Dewan Rakyat · 5 April 2017
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 1,763 turns · 108,988 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah terdapat apa-apa perancangan untuk menaiktarafkan Jalan Persekutuan- FT 03 laluan Kuala Terengganu-Kota Bharu sepanjang 60 kilometer khususnya bagi kawasan Setiu kerana kerap berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga 30 kilometer setiap kali musim perayaan serta sering berlaku kemalangan maut.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Setiu di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sememangnya mempunyai perancangan untuk menaik taraf keseluruhan Jalan Persekutuan 3 atau FT 03 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu termasuk di daerah Setiu. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek naik taraf laluan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tertakluk kepada faktor kewangan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 ini Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya lima projek untuk cadangan dilaksanakan di Jalan Persekutuan 3 khususnya di daerah Setiu iaitu seperti berikut: (i) menaik taraf Jalan Persekutuan FT 03 di kilometer 43 hingga kilometer 47, Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kampung Sungai Tong, Setiu, Terengganu; (ii) memperelok jalan di kilometer 64 ke kilometer 74 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu laluan 03 Setiu, Terengganu; (iii) memperelok jalan di kilometer 52.5 hingga kilometer 54 di Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu; (iv) menaik taraf simpang Bandar Permaisuri; dan (v) menggantikan jambatan sedia ada di Sungai Guntung, Setiu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan kelima-lima projek berkenaan telah dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan peruntukan daripada agensi pusat. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Dengan jawapan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi nampak gayanya lambat lagilah. Nampak gaya lambat lagilah sebab berlaku pada tahun lepas masa musim perayaan dia jammed mula daripada yang disebut Sungai Tong tadi sampai ke Gemuruh 30 kilometer panjang. Jadi dia melibatkan rakyat daripada Kelantan, daripada Besut, daripada Setiu sendiri hendak ke Kuala Lumpur memakan masa lebih daripada 12 jam dari jarak yang
30 kilometer tadi. Jadi soalan saya kepada pihak kementerian ada tidak apa-apa perancangan masa terdekat ini maknanya perancangan jangka pendek untuk mengatasi terutamanya kesesakan di musim-musim perayaan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Setiu di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, memang benar di sepanjang laluan FT 03 mengalami kesesakan yang teruk bila sahaja berlaku musim perayaan atau cuti sekolah disebabkan kenderaan daripada LPT 2 di Plaza Tol Kuala Terengganu ke Gemuruh terus memasuki FT 03 untuk ke Besut dan juga ke Kota Bharu. Kawasan-kawasan yang dikenal pasti Yang Berhormat termasuklah simpang Permaisuri, simpang Calok dan simpang Sungai Tong yang mencatatkan kadar trafik yang agak tinggi, Yang Berhormat. Antara langkah-langkah jangka pendek yang diambil pada musim perayaan Yang Berhormat, pihak JKR iaitu Jabatan Kerja Raya telah menyediakan jalan alternatif ke laluan pantai FT 3685 bilamana berlaku kesesakan di FT 03. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, terdapat tiga jalan alternatif tersebut termasuklah melalui Jalan Buntong Dalam, yang kedua persimpangan Bandar Permaisuri ke Nyatoh dan seterusnya melalui Jalan Bukit Putera. Setakat ini Yang Berhormat, selain daripada diversion of traffic, pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan LPT 2, Jalan LPT 2. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya juga ada pengalaman balik kampung isteri daripada Setiu ke Kota Bharu empat jam. Jadi jalan alternatif pun sesak dan jammed. Jadi pilihlah daripada lima projek ini bagilah keutamaan dua atau tiga.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Setiu kerana Yang Berhormat Setiu ini walaupun rumah dia Calok tetapi dia ada rumah di Kota Baharu...
[Dewan ketawa]
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri juga.
Rakan sejawat jugakah.
Yang Berhormat Kota Bharu saya baru tahu.
Itu satu kelab dengan Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, salah itu, salah info salah faham nanti...
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Setiu kata rumah, bukan orang rumah.
Ha, rumah.
Jadi kena fahamlah Yang Berhormat. Yang Berhormat sensitif sangat kenapa? Sila Yang Berhormat Kota Bharu.
...Saya ada satu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya juga berminat untuk mengetahuilah peranan yang dimainkan oleh kementerian untuk mempertingkatkan ataupun daripada segi penyelenggaraan atau maintenance kepada jalan-jalan persekutuan tadi dan saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri terlebih dahulu menjawab soalan yang saya nak tanya ini melalui ataupun berkenaan dengan laluan alternatif. Jadi, sejauh mana dalam rangka untuk menyelesaikan masalah kesesakan terutamanya di musim perayaan, kementerian mewujudkan laluan-laluan alternatif yang baru yang dalam pengetahuan saya ada beberapa alternatif yang baru ini yang memang membantu. Sebagai contohnya FT8 Bentong ke Kota Bharu melalui Persimpangan Cheroh di Raub. Begitu juga Chukai ke Kuala Terengganu melalui Kampung Ibok dan daripada Gua Musang ke Kota Bharu ini melalui Kuala Krai iaitu di Pahi dan Mengkebang. Jadi soalannya, sejauh mana kementerian memikirkan untuk mewujudkan lebih banyak laluan alternatif ini dan juga sejauh mana kementerian memberikan atau memperuntukkan peruntukan tahunan untuk menyelenggarakan supaya laluan alternatif
sebagaimana Tuan Yang di-Pertua sebut tadi juga tidak dimaintain dengan baik yang mungkin tidak menyebabkan kesesakan juga di laluan alternatif ini. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Bharu divert kepada Lipis ke Kota Bharu. Ini Setiu ke Kota Bharu. Ya, sila Menteri.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat, sebenarnya pihak kementerian ini memang daripada segi FT03, saya ingin nyatakan di sini bahawa FT03 terutama sekali yang melibatkan jajaran yang saya sebutkan tadi, hanya berlaku kesesakan bila masa berlaku musim-musim perayaan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat ya dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat yang merupakan jalan- jalan alternatif itu memang dipersetujui dan selalunya management of traffic ini Yang Berhormat, sering kali dilakukan oleh pihak JKR jika ia melibatkan jalan-jalan persekutuan dan travel advisory sering diberikan kepada pengguna-pengguna jalan raya melalui apps yang diwujudkan di bawah kementerian dan juga melalui beberapa cara untuk menyampaikan maklumat-maklumat ini sama ada melalui media massa ataupun sebagainya, Yang Berhormat. Daripada segi penyelenggaraan jalan pula Yang Berhormat, sudah tentu core business Kementerian Kerja Raya adalah untuk membina dan menyelenggarakan jalan- jalan persekutuan di seluruh negara seperti Yang Berhormat ketahui. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan, kita pecahkan kepada tiga aspek. Rutinnya, berkala dan juga kecemasan. Saya cuma ada maklumat mengenai kos penyelenggaraan FT3 yang melibatkan daerah Setiu namun pada masa yang sama Yang Berhormat, sudah tentu setiap tahun kos penyelenggaraan jalan memang semakin hari semakin tinggi dan pihak JKR serta syarikat konsesi sering melaksanakan pemantauan di jalan-jalan persekutuan untuk memastikan keadaan jalan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan dan selain daripada itu, untuk maklumat terperinci, saya akan bekalkan dengan jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berkenaan status projek River of Life.
Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca Selawat] Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Wilayah ceria, rakyat sejahtera.
Ya, salam Yang Berhormat Menteri semakin handsome, muda.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, projek EPP 5, River of Life, dengan izin, ataupun ROL di bawah NKEA Greater Kuala Lumpur–Klang Valley dilaksanakan bagi mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi yang tinggi. Objektif utama projek ROL adalah: (i) mencapai tahap kualiti air sungai kelas 2(b) menjelang tahun 2020; (ii) meningkatkan aktiviti ekonomi dan kualiti hidup rakyat dengan mengubah wajah koridor Sungai Kelang dan Sungai Gombak menjadi kawasan yang ceria, berdaya huni dengan nilai ekonomi yang tinggi; dan (iii) membangunkan tanah-tanah kerajaan di sekitar lokasi projek ROL bagi mendapatkan jangkaan pulangan kepada kerajaan sebanyak RM4 bilion. Projek ROL dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada tahun 2011 yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu; (i) kebersihan sungai; (ii) pengindahan sungai; dan (iii) pembangunan tanah.
Secara keseluruhannya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status pelaksanaan Projek ROL telah mencatat kemajuan sebanyak 67 peratus dan dijangka siap pada tahun 2020. Bagi Projek Pengindahan Sungai fasa 1, Presint 7 yang meliputi kawasan sepanjang sungai di sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur sehingga ke Dayabumi, pelaksanaan Projek fasa 1 ini telah mencapai 93.7 peratus dan dijangka siap secara berperingkat-peringkat mulai 15 April 2017. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan mengadakan pemantauan secara berkala dan memastikan peruntukan dibelanjakan mengikut kos siling yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, pihak kementerian telah meletakkan key performance index, dengan izin, ataupun KPI sebagai sasaran yang perlu dicapai oleh agensi pelaksana. Terima kasih.
Terima kasih atas jawapan Menteri. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan kos asal ialah lebih kurang RM4 bilion. Ini satu jumlah yang besar. Betul atau tidak dan masalah tanah terutamanya di kawasan saya ialah Kampung Chubadak sudah selesai atau tidak dan juga saya difahamkan konsultan dilantik dari headquarters di USA dan Dubai. Bagaimana konsultan ini boleh bagi nasihat kepada kita di dalam perkara tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Wangsa Maju yang prihatin terhadap River of Life. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos yang sebenarnya bukan RM4 bilion. Kita akan jual hartanah di sekeliling kawasan sungai ini dianggarkan sebanyak RM4 bilion ketika itu tetapi waktu ini, barangkali kos yang telah disebut telah pun meningkat, itu yang pertama. Yang kedua berkenaan dengan masalah Yang Berhormat di Kampung Chubadak. Saya juga nak minta kepada Yang Berhormat, boleh minta dengan penghuni- penghuni Kampung Chubadak ini supaya bekerjasama dengan pihak kerajaan kerana mereka telah pun duduk dalam kawasan tersebut sebagai penghuni haram di atas tanah kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan kita perlu kepada pembersihan sungai ini oleh kerana kebanyakan penghuni di tepi-tepi sungai ini membuang segala kekotoran dalam sungai tersebut. Yang paling menyedihkan, ada kumbahan-kumbahan juga dibuang dalam sungai tersebut. Jadi saya merayu kepada Yang Berhormat, tolong bantu kerajaan supaya kita dapat selesaikan masalah Kampung Chubadak ini kerana kita masih lagi dalam rundingan dengan pihak penghuni-penghuni kampung tersebut untuk memberi mereka penempatan semula dan untuk mereka duduk di kawasan yang lebih selesa dan lebih aman.
Untuk makluman Yang Berhormat, konsultan – saya tidak tahu konsultan ini daripada Amerika atau tidak tetapi memang menggunakan konsultan daripada luar. I am not sure of the country origin, dengan izin tapi kita gunakan konsultan daripada luar ini oleh kerana kita melihat apa yang berlaku seperti sungai di Korea, seperti sungai di Amerika, di San Antonio dan banyak tempat yang telah memperbaiki dan mengindahkan air sungai mereka supaya air sungai ini dapat diguna pakai oleh rakyat. Itulah sebab kita telah menggunakan konsultan daripada luar dan pada hari ini untuk makluman ahli Yang Berhormat bahawa kita juga menilai menggunakan konsultan dalaman dan juga melaksanakan program di sesetengah kawasan umpamanya yang kita panggil Kolam Biru yang akan dilaksanakan di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kita akan laksanakan program ini secara design and built, dengan izin dan kita tidak gunakan konsultan kerana kerajaan pada hari ini telah putuskan kalau boleh diguna pakai warga tempatan dan juga pegawai lain atau penjawat awam dalam kementerian, gunakan mereka untuk memberi pandangan ataupun melaksanakan projek yang kita ingin laksanakan. Jadi percayalah Yang Berhormat, apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan juga negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Labuan minat ya? Ada kaitan dengan Labuan kah?
Tidak, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur Tuan Yang di-Pertua.
Saya faham Wilayah Kuala Lumpur, Labuan ini.
Dia adik-beradik.
Ya Yang Berhormat Labuan. Lepas Yang Berhormat Labuan saya bagi satu lagi kepada Yang Berhormat Kepong. Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu badan independent antarabangsa baru-baru ini meletakkan Kuala Lumpur satu ranking di antara yang terbaik di Asia Tenggara dan di Asia. One of the top city dari segi liveability. Yang Berhormat Menteri, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan ranking Kuala Lumpur itu? Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Labuan di atas persoalan berkenaan dengan ranking yang telah diterima oleh Kuala Lumpur sebagai satu kota yang nombor satu, the most visited city dengan izin, top ten iaitu nombor 7. In terms of dengan izin livable cities, kita merupakan salah satu daripada tempat yang suka dihuni oleh warga asing di Kuala Lumpur. Apa yang kita laksanakan di Kuala Lumpur ialah untuk memastikan bahawa yang pertama, keindahan alam sekitar. Kita terpaksa jaga alam sekitar kita dalam segi emission of carbon, dengan izin dan program-program yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur ini umpamanya tiap-tiap lampu yang dulu menggunakan sodium ataupun mercury lighting dengan izin, kita telah mengambil ketetapan untuk menukarnya kepada jenis LED di mana kita dapat menjimatkan kos electricity dan sekali gus mengurangkan carbon emission. Salah satu lagi program yang telah dilaksanakan seperti apa Yang Berhormat sedia maklum, yang telah ditanya oleh Yang Berhormat daripada Wangsa Maju ialah pengindahan sungai. Walaupun daripada 110 kilometer sungai daripada Selangor Hulu dan Hilir Kuala Selangor, kita di tengah. Sepanjang 10.7 kilometer yang melalui Kuala Lumpur. Kita juga mengambil ketetapan untuk mengindahkan sungai ini supaya dia menjadi satu ikon tarikan supaya lebih ramai lagi orang akan datang berkunjung ke Kuala Lumpur dan seterusnya membuat Kuala Lumpur sebagai dengan izin, their second home. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan, apakah langkah Yang Berhormat untuk menentukan atau membersihkan air daripada sungai- sungai kecil seperti Jinjang yang mengalir masuk ke Gombak. Apakah langkah yang digunakan untuk membersihkan air daripada sungai-sungai tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kepong. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, dia mempunyai 110 kilometer daripada Kuala Lumpur dan Selangor yang melibatkan lapan batang sungai seperti Yang Berhormat telah sebutkan tadi, Sungai Klang, Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Kerayong, Sungai Ampang dan Sungai Bonus. Apa yang sedang kita laksanakan bersama dengan Jabatan Perparitan dan Saliran ialah untuk memastikan bahawa air-air yang datang ke kawasan, sebelum dia datang ke masuk 10.7 kilometer ini, kita mempunyai berbagai-bagai kaedah untuk pastikan bahawa kualiti air ini dijaga dan kualiti air ini ditingkatkan kepada seperti yang saya telah sebutkan kepada 2(b). Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada takungan-takungan khusus di kawasan-kawasan yang telah Yang Berhormat sebut di mana kadangkala apabila air naik waktu musim tengkujuh, air ini dialirkan kepada takungan-takungan tertentu. Selain daripada itu, kita juga mempunyai takungan-takungan untuk sampah, mengutip sampah, takungan-takungan untuk memastikan bahawa jenis-jenis kotoran lain dapat kita olah dan sebagainya. Yang penting sekali untuk makluman Yang Berhormat, kita bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan semua PBT di negeri Selangor. Yang paling penting sekali minda rakyat itu mesti kita didik supaya mereka menghargai sungai dan mereka sayang kepada sungai. Program yang dilakukan oleh JPS ialah Sayangi Sungai Kita ini patut ditekankan dengan lebih meluas supaya warga ataupun rakyat di hulu dan juga di hilir dan juga di tengah dapat memahami betapa pentingnya sungai dijaga kerana seperti yang kita telah sebut, this is a river of life, river is actually a life to human being, dengan izin. Jadi ini program-program yang kita sedang laksanakan dan ada juga program yang telah kita lakukan pengkhususannya di hulu bersama dengan warga di negeri Selangor di mana kita membuat satu program angkat di mana sungai tersebut dijaga oleh warga. Ada juga kawasan-kawasan yang kita dapat lihat bahawa dengan izin kualiti air telah bertambah baik dan warga mulai menyayangi sungai-sungai ini dan ada juga
mereka juga menjaga tebing-tebing sungai supaya diindahkan dengan berbagai-bagai tanaman selain daripada tanaman sayur-sayuran, mereka juga ada menanam jenis-jenis pokok herba dan sebagainya. Ini yang kita laksanakan untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih.
3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah usaha pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi terus melaksana dan meningkatkan inisiatif celik kewangan bagi mempertingkatkan tahap kemahiran kewangan pengguna di Malaysia terutamanya dalam persediaan menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekijang, kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah pun melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan keupayaan mengurus kewangan secara berkesan sebagai salah satu kemahiran hidup yang penting untuk melahirkan masyarakat yang celik kewangan. Lazimnya mereka yang celik kewangan mempunyai lebih daya tahan dalam menghadapi perubahan ekonomi. Justeru Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun membangunkan satu rangka kerja yang menyeluruh untuk pendidikan kewangan di Pelan Induk Sektor Kewangan 2001-2010 dan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020. Di bawah rangka kerja ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan keupayaan kewangan pengguna dalam membuat keputusan kewangan yang wajar dan bertanggungjawab pada masa hadapan. Setakat ini program-program kewangan yang telah dijalankan adalah seperti berikut. Kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan Kementerian Pendidikan di mana program mengintegrasikan elemen pendidikan kewangan dalam mata pelajaran teras bagi kurikulum baru sekolah. Ini bertujuan melahirkan generasi muda yang boleh mengurus dan membuat keputusan kewangan yang bijak.
Elemen pendidikan kewangan telah mula diperkenalkan di sekolah rendah sejak tahun 2014 dan sedang dilanjutkan secara berperingkat kepada semua tahun persekolahan yang lain. Menjelang tahun 2021, semua peringkat persekolahan rendah dan menengah akan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dalam sepanjang tempoh persekolahan mereka. Seterusnya, Bank Negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit melaksanakan modul pengurusan peribadi di institusi-institusi pengajian tinggi. Usaha sama ini sedang diteruskan untuk memastikan pendidikan kewangan diperkenalkan di IPT awam dan swasta seluruh negara. Kemudian, ada juga Program Pengurusan Wang Ringgit Anda ataupun POWER yang dijalankan oleh AKPK juga sejak tahun 2011 dengan sasaran golongan belia dan yang baru membuat pinjaman. Program POWER serta program pendidikan kewangan ditadbirkan oleh AKPK telah memberi manfaat kepada lebih dua juta individu. Selain daripada itu, Bank Negara juga menubuhkan Jaringan Pendidikan Kewangan, Financial Education Network, pada November 2016. Sasarannya kepada penjawat awam. Setakat ini, 363 program telah pun dibuat melibatkan 34,000 penjawat awam daripada 68 agensi. Semua inisiatif ini adalah bertujuan meningkatkan lagi keupayaan kewangan rakyat Malaysia dengan harapan supaya mereka akan terdidik dan berdisiplin untuk menguruskan kewangan masing-masing. Pelbagai medium digunakan termasuk media cetak, media elektronik dan juga program turun padang bagi memastikan mereka menyedari hal-hal berkaitan dan juga yang penting, tidak terjebak dengan pelbagai skim yang akan merugikan mereka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada...
Sudah tidak ada pantun, Yang Berhormat?
Pantun? Tidak ada dah. Cukuplah tadi dua rangkap.
Sebab mula tadi ada pantun. Saya ingat pantun, “Ku sangka dua, rupanya tiga, soalan saya nombor tiga” [Ketawa] Sila.
Masih dua, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham untuk melahirkan generasi celik kewangan terutamanya ke arah TN50 yang telah diuar-uarkan oleh kerajaan ini, pihak kementerian memang telah banyak terutamanya bersama dengan Bank Negara memperkenalkan program-program baru terutamanya berkaitan dengan banking info, insurance info dan juga duit saku. Juga seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, berkaitan dengan AKPK. Cuma, Bank Negara pada bulan November tahun lalu telah mengumumkan satu penubuhan Jaringan Pendidikan Kewangan atau Financial Education Network ataupun lebih dikenali sebagai FE Network bagi meningkatkan impak inisiatif pendidikan kewangan dan mengenal pasti peluang baru bagi meningkatkan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Soalan saya, apakah bentuk perancangan serta program yang wujud dari penubuhan Jaringan Pendidikan Kewangan ini? Juga, apakah perkembangan semasa proses perubahannya serta apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Bank Negara untuk melibatkan juga pihak swasta dalam memainkan peranan menerusi FE Network ini dalam usaha meningkatkan celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia? Dan bagaimanakah rakyat boleh mengambil peluang dan turut serta dalam program FE Network ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya sebutkan tadi Bank Negara dan kerajaan telah pun mengambil satu inisiatif baru dalam usaha meningkatkan lagi celik kewangan ini di kalangan rakyat iaitu pada November tahun lalu iaitu dalam empat atau lima bulan yang lalu, untuk menubuhkan satu network ataupun Jaringan Pendidikan Kewangan ini yang diketuai oleh Bank Negara dan juga di co-Chair oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Ia melibatkan juga Kementerian Pendidikan. Kemudian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) yang mempunyai jaringan atau pun pejabat-pejabat yang meluas seluruh negara. Kemudian, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, AKPK dan juga termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta yang terkini dalam sehari dua ini, kita masukkan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Tujuan FE ini adalah untuk memberi pendedahan kepada rakyat hal-hal yang berkaitan dengan simpanan ataupun saving serta juga pelaburan. Kita sedar bahawa dalam usaha kita untuk memperkenalkan FE ini, ia akan mengambil satu jalan yang saya kira mencabar, sudah tentu, tetapi dengan gabungan antara institusi-institusi swasta dan juga Bank Negara ini sendiri serta institusi-institusi lain, ia insya-Allah akan dapat meningkatkan celik kewangan di kalangan rakyat. Kita sedar, antara constrain, kekangan yang sering dihadapi oleh rakyat kita ini, pertama, dari sudut literasi ataupun dari segi pengetahuan pengurusan kewangan sendiri berkaitan hal-hal yang berkaitan dengan fakta-fakta asas kewangan. Kemudian, kita juga bercakap soal tingkah-laku ataupun behavior di mana sering kali kita melihat orang jarang memikirkan tentang esok ataupun masa depan. Jadi banyak orang apabila dia ada duit, dia cepat-cepat hendak belanja tanpa memikirkan bagaimana hendak disimpan untuk masa depan. Kemudian, yang ketiga, sudah tentu kita tidak lepas dari bercakap soal berkaitan dengan sikap ataupun attitude bagaimana mereka melihat wang. Maksudnya, sudah tentulah seperti biasa saya sebut, mengurus antara keperluan dan kemahuan. Kadang- kadang apabila dapat duit, kita jadi rabun mata dan kita terus berbelanja tanpa kita fikirkan hal-hal masa depan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, daripada satu kajian yang dibuat di kalangan rakyat Malaysia ini sendiri, hanya enam peratus di kalangan rakyat Malaysia kita ini mempunyai simpanan sehingga enam bulan. Katalah contoh seseorang itu dia terpaksa berhenti kerja atas apa jua sebab, enam peratus sahaja daripada kalangan rakyat kita ini yang ada saving atau simpanan sehingga enam bulan. Enam bulan ini merupakan satu benchmark ataupun tanda aras peringkat antarabangsa. Kalau kita tidak ada simpanan enam bulan, maka kita akan menghadapi masa gelap. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya pun terkejut duduk dekat sini dengar Tuan Yang di-Pertua beritahu kepada Yang Berhormat Sekijang dari dua rupanya tiga. Bukan dua, rupanya tiga. Saya pun terkejut. Tahniahlah kepada Yang Berhormat Sekijang. Saya harap Tuan Yang di-Pertua akan menyusul.
Itu fitnah itu. Tidak baik.
Fitnah yang baik apa salahnya? Yang benar. Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, sahabat saya daripada Jerlun. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa segala usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memberikan kemahiran pengurusan kewangan dan sebagainya. Akan tetapi isunya ialah kalau tidak ada duit, hendak urus macam mana? Tidak ada duit, hendak urus macam mana? Orang kampung. Tadi Yang Berhormat sebut hanya 6 peratus rakyat Malaysia yang ada simpanan untuk tempoh enam bulan akan datang. Maknanya, rakyat Malaysia ini ramai tidak ada duit. Pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan pun tidak ada duit. Jadi masalahnya sekarang ini bukan isu mereka tidak pandai hendak mengurus kewangan atau tidak fikir hari esok. Yang Berhormat kata ramai orang tidak fikir hari esok. Hendak fikir hari ini pun tidak lepas kadang-kadang. Saya percaya di belah Jerlun, di belah kawasan Yang Berhormat pun ada orang yang hendak fikir hari ini pun tidak lepas hendak fikir makan apa. Semalam Yang Berhormat sebut dikenakan GST ke atas mi segera. Saya hendak sebut kepada Tuan Yang di-Pertua, mi segera ini sehari, kajian tahun 2015, 3.6 juta bungkus rakyat Malaysia makan. Kalau seorang sebungkus, bermakna bahawa 3.6 juta orang makan. Seolah-olahnya begitu. Terpaksa, bukannya- pelajar universiti, ini makanannya. Jadi hendak simpan macam mana?
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
Ya.
Ini bukan perbahasan, Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak sindir pagi-pagi ini buat apa Yang Berhormat? Soalan, soalan.
Tidak. Hok semalam. Tension hok semalam tak habis lagi. Dahlah balik lewat.
Tak makan ubat.
Jadi kalau kita Ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen, tak apalah tidak makan mi Maggi, boleh makan yang lain. Mi Maggi tidak kisahlah bagi macam Yang Berhormat Bagan Serai tetapi rakyat Malaysia ini. Jadi saya hendak minta supaya kerajaan harus berfikir bagaimana hendak meningkatkan tahap pendapatan rakyat. Sepatutnya kerajaan kena bagi idea bagaimana hendak meningkatkan pendapatan rakyat, pendapatan kakitangan awam umpamanya, gaji, penambahan pendapatan. Ini yang harus difikirkan, bukan sekadar untuk suruh depa urus kewangan dalam keadaan duit tak dak.
Ya Yang Berhormat.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan dengan Yang Berhormat Pokok Sena ini, dia melalut sampai tiada punca, tapi saya hormat Yang Berhormat Pokok Sena, sahabat baik saya. Soalan asal ini berkaitan bagaimana kita hendak mengajar rakyat kita yang ada duit, tidak apa. Kalau Yang Berhormat hendak kata hak bab tiada duit, saya pun tahu ramai yang tiada duit tapi yang tiada duit itu pun, takkan tiada langsung? Pokok Sena pun tidak ada seorang pun yang mati kelaparan. Jadi berbalik kepada soalan yang hendak kait dengan Maggi apa semua ini pun saya kira tidak relevan, tidak betul Yang Berhormat, walaupun ini siaran langsung.
Saya hendak pesan kepada Yang Berhormat bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan selain daripada kita hendak didik rakyat untuk berjimat cermat. Kita selalu bercakap soal menangani kos sara hidup. Kita jarang dan kita lupa hendak ajak rakyat berjimat cermat. Orang kata, “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Orang kata kita kena simpan untuk hari depan, takut jaga payung, ada payung sebelum hujan. Jadi, Yang Berhormat tanya kan saya tadi macam mana kerajaan bagi jalan untuk meningkatkan pendapatan. Takkan Yang Berhormat tidak tahu kita ada TEKUN? Kita galakkan macam-macam program untuk orang muda. Ini semua kepada orang yang hendak cari pendapatan tambahan tetapi dalam konteks soalan kita ini, kita hendak ajak orang untuk berjimat cermat. Jadi Yang Berhormat, jangan lah terbawa-bawa sangat. Mungkin semalam kata tension, semalam saya lagi tension. saya Yang Berhormat sendiri senegeri saya, tapi saya okey alhamdulillah, jadi saya tadi setuju untuk orang jimat cermat.
Yang Berhormat.
Tadi saya setuju suruh orang jimat cermat. Tapi tiada duit hendak jimat cermat macam mana?
Kalaupun kita tiada Yang Berhormat, kalau kita dulu pergi sekolah, zaman kita sekolah, ini bukan zaman anak-anak sekarang, anak-anak sekarang bawa RM3, RM4, RM5. Kita dulu bawa 2 kupang. Dua kupang pun orang tua kata simpan lima duit walaupun tiada, kan. Tak kan lah tiada langsung. Kalau tiada langsung, saya ingat boleh jumpa Yang Berhormat Pokok Sena, boleh jumpa Yang Berhormat Jerlun. Kita selesai di luar. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
4. Dr. Izani Bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelajar Malaysia di United Kingdom dan adakah kerajaan berhasrat menghentikan penghantaran pelajar ke sana pada masa hadapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli yang Berhormat, sehingga 1 Januari 2017 terdapat seramai 1,651 pelajar yang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di United Kingdom. Kerajaan masih berhasrat untuk menghantar pelajar ke United Kingdom di bawah Program Penajaan Nasional (PPN). Program ini merupakan penajaan kepada 20 pelajar yang paling cemerlang peperiksaan SPM berdasarkan senarai nama yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penajaan melibatkan pengajian di peringat persediaan dan ijazah pertama dalam bidang di 10 universiti dalam 8 bidang. 10 universiti terkemuka dunia termasuk Oxford, University-University of Cambridge, Imperial College London dan London School of Economics And Political Science di United Kingdom. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita lihat bahawa keperluan untuk pelajar-pelajar cemerlang terutama sekali pelajar-pelajar miskin ke luar negara dan mendapat pendidikan di universiti-universiti terkemuka dunia seharusnya dikekalkan dan seharusnya ditambah bagi saya dan kita lihat terutama bumiputera kita sudah lama berjuang di tanah yang tidak rata. Oleh sebab itu saya ingin bertanya kerajaan, dalam keadaan kegawatan kewangan negara adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan seperti mana kaum Tionghoa yang mengadakan semacam satu yayasan untuk mengumpulkan kewangan untuk menaja pelajar-pelajar mereka. Adakah pihak kerajaan dan juga memikirkan kerana begitu ramai orang-orang kaya di kalangan Melayu ataupun bumiputera ini untuk menggabungkan tenang mereka untuk bentukkan yayasan ini demi untuk menghantar pelajar-pelajar miskin terutamanya pelajar-pelajar dari daerah-daerah terpencil untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dan juga mereka boleh melihat bagaimana urus tadbir pelajaran di sana walaupun kita tidak menafikan bahawa di IPTA kita juga adalah tempat yang baik.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Pertama peluang baru dalam keadaan kegawatan kini. Untuk makluman Yang Berhormat selain daripada program biasiswa penajaan nasional ini untuk 20 pelajar yang telah diperkatakan tadi, ada 102 orang pelajar yang mendapat
semua cemerlang 10A+ sebagainya. Daripada situ 20 dipilih. Tapi ada lagi 5 saluran JPA yang akan bantu pelajar-pelajar lain yang juga cemerlang. Lagi satu program yang peluang seterusnya program penajaan 9A+ iaitu 461 pelajar akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran bagi tahun ini dalam negara sahaja dalam negara ditaja penuh. Kemudian kita ada program khas Kejuruteraan JKPJ untuk 4 negara iaitu Jepun, Korea, Perancis, Germany iaitu pelajar-pelajar yang dapat 7A akan diberi peluang untuk ini dan seterusnya program JPA dalam negara, PIDM di mana 7 ribu pelajar akan ditaja. Seterusnya ada sekarang program baru untuk pelajar-pelajar B40 untuk keluarga B40 yang diperkenalkan untuk Web Technical Vocational Training, yang ini 1,000 tajaan. Selain daripada itu, untuk yang tanya yayasan, apakah boleh diwujudkan satu yayasan? Untuk makluman Yang Berhormat sudah ada selain daripada biasiswa kerajaan, MARA yang menaja ramai pelajar sebegini seterusnya ada penajaan biasiswa Korporat, biasiswa Universiti, Biasiswa GLC contohnya Sime Darby, biasiswa global yang ada, dan pinjaman kerajaan melalui PTPTN dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya. Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, 4 pun tidak, 3 pun tidak, 2 pun tidak, yang ada setia yang 1. Daripada statistik perangkaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kawan sebelah Tuan Yang di-Pertua. Daripada statistik perangkaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sektor pengajian tinggi tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Australia dan United Kingdom termasuk Ireland merupakan dua negara yang paling ramai yang menerima pelajar Malaysia bertujuan untuk menyambung pengajian. Mengikut statistik pada tahun 2015 terdapat 16,152 pelajar Malaysia di Australia. Manakala terdapat 14,375 pelajar Malaysia di United Kingdom termasuk Ireland Saya ini bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah antara perkara- perkara yang dipertimbangkan oleh kerajaan dalam memilih negara. Tadi Yang Berhormat Menteri memberitahu kecemerlangan adalah kriteria untuk memilih pelajar. Tetapi soalan saya perkara yang dipertimbangkan oleh kerajaan dalam memilih negara untuk menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke negara tersebut. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Kriteria yang dipilih untuk Program Penajaan Nasional ini memilih 8 bidang. Pertama, sains komputer teknologi maklumat, sains bahan iaitu material science, matematik, pengurusan kewangan, ekonomi pengurusan perniagaan, politik dan psikologi, untuk cemerlang ini dan universiti yang dipilih adalah universiti- universiti yang dianggap sebagai yang paling tinggi QS World University Ranking pada 2016
Kenapa pilih bidang-bidang ini? Oleh kerana kita sudah ada ramai sekarang graduan dalam bidang-bidang macam perubatan dan bidang-bidang kejuruteraan dan sebagainya. Maka, kita pelbagaikan untuk tuntutan sumber manusia Malaysia. Maka, itulah kriteria yang dipilih untuk bidang-bidang yang seperti mana yang saya katakan. Dulu semua hendak buat perubatan, semua hendak buat engineering, semua hendak buat pergigian, semua hendak buat farmasi. Sekarang kita ubah kerana tuntutan perubahan dunia berbeza dalam sumber manusia dan juga peluang pekerjaan. Maka, kita selaraskan dengan tuntutan masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, saya nampak Yang Berhormat Pendang, tidak minat eh? Ya.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan bercadang untuk menghantar penuntut kita ke negeri-negeri lain? Contohnya Germany yang mempunyai tahap teknologi dengan lebih tinggi atau setara dengan England atau Amerika Syarikat.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa untuk Germany memang ada Program JKPJ iaitu Program Khas Kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Germany. Kita akui bahawa Germany mempunyai kecemerlangan dalam kejuruteraan. Maka, sejak tahun 2012 sampai sekarang, memang dihantar. Terima kasih.
Ya, saya jemput Tuan Anyi Ngau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum minta soalan saya di jawab, saya bagi pihak Dewan ini lah, mengalu-alukan kehadiran rombongan Wanita UMNO Bahagian Parlimen Jerantut ke Dewan yang mulia ini.
5. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, rancangan penyediaan kemudahan bekalan air bersih di kawasan Puyut Marudi, Baram dan kawasan Beluru, Bakong sejak tahun 2013.
Ya, sila. Yang Berhormat alu-alukan pelawat yang lain juga. Daripada Jengka, Pahang pun ada juga... [Tepuk]
Semua.
Sekolah-sekolah Maahad di Jengka, Pahang.
Tasek Gelugor pun ada.
Ya, sila-sila.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya ingin juga mengalu-alukan UMNO Wanita dari Jerantut. Tuan Yang di- Pertua, jawapan untuk makluman Yang Berhormat Baram, Projek Bekalan Air Luar Bandar kawasan Beluru, bahagian Miri, di kawasan Parlimen Baram, Sarawak. Telah di tender dan tender tersebut telah ditutup pada 21 Februari 2017 ini, baru- baru ya dan sedang dalam proses penilaian tender sekarang. Kementerian menjangkakan surat setuju terima akan dikeluarkan pada bulan April, bulan ini tahun 2017. Manakala bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan Puyut Marudi, Baram pula pihak perunding sedang giat mereka bentuk projek ini dan dimaklumkan terdapat beberapa kawasan yang perlu diambil alih bagi tujuan tapak tangki dan sistem pam penggalak, booster pump. Proses ambil alih tanah ini hendaklah selesai sebelum projek ini dapat di tender dan projek ini dijangka untuk di tender pada bulan Jun 2018. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan berkenaan dengan bekalan air bersih di kedua- dua kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, masalah bekalan air di kedua-dua kawasan ini memang sudah menjadi buah mulut orang tempatan sejak sekian lama. Kita bersyukur kerana kita mendengar dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan status pelaksanaan kedua-dua projek tersebut. Soalan tambahan saya ialah, saya hendak penjelasan daripada pihak kementerian. Sebab kita tahu bahawa perancangan dia memang sudah ada. Hanya yang kita hendak tahu lagi ini ialah pelaksanaan dia. Kita juga dimaklumkan bahawa ada masalah ataupun cabaran dengan pengambilan tanah. Jadi, yang saya hendak dimaklumkan ialah berkenaan dengan bilakah kedua-dua projek ini akan siap sepenuhnya? Supaya pengguna-pengguna yang saya difahamkan dalam lingkungan 3,000 household, dengan izin, dapat menikmati secara betul-betul bekalan air bersih ini di kedua kawasan ini. Kalau ada rintangan, kita hendak dimaklumkan berkenaan dengan rintangan- rintangan ini. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat, soalannya bilakah kedua-dua projek ini boleh siap? Biasanya projek sebegini, kalau projek ini dilaksanakan dengan lancar, tidak ada masalah-masalah yang lain, biasanya mengambil masa dalam satu tahun setengah ke dua tahun untuk projek ini siap dan boleh diguna atau dicommission untuk diguna. Jadi, kalau kita tengok surat setuju yang mungkin
dikeluarkan bulan April yang saya sebutkan tadi, kita ambil dua tahun daripada bulan April tahun ini hingga tahun 2019. Satu lagi tu kalau kita mula dalam bulan Jun atau bulan September tahun 2018 dalam jadual kita, dua tahun kemudian selewat-lewatnya. Jadi, itulah jangka masa yang perlu kita ambil sekiranya tidak ada kekangan ataupun masalah lain. Sekian, terima kasih.
6. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah tindakan kementerian untuk membantu pengilang-pengilang perabot yang menghadapi masalah kekurangan pekerja yang sangat serius.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negara ku Malaysia. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga meraikan rombongan daripada Jerantut sebab saya pernah kerja di Jerantut dahulu, Jengka, Tasek Gelugor dan Parit Sulong. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Seremban. Untuk makluman, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah guna tenaga negara berjumlah 14.7 juta orang, manakala penduduk bekerja berjumlah 14.3 juta orang dengan kadar pengangguran pada kadar 3.5 peratus iaitu sama lebih kurang 510 ribu orang. Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 telah membuat unjuran guna tenaga negara menjelang tahun 2020. Di mana bagi kategori mahir, diunjurkan seramai 5,351,700 orang - 30 peratus. Manakala bagi kadar bagi tenaga separuh mahir, diunjurkan 8.9 juta - 58.4 peratus menjelang tahun 2020. Pertubuhan kadar guna tenaga negara ini perlu diutamakan kepada warga negara untuk diisi selaras dengan hasrat tenaga kerja kemahiran berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja sentiasa bersedia untuk membantu para majikan yang menghadapi masalah kekurangan pekerja dengan menyediakan platform pengiklanan kekosongan jawatan dan pemadanan pencari kerja melalui portal JobsMalaysia serta khidmat nasihat. Oleh itu, sepanjang tahun 2016, Jabatan Tenaga Kerja telah menjalankan sebanyak 1,818 aktiviti lawatan peluang guna tenaga yang bertujuan setiap kekosongan yang wujud dapat diisi dan pekerja-pekerja, calon pekerja dapat didaftarkan dengan JobsMalaysia. Berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja sehingga Disember 2016, sebanyak 876,142 peluang pekerjaan telah didaftarkan melalui portal JobsMalaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 176,105 pencari kerja yang terdiri daripada 47,698 siswazah, 128,407 bukan siswazah telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan melalui platform portal JobsMalaysia.
Tuan Yang di-Pertua, bagi isu kekurangan pekerja di industri perabot. Keputusan terbaru telah dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKPPA-PATI) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri bagi kali ke-16, Bilangan 1 2017 iaitu langkah pembekuan pengambilan pekerja asing telah ditarik balik berkuat kuasa Februari 2017. Langkah kerajaan menarik balik pembukaan pengambilan pekerja asing kepada semua sektor pada tahun 2017. Oleh yang demikian, semua majikan dari sektor atau subsektor yang dibenarkan boleh membuat permohonan untuk mengajikan pekerja asing. Namun begitu, setiap permohonan masih tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum dibenarkan menggaji pekerja asing serta kriteria dan prosedur yang perlu dipenuhi termasuk dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan termasuklah mengiklankan jawatan kerja kosong ini kepada pekerja tempatan terlebih dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, saya memang bersetuju bahawa keutamaan perlu diberikan kepada pekerja-pekerja tempatan. Akan tetapi saya mendapat maklum balas daripada beberapa pihak khususnya daripada pengilang- pengilang perabot apabila kerajaan meletakkan dasar untuk membekukan semua pekerja-pekerja asing. Ini seolah-olah membunuh sektor mereka. ini kerana ada sektor- sektor tertentu dan khususnya untuk sektor pengilang perabot, memang payah untuk mereka mendapat pekerja-pekerja tempatan kerana ini merupakan sektor pekerjaan yang boleh diklasifikasikan sebagai 3D iaitu dirty, dangerous dan sebagainya. Jadi
memang susah untuk mereka mendapatkan pekerja tempatan. Dasar membekukan pekerja asing itu menyebabkan mereka lebih setahun mereka kekurangan pekerja. Jadi persoalan saya ialah sebelum kerajaan ataupun pihak kementerian membuat apa-apa dasar walaupun sekarang ini dikatakan pembekuan itu telah di tarik balik. Apakah tidak sepatutnya pihak kementerian mengkaji dahulu dan memberikan satu kelonggaran kepada sektor-sektor tertentu khususnya untuk pengilang perabot ini. Mungkin apa yang boleh dibuat oleh pihak kementerian ialah boleh ada satu mekanisme mendapatkan permohonan daripada pengilang-pengilang ini dan jika selepas di iklankan untuk beberapa bulan jika masih tidak dapat diisikan oleh pekerja-pekerja tempatan, maka sepatutnya dibuka kepada pengilang-pengilang ini untuk mendapatkan pekerja- pekerja asing. Kalau pekerja-pekerja tempatan tidak ada minat maka perlu ada kelonggaran untuk pengilang-pengilang ini untuk mendapatkan pekerja asing. Saya telah mendapatkan nasihat daripada rakan saya Yang Berhormat Kuala Langat yang merupakan jaguh pekerja, mantan Presiden MTUC. Dia pun bersetuju. Dia pun tidak ada halangan dalam cadangan ini. Jadi saya harap pihak kementerian melihat supaya dalam kita mengutamakan pekerja-pekerja tempatan tetapi pada waktu yang sama, jangan kita membunuh mana-mana sektor. Ini kerana kekurangan pekerja ini amat menyusahkan kepada para peniaga dan para pengilang-pengilang perabot ini khususnya di beberapa daerah di Semenanjung Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya sudah jangka Tuan Yang di- Pertua, apabila Yang Berhormat Kuala Langat duduk sebelah Yang Berhormat Seremban memang ada something dia hendak bagi kerana dia orang yang mahir dalam pekerja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu dia punya gambaran serupa macam dilaksanakan gaji minimum. Bagi kita hendak membela pekerja, kita memang hendak supaya pekerja ini mempunyai gaji minimum yang tinggi. Akan tetapi dalam masa yang sama kita harus juga membela majikan kerana adakah mereka mampu untuk membayar gaji minimum yang tinggi kepada pekerja. Oleh sebab itulah konsep tripartite ini ada. Begitu juga tentang pekerja-pekerja sektor ini sebenarnya memang kita ada syarat. Pengambilan pekerja asing tidak boleh lebih daripada 15 peratus keseluruhan. Kita ada 14.7 million workforce. Maknanya kalau kita kira lebih kurang 2.2 juta pekerja asing hanya dibenarkan mengikut peraturan yang ada. Suatu ketika dahulu dikatakan bahawa pekerja asing telah melebihi dua juta dan ketika itu kementerian dan kerajaan akan dituduh oleh orang ramai ataupun masyarakat dan lain-lain mengatakan bahawa kita mengutamakan pekerja asing. Inilah masalah yang berlaku. Oleh sebab itulah kalau kita ikut peraturan yang sebenarnya berlaku yang harus kita tentukan maka saya kata tidak sebab kenapa pekerja di sektor-sektor termasuklah sektor perabot ini tidak boleh diisi. Saya sebutkan awal tadi. Kita ada 876,142 peluang pekerjaan yang ada. Cuma mungkin beberapa pendekatan boleh kita lihat. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua hari ini sebenarnya kerajaan telah memberikan kelonggaran seperti mana yang saya sebutkan tadi. Saya hendak sebutkan pada tahun 2016 hingga Januari 2017 sejumlah 1,954 majikan telah diluluskan permohonan pengisian jawatan pekerja asing. Jumlah pekerja asing yang diluluskan ialah 126,703 orang. Manakala bagi sektor perabot ini, sejumlah 9,126 yang telah diizinkan kelulusan dengan melibatkan 144 majikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penerangan panjang lebar mengenai tenaga kerja di Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah mengadakan program JobsMalaysia untuk memadankan sektor pekerjaan dengan keperluan. Persoalan saya ialah kita ini sering bergantung kepada tenaga kerja asing. Jadi saya hendak tanya apakah kementerian ada mempunyai cadangan untuk mengadakan program latihan pemadanan kerja dengan sektor yang memerlukan dengan tenaga kerja muda. Khususnya pelajar-pelajar lepasan sekolah supaya mereka yang tidak boleh melanjutkan pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi ini dan terus berminat untuk pergi ke sektor pekerjaan akan dapat dipadankan dengan keperluan tenaga kerja yang sebenar. Jadi apakah kerajaan berhasrat untuk memperluaskan program-program ini. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya baru tahu Yang Berhormat Jerantut ini dia kekal bertenaga kerana dia pengusaha dan pembekal madu kelulut. Boleh kita tumpang.
Boleh kita tumpang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya Job Fair adalah salah satu peranan...
Patutlah nampak gagah hari-hari.
Adalah salah satu pendapatan...
Cuma Yang Berhormat Kinabatangan kena bagi ubat macam mana hendak tumbuh rambut semula kepada Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Yang di-Pertua, Job Fair adalah antara program dilakukan oleh kementerian di samping beberapa program yang lain yang tidak perlu saya sebutkan di sini satu per satu. Kita juga untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jerantut kita ada mempunyai 32 institut latihan dan ADTEC yang mana isu latihan kemahiran ini juga melibatkan anak-anak yang pelajar- pelajar yang saya kira pencapaian akademik agak sederhana dan mereka boleh mendapat kemahiran melalui institusi-institusi latihan seperti ini. Malahan kita ada Majlis Kemahiran Kebangsaan yang juga melibatkan kementerian-kementerian yang lain. Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Wanita, Kementerian Luar Bandar dan sebagainya yang juga secara NBOS melaksanakan program-program yang memberikan kemahiran dan penggalakan kepada pekerja- pekerja terutama golongan muda. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada langkah-langkah lain yang dibuat oleh kerajaan dalam kita membantu sektor-sektor tertentu termasuklah sektor industri perabot. Antaranya ialah kita mengadakan engagement- perhubungan dengan Jabatan Tenaga Kerja melalui Karnival Kerjaya seperti mana yang saya sebutkan tadi dan kita adakan job matching maknanya kita tengok kelayakan yang ada pemohon pekerja dengan pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan-majikan seperti mana yang saya sebutkan tadi. Maknanya 876,142 peluang pekerjaan telah didaftarkan melalui portal JobsMalaysia. Jadi pekerja itu- pemohon pekerja akan kita matchkan dengan jawatan- jawatan kosong yang ada. Kedua ialah memberikan kemudahan insentif seperti penginapan, elaun sara hidup, pengangkutan dan juga elaun tambahan. Kerjasama dengan pusat penyediaan latihan awam dan swasta seperti mengikuti NIOSH di bawah JPK yang menyediakan kursus dalam bidang kerja kayu dan perabot. Contoh pusat latihan WISDEC umpamanya Institut Perkayuan, Kolej Perabot, IKBN Dusun Tua, Kolej Vokasional Keningau, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan lain-lain lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha kerajaan dibuat oleh melalui kementerian dan kementerian-kementerian lain dalam kita membantu terutamanya kepada industri perabot di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7. Prof. Dr. Ismail bin Daut [Merbok] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah status projek MRT dari Semantan ke Kajang. Adakah kos perlaksanaan projek tersebut semakin bertambah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Merbok, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fasa satu MRT Sungai Buloh-Kajang antara Stesen Sungai Buloh ke Semantan di Bukit Damansara telah disiapkan mengikut jadual dan dibuka kepada orang ramai mulai 16 Disember 2016. Manakala fasa kedua MRT dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang dijangka siap pada bulan Julai 2017. Pada masa ini, kerja-kerja akhir fasa kedua sedang dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk dalaman, struktur- struktur pintu masuk dan laluan pejalan kaki, landskap dan juga pemasangan peralatan sistem electrical dan mekanikal. Kerja pemeriksaan dan pentauliahan sistem akan dimulakan tidak lama lagi. Kesemua aktiviti tersebut berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan di mana tahap kemajuan keseluruhan projek MRT tersebut adalah 97 peratus. Seperti yang diumumkan, kos pembinaan keseluruhan projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang adalah
dianggarkan RM21 bilion dan kos ini tidak melebihi daripada kos yang disasarkan sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan yang kedua, sejauh manakah Projek MRT telah berjaya membantu mengurangkan beban kewangan rakyat dari segi penggunaan kos minyak, tol serta bayaran tempat letak kereta. Kedua, apakah langkah proaktif kerajaan dalam usaha untuk memastikan projek MRT khususnya laluan bawah tanah dapat dilaksanakan di kawasan tanah milikan persendirian. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Kita sedar bahawa Projek MRT ini pertama sekali adalah untuk kita selesaikan masalah kesesakan dalam bandar. Kemudian, ianya juga diharapkan akan dapat memberi keselesaan kepada penumpang. Sudah tentulah bila kita bercakap soal keselesaan dan kesesakan ini, maka kita harapkan apabila selesainya daripada Sungai Buloh ke Kajang, kita hendak supaya rakyat Malaysia dapat menerima satu budaya baru iaitu menggunakan sistem pengangkutan awam ini dengan lebih kerap, lebih cekap. Ini kerana dalam pakej-pakej yang disediakan di peringkat MRT kedua ini contohnya, laluan Sungai Buloh-Kajang ini akan bersilang dengan laluan LRT Kelana Jaya, Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling, monorel dan juga komuter. Terdapat stesen-stesen pertukaran yang akan memudahkan lagi pengguna di masa depan. Sudah tentulah kalau pengguna ini dapat menjadikan penggunaan MRT, LRT, monorel dan semua ini sebagai satu budaya baru dalam hidup mereka seharian, tidak lagi perlu membawa kereta masuk ke bandar, maka mereka akan menjimatkan tol. Kemudian, di dalam bandar itu sendiri pun akan lebih selesa perjalanannya, tidak lagi sesak. Kemudian ada juga pakej-pakej contohnya tiga pakej kerja pembinaan tempat meletak kereta bertingkat dalam pakej MRT ini. Ini semua juga adalah untuk memudahkan rakyat. Daripada rumah pergi ke stesen, simpan kereta, letak kereta dengan bayaran yang munasabah dan seterusnya memberi keselesaan untuk perjalanan pulang dan balik tempat kerja dan ke mana-mana destinasi pilihan mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya berkenaan dengan MRT. Seperti mana yang kita tahu bahawa Projek MRT ini dibiayai melalui dana infra yang isu bon yang dijamin 100 peratus oleh kerajaan. Bon yang dijamin ini sebahagian daripada kontingensi liabiliti oleh kerajaan. Jadi bagaimanakah projek MRT itu dapat menjana pendapatan supaya boleh membiayai bon tersebut dan akhirnya tidak membebankan kedudukan kewangan kerajaan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng di atas soalan itu. Memang betul projek ini adalah di bawah satu financing yang dibuat dalam off budget yang dijamin oleh kerajaan dan ianya dikeluarkan pembiayaannya melalui sukuk yang tenurenya antara lima sampai 30 tahun. Kemudian rate ataupun kadar sukuk ini adalah antara 3.62 peratus sehingga 5.51 peratus berdasarkan kepada panjangnya pinjaman itu. Kemudian sources ataupun sumber-sumber pinjaman ini adalah daripada bank-bank tempatan, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan juga institutional local investors. Kita sedar dalam bercakap soal bagaimana hendak menjamin pinjaman ini dapat dipulangkan, ia telah dibuat feasibilities studies. Ianya merupakan satu program jangka panjang. Kita tahu umpamanya apabila dibuka antara Sungai Buloh ke Semantan hari ini, average daily riders adalah dalam 14,000 orang penumpang. Bila dibuka sampai ke Kajang esok, insya-Allah akan meningkat pada permulaannya 40,000 daily riders. Jadi sudah tentulah lama-kelamaan bila sistem ini sudah menjadi satu budaya kepada rakyat kita, maka volumenya akan meningkat, kapasiti wagon pun akan ditambah. Maka dari situlah penjanaan pendapatan hasil daripada bayaran penumpang itu akan dipulangkan balik untuk cover balik pinjaman ini. Ianya merupakan satu projek long gestation period, jangkaan yang cukup lama. Akan tetapi kita yakin ia akan membawa satu long term benefit dari segi kewangan, dari segi keselesaan pengguna dan sebagainya, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah kakitangan awam dan pegawai kontrak di Malaysia dan jumlah perbelanjaan kerajaan bagi menanggung jumlah kakitangan awam serta apakah rancangan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lanang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 Januari 2017, jumlah penjawat awam adalah seramai 1.59 juta orang manakala pegawai kontrak adalah seramai 47,281 orang. Jumlah peruntukan emolumen bagi kakitangan kerajaan pada tahun 2017 adalah berjumlah RM77.4 bilion. Kerajaan sentiasa peka dan akan melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam. Antara langkah yang dilaksanakan adalah pewujudan jawatan baru secara tukar ganti dan pejajaran jawatan. Pengisian kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan oleh agensi seperti biasa. Terima kasih.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, salah satu beban perbelanjaan kerajaan ialah pembayaran pencen untuk kakitangan awam. Pertubuhan KWAP untuk mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan dari segi jangka panjang (long term) adalah satu rancangan yang baik. Akan tetapi berdasarkan laporan media, kerajaan masih ada tunggakan bayaran kepada KWAP dan ini telah mengurangkan keupayaan KWAP untuk menjadi financially independent, dengan izin. Soalan tambahan saya ialah apakah jumlah tunggakan kerajaan kepada KWAP? Apakah rancangan kerajaan untuk mengurangkan hutang ini supaya matlamat KWAP untuk menjadi financially independent boleh dicapai? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada perangkaan skim ini. Saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih, Yang Berhormat Lanang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Sebelum itu saya hendak mengalu-alukan kehadiran Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong ke dalam Dewan ini. Soalan tambahan. Soalan tambahan saya adalah bolehkah pihak kementerian menyatakan hasil daripada langkah-langkah penjimatan berhemah oleh pihak kerajaan ini? Apakah yang telah dibuat dalam usaha untuk membantu lebih banyak lagi golongan sasaran? Apakah mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menyatakan kejayaan yang telah dicapai dalam perkara ini sejak langkah-langkah penjimatan yang bermula tahun 2015. Terima kasih. Ini kawan saya.
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan tadi. Saya hendak bagi tahu bahawa dalam kegawatan ekonomi baru-baru ini dalam tempoh beberapa tahun, kerajaan telah membuat mitigasi terhadap perjawatan dan juga rasionalisasi. Maka kalau kita lihat jumlah pengisian pada 31 Disember 2015 adalah berjumlah 1.59 tadi dan dia berkurang kepada sebanyak 0.08 peratus. Dia memang ada kekurangan sedikit dan juga ada juga ditawarkan jawatan kontrak supaya bebanan kepada bajet negara tidak terlalu berat. Dalam proses ini baru-baru ini pada 2015, PM telah mengumumkan orang yang bekerja sebagai kontrak selama 15 tahun akan diserap sebagai penjawat awam secara tetap mengikut prosedur-prosedur yang telah diadakan. Seterusnya, untuk memitigasikan supaya rakyat ada peluang pekerjaan, maka disusun semula model ekonomi baru iaitu 92 peratus daripada ekonomi akan dijana oleh sektor swasta. Untuk itu, pewujudan peluang pekerjaan secara agresif telah dilakukan. Kalau kita lihat baru-baru ini banyak projek-projek raksasa seperti HSS - High Speed Train, kemudian ECRL - East Cost Rail Link, Bandar Malaysia, TRX, Digital Zone, Pelabuhan Melaka, Forest City, Carey Island, semua ini akan memberi hala tuju kepada peluang pekerjaan baru dalam sektor swasta. Kemudian, digitalization dibuat di dalam sektor kerajaan supaya pekerjaan-pekerjaan ini dapat dikurangkan berat ke arah penjimatan kewangan negara. Akhir sekali, kita juga ada banyak lagi yang telah dibadankanunkan seperti LHDN, SME Corp., macam KWSP dan Tabung Haji yang akan berfungsi secara berdikari ke arah pemberian gaji kepada penjawat-penjawatnya. So banyak peluang dibuat, banyak dibuat dan kita berharap bahawa kita berdoa bahawa kalau ekonomi kita semakin subur, maka banyak lagi boleh diserapkan ke dalam perkhidmatan awam. Saya hendak tegaskan di sini bahawa dalam penyusunan semula masyarakat supaya taraf hidup rakyat semakin tinggi, peluang pekerjaan dalam sektor swasta merupakan induk dan inti patinya. Terima kasih.
9. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) status perancangan pembinaan SMK Sri Samarahan dan SK Pengkalan Kuap; dan (b) komitmen Kerajaan dalam menaik taraf prasarana dan infra pendidikan bagi bangunan sekolah-sekolah lama yang daif khasnya di Kota Samarahan.
Tuan Yang di- Pertua, projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Samarahan telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan pembinaannya akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya, JKR Sarawak. Pada masa ini urusan pelantikan perunding sedang dijalankan dan projek tersebut dijangka siap pada tahun 2019. Bagi projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kuap, urusan pelantikan perunding sedang dilaksanakan dan Surat Setuju Terima (SST) perunding telah dikeluarkan pada 27 Mac 2017. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap senarai sekolah daif yang telah diklasifikasikan sebagai tidak selamat diduduki dan pembinaan asal tidak mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Teknikal, JKR. KPM mengambil inisiatif merancang pembinaan bangunan gantian dan kerja- kerja ubah suai naik taraf infrastruktur sekolah terlibat bagi menyediakan kemudahan yang lebih selamat, selesa dan kondusif supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bagi kawasan Kota Samarahan, pembinaan semula dua buah sekolah daif telah siap dilaksanakan pada tahun 2016 iaitu Sekolah Kebangsaan Pinang dan Sekolah Kebangsaan Nyior. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Samarahan, tahniah dah lulus.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Salah satu kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian dalam membantu menyegerakan pembaik pulih ataupun menaik taraf sekolah-sekolah uzur di Sarawak ialah menggunakan pendekatan IBS. Seiring dengan itu, saya ingin hendak mohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian. Sejauh manakah proses membaik pulih sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan uzur di Sarawak yang menggunakan kaedah IBS berjaya dijalankan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan? Dan apakah kekangan-kekangan yang dihadapi dalam usaha menaik taraf sekolah-sekolah uzur khususnya yang berumur lebih 30 tahun yang telah dikenal pasti? Sejauh manakah pihak kementerian serius dalam menjalankan pemantauan secara berkala kepada sekolah-sekolah uzur di negeri Sarawak? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Kota Samarahan. Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia memang serius dalam memantau pembinaan sekolah-sekolah daif, menaikkan taraf melalui sistem IBS, saya tidak ada senarai sekolah-sekolah yang telah siap. IBS saya boleh bagi secara bertulis tetapi penggunaan pelaksanaan sistem IBS untuk kita menaik taraf sekolah- sekolah daif telah dikenal pasti di Sabah dan Sarawak dan dalam bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga telah menentukan 120 buah sekolah daif iaitu 30 di Sabah, 30 di Sarawak dan 60 di Semenanjung. Mereka pada jangka masa ini kita telah mengenal pasti semua projek-projek daif ini dan akan dilaksanakan dalam bajet tahun 2017. Sistem IBS ini lebih mudah dilaksanakan dan lebih berkesan, hanya mengambil masa 75 hari hingga 80 hari untuk kita membina enam bilik darjah di bawah IBS dengan kos yang berkesan dan kita akan terus memantau keberkesanannya. Saya akan turun padang bersama dengan pegawai untuk kita melihat keadaan projek IBS di Sarawak, dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih.
10. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tindakan ke atas KPJ Damansara atas aduan Kdr Dr Tan Kai Poh yang diadukan menyebabkan kematian isteri beliau pada 19 Mac 2016.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Lumut. Soalan ini adalah berkenaan dengan kes yang terlibat dengan Hospital Pakar KPJ Damansara. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan ini adalah susulan daripada soalan yang dikemukakan semasa pertanyaan isu berbangkit Mesyuarat Ketiga yang lepas pada bulan November yang lepas. Semakan rekod di Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Bahagian Amalan Perubatan juga mendapati bahawa aduan asal pengadu yang bertarikh 14 Mei 2016 adalah terhadap pakar perubatan yang merawat mendiang isteri beliau yang dikemukakan kepada Majlis Perubatan Malaysia atau MPM. Aduan tersebut sebenarnya telah dipanjangkan oleh Yang Berhormat Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran melalui surat bertarikh 26 Jun 2016 kepada Pejabat Menteri Kesihatan. Susulan itu, memo daripada SUS(K) Menteri Kesihatan bertarikh 19 Julai 2016 berkaitan aduan tersebut telah diterima oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) pada 1 Ogos 2016. Arahan untuk hospital mengendalikan tatacara ketidakpuasan hati telah dikeluarkan pada 9 Ogos 2016. Hospital telah pun mengemukakan maklum balas yang diterima pada 25 Ogos 2016 seperti berikut, pihak hospital telah menjalankan siasatan dalaman terhadap isu yang diadukan. Pengadu telah memohon laporan perubatan melalui peguam beliau dan laporan perubatan tersebut telah dikemukakan kepada pengadu melalui peguam yang dilantik oleh pengamal perubatan berkenaan. Rekod perubatan pesakit juga telah diterima oleh kementerian pada 21 Disember 2016. Walau bagaimanapun, kementerian telah mengadakan lawatan verifikasi ke atas penjelasan pihak hospital terhadap perkhidmatan ICU dan isu-isu yang lain yang diadukan.
Rawatan telah diadakan pada 14 Mac 2017, laporan saya difahamkan hampir siap Tuan Yang di-Pertua dan sekiranya penemuan lawatan delegasi didapati tidak sama seperti penjelasan atau hasil siasatan dalaman oleh pihak hospital. Tindakan untuk mengeluarkan notis untuk tunjuk sebab dengan niat untuk membatalkan lesen hospital selaras dengan seksyen 43, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan diambil. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, Majlis Perubatan Malaysia (MPM) telah pun memulakan enquiry ke atas kes tersebut daripada bulan September 2016 dan yang kedua telah diadakan sesi yang kedua telah diadakan pada 3 Mac dan akan ada beberapa sesi lagi dan lepas itulah baru kita mendapat laporan. Tindakan sewajarnya akan di bawah Akta Perubatan 1971, Akta 50 akan diambil terhadap pegawai perubatan yang diadukan tersebut setelah proses enquiry selesai kelak Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, jika pengadu masih lagi tidak berpuas hati, maka beliau boleh membawa kes ini ke Mahkamah Sivil Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa doktor yang terlibat iaitu Dr. Chong Yip Boon akan didakwa oleh Malaysian Medical Council (MMC) dan adakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh pihak kementerian khusus ke atas kecuaian yang dilakukan oleh doktor tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, memang ini adalah proses biasa SOP kita. Kita akan mengambil tindakan ke atas doktor yang berkenaan dan juga hospital berkenaan kalau mereka didapati memang cuai, bersalah dan akan diambil tindakan boleh ditarik balik lesen hospital itu dan doktor berkenaan boleh juga ditarik balik lesennya. makna dia sudah tidak boleh untuk practise Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Ledang untuk mengutarakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). Sila. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 11.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 6 April 2017.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhomat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Datuk Dr. Yap Kain Ching @ MaryBill
Yap Ken Jin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang- undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 dibacakan kalai kedua sekarang.
Ya sila.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta 555 mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1996. Ia bertujuan untuk mengawal selia dan membangunkan sektor pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Akta tersebut digubal untuk mengadakan peruntukan bagi membolehkan penubuhan, pendaftaran, pengurusan, pengawalseliaan dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) serta bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta 555 juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pendaftar IPTS yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi di bawah subseksyen 31 untuk mengambil tindakan perundangan terhadap IPTS yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan. Akta 555 pernah dipinda sebanyak empat kali iaitu, pada tahun 2003, 2009, 2012 dan 2014. Pindaan ke atas Akta 555 merupakan suatu usaha berterusan bagi memastikan perkembangan sektor pendidikan tinggi swasta adalah relevan dengan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah. Sektor pendidikan tinggi swasta telah mengalami perkembangan yang pesat dan dinamik. Perkembangan sektor ini telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan modal insan negara dan jumlah enrolment pelajar yang mengikuti pelbagai peringkat penggajian di IPTS pada tahun 2015 adalah seramai 580,928 orang berbanding dengan 540,638 orang pelajar di universiti awam. Pada masa ini, terdapat sebanyak 495 buah IPTS yang berdaftar dan aktif iaitu 53 buah bertaraf universiti, 10
buah kampus cawangan universiti luar, 34 buah bertaraf universiti kolej dan 398 buah kolej. Sektor pendidikan tinggi swasta juga turut memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan khususnya melalui pengambilan pelajar antarabangsa. Bilangan pelajar antarabangsa yang mengikuti program pengajian di IPTS pada tahun 2016 adalah seramai 2,112. Bilangan pelajar antarabangsa yang ramai di IPTS ini menunjukkan bahawa sektor pendidikan tinggi swasta merupakan penyumbang utama dalam usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan penggajian di Malaysia. Menurut United Nations Education Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan izin Malaysia merupakan destinasi ke-12 paling digemari oleh pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, kaji selidik yang dilaksanakan oleh British Council pada tahun 2016, mendapati bahawa Malaysia dan Germany merupakan negara yang mempunyai dasar yang paling terbuka openers, dengan izin, terhadap pendidikan tinggi antarabangsa. Kementerian Pendidikan Tinggi berhasrat untuk membangunkan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa yang mempunyai kelebihan yang tersendiri, dipandang tinggi oleh pelajar kerana berdaya saing untuk menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan oleh yang demikian institusi pendidikan tinggi atau IPT negara khususnya IPTS perlu memastikan perkhidmatan pendidikan tinggi yang ditawarkan adalah berkualiti dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Selain itu, keperluan untuk responsive kepada pelbagai perkembangan terkini seperti dasar, liberalisasi, pendidikan merentas negara atau transnational education, dengan izin, globalisasi serta lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025, pendidikan tinggi, transformasi, penyampaian pendidikan tinggi memerlukan Akta 555 disemak atau dipinda dari semasa ke semasa bagi memastikan peruntukan yang terkandung dalam akta tersebut sentiasa kekal relevan.
