah dalam proses rehiring. Proses rehiring diadakan dengan melantik tiga syarikat iaitu untuk mengendalikan pengurusan rehiring tersebut. Proses rehiring itu ada banyak peringkat yang perlu diuruskan oleh ketiga-tiga syarikat ini. Jadi soalnya sekarang ini ada salah faham di mana majikan ingat bahawa E- Kad ini dikeluarkan oleh imigresen secara langsung dengan percuma dan tidak perlu melalui program rehiring dan juga ketiga-tiga vendor yang saya sebutkan tadi. Soalnya sekarang ini program E-Kad ini tidak wujud kalau tidak ada program rehiring. Ini bukan satu program yang diwujudkan berbeza oleh kerajaan. Program E-Kad ini hanyalah untuk memudahkan pekerja asing untuk datang untuk berdaftar dengan program rehiring dan selepas itu diberikan satu kad pengenalan bagi memudahkan mereka untuk berjalan di dalam negara kita.
Minta penjelasan selanjutnya, bolehkah Timbalan Menteri memberikan nama ketiga-tiga syarikat yang terlibat tersebut? Terima kasih.
Saya pun sudah – okey, MyEG, satu. Kedua, Bukti Megah dan ketiga, nama dia IMAN tetapi saya tidak tahu dia punya... Dia akronim sahaja, saya terlupa.
Secara bertulis sahaja.
Secara bertulis bolehlah. Tidak, pasal Yang Berhormat sudah tanya, saya jawablah. Jadi, hendak terangkan juga kepada rakyat.
Terima kasih Timbalan Menteri yang amat prihatin.
Okey, kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan majikan yang berhasrat untuk menyertai program ini. PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke negara asal melalui program 3+1. Ini memastikan bahawa pengurangan lambakan PATI akan berlaku dalam negara. Seterusnya kepada hukumannya. Majikan yang menggaji PATI tanpa berdaftar di bawah apa-apa program yang berkuat kuasa akan dikenakan hukuman berat mengikut perundangan yang sedia ada sepertimana tertakluk di bawah seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua- duanya sekali. Berdasarkan rekod JIM, sejumlah 20,108 keping E-Kad telah dikeluarkan daripada 15 Februari ke 15 Mac 2017. Daripada jumlah tersebut seramai 11,660 orang merupakan warganegara Bangladesh, 5,040 orang warganegara Indonesia, 2,149 orang warganegara Myanmar manakala baki sejumlah 1,259 orang terdiri daripada warganegara lain. Pelaksanaan program E-Kad pada masa ini ialah tertumpu kepada Semenanjung Malaysia sahaja dan sebarang elemen nilai tambah terhadap program E- Kad ini akan dikemaskinikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan bagi tempoh seterusnya termasuk pertimbangan serta kewajaran program ini diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat, tidak tanya soalan ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat Beruas bangun Yang Berhormat.
Jangan panjang sangat Yang Berhormat.
Boleh dapat penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Timbalan Menteri, memang undang-undang mengenakan hukuman yang berat ke atas mereka yang menggaji tidak mengikut undang-undang. Akan tetapi malangnya di Malaysia ini keadaan tidak menggalakkan mereka untuk menggaji warga asing untuk bekerja mengikut undang-undang kerana apabila mereka mengikut undang- undang, sesampainya di Malaysia kita bayar beribu-ribu ringgit, mungkin lebih RM4,000 untuk dapat seorang pekerja asing secara sah. Akan tetapi sampai di Malaysia, mereka yang menggaji tanpa mengikut prosedur boleh membayar gaji yang lebih kerana tidak payah belanja RM4,500 itu tetapi tidak ada tindakan yang berkesan ke atas lebih kurang empat juta PATI yang berada di Malaysia. Jadi sudah menjadi satu keadaan di mana mereka yang ikut undang-undang menjadi mangsa. Mereka yang tidak mengikut undang-undang boleh menggaji dengan harga yang lebih, sungguhpun gaji lebih tinggi tapi kos lebih rendah. Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan mereka yang lari daripada majikan yang sah itu satu tindakan berkesan dapat dibuat supaya mereka yang ikut undang-undang is rewarded and tidak jadi mangsa kepada mereka yang menggaji tanpa permit yang sah.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak tahu macam mana Yang Berhormat dapat jumlah guesstimate empat juta pekerja asing tanpa izin itu.
Saya rasa itu perkara yang boleh...
Itu di Parlimen, pernah dinyatakan di Parlimen...
Akan tetapi itu semua...
Anggaran semua enam juta...
Itu bukannya satu...
Anggaran, anggaran.
Satu angka yang disahkan oleh mana-mana pihak pun, ya.
Sah dua juta atau tidak sah...
Itu hanyalah angka estimate sahaja.
Baiklah. Memang ramailah, ramai. Jadi setiap kali mereka yang tidak mengikut undang-undang mereka, they get amnesty, diampunkan. Sebab itu kita pun tidak tahu— Itulah masalah. Yang mengikut undang- undang menjadi mangsa, yang tidak mengikut undang-undang sentiasa diampunkan ataupun amnesty, mereka boleh daftar 3P ataupun apa program. Jadi itu masalah. Harap satu ketetapan boleh dibuat supaya yang mengikut undang-undang itu mendapat, how to say, is rewarded rather than those who don’t follow the law is rewarded.
Sebab itu Program Rehiring ini adalah bertujuan untuk mendaftarkan mana-mana PATI yang belum lagi mendapatkan PLKS. Selepas itu baru kita dapat tahu berapa jumlah pekerja asing tanpa izin yang sebenarnya. Masalahnya mengenai Program Rehiring ini, ia juga perlu mendapatkan kerjasama daripada majikan. Kadang-kadang tadi Yang Berhormat kata tadi, majikan pun dia tidak hendak bayar lebih, dia ambil sama pekerja asing. Akan tetapi jangan lupa, pada 1 Februari tahun ini, Program Employers Management Commitment, kita telah memanggil semua sekali majikan yang ada di Malaysia ini melalui persatuan-persatuan mereka dan mengingatkan kepada mereka bahawa mereka perlu menandatangani satu Aku Janji di mana itu boleh dijadikan satu bahan bukti dan juga dijadikan satu perkara yang kita boleh pegang majikan ini supaya mereka mematuhi undang-undang negara. Jadi sementara itu, program enforcement, penguatkuasaan pun akan dipertingkatkan oleh imigresen dan polis untuk menguatkuasakan undang-undang negara. Masalahnya adalah, pertama, sempadan negara kita ini memang panjang, memang susah untuk dikawal pada setiap waktu. Itu pertama.
Kedua, masalah mengenai pekerja-pekerja yang mempunyai keluarga di sini dan sebagainya, yang juga memudahkan mereka untuk mendapat perlindungan di Malaysia dan terus menjadi sebagai PATI. Jadi, kita sekarang ini sedang memperketatkan mana-mana kelemahan yang ada dalam sistem menguatkuasakan pekerja asing tanpa izin ini supaya kita dapat mengenal pasti kesemua jumlah pekerja tanpa izin yang ada di negara kita supaya mereka dapat didaftarkan dan juga diberikan permit dan hal ehwal mereka, human rights mereka boleh dilindungi apabila mereka berdaftar sebagai pekerja asing dengan izin dan bukan lagi tanpa izin.
Tidak boleh dapat satu lagi...
Apa lagi Yang Berhormat?
Kalau boleh, untuk memastikan menolong majikan menggaji secara sah, sekarang ada satu masalah ialah setiap majikan mesti datang ke Putrajaya untuk memohon dan memproses menggaji warga pekerja asing ini. Sampaikan ada yang perlu berbaris pukul tiga pagi untuk mendapat peluang kerana ada kuota setiap hari untuk proses. Bolehkah proses menggaji ini dengan izin we call, diagihkan kepada Jabatan Imigresen setiap negeri ataupun melalui online kerana ini masalah besar kerana menggaji orang, terpaksa beratur agen-agen. Ini pun menggunakan wang yang banyak so majikan ini hendak membayar cukai kepada kerajaan. Kenapa mereka mesti berbaris susah-payah hanya satu, one processing centre di Putrajaya ini memang menyusahkan. Kalau boleh dapat penjelasan, kenapa ini adalah cara yang ditetapkan? Kenapa tidak melalui Jabatan Imigresen tempatan setiap daerah pun boleh memproses, kalau boleh. Hendak mendapat penjelasan.
Sebenarnya Yang Berhormat, setiap pejabat imigresen di negeri dibuka untuk pendaftaran rehiring ini. Cuma banyak syarikat di Malaysia juga berpangkalan di Lembah Klang. Apabila pendaftaran perlu dibuat, mereka perlu membawa pekerja tersebut untuk disahkan identiti mereka dan sebagainya. Jadi kerana syarikat ini berpangkalan di Kuala Lumpur, di Klang Valley, mereka lebih suka bawa pekerja mereka bawa datang ke Putrajaya ataupun ke Jalan Duta, pejabat imigresen di Jalan Duta. Akan tetapi sebenarnya, semua pejabat imigresen di negeri-negeri dibuka untuk pendaftaran tersebut. Soal kedua adalah mengenai kapasiti pemprosesan di setiap pejabat imigresen. Sekarang ini kita memang mempunyai sedikit masalah mengenai jumlah pekerja yang dibawa oleh majikan untuk didaftarkan sekali gus. Sebab itu kita mengaturkan satu jadual untuk mereka dapat datang dan pendaftaran mereka dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Akan tetapi jumlahnya banyak. Tadi Yang Berhormat pun ada buat guesstimate empat juta orang. Fikirlah. Kalau ada satu juta pun, ramai jumlah pekerja asing yang perlu didaftarkan tersebut dan kapasiti pegawai, kapasiti pejabat, tempat sendiri untuk didaftarkan di pejabat imigresen ini memang terhad tetapi kita sedang cuba menyelesaikan masalah tersebut. Sebab itu saya menyarankan kepada semua majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka dengan secepat mungkin. Budaya kita di Malaysia ini pun kadang- kadang kita tunggu sampai last minute baru kita hendak pergi mendaftarkan pekerja kita dan dengan sumber yang terhad oleh Jabatan Imigresen, kita akan menghadapi masalah untuk memproses permohonan permit tersebut kalau majikan datang last minute.
Maksud saya bukan tentang pekerja asing yang tanpa izin. Yang kita bawa terus daripada luar negara secara mengikut undang- undang, kenapa mesti datang ke Putrajaya sahaja untuk mendapatkan kelulusan permit. Ini kerana mereka inilah yang dari mula lagi hendak ikut undang-undang. Jadi setiap kali datang Putrajaya, berkali-kali untuk dapat kelulusan. Ini setiap pekerja ini, kerajaan dapat, mungkin setiap tahun lebih kurang 1,000 lebih. Jadi ini cukai berbilion-bilion ringgit. Kerajaan mestilah galakkan orang yang mengikut undang-undang ini bagi satu cara untuk menggaji secara lebih kita kata, dengan izin with ease, without so much trouble and ended up with too much trouble, people say they got fed up, dia lagi suka menggaji yang tanpa izin. Jadi haraplah ini dapat diperbaiki.
Saya minta maaf. Tadi saya hendak menjawab hal PATI. Lepas itu Yang Berhormat tanya saya soalan fasal pekerja asing dengan izin. Jadi saya minta maaflah. Sebenarnya, proses permohonan pekerja asing untuk mendapatkan keizinan ini di imigresen telah dilaksanakan melalui atas talian, online bermula 1 Februari 2017 untuk mengelakkan kesesakan. That means you can register online dan selepas itu baru dibuat proses untuk hendak bawa pekerja tersebut untuk dikenal pasti dan sebagainya. So...
Proses ini hanya untuk PATI dan baru dari luar negara?
Tidak. Ini yang baru.
Ya?
Part ini yang baru.
Untuk baru sahaja?
Ini saya baru sahaja. Yang PATI macam saya telah terangkan.
Terima kasih.
Yang PATI tidak melalui proses online, yang baru sahaja melalui proses online. Proses online ini dipanggil SPPA, Sistem Permohonan Pekerja Asing. Portalnya adalah portal.sppa.com.my. Jadi pendaftaran ini boleh dibuat melalui sistem SPPA ini. Sistem SPPA ini ia hanya terletak — Ini yang saya hendak kena beza sedikit, ya. SPPA ini sebenarnya hanya untuk pekerja Bangladesh sahaja. Fasal ia terbit kerana Perjanjian G2G, Government to Government yang telah diadakan oleh Kerajaan Bangladesh dengan Kerajaan Malaysia. Jadi sebagai satu syarat, Kerajaan Bangladesh untuk menjaga kepentingan pekerja mereka di sini, dia minta kita, Malaysia untuk melaksanakan sistem SPPA ini. Ini untuk pekerja Bangladesh sahaja. Untuk pekerja lain, yang bukan Bangladesh, sistem yang kita pakai sekarang ini adalah EPPAX. Ia juga dilaksanakan pada 1 Februari 2017, fasa pertamanya. Website-nya adalah www.eppax .gov.my.
Jadi, saya berharap Yang Berhormat boleh sebarkanlah kepada rakan-rakan Yang Berhormat mengenai kewujudan kedua-dua sistem pendaftaran online ini untuk menyelesaikan masalah pendaftaran pekerja asing yang sekarang ini sukar oleh majikan di pejabat imigresen. Jadi maknanya, they can just register online first. We process the online and then kita panggil untuk temu duga untuk bagi kuota, untuk bayar levi dan sebagainya. Selepas itu, pekerja tersebut akan diberikan PLKS oleh pihak imigresen.
Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun lagi Yang Berhormat Menteri. Hendak bagi?
Tiga soalan mudah.
You tidak tanyalah.
Sekarang hendak tanya.
Apalagi hendak tanya? Okeylah. Okey. Kawan punya fasal.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada tiga soalan yang mudah dan saya percaya dan yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri mampu menjawabnya. Pertama sekali daripada angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu lebih kurang 20,000 tadi. Saya rasa angka ini nampaknya agak rendah walaupun ini adalah untuk bulan pertama. Kalau dalam sampai Jun mungkin lebih kurang 80,000 lebih kurang. Jadi, kalau angka ini dibandingkan dengan anggaran PATI mungkin bukan empat juta pun, dua juta pun itu kurang daripada 10 peratus PATI yang akan didaftarkan. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan proses pendaftaran ini, nombor satu. Soalan kedua, adalah selepas expiry ataupun tamat luputnya E-Kad ini, dalam tempoh setahun ini, saya difahamkan dia tempoh setahun. Jadi, apakah rancangan seterusnya untuk memastikan kelangsungan pendaftaran? Ketiga, mungkin satu isu yang berkaitan juga dengan Kementerian Dalam Negeri iaitu dalam keadaan ini kita nampak kita berada dalam satu dilema. On one hand kita hendak mendaftarkan PATI tetapi on the other hand, oleh sebab penjagaan sempadan ataupun pengawalan sempadan yang tidak kukuh, maka kita nampak berlaku situasi di mana it is easier to say sorry than to ask for permission. Jadi, saya harap dalam kita melaksanakan proses pemutihan perlu juga berlaku penjagaan sempadan yang lebih baik untuk memastikan tidak ada kemasukan tanpa izin. Jadi, saya rasa dalam hal ini nampaknya masih lemah lagi. Easier to say sorry than to ask for permission.
Yang Berhormat Menteri kalau ada perkara baru boleh dijawab secara bertulis.
Okeylah baik. Okey, soalan yang berkenaan dengan progress mengenai hal ini saya sudah sebutkan dua masalah tadi yang dihadapi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekarang ini adalah mengenai masalah internal resources, dengan izin Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu sendiri dari segi pekerja, tempat dan sebagainya. Perkara ini sedang ditambah baik oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Kedua, saya sudah sebutkan tadi respons daripada majikan pun makin lama makin menggalakkan. Saya berharap perkara ini akan diteruskan supaya pendaftaran ini akan dibuat sepanjang tahun dan tidak tunggu pada last minute. Ketiga, E-Kad ini sebab kita berikan tempoh E-Kad yang panjang ini, satu adalah kita sudah menjangka masalah pemproses yang perlukan masa panjang. Oleh sebab itu kita berikan PATI ini, E-Kad tersebut supaya mereka ini juga dapat menjaga kepentingan mereka supaya mereka tidak di-approach, dengan izin oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga tidak menjaga hak-hak mereka sebagai pekerja asing di dalam negara kita. E-Kad ini hanya akan luput tempoh pada masa yang ditetapkan pada tahun depan. Ia tidak akan disambung lagi. Soal pembolosan sempadan. Saya hendak maklumkan kepada Dewan bahawa Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah siap dan akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat. Mungkin kalau tidak silap, bukan pada sesi ini pada sesi yang akan datang. Tujuannya adalah untuk menyepadukan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab di sempadan supaya ia dapat digembleng untuk mengatasi masalah pencerobohan, pembolosan, penyeludupan dan sebagainya yang akan berada di Malaysia. Maknanya kerajaan akan mengambil tindakan proaktif Yang Berhormat untuk menangani masalah bukan sahaja kemasukan pekerja asing tetapi masalah kemasukan barang-barang yang lain di dalam negara kita.
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat hendak tanya fasal apa Yang Berhormat?
Dalam soalan yang sama dalam perkara ini. Saya dalam perbahasan saya Yang Berhormat Menteri....
Tetapi Yang Berhormat tidak ada Yang Berhormat.
...tidak jawab sebab saya dalam kawalan sempadan. Saya membangkitkan isu...
Tidak Yang Berhormat. Kalau kawalan sempadan saya boleh jawab kemudian tidak? Kita akan bentang undang-undang tersebut. Yang Berhormat akan mendapat peluang untuk hendak berbahas nanti, yang penting saya hendak habiskan isu-isu yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Masa kita pun sudah tidak panjang. Seterusnya, Yang Berhormat Penampang bertanya tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) –Yang Berhormat Penampang ada tidak?
Tidak ada dalam Dewan.
Kalau Yang Berhormat Penampang tiada. Saya lompatlah. Kesianlah pada Yang Berhormat yang lain yang ada dalam Dewan. Kalau...
Lompat parti apa?
Yang Berhormat Bakri ada. Jadi, Yang Berhormat Bakri ada saya akan menjawab soalan dia. Yang Berhormat Bakri memohon Kementerian Dalam Negeri menyatakan bilangan pelajar luar negara yang telah menyalahgunakan visa pelajar pada tahun 2015 dan tahun 2016 serta tindakan yang telah diambil. Berdasarkan kepada statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), seramai 252 orang pelajar asing dan 777 orang pelajar asing telah ditangkap kerana kesalahan menyalahgunakan pas pelajar masing-masing pada tahun 2015 dan tahun 2016.
Sepatutnya, tahun 2015–252 orang pelajar asing, tahun 2016–777 orang pelajar asing yang telah ditangkap atas kesalahan menyalahgunakan pas pelajar mereka. Bagi kesalahan melanggar syarat pas di bawah Perkara 39B Peraturan Imigresen 1963, iaitu tinggal lebih masa. Hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah. Kes ini juga boleh diambil tindakan kompaun sebanyak RM300 iaitu 30 peratus daripada kadar denda. Selain itu, bagi kesalahan tinggal di Malaysia setelah pas atau permit tamat atau dibatalkan termaktub di bawah seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Di bawah peruntukan seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), mana- mana individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Tindakan kompaun merupakan alternatif bagi kesalahan di atas. Had maksimum kompaun adalah RM3,000. Yang Berhormat Seremban ada?
Yang Berhormat Menteri. Boleh saya tanya soalan?
Yang Berhormat Bakri bangun Yang Berhormat Menteri.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di sini saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri senaraikan negara yang melanggarkan undang-undang menggunakan pas pelajar dari negara mana yang menggunakan?
Saya tidak ada jawapan terperinci sekarang ini. Saya akan berikan secara bertulis nanti. Yang Berhormat Seremban ada?
Tidak ada dalam Dewan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Seremban tidak ada saya skip. Yang Berhormat Lanang? Yang Berhormat Lanang ada. Okey. Yang Berhormat Lanang bertanya mengenai pengeluaran visa kerja palsu kepada warga Republik Rakyat China di Sarawak dan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri agar perkara sama tidak akan berulang. Semua permohonan untuk mendapatkan pas penggajian perlu dikemukakan kepada bahagian khidmat expatriate (ESD) Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak oleh syarikat atau wakil yang dilantik oleh syarikat berkenaan. Sehingga kini, ESD tidak menerima laporan berhubung sindiket pemalsuan pas melibatkan warga Republik Rakyat China dan tiada ejen pengambilan expatriate yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak.
Seterusnya, langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh JIM Sarawak adalah seperti berikut. Pertama, merujuk terlebih dahulu permohonan yang diragui kepada Unit Inspektorat bagi tujuan naziran untuk mengenal pasti kesahihan permit kerja berkenaan. Jika didapati permohonan tersebut adalah tidak tulen, syarikat yang memohon akan disenaraihitamkan. Kedua, kebenaran untuk berurusan dengan JIM hanya diberikan kepada majikan atau kakitangan syarikat yang sah sahaja. Ketiga, semua permohonan untuk menggaji ekspatriat perlu dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa lokalisasi ekspatriat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk kelulusan. Sarawak memang mempunyai keistimewaan dalam hal ini. Tidak ada soalan? Okey. Yang Berhormat Tanjong ada? Ada, okey. Yang Berhormat Tanjong bertanya sekiranya JIM boleh melonggarkan prosedur pengesahan dokumen semasa permohonan pas residen bagi pemegang pasport British Overseas Citizen dengan hanya disahkan oleh pesuruhjaya sumpah atau wakil rakyat kerana perkhidmatan pengesahan tidak disediakan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Britain.
Pekeliling Imigresen Malaysia Bilangan 5 Tahun 2013, Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Pas Residen kepada Pemegang Pasport British Overseas Citizen yang telah Melepaskan Kewarganegaraan Malaysia secara Sukarela dan Pulang ke Malaysia secara Sukarela tidak menyatakan secara spesifik mengenai keperluan untuk mengesahkan dokumen semasa permohonan pas residen. Oleh hal yang demikian, pengesahan boleh dibuat di mana-mana pejabat pesuruhjaya sumpah. Yang Berhormat Lumut bertanya sejak bilakah warga...
Yang Berhormat Tanjong bangun, Yang Berhormat.
Ya, saya hendak tanya, jikalau ini bukan satu keperluan, mengapa ada notis sedemikian dipaparkan di pejabat imigresen? Ini telah menyusahkan pihak pemohon. Sekian.
Terima kasih. Ini merupakan perkara spesifik. Saya akan rujuk kepada Jabatan Imigresen untuk jawapannya dan nanti akan diberikan secara bertulis. Yang Berhormat Lumut bertanya sejak bilakah warga Korea Utara yang masuk ke Malaysia diberikan pengecualian visa. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Korea Utara telah menandatangani Perjanjian Bersama Penghapusan Visa Separa yang membenarkan kemasukan tanpa visa kepada kedua- dua warganegara pada 20 April tahun 2000. Seterusnya, saya akan pergi kepada hal-hal pembangunan dan infrastruktur. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Samarahan...
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Pokok Sena bangun. Hendak bagi, Yang Berhormat?
You tak tanya soalanlah.
Ya, saya ada tanya soalan berkaitan...
Tak ada, tidak nampak pun Pokok Sena.
Ya?
Tak nampak nama Pokok Sena di sini.
Oh, tak nampak. Itu maknanya kelemahan Kementerian Dalam Negeri lah mencatat.
[Dewan ketawa]
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Sedangkan saya bangkit berkaitan..
Hal Sarawak bukan hal Yang Berhormat Pokok Sena.
...Berkaitan dengan Korea Utara iaitu berkaitan dengan tahap keselamatan.
Yang Berhormat tidak tanya soalan, saya tidak boleh jawab.
Tak, saya tanya.
Tak ada, tak nampak ini.
Saya juga ada soalan.
Tak nampak itu kena tanya.
Jawapan ini hanya untuk Yang Berhormat Lumut sahaja.
Tidak, saya tanya tahap keselamatan di Malaysia ini ekoran daripada isu berkaitan dengan isu Korea Utara iaitu kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa, jawapan kepada Yang Berhormat Bayan Baru, iaitu kerajaan tidak dapat hendak
mengesan tentang perisik-perisik, ejen-ejen perisik asing khususnya dari Korea Utara yang masuk ke dalam negara kita kerana mereka tidak lapor. Jadi saya kata ini satu kelemahan kerana takkanlah hendak tunggu perisik itu hendak merisik ke negara kita, dia ‘mai’ bagi tahu kami hendak merisik, kami hendak menjalankan siasatan? Tentulah perisikan kita itu harus lebih cekap daripada ejen perisikan kepada asing. Jadi saya tanya apa sebenarnya tahap keselamatan negara kita ini kerana kita tidak dapat kesan perisik asing yang datang ke negara kita. Jadi ini sangat-sangat berbahaya sebab timbul isu mengatakan bahawa daripada kejadian adik kepada Presiden Korea Utara itu ialah kerana ada ejen-ejen perisik yang sudah pun beroperasi di Malaysia.
Ringkaskan Yang Berhormat.
Yang Berhormat dalam perbahasan tidak ada tanya pasal hal perisik tersebut.
Yang Berhormat Menteri, kalau memang benar tidak ada dibahas, boleh diambil dan dijawab secara bertulis, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya juga...
Saya bahas. Di hujung perbahasan saya itu, itulah yang saya sebut.
Jawapan saya senang sahaja, Yang Berhormat. Kalau agensi penguatkuasaan kita tahu pun, takkan hendak beritahu kepada rakyat umum? Itu rahsia kerajaan. Kita tahulah kalau ada perisik-perisik di sini dan kita akan ambil tindakanlah kepada mereka tapi tidak perlulah hendak diheboh-hebohkan di...
Kalau kita tahu, saya sendiri...
Yang Berhormat, kalau polis tidak tahu, takkan polis hendak keluarkan red notice Interpol untuk beberapa orang tersebut? Mesti dah tahu.
Kita tahu selepas daripada kejadian pembunuhan baru keluar isu kata ada perisikan daripada Korea Utara berada di Malaysia.
Yang Berhormat, undang-undang mana yang katakan kita boleh tangkap orang sebelum buat kesalahan?
Apa perlu kita...
Yang Berhormat Pokok Sena.
Sepatutnya sebelum pembunuhan kita harus bertindak, kalau kita tahu.
Yang Berhormat Pokok Sena, Menteri sudah menjawab, Yang Berhormat. Seorang, seorang.
Yang Berhormat, takkan hendak tangkap orang sebelum dia buat kesalahan?
Tuan Yang di-Pertua...
Come on lah. Itu satu expectation yang tidak adil kepada polis.
Ada tiga orang bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan? Yang Berhormat Padang Besar...
Macam inilah, Yang Berhormat.
Menteri, Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, kalau ada masa lagi, kita boleh sparring. Boleh? Saya hendak habiskan yang lain-lain dulu. Kesian kepada wakil rakyat yang tanya soalan. Kalau ada masa lagi lepas ini, kita akan sparring. Yang
Berhormat hendak duduk dengan saya dua orang pun boleh, dekat luar pun boleh, dalam Dewan pun boleh.
Isu berkaitan dengan isu keselamatan negara kita.
Yang Berhormat.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan berdialog, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya akan cakap kemudianlah. Bagilah saya habiskan orang lain, kesianlah orang lain. Dunia ini bukan berkisar pada Yang Berhormat Pokok Sena sahaja, orang lain pun ada.
Ya, Menteri.
Ya, ada tiga orang bangun. Hendak bagi jalan, Yang Berhormat Menteri?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sebentar, Yang Berhormat. Saya tengah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Hendak bagi jalan, Yang Berhormat? Ada tiga orang bangun.
Padang Besar.
Tak, kalau saya boleh habiskan ini, saya ada banyak masa lagi.
Yang Berhormat Menteri, saya minta hanya jawapan bertulis berkenaan soalan tadi yang tidak dijawab.
Sebentar, Yang Berhormat. Menteri belum bagi lagi.
Yang Berhormat Penampang, tadi you tidak ada dalam Dewan, sebab itu saya tidak...
I was outside.
Okay, I will give you the written answer on your question.
Written answer, thank you very much.
Saya bahas dalam perkara ini tetapi nampaknya Timbalan Menteri tidak jawab. Sebelum kita alih kepada tempat lain.
Yang Berhormat, hendak bagi jalan?
Yang Berhormat, tidak adil...
Soalan saya agak spesifik dan saya ingin dapat jawapan sebab dalam berbahasan saya, saya tanya sama ada dalam kawalan sempadan, kita sedar tidak orang yang VIP seperti Kim Jong Nam itu masuk ke negara kita? Kalau seseorang itu yang diketahui oleh satu dunia bahawa dia adalah wanted oleh rejim Korea Utara, sama ada kita sedar tidak? Kalau perisikan kita kuat dalam perkara ini, sepatutnya kerajaan ada sesuatu prevention untuk pembunuhan ini berlaku.
Okey, Yang Berhormat.
Kalau ini pun kita boleh missed, banyaklah perkara lain yang kita boleh missed.
Yang Berhormat, saya rasa isu ini saya boleh jawab nanti bawah tajuk keselamatan dan ketenteraman awam dan polis dan kawalan sempadan. Sebab itu saya hendak habiskan isu-isu yang lain sebelum sampai kepada isu...
Boleh sambung sampai pukul berapa?
Yang Berhormat Menteri, ada dua. Tanya sikit sahaja.
Bagi chancelah. Baru ada satu orang yang lebih cerdik.
Ya, duduk Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Padang Besar, dia bagi jalan.
Yang Berhormat Menteri, saya cuma dalam perbahasan itu kita ada timbul dua soalan tentang KDN. Satu itu tentang Jawatankuasa Tenaga Kerja, adakah dia di bawah KDN? Yang Keduanya, kita tanya soalan tentang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Jadi dua soalan tadi adakah— yang pertama tadi ini, yang Jawatankuasa Tenaga Kerja itu masuk bawah KDN ataupun tidak? Terima kasih.
Jawatankuasa Tenaga Kerja adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia tapi ada satu high level committee yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga melibatkan pelbagai kementerian untuk berbincang dan juga membuat keputusan mengenai hal-hal pekerja asing.
Okey, terima kasih. Sebab, kalau tidak ada, tidak apalah.
Okey, seterusnya kepada pembangunan dan infrastruktur. Yang Berhormat Kota Samarahan ada?
Yang Berhormat Kota Samarahan tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Tidak ada ya. Ini pun soalan spesifik mengenai IPD dia. Jadi saya tidak perlulah jawab ini, saya boleh jawab bertulis sahaja. Yang Berhormat Hulu Rajang ada? Okey. Yang Berhormat Hulu Rajang bertanya mengenai perancang KDN untuk membina pos kawalan di Long Singut dan juga Long Busang, Belaga, Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan pos kawalan di Long Singut dan Long Busang, Belaga, Sarawak masih belum dapat dilaksanakan kerana ketiadaan tapak yang sesuai. Jadi kalau Yang Berhormat boleh bantu hal ini, KDN bersedia untuk mengangkat projek permohonan ini dalam RMKe-11 kepada Unit Perancang Ekonomi sekiranya tapak sesuai dapat diperoleh.
Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Setiawangsa pun tak ada ya. Yang Berhormat Sibuti?
Ada.
Belakang, saya tak nampak. Yang Berhormat Sibuti, bertanya mengenai cadangan pembinaan Balai Polis Taman Tunku di Lambir di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan Taman Tunku adalah terletak di kawasan pentadbiran Balai Polis Lapangan Terbang Miri di mana jarak di antara balai polis tersebut dengan Taman Tunku hanyalah lebih kurang enam kilometer. Sebelum ini, terdapat cadangan daripada IPK Sarawak untuk menyewa sebuah bangunan milik swasta di Taman Jelita untuk dijadikan tempat operasi balai. Namun, cadangan tersebut dibatalkan kerana pemilik premis berkenaan telah menarik balik tawaran penyewaan. Kini, IPK Sarawak dalam proses untuk mengenal pasti bangunan sewaan baru bagi tujuan pewujudan balai polis yang lengkap. Pada masa yang sama, mengenal pasti tapak bagi pelaksanaan projek baru kompleks balai polis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun dikatakan balai polis airport dengan Taman Tunku itu berdekatan tetapi untuk memasuki Taman Tunku yang luas dan banyak perumahan tidak semudah itu, disebabkan jalannya selalu jammed. Balai polis dekat airport itu hanya beberapa orang sahaja, sedangkan luasnya Taman Tunku itu terlalu besar untuk dijaga tiga empat orang polis. Jadi, kita buat sementara ini memohon agar
jabatan yang tersebut untuk menghantar peronda-perondanya berjalan dan meronda di sekitar perumahan di Taman Tunku. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Hulu Rajang, Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya, saya bertanya kepada kementerian, adakah perancangan untuk membina satu balai polis di Sungai Asap? Sungai Asap penduduknya kurang lebih dalam 15,000 orang. Kalau ada, setakat ini saya ingat mereka menyewakan kedai. Bermaknanya, dalam prestasi untuk rakyat melihatkan bahawa kalau ada lebih baik bina kan satu balai polis untuk menjaga sejumlah orang untuk ramai di situ.
Yang Berhormat, memandangkan ini merupakan soalan yang berkenaan dengan operasi polis, tadi saranan Yang Berhormat Sibuti tadi saya akan bawa kepada pihak polis lah untuk mengadakan rondaan berkala di kawasan Taman Tunku tadi ya, sebagai langkah sementara untuk mengawal keselamatan di kawasan tersebut. Balai Polis Sungai Asap, nanti kita ambil maklum mengenai hal ini. Kita akan mengkaji, tapak sudah ada? [Ketawa]
Tak ada masalah bagi negeri Sarawak, begitu luas sekali di kawasan Sungai Asap, ya.
Yang Berhormat, kalau boleh bantu untuk cari tapak, kita boleh pertimbangkan untuk Balai Polis Sungai Asap sekalilah ya.
Silakan. Okey, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar ada?
Tak ada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Fasal ini soalan dia ini, fasal penjara dengan antidadah ini. Okeylah, saya akan just cepat jawab fasal hal dadah ini ya. Yang Berhormat Kapar, bertanya tindakan kerajaan untuk membendung isu sosial seperti penyalahgunaan dadah yang dikhuatiri akan merosakkan masyarakat, khususnya anak- anak muda di luar bandar dan keberkesanan projek perintis rawatan terapi gantian dari segi kos dan pengurangan kadar jenayah di kalangan penagih dadah. Untuk isu dadah ini, esok saya rasa ada soalan yang akan timbul mengenai dasar dan juga tindakan kerajaan mengenai hal dadah ini, saya akan jawab dengan lebih lanjut esok lah. Cuma dari segi penggunaan dadah gantian ini, macam methadone ya. Sebenarnya, penggunaan methadone dalam Program RTG ini telah dimulakan pada tahun 2007 di tiga pusat khidmat AADK di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Sehingga Februari 2017, seramai 1,094 orang klien aktif mengikuti program ini di 26 fasiliti AADK iaitu di enam buah Klinik Cure & Care 1Malaysia, 18 buah Cure & Care Service Centre dan dua pejabat AADK daerah dan hanya dihadkan kepada pengguna dadah jenis opiat. Menurut International Harm Reduction Association, program Harm Reduction menggunakan methadone adalah program komprehensif yang diiktiraf oleh negara- negara lain dan badan antarabangsa untuk mengurangkan kesan negatif daripada segi kesihatan sosial dan ekonomi akibat penyalahgunaan dadah jenis opiat kepada individu dan masyarakat. Walau bagaimanapun, Malaysia Methadone Treatment Outcome Study 2016 telah– yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan bagi menilai pencapaian RTG menggunakan methadone menunjukkan bahawa kualiti kehidupan individu yang mengikuti program tersebut telah menunjukkan peningkatan dari segi fizikal, psikologi, sosial dan alam sekitar. Walau bagaimanapun, penelitian kesesuaian untuk penyalahgunaan pelbagai jenis dadah iaitu poly drug users. Maknanya, pengguna dadah yang selain dari dadah opiat sedang dibuat. Saya juga ingin memaklumkan Dewan bahawa saya telah dilantik sebagai Pengerusi PEMADAM Malaysia di bawah kapasiti saya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan perkara-perkara menjadi kepada kesedaran antidadah ini memang akan diambil berat oleh saya sendiri sebagai Pengerusinya. Terima kasih.
Tahniah.
Okey, seterusnya Yang Berhormat Pasir Puteh, bertanya cadangan KDN untuk meminda undang-undang bagi membolehkan hukuman rotan ke atas penagih dadah dilaksanakan [Ketawa] Tahu, nampak tadi. KDN tidak bercadang untuk meminda undang-undang bagi membolehkan hukuman rotan
dilaksanakan ke atas penagih dadah. Malaysia mengamalkan dual-policy, di mana jenayah dadah dianggap sebagai satu isu keselamatan dan penagihan dadah dilihat sebagai satu isu kesihatan. Ini selaras dengan Dasar Dadah Negara yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 2017 baru-baru ini ya. Penyelesaian masalah penagihan memerlukan pendekatan yang berkesan, komprehensif dan multi disiplin dan seimbang. Sehubungan dengan itu, lima teras Dasar Dadah Negara telah diperkenalkan iaitu pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan, pengurangan kemudaratan dan kerjasama antarabangsa. Penglibatan kerajaan, NGO dan rakyat juga amatlah penting bagi membendung masalah dadah negara. Di sini saya nak sebut juga bahawa baru-baru ini KDN telah membuat keputusan dasar iaitu untuk membezakan penguatkuasaan yang berbentuk penawaran dan juga bentuk permintaan iaitu supply and demand, ya. Jadi, dulu penguatkuasaan untuk supply dan demand ini dibuat oleh polis, PDRM. Sekarang ini untuk membantu tindakan yang lebih efisien kepada masalah dadah ini, hal-hal penguatkuasaan berkenaan dengan penawaran (supply) akan dikuatkuasakan oleh pihak polis sahaja. Maknanya, untuk nak kejar sindiket, untuk nak patahkan penawaran dadah dalam negara kita, polis akan fokus kepada penguatkuasaan supply tersebut. AADK diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga hal ehwal permintaan iaitu dari segi hal ehwal penguatkuasaan kepada penagih dadah. Jadi, ini diharap dengan pemisahan kuasa- pemisahan penguatkuasaan ini, tindakan kepada masalah dadah di negara kita akan lebih efisien dan juga lebih berkesan pada masa akan datang.
Terima kasih atas jawapan yang- memang kita...
Sebentar Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Puteh sebentar. Saya nak tanya, panjang lagi tak Yang Berhormat Menteri?
Memang panjang, fasal ada dua lagi perkara yang saya belum jawab mengenai isu keselamatan dan ketenteraman awam dan polis dan kawalan sempadan.
Ya, boleh sambung petang Yang Berhormat.
Okey, baik saya menurut perintah daripada Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, KDN.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon panduan. Saya telah memberikan jawapan selama satu setengah jam tadi bermula dari jam 11.30 pagi hingga pukul 1. Oleh sebab itu saya memohon panduan daripada Tuan Yang di- Pertua berapa lama lagi saya ada masa kerana banyak lagi kawan-kawan yang belum lagi dapat menjawab.
Saya Yang Berhormat kalau tidak ada perbahasan lagi saya bahagia dan senang begitu. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir ini persetujui saya tidak ada masalah. Bermakna untuk menjawab secara...
Saya bercadang untuk tamatkan jawapan saya dalam masa satu jam, boleh? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya ingin bertanya tentang hukuman rotan ini, saya
rasa sepatutnya menjadi suatu yang difikirkan oleh pihak kerajaan untuk dilaksanakan untuk mereka-mereka yang tegar. Jadi persoalan saya yang sebelum itu saya bangkitkan persoalannya ialah adakah usaha-usaha yang kita lakukan setakat ini yang bermacam- macam terhadap pengawalan dadah ini berjaya atau tidak. Ini kerana rata-rata kita merasakan bahawa ia tidak berjaya, gagal. Oleh sebab itulah maka cadangan itu diutarakan. Apa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh. Tidak nampak, jauh. Sebenarnya pendekatan yang diambil oleh kerajaan adalah hal untuk memulihkan penagih dadah ini adalah dengan cara pemulihan. Oleh sebab itu bila ada perkara-perkara yang melibatkan hukuman sebat dan sebagainya kita tidak menggunakan perkara tersebut sebagai option kerana kita hendak memfokuskan kepada hal-hal pemulihan. Juga penagih dadah ini ia dikuasai oleh dadah itu sendiri. Jadi kalau kita hendak hukum dia kadang-kadang dia bukan tahu pun mengenai apa yang dia buat. Jadi oleh sebab itu pendekatan seperti sebatan dan sebagainya ini pada pandangan kita tidak sesuai untuk digunakan kepada penagih dadah atas dasar untuk memulihkan mereka.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya apabila penagih-penagih ini mereka kena penagihan mereka terpaksa mencari kewangan dan ini menyebabkan kecurian-kecurian yang berlaku berleluasa tidak kira di bandar atau di kampung. Di kampung lebih teruk bahkan kita menghadapi masalah hendak pelihara lembu tidak boleh, hendak menoreh getah pun tidak boleh kerana dicuri oleh mereka ini. Apa-apa business sahaja tidak boleh dikembangkan disebabkan kecurian yang dilakukan kebanyakannya oleh penagih-penagih. Jadi masalah ini sudah merebak kepada masalah-masalah yang lain. Kalau mereka mencuri kita kata mereka di bawah masalah dadah, di bawah tekanan keperluan mereka kepada dadah maka kita tidak boleh denda mereka, tidak boleh hendak potong tangan mereka kalau ada undang- undang potong tangan untuk pencuri. Jadi kita kena kawalkan mereka ini lebih awal dan kita boleh kiaskan dengan minum arak. Dadah dan minum arak ini adalah perkara yang sama yang merosakkan akal kita. Jadi kalau mengikut Islam, kita minum arak kita akan rotan dia, hukuman dia dalam Islam semua kita tahu 40 rotan misalnya, yang ringanlah bukan rotan macam yang kita ini. Jadi kita boleh sama kita boleh kiaskan atau kita boleh bawakan keadaan yang sama ini kepada penagih dadah yang juga mereka seperti arak juga kita bagi 40 rotan yang ringan-ringan di khalayak ramai. Ini boleh mencegah dan juga boleh menyebabkan mereka berfikir banyak kali kena rotan mereka terus tidak padan hendak ambil dadah dan mereka berhenti. Oleh sebab itulah kita mencadangkan supaya pihak PEMADAM boleh menggerakkan supaya pihak kerajaan ini melakukan sesuatu sebab masalahnya tidak selesai dengan usaha-usaha yang kita lakukan setakat ini. Terima kasih.
Terima kasih, sebab itu dalam jawapan awal saya tadi saya menyebut supaya AADK diberikan tugas penguatkuasaan sepenuhnya kepada permintaan iaitu menguatkuasakan penagih dadah. Itu langkah proaktif daripada kerajaan, itu pertama. Kedua, NGO-NGO seperti PEMADAM akan digerakkan bersama-sama dengan AADK untuk membuat kerja-kerja kesedaran dan terlebih kepada pencegahan. Ini untuk mereka yang belum lagi terlibat dalam aktiviti dadah. Untuk mereka yang sudah pernah ditangkap dan dikesan sebagai penagih dadah, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ialah untuk menahan mereka di bawah LLPK iaitu Langkah-langkah Pencegahan Khas iaitu satu cara yang kita buat untuk mengasingkan mereka daripada kawasan persekitaran mereka. Kadang-kadang dadah ini penagihannya adalah disebabkan oleh kawan-kawan. Jadi kita kenakan kepada mereka LLPK ini, kita asingkan mereka kita boleh kenakan tindakan buang daerah kepada mereka dan sebagainya. Langkah ketiga adalah untuk meletak mereka di dalam tahanan penjaralah. Akan tetapi perkara seperti ini memang kurang berkesan. Apa yang kita perlu buat adalah untuk memastikan bahawa pemulihan mereka ini dibuat secara saintifik. Oleh sebab itu saya kata tadi boleh kita hendak rotan mereka tetapi apakah hasilnya, benefit daripada kita merotan mereka itu kerana bila mereka dikuasai oleh dadah, minda mereka sudah rosak. Tambah-tambah lagi mereka yang dikuasai oleh dadah kimia ini.
Ini memang satu dadah yang begitu kuat kesan psychotropicnya dan mereka pun tidak akan berjaya dipulihkan dengan menggunakan tindakan untuk sebatan seperti yang dicadangkan Yang Berhormat tersebut tetapi itu merupakan satu option yang kita masih adalah sebagai pencegahan kepada mereka-mereka yang belum lagi melibatkan diri dalam dadah tetapi ada nampak dia punya kecenderungannya. Seterusnya saya hendak Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada, Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada saya lompatlah. Yang Berhormat Ipoh Barat? Yang Berhormat Ipoh Barat pun tidak ada, saya lompatlah. Seterusnya kawalan penapisan filem. Ada satu sahaja soalan daripada Yang Berhormat Penampang di sini. Saya nampak beliau...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh ada satu isu tentang dadah di Stampin, ada?
Sebagai makluman ataupun sebagai...
Saya ada bahas bahawa ada penagih dadah di depan sekolah dan boleh pihak kementerian membuat tindakan.
Okey, baik. Yang Berhormat serahkan butir-butir kepada saya..
Okey.
Saya akan minta AADK dan juga polis untuk hendak ambil tindakan untuk YB.
Terima kasih.
Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang berhormat Penampang telah memohon penjelasan KDN berhubung dengan pengharaman filem, “Beauty and the Beast” di Malaysia. Filem “Beauty and the Beast” telah ditonton tapis oleh Lembaga Penapis Filem dan memberikan keputusan lulus dengan pengubahan dengan klasifikasi P “thirteen”, P13. Maknanya, layak untuk ditayangkan kepada mereka yang di atas umur 13 tahun. Oleh itu, kenyataan bahawa filem tersebut diharamkan adalah tidak benar. Keputusan penangguhan penayangan filem tersebut dibuat oleh syarikat pengedar filem dan tiada kaitan dengan bidang kuasa LPF. Syarikat tersebut telah mengemukakan rayuan terhadap potongan filem tersebut kepada LPF dan seterusnya kepada Jawatankuasa Rayuan Filem di KDN. Hak rayuan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Penapisan Filem 2002. Jadi, kerajaan masih lagi tetap dengan keputusan untuk memberikan penarafan lulus dengan pengubahan dengan klasifikasi P13. Kalau syarikat pengedar tak setuju, maka mereka tidak akan dibenarkan untuk menayangkan filem tersebut kepada umum tanpa apa-apa edit.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. YB Menteri, boleh minta penjelasan apakah yang diedit itu atau pun dipotong daripada wayang ini dan juga, bukankah rakyat ada juga akses melalui the internet di mana banyak wayang ini boleh ditonton online and it will defeat the purpose you know, anyway dengan tujuan Censorship Board. Ya, anyway the only country in the world, dengan izin yang telah memotongkan skrip daripada wayang ini dan tidak memberi full story line yang that is intended, dengan izin, oleh penerbit filem itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Edit yang dibuat itu adalah berkenaan dengan adegan-adegan yang mempunyai unsur-unsur antisosial, ya. Saya tahu Yang Berhormat hendak suruh saya cakap pasal LGBT tetapi ini panjang sangat dah cerita dia [Ketawa] Jadi atas dasar adegan yang berbentuk antisosial itu, ia ditakrifkan sebagai satu adegan yang tidak sesuai ditayangkan secara umum...
Boleh saya tanya sikit?
Bukan soalan you lah.
Tak apa, kami kawan ma. Jiran [Ketawa] Kulai dan Pulai, kawan.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak tanya sikit, apakah itu garis panduan untuk kita take out ataupun potong iaitu skrip yang wujud di dalam “Beauty and the Beast” ini kerana kalau benar adalah kerana LGBT ini, saya rasa karakter-karakter yang merupakan homoseksual pun pernah wujud dalam banyak filem dan filem itu pun pernah ditayangkan di negara kita, kenapa tiba-tiba, tak tahu kenapa “Beauty and the Beast” ini oleh sebab mungkin ada salah satu karakter adalah seorang homoseksual, tiba-tiba LPF kita hendak potongkan skrip itu, dan sebenarnya Menteri Pelancongan, beliau pun tidak setuju dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem ini. Jadi saya rasa bukan sahaja perlu meyakinkan kami tetapi juga perlulah persuade Menteri di sana untuk terimalah keputusan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah sikit? Sikit sahaja. Tak, tak, very short. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya soalan in sebab ketua rumah saya itu, anak saya umur 4 tahun. She wants to watch this movie. [Ketawa] So, she asked Daddy, bila? You know, ya sama juga- saya hendak tahu, apakah cost benefit kita melarang movie ini, sebab kita sudah tahu satu dunia pun tak larang, tak ada sekatan, tak ada edit, malulah kita sebagai negara. Dan apakah impak kita secara ekonomi. Orang tengok kita macam Mickey Mouse, how can? I think my good friend the Minister of Tourism pun dia sakit kepala. Dia hendak jual imej Malaysia tetapi yang ini yang keluar. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk Yang Berhormat Kulai, garis panduan dalam website LPF. Jadi boleh rujuk kepada sana. [Ketawa] Saya sudah sebut tadi, adegan-adegan antisosial. Maknanya banyak, bukan sahaja LGBT dan sebagainya. Kedua, elemen yang dipotong daripada wayang tersebut tak panjang pun. Filem dia tidak integral kepada plot movie tersebut. Jadi kalau anak YB kelana Jaya masih hendak menonton lagi video tersebut, dia bolehlah tonton tetapi dalam rumah sendirilah, bukan pada tayangan umum ya.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Menteri. Isu dia bukan apa, sebab coverage news ini, Financial Times, Bloomberg, BBC, saya buka semua financial document, financial paper, Reuters semua tulis, macam kita teruklah. The publicity is very-very bad, very-very negative to the country. Terima kasih.
