Dewan Rakyat · 23 March 2017

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 1,490 turns · 68,166 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah · question

1. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah seriusnya wabak selesema burung yang berlaku di negeri saya di Kelantan. Apakah puncanya dan apakah langkah yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan rakyat Kelantan tidak terus diancam wabak tersebut.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Tanah Merah yang telah memajukan soalan berkaitan dengan wabak selesema burung. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah mengumumkan terdapat sampel positif Influenza H5N1 dalam kalangan unggas di Kelantan pada 6 Mac tahun ini. Lanjutan daripada itu, pensampelan unggas telah dilaksanakan oleh Jabatan Veterinar. Sehingga 22 Mac, terdapat 28 lokasi di dalam enam daerah yang positif. Aktiviti kawalan dan penjagaan wabak dalam kalangan unggas adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sejajar dengan pengumuman jabatan itu, Kementerian Kesihatan telah pun melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara aktif dalam kalangan manusia dan pemantauan dalam lingkungan 300 meter radius dari tempat kejadian ayam mati atau lokasi yang positif dengan H5N1 dalam kalangan unggas yang berlaku di enam daerah yang terlibat. Ini aktiviti ialah selaras dengan garis bantuan kementerian di dalam pengurusan Avian Influenza. Kementerian telah menjalankan aktiviti promosi kesihatan berkaitan penyakit selesema burung kepada penduduk kampung, orang awam dalam lingkungan 10 kilometer radius dari tempat kejadian ayam mati, lokasi yang didapati positif H5N1. Sehingga sekarang, tiada kes influenza H5N1 dalam kalangan manusia. Selain daripada itu, di dalam Kementerian Kesihatan kesiapsiagaan di dalam facility telah diarahkan untuk meningkatkan pemantauan ke atas kes-kes influenza-like illness dan kes jangkitan respiratory yang datang mendapatkan rawatan di facility kementerian. Semua hospital juga diminta untuk bersiap sedia dalam menyediakan wad isolasi dan dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, di dalam isu berkaitan dengan kesihatan awam. Kita telah mendekati semua kawasan lokasi, mengedarkan risalah, mengadakan perbincangan secara kumpulan-kumpulan kecil untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap itu supaya mereka boleh mengamalkan budaya kesihatan awam untuk melindungi diri daripada penyakit ini. Ini termasuk memakai topeng muka, pakai apron, sarung tangan, pakai bot dan sebagainya untuk kumpulan yang datang mendekati dengan ayam dan unggas di dalam locality ini. Kalau mereka ada tanda-tanda dan gejala yang menunjukkan influenza-like illness daripada kawasan-kawasan itu, mereka diberi rawatan dengan ubat Tamiflu. Terima kasih.

Terima kasih jawapan oleh Yang Berhormat Menteri. Boleh tidak saya hendak tahu, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan enam daerah. Jadi saya hendak tahu daerah manakah yang terlibat? Dalam waktu yang sama, apakah yang dilakukan oleh kementerian dalam memastikan kakitangan kementerian dan jabatan sendiri bersiap sedia bagi hadapi ancaman H5N1? Ini kerana sudah ada khabar petugas-petugas yang diperiksa, yang memeriksa disyaki turut terkena ancaman tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Daerah- daerah, enam daerah ini ialah: | Daerah |Lokasi| |-----------|-----:| |Kota Bharu | 14| |Pasir Mas | 6| |Tumpat | 3| |Tanah Merah| 1| |Bachok | 1| |Pasir Puteh| 3| |Jumlah | 28|<END_TABLE_MARKER> Langkah-langkah untuk memastikan bahawa kakitangan di Kementerian Kesihatan yang menjalankan tugasan mereka di dalam kawasan-kawasan tertentu memerlukan mereka mengambil langkah-langkah untuk melindungkan diri daripada penyakit ini. Seperti apa yang saya sudah sebut di dalam jawapan asal saya bahawa langkah-langkah perlindungan diri seperti pakai sarung tangan dan pakai topeng muka itu ialah satu kewajipan kepada kakitangan kita. Walaupun mungkin ada mereka yang ada influenza-like illness sampai sekarang, pemeriksaan telah membuktikan bahawa tiada seorang pun yang telah disahkan bahawa mereka ada H5N1. Langkah-langkah untuk memastikan bahawa kakitangan Kementerian Kesihatan tidak mendapat penyakit ini memang diberi keutamaan oleh kementerian kerana ini kita kena memastikan bahawa pegawai kita terjaga sebelum kita boleh menjaga orang yang lain. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Disebabkan di dalam Malaysia ini terdapat berjuta-juta penternak ayam, saya minta Yang Berhormat Menteri– minta maaf, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan kempen dan systematic approach yang diambil oleh kementerian dalam memupuk kesedaran kepada golongan penternak agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebersihan kawasan ternakan daripada terjebak kepada sebarang wabak.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Selepas soalan pertama, ada satu soalan tiga yang berkaitan dengan topik yang sama yang mungkin boleh dijawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dalam usaha memastikan bahawa kawalan dibuat di bawah Jabatan Veterinar dibuat secara baik, isunya tanggungjawab Kementerian Kesihatan di dalam bidang ini ialah untuk memastikan apa-apa yang dilakukan di dalam bidang penternakan tiada ancaman terhadap manusia. Kalau ada risiko daripada perkara itu, kita ada kerjasama di antara Kementerian Kesihatan dan Jabatan Veterinar untuk memastikan bahawa industri penternakan di Malaysia ini dijalankan secara baik untuk mengurangkan risiko kepada manusia. Ini kerana saya kena mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan menjaga manusia, Jabatan Veterinar menjaga haiwan. Oleh itu, tanggungjawab kita ialah untuk memastikan bahawa risiko daripada industri itu yang akan sampai ke manusia itu, kita akan bincang dengan Jabatan Veterinar untuk memastikan semua langkah-langkah diamalkan supaya risiko itu boleh dikurangkan di dalam amalan the best practices of veterinary industry. Terima kasih.

Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNMersing · question

2. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan dengan jelas apakah perbezaan antara Net Energy Metering (NEM) dan Feed-in Tariff (FiT), mekanisme perlaksanaan dan apakah impak dan faedah program berbanding mekanisme FIT.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Mersing, kelihatan ceria dan bijaksana. Perbezaan antara feed-in tariff (FiT) dan net energy metering (NEM) adalah seperti berikut. Tenaga elektrik yang dijana di bawah

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

mekanisme FiT dijual sepenuhnya kepada pihak utiliti manakala melalui pelaksanaan NEM tenaga elektrik yang dijana digunakan oleh pengguna untuk kegunaan sendiri terlebih dahulu. Lebihan tenaga elektrik yang dijana oleh pengguna NEM akan dikreditkan di dalam bil elektrik yang digunakan untuk membayar bil elektrik pada bulan- bulan seterusnya. Sekiranya tenaga elektrik yang dijana tidak dapat memenuhi keperluan pengguna NEM dan pengguna terpaksa mengimport tenaga elektrik dari Gerik. Pengguna yang menyertai program FiT dibayar premium bagi tenaga elektrik yang dijual kepada pihak utiliti. Manakala pengguna yang menyertai NEM hanya diberi kredit pada kadar displaced cost iaitu kos penjanaan elektrik daripada sumber-sumber lain selain sumber TBB. Pelaksanaan mekanisme FiT dibiayai melalui dana kumpulan wang tenaga boleh baharu yang dikutip daripada pengguna elektrik sebanyak 1.6 peratus daripada jumlah bil elektrik bulanan. Manakala pelaksanaan mekanisme NEM tidak melibatkan sebarang caj tambahan di dalam bil elektrik pengguna. Keempat, melalui mekanisme ini NEM lebihan tenaga elektrik yang dihasilkan akan dieksport ke Gerik dan diambil kira sebagai kredit untuk off set bil elektrik pada bulan-bulan seterusnya. Manakala melalui mekanisme FiT, peserta skim FiT akan mendapat bayaran tunai bagi tenaga elektrik yang disalurkan kepada Gerik. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah menetapkan kuota bagi pelaksanaan NEM sebanyak 500 megawatt bagi tempoh 2016-2020 dengan kuota tahunan sebanyak 100 megawatt iaitu 90 megawatt bagi Semenanjung dan 10 megawatt bagi negeri Sabah. Oleh itu, semua pengguna elektrik yang berdaftar dengan pihak utiliti layak untuk memohon NEM atas dasar first come first served sehingga kuota yang ditetapkan habis diguna pakai. Sustainable Energy Development Authority (SEDA) telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi program NEM. Manakala pelaksanaannya dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga. Pengguna yang berminat untuk menggunakan NEM boleh memohon secara online melalui laman web SEDA.

Kaedah ini adalah bagus untuk– dan ia adalah menjurus kepada green technology. Jadi saya hendak tanya apakah impak positif NEM dan FiT selain memberi faedah kepada individu? Setakat mana penyertaan dari sektor industri untuk memastikan program ini berjaya?

Terima kasih Yang Berhormat. Ada tiga aspek bagaimana masyarakat serta industri dimanfaatkan melalui program net energy metering (NEM) ini. Satu dari segi, ekonomi. Seperti mana kita sedia maklum, Malaysia antara sebuah negara pengeluar PV yang utama dengan aktiviti eksport dan juga local sourcing, dengan izin. Dengan program NEM ini, maka sememangnya penggunaan solar PV di peringkat domestik akan meningkat dan sekali gus mempertingkatkan lagi industri PV di negara kita. Kedua, dari segi aspek sosial. Semenjak FiT dan SEDA ditubuhkan, ini iaitu pada 2012 sampai sekarang telah mewujudkan 25,672 peluang pekerjaan dan tenaga dibaharui untuk solar sahaja telah mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan. Jadi itu kedua. Ketiga, ialah dari segi alam sekitar. Dengan penggunaan solar PV maka mengurangkan perlepasan karbon dari semenjak FiT ini ditubuhkan NEM baru tahun yang lalu jadi masih muda lagi. Akan tetapi keseluruhan melalui feed-in tariff iaitu bertujuan untuk mengurangkan penggunaan pengeluaran carbon dioxide (CO2), pihak kita telah membuat penelitian bahawa ini telah mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 953,000 tan dan sekali gus membantu negara untuk mencapai matlamat di peringkat tariff agreement. Jadi keseluruhannya masyarakat biasa industri boleh manfaatkan dan telah dimanfaatkan melalui program. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat boleh untuk memohon untuk rumah sendiri melalui SEDA.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, salah satu cabaran NEM ialah oleh kerana kos adalah displacement cost, jauh lebih rendah berbanding dengan FiT iaitu lebih daripada – saya rasa lebih daripada 50 sen satu kilowatt. Pada masa yang sama juga, saya rasa mereka tidak akan dibayar terus tetapi akan dikreditkan dalam akaun. Jadi adakah insentif ini mencukupi untuk menggalakkan lebih banyak individu dan juga syarikat untuk memohon NEM? Terima kasih.

Ya Yang Berhormat Serdang sememangnya begitu peka dengan SEDA ini, selalu minat. Pihak kita sedar mengenai perkara itu bahawa dibandingkan dengan feed-in tariff skim di mana kita jual terus ke Gerik dan tangible kewangan di dalam tangan membandingkan dengan net

energy metering, kita pakai dulu yang lebihan kita eksport ke Gerik juga tetapi ia masuk dalam kredit akaun kita. jadi kalau bulan depan kita use lebih daripada apa yang kita generate maka kita boleh pakai apa yang telah disimpan di situ. Memang ada feedback daripada pihak awam bagaimana dengan kes ia selalu eksport setiap hari, berkumpul akaunnya. Itu akaun boleh dikumpul sampai dua tahun okey, dua tahun.

Jadi, memang ada aduan yang mengatakan barangkali not so attractive, displacement cost is 31 sen, 25 sen sampai 31 sen compared to feed-in tariffs. Okey, jadi kami sedang meneliti ini dan masih berbincang dengan cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat dan daripada swasta. Antaranya misalnya, ada satu pandangan may be keep until, dengan izin, six months and whatever the kumpul waktu itu you can convert to cash. So, at least ada tangible daripada disimpan di situ sahaja sampai dua tahun dan orang rumah tidak dapat merasai the savings that dia boleh dapat. Jadi, ini antara yang sedang kami bincangkan supaya lebih menarik. Pada saat ini untuk makluman Yang Berhormat, respons bagus tetapi belum ke tahap yang kami telah expect. Jadi, perlu lebih banyak promosi. Setakat ini, at the end permohonan 23 kapasiti, 442 kilowatt yang sudah connected to the grid, FITCD sekadar 21 megawatt. So, response slow.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan ini perkara baru. Misalnya, saya ingin masuk dalam program ini untuk menguasai yang sederhana, berapa kosnya? Saya diberitahu agak mahal kerana kawan saya ada buat, berharga lebih kurang RM250,000 untuk satu shed dia buat di sekolah. Jadi, kalau saya secara peribadi, berapa kosnya dan bolehkah diminimumkan kos itu sehingga saya mampu untuk masuk program ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Pada saat ini, kos itu tertakluk kepada space berapa besar rumah sebab this one ini hendaklah atas bumbung, atas atap dan seterusnya. Tidak ada dalam kawasan umum. Jadi, tertakluk kepada berapa besar saiz bumbung kita. Akan tetapi estimate pada saat ini ialah setiap kilowatt adalah kira-kira RM6,000. Jadi, kalau dipasang 10 megawatt dalam RM60,000 relatively cost. Malangnya saat ini, terpulang kepada APC. Boleh runding balik dengan engineering procurement contractors untuk minta diskaun dan mesti dipasang oleh APC yang berdaftar dengan ST dan rundingan di antara pembeli dan juga pembina itu terpulanglah kepada dua pihak. Akan tetapi dalam estimate kami satu kilowatt adalah kira-kira RM6,000. So, 10 kilowatt kebanyakan rumah kecuali rumah Yang Berhormat yang besar-besar itu, you may need more than 10 kilowatts. Saat ini terpaksa masing-masing mencari pembiayaan walaupun kami sedang berbincang dengan pihak swasta kalau untuk short list pihak-pihak bank dan financing companies yang minat dalam perkara ini dan memang bagi FIT, kira-kira hampir lebih 10 buah bank yang telah menyokong ini sebelum ini dan kami sedang berbincang kalau mereka boleh extend perkara ini, okey. Rumah biasa, teres dua tingkat boleh pasang 3 kilowatt atau 4 kilowatt. Jadi, kalau pasang 4 kilowatt RM24,000. Payback di dalam estimate kita barangkali 4 kilowatt tertakluk kepada interest empat tahun, lima tahun, empat tahun begitu payback. Okey, dari segi perkara itu. Okey, terima kasih.

[Soalan No. 3 – Y.B. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) tidak hadir]

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Pendidikan menyatakan punca kegagalan pemberian Telefon Yes Altitude 4G untuk guru-guru di negeri Pahang sedangkan guru di beberapa buah negeri lain sudah mula menikmati pemberian tersebut yang mana ianya dapat memudahkan guru untuk menggunakan aplikasi berasaskan sistem internet.

Datuk P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lipis. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari Kolej Kejururawatan Asunta Hospital Petaling Jaya dan juga sahabat-sahabat kita daripada UMNO Parlimen Libaran dan juga pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Libaran. [Tepuk] Selamat datang ke Parlimen. Tuan Yang di-Pertua dan juga untuk makluman Yang Berhormat Lipis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengagihan pelan data individu 2GB di bawah perkhidmatan 1BestariNet fasa 2 kepada guru-guru sekolah yang menggunakan teknologi 4G Zoom ke seluruh negara dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula pada November 2016 dan dijangka berakhir pada bulan April 2017. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, atas inisiatif yang diambil oleh Ahli-ahli Parlimen, khususnya daripada Barisan Nasional Pahang yang telah sentiasa berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri untuk memastikan pemberian ini dilaksanakan dalam masa yang cepat, kita telah pun mengagihkan masa-masa yang tertentu. Bagi peringkat negeri Pahang pula Yang Berhormat, tarikh pengagihan dijadualkan pada 27 Mac hingga 30 Mac 2017. Mulai minggu depan. Seramai 17,064 orang guru dari 361 buah sekolah 4G Zoom akan menerima kemudahan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan sebentar tadi. Saya di kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan dan kementerian kerana dapat melaksanakan program ini dalam masa terdekat. Mungkin soalan saya ini yang menyebabkan terdekat ini dihantar ke Pahang itu. Kita tahu bahawa perkembangan proses pengajaran di abad ke-21 ini melalui pelbagai program, termasuklah Program 1BestariNet ini. Akan tetapi walaupun saya mengucapkan tahniah tetapi malangnya di kawasan saya khususnya. Mungkin kawasan luar bandar juga, agak malang sedikit kerana liputannya kurang memuaskan. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah jumlah kos secara keseluruhan yang dibayar oleh kerajaan kepada YTL Communication dalam usaha melaksanakan program pemberian telefon pintar ini? Kita maklum bahawa semasa program 1BestariNet merupakan kegagalan. Apakah langkah kerajaan mengambil tindakan kepada YTL ini? Adakah masih hendak kekalkan atau pun kita menamatkan perkhidmatannya? Kaitannya adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS untuk memperluaskan coverage yang saya katakan di peringkat kampung ini kebanyakannya tidak mendapat liputan dengan baik. Guru-guru terpaksa naik bukit, naik tempat-tempat yang bersesuaian untuk mendapatkan coverage tersebut. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya rasa isu pokoknya ialah keberkesanan perkhidmatan 1BestariNet, isu pokoknya. Bagi kita di Kementerian Pendidikan Malaysia, kita mengambil serius terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dalam menyediakan perkhidmatan 1BestariNet. Bagi kita, Program 1BestariNet ini merupakan satu program yang memang baik sekiranya dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah yang telah pun ditetapkan. Paling penting ialah pemantauan perkhidmatan. Pemantauan perkhidmatan ini dilaksanakan buat sekarang ini melalui dashboard yang berupaya untuk mengesan mana-mana talian yang tidak berfungsi dan ambil tindakan segera mengikut standard operating procedures yang telah pun ditetapkan dalam kontrak yang telah kita tandatangan ini.

Ini juga telah membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan ketersediaan perkhidmatan yang disediakan menepati service level agreement (SLA) yang telah ditandatangani. Di samping itu, Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia juga berkeupayaan sekarang untuk memperincikan pemantauan ke peringkat yang lebih halus seperti capaian di satu-satu lokasi di sekolah ataupun penggunaan VLE oleh mana-mana guru atau murid. Kesemua standard operating procedure, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pemantauan ini dibangunkan bersama oleh MAMPU, SKMM, dan juga MIMOS. Hasil pemantauan ini dilaporkan secara berkala kepada Jawatankuasa Teknikal 1BestariNet yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan yang dianggotai pula oleh wakil-wakil dari bahagian-bahagian berkepentingan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jawatankuasa Pemandu 1BestariNet yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan dianggotai oleh

pengarah dan Setiausaha Bahagian yang berkepentingan. Pasukan jaminan kualiti yang terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia, wakil MAMPU dan MIMOS juga ditetapkan untuk meneliti sebarang perubahan kepada spesifikasi perkhidmatan. Yang Berhormat, dalam kontrak 1BestariNet, Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhak untuk menamatkan kontrak sekiranya pihak syarikat gagal menyempurnakan obligasi mereka mengikut terma-terma kontrak bagi ketidakpatuhan lain. Kementerian Pendidikan Malaysia tetap mengenakan denda dan juga penalti. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, berpandukan kepada laporan PAC yang telah dikeluarkan sebelum ini, kita lihat projek ini ditawarkan kepada YTL Communications bernilai RM4.7 bilion untuk 10,000 sekolah seluruh Malaysia. Saya berpandangan sepatutnya perkara ini telah selesai tahun 2014.Sekarang sudah tahun 2017, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi saya pertikaikanlah mengapa isu-isu seperti ini masih berlaku. Hakikatnya di bawah apabila saya pergi ke sekolah-sekolah khususnya di Sitiawan, mereka tidak dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh BestariNet ini. Oleh sebab itu, saya mohon penjelasan yang setelus-telusnya daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status taraf kedudukan kontrak ini dan juga kedudukan projek BestariNet ini? Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat, perolehan bagi perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 adalah secara tender terbuka kepada semua petender yang layak. Semua prosedur perolehan adalah mengikut pekeliling kewangan yang berkuat kuasa dan Syarikat YTL Communications Sdn Bhd telah dipilih untuk melaksanakan fasa 1, dua tahun enam bulan, berdasarkan tawaran yang terbaik kepada kerajaan. Prestasi syarikat juga dinilai dalam tempoh kontrak dan syarikat ini telah memenuhi obligasi keperluan yang walaupun ada kekurangan yang telah dikenal pasti oleh PAC, mereka juga melaksanakan segala pembaikan dalam obligasi tersebut dan dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam bab perkhidmatan, pelajar-pelajar yang menerima di bandar dan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam 10,182 buah sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, Semenanjung, semua 10,182 buah sekolah, setakat ini kita ada 5,112 sekolah yang telah menggunakan sistem Zoom dan kita masih ada lagi sekolah yang menggunakan direct feed yang boleh menerima perkhidmatan BestariNet. Walau bagaimanapun, kita masih ada lebih kurang 1,800 sekolah yang menggunakan fasiliti VSAT dan lebih kurang 300 sekolah yang menggunakan fasiliti ADSL yang mana kita cuba naik tarafkan penggunaan ini. Kita juga dalam proses untuk menambah baik.Ada keperluan penambahan BRIS,telah pun ditambah baik sekarang. So, perkara-perkara ini kita lakukan semata-mata untuk memastikan pelancaran penggunaan 1BestariNet ini dapat dikekalkan dan harapan kita ialah apabila semua dapat menggunakan ini, maka saya pasti sistem pendidikan khususnya pembelajaran alam maya ataupun virtual learning environment, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Terima kasih, Yang Berhormat.

Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa · question

2. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan laporan kajian terkini projek pembinaan Empangan Lebir dan Nenggiri. Nyatakan jumlah keluasan kawasan yang bakal ditenggelamkan.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bachok. Bagi projek hidroelektrik Nenggiri, pihak utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan kajian kemungkinan ataupun feasibility study, dengan izin, bagi projek tersebut. Pada masa ini, pihak TNB sedang menjalankan kerja-kerja reka bentuk dan kejuruteraan serta kajian environmental impact assessment (EIA), dengan izin. Kajian

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

EIA projek tersebut dijangkakan selesai pada tahun 2018. Berdasarkan kajian yang dibuat, kawasan yang bakal ditenggelami bagi membangunkan projek hidroelektrik Nenggiri adalah lebih kurang 5,834 hektar. Bagi projek hidroelektrik Lebir pula, pihak TNB telah melaksanakan kajian kemungkinan bagi projek tersebut dan kawasan yang bakal ditenggelami dianggarkan lebih kurang 5,400 hektar. Selain itu, kerajaan juga masih mengkaji cadangan untuk membangunkan Empangan Lebir yang akan mempunyai dwifungsi ataupun multi fungsi iaitu sebagai projek tebatan banjir dan juga bekalan air untuk pertanian dan juga untuk penjanaan tenaga elektrik. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita tahu Kerajaan Negeri Kelantan sangat konsisten dalam hal pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ini terutamanya yang melibatkan hutan rayau kepada Orang-orang Asli. Jadi soalan tambahan saya, sejauh mana dalam aspek mengkaji tadi pihak kementerian mengambil kira pandangan daripada NGO-NGO alam sekitar dan juga mengambil kira pandangan-pandangan penduduk asal dan orang setempat yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan pembinaan empangan tadi? Sekian.

Terima kasih, Yang Berhormat Bachok. Pihak kerajaan memang prihatin kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Bagi, misalnya projek hidroelektrik Nenggiri, pihak TNB telah menjalankan kajian penerimaan penduduk tempatan, public acceptance survey and social impact assessment dan pihak kita dimaklumkan ada 1,000 Orang Asli tempatan yang terlibat yang kemungkinan dipindahkan jika projek ini diteruskan. Maka dalam perkara ini, perbincangan berterusan termasuklah mengambil perhatian pandangan-pandangan pihak awam dan NGO serta kos projek keseluruhan masih dalam tahap penghalusan. Misalnya, bagi negeri, kita berpendapat antaranya bahawa kos itu begitu tinggi sekadar untuk 300 megawatt yang bakal di come on stream pada tahun 2024 dan bagi hidro Lebir 274 megawatt yang bakal come on stream COD pada tahun 2028. Jadi Ahli Yang Berhormat Bachok, pihak kita sedar mengenai concern yang di- express tetapi ini masih awal lagi dan setiap skop dan setiap impak kita akan telitikan supaya projek ini dapat penerimaan awam dan dengan kos yang munasabah. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, pengalaman saya melihat empangan di Temenggor, Bersia dan juga di Kendering di mana kawasan tersebut ada Orang Asli yang mana kita melihat TNB mendapat keuntungan yang cukup banyak tetapi CSR untuk menjaga Orang Asli tidak diberi perhatian oleh pihak TNB.

Sekiranya kawasan empangan ini dibuat, saya percaya ini boleh membantu mencegah banjir. Akan tetapi dalam masa yang sama, tolong jangan terjadi macam di tempat saya supaya orang Asli Temiar difahamkan di sini Batik serupa tempat saya juga ini satu masyarakat asli yang paling bawah supaya mereka diberi pertimbangan untuk pembinaan penempatan semula bantuan-bantuan yang boleh difikirkan oleh pihak PNB bagi memastikan mereka tidak rasa ini satu pembangunan yang besar tetapi mereka tidak mendapat nikmat elektrik dan pelbagai lagi. Minta perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bela Orang Asli.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik mengenai dengan teguran pengalaman di Empangan Temenggor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kami sentiasa memantau juga mengenai dengan penempatan-penempatan yang telah pun selesai sebelum ini. Memang untuk penempatan baru ataupun pembinaan baru, kita mahu belajar daripada pengalaman yang sebelumnya. Akan tetapi setakat ini seperti di Ulu Jelai misalnya, dari segi penempatan, saya sendiri telah turun padang melihat perumahan yang di bekal, economic activity yang disediakan, facilities sukan yang dibuat dan juga program- program pendidikan.

Okey, jadi jika di kawasan Yang Berhormat khususnya Temenggor ini masih ada perkara yang perlu dibangkitkan, saya dimaklumkan TNB sentiasa memberi bantuan CSR, makanan, gas dan lain-lain. Sememangnya responsibility itu bukan sekadar apabila projek itu sudah mulai menjana tenaga tetapi untuk berterusan. Akan tetapi nanti kita bangkitkan perkara ini jika ini masih ada ruang untuk pembaikan dan improvement. Terima kasih Yang Berhormat.

Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNMersing · question

3. Datuk Dr. Haji. Abd. Latiff Bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) apakah kemudahan-kemudahan yang boleh dinikmati oleh pencarum PERKESO; dan (b) berapa banyakkah majikan yang dikenakan tindakan kerana gagal mencarum dengan PERKESO untuk tahun 2015/2016.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Mersing. Tuan Yang di- Pertua, PERKESO menyediakan dua skim perlindungan keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada masa ini caruman pekerja adalah pada kadar 0.5 peratus dan majikan sebanyak 1.75 peratus pada tahap siling gaji caruman bulanan pekerja terhad kepada RM4,000. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau sesuatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaan dan kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO Tuan Yang di-Pertua kepada pencarum atau orang yang beli insurans di bawah Skim Bencana Pekerjaan tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: (i) Faedah Perubatan; (ii) Faedah Hilang Upaya Sementara; (iii) Faedah Hilang Upaya Kekal; (iv) Elaun Layanan Sentiasa; (v) Faedah Orang Tanggungan; (vi) Faedah Pengurusan Mayat; (vii) Kemudahan Pinjaman Pendidikan; (viii) Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional; dan (ix) Program Return to Work (RTW). Tuan Yang di-Pertua, skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaannya. Orang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya. Sekurang-kurangnya satu pertiga dari keupayaan pekerja yang normal. Faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO kepada pencarum atau orang yang berinsurans di bawah skim keilatan tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: (i) Pencen Ilat; (ii) Bantuan Ilat; (iii) Elaun Layanan Sentiasa; (iv) Pencen Penakat; (v) Faedah Pengurusan Mayat, (vi) Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional;

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

(vii) Program Return to Work; (viii) Kemudahan Pinjaman Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman sepanjang tahun 2016, sebanyak 3,010 majikan telah dikenakan tindakan kompaun dan 1,311 majikan disyorkan untuk diambil tindakan mahkamah. Manakala pada tahun 2015 sebanyak 364 majikan telah dikenakan tindakan kompaun dan 1,202 majikan disyorkan untuk tindakan mahkamah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sangat komprehensif dan bermaklumat. Saya lihat SOCSO ini adalah skim yang amat pro pekerja. Saya pasti dana yang terkumpul makin lama makin banyak kerana pertumbuhan ekonomi dan lebih banyak majikan yang mencarum untuk pekerja. Soalan saya, berapakah jumlah dana SOCSO dua tahun kebelakangan? Kedua adalah mengenai pekerja asing. Setakat ini tidak ada dasar di mana pekerja asing dilindungi oleh SOCSO. Mereka ada workmen compensation insurance. Itu tidak cukup sebenarnya kerana kita semua tahu bil-bil perubatan di hospital-hospital awam makin lama makin meningkat, yang terakhir adalah sehingga RM40 juta tidak dibayar oleh pekerja-pekerja asing. Apakah kementerian rela melihat kembali dasar ini supaya pekerja asing juga mencarum? Lebih baik juga jika majikan tidak perlu mencarum 1.75 percent kerana ini beban kepada majikan tetapi mereka wajib mencarum 0.5 persen daripada gaji pekerja asing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang merupakan bekas Timbalan Menteri kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dana kumpulan PERKESO sehingga Disember 2016, adalah sebanyak RM24.67 bilion berbanding dengan RM23.86 bilion pada tahun 2015. Tentang pekerja asing sama ada mereka boleh mencarum kepada PERKESO, setakat ini memang mereka di bawah akta tidak boleh mencarum kepada PERKESO. Walau bagaimanapun, saya fikir cadangan itu adalah baik. Oleh sebab kita sekarang sebenarnya di bawah Kementerian Sumber Manusia kita sedang membuat kajian holistik sama ada yang dapat dimasukkan dalam kajian holistik yang kita telah adakan, sedang dijalankan melalui pemindaan kepada Akta Kerja ataupun Employment Act 1955, kita ambil perhatian Yang Berhormat Mersing.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih. Yang Berhormat, saya hendak tanya, bilakah kerajaan akan mengemukakan akta atau rang undang-undang untuk pekerja-pekerja taxi drivers self-employed dan adakah ia akan merangkumi hanya untuk pekerja teksi dan bukan untuk orang yang bekerja sebagai dalam kontrak? Berkaitan dengan ini, adakah kerajaan sedar bahawa sekarang kita ada Akta SOCSO,spesifiknya mengatakan bahawa seorang wanita, seorang isteri, tidak layak untuk mendapat atau mencarum kepada SOCSO kerana bila dia bekerja dengan suami dia yang mempunyai syarikat perniagaan tunggal. Ini adalah satu diskriminasi kepada wanita di seluruh Malaysia. Ramai di antara mereka yang telah mencarum dan tidak mendapat manfaat. Adakah kerajaan sedar mengenai perkara tersebut kerana ada Akta SOCSO yang kena mengena dengan perkara ini? Adakah kerajaan akan mengambil tindakan?Adakah Yang Berhormat Menteri akan memberi akujanji sekarang bila perubahan akan dibawa supaya kita ada win-win position, do not take advantage dan discriminate kepada wanita? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, perkataan diskriminasi itu bagi saya adalah satu perkataan yang dengan izin, taboo kerana bagi kita, dasar kita ialah kita tidak boleh mendiskriminasikan sama ada si pekerja itu adalah wanita atau mahupun lelaki. Itu jawapan saya. There should be no discrimination. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, tentang a scheme untuk para pemandu teksi. Yang Amat Berhormat dalam ucapan beliau iaitu semasa membentangkan Belanjawan yang lalu telah menyatakan bahawa skim untuk melindungi para pemandu teksi akan dilaksanakan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kementerian saya, Kementerian Sumber Manusia sedang menggubal Rang Undang-undang Bekerja Sendiri dan dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas iaitu Parlimen yang bersidang sekarang dan Tuan Yang di-Pertua,

kita baru sahaja menerima kelulusan daripada AG’s Chambers semalam. Itu jawapan saya, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang cukup budiman. Hari ini dia sudi memberikan ruang untuk saya menyoal soalan tambahan yang ketiga. Menteri, saya meneliti dengan tekun di atas kedudukan SOCSO ini dan dilihat daripada sumbangan pekerjaan 0.5 peratus daripada penggajian dan majikan 1.75 peratus bagi pihak majikan dan longgokan tabungan RM24.6 bilion ini sudah tidak memberikan keyakinan bahawa apakah keperluan-keperluan yang akan ditambah baik terutama sekali bila mana berlakunya Skim Insurans Pekerja yang akan dikendalikan oleh pihak PERKESO sendiri dan akan menambahkan pekerjaan itu dalam segi anggotanya yang memastikan bahawa implementasi ini berjalan dengan begitu konsisten. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi soalan saya daripada ini ialah, apakah langkah-langkah untuk menambah caruman daripada pihak majikan yang 1.75 peratus ini dalam memastikan tabungan PERKESO tidak mengalami masalah apabila tuntutan pencarum dan pekerja PERKESO yang diarahkan untuk menambahkan deskripsi tugas mereka? Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hari ini budiman Yang Berhormat ya.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kebenaran kepada tiga orang untuk mengajukan soalan tambahan. Yang Berhormat Kuala Langat telah menyentuh tentang Skim Insurans Pekerja. Skim Insurans Pekerja, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya telah dibentangkan kepada National Economic Advisory Council atau Majlis Ekonomi Negara selama tidak kurang daripada tiga kali. Tiga kali untuk kita memberi taklimat dan kali keempat untuk memberi simulasi. Ini bererti ia telah dibentangkan ke National Economic Advisory Council ataupun Majlis Ekonomi Negara dan ia telah pun dibentangkan ke mesyuarat Kabinet minggu lepas. Tuan Yang di-Pertua, pengumuman atau press conference mengenai Skim Insurans Pekerja ini akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini juga. Pada hari ini, today, he will be making a press statement. Tuan Yang di-Pertua, mengenai dana dan ini ada sangkut paut dengan soalan yang telah disebutkan oleh rakan saya selain daripada Yang Berhormat Kuala Langat iaitu mengenai dana. Untuk pengetahuan kita bersama Tuan Yang di-Pertua, walaupun dana PERKESO pada tahun ini adalah RM24.67 bilion tetapi saya ingin menjelaskan di sini bahawa hasil kajian asset liability, dengan izin, Actuarial Partners menunjukkan dana Skim Pencen Ilat akan depleted, dengan izin pada tahun 2029. Maka ini membawa jawapan kepada soalan yang telah diajukan sebelum Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu ini. Ini membawa kepada kita bahawa tentang caruman oleh majikan itu kita tidak boleh ketepikan. Mereka mesti dan perlu masih membayar atau mencarum 1.75 peratus itu. Sekian, terima kasih.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

4. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah rancangan konkrit dan tindakan kerajaan untuk meningkatkan kedudukan universiti tempatan di Times Higher Education World University Ranking selaras dengan wawasan negara menjadi pusat pendidikan pengajian tinggi di rantau ini.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryYap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Taiping atas soalan berkaitan dengan kedudukan universiti tempatan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa sistem penarafan pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa seperti QS World University Rankings, dengan izin atau QSWUR, Times Higher Education World Universities Rankings, dengan izin dan Shanghai Academic Ranking of World University, dengan izin. QSWUR menetapkan ranking bersifat serantau, ranking untuk subjek atau bidang dan ranking untuk universiti baru yang lebih bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryYap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Manakala kriteria yang dinilai di dalam sistem ranking Times Higher Education World Universities Rankings atau THE adalah mengambil kira penjanaan daripada industri, inovasi, reputasi antarabangsa, pengajaran dan persekitaran pembelajaran, penyelidikan daripada segi bilangan pendapatan dan reputasi dan sitasi. Pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperbaiki dan memperkukuhkan ranking universiti awam atau UA. Antaranya ialah menanda aras dengan universiti di negara yang mempunyai pemetaan sosial ekonomi dan sosiobudaya yang hampir sama tetapi mendapat penarafan yang tinggi di peringkat global seperti universiti di Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryYap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Selain itu Kementerian Pendidikan Tinggi turut menyerlahkan bidang tujahan dan bidang kecemerlangan di UA supaya ia setanding dengan pusat kecemerlangan bertaraf antarabangsa. Di samping terus memperkasakan universiti penyelidikan melalui pemantapan pembelajaran dan pengajaran, jaringan industri dan komuniti di UA serta aktiviti penyelidikan dan penerbitan yang dapat membantu menjana pendapatan UA. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apabila jawapan yang diberikan kepada Dewan yang mulia ini kata kerajaan atau usaha untuk meningkatkan prestasi dan kedudukan universiti awam tempatan di persada antarabangsa. Tetapi yang berlaku sebenarnya adalah di mana jumlah bajet yang diperuntukkan kepada universiti awam telah dipotong secara ketara. Tahun ini dan tahun lepas di mana universiti tempatan mengalami potongan bajet setinggi RM1.6 bilion. UKM, UTM, UPM, semua bajetnya dipotong lebih 30 peratus, Bagaimana kerajaan hendak mempertingkatkan prestasi universiti tempatan tetapi dalam masa yang sama potong mereka punya bajet secara ketara. Soalan tambahan saya yang kedua adalah Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Jika usaha kerajaan menepati sasaran, mengapa tidak ada satu pun universiti awam Malaysia menduduki ranking top 50 universiti terbaik di Asia. Akan tetapi pada masa yang sama, kita lihat National University of Singapore, Nanyang Technology University of Singapore berjaya menduduki tempat yang pertama dan tempat yang kedua dalam Times Higher Education Ranking di Asia. Adakah ini mencerminkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi telah gagal? Adakah kerajaan mengenal pasti apakah kelemahan kita. Mengapa universiti Malaysia dan NUS yang dulunya merupakan anak kembar, kini satu menduduki tempat pertama di Asia, satu lagi menjunam menurun. Apakah kelemahan? Bilakah kerajaan hendak memperbaiki kelemahan ini demi masa depan Pelan Pendidikan Tinggi di Malaysia supaya wawasan negara kita menjadi pusat pengajian pendidikan serantau dapat tercapai dan bukan menemui kegagalan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Taiping yang berkaitan dengan soalan tambahan yang berkaitan dengan pemotongan bajet dan ranking universiti awam di Malaysia di peringkat antarabangsa. Jawapan yang pertama adalah berkaitan dengan bajet dan saya rasa jawapan ini sudah, soalan sudah dijawab banyak kali oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Pada kelmarin beliau sudah dalam penggulungan juga ada bagi tahu bahawa universiti- universiti ada kriteria atau program-program untuk menjana dana untuk universiti. Dalam konteks ini ada berkaitan dengan research atau penyelidikan dan saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Taiping bahawa dari segi research sebenarnya tidak ada kekurangan tetapi ada tambahan iaitu RM400 juta milion digunakan untuk penyelidikan kalau dibanding dengan tahun 2016, hanya RM370 juta diagihkan kepada penyelidikan. Yang kedua berkaitan dengan kedudukan UA di Malaysia dan di sini saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Taiping bahawa mengikut keputusan Times Higher Education World University Rankings; UM adalah di kedudukan 59, UTM di kedudukan 70, UPM di kedudukan 120 hingga 130 dan USM di kedudukan 141 hingga 150. Komen yang dikemukakan oleh Times Higher Education World University Ranking adalah dengan izin, of the emerging university nations, the ranking results suggest that Malaysia has the greatest potential. Ini sudah membawa satu implikasi bahawa memang UA di Malaysia atau potensi untuk mencapai ranking yang lebih baik daripada apa yang sudah dicapai dan ini bukan bahas.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat, soalan saya ialah mengapa tidak ada satu universiti pun...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

... menduduki kedudukan top 50.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Satu pun tidak ada. Mengapa, soalan saya.

Ini bukan bahas Yang Berhormat Taiping. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Ini macam sekolah.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya tanya, awak jangan lari dari tajuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping duduk...

Tidak jawab soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, memang betul ini bukan perbahasan, ini Q&A Yang Berhormat.

Saya minta Yang Berhormat Taiping sabar kerana saya akan jawab soalan itu.

Ini bukan guru besar tahu.

Dan saya hendak bagi tahu bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi sudah mengadakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan yang sudah dilancarkan pada tahun 2015 hingga 2025. Ini ada berkaitan dengan strategi-strategi atau program-program inisiatif-inisiatif untuk mempertingkatkan reputasi universiti dan higher education secara keseluruhannya. Memang banyak kali sudah Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi sudah bagi tahu bahawa sekarang Kementerian Pendidikan Tinggi adalah redesigning higher education dan dengan kriteria- kriteria, aktiviti-aktiviti dan inisiatif-inisiatif, memang Kementerian Pendidikan Tinggi ada kepercayaan bahawa pada satu hari memang kita boleh mendapat kejayaan untuk to be the top 50 university. Di sini saya juga hendak bagi tahu bahawa yang berkaitan dengan QS World Ranking University, ini peringkat antarabangsa, bukan peringkat negeri. UM sudah mendapat kedudukan ke-27 diperingkat Asia. [Tepuk] Dan UPM tempat ke-49. Jadi saya berharap Yang Berhormat untuk membaca surat khabar kerana banyak kejayaan sudah dicapai....

[Dewan riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya tanya Times Higher Education Ranking tapi yang jawab QS. Orang tanya lain, dia jawab lain. Apa ini? Ini dia ingat dia cikgu dalam kelas ke. Ini parlimen lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping, duduk Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Pendang.

[Dewan riuh]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang dia tidak baca surat khabar. [Ketawa]

Terima kasih.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua. QS World Ranking menilai soal penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran graduan dan internalization. Saya hendak ambil satu saja iaitu tentang kebolehan pasaran graduan di Malaysia yang berkait dengan kualiti pembelajaran mahasiswa di

universiti. Jadi apakah langkah-langkah Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mahasiswa kita supaya mereka tidak menganggur selepas keluar universiti.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang berkaitan dengan kriteria-kriteria atau inisiatif- inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mempertingkatkan GE atau graduate employability, dengan izin dan memang banyak inisiatif sudah diambil. Antaranya adalah berkaitan dengan IGCPA dan CO Faculty Member 2U2I dan Gap Year dan ini memang akan membantu dari segi mempertingkatkan graduate employability atau kebolehpasaran gredman kita.

Seperti yang saya sudah beritahu tadi bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi sedang redesign higher education, dengan izin dan ini memang ada berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan untuk pendidikan tinggi yang sudah dilancarkan pada tahun 2015 hingga 2025. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, setakat itu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi, pendek sahaja untuk membantu Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Anuar bin Abd. Manap.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Apa dia Yang Berhormat?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tadi saya rasa Timbalan Menteri telah mengelirukan Dewan yang mulia ini. Oleh kerana Timbalan Menteri kata mengikut QS ranking, UM adalah kedudukan ke-27 di seluruh dunia tetapi saya telah check laman web, sebenarnya UM menduduki tempat ke-27 hanya di rantau Asia sahaja. Saya harap Menteri boleh correct your statement.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Saya tidak melihat itu sebagai satu yang harus dirujuk kepada 36(12). Ya.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya soalan, izinkan saya merafakkan sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri jajahan takluk Johor Darul Takzim sempena dengan hari keputeraan Baginda pada hari ini. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri pun dari Johor.

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

5. Tuan Anuar Bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah punca masalah keberhutangan tinggi dalam kalangan anggota polis di negara ini seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM) DCP Datuk T. Narenasagaran baru-baru ini dan apakah usaha yang dilakukan PDRM bagi memberi asas pendidikan pengurusan kewangan kepada anggotanya.

Datuk Nur Jazlan bin MohamedUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga sebagai rakyat Johor, merafak sembah yang sama juga di atas hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Daulat Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang kerana telah membawa perkara ini ke dalam sidang Dewan kita. Memang pihak polis amat prihatin mengenai isu keberhutangan kewangan yang serius di kalangan pegawai-pegawai kerajaan di bawahnya. Walaupun jumlah ini belum lagi besar tetapi polis mengambil tindakan awal untuk menyelesaikan masalah-masalah keberhutangan di antara pegawainya dengan sebab kerana hutang ini boleh membawa kepada pelbagai kelakuan yang negatif, yang tidak diingini yang boleh menjejaskan imej pihak polis sendiri. Jadi sebenarnya kerajaan melalui Peraturan 13(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) sudah menyatakan peraturan yang

Datuk Nur Jazlan bin MohamedUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Pulai

melibatkan anggota pentadbiran kerajaan yang terlibat dalam kesusahan kewangan yang serius. Jadi masalah yang dihadapi oleh pegawai polis sebenarnya ialah kurangnya kesedaran di kalangan pegawainya mengenai pengurusan kewangan secara berhemah. Kebanyakan anggota yang dihimpit masalah ini disebabkan penggunaan kad kredit tanpa kawalan, membuat pinjaman peribadi serta membeli keperluan-keperluan persendirian yang mahal secara kredit yang tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Bagi mengatasi masalah ini, pengurusan PDRM telah mengambil pendekatan untuk memberikan pendidikan serta mengambil langkah-langkah untuk mengawal anggota daripada terjebak dalam masalah keberhutangan yang tinggi seperti berikut: (i) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan- mereka telah mengadakan program My Psychology Spiritual untuk menerangkan pengurusan aliran wang tunai, asas pinjaman, cara menguruskan hutang, pengurusan risiko, pelaburan, persaraan, e-pembayaran, kad kredit, membeli kereta dan rumah; (ii) PDRM sentiasa memantau pendapatan bulanan berdasarkan formula kiraan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia untuk menentukan sebarang pinjaman peribadi yang dibuat benar-benar berfaedah, pinjaman hanya dibenarkan setelah mendapatkan sokongan dan pengesahan daripada pegawai pemerintah sahaja; (iii) melaksanakan sistem kawalan disiplin dan dadah; bermatlamat membantu anggota polis menjauhkan diri daripada aktiviti penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan dadah dan termasuklah berlakunya aktiviti rasuah; (iv) SKDD ini mengumpul butir-butir peribadi, kerjaya, pendapatan, harta dan juga menyelitkan laporan penyelia. Perjumpaan secara bersemuka antara penyelia dan anggota yang diselia wajib dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Perjumpaan adalah bagi menyampaikan teguran, nasihat, arahan serta penilaian prestasi kerja serta gaya hidup anggota yang berkenaan; (v) ini yang paling tindakan yang diambil. Anggota yang dikenal pasti dalam keberhutangan yang serius tidak akan ditempatkan di jawatan berisiko tinggi yang terdedah kepada amalan penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah; (vi) tindakan yang diambil oleh KDN sendiri ialah melalui Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (G2) di peringkat induk, kontinjen dan daerah dalam PDRM juga akan turut meneliti masalah anggota yang mempunyai pendapatan kurang daripada 40 peratus sebulan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Kegagalan menguruskan kewangan yang bijak bukan sahaja boleh membawa kepada kebankrapan tetapi juga boleh dikenakan tindakan tatatertib. Hasil kajian secara akademik menunjukkan pegawai dan anggota yang menghadapi masalah kewangan mempunyai potensi besar kepada kemerosotan integriti. Antaranya dengan gejala menerima rasuah, kes-kes penipuan, jenayah lain, keruntuhan rumah tangga, masalah disiplin dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua yang baru sahaja masuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila, sila.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Saya melihat isu keberhutangan yang tinggi dan juga perkara-perkara yang melibatkan isu kredit terutamanya berkaitan dengan pihak polis ini adalah antara isu yang memang serius dan dilihat ada beberapa kes dan mereka-mereka yang terlibat dengan keberhutangan yang tinggi turut sama meminjam

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

dengan Along. Kalau kita menurut kepada Deputy Commissioner, Datuk T. Narenasagaran ini juga, setiap anggota atau pegawai polis yang hendak membuat pinjaman, perlulah memaklumkan terlebih dahulu kepada ketua mereka dan hanya boleh membuat permohonan selepas mendapat kelulusan daripada ketua mereka tersebut. Soalan saya, adakah pihak PDRM mempunyai cadangan untuk melaksanakan sistem kawalan kredit yang kita lihat bersesuaian dengan situasi ini bagi memastikan anggota PDRM tidak berisiko bankrap dan mempunyai masalah kekurangan belanjawan bulanan serta apakah peranan, kita tahu polis ini ada Koperasi Polis Diraja Malaysia dalam hal ini. Bagaimanakah koperasi ini boleh membantu dalam memberi bantuan kewangan dengan faedah yang agak rendah daripada bank dan institusi kewangan yang lain dan lebih fleksibel kepada anggota PDRM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sebenarnya masalah keberhutangan yang dihadapi oleh anggota polis ini tidak boleh diselesaikan oleh koperasi polis sahaja. Koperasi polis itu bertujuan untuk membantu hal- hal kebajikan anggota polis yang terlibat dalam kemalangan dan sebagainya. Isu yang timbul pada hari ini ialah isu mengenai pegawai polis yang kurang bertanggungjawab menguruskan kewangan mereka sendiri. Mengikut kajian yang dibuat oleh kementerian, kajian potongan pendapatan di kalangan pegawai polis yang menerima gaji di bawah 40 peratus daripada jumlah emolumen termasuk jumlah potongan yang dibuat secara potongan gaji seperti simpanan Tabung Haji, simpanan ASB, potongan perumahan dan potongan bercagar yang lain. Kedua, potongan jangka pendek seperti pembayaran balik cukai pendapatan, pinjaman pelajaran dan sebagainya. Yang masalahnya ialah baki itu tidak cukup, itu yang kita sentiasa memantau. Apabila tahap 40 peratus daripada jumlah gaji yang bebas untuk digunakan untuk penggunaan hari-hari ini bawah daripada 40 peratus, kita memantau atau kita meletakkan anggota polis ini di bawah pemantauan khas oleh pihak polis.

Masalah yang timbul juga adalah mengenai pegawai yang tidak transparent, yang tidak menzahirkan hutang-hutang lain selain daripada apa yang saya sebut tadi. Hutang yang telah dipotong oleh pihak pengurusan polis sendiri. Mereka mengambil hutang seperti mengambil hutang untuk membeli perabot, membeli kereta dan sebagainya dan mereka tidak menjelaskannya, tidak transparent kepada pegawai atasan mereka. Jadi, selepas ini memang kita akan mengambil tindakan yang lebih keras kepada anggota-anggota polis yang tidak mendedahkan perbelanjaan mereka yang sebenar. Maknanya, kita nak memantau bahawa mereka benar-benar hidup dengan menggunakan pendapatan yang mereka dapat daripada gaji yang mereka terima sebagai anggota polis itu sendiri. Kalau mereka tidak mematuhi juga, mereka tidak transparent dengan perbelanjaan mereka dan mereka terdedah kepada risiko keberhutangan tinggi dan juga terdedah pada risiko rasuah dan sebagainya, kita akan mengambil tindakan yang drastik seperti tindakan membuang kerja juga. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya kalau dengar jawapan daripada Menteri tadi seolah-olah, saya nampaklah, seolah-olah polis yang berhutang ini mereka diletakkan di kandang yang salah. Sedangkan kalau kita lihat kepada laporan-laporan akhbar ya, saya nak bagi contoh. Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim pernah menyatakan bahawa, “Paras hutang isi rumah negara adalah 89 percent daripada KDNK”, ini adalah tertinggi di Asia. Kalau ikut daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), “Masalah keberhutangan yang tinggi ini bukan hanya berlaku pada pihak anggota polis tetapi juga kepada penjawat awam”. Ada yang sampai, dengan izin, take-home paynya, balik. Setelah ditolak segala hutang-hutang itu, dia balik dengan gaji sifar. Maknanya, ini bukan berlaku pada polis sahaja, berlaku juga kepada semua penjawat awam. Akan tetapi tadi saya tidak dengar langsung jawapan Menteri ini tentang kos sara hidup yang tinggi ini. Saya rasa kita tidak boleh salahkan polis, walaupun pada sayalah, kami parti pembangkang ini kalau ikutkan kami memang geram dengan polis ini. Setiap kali demo, kami yang kena siram air, bukan kerajaan. Akan tetapi kita merasakan bahawa pihak polis ini kalau mereka berhutang tinggi ini, sudah tentulah ia sesuatu yang berbahaya. Ini boleh mendorong kepada rasuah dan sebagainya. Mungkin kalau sudah hutang tinggi ini mereka akan selalu buat roadblock lah. Ini yang nak persepsi dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, soalannya.

Soalannya ialah... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah, setuju atau tidak dengan kalau saya katakan bahawa kerajaan seharusnya kena mengakuilah ini adalah isu tentang...

[Dewan riuh]

ini pun sama ini, bukan nak tolong polis ini. Bodek Perdana Menteri sahaja kerja dia. Soalan saya ialah kerajaan, adakah terfikir untuk mungkin mengenakan exemption kah, contohnya GST, kepada pihak polis kah dan sebagainya. Saya harap polis-polis dengar soalan saya hari ini, lepas ini jangan sokong BN lagi sebab selalunya polis ini pengundi yang tegar kepada BN tapi BN telah gagal. Menunjukkan kita harus buat perubahan, tunjukkan sokong Pakatan Harapan. Terima kasih.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, itulah saya terfikir-fikir juga kalau saya bagi Yang Berhormat Sepang yang bertanya ini. Sila.

Saya tidak dapat tangkap soalan Yang Berhormat tadi, hilang dalam retorik. Cuma...

Otak dia tidak betul sudah.

Saya hanya menjawab dari segi Kementerian Dalam Negeri sahaja dan juga jabatan-jabatan di bawahnya. Apa yang diamalkan polis ini akan diluaskan lagi ke jabatan-jabatan lain yang juga mempunyai risiko tinggi di bawah KDN seperti imigresen dan sebagainya. Saya sudah sebut tadi, saya tidak boleh komen fasal kementerian lain. Akan tetapi saya sudah sebut awal tadi bahawa ada Peraturan 13(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekular ini sudah ada wujud sejak tahun 1993 lagi. Memang kerajaan prihatin mengenai keberhutangan di kalangan pegawai kerajaan. Soal sekarang ini adalah lifestyle yang kadang-kadang tambah lagi rekrut yang muda-muda dalam polis ini. Dia ada dia punya keinginan dia yang mungkin melebihi daripada pendapatan yang mereka ada, sebab itulah pihak polis memandang perkara ini lebih serius. Walaupun jumlah yang terlibat dengan keberhutangan tinggi ini belum lagi mencapai tahap yang serius tapi kita ambil tindakan yang awal untuk mengurangkannya melalui tindakan-tindakan yang saya sudah sebutkan tadi seperti kaunseling dan sebagainya. Sekarang ini kita perlu mengambil tindakan yang lebih tegas, termasuk memberhentikan kerja kalau mereka masih lagi tidak conform to the demands of the uniform. Maknanya, kalau nak jadi anggota polis ini, kenalah menjadi anggota polis yang berdisiplin tinggi, berdedikasi, integriti yang tinggi dan sebagainya. Sebab itu, polis telah mengambil tindakan awal untuk mengurangkan masalah keberhutangan tinggi di kalangan pegawainya sebelum ia menjadi masalah yang lebih serius. Saya tidak tahulah, soalan Yang Berhormat tadi saya pun tidak dapat tangkap tapi ini adalah jawapan saya.

Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh · question

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) anggaran peruntukan tahunan untuk aspek keselamatan MRT; dan (b) Prosedur operasi standard (SOP) keselamatan khususnya pada waktu kecemasan atau ancaman serangan daripada pengganas dan jumlah kekuatan polis bantuan di setiap stesen MRT.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk makluman Yang Berhormat, Prasarana Malaysia Berhad adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan MRT fasa I, laluan Sungai Buloh-Kajang serta beberapa perkhidmatan lain. Sebagai pengendali perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia, Prasarana amat menitikberatkan aspek keselamatan para pengguna dan sistem pengangkutan awam. Seperti yang kita sedia maklum, fasa I MRT telah pun dibuka bermula pada 17 Januari 2017 setelah menjalani test run bermula 15 Disember 2016. Projek MRT fasa I ini telah pun diperuntukkan sebanyak RM360 juta untuk sistem infrastruktur keselamatan. Antaranya termasuk 1,082 CCTV dan juga electronic access system. Prasarana sebagai pengendali perkhidmatan MRT telah memperuntukkan kira-kira RM6.5 juta setahun untuk menguruskan aspek keselamatan

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

pengguna dan sistem pengangkutan awam bagi perkhidmatan MRT fasa 1 dan juga yang lain-lain. Selain itu, Prasarana juga menerima bantuan daripada Polis Diraja Malaysia dan mempunyai 91 anggota keselamatan polis bantuan dalaman bagi menjaga keselamatan penumpang dan juga aset-aset di sepanjang laluan melibatkan 12 stesen dan satu depot. Mereka dilengkapkan dengan peralatan komunikasi seperti walkie talkie dan juga senjata ringan seperti T-baton. Bagi perkhidmatan MRT fasa 2, laluan Sungai Buloh-Kajang, melibatkan 31 stesen sepanjang 51 kilometer akan dibuka pada Julai 2017. Seramai 126 orang anggota akan ditambah bagi meningkatkan tahap keselamatan MRT tersebut. Selain 217 anggota keselamatan, bagi perkhidmatan I dan II, keselamatan perkhidmatan ini akan disokong pula oleh CCTV yang diletakkan di semua lokasi-lokasi yang strategik. Tuan Yang di- Pertua, bagi soalan yang kedua berkaitan dengan SOP. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau pun ancaman keselamatan, SOP lengkap telah pun disediakan. Secara ringkasnya dapat saya nyatakan, pihak polis bantuan dan juga anggota keselamatan perlu menjalankan perkara-perkara berikut: (i) mendapat makluman awal, menghubungi pusat kawalan (OCC), memaklumkan kejadian; (ii) tindakan evakuasi (evacuation) sekiranya perlu kepada train untuk dikosongkan; (iii) memberi bantuan awal jika melibatkan kenderaan penumpang; (iv) mendapat butiran tindakan ERT ataupun emergency response team; (v) berkongsi maklumat dengan pelbagai pihak seperti PDRM, bomba, hospital dan lain-lain; (vi) menghubungi PDRM sekiranya ada laporan berkaitan ancaman bom, rusuhan, tebusan, keganasan dan lain-lain seperti arahan MKN, Perkara 18. Selain daripada itu, Prasarana juga turut melaksanakan latihan emergency response plan melibatkan agensi-agensi seperti PDRM, bomba, hospital, pihak berkuasa tempatan dan syarikat sendiri MRT dan juga Prasarana.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Mereka juga menjalankan sesi latihan bersepadu bersama PDRM selama dua bulan bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan anggota keselamatan. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya sempat mengguna pakai khidmat MRT untuk fasa pertama dan tahniah saya ucapkan. Hanya antara kebimbangannya ialah ruang legar yang agak besar antara stesen ke stesen. Kita juga prihatin apabila tahun lepas dalam penggunaan stesen LRT, ada berlakunya gangguan teknikal selama lebih lima jam pada September 2016. Justeru persoalan saya, bila masa kita ambil kira 13 peratus daripada serangan keganasan, terrorism yang berlaku di Eropah Barat dan Amerika Utara ini semua mereka lakukan di ruang sistem pengangkutan awam darat, jadi persoalan saya, sementara saya hargai usaha dan SOP yang diumumkan, bagaimanakah kementerian dapat memastikan bahawa sejumlah 1,082 CCTV ini mencukupi bagi mengawal sistem MRT yang mempunyai ruang legar yang begitu bebas? Adakah kita telah cuba matching ya, mempamerkan perbezaan atau perbandingan dengan mana-mana sistem khususnya Singapura untuk memastikan bukan sahaja kita mampu mengawal mana-mana ancaman? Satu. Keduanya, apakah lesson learnt, dengan izin, daripada kejadian di sistem LRT pada September lepas yang mempamerkan masalah teknikal selama lebih kurang lima jam? Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang berkaitan dengan keselamatan kepada penumpang-penumpang, begitu juga dengan disruption kepada power supply.