Tuan Yang di-Pertua, proses pindaan Akta 555 ini telah dibuat secara consultative dengan izin, dengan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan khususnya wakil persatuan-persatuan IPTS. Antara pendekatan yang digunakan adalah mendapatkan input melalui bengkel serta beberapa siri rundingan yang diadakan dari semasa ke semasa. Kementerian Pendidikan Tinggi juga telah mengadakan beberapa siri sesi pendengaran awam atau town hall session, dengan izin, bersama 495 buah IPTS di seluruh negara dan satu platform soal selidik cadangan pindaan Akta 555 secara atas talian atau online engagement, dengan izin, juga telah diadakan bagi mendapat maklum balas berhubung cadangan pindaan Akta 555. Aktiviti-aktiviti ini telah diadakan bagi mendapatkan input dan pandangan daripada pihak pemegang taruh ataupun stakeholders, dengan izin, yang terdiri daripada pihak pengurusan dan kakitangan IPTS, para pelajar, ibu bapa pelajar dan juga masyarakat umum. Soal selidik cadangan pindaan Akta 555 secara atas talian yang telah diadakan dari 20 Julai hingga 19 Ogos 2016 telah melibatkan jumlah responden seramai 1,526 orang dan secara puratanya 97 peratus daripada jumlah tersebut bersetuju dengan cadangan pindaan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan Akta 555 melibatkan 31 seksyen, Akta 555. Pindaan dibuat bagi memperjelaskan, mengemas kini dan memperkukuhkan beberapa peruntukan sedia ada serta menambah peruntukan baru untuk meningkatkan keberkesanan pengawalseliaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Cadangan pindaan ini membolehkan beberapa proses pengawalseliaan pengoperasian IPTS yang selama ini dilaksanakan secara pentadbiran atau menerusi keperluan dalam peraturan yang diperkukuhkan. Tuan Yang di-Pertua, butiran terperinci mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta dan kuasa Menteri Pendidikan Tinggi untuk menetapkan tarikh akta mula berkuat kuasa. Fasal 2 mengandungi tafsiran perkataan dan ungkapan. Di bawah seksyen 2, lima istilah baru diperkenalkan manakala tiga istilah ditafsirkan semula. Istilah-istilah baru yang diperkenalkan adalah “dana permulaan”, “kampus cawangan luar negeri”, “kolej”, “Menteri” dan “struktur fi”. Istilah yang ditafsirkan semula adalah perkataan “institusi pendidikan tinggi swasta”, “kampus cawangan”, “kolej universiti” dan “universiti”. Fasal 3 bertujuan bagi meminda seksyen 12, Akta 555 bagi membolehkan syarikat berhad menurut jaminan atau company limited by guarantee, dengan izin, selain
daripada syarikat berhad dengan saham atau company limited by shares, dengan izin, untuk mengemukakan permohonan bagi menubuhkan IPTS. Di mana menerusi pindaan ini pihak kementerian dapat memastikan bahawa hanya syarikat berhad menurut jaminan yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan pengurusan yang baik diberi kelulusan untuk menubuhkan sesebuah IPTS seperti mana yang dilaksanakan oleh pihak kementerian kepada pemohon yang terdiri daripada syarikat berhad dengan saham. Pindaan seksyen 12, Akta 555 ini akan turut meningkatkan kebertanggungjawaban pihak syarikat yang menubuhkan atau memiliki IPTS terhadap pengoperasian IPTS yang perlu dilaksanakan mengikut peruntukan Akta 555. Bagi tujuan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyediakan template, memorandum dan artikel persatuan atau memorandum and article of association, dengan izin, bagi syarikat berkaitan untuk membolehkan pengawalseliaan dilaksanakan dengan lebih lancar dan efisien. Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam pelaksanaan perkara ini. Fasal 4 bertujuan untuk menyelaras peruntukan seksyen 14, Akta 555 dengan pindaan seksyen 19, Akta 555 merujuk kepada penggunaan perkataan syarikat. Fasal 5 bertujuan untuk menyelaraskan keperluan bagi kedua-dua syarikat berhad menurut jaminan dan syarikat berhad dengan saham mendapatkan kebenaran Ketua Pendaftar sebelum membuat pertukaran berkaitan syarikat. Selain itu, tambahan enam subseksyen yang baru adalah bertujuan untuk memperjelaskan prosedur permohonan bagi mengubah maklumat-maklumat syarikat yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), seksyen 15, Akta 555. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 19, Akta 555 dengan menggantikan perkataan “institusi pendidikan tinggi swasta” dengan perkataan “syarikat”. Bertujuan untuk memperjelaskan bahawa ia adalah syarikat yang membuat pengaturan atau perjanjian melibatkan perniagaan IPTS. Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan tambahan subperenggan (e) dalam seksyen 24(a), Akta 555 yang bertujuan untuk membolehkan Ketua Pendaftar mengarah pihak IPTS mengemukakan maklumat dan dokumen lain yang dirasakan wajar oleh Ketua Pendaftar semasa menimbangkan permohonan pendaftaran IPTS. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 26(2), Akta 555 dengan meminda nota bahu seksyen tersebut bagi memperlihatkan bahawa seksyen tersebut bukan sahaja adalah untuk memperuntukkan perkara-perkara berkaitan sijil pendaftaran tetapi juga perkara lain seperti butiran maklumat premis, struktur fi dan sebagainya. Perkataan “premis” yang digunakan dalam seksyen ini juga dipinda bagi memperjelaskan bahawa ia merujuk kepada premis yang berdaftar. Selain itu subseksyen (2) dipinda untuk mengadakan satu kewajipan bagi IPTS untuk memberikan butiran maklumat premis- premis berdaftar dan struktur fi mereka kepada orang awam melalui kaedah yang boleh dicapai oleh orang awam.
Pindaan ini akan membolehkan masyarakat umum khususnya para pelajar memperoleh maklumat yang tepat dan menyeluruh berhubung struktur yuran kursus pengajian yang ditawarkan oleh pihak IPTS. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 28, Akta 555 di mana subseksyen 28(1), Akta 555 dipinda bagi memastikan pihak IPTS tidak menambah atau mengubahsuai premis IPTS tanpa kebenaran Ketua Pendaftar. Subseksyen 28(2) pula dipinda bagi memastikan pihak IPTS mengemukakan permohonan bagi menambah atau mengubahsuai premis IPTS. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 30, Akta 555 untuk memperuntukkan bagi perkara-perkara tertentu dinyatakan dalam perlembagaan sesebuah IPTS. Pindaan seksyen 30, Akta 555 ini akan mengukuhkan sistem tadbir urus sektor pendidikan tinggi swasta dan IPTS dengan memastikan pentadbiran dan pengurusan IPTS dilaksanakan selaras dengan templat perlembagaan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Perlembagaan IPTS adalah bertujuan untuk membantu pengurusan IPTS melaksanakan tadbir urus berdasarkan amalan good governance, dengan izin yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 31, Akta 555 di mana subseksyen 31(1), Akta 555 dipinda bagi mewajibkan syarikat melantik ketua eksekutif setelah kelulusan penubuhan IPTS diluluskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi.
Selain itu, pindaan subseksyen 2 adalah bagi memperjelaskan keperluan ketua eksekutif untuk memohon bagi didaftar. Pindaan perenggan 31(c), 31(3)(f) adalah bertujuan untuk memperkukuhkan peruntukan bagi memastikan pematuhan. Seksyen 31 juga dipinda dengan mengadakan dua subseksyen baru iaitu subseksyen (4) yang menjelaskan bahawa seorang itu tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketua eksekutif sekiranya dia tidak didaftarkan atau pendaftarannya sebagai ketua eksekutif dibatalkan. Subseksyen (5) adalah bertujuan bagi mengukuhkan pematuhan syarat yang telah ditetapkan di bawah subseksyen (4). Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 33A ke dalam Akta 555 bagi mengehendaki IPTS untuk menyegerakan sesuatu daftar yang mengandungi maklumat-maklumat yang dinyatakan bertujuan bagi membantu pengurusan sektor pendidikan tinggi swasta khususnya bagi membantu kementerian dalam membuat keputusan bermaklumat or informed decision making, dengan izin. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 36, Akta 555 dengan memasukkan subseksyen baharu 36(2) untuk memperkukuhkan peruntukan seksyen 36, Akta 555 dan memastikan pematuhan. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 1A ke dalam seksyen 38, Akta 555 bagi memastikan kursus pengajian hanya boleh dikendalikan di IPTS selepas IPTS tersebut berdaftar di bawah seksyen 24, Akta 555. Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 40, Akta 555 dengan memasukkan subseksyen baru 40(1F), (1G) dan (1H). Peruntukan subseksyen 40(1F) membolehkan Ketua Pendaftar menambah, mengubah, membatalkan atau menukar mana-mana syarat untuk kelulusan bagi menjalankan suatu kursus pengajian supaya mampu responsif kepada perubahan pesat dan rumit yang berlaku kepada perkara-perkara berkaitan dengan pengendalian kursus pendidikan tinggi. Subseksyen 40(1G) pula memperuntukkan bahawa pihak IPTS boleh memohon kepada Ketua Pendaftar untuk meminda syarat yang telah ditetapkan semasa memberi kelulusan kepada IPTS yang berkenaan bagi menjalankan suatu kursus pengajian. Manakala subseksyen 40(1H) adalah bertujuan untuk memperjelaskan prosedur permohonan untuk meminda syarat kelulusan kursus pengajian yang disebut di bawah subseksyen 40(1G). Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 40A ke dalam Akta 555 untuk mengadakan peruntukkan bagi menghendaki IPTS memperbaharui kelulusan bagi menjalankan kursus pengajian. Ini seterusnya akan membolehkan pengawalseliaan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian khususnya menerusi proses pembaharuan dikukuhkan di mana menerusi proses tersebut, ia memberi peluang kepada pihak kementerian untuk meneliti kualiti sesuatu kursus pengajian secara berkala dan membolehkan pihak kementerian menetapkan keperluan kelulusan tambahan selaras dengan keperluan masa dan dasar kementerian khususnya berhubung peningkatan kebolehpasaran dan pemantapan kemahiran graduan-graduan sesuatu kursus pengajian. Pematuhan keperluan kelulusan adalah penting untuk menjamin kualiti kursus pengajian dan perlindungan pelajar. Fasal 17 adalah bertujuan untuk meminda seksyen 42, Akta 555 di mana perkataan “perenggan” di subseksyen 42(1) diganti dengan perkataan “subseksyen” agar selaras dengan pindaan tahun 2009 Akta 555. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 43, Akta 555 dengan memasukkan subseksyen baru 43(3) untuk memperuntukkan sesuatu peruntukan untuk membolehkan Ketua Pendaftar mengecualikan mana-mana pelajar daripada mengambil mata pelajaran wajib. Peruntukan pengecualian yang dinyatakan di sini adalah bagi pelajar yang mengikuti kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Perkara ini adalah selaras dengan keperluan di IPTA. Keperluan bagi peruntukan pengecualian ini adalah kerana definisi pelajar di bawah Akta 555 adalah menyeluruh di mana ia turut meliputi pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Peruntukan pengecualian ini tidak menjejaskan dasar kementerian bagi menerapkan dan mengukuhkan semangat kenegaraan di kalangan pelajar IPT kerana pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah telah pun mengikuti atau mengambil mata pelajaran wajib seperti Hubungan Etnik, TITAS dan sebagainya di peringkat sarjana muda.
Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 44, Akta 555 bagi menjelaskan bahawa hanya IPTS berstatus universiti atau kolej universiti atau kampus cawangan luar negeri boleh menganugerahkan ijazah.
Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 46, Akta 555 dengan memasukkan subseksyen baharu 46(1A) untuk membolehkan ketua eksekutif IPTS mewakili fungsinya berkaitan disiplin kepada mana-mana pekerja IPTS yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar bagi memastikan pengurusan isu disiplin pelajar yang lebih baik. Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 51, Akta 555 dengan memasukkan subseksyen baharu, 51(4A) bagi membolehkan ketua pendaftar untuk mengenakan apa- apa syarat lain semasa pengeluaran sesuatu permit mengajar. Selain itu, perkataan ‘mata pelajaran’ atau ‘mata pelajaran-mata pelajaran’ di dalam subseksyen 51(5) diganti dengan perkataan ‘bidang’ atau ‘bidang-bidang pengajian’ bagi memperluaskan skop kelulusan permit mengajar daripada subjek kepada bidang, di mana menerusi pindaan ini seseorang individu diberi kelulusan untuk mengajar di IPTS tidak terhad kepada beberapa subjek sahaja tetapi boleh mengajar subjek-subjek di bawah satu bidang tertentu. Perkara ini membolehkan pihak IPTS menggunakan khidmat kepakaran seseorang tenaga pengajar secara menyeluruh. Fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 54, Akta 555 dengan memasukkan perenggan baru 54(1)(da) bagi memperuntukkan alasan baharu dalam membatalkan kelulusan penubuhan sesebuah IPTS, di mana menerusi peruntukan baharu tersebut, kegagalan pihak IPTS untuk memperbaharui pendaftaran di bawah seksyen 24(a) boleh dijadikan alasan bagi membatalkan kelulusan penubuhan IPTS tersebut. Fasal 23 bertujuan untuk meminda seksyen 61, Akta 555 dengan menggantikan subseksyen 61(1) sedia ada bagi menambah baik peruntukan tersebut dan menjelaskan keperluan pihak IPTS, khususnya pihak lembaga syarikat yang diberi kelulusan untuk menubuhkan dan mengoperasikan sesebuah IPTS untuk mematuhi ketepatan ketua pendaftar bagi meneruskan pendidikan pelajar apabila sesebuah IPTS menghentikan operasinya. Pindaan ini adalah bertujuan untuk memastikan supaya proses pengajian pelajar tidak terjejas apabila IPTS menutup operasinya. Fasal 24 bertujuan meminda seksyen 62, Akta 555 dengan memasukkan subseksyen baharu 62(2) bagi memperuntukkan bahawa kelulusan penubuhan IPTS dianggap terbatal apabila perakuan pendaftaran dipulangkan. Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 75A ke dalam Akta 555 bagi memperuntukkan obligasi syarikat untuk mematuhi peruntukan Akta 555, di mana sekiranya akta memerlukan IPTS untuk melakukan atau melarang daripada melakukan sesuatu kewajipan untuk mematuhi dikenakan ke atas syarikat yang diberi kelulusan untuk menubuhkan IPTS dan peruntukan ini membantu mengukuhkan pengawalseliaan pihak kementerian dan juga dalam meningkatkan kebertanggungjawaban pihak syarikat berkenaan dalam memastikan operasi sesebuah IPTS dilaksanakan selaras dengan peruntukan dan kelulusan Akta 555. Fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 76, Akta 555 dengan memasukkan perenggan baru 76(1)(d) dan (e) untuk mengukuhkan penguatkuasaan Akta 555, di mana dua perenggan baru tersebut iaitu: “(d) mengeluarkan sijil, diploma atau ijazah tanpa mengikuti dengan jayanya sesuatu kursus pengajian atau; (e) menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pendidikan tinggi diadakan untuk mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab daripada menyediakan dan memberi perkhidmatan pendidikan tinggi yang tidak berdaftar dan diragui kesahihan kepada masyarakat umum.” Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 77, Akta 555 dengan menggantikan perkataan “seksyen 44” yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut dengan perkataan “akta ini” bagi memperluaskan skop peruntukan tersebut. Fasal 28 bertujuan untuk meminda seksyen 78, Akta 555 dengan menggantikan perkataan ‘dan pendaftarannya’ dengan perkataan ‘atau pendaftarannya atau mana- mana syarat yang dikenakan dalam pembaharuan pendaftarannya’ untuk memperluaskan skop peruntukan tersebut. Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 79, Akta 555 dengan memasukkan perenggan baru 79(c) untuk memperluaskan skop kesalahan dan penalti yang berkaitan dengan mana-mana permohonan yang dibuat di bawah Akta 555. Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 82, Akta 555 untuk mengukuhkan peruntukan tersebut, di mana pindaan seksyen 82, Akta 555 adalah untuk menjadikan suatu kesalahan jika terdapat pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta 555 walaupun tidak diperuntukkan dengan nyata. Pindaan ini juga adalah bagi
meningkatkan tahap pematuhan pihak IPTS berhubung keperluan Akta 555 dengan meningkatkan jumlah denda dari RM10,000 kepada RM50,000. Fasal 31 bertujuan meminda seksyen 83, Akta 555 dengan menaikkan kadar denda bagi kesalahan berterusan daripada RM500 kepada RM1,000. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Fasal 32 bertujuan meminda seksyen 85, Akta 555 dengan memasukkan perenggan baru 85(1)(i) yang memperuntukkan bahawa seseorang yang berupaya bertindak atas apa-apa kapasiti yang disebut dalam perenggan 85(1)(a) hingga (h) atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta atau membantu dalam pengurusan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan yang dilakukan oleh institusi pendidikan tinggi swasta di bawah seksyen 85, Akta 555. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ya. Akhirnya. Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk bahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya 9 rang undang-undang dan jika dikira masa yang dibagi kepada Speaker untuk mengurus 9 rang undang-undang ini cuma terhad kepada sembilan jam. Maknanya, average puratanya satu jam untuk satu rang undang-undang. Puratanya...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, puratanya. Tugas Speaker untuk mengurus masa dan takwim yang diberi.
Tugas Speaker- kepada Ahli Parlimen.
Saya ingin mengehadkan masa perbahasaan Yang Berhormat tidak melebihi 10 minit seorang- 10 minit seorang.
...Tuan Yang di-Pertua.
Ya, saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya? Kami dapat semua rang undang-undang ini tiga hari yang lepas. Sekarang kita mahu bahaskan semua ini dalam tempoh sembilan jam. Semua siap pada hari ini. Ini dikira tidak serius dari segi pengurusan undang-undang.
Yang Berhormat. Saya jelaskan tadi.
Yang Berhormat Seputeh, giliran saya berucap. Nanti giliran awak, awak boleh...
Tugas Speaker mengurus takwim yang diberi dengan masa yang diberi, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kita mahu transformasi Parlimen.
[Ketawa]
We have a better Parliament. World class Parliament. Ini bukan cara world class Parliament, Tuan Yang di-Pertua...
Takkan yang itu pun hendak diprotes.
Semalam sampai 12.30, hari ini kita- 11.30.
Takkan yang itu pun hendak protes Yang Berhormat.
Okey. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di atas peluang yang diberikan pada saya.
Yang Berhormat Parit Sulong. Bagilah Yang Berhormat Parit Sulong membahas. Yang Berhormat, 10 minit.
Tuan Yang di-Pertua. Sepatutnya persidangan ini ditambah hari...
Yang Berhormat Pokok Sena. Tunggulah dahulu.
Kita boleh bahas sampai midnight...
Yang Berhormat jangan buang masa Yang Berhormat.
Kalau kita hendak serius. Kita boleh bagi...
Saya serius dalam menjalankan tugas sebagai Tuan Yang di-Pertua di sini. Sembilan rang undang- undang, sembilan jam yang dibagi Yang Berhormat. Takkan hendak protes itu.
Ya. Ya- no way nak bahas 9, such an important bills ya. Bahas sampai tengah malamlah.
Tuan Yang di-Pertua serius tetapi kerajaan tidak serius. Kerajaan sepatutnya menambahkan jumlah hari.
Yang Berhormat Parit Sulong.
Okey, terima kasih.
Kerajaan hendak lulus sahaja.
Kita dengar Yang Berhormat Parit Sulong berbahas Yang Berhormat. Di belakang sana Yang Berhormat...
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan pada Yang Berhormat Parit Sulong.
Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat Parit Sulong. Saya cuma ingin maklumkan di belakang sana ada wanita dari Parit Sulong sedang mendengar...
[Dewan riuh]
Wakil rakyat membahas...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua tidak adil. Nanti saya bawa Kuala Langat punya orang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Aduhai. Saya hendak ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan pada saya untuk sama-sama bahas di dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Saya mulakan dengan ucapan tahniah pada pihak kerajaan yang membawa rang undang-undang ini. Pindaan akta ini ke dalam Parlimen Dewan yang mulia ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua. sehingga Mac 2017, dekat Malaysia ini dia ada 495 buah IPTS yang terdiri daripada 53 nya adalah universiti, 34 kolej universiti, sepuluh kampus cawangan luar negara, 398 buah kolej swasta dan mana kala pelajar IPTS sehingga 2015 pula berjumlah 580,958 pelajar dan daripada jumlah ini pula, 102,112 pula adalah pelajar antarabangsa. Jadi nya ini bermakna bahawa bila kita adakan amendment pada hari ini. Kalau kita campur pula dengan jumlah IPTA yang berada di Malaysia termasuk politeknik, kolej, institusi kerajaan yang lain sepatutnya dia sudah mencukupi untuk menampung permintaan pengajian tinggi baik daripada pelajar tempatan dan juga pelajar asing. Jadi,
ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan dalam perkara ini. Saya hendak merujuk kepada pindaan seksyen 12 yang membolehkan Syarikat Berhad menurut jaminan menubuhkan institusi. Jadi, ada kemungkinan secara tidak langsung ia akan menyebabkan ada penambahan penubuhan IPTS oleh syarikat-syarikat besar di negara ini. Jadi, secara tidak langsungnya juga dia akan ada juga terdapat penambahan pensyarah-pensyarah. Jadi, oleh yang demikian kementerian juga perlu memberikan penekanan kepada kualiti pensyarah-pensyarah di IPTS ini. Saya hendak bertanya pada pihak kementerian apakah mekanisme pihak kementerian dalam memastikan bahawa kualiti pensyarah ini terjaga dan adakah kementerian ada menyediakan satu garis panduan dan juga kaedah pemantauan berkala yang sistematik untuk membuat pemantauan mengenai perkara ini. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua. Antara syarat untuk menjadi tenaga pengajar...
Yang Berhormat Kinabatangan bangun Yang Berhormat.
Okey. Silakan.
Yang Berhormat Parit sulung, saya terpanggil berhubung dengan.
Yang Berhormat Parit Sulong panggil ya Yang Berhormat.
[Ketawa] Isu kualiti pensyarah. Sebab adakah mungkin Yang Berhormat Parit Sulong berpandangan mutakhir ini ada di antara pensyarah-pensyarah ini gila berpolitik. Jadi, mungkin juga faktor mendorong ke arah kualiti dia menurun. Sebab mereka cenderung ke arah berpolitik dan tidak cenderung ke arah memartabatkan pelajar itu dan memartabatkan pelajar itu adalah penting. Apa pandangan Yang Berhormat Parit Sulong?
Mungkin ada juga, mungkin ada kebenaran yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Akan tetapi, sebab itulah saya tekankan bahawa apabila kita bercakap mengenai kualiti pensyarah ini. Pensyarah harus menumpukan sepenuh perhatian kepada apa perkara atau pekerjaan dia ketika itu dan juga tanggungjawab dia sebagai seorang pensyarah. Jadi, saya kira yang lain ini Yang Berhormat Menteri boleh menjawab mengenai perkara ini dan saya mahukan juga supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan ini dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya pada hari ini.
Kita minta...
Ya. Yang Berhormat Seputeh bangun.
Ya. Yang Berhormat Seputeh.
Ya. Yang Berhormat Parit Sulong. Kawan baik saya dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Macam mana dengan kursus macam sains politik, sosial sains dan juga sosial sains pembangunan. Semuanya berkaitan dengan ideologi politik dan pengajian tentang politik, political theory dan juga malah kursus macam sejarah. Semua ini sentuh politik. Jadi, kita tidak akan bagi pensyarah yang mengajar disiplin dan kursus seperti ini tidak sentuh politik. So, then political science kita kena belajar tentang ‘ism’ semua, communism demokrasi dan sebagainya. Saya rasa kalau pensyarah memberi kesedaran dan juga membuka minda pelajar kita ini tentang isu-isu semasa dan juga politik. Ini memang tidak salah. Ini sebenarnya adalah tanggungjawab dan tugas pensyarah kita.
Okey, betul. Betul apa yang dibangkitkan. Akan tetapi, kita bercakap mengenai profesionalisme sebagai seorang pensyarah itu sendiri. Apabila dia berpihak pada mana-mana parti, itu dia sudah tidak profesional lagi Yang Berhormat Seputeh dan itulah yang saya tekankan mengenai bagaimana apabila pensyarah itu dia menjalankan tugasan dia sebagai seorang pensyarah dia mesti berlaku secara adil...
Yang Berhormat Parit Sulong.
Yang Berhormat Rasah bangun. Yang Berhormat.
Yang Berhormat Parit Sulong. Sedikit.
Alah. Nantilah. Berucap sampai habis saya punya ini tinggal berapa minit sahaja lagi. Kemudian. Kemudian.
Okey. Boleh, boleh. Teruskan.
Okey. Saya hendak teruskan. Yang lain saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Seterusnya antara syarat hendak jadi tenaga pengajar di IPTS ini, dia perlu untuk memiliki kelayakan akademik sama ada PhD, master, degree dan perlu untuk mendapatkan permit mengajar daripada kementerian. Walau bagaimanapun, dalam proses mendapatkan permit adakah persoalan saya pada kementerian, Adakah mereka ini juga diinterview? Adakah mereka ini dipilih dari kalangan yang terbaik sama ada dari segi akademiknya ataupun sahsiahnya? Jika kita bandingkan dengan tenaga pengajar IPTA, pensyarah yang mana pensyarahnya hanya dipilih pada kalangan yang terbaik di kalangan yang memohon dan kerajaan juga ada menetapkan dasar yang jelas. Iaitu semua IPTA haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga pengajar yang memiliki PhD bagi menjaga kualiti IPTA.
Justeru itu soalan saya kepada kementerian pula adalah kalau berkaitan dengan IPTS ini, bagaimanakah pula dasarnya? Adakah kerajaan juga akan membuat dasar yang sama macam IPTA? Apakah- kerana itulah saya mohon supaya pihak kementerian juga menyatakan apakah statistik pensyarah IPTS ini sehingga tahun 2016 ini. Kalau mengikut dia punya background kelulusan dengan izin, sama ada dia kelulusan PhD kah, kelulusan masters kah dan berapakah pensyarah daripada luar negara yang mendaftar di IPTS ini. Seterusnya ada maklumat daripada pihak kementerian, jumlah IPTS tahun 2014 adalah 513 buah dan jumlah ini kalau kita tengok dengan statistik tahun 2017 terutamanya pada jumlah universiti itu, nampak ada pengurangan sedikit. Jadi sehubungan dengan itu, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah punca dan juga faktor pengurangan ini sebab saya harap kementerian perlu untuk menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, mengenai pengurangan ini dan saya harap kementerian dapat menjelaskan mengenai perkara ini. Seterusnya soalan saya lagi kepada pihak kementerian adalah apakah kriteria syarikat yang dibenarkan terutamanya syarikat-syarikat daripada luar negara yang hendak membuka IPTS dan cawangan mereka di Malaysia ini? Seterusnya merujuk kepada pindaan seksyen 51(b) yang berkaitan dengan bidang-bidang pengajian. Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen dan juga usaha pihak KPT dan usaha untuk memperbaiki kualiti pendidikan negara ini supaya ia dapat ditingkatkan ke satu standard yang sangat tinggi dan mampu untuk bersaing dengan negara maju. Oleh yang demikian, bidang atau program yang bakal ditawarkan itu memang sangat penting. Jadi apabila IPTS ini wujud dan ia harus perlu selaras dengan matlamat transformasi pendidikan negara iaitu melahirkan modal insan dan melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk mencapai dan menjadi negara maju. Jadi kurikulum yang ditawarkan oleh IPTS itu mestilah relevan, mestilah selari dengan kehendak pasaran. Selepas mereka ini graduate dan memasuki pasaran kerja. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, soalan saya adalah apakah kementerian ada cadangan ataupun memang dalam rangka cadangan pihak kementerian untuk memperbanyakkan lagi IPTS yang berasaskan kepada pendidikan TVET bagi membolehkan pelajar-pelajar daripada peringkat sijil dan juga diploma dapat meneruskan pengajian mereka ke peringkat ijazah. Ini sebab setakat ini, ia tidak mencukupi sebab ia hanya ditampung oleh rangkaian Malaysian Technical University Network. Jadi seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Blueprint Kebolehpasaran Graduan 2012-2017 telah dilancarkan akhir tahun 2012. Jadi tujuannya untuk memenuhi keperluan dunia tenaga profesional dan mahir. Jadinya blueprint ini adalah satu panduan. Jadinya saya hendak tanya, sejauh manakah blueprint ini dapat diaplikasikan dan adakah ia diaplikasikan dari sistem IPTS negara ini yang perlu diberi perhatian agar boleh memperkukuhkan kebolehan pasaran graduan.
Terakhir, saya ada bab yang terakhir. Saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian ada mempunyai satu pangkalan data yang memaparkan senarai tenaga pengajar di setiap institusi pengajian untuk rujukan umum, untuk memastikan betul kah mereka ini mempunyai kredibiliti...
Ya, habis masa.
Yang lainnya Tuan Yang di- Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan dan saya harap mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Dengan itu, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan mengambil masa panjang. Pertama kali, saya kena puji kementerian ini. Saya dengar tadi presentation daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang mana penggubalan pindaan rang undang-undang ini telah pun mengambil satu masa dan ada beberapa sesi town hall dengan stakeholders termasuk ibu bapa dan juga orang ramai. Saya rasa inilah cara pihak kerajaan menggubal undang-undang dan juga membuat apa-apa bentuk pindaan. Tidak macam SOSMA semalam. Lewat malam kita terpaksa bahas malah buang undi tanpa consultation dengan semua parti politik, dengan semua NGO, tanpa consultation, tidak ada macam apa yang dibuat oleh rang undang- undang IPTS ini yang mana ada banyak sesi consultation, malah ada online bagi orang feedback kepada pihak kementerian. Baru rang undang-undang ini dibentangkan. Akan tetapi saya masih hendak katakan saya rasa kesal lah. Tiga hari rang undang-undang ini diberi kepada kami dan mengharapkan kami hendak bahas rang undang-undang yang begitu penting untuk hari ini. Saya rasa ini adalah tidak hormat kepada kita sebagai Ahli Parlimen kerana kita tidak ada masa yang cukup untuk buat penyelidikan dan juga mengadakan penyelidikan kita dengan pihak IPTS dan juga ibu bapa. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan beberapa soalan yang saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab. Ini kerana yang saya tahu, the main crust of rang undang-undang ini adalah tukar yang institusi pendidikan swasta ini kepada syarikat because this is an education business. Saya pernah berjumpa dengan sesetengah orang yang membuat business yang menawarkan PhD, PhD degree. Tiba- tiba saya lihat orang yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tidak fasih dalam Bahasa Malaysia, wah sudah jadi doktor. Semuanya doktor. Saya tidak berani. Ini universiti dari mana? Saya pernah tanya. Ada yang kata, universiti di Australia, di Amerika Syarikat dan saya pun tanya ada yang dapat PhD, degree macam ini, how is your course, your PhD course? Dia kata dia perlu menghadiri kursus enam bulan selepas itu tulis satu esei dan selepas itu boleh dapat PhD degree. Jadi saya hendak tanya, mungkin pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah syarikat dalam bentuk seperti ini ia juga ada kampusnya? Kampusnya konon dalam bentuk kedai. Adakah ini juga dikawal oleh pihak kementerian? Kedua ialah saya pernah menghadapi dulu beberapa insiden di mana ada pelajar dari khususnya dari Afrika yang mereka suka berhimpun di satu tempat dan mereka minum dan buat bising sehingga ramai yang mengadu. Kami pernah panggil polis untuk datang dan ada pernah tangkap mereka. Selepas itu polis cakap, ini semua students. Semua ini adalah pelajar asing dan mereka memang ada kad student dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa. Pihak imigresen juga tidak dapat berbuat apa-apa. Jadi saya hendak cadangkan mungkin pihak kementerian boleh adakan satu kaunter bagi orang untuk buat aduan sama ada ini student betul-betul kah, ataupun adakah mereka memang pelajar di IPTS kita ini tetapi mereka datang sini sebenarnya buat business, sebenarnya mereka buat perkara yang tipu helah dan sebagainya. Adakah pihak imigresen tidak dapat berbuat apa-apa dan universiti juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana memang mereka bayar yuran. Saya hendak minta mungkin- adakah pihak kerajaan boleh buat sesuatu apabila orang ramai menghadapi masalah seperti ini? Tuan Yang di-Pertua, satu lagi...
Yang Berhormat Seputeh, boleh sedikit?
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat berkaitan dengan PhD. Sedarkah Yang Berhormat bahawa kalau kita hendak buat PhD di universiti awam, ia akan mengambil satu tempoh yang begitu lama. Kadang- kadang sampai tujuh tahun, lapan tahun pun mereka tidak dapat siapkan untuk dapat PhD ini. Akan tetapi apabila mereka buat di luar, di swasta, kadang-kadang tidak sampai setahun mereka boleh dapat PhD ini. Ini menjadi satu trend di mana sekarang ramai yang sudah berminat sangat untuk dapatkan PhD seperti ini dan letakkan nama mereka ‘Dr. So and so’. Jadi ini menjadi penipuan di kalangan masyarakat. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Seputeh tentang hal ini dan bagaimana tindakan yang perlu diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya panjangkan soalan Yang Berhormat Batu Gajah ini kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberitahu Dewan mulia ini, apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi aduan isu seperti ini? Satu lagi isu saya hanya hendak bangkitkan adalah, adakah kementerian mengadakan koordinasi atas kursus? Kursus kita lihat sekarang di Malaysia ini kita ada lebihan 5,000 doktor. Ini bukan kenyataan saya, ini dari MMC dan juga pihak Kementerian Kesihatan. Sekarang kita lihat masalah kita adalah kita kurang teaching hospital yang mana pelajar kita yang graduan kursus perubatan tidak dapat buat housemanship di hospital awam kita. Saya juga pernah tanya pihak hospital swasta, kenapakah mereka tidak ambil pelajar yang graduan kursus perubatan ini? Bagi mereka, mereka kata ini tidak boleh. Jadi saya hendak tanya pihak kementerian, adakah kementerian juga mengadakan koordinasi? Kalau kita tahu yang kursus perubatan yang ditawarkan oleh IPTS di negara kita ini, mungkin terlalu banyak. Adakah ia adakan koordinasi dengan pihak MMC dan juga Kementerian Kesihatan? Kita kena kaji macam mana mengawal keadaan seperti ini. Saya pernah dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan bahawa Kerajaan Pusat telah pun mengadakan kawalan terhadap universiti dan kolej awam kita ini atas kursus perubatan. Akan tetapi macam mana dengan IPTS? Kalau kita tengok yang pelajar perubatan ini, ibu-bapa mereka terpaksa buat pinjaman daripada luar atau EPF ibu-bapa ini semua digunakan untuk- mungkin RM1 juta bagi mereka untuk keluarkan seorang graduan kursus perubatan dan mereka berharap anak mereka boleh jadi doktor. Akan tetapi sudah pun habis kursus perubatan tidak dapat cari kerja kerana terlalu ramai doktor di Malaysia ini. So, saya rasa ini akan jadikan satu bentuk pembaziran dari segi tenaga kita, pelajar kita yang cerdik pandai ini sebenarnya kita boleh galakkan mereka pergi belajar disiplin dan kursus yang lain dan tidak harus semua tumpukan untuk belajar kursus perubatan. So, saya hendak...
Yang Berhormat Seputeh, minta pencelahan. Yang Berhormat Seputeh, belakang, belakang.
Ya, ya. Sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seputeh, bersetujukah dengan saya kalau sekiranya tanggungjawab untuk mengenal pasti spesifikasi jurusan pelajar-pelajar ini perlu dipantau dan berikan fokus oleh kementerian agar tidak ada lambakan pelajar-pelajar yang menganggur, tidak ada kerja sedangkan mereka berijazah dan ber-qualified. Apakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju dengan saya peranan kementerian wajib difokuskan untuk jurusan yang diperlukan ketika ini tidak dilambakkan satu jurusan sehingga menyebabkan pengangguran meningkat? Apakah Yang Berhormat Seputeh bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sangat setuju.
Boleh saya mencelah?
Yang Berhormat Batu Pahat bangun.
Ya, ada lagi.
...Yang Berhormat Batu Pahat kata hendak berucap sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan the so-called lambakan atau lebihan graduan perubatan. Saya, dalam family saya ada anak dan menantu ada sembilan orang doktor...
Banyaknya.
...Sembilan perubatan. Mereka memberikan maklum balas tempat mereka bekerja ini tidak cukup doktor ya. Ada anak yang dalam latihan sekarang ini masuk pukul 6 pagi habisnya 11.30 malam. Hendak bercuti, minta cuti untuk majlis perkahwinan nanti awal satu hari tidak dapat kerana tidak ada doktor ganti. Jadi persoalan saya begini, it is not so much of my child issue. Isu saya ialah apakah lebihan graduan ataupun soal kecekapan dan efficiency dalam penempatan para graduan ini?
Terima kasih. Ini kerana isu ini sebenarnya berkaitan juga Kementerian Kesihatan. Itu sebab saya hendak tanya sama ada kedua-dua kementerian ada cakap ataupun tidak supaya isu lambakan doktor mungkin satu hari lambakan political science student dan sebagainya tidak berlaku. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seputeh, relax ya. Saya lihat Yang Berhormat Menteri- kita lihat sejarah perwujudan IPTS beberapa tahun yang lalu kita nampak IPTS negara kita ini perlambakan, tumbuh seperti cendawan yang wujud selepas hujan. Di situlah sebetulnya kualiti itu sudah tidak ada sebab IPTS ini kebanyakannya menumpukan keuntungan daripada memartabatkan kualiti pendidikan tersebut. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat. Seharusnya kementerian memfokuskan, meminta IPTS yang hendak diwujudkan apa pasaran graduan yang diperlukan? Dari segi farmasikah? Dari segi agriculture-kah? Akan tetapi ini tidak, kita lepas kemudian kita baru sedar pepatah orang tua kita dulu, ‘sudah terhantuk baru tengadah’. Ini walaupun belum terlambat sebab ‘something is better than nothing’ kita wujudkan akta untuk memperkemaskan IPTS. Akan tetapi pada saya matlamat asal kita sudah tidak tercapai. Dalam bidang kedoktoran, dalam bidang farmasi kita terpaksa menghantar pelajar-pelajar kita ke negara-negara luar. Apakah kita tidak mampu mewujudkan satu IPTS di negara kita dalam bidang-bidang yang khusus seumpama ini? Oleh sebab saya memang yakin doktor di negara kita ini memang kurang sebab itu ada yang berkhidmat daripada 9 pagi sampai 11 malam, tidak boleh cuti, tidak- di kawasan saya di Kinabatangan hospital ada, doktor pakar kurang di Tongod tiada doktor. Jadi pada saya merupakan satu tanggungjawab yang harus dilihat oleh pihak kementerian. Jangan kita hanya membenarkan pihak swasta mewujudkan IPTS ini tetapi matlamatnya kurang. Akhirnya, kita perlambakan dengan graduan-graduan yang tidak berpotensi, tidak berpasaran. Kita juga dilambakkan oleh pelajar-pelajar luar negara menggunakan Visa Pelajar tetapi sebetulnya mereka tidak belajar. Mereka menggunakan Visa Pelajar itu dengan tujuan-tujuan yang lain. Jadi ini amat membimbangkan. Ini telah menjadi perbicaraan orang awam di luar sana iaitu melihat bagaimana negara kita tidak menyusun strategi tertentu untuk memastikan bahawa kualiti pendidikan negara kita ini adalah harus dijaga dengan baik. Saya juga melihat bagaimana kelonggaran-kelonggaran berlaku. Mungkin di mana pelajar-pelajar seharusnya mereka menumpukan pelajaran di sekolah tetapi kesempatan ini mereka tidak ambil. Saya lihat gerakan BERSIH telah banyak meracuni pemikiran minda pelajar-pelajar ini. Ramai pelajar yang turun berdemonstrasi sama ada daripada IPTA, IPTS dan akhirnya mereka tidak ada- politik pun tidak jadi, dalam pembelajaran pun tidak jadi.
Betul.
Jadi apa matlamat kita untuk mewujudkan IPTS? Sudah tentunya yang memberi peluang yang lebih ramai kepada pelajar-pelajar kita yang mungkin tidak dapat masuk IPTA, itu matlamat dia. Akan tetapi kalau masuk sahaja, apabila keluar pun itu juga dia punya keadaan dirinya tidak berubah. Ini rasa saya matlamat untuk dia belajar tercapai tetapi matlamat kita untuk dia menimba ilmu dan mendapat pasaran pekerjaan sudah tidak tercapai. Oleh kerana itu, rasa saya perlulah dilihat dengan lebih komprehensif oleh pihak kementerian ke arah bagaimana kita mahu mencapai seperti di United Kingdom dan sebagainya. Saya juga setuju dengan rakan-rakan yang lain...
Yang Berhormat Kinabatangan, boleh tanya?
Sila.
Gerik.
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Ada tiga persoalan yang saya ingin bangkitkan. Satu, sejauh manakah pindaan Akta 55 dapat memastikan hanya syarikat yang berkeupayaan daripada aspek kewangan dan tadbir urus yang baik sahaja dibenarkan untuk menubuhkan sesebuah IPTS? Persoalan yang kedua, sejauh pindaan akta ini dapat membantu kementerian dalam memastikan pihak IPTS menetapkan kadar yuran pengajian yang sesuai?
Ketiga persoalan saya ialah sejauh mana pindaan ini dapat membantu ibu bapa dalam membuat keputusan memilih IPTS terbaik untuk anak-anak mereka. Minta Yang Berhormat Kinabatangan membantu saya.
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik, itu soalan mahu ditujukan kepada pihak Menteri jadi saya ambil ucapan Yang Berhormat Gerik sebagai sebahagian daripada hujah saya dan minta kementerian menjawab sebab memang ada keperluan dia bagaimana membantu ibu bapa untuk mengenal pasti IPTS yang berkualiti yang boleh melahirkan modal insan.
[Bangun]
Yang Berhormat Seputeh baru sahaja berhujah.
Yang Berhormat Kota Tinggi di belakang Yang Berhormat.
Ya.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun di belakang.
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi lah Yang Berhormat Seputeh sudah tadi.
Mahu tanya?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya terpanggil tadi menyentuh tentang education, perubatan contohnya. Kita maklum tahun lepas sahaja kursus medical tourism di Malaysia mencecah 860,000 pelawat perubatan ataupun medical tourism. Ini satu potensi yang besar dan year to year growth is 30 percent, 30 peratus, dengan izin, pertumbuhan tahun ke tahun. Jadi, sekarang ini kita ada 15,000 katil sahaja untuk private sector di hospital swasta. Maknanya saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan, adakah ini satu sektor yang amat baik yang kita mesti berpaksi kepada industry driven, permintaan- demand driven or industry driven? Dengan cara ini kita minta kementerian supaya- saya difahamkan ada ikon jadi industri yang mana mereka akan fit kepada kementerian dan kementerian akan bersama- sama dengan IPTS supaya mereka dapat mencorakkan kursus-kursus yang lebih sesuai supaya bila graduate ini keluar mereka akan lebih mendapat kebolehpasaran dan
kebolehkerja itu lebih tinggi. Saya difahamkan kementerian sedang berusaha hendak mewujudkan sampai tahun 2020 akan ada 200,000 pelajar antarabangsa sahaja tidak termasuk local dan 2025 mencecah quarter million 250,000. Ini satu potensi yang amat besar yang mana kita boleh mencorakkan supaya tidak ada masalah doktor – kegunaan kepelbagaian dan end user tadi. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih.
Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Tinggi sebab itu daripada mukadimah saya tadi saya kata seharusnya kementerian kena berbincang dengan syarikat-syarikat swasta yang berhasrat hendak mewujudkan IPTS ini bahawa kalau boleh kita menghantar pelajar tidak usah jauh ke Yogyakarta, lebih kurang RM40, RM50 ribu untuk farmasi, tiap-tiap tahun dari segi kedoktoran. Yang paling murah di Rusia kalau tempat-tempat lain memang tinggi dia punya kos. Sebab itu kalau boleh diwujudkan di negara ini, kita shortage of doctor, shortage of pharmacy ini lah menjadi tumpuan kita. Akan tetapi, saya tidak tahulah bagaimana kementerian mengurus dan...
Yang Berhormat Seputeh terpanggil Yang Berhormat.
Sudah mahu habislah Yang Berhormat Seputeh kesianlah sama saya.
Saya hendak tanya?
Sikit sahajalah.
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan kita lihat salah satu objektif, matlamat utama universiti adalah untuk mewujudkan pelajar kita yang ada independent thinking dan mereka tahu hala tuju negara dan juga mereka diri sendiri. Kita lihat di seluruh dunia semua pelajar kita ini dari semua universiti yang terkenal itu pernah menyertai demonstrasi. Jadi kalau kita hendak jadi world class educational hub di Malaysia kita harus galakkan pelajar universiti sama ada IPTA, IPTS ini mereka menyertai pergerakan, the people movement negara ini supaya kita boleh bawa reformasi di Malaysia. Macam Yang Berhormat Kinabatangan dulu juga selalu ikut UMNO bila dia jadi pelajar itu sebab lepas itu dia masuk UMNO. Jadi kenapa hendak bangkit isu ini.
Yang Berhormat Seputeh kalau inilah matlamat Yang Berhormat Seputeh hendak menggalakkan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi, alamat IPTS kita ini akan tenggelam. Mereka masih boleh menyuarakan apa yang tidak puas hati dalam diri mereka tetapi mengikut platform- platform tertentu. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya juga minta kementerian mengkaji kecenderungan bagaimana kecenderungan individu itu. Ini hari kita tahu background dia tidak ada apa-apa tiba-tiba dia tiga bulan sudah dapat master, degree, PhD. Ini saya ingat dari kawasan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ada ini, ada individu sebegini dia pergi UK satu bulan...
Itu kongkalikung punya.
…Sudah dapat master. Ini saya ingat tidak betul. Jadi harus dilihat ini, saya ingat perlu diwujudkan satu akta untuk menghukum mereka-mereka yang memakai certificates palsu ini. Kementerian harus mewujudkan satu akta kita bahas di dalam Dewan ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan menyatakan bahawa saya rasa trend seperti ini harus diberhentikanlah iaitu trend kita hendak bulldoze undang-undang ini sampai sembilan undang-undang ini saya rasa ini bukan trend yang baiklah tidak memenuhi hasrat untuk produce first class Parliament.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah melihat sembilan-sembilan rang undang- undang ini to be honest-lah walaupun saya seorang peguam tetapi setengah undang- undang ini saya pun tidak pernah lihat, tidak pernah dengar, tidak pernah lihat. Boleh bayangkan MP’s yang tidak terdedah dengan undang-undang lagilah hendak faham undang-undang bukan mudah. Apatah lagi kita diberikan rang undang-undang pindaan sahaja yang akta ibunya kita tidak lihat. Kita mana ingat undang-undang semua ini. Jadi saya harap mungkin ada perubahan dalam masa akan datang Tuan Yang di-Pertua supaya kita dapat berbahas dengan baik dengan betul dan sebenarnya kita semua Ahli Parlimen ini kalau kita berbahas kita hendak memperbaiki lagi keadaan sebab itu jangan kita dilihat untuk semata-mata bantah atau bangkang. Sebab itu kita memberikan experience kita, kita hendak share kita punya pengalaman supaya dapat diambil kira oleh kerajaan. Jangan anggap kita ini semua bangkang semata-mata bangkang, itu yang pertama. Keduanya, saya telah melihat rang undang-undang ini. Saya secara umumnya tidak ada satu yang controversial sangat cumanya saya mengharapkan ada pindaan ke atas seksyen 47, Akta 505 ini. Sebab itu bagi saya adalah satu seksyen yang amat controversial. Apa seksyen 47 itu, izinkan saya berkongsi di sini Tuan Yang di-Pertua. Dia adalah berkaitan dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta ini mesti ada satu perlembagaan dalam perlembagaan itu mesti mengandungi larangan untuk pelajar- pelajar ini terlibat dengan mana-mana pertubuhan. Tidak boleh terlibat dengan pertubuhan politik, pertubuhan organisasi, persatuan. Malahan kalau mereka tidak boleh menyatakan simpati pun kepada mana-mana pertubuhan parti politik. Ini bagi saya adalah satu peruntukan yang tidak masuk akal. Sebab itu dalam satu kes yang diputuskan yang dipanggil kes UKM form. Empat orang pelajar UKM yang ditangkap masa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor. Mereka telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi dan mereka kalah di Mahkamah Tinggi, mereka tidak buat rayuan di Mahkamah Rayuan. Saya hendak bacakan apa dikatakan oleh hakim- salah seorang Hakim Hishamudin Yunus. Dia telah pun bersara, dia telah mengisytiharkan seksyen 15(5) AUKU adalah bertentangan dengan Perlembagaan di mana seksyen ini menyatakan tentang mana-mana pelajar yang terlibat dengan pertubuhan parti politik ini mereka terlibat atau taking part dalam mana-mana aktiviti politik boleh diambil tindakan. Dia kata mereka telah mencabar seksyen tersebut dan mahkamah telah mengisytiharkan berdasarkan tiga hakim dua satu. Seksyen 15(5) itu adalah unconditional- bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan iaitu kebebasan berekspresi ataupun free of expression. Sekarang kita dalam Perlembagaan dalam Akta 505 ada satu peruntukan seksyen 47 yang menyatakan bahawa mesti ada Perlembagaan dan mesti ada peruntukan tidak boleh membenarkan mana-mana pelajar terlibat dalam politik. Sedangkan pelajar-pelajar ini mungkin ada berumur 18 tahun hingga lebih. Ini menunjukkan bahawa kita telah menjadikan pelajar ini seperti mana kata hakim seperti robot sedangkan mereka ini sudah dewasa sudah boleh buat keputusan. Mereka sudah boleh kahwin, they can enter into contract, mereka boleh sue dan be sued, mereka boleh jadi parents, mereka boleh mengundi kalau berumur 21 tahun, mereka boleh jadi director of company. Maknanya mereka telah terdedah dengan segala perkara..
Tuan Yang di-Pertua.
Siapa?
Yang Berhormat Batu Pahat.
Oh, Yang Berhormat Batu Pahat sekejap sahaja tidak ada masa ini.
Saya hanya mengambil masa yang singkat sahaja Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat.
Di Institusi Pendidikan ini kita mengharapkan membangun modal insan dan dalam pembangunan modal insan, pendidikan bukan hanya pendidikan yang di dapat secara formal di dalam kelas. Dia mesti ada pendidikan yang bersifat integrated, pembangunan insan seluruhnya dan kalau usaha membantutkan atau menyekat mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan di luar bilik kelas, ini dekat sekolah pun kita buat kokurikulum ,apatah lagi di pusat pengajian tinggi. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat, apakah ini membangun modal insan ataupun membantutkan modal insan?
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Dekat Malaysia modal semua habis. Modal insan habis, modal kewangan habis, semua habislah Malaysia ini. Tidak ada modal lagi sudah. BN pun tidak ada modal sudah, buat undang-undang macam ini...
[Dewan riuh]
Tadi cakap semua merapu ini kita hendak cakap fasal undang-undang. Kalau kita hendak merapu memang tidak kisah sembilan undang-undang. Akan tetapi kalau hendak bercakap dalam fakta dan sebagainya kita perlukan masa. Saya hendak bacakan...
Pengsan nanti.
Saya kalau pengsan sepuluh kali pun saya akan lawan BN sebab tidak ada kerja lain sudah, “It is fundamental to the existence of democracy and respect of human dignity” kata hakim ini. Dia kata tujuan freedom of expression ini adalah satu fundamental to the existence of democracy and respect of human dignity- right is recognized in numerous human rights document such as article 19 of Universal Declaration of Human Rights, article 19 of the International Governance on Civil and Political Rights. Free speech is encountered preeminent is accorded, preeminent has status in the constitution of many countries. I am at loss, ini hakim kata ya. “I am at loss to understand in what manner the student who expressed support for or opposition against the political party could harm or bring about an adverse effect in public order or public morality. Are not political parties legal entities carrying out legitimate political activities? Are not political leaders including Ministers and members of the federal and state legislature, members of political leaders?”. Ini hakim cakap. “They can enter into contract, they can sue and be sued” tadi saya cakap. Hakim kata, apabila kita melarang mereka terlibat dalam politik ini, it impeached a healthy development of the critical mind and original thought of student, an objective that has set up higher learning should strive to achieve...
Minta laluan.
Hakim menyatakan bahawa clearly the provision yang berkaitan dengan larangan ini...
Yang Berhormat Tanjong bangun, Yang Berhormat.
...Not only counter productive tetapi juga repairs in nature. Jadi saya ingin mencadangkan kalau boleh pihak Yang Berhormat Menteri, kita juga melihat kembalilah sebab saya rasa studen ini mesti dibenarkanlah untuk terlibat dalam parti politik sebab mereka sudah dewasa. Tidak apalah kalau mereka hendak sokong kerajaan pun, tidak ada masalah. Kita bukan hendak mesti mereka ini menyokong pembangkang. Kalau kita, lihat tokoh-tokoh di luar itu seperti contohnya Presiden Obama. Dahulu adalah student leader dekat Universiti Harvard. Di Malaysia juga kita ada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam...
Tidak ada masa sudah Yang Berhormat. Hendak bagi jalan Yang Berhormat, ada dua orang bangun. Yang Berhormat Tanjong dan Yang Berhormat Bayan Baru?
Sorry, sorry saya tinggal satu minit, saya tidak boleh bagi. Minta maaf ya, minta maaf banyak-banyak. Sepatutnya kalau masa banyak saya bagi. Kita lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bekas student leader tetapi bila dia jadi student leader akhirnya boleh menjadi pemimpin yang baik walaupun sekarang ramai tidak suka dengan dia, masukkan dalam penjara tetapi hakikatnya beliau adalah seorang yang berkemampuan. Jadi kita hendak macam inilah yang berlaku. Saya rasa seksyen 47 ini seharusnya kita mansuhkanlah Yang Berhormat Menteri. Keduanya, saya hendak pergi poin tentang disciplinary action dalam pindaan ini ada berkaitan dengan tindakan disiplin di mana diubah seksyen 46 itu yang meletakkan kuasa eksekutif itu dahulu dipanggil executive powers sekarang dia letakkan nama badan disiplin. Apa yang saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri ialah saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berjumpa dengan semua pihak universiti swasta ini dan memberikan briefing tentang akta ini sebab saya mempunyai banyak pengalaman mewakili pelajar-pelajar yang diambil tindakan tatatertib dan kita failkan di mahkamah. Semakan kehakiman dan kebanyakan universiti, kalau lawan di mahkamah selalu kalah. Minta maaflah, universiti memang selalu kalah sebab apa? Kebanyakan undang-undang mereka ini ialah undang-undang yang banyak ultra vires ataupun bertentangan dengan Akta 505 ini.
Oleh sebab mereka tidak aware, mereka tidak sedar kewujudan beberapa peruntukan mengenai disiplin ini. Jadi mereka biasanya mereka ini jadi macam kangaroo court lah Tuan Yang di-Pertua, mereka langgar sahaja undang-undang. Jadi saya harap selepas ini universiti mungkin untuk hendak mengurangkanlah kes-kes yang mereka mungkin dicabar di mahkamah ini dan kalah. Saya mengharap pihak Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penerangan tentang kandungan 505 ini. Satu briefing session diadakan di semua universiti sebab kita rasa ini penting untuk bagi universiti aware tentang kewujudan peruntukan dalam Akta 505 ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya melihat kepada pindaan-pindaan yang akan dibuat di dalam rang undang-undang ini adalah sangat penting untuk memperkemaskan penyeliaan IPTS yang kita lihat tumbuh bagai cendawan. Kebimbangannya ialah adakah ia merupakan saingan kepada IPTA ataupun adakah ia merupakan satu sokongan, dukungan memperkuatkan lagi IPTA kerana banyak yang ada kita bimbang sebab pembelajaran juga merupakan satu business. Jadi mereka yang mempunyai banyak wang dia boleh buka institusi dan menggandakan lagi wang dia berapa banyak. Ini kebimbangan yang kita ada. Jadi pertanyaan saya tentang apakah perancangan jangka panjang kerajaan tentang pembangunan institusi pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, kita bimbang tentang penggunaan PhD dan juga PhD Kehormat yang tidak diiktiraf. Jadi saya hendak tanya adakah pindaan ini dapat membantu membendung penggunaan PhD, Doktor Falsafah dan Doktor Falsafah Kehormat yang tidak diiktiraf sebenarnya. Kebimbangan-kebimbangan yang lain yang datang dalam fikiran saya ialah tentang penerimaan pelajar-pelajar luar negeri. Adakah pindaan ini dapat mengawal selia kualiti pelajar-pelajar luar negeri yang masuk ke dalam negara kita? Adakah mereka ini yang berkualiti dari segi kelayakan ataupun dari segi perangai, kita takut mereka juga terlibat dalam anasir-anasir yang tidak baik dan sebagainya. Bagaimana kalau institusi pengajian tinggi yang wujudkan ini tiba-tiba tidak cukup duit dan bankrap kah dan tutup tiba-tiba. Apakah nasib pelajar-pelajar yang ada di institusi ini? Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang kita harap daripada IPTS ini adalah untuk menggandakan lagi keperluan kita kepada pelajar-pelajar yang datang daripada jurusan yang penting sebenarnya. Adakah...
Yang Berhormat Bagan Serai.
Maaf, my time is very limited. Very sorry. Adakah IPTS ini hanya fikir hendak buat duit sahaja? Adakah IPTS merujuk kepada kursus-kursus yang komersial? Adakah IPTS juga fokus kepada kursus sejarah antropologi dan sebagainya ataupun membiarkan hanya IPTA yang melaksanakannya. Jadi bagaimana kerajaan mengukur kualiti pembelajaran di IPTS yang semakin banyak hari ini? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bertanya, kebimbangan sayalah sejauh manakah IPTS jangka panjang memberi kesan kepada pembangunan masyarakat dan berapakah pelajar-pelajar bumiputera yang ada dalam IPTS hari ini? Bermaknanya pertanyaan saya ini merangkumi kemajmukan. Majmuk ini berapa banyak pelajar-pelajar kita yang dapat berada dalam persaingan di IPTS. Seterusnya dengan pertumbuhan yang bagai cendawan ini dengan kualiti yang kita tanya ini apakah ranking IPTS yang ada di dalam negara kita ini? Bagaimanakah IPTS ini menaikkan lambakan pelajar-pelajar di tempatnya? Apabila musim pembelajaran tiba, bagaimana mereka menghantar begitu banyak borang-borang penerimaan pelajar umpamanya, yuran-yuran yang dikenakan. Adakah IPTS ini berjaya untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang kita ada hari ini?
Yang Berhormat, kita rehat dahulu Yang Berhormat, sambung petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
Tuan Yang di-Pertua, saya terlibat dengan Kamar Khas pada petang ini. Jadi saya ingat saya cukup.
Sudah habis, Yang Berhormat?
Saya terlibat dengan Kamar Khas. Yang Berhormat Bagan Serai menyokong pindaan-pindaan ini. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya, ada siapa nak berbahas lagi sebelum kita tutup. Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman, terus kepada Yang Berhormat Kuala Langat. Meneliti dan mendengar dengan penuh khusyuk dan tawaduk dengan pembentangan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi tadi menjurus saya kepada terus persoalan tentang memartabatkan pendidikan dalam negara ini. Saya ingin menyinggung laporan-laporan juga maklumat yang telah diberikan kepada saya oleh beberapa universiti yang terlibat secara langsung dengan Akta 555 ini memberikan ruang kepada saya untuk membicarakan soal beberapa perkara yang dimaklumkan kepada saya. Ianya menyentuh tentang Ekuiti Nasional Berhad melalui sepucuk surat memo yang bertarikh 27 Mac 2017 telah membuat kenyataan bahawa akan melakukan proses konsolidasi yang akan melibatkan tiga buah universiti pengajian tinggi yang berada di bawah kawal selia anak syarikat yang bernama ILMU Group. Ketiga-tiga institusi pendidikan tinggi swasta yang terbabit adalah UNITAR International University, Kuala Lumpur Metropolitan University College dan COSMOSPOINT College. Pada dasarnya, proses konsolidasi ini walaupun tidak diterperincikan adalah bertujuan untuk memperkasakan ketiga-tiga institusi berkenaan untuk menghadapi masa depan dengan mencabar di dalam industri pendidikan tinggi swasta serta mewujudkan senario pendidikan dan pembelajaran yang mampu menghasilkan para graduate yang ampuh dan berdedikasi. Juga diharapkan pihak ahli akademik serta semua kakitangan IPTS yang terlibat akan juga mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mereka melebarkan sayap mereka sebagai ahli institusi yang berwibawa. Maka yang demikian, atas apa yang telah pun dimaklumkan kepada saya dalam memetik antara 10 minit ini, di dalam situasi yang terkini, UNITAR International University, proses konsolidasi serta penggabungan yang dicadangkan oleh pihak EKUINAS lebih membawa kepada isu-isu yang melibatkan serta mungkin juga memudaratkan integriti autonomi dan reputasi IPTS bertaraf universiti sepenuh ini. Di antara isu kritikal yang berbangkit adalah seperti berikut: (i) Proses perbincangan serta tatacara langsung tidak berlaku di antara ILMU Group, pemegang holding company dengan pihak Senat yang merupakan badan pentadbiran tertinggi universiti tersebut walaupun proses berkenaan bakal menerbitkan program-program, kursus-kursus dan para pensyarah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, tadi lunch makan apa Yang Berhormat?...
[Dewan ketawa]
Saya nak cepat, 10 minit. Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua telah mengganggu saya satu minit, saya ambil satu minit lebih.
Yang lebih menyedihkan adalah menidakkan kuasa pengurusan Badan Senat ini telah berterusan sejak tahun 2012 lagi dan sama sekali adalah bertentangan dengan perlembagaan universiti serta keperluan Akta 555 itu sendiri. Bagi pihak pentadbiran universiti terutama sekali Badan Senat, pihak UIU perlu mempunyai ruang untuk mengetengahkan idea-idea serta pertimbangan pihak universiti dalam proses penggabungan serta konsolidasi ini akan melibatkan isu asas pentadbiran universiti tersebut. Antaranya ialah; (i) penggunaan ruang pembelajaran; (ii) perkongsian pensyarah; (iii) perkongsian makmal dan kemudahan awam; (iv) kekeliruan pelajar pada jadual yang tidak selaras; (v) kemungkinan tiada kelulusan daripada pihak majlis tempatan; dan (vi) penghakisan kepercayaan terhadap pihak universiti oleh para pelajar UIU yang boleh membawa kepada penghijrahan pelajar tersebut ke IPTS yang lain. Maka yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan dalam alasan mengapa harus diaudit universiti ini oleh kerana proses konsolidasi dan penggabungan adalah satu proses yang rumit, Akta 555 yang memperincikan prosedur-prosedur yang harus dan wajib dilakukan oleh institusi-institusi terbabit supaya kepentingan keseluruhan pelajar serta tenaga pengajar terlibat dapat dipertimbangkan. Walaupun proses gabungan tersebut mungkin akan melihatkan UIU menyerap tenaga kerja serta fungsi IPTS yang bertaraf lebih rendah, Badan Senat serta Naib Canselor tidak dilibatkan secara serius di dalam proses perancangan. Maka- oh lima minit lagi. Bagus. Maka, saya bagi pihak mereka yang terlibat, pihak UNITAR International University amat berharap agar pihak berwajib dapat campur tangan di dalam isu pengendalian universiti ini. Pihak pentadbiran serta Senat UIU serta Naib Canselornya berharap agar ia dapat berfungsi sebagai satu institusi yang berwibawa serta berintegriti termasuk berkebolehan untuk menentukan hala tuju penggunaan kewangan universiti agar ia akan mentadbir dan berusaha IPTS tersebut dengan lebih efektif. Ini selaras dengan aspirasi untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya yang telah memberi kepercayaan mereka kepada pihak universiti berlandaskan akta dan undang-undang negara serta perlembagaan universiti. Bidang kuasa Senat serta Naik Canselor yang termaktub di dalam akta serta perlembagaan universiti haruslah diperakui agar tidak wujud unsur kepercayaan yang IPTS terbabit hanyalah sebuah kilang untuk menghasilkan para graduates tetapi tanpa mengambil kira aspek kualiti dan keupayaan pelajar. Tanggungjawab IPTS melangkau lebih jauh daripada kenyataan di atas malah lebih menjurus kepada penghasilan insan bermaruah serta berkebolehan untuk melonjak negara ke persada kecemerlangan. Laporan ini saya terima untuk memastikan pihak kementerian, Timbalan Menteri melakukan audit terhadap UNITAR ini yang saya percaya UNITAR ini dalam keadaan bermasalah kalau sekiranya mereka tidak dipantau dan tidak diberikan perhatian. Saya khuatir kerana universiti dan kolej ini dipelopori oleh bumiputera dan saya takut daripada kekuatan insani yang mereka ada akan mengendurkan semangat dan kewibawaan mereka sebagai orang yang berkebolehan untuk menyelamatkan UNITAR ini supaya ianya tersergam sebagai universiti yang melahirkan graduate yang bermaruah dan berwibawa untuk menerajui dan menjana negara yang penuh dengan komitmen dan cabaran-cabaran masa kini. Saya juga mengambil peluang ini untuk menegur ataupun memastikan bahawa di setiap universiti swasta ini diberikan perhatian nombor satunya, spesifikasi jurusan masa depan terutama sekali bila kita diwacanakan TN50. Kita kena pastikan pelajar yang kita akan lahirkan ini pelajar yang berwibawa, yang berkemahiran, yang akan bersaing dengan mereka-mereka yang di luar ataupun di dalam negara.