Saya hendak tanya satu soalanlah, masalahnya siaran kita sudah bagi pentakrifan filem ini kepada P13 itu. Kalau Syarikat Disney hendak ikut, dia boleh ikut, tak ada masalah kerana untuk dia yang dia rugi itu ialah hasil kutipan daripada penayangan wayang tersebut tetapi dia masih berkeras hendak juga filem ini ditayangkan secara sepenuhnya. Sudah jadi isu politik pula macam YB kata, disebarkan di seluruh dunia seolah-olah Disney menuduh Malaysia merupakan negara yang tidak toleran dan sebagainya. Ini bukannya satu perkara yang menguntungkan negara pun, yang menguntungkan Syarikat Disney. Jadi saya rasa YB jangan perjuangkan kuat-kuat sangat pasal untuk kepentingan Syarikat Disney ini. Apa yang lebih penting adalah kepentingan pembangunan negara kita.
Bukan, bukan, bagi saya kepentingan sendiri itu saya sudah boleh kautim dah dengan anak. Dia just umur 4 sahaja. Isu dia ialah isu ini bermula daripada Putin. Putin kata dia anti-gay, selepas itu kata Disney ini ada problem. Akan tetapi selepas itu Kerajaan Rusia sendiri tak adapun sekatan. Akan tetapi kita yang ikut buat bersama dengan Alabama di US. Bagi saya, ini merupakan satu perkara yang menjejaskan imej negara kita sebagai satu tempat untuk destinasi investment. Apabila Syarikat Disney, memang besar, multi billion dollar company dan corporate coverage itu besar. So please, kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh cakap dengan Film Board, please do something. Terima kasih.
Yang Berhormat hendak pembetulan sikit ya. Memang filem ini diharamkan di Alabama, di USA sendiri. Di USA sendiri, di mana adegan-adegan antisosial seperti ini diterima ramai. Di Rusia, di Rusia...
Ahli Yang berhormat, Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri duduk dulu. Bolehkah kita kembali kepada spirit peraturan mesyuarat iaitu kalau membuat penjelasan sebegini, jangan membuat macam dialog. YB Kelana Jaya sudah berdiri berapa kali. Sila Yang Berhormat Menteri.
Okey. Mematuhi arahan Tuan Yang di- Pertua, sebelum itu saya hendak tambah sikit lagi sahaja. Di Rusia, filem ini diklasifikasi sebagai kategori 16 tahun dan tidak sesuai oleh kanak-kanak. Akan tetapi Disney bagi, Disney sanggup juga tayang di Rusia kerana pasaran di Rusia mungkin lebih besar dia
punya keuntungan bagi mereka. Soalnya di sini, kita tak boleh pentingkan kepentingan pengedar filem antarabangsa semata-mata untuk mengabaikan kepentingan negara kita sendiri. Itu sahaja jawapan saya ya. Satu lagi Yang Berhormat Penampang, soal-soal hendak perolehan filem ini daripada cara lain itu, cara tayangan bukan umum itu, itu adalah hak individu seseoranglah dan tertakluk di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Okey, sekarang ini saya hendak pergi kepada isu-isu mengenai pertama, keselamatan dan ketenteraman awam. Yang Berhormat Sabak Bernam bertanyakan bilangan individu yang telah ditahan kerana kesalahan keganasan dan militan dari tahun 2012 sehingga tahun 2017 dan apakah langkah KDN dalam mengekang penyebaran ideologi militan termasuk melalui internet.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 285 orang elemen Daish telah ditahan daripada tahun 2012 sehingga 13 Mac 2017 dengan pecahan 236 warganegara Malaysia dan 49 warganegara asing daripada sejumlah 14 negara. KDN melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil beberapa tindakan bagi mengekang ideologi militan daripada terus berleluasa. Antaranya: (i) mengadakan kerjasama dengan SKMM bagi memantau media sosial; (ii) melaksanakan modul pemulihan bersepadu dengan penglibatan daripada KDN sendiri, PDRM, Jabatan Penjara dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; (iii) menguatkuasakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA); (iv) mengadakan kerjasama dengan agensi perisikan luar negara khususnya daripada ASEAN bagi memantau dan menjejaki mereka yang disyaki atau didapati terlibat dengan kumpulan- kumpulan pengganas; (v) memberi nama individu yang disyaki sebagai pengganas kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk disenaraihitamkan dan dimasukkan dalam senarai syak bagi menyekat pergerakan mereka di semua pintu masuk dan keluar di seluruh negara; (vi) akan melaksanakan sistem advanced passenger screening system (APSS) yang merupakan saringan awal dan terperinci ke atas pelancong untuk memasuki Malaysia sebelum berlepas ke negara asal; dan (vii) mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) melalui pelbagai program penerangan pencegahan melalui ceramah-ceramah, khutbah Jumaat, perjumpaan untuk menerangkan konteks jihad sebenar dan juga bahaya fahaman ekstrem yang menjurus ke arah kegiatan militan. Seterusnya Yang Berhormat Kepong bertanyakan, sama ada KDN mengamalkan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan agensi lain bagi menangani isu keganasan militan atau Daish. Dalam konteks kawalan keselamatan negara, ...
Tuan Yang di-Pertua, sikit ya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya melihat bahawasanya isu keganasan IS, Daish ini buat ketika ini alhamdulillah kita terkawal tetapi nampaknya akhir-akhir ini sudah ada rakyat Malaysia yang dipengaruhi. Jadi kita mengucapkan tahniahlah di atas usaha kerajaan untuk membendung tetapi saya nak mencadangkan kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bawa kepada rakan- rakan. Saya rasa kita hendak menyelesaikan perkara ini, kita mesti pergi melalui pendidikan. I think in schools dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita mesti tanamkan semangat Islam yang sebenar. Saya bimbang, saya tengok macam mengindoktrinasikan di beberapa tempat, saya tak mahu nak sebut sama ada sekolah private ataupun sekolah agama. Indoktrinasinya adalah membahayakan, ini pada pandangan saya.
Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengambil satu sikap education untuk membendung anak-anak kita dan orang-orang negara kita untuk ke arah IS dan Daish ini wajib dilakukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.
Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Baru-baru ini di Sabah, seorang pegawai Imigresen wanita telah ditangkap kerana berkaitan dengan aktiviti Daish. Bolehkah minta penjelasan daripada Timbalan Menteri, adakah orang ini orang Sabah tulen? Ataupun mungkin yang telah memasuki sistem di Sabah sebagai warga Sabah melalui projek IC sebab dalam kenyataan akhbar, suspek ini telah membawa orang dari Indonesia memasuki ke Filipina. So has, dengan izin, has Sabah become a transit point bagi aktiviti Daish? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya dah sebutkan tadi, memang program kesedaran dan juga pendidikan menjadi teras utama pencegahan yang dibuat oleh PDRM sekarang ini. Seperti yang saya sebutkan awal tadi, ada program NBOS di antara KDN, PDRM dan juga JAKIM untuk pergi ke universiti-universiti dan sebagainya dan memberikan penjelasan mengenai Islam yang sebenarnya. Juga tadi saya sebut pasal kita bekerjasama dengan SKMM untuk memantau segala komunikasi dalam media sosial, jadi makna kita akan mendapat satu maklumat awal sekiranya mana-mana pihak termasuk orang-orang muda ini yang masih bersekolah pun ada kecenderungan kepada mesej yang dibawa oleh Daish. Kepada Yang Berhormat Penampang, memandangkan perkara ini dalam tindakan undang-undang, jadi saya rasa tak perlulah saya nak jawab dalam Dewan ini ya mengenai soalan itu. Okey, saya sambung balik tadi iaitu jawapan kepada Yang Berhormat Kepong. Jadi dalam konteks kawalan keselamatan negara terutamanya berkaitan dengan isu keganasan militan atau Daish. Kerjasama erat di antara PDRM, polis dengan ATM- Angkatan Tentera Malaysia, menerusi perkongsian maklumat risikan dan siri rondaan keselamatan di tempat-tempat tumpuan orang ramai dapat mengekang penularan ideologi Daish dengan amat berkesan sekali di mana beberapa tangkapan telah dilakukan. Di samping itu juga, KDN mengadakan kerjasama dengan JAKIM, jabatan agama negeri, SKMM bagi mengekang penularan ideologi Daesh dalam online media dan seterusnya mengendalikan program-program penerangan berserta program pemulihan untuk banduan Daish. Seterusnya saya pergi kepada polis dan kawalan sempadan. Ada pula Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena bertanya mengenai ahli kumpulan kongsi gelap bergelar Datuk yang telah ditahan di Johor dan adakah gelaran tersebut diiktiraf oleh kerajaan.
Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PDRM telah menangkap seorang lelaki bersama beberapa individu lain pada 25 Mei 2016 di bawah seksyen 3(1), Akta Pencegahan Jenayah 1959, dan ditahan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 selama 28 hari.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Balik kepada apa yang Timbalan Menteri sebut tentang keselamatan awam tadi. Persoalan tentang keselamatan awam di Parlimen masih belum terjawab tentang isu apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Shah Alam, Khalid Samad apabila ada serangan terhadapnya di dalam kawasan Parlimen. Jadi di manakah letaknya tanggungjawab untuk menyelesaikan penyiasatan ini kerana ada sebahagian menyatakan ini di bawah PDRM, dan ada yang mengatakan ini harus diselesaikan di bawah Parlimen. Saya rasa kami Ahli Parlimen perlu mengetahui keadaan sebenar dan terkini daripada kerajaan, pendirian yang rasmi. Terima kasih.
Same point, on the same point Timbalan Menteri. Same point. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya terpanggil untuk mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri ambil berat benar-benar dalam isu yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu sebab today it can happen, dengan izin, to Yang Berhormat Shah Alam, tomorrow it can happen to anyone of you. So kita tidak mahu perjalanan demokrasi
yang dibawakan oleh Ahli-ahli Parlimen tergugat di atas perkara-perkara seperti ini. Saya mohonlah kepada kerajaanlah untuk memandang serius dalam hal ini.
Ya terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Kuala Terengganu, sebenarnya jawapan kepada soalan Yang Berhormat ada dalam jawapan saya ini. Kita nak selesaikan dahulu satu-satu selepas itu insya-Allah akan sampai kepada jawapan Yang Berhormat, ada setengah jam lagi tinggal [Ketawa] Subjek yang dianugerahkan gelaran Datuk pada tahun 2015 juga merupakan ketua kumpulan kongsi gelap ‘Geng 21’ yang bergiat aktif melakukan pengedaran dadah dan jenayah bunuh di Johor dengan berselindung di sebalik perniagaan mengimport dan menjual alatan sembahyang untuk kaum India. Yang Berhormat Batu Kawan bertanyakan sebab berlakunya percanggahan...
Tuan Yang di-Pertua, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan. Cuma yang saya tanya tadi dalam soalan itu, adakah yang dapat gelaran Datuk itu dia dapat gelaran secara yang sah ataupun secara sindiket? La ni banyak orang gila nak Datuk, nak Tan Sri. Ini dia sanggup beli. Gengster pun dapat Datuk, kongsi gelap pun dapat Datuk. Ini maknanya ini satu benda yang berat. Jadi adakah dia dapat itu secara saluran yang sah, yang diluluskan melalui saluran kerajaan negeri yang recommend atau bagaimana?
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Soal penganugerahan gelaran dan darjah terletak kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan yang berkenaan. Kalau kita hendak mempersoalkan bagaimana dia dapat gelaran tersebut, saya rasa itu perlukan satu penyiasatan oleh pihak polis. Akan tetapi dari segi gelaran, gelaran dia adalah sah lah. Polis akan menyiasat.
[Bangun]
Tadi saya terangkan mengenai tindakan yang diambil ke atas kesalahan mereka. Tidak cerita fasal hal macam mana dia dapat Datuk itu. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ada maklumat mengenai sindiket yang menguruskan anugerah Datuk ini, saya alu-alukanlah kalau maklumat itu diserahkan kepada saya dan saya akan pastikan polis menyiasatnya.
Tuan Yang di-Pertua. Baik. Soalan saya sebenarnya dalam perbahasan saya. Saya tidak detail tentang kes dia, saya tanya berkaitan dengan soal isunya gelaran Datuk. Sudah tentu pihak polis bila dia tahan orang yang ada gelaran Datuk seperti yang dilaporkan oleh media, dia sepatutnya kena siasat ini, “Betui kah hang ni dapat Datuk tu?” Maknanya kena tanya dia. Dia dapat Datuk daripada mana? Sudah tentu ada maklumat. Maknanya sebagai kementerian, dia harus jaga institusi istana ini. Kot-kot depa ini dapat daripada satu sindiket. Jadi kalau kementerian pun tidak mahu jaga institusi istana ini, beratlah.
Yang Berhormat, kalau polis buat siasatan, dia tidak tanya fasal gelaran Datuk tersebut dan kalau satu check dibuat pun, terpulang pada pihak istana untuk hendak mengesahkan atau tidak. Akan tetapi, saya kata tadi, kalau Yang Berhormat buat satu allegation, dengan izin, bahawa ada sindiket yang menguruskan Datuk ini, untuk mendapatkan Datuk daripada mana-mana negeri dan sebagainya dan ia mencemar Duli Yang Mulia Sultan. Saya alu-alukan maklumat tersebut dan saya akan pastikan polis akan siasat.
Tuan Yang di-Pertua, pada zaman Tun Razak dulu, setiap yang hendak dapat Datuk ini, kebiasaannya pihak istana akan bertanya dengan beberapa sumber iaitu insolvensi, police on criminal record. Masa dulu tidak ada SPRM. Dia gunakan Badan Pencegah Rasuah, dia refer. Akan tetapi sekarang ini sebagaimana Yang Berhormat Pokok Sena, gangster pun boleh dapat.
Untuk menjaga, untuk tidak mencemarkan institusi Duli Yang Maha Mulia Sultan, memang check seperti itu dibuat tapi akhirnya penggunaan tersebut adalah di tangan Duli Yang Maha Mulia Sultan yang berkenaan. Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan bertanyakan sebab berlakunya percanggahan statistik jenayah melibatkan senjata api dan jumlah kes kematian dalam tahanan PDRM yang tinggi. Berhubung isu yang dibangkitkan, tiada percanggahan statistik daripada tahun 2014 ke September 2016 yang dijawab pada 10 November 2016.
Minta jalan. Sini.
Bagi habis dulu Yang Berhormat. Bagi habis lepas itu Yang Berhormat boleh tanya. Jumlah kes dalam statistik tersebut yang melibatkan penggunaan senjata api adalah sebanyak 105 kes bunuh, 117 kes cubaan membunuh dan 27 kes samun bersenjata api. Ini juga merujuk kepada soalan mengenai jumlah kes yang melibatkan pelepasan tembakan. Manakala bagi jawapan pada 8 November 2016, ia adalah merujuk kepada kes melepaskan tembakan dan kes yang tidak melepaskan tembakan merangkumi 24 kes bunuh, 27 kes cubaan membunuh dan 31 kes samun bersenjata api bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2016. Situasi ini menyebabkan statistik tersebut seakan-akan bercanggah, memandangkan skop kedua-dua soalan yang dikemukakan adalah berbeza.
Saya ucapkan terima kasih kepada penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Berkenaan kes-kes jenayah yang berlaku dekat Pulau Pinang. Sungguhpun pihak polis telah berjaya mengurangkan kadar indeks jenayah tapi kita tidak dapat nafikan apabila kes-kes sensational atau sensasi ini di mana pembunuhan dibuat di kalangan orang ramai. Apa yang kita takrifkan sebagai targeted assassination berlaku. Ia telah memberikan gambaran bahawa keadaan di sana tidak selamat. Sungguhpun Pulau Pinang adalah di antara negeri yang paling selamat di Malaysia. Adakah pihak KDN bercadang untuk menambah bilangan anggota polis ini supaya dapat memberikan gambaran yang lebih baik memandangkan Pulau Pinang adalah juga satu hab pelancongan bahawa ia tidaklah sepertimana yang digambarkan dengan kes-kes jenayah tersebut, itu yang pertama. Kedua, saya juga hendak bertanya tentang kes yang berlaku dekat Pulau Pinang hari ini di mana Hew Kuan Yau telah ditahan oleh pihak polis apabila MCA daripada negeri Johor membuat satu laporan polis dan dia akan dibawa ke Johor baru. Kononnya dia telah membuat satu kenyataan dalam Facebooknya yang menghina isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak tanya, mengapa kes seperti ini polis mengambil tindakan begitu cepat. Sedangkan saya, apabila saya dihina, tidak ada sebarang tangkapan khususnya apabila anak saya dibuat atau dikenakan fitnah jahat bahawa dia telah mencabuli kehormatan seorang gadis, itu tidak benar sama sekali. Sehingga sekarang, pihak yang berkenaan yang membuat tuduhan itu tidak ditangkap juga oleh pihak polis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soal mengenai penambahan pihak polis di Pulau Pinang itu saya rasa boleh dibincangkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dengan Yang Berhormat nanti. Saya akan mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang untuk berbincang dengan Yang Berhormat mengenai keperluan ataupun kekuatan pihak polis di Pulau Pinang. Soal kes pembunuhan terutamanya yang pakai senjata api di Pulau Pinang itu, this is unfortunate, dengan izin, kerana tidak mudah untuk polis untuk memastikan bahawa jenayah tidak berlaku 100 peratus di negeri Yang Berhormat. Akan tetapi saya rasa polis boleh bekerjasama dengan Yang Berhormat untuk memastikan bahawa perkara seperti ini tidak menjadi satu perkara yang biasa. Kalau one-off dan sebagainya, itu saya rasa susah. Akan tetapi kalau hendak pastikan ianya tidak akan berulang lagi, saya rasa itu boleh diambil langkah-langkah yang proaktif untuk mencegah perkara tersebut. Soal, tadi Yang Berhormat kata macam ada pilih kasih...
Hew Kuan Yau, superman ditahan.
Ya lah, saya belum lagi dapat maklumat sepenuhnya mengenai penyiasatan kes yang Yang Berhormat sebut tadi. Akan tetapi saya hendak nyatakan di sini bahawa setiap kes memang disiasat oleh pihak polis. Cuma masa dia saja. Jadi, saya bersimpati juga dengan Yang Berhormat tadi mengenai isu yang berkenaan dengan anak Yang Berhormat tapi saya yakin bahawa pihak polis akan mengambil tindakan sekiranya bukti-bukti cukup dan kukuh.
Saya tanya sikit. Terima kasih. Saya hendak tanya sikit di sini kerana berita yang kami terima adalah Hew Kuan Yau ditangkap oleh sebab beliau telah menggunakan perkataan yang biadab terhadap First Lady of Malaysia. Saya hendak cakap di sini, saya tidak setuju dengan perkataan yang biadab digunakan kepada sesiapa. Akan tetapi saya hendak tanya di sini, boleh tidak kami di sini juga mendapat jaminan daripada pihak polis, daripada Kementerian Dalam Negeri untuk orang yang guna perkataan biadab terhadap Ahli-ahli Parlimen wanita ataupun Ahli-ahli Parlimen pembangkang di sini. Pihak polis juga akan mengambil tindakan orang tersebut supaya tiada double standard yang nampak sekarang. Kenapa, kerana sekarang
nampaknya perkataan itu ya, saya setuju, biadab, kurang sopan. Saya juga tidak bersetuju. Akan tetapi sampai tahap polis tangkap dia dan hantar dia ke Johor Bahru. Saya rasa it’s a little bit too much, kerana kenapa sudah banyak laporan yang kami telah buat, ada gambar yang tidak sopan, ada gambar yang tidak seronok. Kami buat laporan polis juga tetapi tiada tindakan yang telah diambil. Saya rasa enam tahun dahulu ada orang yang gantung ayam mati di pejabat saya. Sampai sekarang pun tidak ada orang yang telah ditangkap. Kenapa sekarang? Nampaknya penyokong-penyokong pakatan yang telah di target oleh pihak polis. Terima kasih.
Tadi untuk soalan kenapa polis Johor memerlukan kerjasama ataupun maklumat daripada Ahli yang disebutkan tadi. Itu perkara yang masih dalam siasatan. Akan tetapi kita jangan lupa ya, segala siasatan polis akan dirujuk kepada Peguam Negara.
Terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada kes tersebut boleh didakwa di mahkamah atau tidak. Jadi saya berharap dalam hal ini satu kesefahaman akan dapat dibentuk dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen bahawa polis menyiasat, yang buat keputusan Peguam Negara. Tadi yang Yang Berhormat sebut mengenai isu gantung ayam di pejabat? Itu nanti saya akan rujuk kepada pihak polis kenapa belum lagi ada apa-apa update mengenai isu tersebut.
Tuan Yang di-Pertua boleh saya dapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Batu Kawan tadi minta bercakap dulu. Boleh, ok? Bagi peluang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan tindakan polis terhadap posting dalam Facebook dan sebagainya saya harap polis boleh bertindak secara mengikut undang-undang. Kerana, apa-apa posting ini memang saya tidak setujulah kalau perkataan yang terima kasih senonoh, yang biadab digunakan. Saya tidak setuju. Akan tetapi saya dapati bahawa kadang-kadang polis bertindak kerana ada desakan. Polis bertindak hanya kalau sesuatu perkara itu melanggar undang-undang whether there is a reasonable cause of an offense to be committed dan polis haruslah memberitahu dan ditangkap di bawah mana satu undang- undang yang hendak disiasat. Kalau tidak sesuatu pandangan itu tidak menjadi sesuatu kesalahan. Apa yang berlaku kepada saya pun dulu orang-orang UMNO lapor sahaja laporan polis terhadap saya, polis pun nak siasat saya. Saya tanya, di bawah mana satu undang-undang pihak polis tidak boleh beritahu mana undang-undang yang dikatakan saya melanggar peruntukan itu. Jadi haraplah jangan setiap kali ada sahaja perkataan yang memang tidak senonoh, yang biadab ke, tetapi tidak langgar undang-undang itu kebebasan. Kita boleh membalas secara melalui laman web kah, Facebook kah, boleh mencaci ataupun marah orang berkenaan tetapi kalau tidak melanggar undang-undang harap polis tidak ambil tindakan semata-mata kerana ada desakan dan lokap beberapa hari untuk siasatan.
Yang Berhormat Menteri boleh sikit yang berkaitan. Yang Berhormat Bukit Katil, boleh Yang Berhormat Menteri?
Tidak saya hendak cepat ini, kalau tidak menambah nilai tidak payahlah.
Berkaitan. Saya hendak tanya tadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri beri dalam satu minit. Jawapan Menteri tadi ialah siasatan akhirnya akan serah kepada Peguam Negara, baik. Kerana itu kita sudah dengar banyak kali sudah alasan sebegitu. Misalnya saya ambil contoh Yang Berhormat Menteri, tahun lepas hujung tahun lepas, kereta pembantu saya dibakar oleh penyokong-penyokong yang disyaki daripada UMNO yang ditangkap Ketua UMNO Cawangan. Sampai sekarang tidak ada maklum balas daripada pihak kementerian. Saya hendak cadangkan kalau boleh diterima cadangan ini, kalau betul polis sudah selesai siasat dan serah kepada AG then kita maklumkanlah kepada pengadu supaya kita boleh serang pula pejabat AG kenapa pula tidak ambil tindakan. Di sini double standard. Terima kasih.
Hal-hal yang begitu detail ini saya perlu rujuk dulu lah kepada pihak polis mengenai jawapannya. Yang Berhormat Beruas tadi kan, adakah tindakan yang diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap Yang Berhormat
selepas kes tersebut? Kerana ini yang saya sebutkan tadi, segala perkara yang boleh membantu siasatan polis itu perlu dibuat. Soalnya polis kena mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk diambil tindakan. Dalam kes ini Yang Berhormat tidak dikenakan apa-apa.
Saya tidak pergi kerana, kalau polis memaksa saya pergi ke balai polis, police has committed an offense...
Untuk membantu siasatan.
Dia hendak siasat saya tanya mana satu seksyen. Kalau polis saya kata hendak paksa saya ke balai polis, polis telah melanggar dua undang-undang wrongful imprisonment and wrongful arrest. Kalau dia paksa saya ahli Parlimen pergi ke balai polis, tetapi saya tidak lakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, polis telah melakukan kesalahan. Sebab itu saya harap polis tahu itu tanggungjawab mereka, bukan sewenang-wenangnya ada laporan, ada saja desakan, dia tangkap orang dan put in the lokap, tidak boleh. Sebab itu saya mohon, police is institution, mesti ikut undang-undang. Kalau ada syak wasangka mana-mana undang-undang telah dilanggar, boleh siasat. Akan tetapi kalau tidak ada jangan kerana ada laporan polis pun tangkap kita dan simpan dalam lokap.
Saya hendak cadangkan kalau Yang Berhormat ada berperasaan bahawa dianiayai, Yang Berhormat boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).
Sebab itu saya tidak pergi sampai hari ini tidak ada apa-apalah kerana UMNO yang buat laporan tiga ratus laporan.
Kalau Yang Berhormat ada rasa bahawa dianiayai oleh polis, Yang Berhormat boleh buat laporan kepada SIAP ya.
Saya mohonlah kepada Kementerian Dalam Negeri.
Bukan Kementerian Dalam Negeri Yang Berhormat, dia SIAP. Kementerian Dalam Negeri kita buat siasatan kita tetapi itulah Yang Berhormat tidak puas hati dengan dia punya kesudahannya kan. Kalau Yang Berhormat tidak puas hati Yang Berhormat boleh rujuk kepada SIAP.
Saya seorang peguam dan saya tahu hak saya. Akan tetapi, ramai rakyat biasa ditangkap dan ditahan dalam lokap tujuh hari kemudian baru dibebaskan tanpa sebab.
Mudah-mudahan dengan perbahasan ini dia akan disebarkan kepada media massa dan rakyat akan lebih memahami hak mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat, kes yang melibatkan senjata api akan diklasifikasikan kepada tembakan yang dilepaskan atau sebaliknya di tempat kejadian terutamanya kes samun bagi memudahkan PDRM menganalisis senjata seperti berikut: (i) untuk menentukan sama ada senjata yang digunakan iaitu palsu atau tulen; dan (ii) untuk melaksanakan ujian balistik terhadap kelongsong peluru atau mengkaji modus operandi yang digunakan sama ada dilakukan oleh kumpulan atau individu atau senjata api yang sama digunakan. Berhubung dengan soalan jawab lisan pada 7 Januari 2017, Yang Berhormat sendiri telah mengemukakan soalan berkaitan statistik kematian dalam penjara daripada tahun 2010 sehingga Februari 2017 dan bukan kematian dalam lokap polis.
Penjelasan, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dia lain ya, penjara dengan lokap polis, dua perkara yang berbeza. Bagi saya habis dulu.
Hendak mohon penjelasan bagi jenayah bersenjata.
Oh! Jenayah bersenjata, okey.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada jawapan yang telah diberikan yang bersamaan dengan jawapan yang diberikan dalam Dewan Rakyat ini tahun lepas mengenai statistik samun kes rompakan bersenjata. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah kementerian dengan ini menyatakan bahawa statistik ini apabila dikatakan kes rompakan bersenjata bukan spesifik kalau tembakan telah dilepaskan atau tidak. Does it mean that and – so does it also mean, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, that this criminals come and wave their guns around and then not pull the trigger? Saya tidak faham, mengapa satu statistik macam ini diberikan. Kes rompakan bersenjata sama ada tembakan telah dilepaskan atau tidak, because it’s very confusing. Dengan penambahan peningkatan kes-kes tembakan di Malaysia especially particularly in the last few years Yang Berhormat Menteri, I think such a reply is not helpful to any of us if it is concealed under the fact that half of it whether there is a trigger, whether the trigger has been pulled or not. How does that assist in investigations, how is that supposed to help us on the ground also? Saya tidak faham dan saya juga ingin bertanyakan di sini apakah langkah- langkah yang – we know investigations are ongoing and all these perpetrators are brought to court tetapi pada pandangan saya, dan saya pasti Ahli Yang Berhormat yang lain, it’s too long some of the cases are so dormant for so many years Yang Berhormat Menteri that people forget what happened to them unless the families bring it up from time-to-time. Dalam kes Samira yang telah menjadi saksi kepada kes penculikan, beliau juga di Pahang telah ditembak dan ditetak dengan begitu kejam. So, it’s not just a case of statitical information that we’re given here, tetapi isunya adalah what is goverment doing, we are becoming closer to what Mexico is like. Everybody walks, everyone is a gun-toterl and everyone is trigger happy. Saya mohon penjelasan daripada kementerian dalam isu ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Kawan, saya rasa tidak adil kalau Yang Berhormat membuat satu judgement secara keseluruhan mengenai masalah senjata api di negara kita ini. Sebenarnya jumlah senjata api yang dikesan oleh polis, jumlah dia tidak sebesar negara Mexico yang disebut oleh Yang Berhormat Tadi. Akan tetapi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi, kenapa ada perbezaan di antara mengancam dengan senjata dengan melepaskan dengan tembakan. Dia berkenaan dengan juga caj yang hendak dibawa ke atas kesalahan tersebut. Sebab itu kita asingkan statistik tersebut supaya ia boleh difahami dengan lebih mudah oleh pegawai penyiasat, mahkamah dan sebagainya. Jadi apakah caj yang boleh dikenakan kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api ini.
Fasal mengancam dengan melepaskan tembakan ini adalah merupakan dua perkara yang mempunyai berat hukuman yang berbeza.
[Bangun]
Oleh sebab itu saya tadi tidak nak Yang Berhormat keliru mengenai statistik tadi...
Bukan keliru.
...Apabila ia dipecahkan kepada kategori yang mengancam dengan senjata dengan melepaskan tembakan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Akan tetapi jawapan telah saya berikan. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat mahukan penjelasan lebih lanjut lagi, saya rasa kita boleh berbincang di luar.
Boleh, tetapi mungkin saya nak cadangkan di sini sebab ini adalah berdasarkan jawapan yang diberikan oleh kementerian. Jika ada ancaman bersenjata lain daripada melepaskan tembakan, saya mohon jawapan seperti ini diberikan dalam jawapan bertulis daripada kementerian. Oleh
sebab yang saya dapat ini memang dari kementerian. Hari ini Yang Berhormat kata memang ada perbezaan tetapi tidak...
Skoplah.
It’s not here. Saya ingin mencadangkan for this kind of issues, you don’t even have to address it if it is already in the answer Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perhaps, cadangan saya, to be more specific in your replies when you all give Members of Parliament later. So, we don’t have to have this session again. Terima kasih.
Baik, untuk jawapan Yang Berhormat kita sudah spesifiklah inikan.
But it was not in the Parliament answer last year. It wasn’t.
In the future we will consider…
In the future if you could put it, will be good for all of us. Thank you.
We will consider your suggestion, dengan izin.
Thank you.
Terima kasih. Okey, tadi saya sebut mengenai kematian dalam lokap polis dengan kematian dalam penjara. Jadi apa soalan Yang Berhormat tadi, adalah berkenaan dengan lokap polis, tetapi jawapan yang diberikan itu adalah statistik kematian dalam penjara di seluruh negara. Hendak terangkan di sini lokap polis tanggungjawab polis, penjara tanggungjawab Jabatan Penjara. Jadi itu sekali lagi skop yang berbeza. Jadi dalam perbahasan Yang Berhormat juga saya rasa mungkin terkeliru dengan tahanan di penjara dengan tahanan dalam lokap polis. Penyata Rasmi Parlimen pada 13 Januari 2017, di muka surat 47, Yang Berhormat ada menyebut, “Ini bererti Tuan Yang di-Pertua, dalam tujuh tahun, dua bulan, 1,654 orang telah mati dalam tahanan polis dengan anggaran 19 kematian sebulan. Ini merupakan satu angka yang tidak tepat, tidak dapat diterima not even by us and should not even by the MPs on the other side, dengan izin. 19 kematian dalam tahanan PDRM menunjukkan SIAP yang ditubuhkan merupakan satu agensi yang telah gagal untuk membendung insiden kematian dalam penjara.” Saya nak maklumkan di sini bahawa kes kematian dalam lokap PDRM tidak pernah mencecah angka 19 orang dalam sebulan sejak dulu lagi. Bagi tempoh 16 tahun daripada tahun 2000 hingga tahun 2016, angka tertinggi yang pernah direkodkan bagi kes kematian dalam lokap PDRM adalah sebanyak 32 kes pada tahun 2003, dan 24 kes pada tahun 2004 dengan purata tiga kes sebulan. Bagi tahun-tahun lain, angka kematian adalah di bawah 20 kes setahun. Saya tidak akan menganggap perkara ini sebagai perkara yang remeh-temeh. Kita memang sentiasa memastikan pihak polis mengubah SOP mereka untuk mengelakkan daripada kematian yang tidak sepatutnya berlaku dalam penjara.
[Bangun]
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ada tiga soalan di sini. Satu dalam jawapan yang telah diberikan. Ia mungkin saya mengaku, statistik adalah kematian dalam penjara bukan dalam tahanan. Akan tetapi sebab-sebab kematian adalah seperti HIV, kanser, sakit jantung, masalah darah, paru-paru, tibi, asma dan lain-lain penyakit. Saya faham kalau seorang itu yang telah dibawa ke dalam lokap atau tahanan polis mengalami sakit jantung which is a time bomb. Kita tidak boleh jangka bila seseorang itu mendapat sakit jantung. Akan tetapi HIV, bagaimana seorang itu meninggal dunia disebabkan HIV. HIV adalah- is an immune deficiency syndrome Yang Berhormat. HIV becomes AIDS and later the person dies of complications because of this disease. No one actually ever died of HIV dan kanser. Saya ingin tahu di sini, apakah jenis rawatan yang diberikan oleh tahanan dalam lokap dan tahanan dalam penjara sekiranya seorang itu menghidap kanser apabila beliau ditahan dan mungkin the next cycle of chemotheraphy or radiotherapy is coming up next. Apakah langkah-langkah yang
akan diambil oleh pihak kementerian, PDRM atau Jabatan Penjara untuk memastikan tahanan tersebut diberikan rawatan contoh untuk kanser yang sewajarnya. Saya ingin tahu tentang masalah darah. Saya tidak faham masalah darah apa yang boleh menyebabkan kematian dalam tahanan polis atau penjara. So, these are answers given by Parliament Yang Berhormat Timbalan Menteri. You can laugh about it, we also laughed about it. With all respect, HIV, kanser, masalah darah. Saya tidak faham because a person is innocent until found guilty in the court. Jadi mereka perlu diberikan rawatan yang secukupnya, sewajarnya dan sebaiknya daripada pihak polis. Soalan saya yang kedua adalah mengenai SIAP...
Yang Berhormat, boleh tidak saya menjawab tidak? Oleh sebab...
Okey, boleh, boleh. Terima kasih Timbalan Menteri.
...Saya pun masa sudah tinggal lima minit lagi.
Sebelum Yang Berhormat jawab, saya sudah keluar tadi, saya ingat nak balik. Akan tetapi saya dengar Yang Berhormat jawab, saya terpanggil masuk balik. Tuan Yang di-Pertua, kalau jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri macam ini, I salute this Timbalan Menteri. Fasal dia mengakui bahawasanya dia sendiri tidak puas hati. Kalau dulu 19 kematian, kini tiga kematian sebulan, kini 3 kematian sebulan dalam lokap. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan dia sendiri tidak puas hati dan dia mahu melihat bahawasanya angka-angka ini diperbaiki. Tuan Yang di-Pertua, I salute this Deputy Minister. Thank you...
[Dewan tepuk]
Jarang sekali dapat pujian daripada sebelah sana [Ketawa] Tidak, Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat mungkin ada kekeliruan seperti yang saya sebut awal-awal tadi. Jumlah kematian dalam penjara Malaysia dengan dalam lokap. Lokap is usually short term detention. Just by pure chance sahaja a patient can die of HIV or cancer, but no way it should happen. Saya rasa tadi soalan Yang Berhormat tadi merujuk kepada kematian penjara. Oleh sebab itu saya nyatakan di sini bahawa dalam lokap polis saya sudah jawab tadi, hanya ada purata tiga kes sebulan tetapi tidak berkenaan dengan penyakit-penyakit long term, dengan izin, yang Yang Berhormat sebut tadi. Ia kebanyakan kena mengena dengan diabetes, heart problem dan sebagainya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak tanya soalan-soalan saya ingat tidak dijawab bahawa tiga yang di dalam lokap polis, Soh Kai Chiok ini adalah spesifik tetapi yang ini adalah dikatakan direman kerana disyaki mencuri pisang dan juga Mr. S. Balamurugan yang meninggal walaupun majistret pada hari dibawa ke mahkamah, majistret mengatakan dia dibebaskan untuk dibawa ke hospital. Akan tetapi tidak dilakukan begitu. Apakah tindakan yang diambil kepada balai polis atau mereka yang bertanggungjawab kerana mereka tidak mengendahkan apa yang majistret katakan? Nombor tiga M. Thanaseelan, yang seminggu dia sudah sakit dan dikatakan perforated gastric ulcer. Bayangkan sakitnya untuk seminggu dan tidak dibawakan. Mereka ketiga-tiga adalah tahanan polis Yang Berhormat. Terima kasih dan minta penjelasan.
Terima kasih. Sebenarnya jawapan ini di depan. Akan tetapi fasal Yang Berhormat Permatang Pauh sudah bertanya, saya boleh jawab secara langsung di sini ya. Kematian Mohd Zarafi Mohd Yunus pada 13 Mac 2015, diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Post-mortem mendapati mangsa meninggal dunia kerana perforated peptic ulcer. Kertas siasatan telah dihantar ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk penerangan inquest pada 4 April 2017. Berhubung dengan kes kematian Thanaseelan Muniandy di lokap Balai Polis Sentosa, mangsa telah ditangkap dan ditahan reman pada 22 hingga 25 Februari 2017. Pada 24 Februari 2017, mangsa mengadu sakit perut dan menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu, Selangor. Pada 25 Februari 2017, mangsa meninggal dunia dan post- mortem mendapati bahawa punca kematian disebabkan gastrik ulser. Siasatan untuk menentukan punca kematian masih lagi diteruskan.
Saya nak maklumkan di sini bahawa pihak Peguam Negara telah mengarahkan inkues dibuat kepada setiap kes kematian dalam penjara dan lokap polis sekarang ini. Jadi perkara ini dalam tindakan pihak polis
Mana-mana pegawai didapati cuai dan didapati bersalah, Kertas Siasatan dibuka pada mereka dan mereka akan dihadapkan untuk tindakan sama ada dalam tindakan disiplin polis ataupun kalau ia merupakan perkara yang berat, mereka boleh dihadapkan ke mahkamah juga... [Dua Ahli Yang Berhormat bangun] Mana satu?
Terpulang.
Okeylah, Yang Berhormat Puchong dululah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami sering kali dengar berkenaan dengan isu kematian dalam lokap dan sekarang juga ada kematian dalam penjara dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ianya berbeza. Sebenarnya ia tidak berbeza kerana kedua-duanya berlaku dalam custody. Itu satu perkara yang kita perlu faham. Dari segi undang-undang, ianya membawa kepada undang-undang yang terpakai yang sama. Jadi bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bahawa inkues akan dijalankan dan ini diarahkan oleh Peguam Negara, sebenarnya kalau kita lihat kepada Kanun Tatacara Jenayah, there is already a specific provision that says bila ada kematian dalam custody, then there must be an inquest unless you are already know what the causes of death are and siapa yang bertanggungjawab, jadi tindakan boleh diambil terus tanpa adanya inkues. Itu satu. Akan tetapi perkara yang penting adalah ini- kita berbincang dengan kematian dalam lokap. Bila kita sebut berkenaan dengan inkues, itu tidak menidakkan atau pun tidak menyelesaikan masalah ini. Saya sudah bangkitkan beberapa kali perkara ini, diberi jaminan oleh Home Ministry bahawa kita akan masukkan CCTV camera misalnya, dalam lokap-lokap supaya tidak berlaku kematian dalam lokap, but it keeps happening and inquest doesn’t change it and inquest doesn’t make it better. What we want adalah keadaan di mana tidak ada berlakunya kematian dalam lokap lagi. Jadi kenapa- your ministry has failed, Sir. Has failed to keep up to its word di mana diberitahu dalam Dewan yang mulia ini bahawa adanya tindakan diambil supaya ianya tidak akan berlaku lagi. Akan tetapi, apa yang saya dengar hari ini, kita ada statistik yang menunjukkan bahawa less than 20 a year. Less than 20 is a lot. Dua puluh lebih orang masuk dalam lokap di situ meninggal dunia and kita dengar sebab-sebab dia- perforation of ulcer. Yang Berhormat Timbalan Menteri, perforation of ulcer, you know how much pain the person is in before he dies? Bagaimana dia ada dalam lokap dalam keadaan sakit yang sangat teruk tapi tidak diendahkan oleh polis di situ, tidak dibawa ke hospital- kenapa? Sehingga beliau mati di situ. Why is this still happening? Kedua, kes Balamurugan. Dia dibawa ke mahkamah, hadapan majistret dia muntah. Majistret mengarahkan supaya dia dibawa ke hospital, tidak dibawa. Di bawa balik ke balai and he was left there until 12 o’clock at night and he succumbed to his wound and he died. Jadi persoalan yang berbangkit adalah kenapa kita sering kali sebut berkenaan perkara ini tapi tidak ada tindakan yang diambil yang akan memastikan supaya ianya tidak akan berlaku lagi? Your ministry is responsible for these deaths because kita tahu sebab kematian itu bukan sekadar heart attack on the spot he dies, there would have been a sequence of pain. No action taken, nothing shown on the part of the police. Yes, if you want to investigate, kalau hendak siasat, siasatlah, tidak ada masalah. Tapi jangan sehingga kita tahan beliau dalam keadaan sakit sampai mati di situ. Itu satu. Nombor dua, kenapa kita ada badan-badan, Tuan Yang di-Pertua, seperti EAIC? Setiap kali berlaku hal sebegini, bukan sahaja saya bangkitkan di sini dan diberikan jawapan yang sama, “Oh! Kita akan kaji, kita akan selidik, kita bawa CCTV, kita buat ini, kita buat itu, kita tuduh”, tapi masih berlaku. EAIC keluarkan laporan di mana mereka kata ada tindakan oleh pihak polis yang menyebabkan kematian, ada kes di mana mereka dipukul. Kes Syed Azlan misalnya. But, apakah tindakan yang diambil seterusnya?
Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, nombor satu, bukankah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju, do you not agree with me, Sir, bahawa kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri ini telah gagal untuk menyelesaikan masalah? You have failed miserably to make sure that this problem does not happen again. Number one. That is number one, Sir. Number two, bukan kah Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang setuju dengan saya bahawa lebih kuasa khususnya kuasa pendakwaan perlu diberikan kepada badan-badan seperti EAIC supaya kita ada satu badan bebas yang boleh membuat siasatan dan lepas itu boleh mendakwa? This is because, Sir, apabila pihak polis terlibat dalam satu kes, kalau mereka disiasat oleh polis sendiri, di manakah kita boleh rasa bahawa sebenarnya siasatan yang diadakan itu adalah siasatan yang bebas dan adil? So, do you not agree with me, Sir, that the time has come for us to acknowledge bahawa pihak polis tidak boleh dengan sendiri menyiasat kes-kes sebegini dan kita perlu satu badan bebas and EAIC is there, perhaps the recommendation by your ministry that they will be given power to prosecute cases of this nature. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih. Satu soalan yang panjang dan membara panas. Yang Berhormat Puchong, soal mengenai tingkah laku pihak penguat kuasa yang terlibat dalam isu lokap dan penjara ini- first of all, lokap is under police, penjara is under Jabatan Penjara. Kedua-dua jabatan ini mempunyai SOP yang berbeza kerana satu adalah menjaga short term detainees and the other one is looking after long term detainees. Dan SOP mereka sentiasa diperbaharui daripada semasa ke semasa. Masalah yang berlaku sekarang ini- saya bagi contohlah. Kalau ada seorang yang penagih dadah yang menghidapi penyakit HIV dan dia memang dalam keadaan yang kesihatan yang tidak baik, yang nampak macam tiada apa-apa tapi his organ can fail at anytime. So, secara kebetulan dia mati dalam lokap dan dia selalu terlibat dalam kes mencuri yang mencuri sikit-sikit, kecil-kecil dan sebagainya. Kita atau Jabatan Penjara atau polis tidak mudah hendak mengenal pasti kesihatan orang yang ditahan itu sepanjang masa. Cara yang kita boleh buat hanyalah untuk memperbaiki SOP yang kita ada untuk mengenal pasti kesihatan orang yang ditahan tersebut. Itu satu ya. Kedua, yang saya sebut tadi, inkues is needed to determine the cause of death supaya ia boleh dijadikan asas untuk diambil tindakan kepada anggota polis ataupun anggota Jabatan Penjara yang dikenal pasti. So, you need the inquest. So, apa yang telah di-enforce oleh Peguam Negara untuk mengadakan inkues tiap-tiap kali ada kematian dalam penjara, itu adalah dengan tujuan untuk mengadakan check and balance kepada polis juga mengenai tindakan mereka. Ketiga, SIAP atau EAIC. Tujuan EAIC ialah untuk menjadi satu ombudsman di mana rakyat boleh mengadu kepada EAIC atau SIAP ini mengenai apa-apa penganiayaan yang berlaku yang disebabkan oleh pegawai kerajaan termasuk polis dan mereka mengadakan siasatan mereka sendiri. Soal nak memberikan kuasa kepada mereka untuk nak mendakwa itu saya rasa tak timbul kerana laporan mereka itu merupakan laporan yang independent yang akan digunakan sebagai panduan kepada penyiasatan. Tak mudah untuk pihak polis dan seterusnya Peguam Negara untuk tidak mengendahkan laporan daripada SIAP atau EAIC ini. Jadi, penambahbaikan seperti ini dah dibuat dan kita tidak mahu pertindihan kuasa di antara EAIC dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain dalam isu penyiasatan dan juga pendakwaan ini.
Maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu pertama, bila kita sebut berkenaan dengan masalah kesihatan, that is the problem. Di bawah undang-undang khususnya di bawah Akta SPRM, ada peruntukan khusus bahawa apabila seseorang itu dibawa ke dalam lokap SPRM, ada seorang pakar perubatan yang hadir untuk pastikan bahawa beliau itu sihat dan tak ada masalah, dan kalau beliau tidak sihat, beliau akan dibawa ke hospital. So that, this kind of problem doesn’t happen. Akan tetapi kenapa di dalam lokap polis seolah-olah langsung kita tidak endahkan kesihatan seseorang itu? Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat kes Balamurugan.
Beliau dibawa ke mahkamah, in fact Timbalan Menteri, I stand corrected, but there was a case in Mahkamah Majistret Kulai. Apabila dibawa reman, suspek died in front of the Majistret. Takkan pihak polis bawa dia ke mahkamah tidak tahu dia dalam keadaan tenat tetapi bawa ke mahkamah dulu untuk dapatkan reman. That is what I am saying. Kenapa kita fokus kepada isu SOP dan sebagainya? It is not about SOP, it’s about human being. Tahu keadaan beliau sakit sangat tetapi bawa untuk reman dulu. Majistret bagi arahan supaya bawa ke hospital, bawa balik ke balai. 2 o’clock in the afternoon taken back to the balai, until 12 o’clock left in the lokap until he died there. The ministry still wants to justify this? How can you? I mean di mana- sehingga bila? If it happens to one of your own loved ones, how would you feel? That’s the different isn’t it? Itu nombor satu. Kedua, berkenaan dengan inquest. Timbalan Menteri, ask your officer who is sitting behind you, go and check section 328 or section 332 of Criminal Procedure Code, what does it say? Apabila ada kemation in custody, mandatory. Of course, untuk tentukan your right. The inquest is to tentukan sebab kematian. Kematiannya sebabnya sangat jelas sudah ditentukan, what do you need an inquest for? You know how he died, you know who cause it, what do you need an inquest for? Ketiga, EAIC I think you make my point. Kita tidak mahu pertindihan, of course we do not want pertindihan. Persoalannya adalah, bila pihak polis sendiri siasat dan kertas siasatan itu dibawa oleh pegawai-pegawai polis sendiri terhadap rakan-rakan mereka, dibawa kepada Jabatan Peguam Negara. Adakah di luar sana siapa-siapa pun boleh menerima bahawa itu adalah satu siasatan yang bebas? Think about it. Itu nombor satu. EAIC berapa kali sudah bawa banyak cadangan? Cadangan itu tidak bermakna langsung, it is of no consequence and has no meaning. Kenapa? Because, the ministry just like you, Sir has said that, as far as we are concerned, it is an ombudsman untuk bawa cadangan. Ini bukan cadangan. Ini soal nyawa seseorang yang mati dalam lokap. Takkan kita hendak kata, “Tidak apa, kita dengar, kita baca sahaja sebagai panduan” That is wrong.
Yang Berhormat Puchong.
