Dewan Rakyat · 30 March 2017
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 461 turns · 40,274 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Abd Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] Minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah persiapan Kementerian Belia dan Sukan dari segi penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dengan mengambil kira limitasi bajet yang diberikan.
Bismillahi Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat daripada Kulim-Bandar Baharu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat melalui Belanjawan 2017, kerajaan telah memperuntukkan untuk penganjuran kedua-dua temasya Kuala Lumpur 2017 iaitu Sukan SEA dan juga Sukan Para ASEAN sebanyak RM450 juta. Sehingga kini segala persiapan pengelolaan temasya Kuala Lumpur 2017 tidak terjejas dengan keadaan peruntukan yang telah pun diluluskan. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur 2017 masih lagi menepati keperluan dan spesifikasi yang diperlukan dari segi penganjuran temasya sukan. Ini dapat kita buat melalui pelbagai langkah. Yang pertamanya, langkah penjimatan iaitu tidak ada apa-apa kemudahan baru yang telah dibina untuk Kuala Lumpur 2017 kecuali sebuah velodrom nasional yang baru yang telah pun berada dalam perancangan kerajaan sebelum ini. Juga suka saya umumkan bahawa sehingga kini sebanyak 17 buah syarikat telah memberikan penajaan mereka, baik dari segi tunai mahupun barangan bagi menjayakan temasya Kuala Lumpur 2017, sekali gus menampung keperluan penganjuran temasya ini. Antara syarikat-syarikat tersebut adalah Telekom Malaysia, Milo, 100 Plus, MAHB Prudential, Petronas, AirAsia, McDonald’s, NAZA dan lain-lain. Sasaran penajaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM80 juta iaitu RM30 juta dalam bentuk tunai dan RM50 juta dalam bentuk servis dan barangan ataupun dengan izin in kind. Setakat ini jumlah yang telah pun kita menerima dari segi komitmen dan telah pun diumumkan adalah sebanyak RM69 juta ataupun 87 peratus dari sasaran penajaan. Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017 (MASOC) juga hari ini akan umumkan inisiatif dengan memperkenalkan plat khas kenderaan yang akan dilancarkan petang nanti dengan bidaan dibuka kepada orang ramai bermula pada bulan depan. Suka cita juga ingin saya maklumkan bahawa Kuala Lumpur 2017 juga akan mencipta sejarah dengan jumlah liputan secara langsung televisyen dengan 24 jenis sukan berbanding dengan Singapura 2015 iaitu sebanyak 19 jenis sukan sahaja. Saya yakin bahawa kita akan dapat menganjurkan Sukan SEA dan Sukan Para Asean terbaik dalam sejarah dengan bajet yang less than half of what Singapore spend two years ago dengan izin.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri daripada segi sasaran Yang Berhormat Menteri kalau kita tengok tahun 1989 kita dapat nombor dua, 2001 kita dapat juara. Namun kalau kita tengok kebelakangan ini, kita tahun 2003, nombor lima; 2005, nombor empat; 2007, nombor dua;
2009, nombor empat, 2011, nombor empat; 2013, nombor lima; 2015, nombor empat. Apakah kita mampu pada tahun ini untuk menjadi juara kembali?
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Semestinya sasaran rasmi untuk Sukan SEA tahun 2017 adalah untuk negara Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan bagi Sukan SEA yang kita yang menjadi tuan rumah. Itulah sebab kita telah pilih nama Program Kita Juara untuk persiapan atlet kita. Manakala kontinjen atlet para kita untuk Sukan Para ASEAN kita sasarkan untuk menjadi naib juara bagi Sukan Para ASEAN 2017. Dalam usaha kita dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi temasya Sukan SEA, kontinjen negara perlu memenangi sekurang-kurangnya ataupun melebihi 100 pingat emas. Ini berdasarkan kepada unjuran, sasaran dan juga penilaian kita terhadap saingan kita dan antara negara-negara yang mampu memberi saingan yang hebat adalah negara Thailand yang menjuarai beberapa edisi sebelum ini dan juga Vietnam. Melalui Majlis Sukan Negara, kita melaksanakan Program Kita Juara yang telah bermula pada September 2015 di mana tiga fasa akan dilalui, fasa pertama dan fasa kedua telah pun selesai. Sehingga kini Program Kita Juara ini mempunyai seramai 850 atlet dan 139 jurulatih dari 38 jenis sukan yang sedang melalui pendedahan dan juga pertandingan dan latihan. Ada yang ada di sini, ada yang ada di luar negara dan banyak penekanan kita berikan kepada persiapan atlet ini untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Melalui program ini juga kita melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan, kita mahu supaya mereka diperkasakan ataupun empowered dan sebuah Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan telah pun ditubuhkan agar latihan dan pendedahan yang diberikan kepada atlet dan jurulatih ini dapat juga diselaraskan dengan segala usaha yang dijalankan oleh Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Jadi bagi saya dengan segala persiapan yang telah pun dijalankan daripada tahun lepas lagi dan juga pencungkilan atlet pelapis baru insya-Allah sasaran ini akan kita capai pada bulan Ogos dan bulan September nanti.
Yang Berhormat Kota Bharu.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya pertamanya, sejauh mana penyertaan atlet kita secara serius dalam SEA Games Kuala Lumpur 2017 diambil kira sebagai persiapan untuk penyertaan dalam Sukan Commonwealth 2018. Kedua, adakah negara kita mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang, South Korea 2018 juga, terima kasih.
Terima kasih, daripada Ahli Yang Berhormat daripada Kota Bharu. Dasar sukan dan juga dasar Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk kita melihat Sukan SEA ini sebagai satu platform untuk terutamanya atlet-atlet pelapis kita diberikan pendedahan awal di temasya serantau Asia Tenggara sebelum mereka diberikan peluang untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi seperti Sukan Asia dan Sukan Commonwealth yang akan dianjurkan pada tahun depan. Sukan Asia di Jakarta dan Sukan Commonwealth di Gold Coast, Australia. Sebab itulah Sukan SEA ini adalah sukan untuk kita mendedahkan bakat-bakat muda, bakat-bakat baru. Sebagai contoh, atlet-atlet terbaik kita yang boleh dikatakan di peringkat dunia mereka tidak dipertandingkan di Sukan SEA contohnya Dato' Lee Chong Wei dia tidak akan main di Sukan SEA. Kita akan hantar pelapis kita untuk main di Sukan SEA. Sama juga dengan Datuk Nicol Ann David, dia tidak akan main di Sukan SEA, kita akan hantar pelapis kita. Sama juga dengan hoki, hoki tradisinya kita hantar pasukan junior kita untuk main hoki. Mereka pun boleh mampu menang pingat emas. Jadi, bagi saya untuk pendedahan ke Sukan Asia dan Sukan Commonwealth dia bermula dengan Sukan SEA. Sukan SEA ini walaupun ada juga atlet kita yang bertaraf dunia disebabkan mereka tidak ada pertandingan lain mereka balik untuk tanding di Sukan SEA contohnya Mohd Azizulhasni bin Awang, insya-Allah dia akan bertanding di Sukan SEA tetapi polisi kita kebanyakannya adalah untuk mendedahkan atlet pelapis kita melalui Sukan SEA supaya mereka bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang lebih besar lagi melalui Sukan Commonwealth dan Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk ataupun Winter Olympics 2018 dan 2022. Kita sedang cuba melayakkan diri untuk tiga sukan iaitu hoki ais, luncur ais dan alpine ski. Di mana kita sudah mempunyai pasukan
dan juga sukacita saya maklumkan kepada Dewan ini buat kali pertama di Sukan SEA ada jenis sukan musim sejuk akan dipertandingkan pada tahun ini antaranya adalah hoki ais dan juga luncur ais. Memandangkan ini adalah Winter Olympic Sports kita akan pertandingkan dan juga alpine ski. Atlet alpine ski kita baru-baru ini telah bertanding dan kita mendapat kedudukan yang agak baik dalam Asian Winter Games, terima kasih.
2. Tuan Manivannan A/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) dan implikasi DLP terhadap bahasa ibunda. Apakah penerangan yang telah diberikan kepada guru besar, guru-guru dan ibu bapa sebelum pelaksanaan DLP. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai sebelum sesebuah sekolah itu diberikan kelulusan untuk mempraktikkan DLP di sekolah tersebut.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan dari Yang Berhormat Kapar, dual language program (DLP) adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Sekolah perlu memenuhi empat kriteria untuk memohon melaksanakan DLP iaitu sumber yang mencukupi, guru, peralatan buku teks dan bilik darjah, kesediaan Pengetua dan Guru Besar dan guru, permintaan dan sokongan daripada ibu bapa PIBG dan pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DLP bukan dasar baru tetapi merupakan satu program sukarela yang tidak melibatkan semua sekolah dan murid. Setakat ini, DLP dilaksanakan di 1216 buah sekolah iaitu 587 buah sekolah rendah, 629 buah sekolah menengah melibatkan 139,197 orang murid iaitu 2.9 peratus daripada jumlah murid. Kementerian telah mengadakan sesi penerangan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, pengetua, guru besar, guru-guru sebelum DLP dilaksanakan. Tidak ada unsur paksaan dalam pelaksanaan DLP. Penerangan tentang DLP telah diberi pada hari pertama ibu bapa datang untuk mendaftar anak ke sekolah. Kebenaran ibu bapa telah diminta sebelum menerima DLP. Pengetua dan guru besar berhak menolak tawaran tersebut sekiranya sekolah tidak berminat atau tidak bersedia untuk melaksanakannya. Sehingga hari ini, belum ada lagi kajian menyeluruh mengenai dengan kesan program DLP terhadap bahasa ibunda. Kementerian mengambil langkah proaktif untuk meningkat proficiency guru DLP. 1,732 orang guru telah mendaftar menyertai latihan dalam talian proficiency bahasa Inggeris yang disediakan oleh English Language Teaching Centre (ELTC) tahun 2017, terima kasih.
Yang Berhormat Kapar.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kita ada pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris PPSMI, kini kita ada DLP. Perbezaannya adalah seperti yang dikatakan oleh Menteri tadi PPSMI sebuah polisi yang telah dimansuhkan pada tahun 2012 manakala DLP hanyalah sebuah program. Persoalannya saya ialah apakah kelemahan dan kegagalan PPSMI iaitu sebuah polisi telah diperbaiki dan diperhalusi sebelum DLP sebuah program dilaksanakan. Bagaimana apabila satu dasar gagal program yang hampir sama diperkenalkan dan bagaimana program ini lebih hebat daripada dasar pada awalnya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan Kementerian Pendidikan sebenarnya apabila kita mengadakan satu program DLP ini adalah satu program yang saya jelaskan tadi bahawa ia bukan dasar. Jadi dia boleh memberi pilihan kepada pihak sekolah sama ada hendak menjalankan ataupun tidak berasaskan kepada perkara-perkara yang saya telah sebutkan tadi, empat kriteria yang telah diminta untuk dipenuhi oleh pihak sekolah. Sedangkan apabila kita jalankan satu ketika dahulu kita telah menetapkan secara wajib kepada semua sekolah untuk melaksanakan satu dasar di mana pada waktu itu tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh oleh semua sekolah.
Kita ada 10,175 buah sekolah di seluruh negara termasuklah sekolah kebangsaan SRJK(T), sekolah rendah jenis kebangsaan Cina lebih daripada 1200 dan SRJK(T) sekolah Tamil lebih daripada 500, sekolah mubaligh dan juga sekolah menengah. Oleh yang demikian, apabila dimansuhkan ataupun diberhentikan dasar secara menyeluruh terhadap penggunaan Bahasa Inggeris itu maka dicari pilihan kerana ada permintaan daripada ibu bapa. Di dalam masyarakat kita, yang terbahagi kepada kumpulan yang mahu kalau boleh diadakan peningkatan penggunaan bahasa Inggeris di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
Oleh sebab itu, akhirnya kerajaan mencari pilihan untuk memberi solution kepada permintaan yang banyak itu. Jadi, sebab itulah akhirnya datanglah sebuah program yang saya jelaskan tadi dia bukan dasar untuk memberi kepada mereka- mereka, kepada PIBG. Kepada ibu bapa, kepada guru yang ataupun sekolah yang mahukan program ini dilaksanakan.
Yang Berhormat Menteri.
Sila.
Terima kasih.
Pertamanya, saya hendak menyatakan saya menyokong dasar DLP ini bagi membolehkan penuntut kita menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Soalan saya apakah pandangan Yang Berhormat tentang pencapaian penguasaan bahasa Inggeris setelah DLP ini dilaksanakan pada 1,216 buah sekolah yang telah disebutkan oleh yang berhormat tadi.
Terima kasih kepada Yang berhormat Pendang. Dalam usaha untuk mempertingkatkan memperkukuhkan bahasa Malaysia dan memberi kekuatan ataupun memperkukuhkan bahasa Inggeris ini, Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini, sudah tentulah banyak usaha dibuat bukan sahaja kepada bahasa Inggeris tetapi kita juga hendakkan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pada waktu kita memartabatkan bahasa Melayu menjadi keutamaan di sekolah, kita juga hendak untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris. Ada banyak usaha sebenarnya dibuat untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris. Ini termasuklah perkara-perkara yang disentuh seperti kita ada program DLP yang kita baru mula dan kita berharap program ini boleh sedikit sebanyak memberi kesan khususnya kepada komunikasi conversation pelajar-pelajar sekolah dalam bahasa Inggeris. Keduanya, kita juga berharap supaya penekanan diberi kepada kepakaran atau kemahiran guru. Kita mempunyai sebuah badan agensi yang menyelaraskan yang kita kenali sebagai ELTC atau English Language Training Centre di bawah Kementerian Pendidikan yang berusaha untuk mempertingkatkan capaian kualiti guru yang mengajar di sekolah dalam bahasa Inggeris. Mengikut ELTC, guru-guru mesti mencapai tahap yang dikenali sebagai C2 dalam capaian kualiti guru. Yang keduanya dipanggil C1 dan ramai juga guru-guru yang ada di sekolah ini sebenarnya bukan dalam subjek opsyen bahasa Inggeris yang mengajar bahasa Inggeris. Ini juga hendaklah ditingkatkan. Kalau ini dapat diselaraskan dari segi pencapaian guru, maka saya yakin bahawa ini dapat dipertingkatkan.
3. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah kelebihan melaksanakan skim akademik mengikut perancangan kementerian khasnya dalam menangani dakwaan laporan media oleh Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) bahawa terdapat 6,000 pensyarah, termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan sejak tahun lalu.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan media mengenai seramai 6,000 orang pensyarah dihentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan sejak tahun lalu adalah tidak tepat. Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuat kenyataan media pada 6 Mac 2017 berhubung perkara ini di mana angkanya tidak seperti yang dinyatakan oleh media tersebut.
Berdasarkan rekod kementerian, jumlah pensyarah universiti awam pada tahun 2016 ialah seramai 31,712 orang yang merupakan peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding jumlah pensyarah universiti awam pada tahun 2012 iaitu seramai 29,769 orang. Ia bermakna ada peningkatan, bukan pengurangan. Langkah kementerian melaksanakan beberapa penambahan, penambahbaikan ke atas Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti ataupun SPPU yang meliputi ciri-ciri berikut. Antaranya ialah pensyarah-pensyarah ini boleh dinaikkan pangkat secara merit iaitu kenaikan pangkat berdasarkan kriteria kecemerlangan yang ditetapkan sendiri oleh universiti. Ini memberi makna bahawa universiti diberi autonomi untuk menentukan kriteria kenaikan pangkat dan pengurusan sumber manusia masing-masing. Pensyarah- pensyarah boleh terus dilantik ke gred 51 apabila memiliki ijazah kedoktoran ataupun PhD. Di masa yang sama, pensyarah-pensyarah juga boleh menjana pendapatan sendiri melalui bayaran khidmat perundingan atau pun konsultasi yang mereka laksanakan, royalti harta intelek, pembahagian yuran keuntungan pelesenan mereka dan pensyarah-pensyarah boleh menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat. Ini merupakan kelebihan-kelebihan yang ada dalam skim perkhidmatan pensyarah universiti. Terima kasih.
Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya mendapat tahu bahawa universiti sendiri mempunyai skim perkhidmatan yang baik dan universiti juga mampu menjana pendapatan sendiri. Soalan saya pendek sahaja tetapi Yang Berhormat Menteri kena jawab panjang sedikit ya. Adakah ini benar? Terima kasih.
Jawapannya benar Tuan Yang di-Pertua. Huraiannya ialah kerana adanya program ataupun konsultasi yang boleh dilaksanakan oleh universiti untuk menjana pendapatan. Universiti boleh juga melaksanakan program- program latihan khusus, program-program komersialisasi, program-program penggunaan aset sepenuhnya. Banyak aset universiti tidak digunakan sepenuhnya. Hasil penerbitan mereka, program-program endowment dan kemudian ini kita lihat 10 universiti sudah ada program wakaf mereka sendiri dan di mana Alumni juga boleh memainkan peranan untuk menyumbang kepada universiti. Kalau kita lihat di UTM sendiri, UTM Kuala Lumpur telah berjaya membangunkan 500 unit penginapan dengan pinjaman bank sebanyak RM180 juta. UNIMAS mampu membeli 15 blok apartment perumahan daripada perumahan negara dengan harga RM52 juta. Di USM telah menerima sumbangan daripada Tan Sri Azman Hashim sebanyak RM10 juta untuk Kompleks Sukan Azman Hashim. Di UKM pula telah mendapat sumbangan daripada Yayasan al-Bukhary bagi sebab auditorium yang belanjanya RM40 juta. Dalam bidang pendidikan juga, universiti boleh mendapat geran daripada luar negara terutamanya daripada Japanese International Company Agency, Japan Look East Newton, Ungku Omar dan juga daripada Australia IRU. Ini menyatakan bahawa universiti boleh insya-Allah menjanakan pendapatan mereka sendiri sebagaimana yang tertera di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi yang dilancarkan baru-baru ini.
Sila Yang Berhormat.
Lumut?
Yang Berhormat Kepong. Bangun, tengok belakanglah pula. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain daripada penswastaan, ciri penswastaan yang disebutkan, apakah yang dianggap langkah-langkah yang paling sesuai untuk profesor-profesor supaya kita secocok dengan standard antarabangsa?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kepong. Sebenarnya kalau kita lihat pengiktirafan penyelidikan kita, kita lihat pengiktirafan yang telah diberi oleh pihak Clarivate Analytics, oleh THE, oleh Thomson Reuters yang mana ada antara mereka yang telah mengklasifikasikan pensyarah kita sebagai top one percent, pensyarah yang satu peratus teratas di dalam dunia, Yang Berhormat. Sebenarnya jika Yang Berhormat bacalah buku Soaring Upwards yang kita edarkan. Kalau Yang Berhormat tak ada, saya boleh edarkan kepada semua Yang Berhormat
dalam Dewan— telah menunjukkan bahawa pensyarah-pensyarah kita diiktiraf di peringkat antarabangsa yang saya katakan tadi ada antara mereka yang memang dianggap sebagai top one percent pensyarah dalam dunia. Ini dapat diterjemahkan kepada ranking yang didapati oleh universiti-universiti kita. Kebelakangan ini, dua minggu yang lalu, universiti kita telah diiktiraf di mana kalau dahulunya hanya tiga subjek terletak di tangga 50 ke bawah tapi sekarang sudah 11 subjek di bawah 50 ke bawah. Kita lihat ranking universiti kita sejak daripada dahulu lagi, sejak tiga empat tahun yang lalu, kita melihat peningkatan yang berterusan yang sedang berlaku di dalam universiti kita. Ini diterjemahkan oleh kemampuan pensyarah- pensyarah, kerana pensyarah-pensyarah ini akan menterjemahkan dalam bentuk penerbitan mereka, citation mereka yang memang diiktiraf di peringkat antarabangsa di samping ranking yang telah dicapai oleh kementerian. Dalam buku Soaring Upwards, insya-Allah, kita akan edarkan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk melihat sendiri kemajuan- kemajuan yang sedang dicapai oleh universiti awam kita masa kini. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kepong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri berakhir. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan memandangkan tanaman mangga harumanis Perlis telah didaftarkan sebagai Harta Intelek sejak 2 Ogos 2011 lagi dan merupakan ikon pertanian negeri Perlis. Apakah langkah transformasi yang diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pengusaha tanaman mangga harumanis khususnya golongan belia agar tradisi ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
Selamat pagi, selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar atas soalan yang dikemukakan. Saya mengucapkan syabas kepada negeri Perlis kerana telah berjaya menghasilkan sebuah produk pertanian yang bukan sahaja telah didaftarkan sebagai harta intelek tetapi seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kangar, ia juga merupakan ikon pertanian negeri Perlis. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah berusaha menggalakkan golongan belia untuk mengusahakan tanaman harumanis yang kini rata-ratanya diusahakan oleh golongan warga emas. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pengusaha tanaman mangga harumanis khususnya golongan belia adalah seperti berikut. Pertama, Skim Agropreneur Muda. Golongan belia yang telah dikenal pasti berpotensi akan diletakkan di bawah Skim Agropreneur Muda. Bagi tempoh 2015 sehingga kini, Agropreneur Muda yang telah diberi bantuan in kind contribution, dengan izin, bagi tanaman mangga harumanis di negeri Perlis adalah seramai dua orang dengan keluasan 1.28 hektar dan jumlah contribution in kind ini yang telah diluluskan adalah sebanyak RM23,000. Di bawah skim ini, peladang muda harumanis boleh mendapatkan bantuan secara contribution in kind bagi pembangunan infrastruktur ladang dan perolehan input pertanian. Selain itu, khidmat bimbingan, latihan dan bengkel juga diberikan kepada golongan peladang muda ini bagi mempersiapkan diri dalam bidang perladangan dan perniagaan berkaitan perusahaan harumanis sehingga mereka berjaya sebagai usahawan mangga harumanis. Kedua, Projek Tanaman Taman Kekal Pengeluar Makanan Khas Mangga Harumanis. Projek ini telah diluluskan pada tahun 2015 dan sedang dibangunkan di Chuping, Perlis seluas 137 hektar. Sehingga tahun 2017, sebanyak RM1,104,000 telah diperuntukkan bagi penyediaan infrastruktur dan penyediaan kawasan. Projek ini akan melibatkan 60 orang pengusaha di mana 25 orang daripadanya adalah golongan belia. Penanaman dijangka akan bermula pada tahun ini dan anggaran hasil sebanyak 280 tan setahun dalam tempoh lima atau enam tahun yang akan datang.
Ketiga, Projek Pembangunan Kluster Mangga Harumanis. Objektif projek ini adalah bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan kualiti mangga harumanis. Bantuan akan diberikan dalam bentuk pembersihan kawasan, penyediaan infrastruktur, pemberian input termasuk benih, baja, racun, pembalut buah dan peralatan kecil pertanian. Sebanyak RM2.1 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek tersebut di Perlis bermula tahun 2014 sehingga 2016. Kawasan yang telah dibangunkan adalah seluas 306.8 hektar melibatkan 545 orang petani yang mana 41 orang daripadanya adalah golongan belia dengan pengeluaran setakat ini sebanyak 703.9 tan. Keempat, Model Penanaman Mangga Harumanis. Model Penanaman Mangga Harumanis dengan amalan pertanian baik dan teknologi telah dibangunkan di Pusat Kecemerlangan Mempelam Bukit Bintang dan Kompleks Pertanian Bukit Bintang. Bermula tahun 2010 sehingga 2017, peruntukan negeri sebanyak RM7.69 juta telah diberikan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk membangunkan kawasan tersebut seluas 81.97 hektar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya hasil tanaman harumanis berbanding padi sangatlah memuaskan di mana satu relung harumanis boleh mencapai RM20,000 berbanding dengan padi cuma RM2,000. Di Perlis, terdapat banyak tanah terbiar dan tanah yang tidak sesuai untuk tanaman padi. Jadi, belia-belia dan petani di Perlis memang berhajat untuk menukar tanaman padi kepada tanaman harumanis di mana kawasan-kawasan itu tidak sesuai untuk tanaman padi. Jadi masalahnya, modal untuk memulakan ladang adalah sangat tinggi. Jadi, selain daripada insentif yang telah disebutkan dan insentif-insentif lain, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan pemasaran, harga dan kualiti harumanis ini terjaga? Memandangkan harganya amat mahal, boleh dikatakan pada tahun ini akan mencapai harga RM35 ke RM40 sekilogram. Jadi apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan harga, kualiti dan pemasaran harumanis terjaga? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah supaya harga mangga harumanis ini sentiasa dijaga dengan baik, kerana harumanis ini pokoknya berbuah bermusim dan pengeluarannya terhad. Jadi, dalam usaha kita nak menjaga harganya, kita tak ada harga lantai tapi kita membuat satu pengumpulan di mana ia ada buat grading, seperti gred premium iaitu gred A, gred B, gred C dan juga yang kurang daripada gred ‘A’, gred ‘B’ dan gred ‘C’. Dan harganya setakat ini kita ada kalau dari ladang, mungkin sampai di antara RM25 sampai RM30 ataupun RM40 tetapi kalau sudah sampai di pasaran, sudah tentu harganya lebih daripada itu. Jadi dengan itu, kita juga berharap orang yang nak membeli tidak tertipu ataupun keliru mengenai variety mangga harumanis. Jadi dengan itu, Jabatan Pertanian telah mengadakan beberapa program kepada orang awam iaitu: (i) Melaksanakan program pengecaman variety buah mangga harumanis semasa musim buah; (ii) mengedarkan pamflet mangga harumanis semasa Hari Ladang, Hari Bertemu Pelanggan dan sebagainya;
(iii) menjalin kerjasama antara jabatan pertanian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau kualiti dan harga mangga harum manis di pasaran; dan (iv) hebahan melalui media seperti surat khabar, radio dan televisyen. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menteri, kalau kita tengok pada nilai komersial yang ada pada buah-buahan ini, satu lagi buah yang ada nilai komersial dan nilai eksport yang tinggi iaitu Durian Musang King. Jadi, soalan saya, apakah usaha pihak kementerian untuk memantapkan lagi pengeluaran hasil Musang King ini. Oleh kerana ia boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Sekilo bayangkan di antara RM30 hingga RM40, kadang-kadang sampai RM60
sekilo. Jadi, kita pun tidak tahu, kalau dahulu di Parlimen ini ada juga kementerian anjurkan boleh makan-makan durian itu, ke mana pergi Durian Kunyit itu?
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya pun peminat makanan durian tetapi ini, ia ini bermusim lah. Kalau kita bersidang waktu musim durian apalah salahnya, kita akan menghidangkan jugalah. Topik ini sudah keluar daripada soalan asal tetapi walau bagaimanapun saya akan menjawab Tuan Yang di- Pertua, kerana durian ini penting juga bagi negara kita. Memang betul harga Durian Musang King ini baik sekali. Kalau di ladang sampai RM30 – RM40 sekilo, ditimbang dengan kulit-kulitnya. Akan tetapi sampai Kuala Lumpur, yang mana tourist kita pergi makan seperti di Jalan Alor, harganya akan mencapai sampai RM60 satu kilo. Kalau sudah sampai ke negara lain seperti di Hong Kong, harganya mencecah RM200 satu kilo. Akan tetapi yang kita buat sekarang kebanyakannya durian pes untuk dieksport ke negara China. Ada banyak syarikat dan FAMA juga ada memproses buah durian ini dan dijual sebagai durian pes. Jadi, untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang menanam Durian Musang King ini, bukan sahaja Durian Musang King tetapi durian-durian variety yang lain seperti D42, 1O1 dan sebagainya, kita akan menyediakan banyak benih lagi. Mana-mana petani yang berminat silalah berhubung dengan jabatan pertanian negeri dan seperti di Sarawak sekarang, kita tengah mengadakan satu kempen bukan sahaja menjaga pokok-pokok durian yang telah ditanam lama-lama dulu, yang local variety tetapi untuk menanam durian variety yang lebih baik di kawasan yang masih kosong, yang belum diusahakan. Sekian, terima kasih.
2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan keperluan sebenar tenaga negara dan adakah tenaga boleh baharu akan dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan termasuk Sabah dan Sarawak tanpa mengambil kira tenaga nuklear.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat saintis Hulu Langat. Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah merangka pelan pembangunan penjanaan atau power development plan, dengan izin, yang menggariskan perancangan pembangunan loji-loji jana kuasa baharu bagi memastikan bekalan tenaga elektrik yang mencukupi bagi memenuhi permintaan tenaga negara. Untuk tujuan itu, kerajaan telah menetapkan supaya kadar simpanan elektrik atau reserve margin, dengan izin, tidak kurang daripada 20 peratus. Pada masa ini, kadar simpanan elektrik bagi Semenanjung berada pada kadar 28 peratus, Sabah ke paras 38 peratus dan Sarawak 27 peratus, dengan campuran bahan api yang terdiri daripada gas sebanyak 46 peratus, arang batu 33 peratus, diesel dan medium fuel oil, dengan izin, sebanyak 2 peratus dan tenaga boleh baharu sebanyak 19 peratus. Pembekalan tenaga jangka panjang, misalnya 20 tahun yang akan datang yang kita gunakan sebagai tempoh perancangan adalah ditentukan oleh keperluan tenaga negara pada masa untuk tempoh tersebut serta dasar campuran tenaga, dengan izin, energy mix akan datang. Memandangkan penekanan kepada penggunaan tenaga bersih, dengan izin, clean energy dan tenaga boleh baharu ke arah mengurangkan kadar pelepasan karbon greenhouse gases, dengan izin, maka skop atau peluang untuk menggunakan clean energy daripada nuklear perlu penelitian yang lebih mendalam, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menunjukkan bahawa kita mempunyai rizab bekalan elektrik yang cukup, maknanya lebih daripada yang standard 20 peratus . Jadi, soalan tambahan saya, maknanya dalam keadaan sekarang ataupun 20 tahun akan datang, makna tenaga nuklear ini tidak perlu digunakan. Oleh kerana Menteri sebutkan tadi clean energy iaitu daripada RE boleh mengatasinya. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya melihat pada quarter pertama 2016, RE hanya jumlah Semenanjung dan Sabah ini hanya 449 megawatt sahaja kalau tidak silap di Semenanjung dan Sabah. Jadi, adakah dengan skim FIT, skim net metering dan skim solar community dan sebagainya, bolehkah kita tingkatkan lagi tenaga boleh baharu ini dalam negara kita? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, pertama mengenai dengan kedudukan masa depan perihal penggunaan clean energy daripada nuklear. Seperti mana saya katakan tadi ini tertakluk kepada dasar campuran mix. Seperti mana saya katakan tadi dari segi coal adalah 33 peratus. Jadi, kalau kita kasi turunkan peratusan coal, memang
ada skop dan kapasiti untuk dikeluarkan daripada tenaga yang lain, clean energy termasuk nuklear. Kalau pintu tidak tertutup, tertakluk kepada dasar masa depan dalam perkara ini. Mengenai dengan renewable, saya katakan tadi sasaran untuk tahun 2020 adalah 5 peratus. Kita dalam kadar menuju ke situ almost 3 peratus pada saat ini. Kalau semua yang telah diluluskan di bawah SEDA, termasuk net metering, termasuk life scale solar, kita tidak harus ada masalah tahun 2020 memenuhi keperluan renewable untuk 5 peratus. Akan tetapi ingat, hydro is renewable. Kalau kita campurkan kapasiti yang sudah tersedia dengan pihak TNB, so jumlah 18 peratus sebenarnya install capacity, I think firm capacity 17 percent bila-bila. Jadi, total renewable tiada masalah untuk memenuhi target yang ASEAN telah tentukan iaitu 23 peratus menjelang 2030. So, total renewable including hydro almost 18 peratus keseluruhannya. Tiada masalah untuk meleraikan jumlah yang ditetapkan untuk pengeluaran tenaga dari segi renewable.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada sahabat daripada Hulu Langat kerana membawa perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam komitmen kita untuk mengelakkan carbon emission di udara, pada masa COP 15 di Copenhagen, kita telah mencapai lebih daripada itu. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar. Soal Paris Agreement kita memang rectify. Akan tetapi yang masalah kita di sini, kita minta tahu ataupun minta feedback daripada rakyat kita. Adakah mereka bersedia selain daripada renewable energy yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kita ke arah TN50. Adakah tenaga mencukupi dan adakah kita bersedia untuk mengambil nuclear energy ini sebagai satu daripada arah kita untuk memberi tenaga kepada negara kita, terutama sekali Sabah dan Sarawak. Walaupun resources dia, on tenaga, mungkin kita boleh harvest daripada thermal, daripada wave, daripada angin, solar misalnya. Kita semua ada itu. Akan tetapi, adakah rakyat kita bersedia untuk nuclear energy ini? Boleh minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tuan Yang di-Pertua, dari segi input kita ke arah TN50, peranan kementerian adalah kita harus lebih fokus kepada clean energy dan di mana boleh green energy daripada renewables. If you ask me, secara peribadi, kita harus exhaust dulu sumber-sumber renewables dan dari sumbangan kementerian menuju ke low carbon economy dan satu daripadanya pengurangan CO2 footprint daripada generasi pengeluaran tenaga. Saat ini seperti yang saya katakan tadi, 38 percent daripada coal, kalau kita kurangkan generasi ataupun tutup loji-loji yang sudah tua dan gantikan ini dengan clean energy khasnya renewables, on the side line maybe nuclear. Kami melihat itu satu peluang yang besar untuk menunaikan kewajipan yang kita telah buat di Paris Agreement. Kedua ialah there is at least tiga percent to five percent saving from energy efficiency, meaning turning on lights using low energy, good habits seperti green habits. Di situ pun tidak kurang daripada dijangka up to 1.5 atau 1,000 megawatt kita boleh save. So, inilah input-input kita perihal TN50, perubahan sikap.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, soalan saya tadi. Bagaimana respons daripada rakyat soal nuclear power ini?
Memang ini penting dan kementerian sedang melalui Yayasan Hijau bekerjasama dengan pihak sekolah dan juga universiti khususnya di kalangan muda-muda to practice dengan izin what we called, green lifestyle saving power, saving water sebab saya rasa akhirnya habits ini mesti diubah selain daripada kerajaan menentukan dasar yang baik dan menggunakan teknologi yang low carbon dan seterusnya. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat bersetuju sekali bila masa kenyataan awal Yang Berhormat menyatakan kita tidak perlu mengambil kira penggunaan tenaga nuklear memandangkan kita belum pun memaksimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Harap-harap Yang Berhormat menutup pintu kepada penggunaan tenaga nuklear ini.