Yang kedua, saya ingin juga menegur atas lambakan pengangguran yang sebegitu banyak sehinggakan ratusan ribu pelajar-pelajar keluaran universiti termasuklah IPTA yang sendirinya telah menjurus kepada longgokan pengangguran yang terhormat
yang tidak ada pekerjaan untuk mereka, sedangkan jurusan mereka itu sudah melayakkan mereka mendapat ijazah ataupun diploma. Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menyentuh di sini, Yang Berhormat, apa kata Yang Berhormat tentang cadangan baru ini yang mengehadkan penglibatan pelajar-pelajar atau penuntut dalam apa-apa persatuan, pertubuhan dan juga gerakan politik? Ini kerana kalau hendak suburkan anak-anak muda, mestilah ada pendedahan yang orang kata all-around. Dan dengan penangkapan dan kejatuhan hukuman kepada bekas-bekas ketua pelajar seperti Adam Adli, Khairul Najib, Nor Shafiqah dan sebagainya, ini menunjukkan ada tekanan kepada pelajar untuk membantutkan perkembangan pemikiran mereka. Saya minta pandangan Yang Berhormat.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Kebebasan pelajar itu wajib diberikan kerana ini akan melahirkan insan dan juga mereka yang berpendidikan untuk merealisasikan ilmu yang mereka pelajari. Tidak perlu ada sekatan. Khuatiri apa? Masa depan mereka itu, kebergantungan mereka sepenuhnya berlaku dalam subjek yang mereka ambil untuk mereka menghadap dan mereka menjadi orang yang berkebolehan. Yang ketiga, saya ingin menyentuh tentang jurusan yang dikawal selia oleh kerajaan. Sebagai contoh, guru. Di UNITAR ada, dalam masa yang sama, UPSI melahirkan para pendidik. Dalam keadaan yang sama, ianya akan dijadikan percanggahan kalau sekiranya jurusan itu disatukan, membolehkan mereka dalam keadaan sukar untuk mendapat peluang menjadi pendidik. Ini subjek juga memerlukan pengawalseliaan kerajaan untuk memastikan tidak ada pertindihan berlaku dalam menghadapi masa depan jurusan yang mereka ambil. Yang terakhir, saya ingin menyentuh tentang akhirnya pelajar-pelajar ini, akhirnya mereka akan menjadi pekerja kontrak dan bila mana mereka melepasi jurusan yang mereka ambil, sedihnya, mereka terpaksa berdepan dengan kontrak-kontrak yang akan membantutkan masa depan dan juga impian mereka untuk menjadi pekerja-pekerja yang ada masa depan yang lebih baik. Oleh yang demikian, memendekkan bicara saya, saya menyokong tentang pindaan untuk memperkasakan pendidikan dan dalam masa yang sama, jangan kita pinggirkan hasilannya dan jangan kita biarkan kesengsaraan pendidikan menjadi lunakkan hasil dan juga korporat-korporat mereka yang hanya memikirkan keuntungan tanpa melahirkan insan, pelajar berintegriti dan wibawa. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, yang budiman.
[Bangun]
Yang Berhormat Tanjong Piai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 atau juga dikenali sebagai Akta 555. Pindaan ke atas Akta 555 ini adalah selaras dengan objektif kerajaan dalam pembangunan sektor IPTS terutamanya dalam konteks daya saing. Pindaan ini juga akan mempertingkatkan struktur kewangan IPTS yang lebih mampan, suasana sektor pendidikan swasta yang lebih kondusif apabila Malaysia ingin menjadikan sebagai global hub education yang lebih bersifat feasibility dan kecekapan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merupakan satu lonjakan ke hadapan bagi kerajaan untuk mencapai tahap jangkaan 53 peratus atau seramai 2.5 juta pelajar pada tahun 2025 bagi kemasukan di IPTS. Kewujudan faktor swasta dalam institusi pendidikan tinggi negara dapat membantu tanggungjawab kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga mengembangkan sektor pendidikan di negara kita dengan pelajar yang lebih dinamik.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pengkorporatan pengajian institusi tinggi, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran IPTS mengadaptasikan pengurusan mereka mengikut contoh-contoh penswastaan. Pengkorporatan dan persyarikatan saling menekankan kepada perkhidmatan keuntungan. Adaptasi ini akan meningkatkan produktiviti dalam melahirkan tenaga mahir serta membawa sektor pendidikan negara ke tahap yang lebih berkualiti. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada statistik pada tahun 2015 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, terdapat 495 IPTS dengan menampung jumlah pelajar sebanyak 581,000 orang. Perkembangan IPTS di Malaysia sejak tahun 1996 amatlah mengagumkan dan mencapai status yang tinggi di rantau ASEAN. Dengan itu, National Association of Private Educational Institution pada tahun 2002 menunjukkan sebanyak 712 lesen telah dikeluarkan kepada IPTS tetapi dianggarkan cuma ada 400 lesen sahaja yang aktif beroperasi. Status lesen yang tidak beroperasi ini masih dalam taraf dorman dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Tinggi. Berikutan dengan perkembangan IPTS yang amat pesat dalam tempoh lebih kurang 15 tahun, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengeluarkan moratorium penubuhan IPTS baru mulai 1 Februari 2013. Kemudian, tempoh moratorium tersebut dilanjutkan sehingga 31 Januari 2017. Maka, pencerahan diperlukan mengenai isu berkenaan status lesen IPTS yang masih dalam taraf dorman sebelum moratorium diarahkan pada tahun 2013 dan isu ini tidak kelihatan berbangkit dalam pindaan Akta 555 ini. Di sini saya ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai perkara ini serta apakah bentuk kawalan baru kementerian untuk memastikan lesen IPTS yang telah dikeluarkan tidak lagi bertaraf dorman. Tuan Yang di-Pertua, isu ini perlu diambil perhatian bagi memastikan proses transformasi pengawalseliaan kementerian ke atas sektor IPTS dipenuhi. Sebagaimana yang kita ketahui, Akta 555 ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan pendidikan IPTS. Maka saya berharap isu ini dapat perhatian kementerian terutamanya pindaan pada kali ini. Selain daripada kawalan penubuhan IPTS, selaras dengan strategi kerajaan, IPTS menjadi satu peranan yang penting dalam menghasilkan graduan dan menggalakkan graduan asing untuk mendapatkan pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025. Dengan itu, menjadi satu tanggungjawab kepada kementerian untuk memastikan kualiti IPTS. Ini secara tidak langsung akan menjadikan IPTS satu daripada penggerak utama dalam menghasilkan graduan yang bertaraf tenaga mahir bagi memenuhi keperluan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar satu kajian atau tinjauan yang menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan IPTS yang profit driven membekalkan high quality education dan marketable certificate, dengan izin, kepada pelajar dan memenuhi permintaan majikan serta high impact resource kepada negara. Justeru itu, saya berharap kementerian menimbangkan dalam meningkatkan kecekapan dan ketelusan IPTS dalam konteks ini secara terperinci. Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini...
Yang Berhormat Setiawangsa bangun, Yang Berhormat .
Boleh, Yang Berhormat Tanjong Piai? Yang Berhormat Tanjong Piai, saya hendak tanya, kadang-kadang kalau orang hendak offer commercial papers ataupun bon, dia ada special rating agency. Kalau dekat Malaysia ini, Rating Agency Malaysia (RAM). Do you think that is high time now untuk IPTS ini kita ada agensi merit for rating all the university, kualiti dia, pembelajaran dan sebagainya supaya rakyat di luar sana tahu which universiti, IPTS yang betul-betul berkualiti untuk menghantar anak-anak mereka?
Saya setujulah dengan Yang Berhormat. Jadi, masukkan dalam teks ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan tahun ini, persaingan di antara IPTS dalam pasaran pembekalan pendidikan menyebabkan kebanyakan IPTS cenderung untuk melaburkan sebahagian besar sumber mereka dalam pemasaran dan melimitasikan daripada pengajaran ataupun penyelidikan yang sepatutnya merupakan faktor penting dalam menentukan sebuah IPTS itu berkualiti ataupun sebaliknya.
Maka, diharapkan kementerian dapat mengambil inisiatif ini untuk meningkatkan kerjasama universiti awam dengan IPTS supaya IPTS dapat mempelajari daripada universiti awam untuk menimbangkan komposisi peruntukan dalam tadbir urus IPTS. Tuan Yang di-Pertua, meskipun ini dilihat bercanggah dengan strategi kementerian dan lebih terbuka tetapi IPTS yang terlalu profit driven menjejaskan perkembangan pendidikan negara yang seiring dengan universiti awam. Keharmonian rangkaian kerjasama antara IPTS dan universiti awam akan memberikan jangkauan peralihan pemikiran atau pengetahuan yang jauh. Maka, kerajaan banyak memupuk kerjasama public driven partnership. Ini juga akan mempertingkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan pelajaran universiti awam apabila perkongsian antara kemudahan atau kepakaran berlaku antara universiti awam dan IPTS. Dengan mewujudkan keadaan win-win kepada universiti awam dan IPTS yang ikhlas membekalkan pendidikan tinggi yang berkualiti dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan, saya mencadangkan agar penukaran kepakaran penyelidik, pelajar universiti awam juga diperluaskan sehingga ke IPTS. Ini akan meningkatkan inovasi dan penyelidikan dalam universiti atau kolej universiti awam dan swasta. Justeru itu, sebarang undang-undang atau peraturan universiti atau kolej universiti awam diperhalusi dalam mempermudah usaha mobiliti ini berlaku. Tuan Yang di-Pertua, yuran yang dikenakan oleh IPTS kian meningkat. Ini menjadikan adalah antara satu isu tumpuan dan kerisauan terhadap stakeholders yang merupakan pelajar IPTS. Sebagaimana yang diketahui, jabatan kementerian yang memantau IPTS mempunyai peraturan atau piawaian yang sedia ada untuk mengawal yuran pendidikan IPTS. Ini termasuk jika pentadbiran IPTS ingin menaikkan had yuran bagi setiap kursus. Di sini saya menyeru agar kementerian berpegang teguh dan terus memastikan pendidikan tinggi dapat diakses secara kemampuan oleh pelajar yang tidak berjaya meneruskan pendidikan tinggi di universiti awam masih mempunyai alternatif ke IPTS. Dengan perbahasan ini, saya harap agar cadangan dan pandangan yang telah diberikan mendapat perhatian dan pertimbangan sebaiknya oleh semua pihak di kementerian. Dengan ini saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bayan Baru. Saya tidak akan panggil semua Yang Berhormat ya. Seorang dua, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang untuk IPTS. Secara dasar, saya nampak bahawa ini adalah satu rang undang-undang yang baik sebab ia memberi liberalisasi kepada institut pengajian tinggi. Ini kerana kita tahu bahawa pada tahun 1990-an kerana kekurangan institut pengajian tinggi, maka terpaksa ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke luar negara. Dengan adanya rang undang-undang ini, kita membuka branch campuses dan sebagainya. Kita rakyat Malaysia tidak perlu menghantar anak-anak Malaysia ke luar negara dan membazirkan mata wang Ringgit Malaysia. Jadi, saya nampak bahawa pembaharuan ini secara teknikal saya rasa ini adalah sesuatu yang baik ke arah global competitiveness. Saya nampak bahawa sekarang IPTS ini perlu bersaing dengan dunia seperti IPTA kita. Nampaknya sekarang IPTS kita masih belum mencapai tahap global yang standard, di mana kita boleh bersaing secara dunia. Ini kerana kita nampak bahawa sasaran kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan. Walau bagaimanapun, ada wawasan tetapi pencapaian ini belum mencukupi. Dengan adanya liberalisasi IPTS ini, kita pun ada masalah juga. Sebagai pihak pembangkang, kita haruslah menegur kerajaan supaya masalah-masalah ini perlu dilihat dan diberi tumpuan. Umpamanya, saya nampak bahawa commercialization of higher education itu amatlah serius. Ini kerana kita tahu bahawa sekarang kita nampak bahawa kerana kerajaan tidak mencukupi duit, dana untuk membiayai IPTA. Maka, kita nampak bahawa ada satu trend di mana IPTS diharapkan boleh menerapkan pelajar-pelajar masuk ke IPTS.
Kita nampak daripada statistik. Penawaran kemasukan ke IPTA itu menurun setiap tahun. Contohnya, tahun 2013 - 41,573 orang pelajar ditawarkan masuk ke IPTA. Tahun 2014 - 42,795 orang pelajar ditawarkan. Tahun 2015 turun kepada 40,438. Tahun 2016 turun lagi hanya 39,862 pelajar ditawarkan kemasukan ke universiti IPTA. Selebihnya, yang tidak dapat masuk walaupun layak, mereka akan terpaksa masuk ke IPTS. IPTS ini pula kita bergantung kepada PTPTN untuk mereka biayai pinjaman yang tinggi semata-mata hendak masuk ke IPTS. Akhirnya, mereka terpaksa menanggung beban hutang yang sangat tinggi. Saya nampak bahawa ramai anak muda di kawasan saya. Saya tanya mereka, “Sudah graduate?” “Ya, sudah graduate daripada IPTS.” “Ada pinjam PTPTN?” “Ya pinjam.” “Berapa ribu?” “RM60,000.” Ada yang sehingga RM90,000.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu Pahat bangun, Yang Berhormat.
Ya. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat kecenderungan IPTS menjadi kilang pelajar. Pungut duit untuk mengeluarkan pelajar. Ini lebih diterukkan lagi kalau diperhatikan Tuan Yang di-Pertua, dalam perubahan yang dicadangkan ini tidak meminda seksyen 47 dalam Perlembagaan. Bahkan, diwajibkan dalam perlembagaan itu, dalam Perlembagaan IPTS, melarang pelajar-pelajar terlibat dalam sebarang aktiviti politik, organisasi, persatuan yang sebenarnya merupakan satu kokurikulum. Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, ini hidden curriculum dalam universiti ini dan bahkan, dalam seluruh pembangunan kerajaan kalau kita tengok ialah hidden agendanya mahu melahirkan manusia yang bodoh, yang miskin, yang takut, yang conformed kepada apa yang sedang berlaku sekarang. Jadi, kalau kita mahu melahirkan pelajar universiti yang kelas dunia, ini kita kena rubah. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat kerana membangkitkan satu isu yang sangat penting, di mana sebenarnya saya ingin hendak sebut dalam isu ini. Sebab semalam saya telah masukkan satu usul pindaan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Saya nampak bahawa yang sangat bermasalah adalah seksyen 47. Kalau kita tengok the idea of a university adalah untuk menerap ilmu, at the same time to seek truth, kita hendak cari kebenaran untuk seorang yang menjadi holistik. Dia tidak boleh dikekang dengan penguasaan ke atas minda mereka. Seksyen 47 dan saya cek dalam AGC Chambers, AG Chambers punya website, nampak bahawa- seksyen 47, larangan ke atas pelajar, persatuan pelajar dan sebagainya yang bersekutu dengan parti politik, pertubuhan tidak sah dan sebagainya. Seksyen 47(1), “Perlembagaan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta hendaklah mengandungi larangan ke atas seseorang sewaktu dia menjadi pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu daripada menjadi ahli atau dalam apa-apa cara bersekutu dengan mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan sebagainya. Jadi, ini menunjukkan bahawa seksyen 47 itu adalah satu kekangan kepada pemikiran dan idealisme seorang pelajar. Kita tahu bahawa sebenarnya AUKU ini telah dipinda pada tahun 2012 untuk memberi hak kebebasan untuk menjadi ahli mana-mana parti politik.
Sebenarnya ada perubahan sedikit tetapi kenapa Akta IPTS ini tidak diubah. Itu sebab saya masukkan pindaan kepada seksyen 47 tetapi malangnya ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua kerana dia kata ini adalah teknikal. Tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang pindaan. Jadi saya rasa kesal dan saya minta supaya kementerian look into this seksyen 47 dan gubal supaya membebaskan pelajar daripada kekangan minda supaya mereka boleh, to pursue knowledge, to pursue truth atau kebenaran supaya mereka menjadi seorang yang boleh critical thinking. Saya juga terpanggil untuk membangkitkan isu AUKU kerana AUKU ini walaupun digubal untuk memberikan hak dan kebebasan untuk menjadi ahli kepada parti-parti politik. Akan tetapi kekangan ke atas pelajar masih berlaku. Ini kerana saya nampak bahawa saya dapat terima laporan bahawa ramai pelajar, pemimpin-pemimpin pelajar masih didakwa dan dikenakan tindakan tatatertib ke atas mereka selepas AUKU dipinda.
Spirit has changed tetapi cara, operasi, pejabat hal ehwal pelajar masih menggunakan SOP yang lama. Masih mengekang aktiviti politik, aktivisme para pelajar. Contohnya tahun 2011, ada seorang pelajar dikenakan AUKU iaitu Adam Adli. Tahun 2012, tiga orang pelajar. Tahun 2014, 34 orang pelajar kena tindakan AUKU termasuk Fahmi Zainol, Safwan Shamsuddin. Tahun 2015, seramai 13 orang pelajar, tahun 2016 seramai 14 orang termasuk Anis Syafiqah, termasuk Ho Chi Yang, Lau Li Yang dan sebagainya. Jadi ini adalah pemimpin-pemimpin pelajar yang sebenarnya mereka aktivisme mereka dan idealisme mereka sebenarnya mungkin akan membawa perubahan kepada negara kita pada tahun 20 tahun dari sekarang. Contohnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Aktivis pelajar tahun 1970-an membawa perubahan kepada negara kita dan ramai di antara kita termasuk saya juga aktivis pelajar dahulu pada tahun 1998 semasa reformasi. Dan juga senior saya iaitu Yang Berhormat Ayer Hitam juga seorang pemimpin yang saya sanjungi. Dulu semasa saya pelajar, saya ajak beliau bersama membincangkan isu- isu politik negara. Kalau kami dikenakan AUKU masa itu, dihukum, maka tidak ada Yang Berhormat Menteri Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat Bayan Baru di sini. Jadi saya rasa kementerian haruslah remove all this kind of sekatan ke atas aktivis dan pemimpin masa depan negara kita. Ini daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi saya peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ini. Saya melihat pindaan akta ini adalah suatu keperluan yang paling penting memandangkan institut pendidikan tingi swasta memainkan peranan yang sangat besar dalam melahirkan generasi berpendidikan selain menyediakan kumpulan sumber manusia bagi memenuhi permintaan pasaran kerja di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2016 seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, terdapat 54 universiti, 32 kolej universiti, sepuluh kampus cawangan dan 400 kolej swasta yang berjumlah 496 di seluruh negara. Angka-angka yang disebutkan tadi jelas menunjukkan terdapat banyak IPTS yang beroperasi di negara ini. Pada masa yang sama hari demi hari, banyak juga IPTS baru yang ditubuhkan dan di sini timbul satu persoalan sejauh mana kualiti penyampaian pendidikan di IPTS ini dikawal selia oleh pihak kementerian. Sebagai contoh, jika setiap IPTS menawarkan lima kursus yang boleh disertai pelajar, dari jumlah 496 IPTS seluruh negara, bermakna sudah ada hampir 2,500 kursus yang ditawarkan di kesemua IPTS ini. Seperti yang kita ketahui, setiap satu kursus yang ditawarkan ini memerlukan penarafan dari pihak kementerian dari MyQuest atau Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA). Akan tetapi apa yang menjadi kegusaran saya ialah tentang bagaimana sistem kawalan dan kuantiti ini dijalankan secara berterusan memandangkan jumlah 2,500 ini merupakan jumlah yang besar. Adakah dengan sistem sedia ada, pihak kementerian mampu untuk menjalankan sistem bagi mengawal perkara ini. Selain daripada itu, bila bercakap soal kualiti, ia bukanlah semata-mata merangkumi kualiti bahan pendidikan yang disampaikan tetapi ia juga merangkumi persekitaran tempat pendidikan itu disampaikan. Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Multimedia Malaysia, kita ketahui ada kampus mereka tersendiri. Kampus mereka ini jika dilihat adalah setaraf dengan universiti-universiti awam tetapi apa yang saya ingin bangkitkan di sini adalah tentang IPTS yang beroperasi di kawasan-kawasan rumah kedai terutamanya IPTS yang kecil. Ada juga IPTS kecil ini yang beroperasi di rumah kedai yang namanya pun tidaklah dikenali ramai, dibuat suatu penilaian tentang keadaan pusat pengajian tersebut. Bagi memastikan keadaan dan lokasi mereka ini mencapai standard tinggi yang menawarkan suasana pengajian yang kondusif serta sesuai dengan kehendak kursus yang mereka tawarkan. Sejauh manakah kualiti pusat pengajian ini dipantau? Tuan Yang di-Pertua, kepesatan teknologi pada hari ini telah memudahkan akses orang ramai kepada pendidikan. Salah satu lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi menerusi Lonjakan Sembilan iaitu memberi penekanan
terhadap pembelajaran dalam talian tahap global. Kita boleh lihat pada hari ini banyak pusat pengajian tinggi terutamanya milik swasta menawarkan kursus atas talian kepada potential student, dengan izin. Saya melihat ini suatu yang baik dari segi idea memandangkan pendidikan atas talian ini akan memudahkan mereka-mereka yang mungkin sibuk dengan urusan seharian terutamanya yang bekerja tetap boleh mengambil inisiatif ini untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih baik. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat mengeluarkan pemberitahuan kepada orang ramai tentang senarai IPT yang menawarkan pendidikan atas talian ini berserta dengan jenis kursus yang ditawarkan. Saya melihat terlalu banyak IPTS pada hari ini yang menawarkan kursus atas talian tetapi adalah sukar untuk memastikan sejauh mana kursus yang mereka tawarkan mendapat pengiktirafan mengikut standard yang ditetapkan kementerian. Kita tidak mahu ada yang tertipu dengan iklan penawaran ini memandangkan kursus secara atas talian ini menawarkan yuran pengajian yang jauh lebih murah berbanding pengajian sepenuh atau separuh masa. Selain itu juga saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian berhubung sistem pendidikan atas talian ini yang mana kursusnya ditawarkan oleh institut pengajian dari luar negara. Apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian bagi mengawal penawaran ini terutama sekali bagi penawaran yang dibuat oleh pihak institut pengajian yang tidak mendapat pengiktirafan dari negara kita. Walaupun yuran yang ditawarkan adalah murah tetapi ia tetap tidak berbaloi dan membazirkan masa dan wang jika kursus atas talian yang ditawarkan itu tidak mendapat pengiktirafan. Kita tidak mahu rakyat Malaysia tertipu dengan tawaran palsu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin timbulkan tentang kelulusan palsu yang sekarang ini menjadi satu fenomena masalah yang turut menjadi kerisauan kita semua. Ada satu ketika hangat diperkatakan tentang kelulusan ijazah doktor falsafah milik seorang pakar motivasi terkenal dalam negara. Apabila dibuat semakan dengan universiti yang dinyatakan, ternyata PhD milik pakar motivasi tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh pihak universiti. Ada juga mereka dalam kalangan artis yang menggunakan gelaran doktor di hadapan nama mereka tetapi ternyata doktor yang dipakai itu tidak diiktiraf kelulusan tersebut. Jadi permasalahan di sini ialah mengapa perkara ini boleh terjadi? Tuan Yang di-Pertua, untuk memiliki kelulusan PhD bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang Tuan Yang di-Pertua dapat sekarang ini.
Yang Berhormat.
Banyak masa dan tenaga perlu dilakukan untuk mendapatkan gelaran doktor tersebut.
Yang Berhormat Kapar bangun, Yang Berhormat.
Sekejap ya, Yang Berhormat Kapar. Sekejap sahaja. Akan tetapi apabila pemakaian doktor palsu ini semakin menjadi-jadi, ia menimbulkan rasa kurang senang dan tidak puas hati dari golongan yang bekerja keras tersebut. Bermakna perlunya ada pemantauan daripada pihak kerajaan untuk membendung perkara ini. Silakan, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat dan daripada kementerian betapa seriusnya isu ini pada hari ini. Berapa seriusnya isu ini, isu di mana ijazah mahupun ijazah-ijazah, diploma mahupun master, sehingga di peringkat PhD disalahgunakan oleh kolej-kolej swasta? Berapa ramai kes yang telah dikenal pasti? Apakah ini telah dibawa ke muka pengadilan? Jika dibawa, apakah dan berapa banyak kes yang telah dibuat keputusan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya setuju dengan statistik. Saya pun hendak tahu juga, minta jasa baik daripada pihak Menteri untuk masukkan juga ucapan daripada Yang Berhormat Kapar itu dalam ucapan saya. Saya sangat bersetuju dengan jawapan Menteri beberapa hari lalu dalam sesi jawapan lisan untuk menubuhkan satu pangkalan data bagi memastikan semua pemilik PhD di negara ini berdaftar dengan kementerian. Ini sangat penting memandangkan ada dari mereka yang menggunakan gelaran palsu ini menjana sumber kewangan pula
daripada itu. Kalau boleh pangkalan data ini diluaskan skopnya pada lulusan ijazah sarjana muda dan juga lulusan master. Perkara ini tidak sukar dilakukan kerana senarai nama setiap lulusan ada pada pihak institusi pengajian tinggi. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk memasukkan senarai tersebut secara atas talian, maksudnya kita boleh akses melalui internet dan boleh diakses oleh orang awam. Adakah pangkalan data ini juga kelak boleh digunakan juga oleh pihak majikan untuk membuat semakan sama ada pemohon yang hendak bekerja di syarikat mereka benar-benar mempunyai kelulusan yang diiktiraf. Pada masa yang sama ia boleh digunakan juga oleh pihak majikan untuk mencari calon-calon berpotensi yang boleh diambil bekerja di syarikat mereka. Ianya secara tidak langsung mewujudkan situasi menang-menang kepada semua. Baik daripada pihak kerajaan, pemegang lulusan mahupun daripada pihak majikan. Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya rasakan sangat penting untuk kita bincangkan adalah tentang pasaran pekerjaan. Sejauh manakah bilangan lulusan yang kita lahirkan pada masa ini benar-benar memenuhi permintaan pasaran kerja. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian, kita mengetahui bahawa pihak Kementerian Sumber Manusia ada mengeluarkan senarai pekerjaan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak majikan. Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak Institusi Penggajian Tinggi bagi memastikan tidak berlaku lambakan lulusan yang kurang mendapat permintaan ini yang akhirnya akan menyebabkan pengangguran dalam negara kita dan ia terus menjadi suasana yang lebih parah. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengetahui, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengehadkan jumlah enrolment pelajar bagi bidang- bidang yang tidak diperlukan sangat dalam pasaran pekerjaan kita pada hari ini. Seperti yang saya katakan, kawalan ini penting bagi membendung masalah berkaitan dengan pengangguran. Kita sedia maklum, mereka yang berkelulusan daripada bidang itu pastinya akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini, saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia dengan dibantu oleh pihak institusi pendidikan untuk membuat lebih banyak lagi engagement dan promosi kepada pelajar-pelajar sekolah tentang bidang-bidang yang mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran pekerjaan. Saya tekankan di sini kerana para pelajar sekolah ini kebanyakan tidak begitu memahami suasana pasaran bekerja. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah cadangan saya. Terima kasih dan Yang Berhormat Sekijang mohon menyokong.
Yang Berhormat saya akan panggil seorang sahaja Yang Berhormat. Ada tiga orang hendak bangun ini.
PAS belum lagi.
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Bolehlah.
Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.
Belum, DAP belum. Saya bagi can.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya ingin untuk mengambil perbahasan di dalam Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017, [Akta 555]. Pada saya, saya menyokong untuk dalam soal pindaan ini, terutama di dalam untuk hendak menjaga kebajikan pelajar dan juga pensyarah serta untuk kita hendak meningkatkan kualiti pendidikan dan juga IPTS di negara kita pada hari ini. Sebagaimana di maklum, lebih kurang ada 495 buah IPTS yang berdaftar di negara ini, 53 bertaraf universiti, 10 kampus cawangan asing, 30 kolej universiti dan 38 lagi ialah bertaraf emper kolej.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum ialah IPTS ini dia memberikan juga kebaikan dan menjadi penyumbang kepada hab pendidikan di dalam negara kita. Pertamanya soal kebaikannya sudah tentulah dia akan dapat menampung keperluan tempat untuk belajar terutama oleh kerana kekangan tempat yang ada di IPTA di seluruh negara pada hari ini. Keduanya, dapat menjimatkan wang kerana kos yang belajar di sini agak lebih rendah berbanding dengan kos belajar di luar negara. Ketiganya dapat mengelak daripada pengaliran wang negara kita ke negara lain. Keempat, sudah tentulah ia akan menjadikan satu hab pendidikan antarabangsa dan ini juga sebagai satu bahan komoditi di dalam negara kita. Walau bagaimanapun, kita melihat perkembangan-perkembangan yang wujud, dulu orang menganggap bahawasanya buka IPTS ini sebagai satu business dengan izin, dengan bentuk perniagaan. Kadang-kadang mereka yang buka ini dia bukan ada latar pendidikan pun sebagai seorang kontraktor, sebagai seorang yang business minded, maka dia buka IPTS. Ini kerana waktu itu, mereka mendapat terutamanya kemudahan daripada pinjaman-pinjaman baik daripada institusi kewangan dan juga daripada PTPA.
Yang Berhormat Bukit Gantang, sikit boleh?
Yang Berhormat Bayan baru bangun Yang Berhormat.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya pun hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang, bukan sahaja a businessman yang buka IPTA, tetapi juga parti-parti politik seperti MIC, Gerakan, MCA juga buka IPTS. Adakah rasional untuk parti- parti politik membuka IPTS atau sepatutnya mereka harus fokus kepada pentadbiran negara daripada buat macam-macam IPTS. Minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan parti-parti politik buka ini pun tidak ada masalah kerana mereka buka itu pun berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) yang syarat-syarat ini kita bincang hari ini, iaitu dia tidak boleh sebut nama syarikat UMNO, dia kena ada syarikat-syarikat yang tertentu. Maka, yang pentingnya ialah supaya kita dapat memelihara soal kebajikan pelajar dan juga pensyarah. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hal yang berlaku ialah cukup baik kita hendak bincangkan perkara ini terutama apabila kita membicarakan supaya mereka yang hendak buka IPTS ini memiliki kewangan dan modal yang banyak dan besar. Ini kerana apabila kewangan yang cukup, sudah tentu premis yang disediakan selesa, standard sebagai pusat pembelajaran dan pengajaran. Bagaimana dulu apabila kita tengok IPTS dibuka dengan secara meluas, bawahnya bengkel kereta, atasnya kelas. Pada kita memang agak tidak bersesuaian, tidak ada environment ataupun persekitaran yang baik untuk dijadikan sebagai pusat pembelajaran mereka yang belajar di situ. Keduanya, apabila kewangan yang cukup sudah tentulah gaji pensyarah ini akan dapat diberikan dalam bentuk masa dan sebagaimana yang dijanjikan. Apa yang pentingnya gaji pensyarah itu mesti diberikan. Jadi kalau harapkan kepada soal daripada sumber kewangan pelajar sahaja, kita nampak nanti ada masalah. Nanti saya sebut nanti beberapa IPTS yang saya rasakan agak cemerlang kerana mereka memiliki kewangan yang banyak. Ketiganya, kemudahan perpustakaan yang cukup, ini merupakan prasyarat untuk menjadikan pusat pengajian tinggi. Adalah tidak elok kalau kemudahan perpustakaan rujukan kepada pelajar tidak ada apabila soal kewangan ini tidak cukup.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kita tengok beberapa IPTS yang berjalan dengan baik kerana memiliki sumber kewangan yang elok. Antaranya seperti mana Sunway University, UTP, UNITEN, Multimedia University, Taylor’s University, KDU, Segi College, KIAS di Kelantan, Kolej Universiti Sultan Azlan di Perak, UNISEL, Insaniah, MSU ini semua IPTS yang memiliki kewangan yang baik terutamanya mereka itu yang di bawah kerajaan negeri agak selamat. Apa jadi pun kerajaan negeri akan backup mereka, akan memberikan bantuan kewangan, jadi tidaklah menjadi mangsa, pelajar-pelajar dan pensyarah ini. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu ada satu pendidikan yang dilakukan oleh Doktor Pauline dan Doktor Godfrey William, soal pendidikan tinggi swasta mengelak krisis yang terselindung. Beliau menyebut tentang bagaimana 70 peratus daripada IPTS ini memang bergantung kepada institusi kewangan dan juga PTPTN dalam soal pengendalian ataupun untuk income kepada perjalanan mereka.
Dalam tahun 2013, berdasarkan laporan kewangan dalam kajian tersebut, terdapat dia mengatakan hampir 46 peratus daripada institusi ini tidak ada aset yang mencukupi untuk menanggung ataupun liabiliti kalau pelajar tidak bayar yuran, tidak beri yuran maka menyebabkan IPTS tersebut akan menerima masalah dan juga benda ini akan terbeban kepada para pelajar dan juga pensyarah. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang saya hendak tanya kepada–
Yang Berhormat Serdang bangun.
Sedikit sahaja.
Saya tidak ada masa lagi. Saya mahu habiskan. Saya belum habis lagi. Pertanyaan kepada Timbalan Menteri, yang pertama ialah adakah moratorium yang dikeluarkan oleh Kementerian untuk tidak membenarkan lagi IPTS ini dibuka di dalam negara kita memandangkan sudah banyak IPTS yang ada dan sudah cukup. Kedua, sejauh manakah IPTS yang terutamanya daripada cawangan- cawangan yang luar negara yang berada di sini mereka memberikan penekanan berkenaan dengan hal-hal subjek untuk kenegaraan Malaysia supaya pelajar-pelajar ini mengetahui tentang kenegaraan Malaysia dan yang ketiganya, adakah masih wujud kolej-kolej yang menawarkan pilot ataupun menawarkan juruterbang kerana kita lihat dahulu berapa banyak di kalangan pelajar-pelajar yang keluar daripada kolej penerbangan ini tidak ada kerja termasuklah dulu anak saudara saya yang habis hampir RM400 ribu lebih kurang, balik, keluar tiada kerja. Kalau tahu macam itu, lebih baik ayah dia suruh ambil lesen lori hanya RM1,500 bawa kontena sebulan gaji RM4,000. Ini RM400 ribu tiada kerja sebab itu saya hendak tanya berkenaan ini. Adakah kolej penerbangan seperti ini masih lagi dibenarkan dan akhir sekali seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, biarlah dalam soal apa-apa sekalipun pendidikan ini bukan sahaja kita hendak ajar anak murid kita di dalam kelas sahaja malahan di luar kelas juga mendidik mereka menjadi seorang pelajar yang baik. Yang amat malang kepada saya sendiri tadi, ada disebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi mereka yang undergrad, undergrad yang BA tetapi saya sendiri yang buat PhD di UKM, tiba-tiba UKM mengambil tindakan terhadap saya membuat show cause letter kepada saya. Kenapa tidak boleh ambil tindakan pada saya? Kerana saya bertanding dalam Pilihan raya. Ini yang berlaku. UKM dia hendak ambil tindakan pada saya. Waktu dulu saya universiti, mungkin dia tidak mampu. Saya student Union, mereka tidak boleh challenge saya waktu itu, mereka kalah dalam pilihan raya kampus, jadi waktu mereka berkuasa mereka slaughter saya untuk saya mendapat PhD. Kalau tidak, hari ini pun saya sudah bergelar Doktor, sama juga macam Tuan Yang di-Pertua
Boleh buat persendirian Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, saya pun sudah dua tahun saya menghabiskan masa, tiba-tiba mereka berikan show cause letter. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu dan perkara berkaitan Kementerian Pendidikan Tinggi atau KPT sepanjang sesi perbahasan dalam Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 2017, Akta 555, Mesyuarat Dewan Rakyat kali ini. Segala pandangan, sasaran malah teguran yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya akan cuba memberikan ulasan dan maklum balas dalam penggulungan ini. Daripada Yang Berhormat Parit Sulong, bertanya apakah mekanisme KPT bagi memastikan kualiti pensyarah di IPTS. KPT memastikan kualiti pensyarah melalui yang pertama kelulusan permit mengajar yang perlu dipohon kepada KPT. Ini ada rujukan
kepada Seksyen 51 dalam Akta 555. Yang kedua kelayakan teliti berdasarkan subjek yang dipohon, yang ketiga, nisbah pelajar dan pensyarah akan dipastikan iaitu nisbah 1:30 bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Yang keempat, permit ini juga perlu diperbaharui setiap lima tahun bagi memastikan pensyarah dapat memantau dan mengawal selia pensyarah di peringkat KPT oleh Bahagian Pendaftaran dan Piawaian, Jabatan Pendidikan Tinggi. Soalan yang kedua, berkaitan dengan adakah pensyarah IPTS ditemu duga dipilih di kalangan yang terbaik? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPT tidak menjalankan temu duga, sebaliknya IPTS perlu memastikan pensyarah yang dilantik adalah memenuhi kelayakan dan keperluan IPTS melalui tapisan atau saringan di peringkat IPTS. Terdapat garis panduan dan piawaian atau GPP pelantikan pensyarah untuk permit mengajar sebagai panduan kepada IPTS. Soalan yang berikut pula menanyakan bagaimanakah dasar KPT perlu senaraikan beberapa jumlah pensyarah di peringkat PhD, master dan luar negara. Jadi data dari IPTS menunjukkan bahawa bilangan PhD tempatan atau pensyarah tempatan adalah seramai 5,180 orang di peringkat sarjana atau master seramai 19,059 orang dan dari luar negara seramai 2,771 orang pensyarah yang mempunyai sarjana atau PhD. Daripada Yang Berhormat Parit Sulong, adakah langkah-langkah untuk mengurangkan atau mengawal bilangan bertambahnya IPTS dan yang ketiga apakah mekanisme yang digunakan oleh IPTS adalah melalui moratorium yang telah dilaksanakan bermula tahun 2012 dan dilanjutkan ke tahun 2020 dan ini ada berkaitan dengan rasionalisasi bilangan. Yang kedua dengan satu tindakan yang diambil ada berkaitan willing out dengan izin IPTS yang tidak berdaya maju dan pengawalseliaan oleh pihak Inspektorat, Kementerian Pendidikan Tinggi memang dapat dijalankan. Daripada Yang Berhormat Parit Sulong, ada soalan yang berkaitan kriteria syarikat luar negara yang ingin buka IPTS di Malaysia. So, apakah kriteria dan syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 layak untuk memohon di bawah seksyen 12 Akta 555 dengan memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Kewujudan IPTS dan kursus perlu relevan mengikut Yang Berhormat Parit Sulong dan apakah KPT ada cadangan? Adakah KPT ada cadangan untuk memperbanyakkan lagi IPTS focusing on TVET untuk teruskan ke peringkat Ijazah.
Program TVET akan menjadikan program utama untuk menjadikan graduate yang terlatih dalam bidang kemahiran bagi memenuhi keperluan dasar, IPTS boleh mencebur menawarkan bidang TVET dan pada masa ini terdapat IPTA yang menawarkan program TVET seperti UniKL, UTP, UNITEN, MMU dan lain-lain. Yang Berhormat Parti Sulong juga bertanya apakah punca atau faktor pengurangan bilangan IPTS dan beberapa tindakan rasionalisasi telah berjaya mengurangkan bilangan IPTS dan antaranya penguatkuasaan yang lebih berkesan seperti yang saya sebut tadi weeding out out of tindakan pembatalan kelulusan penubuhan IPTS kualiti IPTS di pantau dengan sistem penilaian dan penerapan MyQuest yang setara membolehkan pelajar membuat keputusan termaklum atau informed decision, dengan izin dan moratorium yang seperti yang saya beritahu bahawa sudah bermula tahun 2012 hingga 2020. Dari Yang Berhormat Seputeh- sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seputeh, izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh atas profesionalisme di mana Yang Berhormat, you give credit where credit it’s due dengan izin, kerana proses untuk melaksanakan pindaan [Akta 555] dapat dilaksanakan secara consultative. Saya berharaplah lebih Yang Berhormat berprofesional seperti Yang Berhormat Seputeh. Soalan dari Yang Berhormat Seputeh ialah adakah pangkalan data untuk PhD di IPTA dan IPTS seperti yang saya sudah jawab beberapa hari yang lalu memang ada diwujudkan pangkalan data PhD yang boleh diakses oleh orang awam dari 20 UA. Dalam konteks IPTS pindaan seksyen 33A akan membolehkan KPT memastikan pihak IPTS mengadakan dan memantau maklumat berkenaan pelajar program pengajaran dan sebagainya dalam suatu data seperti saya sudah baca tadi dalam pindaan [Akta 555]. Dalam konteks PhD, senarai daftar ini akan turut meliputi maklumat daripada penerima ijazah kedoktoran di IPTS. Yang Berhormat Seputeh juga ada tanya tentang kes ijazah palsu dan tindakan yang diambil pihak kementerian bagi membanteras sindiket menjual kelulusan akademik
palsu terutamanya secara atas talian yang dilihat semakin menjadi trend kebelakangan ini. Jadi bagi menyelesaikan dan menangani isu membabitkan penjualan sijil palsu terutamanya yang melibatkan penjualan atas talian. Beberapa langkah yang telah di ambil oleh KPT iaitu seperti yang saya sudah beritahu: (i) membangunkan satu pangkalan data bertujuan untuk mengumpul maklumat pemegang ijazah doktor falsafah di seluruh negara dari semua universiti awam; (ii) bekerjasama dengan SKMM dengan menyekat akses ke laman sesawang yang menjalankan kegiatan penjualan sijil palsu di bawah Akta komunikasi dan Multimedia 1998; (iii) untuk membuat laporan polis supaya siasatan lanjut diambil terhadap individu yang terlibat dengan kegiatan pemalsuan sijil yang berpangkalan di dalam negara; dan (iv) pemupuk kesedaran dalam masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan menyemak status sijil individu melalui MQA dan KPT sekiranya melibatkan institusi dalam negara. Pindaan seksyen 76...
Yang Berhormat Seputeh bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, apa yang saya bangkitkan ini ialah bukan sahaja online boleh beli sijil palsu tetapi ada syarikat yang menggunakan institusi pendidikan swasta mereka ada macam program setengah tahun tiap-tiap minggu pergi belajar lepas itu serah satu essay dan lepas itu dapat PhD. Jadi kita susah hendak kata ini sijil palsu ataupun tidak tapi kursusnya begitu senang hendak dapat PhD. Ini maksud saya, jadi adakah kementerian ada-ada langkah untuk memantau institusi pengajian tinggi swasta ini yang menawarkan PhD begitu mudah kepada orang yang tidak layak.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, saya hendak rujuk balik kepada langkah yang keempat yang saya sudah baca di sini kerana ini ada berkaitan dengan mengadakan satu kesedaran juga khasnya antara pihak masyarakat sentiasa berhati-hati kerana kursus-kursus atau kursus pengajian atau program yang di tawarkan oleh universiti atau IPTS sepatutnya mendapat pengiktirafan atau akreditasi daripada the Malaysian Qualification Agency. Sebenar, tiba masa untuk kita untuk educate dengan izin, the public bahawa sekiranya hendak mendapat satu ijazah atau qualification yang diiktiraf, sila pastikan untuk check sama ada institusi atau program ini sudah dapat pengiktirafan dari MQA. Pindaan seksyen 76 akta...
Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Serdang.
Sedikit tambahan, saya rasa senaraikan semua orang yang ada doctorate di universiti tempatan adalah satu langkah yang baik untuk mengurang kejadian ijazah palsu. Akan tetapi saya rasa satu isu yang belum ditangani dan di bawah pindaan akta ini juga tidak ada apa-apa kaedah untuk menyelesaikannya ialah palsu yang datang dari ijazah kilang daripada luar negara. Saya rasa saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada terdapat langkah yang sedang dipertimbangkan untuk menyiasat ataupun mendapat satu senarai yang lebih lengkap yang termasuk PhD didapati dan yang diperoleh oleh pensyarah ataupun mana-mana orang yang ada di universiti IPTS ini yang datang dari ijazah kilang di luar negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Serdang, yang berkaitan dengan untuk mengesan kedudukan atau status ijazah kedoktoran itu, dari segi luar negara, saya rasa adalah sangat penting pihak yang tertentu itu mesti rujuk kepada universiti-universiti luar negara. Pindaan seksyen 76 [Akta 555] juga akan membolehkan KPT mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab dari menyediakan...
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai ijazah palsu ataupun kalau dibangkitkan sebagaimana Yang Berhormat Serdang bangkitkan mengenai ijazah doktor falsafah yang mungkin dianggap sebagai tidak bertepatan dengan seperti mana yang telah dinyatakan. Saya hendak bertanya kalau hendak merujuk kepada universiti luar negara, pada hemat saya sudah ada kekangan kerana khususnya dari segi kewujudan universiti mahupun dari segi pengiktirafan universiti tersebut untuk dikaitkan dengan kelayakan dalam negara kita. Jadi saya rasa yang paling penting ialah adakah di peringkat di kementerian mempunyai one stop centre supaya akhir nanti pihak masyarakat, untuk mereka ingin mengetahui sama ada benar atau tidak seseorang itu memiliki ijazah yang sebenar ataupun doktor falsafah yang sebenar pihak kementerian boleh menjadi fasilitator untuk membantu khususnya dalam memastikan pengesahan darjah ataupun doktor falsafah bagi setiap individu itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Di belakang sana, Yang Berhormat Bagan Serai bangun, Yang berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Bagan Serai lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah data ataupun adakah kita tahu bilangan setakat ini, berapa kes-kes yang melibatkan penggunaan gelaran PhD atau PhD kehormat yang telah wujud daripada IPTS di dalam negara ataupun daripada institusi daripada luar negara? Terima kasih.
Mengikut rekod atau data, terdapat satu kes yang dilaporkan di UA tetapi dari IPTS tidak ada kes. Ini ada berkaitan, macam saya sudah bagi tahu, bahawa ini isu berkaitan dengan integrity academic. Biarlah saya membaca ini yang berkaitan dengan pindaan seksyen 76 Akta 555 di mana pindaan seksyen 76 Akta 555 juga akan membolehkan KPT mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menyediakan dan memberikan perkhidmatan pendidikan tinggi yang tidak berdaftar dan diragui authenticitynya, dengan izin. Sebenarnya saya jawab bersama untuk Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Kinabatangan kerana Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Kinabatangan juga ada tanya tentang isu kes ijazah palsu. Yang Berhormat Seputeh tanya apakah faktor...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Seremban bangun lagi, Yang Berhormat.
Serdang, Serdang.
Eh, Yang Berhormat Serdang ya.
Yang Berhormat Menteri, sebabnya saya membangkitkan isu ijazah palsu dari luar negara ialah kerana saya rasa dengan pembukaan lebih banyak IPTS dan sekarang saya rasa— kerana saya juga bekas pensyarah di salah satu IPTS, saya boleh tengok dengan mata sendiri bahawa lebih banyak IPTS yang sedang memberi peluang pekerjaan kepada orang luar negara, pensyarah luar negara yang memegang PhD daripada institusi luar negara. Jadi, sebagaimana yang saya tahu, dalam akta ini ada satu seksyen di mana semua pensyarah IPTS mesti mendapatkan satu lesen ataupun satu pengiktirafan daripada pihak kementerian sebelum mereka boleh menjadi seorang pensyarah. Jadi soalan saya ialah jikalau pihak kementerian sekarang tidak ada mana- mana rujukan database ataupun apa-apa kaedah untuk memastikan bahawa ijazah ataupun PhD yang didapati oleh seorang pensyarah dari luar negara adalah dari satu universiti yang telah diiktiraf, bagaimana pihak kementerian boleh dapat kepastian bahawa pensyarah ini daripada IPTS yang datang daripada luar negara, ijazah pun datang dari luar negara itu adalah satu ijazah yang memang betul-betul yang memang
membolehkan seorang pensyarah itu layak sebagai pensyarah di IPTS? Itu adalah soalan saya dan saya rasa pindaan ini tidak langsung menangani isu yang saya rasa bukan sahaja sebelah sini tetapi sebelah sana seperti Yang Berhormat Kuala Selangor pun telah membangkitkan. Mohon penjelasan.
Tadi apabila saya membaca pindaan Akta 555, saya rasa ada satu seksyen yang address this particular issue, dengan izin, iaitu seksyen 33A. Soalan yang berikut daripada Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kuala Langat adalah apakah faktor utama lambakan doktor. Adakah disebabkan ketidakcekapan kerajaan atau faktor lain yang menyumbang kepada lambakan. Graduan perubatan adalah dari dalam dan luar negara dan moratorium kursus perubatan, seperti yang saya sudah bagi tahu tadi, telah dilaksanakan untuk mengawal graduan dalaman. Dalam menangani isu pengangguran graduan bidang perubatan, KPT dengan kerjasama Majlis Dekan Perubatan dan Majlis Perubatan Malaysia telah melaksanakan moratorium bagi program perubatan. Moratorium ini telah dikuatkuasakan untuk tempoh lima tahun iaitu dari 1 Mei 2016 hingga 30 April 2021. Moratorium ini meliputi tiada program perubatan yang baru di peringkat ijazah sarjana muda, tidak ada penambahan kuota pengambilan pelajar program perubatan. Moratorium terhadap penambahan kuota pengambilan pelajar perubatan adalah untuk memastikan pelajar perubatan dapat menjalani latihan klinikal dalam tempoh pengajian dengan optimum serta bilangan graduan yang dihasilkan adalah dapat memenuhi keperluan, penawaran dan kehendak industri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah kerajaan melaksanakan latihan kontrak kepada graduan perubatan pergigian atau farmasi mulai 1 Disember 2016 sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 adalah berikutan peningkatan keluaran graduan sama ada dalam dan luar negara serta kekangan jawatan tetap. Justeru, menerusi kaedah pelantikan secara kontrak, secara tidak langsung akan mampu mengatasi masalah lambakan dan kekurangan tempoh masa menunggu graduan perubatan dan graduan pergigian untuk menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib di fasiliti kesihatan kerana ia tidak lagi terikat dengan kekosongan jawatan serta kekangan jawatan tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai 5 Disember 2016 hingga 16 Februari 2017, sejumlah 1,297 pegawai perubatan dan 526 pegawai pergigian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah dilantik secara kontrak. Pelantikan kontrak ini akan dilaksanakan secara berfasa sepanjang tahun 2017 yang diunjurkan melibatkan seramai 5,425 graduan perubatan dan 1,921 graduan pergigian. Yang Berhormat Seputeh juga ada tanya, adakah terdapat institusi swasta yang terlibat dalam memberi PhD dalam jangka masa singkat. Jawapannya adalah semua IPTS yang berdaftar perlu mengikuti tempoh pengajian yang telah ditetapkan oleh MQA termasuk peringkat PhD iaitu minimum tiga tahun pengajian. Berkaitan dengan pelajar Afrika, ada satu cadangan daripada Yang berhormat Seputeh di mana KPT ada kaunter untuk public buat aduan untuk pastikan pelajar Afrika ini benar-benar seorang pelajar dan bukan peniaga. Jadi, KPT telah mengadakan kaunter aduan di Kementerian Pendidikan Tinggi. Selain daripada itu, orang ramai juga boleh membuat aduan melalui surat, e-mel, telefon dan melalui media sosial. Yang Berhormat Seputeh juga mencadangkan supaya pengajian informal dan formal dipadukan bagi membangun modal insan. KPT telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan para graduan di IPT kompetitif untuk bersaing dalam memenuhi kehendak pasaran. Salah satu adalah berkaitan dengan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu atau integrated cumulative grade point average (iCGPA), dengan izin, yang menilai kebolehan pelajar dalam bidang keusahawanan, kemampuan pengurusan, kemahiran sosial dan berkomunikasi. Yang kedua adalah berkaitan dengan Program 2U2I dan 3U1I iaitu program work based learning atau belajar sambil bekerja menerusi penempatan pelajar selama dua atau tiga tahun di universiti dan dua atau satu tahun dalam industri.
Program CEO Faculty yang melibatkan tokoh-tokoh korporat yang berwibawa daripada syarikat berkaitan kerajaan, industri-industri terkemuka dan pegawai tinggi perkhidmatan awam untuk menyampaikan syarahan berkaitan perkongsian pengalaman
dan kepakaran dalam bidang industri masing-masing kepada pelajar-pelajar di UA. Selain daripada itu, kita mengadakan Program Intervensi dan Program Pusat Kecemerlangan Industri atau Industry Centre of Excellence (ICoE), dengan izin, iaitu usaha kolaborasi antara IPT dengan industri. Rangka kerja penjana pekerjaan atau job creator framework untuk mengubah minda graduan daripada pencari pekerja atau job seeker kepada pencipta pekerjaan atau dalam bahasa Inggeris kita panggil itu job creator, dengan izin. Program Cambridge Accessible Test (CATs) yang menilai kebolehan membaca, menulis, mendengar dan bertutur menggunakan pakai Common European Framework for Reference of Languages (CEFR), dengan izin, sebagai piawaian penilaian penguasaan bahasa Inggeris kolaborasi dengan Cambridge Malaysia Education and Development Trust (CMEDT). Pelaksanaan Program Gap Year yang memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam menjalankan pelbagai aktiviti sukarelawan. Selain daripada itu, pengenalan program pensyarah sebagai practitioner, di mana menyasarkan penglibatan 50 peratus pensyarah dari pengamal industri di Malaysian Technical University Network (MTUN) dan 30 peratus practitioner selaku pensyarah IPT menjelang tahun 2023 dan menawarkan program dwi ijazah atau multi- disciplinary di universiti awam seperti di Universiti Sains Islam Malaysia. Soalan...
Yang Berhormat, saya cuma ingatkan peraturan mesyuarat, perkara yang dipinda itu, hanya perkara yang dipinda boleh dijawab Yang Berhormat. Mana-mana yang peringkat dasar, perkara dasar dan sebagainya itu boleh dikurangkan. Ataupun boleh juga dijawab secara bertulis jawapan-jawapan terperinci yang sedemikian Yang Berhormat. Akan tetapi perkara pokok yang dipinda itu perlu disentuh. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya banyak ada berkaitan dengan dasar. Akan tetapi saya nak mengambil kesempatan ini untuk menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Sepang serentak dengan Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kuala Terengganu yang berkaitan dengan hak pelajar untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 47, Akta 555 dipinda pada 1 Ogos 2012. Tujuan pindaan antaranya telah memperluaskan hak persatuan pelajar, termasuk untuk menyertai mana-mana parti politik. Seksyen 47 terkini memperuntukkan antara lain seperti yang berikut, “47(1) tertakluk kepada subseksyen (2), seorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana- mana parti politik”. Yang Berhormat Kinabatangan...
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat, hendak bagi?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Tadi Menteri, saya juga bangkitkan walaupun akta ini IPTS telah dipinda dan juga AUKU pun telah dipinda. Kenapa ada ramai pelajar dan juga pemimpin pelajar, aktivis pelajar masih dikenakan tindakan hukuman di bawah AUKU atau di bawah tatatertib universiti kerana aktif dalam student politics atau politik negara. Saya tidak faham kenapa ramai sehinggakan tahun lepas pun ada lebih daripada 30 orang kena. Tahun lepas, 14 orang, tahun 2015 - 13 orang dan tahun 2014 - 34 orang. Saya minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Bayan Baru, sekiranya pelajar kena tindakan atau hukuman itu, memang ada kes. Saya berharap Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat yang lain janganlah membuat satu judgement sebelum fakta-fakta di dapat. Kadang-kadang apabila kita dapat satu complaint atau satu aduan, kita hanya dengar cerita yang setengah, half the story, dengan izin. Apabila kita menjalankan siasatan itu barulah kita dapat tahu bahawa oleh kerana kesalahan itu, itulah tindakan yang diambil. Untuk kes-kes yang tersebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, adalah sangat penting bahawa satu siasatan secara mendalam atau terperinci dibuat untuk dapat tahu kenapa dia dihukum. Jadi, saya nak nasihat di sini, before judgement, get the facts right first, dengan izin.
Yang Berhormat Menteri, saya— I just give a simple case. Contohnya pada tahun 2014, 25 Oktober, pelajar Fahmi Zainol daripada Universiti Malaya bersama-sama dengan Khairul, Najib, Safwan Shamsuddin, Adam Wilfrid, Nur Syamimi, Abraham Au, Khairul Anwar dan Yu Hong, pelajar-pelajar ini
mereka menjemput Dato’ Seri Anwar untuk berucap di Universiti Malaya. Akan tetapi selepas itu, ini adalah aktiviti student union, student union jemput pemimpin Ketua Pembangkang masuk universiti untuk berucap. Akan tetapi program itu dibatalkan. Lepas itu pula, mereka enam itu, mereka dibicara, disaman dan didapati bersalah dan dengan dua digantung penggajian. Seorang digantung dua semester, seorang lagi digantung satu semester dan dua orang lagi didapati tidak bersalah. Jadi, memang berlaku. Walaupun spirit AUKU atau spirit undang-undang yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melepaskan, membebaskan pelajar daripada kekangan politik ini tetapi execution at the university level. Walaupun universiti- APEX University, Universiti Malaya masih cuba mengekang. Jadi, saya nampak bahawa dasar dan pelaksanaan itu, there’s a difference between execution. Jadi, saya minta Menteri look into this, so that no more students are being- continue to be suppressed by political suppression. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru dan saya tidak ingin untuk melanjutkan discussion tentang perkara ini. Seperti yang saya sudah beritahu bahawa adalah sangat penting bahawa kita tahu dia punya kes secara mendalam. Jadi, saya teruskan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, di mana beliau tanya sejauh mana pindaan akta dapat kawal syarikat berkualiti sahaja benarkan beroperasi? Pindaan seksyen 12, [Akta 555] adalah selaras dengan dasar kementerian bagi menimbang sesebuah permohonan penubuhan IPTS setelah meneliti sumber kewangan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan.
Hanya syarikat yang mempunyai sumbangan yang kewangan yang kukuh akan dibenarkan untuk menubuhkan sesebuah IPTS. Menerusi pindaan ini, Kementerian Pendidikan Tinggi dapat memastikan bahawa hanya syarikat berhad menurut jaminan yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan pengurusan yang baik, diberi kelulusan untuk menubuhkan sesebuah IPTS seperti yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pada pemohon yang terdiri daripada syarikat berhad dengan saham. Pindaan ini juga membolehkan pihak kementerian menggalakkan tadbir urus syarikat yang baik dengan memastikan syarikat yang menubuhkan sesebuah IPTS memasukkan beberapa peruntukan dan perkara amalan tadbir urus yang baik seperti mana yang dikehendaki oleh pihak kementerian dalam M&A, Memorandum and Article Association dengan izin, syarikat tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan tentang isu itu.
Yang Berhormat Serdang ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak rujuk kepada beberapa contoh di mana ini boleh dikatakan adalah universiti yang besar yang terpaksa ditutup pada tahun 2014 iaitu Allianze University College of Medical Sciences based in Penang dan juga AlBukhary Universiti di Kedah. Ini bukan macam mom-and-pop shop ataupun universiti di kedai seperti yang dikatakan oleh beberapa Yang Berhormat tadi. Jadi saya hendak tanya sebelum ini ada apa-apa kajian yang telah dibuat oleh kementerian untuk mengenal pasti apakah boleh dikatakan adalah kelemahan dari segi kewangan yang dialami oleh institusi seperti ini dan bagaimana pindaan ini boleh diimplementasikan dengan cara yang lebih baik supaya contoh-contoh yang saya berikan tadi tidak diulangi. Seperti mana yang saya tahu akta yang sedia ada ini memberi kuasa yang sangat luas kepada kementerian, kepada pendaftar umum dan juga Menteri untuk mendapatkan maklumat yang sangat terperinci daripada universiti dan IPTS. Jadi bagaimanakah pindaan ini boleh mengurangkan kejadian yang berlaku di Penang dan juga di Kedah dari berlaku. Terima kasih.
Pindaan akta adalah satu proses penambah baik. Saya sudah baca tadi bahawa pindaan akta ini sudah berlaku empat kali dan saya rasa ini apabila Yang Berhormat tanya tentang kuasa Ketua Pendaftar atau Menteri Pendidikan Tinggi, jadi saya rasa ini pun masuk dalam satu proses sekiranya katalah kita ada kesan bahawa ada salah guna kuasa dan ini adalah salah satu sebab yang sah di mana kita boleh review lagi pindaan Akta 555 ini. So, it is a process of continuous professional development. Sekian, terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat Timbalan Menteri satu soalan, satu sahaja, boleh? Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua?
Saya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saya hendak guna kesempatan ini untuk tanya soalan ini. Dalam situasi harian apa yang berlaku sekarang adalah sebuah institusi swasta, IPTS dia mempunyai kelulusan. Selepas itu setiap program yang ditawarkan pun kena ada kelulusan. Apa berlaku sekarang katakan institusi ini ada lima program yang dia sedang tawarkan kepada pelajar, tiga daripadanya dapat kelulusan tetapi dua daripada lima itu tidak ada kelulusan. Adakah ini disebut dalam akta ibu mahupun dalam pindaan ini sebab ini salah satu isu yang sedang berlaku pada hari ini. Pada dasarnya institusi itu memang didaftar, tidak ada masalah tetapi bila kita masuk dari program ke program mungkin tiga daftar dua tidak daftar. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi penjelasan, terima kasih.
Okey Yang Berhormat Kapar. Jadi yang berkaitan dengan kes ini saya rasa siasatan perlu dijalankan dan saya minta jasa baik Yang Berhormat Kapar untuk memberi nama institusi kepada saya. Yang Berhormat Bagan Serai, sejauh mana pindaan Akta 555 berupaya memastikan kebajikan para pelajar IPTS adalah terjamin...
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk sekejap. Yang Berhormat Bagan Serai ada, Yang Berhormat Bagan Serai? Kalau Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada kerana amalan kita sebelum ini kalau yang tidak ada itu hantar sahaja secara bertulis Yang Berhormat, to save time.
Ya, yang ada sahaja.
Yang Berhormat Bagan Serai tiada? Okey, hantar sahaja kepada dia secara bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kuala Langat?
Ada.
Ada.
Okey.
Okey. Yang Berhormat Kuala Langat saya sudah jawab yang berkaitan tadi bersama dengan Yang Berhormat Sepang yang berkaitan dengan had pelajar untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Yang Berhormat Kuala Langat ada tanya KPT membuat perhatian isu-isu IPTS berkaitan dengan spesifikasi yang diwujudkan oleh IPTS. Jadi memang spesifikasi penilaian program boleh atau kursus pengajian oleh MQA adalah berdasarkan kod amalan akreditasi program yang memfokuskan atau memberi fokus kepada visi, misi, matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran, reka bentuk dalam penyampaian kurikulum, penilaian pelajar, penilaian dan khidmat sokongan pelajar, staf akademik, sumber pendidikan, kepimpinan, governance dan pentadbiran dan penambah baik kualiti berterusan. Yang Berhormat Kuala Langat juga ada sebut tentang Ekuiti Nasional Berhad, konsolidasi kolej-kolej di bawah Ekuiti Nasional. Sejauh mana proses konsolidasi dapat memantapkan pengurusan kolej-kolej tersebut seperti kursus di UNITAR dan adakah integriti dan kualiti UNITAR akan terganggu dalam proses konsolidasi tersebut. Jadi jawapan saya adalah di mana proses konsolidasi kolej-kolej ini adalah di peringkat perbincangan di peringkat ILMU Group dan kementerian akan memastikan konsolidasi ini akan memelihara kebajikan pelajar, pensyarah dan kelestarian, sustainability dengan izin, kolej dan UNITAR sendiri. Antara langkah yang diambil oleh kementerian adalah sesi pembentangan oleh syarikat di mana Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Insolvensi merupakan panel penilai semasa sesi tersebut. Pemilik perlu membentangkan pelan perancangan pembangunan universiti atau kolej kelestarian (sustainability), kewangan, perancangan pengambilan pelajar dan perancangan pembangunan ahli akademik universiti kolej.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, pencelahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mendengar penjelasan Timbalan Menteri tadi mengheret saya untuk menyinggung persoalan integriti universiti itu sendiri yang mana dilihat bahawa pengurusan cuba untuk merangkumkan universiti kolej untuk dijadikan sebagai asas utama. Seperti mana saya ulangi tadi penggunaan ruang pembelajaran, perkongsian pensyarah, perkongsian makmal, kemudahan awam, kekeliruan pelajar menjadi isu tidak selaras, kelulusan daripada pihak majlis tempatan dan universiti ini daripada pelajar UIU sendiri membawa penghijrahan keluar daripada universiti itu. Bermaksud bahawa kementerian yang seperti mana Timbalan Menteri cakap tadi kena diaudit, sebab universiti telah melanggar di bawah Akta 555 yang memberikan kesengsaraan terutama sekali kepada pensyarah dan juga pendidik yang dilihat sebagai kekangan kepada mereka untuk melahirkan dan menjana pelajar-pelajar yang berwibawa. Oleh yang demikian, saya beranggapan bahawa betapa seriusnya UNITAR ini untuk dilihat sebagai contoh antara universiti yang melanggari Akta 555 yang membolehkan kementerian mengemaskinikan dan juga pandu araskan universiti- universiti ini tidak dijelmakan sebagai memudaratkan kepada pelajar. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Langat ini juga ada satu kes yang berkaitan dengan integriti untuk mengurus sebuah institusi atau sebuah IPTS. Memang tindakan susulan akan diambil untuk dapat maklumat terperinci lagi yang berkaitan dengan kes yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Saya minta jasa baik Yang Berhormat Kuala Langat untuk bekerjasama dengan KPT untuk memberi maklumat selanjutnya tentang kes ini. Ini kerana KPT view this very seriously dan kebajikan pelajar adalah keutamaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih atas makluman yang berkaitan dengan kes ini. Yang Berhormat Tanjong Piai bertanya tentang yuran IPTS. KPT perlu melihat supaya yuran dikenakan dalam lingkungan mampu oleh pelajar. Jadi pelbagai faktor diambil kira dalam mempertimbangkan kelulusan sebuah kursus pengajian termasuk struktur yuran pelajar seperti affordability atau kemampuan. Ini kerana seperti yang saya sudah beritahu kepada Yang Berhormat Kuala Langat tadi bahawa kementerian sentiasa mengamalkan kawalan terhadap yuran dan menjaga kebajikan pelajar. Cadangan dari Yang Berhormat Tanjong Piai adalah mengadakan pertukaran atau mobiliti meneliti antara IPTA dan IPTS. Pihak IPTS juga berpeluang boleh memohon geran penyelidikan yang disediakan oleh KPT. Jadi, malahan projek kerjasama penyelidikan juga digalakkan untuk tujuan perkongsian sumber dan kepakaran di mana istilah yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ada berkaitan dengan commonality dan collegiality dengan izin. Jadi cadangan ini diterima dan sebenarnya sudah dilaksanakan. Berkaitan dengan rating. Yang Berhormat Tanjong Piai, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melaksanakan penilaian dan penarafan ke atas IPTS seperti setara adalah sistem untuk menilai dan memberi penarafan IPT bertaraf universiti. Selain daripada itu MyQUEST adalah sistem untuk penilaian dan penarafan kolej swasta. Memang objektif ini adalah menambahbaikkan kualiti pendidikan tinggi. Yang Berhormat Tanjong Piai juga ada satu cadangan untuk satu kajian menyemak diadakan bagi memastikan bahawa IPTS berkualiti. Ini memang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat Sekijang, langkah yang diambil oleh KPT dalam mengatasi isu lambakan pelajar dalam bidang tertentu. Saya sudah jawab bersama dengan Yang Berhormat Seputeh tadi. IPTS yang beroperasi di rumah kedai sejauh mana kualiti IPTS demikian dipantau? Jawapan saya adalah di mana kementerian memantau supaya IPTS beroperasi di premis yang sesuai, selamat dan kondusif melalui seksyen 28, [Akta 555] di mana kelulusan perlu diperoleh oleh ketua pendaftar. Pindaan rang undang-undang ini akan memastikan kawalan premis yang lebih ketat. Isu anugerah PhD palsu jawapan sama dengan isi ini adalah sudah dijawab apabila saya jawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Bayan Baru, beban hutang yang tinggi di kalangan graduate IPTS. PTPTN telah melaksanakan dasar pinjaman boleh ubah yang mengecualikan bayaran balik bagi lulusan graduan ijazah sarjana muda kelas pertama mulai tahun 2003. Pengecualian bayaran balik ini diberi kepada peminjam dari UA dan IPTS. Dalam
pengumuman bajet 2017 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diskaun diberi kepada peminjam yang membuat bayaran balik dalam tahun 2017. Yang Berhormat Sekijang bagaimana meningkatkan kerjasama antara IPTA dan IPTS? Saya hendak bagi tahu bahawa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 untuk pendidikan tinggi memang lonjakan yang 10 ada sebut tentang cara untuk harmonizing IPTS and IPTA dengan izin dalam lonjakan 10 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi. IPTS juga berpeluang untuk memperoleh kelayakan pensijilan daripada IPTA melalui program kerjasama atau franchise. Yang Berhormat Bukit Gantang bertanya adakah moratorium oleh KPT untuk sekat pembukaan IPTS. Saya rasa saya sudah menjawab tadi moratorium IPTS dilanjutkan ke 31 Disember 2020. Adakah IPTS luar negara memberi penekanan subjek kenegaraan? Mata pelajaran umum (MPU) melibatkan subjek kenegaraan di wajib untuk semua IPTS termasuk kampus cawangan luar negara. Adakah masih wujud kolej yang masih menawarkan kursus bidang penerbangan atau pilot? Terdapat IPTS yang menawarkan kursus pengajian dalam bidang yang tersebut. Contohnya adalah UniKL. Kursus yang ditawarkan ini perlu dinilai dan diinterpretasikan oleh MQA. Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja yang dapat saya menjelaskan mengenai perkara-perkara berkaitan yang disentuh semasa sesi perbahasan dalam Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekali lagi KPT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh KPT. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada fasal 3 seksyen 12 pindaan kepada (1A) di mana (1A) ditambah. Dalam bahasa Inggeris dengan izin, “If the successful applicant is a company limited by guarantee, the applicant shall ensure that – (a) its initial fund shall be of an amount as determined by the Minister; (b) the source of its initial fund…” so and so forth. Saya rasa pindaan ini adalah pindaan yang cukup serius. Oleh kerana konteksnya macam ini Menteri, saya minta Menteri memberi penjelasan. Sekiranya syarikat limited by guarantee, syarikat sendirian berhad mengendalikan satu IPTS dan dia terdapat 1,000 pelajar. Setiap pelajar bagi RM10,000 yuran.