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan daripada sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
I have already given you plenty of time. Menteri, tadi janji dengan saya satu jam lagi. Sekarang ini hampir berapa sudah. This is only the first kementerian. Kalau mesej itu telah delivered, jangan ulang balik. Hari ini saya sangat sabar. Sila.
Minta maaf Yang Berhormat Menteri.
Bagi lagi peluang kepada Ketua Pembangkang, selepas itu move on to different point.
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mahu bertanya kerana apa yang telah berlaku adalah melibatkan nyawa. Dan mereka dalam custody. Apakah langkah-langkah supaya apa yang berlaku tidak berulang? Nampak gayanya, ini prosedur, kalau diikut prosedur, apakah langkah preventive? Sekurang-kurangnya katalah berlaku kepada keluarga atau kenalan kita, ini yang saya rasakan walaupun kita– mestilah buat sesuatu bawah tanggungan kementerian untuk prevention. Preventive ataupun langkah-langkah yang boleh memperbetulkan untuk mencegah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, memandangkan ini soalan pokok saya, saya just ingin lagi satu soalan sahaja. Sebab ini soalan pokok daripada soalan saya.
Tuan yang di-Pertua sudah bagi- saya sudah terlebih masa ni. Can we move on? Apa-apa soalan yang Yang Berhormat hendak tanya itu saya akan jawab secara bertulis. Boleh?
Just to make a record dalam Dewan ini, bilakah pihak polis, di bawah KDN, akan memastikan CCTV akan dipasang dalam sel lokap? Walaupun ia tidak ada di dalam soalan saya tapi isu kematian dalam tahanan, isu kematian dalam penjara berhubung kait dengan apa yang dikatakan oleh KDN dulu bahawa CCTV akan dipasang. I have made a visit, dengan izin, very quickly Tuan Yang di-Pertua, kepada Charing Cross Police Station di London, setiap sel ada satu
CCTV dengan recording audio dan visual sekali. So, I think this is a way to go Yang Berhormat Menteri, for us to emulate them. Thank you.
Sebelum saya move forward dan tutup cerita ini, saya ingin memberikan penjelasan sikit tadi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh yang membawa isu kenapa kita tidak boleh mengelakkan daripada perkara seperti kematian dalam lokap ini berlaku. Sebenarnya, ada dua perkara yang diambil oleh pihak polis. Seperti yang saya katakan tadi, SOP itu memang sentiasa diperbaiki. Tambahan pula pihak polis juga make it mandatory kepada orang yang kena tahan supaya mengisi borang yang memaklumkan daripada jenis penyakit yang dihadapi oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka. Banyak perkara yang berlaku dalam penjara ini, mereka tidak make the declaration of their sickness. That’s why kadang- kadang pegawai polis dia tidak maklum berkenaan perkara-perkara tersebut. Yang Berhormat Puchong boleh senyum. Cukup.
Dalam balai polis itu, half the time they don’t even have food to eat properly on time, you expect them to sit down and sign declarations?
That’s not the issue. What I am saying is, on the SOP side, orang yang kena tahan itu mestilah membuat deklarasi mengenai apa-apa penyakit yang mereka hidapi. Soal tindakan, kita akan ambil tindakan kepada pihak polis yang terlibat. Saya ada sebut awal-awal tadi mengenai tindakan disiplin dan kalau perlu bawa ke mahkamah, kita bawa ke mahkamah kalau ada kesalahan yang lebih berat.
Menteri, saya minta penjelasan. Saya minta penjelasan, saya mahu tanya juga atas soalan saya. Boleh?
Untuk isu apa itu?
Saya ingin bertanya soalan mengenai kematian di dalam penjara. Saya ingin tahu juga Menteri– terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu juga, berapakah kes kematian di Sabah tiap-tiap tahun? Ada berapa yang mati? Oleh kerana banyak pendatang tanpa izin, nyawanya seperti tidak ada nilai.
Itu soalan yang spesifik, saya kena bagi jawapan yang bertulis ya. Saya hanya akan menjawab satu lagi soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu, sebelum saya mengakhiri group penggulungan ini.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hanya minta isu berkenaan dengan sama ada atau tidak boleh di pertimbangkan supaya EAIC itu diberikan kuasa pendakwaan? If you are not prepared to answer now, perhaps can I have it in writing? Because, there is something we want to develop after this. I am sure more cases like that will come. At least, we can have it for record Tuan Yang di-Pertua. Kalau sahabat saya boleh berikan kerjasama. At least, try and speak to the ministry. Get them to push for it. At least, if there is an independent body that can have a role to play in prosecutions, I think things will change. But at least, it’s a step foward Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Perkara tersebut akan diberikan pertimbangan. Akhir sekali, Yang Berhormat Kuala Terengganu telah bertanya tindakan yang telah di ambil oleh PDRM dalam insiden Yang Berhormat Shah Alam di serang di kawasan Parlimen. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, PDRM akan mengambil tindakan tegas dan siasatan dengan adil dan telus kepada mana-mana pihak atau individu yang melanggar undang-undang. Terutama sekali di kawasan terlarang Parlimen ini. Berhubung dengan kejadian rusuhan yang berlaku di perkarangan pintu Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 24 November 2016, PDRM telah menjalankan siasatan berkait Sentul Report 21028/16 di bawah seksyen 147, Kanun Keseksaan. PDRM telah melengkapkan kertas siasatan dan telah dirujuk pada Kamar Yang Arif, Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur pada 3 Februari 2017 untuk pandangan serta nasihat.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya? Terima kasih. Tadi saya dengar Timbalan Menteri berkata akhir sekali tetapi di dalam ucapan saya, saya ingin sentuh berkenaan kes paderi Pastor Raymond Koh yang sudah diculik ataupun hilang. Saya keliru, hari ini kita dengar statement, IGP berkata siasatan sedang menghadapi jalan buntu. Apakah komen Timbalan Menteri?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya rasa soalan tadi masih belum terjawab. Terdapat kekeliruan kerana ada pihak yang mengatakan isu Shah Alam adalah di bawah Parlimen. Ada juga yang mengatakan bahawa isu tersebut di bawah PDRM. Jadi, perkara ini telah berlalu begitu lama dan kita perlukan kepastian. Siasatan, adil dan sebagainya adalah satu janji tetapi siapakah yang akan bertanggung jawab? Saya ingin merujuk satu lagi kes yang berlaku pada tahun lepas di mana Yang Berhormat Pandan telah ditahan di pagar Parlimen ketika sesi Parlimen masih berlangsung.
Saya juga membawa kes ini sebelum, before the Tuan Yang di-Pertua di mana pergerakan perjalanan keluar masuk Ahli Parlimen semasa Parlimen masih bersidang pada hari itu sehingga malam dan Yang Berhormat Pandan ditahan lebih kurang jam 6, telah diganggu, telah disekat. Jadi ini adalah satu perbuatan atau kejadian yang amat serius yang dilakukan oleh pihak PDRM sendiri. Jadi sehingga hari ini tidak ada satu keputusan, tidak ada satu pendirian, kebebasan kedaulatan Parlimen baik di dalam atau di pagar Parlimen. Jalan keluar masuk adalah dijamin untuk bebas pergerakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Isu mengenai laluan keluar masuk Ahli Parlimen dalam takrifan polis adalah kalau di luar pagar, itu balik semula kepada polis juga yang akan mengendalikan keluar masuk ini. Jadi soal tadi Yang Berhormat Pandan itu saya rasa saya tidak perlu huraikan lagi kerana ia tidak termasuk dalam soalan Yang Berhormat dalam perbahasan. Jadi soal tadi mengenai tindakan kepada mereka yang terlibat dalam kes Yang Berhormat Shah Alam. Saya rasa dah jelas saya terangkan di sini bahawa polis telah mengambil tindakan, menyiasat dan menyerahkan kertas penyiasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk membuat tindakan seterusnya. Jadi memang polis telah mengambil tindakan dari segi ini. Kepada soalan Yang Berhormat Wangsa Maju tadi. Pastor Raymond Koh ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf. Ini berkaitan dengan kes Yang Berhormat Shah Alam. Walaupun disebut di sini sudah ada kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya tetapi ada kenyataan mengatakan bahawa kes itu seperti polis melepas tangan bukan di bawah bidang kuasa polis dan bukan di bawah bidang kuasa pihak pendakwa tetapi sebaliknya diserahkan kepada pihak Parlimen. Jadi sekarang ini apakah bentuk tindakan. Kita hendak tahu adakah kesalahan-kesalahan seperti itu tidak boleh diambil tindakan melalui pihak polis dan juga pihak pendakwa. Jadi biar bagi jelas. Sekarang ini saya pun tidak tahu apakah pihak Parlimen, apa bentuk tindakan dari pihak Parlimen. Kalau pihak polis mengatakan bahawa itu telah pun diserahkan kepada pendakwa sedangkan pihak di sana pula mengatakan bahawa kes itu diserahkan kembali kepada Parlimen. Jadi ini bermakna bahawa tidak ada jaminan satu keselamatan kepada pihak Ahli-ahli Parlimen.
Saya setuju tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, jurisdiction siapa.
Jurisdiction- saya dah sebutkan tadi, polis dah ambil tindakan untuk menyiasat dan menghantar investigation papers kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya. Jadi itu saya rasa dah jelaslah bahawa polis telah ambil tindakan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sedikit. Maknanya pihak polis mengatakan bahawa itu bukan bawah bidang kuasa Parlimen, makna itu adalah hak pihak polis. Adakah itu maksudnya?
Dalam hal ini, polis mengambil kira kepentingan Ahli Parlimenlah dengan mengambil tindakan tersebut fasal tanggungjawab polis adalah untuk memastikan keselamatan Ahli-ahli Parlimen dan tidak mahu perkara ini berulang lagi.
Jadi boleh Yang Berhormat berikan penjelasan, minta penjelasan lanjut daripada pihak pendakwa untuk dapat maklumkan kepada kami bila kes itu akan dibawa.
Itu bukan di bawah KDN.
Ya lah, Yang Berhormatlah kena minta dah siasat.
Itu bukan bawah kita. Bila dia hendak ambil tindakan selanjutnya, kena tanya dialah [Ketawa]
Tunggu Yang Berhormat Shah Alam mati baru ambil tindakan.
Okey untuk soalan terakhir, tadi mengenai Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Wangsa Maju telah bertanyakan perkembangan kes penculikan Pastor Raymond Koh dan sama ada kes penculikan tersebut mempunyai elemen ekstremisme. Berhubung dengan kes tersebut, berdasarkan laporan polis bertarikh 13 Februari 2017 berkait dengan Kelana Jaya Report 1540/2017, PDRM masih lagi menjalankan siasatan di bawah seksyen 365 Kanun Keseksaan ke atas kesalahan menculik dan melarikan seorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit bagi mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab. Satu tangkapan telah dibuat dan siasatan mendapati suspek telah membuat pemerasan sebanyak RM30,000 sebelum melepaskan mangsa. Siasatan juga mendapati bahawa suspek yang menuntut tebusan ini bukanlah suspek utama dalam kes penculikan tetapi hanya mengambil kesempatan dan telah dituduh pada 15 Mac 2017 di bawah seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. Itu sahaja maklumat terkini yang kita ada.
Boleh saya celah? Apa komen Timbalan Menteri tentang IGP kata siasatan sampai satu tahap ‘puntu’. Maknanya case closed?
Case not closed, case waiting for further evidence to emerge. Buat masa sekarang ini belum lagi ada maklumat yang terkini.
[Bangun]
Oh Yang Berhormat Pokok Sena.
Last Tuan Yang di-Pertua. Ini berkaitan dengan polis kelangsungan daripada pagi tadi ya kes keselamatan sebab Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam kes Korea Utara ini pada 28 Februari membuat kenyataan bahawa dua bulan sebelum kes pembunuhan adik kepada Presiden Korea Utara itu, polis telah pantau pergerakan ejen Korea Utara. Bermakna bahawa polis telah pantau kata menteri, telah pantau ejen. Bermakna bahawa polis sudah ada maklumat awal tentang pergerakan-pergerakan. Jadi kenapa tidak diambil tindakan awal untuk menyekat sama ada adik Presiden Korea Utara itu daripada keluar masuk ataupun melindungi beliau semasa pergerakan beliau di lapangan terbang. Ini untuk memastikan supaya kejadian itu tidak berlaku. Kalau polis sudah pantau bermakna bahawa ada gerakan sedang dibuat oleh ejen daripada Korea Utara. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini dalam perbahasan saya. Soalan yang sama ialah adakah kerajaan sebenarnya atau pihak polis sebenarnya tahu adik kepada Presiden Korea Utara sudah sampai ke Malaysia dan sama ada kita pantau pergerakan VVIP seperti ini. Secara lebih umum lagi, adakah kita ada sistem SOP untuk memantau segala potential risk yang akan berlaku, bakal berlaku dengan kedatangan anasir-anasir ada kepentingan atau sensitiviti dalam konflik antarabangsa. Adakah kerajaan memantau dan sebenarnya mempunyai maklumat dan mengikuti pergerakan mereka.
Kerajaan memang sentiasa memantau. Soalnya si mati masuk dalam negara ini dengan menggunakan pasport dengan nama yang lain. Jadi pihak polis juga hanya mendapat tahu perkara ini ataupun identiti si mati itu selepas siasatan dibuat selepas kematiannya. Jadi soalnya kita ada kita punya prosedur dan sebagainya dan juga pengawasan yang dibuat tetapi soalnya kadang- kadang kalau dia tidak masuk sebagai– dia tidak masuk dengan identiti dia yang sepatutnya, itu menimbulkan masalah juga bagi anggota keselamatan kita untuk mengesan dan juga memantau pergerakan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini bermaksud sebenarnya kita tidak tahu dia masuklah, hanya selepas mati baru kita kesan.
Tidak, saya tidak cakap kita tahu dia masuk, saya kata kita tak tahu Kim Jong Nam masuk, fasal tidak ada orang nama Kim Jong Nam masuk dalam negara ini.
Ya, itu maksud saya. Maksudnya kita tidak tahu Kim Jong Nam masuk. Saya juga ingin dapat maklumat, kalau kita tidak ada maklumat dari off hand, boleh dalam bertulis berapa ramai orang Korea Utara yang datang. Adakah kita ada satu list, kalau Trump pun tahu negara-negara tertentu yang dianggap potensi mengeksport anasir pengganas ini, adakah kita meletakkan negara- negara tertentu seperti Korea Utara atau negara-negara Timur Tengah dan sesetengah negara yang dianggap sebagai kecenderungan untuk mengeksport konfliknya atau pengganasnya ke luar negara. Adakah kita letak mereka dalam watch list dan sudah tentu Korea Utara tidak ramai yang datang melancong, tidak ramai yang datang ke sini tetapi sudah tentu kerajaan sudah mengambil tindakan yang waswas terhadap Korea Utara. Boleh dapat penjelasan.
Saya rasa perkara itu kita tidak boleh debauched dengan izin, apa yang dibuat oleh anggota keselamatan kita. Soalnya sekarang ini adalah mengenai pemantauan dan sebagainya itu dibuat. Dia dibuat untuk mengawasi banyak ancaman, bukan sahaja daripada negara Korea Utara tetapi daripada Timur Tengah pun ada dan sebagainya. Ada, pemantauan dibuat. Soalnya dalam kes ini ia melibatkan seseorang yang tidak menzahirkan identitinya. Itu sahaja. Jadi apa-apa jawapan bertulis saya akan bagi...
Sudah tentu mereka tidak akan- orang yang perisik, orang yang anasir tidak kenal sudah tentu dia pakai nama dia sendiri.
Itu saya kata tadikan...
Kalau kita ada sistem untuk memantau sudah tentu ia maksudnya...
Ancaman negara banyak, daripada banyak negara daripada banyak individu bukan seorang sahaja. Ya, dalam hal ini kita mengikut...
Maksudnya we overlooked lah.
No, no I don’t say we overlooked. I just said no person by the name of Kim Jong Nam entered this country.
Ya, of course they are not going to use their name of Kim Jong Nam.
Ya, that what there lah.
Takkanlah perisik atau agen said...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...
Dia akan pakai 007 atau...
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu...
Saya tidak hendak...
Takkanlah dia hendak pakai nama dia sendiri.
Saya tidak hendak memanjangkan...
Betul, saya hendak tahu sama ada our...
Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Timbalan Menteri janganlah berhujah begitu.
This melibatkan keselamatan negara kita.
Saya tidak hendak panjangkan lagi perkara ini kerana...
How strong we are in our understanding.
Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana ia melibatkan hubungan kita dengan negara lain dan ia juga sekarang dalam peringkat sensitif. Jadi kita lebih baik...
Ya lah we can... Yang Berhormat Timbalan Menteri kita boleh setuju kita cuai dalam perkara ini...
...Tidak berbahas mengenai perkara ini.
...Dan kita upgrade lain kalilah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Akan tetapi cuma kita harus mengakui kita ada kelemahan.
Tidak, tidak bukan soal mengakui. Okey Tuan Yang di-Pertua saya dengan ini...
Sila, boleh duduk Ahli Yang Berhormat. Sudah habis, belum? Panjang lagi?
Sudah hendak tutup.
Tuan Yang di-Pertua saya minta mohon sikit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit sahaja. Sebab apa bila masalah ketegangan antara negara kita dan negara Korea, saya ada memohon agar kami pihak pembangkang juga diberikan taklimat tentang apa yang berlaku dan juga memberikan kita pengetahuan supaya kita dapat membantu. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Sebab kalau begini spekulasi ataupun negativity yang telah diberi macam persepsinya, saya mohon kalau boleh kita diberikan juga taklimat tentang apa yang berlaku sekarang ini di antara Korea Utara dan Malaysia.
Yang Berhormat Permatang Pauh memandangkan perkara ini sekarang dalam rundingan di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Korea Utara, saya rasa tidak moleklah kalau kita hendak membincangkan perkara ini. Perkara ini pun di bawah kawal selia Kementerian Luar Negeri sekarang. Okey, jadi saya dengan ini ingin menutup jawapan saya pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan yang saya dapat berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkenaan dengan KDN. Kementerian ini akan mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab pada kali ini saya akan catat untuk tindakan susulan. Sekian, terima kasih.
Ya, terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri. Sekarang saya jemput giliran Kementerian Pertahanan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan adalah: (i) Yang Berhormat Gombak; (ii) Yang Berhormat Bagan Serai; (iii) Yang Berhormat Kuala Langat;
(iv) Yang Berhormat Gerik; (v) Yang Berhormat Lumut; (vi) Yang Berhormat Sipitang; (vii) Yang Berhormat Stampin; (viii) Yang Berhormat Batu; (ix) Yang Berhormat Kuala Terengganu; dan (x) Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama ialah isu kebajikan veteran ATM. Isu ini telah dibangkitkan oleh tiga orang Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Kuala Langat yang telah menyentuh tentang memperkasakan bantuan kepada veteran ATM melalui program-program latihan dan kebajikan, bantuan perumahan dan penempatan pekerjaan kepada veteran ATM serta formula terbaik dalam menangani isu perbezaan pencen baru dan lama serta veteran yang tidak berpencen. Kementerian ini sentiasa prihatin terhadap isu kebajikan anggota dan veteran ATM. Kini isu kebajikan diangkat menjadi satu teras utama hala tuju kementerian bagi tahun 2017. Tuan Yang di-Pertua, bagi program berbentuk latihan, kemahiran, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) telah dipertanggungjawabkan untuk melatih dan mengurus latihan kemahiran kepada bakal pesara dan mereka yang akan menamatkan perkhidmatan dari ATM yang tidak berpencen secara percuma. Antara bidang latihan utama adalah seperti bidang kejuruteraan automotif, binaan dan kejuruteraan, kejuruteraan elektrik dan elektronik, media dan ICT, pelancongan dan perhotelan, penyediaan makanan dan sajian serta bidang pengajian pengurusan. Terkini Perhebat telah bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi melaksanakan Programme Recognition Prior Experiential Learning ataupun dipanggil RPEL dalam singkatan yang memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang layak mengikuti Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skill Standard (NOSS) yang setaraf dengan diploma dan seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di peringkat ijazah di Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, German-Malaysian Institute dan Universiti Teknikal Melaka. Sebagai makluman Dewan, semenjak dilancarkan pada 2 Februari 2017, program ini telah berjaya menarik minat 300 bakal veteran ATM. Tuan Yang di-Pertua, bagi veteran ATM yang tidak berpencen pula Perhebat turut memperkenalkan satu program khas iaitu program pembangunan sosioekonomi veteran ATM yang tidak berpencen bermula daripada tahun 2012. Sehingga kini sejumlah RM40 juta telah disalurkan untuk melaksanakan program ini. Sehingga kini seramai 18,535 orang veteran ATM yang tidak berpencen telah mengikuti pelbagai kursus dalam bidang keusahawanan. Sementara seramai 1,042 orang veteran telah mendapat pekerjaan melalui penjodohan pekerjaan dengan kerjasama agensi awam dan swasta. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Perhebat dengan kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri dan TEKUN Nasional telah melaksanakan skim pembiayaan mikro usahawan veteran tentera. Program ini telah bermula sejak penghujung tahun 2012 yang bertujuan untuk membantu usahawan baru memulakan perniagaan dan usahawan yang sedia ada bagi melonjakkan perniagaan mereka yang sedia ada. Sehingga kini seramai 1,644 usahawan veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen telah mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30.34 juta.
Tuan Yang di-Pertua, bagi program bantuan kebajikan pula, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kebajikan kepada veteran ATM sama ada kepada mereka yang berpencen atau tidak berpencen seperti bantuan sara hidup, bantuan persekolahan, bantuan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam, bantuan perubatan dan bantuan peralatan pesakit serta bantuan bencana. Selain daripada itu kementerian turut memperkenalkan program 1Malaysia Veteran Recognition Programme yang bertujuan membantu veteran ATM untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan awam. Antara inisiatif yang diwujudkan di bawah program ini adalah seperti berikut:
(i) program membaik pulih dan membina baharu rumah veteran dan balu yang berpendapatan rendah dan daif. Ia bermula pada tahun 2012 dan sehingga kini sebanyak 445 buah rumah dibaikpulih dan 362 buah rumah yang dibina baharu dengan kos RM18.99 juta; (ii) Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat serta urusan bantuan kebajikan sehingga kini terdapat 31 kem tentera antara dipilih untuk tujuan tersebut; dan (iii) program penempatan kerja untuk veteran. Membantu job matching dan penempatan pekerjaan untuk veteran ATM dalam sektor awam dan swasta selepas menamatkan perkhidmatan. Sehingga kini seramai 1,516 veteran telah mendapat pekerjaan di bawah program ini sejak ia dilaksanakan pada tahun 2012. Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan Yang Berhormat Bagan Serai agar pihak kementerian mencari formula dalam menangani isu perbezaan pencen antara yang lama bersara dan yang baru bersara termasuk isu veteran yang tidak berpencen. Isu pencen bukanlah tanggungjawab Kementerian Pertahanan tetapi ia di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam yang melibatkan semua skim perkhidmatan termasuk skim Angkatan Tentera. Bagi isu veteran tidak berpencen, pihak kementerian sedang dan telah mewujudkan program-program untuk membantu menambahkan pendapatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, isu yang berikutnya ialah isu kemudahan aset kepada rejimen sempadan. Isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik yang meminta agar kemudahan dan aset kepada rejimen sempadan yang berada di kawasan Gerik ditingkatkan. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak ATM sentiasa berusaha dan merancang untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan bagi memastikan kesiapsiagaan Tentera Darat berada di tahap yang memuaskan untuk terus berperanan menjaga kedaulatan negara di samping mengekalkan moral anggota-anggota. Melalui Rancangan Malaysia Kesebelas, Tentera Darat diberi peruntukan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kem-kem termasuk pembinaan rumah keluarga angkatan tentera. Terkini, penyerahan kunci kepada sejumlah 215 unit rumah keluarga angkatan tentera akan dilaksanakan pada bulan April 2017 di Pengkalan Hulu dengan kos pembiayaan sebanyak RM60.36 juta. Tentera Darat juga merancang perolehan aset-aset logistik yang berkaitan seperti mobiliti, komunikasi, persenjataan, peralatan kursus dan sebagainya yang akan dibekalkan kepada pasukan-pasukan Tentera Darat berasaskan kepada peranan masing-masing termasuk jugalah rejimen sempadan. Perancangan ini dan pelaksanaan ini adalah berdasarkan kepada kemampuan kewangan kerajaan dan akan dilaksanakan peringkat demi peringkat mengikut keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga adalah isu pengurangan bajet Kementerian Pertahanan bagi tahun 2017.
Yang Berhormat Lumut bangun.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya sila.
Yang Berhormat Menteri, bolehkah kementerian mempertimbangkan supaya satu elaun khas diberi kepada warga tentera yang bertugas di sempadan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini di antara perkara yang menjadi keutamaan kepada kita kerana seperti mana yang kita tahu sekarang ini di mana saat-saat kita berada di Dewan ini ada 6,000 lebih anggota kita sedang bertugas di sepanjang perbatasan di sempadan Malaysia, Thailand dan juga di Sabah dan Sarawak. Jadi kita sentiasa memandang berat tentang perkara ini dan
sekiranya kita mempunyai kewangan yang mencukupi, insya-Allah perkara ini akan kita laksanakan. Isu yang ketiga ialah pengurangan bajet Kementerian Pertahanan bagi tahun 2017. Yang Berhormat Lumut telah membangkitkan perkara ini dan mencadangkan pihak kementerian membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk menambah peruntukan terutamanya bagi menampung negara aset dan logistik ATM. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut kerana mengambil berat di atas pengurangan bajet Kementerian Pertahanan bagi tahun 2017. Sebagai makluman, bajet Kementerian Pertahanan bagi tahun ini telah dikurangkan sebanyak 13 peratus daripada jumlah RM17.3 bilion kepada RM15 bilion sahaja pada tahun ini. Kementerian juga memohon kelulusan tambahan peruntukan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM1.3 bilion bagi menampung kos senggaraan dan alat ganti agar tidak menjejaskan pengoperasian ATM secara keseluruhan. Jadi, saya mohon sokongan daripada Yang Berhormat di dalam Dewan inilah mengenai perkara ini kerana ini ialah amat penting terutama sekali berkenaan dengan maintenance dan juga kita hendak senggara aset-aset yang kita ada sekarang ini. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut di atas perkara ini. Perkara seterusnya yang dibangkit oleh Yang Berhormat Lumut ialah isu berkenaan dengan infrastruktur di Pulau Jarak dan Pulau Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa mengambil berat tentang kebajikan warga tentera yang bertugas menjaga keselamatan negara di kawasan-kawasan yang berkenaan. Memang diakui bekalan air dan elektrik merupakan satu permasalahan utama yang berlaku di pulau- pulau yang melibatkan penugasan operasi ATM termasuk di Pulau Jarak dan Pulau Perak. Penyelenggaraan peralatan bagi penyediaan air bersih dan bekalan elektrik sentiasa berlaku masalah kerana keadaan di persekitaran di mana air masin. Kebanyakan peralatan kita seperti RO dengan generator kita sentiasa rosak kerana air masin. Walau bagaimanapun, bagi mengatasi masalah ini, kementerian mengambil inisiatif untuk menghantar air bersih dengan menggunakan bot dan menukar generator- generator yang ada sekarang ini. Perkara ini disenggarakan dari semasa ke semasa. Ini ialah merupakan masalah bukannya sekarang daripada dulu lagi sejak ang Berhormat sendiri berada di dalam angkatan– masa bertugas sebagai pegawai di ATM dulu. Tuan Yang di-Pertua, isu yang berikutnya ialah projek Jiwa Murni. Yang Berhormat Sipitang telah mencadangkan projek Jiwa Murni membina jalan yang dilaksanakan oleh ATM di beberapa kawasan pedalaman Sarawak turut dilaksanakan di kawasan pedalaman Sabah.
Pihak kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat. Namun begitu, buat masa ini Kementerian Pertahanan belum lagi menerima sebarang permohonan atau arahan bagi melaksanakan Projek Jiwa Murni di kawasan pendalaman Sabah. Kementerian Pertahanan hanya menyediakan kepakaran dan tenaga kerja dari Rejimen Askar Jurutera Diraja dan pelaksanaan akan dilakukan sekiranya peruntukan diluluskan oleh kerajaan di bawah program NBOS. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Jiwa Murni di Sarawak, peruntukan khas datang dan diterima dari Kementerian Kewangan dan siling peruntukan pula daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Isu yang berikut ialah isu kehadiran kapal tentera laut China di kawasan perairan Sarawak. Isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin, ada Yang Berhormat Stampin? Tidak ada tidak apalah, saya jawab juga. Ada?
[Masuk Dewan]
Sebagai makluman Yang Berhormat, perairan negara sentiasa di pantau oleh Kementerian Pertahanan melalui penugasan aset-aset ATM khususnya daripada TLDM dan TUDM. Sehingga kini, tiada kapal laut tentera China atau mana-mana kapal tentera asing berada dalam perairan negara kita. Walau bagaimanapun, Malaysia menerima persinggahan kapal-kapal asing di atas dasar port call atau port visit. Ini merupakan tradisi yang diamalkan, tradisi amalan biasa tentera laut di seluruh dunia. Jadi Yang Berhormat pun tahu, Yang Berhormat Lumut tahu perkara ini, kapal-kapal daripada lain kadang-kadang dia singgah untuk mendapat bekalan daripada pelabuhan-pelabuhan kita. Begitu juga, kalau kapal Malaysia kita berlayar ke lain negara, kita juga singgah untuk mendapat bekalan di pangkalan-
pangkalan atau di pelabuhan-pelabuhan tentera di negara-negara lain. Ini adalah amalan biasa dan kita tengok kapal-kapal yang ada adalah kapal-kapal yang masuk atas dasar itu. Tuan Yang di-Pertua, isu berikutnya ialah isu kapal selam TLDM. Isu ini turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin yang meminta penjelasan kementerian berkenaan status pengawalseliaan kapal selam TLDM, pengesanan ke atas pencerobohan kapal-kapal asing dan langkah memperkukuhkan pertahanan dari kapal asing yang mengancam keselamatan negara. Bagi status operasi kapal selam TLDM yang telah dibangkitkan, suka saya jelaskan bahawa kapal selam TLDM di selenggara dengan baik dan sentiasa beroperasi di perairan Malaysia dan sekarang pun sedang beroperasi dalam kawasan perairan kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sehingga kini tidak ada sebarang pengesanan terdapat pencerobohan kapal selam negara asing di perairan kita. Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Kuala Terengganu bertanya berkenaan dengan- Ahli Yang Berhormat Batu ada? Berkenaan dengan trup ATM di Arab Saudi. Untuk makluman Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, isu ini telah berkali-kali saya jawab dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah menjawab dengan panjang lebar dan pada masa-masa yang lepas dan yang terkini pada 15 Mac 2017 yang lalu. Saya mohon kepada kedua-dua Yang Berhormat untuk merujuk kepada Hansard pada 15 Mac 2017. Jadi saya tidak perlu jawab lagi, banyak kali sudah jawab. Bagi isu penarikan balik trup ATM di Arab Saudi, pihak ATM akan melakukan penarikan balik trup ini pada bila-bila masa sebaik sahaja operasi ini selesai.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat?
Ya Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan kehadiran Malaysia di Riyadh bersama dengan collision Command Control Center bersama dengan ahli-ahli daripada United Kingdom, Amerika, France dan juga Malaysia. Panel penyiasat bagi PBB telah menghantar beberapa surat untuk meminta jawapan di atas beberapa aduan tentang penglibatan dengan serangan di atas Yaman. Akan tetapi negara-negara lain seperti France, Britain dan US dan termasuk juga Arab Saudi telah menjawab beberapa surat yang telah dihantar kepada mereka. Yang anehnya Malaysia tidak menjawab sekali pun walaupun sekurang-kurangnya dua surat inquiry telah dihantar kepada mereka. Jadi kita rasa ada sesuatu yang tidak kena ya, kalau apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga Timbalan Menteri, Malaysia tidak terlibat, kenapa kita tidak memberi satu penjelasan kepada Panel of Inquiry? Ini kerana apa yang terlibat di sini adalah kemungkinan Malaysia terlibat dalam jenayah perang atau war crime. Jadi saya rasa ini adalah isu that we have to address, dengan izin. Kalau orang lain boleh jawab kenapa...
Okey Yang Berhormat, saya ingat isu itu dah dijawab sudah. Kita tidak terlibat, berkali-kali sudah dijawab dan kita tidak pernah ada inquiry. Ini hanya melalui social media yang dikeluarkan baru-baru ini. Ini Yang Berhormat Menteri sudah jawab panjang lebar, okey?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada Laporan Bangsa-bangsa Bersatu.
Tidak ada, kita tidak terlibat. Kita sudah jawab panjang lebar.
Sebanyak 242 muka yang telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan di mana Malaysia pun menjadi ahli.
Kita sudah beritahu penjelasan dan saya sudah beritahu tadi kita tidak terlibat.
Tidak, soalan saya bukan penjelasan...
Kita hanya pergi sana untuk...
Soalan saya, kenapa tidak memberi respons?
Tidak, kita tidak terlibat.
The right to answer, kenapa kita tidak respons. Itu soalan saya.
Kita tidak terlibat dan Yang Berhormat Menteri sudah jawab panjang lebar itu hari.
Akan tetapi tidak ada jawapan.
Di dalam kenyataan media pun kita sudah buat. Yang Berhormat tidak peka berkenaan perkara ini. Saya ingat Yang Berhormat kena rujuk balik kenyataan akhbar yang dibuat oleh pihak kementerian dan juga Hansard yang telah kita jawab panjang lebar yang lepas, okey?
Saya rasa itu tidak lengkap.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Stampin?
Ya.
Sekejap sahaja boleh- boleh Tuan Yang di-Pertua?
Isu apa ini Yang Berhormat Stampin?
Yang tentang kapal China, dari China itu.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut laporan daripada Reuters ataupun www.straitstimes.com Menteri dalam Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim pernah menyatakan- Yang Berhormat Arau iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam Laporan Reuters pada 16 Ogos 2015 telah dikeluarkan di www.straitstimes.com juga mengatakan bahawa- beliau katakan bahawa terdapat kapal daripada negara China berada di perairan Malaysia selama dua tahun iaitu hanya naik 90 nautical miles. Saya quote ya, “Intrusion in June, Beting Patinggi Ali is just 90 nautical miles from the shore of Miri in Sarawak.” Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang kes tersebut dan juga...
Yang Berhormat, ia berada kadang- kadang di dalam kawasan yang pertindihan. Fasal apa kita kawasan-kawasan yang tertentu dituntut oleh pihak-pihak yang termasuk negara China dan sebagainya. Mereka tidak ada- kita sentiasa pantau. Kadang-kadang mereka lalu dalam kawasan itu. Ia tidak memberi ancaman apa-apa kepada kita.
Saya faham.
Jadi saya rasa benda ini tidak ada hubung kait dengan perkara ini, kita telah minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri untuk berhubung dengan pihak...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh quote lagi ya. Yang Berhormat Menteri kata, “He said the vessel has been in Malaysia waters for more than two years”.
No, Malaysia water, you know sometimes as I told you, kadang-kadang dia datang untuk port of call. Of course, dia masuk kawasan kita, dia mesti ada.
With permission or without permission?
Bukan sahaja daripada China, ada daripada Australia, daripada negara-negara lain juga melalui kawasan kita. Fasal the Straits of Malacca pun macam itu juga.
Akan tetapi yang sini Yang Berhormat Menteri kata intrusion, without permission…
You kena rujuk pada Yang Berhormat Menteri. You tanya Yang Berhormat Menteri Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim. As far as we are concerned...
I understand. So, maksudnya nanti Yang Berhormat Arau akan menjawab saya? [Ketawa]
Saya sudah beri jawapan, tidak ada pencerobohan.
Akan tetapi dia kata ada intrusion.
Okeylah, you ask him lah.
I’ll ask him.
Dalam masa ini nanti, you tanya dia
Bila dia akan jawab?
Akan tetapi as far we are concerned...
Nothing fun.
As far we are concerned, di pihak kementerian tidak ada pencerobohan oleh mana-mana....
Jadi, bertindihan dengan apa yang Yang Berhormat Menteri daripada Arau dengan...
Tidak, tidak! Kadang-kadang dia bagi laporan, saya tidak tahu lah. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan, tetapi as far we are concerned, tidak ada pencerobohan oleh mana-mana- termasuk negara China.
So, as far as his concerned, there’s pencerobohan but as far as you are concerned, there is no pencerobohan.
Boleh tanya dia lah. The next one- apabila penggulungan masa Jabatan Perdana Menteri, you tanya Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Isu kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam melindungi golongan nelayan. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Isu yang dibangkitkan, untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan melalui TLDM memang memberi kerjasama yang erat dan memastikan keselamatan komunikasi maritim termasuk golongan nelayan sentiasa terpelihara. Kerjasama ini turut melibatkan agensi penguatkuasaan kerajaan dengan melibatkan agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain seperti Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), polis marin dan Jabatan Perikanan. Manakala di perairan pantai timur Sabah pula, kerjasama erat antara TUDM dan komuniti nelayan tempatan telah lama terjalin. Pendekatan melalui inisiatif bertanya khabar dan diikuti dengan Program Rakan Maritim (RAKAM) sejak bulan Februari 2016 telah mendapat maklum balas yang positif daripada pihak nelayan tempatan dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan akan melancarkan aplikasi e-RAKAM semasa LIMA 17 di Langkawi dalam masa dua tiga hari ini. Ia boleh digunakan oleh semua komuniti maritim termasuk nelayan di pantai timur Sabah. Isu yang kesepuluh ialah isu kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Putatan bangun.
Berkaitan dengan- nanti, ya, bagi saya... ya? Kacau.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tertarik saya, terpanggil kerana usaha kementerian untuk menangani masalah di ESSCOM ini amatlah diterima dengan baik untuk rakyat negeri Sabah. Kita dengar
bahawa ada joint operation atau joint operation di perairan Sulu. Apakah keberkesanan kalau dia sudah mulai kerana adakah aset-aset ini kepunyaan kementerian kita memadai ataupun kita terlalu rendah jika dibandingkan dengan aset-aset yang dipunyai oleh Indonesia, Filipina dan mungkin ada negara yang kepentingan lain lagi yang menolong kita memantau joint operation di kawasan Sulu?
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita seperti mana yang telah saya diumumkan dulu, kita ada trilateral, kerjasama antara Malaysia, Filipina dan Indonesia. Jadi kita sudah di peringkat pelaksanaan dan tidak berapa lama lagi, ketiga-tiga orang menteri akan mengadakan lawatan dan kita akan mula operasi bersama di masa yang terdekat ini. So, sekarang ini perundingan dan hal SOP, rondaan telah dibincangkan bersama antara tiga buah negara iaitu pemantauan di kawasan itu kerana penculikan yang berlaku kadang-kadang berlaku dalam kawasan Filipina bukan dalam kawasan perairan kita, yang melibatkan anggota kita tetapi ia berada dalam kawasan Filipina. Baru-baru ini, Presiden Filipina itu telah membenarkan sekiranya berlaku kejar- mengejar, pasukan keselamatan kita, APMM atau pihak TLDM boleh masuk ke dalam kawasan mereka. Ini ialah kerjasama yang telah dipersetujui antara ketiga-tiga buah negara. So sekarang ini ada sikit-sikit berkenaan SOP yang akan diputuskan dan pengumuman akan dibuat oleh ketiga-tiga orang Menteri dalam masa yang terdekat ini.
Yang Berhormat Menteri, soal aset kita itu. Air surveillance kita itu mungkin tidak begitu lengkap.
Apa tadi?
Air surveillance- udara. Mungkin tidak begitu setanding dengan aset kepada negara jiran.
Kita mempunyai kelengkapan, kita mempunyai aset yang mencukupi tetapi kadang-kadang untuk kawasan ini kerana Yang Berhormat daripada Sabah, kawasan ini terlampau sempit, terlampau dekat dan kita juga menghadapi masalah kerana ini berlaku dalam sekelip mata. Ia berlaku pada bila-bila masa. Sekarang ini, dulu ia berlaku di atas mainland, di atas darat untuk penculikan dan sebagainya. Oleh kerana penguatkuasaan dibuat oleh pihak polis dan juga APMM dan juga ATM sendiri menyebabkan penculikan sekarang ini tidak berlaku di atas, di mainland. Ia berlaku di perairan. Mereka sekarang ini desperate. Dulu tuju kepada sesetengah target yang ditentukan. Sekarang ini, nelayan pun mereka kidnap. So, dia punya modus operandi sudah ubah kerana hasil daripada hasil daripada kecekapan pihak anggota kita dalam menjalankan pengawasan di kawasan-kawasan yang terlibat itu. Yang Berhormat bagi saya selesailah sat. Tuan Yang di-Pertua, isu yang berikut ialah isu yang ke-10, isu kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertahanan berkaitan dengan kita ada kelebihan jika tercetus perang. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut. Bagi isu yang dibangkitkan ini, kementerian ingin menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara yang sentiasa mengamalkan dasar luar dan diplomasi pertahanan yang sentiasa terbuka dan berbaik-baik dengan negara-negara jiran dan kuasa-kuasa besar. Di samping itu, penglibatan aktif Malaysia dalam pertubuhan- pertubuhan antarabangsa seperti ASEAN, OIC, NAM, Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak merdeka sehingga kini. Kita mempunyai hubungan diplomasi dengan pelbagai negara berbanding dengan Korea Utara. Inilah kelebihan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan iaitu diplomasi kita, cara kita, kita mempunyai rakan yang ramai di sana sekiranya apa-apa berlaku pun, kita akan mendapat sokongan daripada banyak negara lain. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara tidak akan mencetus peperangan. Dalam isu ini kerana Malaysia sentiasa berpendirian teguh untuk memelihara jalan damai, memilih jalan damai dan pendekatan diplomasi. Malaysia selaku negara yang sentiasa memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan sejagat akan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa pertumpahan darah. Justeru itu, saya berharap kita jangan terlalu cepat membuat spekulasi dan andaian kerana dikhuatiri akan mengganggu proses rundingan yang sedang berlaku, sedang berjalan sekarang. Saya percaya walaupun kita sebuah negara yang bersaiz kecil jika dibandingkan dengan kuasa-kuasa besar namun suara kita didengari malah peranan kita sentiasa dihormati dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan yang dapat saya kemukakan oleh kementerian ini berhubung dengan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri. Belum lagi. Ada lagi sedikit.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih...
Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit.
Hendak tanya lagi?... Tuan Yang di- Pertua?
Bagilah.
Saya ingat sudah habis dah saya jawab. Ya, okey. Ada lagi?
Saya tidak berpendapat kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertahanan itu kenyataan yang bijak. Oleh kerana kerajaan Korea Utara ini kerajaan komunis, tindakan mereka di luar dugaan kita. Sebab itu ada gambar-gambar, lakonan-lakonan cemuhan yang dibuat oleh rakyat kita sendiri oleh kerana keupayaan tentera kita tidak menyamai keupayaan tentera mereka. Bayangkan kalau dia dilancarkannya empat, lima peluru berpandu dengan nuclear warhead, apa kita hendak jawab? Terlambat kalau kita hendak merujuk kepada Five Powers Defense Arrangement (FPDA). Tidak boleh buat apa-apa pun.
Maka sebab itu saya mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan lebih berhati-hati membuat kenyataan. Itu saya minta Timbalan Menteri timbangkan. Terima kasih.
Setakat ini Korea Utara dengan Korea Selatan dia tidak perang pun sampai sekarang ini. Jadi saya ingat isu ini isu akan diselesaikan secara baik, secara diplomasi. Sampai sekarang tidak perang lagi, baru duduk tengah ini Yang Berhormat. Ini isunya pun sedang diselesaikan. Saya rasa pihak KDN akan menyelesaikan masalah yang ada sekarang ini dengan pihak Wisma Putera. Jadi saya rasa kita tidak payah bimbang Yang Berhormat, dia tidak akan tembak kita. Sekian, terima kasih.
Saya telah berdiri daripada tadi. Dia berjanji akan memberikan laluan.
Ya, sila.
Ya, tentang apa yang dikatakan tadi nelayan yang telah dilindungi. Saya menerima laporan yang sebaliknya di mana nelayan kata masih ramai dan makin ramai nelayan daripada Vietnam menceroboh perairan kita kerana tekanan daripada negara China, itu dari segi nelayan. Dari segi keselamatan, the latest defense analyst report menjelang apa yang akan diadakan, Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) menyatakan Malaysia menghadapi masalah kerana pemotongan bajet begitu besar dalam bidang pertahanan. Ini adalah satu perkara yang serius di mana kita menghadapi masalah di Laut China Selatan, kita memotong perbelanjaan untuk penjagaan kapal-kapal di mana semasa ini patutnya kita meningkatkan. Kenapa kita kalau tidak ada wang menghabiskan wang berlatih di padang pasir, di Arab Saudi sementara perairan kita dibiarkan begitu sahaja. Saya rasa ini adalah satu perkara yang rakyat tidak boleh terima dan tidak boleh kita kata Korea Utara tidak serang Korea Selatan, itu seolah-olah satu permainan. We are talking about serious times now, dengan izin.
Yang Berhormat, sebenarnya menjaga nelayan ini sekarang bukan Kementerian Pertahanan, yang menjaga nelayan sekarang ini APMM. Jadi kita serah kepada soal penguatkuasaan nelayan asing yang menceroboh di kawasan-kawasan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa APMM bukan TLDM. Jadi Yang Berhormat kena fahamlah, okey. Saya ingat itu sahaja Yang Berhormat. Saya rasa terima kasih.
Akan tetapi tentang keselamatan negara, pencerobohan perairan kita perlu diambil berat. Kenapa kita telah memotong begitu banyak perbelanjaan dan dalam masa yang sama belanja begitu banyak membuat war exercise di negara orang yang tidak ada kena mengena. Kita tidak ada padang pasir pun, di atas alasan apa kita pergi Northern Thunder exercise di Arab Saudi. Sekarang duduk di Riyadh terlibat dengan Yaman. Tidak ada kena mengena. Sepatutnya negara kita dipertahankan dahulu daripada kita mengambil hati Arab Saudi. Untuk apa? Untuk rakyat atau untuk siapa?
Yang Berhormat, tentera kita sentiasa didedahkan. Kita akan memberi latihan dalam apa juga bentuk, kalau boleh kepada mereka kita hantar ke Kutub Utara, mereka kita akan hantar. Ini adalah untuk kebaikan mereka, begitu juga tentera lain. Tentera-tentera daripada Afrika, daripada Amerika Syarikat datang ke Malaysia mengadakan exercise dengan kita. Ini adalah amalan biasa angkatan tentera, ini bukan angkatan Malaysia tetapi di merata-rata tempat. Soal latihan ini tidak timbul dalam soal penjagaan kedaulatan negara. Kedaulatan negara sentiasa dijaga baik. Setakat ini belum ada masalah lagi. Jadi pencerobohan sekarang ini adalah oleh nelayan-nelayan daripada Vietnam. Ini adalah nelayan-nelayan, lesen mereka ini adalah mempunyai lesen. Bot Vietnam, nelayan Vietnam tetapi lesen yang digunakan ialah lesen Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian. Jadi saya rasa ini bukan soal Kementerian Pertahanan untuk menjawab. Jadi saya rasa Yang Berhormat-Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekian saja yang saya dapat melayan jawapan-jawapan yang telah dibangkitkan. Insya-Allah apa juga tindakan-tindakan dan juga teguran daripada Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini akan sentiasa diambil berat oleh Kementerian Pertahanan.
Terima kasih. Saya jemput Kementerian Kewangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Semua pandangan, teguran dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibangkitkan berkaitan Kementerian Kewangan adalah dihargai. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berhujah mengenai Kementerian Kewangan seramai 30 orang tidak payahlah saya sebut nama-namanya. Izinkan saya memberi penjelasan kepada sebahagian perkara yang telah dibangkitkan. Pertama mengenai isu BR1M. Itu daripada Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Ipoh Timur meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi pengesahan maklum balas mengenai aduan bahawa ramai penerima BR1M yang tidak layak menerima bantuan tersebut kerana mendaftar dengan SSM. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pemohon yang berdaftar dengan SSM bukanlah penyebab pemohon BR1M tidak lulus. Pemohon masih boleh membuat permohonan rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan pemohon. Dimaklumkan juga pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM. Pemohon yang layak untuk menerima BR1M akan memenuhi kriteria pendapatan yang telah ditetapkan. Mereka yang mempunyai isi rumah pendapatan RM3,000 ke bawah akan diberi RM1,200. Isi rumah pendapatan RM3,000 ke RM4,000, RM900 dan individu bujang berpendapatan RM2,000, RM450. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, mana-mana mereka yang telah tersekat pemberian BR1M untuk kali pertama tahun 2017 ini, Kementerian Kewangan telah mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada 705 penerima yang tidak menyertakan penyata pendapatan ataupun bank statement ataupun bukti-bukti menunjukkan mereka mempunyai pendapatan bawah RM4,000. Akan tetapi Kementerian Kewangan telah memastikan dan telah menyarankan kepada mereka supaya mereka terpaksa update maklumat ini untuk memastikan bahawa pembayaran kali kedua, ketiga tidak akan terjejas. Seterusnya...