Boleh saya nyatakan di sini bahawa untuk sistem MRT ini, kita mempunyai high voltage power supply yang dedicated khusus kepada sistem ini. Maka, kebarangkalian untuk power disruption seperti mana berlaku dengan laluan LRT yang berlaku selama lima enam jam dahulu, insya-Allah, dapat kita atasi. Berkaitan dengan perkara-perkara sekiranya berlaku emergency ataupun ancaman keselamatan di ruang legar penumpang dan sebagainya. Kita sedar bahawa ketika ini untuk fasa satu ini, Prasarana mengendalikan pada hitung panjang, lebih kurang 14,000 penumpang sehari dan sasaran mereka setelah lengkap dua fasa ini, mereka akan kendalikan lebih kurang 40,000 penumpang sehari dan sudah tentu ia menuntut kepada aspek penjagaan dan aspek-aspek keselamatan. Kita sedar bahawa memang hari ini ancaman ini datang dari pelbagai hala, pelbagai sudut dan apatah lagi sebahagian daripada laluan MRT kita ini, sembilan kilometer daripada Muzium Negara sampai ke Jalan Cochrane adalah di bawah tanah. Maka ini merupakan satu, saya kira, perkara yang perlu diambil perhatian dan memang menjadi satu perhatian khas. Kita juga sebenarnya ada langkah-langkah taskforce yang kita tidak payah cakap di sini sebab ini adalah langkah-langkah keselamatan yang diambil secara bersepadu oleh pihak PDRM dan juga taskforce ini yang menjalankan rondaan berkala dari semasa ke semasa memastikan supaya kejadian-kejadian ini bukan hanya tidak langsung berlaku malahan boleh kita nip in the bud daripada peringkat awal. Jadi, kita sedar bahawa ini merupakan perkara baru di negara kita, projek baru, dan kita tahu di Europe, di Eropah memang ada beberapa stesen telah pun menerima ancaman dan asakan serta juga serangan ancaman bom ini. Saya yakin bahawa kita Prasarana, MRT Corp apa semua ini akan berkongsi pandangan, berkongsi maklumat dengan pihak-pihak tertentu termasuk Singapore untuk kita kongsi di mana kita dapat gunakan maklumat-maklumat itu untuk mengatasi sebarang potensi kepada ancaman ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah dahulu kepada kerajaan yang sentiasa melihat ke depan menyediakan prasarana moden yang selesa dan selamat untuk perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, apakah langkah-langkah jaminan kualiti pembangunan MRT yang telah dilakukan setakat ini dari aspek pemantauan proses pembinaan, kepatuhan SOP, kemahiran teknikal dan juga kualiti barang pembinaan? Dan sejauh manakah persediaan kerajaan dalam penglibatan anak tempatan dalam industri ini terutamanya penyelenggaraan teknikal? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Soalan ini dia terkeluar sedikit tetapi tidak apa. Kita ambil maklum, kita pun dah ada— walaupun baru MRT ini ditubuhkan tetapi sebelum ini kita ada LRT daripada Kelana Jaya line sepanjang 47 kilometer, kemudian ada Ampang line sepanjang 48 kilometer, kemudian kita juga ada monorel. Ini semua adalah berkaitan. Dari sudut pembinaan MRT ini, saya ingat sudah tentulah kita pun sudah sedia ambil maklum, semuanya boleh dikatakan kalau dari segi construction asas dan dari segi civil work ini adalah melibatkan kontraktor tempatan. Cumanya yang berkaitan dengan M&E, bekalan kepada wagon ataupun train itu adalah sudah tentu diimport tetapi kerajaan memastikan bahawa penglibatan orang tempatan ini tidak diabaikan. Dan sudah tentulah dari sudut pengambilan pekerja apa semua ini, kita akan utamakan anak-anak tempatan dan sudah tentulah berasaskan kepada pengalaman, walaupun mungkin singkat, daripada LRT yang kita ada, monorel yang kita ada ini yang juga diuruskan oleh Prasarana Negara ini. Maka, sudah tentu kita dapat berkongsi pengalaman ini untuk kita upgradekan pekerja-pekerja yang berpengalaman untuk diserap masuk dalam sistem MRT yang sedang kita laksanakan ini. Sekian, Terima kasih.

Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan · question

7. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah hasil daripada audit terperinci yang dilakukan di hospital-hospital yang berusia lebih 50 hingga 100 tahun serta apakah tindakan proaktif kementerian dalam memastikan kejadian yang menimpa Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru tidak berulang di mana-mana hospital kerajaan mahupun swasta.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan Penyiasatan Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran di intensive care unit (ICU) di bahagian selatan

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

hospital adalah berpunca daripada kegagalan komponen lampu kapasitor. Manakala bagi Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh pula, punca kebakaran adalah disebabkan oleh parting out pada suis lampu di bed head panel, Tuan Yang di-Pertua. Susulan daripada insiden kebakaran yang telah berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Raja Bainun, Ipoh, pihak kementerian telah pun melaksanakan penggantian segera komponen-komponen lampu terutamanya di lokasi- lokasi kritikal di hospital. Selain daripada itu juga, pihak kementerian telah pun melaksanakan audit keselamatan kebakaran di 46 buah hospital yang berusia lebih daripada 50 tahun bagi mengenal pasti risiko kebakaran. Bagi memastikan skop pengauditan adalah menyeluruh, audit keselamatan kebakaran tersebut juga turut melibatkan agensi-agensi kerajaan yang lain berdasarkan bidang kepakaran iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga JKR, Tuan Yang di-Pertua. Hasil daripada audit keselamatan kebakaran tersebut, telah dikenal pasti pelbagai risiko kebakaran, antaranya sistem pencegahan kebakaran yang telah berusia, sistem pemasangan dan pendawaian elektrik yang usang, pemasangan sistem gas perubatan yang tidak memenuhi piawaian semasa dan lain-lain penemuan lagi yang memerlukan sistem kejuruteraan tersebut untuk dinaik taraf. Selain daripada 46 buah hospital yang dinyatakan tadi, Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga turut menjalankan kaji selidik risiko kebakaran dan hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar hospital-hospital berkenaan mempunyai risiko kebakaran yang memerlukan kerja-kerja naik taraf, penambahbaikan serta pembaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ia selamat dan tidak menjejaskan pengoperasian harian hospital. Tuan Yang di-Pertua, ikut anggaran yang ada pada saya, Tuan Yang di-Pertua, untuk menyelesaikan masalah yang didapati melalui fire safety audit, Tuan Yang di- Pertua, bagi hospital yang lebih daripada 50 tahun iaitu 46 buah, anggaran kos ialah RM119 juta. Untuk hospital yang berusia 30 tahun hingga 49 tahun, 32 buah semuanya, anggaran kos ialah RM70.87 juta. Ini jumlah untuk kerja-kerja fire audit di bawah fire safety audit iaitu jumlahnya ialah RM185.9 juta, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Bagi kerja-kerja pendawaian semula, 95 buah hospital daripada 148 anggaran kosnya RM193.4 juta. Jadi semuanya melibatkan kos RM379.34 juta. Bajet ini adalah– kita perlu tambahan. Kita dalam proses untuk memohon daripada Kementerian Kewangan, Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu, diharapkan dengan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan itu serta pematuhan terhadap standard operating procedure, keselamatan, kebakaran, insiden yang telah berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan juga Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh dapat dielakkan dan risiko kebakaran dikurangkan ke tahap yang minimum Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih atas jawapan yang komprehensif. Cuma ada satu soalan simple sahaja untuk tambahan. Sejak tahun 2016 sehingga kini berapakah jumlah hospital yang telah menjalani pendawaian semula disebabkan oleh sistem pendawaian yang sudah usang. Berapa buah?

Kerja-kerja yang segera telah pun dijalankan tetapi untuk pendawaian semula kita menunggu bajet tambahan yang kita sedang dalam proses permohonan daripada Kementerian Kewangan, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Soalan tambahan saya berkenaan dengan operasi yang telah dilakukan dan auditing yang telah dilakukan. Sebelum ini saya telah mencadangkan bahawa kerajaan mempertimbangkan cadangan Malaysia Medical Council (MMC) dan juga mengikut piawaian antarabangsa di mana ICU, CCU wajar dan wajib diletakkan di tingkat bawah hospital dan bukannya di tingkat enam. Hari ini seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa wujudnya isu elektrik dan elektrik itu telah dibaiki. Apa pula kalau esok kita ada isu tentang air ataupun banjir berlaku ataupun di tingkat enam ada berlaku kebocoran paip air dan sebagainya? Apa berlaku bila ada gas yang terlepas katakan? So, saya rasa bila ada sesuatu wujud, ada masalah terperinci kita pergi selesaikan masalah itu tetapi pandangan secara holistik kita tidak pandang.

So, saya rasa setiap kali ada masalah kita selesaikan masalah itu. Setiap kali ada masalah baru kita selesaikan masalah itu. Itu bukan masalah ataupun penyelesaian secara holistik. Saya minta sekali lagi kementerian sudah tiga kali saya buat cadangan ini. Saya minta kementerian betul-betul mengkaji cadangan MMC ini yang mengikut piawaian antarabangsa. Semua hospital baru wajar dan wajib diluluskan dengan syarat mesti ICU dan CCU diletak di tingkat bawah. Itu yang pertama. Kedua adalah semua yang 50 tahun sehingga 100 tahun hospital-hospital lama juga satu per satu, peringkat berperingkat mungkin kita boleh mula dengan setiap tahun tiga hospital atau empat hospital di mana di tingkat-tingkat atas ditukar di tingkat bawah. Kita kena buat ini secara holistik dan mengikut pelan. Mungkin dalam masa 10 tahun kita buat pelan ini secara berperingkat-peringkat. Oleh sebab ini melibatkan nyawa. Kita tidak boleh datang setiap kali ada masalah kita selesaikan. Setiap kali ada masalah kita selesaikan. Akan tetapi penyelesaiannya secara holistik tidak ada. Saya mencadangkan dan menuntut satu pandangan yang mendalam sudah dua kali, tiga kali saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, tidak ada apa-apa tindakan. Sekarang saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi di dalam ucapan awal, memang kementerian sudah pun menilai, sudah pun membuat pelbagai auditing dalam hal keselamatan ICU kita dan keselamatan hospital seluruhnya. Memang kita terima baik, memang sepatutnya ICU ditempatkan di kawasan yang mudah kita buat evacuation kalau berlaku kebakaran. [Tidak jelas] Contohnya macam Hospital Sultanah Aminah, kita sudah buat keputusan supaya kita tutup ICU di atas itu dan kita gunakan yang ada di bahagian barat. Tutup terus, maknanya they convert ICU itu kepada wad biasa. Jadi ini di dalam proses dan cost about 3.5 million Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya sebutkan tadi, memang kita buat penilaian untuk buat rewiring semula untuk bukan hanya bahagian masalah elektrik tetapi juga bahagian contohnya gas pipe. Sekarang hospital lama ini, dia punya medical gas pipe oksigen semuanya. Dia bersama-sama dengan bahagian elektrik. Kalau berlaku spark dan bocor pula gas pipe itu memang akan terbakar. Oleh sebab itu dalam hal ini juga kita, beri perhatian serius dan kita sudah kenal pasti masalah ini dan kita akan buat pengubahsuaian supaya diasingkan gas pipe ini dengan daripada wiring. Maknanya dengan cara ini kita dapat– it will take time dan kos yang tinggi. Oleh sebab itu kita amat berharap supaya Kementerian Kewangan dapat memberi peruntukan yang cukup untuk kita selesaikan semua sekali Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Ng Wei AikDAP · PRTanjong · question

8. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan skim-skim “money games” bersifat Multi-Level Marketing (MLM) yang telah dikenal pasti di Malaysia. Apakah usaha-usaha yang akan diambil terhadap skim-skim tersebut memandangkan gerak kerja-gerak kerja semakin berleluasa kebelakangan ini.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, skim- skim money game bersifat pelaburan, pengambilan deposit secara haram, illegal deposit taking, urus niaga mata wang asing Forex yang berselindung di bawah modus operandi Multi-Level Marketing (MLM) dengan menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh yang singkat tanpa perlu membuat apa-apa bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan tetapi lebih kepada bidang kuasa Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak kementerian sentiasa memantau dan mengawal selia aktiviti syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung dan memastikan tiada unsur-unsur penipuan berlaku di dalam industri jualan langsung yang tulen. Di antara usaha-usaha yang diambil dalam mengawal dan mencegah daripada terjadinya skim- skim tersebut, adalah pertama, menjalankan naziran pemantauan terhadap syarikat- syarikat jualan langsung berlesen untuk memastikan syarikat berkenaan mematuhi semua syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh pengawal. Kedua, mewajibkan syarikat-syarikat jualan langsung yang telah diluluskan lesennya untuk menyertai Persatuan Jualan Langsung sama ada Malaysia Direct Distribution Association (MDDA), Direct Selling Association of Malaysia (DSAM).

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Lawas

Ketiga, mengadakan jalinan kerjasama bersama persatuan-persatuan jualan langsung untuk membantu pihak kementerian membanteras penyelewengan aktiviti jualan langsung. Keempat, menjadi ahli pasukan kerja operasi bagi menangani aktiviti penipuan dalam jualan langsung dan skim piramid. Keanggotaan seperti berikut: (i) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan; (ii) Kementerian Dalam Negeri; (iii) Polis di Raja Malaysia; (iv) Jabatan Peguam Negara; dan (v) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kelima, menjadi ahli jawatankuasa unit aduan agensi penguatkuasaan. Keanggotaan seperti berikut: (i) KPDNKK; (ii) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); (iii) CyberSecurity Malaysia, (iv) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); (v) Suruhanjaya Security (SC); (vi) Polis Diraja Malaysia; dan (vii) Bank Negara Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa KPDNKK yang hanya memberi fokus kepada jualan langsung tidak dapat membantu dalam usaha membanteras money games ini. Ini adalah satu masalah yang serius di mana golongan muda sekarang begitu ketagih sehingga mereka boleh hilang kerja dan sanggup menjadi ejen bagi money games tersebut. Sesuatu usaha perlu diambil secara gigih oleh KPDNKK. Saya berharap sekurang-kurangnya sebagai langkah permulaan, kita boleh bermula dengan adanya senarai hitam untuk menyedari orang awam terhadap wujudnya syarikat-syarikat yang terlibat dalam money games. Manakala yang kedua, ramai yang menjalankan aktiviti mereka melalui website. Adakah kita boleh memblock semua websites tersebut supaya mereka tidak dapat beroperasi di Malaysia. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan.

Pihak KPDNKK senantiasa memantau kegiatan pihak yang menjalankan aktiviti ini dan contohnya setakat ini, sebanyak 34 buah syarikat yang didaftarkan dibatalkan lesen disebabkan menjalankan aktiviti yang melanggar syarat ataupun undang-undang. Sementara itu, kita mempunyai akta iaitu di bawah Skim Anti Piramid1993 yang mempunyai penalti yang amat berat dan di bawah seksyen 4, kesalahan boleh didenda. Kalau syarikat,melebihiRM1juta, sementara bagi pihak individu,RM250,000dan ini termasuk juga penjara. Itu contoh dan banyak lagi denda yang boleh diadakan bagi pelanggaran syarat lesen yang diberikan. Ini membuktikan betapa prihatinnya pihak kerajaan dan juga KPDNKK di atas kelakuan pihak yang mengendalikan business ataupun perniagaan ini. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kota Tinggi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, MLM di Malaysia ini Yang Berhormat

Menteri, tahun 2014 dianggarkan 4 bilion turnover dan dijangkakan tahun 2020, double 8 bilion. Saya tak dapat data berapa ramai sebenarnya penggiat MLM ini. Kita ada 1,300 syarikat, 400 sahaja aktif. Jadi soalan saya, adakah kerajaan hendak buat syarikat yang tidak aktif ini dinyahkan dan lepas itu dikuatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan sebab dijangkakan pertambahan ini ditambah pula 2020 digital economy? Kalau dulu MLM ini melalui word of mouth ataupun bersemuka tapi hari ini ada tambahan dua media lagi which is media sosial dan media mobile. Ini dijangkakan tambahnya akan lebih besar daripada 8 billion pada 2020. Jadi saya hendak tanya kementerian, apakah langkah-langkah yang dibuat secara NBOS sama dengan SKMM kah, PDRM kah untuk memastikan mereka ini dipantau dengan baik dan kita memperkasakan lagi kita punya kerangka regulation supaya tidak ramai yang terjerumus dalam industri MLM ini yang sepatutnya mengembang positif, menjadi negatif? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, memang seperti mana yang saya katakan tadi, dalam kita membanteras kegiatan yang di luar syarat ataupun lesen, kita secara NBOS dengan kementerian-kementerian seperti mana yang saya katakan tadi selain daripada kementerian KPDNKK, kementerian dalam negeri, polis, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini, lesen yang dikeluarkan oleh pihak kementerian ke atas jualan langsung yang tulen ini ialah sebanyak 346 lesen sementara seperti mana yang saya katakan tadi, syarikat-syarikat yang didapati gagal menjalankan tugas mengikut syarat yang dibatalkan berjumlah 34 buah syarikat. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh tanya Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, ini sesi soal jawab lisan Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Belum lagi penggulungan. Sesi soal jawab lisan ini.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oh! [Ketawa]

[Dewan ketawa]

Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor · question

9. Datuk Haji Shabudinbin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah status terkini pasar belian terus hasil pertanian, MFarm Outlet di Semenanjung dalam usaha kementerian menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

Dato’ Sri AhmadShaberyCheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor di atas soalan yang berkaitan dengan MyFarm Outlet. MyFarm Outlet (MFO) merupakan satu daripada beberapa program dilaksanakan secara National Blue Ocean Strategy (NBOS) antara kementerian dan agensi kerajaan. Dalam kes MyFarm Outlet ini ialah kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan (MoF),Kementerian Dalam Negeri dan Koperasi (KPDNKK) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kita mengadakan kerjasama, tujuannya sama untuk satu daripada strategi untuk menawarkan penjimatan barang-barang perlu antara 5 hingga 20peratus daripada harga pasaran setempat bagi barang-barang segar yang terpilih di kawasan-kawasan di dalam rangkaian MFO ini. Setakat ini baru ada 12 MFO. Saya kata 12 ini bukanlah terlalu banyak. Perlu lagi diperbanyakkan di tempat-tempat lain tetapi kita ingin melihat apakah strategi ini berkesan atau tidak. Jualan sehingga sekarang sebanyak RM31 juta dan kita menggunakan beberapa model. Satunya, benar-benar premis MyFarm Outlet seperti di Putrajaya, di Manjung dan sebagainya. Ada juga kita menggunakan premis yang sedia ada seperti Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M), kita menggunakan UTC dan RTC dan kita menggunakan model yang keempat menggunakan koperasi yang sudah sedia ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Datuk Haji Shabudinbin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya ingin mendapatkan sedikit lagi penjelasan, sejauh manakah setelah diperkenalkan MyFarmOutlet ini, dia memberi kesan kepada sistem pasar tani yang sedia ada dan apakah strategi-strategi yang telah diperkemas dalam operasi MyFarm Outlet itu sendiri dan berapa banyak yang telah ataupun MyFarm Outlet ini yang telah diadakan di negeri Pulau Pinang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Pasar tani terus berjalan sebab kebanyakan pasar tani kita buat seminggu sekali. Kekerapannya 664 pasar tani diadakan seluruh negara setiap minggu dan ada lokasi sebanyak 431.Itu pasar tani. MyFarm Outlet ini sepatutnya setiap hari. Misalnya yang kita lihat model yang pertama di Putrajaya itu agak kita anggap berjaya kerana ia satunya, kos premisnya rendah.Ini menyebabkan kos sewa bagi mereka yang berniaga di situ membawa barang mereka dan sebagainya boleh direndahkan dengan harga yang terkawal. Ia membantu kerana volumnya besar. Bila volumnya besar, mereka dapat menjual harga yang rendah juga. Jadi ini adalah model yang kita pakai. Oleh sebab itu, kita akan melihat model ini terpakai di kawasan bandar, kawasan yang penduduknya ramai termasuk di pinggir bandar. Kita jangkakan di Pulau Pinang sendiri, ada beberapa rancangan kita misalnya di Tasek Gelugor sendiri, ada sebuah. Di Seberang Jaya ada satu buah lagi dan kita akan menggunakan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, satu di Balik Pulau,dua di Nibong Tebal dan satu lagi di Sungai Ara. Jadi ini adalah antara tempat-tempat yang kita fikirkan perlu dibangunkan ataupun kita gunakan konsep MyFarm Outlet ini. Terima kasih.

Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat · question

10. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan struktur pendapatan setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu berapakah pembiayaan kerajaan, yuran pelajar, pembiayaan sendiri IPTA dan bagaimana IPTA berkenaan menjana pendapatan tersebut.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat atas soalan berkaitan dengan struktur pendapatan di IPTA.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sumber peruntukan universiti awam adalah melalui dana awam melebihi 80 peratus dan selebihnya melalui penjanaan dari sumber dalaman UA masing-masing. Bagi tahun 2016 sahaja pembiayaan kerajaan atau geran kerajaan kepada UA adalah sebanyak 81 peratus atau RM7.7 bilion diikuti pembiayaan sendiri IPTA atau sumber dalaman sebanyak 19 peratus atau RM1.8 bilion. Antara usaha yang telah dan sedang diambil oleh UA dalam menangani masalah kekurangan peruntukan kerajaan adalah seperti berikut: (i) mempergiatkan lagi usaha menambah pendapatan dalaman dengan mempelbagaikan sumber pendapatan sedia ada termasuk menggunakan sumber danaan wakaf; (ii) menggunakan kepakaran sedia ada daripada sumber manusia dan aset bagi menjana pendapatan dalam UA; (iii) mengukuhkan lagi kedudukan anak syarikat di bawah UA; (iv) mengoptimumkan kos dalam pendidikan tinggi melalui perbelanjaan secara berhemah dan cekap tanpa mengurangkan atau menjejaskan penyampaian kualiti pendidikan tinggi kepada masyarakat; dan (v) melaksanakan pengurusan fasiliti yang cekap dan efisien serta meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kos pendidikan tinggi dengan sumber yang terhad. Walaupun berlakunya pengurangan bajet 2017, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UA sentiasa komited dan terus berusaha untuk memastikan program pendidikan tinggi terus dilaksanakan dengan lestari. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat tamatlah sesi-sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Ya sila Yang Berhormat Menteri usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Jabatan Perdana Menteri menjawab dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Hari Isnin, 27 Mac 2017”

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”. [22 Mac 2017]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya saya mohon Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyambung menjawab perbahasan. Sila.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung penggulungan saya semalam di mana saya maklumkan bahawa seramai 23 orang Ahli- ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja berkaitan dengan KPKT dan saya akan menjawab segala persoalan ini dalam 6 tajuk: (i) kebombaan; (ii) pengurusan sistem pepejal; (iii) lesen garis panduan dan infrastruktur awam; (iv) pengurusan strata; (v) pemajuan perumahan harga rumah dan projek terbengkalai; dan (vi) perancangan bandar. Jadi ada 6 topik yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan beri jalan apabila satu-satu topik ini kita selesai saya bentangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan penggulungan hari ini dengan menyentuh mengenai isu kebombaan. Untuk makluman semua Ahli, untuk makluman semua adalah menjadi misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat. Anggota-anggota bomba dan penyelamat sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan khidmat bakti tanpa mengira masa demi keselamatan rakyat. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Putatan, Hulu Rajang, Kota Samarahan, Sepang dan Bakri yang telah membahaskan mengenai perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di kawasan Parlimen masing-masing. Ahli Yang Berhormat Putatan, Kota Samarahan, Hulu Rejang dan Sepang telah memohon supaya diberikan pertimbangan bagi pembinaan balai bomba dan penyelamat iaitu di Putatan Sabah, Asajaya Sarawak dan Dengkil Selangor. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membuat permohonan bagi projek Balai Bomba Putatan dan Balai Bomba Asa Jaya di bawah Rolling Plan Kedua RP2 Rancangan Malaysia Kesebelas untuk dibina pada tahun 2017 tetapi masih belum mendapat kelulusan. Sehubungan itu, KPKT akan mengemukakan semula permohonan kepada EPU JPM dan menjadikannya sebagai senarai keutamaan kepada kementerian agar projek balai bomba ini dapat dipertimbangkan untuk kelulusan dalam Rolling Plan Ketiga RMKe-11 untuk tahun 2018. Pada masa ini kawasan Putatan mendapat pertolongan kebombaan dan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang serta Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu yang masing-masing terletak antara 9 hingga 11 kilometer daripada kawasan Putatan. Manakala seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Samarahan nyatakan kawasan Asa Jaya mendapat pertolongan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan yang melibatkan jarak sejauh 13 kilometer melalui jalan air iaitu melalui sungai dan juga 25 kilometer melalui jalan darat. Jadi, memang jelas bahawa Putatan memang memerlukan balai Putatan Samarahan memang memerlukan balai bomba tambahan kerana keadaannya agak jauh daripada kawasan Parlimen tersebut bila berlaku kebakaran. Bagi permohonan Ahli Yang Berhormat Sepang, JBPM telah mengenal pasti satu tapak bagi tujuan pembinaan balai bomba di kawasan Dengkil. Dalam hubungan ini peruntukan bagi pembinaan balai bomba tersebut akan dimohon dalam RP3 RMKe-11 tahun 2018. Pada masa ini kawasan Dengkil mendapat perlindungan kebombaan dari 3 buah balai bomba di mana ke semuanya berada dalam jarak 7.3 kilometer sehingga 11.5 kilometer. Walau bagaimanapun, kita harap apabila hendak buat di Sepang, Sepang kena bantu kita. Sepang tak ada pula ya. Ini kerana di Selangor Tuan Yang di-Pertua bila kita hendak buat balai bomba, dia kenakan premium mengikut harga pasaran. Ada satu balai bomba yang kita hendak buat di salah satu kawasan perumahan tetapi premium yang dikenakan hampir sama dengan kos balai bomba yang kita hendak buat. Jadi ini masalah yang kita hadapi di negeri Selangor jadi kalau Sepang boleh bantu premium bagi nominal, saya ingat kita boleh bantu lebih-lebih lagi di negeri Selangor. Saya beralih kepada pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Bakri berkenaan dengan elaun bomba. Untuk makluman, KPKT...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bangun.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tadi Yang Berhormat Menteri sebut di Selangor di tempat mana itu, khusus itu. Boleh Yang Berhormat beritahu tak premium yang tinggi itu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Setia Alam. Kalau Yang Berhormat hendak bagi champion untuk rakyat tolong saya selesaikan masalah premium kita dapat surat daripada Kerajaan Negeri Selangor kalau tak silap saya premiumnya RM4 juta. Premiumnya RM4 juta harga balai bomba yang kita hendak buat ini kelas D kalau tidak silap saya lebih kurang RM4 juta juga. Jadi macam mana kita hendak buat sebab kerajaan negeri Selangor ini asyik hendak ambil untung daripada rakyat sahaja.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi ini yang hendak kena betulkan. Jadi Yang Berhormat sudah tahu tolong beritahu Yang Berhormat Gombak . Kita sudah bangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kita sudah minta Ahli-ahli Barisan Nasional membangkitkan masalah ini dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dua isu yang kita minta bangkitkan. Satu, premium di Dengkil. Bila kita hendak buat rumah PPR di Dengkil dikenakan premium yang tinggi yang itu terima kasih, Kerajaan Negeri Selangor luluskan bagi nominal. Akan tetapi mengenai isu DSP steel ini, kerajaan negeri kata dia tidak boleh hendak kurangkan premium. Jadi tanggungjawab Yang Berhormat beritahu kerajaan negeri. Tetapi insya-Allah kalau BN menang esok, kita terus buat sahajalah sebab kita bagi nominal premium. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Bakri berkenaan elaun bomba. Untuk maklum balas, KPKT telah mengemukakan tiga permohonan penambahbaikan elaun pegawai bomba kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2015 iaitu elaun khas RM200, kenaikan bayaran insentif bomba bagi syif 12 jam dan 24 jam dan juga elaun kerja lebih masa. Ketiga-tiga permohonan ini masih dalam peringkat pertimbangan oleh JPA, terima kasih di atas keprihatinan...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh, sedikit Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat untuk membela nasib bomba, juga terima kasih Yang Berhormat Lumut juga hari itu membawa persoalan yang sama. Terima kasih banyak.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh sikit elaun bomba ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri memang kita mengalu-alukanlah sebab bomba ini pun serupa dengan penguat kuasa yang lain. Mereka menyabung nyawa. Kadang-kadang apabila ada kebakaran, bagaimana mereka dengan begitu berani menggadai nyawa mereka dan perlu dilihat secara lebih meluas contohnya di seluruh sektor supaya mereka juga merasakan pekerjaan mereka ini walaupun berat tetapi masih dihargai oleh masyarakat dan kerajaan, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat dan warga Putatan berterima kasih kepada pihak kementerian. Ini satu rekod dimasukkan dalam Hansard. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana pernah juga melawat kawasan Putatan senang sahaja, turun airport, Putatan. Akan tetapi tidak ada bomba, banyak kebakaran. Kampung-kampung yang kita lihat daripada udara itu kampung Putatan lah itu, banyak kebakaran. Setiap tiga bulan memang ada kebakaran. Jadi adakah yang cadangan-cadangan saya itu, Yang Berhormat Menteri pihak bomba ini boleh tidak ada rancangan untuk memantau rumah-rumah yang mungkin dibagi

nasihat kepada penghuni-penghuni cara-cara pendawaian yang mungkin sudah lama ataupun mungkin yang reput dan cara-cara penyambungan wiring itu, adakah pihak bomba ataupun pihak kementerian bercadang untuk membuat kempen kepada rumah ke rumah terutama sekali rumah-rumah yang sudah usang.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri boleh jawab sekali, dari Bakri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi peluang kepada Bakri. Bakri hendak tanya sebab kawasan Bakri, Bukit Bakri akan mendirikan hab perabot, adakah di sana tapak bomba sudah ada? Adakah rancangan kementerian akan mendirikan sebuah balai bomba di Bakri? Manfaatkan kawasan Parit Sulong dan Bakri, dua kawasan. Sebab jika dari bomba Muar pergi ke Bukit Bakri kena makan masa hampir 45 minit. Ia manfaatkan dua buah kawasan. Kakak saya punya kawasan, Parit Sulong dan Bakri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan yang memberikan sokongan kuat kepada bomba, memang benar Yang Berhormat kata bahawa bomba ini menyabung nyawa. Kita lihat ada juga yang menemui kemalangan kerana itu kita hendak minta elaun khas sebab elaun khas, risiko ini dinikmati oleh Angkatan Tentera Malaysia dapat, PDRM pun dapat, APNM yang baur pun dapat tetapi bomba masih belum dapat. Jadi ini kita harapkan JPA akan memberikan pertimbangannya. Mengenai Yang Berhormat Putatan, betul saya kata tadi memang kita sudah buat kajian memang keperluan yang mendesak untuk Putatan sebab itu kita letakkan senarai keutamaan. Namun demikian, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Putatan supaya dapat bekerjasama dengan bomba untuk banyakkan kita tubuhkan bomba sukarela. Kita ada pasukan bomba sukarela, kita juga ada pasukan bomba komuniti. Jadi bila kita ada pasukan sukarela dan juga pasukan komuniti sekurang- kurangnya pasukan-pasukan sukarelawan ini boleh mengambil langkah-langkah awalan untuk mencegah kebakaran daripada merebak dan juga boleh mengadakan kursus- kursus penerangan termasuk seperti mana Yang Berhormat cadangkan. Jadi saya akan memberi sokongan kuat kepada Yang Berhormat kalau ingin mewujudkan pasukan bomba sukarela ataupun bomba komuniti. Mengenai cadangan Yang Berhormat Bakri sebab ini saya tidak boleh hendak dapat jawapan daripada pegawai, saya tidak boleh hendak ingat mana yang hendak dibuat tetapi sudah tentulah dalam satu-satu perancangan kalau dilihat bahawa yang melibatkan kawasan-kawasan berisiko tinggi, misal kata kawasan-kawasan kilang perabot kalau berlaku kebakaran tentu akan melibatkan risiko, yang ini saya sudah tentu menjadikan satu kriteria, keutamaan bagi KPKT untuk mewujudkan pasukan bomba ini. Walau bagaimanapun saya akan bagi jawapan bertulis kerana saya tidak dapat jawapan lagi sama ada Bakri ini ada dalam senarai ataupun tidak. Sekarang ini dalam Parlimen Bakri tidak ada balai bomba lagi?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, ia di Daerah Muar sahaja.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Sebab Daerah Muar pergi Bukit Bakri kena makan masa 45 minit dan sana hab perabot akan didirikan pada tahun 2017, tahun ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ambil nota kerana untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Bajet 2016 yang lepas, kita mendapat kelulusan 14 pembinaan balai- balai bomba yang baru. Untuk 2017 ini, kita hanya dapat tambahan dua balai bomba, jadi kerana itu kita harap dalam 2018, senarai balai-balai bomba yang kita cadangkan ini akan dapat diberikan keutamaan termasuk Yang Berhormat bangkit mengenai Bakri. Kedua ialah pengurusan sisa pepejal. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Serdang dan Ahli Yang Berhormat Bakri membangkitkan isu mengenai sisa pepejal. Ahli Yang Berhormat Serdang bertanyakan mengenai statistik terkini mengenai program pengasingan sisa pepejal di punca dan sejauh manakah program ini telah berjaya untuk mengurangkan sisa pepejal yang dibuang di tapak pelupusan dan adakah loji insinerator, waste to energy (WtE) di Kepong tidak lagi diperlukan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Serdang, ada Yang Berhormat Serdang? Okey. Yang Berhormat Serdang. Itu Yang Berhormat Serdang ke Yang Berhormat Segambut? Yang Berhormat Serdang ya, oh sorry. Saya ingat macam Yang Berhormat Segambut sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Serdang, penguatkuasaan pelaksanaan program pengasingan sisa pepejal di punca telah berjaya meningkatkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat negara ini. Untuk rekod, sebanyak 1719 tan sisa kitar semula telah berjaya dikumpul melalui kutipan dari rumah ke rumah oleh syarikat konsesi bermula dari pelaksanaan penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca pada 1 Jun 2016. Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan ke tapak pelupusan juga telah menunjukkan penurunan sebanyak 10.2 peratus atau 358,489 tan setahun. Ertinya berjaya dalam program kita. Rekod ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pengasingan sisa pepejal dan amalan 3R telah meningkat. Pada masa yang sama pelaksanaan program-program 3R dan pengasingan sisa pepejal telah berjaya meningkatkan jumlah sisa kitar semula dan mengurangkan sisa pepejal yang dibuang di tapak pelupusan sampah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, program pengasingan sisa pepejal di punca (SAS) tidak menjejaskan perancangan pembinaan loji Waste to Energy di Kepong kerana janaan sisa pepejal di Kuala Lumpur sahaja masih tinggi iaitu sekitar 2400 tan sehari. Oleh yang demikian pembinaan loji WtE di Kepong masih diperlukan untuk kita hendak mengatasi masalah peningkatan kutipan sampah yang tinggi di Wilayah Persekutuan. Mengenai pertanyaan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Boleh tanya tentang waste energy atau tidak dan juga— Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri atas kejayaan waste separation ini yang telah dimulakan pada 1 Jun 2016. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri boleh beri statistik di mana berapa banyak sisa pepejal telah dikurangkan ke tempat pelupusan di Kuala Lumpur sahaja. Oleh kerana statistik yang dibekalkan tadi adalah untuk seluruh negara, semua negeri di bawah Akta 672 ini. Saya juga hendak tanya jikalau program ini boleh dijayakan lagi, adakah kadar keluaran sisa pepejal ini yang hendak dilupuskan ini boleh kurang daripada 2,000 tan dan semua ini dibuang ke tapak yang sedia ada sekarang di Bukit Tagar. Selepas itu tidak payah kerajaan menghabiskan wang, menggunakan wang yang lebih untuk bina loji waste to energy ini di Kepong? Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, bahawa sasaran kerajaan untuk mengurangkan aliran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa pepejal ialah sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020, di mana 18 peratus daripadanya adalah melalui penggunaan teknologi tinggi. Loji rawatan sisa pepejal perlu dibina bagi mengurangkan kebergantungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada tapak pelupusan. Mengenai Yang Berhormat bangkitkan tadi, memang betul. Salah satu mengapa kita hendak meneruskan projek di Taman Beringin ini, di Kepong ini ialah kerana hendak mengurangkan kos pengangkutan. Hal ini Yang Berhormat pun sudah maklum. Kita bawa sisa pepejal ini daripada pemindahan daripada Taman Beringin, Kepong ke tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar. Jauh dan memerlukan kos. Jadi, apabila siap insinerator ini nanti, bahawa tidak perlu lagi kita bawa ke Bukit Tagar.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak tahu sama ada pihak KPKT boleh menjawab soalan ini ataupun di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri di mana tadi Yang Berhormat Menteri telah kata jumlah kos pengangkutan itu akan turun. Akan tetapi sebagaimana yang saya tahu, jumlah kos operasi untuk waste to energy itu lebih tinggi berbanding dengan tipping fee di Bukit Tagar. Jadi, saya hendak tanya untuk waste to energy plant di Kepong ini, sama ada Yang Berhormat Menteri tahu apakah tipping fee yang akan dichargekan di Kepong? Supaya kita boleh membuat perbandingan di antara tipping fee dan juga kos pengangkutan pergi ke Bukit Tagar. Jikalau waste to energy plant itu charge, apakah kos pelupusan di waste to energy plant itu?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, bahawa sehingga hari ini kerajaan belum buat keputusan lagi. Kita akan teruskan projek di Kepong ini, incinerator tetapi ada beberapa syarikat telah pun memberikan beberapa cadangan. Sehingga hari ini, cadangan-cadangan tersebut masih dalam penelitian. Jadi, kalau Yang Berhormat tanya berapa tipping fees ini, itu masih

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

dalam pertimbangan kerana beberapa syarikat yang mengemukakan cadangan, mereka ada mencadangkan kos-kos mengikut apa yang mereka cadangkan. Jadi- mengenai Kepong lagi?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ya. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, jikalau kos pelupusan di Kepong itu belum ditentukan lagi, bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh tahu kos boleh dijimatkan? Jikalau kos itu belum ditentukan lagi?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, sebab itu matlamat kita untuk mengurangkan kos pengangkutan. Jadi, sebab itu saya kata tadi, kita sedang membuat penilaian. Berapa cadangan-cadangan tipping yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat tersebut? Sudah tentulah dalam pihak kerajaan hendak membuat keputusan, tentulah diambil kira bahawa apabila dilaksanakan projek ini akan mengurangkan kos pengangkutan daripada Kepong ini ke Bukit Tagar. Itu yang saya kata tadi. Sebab itu penilaian ini sudah lama. Kalau tidak salah hendak dekat dua tahun apabila permohonan ini dibuat tetapi masih belum diberikan sebarang keputusan yang muktamad lagi.

Sedikit sahaja.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya ingin- kalau dengan jawapan itu, saya ingin tahu sekiranya dipertimbangkan kos pengangkutan dan kos-kos yang lain telah dibandingkan dengan maintenance incinerator itu, kalau maintenance itu lebih tinggi daripada kos pengangkutan, adakah kerajaan akan menimbang semula keputusan untuk meneruskan dengan incinerator?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Batu. Kita tidak boleh jump the gun lah. Kita tidak boleh jump the gun. Kita tunggu dululah. Penilaian ini dibuat oleh pegawai-pegawai kita, pakar-pakar profesional kita sudah berapa tahun sudah. Saya ingat sudah lama dah. Kita sudah tahu tetapi masih dalam pertimbangan. Itu menunjukkan bahawa kerajaan begitu teliti sebelum membuat sesuatu keputusan. Tidak silap saya, lebih sudah dekat dua tahun permohonan ini telah mendapat pertimbangan dan dibuka kepada beberapa syarikat, bukannya satu direct nego. Jadi, saya ingat kita jangan buat kesimpulan awal mengenai apa juga dan kita tunggu apa juga keputusan yang akan dibuat. Saya pun tidak boleh memberi komen kerana itu bukan di bawah bidang KPKT. Itu ditentukan oleh pihak UKAS, kalau tidak silap saya di JPM. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Bakri, mengenai tarikh penutupan tapak pelupusan sampah Bakri di Muar. Dimaklumkan bahawa tapak pelupusan Bukit Bakri tidak boleh ditutup dalam masa terdekat kerana ketiadaan tapak alternatif yang berhampiran dengan tapak sedia ada. Bagi mengatasi masalah ini, kementerian sedang dalam proses memohon peruntukan Rolling Plan Ketiga bagi membina sebuah stesen pemindahan di Muar, Johor. Sekiranya permohonan kementerian ini diluluskan kelak, projek pembinaan stesen pemindahan Muar dijangka akan mula dibina pada tahun 2018 dan beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2021. Mengikut perancangan KPKT, sisa pepejal yang diterima dari stesen pemindahan Muar ini akan dihantar kepada Muar nanti kalau siap yang baru, daripada Muar kita akan hantar ke tapak pelupusan sanitari Bukit Payung, Batu Pahat yang kini dalam proses pra-pembinaan. Walau bagaimanapun sekiranya perlu, sisa pepejal dari stesen pemindahan Muar akan dihantar ke tapak pelupusan sanitari Seelong, Kulai. Kementerian akan mula melaksanakan projek menutup selamat tapak pelupusan Bukit Bakri sebaik sahaja stesen pemindahan Muar mula beroperasi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Bakri dulu, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Bakri, mereka tolong-menolong.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey. Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Parit Sulong dululah sebab jawapan Yang Berhormat Menteri itu ada berkait dengan kawasan saya dan juga Batu Pahat dan juga Sri Gading. Itu daerah Batu Pahat. Jadinya, saya tertarik dengan apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai penutupan di daerah Muar kemudian dipindahkan ke daerah Batu Pahat yang secara kebetulan, cadangan tapak tersebut adalah di Bukit Payung. Bukit Payung ini Yang Berhormat, ia terletak di antara kawasan Parlimen Parit Sulong dan juga Parlimen Sri Gading tetapi ia memberi impak kepada keseluruhan daerah Batu Pahat. Pembinaan ini banyak digunakan oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk mengacau kami di daerah Batu Pahat. Jadinya, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, sebab benda ini katanya telah diluluskan dan Yang Berhormat tadi dalam jawapan pun ada memaklumkan bahawa cadangan ia akan dibina. Persoalan yang saya hendak timbulkan adalah kalau ia hendak dibina, bila hendak dibina, mengapa hendak dibina? Mengapa tempat itu dipilih? Mengapa kawasan itu dipilih dan apakah benefitnya kepada masyarakat setempat, terutamanya di kawasan daerah Batu Pahat tersebut memandangkan tempat ini adalah tempat yang begitu reserve dan berhampiran dengan masyarakat kampung dan ia terletak di satu kawasan yang sebelum ini tidak pernah diusik langsung. Jadinya, saya hendak minta supaya pihak Yang Berhormat untuk menimbang semula supaya ia dibina di kawasan Bukit Payung di Batu Pahat. Terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi peluang kepada Bakri. Di sini saya hendak tanya kementerian.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Adakah kementerian menubuhkan satu taskforce akan menyelesaikan masalah ini? Sentiasa berlaku. Sekurang-kurangnya setahun berlaku 20 kebakaran yang besar menyusahkan penduduk di sana, kehidupan tidak selesa. Minta penjelasan. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Saya amat memahami perasan dan juga masalah daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Tidak ada mana-mana kawasan yang sanggup menjadi kawasan pelupusan sampah ini. Bila jadi pelupusan sampah, dia akan jadi isu. Ya lah, sebab itu kita akan cuba hendak menjadikan kawasan-kawasan pelupusan sampah...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sekejap, Yang Berhormat Menteri. Yang jadi lagi isu ini ha, puak-puak pembangkang ini semua berkumpul dekat situ 24 jam mengacau. Habis semua kawasan sini, kawasan sana semua dia kacau...

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Parit Sulong, tidak ada lah.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Inilah masalahnya ini. Batu Pahat, Sri Gading, Parit Yaani semua mengacau.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Yang BN.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang itu saya harap pihak Yang Berhormat dapat selesaikan.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Yang Berhormat Parit Sulong mengacau kuat itu.

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Parit Sulong, mana ada satu- satu kerja baik untuk rakyat yang dapat sokongan daripada pembangkang? Tidak ada. Apa pun yang kita hendak buat, hendak buat highway— saya masih ingat lagi bila hendak buat highway dulu. Bila hendak buat highway, pembangkang ini ada di antaranya sanggup tidak hendak bayar tol, langgar sebab dia kereta baru. Jadi pembangkang ini pemikiran ke belakang. Kalau kita dengar cakap pembangkang, Malaysia tidak boleh maju seperti hari ini. Jadi Yang Berhormat, kita teruskan. Sekarang ini yang penting ialah kita kena jelaskan kepada rakyat dan seperti yang saya nyatakan tadi, kalau kita gagal mengutip sampah, berlakulah sampah begitu banyak, dia akan bantai kita.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Tadi Yang Berhormat Parit Sulong pembangkang juga kah?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan. Maksudnya pembangkang ini dia akan mencari di mana kelemahan kita. Bila kita buat sesuatu kebaikan, dia akan cuba menghalang supaya apa yang kita rancang tak berjaya. Apabila kita rancang berjaya, rakyat akan tengok kejayaan ini dan mereka akan hilang sokongan. Jadi kerana itu, mereka akan cari jalanlah, Yang Berhormat, menghasut rakyat supaya apa juga yang kita buat ini tidak akan berlaku dan apabila gagal kita mahu menguruskan masalah sampah, akhirnya mereka akan ada satu isu bagi mereka bahawa kita tidak reti hendak menguruskan sampah. Untuk itu, Yang Berhormat, balik kepada Yang Berhormat Bakri tadi. Kita memang memahami...

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak, nanti kejap. Saya hendak habis...

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, peraturan mesyuarat berapa?

Peraturan mesyuarat. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, P.M.36(6).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

P.M.36..?

P.M.36(6).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

Boleh saya terangkan lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Boleh saya terang sebabnya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Yang Berhormat Menteri sebut soal pembangkang dan sebagainya seolah-olah menghina pembangkang. Saya fikir itu adalah bahasa yang kurang sopan di dalam Dewan kerana Yang Berhormat Menteri bukan lagi backbenchers. Elok tumpu kepada kerja, jangan ‘dok’ maki orang tidak tentu hala. Jadi saya fikir itu lebih munasabah untuk isu ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat sekalian, P.M.36(6) ini ialah kepada Ahli-ahli yang lain. Yang Berhormat Menteri tidak sebut nama Ahli yang ditujukan, cuma sebut pembangkang. Pihak kerajaan, pihak pembangkang. Pembangkang pun hari-hari juga sebut tapi tidak tujukan kepada Ahli yang lain. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya pun hendak bagi jawapan yang sama. Yang Berhormat Bukit Katil ini peguam tapi dia tidak faham. Macam mana seorang peguam tidak faham mentafsir peraturan mesyuarat? Kalau saya sebut, “Yang Berhormat Bukit Katil pembohong”, betullah tidak boleh. Umum. Sebab itu dia kata ditujukan kepada Ahli- ahli Dewan, bukan kepada parti politik. Jadi, terima kasihlah kepada Yang Berhormat. Belajar betul-betul peraturan mesyuarat.

Boleh saya perbetulkan, Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudahlah, Yang Berhormat. Saya sudah buat ruling.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dah Tuan Yang di-Pertua buat ruling, hendak apa lagi?

Tidak. Sebab apabila sebut pembangkang, saya pun terasa kerana saya pembangkang.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya faham.

Dan saya berada di dalam Dewan ini, Menteri. Jadi saya minta tumpulah isu ini. Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, saya faham. Saya faham, Yang Berhormat Bukit Katil..

Terima kasih. Sudahlah, sudah, Menteri. Tumpu isu ini, tidak payah sebut saya lagi. Terima kasih. Saya tidak celah pun, saya betulkan ikut peraturan mesyuarat. Okey, mungkin saya silap baca tapi saya terasa. Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey. Saya ucapkan terima kasihlah kalau pembangkang terasa. Kalau pembangkang terasa, begitu juga kerajaan terasa apabila difitnah, tapi kita faham peraturan. Yang Berhormat boleh bangkit peraturan mesyuarat, saya pun terkejut kenapa peraturan mesyuarat. Jadi kena faham...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Menteri, jangan...

Menteri hendak teruskan isu ini atau hendak tumpu isu?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak beri penjelasan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, terima kasihlah. Yang Berhormat Ampang bangun pasal apa?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sikit tadi apa daripada sangkaan jahat tadi. Kata pembangkang langgar tol, tol mana? Okey, itu satu. Kedua, saya hendak tanya, sangat berbangga tentang pelupusan dan sebagainya, bagaimana prestasi incinerator di Langkawi dan di Cameron Highlands? Apakah tahap efficiency-nya dan apakah prestasi dan tahap pencapaiannya? Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itu sudah masuk isu lain. Saya akan jawab. Saya hendak masuk Yang Berhormat Bakri tadi, Yang Berhormat Bakri punya isu. Baik, terima kasih. Yang Berhormat Bakri, saya hendak bagi tahu bahawa ini tanggungjawab kita. Sebab itu kementerian telah pun melantik syarikat SWM Environment Sdn Bhd untuk menguruskan operasi tapak pelupusan tersebut bermula 1 November 2016 untuk tempoh dua tahun. Jadi kalau urusan yang dibuat ini syarikat SWM tidak berkesan, kena maklum kepada kita kerana kita bagi dia kontrak selama dua tahun untuk menguruskan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Parit Sulong, bahawa kita telah membuat kajian EIA mengenai tapak yang saya cadangkan yang sedang dilaksanakan di kawasan Batu Pahat. Baik, Yang Berhormat tanya pasal incinerator Langkawi. Terima kasihlah, Yang Berhormat dari Selangor tanya. Yang Berhormat, incinerator Langkawi— saya tambah satu lagi, Yang Berhormat mungkin tidak tahu, Pangkor lagi satu dan juga Cameron

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Highlands. Yang ini kita sedang pun melihat dan kita sedang membuat pengurusan dia. Namun demikian, kita dapat mengatasi masalah-masalah sampah. Tidak seperti di Selangor. Hendak tunjuk pandai tidak hendak sign Akta 672, hari ini Selangor bukan Darul Ehsan tapi Selangor ‘Darul Sampah’, Yang Berhormat. Jadi sebab itulah...

Tak payah nak selit-selit pasal Selangor pasal incinerator. Saya tanya pasal incinerator di Langkawi dan Cameron Highlands. Kalau di Selangor you hendak cakap tidak sign akta, negeri-negeri lain pun ada, Kedah dan saya rasa Perak. Soalan ini sudah dijawab dulu, ada tiga negeri yang lain yang juga tidak menandatangani. Kalau hendak tahu tentang prestasi Selangor tentang sisa pepejal, saya boleh kasi angka-angka itu tapi belum sampai tajuk itu kan? Saya tengah tunggu, okey.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini masuk sisa pepejallah ini. Selepas ini tidak masuk isu itu lagi, masuk isu lain. Isu pepejallah yang kita sedang— itu garis panduan mengenai isu-isu pepejal. Kita sudah sebut. Saya pergi kepada tajuk lain...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Menteri, tentang incinerator di Pangkor. Saya hendak tanya kerana saya pun pernah melawat dekat sana, saya rasa Yang Berhormat Lumut pernah melawat dekat sana. Sebagaimana yang saya tahu, syarikat yang telah diberi konsesi untuk manage incinerator di Pangkor untuk tiga tahun, syarikat itu telah diberhentikan daripada continue to operate incinerator dekat sana dan sekarang saya rasa KPKT sedang ataupun telah menilai semula dan mungkin hendak ambil balik incinerator di Pangkor. Saya hendak dapatkan jawapan daripada Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat melawat, saya pun sudah melawat. Saya pun sudah pergi. Pangkor saya sudah pergi, Cameron Highlands saya sudah pergi, Langkawi saya sudah pergi. Memang betullah Yang Berhormat kata. Apabila kita tengok bahawa pengurusan dia tidak memuaskan, maka kita tamat dan kita buka kepada tender yang baru, bagi pengurusan yang baru. Jadi sekarang ini dalam proses tawaran, kita telah memberi kepada satu syarikat yang baru dan sekarang ini dalam proses untuk mengambil alih mengenai urusan incinerator ini. Jadi, terima kasihlah pandangan Yang Berhormat. Maknanya itulah yang kita sedang buat. Habis pasal sisa pepejal. Saya pergi kepada isu yang seterusnya mengenai garis panduan dan juga infrastruktur awam. Tuan Yang di-Pertua, pihak berkuasa tempatan (PBT) diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Antara tujuan penubuhan PBT adalah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dan terlibat sama dalam pengurusan kawasan yang mereka didiami. Mengikut Perkara 4 Senarai Kedua Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tempatan yang di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, pentadbirannya berada di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Berkenaan kerajaan tempatan, saya merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerantut mengenai pusat perjudian yang bersembunyi di sebalik pusat hiburan keluarga dan memohon supaya PBT membanteras premis tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengedarkan garis panduan Pusat Hiburan Keluarga kepada semua PBT melalui pekeliling bertarikh 18 Februari 2005. Garis panduan tersebut antara lainnya menekankan kepada pengurusan premis, jenis-jenis permainan yang dibenarkan, jenis-jenis permainan yang tidak dibenarkan, syarat am kepada pengunjung dan masa operasi. Di bawah Perkara 5, jenis- jenis permainan atau mesin yang dilarang adalah seperti snuker dan biliard, permainan kabinet kayu yang mudah untuk diubahsuai, permainan yang berunsur judi, pornografi dan ganas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, aktiviti hiburan di kawasan PBT adalah dikawal melalui peruntukan di bawah Enakmen Hiburan Negeri. Dimaklumkan juga bahawa hal-hal yang berkaitan dengan hiburan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti mana yang dinyatakan dalam Senarai 2, Senarai Negeri, Fasa 5F Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya didapati terdapat penyalahgunaan atau operasi tanpa lesen, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap penguasa berkenaan melalui enakmen hiburan negeri masing-masing. Sebagai contoh, di bawah

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

seksyen 61 Enakmen Hiburan dan Tempatan Hiburan 1997 Negeri Perak menyatakan, “Hiburan tanpa lesen hiburan adalah dilarang dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan kedua-duanya sekali”. Dalam erti kata lain bahawa apa juga masalah yang berlaku di negeri-negeri kawasan tempat perjudian haram dan sebagainya ini ialah bidang kuasa kerajaan negeri kerana mereka ada enakmen masing-masing. Jadi macam di Selangor, Ampang ini banyak. Jadi Ahli Parlimen Ampang kena rajin siasat mana kawasan-kawasan yang banyak operasi tumbuh macam cendawan dekat negeri Selangor ini haram tetapi apa tindakan yang diambil? Hendak salahkan Kerajaan Persekutuan? Itu salah satu kerja Ahli Parlimen Ampang tengok mana kawasan dekat Ampang punya banyak kawasan hiburan tanpa lesen. Jadi jangan...

Perbetulkan sikit Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua ya. Ini tempat-tempat perjudian dan sebagainya adalah di bawah penguatkuasaan polis. Kami dalam majlis dan daripada Kerajaan Negeri Selangor, kita buat laporan polis dan semuanya adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. So, jadi tolong, tolong, tolong memperingatkan Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak...

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Majlis perbandaranlah.

...dan mengambil tindakan dan membuat penguatkuasaan dan ada susulan, dan tidak membiarkan dan bersama- sama bersekongkol.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasihlah.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat, Yang Berhormat perbandaranlah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Patutlah Yang Berhormat tidak faham. Patut Yang Berhormat biarkan lesen di Ampang ini jadi pusat perjudian.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di Selangor kita sudah hentikan. Tidak ada lagi lesen-lesen untuk keluar untuk tempat-tempat seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Macam mana hendak hantar? Yang Berhormat pun tidak faham prosedur.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat kena faham. Lesen hiburan ini dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Polis, kalau dia buat satu raid ataupun dia buat serbuan, polis tidak ada kuasa untuk menutup premis tersebut. Ini kerana premis itu memberi lesen ialah kerajaan negeri. Kalau ada premis-premis haram ini, kerajaan negeri macam saya kata tadi...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bawa enakmen di bawah kerajaan negeri boleh mengambil tindakan. Masalahnya ialah...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...kerajaan negeri tidak mengambil tindakan. Di Selangor hampir 4,000 mesin ini timbul. Oleh sebab itu Jamal baju merah pergi masuk tempat itu.

Lesen penghiburan itu apa? Termaktub apa? Bukan judi? Bukan permainan game apa dan sebagainya. Apa lesen hiburan? Apa lesen hiburan?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia punya –itu sebab kita kata dia memohon lesen hiburan keluarga. Yang Berhormat pernah pergi tengok tak?

Precisely, dengan izin. Lesen hiburan adalah untuk keluarga. Tidak termaktub yang judi dan sebagainya. Maknanya itu adalah [Tidak jelas] illegal. Jadi apabila illegal di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Tutuplah, cukuplah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat tahu bahawa premis ini menyalahgunakan license yang diberi, menjadi tanggungjawab PBT tersebut untuk membatalkan lesen dia. Faham tidak Yang Berhormat? Yang Berhormat tidak faham. [Disampuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Faham tetapi lesen itu di bawah hiburan, dia telah membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya. Jadi apabila dibuat laporan maka polis kena menutup, mengambil tindakan kepada operator-operator yang telah membuat kerja-kerja yang haram.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah, Yang Berhormat tidak faham masalahnya. Polis tidak ada kuasa hendak menutup premis, faham?

Patutnya banyak dekat Selangor.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oleh sebab itu banyak dekat Selangor sebab Ahli Parlimen pun tidak faham undang-undang, yang keluarkan lesen ini ialah PBT.

Suruh polis tangkap operator-operator itu, bukan saya suruh stop lesen. Lesen memanglah di bawah PBT.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Habis?