Persoalan saya menjurus kepada insentif bagi meningkatkan tahap penggunaan tenaga boleh diperbaharui, renewable energy menerusi skim feed-in tariff. Saya agak terkejut kerana feed-in tariff (FiT) Malaysia terlampau rendah sehingga menyebabkan usaha membangunkan tenaga boleh diperbaharui ini kurang berdaya saing. Saya ambil contoh kalau di Malaysia, USD0.05 hingga USD0.01 per kilowatt hour. Sedangkan kalau di Indonesia, USD0.013 hingga USD0.22 kilowatt hour. At Filipina pun lagi tinggi termasuk juga Thailand, 0.12 hingga 0.19. Jadi, apakah justifikasi kerajaan bila masa kita tidak berupaya untuk meningkatkan skim Feed in Tariff ini bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui? Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan kerana ini adalah elemen terpenting dalam mengambil kira meningkatkan daripada 18 peratus nautika yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kepada peratusan lebih tinggi? Mohon jawapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Dari segi penentuan takrif-takrif ini, sebenarnya ia memerlukan proses yang panjang. Komponen renewable ini ada biomass, biogas, mini hidro, geothermal dan memang solar PV. Dari sana menentukan tarif yang ditentukan itu, dia bukan sekadar di ambil dari udara. Kita bawa konsultan daripada luar daripada SEDA dan ada lab yang diadakan dan konsultasi dan kita compare dengan kos-kos ataupun tarif yang diberi di negara-negara yang lain. Untuk memastikan return to capital, dengan izin itu memuaskan. So, memang ada yang tinggi daripada negara lain. Ada yang rendah daripada negara lain. Akan tetapi, dia telah melalui proses yang kita percaya return to capital untuk investors itu adalah memadai. Jadi, seperti mana yang kita sentuhkan tadi itu satu cara sahaja. Kita berpendapat bahawa misalnya solar PV punya tarif, dulu sokongan melalui SEDA ini termasuk bonus-bonus yang lain satu kilowatt hours sampai kira-kira RM1 begitu plus, plus. Memang di negara lain tertakluk kepada kos. Itulah berbeza dari negara-negara lain. Ini kerana collection charges barangkali rates dia lebih tinggi daripada apa yang di Malaysia. Bila kita buat semua calculation ini kita ambil kira. Saat ini kalau solar PV yang terkini kita buat melalui adalah sky solar. Feed-in tariff (FiT) tidak ada lagi kecuali barangkali untuk negeri Sabah, kalau small scale. Kecuali komuniti solar PV. Kita buat large scale solar dan kita minta investor, entrepreneurs name their price. Untuk tahun yang lalu itu, di antara 40 sen sampai 43 sen ke 44 sen. Untuk Semenanjung Malaysia. Untuk memastikan tiada pressure daripada feed-in tariff (FiT). Juga wang dalam feed-in tariff (FiT) ini limited. Apa yang ada adalah hanya mencukupi untuk komitmen semua kelulusan-kelulusan sebelum ini. Kecuali ada revision nanti dari sumbangan consumers kepada tabung tenaga dibaharui. Terima kasih.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan nombor tiga tidak dapat dijawab secara lisan atas sebab Yang Berhormat Kalabakan tidak berada dalam Dewan pada ketika ini.
4. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan satu KPI khas dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat Malaysia serta apakah elemen-elemen yang akan dinilai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil di atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa mengambil berat berhubung isu taraf hidup rakyat Malaysia masa kini. Justeru dalam membincangkan isu taraf hidup rakyat, pihak kerajaan menggunakan mekanisme pemantauan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dilaporkan kepada Jemaah Kabinet dan diterbitkan kepada masyarakat umum secara bulanan. IHP digunakan untuk menyediakan satu ukuran am perubahan harga bagi bakul, barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna dalam negara. Elemen- elemen yang dinilai dan dilaporkan dalam Laporan IHP bulanan ini antaranya adalah makanan dan minuman bukan alkohol, minuman alkohol dan tembakau, pakaian dan
kasut, perumahan, utiliti, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, kesihatan, pengangkutan, komunikasi, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan, pendidikan, restoran dan hotel, pelbagai barangan dan perkhidmatan. Di dalam laporan tersebut, turut terdapat perubahan Indeks Makanan Rakyat Malaysia. Elemen-elemen makanan yang dikaji dan dinilai termasuklah beras, roti dan bijirin lain, daging, ikan dan makanan laut, susu dan telur, minyak dan lemak, buah- buahan, sayur-sayuran, gula, jem, madu, coklat dan manisan, dan keluaran makanan. Indeks makanan ini bertujuan bagi memantau corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan kategori makanan utama rakyat Malaysia. Selain itu, melalui laporan tersebut juga KPDNKK turut mengkaji perubahan IHP mengikut negeri dan kawasan. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memahami corak perbelanjaan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar. Di samping itu, KPDNKK juga memantau dan menyediakan Laporan Purata Harga Barang Keperluan Pengguna dengan membuat perbandingan purata harga barangan ke atas 40 jenis barangan yang terpilih daripada 400 jenis barangan keperluan pengguna secara keseluruhannya. Perubahan harga dianggap ketara sekiranya peratus perubahan yang berlaku adalah melebihi 10 peratus berbanding bulan sebelumnya. Senarai 40 jenis barang yang dianalisis adalah terdiri daripada kategori barang basah, ayam dan telur, daging, hasil laut, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan barang kering. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya walaupun daripada barisan pembangkang, saya setuju satu dasar kerajaan sekarang ini yang meringankan beban rakyat Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana apabila kita pergi pasar bawa RM50, plastik yang kita bawa itu ringan tidak berat macam dulu. Jadi saya tanya soalan ini adalah berkaitan dengan key performance index (KPI). Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah dalam inisiatif yang disebutkan berdasarkan kepada indeks harga pengguna, indeks makanan rakyat dan sebagainya ini kerajaan meletakkan satu sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha untuk mengurangkan masalah kenaikan harga barang ini? Saya terkejut apabila Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian mengumumkan tahun lalu bahawa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ini yang sering digunakan sebagai jalan keluar ataupun scapegoat untuk memastikan barangan dikawal, harga barangan dikawal tetapi dicadangkan ingin dimansuhkan ataupun dikaji. Saya ingin tanya kementerian, apakah alasan ini? Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Mengenai akta– soalan yang kedua saya jawabkan dahulu. Mengenai akta yang dikatakan tadi, sebenarnya akta ini masih dilanjutkan. Cuma masa ini diberi tempoh kepada para peniaga, kita beri tempoh ini supaya para peniaga berada di dalam keadaan berhemah untuk mereka memahami dengan sepenuhnya peraturan-peraturan di bawah akta ini. Di dalam tempoh masa ini, pihak kementerian tidak akan mengambil tindakan kepada para peniaga yang melanggar peraturan-peraturan. Hanya kita berikan nasihat kepada mereka supaya memahami dengan sepenuhnya peraturan-peraturan di bawah akta ini. Itu merupakan jawapan kepada soalan yang kedua. Mengenai soalan yang lain dibangkitkan tadi, memang pun pihak kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat terutamanya isu kos sara hidup. Ini kerana ia merupakan salah satu agenda utama yang ingin dicapai oleh kerajaan. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai kos sara hidup rakyat bagi melihat secara holistik meliputi pelbagai sektor termasuk makanan, pengangkutan, perumahan dan infrastruktur. Dalam hubungan ini, terdapat tiga jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi meneliti, membincang, membuat keputusan dasar terhadap tindakan yang akan dilaksanakan baik di peringkat kementerian dan nasional umumnya. Jawatankuasa yang dimaksudkan adalah pertama, high level committee (HLC) mengenai kos sara hidup yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Jawatankuasa yang kedua iaitu Jawatankuasa Kabinet menangani isu kos sara hidup yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga. Ketiga, Jawatankuasa Kos Sara Hidup peringkat kementerian KPDNKK yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri KPDNKK sendiri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, saya hendak ucapkan terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah kita tadi dimaklumkan bahawa pelbagai program kesedaran yang telah dianjurkan dan pelbagai jawatankuasa juga telah diwujudkan di peringkat kementerian termasuklah program Friends of KPDNKK dan sebagainya. Jadi soalan saya adalah, apakah keberkesanan program-program yang telah dianjurkan oleh pihak kementerian ini mengambil kira inisiatif yang berterusan yang dianjurkan oleh pihak kementerian? Ini kerana masih ramai lagi yang kurang peka mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai keberkesanan program yang dilaksanakan, khususnya mengenai isu kos harga barangan yang tinggi. Rakyat senantiasa diberitahu dan pihak kementerian senantiasa memberi penjelasan mengenai harga barang dan mereka menyedari. Malah di peringkat kementerian, kita ada program di bawah Friends of KPDNKK di mana kita menyebarkan maklumat berkaitan dengan isu kos harga barang yang tinggi sekarang ini.
Rakyat secara umumnya daripada segi kesedaran memang pun sudah meningkat dan kita berharap pihak pengguna memainkan peranan. Persatuan pengguna dan pihak sekolah-sekolah juga dimaklumkan dalam pertemuan-pertemuan dan dengan tindakan seperti ini kita harap lebih ramai lagi rakyat kita termasuk pelajar-pelajar akan mengetahui tentang hak kepenggunaan mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menjiwai jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi tetapi saya ingin memaklumkan dekat sini bahawa ia tidak mencerminkan kos sara hidup yang sedang meningkat di kalangan rakyat biasa. Apa yang kita beri jawapan dalam bentuk jawapan ini hanya dalam bentuk on paper, does not reflect the real situation that’s happening on the ground, dengan izin. Saya bagi sebagai contoh, harga sardin yang dulu sardin ini Tuan Yang di- Pertua adalah makanan orang yang miskin. Orang miskin kalau tak ada apa-apa dia cari sardin, dia makan tetapi hari ini sardin adalah salah satu makanan yang telah meningkat kos harganya. Ini bukan berlaku di Kuala Lumpur atau Selangor. Saya berada di Kedah tempoh hari, hari Ahad yang lepas. Rakyat Kedah membuat aduan bahawa sardin di negeri Kedah pun telah meningkat. So bagaimana kerajaan sedang menyediakan satu platform untuk betul-betul mengawal, memantau dan menjaga rakyat supaya kos sara hidup ini tidak membebankan diri mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Memang pun tidak dapat dinafikan seperti mana yang saya pernah beritahu, harga barangan tidak akan menurun. Ini disebabkan sebahagiannya daripada hakikat Ringgit kita lemah, pertukaran wang kita dengan wang asing. Harga barang di peringkat industri misalnya, sudah meningkat dan dia dimasukkan ke dalam negara, kita import dan apabila ditambahkan kos transport dan juga margin di pihak penjual, maka harga itu tentulah meningkat. Jadi inilah yang kita tidak dapat elakkan. Memang di pihak kementerian dan jabatan, pegawai-pegawai penguat kuasa kita sentiasa memantau harga barangan dan satu perkara yang saya katakan, harga barang tidak mungkin menurun. Contoh kalau produk kita dalam negeri, tadi diberitahu harga durian sekarang bukan macam dulu. Dia ditimbang dengan kulit-kulitnya dengan harga yang cukup mahal jika berbanding dengan dulu, harganya bukan begitu. Jadi inilah satu realiti yang kita harus depani ataupun hadapi masa sekarang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum mohon Menteri menjawab, saya hendak membuat pembetulan sedikit terhadap soalan bahagian 5(b) yang mana saya lebih merujuk kepada tabika dan Tadika KEMAS yang lama dan uzur.
5. Puan Rubiah Binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) sejauh manakah keberkesanan pelatih-pelatih yang mengikuti kursus di GIATMARA dapat menjana pendapatan yang sama taraf dengan orang berkemahiran yang mengikuti kursus di pengajian tinggi dalam melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi dalam industri; dan
(b) komitmen kementerian dalam menyediakan prasarana terbaik bagi menaik taraf semua tadika KEMAS yang lama dan uzur di Kota Samarahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Kota Samarahan, GIATMARA menyediakan peluang kepada anak muda bumiputera mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional di 231 GIATMARA seluruh negara. GIATMARA bukan sahaja melahirkan pelatih yang berkemahiran, memiliki sahsiah diri terpuji tetapi juga melahirkan pelatih yang mampu menjana pendapatan tinggi melalui bidang keusahawanan. Dari Rancangan Malaysia Kesembilan hingga Rancangan Malaysia Kesepuluh, GIATMARA telah melahirkan seramai 11,582 orang usahawan technopreneur daripada kalangan lepasan pelatih GIATMARA dalam pelbagai bidang melalui beberapa program keusahawanan yang dilaksanakan di GIATMARA seperti Latihan Menjana Pendapatan (LMP), Inkubator Usahawan Bergerak (Mobileprenur) dan Rintis Niaga. Pelatih-pelatih kemahiran di GIATMARA mempunyai tiga pilihan laluan kerjaya selepas latihan iaitu sama ada terus bekerja, menjadi usahawan atau melanjutkan pelajaran. GIATMARA sentiasa memantau dan melaksanakan kajian susulan kepada lepasan pelatih bagi memastikan keberkesanan program dan peningkatan pendapatan pelatih. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Unit Perancangan Ekonomi bersama PricewaterhouseCoopers, pada tahun 2015 didapati pelatih mendapat pendapatan dengan purata RM1,440 sebulan. Kajian ini melibatkan semua pelatih yang mengikuti 635 kursus di seluruh negara pada tahun 2015. Manakala berdasarkan kajian penilaian outcome bagi Program Inkubator 2015 yang melibatkan 599 responden, didapati purata pendapatan pelatih yang menjadi usahawan adalah sebanyak RM3,500. Daripada aspek hala tuju pelatih selepas tamat pengajian, program kerjasama bersama IPMa seperti IKM dan KKTM dilaksanakan bagi membolehkan pelajar GIATMARA melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dengan menawarkan tempat khas kepada lepasan pelatih GIATMARA. Dengan adanya pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) GIATMARA sehingga Tahap Tiga yang mana modul pembelajaran setaraf dengan keperluan industri semasa. Lepasan pelatih GIATMARA dapat menjana pendapatan sama taraf dengan mereka yang mengikuti pengajian tahap yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, KEMAS sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti prasarana di semua premis tabika dan taska bagi memastikan semua kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan prasekolah di KEMAS dapat belajar dalam suasana yang selesa dan kondusif. Jumlah Tabika KEMAS di Sarawak berjumlah 1,540 buah kelas manakala di Kota Samarahan, kawasan Yang Berhormat terdapat 115 buah kelas. Pada tahun 2016 dan 2017, KEMAS telah menyediakan peruntukan mengurus dan pembangunan sebanyak RM2.08 juta untuk 40 buah projek baik pulih tabika di Sarawak termasuklah menaiktarafkan tabika di Kota Samarahan. KEMAS juga akan mempertimbangkan projek naik taraf di kawasan Kota Samarahan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas di bawah Rolling Plan Ketiga yang akan datang selaras dengan Transformasi Luar Bandar KKLW. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya, mohon pihak Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian menyatakan sasaran jaringan kerjasama antara GIATMARA dengan industri atau agensi kerajaan sepanjang 2017 dan apakah manfaat yang diperolehi oleh pelatih-pelatih menerusi jalinan kerjasama tersebut. Terima kasih.
Ya, untuk menjawab soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, GIATMARA sedang melaksanakan kajian kehendak dan keperluan latihan kursus kemahiran di GIATMARA seluruh negeri Sarawak dengan 3 langkah, ya ataupun strategi utama. Iaitu pertama mengadakan rasionalisasi dalam kursus-kursus yang ditawarkan di Sarawak. Yang kedua, pengumpulan data dan maklumat daripada kawasan pembangunan Koridor Sarawak iaitu SCORE, Sarawak Corridor of Renewable Energy dan Jabatan Latihan Pembangunan Negeri dan Kemahiran Negeri Sarawak dan yang
ketiga untuk mengadakan perbincangan berterusan di antara GIATMARA dan industri yang berkaitan supaya ada sinergi. Untuk menjawab bagi yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, GIATMARA juga memperkenalkan konsep Industry of Corner, Sudut Industri dalam pelaksanaan latihan kemahiran. Konsep ini menekankan kepada jalinan pakatan strategik dengan industri mengikut bidang yang ditawarkan di GIATMARA. Para pelatih dan tenaga pengajar akan bersama-sama dengan industri melalui program industrial training. Jadi, pelantikan Advisory Committee juga ada di dalam kalangan industri dibuat sebagai penasihat penggubalan kokurikulum GIATMARA agar selari dengan keperluan pembangunan kawasan ekonomi setempat, local economy. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah berkenaan dengan, memang sumbangan yang diberikan oleh MARA ini terutamanya untuk pelajar-pelajar atau anak-anak kita yang agak keciciran dari segi akademik untuk menjawab peperiksaan, sebahagian tetapi mereka diberikan kelebihan dari segi teknikal dan kemahiran. Jadi saya hendak timbul persoalan, ada atau tidak contoh yang boleh diberikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pelajar-pelajar yang keluar daripada GIATMARA ini, mereka yang mencipta berbagai-bagai ciptaan yang boleh dijadikan sebagai contoh kejayaan kepada sebuah negara. Contohnya seperti mana yang pernah berlaku kepada Saudara Zulkifli yang anak, budak Melayu yang agak genius yang ciptaan dia adalah merupakan produk MARA yang merupakan menciptakan berbagai-bagai teknologi ataupun yang bersifat agak advance pada ketika itu. Adakah masih ada lagi mereka yang seperti mana watak yang ditunjukkan oleh Saudara Zulkifli itu tadi? Terima kasih.
Ya, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan tadi terjawab sendirilah oleh dalam hujah Yang Berhormat Bukit Gantang kerana dia bertanya, adakah dan lepas itu dia kata, contohnya. Dia sebut juga nama yang berjaya, ya. Jadi sesungguhnya kita ada pelajar-pelajar merupakan pelatih yang sangat berjaya selepas mengikuti kursus-kursus di GIATMARA. Kalau hendak disebut nama-nama mereka mungkin terlalu banyak, terlalu ramai saya sebutkan dan saya, Tuan Yang di- Pertua tidak dapat kalau dengan terperinci menyebutkan nama-nama mereka yang sudah mendapat kejayaan yang begitu, kita boleh banggakan. Tapi memang ada. Sebab Yang Berhormat sendiri pun telah menyebut nama seorang bekas pelatih GIATMARA tadi. Sekian, terima kasih.
6. Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan bilakah projek tebatan banjir akan mula dibina di sepanjang Sungai Golok setelah pengisytiharan Timbalan Perdana Menteri berkaitan kelulusan peruntukan RM800 juta untuk projek ini baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, Telek-telek sudah berpunya, Inilah jawapannya. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan sebenarnya betul telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi negeri Kelantan iaitu Projek Rancangan Tebatan Banjir keseluruhannya dan RM300 juta diperuntukkan bagi Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu di Sungai Golok fasa 1 dan bakinya adalah RM500 juta bagi seluruh negeri Kelantan iaitu Projek Lembangan Bersepadu Sungai Kelantan. Status Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Golok ini, fasa 1 seperti yang saya sebutkan itu iaitu kerja ukur kejuruteraan siap, pengambilan tanah sedang dilaksanakan, tender dijangka pada bulan Julai 2017. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat kajian terhadap Projek Tebatan Sungai Golok ini telah dibuat sejak daripada tahun 2010 lagi oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pernah menyebutkan bahawa Projek Sungai Golok ini akan bermula, tebatan Sungai Golok ini akan bermula tahun 2015 dan dijangka siap 2019. Jadi kalau dengar daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, baru hendak ambil tanah, baru
hendak ukur. Jadi kenapa berlaku jawapan yang tidak, seolah-olah tidak ada persambungan daripada Yang Berhormat Menteri yang lama. Jadi saya ingin penjelasan, apa sebabnya berlaku masalah-masalah birokrasi yang berlaku. Apa point ataupun perkara utama yang menyebabkan berlaku kelewatan? Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Di antara sebab yang berlaku ialah aktiviti di sepanjang sungai di sebelah negara Thailand yang menyebabkan, JPS kesan yang menyebabkan hakisan dan pemendapan Sungai Golok dan tebingnya di sebelah negeri Kelantan. Jadi kerajaan terpaksa mengutamakan kerja-kerja pengukuhan tebing Sungai Golok tersebut. Inilah di antara sebab utama kelewatan di mana perancangan dan peruntukan yang disediakan pada peringkat awal terpaksa diutamakan bagi menghalang ataupun mengurangkan kesan hakisan tebing dan pantai Sungai Golok yang melibatkan banyak tanah-tanah kepunyaan individu di sepanjang sungai tersebut. Walau bagaimanapun, kami prihatin dengan masalah tersebut. Oleh sebab itulah kita rancang semula dan alhamdulillah pada kali ini harap-harap tidak ada masalah. Seperti yang saya sebutkan tadi, semuanya telah selesai kecuali pengambilan balik tanah iaitu khususnya kerja-kerja ukur pengambilan balik tanah sebenarnya dan dijangkakan dapat ditawarkan tender pada Julai 2017.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa merakamkan ucapan tahniah pada pihak kerajaan kerana memperuntukkan yang begitu besar kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM800 juta bagi tebatan banjir di Sungai Golok dan sudah pastilah kerja-kerja pengambilalihan ini agak sukar di Sungai Golok. Penduduknya ramai di tebing kiri dan kanan dan jiran, di negara kita sendiri. Soalan saya apakah perancangan kerajaan bagi negeri-negeri yang juga terlibat dengan banjir khususnya macam kawasan saya, setiap kali juga menerima limpahan air daripada mungkin daripada Kelantan juga sendiri. Maka kekerapan banjir berlaku. Adakah perancangan kerajaan dalam perancangan ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lipis, nasib baik soalan itu umum, bolehlah saya jawab. Sebagaimana kita sedia maklum, punca banjir ini terlalu banyak. Jadi sebab itulah JPS telah mengeluarkan satu garis panduan yang dinamakan sebagai, di antaranya ialah dinamakan Manual Saliran Mesra Alam di antaranya, yang telah pun diedarkan di semua negeri untuk mereka seboleh-bolehnya patuh ataupun mengikut garis panduan tersebut supaya banyak faktor yang menyebabkan banjir itu dapat dikurangkan. Contoh yang paling jelas adalah pemendapan sungai yang menyebabkan sungai cetek akibat daripada kerja-kerja atau akibat daripada penerokaan kawasan- kawasan baru dataran atau bumi di Malaysia ini, itu di antaranya. Sebagaimana kita sedia maklum telah pun diumumkan beberapa kali iaitu dengan izin bagi total solution untuk tebatan banjir di Malaysia lebih kurang RM40 bilion campur RM9 bilion. RM40 bilion itu bagi projek RTB sungai-sungai utama dan parit-parit utama di seluruh negara dan RM9 bilion itu bagi menyelesaikan masalah sistem perparitan ataupun sistem dengan izin, drainage di kawasan-kawasan yang dibangunkan termasuk kawasan-kawasan pertanian. Saya sebut tadi sistem perparitan ini lebih banyak menjurus yang banyak masalah adalah di kawasan-kawasan bandar perlu dinaik taraf dan sebagainya. Jadi ini di antara sebab-sebabnya. Jadi saya fikir itu telah menjawab secara umum situasi dalam Malaysia ke arah untuk menyelesaikan masalah banjir sama ada secara dengan izin total solution dan dapat mengurangkan kesan banjir seperti yang disebutkan tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat banjir ini satu benda yang sangat boleh memberikan kesusahan yang banyak kepada rakyat. Banjir besar dulu melibatkan kehilangan harta dan juga nyawa. Sekarang ini kita lihat kerajaan telah memberikan peruntukan yang tinggi, ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk RTB ini. Saya hendak tanya pada Menteri. Sekarang ini pun hujan, di Parlimen Bagan Serai beberapa kampung, Kampung Ulu Sepetang, Kampung Diu, Kampung Tanjong Bugis, Padang Lang sekarang tengah banjir. Ada 27 buah keluarga, dekat 100 orang dipindahkan ke surau sementara sekarang ini. Di Parlimen Bagan Serai, kita dah ada rancangan tebatan banjir sejak 2012. Saya hendak tanya adakah RTB ini bersangkutan
dengan cerita kalau hujan lebat yang berterusan, adakah RTB ini dapat membantu atau adakah RTB ini satu kejayaan ataupun belum lagi berjaya. Adakah kerajaan akan mengambil langkah-langkah supaya RTB contohnya di Parlimen Bagan Serai diperkemaskan lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ingat komplekslah Tuan Yang di-Pertua dalam situasi sekarang. Tadi saya sebut tentang penerokaan kawasan-kawasan baru yang menyebabkan hakisan tanah dan sebagainya yang menyebabkan pengumpulan klodak tanah dan mengakibatkan sungai-sungai cetek. Itu di antara sebab yang biasa kita dengar. Akan tetapi yang terkemudian ini Tuan Yang di-Pertua, yang saya fikir ramai pun sedia maklum adalah kerana perubahan iklim yang luar biasa. Bukan sahaja dari segi jumlahnya yang juga luar biasa, jumlah hujan dalam tempoh satu hari atau beberapa jam, pattern hujan juga luar biasa, berubah, bertumpu di sesuatu tempat tidak merata di kawasan lebih luas. Ketiganya, taburan hujan pada musim yang tidak lagi sebagaimana satu tempoh yang panjang pada satu ketika dahulu, maknanya pattern dah berubah. Inilah di antara yang saya boleh sebut di sini sebab-sebab keadaan banjir dalam keadaan sekarang ini seolah-olah tidak lagi bertepatan dengan Rancangan Tebatan Banjir yang telah pun dilaksanakan. Maka oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan juga NRE sedang membuat kajian semula tentang semua projek tebatan banjir dan untuk disesuaikan dengan rancangan pada masa akan datang bersesuaian dengan perubahan iklim yang sangat luar biasa pada masa ini. Ini yang boleh saya sebut pada masa ini termasuklah projek-projek baru yang akan dilaksanakan. Umpamanya projek, saya cakap terus terang di sini, umpamanya projek Sungai Pinang di Pulau Pinang, contoh paling jelaslah. Kerajaan terpaksa mengkaji semula pattern hujan di sana, taburan hujan di sana, terpaksa menyediakan peruntukan awal RM1 juta semata-mata untuk buat kajian kemungkinan ataupun feasibility study tadi tentang taburan hujan, tentang jumlah air yang akan disalurkan ke Sungai Pinang tersebut sebelum reka bentuk lama boleh digunakan semula sebab kita membuat satu penilaian semula tentang reka bentuk yang sudah siap, kemungkinan tidak boleh menampung jumlah hujan ataupun jumlah air yang akan ditampung oleh Sungai Pinang tersebut dalam keadaan sekarang, contohnya. Sekian, terima kasih.
7. Datuk Rozman Bin Isli [Labuan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah strategi dan langkah kementerian dalam memastikan setiap warga emas mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh menyumbang kepada pembangunan negara menuju negara tua menjelang 2030.
Tuan Yang di-Pertua, warga emas di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh United Nations World Assembly on Aging in Myanmar-Austria 1982. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sesebuah negara ditakrifkan sebagai negara tua apabila penduduk warga emasnya mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Berasaskan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, negara kita dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030 dengan jumlah warga emas seramai 5.80 juta orang. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal dengan menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Selaras dengan perubahan demografi, keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula dasar tersebut. Susulan daripada kajian semula ini, Dasar Warga Emas Negara dan pelan tindakannya telah pun diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011 yang akan dilaksanakan bagi tempoh 10 tahun iaitu dari 2011 hingga tahun 2020. Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup warga emas dalam pembangunan negara. Sebanyak enam strategi dibentuk untuk mencapai objektif dasar tersebut
merangkumi tujuh sektor iaitu kesihatan, sosial dan rekreasi, pendidikan dan kerohanian, perumahan dan persekitaran, ekonomi, pekerjaan serta penyelidikan dan pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan ini, Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara telah ditubuhkan pada 22 Mei 1996. Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sementara ahli-ahlinya terdiri daripada kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang mewakili golongan warga emas. Kementerian juga telah menubuhkan pasukan petugas mengenai isu dan cabaran penuaan bagi mengenal pasti isu dan cabaran penuaan yang merangkumi aspek penjagaan kesihatan, keselamatan sosial dan penuaan aktif atau positif serta menetapkan keutamaan bidang yang akan ditangani bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih fokus dan menjurus kepada isu yang diketengahkan termasuk isu kebergantungan ekonomi warga emas.
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan masyarakat juga menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti bantuan orang tua, penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenanga dan Rumah Ehsan, program home health services serta program pemerkasaan ekonomi warga emas. Kementerian yakin bahawa dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan satu bentuk rancangan strategik dalam merencana peningkatan kualiti hidup warga emas merangkumi semua aspek berkaitan warga emas. Adalah diharapkan agar kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan tanggungjawab menjaga warga emas dan tanggungjawab setiap individu untuk persediaan hari tua akan meningkat dan seterusnya tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Tahniah atas dasar-dasar yang dibentuk. Soalan tambahan saya, sejauh manakah pelaksanaan yang telah dicapai dan bagaimanakah Skim Persaraan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan telah membentuk memberi kesan positif kepada yang bekerja sendiri serta peluang pekerjaan khususnya kepada warga emas. Serta, adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan had umur status warga emas kepada lebih daripada 60 tahun?Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali setakat ini kerajaan atau kementerian tidak ada cadangan untuk meningkatkan lagi umur warga emas iaitu daripada 60 tahun ke lebih tinggi. Ini adalah kerana pada masa ini belum ada lagi keperluan. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk warga emas kita telah pun bekerjasama dengan beberapa kementerian kerana kebajikan warga emas ini bukan hanya tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas ini dapat dijaga, oleh itu Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara ditubuhkan. Di samping itu, pada tahun yang lepas, kementerian telah juga menubuhkan taskforce mengenai isu dan cabaran penuaan. Dengan penubuhan taskforce ini, kita akan mengenal pasti isu dan cabaran penuaan yang merangkumi aspek penjagaan kesihatan, keselamatan, sosial dan juga penuaan aktif positif serta menetapkan keutamaan bidang yang akan ditangani bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih fokus dan menjurus kepada isu yang diketengahkan termasuk isu kebergantungan ekonomi warga emas. Taskforce ini memainkan peranan sebagai satu taskforce beri sokongan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara. Ini kerana kita telah pun memantau dan juga kita ikut apakah perkembangan dan juga keputusan yang telah pun dibuat di bawah majlis ini, adakah telah pun dijalankan dengan memuaskan. Untuk maklumat Yang Berhormat, keistimewaan serta kemudahan yang diperolehi oleh mereka di Malaysia iaitu warga emas di Malaysia termasuk, pertama, pengecualian caj pendaftaran pesakit luar dan pengurangan caj pesakit kelas tiga yakni di bawah Kementerian Kesihatan. Kedua, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM5,000 bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa. Ketiga, kemudahan
pengangkutan awam juga telah pun diberi melalui potongan harga antara 30 peratus sehingga 50 peratus ke atas kos tambang kepada warga emas. Mengenai pasport juga, kemudahan membuat dan memperbaharui pasport kepada golongan warga emas telah dikurangkan kepada RM150 bagi tempoh lima tahun kepada RM100 bagi tempoh yang sama. Kadar bayaran baru ini berkuat kuasa pada 15 Januari 2015. Di samping itu, peraturan-peraturan kerja iaitu pekerja-pekerja separuh masa juga diadakan bagi menggalakkan warga emas terus menyumbang kepada ekonomi negara, kerajaan telah meluluskan peraturan-peraturan kerja dan diwartakan pada 1 Oktober 2010.Peraturan ini memberi jaminan kepada warga emas, orang kurang upaya serta wanita sebagai tenaga kerja untuk melindungi mereka dari segi terma-terma perburuhan sebagai pekerja separuh masa. Potongan cukai kepada majikan juga telah pun diwujudkan iaitu 10 peratus potongan cukai diberikan kepada majikan yang mengambil warga emas sebagai pekerja seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Umur persaraan telah pun ditingkatkan dari 58 tahun kepada 60 tahun. Oleh itu, ada lagi National Blue Ocean Strategy,1Malaysia FamilyCare yang mana kita wujudkan home health kepada warga emas yang perlu bantuan dan Skim Persaraan Swasta, pelaksanaan pencen persaraan kerajaan dan selainnya. Ini kerana banyak telah pun diwujudkan termasuk juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Sekarang terdapat kecenderungan orang di kawasan bandar khususnya di Kuala Lumpur ini kerana sudah tidak bekerja lagi, bosan duduk di rumah dan tidak ada pusat aktiviti untuk mereka. Kita boleh nampak di negeri China, di pusat- pusat bandar seperti Beijing, Shanghai atau Guangzhou di dataran atau di taman-taman. Warga emas setiap pagi atau petang main taici di tempat itu sebab ada facility. Akan tetapi di Kuala Lumpur ini seperti Taman Tunku Abdul rahman dan Taman Medan membuat bangunan gergasi. Saya ingin tahu apakah rancangan kementerian untuk golongan warga emas ini. Saya minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang sedia maklum, setakat ini penubuhan PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas di seluruh negara telah pun ada 51 buah. Pada tahun ini kita akan menubuhkan lagi lapan buah dan kita jangka di semua kawasan Parlimen sekurang-kurangnya ada sebuah pusat aktiviti warga emas. Di samping itu, di bawah task force tadi yang saya sebut, kami tengah merancang supaya kita bekerjasama dengan pihak persatuan penduduk dan juga Rukun Tetangga. Di samping itu, bekerjasama dengan PBT dan juga kementerian-kementerian atau agensi-agensi dan juga syarikat-syarikat swasta supaya mereka juga mewujudkan ruang aktiviti kepada warga emas. Rancangan ini sedang dijalankan. Kita harap dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mewujudkan lagi lebih banyak pusat aktiviti warga emas kepada warga emas kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi peluang kepada saya. Saya juga hendak sentuh sedikit tentang isu warga emas ini.