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak persoalkan berkenaan dengan pemberian BR1M untuk di negeri Perak sehinggakan menyusahkan dan menyukarkan di kalangan penerima-penerima BR1M. Sehinggakan ada daripada kalangan mereka ini yang terpaksa ambil cuti kerana untuk pergi beratur untuk ambil baucar. Jadi saya rasa ini satu benda yang menyusahkan rakyat. Sehingga hari ini pun kita tengok masih berlaku. Perkara ini saya rasa perlu dikaji baliklah untuk tidak menimbulkan polemik yang banyak di kalangan orang bawah, terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah membuat keputusan bahawa pembayaran untuk kali kedua dan ketiga ini ia tidak ada lagi diberi. Kita memastikan bahawa siapa-siapa yang ada akaun akan dimasukkan dalam akaun. Cuma pembayaran secara baucar dan manual ini hanya boleh dibuat kepada penerima-penerima yang tidak ada akaun. Itu keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Menteri mengambil kira masalah yang berbangkit.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Hendak dapat penjelasan, terima kasih Menteri.
Ya, sila.
Berkenaan dengan kenyataan tadi bahawa kementerian sedang mendapat maklumat lanjut mengenai bank account agar pemberian kedua dan ketiga tidak akan terjejas. Soalan saya adalah apakah langkah ataupun cara yang diambil oleh kementerian untuk menghubungi penerima-penerima BR1M ini? Oleh sebab setahu saya ini hanya dipapar di online. Jadi ada yang tidak pergi online mereka tidak akan tahu bahawa maklumat tidak lengkap. Hanya kali ini akan dibayar tetapi kali kedua dan ketiga. Saya harap kementerian akan mengambil langkah memastikan mereka diberitahu bahawa dokumen lanjut perlu diberikan kepada kementerian.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita sedia maklum bantuan BR1M ini adalah kepada mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada penerima- penerima yang merasa mereka ini layak untuk menerima BR1M, mereka kena isi borang dan hantar dan sertakan penyata ataupun bank statement ataupun saving account untuk menunjukkan bahawa mereka ini tidak mempunyai pendapatan melebihi RM4,000. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kepada kes yang tertangguh seramai 705,000 ini, saya sudah arahkan kepada kementerian untuk menghantar surat kepada mereka untuk mereka update maklumat mereka dari segi pendapatan. Oleh sebab kita tidak bagi BR1M ini kalau orang yang menerima BR1M ini tidak menunjukkan bukti bahawa mendapat pendapatan RM4,000 ke bawah. Itu yang paling penting yang saya hendak tekankan.
Ini kerana walaupun MOF membuat banyak cross reference daripada segi mengesahkan pendapatan mereka melalui EPF, KWAP, and then JPJ dan banyak lagi tempat-tempat lain tetapi ada juga sebilangan daripada mereka ini dia tidak ada mempunyai pendapatan, kemungkinan mereka ini berniaga, jadi kita nak tengok. Kalau katakan dia boleh meniaga, pendapatan dia bawah daripada RM4,000, RM3,000, it is okay, dia akan dapat BR1M tersebut. Kita akan pastikan maklumat itu, kita akan hantar surat kepada mereka untuk pastikan mereka kena ada update. Sebab, saya takut kalau mereka tak update, kita akan dapat cases contoh macam mereka yang kerja di Singapore, rakyat Malaysia kerja di Singapore, gaji RM6,000, RM7,000, RM8,000 tapi dalam rekod kita tak ada. Dia cuma isi borang sahaja,
tak ada bukti, tak ada akaun. Kita tak nampak. Jadi kita bagi BR1M. So dia akan menyebabkan ketirisan daripada segi pemberian kepada targeted group ini.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan BR1M, saya ingin bertanya, sejauh mana kebenaran yang mana mereka yang mendaftar dengan SSM dikatakan terus tidak dapat BR1M? Ini kerana lepas itu saya dengar laporan mengatakan tidak sebenarnya begitu. Walau bagaimanapun, ada mereka daripada kawasan luar bandarlah, contohnya di Parlimen Bagan Serai, yang beritahu saya, mereka daftar dan mereka tak dapat, tetapi yang dulu mereka dapat. Adakah mereka tak isi borang dengan betulkah atau sebagainya? Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya yang mana tak dapat itu bukan fasal SSM, bukan fasal SSM. SSM merupakan salah satu daripada peringkat yang dikendalikan untuk check mereka ini sebab kita tak jumpa, mana-mana tempat pendapatan tak ada. Jadi dia cross references dengan saya, saya nak tengok sama ada dia ada perniagaan atau tidak. Jadi bila kita nampak nama ada perniagaan, kita tak cakap dia tak dapat. Kita cakap maklum kepada mereka, submit dia punya maklumat lanjut. Contoh, akaun ataupun bank statement ataupun saving book. Sebab, kalau dia hantar maklumat-maklumat ini, dia akan dapat. Contoh, daripada 5.3 juta orang yang dapat BR1M ini, saya ingat lebih daripada satu juta orang yang ada SSM tetapi dapat sebab dia ada hantar maklumat tambahan, bank statement, account ataupun either one of that supaya kita nak pastikan bahawa dalam bank account dia itu mesti menunjukkan bahawa dia ini tidak menerima pendapatan melebihi daripada RM4,000. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada yang hantar bank statement, dalam bank statement ada RM200,000, dalam EPF tak ada, dalam KWAP tak ada tetapi bila ada banyak itu, makna kita boleh assume bahawa dia buat perniagaan. Mungkin perniagaannya mendapat income yang banyak dan dia tak disclose, under sole proprietor dan sebagainya, under enterprise. Jadi ini yang kita nak check. Jadi, ketirisan ini kita pastikan bahawa kita boleh bagi kepada targeted group. Contoh, kalau kita betul-betul dapat orang yang betul-betul yang patut layak dan yang tak layak itu tak dapat, mungkin ada lebihan duit ini kemungkinan besar orang yang layak ini boleh dapat lebih. Instead of RM1,200, mungkin dapat RM1,400, RM1,500. Sebab kita bayar lebih kurang dalam enam over bilion. Akan tapi kalau betul-betul orang itu tak layak, kita tak usah bagi, kita bagi kepada orang yang layak. Jadi ini yang sebabnya kita nak dokumen. Jadi saya percaya sesiapa nak dapat bantuan, dia kena fulfill the criteria. It is not their right to get it tapi kalau dia pendapatan RM4,000 ke bawah, dia akan dapat dengan syarat dia tunjuk. Contoh, kalau kita nak dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai kena pergi ke rumah check. Baitulmal, pegawai kena pergi check ke rumah. Ini nak dapat BR1M, dokumen pun tak mahu bagi. So, tak bolehlah. Ini kita kena disiplin rakyat Malaysia, kalau dia nak dapat bantuan, dia kena tunjuk dia punya ketelusan daripada segi pendapatan. Kedua...
Yang Berhormat Menteri, sebelum. Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan tadi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan SSM yang banyak diperkatakan oleh masyarakat terutamanya apabila mereka tidak mendapat kelulusan berdasarkan yang pertama itu. Akan tetapi, saya nak juga timbulkan, mengapa ada terdapat bila kita bangkitkan di dalam Dewan mengenai perkara ini apabila Yang Berhormat Lipis bawa dan kemudian kita bangkitkan mengenai SSM, yang menjadi kekeliruan- tetapi saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan pada hari ini. Apa yang menjadi kekeliruan pula, yang menjadi lagi penambahan isu itu adalah esoknya pula orang yang sama yang sebelum ini mendapat jawapan yang ada rujuk pada SSM, esok orang yang sama bila dia check semula mengenai status kelulusan mengenai BR1M ini,
jawapan yang diberikan pula berubah. Bermaksud, instead of kata berkaitan dengan SSM, the next day, orang yang sama itu, keputusan yang diberikan adalah maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan. Orang yang sama. Saya nak minta penjelasan mengenai ini sebab ini lagi diperkatakan di luar sana. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Sebenarnya apabila dia check semula tak ada SSM, sebenarnya itu arahan daripada Kementerian Kewangan. Kita tak nak orang confused. Kenapa nak tahu SSM? Fasal kita bukan check sahaja pada SSM, kita check pada EPF, KWAP, JPJ, Kementerian Pendidikan yang mana dapat baucar. So I said, “Why must give the reason for SSM?” SSM ini kita punya mekanisme to check. Jadi, untuk makluman tambahan. Jadi dia faham, makna dia kena supply maklumat tambahan, bukan fasal SSM. Kalau nak cerita fasal ini, millions of people already got their BR1M, dah dapat BR1M tapi dia ada aset SSM tapi dia menunjukkan bahawa SSM nama sahaja, tunjuk bank statement semua dormant, tak ada business, dapatlah. Jadi yang ini kita- kita nak galakkan orang buat meniaga. Kalau dia nak meniaga online dan sebagainya, biarlah. Dia nak daftar dalam SSM, biarlah, tapi bila dia nak dapat BR1M ini, dia kena pastikan dia supply further particulars of information untuk kita memastikan bahawa dia betul-betul layak untuk dapat. Tak ada masalah. Kalau terlepas yang pertama ini pun, kalau dia ambil masa dia nak update dan kemudian dia dapat mengesahkan bahawa dia dapat, kita boleh bayar balik yang first one itu. Cuma nak kena pergi update sahaja. Sebab itu kita dah bagi notis ini dah tiga bulan pada sebelum bulan November, bulan Disember itu hari kita dah bagi tetapi semua orang tak ambil endah. Jadi bila nak bayar ini, baru mereka perasan. Anyway, untuk pengetahuan Yang Berhormat, MOF dah buat keputusan, bayar the first payment regardless whether dia ada supporting or not, fasal memandangkan bahawa sebelum itu dia ada dapat, tetapi dia kena update, mesti dia kena update.
[Bangun]
Nombor dua...
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih di atas kesegeraan Yang Berhormat Menteri menjawab dan juga seterusnya menerangkan dengan penuh terperinci khususnya dalam soal penerima BR1M ini. Cuma, saya lihat mungkin penambahbaikan khususnya dalam konteks komunikasi kerana saya setuju pandangan Yang Berhormat Menteri, ada kalanya mungkin maklumat ini telah dinyatakan ataupun telah diuar-uarkan tiga bulan yang lepas, tetapi timbul khususnya bila dikeluarkan dan dipaparkan di laman web, perkataan- perkataan yang keluar itu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan khususnya dalam konteks kebolehpercayaan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memberikan BR1M. Jadi saya ingin mohon penjelasan, mungkin kaedah berkomunikasi berterusan terutama sekali di atas kecekapan Yang Berhormat Menteri menerangkan mengenai hal ini dapat dilakukan terutama sekali dalam siri BR1M yang kedua, ketiga tidak berulang khususnya dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tertentu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklum cadangan tersebut dan saya akan pastikan pasukan BR1M ini memastikan bahawa dia lebih friendly dengan penerima terutama mereka yang berpendapatan rendah yang tak berapa educated, tidak mempunyai kelulusan dan dia tak faham, kadang-kadang banyak benda dia tak boleh akses internet terutama mereka yang di luar bandar. Insya-Allah, kita akan pastikan itu.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Cuma saya nak pesan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada di kalangan kita punya constituent ataupun kita punya rakyat di kawasan yang tidak tahu nak pergi akses dan sebagainya datang ke pejabat Yang
Berhormat, tak ada masalah, sertakan benda itu dan Yang Berhormat buat satu surat, saya akan pastikan BR1M punya pasukan ini akan update-kan maklumat mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Di Perak, bila kita bagi baucar, yang timbul masalah, bank pembayar cuma Bank Simpanan Nasional. Masalah yang paling besar, seperti mana yang dibangkitkan di dalam Dewan, ialah bila kita bagi sampai 5,000 atau 6,000, baucar tadi cuma boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional. Kalau dulu, Maybank, CIMB boleh membayar baucar tersebut. Mohon supaya kalau diberi baucar lagi sekali, supaya bank-bank lain juga boleh membayar baucar di bank masing-masing. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya kita kena bezakan apa yang berlaku hari ini dengan dulu. Masa tahun 2012, 2013, pembayaran BR1M ini ia tak ada online, ia cuma bagi manual, boleh bagi baucar. Bila bagi semua baucar, jadi bank-bank macam Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional, dia willing to participate because they got the volume. Volume itu ada, dia pergilah.
Akan tetapi sekarang ini, majoriti kita galakan orang semua masuk online. Cuma, manual sahaja kepada mereka yang tidak ada akaun ataupun duduk di luar-luar bandar. Itu kita bagi tetapi yang itu apabila kita bagi, bila kita hendak bawa semua bank, bank not interested. Some of the banks, they are not interested. So, jadi kita bagi kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) supaya ia dapat a sizeable volume untuk ia servis kawasan tersebut. Jadi, saya hendak menyarankan kepada Yang Berhormat. Kalau ada di kalangan kita punya penerima ini, kalau dia boleh setuju untuk terima melalui akaun. Saya ingat lebih bagus. Ini kerana mudah. Jadi, bermaksud dia terus dapat, dia pergi dekat mana-mana bank, anytime. Pakai ATM machine boleh ambil duit. Cuma, pada mereka-mereka yang tua-tua, yang tidak ada akaun dan tidak boleh pergi ke bank hendak buka akaun. Itu kita boleh bagi secara manual dan juga melalui baucar. Yes, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa rasional di negeri Perak kali ini BR1M di bayar dengan cara baucar? Sebelum ini, memang itu sudah masuk dalam akaun. Memang bila kita isi borang, semua orang telah memberi maklumat terperinci, termasuk nombor akaun. Akan tetapi tiba-tiba semua walaupun akaun nombor sudah pun diberikan tetapi mereka juga dipanggil untuk datang untuk mengambil baucar. Apa rasionalnya?
Yang Berhormat, ia sebenarnya tidak ada apa-apa rasional. Rasionalnya ialah BR1M ini bermula dengan pembayaran manual. Jadi, sebahagian daripada pemimpin-pemimpin dalam kawasan, terutamanya kawasan- kawasan Parlimen Barisan Nasional, dia ingin beri secara manual. Akan tetapi Kabinet telah buat keputusan, saya sebut tadi, bahawa oleh sebab isu yang berbangkit ini, jadi Jemaah Menteri sudah membuat keputusan bahawa lepas ini yang kedua, ketiga dan seterusnya, kita hendak mana-mana mereka yang ada akaun, kita bayar melalui akaun. Jadi, itu saya hendak beritahulah. Okey, all right. Kita habis BR1M. Let’s go next one. Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Berhormat Pagoh, menyarankan bahawa keperluan berkenaan GST sedangkan penjimatan oleh Kerajaan Persekutuan ekoran pemansuhan subsidi minyak dan subsidi lain hampir mencecah 20 bilion. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sistem GST. Malah, kita akan terus memperbaiki sistem ini, terutamanya dari segi sistem refund kepada syarikat-syarikat yang terbabit dalam perniagaan. Kita akan pastikan bahawa kecekapan sistem GST ini akan sentiasa dipertingkatkan. Soalan seterusnya, Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Serdang bertanyakan mengapa GST dikenakan kepada geran penyelidikan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, secara asasnya pemberian geran penyelidikan tanpa melibatkan sebarang balasan iaitu without any consideration adalah tidak tertakluk kepada GST. GST 6 peratus hanya dikenakan sekiranya geran yang diberi itu adalah melibatkan balasan. Kalau tidak ada balasan, ia tidak akan dikenakan GST. Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan berhubung GST didapati tidak mematuhi syariah. Di mana semua rakyat dikenakan GST tanpa mengira status miskin atau kaya. Mohon GST dikaji semula. Seperti mana saya sebut tadi, bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menukar sistem GST ini. Untuk pengetahuan, bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang ke-106 yang
bersidang pada 21 dan 22 Oktober 2014, telah merumuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulul amri untuk mengutip cukai seperti cukai barang dan perkhidmatan jika terdapat keperluan dan masalah untuk negara dan rakyat. Pelaksanaannya juga hendaklah berpandukan pada perimeter syarak seperti berikut. Kerajaan komited melaksanakan syariat Islam, memerlukan sumber kewangan cukai yang dikutip hanyalah untuk memerangi masalah ‘daruriat’ dan ‘hajiat’, bebanan cukai yang dikutip secara adil, cukai dibelanjakan untuk masalah ummah, bukan untuk maksiat dan agihan cukai hendaklah bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan setempat. Seterusnya, saya juga ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pagoh. Tadi Yang Berhormat Pagoh saya sudah jawab. Soalan yang sama. Seterusnya, daripada Yang Berhormat Pandan. Isu harga minyak yang tidak menentu sejak rasionalisasi subsidi membebankan rakyat dan diikuti dengan kenaan GST. Oleh itu, Yang Berhormat Pandan mohon agar subsidi minyak perlu dikembalikan kepada rakyat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, langkah rationalization yang dilakukan dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 2013 bertujuan mengalihkan secara berperingkat kaedah pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi yang lebih bersasar. Di bawah prinsip ini, pemberian subsidi tetap diteruskan tetapi disasarkan hanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ketirisan perbelanjaan kerajaan juga telah dapat dikurangkan, khususnya melalui pengurangan kegiatan penyeludupan dan penyelewengan serta penggunaan barangan bersubsidi oleh warga asing sejak pelaksanaan langkah rationalization subsidi seperti subsidi gula, bahan api dan sebagainya. Di samping itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan meneruskan subsidi seperti subsidi minyak masak, beras, tepung, bil elektrik, subsidi harga padi, subsidi baja padi, kemudian kita juga beri pada subsidi harga benih padi, subsidi perkhidmatan luar bandar, perkhidmatan udara luar bandar dan subsidi tol, subsidi kadar faedah kepada bank-bank pinjaman untuk industri-industri spesifik dan sebagainya. Kita lebih kepada targeted subsidy. Seterusnya, Yang Berhormat Pandan juga mohon supaya harga minyak perlu di semak setiap minggu. Penetapan harga siling subsidi perlu di buat supaya apabila harga jatuh, rakyat tidak akan dikenakan cukai. Apabila harga minyak naik mendadak dan telah sampai ke tahap harga siling, harga tidak dikira mengikut formula. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan telah buat keputusan untuk melaksanakan kadar penetapan harga minyak ini secara mingguan. Di mana, hari ini kita buat calculation untuk menetapkan harga minyak di setiap stesen minyak di dalam negara berdasarkan harga yang berlaku hari ini kemudian kita tetapkan untuk bulan depan. Sebulan sekali. Jadi, apa yang berlaku, perubahan dalam masa sebulan ini begitu mendadak dan kadang-kadang ia menyebabkan peningkatan yang begitu tinggi. Walaupun dalam in between of the week itu, ia ada kejatuhan sedikit tetapi ia akan naik dan akhirnya yang jatuh kita tidak dapat, yang naik kita dapat, because ia pakai towards the end of the month. Jadi, apa yang kerajaan buat di bawah kementerian KPDNKK. Kerajaan akan menetapkan harga siling ini tiap-tiap minggu. Berdasarkan pengiraan MOPS yang disenaraikan dan juga formula yang telah dibuat dalam pengiraan tiap-tiap bulan sama. Akan tetapi tinggal lagi harga ini kita akan bagi tiap-tiap minggu. Dengan harapan, semua rakyat boleh nampak bahawa perubahan itu berlaku tiap-tiap minggu, bukan sebulan sekali. Ini kerana harga minyak berlaku almost everyday. Seterusnya...
Yang Berhormat Kapar bangun.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua soalan saya menyentuh perkara yang sedang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri. Pertama adalah kenaikan harga gula adalah 11 sen bersamaan dengan 3.8 peratus. Persoalan saya tempoh hari adalah mengapa kutipan GST tidak diguna untuk menanggung kenaikan 11 sen ini? Oleh sebab itu adalah hasrat dan objektif kutipan GST dari awal lagi.
Kedua, adalah berkenaan dengan harga minyak yang akan di kekalkan untuk ukuran mingguan. Itu tidak dipersoalkan sangat tetapi adakah mingguan ini akan diberikan dengan subsidi. Ini kerana kalau harga dikekalkan ikut mingguan tanpa subsidi, ia juga akan membebankan rakyat. Pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Kapar, pertama pasal harga gula ini ia merupakan harga yang ditetapkan mengikut pasaran dan kerajaan menetapkan harga ini mengikut pasaran seperti mana harga-harga komoditi lain. Kedua, dari segi harga minyak tadi dia memang tidak ada subsidi cuma RON95 kita tidak kenakan GST, pengiraan sama macam tiap-tiap bulan tapi dia lebih memudahkan kepada syarikat-syarikat minyak terutama mereka yang mempunyai stesen-stesen minyak. Dia tidak berada dalam situasi di mana syarikat minyak bila dijangkakan bahawa harga akan naik ataupun harga akan turun pada bulan seterusnya dia akan load banyak stok kepada peniaga-peniaga minyak. Kalau dia rasa bahawa harga minyak akan naik dan dia akan kurangkan stok toward the end of the month. Jadi ini adalah tidak begitu efektif dari segi kita mengawal supaya tidak ada orang mengambil peluang dari segi perubahan harga dalam masa satu bulan. Jadi dengan ada weekly ini walaupun ada tetapi tidak besar dia punyai perbezaan. Cuba bayangkan kadang-kadang kita ada berbeza sampai 20 sen, 25 sen. Jadi kalau kita tidak mengawal benda ini, kalau kita buat weekly jadi tidak ada orang mengambil kesempatan dari segi soal perubahan harga ini, satu. Nombor dua, memang tidak ada subsidi lagi except untuk GST RON95 memang kita tidak charge. Yang itu kalau kita jumlahkan hampir RM3 bilion.
Yang Berhormat.
Ya.
Mengapa 11 sen yang bersamaan dengan 3.8 peratus itu tidak boleh ditanggung oleh kutipan GST yang telah kita lakukan. Ini sebab hari itu saya mendapati dengan jawapan Menteri tentang kenaikan gula – Timbalan, dia mengatakan 11 sen ini bukan nilai yang tinggi sangat dan bersamaan dengan 3.8 percent. Kalau itulah objektif dan hasrat yang hendak disampaikan oleh Timbalan Menteri saya rasa benda itu patut disubsidikan dengan kutipan GST kita yang melambung. Pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih, dia sebenarnya kalau GST ini kalau kita tengok pendapatan yang kita dapat daripada GST ini sebenarnya cukup untuk menampung sebahagian daripada kekurangan pendapatan kita dalam kerajaan. Kalau kita menggunakan pendapatan GST ini untuk benda-benda bersubsidi dia akan menyebabkan duit sebahagian daripada collection ini akan berkurangan dan akan menyebabkan defisit negara akan menjadi besar. Sekarang ini, apa yang sahaja yang kita dapat, collection daripada GST ini dimasukkan dalam akaun yang disatukan. Dulu kita biasa dapat RM66 bilion daripada pendapatan sektor minyak. Contoh kita dapat daripada petroleum tax, kita dapat daripada royalti minyak, kita dapat daripada dividen daripada Petronas. Jumlah pada 2014 kita dapat RM66 bilion tapi bila sampai 2016 kita cuma collect RM30 bilion. There is a gap of RM36 billion. Jadi kalau gap RM36 billion ini kalau kita tidak mengawal dia dengan terus kita berbelanja dengan memberi subsidi secara tidak bersasaran ini maka dia akan menyebabkan fiskal defisit akan bertambah besar. Bila besar dia akan melibatkan rating kita affected, interest rate akan naik. Jadi tujuan kita mengawal ini ialah untuk pastikan bahawa kita masih mengekalkan kita punya bajet defisit supaya kita dapat mencapai satu tahap bajet sifar dalam masa tiga, empat tahun akan datang. Jadi saya faham Yang Berhormat dari segi peningkatan harga ini dan saya percaya kerajaan tidak berada dalam keadaan membolehkan untuk menggunakan sebahagian kewangan itu untuk beri kepada subsidi yang tidak bersifat bersasar. Gula ini tidak bersifat bersasar kerana dia dipakai oleh semua masyarakat tanpa sasar. Jadi kita percaya lebih baik kita bagi kepada golongan-golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah secara targeted subsidies seperti macam BR1M dan sebagainya.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri untuk penerangan tersebut tetapi saya rasa pandangan secara holistik perlu diambil walaupun kita beri alasan seperti untuk golongan tersasar dan sebagainya. Kenaikan harga gula dan kegagalan kerajaan untuk memberi subsidi dan tanggung kenaikan 11 sen itu menyebabkan harga barang lain naik dan menyebabkan ada side effect kepada benda-benda lain. So, secara holistiknya kalau GST dikutip untuk berobjektifkan untuk mengurangkan beban rakyat situasi ini perlu dikaji dan dipulangkan balik kepada rakyat untuk membantu rakyat. So, saya rasa pandangan secara holistik perlu diambil Yang Berhormat Menteri.
Saya ambil maklum Yang Berhormat. Pandangan secara holistik saya ini lebih kepada negara, kita lihat the impact kepada negara kalau defisit kita kalau bertambah besar. Hendak bagi subsidi ini dia kena subsidi yang bersasar, kalau kita bagi subsidi tidak kira kecil mana sekali pun tetapi kalau kita tidak bagi secara bersasar dia merupakan satu sistem yang tidak cekap. Jadi sekarang ini mungkin 11 sen, pada masa akan datang harga gula ini – dia mengikut turun dan naik, mengikut pasaran dunia. Kita tidak tanam gula, kita tidak produce gula dalam negara kita, kita import gula. Jadi gula ini up and down, at one time gula jatuh. Jadi sekarang ini isu dia ialah apabila gula naik kerajaan akan naikkan harga dengan harapan dengan apabila gula turun kita pun kena turunkan harga gula. Konsep itu lebih bermakna dan untuk membantu kepada mereka-mereka yang berpendapatan rendah ini. Saya lebih suka tengok kerajaan bagi kepada targeted group. Kalau hari ini kita mampu beri RM1,200 kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Pada masa yang akan datang kemungkinan besar kalau kerajaan mempunyai lebihan pendapatan mungkin kita boleh bagi dia lebih sikit kepada mereka yang RM3,000 ke bawah. Itu konsep dia tapi pemberian ini kenalah berlandaskan kepada pendapatan kerajaan. Kalau kita beri kepada orang tetapi kita commit ourselves forever jadi it is not sustainable. We must make sure that kita mempunyai economy policy yang sustainable. Bila time kerajaan mempunyai pendapatan yang bagus kita boleh agihkan bersama dan ini boleh dilihat dari segi pembentangan dalam bajet sama ada kerajaan berada dalam keadaan defisit atau tidak. Jadi itu sahaja Yang Berhormat. Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat.
Menteri, Batu Gajah.
Ya.
Tunjuk kepada Bagan Serai itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri saya hendak balik kepada minyak tadi. Apakah keputusan kerajaan atau apakah status perbincangan sekarang ini berkenaan dengan ura-ura mengatakan akan ditetapkan harga siling minyak. Ini sebab dikatakan kalau penetapan berlaku akan dapat membantu golongan- golongan yang B40, yang miskin dan susah. Sedangkan saya ada dengar rungutan mengatakan bahawa jika ini dilaksanakan maka pengusaha-pengusaha stesen minyak juga akan mengalami masalah dan kemungkinan ada yang terpaksa gulung tikar, terima kasih.
Dia penetapan harga minyak daripada bulan kepada minggu tidak ada menjejaskan siapa-siapa. Ini sebab pengiraan bulan dan minggu ini sama. Bila kerajaan menetapkan siling tersebut ialah mengikut harga pasaran, kalau harga jatuh the next week harga jatuh. Sekarang ini kalau harga jatuh, kita kena tunggu sebulan sebab kita hendak habiskan bulan tersebut. Itu dia punya advantage yang kita nampak. Kalau harga naik dia akan ikut, harga jatuh dia akan ikut harga jatuh tetapi secara weekly. Mana tidak ada mana-mana pihak terutama syarikat-syarikat pengusaha minyak yang diberi tekanan oleh mana-mana syarikat untuk load barang- barang apabila dia tahu harga hendak naik. Itu sahaja yang lain saya ingat tidak ada cuma pengiraan sama dan tidak ada memberi sebarang kelebihan cuma dia lebih transparent tiap-tiap minggu kita dapat lihat macam mana kita tengok kita punya currency today. Our currency is moving everyday. Jadi orang tahu kalau you hendak pergi tukar duit you boleh pilih dekat mana hendak beli tapi that the ceiling price yang kita tetapkan. Okey.
Menteri.
Then, kalau ada syarikat-syarikat minyak hendak jual bawah daripada calculation kita buat dia boleh tulis surat kepada KPDNKK dia cakap dia hendak buat promotion dua bulan, tiga bulan. Dia boleh tulis kepada KPDNKK untuk mendapat approval supaya dia tidak ada price war berlaku dalam negara kita.
Menteri. Boleh?
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih, Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju kah Menteri kalau saya kata kerajaan mengutip GST sebanyak RM40 bilion setahun dan penjimatan daripada subsidi ini adalah lebih kurang RM20 bilion kalau kita campurkan kedua-dua ini RM60 bilion. Maksudnya rakyat menjadi RM60 bilion miskin tiap-tiap tahun.
Terima kasih, Yang Berhormat, saya ingat pertama bila kita cerita pasal kerajaan collect RM41 bilion ini.
Dia sebenarnya kita tak boleh tengok RM41 bilion itu as an absolute term. Oleh sebab sebelum kita implement GST ini, kita ada SST. SST kerajaan collect RM18 bilion. Jadi kalau kita nak cerita lebihan itu adalah the difference lebih kurang dalam RM20 bilion. RM20 bilion plus rationalization subsidies seperti mana Yang Berhormat sebut, lebih kurang dalam RM10 bilion hingga RM11 bilion, total about RM30 bilion. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita kehilangan pendapatan RM36 bilion daripada kejatuhan harga minyak. Jadi apa yang saya nak sebut ialah kita ambil pendapatan tambahan ini kita cover kehilangan pendapatan kita daripada harga minyak menyebabkan kita masih boleh maintain kita punya defisit. Jadi sebab itu kalau kita bandingkan dengan sebahagian daripada negara-negara yang mempunyai ekonomi yang bergantung strictly kepada minyak. Bila harga minyak jatuh, dia punya defisit negara sampai mencecah 16, 17 dan 20 peratus. Akan tetapi kita— sebab kita dah diversify kita punya ekonomi ini maka minyak ini walaupun sangat penting kepada pendapatan negara tetapi kita tak solidly bergantung kepada minyak sahaja. Ini kerana ekonomi kita ini very diversified, dari segi kita tengok service sector kita 54 peratus contribution to our GDP. Our manufacturing 23 percent, our mining which include oil and gas about nine percent. Kemudian our agriculture sector is about eight percent and our construction is about four to five percent. So, basically it’s well diversified. Kalau kita tengok some of the country yang eksport minyak ini, dia tidak ada. Dia kalau harga minyak jatuh, dia habis. You know. You tengok some of the countries macam Angola for example. Dia eksport minyak, bila harga minyak jatuh, practically dia nak beli barang pun US Dollar dia tak ada. Jadi kita mengimbangi perkara ini. Yes, Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Pandangan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri adalah lebih kepada harga pasaran minyak dan sebagainya. Akan tetapi langsung Yang Berhormat Menteri tidak sentuh tentang ketirisan dan rasuah yang sedang berlaku. Saya rasa benda itu pun perlu diberi penekanan. Pandangan Yang Berhormat seolah-olah harga pasaranlah menentukan ekonomi kita pada hari ini dan kita tak boleh bagi subsidi dan sebagainya. Akan tetapi itu yang saya kata tadi Yang Berhormat Menteri tidak mengambil jalan untuk memandangnya secara holistik. Terima kasih.
Dia bila soal ketirisan ini, saya rasa very subjective. Saya rasa elok kalau isu-isu ketirisan, corruption dan sebagainya ini kita mempunyai agensi-agensi yang tertentu untuk menyiasat. Akan tetapi apa yang saya nak tekankan bahawa dari segi dasar ekonomi kita, the principle of kita punya ekonomi itu, itu the big picture. Akan tetapi kalau kita nak masukkan isu-isu dari segi ketirisan dan corruption dan sebagainya, that kita boleh address separately in as far as you bring the case, bring the issue, I’m sure there would be a proper ministry will look into it. So I think kita nak kena bezakan dari segi dasar, konsep kita punya polisi ekonomi kita dengan isu yang Yang Berhormat bangkitkan. Oleh sebab kerana kalau kita nak cakap corruption secara general, ataupun tidak ada specific, a bit difficult untuk saya nak argue dari segi soal ini sebab kalau kita pergi mana sahaja kementerian dekat dalam
negara kita ini, siapa yang mengaku ada buat corruption. Saya tak pernah jumpa lagi ada satu kementerian mengaku yang dia ada buat corruption. Jadi apa yang saya nak tekankan ialah yang paling penting kita mesti strengthen kita punya institution. That’s the issue. Kita mesti strengthen all these institutions yang boleh memastikan boleh kita provide a check and balance dalam kita punya sistem. Saya nak beritahulah...
[Bangun] Sikit ya.
Kalau kita punya pendapatan kerajaan ini— yes Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berpendapat negara kita ini dengan izin, we are really very blessed, iaitu kalau kita lihat betul-betul tidak ada dalam dunia yang memiliki nikmat seperti kita. Contoh we have a fortune from the sky, dengan izin diturunkan hujan, basah bumi Malaysia, nak tanam apa semua tumbuh. Dalam bumi ada bijih emas, bijih timah, bauksit, besi, di lautan ada gas, ada minyak. There’s nowhere in the world, dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang kita dapat nikmat seperti ini. Pada pendapat saya, it’s not a question of sekali lagi dengan izin. It’s not a question of revenue, income. It’s a question of how we spend our money, it’s an expenditure. Saya hendak mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan— dia ada saya kira kan konsep 2K. Kalau kita hendak melaksanakan program, nombor satu kita tanya diri kita ataupun kita tanya orang yang kita nak berikan. Apakah keperluan dia, demand dia, tinggi tak keperluan dia. Yes, keperluan dia ada. Akan tetapi tanya diri kita pula, apakah kemampuan kita? Mampu tak kita, kalau kerajaan mampu, baru kita buat. Kalau keperluan dia high demand, ada kemampuan daripada kita baru kita laksana. Ini saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak kadang-kadang kita belanja di atas benda yang keperluan itu rendah. Saya kembali balik that 2K principle. Apakah keperluan rakyat, very demanding dan apa pula kemampuan kita. Kalau kita matchkan itu, saya percaya tidak ada soalan boros dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum. Cuma saya hendak berkongsi di sini dari segi...
Nak tanya GST. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di Parlimen, pihak kerajaan memberitahu bahawa pembayaran balik GST adalah lebih kurang dalam dua minggu satu bulan. Akan tetapi pada hakikatnya di kawasan saya di Manjung, ramai yang mengadu sampai yang menjual kita kata industri poultry farming yang memang besar di Manjung dan lain-lain industri dikatakan sampai lapan bulan belum mendapat we called this tuntutan balik, ada yang enam bulan. Yang pergi ke Putrajaya mohon kenapa lambat dituntut, dikatakan Kementerian Kewangan tidak memberikan peruntukan yang mencukupi. Adakah— saya hendak tahu sebenarnya kenapa ia mengambil masa begitu lama dan menyebabkan cashflow kerana ada kalanya business pun tak sampai enam peratus keuntungan. Akan tetapi kalau enam hingga lapan bulan, perniagaan tidak dapat diteruskan kerana cashflow problem. Kedua, adakah benar pihak kementerian selepas mengutip wang tersebut tidak dengan terus diperuntukkan untuk dibayar balik kepada mereka yang boleh tuntut ataupun kenapa selepas dimasukkan dalam wang consolidated fund, ia digunakan untuk hal-hal lain hinggakan tidak ada wang untuk bayar balik kepada rakyat yang berhak untuk menuntutnya.
Yang Berhormat, itu cerita fasal kalau kita tak bayar refund itu tak betul. Akan tetapi kalau ada kes-kes yang lambat Yang Berhormat, dia mesti ada sebab. Dia mesti ada sebab kalau lambat. Dia bukan sebab Kastam tak mahu bayar. Saya nak beritahu Yang Berhormat, kita ada mempunyai kes di poultry industry. Berlaku satu penipuan yang sangat besar dari segi claim refund. Hampir mencecah RM100 juta. Kes ini telah dibawa kepada mahkamah dan dalam masa sedikit masa nanti kita akan dapat tahu. Dia berlaku refund claim yang dibuat melalui invois yang tak wujud. Berlaku. Jadi banyak— ada certain industri ini very straight forward. Ada sesetengah industri ini kakitangan-kakitangan kerajaan ataupun Kastam pun juga memerlukan sedikit pengalaman untuk understand. Akan tetapi bila dah kena baru tahu, kita ada kes melibatkan poultry. Akan tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya hendak beritahu Yang Berhormat kalau ada di kalangan peniaga-peniaga di kawasan Yang Berhormat yang terlibat dalam industri apa sahaja yang menyebabkan terjejas ekonomi beliau kerana dia tak dapat refund premium, therefore they are not more competitive. Please write to me, I want to make sure that I address the issue. There must have— kita mesti mahu address
isu ini. Itu sangat penting because kalau tidak how— if you don’t help the business entity, how do you grow the economy? So the same time, kita pun nak pastikan bahawa kakitangan-kakitangan kerajaan mesti memahami isu ini. Jadi saya hendak a specific case, kalau you betul-betul ada kes-kes yang macam ini, saya hendak ambil my personal interest to look into it. Because that’s the only way yang kita boleh make our system of our GST ini become more and more efficient. Itu saya cadang, Yang Berhormat. To answer Yang Berhormat punya soalan tadi ya. Just to share kita dalam Dewan ini. Setiap pendapatan yang kita dapat ini kalau kita tengok the most significant amount yang kita spend ini ialah gaji atau emolumen. Tahun 2016 kita spent approximately about RM74 billion untuk emolumen.
Kemudian, pencen kita ada lebih kurang RM20 bilion. These two items are the biggest one dalam government. Kemudian saya juga hendak berkongsi, kita ambil Kementerian Pendidikan, contohnya. Kementerian Pendidikan, primary and secondary school sahaja, kita total allocation, entire termasuk OE dan DE, RM43.9 bilion untuk 10,180 sekolah. Kalau you translate RM43.9 bilion ini, allocation yang kita bagi kepada Kementerian Pendidikan ini, compare dengan 10,180 sekolah, effectively one school that the government has allocated RM4.3 milion termasuk cikgu, sekolah, utiliti everything, on average. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kemudian kalau kita tengok public university, politeknik, community college, total number lebih kurang ada 1,460. Kita allocated untuk Kementerian Pendidikan Tinggi termasuk OE dan DE, RM12.1 bilion, approximately one institution about RM8.3 milion. Kalau kita translate dari segi student, kalau kita tengok primary dan secondary school student, total number kita ada 5,074,000. Ambil allocation yang kita bagi tadi, translate by number of student, satu student kita bagi satu tahun RM8,668 bahagi dengan 12, satu student dapat approximately about RM700. That is the amount of money that government allocated for this sector.
[Bangun] .
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Every anak-anak kita yang pergi belajar, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, that kind of allocation yang government masukkan dalam Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, memandangkan Yang Berhormat Menteri sedang membicarakan isu mengenai Kementerian Pendidikan, saya cuma ada satu soalan yang ingin tujukan kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah sebab utamanya mengapa peruntukan untuk sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil pada tahun 2016 lewat ataupun gagal diturunkan kepada sekolah-sekolah pada tahun 2016. Terima kasih.
Saya ada specific jawapan itu. Sekejap lagi saya sampai situ karang, saya jawab perkara itu. Yang Berhormat Batu Gajah pun ada tanya soalan itu. Nanti saya jawab after that. Can I move on the next one.
[Bangun] .
Ini ada 4 orang bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Go back to the subsidi tadi, itu minyak makan punya subsidi. Berapa yang kementerian ini ada allocation untuk Sabah? Itu macam tempat saya Sandakan, selalu tidak ada ini subsidi minyak makan. Ini satu, I think it’s not fair. Kita ada beberapa ini refinery, 7 refinery in my area tetapi selamanya, we don’t have subsidi minyak.
Yang Berhormat, mengenai subsidi minyak masak, MOF memperuntukkan hampir 60,000 metrik tan sebulan. Akan tetapi cara pengagihan ini Yang Berhormat kena tanya kepada Kementerian KPDNKK, dia akan beritahu macam mana dia allocate. Tetapi apa yang saya hendak tekankan bahawa 60,000 ini, is considered excessive sudah. Oleh sebab kalau kita ikut cara kasar kita, on average rakyat Malaysia ini maksimum kita pakai sebulan lebih kurang 40,000 metrik tan, tetapi kita bagi 60,000. Banyak ketirisan ini berlaku mungkin kerana enforcement juga adalah merupakan salah satu daripada isu yang terpaksa kita pertingkatkan. Tetapi apa yang paling penting saya hendak tekankan ialah sebahagian daripada minyak-minyak yang masak yang subsidi ini pergi kepada industri-industri kecil. Ia pergi ke industri-industri kecil. Jadi bila pergi kepada industri kecil ini kalau tidak ada penguatkuasaan yang cekap ia akan menyebabkan ketirisan. So, inilah yang sedang dipantau Kementerian KPDNKK. Saya percaya kalau bagi masa yang secukupnya untuk kementerian ini menjalankan aktiviti ini, saya percaya kita akan boleh reducekan further kita punya supply dan agihkan mengikut state ataupun location yang memerlukan.
Terima kasih, Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat kalau boleh Yang Berhormat Menteri menolong dalam hal ini ialah tentang GST. Banyak pegawai-pegawai sendiri masih tidak faham tentang sama ada GST dikenakan atau tidak, terutamanya harta-harta commercial. Saya dapati baru-baru tahun lepas ada satu administrative recall order oleh pengarah berkenaan dengan commercial property. Dikatakan yang melebihi satu hektar akan dikenakan, yang lain kata dalam satu tahun kalau jualan pembelian hartanah itu lebih RM500,000. Yang saya sebagai peguam tidak dapat jelas daripada undang-undang GST itu. Ia dibuat secara administrative. Saya mohon ialah kita sebuah negara mesti mengikut rule of law, undang- undang. Kalau boleh disediakan dengan terperinci. Dalam keadaan manakah GST dikenakan kerana ramai peguam yang tidak tahu. Kalau tidak kutip nanti denda pula, nanti didakwa pula dan bukan niat tak nak bayar. Akan tetapi kalau hendak bagi nasihat kepada penjual, pembeli, kami pun tidak tahu bagaimana menasihati mereka. Saya mohon kepada kementerian supaya dalam masa di mana teething problem di mana pegawai pun tidak faham, kalau ada pelanggaran yang dibuat dengan tidak sengaja kerana tidak tahu keadaan sebenar, mohonlah jangan didenda ataupun berilah peluang tunjukkan cara. Kemudian minta mereka memfailkan atau membayar GST yang perlu. Jangan denda kerana pegawai sendiri pun tidak faham tentang sama ada adakah GST dikenakan.
Habis? Mana-mana pegawai kastam yang tidak reti, then elok berhentilah. Mana boleh, mana boleh tidak tahu, dia yang buat GST, mana boleh tidak tahu. No. Sebenarnya yang confused ini ialah.. kita kena very clear, GST tidak caj kepada residential property. Kalau commercial property, dia ada GST. GST, commercial kena ada GST.
Yang dapat perintah itu saya dapati ada threshold..
Itu nanti saya check lah.
..Sama ada RM500,000 kah? RM2 juta kah? Tanah lebih 1 ekar kah? kurang 1 ekar? Ini daripada.. sebab itu orang biasa tidak tahu. This is administrative order. Sebab itu rakyat sendiri, saya sebagai peguam pun tidak tahu tentang GST ini. Saya pun tanya di Manjung, di Ipoh, ramai pun yang tidak tahu. Jadi sebab itu...
Saya akan check fasal threshold ini. Tetapi yang saya tahu property commercial kena GST, residential tidak ada. Saya akan check. Kalau dalam commercial pun ada threshold, saya akan check dan saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Alright.
[Bangun]
Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Penampang. Ya, Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Ini berkaitan dengan GST dan juga possibly stamp duty yang Yang Berhormat
Menteri mungkin akan touch on later. Tanah-tanah, native land di Sabah. Ada beberapa tanah yang walaupun bukan commercial tetapi banyak bangunan dibina di mana commercial activities ada. So, I would like to get very clear confirmation from the Federal Government bahawa tidak ada GST akan di-impose dan juga stamp duty terhadap tanah berstatus native title di Sabah, terima kasih.
Saya tidak mempunyai maklumat untuk saya bagi jawapan. Saya akan pastikan pegawai akan ambil soalan Yang Berhormat ini, kita akan check dan saya akan bagi maklumat yang sebetulnya.
Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.
Itu jawapan bertulis, terima kasih.
Yang Berhormat..
[Ketawa]
Ya, Yang Berhormat Puchong.
Saya. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya memerhati kawan baik saya ini, sudah lama sudah. Kita tengok cara dia explain saya memang faham semua isu-isu makro dia. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat Menteri hendak share sedikit, saya pun hendak share sedikitlah dengan Yang Berhormat Menteri. Bagi saya isu tentang kerja Menteri ini sebenarnya sebagai Chief Financial Officer. You are looking after the finances of the government, your revenue, your expenditure. Akan tetapi isu terbesar bagi kita semua ialah isu tentang ketirisan dan rasuah. Dan kita boleh quantify, saya memang faham, Yang Berhormat Menteri itu kerja MACC di bawah PM’s Department. Akan tetapi yang kita control dalam Ministry of Finance directly ialah Development Financial Institutions.
Kalau kita tengok DFI ini sebagai satu bank, performance-nya teruk sangat. Kalau komersial bank 100 kali ganda lebih efektif. Jadi sekurang-kurangnya kita lihat, kalau boleh Menteri fokus sedikit ketirisan dan juga kehilangan wang daripada DFI, kita boleh jaga balik, boleh dapat berapa bilion balik daripada dana yang kita perlu. Kedua ialah kita perhatikan isu fiskal. Betul? Kita menggunakan satu ratio emolument to supplies and services. Saya perhatikan Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2015 mengamalkan setiap satu ringgit kita bayar emolumen, kerajaan guna lebih kurang 49 sen untuk supply and services. Tahun 2016 oleh sebab austerity susah, saya faham susah dengan kejatuhan minyak, kerajaan telah berjaya memotong ke satu ringgit emolumen dan 29 sen supply and services. Maknanya dulu 20 sen lebih itu berbilion- bilion sudah hilang. Maknanya kalau betul-betul kerajaan hendak potong, hendak austere dia boleh buat. Menteri juga adalah juga satu corporate leader yang besar dan saya juga, keluarga saya juga ada corporations, kita lihat sebenarnya emolument to supplies and services sepatutnya 20 sen sahaja. Maknanya ada 9 sen lagi yang boleh potong. Saya minta Minister Finance pantau baik-baik semua kementerian, minta dia potong sembilan sen lagi daripada supplies and services, kita boleh dapat 4 bilion, 5 bilion lagi. Akhirnya saya hendak kata, kita banyak isu tentang confidence level. Bila kerajaan kata kita sabotaj ekonomi sebelum ini, I think that is unfair and I like your attitude, you don’t take this very combative approach. Kita pun sebenarnya bukan semua hendak hentam sahaja. Kita tengok apa Financial Times tulis, apa Wall Street Journal tulis, apa maruah negara kita, our prestasi, reputation kita sebagai satu destinasi for investment, ini membimbangkan sangat. Jadi saya harap pihak Menteri, kalau boleh sebagai CFO kepada Malaysia, advise the CEO to do his job properly and to resolvel all these issues and in particular, the biggest kleptocracy case has to be resolved. Kita sepatutnya satu- satunya...
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Seorang kena di caj. Takkan satu orang tak kena pun, 25 bilion sudah hilang.
Ya...
So please advise as the CFO of the country and I really appreciate your efforts. Terima kasih.
Terima kasih. Boleh saya juga tanya soalan? Saya dengar tadi apa yang disebut oleh Menteri Kewangan dan dijuruskan kepada isu rasuah di mana disebut apa yang penting ialah untuk kami strengthen the institutions dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Rujukan juga dibuat kepada MACC dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak-pihak sebegitu supaya kita ada satu sistem di mana ada public confidence dan rakyat percaya bahawa memang ada check and balance yang efektif di dalam sistem kewangan kita. Di sini saya bangkit sekali lagi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kes 1MDB dan of course saya juga merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II hari ini dalam satu surat terbuka. Saya baca apa yang disebut di situ. Dikatakan, this is paragraph three of your letter Sir, “The 1MDB issue has been extensively deliberated by all parties and I must say I have never seen or experienced anything of the sort where almost all the agencies, ranging from the police, MACC, Bank Negara Malaysia, the Auditor General, the Public Accounts Committee and the Attorney General, scrutinized the 1MDB issue in extensive depth and all at the same time”. Ini surat yang ditulis oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi saya hendak tanya, number one, apakah status siasatan ini? Kedua, kenapa sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil? Ketiga, sampai bila kita hendak siasat perkara ini, di mana kita kerap kali sebut, “We don’t have the full picture”. How can we not have the full picture when you are government in control and you have all the information with you? Keempat yang saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Pekan menjadi satu suspek? Perdana Menteri kita menjadi satu suspek di dalam siasatan yang dijalankan? Kelima, kalau dia seorang suspek dalam siasatan ini, kenapakah dia masih boleh menjadi Perdana Menteri di mana beliau ada direct control over these agencies and ketua-ketua agensi-agensi yang terbabit? Sila jawab. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sebelum menjawab isu-isu yang disebut sebagai sub judice pada Parlimen yang lalu Yang Berhormat, masih terpakai pada parlimen ini. Masa perbahasan pun saya menegur perkara yang sama. Saya cuma jalankan tugas dan perintah yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara ini Yang Berhormat.