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tadi kata tidak, ini mengaku pula.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okeylah Yang Berhormat. Tidak apalah, tidak apa.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah, Yang Berhormat pergi tengok kawasan Yang Berhormatlah. Macam mana boleh kaya-raya...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat pergi tengoklah. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Yang Berhormat Menteri, Jerantut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pegawai-pegawai khas Yang Berhormat itu pergi tengok macam mana...

Ya, Yang Berhormat Kapar minta ruang.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat lebih faham.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah kita bagi lesen untuk perjudian, tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan duduk sekejap ya. Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Yang Berhormat Jerantut pun sudah duduk. Terima kasih. Kita baliklah kepada tajuk asal kita. Cukuplah. Sila Yang Berhormat.

Saya hendak perbetulkan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup, cukup Yang Berhormat. Balik kepada tajuk asal kita. Yang Berhormat sila.

Tidak bagi ruang untuk saya betulkan. Ada bagi ruang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Isu apa?

Laluan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Isu perjudian, kita cukuplah. Tajuk lain.

Tajuk itu sahaja.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita beritahu isu perjudian isu yang serius.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang pergi main judi ini budak-budak muda, budak- budak sekolah dia tidak kira anak siapa pun. Menjadi tanggungjawab kita bersama bahawa polis kuasa yang ada akan kita minta membuat serbuan-serbuan. Akan tetapi kita minta juga PBT kalau dapati mana-mana premis yang telah dibuat serbuan tolong batalkan license dia. Tarik balik batal, itu sahaja. Baik saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tajuk lain.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ahli Yang Berhormat Gerik ada mencadangkan supaya kerajaan memantau tandas-tandas awam agar ia sentiasa dalam keadaan bersih. Untuk makluman, KPKT dengan kerjasama PBT telah mengambil beberapa pendekatan dalam mengurus dan juga menjaga kebersihan tandas. Pelbagai program telah dilaksanakan, menaikkan taraf tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan, Penarafan Bintang Tandas Awam, seminar pengauditan lima star rating tandas awam, pertandingan anugerah Tandas Bersih 1Malaysia di antara PBT telah pun kita laksanakan dan kita juga ada Hari Tandas Sedunia pun ada. Jadi dalam NBOS pun memang ada peruntukan untuk kita memberikan peruntukan untuk pembersihan tandas.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

[Bangun]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau tidak silap saya RM2 juta., kalau tidak silap saya RM2 juta diperuntukkan untuk aktiviti pembersihan tandas.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri minta laluan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, berkenaan dengan cadangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, Kota Kinabalu minta laluan boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Isu apa Yang Berhormat?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Isu apa, sama?

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya. Yang Berhormat Menteri saya hanya memohon bagi sikit masa kepada Kota Kinabalu nanti boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh Yang Berhormat.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Okey, thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Apabila sampai isu Yang Berhormat nanti, Yang Berhormat mencelah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Boleh, sampai isu kita bagilah. Saya kata tadi saya ada enam isu. Jadi sekarang ini baru isu yang ketiga ini. Baik.

Saya hendak beri pujian sikit.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri – alamak.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa dia lagi?

Fasal pujian Tandas 1Malaysia tadi ya. Ini kerana dekat Pasir Puteh ada satu tandas yang mana Yang

Berhormat Pekan sudah pergi sudah letak satu plak. Plak mengatakan bahawa Yang Berhormat Pekan sudah menggunakan tandas di situ. Syabas dan tahniah.

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey. Berkenaan dengan cadangan supaya kementerian meneliti semula semua undang-undang PBT dan juga mewujudkan satu garis panduan tadika dan taska yang lebih komprehensif yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Alor Gajah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah pun mengeluarkan Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska pada 12 Mac 2012 meliputi aspek perancangan tapak, reka bentuk bangunan, pelesenan dan juga proses penubuhan tadika dan juga taska. Walau bagaimanapun, selari dengan bidang kuasa pihak berkuasa negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 2016, PBN dan juga PBT boleh menerima pakai sesuatu garis panduan dengan mengubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan lokaliti tertakluk kepada prinsip-prinsip perancangan yang ditetapkan oleh garis panduan berkaitan yang disediakan di peringkat Persekutuan. Dalam hal ini prinsip perancangan yang perlu dipatuhi adalah keselamatan dan keselesaan lokasi premis tadika dan juga taska.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tanjong telah membangkitkan isu-isu mengenai pengurusan strata iaitu meminta supaya tribunal mempercepatkan perbicaraan kes-kes pengurusan strata terutama di Wilayah Utara dan mencadangkan supaya KPKT memberikan latihan komprehensif kepada COB-COB supaya tahu bagaimana hendak memulakan siasatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2016, sebanyak 336 kes Tribunal Pengurusan Strata difailkan di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata Zon Utara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 267 kes telah berjaya diselesaikan. Bagi kes Tribunal Pengurusan Strata, key performance indicator ataupun KPI yang ditetapkan adalah penyelesaian kes dalam tempoh 150 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes. Jadi banyak kes yang telah kita selesaikan. Namun demikian, kita tidak seperti saya katakan tadi, kesnya banyak tetapi kita letakkan KPI dan kementerian sedang memantau supaya tribunal ini mencapai KPI-KPI yang telah pun kita tetapkan. Berkenaan, Commissioner of Buildings ataupun COB pula, KPKT telah dan sedang mengambil tindakan-tindakan seperti berikut. Meningkat dan memantapkan kompetensi serta kepakaran pegawai-pegawai COB di PBT dengan mengadakan latihan kursus peningkatan kefahaman serta hands on selain daripada program latihan berterusan yang ditawarkan oleh Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyelaras tindakan-tindakan COB seluruh negara, menyediakan platform perkongsian ilmu dan juga amalan terbaik, mewujudkan unit penguatkuasaan yang dianggotai oleh tujuh anggota Polis Diraja Malaysia bagi membantu COB di PBT menjalankan penguatkuasaan Akta 757. KPKT juga secara berterusan menganjurkan bengkel teknik dan penyediaan kertas siasatan komprehensif bagi memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai COB di PBT dan pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah Akta 757. Usaha ini diharapkan dapat membantu pihak COB dalam menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif dan teguran Ahli Yang Berhormat Tanjong, kita akan mengambil perhatian.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pasal COB?

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya. Saya ada juga soal mengenai perumahan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Perumahan belum lagi.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Belum lagi, ya. Okey.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini baru pengurusan strata.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Kinabalu hendak pergi mana, hendak cepat-cepat ini?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Now isu yang kelima. Isu perumahan.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, minta laluan, COB.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

COB? Okey.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Tribunal. Yang Berhormat Menteri, sentiasanya presiden-presiden yang dilantik bagi Tribunal Pengurusan Strata, mereka terpaksa travel dari luar negeri, datangnya ke Pulau Pinang untuk mengadili sesuatu pendengaran. Ini memang sesuatu yang membebankan, menyebabkan kurangnya presiden yang dapat melapangkan masa mereka untuk datang mengadili sesuatu pendengaran. Adakah kemungkinan pihak KPKT boleh membenarkan presiden-presiden yang dilantik, khususnya mereka yang tinggal di Pulau Pinang atau di Wilayah Utara dibenarkan untuk mengadili sesuatu pendengaran jikalau tiada konflik kepentingan yang terlibat? Sekian.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita akan lihat tetapi apa yang saya pernah berjumpa dengan presiden tribunal ini, memang mereka ini daripada bekas peguam yang sedang practice lawyer dan kita lantik. Kalau saya tidak silap, kalau mungkin pegawai boleh bantu saya. Kuota yang telah pun ditentukan, kalau saya tidak silap, hampir penuh yang kita telah laksanakan. Oleh sebab itu untuk melaksanakan tribunal ini, bukan sahaja kita sedar, bukan sahaja kita menghadapi seperti Yang Berhormat kata mungkin tidak cukup presiden tetapi juga tempat-tempat untuk mengadakan perbicaraan. Oleh sebab itu ada negeri- negeri tertentu yang kita terpaksa menggunakan bangunan-bangunan yang lain. Akan tetapi matlamat kita, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kita hendak mengatasi masalah apabila dibangkitkan dan juga oleh pengadu dalam urusan pengurusan strata ini. Terima kasih Yang Berhormat. Isu yang kelima Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai perumahan. Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah telah membangkitkan isu berkaitan peningkatan harga rumah akibat kadar urbanisasi yang cepat berbanding kadar peningkatan pendapatan pembeli yang agak perlahan serta turut menyarankan agar kerajaan melihat isu pasaran perumahan secara telus dan juga tegas. Untuk makluman Yang Berhormat, tidak dinafikan bahawa salah satu punca peningkatan harga rumah di pasaran terutamanya di kawasan bandar adalah disebabkan oleh peningkatan kadar migrasi penduduk terutamanya dari luar bandar ke kawasan bandar yang turut menyebabkan permintaan terhadap rumah meningkat. Migrasi ini seterusnya memberi impak desakan yang semakin meningkat terhadap permintaan rumah kediaman terutamanya rumah mampu milik di kawasan bandar yang dilihat semakin mengecil dari segi penawaran rumah, kesan daripada kekurangan tanah dan juga faktor lain yang berkaitan peningkatan harga rumah. Kerajaan sememangnya amat prihatin dengan keluhan rakyat berkenaan isu harga rumah dalam pasaran masa kini. Dalam usaha ini untuk mengekang kenaikan harga rumah di pasaran, kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah berikut: (i) menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah ataupun RPGT ini mulai Januari tahun 2014; (ii) menaikkan harga jualan minimum rumah yang boleh dibeli oleh warga asing kepada RM1 juta satu unit; (iii) mensyaratkan pemaju untuk mempamerkan ketelusan harga jualan hartanah secara terperinci termasuk semua insentif yang bakal diberikan kepada pembeli; (iv) melarang pemaju melaksanakan kaedah pemasaran berasaskan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) yang dikhuatiri boleh mengelirukan dan memanipulasi pembeli rumah; (v) mewajibkan semua pemaju untuk melaporkan pembelian pukal yang melebihi empat unit hartanah dalam satu pemaju oleh mana-mana individu mahupun syarikat, dan; (vi) mengeluarkan panduan mengenai loan-to-value bagi pembelian rumah ketiga dan seterusnya di mana pembeli hanya akan memperoleh pinjaman maksimum 70 peratus sahaja. Selebihnya hendaklah ditanggung sendiri bagi pembeli yang hendak beli rumah yang ketiga.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah tambahan bagi memantapkan sektor perumahan negara yang secara tidak langsung turut membantu dalam kawalan harga rumah di pasaran. Langkah-langkah tersebut termasuklah; (i) Mesyuarat Majlis Perumahan Negara Siri 4, Bilangan 1 Tahun 2016 bersetuju menetapkan harga siling jualan rumah mampu milik kepada RM300,000 seunit sebagai panduan kepada pembeli dan semua pihak yang terlibat dalam sektor perumahan negara; (ii) meningkatkan bekalan rumah dalam pasaran melalui penyediaan program Satu Juta Rumah Mampu Milik menjelang tahun 2018. Langkah-langkah ini dapat memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli untuk mencari rumah yang bersesuaian dengan tahap kemampuan masing-masing selain daripada rumah yang disediakan oleh pihak pemaju swasta; (iii) memperkenalkan pelbagai skim pembiayaan bagi memudahkan pemilikan rumah khususnya Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ataupun MyDeposit, Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Belia dan lain-lain lagi; (iv) rumah mampu milik adalah khusus untuk warganegara Malaysia dengan golongan B40 dan M40 dan tidak dijual untuk warga asing. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu rumah terbengkalai, Ahli Yang Berhormat Tebrau telah menyarankan supaya KPKT meminda akta agar Yang Berhormat Menteri KPKT mempunyai kuasa tertentu untuk mengambil alih dan memulihkan projek yang tidak disiapkan dalam tempoh yang bersesuaian walaupun pemaju bukan kategori muflis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemantauan secara berkala akan dilaksanakan oleh KPKT bagi memastikan terdapat kerja-kerja yang berjalan di tapak dan projek dapat diserahkan kepada pelanggan walaupun telah melebihi tarikh perjanjian jual beli. Senarai projek sakit akan dipaparkan di laman web JPN bersama nama pemaju, nama projek dan tarikh surat perjanjian jual beli. Bagi mengesyorkan sesuatu projek sebagai projek terbengkalai, pemaju hendaklah dibuktikan sepenuhnya mengabaikan projek sekurang-kurangnya enam bulan atau tiada sebarang aktiviti yang dijalankan di tapak pembinaan. Pemantauan di tapak dilaksanakan dengan lebih kerap dan mesyuarat turut diadakan sebelum projek tersebut dikategorikan sebagai projek terbengkalai. Pemaju yang menjalankan kerja-kerja di tapak dengan perlahan tidak dikategorikan sebagai projek sakit kerana menunjukkan masih terdapat komitmen daripada pemaju untuk meneruskan dan menyiapkan projek. Untuk makluman ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, jam pukul 1 Yang Berhormat. Kita tangguh pukul 2.30 petang ya. Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

azz [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, Yang Berhormat Menteri untuk menyambung. Isu perumahan tadi, Yang Berhormat Menteri. Ada yang mengalih-alihkan [Ketawa] Tidak boleh sebut nama nanti kena 36(6) [Ketawa] Isu yang kelima, perumahan. Saya ingat ada 8 isu, isu yang kelima. Pegawai tolong bantu. Itu guna pegawai dia tengok teks Yang Berhormat Menteri sampai mana, dan bantu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Ahli Yang Berhormat Bakri ingin mengetahui syarat-syarat permohonan PPR yang perlu dipenuhi oleh rakyat yang tidak memiliki rumah. Saya ingin maklumkan bahawa syarat-syarat asas yang diguna pakai bagi semua PPR di seluruh negara iaitu pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, keutamaan kepada yang sudah berkahwin dan tidak memiliki rumah. Projek PPR oleh KPKT ini memfokuskan kepada kumpulan B40 terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan setinggan. Ahli Yang Berhormat Pasir Puteh pula telah menyarankan supaya pihak kerajaan merancang untuk menyediakan rumah sederhana dan sesuai untuk rakyat disewakan dan sewa tersebut yang boleh dibayar oleh mereka tanpa perlu menanggung hutang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu rakyat dalam isu perumahan, KPKT telah memperkenalkan beberapa program penyewaan rumah, antaranya Program Perumahan Rakyat PPR disewa, Rumah Transit 1Malaysia dan juga Perumahan Transit Belia. Dari ketiga-tiga perkara tersebut, kadar sewaan yang dikenakan adalah berpatutan dan lebih murah berbanding harga pasaran. Ini dapat membantu mereka yang berkelayakan untuk menyewa serta dapat membuat tabungan untuk pembelian rumah pada masa hadapan. Untuk menjawab permohonan Ahli Yang Berhormat Putatan supaya PPR menjadikan sewa beli dan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Tebrau mengenai bagaimana kerajaan boleh membantu golongan yang tidak berkelayakan. Kerajaan telah pun memperkenalkan kaedah sewa untuk milik ataupun rent-to-own bagi membantu pemohon yang berkelayakan untuk mendapat bantuan pembiayaan bagi pemilikan rumah PPR. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pembiayaan melalui sewa untuk milik hanya ditawarkan kepada pemohon atau bakal pembeli rumah pertama yang gagal mendapatkan pembiayaan akhir daripada mana-mana institusi kewangan. Dengan adanya rent-to-own ini, kita harap masalah pinjaman yang dihadapi oleh pihak oleh mereka-mereka yang layak diberikan tawaran untuk memiliki rumah PPR ini akan dapat kita atasi di mana kita sedia maklum bahawa rumah PPR ini harga pasarannya lebih kurang RM150,000 ataupun RM160,000 sebuah. Kerajaan hanya bagi sewa RM124 sebulan dan kalau kita jual, harga jualan kita hanya RM35,000 seunit. Ini bermakna kerajaan bagi subsidi lebih RM100,000 sebuah rumah dan hari ini kebaikan Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja bagi subsidi yang begitu banyak malah memberi peluang pula kepada rakyat yang memerlukan supaya tidak perlu membayar apa-apa deposit. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa mereka ini layak diberikan tawaran, maka kaedah yang pertama, sesiapa yang telah ditawarkan ini, nama mereka akan dipamerkan supaya public boleh melihat siapakah yang layak menerima. Juga untuk permulaan ini kita perkenalkan sewa dua tahun. Kita sewa dua tahun, selepas dua tahun kalau mereka ini memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, maka mereka ini boleh terus layak untuk menerima skim rent-to-own dengan mengambil kira sewa dua tahun awal itu juga dikira sebagai part payment kepada rent-to-own.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri kerana bagi peluang untuk saya bertanya soalan. Yang Berhormat Menteri, kos perumahan di Kota Kinabalu adalah yang paling tinggi di Malaysia. Betul kan? Saya mahu tahu tanya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah kerajaan untuk membantu rakyat terutama yang tinggal di bandar seperti di Kota Kinabalu, Sandakan dan di Tawau dan juga di Lahad Datu untuk memiliki sebuah rumah. Ini kerana kos membeli rumah semakin tinggi terutama di bandar-bandar. Kedua, saya juga ingin beritahu Yang Berhormat Menteri ada satu janji oleh Yang Berhormat Menteri sebelum Yang Berhormat Menteri menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Saya ingin tanya sikit berkenaan janji yang dibuat enam yang satu dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, Kota Belud tiga tahun yang lalu mengenai pembinaan bangunan letak kereta kenderaan di Foh Sang Luyang. Kenapa ia sudah dihentikan, dan adakah kerajaan mungkin janji? Minta penjelasan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Yang Berhormat Menteri, soalan dari Bakri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebutkan Bakri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi peluang kepada Bakri. Di sini Bakri hendak tanya, adakah kerajaan atau kementerian ada rancangan membuat rumah di daerah Muar, contoh di kawasan Bakri dan contoh di Pagoh, di HELP University sana. Sekian, terima kasih. Minta penjelasan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baik terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu dengan Bakri. Saya mengenai harga rumah saya sudah terangkan tadi. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan juga saya terang tadi bahawa kita juga telah perkenalkan rumah mampu milik di mana istilah rumah mampu milik ini kita hendak target ialah 1 juta di tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan tidak hanya bergantung pada pihak swasta. Kerajaan mewujudkan beberapa agensi. Sebagai contoh, kita ada PR1MA. Ada kuota yang telah diberikan kepada PR1MA. Kita ada projek perumahan penjawat awam 1Malaysia, PP1M. PR1MA di bawah Jabatan Perdana Menteri. PP1M pun di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian kita ada juga Syarikat Perumahan Negara juga membuat rumah di bawah RM300,000. Hari ini di bawah Kementerian KPKT kami hanya ditugaskan untuk membuat rumah PPR. Jadi oleh sebab itu hari ini, kita telah pun dapat mencapai matlamat KPI kita dan menjelang tahun 2008 saya yakin matlamat untuk satu juta rumah mampu milik ini akan dapat kita capai. Mengenai soalan daripada Bakri tadi, seperti yang saya nyatakan, kalau Yang Berhormat tanya saya ialah rumah PPR. Akan tetapi rumah PPR ini, seperti mana yang saya nyatakan bahawa kerajaan bagi subsidi terlalu besar. Sampai lebih RM100,000. Jadi oleh sebab itu, peruntukan-peruntukan yang kita mohon kepada pihak kerajaan seperti tahun ini kita memohon 30, tetapi kita dapat lulus 10 dan juga tahun lepas kita dapat 18. Jadi ini permohonan-permohonan ini kita terima daripada pemimpin tempatan di mana masalah tanah mesti ada sebab bila hendak buat rumah ini masalah tanah mesti ada. Kemudian sekarang ini kita letak beberapa syarat yang baru, tanah mestilah convert perumahan, mestilah dalam zon perumahan dan sebagainya. Jadi yang ini kita memang sentiasa, sekejap lagi saya percaya kawan-kawan daripada Lenggong, daripada Baling semua telah pun menghantar beberapa cadangan dan ini memang di dalam pertemuan kita. Hanya saya minta maaf Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya mungkin tidak berapa jelas tadi Yang Berhormat kata tadi yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Kota Belud yang lepas, saya tak berapa faham apa yang Yang Berhormat maksudkan yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, terima kasih ke atas jawapan. Mungkin Yang Berhormat Menteri belum tahu apa yang berlaku. Jadi saya yang bagi tahu sejarahnya ialah dalam tiga tahun dahulu masa Moon Cake Festival, dia datang Foh Sang Luyang, dia umumkan dalam media akan buat tapak parking di Foh Sang. Kurang lebih 400 parking, enam tingkat janjinya. Dalam tempoh dua tahun boleh dibina. Akan tetapi sekarang yang Berhormat Menteri, sudah tiga tahun. Jadi itulah saya tanya mana itu janji? Itu janji hilangkah atau masih lagi? Yang kedua, saya pagi tadi Yang Berhormat Menteri pun bagi tahu banyak program untuk rakyat supaya bolehkan rakyat membeli satu rumah yang boleh mampu. Akan tetapi saya mahu tahu yang penting, adakah berapa unit-unit yang dibina di Kota Kinabalu dan juga yang boleh memanfaatkan benefit Kota Kinabalu residence dan bandar-bandar di Sabah khasnya. Okey, thank you. Thank you Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Itu janji saya akan semak baliklah. Saya akan semak balik sebab selalu BN kita tepati janji. Kalau saya tengok dia ada janji, kalau dia tidak buat, kita akan laksanakan. Mengenai perumahan sebenarnya kalau senarai yang ada pada saya, saya tengok yang di Sabah, kita ada 26 projek PPR, dia ada 26. Di Kota Kinabalu, kita ada PPR Telipuk Ria 2,400 unit. Kita ada PPR Telipuk Kota Kinabalu 2,174 unit, kita juga ada PPR Bukit Padang Kota Kinabalu 760 unit. Ini di Kota Kinabalu. Mungkin Yang Berhormat tidak berapa, jarang turun padang kot, tak tahu PPR itu sudah banyak buat di Kota Kinabalu? Saya teruskanlah.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, ini sama program sudah binakah? Sudah siap sediakah itu? Kerana saya selalu turun padang di mana-mana pun saya ada pergi tetapi saya tidak tahu di mana itu projek yang apa yang disebut oleh yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak apalah, okey. Yang Berhormat balik, Yang berhormat pergi tengok nanti. PPR Telipuk Kota Kinabalu, PPR Telipuk Ria Kota Kinabalu dan juga PPR Bukit Padang Kota Kinabalu... [Disampuk] Ya? Okey, Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar pula mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan lima peratus kuota untuk ibu-ibu tunggal daripada perumahan-perumahan yang dibina di bawah skim-skim kerajaan Pusat. Selain itu, pertimbangan juga perlu diberikan untuk mendahulukan anggota-anggota tentera dan polis di dalam mendapatkan rumah mampu milik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini KPKT tidak mempunyai dasar khusus atau kuota khas untuk rumah PPR kepada ibu tunggal seperti mana yang diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk OKU kita ada reserves satu peratus daripada rumah PPR. Namun begitu, kementerian sedia mengkaji keperluan ini dan memastikan kebajikan kelompok ini diberikan perhatian sewajarnya. Kementerian secara dasarnya bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan bagi mengutamakan pemilik rumah dari kalangan wira-wira yang berkhidmat dengan pasukan badan beruniform termasuk ATM dan juga PDRM. Di bawah program satu juta rumah mampu milik, penyediaan rumah mampu milik yang dikhususkan bagi penjawat awam termasuk pasukan badan beruniform seperti ATM dan juga PDRM telah sedia diusahakan di bawah projek PP1AM yang menyasarkan pembinaan sejumlah 200,000 unit. Selain itu, juga sejumlah 4,346 unit rumah mampu milik dibangunkan khusus untuk warga ATM oleh MINDEF sendiri. Anggota ATM dan juga PDRM turut dialu-alukan berdaftar bagi pemilihan rumah mampu milik yang dibangunkan agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti mana yang disebutkan tadi oleh PR1MA, SPNB, rumah WHIP dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang pula mencadangkan supaya dimasukkan kos penyelenggaraan di dalam sewa bulanan serta dinaikkan kadar sewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya sedang mengkaji cadangan kadar sewaan baru PPR seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat kerana kita lihat sewa RM124 sebulan pun sudah kurang bersesuaian dan juga ada cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen juga termasuk daripada ahli Parlimen Ketua Ahli Parlimen Bagan pun pernah berbincang dengan saya untuk mencadangkan supaya kadar sewa PPR ini dimasukkan sebagai kos cukai pintu. Jadi semua cadangan ini kita telah terima dan kita sedang kaji dan sebelum kita hendak laksanakan ini kerana ia melibatkan pihak berkuasa negeri dan juga pihak- pihak berkuasa tempatan. Kita akan mengadakan satu mesyuarat khas perbincangan mengenai cadangan-cadangan yang baru ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga sedar bahawa kos pengurusan dan juga penyelenggaraan PPR turut meningkat. Justeru itu, KPKT sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan seperti mana yang saya nyatakan tadi.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Seterusnya ialah permohonan pembinaan PPR oleh Ahli Yang Berhormat Lenggong dan Ahli Yang Berhormat Labuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lenggong, PPR Kampung Chil, Lenggong, Perak dan juga Timbalan Yang di-Pertua pun dia pun senyum juga dengar itu [Ketawa] Telah pun berada dalam perancangan pembangunan PPR di bawah Jabatan Perumahan Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ingat itu. Permohonan peruntukan pembangunan bagi projek ini telah dikemukakan kepada EPU JPM untuk senarai projek baru tahun 2017, namun tidak tersenarai. Kita hantar 30 senarai, termasuklah daripada Yang Berhormat Lenggong tetapi apabila senarai itu turun, malang sekali, saya tengok nama Yang Berhormat Lenggong tak ada. Jadi walau demikian, kita akan memasukkan semula permohonan daripada Yang Berhormat Lenggong ini dalam RP3 untuk tahun 2018. Manakala PPR Batu Arang, Labuan pula, proses perolehan melalui tender terbuka dijangka selesai pada Ogos 2017 dan projek dijadualkan boleh dimulakan pada suku

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

tahun keempat 2017. Jadi Yang Berhormat Labuan, kerana dah dekat tiga tahun ding dong ding dong, akhirnya kita dapat laksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, kena sebut kawasan Lenggong dan Kuala Krau.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, Lenggong dan Kuala Krau akan dimasukkan dalam senarai 2018. Ahli Yang Berhormat Limbang telah membangkitkan isu berkenaan syarat-syarat program memiliki rumah bagi golongan sasar M40. Beliau menyarankan agar program kerajaan untuk membina 10 ribu unit rumah untuk kelompok M40 di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur turut dikembangkan ke negeri-negeri lain serta menyarankan agar kelompok B40 untuk disasarkan, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, selain daripada PPR, kementerian juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif dalam membantu rakyat dalam memiliki rumah sendiri, terutamanya golongan B40. Antara program yang kita perkenalkan ialah MyHome dan juga MyDeposit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, inisiatif pembinaan 10 ribu unit rumah di Kuala Lumpur untuk golongan M40 adalah dibiayai sepenuhnya oleh pemaju perumahan swasta. Sekiranya pemaju perumahan swasta bercadang untuk melebarkan inisiatif ini ke negeri-negeri lain, terutamanya di Sabah dan Sarawak, kerajaan amat berbesar hati dan berharap agar kerajaan-kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan menyediakan tanah dan lokasi yang sesuai untuk pembinaan projek-projek tersebut. Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, membangkitkan mengenai isu pengambilan PPR Lembah Subang 1 dan pengisian PPR Lembah Subang 2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah merujuk kepada Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Audit Negara berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM60 juta bagi pengambilan alih PPR Lembah Subang 1 Petaling Jaya. Walau bagaimanapun, tuntutan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri tidak boleh dibayar kerana kerja-kerja pembaikan dan juga kebersihan dan kerja-kerja rutin seperti pembersihan awam, pembaikan lif, keselamatan pembayaran, bil dan seumpamanya. Segala tunggakan sewa adalah liabiliti dan juga tanggungjawab pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk diselesaikan dengan penghuni berdasarkan perjanjian penyewaan dan juga semua tuntutan sepatutnya disertakan dengan bukti yang terperinci dan lengkap untuk penelitian juga semakan pihak Jabatan Audit Negara untuk pertimbangan pihak KPKT.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

[Bangun]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi Yang Berhormat, Rumah Lembah Subang 1 ini, rumah ini KPKT yang buat. Tanah tersebut milik KPKT. Kita bina rumah tersebut lebih RM100 juta, 3,003 unit. KPKT punya baik hati, rumah dah siap, tanah-tanah kita, rumah- rumah kita buat dan kita serahkan kepada pihak kerajaan negeri.

Bila itu?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya lah.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sungai Besar, Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita sewakan bila dah siap. Sebelum 2008, waktu Barisan Nasional memerintah, tak ada masalah. Kutipan sewa tetap RM124 sebulan. Apabila Barisan Nasional kalah, pihak kerajaan negeri menaikkan sewa ini kepada RM250 sebulan. Sedangkan ikut peraturannya, apabila sewa hendak dinaikkan, kenalah minta kebenaran daripada landlord, daripada kita.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

[Bangun]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oleh kerana itulah persatuan penduduk di sana datang berjumpa dengan KPKT dan KPKT membuat keputusan tidak boleh naikkan sewa lebih daripada RM124 tetapi apa yang berlaku? Apabila keputusan ini dibuat, pihak PBT, pihak kerajaan negeri terus mengadakan sewa dua jenis. Satu RM124 dan satu lagi RM250. Apabila ada double standard seperti inilah, maka penghuni-penghuni ini tidak mahu dan membantah. Mengapa ada yang bayar RM124, mengapa ada yang kena bayar RM250? Ini yang menyebabkan pengurusannya amat teruk sekali.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sikit, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang tadi Yang Berhormat Menteri kata kenaikan sewa di PPR Lembah Subang dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan tapi itu tak benar Yang Berhormat. Yang kenaikan sewa untuk PPR Lembah Subang telah diputuskan pada 13 Jun 2007, sebelum kita ambil alih Kerajaan Negeri Selangor dan MMKN Ke-18 2007, Yang Berhormat. Jangan tuduh Kerajaan Pakatan yang naikkan sewa PPR Lembah Subang daripada RM124 ke RM250. Ini tak betul. So, saya minta Yang Berhormat jangan main politik di sini. Kalau nak bantu PPR Lembah Subang, kena bantu dengan baik. Jangan kata kita tak bantu PPR Lembah Subang, itu tak betul.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya faham, saya faham. Okey. Yang Berhormat.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya ingat ini boleh bersekali. Sungai Besar, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sebab isu Lembah Subang ini, saya ingat jadi polemik di negeri Selangor sebab seolah-olah ada satu pelanggaran oleh pihak kementerian apabila, saya ingat beberapa kali disebut bahawa pihak kementerian atau lebih khusus lagi, Menteri menceroboh di Lembah Subang ini. Jadi, benarkah ada pencerobohan? Kalau benar, maknanya suatu yang- jadi, pohon penjelasanlah daripada segi perkara di Lembah Subang ini. Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jawab Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dulu. Yang Berhormat, Yang Berhormat kata tadi bahawa keputusan itu tahun 2007, betullah. Betul, waktu BN memerintah tetapi BN ini faham peraturan. Dia lulus walaupun kerajaan negeri lulus tetapi sebelum pelaksanaan nak dilaksanakan, mesti mendapat kebenaran daripada KPKT. Masalahnya hari ini, kerajaan negeri bila BN kalah, pakatan cacamerba memerintah, maka yang menyusahkan rakyat itu dia terus laksanakan. Kalau...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pakatan cacamerba itu dah menang pilihan raya dua kali, Menteri. Respek lah sikit ya, janganlah buat. Inilah dikata hendak mempolitikkan isu. Kita nak cari penyelesaian, so there is no need for this kind of language, Tuan Yang di-Pertua. Apa pakatan cacamerba? Ikhlaslah sikit.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Taklah, saya faham. Sebab dulu Pakatan Rakyat, kita faham. Pakatan Rakyat ada PAS, sekarang ini Pakatan Harapan. Pakatan Harapan, PAS tak ada dalam Pakatan Harapan. Itu maksud saya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh, dalam Negeri Selangor bukan PAS ada ke? Ini datang daripada negara mana ini? Eh, negeri Selangor itu Exco PAS masih ada kah tak ada Yang Berhormat Menteri? Cakap terus teranglah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Betul, betul. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Bermakna, Yang Berhormat Shah Alam fahamlah maksud saya. Maksud saya, PAS kata dia tidak ada dalam Pakatan Harapan tetapi bagaimana di negeri Selangor, ADUN PAS boleh ada dalam kerajaan? Sebab itu saya kata pakatan cacamerba. Itu maksud dia.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, ini debat politik sekarang.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang cacamerba itu Menteri. Tak faham-faham, politik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dibenarkan?

Pakatan tak tentu hala.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tolonglah, jangan main politiklah.

Pakatan tak ada arah.

Yang Berhormat Tanjong Karang, isunya ialah Kerajaan Persekutuan telah menceroboh PPR Lembah Subang.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya jawab. Saya jawab.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat tak payah jawab, Yang Berhormat Sungai Besar dah tanya soalan itu. Saya tahu Menteri Besar punya statement. Saya jawablah, saya jawab Yang Berhormat PJS ini dulu yang mengatakan bahawa siapa yang naikkan sewa. Betullah 2007 tetapi kalau Barisan Nasional memerintah, dia faham undang-undang. Dia kena minta kebenaran KPKT sebelum laksanakan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bila dia jumpa KPKT, pastiKPKT tidak akan benarkan. Bila tidak benarkan, sewa tidak boleh dinaikkan. Tapi apa yang berlaku ialah apabila BN kalah, Pakatan memerintah, dia terus naikkan sewa. Sebab dia kata...

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Mana pula terus, Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia putar belit fakta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kelulusan tahun 2007, naik sewa bukan terus bila kita ambil alih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau kita dah tahu dah KPKT tak akan benarkan- kerana dah cakap dah dia tidak akan benarkan kerana sudah ada pertukaran kerajaan. Memang Kerajaan Barisan Nasional kerjanya menceroboh dan menghalang saja Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak apa, saya hendak cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri. Ya Yang Berhormat sekalian, kita ada peraturan. Selepas ini hendak minta izin bercakap, kena ada kebenaran.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak terangkan yang Yang Berhormat bangkit tadi. Betullah, tahun 2007 itu sebelum kita kalah, kita sudah cadang untuk naikkan tetapi kita kalah tahun 2008. Bermakna...

Tuan HeeLoy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Bukan cadang tadi. Diluluskan di mesyuarat MMKN.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, saya baru bagi ingatan, ikut peraturan mesyuarat.

Tuan HeeLoy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua, dan Tuan Yang di-Pertua akan memanggil. Sila duduk, Yang Berhormat. Sila.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak terang yang tidak faham ini. Kelulusan Exco betul tetapi sebelum laksana, mesti mendapat kebenaran KPKT. Yang Berhormat faham?Jadi semasa BN memerintah, kita tidak laksanakan lagi kerana KPKT belum beri kebenaran. Apabila BN kalah, kerajaan negeri ambil keputusan tersebut terus laksanakan tanpa mendapat kebenaran KPKT. Itu Yang Berhormat kena faham. Adakah segala keputusan yang dibuat oleh Barisan Nasional, bukan kah Pakatan Rakyat pakai?Kalau Yang Berhormat hendak kira, banyak keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, bila Barisan Nasional kalah, Pakatan tidak pakai pun. Kita kata macam contoh Loji Langat 2, kita kata buat, bila kita kalah, you all stop. Ini maksudnya.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat bahawa apabila harga ini dinaikkan, penduduk jumpa dengan KPKT. Kita kata tidak boleh naikkan harga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bangun, Yang Berhormat Menteri. Hendak bagi laluan?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak payahlah. Saya tidak bagilah terutama Yang Berhormat Shah Alam ini, dia lagi tidak tahu apa. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan ini, ini kawasan Parlimen dia. Saya tidak apa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Saya boleh jelaskan kepada Yang Berhormat.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang Di-Pertua · Kuala Krau

Sila.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, cukup faham ya?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, boleh?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa lagi?Saya bagi sebab ini kawasan Parlimen dia, saya bagi peluang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Okey, berkenaan dengan kenaikan harga sewa ini, bukan semua penghuni kita naikkan sampai RM250. Hanya yang baru yang ada masalah, yang lama kita kekalkan memang RM124. Memang sampai sekarang. Yang kenaikan ini hanya sedikit saja iaitu mereka yang baru masuk, baru pindah ke dalam, yang mampu. So, tidak ada masalah mereka kata tidak mampu untuk bayar RM250, tidak ada masalah. So, saya hendak Yang Berhormat Menteri faham...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya faham, Yang Berhormat, saya faham. Sebab itu saya kata, saya sudah turun ke padang,saya sudah tanya mereka sebab apa tidak bayar. Dia kata,“Macam mana kami hendak bayar? Double standard. Ada yang bayar RM124, ada bayar RM250.” Perjanjian pun sudah mati ada tidak disambung. Kemudian keadaan mereka cukup teruk. Bagaimana- tadi yang kata saya menceroboh. Ini baca ini... [Menunjukkan keratan akhbar berkaitan] Hari ini keluar, “Penghuni terseksa”. Begini kah keadaan rumah dalam bandar? Ini rumah, rumah kita.

Utusan Malaysia kah, Utusan Malaysia kah itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.

Wall Street Journalkah, Utusan Malaysia? Kalau Wall Street Journal, kami dengarlah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah, tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang jangan cakap dalam Dewan. Kita pergi tengok sama-sama. Kita pergi turun tengok dekat sana apa yang berlaku. Dan kata ceroboh, apa ceroboh? Kita pun tahu undang-undang. Kita pergi buat laporan polis. Sebelum KPKT masuk, kami telah membuat laporan polis pada 15 November. Rumah kita, tanah kita, bila kita suruh urus tidak reti urus, salah kah kita masuk dan kita hendak bagi bantuan? RM23 juta kita telah peruntukkan. Lif tidak berjalan. Ada tiga lif, tiga-tiga rosak, orang sakit tidak boleh hendak turun. Sampahnya teruk. Yang Berhormat pergi tengok tidak? Kalau tidak, takkanlah mereka mengeluh masuk surat khabar.

Patut bersyukurlah.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagilah laluan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sekarang ini apabila kita lihat bahawa kerajaan negeri tidak reti hendak mengurus sampah, tidak reti hendak mengurus rumah PPR, rumah kita, tanah kita, serahkan balik pada kita. Kita belanja RM100 juta, cukai RM124 sebulan kali dengan berapa tahun,kita tidak ambil satu sen pun.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

KPKT dah beri kepada kerajaan negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Mana boleh tuntut balik?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah lama berdiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya nampak Yang Berhormat. Ada lima orang ahli Wakil Rakyat termasuk Yang Berhormat Sepang, enam yang berdiri.

Saya pun bangun juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Akan tetapi, termasuk Yang Berhormat Kuala Selangor berdiri.

Ini semua mengarut ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sila diam. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, sila duduk. Ketika saya bercakap, sila duduk semua... [Disampuk] Saya nampak, bukan saya tidak nampak. Saya duduk di atas sekali daripada Yang Berhormat sekalian. Saya nampak. Akan tetapi saya mengambil kira ketika Yang Berhormat Menteri sedang menjawab persoalan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan saya menunggu peluang untuk mengatakan,“Yang Berhormat Menteri, ada 6, 7 orang wakil rakyat yang berdiri. Hendak bagi laluan kah tidak.” Saya tunggu saat itu, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, dia bukan menjawab soalan, dia berceramah politik. Tidak payah hendak tunggu dia habis, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Sangka buruk lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri, hendak bagi laluan tidak?

Tidak payahlah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau pemikiran macam Yang Berhormat Shah Alam, tidak payah bagi jalanlah. Bukan ceramah politik, saya cakap perkara yang betul. Saya cakap perkara yang betul. Rumah-rumah- saya bagi tahu Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, faham?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tiga orang yang bangun, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi apa salahnya kita masuk? Dah kita tahu- ibaratkan kalau rumah saya, rumah kita, kita dah bagi orang urus, rumah itu tidak terurus, salah kah kalau kita hendak ambil balik rumah kita? Sebab itu kita buat laporan polis.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Memang salah. You tahu undang-undang, dia lawyer, memang salah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Salah apa?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

You sudah serahkan sejak tahun 2001.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tak tahu dia faham macam mana.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Cakap undang-undang. You sudah serahkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya faham Yang Berhormat peguam, saya faham.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Macam mana boleh ambil balik?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila diam. Yang di belakang itu, tidak berdiri pun, duduk, sila diam. Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat Subang peguam kanan, bijaksana, saya faham semua itu tapi biarlah ikut peraturan. Walau sebijak mana pun kita...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sila duduk dan diam.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sepang, hendak berehat kah, Yang Berhormat Sepang?

Bukan.Saya kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila duduk, sila duduk, Yang Berhormat.

Okey, okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau ada sesiapa yang hendak rehat, minum teh, sila bangun lagi sebelum saya jemput. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Shah Alam bangun, hendak bagi laluan ataupun tidak kepada Yang Berhormat Shah Alam?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ingat beginilah, Yang Berhormat. Saya tengok Yang Berhormat Subang pun saya tidak bagi jalan. Sebab apa saya tidak bagi jalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tak bagi jalan kepada Yang Berhormat Shah Alam?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Shah Alam tak payah, Yang Berhormat Subang pun tak payah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tapi saya boleh bagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jadi Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Subang duduk diam-diam.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi laluan. Sila.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Subang...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri mengelirukan Dewan, macam mana hendak sabar?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab apa saya kata saya tak nak bagi laluan kepada Yang Berhormat Subang? Saya sengaja jolok, saya kata PPR ini ialah kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Saya tunggu Yang Berhormat Subang bangun. Sebenarnya kawasan rumah PPR ini bukan bawah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tapi bawah Yang Berhormat Subang. Bagaimana seorang Ahli Parlimen tidak faham kawasan dia? Yang Berhormat pun tidak pernah turun kawasan Yang Berhormat,dalam Dewan hendak jadi hero.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab itu....

Tadi beliau yang sebut kata bawah kawasan Parlimen...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, saya sengaja.

Dia sebut, kamu marah. Alah, jangan...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, sebab itu saya kata...

Ini mengelirukan Dewan ini, mengelirukan Dewan ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, apa sebab...

Dia sendiri sebut.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Tak faham peraturan ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa tak faham peraturan?

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak boleh macam ini, Tuan Yang di-Pertua. Orang berbincang hendak selesaikan masalah.

Dia yang sebut salah, lepas itu mengakulah salah.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa ini? Jawab soalan, selesaikan masalah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dah rumah dah diserah kepada kerajaan negeri, dah jadi milik kerajaan negeri, memanglah kamu masuk, kamu ceroboh. Itulah sebabnya kamu buat laporan polis sebelum kamu datang pasal dah faham benda itu. Kalau tidak, kenapa nak kena buat laporan polis? Kalau sudah rumah sendiri, kata tanah sendiri, rumah sendiri,buat laporan polis buat apa?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dah habis?

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dah memang sudah tahu bahawa ianya satu pencerobohan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dah habis?

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Main spin, spin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebab itu saya kata kalau siapa yang bangun, boleh rehat minum teh, boleh rehat. Okey.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab itu Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat pun sama.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, saya kata kepekaan kita. Saya bila saya kata PPR ini kawasan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebelum itu, Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dengar dulu. Cukuplah, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Saya sudah bagi tahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila duduk dulu, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tengok Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang tidak bangun pun. Patut dia bangunlah kata itu adalah Parlimen dia. Tapi dia tidak bangun.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduklah Yang Berhormat Subang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduklah. Yang Berhormat Subang pun tidak tahu itu kawasan dia.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Pencerahan boleh, pencerahan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak pernah turun padang, sebab itu tidak faham itu kawasan dia.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Apa tidak turun padang? Lagi hendak bohong.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Subang, terima kasih. Subang Jaya very good, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bagus, dia fight for Yang Berhormat Subang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Pencelahan, pencelahan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Lagi hendak bohong kepada Dewan. Tidak turun padang, tidak faham undang-undang.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Subang, kalau setakat hendak jadi hero dalam Dewan, duduklah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kementerian telah serah secara rasmi melalui perjanjian kepada kerajaan negeri pada tahun 2001. Macam mana dia mahu ambil balik? Kena buat melalui undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tak jemput lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tidak jemput lagi.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dia, dia, dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tahu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Isu menceroboh ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tidak faham. Masa kita serah tidak ada apa-apa perjanjian. Macam mana Yang Berhormat kata boleh ada perjanjian?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yakah? Tidak ada apa-apa dokumentasi, satu surat pun tidak ada?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat tak tahu kawasan Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak tahu sejarah, Yang Berhormat hendak cakap? Duduklah Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Satu surat pun tidak ada?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat pun tidak tahu sejarah, duduk. Dah lah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

You serah 3,000 unit...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kawasan sendiri pun tidak tahu jaga Yang Berhormat duduk hari ini. Macam mana Yang Berhormat hendak tolong ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

...Tidak ada satu surat pun.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat hendak tolong apa, orang tengah menderita ini. Yang Berhormat hendak tolong apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerajaan cacamerba. Serah 3,000 biji rumah, tidak ada surat perjanjian. Kerajaan cacamerba betullah.

...Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ada kah surat 3,000 rumah, tidak ada surat. Apa punya kerajaan?...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab, sebab apa? Sebab waktu kita sama- sama Barisan Nasional, kita jaga rumah itu dengan cantik, dengan elok. Sejak tahun 2008 sampai lapan tahun keadaannya teruk.

Jaga reban ayam lagi baiklah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi, sebab itu saya hendak beritahu bahawa apa pun berlaku, KPKT akan ambil alih semula rumah PPR...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini kerana Menteri ingat tahun 2008 dia boleh menang tapi dia kalah. Itulah masalahnya.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ini kes rompak ini. Langgar undang-undang ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tidak buat surat kerana dia ingat Selangor ini milik Kerajaan Barisan Nasional selama-lamanya.

Sebab itu jaga elok- elok, UMNO kalah [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta maaflah Menteri, minta maaf...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya ulang, Tuan Yang di-Pertua saya ulang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bila-bila pun mereka boleh ambil balik, bayar RM60 juta dulu, kita serah balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang, saya belum jemput lagi. Yang Berhormat Kota Raja pun sila duduk. Yang Berhormat, hari ini ialah hari terakhir untuk kita menjawab perbahasan bagi Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jangan main politik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kita hari terakhir. Kalaulah hendak berlanjutan, kita tidak ada masalah. Pukul 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi pun tidak apa...

[Dewan riuh]

...Malam Jumaat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Nanti Yang Berhormat, saya belum habis lagi. Bagi saya dapat liputan TV1 RTM lama sikit [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Langat, saya pun begitu juga Yang Berhormat. Bila saya sebut boleh sampai 3 pagi, 5 pagi, Yang Berhormat Kuala Langat tidak setuju kerana malam ini malam Jumaat. [Ketawa] Saya pun tidak faham kenapa malam Jumaat kena balik awal. Jadi Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Lipis sahaja agaknya faham. Jadi Yang Berhormat, kita balik kepada tajuk asal ya. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Jangan politik jawab soalan itu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak jawab politik, saya jawab betul. Saya hendak beritahu kita akan ambil alih. Kita harap yang di sana pun sokong sebab kita hendak ambil alih, niat kita satu. Kita belanja dekat RM23 juta kali ini, kita hendak membetulkan masalah lif, masalah rumah tidak terbela, masalah sampah sarap, itu tujuan kita, niat kita baik kerana kita hendak memastikan bahawa orang-orang miskin yang tinggal di sana hidup tidak terus menderita, itu tujuan kita [Tepuk]

Mencelah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak pergi ke isu yang lain.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sungai Besar.

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Besar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada yang bangun lagi, yang mana satu?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya bagi last, Yang Berhormat Sungai Besar dan Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya ingat pihak kementerian tidak jawab lagi, soalnya ada pencerobohan atau tidak ada pencerobohan. Saya ingat ini tidak dijelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, tadi Menteri pun dah jawab Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat, sila-sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah isu ini. Yang Berhormat Menteri kata nanti dia hendak ambil alih, cara macam mana pun KPKT akan ambil alih. Itu jawapan Yang Berhormat Menteri. Jadi kita faham.

Menteri. Ada jawapan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Barisan Nasional pun tidak faham jawapan daripada Menteri ini, nampak. Dia tanya lagi tadi [Ketawa]

Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang, sakit.

Menteri, saya minta izin.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak pergi tajuk lain. Yang Berhormat Ampang hendak cakap fasal PPR?

Fasal ambil alih PPR tadi ya Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa pihak kerajaan negeri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, sila.

...sudah memberikan angka...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya macam inilah. Signalnya bila dia ambil...Yang Berhormat Ampang.

Sekiranya sedia untuk membayar balik RM61 juta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya belajar daripada cue, bila Yang Berhormat Menteri duduk baru Yang Berhormat Ampang boleh bercakap. Sila Yang Berhormat Ampang. Ya, tadi saya belum jemput, peraturan mana Yang Berhormat boleh bercakap.

Okey, tidak apa. Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak kefahaman sedikit. Bila kita berdiri, kata jangan berdiri, tidak boleh berdiri. Jadi kalau tidak berdiri, macam mana hendak nampak kita hendak bercakap, kita tidak tekan mike, belum tekan mike. We just stand to gain the attention. Habis Tuan Yang di-Pertua kata jangan berdiri, bila saya bercakap jangan berdiri, macam mana? So, which is which, now dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, sila duduk, sila duduk. Sila baca Peraturan 37(1)(a) dan (b). Jelas...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Seorang yang sedang berucap, seorang lagi atau berapa ramai yang hendak bangun berdiri...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tengah bercakap, itu pun tidak ikut peraturan. Bila saya bercakap, Yang Berhormat

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

pun che, che, che, che. Baca ini dan apabila seorang yang sedang berucap mengalah, duduk dan apabila nama dijemput, dipanggil oleh Tuan Yang di-Pertua baru Yang Berhormat Ampang boleh bercakap...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ampang, yang lain sila diam.

...Berdiri boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tidak kata tidak boleh berdiri.

...Tadi cakap tidak boleh berdiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Itu ketika saya sedang bercakap. Yang Berhormat jangan putar belit Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berminat duduk dalam Dewan, Yang Berhormat boleh berehat. Sila Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri beri laluan kepada Yang Berhormat Ampang? Sila dengan sukacitanya dipersilakan Yang Berhormat Ampang [Ketawa]

Ya, dengan sukacitanya juga saya mengambil peluang ini. Okey, jadi Yang Berhormat Menteri tadi kata sudah bersedia untuk mengambil alih. Bukankah kerajaan negeri dah kata you pay, bayar RM61 juta, ambil alihlah, tidak jadi masalah. Sekarang ini juga kerajaan negeri telah menjalankan kerja penyelenggaraan yang telah membabitkan banyak, berjuta-juta, bukan RM23 juta sahaja yang disebutkan oleh Menteri tadi, itu sikit saja. Macam-macam kerajaan negeri dah buat RM23 juta dan banyak tempat juga dan program ceria dan sebagainya. Satu lagi saya hendak sebut, PPR Lembah Subang ini telah di-handover kepada kerajaan negeri pada tahun 2001. Kerajaan Pakatan datang tahun 2008, sebelum itu pun ada banyak masalah, jangan cuba hendak cakap tidak ada masalah. Oleh sebab ketika itu I scratch your back, you scratch my back. You are not going to bring the issue here. Sekarang dengan adanya kita di sini, maka ia menjadi satu isu. Saya hendak sebut juga bahawa ketika itu Kerajaan Negeri Selangor kita ambil alih, projek sifar setinggan ketika itu habis setinggan semua. Bila kita ambil alih, rumah setinggan pun tidak ada. Kita ambil alih rumah PPR, rumah low cost yang dibuat dengan kualiti yang rendah, itulah najis-najis yang kita kena bersihkan Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2008 dan ini termasuklah Lembah Subang ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat okeylah, kalau Yang Berhormat kata itu salah BN, serah balik kepada kitalah, itu sahaja. Kemudian minta RM60 juta, RM60 juta bagilah list apa RM60 juta. Kita punya bajet lagi banyak kita belanja. RM124 kalau kali dengan sebulan kali dengan 3,000 buah rumah, berapa sebulan kalau kita hendak kira? Bagi list, kita hendak tengok apa yang sampai RM60 juta. Kita dah serah buat tahun 2002 kita kalah, BN kalah di Selangor pun kita belanja RM22,000 lagi kita belanja untuk membela nasib rakyat [Tepuk] Sudahlah Yang Berhormat Ampang, nak cakap Ampang. Saya pergi Ampang, rumah kos rendah Ampang pun teruklah. Yang Berhormat mana ada turun padang? [Ketawa] [Tepuk] Okey saya hendak teruskan. Yang Berhormat pun tidak turun padang, hendak cakap banyak...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Ketawa] Okey, saya hendak pergi yang akhir. Saya hendak pergi kepada perancang bandar.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Parit bangun.

Yang Berhormat Parit, saya hendak pergi perumahan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Perumahan? Okey, perumahan.

Tuan Yang di-Pertua dan Menteri, waktu saya berucap tempoh hari, saya menyebut tentang betapa secara berleluasa atau secara sewenang-wenangnya PBT menamakan nama-nama taman perumahan, projek-projek perumahan, pusat perniagaan dalam bahasa Inggeris oleh PBT.

Umpamanya macam Kampung Kerinchi, ditukarkan kepada Bangsar South, Kampung Abdullah Hukum, kepada KL Eco City dan sebagainya. Jadi persoalan saya ialah apakah tiada peraturan atau garis panduan dalam menamakan taman-taman ini? Sebab ia bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan hingga hari ini. Minta Yang Berhormat Menteri jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih orang Parit semangat kebangsaan yang kuat. [Ketawa] Saya hendak maklumkan bahawa memang ada dalam satu mesyuarat, memang dibawa oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka supaya nama-nama perumahan ini gunakanlah nama-nama kebangsaan. Walau bagaimanapun saya hendak tegaskan bahawa kuasa untuk meluluskan nama-nama taman ini ialah kuasa PBT. Kalau kita bagi panduan sekalipun tetapi kalau PBT yang meluluskan, kami KPKT ini tidak ada kuasa. Kita menerima apa juga nama-nama yang diputuskan oleh pihak PBT. Jadi oleh sebab itu Yang Berhormat, ini saya hendak jelaskan ialah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang meluluskan nama-nama ini. Akhir sekali ialah isu perancangan bandar. Ahli Yang Berhormat Gombak turut membahaskan isu yang menyentuh bidang kuasa KPKT iaitu perancangan bandar. Ahli Yang Berhormat Gombak mendakwa sejak tahun 2008, tiada rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam perancangan pemajuan negeri tersebut seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 20A Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172]. Satu tuduhan yang cukup bahaya kita dengar. Tidak ada rundingan langsung. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak tak ada. Yang Berhormat Ampang orang kuat dia boleh sampaikan, Yang Berhormat Bukit Katil pun orang kuat dia boleh sampaikan. [Ketawa] Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Gombak melalui wakil-wakil yang hero-hero dari Selangor ini beritahu kepada Menteri Besar Selangor. Dengar baik- baik jawapan saya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak tahun 2008 hingga 2016, sebanyak 434 permohonan telah dikemukakan dan diproses secara rundingan di bawah seksyen 20A, Akta 172 bagi seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Seluruh negara kita ada rundingan. Daripada jumlah tersebut iaitu jumlah 434 ini, saya hendak nyatakan bahawa jumlah yang paling tinggi mendapat rundingan ialah daripada Kerajaan Negeri Selangor iaitu sebanyak 187 projek ataupun 4.3 peratus permohonan adalah dari negeri Selangor. Bagaimana sebagai seorang Menteri Besar, Ahli Parlimen Gombak bercakap dalam Dewan yang mulia ini tanpa fakta? Dulu cakap fasal River of Life. Dia kata River of Life tidak sampai ke Selangor. Saya hendak beritahu, River of Life sampai ke Selangor. Ini masalah dengan Menteri Besar Selangor iaitu Yang Berhormat Gombak. Kalau sudah kepalanya pun tak betul, itu sebab anak buah dia pun semua tak betul...

[Dewan ketawa]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau sudah ketua pun cakap tak betul, menipu Dewan, bagaimana?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Apa ni?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Alah Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Cakaplah betul-betul.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini cakap betullah ni.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya cakap betul bahawa bagaimana seorang Ahli Parlimen Gombak, Menteri Besar ...

Sama jugalah kalau Menteri tak betul, kepala Kabinet semua tak betullah itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa? Saya cakap betul. Ini soalan. Ini soalan saya jawab.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, boleh jawab?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagaimana dia mendakwa tidak ada perbincangan? Saya ada senarai. Senarai saya minta kalau-kalau pegawai saya salah tulis. Ini senarai semua ada. Hendak buat lebuh raya pun kita bincang, semua kita bincang dengan Kerajaan Negeri Selangor. Bagaimana seorang Menteri Besar, Ahli

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Parlimen Gombak boleh menyatakan tidak ada rundingan, apa maksudnya? Hendak memberikan satu pandangan seolah-olah Kerajaan Persekutuan ini hendak mengetepikan negeri Selangor. Ini satu dakwaan yang tidak betul. Ini jawapan saya. Jadi saya hendak beritahu bahawa jangan hendak mencari publisiti murah di dalam Dewan dengan hendak memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah Kerajaan Persekutuan menganaktirikan Kerajaan Negeri Selangor, tidak pernah berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor. Saya hendak nyatakan, apa juga termasuk KPKT, apa juga tanggungjawab kita kepada Kerajaan Negeri Selangor, kita tetap mengadakan rundingan, kita tetap memberikan pembelaan kepada semua rakyat termasuklah rumah Subang 1. Kita hendak tolong, hendak tolong rakyat. Mengapa hendak halang? Jadi sebab itu saya nyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Gombak adalah tidak betul. Akan tetapi dia tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya yang akhir- Ahli-ahli Yang Berhormat bandar Tun Razak pula ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya? Apa hendak jadi peguam bela Menteri Besar?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh beri laluan?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, bukan apa, saya hendak beri teguran sikitlah Tuan Yang di-Pertua. Nasihatkan Menteri KPKT ini. Nampak sangat teringin hendak jadi Menteri Besar Selangor...

[Dewan ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Datang-datang dok bantai Menteri Besar Selangor. Sikit-sikit Menteri Besar Selangor. Kasihanlah. Saya takut nanti dia breakdown. Kesedihan [Ketawa]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya masih ingat lagi, waktu saya duduk sebagai backbencher, Yang Berhormat Shah Alam hina saya benda yang sama. “Oh! Apalah hendak cakap banyak. Dah jadi backbencher, Menteri pun kena gugur”. Hari ini saya jadi Menteri. Apa ulasannya?...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa Yang Berhormat nak cakap?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hah! Duduklah, duduk.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia betul-betul membuktikan ...

Membuktikan tak ada orang. Dah tak ada orang lagi dah. Tak ada orang lagi dah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia teringin sangat hendak jadi Menteri Besar. Kasihan dia lah.

Yang Berhormat Pekan terpaksa ambil dia. Tak ada orang lagi dah.