Maknanya RM10 juta telah dibayar kepada syarikat ini dan sekiranya dana syarikat ini tidak cukup dan syarikat ini bankrap tiba-tiba, maknanya RM10 juta ini sudah hilang daripada pelajar-pelajar. Sekiranya Menteri diberi kuasa untuk determine the initial fund, wang dana permulaan terlalu kecil dan tidak boleh mengawal RM10 juta yang hilang ini, ini akan menimbulkan satu krisis kepada semua pelajar. Jadi saya rasa discretion power Minister ini terlalu besar dan mungkin diabuse. Sekiranya kerajaan hendak juga pindaan ini diluluskan, saya hendak tanya Menteri, adakah apa-apa guarantee yang Menteri akan bagi, katakan Menteri bagi, suruh dia dana permulaan RM1 juta, dia terima RM10 juta yuran, syarikat itu bankrap, adakah Kerajaan
Malaysia akan bayar balik RM9 juta itu? Is there any guarantee if there is a failure in this IPTS company? Terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat...
Tunggu dahulu sekejap, sila.
Saya rujuk juga kepada butiran 3, seksyen 12, butiran yang sama dengan Yang Berhormat Kelana Jaya. Tetapi soalan saya sedikit berbeza. Saya hendak tanya apakah kelebihan pada sudut kementerian untuk menambahkan satu subseksyen ini di mana ada satu kategori yang baru iaitu sebuah IPTS yang ditubuhkan ataupun dipunyai oleh company limited by guarantee. Saya hendak tanya Menteri, ada apa-apa contoh di negara lain yang ada company limited by guarantee di mana syarikat ini mempunyai ataupun menguasai satu IPTS dan kenapa ini adalah sesuatu yang lebih baik berbanding dengan keadaan yang ada sekarang, di mana satu syarikat sendirian berhad ataupun syarikat berhad yang disenaraikan dalam bursa Kuala Lumpur adalah pihak yang menguasai sebuah IPTS. Saya juga hendak tanya, adakah kementerian pernah mengkaji satu model yang baru di mana sebuah universiti ataupun IPTS boleh dipunyai oleh foundation, satu yayasan seperti mana saya tahu, saya rasa sekarang Sunway University, mereka kata adalah dipunyai oleh Yayasan Jeffrey Cheah. Saya hendak tanya sama ada model yayasan ini telah dibenarkan dalam akta ini dan jikalau tidak, adakah Menteri berpendapat model yayasan ini adalah satu model yang boleh diambil kira ataupun dikaji kerana ia boleh memberi satu lagi cara untuk menjalankan universiti ataupun IPTS di mana universiti ini bukan lagi profit-driven, dengan izin seperti mana yang dialami oleh company sendirian berhad ataupun company berhad yang disenaraikan di bursa Kuala Lumpur. Saya juga hendak tanya tentang butiran 5 di mana isu seperti paid-up capital dan amount of initial fund telah disertai dalam pindaan akta ini. Saya hendak tanya apakah syarat-syarat yang akan digunakan oleh pihak kementerian untuk mengenal pasti apakah jumlah paid-up capital adalah paid-up capital yang sesuai untuk sebuah universiti yang baru, sebuah IPTS yang baru dan juga adakah pihak kementerian ada apa-apa rancangan untuk menambahkan lagi paid-up capital untuk IPTS yang sedang wujud terutamanya untuk IPTS yang mungkin telah dikenal pasti bahawa keadaan kewangan itu tidak begitu baik dan ada kemungkinan bahawa universiti ini – seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, mungkin akan bankrap dan ini menyebabkan banyak pelajar yang sedang belajar di IPTS ini mereka akan kehilangan duit. Saya juga hendak merujuk kepada butiran nombor sembilan iaitu pindaan seksyen 28 di mana perkataan add or renovate, dengan izin telah ditambah dan saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak begitu sesuai dan saya hendak penjelasan pihak kementerian kerana jikalau ada misalnya renovation yang kadar kecil yang dijalankan oleh IPTS, adakah mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kementerian ataupun pendaftar utama untuk renovasi yang begitu kecil? Sebagaimana yang saya tahu jikalau mana-mana IPTS hendak menjalankan renovasi, mereka perlu memberikan plan, mendapatkan kebenaran merancang daripada PBT dan mereka perlu submit ataupun memberikan pelan yang terperinci kepada pihak PBT. Jadi, oleh sebab ada check and balance dalam sistem, kenapa kementerian perlu menambahkan satu lagi syarat add or renovate dan dalam butiran yang sama, saya juga hendak tanya Menteri dalam feedback session dengan pihak IPTS, adakah mereka mencadangkan supaya syarat ini dimasukkan dalam seksyen 28? Kerana seperti mana yang saya tahu kebanyakan IPTS selalu membuat penyesuaian ataupun renovasi di bangunan mereka. Saya rasa ini akan menambahkan beban kepada mereka jikalau semua pelan-pelan seperti ini mesti diberikan kepada pihak kementerian untuk mendapatkan kebenaran. Jadi saya minat penjelasan daripada pihak kementerian. Akhir sekali kepada butiran nombor 18. Saya rasa pindaan ini adalah sesuatu pindaan yang baik di mana dengan izin, ‘Subject to such conditions as may be imposed, the Registrar General may exempt any student from following such compulsory subjects’. Saya rasa ini adalah cadangan yang diberikan oleh IPTS dan saya rasa ini memang sesuai kerana mungkin ada pelajar yang telah mendapatkan pengajian yang cukup di
dalam compulsory subject ini. Akan tetapi saya hendak tanya kepada pihak Menteri untuk memberi penjelasan. Adakah pihak kementerian telah menyediakan satu senarai ataupun satu senarai syarat yang komprehensif untuk menentukan mana-mana pihak pelajar yang boleh diberikan exemption ataupun kelainan ini mengikut butiran 18 yang telah ditambah kerana kita tidak mahu satu keadaan yang berlaku di mana mungkin ada satu IPTS yang ada hubungan yang baik dengan pihak kementerian ataupun Menteri, selepas itu kebanyakan daripada pelajar mereka mendapat exemption. Akan tetapi untuk IPTS yang mungkin tidak ada hubungan yang begitu baik dengan pihak kementerian ataupun Menteri tidak diberikan exemption. Saya rasa perlu adakan satu senarai yang lebih lengkap dan syarat yang lengkap di mana semua IPTS tahu, okey ini adalah syarat di mana pelajar-pelajar mereka boleh mendapat exemption di bawah butiran 18 ini. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi.
Sila.
Kuala Krai.
Okey, sila selepas itu Yang Berhormat Kapar, selepas itu Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara yang hendak dibangkitkan. Fasal 13 yang bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru ke dalam akta ini untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan dan penalti bagi orang yang tidak layak untuk terlibat dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi. Saya ingin bertanya, adakah pihak-pihak yang pernah mengendalikan institusi pengajian tinggi swasta ini yang telah gagal dan meninggalkan kolej ataupun universiti mereka dalam keadaan yang tidak terjaga sehingga kebajikan pelajar-pelajar dan juga kakitangannya teraniaya dikira juga sebagai orang yang tidak layak untuk mengendalikan mana-mana institusi pengajian tinggi swasta pada masa akan datang.
Ertinya, adakah kementerian menyediakan satu senarai hitam kepada mana- mana pihak yang mana telah pun melakukan suatu tindakan yang dilihat merugikan para pelajar. Kedua, mengenai fasal 16 yang bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru bagi membolehkan institusi pendidikan swasta memperbaharui kelulusan ketua pendaftar untuk mengendalikan kursus, enam sebelum habis tempoh kelulusan. Saya ingin bertanya adakah kelulusan ini diberi secara automatik, jika mengikut syarat timing itu iaitu enam bulan itu atau adakah satu penilaian dibuat sama ada permohonan lanjutan itu boleh diterima kerana mungkin di sana ada berlaku kekurangan-kekurangan, kegagalan-kegagalan dalam pengurusan program atau kursus tersebut. Jadi, adakah pihak kementerian akan meneliti dahulu sama ada kelulusan sambungan ini diberikan atau asal pohon sahaja dalam tempoh yang dibenarkan, maka kelulusan diberikan. Ketiga, saya ingin bertanya mengenai fasal 24 yang memperuntukkan bahawa kelulusan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta disifatkan telah dibatalkan apabila perakuan pendaftaran dipulangkan. Saya memahami daripada penjelasan di sini, pemulangan perakuan pendaftaran ini adalah dibuat secara sukarela oleh pengendali institusi pengajian tinggi swasta ini. Apakah apabila berlaku sedemikian maka pengendali IPTS ini dikira tidak melanggar apa-apa disiplin dan kalau suatu masa mereka ingin sekali lagi mendaftarkan sesuatu program ataupun institut institusi swasta. Mereka dikira sebagai fresh applicant yang tidak ada suatu rekod. Berbeza dengan kalau penutupan atau penarikan balik perakuan pendaftaran ini dibuat atas satu kesalahan yang mana pihak kementerian yang melaksanakan tindakan menutup tersebut. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Kapar.
Maafkan saya Tuan Pengerusi. Saya mula dengan persoalan saya yang pertama berkenaan dengan seksyen 12.
Berkenaan dengan perenggan 1(c). Akta ibu menerangkan bahagian (c) berbunyi sebegini, yang tujuannya iaitu menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta yang dinyatakan dalam memo dan perkara persatuan. Itu akta ibu. Hari ini kita akan tambahkan perkataan selepas perkataan “swasta” dengan perkataan “dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan”. Jadi, dia akan berbunyi, bahagian (c) yang tujuan tunggalnya iaitu menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan yang dinyatakan dalam memo dan perkara persatuan. Itu bacaan saya. Tuan Pengerusi. Oleh sebab itu, saya ingin mendapatkan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Bagaimana kita hendak pastikan mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan. Apa sebenarnya dimaksudkan dan bagaimana kita hendak interpret subseksyen ini dengan penambahan perkataan baru tersebut? Kedua, adalah kena mengena dengan bahagian (c) iaitu (1A) berkenaan dengan involvement of Yang Berhormat Menteri dalam dana permulaan dan sebagainya. Saya ingin merujuk kepada bahagian (b) di mana “Sumber dana permulaan hendaklah kepada dizahirkan dan diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri”. Bahagian (a) dia kata bagaimana hendak mula dengan dana. Dana permulaan ini datang daripada mana? Bahagian (b) ini, sumber dana permulaan hendaklah dizahirkan. That means disclose with due respect. Apa kena mengena bahagian ini dan mengapa yang ini pun perlu dititik beratkan oleh kementerian untuk memberi kelulusan?
Money laundering.
Kalau ini kena mengena dengan dana itu kita suspek dan sebagainya. Itu tidak ada kena mengena dengan kelulusan. Itu perlu dibuat oleh institusi-institusi lain, jabatan-jabatan lain, perlu direport kepada jabatan lain dan sebagainya. Ini dikaitkan dengan Menteri dan diluluskan, dan- That means, that is a precondition. Dia hendak tahu dari mana datangnya dana ini, baru diluluskan. Itu saya minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, ketiga adalah kena mengena dengan pindaan seksyen 15. Seksyen 15 yang berbunyi kelulusan bagi pertukaran atau perubahan berkenaan dengan syarikat. Di sini hampir sama, kecuali kita tambahkan bahagian “(c) amaun dana permulaannya.” Tuan Pengerusi. Kita masukkan dekat sini. Satu additional bahagian (c) iaitu amaun dana permulaannya. Lepas itu, kita telah tambahkan subseksyen (2), (3), (4), (5), (6) dan (7). Semua ini adalah baru. Persoalan saya adalah berkaitan dengan subseksyen (5) dan (6). Di mana dalam subseksyen (5), Tuan Pengerusi. Izinkan saya membaca di sini, “Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan ini dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) ada (a) dan (b). Bahagian “(a) adalah meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, pindaan atau syarat, atau...” yang pentingnya adalah bahagian (b), Tuan Pengerusi. Menolak permohonan itu tanpa memberi apa-apa sebab bagi penolakan itu. Sepatutnya, saya rasa bila ada apa-apa penolakan. Kita perlu beri sebab. Dekat sini kita, just tolak macam itu tanpa memberikan apa-apa sebab. Seterusnya, nombor (6). Subseksyen (6) pula menyatakan bahawa jika ketua pendaftar menolak permohonan itu. Ketua pendaftar hendaklah memberitahu syarikat tentang penolakan itu secara bertulis. Bermaksud, KP akan menulis kepada syarikat tersebut dan mengatakan bahawa dia telah menolak permohonan itu tetapi tanpa alasan diberikan. Apakah rasional untuk KP menyimpan alasan mengapa sesebuah syarikat itu telah ditolak permohonannya. Itu adalah soalan ketiga saya. Soalan keempat saya adalah berkaitan dengan seksyen 20 yang tidak ada dekat sini, Tuan Pengerusi. Akan tetapi, seksyen 20 mengaitkan bahawa Menteri boleh mengubah syarat dalam perenggan – ada empat perenggan diberikan. Salah satu perenggan adalah perenggan 12(1A), (b) dan 4B. Hari ini, kita sedang buat perubahan kepada seksyen 12. Pindaan seksyen 12 dan tanpa mengubahsuai seksyen 20, saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Menteri macam mana Menteri boleh mengubah syarat seperti yang diselaraskan di seksyen ataupun seksyen 20 akta ibu. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Pengerusi, memandangkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kuala Krai memerlukan penjelasan atau penerangan secara terperinci mengikut seksyen-seksyen yang disebut atau dikeluarkan oleh Yang Berhormat. Maka, saya akan menjawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi...
Bagaimana kita...
Jawatankuasa memang macam itu Tuan Pengerusi.
Ini jawatankuasa, saya tidak boleh bincang tentang isu dasar. Saya telah mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh Dewan yang mulia ini di mana saya kena bahas ikut seksyen dan persoalan saya sewarasnya dan sepatutnya terperinci. Itu yang saya telah lakukan dan saya menuntut jawapan. Macam semalam apabila saya membahas Akta Perdagangan Strategik 2010, saya juga membawakan isu-isu secara terperinci yang tidak dijawab. Hari ini saya dapat lampiran secara bertulis tetapi saya tidak– walaupun saya ada beberapa isu yang saya hendak bangkitkan, saya telah terlepas peluang untuk membangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri semalam. Jadi, pada dasarnya undang-undang ini, akta tersebut telah dipinda dan telah beroperasi. Akan beroperasi selepas Dewan Negara dan diwartakan.
Hari ini, lagi sekali, saya akan hilang peluang sebab ada beberapa isu yang saya bangkitkan secara terperinci. Kalau inilah cara setiap Menteri yang wajar menjawab, akan memberikan kami jawapan bertulis, ini boleh menyusahkan kita untuk menyokong ataupun menolak akta ini. Jangan lupa, Tuan Pengerusi, apa-apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri akan digunakan apabila esok-esok nanti ada persoalan di kalangan masyarakat mahupun di mahkamah dan rujukan akan diperbuat. Macam saya tanya tadi, bagaimanakah kita hendak menginterpretasikan perkataan, “hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan”. Bukankah itu yang boleh dijawab di sini? Inilah maksudnya “apa-apa perkara yang boleh ditetapkan”. Yang ini tidak boleh, yang ini boleh. Jadi senang kita menginterpretasikan akta ini di luar.
Saya faham, Yang Berhormat.
[Bangun]
Sila.
[Bangun]
Sekejap Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pandangan saya ialah apabila kita hendak berbincang dalam Jawatankuasa, matlamat utama ialah supaya kita boleh mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan juga pengesahan daripada pihak kementerian tentang butiran-butiran kerana apabila kita kata pada dasar, terlalu general. Akan tetapi, apabila kita hendak bincang tentang butiran-butiran ini dan sedikit penjelasan pun tidak diberikan oleh pihak kementerian, bagaimana kita boleh jawab soalan yang dikemukakan kepada pihak kami, mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, apabila orang di luar tanya, “Kenapa kamu luluskan sahaja ataupun tidak menyoal tentang butiran-butiran tersebut”? Mungkin saya ada kawan-kawan di IPTS yang tanya tentang butiran-butiran seperti apa yang saya bangkitkan tadi, tentang renovasi. Jadi, saya rasa itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihak kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan. You don’t have to give a very detail penjelasan tetapi at the very least, try to answer some of the questions that we raised. Saya rasa itu bukan sesuatu yang unreasonable kerana saya rasa apa yang telah kita bangkitkan adalah isu yang— sebelum ini, saya rasa pihak kementerian telah mengkaji dengan terperinci berdasarkan kenapa setiap satu pindaan
ini mahu dibuat. Jadi saya minta jasa baik Tuan Pengerusi supaya Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan.
Sila.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak merekodkan bahawa kita rasa hampa sebab perkara ini sepatutnya dalam Committee stage, kita didorong untuk membuat satu vote, nanti, ya. Kita kena undi isu ini. Setahu saya, di belakang sana mesti ada banyak officer. Takkan officer tinggalkan Yang Berhormat Menteri seorang di sini? Kalau boleh, bagi dia 10 minit, 20 minit, selepas itu dia balik sini, bagi sedikit sahaja explanation. Kalau tidak, proses law making kita di Parlimen, memang betullah, jadi satu rubber stamp sahaja. Saya rasa ini penting sangat sebab Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya betul-betul respect, you want to do something different this time. Jadi kita kena hantar mesej kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri bahawa tidak boleh jawab macam ini. Duduk, habis. Tidak boleh. Malu kita semua. Jadi, ini bukan personal issue dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, pegawai banyak di belakang. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu 15 minit, 10 minit untuk sediakan dia, please, don’t embarrass everybody today. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kapar...
Short one.
...Sudah bercakap, sudah berhujah.
I beg to differ.
Yang dihujah oleh Yang Berhormat Serdang tadi pun soal yang sama.
No, no. I beg to differ. I beg to differ.
Sila. I give you one or two minutes. Sila.
Walaupun ada banyak pegawai di belakang itu, kita tidak boleh gunakan pegawai sebagai alasan semata-mata. Saya rasa seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang membawa akta sebegini perlu faham naluri sebenar akta ini. She has to prepare. I mean, selalu kita menggunakan pegawai- pegawai kita di dalam...
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Tidak sesuai. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Okey, Yang Berhormat, tidak salah kalau Yang Berhormat Menteri kata dia menjawab secara bertulis. Pernah kita buat begini. Apabila Yang Berhormat Menteri mungkin soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu memerlukan jawapan yang detail, bagi saya adalah lebih baik menjawab satu persoalan dengan tepat apabila bertulis daripada memaksa Yang Berhormat Menteri untuk menjawab secara lisan kalau nanti fakta yang akan disampaikan itu adalah tidak betul. Jadi, tidak salah bagi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa dia akan buat secara bertulis. Saya ambil maklum dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu iaitu saya hendak juga bahawa jawapan-jawapan yang bertulis itu hendaklah disampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat esok, awal pagi. Itu sendiri yang saya minta supaya dihantar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat esok, awal pagi. Kalau boleh, saya minta juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau misal kata dapat soalan sebegini, seboleh-bolehnya tolong beri jawapan walaupun sesingkat pun. Namun pada kali ini, saya akan terima alasan Yang Berhormat itu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, saya terima baik pandangan Tuan Pengerusi untuk menyelesaikan masalah ini. Pada waktu yang sama, saya mencadangkan undi tentang akta ini pun perlu dilakukan selepas kami terima jawapan tersebut. Itu selaras dengan apa yang dicadangkan oleh Tuan Pengerusi. Tidak ada pertindihan. Kalau tidak, nanti di luar nanti, mereka akan kata, satu cadangan yang
terbaik tetapi mengapa kita undi? Nanti kita ada masalah juga. Jadi saya minta jasa baik Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Serdang sudah berhujah. The same point iaitu minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab secara lisan. Itu saya faham. Ini my ruling.
Tuan Pengerusi, dari segi proses, adakah ini sesuatu yang boleh dibenarkan? Nanti setiap Menteri akan datang ke Dewan yang mulia ini pada masa Jawatankuasa, kita tanya banyak soalan, bukan dari sini, daripada sana...
Yang Berhormat.
...Selepas itu jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri ialah, “Saya akan jawab secara bertulis”.
Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat duduk.
[Bangun]
This is a very bad precedent, Tuan Pengerusi.
Ahli Yang Berhormat duduk, Ahli Yang Berhormat.
This is a very bad precedent.
Ahli Yang Berhormat, you see, what you have said, setiap perkataan yang dihujah itu termasuk noktah, koma dan sedemikiannya, masuk dalam Hansard. Jelas. Yang Berhormat Menteri menjawab secara lisan pun masuk dalam Hansard. Secara bertulis pun begitu juga. Jadi bermakna kalau umpamanya apa yang dikehendaki oleh Yang Berhormat itu supaya dapat diketahui oleh umum, selepas daripada ini, Ahli-ahli Yang Berhormat pun saya tahu akan keluar juga buat kenyataan. Jadi yang penting bagi saya ialah untuk menentukan peraturan mesyuarat itu. Tidak salah bagi seseorang Menteri mengatakan bahawa, “Saya akan jawab secara bertulis” kerana mungkin mengelakkan apabila dia jawab, apabila tidak betul, nanti ada lagi Yang Berhormat yang akan berdiri mengatakan Peraturan Mesyuarat 36(12), salah fakta. Jadi, tidak salah. Pokoknya, apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu dapat dijawab. Jadi untuk kali ini, janganlah lagi bertengkar dengan saya, Ahli-ahli Yang Berhormat. Telah pun saya ingatkan kepada Menteri-menteri berkenaan, lain kali seboleh-bolehnya jawablah secara lisan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri sekarang ini tidak prepare untuk menjawab, tidak melanggar peraturan mesyuarat. Jadi kalau kita panjangkan lagi ini, macam mana? Mahu panjangkan lagi? Jadi kalau dipanjangkan lagi, saya akan katakan bahawa tidak ikut arahan Speaker.
Tuan Pengerusi, so what guarantees do we have that this won’t happen again?
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah saya buat kenyataan, Yang Berhormat. Sudah saya buat ruling. Sudah saya buat ruling. Kalau lagi ingkar kepada ruling saya, saya akan buat ruling lagi yang lain. Tolong.
Tuan Pengerusi, a constructive suggestion.
Please, I’ve already made my ruling.
Tuan Pengerusi, I respect you...
Yang Berhormat, tolong duduk, Yang Berhormat. Tolong duduk. Saya sudah buat ruling.
Tuan Pengerusi, sebab...
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak duduk juga, tidak patuh kepada ruling saya, saya akan ambil tindakan kepada Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, for the construction of the law...
Yang Berhormat, tolong duduk.
Saya cuma hendak minta...
Yang Berhormat, tolong duduk. You see, Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah mungkin sembilan tahun kita bersama di dalam Dewan ini. Ada Ahli- ahli Yang Berhormat yang mungkin baru berkhidmat pada tahun 2013. Semua faham, apabila sudah saya buat ketetapan, saya tidak akan mengkaji ketetapan saya.
Kalau Yang Berhormat juga ingkar dengan keputusan saya, saya akan ambil tindakan yang lain kerana itu adalah melengah-lengahkan lagi perbahasan. Sudah saya buat ruling bahawa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, saya benarkan untuk jawab secara bertulis dan saya beri syarat bahawa esok awal pagi jawapan itu akan diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Telah juga saya nyatakan bahawa lain kali Menteri- menteri atau Timbalan Menteri seboleh-bolehnya buat jawapan secara lisan, jelas? Jadi, kalau saya juga dipaksa untuk memaksa Menteri menjawab secara lisan sedangkan saya sudah buat keputusan, apa itu Ahli-ahli Yang Berhormat? Bermakna, ingkar dengan keputusan saya. Kecuali Ahli-ahli Yang Berhormat mahu juga ingkar, selepas itu saya halau untuk keluar. Selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat buat publisiti, selepas itu Speaker lagi yang jahat dan Ahli-ahli Yang Berhormat menjadi hero. Begitukah cara kita dalam Dewan Rakyat ini? Begitu cara setiap kali konfrontasi? Terima kasih. Jadi, sekarang ini saya kemukakan masalah.
Tuan Pengerusi, minta maaf. But, it is a very important point that I have to make, because sekiranya Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bertulis, jawapan itu perlu dimasukkan dalam Hansard. Oleh sebab kita– kalau tidak dimasukkan dalam Hansard esok pagi, apabila kes ini dibawa ke mahkamah, mahkamah kena lihat to the construction of the law, apa yang didebatkan di Parlimen. Itu sahaja saya minta. Saya tidak challenge Tuan Pengerusi punya ruling. Kalau boleh kita enhance the ruling, minta semua reply dia masuk dalam Hansard supaya apabila mahkamah hendak pakai tentang isu ini, dia boleh baca. Itu sahaja, terima kasih.
Permintaan saya yang kedua tadi Tuan Pengerusi. Pertama tadi adalah keputusan yang telah dilakukan oleh Tuan Pengerusi, itu saya tidak ingkar, saya terima baik. Akan tetapi yang kedua itu, undian tentang akta ini sepatutnya dijalankan selepas kita terima jawapan itu. Itu yang saya terangkan tadi, yang itu belum ada apa-apa keputusan daripada Tuan Pengerusi. Kalau boleh, itu sepatutnya yang dilakukan. Tidak mengambil apa-apa risiko Tuan Pengerusi...
Begini Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih.
Seperti kelmarin– duduk Yang Berhormat. Seperti kelmarin, waktu kita membahas rang undang-undang mengenai dengan Akta Kanak-kanak. Apabila Ahli-ahli Yang Berhormat memikirkan bahawa ada yang penting harus diubah, maka Ahli-ahli Yang Berhormat akan buat usul yang tidak memerlukan notis pun, kenapa harus dipinda? Saya benarkan untuk masuk dalam order paper, dibahas sewaktu di peringkat Jawatankuasa. Selepas itu kita buat undi. Ini kerana pada ketika itu bermakna saya memahami bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat benar-benar mahu pinda dan supaya Yang Berhormat dapat berhujah, dan dibalas sehingga ada pengundian. Akan tetapi dalam perkara-perkara soal biasa, Yang Berhormat waktu dalam peringkat Jawatankuasa berbahas seperti juga dengan soal Dasar tetapi ia secara terperinci. Jadi, I take it from there that, whatever you said, termasuk dalam Hansard dan untuk kebaikan-kebaikan. I am sure the Minister and all the pegawai-pegawai take note of your cadangan-cadangan. Faktanya ialah apa hujah Yang Berhormat masuk dalam Hansard. Jadi, kalau umpamanya yang Menteri sekarang ini dia kata secara bertulis, kalau itu yang diminta untuk diberi masuk dalam Hansard, can. I can ask masuk dalam Hansard. No problem. Okay, so we proceed now. Okay? [Fasal-fasal 1 hingga 32 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 iaitu suatu akta di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk orang bekerja sendiri dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pemilik tunggal, penjaga atau orang yang bekerja sendiri selaras dengan prinsip keadilan sosial sejagat. Seperti mana yang digariskan di bawah Artikel 23, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, Konvensyen 102, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkenaan Social Security Minimum Standards 1982 dan Rekomendasi 202 (R202 ILO) mengenai Social Security Protection Flow 2012. Selaras dengan hasrat dan aspirasi kerajaan, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil inisiatif mengkaji dan memperhalusi usaha-usaha untuk memperluaskan jaringan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan orang bekerja sendiri yang tidak terikat dengan apa-apa kontrak perkhidmatan dengan mana- mana majikan serta tidak dilindungi di bawah sebarang skim yang menjurus kepada perlindungan keselamatan sosial.
Sebagai langkah awal dalam merealisasikan hasrat ini pihak kementerian telah mencadangkan pewujudan skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri bagi bencana kerja kepada pemandu teksi yang bekerja secara individu atau sendiri yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya. Ini merupakan langkah permulaan dalam usaha kementerian melindungi kategori golongan yang bekerja sendiri sebelum perlindungan seumpama ini dipanjangkan kepada sektor informal yang lain. Memandangkan bilangan pemandu teksi yang bekerja sendiri adalah ramai maka kerajaan merasakan terdapat keperluan untuk mewujudkan skim keselamatan sosial kepada pemandu teksi. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sehingga April tahun 2016 sebanyak 73,662 lesen mengikut kategori kereta sewa, teksi bajet, teksi eksekutif, limousin dan teksi lapangan terbang telah dikeluarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Cadangan untuk memperkenalkan skim ini kepada kategori pekerjaan pemandu teksi yang bekerja sendiri, the word bekerja sendiri is very important sebagai permulaan kepada skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri adalah mengambil kira faktor-faktor seperti berikut: (i) Kebarangkalian orang yang menjalani yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri dalam kategori ini terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah tinggi dan hanya segelintir yang dilindungi di bawah skim insurans peribadi atau swasta; dan (ii) Penyakit atau kematian yang terbit daripada aktiviti pekerjaan sendiri.
Pengumuman cadangan pewujudan skim keselamatan sosial bagi melindungi pemandu teksi yang bekerja sendiri juga telah diumumkan oleh kerajaan pada 1 Julai 2012 lagi. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM60 juta semasa pembentangan Bajet 2017 yang telah diadakan pada 21 Oktober 2016 sebagai geran pelancaran bagi melaksanakan Skim Perlindungan Keselamatan Sosial untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri. PERKESO melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016 [Akta A1508] telah diberi kuasa untuk meluaskan skim keselamatan sosial bagi membolehkan pelaksanaan skim keselamatan sosial pekerja sendiri dengan merangka Rang Undang- undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Ini bagi meliputi orang bekerja sendiri seperti pemandu teksi yg bekerja sendiri serta lain-lain kategori pekerjaan yang seumpamanya dalam perusahaan aktiviti pekerjaan sendiri merangkumi konteks self- employed dilindungi akibat bencana alam. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali yang pertama pada 4 April tahun ini. Rang undang-undang ini mengandungi 11 bahagian, 89 fasal dan dua jadual di mana perincian rang undang-undang ini adalah seperti berikut: Satu, Bahagian I mengandungi fasal 1 hingga 3 berkenaan permulaan di mana fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas, takat dan tarikh kuat kuasa. Fasal 2 memperuntukkan pemakaian rang undang-undang manakala fasal 3 memperuntukkan tafsiran. Perincian fasal 1 dan 2 rang undang-undang ini adalah: (a) skim bencana kerja terpakai bagi aktiviti pekerjaan sendiri mengikut Jadual Pertama yang merangkumi perusahaan pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya. Pemakaian rang undang-undang ini akan tertakluk kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia ini, selain daripada pemandu teksi yang bekerja sendiri mana-mana individu yang menjalankan perkhidmatan Uber dan Grab Car adalah juga layak dilindungi di bawah skim ini melalui Jadual Pertama. (b) Fasal 3 rang undang-undang ini memperuntukkan tafsiran yang mengandungi 29 perenggan. Antara tafsiran utama adalah:- “Caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada Pertubuhan oleh orang-orang berinsurans bekerja sendiri mengikut peruntukan rang undang-undang. Tafsiran ini mengehendaki orang berinsurans bekerja sendiri membayar jumlah caruman secara prabayar, prepaid pada kadar yang ditetapkan di Jadual Kedua melalui peraturan- peraturan khusus. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kadar caruman yang ditetapkan adalah sebanyak 1.25 peratus daripada pendapatan yang diinsuranskan. “Tempoh perlindungan” ertinya apa-apa tempoh sehingga 12 bulan berturut- turut yang berkuat kuasa daripada tarikh dan masa caruman telah dibayar oleh orang yang berinsurans bekerja sendiri dan tamat pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tafsiran ini Tuan Yang di-Pertua, menetapkan bahawa tempoh perlindungan akan bermula pada tarikh dan masa caruman telah dijelaskan yang mana tempoh tersebut boleh meliputi sehingga 12 bulan. Seterusnya, “kumpulan wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah fasal 45 rang undang-undang ini. Tafsiran ini bertujuan menubuhkan kumpulan wang bagi mentadbir dan mengurus semua bayaran caruman atau lain-lain pendapatan berkaitan skim ini. Seterusnya, “perusahaan” ertinya termasuklah apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkilangan atau pekerjaan sendiri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Tafsiran ini menjelaskan bahawa perusahaan pekerjaan sendiri yang terpakai untuk dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja adalah perusahaan yang ditetapkan oleh Menteri dalam Jadual Pertama. Seterusnya, “penilai perubatan” ertinya orang yang dilantik di bawah peraturan untuk tujuan rang undang-undang ini. Tafsiran ini bertujuan memberi kuasa kepada pertubuhan untuk melantik penilai-penilai perubatan melalui peraturan-peraturan. Penilai
perubatan yang dilantik adalah pekhidmat PERKESO atau lantikan luar yang terdiri daripada pegawai perubatan kerajaan atau swasta untuk membuat keputusan berkaitan penentuan hilang upaya atau penyakit pekerjaan. “Orang berinsurans bekerja sendiri” ertinya mana-mana orang bekerja sendiri yang telah berdaftar dengan pertubuhan dan telah membayar caruman mengikut perusahaan yang rang undang-undang ini terpakai. “Bencana pekerjaan sendiri” ertinya apa-apa kecederaan diri kepada orang yang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaan sendirinya. Tafsiran ini menetapkan bahawa liputan perlindungan skim ini adalah berkait dengan kemalangan atau penyakit pekerjaan yang dijalankan oleh orang berinsurans bekerja sendiri dan bukannya kemalangan yang terbit daripada aktiviti peribadi.
Kedua, Bahagian II mengandungi fasal 4 hingga fasal 7 yang memperuntukkan perkara berkaitan pentadbiran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri oleh PERKESO di mana Lembaga PERKESO mempunyai kawalan dan arahan am dalam pentadbiran dan pelaksanaan Skim Bencana Kerja. Ketiga, Bahagian III mengandungi fasal 8 hingga fasal 9 berkaitan jawatankuasa-jawatankuasa yang memperincikan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, pelantikan keanggotaan, fungsi dan kuasa, tempoh jawatan, mesyuarat dan yang berkaitan dengannya. Bahagian IV mengandungi fasal 10 hingga fasal 14 yang memperuntukkan perkara berkaitan pelaksanaan, pendaftaran dan caruman kepada orang bekerja sendiri yang layak dilindungi untuk diinsuranskan. Perincian fasal 10 hingga fasal 14 RUU ini adalah: (i) penetapan pemakaian skim bagi orang bekerja sendiri dalam perusahaan atau aktiviti di dalam perusahaan tersebut melalui kuasa Menteri dengan pewartaan peraturan-peraturan spesifik kepada orang berinsurans bekerja sendiri seperti pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya yang menjalankan perusahaan seperti di Jadual Pertama; (ii) orang berinsurans bekerja sendiri dikehendaki mendaftar dengan pertubuhan dan akan dilindungi mulai daripada tarikh dan masa caruman dibayar secara prabayar atau prepaid, mereka yang mengikut pilihan bagi tempoh perlindungan atau coverage period yang ditetapkan. Mana-mana orang berinsurans bekerja sendiri yang gagal mendaftar dengan pertubuhan adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua- duanya sekali; (iii) bayaran caruman boleh dibayar kepada pertubuhan melalui ejen yang dilantik tertakluk kepada pengesahan pertubuhan atau dibayar terus kepada pertubuhan; dan (iv) pertubuhan boleh menetapkan sama ada sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang adalah tertakluk kepada maksud pekerjaan sendiri di bawah akta. Selain itu pertubuhan diberi kuasa untuk menolak tuntutan faedah jika bencana pekerjaan sendiri berlaku di luar liputan tempoh perlindungan atau tuntutan dibuat selepas 72 bulan daripada tarikh kemalangan berlaku atau penyakit pekerjaan dimaklumkan oleh pegawai perubatan. Bahagian V mengandungi fasal 15 hingga fasal 38 yang memperuntukkan tuntutan faedah atau kemudahan di bawah rang undang-undang ini. Manakala mana- mana tuntutan faedah atau kemudahan hendaklah dikemukakan kepada pertubuhan mengikut cara dan keterangan sokongan yang ditetapkan melalui peraturan. Faedah- faedah atau kemudahan yang diberi oleh orang berinsurans bekerja sendiri sekiranya
mengalami kemalangan atau penyakit pekerjaan semasa menjalankan pekerjaan sendiri adalah seperti berikut: (i) faedah hilang upaya sementara iaitu di bawah fasal 17; (ii) faedah hilang upaya kekal di bawah fasal 18; (iii) faedah orang tanggungan fasal 19; (iv) faedah pengurusan mayat di bawah fasal 20; (v) faedah elaun layanan sentiasa fasal 21; (vi) faedah perubatan fasal 22; (vii) kemudahan pemulihan fizikal dan vokasional atau dialisis di bawah fasal 24; (viii) kemudahan kembali bekerja atau return to work fasal 24; dan (ix) faedah pendidikan fasal 25. Tuan Yang di-Pertua, manakala lain-lain peruntukan utama dalam Bahagian V ini adalah di bawah fasal-fasal seperti berikut: Fasal 29 yang memperuntukkan bahawa bayaran faedah hilang upaya kekal atau hilang upaya langsung kekal boleh dibayar secara pukal bagi jumlah yang tertentu mengikut pilihan orang yang berinsurans bekerja sendiri dan bakinya sekiranya ada akan dibayar secara berkala pada setiap bulan sepanjang hayat. Fasal 35 memperuntukkan jika terdapat bayaran faedah kepada orang yang berinsurans bekerja sendiri yang telah meninggal dunia tetapi belum sempat menerima faedah tersebut maka faedah tersebut akan dibayar kepada orang tanggungan atau perwakilan sah kepada orang berinsurans bekerja sendiri tersebut; dan Fasal 38 menetapkan bahawa orang berinsurans bekerja sendiri atau orang tanggungan layak mendapat pencen ilat atau pencen penakat manakala mengikut mana yang berkenaan di samping faedah di bawah RUU ini jika kedua-dua faedah dan pencen tersebut disebabkan oleh hilang upaya yang sama bagi tempoh yang sama. Keenam, Bahagian VI mengandungi fasal 39 hingga fasal 44 adalah berkenaan keputusan semakan dan rayuan di mana antara perinciannya memperuntukkan utama adalah seperti berikut. Fasal 30 dan fasal 40 memperuntukkan kuasa untuk memutuskan persoalan hilang upaya atau penyakit pekerjaan akibat bencana kerja orang berinsurans bekerja sendiri yang menuntut faedah adalah dibuat oleh penilai perubatan yang akan memeriksa orang yang berinsurans bekerja sendiri ini berdasarkan keterangan sedia ada mengikut peraturan-peraturan dan mengemukakan laporan hasil pemeriksaan kepada pertubuhan untuk tindakan lanjut. Fasal 41 memberi kuasa pertubuhan untuk merujuk persoalan hilang upaya atau penyakit pekerjaan bagi maksud semakan kepada penilai perubatan sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri atau pertubuhan tidak berpuas hati dengan keputusan penilai perubatan mana-mana pihak boleh merayu pada jemaah doktor rayuan berkaitan isu berkenaan. Fasal 43 memperuntukkan kuasa bagi pertubuhan atau orang berinsurans bekerja sendiri untuk membuat permohonan bagi semakan semula keputusan yang dibuat oleh penilai perubatan atau jemaah doktor rayuan sekiranya terdapat keterangan baru yang tidak dikemukakan semasa penilai perubatan atau jemaah doktor rayuan membuat keputusannya. Fasal 44 memberi kuasa kepada pertubuhan untuk semakan semula faedah orang tanggungan sekiranya terdapat keterangan baru berkaitan orang tanggungan dan pertubuhan boleh sama ada meneruskan, menambah, mengurangkan atau menghentikan faedah orang tanggungan berdasarkan kepada keterangan yang terbaru tersebut. Tujuh, Bahagian VII mengandungi fasal 47 hingga fasal 57 berkenaan peruntukan kewangan di mana antara perincian peruntukan utama adalah seperti berikut. Fasal 44, fasal 45 hingga fasal 47 memperuntukkan bagi penubuhan kumpulan wang bagi penubuhan Kumpulan Wang Keselamatan Sosial pekerjaan sendiri yang ditadbir oleh pertubuhan. Semua pendapatan dari apa-apa kutipan bayaran seperti
caruman, pulangan pelaburan dan lain-lain lagi dimasukkan ke dalam kumpulan wang ini serta perbelanjaan, pembayaran faedah, kemudahan pentadbiran atau lain-lain lagi yang dibenarkan untuk digunakan daripada kumpulan wang. Fasal 49 memberi kuasa kumpulan wang digunakan untuk tujuan pelaburan sekiranya terdapat peruntukan yang tidak perlu dibelanjakan dengan segera setelah Menteri berunding dengan Menteri Kewangan berkaitan prosedur pelaburan yang berkenaan dengannya. Fasal 51 hingga fasal 55 memperuntukkan anggaran perbelanjaan, penyelenggaraan akaun dan rekod serta penyata akaun hendaklah dirujuk kepada Menteri bagi kelulusan untuk tahun kewangan berkenaan. Selain itu fasal 53 menyatakan akaun pertubuhan berkenaan kumpulan wang ini adalah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara. Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan laporan juruaudit serta pandangan kepada jabatan kerajaan atau Ketua Audit Negara.
Fasal 54 dan 55 menghendaki Lembaga menghantar kepada Menteri laporan tahunan dan aktiviti pertubuhan setiap tahun serta laporan tahunan dan akaun yang diaudit akan dibentangkan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. Fasal 57 memperuntukkan keadaan seseorang anggota atau pengkhidmat Pertubuhan boleh dikenakan tindakan surcaj oleh Lembaga sekiranya berlaku apa-apa kekurangan, kerugian atau nilai harta yang musnah akibat kegagalan anggota atau pengkhidmat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka seperti melalui potongan gaji. Bahagian VIII mengandungi fasal 58 hingga fasal 67 berkenaan Tribunal Keselamatan Sosial di mana antara perincian peruntukan utama adalah seperti berikut. Fasal 58 sehingga fasal 62 memperuntukkan penubuhan Tribunal Keselamatan Sosial, perkara yang boleh diputuskan, permulaan prosiding, tatacara prosiding dan kuasa Tribunal untuk mendengar apa-apa pertikaian atau rayuan yang dibangkitkan oleh pertubuhan atau orang berinsurans bekerja sendiri. Fasal 63 membenarkan orang berinsurans bekerja sendiri untuk hadir sama ada sendiri atau melalui pengamal undang-undang atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau yang dibenarkan oleh Tribunal bagi pihaknya untuk berhujah dan mengemukakan keterangan di hadapan Tribunal. Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan Tribunal, pihak yang berkenaan boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi di bawah fasal 66 dan apa-apa bayaran faedah akan dibuat selepas rayuan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Bahagian IX mengandungi fasal 68 hingga fasal 70 berkenaan penguatkuasaan dan penyiasatan. Fasal 68 dan fasal 69 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pemeriksa untuk menjalankan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan sebagaimana anggota polis yang diperuntukkan dalam kod tatacara jenayah Akta 593. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, Pemeriksa akan dibekalkan dengan kuasa mencukupi untuk menyiasat sebarang pelanggaran undang-undang dan menguatkuasakan pelaksanaannya mengikut rang undang-undang ini. Bahagian X mengandungi fasal 71 sehingga fasal 75 iaitu berkenaan kesalahan dan penalti yang antaranya adalah seperti berikut: Fasal 71 memperuntukkan kesalahan berkaitan memberi maklumat atau dokumen palsu atau tidak benar termasuk menandatangani apa-apa dokumen yang diperlukan di bawah rang undang-undang ini dan penalti bagi kesalahan ini jika disabitkan salah adalah dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak lebih RM10 ribu atau kedua-duanya sekali. Fasal 72 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah terhadap agen keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang telah didapati bersalah di bawah fasal 71 yang menyebabkan tiada bayaran caruman diterima oleh pertubuhan atau faedah diterima oleh orang berinsurans bekerja sendiri secara tidak betul dikehendaki membayar balik caruman atau faedah akibat perbuatan kesalahan tersebut. Fasal 74 dan fasal 75 memperuntukkan kuasa pendakwaan dan mengkompaun kesalahan di bawah RUU ini boleh dilaksanakan dengan syarat mendapat keizinan bertulis daripada pendakwa raya mengikut peraturan-peraturan jika berkaitan. Bahagian XI mengandungi fasal 76 hingga fasal 89 berkenaan perkara am antaranya seperti berikut:
Fasal 76 dan fasal 77 masing-masing memberi kuasa kepada Pertubuhan untuk melantik ejen bagi mengutip semula apa-apa tunggakan bayaran kepada Pertubuhan atau melantik juruaudit aktuari, penasihat teknikal bank, broker saham, juru perunding atau mana-mana orang untuk membantu Pertubuhan dalam melaksanakan fungsinya. Fasal 78 dan 79 memperuntukkan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pemeriksa, pengkhidmat atau anggota boleh dibayar emolumen atau berkaitan dengannya jika menjalankan tugas-tugas dan fungsi di bawah RUU ini melalui Kumpulan Wang dan dianggap sebagai pengkhidmat awam mengikut Kanun Keseksaan apabila melakukan tugas di bawah RUU ini. Fasal 80 memberi kuasa kepada Pertubuhan dengan kebenaran daripada Menteri dan Menteri Kewangan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 iaitu Akta 777 bagi melaksanakan apa-apa tindakan yang dibenarkan dan telah dirancang untuk dilaksanakan oleh Pertubuhan di bawah RUU ini. Fasal 81 memberi kuasa kepada Menteri untuk mewartakan melalui perintah tertakluk kepada terma dan syarat mengecualikan aktiviti pekerjaan sendiri atau orang bekerja sendiri daripada peruntukan RUU ini atau peraturan di bawahnya. Fasal 83 pula memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan- peraturan yang perlu bagi melaksanakan RUU ini termasuk bagi perkara-perkara yang telah disenaraikan seperti pelantikan Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, hal kewangan, prosedur tribunal, perkara berkaitan faedah termasuk pengiraan, penetapan kelayakan tafsiran, kelayakan orang tanggungan dan sebagainya. Menteri juga diberi kuasa untuk meminda Jadual melalui Perintah yang diwartakan. Fasal 85 memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengesyorkan kepada Menteri bagi mengubah apa-apa nilai faedah tunai akibat daripada perubahan kos sara hidup yang mengambil kira kajian aktuari dan Dasar Keselamatan Sosial kerajaan. Fasal 87 memberi kuasa kepada Pertubuhan untuk berurusan dengan orang berinsurans bekerja sendiri atau pihak-pihak yang berkaitan melalui medium elektronik termasuklah perkhidmatan pembayaran caruman dan penyerahan dokumen bagi tuntutan dan kemudahan faedah. Fasal 89 memperuntukkan kuasa kepada Pertubuhan untuk menganjurkan langkah atau bekerjasama dengan mana-mana institusi bagi memperbaiki kesihatan, keselamatan pekerjaan, kebajikan dan pemulihan orang berinsurans bekerja sendiri. Ini termasuklah menyediakan anggota badan palsu dan alat-alat termasuk peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga mempunyai dua Jadual iaitu seperti berikut; Jadual Pertama memperuntukkan tafsiran Perusahaan yang mana rang undang-undang ini adalah terpakai iaitu perkhidmatan membawa penumpang sama ada menggunakan kenderaan pengangkutan awam atau kenderaan bermotor sama ada yang dipunyai oleh orang tersebut atau tidak termasuk kenderaan yang disewa atau yang berbayar. Walau bagaimanapun, ia tidak meliputi pemandu yang diambil bekerja sebagai pengkhidmat domestik.
Jadual Kedua memperuntukkan kadar caruman, faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan yang akan terpakai pada orang-orang kepada mana-mana orang berinsurans, bekerja sendiri di bawah Rang Undang-undang ini. Tuan Yang di- Pertua, sebagai kesimpulan, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 adalah perlu bagi memastikan perlindungan jaringan keselamatan sosial dapat diperluaskan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dapat diperluaskan kepada setiap lapisan rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang bekerja sendiri dan mencari nafkah dalam sektor informal. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga bertujuan memastikan perlindungan keselamatan sosial pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya diliputi selaras dengan
perkembangan terkini sosial ekonomi negara. Di samping hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan dan meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ya, ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta bagi mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi orang bekerja sendiri dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Bekas presiden. Sila Yang Berhormat Kuala Langat. Cuma Yang Berhormat, nampak saja di sebelah kiri saya sahaja, yang sebelah kanan ada yang minat? [Disampuk] Tidak ada yang minat? Saya hendak dapat kepastian berapa orang, 4, 6, 7. Jadi 10 minit satu orang.
Berapa minit, 20 minit?
10 minit.
Ingat 20 minit.
Ya, 5.30 petang hingga 6.30 petang. Pukul 6.40 petang, Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ingat tidak minat. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan, walaupun semalam kita terima butiran yang telah pun diletakkan di atas meja kita, namun dalam pengalaman saya dalam membentuk satu kebajikan atau faedah-faedah kepada pekerja ini. Melihat daripada pembentangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya melihat tidak jauh lari daripada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Definisi rang undang-undang ini adalah satu perkara yang saya lihat menjurus kepada khusus mereka-mereka yang menjadi pemandu teksi dan juga e-Healing yang rata-ratanya adalah dari petikan daripada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Namun yang jelas, seperti mana yang pengalaman berlalu ketika saya menjadi panel mahkamah SOCSO saya mendapati bahawa keperluan itu wajib ada dan saya mengucapkan sekalung tahniah kerana kementerian kerana berani membuat cadangan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang telah pun direncanakan 3 tahun yang lalu kalau tidak silap saya. Namun saya melihat daripada masa depan tabungan dan juga Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 ini ke mana arahnya. Melihat daripada yang ada pada waktu ini, pihak pekerja hanya menyumbang 0.5 peratus daripada gaji pokok yang mereka contribute kan atau carumkan dan majikan 1.75 peratus dan juga kiraan saya ini sudah tidak menepati apa yang disasarkan. Saya akui bahawa ‘ketidakadaan’ majikan itu tidak boleh menyumbang kepada penambahan tabungan yang dan dilihat sebagai permulaan dalam ‘kerangkakan’ ataupun perlahan akan berlaku. Dalam keadaan sekarang ini pun tabungan SOCSO yang telah dimaklumkan dalam sekitar RM24.6 bilion dan itu pun kita meyakini bahawa kesusutan itu akan berlaku. Bila berlakunya susut itu akan dilihat bagaimana untuk kita penambahbaikan dalam segi untuk memastikan tabungan itu tidak menyusut seperti mana yang dilihat daripada pemberian-pemberian pelaburan yang tidak menentu dari berisiko tinggi yang akan memberikan kesan kepada tabung itu sendiri.
Saya melihat bahawa proses itu yang agak perlahan ini akan memberikan isyarat bahawa kerajaan pun harus berperanan untuk menyumbang kepada tabungan ini untuk dilaksanakan. Peranan SOCSO itu sendiri akan memberikan kesan penambahan beban kerja yang dilihat terpaksa menambahkan daripada manpower ataupun anggota- anggotanya untuk melengkapkan tabungan ini, tidak dicacatkan tanpa ada anggota- anggota ataupun manpower, dengan izin. Ini akan memberi kesan kepada kelewatan ataupun urus tata kelola dalam memastikan bahawa pelancaran itu tidak tergugat atau terganggu. Jadi pada itu saya ingin mengambil peluang juga dalam proses kita juga hendak memperkasakan SOCSO ini, menambah lagi deskripsi kerja mereka dan akan diberi peranan satu lagi daripada skim insurans pekerja yang akan dilaksanakan. Ini juga menambahkan lagi satu deskripsi yang ditekankan untuk jabatan SOCSO ini berperanan untuk memastikan bahawa tidak ada kelompangan ataupun kecacatan dalam melaksanakan tugas dan peranan mereka dalam bentuk tata kelola yang melancarkan segala penelitian dan akta ini akan diberi kesan untuk melaksanakan tanpa terganggu gugat atas urus tadbir. Saya juga ingin meninggung atas definisi orang tanggungan walaupun satu hari saya baca tapi saya boleh nilai daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi sahabat saya dan saya melihat bahawa orang tanggungan kalau dilebar luaskan dalam maksud interpretasi di bawah seksyen 102 Akta Kerja 1955 itu merangkumi mereka- mereka yang dilayakkan untuk mendapatkan hak mereka ini sebagai orang di bawah tanggungan. Saya ingin juga menyarankan dalam segi bentuk penyakit pekerjaan di lebar luaskan. Saya akui bahawa pemandu teksi ini didedahkan dengan berbagai risiko dan kita akui bahawa pemandu teksi ini dalam keadaan mereka keseorangan yang terpaksa dinilai daripada protection faedah-faedah yang diperlukan dalam SOCSO itu dirangkaikan kepada pekerjaan sendiri ini yang membolehkan mereka juga bekerja dalam keadaan meyakinkan. Ini memberikan kesan kerana dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 memberi protection yang meluas dan ini juga akan memberikan satu isyarat bahawa pemandu-pemandu teksi yang bekerja sebagai pemandu sendirian ini juga mesti juga dirangkumi daripada keseluruhan entitlement ataupun hak-hak yang terdapat dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan atas kelayakan pencarum juga harus dinilai, ditambahbaikkan. Ini kerana di waktu tugas itu Tuan Yang di-Pertua, mereka terdedah dengan kepelbagaian penyakit dan ini juga membolehkan mereka dimanfaatkan faedah- faedahnya. Sebagai contoh, membawa pemandu yang ada penyakit yang berjangkit dan mereka juga terpalit dan ini juga akan memberikan kesan tambahan kepada risiko yang dihadapi oleh pemandu-pemandu teksi ini. Ini perlu dilebar luaskan atas hak kelayakan pencarum dan seterusnya syarat- syarat wajib dilihat dari pengetahuan pencarum berkenaan berkelayakan dan hak mereka juga perlu diberikan perhatian dan diberikan kesaksamaan. Saya ingin membuat perbandingan bahawa Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 itu yang diambil. Saya nampak begitu. Sebagai orang yang sedikit ada berpengalaman, saya melihat ini tidak lari daripada faedah-faedah yang terdapat dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja itu sendiri. Saya menyarankan dalam pandangan peribadi supaya penambahan di atas beberapa faedah itu boleh dibuat dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua yang telah pun diberikan peruntukan oleh kementerian.
Saya juga ingin menyarankan bahawa dalam fasal 49(1), kuasa untuk melabur itu, kementerian, saya ingin merayu supaya peristiwa yang lalu tidak berulang. Tabung ini untuk pekerja dan fokuslah pelaburan yang tidak berisiko. Jangan ratusan juta diambil, pelaburan dilakukan, tabungan akan menyusut dan ini akan menguncupkan tabung itu sendiri yang terpaksa ditanggung beban oleh pekerja. Ini tidak boleh berlaku. Saya tidak dapat lagi laporan yang diambil daripada pelaburan sebanyak RM800 juta itu adakah benar ia telah dilaburkan di 1MDB dan tidak dipulangkan balik pinjaman itu. Saya menuntut penjelasan dan ini adalah tuntutan pekerja, yang mainly ataupun berkiblat kepada pekerja dan tidak kepada yang lain. Akhir sekali, saya ingin menyinggung Jadual Kedua yang saya lihat bahawa kelayakan pendapatan bulanan yang diinsuranskan RM1,050 ialah RM13.10 hingga kepada RM3,950 yang berjumlah RM49.40. Itu adalah pencarum bulanan. Saya melihat bahawa atas kategori-kategori kelayakan ini akan membolehkan juga akta ini berkembang untuk difaedahkan kepada mereka yang berminat untuk memikirkan masa depan.
Satu ayat yang boleh saya luahkan, daripada tidak ada, mulianya ada. Daripada ada, baik yang terbaik. Sesungguhnya, akta ini dinanti sebegitu lama oleh mereka yang faham tentang faedah-faedah kemalangan yang dihadapi oleh pekerja. Sekalung tahniah kementerian. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Klang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bangkitkan dua isu berkait dengan Rang Undang- undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Satu, berkait dengan proses yang digunakan oleh kerajaan untuk membahas isu ini. Saya sebenarnya adalah salah seorang Ahli Parlimen yang selalu bangkit isu berkait dengan social security untuk pemandu teksi sebab di Klang kita ada banyak orang ada teksi dan saya telah berjumpa dengan mereka. Juga kita ada protes di SPAD apabila mereka ada masalah dengan Uber, GrabCar dan sebagainya. Saya bangkit isu ini, Tuan Yang di-Pertua, sebab ini adalah satu rang undang- undang yang dikatakan akan memberi kelebihan kepada pekerja-pekerja teksi. Akan tetapi, saya fikir kerajaan tidak mengambil proses ini serius sebab kita terima rang undang-undang ini pada tengah hari semalam. Kita di Parlimen sampai tengah malam iaitu pukul 12.35 tengah malam. Sekarang kita terpaksa membahaskan isu ini seperti kita telah baca dan teliti dengan secara mendalam. Sebenarnya, walaupun saya minat dalam isu ini, saya faham isu ini, tetapi saya pun tidak dapat masa untuk baca, perhalusi dan beri pandangan yang bernas kepada kementerian. So, saya fikir ini not fair. Kalau ini merupakan satu pindaan, saya faham sebab ada original text, so kita boleh tengok dengan cepat, kita boleh faham. Akan tetapi, this is a new agreement. Walaupun it follows SOSCO punya structure dan sebagainya tetapi it is a new bill. Kalau new bill, kerajaan mesti memberi penghormatan kepada Parlimen dan berikan kita sekurang-kurangnya empat lima hari untuk bahas, untuk baca dan bahas. So, saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya tarik balik. Tarik balik rang undang-undang ini dan beri masa kepada Ahli Parlimen untuk meneliti, bincang dengan pemandu-pemandu teksi, persatuan-persatuan teksi dan juga ada kumpulan berkepentingan supaya dapat memberi pandangan yang bernas dan juga bagus kepada pihak kementerian. Satu isu yang saya hendak bangkit, saya katakan consultation tidak ada. Saya fikir kerajaan mesti menjawab soalan ini. Ini berkait dengan mandatory payment. Sekarang kerajaan kata semua pekerja teksi mesti bayar. No way out, mandatory. Akan tetapi, sekarang masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja teksi adalah serius di mana pendapatan mereka oleh kerana persaingan Uber dan GrabCar, pendapatan mereka telah kurang daripada 50 peratus hingga 70 peratus. It’s very serious. So, you call it mandatory, how are they going to pay? Banyak orang telah keluar daripada menjadi pemandu teksi, kerja di lain-lain perusahaan, kerja-kerja lain sebab teksi is no longer profitable, no longer able to support the family. Saya telah adakan banyak perundingan dengan persatuan-persatuan teksi. Bukan satu, dua, Tuan Yang di-Pertua. Lebih kurang lima, enam daripada Wilayah Persekutuan dan juga daripada negeri Selangor. Kita ada protes depan SPAD apabila persaingan antara Uber dengan teksi terlalu teruk. Apakah masalah yang mereka bangkitkan? Masalah yang mereka bangkit adalah pendapatan mereka telah kurang. Kurang bukan 10 peratus tapi 50 hingga 70 peratus daripada pendapatan telah jatuh. So, sekarang kita katakan it is mandatory that you have to pay. So, what the social security mean? Social security maksudnya memberi perlindungan kepada orang yang vulnerable. Ini adalah tugas kerajaan. Dan juga ILO juga jelas mengatakan the government has a role to protect the interest especially a vulnerable groups. Ini mandatori. How can you penalize the only penalize groups that is now suffering from a loss of income? So cadangan saya, Yang Berhormat Menteri, ialah bahawa kerajaan mengambil satu sikap bahawa sesiapa yang mendapat gaji atau pendapatan RM2,000 dan ke bawah, tidak dikenakan mandatori caruman. This will go a long way to address the problem of penyakit, accident dan juga mana-mana masalah lain yang dihadapi oleh existing taxi drives.
Sekarang jelas bahawa semua orang bayar. Akan tetapi oleh kerana pendapatan telah kurang, so the government can extend it’s goodwill by saying those who earn less than RM2,000 do not have to pay, government will pay on their behalf. The government will pay on their behalf. This is what social security is supposed to do. And this shows government’s commitment to the most vulnerable groups that are facing competition in the country. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, Tuan Yang di-Pertua, bahawa rang undang-undang ini pada pandangan saya harus ditarik balik sebab we are only given 24 hours untuk bincang satu rang undang-undang baru dan yang penting untuk satu masyarakat yang menghadapi banyak masalah. So therefore, is not fair. Saya balik pukul 1.30 pagi selepas selesai Parlimen. Saya tengok, pagi ini pun saya tengok tetapi is not enough because I need to consult. Siapa yang saya hendak consult? Persatuan teksi. Saya tiada masa. Pemandu teksi tidak ada masa untuk consult dengan mereka. Ini kerana they are the beneficiaries. So, therefore, if the beneficiaries are not consulted, how realistic is this? There is a bind for this program. So, saya cadang sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri supaya tarik balik dan juga kerajaan harus mengambil satu sikap yang terbuka dan memahami bahawa taxi drivers sekarang di Malaysia adalah satu vulnerable groups. Satu vulnerable group yang perlu pertolongan. Kerajaan mesti mengatakan kepada mereka, “Okay, it is mandatory but we will pay your caruman”. That will be fantastic. That is what social security is supposed to mean and not pass the burden of social security kepada orang yang telah ditindas di mana pendapatan mereka telah kurang. This is not social security. [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang yang baru ini yang diperkenalkan kepada kita. Mungkin kepada mereka yang terlibat dengan trade union, mungkin sudah agak biasa dengan perbahasan mengenai cadangan self-employment social security ini. Akan tetapi bagi kita di Parlimen ini, ini merupakan kali yang pertama kita melihatnya dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi, Tuan Yang di-Pertua, kita memang bersetuju supaya suatu bentuk perlindungan sosial diberikan kepada orang yang bekerja sendiri kerana bukan semua orang berupaya dan dapat peluang untuk bekerja di sektor awam ataupun sektor swasta. Bagi industri-industri atau perusahaan yang melibatkan self-employment ini, saya rasa ini adalah satu langkah yang baik.
Cumanya buat permulaan ini kelihatannya satu industri sahaja, satu perusahaan sahaja iaitu pemandu teksi. Satu permulaan yang baik dan ada klausa yang memberikan ruang kepada Menteri untuk membuat arahan ataupun menambah perusahaan- perusahaan yang lain yang dari semasa ke semasa yang boleh dimanfaatkan oleh para pekerja kita. Di samping itu, kita juga lihat di dalam klausa-klausa yang tertentu, Menteri juga boleh delete ataupun mengeluarkan mana-mana perusahaan daripada senarai jadual satu di dalam akta ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tidak bersetuju penyertaan di dalam skim ini diwajibkan. Sepatutnya ia suatu yang sukarela ataupun voluntary dan ini dapat memberikan ruang kepada mereka yang mungkin ada insurans masing-masing. Yang sudah ada insurans, yang membayar caruman insurans mereka daripada terpaksa mencarum di sini. Ertinya ada dua caruman. Mungkin mereka sudah ada. Jadi, kalau diwajibkan, ertinya mereka terpaksa membayar di sini. Walaupun bagi kita, jumlahnya antara RM13 hingga hampir RM50 ini tidak besar tetapi bagi pemandu teksi ini yang sudah ada komitmen yang lain, mungkin ia merupakan satu jumlah yang perlu diambil kira seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi. Saya amat bersetuju dengan cadangan beliau supaya kerajaan melihat kalau pekerja ini berpendapatan kurang daripada RM2,000, kerajaan harus melihat di sinilah peranan social security. Kalau kita tengok dalam jadual ini kalau lebih kurang RM2,000, sumbangannya adalah RM25. Kita boleh kira berapa pemandu teksi yang ada dalam negara kita. [Disampuk] 70,000. Jadi, kita boleh darabkan dengan jumlah yang mungkin berpendapatan di bawah RM2,000 ini berapa percent. Mungkin less than half daripada semua pemandu teksi. Jadi,
sebenarnya saya yakin kerajaan berupaya memberikan bantuan. Saya yakin kalau ini berlaku, maka industri teksi ini akan berkembang dengan baik. Satu lagi saya ingin tanya, agen-agen kutipan nanti adakah sama dengan agen kutipan SOCSO ataupun kerajaan sudah melihat bahawa dalam era komputer, era komunikasi yang canggih ini, kita memikirkan di luar kotak supaya memudahkan lagi kalau mereka yang menyertai itu dapat menyumbangkan caruman mereka dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, kalau tidak mampu, maka agen-agen ini saya harap dapat melaksanakan kerja mereka dengan amanah. Saya lihat juga bagi mereka yang mendapat pampasan akibat daripada penyakit ataupun kecederaan yang berkaitan dengan kerja mereka, perkiraan telah dibuat di sini. Di dalam akta ini ada ditunjukkan contohnya. Perkiraan untuk bayaran harian Yang Berhormat Menteri, dikira sebagai satu per 30 daripada pendapatan bulanannya. Itu dikira sebagai harian. Betullah dalam sebulan ada 30 hari. Jadi, pampasan hariannya ialah satu per 30. Apakah kita menganggap pemandu teksi ini membawa kereta 30 hari dalam sebulan? Apakah kita tidak menjangkakan bahawa sebahagian daripada mereka juga mengambil hari-hari off mereka pada hujung-hujung minggu seperti kakitangan yang lain di swasta ataupun kerajaan. Mereka bekerja 20 ataupun 22 hari. Jadi, apakah tidak patut kita menganggap bahawa bayaran harian mereka itu adalah satu per 20 ataupun satu per 22 daripada jumlah pendapatan bulanan yang direkodkan. Ertinya, lebih sedikit. Kalau satu per 30 ini, seolah-olah memang kita menganggap pemandu teksi ini wajar bekerja setiap hari dalam sebulan. Saya rasa ini agak kurang baik. Saya hendak bertanya juga, bolehkah kerana pekerjaan pemandu teksi sekarang ini sudah mendapat saingan daripada pihak-pihak UBER, GrabCar dan sebagainya, jadi bagaimana mereka hendak mengeluarkan diri mereka daripada skim ini apabila mereka menarik diri daripada menjadi pemandu. Bagaimana pula kalau dalam tiga empat bulan lagi mereka mengambil keputusan untuk memandu semula atau apa caranya atau dibenarkan pada mereka untuk melakukan sedemikian. Jadi, notis berapa lama yang perlu dikeluarkan oleh pemandu ini untuk memaklumkan bahawa mereka sudah tidak lagi terlibat di dalam industri ini dan berhajat untuk memberhentikan sumbangan. Dalam keadaan yang begini, saya ingin bertanya dan juga dalam keadaan mereka ini tidak sakit, tidak mengalami kemalangan berkaitan dengan pekerjaan mereka. Oleh sebab pemberhentian mereka ini saya rasa lebih cepat daripada pekerjaan-pekerjaan lain di swasta ataupun kerajaan. Adakah satu non claim bonus diberikan kepada pencarum-pencarum ini? Kalau mereka berhenti mencarum setelah tidak mampu lagi ataupun tidak berminat lagi, bolehkah mereka mendapat satu bonus kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang mereka mencarum di dalam skim ini? Ini boleh memberikan satu insentif kepada mereka ataupun bantuan bila mereka meninggalkan kerjaya ini. Kalaulah dalam senarai satu itu, jenis-jenis industrinya ada yang lain, mungkin mereka boleh menyambung di pekerjaan-pekerjaan yang lain tetapi setakat ini hanya ada satu sahaja pekerjaan. Selain daripada itu, saya rasa langkah mewajibkan mereka ini, terutamanya mereka yang melaporkan pendapatan RM3,950, saya rasa mereka ini rasanya layak dikenakan cukai pendapatan ya? RM3,950. Dekat RM4,000 ini saya rasa layak. Jadi, mungkin ini satu cara kerajaan mendapatkan senarai mereka yang perlu mendaftar dengan LHDN. Saya harap ini tidak benar kerana saya rasa tujuannya adalah betul-betul untuk memberikan bantuan kepada pekerja-pekerja ini. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya merasa skim ini cukup baik dan sepatutnya difikirkan dalam pengenalan program ini pada hari ini beberapa sektor lain, kerja-kerja sendiri yang boleh contohnya orang yang bekerja memasang paip misalnya, persendirian yang tidak ada syarikat ataupun sebarang kerja-kerja lain yang tentunya telah diperjuangkan oleh pihak-pihak trade union untuk dimasukkan dalam skim self-employment ini. Jadi...
Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan?
Sila.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Dato’ Sri Speaker. Amin. Persoalan saya adalah berkaitan dengan sektor yang telah dikenal pasti untuk dimasukkan dalam akta ini iaitu pemandu teksi dan sebagainya. Apakah pendekatan kerajaan dan mengapa pilih pemandu teksi ini dan mengapa tidak pilih sektor-sektor lain? Itu yang pertama. Kedua, apakah perancangan kerajaan dalam masa terdekat? Bila dan bagaimana untuk menerapkan sektor-sektor yang lain untuk
mengambil bahagian dalam akta ini dan memperoleh all the benefit, with due respect, under this particular act. Terima kasih.
Ya, walaupun jawapannya hanya yang paling tuntas perlu datang daripada Yang Berhormat Menteri tetapi pemandu teksi ini agaknya mudah di regularize kerana mereka boleh dikesan dengan permit-permitnya. Akan tetapi mungkin masanya agak tidak sesuai kerana pada ketika ini pemandu teksi sedang menghadapi saingan yang hebat. Sedang menghadapi saingan yang hebat.
Ramai yang keluar, kalau kita tengok di sesetengah tempat di bandar Kuala Lumpur ini, berlonggok di sebelah Wangsa Maju sana, kereta-kereta teksi ini dilonggokkan di tepi jalan, banyak tidak ada pemandu, jadi ramai pemandu yang
Yang Berhormat Kuala Krai, masa dah habis ya Yang Berhormat.
Lebih ramai lagi pemandu teksi yang berhenti, jadi Tuan Yang di-Pertua pandangan saya. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang, tadi tidak bangun. Sila. Walaupun 10 minit untuk memulakan ramai, ringkas-ringkas pun saya lebih mengalu-alukan. Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya turut serta untuk membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial ini. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dengan persetujuannya dan juga Ahli Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan mewujudkan skim ini bagi kemudahan pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya di bawah skim SOCSO. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mencadangkan beberapa perkara dan juga mendapat maklum balas daripada beberapa kumpulan di luar sana, iaitu penekanan kalau dilihat kepada perubahan ini adalah untuk pemandu teksi dan juga kepada mereka- mereka yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya termasuk kepada pemandu kereta sewa, GrabCar dan Uber. Tetapi tidak dinyatakan dengan jelas kalau direfer kepada, dengan izin kepada Jadual Pertama iaitu dirujuk kepada Jadual Pertama Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang, menggunakan kenderaan atau perkhidmatan awam atau kenderaan motor. Bermakna ini pastinya merangkumi semua pemandu lori yang bekerja secara persendirian, secara sendiri, pemandu bas sekolah ataupun van sekolah. Persoalannya ramai juga yang bertanya kenapa tidak dirangkumkan sekali seperti mereka-mereka kaum nelayan yang juga kerjanya agak merbahaya dan bekerja sendiri. Ada yang kurang faham mungkin, dengan ini Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan supaya di luar sana mereka lebih memahami. Saya juga ingin menyentuh soal faedah perubatan, di mana jika mereka ini mendapat kecederaan melebihi empat hari, pihak SOCSO akan membayar faedah hilang upaya sementara dan kemudiannya di selang beberapa hari akan terus membayar. Yang menjadi perbalahan di kalangan pekerja-pekerja ialah kita kebiasaannya majikan yang agak berkira bila pekerja telah mendapat bayaran daripada SOCSO, pihak majikan tidak akan membayar gaji pekerja bagi tempoh berkenaan. Mungkin sudah sampai masa juga untuk kebaikan pekerja, perkara ini boleh dilihat sebagai satu penambah baikkan diubah akta ini supaya jika SOCSO bayar itu adalah kerana satu caruman kepada insurans dan pihak majikan terus membayar gaji pekerja sebagai satu lebihan. Ini kerana walau apa pun keadaan, pekerja tidak akan mendapat bayaran 100 peratus daripada gaji mereka, ia sekitar 90 peratus. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang satu perkara lagi, iaitu tentang kemudahan pemulihan jasmani dan juga yang ada berkait rapat dengan faedah hilang upaya kekal. Dalam banyak keadaan ada mereka juga yang sudah memohon untuk mendapat faedah hilang upaya kekal, tetapi tidak dapat dibuat bayaran kerana jemaah doktor merasakan mereka ini tidak layak. Saya suka untuk dengan penambah baikkan yang dilaksanakan ini, tentunya ia akan memberi ruang kepada pekerja-pekerja yang di luar sana, mereka tidak mendapat faedah ini. Akan tetapi dengan pindaan ini
akan memberi ruang kepada mereka untuk menikmati faedah yang diberikan sebagai faedah hilang upaya kekal walaupun jemaah doktor telah menolak kes-kes mereka. Ini kerana kes ini di tempat saya sendiri Yang Berhormat Menteri, ada dua di mana mereka ini slipped disk. Walaupun daripada pihak SOCSO mencadangkan supaya mereka pergi kepada pemulihan jasmani, tetapi saya sendiri pergi melihat memang mereka ini tidak boleh bekerja, walaupun pihak SOCSO berulang kali mengatakan mereka boleh slipped disk dipulihkan dengan mengikuti program Return to Work. Jadi mungkin ini dengan pindaan ini, dengan mengadakan di mana jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh datang untuk membuat tuntutan yang baru adalah sangat baik. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan di sini, tentang pemandu teksi ini, mengapakah tidak kita laksanakan sebagaimana yang dilaksanakan oleh pihak KWSP di mana pekerja-pekerja persendirian boleh mencarum jika mereka mahu. Mengapakah di kalangan pemandu teksi ini kita menjadikan satu ketetapan, kerana mereka juga mempunyai insurans seperti yang dikatakan oleh beberapa orang rakan kita. Kita perlu adakan suatu penjelasan yang sangat jelas, mengapa mereka buat perbandingan dengan KWSP, mereka perlu dimestikan untuk mencarum dalam kes-kes ini. Dalam kebanyakan hal juga, kita juga memohon pihak kementerian untuk melihat kepada pemandu-pemandu lain dimaksudkan dalam kategori ini dengan jelas, kerana bukan semua orang akan melihat kepada Jadual Pertama seperti yang ada dalam Rang Undang-undang Keselamatan Pekerjaan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Itu yang perkara penting yang ingin saya sampaikan di sini dan saya menyokong pindaan ini dan rang undang-undang ini. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Kelana Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini merupakan rang undang-undang yang konsep dia baru, tetapi pada pokoknya adalah misguided dan philosophy dia salah. Saya setuju kita perlu tolong pekerja sendirian. Pekerja sendiri, maknanya sole proprietor ini kebanyakannya miskin. Kita perlu memberi satu social safety net. Akan tetapi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Kuala Krai itu betul. It cannot be mandatory. Sekiranya kita dipaksa untuk membuat caruman, kerajaan sepatutnya membuat satu contribution juga. Di dalam EPF biasa, KWSP, employer carum, the employee juga carum. Di sini structure dia tidak ada caruman daripada employer sebab employer itu adalah employee sendiri. Maknanya kerajaan kena step up, kalau betul-betul hendak tolong orang miskin, pemandu teksi kita, pemandu Uber dan juga pemandu GrabCar, kalau betul kata hendak tolong, kerajaan kena masuk caruman kepada caruman pekerja sendiri. Dari segi falsafah juga apabila dia mandatori, kalau pemandu teksi itu adalah sole proprietor, kalau dia pandu Uber dia boleh dapat RM5,000 sebulan, RM4,000 sebulan. Kalau dia pandu teksi biasa sebab kena bayar kepada orang-orang ketua dia, Tan Sri - Tan Sri, Dato’ Seri yang banyak lesen teksi ini, kena sewa ini, dia dapat dua ribu lebih. Itu kita tahu. Akan tetapi kalau dia dapat RM4,000 sebulan, dia hendak beli insurans, dia beli insurans lah. Kenapa dipaksa untuk masuk caruman? It is against the government’s own principle of free market. You are going to destroy the insurance market for this group. Kita tahu bahawa rang undang-undang ini adalah satu yang kita boleh kata, saya hendak kata trojan horse lah. Matlamatnya lebih besar, sekarang Jadual Satu industri cuma untuk pemandu teksi dan juga Uber dan GrabCar. Lain hari yang jual nasi lemak kena, yang buat tuisyen kena. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah dasar kita check sama ada orang ini pandu teksi atau tidak, sama ada kita lihat rekod lesen dia, jadi selepas itu kita paksa dia masuk caruman. Dari segi Uber dan GrabCar, are you going to force Uber and GrabCar to tell you who are these drivers to make it mandatory. Apabila Menteri akan expand perkara ini kepada penjual nasi lemak, are you going through the ROS, ROC, registrar of company untuk mencari sole proprietor semua itu.
Jadi soalan penting saya, kita pasti bahawa perkara ini akan di-expand. Saya hendak tahu, apakah ramalan kerajaan? Berapakah dana yang dia boleh ambil? Berapakah caruman yang bakal diambil oleh kerajaan daripada orang-orang yang termiskin di Malaysia? Are you going to raise RM5 billion from them? Are you going to
squeeze another RM10 billion? Itu isu yang penting. Saya pasti kerajaan mesti ada ramalan ekonomi dia, ya. Sudah berapa hari kita debat, tiap-tiap kali saya tanya tentang implikasi financial, tiada cerita. Saya harap kawan baik saya, Menteri ini Menteri yang baik sekali. Dia boleh bagi satu positive answer. Give me an estimation how much money you want to raise? Dengan izin. Bagi saya isu ini menimbulkan beberapa masalah lain tentang EPF. Adakah group baru ini, bekerja sendiri, adakah dia di-group-kan bersama dengan orang-orang yang sudah bayar EPF? Are you putting them into one group or separate group? Kalau kita masukkan group baru ini bekerja sendiri bersamaan dengan EPF contributor yang 20 tahun atau 30 tahun dahulu, adakah dividen yang sama akan dibayarkan kepada mereka? It’s not fair Menteri. Kita kena peka pada isu ini. Kalau dia pencarum baru, kategori baru kenapakah mereka boleh dapat dividen yang sama dengan pencarum 20 tahun atau 30 tahun? Adakah falsafah investment committee untuk EPF ini sama dengan untuk bekerja sendiri? All these questions need to be answered. Bagi saya, kita lihat keadaan ekonomi, kita lihat fiskal kerajaan sekarang memang teruk. Oleh sebab itu semua Menteri kena potong dia punya fiscal allocations. Adakah ini satu scheme untuk raise another few billion dollars to top-up your fiscal problem? Itu soal pokok dia. Kalau hari ini kita lulus, esok industri itu jadual satu expand ke sepuluh lagi industry. Itu isu dia. Are you taking this money to buy more government bonds? Beli sukuk lagi supaya Perdana Menteri boleh pakai, boleh guna duit ini bayar apa-apa hutang dia. Itu isu dia. Jadi kita jangan –saya hendak rekodkan di Dewan ini bahawa kita memang prihatin hendak tolong orang. Akan tetapi jangan guna alasan mahu tolong orang dengan scheme ini yang nampaknya jelas hendak tolong kerajaan punya fiscal crisis. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Sungai Siput. Selepas Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kluang selepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Menteri menjawab. Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tafsiran saya berlainan sedikitlah ya. Apabila kita tengok di Malaysia kita ada 14 juta orang yang ada dalam labor market. Pada setakat ini 6.5 juta orang dilindungi oleh PERKESO. Medical workers and mereka telah dilindungi oleh PERKESO. Manakala lagi 1.5 juta orang adalah kakitangan kerajaan. Untuk kumpulan ini lapan million ini jika mereka jatuh sakit, jika mereka ada kemalangan, jika mereka ada apa-apa yang berlaku dan mereka tidak boleh bekerja mereka ada social protection daripada kerajaan ataupun daripada PERKESO. Jadi tinggal enam juta orang yang tidak di lindungi oleh PERKESO ataupun oleh kerajaan. Okey, seramai enam juta orang ini mungkin tiga juta orang merupakan orang yang profesional, ada businessman dan mungkin boleh beli insurans sendiri. Akan tetapi, tertinggal lagi tiga juta orang lagi. Bukan sahaja pemandu teksi tetapi peniaga kecil, penoreh getah di ladang-ladang (rubber tappers), nelayan, pekerja kontrak. Manakala tiga juta orang lagi yang self-employed. Mereka tidak ada majikan. Mereka tidak ada bayaran PERKESO, mereka tidak ada pension daripada kerajaan. Jika mereka jatuh sakit, jika mereka kena lumpuh umpamanya, tiada apa-apa. Mereka bergantung kepada keluarga mereka dan kebiasaannya keluarga mereka pun miskin. Jadi saya rasa langkah untuk kita memperluaskan perlindungan sosial macam PERKESO ini, ada satu yang kita harus alu-alukan. Ini perlu. Mungkin sekarang kita mula dengan orang teksi, selepas ini kita haraplah selepas ini bila fund ini besar sikit, kita boleh besarkan lagi kepada peniaga kecil, penoreh getah, nelayan dan kepada pekerja kontrak. Saya ingat ini memang sesuatu yang harus dibuat. So, saya hendak katakan syabas kepada kerajaan dan terima kasih. Ini sesuatu yang perlu kerana kita tidak boleh yakin kita tidak akan kena sakit. Sesiapa pun boleh kena sakit. Adalah tanggungjawab satu masyarakat yang prihatin untuk memastikan sesiapa yang kena sakit ini ada perlindungan. There is protection for them. So inilah yang saya rasa, it’s a good step. Akan tetapi, ada beberapa faktor yang saya hendak bawakan, yang pertama di dalam registration 11(4) sesiapa yang contravene, yang tidak bayar, taxi driver yang tidak
bayar is liable to a fine RM10,000 and imprisonment... Saya ingin terlebih sedikit. Kita ingin membantu mereka tetapi tidak perlu kita paksa mereka kalau tidak terima bantuan, saya fine you, saya penjarakan. I think a bit funny. Tidak perlu. Biar. Seperti yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, KWSP. Jika you tidak buat, okey no problem. Akan tetapi you tidak dilindungi. So, saya rasa ini not really logical. Satu lagi ialah saya tengok kaedah di mana kita hendak pakai social...
Minta laluan Yang Berhormat Sungai Siput.
Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Ahli Yang Berhormat Sungai Siput. Adakah Yang Berhormat Sungai Siput bersetuju supaya kita beri satu tempoh moratorium mungkin dua tahun atau tiga tahun untuk orang membuat caruman secara sukarela dulu sebelum kita paksa semua untuk ikut. Silakan.
Terima kasih. Akan tetapi, saya rasa jangan paksalah terus. Bagi mereka masuk. Kedua, seksyen 12(1) di mana kita ada social security agent yang akan kutip. Ini yang saya mahu tanya kenapa kita sekarang di PERKESO orang bayar, tetapi kerana kita mahu privatize pengutipan ini. Kadang-kadang jika kita perlu tengok macam insurance agent mereka dapat bayaran tetapi mereka tidak bayar kepada insurance company. Apabila mereka ditimpa sakit, company cakap you tidak bayar. Memang dia sudah bayar pada ejen. So bagaimana kita hendak kendalikan isu macam ini jika di mana social security agent dia kutip duit itu tetapi dia tidak serahkan kepada PERKESO. Apabila orang itu kena kemalangan, PERKESO kata, “you belum bayar lagi. You are […] . You tidak bayar, you tiada perlindungan.” So, ini saya ingat satu isu serius. Apabila kita bagi kepada ejen-ejen, apakah kepastiannya yang ejen ini akan bayar? Jika ejen tidak bayar adakah pemandu itu dilindungi? Ini yang satu yang...
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Ya, Yang Berhormat Sungai Siput. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya rasa pembayaran melalui ejen-ejen ini sudah tidak perlu lagi kerana sekarang ini semua transaction boleh dilakukan secara online dan elektronik. Pakai CIMB atau Maybank, semua tahu akaun PERKESO, bagi nombor akaun buat bayaran settle. Ini yang menimbulkan sedikit keraguan berhubung dengan Rang Undang- undang Keselamatan Sosial yang dikemukakan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dari sudut keperluannya tidak ada mana-mana pihak mempertikaikan kerana memang ada anggota masyarakat kita yang langsung tidak dapat perlindungan. Akan tetapi, pandangan Yang Berhormat Sungai Siput nombor satu tadi dikatakan tidak perlu diwajibkan, tidak perlu di –bila sudah tidak diwajibkan maka tidak perlu klausa berhubung dengan denda sekiranya tidak bayar. Nombor tiga, disebut tidak perlu juga adanya ejen secara voluntarily. Siapa yang hendak mencarum ke PERKESO, biar kita arahkan PERKESO untuk mengadakan satu mekanisme di mana boleh dibuat caruman di atas nama peribadi.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya masukkan dalam ucapan saya. Menteri boleh jawab yang itu. Satu lagi isu yang saya hendak bawa ialah seksyen 39(1) di mana kita ada medical assessor.
Dalam PERKESO sekarang kita ada terma doktor yang ditubuhkan dalam hospital kerajaan. Sini nampaknya di medical assessor ini nampaknya ia macam diswastakan. So PERKESO akan cari doktor swasta untuk mengakses, untuk mempertimbangkan apa... Saya ada keraguan dengan ini kerana SOCSO akan pilih doktor.
Sekarang dalam sistem, hospital yang pilih doktor yang... Saya takut, katakan seorang doktor sympathetic dia cek betul-betul dia bagi percentage yang lebih tinggi. Dia katakan “oh ini doktor selalu cek bagi percentage tinggi. Dia gugurkan dia, dia bagi doktor yang lebih strict”. So ini yang saya takut. Jika SOCSO yang pilih, dia tengok ini doktor selalu dia punya percentage yang dia lulus, dia punya kemudahan yang diberi besar. So saya rasa kenapa kita tidak beri balik kepada hospital. Bagi hospital tubuhkan satu jemaah. Itu sekarang sedang dibuat. Lebih baik daripada PERKESO pilih doktor, di mana ada satu problem, mungkin kita pilih doktor kita bayar doktor itu untuk fasaliti ini. Tapi jika doktor itu terlalu sympathetic atau terlalu luluskan, kita buang dia. That is something we look at. Pada takat ini, kita tidak ada ilat. Dalam PERKESO kita ada ilat. Kita ini hanya ada untuk kemalangan. Tapi saya harap pada satu masa depan bila ini dana dalam fund, tabung kita ini lebih besar, kita boleh memperluaskan kemudahan faedah yang diberi. Saya juga hendak bawa satu isu lagi, saya harap medical assessor ataupun SOCSO Board ini, mereka faham skim. Sekarang saya tengok ada masalah. Dekat PERKESO pun kita ada skim hilang upaya sementara. Jika mereka dapat MC, mereka dapat 80% daripada dia punya gaji. Tapi bila mereka masuk dalam Hilang Upaya Kekal, dia masuk untuk Medical Board. untuk itu HUS dihentikan. Kadang-kadang doktor-doktor, dia luluskan HUK sebelum tempuh HUS selesai kerana kadang-kadang SOCSO pun hantar kepada HUK terlalu awal sebelum pemulihan sudah, rawatan sudah dihabiskan. So saya rasa ini pun kita ada medical assessor dan juga skim kita beri yang doktor harus lebih tahu berkenaan peranan mereka berkenaan HUS dan HUK. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Ahli Parlimen Klang bahawa rang undang-undang ini kalau boleh harus dibahas dan harus dilulus pada sidang yang akan datang iaitu sidang pada bulan Julai. Ini disebabkan rang undang-undang ini adalah salah satu package di antara beberapa rang undang-undang melibatkan transformasi sektor teksi dan juga sektor e-healing. Kalau kita hanya tengok akta atau rang undang-undang ini tanpa bincang rang undang-undang yang lain, tidak begitu berkesan dan saya rasa kalau pemandu teksi baca klausa-klausa ataupun akta ini mereka akan marah. Its counter productive untuk usaha kerajaan, mentransformasikan sektor ini dan membenarkan e-healing. Memang saya rasa sesiapa yang membaca sebagai pemandu teksi dia baca rang undang-undang ini dia tidak akan setuju kerana ini dibuat secara mandatori, diwajibkan dan bukan diadakan secara sukarela. Kalau ini dibuat secara voluntary, memang ini adalah salah satu usaha yang baik untuk mereka yang tidak ada perlindungan. Untuk mereka yang tidak ada perlindungan, memang ini usaha yang baik. Tetapi kalau ini dibuat secara mandatori, secara wajib, ia hanya akan ditafsir sebagai satu apa ini satu cukai tambahan, additional tax bagi mereka yang tidak begitu berpendapatan tinggi. Salah satu faktor yang penting ialah untuk pemandu teksi, pendapatan mereka tidak sama setiap bulan. Ada peak season yang mereka dapat lebih banyak, ada yang non peak season mereka dapat kurang. Bagaimana kita tafsir berapa mereka kena carum setiap bulan. Ini juga adalah satu isu yang penting. Saya rasa konsensus yang tadi saya dengar di antara Ahli Parlimen ialah ini harus dijadikan satu yang voluntary, satu yang secara sukarelawan, secara tidak wajib dan optional. Untuk SOCSO, untuk PERKESO, satu masalah atau satu aspek yang kita perlu memikir balik ataupun adakan pemikiran baru ialah SOCSO hanya atau PERKESO hanya melindungi waktu kerja dan commuting ke kerja. Tetapi saya rasa sudah tiba masa di mana PERKESO melindung secara keseluruhan kerana kalau kita baca apa kemalangan yang dibayar ataupun direkod oleh PERKESO, pada 2014, 63 ribu kes kemalangan telah direkod oleh PERKESO pada 2014. Di antara 63 ribu kes yang disebut tadi, 35 ribu adalah kes industrial accident kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan 28 ribu adalah kes yang berlaku semasa pergi ke kerja, commuting accident. Kerana ramai kelas rendah ini bergantung kepada motosikal dan kemalangan motosikal ini memang tinggi. So bagi PERKESO, saya sebagai Ahli Parlimen pernah mengendalikan kes-kes di mana mereka mungkin sebenarnya bukan pergi ke kerja tetapi mereka mengalami kemalangan motosikal. So saya rasa adalah
penting untuk PERKESO ada konsep untuk melindungkan pencarum ini secara keseluruhan dan bukan sahaja masa pergi dan balik kerja. Untuk teksi, pemandu teksi, konsep lama PERKESO tidak boleh pakai. Konsep lama PERKESO kerana teksi ini setiap masa dia dalam kerja. Setiap masa dia dalam... masa kerja itu sukar ditafsir. dan Apa penyakit yang dialami dalam pekerjaan itu tidak boleh ditafsir dengan cara yang lama, dalam PERKESO. Saya rasa ini adalah isu-isu yang penting. Akhirnya, there is a trust deficit, ada memang ada trust deficit di antara pemandu teksi dengan kerajaan terutamanya dalam konteks untuk membenarkan secara rasmi dengan penggubalan rang undang-undang SPAD e-healing. Adalah penting pada kerajaan membina kepercayaan di antara kerajaan dengan pemandu teksi dan juga dengan sesiapa yang terlibat dalam proses ini. Saya cadang; satu, tangguhkan perbahasan atau pun kelulusan rang undang-undang ini bersama dengan rang undang-undang SPAD ke bulan Julai. Kedua, jangan jadikan ini wajib, jadikan ini secara voluntary. Terima kasih.
Yang Berhormat minta penjelasan.
Ya sila. Sebelah sini sahaja dia tanya sila.
Saya tak berhajat hendak berdebat tetapi ada dua persoalan yang saya hendak sampaikan yang pertama adalah mengenai dengan penilai perubatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Dekat sini tidak ada apa-apa definisi walaupun saya semak bahagian fasal pun tidak ada penerangan tentang penilai perubatan. Adakah ini seorang individu? Adakah ini dalam bentuk jemaah? Tidak ada apa-apa definisi so saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan apakah yang dimaksudkan oleh penilai perubatan di sini. Kedua adalah yang ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi tentang siapa adakah pemandu teksi Uber dan GrabCar sahaja yang terlibat atau bahagian ini diperbesarkan. Kalau kita rujuk kepada Jadual Pertama dia didefinisikan dalam perenggan ini kenderaan motor dan kenderaan perkhidmatan awam. Ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Akan tetapi apa yang tidak dimasukkan di sini adalah kenderaan perdagangan. Saya bagi contoh trak yang mempunyai 18 tayar yang ini pun ada juga Tuan Yang di-Pertua if we do respect yang membawa trak begini melakukan kerja persendirian. Dia tidak ada syarikat dan sebagainya. Akan tetapi kenderaan perdagangan ini tidak dimasukkan walaupun ada dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 bermaksud Akta Pengangkutan Jalan 1987 definisikan kenderaan bermotor, definisikan kenderaan perkhidmatan awam dan juga definisikan kenderaan perdagangan. Kenderaan perdagangan tidak ada di sini. So saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan adakah kita akan masukkan atau memang kenderaan perdagangan dikecualikan dan sebagainya. Terima kasih.
Ya.
Masukkan dalam ucapan.
Ya, sila Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun tidak tahu hendak sokong atau tidak sokong itu rang undang-undang kerana memberikan satu keselamatan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri ini memang satu tujuan yang murni, yang baik. Akan tetapi apa yang satu tujuan yang murni dan baik itu semasa dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dijadikan satu alat pencukaian atas golongan yang disasarkan oleh rang undang-undang ini. Ini adalah sebab ada saranan yang lama, sudah ada lama saranan daripada mereka yang bekerja sendiri bahawa mereka dibenarkan untuk mencarum SOCSO. Ini kerana siapa pun tidak tahu bilakah bencana akan menimpa kita. Ini merupakan satu keselamatan sosial. Saranan mereka itu telah selama itu diabaikan, tidak dilayani oleh kerajaan. Sekarang ada Uber, ada GrabCar tergesa-gesanya kerajaan melaksanakan itu tidak tahu hendak sebut apa Rang Undang-undang Keselamatan Sosial atau Rang Undang-undang Percukaian Tambahan atas teksi driver. Oleh itu, saya seru kepada
Menteri kalau tidak hendak menarik balik rang undang-undang ini sekurang-kurangnya membuat sikit pindaan atas fasal 11 yang mewajibkan pemandu-pemandu teksi atau mereka yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan penumpang supaya mencarum iaitu kepada organisasi itu, iaitu SOCSO. Ia hanya terlibat sikit sahaja pindaan yang diperlukan iaitu I read the English one dengan izin clause 11(1) “every employed person shall register with or paid contribution to the organization in the manner as prescribed for every self-employment activity he is carrying out”. Pindaan yang harus dijalankan yang dilakukan adalah menggantikan perkataan shall dengan perkataan ‘may’ dan kita membatalkan clause 11 sub clause 4 yang mengenakan penalti ke atas mereka yang tidak mencarumi itu insurans ini. Kalau itu apa yang mewajibkan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan penumpang itu, clause ini boleh dibatalkan supaya memberi satu discretion kepada mereka yang terlibat dalam perindustrian ini untuk sama ada mereka hendak mencarumi atau tidak mencarumi itu insurans keselamatan sosial. Saya memang akan sokong sepenuhnya atas rang undang-undang ini. Saya harus saya serulah kepada Menteri supaya hari ini tidak ramai yang berbahas. Saya nampak segala yang berbahas dari hampir semuanya daripada pembangkang sini dan semua kita dengan sebulat suara mengatakan itu tidak haruslah itu caruman ini tidak harus diwajibkan. Saya haraplah apa-apa yang dikatakan oleh kita dalam Dewan ini boleh dihormati dan diterima oleh Yang Berhormat Menteri. Perkara yang kedua yang ingin saya sebut adalah itu social security net. Social security net yang diberikan kepada mereka yang bekerja sendiri tidak harus terhad kepada hanya mereka yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan penumpang. How about itu penjaja, pekerja pembalakan, syarikat pembalakan mereka dalam industri pembalakan ramai mereka yang bekerja itu bukan bekerja sebagai pekerja employee tetapi mereka bekerja sebagai orang yang bekerja sendiri. Dalam bidang pembalakan ini memang satu industri yang accident prompt dan banyak syarikat insurans tidak mahu terima insurans daripada pekerja dalam bidang pembalakan, mereka akan mengenakan premium yang lebih tinggi. Jikalau kerajaan benar-benar ada ikhlas untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan mereka semua yang bekerja sendiri dan ini golongan-golongan lain haruslah pun diberi perhatian bukanlah sahaja pergi memberi perhatian kepada teksi driver, Uber dan Grab. Saya pun tidak tahu kenapa dulu teksi driver pun ada saranan supaya mereka dibenarkan untuk mencarum kepada keselamatan sosial tetapi tidak dilayankan sekarang Uber, Grab ada datang dengan cepatnya kerajaan bertindak untuk memberi keselamatan sosial. Adakah kepentingan orang-orang atasan Barisan Nasional dalam syarikat-syarikat tersebut? Dalam perkara yang ketiga yang saya ingin sebutkan adalah berkenaan dengan faedah orang tanggungan. Kalau kita berbanding dengan SOCSO, faedah orang tanggungan yang diberi di bawah SOCSO ini adalah lebih luas jikalau kita berbanding dengan faedah orang tanggungan yang diberikan di bawah rang undang-undang ini. Dalam SOCSO sekiranya orang yang ber insured itu berinsurans itu the insured person mati sahaja tidak kira mati akibat daripada apa-apa sebab. Orang tanggungannya akan terima faedah pencen sekiranya ia telah mencapai satu tempoh contribution for more than 24 months. Orang tanggungannya akan terima itu pencen. Akan tetapi di bawah rang undang-undang ini hanyalah sekiranya orang yang ber insured itu meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri.
Kalau kematiannya tidak berkaitan dengan pekerjaannya, orang tanggungannya tidak menerima apa-apa faedah. Oleh itu saya haraplah Menteri boleh memberi perhatian atas perkara ini kerana banyak kes menunjukkan atau membuktikan kematiannya adalah berkaitan dengan pekerjaan, ada sedikit kesulitan. Oleh itu, kalau kita ikhlas nak bantu orang tanggungan, orang yang di insured ini haruslah memperluaskan faedah yang diberikan kepada mereka. Akhirnya saya juga ingin memberi sikit pandangan tentang SOCSO dan di bawah SOCSO untuk kes faedah orang tanggungan, dia akan menerima faedah sekiranya pencarum ini telah mencarum selama 24 bulan atau lebihnya. Saya ada satu kes di mana pencarum itu hanya mencarum 23 bulan dan beliau mati. Oleh itu, isterinya dan empat orang anaknya, yang empat tahun sehingga 11 tahun, mereka tidak ada langsung apa-apa faedah. Saya ada merayu kepada Menteri dan apa jawapan yang saya terima adalah, ini peraturan. Akan tetapi saya haraplah peraturan boleh dilonggarkan dan Menteri harus dalam akta SOCSO atau rang undang-undang ini Menteri harus diberi sikit budi bicara
supaya kes-kes yang genuine itu boleh melonggarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah rang undang-undang ini atau Akta SOCSO. Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sembilan Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Perkataan pekerjaan sendiri itu amat penting Tuan Yang di- Pertua, seperti mana yang telah dibangkitkan sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil perhatian termasuk tiga orang yang mencelah. Rata-rata saya nampak menerima baik rang undang-undang ini dan kerana rata-rata menyokong dan setuju bahawa rang undang-undang ini amat baik. Kita di kementerian, saya ingin menegaskan di sini termasuk kerajaan, kita membentangkan undang-undang ini kerana tujuan kita adalah untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial bekerja sendiri. Pada hari ini kita banyak menyebut tentang teksi. Jadi kita bermula dengan teksi dulu, selepas teksi dengan kejayaannya barulah kita memikir untuk memperluaskannya kepada sektor-sektor yang lain. Maka oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat rang undang- undang ini berbunyi, Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Akan tetapi dengan penekanan kepada pemandu teksi, kita akan memperluaskannya kepada sektor-sektor yang lain. Jadi tentang soalan, hampir semua menerima baik rang undang-undang yang ini dan hanya seorang, dua menyatakan bahawa mengapa tergesa-gesa dengan membentangkan rang undang-undang ini. Baru dibaca semalam dan hari ini dibentangkan sebagai second reading dan saya berharap akan diluluskan pada hari ini kerana satu, tadi Yang Berhormat Kluang telah menyatakan tentang ia tidak mempunyai masa untuk melihat, untuk membaca dengan sedalamnya kandungan. Kita terima kasih kepada beliau tetapi kita membawa rang undang-undang ini untuk dipersetujui oleh Dewan yang mulia pada petang ini kerana bagi kita ia penting untuk menjaga, as I say untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial pekerja dan ini tidak menyalahi peraturan Dewan Rakyat. Kalau ia menyalahi peraturan-peraturan Dewan Rakyat kita tidak akan membentangkan, kita tidak dibenarkan untuk membentangkannya di sini pada petang ini. Kita telah memohon kepada Tuan Yang di- Pertua dan beliau mengikut peraturan mesyuarat membenarkan kita untuk membentangkannya pada petang ini. Oleh yang demikian, dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, maka saya membentangkannya..
Menteri saya telah tanya satu soalan...
Tuan Yang di-Pertua, bila saya berucap tolong jangan dan saya masih berdiri...
Sudah habis Menteri nanti. Minta maaf.
I am still standing up, please. Peraturan mesyuarat dan kita ini sebagai Ahli Dewan yang mulia kita hendaklah mengikut peraturan Dewan. Jangan bila seorang sedang berucap – dan saya tidak pernah mengacau mengganggu orang lain bila berucap sebab ini Dewan yang mulia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan kita bersama, saya sebut di sini iaitu dari Yang Berhormat Kluang, dia berdiri tadi. Bacaan kali kedua pada hari ini ialah saya sebut di sini, menurut Peraturan 48, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Pihak kementerian telah memenuhi kehendak untuk menghantar notis pemberitahuan sekurang-kurangnya satu hari untuk membawa rang undang-undang ini ke dalam Mesyuarat Parlimen ini dan ini telah dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang. Tuan Yang di-Pertua, beberapa... [Disampuk] Now, let me finish first because there are so many things which I need to clarify.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]... Sebab Menteri cakap, boleh tak saya tanya soalan tentang point sebelum Menteri pergi ke point lain, boleh tidak? Terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya setuju Menteri tidak melakukan apa-apa yang salah dari segi undang-undang Dewan ini, but as a Christian and I am not even a Christian and I am not going to make it personal. As a normal human being, giving notice to most of us, it’s a moral obligation. Itu saja isu dia sebab itu kita punya champion Yang Berhormat Klang dia memang workers champion. PSM here our friend and my good friend, president kita MTUC dulu, ex- president. It’s so important but morally you must understand kena bagi masa sedikit tentang isu yang sangat penting ini. Terima kasih. Setuju atau tidak?
Menteri.
Ya.
Boleh tidak?
Sila.
Sebenarnya saya yang bangkit isu berkait kesuntukan masa untuk membuat persediaan untuk bahas. Saya fikir ini adalah isu yang penting sebab ini adalah rang undang-undang yang penting untuk rakyat, khususnya satu golongan yang telah ditindas dan satu golongan yang menghadapi masalah yang besar. Ahli Parlimen bukan expert social security, kita pun harus consult, merundingkan, berbincang dengan stakeholders yang lain supaya kita dapat adakan satu perbincangan yang helpful, yang bermanfaat, so therefore it is the responsibility of the government untuk membawa memberikan rang undang-undang ini at least one week, seperti yang digunakan di Parlimen-parlimen lain.
Di Parlimen-parlimen lain, mereka memberikan dua minggu atau satu bulan untuk menghalusi bil-bil seperti ini. Akan tetapi di sini kita diberikan 24 jam. Tempoh 24 jam itu tidak cukup. You tengok ini tebal, ini buku sangat tebal. So therefore, Parliament should not be a rubber stamp. So, treating the Parliament as a rubber stamp. This doesn’t speak well for— on both sides. So, what am I saying is give us enough times, so we also can come back with the argument to make. That’s all. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat Klang menyatakan kita tidak mahu jadi rubber stamp, kita tidak berniat untuk berbuat demikian kerana saya sebut, kita tidak berniat untuk membuat pembentangan rang undang-undang ini sebagai rubber stamp kerana, saya ulang, sebenarnya PERKESO telah membuat kajian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, latar belakang skim ini. Pada 1 Julai 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mengumumkan skim keselamatan sosial untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri perlu diwujudkan. Dalam pembentangan Bajet 2017 iaitu pada 21 Oktober 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan wang sejumlah RM60 juta untuk melaksanakan program ini. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, I don’t like the word rubber stamp sebab PERKESO telah membuat engagement dengan pemandu-pemandu teksi sendiri. Kajian tersebut telah dijalankan ke atas 1,244 responden dan kira-kira 95,000 pemandu teksi memberi respons positif terhadap cadangan tersebut. Maka, ini bukan rubber stamp. Kajian tersebut turut menunjukkan seramai 896 responden atau 72.3 peratus tidak mempunyai sebarang polisi insurans peribadi. Maka itulah saya menegaskan bahawa rang undang-undang ini bertujuan tidak lain tidak bukan untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial pekerja sendiri, or in another word, self-employed workers. Tuan Yang di-Pertua, saya tambah sedikit. Rang undang-undang ini, tadi saya telah sebut, ia dirangka atas kehendak, atas permintaan pemandu-pemandu teksi sendiri. Kalau kita lihat, iaitu saya telah sebutkan tadi, kita telah mengadakan satu kajian terhadap 1,244 responden dan 95 peratus setuju dengan rang undang-undang ini. Mudah-mudahan sebentar nanti akan diluluskan. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri.
Sekiranya ia dipersetujui semua, maka tidak perlulah kita wajibkan kerana semua sudah setuju. Sudah pasti mereka akan berduyun-duyun datang untuk membuat sumbangan kerana itulah yang telah dipersetujui mereka. Apabila kita mewajibkan dengan dikenakan satu denda yang begitu tinggi terhadap golongan yang kita semua akui golongan yang susah, maka ia tidak dilihat sebagai satu perkara yang telah dilaksanakan atas permintaan diri mereka sendiri. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju, kita tidak masuklah soal rubber stamp itu dan sebagainya, saya pun ada komen saya berhubung dengan itu tetapi oleh sebab waktu, maka boleh tidak kita mengatakan bahawa ia tidak perlu diwajibkan? Ini adalah the acid test lah. Betul ataupun tidak bahawa ini memang satu rang undang- undang yang memang pemandu teksi dan yang bekerja sendiri mereka sendiri yang minta. Kalau mereka sendiri yang minta, mereka yang hendak, tidak payah diwajibkan, tidak payah dikenakan denda kalau tidak menyertainya dan dengan itu, saya rasa hujah Yang Berhormat Menteri akan terbukti sebagai benar. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Kajian itu, Tuan Yang di-Pertua, adalah fakta. Jadi saya...
[Ketawa]
Please, don’t laugh. Memang ada empat orang tadi telah menyatakan ia tidak perlu mandatori. Tidak kurang dari empat orang termasuk Yang Berhormat Shah Alam tadi telah menyatakan bahawa ia tidak perlu mandatori. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, mana-mana akta, sebagai contoh Akta Minimum Wage, kalau ia menjadi akta, adalah bagi kita kena buat akta itu sebagai mandatori kepada orang-orang yang berkenaan. Dalam perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jelaskan di sini bahawa pemandu teksi ini adalah mereka-mereka yang berdaftar, kalau di Semenanjung Malaysia dengan SPAD, kalau di Sabah dan Sarawak di bawah Lembaga Pengangkutan Jalan di Sabah dan Sarawak. Maka mereka-mereka yang tidak berdaftar, mereka tidak layak untuk mencarum kepada skim ini. Saya tahu sebab empat, lima orang telah menyatakan bahawa ia tidak perlu dibuat sebagai mandatori atau wajib tetapi itulah, bagi kita, jawapan yang kita boleh bagi. Selepas itu, Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang telah— walau bagaimanapun, sebelum itu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada hampir semua lebih-lebih lagi Yang Berhormat Kuala Langat kerana telah menyatakan bahawa beliau telah memberi ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian. Jadi dalam perbahasan tadi, saya nampak ada kekeliruan sedikit sebab perkataan SOCSO sering disebutkan. Padahal, rang undang-undang ini yang kita bentangkan pada petang ini adalah rang undang-undang, walaupun perkataan “keselamatan sosial” tetapi ini adalah untuk pekerjaan sendiri, untuk self-employment, self-employed. Dalam perkara ini, ia lebih menjurus kepada pemandu teksi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itulah saya nampak— dan ada Yang Berhormat Klang tadi menyatakan bahawa the most vulnerable group dan sebagainya. Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kapar mencelah, Yang Berhormat Pasir Gudang telah juga memuji kita dan menyokong. Jadi saya yang dari segi topik-topik yang telah dibangkitkan, saya ingin menjawab di sini Yang Berhormat Bandar Kuching yang telah menanyakan sama ada tidak cukup caruman menyebabkan orang tanggungan tidak layak mendapat faedah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, tiada isu tidak cukup caruman di bawah rang undang-undang ini kerana caruman dibayar secara prabayar untuk perlindungan selama 12 bulan. Selama 12 bulan iaitu secara prepaid. Selepas itu, saya telah menjawab tadi tentang mengapa rang undang-undang ini tidak merangkumi semua kategori bekerja sendiri. Saya telah menjawab bahawa ini
adalah sebagai permulaan dan mudah-mudahan satu hari nanti ia akan meliputi semua jenis pekerjaan di seluruh negara ini.
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.
Selepas itu- Yang Berhormat Shah Alam sekejap ya. Mengapa caruman mesti bersifat mandatori? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah sebut seperti mana yang saya telah nyatakan tadi, kerajaan memang berhasrat untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada semua golongan yang bekerja sendiri. Disebabkan itulah undang-undang ini digubal dan dinamakan RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Selepas itu, untuk menjawab caruman mesti bersifat mandatori, caruman ini mestilah bersifat mandatori, bukan sahaja bagi menjamin kemapanan dana tetapi yang paling utama bagi memastikan orang berinsurans mendapat faedah yang berterusan. Saya tadi ada seorang dari yang telah mengambil bahagian telah menyatakan bahawa tentang kutipan. Kutipan dana ini adalah untuk membayar hutang piutang. Jadi, saya...
Kelana Jaya, Kelana Jaya, terima kasih.
...dengan itu menegaskan di sini bahawa ini tujuan kita adalah bukan untuk membayar hutang siapa-siapa. Tujuan rang undang- undang ini adalah untuk membantu, untuk memastikan kebajikan pekerja bekerja sendiri yang mana buat masa ini tidak dilindungi oleh insurans. Kalau di bawah SOCSO, majikan perlu membayar 1.75 peratus, si pekerja perlu membayar 0.5 peratus. Membuatnya di bawah SOCSO - 2.25 peratus. Akan tetapi di bawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri ini, caruman yang perlu dibayar adalah hanya 1.25 peratus. Caruman ini adalah terserah kepada si pencarum atau si pemandu teksi atau si self-employed ini. Sama ada dia memilih caruman yang besar atau yang kecil. Ini adalah atas pilihan si pekerja sendiri itu sendiri. Jadi, dari dalam segi ini secara tidak langsung saya menjawab. Oleh kerana saya menjawab soalan tentang perkataan mandatori ini sebab mereka boleh memilih untuk mencarum bukan mengikut pendapatan yang mereka perolehi tiap-tiap bulan tetapi boleh mencarum atas kemampuan mereka. Saya...
Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh bagi written replylah. Sebenarnya, soalan-soalan saya adalah soalannya berdasarkan isu ramalan, bukannya isu tentang mandatory issue. Ramalan saya hendak tahu, Yang Berhormat Menteri sudah cakap sekarang kita bawa teksi. Selepas itu, kepada semua sole proprietor ataupun pekerja sendiri, saya hendak tahu apakah ramalan kutipan caruman yang bakal diterima oleh kerajaan? Oleh kerana apabila kita membuat satu rang undang-undang yang besar macam ini, semestinya kerajaan tahu apakah ramalan kutipan. Sekarang di EPF ada 6.4 juta orang yang bayar tiap-tiap bulan. Jadi, saya hendak tahu berapa teksi, berapakah penjual nasi lemak, yang bagi tuisyen, apakah ramalan kerajaan, caruman itu berapa? Adakah 10 bilion, 1 bilion, 2 bilion? Itu isu yang penting. Bagi saya, kalau bagi tulisanlah, jawapan secara bertulis itu lebih baiklah sebab saya rasa Yang Berhormat Menteri kena at least, confirmed with the finance side as well. Terima kasih.
Terima kasih. Jadi, di Dewan yang mulia ini kalau saya tak boleh menjawab, saya terus terang akan tidak menjawab. Jadi, saranan yang dibuat oleh rakan kita tadi saya menerimanya dan dengan itu kita akan menjawab secara bertulis because, we must make sure that the facts are correct. Tuan Yang di- Pertua, jadi Kuala Langat – security concern, saya fikir hampir semua isu yang telah dibangkitkan telah pun saya jawab secara dalam...
Yang Berhormat Menteri, soalan saya belum dijawab Yang Berhormat Menteri.
Which is your question?
Klang. Saya telah bangkitkan isu berkait dengan taxi drivers yang miskin, yang pendapatan mereka kurang daripada RM2,000. Mereka dikecualikan bayar caruman dan caruman mereka dibayar oleh kerajaan. So, kerajaan memberi subsidi sebab pada pandangan saya dan saya mengikut peraturan ILO, di mana ILO mengatakan bahawa kerajaan ada tugas, ada responsibility untuk menyokong dan menolong golongan-golongan yang dikatakan tertindas dan
vulnerable. So, oleh sebab itu saya cadang kepada kerajaan supaya memberi pertolongan kepada golongan ini yang sekarang menghadapi masalah yang besar iaitu pendapatan mereka telah kurang daripada 50 peratus hingga 70 peratus. So, itu I think adalah a good gesture on the part of the government untuk memberikan pengecualian dan kerajaan membayar untuk mereka. Terima kasih. Minta pandangan Yang Berhormat.
We will take note of your request. Saya percaya dengan dana RM60 juta yang telah diumumkan dan diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri waktu membentangkan Belanjawan 2017 iaitu pada 21 Oktober 2016, kita akan mengambil maklum. Akan tetapi sebelum itu, tentang agen kutipan. Sebenarnya, agen kutipan walaupun kita telah menyebutkan perkataan ‘agen kutipan’, dari segi pembayaran kita menggalakkan si pencarum untuk membuat pembayaran di pejabat-pejabat PERKESO terdekat ataupun melalui online. Itu jawapannya, terus terang. Akan tetapi dalam keadaan di mana kita memerlukan agen, barulah kita melantik agen. Akan tetapi keutamaan, saya ulang, keutamaan untuk membayar caruman adalah diberi kepada, dibayar di pejabat PERKESO terdekat ataupun dibayar secara online. Okey, Yang Berhormat Shah Alam.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang isu agen ini salah satu yang saya perasan bahawa Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi. Akan tetapi Alhamdulillah, sekarang ini bila sudah dijawab itu, maknanya tak perlu menggunakan agen, itu satu pendirian yang baik. Hanya ada satu lagi isu yang telah dibangkitkan iaitu jumlah dan kuantum denda yang hendak dikenakan yang mana Yang Berhormat Sungai Siput telah merujuk kepada kertas rang undang-undang ini, saya kena cakap terus teranglah, saya tak sempat hendak baca kerana semalam pun kita sampai pukul 12 malam. Saya tak tahulah macam mana yang lain semua dapat baca. Akan tetapi saya pun tak dapat baca. Akan tetapi yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi ialah denda yang sebanyak RM10,000. Adakah itu merupakan satu kuantum yang boleh dipertimbangkan kembali? Oleh kerana di sini kita sedang berbincang tentang golongan yang kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Sudahlah pendapatan mereka telah berkurangan hasil daripada Uber dan GrabCar, sekarang ini banyak masalah dah dengan kos kehidupan, GST dan sebagainya. Maka, tidak bolehkah jumlah denda itu juga dipertimbangkan kembali? Ia satu jumlah yang terlalu tinggi bagi satu undang- undang yang kita sendiri mengakui bertujuan untuk menolong mereka.
Maka agak pelik apabila kita buat undang-undang hendak tolong mereka, tiba- tiba kita bebankan pula mereka dengan satu denda yang agak berat bagi mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, denda. Saya menjawab kepada Yang Berhormat Shah Alam. Kalau kita lihat bayaran caruman mengikut opsyen pemandu teksi yang bekerja sendiri. Kalau kita lihat, kalau si pemandu teksi yang bekerja sendiri itu memilih untuk mencarum insurans sebanyak RM1,000...
Banyak itu.
Tidak, dia hanya kena membayar RM13.10 sebulan iaitu RM157.20 setahun. Maka oleh yang demikian, itulah kita berpendapat bahawa hukuman itu kita tidak boleh tarik balik. Ini kerana amaunnya kalau kita lihat adalah kecil berbanding dengan benefit atau manfaat yang mereka akan terima. Saya ambil sebagai contoh, saya mengambil contoh di sini, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil contoh, kalau si pencarum self employed itu di bawah faedah hilang upaya kekal. Kalau si pencarum itu kita mengambil yang besar sedikit sebagai contoh, telah mencarum sebanyak RM444.80 setahun iaitu berdasarkan kepada pendapatan yang diinsuranskan. Kalau si pencarum ini menginsuranskan RM2,950 sebulan, maka benefit yang bakal diterima adalah besar, Tuan Yang di-Pertua. Dibayar kepada orang berinsurans yang mengalami hilang upaya kekal akibat bencana pekerjaan. Sebagai contoh saya sebut, pekerja berumur 34 tahun dengan jumlah caruman sebanyak RM442.80 setahun berdasarkan pendapatan yang diinsuranskan, RM2,950 sebulan dan menerima taksiran hilang upaya kekal sebanyak 100 peratus, faedahnya, saya sebut. Faedah-faedah yang layak adalah seperti berikut. Bayaran pukal maksimum sebanyak RM132,378.30. Selepas itu, termasuk bayaran berkala bulanan sebanyak RM2,124 sehingga meninggal dunia. Itu saya ambil sebagai contoh. Selepas itu—Okey, Yang Berhormat Shah Alam.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasihlah kerana sanggup melayan soalan-soalan saya. Bukan semua yang sanggup melayan soalan- soalan saya tetapi yang ini, saya cakap beginilah, ya. Betul, jumlahnya kecil yang hendak dibayar dan memang manfaatnya banyak tetapi kadangkala ada sebab-sebab tertentu dia tidak dapat bayar. Apabila dia tidak dapat bayar, oleh kerana tidak bayar RM100 ataupun RM1,000 yang dia kena bayar setahun, tiba-tiba dia kena denda RM10,000 sedangkan yang RM1,000 itu dia tidak mampu hendak bayar atas sebab-sebab tertentu. Mungkin diri dia sendiri sihat tetapi mungkin anak dia tidak sihat, mungkin mak dia tidak sihat, mungkin teksinya rosak lalu untuk setahun itu, dia tidak mampu hendak bayar. Pendapatannya pun tidak seperti mana yang dijangka. Tiba-tiba kena denda RM10,000. RM1,000 pun dia tidak mampu, kena bayar RM10,000. Selepas itu mengikut Yang Berhormat Sungai Siput, masuk penjara lagi. So, bagaimana ini Yang Berhormat Menteri? Kita kata kita hendak tolong golongan ini. Tujuan kita hendak tolong. Saya rasa kalau bolehlah, minta lah jumlah denda itu, dikaji balik. Soal hendak masuk penjara itu pun dikaji balik. Bagi pandangan saya, ini bukan satu jenayah yang perlu dimasukkan dalam rang undang-undang ini, soal hukuman, sampai masuk penjara, denda sebegitu tinggi. Niat kita, we stick to what was our initial intention which is to help them dengan izin. So tidak perlu, saya rasa lah, saya minta lah kalau boleh Yang Berhormat Menteri bincang balik dengan pihak-pihak yang berwajib. Saya yakin yang ini bukan atas permintaan 1,000 lebih pemandu teksi itu. Klausa ini. Wallahu a’lam.
Yang Berhormat Menteri, sekali jalan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkitkan semula cadangan saya tadi. Dalam pengiraan kadar faedah harian untuk hilang upaya sementara dan juga untuk hilang upaya kekal. Pengiraan pendapatan harian pilihan ialah 1/30 pendapatan bulanan. Saya punya hujah tadi, mereka ini gaji hari. Jadi mungkin mereka bekerja 30 hari sebulan. Akan tetapi saya rasa mereka juga macam pekerja-pekerja sektor lain, ada ambil leave juga, cuti juga. Mungkin dua hari seminggu. Jadi effective income-nya itu lebih hanya lebih kurang 22 hari. Sekarang ini kita hendak bayar hanya 80 percent daripada insured daily income itu. Kalau kita ambil yang mencarum untuk RM1,500 untuk mudah kira, RM1,500. 1/30 ialah RM50 okey? 80 percent daripada RM50 adalah RM40. Ertinya kalau orang itu cedera kekal sementara, kurang upaya, hilang upaya sementara, saya rasa RM 40 sehari tidak boleh menampung. Kalau hilang upaya kekal, 90 peratus daripada jumlah RM50 itu adalah RM45. Jadi apa salahnya kita up-kan sedikit pengiraan itu kepada 1/20 pendapatan bulanannya, insured monthly income-nya, kalau boleh diterima, kalau bukan untuk hari ini, untuk tahun depan kah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Kuala Krai. Jadi 1/30 itu sebenarnya kita telah membuat keputusan dengan angka itu setelah membuat kajian mendalam. Walau bagaimanapun, kita akan mengambil maklum tentang apa yang telah disuarakan oleh kawan saya dari Kuala Krai. Jadi berbalik kepada hukuman. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sama ada kita boleh menarik balik hukuman itu atau tidak, saya telah menyatakan tadi bahawa walaupun di sebelah sana menyatakan amaun itu terlalu kecil. Ya, mungkin terlalu kecil tetapi dari segi faedah yang akan diterima oleh si mangsa atau si pewaris itu nanti adalah terlalu besar. Oleh yang demikian itulah sebabnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM60 juta untuk melaksanakan projek atau untuk melaksanakan rang undang-undang ini. kita harap ia akan diluluskan dalam mesyuarat ini juga dan supaya kita boleh melaksanakannya pada 1 Julai tahun ini. Itu sebenarnya antara sebab mengapa kita minta Tuan Yang di-Pertua untuk menaikkan rang undang-undang ini ke hadapan. Berbalik kepada hukuman tadi, kita tidak boleh menarik hukuman. Akan tetapi kita harus ingat bahawa apa yang tertera dalam rang undang-undang ini adalah maksimum. Perkataan ‘maksimum’ haruslah ada pada kita because it’s the maximum penalty. Jadi, mungkin pada kebiasaannya lebih rendah dari itu. Maka itu, kita tidak boleh tarik kerana perkataan maksimum adalah di situ.
Jadi, Yang Berhormat Kuching tadi walaupun dia tidak ada di sini tentang spesifik-spesifik kes iaitu walaupun tidak ada sangkut paut dengan rang undang-undang ini tetapi sangkut paut dengan Akta SOCSO, kita akan mengambil perhatian. Lepas itu
Tuan Pengerusi, saya fikir saya telah menjawab secara in summary isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seramai sembilan orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Perkataan “sendiri”, “pekerjaan sendiri” itu penting. Self-Employment Social Security Bill 2017. Sesungguhnya, kementerian menghargai semua pandangan, banyak pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 89 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala rasulillah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 dibaca kali yang kedua sekarang. Pindaan ini hanya melibatkan satu klausa sahaja iaitu seksyen 21(b). Tuan Yang di-Pertua. Selaku negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia telah menjadi antara destinasi pelaburan asing yang unggul dirantau ini. Antara faktor yang menyumbang kepada kehadiran pelabur asing ke Malaysia adalah keupayaan Malaysia untuk terus kekal kompetitif serta kemapanan ekosistem pelaburan negara yang responsif terhadap keperluan pelabur. Ini termasuklah sistem percukaian yang cekap dan efisien serta mematuhi standard percukaian antarabangsa. Untuk itu, Malaysia telah menyertai pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh institusi terkemuka dunia antaranya Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Dalam konteks percukaian khususnya, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan terus merangka standard percukaian bagi memastikan hak mencukai negara serta pembayar cukai dapat dipelihara. Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai, kerajaan telah memberi komitmen kepada OECD untuk mengadakan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik bermula pada tahun 2018. Amalan ini, akan dilakukan secara berkala setiap tahun bersama-sama pentadbir cukai
di negara lain yang turut memberikan komitmen kepada OECD. Antaranya negara G20, Kesatuan Eropah, China, Jepun, India dan lain-lain. Antara perjanjian yang telah ditandatangani oleh Malaysia termasuklah dengan izin Convention on Mutual Administrative Assistance in Tax Matters, Multilateral Competent Authority Agreement on Common Reporting Standard dan Multilateral Competent Authority Agreement Country by Country Reporting. Menerusi perjanjian- perjanjian ini, dijangkakan kita dapat memperkemaskan mekanisme pertukaran maklumat dan mewujudkan kerjasama aspek pungutan cukai yang lebih efektif berdasarkan maklumat pembayar cukai yang lebih tepat dan terkini. Tuan Yang di-Pertua. Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua dan telah diisytiharkan sebagai dengan izin International Business and Financial Centre ataupun Labuan IBFC pada 1 Oktober 1990. Ini merupakan satu usaha untuk mempromosikan Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir dengan izin offshore terkemuka dirantau ini. Antara sektor yang digalakkan adalah sektor minyak dan gas. Kewangan luar pesisir merangkumi perbankan, insurans dan reinsurance dan sektor pelancongan. Sehingga Januari 2012, sebanyak 13,326 buah syarikat telah pun didaftarkan di Labuan. Manakala 52 bank sedang beroperasi di Labuan. Sebanyak 204 lesen insurans juga telah dikeluarkan di Labuan untuk tempoh yang sama. Tuan Yang di-Pertua. Bagi membolehkan pertukaran maklumat secara automatik berkaitan percukaian dilakukan terdapat peruntukan khusus di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 yang membolehkan Menteri mengeluarkan subsidiari berkaitan serta memperkenalkan penalti. Menerusi peruntukan berkenaan, obligasi adalah kepada pembayar cukai untuk mengemukakan maklumat berkaitan dan kegagalan boleh dikenakan denda atau hukuman penjara. Secara khususnya, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 merupakan satu akta penting bagi tujuan pengenaan, penaksiran dan pemungutan cukai ke atas aktiviti perniagaan luar pesisir yang di jalankan oleh syarikat luar pesisir di atau dari Labuan.
RUU yang dibentangkan ini mengandungi pindaan terhadap seksyen 21(b), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 bagi membolehkan Menteri mengeluarkan peraturan untuk tujuan pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara otomatik. Pindaan ini bertujuan untuk meletakkan had penalti yang lebih tinggi bagi pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan-peraturan di bawah seksyen ini. Jumlah penalti yang dicadangkan adalah RM1 juta ataupun penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sebagai kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira komitmen Malaysia kepada OECD, pindaan terhadap akta ini adalah amat penting bagi membolehkan maklumat berkaitan percukaian bagi syarikat yang berdaftar di Labuan dapat dilaporkan. Ini bagi membolehkan Malaysia melakukan pertukaran maklumat berkaitan cukai secara otomatik sepenuhnya bermula dari 2018. Selain itu pindaan ini juga menunjukkan komitmen penuh Malaysia untuk bagi mematuhi standard percukaian antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, terima kasih.
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ia cuma melibatkan satu pindaan yang simple. Cuma melibatkan dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai seksyen 1. Jadi mengikut peraturan mesyuarat Yang Berhormat, cuma perkara yang dipinda sahaja. Ya, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya yakin dan saya memang faham bahawa pindaan ini adalah penting untuk kita memperkukuhkan lagi akta yang sedia ada dan seterusnya untuk menjadikan Labuan sebagai salah satu ahli komuniti pusat kewangan pesisir yang akan memenuhi piawaian dunia ataupun international standard.
Soalan yang saya ingin kemukakan adalah adakah pindaan kepada seksyen 21(b) ... 1990 mengenai pertukaran maklumat berkaitan percukaian secara automatik akan menjejaskan daya saing Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa? Adakah status Labuan sebagai IBFC ini sebenarnya telah menjejaskan imej negara kerana Labuan suatu ketika dahulu pernah disenaraihitamkan sebagai tax heaven. Apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan Labuan IBFC serta impaknya kepada masyarakat setempat? Labuan seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, sudah pun menjadi pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa selama 27 tahun. Enam tahun selepas Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Jadi saya ingin tahu, apakah kedudukan Labuan setelah membangun sebagai pusat perniagaan dan kewangan pesisir pantai selama itu? Apakah kedudukan Labuan di dalam persaingan di dalam pasaran sebagai salah satu pusat pesisir di mana di rantau ini pun seperti yang kita ketahui di antaranya yang ternama adalah seperti Singapura, Hong Kong dan banyak lagi di seluruh dunia, beratus-ratus semuanya. Labuan tadi disebutkan sudah mempunyai 13,000 lebih kurang syarikat baharu yang didaftarkan, 209 syarikat insurans, 54 bank, 378 syarikat pajakan, setakat Ogos 2016. Apakah ertinya nombor-nombor itu? Adakah Labuan berada di antara yang teratas ataupun di tengah-tengah ataupun kita cuma mencapai satu tahap yang jauh lebih kecil dibandingkan di antara pusat-pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa yang memimpin industri ini. Saya juga difahamkan Brunei yang suatu ketika dahulu adalah sebuah pusat perniagaan dan kewangan pesisir pantai juga tetapi dalam proses untuk dihentikan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Labuan untuk memastikan kita mendapat kelebihan ataupun dapat mengambil pasaran-pasaran ataupun syarikat- syarikat yang dahulunya berdaftar di Brunei memandangkan Brunei juga berada begitu dekat dengan Labuan yang mungkin di antara yang menarik mereka datang ke Labuan adalah lokasi di mana Brunei itu berada. Selain daripada itu untuk syarikat-syarikat yang berdaftar di Labuan, mereka dibenarkan untuk berpejabat di Kuala Lumpur dan di Bandar Iskandar yang waktu ketika ianya bermula ini adalah disebabkan ingin membuatkan Malaysia ataupun Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa yang lebih menarik dan berdaya siang. Memandangkan pada ketika itu Labuan mungkin tidak mempunyai amenities yang cukup menarik untuk pegawai-pegawai eksekutif berpejabat di Labuan dan seterusnya hidup di Labuan. Tetapi setelah 27 tahun, kenapa ini diteruskan? Tidakkah boleh kita membuat syarat supaya syarikat-syarikat ini disyaratkan supaya mempunyai pejabat sekurang- kurangnya pejabat yang boleh employ, dengan izin beberapa orang di Labuan dan ini sudah tentu akan membantu memberikan kesan yang positif economically ataupun peluang kepada rakyat Labuan. Sebab kita sudah berumur 27 tahun tetapi kita masih melihat ia tidak begitu visible di Labuan selain daripada bangunan Financial Park yang kita dapat lihat. Tetapi selain daripada itu, kita tidak terasa sangat yang Labuan itu mempunyai, memiliki syarikat yang nombornya 13,000 beratus-ratus insurans dan sebagainya. Jadi itu di antara soalan yang saya ingin jawapan daripada Menteri. Di sini saya ingin bertanya, sedar kah Yang Berhormat Menteri bahawa status Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi juga datang bersekali dengan perancangan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat pelancongan, hab logistik minyak dan gas serta kawasan perindustrian yang perlu diteruskan, apa yang sudah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah sebelum itu.