Ini bukan sub judice Tuan Yang di- Pertua. Ini adalah hasil daripada surat yang ditulis oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan hari ini.
Tahu. Surat itu dibuat di luar dan bukan di dalam Dewan.
Ya tetapi ini dalam pengetahuan beliau dan ini adalah berkenaan dengan siasatan terperinci. Satu siasatan yang separate, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Ya, saya ingatkan Yang Berhormat kerana ada perintah Tuan Yang di-Pertua mengenai isu ini.
Okey fine. Yang Berhormat Kelana Jaya. Fasal DFI ini saya ambil maklum sebab kita pernah dulu lihat banyak syarikat-syarikat bank development finance institution ini mengalami kerugian yang besar apabila kita mengalami krisis ekonomi pada 1998 dan juga 2008. Kemudian, DFI ini dia baik semula, bagus dan almost all DFI now making profit. Saya agree dengan pandangan Yang Berhormat Kelana Jaya tadi bahawa DFI ini tahap kecekapan dan efficiency boleh dipertingkatkan tetapi apa yang saya hendak stress kepada Yang Berhormat Kelana Jaya is that, kalau kita tengok perbezaan dari segi objektif DFI dengan komersial bank ini adalah sangat berbeza sebab banyak daripada komersial bank ini dia cuma mengambil risiko kepada yang dia rasakan bahawa is manageable risk. As compared to DFI, sometimes government policy, government comes up with the policy to introduce, to promote certain industry. For example marine industry.
Jadi kita bagi allocated a fund for them to promote the industry. Jadi banyak kes- kes yang permulaan oleh sebab kita hendak pastikan bahawa kita tak rely banyak dari segi services yang dikeluarkan oleh syarikat daripada Singapura, maka kita galakkan pemberian pinjaman untuk menaikkan kapasiti sesuatu industri. Saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat Kelana Jaya sudah tentu efficiency dari segi pentadbiran DFI dan juga meningkatkan tahap kecekapannya boleh diperbaiki seterusnya dan supaya kita dapat lebih memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan terutama mereka yang menjalankan perniagaan untuk mengembangkan ekonomi negara. Dari segi penjimatan calculation yang Yang Berhormat buat dari segi expenditure ataupun supply and services, saya ambil maklum kerana sudah menjadi lumrah bila kita ada duit yang berlebih sikit, maka kita buat banyak benda-benda yang kita tidak mampu hendak buat dulu, kita buat. Akan tetapi bila keadaan kewangan meruncing, sudah tentu banyak program terpaksa kita potong dan sebagainya dan kita lihat cuma kepada program-program yang perlu sahaja untuk dikendalikan. Jadi saya ambil maklumlah pandangan Yang Berhormat. Mengenai soalan Yang Berhormat Puchong, I think you have to wait for the entire investigations to complete and I cannot give you the time when the completion will be complete and at this moment this is what we are.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri Kewangan II, Yang Berhormat telah keluarkan satu statement. That statement is on the net today and it says that you are aware of the scrutiny into the issue and the extensive depth of investigation. So, adakah itu benar atau tidak? Itu nombor satu. Just let me finish, so you can answer. There is only two of points Yang Berhormat. Kedua, kita lihat bagaimana Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Pekan makes allegations bahawa yang kononnya ada pihak-pihak yang hendak sabotaj ekonomi dan sebagainya when it’s actually him by virtue of his own actions that has brought this country to shame. Akan tetapi tidak ada sebarang niat pada pihak Yang Amat Berhormat Pekan sebagai CEO, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kelana Jaya untuk mengatasi masalah ini. I know you are in a difficult position, but at least if we say sebagai Menteri, that we take an interest and bila ada kes-kes semacam ini, tugas kita untuk kita pastikan tidak ada ketirisan, tidak ada rasuah, then at least kita perlu dalam keadaan untuk memberi jawapan kepada Dewan Rakyat berkenaan dengan tindakan yang telah pun diambil. So saya minta pandangan atau jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
I told you that earlier I don’t have answer for that. Okay, saya teruskan.
Just to confirm, so that means that the letter that you have written today is not true?
Ya? My letter is a statement of facts. That’s it.
But it’s not true. In terms of...
It’s a statement of fact. I can tell you we have deliberated this...
But what are the details? Just to ask you, what are the details?
No, if you want the details, you come and see me.
This is the Dewan Rakyat. I’m not going to come and see you outside, I want answers here. The whole country is looking for answers. I’m not going to go out and speak to you to get answers. You should answer the question here. Is he a suspect? Yang Amat Berhormat Pekan. Is he is a suspect in this investigation? At least one question, answer me.
You ask the JPM Minister.
I’m going to ask them later but I’m asking you because you wrote the letter.
Eh! What’s wrong with my letter?
Your letter says you are aware of investigations.
Of course. Everybody is aware about the investigation.
No, you say deliberate. You know that...
Hmm, jangan berdialog Yang Berhormat.
Are you saying that you are the only one don’t aware about the investigation?
No, you are saying that. My question to you...
Seorang- seorang. Seorang-seorang bercakap.
...Is that means that what you stated in your letter here is not true.
Don’t twist and turn your words.
Yang Berhormat Puchong.
Bertenang.
Is Yang Amat Berhormat Pekan a suspect or not? At least answer that one question. Apa susah sangat? Is Yang Amat Berhormat Pekan a suspect? You want to answer my question outside of the House. That means you have an answer but you do not dare state that answer in this House. Is it?
Seorang- seoranglah, cukuplah Yang Berhormat.
Very well, let the record show then this is the minister that we have in the Dewan Rakyat today.
Menteri, Menteri.
Nak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Ya.
Terima kasih. Saya memang faham. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang faham bahawa kedudukan Menteri ini susahlah nak jawab kepada kawan baik saya daripada Puchong tetapi saya hendak tanya satu sahaja. Is Jho Low a suspect? Satu dunia kata dia memang suspek. Kenapa Jho Low dilepaskan?
Yang Berhormat Menteri, ya.
Yang Berhormat, I think kalau kita tengok daripada segi penyiasatan ini, penyiasatan 1MDB ini bukan sahaja dibuat oleh Kerajaan Malaysia. And as far as Kerajaan Malaysia is concerned, almost every agency is already investigating the matters and you can check and ask every agency. Dia telah mengeluarkan kenyataan setiap agensi. I’m not here to change dia punya kenyataan. I cannot change PDRM punya kenyataan, I cannot change MACC punya kenyataan. Saya tidak boleh menukar kenyataan AG Chambers. I cannot change Auditor General punya statement, I cannot change PAC punya statement. What do you expect me, Yang Berhormat Puchong? You expect me to do what? To change all the statement of these agencies? [Tepuk] Come on, you are a lawyer. You are a senior lawyer. Kalau macam ini punya attitude [Tidak jelas] you ask soalan budak sekolah.
I’m asking you to explain your own statement today. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri pada hari ini menyatakan bukan untuk... [Tidak jelas]
Soalan budak sekolah, soalan budak sekolah.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak minta untuk change statement. I’m asking you to tell us what you know. Kalau you don’t know anything, just say you don’t know. Why change statement?
Yang Berhormat Puchong.
Kita kata sebagai Menteri bahawa kita tahu berkenaan dengan siasatan itu. Kita tahu bahawa ada siasatan mendalam.
Do you understand? No, my question to you, listen...
Yang Berhormat.
Apabila saya tanya untuk butir-butir, you stand up and ask whether you want or I want you to change statement. What nonsense is this? I’m asking you to tell us if you know the details, tell the House now what the details are. Don’t ask me to go out and have a chat with you.
There is no answer I want to give you.
That is what I want. Number one, is he a suspect? Number two, why is it taking so long? Number three, what is happening to the investigation and until when?
Sudahlah Yang Berhormat, sudah.
Simple question, takkan Menteri tak tahu. Answer me in Dewan now kalau boleh.
Yang Berhormat Menteri, ya. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Puchong, that is the answer that I want to give to you. Do you expect me to change MACC punya kenyataan?
That is not the question, the question is...
Cakap seorang- seorang, Yang Berhormat.
No, no. I’m telling you, that is the answer I want to give you.
Jangan lari daripada soalan.
Yang Berhormat.
No, no. I want to ask you that question.
Jangan lari daripada soalan, jawab soalan. Jawab.
No. No need to jawab soalan. Who are you for me to jawab soalan? I’m telling you now...
I am a member of this House. Saya Ahli Parlimen, saya tanya soalan kepada Menteri secara baik.
Ya, I already gave you the answer. I already answered you what.
Saya minta jawapan, then answer. Jangan cakap saya akan jawab di luar, jawab dalam sekarang.
Now I answer you.
Sila.
I jawab sekarang.
Sila, sila.
My answer is very simple. You expect me to change MACC punya kenyataan?
Who said that? Apa ini berkenaan dengan MACC punya kenyataan?
Yang Berhormat Puchong, seorang-seoranglah Yang Berhormat Puchong. Seorang-orang.
Saya tanya, you said that you are aware of what the investigation...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Puchong.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Itu sahaja.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] It’s stupid of you if you don’t understand about...
No, it’s not stupid. It’s stupid of you do not know to answer question. Do not start calling people name. [Tidak jelas] you are a minister. Maintain your composure, behave yourself. Don’t misbehave.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Puchong, duduklah Yang Berhormat Puchong.
You can tutup the mic but I will still speak and I will be heard.
Yang Berhormat Menteri.
Menyiasat kerja agensi. You expect what? Ini soalan bodoh. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, ini Menteri bodohlah bukan soalan bodoh, Menteri bodoh.
[Dewan riuh]
Kalau bodoh, kalau you jadi senior lawyer tapi macam ini you punya soalan, you pun bodoh jugalah.
Confirm lawyer bodoh.
Ha ini lagi satu orang.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Perkataan bodoh jangan sebutlah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Sama-sama pun bodoh juga.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Minta duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong, duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Bukalah. Saya dengar, saya sakit telinga. Buang masa. You peguam tapi you bodoh.
You baru masuk...
Sakit telinga, koreklah.
Menyiasat lain, perbahasan lain. Itu pun tak faham.
Bukan soalan bodoh. Go away. Minta dia jawab.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Puchong duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta perkataan bodoh tidak digunakan dalam Dewan. Kedua-dua pihak jangan menggunakan perkataan itu, Yang Berhormat.
La, dah memang bodoh pun.
Ya lah, tapi memang bodoh.
Jangan gunakan perkataan itu.
Biar Menteri jawab.
It’s unparliamentary, dua-dua pihak jangan gunakan perkataan bodoh Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat Tanjong Karang, you memang fail law-lah. You tak tahu apa-apa, kita semua tahu. Sit down.
Yang Berhormat Puchong, cukuplah Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Menteri, teruskanlah Yang Berhormat.
Menteri Kewangan, saya minta senang. Kalau boleh jawab, jawab. Kalau tak boleh jawab, sebut sahaja tak boleh jawab. Simple.
Yang Berhormat Puchong, cukup Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Kota Kinabalu minta laluan.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Tadi soalan kalau susah mahu jawab, saya harap saya punya soalan ini senang sikitlah.
[Dewan ketawa]
Tidak susah punya, senang-senang sahaja. Ini Sabah punya soalan. Menteri, ada satu orang namanya Michael Chia. Ini Michael Chia sudah lama punya, saya fikir Menteri boleh ingatlah. Michael Chia telah ditangkap di Hong Kong atas tuduhan penggubahan wang haram di Hong Kong pada 2008 dengan jumlah wang sebanyak SGD16 juta, 40 juta mungkin lebih sekarang. Wang itu...
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebentar. Saya ingin tahu sama ada perkara ini dibahaskan di dalam perbahasan. Kalau tidak dibahas Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh membawa isu ini pada ketika ini.
Ada, saya bahas. Ada, ada. Saya ada minta Menteri— saya tanya itu akaun di Switzerland. Jadi ini ada kaitan. Jadi, saya mahu tahu.
Yang Berhormat, kalau dibahas, mungkin Menteri ini tak menjawab, mungkin kementerian akan menjawab. Kalau dibahas. Kalau tidak dibahas, perkara ini jangan dibawa pada ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, dengar dahulu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini kaitan dengan rasuah, korupsi.
Speaker bercakap, yang lain jangan bercakap ya. Saya punya penjelasan, jika perkara ini belum dibahas, jangan bahas pada ketika ini kerana melanggar peraturan. Jika dibahas, tak payah ulang sekarang ini. Mungkin Kementerian Kewangan tak pick up, kementerian lain akan pick up. That’s it. Kalau belum dibahas, kalau telah dibahas, tunggu kementerian- kementerian yang lain untuk menjawab.
Saya mahu minta Tuan Yang di-Pertua.
Tak payah ulang lagi, Yang Berhormat.
Saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua, Menteri akan jawab saya punya soalan kerana saya ada dibahas? Adakah?
Ya.
Adakah? Ada jawapan?
Ini pasal apa? MACC?
Pasal inilah, Michael Chia lah.
Ya lah, pasal apa? Ini MACC kah?
Michael Chia.
MACC? MACC?
Di sini, dalam saya punya speech.
Ya tahu, ini MACC kah?
Yang Berhormat.
Ha, ada sedia saya punya jawapan ke?
Saya jawab.
Kalau ada sedia jawapan, saya akan tunggu Tuan Yang di-Pertua. Kalau tiada, saya ambil keputusan untuk tanya sama Menteri.
Yang Berhormat, jangan macam ini Yang Berhormat.
Nanti, nanti. Yang Berhormat, ini...
Tuan Yang di-Pertua, ini kurang faham ini.
Menteri, jangan kau lari. Jangan kau escape ya. I don’t want you to escape. Sikit-sikit saya bilang saya punya soalan sahaja, belum juga dijawab.
Menteri, tidak payah jawab ini. Bikin malu sama orang Sabah sahaja ini. Dia tak faham punya.
Orang di sana pun patut duduk punya, jangan dengar sama dia.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya tanya duit itu, akhirnya dikata kita...
Tidak payah ulang lagi Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ada kebenaran kah ini?
Soalan ini.
Bank Negara, Bank Negara.
Bikin malu sama orang Sabah sajalah ini. Duduklah.
[Bercakap dalam bahasa Mandarin] Wang itu akhirnya dianggap sebagai derma kepada UMNO Sabah. Saya mahu tanya adakah derma dibagi kepada UMNO Sabah? Okey. Ini senang saja.
Tidak payahlah.
Kedua...
Tidak payah bahas lagi Yang Berhormat.
Apa ini, saya sudah bahas... [Tidak jelas] ...
You don’t understand. Tidak faham apa yang saya cakap ini. Tidak payah bahas lagi. Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dia pun tidak faham apa yang saya tanya.
Hei, saya baik-baik tanya. Kamu main kasar lagikah? Saya orang Sabah bukan mahu lawan.
Semua baik, baik saja. Tiada jawapan.
Saya mahu cerita baik, baik. Saya hanya tanya soalan. Banyak pula timbul.
Semua baik, baik tanya pun tidak ada jawapan.
Baik, baik tanya, kementerian mahu baik-baik jawab. Mahu kena pukulkah?
Apa ini.
Macam mana mahu jawab, kau satu tadi Yang Berhormat tanya pun tidak tahu apa dia punya pertanyaan.
Ini harimau tau, jangan kau main-main.
[Ketawa]
Apa ini. Okey, saya juga. Tuan Yang di-Pertua, saya ada bahas ya. Ini hitam dan putih ya, okey. Jangan kau main- main.
Ya Yang Berhormat Menteri.
Orang Sabah punya suara.
Cukuplah Yang Berhormat Kota Kinabalu. Duduk.
Orang punya suara jangan ditahan-tahan.
Ini bukan ‘’batu sampau’’, ini ‘’batu sampat’’.
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Ini MACC punya belum tiba masa.
Sudah tiba.
Nanti itu kementerian.
Sudah.
You sudah tiba, kementerian belum tiba. Mana sama.
Yang Berhormat Kota Kinabalu, duduk Yang Berhormat.
Sama, rekod pun sedia. MACC pun sedia mahu charge Ketua Menteri.
Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri.
40 charges.
Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kota Kinabalu, duduk Yang Berhormat Kota Kinabalu, duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kota Kinabalu, MACC is not under Kementerian Kewangan.
Nanti dulu.
Faham Yang Berhormat.
Diam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Dewan yang mulia ini bukan untuk publisiti. Kalau mahu tanya soalan, tanya jawatan ataupun kementerian berkenaan. Ini Kementerian Kewangan, tanyalah, ceritalah peruntukan-peruntukan tersedia ataupun ekonomi pembangunan negara kita. Ada punya pembangunan itu di negara kita pun di bawah EPU. Sekarang saya bukan kata saya kondem Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat Kota Kinabalu dia mesti mahu faham. Tanya soalan itu tidak ada berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Bukan saya bela Kementerian Kewangan. Kalau Ahli Parlimen baru belum tahu undang-undang, bacalah habis standing order. Barulah terer dalam Dewan. Setuju tidak Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat.
Wah Yang Berhormat Bintulu, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Next time duduk depan sana.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sekolahkan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Okey.
Yang Berhormat, duduk depan sini Yang Berhormat, bukan depan sini.
Bukan sini. Oh! Sini, sini depan.
Kita tidak mahu, kita tidak mahu dia. Jangan hantar sini. Kita tidak mahu ini orang. Ini pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua.
Angkat balik. Angkat balik.
Jangan, ini kongkalikung saja.
Kita cerita ini.
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Menteri panggil pergi sana.
Dewan yang mulia untuk perbincangan isu-isu, pembangunan. Sekarang isu ekonomi, macam mana perkembangkan negara kita untuk kebaikan rakyat. Kita berhujah jangan buang masa. Sampai 9.30 malam ini kongkalikung, kong kong, hujung-hujung 9.30 malam, satu kementerian pun tidak habis. Apa guna kita buang masa, bukan.
Yang Berhormat Menteri.
Janganlah Dewan ini bagi huru-hara, orang buat publisiti saja buat apa.
Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya sokong Yang Berhormat Bintulu. Dia bukan batu sumpah, dia bakul sampah.
Tarik baliklah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey, okey. Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Beruas mengatakan bahawa pada masa ini terdapat ibadah seperti gereja didaftarkan di bawah Akta Syarikat yang seterusnya membawa kepada isu percukaian. Kementerian Kewangan diminta menyemak semula prosedur bagi tempat ibadah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, perintah cukai pendapatan mengecualikan bayaran cukai terhadap semua pendapatan yang diterima oleh mana- mana institusi atau organisasi keagamaan yang ditubuhkan di Malaysia semata-mata bagi aktiviti penyembahan, agama dan perkembangan agama dan tidak dikenakan dengan tujuan bermotifkan keuntungan. Institusi atau organisasi keagamaan yang layak mendapat pengecualian di bawah perintah tersebut hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang bertulis atau enakmen yang mengawal selia institusi atau organisasi tersebut. Perintah ini juga terpakai ke atas institusi ataupun organisasi rumah ibadah yang ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad ataupun syarikat berhad di bawah jaminan yang ditubuhkan untuk aktiviti penyembahan agama sahaja. Ini dia kena pass through the test sebab ada juga pertubuhan-pertubuhan agama yang diwujudkan di bawah Akta Syarikat sedangkan 90 peratus aktiviti dia adalah pelaburan. Oleh sebab dia disguise under keagamaan untuk lari cukai. Jadi, LHDN very strict. Dia hendak memastikan bahawa kalau pendapatan itu untuk keagamaan, untuk perkembangan keagamaan, dia akan bagi exemption. Oleh sebab itu kita syaratkan bahawa sama ada surau, gereja ataupun kuil atau mana-mana jenis-jenis agama yang mengadakan rumah ibadat ini, dia mesti berdaftar kepada Registrar of Society ataupun enakmen-enakmen kepada sesuatu pendaftaran. Contohnya kalau you ada church yang ditubuhkan, kemudian ada cawangan- cawangan. Cawangan-cawangan itu walaupun dia tidak berdaftar dengan ROS tetapi dia menjadi sebahagian daripada pendaftaran yang dilakukan oleh organisasi tersebut. Itu dia akan bagi exemption.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya nyatakan tadi berkenaan dengan GST. Negara kita haruslah ditadbir oleh undang-undang, rule of law dan bukanlah secara administrative. Pegawai itu boleh atau Yang Berhormat Menteri itu boleh buat keputusan untuk membatalkan exemption order yang diberikan ataupun dalam exemption order yang diberikan itu dikatakan mesti didaftar di bawah ROS atau ROC. Maksud saya ini haraplah Yang Berhormat Menteri dapat memasukkan semua perkataan ini dalam undang-undang induk, the act itself, biar tidak ada keraguan yang berlaku. So that we are not, we are ruled by rule of law and not administrative action of the officers. Kenapa kita perlu satu exemption order? Ini kerana perkataannya tidak jelas dalam akta induk, the act itself. Saya haraplah pihak, kerana tidak akan, tapi sudah buat penjelasan, tidak akan gereja, seperti Methodist, Catholic Church, Anglican Church yang diiktiraf melalui Akta Parlimen tidak dikecualikan. Akan tetapi dalam exemption order tidak dinyatakan. Dalam act itself, so kalau permohonan saya satu saja. Mohonlah Yang Berhormat Menteri membuat pindaan kepada akta induk Finance Act untuk memastikan semua ini terangkum dalam akta itu supaya tidak ada keraguan pada masa depan. Begitu juga dengan GST yang saya nyatakan tadi. Haraplah what are the exemption or this harta komersial. Apa yang kena atau tidak kena dinyatakan dalam akta itu supaya jelas untuk semua rakyat.
Saya ambil maklum cadangan. Saya pergi seterusnya kepada Yang Berhormat Sibu. Memohon kerajaan untuk menghapuskan cukai eksais untuk semua kenderaan motosikal 150cc ke bawah untuk membantu golongan B40 yang banyak menggunakannya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan duti eksais ke atas motosikal pada kadar 20 peratus bagi kapasiti enjin 150cc ke bawah. Ini memandangkan elemen duti eksais merupakan sebahagian kecil daripada komponen keseluruhan penentuan harga jualan dalam sesebuah motosikal.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, KDN, kastam akan melihat perkara ini. Setakat ini jumlah duti yang di-collect daripada motosikal dan scooters adalah sebanyak RM274 juta. Seterusnya...
Hendak bagi Sibu Yang Berhormat?
Ya Yang Berhormat Menteri, saya mendapati bahawa kalau berbanding dengan negara Thailand, harga motosikal di Malaysia lebih kurang 200 peratus sampai 300 peratus lebih mahal. Jadi kalau eksais duti tidak dihapuskan, berbanding dengan Thailand.
Sini kami beli lebih kurang— saya pernah membandingkan harga satu jenis motosikal di sini harganya RM11,000 di Malaysia tetapi di Thailand sana hanya RM8,000 sahaja. Jadi beza harganya memang besar.
Saya ambil maklum, Yang Berhormat. I think dari segi cukai ini dia bergantung kepada sesebuah negara, dari segi polisi kita. Tetapi dari segi konteks Malaysia, eksais duti untuk motor ini kita tidak ada perancangan untuk mengurangkan seperti apa yang telah sedia ada. Tetapi saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat dari segi motorbike yang mempunyai CC yang rendah untuk golongan B40. Jadi, kemungkinan kita akan buat kajian. Sekiranya kajian itu menunjukkan bahawa motosikal yang berkuasa rendah ini mungkin jumlah pendapatan yang akan hilang daripada kerajaan dari segi eksais ini tidak banyak, kemungkinan besar kita boleh memikirkan sebagai salah satu daripada insentif yang kita guna pakai.
Ya, saya ingin tanya soalan tambahan. Banyak lagi golongan B40 ini, mereka membeli motosikal melalui loan, pinjaman. Kalau harga motosikal itu mahal, wang pinjaman yang mereka pinjam pun lebih banyak.
Yang Berhormat Sibu, Menteri dah bagi assurance, kajian akan dibuat untuk melihat perkara tersebut, Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Yang Berhormat Pagoh minta supaya kerajaan dapat mempelbagaikan selain kebergantungan kepada hasil petroleum. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekarang ini kerajaan memang sedang memperluaskan pencukaian yang kita buat pada negara. Contohnya, kita mempunyai banyak diversification of tax. Contoh, kita ada individual tax, cukai syarikat, petroleum tax, kita ada duty export, and then duty import, duty excise, cukai barangan dan perkhidmatan, road tax, levi untuk foreign workers and then some other income that we get from investment macam Petronas dan Bank Negara. So, dari segi ekonomi pula, seperti mana saya sebut sebelum ini, dari segi kita punya economy diversification, out of RM1.23 trillion kita punya GDP, kita telah diversify kita punya ekonomi kepada servis sektor 54 peratus, 23 peratus kepada manufacturing, mining oil and gas about nine percent, agricultural about eight percent and constructions four to five percent. So, ini adalah salah satu strategi yang kerajaan buat untuk diversify kita punya kebergantungan kepada minyak. Sebab itu apabila harga minyak jatuh mendadak, kita masih boleh keep kita punya defisit kepada 3.1 percent pada tahun lepas. Soalan seterusnya ialah peruntukan Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut juga ada bangkitkan bahawa kaji semula peruntukan bagi Kementerian Pertahanan bagi membaik pulih infrastruktur pertahanan khususnya di Perak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Kewangan melihat semula dan meluluskan peruntukan sewajarnya supaya aset-aset Angkatan Tentera, kapal perang, jet pejuang, kereta kebal dan meriam dapat disiapsiagakan bagi menghadapi sebarang situasi. Kementerian Kewangan mengambil perhatian akan keprihatinan Yang Berhormat terhadap kesiagaan aset dan infrastruktur pertahanan negara. Untuk makluman Yang Berhormat Lumut, Kementerian Kewangan sentiasa memberikan pertimbangan terhadap keperluan peruntukan bagi mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara termasuk kerja-kerja baik pulih infrastruktur pertahanan dan penyelenggaraan aset pertahanan. Yang Berhormat Batu Gajah memohon penjelasan berhubung peruntukan RM50 juta yang dijanjikan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah
jenis kebangsaan Tamil (SJKT) pada Bajet 2016 tidak diterima sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sewaktu ucapan Bajet 2016, ianya telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk membangun dan menyelenggarakan facility pendidikan untuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah berasrama penuh, sekolah agama bantuan kerajaan, MRSM, sekolah pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau pun conforming school yang mengguna pakai kurikulum kebangsaan. Tiada agihan spesifik pada ketika itu bagi setiap jenis sekolah. Agihan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan keperluan mendesak sekolah yang memerlukan penyelenggaraan tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan peruntukan sebanyak RM16.5 juta telah diagihkan kepada sekolah Tamil dan juga sekolah mubaligh dan juga sekolah jenis kebangsaan Cina. Jadi untuk tahun 2017, ada peruntukan diberi tetapi kali ini kita bagi secara spesifik kalau compare yang tahun 2016, dia bagi secara general. Jadi bila bagi secara general, kebanyakan daripada perbelanjaan ini diguna pakai kepada keperluan semasa waktu ketika itu untuk membaiki sekolah yang tidak dikhususkan kepada sekolah yang Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Cuma, untuk makluman Yang Berhormat Menteri dan untuk share kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, sebenarnya setiap tahun sejak tahun 2013 sehingga sekarang, saya telah pun memerhatikan sebenarnya peruntukan untuk penyelenggaraan bagi sekolah-sekolah, dia memang setiap tahun dia agak standard. Katakan kalau RM500 juta diperuntukkan, dia kebiasaannya ada RM400 juta diberikan kepada SK dan RM50 juta diberikan kepada sekolah Cina, RM50 juta diberikan kepada sekolah Tamil, RM25 juta diberikan kepada sekolah mubaligh dan juga sebagainya. Saya rasa sebenarnya isu ini berlaku ketika masa pembentangan Bajet 2016 ketika tahun 2015. Sebenarnya saya sendiri telah pun bangkitkan isu ini ketika masa itu masih tiada butiran ataupun pecahan berapakah akan diagihkan kepada sekolah-sekolah ini. Saya cuma berharap pihak kementerian, jikalau boleh bagi tahun 2017, turunkan peruntukan ini kepada Kementerian Pendidikan dengan secepat mungkin supaya memastikan sekolah-sekolah yang sebenarnya menanti peruntukan ini dapat terima peruntukan bagi tahun 2017 dan juga tahun 2016 yang tertunggak. Terima kasih.
Tetapi peruntukan itu tidak silap saya telah diberi, untuk tahun 2017 ini telah dihantar. Nanti kalau Kementerian Pendidikan punya jawapan, mungkin boleh tanya balik sama ada dia sudah terima atau tidak. Tetapi setahu saya, kita telah beri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin syorkan supaya— kita tahu bahawa sekarang masalah ini telah timbul tahun lepas dan menjadi huru-hara dan tahun-tahun yang dulu pun pernah berlaku benda macam ini. Saya minta supaya apabila bajet yang akan datang, tolong specify sekolah mana dapat apa. So, it doesn’t create confusion. Saya juga rasa ada kelemahan dari segi Kementerian Pendidikan which we will pursue but I don’t think it’s your problem, tetapi kalau boleh dari segi Kementerian Kewangan boleh specify, then you solve a lot of problem, dalam bajet tahun depan. Terima kasih.
Saya ambil maklum, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat satu kepastian. Peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina baru-baru ini kononnya adalah peruntukan tahun 2016. Adakah ini peruntukan tahun 2016, peruntukan tambahan atau sebahagian daripada peruntukan tahun 2017? Sekian.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya dulu? Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermaksud pada tahun 2016, sekolah-sekolah Cina tidak menerima apa-apa peruntukan? Sebab, apa yang diberikan kepada saya, untuk sekolah-sekolah Tamil diberi RM16.5 juta. Bagaimana pula untuk sekolah Cina? Saya tidak dapat apa-apa maklumat. Selain daripada itu, saya juga minta supaya disenaraikan sekolah-sekolah yang telah mendapat peruntukan tersebut untuk sekolah-sekolah Tamil. Itu pun saya tidak dapat jawapan, Yang Berhormat Menteri.
Peruntukan untuk sekolah-sekolah ini sebenarnya untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, tahun 2017 kita memang allocate RM50 juta dan juga sekolah Tamil. Tadi soalan Yang Berhormat tahun 2016 ya? Tahun 2016, sekolah Tamil dapat RM16.5 juta, sekolah jenis kebangsaan Cina juga sepatutnya dapat RM16.5 juta.
Akan tetapi saya difahamkan bahawa waktu kita buat calibration budget, semua expenditure telah dipotong. Jadi, setiap daripada segmen ini telah dipotong, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina. Akan tetapi pada ketika itu, mereka telah buat rayuan untuk mendapatkan bajet tambahan supaya dapat mengira dari segi jumlah sekolah jenis kebangsaan Cina lebih banyak, lebih jauh besar daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil. Jadi, sudah tentu kalau kita bagi peruntukan pada ketika itu, kita terpaksa mengagihkan mengikut kepada jumlah sekolah. Jadi, saya ambil maklum dan saya telah terima banyak rayuan daripada Kementerian Pendidikan dan kita akan cuba semak pemberian tersebut. Akan tetapi bayaran yang kita bagi ini kita sudah bagi pada tahun 2017.
Adakah ini merupakan peruntukan tahun 2016 atau tahun 2017, itu yang kita nak pasti. Adakah boleh peruntukan yang tidak dibayar pada tahun lepas, boleh dipindah ke tahun 2017?
I have to check the details tetapi setahu saya setiap pembayaran itu berdasarkan kepada bajet yang kita sedia ada. Sekiranya kalau kita membuat pembayaran yang tidak ada dalam bajet, ia akan masuk dalam pembentangan bajet tambahan.
Yang Berhormat Menteri, benda yang sama. Ini ada bertentangan dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri beberapa bulan yang lepas, di mana Yang Berhormat Menteri sudah kata bahawa duit telah disalurkan kepada Kementerian Pendidikan, itu adalah masalah Kementerian Pendidikan. Sekarang Yang Berhormat Menteri kata, “Oh, sebab ada calibration of budget, maka diturunkan kepada RM16.5 juta”. MCA pula ia insist on RM50 million, dia insist kata, ”Tahun itu janji dan tidak tahu kenapa kementerian tidak bagi RM50 juta kepada sekolah SJKC”. So, there is a conflict of your statement.
I think there is no conflict, I just want to clarify that. 2016, when the budget was given RM500 juta, dia tidak ada specifications macam mana kita buat 2017. 2017, it’s very clear cut, it’s approved by the Parliament, this is the amount that you should get. But, masa kita buat Bajet 2016, saya lihat RM500 juta diberi kepada Kementerian Pendidikan untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah yang saya sebut tadi, termasuk semua sekolah. Jadi, bagaimana cara pengagihan itu, saya ingat kita boleh tanya dengan Kementerian Pendidikan. Akan tetapi saya ambil maklum dari segi sekolah jenis kebangsaan Cina, yang memohon penambahan bajet untuk 2016. Jadi, yang 2016 ini, yang sedang dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Kewangan dengan mengambil kira alasan yang saya rasa boleh diterima pakai, memandangkan jumlah sekolah itu hampir double daripada sekolah jenis kebangsaan Cina.
Yang Berhormat Menteri, ini sebab the discrepancy ini berlaku kerana Yang Berhormat Menteri kata RM500 juta beri kepada Kementerian Pendidikan, tidak ada potongan. Akan tetapi tiba-tiba di pihak Kementerian Pendidikan pula, ia daripada RM50 juta turun sehingga RM16.5 juta. Saya rasa ini adalah face saving measure oleh MCA yang minta tambah balik kepada RM50 juta. This is just a face saving, padahal duit itu sudah dibagikan kepada Kementerian Pendidikan tetapi tidak tahu pergi ke mana, tiba-tiba kerana dia sudah janji RM50 juta, hanya dapat RM16.5 juta, now you tambah bajet to just keep up to the RM50 million. Sebenarnya kalau nak tambah, tambah lebih daripada RM50 million, baru itu dikira tambahan. Sekarang ini ia macam telah dikelentong RM30.5 juta, then dia nak tambah balik. To me, it is just ridiculous. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat tersebut. Akan tetapi seperti mana yang saya sebut tadi, waktu 2016 bajet dibentangkan, duit RM50 million untuk sekolah jenis kebangsaan Cina is not specified, kalau compare dengan 2017, ia cuma bagi RM500 juta. Akan tetapi pada ketika itu, kalau ingat pada awal tahun 2016, kita menghadapi banjir yang sangat besar. Saya difahamkan tidak silap saya, boleh tanya balik dari Kementerian Pendidikan, ia menggunakan sebahagian daripada wang peruntukan itu untuk membaik pulih sekolah- sekolah yang dilanda banjir, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan India.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkaitan juga Yang Berhormat Menteri adalah sekolah mission school seperti mana yang ada di Sabah dan di kawasan saya Penampang. Oleh sebab ada beberapa sekolah di sana, di mana I think they seriously need funding from your ministry. So, I hope you can consider untuk memberikan special funding kepada mereka. Terima kasih.
Selalunya permintaan sekolah-sekolah ini, ia terpaksa melalui Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan akan evaluate, ia akan hantar kepada Kementerian Kewangan dan kita akan melihat. Sekiranya kalau kita tidak ada buat bajet dalam 2017 punya budget presentation, kalau it really in needs, I think selalunya Kementerian Kewangan akan berjumpa dengan Kementerian Kewangan untuk berbincang perkara-perkara yang sangat perlu untuk dibelanjakan dan kita akan consider.
Minta laluan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanyakan. Jadi, mengikut apa yang diterangkan tadi, ini bermaksudnya bahawa RM16.5 juta yang disediakan untuk SJK(C) tahun 2016, tidak pernah dibayar dan permintaan untuk peruntukan tambahan RM33.5 juta masih lagi ditimbangkan oleh pihak kementerian.
Ya, betul. Saya difahamkan bahawa pemimpin-pemimpin masyarakat yang mengendalikan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina ini tidak mahu menerima RM16.5 juta, they insists to have the RM50 million. That’s the reason why they did not want to take the money.
Yang Berhormat Menteri, ada tidak permintaan yang sama iaitu RM33.5 juta tambahan untuk SJK(T)?
Hari ini SJK(T) tidak memohon, ia sudah mengambil RM16.5 juta.
Teruskan Yang Berhormat.
Seterusnya, terlalu banyak birokrasi dalam soalan daripada Yang Berhormat Jasin. Terlalu banyak birokrasi dalam permohonan pinjaman, mohon Bank Negara kaji semula dan charge perkhidmatan yang membebankan rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, semenjak pelaksanaan garis panduan berkenaan fee dan caj ke atas produk dan perkhidmatan kewangan Bank Negara Malaysia pada tahun 2004, setiap caj baru atau semakan untuk menaikkan caj sedia ada institusi perbankan ke atas pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana mestilah berlandaskan prinsip yang dibenarkan dalam garis panduan yang bertujuan memastikan caj yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian dengan khidmat yang diberikan. Sekiranya caj yang dicadangkan didapati tidak menepati keperluan garis panduan, institusi perbankan dikehendaki supaya mengurangkan kadar caj yang dicadangkan ataupun dilarang terus daripada mengenakan caj tersebut. Institusi perbankan juga telah dikehendaki untuk mempamerkan maklumat mengenai fee dan caj yang dikenakan di laman web serta menyediakan maklumat tersebut di semua cawangan seperti yang dikehendaki seperti dalam garis panduan tersebut. Soalan seterusnya, bank tidak lagi mengeluarkan penyata bank secara manual dan amalan ini sebenarnya menyukarkan warga emas dan golongan, Yang Berhormat Lanau. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan penggunaan perbankan elektronik yang berkesan dari segi kos, selamat, pantas dan mudah digunakan, terdapat institusi perbankan yang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan penyata akaun elektronik kepada pelanggan-pelanggannya secara percuma. Walau bagaimanapun, kebiasaannya penyata akaun ini dikeluarkan kepada pelanggan untuk produk-produk tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, institusi perbankan ada memberi pengecualian dari penggunaan penyata elektronik dengan menyediakan penyata akaun bercetak kepada pelanggan-pelanggan tertentu, termasuklah warga emas, pelanggan yang tidak mempunyai access kepada internet, pelanggan yang tidak tahu menggunakan komputer ataupun internet dan pelanggan yang mengalami kesukaran lain untuk menggunakan perkhidmatan saluran elektronik seperti golongan kurang upaya. Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Bagan. Pemilikan rumah
golongan belia, minta MOF bantu menjayakan Program Demokrasi Perumahan kerana masalah end-financing yang melibatkan bank-bank. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam hal pemilikan rumah, pembiayaan bukan merupakan isu yang dihadapi oleh isi rumah, sebaliknya masalah yang dihadapi adalah berpunca daripada kekurangan rumah mampu milik.
Peminjam yang layak terus mendapat access kepada pembiayaan, garis panduan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan memastikan peminjam mendapat pembiayaan yang sejajar dengan kemampuan mereka. Membayar balik pinjaman sepanjang tempoh pembiayaan, ini akan mengurangkan risiko peminjam terjerumus dalam masalah kewangan akibat di belenggu bebanan hutang yang berlebihan yang boleh mengakibatkan rumah di lelong disebabkan oleh kegagalan membayar balik pinjaman. Dalam usaha membantu rakyat mendapat kemudahan kewangan bagi pembelian rumah kediaman, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa program pembiayaan seperti berikut: (i) Skim jaminan kemudahan kewangan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP); (ii) Skim Perumahan Pertamaku oleh Cagamas dan Bank Simpanan Nasional; (iii) Skim Perumahan Belia; (iv) Skim Pembayaran Deposit Rumah Pertama, MyDeposit; dan (v) skim diperkenalkan bagi membantu rakyat membeli rumah PR1MA, skim yang di panggil Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF). Seterusnya, soalan Yang Berhormat Pandan hasil pendapatan minyak – bukan ini soal St. Regis. Kerajaan telah melaksanakan pembangunan St. Regis Langkawi dan Langkawi International Convention Centre (LICC) dengan tujuan utama untuk membangunkan pesisiran pantai Kuah, Langkawi secara bersepadu dengan mengambil kira konsep yang dilaksanakan oleh French Riviera seperti di Monaco dan beberapa tempat seperti di Bali dan Phuket. Inisiatif ini secara tidak langsung akan menaikkan image Langkawi sebagai antara destinasi pelancongan terbaik dunia setanding dengan pantai yang lain. Selain itu, kerajaan berhasrat untuk merancakkan pembangunan Langkawi bagi menarik minat pelancong-pelancong yang berpendapatan tinggi, khususnya mereka yang kerap berkunjung ke pulau seperti Bali dan Pulau Langkawi. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pinjaman dengan adanya pembangunan hotel St. Regis Langkawi dan LICC ia dapat menyumbangkan kesan yang lebih positif terhadap kedudukan ekonomi negara terutama dari aspek mempertingkatkan pendapatan negara dan mengukuh imbangan pembayaran, balance of payment. Ia juga membuka banyak peluang pekerjaan kepada syarikat tempatan di mana majoriti pekerja di hotel St. Regis dan LICC adalah pekerja tempatan manakala kontraktor tempatan juga turut terlibat dalam pembinaan dua-dua projek berkenaan. Hotel St. Regis dan LICC juga dapat menjadi tempat pembelajaran hands on atau praktikal bagi pelajar-pelajar bidang hospitaliti di Malaysia untuk hotel yang bertaraf lima dan enam bintang.
Yang Berhormat Menteri, celahan Menteri.
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Tititwangsa, soalan saya mengenai dua pelaburan tersebut. Berapakah program ataupun acara besar telah diadakan di LICC dan mengguna pakai hotel St. Regis sejak April 2015 iaitu sejak ia digunakan untuk persidangan kemuncak ASEAN 2015. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pandan, saya tidak mempunyai maklumat lengkap di sini. Tetapi hotel ini saya di faham kan mempunyai kapasiti penginapan yang agak tinggi mencecah hingga 60 hingga 70 peratus. Akan tetapi dari segi penggunaan LICC ini, oleh kerana LICC ini merupakan satu convention
centre di Pulau Langkawi ini yang masih di anggap baru. Saya percaya bahawa banyak aktiviti-aktiviti promosi yang sedang dijalankan pihak LADA sepanjang kempen mempromosikan Langkawi. Apa yang kita dapat lihat, bahawa in the past banyak syarikat besar di luar negara yang ingin mengendalikan convention untuk datang ke Pulau Langkawi ini dia tidak mempunyai facility tersebut. Sebab itu, kerajaan buat keputusan untuk membangunkan LICC tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Titiwangsa. Soalan saya dan juga isu yang saya bawa mengenai LICC dan juga hotel St. Regis, ialah kerana apabila dibandingkan jumlah suntikan dana keseluruhan di antara kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan dibandingkan yang disuntik oleh Tan Sri Peter Sondakh daripada Kumpulan Rajawali, perkiraan saya yang tidak disanggah oleh kementerian ataupun Menteri ialah dana yang disuntik adalah dalam nisbah 90 ke 10 peratus maksudnya 90 peratus kerajaan melalui agensi-agensi dan pinjaman daripada bank pembangunan iaitu hak milik penuh kerajaan dan hanya 10 peratus disuntik oleh Tan Sri Sondakh melalui Kumpulan Rajawali. Jadi kenapa kalau Datuk Menteri boleh maklumkan kepada dewan, apa asas kerajaan bersetuju supaya pegangan dalam kedua-dua projek itu adalah 60 peratus kerajaan 40 peratus Kumpulan Rajawali, sedangkan kerajaan melalui institusi-institusi miliknya menyediakan modal dan pinjaman sehingga 90 peratus dalam kedua-dua projek yang Datuk Menteri sendiri mengaku mengambil masa dan ada risiko yang besar kepada pulangan kepada rakyat. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Yang pertama saya hendak sebut tadi, bahawa kerajaan membuat keputusan untuk mewujudkan LICC ini kerana kita mengambil kira terdapat banyak permintaan- permintaan untuk syarikat-syarikat besar untuk mengendalikan convention di Pulau Langkawi tapi kita tidak mempunyai facility tersebut. Yang kedua untuk menjawab soalan Yang Berhormat Pandan, mengenai rasional kenapa syarikat Kumpulan Rajawali ini mempunyai 40% dan syarikat kerajaan mempunyai 60 peratus ialah kerana kerajaan pada ketika itu melihat hotel yang di kendalikan oleh Peter Sondakh, Westin hotel kalau tidak silap saya di Pulau Langkawi, begitu baik pentadbirannya dan ia mencecah five star hotel yang di tadbir dengan begitu baik. Kedua, apabila kita menyarankan untuk dia buat St. Regis under the private initiative dia mengira bahawa gestation period untuk mewujudkan hotel ini untuk menambahkan lagi brand di Langkawi ini, dia tidak bersanggup dari segi feasibility untuk recoup investment in the future. Jadi government datang sebagai strategic investors. Oleh kerana kalau kita tidak datang sebagai strategic investors, kita tidak boleh dapat private sector datang untuk melabur dalam targeted industri yang kita hendak di Langkawi ini. Sebab itu saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Panda, saya mengambil maklum dari segi equity ratio dan juga pinjaman yang diberi oleh Bank Pembangunan. Akan tetapi pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan ini bukanlah semata-mata St. Regis. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pandan, dalam Bank Pembangunan ini kita mempunyai satu fund yang di panggil tourism infrastructure fund (TIF). Tourism infrastructure fund ini memang kerajaan peruntukkan dalam Bank Pembangunan ini untuk membangunkan hotel-hotel atau tempat-tempat pelancongan yang strategik untuk kita dapat capture semua golongan masyarakat yang mempunyai sama ada berpendapatan sederhana ataupun yang tinggi. Jadi untuk dapat mereka yang melancong yang mempunyai pendapatan yang tinggi ini mereka sudah tentu memerlukan hotel-hotel yang bertaraf lima, enam bintang. Hotel yang dikendalikan oleh Kumpulan Rajawali sekarang ini hampir mencecah 90 hingga 92 peratus. Jadi sudah tentu kapasiti ia tidak boleh menampung permintaan, sebab itu dia buat St. Regis ini. St. Regis ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Pandan, St. Regis ini ada satu di Bali dan juga satu di Jakarta, juga dikendalikan oleh Kumpulan Rajawali yang Yang Berhormat sebut tadi.
Akan tetapi, apa yang saya hendak sebut ini tourism infrastructure fund, setakat ini telah diberi disburse oleh bank pembangunan sebanyak RM 1.97 bilion kepada 57 syarikat. Dia bukan hanya kepada syarikat ini tetapi kepada 57 syarikat. Setakat hari ini, maklumat yang saya dapat untuk Yang Berhormat Pandan tidak ada lagi sebarang – tidak ada sebarang lapse in terms of payment dari segi pinjaman ini. Kita dapat pembayaran masih berjalan dengan begitu teratur dan tidak sampai ke tahap yang dia
tidak boleh bayar Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Akan tetapi di pihak MOF juga dan juga pihak LADA 30 per 30 kita sering memantau aktiviti hotel ini setakat hari ini kedua-dua pemegang saham ini LADA dan juga MOF kita berpuas hati melihat perkembangan strategis ini dalam – walaupun dalam masa yang begitu singkat on average hotel rate is they are able to capture the high nett worth tourist on average dia punya collection is about satu bilik is about one thousand nine hundred on average.
Soalan saya dan celahan yang terakhir mengenai isu ini menteri. Saya cuba memahami apabila menteri ada menyebut bahawa kerajaan terpaksa memberikan ekuiti yang lebih kepada ‘Peter Sondakh’ sehingga kerajaan hanya mengambil 60 peratus sedangkan menyuntik 90 peratus daripada modal kerana sukar untuk mendapatkan pelabur atau pengendali hotel bertaraf mewah yang ingin datang ke Langkawi. Hal itu memberi makna Datuk Menteri bahawa perniagaan itu adalah perniagaan yang berisiko tinggi kerana sukar mendapatkan pelaburan kecuali Kerajaan menjadi rakan kongsi strategik. Jadi bagaimana pula Datuk Menteri boleh menjadi begitu yakin bahawa ini adalah pelaburan baik yang tidak berisiko tinggi? Apakah langkah-langkah yang Kerajaan akan ambil setelah Kerajaan telah pun memberi pulangan yang besar dan risiko ditanggung oleh pihak Kerajaan supaya kita tidak menanggung kerugian dan juga tidak dengan izin Tuan Yang di-Pertua tidak bailout projek ini kerana berdasarkan tahun kewangan tiga tahun kewangan yang pertama kesemuanya rugi dan kalau saya semak semua program yang telah di buat di LICC setakat ini bagi dua tahun ia beroperasi baru ada dua atau tiga program sahaja. Oleh yang demikian, lama mana gestation dan apa langkah-langkah dan ya – terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita tahu, bahawa dalam kita membina tourism industry ini hotel is a long term gestation period. Dia bukan hari ini kita melabur lima tahun kita sudah dapat balik kita punya capital. Kerana itulah dia memerlukan capital yang begitu tinggi dan this is a strategic investment. Oleh sebab itu, Kerajaan menubuhkan tourism infastructure fund specifically for tourism untuk membina hotel. Setakat ini, fund ini 57 syarikat. Jika fund ini tidak disediakan, saya percaya sebahagian daripada 57 syarikat ini tidak boleh membangunkan hotel-hotel mereka kerana not all commercial bank would like to finance this. This is because gestation period dia very long. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu tempat-tempat ini kerana kalau kita hendak tarik pelancong, sebagai kita punya quick win untuk kita dapat meningkatkan penukaran wang asing kepada negara kita. Kita perlu ada tempat-tempat yang pelancongan yang didatangi oleh pelancong- pelancong luar negara dengan mempunyai kemudahan-kemudahan yang bertaraf lima atau enam bintang di mana kita boleh menarik mereka yang boleh membayar dengan harga yang begitu tinggi. Apa yang terdapat di Langkawi hari ini mana-mana hotel yang bertaraf lima atau enam bintang kapasiti dia cukup tinggi terutama apabila tiba waktu- waktu ketika hujung-hujung tahun dan sebagainya. Jadi kita hilang opportunity tersebut. Saya percaya – saya mengambil maklum Yang Berhormat Pandan punya concern – saya rasa setakat hari ini Kerajaan melihat pelaburan ini sebagai satu strategic investment kepada Kerajaan. Mungkin selepas dia menunjukkan satu pulangan ataupun kebaikan yang tinggi dan kalau ada mana-mana private sector ingin mengambil alih ini dan Kerajaan bersedia melihat kalau mereka mempunyai kebolehan untuk mengambil. Akan tetapi peringkat awal ini saya tidak nampak mereka boleh datang dan ambil kerana ini merupakan long gestation period mereka terpaksa pergi pinjam untuk dapat benda ini. More on strategic in nature.