Jangan berangan di siang harilah [Ketawa]

Tak ada orang lagi dah hendak ambil. Inilah Menteri yang ada pun.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya. Sebab itu nanti apabila saya jadi Menteri Besar Selangor esok, apa yang Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Menteri, bila hendak jadi Perdana Menteri?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dahlah Yang Berhormat Shah Alam. Modal Yang Berhormat Shah Alam ini sudah lapuklah. Jangan, jangan hendak pandang rendah pada orang. Sebab itu Yang Berhormat lepas masuk PAS masuk PAN. Tak ada pendirian.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Bila jadi PM? Bila jadi PM?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tak ada. Saya tetap jadi ...

AMANAH lah bodoh. AMANAH lah bodoh.

Yang cakap pun jangan pandang rendah pada orang juga. Yang cakap itu pun jangan pandang rendah pada orang juga [Ketawa]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Dia cakap “Bodohlah”.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Samalah. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Shah Alam, kalah bertanding dalam PAS, lari masuk PAN. Apa punya pendirian? Malulah.

Tuan Yang di-Pertua, ini bohong ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Dalam perlembagaan AMANAH, ringkasan untuk Parti Amanah Negara ialah AMANAH, bukan PAN lah. Apa punya Menterilah? Banganglah...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

PAN ini dekat Indonesia lah Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak apalah. Suka hati sayalah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya harap Yang Berhormat Menteri ini bacalah buku sikit.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Suka hati- tidak ada dalam mana-mana undang- undang-undang kalau saya kata PAN merupakan satu kesalahan. Ada undang-undang? Suka hati kita lah...

Bacalah perlembagaan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Orang dah kata...

Apa lah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya kata PAN, tetap PAN!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia bukan salah undang- undang. Dia maknanya tak ada maklumat. Ketinggalan. Tak faham.

Yang Berhormat Tanjong Karang. Parti Amanah ini nama ringkas dia AMANAH, bukan PAN. Bukan udang, bukan PAN. Dia AMANAH.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya. Yang Berhormat hendak kata AMANAH kah, nak mengatakan menipu, itu hak Yang Berhormat. Saya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang tetap mengatakan Parti Amanah Negara ini adalah PAN. Hal sayalah.

Saya juga ingin mengatakan ini adalah udang! Menteri udang!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dalam Parlimen, tengok! Baca, baca itu... [Merujuk kepada paparan skrin dalam Dewan] S.H.A.H A.L.A.M. Itu, boleh baca tak? Menteri pandai baca tak?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Betullah. Okey, baca.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

A.M.A.N.A.H- AMANAH.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, ya, faham, faham.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Harap Yang Berhormat Menteri bacalah sikit. Janganlah nak jadi Menteri tak baca.

Apalah Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dah habis? Dah habis?

Macam mana Yang Berhormat jadi Menteri? Saya pun peliklah. Tak ada orang lain kah ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Dah Yang Berhormat, dah? Yang Berhormat, cukup, cukup.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hei! Yang Berhormat Sepang. Hei! Yang Berhormat Sepang. Tak apa, biar saya cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri sudah habis?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Macam ini nak cakap, Yang Berhormat Sepang, diamlah. Yang Berhormat Sepang lawan saya di Tanjong Karang, kalah. Lari. Lawan saman saya di mahkamah pun kalah. Dua kali kalah.

Eh! Sudah lamalah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu cerita lama. Itu zaman Barisan Nasional memerintah Selangor.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dah, dah, duduk, duduk.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu zaman tok kaduk. Sekarang ini lain cerita.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Dua Peter Pan bergabung.

Tak habis-habis cerita benda itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Dia menang sebab Zain tolong. Zain tolong. Zain kata lawan dengan ini. Lawan dengan Noh udang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup, cukup.

Cerita politik kah atau cerita apa ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, cukup lah Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Sepang, yang tak ada local standard dengan saya, duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kedua, Yang Berhormat Shah Alam. Saya kata AMANAH, betul. Dengar dulu saya cakap. Kalau orang ada amanah, tak akan lari daripada perjuangan PAS. Ini tak ada amanah. Sudahlah, duduklah. Saya hendak tutup.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerana amanah lah yang kita tubuh parti baharu kerana kita hendak teruskan perjuangan, kalahkan UMNO Barisan Nasional.

Hei! Parti Bersatu pun lari daripada UMNO. Hei! Ramai keluar daripada UMNO, tahu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

UMNO pun sudah berpecah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tun Mahathir dah keluar dah. Tak ada orang lagi nak UMNO ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Mengetuk tukul] Yang Berhormat, nampak ini?... [Menunjukkan tukul]

Ini Menteri tak ada class lah. Ini apalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini cukup. Yang Berhormat Menteri, duduk...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebab saya ada tukul, saya tidak jadi pengerusi forum politik. Sebab saya ada tukul, saya jadi Speaker dan mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat. Sila Yang Berhormat Menteri. Sudah habis ya?...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya sudah habis. Saya hendak tutup bahawa saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu- isu ini dan juga saya hendak buat penutupan bahawa ialah saya hendak tutup sekali bahawa Yang Berhormat Sepang sudah tidak ada local standi, dengan saya. Yang Berhormat Shah Alam sudah tidak ada amanah. Terima kasih...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Cukuplah Yang Berhormat. Kita, 30 minit Yang Berhormat kita berpolitik. Sekarang saya menjemput giliran Jabatan Perdana Menteri yang dimulai oleh Yang Berhormat Pengerang. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai Menteri pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya mohon untuk menjawab isu-isu utama yang dibangkitkan yang berada di bawah tanggungjawab saya yang menyentuh hal ehwal perundangan yang melibatkan agensi-agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Peguam Negara. Seterusnya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi berikut iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, Parlimen, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Audit dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan sekiranya masa mengizinkan Tuan Yang di-Pertua. Memandang terdapat beberapa lagi rakan-rakan Menteri, saya di maklumkan tujuh orang selepas saya,maka untuk menjimatkan masa Dewan yang mulia ini saya memohon kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa setiap daripada Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab kalau boleh paling maksimum satu jamlah sebab saya dengar kalau bolehlah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Setiap seorang Menteri satu jam?

Kalau boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tujuh jam [Ketawa] Sila Yang Berhormat.

Tujuh jam.Tuan Yang di-Pertua sebut tadi fasal...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dia Speaker, saya dengan rakan sejawat saya Yang Berhormat Beluran tidak ada masalah. Cuma saya minta wakil rakyat yang lain juga tetap bersama dengan Speaker-Speaker duduk dalam Dewan. Kalau itu, tidak ada masalah. Nanti pukul 5.30, tinggal tiga empat orang sahaja. Sila Yang Berhormat Menteri. Minta kerjasama semua wakil rakyat walaupun malam ini malam Jumaat.

Saya baru hendak sebut malam Jumaat Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri pun sebut juga malam ini malam Jumaat.

Ya. Sebut sahaja malam Jumaat [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Batu Kawan bangkitkan isu hukuman gantung sampai mati dan mohon penjelasan mengenai status terkini kajian yang dibuat oleh pihak kerajaan. Yang Berhormat Ipoh Barat juga aktif dalam membangkitkan isu berkaitan dengan hukuman mati dalam Dewan yang mulia ini.

Selain itu, ada antara isu favorite banyak Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan dalam Hansard kalau kita tengok daripada sidang yang dahulu. Walau bagaimanapun, saya berharap mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu ini untuk kepentingan masing-masing kerana ia satu isu yang amat sensitif yang kerajaan sedang mengambil perhatian. Saya juga ingin memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas berkaitan hukuman mati yang telah ditubuhkan pada tahun lepas, 5 September 2016 yang mana Yang Berhormat Ipoh Barat sendiri telah menjadi salah satu daripada ahli jawatankuasa tersebut. Wakil- wakil juga daripada SUHAKAM, Amnesty International, Majlis Peguam Malaysia, ahli akademik, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri dan juga Majlis Keselamatan Negara. Berbagai-bagai isu berkaitan hukuman mati telah dibincangkan dalam mesyuarat ini sebagai proses consultative dengan semua pihak-pihak yang berkepentingan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, antara akta-akta yang diperuntukkan hukuman mati dalam negara kita sebagai salah satu daripada hukuman mati ialah dengan izin, Penal Code [Akta 574], Dangerous Drugs Act 1952 [Akta 234], Firearms (Increased Penalties) Act 1971 [Akta 37], Armed Forces Act 1972 [Akta 77], Kidnapping Act 1961 [Akta 365], Water Services Industry Act 2006 [Akta 655], Strategic Trade Act 2001 [Akta 706] dan Arms Act 1960 [Akta 206]. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara telah menjalankan satu kajian bagi meneliti isu undang-undang dan dasar hukuman mati dalam negara kita. Berikutan daripada begitu, keputusan Jemaah Menteri untuk mengkaji isu ini pada 2 hari bulan November 2012. Ini permulaan, kajian telah diarahkan oleh keputusan Jemaah Menteri. Sehubungan dengan itu, satu kajian yang menyeluruh berkaitan dengan hukuman mati telah dijalankan melalui International Centre for Law and Legal Studies (I-CeLLS) oleh Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama pakar-pakar antarabangsa dalam bidang ini. Laporan kajian tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini dan Jemaah Menteri seterusnya memutuskan supaya Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula khususnya bagi memberi ruang budi bicara kepada Hakim dalam menjatuhkan hukuman dengan menetapkan hukuman yang bersesuaian khususnya ke atas kes-kes di mana pesalah sebenarnya lebih wajar hanya dihukum penjara, tetapi mungkin peruntukan yang sedia ada Hakim tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati. Hasil kajian tersebut yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 hari bulan Mac 2017 oleh Yang Berbahagia Peguam Negara sendiri, Tan Sri Peguam Negara di mana Jemaah Menteri telah bersetuju dan memutuskan bahawa pindaan dibuat kepada seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan memasukkan peruntukan tambahan bagi memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati mandatori dalam keadaan-keadaan tertentu yang ditetapkan bagi kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B akta berkenaan. Justeru itu, kementerian serta agensi yang berkaitan seterusnya akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri yang baru bersama-sama dengan cadangan pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua,saya juga ingin menegaskan di sini...

Okey, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang bangun.

Okey? Soalan fasal ini.

Boleh saya habiskan Yang Berhormat Sepang?

Boleh. Boleh.

Tuan Yang di-Pertua,saya ingin menegaskan di sini walaupun itu adalah keputusan Jemaah Menteri, tetapi hukuman mati mandatori tidak boleh dilihat tidak berfungsi sebagai satu hukuman pencegahan. Hal ini kena kita lihat di mana tidak adanya boleh dikatakan satu bukti yang menyatakan bahawa kalau dikatakan hukuman mandatori ini boleh dilihat sebagai langkah pencegahan yang boleh dijamin 100 peratus. Contohnya, jumlah tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi meningkat khususnya daripada 93,100 orang bagi tahun 2010 kepada 140, 938 orang bagi tahun 2015. Perkara ini juga telah dibentangkan oleh

pensyarah-pensyarah kanan universiti UiTM yang dibentangkan dalam prosiding of International Conference on Social Sciences Research. Silakan Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, soalan saya,yang pertama saya mengalu-alukan pindaan yang mungkin yang hendak dibuat tentang memberikan kuasa hakim budi bicara untuk boleh tidak mengenakan hukuman mati itu. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, bagi saya ini satu kalau betullah pindaan ini dibuat, satu yang baik kerana sekurang-kurangnya kita boleh menggalakkan lagi plea bargaining, dengan izin. Sebab plea bargaining telah jadi satu undang-undang negara kita ini. Keduanya Tuan Yang di-Pertua,boleh tidak Yang Berhormat Menteri beri satu jaminan pending amendment ini diluluskan? Kalau boleh kita buat satu moratorium, jangan adanya hukuman-hukuman bunuh ini dilaksanakan ke atas kes-kes yang sekarang ini, yang pending sekarang ini.

[Bangun]

Sebab tidak fairlah kalau sekiranya kita teruskan. Kita kata hendak pinda, mereka ada legitimate expectation untuk hukuman itu tidak dikenakan,tiba-tiba kita teruskan juga. Jadi, minta Yang Berhormat Menteri boleh tidak kita adakan moratorium? Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Dengan izin Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua yang bangun. Mana satu Yang Berhormat Menteri?

Keep going.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dahulukan dengan bercakap terima kasih pada Yang Berhormat Menteri kerana lepas lebih kurang lima tahun membawa perkara ini, Kabinet telah meluluskan satu pada pandangan saya, satu revolusi movement yang bagus untuk semua. Walaupun ini adalah satu baby steps di mana walaupun kita berharap ia akan menghapuskan death penalty untuk semua kes. Akan tetapi, ini adalah satu permulaan dari apa saya ketahui. Parliamentary for Global Action di mana saya setiausaha telah membawa perkara ini dan tahun dahulu pada 5 hari bulan September, kita mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri dengan stakeholders.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih kerana memberi undangan tetapi yang lebih mustahak adalah seperti yang dikata oleh kawan-kawan lain dan saya juga ingin ketahui adakah kerajaan fikir untuk mengimplementasikan balik jury trial dalam negara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cadangan yang telah pun dinyatakan tadi. I think, dengan izin, ini adalah step in the right direction. Akan tetapi perlunya dinyatakan juga bahawa sekiranya pindaan ini dilaksanakan, sepatutnya ia dilaksanakan across the board untuk kesemua kesalahan yang mengenakan death penalty because death penalty is irreversible, dengan izin. Sekiranya pindaan ini dibuat saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri sekiranya the discretion is given whether or not that amendment would be retrospective in nature. Ertinya sama ada sekiranya pindaan itu dibenarkan dalam tahun ini, bolehkah hakim-hakim revisit death penalty or pending cases of death penalty to implement this amendment retrospectively. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada tiga sahabat saya Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor, yang memang saya sudah agak akan tanya soalan ini sebagai peguam bela dan pengamal peguam bela peguam cara memang ini selalu soalan yang ditanya. Akan tetapi saya ingin menyatakan di sini sebenarnya pada 1 Mac 2017, keputusan pertama kerajaan ialah untuk mengkaji semula kuasa hukuman yang diberi kepada hakim, yang mana kita tahu isu budi kuasa budi bicara ini sebenarnya bukan baru dalam negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 1983, kita ini memang daripada dahulu kalau kita tengok daripada Akta Dadah Berbahaya 1952, akta ini ditubuhkan. Kita tengok bahawa kuasa yang mana pindaan ini berlaku pada tahun 1983 di mana falsafah hukuman mandatori telah diletakkan dalam pembacaan kepada hukuman dari segi sentencing oleh hakim-hakim yang menjadi hakim kepada kes bawah 39B. Akan tetapi apa yang berlaku pada 1 Mac 2017 yang saya sebut kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian ialah langkah pertama yang dibuat oleh kerajaan ialah untuk mengkaji. Mengkaji semula kuasa hukuman mati ini diberi kuasa budi bicara kepada hakim yang perlu dilihat semula dan dikaji semula. Maknanya selepas ini cadangan kepada persepsi yang bagaimana yang perlu kita lihat hakim itu untuk menggunakan kuasa bicara. Ini belum diputuskan lagi ya Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, sebab pertama sekali contoh yang kita boleh ambil, contoh paling terdekat ialah yang di Singapura. Saya rasa Yang Berhormat Ipoh barat sendiri dalam NGO-NGO antarabangsa itu memang peka kepada apa yang dibuat di Singapura sebagai contoh. Di mana mereka meletakkan kuasa budi bicara dalam keadaan tertentu, sebagai contoh. Ini sahaja contoh Tuan Yang di-Pertua, bukan kepastian yang akan diambil oleh kerajaan kita pada hari ini. Contoh yang berlaku di Singapura di bawah Singapore Drug Act, dengan izin, di bawah seksyen 33B. Di mana kuasa budi bicara itu boleh pakai dalam senario-senario tertentu iaitu bawah seksyen 33B(1) dan (2). Senario-senario sebagai contoh saya bagi senario, saya rasa Yang Berhormat pun tahulah. Contohnya dalam kes, dengan izin, transporting, sending or delivering a controlled drug, budi bicara dipakai. To offering, to transport, send or deliver of a controlled drug, budi bicara dipakai. To doing or offering to do any act proprietary or for the purpose of his transporting combined activities, dengan izin, dan paling dalam subseksyen 2B ini diletakkan ialah the Public Prosecutor certifies to any court that in his determination the person has substantively assisted the Central Narcotics Bureau in distributing drugs trafficking activities within or outside Singapore. Ini cara Kerajaan Singapore melihat di negara Singapore melihat kepada definisi kuasa budi bicara dalam keadaan tertentu. Akan tetapi dalam negara kita, kita masih pada fasa pertama iaitu mana arahan kabinet ialah untuk mengkaji semula yang mana pejabat Peguam Negara telah membuat kajian dan perlu melihat di dalam segi cadangan kepada pindaan seksyen 39B. Pada minggu lepas saya telah memanggil Peguam Negara, minta maaf bukan Peguam Negara tetapi Solicitor General yang kedua yang bertanggungjawab dalam isu-isu hal prosecution, dengan izin, untuk melihat dan untuk dibawa ke dalam mesyuarat kabinet secepat mungkin supaya perkara ini dapat dibawa ke Parlimen untuk buat pindaan kepada seksyen berkenaan selepas kabinet bersetuju daripada peringkat mana. Akan tetapi Yang Berhormat dalam isu berkenaan dengan moratorium yang Yang Berhormat Sepang bawa pada isu tentang adanya jury trial yang mana Yang Berhormat Ipoh Barat bawa kepada isu Yang Berhormat Bukit Gelugor iaitu kepada kes kebelakangan ke hadapan belum lagi dibincangkan dalam mesyuarat kabinet tersebut. Jadi di sini saya sebagai Menteri de facto law minister ada benda yang saya boleh jawab ada benda yang saya tidak boleh jawab. Akan tetapi setakat ini saya hanya boleh mengatakan bahawa kabinet telah bersetuju supaya pejabat Peguam Negara mengkaji semula dan membawa cadangan pindaan kepada seksyen 39B di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri boleh sikit.

Dalam isu ini sahaja ya Tuan Yang di- Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang mana satu Yang Berhormat. Yang mana satu Yang Berhormat.

[Bangun] Saya sedikit sahaja. Just a very short...

Yang Berhormat Bukit Gelugor, you kena beri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Saya nak jawab pada Tuan Yang di- Pertua. Saya cadang kepada ladies first.

Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Batu Kawan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersama rakan-rakan di sebelah sini mengucapkan terima kasih di atas inisiatif khususnya, yang telah diambil oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, de facto law minister, Yang Berhormat Pengerang yang telah, dengan izin, escalate isu ini secepat mungkin. Memandangkan pada tahun lepas mantan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan, dengan izin, the reason why there is a delay in implementing or abolishing the death penalty in Malaysia is because the majority of the public want ‘revenge’, they want to seek revenge and that is the reason why there is a delay. Akan tetapi saya mengalu-alukan perkembangan baru ini saya ingin tahu selepas seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sudah lima tahun berulang-alik, pergi persidangan antarabangsa. We even played host here for the PGA Congress on the abolition of the death penalty. We still have no conclusion, we know we are in the right direction, dengan izin. But we don’t know what is the end story, how long do we have to wait. Some of this men and women on death row have been in 10 years, 12 years. Some have come to point of even saying “just hang me lah, I’m done serving my death sentence, this is torture already this is worst than hell. So, untuk masih yang dalam – on death row, I think their interest also should be put, it’s a matter of human rights, Yang Berhormat Menteri. We should come to this conclusion as soon as posibble how long is the study needed, how soon are we going to make this decision that we are going to put a moratorium on 39B cases and give discretion to the judges. Why can’t we have a blanket moratorium on all death row inmates. Saya ingin bertanya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun. Yang Berhormat Shah Alam, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bila Menteri duduk itu saya kira Menteri bagi laluanlah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Elok tertibnya Yang Berhormat Shah Alam ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Elok tertibnya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua [Ketawa] Ia jenis galakan yang saya perlukan. Saya mendengar dengan cukup minatlah penghujahan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri dan apa yang telah menarik perhatian saya ialah bahawa justifikasi untuk mengadakan mandatory death sentence ini pun telah terbukti justifikasi itu tidak lagi boleh dipakai kerana ianya merupakan atau diletakkan di situ sebagai satu deterrent iaitu bila diadakan satu

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

mandatory death sentence maka diharapkan bahawa itu akan ada pengurangan dari segi kes-kes yang melibatkan salah guna dadah ini dan sebagainya. Akan tetapi menteri sendiri dalam penghujahannya telah menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada pengurangan tetapi makin bertambah. Dalam kita meletakkan mandatory death sentence ini apabila justifikasinya sudah tidak boleh dipakai dan terbukti tidak tepat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka kita kena lihat dengan secara serius tentang implikasi terhadap persoalan keadilan. Kerana kita tahu bahawa bila diletaknya mandatory death sentence maka pertimbangan dan faktor-faktor mediasi yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan langsung tidak boleh diambil kira. Apabila persoalan mitigasi ini tidak boleh diambil kira, maka institusi kehakiman tidak boleh menegakkan keadilan. Saya sendiri telah terlibat dengan beberapa kes pemuda yang ditahan sejak usia 18 tahun oleh kerana ada dadah dalam motosikal yang dibawanya dan dia telah dijatuhkan hukuman mati walaupun dia menyatakan bahawa itu bukan motosikal dirinya, dia pinjam motosikal kawan. Tetapi tidak ada usaha pembuktian sebaliknya dan terus dikatakan dadah itu dijumpai dalam simpanan tuan, tuan didapati bersalah, tuan dikenakan hukuman mati. Saya merasakan ini satu persoalan yang begitu besar iaitu soal hendak hukum mati, ya, dan saya setujulah dengan semua ahli Parlimen yang telah bangun tadi. Kita rasa kalau kita sudah sedar perkara ini maka persoalan moratorium, persoalan menghentikan hukuman mati terhadap mereka-mereka yang belum lagi dijalankan hukuman itu perlu diutamakan. Kita tidak boleh lihat ia sebagai satu persoalan akademik, kita kena tunggu. Sedangkan nyawa manusia bergantung kepada keputusan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu saya mendesak Yang Berhormat Menteri untuk mempercepatkan proses ini dan menetapkan satu timeline. Paling kurang menentukan bahawa persoalan ini mesti diputuskan paling lama dalam tempoh sebulan lagi. Bila ada Mesyuarat Jemaah Menteri, buat satu keputusan paling kurang, moratorium. Tunggu semua, jangan laksanakan lagi dan kita buat satu perbahasan yang lebih mendalam dalam sidang Parlimen yang akan datang. Saya menyeru kepada Menteri untuk membawa persoalan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Bukit Gelugor?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik kepada soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi berkenaan dengan pindaan, kemungkinan ada ke belakang, kesan ke belakang. Cuma persoalan saya sekarang, kalaulah ada pindaan tersebut, pindaan kesan ke belakang. Apa kaedah yang akan digunakan nanti dalam keadaan hukuman biasanya dah dibuat ke peringkat yang paling tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan, jadi kita hendak balik-balik tu seolah-olah macam kita hendak bicarakan balik di peringkat Mahkamah Tinggi ataupun di peringkat Mahkamah Persekutuan. Itu masalah yang mungkin timbul nanti kalau ada pindaan kesan ke belakang, Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu retrospectiveness tersebut Yang Berhormat Menteri. Apa yang dimaksudkan adalah sama ada, if, dengan izin, ít is the view of the ministry bahawa satu hukuman mati ini perlu diberi budi bicara. That means the ministry has taken the view, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa the death penalty is ineffective and not appropriate in all drug trafficking cases. Why then, should those who have been convicted in the past, not benefit from this amendment. I hope that, saya berharap Tuan Yang di-Pertua sekiranya pindaan ini dilaksanakan bahawa ada juga ruang untuk memberi hakim budi bicara untuk revisit other older cases. Terima kasih.

Menteri, sikit lagi.

Saya rasa di sini.

Last satu.

Last ya, lepas itu banyak saya hendak jawab.

Sebab satu jam tujuh orang lagi, malam Jumaat pula. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Satu lagi kalau boleh diizinkan, just one more.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Puchong sahaja.

Dua sahaja last.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua sahaja last. Menteri Agama sudah tengok saya dah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jangan sengsarakan malam Jumaat. Sila Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak tarik perhatian Menteri tadi disebutkan persoalan budi bicara hakim dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian Menteri bahawa ada satu laporan yang agak terperinci yang dikendalikan oleh Profesor Roger Hood yang mengkaji tentang persepsi rakyat berkaitan dengan death penalty, dengan izin, di mana dilihat kajian tersebut ada kecenderungan untuk rakyat bersetuju agar undang-undang death penalty ini dihapuskan. Misalnya kalau dahulu 75 percent, tetapi kalau menurut kajian ini penurunan sehingga 43 percent. Jadi saya fikir perkara ini juga perlu diambil perhatian oleh kementerian agar dapat jadikan panduan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi agar ada satu finality on this issues. Jangan kita balik-balik sesi Parlimen akan datang isu ini dibangkitkan lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya tanya soalan yang pendek. Ianya berhubung kait dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia hari ini. Bila kita sebut berkenaan dengan retrospectivity, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ia merujuk kepada kes-kes yang sudah orangnya dituduh di mahkamah. Sementara kes itu daripada Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Persekutuan, itu satu. Tetapi keadaan yang keduanya adalah kes-kes daripada hari ini di mana kita ada pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri di dalam Dewan yang mulia ini bahawa akan dibuat pindaan kepada undang-undang ini. Adakah kes-kes di mana mereka dituduh hari ini sehingga tarikh keluarnya pindaan undang-undang ini akan diberikan penangguhan ataupun moratorium dan itu adalah keadaan dalam mana saya menyokong sahabat-sahabat saya di mana mereka katakan, I think what should be done kita harus mengadakan pendekatan keseluruhan. Di mana kita ada satu penangguhan untuk semua kes sehingga butir-butir terperinci berkenaan dengan kes-kes mana akan menerima kesan daripada pindaan ini diambil kira, itu satu. Kedua Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kes-kes lain. Memandangkan Majlis atau Jemaah Menteri telah pun setuju bahawa kes-kes yang tertentu sahaja seharusnya mengaitkan atau membawa kepada hukuman mati. Saya hendak tanya kepada Menteri, apakah usaha-usaha dan apakah langkah-langkah dan apakah keadaan untuk kes-kes lain. Adakah Jemaah Menteri dalam proses akan menimbangkan kes-kes itu juga, kes bawah seksyen 302, seksyen 31, Akta Culik dan sebagainya ataupun adakah kes-kes itu akan dibiarkan? Dalam keadaan ini selama-lamanya dan tidak akan dipertimbangkan supaya keadaan sama diguna pakai untuk akta-akta tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian ya dan saya memang dah saya cakap tadi tu sebab Yang Berhormat

semua peguam-peguam yang dalam mahkamah. Memang ini adalah isu Yang Berhormat akan berhadapan. Tetapi Yang Berhormat Shah Alam sahaja lah bukan peguam, dia hendak jadi peguam tidak jadi agaknya. Sebenarnya Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya sebut daripada itu, mungkin Yang Berhormat Puchong pun baru masuk, saya kata bahawa 1 Mac 2017 dibawa ke kabinet berkenaan dengan kuasa hukuman mati yang di bawah seksyen 39B kepada hakim-hakim dicadangkan diubah daripada kuasa seratus peratus kepada kuasa mandatori kepada kuasa budi bicara dalam keadaan tertentu. Kabinet bersetuju. Isu pada hari ini ialah kabinet bersetuju perlu dilihat perkara tersebut boleh berlaku ataupun tidak. Sebab kabinet ini bukan yang buat undang-undang, yang buat undang-undang kita dalam Dewan. Daripada tarikh 1 Mac dengan banyaknya rang undang-undang, dan kemudian Pejabat Peguam Negara kena membuat kajian kepada seksyen 39B mengambil contoh daripada negara-negara lain dan saya sendiri yang saya beritahu tadi kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya panggil SG2- General II, jumpa saya di Parlimen minggu lepas. Beritahu kepada dia tolong buat secepat mungkin kajian terperinci bawah seksyen 39B mengambil contoh negara-negara yang ada kesamaan seperti contohnya Singapura, sebagai contoh yang saya bagi tadi. Bila dia sudah siap di bawah Pejabat Peguam Negara, dibawa kepada saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan saya akan bawa balik kepada Kabinet. Bila saya bawa balik kepada Kabinet, isu-isu Yang Berhormat-Yang Berhormat bawa seperti moratorium, tentang kes ke hadapan, isu-isu relevan yang mana Yang Berhormat bawa ini akan saya bawa untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Jadi Yang Berhormat sebagai pakar-pakar dalam undang-undang dan juga Ahli Parlimen yang banyak pengalaman tahu bahawa ini adalah keputusan dasar kerajaan untuk mengkaji. Akan tetapi pelaksanaan dari segi undang-undang itu perlu dilakukan melalui proses undang-undang. Iaitu mungkin tidak sesi ini mungkin pada sesi hadapan. Akan tetapi agensi yang mungkin akan bawa kepada pindaan pada seksyen itu mungkin agensi yang berlainan bukan daripada Jabatan Perdana Menteri. Sebab kita melihat kepada kuasa hakim. Dan saya mahu memberitahu kepada Yang Berhormat sekalian bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sendiri sebagai mantan hakim yang banyak pengalaman sendiri berkata bahawa memang, hakim-hakim mahukan balik kuasa budi bicara itu. Sebab dia katakan bila diikat dalam banyak senario. Senario Yang Berhormat cakap itu satu isu- isu ini yang kita banyak khuatir ini ialah isu berkenaan dengan anak-anak yang muda kita yang menjadi mangsa keadaan sebagai drug- kita sudah bincang pada sesi lepas. Dia suruh ambil pergi London pergi sini pergi sana dia tidak tahu apa kena tahan di airport sebab timbangan dalam Seksyen 39B terus kena gantung. Kes-kes yang kali pertama, kes-kes yang tidak tahu, kes-kes yang dipaksa, kes- kes yang diugut ini yang sebenarnya yang mana pada 1 Mac 2017 Mesyuarat Jemaah Menteri berkata, kita kena lihat dengan lebih teliti. Akan tetapi saya percaya dan saya yakin Yang Berhormat sebagai yang begitu prihatin bahawa ini adalah satu perkara yang memang kita mesti lihat ke hadapan. Sebab kita mesti menerima di dunia luar sana, banyak negara yang sudah ubah. Bukan sahaja dalam kes dadah, tetapi dari segi falsafah kepada hukuman mati banyak negara sudah tengok kepada persepsi yang lebih terbuka. Akan tetapi pada hari ini kalau kita tengok negara-negara yang masih mengamalkan hukuman mati seperti Amerika Syarikat walaupun sebuah negara yang di uar-uarkan tentang isu kemanusiaan dan hak asasi, Amerika Syarikat sendiri tidak ubah kepada hukuman mati- China, India, Singapura dan juga Thailand. Jadi, setiap daripada negaranya negara-negara tersebut itu mempunyai sebab-sebab mereka yang tersendiri. Akan tetapi di negara kita sendiri sebagai contoh, saya hendak baca sebelum saya pergi kepada bab yang lain Tuan Yang di-Pertua. Jabatan Penjara Malaysia pada 22 Februari 2017 menunjukkan bahawa sejumlah setakat ini 799 orang banduan hukuman mati ataupun banduan akhir di tahan di penjara kerana disabitkan kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Daripada jumlah tersebut, 383 orang banduan adalah warganegara Malaysia dan 416 orang banduan adalah bukan daripada warganegara Malaysia. Kesemua banduan berkenaan masih lagi di peringkat rayuan sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan ataupun Lembaga Pengampunan Negeri. Jadi ini menunjukkan bahawa, perjalanan dan prosesnya perjalanan yang panjang. Akan tetapi kalau saya sebut tadi di mana yang bila saya memegang jawatan sebagai de facto law minister saya panggil Yang Berhormat Ipoh Barat, kita bincang. Dan saya tahu sendiri bahawa Yang Berhormat Menteri-menteri sebelum saya pun telah

memang sentiasa menjadikan ini sebagai satu isu kepekaan utama bagi semua menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. Menurut saya 1 Mac 2017, adalah langkah yang begitu proaktif dan begitu positif oleh Kerajaan kepimpinan Barisan Nasional menerima bahawa perlunya perubahan progresif. Ini yang kita akan buat. Kita akan buat melalui proses undang-undang. Jadi Yang Berhormat kena bersabarlah supaya isu-isu Yang Berhormat bawa ini boleh dibawa untuk diperbincangkan dan diperbahaskan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat tentang isu ini. Saya pergi kepada bab kedua, berkenaan berapa isu-isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat berkenaan kesalahan-kesalahan seksual kanak-kanak. Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat Kapar yang telah menyambut baik usaha kerajaan untuk memantapkan undang-undang bagi membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Insya-Allah Yang Berhormat pada esok hari Jemaah Menteri akan melihat kertas rang undang-undang ini di peringkat kelulusan di peringkat dasar oleh Jemaah Menteri dan saya harap pada minggu hadapan insya-Allah hari Isnin ataupun hari Selasa bacaan kali pertama boleh dilakukan kepada rang undang-undang sedemikian. Saya percaya dan saya yakin Yang Berhormat telah memberikan banyak sokongan kepada surat khabar The Star sebagai contoh memberikan komitmen dan sokongan Yang Berhormat dan saya harap awal bulan April insya-Allah minggu akhir kita bersama rang undang-undang ini akan menjadi satu kenyataan supaya kita sebagai ahli-ahli politik bertanggungjawab kepada rakyat terutama sekali kepada anak-anak muda kita, anak- anak kecil yang sentiasa kadang-kadang dalam teknologi yang berubah tidak mengikuti ataupun mengikuti masa, kita mewujudkan undang-undang yang dapat melihat kepada situasi yang mana kanak-kanak boleh dan sentiasa menjadi mangsa. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mewujudkan task force pada Hari Wanita Kebangsaan 2016, 25 Ogos 2016 Hari Wanita- mewujudkan task force dan diberikan pengerusian task force pada menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang. Semua NGO-NGO telah dibawa bersama task force seperti contohnya NGO-NGO khasnya dalam kanak- kanak seperti NCWO, dengan izin, Unicef Malaysia, Please Help the Children, Women Centre for Change, Malaysia Social Workers Association, International Women’s Right Association, Watch Asia Pacific dan juga agensi kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan-persatuan Peguam Syarie, dan ahli-ahli akademik. Jadi, alhamdullilah juga disebabkan oleh task force tersebut, dan saya harap kalau dapat semuanya berjalan dengan lancar sebelum sambutan Hari Wanita 2018 kita ada undang-undang yang khas dalam kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Dan juga kalau kita lihat satu seminar kebangsaan jenayah seksual kanak-kanak yang telah dianjurkan bersama dengan Permata, Jabatan Perdana Menteri bahagian Permata di mana NGO-NGO dan juga agensi kerajaan telah bersama dalam perkara ini yang dilakukan pada 13 dan 14 Mac 2017 di PWTC. Dengan kehadiran seramai 2020 peserta, dan kita tengok daripada kesimpulan rumusan demi rumusan demi rumusan telah dibawa dan semua rakyat Malaysia telah bersatu padu mahu melihat bahawa perkara ini perlu dihentikan. Itu sebab hashtag dia Tuan Yang di-Pertua hentikan. Dan saya yakin dan saya percaya dengan adanya rang undang-undang ini yang boleh dibuat bacaan pertama, kedua dan ketiga kita boleh bawa negara Malaysia pada tahap yang dilihat oleh dunia sebagai bukan satu negara calang-calang negara yang perlu dipermainkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih. Sedikit sahaja tambahan. Terima kasih Yang Berhormat saya ingin tanya sebenarnya saya hendak bertanya- hendak kata kita semua sokong ada rang undang-undang tersebut sekaligus, no issue. Akan tetapi yang menjadi khuatir kepada pihak di mana adakah faktor-faktor keraguan untuk to set up registry untuk sexual offenders, adakah ini benar? Kerana saya difahamkan pada waktu sekarang as I’m speaking now semua orang yang terlibat dalam Sexual Acts ini bukan victim tetapi orang-orang ramai di antaranya orang-orang kenamaan, nama mereka disenaraikan di under Official Secret Acts. Apakah ini- apakah sebabnya di senaraikan di bawah Official Secrets Act? Orang biasa tidak dapat tahu

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

adakah orang-orang kenamaan ini boleh diberitahu? Name and shame them. Don’t be frightened of them.

Yang Berhormat Ipoh Barat, hendak jawab soalan Yang Berhormat Ipoh Barat ini mungkin dua peringkat ya. Peringkat pertama dari segi soalan Yang Berhormat tentang isu, tentang teknikal adakah dan sebagainya, saya tidak dapat menjawab sekarang tetapi saya boleh jawab secara bertulis. Saya pun tidak begitu pasti sama ada agensi tertentu yang diberikan tanggungjawab sedemikian. Bagaimana dengan adanya akta ini saya percaya yang mana isu Yang Berhormat boleh dibawa dalam perbahasan ya. Sama ada ini perlu menjadi rangkaian seterusnya. Akan tetapi, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat bahawa adanya tiga pakar antarabangsa yang hadir, empat pakar antarabangsa yang hadir di Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual- Braveheart Australia, Tulir India, dan Lucy Faithful Foundation and Stop It Now, United Kingdom. Yang mana Tuan Yang di-Pertua, daripada rumusan mereka- mereka menyatakan seksual registry ini, dengan izin, kadang-kadang tidak boleh berjalan untuk membantu. Apa yang berlaku daripada pembentangan mereka ialah mereka yang didaftarkan especially mereka yang, dengan izin, pernah menjadi offencers ya, dia lari bawah radar. Dia guna identiti berlainan. Jadi ini banyak isu yang saya yakin pakar-pakar di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat boleh membincang secara khusus perkara ini ya. Akan tetapi dalam aspek undang-undang setakat ini saya yakin dan percaya kalau Yang Berhormat hendak bawa pandangan ini dalam perbahasan rang undang- undang itu silakan.

Izinkan saya pergi kepada point seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tuntutan Batu Putih yang mana Yang Berhormat Pematang Pauh, Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Kuala Selangor telah bawa. Yang Berhormat Pematang Pauh telah membangkitkan mengenai isu tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh dan menggesa supaya pihak Jabatan Peguam Negara membuat persediaan yang lebih rapi dengan pembuktian dan penghujahan yang kukuh di bawa kes ini ke International Court of Justice (ICJ). Yang Berhormat Lumut pula menyarankan agar kerajaan bersifat cermat di dalam tuntutan semua hak Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh. Yang Berhormat Kuala Selangor pula ingin tahu apakah inisiatif kerajaan untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh ini mendapat sokongan semua pihak, termasuk Majlis Peguam Negara? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Peguam Negara, Tan Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali yang telah terajui usaha ke arah menuntut semula hak Malaysia ke atas Pulau Batu Putih, Tuan Yang di-Pertua. Ramai Yang Berhormat mempersoalkan peluang untuk memenangi kes ini. Akan tetapi bagi pihak kerajaan, sememangnya kami akan memperjuangkan sehabis- habisan untuk menuntut hak Malaysia dan harap semua kemenangan dapat berada di tangan kita, Insya-Allah. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang menjadi ukuran utama...

Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri, boleh berhenti?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Sepang bangun.

Yang Berhormat Sepang hendak bercakap fasal Batu Putih?

Tidak. Sebab...

Ke pasal Peguam Negara?

...Ini ada kaitan dengan undang- undang ini.

Kalau Batu Putih boleh lah, kalau Peguam Negara saya ucapkan tahniah...

Tidak. Ada isu perundangan ini, saya rasa saya berhak lah untuk bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Silakan Yang Berhormat.

Okey, terima kasih. Sebenarnya saya pernah bangkitkan sebelum ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri kepada Menteri luar la. Sebab saya pun sebenarnya tidak berapa faham. Kalau kita hendak fail semula, dah tak boleh lah. Apa yang kita boleh buat pun dalam ICJ ini ia tidak ada lagi isu rayuan pun. Ia boleh dalam review saja. Review tu pun ada tempoh masa. masa yang di tanya dulu berapa tahun lepas, masa itu pun masa dah nak habis dah. Oleh sebab itu ada sesetengah negara yang lain, hendak buat preparation untuk buat kaji semula itu you need time. Jadi, saya hendak tanya. Adakah kerajaan memang betul- betul dah bersedia kah untuk hendak kaji semula ini? Sedangkan the crucial evidence yang menyebabkan kalah itu, crucial evidence itu juga tidak di jumpai sampai sekarang. Jadi, jangan beretorik lah, please lah don’t beretoriklah, jangan bagi satu harapan kepada rakyat, “Oh, kita akan menang”. Sedangkan kita tahu kita- we are- kita akan menghadapi masalah yang besar...

[Dewan riuh]

Yang lain tak tahu, diam lah. Jadi, saya hendak kata kepada Yang Berhormat Menteri, sebagai Menteri undang-undang yang mungkin tahu bandingkan dengan Menteri-menteri yang lain, better then Yang Berhormat Tanjung Karang, definitely. Okey, saya hendak tanya, adakah kita telah buat keputusan untuk hendak kaji semula? Terima kasih.

Shah Alam juga?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik sama, Pulau Batu Putih. Lanjutan daripada apa yang di sampaikan oleh Yang Berhormat Sepang, kita harap bahawa paling kurang lah di nyatakan sama ada, adanya hujah dan bukti yang baru yang menyebabkan kita hendak bawa kembali kes ini dan hendak cuba tuntut kembali. Mesti ada yang menyebabkan kita rasa kita boleh menang. Oleh kerana kita tidak mahu ianya di jadikan sebagai satu isu untuk menghadapi pilihan raya umum atau sebagainya. Dalam keadaan bukti baru tiada, hujah baru tiada, saja-saja hendak ada apa yang dikatakan a rallying call for the rakyat to beg Barisan Nasional oleh sebab dekat dengan pilihan raya. Saya harap itu bukan kesnya. Kalau ada hujah dan bukti baru, boleh berkongsi dengan Dewan ini setakat mana yang boleh, untuk meyakinkan kita bahawa ianya satu usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan mainan politik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat. Nak bagi jalan?

Yang Berhormat Menteri, boleh? Pendek sahaja Yang Berhormat. Saya berpandangan pula, kalau lah ada yang sekelumit bukti untuk kita mengambil balik semula Batu Putih, teruskan! Oleh sebab kita sepertamanya dan keduanya, kita ada masih ruang sebelum tertutup selama-lamanya kita tidak boleh cerita pasal Batu Putih. Saya, Batu Putih dan Kota Tinggi tidak jauh. Jadi, saya minta kalau boleh, kalau ada sekelumit pun bukti yang baru, saya minta kerajaan teruskan usaha untuk kita buat exhaustively sampai kita boleh menang balik. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya kerap kali tidak bersependapat dengan Peguam Negara, itu adalah satu perkara yang nyata. Akan tetapi dalam isu ini saya menyokong segala usaha Jabatan Peguam Negara dalam perkara ini. Oleh kerana ini adalah satu isu yang melibatkan negara kita. Apa yang hendak saya tanya dua perkara. Satu, adakah benar bahawa bahan yang menjadi asas untuk review ini sebenarnya tidak dalam pengetahuan kita sebelum daripada bicara pertama yang dilaksanakan? Nombor satu. Daripada soalan itu, kalau tidak dalam pengetahuan kita masa itu, kenapa ia nya tertinggal? Itu satu. Nombor dua, ini melibatkan satu isu yang kepada saya, melibatkan undang-undang antarabangsa dan spesifik expertise di perlukan. Dalam keadaan sedemikian, saya hendak tanya Menteri, untuk pengetahuan semua Ahli Dewan Rakyat ini. Adakah Jabatan Peguam Negara kita mempunyai dan saya percaya, yakin ada kepakaran yang mencukupi untuk menangani masalah ini ataupun menangani kes ini atas isu ini. Sekiranya tidak, sama ada, ada atau pun tidak, Malaysia sudi untuk mendapat perkhidmatan pakar-pakar bagi memastikan bahawa masa ini, kali ini kita akan berjaya dalam tuntutan ini. Itu soalan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya hendak tekankan di sini bahawa dalam isu kedaulatan negara Tuan Yang di- Pertua, mempertahankan maruah negara, mempertahankan tuntutan hak negara, tidak

boleh ada kompromi dari segi kedaulatan dan maruah. Sesiapa dalam Dewan ini, terutama sekali Yang Berhormat yang mempersoalkan, saya mempersoalkan Yang Berhormat punya kedaulatan dan juga Yang Berhormat sebagai rakyat Malaysia. Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong sebab Yang Berhormat Puchong faham undang-undang. Ini bukan rayuan, ini adalah review. Kalau lah yang Yang Berhormat, terutama sekali Yang Berhormat yang sebelah sana yang juga pakar-pakar perundangan seperti Yang Berhormat Sepang. Saya tolak Yang Berhormat Shah Alam lah. Buka lah pada website International Court of Justice, press release ada, bertarikh 3 Februari 2017. Ini soalan Yang Berhormat Puchong, soalan yang tepat. Pertama, adakah bukti baru? Ada. Adakah dalam jangka masa yang diberi? Ada. Jadi, ini bukan mainan politik, ini maruah negara, yang tanya itu mainan politik. Semua kita buat, politik. Semua kita buat, ada niat. Semua kita buat, pilihan raya. Ini maruah negara. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua- biarlah saya habis cakap. Bila suruh tanya masa dalam perbahasan, gulung, tak hendak cakap. Terpulanglah tapi this is my floor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu Yang Berhormat Shah Alam.

Yang Berhormat Shah Alam ini, saya pula duduk Shah Alam. Akan tetapi Yang Berhormat Shah Alam macam ini, macam mana ini Yang Berhormat Shah Alam?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tak masuk, saya berdiri saja.

Atau Yang Berhormat Shah Alam tak hendak bagi saya jawab sebab Yang Berhormat Shah Alam malu? Biarlah saya jawab. Yang Berhormat Shah Alam duduk lah. Relax lah brother.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, prosedurnya kalau saya hendak bangun, hendak masuk, saya bangun, kalau hendak beri, beri. Tak hendak beri, tak pe.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Akan tetapi Menteri dah signal...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi tidak payah lah hendak tegur kalau saya hendak berdiri.

Tak bagi!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu memang dia punya prosedur tapi jangan lah hendak main politik di sini.

Atau Yang Berhormat Shah Alam tak hendak bagi saya jawab?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kedaulatan negara lah dan sebagainya. Sedangkan Barisan Nasional banyak yang menggadaikan kedaulatan negara. Itu fakta!

Tarik balik! Tarik balik! Yang Berhormat Shah Alam! Ini satu statement yang membodohkan diri sendiri.

Tarik balik! Tarik balik!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ye ke? Yang Berhormat Menteri mempersoalkan saya, tidak salah. Saya persoalkan kerajaan, salah! Undang-undang apa kamu pakai?

Jangan cakap Kerajaan Barisan Nasional gadaikan maruah negara, itu satu statement yang fitnah. Yang berbau fitnah!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya berdiri. Kalau nak beri...

Tarik balik dulu, baru jawab! Tarik balik dulu, baru layan!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri tak bagi jalan Yang Berhormat, ya.

Sebenarnya Tuan yang di-Pertua, saya nak terangkan kepada Yang Berhormat, terutama sekali Yang Berhormat daripada pembangkang tentang isu Pulau Batu Puteh. Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri

Peguam Negara kerana Tan Sri Peguam Negara sebagai Peguam Negara iaitu peguam nombor satu dalam negara kita mendapat bukti-bukti baru. Bukti ini semua ternyata tertulis dalam International Court of Justise punya press release, Tuan Yang di-Pertua.

Saya cuba terangkan. Kalau Yang Berhormat tak nak kasi saya baca, selepas ini saya xerox, saya bagi dekat meja Yang Berhormat. Sebab bagi saya, saya rasa bila Yang Berhormat bila berdiri, saya ingatkan Yang Berhormat sudah buat kajian sebab itu Yang Berhormat tanya,tapi Yang Berhormat punya tanya soalan macam Yang Berhormat tak buat kajian. Saya buatlah kajian bagi pihak. Tetapi saya puji Yang Berhormat Puchong sebab Yang Berhormat Puchong tanya soalan yang betul sebab Yang Berhormat Puchong tanya,“Eh, adakah bukti?” sebab Yang Berhormat Puchong faham undang-undang. Yang Berhormat Shah Alam tak faham undang-undang! Betullah kata Yang Berhormat Menteri tadi. Saya hendak terang. Jadi dalam sini...

Ketua Penerangan UMNO hendak bercakap juga?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Ketereh?

Tak apa, tak apa. Yang Berhormat Ketereh tarik diri...

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong profesional, Yang Berhormat Shah Alam propaganda.

...Jadi Presiden FAM, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh. Tengku Mahkota Johor menjadi Presiden FAM yang baru. Muafakat Johor. Hidup bangsa Johor. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.

Terima kasih Yang Berhormat. Tak apalah, Yang Berhormat Shah Alam itu kita sudah tahu, tak apalah kita tolerate sikit-sikit. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah usaha yang diambil oleh Peguam Negara ini adalah kerana terdapat dokumen termasuk dokumen yang being made available di luar negara yang pada masa kita mengemukakannya dulu dokumen itu tidak ada dalam possession kita ataupun dalam knowledge kita dan oleh sebab bahan yang baru itu bersifat sesuatu yang sangat relevan dan dibolehkan review ini dilakukan? Dokumen itu termasuklah dokumen mengenai surat daripada pemerintah atau Raja-Raja Melayu pada ketika itu yang mana surat itu boleh menyebabkan review ini memberi favor atau berkemungkinan besar memihak kepada Malaysia. Proses ini telah pun disemak yang ianya dibolehkan dilakukan oleh pihak Malaysia.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan?

Biar saya jawab dulu Yang Berhormat Ketereh sebab Yang Berhormat Ketereh punya soalan ini ada kaitan dengan Yang Berhormat Puchong.Saya tak habis hendak jawab ini. Dengan izin, saya kena baca press release ini sebab dia dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua. Dia kata... [Membaca petikan] “Malaysia contends that “there exists a new fact of such a nature as to be a decisive factor within the meaning of Article 61”. In particular, it refers to three documents discovered in the National Archives of the United Kingdom during the period of 4 August 2016 - 30 January 2017, namely internal correspondences of the Singapore colonial authorities in 1958, an incident report filed in 1958 by a British naval officer and an annotated map of naval operation from the 1960s.”

Maknanya Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Puchong, bahawa terjumpanya dokumen-dokumen yang baru. Kemungkinan dokumen ini telah wujud tetapi terjumpanya, maka ini dilihat sebagai salah satu daripada sebab kebenaran yang mana boleh, dengan izin, di-review kepada kes ini dari segi masa juga di bawah Artikel 61 mengatakan... [Membaca petikan] “Malaysia asserts that the new fact was not known to Malaysia or to the Court when the Judgement was given because it was “only discovered on review of the archival files of the British colonial administration after they were made available to the public by the UK National Archives after the Judgement was rendered in 2008”. Malaysia also argues that its ignorance of the new fact was not due to negligence as the documents in question were, “confidential documents which were inaccessible to the public until their release by the UK National Archives.” Maknanya, Tuan Yang di-Pertua, dokumen-dokumen ini memang wujud lama tetapi baru dijumpai selepas keputusan kes telah dibuat. Jadi, tidak ada isunya mainan politik. Tidak ada isunya ini isu hendak sengaja mengaburkan mata rakyat dan sebagainya. Ini adalah hak maruah negara yang dilaksanakan oleh Tan Sri Peguam Negara yang semua rakyat Malaysia terutama sekali Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana dan sebelah sini mesti memberikan sokongan seratus peratus. Menang kalah soal kedua. Yang penting kita tuntut hak kita kerana kita ada hak kepada pulau tersebut. Apa salahnya? Jadi itu sebabnya Yang Berhormat sekalian, kita bolehlah berlainan pihak dari segi politik tetapi martabat, kedaulatan dan maruah negara kita mesti dan wajib bersama.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Apa lagi Yang Berhormat Shah Alam hendak tanya?Saya sudah jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam mungkin hendak sokong Yang Berhormat ya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat Menteri tak faham saya punya komen tadi. Saya tanya, ada tak hujah baru, ada tak bukti baru? Kalau tuntut balik tanpa adanya hujah dan bukti baru, maka ianya tindakan politik. Dah faham? Kalau benar dah ada satu bukti yang baru, alhamdulillah. Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Ianya bukan persoalan tak hendak pertahankan kedaulatan ataupun sebaliknya. Maka persoalan saya Menteri sudah jawab, alhamdulillah. Akan tetapi hendak kata bahawa, ianya merupakan satu tuduhan yang tidak berasas, Menteri sendiri mengakui atas sebab adanya bukti baru maka ada alasan, atas itu kita ucap terima kasih, bagus. Tak perlu hendak mempolitikkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, saya rasa kena hati-hati isu sub judice kerana ianya di dalam pertimbangan ICC sekarang ini, Yang Berhormat ya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Itu sebab saya rasa dalam press release International Court of Justice (ICJ) bertarikh 3 Februari 2017, kita boleh masuk pada website ini. Saya rasa itu sahaja. Seperti kata, Tuan Yang di-Pertua, biarlah apa pun kata orang, kalau inilah prosedur yang boleh dipohon dan telah dipohon dan adanya perjumpaan fakta-fakta, dokumen- dokumen yang baru dilepaskan daripada keputusan kes, bagi saya biarlah Tan Sri Peguam Negara sebagai peguam nombor satu dalam negara kita, biarlah beliau bersama tim-tim profesional beliau menjalankan yang terbaik untuk negara kita. Sama ada Yang Berhormat Shah Alam kata ini kah, kata itu kah, saya rasa dalam perkara ini biarlah kita berakhir noktah kita dalam penggulungan ini mengatakan kita semua sokong keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia melalui Tan Sri Peguam Negara dan kita berdoa, insya-Allah, Mahkamah ICJ akan memberikan kemenangan bagi pihak negara Malaysia. Itu sahaja saya hendak cakap. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh perkara tentang Akta Kebankrapan yang mana Yang Berhormat Alor Gajah dan Yang Berhormat Batu Pahat telah timbulkan. Di sini, Yang Berhormat Alor Gajah dan Yang Berhormat Batu Pahat telah menyentuh mengenai kadar kebankrapan yang tinggi di kalangan golongan muda akibat hutang dan memohon apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan kebankrapan di kalangan golongan muda.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan maklum bahawa faktor utama yang menyebabkan golongan muda terlibat dalam keberhutangan yang serius disebabkan oleh perancangan kewangan yang lemah selain terkurangnya pengetahuan mengenai pengurusan kewangan. Tuan Yang di-Pertua, antara cadangan-cadangan pindaan yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen ini, insya-Allah pada minggu depan, ialah tindakan kebankrapan tidak boleh diambil terhadap penjamin sosial manakala penjamin bukan sosial boleh dibankrapkan hanya dengan kebenaran mahkamah. Selain daripada perlindungan mutlak, perlindungan ini juga diperluaskan kepada penjamin bukan sosial. Prosiding kebankrapan terhadap penjamin bukan sosial ini tidak boleh diambil kira tanpa mendapat kebenaran daripada mahkamah. Kemudian, nilai minimum kebankrapan dinaikkan daripada RM30,000 dinaikkan kepada satu jumlah yang lebih tinggi dan munasabah iaitu RM50,000 dengan mengambil kira faktor inflasi, nilai mata wang dan keadaan ekonomi semasa. Seseorang bankrap boleh dilepaskan awal daripada status kebankrapan selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh pemfailan penyata hal ehwal. Pelepasan daripada kebankrapan tanpa prosedur bantahan oleh pemiutang bagi golongan bankrap tertentu iaitu penjamin sosial yang dibankrapkan di bawah Akta Kebankrapan 1967, bankrap yang telah meninggal dunia, bankrap yang telah disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai seorang yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya dan bankrap yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai penghidap penyakit kronik ataupun serius. Menetapkan keutamaan penyampaian notis kebankrapan dan petisyen kebankrapan secara kendiri ataupun terus berdaftar dengan akaun terima penghutang. Dari segi praktiknya, sebahagian besar individu dibankrapkan tanpa pengetahuan mereka disebabkan notis kebankrapan dan petisyen kebankrapan diserahkan melalui penyampai ganti. Kaedah penyampaian tersebut merupakan ketidakadilan bagi seorang bankrap dan ada pemiutang yang mengambil kelemahan undang-undang sebagai satu kesempatan untuk membankrapkan seseorang individu. Mewujudkan mekanisme penyelamat, rescue mechanism, memperkenalkan sistem satu perintah- Single Bankruptcy Order bagi menggantikan perintah penerimaan dan perintah penghukuman dan akhir sekali, mewujudkan akaun bantuan, insolvency assistance account. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada cadangan pindaan ini, kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu satu agensi di bawah Bank Negara Malaysia telah mengadakan pelbagai program kesedaran berkaitan kebankrapan terutamanya implikasi kebankrapan kepada semua supaya dapat menangani masalah ini di peringkat awal.

Pada masa yang sama, AKPK menyediakan khidmat nasihat secara percuma untuk membantu golongan tersebut menguruskan kewangan mereka dengan lebih teratur. Jabatan Insolvensi Malaysia juga turut merancang untuk meluaskan jaringan hubungan kerjasama dengan badan berkanun dan badan bukan kerajaan melalui penganjuran hari bersama MDL Consultative Meeting bersama rakan-rakan strategik MDL, aktiviti CSR yang dijalankan di cawangan-cawangan MDL dan program jerayawara yang akan menyasarkan orang awam bagi meningkatkan kesedaran dan masalah keberhutangan yang serius agar punca-punca kebankrapan dapat dielakkan dari mula sebelum tindakan kebankrapan dimulakan terhadap golongan-golongan ini. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tindakan-tindakan ini yang dibawa sebagai tindakan-tindakan baru daripada kerajaan diharap akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana bagi kerajaan kita melihat nilai-nilai kebankrapan berlaku dalam negara kita yang mana generasi muda kadang- kadang menjadi mangsa kepada keadaan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mula tadi saya telah memohon kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua disebabkan ada lagi tujuh Menteri selepas saya. Memandangkan masa tidak mengizinkan, maka saya mengakhiri ucapan saya, penggulungan saya setakat ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, satu hal. Saya membangkitkan mengenai perkara penyalahgunaan kewangan oleh Kuil Batu Caves

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

iaitu dikawal selia oleh Jabatan Peguam Negara. Adakah Yang Berhormat menjawab secara lisan atau bertulis?

Saya maklum kepada Yang Berhormat tadi bahawa saya akan memberi jawapan secara bertulis mengenai perkara ini.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Menteri, Menteri, Sabah. Isu Sabah. Belum lagi jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Boleh saya sila?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ada lagi Menteri, tujuh, lapan orang Menteri.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya, tetapi saya punya soalan tidak kena jawab berkaitan dengan pengubahan wang haram di Sabah. Itu tiada kena jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mungkin dijawab oleh Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, semua soalan yang saya kata tadi yang saya tidak sempat jawab pada hari ini, saya akan menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya bagi pihak...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Akan tetapi...