Selalu juga disebutkan bahawa Labuan sepatutnya juga menjadi hab pendidikan. Rakyat Labuan diberikan harapan bahawa Labuan akan dijadikan sebagai pulau taman ataupun garden island yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada ketika itu. Pendeknya, Labuan sudah dijadikan sebagai sebuah tempat yang akan diberikan keistimewaan sebab ia akan dijadikan sebuah pulau antarabangsa yang mana rakyat Labuan akan memberi. Pada masa yang sama, rakyat Labuan juga mengharapkan ada yang diterima memandangkan juga banyak keistimewaan yang dahulunya kita nikmati apabila kita bersama dengan Sabah seperti student kita dijaga oleh Yayasan Negeri Sabah dan banyak lagilah. Akan tetapi setelah
kita dijadikan wilayah dan Pusat Kewangan Antarabangsa, maka semua ini sudah menjadikan Labuan di luar daripada tanggungjawab Sabah. Jadi ,saya mengajukan di sini juga soalan-soalan yang sering terdengar datang daripada rakyat Labuan, daripada semua peringkat ahli korporat, daripada pegawai- pegawai kerajaan sampailah ke rakyat di peringkat bawah seperti petani dan nelayan. Di antaranya yang sering terdengar adalah betulkah Labuan mempunyai kutipan yang besar dari segi tax yang mana kita dengar dekat RM1 bilion setahun, melebihi RM1 bilion setahun? Daripada kastam sahaja, belum lagi daripada LHDN dan apabila GST dimulakan, Labuan adalah di antara pengutip yang besar walaupun ramai mengingatkan Labuan ini GST free. Akan tetapi bagi servis sebenarnya Labuan mengutip melebihi RM600 juta untuk tahun lepas sahaja. Jadi dengan harapan yang diberi, dengan keistimewaan yang sepatutnya diberi kepada Labuan, dengan kutipan yang begitu besar maka ada lagi soalan-soalan seperti mengapakah Labuan masih mengalami kekangan-kekangan seperti bajet untuk penyelenggaraan? Sehinggalah baru-baru ini satu peristiwa yang sangat mengejutkan apabila Tan Sri KSU Pelancongan kita jatuh ke air apabila melalui Jambatan Kampung Air yang sudah usang. Apa yang dikatakan oleh Tan Sri KSU yang sudah bersara pada ketika itu, “Yang Berhormat, ini adalah hikmah. Mungkin dengan kejatuhan saya maka akan ada perhatian yang lebih daripada Kerajaan Pusat”. Tahukah Yang Berhormat Menteri, Labuan juga merekodkan kadar tertinggi setinggan di Malaysia? Selain daripada kita juga merekodkan kadar pengangguran tertinggi di Malaysia dan kos sara hidup Labuan juga di antara champion di Malaysia. Tahukah Yang Berhormat Menteri, Labuan yang kita ingin jadikan pulau taman – Labuan yang kecil yang sepatutnya memang boleh dicapai untuk dijadikan pulau taman tetapi bajet yang diperuntukkan untuk pelancongan Pejabat MOTAC cuma RM1 juta lebih dan RM1 juta itu sepatutnya adalah untuk kita punya program Labuan International Sea Challenge. Jadi, untuk buat yang lain-lain lagi memang terlalu kecil. Begitu juga bajet...
Ya, 10 minit sudah berakhir Yang Berhormat.
Untuk Perbadanan Labuan punya jabatan pelancongan yang sebenarnya tidak sampai RM2 juta. Jadi kami merasakan sebenarnya inilah yang ditanya lagi, adakah misi besar yang dahulunya diketuai oleh MOF, dulu Menteri kita MOF. Misi besar ini yang begitu rancak pada suatu ketika dahulu...
Yang Berhormat.
..sehinggalah kita punya airport setengah bilion dibuat, sea sport complex dibuat, banyak jalan raya dibuat bermacam-macam tetapi selepas itu dia macam hilang momentum.
Yang Berhormat.
Hilang macam abandoned mission. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan ataupun mungkin dapat melihat kembali untuk memastikan Labuan ini tidak menjadi sesuatu yang terhenti perancangannya ataupun objektifnya suatu ketika dahulu. Ingin saya share di sini apabila Governor Bank Negara kita yang baharu, apabila beliau baru dilantik beberapa bulan yang lepas, tahun yang lepas beliau datang melawat ke Labuan, beliaulah yang bertanggungjawab mengadakan Pejabat Bank Negara Labuan sebelum kita ada LOFSA...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Apabila saya tanya beliau, “What do you think about Labuan now?” dengan izin. Beliau kata, “Kalau saya boleh reverse time ini Yang Berhormat, kalau saya boleh reverse time ini” dia kata, “Satu yang saya rasakan mesti dibuat, mesti dibuat dan saya akan beritahu Perdana Menteri.” dia kata. “Yang saya missed” dia kata pada ketika itu adalah untuk Labuan ini di-connect dengan Sabah, kena buat jambatan barulah perancangan yang lain-lain itu akan menjadi subur. Inilah sebenarnya pemboleh enabler yang menjadikan semua perancangan yang lain itu jadi. Inilah yang membuatkan airport yang kita belanja setengah bilion itu berbaloi. Inilah yang akan membuatkan Labuan yang sebagai bandar pelabuhan. Barang-barang dia bukan datang dengan lori daripada Sabah...
Yang Berhormat.
…tetapi dia akan menghantar barang ke Selatan Sabah daripada Pelabuhan Labuan.
Yang Berhormat.
Jadi itulah di antaranya Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua terima kasih banyak-banyak. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini ada kaitan sebab Labuan sebagai Financial Offshore Centre adalah mission...
Yang Berhormat, nanti esok Speaker nanti connect-kan microphone dengan timer Yang Berhormat.
Wilayah Kementerian Kewangan. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan mohon jawapan Yang Berhormat Menteri yang budiman. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. saya diri untuk menyokong pindaan ini di mana penalti denda dinaikkan daripada RM1000 dahulu ke RM1 juta. Saya rasa adalah penting kita memperketat undang- undang kita berkaitan dengan tax avoidance, mengelak daripada membayar cukai. Ini kerana pada masa ini elakkan daripada membayar cukai, tax avoidance adalah satu masalah yang besar di seluruh dunia. Di mana count yang 0.1001 percent itu yang terkaya, mereka sembunyikan untung mereka dalam tax heaven macam Cayman Island ataupun Bahamas. Oleh itu, ini bawa masalah yang besar pada ekonomi global di mana permintaan kasar lembap. Apabila duit itu disequester, disimpan oleh yang terkaya dan dia tidak bayar pada kerajaan cukai yang harus dibayar, permintaan kasar dikurangkan. Ini bawa kelemahan pada ekonomi kita semua dan juga opportunity untuk mereka. Kesempatan untuk orang yang kaya untuk melabur pun berkurangan. So, ini satu penyakit yang serius, yang sudah merebak di seluruh dunia. Adalah penting bahawa Malaysia dan negara-negara lain kena sekat usaha ini, tabiat ini yang avoid, yang elak daripada membayar cukai.
So, saya rasa ini yang dibuat oleh kementerian dalam kerajaan kita baik kerana saya ingat kita dengan negara-negara lain harus bekerjasama untuk memastikan orang yang kaya, orang yang ada untung bayar taxes yang mereka harus bayar dan saya rasa ini satu langkah yang baik dan saya menyokong, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu Yang Berhormat Lumut dan lepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, saya tadi selain daripada mendengar Menteri, mendengar dengan khusyuk juga rakan kita Yang Berhormat daripada Labuan mengemukakan pandangannya yang memberikan suatu gambaran yang tidak sehebat yang kita sangka di Labuan ini selepas 27 tahun Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisir. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian bagaimana kedudukan Labuan ini sebagai offshore financial center ini berbanding dengan pusat-pusat kewangan yang lain. Seperti yang disebutkan tadi Singapura, Hong Kong, Cayman Highland, Bahamas. Apakah kita semakin merapatkan kedudukan Labuan ini ataupun bagaimana? Ini kerana tempoh 27 tahun itu saya rasa sudah cukup pengalaman untuk kita menimba daripada pusat-pusat kewangan pesisir yang lain. Jadi apabila kita hari ini mendengar pindaan ke atas undang-undang ataupun Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan ini, timbul persoalan apakah kedudukan Labuan ini kita hendak jadikan sesuatu yang kompetitif ataupun dengan menaikkan denda ini ataupun hukuman ini sebagai satu langkah yang boleh meletakkan Labuan semakin sukar diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini kerana setiap kali kita meminda cukai ini tentunya akan menarik perhatian masyarakat antarabangsa kerana ini adalah offshore center.
Jadi, berbeza dengan apa yang kita bahaskan semalam iaitu dalam bab Akta Perdagangan Strategik di mana kita hendak memudahkan perniagaan dengan mengurangkan denda-denda. Hari ini kita meningkatkan hukuman daripada RM1,000 ke RM1 juta itu sudah 1000 kali ganda. Jadi apa mesej yang kita hendak hantarkan kepada dunia? Labuan sehari dua ini telah menjadi isu apabila kerajaan mengharamkan currency atau jual beli pemindahan wang kita dan ini sudah tentu meletakkan Labuan dalam radar peniaga-peniaga sebab sebagai satu tempat yang tidak friendly kepada peniaga-peniaga. Jadi ini satu lagi usaha yang dibuat pada hari ini. Saya hendak bertanya kepada kementerian, kemungkinan view point saya ini silap tetapi apakah ia nanti akan menimbulkan lagi persoalan kepada masyarakat antarabangsa dan Labuan mungkin kesannya ialah tertinggal lebih jauh lagi. Jadi bila wakil Labuan tadi menerangkan setelah 27 tahun masih lagi boleh buka ibu pejabat syarikat yang berdaftar di Labuan di tempat-tempat lain seperti Iskandar Malaysia, di Kuala Lumpur. Jadi sudah tentulah ia ini tidak memberikan satu gambaran yang baik tentang Labuan. Soalan saya seterusnya kepada kementerian dengan izin, what does it take to become a competitive offshore financial centre? Apa dia? Apa environment yang perlu? Tadi Yang Berhormat Labuan menyebut tentang jambatan, is it so? Saya rasa pulau lebih menarik daripada sebuah tempat connected to the mainland. Jadi adakah ia health tourism contohnya ataupun pelancongan yang lain ataupun satu pusat pendidikan universiti swasta atau beberapa universiti swasta dibuka di situ bagi menarik minat. Kalau ini menjadi cara untuk kita perkenalkan Labuan sebagai offshore financial center ini maka kita harus mengambil pendekatan yang lebih integrated, lebih luas untuk memastikan ia lebih terkenal. Sila Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Persoalan saya menambahkan apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Kuala Krai sebentar tadi di mana sebelum ini penalti yang dikenakan adalah mengikut Akta Tafsiran iaitu hanya RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan. Kini, satu hukuman yang mendadak di mana penalti tidak melebih RM1 juta dan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Dalam satu suasana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan sebentar tadi di mana kita hendak semangat untuk melabur untuk memudahkan pelaburan dan sebagainya tiba-tiba membawa pendekatan sebegini, apa rasional dan justifikasi kerajaan untuk menetapkan hukuman seberat ini? Adakah apa-apa halangan risiko yang telah dilalui di mana Akta Tafsiran sedia ada tidak dapat membantu Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 atau ada rasional lain yang telah menyebabkan kita terpaksa mengubah dan mengenakan denda yang seberat ini? Apa pandangan Yang Berhormat, terima kasih.
Ya, soalan yang sama juga saya tanyakan tadi. Apa mesej yang kita hendak hantar atau adakah pelanggaran- pelanggaran yang berlaku terlalu ketara sehingga kita kehilangan banyak hasil tetapi Yang Berhormat Labuan sebut tadi kita punya cukai yang dikutip berbilion-bilion juga. Jadi di mana atau hanya sekadar untuk penyelarasan kerana sehari dua ini kita dengar banyak daripada pindaan-pindaan ini untuk menyelaraskan. Jadi saya mohon penjelasan daripada kementerian tentang perkara tersebut. Jadi Tuan Yang di-Pertua itu sahaja terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Lumut, panggil Yang Berhormat Lumut, kemudian Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya membaca berita pada tahun 2016 daripada ucapan Yang Amat Berhormat Pekan bahawa kutipan cukai daripada Labuan dan juga Langkawi berlaku ketirisan sebanyak lebih kurang RM1 bilion. Jadi saya hendak dapat maklumat sedikitlah apakah sebabnya berlaku ketirisan tersebut? Adakah ia disebabkan kelemahan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mengawal aktiviti perniagaan khususnya perniagaan minuman keras, rokok dan juga kereta mewah. Ini dikatakan sebagai salah satu punca yang menyebabkan kita kerugian pendapatan cukai.
Soal saya seterusnya adakah akta yang kita bentang ini mampu mengatasi ataupun mengurangkan ketirisan yang telah dialami sebelum ini dan kita harap dengan adanya akta ini ia boleh membantu ketirisan yang dilaporkan. Harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Tinggi, lepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan saya terpanggil untuk berhujah sedikit mengenai rang undang-undang ini. Pertamanya, saya yakin saya melihat bahawa rang undang-undang ini diperketat dari segi cukai tadi seperti Yang Berhormat Sungai Siput cakap kalau kita hendak attract people, kita hendak attract good business. Kita tidak hendak dengan izin, attract the bad guys yang cuba buat benda-benda yang tax heaven atau lari daripada cukai dan sebagainya. That is not kita punya business, itu pertama. Keduanya, saya mendengar Tuan Yang di-Pertua dengan panjang lebar, dengan teliti pandangan dari Yang Berhormat Labuan. Sebenarnya business atau ekonomi ini merubah dan the dynamism of ekonomi ini bergantung atau perubahan landskap ini bergantung kepada perkara-perkara yang berlaku semasa. Contohnya bila Trump naik kita akan ada perubahan dari segi landskap ekonomi dan fokus kita pun akan berubah.
Akan tetapi apa yang penting di sini ialah kebolehan kerajaan kita, kemampuan kita adapt to the ever changing economic environment atau dia punya perubahan- perubahan ini. Ini amat penting. Saya hendak tarik perhatian, dulu masa kita tahun 2015, kita luluskan satu bajet bulan November tetapi bila bulan Januari, harga minyak turun USD100 tinggal USD30. Dalam masa dua bulan sahaja, kerajaan kita mengadakan satu rasionalisasi atau budget rationalization di mana kita menumpukan pelaburan atau investment ataupun peruntukan-peruntukan untuk sektor-sektor kritikal dengan segera. Alhamdulillah, pada tahun 2016, pertumbuhan GDP kita kekal empat peratus lebih berbanding dengan beberapa negara lain yang tidak membuat perubahan yang cepat maka menyebabkan GDP-nya turun, growth GDP-nya turun. Apa yang saya hendak kata di sini, pada satu kefahaman saya, Labuan adalah satu position yang amat baik, IOFC, our overseas financial center dan kita lihat pada ia diwujudkan, kita ada BIMP-EAGA di mana kita membangunkan Southern Mindanao. Ini satu potensi yang baik. Kedudukan Labuan ini sebenarnya ikut distance, dua jam daripada KL, dua jam daripada Manila, dua jam daripada Southern Ho Chi Min City atau satu jam lebih dan ia berada di satu position yang amat baik, pada pandangan saya. Kita lihat pertumbuhan ekonomi di South East Asia contohnya, by 2030, Indonesia akan menjadi negara yang kelima atau keenam terbesar ekonomi di dunia. Kalau di campur dengan ASEAN, sepuluh, kita ketiga di belakang China dan India. Labuan berada di tengah-tengah pembangunan yang begitu pesat ini. Kalau kita ambil take position dulu, saya yakin lima hingga sepuluh tahun sekarang kita akan reap the benefit. Itu sebabnya perancangan ini jauh. Kalau kita membuat satu perancangan infrastruktur, ia tidak bergantung lima hingga sepuluh tahun. Ia mesti berunjuran yang baik dan mesti mempunyai kebolehpasaran berkembang mengikut peredaran zaman. Kalau kita tengok daripada contohnya PricewaterhouseCoopers punya unjuran 2014-2050, kita lihat dinamika di Southern East Asia ini akan menjadi satu tumpuan pembangunan ekonomi yang besar. Jadi saya rasa apa yang perlu kita tekankan di sini ialah bukan melihat kepada jambatan. Jambatan itu penting tetapi itu lebih kepada domesticated punya demand ataupun permintaan (demand) tempatan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai. Kita kena melihat secara holistik potensi-potensi yang ada. Jadi saya rasa kalau kita melihat dan menggerakkan usaha-usaha untuk menjadikan IOFC Labuan ini bukan sahaja financial center, kita tahu juga pertumbuhan oil and gas yang begitu pesat di lembangan-lembangan off Sarawak dan juga di Sabah, sudah tentulah IOFC ini bukan sahaja tambahan financial center, akan menjadi pusat logistik dan juga keperluan-keperluan pelancongan yang lain.
Jadi saya hendak tanya kepada kementerian, adakah kita juga merancang, ada satu blueprint yang besar yang perlu kita buat untuk memastikan Labuan merebut peluang sebagai the ultimate IOFC atau logistic center or commercial center di South East Asia yang khusus akan memberi akses yang begitu baik untuk Vietnam, Cambodia, Indonesia, Borneo dan juga kita lihat Makassar, hanya two hours flight daripada Manado ataupun Guam ataupun Palau ke IOFC? Jadi kalau kita tengok potensi ini, sudah tentulah pada pandangan saya, perancangan awal kerajaan itu memang tepat dan kalau kita take position sekarang dan kita buat inisiatif yang membuat ia menjadi blueprint yang baik, saya yakin Labuan akan menjadi satu tempat yang amat baik dan saya yakin Yang Berhormat Labuan ini akan berterima kasih tentang taking position yang saya sebutkan tadi. Itu pandangan saya. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan-rakan Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Pertama sekali, sahabat saya daripada Labuan yang bertanyakan berkaitan dengan perkembangan-perkembangan yang ada di Labuan ini, tentang apakah kesan- kesan ini akan menjejaskan daya saing Labuan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak melihat bahawa pertukaran maklumat secara automatik ini akan menjejaskan saingan Labuan IBFC. Matlamat kerajaan semasa penubuhan Labuan IBFC adalah untuk menarik pelaburan dari kalangan pelabur-pelabur yang tulen. Kita tidak mahu pelabur-pelabur yang hendak menggunakan Labuan ini untuk tujuan-tujuan yang secara tidak sah— black money, black economy dan sebagainya— dan mematuhi amalan piawaian antarabangsa. Oleh yang demikian, pertukaran maklumat secara automatik ini sebenarnya adalah penting bagi memastikan pelabur-pelabur tulen ini patuh kepada perundangan cukai antarabangsa. Seterusnya, apakah ia akan menjejaskan imej negara seperti sahabat kita daripada Kuala Krai dan juga Kapar menyentuh dengan kenaikan penalti yang sampai RM1 juta ini akan menjejaskan imej kita. Sebenarnya tidak. Sejak Labuan ditubuhkan pada tahun 1990, perundangan yang telah digubal mematuhi tahap piawaian yang diiktiraf peringkat global. IBFC Labuan ini juga telah diterima sebagai ahli keluarga kepada beberapa badan dan agensi antarabangsa yang mengamalkan sistem ataupun piawaian perundangan dan pengawalan yang tinggi serta berintegriti seperti persatuan antarabangsa, penyelia insurans dan juga kumpulan antarabangsa, penyelia pusat kewangan. Seiring dengan pengiktirafan oleh badan- badan antarabangsa ini, imej dan reputasi Labuan IBFC sentiasa berada pada tahap yang positif di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan sebagai pengawal dan penyelia entiti-entiti Labuan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh IBFC ini agar mematuhi dan berada pada tahap yang tinggi. Selain daripada itu, apakah pelan induk kerajaan untuk membangunkan Labuan IBFC yang disebut oleh Yang Berhormat Labuan juga. Itu kita hendak memperbaiki kerangka perundangan, meningkatkan pengawalseliaan, menarik lebih banyak pelabur dan menjalankan operasi di Labuan khususnya bagi institusi kewangan antarabangsa, memantapkan kecekapan dan juga operasi dan kualiti perkhidmatan, menubuhkan wakaf antarabangsa sebahagian daripada usaha membangunkan pentadbiran dana Islam dan juga mempromosikan Labuan sebagai produk dan perkhidmatan Labuan di kalangan negara-negara ASEAN. Selain daripada itu, Yang Berhormat Labuan juga menyentuh tentang kedudukan status Labuan ketika ini. Seperti yang saya sebutkan tadi, sebenarnya sejak ditubuhkan daripada awal lagi, kita tengok perkembangan-perkembangan positif. Contohnya, dari sudut kompeni, syarikat-syarikat yang berada di Labuan sejak daripada tahun 2000 berkembang daripada 2,776 syarikat sehinggalah kepada tahun 2016 menjadi 13,260 dan untuk tahun 2017 ini pun sudah ada pertambahan enam syarikat baru. Yang beroperasi secara aktif sebanyak 5,764. Syarikat-syarikat trust company sebanyak 47. Kemudian bank-bank di Labuan seperti yang saya sebut, sudah ada 53.
Commercial bank 40 dan investment bank 13, insurance companies 205, kemudian re- insurance sebanyak 44, broker 74 dan sebagainya. Kita melihat dari sudut perkembangan syarikat-syarikat yang terlibat di Labuan secara aktif dan sebagainya daripada tahun ke tahun. Begitu jugalah kalau disebut dari segi faedah yang diperoleh oleh kerajaan. Dari segi kita dapat apa yang kita laburkan, apa yang kita cita-citakan sebelum ini, kita sudah tentulah melihat dari segi tax revenue. Daripada tahun 2011 contohnya, sampai tahun 2015, secara kumulatif hasil kutipan (collection) kerajaan di bawah LOBATA ini adalah sebanyak RM36.4 juta. Kemudian, cukai-cukai korporat sebanyak RM86.5 juta, cukai- cukai individu sebanyak RM8.4 juta menjadikan jumlah sebanyak RM131,247,178. And then on top of that, dengan izin, kita telah mengutip sebanyak RM426 juta dari segi GST untuk tahun 2015 sahaja dan mungkinlah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Labuan tadi, untuk tahun 2016, boleh mencecah RM600 juta.
Jadi, semua ini menjadikan kutipan sehingga kini RM557 juta. Jadi, berbaliklah kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Labuan tadi berkaitan dengan ada beberapa perkara. Sama ada Labuan ini mendapat perhatian sebagai pusat kewangan antarabangsa kemudian dipulangkan balik hasil yang dikutip itu kepada Pulau Labuan itu sendiri. Contohnya, kita tahu bahawa Labuan ini antara objektif utamanya adalah untuk menjadikan destinasi pelancongan. Jadi, kita tahu dan saya ingat Yang Berhormat sendiri pun sedar, kerajaan kini telah pun dalam peringkat akhir perbincangan untuk menjadikan Lapangan Terbang Labuan itu sebagai satu hab LCCT untuk menjadikan penerbangan tambang murah ini nak membawa masuk pelancong-pelancong dari Timur Asia, terutama sekali dari China. Kerajaan sedang dalam peringkat akhir perbincangan antara beberapa kementerian yang terlibat. Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan yang memiliki dan beroperasi menjaga lapangan terbang di Labuan itu, kemudian sudah tentulah dengan Perbadanan Labuan sendiri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Dengan harapan untuk dijadikan Labuan ini jangka panjang menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik, termasuk juga membangunkan dan membina pusat konvensyen dan sebagainya. Kemudian kita juga sedar, memang salah satu lagi potensi yang ada di Labuan sebagai hab pendidikan. Kementerian Kewangan sendiri mempunyai satu pusat atau satu sekolah antarabangsa yang saya sendiri telah pun pergi melihat dan melihat tentang potensi yang ada dengan fasilitet, kemudahan yang dibuat, dibina itu boleh menjadikan Labuan ini mungkin kita convert daripada sekolah antarabangsa itu menjadi mungkin kerjasama dengan universiti ternama peringkat antarabangsa untuk menjadikan Labuan ini kita buat twinning program dengan universiti antarabangsa itu, menjadikan satu hab pendidikan. Daripada segi apa yang disebut dalam garden island dan sebagainya itu mungkin di peringkat Kementerian Wilayah yang saya kira mempunyai perancangan jangka panjang untuk Labuan itu sendiri. Labuan masih kononnya katanya ada kekangan bajet penyelenggaraan. Ini saya ingat sudah tentu Yang Berhormat boleh memanjangkan kepada peringkat Kementerian Wilayah untuk dipertimbangkan. Bajet pelancongan juga katanya kurang, ya sudah tentu kita perlukan bantuan daripada MOTAC sendiri dan sudah tentulah Kementerian Kewangan yang menjaga IBFC di Labuan ini akan turut membantu memastikan bukan hanya Labuan itu dapat menyediakan prasarana yang sesuai untuk menjadi daya tarikan di peringkat pelancongan dan sebagainya. Akan tetapi kita tak mahulah seperti mungkin yang disebut oleh rakyat Labuan, katanya misi besar yang rancak itu kini hendak menjadi abandoned mission. Saya rasa secara peribadi saya melihat bukanlah hasrat kerajaan untuk menjadikan Labuan ini sebagai abandoned mission. Oleh sebab sebenarnya daripada segi hakikat, daripada segi fizikalnya mungkin orang tak nampak Labuan itu ada bangunan mencakar langit dan sebagainya. Akan tetapi daripada segi transaksi perniagaan, daripada apa data yang saya telah sebutkan tadi, dengan taxes yang kita collect, ini sebenarnya telah menepati hasrat awal penubuhan Labuan sebagai satu kawasan pesisir pantai ini. Jadi, Yang Berhormat Sungai Siput menyokong. Saya ucapkan terima kasih di atas kefahaman Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krai, berkaitan dengan apa yang saya sebut tadi, Labuan tak hebat. Sebenarnya Labuan ini hebat dan ianya menjadi satu kawasan offshore kalau kita hendak bandingkan dengan...
[Bangun]
Yang Berhormat Labuan bangun, Yang Berhormat.
Sekejap, nak habiskan ini. Sat lagi you sambung, terima kasih Yang Berhormat. Nak bandingkan mungkin dengan Cayman Islands dan sebagainya, itu mungkin tak sampai ke peringkat itu. Oleh sebab kita di Labuan ini kita harapkan, yang saya katakan awal tadi adalah genuine investors, yang tulen, yang orang kata menepati syarat-syarat dan sebagainya, yang buat kerja yang betullah. Dalam berjalan betul ini tak macam- mungkin setengah-setengah tempat itu dia gunakan sebagai tempat-tempat yang ini lah. Jadi, kedudukan pelaburan saya dah sebut. Jadi, kita memang berusaha keras untuk menarik dan meningkatkan lagi bilangan-bilangan pelabur. Objektif kenapa penalti ini dikenakan, sebenarnya kita hendak menepati matlamat yang telah pun digariskan oleh OECD itu sendiri. Kita tak mahu Labuan ini dianggap sebagai satu tempat kononnya sebagai tax haven kemudian ada juga harmful tax practices. Sebab itulah dulu sekali pada tahun 2009, Labuan ini disenaraihitamkan. Jadi, kerajaan sedang berusaha secara serius untuk memastikan bahawa jenama Labuan ini terus menjadi tempat yang boleh menjalankan perdagangan, perniagaan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan membawa keuntungan kepada mereka, win-win. Jadi, perception dunia dengan adanya- ini sebenarnya adalah amalan di mana kita letakkan supaya apabila syarikat-syarikat yang ada di Labuan itu perlu menepati syarat-syarat iaitu perlu mengemukakan laporan-laporan supaya tidak wujud perkara-perkara yang fishy dan sebagainya. Jadi, saya ingat perception dunia terhadap tindakan yang kita buat ini amat menepati hasrat OECD itu sendiri. Jadi, tiada halanganlah takut kalau kata dengan kenanya daripada RM1,000 ke- RM1,000 ini selalunya terlampau sikit untuk mereka. Sudah tentulah kita letakkan satu kadar yang bertepatan, bersesuaian dengan keadaan hari ini. Yang Berhormat Kapar juga sebut tadi sebenarnya kenapa diletakkan RM1 juta ini? Oleh kerana ia hendak menjadikan deterrent. Kita tak mahu orang ambil kesempatan yang tak mahu menepati apa semua inilah. Yang Berhormat Lumut menyebut tadi tentang hal-hal berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa kita memperkenalkan KBC atau kedai bebas cukai di Labuan dan juga Langkawi tentang ketirisan seperti yang disebut. Untuk makluman Yang Berhormat, anggaran kita untuk tahun 2015-2016 ini, tahun 2015 terdapat hasil ketirisan cukai dalam anggaran kita sejumlah untuk semua inilah, RM9 bilion. It is not RM1 billion, RM9 bilion ketirisan daripada segi orang tak bayar cukai rokok, orang tak bayar cukai arak, orang tak bayar cukai liquor dan sebagainya. Sampailah ke peringkat RM9 bilion. Jadi, sebab itulah kita wujudkan kedai bebas cukai sebanyak 21 buah di Labuan dan 56 di Langkawi, 3 di Tioman. Kita dapat mengesan bahawa hari ini kedai bebas cukai ini kita dah ada dua tier. Contohnya, di Labuan ada 210 kedai bebas cukai yang boleh menjual secara loose pack dan sebagainya ini. Kita boleh tengok, kita boleh monitor bahawa hari ini ketirisan ini dapat kita kurangkan. Kita tak dapat eliminate totally at the moment tetapi insya-Allah kita dah dapat mengawal sedikit dan banyaklah dapat diselamatkan, contohlah yang saya sebut tadi. Rokok sahaja berjumlah RM543 juta dan minuman keras RM369 juta. Jadi, banyaklah itu ya. Jadi, saya minta maaf. Saya tarik balik, Yang Berhormat. Saya silap. Bukan RM9 bilion, is RM913 juta, it is almost RM1 bilion. Betullah Yang Berhormat kata tadi. Jadi, saya ingat saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat. Mungkin saya tak sentuh apa-apa lagi. Sila Yang Berhormat Labuan, saya tak nampak tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, transaction banking, leasing, oil and gas, memanglah Labuan ini sebenarnya besar, berbilion-bilion. Labuan merekodkan GDP per kapita di antara yang tertinggi kalau bukan yang tertinggi di Malaysia dan GDP growth rate pun yang tertinggi di Malaysia. Akan tetapi keadaan domestic economy itu tidak mencerminkan kehebatan yang saya sebutkan tadi. Dengan kejatuhan harga minyak, sektor oil and gas, maka Labuan sekarang berhadapan dengan krisis ekonomi sebenarnya. Ramai, beribu-ribu orang kehilangan kerja dan sebagainya. Selepas itu, kita pula di downgrade daripada pulau bebas cukai kepada cuma bagi kedai bebas cukai. Jadi, ini memang di antaranya yang membuatkan banyak persoalan seperti yang saya sebutkan tadi. Banyak lagi sebenarnya, a long list yang saya rasakan pihak Kerajaan Persekutuan kena mula lihat. Saya memainkan peranan untuk meyakinkan mereka bahawa Kerajaan Persekutuan- selama ini saya tengah buat memastikan Kerajaan Persekutuan ini adalah membuat sesuatu yang tidak akan membiarkan rakyat Labuan.
Labuan dia lain daripada Kuala Lumpur ataupun Putrajaya. Oleh sebab Labuan ini dia sebelum pembentukan Malaysia pun sudah ada penghuni dia. Sekarang ini
mereka inilah sebenarnya sebahagian besar daripada rakyat Labuan yang membuatkan mereka mula meluahkan ketidakpuasan hati. Mereka merasakan ialah kalau sekiranya Labuan itu sudah menjadi pulau international, offshore center, oil and gas, memang dia akan satu hari dia orang bayangkan dia akan menjadi Kuala Lumpur, dia akan menjadi Pulau Pinang, dia akan menjadi Singapura. Akan tetapi apakah nasib the descendant of the local yang merasakan mereka akan tersisih sebab waktu mereka memerlukan ekonomi sekarang supaya mereka boleh membantu generasi baru anak-anak supaya tidak ketinggalan. Mereka tidak berupaya pun sebab domestik ekonomi itu tidak menjadi dan sudah tentulah...
Ya.
...satu hari nanti orang datang yang mempunyai keupayaan yang lebih besar capitalnya yang akan datang merebut apa yang dikatakan Labuan satu hari menjadi hebat. Akan tetapi bagaimana dengan nasib mereka yang sekarang ini struggling dengan ekonomi itu.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya amat bersimpati. Saya pun sendiri pergi melihat apabila baru-baru kita kena hard hit by penurunan harga minyak dan gas ini dan sudah tahu kita pergi Labuan memang muram sikit. Hotelnya pun occupancy rate very low. Ada disebut-sebut berkaitan dengan pemberhentian pekerja dan sebagainya. Semua ini kita fahamlah Yang Berhormat Labuan dan saya ingat Yang Berhormat Labuan pun tahu. Saya rasa Yang Berhormat Labuan pun boleh membuat satu special request kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk melihat semulalah minta ehsan untuk sumbangan direversekan balik kepada collection yang kita terima di Labuan itu dimasukkan dalam pembentukan inilah. Jadi itu agak spesifiklah. Saya hendak merujuk kepada Yang Berhormat Kota Tinggi, dynamism economy semua ini saya setujulah dan terima kasih lah di atas sokongan terhadap benda ini dan saya ingat itu sahaja. Saya hendak ucapkan rakam terima kasih kepada semua yang menyokong bill ini. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalah ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang Di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Ya Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada seksyen 20 terlebih dahulu kerana seksyen 20 menyatakan tentang penyata keuntungan di mana Akta Ibu telah dipinda pada tahun 2009 dengan perkataan RM5 ribu telah digantikan pun dengan perkataan RM1 juta. Ini berlaku pada tahun 2009. Akan tetapi ketika itu Tuan Pengerusi, seksyen 21 tidak dipinda dan tidak ada apa-apa peruntukan tentang seksyen 21 kerana seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan dan sekarang persoalan saya adalah, mengapa seksyen sub 2 ini di mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini dimasukkan dalam seksyen 21 di mana ini hanya budi bicara tentang kuasa Menteri untuk membuat peraturan- peraturan. Mengapa seorang Menteri diberi kuasa untuk membuat peraturan yang kena mengena dengan denda, penalti agak tinggi nilainya, penjara atau kedua-duanya sekali. Padahal benda ini telah dicover pun oleh seksyen 20 yang telah dipinda pada tahun 2009. Kalau kita balik kepada tahun 2009 apabila ketika akta itu dipinda, digantikan RM5 ribu
dengan RM1 juta, kementerian ketika itu tidak berhasrat untuk menukar seksyen 21 dan digantikan dengan penambahan di mana memberi kuasa kepada Menteri secara holistik. So, saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan mengapa ketika itu tidak diubahsuai tetapi kini diubahsuai, yang itu pertama. Kedua adalah mengapa wajarnya kita memberi kuasa kepada seorang Menteri untuk menunjukkan peraturan-peraturan - untuk membuat peraturan-peraturan dan sebagainya. Ini adalah persoalan saya Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya di bawah seksyen 21 (B) ITA, Income Tax Act 1967 memberikan kuasa kepada Menteri untuk dia membuat peraturan-peraturan. “B” itu sebelum ini disebut akta peruntukan sedia ada ini bagi maksud melaksana atau memudahkan perjalanan perkiraan yang dikuatkuasa di bawah seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967 dan menetapkan penalti. The word penalty is there bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini. Cadangan pindaan kita kali ini adalah untuk seksyen yang sama iaitu bagi saya sebut, saya baca verbatim ini. Bagi maksud melaksanakan atau memudahkan perjalanan perkiraan penguatkuasaan di bawah seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967. Selepas itu dimasukkan klausa 21(2) pula. Peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan penalti, denda tidak melebihi RM1 juta seperti yang kita sebut ini atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi apa-apa pelanggaran, kegagalan inilah. Sebenarnya Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita bawakan satu Rang Undang-undang Kewangan 2017. Masa kita bentangkan Bajet 2017 pada bulan November atau Disember yang lalu, termasuk juga dalam Akta Labuan. Akan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini kita miss bab ini. Oleh sebab itulah hari ini kita bawa sebab kalau kita tangguhkan masa itu maka sudah tentu dia akan memberi kesanlah. Jadi itu sebabnya. Jadi Yang Berhormat, kuasa Menteri ini memanglah sudah ada dalam akta awal lagi. Itu sebabnya. Terima kasih. [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato’ Razali bin Ibrahim) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017Bill
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, masalah jenayah seksual dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini adalah satu masalah yang tidak berkesudahan yang kalau tidak ditangani akan mengancam pembinaan institusi kekeluargaan, menjejaskan keharmonian sosial, malah boleh menghancurkan masa depan negara.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membendung kes keganasan rumah tangga serta kes yang berkaitan dengan jenayah seksual ini, kerajaan bercadang untuk
membuat beberapa penambahbaikan di dalam Kanun keseksaan. Secara amnya, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 bertujuan untuk memperluaskan pemakaian seksyen 326A Kanun Keseksaan kepada kesalahan yang dilakukan terhadap bekas suami atau isteri, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau anggota lain keluarga dan orang ini adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan ia tidak dihadkan hanya bagi mereka yang masih dalam hubungan perkahwinan yang sah sahaja. Melalui cadangan pindaan ini, seseorang yang menyebabkan kecederaan terhadap bekas suami atau isterinya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau orang lain, keluarga dan kemudian disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 323, seksyen 324, seksyen 325, seksyen 326, seksyen 334 atau seksyen 335 Kanun Keseksaan, mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara untuk tempoh yang boleh sampai dua kali tempoh maksimum yang dia boleh dikenakan sekiranya disabitkan dengan kesalahan itu di bawah seksyen berkaitan walau apa pun hukuman lain denda atau sebatan diperuntukkan bagi seksyen itu. Dalam erti kata lain, dengan cadangan pindaan ini, hukuman penjara menjadi hukuman mandatori dikenakan ke atas pesalah terbabit. Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan untuk mencegah jenayah seksual bukan sahaja yang melibatkan mangsa kanak-kanak malah turut merangkumi kesalahan seksual terhadap masyarakat secara umum. Sehubungan dengan itu, kerajaan bercadang untuk meminda seksyen 377CA Kanun Keseksaan untuk memperluas dan memperjelas pemakaian seksyen 337CA Kanun Keseksaan sedia ada kepada kes yang melibatkan perhubungan seks dengan memasukkan mana-mana anggota badan seperti jari atau lidah selain zakar ke dalam faraj atau dubur mangsa. Cadangan pindaan ini dibuat untuk merangkumi mana-mana bahagian badan selain zakar yang digunakan dan dimasukkan ke dalam faraj atau dubur mangsa dalam kesalahan yang boleh dipertuduhkan di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Seterusnya, pindaan juga bertujuan untuk memasukkan dokumen lucah bagi mengukuhkan larangan penjualan, pengedaran, pemilikan, penyewaan, penghasilan, pengiklanan, pembelian dokumen lucah dan lain-lain perbuatan yang disebut di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan. Perincian dokumen adalah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 29 Kanun Keseksaan. Sebagai contoh, fotografi atau rakaman visual lain dan perkara yang dirakam disimpan, diproses atau dihasilkan semula atau dihasilkan oleh komputer. Akhir sekali, sebagai bukti bahawa kerajaan mengambil perhatian serius akan kesalahan seksual ini, kerajaan juga bercadang untuk menjalankan hukuman sebat bagi hukuman mandatori bagi kesalahan seksual di bawah seksyen 376 yakni hukuman bagi rogol. Seksyen 376B bagi sumbang mahram, seksyen 377B hukuman melakukan persetubuhan seksual yang bertentangan dengan aturan tabii, seksyen 377C hukuman melakukan persetubuhan seksual yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan seksyen 337E kesalahan merangsang kanak-kanak kepada perbuatan kelucahan melampau Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 10 fasal iaitu fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan dokumen lucah sebagai sebahagian daripada perkara yang dilarang untuk dijual dan sebagainya di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan. Bagi maksud ini, dokumen itu termasuklah kandungan lucah dalam talian. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 293 Kanun Keseksaan untuk memasukkan dokumen lucah sebagai sebahagian daripada perkara yang dilarang untuk dijual dan sebagainya di bawah seksyen 293 Kanun Keseksaan kepada mana-mana orang yang berumur di bawah 20 tahun. Fasal 4 bertujuan untuk menggantikan seksyen 326A Kanun Keseksaan sedia ada dengan seksyen baru 326(A) untuk memperluas pemakaian seksyen ini kepada orang seperti bekas suami atau isteri, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau anggota lain keluarga dan orang ini adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan tidak terhad bagi mereka yang masih dalam perkahwinan yang sah sahaja. Fasal 5, fasal 6, fasal 7, fasal 8 dan fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 376, seksyen 376B, seksyen 377B, seksyen 377C dan seksyen 377E masing-masing
untuk menjadikan hukuman sebat mandatori bagi kesalahan seksual dalam Kanun Keseksaan. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 377CA kanun keseksaan sedia ada untuk memperluas pemakaian seksyen ini bagi kesalahan yang melibatkan perhubungan seksual dengan menggunakan mana-mana bahagian badan selain zakar. Pindaan yang dicadangkan ini adalah selaras dengan keputusan mahkamah rayuan dalam kes Shafie bin Awang lawan PP yang menurutnya mahkamah telah memutuskan dan mentafsirkan bahawa jari termasuk dalam takrif objek di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Cadangan pindaan ini dibuat bagi maksud penjelasan. Oleh itu perkataan atau mana-mana bahagian badan selain zakar dicadangkan untuk dimasukkan selepas perkataan apa-apa objek dalam seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Dengan cadangan pindaan ini, apabila terdapat kes bagi apa-apa kesalahan yang melibatkan perhubungan seksual dengan objek di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang melibatkan mana-mana bahagian badan seperti jari atau lidah, pendakwaan boleh dimulakan di bawah seksyen 377CA Kanun keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini menunjukkan langkah serius kerajaan untuk menangani salah laku penglibatan jenayah seksual dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat yang semakin berleluasa pada hari ini. Semalam, Dewan yang mulia ini dengan sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 sebagai satu usaha untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual. Hari ini saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk turut menyokong pindaan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan ini sebagai usaha untuk membanteras jenayah seksual secara umumnya. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempenegerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Saya mohon menyokong.
Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Berapa orang yang minat? Lima orang, enam orang. Sila Yang Berhormat Setiu.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita bercerita tentang keganasan rumah tangga ini biasanya ia akan mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Apabila ada kecederaan, tidak setakat itu sahaja. Ia akan Menteri menjadi satu trauma secara psikologi terutamanya kalau ada serangan yang berulang atau memberi impak yang berpanjangan biasanya. Jadi mereka yang diserang biasanya akan mengalami stres, depress, tension, ketakutan dan sebagainya.
Ini Yang Berhormat, Kanun Keseksaan pindaan.
Ya, itu kita cerita sebab ada related dengan Akta Keganasan Rumah Tangga. Oleh sebab ia sebut dalam akta ini bawah penggantian seksyen 326A dihubungkan dengan Akta Keganasan Rumah tangga. Dalam Akta Keganasan Rumah tangga ia tidak ada hukuman. Oleh sebab itu saya cuba hendak beritahu kerana berlaku perkara inilah maka dipinda akta, Kanun Keseksaan ini dengan menggantikan seksyen 326A. Apa yang berlaku selama ini, saya difahamkan lebih kurang 40 peratus biasanya kebanyakan wanitalah. Biasanya mereka ini dikatakan disalah guna oleh pasangannya. Akan tetapi sebenarnya kalau hendak kira keganasan ini, sebenarnya banyak. Antara suami pun boleh berlaku sebagai mangsa dan diluaskan bawah Akta Keganasan Rumah tangga ini kepada anak-anak yang disebut tadi.
Isteri atau suami ataupun anggota lain keluarga termasuklah anaknya, anak lelaki atau perempuan dewasa, ibu bapanya, kakak, adik, mana-mana saudara lain juga dan juga kanak-kanak yang di bawah umur 12 tahun yang tinggal sebagai anggota keluarga, keluarga pesalah itu iaitu atau keluarga isteri atau keluarga suami ataupun isteri ataupun bekas isteri atau bekas suami. Dia lebih luas dan juga orang dewasa yang tidak berkeupayaan yang tinggal sebagai anggota keluarga pesalah. Jadi mereka-mereka inilah kebiasaan akan dikatakan menjadi mangsa dan kenapa pula perlu 326A ini dipinda. Daripada hukuman yang biasanya kalau kita lihat, 323, 324, 325, 326 hukuman adalah 20 tahun penjara, 325 – 7 tahun penjara, 324 – 3 tahun penjara bermakna kalau dipinda dalam 326A ini ia akan menjadi double. Kalau biasanya dihukum 10 tahun makna boleh dihukum sehingga 20 tahun. Keseriusan keganasan ini sebenarnya yang diambil kita. Cuma yang saya tidak berapa hendak nak faham sedikit, kenapa dilanjutkan kepada bekas suami atau bekas isteri? Adakah masih dikira sebagai keluarga? Begitu juga anak-anak yang tinggal dengan bekas suami, bukan anak sendiri, kadang-kadang yang tinggal dengan bekas suami atau isteri pun dikira sebagai anggota keluarga. Ini saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Pada pindaan-pindaan lain, saya rasa ia adalah satu pindaan yang sangat wajar kepada semua pindaan kepada seksyen 376, 376B, 377C semuanya. Manakala dahulu kalau disebut shall be liable to imprisonment maknanya tidak wajib, boleh juga dikenakan denda. Akan tetapi sekarang ini kalau sudah dipinda kepada shall be punished bermakna hukuman penjara adalah merupakan satu kewajipan. Jadi saya menyokong pindaan pada Kanun Keseksaan ini. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ya, saya tetapkan 10 minit.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini untuk meminda Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang- undang ini tidak berapa panjang, tidak berapa banyak tetapi it has, dengan izin far reaching consequences. Apakah yang dimaksudkan dengan itu, adalah ini, Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita lihat kepada keseluruhan pindaan-pindaan yang dicadangkan, the scheme of the purpose amendments, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa kerajaan kini mengambil pendekatan ataupun pendirian untuk mengambil daripada mahkamah budi bicara yang selalunya ada dalam tangan mahkamah untuk mengenakan hukuman yang wajar dan setimpal mengikut fakta-fakta dan keadaan- keadaan kes. Tuan Yang di-Pertua, sudah tentunya, I feel, I think nobody in this room whether from this side or that side would condone domestic violence. Sudah tentunya kita semua bersatu untuk mengutuk domestic violence. Akan tetapi dalam pindaan-pindaan yang dicadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan di sini adalah berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan perundangan yang sudah mempunyai hukuman iaitu kalau saya membaca daripada RUU ini, saya bermula Tuan Yang di-Pertua, saya akan kembali kepada seksyen 4. Tetapi saya bermula dengan seksyen 5 hingga seksyen 10 atau seksyen 9 di mana kesemua pindaan-pindaan tersebut adalah untuk menggantikan perkataan- perkataan shall also be liable to dengan perkataan-perkataan shall also be punished with. Itu adalah berkenaan dengan seksyen 376, 376B, 377B, 377C. Ini kesemuanya ertinya kesemua pindaan ini akan mengambil daripada budi bicara mahkamah untuk mengenakan whipping atau tidak. Perkataan atau frasa shall also be liable itu telah pun ditakrifkan oleh mahkamah dan ini tidak dipertikaikan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Setiu tadi bahawa ini memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman shall be whipping atau tidak. Contohnya saya melihat kepada seksyen 376 yang sedia ada sekarang iaitu seksyen berkenaan dengan rogol. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan dalam seksyen 376 adalah punishment for rape, dengan izin. Whoever commits rape on a
woman under any of the following circumstances and it goes on section 1. Whoever commits rape shall be punished with imprisonment for a term which may extend to 20 years and pada sekarang and shall be also liable to whipping. Itu bermaksud mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan whipping atau tidak. Sudah tentunya dalam kebanyakan kes and I think Yang Berhormat Setiu juga boleh bersetuju kepada ini. Kebanyakan kes rogol, mahkamah sekarang memang mengenakan hukuman whipping because kesalahan rogol itu adalah amat keji. Tetapi ada juga kes-kes seperti sweetheart cases, sama suka sama di mana kita tahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam kes-kes tersebut seorang di bawah 16 tahun boleh juga memberi kerelaan ataupun consent tetapi itu adalah diambil sebagai underage sex dan juga terjumlah kepada rogol. Akan tetapi dalam kebanyakan kes tersebut memangnya terdapat kerelaan ataupun consent antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Jadi dalam keadaan tersebut, kenapakah kita perlu mewajibkan sebatan ataupun whipping terhadap pihak yang bersalah? Memang satu kesalahan dilakukan. Itu tidak dinafikan dan kita tidak mencondone kesalahan tersebut. Tetapi solely we should give the judge a discretion in such cases to exempt an accused in such cases from being whipped. Kita dalam sekarang era Tuan Yang di-Pertua, untuk mengembalikan budi bicara kepada mahkamah. Dalam sesi Parlimen ini, kita telah mendengar Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini memberitahu kami bahawa kementerian sekarang sudah bersetuju untuk mengembalikan budi bicara kepada hakim dalam kes- kes di mana mandatory death penalty dikenakan untuk mengembalikan budi bicara kepada hakim untuk tidak mengenakan mandatori hukuman mati. Seperti keadaan nya sebelum 1983, kalau tidak silap saya. The reason or the objective behind that sudah tentunya adalah untuk menangani keadaan-keadaan seperti ini di mana seseorang tidak ataupun mahkamah mendapati bahawa fakta-fakta dan keadaan kes adalah tidak wajar untuk mengenakan whipping.
Jadi itu perlu diambil kira oleh kerajaan dan saya minta Menteri untuk mengambil kira keadaan ini, because once you remove the discretion, then you create a very tight situation which the courts will not be able to, dgn izin Tuan Yang di-Pertua, exercise discretion on to. Saya pergi kepada pindaan yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, iaitu cadangan memperkenalkan satu seksyen yang baru iaitu seksyen 326A, the essence ataupun asas pindaan ini adalah untuk memperkenalkan satu punishment yang baru di dalam kes-kes domestic violent. Di mana saya membaca daripada rang undang-undang tersebut, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam bahasa Inggeris, punishment for causing hurt to spouse, former spouse etc. Now, ini juga satu perkara kita seperti yang saya kata tadi, saya mengulangi bahawa tidak ada mana-mana pihak dalam bilik ini, atau Dewan ini, will condone domestic violent. Akan tetapi kalau kita lihat kepada undang-undang yang sedia ada, pihak kementerian mahu mengenakan hukuman double terhadap kes-kes sebegini, when we already have existing law under section 322, 323, 324 and 326 yang mengenakan hukuman-hukuman yang sudah cukup wajar. Contohnya section 326, voluntarily causing grievous hurt by dangerous weapons or means. Now, dalam kes tersebut Tuan Yang di- Pertua, hukuman yang dinyatakan ataupun yang diperuntukkan adalah 20 tahun. Adakah kementerian mahu mengenakan hukuman 40 tahun sekiranya satu spouse ataupun former spouse melakukan satu kesalahan di bawah 326. That is even worse than rape itself or aggravated rape. So, the Ministry must take into consideration, Tuan Yang di- Pertua, bahawa sekarang kita sudah ada kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman yang wajar untuk dikenakan dan seksyen 326A, sememangnya tidak, it’s not necessary, tidak perlu. Tambahan pula pihak Menteri tidak menunjukkan apa-apa statistik ataupun apa-apa evidence untuk to suggest, untuk menunjukkan bahawa adalah perlu untuk bahawa seksyen-seksyen kami yang sedia ada sekarang adalah tidak mencukupi dan beliau juga tidak menunjukkan apa-apa keterangan ataupun statistik dan sebagainya untuk menunjukkan kenapa sama ada hakim-hakim menyalahgunakan budi bicara mereka di dalam seksyen-seksyen yang saya telah pun menyatakan tadi. Saya akan gulung kan sekarang Tuan Yang di-Pertua. Jadi apa hendak perlu kita hendak stress di sini, kita memang memihak dan bersetuju bahawa domestic violence itu perlu dihukum dengan berat, tetapi apa yang
perlu kita lihat juga we cannot take away the discretion of the courts when we are entering into an era where we are returning the discretion to courts as we have seen in the past Parliamentary session. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih sekali lagi kerana diberi peluang untuk membahas rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Kanun Seksaan (Pindaan) 2017. Kalau kita lihat fenomena yang ada dalam negara kita ini cukup membimbangkan terutama isu yang berkaitan dengan gejala kesalahan yang melibatkan kes jenayah seksual. Penggubalan undang-undang ini cukup tepat mendepani dengan isu yang sedang melanda dalam negara dan ia adalah pelengkap kepada undang-undang yang baru kita gubal iaitu rang undang-undang kesalahan seksual kanak-kanak yang sepatutnya kita teliti lebih awal daripada ini. Sebelum undang-undang ini kita gubal dan kita pinda, kita lihat beribu-ribu kes kesalahan jenayah seksual sedang melanda dalam negara kita. Berapa banyak anak-anak gadis, terutama remaja-remaja wanita menjadi mangsa kepada jenayah seksual. Jadi, ia tepat pada masanya pindaan ini dibuat dan kita mengalu-alukan pindaan untuk mengenakan hukuman yang berat kepada penjenayah-penjenayah seksual ini. Kalau kita melihat punca kenapa berlaku sedemikian, dia antara sebab ialah di antara ialah kerana keruntuhan institusi dalam keluarga kita yang tidak mengamalkan kehidupan yang beragama dalam rumah tangga. Inilah yang menyebabkan di antara punca banyaknya berlaku masalah seperti sumbang mahram, jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Kalau kita kembali kepada peringatan Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis, yang bermaksud; “Orang yang paling sempurna imannya di kalangan kaum mukminin ialah orang yang paling bagus akhlaknya dan sebaik-baik akhlak kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan akulah yang terbaik terhadap isteri ku, keluarga ku”. Jadi ini kita lihat bagaimana peringatan Nabi Muhammad SAW memberi peringatan kepada kita bahawa ketua keluarga memainkan peranan dalam menentukan kestabilan kehidupan berumah tangga. Kalau kita lihat statistik yang ada dalam negara kita cukup membimbangkan. Kes-kes yang melibatkan jenayah rogol berlaku dalam negara kita kalau kita tengok dalam tahun 2016 sahaja lebih daripada 4,807 kes yang melibatkan keganasan rumah tangga dan kebanyakannya yang menjadi mangsa adalah kebanyakan yang berumur antara 25 hingga 35 tahun. Begitu juga kes rogol, kalau kita tengok statistik dalam tahun 2005, didapati lebih daripada 28,741 kes rogol antara tahun 2005 hingga tahun 2014 berlaku dalam negara kita. Ini belum lagi dikira dengan kes sumbang mahram, kes liwat dan sebagainya yang berlaku dalam negara kita dan paling malang sekali 71.2 peratus melibatkan keluarga Melayu Islam. Ini yang paling kita malang sekali dan ramai yang menjadi mangsa 55 peratus adalah anak-anak gadis yang berumur bawah daripada umur 15 tahun. Jadi saya kira dengan pindaan akta yang kita buat pada hari ini, insya-Allah akan membanteras segala bentuk jenayah, segala bentuk keganasan terutama yang melibatkan keluarga terdekat. Amat malang kalau kita ambil pepatah Melayu mengatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, ‘haruan makan anak’. Inilah fenomena yang sedang melanda dalam masyarakat kita hari ini, sebab itulah saya menyarankan supaya dalam membendung isu ini keluarga hendaklah melaksanakan suasana hidup beragama terutama bagi orang Islam, suami menjadi ketua keluarga, amalan hidup Islam mesti diamalkan, suasana dalam rumah mesti sesuai. Contohnya, bilik yang berasingan di antara anak lelaki dan perempuan. Mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, begitu juga filem-filem lucah yang menjadi antara punca faktor penyebab kepada mudahnya merangsang kepada gejala ini hendaklah dibanteras habis-habisan. Jadi kita lihat sekarang ini di pasar-pasar gelap banyak lagi filem-filem yang seumpama ini masih yang disebar melalui peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan tanpa melihat kesan. Jadi saya mengharapkan apa jua sama ada filem-filem ataupun tayangan-tayangan ataupun laman web-laman web pornografi yang boleh membawa kepada rangsangan, membawa kepada unsur negatifnya, membawa kepada berlakunya perlakuan-perlakuan yang tidak bermoral ini hendaklah dibendung. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak Menteri, statistik setakat ini, berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan terhadap yang melibatkan sumbang mahram, rogol dan liwat dalam negara kita. Setakat ini kalau kita lihat dari sudut pembabitan golongan sama ada golongan bandar dan luar bandar adakah perbezaan dari segi penglibatan. So, kita ingin membuat kajian apa punca, kenapa kalau dalam banyak kajian didapati golongan miskin
ramai yang terdedah. Mungkin kerana suasana kehidupan yang membawa kepada menjadi mereka yang terdorong kepada perkara begini.
Jadi sebab itulah kita mencadangkan supaya polisi negara terutama di kediaman-kediaman perumahan, rumah PPR dan sebagainya, ada ruang-ruang yang sesuai supaya anak-anak ini dapat berinteraksi dengan positif. Rumah yang sempit mungkin menjadi punca kepada banyaknya berlaku demikian. Begitu juga polisi dalam sistem pentadbiran negara kita, hendaklah menggubal dasar-dasar yang boleh membendung jenayah-jenayah ini maknanya, pengukuhan dari sudut tarbiah keluarga itu mesti menjadi keutamaan dalam semua program kerajaan. Jadi setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai tidak berminat ya? Saya tunggu Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Sik minat? Ya, Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selepas Yang Berhormat Kulai ramai lagi?
Sorry?
Yang Berhormat Pasir Puteh? Ya. Sila Yang Berhormat Kulai.
Okey, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang- undang untuk meminda Kanun Keseksaan ini. Saya rasa selain daripada ulasan-ulasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, tiada masalah untuk kami di sini menyokong pindaan-pindaan yang dicadangkan ini. Akan tetapi kerisauan saya adalah memang undang-undang kita sudah ada dan undang-undang yang kita sudah sedia ada ini semakin meluas dan semakin comprehensive dengan izin. Akan tetapi, saya hendak tanya di sini apa itu keberkesanan selepas kita membentangkan pindaan demi pindaan kepada Kanun Keseksaan untuk memperjuangkan kesalahan-kesalahan seksual ini. Saya hendak memberi sedikit angka di antara tahun 2005 sehingga tahun 2014, kes rogol yang diterima oleh pihak polis adalah sebanyak 28,471 kes. Akan tetapi antara kes-kes ini yang dibawa ke mahkamah, yang di tuduh hanyalah 4,514 kes dan lagi yang disabitkan dan dijatuhkan hukuman hanyalah 765 kes sahaja. Jadi maksudnya, daripada laporan yang diterima oleh pihak polis tidak sampai tiga peratus yang disabitkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah pada akhirnya. Untuk gangguan seksual pada tempoh masa yang sama, laporan gangguan seksual yang diterima oleh pihak polis adalah sebanyak 20,753 kes tetapi yang di tuduh di mahkamah adalah 3,843 kes dan yang disabitkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah hanya 1,603 kes sahaja. Maksudnya tidak sampai 8 peratus yang disabitkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah pada akhirnya. Jadi saya memang risau di sini. Kita semua tahu bahawa sebenarnya mangsa-mangsa yang berani untuk buat laporan polis di antara 10 kes hanya satu kes sahaja yang berani untuk buat laporan polis. Akan tetapi pada akhirnya, yang dijatuhkan hukuman ini jumlahnya begitu kecil sahaja. Jadi saya hendak tanya, selepas kita meminda Kanun Keseksaan ini apakah cara-cara kerajaan kita untuk memastikan bahawa orang-orang yang dituduh itu disabitkan dan dijatuhkan hukuman. Selain daripada itu, surat khabar hari ini telah membuat satu kes tentang calon pramugari Malindo mereka diminta untuk membuka baju untuk pemeriksaan parut ataupun cacar pada sesi temu duga pada 11 Mac yang lalu. Jadi di sini saya hendak tanya, ini pada pandangan saya telah intrude their privacy dengan izin and insult their modesty dengan izin. Jadi saya hendak tanya di sini sama ada kerajaan kita akan mengambil inisiatif untuk menyiasat laporan ini di bawah seksyen 509 kerana saya tidak tahu, tidak pasti sama ada calon pramugari ini telah buat laporan polis. Akan tetapi, kami tidak boleh duduk menunggu mereka buat laporan polis barulah kita ambil tindakan. Boleh tidak kerajaan kita mengambil satu langkah yang lebih proaktif dan untuk membuat siasatan sama ada kes sebegini telah berlaku. Selepas itu, saya juga hendak tanya di sini pada
tahun yang lalu pada bulan November, seorang doktor pakar di Hospital Melaka telah membuat satu pendedahan yang cukup menakutkan kita. Menurut Doktor Maimunah Fadzli, “At least three children were treated for sexual abuse at the facility every week” dengan izin. “Number usually rises during school holidays and festive periods when children spend more time at home.” Jadi saya hendak merujuk kepada laporan ini, hendak tanya di antara kes-kes ini berapa banyak yang telah disiasat oleh pihak polis? Tiga kes, sekurang-kurangnya tiga kes yang menerima rawatan di Hospital Melaka sahaja. Satu hospital satu minggu boleh terima tiga kes di mana kanak-kanak kita telah didera, dianiaya seksual. Jadi saya hendak tanya berapakah daripada kes ini, mangsa-mangsa ini yang telah menerima perlindungan daripada kerajaan kita? Berapakah kes di sini yang telah disiasat dan didapati bahawa siapa pesalah atau pelaku yang mengakibatkan kanak- kanak kita ini yang telah didera secara seksual? Bukan itu sahaja, saya rasa apabila kita hendak cakap bahawa kita hendak hentikan kes-kes jenayah seksual ini. Kita semua tahu kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak bawah umur. Jadi saya di sini rasa apabila kita menangani kes-kes sebegini sikap anggota, sikap ibu bapa mereka adalah paling penting. Kenapa? Ini kerana apabila kes-kes rogol berlaku, apa yang mangsa perlu buat adalah memaklumkan kepada ibu bapa mereka. Akan tetapi, kalau ibu bapa mereka rasa malu tidak mahu ambil tindakan terhadap pelaku oleh sebab pelaku itu mungkin adalah salah seorang anggota keluarga mereka ataupun kawan mereka jadi saya rasa mangsa tersebut akan will go through the same thing for a long time. Saya hendak merujuk satu kes di sini, ini adalah kes pada tahun ini. Terdapat satu kes di Bahau seorang gadis yang berumur 22 tahun, membuat laporan polis di Jempol. Dalam laporan polis dia menyatakan bahawa beliau telah di rogol oleh abang dia selama tujuh tahun. Sebenarnya pada kali pertama, yang pada ketika mangsa ini hanyalah berumur 15 tahun, pada kali pertama abang dia rogol dia mangsa ini telah memaklumkan ibu bapa dia. Akan tetapi ibu bapa dia tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya memarahi mangsa ini dan oleh sebab itu mangsa ini telah mengalami peristiwa yang sama selama tujuh tahun. Jadi persoalannya di sini dalam kes sebegini selain daripada perogol iaitu abang kepada mangsa ini apa tindakan yang kita boleh ambil terhadap ibu bapa yang tidak buat laporan polis, tidak mengambil tindakan untuk menghentikan jenayah seperti ini. Kalau kita tidak ambil tindakan terhadap ibu bapa ataupun kita cakap penjaga kepada kanak-kanak di bawah umur ini, saya rasa banyak lagi kanak-kanak di bawah umur yang tidak mempunyai kuasa untuk melindungi diri mereka. Bukan itu sahaja, banyak lagi kes. Salah satu kes yang saya sebut semalam di mana pada tahun 2012, di Kedah. Adik Nor Fazira Saad yang pada masa itu hanyalah berumur 12 tahun berkahwin dengan Mohd Fahmi yang pada ketika itu berumur 19 tahun.
Akan tetapi tidak sempat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kedua- dua bercerai. Mengikut ayah Nor Fazira, ayah mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan. Laporan polis telah dibuat pada 15 Julai 2012. Namun, dia didatangi oleh ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik. Ekoran rayuan itu, ayah adik Nor Fazira bersetuju untuk menarik balik laporan polis itu. Jadi saya hendak tanya di sini, apa itu SOP pihak kerajaan apabila satu laporan jenayah seksual telah dibuat tetapi kemudian ibu bapa ataupun mangsa itu tarik balik kerana mereka tarik balik bukan kerana peristiwa ataupun jenayah itu tidak berlaku tetapi mungkin dalam kes ini mereka setuju satu perkahwinan di antara perogol dan juga mangsa dia. Jadi, apa itu SOP? Saya tahu bahawa perkahwinan ini bukan satu defends, tidak akan menghentikan ini statutory rape. Perogol ini masih boleh dibawa ke mahkamah. Tetapi kalau kita izin ibu bapa mangsa ini untuk tarik balik kes tersebut, ini sebenarnya dalam erti kata lain ialah kes ini tidak dapat disiasat lagi kerana mangsa pun sekarang sudah menjadi isteri kepada perogol. Jadi, sekian sahaja, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini sebenarnya. Sebagai huraian sedikit, saya ingin memulakan satu ayat untuk kita memperakui bahawa Allah SWT di antara kebesaran-Nya, Dia menjadikan kita semua dan menjadikan isteri-isteri kita daripada kita. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Di antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT ialah Dia menjadikan untuk kamu daripada diri kamu isteri-isteri kamu supaya kamu mendapat ketenangan daripada isteri-isteri kamu ini. Dan Dia menjadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan rahmah dan ini adalah di antara ayat-ayat daripada tuhan kamu supaya kamu berfikir.” Kita lihat di sini bahawa Allah SWT menjadikan institusi keluarga, suami dan isteri dan anak-anak ini supaya kita mendapat ketenangan dan kebahagiaan di dalam institusi itu. Tetapi apabila berlaku kepincangan disebabkan bermacam-macam masalah kehidupan, hawa nafsu manusia ini, maka kita lihat berlakunya penderaan, berlakunya rogol, berlakunya zina, berlakunya jenayah-jenayah yang kita lihat dan perlu kepada undang-undang untuk kita mengawal untuk kita mencegah daripada berlakunya perkara- perkara ini. Seksyen 326 ialah tentang pornografi. Ini suatu yang kita rasakan permulaan kepada berlakunya banyak masalah jenayah-jenayah seksual ini. Saya amat menyokong bahawa kita mengharamkan dan kita ada punishment atau hukuman kepada penjualannya, pengedarannya, pengimpalannya supaya, insya-Allah, dengan itu kita boleh mengurangkan lagi perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada manusia ini hingga mereka itu melakukan jenayah-jenayah seksual dan juga penderaan kepada keluarga dan anak-anak mereka misalnya. Saya ingin bertanya sedikit iaitu di dalam seksyen 326A itu— maaf, seksyen 293 dan 292. Dikatakan dokumen-dokumen ini tidak boleh dijual atau obscene documents ini tidak boleh dijual kepada yang berumur kurang daripada 20 tahun. Kenapa tidak potong sahaja 20 tahun dan tidak boleh dijual kepada semua? Jadi saya ingin dapatkan penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri, jika berlakunya kesalahan ini, apakah hukumannya kepada mereka yang menjual dan yang membeli benda-benda yang obscene yang terlarang ini? Sebab kita tidak tengok benda ini berlaku. Tidak ada hukuman sebenarnya. Ada undang-undang tetapi tidak berlaku tindakan penguatkuasaan kepada kesalahan ini sedangkan ia adalah satu kesalahan. Kedua ialah tentang hukuman sebat mandatori. Saya amat sokong. Saya tahu ramai di antara kita, di kalangan kita yang tidak menyokong sebat ini tetapi saya menyokong. Ia adalah sesuatu yang perlu untuk pencegahan. Sebat ini perlu untuk pencegahan. Dan dalam Islam, untuk orang yang berzina yang belum kahwin, 100 kali rotan cara Islamlah. Cara Islam tidaklah seteruk yang kita biasa lihat yang diamalkan oleh Penal Code ini. Sebatan 100 kali rotan untuk orang yang berzina. Suka sama suka tidak kira umur berapa, umur 70 dengan 17 berzina, kedua-duanya akan dirotan 100 kali. Itu mengikut hukum Islam. Tetapi yang menyedihkan kita, kerana Islam dipandang fobia, Islamic phobia ini terlalu ketara sangat-sangat, apa sahaja tentang Islam, tolak, zalim, tidak bagus. Tetapi inilah deterrent sebenarnya kepada masalah yang kita berdepan sekarang ini. Selagi mana kita tidak laksanakan undang-undang ini, seratus tahun lagi kita tidak dapat selesaikan masalah ini. Itu pasti, keyakinan kita orang yang beriman. Tidak percaya? Tengoklah. Tengoklah dan inilah bala yang akan menimpa kita kerana kita mengabaikan undang-undang Allah SWT. Allah lebih alim, lebih tahu daripada kita tentang apa yang baik untuk kita, apa yang baik untuk negara kita, apa yang baik untuk keluarga kita tetapi kita abaikan dan kita pilih buat macam-macam. Walau bagaimanapun, saya menyokong undang-undang ini. Kalau kita tak boleh buat semua pun, kita buatlah sekadar yang kita boleh buat, insya-Allah, dan saya percaya, insya-Allah, sedikit sebanyak kita mencegah penderaan dalam rumah tangga ini kerana rumah tangga ialah untuk kita buat rahmah, syurga dunia kita di dalam rumah tangga. Kita hendak jadikan rumah tangga kita ini syurga bagi kita. Tetapi kenapa jadi neraka dan penderaan berlaku pada anak-anak, kepada isteri, kepada suami dan sebagainya sedangkan sepatutnya ia adalah tempat rahmah, tempat kasih sayang, tempat yang mana kita mendapat syurga di dunia ini. Tetapi sebaliknya, kerana kita abaikan ajaran Islam dan kita tidak mensyukuri nikmat Allah SWT, maka inilah bala yang menimpa kita. Sekian, terima kasih.