Terima kasih Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya apa ni – kata orang apa ni – berbaik sangkalah. Kerajaan melabur ini adalah untuk ia menjana pendapatan di hari muka. Tetapi malangnya, kebanyakan daripada pelaburan kerajaan tidak menjana kan sebarang revenue. Pada hemat sayalah. Kalau adapun sangat insignificant. Saya kira sudah sangat banyak ketirisan dan kerugian yang berlaku. Setujukah dengan saya Tuan Yang di-Pertua? Kiranya kerajaan tidak seharusnya terlibat dengan apa-apa jenis perniagaan. Saya ingin mengatakan – saya kalau boleh – the government has no business to do business. The business of the government is to govern. Jadi boleh tidak pertimbangkan asas dasar supaya Kerajaan tidak melibatkan diri di dalam perniagaan.
Terima kasih Yang Berhormat, saya ambil maklum. Tetapi saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat, setakat hari ini kalau kita lihat total syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan sebahagian daripada mereka – sebahagian daripada syarikat ini mempunyai keuntungan yang bagus – sebahagian
daripada syarikat ini adalah merupakan strategic investment dan dia juga bukan sahaja dari segi – kita lihat dari segi pelaburan dia juga menyediakan peluang pekerjaan atau menjadi peluang pekerjaan, setakat hari ini total investment dalam syarikat-syarikat ini kalau kita kumpul aset syarikat-syarikat ini adalah berjumlah RM 188 bilion. Kemudian mempunyai 38 000 pekerja-pekerja yang di anggap pekerja swasta tetapi syarikat dia dikuasai oleh Kerajaan ataupun joint venture dengan private sector. Saya ambil maklum dan saya percaya bahawa ada juga syarikat-syarikat yang kita nampak yang kita melabur initially with a good intention at the end of the day apabila kita tidak dapat pengurusan yang cekap akhirnya syarikat menjadi rugi. Jadi ini yang perlu kita lihat dengan lebih teliti di masa akan datang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya tertarik sikit berkenaan konsep Kerajaan, dasar Kerajaan itu kita memang tidak buat business. Tetapi kita mesti menjadi pro-business. We have to understand business. To lure (entice) business to come to us. Dan kita are very competitive dan Kerajaan kita they are one of the easiest to do business in the world. This is validated by badan-badan bebas. Saya rasa Kerajaan kena terus menyediakan kerangka yang lebih solid untuk pastikan we are number one business friendly of the world. Jadi apakah pandangan Menteri? Terima kasih.
saya mahu – dalam isu yang sama Yang Berhormat Menteri. Di dalam Kerajaan saya terimalah pandangan Menteri bahawasanya mungkin selain daripada dapat menjana revenue ada juga matlamat-matlamat lain. Tetapi tolonglah kalau boleh Kerajaan timbang semula you have to put the square pack in the square hole. Use a screwdriver as a screwdriver not a spanner. Saya tidak mahu sebut nama, tetapi Tuan Yang di-Pertua kalau Menteri cuba lihat betul-betul di dalam pelantikan orang-orang di dalam agensi-agensi syarikat-syarikat kerajaan kalau guru dia letak menjaga corporate affairs umpamanya it defeats the purpose. You have to put a spanner to do a spanner’s job. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar tadi daripada Yang Berhormat Pandan tentang Hotel St. Regis ini saya cuma mahukan satu confirmation sahaja, bahawa hotel ini sudah beroperasi tiga tahun betul? Betul? Dan ada – dan seperti Yang Berhormat Pandan bercakap, tidak pernah ada operating profit. Jadi pada pandangan saya ia tidak logik. Sebab kita mahu buat tourism mahu tolong sistem dia.
Akan tetapi sekurang-kurangnya setiap pelaburan kerajaan bersama dengan Peter Sondakh sepatutnya mengeluarkan satu return. Kalau tidak, adakah mereka boleh bayar balik kadar pinjaman kepada bank DFI tadi itu? Dan juga satu lagi isunya kenapa Peter Sondakh? Sebenarnya St. Regis adalah syarikat yang membuat nama, bukannya Peter Sondakh. Peter Sondakh owner Sheraton, owner St. Regis, owner Westin. The performance of a company really depends on the manager. Jadi, sepatutnya kalau kita keluar dana yang lebih, kita dapat dana kerajaan, kenapa hendak bagi pada Peter Sondakh? Kenapa tidak bagi pada orang Malaysia pula? Bagi ekuiti yang lebih kecil, 11 percent, 12 percent, 10 percent dan boleh kita minta St. Regis kalau betul-betul St. Regis kata ini betul-betul satu investment yang baik, suruh St. Regis ambil 15 peratus. Kenapa tidak berlaku? Kenapakah duit ini sekarang yang nampaknya tidak ada pulangan kepada kerajaan, masih disokong oleh Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Seperti mana yang kita tahu, brand-brand ini walaupun mereka ini menjadi operator, dia bukan boleh pergi mana-mana tempat yang dia tidak kenal orang. Kalau dia tahu kita bukan hotel operator, they will never come and want to operate because you will never understand how to run a hotel, understand what they are talking about, in spite of managing the hotel. Akan tetapi kalau kita tengok macam Kumpulan Rajawali ini, dia membuat rangkaian hotel dan apatah lagi dua reputable St. Regis hotel yang ada di Bali dan juga di Jakarta are doing very well so that dia boleh menarik St. Regis ini untuk datang di Langkawi. St. Regis dah tengok Langkawi ini very long time tetapi dia tidak berani hendak datang. A lot of people offer to them, they did not want to come. So it’s not all the brand that you can simply call them, they come and go to your property, you must fulfill a certain standard of the hotel. You must have the spec of their brand, baru dia hendak datang. Jadi di sinilah yang saya cakap tadi, the linkage that provided by this Rajawali Group. I do not want to elaborate the detail about that but I want to tell you untuk hotel
ini. Kalau you hendak nampak profit baru siap hotel and 2015 in operation, depreciation alone you will not see a profit. So, that’s why kalau kita tengok hotel ini, ia lebih bantu kepada cashflow. Setakat hari ini, cashflow hotel ini boleh membiayai semua komitmen yang ada kepada Bank Pembangunan setakat hari ini. Setakat hari ini dia tidak ada masalah untuk membayar hutang dan Bank Pembangunan belum memberi notis kepada Kementerian Kewangan mengatakan hotel ini tidak boleh membayar hutang dia. Jadi itu saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat, last but not least, boleh? Saya dengar dari awal sampai sekarang Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Awal kita kata subsidi gula pun kita simpan kerana hendak revenue, hendak maintain economy country dan sebagainya. Akhir pula bila landing, kita bagi dana kepada orang luar negara, revenue pun tidak pasti. So what is our priority?
Subsidi hotel.
Subsidi hotel. Where is our priority now? Padahal sepatutnya setiap dana yang kita kutip dalam keadaan sekarang, dengan kos sara hidup yang tinggi, sepatutnya kerajaan memberi perhatian kepada rakyat. Pulangan perlu diberikan kepada rakyat supaya kebajikan mereka dijaga. So saya rasa, again. I’m sorry Menteri, you are trying your best but then the priorities are wrong. Thank you, Sir.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih. Bagi saya, saya peguam korporat lama dan tokoh Menteri kita memang tokoh korporat lama. Apabila satu projek tidak mendapat pulangan, operating earnings, operating profits. Siapa yang dapat projek untuk membina hotel yang mahal, mewah ini? Itulah, yang di situ di mana semua profit sudah habis, 30 peratus untuk kontraktor. Jadi saya hendak Menteri, kalau boleh kaji baik-baik isu ini. Jangan kita bagi kontrak besar-besar, kontraktor yang lumayan, habis. Bank Pembangunan kena tunggu, tunggu sampai bila boleh dapat pokoknya balik. Kalau interest dia boleh bayar, is one thing. If you get your occupancy 60 peratus, 70 peratus, you cannot make it, I know. Kita sekurang-kurangnya mesti dapat 75 ke 80 peratus occupancy untuk turn a real good profit in terms of investment. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Hendak jawab soalan Yang Berhormat Kapar. Dalam kita manage ekonomi negara, kita tidak boleh saja tengok subsidi. Subsidi is one part of the managing the economy. Tetapi dalam masa yang sama kita juga kena tengok dari segi bagaimana kita mengembangkan ekonomi kita melalui aktiviti ekonomi. Contoh tourism. Hendak panggil orang datang tourism, high network, you need to provide the facilities, tidak ada, tidak boleh. So and then hotel punya industri ini berkembang, kita dapat menyediakan peluang pekerjaan. So, kita tidak boleh tengok ekonomi ini only on the subsidy part of it. Saya ambil maklum mengenai priority yang Yang Berhormat Kapar sebut tadi tetapi dari segi konsep managing negara ini, kita kena do some balancing act untuk kita memikirkan perkembangan ekonomi masa akan datang, peluang pekerjaan, pembangunan tourism industry adalah isu juga yang perlu kita tengok. Dari segi hotel ini untuk Yang Berhormat Kelana Jaya, I know you are very experienced corporate lawyer but you know the business model of the hotel. The highest you got in term of your punya rating dari segi hotel, the occupancy rate is depending on the needs of your room charges. St. Regis on average room charges about RM1,900. That is the kind of market that they’re going through. So you cannot expect a high occupancy rate like 1992, like Seri Malaysia, all that. So, I think you have to look at that but what I want to assure you, in as far as this hotel operation is concerned as at the moment, even though in a very short period of time, they telah menunjukkan positif cashflow. Of course, untung you tidak nampak because depreciation is the big figures but managing hotels is all about property play, tourism and also cashflow. I think this is the part that all of us have to see and kita give some time for this hotel to produce and I will be able from time to time, dengan izin untuk mengeluarkan berapa banyak pelancong-pelancong yang datang ke hotel tersebut, dari negara mana, berapa average yang dia bayar dalam hotel ini, berapa pulangan exchange rate yang kita dapat. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya...
Khazanah, Pasir Mas.
Bayan Baru lagi, Ponzi scheme.
Ponzi scheme? Let me check, ada Ponzi scheme kah? Oh! UTC, UTC Sandakan. Kita ambil maklum dan kita akan tengok kalau perlu kita akan sediakan bajet untuk tahun depan. KTM, Yang Berhormat Serdang mohon penjelasan dari segi jawatan Presiden KTM. Untuk makluman Yang Berhormat, jawatan Presiden KTM masih lagi disandang oleh Yang Berhormat Dato’ Sabri Tijan. Walau bagaimanapun beliau pada masa ini diarahkan oleh Lembaga Pengarah KTM digantung tugas mulai 30 Oktober sehingga tempoh siasatan dalaman KTM diselesaikan.
Yang Berhormat Menteri, mana yang tidak sempat jawab itu, boleh jawab secara bertulis.
Ya, okey. One more. Yang lain ini yang mana tidak ada, ini saya jawab bertulis.
Cuma Menteri, saya ada dalam ucapan saya menyentuh panjang lebar mengenai kebolehmampuan kita untuk mengembalikan sedikit daripada wang minyak dalam bentuk subsidi.
Rasa sudah jawab tadi.
Dah jawab tadi?
Saya dah jawab sebelum Yang Berhormat masuk, saya dah jawab.
Menteri, yang saya bangkitkan.
Okey akhir sekali.
Tidak payah macam ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Parit Sulong.
Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bayan Baru.
Jawapan bertulislah Yang Berhormat.
Saya tidak mahu bertulis, saya mahu lisan.
Okey you punya equity crowdfunding. Berapa kali dah jawab equity crowdfunding ini.
Ini lain ini, banyak lagi yang belum jawab Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Bayan Baru.
Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menyatakan Kementerian Kewangan telah melebihi dua jam. Tentu sekali banyak isu yang perlu dijawab oleh kementerian tetapi kita ada empat hari untuk lebih 30 kementerian yang akan menjawab.
Okey saya akhir, dua soalan saja.
Jadi sebab itu saya katakan mana yang tidak sempat, dijawab secara bertulis.
Dua soalan. Dengar cakap Tuan Yang di- Pertua. [Ketawa]
Yang Berhormat Bayan Baru memohon penjelasan Menteri Kewangan mengenai tindakan yang telah diambil ke atas syarikat penipuan pelaburan seperti kes Syarikat Genneva Sdn. Bhd. yang melibatkan penipuan bernilai berbilion ringgit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas kesalahan penipuan pelaburan berlandaskan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram atau AMLA.
Sejak tahun 2000 hingga tahun 2016 Bank Negara telah menjalankan siasatan ke atas 64 syarikat perniagaan termasuk individu di bawah seksyen 25(1) BAFIA, seksyen 137F Financial Service Act di mana sebanyak 37 kes telah dihadapkan ke mahkamah seperti berikut: (iii) disabitkan kesalahan 27 kes; (iv) dilepaskan tanpa dibebaskan 1 kes; (v) masih dalam perbicaraan 3 kes; (vi) di peringkat rayuan 5 kes; dan (vii) dibebaskan 1 kes. Tindakan penguatkuasaan jenayah telah diambil ke atas Syarikat Genneva Sdn. Bhd. dan Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. di bawah seksyen 41 AMLATFA 2001 iaitu kesalahan pengubahan wang haram berikutan siasatan di bawah seksyen 25 BAFIA atas kesalahan penerimaan deposit daripada orang ramai tanpa suatu lesen sah melalui skim yang melibatkan emas. Bagi kes GSB ia masih dalam proses rayuan manakala bagi kes GMSB, Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa kes berkenaan gagal dibuktikan di luar keraguan yang munasabah. Pihak pendakwaan kini dalam proses memfailkan rayuan. Terdapat beberapa agensi kerajaan dan badan penguatkuasaan yang lain yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan ke atas syarikat penipuan pelaburan bergantung kepada kesalahan dan jenis skim penipuan pelaburan yang dilakukan. Sebagai contoh... Ha! Ini Menteri KPDNKK ada sini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang skim penipuan pelaburan yang mirip skim piramid, skim jualan langsung ataupun skim pemasaran berperingkat. Bagi skim yang mirip skim berkepentingan atau interest scheme, tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia manakala Suruhanjaya Sekuriti pula diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas skim pelaburan yang tidak mendapat kelulusan. Bank Negara turut terlibat secara langsung dalam inisiatif antara agensi penguatkuasaan yang berkaitan dalam menangani kes-kes jenayah kewangan tersebut.
Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, saya ingin membangkitkan isu ini kerana– dan saya terima kasih kepada Bank Negara Malaysia kerana mengambil tindakan akan tetapi apa yang telah diambil tindakan itu, apabila kes itu menjadi besar. Sebenarnya banyak ada banyak lagi yang kita tahu di pasaran ini yang bergiat dari segi money game dan berbentuk penipuan, syarikat-syarikat berbentuk penipuan. Sebenarnya di Pulau Pinang banyak dan saya hendak laporkan kepada Parlimen, di mana saya difahamkan ada orang sanggup letak jawatan kerana dia kata pulangan lebih baik menjadi ejen untuk syarikat-syarikat sebegini. Ada pula majikan- majikan yang hendak ambil pekerja mereka susah hendak dapat pekerja kerana mereka dapat alasan yang sama, mereka lebih bagus jadi ejen untuk Ponzi scheme seperti ini. Jadi ini berleluasa. Apabila ekonomi negara tidak baik ramai pekerja yang gamble, they want to make a quick profit. Jadi dia akan tarik seorang demi seorang untuk memasuki Ponzi scheme tersebut. Akan tetapi apabila bubble burst, habis semua. Jadi saya ingin sarankan supaya kerajaan terutamanya Bank Negara Malaysia dan juga KPDNKK nip it in the bud when it’s small, okey. Jangan dia menjadi bubble besar dan seperti yang melibatkan Genneva Gold itu yang berbilion ringgit barulah kita ambil tindakan, it’s too late. Saya rasa Bank Negara Malaysia terima maklumat macam- macam, all this market information dan kompelin dan sebagainya, buatlah betul-betul. Just go and check and enforce the law when it is not too late. Terima kasih.
Yang Berhormat saya ambil maklum tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat, kadang-kadang masyarakat kita ini pun ada masalah. Masalah dari segi apa? Dia senang kena tipu. Dia tahu fixed deposit hari ini pulangan 3.4 peratus. You simpan dalam ASB pun dapat 6.7 peratus setahun. Tabung Haji, lima peratus, EPF pun bagi 5.7 percent. Akan tetapi ada di kalangan kita kadang- kadang they are also a very educated punya kind of group yang melabur orang janji bayar 10 percent sebulan, percaya. Jadi bila dia melabur and then dia untung dia tidak mahu cerita kita. Bila dia kena tipu baru dia melaporkan kepada Bank Negara. Jadi isu ini yang selalunya kita berdepan ialah apabila orang sudah kena tipu. Masa dia belum kena tipu dia masih dapat satu bulan, dua bulan, tiga bulan pembayaran,
dia tidak pernah hendak cerita dekat Bank Negara dia dapat 10 peratus satu bulan. Akan tetapi apabila dia sudah tidak dapat return dia mengadu kepada Bank Negara. Sedangkan mereka-mereka yang buat skim ini dia tidak pernah dapat kelulusan daripada pihak Bank Negara ataupun dipihak KPDNKK. Jadi, saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat, jadi saya minta kalau ada di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini dalam kawasan masing-masing, berdepan dengan isu-isu yang mana rakyat pergi melabur kepada sesuatu institusi atau syarikat yang menjanjikan pulangan yang agak tidak munasabah, boleh laporkan kepada pihak Bank Negara dan Bank Negara akan buat siasatan dan panggil semua lembaga pengarah. Akan tetapi masalah dia kita hendak laporan ini, yang sangat penting yang kita kena buat. Jangan bila dapat untung 10 peratus satu bulan, 10 peratus satu bulan, 10 peratus satu bulan dalam masa tiga bulan dia tidak ada pergi report kepada Bank Negara selepas itu bila masuk bulan keempat sudah tidak dapat lagi return baru dia hendak buat laporan, pada ketika itu sudah lewat. Kemudian saya juga hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat bukan itu sahaja, sekarang ini macam-macam skim penipuan even orang yang hendak pergi umrah pun dia orang tipu. Bagi caj RM2,000 atau RM3,000 sahaja sedangkan perbelanjaan hendak pergi umrah itu RM5,000 atau RM6,000 paling kurang tetapi telah dijanjikan kalau melabur sekarang boleh pergi umrah dalam masa setahun dapat pergi RM5,000, RM6,000 cuma bayar RM2,000. Akan tetapi apabila dia ambil duit upfront selepas itu umrah tidak pergi duit hilang. Jadi inilah isu-isu yang saya rasa akhirnya rakyat kena tahu bahawa tidak ada pulangan yang sehebat yang dijangkakan, dijanjikan oleh semua pihak. Kalau boleh pulangan itu dapat begitu tinggi sudah lama institusi-institusi pelaburan yang berdaftar ini sudah beri pulangan yang sebegitu banyak. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Parit Sulong kerana kalau tidak nanti dia marah saya. Walaupun saya tahu dia akan mendengar cakap Speaker tetapi saya terpaksa jawab. Beliau bertanyakan berapakah syarikat yang mampu membantu usahawan melalui crowdfunding equity. Untuk pengetahuan makluman Ahli Yang Berhormat sejumlah 18 syarikat swasta dan setaraf tempatan telah berjaya meraih pelaburan melalui platform dana masyarakat atau equity crowdfunding. Setakat ini syarikat ini terdiri daripada sektor retail, teknologi hijau, sumber manusia, pendidikan, food and beverages and perusahaan sosial. Platform ECF yang berfungsi menampilkan syarikat swasta yang berpotensi baik untuk pelaburan oleh pelaburan awam dan pelabur-pelabur peringkat permulaan... [Perkataan kurang jelas] ...Malaysia telah berjaya memenuhi keperluan usahawan tempatan untuk mengumpul modal sebanyak setakat ini RM11.3 juta setakat akhir Februari 2017.
Yang Berhormat, okey.
Ada lagi?
Ada, ada. Saya hendak menanya sikit, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tadi dimaklumkan ada RM11.3 juta. Daripada jumlah ini cuma saya hendak tahu kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada maklumat mengenai berapa banyak kah yang biggest investor dan juga smallest investor. Sebab kalau crowdfunding ataupun platform ECF ini dia ten dollars pun dia boleh. Jadinya saya hendak tahu daripada jumlah ini yang mana satu the biggest and the lowest. Thank you. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Parit Sulong ini hebatlah. Walau bagaimanapun saya tidak ada jawapannya itu, statistik tidak ada. Cuma saya hendak beritahu equity crowdfunding ini dia maximum for any company that can raise through equity crowdfunding maximum RM5 million, the entire tenure of the crowdfunding untuk sebuah syarikat itu maksimum RM5 million.
At any one particular year, dengan izin RM3 juta. Dalam masa setahun tu RM3 juta maksimum boleh pergi lepas tu RM5 juta. Jadi, berapa daripada 18 syarikat ini dapat sama ada 200, 300, atau 1 million, 2 million, 3 million, saya tak ada maklumat nanti saya boleh tulis secara official. Boleh? Boleh? Yang Berhormat Parit Sulong?
Boleh. Lepas tu saya dengar pula...
Ada lagi?
Bursa Malaysia ni Yang Berhormat Menteri dia hendak offer satu cara iaitu new private market yang dikatakan akan dioffer oleh Bursa Malaysia yang juga menyediakan akses kepada greater fund raising dalam capital market. Cuma saya hendak tahu apa beza yang ini dengan ECF ini? Itu sahaja.
ECF ini dia lebih kecil. Apa yang Bursa hendak buat itu dia lebih kepada syarikat-syarikat SMEs yang telah beroperasi yang mempunyai capacity atau potensi untuk berkembang. Ia memang sudah ada kilang, ia sudah ada big operation tetapi dia belum masuk lagi level yang boleh pergi listing sama ada east market ataupun main board. Jadi dia masuk dalam level ini ialah untuk mencari capital dari segi itu dia lebih kepada syarikat yang lebih besar daripada retail as compared to retail yang ada dalam ECF.
Yang Berhormat Menteri soalan sama sedikit sahaja.
Ya.
Regulatory siapa regulate ni? Thank you.
Regulatory for ECF dengan P2P is Security Commission. Okay.
Sudah habis Yang Berhormat?
Maklumat tu jangan lupa pula hendak bagi. Nanti cakap hendak bagi, tidak bagi lah pula.
Yang Berhormat Puchong ni... eh Puchong pula.
Yang Berhormat Parit Sulong.
Yang Berhormat Parit Sulong sudah macam Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya Kementerian Pengangkutan saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2017.
Perbekalan?
Dan untuk perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima kasih atas keprihatinan
Yang Berhormat perbahasan kita Titah Diraja, Yang Berhormat.
Titah Diraja bukan perbekalan.
Titah Diraja bukan perbekalan.
Perbahasan Titah Diraja.
[Dewan ketawa]
Terima kasih atas keprihatinan..
Yang Berhormat Menteri jadi Menteri Besar Johor kah?
...Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu-isu dan pertanyaan- pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan isu maritim yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Klang. Kalau tidak ada Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Klang, saya jawapan bertulis ya?
Boleh Yang Berhormat.
Okey. Seterusnya, Yang Berhormat Tanjong telah meminta penjelasan status kerja pengorekan. Yang Berhormat Tanjong pun tidak ada ya?
Tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Okey saya jawab bertulis. Yang Berhormat Bukit Katil...
Ada.
...dalam perbahasan membangkitkan mengenai pelaburan laut dalam di Melaka berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Melaka Gateway adalah merupakan sebuah projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Antara cadangan pembangunan yang akan dibuat di Melaka Gateway adalah seperti berikut. (i) terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1; (ii) bandar komersial di Pulau Melaka East 2; (iii) Terminal Pukal Cair di Pulau Panjang ataupun Pulau Melaka East 3; dan (iv) terminal pelbagai guna dan taman industri maritim di Pulau Melaka East 4. Ketika ini kerja-kerja penambakan laut bagi Pulau Melaka East 1 yang akan menempatkan terminal kapal persiaran antarabangsa telah pun 90 peratus siap dan projek pembinaan terminal tersebut pula dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019. Manakala pulau-pulau yang lain akan dibangunkan secara berfasa. Pembinaan pelabuhan Melaka Gateway dilihat tidak akan menjadi pesaing kepada mana-mana pelabuhan sedia ada malah ia akan menjadi pelengkap di dalam meningkatkan kapasiti sektor pelabuhan Malaysia. Seterusnya mengenai Pelabuhan Sepanggar. Yang Berhormat Sandakan ada ya? Yang Berhormat Sandakan telah memohon penjelasan mengenai status naik taraf Pulau Sepanggar.
Yang Berhormat Bukit Katil bangun, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta laluan sedikit boleh?
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ada dua sahaja soalan berkaitan perkara ini. Pertamanya, adakah kerajaan– bolehkah saya tahu apakah ada enviromental impact assesment ataupun social impact assessment sebelum projek ini dibuat kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, projek ini telah beri kesan yang agak mendalam terhadap penduduk setempat. Di mana kebanyakan mereka menjadi nelayan dan sebagainya hilang mata pencarian dan apakah ada kajian tentang jangkaan impact ekonomi hasil daripada usaha ini?
Seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, misalnya saya sebut dalam perbahasan Pelabuhan Klang belum lagi maksimum penggunaan tetapi sudah ada projek deep-sea port, dengan izin di Melaka ini. Jadi kita tidak nampak apa sebenarnya tujuan khusus satu lagi pelabuhan laut dalam walhal kita ada yang belum lagi digunakan secara maksimum. Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Katil. Untuk makluman di Melaka Gateway ia bukan deep-sea port untuk transhipment. Transhipment kita buat di Pelabuhan Klang dan di PTP. Akan tetapi di Melaka Gateway ia untuk penumpang kapal persiaran sahaja. Ia tidak ada kontena atau transhipment. Jadi sebab itu saya katakan ini adalah satu projek nasional untuk kita mentransformasikan ekonomi. Saya pasti rakyat Melaka tidak akan berterusan jadi nelayan. Kita hendak mentransformasikan ekonomi rakyat Melaka. Jadi mengenai EIA impact projek-projek sebegini memang kita wajibkan untuk mendapatkan kelulusan EIA terlebih dahulu. Seterusnya Yang Berhormat Sandakan telah memohon penjelasan mengenai status projek naik taraf Pelabuhan Sepanggar. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelabuhan-pelabuhan di Sabah adalah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Sabah dan ia ditadbir urus oleh Lembaga Pelabuhan-pelabuhan dan Dermaga negeri Sabah. Manakala aspek operasi pelabuhan-pelabuhan di Sabah ia telah diswastakan kepada Sabah Port Sdn. Bhd. termasuk Pelabuhan Sepanggar. Sabah Port Sdn. Bhd. Adalah satu syarikat negeri Sabah ya. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembesaran pelabuhan kontena Teluk Sepanggar dalam Rolling Plan Pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang diterajui oleh pihak Sabah Economic Development and Investment Authority ataupun singkatannya SEDIA yang bernilai RM1.027 bilion. Pembesaran Pelabuhan Sepanggar dijangka akan dapat meningkatkan kapasiti pengendalian kontena dan kargo serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada kapal-kapal yang singgah di Pelabuhan Sepanggar. Komponen-komponen projek ini termasuk pembesaran dermaga sepanjang satu kilometer, penambakan laut seluas 62 hektar, pendalaman dasar laut sedalam 15 meter dan pembelian alat-alat pengendali operasi.
Sabah Ports Sdn. Bhd. ketika ini sedang menjalankan proses pelantikan jururunding dan kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada pertengahan tahun 2017. Seterusnya, Yang Berhormat Sandakan juga menyentuh dasar kabotaj. Kerajaan telah mengadakan dengan izin stakeholder consultation dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pihak industri pada 21 Februari 2017. Tujuan sesi ini adalah untuk menilai dan meneliti langkah-langkah yang sesuai dalam meningkatkan kecekapan produktiviti sektor pelabuhan di Sabah dan Sarawak. Sesi ini juga akan membincangkan hala tuju liberalisasi dasar kabotaj di kedua-dua negeri ini. Dalam hubungan ini, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan liberalisasi penuh dasar kabotaj di negeri Sabah dan juga mempertimbangkan inisiatif-inisiatif lain dalam menggiatkan produktiviti pelabuhan-pelabuhan Sabah. Seterusnya Yang Berhormat Batu Sapi.
Yang Berhormat Sandakan bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi bermakna cabotage policy itu sampai terkini belum ada satu pembebasan untuk Sepanggar base ini. Akan tetapi hari itu, Yang Berhormat Menteri di Kota Kinabalu, dia maklum, bilang, Sepanggar Port itu akan dibebaskan dengan ini cabotage policy dengan serta-merta. That’s why kita mahu dapat maklum ini jelas. Adakah ini sebab berita yang diberitahu ada dua jenis. Satu, bilang bebas, satu bilang tidak boleh. Jadi kita mahu maklumlah, mahu tentu, apa macam ini yang satu keadaan. Terima kasih.
Ia sudah di— akan dilaksanakan liberalisasi dasar kabotaj ini. Sebagai contoh, kapal dari negara China kalau sebelum ini datang ke Sepanggar tetapi kapal negara China ini tidak boleh bawa barang-barang pergi bawa ke pelabuhan-pelabuhan di Sabah, tempat lain di Sarawak. Akan tetapi lepas ini, liberalisasi, boleh. Maknanya, kapal daripada Guangzhou bawa barangan sampai ke Sepanggar, ia boleh pergi ke Bintulu. Ia boleh pergi ke Kuching. Akan tetapi pastinya ianya akan menjejaskan peluang syarikat-syarikat tempatan. Akan tetapi itu kehendak orang Sabah dan Sarawak, kita ikut. Jadi itulah
liberalisasi yang akan dinikmati oleh pelabuhan-pelabuhan di Sabah. Liberalisasi. Jadi maknanya, kapal-kapal daripada negara luar ini, ia boleh singgah beberapa tempat membawa barang-barang.
Akan tetapi...
Saya ingat— Yang Berhormat, saya banyak yang hendak...
Saya tahu tetapi ini satu perkara yang mustahak sebab peniaga-peniaga di Sabah sana tidak tentu bagaimana ini satu polisi masih wujud sebab mengikut kalau Yang Berhormat Menteri punya jawapan, kapal daripada luar negara itu tidak boleh masuk. Ini sekarang pun boleh. Jadi, ia boleh angkat barang itu pergi port lain. Hari itu kita punya Menteri, satu newspaper ada sebut, ini kalau boleh semestinya tidak ada itu punya kapal tempatan yang lanjut itu, what we called, the way lah. Jadi bagaimana sekarang itu? Bolehkah, ada ini syarat atau tidak ada, kita ini yang sekarang tidak faham. Mengikut kementerian, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan...
Yang Berhormat Sandakan. Dengar cakap Yang Berhormat Menterilah, Yang Berhormat ya?
Ya, mengikut Yang Berhormat Menteri punya maklum, dia macam biasa, tidak ada. Masih mengikut syarat yang dulu. Ada perkhabaran yang jalan jambatan itu, cabotage policy itu masih wujud. Ini kita mahu tahu.
Cabotage policy memang ada tetapi kita akan longgarkan. Dulu kalau kapal daripada Guangzhou sampai ke Sepanggar, ia tidak boleh ambil barang di Sepanggar bawa pergi Kuching, tidak boleh. Dulu ia mesti minta lesen tetapi sekarang sudah boleh, ya? Jadi maknanya ini adalah satu kelonggaran baru yang akan diberikan, ya? Seterusnya...
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Tidak boleh, sorry ya. Tuan Yang di-Pertua, jadi syarat ini bermakna walaupun ada kapal dari Sepanggar pergi Kuching yang jambatan punya ada perjalanan ini, route, itu yang kapal dari luar negeri itu macam dari Guangzhou, tidak boleh angkat barang atau punggah barang di Sepanggar pergi Kuching jugalah.
Yang Berhormat Menteri, boleh tidak...
Yang Berhormat Batu Sapi telah mencadangkan supaya...
Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat?
Yang Berhormat Menteri, berkaitan sedikit. Yang Berhormat Menteri.
Kalau tidak, saya suruh duduk, Yang Berhormat Penampang.
Saya banyak—
Duduk dulu, Yang Berhormat.
Just to ask Yang Berhormat Menteri, adakah ini pengesahan bahawa kabotaj adalah kenapa kos barang di Sabah tinggi? You know, that is why you all liberalized that. Terima kasih.
Ini kita memberi pada dasarnya memberi kemudahan tambahan. Kalau dulu mungkin tidak ada kapal daripada Guangzhou hendak datang ke Sepanggar kerana ia tidak ada barang yang hendak dibawa apabila sampai Sepanggar. Jadi selepas ini, kita liberalizedkan. Begitu. Jadi maknanya, akan banyak lagi kapal-kapal daripada luar negeri datang ke Sabah dengan membawa barang-barangan. Ini akan memberi mereka economy of scale so barang akan dapat murah sedikitlah.
Yang Berhormat Batu Sapi tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Okey Yang Berhormat Batu Sapi...
Yang Berhormat Batu Sapi tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Saya akan jawab secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Lumut. Ada? Okey. Yang Berhormat Lumut...
Tuan Yang di-Pertua, sorry...
Ada yang bangun lagi, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa punya soalan macam seperti MAS luggage problem belum lagi...
Belum masuk lagi, Yang Berhormat.
Okey, okey. Belum lagi. Nanti, nanti.
Sabar, Yang Berhormat.
Ada, ada. Ini cerita laut dulu. Yang Berhormat Lumut dalam perbahasannya...
Yang Berhormat Bintulu pun ada tanya fasal MAS, ya.
Yang Berhormat Lumut memohon penjelasan status projek Marina Pulau Mentagor dan Jeti Sungai Pinang Kecil. Berhubung Marina Pulau Mentagor ia sebelum ini diurus dan dioperasi oleh Jabatan Laut untuk beberapa tahun. Walau bagaimanapun marina ini pada tahun 2010 telah mengalami kerosakan yang teruk akibat daripada kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut termasuk kehilangan puntun-puntun di marina berkenaan. Memandangkan peruntukan Jabatan Laut agak terhad, Jabatan Laut mengambil masa lama untuk baik pulih sepenuhnya hanya pada tahun 2015 marina telah dapat diperbaiki sepenuhnya dan boleh beroperasi. Walau bagaimanapun, menyedari bahawa pengurusan marina bukan merupakan fungsi utama Jabatan Laut termasuk keperluan strategi promosi yang berterusan di dalam dan luar negeri, kementerian mengambil keputusan untuk menswastakan marina ini seperti mana marina-marina lain di bawah seliaan Jabatan Laut. Penswastaan adalah secara free based operation di mana pihak swasta bebas menjalankan apa sahaja aktiviti komersial di tapak marina tersebut. Pada tahun itu kementerian, pada tahun 2015 telah menerima permohonan daripada Unit perancang Ekonomi Negeri Perak bagi menswastakan Marina Pulau Mentagor. Oleh yang demikian, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri pada 4 Disember 2015 telah mengangkat permohonan ini untuk pertimbangan Jemaah Menteri di mana bersetuju Majlis Perbandaran Manjung bagi pihak Kerajaan Negeri Perak memajak tanah marina ini daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Justeru Majlis Perbandaran Manjung bertanggungjawab dalam aspek pembangunan dan pengoperasian Marina Pulau Mentagor serta dari aspek penswastaan sekiranya terdapat permohonan yang berkaitan. Berhubung dengan jeti Sungai Pinang Kecil pula, jeti ini yang telah di siap bina pada tahun 2004 adalah bertujuan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna. Bagi tempoh tahun 2004 hingga tahun 2013, jeti tersebut tidak diguna pakai secara maksimum berdasarkan beberapa perkara seperti jarak jeti yang jauh daripada kawasan kediaman, persepsi feng shui yang tidak baik dan penggunaan jeti-jeti kayu lama yang ada di kawasan itu masih diteruskan.
Dalam hubungan ini, Jabatan Laut pada 12 Jun 2013 telah mengemukakan permohonan tukar guna keseluruhan tanah daripada Kementerian Pengangkutan Jabatan Laut kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi tujuan kegunaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan dan Kegunaan Tanah
Kerajaan Persekutuan bertarikh 9 Julai 2007 yang bersetuju dengan permohonan tukar guna tanah tersebut. Seterusnya Yang Berhormat Tasek Gelugor. Tak ada ya?
Yang Berhormat Tasek Gelugor tak ada dalam Dewan, Yang Berhormat.
Okey. Yang Berhormat Sandakan juga telah membangkitkan mengenai lesen kenderaan motor ataupun lebih dikenali cukai jalan. Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya jawab bertulis. Mengenai dengan— ia sekali dengan Yang Berhormat Sandakan ya. Untuk makluman, disk lesen LKM ini merupakan dokumen terkawal kerajaan, direka bentuk dengan ciri-ciri keselamatan bagi memastikan LKM tersebut tidak mudah dipalsukan, tidak mudah diganggu usik atau ditanggal atau dialihkan daripada satu kenderaan ke satu kenderaan yang lain. Di antara ciri-ciri keselamatannya adalah seperti tingkap kinegram, label berpelekat bersama slip keselamatan ataupun dengan izin, security slip dan panel berbentuk ‘L’ untuk cetakan butiran LKM berlatarbelakangkan reka bentuk keselamatan. Cara penggunaan LKM adalah seperti mana yang ditetapkan iaitu untuk melekatkan terus pada cermin kenderaan bagi mengelakkan disk tersebut tertanggal daripada permukaan cermin kenderaan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia, disk LKM ini telah diuji pada daya pelekatan yang tinggi dan daya tahan pendedahan terhadap perubahan suhu persekitaran. Daripada ujian, menunjukkan peratusan kecil kurang daripada 0.5 peratus adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran, kelembapan udara dan juga kelembapan garam dan bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan cermin. Mengambil kira faktor tersebut atau kaedah penggunaan disk yang tidak dilekatkan terus terhadap cermin kenderaan, kementerian ini berpandangan bahawa akan terdapat kebarangkalian berlaku kes disk LKM yang tertanggal daripada cermin kenderaan. Bagi maksud ini, proses gantian disk LKM boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan tersebut di mana-mana pejabat JPJ tanpa sebarang caj yang dikenakan sekiranya disk LKM sesebuah kenderaan mengalami kerosakan atau cetakannya pudar dalam tempoh LKM tersebut berkuat kuasa. Dalam masa yang sama, kementerian ini dan pihak pembekal juga sedang meneliti beberapa kaedah bagi memastikan kualiti cetakan LKM dan daya ketahanannya dipertingkatkan sepanjang tempoh penggunaan. Seterusnya berhubung isu kad perakuan pendaftaran kenderaan geran sebagai dokumen kemasukan sementara kenderaan Malaysia ke negara Thailand. Untuk makluman Dewan yang mulia, mulai 1 Jun 2016, JPJ telah memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan ataupun dengan izin, vehicle ownership certificate atau singkatannya VOC. VOC ini merupakan perakuan pendaftaran kenderaan yang mengandungi butir-butir pemilik dan kenderaan serta merupakan dokumen rasmi yang menggantikan geran kenderaan sebelum ini. Pihak kementerian melalui Wisma Putra telah memberikan notifikasi kepada negara-negara luar berhubung peraturan semasa Malaysia yang menjadikan VOC sebagai dokumen perakuan pendaftaran bagi keperluan pergerakan kenderaan yang melibatkan lintas sempadan. Berdasarkan semakan dan stesen kawalan sempadan JPJ di pintu sempadan, pihak kastam negeri Thailand telah menerima pakai sama ada geran kenderaan atau VOC sebagai dokumen perakuan pendaftaran kenderaan bagi tujuan pengeluaran declaration form untuk membolehkan kenderaan Malaysia masuk ke negara Thailand dan berada di negara tersebut secara sementara. Yang Berhormat Sandakan juga membangkitkan mengenai kadar cukai jalan lori di Sabah yang lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Sandakan, berhubung isu perbezaan cukai jalan (roadtax) ataupun kadar LKM di antara negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia dan Sarawak, adalah dimaklumkan secara amnya, kadar pengiraan LKM untuk kenderaan barangan di Sabah dan Semenanjung Malaysia adalah berasaskan berat dengan muatan (BDM), manakala pengiraan di Sarawak pula berasaskan berat tanpa muatan (BTM). [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Hanya tiga jenis kenderaan barangan sahaja yang berbeza asas pengiraannya di antara negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia iaitu penggerak utama kontena ataupun dengan izin, prime mover, penggerak utama treler dan penggerak utama jentera bergerak. Bagi Semenanjung, berat curb ataupun berat rangka digunakan sebagai asas pengiraan bagi kategori kenderaan tersebut berbanding di Sabah yang menjadikan berat dengan muatan sebagai asas. Tuan Yang di-Pertua, ingin ditegaskan di sini, secara perbandingannya, hanya tiga jenis kenderaan barangan ini sahaja iaitu penggerak utama kontena, penggerak utama treler dan penggerak utama jentera bergerak yang dikenakan kadar LKM yang lebih tinggi di Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Situasi ini tidak menggambarkan semua cukai jalan kenderaan di Sabah adalah lebih tinggi. Untuk makluman, kadar cukai jalan kenderaan barangan selain daripada tiga kategori ini adalah lebih rendah berbanding dengan kadar Semenanjung. Contoh perbandingan, kadar di Sabah untuk penggerak utama BDM 38,000 kilogram, kadar di Sabah RM2,632 kadar cukai tetapi di Semenanjung RM5,388. Lori rigid berat dengan muatan 38,000 kilogram ke atas di Sabah, cukainya RM2,632 manakala di Semenanjung RM7,308. Di Sabah, kereta 3,000cc RM1,024 tetapi di Semenanjung RM2,130. Yang Berhormat Sandakan juga membahaskan mengenai berat tanpa muatan dan berat dengan muatan lori di Sabah dan mencadangkan kerajaan menyelaraskan antara Sabah dengan Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, berat dengan muatan bagi sebuah kenderaan perdagangan adalah ditentukan berdasarkan kepada ketetapan di bawah Perintah Sekatan Berat Jalan Persekutuan. Perintah tersebut adalah disediakan dan di bawah bidang kuasa pihak JKR manakala pihak JPJ hanya akan mengguna pakai proses kelulusan pelan teknikal.
[Bangun]
Seterusnya, pihak kerajaan akan membuat pertimbangan untuk menyelaraskan BTM antara Sabah dengan Malaysia.
Ya, Yang Berhormat Sandakan bangun.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, ini satu jawapan yang saya fikir berapa tahun sudah suaralah tapi sampai hari ini Sabah masih menghadapi satu ketidakadilanlah, tidak sama berbanding dengan Semenanjung. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut muatan 38 tan punya itu lori. Walaupun di Sabah is RM2,600 tapi RM2,600 ini saya dapat tahu, ia hanya nanti belakang lalu berapa treler yang tambah, seterusnya dia mahu tambah. Jadi walaupun di Semenanjung dicaj RM5,000 something, RM5,000 lebih, tapi dia tidak kira berapa treler dia angkat. Jadi, kalau yang jumlah total up, itu yang chargers Sabah masih mahal. That is what I got from the pengusaha. That is why they are calling kementerian sini memberi timbang rasa bahawa jadi serata ini muatan dan juga itu dia punya cukai. Terima kasih.
Yang Berhormat Sandakan, seperti pengakuan saya, pihak kerajaan akan membuat pertimbangan untuk menyelaraskan BTM antara Sabah dan Semenanjung. Saya apabila membincangkan dengan pegawai-pegawai saya, memang saya telah tetapkan untuk diselaraskan agar kita memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Seterusnya Yang Berhormat Bintulu, tidak ada ya? Yang Berhormat Bintulu, dalam perbahasan telah mencadangkan supaya kerajaan menyeragamkan spesifikasi nombor plat kenderaan di seluruh negara. Menjawab isu ini, Kementerian Pengangkutan mempunyai cadangan untuk melaksanakan penyeragaman plat nombor pendaftaran melalui kawalan spesifikasi plat di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya. Ini adalah bagi menyelesaikan isu kepelbagaian plat yang tidak seragam sehingga tidak dapat dibaca dan pemalsuan plat sehingga menyukarkan penguatkuasaan undang-undang. Cadangan penyeragaman plat ini sedang dikaji secara terperinci dengan mengambil kira kepentingan pemilik kenderaan sebagai pengguna dan industri pembuat plat sedia ada. Pihak kementerian juga akan mengadakan sesi engagement dengan pihak berkepentingan sebelum memuktamadkan pelaksanaan tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat Sungai Petani...
[Menyampuk]
Ada, ada. Yang Berhormat Sungai Petani, tidak ada ya? Okey, saya jawab secara bertulislah. Seterusnya, saya pindah ke Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Sekijang, ada. Yang membangkitkan mengenai Projek Landasan Berkembar Gemas–Johor Bahru. Berhubung projek ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, surat setuju terima kepada kontraktor telah dikeluarkan pada 27 Oktober 2016. Tarikh milik tapak ditetapkan pada 1 Disember 2016. Proses pengambilan balik tanah telah selesai dan kerja-kerja merobohkan setinggan telah pun berjalan, masih terdapat baki 67 buah setinggan yang perlu dirobohkan dan kerja merobohkan setinggan akan disambung semula pada awal April 2017. Kerja pembersihan setinggan dihentikan seketika kerana terdapat setinggan yang merayu untuk diberikan tempoh sehingga Mac 2017. Kerja-kerja memuktamadkan reka bentuk terperinci sedang berjalan lancar melalui perbincangan semasa bersama beberapa agensi di peringkat negeri, daerah dan Persekutuan. Kementerian berusaha untuk memastikan agar pelaksanaan projek ini dapat disegerakan dan berusaha supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan pada pertengahan 2017 ini. Seterusnya, Yang Berhormat Sandakan lagi. Banyak betul. Memohon penjelasan mengenai cadangan pembangunan rangkaian kereta api pantai di pantai barat Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan mengambil maklum kepentingan pengangkutan kereta api di Sabah. Pihak kementerian juga telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah dalam pelaksanaan tiga projek yang berjumlah RM101 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Projek- projek ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kerajaan mengambil kira pembangunan infrastruktur kereta api memerlukan kos yang sangat tinggi, maka kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan sesuatu pelaburan tersebut memberi pulangan yang optimum kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, insiden MH370, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Lumut membangkitkan perkara ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan menggantung operasi pencarian MH370 adalah selaras dengan persetujuan yang dicapai pada mesyuarat tripartite peringkat Menteri di antara Malaysia, Australia dan Republik Rakyat China yang telah diadakan pada 22 Julai 2016. Melalui mesyuarat tersebut, ketiga-tiga negara bersetuju sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baru yang sahih dan kukuh diperoleh, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan. Susulan daripada penggantungan operasi pencarian MH370, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengetuai pasukan bertindak ataupun, dengan izin, response team yang diwujudkan untuk memantau secara berterusan bukti-bukti baru berkaitan MH370. Laporan akhir penyiasatan yang menyeluruh dan terperinci akan dikeluarkan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengumuman penggantungan operasi pencarian iaitu pada 17 Januari 2017. Berdasarkan hasil siasatan, pasukan penyiasat akan mengemukakan satu laporan terperinci dan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam negara kepada pihak-pihak yang berkepentingan ataupun, dengan izin, stakeholders. Yang Berhormat Stampin telah membangkitkan mengenai laporan siasatan terhadap air traffic controller (ATC) berhubung insiden MH370 yang hanya akan dikeluarkan selepas setahun operasi pencarian dihentikan. Untuk makluman Yang Berhormat Stampin, operasi pencarian MH370 oleh pasukan operasi melibatkan Malaysia, Australia, Republik Rakyat China di kawasan tambahan seluas 120,000 kilometer persegi Lautan Hindi telah selesai dilaksanakan dan dihentikan pada 17 Januari 2017. Laporan akhir kehilangan MH370 akan disediakan oleh safety investigation team dijadualkan pada pertengahan bulan Februari 2018. Pasukan penyiasat telah mengeluarkan laporan awal pada 9 April 2014. Interim statement pada setiap ulang tahun kehilangan pesawat juga telah dikeluarkan pada 8 Mac 2015 dan 8 Mac 2016. Ketiga- tiga laporan ini hanya memperincikan fakta-fakta kejadian berdasarkan maklumat yang diperoleh pada masa itu. Safety investigation team ataupun singkatannya SIT, kini akan melengkapkan kesemua analisa dan penemuan berdasarkan semua maklumat fakta yang mereka telah kumpulkan. SIT akan membuat kesimpulan berdasarkan analisa dan penemuan dan juga membuat cadangan keselamatan kepada pihak berkepentingan di dalam laporan akhir. Untuk penyediaan laporan akhir, terdapat beberapa keperluan undang-undang di dalam Malaysian Civil Aviation Regulations 1996 (2016), bahawa SIT perlu patuhi.