...Bagi pihak...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

...Kasi bagi...

...Kami.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

...Dua minit sahaja, boleh?

...Akan meneliti setiap cadangan...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Menteri, saya minta bagi dua minit sahaja Menteri.

...Dalam mana-mana pertanyaan yang tidak sempat saya bentangkan akan dijawab secara bertulis dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta jaminan daripada Menteri. Saya ada timbulkan isu meminta Peguam Negara hadir ke Dewan Rakyat untuk menjawab persoalan RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadi Dato’ Sri Mohd. Najib. Saya hendak respons daripada Menteri, sama ada dia akan jawab secara bertulis ataupun tidak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri daripada kawasan Jerai.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia bolehlah jawab soalan saya Yang Berhormat Menteri pasal sudah ada masa. Hendak tunggu Menteri, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab tentang soal usul saya. Adakah mungkin Peguam Negara dihadirkan ke Dewan Rakyat untuk menjawab soalan? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Baiklah, Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Pensiangan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu- Menteri sudah nak...?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya. Yang Berhormat Menteri teruskan.

Boleh teruskan? Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dan mengambil bahagian di dalam penggulungan perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong serta telah membangkitkan isu-isu berhubung kait dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Parit Buntar, saya ingin menjelaskan bahawa di Malaysia tidak wujud pelan pembangunan negara. Pelan Pembangunan Lima Tahun atau Rancangan Malaysia terkini yang wujud adalah seperti Rancangan Malaysia Kesebelas atau RMKe-11. Memandangkan pelan tersebut tidak wujud, ia tidak boleh dikatakan gagal. Manakala Unity Blueprint yang juga dikenali sebagai Pelan Perpaduan Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia (PPKPM) telah dihasilkan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) 2013-2015 atau NUCC di mana Yang Berhormat Parit Buntar juga merupakan mantan ahli MKPN. Pelan ini hasil pendampingan awam melalui perbincangan meja bulat atau the round-table dialog. Dialog perpaduan, seminar dan bengkel. Pelan ini telah dibentangkan kepada Perdana Menteri pada 19 Jun 2015 kemudiannya pada mesyuarat Jemaah Menteri dan diluluskan pada 12 Ogos 2015 serta dibentangkan juga dalam mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada 6 Oktober 2015. Kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Institut Kajian Etnik (KITA) UKM sedang dalam proses menyediakan pelan tindakan yang mengandungi program spesifik dan konkrit merentasi kementerian dan agensi bagi tujuan pelaksanaan syor dan cadangan yang terkandung dalam PPKPM atau the unity blueprint seperti diputuskan oleh Kabinet. Proses menghasilkan pelan tindakan melibatkan proses konsultasi yang berterusan anjuran JPNIN dengan tiga sektor masyarakat, sektor awam dalam Kerajaan Pusat dan juga negeri, sektor swasta dan sektor komuniti, NGO, CBO, pertubuhan agama dan sebagainya. Cabaran utama Tuan Yang di-Pertua adalah mendapatkan penyertaan yang menyeluruh dari semua sektor yang terlibat. Sehingga kini JPNIN telah mengenal pasti sebanyak 397 program perpaduan yang melibatkan jumlah dana yang besar melalui tiga konsultasi dengan wakil-wakil sektor awam iaitu dengan 30 kementerian, agensi di peringkat Persekutuan. Selain itu, maklumat dan penemuan daripada setiap sektor perlu dikumpulkan, diteliti, digabung, disaring, diintegrasikan, dianalisis dan dibuat syor yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan pelan tindakan tersebut. Justeru, ini adalah proses yang panjang dan sememangnya memerlukan tenaga kerja tambahan, kemahiran dan kepakaran intelektual. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, usaha membangunkan pelan tindakan sememangnya sedang diteruskan dengan giat tetapi masih belum dapat dilengkapkan sepenuhnya atas kekangan ini. Selain itu JPNIN juga sedang dalam proses melaksanakan kajian pembangunan satu instrumen indeks yang akan menjadi kayu pengukur bagi tahap perpaduan di negara ini. Melalui indeks ini keberkesanan pelaksanaan program yang dirancang melalui pelan tindakan itu dapat mungkin diukur atau dinilai.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Lenggong dan...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Kota Tinggi yang telah mengesyorkan penaik taraf Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan pemerkasaan ejen-ejen perpaduan di peringkat akar umbi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Buntar bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya khuatir nanti saya terlepas apa yang telah saya bawa. Saya minta izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memang saya akur bahawa perjuangan untuk memastikan

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

kesepaduan, perpaduan dan kesatuan, bukan satu perkara yang mudah kerana ia itu dengan izin, on going process. Itu satu yang kita akur. Blueprint yang telah disebut tadi, pelan tindakan ataupun pelan perpaduan nasional itu adalah satu langkah yang positif walaupun better late than never. Cuma saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita perlu berjalan seiring antara membina satu pelan yang besar itu dengan berhadapan situasi yang menghancurkan cita-cita itu. Antara lainnya ialah bagaimana isu-isu perkauman dimainkan sehingga ia menjejaskan cita-cita tadi, bagaimana dogma agama yang sempit dijadikan sebagai satu permainan sehingga perkara tersebut menjejaskan. Jadi saya juga mohon kepada Yang Berhormat Menteri dalam penjelasan ini, selain daripada membawa satu cita-cita besar dan saya berbangga kerana saya menjadi sebahagian daripada penghasilan itu tetapi pada waktu yang sama, kita juga kena serius dalam isu menggunakan agama, menggunakan perkauman sehingga kita melihat di bawah sana berlaku satu perpecahan yang merugikan cita-cita perpaduan tadi. Saya mohon ambil berat juga isu itu sebagai sebahagian daripada pelan tindakan.

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan Yang Berhormat sebentar tadi itu kami akan mengambil perhatian dan segala pendapat Yang Berhormat sebentar tadi kita ambil kira. Sememangnya masalah itu kita sedari berlaku. It is coming to us every now and then. Saya ada pernah berdiri di sini untuk meminta semua pihak kalau boleh, perkara-perkara yang sensitif seperti race dan agama, bolehkah kita ini jangan campur-adukkan daripada kita punya karier untuk meneruskan politik kita because this is very, very sensitive dan bukan senang bagi kita untuk mengatasinya. Salah satu usaha kerajaan untuk menangani ini dan kita juga mengambil kira Yang Berhormat ialah menubuhkan satu ahli jawatankuasa yang mempromosikan persefahaman agama, menanamkan rasa hormat di antara satu, memahami dengan agama lain dan juga lain agama. So that we can develop our thinking to respect each other tetapi kesemuanya akan diambil kira. Yang Berhormat, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pemerkasaan JPNIN dan ejen perpaduan di peringkat akar umbi dilakukan melalui langkah-langkah seperti berikut. Pertama, Pelan Strategik JPNIN 2017-2020 diwujudkan sejajar dengan Rancangan Malaysia Kesebelas. Bagi memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan berdasarkan persekitaran semasa dan jangkaan akan datang, pelan ini menetapkan enam teras utama yang mendukung ke arah memelihara dan memantapkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat seperti berikut: (i) membudayakan perpaduan; (ii) memperkasakan khidmat komuniti; (iii) memupuk semangat patriotisme; (iv) meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti; (v) mengukuhkan integrasi nasional; dan, (vi) mengukuhkan kecekapan organisasi. Anjakan paradigma JPNIN dibuat melalui kerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti pertubuhan persatuan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGOs) dan pihak swasta. Kerjasama ini mampu mencetuskan detik-detik perpaduan menerusi program, aktiviti jaringan sosial melalui Program MyHero Award, unity run, bicycle run in Putrajaya, dan yang terbaru sekali ialah the Moments of Unity. Pelan Tindakan Pemerkasaan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kini dalam fasa terakhir untuk dimuktamadkan bagi kelulusan Kabinet. Pelan ini bertujuan mentransformasikan meremajakan ejen-ejen perpaduan di peringkat akar umbi agar usaha mereka selari dengan aspirasi, melahirkan bangsa- bangsa Malaysia yang berdikari, berinovatif dan kreatif dan seterusnya memperkenalkan bidang baru untuk diterokai oleh ejen-ejen perpaduan di peringkat akar umbi bagi menjana sumber kewangan sendiri melalui pertubuhan koperasi di setiap Rukun Tetangga. Penglibatan ini akan melahirkan usahawan-usahawan muda di dalam komuniti yang produktif, inovatif dan berdaya saing. Ia seterusnya membina keyakinan, kesejahteraan dan kepuasan masyarakat akar umbi terhadap kehidupan mereka dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan sentimen-sentimen perkauman yang mudah dimanipulasikan oleh golongan tertentu. Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kapar tentang pemupukan

perpaduan pada zaman persekolahan. JPNIN komited dalam menerajui pendidikan perpaduan memandangkan inisiatif-inisiatif pemupukan perpaduan bermula di peringkat pendidikan prasekolah, diteruskan di sekolah rendah dan menengah serta dimantapkan lagi di peringkat institusi pengajian tinggi malah dilaksanakan juga integrasi latihan silang budaya di tempat kerja. Di peringkat prasekolah, kanak-kanak di 1,781 Tabika Perpaduan dan 40 buah Taska PERMATA Perpaduan dididik dari kecil supaya mengenali dan menghormati rakan-rakan mereka dari kaum lain. Kesemua program ini kita bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, program-program penggalakan perpaduan bagi memupuk perpaduan nasional terutama di kalangan pelajar-pelajar melalui 6,218 buah Kelab Rukun Negara atau KRN di sekolah dengan matlamat melahirkan generasi muda yang sentiasa menjunjung Perlembagaan dan menjadikan Rukun Negara sebagai landasan hidup bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Menerusi program MyRukun Negara yang dilaksanakan oleh KRN, pelajar- pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti kenegaraan supaya pelajar mempelajari, mengetahui dan menghormati agama, kepercayaan dan adat serta kebudayaan kaum lain. Tuan Yang di-Pertua, kerjasama strategik dan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia terus digerakkan melalui program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang memberi tumpuan pelaksanaan program mengikut kluster yang secara bersepadu bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan lima prinsip Rukun Negara.

Kem Silang Budaya dan aktiviti KRN dilaksanakan di sekolah dengan penerapan dan menghayati prinsip Rukun Negara berpandukan model silang budaya. Pelajar akan meneroka pengalaman mengenai kepelbagaian budaya, adat resam dan cara hidup dari pelbagai etnik dan latar belakang yang menggalakkan interaksi dan komunikasi dalam amalan hidup seharian. Program Latihan Industri Perpaduan ataupun PLIP diwujudkan bertujuan memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera untuk mengalami sendiri situasi silang budaya, pemahaman antara agama dan penerimaan antara kaum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Kawan bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Batu Kawan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan tahniah di atas inisiatif yang diterajui oleh Menteri dalam isu perpaduan di negara kita dan, dengan izin, nations building. Akan tetapi, saya ingin mendapatkan pandangan daripada Menteri mengenai status dan fungsi Biro Tatanegara, sebab inisiatif untuk perpaduan dan untuk menjalinkan perhubungan yang baik di antara kaum di negara ini akan, dengan izin, self-cancel dengan kewujudan Biro Tatanegara adalah jarum halus yang digunakan oleh sesetengah pihak untuk memainkan isu perkauman di negara ini. Saya merujuk kepada slides yang diambil dari laman web Biro Tatanegara dua tahun lepas mengenai kedudukan Cina, India, Melayu di negara ini, orang-orang yang paling kaya berdasarkan kaum, status sekolah-sekolah vernakular di negara ini, tanah yang diberikan untuk pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam. Isu-isu ini mungkin adalah isu-isu statistik yang membina sebuah negara, tetapi ia dipolitikkan terhadap arah kebencian dalam laman web Biro Tatanegara. Ada bukti. Jadi, dengan izin, it is, you are speaking about national unity and national reconciliation while having an agency and organ that breaks Malaysians in the Prime Minister’s Department. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Itu mungkin hanya persepsi Yang Berhormat sendiri. Segala apa yang kita buat ini sebenarnya ialah untuk kebaikan rakyat. Akan tetapi soalan ini sebenarnya kalau ingin mendapat jawapan yang lebih terperinci lagi, mungkin Yang Berhormat boleh tanya Menteri yang di mana BTN ini adalah di bawah jagaan dia.

Yang Berhormat Menteri, siapa yang menjaga BTN? Ini sebab saya tidak arif. Who’s in charge of BTN?

Boleh tanya nanti, tetapi BTN bukanlah di bawah jagaan saya.

But you are as a unity Yang Berhormat Menteri. What is your view sebab ini bukan pandangan saya. Kandungan laman web BTN bukan persepsi atau pandangan. It is clearly stated.

Okeylah kalau kita mahu tanya betul, nanti saya balik dulu. Okey nanti saya balik dahulu Yang Berhormat, nanti saya kasi jawapan secara bertulis. So that you can get your proper answer from me. Okey.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya- I look forward for your reply. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebentar tadi saya telah menyentuh berkaitan Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP). Ini telah diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera untuk mengalami sendiri situasi silang budaya, pemahaman antara agama dan penerimaan antara kaum. Penjelasan ini saya berharap telah juga menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam mengenai penekanan terhadap amalan dan penghayatan lima prinsip Rukun Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya berkongsi sentimen yang diluahkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam mengenai isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh segelintir NGO dan parti politik yang boleh menggugat perpaduan. Antara usaha yang dibuat oleh JPNIN adalah mengesan dan mengumpul isu-isu sensitif melalui satu sistem atau mekanisme pengesanan isu secara atas talian atau online dan maklumat mengenai isu konflik ini akan disalurkan kepada agensi yang bertanggungjawab seperti PDRM dan KDN yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya. Penyediaan laporan mengenai isu-isu semasa perpaduan juga dikemukakan kepada Kabinet setiap suku tahun, every quarterly bagi memaklumkan tentang segala tindakan dan pendekatan yang telah diambil oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi mengurus isu berkenaan. Selain itu, ahli-ahli politik sendiri perlu memahami sensitiviti semua kaum dalam memperjuangkan ideologi politik masing-masing dalam usaha untuk kita membina Bangsa Malaysia. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya memperjuangkan isu-isu berkaitan pembangunan negara dan kebajikan rakyat dan bukan cuba untuk memainkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan sensitiviti pihak lain. Justeru itu, saya percaya sangat penglibatan ahli-ahli politik dalam siri perbincangan meja bulat, forum dan seminar mengenai kepentingan perpaduan adalah mustahak sekali di mana ini secara tidak langsung membolehkan mereka menjiwai perpaduan dan mempromosikan keharmonian antara kaum. Kita sememangnya peka dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya yang sedia wujud di negara ini. Cabaran utamanya adalah apabila setiap kelompok mempunyai nilai hidup seperti perasaan prasangka, bersikap ekstrem dan pemisahan fizikal yang akan menghalangkan integrasi kaum dan perhubungan etnik seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Maka menyedari hakikat sebegini, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) untuk memantapkan perhubungan dalam penganut pelbagai agama. Pelbagai program turut dianjurkan antaranya ialah sambutan Hari Toleransi Sedunia, sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama, forum, dialog dan seminar keagamaan demi memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terjalin. Selain itu, beberapa program seperti penganjuran Program Gemilang Perpaduan, Program Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian, Program Integrasi Pemimpin Masyarakat dan Program Lawatan Integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak selari dengan slogan 1Malaysia berupaya mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat kita. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri penggulungan saya ini, sukalah saya memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri yang pertama sebagai renungan kita bersama and I quote, inilah yang dia ungkapkan kepada kita, “Setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama orang lain, adat dan tabiat kerana menerusi kepelbagaian itu, kita boleh mendapat perpaduan yang sebenar”.

Petikan ini membuktikan bahawa semua pihak harus memainkan peranan masing-masing termasuk pihak sini dan pihak sana memandangkan usaha memelihara perpaduan bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu untuk meneruskan usaha bagi mengekalkan perpaduan yang telah sekian lama terbina oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat..

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Sebelum, sebelum duduk Tuan Yang di-Pertua. Sebelum duduk, saya tertarik dengan ungkapan daripada Perdana Menteri kita yang pertama. Saya rasa very apt Tuan Yang di-Pertua. Perdana Menteri yang pertama mengajak kita menghormati antara satu sama lain. Jadi saya hendak minta kalau bolehlah saya akan menghormati Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh tak bawa kepada Jabatan Perdana Menteri menghormati pembangkang dengan umpamanya mesyuarat tindakan banjir, mesyuarat tindakan daerah, pembangunan daerah, you deny us of being present dan peruntukan untuk Ahli Parlimen BN ada tetapi untuk pembangkang tak ada. So untuk menghormati apa-apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, please cuba apply kepada diri sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya berterima kasih banyaklah tetapi di sini saya berdiri di sini untuk mempromosikan perpaduan sahaja. Segala apa jemputan, lain-lain agenda kerajaan itu biarlah pihak yang berkuasa akan melaksanakan semua itu. Itu bukan di bidang kuasa saya.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Bukan, kami mesyuarat banjir pun tak boleh masuk. Mesyuarat banjir, kawasan saya banjir tetapi saya tak boleh masuk Mesyuarat Jawatankuasa Banjir. I mean apa kerajaan macam mana? I mean you have to think of this.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun tak panggil juga BN.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Eh kita tak cakap fasal Pulau Pinang. Kita tak cakap pasal Selangor. Kita cakap pasal Kerajaan Persekutuan.

Yang paling...

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sama lah tu, jangan kata kerajaan BN sahaja tak panggil. Sama sahaja.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tak, tak sama. Ini Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia ini bapa kepada semua kerajaan. Show a good example.

Yang Berhormat, senang apabila mereka...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

I respect you, you suruh sembah pun saya sembahlah.

Apabila kita bermesyuarat, kita juga pun bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Jadi kalau ada apa-apa yang kita boleh sumbang, boleh contribute, saya percaya kerajaan alu-alukan juga. Okey, demikianlah penggulungan saya. Ucapan terima kasih sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Jerai.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam. Semasa perbahasan titah diraja, saya telah meneliti semua isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf agak terlewat tadi untuk mengambil giliran sebab solat Asar tadi. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang berkaitan mahkamah dan juga undang-undang syariah. Yang Berhormat Bukit Gantang telah membangkitkan isu memperkasakan serta meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Fasal 1 perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan. Kerajaan dengan kerjasama negeri-negeri sedang berusaha untuk memastikan undang-undang syariah dapat dilaksanakan melalui cadangan untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah dan menyemak semula kedudukan hakim-hakim Mahkamah Syariah. Mengenai saranan undang-undang syariah bagi mengatasi masalah sosial dimaklumkan bahawa undang-undang syariah adalah satu bentuk perundangan yang telah digubal dan untuk kepentingan masyarakat yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Objektif hukuman dalam undang-undang syariah bukan hanya setakat menghukum tetapi ia juga untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada manusia agar tidak melakukan jenayah. Yang Berhormat Sandakan membangkitkan Mahkamah Syariah mengambil masa yang lama untuk memutuskan permohonan pengesahan agama bukan Islam atau penentuan status agama dengan merujuk kepada kes ‘Iton Viranto’. Sebagaimana lazimnya setiap kes permohonan di mahkamah syariah pihak yang mendakwa bahawa terdapat kesilapan semasa pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hendaklah mengemukakan sendiri permohonan tersebut di Mahkamah Syariah dan seterusnya memberikan keterangan mengenai bagaimana kesilapan itu telah berlaku berserta dengan bukti serta saksi yang menyokong keterangan tersebut. Kebiasaannya kes-kes sedemikian akan diselesaikan dengan cepat oleh Mahkamah Syariah sekiranya pemohon mematuhi prosedur perbicaraan dan pembuktian yang ditetapkan oleh undang-undang. Berhubung kenyataan Ahli Yang Berhormat bahawa kes-kes demikian menyebabkan orang bukan Islam takut dengan pindaan Akta 355. Dimaklumkan bahawa kes-kes seperti ini sama sekali tidak berkaitan dengan bidang kuasa jenayah ataupun Akta 355 kerana yang demikian adalah tertakluk di bawah bidang kuasa MAL di Mahkamah Syariah. Ianya juga tidak mempunyai kaitan dengan kesalahan jenayah syariah yang hanya melibatkan orang Islam sahaja. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - Akta 355. Dalam kesempatan ini ingin saya jelaskan bahawa Akta 355 telah diperkenalkan pada tahun 1965. Ketika itu kadar maksimum hukuman penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya. Pada tahun 1984, peruntukan mengenai bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah dipinda melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984. Menerusi pindaan itu, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan sesuatu hukuman telah dinaikkan kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman- hukuman tersebut. Seterusnya pada tahun 1989, ia diperluaskan pemakaiannya ke Sabah dan juga ke Sarawak. Perlu difahami sekiranya Akta 355 ini dipinda, ia tidak secara automatik berkuat kuasa sebagai undang-undang sebagaimana pindaan undang-undang sivil di Parlimen. Peruntukan pindaan ini adalah hak mutlak kerajaan negeri dengan perkenan Tuanku negeri Sultan negeri-negeri berkenaan yang ditetapkan dalam Butiran 1 Senarai 2 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Saya juga ingin membuat penjelasan lanjutan berkaitan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah perlu ditekankan bahawa tatacara sebatan adalah di bawah peruntukan akta ataupun enakmen atau ordinan di negeri-negeri. Di bawah undang- undang tatacara jenayah syariah yang berkenaan, sebatan adalah ringan dan tidak langsung menyamai sebatan yang diperuntukkan di bawah undang-undang sivil. Contohnya di bawah seksyen 125 Akta 560, Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 mengehendaki pesalah tidak boleh dicederakan. Dalam masa yang sama, tidak dibenarkan pesalah dibukakan pakaiannya semasa menjalani hukuman sebatan. Seterusnya saya ingin menjelaskan bahawa isu-isu..

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Penjelasan.

Berkaitan Akta 355 yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

Mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang berhormat, Yang Berhormat Parit Buntar bangun Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya berminat fasal sebatan tadi Yang Berhormat Menteri. Saya masih ingat semasa kes empat tahun yang lalu sebelum isu RUU 355 menjadi sensasi politik, saya bertanya tentang sebatan. Saya telah mendapat jawapan daripada Yang berhormat Menteri bahawa sebatan itu sendiri walaupun ada tatacara tetapi belum lagi dapat dilakukan dan dapat dilaksanakan sebab tidak ada kepakaran untuk hendak melakukan demikian. Saya mohon Yang Berhormat Menteri jikalau ada statistik telah beberapa orang yang telah disebat atau dirotan mengikut kaedah yang disebut tadi sebab apabila kita melihat pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang tentang 100 sebatan itu sudah tentulah salah satu aspek yang kita hendak tengok ialah dari segi tatacaranya. Sejauh manakah persediaan ke arah tatacara sebatan itu sudah dibuat dan berapa orang yang sudah lalui ataupun sudah kena hukuman itu dan bagaimana kaedah dia untuk kita benar-benar melihat dianya syariah compliance. Saya mohon penjelasan.

Boleh, Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin menyentuh di kesempatan ini Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata ada perbezaan antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah tentang sebatan ini ya di mana sebatan syariah ini lebih selaras dengan Islam lah. Cuma saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa berdasarkan proses sebatan sekarang di Mahkamah Syariah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah ini, ada lagi aspek yang sebenarnya tidak comply pun dengan Islamic principle iaitu dia mesti disebat di tempat awam. Dia ada falsafahnya kenapa disebat di tempat awam itu sebab untuk bukan sahaja untuk hendak deterrent kepada offender, dengan izin tetapi juga kepada bakal-bakal offender itu. Jadi dalam kes di Malaysia ini yang saya tahulah, semua sebatan tidak pernah diadakan di tempat awam sama ada Mahkamah Sivil ataupun Mahkamah Syariah. Jadi macam mana kita boleh katakan ia adalah selaras dengan Islam sedangkan aspek public tidak ada. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat menjawab. Terima kasih.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Klang bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi, Yang Berhormat? Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkait dengan Undang-undang 355. Apa yang saya faham ialah rang undang-undang ini pindaan, rang undang-undang ini akan dibawa oleh Yang Berhormat Marang sebagai Private Members’ Bill. Akan tetapi saya baca dekat surat khabar mengatakan bahawa sekarang kerajaan akan membawa pindaan ini untuk dibahas di Parlimen pada sesi sekarang. So, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa yang tukar sampai rang undang-undang, Private Members’ Bill ini sekarang menjadi bill kerajaan. Tolong Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan keadaanlah, sebab banyak orang keliru. Apa telah berlaku, Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun] .

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah alam bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar penjelasan tadi oleh Yang Berhormat Menteri bahawa pindaan terhadap RUU 355 ini tidak seperti mana untuk Mahkamah Sivil dan apa yang akan berlaku ialah ianya akan sekiranya ianya diterima dan diluluskan

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

sekalipun, ianya akan dikembalikan kepada negeri-negeri di mana Dewan Undangan Negeri bersama dengan perkenan Sultan dan sebagainya semua akan berfungsi untuk menentukan sama ada ianya akan dilaksanakan ataupun sebaliknya. Memandangkan ada yang menyatakan bahawa pindaan ini tidak selaras dengan Perlembagaan oleh kerana tidak mendapat restu Majlis Raja-Raja, terlebih dahulu. Apakah jawapan Yang Berhormat Menteri terhadap teguran yang sebegitu. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat daripada Parit Buntar, daripada Sepang, daripada Klang dan Yang Berhormat Shah Alam. Pertamanya, Yang Berhormat Parit Buntar, berkenaan dengan RUU 355 ini, sebatan, saya fikir mungkin ada jawapan yang agak sedikit perlukan kepada pendetailan. Maksud sebenarnya di Malaysia telah pun dilaksanakan, bukan tidak ada pelaksanaan hukuman yang telah pun dilaksanakan dan memang pun Yang Berhormat menjadi kekeliruan kepada masyarakat sebab sama seperti mana Yang Berhormat Sepang sebut tadi bahawa perlu dilaksanakan di khalayak. Akan tetapi oleh kerana yang menghantui kita ataupun yang memberikan penjelasan kepada kita kelompok-kelompok yang telah mengambil maksud sebatan syariah itu dia ambil contoh macam dia ambil daripada Taliban pada peringkat Afghanistan ataupun dia ambil sebatan di Syria, ataupun dia mengambil sebatan yang dilaksanakan di Iraq. Jadi ini menyebabkan pening orang memikirkan yang inikah ataupun ada juga sebatan yang diambil daripada negara jiran sebab pelaksanaan sebatan dalam konteks negara jiran. Ini kalangan yang menggunakan maklumat di hujung jari ini. Jadi dia boleh tengok di situ dan dia nampak inilah contoh-contoh sebatannya. Bagi masyarakat yang tua-tua, dia biasanya mengambil daripada filem Semerah Padi, Lancang Kuning maka itulah yang menjadi tertanam dalam minda dan pemikiran, itu lah sebatan syariah. Akan tetapi apa yang kita laksanakan Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sempat melihat pelaksanaan yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Tawau. Dalam Mahkamah Syariah Tawau dilaksanakan pada dua pasangan lelaki dan perempuan yang dijatuhkan dengan enam sebatan syariah dan sebagai yang saya selalu ulang-ulanglah. Dia umpama Yang Berhormat letak buku di bawah ini sebatan dia itu tidak boleh jatuh buku yang kepit tadi. Jadi Yang Berhormat boleh tengok kalau ada dalam media-media sosial, dalam media-media baru, itulah bentuk pelaksanaan hukuman yang dilaksanakan di Malaysia dan dia dilaksanakan di dalam mahkamah di Tawau selepas daripada dijatuhkan hukuman terus dilaksanakan di situ, di hadapan khalayak yang hadir termasuk kehadiran di hari itu ialah mereka yang daripada pengamal undang-undang Mahkamah Sivil termasuk majistret yang berada di kawasan tersebut untuk turut hadir. Sebagai saya sebutkan awal tadi dia tidak boleh melukakan, tidak boleh dibukakan baju dan begitulah had hukuman yang dilaksanakan. Selain daripada itu, di Wilayah Persekutuan sendiri hukuman-hukuman itu telah pun dilaksanakan beberapa kali bukan kepada pesalah-pesalah yang telah pun ditetapkan. Saya fikir mungkin sudah sampai masanya untuk kita berikan ruang public melihat hukuman ini dan dipadankan juga dengan perbandingan hukuman sebatan sivil yang telah dibuat di negeri Arab Saudi. Ada video ataupun ada klip yang dipertontonkan dalam media online, sebatan yang dibuat di depan Masjidil Nabawi dan dilaksanakan di hadapan khalayak dengan sebatan yang saya kata had pukulannya begitu. Yang Berhormat Sepang, saya sebutkan tadi, dia dalam sebatan syariah dia sebutkan di hadapan, ditontonkan oleh orang ramai. Dalam kaedah bahasa Arab dia lebih daripada dua tiga orang adalah dikira ramai. Oleh sebab itu walaupun disebat di dalam penjara dia ditontonkan oleh beberapa kelompok yang telah dijemput untuk hadir melebihi daripada tiga orang. Itulah pelaksanaan yang dilakukan cuma kalau minta maaf statistik yang Yang Berhormat Parit Buntar minta tadi saya akan bagikan kemudian sebab saya tidak dapat hendak mengira jumlah ataupun sebatan di tempat awam ini disebutkan juga bahawa sebatan yang dilakukan di Mahkamah Syariah adalah berbeza daripada Mahkamah Sivil di bawah seksyen 125(3)(c) telah pun memperuntukkan bahawa hukuman boleh dilaksanakan di mana-mana tempat. Ini untuk Yang Berhormat Sepang tadilah tetapi mesti ditonton lebih daripada tiga orang yang sebagaimana dikehendaki oleh syariat. Akan tetapi kita faham bahawa proses ini sedang pun berjalan, ada yang dilakukan terus di dalam Mahkamah Syariah dan ada di luar di dalam penjara tetapi ditonton oleh, ataupun diperlihatkan kepada jumlah yang melebihi daripada tiga orang.

Yang Berhormat Klang, 355 dalam pindaan surat khabar saya tumpang untuk turut menarik perhatian bahawa ada pandangan, Select Committee, ada pandangan pergi untuk kita bincangkan peningkatan di sudut memperkemaskan dahulu Mahkamah Syariah daripada tiga tiers, tiga tingkatan menjadi empat ataupun lima sebagai Mahkamah Sivil ada lima tiers. Jadi ini cadangan-cadangan termasuk juga yang lain. Jadi apa sekalipun Yang Berhormat, kita sudah tengok dalam Yang Berhormat kena ikuti dalam Aturan Urusan Mesyuaratlah, Order Paper yang kita ada ini dan dalam paper hijau ini sudah ada daripada peruntukan di bawah Perkara 13, item yang ketiga belas ini Yang Berhormat Marang dengan cadangan yang telah diberikan. Jadi perkembangan dia akan diikuti berdasarkan kepada apa yang dilaporkan di dalam Order Paper ini.

So, minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini bermaksud Yang Berhormat Marang akan membawa pindaan ataupun kerajaan akan membawa pindaan? Sebab ada kekeliruan di kalangan rakyat sebab Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan akan bawa. Bila perbahasan itu akan berlaku?

Oleh sebab itu saya katakan tadi Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen akan diberikan peluang untuk membahaskan perkara tersebut sama ada sekarang ini sudah tercatat sebagai Private Member’s Bill ataupun di peringkat kerajaan yang harus mengikuti SOP dengan pemakluman dan juga kebenaran melalui persetujuan Kabinet dan ini bergantung kepada apa yang kita putuskan nanti.

Yang dibangkit oleh Yang Berhormat Menteri berkait dengan Select Committee. Pada sidang Parlimen yang lalu, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memberi satu komitmen kepada Parlimen bahawa satu Select Committee akan ditubuhkan. Akan tetapi itu pun tidak ada apa-apa way forward, pelaksanaan tidak ada. Saya tidak begitu faham apa jawapan Yang Berhormat Menteri. Adakah isu ini akan dibahaskan? Adakah kerajaan akan membawa isu ini ke Parlimen ataupun Yang Berhormat Marang. Ini saya minta jelaskan.

Ini Yang Berhormat, saya katakan tadi ia bergantung kepada Order Paper yang dikeluarkan. Yang Berhormat boleh ikuti dan tengok perkembangannya nanti. Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Pasal tadi Yang Berhormat Menteri ada sebutkan tentang macam mana isu Mahkamah Syariah ini perlu diperbaiki dari segi pentadbiran, prosesnya dan sebagainya. Saya ingin mohon pandangan Yang Berhormat Menteri selaku mewakili kerajaan dari aspek yang kita lihat tentang peningkatan hukuman sebagai salah satu aspek dengan pentadbiran dari sudut pengurusan, penguatkuasaan, hakim-hakim yang lebih profesional. Mana satu sebenarnya yang lebih diutamakan dan perlu diberi perhatian sebab saya tanya demikian kerana jikalau kita didedahkan hanya kepada isu peningkatan hukuman sedangkan infrastruktur tidak ada untuk menampung dan apatah lagi Yang Berhormat Menteri juga sebut bahawa akhirnya negeri akan laksana. Bukan federal cuma kita bagi bidang kuasa. Akan tetapi bidang kuasa mahkamah tentang jenayah syariah ini jikalau tidak diselaraskan dan saya telah beberapa kali dalam perbahasan sebelumnya bercakap dan Yang Berhormat Menteri pun selalu memberikan kita jaminan bahawa kita akan buat penyelarasan. Di antara negeri-negeri pun belum selesai lagi dan yang ini berbeza dengan yang ini. Oleh sebab itu soalan saya ingin meminta penjelasan— minum air dahulu, batuk, musim panas ini. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri bagi satu penjelasan secara governance, bukan secara politiklah. Politik di luar macam-macam. Macam saya katalah, berapa orang yang sudah jadi kafir pasal kononnya tolak RUU dan sebagainya. Munafiklah, liberal semua ini. Tidak mengapalah, itu cerita orang bawah. Kita cakap gentleman. Kita ini as a government, kita sebagai melihat maslahah ummah sebagai salah satu daripada sumber syariah kita dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri sebenarnya dalam isu adakah peningkatan hukuman itu yang lebih utama atau soal yang disebut tadi, pentadbiran, soal gaji hakim. Saya difahamkan gaji Hakim Mahkamah Syariah jauh lebih rendah daripada hakim sivil dan isu macam mana hakim-hakim ini dipantau dari segi haknya dan sebagainya. Sebenarnya tidak tertakluk kepada satu suruhanjaya Hakim- hakim Mahkamah Syariah. Dia tunduk kepada kalau negeri duduk di bawah gaji macam mana pegawai negeri lain.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

So ini saya rasa kalau kita jujur untuk betul-betul bicara tentang Mahkamah Syariah harus diberi penjelasan yang lebih utama. Bukan sekadar tingkatkan hukuman selesai masalah. Saya rasa itu terlalu simplistic. Saya minta pandangan yang jujur daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soalan saya juga Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, belum lagi Yang Berhormat Shah Alam pun saya tidak sempat jawab lagi ini. Yang Berhormat, sebelum saya pergi kepada Yang Berhormat Parit Buntar balik sebab Yang Berhormat Shah Alam tunggu kasihan. Tadi Yang Berhormat Shah Alam timbulkan RUU 355 adalah untuk kuasa negeri. Ini memang betul tetapi sebagaimana yang telah kita sebutkan, ia berbeza langsung dengan Mahkamah Sivil apabila Parlimen sudah pun memutuskan, ia menjadi undang-undang. Akan tetapi bagi Mahkamah Syariah, kita hanya memberikan bidang kuasa yang mewujudkan punca kuasa iaitu untuk pelaksanaan di peringkat negeri. Di peringkat negeri, bergantung sangat kalau sekiranya ia ditolak oleh peringkat negeri, maksudnya ialah daripada sultan dan raja masing-masing yang menjadi ketua agama di negeri masing-masing maka ia tidak akan berlaku perubahan. Bahkan bukan soal penolakan. Kalau mereka tidak bersedia untuk meminda maka ia juga tidak menjadi suatu tekanan kepada mereka untuk kewajipan melaksanakan. Balik kepada Private Member’s Bill tadi, saya jawab bagi habis dahulu. Private Member’s Bill ini ia tidak memerlukan kepada persetujuan mana-mana negeri sebab ini atas nama bil peribadi. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi saya apabila Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan yang sebegitu rupa maka apa yang akan berlaku ialah kita akan dapati ada negeri yang menerima dan melaksana sebatan sehingga 100 kali, denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga 30 tahun. Ada pula negeri yang kekal seperti mana yang sedia ada. Lalu tidakkah ini dilihat sebagai satu masalah besar dari segi penyelarasan hukuman-hukuman yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah? Ia merupakan bagi saya satu tindakan yang boleh dikatakan agak tidak bertanggungjawab kerana kita membenarkan satu ruang perbezaan yang begitu besar yang akan berlaku daripada satu negeri kepada satu negeri di mana satu tempat dia hanya kena rotan enam kali. Ada satu tempat dia boleh rotan sampai 100 kali, ada di satu tempat, satu negeri dia didenda hanya maksimum RM5,000, penjara hanya tiga tahun. Satu lagi negeri sampai RM100,000, 30 tahun dan orang akan melihat apa ini yang dikatakan ini Mahkamah Syariah yang ikut Islam mana satu yang Islam ini. Saya merasakan mungkin ia kaedah, cara hendak menangani persoalan pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan peningkatan hukuman ini dengan satu cara yang terlalu simplistic, terlalu mudah. Seharusnya persoalan ini dibincangkan bersama dahulu dengan semua Ketua-ketua Hakim Mahkamah Syariah supaya dapat satu kata sepakat. Paling kurang RUU 355 ini akan mencapai matlamat asalnya apabila ia diperkenalkan dan dimasukkan dalam Perlembagaan iaitu hendak capai satu penyelarasan. Sekarang ini ia bukan menjadi kaedah untuk mencapai penyelarasan tetapi sebaliknya ia menjadi kaedah untuk berlakunya keadaan yang agak caca marba. Terakhir, saya faham bahawa untuk hendak elak persoalan persetujuan Majlis Raja-raja maka ia dibawa melalui usul persendirian yang telah dipersetujui dan dirancang bersama dengan Kerajaan Persekutuan juga. Tidakkah ini merupakan satu tindakan yang jelas bertujuan untuk menempelak dan mengetepikan kuasa Raja-raja? Lainlah kalau sekiranya usul persendirian itu boleh dibawa oleh seorang Ahli Parlimen tanpa persetujuan daripada pihak kerajaan. Akan tetapi di sini kerajaan sendiri setuju, kerajaan sendiri terlibat, kerajaan sendiri memahami bahawa ia merupakan satu prosedur untuk circumvent ataupun untuk mengelak daripada mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Tidakkah itu merupakan satu kaedah yang agak kalut dan menimbulkan masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, panjang lebar.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya merasakan Yang Berhormat Menteri kena beri satu jawapan yang jelas berhubung dengan persoalan ini. Apa sebenarnya niat di sebaliknya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat, jangan panjang sangat macam Yang Berhormat Shah Alam.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sementara kita berbicara soal memperkasakan Mahkamah Syariah ini saya ingin membawa Yang Berhormat Menteri daripada sudut kesaksamaan dalam kita menyeragamkan dan mengangkat martabat Mahkamah Syariah melingkungi dan juga melepasi sempadan hak mahkamah itu sendiri. Sebagai contoh kalau kita tengok hakim itu sendiri. Hakim Mahkamah Syariah kedudukan mereka ialah N48 sedangkan Majistret ada sampai 54 dan ada Mahkamah Tinggi JUSA. Jadi saya melihat untuk kita menyeragamkan dan memastikan keadilan itu dapat ditegakkan, kita juga jangan terlupa Yang Berhormat Menteri bahawa faedah- faedah kebajikan kakitangan itu juga perlu diselaraskan. Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya sementara kita mengangkat martabat Mahkamah Syariah jangan dilupai mereka yang mendukung Mahkamah Syariah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kira Yang Berhormat Hulu Langat dengan ucapan penuh semangat ini sebagai menyokonglah pindaan RUU 355. Tak begitu? Ka lagu mana terpulanglah. Akan tetapi tak....

Yang Berhormat, tunggu sat. Saya nak bagi tahu begini, memanglah. Tadi yang pertamanya, Hakim Mahkamah Syariah ini bukan M48, dia LS ada daripada 41, 44, 48, 52, 54 sehingga ada JUSA. Akan tetapi kita masih agak ketinggalan, berbeza dengan hakim-hakim dalam mahkamah-mahkamah daripada Mahkamah Majistret sampailah Mahkamah Persekutuan dan sebagainya. Akan tetapi kita sedang mengusahakan ini dan saya bersetuju Yang Berhormat Hulu Langat tadi mencadangkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kuala Langat.

...Sebab saya nak rangkumkan sekali juga dengan Yang Berhormat Parit Buntar bahawa memang kita ingin melihat kedua-dua sekali ini peningkatan berlaku. Oleh sebab itu kenapa sekarang ini bukan hanya sekadar itu, kerajaan telah pun mengasingkan bahagian bidang pendakwaan dan juga penguatkuasaan. Oleh sebab kita ingin melihat ada di sana ketelusan yang lebih jelas di antara tindakan dan sebagainya. Wilayah telah pun mendahului dengan pengasingan di antara penguat kuasa dan juga pendakwaan kerana mereka ini sebelum ini berada di bawah satu bumbung di bawah Majlis Jabatan Agama Islam masing-masing. Termasuk juga peningkatan kepada hakim-hakim, di mana hal ini telah pun dipersetujui secara dasar awal. Akan tetapi masih lagi perlu memenuhi beberapa teknikal untuk peningkatan di sudut perjawatan dan sebagainya. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Cuma balik kepada Yang Berhormat Shah Alam tadi sebab Yang Berhormat Shah Alam tadi sebut pasal oleh kerana Private Member’s Bill ini. Saya nak sebut, ia bukan soal timbul ada sebutan tentang masalah berpakat ke apa. Oleh kerana kita, ini pandangan atau persepsi Yang Berhormat Shah Alam. Akan tetapi dalam hal Islam, saya ingin menyatakan bahawa Yang Berhormat daripada Amanah, Yang Berhormat daripada PKR, Yang Berhormat yang beragama Islam, hal yang berkaitan dengan Islam, kita harus bersetuju bersama-sama. Oleh kerana hal yang berkaitan dengan puasa sebagai contoh, tak mungkin yang seberang sini UMNO dan Barisan Nasional puasa start hari Rabu, oleh kerana pembangkang, dia nak start hari Khamis. Ha, itu tak boleh. Sama juga bila pergi

buat haji di Mekah, haji di Mekah oleh kerana tak bersetuju dengan kerajaan, dia nak pergi buat haji di tempat lain, tak boleh. Dalam hal berkaitan dengan Mahkamah Syariah, Amanah pun pergi Mahkamah Syariah juga walaupun saya ada dengar hari itu di Mahkamah Syariah telah memutuskan kes kepada Amanah tetapi tak apalah. Itu bukan kita nak bincangkan di sini. Akan tetapi persoalannya, apabila sebut sahaja Mahkamah Syariah, Amanah pun masuk di situ, tadi Yang Berhormat mana kata PAN bukan Amanah. Ha, saya sebut bagi betul. Saya betulkan. PKR pun di situ juga.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih kerana pandai sebut. Tadi dia tu, dia tak berapa boleh sebut. Dia punya lidah tergelinciaq. Terima kasihlah, saya ingat semua tak boleh sebut, rupanya Yang Berhormat Jerai boleh. Terima kasih, terima kasih.

Okey. Boleh, boleh Yang Berhormat. Jadi, hal-hal yang macam inilah, maknanya UMNO pun akan pergi ke Mahkamah Syariah, semua pergi Mahkamah Syariah. Kita nak kahwin pun di Mahkamah Syariahlah juga, penceraian di Mahkamah Syariahlah juga. Jadi, sebab itu hal yang seperti ini dan saya nak sebut juga Yang Berhormat Shah Alam, Private Member’s Bill adalah peruntukan yang diberikan dalam peruntukan perlembagaan. Jadi, kita ada di situ dan peraturan di dalam Dewan membolehkan peruntukan Private Member’s Bill. Jadi, tak mungkin kerajaan nak menghalang pula sebab ada peruntukan yang dibenarkan di dalam perlembagaan. Ada lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua yang bangun ni Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tak, saya sikit sahaja. Tadi saya nak buat perbandingan itu. Saya ambil sikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Buntar, sebelum saya panggil, saya nak minta izin dan nak minta...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, saya dah minta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila-sila.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bagi sikit komenlah pasal tadi buat perbandingan kalau sembahyang, semua orang tak akan beza. Itu benda maklum [Bercakap dalam bahasa Arab] , dengan izin. Jenuh nanti nak terjemah. Ini benda yang dah terima, tak ada masalah, no problem, kita tak ada bincang benda itu.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ini apa Yang Berhormat Arau ini? Menteri mana ini? Akan tetapi yang saya kata, bila kita mai bincang tentang perundangan, ini bukan soal kata asal perundangan, kena setuju semua. Tak. Ia ada pandangan sebab ini bab nak melaksanakan, bab proses, bab [Bercakap dalam bahasa Arab]. Kesan dia macam mana. Ini semua kaedah, Fikah ada. Jadi, saya minta Menteri jangan samakan itu. Oleh sebab bila kita pertikaikan, bukan kita pertikai Mahkamah Syariah. Kita pertikai proses ia, kita pertikai cara perjalanan ia. Kita nak baiki lagi. Itu dua benda yang berbeza. Tolong jangan samakan benda yang dah clear dengan benda yang diizinkan oleh syariat untuk kita berbeza. Saya nak bagi perbetul itu sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi Yang Berhormat Menteri? Panjang lagi ya?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bab itu, bab apa yang Menteri cakap itu memang kita setujulah. Takkan lah kita nak buat haji tempat lain kan? Mestilah tempat yang sama, masa yang sama tetapi itu bukan persoalan saya. Soalan yang saya tanya ini Yang Berhormat Menteri, with all due respectlah kan, adakah ini merupakan

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

satu cara yang kita hendak circumvent persetujuan Majlis Raja-raja dengan kita berpakat. Okeylah, jangan tak nak pakai perkataan pakat pun kita bekerjasama dengan Ahli Parlimen yang lain, yang circumvent ini maknanya kita hendak elaklah. Kita hendak elak, kita hendak cari jalan belakang, pintu belakang. Kalau kita buat begini, tidakkah ianya akan mendatangkan satu kesan, precedent yang tidak baik yang mana selepas ini, semua persoalan yang Majlis Raja-raja tak setuju, maka kita buat dengan cara begini. Adakah ini satu pendekatan dan kaedah yang baik? Tidakkah ianya lebih baik dan lebih bertanggungjawab di mana kita bekerjasama dengan Ketua-ketua Hakim Mahkamah Syariah daripada setiap negeri, kita bincang, kita bawa wakil daripada majlis agama setiap negeri dan kita jelaskan dan kita cuba dapatkan persetujuan daripada Majlis Raja-raja dahulu. Supaya usul ini boleh datang direct daripada kerajaan dan tidak lagi terpaksa kita guna pintu belakang dengan membawa Private Member’s Bill. Oleh kerana Private Member’s Bill ini tak pernah, tak pernah, tak pernah kerajaan berikan keutamaan berbanding dengan rang undang- undang yang hendak dibawa oleh kerajaan sendiri. Ini merupakan satu sejarah dan bila ianya merupakan satu sejarah, titik hitam sekiranya ianya bertujuan untuk mengetepikan Majlis Raja-raja dalam proses penggubalan undang-undang berhubung dengan pentadbiran negara Islam di negeri-negeri.

Lumut, Lumut. Boleh? Ha? Bolehlah.

Cukup kot Yang Berhormat, pasal dah kita panjang dah ini.

Satu lagi, satu lagi. Satu sahaja.

Kawan-kawan kita hendak pergi sembahyang Asar, nak sambung pula.

Last, last Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam membincangkan, memperkatakan, memperkasakan Mahkamah Syariah, termasuklah RUUnya. Saya hanya ingin membawa satu contoh yang berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Sri Manjung. Kes 0860001700902011, saman antara Ayob bin Kasah dengan Faziah binti Ibrahim mengenai harta sepencarian. Ini berlaku pada 13.09.2011. Malangnya sampai sekarang, sampai hari ini masih lagi belum selesai dan akan dibicarakan semula pada 19 April 2017 jam 9 pagi di Mahkamah Syariah yang sama. Jadi, ia menunjukkan macam mana kita nak katakan mahkamah kita ini perkasa? Maka, sebab itu saya mohonlah Yang Berhormat Menteri menyiasat perkara ini, mengapa ia boleh berlaku seperti itu dan kalau kelemahan, kita pertingkatkan, perkasakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Ada lagi? Cukup dah kot, Tuan Yang di-Pertua. Saya dah bagi tadi last dah. Terima kasih banyak. Pasal ada lagi ini, jawapan tak habis lagi. Yang Berhormat tadi, saya nak tegaskan sekali lagi bahawa yang pertama, saya ambil perhatianlah kes yang berkaitan. Oleh sebab kadang-kadang kes-kes yang merupakan harta sepencarian ini, ia masalah. Ada lelaki datang, perempuan tak datang, perempuan datang, lelaki tak datang. Ada lelaki datang, perempuan datang, anak-anak tak datang dan sebagainya. Ini menyukarkan untuk mahkamah membuat keputusan kepada soal harta sepencarian. Apatah lagi harta-harta itu tidak ada kejelasan daripada sudut tempat dan juga hak milik.

Selain daripada itu Yang Berhormat, saya nak tegaskan sekali lagi Yang Berhormat Shah Alam, tak timbul soal kata tadi membelakangkan dan sebagainya. Oleh sebab kerajaan sebelah sini amat-amat mendukung tinggi perlembagaan dan juga Raja- raja sebagai Yang di-Pertuan Agong dan juga Raja-raja yang memerintah di negeri- negeri yang amat kita hormati dan diberikan peruntukan perlembagaan. Private Member’s Bill adalah peruntukan juga dibenarkan oleh perlembagaan dan juga dalam Parlimen, dibenarkan. Jadi, tak timbul kerana pasal ada jalan ikut belakang sebab jalan Private Member’s Bill juga adalah jalan depan. Cuma beza Yang Berhormat kata tadi, ia jarang-jarang berlaku untuk diluluskan, begitu dan sebagainya. Akan tetapi saya rasa kita ada ruang untuk diperbentangkan dan diperbahaskan dan ada tempoh masa untuk dibincangkan. Jadi, untuk tujuan bincang ini- Yang Berhormat Kuala Terengganu, nanti ia ada perbincangan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Oleh sebab hari ini Amanah dah banyak dah bercakap. Jadi, suara-suara depa tadi mewakili dah.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Satu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sebab ini berkaitan dengan Yang Berhormat Shah Alam tadi.

Tak apa, cukup dah Yang Berhormat.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Pendek sahaja, pendek sahaja. Berkaitan, sikit sahaja.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Saya hendak menyebut sudah ada satu precedent apabila MKN telah diluluskan oleh kerajaan tanpa tandatangan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong. Itu adalah satu precedent yang tidak sihat. Kita tidak mahu RUU 355 ini menjadi satu insiden yang tidak elok.

Saya ambil perhatian, Yang Berhormat. Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Terima kasih .

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Kerana ini adalah satu perkara mulia. Jadi biarlah kita buat dengan baik.

Ya, ya. Kita ambil perhatian, Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Tidak elok ada dua precedent yang begini.

Kata pendek sangat tadi, ini panjang balik ini. Seterusnya saya ingin menjelaskan terhadap isu-isu berkaitan RUU 355 ini— panjang lagi— yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Beruas ingin kepastian sama ada RUU 355 diteruskan atau tidak. Manakala Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Rantau Panjang— ini tidak ada ‘kot’ dalam ini. Kalau tidak ada ini, kita... Yang Berhormat Semporna, pun tidak ada dalam. Yang Berhormat Semporna tidak ada ya? Dan Yang Berhormat daripada Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah pun tidak ada. Saya akan bagi jawapan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saranan supaya pengurusan hal ehwal Islam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna— pun tidak ada juga. Dan begitulah juga berkaitan dengan Yang Berhormat Sungai Petani. [Disampuk] Ini Yang Berhormat sahabat saya. Dia belum sebut nama dah sampai dah. Ada chemistry. Jerai dengan Sungai Petani sebelah, sebelah. Yang Berhormat Sungai Petani bertanya apakah peranan agensi jabatan- jabatan agama termasuk mufti, kadi dan kerjasama penguasa-penguasa agama negeri dengan Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah perjudian dalam masyarakat Islam. Selaras dengan ketetapan butiran Senarai 2, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, maka penguatkuasaan kes-kes jenayah syariah seperti kegiatan perjudian di kalangan orang Islam merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Walaupun begitu, pihak Kerajaan Persekutuan juga memandang serius permasalahan ini dengan menyelaraskan tindakan penguatkuasaan melalui Bahagian Penyelarasan Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kes-kes perjudian melalui peruntukan yang sedia ada di jabatan agama Islam negeri- negeri.

Semua negeri-negeri mempunyai peruntukan berkaitan kesalahan judi di mana orang Islam dilarang keras berjudi atau berada di premis judi sama ada aktiviti perjudian itu mempunyai lesen ataupun tidak. Di negara ini, orang Islam tidak pernah dibenarkan membuka premis judi, berjudi atau berada di premis judi. Dalam hal ini, bahagian penguatkuasaan jabatan agama Islam negeri sentiasa menjalankan tugasan rutin memantau kes perjudian dan operasi bersepadu melalui peruntukan yang sedia ada dengan kerjasama PDRM, penguat kuasa, kerajaan tempatan dan Bahagian Pelesenan Perjudian Kementerian Kewangan. Bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2011 hingga 2015,seramai 6,039 orang telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah Syariah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ada soalan, Tuan Yang di-Pertua.

No, no. Bagi ini Yang Berhormat Sungai Petani.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini saya telah pun menjemput kawan-kawan tok-tok imam untuk bersama-sama saya berdemonstrasi kerana untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Kedah ialah sebuah negeri yang paling banyak sekali judi tidak berlesen khususnya judi kuda. Paling dahsyat, paling dahsyat. Kalah Pulau Pinang, kalah Selangor, kalah Johor, kalah. Kedah nombor satu. Jadi, imam-imam daripada 82 masjid yang saya tulis, seorang pun tidak berani turun. Bila saya tanya depa, depa kata, tok kadi pun tidak berani, apatah lagi mufti hendak turun demonstrasi. Kalau lagu itu, saya kata, apakah mungkin—depa kata Menteri saja yang berani. Kalau Yang Berhormat Menteri bagi arahan kepada mufti dan kadi untuk tiap- tiap masjid tubuh jawatankuasa pemantauan, cukup. Bayangkan Yang Berhormat Menteri, kalau setiap hari tiga orang jawatankuasa masjid, tok sah pi main judi, masuk dan pi tanya,“Apa habaq? Ada orang Islam tidak ini? Nak tanya, apa masalah dok tang ni?” Saya percaya Yang Berhormat Menteri, tiga hari kita ulang macam itu, tutup puak- puak ini, tutup. Pasal yang paling depa takut ialah Menteri Jabatan Agama Islam. Menteri ini depa takut sungguh. Sebab itu, Yang Berhormat Menteri, saya haraplah, saya harap sungguh- sungguh—melawak, melawak juga. Saya harap sungguh ini supaya Yang Berhormat Menteri keluarkan arahan kepada sama ada pihak penguat kuasa di peringkat negeri- negeri, tubuhkan jawatankuasa tiap-tiap masjid, pi melawat tempat-tempat judi ini tiga kali, empat kali seminggu cukuplah. Kalau hendak harap polis, polis ada kekangan. Hendak harap PBT, PBT kekangan. Jabatan Agama Islam sajalah yang kami letakkan sandaran, harapan sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, silakan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kalau seseorang Ahli Parlimen ataupun Yang Berhormat Menteri yang beragama Islam didapati pergi ke premis perjudian, bukan dalam negara ini tetapi di luar negara, dan selepas itu menyebarkan gambar-gambar seperti itu dalam laman web, adakah pihak kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri ada hak untuk mengambil tindakan terhadap orang-orang seperti ini? Yang Berhormat Kota Belud tahu saya rujuk kepada siapakah? Senyum- senyum macam itu saja.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya mengambil perhatian. Cumanya Yang Berhormat Sungai Petani dan sekaligus dengan Yang Berhormat Serdang, saya fikir saya sudah lama saya bercakap dalam Dewan ini bahawa peruntukan agama ini adalah di bawah kuasa negeri masing-masing. Tapi oleh kerana tadi ini Yang Berhormat Sungai Petani bagi tahu kata di Malaysia orang takut cuma— saya tahulah pasal Yang Berhormat Sungai Petani angkat saya ini. Yalah, tak dan nak kembang lagi, tetapi menampakkan bahawa Yang Berhormat Sungai Petani meletakkan keyakinan kepada kita. Jadi harap Yang Berhormat Sungai Petani boleh sokonglah saya dan juga kerajaan ini untuk hendak membanteras perjudian tersebut.

Saya ingat Yang Berhormat Serdang tersasar daripada soalan. Kita sudah bagi tahu tadi perjudian ini ialah di negeri masing-masing dan tindakannya pun juga diambil oleh negeri masing-masing. Cuma, Yang Berhormat kena faham, dia bezanya— dia kadang-kadang kalau ada tempat-tempat yang di peringkat antarabangsa, kalau Yang Berhormat pergi, kalau kita duduk di hotel yang bersambungan di hotel itu, itu Yang Berhormat kena beza di antara duduk di hotel dan juga dengan hotel itu yang menjalankan aktiviti. Jadi saya rasa Yang Berhormat tidak berapa hendak cantik tanya saya di sini dengan soalan yang macam itu. Tapi saya clear-kan jawapan Yang Berhormat Serdang ya. Yang Berhormat Serdang, peruntukan untuk tindakan kepada mana-mana kes yang berkaitan Islam adalah di bawah negeri masing-masing. Jadi kalau bila Yang Berhormat kata luar negara itu, itu urusan yang had lain pula, Yang Berhormat ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong— ada Yang Berhormat Parit Sulong?

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Ab. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ada soalan tidak dijawab tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong.

Okey, seterusnya isu pensijilan halal. Ini pun penting Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya sampai waktu mana ini?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Tambah sedikit sahaja, tambah sedikit saja.

Cukup, cukup, cukup. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sikit, sikit.

Yang Berhormat Serdang hormat saya, saya hormat Yang Berhormat ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila Yang Berhormat,sehingga habis.