Saya menghargai segala usaha kementerian untuk menjaga warga emas kita. Tetapi saya di sini juga hendak tanya, sama ada kementerian ada statistik untuk menunjukkan berapa ramai warga emas yang telah disisihkan atau telah ditinggalkan oleh anak-anak mereka? Saya rasa ini juga adalah tanggungjawab anak-anak untuk menjaga warga emas dan ibu bapa mereka. Jadi saya hendak tahu, sama ada kementerian ada statistik untuk menunjukkan berapa warga emas telah disisihkan atau ditinggalkan oleh anak-anak mereka dan kalau isu ini menjadi semakin serius, sama ada kementerian akan merancang untuk membuat satu rang undang-undang untuk memastikan mandatory, dengan izin, supaya anak-anak ini juga haruslah memberi wang kepada ibu bapa ini ataupun menjaga ibu bapa ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya tidak ada angka yang diminta oleh Yang Berhormat sekarang tetapi untuk makluman kepada Yang Berhormat,warga emas yang sekarang menyertai pusat aktiviti adalah seramai 31,615 dan 95,230 warga emas di kelab-kelab warga emas bukan kerajaan dan kerajaan.
Saya amat setuju dengan Yang Berhormat iaitu tanggungjawab anak-anak untuk jaga ibu bapa kita. Sekarang kita dapati semakin hari semakin ramai anak-anak tidak mampu atau mereka tinggalkan ibu bapa mereka dengan tidak dijaga. Oleh itu, saya rasa pendidikan dan kesedaran di antara orang awam ini perlu dipertingkatkan lagi supaya anak-anak kita, mereka ambil tanggungjawab untuk jaga ibu bapa mereka. Setakat ini, kerajaan belum ada lagi cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang untuk memastikan atau mewajibkan anak-anak mereka jaga ibu bapa. Akan tetapi, untuk hendak masuk ke dalam rumah warga emas di bawah kerajaan, kita telah pun beritahu kepada anak-anak, bila mereka ada waris atau ada anak, kita tidak akan terima dan kita memastikan anak-anak mereka beri penjagaan kepada ibu bapa. Walau bagaimanapun, masih ada lagi warga emas yang dibiarkan oleh anak-anak mereka dan kementerian juga perlu ambil tindakan untuk beri perlindungan kepada mereka. Jumlah penghuni institusi ikut jantina dan kaum di bawah institusi kementerian iaitu seramai 2,863 dan di RSK itu, 83.5 peratus dan di rumah ihsan, 89.6 peratus dan 96.8 peratus adalah di dalam Desa Bina Diri. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan apakah status pembinaan rumah kos rendah bagi Kg. Penduduk Railway. Tempoh pembangunan tiga tahun berakhir pada bulan Disember 2016. Bilakah penduduk-penduduk akan diberikan perjanjian jual beli.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, status pelaksanaan projek rumah kos rendah bagi Kampung Railway adalah di peringkat penyediaan pindaan pelan kebenaran merancang oleh pihak pemaju. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mempertimbangkan segala permohonan untuk kebenaran merancang sebaik sahaja diterima dari pihak pemaju. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan di tapak yang telah dikenal pasti di mana terdapat kabel TNB 33 KV sepanjang 1.5 kilometer dan dua paip milik SYABAS yang melintasi tapak projek. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada peringkat awal, pihak TNB dan SYABAS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengalihkan utiliti berkenaan. Namun begitu, beberapa siri perbincangan bermula Oktober 2016, perkara ini telah berjaya diselesaikan pada 17 Mac 2017 dengan kos yang dianggarkan RM2.5 juta dipersetujui ditanggung bersama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak pemaju. Tuan Yang di-Pertua, setelah masalah utiliti tersebut diselesaikan daripada tapak tersebut, kerja-kerja tanah dan pembinaan akan dilaksanakan. Dalam hal ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa memantau pelaksanaan projek ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar, projek itu sudah berlarutan lebih daripada 30 tahun. Pada 26 Disember 2013, sehari selepas Krismas, semua penduduk Kampung Railway diusir keluar dan kampung mereka dirobohkan. Akan tetapi setelah tiga tahun, kita masih dengar penyediaan tapak belum selesai disebabkan oleh TNB dan lain-lain lagi. Jawapan ini saya telah terima sejak tahun lalu dan sehingga ke hari ini, soalan saya kemukakan sekali lagi, sudah tentu saya mengharapkan ada satu tarikh yang lebih tetap bila tapak tanah ini akan dilaksanakan dan bila pembangunan ini boleh disiapkan. Untuk makluman Dewan ini, seramai 120 buah keluarga Kampung Railway sekarang duduk secara sementara di Bukit Jalil dan ramai di antara mereka terpaksa berulang-alik balik ke Sentul untuk meneruskan kehidupan dan pekerjaan mereka. Jadi kita ingin tahu, berapa lama lagi mereka terpaksa duduk dalam keadaan yang cukup terdesak ini?Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum saya menjawab soalan tambahan Yang Berhormat, saya mengalu-alukan rombongan veteran Angkatan Tentera Malaysia Parlimen Jerantut ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Batu, keadaan tanah di Kampung Railway di Sentul ini mempunyai beberapa permasalahan yang tidak dapat dikesan pada waktu awalnya. Pada masa selepas pecah tanah dilakukan, masalah TNB dan masalah paip SYABAS telah pun dikenal pasti. Kita juga mempunyai satu lagi masalah di mana masalah prosedur Pejabat Tanah dan Galian menyerahkan pindah milik tanah kepada pemaju belum diselesaikan. Saya faham keraguan dan kerisauan Yang Berhormat Batu dan saya jaminkanlah di sini bahawa semua yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan bahawa kerja- kerja ini akan mula dengan secepat mungkin setelah selesai sahaja isu utiliti ini, dan seterusnya kita akan pastikan surat perjanjian jual beli ini ditandatangani. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya sebenarnya ialah kita hendak dapat tahu tarikh. Saya tahu prosedurnya selepas ini apa akan dilakukan tetapi saya ingin dapat tahu, sudah tentu dalam perancangan ini, kerajaan mesti ada estimation bila tarikh ini akan berlaku. Setahun daripada sekarang?Atau dua tahun daripada sekarang?Atau sepuluh tahun daripada sekarang?
So, itu yang secara tepatnya. Apa yang saya lebih ragu lagi ialah kerana YTL sudah memperoleh 100 peratus saham dalam Sentul Development Berhad. Bermaksud, kita juga khuatir intervensi daripada KTMB itu sudah tiada dalam syarikat pemaju ini. Saya ingin dapat penjelasan yang tepat, bukan secara umum.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau saya dapat tetapkan masa itu sudah tentu saya akan tetapkan. Akan tetapi pada masa sekarang, saya dalam rundingan untuk mendapatkan fasa penukaran utiliti ini, jalan utiliti ini pada masa sekarang. Saya dapat memberitahu jawapan yang tetap bila bahagian utiliti ini diubah dan seterusnya saya boleh bagi tahu. Rancangan kerajaan sudah terlambat dua tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau mengikut rancangan kerajaan itu sudah lambat dua tahun. Akan tetapi kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, iaitu perkara- perkara yang tidak dapat dikesan sebelum kita membuat rancangan ini telah menyebabkan kelambatan dalam perkara ini. Saya jamin kepada Yang Berhormat selepas saya dapat keputusan daripada TNB tarikh-tarikh perubahan ini, maka saya akan terus panggil Yang Berhormat untuk bermesyuarat dan bagi satu tarikh yang tetap. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Setiausaha. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI PEKERJAAN SWASTA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem] dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH (KAEDAH-KAEDAH PEMULAAN TINDAKAN SIVIL) 2016 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Mahkamah (Kaedah-kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, sebelum Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 digubal, prosiding tindakan sivil di mahkamah ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980. Di bawah kedua-dua kaedah-kaedah mahkamah tersebut, sesuatu tindakan sivil dimulakan dengan empat cara permulaan prosiding atau, dengan izin, modes of commencement iaitu melalui writ, saman pemula atau originating summon, usul pemula atau originating motion dan petisyen. Walau bagaimanapun setelah berkuat kuasanya Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) pada 1 Ogos 2012, tatacara permulaan prosiding sivil di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi telah digabungkan kepada dua cara sahaja iaitu saman pemula yakni originating summon atau writ. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun KKM 2012 telah menetapkan cara permulaan prosiding sivil melalui saman pemula atau writ tetapi masih terdapat beberapa undang-undang spesifik yang menetapkan cara permulaan prosiding sivil dimulakan selain daripada saman pemula atau writ. Sebagai contoh, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah menetapkan cara permulaan prosiding sivil adalah melalui petisyen serta Akta Pengambilan Tanah 1960 melalui permohonan bertulis menggunakan Borang N di bawah seksyen 38(1) akta tersebut. Manakala Akta Profesion Undang-undang 1976 menetapkan prosiding rayuan bagi perintah muktamad atau keputusan Lembaga Tatatertib adalah dimulakan dengan usul pemula. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Mahkamah (Kaedah-kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 adalah satu akta baru yang digubal bertujuan untuk menyeragamkan kaedah-kaedah pemulaan bagi tindakan sivil di mahkamah, termasuk bagi kes yang masih berjalan dan yang masih belum selesai. Rang undang-undang ini turut digubal bertujuan untuk mengurangkan kesilapan pemfailan, cara pemulaan prosiding pihak pemula dalam tindakan sivil di mahkamah. Ini kerana kesilapan yang berlaku adalah satu kesilapan yang fatal kerana kesilapan tersebut boleh menyebabkan sesuatu kes itu dibuang oleh mahkamah, sekali gus menyebabkan kerugian kepada pihak-pihak dalam tindakan memandangkan ia melibatkan kos dan masa pihak-pihak tersebut, termasuklah kepada pihak mahkamah. Dengan adanya rang undang-undang ini mana-mana tindakan sivil yang belum selesai di mahkamah yang menggunakan kaedah pemulaan selain writ dan saman pemula sebelum berkuat kuasanya rang undang-undang ini dan tidak dikecualikan dalam Lampiran C KKM 2012, maka tindakan sivil tersebut adalah disifatkan atau dianggap telah dimulakan melalui saman pemula atau writ. Sebagai contoh, Akta Kesahtarafan 1961, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil 1955 yang sekarang ini menggunakan kaedah pemulaan melalui petisyen. Oleh yang demikian, selepas berkuat kuasanya rang undang-undang ini, maka semua tindakan sivil di mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis adalah diseragamkan dengan menggunakan cara prosiding pemulaan iaitu saman pemula atau writ melainkan jika akta atau ordinan memberi pengecualian dan pengecualian tersebut dimasukkan dalam Lampiran ‘C’ KKM 2012. Tuan Yang di-Pertua, sesi engagement di antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan semua kementerian,
jabatan, agensi yang terbabit, termasuk Majlis Peguam Malaysia telah diadakan pada 19 Julai 2016 untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan penggubalan dan pembentangan rang undang-undang ini. Sukacita dimaklumkan bahawa semua pihak telah bersetuju dan tiada halangan ke atas rang undang-undang ini. Elemen- elemen utama dalam rang undang-undang ini memperuntukkan seperti berikut. Fasal 1 tajuk ringkas dan pemulaan kuat kuasa. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 tafsiran. Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Fasal 3 penanganan tindakan sivil yang belum selesai. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menangani kaedah pemulaan dalam tindakan sivil yang belum selesai berbangkit daripada semakan semula kaedah pemulaan untuk tindakan sivil di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2012. Fasal 4 penyeragaman kaedah-kaedah pemulaan bagi tindakan sivil. Fasal 4 bertujuan untuk memperuntukkan penyeragaman kaedah pemulaan untuk tindakan sivil berbangkit daripada semakan semula kaedah pemulaan untuk tindakan sivil di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2012. Fasal 5 kuasa untuk menggantikan kaedah pemulaan dalam undang-undang bertulis. Fasal 5 bertujuan untuk memberi Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang kuasa untuk menggantikan apa-apa sebutan mengenai kaedah pemulaan tindakan sivil yang spesifik dalam mana-mana undang-undang bertulis dengan kaedah pemulaan yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah mahkamah yang berkenaan melalui penyemakan undang-undang atau cetakan semula mana-mana undang-undang yang bertulis. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berharap penggubalan rang undang-undang ini dapat menangani permasalahan kaedah pemulaan atau modes of commencement, dengan izin, bagi tindakan sivil di mahkamah yang masih belum selesai dan sekali gus menyeragamkannya dengan kaedah pemulaan tersebut. Rang undang-undang ini juga diharap dapat memantapkan dan meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan badan kehakiman negara. Oleh yang demikian, dengan penggubalan rang undang- undang ini kaedah pemulaan untuk tindakan sivil akan menjadi lebih teratur, cepat dan sekali gus menjaga kepentingan pihak-pihak dalam tindakan yang terbabit. Selain daripada itu, apa yang lebih penting dan utama, tujuan penggubalan RUU ini adalah untuk mengurangkan kesilapan pemfailan, cara permulaan prosiding pihak dalam tindakan sivil di mahkamah. Dengan adanya rang undang-undang kesilapan-kesilapan tersebut dapat diatasi dan menjimatkan masa serta kos pihak-pihak yang terlibat termasuk pihak mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi menangani kaedah-kaedah pemulaan dalam tindakan sivil yang belum selesai dan penyeragaman kaedah-kaedah pemulaan bagi tindakan sivil bagi penyemakan dan pencetakan semula yang berbangkit bagi undang- undang bertulis yang berkenaan dan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
Saya ingin tahu berapa ramai yang akan mengambil bahagian ini? Empat? Ya, Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hari ini tidak ada banyak yang saya hendak sebut sebab kalau ikut pindaan ini nipis sahaja. Dah tidak jumpa cari dah. Pertama, saya lihat bahawa pindaan ini adalah satu pindaan yang cukup bagus. Ini kerana kalau kita lihat bawah seksyen 3 kaedah tiga
dan juga kaedah empat itu, dia memberi satu jalan kepada pihak-pihak untuk memilih cara yang terbaik. Maknanya, kalau biasanya mungkin ada permohonan-permohonan di bawah undang-undang yang tertentu. Akan tetapi, sekarang kalau kes itu tidak selesai makna kita boleh diteruskan dengan rate ataupun dengan cara saman pemula. Cuma persoalannya dari segi kalau yang tertangguh itu sama ada feesnya, adakah sama ataupun akan ditambah bertepatan dengan rate ataupun saman pemula. Contoh kalau bawah judicial review ataupun petition of divorced ataupun dalam creditors petition, adakah perkara-perkara ini nak dimasukkan sekali? Adakah apa-apa lagi permohonan-permohonan lain yang kita hendak masukkan ya, yang lain-lain bawah undang-undang lain tu pun kita hendak masukkan sama. Dari segi penyeragaman itu, penyeragaman juga seelok-eloknya kita buat dalam mengikut kaedah-kaedah mahkamah tahun 2012. Ini kerana dahulu ada tiga perkara kaedah, tetapi di kumpul ke dalam satu kaedah, tujuan dia untuk memudahkan dan juga untuk menyeragamkan prosedur sivil itu sendiri. Kalau dahulu ada empat cara, sekarang ini berbagai-bagai cara kita ada di bawah undang-undang lain dan kalau dahulu ada empat cara dan dipermudahkan menjadi dua cara. Sekarang kalau yang banyak di bawah undang- undang lain kita boleh terus masukkan di bawah cara yang kata dua cara tadi. Bukan itu sahaja, ia bukan sahaja untuk memudahkan ataupun untuk menyeragamkan tetapi dia juga dengan pindaan yang ada ini sebenarnya dia boleh kita meningkatkan lagi mutu penyampaian. Bermakna dalam sistem keadilan kita di Malaysia. Cuma saya hendak bertanya pihak Yang Berhormat Menteri, sama ada kerana kita ada kaedah lima dalam kaedah mahkamah tahun 2012 itu. Maka pindaan ini, akta ini kita buat sebagai akta yang baru untuk menyesuaikan dengan kaedah mahkamah tahun 2012. Kena ada kaedah lima dalam kaedah mahkamah tahun 2012 itu. Saya rasa lebih mudah kalau kita ikut writ, banyaklah kes macam kes kontrak, tort dan sebagainya. Kalau yang kes-kes yang tidak melibatkan afidavit. Sebab saman pemula ini dia lebih mudah. Dia tidak perlu menggunakan dia panggil apa, substantial dispute ini. Makna, kalau substantial dispute of fact dalam kita punya claim kita, makna kita boleh pilih saman pemula. Ini kerana saman pemula ini lebih mudah. Mudah dari segi dia boleh menggunakan melalui afidavit, tidak melibatkan substantial disputes, jadi maknanya dengan undang-undang baru ini saya rasa lebih memberi kemudahan kepada semua pihak yang terlibat. Terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulakan dengan apa yang hendak dicadangkan. Saya percaya perkataan yang termustahak yang dipakai oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah seumpama ‘serenggam’kan, synchronize, make it easier, accessible.
Seragamkan.
Seragamkan, betul? Kalau sedemikian, kenapa undang-undang mengenai hal pembaharuan, Law Reform (Marriage and Divorce) Act telah ditunda. Saya tanya mengenai perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana pada tahun 2009, bila saya membawa perkara di mana seorang menukar agama dan melarikan dengan anak dia. Pada masa itu, Yang Berhormat Menteri Undang- undang memberi jaminan di Dewan ini mengatakan bahawa dalam masa yang tersingkat akan synchronize undang-undang berkaitan dengan itu, pandangan Kabinet. Itu adalah pada tahun 2009 bulan Mei, that is nearly eight years ago. Setiap sesi, setiap tahun perkara itu dibangkitkan hingga sekarang satu rang undang-undang mengenai perkara tersebut, patut disegerakan, patut diberi keutamaan, is it not Minister? The Sabah Minister, Dato’ Seri Joseph Kurup is here, Yang Berhormat. All this hard works may have gone to the drain. Kenapa? Adakah pihak-pihak yang tertentu tidak ingin menyegerakan rang undang-undang ini? Apakah hasrat mereka?
Yang Berhormat Bukit Gelugor bangun.
Ya.
Minta laluan ya Yang Berhormat Ipoh Barat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mencelah
dan hendak tanya pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan the Law Reform Marriage Act ataupun pindaan-pindaan yang dicadangkan yang sekarang ditunda. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat, memandangkan terdapat banyak kes spesifik yang menunjukkan terdapat satu masalah yang amat besar dan ketara iaitu dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the disparity between the judicial victim of the syariah and the civil courts. It is quite obvious that there are major disparities between the two. Adakah terdapat halangan yang unseen obstruction to the tabling of the bill, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. We see a lot of delay in the tabling of such bills. We have been told that the death penalty will also be abolished and replaced with the discretion on the part of judges. That again has taken many years to come to light, what is your view Yang Berhormat Ipoh Barat with regard to the delay in bills such as these? Terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh?
Yang Berhormat Subang bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat memberi ruang. Saya hendak sambung tajuk yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi dan minta pandangan. Secara prinsip, memang kita sokong apa-apa usaha kerajaan untuk seragamkan undang-undang demi kebaikan masyarakat dan sistem perundangan itu sendiri, itu memang kita alu-alukan. Dari semasa ke semasa kita akan dapat aspek-aspek yang perlu diseragamkan, yang mungkin yang terlepas pandang pada masa digubal pada peringkat awal di Dewan ini. Contoh yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Barat memang sangat penting. Masalah yang kita ada dengan isu penukaran agama, kanak-kanak yang telah berlangsung hampir 20 tahun Tuan Yang di-Pertua. Masalah ini bukan sesuatu yang baru, 15 hingga 20 tahun banyak kes-kes telah berlaku di mana, biasanya suami akan tukar agama. Dia akan memeluk agama Islam dan itu bukan satu masalah sebab dia orang dewasa sebab dia berhak tukar agama bila-bila pun.
So, dia berhak tukar agama, dia akan buat. Dia akan mendaftarkan diri sendiri di jabatan yang berkenaan sebagai seorang Muslim. Akan tetapi, biasanya dalam kes ini yang menimbulkan masalah itu, dia berumah tangga dan isteri masing-masing semasa masih berumah tangga memang dia bukan Islam. Isteri bukan Islam, mereka kahwin sebagai bukan Islam dan marriage itu, perkahwinan itu ada anak. Masalah timbul apabila suaminya tukar agama, dia bawa anak-anak yang bawah umur 10 tahun, tujuh tahun, tiga tahun dan daftarkan mereka sebagai anak-anak yang sekarang memeluk agama Islam tanpa keizinan isteri. Itu yang menjadi masalah. Ini bukan merupakan masalah kecil. Kita tahu ini masalah besar. Rang undang- undang yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, pindaan daripada Law Reform (Marriage and Divorce) Act adalah untuk selesaikan masalah itu. Kita mengalu-alukan pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan sendiri yang kita nanti-nantikan puluh tahun lebih untuk selesaikan masalah ini sudah ditangguh dan ditangguh.
Ya, ringkaskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat berucap.
Jadi, saya sokong penuh kerisauan-kerisauan yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Apakah yang sekarang walaupun kerajaan sudah susun satu pindaan yang sesuai untuk menangani masalah ini yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara, yang telah diluluskan oleh pihak Kabinet, semua peringkat telah dibentang sebagai first reading di sini, kenapa tidak diberi keutamaan dan ditangguh? Kita bagi keutamaan kepada rang undang-undang yang menangani masalah yang mungkin boleh dikatakan jauh lebih kecil dari segi impaknya kepada masyarakat kita. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat.
Baik, Yang Berhormat Ipoh Barat. Boleh?
Tidak mahu berbahas selepas ini Yang Berhormat?
Tidak, bukan. Ini hendak fasal isu yang ini Law Reform Act. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ipoh Barat, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya
mencelah. Keduanya Yang Berhormat Ipoh Barat, saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Tadi kita tengok Yang Berhormat Ipoh Barat daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, daripada Yang Berhormat Subang mungkin ada yang cakap ini bukan orang Islam, mereka memang suka dengan ini. Akan tetapi saya cakap dekat orang Islam, saya sendiri bersetuju bahawa sepatutnya Law Reform (Marriage and Divorce) Act ini dikedepankan, didahulukan. Oleh sebab perkara ini terlalu lama berlalu dan telah lama berlarutan. Saya rasa, setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Ipoh Barat sebenarnya apabila kerajaan melambatkan, seolah-olah kerajaan cuba hendak dengan izin sweep under the carpet masalah ini. Sedangkan kita patutnya berhadapan secara head on masalah ini. Biar kita selesaikan once and for all. Oleh sebab kalau tidak selesaikan dengan cara ini dan kita tidak tahu bila lagi akan dibentangkan, isu-isu seperti ini akan terus berlaku dan mungkin akan menyebabkan ramai orang yang akan jadi mangsa daripada ibu, bapa dan kanak-kanak dan sebagainya. Bagi saya, walaupun kita, kalau di sana orang Islam, we don’t have to be scared. Kita kena berhadapan secara gentleman. Apa yang kita hendak takut? Ini masalah yang berlaku real. Kami sebagai pengamal undang-undang memang kami merasakan ini perlu diselesaikan dengan segera. Saya kesian pada kerajaan ini. Sebenarnya saya kesian dua, satu yang Law Reform (Marriage and Divorce) Act, satu lagi saya kesian dengan PAS kena bohong dengan BN untuk ‘siang-siang hari’. [Tepuk] Kena bohong betul. Hari ini nombor 12, selepas itu jadi Yang Berhormat Pekan kata tidak mahu bawa pula. Itu kata Timbalan Perdana Menteri kita akan bawa. Hari ini tidak mahu bawa.
Ini tidak ada kaitan dengan pindaan Yang Berhormat.
Maknanya kena bohong. Betul tidak? Memang kena bohong. BN ini kerja dia bohong sahaja. Terima kasih.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Pasir Puteh bangun di belakang Yang Berhormat.
Sekejap. Saya jawab. Sudah lama. Saya tidak layak setaraf dengan Menteri mengambil semua soalan...
Izin untuk jawab sikit. Sikit sahaja.
Dia tidak bagi jalan lagi Yang Berhormat.
Tidak bagi lagi?
Ya.
Lepas ini, lepas ini.
Sikit, lepas itu. Yang Berhormat tiga kawan saya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Sepang semua sependapat mengenai Law Reform (Marriage and Divorce) Act. Saya akan hujahkan sedikit secara mendalam mengenai hal tersebut Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana saya ingin mulakan dengan tahun 2009. Ramai di antara kita yang tahu pada masa itu satu pandangan Cabinet Committee dibuat dan mengatakan bahawa, “if a conversion takes place, the child of the family shall be raised in the religion he was prior to the conversion either the father or the mother”. Ini pandangan Yang Berhormat Menteri, Jabatan Perdana Menteri pun ada di sini. Di antara committee. So many committees were formed over the years. Unfortunate for them, I’m here all this while. Otherwise, a lot of new things would have come out I think. Akan tetapi yang mustahak Tuan Yang di-Pertua, adalah di mana kerajaan satu pendirian, selepas kita membawa kes itu dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam tempoh lapan tahun and the case is still not over. The case is still pending on other issues. Akan tetapi akta ini, rang undang-undang ini kerana perlu di segerakan. Tiga isu yang mustahak dalam rang undang-undang ini perlu diambil kira. Adakah sesiapa yang duduk di sini akan menentangnya? There are three issues, primary issues dalam rang undang-undang ini, yang perlu kita fahami. Nombor satu yang saya kata sebelum itu pandangan Kabinet pada tahun 2009, ada di rang undang-undang ini. Nombor dua, adalah mengenai di mana saya ambil satu
kes dan ada banyak kes juga pada lebih kurang 10 tahun dahulu di mana seorang bapa kaya-raya, millionaire enggan memberi maintenance kepada anak dia yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, tertiary education. Ini kerana, akta yang sedia ada mengehadkan ke 18 tahun umur. We are doing a crime by assisting this father. We’re still doing the crime knowingly. Siapa yang membuat? Barisan Nasional.
Yang Berhormat.
This is wrong and you cannot! You must undo it. This is the best opportunity.
Yang Berhormat, balik kepada pindaan Yang Berhormat.
Berkaitan.
Saya tahu isu itu penting tetapi kembali kepada pindaan Yang Berhormat.
No problem. Ada sedikit sahaja kalau dibenarkan. Nombor tiga adalah mengenai di mana saya rasa saya sendiri telah ditipu. Maka saya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkara ini perlu diberitahu kerana ramai antara masyarakat tidak faham di mana harta. Harta apabila seorang menukar agama. Bila dia menukar agama, saya ada kes, saya ada bawa kes ke mahkamah, kalah di mahkamah. Selepas itu bawa perkara itu di Parlimen dan membawa rang undang- undang untuk seragamkan, synchronize so that it becomes so much better for both parties. Apabila seorang menukar agama dan dia kahwin atau dia meninggal dunia selepas itu supaya harta dia didivide kepada husband and wife. Akan tetapi ini adalah telah dilambatkan, kenapa? Pada tahun dulu Tuan Yang di-Pertua, 18 Ogos Yang Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa di Women’s Convention bahawa akta ini akan dibawa dan diurus. Pada 21 November, Menteri undang-undang mengatakan bahawa ini akan disegerakan. Saya ada kata, bahawa ini perlu difast-track. Akan tetapi ini nampaknya bukan fast-track, ini sudah jadi back-track. Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan akan mengambil pandangan ini dengan serius bahawa this will be an issue yang kita akan bawa kepada masyarakat mengatakan bahawa pendirian yang tidak setanding dengan universal acceptance of international laws di mana kita sendiri ada cadangkan rang undang-undang itu although eight years late. Mengenai rang undang-undang depan kita hari ini
Ya, yang pindaan sahaja Yang Berhormat.
Pindaan sahaja ya. Berkaitan. Need to be synchronized, need to be mode of commencement, read action, originating summons (OS), originating motion, petition, berkaitan, berkaitan.
Ya, but be specific on the marriage and those –kita tengok AUM nombor lapan.
Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai disparity perlu diambil perhatian, cari jalan supaya disegerakan. Let’s not be frightened and be scared of these certain small little mosquitoes ambiguous.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai khususnya mengenai rang undang-undang depan kita. Saya sokong rang undang-undang ini tetapi saya hendak tanya dua tiga hal, iaitu kalau kita tengok klausa lima dengan izin, Power to substitute reference to mode of commencement in written law. Notwithstanding the powers conferred under the Revision of Laws Act 1968, the Commissioner of Law Revision shall have the power to substitute. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke akta tersebut Revision of Laws Act 1968 itu adalah lebih kurang lebih dari dekat 50 tahun. Walaupun kita hari ini akan empower Commissioner tersebut tetapi dengan memberi kuasa kepada beliau dari segi undang-undang tahun 1968 ini adalah satu empowering yang sangat mengehadkan performance dia. Kenapa saya kata sedemikian? Ini adalah kerana cadangan di Parlimen kita kerap kali dibuat bukan baru dalam beberapa dekad ini. It must be a Law Commission untuk mengatasi, untuk mengetahui dan memberi pandangan mereka bukan kepada
kerajaan pada hari ini, not the goverment of the day atau Kabinet tapi kepada Parlimen direct. Ini adalah yang dibuat di UK dan di negara-negara lain. Apakah sebab walaupun kita memberi, we empower the Law Revision Commissioner yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara. Itu mengehadkan penglibatan beliau, peranan beliau why don’t we have a Law Commission, adakah kerajaan akan mengambil kira pandangan mereka sendiri beberapa tahun dulu di mana ini sedang dikaji. Saya ada kata Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita perlu kan satu kementerian, iaitu kementerian yang akan dikaji supaya dia kaji semua ini semua kaji-kaji ini 60 tahun kaji tetapi tidak kaji habis hanya mendapat gaji sahaja. Ini adalah perkara yang mustahak kerana voluntarily dalam they initiate on their own, get feedback from the public untuk memberi rekomendasi-rekomendasi yang tertentu. Ini adalah mustahak pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu selepas pemindaan ini saya percaya ia akan mempercepatkan penyelesaian kes di mahkamah. Saya difahamkan oleh seorang hakim bahawa Malaysia could be in the most unique of the leak of justice. Di mana time limit overrides everthing else, semua ada time limit apa dikatakan key performance index (KPI). Kalau kita berdepan dengan hakim-hakim mereka berkata “ada time limit for everything’’ hingga saya percaya Tuan Yang di-Pertua apakah peranan yang mereka main? Have they become robots in this country? Semua ada 14 hari, 13 hari, 10 hari dan lepas ini juga lepas akta ini dilulus, rang undang-undang ini diluluskan ia juga akan diimplementasikan untuk perkara-perkara yang diingini oleh kerajaan. Saya setuju bahawa kita perlu mempercepatkan penyelesaian kes-kes macam kes yang saya sedang buat Indira Gandhi sudah 8 tahun dari satu mahkamah ke satu mahkamah. Sehingga hari ini Inspector General of Police boleh mencari semua orang di Malaysia yang ada dan tidak ada. Akan tetapi seorang yang melarikan anak beliau 9 tahun dulu sampai sekarang tidak boleh cari. Walaupun ada perintah dari Mahkamah Persekutuan untuk mengarah beliau untuk membuat laporan kepada pihak-pihak berkenaan memberitahu apakah terkini mengenai perkara tersebut. Nampaknya ada beberapa orang yang above the law dan ini adalah perkara to speed up the proces of the court. Adakah ini berkaitan juga? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu dalam sistem yang kita ada sekarang berapa kes yang tertunggak di mahkamah akibat dari sebelum pelancaran rang undang- undang dilulus setakat ini, berapa kes yang tertunggak dan adakah kes-kes tersebut akan di-synchronize for easy disposal selepas rang undang-undang ini diluluskan? Adakah kes-kes yang dibicarakan ada masalah di mana preliminary objection adakah diambil di mana-mana kes di negara ini mengenai di mana oleh sebab mode of commencement was wrong or there was contrary to the Rules of Court 2012 dan apa yang akan dibuat oleh kementerian? Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Gelugor saya ingin ingatkan bahawa pindaan perbahasan pada peringkat ini hanya tertakluk kepada perkara-perkara yang dipinda dalam rang undang-undang, Yang Berhormat. Sesuai dengan peraturan mesyuarat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membuat perbahasan berkenaan dengan rang undang-undang ataupun cadangan pindaan kepada rang undang-undang ini. Sebelum saya bermula saya hanya ada dua isu yang ingin saya menimbulkan. Satu daripadanya ataupun tiga, satu daripadanya adalah seperti yang telah pun ditimbulkan oleh rakan saya Yang Berhormat Ipoh Barat iaitu berkenaan daripada pindaan-pindaan ataupun cadangan pindaan-pindaan kepada The Law Reform (Marriage and Divorce) Act di mana...
Still in the, senarai takwim Yang Berhormat.
Sorry...
Rang Undang- undang (Pindaan) (Perkahwinan dan Penceraian) masih dalam takwim nombor lapan Yang Berhormat.
Yes, saya faham.
We’ve not come to that yet.
Yes yes, tetapi apa yang saya ingin timbulkan adalah ini adalah satu perkara yang amat penting Tuan Yang di-Pertua, yang juga berkaitan dengan pindaan rang undang-undang hari ini. Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi bahawa ini perkara ini perlu dipercepatkan ataupun disegerakan dan dijadikan satu priority. Oleh kerana ini merupakan, this is the essence of the problem that this bill faces, dengan izin Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan the standardization of two very different systems of law which has resulted in great injustice, to families and have broken up families which we’ve seen in courts like in the case of Indira Gandhi and so on. Kenapakah rang undang-undang tersebut dilambatkan? Why is it not given priority? Itu adalah satu perkara yang perlu dijawab dengan segera. Saya faham ianya masih dalam order paper tetapi ianya perlu disegerakan dan dibawa sebagai satu keutamaan. Berkenaan dengan rang undang-undang hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menimbulkan bahawa seperti yang Yang Berhormat Menteri telah pun menyatakan tadi kesemua stakeholders termasuk Majlis Peguam telah pun diconsult dalam perkara ini dan telah pun merestui ataupun memberi persetujuan kepada pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini. Saya juga bersetuju, saya ingat kesemua Ahli-ahli Dewan di sini dan juga di sana mengalu-alukan cadangan-cadangan dan pindaan-pindaan di dalam pindaan rang undang-undang ini. It is without a doubt a step in the right direction dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Di mana adalah perlu kita membuat satu sistem yang seragam, so that we can avoid injustice or miscarriages of justice seperti di mana tindakan-tindakan difailkan dengan cara yang silap atau pun di luar masa dan sebagainya. Akan tetapi saya ingin bertanya berkenaan dengan satu prosedur iaitu berkenaan dengan judicial review, semakan kehakiman di bawah aturan 53 The Rules of Court 2012 di mana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum bahawa prosedur yang spesifik dinyatakan dalam kaedah tersebut di mana sesiapa yang ingin membuat semakan kehakiman terhadap satu keputusan or in against where a judicial review is filed against a decision of a public authority. Di bawah kaedah 53 Tuan Yang di-Pertua, ianya perlu difailkan dalam masa tiga bulan daripada tarikh keputusan public authority itu disampaikan kepada penuntut.