Yang Berhormat Menteri.
Pada masa yang sama, SIT juga perlu mengikut beberapa peruntukan mandatori dalam ICAO Annex 13 dan memberi masa untuk semua tujuh accredited representatives dari tujuh air investigation agencies luar negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Singapura, China dan Indonesia untuk mengulas laporan akhir tersebut. Integriti keselamatan negara, keselamatan dalam konteks ini bermaksud sekuriti, bukan safety.
Ya, Yang Berhormat Stampin bangun.
Saya hendak jalan terus ini. Pengesanan pesawat yang identitinya tidak dikenali adalah merupakan tanggungjawab tentera udara iaitu TUDM kerana ia berkaitan dengan pertahanan udara. Jika radar DCA mengesan adanya pesawat yang identitinya tidak dikenal pasti dalam ruang udara, adalah di bawah tanggungjawab DCA, pegawai DCA akan memaklumkan kepada pusat kawalan trafik udara bersama TUDM untuk tindakan selanjutnya. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa pesawat pengangkutan awam yang ingin terbang di ruang udara negara, perlu mengemukakan pelan penerbangan ataupun flight plan. Ini adalah selaras dengan piawaian ICAO. Sehubungan itu, pergerakan semua pesawat awam yang terbang di ruang udara negara akan diketahui dan membolehkan perkhidmatan kawalan trafik udara diberikan. Seterusnya, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Lumut yang memohon supaya laporan akhir hasil siasatan insiden MH370 dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.
Pasukan Penyiasatan MH370 sedang menyiapkan laporan akhir siasatan yang dijangka selesai pada pertengahan Februari 2018. Dalam hubungan ini, tempoh setahun yang diperuntukkan kepada Pasukan Penyiasatan MH370 adalah bagi membolehkan laporan tersebut melalui beberapa proses semakan sebelum ia diambil tindakan pembetulan oleh Pasukan Penyiasatan MH370. Semakan akan dilaksanakan oleh: (iv) Stakeholders iaitu Malaysia Airlines, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan; (v) Accredited Representatives. Australia, Singapura, Indonesia, USA, Perancis, UK dan China; dan (vi) Jabatan Peguam Negara. Laporan akhir tersebut akan dicetak dan diedarkan kepada semua pihak yang tertentu serta akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Seterusnya Yang Berhormat Batu...
[Bangun]
Yang Berhormat kalau MH370 boleh? Sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci. Soalan saya yang dalam perbahasan saya iaitu kenapakah laporan terhadap kecuaian daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan— daripada pertahanan udara serta ATC perlu tunggu setahun lagi. Ini kerana laporan ini tidak tergantung kepada penemuan MH370. Apa yang kita mahu tahu adalah adakah langkah-langkah telah pun dilakukan bagi menghalang supaya perkara di mana MH370 tidak akan berlaku di mana apabila transponder ditutup, di mana apabila the ability to track the aircraft telah pun hilang tiada tindakan daripada ATC mahupun pertahanan udara? Jadi kita perlu tahu, apakah langkah-langkah telah pun dilakukan? Kita sudah tunggu tiga tahun, kita perlu tunggu setahun lagi. Maksudnya rakyat dalam kegelapan. Adakah langkah telah pun dilakukan? Kalau kita ikut Flightradar24, pada masa sekarang ada ratusan kapal terbang sedang terbang di udara kita. Jadi jika kita tahu bahawa langkah telah pun dijalankan kita mungkin akan kita tidak takut ada risiko jika sebuah lagi kapal terbang seperti MH370 transponder ditutup, tidak dapat dijejaki dan tiada step atau langkah dilakukan maka ada risiko kapal terbang itu akan berlanggar dengan kapal terbang lain di controlled air space. Jadi saya harap laporan ini tidak perlu tunggu sampai penemuan MH370 kerana ini bukan sahaja tentang MH370 lagi tetapi the heart of the safety of operating aircraft in our air space. Terima kasih.
Yang Berhormat Stampin saya telah terangkan dalam ucapan jawapan tadi. Sebenarnya semua sudah dalam jawapan. Cuma mengenai pelaksanaan itu pihak kerajaan kita telah juga terikat dengan International Civil Aviation Organization (ICAO) yang mana pihak ICAO pun sudah membuat satu langkah-langkah untuk mengurus perkara kejadian ini. Oleh kerana kejadian ini pertama kali yang berlaku di dunia dan kita sendiri telah— saya telah sebutkan bahawa dalam investigation ini pun melibatkan tujuh buah negara. Jadi pihak industri antarabangsa sangat aware perkara yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Stampin. Mengenai laporan-laporan itu...
[Bangun]
...Memang kita kena terikat dengan peraturan- peraturan yang disebutkan dalam ICAO MX13. Seterusnya Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, berkenaan MH370.
[Bangun]
Saya ingat sudah lewat.
Sikit, sikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, kita sekarang telah menyiapkan 120,000 square meter sudah selesai. Yang Berhormat Menteri tadi kata unless ada evidence baru, baru akan adakan pencarian yang barulah. So, sekarang— Yang Berhormat Menteri juga kata Malaysia sekarang mengepalai jawatankuasa tersebut sebab dulunya Australia sekarang Malaysia. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri dengan adanya evidences yang dijumpai di Afrika Timur, di tempat pesisiran Pantai Afrika di Christmas Island dan sebagainya. Saya nampak itu adalah evidence yang nyata untuk kita melaksanakan analisis ombak dan sebagainya supaya mencari lokasi yang— untuk memperluaskan searching for MH370. Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi ketetapan apakah evidences yang perlu barulah akan Malaysia membuka balik searching for MH370 Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri maaf, sekejap sahaja. Yang Berhormat Menteri, saya berpendapat bahawa jawapan tidak diberi lagi. Soalan saya adalah, apakah langkah pembetulan yang telah pun dilakukan supaya perkara seperti MH370 di mana ATC gagal menjejaki MH370 ya dan tindakan dibuat dengan segera dapat dielakkan jika perkara seumpama berlaku lagi? Jadi soalan saya, langkah pembetulan apakah yang telah pun dilakukan oleh ATC dan bukan tentang penemuan MH370? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Stampin, untuk makluman kita telah memaklumkan di ICAO dan kita telah mencadangkan agar di buat satu syarat semua pesawat menggunakan real time tracking. Akan tetapi kita terikat dengan peraturan oleh ICAO. Jadi itu salah satu kita hendak supaya setiap pesawat menggunakan sistem real time tracking supaya kita boleh dapat track setiap pesawat. Ini telah kita cadangkan tetapi kita terikat dengan perundangan udara antarabangsa. Seperti saya katakan, dalam investigation ini melibatkan tujuh accredited representatives seluruh dunia. Jadi buat masa ini, seperti saya katakan tadi dalam jawapan bahawa DCA memang track ataupun mengurus setiap pesawat-pesawat yang lalu dalam ruang udara. Jadi— tetapi dalam kes MH370 this is very unprecedented, transponder di-switch off dan sistem communication pun di-switch off. Jadi kalau kita pakai telefon switch off pun orang tidak boleh berkomunikasi dengan kita. Itu sebenarnya telah melanggar peraturan dalam sistem penerbangan tetapi sebab itu kita sedang hendak mencari MH370 ini. Yang Berhormat tadi mengenai evidence selepas 120,000 kilometer square kita tidak dapat jumpa. Selagi tidak dapat jumpa the wreckage ataupun bangkai pesawat itu kita tidak dapat mengenal pasti punca. Perjumpaan debris ataupun serpihan-serpihan ini tidak dapat menjadikan sebagai credible evidence di mana pesawat itu berada. Jadi selagi pesawat itu tidak dapat dijumpai, selagi itulah kita tidak dapat menemukan punca kemalangan tersebut.
Yang Berhormat Menteri.
Memang kita tidak akan dapat cari pesawat itu kerana kita tidak cari. It’s a chicken and egg thing. Kalau kita tidak mengikut serpihan- serpihan tersebut, carilah— kalau jumpa serpihan then kita kena I mean follow the trail atau buatlah analisis bagaimana ombak itu membawa serpihan-serpihan tersebut. Kalau kita kata serpihan-serpihan tersebut bukanlah evidence sangat untuk kita menyambung
semula pencarian, maka kita tidak akan cari. Jadi kita pun tidak akan jumpa kerana pesawat tidak akan timbul tiba-tiba ya. Jadi saya rasa kementerian kena take serpihan-serpihan tersebut as seriously as possible. Ini kerana kita mahu satu keadilan, a closure for this MH370 dan the money involved walaupun nampaknya berpuluh juta ringgit, tetapi saya rasa— beratus juta ringgit saya rasa itu a small sum for us to pay as a country to give a closure to MH370 because this is our fellow citizens who are being buried under the sea. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, I think you are right. Dengan izin, you spot on when you said that communication switched off, okey. Transponder switched off, correct. Now, the question is during the moment bila dia switch off transponder, switch off telecommunication, kenapa Tentera Udara did not scramble any jets when the primary radar detected unidentified object flying across the air space? Itu yang saya perlu tahu, kita perlu tahu. Langkah apakah yang kita akan lakukan supaya perkara ini tidak akan berlaku? Got nothing to do whether we implement the real time tracking or not. The moment sebuah kapal terbang hantar flight plan dan transponder dia switch off, within five minutes ATC must be alerted and the Tentera Udara must be alerted. Soalan senang sahaja. Jika sekarang ada sebuah kapal terbang yang sudah ada flight plan, transponder dia diswitch off akankah Tentera Udara kita scramble our jet within five minutes or ten minutes? Itu apa yang saya maksudkan langkah pembaharuan yang kita akan lakukan. Terima kasih.
Yang Berhormat Stampin, saya rasa kita telah menjawab persoalan itu sudah banyak kali. Mengenai Yang Berhormat Bayan Baru, we cannot search blindly. Kita apabila pencarian yang diketuai oleh Australia, negeri China termasuk Malaysia, kita menggunakan segala teknologi, alat-alat yang ada dan daripada kata orang itu, perkiraan-perkiraan telah membuat satu kesimpulan di kawasan 120 ribu kilometer square itu, tempat itu. Jadi, sudah cari pun tidak jumpa. Jadi, kita tidak boleh kata orang itu mencari blindly melainkan kita dapat very credible evidences dan sehingga hari ini, belum ada credible evidences yang kita peroleh. Maka sebab itu, kita tidak boleh teruskan.
Itu bermaksud Yang Berhormat Menteri...
Sebentar Yang Berhormat...
...Yang serpihan-serpihan itu bukan credible evidences to the government? The serpihan-serpihan tersebut not credible evidence?
Not credible evidences. Serpihan itu bukan credible evidences.
You sure?
[Bangun]
Yes, very sure.
Then, apa lagi? What else? Kalau serpihan- serpihan daripada MH370 bukan credible evidences, what else? What are you going to find?
And it was found on the shore that have been…, dengan izin.
Must be something more. The serpihan is an evidence that kapal telah terjunam dalam laut. What else do you want? I don’t see your point.
Yang Berhormat Menteri. I also disagree that you have answered my question regarding the Tentera Udara.
Saya hendak sambung teruslah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, you have not answered my question on Tentera Udara . How can you still not answer my question?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu tidak ada, saya skip. Seterusnya Yang Berhormat, isu drone. Daripada Yang Berhormat Tanjong dan juga Yang Berhormat Stampin yang membangkitkan larangan pengguna
menggunakan drone oleh pihak kerajaan. Menjawab isu yang dibangkitkan ini, peruntukkan berhubung pengawalseliaan drone adalah diperuntukkan di dalam Bahagian VI, Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016. Di bawah peraturan ini, operasi kamera drone adalah dikenali sebagai small unmanned surveillance aircraft ataupun surveillance drone. MCAR singkatan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 ini, MCAR tidak menghalang mana-mana orang untuk menerbangkan surveillance drone. Namun demikian, pengoperasian dan penerbangan suatu surveillance drone adalah tertakluk kepada ketetapan dan peruntukkan peraturan-peraturan tersebut. Dalam peraturan tersebut, ia menggariskan zon-zon atau kawasan-kawasan di mana penerbangan surveillance drones adalah dilarang melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah Penerbangan Awam ataupun DCA. Seterusnya Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Serdang tidak ada?
Yang Berhormat Menteri, saya minta pengesahan sahaja boleh? Sekejap sahaja. Maksudnya kalau kita, seorang itu dia operasi drone di zon-zon yang dibenarkan dan to use as a business is allowed, is it? How high it can fly? Terima kasih.
Yang Berhormat Stampin, saya akan jawab bertulislah. Seterusnya Yang Berhormat Serdang tidak ada, saya skip. Seterusnya mengenai Malaysia Airlines Berhad, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Sandakan. Yang Berhormat Kalabakan, okey ini Yang Berhormat Sandakan dalam perbahasan membangkitkan mengenai polisi daftar masuk bagasi oleh Malaysia Airlines Berhad yang mana setiap penumpang dibenarkan dua barangan sahaja dalam had muatan 30 kilogram. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, polisi daftar masuk bagasi yang digunakan oleh Malaysia Airlines Berhad adalah selaras dengan polisi yang diguna pakai oleh kebanyakan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh ataupun singkatan full service carrier dengan izin, di serata dunia. Dalam hubungan ini, penumpang adalah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagasi tanpa caj tidak melebihi daripada dua barangan dalam had muatan di bawah kelas tersebut. Sebagai contoh, had muatan kelas ekonomi Malaysia Airlines 30 kilogram. Walau bagaimanapun, sekiranya penumpang mahu mendaftar masuk bagasi melebihi dua barangan tetapi masih di bawah had muatan tersebut, pihak Malaysia Airlines Berhad akan mengenakan caj pengendalian bagi barangan tersebut. Caj yang dikenakan ini adalah bagi menampung kos pengendalian oleh sebab pengendalian bilangan barangan yang tinggi boleh memberikan kesan kepada kelancaran operasi dan prestasi ketepatan masa penerbangan. Seterusnya, Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Bayan Baru masing- masing dalam perbahasan memohon pertimbangan kerajaan seupaya menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang mana kapasiti penumpang sedia ada telah melebihi 6.5 juta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya mempunyai cadangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang supaya dapat menampung kapasiti sehingga 10 juta penumpang setahun. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan telah memohon peruntukan melalui Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas. Antara skop komponen utama ialah menambah keluasan lantai bangunan terminal seluas 13,000 persegi.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun.
Ini bukan Yang Berhormat Bintulu punya ini.
Tidak. Bintulu ada bahas Malaysia Airlines Berhad tetapi kongkalikung tidak masuk atau apa saya tidak tahu. Saya ada soal kementerian ada sedar atau tidak, Malaysia Airlines kita banyak kerugian. Kita ada kaji balik semula atau tidak? Kita Malaysia Airlines kita tengok boleh nampak tiap-tiap pagi tidak kira Sabah atau Sarawak, memang ada flight dibatalkan. Kenapa kita kalau Malaysia Airlines tidak mampu termasuklah MASwings tidak mampu, kenapa kita tidak buka open? Daripada dahulu MOT sudah kata kita open, so ada airlines coming in. Saya di fahamkan AirAsia pun sudah minta tetapi sudah sampai berapa lama tidak ada apa-apa jawapan. Inconveniences sudah berlaku kepada rakyat. Rakyat ada emergency hendak pergi katakan hendak pergi Sabah Sarawak, tiba-tiba dibatalkan ataupun Sabah punya
orang hendak mari selalu batal ataupun kita boleh nampak Sabah pun banyak, Malaysia Airlines pun batal selalu. Tiap-tiap hari ada. Daripada Kuching – Kuala Lumpur pun batal selalu. Kalau kementerian mesti mahu nilai. Kalau Malaysia Airlines tidak mampu, janganlah kita pagar semua untuk Malaysia Airlines. Kalau Malaysia Airlines tidak mampu, kita tukar. Sebab itu mana-mana management tidak mampu kita tukar, ubah ataupun pergi bekerjasama merging sama lain-lain punya airlines. Saya rasa ini, kementerian mesti mahu nilai. Ini hal berlaku dalam Malaysia Airlines System. Kita patut itu hari, Khazanah sudah kata, dia employ satu orang pakar masuk. I ingat pakar masuk bukan pakar. P-A-K-A-R, pakar ini Malaysia Airlines. Inilah kita Sarawak macam di kawasan luar bandar, kita perlu MASwings bantu tetapi selalu batal, dibatalkan.
Kita tanya tidak ada jawapan. Hari-hari kata technical problem. Apa hal technical problem? Itu ATR baru aircraft walaupun sudah mungkin 10 tahun tapi patut maintenance spare part semua ada bukan macam dulu Fokker, kata tidak ada spare part, sekarang ada, mengapa? Saya nampak macam MASwings punya ada punya krew, itu kapten semua. Setengah jam lagi sudah mahu terbang baru mahu datang, baru cakap “Oh! ini tidak boleh, ini tidak boleh”. Kenapa patut SOP memanglah kapten sekurang-kurangnya satu jam kah berapa lama kah, check semua. Patut maintenance pun ada SOP juga. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu, kerajaan sentiasa terbuka, open dalam route penerbangan khususnya di domestik dan kita benarkan lain-lain airline ataupun syarikat penerbangan untuk terbang dalam negara. Cuma yang kita bataskan ialah di route ataupun laluan RAS. RAS ini yang diberi subsidi oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat Bintulu merasa ada beberapa route RAS ini yang perlu diopen, boleh lah buat surat kepada kementerian. Saya akan berunding dengan pihak kementerian dan juga pihak MASwings untuk bagaimana memberi ruang kepada syarikat airline lain untuk membuat operasi di situ. Saya akan pastikan keperluan Yang Berhormat ini akan dapat ditunaikan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita isu ini ada dua. Satu pasal masalah yang lepas– Sarawak State Government hendak beli MASwings. Kita pun nampak ataupun nilai dalam surat khabar. Ketua Menteri kita punya – baru ini Ketua Menteri ada umum dalam surat khabar kata MASwings macam tidak berminat, tidak bekerjasama. Sarawak government wants to take over tetapi tidak dapat bekerjasama. Tidak ada satu betul-betul perundingan atas isu-isu ini. Kenapa ini boleh berlaku? Isu kedua, saya pun minta AirAsia masuk, AirAsia tunjuk dia sudah memohon tetapi kelulusan tidak dapat. Sudah kira berapa lama sudah. Ini bukan kita kesian ataupun kita bantu AirAsia pasal kita mahu bantu kita punya rakyat di kawasan pendalaman. Walaupun you kata ada rural service punya subsidi. Saya rasa kalau subsidi kita bagi MASwings hari-hari batal pun tidak boleh dapat subsidi. Ini siapa pun pandai berniaga tetapi rakyat sengsara. Minta penjelasan daripada Timbalan Menteri.
Menteri, MASwings.
Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sekejap sahaja. Pada sesi yang lepas Menteri pengangkutan ada janji hendak bagi jawapan bertulis terhadap subsidi bagi MASwings di Sarawak, model yang digunakan. Jadi saya masih belum, tidak ada terima jawapan lagi. Saya harap pada sesi ini saya, saya boleh dapat jawapan, terima kasih.
Okey, saya minta pegawai saya pastikan Yang Berhormat Stampin dapat...
Subsidi MASwings bagi Sarawak.
MASwings ya. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, AirAsia pun, dulu pun 2006 kita sudah bagi dia peluang untuk menyelenggarakan di Sabah dan Sarawak. Tidak silap saya digunakan pesawat FEX, Flying Express tapi akhirnya AirAsia pun gulung tikarlah, dia pun...
Yang Berhormat Timbalan Menteri ini maklumat kasih daripada you punya pegawai tidak betul. Sabah, Sarawak dulu AirAsia ada masuk – AirAsia akhir sekali gaduh sama MAS, AirAsia tarik keluar. Ini maklumat tidak betul dia affect apa airline tidak jalan pasal dia mahu masuk sudah jadi gaduh. Jangan tidak betul maklumat pegawai jangan kongkalikung termasuk Menteri yang
Yang Berhormat saya mana boleh jawab kongkalikung saya dalam ini jawab fakta, memang mereka rugi.
Bukan fakta AirAsia memang itu masa you check back the record Airasia tidak pernah dilaksanakan Sabah, Sarawak – tidak ada itu pasal mahu merger, lepas itu merger tidak jadi, itu semua tidak jadi. AirAsia patut mahu bergabung sama Malaysia Airline itu masa tapi akhir sekali gaduh banyak orang bantahan akhir sekali cerai tapi Sabah, Sarawak rural service tidak jadi. Tidak ada langsung pun, ada mula itu bagi perkhidmatan kepada Sabah, Sarawak di rural punya kawasan. Bukan saya pertahankan AirAsia tapi there is a fact what is happening.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu saya mengambil berat perkara tersebut dan saya akan menjawab secara bertulis dan seterusnya akan berhubung bagaimana untuk mencari penyelesaian yang terbaik.
Menteri, berbalik kepada Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang, Menteri?
Okey.
Sudah habis kah belum?
Belum, belum.
Belum?
So, antara skop komponen utama untuk membesarkan Lapangan Terbang Pulau Pinang ini. Pertama tadi menambah keluasan lantai bangunan terminal seluas 13,000m kaki persegi. Kedua, pembinaan bangunan pemarkiran kereta bertingkat. Ketiga, mengkonfigurasi dan memperbesarkan parkir pesawat dan yang keempat pembesaran taxiway. Maka dengan siapnya komponen-komponen ini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijangka akan dapat menampung hingga 10 juta penumpang setahun.
Yang Berhormat Menteri panjang lagi?
Banyak lagi, saya tidak boleh..
Sikit sahaja berkenan isu ini.
Tidak apalah.
Jadi dia– Menteri sudah minta daripada Kementerian Kewangan betul?
Ya.
Belum ada kelulusan ya daripada untuk membiayai expansion ini. Sudah dapat kah? bila akan dapat kelulusan atau kewangan?
Dan ini telah dipohon peruntukan melalui Rolling Plan Ketiga untuk RMKe-11.
Jadi sudah diluluskan? Akan dapat?
Saya yakin dia akan dapat kelulusan.
Jadi jangkaan bila akan dilaksanakan?
Mungkin awal tahun depan.
Awal tahun depan projek expansion akan dilaksanakan.
Dilaksanakan setelah mendapat peruntukan yang dipohonlah.
Bolehkah kementerian engage stakeholder terutamanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk perbincangan sebab kita tahu bahawa negeri Pulau Pinang sedang merancang untuk membuat LRT dan kita hendak merge supaya station ini berada dekat terminal supaya kita memanfaatkan. Bolehkah kementerian engage dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari segi ini.
Okey, pastinya kerana semua ini dia pun akan mendapat kelulusan daripada segi bangunan pun akan mendapat kelulusan daripada PBT di Pulau Pinang.
Thank you Sir.
Seterusnya, Yang Berhormat Batu Sapi tidak ada saya..
Yang Berhormat isu MAS yang saya bangkit ada kah? Isu berkaitan dengan MAS engineering? Saya takut Yang Berhormat...
Sekejap ya, seterusnya saya pindah – Yang Berhormat Batu Sapi saya akan jawab secara bertulis. Seterusnya, Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan dalam perbahasan memohon supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menaiktarafkan lapangan terbang Labuan. Kerajaan sentiasa menyokong usaha-usaha untuk menjana pertumbuhan industri pelancongan dan penerbangan. Untuk makluman, mesyuarat majlis ekonomi yang bertarikh pada 20 Februari 2017 telah memutuskan supaya lapangan terbang Labuan kekal sebagai sebuah lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan perkhidmatan penuh ataupun full service carrier (FSC). Disebabkan fasiliti sedia ada yang baik dan mengendali kekerapan penerbangan FSC yang lebih tinggi berbanding dengan low cost carrier. Walau bagaimanapun, lapangan terbang Labuan masih boleh mengendalikan perkhidmatan LCC tanpa menjejaskan perkhidmatan dan fasiliti FSC sedia ada. Untuk menggalakkan pertumbuhan LCC di Lapangan Terbang Labuan kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif yang dinikmati oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang antarabangsa di Langkawi. Dia akan dipanjangkan insentif ini di Labuan.
Adalah tidak wajar bagi Labuan diisytiharkan sebagai lapangan terbang LCCT memandangkan full service carrier Malaysia Airlines membawa penumpang yang lima kali lebih banyak atau lebih ramai penumpang lima kali ganda oleh AirAsia pada tahun 2016. Malaysia Airlines pada purata mempunyai tiga penerbangan sehari berbanding dengan AirAsia satu kali, Malindo juga satu kali. MASwings secara purata mempunyai sembilan penerbangan sehari. Seterusnya mengenai Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kalabakan tak ada, saya jawab secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Bintulu, mengenai Malaysia Airport berhubung degan lapangan terbang termasuklah KLIA dan KLIA2. Saya ingat Yang Berhormat Bintulu dah banyak kali bangkit ini saya ingat tak perlu lagi kot. Saya jawab secara bertulis ya, Yang Berhormat.
Nanti perkara bertulis tetapi hari-hari jawab kongkalikung punya, saya mahu tanya KLIA sama KLIA2, chargers mana boleh sama. KLIA2 memang kita sudah beritahu rakyat LCCT itu untuk low cost airline. Akan tetapi kita chargers semua sama. Semua sama. Jadi bila you chargers tinggi, itu air ticket pun naik tinggi. Tadi rakyat tanya mana ini LCCT? Satu. Macam dalam itu perbahasan saya pun sentuh mengenai isu outlet chargers semua pun banyak mahal, serupa KLIA. Kadang-kadang ada keluarga bawa anak-anak dia pergi, dia orang tidak mampu. Anak nak makan. Ibu bapa tak mahu, mahal. Tak mampu. Bila dia orang tanya itu kedai, “Apa pasai mahal?” Dia kata kerajaan caj sama saya banyak mahal. Rakyat marah kerajaan. So, where is the common sense? Di mana ini? Malaysia Airport juga kelemahan-kelemahan sampai hari ini tidak ada. Macam minggu yang lepas, Menteri turun padang. Memang bagus, rajin, terima kasih KLIA, kita pun nampak banyak kelemahan kita boleh dinilai. Akan tetapi KLIA2 hari itu, Menteri turun, sebelum turun maklumat sudah sampai, dia kelam kabut pergi selesai sedia. Menteri banyak senang hati, Timbalan Menteri... “Oh! Banyak bagus KLIA2”. Akan tetapi
itu bagus kongkalikung punya cerita. Syok sendiri sahaja. Jadi sekarang rakyat nak tanya bila lah KLIA2, itu outlet harga boleh turun. Dia orang bukan kata sewa turun, dia orang punya makanan, makanan boleh turun. Kita memang ada satu penjelasan untuk rakyat, Bagi tahu rakyat. Macam mana kita boleh tolong sama dia. Kadang-kadang dia orang tunggu sana satu jam, dua jam kadang-kadang flight delay. Dia orang lapar, mahu makan tak mampu. Janganlah kita biarkan sahaja. Ini boleh jadi satu isu. Pembangkang esok lagi kongkalikung, spin satu dunia lagi. Inilah kita mesti mahu lihat. Isu-isu di MAHB. Saya pun suarakan tentang MAHB. Macam mana di Bintulu, luar hujan, dalam pun hujan. Akan tetapi keliling tanam itu sawit. Kenapa tidak pergi joint venture sama FELCRA atau FELDA, tanam itu sawit? Apa fasal MAHB kerja lain tak ada? Buatlah apa yang patut dibuat untuk deliver the good services to the passengers. Ini tak ada. MAHB sekarang, rakyat kata dia nampak MAHB macam cari peluang sahaja macam mana cari berniaga. Doing business, not to upgrade the services to the people. Inilah masalahnya. Harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh faham.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ingat 8.30 boleh habiskan ya.
Okey, okey. Sebenarnya apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Bintulu mengenai chargers yang sama tidak betul fasal begini. Macam passenger chargers ya. PSC di KLIA2 memang lebih murah sedikit, RM50. Akan tetapi di KLIA1 RM70. Untuk di KLIA, untuk ASEAN dah turun lagi RMM35. Seterusnya mengenai makanan. Di KLIA2 sebenarnya memang ada yang mahal macam Starbucks tetapi ada juga banyak outlet kopitiam, food court yang murah-murah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau you kata ada, esok kita sama-sama pergi. Saya tunjukkan mana, kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tunjuk sama saya mana satu outlet murah. Pergi tanya, mihun satu piring sudah goreng dan simpan sana macam yang jual jalan tepi punya, satu piring RM15, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Macam mana kampung punya orang boleh mampu. Janganlah, ini jawab memang kongkalikung punya. Janganlah nanti rakyat dengar dalam TV ini dia marah lagi.
Yang Berhormat Bintulu, lepas itu mengenai kelapa sawit, tanam sawit dekat airport Bintulu. Kita MAHB memang ada tanam sawit kerana itu untuk future expansion. Jadi, ada perancangan untuk masa depan. Jadi sebab itu sementara menunggu ini dia tanam kelapa sawit dulu lah. Macam sekarang dekat KLIA pun sama.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya faham kalau you kata tanam semua. Kita punya specialty tak ada. You punya wang masuk 100 peratus boleh guarantee return. Akan tetapi airport, banyak penyelenggaraan tak ada buat. Bila rakyat tanya, dia kata tak ada peruntukan, tak ada peruntukan. Is that a fact? Macam Bintulu punya escalator jatuh, satu orang di bawah, lapan orang jatuh. Satu, di akhir punya kaki patah pasang skru. Sekarang sudah sue sama MAHB, minta bayar RM180,000. Akan tetapi MAHB sampai sekarang tak ada jawapan pun. Sebulan sudah tak ada jawapan. Ini ego, rakyat kata ego ini. Janganlah kata kita putar balik, putar balik, pusing sini, pusing sana. Rakyat dengar tahu. Kita sebagai pemerintah, kita mesti mahu bertanggungjawab. MAHB ada kelemahan, kena akui dia ada kesilapan. Jawab, rakyat boleh terima. Kalau ini macam pusing satu dunia, bukan MAHB sengsara, kita esok akan lagi sengsara.
Okey Yang Berhormat Bintulu, saya mengambil maklum dan saya akan pastikan perkara ini diperbetulkan.
Satu lagi isu MAHB. Apa fasal MAHB, ini Senior General Manager, Haji Zainol Mat Isa. Bila dia takeover, dia create satu department, Customer Experience Management Manager, dia bagi arahan terus. Tidak boleh bagi perkhidmatan kepada mana-mana Yang Berhormat. Tak boleh mana-mana pegawai daripada MAHB bertekak sama Yang Berhormat. Akhir sekali, dia tidak mahu maklumat kasi sama Yang Berhormat. Ini MAHB kerajaan mesti mahu siasat balik. Saya rasa tiba masa kita mahu buat ubah suai dalam management. Kalau tidak, ini memang kongkalikung semua. Kalau siapa kena, dia mesti cari peluang kasi love letter. Macam-macam cerita ada. Ini buat kakitangan marah. Kita wakil rakyat, memang sebagai wakil rakyat kita suarakan isu-isu kelemahan kita untuk mengutarakan kita punya kelemahan. Apa salah? Tak salah. Kadang-kadang saya pun pergi tanya apa masalah. Kenapa begini begitu. Jawab salah. Saya rasa ini Senior Manager sama Customer Service Manager ini dua-dua kena buang kerja barulah ada pegawai dalam sana belajar sikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju kah tidak?
Saya mengambil perhatian mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dalam isu yang selalu dibangkitkan mengenai raba-raba, yang ini pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kemudahan kepada semua Ahli-ahli Parlimen menggunakan – diberi special diplomatic lane untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat. [Disampuk] Kita akan – dan untuk memudahkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat di lapangan terbang mendapat laluan yang mudah.
Ini satu lagi ini last, mustahak. Saya rasa paling mustahak untuk Sabah, Sarawak. Ini Bintulu ada pernah berlaku just bulan yang lepas, dia satu keluarga datang tetapi anak ada satu, 14 umur. Tiba-tiba dia punya kad pengenalan, IC dia hilang. Dia sudah buat laporan kepada polis dan polis sudah keluar laporan sudah sahkan. Bila dia mahu balik, MAB punya pegawai keselamatan tidak kasi. Dia kata, “Tidak boleh”. Polis punya laporan semua tidak boleh arahan keluar daripada DCA kah sama MAB dia kata. Kalau ini tamat, keluarga semua balik dia mesti mahu dapat surat beranak baru boleh keluar IC, jadi dia tidak ada. Bila dia mahu balik, saya sendiri pun sudah hubung mahu cakap sama dia, pegawai jawab macam mana, “Saya tidak peduli siapa Yang Berhormat, saya ikut saya punya apa sepatutnya”. Jadi, macam mana ini budak semua orang balik, ini budak tinggal siapa mahu jaga? Isu satu. Isu kedua, dia punya emak macam mana minta pun tidak layan. Pegawai cakap, “Kalau you mahu, ikut. Tidak mahu, you keluar”. Jangan kongkalikung punya. Jangan tunjuk kuasa. Bantu-bantulah rakyat. Ini pegawai keselamatan ini kadang- kadang macam kita Malaysia Airport ini kita mesti mahu keselamatan dalam kapal terbang. Contoh macam kita X-ray itu belt semua kita kena buka habis. Apa guna negeri China begitu besar, belt pun tidak buka. Kalau mahu sikap macam ini, macam mana tidak ada semua boleh limpas kita punya airport. Di negara Taiwan berapa tangkap semua transit daripada Kuala Lumpur sama Kota Kinabalu, macam mana boleh limpas? Berapa kes kita sudah ada di Taiwan sana? So, inilah isu-isu patut itu belt itu semua kita pakai scanner, bila saya tanya scanner dia kata scanner kita simpan tidak pakai. Tadi apa guna kerajaan beli itu scanner? Bukan? Inilah kelemahan Malaysia Airport. Tiba masa kita buat perubahan, buatlah sepatutnya. Kita punya Yang Berhormat Kapit minta bersuara. Ini isu ini MASwings, dia punya bodyguard pun tidak boleh masuk senjata api. Polis pun tidak boleh. Saya rasa ini macamlah ini MASwings sampai hari ini pun tidak boleh selesai esok senjata api gantung itu dia punya kipas sana kasi hantarlah, lagi bagus.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat Yang Berhormat Bintulu memang banyak perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Saya, I take it seriously mengenai kad pengenalan tadi. Akan tetapi untuk makluman, memang mengikut peraturan mesti kena ada bawa kad pengenalan dan kalau sudah buat pakai report polis itu mungkin masih boleh diragukan. Walau bagaimanapun tadi oleh kerana Yang Berhormat Bintulu menyatakan bahawa dia dengan bapa dan emaknya jadi saya rasa patut ada exceptional case lah. Saya akan siasat perkara itu dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Bintulu. Seterusnya untuk makluman, saya ingin menutup, yang kurang, yang tidak saya jawab saya akan jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.. Yang Berhormat Timbalan Menteri...
..Pihak kementerian mengucapkan terima kasih kerana dapat membahaskan perkara-perkara ini...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ada beberapa yang penting. Salah satu adalah tentang had laju kena gunakan platform ini untuk menjawab supaya nanti boleh bincang benda ini di Kabinet. Lima soalan saya bawa, satu pun tidak jawab. Saya cadangkan kementerian untuk kemas kini balik had laju semua it is important. Bila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, that only Yang Berhormat Timbalan Menteri ada platform nanti hendak bincang dalam Kabinet.
Yang Berhormat, saya dalam ini tidak ada Yang Berhormat punyalah.
Macam mana boleh tidak ada, saya ada dua poin utama selepas itu ada tiga soalan secara spesifik, saya tanya (a), (b), (c).
Okey Yang Berhormat, saya jawab secara bertulis, Yang Berhormat.
Pastikan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiap kali hendak bagi soalan saya jawab tidak ada, tidak ada lagi.
Okey saya akan pastikan pegawai-pegawai saya, JPJ pastikan.
Had laju itu saya perlukan sebab masih lagi 60 kilometer per jam dekat tempat-tempat yang you know first lane itu. Kadang-kadang...
Okey, that one I take note because I also receive complaint on the 60 kilometer yang...
Tempat-tempat yang straight, yang laju.
Yes, yes. I take...
This is why kadang-kadang accident berlaku disebabkan kereta bukan laju, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kereta sebab dia slow sangat so they are, you know kita kena pandang kedua-dua belah. I thought you will be using this platform untuk menerangkan benda ini dan ada situasi yang terbuka untuk bawa benda ini bincang dengan Kabinet dan bawa satu undang- undang baru. But anyway, I will wait for your hasil in writing. Thank you, thank you Tuan Yang di-Pertua.
Saya dan seluruh warga kementerian ucapkan terima kasih dan akan terus komited dan beriltizam untuk memastikan sistem pengangkutan dan mode yang cekap, bersepadu, selamat dan mesra pengguna di negara ini. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ke atas Titah Diraja berkaitan dengan beberapa isu tentang Kementerian Kesihatan dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan-pandangan yang akan meningkatkan lagi mutu pencapaian perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita pada keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pilih untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibangkit mengikut beberapa tajuk yang mana soalan-soalan telah ditujukan dan bila kita buat analisa kepada semua isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat isu-isu ini jatuh kepada lapan tajuk: (i) isu-isu yang berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit; (ii) isu-isu berkaitan caj dan kos rawatan di Kementerian Kesihatan; (iii) isu-isu berkaitan penyakit kanser; (iv) isu berkaitan penjagaan primer dan klinik-klinik kesihatan; (v) berkaitan dengan isu sumber manusia mengenai kekurangan pakar dan sebagainya; (vi) isu berkaitan dengan keselamatan makanan; (vii) berkaitan dengan isu preskripsi ubat; dan
(viii) berkaitan isu-isu yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang keperluan untuk kemudahan infrastruktur kesihatan di dalam kawasan-kawasan masing-masing. So, saya akan cuba menjawab perkara-perkara ini mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Isu yang pertama yang berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit. Kita semua tahu di dalam negara kita wabak penyakit berjangkit ialah satu wabak yang besar dan ia telah menyumbang kepada pelbagai jenis mengikut National Health and Morbidity Survey. Tahun 2015, jumlah rakyat Malaysia yang mendapat penyakit diabetes contohnya ialah 17.5 peratus. Mereka yang mempunyai berat badan yang lebih yang telah ditetapkan ialah lebih daripada 40 peratus, mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi ialah lebih daripada 45 peratus dan mereka yang mendapat tekanan darah lebih kurang 30 peratus untuk mereka yang lebih daripada 18 tahun. Ini semua menunjukkan betapa mustahak untuk kita menangani perkara- perkara ini kerana kalau penyakit-penyakit tidak berjangkit tidak dikawal secara baik, ia akan mengakibatkan di dalam pelbagai jenis komplikasi yang lain seperti kehilangan fungsi buah pinggang, penyakit jantung, penyakit strok, penyakit amputasi, kebutaan dan sebagainya. So, untuk memastikan perkara ini ditangani secara baik, kerajaan telah mengambil satu tindakan yang boleh dikatakan the whole of government approach. Di mana kerajaan pada keseluruhannya telah memastikan bahawa semua agensi kerajaan mengambil bahagian dalam usaha ini kerana tanggungjawab untuk memastikan kita mempunyai satu gaya hidup yang sihat, bukan sahaja bergantung kepada usaha Kementerian Kesihatan tetapi pun bergantung kepada agensi-agensi yang lain. Dengan tujuan itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dipanggil Jawatankuasa Kabinet bagi Persekitaran yang Sihat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di mana 11 buah agensi kerajaan duduk sama untuk lihat kepada semua perkara-perkara berkaitan dengan macam mana kita boleh membangkitkan satu prasarana dan satu persekitaran yang akan menyumbangkan kepada satu cara gaya hidup yang lebih sihat.
Daripada itu, satu memorandum telah dihantar kepada Jemaah Menteri yang telah diluluskan tentang pelbagai jenis intervensi yang boleh dilakukan oleh semua agensi kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan ini. Beberapa daripada intervensi yang kita telah lakukan satu ialah melalui penubuhan rakan-rakan di peringkat akar umbi di bawah Jawatankuasa KOSPEN yang telah ditubuhkan di merata-rata tempat. Tujuan kerajaan menubuhkan KOSPEN ialah untuk memberi didikan dan nasihat pengetahuan kepada kumpulan sukarelawan yang ada di peringkat akar umbi dan membekalkan mereka dengan pelbagai jenis peralatan kesihatan supaya melalui usaha mereka, mereka boleh menjadi ambassador untuk dapat memastikan satu suasana dan persekitaran yang lebih sihat. Mereka pun telah dipertanggungjawabkan untuk usaha menyebarkan maklumat dan mesej pencegahan dan kawalan penyakit yang lebih baik. Aktiviti ini diteruskan oleh lebih daripada 40,000 sukarelawan yang telah dilatih oleh pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan. Selain daripada itu, kementerian pun mengambil langkah untuk lihat kepada isu obesiti di dalam kalangan murid-murid di sekolah contohnya melalui pelbagai jenis langkah yang diusahakan iaitu program melalui PIBG, program untuk memastikan makanan yang diedarkan di kantin-kantin sekolah dan kafeteria adalah makanan yang sihat, menubuhkan jawatankuasa di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh guru-guru yang telah diberi pengetahuan supaya mereka boleh menjadi ejen untuk memastikan makan diedarkan ialah makanan yang sihat. Selain daripada itu ialah untuk lihat kepada usaha oleh contohnya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan iaitu fizikal infrastruktur yang tersedia ada di dalam negara kita membolehkan kita menghayati satu gaya hidup yang lebih sihat dan untuk memastikan bahawa majikan akan memastikan rakyat dan pekerja di mana mereka pun boleh kerja di dalam suasana yang sihat. Selain daripada itu, dalam usaha rakyat Malaysia makan makanan yang sihat, pelbagai jenis cadangan yang telah diberi. Pertama ialah untuk memastikan kebolehdapatan makanan yang lebih segar dan lebih sihat dan untuk memberi nasihat kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Contohnya mengurangkan gula di dalam makanan mereka, mengurangkan garam di dalam makanan mereka dan melalui intervensi di dalam industri supaya industri boleh mengurangkan kandungan gula dan
garam di dalam makanan yang telah disediakan. Usaha yang tambah ialah untuk mengurangkan tabiat merokok sebagai satu langkah untuk mengurangkan NCD. Langkah-langkah yang telah diambil salah satu daripadanya ialah melalui peningkatan eksais duti yang telah dibuat pada tahun yang lalu sampai 45 peratus...
[Bangun]
...daripada kos rokok ialah daripada eksais duit, selain daripada itu untuk mewartakan beberapa tempat sebagai tempat...
Yang Berhormat Menteri.
Di mana dilarang merokok.
Celahan sikit.
Melalui usaha-usaha ini, kerajaan berharap bahawa kita boleh bekerja bersama untuk memastikan bahawa wabak NCD ini boleh dikurangkan dan rakyat Malaysia boleh bebas daripada kesannya, kerajaan pun akan memantau manfaat dan mengurangkan kos rawatan daripada dapat mengawal isu penyakit berjangkit secara baik.
Ada dua yang bangun, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Kapar.
Okey, baik.
Yang mana satu Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Kota Raja dahulu?
Yang mana satu? Tiga yang bangun. Mana? Mana? Yang Berhormat Kapar... Wanita dahulu ya? Yang Berhormat Kota Raja, Kapar dan Bagan Serai.
Okey, baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih yang Berhormat Menteri. Saya mendengar tadi dengan teliti tentang pencegahan dan gaya hidup yang sihat. Cuma semuanya adalah pendidikan kepada rakyat yang kita tahu keberkesanannya mengambil masa yang agak lama untuk merakyatkan kesedaran itu. Saya terfikir juga, tidakkah kementerian ingin mencadangkan beberapa peraturan dan sebagainya. Misalnya, di sekolah supaya makanan bergula ini, minuman sirap ini tidak dibenarkan sebab it does not bring any nutritional value to it at all. So, hanya air biasa yang disajikan kerana kita tahu bahawa ini akan develop the taste for the taste buds of the children dan juga mengenakan untuk makanan bergula, biskut, kek dan sebagainya itu dihadkan penggunaan gula itu. Ini kerana saya ingat perkara ini penting sebab dia juga adalah sekali lagi, maknanya pendedahan daripada awal. Saya juga bimbang tentang penggunaan tepung yang bleach. Now, all of our tepung pakai bleach hidrogen peroksida. Sejauh mana kementerian juga mengambil perhatian walaupun saya tahu ada kajian-kajian mengatakan ia masih selamat dan sebagainya, tetapi dalam jangka masa panjang. Lagi satu adalah kita tengok restoran 24 jam. Di negara kita, sampai tidak ada had langsung. Orang boleh makan pukul 3 pagi, pukul 2 pagi, pukul 4 pagi dan sebagainya. Kalau kita ke negara maju, ke UK, pukul 12 banyak kedai dan restoran kebanyakannya hanya up to certain masa tertentu. Akan tetapi kalau kita hendak tunggu kesedaran yang ini mungkin kita tak akan capainya. Pandangan Yang berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang berhormat Menteri. Tiga isu yang saya hendak bawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali tentang makanan sihat di kalangan pelajar. Kita dapati makanan-makan seperti nuget, hot dog dijual dan kita melalui Google dan sebagainya dan kita Google dan mendapati makanan-makanan ini tidak berkhasiat dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Apakah pendekatan Yang Berhormat Menteri dari sudut Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Pendidikan bergabung untuk membawa pandangan ini supaya
sekolah-sekolah meneliti satu skim piawaian makanan yang boleh dijual dan dimakan oleh pelajar-pelajar. Itu yang pertama. Kedua, adalah kena mengena dengan pendidikan ilmu kesihatan. Walaupun ini mesti saya kena tujukan soalan ini kepada Kementerian Pendidikan tetapi inisiatif daripada Kementerian Kesihatan pun perlu. Dulu masa kita sebagai seorang pelajar, 20 tahun, 30 tahun yang lepas ada satu subjek yang dipanggil sebagai ilmu kesihatan yang menekankan tentang makanan yang sihat, apa yang boleh dimakan termasuk rokok dan sebagainya. Akan tetapi sekarang sudah tidak ada subjek tersebut dan benda ini langsung sudah hilang daripada pendidikan asas pelajaran di sekolah rendah. Saya minta apakah kementerian bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk membawa balik masuk kembali satu subjek yang dikenali sebagai ilmu kesihatan. Ketiga adalah kena mengena dengan rokok. Saya bawa isu ini sentiasa dan saya syorkan negara kita sebagai zero tobacco atau sifar tembakau dalam masa yang akan datang. Saya gembira dapat dengar beberapa pandangan daripada Yang Berhormat Menteri pada hari ini. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri kena faham, rules and regulations memang ada. Execution of the rules yang tidak ada. Kita memang sudah wartakan. Saya ada sebuah gambar yang saya boleh tunjuk kepada Yang Berhormat Menteri di mana seorang pegawai polis sedang membawa kereta turunkan tingkap dia dan boleh hisap rokok dan saya sudah ambil gambar dah. So, pegawai polis. Setahu saya pegawai polis tidak boleh menghisap rokok dan sesiapa pun tidak boleh menghisap rokok semasa membawa kereta. The photo is in my phone. I can show it to you. So I am talking about execution of whatever we preach, the law, the guidelines. Akan tetapi di Malaysia sekarang Yang Berhormat Menteri, pelbagai undang-undang peraturan dibawa kemas kini atas kertas. But the will of executing that particular rules and regulation and even the law is very weak. Pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Tambah sikit ya.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya Yang berhormat, sebenarnya Yang Berhormat, kalau pencerahan ini tidak boleh perkara yang baru. Kalau tidak nanti, panjang-panjang kita Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pun dengar juga tadi macam ceramah pula ya. Saya direct to questions. Ada dua perkara. Pertamanya, saya memang tertarik dengan usaha kerajaan yang berkenaan dengan KOSPEN. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri untuk memantapkan lagi KOSPEN ini kerana kalau kita lihat di kawasan luar bandar khususnya macam di Parlimen Bagan Serai, ada program-program banyak KOSPEN akan terlibat. Apakah kerajaan bersedia untuk memantapkan lagi KOSPEN daripada segi peruntukan, daripada segi latihan? Saya pernah sebut tentang latihan CPR yang saya rasa penting kerana dia check tekanan darah, tiba-tiba dalam ramai-ramai itu ada orang pengsan, tak bernafas, degup jantung berhenti umpamanya, orang KOSPEN ini tak reti nak buat apa. Jadi kita mantapkan KOSPEN sebab kalau kita lihat, Yang Berhormat Menteri, di kawasan luar bandar terutama Parlimen Bagan Serai, mereka minat dengan KOSPEN ini untuk mengekalkannya. Yang keduanya, setuju tak saya tanya Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Bagan Serai. Semasa majlis KOSPEN pun juga kena tengok, ada juga jualan ubat-ubatan berbagai-bagai jenis. Yang itu pun kena semak juga.