Sampai habis? Habis, tebal sikit, Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Sulong minta penjelasan mengenai langkah-langkah JAKIM yang lebih proaktif untuk memberikan sijil halal dengan kadar yang lebih segera. Sesungguhnya JAKIM dan majlis agama Islam negeri (MAIN) dan jabatan agama Islam negeri (JAIN)yang diberikan tanggungjawab dalam melaksanakan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal (SPHM) menyedari akan keperluan dan permintaan yang tinggi. Untuk tujuan yang tersebut, JAKIM telah mengatur strategi baru dalam proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal. Antaranya— ini pasal sudah soalan wajib sudah ini, macam masuk dalam Dewan, saya dengan Yang Berhormat Parit Sulong mesti kena jawab. Pertama, Yang Berhormat Parit Sulong, proses penambahbaikan komprehensif telah mula dilaksanakan mulai Ogos 2016 yang lalu dengan memperkenalkan empat inisiatif baru dalam proses pengeluaran SPHM. Walaupun kita faham Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini masih lagi bersifat sukarela tetapi oleh kerana permintaan yang tinggi, pertama, kita telah mengadakan proses penambahbaikan yang dinamakan dengan fast track process. Ini fast track process ini ialah bagi kes-kes yang tidak ada penyambungan yang tidak ada masalah sebelum daripada ini, kita percepatkan dalam tempoh satu hari saja kita sudah selesaikan. Begitu juga dengan fast track audit. Kalau sekiranya audit sebelum daripada itu tidak menghadapi masalah,kalau sekiranya dikemukakan barangan baru dan audit dia punya lapangan tersebut sudah baik, jadi kita tidak timbul masalah untuk kita melambatkan, kita percepatkan dalam tempoh satu hari.

Dan fast track tanpa ketidakakuran. Maknanya semua telah dipatuhi. Jadi dalam kita punya pengauditan kita buat ini, kita akan keluarkan dalam tempoh satu hari juga. Dan proses audit kombo. Yang ini juga memberikan tempoh kecepatan untuk tujuan mempercepatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada pengamatan JAKIM Bahagian Halal, hasilnya, sepanjang Ogos hingga Disember 2016— Ogos kita laksanakan ini— peningkatan telah naik mendadak kepada 86.74 peratus permohonan Sijil Pengesahan Halal telah dapat diproses kurang daripada 30 hari dan ianya juga menunjukkan peningkatan sebanyak 54.56 peratus bagi bilangan permohonan yang telah dapat diproses dalam tempoh kurang daripada 30 hari.

So, maknanya peningkatan 54 peratus, 54.56 peratus ini tinggi. Yang Berhormat boleh bagi tahniahlah kepada bahagian halal ini sebab dia dah jawab dah tapi kena bagi terima kasih kerana usaha yang dibuat. Satu lagi inisiatif baru yang telah diperkenalkan Januari 2017 iaitu dengan mewujudkan white list, pemohon yang komited dengan Sijil Pengesahan Halal Malaysia akan dapat mengeluarkan sijil halal ini dalam tempoh satu hari saja. Inisiatif yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini pula ialah menubuhkan Halal Fast Force (HFF) yang akan merealisasikan konsep NBOS antara JAKIM dan rakan strategik di institusi pengajian tinggi. Ianya juga adalah langkah penambahbaikan yang akan membantu proses persijilan halal di negeri-negeri. Maknanya selain daripada kuasa ini kuasa negeri, kita wujudkan di peringkat Persekutuan ini satu task force dimana untuk negeri-negeri yang kita tengok longgokan banyak permohonan untuk menyegerakan bantuan penyelesaian, task force ini akan digerakkan kepada negeri-negeri berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tasek Gelugor, sahabat saya Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Belum habis lagi yang saya, kenalah bangun juga...

Ada, ada, Yang Berhormat Tasek Gelugor pun ada.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Sebab Menteri yang jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hai, manjanya hari ini. [Ketawa]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih juga sepanjang memberi jawapan itu kan, saya tengok Yang Berhormat Menteri pandang pula Yang Berhormat Parit Sulong, di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong tak kena balik awal?

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak, tidak perlu. Saya sentiasa berada di dalam. Jadi saya hendak ucapkan tahniah kepada inisiatif yang dibuat oleh pihak Yang Berhormat dalam usaha untuk memberi saya rasa satu anjakan kepada proses certification of halal. Jadinya secara tidak langsung ianya akan dapat membantu usahawan-usahawan dalam usaha mereka terutamanya dalam meningkatkan kredibiliti mereka dan juga jumlah revenue mereka apabila mereka dapat pergi mengeksport barangan mereka ke luar negara. Saya juga berharap pihak Yang Berhormat selepas ini bolehlah dari segi figure saya nampak tadi dimaklumkan ada peningkatan 86.7 peratus tetapi dari segi jumlahnya, kalau boleh Yang Berhormat saya hendak figure tersebut daripada pihak JAKIM. Mungkin the CEO pun boleh mungkin memberikan maklumat terperinci daripada pihak Yang Berhormat kepada pihak saya sebab ini adalah satu kesan daripada langkah proaktif pihak kerajaan dalam memperkasakan industri halal di Malaysia ini. Terima kasih banyak. Akhirnya Yang Berhormat, terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Terima kasih kepada penanya dan penggulung ucapan tetap untuk halal ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tasek Gelugor telah pun memohon penjelasan mengenai strategi pelaksanaan konsep wasatiyyah dalam negara

ini sehingga ke peringkat akar umbi dan adakah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan wasatiyyah adalah pendekatan yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan memfokuskan amalan ajaran Islam secara seimbang dan sempurna dalam semua aspek kehidupan individu serta masyarakat termasuk dalam bidang ekonomi mahupun sosial. Matlamat murni ini berjalan secara berterusan termasuk mengambil bahagian pendekatan dan juga gagasan. Semua dasar tersebut adalah saling berkesinambungan dan lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain termasuk konsep wasatiyyah yang mana matlamatnya mewujudkan perpaduan dan juga keharmonian hidup di antara menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam tempoh pelaksanaan pendekatan wasatiyyah sejak tahun 2013, pendekatan ini telah diterima oleh semua lapisan masyarakat Islam dan bukan Islam. Pendekatan wasatiyyah juga telah menjadi akar tunjang dan tunggak kepada pemikiran generasi dalam anjakan Transformasi Nasional 2050. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 21 Oktober 2016, kerajaan telah meluluskan Dasar Wasatiyyah Negara ataupun ringkasnya DWN yang telah dilaksanakan melalui enam bidang strategik seperti berikut: (i) pendidikan dan belia; (ii) ekonomi dan pembangunan; (iii) pentadbiran dan perundangan; (iv) perpaduan dan sosial; (v) politik dan kenegaraan; dan (vi) keselamatan dan pertahanan. Bagi menjayakan enam bidang strategik tersebut, kerajaan telah menggariskan tiga strategi utama yang sedang dilaksanakan seperti berikut: (i) mempromosikan pendekatan wasatiyyah kepada umum; (ii) meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pendekatan wasatiyyah; dan (iii) menggalakkan penghayatan amalan, kesederhanaan dan keseimbangan dalam aktiviti harian. Di samping itu juga, Pelan Strategik Lima Tahun Pendekatan Wasatiyyah 2016/2020 telah disediakan. Bagi merealisasikan pelan strategik ini, pada 21 Oktober 2016 kerajaan telah melantik Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi penyelaras bagi melaksanakan pendekatan wasatiyyah dan berperanan sebagai pusat sehenti, one stop center. Ia dilaksanakan bagi mengenal pasti pola-pola pemikiran yang pelbagai dalam masyarakat dan mengetengahkan penyelesaian yang konstruktif bagi menangani permasalahan semasa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Raja...

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Menteri, hendak minta penjelasan sedikit saja. Tahniahlah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga semua jabatan yang terlibat dalam membangunkan konsep wasatiyyah sampai ke peringkat seluruh dunia diterima sekarang ini. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ada atau tidak kerajaan merancang memperkenalkan konsep wasatiyyah ini sejak dari zaman kanak-kanak. Jadi maksud saya di sini, ada atau tidak kita merancang supaya pengamalan, penghayatan, pengetahuan tentang wasatiyyah ini diterapkan sejak daripada persekolahan di peringkat tadika, rendah, menengah dan universiti dengan cara menterjemahkan ianya ke dalam sistem ataupun syllabus sekolah. Itu yang minta penjelasan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya menghargai cadangan, pandangan yang telah diberikan. Walaupun sebenarnya dalam konteks secara direct syllabus ini tidak wujud tetapi dalam meletakkan keseimbangan pengajaran itu sudah pun berjalan walaupun secara tidak langsung.Namun mungkin barangkali berdasarkan kepada kewujudan Institut Wasatiyyah Malaysia ini perlu difikirkan ruang untuk memberikan pendekatan

secara langsung berkaitan dengan wasatiyyah sebab sebagaimana kita faham orang Islam bila dilahirkan meletakkan, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] itu sudah pun berjalan dalam masyarakat umat tetapi ia tidak menjurus kepada satu sistem syllabus dan tajuk yang jelas kepada perkara tersebut. Walau bagaimanapun kita mengambil perhatian Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kota Raja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Tinggi, ya sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja. Seiring dengan wasatiyyah tadi Menteri dan juga Indeks Maqasid Syariah yang telah diusahakan oleh kerajaan yang melibatkan lapan perkara bidang yang menentukan pembangunan, education, harta dan sebagainya. Bagaimanakah kementerian melihat ini dalam kerangka yang lebih besar iaitu TN50. Terima kasih. TN50, Transformasi Nasional 50, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Sebenarnya apabila kita bercakap pendekatan wasatiyyah ini ialah kesederhanaan yang sepatutnya di dokong oleh orang Islam. Kesederhanaan dalam semua sudut termasuk hubungan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya dalam cara hidup. Maka ianya sudah tentu terangkum di dalam TN50. Dalam masa yang sama juga, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) terlibat secara langsung bersama-sama dalam menggerakkan Transformasi Nasional 2050 bersama-sama di peringkat universiti dan juga di peringkat seperti mana Yang Berhormat Tasek Gelugor sebutkan tadi di peringkat sekolah rendah dan juga termasuk di peringkat sekolah menengah. Bahkan di dalam masyarakat kita ingin melihat satu syllabus. Satu keunikan yang begitu indah kita dapat tengok bagaimana kita masih lagi kekal dapat berhari raya, menyambut pelbagai hari raya, kita juga di Malaysia boleh menghormati dalam pelbagai agama dan budaya, kita cross di sudut makan dan minum. Bahkan ada contoh-contoh yang terbaik yang telah pun berjalan. Saya ambil contoh Yang Berhormat, saya pergi ke Seremban baru-baru ini menghadiri kematian bekas mantan mufti Negeri Sembilan, Datuk Sheikh Murtadza Laluan jalan saya masuk itu ditutup dan yang menutup itu bukan polis dan sebagainya tetapi oleh kerana yang menutup itu ialah beberapa orang masyarakat Cina dan ada satu laluan pula Melayu pula tutup sebab hendak bagi keselesaan orang hendak pergi ziarah dan sebagainya. Bila saya lalu di situ, kita beritahu kita hendak pergi ziarah, mereka buka laluan yang ditutup menggunakan kerusi-kerusi plastik ini.

Saya melihat bahawa inilah konsep yang perlu kita ketengahkan dalam konteks wasatiyyah untuk membina satu rupa bangsa Malaysia yang saling menghormati dan juga kita memahami pada perbezaan-perbezaan yang tidak perlu. Sebab Islam mengajar bahawa [Berucap dalam bahasa Arab] Allah ciptakan manusia ini pelbagai bangsa, kelompok, agama, budaya tetapi konsepnya taaruf untuk kita saling berkenalan, menghormati dan juga saling kita menjaga hubungan silaturahim. Yang Berhormat Kota Raja, oleh sebab tak ada, Yang Berhormat Rantau Panjang pun tak ada.

Kota Raja ada.

Oh! Yang Berhormat Kota Raja ada. Sorry. Duduk di belakang kuota kita tak nampak tadi. Yang Berhormat Kota Raja menyeru pihak yang mewakili institusi Islam supaya rentasi dakwah terhadap Orang Asli diperluaskan merangkumi isu hak-hak mereka. Pada masa kini, banyak pertubuhan dakwah sama ada badan kerajaan mahupun bukan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MAIN, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan seumpamanya termasuk jemaah tabligh yang sebagai fokus dalam agenda dakwah mereka. Pertubuhan-pertubuhan tersebut telah merancang dan mengadakan pelbagai program

bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam aspek agama, sosial dan ekonomi. , Penggerak Masyarakat Orang Asli yang menjadi duta JAKIM di perkampungan Orang Asli. PMOA dengan kerjasama MAIN dan JAIN bukan sekadar membimbing mereka dalam kelas fardu ain, namun turut terlibat dalam urusan perkahwinan, pembinaan surau, pembinaan rumah asnaf, membantu masyarakat setempat untuk mendapat bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kematian malah menolong ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mendapat rawatan di hospital serta pendaftaran kelahiran baharu. Selain berperanan menyampaikan pemahaman yang benar tentang kehidupan dunia dan akhirat, peranan JAKIM juga sebagai pemudah cara kepada masyarakat Orang Asli dalam pelbagai aspek kehidupan tidak dapat dinafikan. Malah, JAKIM bersedia menggalas tugas sekiranya diberi tanggungjawab untuk membina masyarakat Orang Asli dalam membangunkan diri dan memajukan mereka supaya tidak terpinggir dengan arus kemajuan perdana negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, sementara Yang Berhormat Kota Raja ingin membuat pencelahan, boleh minum air dahulu. Ya sila Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniah sebenarnya kepada semua pihak yang terlibat untuk menyampaikan dakwah Islam kepada Orang Asli. Akan tetapi kita juga ada maklum balas daripada mereka. Mungkin tidak menyeluruh tetapi ada maklum balas ini. Saya kira Menteri biasa mendengar lawak jenaka ini bila kita jumpa Orang Asli. Dia tanya kita, kita ini agama apa ya? Lepas itu kita jawab agama Islam. Dia kata “Oh! Awak baru Islam sekali. Saya sudah banyak kali”. Sebab dia sudah mengucap syahadah berulang kali. Jadi menunjukkan bahawa ketidakfahaman mereka mungkin. Dia kata dia lebih terror lah sebab banyak kali masuk Islam ya. Lagi satu yang menjadi rungutan mereka ialah dakwah yang dijalankan lepas itu kesinambungannya. Bimbingan sepanjang masa itu tidak ada, kata mereka. Jadi, kefahaman itu tidak mendalam mengenai akidah dan mereka juga perlu dibantu untuk memahami tentang adat-adat mereka itu kerana mereka–mereka ini kalau memeluk Islam di luar, kemudian bila balik kepada kumpulan Orang Asli mereka, mereka akan tentulah terikut balik dengan kumpulan Orang Asli itu yang sebenarnya mereka lebih terbuka kerana dalam kumpulan mereka itu ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang masih lagi dengan animisme mereka itu. Jadi persoalannya ialah ada di antara mereka merasakan bimbingan itu tidak berterusan. Mereka kemudian ditinggalkan dan mereka menghadapi masalah terutamanya di dalam – dia kata susah masuk Islam ini nikah cerai berbanding dengan kalau mereka di dalam, semuanya diuruskan oleh Tok Batin. Misalnya kalau berlaku perceraian, di dalam undang-undang kita, kita kena laporkan dan kita mesti ada waktu idah dan sebagainya. Perkara-perkara ini juga menjadi masalah kepada mereka. Cuma maklum balas kepada pihak Menteri sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya amat ambil perhatian terhadap pandangan yang telah disampaikan. Ya, kita memahami bahawa inilah tugas kita bersama sebab sejauh sekarang kita ada 228 orang di seluruh Malaysia dan hal ini diselaraskan di bawah negeri masing-masing. Walaupun ada penempatan-penempatan yang menguruskan hal perkahwinan dan sebagainya, masih kita memahami bahawa ia tidak mencukupi dan sama-sama kita berusaha untuk mempertingkatkan. Yang Berhormat Rantau Panjang - oleh sebab tidak ada di Dewan pada hari ini, saya pergi kepada iaitulah Tuan Yang di-Pertua, ramai Yang Berhormat mengutarakan iaitu berkaitan dengan mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penambahan kuota haji kepada 30,000 orang. Antaranya ialah Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Kota Samarahan. Sebagaimana penjelasan saya di Dewan yang mulia ini pada persidangan yang lalu bahawa jumlah kuota haji Malaysia dimaklumkan bahawa mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada tahun 1978 di Amman, Jordan telah memutuskan bahawa Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada penduduk sesebuah negara berasaskan perangkaan prospek populasi dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations World Population Prospects). Bersempena dengan lawatan negara Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab

Saudi Khadimul Haramain ke Malaysia baru-baru ini, kadar kuota rasmi haji Malaysia telah pun di– selain daripada diangkat daripada 22,320 orang, dia kembalikan kepada 0.1 peratus menjadikan 27,900 orang dan dipertingkatkan menjadi kepada 30,200 orang jemaah sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu menjawab Waktu Pertanyaan Menteri pada 16 Mac 2017. Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji telah menerima maklum balas daripada Kerajaan Arab Saudi bahawa kuota rasmi haji Malaysia bagi musim haji 1438/2017 adalah sebanyak 30,200 orang. Dalam erti kata mudah ialah bukan hanya sekadar janji tetapi sebenarnya telah pun dimaklumkan secara hitam putih bersurat dan saya merakamkan untuk rasa terima kasih kepada King Salman yang melawat Malaysia dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana usaha dan permohonan atas keyakinan Kerajaan Arab Saudi dan juga King Salman kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia. Yang Berhormat Kota Samarahan minta supaya kuota jemaah haji negeri Sarawak ditambah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengagihan kuota haji di negara ini tidak berdasarkan kepada negeri-negeri. Malaysia mengamalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep yang mendaftar dahulu didahulukan sejak 1995. Sehubungan itu, pemilihan bakal haji untuk menunaikan fardu haji setiap tahun adalah berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji mereka. Tawaran untuk menunaikan haji akan dibuat kepada mereka yang telah tiba giliran pada tahun semasa bagi musim haji 1438 Hijrah dan 2017 Masihi, seramai 560 bakal jemaah haji dari negeri Sarawak telah pun menerima tawaran untuk menunaikan haji di Tanah Suci. Dalam masa yang sama juga ada jemaah-jemaah haji yang daripada Sarawak dia berlepas daripada Kuala Lumpur ataupun daripada tempat-tempat negeri mereka bertugas di Johor, di utara dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab dan mana-mana perkara yang tidak sempat, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi berkaitan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri daripada Kota Belud.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang turut menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab saya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kudat dalam ucapannya meminta supaya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri memberi keutamaan kepada pembinaan jalan-jalan raya di daerah Kudat. Untuk makluman, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada kebiasaannya akan meluluskan peruntukan berdasarkan senarai keutamaan yang dikemukakan oleh kementerian-kementerian. Untuk perkara ini, saya difahamkan keperluan pembinaan jalan raya telah diambil kira bagi jajaran di sepanjang Bingolon ke Simpang Mengayau di daerah Kudat dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang sedang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Serdang telah membangkitkan mengenai perjanjian konsesi baru antara kerajaan dengan c yang dikatakan telah ditandatangani. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan masih belum memuktamadkan rundingan dengan pihak ERL Sdn Bhd. Kerajaan sedang berunding dengan pihak ERL Sdn Bhd untuk meminda beberapa terma dan syarat perjanjian konsesi termasuk syarat berkaitan pampasan kadar tambang yang perlu di bayar oleh kerajaan kepada syarikat berkenaan berdasarkan perjanjian konsesi. Rundingan terma dan syarat baru yang lebih saksama hampir dimuktamadkan dan perjanjian konsesi tambahan berhubung pindaan terma dan syarat-syarat perjanjian konsesi dijangka

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

ditandatangani setelah rundingan tersebut dimuktamadkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri. Berhubung terma-terma perjanjian konsesi yang sedang dirundingkan, ia hanya dapat dimaklumkan setelah perjanjian konsesi tambahan ini dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan ditandatangani kedua belah pihak. Kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan pengguna dan kepentingan kerajaan menjadi keutamaan dalam rundingan terma dan syarat-syarat baru perjanjian konsesi ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Putatan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, saya ada dekat sini. Serdang, Serdang.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bawa bertenang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Boleh tanya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapatkan pengesahan daripada pihak Yang Berhormat Menteri bahawa selepas konsesi ini, terma ini diconfirm, dipastikan oleh kerajaan bahawa terma ini akan diterbitkan, akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia supaya lopsided agreement tidak akan ditandatangani seperti mana yang ditandatangani pada kontrak konsesi yang pertama. Bolehkah saya mendapatkan pengesahan? Bukan sahaja you have to have two parties agree, but give us assurance that the terms and conditions will be shown to the public. Thank you.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Secara peribadi Yang Berhormat, saya tidak ada masalah tetapi biarlah saya rujuk kepada Peguam Negara sama ada benda ini boleh disenaraikan ataupun di -Secara peribadi, I have no problem with it. That is my answer. Akan tetapi, biarlah kita rujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada terma-terma itu akan dihebahkan secara umum. But kalau ikut perasaan saya,saya tidak ada masalah untuk menjelaskan kepada rakyat kerana ini adalah terma-terma hanya yang berbentuk perniagaan, yang tiada kaitan dengan keselamatan negara atau sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Putatan dalam perbahasan beliau ada membangkitkan mengenai kelulusan projek SMK Petagas, Putatan, Sabah. Untuk makluman, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan pembinaan SMK Petagas dalam Rolling Plan Pertama ataupun RP1Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan peruntukan sebanyak RM32 juta. Semakan mendapati isu perolehan tanah telah selesai dan projek akan melalui sesi value management dari 3 hingga 7 April 2017 sebelum ia dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah membangkitkan konsep value for money dengan izin, yang diterapkan dalam kelulusan peruntukan dan pelaksanaan projek pembangunan oleh Unit Perancang Ekonomi. Untuk makluman, pelaksanaan pengurusan nilai atau value management bertujuan untuk mengenal pasti, menyedia pilihan dan mengeluarkan komponen serta kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang telah ditetapkan. Value management ditakrifkan sebagai pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program ataupun projek tersebut. Bagi memastikan perbelanjaan pelaksanaan program dan projek mencapai nilai untuk wang ataupun value for money dengan izin,kerajaan telah mengambil satu langkah besar di dalam menjadikan value management sebagai salah satu instrumen perancangan program dan projek Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan mensyaratkan supaya semua projek bernilai RM50 juta dan ke atas perlu melalui proses pengurusan nilai. Walau bagaimanapun, kementerian dan juga agensi pelaksana boleh memohon untuk membuat value management bagi projek-projek di bawah RM50 juta. Proses pengurusan nilai ini melibatkan semua stakeholders untuk menilai dan mencari alternatif dengan kos yang optimum tanpa menjejaskan objektif, fungsi dan kualiti projek. Kajian menunjukkan bahawa value management telah memberikan penjimatan dan faedah yang maksimum sekiranya dilaksanakan pada peringkat awal perancangan program ataupun projek di mana penetapan skop, fungsi dan kos sebenar projek dapat di muktamadkan. Kajian tersebut menekankan kepada sumber penjimatan seperti di bawah:

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

(i) mengeluarkan skop yang tidak perlu; (ii) mengurangkan over designed; (iii) mewujudkan nilai tambah; (iv) mengeluarkan fungsi yang tidak perlu; dan (v) menangguhkan projek berjustifikasi lemah. Kajian pengurusan nilai yang di buat ke atas 214 projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh telah menghasilkan penjimatan sebanyak RM9.34 bilion. Pendekatan pengurusan nilai ini diteruskan bagi projek di bawah RMKe-11 dan seterusnya bagi memastikan projek yang dilaksanakan kerajaan memberikan nilai yang berpadanan dengan kos yang dikeluarkan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tanjong Manis dalam perbahasan beliau telah membangkitkan mengenai pemerkasaan pendidikan berteraskan latihan teknikal dan vokasional bagi menyediakan golongan pekerja yang berkeupayaan tinggi seiring dengan pembangunan hab minyak dan gas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha bagi membangunkan program-program berkaitan TVET,pihak PETRONAS sedang memperluaskan sokongannya terhadap usaha-usaha tersebut melalui pelbagai cara termasuklah melalui program Vocational Institution Sponsorship and Training Assistance (VISTA). Program ini merangkumi aspek bantuan dari segi penyediaan peralatan, latihan pengajar dan kurikulum program teknikal. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pekerja-pekerja tempatan mahir dan separa mahir melalui kerjasama dengan beberapa institusi vokasional di negeri Sabah seperti Institut Kemahiran MARA, GIATMARA dan Kolej Yayasan Sabah. Di samping itu, bagi tempoh 2011 sehingga 2016, Petronas telah menyumbang sebanyak kira-kira RM115 juta untuk program pendidikan dan peningkatan modal insan seperti Program Penajaan Pendidikan Petronas , Program Sekolah Amanah (Trust School), Program Sentuhan Ilmu Petronas , Program BUDI- Petronas, Program Skim Latihan 1Malaysia iaitu skim peningkatan kebolehpasaran graduan dan Discover Petronas@School. Program-program ini diwujudkan bagi memastikan lebih ramai rakyat tempatan dapat dilatih dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di hab minyak dan gas yang dibangunkan. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan supaya mempertingkatkan lagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah kita dalam mendapatkan pekerjaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terbaru kerajaan telah mewajibkan syarikat yang mendapat kontrak kerajaan untuk terlibat sama dalam pelaksanaan Program SL1M di syarikat masing-masing. Manakala bagi syarikat baru pula, mereka wajib melaksanakan Program SL1M sebagai pra syarat permohonan kontrak kerajaan. Sejak penubuhan SL1M pada tahun 2011, sebanyak 300 syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC, syarikat-syarikat besar sederhana dan kecil mengambil bahagian dan melaksanakan Program SL1M. Dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat, kerajaan telah menawarkan insentif-insentif kepada syarikat ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk menjayakan Program SL1M seperti insentif potongan cukai berganda dan skim HRDF-SL1M di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Hebahan dan promosi SL1M melalui media cetak dan elektronik akan dipergiatkan bagi menambahkan jumlah syarikat menyertai Program SL1M. Langkah- langkah ini diharap dapat menarik lebih banyak penyertaan syarikat-syarikat dan semenjak 2011sehingga kini, alhamdulillah Program SL1M telah berjaya membantu 99,504 graduan secara langsung mahupun tidak langsung hasil kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta yang lain. Kerajaan akan terus memberikan galakan kepada syarikat-syarikat untuk turut serta dalam Program SL1M bagi memastikan siswazah kita mendapat tempat di alam pekerjaan. Seterusnya, Yang Berhormat Tanjong Manis juga ada mencadangkan supaya kerajaan turut membawa masuk lebih pelaburan ke negeri Sarawak. Ingin saya tegaskan di sini, Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha untuk membawa masuk pelabur- pelabur ke dalam negara bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara termasuklah juga di negeri Sarawak. Hakikatnya, Kerajaan Persekutuan di era kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggerakkan pelbagai usaha untuk menarik dan meyakinkan pelabur-pelabur dalam dan di luar negara.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, ada juga setengah-setengah pihak yang cuba untuk menggagalkan usaha ini kerana kepentingan politik. Ini politik, ini amat mengecewakan fitnah-fitnah yang ditabur atas tiket politik adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan amat bahaya kepada negara. Sebagai contoh serangan terhadap institusi berasaskan kewangan seperti Tabung Haji, EPF, dan pelbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan rakyat untuk mengerjakan haji bagi menyempurnakan Rukun Islam yang kelima. Tuan Yang di-Pertua, ada yang sengaja mewujudkan polemik politik dan melemparkan tohmahan untuk mencemarkan imej institusi Islam ini dan menyebabkan gangguan yang tidak sepatutnya sehingga ada pendeposit yang mengeluarkan wang mereka kerana percaya dengan tohmahan dan hasutan pihak tertentu. Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini, asas ekonomi negara terus kukuh dengan pertumbuhan purata tahunan sebenar sebanyak 5.7 peratus dalam tempoh tahun 1991 hingga tahun 2016. Pendapatan negara kasar per kapita telah meningkat 4.8 kali daripada RM7,829 pada tahun 1991 kepada RM37,733 pada tahun 2016. Dari segi struktur ekonomi pula, Malaysia telah pun mencerminkan struktur ekonomi negara maju yang mana sektor perkhidmatan dan pembuatan kini menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi dengan sumbangan hampir 80 peratus daripada keluaran dalam negara kasar. Negara juga masih dapat mengekalkan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah. Malah infrastruktur dan prasarana di Malaysia pada masa ini adalah hampir setanding dengan negara-negara maju serta bertaraf antarabangsa. Dalam pada itu berdasarkan perbandingan dengan tahap minimum PNK per kapita yang ditetapkan oleh Bank Dunia pada masa ini iaitu sebanyak USD12,476 untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Negara sedang berada dalam landasan yang betul untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pelaburan langsung asing (foreign direct investment) meningkat sejumlah RM23 bilion daripada RM36.1 bilion pada tahun 2015 kepada RM59.05 bilion pada tahun 2016. Eksport Malaysia juga mencatat pertumbuhan positif empat tahun berturut-turut. Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia selain Vietnam yang mencatatkan pertumbuhan positif eksport pada tahun 2016. Agensi-agensi penarafan dunia turut mengiktiraf kemampuan ekonomi negara, laporan Bank Dunia, IMF, Moody’s, Fitch Ratings semua menunjukkan keadaan ekonomi Malaysia mampan. S&P Global Ratings juga mengesahkan penarafan kredit kedaulatan mata wang asing jangka panjang A- dan jangka pendek A- 2 bagi Malaysia dalam dan luar kukuh serta kefleksibelan dasar monetari yang ketara. PricewaterhouseCoopers pula baru-baru ini melaporkan Malaysia dijangka peroleh KDNK ke-25 terbesar di dunia menjelang tahun 2030. Dalam kaji selidik BAV Consulting and the Wharton School of the University Pennsylvania menyatakan Malaysia adalah antara destinasi pelaburan yang terbaik pada tahun 2017. Ini sekali gus menyangkal dakwaan ekonomi Malaysia adalah teruk oleh sesetengah pihak. Walaupun terdapat tuduhan dan fitnah yang dilemparkan statistik jelas menunjukkan Malaysia kekal mampan, dan ini dibuktikan bukan oleh ulasan atau statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan, tetapi pihak ketiga yang terdiri daripada badan penarafan di peringkat dunia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus meningkatkan momentum yang baik ini bagi terus memastikan kedudukan ekonomi negara kekal, kukuh dan cemerlang serta kemasukan pelaburan kekal positif di seluruh negara. Kerajaan melalui Majlis Ekonomi telah memutuskan supaya Malaysian Investment Development Authority, terus menjadi agensi utama kerajaan atau one stop centre dalam menggalakkan pelaburan yang dilibatkan sama dalam perbincangan bersama pelabur-pelabur yang berpotensi untuk masuk ke Malaysia. MIDA juga diminta mengkaji model baru insentif-insentif yang akan diberikan kepada pelabur. Model insentif yang baru ini akan diberikan berteraskan kepada key performance indicator bagi memastikan nilai pulangan yang diterima rakyat dan negara setimpal dengan insentif yang diberikan kepada pelabur-pelabur. Ini maksudnya Tuan Yang di-Pertua, kalau dulu kita bagi insentif kepada syarikat-syarikat luar negara datang ke Malaysia, kita bagi secara pukal tanpa meletakkan syarat ataupun KPI kepada mereka. Sekarang ini kita nak berganjak kepada sistem yang lebih mampan, yang lebih adil di mana kita akan bagi insentif kepada syarikat-syarikat luar dan dalam negara yang ingin melabur dalam negara kita, dalam bentuk kalau mereka sampai melepasi satu KPI

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

yang akan ditentukan barulah mereka layak untuk mendapat insentif-insentif yang telah kita tetapkan. Kalau dahulu dia orang masuk dia orang dapat semua, sekarang ini tidak. Kalau nak tax holiday, exemption cukai-cukai yang tertentu kita kenakan beberapa syarat- syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka sebelum mereka boleh mendapat insentif tersebut. Jadi Tuan Yang di-Pertua setakat itu sahaja...

[Bangun] Yang Berhormat Menteri sikit, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan model pelaburan. Saya fikir pelaburan ini bukan satu benda yang baru, kalau dahulu kita punya pendekatan ialah memanfaatkan Dasar Pandang ke Timur, ke Jepun dan sebagainya. Akan tetapi sekarang ini kita lihat banyak pelaburan itu daripada negara China sehinggakan ada pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia ini terlalu bergantung kepada negara China. Jadi apakah pandangan kerajaan dalam isu ini, apakah ada model yang berbeza daripada tahun 80-an dengan tahun-tahun yang kebelakangan ini. Terima kasih.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Katil itu betul. Pada ketika itu sudah tentu Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang kuat dan mempunyai dana untuk dilaburkan di luar negara, sebab itu mereka melabur di seluruh dunia. Pada tahap dan masa ini kita tidak boleh menyangkal bahawa negara China adalah sebuah negara yang mempunyai kekuatan ekonomi yang begitu besar. Mereka mempunyai dana lebihan yang cukup besar, sebab itu mereka melabur. It is a coincidence sebab itu kita tidak boleh mengatakan kita dijajah ataupun negara kita menjual negara kita kepada negara China. Buat masa ini tidak ada negara yang setanding dengan negara China dari segi pelaburan, jumlah pelaburan yang boleh dilabur di luar negara dan juga mereka mengaitkan ini dengan terma-terma kewangan (financial) yang amat-amat rendah untuk kita kosnya. Pernah seketika rakan-rakan saya daripada US state representatives wakil- wakil mereka datang berjumpa dengan saya, bertanya soalan yang sama. Saya kata dengan wakil-wakil daripada Amerika Syarikat, kalaulah syarikat-syarikat Amerika datang ke Malaysia membawa dana dengan kos yang rendah dan juga mendapat kalau kita memberi pinjaman dan sebagainya, dia tidak meminta insentif yang terlalu tinggi, maka mereka boleh datang ke sini. Akan tetapi masalahnya ialah kos mereka tinggi, cost of funding mereka begitu tinggi. China is different. Oleh sebab itu kita kena faham bahawa China adalah enjin kepada ekonomi dunia masa ini. Ini adalah fakta. Dia bukan ada kaitan dengan China, kebetulan ekonomi mereka dalam keadaan sekarang ini adalah yang terbaik di negara kita di dunia ini dan mereka mempunyai dana lebihan yang boleh dilaburkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua setakat ini sahajalah penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu utama yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Menteri..

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

One more, last.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Isu incinerator. Saya rasa sebelum ini apabila Menteri adalah Menteri KPKT kata tidak boleh jawab. Akan tetapi sekarang saya harap kerana menteri bertanggungjawab untuk UKAS boleh memberi sedikit update dan juga jawab soalan saya yang saya telah tanya dalam perbahasan saya sama ada butir-butiran seperti waste guarantee dan nilai kontrak akan dipaparkan kepada orang ramai.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, memang betul dalam KPKT dulu saya yang bertanggungjawab atas incinerator dan telah dialihkan sekarang ini dalam proses penentuan BAFO best and final offer oleh UKAS di bawah saya pula sekarang ini. Ya betul, we are going to announce, kita akan umumkan pembida yang terbaik dalam masa yang terdekat ini. Saya dimaklumkan oleh UKAS bahawa kajian mereka telah selesai dan mereka telah mengumpulkan markah-markah daripada komersial dan juga teknikal dan akan

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

dibawa ke perhatian Kabinet untuk diputuskan. Itu saya rasa tidak akan mengambil masa lebih daripada sebulan dua ini. Dari segi terma-termanya itu, saya akan seperti mana yang saya katakan tadi, saya secara peribadi saya tidak ada masalah untuk mendedahkan ini kepada umum. Akan tetapi walau bagaimanapun biarlah saya mendapat nasihat daripada Peguam Negara. Pada saya kalau perkara ini hanya melibatkan perjanjian perniagaan di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat. Terutamanya syarikat luar negara yang terlibat dalam incinerator ini tidak ada masalah untuk saya mendedahkannya kepada umum tetapi tertakluk kepada keputusan Peguam Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua itulah sahaja daripada saya. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri daripada Batang Sadong.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahmdulillah hirabilaalamin, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terdahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah seliaan saya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Ketigabelas dari 7 hingga 16 Mac yang lalu.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran serta akan menjawab pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Serdang, ada bukit ya, tidak ada bukit?

Serdang sahaja, bukit tidak ada.

Yang Berhormat Serdang telah bertanyakan status terkini Projek Bas Rapid Transit Laluan Kuala Lumpur-Kelang atau lebih dikenali sebagai BRT KL-Kelang dan mengapa tender mengenai projek ini belum dipaparkan di laman web Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ataupun SPAD. Untuk makluman ahli Yang Berhormat Projek BRT KL-Kelang ini masih dalam proses tender. SPAD telah melancarkan notis tender berupa permintaan untuk cadangan atau dengan izin Request For Proposal ataupun RFP, bermula 17 Januari tahun ini bagi menjemput pihak-pihak yang berminat untuk membida pembangunan Projek BRT Kl-Kelang ini. Tender ZRFP ini adalah terbuka kepada semua pembida yang berdaftar di Malaysia dan tarikh akhir bagi penyerahan cadangan adalah pada 2 Mei tahun ini juga tahun 2017. Penilaian tender akan dilaksanakan selepas tarikh akhir bagi penyerahan cadangan. Manakala keputusan tender akan diumumkan di laman sesawang SPAD selepas proses penilaian tamat. Seterusnya, Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Menteri, isu BRT ini.

Tuan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ya terima kasih. Saya hendak tanya sama ada pihak SPAD akan ada apa-apa rancangan untuk memaparkan macam alignment line dan cadangan seperti mana yang SPAD telah buat untuk East Cost Railway. Kerana jikalau tidak ada alignment line dan tidak ada apa-apa maklumat, orang ramai tidak boleh tahu bagaimana hendak beri feedback yang sesuai kepada pihak SPAD.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat boleh rujuk pada laman webnya. Kalau saya boleh nyatakan di sini dia punya rujukan tender reference SPAD/RFP/BRT/NKRA/01/2017 buka pada 17 Januari. Jadi yang detail nya ada dipaparkan di dalam itu, di mana ia menunjukkan semua detail yang diperlukan iaitu tender clarification semuanya ada di situ Yang Berhormat ya. Kalau rasakan perlu lagi Yang Berhormat boleh datang lagi tanya. Okey, terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Serdang juga telah bertanyakan tentang status terkini Projek Pemasangan Panel Hentian Bas di Lembah Kelang. Projek Pemasangan

Panel Hentian Bas di Lembah Kelang ini telah dimulakan secara berperingkat pada akhir tahun 2016 setelah pihak SPAD telah mendapat kebenaran pemasangan di kesemua PBT yang terlibat. Proses pemasangan panel ini telah dimulakan dari 1 Disember tahun 2016 sehingga awal bulan Mac 2017, sebanyak dua 2,100 panel hentian bas telah pun siap dipasang. Kerja-kerja pemasangan baki panel berkenaan masih sedang giat dilaksanakan. Secara detail nya kalau Yang Berhormat hendak tahu perinciannya saya ada kat sini. Tetapi panjanglah, banyak lah, dari segi misalnya PBT, Majlis Perbandaran Shah Alam, jumlah dipasang berapa banyak, 515 sudah selesai, ada lagi yang sudah selesai juga, banyak telah selesai tetapi ada juga masih belum selesai. Detail dia banyak Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya hendak tahu kawasan saya, Serdang. Kerana sebagaimana yang saya tahu belum lagi masuk ke kawasan Serdang iaitu MPSJ dan juga MPKJ.

MP?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

MPSJ, Subang Jaya dan juga MPKJ, Kajang.

MPSJ dan MPKJ ada di sini. Dia punya target 395, yang sudah dipasang ialah 299. Yang satu lagi MPSJ, tidak ada sini, Yang Berhormat. Ampang Jaya ada. SJ, Subang Jaya? Kalau dia tidak ada di sini, belum ada ialah tu Yang Berhormat ya. Okey. Nanti kalau itu diperlukan nanti saya pastikan secara bertulis, terima kasih. Yang Berhormat Kapar, ada Yang Berhormat Kapar dalam ini?

Yang Berhormat Kapar telah membangkitkan beberapa isu berhubung perkhidmatan yang disediakan oleh kereta api Tanah Melayu. KTMB, iaitu perkhidmatan KTM Komuter dan ETS. Beliau telah mengutarakan persoalan terhadap beberapa perkara. Pertama yang dipersoalkan iaitu, jarak kekerapan masa perkhidmatan KTM Komuter berselang 45 minit. Untuk makluman ahli Yang Berhormat Kapar, tolong dengar ya. Kekerapan perkhidmatan KTM Komuter bagi waktu puncak, peak hours dengan izin di sektor Lembah Kelang adalah selang 15 minit, okey. Ambil perhatian minit-minit itu sebab ada yang mengelirukan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ya. Manakala sebelum ini, kekerapan perkhidmatan KTM Komuter di luar waktu puncak adalah selang 30 minit, that is off peak hours dengan izin. Untuk makluman, kerja-kerja menaik taraf landasan di bawah projek menaik taraf kemudahan infrastruktur dan sistem di landasan berkembar elektrik Lembah Kelang sedang giat dijalankan bermula 27 Mei tahun 2016 yang lalu. Kerja-kerja menaik taraf ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dapat disediakan kepada rakyat. Melalui pelaksanaan kerja-kerja ini, jumlah kapasiti, ketepatan masa, kebolehpercayaan dan kekerapan perkhidmatan KTM Komuter, ETS dan antara bandar dapat ditingkatkan serta memberi lebih keselesaan kepada penumpang. Kerja-kerja menaik taraf ini hanya mempengaruhi kekerapan perkhidmatan di luar waktu-waktu puncak kepada 45 minit berbanding 35 minit sebelum ini. Namun sukacita saya ingin maklumkan bahawa kekerapan di waktu puncak masih lagi kekal pada 15 minit. Kerja menaik taraf ini Yang Berhormat dijangka siap pada tahun 2019 dan kekerapan akan kembali kepada 30 minit selepas itu. Masih panjang lagi Yang Berhormat punya soalan ini, mana tahu sudah saya jawab nanti, Yang Berhormat ambil kira dulu ya, kalau ada yang belum saya jawab kan.

Silakan-silakan.

Isu yang kedua, Yang Berhormat mendakwa jadual train KTM Komuter dari Terminal Bersepadu Selatan ataupun TBS ke Seremban iaitu Yang Berhormat telah menyatakan bermula pada 6.52 pagi. Jadual ini didakwakan menyukarkan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan ini pada jam dua ataupun tiga pagi. Beliau juga menambah dakwaan train terakhir ke Seremban adalah pada jam lapan malam. Sebelum saya menjawab dengan lebih lanjut Yang Berhormat, saya ingin tegaskan bahawa apa yang Yang Berhormat katakan berhubung waktu operasi KTM komuter dari TBS ke Seremban itu adalah salah sama sekali. Ini boleh dikatakan fake news kah, dengan izin. Salah Yang Berhormat, kita seharusnya menyemak maklumat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fakta yang mengelirukan.

Dalam dunia pada masa ini di mana maklumat boleh didapati di hujung jari, Yang Berhormat hanya perlu untuk menyemak jadual di laman web KTMB untuk mendapatkan kepastian sebelum mengiakan dan mencanangkan maklumat yang tidak betul itu Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini perkhidmatan KTM Komuter dari stesen Bandar Tasik Selatan ataupun BTS menghala ke Seremban mula beroperasi seawal jam 6.10 pagi bukan yang seperti yang dikatakan iaitu 6.52 pagi. Manakala train terakhir bagi perjalanan yang sama adalah pada jam 11 suku malam ataupun 11.15 malam. Bahkan train terakhir dari Batu Caves ke Seremban juga adalah pada jam 10.30 malam. Oleh itu jelaslah train terakhir ke Seremban dari BTS bukanlah pada jam lapan malam seperti yang dinyatakan. Untuk maklum, penetapan jadual waktu ini setelah mengambil kira peruntukkan masa yang cukup untuk kerja-kerja penyelenggaraan set train elektrik bagi memastikannya berada dalam keadaan yang baik dan kebolehpercayaan ataupun reliability dengan izin yang tinggi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang. Bagi mereka yang ingin mendapatkan pengangkutan awam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sekiranya jam dua atau tiga pagi ingin dimaklumkan di sini bahawa pilihan pengangkutan awam yang lain seperti teksi beroperasi pada 24 jam di situ.

Isu yang ketiga yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kapar juga ialah mengatakan syarikat penyedia perkhidmatan KTM komuter ini, mengaut keuntungan yang tinggi dengan mengurangkan kos operasi sehingga memberikan mutu perkhidmatan yang menyusahkan pengguna. Beliau menggesa agar kerajaan membuat sesuatu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar sekali lagi kerajaan memang komited dan telah membelanjakan peruntukan yang lebih besar untuk menyediakan jaringan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik kepada rakyat. Kerajaan melalui SPAD sentiasa memantau prestasi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dalam memastikan setiap pengendali pengangkutan awam melaksanakan tanggungjawab mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Antara mekanisme pemantauan yang dilaksanakan adalah melalui Penunjuk Prestasi Utama atau dengan izin Key Performance Indicators (KPI) dengan izin yang ditetapkan kepada setiap pengendali pengangkutan awam. Misalnya sebagai contoh saya berikan di sini, KPI yang ditetapkan bagi ketetapan masa ataupun punctuality dengan izin untuk perkhidmatan komuter ETS antara bandar kepada 95 peratus. Di samping itu, perubahan kepada struktur tambang dan kekerapan perkhidmatan pengangkutan awam sememangnya mengambil kira kesan kepada rakyat sebagai kriteria paling utama sebelum sebarang perubahan dilaksanakan. Ingin dijelaskan bahawa walaupun dengan kadar tambang yang baru, penyedia perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia masih tidak mampu menampung kos operasi mereka melalui hasil kutipan tambang kerana kos operasi yang tinggi. Kerajaan masih lagi membelanjakan subsidi yang besar bagi memastikan agar perkhidmatan yang baik dapat terus ditawarkan dengan harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Yang Berhormat ada mahu soal lagi? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya silakan Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri untuk penjelasan sebentar tadi. Akan tetapi untuk merumuskan itu adalah fake news, saya rasa Yang Berhormat Menteri kena berikan saya ruang dan peluang untuk menunjukkan bukti sebelum menyatakan itu adalah fake news. Saya mendapat lontaran rintihan ini daripada rakyat biasa melalui Facebook saya dan setelah saya semak, mereka telah mengatakan mereka telah menunggu 45 minit. Saya pun terima baiklah penjelasan Yang Berhormat Menteri sebab saya akan ambil penjelasan Yang Berhormat Menteri rujuk balik kepada mereka dan ambil maklum balas daripada mereka dan hantar kembali Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya menjadi platform di pertengahan di antara rakyat yang membuat rintihan dengan Yang Berhormat Menteri. train terakhir adalah pukul 11:15 pm untuk ke Seremban. Akan tetapi itu yang ada dalam website, website seperti Yang Berhormat maklumkan. Benda yang sama saya telah maklumkan kepada beberapa individu yang telah membawa rintihan ini mereka memaklumkan kepada saya – ya betul Yang Berhormat memang ada dalam website sehingga 11:15pm tetapi Yang Berhormat perasankah apa yang apa yang dilekatkan di platform di train-train semua yang memo mengatakan train hanya sampai pukul 8pm sahaja. So, saya rasa benda itu bukan sahaja untuk saya benda itu untuk Yang

Berhormat Menteri juga,untuk turun ke platform tertentu pada hari-hari tertentu bukan setelah memaklumkan kepada satu dunia ini yang Yang Berhormat Menteri akan turun sebagai tiba-tiba, serta-merta buat pantauan dan check memang ada atau tidak memo- memo dilekatkan di stesen-stesen sebegini? So, saya rasa ini bukan fake news atau kita mahu berlawan berdebat atau berbahas di sini Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri saya pun lihat ada keprihatinan terhadap rintihan rakyat di bawah. Saya pun – tugas saya pun membawa, menyelami dan memperhalusi rintihan itu dan kita harus buat yang terbaik supaya rakyat tidak menderita. Kita boleh bagi jawapan kosmetik, kita boleh bagi jawapan on paper okey kita boleh kata kita ini hebat sangat. But kalau ada rintihan di bawah that is our responsibility to go down and check what is happening? Thank you Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab kita menjawab berdasarkan soalan Yang Berhormat itu dan kita periksa. Akan tetapi mungkin ada waktunya yang dikatakan itu kita akan ambil we’ll act on it insya-Allah Yang Berhormat. Itulah yang saya katakan tadi, senyum juga saya katakan fake news tidaklah saya katakan betul-betul fake news kan? Tetapi kadang-kadang kita ini harus juga mengambil kira sebab kalau dikira kita turun memang ada kita turun tetapi kita tidak tahu – tidak tahu turun pada masa yang dikatakan itu adalah masa yang dikatakan kepada Yang Berhormat itu. Namun begitu, saya mengambil positif apa yang dikatakan Yang Berhormat itu biarlah kita sama-sama. Kalau Yang Berhormat mengatakan mahu menyelesaikan masalah rakyat, kita pun sama, kita lebih lagi kerana itulah kita ada KPI, kita ada pegawai turun untuk memeriksa. Sama ada jadual waktu ini menepati masa yang telah dinyatakan. Jadi saya rasa tidak ada masalah lagi Yang Berhormat. Okey?

Saya sebenarnya menyelamatkan Yang Berhormat tadi bila kata fake news nanti berbalun-balun dalam Facebook nanti. Terima kasih. Thank you.

Okey, terima kasih. Okey, seterusnya ini kepada Yang Berhormat Tanah Merah ya. Yang Berhormat Tanah Merah ada mengatakan beliau amat selesa dengan perkhidmatan MRT namun menyuarakan keresahan di atas kos letak kereta yang tinggi di kawasan MRT di Bandar Utama. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah kerana mengambil inisiatif untuk mencuba dan memberi sokongan kepada sistem pengangkutan awam kita. Berdasarkan perbahasan Yang Berhormat tempoh hari, kita yakin bahawa tempat Yang Berhormat rujuk itu adalah kemudahan tempat letak kereta di bangunan One Power House, yang terletak di sebelah stesen MRT Bandar Utama. Untuk makluman, premis tersebut adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Bandar Utama City Centre Sdn. Bhd. ataupun BUCC. Oleh itu, kadar bayaran untuk meletak kereta di One Power House ditetapkan oleh BUCC dan bukannya oleh MRT Co. Memandangkan ramai penumpang MRT menggunakan kemudahan letak kereta di One Power House, sukacita dimaklumkan bahawa pihak MRT Co. pada masa ini sedang berbincang dengan BUCC agar kadar yang lebih rendah dikenakan ke atas mereka yang menggunakan perkhidmatan MRT. Kita berharap perbincangan kedua-dua pihak ini akan mencapai hasil dan persetujuan dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, kita juga menggalakkan pengguna MRT yang menggunakan kemudahan letak kereta di One Power House ini untuk turut tampil dan memberi maklum balas langsung kepada BUCC agar kadar yang lebih berpatutan dikenakan kepada pengguna MRT. Untuk makluman, kadar pembayaran letak kereta yang dikendalikan oleh MRT di semua kemudahan letak kereta bagi MRT laluan Sungai Buloh - Kajang adalah hanya RM4.30. Pada masa ini, tempat letak kereta MRT Co. yang sudah beroperasi adalah di stesen Sungai Buloh. Manakala tempat letak kereta yang akan beroperasi di fasa dua, adalah di stesen Phileo Damansara, Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung dan Stesen Sungai Jernih. Seterusnya ialah dari Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat Bayan baru ada di dalam dewan tidak? Masih menyentuh mengenai perkhidmatan MRT, Yang Berhormat Bayan Baru ingin penjelasan mengenai statistik penumpang MRT yang rendah selepas perkhidmatan ini dikenakan bayaran berbanding jumlah penumpang yang ketika ditawarkan secara percuma selama satu bulan di awal pelancarannya. Sebenarnya Yang Berhormat beliau telah merujuk kepada jawapan bertulis saya kepada soalan lisan ahli Yang Berhormat Bayan Baru nombor 10, pada 13 Mac ya – yang tidak sempat dijawab di dalam dewan semasa sesi pertanyaan jawab lisan.

Tuan Yang-di Pertua, seperti mana yang kita semua sedia maklum, perkhidmatan MRT fasa pertama mula diperkenalkan pada 16 Disember pada tahun 2016, bagi sektor Sungai Buloh – Semantan. Operasi ini telah diperkenalkan secara percuma selama sebulan kepada orang ramai iaitu sehingga 16 Januari 2017. Jumlah penumpang perkhidmatan MRT, bagi tempoh yang telah direkodkan dari 16 Disember 2016 sehingga 16 Januari 2017 adalah seramai 1,207,746 orang. Menjadikan purata penumpang harian sebanyak 37,742 orang.

Manakala daripada 17 Januari sehingga 9 Mac jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT ini adalah seramai 670,839 orang. Statistik menunjukkan jumlah penumpang MRT bermula 17 Januari iaitu tahun 2017 iaitu selepas di kenakan bayaran adalah agak rendah berbanding ketika ia mula-mula di lancarkan dan di tawarkan secara percuma. Senario ini di pengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya perkhidmatan ini di lancarkan ketika musim cuti sekolah di mana ramai penumpang yang ingin mencuba dan memperoleh pengalaman menaiki MRT, mempunyai banyak masa. Pada masa yang sama, penumpang-penumpang ini tidak terhad kepada penduduk tempat di sekitar stesen-stesen MRT sahaja tetapi juga kepada pelancong-pelancong dari kawasan luar. Oleh itu, kita optimis bahawa bilangan penumpang MRT akan bertambah apabila ia mula beroperasi sepenuhnya di kesemua stesen di sepanjang jajaran MRT yang di jadual pada pertengahan 2017. Hal ini kerana pertama ialah laluan yang di buka kini hanyalah untuk operasi fasa pertama iaitu dari Sungai Buloh dan Semantan sejauh 21 kilometer daripada jumlah keseluruhan 51 kilometer dan merangkumi hanya 12 stesen daripada jumlah keseluruhan 31 stesen. Kedua ialah laluan fasa pertama ini masih tidak lengkap dan tidak meliputi kawasan tumpuan dan kawasan pusat perniagaan atau, dengan izin, central business district. Ketiga, laluan fasa pertama ini juga masih tiada kesaling hubungan atau, dengan izin, connectivity dengan mode pengangkutan yang lain seperti LRT, Monorail dan KTM Komuter. Untuk makluman, pada masa ini perkhidmatan MRT hanya di sokong oleh bas perantara di sekitar radius 5 kilometer dari setiap stesen. Termasuk dari Stesen Semantan di Pusat Bandar Damansara ke KL Sentral. Ke empat, di permulaan stesen di Sungai Buloh iaitu Stesen Kwasa Sentral dan Kwasa Damansara. Kepadatan penduduk belum lagi mencapai tahap kepadatan seperti di fasa kedua iaitu di Cheras dan Kajang kerana masih dalam fasa pembinaan ataupun pembangunan. Apabila ia beroperasi sepenuhnya sejauh 51 kilometer melalui 31 stesen kelak, MRT laluan Sungai Buloh - Kajang ini akan mula berintegrasi dengan mode pengangkutan yang lain di stesen-stesen berikut. Pertama, kita ada ke KL Sentral LRT laluan Kelana Jaya, Monorail, KTM Komuter dan KLIA Express dan Transit. Kedua, Pasar Seni akan berintegrasi dengan LRT laluan Kelana Jaya dan KTM Komuter. Ketiga, Maluri akan berintegrasi dengan LRT laluan Sri Petaling dan ke empat, Kajang akan berintegrasi dengan KTM Komuter. Selain itu, fasa kedua nanti juga akan meliputi kawasan-kawasan tumpuan di pusat bandar seperti Bukit Bintang, KL Sentral dan Bangsar serta kawasan populasi berkepadatan yang tinggi di Cheras dan Kajang. Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat yang saya sentuh.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bangun]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada tiga yang bangun Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Soalan tentang MRT dan LRT, integrasi. Saya ada tanya tentang kad integrasi. Oleh kerana buat masa sekarang kad Rapid KL tidak dapat boleh di gunakan oleh MRT. Jadi bagaimana, ada integrasi lain tetapi cara pembayaran tidak ada integrasi.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya soalan lagi?

Sama soalan kah?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Related to your MRT.

Kejap Yang Berhormat, Yang Berhormat Selayang tadi fasal apa? Kad? Intergrated card? Sistem? Okey. Thank you.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

One card payment. One card payment untuk semua.

Okay, thank you. Yang Berhormat lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, dari segi operating profits. Apakah the first quarter results daripada 2017 ini. Sama ada, ada indication atau tidak sejak permulaan MRT service ini? Is there any financial indication whether we have operating profits atau tidak? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri?

Boleh saya jawab yang ini dulu? Oleh sebab beliau lebih spesifik. Saya rasa soalan itu Yang Berhormat, itu lebih kepada pihak kewangan. Kita lebih kepada kalau you hendak cakap fasal profit itu saya rasa lebih kepada pihak kewangan. Oleh sebab kalaupun hendak, saya kena dapatkan jawapan bertulis.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Please. Kalau boleh beri kan kepada saya jawapan bertulis kerana penting lah. Terima kasih.

You are talking about profits, dengan izin, profits dari masa kita mula sehingga sekarang?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Operating profits. I dont expect you to pay back the cost of construction. Terima kasih.

Yang Berhormat Bayan Baru?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam soalan saya, saya juga tanya dalam perbahasan saya. Saya ingin berdoalah untuk MRT berjaya. Oleh sebab ini adalah penting kerana ini infrastruktur untuk rakyat yang sangat penting. Untuk menjayakan MRT ini, kita perlukan beberapa langka-langkah lagi. Oleh sebab kita nampak bahawa permulaan- walaupun Yang Berhormat Menteri tadi kata ini adalah permulaan dan kerajaan jangka kan ia akan mendapat sambutan. Betul, saya pun harap begitu. Akan tetapi kalau kita tidak ada langkah yang seterusnya, ia tidak akan melonjakkan orang ke- to change the mode of transport from cars to public transportation. Jadi, adakah kerajaan bercadang atau dalam perancangan untuk melaksanakan congestion pricing? Oleh kerana congestion pricing ini bermaksud bahawa pada peak hours, pada masa-masa yang peak hours ini, ia di kenakan congestion pricing, tol dan sebagainya. Supaya ramai akan rasa tidak berbaloi untuk memandu kereta sendiri, maka mereka akan menggunakan public transportation. Congestion pricing ini bukan untuk punish orang, ya. Jadi, sebenarnya di tempat-tempat lain congestion pricing akan di ambil, ia di kena kan, congestion pricing, extra toll itu di ambil untuk subsidi bas MRT dan sebagainya. Jadi, kalau dikenakan congestion pricing, duit itu digunakan untuk public transportation. Pada masa-masa yang non-peak hours pula, tol akan di kurangkan supaya untuk tidak membebankan rakyat. So, it is flexible, it is based on demand and supply. Kalau demand tinggi, ia kena charged tinggi congestion pricing. Kalau pada masa-masa yang kurang kenderaan mungkin ia kan jadi free pula. Jadi, ini adalah smarter system based on intelligent transportation system yang perlu di laksanakan supaya kita make our transportation system lebih efisien. Sekarang ini tidak efisien, tol RM3, RM3 sahaja, 24 jam RM3. Pada hal, pada masa-masa peak hours you can charge RM3.50 atau RM4.00, okey. Untuk discourage people from driving, at midnight sampai 4am – 5am in the morning, it can be free. Oleh sebab there is no one using it. So, ini adalah yang a smarter system yang perlu dilaksanakan supaya kita boleh mengurangkan kesesakan jalan raya. Minta Yang Berhormat Menteri komen. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih di atas sokongan Yang Berhormat terhadap pengangkutan awam, terutama sekali MRT. Saya rasa that is the way forward, dengan izin, untuk kita semua dalam hal ini. Apa Yang Berhormat cadangkan tadi sebenarnya banyak perkara yang telah kita ambil kira dalam hal ini. Memang itu pun di antara faktor-faktor di mana kita ambil kira dalam kajian.