Now, ini adalah satu perkara yang perlu ditimbulkan dan ditangani Tuan Yang di-Pertua kerana Order 53 tersebut adalah satu order yang spesifik yang memberi satu jangka masa yang amat singkat iaitu hanya 3 bulan. Only 3 months to bring a judicial review action against a public authority. Now, ini adalah satu masalah yang berlaku setiap hari di negara ini. Misal katanya seorang askar atau bekas polis dia dibuang kerja daripada PDRM. Now, ini perlu dicabar melalui satu proses judicial review di bawah Order 53. Now, bila seorang bekas polis tersebut menerima notis bahawa beliau telah dibuang kerja sudah tentunya beliau memerlukan masa untuk mendapatkan khidmat guaman dan sebagainya. By the time he actually consults his solicitors, actually digests what has happened to him, it’s very likely that the 3 months period would have expired. Three months is a very short time compared to, dengan izin Tuan Yang di-Pertua perkara- perkara lain ataupun action yang lain seperti di mana di bawah Government Proceeding Act. Contohnya tuntutan-tuntutan terhadap kerajaan boleh dibawa dalam masa 3 tahun dan di bawah Akta Had Masa, The Limitation Act tuntutan-tuntutan terhadap private bodies boleh dibawa dalam masa 6 tahun. Dan dibawa untuk tuntutan-tuntutan berkenaan dengan hartanah dan sebagainya boleh dibawa dalam masa 12 tahun. Jadi kenapa terdapat satu disparity yang amat ketara. Why a public servant subject to such a short period of time or allowed such a period of time to challenge decision of a public authority. Ini adalah satu perkara yang amat tidak adil. It favours the government in a very unfair way. We have to remember Tuan Yang di-Pertua bahawa dalam kes-kes sebegini, the whole idea of today’s bill is to encourage uniformity or standardization. Why then, kenapalah memandangkan background tersebut, kenapakah seorang bekas polis ataupun seorang yang mendakwa beliau dibuang kerja secara tidak adil hanya diberi masa 90 hari to challenge the government. Why can’t he be given 3 years, the same as he would have been given under the Government Proceedings Act. Now itu adalah satu perkara yang timbul di mana sekiranya mode atau cara memulakan tindakan yang salah digunakan, maka seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ini adalah satu perkara yang boleh mengakibatkan satu boleh menjadi fatal kepada kes penuntut. Jadi sekiranya seorang
penuntut tersebut memilih untuk- atau misses the 3 month period, he will be without the remedy. Perkara tersebut telah berlaku banyak kali Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes di Perak seperti sebagai contoh di mana Menteri Besar Perak sekarang telah pun membawa tindakan ke mahkamah melainkan dengan mengguna Cara Aturan 53. A different procedure was adopted by the present Menteri Besar of Perak. Tetapi beliau dibenarkan membawa cara yang lain. Tetapi the vast majority of cases dengan izin Tuan Yang di-Pertua memerlukan seseorang penuntut membawa tindakan melalui Order 53. Kenapakah terdapat satu disparity di mana Menteri Besar Perak boleh membawa tindakan di luar masa yang dibenarkan di bawah Aturan 53 tetapi penuntut-penuntut lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Saya menimbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua oleh kerana ini adalah satu perkara yang berlaku, kerap berlaku di mahkamah. It is a problem which many claimants, or prospective claimants are not aware of, they’re not aware of such a short time limit in which they have to bring an action against the government. Ini perlu diseragamkan seperti niat rang undang-undang ini untuk diseragamkan dengan akta-akta lain yang mengenakan had-had masa untuk membawa tindakan seperti Government Proceedings Act, seperti Limitation Act dan sebagainya. Saya faham Tuan Yang di-Pertua bahawa perlunya ada untuk membawa tindakan terhadap public authority perlu dibuat dengan secepat mungkin. Tetapi tiga bulan itu terlalu cepat. Saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua ianya diseragamkan dengan 3 tahun. Di mana seorang penuntut boleh membawa tindakan seperti yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini untuk dibawa tindakan seperti yang dibenarkan dalam had masa di dalam Government Proceedings Act. In other words saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, agar satu proposal ditimbulkan untuk menyeragamkan semua had masa untuk semua tindakan dibawa terhadap government ataupun public authorities. Yang berkenaan dengan isu lain yang berkaitan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menimbulkan isu KPI yang ditimbulkan juga oleh rakan saya Yang Berhormat Ipoh Barat tadi berkenaan dengan the speed in which cases are resolved in court today tetapi there is one case Tuan Yang di-Pertua, which has been pending since 2006, filed into 2007, the case of Altantuya Shaariibuu. Itu adalah satu kes Tuan Yang di-Pertua which has suddenly fallen out of the radar. Dua orang disabitkan dan dihukum mati. Satu daripadanya di Penjara Kajang, lagi satu melarikan diri ke Australia. Ini adalah berkaitan Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan KPI. Saya hendak tanya kenapa pihak kerajaan hingga sekarang tidak membuat apa-apa usaha untuk membawa balik Sirul Azhar Umar dari Australia ke Malaysia untuk dijatuhkan hukuman. Saya faham Australia ada polisi untuk tidak menghantar balik tetapi satu permohonan boleh dibuat, itu dijaminkan sejak 2 tahun lalu. Tetapi for more than 2 years now Tuan Yang di-Pertua, langsung tidak ada sebarang usaha dibuat oleh kerajaan untuk melaksanakan jaminannya untuk membawa balik Sirul melalui proses ekstradisi. What is the reason?
Yang Berhormat saya mendapat signal daripada menteri ianya tidak berkaitan Yang Berhormat.
Saya saya menimbulkan perkara ini, saya akan menggulungkan Tuan Yang di-Pertua. Saya menimbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua sebelum saya membuat penggulungan. Oleh sebab saya berpendapat dengan rendah diri, ini adalah berkaitan Tuan Yang di- Pertua oleh kerana ini adalah berkaitan dengan KPI-KPI mahkamah yang dilaksanakan dengan ketat. It is imposed strictly, yet in certain cases, it is not imposed at all. Where is the uniformity? Where is the standardization of legal process which the Minister seems to be advocating so strongly?
Yang Berhormat Bukit Gelugor minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebelum Yang Berhormat membuat rumusan saya ingin mendapat pendapat Yang Berhormat mengenai satu trend baru kalau kita nampak di mahkamah di Malaysia khususnya berkait dengan death in custody. Kita dapati bahawa dalam kes Balamurugam yang banyak orang cakap sekarang, majistret telah memberi arahan kepada polis supaya Balamurugam dibawa ke hospital dan dibebaskan daripada tangkapan. Tetapi malangnya polis tidak bawa dia ke hospital ataupun bebaskan beliau tetapi beliau dibawa balik kepada balai polis dan beliau mati pada petang hari yang sama.
So, adakah ini satu trend baharu bila kita dapat, polis bergerak dengan punitive dan tidak menghormati perintah mahkamah? Is something wrong with the police or just that they have no respect for law anymore? Minta pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Klang. Berkenaan dengan isu death in custody, kita baru dapat berita yang malang berkenaan kes S. Balamurugan yang di mana satu– yet another death in custody case. We have had so many. Sudah tentunya whatever measures that have been taken untuk menangani masalah ini bukannya berefektif. The police obviously don’t care a damn with respect, when it comes to orders of court. To the extent that an important order to bring a suspect to hospital can be overlooked whether negligently or purposely or deliberately, we don’t know. Akan tetapi seorang telah pun meninggal dunia akibat tidak mengikuti atau mematuhi perintah mahkamah tersebut. Ini adalah satu perkara yang amat penting. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Klang bahawa ini adalah satu perkara yang perlu ditimbulkan dan saya akan timbulkan ini semasa perbahasan yang akan datang berkenaan dengan rang undang-undang yang seterusnya. Jadi itu sahaja yang ingin saya membawa kepada perhatian Dewan hari ini. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk membuat perbahasan ini.
Ya, Yang Berhormat Sepang, selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh gulung.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Seperti mana kawan-kawan lain, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya juga kenapakah rang undang-undang ini hendak dibawa di peringkat ini? Bagi saya isu commencement ini sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat Rules Committee. Kita sudah ada Rules of Court, kalau kita hendak pinda kita boleh pinda Rules of Court sahaja 2012 itu kita masukkan apa-apa peruntukan yang kita rasa perlu dalam itu. Tak perlulah hendak buat satu akta lain pula sebab saya rasa makin banyak akta ini makin mengelirukan ramai orang. Mengelirukan peguam, mengelirukan pelajar undang-undang, pensyarah undang- undang dan saya rasa tidak perlu pun. Saya merasakan bahawa pindaan ini sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat committee sahaja. Itu yang pertama. Keduanya, saya juga ingin bertanya kepada pihak Menteri, kalau kita lihat kepada pindaan ini lebih kepada isu writ saman dan juga originating summons (OS). Tadi kita dengar daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang mengatakan bahawa di sana ada satu peruntukan mengenai judicial review Aturan 53 yang ini juga menghantui ramai pengamal undang-undang sebab kadang-kadang kita pun tidak pasti sebenarnya, apa cara yang sebenarnya untuk kita failkan kes-kes di mahkamah? Tadi dikatakan oleh pihak Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam kes judicial review walaupun kita kadang- kadang hendak fail dalam masa tiga bulan itu agak sukar. Akan tetapi di sinilah saya rasa ada satunya pertentangan. Kita ada Akta Had Masa yang memperuntukkan kalau kita hendak saman pihak kerajaan kita ada tiga tahun ataupun pihak-pihak yang dipanggil statutory bodies ini. Akan tetapi dalam masa yang sama kita hendak kena fail melalui judicial review kerana kita mencabar keputusan pihak berkuasa ataupun public authority yang mana dikatakan dalam Order 53 mesti dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh kita keputusan itu dikomunikasikan kepada kita. Jadi seolah-olah yang saya rasa point Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi, Procedure Rules ataupun Undang-undang Prosedur ini mengatasi undang-undang substantive iaitu Akta Had Masa. Kita ada tiga tahun untuk substantive tetapi untuk procedure ada tiga bulan sahaja. Kalau kita fail melalui OS dan sebagainya, biasanya mahkamah akan tolak walaupun dalam Rules of Court 2012 itu ada menyatakan, kalau kita lihat kepada Aturan 3 tadi saya hendak bacakan dalam Rules of Court; “A court or judge shall not allow by any preliminary objection by any party to any cause or matter or proceedings only on the ground of non-compliance of any provision of these rules unless the court or judge is of the opinion that such non-compliance has occasioned a substantial miscarriage of justice or occasioned prejudice that cannot be cured either by amendment or an appropriate order for costs.” Akan tetapi pengalaman kami sebagai pengamal undang-undang ini, walaupun kita mungkin quote Aturan 3 ini tetapi selalunya mahkamah ini kadang-kadang dia melihat
siapa parti yang ada di hadapan itu. Saya hendak beri contoh, tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tentang kes yang melibatkan Kerajaan Negeri Perak. Saya tahu sangat sebab saya terlibat dalam kes itu, saya nyatakan kepentingan saya lah. Saya terlibat dalam kes Yang Berhormat Nizar yang melibatkan kes power grab orang kata di Perak itu, apabila Barisan Nasional memfailkan bukan melalui judicial review, melalui originating summons yang bagi kami ini adalah satu prosedur – dan kami bangkitkan bantahan di Mahkamah Persekutuan ini salah. Akan tetapi ketika itu apabila yang fail itu UMNO, Barisan Nasional mahkamah boleh putuskan– mahkamah tertinggi boleh memutuskan, oh! Cara itu okey. Akan tetapi bila kita failkan dengan cara lain, cara yang sama kes yang lain kita ditolak pula. Ini menunjukkan ada satu pemakaian undang-undang yang nampak tidak seragam. Oleh sebab itu saya katakan tadi, mahkamah ini dia melihat parti siapa yang pihak-pihak di hadapan dia. Ini yang kadang-kadang akan menimbulkan satu persepsi negatif kepada mahkamah. Kita– saya hendak beri contoh banyak kes yang diputuskan oleh mahkamah ini kadang-kadang kita jadi keliru sebenarnya apakah kaedah yang sebenarnya kita kena ikut untuk kita failkan satu kes di mahkamah? Saya hendak beri contoh juga kepada Menteri ya. Kalau kita lihat dalam Order 53 dia mengatakan kalau kita hendak fail judicial review yang kita minta dia panggil prerogative orders ya, undang-undang seperti certiorari, mandamus, quo warranto dan sebagainya memang kita kena failkan kita fail melalui judicial review, semakan kehakiman. Akan tetapi dalam Order 53 juga mengatakan kalau kita hendak minta declaration pun kita kena failkan judicial review. Oleh sebab itu dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Subang ketika dia memfailkan kes yang melibatkan Bar Council itu tentang sama dia sebagai pemegang jawatan boleh tidak – sebagai pemegang jawatan dalam parti politik boleh tidak memegang jawatan di dalam Bar Council? Dia terpaksa oleh sebab dia mohon declaration dia terpaksa point judicial review. Jadi saya ingin mengatakan di sini kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya harap selepas ini Menteri-menteri jumpa jugalah – kalau boleh buat satu dialog dengan hakim-hakim ni. Hakim-hakim ni pun satu hal juga. Saya minta maaflah. Saya memang pening dengan hakim-hakim ini. Sekejap dia bagi ‘A’, sekejap dia bagi ‘B’ sebab itu saya ada tengah baca satu buku di Amerika ini ada satu profesor tulis di Amerika ini dia kata “It’s high time for us to abolish the Supreme Court”. Ha, sampai peringkat itu. Akan tetapi di sini tidaklah sampai ke peringkat itu ya. Kita bukan hendak cadangkan begitu tetapi kita hendak katakan kalau boleh saya hendak mencadangkan Menteri-menteri kalau boleh kena jumpa dengan hakim- hakim ini untuk minta supaya mereka utamakanlah justice bukan fasal prosedur sangat sebab prosedur ini bagi saya ia adalah ibarat kalau kita hendak pergi satu destinasi kita naik kereta, naik motor yang penting destinasinya sama. Sama ada kita fail writ saman kah, OS kah, dulu ada motion ada petition kah, tujuannya, matlamat akhirnya sama iaitu untuk kita mendapatkan keadilan untuk anak guam kita. Itu adalah hanya sama ada kita hendak lalu jalan raya atau lebuh raya. Itu sahaja beza dia. Akan tetapi mahkamah selalu memandang prosedur ini satu perkara yang amat penting sehingga kadang-kadang dia menyebabkan miscarriage of justice ataupun apa dalam bahasa Melayu saya tidak pastilah. Saya harap Yang Berhormat Menteri fahamlah ya.
Ya, boleh sambung petang nanti Yang Berhormat.
Sambung petang? Okeylah.
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)mempengerusikan Mesyuarat]
Ya, Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menyambung perbahasan mengenai rang undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang Mahkamah (Kaedah-kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016. Tuan Yang di-Pertua, saya telah bangkitkan tentang sebenarnya tidak perlu pun rang undang-undang ini dibawa di sini. Sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Peraturan ataupun closed committee. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri kenapakah cadangan rang undang-undang ini tidak dimasukkan dalam the existing Rules of Court 2012 bagi membolehkan kita hanya ada satu sahaja undang-undang prosedur. Sekarang ini, dengan ada ini, maka kita terpaksa rujuk kepada rang undang-undang ini, rujuk kepada rang undang-undang Rules of Court. Kalau kita hendak ada kes lain pula, kita mungkin rujuk kepada– macam criminal law juga lah. Sekarang kita ada CPC, kita ada SOSMA. Jadi ia menunjukkan kita hendak seragamkan undang-undang tetapi kita membanyakkan rang undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan point tambahan saya iaitu berkaitan dengan the Rules of Court yang memperuntukkan bahawa sebenarnya Rule of Court 2012 itu telah dipinda secara substantialnya or substantive bagi membolehkan dengan izin facilitate perbicaraan dalam mahkamah. Di mana dulu kita prosedur yang berlainan antara Mahkamah Rendah dengan Mahkamah Tinggi tetapi sekarang ini kita sudah gabungkan semua jadi satu rule sahaja. Rules of Court. Dulu kita ada Subordinate Courts Rules, kita ada Rule of High Court 1980 tetapi sekarang sudah digabungkan semua, jadi satu rules sahaja. Malahan kita telah gugurkan beberapa dengan izin mode of proceeding seperti petition dan juga motion. Saya rasa kalau lawyer yang senior memang mereka agak keliru juga dengan prosedur ini sebab kita sudah biasa dengan motion dan sebagainya. Saya sendiri akui mula-mula bila rules ini diperkenalkan, saya pun rasa agak janggal juga sebab saya sudah biasa dengan kaedah-kaedah lama. Akan tetapi kita terpaksa adapt juga, hendak buat macam mana. Cumanya, seperti mana saya cadangkan tadi, saya harap sangatlah cadangan saya supaya pihak Menteri jumpa dengan para-para hakim ini dapat dilaksanakan sebab saya rasa amat penting untuk pihak mahkamah ini mengetahui apa intention legislature ini. Ini kerana kalau kami cakap sahaja kadang-kadang mahkamah tidak dengar. Saya bukan– saya tahulah tidak seharusnya satu pihak eksekutif ini jumpa dengan mahkamah sebab it is not a good practice tetapi it is important for us to state our intention to the judiciary dengan izin, supaya mereka dapat mentafsirkan undang-undang ini untuk melaksanakan hasrat Parlimen ini. Kita tidak mahu nanti di Parlimen ini tujuan kita buat pindaan untuk hendak facilitate the perbicaraan sebab kita punya aim adalah to dispense justice tetapi bila kita pergi ke mahkamah pula, lain yang berlaku. Macam kami sebagai Ahli Parlimen, kalau kami beritahu dengan hakim sebenarnya intention Parlimen begini, begini, dia kata dia tidak ambil kisah. Dia tafsirkan apa yang dia rasa wording yang dia pakai dalam undang-undang itu. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu isu yang saya hendak tambah di sini iaitu berkaitan dengan isu permohonan untuk dapatkan remedy declaration ataupun declare to relief. Kalau kita lihat dalam Rules of Court, Yang Berhormat Menteri, sebagai contoh kalau kita lihat dalam Peraturan Lima ataupun Order Five, Aturan 5, Kaedah 2. Dinyatakan bahawa, izinkan saya baca seperti berikut. Dalam Order 5 (O.5, R.4) ataupun Aturan Lima, Kaedah 4(b), “Proceeding, in which the sole or principal question at issue is or is likely to be one of the construction of any written law or of any instrument made under any written law, or of any deed, will, contract or other document or any other question of law; or…are appropriate to be begun by originating summons unless the plaintiff intends in those proceedings to apply for judgment under Order 14…” Iaitu berkaitan dengan summary judgment ataupun Order 81 summary judgment juga berkaitan dengan “...landed property or for any other reason considers the proceedings are more appropriate to be begun by writ”. Saya rasa saya setuju, tidak ada masalah dengan undang-undang itu tetapi kalau kita lihat kepada peraturan dalam judicial review ataupun semakan kehakiman, Order 53, Rule 2. “An application for judicial review may seek any of the reliefs, including a prayer for a declaration, either jointly or in the alternative.” Apabila kita memohon declaration, biasanya kita mohon satu perintah pengisytiharan untuk isytiharkan sama ada undang-
undang ini bercanggah atau tidak dengan akta ataupun ultra vires Perlembagaan dan sebagainya. So, dalam kes begitu biasanya kita minta perintah declaration ataupun pengisytiharan. Akan tetapi apa yang berlaku kalau dalam Rules of Court sekarang ini nampak macam ada dua remedy yang kita boleh gunakan. Satu, kita file judicial review dan satu lagi file OS tetapi bagi saya, Yang Berhormat Menteri, prosedur yang sepatutnya ialah prosedur OS sahaja tidak perlu judicial review sebab judicial review ini kita terikat dengan masa tiga bulan. Selepas itu kena dapat leave of the Court atau dapat kebenaran mahkamah dan leave itu sendiri adalah sesuatu yang bukan mudah. Kalau di UK dia kata hendak dapat leave itu macam dapat menang loterilah. It is not easy to get the leave. Walaupun dia punya threshold very low tetapi realitinya memang tidak semudah itu.
Jadi saya ingin mencadangkan, kalau boleh, dalam kes-kes yang kita mohon declaration sahaja, kita mohon dalam perintah itu— sebagai contoh, ada satu akta dibawa di Parlimen ataupun di negeri yang kita rasa akta itu atau enakmen itu bertentangan dengan perlembagaan, maka kita ingin cabar, dengan izin, constitutionality of the act. Jadi, ia hanya melibatkan construction of akta ataupun tidak melibatkan pertikaian fakta yang mana fakta-fakta boleh dikatakan dipersetujui. Akan tetapi kalau berdasarkan the present scenario, the present scheme of law itu, kita rasa memang kalau kita fail melalui OS, akan ada bantahan. Kenapa dia kata oleh sebab kamu saman kerajaan—biasanya kita akan saman pihak berkuasa awam sebab biasanya yang buat undang-undang ini ialah pihak berkuasa awam sama ada kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat. Jadi kalau kita fail OS (originating summons), mereka akan membuat bantahan. Mereka kata oleh sebab kamu namakan kerajaan, maka dia adalah pihak berkuasa awam, maka kamu kena fail judicial review. Jadi kalau kita fail lebih dua tiga bulan, dia kata permohonan ini adalah irregular, maka dia boleh— mahkamah biasanya akan terima dan akan tolak. Sedangkan, isu yang kita hendak bangkitkan itu penting sama ada undang-undang itu adalah sah atau tidak sah. Sepatutnya dalam keadaan begitu, kita pentingkan isu itu, bukan pentingkan mode of proceeding. Jadi saya harapkan kalau sekiranya dalam kes yang melibatkan permohonan untuk mendapatkan declaration sahaja, dalam kita punya player kita hanya dapat declaration sahaja, sepatutnya kita buang, kita hapuskan daripada Order 53 itu berkaitan dengan perlunya declaration ini dipohon melalui judicial review. Saya harap Menteri faham. Saya rasa Menteri sebagai lawyer boleh faham. Sebab, ini adalah antara dilema kami hadapi. Kadang-kadang kami hendak apply declaration sahaja sedangkan perintah lain kami tidak apply, tetapi oleh sebab adanya declaration, adanya Order 53 ini, terpaksa kita pergi judicial review. Jadi saya rasa ini satu perkara yang seharusnya diambil beratlah oleh pihak ini. Seterusnya, Menteri, saya juga ingin membangkitkan tentang petition. Walaupun dalam Rules of Court telah pun dihapuskan mode of proceeding dalam bentuk petition ini, tetapi kita masih ada lagi dalam undang-undang existing laws seperti election petition, pilihan raya, kita ada divorce petition, kita ada winding up petition dan semua ini adalah melibatkan undang-undang yang spesifik. Saya lebih hendak fokuskan fasal election petition. Ini masih lagi yang mengigaui pengamal undang-undang. Saya tidak tahulah, saya rasa ramai peguam yang memang malas hendak buat election petition ini sebab boleh dikatakan 99.9 percent kes- kes election petition ini ditolak kerana bantahan teknikal kecuali di Sabah dan Sarawak. Saya harus puji juga Sabah dan Sarawak ini. Nampaknya hakim-hakim di sana lebih menghargai isu tentang purity ataupun the cleanliness of the election. Mereka lebih hendak memastikan seseorang calon itu menang dengan bersih, sebab itu mereka selalunya akan benarkan perbicaraan. Akan tetapi di Semenanjung ini, minta maaflah, saya ada pengalaman yang banyak buat kes petisyen pilihan raya ini. Saya tahu, semenjak mula-mula merdeka sampai sekarang yang saya ingat saya pernah buat election petition, hanya sekali sahaja,masa itu saya menjadi peguam PAS, hanya sekali sahaja PAS menang petisyen pilihan raya. PAS fail banyak tetapi menang sekali sahaja iaitu kes yang melibatkan DUN Sanglang. Itu pun kes itu terlalu jelas. Kes lain walaupun jelas pun kalah juga. Dahulu kes Rafidah Aziz sign borang penamaan calon, daripada tiga borang, dia sign satu sahaja, dua borang lagi dia tidak sign. Kita fail ke mahkamah, kalah. Akan tetapi dalam kes-kes yang melibatkan petisyen ini, kadang-kadang kita alleged ada rasuah pun tidak pergi bicara juga, ditolak juga.
Jadi, saya mengharapkan supaya Rang Undang-undang Petisyen Pilihan Raya ini juga satu perkara, walaupun tidak masuk dalam ini, tetapi saya harap kerajaan ambil berat juga. Walaupun sudah dipinda sekarang ini, ada beberapa provision yang telah dipinda tetapi bila dipinda pun, masih lagi—ini bukan saya kata salah hakim, peguam pun sama khususnya peguam-peguam yang menentang petisyen itulah. Saya hendak bagi contoh. Kalau election petition rule ini, ada satu Kaedah 15. Kaedah 15 ini berkaitan dengan servis. Kalau dahulu punya Kaedah 15, saya rasa tidak ada orang faham termasuk lawyer pun tidak faham, hakim pun tidak faham. Sudahlah tidak ada koma, ayat dia tidak ada tanda titik. Saya baca beribu kali pun tidak faham. Selepas itu dipinda. Bila dipinda ini, ada juga yang membuat tafsiran yang tidak masuk akal. Saya hendak beri contoh. Ada peguam yang mentafsirkan kita kena serve election petition ini secara personal service. Maknanya petitioner itu sendiri yang kena serve. Kalau saya yang fail petition, saya kena serve pada orang itu, bukan pakai ‘...’. Ini satu tafsiran yang memang tidak masuk akal. Bayangkan kalau petitioner itu seorang yang cacat, dia berkerusi roda, maka dia juga kena serve. Mana boleh terima, tidak masuk akal. Tetapi ada hakim yang terima tafsiran begitu sebab dia melibatkan petisyen ke atas Barisan Nasional. Ini masalah saya katakan tadi. Apabila melibatkan parti yang siapa parti yang dihadapkan di mahkamah. Ini persepsi dia. Saya tidak kata mungkin hakim itu dia memihak Barisan Nasional tetapi selalunya apabila kes yang ditafsirkan oleh peguam-peguam Barisan Nasional ini, walaupun tidak masuk akal, hakim boleh terima. Jadi, saya harap perkara ini dapat diselesaikan sebab saya sendirilah, saya rasa memang election petition ini buang masa sajalah sekarang ini. Sebab, sekarang ini hampir mustahil hendak fail election petition, hampir mustahil kita hendak mencabar kemenangan mana-mana calon walaupun kemenangan itu mungkin dengan kemenangan yang tidak betul. Pertama, sudah dinaikkan deposit, sudah makin mahal. Keduanya, kos tinggi. Ketiganya, susah hendak bicara. Keempatnya, undang-undang yang pelik. Undang-undang election petition ini memang pelik daripada undang-undang lain. Kalau saudara yang buat election petition, tahu sangatlah undang-undang ini. Kadang-kadang lawyer tidak dibenarkan berhujah pun ada sebab ada bantahan. Lawyer yang fail kes itu tidak dibenarkan berhujah. Seperti contoh Yang Berhormat Subang,saya masih ingat masa saya—ada satu kes di mahkamah, atas bantahan daripada pihak satu lagi, dia tidak dibenarkan bercakap pun. Hendak bercakap pun tidak boleh. Itu dia nature of objection daripada pihak-pihak yang memfailkan petisyen ini. Jadi saya harap, Menteri, kalau kita betul-betul hendak safeguard, protect the purity of election, maka undang-undang election petition ini kita harus ambil kira jugalah. Kita mesti cuba perbaiki supaya— bukan saya kata maknanya kita hendak sampai ke peringkat semua election petition kita boleh cabar, tetapi dipermudahkan sedikitlah ya supaya hasrat kita hendak melihat mana-mana calon menang dengan baik itu dapat tercapai. Akhirnya, Menteri, saya ingin tanya kepada Menterilah, selepas akta ini kalau dikuatkuasakan, adakah akta ini dia akan mengatasi Rules of Court ataupun macam mana? Katakan adanya perselisihanlah ya, adanya mungkin lacuna dan sebagainya ataupun adanya pertentangan, kita hendak pakai yang mana? Hendak pakai yang ini atau Rules of Court? Sebab, saya tidak nampak dalam kaedah ini ada dinyatakan dalam keadaan begitu macam mana berlaku. Sebab, kita kadang-kadang kalau sesetengah undang-undang dia kata kalau ada pertentangan, so this law prevail. Tetapi dalam kes ini, saya hendak tahu macam mana sebab saya tidak jelas kaedah ini adakah dia sebagai tambahan sahaja ataupun dia juga adalah satu kaedah yang boleh dalam keadaan tertentu dia mengatasi Rules of Court 2012 itu. Jadi saya rasa itu sahaja yang dapat saya bahaskan mengenai undang-undang ini. Saya minta maaflah walaupun itu— saya tidak boleh hendak setujulah sebab saya rasa sepatutnya kita pinda Rules of Court itu daripada kita buat satu undang-undang baru. Terima kasih.
Ya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab persoalan yang dibangkitkan, saya mohon untuk sama-sama kita mengalu-alukan kehadiran Wanita UMNO daripada
kawasan Beluran di Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Tahniah kepada Ahli Parlimen Beluran.
Ya. Kawasan Speaker, Yang Berhormat.
[Ketawa] Okey. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, sejak semalam saya dan rakan-rakan pegawai yang terlibat puas memikirkan bagaimana dapat kita bantu dan menjangka perkara yang bakal dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat kerana akta ini merupakan satu akta yang straightforward, dengan izin, iaitu mengenai untuk menyeragamkan dan kita dapat juga mengelakkan salah faham. Ramai Ahli Yang Berhormat sebut pemahaman selepas kita ada KKM 2012 dan sebagainya, tetapi memang saya terhibur.
Jangkaan saya mungkin meleset, Yang Berhormat semua cekap. Ambil perkataan saya pasal menyeragamkan itu, cerita fasal benda jauh sikit, tak apa, okey, it’s okey. Law reform pun keluar, tentang bidang kuasa, jurisdiction pun keluar.
Never too far.
Ha, tak apa, tak apa. Selepas itu yang tak disebut mungkin kenapa hukuman berbeza-beza, atas satu kesalahan sahaja Yang Berhormat tak sebut. Kita tak boleh seragamkan semua Yang Berhormat ya. Akan tetapi yang kita hendak buat ini tentang modes of commencement, tentang permulaan satu-satu tindakan yang bakal diambil oleh pihak-pihak yang bertelingkah daripada empat kepada dua. Hari ini saya hendak beritahu bahawa ada jadual ataupun Lampiran C seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang, election petisyen adalah di dalam Lampiran C yang tidak terlibat. Ia ada disebut secara jelas. Disebut juga tentang tadi mati dalam tahanan dan sebagainya. Ini juga tak berkaitan dengan undang-undang jenayah. Ini hanya mengenai undang-undang sivil. Disebut juga tentang tadi Yang berhormat Ipoh Barat, rakan saya, dia bawa pasal law reform. Okey, saya semak ada nombor 8, law reform marriage and divorce ini akan dibentangkan. Jadi, kalau Yang Berhormat hendak cepat, patut janganlah bagi lama-lama saya punya ini, kita lulus sahaja, cepat sikit nombor 8 itu naik. Saya sudah risau ini Tuan Yang di-Pertua, sebab selepas ini ada satu lagi iaitu Saraan Hakim. Nanti Yang Berhormat cerita lagi pasal semua kes mahkamah. Tak, dia sebenarnya yang ini hendak cakap pasal tentang macam mana hendak mulakan prosiding. Jadi, saya hendak jawab hanya mengenai perkara itu. Nanti Saraan Hakim pun, tentang Saraan Hakim sahaja, nanti saya jelaskan rang undang-undang yang lepas ini. Jadi, kalau hendak cepat untuk law reform, sama-samalah kita cepatkan dua undang-undang yang saya hendak bentang ini.
Penjelasan sedikit.
Hai, belum jawab lagi.
Bukan, bila saya membangkitkan law reform itu, tiba-tiba- nombor satu, kita mahu faham. Yang Amat Berhormat pada Ogos dahulu mengatakan bahawa ini akan disegerakan. The Women Convention. Selepas itu pada 21 November, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa selepas ini ditablekan ia akan didebate. Ia at all material time was second or third or fourth dalam list, tiba-tiba ia masuk kesembilan. Kita semua tahulah kerana ada desakan-desakan tertentu. Jadi, itu saya satu cara, saya tidak ada cara yang lain. I cannot go at mock, I can just bring it here to your attention supaya kita menyegerakan perkara yang is a win-win position untuk semua.
Faham, faham. Noted. Nanti bila tiba pula akta itu, Yang Berhormat bahas lagi panjang-panjang sebab ini dibacakan pada tahun lepas, 15 November di Dewan ini bacaan kali yang pertama. Kemudian sudah bawa dalam order paper. Cuma nombor 8 itu boleh disegerakan kalau yang nombor 1,2,3,4,5,6 itu kita cepat sikit. Saya hendak jawab yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Ini berkaitan. Dia bertanya tentang apakah fi jika kes-kes yang belum selesai itu dinamakan di antara salah satu. Betul Yang Berhormat, tidak ada fi yang dikenakan. Kita anggap yang telah difailkan mengikut mode yang tertentu hanya akan dipinda kepada salah satu dan tidak akan dikenakan fi tambahan kerana kita sifatkan ia sebagai satu saman pemula yang sudah bermulalah. Kedua, Yang Berhormat Ipoh Barat bertanyakan tentang kes sivil sebelum rang undang-undang ini.
Sikit mengenai fi, penjelasan. Yang Berhormat, saya terperanjatlah bila kita meluluskan, bukan kita, peguam-peguam dan CJ 2012, rules of the High Court. Tiba-tiba semua bayaran fi telah lipat ganda. What is the whole idea? Justice is for sale is it? Kenapa kita perlukan menaikkan taraf atau wang tersebut, filing fee, selepas itu sekarang allocator- yang by consent pun kena allocator. The whole idea, nampaknya persepsi masyarakat untuk timbang tara, the mechanism, the weighing machine is one sided, it is like it is not for justice, it is in the interest of making money. So, what is your view Yang Berhormat Menteri? Adakah kita perlu semakan dibuat kerana nombor satu nampaknya kenaikan itu no justifikasi. Kita susahkan- why people come to court? Because, mereka susah. Ada ramai di antaranya yang tidak dapat bayar wang to lawyers, pro bono kita buat, bawa ke mahkamah, dia perlukan filing fee, extraction fee, semua macam-macam, semua lipat ganda. Apa rasional dia?