Ya, ada yang minat lagi? Ya, Yang Berhormat Bagan Serai. Lepas Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua dah jemput tadi dah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagan Serai juga bangun untuk menyokong pindaan rang undang-undang ini. Saya melihat bahawa apa yang dikurniakan oleh Allah SWT pada kita seperti yang kita dengar daripada perbahasan tadi, iaitu institusi keluarga. Kita lihat di sini kesalahan seksual kecederaan yang dilakukan ini adalah antara orang-orang yang dekat dalam keluarga itu atau dia sebut di sini, bekas suami dan isteri dan anak-anak. Kecelaruan inilah yang menyebabkan banyak masalah yang mana institusi keluarga telah menjadi rosak. Banyak faktor-faktor yang membawa kepada perkara-perkara yang cukup aib ini, cukup jelak dan jahat ini ialah kerana faktor-faktor, umpamanya, faktor kemiskinan itu sendiri.
Apabila kita lihat apa yang katakan poverty, duduk dalam rumah yang satu bilik semua ada dekat situ. Makan dekat situ, tidur dekat situ. Semua orang tidur dekat situ, banyak masalah sumbang mahram dan banyak perkara-perkara yang akan berlaku yang di luar pengetahuannya. Begitu juga dengan kesan-kesan sosial yang lain seperti dadah umpamanya. Bila orang sudah kena dadah ini, dia sudah tak ada undang-undang dah. Kalau dia hendak duit dia boleh bunuh orang, dia tak peduli emak dia kah, ayah dia. Akan tetapi kalau dia sudah khayal, dia pun sudah tak peduli siapa lagi dah dan biarkan melakukan perkara-perkara seperti yang kita lihat hari ini yang perlu pindaan dibuat supaya undang- undang seperti sebatan dan sebagainya dilakukan untuk menghindarinya. Begitu juga pengaruh media sosial dan sebagainya. Ini juga memainkan peranan di mana kita lihat anak-anak muda terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik daripada awal lagi. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat ini yang dikatakan dokumen lucah yang dijual. Dokumen lucah ini tak payah jual, memang sudah ada merata-rata. Kalau orang itu sudah menggunakan media sosial dengan salah, maka dia akan lihat semua. Tak payah kita nak larang macam mana lagi, nak jual macam mana lagi. Jadi inilah yang saya hendak sebut dalam pindaan ini yang kita perlu dilaksanakan supaya dapat menghindari, mengurangkan. Akan tetapi pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, semua yang terjadi adalah disebabkan keimanan yang sangat lemahlah sebenarnya. Apabila orang itu taat kepada Allah SWT kuat amalan dia, kuat pada amalan akhirat dia, maka dia tak akan terjadi perkara-perkara macam ini. Tak akan jadi perkara-perkara macam ini. Kalau kita lihat hari ini undang-undang yang ada, ada yang sudah bertahun-tahun undang-undang ini. Sampai ada undang-undang yang bila buat sesuatu dihukum gantung tetapi orang masih buat kesalahan yang sama. Begitu juga dengan kita lihat hari ini, kalau kita tak tingkatkan undang-undang, lagi masalah yang timbul. Akan tetapi bila kita tingkatkan undang-undang tetapi perkara asas sebenarnya. Apakah perkara asas sebenarnya? Hari ini kalau kita tengok pokoklah, kalau pokok itu rosak umpamanya, kalau kita sembur racun dekat daun dia, maka kita dapatlah sekejap, sekejap sahaja masalah itu diselesaikan. Akan tetapi kalau kita tengok pada akar dia, kalau kita tengok pada bawah dia, pada tanah dia, pada akar dia dan kita rawat pada akar dia, kita akan lihat pokok itu akan hidup subur baik dan berbuah dan sebagainya. Begitu juga dengan perkara-perkara macam ini. Kita lihat hari ini undang-undang yang ada hari ini dapat meredakan keadaan. Akan tetapi kita ini dengan sebatan yang kita bagi itu masih lagi berlaku sebab manusia ini dia ada nafsu dia. Sebab manusia tak dapat kawal nafsu dia, sebab manusia tak dapat tingkatkan amalan dia, tanda keimanan yang lemah. Jadi di samping perkara-perkara ini, saya juga menyatakan bahawa penumpuan sebenarnya patut diberikan kepada perkara-perkara asas. Perkara asas dalam agama kita umpamanya supaya kita dapat meninggalkan perkara ini. Kita lihat kejadian jenayah seksual ini, yang berlaku ini di kalangan mana? Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, di kalangan etnik mana? Di kalangan bangsa mana yang banyak berlaku? Ataupun kita tidak ada yang sebenarnya. Kita lihat juga perlakuan-perlakuan seks yang di luar tabii yang sudah merepek-repek yang kita kata kita sebut hari itu kalau
seksual pada kanak-kanak, kalau kita tengok dalam taklimat dan sebagainya, sebenarnya sangat jijik, sangat jelik yang sangat kita malu nak sebut. Malu kita hendak sebut. Jadi inilah bagi saya satu pindaan yang penting, satu perkara yang sangat sensitif sebenarnya yang banyak orang tidak ingin membicarakan tetapi sedang berleluasa hari ini. Kalau kita hendak pergilah ke depan masa depan kita ini, kita hendak pergi negara majulah, kita hendak pergi kita cerita TN50, kalau benda macam ini kita tak dapat kawal, macam manalah kita hendak pergi sebenarnya maju. Sebab maju, takrif maju dan berjaya sebenarnya bukan sahaja di dunia ini tetapi di dunia dan di akhirat. Tuan Yang di-Pertua, saya syukur kerana dapat mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Bagan Serai menyokong.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Ingin saya mengucapkan terima kasih kepada— tak apa, nanti boleh celah.
Lima minit sahaja.
Tanya Tuan Yang di-Pertua, jangan tanya saya.
Ya, Yang berhormat, kita bagi peluang lima minit. Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Ya, sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya cuma hendak menambah sikit. Memang saya setuju ada satu rang undang-undang yang boleh memperketatkan lagi mereka yang menjalankan kerja-kerja yang jijik ini. Seperti apa yang disebutkan oleh yang berhormat bagan serai, memang kalau saya hendak sebut perkara-perkara ini amat menjijikkan dan saya pun tak tergamak hendak menceritakan kelakuan-kelakuan seks yang kebinatangan ini. So jadi saya pun amat-amat berharap kita lihat ada kes-kes yang mana cuba mengelakkan diri, cuba melarikan diri mengatakan tidak membuat penetration tetapi menggunakan jari, boleh mengandung dan sebagainya. Perkara-perkara ini banyak berlaku seperti kes di Kota Bharu dan juga di Sibu. Jadi saya harap ada satu proses, satu proses yang mana terutamanya kalau anak-anak, mereka-mereka yang telah dirogol dan didapati dirogol, mereka ini harus diberikan perlindungan sementara kes itu dibawa ke mahkamah. Jadi dengan adanya proses perlindungan kepada mangsa ini, maka perogol-perogol tak adalah berkesempatan untuk mengugut keluarga atau merasuah ibu bapa mereka dan juga anak-anak ini akan masing-masingnya diberi peluang untuk satu masa berehat satu tempat agar mereka dapat cool down dan dapat memberikan maklumat yang lebih rasional. Jadi saya harap ada satu proses yang mana mereka masa-masa ini diberikan satu tempoh perlindungan agar tidak ada mereka yang cuba memujuk dan merayu agar anak-anak ini atau wanita mangsa ini menarik balik tuduhan-tuduhan mereka ataupun keluarga mereka diugut atau ibu bapa yang miskin digunakan wang untuk menyogok ibu bapa mereka. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri. Minta maaf ya.
Eh, saya patut minta maaf dengan pengerusi atau Speaker. Tuan Yang di-Pertua tak salah. Pertama, saya mulakan dengan satu perkara yang boleh kita timbangkan dalam saya menjawab, menggulung kesemua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Satu-satu undang-undang itu menjadi undang-undang apabila diterima oleh majoriti rakyat. Maksudnya kita ini perwakilan dan kita buatkan satu undang-undang kerana ada negara kesalahan hukuman berbeza-beza. Di negara kita, dadah hukum gantung. Ganja, ada negara lain ganja boleh dihisap dengan panduan-panduan tertentu. Ada juga pelacuran yang dibenarkan. Ini kerana apa? Ini kerana masyarakat di situ menerima itu sebagai satu undang-undang. Apabila undang-undang dibina, sebarang
perlanggaran perlulah diambil tindakan. Maknanya penguatkuasaan tadi dibangkit banyak. Saya jawab ini kerana soal yang dibangkitkan ini melibatkan pelbagai agensi. Ada soalan yang mungkin boleh dijelaskan dengan panjang lebar oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang menjaga polis, ada juga mungkin melibatkan perkara-perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat tentang macam mana hendak menyelesaikan masalah di hadapan kita selepas rang undang-undang ini diterima. Mungkin itu melibatkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga peranan daripada ibu bapa dan keseluruhannya. Oleh sebab itu, perkara yang ingin saya jelaskan bahawa ramai Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rantau Panjang terima kasih banyak-banyak, Yang Berhormat Pasir Puteh terima kasih banyak-banyak, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat lain menyokong rang undang-undang ini walaupun saya akan jawab tentang kenapa kita gunakan mandatori yang penting kita mesti menunjukkan keseriusan bahawa perlakuan rogol ataupun keganasan seksual— bukan rogol. Keganasan seksual dan keganasan rumah tangga ini tak boleh kita benarkan dalam masyarakat berlaku berleluasa. Oleh sebab itu hukuman itu ditingkatkan. Tak semestinya hukuman itu boleh mengurangkan perlakuan yang kita cuba tangani kerana edar dadah, hukum gantung, tak selesai sampai hari ini. Akan tetapi sekurang-kurangnya dari segi punitive dan deterrent, keazaman kita untuk menjaga golongan yang lemah ini daripada ditindas dapat kita ketengahkan. Okey, soalan-soalan yang spesifik yang dibangkit saya hendak jawab, kita mula dengan Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu menyatakan tentang kenapa bekas suami isteri dimasukkan dalam pindaan. Untuk makluman Yang berhormat, ini adalah untuk kita menyelaraskan perlindungan seperti yang diberikan kepada orang- orang yang dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang mana di bawah tafsiran menyebut bahawa bekas isteri, suami, kanak-kanak, orang lain itu juga sebagai atau orang tidak berkeupayaan itu juga sebagai golongan yang dilindungi.
Jadi dengan sebab itu bagi kita menyelaraskan ataupun supaya ia selari dengan Kanun Keseksaan maka perkara itu, kita pinda seksyen 326A itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Bukit Gelugor menyatakan tentang..
[Bangun] Sebelum itu Yang Berhormat Menteri berkenaan apa yang isu Yang Berhormat Setiu, boleh saya just tanya soalan berkenaan isu tersebut Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya diizinkan.
Ya silakan.
Terima kasih. Berkenaan bekas former spouse, Yang Berhormat Menteri. Adakah seorang yang baru bercerai akan masuk ke dalam - dirangkumi oleh seksyen ini. Sekiranya ya, saya percaya ini apa yang Yang Berhormat Setiu concerned also just now, how long after a divorce for example will those parties still be subject to this, will it be forever? Sekiranya seorang bercerai hari ini, 10 tahun, 20 tahun down the road, are they still considered former spouses no doubt they are. But for the purposes of this act will they still be subject to penalties? Sudah tentunya that will be very unreasonable, Tuan Yang di-Pertua dengan segala hormat. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berapa lama setelah pembubaran perkahwinan, adakah couple tersebut akan subjek kepada undang- undang ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Kalau kita baca kanun itu, ia sampai bila-bila, forever. Mudah sahaja, sebab itu yang disebut di bawah undang-undang. Kita ini hendak buat satu perundangan. Perkara itu nanti Yang Berhormat juga akan challenge di mahkamah, tapi kalau ikut apa yang kita nak buat ini ianya jelas bahawa ia untuk selama-lamanya. Dari segi Yang Berhormat bertanya tentang twice maximum term of 326A adakah 20 tahun itu akan jadi 40 tahun. Sebenarnya itu perkara yang diperuntukkan. Akan tetapi kalau kita tengok di dalam The Criminal Justice Act, the maximum is thirty years. Maknanya walaupun hukuman itu double sehingga 40 tetapi kita masih pakai 30 tahun the life imprisonment punya tempoh. Jadi maknanya tidaklah ianya boleh menjadi 40. Akan tetapi kita nak beritahu keseriusan yang saya kata tadi saya tak nak ulas
panjang saya sudah cakap awal dan ramai pun yang menyatakan tentang sokongan keseriusan tentang perkara tersebut jelas. Pindaan kepada hukuman, Yang Berhormat mengatakan tentang mengambil alih kuasa mahkamah yang kedua. Sebenarnya kita ingin melindungi mangsa, itu adalah menjadi keutamaan kita. Akan tetapi jika mangsa itu adalah kanak-kanak, maka hukuman sebat di bawah Akta Kanak-kanak seksyen 91(g) telah dimansuhkan melalui pindaan Akta Kanak-kanak 2001 yang berkuat kuasa 1 Januari 2017. Tambahan pula bilangan sebatan yang kita nyatakan sebagai mandatori ini tidak disebut, ini kita serahkan kepada pihak mahkamah. Cumanya kita nak beritahu, sebarang kesalahan yang disabitkan dia akan kena sebat.
Boleh saya minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu ini.
Ya silakan.
Saya telah bangkitkan tadi Yang Berhormat Menteri, we are moving away from removing the discretion of a judge. Adakah dalam pindaan RUU ini, saya minta penjelasan adakah kementerian sudah hilang keyakinan dengan para hakim sehingga kita tidak boleh put our trust in the hands of a judge? Apakah rasional ataupun sebab di sebalik pindaan ini untuk mengeluarkan budi bicara seorang hakim. What is the evidence to suggest that they have abused that discretion? Langsungnya tiada apa-apa, statistik dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. So to come to Parliament and just say we have to remove the discretion of a judge is solely very unreasonable without any solid evidence to back up your claim with respect, Yang Berhormat Menteri. Saya minta penjelasan kenapakah, adakah kita sudah hilang keyakinan dengan para hakim?
Saya tidaklah datang dengan angkuh untuk mengatakan kita nak buat tak nak dengar cakap orang. Ada juga hukuman di bawah Kanun Keseksaan yang menetapkan tentang sebat tidak kurang daripada beberapa jumlah. Maknanya disebut kuasa yang diberi sebenarnya sudah ditentukan sebab apa keseriusan, rogol yang membawa kematian umpamanya ditetapkan dengan sebatan tidak kurang daripada berapa jumlah. Jadi ini maknanya nak beritahu siapa yang melanggar perkara yang disebut seksyen 366 dan sebagainya sampai habis itu tadi, akan disebat. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Rantau Panjang yang menyokong sebab kita nak beritahu bahawa kita serius dalam soal ini.
[Bangun] Tidak timbul soal tidak payahlah duduk lah, saya belum habis sekejap, duduk, duduk. Saya akan bagi saya nak - dia paling susah belum habis cakap orang mencelah ini, ia akan bagi maksud sebagai macam tak nak, tak kisah apa orang nak cakap. Tunggu dulu. Kita nak cakap bukan soal kita ambil kuasa mahkamah, kita nak cakap kita serius dengan kesalahan tersebut. Itu mesej yang kita nak hantar kerana mangsa ini ada masa depan yang dirosakkan oleh mereka yang tidak langsung memikirkan soal hanya kepuasan dia, tidak langsung memikirkan tentang mangsa. Memang selama ini pun ada tidak disebut tetapi kita nak beritahu bukan beberapa kali tetapi ada mandatori sebatan, itu sahaja. Tidak timbul soal bila lepas ini kalau Yang Berhormat nak keluar cerita kita tidak memikirkan tentang mahkamah pun sila. Akan tetapi kita tetap merasakan bahawa, terima kasih yang menyokong bahawa kita serius dalam soal menangani masalah jenayah seksual yang berlaku di negara kita. Tidak timbul soal statistik itu banyak atau tidak, ada juga perkara yang berlaku tidak dilaporkan, ada. Jadi pada saya jangan kita campur adukkan seolah-olah kita menolak tentang kebebasan mahkamah untuk menentukan hukuman dan sebagainya kerana ini spesifik tentang jenayah seksual yang berlaku. Nak tanya? Tanya.
I don’t want you to get the wrong idea, saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri itu tujuan kita berada di sini hari ini. You have not answered what I’ve asked you, only you’ve been given an opportunity to reply three times. I asked secara senangnya Tuan Yang di-Pertua, why is it that you don’t have the confidence in the judiciary?
Sudah semua orang dalam Dewan ini memang tahu kesalahan seksual itu adalah satu kesalahan yang serius. Nobody is denying that. Semua sini tahu kita perlu serius terhadap kesalahan-kesalahan tersebut but what about the sweetheart defense? Bagaimana pula dengan seseorang yang engages in sexual activity under the age of 16? Do we still give him one stroke? Why is that so hard to understand that a judge will be able to exercise discretion according to the facts and circumstances of the case? And that is why itulah perlu sebabnya kita perlu Tuan Yang di-Pertua, ada fakta dan statistik untuk membuktikan bahawa ini adalah satu perkara di mana kita perlu mengeluarkan budi bicara tersebut. I hope Yang Berhormat Menteri understand our concern as well. We obviously and I want to repeat here. Kita telah pun menyokong rang undang-undang ini tetapi tertakluk kepada beberapa pindaan yang kami berfikir adalah perlu. So we are not saying that we are opposing this whole said. Please don’t get us wrong. So, that is the reason why I stand on my feet Yang Berhormat Menteri to ask you this question. Thank you, terima kasih.
Nak kata saya diberi peluang tiga kali tidak menjawab itu tidak betul. Saya nak beritahu Yang Berhormat seorang yang setakat ini membangkitkan perkara tersebut, yang lain saya dengar tadi setuju walaupun di sebelah sana dia setuju tentang mandatori. Ini bukan soal tidak percaya mahkamah, ini nak beritahu kepada siapa yang ada niat untuk melakukan jenayah seksual dia akan kena sebat, itu saja. Kita ada kuasa untuk bersetuju atau tidak bersetuju meluluskan satu rang undang-undang dan tidak ada soal tentang perkara nak mengawal mahkamah atau tidak percaya kepada mahkamah. Jadi tiga kali peluang Yang Berhormat bagi dekat saya, saya sudah menjawab tiga kali. Cuma mungkin Yang Berhormat tidak faham apa saya jawab ataupun Yang Berhormat cakap tentang perkara lain. Mandatori sebat akan mula berkuat kuasa selepas kita luluskan rang undang-undang ini jika diterima.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Beginilah let me try to rephrase the question ya dengan izin. Biar saya cuba letakkan soalan ini dalam bentuk yang lain.
Ada tidak mana-mana keadaan dan kemungkinan yang boleh menyebabkan satu kesalahan seperti mana yang di bawah pindaan ini yang seksual yang memungkinkan seseorang hakim mendapati bahawa circumstances ataupun keadaan- keadaan yang tertentu menyebabkan pesalah itu tidak wajar dirotan. Kalau sekiranya ada, seperti mana yang saya faham apa yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, apa yang dikatakan sweetheart defense if I’m not mistaken. Maka dalam keadaan itu sekiranya seorang hakim merasakan bahawa keadaan dan circumstances berbeza dan pesalah itu tidak sepatutnya dirotan, maka dia tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak merotan. Ini kerana setiap kes ada kelainannya. Di sinilah hujah berhubung mandatory canning itu, hukuman rotan ataupun sebat yang diwajibkan itu tidak wajar dan seolah- olah kita mengambil kuasa daripada hakim apabila dia melihat kes itu dengan izin, the various contributing factors, dia tidak boleh buat apa-apa. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menganggap bahawa tidak ada walau apa sekalipun keadaan circumstances and conditions yang menyebabkan seseorang hakim akan menganggap pesalah ini walaupun dia salah tapi ada circumstances, ada contributing factors dengan izin, yang menyebabkan dia tidak wajar dihukum dengan rotan. Kalau Menteri kata tidak ada, impossible semua pesalah yang terlibat dalam kes yang seperti ini mesti semua hakim akan setuju, mesti kena rotan. Itu lain ceritalah. Akan tetapi bagi saya, saya rasa biar hakim yang menentukan.
Yang Berhormat Shah Alam ini dia memang daripada dulu saya selalu tengok, dia akan dengar orang berbahas, selepas itu dia akan masuk, dia akan cuba articulate dan membina satu perspektif cerita. Saya hendak ulang balik, mungkin terlepas pandang. Apa yang kita mandatori, section 376 hukuman bagi rogol, seksyen 376B sumbang mahram, seksyen 377B hukuman melakukan persetubuhan seksual yang bertentangan dengan aturan tabii, seksyen 377C hukuman melakukan persetubuhan seksual yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, 377E kesalahan merangsang kanak-kanak kepada perbuatan kelucahan melampau.
Manakala yang dibina cerita tadi boleh faham tidak dia punya kesalahan ini? Saya tidak nampak. Kalau ini cukup jelas digunakan sebagai pendakwaan oleh pihak pendakwa raya, cerita Yang Berhormat Shah Alam cuba bina itu sebenarnya tidak berkemungkinan untuk berlaku. Akan tetapi yang saya hendak beritahu sekali lagi kesalahan yang lima ini kita akan cadangkan untuk dikenakan sebatan mandatori, itu sahaja. Sebab itu saya mulakan dari awal tadi undang-undang kita lulus kerana kita setuju sebagai satu kesalahan yang di peringkat tertinggi dan kita akan kuatkuasakan dan bukan kita yang hendak hukum. Mahkamah, kita percaya dengan dia. Akan tetapi kesalahan ini kepada kita adalah satu kesalahan yang besar. Itu maksud saya Yang Berhormat Shah Alam. Okey, Yang Berhormat Rantau Panjang minta saya statistik. Saya ada statistik di sini mengikut negeri bagi kesalahan yang dituduh pada tahun 2013, tahun 2014 dan tahun 2015, mengikut negeri. Saya rasa saya akan bagi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Ditanya juga tentang macam mana hendak menyelesaikan masalah ini. Saya rasa saya sudah beritahu, dia melibatkan pelbagai agensi, ketakutan dan kerisauan untuk ke hadapan dari segi peluang. Yang Berhormat Pasir Puteh cerita fasal – terima kasih banyak kerana membangkitkan soal pindaan yang kita buat juga memasukkan tentang video lucah kerana itu juga salah satu. Saya setuju pernah kita dengar duduk rumah yang sempit, environment seperti Yang Berhormat Bagan Serai, itu semua faktor. Akan tetapi saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat tampil dengan sokongan dan bagi statistik kepada apa yang sedang kita tangani. Saya hendak jawab Yang Berhormat Pasir Puteh dahulu. Seksyen 292 dan seksyen 293 ya, kenapa disebut tadi ada – tidak boleh dijual di bawah 20 tahun. Sebenarnya dia membezakan jual sahaja salah. Cuma seksyen 293 itu hukuman dia tinggi sikit. Hukuman dia kalau kita baca dalam ini berbeza kalau kita jual kepada yang bawah umur 20 tahun itu tinggi sikit. Hukuman berbanding yang di atas. Jadi maknanya bukan yang di atas 20 tahun itu beli tidak salah, tetap salah. Akan tetapi hukuman kepada – itu kalau kita tengok, “shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or both...”. Itu untuk seksyen 292. Untuk seksyen 293, hukuman dia “Imprisonment with the term which may extend to five years and with fine or both...”. Jadi maknanya perbezaan itu sebenarnya dari segi hukuman. Cuma yang kita hendak masukkan tadi adalah perkara yang kita hendak pinda dari segi perkataan dokumen itu tadi.
Soalan tambahan lagi iaitu tentang bilangan yang dijatuhkan hukuman itu, tidak pernah dengar dalam empat tahun, lima tahun ini, dalam media atau mana-mana salah satu orang atau dua orang yang kena hukum ini tidak pernah didengari. Hendak tanya ada tidak sebenarnya pelaksanaan atau penguatkuasaan itu? Ada tidak di sana orang-orang yang dipenjarakan disebabkan oleh penjualan atau pembelian bahan-bahan pornografi ini. Terima kasih.
Nanti kalau saya dapat statistik itu saya beritahu. Sebab dari segi – saya ada beberapa kes tentang yang kita buat persiapan untuk pornografi ini. Akan tetapi kalau hendak statistik ada atau tidak itu nanti saya akan dapatkan berapa jumlah. Yang Berhormat Kulai bertanyakan tentang SOP bila ibu bapa menarik balik. Yang Berhormat Kulai tadi pun memberi satu dimensi kes-kes yang pernah dilaporkan yang tidak dapat saya jawab keseluruhannya kerana dia berada di bawah bidang kuasa polis. Jadi saya tidak ada statistik-statistik kes yang banyak. Saya catat semua itu tapi saya tidak boleh hendak bagi sebab ia melibatkan beberapa hal yang lain. Akan tetapi kalau tentang ibu bapa yang menarik balik, saya suka nyatakan di sini bahawa kes jenayah tidak sama dengan kes sivil. Apabila satu laporan polis dah dibuat, contohlah Yang Berhormat ada orang bunuh, tiba-tiba tidak jadi hendak tarik, tidak boleh, tidak boleh, pembunuhan sudah berlaku. Maka sudah ada – makna kuasa untuk mendakwa atau menarik balik itu kuasa pendakwa raya. Jadi bila kita sudah buat laporan polis, sebenarnya tidak boleh sewenang- wenangnya sebab itu Yang Berhormat Ampang kata takut di rasuah dan sebagainya. Dia boleh mungkin menjejaskan waktu perbicaraan dari segi saksi dan sebagainya, tetapi hendak tarik balik tidak boleh. Malahan Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan Arahan Pendakwa Raya Bilangan 1 Tahun 2013 untuk permohonan-permohonan ditarik balik diteliti oleh ibu pejabat dan Arahan Pendakwa Raya Bilangan 1 Tahun 2016, kes- kes di negeri ia hendaklah diteliti oleh Pengarah Pendakwaan Negeri secara amnya polisi jabatan ialah untuk kes diteruskan.
Jadi maknanya kalau ada laporan polis telah dibuat dan ada bukti. Makna kalau kita hendak tarik balik pun dah tidak boleh, makna akan diteruskan. Mengenai apakah tindakan yang dapat diambil terhadap ibu bapa yang tidak mahu membuat laporan polis, tindakan boleh diambil berdasarkan bagi kegagalan untuk membuat laporan atas satu kesalahan, berdasarkan Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-kanak yang kita luluskan di Dewan semalam. Maknanya semenjak kita luluskan dan diwartakan maknanya kalau yang tidak melaporkan boleh diambil tindakan. Okey, ini bagi kes VCD lucah, seksyen 292 yang pernah ada – yang ini saya pun ada kes ini. Pegawai beritahu kes Rizal Mat Yusof, pramugara terlampau, kes VCD lucah itu, salah satulah, makna ada dari segi – dia didakwa di bawah seksyen 292. Kemudiannya ada satu saya hendak cari Yang Berhormat Ampang. Tempoh perlindungan kepada mangsa kesalahan seksual. Seksyen 38 Akta Kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak akan diberikan perlindungan jika kanak-kanak menjadi mangsa apa-apa perbuatan seksual di mana kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akan diberi tempat selamat itu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Maknanya sememangnya kita setuju dari segi trauma yang disebut daripada awal tadi Yang Berhormat Setiu, perkara mengenai mangsa dalam kes-kes yang saya nyatakan ini sangat berbeza dengan kes-kes yang lain. Ia melibatkan emosi dan cadangan itu sebenarnya satu yang baik dan memang di bawah akta sedia ada mereka akan ditempatkan di bawah pengendalian Kementerian Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Jadi Yang Berhormat ini antara perkara-perkara yang berbangkit dan saya mengucapkan sebenarnya terima kasih. Minta maaf Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ini dia ini dari segi sebenarnya pemahaman, semua setuju cuma dari segi perkara yang dibangkitkan yang dapat saya jawab adalah mengenai bagaimana kerajaan amat serius dalam soal ini. Malahan banyak diskusi perbincangan ke arah bagaimana dapat kita jalankan dalam mengekang masalah jenayah seksual. Pindaan ini ada dua, satu keganasan rumah tangga. Tetapi yang penting dalam jenayah seksual dapat kita kekang terutama demi masa depan anak-anak kita yang menjadi mangsa. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan mohon untuk sokongan Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Ya terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu suatu rang undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ya, sila.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian, Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau Akta 599 digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 599. Tujuan utama pindaan adalah untuk melindungi kepentingan pengguna yang membeli barang melalui urus niaga jualan kredit. Pindaan ini juga bertujuan untuk memperkukuh kuasa penguatkuasaan di bawah Akta 599. Dalam hal ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan konsultasi dengan Persatuan Pengguna dan industri-industri berkenaan di mana hasil perbincangan menunjukkan bahawa tiada bantahan daripada pihak industri terhadap cadangan untuk menambah baik Akta 599 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 12 Oktober 2016 telah bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Jabatan Peguam Negara segera mengambil tindakan bagi membolehkan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggunakan kuasa di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk melindungi pengguna daripada eksploitasi dalam pembelian secara ansuran mudah bagi membolehkan inisiatif ini diumumkan semasa pembentangan Bajet 2017. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Pada 31 Mac 2017, jemaah menteri telah meluluskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017 untuk dibentangkan di Parlimen. Tuan Yang di- Pertua, cadangan pindaan adalah seperti berikut: (i) meminda seksyen 3 dengan memotong takrif ‘surat cara kredit’; (ii) memasukkan Bahagian baru IIIB yang memperkatakan berkenaan urus niaga jualan kredit; (iii) memasukkan seksyen baru 24K untuk memperuntukkan berkenaan pemakaian dan ketidakpakaian Bahagian IIIB yang dicadangkan; (iv) memasukkan seksyen baru 24L untuk memperuntukkan takrif ‘amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar’, ‘barang’, ‘caj terma’, ‘kemudahan kredit’, ‘pemberi kemudahan kredit’, ‘pengedar’, ‘penjual’, ‘perjanjian jualan kredit’, ‘rebat berkanun’, dan ‘urus niaga jualan kredit’ yang digunakan dalam Bahagian IIIB yang dicadangkan; (v) memasukkan seksyen baru 24M yang untuk memperuntukkan bahawa satu perjanjian jualan kredit hanya boleh dibuat berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
(vi) memasukkan seksyen baru 24N untuk memperuntukkan pra syarat perjanjian jualan kredit. Antara lain seksyen 24N yang dicadangkan mengehendaki sebelum sesuatu perjanjian jualan kredit dibuat antara pembeli dengan pemberi kemudahan kredit, suatu pernyataan bertulis yang berhubungan dengan ringkasan obligasi kewangan bakal pembeli dan suatu pernyataan bertulis yang berhubungan dengan persetujuan pemberi kemudahan kredit untuk memberikan kemudahan kredit kepada bakal pembeli diserahkan sendiri kepada bakal pembeli. Seksyen 24N yang dicadangkan juga bertujuan untuk memperuntukkan tempoh bertenang selama 10 hari bekerja sebelum suatu perjanjian jualan kredit boleh dibuat. Walau apa pun tempoh bertenang itu, bakal pembeli boleh memilih untuk membuat sesuatu perjanjian jualan kredit selepas tiga hari bekerja dari tarikh penyerahan penyataan bertulis yang berhubungan dengan persetujuan pemberi kemudahan kredit. Tempoh bertenang selama 10 hari dan tiga hari bekerja itu akan memberikan masa yang munasabah kepada bakal pembeli untuk mempertimbangkan pembelian barang itu; (vii) memasukkan seksyen baru 24O yang menghendaki suatu perjanjian jualan kredit dibuat secara bertulis dan sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. Suatu perjanjian jualan kredit yang melanggar kehendak ini adalah tidak sah dan perlanggaran kehendak ini juga menjadi suatu kesalahan di bawah Akta 599;
(viii) memasukkan seksyen baru 24P yang menghendaki suatu perjanjian jualan kredit untuk mengandungi maklumat tertentu yang hendaklah termasuk bilangan ansuran bulanan yang perlu dibayar, hak dan obligasi pembeli dan pemberi kemudahan kredit, caj, terma, jumlah amaun yang kena dibayar dan sebagainya. Perjanjian jualan kredit yang melanggar peruntukan ini adalah tidak sah dan pelanggaran yang dikehendaki ini menjadi suatu kesalahan di bawah Akta 599. (ix) memasukkan seksyen baru 24Q yang memperuntukkan bahawa pemunyaan barang yang dibeli hendaklah berpindah kepada pembeli apabila perjanjian jualan kredit ditandatangani. (x) memasukkan seksyen baru 24R yang memperuntukkan hak dan obligasi pembeli di bawah perjanjian jualan kredit. Antara lain pembeli berhak kepada gerenti tersirat bahawa dia hendaklah mempunyai dan menikmati milikan aman barang yang dibeli dan pembeli mempunyai obligasi untuk memaklumkan pemberian kemudahan kredit secara bertulis di mana barang yang dibeli itu disimpan atau digunakan atau jika barang itu tiada dalam milikannya kepada siapa dia telah menghantar serahkan barang itu atau hal keadaan yang dia telah kehilangan milikan barang itu. (xi) memasukkan seksyen baru 24S yang memperuntukkan hak dan obligasi pemberi kemudahan kredit di bawah perjanjian jualan kredit. Antara lain pemberi kemudahan kredit berhak menyebabkan supaya barang yang dibeli diinsuranskan atas nama pembeli terhadap apa-apa risiko yang difikirkan patut oleh pemberi kemudahan kredit itu dan untuk memungut apa-apa fi tempahan atau deposit daripada pembeli. Pemberi kemudahan kredit mempunyai obligasi antara lain untuk membekalkan kepada pembeli dalam masa 21 hari dari tarikh penerimaan oleh pemberi kemudahan kredit itu suatu permintaan secara bertulis daripada pembeli. Suatu penyataan yang mengandungi butir- butir tertentu termasuklah jumlah amaun yang telah dibayar oleh pembeli, amaun yang akan kena dibayar di bawah perjanjian itu dan amaun yang diperoleh daripada caj terma bagi ansuran yang lampau tempoh. Kegagalan untuk menunaikan obligasi di bawah seksyen 24S yang dicadangkan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta 599.
(xii) memasukkan seksyen baru 24T yang menghendaki bahawa kadar caj terma berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang di bawah satu perjanjian jualan kredit sebagaimana yang dikira mengikut formula yang ditetapkan tidak boleh melebihi kadar yang ditetapkan oleh Menteri. Kegagalan untuk mematuhi peruntukan ini menjadi suatu kesalahan di bawah Akta 599. Seksyen 24T yang dicadangkan juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika suatu perjanjian jualan kredit yang dibuat dengan melanggar kehendak itu, pembeli boleh memilih untuk menganggap perjanjian itu sebagai tidak sah atau supaya amaun lebihan itu dikurangkan daripada jumlah amaun caj terma yang kena dibayar jika caj terma itu melebihi kadar yang ditetapkan. Seksyen 24T yang dicadangkan juga memperuntukkan tatacara yang perlu diikuti selepas pembeli membuat pemilihan itu. (xiii) memasukkan seksyen baharu 24U yang bertujuan untuk mengehadkan tempoh bayaran ansuran yang tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan oleh Menteri dan untuk mengehadkan kadar caj bayaran lewat yang tidak boleh melebihi tempoh yang ditetapkan juga oleh Menteri. Kegagalan untuk mematuhi peruntukan ini menjadi suatu kesalahan di bawah Akta 599. (xiv) memasukkan seksyen baru 24V yang memperkatakan kemungkiran pembayaran ansuran oleh pembeli. Apabila suatu notis daripada pemberi kemudahan kredit diterima bahawa pembeli telah mungkir pembayaran dua ansuran berturut-turut, pembeli boleh dalam masa 21 hari memilih untuk membayar ansuran lampau tempoh dan caj bayaran lewat itu kepada pemberi kemudahan kredit untuk membuat penyelesaian awal atau untuk menamatkan perjanjian jualan kredit itu dan menyerahkan balik barang yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit. (xv) memasukkan seksyen baru 24W yang membenarkan pembeli pada bila-bila masa atau apabila membuat pemilihan untuk menamatkan perjanjian jualan kredit untuk menyerahkan balik barang yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit. Bagi maksud menyerahkan balik barang yang dibeli, seksyen 24W yang dicadangkan juga memperuntukkan tatacara yang perlu diikuti oleh pembeli dan pemberi kemudahan kredit. (xvi) memasukkan seksyen baru 24X yang bertujuan untuk mengehadkan pemberi kemudahan kredit daripada mendedahkan atau mengedarkan data peribadi pembeli yang diperoleh di bawah urus niaga jualan kredit kepada pihak ketiga melainkan jika pembeli itu telah dimaklumkan tujuan pendedahan atau penyedaran itu dan suatu kebenaran bertulis daripada pembeli itu telah diperoleh. (xvii) memasukkan seksyen baru 24Y yang bertujuan untuk melarang pemberi kemudahan kredit daripada mengambil semula milik barang yang dibeli daripada pembeli pada bila-bila masa sama ada kemungkiran pembayaran ansuran atau selainnya. (xviii) memasukkan seksyen baru 24Z yang memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran terhadap seksyen 24X dan 24Y yang dicadangkan menjadi suatu kesalahan. (xix) memasukkan seksyen baru 24AA yang bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan urus niaga jualan kredit dan perjanjian jualan kredit. (xx) meminda seksyen 123 Akta 599 untuk memperuntukkan bahawa Penolong Pengawal yang menyiasat apa-apa pelakuan kesalahan di bawah Akta 599 boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
(xxi) memasukkan seksyen baharu 123A untuk memberikan kuasa kepada Penolong Pengawal untuk menjalankan penyiasatan terhadap mana-mana orang yang telah melakukan atau sedang melakukan apa-apa kesalahan apabila mendapat aduan daripada seseorang. (xxii) memasukkan seksyen baharu 124A, 124B, 124C,124D dan 124E untuk memberikan kuasa kepada penolong pengawal dalam menjalankan siasatan. Seksyen 124A dimasukkan bertujuan untuk memberi penolong pengawal kuasa untuk mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen, atau untuk hadir di hadapan penolong pengawal, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat atau dokumen itu berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi penolong pengawal di bawah Akta 599. Apa-apa keengganan atau kegagalan untuk mematuhi arahan yang dibuat sedemikian oleh penolong pengawal menjadi suatu kesalahan. Seksyen 124B dimasukkan bertujuan untuk memberi penolong pengawal kuasa mengambil dan memegang simpan milikan mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah Akta 599. Seksyen 124C dimasukkan bagi memberi penolong pengawal kuasa untuk mengarahkan mana-mana orang untuk membenarkan penolong pengawal mendapatkan akses kepada buku, rekod, dokumen, benda atau perkaranya bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi atau kuasa penolong pengawal di bawah Akta 599. Ketidakpatuhan pada arahan itu menjadi suatu kesalahan. Seksyen 124D dimasukkan bagi memberi penolong pengawal kuasa untuk memasuki mana-mana premis, selain premis yang hanya digunakan untuk rumah kediaman, untuk memeriksa atau menentusahkan apa-apa barang atau dokumen, untuk mengambil sampel barang atau rekod, atau untuk membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, rekod atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu. Seksyen 124E dimasukkan bagi memberi penolong pengawal kuasa untuk membuat tangkapan tanpa waran bagi mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau sedang cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 14, 16, 20 atau 23, Akta 599.
Walau bagaimanapun, Penolong Pengawal yang membuat tangkapan itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis atau balai polis yang paling hampir. Fasal 7, meminda seksyen 125 Akta 599 untuk memberi Penolong Pengawal kuasa bagi maksud menyiasat suatu kesalahan, untuk memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu dan menyita atau mengambil milikan dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu. Benda yang berkenaan dengannya yang terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu boleh ditahan sehingga suatu perintah mahkamah dibuat untuk pelupusannya. Fasal 8 memasukkan seksyen baru 126A. Bertujuan memperuntukkan waran geledah yang dikeluarkan di bawah akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana buku, rekod, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta 599. Memasukkan seksyen baru 126B yang bertujuan untuk menghendaki akses diberi kepada Penolong Pengawal bagi apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau berdigital sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya. Semasa menjalankan kuasanya di bawah seksyen 125 atau 126 Akta 599. Fasal 9 dan 10 bertujuan untuk memotong seksyen 128 dan 129 Akta 599 kerana seksyen 128 telah digubal semula dan dinomborkan semula sebagai seksyen 124A untuk memperkukuhkan kuasa seorang Penolong Pengawal dalam pengumpulan maklumat yang berhubungan dengan kesalahan di bawah Akta 599. Memotong seksyen 129 kerana kuasa untuk memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu boleh dijalankan oleh
Penolong Pengawal mengikut subseksyen 132(2) yang dicadangkan selaras dengan seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Fasal 11 bertujuan untuk memotong seksyen 130 supaya selaras dengan 113 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan bahawa tiada penyertaan dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai polis semasa siasatan polis boleh digunakan sebagai keterangan. Fasal 12 bertujuan untuk meminda subseksyen 131(5) Akta 599 untuk menghendaki Penolong Pengawal merujukkan tuntutan oleh mana-mana orang bahawa dia ialah pemunya barang atau benda lain yang disita kepada pengawal yang boleh mengarahkan bahawa barang atau benda lain itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan Penolong Pengawal untuk merujukkan perkara itu kepada majistret bagi suatu keputusan. Subseksyen 131(7) dipinda bagi menghendaki pelupusan barangan atau benda lain yang dilucuthakkan untuk dilupuskan mengikut arahan pengawal. Pindaan ini memberi kuasa pada pengawal untuk melupuskan atau mengembalikan exhibit kes berbanding dengan peruntukan asal yang hanya memberikan kuasa tersebut kepada majistret. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 134A yang bertujuan untuk memperkatakan kebolehterimaan keterangan yang diberikan oleh agent provocateur di mahkamah. Seksyen 134B dimasukkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika apa-apa barang yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta 599 dijumpai di dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalannya, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang yang sama jenis, kuantiti dan kualiti, dan adalah mencukupi untuk hanya membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang dari lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan setiap bungkusan atau bekas yang disita itu. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 135A untuk memperuntukkan kesalahan bagi pemberian maklumat. Dalam hal ini, mana-mana orang yang mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat atau perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan atau penyiasatan yang dicadangkan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta 599 melakukan suatu kesalahan. Ini adalah untuk memastikan serbuan yang dilakukan oleh Penolong Pengawal adalah berkesan dan tiada kebocoran maklumat berhubung dengan serbuan yang bakal dilakukan. Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 136 untuk memperkatakan kesalahan yang berhubung dengan pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod, dengan niat untuk mem-fraud Penolong Pengawal atau untuk mencegah, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa Penolong Pengawal di bawah Akta 599. Fasal 16 bertujuan untuk meminda perenggan 137(1)(a) untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk mengemukakan maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Akta 599. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 138 Akta 599 untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang enggan memberi Penolong Pengawal akses kepada mana-mana premis, untuk mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan kemasukan Penolong Pengawal ke dalam premis itu, atau untuk enggan memberi Penolong Pengawal apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah Akta 599. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 139 Akta 599 untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk mendedahkan apa-apa maklumat sulit yang diperoleh menurut peruntukan Akta 599. Memasukkan perenggan baharu 139(2)(ca), (cb) dan (cc) ke dalam Akta 599. Dengan pindaan ini, pendedahan maklumat sulit boleh dibuat jika pendedahan itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh atau pendedahan itu dibuat dalam hal keadaan maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan. Pendedahan maklumat sulit juga boleh dibuat jika maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam. Fasal 19 bertujuan untuk meminda perenggan 146(3)(b) untuk memperuntukkan bahawa jika suatu kesalahan telah dikompaun, apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal. Perkara ini diperlukan
terutamanya melibatkan kesalahan berhubung kegagalan mematuhi standard keselamatan dan barang yang diisytiharkan tidak selamat di bawah seksyen 20 dan seksyen 23 Akta 599. Fasal 20 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 150(3) untuk membolehkan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 599 untuk memperuntukkan apa-apa kesalahan dan penalti denda yang tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan untuk kesalahan kali kedua dan kesalahan kemudiannya denda tidak melebihi RM250,000 atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Fasal 21 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian yang berhubungan dengan perjanjian jualan kredit yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.
Siapa menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pelindungan Pengguna 1999 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ya. Tiga orang, empat orang bangun. Sepuluh minit seorang. Yang Berhormat Setiu.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya pindaan kepada Akta Pelindungan Pengguna ini merupakan satu keprihatinan pihak kerajaan dan juga pihak kementerian. Ini kerana selama ini kita lihat kerakusan peniaga atau pihak kredit yang bagi kredit yang mengenakan satu kadar faedah yang terlampau tinggi sehingga difahamkan sehingga 35 peratus kadar faedahnya mengikut bulanan, tidak mengikut tahunan. Ini menyebabkan pengguna- pengguna berhutang dengan kadar keberhutangan yang sangat tinggi. Jadi, perlunya adanya pindaan-pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna ini. Saya ingat jelas, ia untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya.
Kalau kita lihat permulaan daripada awal lagi, perjanjian jualan kredit ini telah diberi prasyarat daripada awal lagi. Maknanya sebelum perjanjian, pihak penjual ataupun pihak pemberi kemudahan kredit itu menyerahkan kepada bakal pembeli suatu penyataan bertulis. Daripada awal lagi sudah diminta pihak penjual itu membekalkan kepada pihak pembeli ataupun bakal pembeli. Sekiranya ia tidak dilakukan, maka perjanjian jualan kredit tersebut dinyatakan dalam seksyen 24N juga, ia terbatal dan pihak-pihak itu telah melakukan kesalahan, pihak penjual ataupun pemberi kredit tadi. Kalau kita lihat pula bawah seksyen 24O, ia menunjukkan kepada kandungan perjanjian yang selama ini tidak ada penyeragaman kepada kandungan perjanjian. Sekarang ini, dalam perjanjian yang dinyatakan bawah seksyen 24O ini, dibuat secara bertulis dalam dua bahasa iaitu boleh memilih sama ada bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris. Jadi, banyaklah. Kalau lihat bawah 24P itu, bermacam-macamlah kandungan perjanjian itu, tarikhnya, bilangan ansurannya, amaun bagi setiap ansuran, tarikh bagi pembayaran dan banyak lagi yang disebut. Juga disebut mengenai dengan term charge atau caj terma. Selama ini, pengguna juga dinafikan berkenaan dengan pemunyaan barang. Akan tetapi dalam pindaan ini, seksyen 24Q, bahawa pemunyaan barang yang dibeli hendaklah berpindah kepada pembeli. Kalau selama ini ada ownership claim dan sebagainya dan diikuti— kalaulah tidak ada pembayaran dan sebagainya, ansuran bulanan ataupun sekarang ini sesetengah itu dibuat secara mingguan pun ada, kalau tidak ada bayaran, kebiasaannya akan ditarik balik, repossess. Jadi kalau mengikut seksyen 24Y, maknanya barang tersebut tidak boleh diambil semula milikan. Sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh didenda agak tinggi iaitu sehingga RM250,000. Ini satu pindaan yang sangat-sangat baik pada saya, sebab selama ini kalau pengguna tidak bayar, biasanya dia akan upah penarik barang ini dan ambil balik dan bawa ke kedai dan kadang-kadang dijual dengan harga yang sangat murah, tidak
mengikut harga pasaran. Jadi menyebabkan pengguna ini berhutang dengan sangat banyak. Akan tetapi dalam akta ini ditentukan supaya kalau selepas barang diserah, dia tidak boleh tarik tetapi boleh diserah oleh pihak pengguna. Apabila diserah oleh pihak pengguna, dia kena jual mengikut harga pasaran. Makna tidak boleh jual sewenang- wenangnya. Selama ini dia boleh jual secara sewenang-wenangnya.
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Kuala Krai bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat Setiu, sedikit sahaja.
Okey. terima kasih.
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Setiu. Pada pandangan Yang Berhormat Setiu, peruntukan yang baru dikomen oleh Yang Berhormat Setiu tadi menggambarkan bahawa tarik-tarik kereta ini tidak akan ada lagilah, ya? Kerana, pemberi kredit tidak boleh mengambil barang tetapi pembeli boleh secara sukarela menyerahkan barang. Jadi dalam konteks ini, saya berpandangan suatu perubahan besar berlaku kerana kita lihat penarik-penarik kereta ini adalah satu unsur kerjaya yang lucrative, lumayan tetapi amat memberatkan pengguna. Jadi adakah itu yang Yang Berhormat Setiu boleh baca daripada pindaan ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai checking dengan Yang Berhormat Setiu sahaja, Yang Berhormat.
Kalau mengikut daripada sini, saya rasa tidak termasuk kereta sebab ini biasanya barang-barangan seperti barangan elektrik yang dijual seperti di Courts Mammoth ataupun di AEON, kalau tidak silap saya. Yang beginilah yang melibatkan terlampau ramai pengguna. Kalau hendak sahkan lagi, boleh tanya kepada pihak Yang Berhormat Menterilah. Mungkin dia lagi boleh nyatakan.
Sedikit lagi, Yang Berhormat Setiu. Ini kerana kita menganggap kalau tujuan pindaan ini adalah untuk mengurangkan atau mengawal hutang isi rumah yang semakin meningkat, komponen terpenting dalam hutang isi rumah ini adalah rumah dan kereta, bukan televisyen atau peti ais daripada AEON itu. Terima kasih.
Kalau kereta, sebenarnya tidak ada satu term charge yang tinggi seperti mana yang berlaku bawah Akta Perlindungan Pengguna ini sebab Akta Perlindungan Pengguna ini dibuat kerana terdapatnya term charge yang terlampau tinggi. Dalam penjualan kereta ini, ia ikut tahunan. Yang ini ikut mingguan dan bulanan. Itulah perbezaannya. Saya rasa tidak ada lagilah. Setakat itu sahaja. Sebab yang penting dua tiga perkara sahaja. Apa lagi? Itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Selayang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya mengalu-alukan pindaan yang telah dibuat. Memang sudah menjadi satu kebiasaan pada zaman hari ini untuk membeli barang-barang elektrik, perabot dan sebagainya dengan cara jualan kredit atau ansuran. Oleh sebab ini telah berlaku, kita melihat ada satu business yang baru, syarikat yang memberikan tawaran kemudahan kredit dan kita melihat juga ada beberapa isu yang telah berkembang dengan syarikat- syarikat ini yang tidak dapat dikawal di bawah Akta Sewa Beli, Hire Purchase Act atau peraturan-peraturan yang lain. Sebab itu kita mengalu-alukan pindaan kepada Akta 599 ini. Akan tetapi, ada perkara yang kita hendak ambil perhatian iaitu kita melihat dengan kadar caj faedah yang telah ada dalam perjanjian dan kalau diambil kira, beberapa syarikat pada akhirnya mereka mengutip faedah yang terlalu tinggi antara 30 sampai 35 peratus.
Juga mereka menggunakan cara yang keras untuk mengutip hutang ini, yang mereka menggunakan debt collector juga mengugut dan sebagainya. So, bukan sahaja dengan cara repossession tetapi juga menggunakan debt collection dan inilah pengguna hendak diberikan perlindungan. Soalan saya yang pertama ialah, mengapa koperasi dan syarikat kredit kad tidak dimasukkan di dalam peraturan ini? Ini kerana kita tahu bahawa syarikat-syarikat yang memberikan kredit ini juga bekerjasama dengan koperasi dan juga dengan menggunakan cara potong gaji bulanan yang dibuat melalui koperasi. Kita mendapat bahawa ada beberapa pengguna melalui koperasi dan dengan cara potong gaji sebulan, akhirnya mereka tidak cukup untuk ada pendapatan untuk keperluan harian. Kedua juga ialah tentang syarikat kredit kad. Mereka juga telah menggunakan beberapa cara yang sama juga dengan kadar faedah yang begitu tinggi, kredit kad sampai 24 peratus setahun. Pada saya, ini juga hendak dikawal. Kedua ialah kita mengetahui seperti yang dikatakan tadi, perumahan dan kereta. Ini adalah komponen yang terbesar di dalam hutang isi rumah. Pada saya, perlindungan pengguna kewangan iaitu financial consumer protection juga perlu diberikan kepada pengguna. Bukan sahaja untuk membeli barang tetapi untuk pinjaman yang sedang berlaku pada hari ini. Selain daripada itu, apa yang ada di peraturan adalah memang baik. Akan tetapi untuk memberikan manfaat yang lebih kepada pengguna ialah maklumat di dalam zaman ini dengan IT ini adalah information age. Apa yang penting kalau kita hendak mengetahui apa terma-terma dan caj oleh Courts Mammoth dan AEON dengan syarikat yang lain, kalau kerajaan atau agensi dapat memberikan satu website bahawa dengan satu masukkan dalam internet, masukkan dalam website ini kita mengetahui apa ialah terma, apa ialah caj, faedah daripada satu syarikat berbanding dengan syarikat yang lain, baru pengguna mendapat manfaat bahawa adalah syarikat yang caj yang begitu tinggi. Ini memberikan satu persaingan antara syarikat-syarikat ini yang baik dan juga memberi manfaat kepada pengguna. Selain daripada itu, yang penting ialah kawalan dan penguatkuasaan. Kita ada peraturan yang baik tetapi kalau kita tidak mengadakan satu mekanisme untuk memantau, mengawal dan menguatkuasakan peraturan ini, akhirnya walaupun kita ada undang-undang tetapi pengguna tidak dapat perlindungan yang sebenarnya. So, saya meminta kerajaan, kementerian untuk memberitahu apa mekanismenya. Adakah cukup pegawai untuk memantau peraturan dan menguatkuasakan? Walaupun kuasa yang ada tetapi yang penting ialah cukup pegawai dan cara untuk menguatkuasakan. Penting juga ialah satu mekanisme yang efisien kepada pengguna. Pengguna hendak tahu bahawa apalah hak mereka dan apabila mengadakan hak ini, apa yang boleh mereka buat. Bolehkah mereka membuat aduan dan pergi tribunal? Apakah masa tribunal akan mengambil tindakan supaya mereka mendapat perlindungan yang diadakan di dalam peraturan? Pendidikan adalah penting supaya pengguna mengetahui apalah hak mereka. Akan tetapi lebih penting ialah ada satu cara aduan itu, tindakan dapat diambil dan ada tribunal yang akan memberikan keputusan dengan cara yang efisien supaya semua peraturan ini dapat dikawal dan dikuatkuasakan dengan baik. Akhirnya ialah tentang cara untuk enforcement, kutipan yang telah dibuat seperti yang saya kata tadi. Untuk memasukkan di dalam peraturan bahawa mereka larang menggunakan cara yang keras dan tidak boleh menggunakan debt collector untuk menuntut hutang ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Serai, kemudian Yang Berhormat Kapar. Selepas itu Yang Berhormat Menteri. Lepas Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Gerik, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya menyokong pindaan rang undang-undang ini, rang Undang-undang Akta 599. Tujuan utamanya untuk melindungi pengguna. Pertamanya, melindungi pengguna, mengurangkan hutang isi rumah dan juga memperkukuhkan kuasa penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua, pengguna ini asyik kena sahaja. Kalau kita sembang tentang kos sara hidup, cerita harga barang naik. Kerajaan buat macam mana pun, harga barang naik, macam tidak selesai, macam-macam tidak selesai. Jadi, yang kena pengguna. Akan tetapi orang kata macam-macam. Orang kata sebab GST-lah barang naik, orang kata macam-macam. Akan tetapi kuncinya, ceritanya ialah harga barang naik, pengguna juga kena. Keduanya, apa yang kita bincang hari ini ialah tentang hutang yang diberikan, pengguna juga kena. Oleh sebab dalam berhutang ini ada banyak kesempatan yang diambil. Jadi, saya ucap tahniah kepada kerajaan kerana prihatin dan saya rasa seriuslah dengan ada pindaan ini. Ini kerana hutang ini sudah jadi macam kebiasaan sekarang ini. Hari itu saya banyak kali sudah cakap, siapa yang tidak berhutang? Akan tetapi soalnya apabila berhutang ini yang pertama, perlukah berhutang? Kedua, kalau berhutang, boleh bayar tidak hutang itu bulan-bulan? Boleh bayar tidak hutang itu bulan-bulan? Dalam erti kata lain, “Ukur baju di badan sendiri”. Jangan kita hendak apa itu orang kata, “Biar papa asal bergaya”. Dia hendak bergaya, hendak bergaya ini masalah. Awal-awal lagi kalau orang itu baru kahwin, dia pergi ke Courts Mammoth umpamanya. Saya bagi satu contohlah, saya tidak kata Courts Mammoth itu salah tetapi cerita barang berhutang ini. Apabila kita masuk, dia tunjuk dekat kita katil dulu. Katil pentinglah orang baru kahwin kan?
Tilam.
Katil, selepas itu tilam, selepas itu bantal, selepas itu perabot, selepas itu kipas, selepas itu semua. Satu rumah yang kosong, penuh! Wah, tiba-tiba dia ada banyak. Hendak keluar itu dia tunjuk lagi dua, tiga benda. Televisyen, aircond, apa benda lagi?
Peti ais.
Peti ais, ya peti ais. So, panas, sejuk, cantik, lawa, semua dia tengok. Satu rumah Tuan Yang di-Pertua, satu rumah.
Siapa yang tunjuk itu?
Orang baru kahwin. Jadi, balik rumah seronok barang semua ada. Selepas itu, dia beritahu pula tiga bulan tidak payah bayar. Ha, ini hendak raya ini. Tiga bulan tidak payah bayar, jadi enjoy. Jadi enjoy, itu seronok itu. Ini orang panggil Tuan Yang di-Pertua, lupa diri. Sudah lupa diri sudah, tiga bulan tidak payah bayar, enjoy. Apabila mula hendak bayar, masa itu sakit. Oleh sebab masa ambil itu tidak kira juga. Masa kita hendak beli ini, orang bukan kira sangat. Oleh sebab itu orang hendak beli kereta, kalau boleh dia hendak bawa balik kereta hari ini juga. Kalau kita pergi beli kereta, dia kata ‘tong-tong’, dia kira-kira semua kereta ini dalam dua minggu, tidak jadi beli. Tidak jadi beli, pergi kedai lain. Oleh sebab apa? Apabila dia hendak, dia hendak hari ini juga. Kalau boleh petang ini juga hendak bawa balik. Apabila ditunjukkan borang itu, dia sain, dia tenyeh sahaja. Berapa orang yang baca borang itu sebenarnya? Borang hutang kereta itu ataupun borang hutang di kedai-kedai. Contohnya, macam kita sebutlah, kita dengar tadi dalam perbahasan, Courts Mammoth kah, AEON kah, Sen Heng kah. Kalau dulu Singer kan? Singer ini saya tidak tahulah orang mana tetapi kalau orang Melayu di kampung— saya daripada kampung. Kalau orang Melayu di kampung, Singer-lah. Angkut bawa balik semua. Semua ada, mesin jahit ada, motor ada, sain ikut suka sahaja, tidak peduli. Selepas bayar tiga, empat bulan, selepas itu tidak boleh bayar.
Lepas itu barang kena tarik, lepas itu mula mengamuk semua orang. Kalau zaman sekarang ini bila sudah jadi macam itu kerajaan yang salah.
Yang Berhormat Bagan Serai, 20 saat.
Yang Berhormat Kuala Krai, okey.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik memang pembeli jarang membaca apa-apa kandungan perjanjian jual beli, kredit dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Bagan Serai boleh mencadangkan supaya pemberi kredit ini bacakan satu persatu depan pembeli itu, betul supaya dia dengar buat pertama kali dan seterusnya.
Yang Berhormat Kuala Krai, 20 saat tadi kan, 20 saat cukuplah. Kalau penjual hendak dikatakan baca satu persatu depan pembeli atau pembeli hendak baca satu persatu itu tidak jadi sebab tadi saya sudah terangkan tadi. Bila dia hendak itu tidak baca sudah, dia angkut sahaja. Dia balik lepas empat bulan baru dia merana. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak gambarkan budaya sekarang ini budaya macam itu. Sama ada orang pergi beli barang berhutang ataupun dia gunakan duit plastik itu kredit kad itu hutang. Beli minyak hutang, pergi restoran hutang, pergi grocery hutang, masuk hotel hutang, beli perabot hutang, pergi supermarket hutang. Semua macam-macam yang dia hutang. Jadi mula-mulanya nampak okey tetapi lepas beberapa bulan tidak boleh bayar big problem. Tuan Yang di-Pertua, isu yang timbul macam saya kata tadi keberhutangan yang tinggi. Akhirnya hutang dia ada banyak, tengok-tengok bil datang besarnya tidak boleh bayar, sudah mula sakit jiwa. Masa itu tekanan darah boleh naik, macam-macam lagi problem akan datang. Kadar faedah yang tinggi – yang ini orang tidak sedar ini orang bila hendak beli barang ini tidak sedar. Kadar faedah – lama-lama esok baru baca kadang-kadang dia pun tidak faham, kebanyakan pembeli tidak faham kadar faedah ini. Kadar faedah macam mana formula dia kira – tadi kita kata pindaan, Menteri hendak tentukan orang tidak peduli. Ini masalah budaya yang ada sekarang. Kandungan perjanjian tidak seragam, perundangan terhad, penyalahgunaan maklumat peribadi, macam-macam keadaan-keadaan. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak gambarkan sekali lagi ialah satu budaya sekarang. Keduanya ialah belanja lebih daripada pendapatan.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat Tanjong Yang Berhormat.
Minta laluan.
Tinggal tiga minit lagi. Okeylah, 20 saat, malam-malam.
Berkenaan dengan hujahan Yang Berhormat Bagan Serai kandungan perjanjian yang tidak seragam. Saya rasa ini satu masalah yang besar. Adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju supaya kerajaan boleh menggubal satu perjanjian yang standard untuk dipakai jualan kredit sebegini.
Satu cadangan yang baik tetapi perjanjian ini maknanya kalau kita hendak beli barang maksudnya sekarang ini ialah daripada satu kedai A, kedai B, kedai C mungkin perjanjiannya tidak sama, mungkin formulanya tidak sama. Akan tetapi apa yang lebih penting ialah pembeli kena baca sebenarnya. Pembeli kena baca, kena tahu dia berhutang, formula macam mana dia hendak bayar macam mana, dia mampu atau tidak mampu dan ada kemungkinan dia kena buat keputusan tidak jadi beli.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.
Silakan, hendak habis sudah ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja Yang Berhormat Bagan Serai kadang- kadang saya hendak kementerian check ini kementerian check supaya force advertising ini. Contohnya SINGER menawan keluarga bahagia. Kadang-kadang menyinari hidup anda tetapi sebenarnya you masuk bukan you kena... dengan dia orang sampai panas. Jadi saya kata force advertising ini juga bila orang ini pertimbangan antara murah, mahal dengan hutang. Kalau boleh hutang mudah dia lupa pasal mahal. Jadi ini dua perkara yang kita tengok, kementerian tengok. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih.
Saya setuju dengan pencelahan Yang Berhormat Kota Tinggi itu. Jadi saya ingin tanya sebab tengok ada kajian menunjukkan 79 peratus rakyat Malaysia berbelanja lebih 10 peratus daripada pendapatan dan 15 peratus membelanjakan lebih 40 peratus daripada gaji mereka. Oleh sebab itu kita hari ini kita bising tahap keberhutangan yang tinggi. Sebenarnya rakyat tidak sedar diri, dia tidak ukur baju di badan sendiri sebenarnya. Dia ada banyak itu oleh sebab boleh berhutang macam tadi Yang Berhormat Kota Tinggi kata dia tengok
promosi-promosi yang memang cukup menyelerakan. Beli memang seronok angkut bawa balik lepas itu tidak boleh bayar. Jadi ini masalah yang akan timbul. Marah kerajaan pula.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Berhormat Kota Raja Yang Berhormat.
Sila.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai saya – terima kasih huraian di atas keberhutangan yang tinggi ini. Kita kena balik kepada pendidikan sebenarnya membeli dengan berhutang ini kita bayar lebih tinggi harganya. Itu semua kita tahu tetapi masalahnya adalah kesabaran orang kita tidak sabar. Budaya menyimpan dahulu kemudian baru membeli. Mungkin ini yang patut kita galakkan di kalangan rakyat kita.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Itu yang saya hendak gambarkan tadi keberhutangan yang tinggi ataupun kita boleh katakan keberhutangan yang melampau sudah terlampau banyak hutang jadi ini satu. Jadi kalau yang kita katakan ukur baju di badan sendiri tadi kalau tidak ada buat cara tidak ada tidak apa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kalau orang muda baru kerja boleh sewa rumah boleh beli motor, boleh beli kereta kecil tidak apa dulu perlahan-perlahan. Kalau tidak ada katil, tilam yang empuk tidur atas lantai, tidur atas lantai pun okey juga. Orang baru tidur atas lantai okey. Jadi tidak ada masalah, tidur juga, orang tidur lebih lena lagi. Tidur orang tidak ada hutang lebih lena daripada tidur orang banyak hutang. Keberhutangan yang melampau.
Macam kitalah tidur tidak lena 1MDB hutang banyak.
Ada penipuan yang dilakukan dalam formula hutang itu dan juga mereka mengugut. Satu lagi bila dia tidak boleh bayar ugutan-ugutan. Jadi faedah yang tinggi ini kita memang kena berhati-hati sangatlah.