Memang pun kajian dalam hal ini tengah kita buat untuk kita mengambil kira. Memang apa yang dikatakan Yang Berhormat tadi yang kita juga fikir kan, kita kalau boleh kita hendak encourage, dengan izin, orang yang naik pada masa yang peak hours itu, pada masa itu yang sama, kita tahu itulah masa mereka yang ramai naik kereta api.

Jadi berapakah yang perlu kita caj dari segi fare-nya, dengan izin. Dan mereka yang naik daripada jam ini ke satu jam yang dijangka tidak begitu popular, mungkin ia lebih untuk mereka yang hendak pergi shopping, hendak pergi marketing, itu pun sudah diambil kira. Dalam kajian kita belum lagi mengenakan perkara ini dari segi fare untuk naik MRT ini tetapi memang sudah ada dalam kajian kita untuk melihat dari sudut perkara ini. Dari segi Yang Berhormat sebut fasal ambil kira fasal tol tadi itu, itu bukan kita punya jurisdiction ya, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, habis Yang Berhormat?

Tetapi yang Yang Berhormat nyatakan tadi,memang pun kita ambil kira. Yang Berhormat Serdang tadi berkata mengenai integrated card system. Sebenarnya sudah pun SPAD membangunkan sistem tersebut.Tetapi kadang-kadang apabila baru dia buat, baru hendak selesai, it was overtaken by event, dengan izin. Jadi masih lagi dalam—they are still doing the work on that, dengan izin, membangunkan sistem. Tetapi ini kita jangka dilakukan oleh sebab ia melakukan phase by phase, dengan izin. Jadi, ia dijangka beroperasi pada tahun 2018, fourth quarter. This is dijangkakan, Yang Berhormat ya. Memang pun sudah ambil kira tetapi baru dia buat, there is another one yang baru sudah di-introduce, that is overtaking whatever yang telah dilakukan, dengan izin. Jadi ini memang sedang dibangunkan oleh SPAD, Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ya, saya mengambil maklum bahawa untuk kad Rapid KL, saya baca, bahawa apabila line itu akan dibuka all the way to Kajang, kad Rapid KL boleh digunakan untuk MRT dan ini saya rasa akan bermula pada bulan Julai. Saya juga ingin menambah sedikit. saya hendak mengucapkan tahniahlah kepada kerajaan di atas rancangan di mana untuk off peak hour, saya rasa pukul enam sampai pukul tujuh, if you take LRT or MRT, saya rasa ada 50 peratus diskaun. Mungkin masa itu boleh dipanjangkan lagilah, mungkin dari enam sampai ke pukul lapan. Tetapi saya rasa itu adalah suatu inisiatif yang baik oleh kerajaan.

Yang Berhormat, kita ambil kira pandangan Yang Berhormat itu dan juga yang dikatakan fasal ICPS itu. Memang wujud, Yang Berhormat. Tinggal kita belum finalizeya, sebab banyak perkara yang perlu diambil kira. Terima kasih. Saya rasa itu sahaja.Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya soalan mengenai nuclear power plant.

Tak masuk dalam sini, Yang Berhormat.

Dalam perbahasan saya telah bangkit beberapa soalan berkait dengan nuclear power plant tetapi belum tahu dapat jawapan.

Tak masuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawapan bertulis kalau tiada pada Yang Berhormat Menteri.

Saya rujuk lagi, Yang Berhormat, sebab saya tidak ada jawapannya di sini.

Saya tunggu daripada tengah hari, Yang Berhormat Menteri, sebab Yang BerhormatMenteri akan menjawab soalan ini.

Macam ini. Saya akan rujuk Yang Berhormat punya soalan dan saya akan bagi jawapan bertulis ya. Okey, terima kasih. Lagi pun, kita belum sampai ke situ, Yang Berhormat. Secara umumnya, kita sudah menerima fasa pertama— I think I have mentioned the other day, dari segi finalize report daripadaINIR itu dan kita kena table kepada

Kabinet. Kita diberi tempoh 30 hari untuk menjawab sama ada kita hendak publicize the report kah tidak. Secara umumlah this is what I can tell you. Jadi sama ada Kerajaan Malaysia hendak publicize secara umum kah tidak, itu yang dinyatakan. Tetapi sebelum ini, kita masih lagi circulate paper untuk kita bawa kepada Kabinet. Namun begitu, Yang Berhormat, please be rest assured lah dengan izin, bahawa insya-Allah, kita tidaklah sampai ke situ hendak adakan nuclear plant dulu. Belum lagi. Tetapi sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab, kita perlu memandang ke hadapan. Walaupun target kita pada tahun 2030 tetapi itu pun hanya target tetapi mungkin ianya beyond that pun belum lagi. Cuma, sebagai sebuah negara, kita perlu melihat kepada opsyen-opsyen, Yang Berhormat ya. So secara umumnya, itu yang boleh saya nyatakan kepada Yang Berhormat. Kalau you want detail lagi, bolehlah bertanya kepada saya lagi. You know, kita ada lagi another two weeks lagi,insya-Allah saya akan memberikan penjelasan kepada Yang Berhormat ya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya jemput Yang Berhormat Arau.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2017 di Dewan Rakyat Penggal Kelima peringkat dasar yang menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli Yang Berhormat. APMM. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor yang menyentuh perkara-perkara untuk memperkasakan Maritim Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor mencadangkan kerjasama antara TLDM dan Maritim Malaysia diwujudkan dalam menangani masalah pencerobohan nelayan negara asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerjasama antara Maritim Malaysia dan TLDM telah wujud sejak 13 Oktober 2005 melalui penubuhan Jawatankuasa Koordinasi APMM- TLDM. Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh pengurusan tertinggi APMM dan pengurusan tertinggi TLDM iaitu Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Timbalan Panglima Tentera Laut. Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengkoordinasi aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara Maritim Malaysia dan juga TLDM. Ini adalah bertepatan dengan seksyen 17 Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633].“Sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, APMM hendaklah di bawah perintah dan kawalan am Angkatan Tentera Malaysia dalam apa- apa tempoh darurat, krisis khas atau perang.” Dalam memperkasakan lagi kerjasama yang terjalin, Maritim Malaysia dan TLDM telah mengambil langkah menghasilkan Prosedur Tetap Operasi Bersama TLDM- APMM yang menjadi rujukan kepada pegawai dan anggota dalam melaksanakan segala aktiviti dari segi operasi, logistik, perkongsian maklumat, risikan dan latihan bagi memudahkan pelaksanaan tugas di lapangan. SOP ini yang juga dipanggil PROTAP, wujudnya akan mengukuhkan lagi hubungan antara agensi bagi menghadapi ancaman di laut serta isu-isu keselamatan maritim yang lain dengan lebih efektif di samping memastikan segala operasi yang dijalankan di perairan negara menjadi lebih sistematik dan teratur. Dalam menyahut dasar kerajaan berhubung dengan National Blue Ocean Strategy, kedua-dua agensi telah mengadakan kerjasama seperti berikut:- (i) pembahagian sektor rondaan bersama di laut; dan

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

(ii) perkongsian maklumat risikan terutamanya perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan maritim dan pencerobohan ke atas kedaulatan perairan negara. Dalam usaha untuk mendekati komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan, TLDM telah mengambil langkah melaksanakan Program Rakan Maritim (RAKAM) manakala Maritim Malaysia melalui Program Sahabat Maritim di mana melalui program ini, komuniti maritim dapat melaporkan sebarang insiden yang berlaku di laut dan sebarang perlakuan yang disyaki menyalahi undang-undang kepada Maritim Malaysia. Baru-baru ini juga kita telah menubuhkan Pasukan Kesukarelawan Simpanan APMM. Yang ini juga membantu untuk sama-sama menangani masalah melibatkan pelanggaran undang-undang kepada Maritim Malaysia. Yang Berhormat Lenggong bersama Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Tasek Gelugor mencadangkan supaya agensi barisan hadapan menghadapi banjir seperti APM dan juga Maritim Malaysia diperkayakan dari segi prasarana, peralatan dan kuasa untuk melancarkan lagi operasi menyelamat dan pengagihan bantuan. Maritim Malaysia tidak terlibat secara langsung dalam menangani banjir. Walau bagaimanapun, Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberikan bantuan apabila diperlukan. Dalam menghadapi banjir, aset-aset udara Maritim Malaysia digunakan sepenuhnya untuk memberikan bantuan, manakala aset laut hanya bot jenis ringan sahaja yang diatur gerak untuk memberi bantuan secara terhad di sungai-sungai yang besar seperti Sungai Sarawak, Sungai Pahang atau sungai yang boleh dimasuki oleh bot tersebut.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri yang menjaga ESSCOM saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang konsisten, prihatin terhadap isu-isu keselamatan di Pantai Timur Sabah, ESSZONE iaitu Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Libaran ada sini tidak ?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Libaran tidak ada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Permatang Pauh ?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Libaran tidak ada.

Semua tidak ada tiga-tiga. Jadi dengan itu saya membuat kesimpulan awal iaitu untuk membuat jawapan secara bertulis. Oleh kerana jawapan bertulis kena lambat sedikit untuk masuk ke bahagian berikutnya. PR1MA, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kuala Pilah dan Yang Berhormat Bagan Serai sedang menunggu dengan hebatnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong membangkitkan isu berkaitan rumah PR1MA. Yang Berhormat mencadangkan projek PR1MA di Bukit Nasah dilaksanakan dengan segera. Memandangkan kawasan tersebut dijangka akan membangun melalui pertumbuhan industri agropolitan dan juga pembangunan institusi pendidikan. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih atas cadangan serta keprihatinan Yang Berhormat Lenggong selaku pemimpin tempatan. PR1MA mengambil maklum dan amat menghargai pandangan serta nasihat Yang Berhormat mengenai cadangan projek di Bukit Nasah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sama seperti pembangunan yang lain, PR1MA akan mengkaji kesesuaian cadangan projek dengan terperinci. Ia akan mengambil kira pelbagai faktor seperti permintaan penduduk setempat, tahap kemampuan pemohon serta harga kediaman. Ini adalah untuk memastikan projek kediaman PR1MA mempunyai harga yang menepati permintaan serta tahap kemampuan pemohon. Yang Berhormat Kuala Pilah dan juga Yang Berhormat Bagan Serai mencadangkan supaya PR1MA membina rumah-rumah di bawah harga RM200,000 di kawasan luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat secara amnya kediaman

yang disediakan PR1MA adalah khusus kepada golongan yang berpendapatan sederhana di antara RM2,500 sehingga RM15,000 sebulan. Golongan sederhana ini didapati menghadapi dilema untuk memiliki kediaman. Oleh itu, kediaman PR1MA disasarkan untuk golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar dan juga pinggiran bandar. Secara amnya, harga kediaman PR1MA adalah di antara RM100,000 sehingga RM400,000 seunit mengikut jenis dan lokasi. Dalam menetapkan harga, PR1MA juga mengambil kira kemampuan pemohon setempat yang berbeza mengikut negeri dan kawasan. Sistem Pendaftaran Nasional PR1MA menjadi panduan untuk mengetahui tahap kemampuan pemohon setempat. Sistem ini juga dapat membantu dalam mengetahui permintaan pemohon bagi sebuah kawasan. Begitu juga dengan harga kediaman PR1MA yang berbeza mengikut kawasan. Ianya adalah lebih rendah berbanding dengan harga rumah pasaran di kawasan yang sama. Harga ini secara purata 20 peratus lebih rendah berbanding dengan harga rumah di pasaran yang mempunyai spesifikasi dan juga kawasan yang sama. Sehingga kini majoriti kediaman PR1MA iaitu sebanyak 84 peratus adalah berharga di bawah RM300,000 seunit dengan pecahan seperti berikut RM100,000 sehingga RM200,000 adalah 21 peratus, RM201,000 sehingga RM300,000 adalah 63 peratus, RM301,000 sehingga RM400,000 adalah 16 peratus. Hanya sebilangan kecil iaitu 16 peratus berharga di antara RM301,000 sehingga RM400,000. Ia terletak di bandar besar atau di kawasan nilai hartanah yang tinggi seperti di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya PR1MA berhasrat untuk menyediakan lebih banyak kediaman di lokasi strategik pada harga yang menepati permintaan pemohon. Justeru, sekiranya mana-mana pihak mempunyai cadangan projek di lokasi strategik pada harga berpatutan ia boleh dikemukakan kepada PR1MA untuk kajian selanjutnya. Majlis Keselamatan Negara. Yang Berhormat Simpang Renggam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Simpang Renggam tidak ada dalam Dewan Yang Berhormat.

Akan tetapi, saya kena jawab sikit sahaja sebab ini pendek sangat. Walaupun dia tidak ada sebab ini akan direkodkan sebab dia seorang sahaja yang menimbulkan perkara ini. Isu keselamatan negara tidak pernah diketepikan dan sentiasa menjadi keprihatinan Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan kerajaan mengkaji semula Dasar Keselamatan Siber Nasional. Kerajaan sedar bahawa peningkatan kebergantungan sesebuah negara terhadap teknologi maklumat dan komunikasi, Information and Communication Technology serta internet telah membuka ruang kepada ancaman siber. Ancaman ini telah memberi cabaran baru kepada negara terutama dalam aspek pengurusan keselamatan. Menyedari kepentingan ini Malaysia telah menggubal Dasar Keselamatan Siber Negara, National Cyber Security Policy pada tahun 2006 bagi melindungi infrastruktur maklumat kritikal negara daripada ancaman dan serangan siber. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di bawah dasar ini bagi meningkatkan kesediaan negara menghadapi sebarang serangan siber. Di samping itu, program-program kesedaran siber kepada pengguna-pengguna internet turut dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan termasuk Program Klik Dengan Bijak dan Cyber Safe Campaign. Selaras dengan perkembangan perubahan persekitaran semasa kerajaan kini dalam proses menyemak semula Dasar Keselamatan Siber Negara yang merangkumi semua aspek keselamatan siber. Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu sempadan Malaysia-Thailand. Yang Berhormat mencadangkan menggantikan pagar lama dengan pagar baru di sempadan Malaysia-Thailand. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan telah mengambil maklum cadangan Yang Berhormat supaya pagar lama diganti dengan pagar baru di sempadan Malaysia-Thailand. Untuk makluman Yang Berhormat pagar selapis MALTHAI adalah pagar sempadan yang dibina secara persetujuan bersama oleh pihak Malaysia dan Thailand di atas garis sempadan antarabangsa iaitu sepanjang 5.35 kilometer. Secara dasarnya cadangan pembinaan dan penyelenggaraan bersama pagar tembok selapis yang baru masih di peringkat perbincangan oleh sekretariat kedua-dua pihak dan akan dibentangkan kepada mesyuarat LBC MALTHAI seterusnya untuk dimuktamadkan.

Mengenai cadangan pembinaan keselamatan dalam kawasan sempadan Malaysia. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2016 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut di mana satu kajian menyeluruh perlu dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan lain berkaitan membaik pulih ataupun menggantikan tembok atau pagar sedia ada di kawasan sempadan. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Tasik Gelugor yang mencadangkan supaya barisan hadapan menghadapi banjir seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diperkasakan dari segi prasaran peralatan dan kuasa untuk melancarkan lagi operasi menyelamat dan pengagihan bantuan. Saya menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada APM selaku sekretariat dan jentera pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah yang secara langsung memberi implikasi secara terus kepada bantuan demi kemaslahatannya rakyat yang ditimpa bencana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dewan ini pada Mei 2016 yang lalu telah meluluskan pindaan Rang Undang-undang Pertahanan Awam 2016 yang kini menjadi Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 atau Akta 221. Akta 221 ini dikuatkuasakan mulai 1 September 2016 sebagai asas untuk memperkasakan APM dengan memperjelaskan fungsi dan peranan APM dan seksyen 2B selaras dengan peranan Agensi Pertahanan Awam Antarabangsa. Akta ini juga punca kuasa APM khususnya kuasa-kuasa pegawai dan anggota APM yang diperuntukkan dalam seksyen 4C. Akta untuk mengambil tindakan-tindakan yang munasabah bagi menyelamat nyawa dan harta benda, mangsa bencana dan rakyat. Tindakan ini merangkumi semua proses awal pengurusan bencana, khidmat kemanusiaan dan ancaman peperangan daripada peringkat perancangan sehingga langkah-langkah pasca –mencukupi perkara-perkara berikut; (i) pencegahan bahaya atau ancaman; (ii) peredaan dan pengurangan risiko dan bahaya; (iii) pembangunan kapasiti persediaan menangani bencana; (iv) tindak balas kejadian bencana; (v) evakuasi menyelamat dan bantuan kemanusiaan; dan (vi) pemulihan serta pembangunan semula. Di dalam memperkasakan APM ke tahap yang lebih tinggi beberapa perancangan dan tindakan telah dibuat bagi memastikan APM dapat melaksanakan peranannya dengan lebih efisien. Dengan seramai 1,265 pegawai tetap APM di seluruh Malaysia. APM dalam tindakan untuk meningkatkan pengambilan anggota sukarela kepada dua juta sukarelawan sebelum akhir tahun 2017 ini bagi membantu pelaksanaan pengoperasian selain mempersiap-siagakan komuniti dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan bencana.

Yang Berhormat.

Dengan sasaran seramai 1,000 orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. APM berharap agar usaha untuk mencapai 10 peratus daripada rakyat negara ini memiliki ilmu pertahanan akan menjadi kenyataan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya khusyuk mendengar Yang Berhormat Menteri menjelaskan tentang Angkatan Pertahanan Awam. Kita telah pun berbahas panjang lebar mengenai akta ini dengan pindaan-pindaan tertentu. Saya juga hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan juga pembangkang, dilantik sebagai Kolonel Kehormat dalam usaha untuk tentunya memperkasa Angkatan Pertahanan Awam di daerah ataupun di negeri masing-masing.

Cuma saya hendak tanya kerajaan ataupun kementerian, sejauh mana komitmen Angkatan Pertahanan Awam (APAM) ini untuk engage dengan barisan Ahli Parlimen daripada pembangkang. Ini kerana kita lihat kerjasama itu belum lagi rancak terutamanya di kawasan saya di Bukit Katil, Melaka dan sebagainya dan ada banyak halangan secarahidden. Saya hendak penjelasan terus daripada Yang Berhormat Menteri, apakah ada guideline? Apakah kita boleh hadir mesyuarat? Apakah kita boleh buat program bersama? Tadi disebut soal sukarela. Adakah kita boleh terlibat dalam program membina sukarelawan dan sebagainya? Jadi saya fikir perlu ada penjelasan kerana kita pun tidak mahu jawatan ini tanpa ada tugas yang diselaraskan dengan pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) di peringkat negeri. Kalau sekadar jawatan ini untuk show, saya ingat kita pulangkan balik pangkat ini. Ya atau tidak? Saya fikir kita pun hendak terlibat dan saya yakin ada guideline. Jadi saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Yang Berhormat, jawatan ini adalah jawatan kehormat. Apabila berlaku bencana, banjir itu ia tidak pilih parti. Ia tidak tanya ini parti PKR kah, PAS kah, Barisan Nasional. Jadi banjir akan melanda. Jadi tugas utama kita ialah untuk memastikan di masa menghadapi bencana itu, kita sama-sama terlibat secara langsung. Dia sebagai anggota kehormat ini, APM di peringkat negeri dan juga daerah akan bekerjasama dari semasa ke semasa. Sudah pasti kalau Yang Berhormat datang ke tempat pengurusan banjir, kita tidak bertanya Yang Berhormat ini daripada PAS kah atau daripada UMNO sebab ada juga tempat masak kita diuruskan oleh orang- orang PAS. Ada tempat ini diuruskan oleh pelbagai pihak. Jadi kita sekarang menghadapi bencana dan bukan kita berpolitik di situ. Jadi Yang Berhormat, perancangan yang lain itu sudah pasti ia mengikut garis panduan yang telah ada. Akan tetapi, sebagai anggota kehormat, kita berada di mana-mana untuk sama-sama memberi khidmat kepada usaha untuk menangani bencana. Saya juga anggota kehormat Askar Wataniah sebenarnya dan juga RELA serta Bulan Sabit Merah. Jadi,benda-benda lain saya tidak terlibat tetapi apabila sampai masa untuk memberi khidmat kepada rakyat, kita berbuat demikian. Jadi kalau Yang Berhormat tunggu kata garis panduan, tidak ada. Apabila kita dilantik jadi kehormat, makna kita terbuka usaha kita untuk menangani bencana. Saya sedar sebab sesetengah tempat mungkin berlaku perkara-perkara yang seperti Yang Berhormat sebutkan. Kita sekarang dalam proses untuk memperkasakan di peringkat daerah sebab di peringkat daerah, kita kena ingat bahawa pegawai tetap kita cuma seorang atau dua orang. Ada sesetengah pun tiga orang. Jadi ini peringkat daerah yang cukup besar. Akan tetapi yang banyak itu adalah anggota sukarela. Anggota sukarela yang menyertai pasukan kita untuk bertugas 24 jam sebagai sukarelawan dan mereka dibayar elaun sama seperti anggota sukarelawan yang lain. Jadi, Yang Berhormat melihat bahawa dalam proses tersebut, kita cuba sedaya-upaya untuk melibatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang bagi tiap-tiap DUN ataupun tiap-tiap Parlimen supaya dengan penyertaan rakyat, kita boleh menyelesaikan banyak perkara. Saya akan sebut di sini sekejap lagi bahawa kita bukan sahaja sekarang ini bertugas untuk menghadapi bencana ataupun menangani apa-apa masalah yang berkaitan, tetapi kita juga akan memberi khidmat sukarela kepada pelbagai agensi yang kita rasa sangat memerlukan sokongan rakyat. Kalau sekiranya pertahanan negara ini hanya dikawal oleh pasukan keselamatan sahaja, ia akan timbul masalah sebab pasukan keselamatan berada di barisan hadapan. Kita Angkatan Pertahanan Awam, kita di nombor tigalah lebih kurang macam itu, untuk menjaga orang awam. Itu asalnya. Sekarang ini kita terlibat dengan usaha-usaha kebajikan dan lain-lain lagi. Jadi, apa masalah yang melibatkan penguat kuasa undang-undang, rakyat harus menyertai. Jadi saya akan sebut sekejap lagi, ya Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat kata kalau tidak ada tugas hendak bagi balik. Tak. Yang Berhormat kena mencari tugas. Kalau Yang Berhormat hadir sebagai Kolonel Kehormat, sudah pasti pasukan kita menghormati terutamanya kehadiran Yang Berhormat di mana- mana tempat di dalam kawasan bencana. Tidak ada masalah. Yang Berhormat muka bagus, sentiasa senyum. Orang suka. Jadi kita bukan ada satu ikatan yang kata kita ini, orang PAS datang. Tidak. Tidak pernah berlaku dalam agensi Angkatan Pertahanan Awam untuk membezakan dari segi politik. Kita sama. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 2017 yang lalu telah bersetuju dengan cadangan APM untuk mengadakan kerjasama strategik melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan pelbagai agensi iaitu Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan

Taman Laut Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar termasuk juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di bawah Kementerian Wilayah dan kementerian-kementerian lain yang akan kita sertai bersama ialah KPDNKK. Kita telah menawarkan seramai 81,000 orang anggota untuk bersama agensi penguat kuasa ini bagi menguatkuasakan undang-undang. Kita tidak minta kad kuasa. Kita akan menyertai. Contohnya renjer hutan. Kita akan menyertai renjer hutan supaya kita ada bilangan sebab saya pernah lihat renjer hutan menguatkuasakan undang-undang-undang, kadang-kadang seorang diri untuk menghadapi orang yang mencuri hutan itu sebanyak 40 orang sebagai contoh. Jadi, kehadiran APM ini akan membantu dari segi jumlah dan kita hendak supaya rakyat sendiri sama-sama terlibat untuk menangani apa-apa permasalahan berhubung dengan penguatkuasaan undang-undang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Itu sebab APMM...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang bangun.

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang pemerkasaan berkaitan dengan APMM ini. Saya melihat kelmarin— Saya hendak ucap terima kasih dulu kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi hadir ke tempat saya apabila berlakunya kejadian banjir besar dan melibatkan kematian pada bulan Januari yang lepas. Kalau Yang Berhormat Menteri lihat sendiri, ada banyak sangat kekurangan berkaitan dengan kemudahan yang dimiliki oleh anggota Pertahanan Awam yang berada di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kawasan banjir ini. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk melihat mana-mana kawasan yang memang terjejas teruk dengan kawasan banjir ini supaya diberikan peruntukan tambahan terutamanya untuk membeli peralatan-peralatan bagi membantu mangsa- mangsa banjir terutamanya bot dan sebagainya yang saya kira peralatan-peralatan ini, apabila berlakunya kejadian bencana banjir besar, mereka yang terlibat sebagai sukarelawan ini terpaksa meminjam bot-bot penduduk kampung yang ada di sekitarnya? Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini?

Yang Berhormat juga ialah Kolonel Kehormat seperti Yang Berhormat Bukit Katil. Kita hendak beritahu bahawa yang pertama sekali, kita dalam proses untuk menguatkan jentera kita, aset kita. Apabila berlaku bencana, kita bukan sahaja melibatkan aset daripada kita tetapi kita melibatkan aset daripada semua pihak, agensi dan juga orang perseorangan. Contohnya macam Yang Berhormat Sekijang ada bot. Kami akan dapatkan bot daripada Yang Berhormat ataupun Yang Berhormat Bukit Katil ada four wheel drive.

Jadi semua pihak memberi sumbangan, sudah pasti kita akan uruskan dari segi penyewaannya di masa akan datang. Contohnya macam di Kuala Krai, dahulu pernah ada bot-bot orang awam yg sedang berbaris di situ lebih kurang 40 biji, saya minta semua sekali menyertai kami untuk menghantar makanan ke tempat-tempat yang bot kita tidak boleh masuk, tetapi bot orang kampung ini boleh masuk. Jadi, kita menyewa dengan ala kadarnya. Jadi inilah kehebatan anggota kehormat, kolonel kehormat untuk turun ke padang untuk sama-sama membantu dan kami Angkatan Pertahanan Awam akan memberikan sokongan. Aset bagi tiap-tiap kawasan kita dalam proses. Sebenarnya dalam jawapan ini telah saya masukkan jumlah aset ataupun peruntukan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk memperkuatkan Angkatan Pertahanan Awam. Jadi, saya akan bagi jawapan secara bertulis Yang Berhormat sebab apa ini tetapi saya ingin maklumkan bahawa pada peringkat awal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk tahun 2016 sahaja, RM140 juta untuk membeli pelbagai jenis aset termasuklah lori lima tan dan tujuh tan, bot pelbagai saiz dan juga amphibian vehicles yang sedang dan akan diterima secara berperingkat. Jadi, kita berharap jentera kita sekarang ini akan ditambah ke tahap 841 unit untuk melicinkan keadaan. APM ini pada bila-bila masa kita boleh gerakkan serta-merta 11,800 ataupun12,000 APM, tetapi kalau dalam tempoh tiga jam kita boleh gerakkan 384,936. Ini berdasarkan jumlah. Ini ialah angka berdasarkan kepada jumlah anggota sukarelawan kita sebanyak satu juta. Tetapi kalau dua juta anggota sukarelawan, sudah pasti kita

boleh gerakkan dengan mungkin lebih daripada setengah juta sukarelawan untuk menyertai APM bagi menangani masalah banjir dan sebagainya. Jadi, sekarang ini banjir kita yang terbesar yang berlaku di negara ini pada tahun 2014 dan juga 2015 melibatkan 650,000 orang mangsa. Jadi sudah pasti kalau kita lihat dari angka sukarelawan, kalau sekiranya berlaku perkara-perkara yang begini di masa akan datang, dalam tiga jam kita boleh gerakkan dekat setengah juta APM untuk menyertai usaha-usaha menangani banjir. Pada masa sekarang untuk pengoperasian APM, kita telah ada 104 buah pusat kawalan operasi daerah, 13 pejabat unit, 35 pangkalan hadapan, forward based dan 41 buah menara pasukan penyelamat pantai. Pengoperasian di semua pejabat operasi berkenaan melibatkan penugasan seramai 3,648 anggota setiap hari terutamanya yang menjalankan tugas operasi kecemasan harian di bawah perkhidmatan Malaysia Emergency Response Services 999 ataupun MERS 999. Tiga kali ya. Perluasan pejabat operasi APM ini bukan sahaja bagi menghadapi bencana, tetapi juga memastikan segenap lapisan dilatih mampu bertindak balas sendiri dan disiapsiagakan oleh APM untuk sebarang situasi kecemasan, bencana atau kemungkinan ancaman. Keberadaan APM secara keseluruhannya di semua daerah seluruh negara, saya minta supaya Yang Berhormat memberi sokongan kepada usaha-usaha untuk membuka tiga buah lagi pejabat operasi di daerah yang akan memberi manfaat kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, NaDMA. Yang Berhormat Lenggong yang terus berada di sini, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Lanang. Oleh sebab seorang daripada Yang Berhormat ada di sini, maka kena jawab. Kalau tiga-tiga tidak ada, saya bercadang untuk menjawab secara bertulis. Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Gerik mencadangkan supaya ditambahbaikkan medium dan syarat-syarat kelayakan penyaluran bantuan banjir kepada mangsa banjir yang tidak berada di pusat penempatan banjir dan juga pendaftaran lewat. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, penyaluran bantuan banjir seperti makanan dan peralatan harian asas hanya diagihkan kepada mangsa yang mendaftar dan berada di pusat perpindahan. Bagi mangsa yang tidak berdaftar dan tidak berpindah, ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Pengerusi dan jawatankuasanya melihat bahawa kalau sekiranya ia memerlukan bantuan, kita akan bagi bantuan. Peranan JKK adalah untuk merekodkan mangsa-mangsa yang tidak berpindah ke pusat perpindahan. Walau bagaimanapun, jika didapati mangsa tidak berpindah seperti yang saya sebutkan tadi memerlukan bantuan, kita akan berbuat demikian. Penyaluran wang ihsan pula adalah berpandu kepada Garis Pelaksana Bantuan Wang Ehsan Bencana, Majlis Keselamatan Negara. Bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat perpindahan, permohonan adalah melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan disahkan oleh pejabat daerah. Maka, tempoh pendaftaran bagi mangsa yang tidak berpindah adalah dalam masa 30 hari dari tarikh pusat perpindahan ditutup atau pengisytiharan bencana tamat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. NaDMA berpandangan bahawa prosedur sedia ada dalam tempoh yang disediakan mencukupi untuk pihak JPBD untuk mengesahkan nama pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pertindihan nama mangsa yang berpindah ke pusat perpindahan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lanang telah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lanang tiada dalam Dewan.

Ya, jadi oleh sebab ia melibatkan pemberian wang ehsan ini, jadi saya kena sebutkan. Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan selamat datang. Untuk makluman Yang Berhormat Lanang, episod hujan lebat Monsun Timur Laut telah melanda negara. Walau bagaimanapun, hanya dua episod hujan lebat sahaja yang mengakibatkan banjir. Episod pertama bermula 31 Disember 2016 sehingga 4 Januari 2017 dan episod kedua bermula daripada16 Januari 2017 sehingga 25 Januari 2017. Bagi kejadian banjir pertama dan kedua ini, bantuan wang ehsan sebanyak RM500 akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah yang layak secara berperingkat. Agihan pertama adalah untuk mangsa-mangsa yang berpindah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di pusat perpindahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agihan bantuan wang ehsan mula diagihkan secara berperingkat bermula di negeri Kelantan, jajahan Bachok 28 Februari yang lepas, Kota Bharu 7 Mac, Tumpat 14 Mac dan Pasir Puteh 21 Mac. Manakala jajahan Machang akan diadakan pada 28 Mac ini. Jajahan dan negeri-negeri yang lain

yang terlibat sedang dalam tindakan semakan dan memuktamadkan senarai mereka yang layak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu mengenai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, mengenai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NaDMA), Perumahan Rakyat 1Malaysia, Eastern Sabah Security Command, Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang sempat saya jawab dan yang mana perkara tidak sempat saya jawab, saya telah mencatat dan akan dijawab secara bertulis. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri dari kawasan Muar.

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung sesi penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan beberapa agensi iaitu SPRM, SIAP, B2, IIM dan FELDA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan, cadangan dan pandangan yang telah diutarakan. Seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh hal-hal berkaitan dengan tanggungjawab dan bidang kuasa SPRM, SIAP, IIM dan B2. Manakala seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat lagi telah menyentuh hal-hal berkaitan FELDA. Namun begitu, saya tidak akan menyentuh perkara-perkara yang dibangkitkan tetapi telah dijawab di Dewan yang mulia ini sebelum ini. Yang Berhormat Kota Raja ada membangkitkan isu-isu berkaitan status tindakan pelaksanaan syor yang terkandung dalam laporan pasukan petugas mengkaji laporan inquiry national Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli (JKKHTOA).

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli (JKKHTOA) telah ditubuhkan berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Jun 2015. Mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah diadakan pada 7 April 2016. Berdasarkan mesyuarat tersebut, JKKHTOA telah dimaklumkan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil oleh negeri-negeri dan tindakan susulan daripada setiap kementerian atau jabatan serta agensi yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan syor-syor dan dapatan daripada pasukan petugas dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang ditetapkan. JKKHTOA juga bersetuju memperakukan supaya pewartaan tanah Orang Asli dilaksanakan di bawah seksyen 6 dan seksyen 7 Akta Orang Asli 1954 bagi memberi jaminan pegangan hak tanah kepada Orang Asli. Cadangan pewartaan tanah kepada Orang Asli ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri pada 10 Mei 2016, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2016 dan Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia pada 5 September 2016 telah bersetuju memperakukan supaya pewartaan tanah Orang Asli dibuat di bawah seksyen 6 atau dan seksyen 7 Akta Orang Asli 1954. Susulan daripada itu, JKKHTOA dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah diminta untuk menyediakan garis panduan bagi memperincikan tatacara kerja pelaksanaan pewartaan tanah Orang Asli/Orang Asal di bawah Akta Orang Asli 1954. Memandangkan pada masa ini tiada definisi khusus yang wujud bagi tanah pegangan adat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Satu kajian menyeluruh mengenai konsep pegangan tanah adat Orang Asli / Orang Asal akan dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dan dipantau oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Jabatan Perdana Menteri (BITU) Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia JKKHTOA. Kajian ini adalah bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai isu-isu sosial berkaitan adat, tradisi dan amalan budaya hidup Orang Asli untuk dijadikan asas kepada pindaan undang-undang yang berkaitan. Bagi memastikan rumusan tindakan

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

yang dipersetujui ini dapat dilaksanakan, kerajaan sentiasa mengadakan engagement dengan izin bersama-sama dengan pihak kerajaan negeri. Mesyuarat JKKHTOA kali kedua dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun ini bagi memantau status tindakan yang telah diambil terhadap semua syor dan penemuan Laporan Inkuiri Nasional SUHAKAM mengenai tanah Orang Asli/Orang Asal. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bukit Bantang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Gelang Patah...

Yang Berhormat Menteri ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja bangun.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasihlah kerana di atas jawapan itu. Cuma saya ingin bertanya mengenai tanah adat ini. Sementara kita melaksanakan perbincangan berlaku dan sebagainya untuk mengubah ataupun meminda Akta Orang Asli ini mengenai tanah adat dan sebagainya, penempatan- penempatan Orang Asli sekarang dikira tidak selamat daripada keputusan-keputusan pihak berkuasa negeri. Contohnya di Gua Musanglah yang paling latest. Jadi apakah I mean itu jangka masa panjang Yang Berhormat. Akan tetapi dalam jangka masa pendek ini, apabila tanah yang mereka duduki itu digazet sebagai hutan simpanan kekal itu dan pihak berkuasa negeri memberi kebenaran kepada pembalak untuk membalak di situ ataupun membuka ladang dan sebagainya. Jadi sementara itu, tidak ada moratorium atau apa boleh dibincangkan dengan kerajaan negeri, pembalak yang diberi di kawasan itu pergi ke kawasan lain dan sebagainya dahulu sementara kita dapat mewartakan kawasan-kawasan ini. Itu that is very long process. Terima kasih.

Seperti yang saya nyatakan tadi semua penemuan ataupun maklum balas yang kita perolehi dibincangkan di dalam jawatankuasa. Itu salah satu perkara yang dibangkitkan dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan datang. Tidak ada satu jalan penyelesaian yang mudah untuk kita menyelesaikan disebabkan tidak ada peraturan yang jelas terhadap perkara ini selama ini. Saya percaya hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Orang Asli akan diberikan keutamaan. Jadi perkara ini juga akan dibawa dalam mesyuarat bersama dengan Ketua Menteri, Menteri Besar kerana ia melibatkan kerajaan negeri.

Akan tetapi kita tahu bahawa apa pun keputusan yang dibuat akhirnya pihak berkuasa negeri yang mempunyai kuasa mutlak. Jadi sejauh mana Kerajaan Pusat mempunyai pengaruh atau boleh memaksa quote and quote kerajaan-kerajaan negeri untuk menghormati perkara ini? Ini kerana tidak ada peruntukan dari segi undang-undang-undangnya. Perkara ini bukan perkara baru, sudah lama yang dibawa oleh Orang Asli. Selama ini kita, we have been stalling it, you know. We are saying that this is not within the powers the federal government. So, mean time, they suffer. Bagi saya, this is totally unacceptable especially when it’s happening in Kelantan.

Ya dalam soalan Yang Berhormat ada jawapan. Susah untuk saya bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Sudah tentu saya pun percaya Kerajaan PAS Kelantan juga mempunyai pertimbangan yang sama untuk menjamin kepentingan Orang Asli dan saya hanya beritahu apa yang Kerajaan Persekutuan boleh jayakan, memberi jaminan apa yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya di luar daripada bidang kuasa saya. Namun begitu yang saya beritahu kita akan minta untuk semua, bukan Kelantan sahaja mengemukakan perkara-perkara yang telah kita perolehi dalam laporan yang pertama bagi dikemukakan dan kita bawa dalam mesyuarat seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang dibangkitkan tentang CPI telah pun saya nyatakan di Dewan ini pada 13 Mac. Cuma saya ingin nyatakan bahawa sekali lagi skor dan kedudukan negara dalam CPI bukanlah satu indeks perbandingan seperti data-data kajian yang lain. Ini kerana metodologi kajian yang digunakan dalam pengiraan CPI adalah berbeza mengikut negara. Seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini, antara perkara

yang mempengaruhi skor dan kedudukan negara dalam CPI adalah metodologi kajian, soalan yang berbeza yang digunakan di antara negara, responden ataupun kumpulan sasar dan jumlah penglibatan negara yang terlibat juga berbeza setiap tahun. Namun begitu saya juga telah nyatakan di Dewan ini bahawa kedudukan negara yang menurun dalam CPI. Namun ia tidak menjejaskan kedudukan negara dalam petunjuk-petunjuk prestasi antarabangsa yang lain. Kita dapat melihat apabila Malaysia masih lagi menjadi kepercayaan dan keyakinan pelabur luar negara. Malahan yang terbaru yang diumumkan oleh Bank Negara juga membuktikan bahawa Malaysia adalah salah satu negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang terbaik di rantau Asia. Namun begitu, CPI adalah indikator yang penting untuk membantu kerajaan dalam menambah baik tadbir urus dengan mengambil kira penemuan dan cadangan daripada kajian tersebut. Justeru usaha membanteras rasuah tidak hanya melibatkan penguatkuasaan udang-undang malah turut malah turut memerlukan komitmen yang tinggi dalam aktiviti pencegahan yang merangkumi transformasi budaya dan proses pentadbiran, ketelusan dan integriti. Langkah ini memerlukan usaha yang berterusan dan bersifat jangka panjang yang mana hasilnya hanya dapat dilihat pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Tenom berhubung langkah-langkah pencegahan rasuah yang dilaksanakan, saya ingin merangkumkan jawapan tersebut seperti berikut. SPRM sentiasa berusaha mempertingkatkan mekanisme pencegahan rasuah melalui pelbagai inisiatif yang relevan dan persekitaran semasa yang dinamik. Antara inisiatif yang menghasilkan impak signifikan ialah penubuhan Unit Integriti di agensi awam, mekanisme Corporate Integrity Pledge, mekanisme Corruption Risk Management, ikrar bebas rasuah, rangkaian kerjasama strategik di antara SPRM, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta pendekatan terbaru SPRM untuk menangani isu rasuah di sektor-sektor yang kritikal. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan SPRM dan The National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) dipertingkatkan terutama nya dari segi peralatan dan tenaga kerja untuk menangani rasuah dan salah guna kuasa. Suka saya ingin mengucapkan terima kasih di atas perkara yang ditimbulkan serta concern yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah. Penyelarasan dan koordinasi yang dilaksanakan melalui gabungan 10 buah agensi di bawah NRRET telah menyediakan kapasiti sumber yang diperlukan untuk NRRET bertindak dengan efektif. Antara impak tindakan risikan, pengumpulan dan penganalisaan maklumat, pembangunan dasar serta penyelarasan operasi yang penguatkuasaan NRRET dalam menangani isu ketirisan pendapatan negara, penyeludupan, pengubahan wang haram dan rasuah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini telah berjaya mencegah ketirisan pendapatan negara akibat penyeludupan seperti arak dan rokok, pelarian cukai dan pengelakan duti kastam serta pemindahan wang ke luar negara secara haram.

Sebagai contoh, tindakan penguatkuasaan NRRET dari tahun 2011 hingga tahun 2015 berjaya mengutip lebih RM700 juta ringgit daripada kes-kes pelarian cukai dan duti yang terkurang bayar. Kedua, operasi penguatkuasaan bersepadu NRRET dan KPDNKK ke atas aktiviti penyelewengan dan penyalahgunaan subsidi diesel dan gas sepanjang tahun 2014 telah berjaya menyelamatkan kehilangan subsidi kerajaan bernilai RM420 juta. Sukacita dimaklumkan juga bahawa laporan penilaian bersama, Mutual Evaluation Report yang dijalankan ke atas Malaysia pada September 2015 oleh Financial Action Task Force (FATF) telah memperakukan keberkesanan NRRET membanteras pelarian cukai dan aktiviti penyeludupan. Sekali gus telah melulus dan menerima Malaysia sebagai ahlinya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FATF adalah badan antarabangsa yang dianggotai oleh 35 negara dan dua pertubuhan serantau yang berfungsi untuk memeriksa, membangun serta mencadangkan dasar serta tindakan dalam membendung aktiviti pengubahan wang haram serta pembiayaan keganasan di peringkat antarabangsa. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah di atas keprihatinan dan cadangan untuk meningkatkan kapasiti NRRET. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Lumut, saya ingin menjelaskan bahawa SPRM diberi kuasa untuk menyiasat kes-kes rasuah berdasarkan maklumat yang

mempunyai kesalahan di bawah Akta SPRM. SPRM tidak boleh bertindak berdasarkan persepsi atau syak wasangka semata-mata. Justeru itu pihak SPRM mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat termasuk maklumat yang diperolehi oleh Yang Berhormat Lumut dan mengalu-alukan untuk dikemukakan maklumat tersebut supaya SPRM dapat menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang. Seterusnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu pembiayaan dana politik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara perkembangan terkini mengenai Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik JKNPP sejak dimaklumkan di Dewan ini ialah Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low telah membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri pada 28 Oktober 2016 dan Jemaah Menteri telah memutuskan untuk beliau selaku Pengerusi JKNPP bagi melakukan sesi konsultasi dengan parti-parti komponen Barisan Nasional serta parti-parti lain bagi mendapatkan maklum balas yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, beberapa sesi konsultasi dan parti-parti politik telah dijalankan seperti berikut: (i) Komponen Barisan Nasional telah diadakan pada 5 Disember tahun 2016; (ii) Parti PAS dan Ikatan pada 8 Disember 2016; dan (iii) Parti Keadilan Rakyat dan Amanah pada 24 Januari 2017. Walau bagaimanapun, bagi pihak JKNPP masih menunggu persetujuan dari pihak DAP untuk mengadakan sesi konsultasi dalam masa terdekat. Manakala sesi konsultasi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Warisan Sabah juga diadakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam masa yang sama JKNPP masih lagi menunggu input dan maklum balas bertulis dari semua parti-parti politik yang telah terlibat dalam sesi konsultasi yang telah diadakan. Berkenaan cadangan supaya mekanisme pembiayaan politik yang lebih ketat perlu diperkenalkan bagi mengelakkan campur tangan asing pula, sesungguhnya cadangan ini telah pun diutarakan oleh JKNPP melalui laporannya kepada kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut International Institute for Democracy and Electoral Assistance (IDEA) daripada 37 buah negara yang dikaji di Asia, hanya empat negara yang membenarkan sumbangan dari negara asing kepada parti-parti politik mereka iaitu Iraq, Lubnan, Sri Lanka dan negara kita Malaysia. Manakala berkenaan dengan cadangan supaya ketelusan kewangan di kalangan ahli politik dipertingkatkan termasuk mendedahkan belanjawan parti politik dan sumber dana politik serta sistem kewangan parti politik dipantau. Cadangan tersebut juga telah dicadangkan oleh JKNPP kepada kerajaan bagi dijadikan input utama dalam merangka rang undang-undang baru yang berkait dengan sumbangan dan perbelanjaan parti-parti politik. Yang Berhormat Klang mencadangkan agar Akta SIAP dipinda bagi memberi kuasa enforcement kepada SIAP bagi mendakwa pihak yang melanggar undang- undang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) sedang dalam proses meminda Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 bagi memantapkan lagi fungsi dan peranannya. Antara cadangan pindaan tersebut adalah mengadakan peruntukan bagi membenarkan PBT menguna pakai apa-apa keterangan yang diperoleh semasa siasatan oleh SIAP bagi tujuan tindakan tatatertib yang dijalankan oleh PBT tersebut dan kemudian melaporkan semula kepada SIAP. Cadangan lain adalah menambah fungsi SIAP untuk menjalankan dan mentadbirkan undang-undang bertulis selain daripada Akta 700 yang memberi kuasa kepada SIAP ke atasnya. Dalam hal ini SIAP mewujudkan satu one stop centre bagi tujuan penyelarasan dan pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang sedang diletakkan pentadbirannya di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan masih tidak bercadang untuk memberikan kuasa pendakwaan kepada SIAP kerana kuasa ini telah termaktub di bawah Perkara 143(3) Perlembagaan Persekutuan di mana kuasa untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan satu-satu prosiding mahkamah adalah di bawah kuasa Peguam Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak ganggu tadi oleh kerana bagi ruang untuk siapkan isu SIAP tetapi dua perkara yang timbul Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu berkenaan dengan ada permintaan supaya diperkukuhkan kuasa kepada pihak SPRM dalam bidang tugas mereka. Kedua, berkaitan dengan persepsi di mana saya setuju juga apa yang penting adalah untuk persepsi yang betul diberikan kepada rakyat khususnya bahawa tindakan diambil secara saksama di mana ada laporan polis atau laporan SPRM dibuat, maka bukan sahaja siasatan tetapi tindakan juga diambil. Dengan itu soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada cadangan- cadangan yang dibawa supaya kita memberikan kepada pihak SPRM lebih kuasa untuk siasatan, itu satu. Kedua, kepada saya lebih penting kuasa untuk mendakwa, sama ada ataupun tidak, ia boleh dibawa keluar daripada kuasa Peguam Negara dan diberikan kepada SPRM. Saya bangkit perkara ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kita lihat bagaimana dalam baru-baru ini ada laporan yang dibuat di mana ditunjukkan bahawa pihak-pihak dalam keadaan ataupun dalam kedudukan tertinggi sekali, mereka disiasat. Khususnya saya rasa kalau tidak silap Yang Berhormat Timbalan Menteri juga fasih bahawa ada laporan dua hari lalu bahawa ada siasatan terhadap bekas Ketua SPRM dan juga bekas Peguam Negara. So, kita melalui satu keadaan di mana ada wujudnya contoh-contoh yang boleh digunakan di mana pihak-pihak yang ada pada kedudukan yang paling tinggi di negara ini juga disiasat kerana kemungkinan melakukan kesalahan. Jadi dalam keadaan tersebut saya tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukankah ia satu langkah yang lebih baik supaya kita berikan kuasa untuk mendakwa kepada pihak yang lain selain daripada hanya Peguam Negara. I mean, this is also in respect of the Prime Minister himself di mana ada task force dan sebagainya telah pun didirikan. Kami masih menunggu tetapi tidak ada sebarang jawapan berkenaan dengan apa tindakan yang akan diambil Jadi these are the example which are happening, dengan izin Tuan Yang di- Pertua before us in this country now. So, bukankah masa dia sekarang sesuai supaya mungkin Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri boleh kemukakan cadangan di mana kita boleh keluarkan atau we expand the power of prosecution beyond that of the AG alone. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit, berkaitan. Bukit Katil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil ya.

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai tambahan kepada apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Puchong sebentar tadi, saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah isu yang dibangkitkan oleh saya berkaitan dengan reformasi iaitu dalam bahasa kerajaan transformasi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini ada disentuh di dalam ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun tidak, kerana saya fikir perkara ini juga berkaitan dengan pemerkasaan SPRM. Terima kasih.

Pertama, saya harap selepas ini saya hendak beralih kepada FELDA. Kita selesaikan masalah persepsi dan juga cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Puchong. Pertama, kita perlu menerima hakikat bahawa peruntukan di bawah Perlembagaan. Itu yang pertama. Jadi perlu satu keazaman yang betul-betul besar jika ingin dilakukan. Kedua, ini adalah satu check and balance. Tidak ada badan di dunia kecuali di sesetengah negara yang badan menyiasat mempunyai kuasa mendakwa, itu yang kedua. Saya dapat rasakan bahawa tahap kepercayaan Yang Berhormat terhadap SPRM hari ini sangat tinggi. Maknanya seolah-olah jabatan lain cuba atau tidak berperanan seperti yang sepatutnya tetapi kita penuh kepercayaan bahawa SPRM membuat kerja dengan baik. Terima kasih banyak.

Akan tetapi bayangkan yang Berhormat jika satu badan itu mempunyai kuasa menyiasat dan mendakwa satu hari nanti kepada ketika dia tidak lagi boleh dipercayai,

maka kuasa yang ada kepada dia akan menjadi terlalu besar. Saya juga tidak mahu kita datang ke Dewan ini dan mengatakan kenapa Malaysia salah satunya negara yang ada badan yang mempunyai kuasa menyiasat dan mendakwa. Namun begitu saya faham beberapa persepsi yang wujud yang menyumbang kepada perkara yang saya nyatakan tadi adalah walaupun tidak dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong, tetapi janji tetap janji. Kita pun sudah duduk berbincang mengenai soal MLA. Seolah-olah suatu pakatan atau perancangan untuk melindungi sesuatu perkara sehingga MLA itu tidak dikeluarkan dan seperti yang saya berjanji dengan Yang Berhormat Puchong, saya sudah buat semakan. Sehingga hari ini pihak Attorney General masih berhubungan dengan pihak Attorney General daripada Switzerland. Malahan mereka masih bertukar-tukar koresponden dan yang terkini, sebelum itu MLA ini perlulah memenuhi kriteria persetujuan kedua-dua buah negara dan sehingga yang sekarang, yang terkini pihak Malaysia, AG telah pun mengutus koresponden surat kepada Switzerland dengan menyatakan beberapa query daripada pihak AG dan kita tengah menanti jawapan daripada pihak AG Switzerland. Maka perkara ini saya harap dapat menyumbang kepada ketelusan dan keseriusan kita dan tidak ada mana-mana pihak yang cuba kita lindungi. Cuma proses itu kadang-kadang mengambil masa dan yang menjadi malang ia digunakan oleh setengah pihak untuk menambahkan kekeliruan. Itu antara perkara yang mungkin saya boleh komen kerana buat masa ini kuasa untuk mendakwa di bawah Perlembagaan masih lagi kita letakkan kepada pejabat peguam negara. Terakhir, sebenarnya seorang pegawai kanan daripada AG memang ditempatkan di SPRM supaya kepakaran terhadap kes-kes berkaitan rasuah dan pengendalian di mahkamah-mahkamah khas rasuah dapat kita jalankan dengan lebih sempurna dan cepat. Cuma dia tidaklah mengatakan bahawa penurunan kuasa tetapi itu adalah satu cara untuk kita memastikan setiap kes yang bakal dibawa ke mahkamah walaupun SPRM tidak mempunyai kuasa seperti yang dicadangkan tetapi mereka sebenarnya tidak ada masalah dari segi urusan kepada kuasa AG yang diletakkan di jabatan atau suruhanjaya. Ada lagi?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dengan izin, satu soalan yang terakhir. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Menteri kerana saya juga setuju bahawa perhaps the first step kita bawa daripada Jabatan Peguam Negara kita locate him there. Jadi there is a direct connection dengan Jabatan Peguam Negara dan apa yang berlaku di SPRM. Berkenaan dengan isu Mutual Legal Assistance (MLA), saya juga ucapkan terima kasih kerana membawa perkara itu ke Dewan. Akan tetapi yang penting itu dimaklumkan bahawa ada permintaan kali kedua daripada SPRM kepada AG. So pertama kali, pihak SPRM telah pun minta supaya peguam negara memberikan atau menyokong permohonan itu supaya mereka boleh dapat maklumat daripada Switzerland berkenaan dengan money trail 2.6 bilion dan sebagainya tetapi tidak diberikan. Jadi kita ada sekarang di mana permintaan kali kedua dibuat dan saya juga, saya baca bahawa itu pun telah pun ditolak. Akan tetapi kepada saya, apa yang saya faham ialah bahawa walaupun ditolak tetapi masih dalam pertimbangan Jabatan Peguam Negara. Which means that the investigations is still on going in respect of the 2.6 billion involving the the Honorable Prime Minister. So adakah itu yang benar? I just want a clarification on that Timbalan Menteri. Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit katil, sekejap saya jawab ya. Yang ini saya hendak beri penjelasan, saya tak sebut mengenai yang mana, tetapi saya boleh sahkan ia tidak melibatkan RM2.6 bilion kerana AG telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes itu sudah seperti yang saya jawab yang lalu termasuk 1MDB. Akan tetapi berkemungkinan ia menjurus kepada SRC kerana siasatan kepada individu-individu yang terlibat. Seperti yang dibahas dan diperkatakan di banyak tempat, malahan ditanya kepada Menteri Kewangan Kedua dalam peringkat awal perbahasan atau penggulungan, dari segi akaun dan juga personnel yang tersebut tertentu, ia adalah mengenai yang ini sebab saya tidak boleh menyentuh tentang perkara yang telah dimuktamadkan atau satu kenyataan yang ultimatum dikeluarkan pejabat Attorney General ataupun AG Chambers, sorry, yang menyatakan bahawa kes itu telah ditutup. Akan tetapi SRC kepada individu terhenti kerana kita tunggu MLA dan saya percaya ia melibatkan yang ini kerana akaun di Switzerland juga melibatkan nama-nama tertentu yang boleh membantu siasatan. Yang Berhormat Bukit Katil ada tanya pasal Whistleblower Protection Act and Witness Protection Act dengan izin. Sebenarnya kedua-dua akta ini sedang kita lihat dari segi keberkesanan pelaksanaan sebab sehingga hari ini sebenarnya akta ini telah diluluskan oleh Dewan ini tetapi penggunaan kepada akta ini sangat kurang. Mungkin

disebabkan ketidakfahaman, mungkin juga disebabkan oleh tidak jelas di mana boleh kita laporkan atau menggunakan dua akta tersebut dan kedua-duanya telah pun kita bengkelkan dan hari ini sedang diselaraskan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang- undang Jabatan Perdana Menteri. Jadi dua akta ini sebenarnya adalah salah satu pelengkap kepada usaha kita dalam membanteras rasuah di negara kita.

Sikit Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya alu-alukan bengkel yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma saya percaya bahawa kementerian juga tahu bahawa misalnya tahun 2012 daripada 8,900 aduan SPRM hanya 28 sahaja aduan daripada menggunakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Jadi 0.3 percent dengan izin itu adalah satu jumlah yang amat kecil. Cuma adakah Yang Berhormat Menteri masukkan di dalam bengkel itu beberapa perkara. Misalnya di dalam undang-undang itu ada peruntukan yang meminta menteri yang memberi kuasa kepada menteri untuk memutuskan tindakan itu bagi agensi mana. Jalan ini tentunya dilihat ada campur tangan dari eksekutif dalam hal ini, itu yang pertama. Yang kedua, adakah kerajaan sedang menyediakan ataupun dalam bengkel itu ada dicadangkan bahawa whistleblower ini dengan izin, akan menjadi satu badan seperti ombudsman sebagai hisbah yang akan sekali lagi menggunakan pendekatan check and balance. Dalam masa yang sama, saya juga ingin tarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa negara-negara Komanwel misalnya telah pun membuka ruang yang besar kepada whistleblower ini dengan memberikan laluan untuk mana-mana pengadu ini yang dilihat setelah dibuat aduan tidak ada tindakan untuk dibenarkan berkongsi maklumat ini kepada orang ketiga, misalnya kepada Ahli Parlimen ataupun media dan sebagainya. Adakah perkara ini juga dimasukkan di dalam bengkel yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Batu Kawan bangun Yang Berhormat.

Sekejap ya. Ini whistleblower juga?

Isu yang sama.

Tak, begini. Whistleblowers tak dibangkitkan di dalam perbahasan. Saya yang sebutkan dalam jawapan saya tadi. Jadi kalau kita hendak bahas..

Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan whistleblowers, perlindungan untuk pihak polis yang ingin membuat laporan...

Itu di bawah KDN.

...Terhadap...

Itu di bawah KDN. Sebenarnya whistleblowers— saya hendak jawab terus. Saya hendak beritahu kenapa perkara ini saya sebut.

Okey, okey.