Saya tak dapat bagi off-hand sebab kita- saya tak ada. Kalau saya buat-buat jawapan pun tak berapa bagus. Akan tetapi kalau saya ada bahan nanti, saya boleh bagi Yang Berhormat. Akan tetapi saya rasa perkara ini boleh dibangkitkan untuk berbincang dengan pihak mahkamah, terutama melalui Bar Council jika benar-benar ia membebankan dan sebagainya. Akan tetapi pada saya, memang ada kenaikan seperti yang disebut, cuma saya tidak berada dalam kedudukan untuk memberitahu kenapa ketika itu dinaikkan jumlah fi. Saya ada senarai fi kalau Yang Berhormat tanya. Cuma saya tak jangka untuk tanya kenapa ia dinaikkan. Akan tetapi saya percaya kalau ada bahan, saya akan bagi Yang berhormat tentang apakah justifikasi dalam penentuan kadar fi yang telah ditetapkan, yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.
Lagi satu Yang Berhormat, minta maaf, minta maaf. Bila dia increase fee, okeylah. Itu cari makan untuk kerajaan. Akan tetapi untuk judgement sum, the interest was reduced. Nampaknya at both ends lose, it is a lose-lose for the... kenapa reduce the interest from eight percent to five percent? Apa dia punya rasional? Orang-orang yang duduk dalam aircond dia tak tahulah, those who are suffering on the outside, outside world. Apa rasional dia?
Tuan Yang di-Pertua, saya dengar banyak ini kes yang dibangkitkan ini bagus sewaktu Titah Diraja itu dibangkitkan, boleh kita jawab sekali ataupun soalan lisan sebab ia ada banyak. Saya tak kata saya setuju atau tak setuju, cumanya isu-isu yang dibangkitkan ini kita dengar, saya percaya akan diangkat ke peringkat yang sepatutnya seperti Yang Berhormat nyatakan ini. Akan tetapi kalau Yang Berhormat boleh tanya sewaktu Titah Diraja itu lagi baik. Yang Berhormat tanya soalan Menteri pun baik juga ataupun mungkin soalan lisan, soalan bertulislah sebab very specific dan saya tidak ada bahan dalam soal untuk kita membuat rang undang-undang baru bagi digunakan sebagai permulaan kepada satu-satu prosiding.
Boleh bagi jawapan bertulis, so I don’t want to go further on this. Thank you.
I am not sure whether saya perlu bagi jawapan bertulis atau tidak dalam soal-soal yang dibangkitkan di luar daripada skop perbincangan ini. Akan tetapi saya akan jumpa Yang Berhormat kalau saya ada bahan. Sebab ini bukan official request yang mesti saya jawab sebab tajuk kita ini adalah mengenai perkara yang very straightforward iaitu untuk menentukan kaedah bagi digunakan oleh pihak yang bertelingkah di mahkamah kita. Akan tetapi dari segi soal fi, details, itu soal proses mahkamah keseluruhan. Saya akan cuba dapatkanlah tetapi saya tak boleh janji itu sebagai satu jawapan yang mesti saya kemukakan. Tak adillah untuk saya jika semua tanya tentang soal prosedur mahkamah dalam satu rang undang-undang yang sangat spesifik sebegini. Namun begitu, saya akan cubalah cari jawapan itu, kita berbual-buallah nanti. Ya, Yang Berhormat? Sebab jawapan saya tak boleh dikira official kerana ia tidak melibatkan tajuk perbincangan. Kemudian Yang Berhormat, yang ini Yang Berhormat tanya saya boleh jawab. Kes tertunggak, untuk rekod, kita boleh rekodkan di Dewan ini. Kes tertunggak. Sehingga hari ini adalah Mahkamah Tinggi - 51,697 kes, Mahkamah Sesyen - 14,853 kes, Mahkamah Majistret - 54,751 kes. Yang Berhormat Sepang bertanya, ini pun saya suka juga Yang Berhormat Sepang ini. Yang Berhormat Sepang bagi tahu kenapa rang undang-undang ini dibuat sedangkan kita sudah ada KKM 2012. Yang Berhormat juga bertanya, Yang Berhormat tak jelas. Hendak minta pandangan atau jawapan, penjelasan saya tentang kenapa ia mesti ada satu rang undang-undang tersendiri dan bukan buat secara close committee di bawah undang-undang KKM.
Saya hendak beritahu bahawa rang undang-undang ini kita perlukan memandangkan KKM 2012 hanyalah merupakan perundangan subsidiari iaitu undang- undang kecil yang akan menimbulkan kekeliruan oleh pihak-pihak yang terlibat untuk memfailkan tindakan. Kita ada lebih 20 undang-undang lain yang tidak menyebut secara spesifik. Yang saya sebut tadi tentang jadual atau Lampiran C, jelas. Ia ada cara, kaedah tetapi ia ada 20 lebih undang-undang yang tak nyatakan apakah mode. Jadi, kalau kita tidak adakan undang-undang induk ini, maka ia boleh mencabar antara satu sama lain seperti Yang Berhormat tanya. Jadi, untuk mengelakkan cabaran ataupun hendak beritahu siapa supercede yang mana satu, maka undang-undang atau rang undang-undang yang sedang kita bahaskan ini adalah satu rang undang-undang yang lebih tinggi yang akan menjadi pemutus bahawa inilah kaedah bagi permulaan satu- satu mode. Justeru, kita perlukan rang undang-undang ini bagi memastikan soalan Yang Berhormat bangkitkan itu tidak berlaku dan saya harap Yang Berhormat jelas ya.
Terakhir, Yang Berhormat Sepang tanya pasal judicial review. Ini pun soalan bagus dan saya suka bila Yang Berhormat sebut untuk memberi penjelasan ini. Tidak perlulah kita tuduh orang itu betul atau tidak kerajaan menggunakan undang-undang dan sebagainya. Itu saya tidak mahu terjerumus kepada perbincangan tersebut sebab kita nak cepatkan law review Yang Berhormat suka ini. Jadi jangan panjang sangat kita punya ini. Judicial review adalah merupakan satu prosiding yang mempunyai peruntukan khas di bawah Aturan 53 seperti Yang Berhormat nyatakan tadi. Aturan 53 dimulakan dengan permohonan untuk semakan kehakiman dan tidak tertakluk dengan mana-mana kaedah permulaan tindakan. Fasal 4 rang undang-undang kita, sekiranya kaedah telah diperuntukkan secara spesifik dalam KKM 2012, maka KKM 2012 terpakai. Maknanya judicial review tidaklah tertakluk kepada modes of commencement. Soal-soal selain tentang petisyen pilihan raya, tentang soal Yang Berhormat bangkit tentang fi, tentang mati dalam tahanan, law review, tentang marriage and divorce. Saya percaya pihak-pihak yang berkaitan akan mengambil tindakan kerana ia juga menjadi pertimbangan kami dalam soal-soal kita berhubung dengan masyarakat setempat atau rang undang-undang yang kita temui. Jadi, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua. Dengan ini saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 ataupun Akta 45 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana sedia maklum bahawa perkara berkaitan pelantikan tempoh jawatan dan saraan seseorang hakim telah diperuntukkan di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Fasal 6 Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, perkara berhubung saraan bagi hakim diperuntukkan di bawah Akta Saraan Hakim 1971. Seksyen 3 Akta 45 ini memperuntukkan seseorang hakim apabila bersara adalah berhak mendapat pencen dan faedah lain mengikut Akta 45 ini. Seksyen 8 Akta 45 ini pula memperuntukkan keadaan bagi penentuan pencen dan ganjaran dalam hal persaraan tertentu, peletakan jawatan dan terhenti memegang jawatan sebagai hakim. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2017 akan mencadangkan pindaan terhadap perenggan 8(c) dan penggantian seksyen 8C serta pindaan seksyen 4 dan seksyen 5 ekoran daripada penggantian seksyen 8C ini. Perenggan 8(c) sedia ada memperuntukkan hakim yang meletakkan jawatan sebelum mencapai umur 60 tahun tetapi telah berkhidmat selama tempoh yang kesemuanya berjumlah tidak kurang daripada lima tahun berhak mendapat pencen dan ganjaran. Dalam pindaan yang dicadangkan kepada seksyen 8 adalah menggantikan perenggan 8(c) di mana seorang hakim boleh meletakkan jawatannya pada apa-apa umur tanpa kehilangan hak pencennya dengan syarat hakim tersebut telah memegang jawatan hakim untuk tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun. Oleh itu, seseorang hakim boleh meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi berupaya menjalankan tugas sebagai hakim dengan berkesan. Cadangan pindaan ini adalah untuk memelihara dan mengekalkan imej serta kredibiliti institusi kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, tugas sebagai hakim menuntut komitmen yang sangat tinggi, tahap kesihatan, mental dan fizikal yang baik serta dapat menghasilkan alasan penghakiman yang berkualiti yang akan dinilai oleh pihak-pihak berkepentingan sama ada pengamal undang-undang, masyarakat awam serta komuniti antarabangsa. Malah sesuatu keputusan yang dibuat oleh seseorang hakim mahkamah atasan akan mengikat mahkamah yang lebih rendah. Oleh itu, sebarang kelemahan akibat ketidakupayaan seseorang hakim akan menjejaskan kualiti serta kredibiliti institusi kehakiman di negara ini. Pindaan kepada perenggan 8(c) juga bertujuan untuk membolehkan pengiraan tempoh perkhidmatan yang berterusan tidak kurang daripada lima tahun adalah termasuk tempoh perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman sebaik sebelum pelantikannya sebagai hakim. Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan seseorang Pesuruhjaya Kehakiman mempunyai kuasa untuk menjalankan apa-apa fungsi Hakim Mahkamah Tinggi dan mempunyai keesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi. Akta Suruhanjaya Pelantikan Hakim 2009 juga telah dipinda dengan memasukkan Pesuruhjaya Kehakiman sebagai hakim mahkamah atasan dalam maksud akta tersebut. Memandangkan pindaan-pindaan yang lepas telah mengiktiraf dan mengambil kira perkhidmatan Pesuruhjaya Kehakiman bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran serta pelaksanaan peranan dan fungsi seseorang Hakim Mahkamah Tinggi, maka cadangan untuk memasukkan tempoh perkhidmatan seseorang Pesuruhjaya Kehakiman dalam pengiraan tempoh perkhidmatan sebagai seorang hakim, merupakan satu cadangan yang wajar. Seterusnya bagi penggantian seksyen 8C, ketiadaan peruntukan berhubung kedudukan hakim yang berumur melebihi 60 tahun yang melepaskan jawatannya untuk berkhidmat dalam satu jawatan yang lain selama apa-apa tempoh demi kepentingan negara merupakan kelompangan dalam undang-undang juga wajar dipinda. Oleh itu, pindaan yang dicadangkan adalah tanpa menetapkan umur tertentu bagi hakim yang dikehendaki berkhidmat dalam jawatan lain demi kepentingan negara. Selain itu, penambahbaikan turut dibuat di mana peruntukan seksyen 8C(i)(a) dicadangkan bagi membolehkan seseorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik ke jawatan lain yang tidak bercanggah dengan tugas-tugas kehakiman dan kedudukannya sebagai hakim. Hakim juga boleh dikehendaki oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan
Agong untuk melepaskan jawatan sebagai hakim untuk berkhidmat dalam jawatan lain selama tempoh yang ditentukan oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong jika jawatan lain tersebut dikhuatiri akan bercanggah dengan kedudukannya sebagai hakim.
Bagi hakim yang melepaskan jawatan sebagai hakim di bawah subseksyen 8C(1)(b), seksyen 5(2)(a) Akta 45 memperuntukkan keadaan di mana hakim tersebut apabila menamatkan perkhidmatannya dalam jawatan yang lain itu hendaklah dilantik semula serta-merta untuk memegang jawatan hakim. Penambahbaikan yang dicadangkan pada subseksyen 8C(2) Akta 45 pula adalah bagi mana-mana hakim yang dikehendaki berkhidmat dalam jawatan lain demi kepentingan negara, saraan yang hakim itu berhak di bawah Akta 45 sepanjang tempoh hakim itu berkhidmat dalam jawatan lain tersebut akan dibayar oleh badan di mana hakim itu berkhidmat. Amaun saraan yang diterima di jawatan itu adalah tidak kurang baik daripada saraan yang diterima selaras dengan fasal 7, Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan. Penambahbaikan turut dicadangkan pada subseksyen 8C(3) Akta 45 bagi hakim yang tidak dilantik semula untuk memegang jawatan hakim kerana tempoh perkhidmatan dalam jawatan tersebut melampaui umur persaraannya sebagai hakim dengan memperuntukkan hakim tersebut disifatkan berkhidmat sebagai hakim sehingga umur 66 tahun dan bersara menurut Perenggan 8(a) Akta 45. Selain itu, seksyen 7, subseksyen (3), Akta 45 telah memperuntukkan bahawa jika apa-apa pencen atau ganjaran telah dibayar kepada seseorang hakim di bawah mana undang-undang lain bagi tempoh yang sama dengan tempoh yang hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai hakim, pencen dan ganjaran di bawah akta ini hendaklah dikurangkan sebanyak amaun yang telah dibayar. Ini bagi memastikan isu pengiraan pencen dua kali tidak akan berlaku. Bagi mengelakkan kekeliruan, seksyen 4, Akta 45 dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen 1, subseksyen (2) yang menyatakan bahawa bagi maksud menghitung pencen seorang hakim, tempoh perkhidmatan seseorang hakim dalam satu jawatan yang lain di bawah seksyen 8C hendaklah dihitung sebagai tempoh perkhidmatan sebagai hakim. Selain itu subseksyen 5(2) Akta 45 telah digantikan dengan yang baharu bagi menjelaskan tempoh perkhidmatan bagi pencen maksimum. Sebagai kesimpulan, pindaan yang dibuat kepada Akta 45 adalah untuk mengatasi kelompangan dalam Akta 45 di samping menambah baik kaedah pemisahan dalam perkhidmatan kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 8, Akta 45 ini. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2017 mengandungi lima fasal seperti berikut. Fasal 1 mengenai tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 4, Akta 45 untuk memperuntukkan bahawa tempoh seseorang hakim berkhidmat dalam jawatan yang lain di bawah seksyen 8C hendaklah dihitung sebagai tempoh perkhidmatan sebagai hakim bagi maksud menghitung pencen hakim. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 5(2) Akta 45 yang berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada seksyen 8C. Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 8(c) Akta 45 untuk membolehkan seseorang hakim meletak jawatan pada apa-apa umur tanpa kehilangan hak pencennya dengan syarat bahawa dia telah memegang jawatan hakim selama tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun. Pindaan ini juga bertujuan menjelaskan bahawa tempoh perkhidmatan berterusan tidak kurang daripada lima tahun adalah termasuk tempoh perkhidmatannya sebagai pesuruhjaya kehakiman sebaik sebelum pelantikannya sebagai hakim. Fasal 5 bertujuan untuk menggantikan seksyen 8C untuk meluaskan kuasa Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong untuk menghendaki seorang hakim berkhidmat dalam jawatan yang lain pada apa-apa usia sama ada tanpa melepaskan jawatan sebagai hakim atau dengan melepaskan jawatannya sebagai hakim. Dalam hal keadaan jika seseorang hakim dikehendaki untuk berkhidmat dalam jawatan yang lain demi kepentingan negara, saraan yang hakim itu adalah berhak kepadanya di bawah akta dalam tempoh dia berkhidmat dalam jawatan yang lain itu hendaklah dibayar oleh badan
yang hakim itu berkhidmat dalam jawatan yang lain itu. Sekiranya dikehendaki untuk melepaskan jawatannya sebagai hakim dan tidak dilantik semula sebagai hakim, dia hendaklah disifatkan sebagai berkhidmat sebagai hakim sehingga umur 66 tahun dan bersara menurut Perenggan 8(a) Akta 55. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Pembahas yang sama. Yang Berhormat Padang Serai. Ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di dalam mencadangkan rang undang-undang ini, Menteri tadi menyebut mengenai perlunya tempoh sebagai Pesuruhjaya Kehakiman diambil kira iaitu di dalam klausa 4, rang undang-undang tersebut dan iaitu satu percubaan yang sebenarnya untuk memastikan hakim tersebut apabila mengira pencen dan sebagainya, tempoh sebagai JC itu, kita kata JC diambil kira. Akan tetapi persoalannya Tuan Yang di-Pertua adalah mengapa perlu Pesuruhjaya Kehakiman dilantik dan bukannya seseorang individu yang layak itu terus dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi? Ini kerana kita tahu bahawa Pesuruhjaya Kehakiman itu tidak mempunyai security of tenure dengan izin, bermakna mempunyai perlindungan yang diberikan kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk menyingkirkan atau memecat seorang hakim Mahkamah Tinggi dan hakim yang lebih tinggi daripada itu adalah perlu untuk dibentuk satu tribunal seperti yang dilakukan di dalam kes Tun Salleh Abas tahun 1988. Itu keperluan Perlembagaan Persekutuan. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang kedudukan Pesuruhjaya Kehakiman ini digunakan seolah-olah satu provisional period. Malah itu yang disebut oleh ketua hakim dan sebagainya bahawa hakim itu perlu menjalani provisional period untuk dua tahun dan baru dia akan dilantik sebagai hakim penuh. Masalah yang timbul adalah bahawa ini dengan jelas menjejaskan kebebasan institusi kehakiman, independence of judication sebabnya kalau kita lihat sistem melantik seperti ini sebelum tahun 1976 tidak ada. Tahun 1976 ada satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan pesuruhjaya kehakiman dilantik dan tujuannya pada masa itu jelas. Hansard akan menunjukkannya bahawa untuk menyelesaikan backlog case. Itulah sebabnya sistem Pesuruhjaya Kehakiman dibawa. Akan tetapi selepas itu terutamanya dalam tahun 90-an, ia telah dijadikan satu ciri tetap ataupun permanent fixture di dalam melantik hakim-hakim di Mahkamah Tinggi di negara ini. Beberapa kali sudah lama badan-badan seperti Majlis Peguam dan sebagainya telah meminta supaya praktis ini dihentikan. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu isu yang amat penting dengan izin frequently overlooked di dalam isu kebebasan kehakiman. Ini kerana hari ini kita membahaskan mengenai Rang Undang-undang Saraan Hakim yang penting untuk rakyat dan juga untuk pelabur asing adalah satu sistem kehakiman di mana rakyat, pelabur asing dan masyarakat antarabangsa mempunyai keyakinan. Jika adalah diketahui dan diketahui sekarang bahawa hakim-hakim yang juga akan terpaksa membuat keputusan-keputusan di dalam kes-kes di mana satu pihak mungkin Kerajaan Malaysia, satu pihak lagi adalah mungkin orang biasa dan dengan pastinya di dalam keadaan seperti itu keyakinan hanya akan ada jika kita tahu bahawa tiada sesiapa yang boleh sewenang-wenangnya tidak meneruskan kontrak hakim tersebut ataupun menamatkan kontrak hakim tersebut dan sebagainya.
Itulah sebabnya kita ada security of tenure. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri dalam menjawab dapat address isu ini kerana saya tidak lihat bahawa satu jawapan yang baik pernah diberi mengenai isu ini. Jika pelantikan judicial commissioner ini dihentikan pada kadar segera, ia akan contribute secara besar kepada membawa balik keyakinan kepada sistem kehakiman. Pilihlah candidates yang baik dengan izin vet the candidates properly dan jika ada keyakinan untuk melantik candidate itu sebagai seorang hakim yang mempunyai kuasa Hakim Mahkamah Tinggi, apa masalah melantik terus sebagai Hakim Mahkamah Tinggi? Mengapa perlu menjadi judicial commissioner? Itu yang pertama. Berkaitan dengan isu ini juga Tuan Yang di-Pertua, adalah sistem melantik hakim, sistem pelantikan hakim ataupun dengan izin judicial appointments. Kita tahu ini adalah masalah yang besar kerana keyakinan di dalam badan kehakiman berkait dengan cara dengan mana hakim dilantik. Pada masa ini, kita menurut Judicial Appointments Commission Act 2009 jikalau tidak silap saya, dan pelantikan dibuat ataupun recommendation dibuat oleh sembilan orang ahli judicial appointments commission tersebut. Akan tetapi kita lihat bahawa separuh daripada ahli-ahli commission tersebut, suruhanjaya tersebut, boleh ditamatkan perkhidmatan mereka ataupun dipecat oleh Perdana Menteri tanpa memberi apa-apa sebab. Jadi jika kita lihat, sistem melantik hakim di negara kita, ia akhirnya jatuh juga ke tangan eksekutif. Walaupun dalam melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Borneo dan sebagainya. Walaupun di dalam pelantikan-pelantikan tersebut, pelantikan tersebut dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi kita tahu di bawah Perlembagaan kita, Yang di- Pertuan Agong mesti menerima dan menurut nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri. Itu adalah keperluan Perlembagaan. Bermakna, pelantikan itu masih balik ke tangan Perdana Menteri. Kita juga tahu bahawa sistem di mana-mana negara demokratik termasuk di bawah Perlembagaan kita, mestilah ada pengasingan ataupun separation antara kehakiman, eksekutif dan juga legislature ataupun dengan izin badan yang menggubal undang-undang perundangan. Pengasingan ini adalah amat penting jika mana-mana negara hendak menggelar dirinya sebagai satu demokrasi yang sempurna. jika satu daripada badan ini mempunyai kuasa yang begitu besar, kuasa the main power dengan izin, dalam melantik ahli-ahli daripada badan yang kedua itu, maka di mana pengasingan kuasa yang dinyatakan itu, dengan izin with the separation of powers. Ini juga satu isu Tuan Yang di- Pertua, yang perlu diselesaikan dan saya rasa jika kerajaan hendak meminda Perlembagaan Persekutuan pun, untuk memastikan bahawa proses melantik hakim ini menjadi free from the executive, free daripada keputusan Perdana Menteri, maka saya rasa kita di opposition bench pun akan menyokong mana-mana pindaan yang dibawa untuk mencapai tujuan tersebut. Ini adalah sesuatu yang telah lama diminta. Kita tahu umpamanya apabila Judicial Appointments Commission Act 2009 itu dibawa kerana apa, kerana reaksi kepada satu skandal besar. Skandal yang besar dalam sistem kehakiman iaitu skandal Lingam tape. Skandal Lingam tape menyebabkan terpaksa ditubuhkan satu Royal Commission dan Royal Commission itu membuat syor- syor. Untuk mengimplementasikan syor-syor tersebut, Judicial Appointments Commission Act 2009 itu dibawa dan satu suruhanjaya ditubuhkan. Akan tetapi, ia adalah satu jawapan kepada kemarahan rakyat, kenapa skandal seperti ini skandal Lingam tape ini boleh berlaku dan di mana kita tahu skandal itu telah memberi kesan yang amat buruk, yang amat buruk kepada keyakinan terhadap badan kehakiman. Oleh sebab itu sesuatu perlu dibuat. Akta itu dibawa tetapi akta itu tidak efektif. Tidak efektif kerana balik kepada perkara yang sama. Kita membawa undang-undang seperti ini, kita memastikan bahawa kebajikan hakim-hakim dijaga. Kita pastikan bahawa gaji mereka cukup, adalah tinggi supaya tidak ada temptation kepada rasuah dan sebagainya. Semua ini kita sokong, adalah sesuatu yang baik dan juga kalau kita hendak pastikan bahawa kebajikan mereka terjamin melalui pindaan seperti ini, juga sesuatu yang boleh disokong. Akan tetapi, perkara-perkara seperti ini yang berkisar mengenai keyakinan ke atas badan kehakiman kita adalah sesuatu yang terlalu lama dibiarkan dan masih sampai hari ini tidak ada satu penyelesaian. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa pelabur asing, satu cara menarik pelabur asing dan satu faktor yang amat penting untuk pelabur asing adalah satu badan kehakiman yang bebas. Pelabur asing mesti ada confidence bahawa jika mereka membawa satu kontrak, membawa satu pertikaian kepada mahkamah-mahkamah di
negara kita, mereka mesti mempunyai keyakinan tersebut. Bagaimana kita hendak mewujudkan keyakinan tersebut, dengan memastikan perkara-perkara seperti yang saya sebut, perkara-perkara besar seperti ini diselesaikan. Ini adalah antara isu yang paling besar, Tuan Yang di-Pertua iaitu the appointment of judges. Kita tahu dan saya rasa kita janganlah berpura-pura bahawa tidak ada masalah. Memang isu keyakinan terhadap badan kehakiman telah ditimbulkan bukan sahaja daripada pihak pembangkang, Majlis Peguam, NGO tetapi daripada oleh kerajaan sendiri di dalam tujuan membawa Judicial Appointments Commission, Royal Commission selepas Lingam tape dan juga selepas skandal atau krisis tahun 1988, kerajaan sendiri telah memberi bayaran ex-gratia kepada lima orang hakim yang digantung atau yang diambil tindakan pada masa itu semasa skandal Tun Salleh Abas di dalam tahun 1988. Itu juga. Jadi Tuan Yang di-Pertua dan saya ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, bahawa Tun Dzaiddin. Apabila Tun Dzaiddin mengambil alih sebagai Ketua Hakim Negara pada masa itu, antara perkara yang pertama Tun Dzaiddin nyatakan adalah membuat pengakuan bahawa keyakinan rakyat terhadap kehakiman telah terjejas dengan serius. Beliau memberi aku janji pada masa itu untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menaikkan balik keyakinan terhadap badan kehakiman. Akan tetapi selepas itu, selepas period itu, skandal Lingam tape dan sebagainya berlaku. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang telah menjejas keyakinan terhadap badan kehakiman dan perlu diperhatikan oleh pihak kerajaan tindakan diambil. Satu lagi perkara adalah selain daripada krisis tahun 1988, the Lingam tape scandal adalah perbicaraan dan pensabitan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam tahun 1998 dan kemudiannya dalam tahun 2015.
Kedua-dua sabitan ini, sabitan yang lama 1999 dan sabitan yang terbaru ini telah menjadi kritikan bukan sahaja domestik, kritikan domestik, kritikan oleh badan- badan dengan izin Distinguished International Juries Bodies termasuk Bar Council dan lain-lain. Akan tetapi juga oleh banyak negara lain. Ini adalah sesuatu yang juga menjejaskan nama baik negara kita. Di dalam pensabitan yang terbaru terhadap beliau dalam tahun 2015, keputusan telah dibuat oleh Badan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu The UN Working Group on Arbitrary Detention. Bahawa tahanan beliau adalah menyalahi undang-undang dan bahawa beliau perlu dibebaskan. Ini adalah satu badan di bawah Bangsa-bangsa Bersatu sendiri dan Malaysia adalah satu ahli Bangsa-bangsa Bersatu. Malah International Parliamentary Union (IPU) iaitu badan Association Parlimen-parlimen yang mana kita juga menjadi ahli juga telah mengeluarkan keputusan yang sama. Walaupun ada keputusan seperti ini tetapi beliau masih berada di dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh. Permohonan juga telah dibuat kepada – untuk beliau dibebaskan terutamanya memandangkan keputusan Badan UN tersebut untuk dibebaskan di bawah seksyen 43 Akta Penjara di mana Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa tersebut, tetapi ia juga telah ditolak. Tuan Yang di-Pertua, apa pun kita mesti mengaku bahawa ada masalah mengenai keyakinan terhadap Badan Kehakiman. Ia juga adalah sesuatu yang tidak adil, persepsi ini tidak adil kepada hakim-hakim yang memang adil, memang bebas, memang menjalankan tugas mereka tanpa berat sebelah. Ada juga hakim seperti itu, banyak hakim seperti itu. Ia tidak adil kepada mereka. Yang paling penting ia tidak adil kepada negara kita bahawa ada persepsi seperti tersebut yang perlu diakui dan tindakan perlu diambil oleh kerajaan. Sesuatu yang perlu difikirkan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua juga dari segi Badan Kehakiman sendiri. Dalam kita membahas rang undang-undang ini, saya rasa Badan Kehakiman perlu mengingati juga bahawa rakyat meletakkan harapan yang besar kepada mereka. Dalam mana-mana negara demokrasi, Badan Kehakiman menjadi batu ataupun rock antara – ataupun Bullrock dengan izin, antara rakyat biasa di bawah sana dan kuasa kerajaan yang begitu besar. Di mana-mana negara demokrasi, Badan Kehakimanlah yang menjadi arbite. Adalah penting bahawa apabila terdapat isu-isu termasuk isu-isu mengenai hak asasi di bawah fasal 5 hingga 12, Perlembagaan Persekutuan. Hak asasi dan fundamental rights rakyat apabila isu-isu seperti ini datang ke mahkamah adalah penting bahawa Badan Kehakiman memberi atau menegakkan fundamental rights tersebut di bawah fasal 5 hingga 12. Itu akan dengan pastinya membawa kepada satu keyakinan terhadap Badan Kehakiman daripada rakyat biasa negara ini.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menggulung dengan menyatakan bahawa seperti saya sebut tadi semasa berbahas, kita menyokong apa-apa tindakan ataupun apa-apa rang undang-undang yang dibawa untuk memastikan bahawa Judicial Service itu menjadi attractive. Kerana kita mahu menggalakkan ramai orang yang mempunyai kualiti, yang mempunyai moral integrity, yang mempunyai– yang boleh dipercayai untuk datang dan juga yang kompeten, yang terbaik daripada The Bar, yang terbaik daripada Judicial dan Legal Service, merekalah yang perlu dilantik sebagai hakim. Jadi apa-apa rang undang-undang yang menjadikan profesion kehakiman itu sesuatu yang lebih baik ataupun lebih attractive adalah sesuatu yang kita boleh menyokong. Dari segi itu, kita boleh menyokong bill ini tetapi isu-isu yang ditimbulkan melalui kebebasan kehakiman adalah sesuatu yang mesti diambil kira. Saya harap Yang Berhormat Menteri dalam menjawab dapat memberi satu jawapan yang baik kepada isu-isu yang telah ditimbulkan. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Ya, saya rasa bolehlah lebih kurang 15 minit seorang Yang Berhormat ya. Empat orang satu jam, kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau kita melihat kepada rang undang-undang pindaan ini, sebenarnya dua perkara sahaja yang penting ya. Iaitu dalam di bawah pindaan seksyen 5 dan juga pindaan seksyen 8. Seksyen 5 menyebut dengan seseorang yang diberi tugas, dipinjamkan kepada jabatan lain boleh dikira tempoh perkhidmatan beliau kalau dia balik semula ataupun sebagainya. Contohnya kalau ada satu Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti dan di mana tempoh perkhidmatan dia di Jabatan Integriti tadi diambil kira. Untuk tempoh perkhidmatan tersebut, seolah-olah dia juga bekerja sebagai Hakim. Jadi ini satu pindaan yang sangat baik. Kalau tidak, dia akan jadi terputus. Keduanya sudah pastilah yang pindaan seksyen 8 ini memberi satu kebaikan kepada Pesuruhjaya. Tempohnya juga adalah tempoh yang baik selama lima tahun. Kalau sebelum ini saya rasa 10 tahun, sekarang lima tahun. Makna masa singkat kerana kalau Pesuruhjaya Kehakiman ini dia boleh disahkan dalam jawatan ataupun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, kebiasaannya dalam dua hingga empat tahun. Manakala dua hingga empat tahun dia bekerja sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, manakala tidak confirm maknanya tidak dikira. Ataupun dia selepas dua tahun dia dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, kerana umurnya kadang sudah dekat-dekat dengan umur persaraan. Jadi dua tahun dia bekerja sebagai Hakim tidak dapat manfaat dari segi pencen tersebut. Ini saya rasa tidak ada keadilan kalau begini berlaku. Kita kena pastikan bahawa kerja Pesuruhjaya Kehakiman dengan Hakim ini adalah satu kerja yang sama, dia tidak ada macam lain- lain. Ini kena buat kes yang lebih rendah, yang ini lebih tinggi dia sama sahaja sebab dia hendak jadikan Pesuruhjaya Kehakiman dengan hakim ini tugas adalah sama, ia tidak berbeza. Akan tetapi persoalannya, yang disebut saya– saya tertarik dengan Yang Berhormat Padang Serai. Persoalan dia, kenapa tidak terus lantik jadi Hakim? Saya pada mulanya saya sendiri pun pernah bertanya perkara yang sama. Namun apabila kita lihat dalam Perlembagaan, ia mengehadkan Hakim Mahkamah Tinggi. Kalau tidak silap saya dalam 70 orang, makna boleh lantik. Kalau Pesuruhjaya Kehakiman ini dilantik ia tidak melebihi – dia boleh melebihi 70 sebab dia belum disahkan dalam jawatan. Maknanya tujuan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman pada saya bersesuaian dalam keadaan negara kita sekarang yang mempunyai kes tertunggak yang agak banyak. Disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi kalau Sibu sahaja ada 54,000, lebih kurang. Jadi kalau tujuan pelantikan ini sangat jelas untuk menyelesaikan kes-kes yang tertunggak. Ini satu kebaikan. Masalah yang berlaku sekarang, ada sesetengah pihak ini bukan semua yang gemar memburuk-burukkan negara kita ini dengan menyatakan bahawa sistem perundangan dan juga sistem kehakiman kita tidak telus, zalim, berat sebelah dan bermacam-macam tuduhan dan diperlekeh-lekehkan.
Kalau hukuman mahkamah ke dan sebagainya, diperlekehkan. Tadi pun sudah disebut oleh rakan kita Yang Berhormat Sepang. Kalau dia kalah, dia sudah macam tidak percaya dengan sistem kehakiman kita, tetapi kita tahu bukan semua kes yang pihak sebelah sana ini kalah. Kalau kita lihat dalam kes disebut oleh Yang Berhormat Seberang Perai tadi, kes liwat pertama. Akhirnya bila sampai ke Mahkamah Persekutuan, kes itu dilepaskan, dibebaskan. Maknanya ada ketelusan.
Yang Berhormat Setiu, boleh mencelah?
Ada impartiality.
Hendak bagi Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat?
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu pernah menjadi hakim dahulu, Hakim Mahkamah Sesyen dan Yang Berhormat Setiu sekarang duduk di sebelah sana. Yang Berhormat Setiu sekarang kata kita sini di sebelah sini selalu mengadu tentang ketidakadilan dan sebagainya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu, sebagai seorang bekas hakim juga seorang Ahli Parlimen sekarang di Barisan Nasional, bolehkah Yang Berhormat Setiu setuju bahawa memangnya terdapat persepsi yang buruk di badan kehakiman sekarang. Tidak mengambil apa-apa berat sebelah. Do you agree dengan izin, Tuan Yang di-Pertua there is a perception.