[Ketawa]
AMWAY, AMWAY.
Tongkat Ali dan sebagainya.
Betul, Tuan Yang di- Pertua. [Ketawa] Tak berapa faham itu. Okey, yang keduanya tentang suasana skim ini. Saya ucap tahniah kepada kementerian kerana berusaha bersungguh-sungguh tentang nak mengekang NCD ini. Tapi setuju tak saya katakan Yang Berhormat Menteri, bahawa sekarang ini rakyat Malaysia khususnya sudah bukan sahaja minat terlampau banyak ambil gula tapi sudah sampai tahap ketagihan gula. Ini kerana di mana-mana kita lihat, pengambilan minuman, kita berhenti dekat kedai, macam-macam, carbonated drinks cukup laku dan sebagainya. Tadi saya dengar pencelahan tadi tentang bagaimana kanak-kanak tetapi sebenarnya ini telah jadi satu benda yang kronik sehingga peringkat dewasa pun kerana bila ada ketagihan gula ini, apa yang kita buat untuk cegah NCD ini pun tidak akan berkesan akhirnya. Jadi sangat penting saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, usaha- usaha perlu diadakan untuk menentang ketagihan gula ini. Kita sebut ketagihan gula ini supaya rakyat terasa yang benda ini sebenarnya adalah bahaya. Terima kasih.
Boleh saya celah sikit sahaja? Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyebut sedikit sebab saya juga bercakap tentang makanan dan saya ingin menyebut satu wisdom, kebijaksanaan daripada seorang saintis Amerika yang sangat terkenal dalam research coronary artery disease, Dr. Fred Kummerow yang berusia 103 tahun dan masih mengajar. Masih boleh berbasikal dan mengajar. Segala yang digolongkan sebagai makanan tidak baik akhirnya kembali kepada beberapa benda sahaja. Minuman bergula, soft drink dan refined carbohydrate. Jadi saya rasa segala usaha pencegahan tadi, daripada memberikan fokus kepada kalori, haruslah fokus kepada minuman ringan (soft drink). Ikut Dr. Fred Kummerow, ialah the biggest problem in America and as long as America is not able to solve the problem of soft drink, America will not be able to solve the problem of heart disease, dengan izin dalam bahasa Inggeris. Raw soft drink di sekolah dan pelbagai tempat dan juga refined carbohydrate. Itu yang terpenting. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Selepas Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kapar sebentar tadi bahawa memandu sambil merokok adalah menjadi satu kesalahan tetapi walau bagaimanapun, seorang perokok ini adalah sampai suatu masa ia akan memerlukan untuk menghisap rokok. Kalau dia tidak menghisap rokok, ia lebih berbahaya waktu memandu. Saya ucap tahniah kepada Kementerian Kesihatan sebab banyak kawasan larangan merokok, sekarang ini telah ditempatkan larangan merokok, untuk menuju ke arah negara maju. Akan tetapi dalam soal ini, perokok ini adalah merupakan pembayar cukai yang tertinggi kerana cukai yang dikenakan terhadap tembakau ini agak tinggi tetapi dalam keadaan yang saya katakan tadi, adakah pihak Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya seperti di negara maju seperti di Jepun, menyediakan tempat-tempat berhenti menghisap rokok? Kalau di R&R di Jepun, ada stesen berhenti merokok, ada seti, boleh beli kopi duduk secara relax dan selepas itu boleh memandu dengan baik semula. Terima kasih.
Pencinta rokok itu.
Sebab dia merokok.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Secara ringkas, Kementerian Kesihatan mempunyai satu kerjasama yang tinggi dan sihat dengan Kementerian Pendidikan di dalam memastikan bahawa makanan yang diedarkan atau yang boleh dijual kepada murid-murid di sekolah ialah makanan yang sihat. Tadi Ahli-ahli Yang Berhormat telah bangkit tentang minuman sirap yang dijual di sekolah, nugget dan hot dog yang dijual dan sebagainya. Sebenarnya Kementerian
Pendidikan dah mengeluarkan garis panduan yang dikeluarkan dengan nasihat dan bantuan Kementerian Kesihatan tentang makanan yang dilarang, makanan yang tidak digalakkan dan makanan yang digalakkan. So, senarai ini sudah ada di dalam sekolah- sekolah dan mereka mempunyai jawatankuasa di mana ada guru-guru yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang sama, mereka dipertanggungjawabkan untuk memantau supaya semua operator kantin ini mengikut saranan di dalam garis panduan yang telah disediakan. Kalau mereka mengikut garis panduan ini, semua makanan yang disediakan di kantin ialah makanan yang sihat sahaja, bukan makanan yang tidak sihat. So, saya terima apa yang diberitahu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini bahawa walaupun sudah ada garis panduan, walaupun sudah ada jawatankuasa, mungkin di dalam segi pemantauan ada kelemahan dan cara untuk mengatasi ini ialah untuk meningkatkan usaha pemantauan ini supaya apa yang telah dijadikan sebagai garis panduan dan nasihat sebenarnya boleh menjadi amalan biasa di dalam sekolah- sekolah. Apa yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Kapar berkaitan dengan mata pelajaran pendidikan kesihatan dimulakan balik di dalam sistem persekolahan, pada masa sekarang, perbincangan kita ialah supaya di dalam kurikulum sekolah-sekolah mesti ada kurikulum berkaitan dengan isu-isu kesihatan. Dimasukkan ke dalam kurikulum. Kementerian Pendidikan berusaha seberapa banyak yang boleh perkara- perkara berkaitan dengan kesihatan dimasukkan di dalam semua mata pelajaran yang ada untuk memastikan murid-murid mendapat satu pengetahuan yang luas dan cukup di dalam bidang kesihatan. Di dalam melaksanakan kawalan tentang larangan merokok yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Nanti, saya jawab dahulu. Saya menerima bahawa mungkin ada kekangan kerana daripada sudut Kementerian Kesihatan, ini adalah luar daripada kebolehan kita untuk menguatkuasakan di semua tempat. Oleh itu, kita bergantung pada kerjasama dengan agensi-agensi yang lain, contohnya daripada pihak-pihak berkuasa tempatan, penguat-penguat kuasa mereka yang boleh bantu kita dalam usaha ini. Sekarang kita ada perbincangan, boleh diperluaskan kepada pihak- pihak yang lain. Contohnya di dalam satu perbincangan, bolehkah polis-polis bantuan yang ada di satu-satu tempat yang di dalam kawasan itu mereka mempunyai kuasa polis itu, mereka boleh diberi kuasa supaya menguatkuasakan segala larangan yang dibuat oleh pihak kita. So, di dalam usaha penguatkuasaan, kita kena meningkatkan usaha ini melalui kerjasama dengan agensi-agensi yang lain untuk memastikan penguatkuasaan ini boleh berjaya. Ahli Yang Berhormat dari Bagan Serai telah meminta supaya kita memantapkan lagi program-program yang dibuat oleh KOSPEN. Saya memang bersetuju 100 peratus dengan cadangan itu. Kita dah minta peruntukan khusus kepada KOSPEN tetapi tak berjaya dan pada waktu sekarang, kita dah minta lagi supaya di dalam apa-apa penyemakan balik bajet dibuat, KOSPEN diberi peruntukan supaya aktiviti di peringkat akar umbi ini boleh dipertingkatkan kerana memang rakyat pun minat dan sukarelawan pun sangat minat untuk menceburkan diri di dalam perkara ini, dan kalau ada peruntukan yang mencukupi, ada hasrat kerajaan supaya untuk memperluaskan pengetahuan mereka termasuk di dalam CPR pada satu hari, kalau boleh dan ini kena dibuat secara berperingkat supaya kita boleh meningkatkan kebolehan mereka dengan apa-apa kebolehan dan kemampuan yang ada di bawah Kementerian Kesihatan.
Sebagai satu negara, kita semua kena kerjasama dalam usaha untuk mengurangkan gula. Tadi Ahli Yang Berhormat Kota Raja telah bangkitkan bolehkah kita ada hak, approach melainkan soft approach iaitu melalui undang-undang dan kawalan tertentu melalui— ini kita sudah bincang. Salah satu daripada perkara yang kita buat ialah untuk mengurangkan subsidi untuk gula. Dengan itu harga gula sudah naik. Baru- baru itu pun harga gula naik dan kita berharap peningkatan harga ini mungkin boleh terjemah di dalam kekurangan gula. Itu saja saya ingat mungkin tidak cukup. Apa dia kena campur dengan kesedaran. Kita sudah ada mengadakan perbincangan dengan industri untuk memastikan mereka mengurangkan gula di dalam produk yang mereka buat itu dan pada satu ketika dengan syarikat-syarikat yang mengeluarkan minuman ringan seperti yang telah
diberitahu oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, macam mana kita boleh mengadakan satu perang ke atas minuman daripada yang ada minuman ringan itu. Bolehkah mereka— cadangan yang dibuat ialah boleh kita mengenakan cukai ke atas minuman ringan atau mereka mengurangkan kandungan gula di dalam minuman ringan. Dua pilihan dan ini ialah cara yang dibuat kepada perkara-perkara yang termasuk isu refined carbohydrate yang telah disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Biarlah saya pergi ke tajuk yang lain. Tajuk yang berikutnya ialah berkaitan dengan caj dan kos rawatan kemudahan kesihatan. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin tahu bahawa mungkin rakyat Malaysia yang boleh dikatakan yang sangat bertuah kerana secara prinsip kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia secara menyeluruh tanpa mengenakan kos. Ini ialah prinsip. Walaupun ada keadaan-keadaan tertentu kita minta bayaran tertentu untuk pastikan satu proses boleh diteruskan tanpa apa-apa gangguan. Ini ialah untuk mereka yang datang ke klinik-klinik kesihatan dan yang mendapat perkhidmatan di kelas 3 di dalam hospital. Mereka yang pilih untuk kelas 1 atau 2, mereka diwajibkan membuat bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kerajaan tidak pernah lari daripada prinsip ini walaupun ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkit perkara dengan mengapa ada preskripsi diberi kepada pesakit dan minta mereka beli ubat daripada luar. Ini adalah satu keadaan yang berlaku. Keadaan luar biasa kerana kementerian mempunyai satu drug formulary. Kalau doktor dinasihat, semua doktor-doktor yang kerja dengan Kementerian Kesihatan di nasihat supaya mereka memilih ubat daripada senarai drug formulary yang telah ditetapkan. Kalau doktor pilih ubat daripada luar drug formulary ini, ubat ini tiada di dalam sistem kerajaan dan biasa untuk kebanyakan daripada untuk penyakit dan kebanyakan daripada ubat itu ada di dalam drug formulary. Kerajaan menggunakan ubat yang dipanggil generik ubat iaitu ubat yang kosnya lebih rendah daripada patented ubat. Itu ialah untuk memastikan kita boleh menyediakan perkhidmatan dengan peruntukan yang sedia ada. Akan tetapi ada ketiga doktor-doktor pilih. Walaupun mereka ada pilihan untuk menggunakan generik ubat atau pesakit untuk pilih, mereka mahu buat ubat patented ubat. Kalau itu yang keadaannya, mereka diminta ubat ini, you boleh beli dari luar. Itu isu yang jadi masa ke masa. Kadang-kadang, contohnya di dalam bidang pembedahan, untuk memastikan kita boleh memberi perkhidmatan pembedahan, saya ambil satu contoh, knee replacement surgery. Knee replacement surgery ini dibuat di merata-rata hospital di dalam negara kita iaitu mereka yang sudah lepas satu umur, lutut mereka sudah sakit, ada penyakit osteoarthritis, mereka jalan pun susah, mereka ada kekangan di dalam laluan mereka dan untuk bantu mereka, sekarang ada kemudahan untuk pindah lulut atau knee transplant. Di dalam knee transplant, kos satu implan itu ialah lebih daripada RM7,800. Untuk memastikan lebih orang boleh mendapat manfaat daripada pembedahan ini, kerajaan minta mereka kalau you boleh buat bayar untuk implan, pembedahan akan dibuat secara percuma di hospital. So, kalau dibandingkan dengan swasta, pembedahan yang sama mungkin kosnya RM20,000. Akan tetapi di dalam hospital kerajaan, kita buat ini dengan RM7,800.
[Bangun]
So, rakyat dapat menjimatkan lebih daripada RM13,000 untuk satu pembedahan melalui usaha ini. Ini dibuat di dalam satu, dua keadaan dengan bukan dengan tujuan untuk memaksa rakyat bayar tetapi dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada mereka. So, melalui ini lebih daripada pesakit kita boleh mendapat manfaat untuk perkara-perkara ini. Kita pun sedang lihat apakah cara macam mana— sekarang ada ubat-ubat yang baru. Contohnya, di dalam rawatan kanser contohnya. Ada ubat-ubat yang baru, kosnya boleh menjadi untuk satu pesakit RM50,000. So, macam mana kita kena menangani perkara ini. Ini ialah satu perkara yang kerajaan sedang kaji dan kalau tiada apa-apa pilihan dan ini akan membuat perbezaan kepada rawatan seseorang pesakit, kerajaan akan membuat keputusan untuk memberi ubat itu.
Ya, Yang Berhormat Limbang bangun.
Mencelah sikit Yang Berhormat Menteri.
Nanti saya habis ini.
Okey.
Kalau tiada pilihan, kalau ada pilihan memang dicadangkan bahawa kita memberi ubat yang ada di dalam sistem kita. Sekarang kita sudah bincang dengan KPDNKK kerana kementerian yang berkaitan dengan domestic trade and consumerism untuk bantu kita untuk membuat apa yang boleh dikatakan the ceiling control of some of the medications are too expensive. So, kalau mereka sudi untuk kerjasama di dalam hal ini, mungkin kita boleh wujudkan satu dasar kawalan harga ubat yang kita tidak buat sampai sekarang untuk harga ubat-ubat yang tersangat mahal itu. Mungkin melalui usaha ini, melalui akta yang kuasanya di bawah KPDNKK, for price control menggunakan itu untuk drugs yang tidak pernah dibuat sebagai satu innovative way untuk memastikan we can put a ceiling price on some of the medications supaya mereka yang tidak mampu boleh mendapat ubat-ubat itu. Ya, Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Actually, dengan izin, like to go back tadi yang Yang Berhormat Menteri cakap tentang services yang tidak ada di hospital. Jadi, saya ingin hendak menanya tentang services yang lain seperti patah, yang ada kemalangan patah dan sebagainya, di mana pihak hospital tidak dapat provide. Ini apa yang terjadi on the ground lah ya. Macam kalau dari kawasan Limbang selalunya cases tidak boleh dihandle, dihantar ke Miri yang paling dekat. Jadi, apabila di Miri, ada di antaranya, apa yang rakyat juga tidak mampu. Bukan hanya fasal ubat, kena buat kanta mata, diarahkan oleh hospital dan ada yang tulang patah dan sebagainya, mereka ini bukan atas arahan, kehendak mereka sendiri. Akan tetapi diarahkan oleh hospital ataupun the doctor themselves untuk pergi ke private. Yes. Suruh pergi private. Beli besi untuk ini, untuk tampung kaki yang patah tulang. Jadi, where they have to pay on their own. Jadi, kalau tidak mampu, they don’t know where to go. Akan tetapi memang biasalah, dia cari wakil rakyatlah. Jadi, bila wakil rakyat, dia punya besi itu bukannya sedikit. Ada yang RM6,000, RM7,000, RM8,000. Jadi, these are the things ya, Yang Berhormat Menteri, bukannya satu, dua, tiga kes. Itu saya ingin hendak tanya, apa dasar polisi hospital, di mana pesakit ini because we don’t have the facility ataupun mesin rosak and then you have to go outside and then you pay on your own. Ataupun apabila kami tidak mampu, suruh keluar and then the government should pay, because kita yang tidak ada benda itu atau rosak kah, apa besi ini tidak ada untuk tampung tulang ini. Kita sendiri hendak, kita yang bayar. Because, there is one time Yang Berhormat Menteri, I have to say it here, dengan izin.
Pernah sekali ada orang sakit patah tulang, kena bayar with due respect I call your Timbalan Menteri, so the Menteri called the hospital, mengapa besi ini, pesakit orang kampung ini, orang susah ini kena beli. Then, the next day the patient called me to Parliament here, tak payah Yang Berhormat sebab hospital kata they have the besi, but the doctor fire me, why you tell your Yang Berhormat. So these are the things Yang Berhormat. We would like to know this bukan hanya [Tidak jelas] tetapi juga tentang benda-benda ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat kerana telah bantu...
Yang Berhormat Menteri, ringkas, short one, may I?
Ya.
Thank you Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua hendak minta saya habis sebelum 9.30. [Ketawa]
Boleh sambung esok, I think.
So, I ada 20 minit saja, ada lagi empat topik. Okey, ringkas.
Ya, ringkas. Tentang ubat-ubat tadi, kebelakangan ini kita dapat aduan bahawa ubat yang biasa dapat, mereka prescribe
every month, tiba-tiba sekarang jawapan yang diberikan kepada pesakit ini ialah out of stock, tidak ada bekalan ubat dan disuruh dibeli di farmasi. Ini beza, bukan seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Benda ini berlaku dengan drastik starting from this year, January for your attention. Thank you.
Okey, untuk ubat yang ada di dalam formulary kita yang boleh digunakan untuk merawat kebanyakan penyakit yang kita lihat atau kita merawat, kadang-kadang mungkin di dalam satu-satu hospital ada kekurangan tetapi dasar kita, polisi kita satu iaitu mereka boleh pinjam daripada hospital yang lain atau mereka akan diberi peruntukan tambahan untuk mendapat bekalan. Jadi isu contohnya ubat kencing manis, kalau dibekalkan secara berterusan dan pada satu ketika ada kekurangan pada masa itu, itulah tanggungjawab hospital atau klinik untuk memastikan bekalan itu diteruskan. Sebenarnya mereka tidak menggalakkan pesakit membeli ubat itu daripada luar. Itu luar daripada dasar kerajaan. Untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang. Dasar kerajaan kalau satu-satu hospital tidak boleh buat pembedahan ini ialah untuk hantar kepada satu hospital kerajaan yang lain yang boleh membuat pembedahan. Kalau ada kes-kes seperti yang telah dibangkitkan di mana implan itu mereka tidak boleh beli kerana saya mengakui kadang-kadang pesakit diminta tolong bayar untuk implan, kita akan buat pembedahan. Yang mampu bayar, akan bayar. Kalau yang tidak mampu bayar dan mereka akan dibantu melalui tabung kebajikan yang ada di dalam hospital. Melalui satu sistem untuk memastikan bahawa mereka ini tidak mampu bayar, tabung kebajikan membayar untuk beli implan itu supaya pembedahan itu boleh diteruskan. Di dalam kes yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat, mungkin doktor sudah cari jalan yang paling senang. Kalau beliau bersusah sedikit untuk membantu, isu ini tidak akan berbangkit kerana di dalam sistem kita memang ada peluang untuk membantu mereka yang tidak mampu. Jadi ini salah satu daripada komitmen daripada Kementerian Kesihatan bahawa mereka yang tidak mampu ini kita akan membantu melalui sistem yang kita ada. Tajuk lanjutan ialah berkaitan dengan rawatan berkaitan dengan penyakit kanser di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, banyak yang dibuat oleh kementerian untuk meningkatkan lagi mutu dan taraf rawatan kanser. Contohnya kita telah bina Institut Kanser Negara di Putrajaya dan selain daripada itu harapan kita untuk mengadakan satu pusat rawatan kanser di dalam semua zon, zon utara, zon tengah, zon selatan di Sabah dan Sarawak. Semua zon ini mempunyai keadaan mencukupi dan di dalam beberapa daripada kemudahan ini, kita mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan paling canggih. Kadang-kadang rawatan yang diberi untuk mereka di dalam Kementerian Kesihatan, kosnya boleh jadi RM100,000 kalau rawatan yang sama dibuat di luar. Pada masa sekarang seperti yang saya telah jelaskan tadi, banyak daripada ubat-ubat kanser ini sekarang ialah ubat-ubat baru yang kosnya begitu mahal. Sekarang kementerian di dalam perbincangan untuk lihat macam mana kita boleh menghadapi isu ini dan cari satu jalan supaya kita boleh bantu semua pesakit kanser dengan rawatan- rawatan yang paling sesuai, paling efektif dan yang paling berkesan dan memberi result yang paling baik. Perkara ini disemak oleh satu jawatankuasa dan saya berharap melalui usaha ini kita boleh membantu lebih rakyat Malaysia untuk mendapat optimal treatment for cancer. Tajuk yang lain ialah berkaitan dengan kesihatan primer. Perkhidmatan Kesihatan Malaysia, dia punya tulang belakang boleh dikatakan primary care atau perkhidmatan primer kesihatan. Kita mempunyai klinik di merata-rata tempat termasuk di dalam kawasan-kawasan pedalaman. Salah satu daripada usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan ialah usaha transformasi yang dipanggil enhanced primary care. Ini ialah ditujukan untuk meningkatkan lagi keupayaan sistem primary care ini untuk menyelesaikan pelbagai jenis penyakit yang ada, yang dihadapi oleh primary care system khususnya di dalam NCD melalui semua sistem klinik yang sedia ada. Kita telah meningkatkan kepakaran dan kemudahan di dalam primary care system melalui top doctor pakar di dalam rawatan perubatan keluarga, mempunyai pasukan nutritionist, physiotherapy, dietician, jururawat-jururawat yang terlatih di dalam bidang pengkhususan dan sebagainya untuk memastikan bahawa primary care delivery di Malaysia akan menjadi satu cara penyampaian perkhidmatan yang bermutu tinggi dan boleh bantu kita dalam usaha mengawal penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit- penyakit tidak berjangkit. Lagi satu isu yang telah dibangkitkan ialah tentang kekurangan doktor pakar di dalam rata-rata hospital. Perkara ini saya mengakui kerana walaupun jumlah doktor di dalam negara sudah meningkat, jumlah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam
bidang-bidang khusus ini masih tidak mencukupi. Oleh itu ada banyak hospital di mana ada keperluan untuk pakar tetapi kita tidak boleh hantar pakar ke situ, tidak ada bekalan yang mencukupi. Kerajaan telah membuat pelbagai jenis langkah untuk meningkatkan itu. Pada tahun 2012 contohnya, jumlah mereka yang boleh mendapat latihan di dalam bidang kepakaran satu tahun cuma 300 orang sahaja. Akan tetapi pada masa sekarang kita sudah meningkatkan itu sampai 1,000 orang untuk satu tahun. Jadi, tiga kali ganda jumlah mereka. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan pun telah mulakan apa yang boleh dikatakan the parallel pathway iaitu satu saluran alternatif yang boleh digunakan oleh doktor yang bertugas di Kementerian Kesihatan untuk mendapat latihan dan mereka menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Royal Colleges of Physicians di United Kingdom. Dulu mereka perlu pergi ke situ untuk mengambil peperiksaan ini. Sekarang kita telah mewujudkan peluang supaya mereka datang sini dan peperiksaan ini diadakan di Malaysia juga. So melalui langkah-langkah ini, saya mempunyai keyakinan yang besar dengan masa, isu yang kita menghadapi pada masa sekarang iaitu kekurangan pakar ini, contohnya daripada 2018, jumlah mereka yang akan keluar daripada 300 akan meningkat kepada 1,000. Selepas itu ia akan meningkat lagi 1,500 dan sebagainya dan itu akan membantu kita untuk mengisikan kekosongan keperluan doktor-doktor pakar di beberapa hospital di dalam pelbagai jenis pengkhususan dan specialties. Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila.
Saya terima kasihlah kepada Menteri kerana tadi sudah menyatakan dalam keadaan di mana mereka yang miskin ada alternatif dalam sistem Kementerian Kesihatan untuk membela nasib mereka yang sakit. Saya hendak tahu kalau dapat penjelasan daripada Menteri, bagi mereka yang on dialisis, macam di kawasan saya Manjung. Memang tempat yang ada di hospital, sudah penuh di Seri Manjung Hospital. Kalau boleh, saya mohonlah diperbanyakkan tempat untuk dialisis. Sementara ini kerana mereka yang sudah dapat tempat di Hospital Seri Manjung, apakah cara alternatif pihak kerajaan membiayai kos yang begitu tinggi setiap bulan untuk mereka yang dialysis patient yang tidak mampu? Kalau boleh dapat saya menolong mereka dalam...
Patient dialisis yang mendapat rawatan daripada hospital, mereka tidak bayar. Mereka yang mendapat rawatan daripada pihak swasta khususnya NGO-NGO yang buat ini secara satu aktiviti sukarelawan, tiap-tiap kali mereka membuat dialisis kerajaan memberi subsidi RM50. So, kalau satu minggu mereka dapat RM150, untuk satu bulan RM600. Sebenarnya tahun lalu kita sudah mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bolehkah kita meningkatkan lagi subsidi yang diberi. So kerana pada masa itu ada kekangan...
Kewangan.
...Kewangan, tidak dapat dibuat. So salah satu cara macam itu. Di dalam bajet yang lalu, kerajaan pun telah mengumumkan kita akan beri geran kepada pusat hemodialisis untuk membeli peralatan sampai RM200,000. Saya berharap pusat-pusat dialisis ini akan menggunakan geran ini dan selepas itu menterjemahkan ini di dalam mengurangkan kos dialisis yang dikenakan kepada pesakit. So, ini ialah cara macam mana kerajaan cuba untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan tidak boleh mendapat peluang untuk mendapat dialisis di dalam sistem kerajaan.
Di Daerah Manjung, memang kami berterima kasihlah kepada NGO yang juga menyediakan pusat dialisis. Akan tetapi di Manjung, pusat dialisis yang dikendalikan oleh NGO pun sudah penuh. Jadi, mereka terpaksa mungkin pergi Ipoh atau tempat swasta yang begitu mahal sekali. Ada lagi cara di mana mereka boleh memohon kerana di Manjung ini memang banyak sekali mereka yang perlukan perkhidmatan dialisis.
Kita akan kaji keadaan itu dan kalau ada klinik-klinik di kawasan itu di mana kita boleh tambah kemudahan hemodialisis, klinik kementerian, kita boleh buat itu...
Sementara itu ada...
...Untuk menambahkan lagi kemudahan. Akan tetapi untuk mereka yang pergi ke private hospital, dasar kerajaan bukan untuk memberi. Selain daripada melalui JPA atau SOCSO, mereka boleh membuat bantuan kepada kumpulan yang layak daripada kumpulan mereka. Tuan Yang di-Pertua...
Akan tetapi mohonlah untuk Seri Manjung perbesarkan tempat pusat hemodialisis. Terima kasih.
Okey, boleh. Terima kasih. Sebagai isu penamat Tuan Yang di-Pertua ialah banyak Ahli Yang Berhormat telah bangkit berkaitan dengan kemudahan di tempat-tempat masing-masing iaitu Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Gudang, Ahli Yang Berhormat daripada Sekijang...
Yang Berhormat Menteri.
...Ahli Yang Berhormat Bagan Serai...
Yang Berhormat Menteri...
...Ahli Yang Berhormat Parit...
Yang Berhormat Menteri, sekejap-sekejap.
...Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Manis, Sibuti, Kalabakan, Hulu Rajang dan Batu Sapi.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Kita akan memberi tumpuan...
Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Boleh habiskan 8.30 malam ya?
Saya akan habis, sudah habis.
Ya. Jangan... [Menyampuk] 9.30 malam.
Sudah habis. So, saya...
Jangan habis, jangan habis...
Semua Ahli-ahli Yang Berhormat...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, maksud saya boleh habiskan sehingga 9.30 malam.
Oh, okey-okey.
Jangan sebelum 9.30 malam.
Ya, ya. So, isu-isu yang berkaitan pembinaan. Contohnya Yang Berhormat Pasir Gudang...
Tuan Yang di-Pertua, sikit.
Nanti. Telah membangkitkan berkaitan dengan...
Hulu Langat pun ada minta.
...Naik taraf pembinaan Hospital Pasir Gudang yang telah dilaksanakan pada masa sekarang. Yang Berhormat Sekijang berkaitan dengan Hospital Segamat yang akan dimulakan pembangunannya pada pertengahan atau penghujung tahun ini. Hospital Yang Berhormat Bagan Serai tentang Hospital Parit Buntar yang sedang di dalam proses. Saya tahu ada beberapa masalah
yang dihadapi, kerajaan akan mempercepatkan proses ini. Yang Berhormat daripada Parit tentang Hospital Seri Iskandar, peruntukan telah disediakan untuk hospital ini dan kerja akan mula secepat yang mungkin. Yang Berhormat Tanjong Manis berkaitan dengan kemudahan di Pulau Bruit. Kita akan tambah lagi satu klinik yang tersedia ada. Pada masa sekarang klinik-klinik yang ada, tiga klinik yang ada di dalam Pulau Bruit ini, jumlah pesakit yang datang ialah cuma 20 sampai 30 orang sahaja pada satu hari. Ahli Yang Berhormat daripada Sibuti berkaitan dengan hospital di Daerah Subis dalam Parlimen Sibuti. Kita akan menaik taraf proses ini dan Ahli Yang Berhormat daripada Bintulu dan Ahli Yang Berhormat daripada Kalabakan telah bangkitkan tentang kemudahan rawatan penyakit jantung di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak kita mempunyai perkhidmatan jantung di Kota Kinabalu dan Kuching. Kita akan mempertingkatkan usaha ini untuk menampung keperluan yang tambah. Yang Berhormat daripada Hulu Rajang telah membangkitkan berkaitan dengan naik taraf Hospital Kapit dan menambahkan kepakaran di Hospital Kapit.
[Bangun]
Ini diberi satu keutamaan oleh Kementerian Kesihatan. Ya, Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Stampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hulu Langat minta Pusat Wanita dan Kanak-kanak ataupun Wad Bersalin dan Kanak- kanak yang sudah pun ada peruntukan. Bila hendak dimulakan? Terima kasih. Di Hospital Kajang.
Yang Berhormat Menteri, Stampin. Yang Berhormat Stampin, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya juga, bilakah projek tempat meletak kereta di Sarawak General Hospital akan dimulakan? Masanya bila? Terima kasih.
Sungai Besar boleh?
Yang Berhormat Sungai Besar.
Menteri, Sungai Besar.
Ya, ya Yang Berhormat Sungai Besar.
Saya juga membangkitkan tentang isu hemodialisis ini sebab kami berkongsi hospital dengan Parlimen Sabak Bernam. Jadi tambahan untuk pesakit buah pinggang ini sangat ramai, saya fikir mesin yang sedia ada tidak mampu untuk menampung keperluan tersebut.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Tentang kemudahan di Kuching ini, ini adalah satu projek penswastaan di mana ada pihak swasta yang telah membuat cadangan supaya blok tambahan dibuat yang boleh ada tempat kawasan parking dan untuk memastikan bahawa daripada cost effectivenessnya mereka ada kemudahan yang lain. Daripada sudut prinsip, kita sudah setuju dan perbincangan dibuat dengan pihak UKAS dan EPU kerana ini adalah projek penswastaan. Saya diberitahu baru ada satu cadangan yang baru oleh pihak swasta ini dan saya berharap perbincangan ini akan berjaya. Seperti Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan pun mahu projek ini dimulakan secepat mungkin dan melalui itu, projek ini boleh diselesaikan. Di Hulu Langat, kementerian telah menyediakan peruntukan untuk membuat satu blok tambahan untuk Hospital Kajang. Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah membuat satu lawatan kepada Hospital Kajang dan di dalam lawatan itu telah membuat pengumuman terhadap keperluan untuk meningkatkan lagi kemudahan di situ. Oleh sebab peruntukan sudah ada, saya ingat mungkin proses tender akan mula pada tahun ini dan dengan itu, saya berharap mungkin di dalam satu tahun setengah atau dua tahun blok ini boleh disediakan. Dengan Sabak Bernam, kita sedang membina hospital baru di Tanjong Karang dan selaras dengan itu, kemudahan akan disediakan dengan kedua-dua tempat di Sabak Bernam dan di Tanjong Karang. Saya berharap kerana Sungai Besar ada di tengah- tengah Sabak Bernam dan Tanjong Karang, boleh mendapat manfaat daripada pembangunan yang akan berlaku di kiri dan kanan kawasan Sungai Besar. Melalui itu,
isu yang dihadapi oleh Ahli Yang Berhormat boleh dapat satu penyelesaian. Kalau ada baru kita, masa pilihan raya kecil ada satu klinik baru yang telah dimulakan dan klinik itu besar. Kalau ada kawasan yang mencukupi di klinik ini, satu kemungkinan ialah untuk membuat pusat dialisis di klinik kesihatan itu juga. So melalui beberapa dari langkah ini, kita boleh memastikan bahawa perkara ini boleh diselesaikan. Setengah minit.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya diberitahu bahawa ia akan dimulakan pada tahun ini. Bolehkah ia dimulakan pada tahun ini seperti yang dijanjikan?
Kerana ini bergantung kepada perbincangan dengan syarikat dengan pihak swasta. Kalau mereka boleh setuju...
Anggaran?
...Dengan terma-terma yang telah ditetapkan itu, tidak ada halangan mengapa ia tidak boleh mula. Akan tetapi untuk saya memberi janji bahawa ini berlaku untuk satu perkara yang bukan di bawah kawalan saya tetapi di bawah UKAS dan syarikat itu ialah satu perkara yang susah. Oleh itu, Ahli Yang Berhormat kena memahami perkara ini dan kita akan bantu daripada Kementerian Kesihatan seberapa boleh untuk menjayakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perkara-perkara...
Yang Berhormat Menteri, saya pohon jawapan kepada food safety.
Lain-lain isu yang tidak dijawab akan dijawab secara tulis. Terima kasih.
Food safety secara lisan Yang Berhormat Menteri.
Ya, boleh secara tulis.
Secara lisan Yang Berhormat Menteri.
Boleh sambung esok.
Boleh sambung esok. Tidak bolehlah bertulis sebabnya kita tidak dapat jawapan kepada apa yang kita bahas. Kita tunggu lama-lama Yang Berhormat Menteri.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Esok kita sambung dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ya. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi Hari Selasa, 21 Mac 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Keselamatan Pengguna Jalan Batu Pahat-KluangSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tajuk ucapan ialah “Keselamatan Pengguna Jalan Batu Pahat-Kluang Tidak Boleh Diabaikan Lagi”. Sebagaimana pihak kementerian tahu, saya telah kerap kali membangkitkan isu keselamatan di Jalan Persekutuan 50 (FT 50) iaitu Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam dan Kluang ketika di Parlimen, sama ada pada sesi pertanyaan ataupun sesi perbahasan bagi RMKe-11 ataupun bajet tahunan. Saya pun pernah maklum Timbalan Menteri dan juga Menteri, Yang Berhormat Menteri tentang isu ini.
Saya mengambil berat dengan jangka masa persiapan kesemua fasa-fasa projek menaik taraf Jalan FT 50 ini, terutamanya yang melibatkan Jalan Batu Pahat di antara Ayer Hitam dan Kluang. Saya terpaksa menekankan isu ini di Kamar Khas kerana kementerian masih gagal menangani masalah di Jalan Batu Pahat. Saya berharap dengan ucapan ini, pihak Kementerian Kerja Raya mengambil maklum bahawa setiap bulan berlaku kemalangan di Jalan Batu Pahat. Sebenarnya saya minta sekurang- kurangnyalah lampu jalan diadakan. Saya minta kementerian untuk memandang serius korban nyawa yang berpunca daripada kelewatan kerja-kerja projek menaik taraf FT 50.
Berikut adalah kes-kes yang saya telah catat atau saya kesani yang melibatkan kematian kemalangan. Pada 17 April 2016, seorang mati apabila sebuah kereta terbabas ke dalam longkang besar. Pada 8 Mei 2016, seorang lagi mati apabila kemalangan melibatkan bas dan pejalan kaki. Pada 12 September 2016, tiga orang mati dan seorang cedera parah akibat kemalangan pertembungan di antara dua motosikal. Pada 19 Februari 2017, sekali lagi kemalangan yang melibatkan pertembungan di antara dua buah motosikal yang meragut dua korban nyawa dan seorang cedera parah.
Pada 13 jam kemudian, pada 20 Februari 2017, seorang lagi mati akibat sebuah kereta terbabas melanggar pokok. Untuk makluman pihak kementerian, mangsa nahas kemalangan pada 19 Februari adalah pelajar perempuan yang berumur 10 tahun.
Setelah bertarung nyawa selama 26 hari, anak perempuan malang ini meninggal dunia pada 16 Mac 2017. Saya melawat dia di hospital dan saya rasa sedihlah, memang sedih.
Untuk pengetahuan, bapa anak perempuan itu juga telah meninggal dunia serta-merta pada hari kemalangan pada 19 Februari. Perkara ini amat mendukacitakan.
Saya telah menghantar teks ucapan ini kepada Parlimen pada 9 Mac, malangnya dalam 11 hari yang singkat ini, satu lagi korban nahas jalan raya berlaku pada 12 Mac 2017 melibatkan kemalangan motosikal mengakibatkan seorang mati. Kejadian yang disebut di atas ini hanya sebahagian kecil daripada kes kemalangan yang berlaku, bahkan banyak lagi kes yang saya tidak dapat kesan ataupun tidak dilaporkan.
Semasa sesi pertanyaan dalam sidang Parlimen pada 24 Oktober 2016, saya pun pernah maklumkan Timbalan Menteri bahawa saya hampir mati dalam kemalangan jalan raya di jalan tersebut.
Saya sesungguhnya kecewa dengan projek menaik taraf di Jalan FT 50 masih belum disempurnakan. Jalan Kluang di antara Batu Pahat dan Ayer Hitam telah dinaiktarafkan dengan pelebaran jalan raya dan pemasangan lampu jalan. Akan tetapi, Jalan Batu Pahat di antara Ayer Hitam dengan Kluang masih tertangguh. Saya mintalah kalau boleh secepat mungkin dan sekurang-kurangnya seperti saya maklumkan Timbalan Menteri, sekurang- kurangnya pasangkan lampu jalan di antara Tol Ayer Hitam ke Kampung Seri Lalang. Saya minta kalau boleh, cepatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Lampu jalan tidak ada masuk dalam teks Yang Berhormat ya. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat prihatin dan komited dengan keperluan rangkaian jalan raya yang baik di negeri Johor termasuk Jalan Kluang ke Ayer Hitam seterusnya ke Batu Pahat untuk keselesaan dan keselamatan penggunaan jalan raya.
Sukacita dimaklumkan bahawa projek ini dirancang pelaksanaannya secara berfasa. Skop setiap fasa adalah seperti berikut:
(i) Fasa 1- menaik taraf jalan sepanjang 47 kilometer dari dua lorong kepada empat lorong dari Batu Pahat ke Kluang;
(ii) Fasa 2 – membina median, membina pusingan U, sistem perparitan dan perabut jalan dari Sekolah Menengah Tun Aminah ke Parit Sempadan;
(iii) Fasa 2A – membina median, membina pusingan U, sistem perparitan dan perabut jalan dari Parit Sempadan ke Pekan Ayer Hitam; dan
(iv) Fasa 3 – membina median, membina pusingan U, sistem perparitan dan perabut jalan dari Pekan Ayer Hitam ke Stadium Kluang.
Tuan Yang di-Pertua, fasa 1 telah siap pada 2004 dengan kos kontrak sebanyak RM331 juta dan fasa 2 pula telah siap pada 2012 dengan kos kontrak sebanyak RM52.5 juta. Manakala fasa 2A dan fasa 3 telah dipohon dalam Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Kesebelas tetapi tidak mendapat kelulusan. Kementerian akan memohon semula projek ini dalam Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Kesebelas. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada agensi Pusat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya tidak pernah berkompromi mengenai aspek yang melibatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya. Sehubungan itu, sebagai langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko kemalangan di lokasi laluan yang dikenal pasti, Kementerian Kerja Raya bersetuju secara prinsip, mencadangkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan pemasangan lampu jalan di lokasi sepanjang 2 kilometer antara Parit Raja ke Ayer Hitam.
Lokasi sebenar akan ditentukan oleh JKR nanti. Keutamaan adalah melibatkan lokasi blackspots dan kawasan berisiko kemalangan seperti selekoh, persimpangan dan tempat-tempat awam. Manakala bagi skop keseluruhan pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan antara Parit Raja ke Ayer Hitam dan seterusnya ke Kluang, ia akan dimasukkan dalam permohonan berasingan bagi skop keselamatan yang akan dipohon kepada agensi Pusat dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesebelas yang akan datang. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Bangunan Tambahan SJKT Kerajaan, IpohSpecial Chamber
Salam sejahtera dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri yang sudi datang menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, bangunan tambahan yang baru bagi SJKT Kerajaan, Ipoh telah siap dibina pada tahun 2016. Dimaklumkan bahawa bangunan baru ini sudah boleh digunakan bagi permulaan sesi tahun 2017. Walaupun bangunan baru ini sudah siap sepenuhnya, tetapi sehingga hari ini ia masih belum boleh digunakan lagi. Pihak pentadbiran sekolah telah memberitahu kepada ibu bapa bahawa pada tahun ini, pelajar- pelajar akan memulakan sesi mereka di bangunan tambahan yang baru. Akan tetapi, perkara ini masih belum dilaksanakan kerana masih terdapat kekurangan wang sejumlah RM300,000 yang perlu dijelaskan bagi bangunan baru tersebut. Oleh sebab wang sejumlah itu masih belum dibayar lagi, maka mereka belum boleh menggunakan bangunan tambahan tersebut.
Ini adalah suatu yang amat mengecewakan kerana ibu bapa dan murid-murid sekolah tersebut berasa sangat hampa dengan pihak kerajaan. Saya tidak menyalahkan pihak pentadbiran sekolah. Setahu saya, pihak sekolah telah melakukan segala yang terdaya. Pelbagai usaha dan inisiatif telah diambil untuk menyiapkan bangunan itu dalam tempoh yang dijanjikan. Akan tetapi selagi wang sejumlah RM300,000 itu tidak dibayar, maka bangunan tambahan baru itu tidak boleh digunakan. Apa gunanya kita siap membina bangunan tetapi ia tidak dapat digunakan? Murid-murid pula tidak dapat menikmati kemudahan tersebut. Persoalannya, siapakah yang harus membayar wang tersebut? Adakah wang itu perlu dibayar oleh pihak pentadbiran sekolah, pihak PIBG, pihak Lembaga Pengelola Sekolah ataupun siapa?
Melalui nama sekolah itu pun sudah cukup untuk kita sedar siapakah yang harus membayar. Nama sekolah itu adalah SJKT Kerajaan. Jadi, yang bertanggungjawab ialah kerajaan. Kerajaanlah yang harus memikul tanggungjawab tersebut untuk menyelesaikan masalah ini dalam keadaan yang segera. Kerajaan tidak boleh menolak tanggungjawab itu atau meminta pihak-pihak lain untuk membayar jumlah tersebut. Pihak pentadbiran sekolah tidak mampu membayar jumlah yang besar. Jika kerajaan juga tidak mahu membayar, siapakah yang akan membayarnya? Adakah kerajaan berniat untuk membiarkan keadaan sekolah itu dalam keadaan tidak beroperasi untuk jangka masa yang panjang?
Saya mahu pihak Kementerian Pendidikan mengambil berat tentang perkara ini dan mengambil segala usaha untuk menyelesaikan dalam kadar yang segera.
Persoalannya, bilakah wang RM300,000 akan dibayar dan bilakah pelajar-pelajar sekolah SJKT Kerajaan, Ipoh itu boleh menikmati bangunan tambahan tersebut? Sekian.
Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah yang telah membangkitkan isu peruntukan RM300,000 untuk bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kerajaan, Ipoh. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di Pertua, pihak sekolah SJKT Kerajaan, Ipoh melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah memohon kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi cadangan merobohkan tadika dan membina bangunan gantian tiga tingkat yang mengandungi empat bilik darjah, bilik sains, bilik kemahiran hidup, bilik pemulihan, tiga bilik prasekolah dan bilik-bilik khas di SJKT Kerajaan dengan anggaran kos RM2,171,965.65. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Projek Pembangunan Bil.5/2014 pada 29 hingga 31 Oktober 2014 telah meneliti permohonan pihak sekolah tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas tersebut telah memutuskan bahawa pada prinsipnya Kementerian Pendidikan Malaysia tiada halangan bersyarat terhadap permohonan pihak SJKT Kerajaan, Ipoh. Perkara itu dimaklumkan melalui surat Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 11 November 2014 dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah memanjangkan keputusan itu kepada pihak sekolah melalui surat bertarikh 26 November 2014.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah diberi tanggungjawab untuk memastikan pihak sekolah membuat perubahan semula terhadap brif projek supaya selari dengan kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan dan mematuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan diberikan ialah:
(i) Lembaga Pengelola Sekolah yang bertanggungjawab terhadap pembinaan tersebut perlu membiayai sepenuhnya kos pembinaan serta kelengkapan bangunan tersebut;
(ii) Lembaga Pengelola Sekolah perlu berusaha mendapatkan dana yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 80 peratus daripada kos projek dan memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebelum projek boleh dimulakan; dan
(iii) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya timbul masalah kewangan akibat pembinaan tersebut.
Tuan Yang di Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan blok bangunan baharu SJKT Kerajaan, Ipoh dengan 12 bilik darjah mendapat peruntukan khas daripada Jawatankuasa Khas Pelan Tindakan Masa Hadapan Sekolah Tamil daripada Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM1.5 juta. Pihak sekolah pula telah berusaha mengumpulkan dana pembinaan projek tersebut sebanyak RM62,154.25 melalui derma ibu bapa, masyarakat setempat dan lain-lain kutipan seperti majlis makan malam. Malangnya pihak kami tidak menemui apa-apa rekod sumbangan pihak Ahli Yang Berhormat Batu Gajah dalam projek ini. Sekolah ini juga tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan negeri semasa negeri Perak diperintah oleh pihak Ahli Yang Berhormat.
Kos projek tersebut telah meningkat kepada RM1.7 juta, tidak termasuk prasekolah dan hose reel bomba. Kos pelantikan perunding ialah sebanyak RM127,785.30 dan telah dibayar sepenuhnya oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga telah membuat pembayaran sebanyak RM1,426,897.52 kepada pihak kontraktor. Pada masa ini, pembayaran yang masih tertunggak ialah kepada kontraktor sebanyak RM273,101.31 dan hose reel sebanyak RM50,000.
Perlu saya jelaskan di sini bahawa kerajaan tidak sekali-kali mengabaikan tanggungjawab dan membiarkan pihak sekolah bersendirian menyelesaikan masalah ini.
Kerajaan bertindak berdasarkan prosedur dan peraturan sedia ada yang sedang berkuat kuasa. Kalau kita lihat kronologi awal kes ini, permohonan sekolah telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas justifikasi Lembaga Pengelola Sekolah tersebut bertanggungjawab sepenuhnya dari segi pelaksanaan dan pembiayaan projek. Oleh itu, kekurangan peruntukan akibat peningkatan kos projek adalah di luar jangkaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengkaji isu ini secara teliti kerana kelulusan telah diberikan dengan syarat serta pada masa yang sama, prosedur kewangan perlu dipatuhi sepenuhnya.
Tuan Yang di Pertua, tuduhan Ahli Yang Berhormat Batu Gajah yang mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini amat mengecewakan. Ironinya, Ahli Yang Berhormat tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan hari ini yang telah membantu dalam pembangunan SJKT di seluruh negara, termasuk SJKT Kerajaan, Ipoh. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Pelan Masa Depan Sekolah Tamil JPM sememangnya memberi keutamaan kepada isu-isu sekolah Tamil termasuk isu SJKT Kerajaan, Ipoh.
Perkara ini juga telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk dari parti MIC di peringkat negeri dan persekutuan. Sepatutnya Ahli Yang
Berhormat berterima kasih kepada kerajaan kerana peruntukan RM1.5 juta yang diturunkan oleh Jabatan Perdana Menteri merupakan satu bukti keprihatinan dan kebertanggungjawaban kerajaan terhadap isu ini. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, yang dari awal lagi memperjuangkan dan turut membantu menyelesaikan isu pembinaan SJKT Kerajaan, Ipoh.
Juga adalah tidak adil jika Ahli Yang Berhormat menuduh kerajaan mengecewakan ibu bapa dan murid-murid kerana pada masa ini, sekolah tersebut masih beroperasi dengan baik. Murid-murid seramai 341 orang dan guru seramai 29 orang dapat meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran seperti biasa di premis sedia ada. Kebajikan dan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan perkara ini sentiasa di pantau oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Saya sendiri sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia telah melawat sekolah ini pada 21 Februari 2017, mendapat taklimat terperinci mengenai isu tersebut serta memberi perhatian untuk mencari jalan penyelesaian demi kepentingan murid-murid sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu, selaras dengan perancangan pengagihan peruntukan penyelenggaraan SJKT pada tahun 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil maklum akan keperluan SJKT Kerajaan, Ipoh dan akan menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Sebagai kesimpulannya, kerajaan memang dari awal menyedari isu ini kerana kelulusan dan pemantauan pelaksanaan projek dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila timbul isu peruntukan kewangan akibat faktor-faktor di luar kawalan, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu melihat daripada punca masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Prinsip yang perlu diakui oleh semua pihak ialah kerajaan sentiasa mengambil berat semua perkara yang melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Setiap isu yang ditimbul boleh dibincangkan jalan penyelesaian tanpa perlu membuat dakwaan yang tidak tepat kepada pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setakat itulah sesi usul di Kamar Khas pada petang ini. Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Selasa, 21 Mac 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.54 petang]