Sebenarnya sehingga hari ini kita tidak ada satu penyelarasan. Ini hakikat yang berlaku sehingga Whistleblower Protection Act atau Witness Protection Act ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau kes itu digunakan oleh pihak polis maka polis ada prosedur yang berasingan, kalau SPRM berasingan dan sebagainya. Ini yang sedang kita tengok supaya dia mesti menjurus kepada satu punca supaya orang tahu. Kedua seperti yang dibangkitkan, apabila kita mula berkongsi kepada pihak ketiga atau dengan pihak media, maka tidak adalah lagi protection itu, sebab mereka ini patut dilindungi dari segi diketahui oleh orang ramai atau orang awam atas apa juga alasan, keselamatannya dan sebagainya. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat Bukit Katil tadi ada dibincangkan kerana apa kala maklumat tentang saksi ini terdedah, maka sudah tidak ada lagilah perlindungan yang patut diberi. Jadi ini antara perkara yang masih

dalam pertimbangan tetapi secara asasnya ini adalah pelengkap kepada usaha kita dalam melakukan satu transformasi di bawah pencegahan rasuah, NKRA yang masih belum dapat dijayakan sepenuhnya. Oleh sebab itu cadangan-cadangan ini semua sebenarnya sedang dipertimbangkan malahan engagement dengan stakeholders, academician juga akan dibuat. Kita masih mencari jalan yang paling baik bagaimana rakyat hari ini terdedah dan tahu tentang hak-hak mereka yang ada di bawah kedua-dua akta ini. Itu maksud saya. Oleh sebab itu kalau hendak jawab pun dia sebenarnya bukan di bawah saya betul-betul. Akan tetapi saya beritahu sebab SPRM ada prosedurnya yang berbeza. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil adalah statistik di bawah SPRM. Bagaimana pula dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain, yang layak menggunakan kedua-dua akta ini.

Jadi, perlu ada satu penyelarasan supaya perkara ini dapat kita jayakan dengan tahap yang paling baik. Kalau boleh saya teruskan dalam hal-hal yang berkaitan dengan FELDA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Ahli Yang Berhormat yang berbahas telah menyentuh hal-hal perumahan untuk generasi baru, hutang peneroka, bayaran hasil pinjaman daripada KSWP dan pembelian saham PT Eagle High Plantations. Tuan Yang di-Pertua, FELDA bermula sebagai sebuah agensi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan sehinggalah berperanan sebagai penjana ekonomi kawasan luar bandar yang kini telah dapat memberi manfaat kepada hampir kira-kira 1.5 juta warganya. Kewujudannya memberi impak besar kepada pembangunan fiskal, sosioekonomi dan modal insan. Sememangnya diakui bahawa bentuk cabaran dan kekangan sejak daripada zaman awal penubuhannya daripada pemberian tanah kepada yang tak bertanah, dari mengusahakan tanaman getah kepada kelapa sawit, proses penanaman semula kelapa sawit sehinggalah tumpuan kepada perkembangan generasi baru FELDA. Maka, jelaslah bahawa kerajaan sentiasa komited terhadap FELDA sebagai pelaksana dan penggerak dalam memacu pembangunan, khususnya di kawasan luar bandar dan kesejahteraan warganya. Hari ini, perkembangan dalam pelbagai bidang perniagaan yang diceburi FELDA termasuklah perusahaan, perkhidmatan dan hiliran merupakan usaha berterusan FELDA bagi menjana pendapatan untuk dinikmati oleh peneroka dan generasi selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, projek perumahan FELDA di tanah rancangan sebenarnya termasuklah perumahan warga FELDA, perumahan FELDA Jaya, perumahan kakitangan, perumahan generasi baru FELDA dan Sentuhan Kasih FELDA. FELDA kini dalam proses meneliti pelbagai kaedah dan inisiatif untuk memastikan kelancaran pembinaan rumah untuk generasi baru. Antaranya adalah menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam menyelaras prosedur permohonan dan kelulusan pembangunan rumah. Contohnya seperti di negeri Johor, satu jawatankuasa rumah generasi kedua FELDA telah diwujudkan untuk memastikan pelaksanaan program PGBF tercapai. Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sembilan juga telah memberikan kelulusan, dengan izin, secara blanket atau blanket approval bagi kawasan pembangunan yang dicadangkan. Dalam masa yang sama, FELDA juga sedang meneliti kerjasama bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk melaksanakan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di kawasan rancangan di mana FELDA pula akan menyediakan infrastruktur dan lain-lain prasarananya. Manakala pengenalan inisiatif pemilikan secara skim sewa beli (rent-to- own) dilaksanakan bagi membolehkan bakal pemilik mendiami rumah mereka sehingga urusan pembiayaan perumahan disediakan. Selain itu, inisiatif ini juga dapat membantu mereka memiliki rumah mengikut tahap kemampuan kewangan semasa di mana mereka boleh menguruskan kewangan supaya dapat membayar sewa. FELDA juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak institusi kewangan tentang kaedah terbaik bagi permohonan pinjaman bagi generasi baru yang tiada slip gaji. Berkaitan soal hutang peneroka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELDA dalam proses mengemas kini penyata hutang peneroka. Proses memuktamadkan dan mengemas kini hutang berkenaan sedang dilakukan dan dijangka selesai pada akhir bulan ini sebelum penyata terperinci diserahkan kepada peneroka. Hutang peneroka kepada FELDA terbahagi kepada dua iaitu hutang operasi dan hutang sosial. Masing-

masing melibatkan kos pembangunan tanam semula dan pinjaman sara hidup selain pinjaman pembesaran rumah serta pendidikan. Jumlah hutang dalam penyata berkenaan akan dipersetujui secara bersama di antara pihak FELDA dan pihak peneroka. Sekiranya masih terdapat apa-apa bantahan, peneroka bolehlah mengemukakan bantahan tersebut kepada FELDA dengan sokongan bukti-bukti yang ada sebelum tamat tempoh yang ditetapkan tadi dan dengan menemui pengurus di kawasan Rancangan masing-masing. Sukacita dimaklumkan...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang bangun, Yang Berhormat.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak berbalik kepada isu PGBF tadi. Saya ingin meminta pandangan daripada pihak FELDA, ada kedapatan beberapa kawasan terutamanya di kawasan-kawasan yang rumah PGBF. Ia banyak, ada Sentuhan Kasih dan sebagainya tetapi PGBF ini yang terbengkalai dan agak lama dan mengambil masa saya lihat hampir dua tahun terbengkalai. Jadi, ada cadangan daripada generasi kedua di kawasan tanah rancangan itu supaya pihak FELDA dapat melepaskan kawasan tapak tanah tersebut yang terbengkalai itu untuk diserahkan, diberikan tanah secara lot dan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyerahkan kawasan tersebut kepada generasi baru FELDA. Jadi, minta pandangan daripada pihak Menteri sendiri, adakah jika sekiranya kaedah ini kita lakukan ataupun kita serahkan kepada generasi baru, adakah ia boleh dilaksanakan dengan kaedah yang lebih mudah setelah kita di peringkat FELDA ini menyerahkan kepada syarikat, terutamanya untuk membina kawasan perumahan tersebut. Terima kasih.

Sikit, sikit Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Jerantut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sikit nak sambung daripada Yang Berhormat Sekijang. Tadi melibatkan kawasan yang belum dibangunkan tetapi bagaimana pandangan FELDA sekiranya kawasan itu luas. Saiz kawasan yang hendak dibangunkan untuk rumah PGBF tadi itu luas tetapi yang mampu dibangunkan oleh FELDA dan terbengkalai. Jadi, apakah boleh dibuat tindakan baru, misalnya katalah kawasan itu lima ekar, dah dibangunkan baru seekar, ada empat ekar lagi. Jadi, untuk membantu bagi membolehkan anak-anak generasi kedua ini mendapat tapak, kita bebaskan yang empat ekar itu, kita beri dalam bentuk lot-lot. Jadi, apa pandangan FELDA sendiri? Terima kasih.

Kesemua cadangan itu sebenarnya akan kita laksanakan. Kita tidak boleh lagi menggunakan sistem yang lama kerana kita tahu berlaku banyak masalah dan kelewatan. Sebab itu saya jawab di awal tadi, mungkin ada sebahagian pembangunan itu bukan sahaja tentang hak milik lot tetapi ia juga melibatkan penglibatan daripada SPNB, daripada kerajaan negeri. Oleh kerana seperti yang diumumkan oleh Pengerusi FELDA yang baru bahawa kawasan FELDA juga tidak sepatutnya diasingkan daripada inisiatif-inisiatif perumahan yang ada. Namun begitu, FELDA masih terus berusaha mencari sumber kewangan, bukan sumber tetapi pembiayaan kewangan daripada pihak-pihak institusi kewangan bagi kita meneruskan yang ada. Namun begitu, hari ini ia lebih fleksibel seperti yang dicadangkan mengikut kepada cadangan-cadangan yang kita terima daripada kawasan-kawasan yang ada. Perlu diingat, walaupun diumumkan 20,000 tetapi ia bukan berada di satu tempat dan ini orang FELDA semua tahu. Jadi, akhirnya masalah daripada syarikat yang mendapat projek untuk buat 200, 300, 400, 500, maka daripada segi pengiraan itu sudah tidak lagi menjadi efektif yang menyumbang kepada masalah yang ada hari ini. Kita dapati cara jalan keluar adalah dengan apa yang dicadangkan oleh sebahagiannya seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Jerantut, termasuk apa yang telah saya nyatakan di awal tadi. Ha sama. [Merujuk teks] Ini dia bagi saya detail kawasan-kawasan itu nanti saya beritahu bila tarikh-tarikh yang sedang kita buat seperti 900 unit di Bukit Sagu, Pemanis,

di Jengka dan Ciku. Ini kawasan-kawasan Yang Berhormatlah ini dan kita akan buat proses penilaian akhir pada April atau selewat-lewatnya Mei tahun ini bagi cadangan- cadangan yang dinyatakan tadi. Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai bayaran hasil peneroka. Dimaklumkan bahawa kaedah pembayaran hasil peneroka yang diamalkan oleh FELDA sebelum ini adalah dengan pendahuluan bayaran hasil dibuat oleh FELDA kepada peneroka walaupun hasil sebenar belum diterima daripada kilang. Namun, mulai September 2016, bayaran sebanyak dua kali sebulan telah dilaksanakan kepada peneroka-peneroka tanaman sawit. Kategori peneroka FELDA terbahagi kepada dua iaitu peneroka yang bersama FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA. Kategori peneroka bersama FELDA, bermaksud peneroka yang menghantar hasil melalui FELDA, manakala yang tidak bersama pula ialah yang menguruskan ladang sendiri dan tidak menghantar hasil kepada FELDA. Majoriti peneroka iaitu seramai hampir 94,471 orang di mana pengurusan ladang mereka sebenarnya diuruskan oleh FELDA atau melalui anak syarikatnya iaitu FELDA Technoplant Sdn. Bhd.. Kumpulan ini tidak begitu terjejas dengan perubahan polisi kerana semua urusan ladang mereka, termasuk pembayaran operasi ladang akan diuruskan sepenuhnya oleh FELDA. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil peneroka yang mengambil alih kebun dan menghantar hasil kepada FELDA, maknanya masih dikategorikan sebagai bersama FELDA tetapi akan sedikit terkesan kerana mereka terpaksa membayar kos-kos operasi ladang mereka sendiri. Namun begitu, pengurusan FELDA sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan peneroka ini dapat kembali di bawah pengurusan FELDA bagi mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Kaedah pembayaran dua kali ini dibuat adalah bertujuan untuk menjimatkan kos pengurusan, amalan pengurusan hutang yang lebih efektif serta membantu meningkatkan kawalan keselamatan wang. Arahan bayaran pertama dibuat antara 16 hari bulan hingga 18 hari bulan bagi tiap-tiap bulan dan baki payship peneroka, manakala arahan bayaran kedua dibuat di antara 23 hari bulan hingga 25 hari bulan untuk pinjaman sara hidup, pinjaman pendahuluan hasil dan pendahuluan tunai.

Bagi pembayaran hasil peneroka yang terlibat dengan tanaman getah, bayaran masih kekal dibuat sebanyak empat kali sebulan sehingga ada arahan baru dibuat. Mengenai persoalan pinjaman daripada KWSP,untuk makluman Yang Berhormat, pada Disember 2009, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah meluluskan pinjaman berjaminan kerajaan kepada FELDA sebanyak RM6,500 juta. Tujuan pinjaman ini adalah untuk membiayai keperluan FELDA dan Felda Global Ventures. Keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada KWSP dibuat setelah FELDA meneliti rasional keperluan pembiayaan pada masa itu. Jumlah bayaran prinsipal dan keuntungan yang perlu diselesaikan adalah berdasarkan jadual pembayaran yang telah dikeluarkan oleh KWSP. FELDA dijangka akan menyelesaikan keseluruhan prinsipal dan keuntungan kepada KWSP mengikut jadual sehingga pada tahun 2023. Sehingga kini, FELDA tidak mempunyai sebarang masalah dalam membayar semula prinsipal dan keuntungan pinjaman daripada KWSP ini. Pembelian saham...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. RonaldKiandee)

Ya.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya dengar dengan teliti latar belakang FELDA itu, betul. Tetapi beberapa tahun dahulu, lebih kurang tiga tahun dahulu, sebelum Felda Global Ventures disenaraikan dan sebelum ini ada yang beli Eagle Plantations, FELDA sudah pinjam RM6 bilion dari KWSP. Ingatkan KWSP itu wang rakyat. So, apa status pinjaman yang asal itu, RM6 bilion?Terima kasih.

Yang Berhormat, sebenarnya saya jawab yang itulah. Memang kita masih dalam bayar dan schedule pembayaran itu akan tamat pada tahun 2023. Jadi memang perkara yang Yang Berhormat bangkitkan itu adalah perkara yang sama. Itulah RM6 bilion yang saya nyatakan tadi. Cumanya, kita sebuah syarikat yang meminjam dan membayar ikut jadual.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih. Bila siap bayar? Tadi saya tidak dengar tahun itu.

Tahun 2023. Dia yang penting, FELDA dalam keadaan membuat pembayaran mengikut jadual yang dipersetujui atau yang ditetapkan oleh KWSP. Isu yang terakhir adalah pembelian saham PT Eagle High Plantations. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan pembelian pegangan 37 peratus ekuiti dengan put option di dalam Eagle High Plantations merupakan inisiatif kerajaan bagi mengukuhkan industri sawit negara dan FELDA merupakan platform bagi kerajaan untuk melaksanakan pembelian ini memandangkan FELDA mempunyai kepakaran luas dalam industri kelapa sawit di negara ini. Pembelian ini dilaksanakan oleh salah sebuah syarikat subsidiari milik penuh FELDA iaitu FIC Properties (FICP). Kaedah pembiayaan adalah melalui pinjaman daripada kerajaan. Oleh itu, tidak menggunakan sumber kewangan FELDA sedia ada dan tidak mempengaruhi komitmen sedia ada serta tidak menjejaskan program-program FELDA di dalam meningkatkan kesejahteraan peneroka. Faktor utama yang mempengaruhi keputusan untuk melaksanakan pembelian ini adalah kerana ia selari dengan matlamat pelaburan jangka panjang FELDA untuk muncul sebagai pemain utama yang terbesar dalam sektor minyak sawit global. Selain itu, pelaburan ini juga dilihat akan memberi manfaat kepada kepentingan negara terutamanya dalam menyokong usaha strategik Malaysia-Indonesia berkaitan penubuhan dan pengukuhan pelaksanaan Piagam Penubuhan Majlis Minyak Negara- negara Pengeluar Minyak Kelapa Sawit antara kedua-dua buah negara. Malaysia dan Indonesia telah menandatangani apa yang dipanggil CPOPC pada bulan November 2015 yang bertujuan untuk mengukuh kerjasama dalam kalangan negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit serta menangani isu-isu berkaitan minyak kelapa sawit. Dengan pemeteraian CPOPC tersebut, FELDA yang merupakan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor kelapa sawit telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan hubungan perniagaan dengan Kumpulan Rajawali bagi pihak Indonesia sebagai pemacu kepada agenda CPOCP ini. Cadangan pelaburan FICP dan EHP ini memainkan peranan penting dalam menyokong penubuhan CPOCP dan pelaburan tersebut adalah demi kepentingan Malaysia, dengan izin, the best interest of Malaysia. Faedah pelaksanaan CPOCP kepada Malaysia adalah seperti berikut. Pertama, meningkatkan imej positif minyak sawit dan menjadi satu platform kepada negara-negara penanam sawit bagi bekerjasama menangani isu-isu halangan perdagangan minyak sawit dan pembangunan industri sawit secara mapan. Di samping itu, langkah strategik ini dapat memberi peluang kepada FELDA untuk mendapat akses kepada tanah di Indonesia di mana EHP memiliki kira-kira 320,000 hektar tanah termasuk 125,000 hektar yang sudah ditanam. Ini mungkin peluang terakhir bagi mana-mana pihak asing untuk mempunyai kepentingan yang signifikan di dalam mana-mana kumpulan tanah yang besar di Indonesia kerana Kerajaan Indonesia telah memutuskan untuk mengenakan moratorium ke atas konsesi baru bagi ladang kelapa sawit. Atas sebab itu, perjanjian ini boleh dianggap sebagai dengan izin, growth by. Selain itu, pelaburan tersebut juga membolehkan FELDA menembusi pasaran domestik Indonesia yang mempunyai 260 juta penduduk di mana melalui pembelian pegangan ekuiti ini, Kumpulan FELDA mempunyai potensi perniagaan baru dan sinergi dalam bidang semaian, baja, urus niaga minyak sawit mentah dan lain-lain aktiviti hiliran. Saya dengan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat dalam ucapan saya, saya ada sentuh dua perkara iaitu langkah yang dulu FELDA ambil. Nombor satu, tentang peneroka yang sekarang menghadapi banyak masalah. Bagaimana pembelian ini hotel diBayswaterRM100 juta boleh bantu peneroka? Nombor dua, walaupun Wisma FELDA ini lebih kurang RM660 juta, walaupun FELDA sendiri ada tanah sendiri di Jalan Semarak, tidak jauh dari KLCC,apa sebab FELDA beli, dengan izin, off the shelf Wisma FELDA ini? Terima kasih.

Seperti yang saya nyatakan di awal ucapan tentang FELDA, kerajaan sebenarnya menghadapi pelbagai bentuk perubahan dalam mengendalikan FELDA. Tapi yang paling mustahak, daripada awal inisiatif FELDA sehinggalah hari ini, kerajaan sentiasa komited dan kerajaan akan meletakkan kepentingan kepada meningkatkan kesejahteraan. Sebab itu soal tentang, sebagai contoh, pembelian hotel di Bayswater adalah salah satu pelaburan dan pernah dibuatkan pengumuman baru-baru ini untuk kita jual ya. Sudah tentu bila kita membuat keputusan untuk menjual pada ketika ini, maka hartanah itu sudah matang. FELDA bukan syarikat hartanah. FELDA syarikat perladangan. Hotel yang kita beli pada harga GBP90 juta pada waktu dulu, hari ini sudah boleh menjana hasil kalau dapat kita jual pada harga yang lebih tinggi. Jadi keuntungan itulah yang akan dapat membantu dalam perkara-perkara dalam kita membangkitkan atau membangunkan kawasan FELDA. Tanpa ada perniagaan, perusahaan atau perkara-perkara yang saya nyatakan, sudah tentu kita tidak dapat membantu warga FELDA dengan kawasan rancangan yang banyak. Saya rasa Yang Berhormat pun mengetahui perkara ini. Keuntungan- keuntungan perniagaan inilah yang akan kita kongsi dengan warga FELDA termasuk salah satu kekuatan FELDA hari ini adalah KPF, Koperasi FELDA yang sendiri mempunyai dana hampir RM6 bilion yang tiap-tiap tahun mereka mendapat dividen yang tinggi daripada pelaburan di KPF. Jadi ini semua adalah berhubung kait rapat dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itulah poin saya dan tujuan saya iaitu FELDA lebih baik dulu dan sekarang fokus kepada business asal iaitu expertise yang masih ada. Tetapi bagaimana beberapa tahun dulu, bukan lama, beli itu hotel dan sekarang mahu jual?Sebab, hotel business sangat susah. Di mana-mana pun terutama di United Kingdom.

Jadi saya ucapkan terima kasih kepada segala pandangan dan saya akhiri dengan satu perkara iaitu pihak kerajaan akan terus memainkan peranan dan komited seperti yang kita buat dari dahulu kerana FELDA ini adalah satu kejayaan yang berkait rapat dengan kepimpinan Barisan Nasional yang tidak akan kita abaikan. Kita akan bersama warga FELDA dalam keadaan susah dan senang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. RonaldKiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Yang Berhormat Menteri Senator.

Dato’ Sri Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu sekarang 8.30, ‘gendang gendut tali kecapi, keroncong perut termaki hati’.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat belum makankah?

Ya, belum. Okey tidak apa saya akan cuba, Tuan Yang di-Pertua. Saya bakulkan dalam santun jawapan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Oh ya, pembayang pantun.

Bekalkan dalam pantun nanti. Saya terpanggil merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2017. Bagi penggulungan perbahasan kali ini, izinkan saya menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung bidang tugas Jabatan Perdana Menteri khususnya berkaitan pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Sebanyak lapan isu yang telah dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Pertama, Yang Berhormat Batu Kawan telah membangkitkan mengenai blueprint kaum India dan ingin tahu apakah kandungannya dan mengapa selepas 60 tahun baru kerajaan hendak mewujudkan blueprint untuk kaum masyarakat India. Tuan Yang di-Pertua, agenda pembangunan sosioekonomi dan hal ehwal masyarakat India oleh kerajaan adalah satu usaha berterusan yang dilaksanakan seiring

dengan usaha-usaha lain untuk memastikan setiap kaum di negara ini bergerak bersama-sama dalam arus pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Batu Kawan. Blueprint ini bukan selepas 60 tahun baru telah diilhamkan dan dirangka. Pada tahun 1974, Mendiang Datuk Padmanabhan telah merangka blue book dengan izin yang merangka Rang Tindakan MIC pada tahun itu. Itulah pertama kali kerana beliau terlibat dalam kerangka agenda pembangunan negara. Pada tahun 1980, Dato’ Seri Utama Samy Vellu ketika menjadi pemangku presiden atau memangku presiden, acting president telah merangka blueprint Malaysian-Indian. Kemudian daripada tahun 1981 hingga tahun 2003, kita menghadapi musim kemarau ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tidak ada kerangka jelas dan hala tuju yang jelas untuk merangka program-program. Pada tahun 2006, Datuk Seri Utama sekali lagi telah merangka pembangunan masyarakat India dan masa itu saya backbencher di sini. Pada tahun 2008, menjelang Rancangan Malaysia Kesepuluh, blueprint MIC telah pun diwujudkan. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, saya telah pun di Seri Pacific, masih ingat lagi dengan Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ramasamy telah bincang untuk melibatkan mereka dalam proses ini. Walaupun beliau telah yang dari Pulau Pinang itu telah menjawab saya dengan penuh sindiran tetapi oleh kerana inclusivity yang kita dukungi, kita minta beliau memberi input. Maka di situlah, di bawah Perdana Menteri kita sekarang, beliau ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri dan telah ditugaskan menjadi pengerusi satu jawatankuasa Cabinet Committee for Indian Community (CCIC), Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India. Dari situlah pengislahan baru telah bermula di mana telah dua tahun kita mengambil untuk merangka kerangka pembangunan yang diidamkan selaras dengan janji pilihan raya Barisan Nasional pada ketika itu. Maka pada tahun 2010 hingga tahun 2012, Pelan Tindakan dan Implementasi Kerangka Pembangunan telah diwujudkan dengan peruntukan khusus untuk masyarakat India. Maka saya ingin mengatakan bahawa jawatankuasa ini juga telah dianggotai oleh Menteri, Timbalan Menteri dan semua ketua jabatan yang melibatkan pembangunan masyarakat India serta sekali-skala dijemput juga pihak-pihak NGO untuk menyertai perbincangan dan merangka pembangunan. Di dalam jawatankuasa ini telah diwujudkan empat perkara utama ialah: (i) Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) untuk menangani masalah dokumentasi dan meningkatkan peluang pekerjaan; (ii) unit kedua yang telah diwujudkan ialah Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil (PTST) di mana seorang profesor telah diamanahkan untuk membuat kajian dan memberi input terhadap pendidikan secara menyeluruh sekolah-sekolah ini; (iii) ada satu sekretariat yang diwujudkan untuk memperkasakan usahawan India iaitu SEED; dan (iv) unit khas untuk program pembangunan sosioekonomi masyarakat India sivik telah dirangkakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu Kawan, dalam kerangka itulah kita wujudkan pembangunan pendidikan SJKT. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan pun ada sini di depan saya, setakat ini RM830 juta telah dibelanjakan dana untuk pembangunan infrastruktur dan prasarana serta re-lokasi sekolah-sekolah Tamil yang bakal akan hilang kerana tiada murid, tidak cukup murid. Seterusnya pelajar-pelajar India diberi 10 peratus di politeknik kerana golongan B40 ini di dalam kegusaran dan mencari-cari. Pengambilan IPTA telah di perkasa supaya golongan-golongan yang B40 ini yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan tuisyen dapat diberi sokongan. Akhir sekali dana telah diperkasa. PTPTN setakat ini telah memberi RM1.8 bilion sebagai pinjaman kepada masyarakat India. Matrikulasi kalau dulunya kita bergelimpangan untuk mendapat tempat, sekarang diwajibkan 1,500 orang India mendapat tempat dalam matrikulasi. Maka dalam B40 sendiri, eKasih telah menjadi warda untuk kita daftarkan golongan-golongan miskin yang telah tertinggal dari segi mendapat bantuan. Banyak lagi perkara-perkara, contohnya estet telah dilihat untuk sokongan perumahan. Sebanyak RM109 juta telah diperuntukkan untuk memastikan bahawa golongan-golongan yang tidak ada dengan izin, ownership mendapat ownership kerana selalunya kemarahan revolusi bermula kerana kita hilang ownership. Itu yang menjadi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Ekonomi, banyak cerita ekonomi ini Yang Berhormat kerana semua soalan lain boleh dirangkumkan dalam jawapan kepada Yang Berhormat nanti kerana semua tanya soalan lebih kurang sama. Maka dalam ekonomi pula, satu cara kerana masyarakat India susah dapat kerja dalam kerajaan, susah dapat kerja dalam sektor swasta, maka bagaimana kita perkasa supaya golongan ini dapat menjadi golongan inclusive dalam warda pembangunan negara. Maka saya bagi contoh, Malaysia, jumlah SME adalah tunjang kepada ekonomi negara 97 peratus.

Menteri.

Boleh saya habiskan sikit ini. Yang Berhormat Batu Gajah, saya tuntut kesabaran supaya senang input saya. [Ketawa] Baik, 90 peratus daripada SME ini fokus kepada perkhidmatan, dengan izin services industries di mana masyarakat India banyak terlibat. Maka asas transformasi yang diilhamkan daripada tahun 2008 sampai tahun 2014 dalam Kabinet committee ini adalah contohnya di dalam SSM, jumlah syarikat India yang terdaftar adalah 37,896. Bayangkan Yang Berhormat, 62.1 peratus hanya memiliki 100 percent equity. Manakala yang lain 37.9 peratus hanya mempunyai 51 percent equity dengan izin.

Bererti daripada 37,000 yang ada, 3,896 orang yang 100 peratus ekuiti itu, hanya 30 peratus – maafkan saya, hanya paling aktif 1,052 dan yang aktif 9,475. 30 peratus itu 11,368 dormant. Bererti, hidup tiada, mati pun tiada. 45 peratus daripadanya 17,053 orang dissolved, tutup. So inilah keadaan ekonomi dan keusahawanan masyarakat India. Bila kita melihat ini, apakah ubat yang patut diberi? Maka Dato’ Sri Najib minta buat kajian SEED telah diamanahkan. Maka kita buat satu evolusi SEED pemudahcaraan dana dan TEKUN telah diwujudkan, Amanah Ikhtiar telah diwujudkan, SME Corp. telah diwujudkan dan SME Bank telah di perkasa untuk bantu. Kalau saya hendak cerita, panjang lebar Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuma saya ingin dapatkan...

Saya baru mula, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Saya pun baru hendak tanya, bukan banyak kali tanya. Baru satu kali mahu tanya.

Sekejap sahaja. Okey.

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, saya ingin dapatkan kepastian, Yang Berhormat menyentuh kepada persoalan-persoalan yang disentuh oleh wakil rakyat-wakil rakyat tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiga orang.

Lapan isu. Sudah saya katakan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tiga orang, lapan isu? Ya. Sila-sila.

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini diuar-uarkan di luar. Kalau penjelasan diberi banyak perkara boleh dijadikan dalam Hansard, kandungan Hansard dan juga boleh di YouTube kan supaya penjelasan ini turun ke bawah. Tohmahan-tohmahan palsu akan dapat dijernihkan. Itu sebabnya saya mengambil masa. Saya prepare betul-betul supaya...

Tuan Yang di-Pertua, ini buang masa Tuan Yang di-Pertua. Tidak jawab soalan.

Alah. Yang Berhormat Klang, janganlah. Jangan senyum dalam sinis.

Balik rumah lah. [Ketawa]

Saya sudah cakap tadi perut berkeroncong.

Berfaktalah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak payah ajar kelas Bahasa Malaysia dekat sini. Buang masa. Straight to the point.

Yang Berhormat, okey saya habiskan. Yang Berhormat, sabar, sabar. Okey saya habiskan. Bahasa saya indah. Kenapa cemburu?

[Dewan ketawa]

Bukan cemburu. Boleh start tuition class lah.

Ini bukan kelas Bahasa Malaysia, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat

Straight to the point.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya faham. Sebab itu saya hendak tanya tadi...

Yang Berhormat Klang, saya hendak beritahu bahawa TEKUN telah beri RM3.41 juta untuk Klang.

Terima kasih, terima kasih.

Lagi mahu marah apa pasal?

Tak marah. Tak marah.

Tengok lah banyak duit oh!.

Saya tak marah.

Banyak saya ada. Jangan marah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tak marah. Goreng sahaja lebih itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Saya pergi angkat, goreng kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta rujuk kepada perbahasan ya.

Okey, okey. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Merujuk kepada menjawab yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat yang berkenaan.

Okey, okey. Depa kacau saya Tuan Yang di-Pertua. Okey, okey, saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang viral-viral kat luar itu tak payah jawab kat sini.

Eh! Memang jawab depa punya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebab itu saya kata, menjawab apa yang ditimbulkan dalam perbahasan. Ya ya.

Ini dah pakai loghat dah ini. Saya pakai depa itu. Okey kita balik sini. Tuan Yang di-Pertua, okey. Sebagai kesinambungan kepada semua isu ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya ingat sebagai kesimpulan.

Perdana Menteri pada September 2015 mengumumkan sebuah pelan tindakan dan blueprint baharu, bukan lama, baharu. Yang Berhormat Batu Kawan ya – yang dirangka untuk 2016- 2025. Okey. Di mana pelancaran soft launch akan dibuat pada 23 April 2017 dan pada bulan ini 29 Mac, kita akan rumuskan dan simpulkan enam bab di mana empat bab akan menjadi tunjang kepada blueprint ini. Pertama, memenuhi keperluan asas iaitu merangkumkan aspek kebajikan, perumahan, persekitaran yang sihat iaitu B40. Bab kedua ataupun aspek kedua, merealisasi potensi setiap kanak-kanak dalam alam pendidikan, pendidikan tinggi belia berisiko tinggi. Ketiga, menambah baik kehidupan dan kekayaan, kemahiran, pekerjaan, keusahawanan semua terlibat. Dengan izin, the B40 group, the M40 and the T20 group. Keempat, meningkatkan penyertaan sosial seperti aspek kewarganegaraan, agama, identiti komuniti dan budaya. Itu akan menjadi fokus. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, banyak individu telah terlibat, banyak sesi telah dibuat termasuk daripada bukan penyokong kerajaan untuk memberi input kerana ini adalah satu yang memerdanakan kesuadayaan. Maka kita terpaksa merekayasa. So termasuk juga aspirasi TN50 dalam kandungan ini sebagai asasnya. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Baling. Ini untuk Yang Berhormat Baling juga.

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, kita satu kapal. So terpaksa. Kita teruskan Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu Gajah bangun.

Okey Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya terdengar Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut bahawa masyarakat India, sukar sekali untuk dapat kerja dalam perkhidmatan awam. Saya hendak tahu kenapa? Kenapa susah untuk masyarakat India mendapat pekerjaan dalam sektor awam? Ini apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri. Tolong jawab.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kenapa Yang Berhormat Seputeh itu sibuk sangat? Yang Berhormat, kita ikhlas. Kita mengakui ada kekangan dan juga kelemahan tetapi dalam proses masa tiga empat tahun ini kita telah meningkatkan daripada 46,000 kepada 51,000 pengambilan. [Tepuk] Dulu tak ada. Kurang. Akan tetapi secara keseluruhannya, pengambilan telah diperlahankan kerana ekonomi kita semakin kusut. Mungkin ini pada masa-masa akan datang kalau dana kita, ekonomi kita kukuh pengambilan itu boleh diperluaskan dan peluang akan dapat diberi. Ikhlas saya jawab. Yang Berhormat daripada – kita bagi Yang Berhormat Klang lah. Yang Berhormat Kapar dulu. Dia bising tadi. Ada santun kah tak santun? Santun, saya bagi. Kalau tidak saya bagi sana.

Dengar soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri dulu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan telah merangka beberapa inisiatif dan juga dasar untuk menambah tinggikan keadaan ekonomi masyarakat India di Malaysia. Saya mengalu-alukan beberapa inisiatif yang telah dikemukakan. Juga Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa lebih kurang RM180 juta telah dibelanjakan untuk mendapat maklumat yang dikenal pasti.

Soalan saya ialah, apakah impak sebenarnya – apakah impak dan juga adakah kerajaan telah menjalankan satu impact assessment untuk menunjukkan bahawa jumlah keluarga yang telah keluar daripada B40 sudah masuk ke tahap yang lain? Berapa keluarga di Malaysia khususnya masyarakat India yang dikatakan di bawah B40 dan telah keluar daripada B40 menerusi projek-projek yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan? Itu satu. Kedua, baru-baru ini Khazanah Institute telah mengeluarkan satu kajian dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri telah baca kajian itu dan kajian itu menunjukkan bahawa kalau masyarakat – ini khususnya kepada masyarakat India bukan masyarakat Melayu atau bumiputera ataupun masyarakat Cina. Ini khususnya unique to the Indian community bahawa kalau ada orang miskin katakan B40, anak mereka untuk pergi ke universiti itu langsung adalah susahlah. Lebih kurang daripada 0.5 peratus daripada orang-orang miskin, miskin kaum India tidak dapat pergi ke universiti. Ini sudah keluar daripada kajian yang dikeluarkan oleh Khazanah Institute. So ini menunjukkan bahawa the problem with the Indian community is structural in nature. It is structural in nature. So therefore, macam manakah – soalan saya, macam manakah program- program yang dikemukakan oleh kerajaan dapat mengatasi masalah-masalah ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya pelan blueprint baru ini yang dirangkakan merangkumi segala aspek yang telah dikatakan. Nanti saya habiskan Yang Berhormat. Bila kita mulakan transformasi pembangunan masyarakat India pada 2008, maka prosesnya telah mengambil masa dan empat perkara telah dibuat. Akan tetapi, kita lihat bahawa ada beberapa perkara yang boleh diperkasa dan diperbetulkan. Itu sebabnya kali ini kita menggunakan experts dengan izin, untuk membuat kajian seluruh negara untuk melihat profiling demography. Seterusnya, kita dapati bahawa structural issue yang melibatkan polisi, yang melibatkan program, yang melibatkan implementasi dan yang melibatkan impact studies perlu dirangkumkan sama. Saya mengaku bahawa kita perlu memperbaiki fokus, hala tuju dan juga cara kita implementasikan dan kaedah. Dalam keadaan itu – saya habiskan Khazanah. Baik, Khazanah itu kajian kecil, respons dianya berapa ramai? Adakah ia menggunakan kajian kuantitatif, kualitatif menggunakan Sekarau chart dalam dunia akademik, tiada. Itu adalah beberapa orang yang diambil sebagai satu respondent dan dirangkakan dan ditulis begitu. Saya tidak boleh menerima kajian atau dapatan kajian itu sebagai satu kajian yang authentic. Boleh dibicarakan, boleh dipersoalkan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Speaker. Saya tidak adakan satu debat dengan Yang Berhormat berkait dengan kajian Khazanah Holdings, Khazanah Institute. Akan tetapi Yang Berhormat, pada masa sekarang ekuiti di kalangan orang India adalah 1.6 peratus. Kalau kita nampak dengan lebih teliti lagi, kita dapati hanya dua, tiga atau empat orang yang control 1.6 peratus yang ada di tangan orang India. Number 1.6 percent ekuiti ini bukan untuk satu, dua tahun tetapi untuk lebih 10 tahun. Selama 10 tahun tidak tukar. So, ini menunjukkan bahawa the equity growth in the Indian community is not expanding. In fact, it is concentration dalam dua tiga empat tangan. So therefore, something is wrong in the prescription given to the Indian community ataupun ubat yang diberikan adalah ubat yang salah. So kita hendak uji, kita hendak cakap apakah ubat ini yang telah diberikan salah, kita hendak tukar. We better change the process supaya orang India boleh keluar daripada B40 dan juga enjoy the development of this country. Terima kasih.

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, isu yang ke berapa ini?

Lagi dua tiga sahaja. Habis sudah, dekat hendak habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tadi ada lapan isu, yang sekarang ini yang ke berapa?

Banyak sudah. Ini keenam. Tujuh dan lapan, ada dua lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Enam sudah. Ada dua lagi ya? Ya.

Yang Berhormat...

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak. Saya bimbang bahawa satu isu. Dua lagi. Ya.

Banyak kali saya...

Isu orang India banyak.

Banyak kali saya terganggu aliran idea saya kerana banyak gangguan macam ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Dua lagi.

Yang Berhormat, saya mengakui 2008 sampai sekarang kita sudah bagi dana sebanyak RM1.2 bilion untuk 30,452 individu dan syarikat. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Tidak pernah berlaku kalau kita ambil untuk peringkat yang lebih tinggi kerana ini mungkin microfinancing. Microfinancing, kalau kita lihat sudah ada banyak kemajuan. Business Accelerator Program (BAP) dengan Enrichment and Enhancement Programme (E2) melalui SME Corp sekarang telah merangkumkan banyak orang India. Saya tidak boleh bagi data. Datang jumpa saya, saya boleh tunjuk.

[Bangun]

Yang Berhormat, nanti, nanti. Saya habiskan Yang Berhormat. Saya boleh buktikan bahawa perubahan yang mendadak itu berlaku dalam satu dekad ini, yang tidak pernah berlaku dahulu. Saya sudah katakan kita ada zaman kemuflisan. Tahun 1981 sampai 2013, tidak banyak berlaku. Bukan 2013, 2003 mungkin. Tidak banyak berlaku, tetapi ada banyak. Akan tetapi kalau ada cadangan untuk memperbaiki, datang berjumpa bincang sama, duduk sama, kita boleh dengar. Mesti. Yang Berhormat bukan lawan, memang kawan. Itulah. Baik, saya habiskan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sudah pun tegur saya.

Satu soalan Yang Berhormat.

Saya tidak ada...

Bukan saya punya isu. Yang Berhormat Klang.

Saya tidak dispute. Yang Berhormat Baling, one second.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ya Yang Berhormat Baling. Ya, Yang Berhormat Klang.

Saya tidak dispute isu berkait dengan kewangan dan juga saluran masyarakat India. Soalan akhir sekali ialah adakah kerajaan telah membuat impact assessment untuk wang yang telah disedia gunakan, yang disalurkan kepada orang kalangan India?

Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi.

Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Klang...

Kalau ya, make it public. Make it public.

Bolehkah izin Yang Berhormat Baling?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ya, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya...

Make the document public.

Saya sudah beritahu tadi, kita akan merangkumkan jawapan yang you hendak.

Bukan. Kalau sudah buat impact assessment, make it public.

Tunggu pengumuman di bulan April.

Yang Berhormat Menteri.

Ini impact assessment, bukan yang baru.

Saya tidak benarkan. Yang Berhormat Baling.

Bukan yang dibenarkan. Impact assessment boleh bagi atau tidak boleh?

Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang.

Sudah bikin atau tidak bikin? Itu soalan dia.

Yang Berhormat Klang.

Yang Berhormat Klang.

Yang Berhormat Baling.

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Ipoh Barat, saya pun pejuang macam yang lain juga.

Yang Berhormat Baling, kita kawan.

Tidak. Saya pun sama...

Kita sama kawan. Ini...

[Berucap dalam bahasa Tamil]

[Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Habis riuh sudah.

[Bangun]

Tuan Speaker.

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tiga orang itu.

[Dewan riuh]

Saya cakap malam ini malam Jumaat, kita hendak balik Baling. Cukuplah itu.

Yang Berhormat Baling ini ada niat jahat. Yang Berhormat Baling ini ada niat jahat.

[Berucap dalam bahasa Tamil]

[Berucap dalam bahasa Tamil]

[Dewan riuh]

[Berucap dalam bahasa Tamil]

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya habiskan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ya.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Batu Kawan, sekejap. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Kawan bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Batu Kawan.

Kaum hawa kita hormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ya. Cakap dalam bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ya.

Saya akan cuba.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya betul-betul tidak faham.

Okey. Saya akan cuba. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai isu ekuiti, dalam satu artikel dalam FMT tahun 2013, Yang Amat Berhormat Pekan telah menyatakan bahawa dengan izin, I’ll increase Indian’s equity to three percent”. Ini janji yang telah dibuat sebelum ini untuk ekuiti kaum India dinaikkan ke tiga peratus menjelang tahun 2010. Kita sudah masuk tahun 2017, ekuiti kaum India di Malaysia masih 1.6 peratus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ringkaskan.

Saya ingin bertanya di sini, selain daripada statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, very nice statistik dengan bilangan angka berjuta-juta ringgit. Akan tetapi, populasi kaum India di Malaysia hanyalah kira-kira tujuh peratus. Ini membawa saya kepada soalan seterusnya. Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, Yang Berhormat Menteri menyatakan tahun 1974, 1981 hingga 2003, 2008 hingga 2014, banyak inisiatif blueprint untuk kaum India telah dibawa daripada Kerajaan Barisan Nasional terutama sekali daripada MIC. Akan tetapi untuk populasi kaum tujuh peratus selepas 60 tahun, masih lagi perlu satu lagi blueprint.

Ini menunjukkan bahawa inisiatif sebelum ini gagal Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya gagal...

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa beliau membuat andaian.

Maaf Yang Berhormat Menteri, saya belum habis lagi.

Dia kena minta penjelasan.

Saya belum habis lagi.

Dia buat andaian.

Saya belum habis lagi. Saya belum habis lagi.

Belum. Ini kerana itu andaian gagal. Saya kata tidak gagal.

Sekiranya ia tidak gagal...

Tanya ada gagal atau tidak gagal.

Maka, blueprint ini tidak perlu. Maka, blueprint ini tidak perlu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ya. Yang Berhormat Batu Kawan. Cukuplah Yang Berhormat.

Saya masuk ke isu yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup. Pukul 9.00 kita habiskan sidang kita ya, pukul 9.00.

Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri gulung.

Saya mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Ini isu yang penting sebab ini melibatkan masa depan kaum India ini di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta jasa baik sebab ada dua tiga isu belum sentuh lagi.

Yang belum lagi disentuh. Tidak boleh menggulung sebelum disentuh.

Yang Berhormat Batu Kawan, boleh saya jawab?

Saya minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk dia jawab.

Sekejap lagi Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya dengar. Saya dengar. Oleh sebab itu Yang Berhormat Batu Kawan, kalau kita hendak minta pencerahan, bukan untuk kita berucap, berbahas. Sila. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya belum. Soalan saya belum tanya lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat.

Soalan saya Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, satu soalan. Apa dia?

Dalam ucapan saya, saya ada bangkitkan. Saya ingin tahu agensi mana yang akan memastikan blueprint ini dengan izin, execute dengan sempurna atau adakah blue print ini gula-gula pilihan raya memandangkan tahun ini mungkin ada pilihan raya.

[Dewan riuh]

No, these are valid questions Tuan Yang di-Pertua. Saya perlu tanya sebab banyak kali kita dengar blueprint ini. Saya ingin tahu agensi sebab kalau agensi itu tidak menerajui...

Okey, saya jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya jawab.

... Tidak menerajui benda ini, maka ia akan gagal seperti blue print yang sebelumnya. Terima kasih.

Yang Berhormat, izinkan saya jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam kalbu mesti Yang Berhormat tahu kita buat ikhlas punya kerja bukan tidak menanam tebu di bibir. [Ketawa] Betul. Ikhlas, ikhlas,

ikhlas dan saya akui dulu memang kurang tapi masih Yang Berhormat ingat pada tahun 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah memberi RM2 bilion Amanah Saham Malaysia khas untuk masyarakat India. Saya semasa itu Timbalan Menteri dan kita bincang dengan Tan Sri Kama Piah dengan PNB dan kita tidak mengizinkan lebih daripada RM50,000 untuk seorang individu kerana kita tidak mahu seperti yang dikatakan tadi milikan ekuiti itu di milik orang kaya-kaya. Diagihkan untuk semua orang dan mungkin mekanisme ini boleh diwujudkan kembali dan dari 1.1 peratus masa Tun Mahathir dia naik sampai 1.6 peratus. Kita dalam usaha-usaha ini saya rasa ada 0.3 peratus yang telah meningkat. Kita akan ke arah tiga peratus yang telah dijanjikan dulu. Kita akan ke arah itu. So, tanya betul-betul jangan maki hamun ke macam-macam.

Saya tidak maki hamun, itu sangkaan jahat. Saya tidak maki hamun. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak maki hamun.

Satu lagi blueprint ini tetap akan mempunyai mekanisme dan juga uniknya. Saya tidak mahu cerita banyak, saya akan tunggu Perdana Menteri untuk umumkan. Nanti kata janji kosong. Tunggu, 23 April tunggu. Sabar.

Yang Berhormat Menteri saya ingin tahu agensi, sebab ..

Sabar, sabar. Tunggu sampai pengumuman daripada Perdana Menteri. Yang Berhormat saya habiskan satu lagi isu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini, ada peluang untuk saya bertanya soalan melalui agensi, tetapi kerana Perdana Menteri saya tidak dapat bertanya.

Tak apa, tak apa, saya habiskan. Soalan terakhir, soalan terakhir daripada....

Mana agensi yang akan melaksanakan blueprint ini? Saya mohon Tuan Yang di-Pertua minta Menteri jawab.

Saya minta Yang Berhormat untuk sabar tunggu Perdana Menteri umumkan.

Kenapa Perdana Menteri? Yang itu lain beliau boleh mengumumkan. Saya ingin tahu dalam Dewan yang mulia ini agensi yang mana. Perdana Menteri boleh umumkan.

[Bangun] Tahu tidak tahu jawab, tahu tidak tahu. Itu sahaja buat apa nak pusing-pusing. No..no..no, just answer.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat ..

Yang Berhormat Kapar.

Don’t show fingers, answer the question, come on lah.

Tunggu sampai 23 April.

Simple, tahu ke tidak tahu agensi mana?

Datang, sabar dalam pengumuman mari. Okey. Saya habiskan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan yang di-Pertua, macam mana kita tanya soalan disuruh orang lain yang jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu Kawan sila duduk.

Yang Berhormat Batu Kawan saya habiskan Yang Berhormat Batu Kawan, sabar. Terima kasihlah. Akhir sekali soalannya daripada Yang Berhormat daripada tanya mengenai justifikasi SIDIK memberikan

peruntukan kepada Malaysian Indian Football Association (MIFA). Ini menjadi isu. Maka Program Bola Sepak India Malaysia (MIFA) telah diperuntukkan dana bagi Program Membanteras Gejala Sosial Memacu Belia. Untuk makluman Yang Berhormat, MIFA ini adalah satu yang telah memulakan agenda bola sepak pada tahun 2004. Tahun lalu mereka telah memenangi Liga FAM dan gaji mereka yang dapat pemain bola sepak RM2,000. Itu sahaja. Dikutip pelajar-pelajar atau belia daripada seluruh negara, yang estet-estet dan di luar bandar dilatih dengan semangat dan mereka main sampai boleh menang, Liga FAM. Sekarang mereka masuk Liga Premier, dan saya nak beritahu gaji mereka adalah antara RM2,000 hingga RM10,000 sahaja sekarang. Akan tetapi ada pemain sekarang yang dulu kerja kilang, kerja mekanik yang dapat RM800 hingga RM1,500 gaji. Sekarang boleh dapat RM7,000. Itulah dia punya perjuangan dan 37 tempat kita buat latihan sepanjang tahun, mengambil budak-budak ini kita latih mereka 2,420 pemain, 200 pengurus, 37 pusat telah terlibat. So, banyak dia punya success stories dia, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengikuti kejayaan MIFA dari awal lagi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tidak payah nak memusingkan fakta daripada Dewan ini.

[Dewan riuh]

. Dengar, dengar saya cakap dengarlah.

[Bangun] . Yang Berhormat saya tidak mahu jawab Yang Berhormat. Kalau dia soal prasangka, saya cakap dia kata bohong.

You belum dengar lagi soalan saya, Tuan Yang di-Pertua dengar dulu saya belum habis lagi. Mukadimah, mukadimah.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak benarkan beliau bercakap.

No, no, no bagi habis dulu.

Kerana dia sudah kata saya memutarbelitkan fakta. Saya tidak ada agenda untuk putar belit. Kalau berniat jahat, saya tak nak jawablah.

[Dewan riuh]

Kalau yang Berhormat tidak putar belitkan, jawab sahajalah. Yang Berhormat tidak memutarbelitkan. Tunggulah, tunggu dia tanya dahulu.

Saya teruskan. Ini kerana betul punya cakap, bukan bohong punya cakap.

Saya habiskan, saya habiskan. Kalau berani, kalau berani tunggu soalan saya, kalau berani tunggu soalan saya, kalau berani tunggu soalan saya...

Kalau yang Berhormat Menteri tak mahu jawab, maksudnya Yang Berhormat Menteri memang putar belit.

[Dewan riuh]

Saya tak mahu jawab soalan, Yang Berhormat. Saya tak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kapar, tak boleh buat macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat kita ada peraturan Yang Berhormat. Kita ada peraturan Yang Berhormat...cukup, cukup. Cukuplah.

[Bangun] Baru tiga orang.

Saya tidak boleh menerima beliau katakan saya putar belitkan fakta.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup, cukup, cukup Yang Berhormat. Cukup.

Apa salah dia? Kalau Yang Berhormat Menteri tak putar belit, jawab sahajalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila duduk Yang Berhormat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Simpang Renggam itu hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

[Usul disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Diputuskan “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”.]

[Berucap dalam bahasa Tamil] [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Apa itu Yang Berhormat Baling? [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 27 Mac 2017.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.07 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Banjir Kilat di Kampung Baru Nalla, TronohSpecial Chamber

Salam sejahtera dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang sudi datang menjawab pertanyaan saya mengenai isu banjir kilat di Kampung Baru Nalla, Tronoh.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini telah berlaku satu banjir kilat di Kampung Baru Nalla, Tronoh. Puncanya adalah daripada Sungai Selinsing yang telah melimpah akibat hujan lebat. Saya telah melawat kawasan itu ketika banjir dan mendapati air dari Sungai Selinsing itu telah melimpah di kawasan jalan besar yang memasuki Kampung Baru tersebut.

Ini adalah disebabkan oleh kelubong yang terdapat di bawah jalan besar itu terlalu kecil atau bottleneck menyebabkan tidak dapat menampung kuantiti air yang besar yang mengalir melalui Sungai Selinsing. Saya mendapati bahawa masalah ini hanya boleh diselesaikan jika satu jambatan dibina di jalan besar yang memasuki Kampung Baru Nalla, Tronoh merentasi Sungai Selinsing.

Masalah banjir ini telah dibawa kepada pengetahuan pihak JPS negeri Perak sejak beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi pihak JPS hanya mengambil tindakan membersihkan dan melebarkan sungai tersebut. Alasannya tidak ada peruntukan untuk membina jambatan yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Saya ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk menaik taraf jalan besar yang memasuki Kampung Baru Nalla terutamanya membina sebuah jambatan mengatasi untuk masalah banjir di kawasan itu.

Jika ya, bilakah akan dilaksanakan? Penduduk Kampung Baru Nalla mengharapkan supaya masalah ini diselesaikan dengan segera. Banjir kilat menghalang segala aktiviti ekonomi yang mereka jalankan di kawasan itu. Beberapa rumah yang berhampiran dengan sungai itu juga telah dimasuki air. Akibatnya mereka telah mengalami kerugian dan kehilangan banyak harta benda. Mohon Menteri jawab. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil maklum berkenaan banjir kilat yang berlaku di Kampung Nalla, Tronoh pada 24 Januari 2017.

Punca-punca berlakunya kejadian banjir kilat tersebut adalah disebabkan oleh:

(i) hujan yang lebat melebihi 77.5 milimeter dengan ketinggian 0.6 meter maksimum untuk tempoh 12 jam;

(ii) keadaan sungai yang cetek;

(iii) keadaan pembetung sedia ada yang kecil; dan

(iv) berlaku pecahan ban lombong di hilir yang menyebabkan aliran sungai menjadi lambat.

Walau bagaimanapun, tiada pemindahan yang dilakukan kerana tiada kawasan penempatan yang terlibat dengan banjir. Kawasan yang banjir hanya tertumpu di jalan masuk dari Pekan Tronoh ke kampung tersebut. Panjang lokasi jalan yang ditenggelami adalah sekitar 40 meter sahaja dengan kedalaman air maksimum 0.8 meter.

Susulan kejadian banjir kilat tersebut, sebagai langkah segera, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mendalamkan dan membersihkan Sungai Selinsing sepanjang sekitar 7 kilometer. Pelaksanaan kerja-kerja ini dijangka dapat mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.

Bagi langkah jangka masa panjang untuk mengatasi masalah ini, antara penyelesaian yang dicadangkan adalah seperti berikut:

(i) menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mendalamkan sungai secara berkala oleh JPS Perak untuk memastikan kedalaman sungai dapat dikekalkan;

(ii) kerjasama di antara Pejabat Tanah dan Daerah serta pihak berkuasa tempatan untuk sentiasa memantau dan mengkaji semula permit melombong pasir yang telah diluluskan; dan

(iii) JPS Perak mengkaji dan membuat semakan cadangan pembinaan jambatan untuk menggantikan pembetung sedia ada supaya air sungai boleh mengalir dengan lancar. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Dilema 129 Pembeli Premis di Bandar Satelit Senawang Fasa 2Special Chamber

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang bagi saya menyampaikan ucapan penangguhan mengenai dilema yang dihadapi oleh 129 pembeli premis di Bandar Satelit Senawang Fasa 2.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah menerima aduan daripada 129 pembeli premis di Bandar Satelit Senawang Fasa 2 bahawa mereka masih belum dapat menduduki premis yang dibeli oleh mereka sejak lima tahun dahulu. Ini disebabkan premis tersebut masih belum menerima Sijil Siapdan Pematuhan (CCC) daripada pihak PBT ataupun Majlis Perbandaran Seremban walaupun bangunan premis sudah siap dibina pada tahun 2012.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Tuan Yang di-Pertua, ini telah menyebabkan kerugian besar terhadap pembeli- pembeli premis kerana kesemua mereka terpaksa membayar ansuran dan faedah kepada pihak bank setiap bulan sejak lima tahun dahulu. Keadaan pembeli-pembeli premis bertambah buruk selepas pemaju projek tersebut iaitu Barter Fortune Sdn. Bhd. telah pun muflis dan gulung tikar pada bulan Ogos 2016. Ia telah menyebabkan tiada pihak lagi yang bertanggungjawab untuk membantu pembeli-pembeli premis.

Pembeli premis telah berusaha banyak kali untuk membuat aduan serta mengadakan perundingan dengan pihak PBT atau Majlis Perbandaran Seremban dan juga Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan tetapi tiada jalan penyelesaian yang dapat membolehkan mereka menduduki premis yang telah dibeli. Pembeli premis juga telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan agar pihak Menteri Besar dapat campur tangan dan membantu pembeli premis dalam perkara ini. Akan tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan daripada pihak Menteri Besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Parlimen, berasa amat dukacita terhadap insiden ini kerana tiada pihak yang boleh menghulurkan bantuan kepada pembeli premis.

Hak pembeli-pembeli premis seolah-olah tidak dapat dipertahankan oleh mana-mana pihak termasuk pihak Kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan.

Saya amat yakin bahawa jikalau pihak Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat memberi perhatian serta mengambil langkah yang sewajarnya terhadap insiden yang berlaku di Bandar Satelit Senawang Fasa 2, ia akan dapat meyakinkan rakyat terhadap usaha kerajaan untuk mempertahankan hak pembeli kedai atau rumah di seluruh negara.

Pada masa yang sama, jika wujudnya campur tangan daripada Kerajaan Pusat, ia juga akan dapat menghentikan segala tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak pemaju kedai atau perumahan yang cuba cuci tangan dan lari daripada tanggungjawab mereka yang sepatutnya menjaga kepentingan pengguna atau pembeli.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya berharap pihak Kerajaan Pusat boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah yang saya utarakan ini.

Undang-undang yang lebih ketat diperlukan untuk memastikan kepentingan kerajaan dan pembeli-pembeli premis atau rumah dapat dijamin. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Saya benarkan Menteri NRE untuk menjawab bagi pihak KPKT.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rasah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah membuat semakan dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengenai isu 129 pembeli premis di Bandar Satelit Senawang Fasa 2. Pemaju projek iaitu Tetuan Barter Fortune Sdn.

Bhd. telah mengemukakan pelan-pelan bangunan projek Bandar Satelit Senawang pada 21 November 2005 kepada pihak berkuasa tempatan. Ini bermakna permohonan tersebut adalah tertakluk kepada pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) dan bukannya Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) sejajar dengan penubuhan Unit OAC 2007.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah unit kedai pejabat bagi keseluruhan Projek Bandar Satelit Senawang ini adalah sebanyak 275 unit, di mana ini termasuk 146 unit Fasa 1 yang telah pun dikeluarkan CFO oleh MPS pada 27 Jun 2012. Berdasarkan rekod dan semakan MPS terhadap fail permohonan pemaju, projek masih lagi belum mendapat sokongan CFO daripada jabatan dan agensi teknikal seperti berikut:

(i) sokongan CFO dari JKR Seremban;

(ii) sokongan CFO dari Indah Water Konsortium;

(iii) sokongan Jabatan Kejuruteraan MPS; dan

(iv) sokongan Jabatan Landskap dan Taman MPS.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Keempat-empat jabatan dan agensi teknikal di atas akan berurusan terus dengan perunding arkitek dan jurutera projek bagi mengemukakan ulasan-ulasan teknikal berkaitan dengan keperluan dan sokongan CFO. Di samping itu juga MPS memaklumkan bahawa pemaju perlu menyelesaikan segala bentuk permasalahan atau pertikaian mengenai tanah di mahkamah dengan pihak Majurama Development Sdn. Bhd. iaitu pemilik tanah asal melalui peguam yang dilantik sebelum sebarang permohonan CFO dapat dipertimbangkan oleh MPS.

Disebabkan pemaju tidak mendapat sokongan CFO, pembeli premis menjadi mangsa dan terpaksa membayar pinjaman dan tidak dapat memasuki premis. Tiada sebarang peruntukan di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan juga Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang boleh digunakan untuk dikenakan ke atas kegagalan pemaju mendapatkan CFO. Pembeli boleh menyemak perjanjian jual beli sama ada boleh menuntut LAD dari pemaju yang menyerahkan premis kepada pembeli dan menuntutnya melalui mahkamah. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itu sesi Usul untuk Kamar Khas petang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin 27 Mac 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.45 petang]