Yang Berhormat, sifat-sifat hakim jangan dibincangkan dalam Dewan.
No, no. Ia berkenaan dengan judiciary as a whole. Bukan saya bercakap tentang mana-mana hakim individu, as in general, would you agree, ada satu persepsi seperti tersebut.
Masalah persepsi ini ditimbulkan oleh pihak-pihak pembangkang, itu masalahnya. Persepsi ini bukan makna datang daripada kita yang marhaen ini. Dia masalahnya kalau dia kalah, dia kata mahkamah tidak adil. Menuduh bermacam-macam. Kalau menang, baiklah hakim itu. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai itu hari pun dia kata ada hakim yang baik, ada hakim tidak baik. Tuduhan-tuduhan tersebut itulah yang menyebabkan timbulnya persepsi-persepsi begitu. Sebab kita lihatlah okey, macam saya sebut tadi dalam kes liwat satu. Apa yang dikatakan hakim menerima habuan dan sebagainya, tuduhan-tuduhan ini yang menyebabkan orang ramai percaya. Kalau yang buruk ini dipercaya biasanya, itu masalah yang berlaku. Saya sendiri, okey saya pernah menjadi hakim dulu walaupun Mahkamah Sesyen tetapi cara kesnya kes yang sama. Saya pernah membuat beberapa kes contohnya kes yang melibatkan satu DG kemudian ada satu lagi kes yang melibatkan, dua kes melibatkan UMNO, makna yang pegang jawatan tertinggi seperti ketua bahagian dan sebagainya. Yang satu kes itu, saya hukum dua tahun penjara dan yang satu lagi saya lepaskan sebab tidak ada keterangan dan yang satu lagi pula yang DG tadi saya lepaskan juga kerana tidak ada keterangan. Selama saya mendengar kes-kes tersebut, tidak pernah ada gangguan pun dan tidak pernah adapun telephone call dan sebagainya. Bermakna saya buat mengikut apa yang berada di depan saya, mengikut fakta dan juga mengikut undang-undang. Itu yang saya buat selama ini. Jadi kalau kita hendak tuduh, kadang-kadang hakim ini macam- macam buat itu, buat ini. Jadi adalah tidak adil kepada mereka kerana mereka memutuskan kes-kes hanya berdasarkan kepada kes yang dibentangkan kepada mereka di hadapan mereka.
Ya, bukan semua evidences itu admissible in court, Yang Berhormat ya. Not all evidences admissible.
Yes. Itu yang masalah sekarang. Banyak kalau kes yang melibatkan dokumen tidak boleh diterima masuk, banyaklah. Kalau tidak di certified as true copy apa semua, bukan yang original nak dikemukakan di mahkamah. Kadang-kadang kita petik daripada yang luar-luar ini kita kata itu dokumen yang boleh diterima masuk. Itu contoh-contohnya. Begitu juga dengan tandatangan dalam satu-satu dokumen, kalau melibatkan dokumen yang banyak kerana hendak sah tandatangan sedangkan daripada yang seksyen 45 Akta Keterangan, Seksyen 47 pun dipakai. Seksyen 47 ini dipakai untuk menentukan di depan siapa
tandatangan itu dibuat. Ini yang saya kata maknanya susah, bukan senang untuk kita nak memutuskan sesuatu kes tetapi bila diputuskan, kita lihat yang terbaru, PPS di Penang. Apa yang berlaku? Dia kalah di Mahkamah Tinggi dan dia menang di Mahkamah Rayuan dan dia merayu lagi pula, kita merayu, tetapi masalahnya yang berlaku sekarang, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tempoh hari, dia kata Yang Berhormat Kota Belud ini jahat. Kenapa jahat? Kerana merayu satu keputusan Mahkamah Tinggi. Ini sistem yang kita ada, kita boleh merayu tetapi bila pihak dia merayu, tidak ada masalah. Tidak jahat. Bermakna sekarang kalau Yang Berhormat Bagan merayu dengan keputusan yang dibuat bawah seksyen 62, dia pun jahat kalau hendak kata orang lain jahat. Yang Berhormat Sepang pun sama, siapa lagi? Siapa lagi? Yang Berhormat Bagan pun sama. Siapa lagi? Yang Berhormat Shah Alam pun sama, dia merayu juga dengan keputusan di Mahkamah Syariah di Klang. Siapa lagi yang jahat? Oh tidak ada di sini, tidak ada ini. Yang Berhormat Pandan pun jahat, Yang Berhormat Batu pun jahat. Merayu semua. Ha, inilah yang masalah persepsi yang timbul. Orang lain buat dia kata jahat, yang dia buat tidak jahat. Ini yang banyak berlaku dalam negara kita ini.
Tak jahat, maksum.
Ya, tiga minit lagi Yang Berhormat.
Okey, banyak lagi. Saya tidak dan hendak kira, saya hendak sebut satu. Yang satu lagi ini yang masalah menggunakan orang luar ini. Hendak bebaskan orang yang dimasukkan dalam penjara, sudah akhir sampai ke Mahkamah Persekutuan, masuk penjara, ada pula yang usaha-usaha untuk bebaskan. Kalau sudah dihukum, masuk dalam penjara, macam mana boleh kita nak keluarkan lagi? Akan tetapi dia orang fahamlah, makna dia hendak keluarkan juga kalau dia orang menanglah dia kata, dia hendak keluar. Ini sudah kita melanggar sistem yang kita ada, kita tidak mengikut sistem yang kita ada. Macam-macam yang diambil daripada luar hendak suruh maknanya dibebaskan. Ini yang sepatutnya kita kena lihat dan kalau disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai juga, kalau hendak cerita pasal kes tahun 1998, kes tahun 2015, yang mana lebih adil kalau kita tengok? Itu zaman siapa? Zaman Mahathir dulu, jamin pun dia tidak bagi walaupun kes boleh jamin dan hakim pun dia pecat, Hakim Mahkamah Persekutuan tetapi yang bangangnya Menteri dia pula Zaid Ibrahim, pergi bayar pula sudah orang didapati bersalah dalam tribunal. Ini saya kadang-kadang perkara macam ini pihak sebelah sana tidak nampak. Yang dia nampak yang kita buat. Ini yang banyak berlaku dalam kita punya sistem kehakiman kita ini. Makna tuduhan-tuduhan dibuat kerana mereka kalah tetapi kalau mereka menang, diam. Ha, ini yang banyak berlaku dan saya mintalah rakan-rakan saya terutama yang pakar dalam undang-undang ini kena tengok-tengoklah, lihat-lihatlah, okey? Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak menimbulkan beberapa isu. Oleh kerana salah satu daripada isu yang ingin saya timbulkan telah pun ditimbulkan dengan secara mendalam oleh rakan saya tadi, Yang Berhormat Padang Serai iaitu berkenaan dengan proses pelantikan hakim.
Akan tetapi saya ingin nyatakan ekoran daripada apa yang telah pun dibahaskan, dihujahkan oleh rakan saya tersebut, menyatakan bahawa proses pelantikan hakim itu adalah satu proses yang amat penting. Sememangnya ia adalah melibatkan the process of separation of powers. Jadi sekiranya terdapat apa-apa penglibatan of the executive dengan izin dalam proses tersebut, sudah tentunya satu persepsi yang buruk mungkin timbul. Itu yang saya maksudkan tadi bila saya mencelah rakan saya Yang Berhormat Setiu tadi. Mungkin satu persepsi yang tidak elok atau buruk boleh timbul akibat adanya penglibatan executive dalam pelantikan hakim-hakim. Kita tahu di bawah the Federal Constitution atau Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel 122, A, B, dan AB dan B. Kalau tidak silap saya bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik Hakim Mahkamah Tinggi
dan hakim-hakim yang lebih tinggi daripada peringkat tersebut. Akan tetapi ini dibuat atas advice ataupun nasihat Perdana Menteri. Now ini merupakan satu direct interference or involvement at least of the executive in the appointment of judges dan sekiranya kami melihat kepada apa yang telah disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat Padang Serai tadi iaitu the Judicial Appointments Commission Act 2009. Saya tidak akan masuk ke dalam sejarah bagaimana akta ini lahir tetapi ini setelah pun dihujahkan oleh rakan saya tadi. Akan tetapi the whole point of this legislation dengan izin Tuan Yang di-Pertua adalah untuk mengelakkan penglibatan executive di dalam proses pelantikan penghakiman. Namun di dalam seksyen 5, subseksyen 1 akta tersebut dinyatakan. Izinkan saya baca dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua. “The commission shall consist of the following member: (a) the Chief Justice of the Federal Court who shall be the Chairman; (b) the President of the Court of Appeal; (c) the Chief Judge of the High Court in Malaya; (d) the Chief Judge of the High Court in Sabah and Sarawak; (e) a Federal Court judge to be appointed by the Prime Minister; and…” 5 orang tersebut dan “(f) 4 eminent persons. Sekali lagi... “Who are not members of the executive or other public service appointed by the Prime Minister”. Peruntukan tersebut telah kata “4 eminent person who are not members of the executive”.Itu niatnya untuk mengasingkan eminent member itu daripada executive but selepas itu dinyatakan Prime Minister akan melantik eminent member tersebut. Mana ada masuk akal. How does that make sense? On the one hand you try to exclude the executive. On the other hand dengan izin Tuan Yang di-Pertua, you allow the Prime Minister to appoint those people. Ini merupakan satu percanggahan yang amat serius. Saya menimbulkan perkara ini ekoran daripada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi oleh kerana dalam keadaan kami hari ini, seorang Perdana Menteri itu tidak boleh dikecualikan daripada menjadi seorang litigant di dalam proses mahkamah. We see today, Perdana Menteri kami hari ini membawa tindakan undang- undang sivil terhadap Yang Berhormat Pandan, terhadap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. In other words, he just like any other ordinary litigant. He is a plaintiff in those cases. Defamation suit and so on but he has a power to appoint judges or be a part of process of appointing judges. It is like me being a plaintiff. Sama seperti sekiranya saya menyaman seseorang di Mahkamah Sivil dan juga saya mempunyai kuasa untuk terlibat dalam proses pelantikan dan penghakiman seperti yang telah pun dibaca tadi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam JAC tadi. Sudah tentunya ini akan membawa kepada satu persepsi yang buruk. How will anybody have confidence in the judiciary if that is the case. Tuan Yang di-Pertua,saya juga salah seorang peguam. Ini adalah satu perkara yang penting kepada saya. Oleh kerana this is part of my...
Yang Berhormat Mersing bangun Yang Berhormat, hendak bagi?
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Ya.
Hendak tanya sikit. Presiden Amerika juga dilantik Supreme Court Judge. Apa beza dengan hak dan kuasa Perdana Menteri melantik perkara yang sama?
Ya tapi saya memang, I wouldn’t want Donald Trump as my leader. Akan tetapi apa yang penting kalau Amerika buat silap, bukan kita hendak ikut, kan? The point is this. It is not right. Whether Amerika does it or any other nation does it, the point is, it is not right. Bagaimana hendak buat comparison dengan Amerika? Even if the American do it, how does that make the wrong right? The point is Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengambil tahu. Dalam kes di Malaysia sekarang, Perdana Menteri terlibat dalam litigasi juga. That is the point which need to be emphasized. Saya pergi kepada isu yang keduanya yang berkaitan dengan the judiciary Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan kes baru-baru ini kes death in lock-up iaitu kes
S.Balamurugan. Seperti yang Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, di dalam kes tersebut S.Balamurugan telah pun ditahan pada 6 Februari tahun ini dan meninggal dunia keesokan harinya pada lebih kurang jam 11.30 malam.
Yang Berhormat, berkaitan dengan appoint of judges.
Ini adalah berkaitan sebab ini Tuan Yang di-Pertua, boleh saya just habiskan. Adalah berkaitan oleh kerana kes Balamurugan adalah unik oleh kerana dalam kes tersebut salah seorang hakim ataupun majistret iaitu seorang anggota kehakiman telah pun mengeluarkan satu perintah semasa prosiding reman di Mahkamah Majistret di Klang. Di mana majistret tersebut telah mengarahkan pihak polis untuk membawa Balamurugan tersebut ke hospital dan beliau enggan mengeluarkan satu perintah reman pada hari tersebut. Beliau enggan berbuat demikian, beliau tolak permohonan reman tersebut oleh pihak polis oleh kerana beliau tahu daripada apa yang dia lihat Balamurugan itu dalam keadaan yang amat teruk. Now isunya adalah ini Tuan Yang di-Pertua, how can we have a situation di mana pihak polis atau mana enforcement agency yang lain langsung tidak mempedulikan arahan satu badan kehakiman. How is that something that we can accept. Apa yang berlaku kepada Balamurugan juga telah pun disiasat baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, oleh pihak SUHAKAM di mana pihak SUHAKAM telah pun membuat beberapa finding. Saya akan memetik hanya dua atau satu daripada finding tersebut di mana mengikut SUHAKAM, majistret yang berkenaan tersebut telah pun ditemu bual atau interview pada 23 Februari tahun ini dan beliau telah pun memaklumkan bahawa keadaan si mati amat teruk di mana mukanya telah pun bengkak dan beliau tidak dapat duduk, berdiri ataupun melihat ke atas semasa namanya dipanggil di mahkamah terbuka. So, adalah jelas Tuan Yang di-Pertua bahawa pihak polis telah pun melakukan satu kesalahan jenayah di dalam kematian S. Balamurugan dan ini adalah satu perkara yang...
Yang Berhormat, boleh minta laluan. Tuan Yang di-Pertua?
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana bangkit isu Balamurugan dan di depan saya adalah press statement yang telah dikeluarkan oleh SUHAKAM semalam Yang Berhormat di mana mereka menyatakan dan saya baca...
Yang Berhormat, saya ada tegur tadi. Takut tidak terkait dalam pindaan Yang Berhormat. So, you don’t go further on that matter.
I think it is important Tuan Yang di- Pertua.
I know it is important but standing orders says that only perkara yang dipinda, Yang Berhormat. Tidak apalah.
Tetapi ada berkaitanlah. Saya baca... [Membaca petikan] “SUHAKAM is satisfied that the police knew or ought to have known, even more so when the magistrate had made her observations and order, of the existence of a real and immediate risk to the life of the deceased and the police failed to take adequate measures within the scope of their powers.” So ini jelas menunjukkan bahawa polis tidak ada hormat langsung mengenai perintah yang telah dikeluarkan oleh majistret. So, what does this make of the respect of judicial system in the country? Minta pandangan.
Ya, itu yang saya, that’s my point, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Perkara-perkara seperti ini akan membawa satu persepsi yang amat buruk kepada Badan Kehakiman seolah-olah Badan Kehakiman itu tidaklah ber-effect. It is as though the judiciary is non effective at all where, dengan izin, enforcement agencies such as the police can flout the orders of the court.
Ini sudah tentunya, Tuan Yang di-Pertua, adalah relevan kepada pindaan rang undang-undang ini yang dicadangkan di sini dan ini perlu ditangani oleh pihak Menteri. Saya berharap ini akan diberi satu jawapan yang munasabah oleh kerana ini merupakan satu isu di mana death in lockups kerap kali berlaku. Ini bukan kali pertama. I hope it will be the last time tetapi selalu berlaku. Sebelum itu ada kes-kes lain juga. Bagaimanakah Badan Kehakiman akan menjadi lebih efektif dalam pelaksanaan perintah-perintahnya? Oleh kerana saya berpendapat, Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini, sudah tentunya pihak polis telah melakukan satu jenayah, mungkin bunuh ataupun manslaughter dalam kematian Balamurugan. Or at the very least, negligence under section 304A of the Penal Code di mana boleh membawa hukuman penjara dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya ingin timbulkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Akhirnya isu yang lain adalah berkenaan dengan penghakiman ataupun the quality of judgements yang perlu juga dilihat. Seperti yang baru ini ditimbulkan ataupun dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ariffin Zakaria, di mana beliau akan bersara pada akhir bulan ini dan beliau telah menyatakan bahawa the quality of judgements can be improved. Juga baru-baru ini, Sultan Perak juga ada menyatakan dalam satu event bahawa the important of dissenting judgements cannot be underestimated. Saya amat bersetuju dengan pendirian kedua-dua, Ketua Hakim dan Sultan of Perak tersebut. Oleh kerana kita boleh lihat, Tuan Yang di-Pertua, semasa penghakiman dikeluarkan ataupun pendengaran di peringkat rayuan, ada banyak masa di mana dissenting judgement ought to be given but is not given. Ini adalah satu perkara yang perlu ditangani oleh kerana sekiranya dissenting judgement itu is encourage dalam masa depan, dissenting judgement itu juga akan mempunyai nilai di kes-kes yang lain dan boleh diguna pakai. Oleh itu, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, bahawa perkara-perkara yang ditimbulkan di sini akan diambil dan ditangani dengan serius oleh sebab kesemua perkara yang ditimbulkan di sini juga oleh rakan-rakan saya tadi, semua berkaitan dengan persepsi dan kualiti Badan Kehakiman. Itu adalah satu perkara yang perlu ditangani dengan serius. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin hanya membawa beberapa perkara yang tertentu. Satu adalah mengenai kebenaran untuk hakim-hakim bersara atau meletak jawatan. Ini adalah sesuatu yang bagus, memberi masa— dan untuk hakim-hakim kalau bila-bila masa untuk mereka resign dan mendapat manfaat yang tertentu. Dalam keadaan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya susah hati dengan apa yang terjadi pada kebelakangan ini di mana beberapa orang hakim dilantik balik selepas persaraan. Sebenarnya Hakim McIntyre adalah hakim pertama di negara ini di mana dilantik balik sebagai hakim, given an extension. Akan tetapi, kebelakangan ini nampaknya ada beberapa orang hakim dilantik balik dalam kontrak. Ini menimbulkan banyak keraguan kerana, pertama, persepsi di antara masyarakat kerana adanya bahawa ramai di antara hakim-hakim yang tidak layak untuk dilantik di jawatan-jawatan tertinggi,maka walaupun seorang hakim di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan telah bersara, services beliau lagi dikehendaki dan patut dilantik balik. Akan tetapi ini adalah satu pandangan yang sangat serius, kerajaan perlu mengambil fikir. Pemilihan dan mereka diberi lanjutan dalam kontrak menunjukkan bahawa ada kelemahan-kelemahan yang tertentu dalam kehakiman di negara ini. Ini persepsi di antara masyarakat dan pelabur-pelabur ini kita tidak boleh tolak sesuka kita. Kita perlu fikir kenapa baru-baru ini kita perlu memberi kelonggaran untuk
melantik hakim-hakim yang telah bersara walhal ada hakim-hakim yang layak yang patut ditinggikan pangkat mereka atau menaikkan ke Mahkamah Persekutuan atau dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan tetapi telah di-sideline dan hanya beberapa blue-eyed boy yang dibenarkan bukan sahaja di-elevated ke Mahkamah Persekutuan tetapi selepas bersara mereka boleh mendapat kontrak-kontrak. Ini menunjukkan bahawa kita perlukan orang yang bersara untuk meningkatkan, menguatkan apa yang dikehendaki. Mungkin hakim-hakim ini adalah lebih kepada pandangan kerajaan, maka mereka perlu ataupun mungkin hakim-hakim ini lebih pandangan kepada satu-satu isu, maka dia diberi perhatian yang lebih dalam. Saya mohon agar ini diberhentikan dengan segera. Jangan kita ada biased system, tidak ada— kalau pada tahun 60-an, kita perlu McIntyre untuk menghidupkan sistem life in judiciary. Sekarang dalam tahun 2017, semestinya bukan keadaan sedemikian kerana pada tahun 60-an kita tidak ada sampai 1,000 peguam di negara ini. Kita ada sekarang ini active legal practice lebih kurang 16,000 orang ada di Malaya, don’t talk about Sabah dan Sarawak. Maka ada ramai orang yang layak untuk dilantik ke jawatan hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
[Bangun]
Ya.
Boleh saya just hendak tanya berkenaan dengan apa yang ditimbulkan oleh rakan saya Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan bringing retired judges. Saya hendak tanya, baru-baru ini seorang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Yang Arif Jeffrey Tan Kok Hwa telah pun bersara dan lepas itu dibawa balik ataupun kembali ke Mahkamah Persekutuan untuk lanjutan. Ini merupakan satu perkara yang— saya just nak minta pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat. Adakah terdapat satu kekosongan yang amat serius di Mahkamah Rayuan sehingga kami tidak dapat menggantikan the place in Federal Court and we have to bring back somebody like Yang Arif Jeffrey Tan? What is your view? Terima kasih.
Sebenarnya saya sangat hairan dengan pelantikan hakim-hakim. Hakim ini kawan saya, saya tahu, tetapi yang lebih mustahak ialah ini memberi satu gambaran jika seorang hakim macam Dato’ Sri Sri Ram tidak dilantik, bermakna dia tidak sependapat dengan pihak yang melantik beliau dan hakim lain dilantik, pilih kasih, which we should not have in the current system. Kita bagi peluang kepada hakim-hakim yang sedia ada. There is no actual shortage of talent. There is shortage of right thinking people in this country.
Itu yang mustahak. Dalam keadaan ini yang lebih mustahak Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah ini adalah satu negara mungkin dalam seluruh dunia, di mana apabila seorang hakim bersara, dia menjadi head of one public listed company. Dia mendapat kontrak yang besar. Berapa besar? RM1 bilion, RM2 bilion, di negara ini sahaja. Tiba-tiga dia seorang hakim tetapi boleh memainkan peranan dalam perniagaan. All these are question marks. Kita patut ikut di luar negara, di mana apabila seorang hakim bersara, nombor satu, kemungkinan dia boleh bekerja sebagai peguam, memberi pandangan atau lebih baik dia menulis artikel, menulis buku, give a contribution to the law. Sini dia contribution dalam poket dia. Sebelum dia dilantik kepada public listed company atau mendapat kontrak- kontrak, semestinya ada transaksi-transaksi belakang ini semua. Sure, got some connection. Bukan secara serta-merta dilantik sebagai mendapat kontrak berbilion-bilion. Ini adalah satu persepsi yang jahat yang sedia ada. Betul atau tidak? Kita— like Tuan Yang di-Pertua, di Amerika apabila seorang hakim bersara dari mahkamah Supreme Court. Walaupun dia bersara, dia diberi satu bilik di Supreme Court sehingga dia mati supaya dia boleh berusaha untuk menulis artikel, menulis buku, berjumpa dengan penuntut-penuntut, law student dan sebagainya. Saya sendiri apabila saya pergi dalam satu lawatan, kita berjumpa dengan mereka. Itu adalah peranan yang patut dimainkan oleh hakim-hakim yang retire. Bukan macam orang perniagaan. Kalau sedemikian, tolong resign dahulu. Jangan menjadi hakim. Cari wang itu untuk orang lain. Ini adalah hal yang penting yang perlu diambil kira, perception di antara rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu berapakah kes-kes yang tertunggak di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di mana perbicaraan penuh telah habis? Saya difahamkan ada perbicaraan yang telah habis satu
tahun, sembilan bulan, enam bulan. Lagi keputusan belum diberi. Ada orang ramai kata mungkin hakim-hakim sedang berbincang. Saya kata hakim-hakim sedang berbincang, dia kata berbincang untuk tujuh bulan? Untuk lapan bulan, 10 bulan? It doesn’t take that long. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, kita perlukan hakim- hakim untuk menulis dissenting judgement, perlu judgement yang varied. Each High Court Judge or Court of Appeal or Federal Court must write his own grounds of judgment. Not just concur. Itu concur di sinilah kita concur. Ahli Parlimen very easy, kita concur sahaja. Akan tetapi di sana itu, jawatan itu jurusan dia. Dia perlu memberi perhatian yang lebih. Itu saya harap dan berapakah kes-kes yang tertunggak untuk berbicara. Selain daripada itu, di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. What is the yardstick? Berapa lama perlu dihabiskan? Adakah KPI digunakan seperti rayuan di mahkamah untuk kes criminal atau kes sivil di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan? Berapa lama sebelum ini diselesaikan? Satu decision perlu diberi.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kapar bangun. Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai hakim-hakim kita di mahkamah yang mempunyai bilangan kes yang terlalu banyak. Seorang hakim kadang-kadang kena cover satu daerah yang besar. Selepas itu, kes-kes di atas beban dia terlalu banyak. Ia pun melambatkan proses. So, pada waktu yang kita mempersoalkan tentang pelantikan hakim-hakim ini, saya juga rasa beban yang diletakkan pada bahu hakim pun perlu dikaji, diperhalusi supaya kes-kes di bahu mereka tidak membebankan. Kedua, Yang Berhormat Ipoh Barat juga saya difahamkan hakim-hakim sekarang tidak boleh pergi kursus dan sebagainya sebab semua dana mereka telah dipotong. Untuk menaiktarafkan dan mempelbagaikan kemahiran mereka pun terbantut. Saya rasa kerajaan tidak membantu dari sudut ini. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Saya pohon soalan-soalan itu Yang Berhormat Menteri boleh jawablah. Akan tetapi kalau tidak menghantar kepada kursus, all these are not fair. Kita tahu semasa Yusuf Chin, kita ada team A, team B. Team A dihantar ke Luxembourg dan ke London untuk kursus. Team B ke Bangkok dan ke Singapura. Itu dia ada team-team. I hope that doesn’t happen. Saya hendak tanya berapa kekosongan jawatan hakim-hakim di Mahkamah Tinggi, High Court Judges, di Court of Appeal dan Mahkamah Persekutuan? Di antaranya sehingga hari ini dalam 60 tahun, berapa hakim yang telah resign and not given a pension? Saya tahu satu kawan saya, di mana dia resign tetapi saya hendak tanya berapa yang telah resign dan tidak ada apa- apa manfaat langsung? Berapa telah di— has been removed as a High Court Judges or Court of Appeal Judges or Federal Court Judges? Saya harap bahawa KPI yang digunakan, there must be an eloquent position untuk peguam-peguam to play advocacy dalam mahkamah. Ramai di antara hakim- hakim di negara sekarang menjadi robot. Menerima written submissions. I want written submissions from the prosecution and from the defense. I will make the decision. I want written submissions from the plaintiffs’ lawyer and the defendants’ lawyer. Saya mahu membuat keputusan. Hanya secara baca dalam only hujah-hujah. Tidak mendengar hujah lisan daripada peguam-peguam. This must change. You must have the play of advocacy supaya pihak-pihak dapat menggambarkan, memberi ruangan untuk pelanggan mendengar apakah isu-isu yang telah dilitigasi di depan mahkamah. Akhir sekali, KPI. Saya harap ia tidak terlampau digunakan. Don’t be too strict di mana KPI menjadi all and everything dalam negara ini. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Mengucap kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bincang sedikit rang undang-undang, meminda Akta Saraan Hakim 1971. Hakim dalam Islam mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan
besar. Hukumnya adalah fardu kifayah bagi sesuatu tempat, mesti ada seorang hakim. Jika tidak, semua umat Islam akan berdosa kerana kes-kes pertelingkahan manusia akan sentiasa berlaku di kalangan manusia. Oleh kerana itu, Nabi SAW menyatakan tentang hakim-hakim ini. [Membaca sepotong hadis] Tiga jenis hakim. [Membaca sepotong hadis] Dua ke neraka, satu ke syurga. Dua ke neraka, pertamanya kerana memberi pengadilan tidak berdasarkan yang benar dengan sengaja ataupun membuat pengadilan tanpa ilmu hingga menyebabkan hilang hak manusia. Juga kita lihat banyak syarat melibatkan hakim ini yang perlu dijadikan hiasan diri para hakim menunjukkan bahawa menjadi seorang hakim bukan kerja yang kecil, bukan kerja yang senang. Kerja yang sangat sukar. Kita baca hadis-hadis Nabi seperti menyebut, [Membaca sepotong hadis] “Jangan memutuskan pengadilan ketika mana kamu dalam keadaan marah”. Hadis seperti mana Nabi sebut tentang... [Membaca sepotong hadis] “Sesiapa yang menjadi kadi, dia telah disembelih tanpa pisau”. Lalu sahabat bertanya, apa makna disembelih tanpa pisau? Maksud sabda Nabi SAW, maksudnya ialah dia ada ruang untuk dimasukkan ke dalam neraka disebabkan mungkin tidak adil dalam menguruskan pengadilan. Oleh kerana itulah dalam sejarah Islam, kadi-kadi ini diberikan hak untuk mendapatkan gaji yang baik, yang menyebabkan dia tidak perlu lagi bergantung kepada manusia, bukan hanya ketika mana dia masih lagi menjadi kadi, menjadi hakim, bahkan juga di kala mana telah berakhir tugasan kehakiman atau bahasa tersebut hari ini sebagai saraan atau mereka yang menjadi pesara di kalangan para hakim. Oleh sebab itulah, bila mana Ali r.a. menghantar satu surat kepada seorang wali, seorang gabenor di Mesir bernama Al-Asytar An-Nakhaie, beliau menyatakan bahawa wafsahlahu fii bazal – “Lapangkan betul-betul pemberian kepada hakim-hakim”. Maa yuzillu illatahu – “yang boleh menghilangkan kesakitannya”, watakillu ma’ahu hajatuh – “yang menyebabkan segala keperluannya menjadi sedikit, tidak perlu kepada kerja-kerja yang banyak untuk mendapatkan rezeki”, wa’a’idlahul manzilah – “sediakan baginya kedudukan yang baik”, ma la yatba’u fiihi ghairuh mi kasatih – “yang menyebabkan manusia lain tidak tamak untuk mengambil segala perkara yang melibatkan hak kepada hakim tersebut”. Faya’malumin nakhtih – “yang menyebabkan dia terselamat dari ancaman manusia”.
Semua keadaan ini menunjukkan kepada kita bahawa kedudukan hakim ini sangat perlu untuk kita naikkan taraf kedudukan di mata masyarakat termasuklah dalam melibatkan gaji mereka dan juga saraan mereka. Pernah berlaku di zaman Khatimiyin gaji yang diberikan kepada hakim setahun bernilai 1,200 dinar yang kalau kita nilai pada hari ini dengan nilai RM840,000 setahun ataupun RM70,000 sebulan menunjukkan besar kedudukan hakim. Saya baca beberapa berita berkaitan dengan hakim antaranya apa yang disebut oleh Tun Arifin Zakaria tentang kualiti hakim yang ada pada hari ini. Timbul persoalan dari saya, adakah apa yang kita pinda pada hari ini Akta Saraan Hakim ini adalah juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti hakim-hakim yang sedang bertugas sekarang. Supaya mereka menjadi lebih bersemangat untuk menjadi yang terbaik dalam pengadilan mereka. Untuk itu, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa jumlah hakim yang ada sekarang di semua peringkat mahkamah dan adakah bilangan mereka ini mencukupi untuk menyelesaikan semua kes kerana kita dengar banyak kes-kes tertunggak yang berlaku. Kedua, tentang kegagalan para hakim untuk menyediakan penghakiman bertulis ini juga menjadi isu yang besar. Saya ingin dapatkan data banyak mana kes-kes pengadilan hakim ini yang tidak dibuat secara bertulis. Itu sahaja daripada saya dan saya menyokong cadangan meminda Akta Saraan Hakim ini, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan saranan termasuk concern kepada peri pentingnya soal ketelusan integriti dan juga pemisahan kuasa. Saya mungkin tidak menyentuh soal-soal tersebut tetapi saya bersetuju bahawa keyakinan ini merupakan satu perkara yang mustahak.
Kalau kita ambil Yang Berhormat Padang Serai tadi dia sebut bahawa para pelabur yang ingin melabur di suatu tempat akan melihat tentang barisan hakim dan bagaimana mahkamah dikendalikan. Juga sebagai satu perkara yang mustahak. Akan tetapi, kalau itu yang diambil kira sahaja maka sistem kehakiman kita ini bagus. Sebab kita menerima pelaburan dalam investment daripada luar tahun ini sahaja sebelah saya Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI kata RM59 bilion bertambah daripada tahun 2016, bertambah daripada 2015. Arab Saudi datang melabur, ini keyakinan para pelabur ke negara kita. Mungkin itu menunjukkan bahawa keyakinan itu sudah ada. Begitu juga disebut banyak tentang nama Tun Arifin membuat pelbagai kenyataan. Tun juga menyebut tentang bahawa kita menjurus kepada pemisahan kuasa yang jelas. Itu mungkin boleh dikongsi juga di Dewan ini, beliau juga menyatakan bahawa terdapat satu perubahan di mana mereka bebas untuk laksanakan tugas. Namun begitu, soal-soal berkaitan dengan kualiti, dengan kemampuan mereka iaitu hakim dalam mengendalikan termasuk menulis judgement adalah menjadi concern ataupun tekanan ataupun kemahuan kita. Ini kerana kita bandingkan dengan dahulu. Saya tahu Yang Berhormat Ipoh Barat dan rakan-rakan Yang Berhormat peguam telah menjalankan amalan ini sudah lama. Nama hakim-hakim dahulu antara kes sivil dan sebagainya menulis judgement mereka sendiri dan baik sebagai rujukan hal ini seolah- olah dibuat perbandingan. Ini semua adalah perkara yang kita harap dapat sedikit sebanyak kita pertingkatkan yang sudah sebut ini bukan saya, yang sebut ini ialah Ketua Hakim Negara sendiri. Jadi terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Memang betul salah satu saya sebut dalam pembentangan awal kita mengharapkan bahawa kualiti itu dapat kita pertingkatkan dengan imbuhan termasuk persepsi negatif supaya mereka didakwa untuk melakukan perniagaan. Insya-Allah, perkara yang kita buat ini boleh terus mengekalkan behavior ataupun tindak-tanduk seorang hakim walaupun selepas mereka bersara. Jadi, tidak timbul persepsi-persepsi yang negatif. Ini kerana kalau saya layan persepsi negatif ini, Tuan Yang di-Pertua dia akan panjang. Saya juga berhadapan dengan soalan-soalan di mana kenapa ada banduan keluar melawat isteri yang sakit umpamanya. Ada yang digari, ada yang tidak? Jadi kita tidak boleh melihat bahawa hanya sebelah pihak sahaja boleh menimbulkan persepsi yang negatif ini hanya kerana dia tidak berselera dengan kita. Pada saya, apa yang mustahak adalah untuk kita meletakkan luhur undang- undang itu di peringkat tertinggi walaupun saya berkata saya tidak berniat untuk bercakap soal yang tidak berkaitan dengan akta ini tetapi disebut banyak kali kes Balamurugan. Sebenarnya kita pun tahu sudah ada satu siasatan dibuat di bawah seksyen 345. Cuma, kita tidak boleh hendak bincang 345 Kanun Keseksaan ini kita tidak boleh hendak bincang kerana takut menjejaskan siasatan yang dibuat. Akan tetapi, concern Yang Berhormat tentang arahan majistret yang tidak dipatuhi itu memang sedang disiasat. Malahan ada banyak kita ini sebenarnya yang mahkamah buat keputusan kita tidak ikut. Orang yang didapati bersalah masuk dalam penjara kita kata masih tidak salah, mahkamah yang salah. Ini semua kita tolong ketepikan sebab yang saya hendak bentangkan ini dan minta persetujuan Yang Berhormat untuk setuju adalah mengenai soal-soal yang berkaitan tentang perluasan definisi seorang hakim itu, perkhidmatannya bila dilantik termasuk dengan beliau sebagai JC. Kedua, adalah mengenai had umur kerana kita hendak mengekalkan kualiti itu tadi. Untuk Yang Berhormat Kapar, sebenarnya hakim masih kita hantar ke luar negara untuk mereka untuk mereka setanding dengan hakim-hakim di luar untuk menghadiri kursus-kursus sama ada Team ‘A’, Team ‘B’ Yang Berhormat Ipoh Barat, saya tidak boleh hendak komenlah. Akan tetapi kursus itu memang kita hantar, memang ada.
[Bangun]
Oleh sebab, kalau kita tidak hantar kursus maka mereka juga tidak dapat mempelajari soal-soal yang patut mereka perolehi. Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat mencelah sahaja tadi saya jawab ada kursus itu.
Saya celah dalam celah sekarang. Boleh?
Saya habiskan dahululah.
Sedikit nanti terlompat pula. Dalam tajuk itu landing baik-baik.
Ya, sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun arif ada hakim-hakim ini dihantar ke kursus-kursus di luar negara, saya memang arif. Akan tetapi saya difahamkan mereka kena tanggung sendiri bukan di bawah pembiayaan daripada kementerian. Jika Yang Berhormat tidak arif atau tidak tahu lagi perkara ini, sila dapatkan maklumat daripada hakim-hakim. Terima kasih.
Baguslah, sendiri tanya sendiri jawab. Itu sudah adalah itu cukup complete sebab hearsay saya tidak boleh hendak komen. Kita ada Peraturan Kewangan. Saya pun kadang-kadang ke luar negara walaupun kurang ke luar negara pakai duit sendiri tetapi tidaklah boleh kita menyatakan bahawa kerajaan tidak atau menghalang ataupun tidak menyediakan. No. Kita sediakan peruntukan untuk mereka memperoleh ilmu pengetahuan. Bawah Rancangan Malaysia ke-11 memang ada untuk upskilling di bawah pendekatan yang dibuat oleh kerajaan supaya rakyat kita dapat menimba ilmu khusus dalam bidang kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan kita. Yang Berhormat Padang Serai bertanya tentang mengapa perlu pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman. Kenapa tidak terus lantik hakim. Sebenarnya Pesuruhjaya Kehakiman ini dibuat untuk kita membuat satu saringan supaya jumlah yang dipilih itu dapat menepati kriteria-kriteria yang diperlukan sebelum kita menerima sebagai seorang hakim. Yang Berhormat Padang Serai juga membangkitkan atau bertanyakan tentang soal, Yang Berhormat Tasek Gelugor pun tanya soal tentang Perdana Menteri menasihati. Sebenarnya kita ada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang membuat nasihat juga walaupun ini prosedur negara kita Yang Berhormat. Kalau tidak dibuat cara begitu, kita hendak pakai sistem apa? Sebab ini sistem yang diadakan. Takkan hendak terbuka begitu sahaja. Saya tahulah Yang Berhormat mungkin lebih berminat untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah republik mungkin, tidak hendak guna sistem Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan memang kata perkara itu dinasihati oleh seorang Perdana Menteri seperti Yang Berhormat Mersing tanya, Amerika itu bukan Donald Trump, itu Presiden yang dia cuma kebetulan menjadi Presiden...
[Bangun]
Suka tidak suka itu sistem. Kalau Yang Berhormat masih berterusan mengatakan bahawa, “oh, ini dilantik” tanpa memberitahu bahawa ada satu suruhanjaya yang dianggotai oleh orang-orang tertentu yang menasihati juga Yang di-Pertuan Agong, maka selama itulah orang kata eksekutif menguasai kehakiman.
Boleh saya just tanya? Terima kasih.
Ya, sila.
Bukan, Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kita encouraging a republic dan mengecualikan Raja-raja. That was not what our suggestion was, with the greatest of respect. Apa yang kita hendak mengecualikan adalah penglibatan eksekutif iaitu penglibatan Perdana Menteri dalam proses pelantikan hakim. Itu yang perlu kita hendak tekankan di sini. When did we ever say that we want the exclusion of Raja-raja? We will never said that. What we want is the exclusion of the Prime Minister’s involvement in the appointment of judges. Itu boleh dibuat dengan senangnya. What is the problem of excluding the Prime Minister from the process? Bolehkah itu di address oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Raja Berperlembagaan, itulah maksudnya. Bermakna kita ada head of state, kita ada head of government yang mana Perdana Menteri akan menasihati. Oleh sebab itu Yang Berhormat, cara Yang Berhormat bertanya tadi itu yang membuat saya membuat satu dimensi. Hendak buat macam mana lagi, sebab itulah dia punya peruntukan. Namun begitu, di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Hakim 2009, sememangnya telah digubal sebagai preliminary process dalam pelantikan Hakim Mahkamah Atasan di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana suruhanjaya akan
membuat syor kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Nasihat Perdana Menteri ini akan ada di mana-mana. Oleh sebab itu disebut sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Maknanya Yang Berhormat juga boleh rujuk kenyataan yang dibuat oleh Tun Arifin tentang langkah-langkah yang sedang dibuat, cuma belum dilaksanakan. Hingga hari ini, itulah kedudukan yang kita guna pakai. Yang Berhormat Setiu, ini ada berkaitan dengan kita punya rang undang- undang. Bertanyakan tentang had bilangan hakim. Jumlah hakim Mahkamah Atasan yang dilantik adalah tidak melebihi dari bilangan yang telah ditetapkan dalam Perkara 122, Perkara 122A dan Perkara 122A(a) Perlembagaan Persekutuan. Pelantikan hakim telah dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan beban tugas berikutan dengan bebanan yang ada banyak di Mahkamah Tinggi. Maka berkuat kuasa 1 Oktober 2006, bilangan hakim Mahkamah Tinggi Malaya telah ditambah menjadi tidak boleh melebihi 60 orang dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tidak melebihi 13 orang. Mulai 1 Mei 2009, P.U.(A) 164 bilangan hakim Mahkamah Rayuan pula telah ditambah tidak boleh melebihi 32 orang. Melalui P.U.(A) 163, bilangan hakim Mahkamah Persekutuan pula tidak boleh melebihi 11 orang. Yang Berhormat Bukit Gelugor bertanyakan tentang soal in suppression of powers tadi, kita sudah bincang, Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Kapar saya sudah jawab. Yang Berhormat Ipoh Barat, ini jumlah kekosongan hakim yang tidak dilantik. Ketua Hakim Negara tiada kekosongan. Yang Berhormat tidak boleh mohon. Presiden Mahkamah Rayuan pun belum kosong, Mahkamah Hakim Rayuan belum kosong, Mahkamah Hakim Besar Sabah dan Sarawak sudah penuh, Hakim Mahkamah Persekutuan seramai 11 orang, sebelas-sebelas orang sudah penuh. Hakim Tambahan Mahkamah Persekutuan pengisian satu, tidak ada kosong. Hakim Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah Rayuan, bilangan 32 orang. Pengisian 27, kosong lima.
Yang ini boleh mohon, ya?
Yang ini boleh mohon. [Ketawa] Yang Berhormat Jasin boleh mohon ya. Hakim Mahkamah Tinggi, 73 orang, ada sepuluh kosong. Pengisian baru 63 orang di mana enam di Semenanjung, empat di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi bagi Pesuruhjaya Kehakiman, 32 di Semenanjung penuh, Sabah dua penuh, empat di Sarawak penuh. Maknanya 38 orang.
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya mengenai Ketua Hakim Negara, Court of Appeal President dan Chief Judge of Malaya. Saya difahamkan mereka akan retire anytime. Saya juga difahamkan ada betul bahawa mereka telah diberi contract extension of two years untuk ketiga-tiga orang ini. Adakah ini benar?
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sebut pasal KPI mahkamah, Yang Berhormat tanya pasal ini, saya tidak boleh jawab. Kalau saya jawab nanti, Yang Berhormat tuduh saya mempengaruhi keputusan memilih hakim, melantik hakim. Dia ada satu jawatankuasa yang akan menentukan perkara tersebut. Dalam soal KPI, kita tidak boleh dari segi undang-undang hendak kata semua mesti KPI sebab justice delayed, justice denied. Itu Yang Berhormat tahu. Justice hurried, justice buried on the contrary. Itu maknanya dalam soal mahkamah, kita kena tengok dari segi keberkesanan tentang perjalanan keseluruhan. Oleh sebab itu soal KPI ini, pada saya biarlah pihak Suruhanjaya Kehakiman tentukan. Lantikan dia pun ataupun penyambungan kontrak dia pun biarlah suruhanjaya ini yang buat, bukan saya. Apatah lagi saya hendak beritahu Yang Berhormat sama ada dia akan disambungkan atau tidak. Saya...
Akan tetapi adakah permohonan telah dibuat oleh mereka? Saya difahamkan ada permohonan...
Saya, tidak ada pada saya.
Betul. Yang Berhormat boleh sahkan atau tidak boleh sahkan?
Saya tidak tahu.
Tidak tahu?
Saya tidak tahu sekaranglah. Yang Berhormat tanya itu saya tidak tahu. Yang Berhormat tanya sama ada permohonan ataupun tidak, saya hendak beritahu Yang Berhormat saya tidak tahu.
No offer also?
No, saya tidak tahu. Nantilah kalau saya tahu, saya beritahulah. Sekarang ini saya tidak tahu. Ini saya panjang-panjangkan sikit kot-kot belakang saya itu tahu, dia bagi saya, saya beritahu Yang Berhormat. Akan tetapi saya tidak tahu sebab kita tidak privy kepada semua perkara terutama perkara tentang tiga badan eksekutif, judiciary dengan legislatif ini. Mereka cukup berjaga-jaga dalam soal kerahsiaan dan urusan mereka. Oleh sebab ini juga yang kita hendak supaya mereka ada kuasa yang lebih bebas tanpa dipengaruhi oleh pihak. Ada lagi, Yang Berhormat. Yang Berhormat bertanya tentang kes tertunggak di mahkamah. Mahkamah Persekutuan ada 1,050 kes termasuk sama ada sivil atau jenayah. Mahkamah Rayuan, bagi kes sivil ada 2,281 kes dan kes jenayah ada 769 kes. Mungkin sebab yang jenayah ini, Yang Berhormat minat. Ada 769 kes. Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sivil tadi saya sudah bagi, 51,697 kes, rang undang-undang tadi. Akan tetapi untuk jenayah ada 3,863 kes jenayah di Mahkamah Tinggi yang masih tertunggak. Jadi itu antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan...
Saya ada tanya Yang Berhormat. Secara spesifik saya ada tanya mengenai kes yang telah didengar di Mahkamah Persekutuan, kes yang telah didengar di Mahkamah Rayuan dan kes yang telah didengar di Mahkamah Tinggi tetapi keputusan belum lagi diberi. There was a judgement promise, return judgement or whatever. It is more than six months, nine months and one year. So, apakah sebabnya? How many cases? You are not giving me the statistic for that. Thank you.
Belum lagi. Oleh sebab pelantikan Hakim Besar pun belum jawab. Yang itu kita tadi telah bincang, sebelum bentang ini pun saya sudah minta. Akan tetapi malangnya pihak mahkamah tidak ada satu statistik yang spesifik macam itu. Dia melihat tentang, tertunggak ada. Saya tanya tadi, yang awal pun saya tanya. Berapa banyak kes yang ditolak kerana salah fail? Dia tidak ada detail. Dia ada tetapi dia tidak dapat bagi saya hari ini. Jadi Yang Berhormat tanya itu saya akan bagi Yang Berhormat kemudian tentang judgement yang masih belum diberikan walaupun perbicaraan telah lama habis. Itu saya akan bagi Yang Berhormat secara spesifik. Saya bagi sendiri kepada Yang Berhormat apabila saya dapat. Saya tidak mahu pegawai bagi Yang Berhormat sebab saya pun hendak tahu. Kalau pegawai bagi, saya tidak tahu jawapan itu. Okey. Tentang pelantikan Hakim Tambahan Persekutuan, kita kekalkan pelantikan itu adalah untuk mengekalkan pengalaman dan kepakaran. Bagi kes Tan Sri Jeffrey, ia merupakan Hakim Tambahan. Akan tetapi yang penting, ia tidak bersalahan dari segi untuk menyambung kedua-dua atau mengambil yang telah bersara, Yang Berhormat. Jadi maknanya perkara itu dibuat sebab kepakaran dia itu tidak mahu kita bazirkan supaya dia dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan hakim-hakim termasuk dalam sistem kehakiman dalam negara kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua yang telah berbahas. Moga-moga ia menjadi lebih cepat untuk kita sampai ke rang undang-undang no reform. Terima kasih.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada klausa empat iaitu amendment of section 8. “Section 8 of the principal Act is amended by substituting for paragraph (c) the following paragraph: (c) resigns from the office of a Judge…” Ini perkara yang saya ada tanya soalan tetapi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri akan jawab di sini di mana saya ada tanya berapakah hakim yang telah meletak jawatan dan berapakah yang telah disingkir or has been sacked.
Adakah apa-apa menunjukkan trend untuk hakim-hakim meletak jawatan, apakah sebab. Adakah ini perkara yang akan di-cover di paragraph empat. Di paragraph lima Tuan Pengerusi, saya hendak tanya mengenai bila seorang dilantik untuk di satu untuk serve the nation that’s what it is mentioned in the national interest. Adakah beliau mendapat kontrak sebagai hakim selepas bersara? Is it also or meaning national interest?
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Kedua tu taklah Yang Berhormat, dia national interest ini sebenarnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Terima kasih sebab membuat sedikit bacaan. Yang Arif Datuk Yaacob telah dipinjamkan ataupun dipindahkan sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP). Jadi kita tidak mahu kerana perpindahan itu menjejaskan skim pencen dia, jadi pindaan ini untuk kita memberi peluang. Oleh sebab Yang Berhormat juga ingin melihat SIAP sebagai satu agensi yang boleh berperanan. Jadi kepakaran Yang Arif Datuk Yaacob diperlukan di situ, jadi dengan pindaan ini perkara itu tidak terjejas. Yang dimaksudkan tentang service for the country ini ataupun apa dia panggil tadi, untuk bertugas pada negara ini, dia bertugas kepada SIAP, sebuah suruhanjaya yang akan memberi manfaat dalam soal-soal penguatkuasaan. Itu satu contoh yang boleh saya kongsi latar belakang kenapa pindaan ini dibuat termasuk juga bagi mereka ataupun contoh Peguam Negara yang bersara kemudian pindah ke Pejabat Peguam Negara dan akan bersara sebagai di situ. Makna kita pastikan mereka atau hakim yang terlibat dalam kelompok ini tidak akan terjejas dari segi pencen. Saya tidak mahu sebut tentang pesuruhjaya kehakiman sebab Yang Berhormat nampak dah jelas yang itu. Kita hendak tempoh itu lebih awal. Jadi ini antara perkara yang dibangkitkan sebagai latar belakang kepada pindaan seksyen 8 yang dimaksudkan iaitu mengenai mana-mana hakim yang berkhidmat di agensi lain, mereka tetap mendapat pencen. Ya.
Spesifik berapa yang resign?
Oh! Yang resign saya tidak ada, nanti saya bagi Yang Berhormat juga. [Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; bacaan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — TIMBANG DAN SUKAT (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Timbang dan Sukat 1972 dan untuk mengadakan peruntukkan mengenai perkara berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71] digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kepentingan pengguna serta mengawal selia ke atas alat timbang atau sukat atau timbangan atau sukatan yang diguna untuk tujuan perdagangan. Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 71 tersebut. Selain itu Akta 71 ini juga mempunyai objektif seperti berikut: (i) memastikan timbang dan sukat yang digunakan menepati reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh penyimpan timbang dan sukat untuk Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan; (ii) memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan ditentu sahkan; (iii) mengawal selia lesen yang dikeluarkan kepada pembuat, pembaik dan penjual alat-alat timbang dan sukat; dan (iv) mengawal selia syarikat berlesen untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan alat-alat timbang dan sukat. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil pendekatan yang serius akan pelanggaran mana-mana peniaga terhadap ketidakpatuhan sukatan dan timbangan atau alat timbang atau sukat yang kurang tepat atau tidak ditentu sahkan kerana ia merupakan satu bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap pengguna. Justeru itu, dengan mengambil kira pendekatan tersebut dan peningkatan dalam kes yang melibatkan pematuhan kepada alat timbang atau sukat atau timbangan atau sukatan, maka pindaan telah dicadangkan bagi meningkatkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang melanggar Akta 71 supaya dapat mengelak apa-apa penyelewengan atau penipulisasi ke atas alat timbang, atau sukat, atau timbangan atau sukatan. Keempat, selain daripada peningkatan dalam hukuman yang sedia ada, skop cadangan pindaan kepada Akta 71 juga bertujuan untuk menjelaskan lagi kuasa Menteri dalam membuat peraturan-peraturan dan memasukkan seksyen baru untuk memberi kuasa kepada inspektor timbang dan sukat bagi beberapa perkara yang berkaitan dengan akta ini. Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 15 Februari 2017 antara lain juga telah bersetuju agar Akta 71 ini dipinda berdasarkan keperluan kepada pematuhan penggunaan alat timbang atau sukat atau timbang timbangan atau sukatan yang tepat. Persediaan ke atas perkembangan teknologi timbangan atau sukatan, membanteras manipulasi kapasiti maksimum timbangan atau sukatan dan juga meningkatkan kadar penalti denda. Antara ciri-ciri utama kepada pindaan ini adalah seperti berikut; (i) untuk memberi punca kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berhubung alat timbang atau sukat atau timbangan atau sukatan. (ii) memberi kuasa tambahan kepada inspektor timbang dan sukat untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang
yang gagal menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang berkaitan atau memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan bagi maksud pemeriksaan timbang dan sukat. (iii) mencadangkan agar terma yang diguna pakai dan dipraktikkan antarabangsa diadaptasi oleh negara ini bagi mengelakkan kekeliruan industri dalam penggunaan terma- terma pengukuran alat timbang atau sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan. (iv) meningkatkan penalti denda bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan fraud atau penipuan dalam timbangan atau sukatan atau penipuan kepada pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan adalah seperti berikut: (i) memasukkan seksyen baru (2A) untuk memberi kuasa kepada Menteri supaya unit sukatan linear dapat diperluaskan tanpa pindaan kepada Akta 71. Pindaan ini juga bagi memudahkan unit sukatan pada jadual kedua boleh ditambah atau dipinda pada bila-bila masa melalui perintah yang dibuat melalui Warta; (ii) memasukan subseksyen baru 28(3) untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang yang gagal menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat dokumen atau keterangan yang berkaitan atau memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang dia tahu ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan bagi maksud pemeriksaan timbang dan sukat; (iii) menaikkan amaun denda yang dikenakan bagi kesalahan- kesalahan di bawah subseksyen 12(3) dan subseksyen 28(2) serta seksyen 14, seksyen 14B, seksyen 16, seksyen 17, seksyen 18, seksyen 19, seksyen 20 dan seksyen 20A, Akta 71 sudah tidak lagi relevan bagi masa ini dan tidak pernah dikaji sejak tahun 1972. Kenaikan denda antara RM5,000 hingga RM50,000; (iv) memasukan perenggan baru, seksyen 29(2)(gj) bagi membolehkan Menteri menetapkan penalti bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini; dan (v) menggubal semula subseksyen 30 untuk mengguna pakai terma dan praktikkan antarabangsa diadaptasi oleh negara ini bagi mengelakkan kekeliruan industri dalam penggunaan terma-terma pengukuran alat timbang atau sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ya, ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Atau Timbang dan Sukat 1972 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai. Ada yang minat selain daripada Yang Berhormat Bagan Serai? Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas Yang Berhormat Kuala Krai? Yang Berhormat Menteri jawab. Sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017. Seperti yang kita dengar dari penerangan tadi, bahawa rang undang-undang ini adalah untuk mendidik pengguna dan juga untuk mengawal selia alat timbang. Ini cerita tentang neraca, cerita timbang dan sukat. Yang penting sekali ialah tentang perlindungan kepada pengguna supaya pengguna tahu hak-hak dia dan pengguna tidak ditipu dalam urusan jual beli. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dilakukan ini, adalah untuk meningkatkan kepatuhan dan untuk menentukan bahawa alat timbang yang digunakan itu adalah yang telah ditentu sahkan, maknanya yang telah diperiksa dan sebagainya. Satu lagi yang penting sekali untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa. Pindaan- pindaan yang dilakukan ini kalau kita lihat akta 1972 ini sudah lama tidak ada pindaan. Undang-undang ataupun denda-denda penalti yang dikenakan adalah tidak sesuai dengan zaman sekarang. Contohnya banyak pindaan-pindaan yang kita buat pada undang-undang yang dulu kita lihat kalau 20 tahun dahulu kena denda RM1,000, sekarang pun kena denda RM1,000, maknanya sudah tidak ada kesan. Kalau 20 tahun lalu, RM1,000 itu besar, tetapi 20 tahun sekarang ini kalau kena denda RM1,000 dia bayar dan dia terus buat kerja itu. Jadi inilah Yang Berhormat Bagan Serai menyokong sangat pindaan ini kerana untuk...
Yang Berhormat Bagan Serai.
...Memastikan semua undang-undang ini dipatuhi dan alat timbang itu menepati dan ditentu sahkan. Silakan.
Ya, sila Yang Berhormat Gerik.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai, perubahan RUU ini kita sambut baik yang mana yang penting ialah pelaksanaan dalam pasaran. Kita tahu sebahagian daripada peniaga dia menipu dalam menggunakan timbang dan sukat. Kadang-kadang dia letakkan tambahan alat pada itu, tetapi dengan adanya RUU ini, kita boleh standard-kan kesemua alat-alat timbang dan sukat. Soalan saya, jika kita luluskan RUU ini, adakah kesan kepada peniaga-peniaga? Mungkin suatu masa terus kerajaan akan meminta alat timbang dan sukat ditukar terus, ini juga boleh menyusahkan peniaga-peniaga. Soalnya kita pengguna kita cukup setuju alat timbang yang kadang-kadang ada penipuan. Akan tetapi kita percaya dengan RUU sebelum ini alat timbang sukat ini telah hampir kepada yang lebih baik. Cuma yang itu yang persoalannya. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik di atas keprihatinan ini. Ini satu perkara lagi, apabila ada berlaku jual beli dia di antara supplier dan di antara orang yang menggunakan. Kita lihat dalam berbagai-bagai isu umpamanya isu minyak, pengguna-pengguna dan juga mereka yang mengusahakan minyak. Jadi ada masalah di situ. Jika ada undang-undang baru dikenakan, siapakah yang akan mendapat keuntungan dan kebaikannya? Tuan Yang di-Pertua, penipuan yang berlaku ini kerana ada mereka yang tidak bertanggungjawab...
Yang Berhormat.
...Peniaga-peniaga yang tiada etika yang hanya mementingkan keuntungan diri sendiri. Jadi yang kita risau...
Minta sedikit pencelahan.
Silakan.
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat tadi bahaskan mengenai ini dan juga saya mendengar apa Yang Berhormat Gerik tadi nyatakan. Selain daripada mungkin ada penipuan sedikit, mungkin saya hendak tumpang melalui Yang Berhormat tadi mengenai kita ini sekarang bercakap
mengenai isu halal dan juga yang tidak. Jadinya bila penggunaan-penggunaan mencampuradukkan alatan timbangan itu, jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat mengenai kita punya concern, mengenai perkara ini mencampuradukkan alatan timbangan bagi barangan yang halal yang tidak halal. Mungkin Yang Berhormat boleh komen mengenai perkara ini sebab perkara ini juga sangat penting di dalam RUU ini untuk kita pertimbangkan dan cadangan ini mungkin perlu diambil perhatian oleh pihak penguatkuasaan KPDNKK itu sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Itu satu lagi pendapat yang perlu difikirkan apa yang saya cuba hendak nyatakan dari awal lagi— sekarang ini semua orang sudah minat. Yang Berhormat Kota Tinggi silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bagan Serai kena masuk dalam ucapan saya punya cadangan itu. Kena cakap.
Kami suka Yang Berhormat Bagan Serai ini kerana topiknya menarik. Pertamanya, saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Bagan Serai bahawa ini semata-mata buat untuk jaga rakyat. Penggunaan ini untuk rakyat dan dalam timbang sukat ini, saya ucapkan tahniah kerana di samping kita penalti itu tinggi kita juga kerajaan bercadang untuk memasukkan di media seksyen 28 Akta 71 ini memasukkan subseksyen baru (3) yang mana subseksyen baru ini kita pastikan bahawa syarikat-syarikat contohnya syarikat minyak kalau di pam minyak itu dia punya machine dia calibrated. Meter-meter di rumah, elektrik di-calibrated ataupun disah entukan supaya dia memberikan bacaan yang tepat dan tidak timbul unsur-unsur yang menipu, dan yang lebih baik lagi subseksyen ini— calibration.
Yang penting sekali ialah pengguna-pengguna meter ini, stesen minyak ini, meter ini dia bertanggungjawab untuk declare, untuk isytihar. Kalau dulu dia diam, kalau orang tidak datang check dia diam sahaja, kali ini dia bertanggungjawab untuk diwajibkan isytihar dan mesti ditentukan ukur supaya meter dia sama dan saya rasa ini satu usaha yang amat baik oleh kerajaan dan saya sokong apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, jadi sebelum saya lupa saya mohon supaya pencelahan daripada Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Kuala Tinggi dimasukkan dalam perbahasan saya. Tuan Yang di-Pertua, kita sedang membincangkan hari ini tentang perlindungan kepada pengguna dan kawal selia kepada alat penimbang ini adalah satu perkara yang sangat besar sebenarnya kerana urusan jual beli memang berlaku di luar, siapa dapat kata bahawa yang kita timbang itu betul? Bila kita pergi ke market, bila kita pergi ke kedai- kedai, kita pun tengok dia timbang, kadang-kadang kita rasa macam barang ini nampak macam tidak cukup sekilo, tetapi timbang sekilo. Kita pun tidak pandai banyak mana yang kata kita timbang udang itu sekilo, kita hendak sekilo. Kadang-kadang dia tengok tidak cukup dia tambah satu, dia tambah dua, dia tambah tiga. Kadang-kadang dia terlebih sikit, dia tarik pula satu. Saya kata tidak apalah sekilo lebih pun tidak apa, lebih pun lebih sikit sahaja. Soal yang kita hendak tanya ini, adakah penimbangnya tepat? Bilakah penimbangnya dikawal selia? Bilakah penimbang ini di check kembali? Itu yang kita hendak tahu sama ada penipuan atau tidak.
Yang Berhormat Bagan Serai, penimbang Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Gerik dia adil penimbang Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Gerik adil.
Maksud Tuan Yang di- Pertua?
Tuan Yang di-Pertua boleh celah lagi tak?
Yang Berhormat Gerik bangun.
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan Yang Berhormat Bangan Serai lah, macam mana hendak memberitahu kepada pengguna dan juga peniaga dengan menggunakan Akta ini satu standard piawaiannya tentang timbang-timbang bagaimana? Kita boleh tengok pelbagai bentuk penimbang ini ada dalam pasaran. Ya bentuk yang macam ini, bentuk yang macam itu, tetapi untuk memberitahu kepada rakyat, kepada pengguna dan juga kepada peniaga sendiri standard yang macam mana yang kita hendak berdasarkan kepada ini supaya bila pengguna, orang ramai tengok cap ataupun SIRIM macam ini, macam itu logonya ialah penimbang yang betul kot tidak tadi takut timbang permainan kanak-kanak. Minta ulasan Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik memang berminat tentang penimbang ini, penimbang ini Yang Berhormat Gerik bentuk saya percaya Yang Berhormat Sekijang pun faham apa yang saya kata. Tuan Yang di-Pertua, penimbang pelbagai bentuk ini masalahnya.
Yang Berhormat Sekijang? Yang Berhormat Sekijang malam Jumaat ini Yang Berhormat Sekijang kena adil.
Yang Berhormat Baling bangun tadi.
Dia Yang Berhormat Baling hendak mencelah sikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya pun sudah mula hendak keliru ini dalam lima minit, pencelaan pun begitu banyak. Saya tengah timbang udang tadi Tuan Yang di-Pertua, saya tengah timbang udang tadi, udang yang saya timbang tadi sekilo saya nampak macam bukan sekilo, bila dia tambah satu, tambah dua terlebih dia tarik balik mungkin peniaga ini pun mentertawakan saya sebab berapa ramai orang, pengguna yang tahu hak dia, yang tahu penimbang ini betul ataupun tidak betul. Adakah diadakan satu tempat untuk timbang semula umpamanya ataupun adakah penimbang ini telah dilakukan pemeriksaan berkala supaya dia tepat supaya tidak ada penipuan. Dia dua Tuan Yang di-Pertua, penimbang ini.
Yang Berhormat Bagan Serai? Hendak tanya kalau udang timbang, Yang Berhormat merupakan seorang pakar pengamal perubatan dari segi perubatan macam mana pula mereka timbang? Macam mana cara kaedah yang mereka kira pula itu dalam perubatan?
Tuan Yang di-Pertua, ini petang yang berbahagia ini soalan dia ada udang timbang penimbang kena kira kesihatan pula Tuan Yang di-Pertua? Saya serah kepada Yang Berhormat Menteri lah untuk jawab Yang Berhormat Baling punya pemerhatian. Tuan Yang di-Pertua, tadilah saya hendak cerita ini, tentang penimbang ini, penimbang ini neraca ini, dia ada dua benda, satu sama ada peniaga itu tidak tahu, peniaga itu pun tidak tahu, dia tidak tahu sama ada penimbang dia ini okey ke tidak okey. Kedua, memang dia buat cari pasal, maknanya peniaga yang mengambil kesempatan. Cerita peniaga yang mengambil kesempatan bukan semua peniaga yang mengambil kesempatan. Akan tetapi memang ada yang mengambil kesempatan umpamanya yang mengubah suai penimbangnya, penimbang ini dia buka cermin, dia ubah suai, dia modified untuk dia untung. Jadi larilah beberapa neraca itu akan lari dia tidak menunjukkan timbang yang betul jadi pengubahsuaian ini boleh merosakkan timbangan yang gitu timbangan yang asal. Tuan Yang di-Pertua kita ada tengok penimbang dekat Yang Berhormat Parit macam mana sama tidak dengan Yang Berhormat Gerik.
Tuan Yang di-Pertua, cuma satu perkara yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bagan Serai bukan itu namanya untuk peniaga mencari untung dengan mengelat itu mereka dapat untung. Apakah dari segi hukumnya itu di benarkan? Dia mengelat untuk keuntungan di dunia?
Yang Berhormat Labuan pun bangun Yang Berhormat Bagan Serai.
Ya, sila Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya menunggu jawapan Yang Berhormat Bagan Serai soalan daripada Yang Berhormat Baling tadi, soalan timbang menimbang itu dia boleh juga tipu menimbang. Ini juga boleh dibuat dalam perubatan maksud dia jadi kalau sekiranya sukatan kolesterol,
sukatan ini pun ditipu supaya banyak ubat yang dijual. Macam mana pandangan doktor medical MP kita?
Tuan Yang di-Pertua, kita kena bagi kepercayaan kepada doktorlah. Kalau doktor bagi tahu kolesterol kita enam kita kena percayalah. Takkan dia hendak naik paras kolesterol kita? Tuan Yang di-Pertua, sudah cerita banyaklah tentang isu penimbang ini saya dah mula naik keliru banyak jenis penimbang, yang saya tahu penimbang baik, yang cantik adalah penimbang Barisan Nasional (BN) yang paling baik sekalilah. Semua setuju ke? Penimbang ini adalah penimbang yang terbaik yang saya tahu, setahu saya. Akan tetapi penimbang yang digunakan oleh pengguna-pengguna ini jadi berbalik kepada penimbang ini sama ada dia tahu atau dia sengaja atau dia modified dan sebagainya, undang-undang ataupun penalti ataupun denda yang telah dikenakan dulu, sikit. Kalau undang-undang kena RM3, RM4 ribu ini, itu dulu punya, sekarang dia gelak. Itu sebabnya kenapa pindaan ini perlu dibuat, antaranya untuk menguatkan kawal selia, untuk menguatkan undang-undang kawal selia supaya pembuat orang yang membaiki mesin dan sebagainya ada standard yang diikuti dan supaya alat penimbang kita dan kawal selia kita adalah standard antarabangsa, tidak ada kekeliruan tetapi yang lebih penting sekali untuk melindungi pengguna-pengguna. Itulah sebab saya hendak nyatakan tadi kalau denda RM4 ribu memang ketawalah. Akan tetapi kalau denda kena RM40 ribu, RM50 ribu ini adalah tujuan pindaan ini untuk menaikkan denda penalti supaya orang akan rasa lebih gerun lagi, inilah sebabnya kalau manusia ini hendak cari kekayaan harta benda sahaja hendak cari keuntungan dunia sahaja inilah jadinya. Suah tiada undang-undang, sudah tidak peduli hukum halal haram, sudah tidak peduli agama, dia tipu semua orang untuk dapatkan kekayaan. Ini masalah, sebab itu ada penalti ada undang-undang yang begini boleh menakutkanlah. Kita katakanlah bila undang-undang yang tinggi bila kena penjara umpamanya akan lebih menakutkan dan mengurangkan manusia-manusia yang penipu.
Ya, sila la Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya tadi setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai, kita kalau timbang sukat ini tidak betul satu hari dia boleh menipu kepada 300 orang pelanggan dia tipu, 300 kes kalau 10 hari dia jadi 300, sebulan dia jadi 30,000. Kalau dia menipu satu orang sekali tidak apa, tetapi timbang sukat selagi hayat, timbang sukat tidak ada, satu hari berpuluh-puluh ribu orang dia tipu.
Itu sebabnya saya sokong saya sokong penalti ini kena ditinggikan sebagai satu deterrent sebab kalau kita tak buat,kita bayangkan berapa ramai orang tertipu, rakyat tertipu. Jadi ini satu undang-undang yang baik,apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?
Ya, sila Yang Berhormat Parit Sulong.
Okey terima kasih. Ini berkaitan sebab tadi saya dengar Yang Berhormat, saya pun macam excited pula hendak menanya. Saya pun sama macam terlompat-lompatlah pula hendak menanya Yang Berhormat. Soalan tambahan saya ataupun saya hendak mencelah. [Ketawa] Sudah macam soalan tambahanlah pula. [Ketawa] Pening, sudah jadi pening petang-petang ini. [Disampuk] Dia mengenai pengguna itu sendiri...
Lain cara Yang Berhormat...
Malam Jumaat ini.
[Ketawa] Tak, saya mengenangkan yang dekat atas itu,macam kita tengok dari segi one side macam mana dia...
Fikir hendak balik awal sahaja malam Jumaat ini.
[Ketawa] Oh!Banyak program aku malam ini. Ini macam mana pula sikap pengguna itu sendiri sebab kadang-kadang pengguna ini dia tahu tau,dia tahu hak dia, dia tahu yang dia juga tertipu, ditipu, dia tahu juga mengenai perkara ini. Akan tetapi dia buat pilihan dia tak hendak lapor sebab dia
cakap tak payah hendak panjangkan mengenai perkara-perkara kecil seperti ini. Jadi dari segi ini macam mana Yang Berhormat, pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi dan terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Pencelahan yang cukup bertenaga pada petang-petang ini. Tuan Yang di-Pertua, itu sebab kementerian dan kerajaan perlu melakukan usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran, untuk meningkatkan ilmu kesedaran supaya pengguna bersedia untuk kompelin dan pengguna mesti tengok betul-betul. Jangan pakai beli ikut suka, dia tambah udang itu, terima sahaja satu kilo. Kita kena tengok betul-betul. Kita boleh agak-agak ataupun kita adakan timbangan yang kedua umpamanya, timbangan yang kedua. Lalu Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya hendak tanyalah kementerian, berapakah jumlah kes penipuan alat timbang dan sukat sepanjang tahun 2016? Sejauh manakah kekerapan pemeriksaan dilakukan oleh kementerian bagi memastikan alat timbang dan sukat tersebut mematuhi piawai dan mempunyai lesen dari pihak yang telah ditentu sahkan. Seperti pandangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi, kalau tidak beribu-ribu oranglah yang kena. Beramai-ramai orang kena tak henti-henti. Jadi dia terus buat duit secara haram, belum cerita lagi dia jual dia timbang barang haram.
Yang Berhormat Bagan Serai belakang.
Ya, Yang Berhormat Jerantut berminat.
Yang Berhormat Jerantut belakang, belakang.
Yang Berhormat Jerantut betul-betul di belakang saya ini. Ya, silakan Yang Berhormat Jerantut.
Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tertarik dengan penerangan ini fasal timbang dan sukat ini. Cuma saya hendak menyambung sedikit daripada Yang Berhormat Parit Sulong tadi itu kita sudah ada undang-undang mungkin selepas ini kita luluskan bersama, undang-undang yang baik, undang-undang yang perkasa untuk pastikan peniaga tidak berani. Akan tetapi persoalannya, bagaimana kita hendak memudahkan rakyat ataupun pengguna supaya dianya senang untuk membuat pengaduan. Macam sekarang kebanyakan rakyat tak minat kerana kerenah birokrasi dalam hendak melayani kompelin daripada rakyat tadi. Katalah dia beli sekilo patutnya ada satu kilo, tiba-tiba ada 700 gram, dia balik ke rumah dia kata dia timbang di rumahnya pula ada 700 gram. Dia hendak pergi balik semula itu hendak lapor kepada KPDNKK dan KPDNKK pula kata masa awak terima tadi sudah betul sudah, jadi sekarang tak boleh hendak kompelin. Biasanya pengguna dia tidak mengemukakan aduan kerana halangan-halangan birokrasi tadi itu dalam membuat bantahan ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai untuk hendak memastikan rakyat ini atau pengguna mudah hendak buat aduan mengenai dengan timbangan dan sukat ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya juga mohon supaya pencelahan yang hebat ini dimasukkan dalam perbahasan saya. Terutama apabila saya dengar tentang undang-undang perkasa. Oh! Itu undang-undang perkasa gagah perkasa kah, Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara lagi, satu juzuk lagi dan satu bahagian yang penting iaitu bagaimana pengguna sedar akan hak-hak dia, tahu akan penipuan- penipuan yang mungkin akan berlaku. Tengok betul-betul apabila penimbangan dilakukan, saya pernah singgah kedai tengok alat penimbang dia cukup takut. Alat penimbang dia nampak macam uzur dan sakit sangat. Alat penimbang ini nampak macam terhegeh-hegeh, berkarat, lama tapi bila timbang ada satu kilo. Jadi kita tengok alat penimbang itu sendiri pun kita risau adakah alat penimbang itu yang standard yang telah ditentu sahkan. Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang untuk menyedarkan pengguna dan memudahkan pengguna untuk buat kompelin, satu perkara yang sangat penting.
Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.
Kita harap dengan pindaan-pindaan yang akan dilakukan ini akan mengecutkan mereka-mereka yang cuba hendak menipu pengguna-pengguna, yang tidak berhati perut dan yang menimbang dengan tidak adil. Silakan.
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bila cerita fasal timbang tadi itu saya tak hendak sentuh sebab semua kawan-kawan saya sudah sentuh. Nanti kalau kita timbang Tuan Yang di-Pertua kata hendak cerita malam Jumaat pula, jadi saya hendak tanya sebab tadi Yang Berhormat Bagan Serai sebut tentang penguatkuasaan. Dia biasanya dalam penguatkuasaan di peringkat KPDNKK ini memang kita lihat bila pegawai daripada KPDNKK turun ke padang pergi semak timbang dan sukat ini kebanyakan alat-alat timbang ini bila sampai check biasanya tidak ada masalah. Betul tapi selepas penguat kuasa itu bergerak keluar daripada premis tersebut ataupun kedai tersebut dia akan tukar dengan timbang yang lain. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tentang isu ini?
Yang Berhormat Sekijang, ini yang saya katakan tadi apabila orang ini, ada manusia yang dia hendak kaut untung sahaja. Dalam kepala dia atau dalam kepala otak dia fikir macam mana hendak untung sahaja. Dia tidak peduli orang lain tertipu, orang lain terseksa dia tak peduli, ini yang bila penguatkuasaan dilakukan semua nampak elok itu pun kita tidak tahu macam mana dia tahu penguatkuasaan akan datang kalau datang spot check. Bila balik dia tukar penimbang lain malah kalau kita tengok di kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar ada lagi kedai-kedai yang menggunakan alat penimbang yang tidak ada dua muka yang mana telah dimestikan penggunaan- penggunaan sejak daripada tahun 2001 lagi. Maknanya penimbang sebelah sahaja kalau kita hendak tengok kita kena pusing tengok, sekejap kita tak nampak. Jadi ini satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada kementerian sejauh manakah penggunaan kaunter khidmat pengguna di pasar-pasar utama seluruh negara sebagai kemudahan kepada pengguna-pengguna untuk membuat timbangan semula maknanya counter check, selepas kita timbang kita pergi ke tempat dia kita timbang balik. Ini satu perkara lagi ke atas barangan yang telah diberi sekali gus dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membuat aduan juga sekiranya terdapat peniaga yang menggunakan alat timbang yang tidak seimbang atau tidak tepat. Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan pindaan-pindaan yang akan berlaku ini akan memberikan keadilan kepada pengguna dan dapat melindungi pengguna daripada tertipu. Kita harap juga peniaga-peniaga mengambil berat tentang perkara ini dan lebih serius tentang kawal selia lesen, kawal selia alat timbangan supaya alat timbangan mereka ditentu sahkan dengan sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai mohon menyokong.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Ya terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai, alat penimbang Yang Berhormat Baling ini dia tepat ini.
Saya rasa penimbang Yang Berhormat Baling kah, penimbang Yang Berhormat Bagan Serai semua kena tukar itu.
[Ketawa] Sila.
Berapa jenis timbang lah, dacing kah, kati kah. [Disampuk] Sebab alat-alat ini adalah tidak secanggih seperti yang kita harapkan. Saya ingin turut sama membahaskan sedikit mengenai Rang Undang-undang Timbang dan Sukat ini Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi sekurang-kurangnya kami timbang duduk sampai mati, kita tak loncat-loncat katak ataupun macam munafik.
Kalau boleh ditarik balik bab munafik itu, boleh kah Tuan Yang di-Pertua minta dia tarik balik.
Ya.
Boleh tidak?
Ya, peraturan berapa Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 36(6) lah.
Peraturan berapa?
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Ya, Yang Berhormat Baling, tak apalah Yang Berhormat Baling diingatkan perkataan yang...
Saya tak kata macam munafik sebab dia cakap timbang Yang Berhormat Baling semua ini kena tukar, sudah tak relevan. Dia kena tarik dulu, siapa yang mula dulu. Kalau berani, kalau takut dilambung ombak, jangan dirikan rumah di tepi pantai. Jangan mula kacau orang. Saya tak kacau dia, jangan kacau saya.
Ya sila Yang Berhormat Kuala Krai. Kita tumpu kepada perbahasan ya.
Kita tak sebutlah bab-bab munafik kah ya. Akan tetapi Yang Berhormat Baling sebut, kita ingat itulah masuk dalam rekod ya. Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk mengambil tindakan dengan lebih keras terhadap mereka yang menyalahgunakan alat timbang dan sukat melalui peningkatan denda ini saya rasa tidak ada orang yang akan membantah. Ini kerana kita mahu mendidik peniaga-peniaga dan juga masyarakat pengguna supaya mengambil perhatian terhadap urusan timbang dan sukat semasa kita menjalankan urus niaga.
Akan tetapi saya juga hendak mengingatkan pihak kerajaan, menaikkan hukuman ini belum tentu akan dapat mengubah perangai setengah orang. Mungkin buat seketika apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, para peniaga yang seperti disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai memang tidak ada hati perut ini, dia akan akur sebentar, dia akan menilai suasana tetapi apabila reda sedikit, lalu mereka akan mengamalkannya semula. Begitu juga seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sekijang tadi, persoalan penguatkuasaan ini. Mungkin dalam urusan ini juga apabila pegawai-pegawai KPDNKK turun ini, ada tonto-tonto yang memaklumkan kepada peniaga-peniaga bahawa penguat kuasa akan datang, maka mereka boleh adjust semula alat-alat mereka. Jadi saya hendak mencadangkan, selain daripada menaikkan denda ini yang merupakan satu cara, kita harus memperkuatkan urusan penguatkuasaan ini. Saya berkeyakinan KPDNKK mempunyai jumlah para pegawai dan kakitangan yang mencukupi untuk membuat pemeriksaan-pemeriksaan mengejut ataupun pemeriksaan- pemeriksaan secara berkala yang ditetapkan dan ini mesti dilakukan. Kalau ketidakmampuan kementerian itu menjadi alasan kerana tidak cukup tenaga dan sebagainya, saya hendak mencadangkan kepada persatuan-persatuan pengguna supaya mewujudkan satu kerjasama dengan kementerian supaya dapat kita memperkuatkan sukarelawan-sukarelawan yang sekarang pun saya tahu sudah ada sukarelawan yang memantau harga, contohnya ya, tetapi dalam hal ini, kita memantau alat-alat tersebut dengan kebenaran kementerian. Kalau Yang Berhormat Lipis pernah mencadangkan supaya APM mengadakan renjer balaknya untuk menangani isu balak- balak haram ini, kita boleh mewujudkan renjer timbang sukat ini untuk melaksanakan kerja ini melalui persatuan-persatuan pengguna kita yang aktif yang mempunyai tanggungjawab kepada pengguna. Saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Bagan Serai tadi supaya kita menyediakan atau kita meminta pihak-pihak peniaga— ini mungkin peniaga di pasar tani. Peniaga-peniaga di pasar malam mungkin agak terlalu berat kalau kita hendak mencadangkan ini tetapi kalau di pasar-pasar raya ataupun kedai-kedai yang established, dengan izin, kita boleh menyediakan satu mesin timbang counter check selepas daripada kita membeli barang-barang ini supaya kita dapat menyamakan apa
yang tercatat di dalam print out yang diberikan oleh orang yang menimbang di dalam pasar-pasar raya ini, kemudian kita timbang di kaunter timbang supaya kita pastikan dua alat timbang ini sama. Ini bermaksud kedua-dua timbang ini sepatutnya berada dalam keadaan yang baiklah.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Kalau hendak menipu memang ada caranya, dua-dua timbang ini tidak betul pun tidak guna juga.
Yang Berhormat Putatan bangun.
Saya terpanggil apabila Yang Berhormat Kuala Krai... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soal penimbang ini, sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, peniaga-peniaga ini boleh tukar apabila penguat kuasa datang ya. Dengan sekelip mata dia boleh tukar. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, kalau penimbang ini diedarkan oleh satu ejen yang diwujudkan oleh KPDNKK sendiri supaya penimbang- penimbang mesti diletak di tempat yang mana tidak boleh di-tampered ataupun diubahsuai ataupun di-modified? Satu jenis penimbang yang langsung tidak boleh diubah. Boleh tidak kalau pihak kementerian dapat mewujudkan satu penimbang yang standard ke seluruh negara kita supaya tidak lagi terdapat kebimbangan daripada pembeli-pembeli kita?
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya agak terkejutlah kalau keadaan tersebut belum wujud lagi. Yang Berhormat Putatan, saya menjangka alat-alat timbang yang sudah ada di dalam sistem kita ini sudah di-calibrated-kan sebegitu rupa hingga tidak boleh disentuh-sentuh, dipermudahkan oleh peniaga-peniaga ya. Maksud saya ini, penimbang-penimbang yang ada di pasar-pasar raya yang agak canggih yang ada print out dia ya. Akan tetapi, penimbang-penimbang dan dacing-dacing yang ada di pasar tani, pasar malam dan di kedai-kedai kecil ini, kita agak ragu kerana kita pun biasa meniaga ini, saya juga biasa meniaga, kadang-kadang bila ia lari, kita boleh adjust bawah tempat penimbang itu sahaja. Kadang-kadang penjual ini bermula dengan penimbang itu negatif kerana tempat mangkuk itu diturunkan untuk mengambil barang. Jadi bila kita letak dengan barang, dia terus menunjukkan timbangan. Pada keadaan kosong, kita tidak tahu sama ada betul-betul kosong bacaannya atau tidak. Jadi ini semua boleh mengelirukan pengguna-pengguna. Sebab itu antara saranan saya juga, Tuan Yang di-Pertua, supaya pihak pengguna kita pun untuk mengelakkan peniaga-peniaga ini daripada menyalahgunakan keadaan tersebut supaya peka. Kita berhak untuk meminta peniaga meletakkan dulu mangkuk yang kosong itu di atas alat timbang itu supaya kita boleh rekod bahawa ia kosong ya, tetapi ini tidak menjamin keadaan spring dan sebagainya. Tetapi saya juga sudah menjangka ataupun merasakan bahawa kementerian memang sudah ada satu sistem di mana mesin-mesin timbang ini mesti di-calibrate-kan pada jadual-jadual masa yang tertentu yang tidak terlalu jauh jaraknya supaya keadaan mesin itu baik. Springnya baik supaya tidaklah dia menimbang sekilo itu kelihatannya sekilo tetapi beratnya setengah kilo. Saya rasa ini akan menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada pengguna.
Yang Berhormat Kuala Krai, boleh?
Ya.
Sebab penimbang ini banyak jenis. Bukannya semestinya yang menggunakan spring. Ada yang menggunakan elektronik. Ada juga yang menggunakan tali. Ada juga yang menggunakan spring. Banyak jenis timbangan yang diguna pakai oleh peniaga-peniaga terutama sekali di pasar-pasar tani.
Ya, yang saya sebut spring ini kebanyakannya yang di pasar tani. Apabila kita letak itu— macam kita menimbang di dapur ya. Our kitchen punya weighing machine itu, letak itu pakai spring. Penimbang- penimbang dulu di kedai-kedai ada yang menggunakan dua mangkuk macam dacing BN itu. Bubuh barang, bubuh batu ini kan. Itu amat payah untuk mem-balance-kannya ya.
[Dewan ketawa]
Jadi saya dimaklumkan timbangan jenis ini, Tuan Yang di-Pertua, sudah
tidak digunakan lagi sebab susah. Dia akan sama ada herot sebelah sini atau herot sebelah sana. Pokoknya herot dua-dua ya. Jadi bagi saya, macam juga teksi kita perlu pemeriksaan enam bulan sekali, saya yakin KPDNKK telah menetapkan jadual untuk alat-alat timbang ini menjalani pemeriksaan yang berkala ya. Akan tetapi, saya juga hendak mencadangkan pada jangka masa panjang, supaya mesin-mesin timbang seperti yang menggunakan spring ini akhirnya dikeluarkan daripada kitaran kita daripada penjual-penjual kita kerana saya rasa sudah tidak secanggihnya. Kalau kita tengok di negara-negara maju, even di pasar- pasar tani pun mereka boleh mengeluarkan print out dan meletakkan sticker mengikut timbangan yang canggih yang elektronik ini walaupun bukan di pasar-pasar raya.
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Selepas ini Yang Berhormat boleh gulung ya. Hendak balik dah kita.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Pendek sahaja, Yang Berhormat Kuala Krai. Di samping timbang, ini pun termasuk sukat. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai? Sebab, sukat ini termasuk juga meter-meter. Takut meter tampering. Contoh meter ini macam meter elektrik, di pam minyak, you know? Kalau satu hari dia masuk itu begitu ramai customer dan kalau tidak dibuat, dia repetitive esok pagi, lusa, tiap-tiap hari dia buat. Jadi kalau subseksyen 3 ini masuk ini, Yang Berhormat Kuala Krai, dia kena declare. Kalau dia tidak declare, maka dia boleh didenda up to RM50,000. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kuala Krai, kalau ribu-ribu ini cukup tak? Saya rasa macam tidak cukup sebagai deterrent. Mungkin kita kena tambah lagi sebab dia repeat. Selagi dia tidak declare, kalau enam bulan, enam bulan tiap-tiap hari dia tipu orang. Berpuluh-puluh ribu kena. Mungkin kita kena tambah. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai? Terima kasih.
Ya.
Saya tidak berbeza pandangan dengan Yang Berhormat Kota Tinggi dalam hal ini, mohon dipertimbangkan oleh kementerian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan ya, rasa Menteri pula...
Sila, sila.
Saya rasa dua-dua pihak pengguna dan juga peniaga mesti mempunyai kesedaran. Peniaga harus faham, terutamanya mereka yang mempunyai akidah, tidak kiralah macam mana sekalipun kita hendak mencari rezeki yang halal. Kita hendak memberi makan keluarga kita. Biarlah datang daripada sumber yang halal juga. Kalau sentiasa dalam keadaan menipu, mungkin kita sentiasa terlepas tapi satu hari kita akan terkena dan ini akan mengazabkan kita. Bagi para pengguna pula, saya rasa tanggungjawab kita ialah untuk mengurangkan tipu helah peniaga-peniaga ini dengan kita lebih peka, lebih sensitif, lebih tahu cara untuk kita mengesannya. Bagi pihak kerajaan yang mengendalikan urusan ini, saya harap mereka menyediakan satu pasukan petugas penguat kuasa yang lebih peka, lebih canggih dan polisi-polisi ke arah penukaran alat timbang sukat yang lebih canggih, yang lebih adil kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjangkah?
Saya cuba ringkaskan. Ya dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangkit untuk membangkitkan perasaan– kebanyakannya
mengenai penipuan terhadap timbang dan sukat. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada beberapa teman, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kota Tinggi dan lain-lain daripada pihak Barisan Nasional (BN). Bagi yang menyuarakan keprihatinan terhadap timbang dan sukat, hal-hal penipuan dan lain-lain. Saya rangkumkan jawapan. Pertama mengenai keraguan tentang timbang dan sukat yang tidak betul. Kita di pihak kementerian, sebenarnya menyediakan di kaunter di pasar, market ataupun di tempat-tempat jualan, timbang dan sukat yang kita sediakan untuk pihak pelanggan ataupun pengguna boleh menimbangkan ikan dan apa sahaja yang mereka beli di kaunter. Ini untuk memastikan beratnya adalah betul dan tidak diperdayakan oleh pihak penjual. Usaha kita adalah untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat di market/pasar.
Sila jawab secara bertulislah.
Ya. Mengenai...
Yang Berhormat Kuala Krai.
...Yang Berhormat Kuala Krai ya...
Jawab secara bertulis.
Ini satu lagi denda– tujuan RUU ini ialah untuk menaikkan denda. Contohnya, di dalam subseksyen (19), akta ibu, dipinda dengan menggantikan perkataan ‘RM500’. Ini denda dulu, ‘RM500’ diganti dengan ‘RM5,000’, Satu lagi subseksyen yang baru yang menetapkan penalti atau denda tidak melebihi RM25,000 bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini.
Ya, Yang Berhormat.
Ini...
Itu sahaja ya?
Mengenai timbang dan sukat ini tadi, semua timbang dan sukat perlu dilesenkan. Mana-mana timbang dan sukat yang dilesenkan, diperiksa setiap tahun dan diberi cop apabila pemeriksaan itu dibuat. Jadi, seharusnya tidak ada keraguan mengenai mana-mana timbang dan sukat yang dilesenkan. Kebaikan yang di tanya tadi, kebaikannya tentulah kepada pengguna dan... [Disampuk] Mengenai tindakan yang diambil oleh pihak penguat kuasa, setakat ini sebanyak 9,677 kes. Yang Berhormat Kuala Krai ada membangkitkan melibatkan persatuan, NGO untuk membantu dalam menentukan timbang dan sukat ini digunakan dengan baik. Kita di kementerian sebenarnya ada satu program yang kita namakan Friends of KPDNKK. Setakat ini keahliannya seramai lebih satu ratus ribu orang yang menjadi ahli Friends of KPDNKK. Selain daripada itu, kita libatkan juga...
Yang Berhormat, kalau panjang kita sambung hari Isnin.
Tidak, tidak sekejap sahaja. Para penghulu- dan mereka ini dikehendaki untuk melaporkan selain daripada tadi dikatakan RELA dan lain- lain dan Friends of KPDNKK semuanya boleh melaporkan terus kepada pihak kita untuk pegawai KPDNKK mengambil tindakan selanjutnya.
Ya, Yang Berhormat.
Saya rasa itu yang penting dan saya harap RUU ini akan diluluskan supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin 3 April 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.41 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Lebuhraya Pan Borneo di SarikeiSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya sama ada semua pampasan telah diberi kepada pemilik tanah dan hartanah di bahagian Lebuhraya Pan Borneo di kawasan Sarikei.
Saya difahamkan bahawa struktur perhentian bas yang dibina oleh penduduk- penduduk kampung di tepi jalan tersebut telah dirobohkan tanpa apa-apa pampasan.
Struktur perhentian bas ini dibina oleh dana yang dikutip daripada penduduk-penduduk kampung dan bukan pihak berkuasa tempatan. Jadi penduduk-penduduk kampung memang berharap kerajaan dapat membina balik struktur perhentian bas ataupun memberi pampasan kepada jawatankuasa kampung terlibat.
Para penduduk merasa kesal kerana kerja perobohan struktur perhentian bas di Nam Kiew, Baron, Geran, Ulu Minus dan sebagainya tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dahulu. Apabila mereka ingin balik bahan-bahan binaan struktur bas yang dirobohkan tersebut, mereka mendapati semua bahan tersebut telah hilang.
Tuan Yang di-Pertua, sesetengah pemilik tanah tidak bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan. Misalnya Puan Mordiah binti Nawi yang merupakan pemilik Lot 196 Blok 136 SLD. Amaun pampasan yang diberi kepadanya bukannya amaun yang dipersetujui dalam pendengaran di Pejabat Tanah dan Ukur, Sarikei. Rayuan beliau telah dihantar kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarikei dan salinan kepada Timbalan Menteri Kerja Raya pada 16 Januari 2017 tetapi tiada apa- apa maklum balas daripada Jabatan Tanah dan Survei sehingga hari ini. Saya ingin tanya, bilakah semua rayuan pemilik tanah akan diselesaikan oleh kerajaan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Tanah dan Survei Sarikei telah mengeluarkan surat untuk mengarahkan tuan tanah untuk mengosongkan tapak dan pindah keluar sebelum 19 Mac 2017. Arahan ini memang tidak adil kerana rayuan mereka belum didengari dan diputuskan oleh kerajaan. Selain itu, pegawai Jabatan Tanah dan Survei juga menunjukkan sikap yang angkuh kepada penduduk dan mereka enggan menangani masalah dan rayuan para pemilik tanah yang terlibat. Para pemilik tanah memang enggan pindah sebelum rayuan mereka diputuskan.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut pelan Lebuhraya Pan Borneo, saya difahamkan bahawa lebuh raya ini tidak memasuki Pekan Jakar. Ramai penduduk bimbang perniagaan Pasar Jakar akan terjejas kerana lebuh raya itu tidak melalui pekan mereka.
Saya ingin mencadangkan kepada kementerian sama ada boleh meminda pelan dengan membina dua bulatan besar yang menyambung lebuh raya baru dan jalan lama. Supaya kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Pan Borneo boleh masuk ke Pasar Jakar untuk membeli belah dan rehat. Saya berharap kementerian boleh mempertimbangkan cadangan ini dengan serius supaya perniagaan para penjaja di Pasar Jakar tidak terjejas. Sekian. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat Sarikei adalah termasuk di dalam pakej Sungai Awik ke Simpang Bintangor bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Negeri Sarawak. Pakej sepanjang 64.49 kilometer tersebut telah dimulakan pada 1 September 2016 dengan tempoh pembinaan selama 54 bulan oleh Syarikat PPES Works (Sarawak) Sdn. Bhd.- Bina Puri Holding Bhd. JV selaku work package contractor dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020. Pakej tersebut melibatkan dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen Bukit Sebangkoi dari Sungai Awik ke Sungai Paoh sepanjang 37.30 kilometer di bahagian Betong dan Sarikei; dan
(ii) Seksyen Bintangor dari Sungai Paoh ke Simpang Bintangor sepanjang 27.186 kilometer di Bahagian Sarikei.
Tuan Yang di-Pertua, kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Negeri Sarawak ialah dianggarkan sebanyak RM800 juta dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Manakala proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat dibuat oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
Bagi pakej Sungai Awik ke Simpang Bintangor, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah memuktamadkan proses pengambilan balik tanah dan membayar pampasan termasuk bayaran sagu hati ex gratia, dengan izin, berjumlah RM43 juta bagi 517 lot yang berkeluasan 208.5 hektar tanah.
Manakala bagi kes Puan Mordiah binti Nawi, kementerian telah menerima rayuan daripada beliau melalui surat bertarikh 16 Januari 2017. Memandangkan perkara berhubung pengambilan balik tanah adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak, kes beliau telah dirujuk kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak. Berdasarkan semakan yang dibuat, jumlah pampasan yang telah dibayar kepada Puan Mordiah binti Nawi adalah sebanyak RM561,956.70 menerusi award No. 528.2016 bertarikh 22 November 2016 dan cek pampasan CIMB Bank No.
297068 bertarikh 8 Disember 2016. Walau bagaimanapun, sekiranya Puan Mordiah tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan tersebut, perkara ini bolehlah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Sarawak untuk pertimbangan selaras dengan seksyen 56 Kanun Tanah Negeri Sarawak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi setiap struktur yang terlibat dengan projek Lebuhraya Pan Borneo Negeri Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei telah pun mengeluarkan dua notis bagi maksud memaklumkan pemilik struktur berkenaan iaitu Notis Pemberitahuan Awal (NPA) dan Notis Pengosongan Tapak- Notices to Quit. Oleh yang demikian dakwaan bahawa mereka tidak dimaklumkan terlebih awal adalah tidak tepat.
Merujuk kepada struktur perhentian bas yang dibina oleh penduduk tempatan tersebut ianya telah dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan. Sehubungan itu tiada pampasan akan diberi selaras dengan syarat peruntukan seksyen 209 Kanun Tanah Negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, kerajaan melalui pihak PDP telah mengambil kira keperluan perhentian bas bagi kegunaan penduduk setempat di sepanjang jajaran tersebut di mana sebanyak 59 perhentian bas akan dibina. Dalam projek-projek pembinaan jalan raya, keselamatan pengguna dan kemudahan penduduk setempat turut diambil kira oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sarikei, Pekan Jakar adalah termasuk di dalam pakej Sungai Awik ke Simpang Bintangor. Reka bentuk laluan yang melalui Pekan Jakar ini turut mengambil pandangan dan kepentingan penduduk setempat di mana ia berkonsepkan sistem trafik terbuka iaitu kenderaan bebas untuk keluar masuk ke atau dari Pekan Jakar. Ini bermakna pekan tersebut akan mendapat manfaat limpahan sosioekonomi secara langsung dari pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Negeri Sarawak apabila ia disiapkan kelak. Sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah Yang Berhormat akan masuk ke Pekan Jakar, jadi boleh rehat-rehat dan membeli belah.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kerakyatan Kanak-kanak di Pusat Jagaan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan MasyarakatSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Apakah langkah-langkah yang sedang diambil dalam mengendalikan isu kerakyatan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat-pusat jagaan kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya baru dihubungi oleh seorang wanita bernama Mala yang memegang kad pengenalan sementara 821231-01-6332 yang berwarna hijau. Beliau sekarang berumur 34 tahun. Ikut surat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13 Januari 1998, Mala telah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras pada tahun 1985. Selepas itu pada tahun 1993 diserahkan kepada seorang wanita di Taman Overseas Union, Kuala Lumpur untuk dibela. Masalah yang dihadapi oleh Mala adalah beliau masih belum diiktiraf sebagai warga Malaysia. Ini menimbulkan pelbagai masalah termasuk akses kepada pendidikan, peluang kerja, caj rawatan di hospital kerajaan, penafian bantuan kebajikan, penerimaan BR1M dan seterusnya.
Dalam jawapan bukan lisan bernombor 527 pada 17 Oktober 2016 terhadap soalan Yang Berhormat Permatang Pauh adalah dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa berdasarkan statistik JKM, jumlah anak luar nikah yang berjaya diselamatkan serta diberi perlindungan JKM dari tahun 2010 hingga tahun 2015 adalah seramai 302 orang. Saya ingin tanya pihak JKM, apakah caranya penyelesaian kewarganegaraan 302 orang kanak-kanak ini ditangani oleh JKM? Adakah JKM sedang berusaha untuk kenal pasti ibu mereka supaya selesaikan isu kerakyatan kanak-kanak ini? Apakah langkah-langkah lain yang sedang diambil oleh JKM untuk memastikan kebajikan kanak-kanak ini dilindungi?
Pada takat ini, pendidikan mereka akan terjejas kerana pihak Kementerian Pendidikan tidak akan membenarkan mereka ke sekolah kerajaan kerana isu kerakyatan. Oleh itu proses peminggiran yang bermula bila mereka ditinggalkan terdampar oleh ibu-ibu mereka akan diidentifikasikannya dengan penafian pendidikan asas kepada mereka. Mereka terus dihukum dan disusahkan oleh kerana ketidaktanggungjawaban ibu bapa mereka. Menteri Dalam Negeri diberi kuasa di bawah fasal 15(A) untuk meluluskan kerakyatan untuk kanak-kanak seperti ini.
Berapakah kanak-kanak jagaan JKM yang telah diluluskan permohonan kerakyatan melalui fasal 15(A).
Berapakah jumlah kanak-kanak dan remaja di bawah umur 21 tahun yang belum dapat kewarganegaraan Malaysia yang dijaga oleh JKM ataupun telah pun ditempatkan oleh JKM dengan keluarga-keluarga foster. Tolong menyatakan polisi JKM terhadap isu kerakyatan kanak-kanak dalam situasi ini. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat amat prihatin terhadap isu kerakyatan bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau bagaimanapun, pemberian kewarganegaraan seseorang kanak-kanak adalah tertakluk kepada Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Pada masa ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab menguruskan 35 buah institusi kebajikan kanak-kanak di seluruh negara. Institusi- institusi tersebut adalah Rumah Kanak-kanak, Asrama Akhlak, Taman Seri Puteri dan Sekolah Tunas Bakti. Terdapat kanak-kanak yang tinggal di institusi ini khususnya di rumah kanak-kanak tidak mengetahui ibu bapa kandung mereka sejak lahir kerana mereka ditinggalkan di rumah ibadat, stesen bas, di hadapan rumah individu dan sebagainya. Terdapat juga kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu kandung di hospital sebaik sahaja kanak-kanak dilahirkan. Oleh yang demikian, kanak-kanak ini tergolong sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mengikut seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001. Bagi kes seumpama ini, kelazimannya status kewarganegaraan yang tercatat di dalam sijil kelahiran kanak-kanak adalah belum ditentukan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memastikan kebajikan terhadap kanak-kanak di institusi diberi pembelaan sewajarnya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak mempunyai dokumentasi diri dan mendapat taraf kerakyatan. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah:
(i) menguruskan Permohonan Daftar Lewat Kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara agar kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kebajikan memperoleh sijil kelahiran. Bantuan turut diberikan kepada klien jabatan yang menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka di pejabat-pejabat JPN di setiap daerah dan negeri;
(ii) menguruskan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak yang masih belum ditentukan kewarganegaraan dengan memanjangkan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara dari semasa ke semasa apabila ada kemasukan kes-kes yang melibatkan pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak;
(iii) mengadakan perjumpaan inter-agensi dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Imigresen bagi membincangkan isu-isu mengenai dokumentasi dan kewarganegaraan kanak-kanak di institusi;
(iv) mewujudkan garis panduan pentadbiran jabatan bagi menguruskan kes berkaitan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 dan sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan; dan
(v) mengadakan kursus-kursus kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak dengan melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Badan Kehakiman.
Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Isnin, 3 April 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.51 petang]