Ya, masa habis Yang Berhormat.
Masa sudah habis, lagi dua page. Boleh bagi saya tanya satu soalan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kementerian berapakah jumlah kes penipuan yang melibatkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan ansuran melalui tribunal tuntutan pengguna dan jumlah kes yang telah diselesaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya ruang dan peluang untuk membahas Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan pindaan terkini dikaitkan secara spesifik kepada semua jual beli kredit. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ketidakpuasan hati saya terhadap akta pindaan yang dilakukan pada dasarnya. Pada dasarnya saya merasakan kita tidak boleh menggalakkan sebarang jualan kredit dan menggalakkan rakyat untuk berhutang. Itu pandangan saya mungkin berbeza dengan Yang Berhormat yang lain. Sebab saya memilih untuk membawa satu senario bahawa ataupun satu pendekatan bahawa kita sepatutnya tidak boleh menggalakkan seseorang untuk berhutang sebaik mungkin kesedaran, pendidikan dan semua ajaran-ajaran sepatutnya mendidik ke arah kita menyimpan, menabung dan membeli bila berkesesuaian. Bila tiba masanya kita membeli. Akan tetapi sayang seribu kali sayang atas nama untuk melindungi pengguna kita datang dengan pindaan ini. Jika kementerian mempunyai objektif dan jawapannya adalah kita sedang melindungi pengguna saya tidak ada masalah walaupun pandangan saya pada dasarnya adalah berbeza. Akan tetapi untuk pengetahuan Tuan Yang di- Pertua, kita sebenarnya sudah ada perlindungan ini tetapi bukan dalam bentuk akta tetapi
dalam bentuk peraturan di mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menguatkuasakan Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012 pada 1 Oktober 2012. Memang ada peraturan itu dan hari ini peraturan yang sudah kita biasa diselitkan dalam bentuk akta, dalam bentuk seksyen dan sebagainya. Persoalan saya adalah sejak 1 Oktober 2012 apakah kejayaan peraturan- peraturan ini dengan tindakan kementerian menguatkuasakan undang-undang ini. Berapa banyak kes yang kita telah selesaikan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang berkait rapat untuk menjaga peraturan-peraturan ini dan laporan-laporan dan aduan yang dilakukan. Seterusnya adakah wujud kegagalan peraturan-peraturan ini sehingga kita terpaksa membicarakan benda yang hampir sama tetapi telah dikemaskinikan secara holistik itu saya setuju dalam bentuk akta pada hari ini. Itu persoalannya saya yang pertama Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya juga ingin menyambung sedikit kepada rakan-rakan tadi dua-dua belah tadi yang mengatakan tentang ugutan yang dilakukan semasa kutipan yang dilakukan.
Sebagai contoh, dekat sini ada satu isu seksyen 24X. Saya hargai cara perkataan disusun dan sebagainya di mana sekatan ke atas pendedahan atau pengedaran data peribadi. Itu bermaksud kita tidak akan berikan data ini kepada pihak ketiga. Saya setuju. Amat setuju dengan perkataan, susunan perkataan, ayat dalam seksyen 24X ini. Akan tetapi dekat sana ada juga satu clause yang mengatakan bahawa “...suatu kebenaran bertulis daripada pembeli itu diperoleh”. Bermaksud jika kita ada satu kebenaran bertulis daripada pembeli, jadi kita boleh edarkan data peribadi. Bermaksud kita sudah boleh bagi kepada debt collector untuk mengutip wang ataupun mengugut dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, apa yang akan berlaku adalah ketika mereka hendak membeli barang, hari itu mereka akan melakukan perjanjian. Mereka akan tandatangan semua perjanjian. Saya rasa apa yang tuan punya kedai akan lakukan adalah letakkan borang ini sekali. Bermaksud hari pertama you buat perjanjian, you sudah bagi you punya kebenaran bertulis supaya sekiranya pada masa yang akan datang, bila you tidak boleh membayar, surat itu akan digunakan dan debt collector akan datang ugut dan sebagainya. Benda ini tidak diletak secara terperinci bahawa tidak boleh dilakukan dan bilakah kebenaran bertulis ini diperoleh pun tidak dikatakan. Jadi saya rasa dari sudut Ahli-ahli Yang Berhormat dari kedua-dua belah bawa isu ugut tadi, tidak ada sebenarnya satu kerangka yang boleh membantu pembeli daripada diugut pada masa yang akan datang. Kita balik— I am sorry to say this, back to square one sebab seksyen 24X ini. Seterusnya bahagian kedua adalah tentang kadar faedah yang akan dikenakan. Saya minta maaf, Yang Berhormat. Saya sepintas lalu bila saya pandang, saya tidak nampak apa-apa tentang kadar faedah yang dikenakan. Itu pun adalah boleh dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang menjual barang. Kadangkala kita menghadapi masalah di mana harga barang apabila dikenakan dengan faedah-faedah ini dan sebagainya, dia menjadi dua kali ganda daripada harga asal. Ini pun tidak nampak. Of course, correct me if I am wrong. Daripada akta ini, satu penjagaan yang holistik kepada pembeli. Oleh sebab kita secara terbuka, kita memberi ruang kepada pembeli dan penjual untuk membuat satu balancing act. Satu perbicaraan di antara mereka dan mereka setuju dengan ini, mereka teruskan. Akan tetapi saya rasa kalau kita masuk secara terperinci satu per satu, akta ini lebih melindungi penjual berbanding dengan pembeli. Seterusnya untuk bahagian ketiga adalah tentang penalti-penalti yang dikenakan berkaitan dengan akta ini. Adakah penalti itu secara terus terang telah dimaklumkan atau itu pun terpulang kepada interaksi di antara pembeli dan penjual? Itu pun perlu dipersoalkan.
Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kapar apa yang disebut tadi berhubung dengan kaedah kadar faedah yang
hendak dikenakan. Adakah Yang Berhormat Kapar lebih bersetuju sekiranya rang undang-undang ini menetapkan satu kadar siling yang boleh digunakan daripada membenarkan ia tetap kekal dalam bentuk yang tidak jelas dan serah kepada pembeli dan penjual. Mungkin satu kadar yang tetap yang memberikan the maximum. Apa pandangan Yang Berhormat Kapar?
Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Shah Alam. Actually, landing saya begitulah. Saya agak selesa sekiranya semua ketetapan dilakukan di dalam akta memberi satu pandangan yang terus-terang kepada pembeli dan penjual supaya mereka tidak diberi satu ruang untuk memanipulasikan. Kita kena faham setiap masa, penjual berada di satu tahap yang boleh membuat keputusan berbanding dengan pembeli. Oleh sebab itu saya rasa pembeli wajar dijaga setiap masa, setiap klausa, setiap seksyen yang kita buat. Itu saya tidak nampak daripada akta yang dipinda dan di bawa ke hadapan pada hari ini. Saya minta sangat beberapa komitmen dalam jawapan Yang Berhormat Menteri yang kita boleh guna sebagai Hansard, sebagai dasar objektif akta ini apabila pindaan ini digubal untuk kegunaan pada masa-masa yang akan datang. Kalau kita tengok kepada satu lagi contoh di mana kemungkinan pembayaran ansuran oleh pembeli dalam seksyen 24V(2)(b), kita letak dekat sana membuat penjelasan awal bagi perjanjian jualan kredit itu dengan membayar jumlah amaun yang dikenakan di bawah perjanjian itu kepada pemberi kemudahan kredit. Apa yang dimaksudkan adalah dia bayar full. Kalau seseorang itu tidak dapat bayar dalam masa dua bulan, bermaksud mungkin ada sesuatu yang telah menimpa beliau. Sesuatu kesusahan. Mungkin dibuang kerja, kemalangan dan sebagainya. Dalam masa dua bulan, kita akan ambil tindakan terhadap beliau. Itu satu. Kedua, salah satu clause (b) mengatakan bahawa kalau dia bayar full payment tidak ada apa-apa masalah. Andai kata kalau dua bulan dia tidak boleh bayar, macam mana dia hendak bayar full payment? So, inilah saya rasa masyarakat dekat luar selalu bicarakan. Ini saya rasa bukan point baru, Yang Berhormat Menteri kerana ini adalah satu point yang lumrah, biasa kita dengar. Kalau sebulan, dua bulan seseorang itu tidak boleh bayar, itu adalah kerana kesusahan sesuatu penderitaan yang dia sedang alami. Kita pula hari ini menggunakan dua bulan itu juga. So, grace period itu dua bulan sahaja dan tambahan lebih kurang kalau tidak silap saya 10 hari atau 20 hari. So tidak memadai untuk seseorang yang menghadapi kerumitan.
Ya.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak bercakap soal Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. Kalau kita tengok pada zaman tahun 80-an, tahun 90-an, negara kita pun belum menuju ke negara maju, baru negara membangun, rakyat di kampung-kampung, keinginan hendak memiliki televisyen, peti ais, washing machine dan pelbagai peralatan elektrik, ketika itu gaji bukan banyak. Kalau guru tahun 70-an dulu, starting baru RM400 lebih yang keluar daripada maktab perguruan dan ketika itu kita ada keinginan untuk membeli barangan tadi. Maka seperti mana kata Yang Berhormat Bagan Serai, syarikat Singer menawarkan jual beli peralatan elektrik di mana orang-orang kampung akan beli dengan menandatangani terus. Dia tidak tahu apa isi kandungan yang terkandung, ditulis dalam bahasa Inggeris, dua muka ke tiga muka, yang kita baca muka pertama pun kita tidak boleh faham. Akan tetapi pada ketika itu kita berasa hendak memiliki barangan yang tersebut. Setelah kita berada pada masa sekarang, kita melihat sebenarnya pembeli tidak dilindungi, terpaksa membayar dengan kadar yang tinggi pada tiap-tiap bulan. Maknanya keberhutangan yang terlampau tinggi, kemudian dengan membayar yang tinggi, bukan pemilikan barangan tersebut kita punya, kadar faedah yang tinggi, tidak ada peruntukan perundangan, hendak mengadu kepada siapa, kalau yang agak bijak sedikit yang boleh membaca perjanjian. Kemudian kita punya maklumat salinan kad pengenalan diambil oleh syarikat-syarikat tadi, ada penyalahgunaan maklumat. Setelah kita beli barang, tiba- tiba ada syarikat kad kredit telefon. Bila saudara telah tidak bayar dua tiga bulan kad
kredit. Kita nampak kelemahan-kelemahan yang ada antaranya kandungan perjanjian yang tidak seragam, penafian hak pembeli dan pelbagai perkara lagi.
Cumanya dalam kita membentuk Akta 599 ini, akta ini terpakai kepada siapa? Kalau kita tengok di kampung-kampung, orang kampung masih membeli cara berhutang dengan bayaran tinggi kalau Pakistan atau Bangladesh bawa motor, bawa karpet, beli di kampung-kampung, mereka ini macam mana pula? Terikat atau tidak dengan akta yang ada ini? Sebabnya karpet yang harga mungkin RM60 kerana bayar hutang terpaksa dibayar dengan nilai mungkin RM300-RM400. Begitu juga bagaimana yang kita berniaga di kampung secara kutu. Beli di Jakel tiga helai RM60. Tetapi di kampung kita boleh jual satu kain pasang kerana berhutang tiap-tiap bulan, boleh bayar dalam setahun. Bagaimana? Mereka ini terikat atau tidak dengan undang-undang ini? Itu persoalannya sebab kita hendak melindungi pembeli. Ada aktanya tadi. Kalau macam Singer, syarikat elektrik yang ada di seluruh negara ini kita tahu mereka ada perniagaan. Tetapi yang nampak lebih untung ini yang hak jenis tidak berdaftar dengan syarikat perniagaan. Bagaimana tindakan kerajaan untuk mengambil dan membetulkan suasana. Tambahan pula hari ini kita tahu rakyat sama ada di bandar atau luar bandar memerlukan keperluan yang cukup banyak. Di rumah ada ASTRO, di rumah ada handphone, di rumah ada katil yang steady, tilam yang tebal. Tukar langsir tiap-tiap tahun dan pelbagai lagi. Itu kita tengok bila kita nampak bila kerajaan hendak membuatkan jualan kredit ini, ada pertimbangan untuk menjaga pembeli. Dalam masa yang sama, kita selalu menyalahkan kementerian. Kita selalu menyalahkan apa Menteri buat bila mana harga barang naik. Saya percaya dengan pindaan ini, kita beri kuasa sedikit kepada Menteri untuk memastikan ada beberapa prosedur SOP yang membolehkan tindakan dibuat untuk memastikan hasrat Akta Perlindungan Pengguna ini dapat dijayakan di dalam negara kita. Dan saya percaya juga pemberian kuasa kepada penguatkuasaan untuk memastikan jualan kredit ini tidak memberi masalah kepada rakyat di bawah, di mana mereka dilindungi, boleh menikmati pelbagai keperluan. Saya tak berapa setuju pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tadi, kita rajin berhutang kerana masing-masing kita bila dia berhutang, dia sudah fikir macam mana agihan dia nak beli barang tadi sebenarnya kan, pada pandangan kita. Kalau kita hendak menyalahkan pengguna, kenapa berhutang banyak, setiap daripada kita, dia ada cita- cita. Dia ada pendapatan RM1000, dia sudah fikirkan apa benda yang dia hendak hutang untuk dia rasa menikmati tersebut. Serupa saya dahulu, waktu mula jadi cikgu. Impian saya tak ada nak beli kereta. Waktu itu saya hendak pakai Honda cub sahaja tetapi bila saya dah lama berkhidmat, saya mula fikir hendak beli kereta. Jadi maknanya, di sinilah undang-undang ini untuk membantu pembeli-pembeli supaya tidak dicekik darah sangat. Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya nak tanya Yang Berhormat Gerik, sebab bila kita cakap undang-undang perlindungan, lindung ini, bila dia dah beli terjebak, kita nak lindung ke atau sebelum dia beli kita nak lindung dia? Itu sebab saya kata, sebelum beli itu kena ada pertimbangan dan kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, responsible, every right, hak itu mesti datang dengan tanggungjawab. Bila kita beli sesuatu, kita bertanggungjawab atas pembelian. Jadi, ada suatu elemen lain yang saya kaitkan tadi ialah false advertising. Kita menguar-uarkan satu cara hidup yang akhirnya kita tak mampu dan satu lagi bila kita cakap consumerism ini, apa pandangan Yang Berhormat Gerik kalau kita buat melabur, dia ada dua. Satu consumer consumption, satu lagi pelaburan. Kalau kita beli rumah, lepas 10 tahun ke 15 tahun kalau kita bayar, dia ada peningkatan value. Tapi ada barang-barang kita jual dengan kreditnya mudah, barang-barang ini bila kita beli, lepas dua hari kita beli separuh harga value, depreciation. Lepas enam bulan, dah tak ada nilai tetapi dia masih berhutang secara pukal. Kalau dia RM3000, RM3000 lah, padahal aset itu dah tak ada nilai. Jadi mesti ada tatacara untuk melindungi bukan sahaja selepas dia terjebak, mesti sebelum. Termasuk juga kita ketatkan sikit jualan kredit yang melibatkan gaya hidup yang kononnya menawan keluarga bahagia tetapi sebenarnya menjerumuskan keluarga dalam kesengsaraan. Apa pandangan Yang Berhormat Gerik? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Sebenarnya itu antara yang kita nak buat undang-undang ini. Kita hendak
menjaga pembeli supaya seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, tak payahlah saya hendak sambung balik, supaya barang yang dia beli bersesuaian dengan harga, masa dan ketika di mana pembeli rasa tidak ditipu. Itu yang paling mustahak. Saya percaya dengan rang undang-undang ini, kita bagi kuasa kepada penguatkuasaan, dia boleh check semua. Kita minta Yang Berhormat Menteri bila kuasa diberi, kita bagi kan, buat borang yang paling senang bukanlah seperti kata Yang Berhormat Kuala Krai, kita nak baca satu-satu, tetapi buat yang mudah, pembeli faham tanggungjawabnya, yang dia berhutang dan dia kena bayar. Dia tidak kena macam kata Yang Berhormat Selayang, sebulan mereka membayar sebenarnya lebih daripada 30 peratus yang cukup tinggi kadarnya. Kita boleh tengok di kedai elektrik, kalau bayar cash berapa sekian-sekian TV ini. Kalau bayar hutang, berapa sekian-sekian jumlah besarnya itu tadi. Jadi di sinilah saya berharap ...
Yang Berhormat, sikit sahaja.
Ya, sila.
Yang Berhormat, sebenarnya apa yang berlaku di suasana praktikal di bawah nanti adalah dia akan letak 1.5 peratus dengan huruf kecil, sebulan. Itu hakikat yang sedang berlaku. Pasal itu tadi Yang Berhormat Shah Alam dengan saya tegur kena ada fees-fees itu dekat dalam, kadar faedah dan sebagainya. Kalau 1.5 persen sebulan, bila pandang dan tengok statements ini, nampak kecil tetapi perasan atau tidak Yang Berhormat, dalam setahun itu adalah 18 peratus. Itu yang meningkatkan pembayaran harga dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Ya, boleh gulung Yang Berhormat ya. Habiskan.
Ya. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kapar dan tolong masukkan dalam ucapan saya. Itu antara sebab sebenar kita nak buat undang-undang ini dan dengan itu saya menyokong. Semoga undang-undang ini kita semua pihak menerima dengan baik. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam memberikan pandangan dan membahaskan cadangan-cadangan serta segala yang telah dibangkitkan itu, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semuanya. Pertamanya saya nak jelaskan di sini, rang undang-undang ini adalah merupakan suatu yang kita hendak berikan penambahbaikan kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau Akta 599 ini. Kita lakukan ini kerana kita perhatikan spesifik tentang jualan kredit itu sahaja tidak dijadikan sebagai salah satu bahagian yang khusus untuk jualan kredit. Maka sebab itu, setelah kita fikirkan bagaimana untuk membantu pengguna walaupun Yang Berhormat Kapar kata ianya banyak membantu kepada peniaga, saya nak jelaskan di sini bahawa akta ini namanya sendiri pun adalah perlindungan pengguna. Kalau kita hendak lindung peniaga, kita tulis situ perlindungan peniaga tapi oleh kerana kita hendak melindungi pengguna, maka sebab itu kita khususnya supaya segala apa yang kita hendak berikan itu adalah sesuatu yang memberikan kelegaan kepada pembeli-pembeli dalam negara kita. Saya pertamanya, nak jelaskan tentang kadar faedah yang telah pun dibangkitkan oleh semua, termasuklah juga Yang Berhormat Kapar. Saya khusus nak Yang Berhormat Kapar ini sebab semua tadi bersetuju kecuali Yang Berhormat Kapar. Saya hairan kerana Yang Berhormat Kapar mengatakan seolah- olah apa yang kita lakukan ini adalah semata-mata hendak melindungi peniaga.
Jadi sebab itu saya hendak supaya beliau jelas, nanti tidak khilaf, tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh memberikan kekeliruan kepada rakyat dalam negara. Saya faham kerja pembangkang ini hendak bagi keliru rakyat saja. Sebab itu sebelum Yang Berhormat Kapar hendak kelirukan rakyat, biar saya jelaskan sedikit. Jadi lain kali hendak keliru pun dia tahu dia kelirukan rakyat. Jadi sebab itu saya hendak perjelaskan sebaik mungkin supaya Yang Berhormat Kapar lebih faham tentang apa yang hendak kita lakukan.
Pertama, objektif saya sudah katakan tadi. Objektifnya untuk membantu dan melindung pembeli iaitu pengguna dalam negara kita dalam Akta Jualan Kredit itu sendiri. Banyak daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi telah pun membangkitkan tentang borang. Kebanyakan daripada kekeliruan yang berlaku dalam negara adalah apabila pembeli keliru dengan apa yang mereka faham dengan apa yang tercatit dalam borang tersebut. Maka sebab itu peraturan kita hari ini akan memastikan hanya dua bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Dalam peraturan kita nanti kita akan tentukan font nya juga, tidak lagi seperti apa yang Yang Berhormat Kapar kata kecil, ada tulis 1.25 percent. Tidak lagi timbul perkara itu kerana kita hendak supaya semuanya jelas, nampak apa caj, apa terma, semua segala apa yang hendak mereka masukkan itu jelas dibaca dan juga difahami oleh pembeli. Itu mesti semua kena faham sama ada ianya daripada kapas, semua Yang Berhormat yang merasa ragu nanti bahawa perkara ini akan menyebabkan pembeli keliru. Kedua saya hendak juga ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada.....
Yang Berhormat Menteri penjelasan, boleh tidak.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kelana Jaya.
Yang Berhormat Kelana Jaya, okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar dengan with some amusement bahawa Yang Berhormat Menteri kata penjelasan bahasa. Betul tidak? Yang Berhormat Menteri hendak pastikan bahasa itu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, betul ya. Dalam Rang Undang-undang ini 24O(1)1 ditulis “A credit sale agreement in respect of any goods or class of goods shall be made in writing and in the national language or English language. Maknanya kalau kita jual pada orang putih, kita bagi Bahasa Melayu, matilah dia. Kalau kita jual pada Melayu yang tidak boleh baca Bahasa Inggeris tetapi terma itu dalam Bahasa Inggeris, susah juga. Maknanya apa yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi baik tetapi dalam rang undang-undang ini is menyatakan ‘or’ - Malay national language or English. Maknanya ada choice itu di atas penjual. Jadi what you have said does not concur with what is written here. Terima kasih.
Okey Yang Berhormat Kelana Jaya. Inilah saya kata pertamanya, saya tidak kata pun Bahasa Melayu, saya kata Bahasa Kebangsaan. Itu pun Yang Berhormat Kelana Jaya sudah......
Saya faham Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan lah, Bahasa Malaysia.
Ha, itulah tu.
Betul.
Sebab itu saya tidak hendak keliru ini. Nanti sebab keliru ini yang menyusahkan. Bahasa Kebangsaan satu, yang keduanya, Yang Berhormat Kelana Jaya yang sebut tadi.
Saya faham.
Ya, duduk dulu. Jangan bertengkar.
Duduk, duduk, duduk bukan debat. Duduk.
Jangan jadikan kebiasaan ...
Yang Berhormat Kelana Jaya bangkit mengatakan, mempersoalkan bahawa ada dua bahasa yang boleh digunakan iaitu Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris. Persoalannya or tetapi saya hendak jelaskan dulu Bahasa Melayu pun tidak betul, Bahasa Kebangsaan. Yang itu saya hendak jelaskan. Itu pun Yang Berhormat Kelana Jaya sudah keliru. Begitu juga dengan, jadi kita hendak guna Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ini, Bahasa Kebangsaan itu bahasa apa?
[Ketawa]
Bukan Bahasa Melayu kah, Dayak kah. Iban kah. Tolong janganlah hendak kelirukan Dewan ini.
Biar dulu.
Bahasa Kebangsaan memanglah Bahasa Melayu. Apa masalahnya. Why you dont want to go into this semantic. Answer the question. Be professional. Janganlah cuba attack, attack saja. Orang tanya dengan baik, jawablah dengan baik.
Ya, ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, duduk dulu.
Ini sudah pukul 11.00 sudah Tuan Yang di-Pertua. Janganlah main-main macam ini. Jawab betul-betul.
Saya hendak jelaskan supaya jelas dahulu. Bahasa yang kita hendak gunakan ini Bahasa Kebangsaan yang difahami oleh semua dalam negara kita. Ada orang yang tidak faham Bahasa Kebangsaan, boleh memilih your choice untuk or Bahasa Inggeris. Maknanya dua-dua standard borang itu ada. Kita ada standard borang yang menggunakan Bahasa Kebangsaan dan juga borang yang menggunakan Bahasa Inggeris. That’s why we choose it, then terpulanglah kepada pembeli untuk memilih kedua-duanya. Sama ada hendak pilih Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Itu yang kita hendak jelaskan ya, pertama. Kedua tentang kaedah yang ditakutkan oleh tadi Yang Berhormat Kapar kata. Saya hendak jelaskan di sini bahawa dalam 24T telah pun saya jelaskan awal tadi 24T Yang Berhormat Menteri akan menetapkan kadar faedahnya. Sebab itu kita tidak boleh letakkan dalam akta ini tapi kita masukkan dalam peraturan supaya kadar faedah itu boleh ditukar pada bila-bila masa, difikirkan perlu oleh Yang Berhormat Menteri, sebab itu dia tetapkan melalui peraturan. Kita tidak buat dan kita tidak tetapkan dalam akta kita itu sendiri. Sebab itu jangan risau mengatakan bahawa seolah-olah ini akan hendak melindungkan, tidak. Kita hendak supaya ianya memberikan sesuatu yang adil kepada semua, kepada peniaga dan juga kepada pembeli. Ya, Yang Berhormat Kapar. Sebab itu kita masukkan dalam peraturan dan tidak masukkan dalam akta ini sendiri. Ada soalan yang menimbulkan tentang tidak membenarkan data peribadi seorang pembeli kecuali apabila dibenarkan secara bertulis. Ini adalah kerana apabila seseorang pembeli itu datang kepada pemberi kredit. Pemberi kredit mesti mengambil persetujuan daripada mereka yang ingin membeli tadi, daripada pembeli untuk membenarkan pemberi kredit check dengan CITOS dengan mana-mana agensi untuk memastikan bahawa beliau benar-benar mampu untuk mendapat kredit. Jadi dibenarkan di situ. Itu maksud kita untuk membenarkan secara bertulis. Bukan membenarkan untuk berikan pada sesiapa tetapi dengan kebenaran yang tertulis untuk beberapa perkara yang boleh membenarkan pemberi kredit itu check dia punya kredit rating. Itu maksud kita. Kemudian tentang apakah kita lakukan ini kerana kegagalan peraturan menyebabkan kita buat akta ini. Tidak. Bukan sebab peraturan itu yang gagal, tetapi hendak menambahbaikkan kepada segala apa yang kita lakukan. Contohnya, banyak daripada akta ini kita hendak pastikan kuat kuasa, penguatkuasaan yang kita berikan kepada pengawal dan juga penolong pengawal. Semuanya itu kita hendak berikan kemudahan supaya kita boleh mengambil kes itu dengan secepat mungkin. Itu banyak beberapa perkara yang kita lakukan untuk memastikan akta ini nanti boleh memberikan sesuatu yang lebih baik apabila kita lakukan peraturan yang baru. Untuk Yang Berhormat Kapar juga tanya tentang apakah ini akan menyebabkan seseorang itu nanti tidak boleh, hanya dalam masa 2 bulan sahaja bila dia tidak boleh membayar, akhirnya pembeli akan rugi kerana waktu itu terlampau dekat. Daripada akta ini juga nanti kita ada mengikut Seksyen 24V kita membenarkan pembeli melakukan restructuring. Dia boleh buat perbincangan dengan pemberi kredit untuk memastikan bahawa dia boleh restructure loan yang telah pun, pinjaman yang telah pun diberikan. Ini yang kita hendak pastikan itu juga.
Yang Berhormat Gerik ada bertanya sama ada macam orang kampung yang beli melalui mereka jual naik motor semua ini, mesti mengikut akta ini atau tidak? Mereka
adalah golongan-golongan yang mesti mengikut akta ini juga. Yang Berhormat Selayang ada tanya mengapa koperasi dan syarikat kredit kad kita tidak masukkan? Saya hendak beritahu bahawa untuk koperasi kita hendak menggubal akta yang baru untuk memastikan ia akan ada persamaan bersama dengan apa yang kita lakukan ini. Begitu juga kredit kad di bawah akta yang dikawal selia oleh Bank Negara. Maka sebab itu ia tidak masuk dalam akta ini. Yang Berhormat Gerik ada bertanyakan tentang kalau berniaga secara kutu bagaimana? Saya hendak jelaskan kutu ini ada di bawah satu akta yang lain. Ia ada masuk di bawah akta yang lain iaitu tertakluk kepada Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971. Kutu ini ada akta yang sebenarnya. Itu kira tidak masuk bawah akta yang baru kita hendak gubalkan ini. Yang Berhormat Bagan Serai, saya ucapkan banyak terima kasih kerana telah banyak membangkitkan tentang banyak kali pembeli ini tidak baca pun. Dia terus tandatangan borang itu dan akhirnya dia tertipu. Saya hendak maklumkan di sini bahawa kita berikan tempoh kepada mereka ini apabila kita berikan selama 10 hari cooling period itu untuk memastikan supaya sesiapa sahaja yang hendak membeli itu sebelum dia tandatangan, dia boleh ambil borang itu, baca dahulu. Esoknya, selepas dalam masa 10 hari dia datang, dia sudah faham semua baru dia tandatangan. Saya hendak maklumkan di sini bahawa tentang akta jualan kredit ini, barang itu bukan lagi dipunyai oleh penjual selepas dia tandatangan borang itu dipunyai oleh pembeli. The ownership now, it belongs to pembeli itu sendiri dan bukan lagi kepada mereka yang memberikan kredit. Maka sebab itu, sekarang ini tidak boleh lagi lakukan repossession kerana setelah kita beli, kita gadaikan itu semata-mata untuk dapatkan jualan kredit itu. Maka sebab itu dia tidak boleh repossess by – repossession tidak boleh dilakukan oleh pemberi kredit kecuali dengan persetujuan tuan punya yang baru mengikut kaedah-kaedah hendak melakukan sama ada dia hendak bayar secara terus atau dia hendak buat restructuring yang saya katakan tadi. Perbincangan boleh mereka lakukan di antara pemberi jualan kredit dan juga pembeli itu sendiri. Itulah yang telah pun saya jelaskan...
Yang Berhormat.
ya Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih. Pada dasarnya saya telah kata pandangan saya, saya tidak berinteraksi dengan sebarang jualan kredit. Akan tetapi apabila pengkhususan dilakukan saya kata itu adalah baik. So, saya rasa Yang Berhormat Menteri kena baca baliklah ucapan saya melalui Hansard esok pagi. Seterusnya, tentang beberapa isu yang saya bangkitkan. Sebagai contoh tentang kebenaran bertulis tadi Yang Berhormat Menteri. Apabila kita berbicara tentang isu ini, tidak ada apa-apa yang diletakkan di sana untuk tujuan menyemak status kewangan seseorang itu. Kalau kita ada perkataan itu diselitkan ke sini atas tujuan atau untuk tujuan hanya untuk menyemak status dan sebagainya. So, memang CTOS dan sebagainya kita boleh semak. Akan tetapi soalan yang saya bangkitkan tadi adalah selepas apabila dia tidak boleh membayar dan sebagainya data itu boleh diberikan kepada debt collector untuk membuat panggilan dan sebagainya. Itu ugutan yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Bahagian itu daripada jawapan Yang Berhormat walaupun jawapan Yang Berhormat ada mengatakan bahawa CTOS itu saya terima, it’s alright. No problem. Itu untuk sebelum beli. Bermaksud sebelum beli, untuk menyemak status kewangan dia dan sebagainya. Itu tidak tertera dekat sini. It’s an open bracket, open ending. So, apabila situasi macam itu berlaku, orang boleh manipulasikan. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat Menteri, sebelum jawab itu saya minta Usul 12(1) dibaca dahulu. Ya, sila Yang Berhormat Menteri untuk Usul 12(1). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim] Apabila saya bangkit, ramai yang suka sebab saya akan dapat beri peluang kita berhujah tanpa siang dan malam.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan D.R. 9/2017 Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017, D.R. 10/2017, Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, D.R. 12/2017 Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, D.R. 15/2017 Rang Undang-undang Pengangkutan Darat (Pindaan) 2017 dan D.R. 16/2017 Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 seperti yang tertera di nombor 5 hingga 9 dalam Aturan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 6 April 2017.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Belah bahagi.
Saya cadang belah bahagilah. Bangun, bangun. Parlimen apa macam ini hendak bersidang sampai pagi esok. Kemudian sambung balik esok.
[Dewan riuh]
Bangun, bangun. Ini mengarut punya Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang semua penting. Biarlah kita buat dengan cara yang betul. Janganlah bawa sampai pukul 1 pagi, 2 pagi.
Ini usul kerajaan. Tuan Yang di-Pertua tiada power untuk tolak.
Ini tidak betul.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya hanya jalankan tugas untuk buat ini ya.
Boleh buat belah bahagi. Belah bahagi, belah bahagi.
Tidak payah lah Yang Berhormat.
Kalau kerajaan betul-betul nak, biar kita buat belah bahagi.
Ya, belah bahagilah. Bangun, bangun. Buatlah belah bahagi.
Seramai 15 sudah berdiri. Sidang apa, merapu.
Lima rang undang-undang 10 jam. Ini ada lagi empat. Berapa jam lagi kita hendak cover, lapan jam lagi? Pukul 7 pagi esok baru siap.
This is seriously unfair. Kita buat undang-undang untuk rakyat macam ini Tuan Yang di-Pertua. Apa salahnya kalau kita sambung sehari, dua hari.
[Dewan riuh]
Minggu depan Tuan Yang di- Pertua.
Tambah Isnin, Selasa.
Tuan Yang di-Pertua, dahulu cakap bahawa tidak boleh hari persidangan kerana Dewan Negara juga perlu pakai Dewan ini untuk persidangan mereka. Akan tetapi sekarang kita sudah ada Dewan Rakyat. Dewan ini untuk Dewan Rakyat, Dewan Negara juga ada Dewan mereka sendiri. Kalau kita memang hendak bincang kesemua rang undang-undang ini, kenapa kita tidak boleh tambah hari persidangan? Kenapa kita perlu bulldoze macam ini?
Kementerian bercadang untuk luluskan semua rang undang-undang ini tanpa bahas.
Yang Berhormat, ini usul kerajaan. Yang Berhormat, ini usul kerajaan, bukan usul Tuan Yang di-Pertua.
Usul kerajaan tidak ada masalah untuk tambahkan satu hari dua.
Sebagai Tuan Yang di-Pertua kita ikut usul daripada Majlis.
Tuan Yang di-Pertua, tadi apabila saya tanya Yang Berhormat Menteri, mereka menyalahkan Tuan Yang di-Pertua. Dia kata Tuan Yang di-Pertua yang hendak teruskan.
[Dewan riuh]
Tadi mereka minta saya untuk bincang dengan...
You read the standing order.
Yes, of course.
So, kita mintalah kerajaan tarik balik usul itu.
Boleh tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua...
Mereka beritahu saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak tunjuk bahawa sekarang sampai pukul 10 pagi esok kami hanya ada 10 jam sahaja. Kita ada lima rang undang-undang yang perlu dibahas. Maksudnya satu rang undang-undang hanya dua jam. Adakah ini munasabah? [Disampuk] Saya rasa sampai pukul 10 pagi esok pun kami tidak boleh habiskan lima rang undang-undang ini. Bagaimana, kenapa kita bulldoze rang undang-undang macam ini?
Yang Berhormat...
Minta kerajaan fikir baliklah, tarik balik. Extend satu hari tak apa. Worst case scenario.
[Bangun]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tambah satu bolehlah. jangan tambah banyak sangat ini.
Yang Berhormat.
Ataupun hari Khamis itu sampai pukul 10 pun tidak apa. Akan tetapi janganlah do this. I mean be reasonable. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, sebagai Ahli Parlimen, it is our responsibility duduk dalam Dewan.
[Dewan riuh]
It is part of our responsibility to debate this.
Mereka mengambil kesempatan. Mereka tak nak debate.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di- Pertua.
Ini usul oleh kerajaan.
This is our responsibility to debate responsibly and properly.
Exactly. Bentang semalam, hari ini...
Ini usul kerajaan. Speaker cuma laksanakan usul daripada kerajaan yang diusulkan oleh Ketua Majlis.
Due respect, Tuan Yang di- Pertua. I respect you. Please understand this.
Seperti saya katakan tadi...
Bila saya jumpa, bincang dengan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri beritahu saya bahawa ini keputusan Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh buat apa-apa. Mereka suruh saya bincang dengan Tuan Yang di-Pertua. So siapa buat keputusan ini?
Jangan buat andaian yang sebegitu.
No, bukan andaian. Saya bincang tadi.
Baca standing order. Baca standing order. Ini usul kerajaan.
Saya bincang tadi. Saya bincang tadi.
Usul kerajaan.
Ini semua backbenchers, mereka...
Ya, sambunglah Yang Berhormat Menteri.
Kenapa tidak berucap? Tidak memperjuangkan integriti Parlimen kita.
You pun sama juga.
How can you run the country like this?
Dia orang kata Tuan Yang di- Pertua buat keputusan. Tuan Yang di-Pertua kata usul kerajaan. Siapa sekarang?
Ini kerajaan apa ini? Extend one more day lah.
Tomorrow. Tomorrow sampai pukul 10 tidak apalah.
Why do you do this to us?
Boleh sambung, Yang Berhormat Menteri.
Come on lah.
Please.
No, belah bahagi. Kita sudah minta belah bahagi. Tuan Yang di-Pertua, kita sudah minta belah bahagi.
Tidak ada. Ini urusan kerajaan, Yang Berhormat. Ini usul kerajaan.
Can we belah bahagi tadi?
Tidak bagi.
Tidak ada pula belah bahagi?
Mana boleh belah bahagi.
Urusan kerajaan, ya.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua tanya setuju tidak setuju. Kami minta belah bahagi. Tidak bolehkah?
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak, apa perlu ditanya tadi setuju kah tak setuju?
Ini usul....
Tidak payahlah bawa usul. Jalan ‘pederaih’ sahajalah.
Tidak apalah. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, yang tadi bawa adalah satu usul yang boleh dibuat keputusan dalam bentuk belah bahagi.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Saya hendak jelaskan apa yang...
No, no, no. Tidak boleh. Mana boleh.
...Yang Berhormat Kuala Krai bangkitkan sama ada...
Eh, kenapa gila Parlimen ini?
...Kereta juga masuk dalam Akta Jualan Kredit. Saya hendak jelaskan di sini bahawa kereta dan rumah, ia tidak masuk dalam jualan kredit itu...
Speaker put your foot down.
...Banyak mengikut Hire Purchase Act.
Speaker with authority.
Semua urusan rang undang-undang adalah urusan kerajaan, Yang Berhormat ya.
No, boleh bincang balik.
Ini backbenchers semua duduk sana, kamu juga mahu balik.
[Dewan riuh]
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Saya...
Say something. Fight for your rights. Please, fight for your right.
[Dewan riuh]
Jadi kereta dan rumah adalah mengikut Hire Purchase Act. Yang Berhormat Kuala Krai, saya minta Yang Berhormat Kuala Krai faham bahawa ia adalah merupakan Hire Purchase Act. Jadi dia tidak masuk.
Even they don’t want to do.
Ha, Yang Berhormat Johor Bahru.
Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa Yang Berhormat yang mencadangkan supaya...
Semua jadi pekak sekarang.
...Kita lakuan ini dan memberikan awareness melalui pendidikan. Akan kita lakukan dari semasa ke semasa dan pegawai- pegawai saya memang akan turun ke bawah dan menerangkan melalui sekolah dan juga higher institution.
Lapan jam lagi.
Berkenaan dengan debt collector yang Yang Berhormat Kapar bangkitkan tadi, saya hendak jelaskan Yang Berhormat Kapar. Debt collector ini sebenarnya hanya akan boleh....
Yang Berhormat Menteri, kita menjejaskan kebajikan kesihatan seluruh Parlimen. Pegawai-pegawai kita ini.
Saya mahu jawab dulu. You tunggulah. Sekarang saya hendak jawab dulu.
Ini tidak adil kepada semua. Mereka semua ada keluarga. Mereka mahu balik rumah, mahu rehat juga dan esok pagi kena datang sini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli Yang Berhormat yang berdiri tolong duduk. Tolong duduk, Yang Berhormat. Duduk.
Tuan Yang di-Pertua.
Duduk dulu, Yang Berhormat. Duduk. Okey, saya minta seorang daripada pihak sebelah sini berdiri, apa sebenarnya yang dibantahkan? Seorang. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, kami menyatakan ketidakpuasan hati kami kerana rang undang-undang ini semuanya penting. Oleh kerana ia penting, maka ia perlu dibahaskan dalam keadaan yang terbaik mungkin. Akan tetapi keputusan untuk melanjutkan perbahasan, lima lagi rang undang-undang, Tuan Yang di-Pertua, sehingga selesai adalah satu permintaan yang agak tidak munasabah dan akan menyebabkan ia diluluskan tanpa satu perbahasan yang teratur, tersusun dan dengan cara yang bertanggungjawab. Kita meminta kalau boleh pihak Tuan Yang di-Pertua menasihati kerajaan yang hanya ingin meluluskan rang undang-undang ini tanpa bahas kalau boleh. Ia merupakan satu tindakan yang mencemar Dewan ini. Itulah sebabnya kenapa kita telah berdiri memohon. Ada lima lagi rang undang-undang, Tuan Yang di-Pertua. Ini sudah dekat pukul 12. Esok pagi pukul 10 pagi kita hendak masuk. Kalau lima, dua jam satu, dah 10 pagi. Macam mana ini, Tuan Yang di-Pertua? I mean, there must be some limit lah. We can agree if you wish on Thursday, tomorrow extend sampai pukul 10 malam because Friday kita tidak bersidang ataupun sambung hari Isnin.
Okey, terima kasih. Terima kasih.
Akan tetapi, we want to discuss and debate the bill responsibly. Not just in the middle of the night, half awake, lulus. Tanya sebelah sana “Setuju?”, setuju. Apa yang dia setuju pun dia tidak tahu. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Terima kasih. Terima kasih, terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. First, I must make it clear. Saya masuk bukan oleh kerana kekecohan. Saya masuk kerana giliran saya untuk take over. Please understand that. Okey. Yang kita bangkitkan di sini ialah peraturan mesyuarat. Kita bermesyuarat, kita guided by peraturan mesyuarat. Walaupun ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang melanggar peraturan mesyuarat, pada pendapat saya dan timbalan-timbalan saya, oleh kerana melicinkan perbahasan, kita let go. Akan tetapi ada perkara-perkara apabila dia menyentuh dengan peraturan mesyuarat, maka terpaksa kita jalankan peraturan
mesyuarat. Di situ, Ahli-ahli Yang Berhormat, kenapa apabila sesebuah kerajaan itu dipilih oleh rakyat, maka dia yang determine polisi atas mana dia suka, macam mana dia buat walaupun dia menimbulkan ketidaksenangan hati seperti sekarang. Umpamanya, Peraturan Mesyuarat 15. Saya baca Yang Berhormat ya. Yang ini pasal peraturan mesyuarat. [Membaca petikan] “15. (1) Pada tiap-tiap hari persidangan Mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain. (2) Urusan kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada timbangan kerajaan dan diberitahu kepada Setiausaha.” Atau dibawa usul. Dalam hal ini, usul dibawa di bawah Peraturan Mesyuarat 12. Bermakna, kerajaan mahu macam mana dia susun atur agenda yang dia mahu. Jadi kerajaan buat usul begitu bahawa akta-akta yang tersenarai dalam order paper ini mesti juga dihabiskan. Jadi saya tidak nampak saya sebagai Speaker ataupun timbalan- timbalan saya bahawa di sini ada pelanggaran peraturan mesyuarat. Yang dirayu kepada saya oleh Yang Berhormat Shah Alam ialah tidak ada masa untuk berbahas, bahawa tidak ada masa kita buat preparation, bahawa esok pada pukul 10. Yang Berhormat, secara bluntly, itu bukan kerja saya. Itu bukan kerja timbalan- timbalan saya. Kerja kami ialah mengikut peraturan mesyuarat. Kalau dia melanggar peraturan mesyuarat dan tidak proper, saya sendiri boleh cakap bahawa itu adalah melanggar peraturan mesyuarat. Akan tetapi usul dibuat dengan ikut lunas-lunas peraturan mesyuarat. Jadi dalam soal prosedur di bawah Peraturan Mesyuarat 12, prosedur ialah memang dia katakan bahawa “Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang setuju kata setuju, siapa tidak katakan tidak”.
Sudah saya buat ruling di suatu ketika di sini bahawa itu cuma formaliti sahaja kerana kalau menurut Peraturan Mesyuarat 12(1), “Tiap-tiap persidangan Majlis hendaklah dimulakan pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan disambung semula daripada 2.30 hingga 5.30 petang...” Jadi kalau umpamanya tidak kita habiskan pada 5.30 petang, terpaksa ada usul di bawah 12(1) iaitu walau apa pun kehendak peraturan mesyuarat ini, maka Dewan tidak ditangguhkan sehingga selesai ini-ini dan sedemikiannya. Itu sebab kita sambung sampai jam 8, jam 9, Peraturan Mesyuarat 12. Jadi dalam Peraturan Mesyuarat 12 ini, Tuan Yang di-Pertua terpaksa kemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah; seperti biasa hari-hari kita buat Peraturan Mesyuarat 21, siapa setuju katakan tidak, siapa tidak, katakan tidak. Belum pernah kita buat belah bahagian di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). Belum pernahlah. Jadi bermakna itu prosedur sahaja. Jadi mana boleh saya benarkan bahawa dalam hal ini pula saya benarkan lagi bahawa ada belah bahagian.
Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Yang tadi saya sebut cuma satu wakil sahaja kerana pendapat kamu ini adalah semua sama.
Tak, tak.
Point of order Tuan Yang di-Pertua, lain sikit.
Okey, point of order.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Order 12. Apa yang dinyatakan dalam Order 12 memang seperti yang Tuan Yang di-Pertua nyatakan tadi di mana pihak kerajaan boleh membuat satu move or motion untuk melanjutkan masa. Memang itu dibuat sekarang, there is no dispute about that tetapi 12(2) menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, boleh saya baca dalam bahasa Inggeris di sini. “Subject to the foregoing provisions, Tuan Yang di-Pertua may at any time suspend the sitting for a stated time”. Dan 12(3), “Tuan Yang di-Pertua may extend the time of sitting after 5.30 p.m…”. Perkataan yang dipakai adalah ‘may’, itu menunjukkan
Tuan Yang di-Pertua mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan motion tersebut. Ini adalah sebab Yang Berhormat Shah Alam tadi berdiri dan kami semua bersetuju oleh kerana how do we debate for the next 10 hours when it’s 11 o’clock at night. Now ini adalah— saya tidak akan mengambil masa Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kenyataan ‘may’ itu perlu diambil kira.
Duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk dulu fasal saya terpaksa respons kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 12(3) itu Yang Berhormat tidak baca terus. Saya baca. “Tuan Yang di-Pertua boleh melanjutkan masa mesyuarat selepas pukul 5.30 petang atau selepas apa-apa masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat setakat yang tidak melebihi 15 minit”. Itu discretion saya Yang Berhormat, setakat 15 minit bermakna boleh. Jadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah interpretasi saya kepada peraturan mesyuarat mengikut kehendak kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Jadi soal-soal sama ada tidak cukup masakah, sama ada kerajaan buat beginikah dan sedemikiannya, apa motif kerajaan, itu saya tidak mahu campur Yang Berhormat. Yang saya cuma mesti adhere to ialah sama ada tindakan kerajaan itu melanggar peraturan mesyuarat atau tidak. Ia tidak. Jadi kalau misal kata selepas ini apa sahaja kenyataan-kenyataan akhbar Yang Berhormat buat di luar sana, itu bukan masalah saya sama ada kerajaan membenarkan masa lebihkah atau tidak, itu bukan soal saya. Kalau itulah menjadi masalah fasal soal politik dan sedemikiannya kerana ini. Saya percaya sebelum ini pun kerajaan telah menimbangkan kenapa dia harus mahu buat dan saya sendiri Yang Berhormat terpaksa juga duduk di sini kalau Yang Berhormat sampai esok 10, saya pun terpaksa di sini sampai esok 10. I’ve got to sit here kerana itu kehendak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua.
Jadi bagi saya, let’s stop it from there kerana itu adalah tindakan saya dan tidak ada belah bahagian, terpaksa juga diteruskan kita bahas.
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit, dua minit Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan mesyuarat rumpun yang sama?
Lain sikit, lain sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Petang tadi saya ada bangkitkan satu isu berkait dengan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, kita bahas. Isu yang saya bangkit petang tadi ialah kita diberikan kurang daripada 24 jam untuk meneliti saya rang undang-undang yang begitu penting dan mustahak untuk negara. Akan tetapi kerajaan kata this is urgent, dia lulus. Sekarang kita dapati bahawa kita ada lima rang undang- undang yang kita akan bahas tetapi Tuan Yang di-Pertua, what is important is orang ramai di luar, our constituent, our voters expect responsibility and responsible debate in Parliament, Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak payah teriak-teriak.
Relax lah, pukul 12.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, itu sebab...
So Tuan Yang di-Pertua, we have to be also reflective of the orang ramai dekat luar, our voters. They expect us to discuss secara meaningful. Sekarang pukul 12, kita macam mana nak 10 jam berturut-turut debate… [Perkataan tidak jelas] Not humanly possible.
Ahli Yang Berhormat tolong duduk.
[Bangun]
You see— Yang Berhormat Shah Alam duduk. Apa yang Ahli-ahli Yang Berhormat mahu saya buat ini ialah perkara yang melanggar peraturan mesyuarat, itu adalah kehendak kerajaan yang ikut peraturan mesyuarat.
But Tuan Yang di-Pertua, you can use your discretion Tuan Yang di-Pertua?
I know the reason, the time you don’t— I know the reason. Kalau sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat pun tidak setuju dengan apa yang
dibuat oleh kerajaan oleh kerana tiada masa untuk bahas, jangan ikut bahas. Boleh juga tinggalkan Dewan, itu bukan problem saya. Yang Berhormat, saya serius, itu bukan problem saya kerana ia masih mengikut peraturan mesyuarat. Jadi kalau alasan itu adalah ini adalah kepentingan ramai, ini adalah kepentingan mustahak, tidakkah kerajaan tidak tahu bahawa itu adalah mustahak.
Dia tidak tahu.
Kalau dia tidak tahu dan Ahli Yang Berhormat juga tidak mahu participate dengan bil ini, jangan ganggu mesyuarat. Boleh Yang Berhormat semua, boleh can leave.
Itu yang dia nak.
You see.
Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kalau itu dia yang nak jangan sama sekali bahawa tekan saya bahawa ini persidangan sudah pun tidak cukup masa, mahu lagi diganggu. Jangan buat begitu.
Tuan Yang di-Pertua.
Kita ada peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, minta.
Yang Berhormat Pokok Sena apa peraturan mesyuarat, rumpun yang sama? Rumpun yang sama, serupa.
Saya sedikit hendak memberikan pandangan. Pagi tadi kami sudah bersetuju dengan usul daripada pihak kerajaan untuk sidang ini sampai 11.30 malam. Tidak ada masalah kepada kami, kami setuju. Maknanya kerajaan sudah pun meminta sampai 11.30 malam. Tidak wajar untuk kerajaan menambahkan lagi tempoh masa sampai kepada pagi esok bagi saya keadaan ini. Satu. Yang keduanya, sepatutnya Tuan Yang di-Pertua sendiri dalam Jawatankuasa Dewan sebelum ini kita bermesyuarat bahawa reform kepada Parlimen atas cadangan Tuan Yang di-Pertua sendiri ialah untuk mengelak daripada kita bersidang sampai larut malam. Akan tetapi nampaknya hasrat Tuan Yang di-Pertua itu tidak tercapai. Saya pun kasihan kepada Tuan Yang di-Pertua terpaksa duduk di sini sampai 10 pagi esok. Saya fikir Tuan Yang di-Pertua tidak boleh kata kalau Yang Berhormat tidak setuju, Yang Berhormat boleh keluar, baliklah. Jadi macam seolah-olah ada isyarat kerjasama Tuan Yang di-Pertua dengan— itu minta maaflah, persepsi itu boleh berlaku. Kerjasama Tuan Yang di-Pertua dengan pihak kerajaan. Tadi pun yang ini berbisik kepada Menteri ialah Setiausaha Dewan sendiri.
Oleh kerana Yang Berhormat telah cakap minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan ambil tindakan bahawa itu adalah sangkaan jahat kepada saya.
Tidak, saya kata itu membentuk persepsi begitu. Jadi saya minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua. Sepatutnya saya fikir bila dah tahu keadaan begini, Tuan Yang di-Pertua boleh memanggil pihak kami pembangkang, pihak kerajaan berunding bagaimana untuk memastikan supaya persidangan yang terbaik yang boleh kita lakukan.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, saya bukan kerajaan, saya Speaker Yang Berhormat.
Betul, saya tahu tetapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua tidak bersetuju dengan kerja gila ini Tuan Yang di-Pertua ini ya. Kerja gila bersidang sampai pukul 10 pagi esok.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, mana suara ini? Mana suara ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya sikit.
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam, sudah.
Isu masalah kesihatan, kebanyakan kita Tuan Yang di-Pertua mempunyai masalah kesihatan. Kita perlu sekurang-kurangnya empat atau lima jam rehat malam.
Bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan saya anggap ia sebagai penderaan kepada kita. Di mana kesihatan kita? Jadi saya minta Menteri Kesihatan tolong bantu dan beritahu kepada sahabat-sahabat jangan mendera kita begini. Daripada pukul 10.00 pagi tadi kita duduk di sini. Saya di sini pukul 10.00 tadi tidak ada kerja seperti ini yang mendera. Kalau sampai pukul 12.00 tidak larat sudah. Saya minta tolong kepada pihak kerajaan, tolonglah jangan mendera kita sehingga mungkin kita rebah di sini apa nak jadi. [Berucap dalam bahasa Arab]
Sila, Yang Berhormat Shah Alam, penghabisan.
Ya, penghabisan. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Sekarang ini saya rasa cukup jelas keputusan ini dan tanggungjawab atas keputusan ini adalah sepenuhnya ke atas kerajaan. Bagi kami biarlah dinyatakan dengan jelas bahawa ini menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya dia tidak minat untuk mendengar penghujahan dan perbahasan yang baik. Apa yang penting bagi mereka ialah meluluskan rang undang-undang, at all course just go through the routine and this is a very unfortunate fact. Saya cukup yakin bahawa rakyat Malaysia tidak memilih Kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak sebegini rupa. Rang undang-undang yang hendak dibahas semuanya penting. Kita mengharapkan bahawa pihak kerajaan yang menggubalkan rang undang-undang ini dan saya rasa ia telah mengambil masa yang banyak dengan usaha yang bersungguh-sungguh oleh pegawai-pegawai kerajaan for it then ya Tuan Yang di- Pertua with all that good effort to just be bulldoze through without a proper debate ia merupakan satu penghinaan terhadap usaha pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri. Kalau kita menghargai usaha mereka, let the opposition and the government MPs go through and debate the rang undang-undang dengan cara yang terbaik. So saya mintalah sekali lagi kerajaan untuk menilai kembali keputusan mereka biarlah bertindak dengan cara yang bertanggungjawab yang waras menghargai segala usaha yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk menghasilkan rang undang-undang ini. Dont turn this Parliament into a rubber stamp. Just because you want what you want. Ya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap, sekejap Yang Berhormat.
Saya tunggu. Saya, Tuan Yang di-Pertua sebab saya yang bawa usul.
Ya, sila.
Pertama Tuan Yang di-Pertua saya rasa ini kali pertama peraturan mesyuarat dibenarkan semacam perbahasan. Terima kasih kerana keterbukaan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya dengar ada banyak dakwaan-dakwaan yang patut saya jelaskan. Bagi pihak kami di sini, kita bukan rubber stamp. Tidak adil untuk Yang Berhormat kata kita mahu duduk sebab kalau hendak cerita fasal perkara yang dibangkit pindaan kecil pun kita ambil masa yang panjang. Jadual ini telah diberikan awal. Semua penting. Dan kita bukan duduk di sini tidur, Yang Berhormat. Kita dengar Yang Berhormat cakap ini tidak jawab pun satu masalah kepada kita itu. Kita tunggu sampai habis Dewan. Kalau kita benar-benar berlaku adil kita boleh tengok perkara-perkara yang dianjurkan lebih awal. Jadual sudah diberikan awal, edaran pun dah dibuat awal. Akan tetapi menuduh dengan ucapan-ucapan tadi saya bukan mewakili semua pihak kerajaan ini – ini saya yang cakap, tidak adil untuk menuduh. No, no, no, duduk. Ini bukan bahas, saya hendak cakap supaya menyatakan kenyataan terakhir kita tidak berminat, bulldoze untuk kepentingan kita.
Rang undang-undang ini bukan kita sahaja yang buat, kita terlibat dengan ramai orang. Jadi maknanya, tak tak Yang Berhormat dengar. Yang Berhormat ada pindaan kecil, cakap tiga empat jam tidak ada kena mengena pun kita benarkan. Tuan Yang di- Pertua benarkan. Kalau kita hendak betul-betul berdebat Yang Berhormat ada perkara yang tidak perlu Yang Berhormat sebut pun kita tidak ada menimbulkan - membuang masa dan sebagainya. Akan tetapi kenyataan terakhir Yang Berhormat buat, sebahagian Yang Berhormat di rekodkan di Dewan ini saya tidak boleh terima. Sebab seperti Yang Berhormat, saya juga mahukan negara kita berada dalam keadaan yang baik. [Dewan tepuk]
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam, sila.
Tuan Yang di-Pertua, just my closing statement lah.
[Dewan riuh]
Kalau Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tadi kata hendak dengar. Kalau Yang Berhormat Menteri hendak ambil berat tentang negara ini dan ambil berat tentang rang undang-undang yang diluluskan maka berikan masa yang wajar yang sesuai untuk ianya dibahas. Bukan pada 12.00 malam.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, masalah orang tidak pernah jadi kerajaan inilah dia. Ada banyak lagi rang undang-undang yang bakal kita bawa yang memenuhi kepentingan kerajaan.
Bila nak habis, bila nak bahas?
Akan tetapi Yang Berhormat tidak pernah tahu. Ini bukan soal kita dalam Dewan. Penyediaan di peringkat jawatankuasa. Hei, diamlah.
[Dewan riuh]
Apa diamlah?
Apa? Kau ingat kau seorang sahaja yang bagus?
Kau ingat kau seorang Menteri sahaja bagus?
Tak kiralah.
Jangan berlagak.
Eh, Yang Berhormat Kapar you berlagak banyak kali.
[Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
You jangan tunjuk macam ini. You jangan tunjuk macam ini. You jangan tunjuk macam ini. You jangan tunjuk macam ini. Jangan berlagak.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Hei, jangan sombong lah.
Engkau berlagak berapa kali?
You jangan tunjuk macam ini. Saya sedang bahas setiap akta. Saya dah baca, saya dah buat.
Sila duduk.
Tapi yang you panggil saya berlagak fasal apa?
Tuan Yang di-Pertua, inilah akibat daripada bersidang sampai larut malam, Menteri pun jadi panas baran.
Bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat duduk?
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat Kapar..
Sidang ini sudah tidak relevan untuk diteruskan kerana Menteri pun ajak pi keluar lawan bertumbuk. Ada pula begini? Ini dah jadi tension saya tengok jam dah. Tak masuk akal dah. Apalah –
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Ahli Yang Berhormat –
[Bangun] Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Sepang pun collapsed at Parliament at night. Pada waktu malam, Yang Berhormat Sepang collapsed.
Boleh Ahli Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
True. You all saw it. You all saw Yang Berhormat Sepang collapsed in Parliament at night.
[Mengetuk tukul] Ahli-ahli Yang Berhormat, let’s listen to ourselves. We are here not to fight. Control. Exercise control. Ini kita datang di sini bukan menunjukkan bahawa siapa yang berani siapa yang pintar. Semua kita ini berani dan pintar. Kalau bukan berani mana mungkin jadi wakil rakyat. Kalau tidak pintar mana kena pilih rakyat. Akan tetapi jangan kita tunjukkan di luar sana bahawa di samping kita kena pilih berani dan pintar itu kita gunakan itu bukan di jalan yang baik. Semua kita ini berani. Itu sebab saya berani duduk di sini fasal saya pun berani. Yang Berhormat semua berani- berani. Akan tetapi kalau kita teruskan ini – walaupun peraturan mesyuarat mengizinkan apa sebenarnya mesej telah pun disampaikan iaitu mesej kerajaan terburu-buru, mesej kerajaan bahawa sekarang ini begini jadi sudah masuk dalam Hansard. Di news semua akan keluar. Mesej sudah diterima. Kerajaan bilang dia bertanggungjawab. Mana ada kerajaan bertanggungjawab dia mahu kalah pilihan raya. Both messages well received. Let’s stopped from there and proceed with the perbahasan. Jadi kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang juga mahu tunjuk kejantanan kah, kebetinaan kah lepas persidangan, suka hatilah Yang Berhormat semua. Bukan di dalam Dewan ini. My God.
Usul — Merentikan Kuat Kuasa Peraturan- Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2)Motion
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) dan Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi membolehkan Majlis Mesyuarat menamatkan mana-mana perkara yang patut diselesaikan pada hari berkenaan juga dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 6 April 2017.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan masalah .....
Saya buat belah bahagi Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak benarkan belah bahagian kerana ini adalah procedural matters. Saya telah pun buat keputusan ini pada persidangan yang lalu. Saya tidak benarkan ini. Sila Yang Berhormat Menteri. Sila teruskan.
Tidak apa, kita tunggu. Pukul 10 pagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti tadi pukul 12.30 pagi. Kalau tidak, saya sudah habis sebelum pukul 12. Tetapi...
Sampai pukul 10 pagi esok.
Sila.
Akan tetapi saya hendak teruskan untuk menentukan segala perbahasan itu, saya jawab satu persatu.
Jam tidak perlu stop kah?
Saya...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak, masih jalan, masih jalan.
Sepatutnya stop jam sekarang ini tidak boleh start?
Masih jalan, masih jalan.
Sila teruskan.
Saya hendak jelaskan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tentang pandangan iklan-iklan yang mengelirukan dan palsu. Sekiranya didapati iklan-iklan yang palsu dan mengelirukan, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah seksyen 12 dan seksyen 13 akta ini, Akta Pelindungan Pengguna dan seksyen 18 melalui Akta Perihal Dagangan 1972. Tentang yang dibangkitan oleh tadi- saya hendak sekali lagi jelaskan kepada Yang Berhormat Kuala Krai mengenai dengan sama ada kereta boleh masuk ataupun tidak melalui akta ini. Saya hendak maklumkan bahawa ianya adalah mengikut– pembelian kereta adalah dibuat di bawah Akta Sewa Beli 1967. Maka tidak termasuk dalam akta ini. Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Selayang bertanya, adakah pengguna boleh membuat aduan kepada tribunal? Saya hendak menjelaskan, pengguna yang menghadapi masalah boleh memfailkan aduan kepada tribunal dan penguatkuasaan ke atas repossessor. Saya hendak maklumkan juga di sini bahawa ianya akan dilakukan melalui voluntary process. Segala ejen yang dilantik itu kita akan pastikan melalui prosedur. Beberapa peruntukan akan kita pastikan supaya prosedur- prosedur untuk melantik ejen juga akan kita masukkan melalui peraturan yang kita akan kemukakan nanti. Berapakah jumlah kes penipuan berkaitan jualan kredit?
Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya jawapan tadi ada yang beberapa tidak jelas. Jawapan fasal tribunal tadi yang dikatakan, boleh saya tanya Tuan Yang di-Pertua? Berhubungan dengan tribunal tadi, Yang Berhormat Menteri menjawab menyatakan bahawa ianya merupakan a voluntary process. Apakah yang di maksudkan voluntary process itu? Adakah tribunal itu terdiri daripada anggota-anggota yang semuanya volunteers ataupun ianya merupakan satu perkara yang terpulang kepada pembeli dan penjual untuk secara voluntarily pergi kepada tribunal ataupun apakah yang dimaksudkan voluntary process dalam soal merujukkan sesuatu kes itu pada pihak tribunal. Terima kasih.
Itu salah faham yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menjelaskan di sini yang saya kata voluntary process itu adalah tentang apa yang dibangkitkan tentang repossess barang-barang itu tadi. Itu yang saya beritahu kalau kita hendak masalah penguatkuasaan ke atas repossessor itu tidak boleh berlaku kerana segala barang- barang tersebut hanya boleh diserahkan oleh pembeli itu sendiri secara voluntary. Tidak ada sesiapa boleh repossess barang itu kecuali dia lakukan secara voluntary process. Itu maksudnya bukan tentang tribunal. Tribunal itu masalah lain yang telah pun saya jelaskan bahawa tribunal adalah mengikut seksyen 99, Akta 599 ini memperuntukkan bidang kuasa tribunal sendiri. Itu lain iaitu mendengar tuntutan pengguna dalam lingkungan akta termasuklah tuntutan mengenai apa-apa barang dan perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi yang diperuntukkan di bawah akta ini. Itu lain tentang tribunal, ya Yang Berhormat Shah Alam. Maka sebab itu...
Maknanya jawapan kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Selayang tadi sama ada bila berlakunya masalah,
adakah ianya akan dirujuk kepada tribunal? Maka jawapannya adalah? What is the answer?
Saya sudah jawab tadi.
Apa dia?
Pengguna yang menghadapi masalah boleh memfailkan aduan kepada tribunal. Itulah Yang Berhormat Shah Alam hendak debate fasal benda lain sampai lupa saya dah jawab dah benda ini.
Kita hendak faham. Dia boleh fail...
Yang Berhormat Selayang faham. Oleh sebab itu dia tidak bangun. Yang Berhormat Selayang faham. Manakala yang tanya Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Selayang faham. Dia tidak bangun sebab saya sudah kata boleh bawa kepada tribunal.
Saya Ahli Parlimen dalam Dewan ini juga. Lalu jawapan itu saya pun hendak tahu. Saya hendak faham. So, bila dia fail kepada tribunal, barang ini sudah milik pembeli, yang penjual itu sudah tiada hak. They cannot repossess. So apa yang boleh di lakukan oleh tribunal dalam kes yang sebegini? Ini kerana itu sudah menjadi hak pembeli. There already actually occurred a change and transfer of ownership. So what can the tribunal do? Please explain. Saya hendak faham Yang Berhormat Menteri bukan saya hendak –kita ada banyak masa ini. Kita hendak bincang, kita hendak faham betul-betul.
Saya sudah maklumkan Tuan Yang di- Pertua di bawah seksyen 99 Akta 599 ini faham telah memperuntukkan bidang kuasa tribunal iaitu mendengar tuntutan pengguna dalam lingkungan akta termasuklah tuntutan mengenai apa-apa barang dan perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme yang diperuntukkan dalam akta ini., okey. Sama ada tebus rugi di bawah mana-mana undang- undang lain dan jika jumlah amaun yang berkenaan dengannya tribunal hanya boleh melakukannya tidak melebihi RM25 ribu, itu. Sudah faham ya, jelas? Jadi yang lainnya telah pun saya jawab satu persatu tadi kadar faedah pun sudah.
Tuan Yang di-Pertua, ada yang tidak dijawab lagi. Yang Berhormat Menteri, tadi dicadangkan supaya ditentukan had faedah, a ceiling amount...
Boleh Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri duduk Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Ya, apa jawapan Yang Berhormat Menteri?
Duduk dulu Yang Berhormat Menteri duduk dulu. Yang Berhormat Shah Alam duduk. Boleh kita berbalik kepada peraturan mesyuarat yang mengatakan bahawa kalau seseorang itu berhujah lepas itu ada lagi wakil rakyat yang ingin penjelasan mencelah terpulang kepada wakil rakyat yang demikian kalau ataupun Yang Berhormat Menteri bagi laluan atau tidak. Bukan bermakna terpaksa berdialog, itu sudah melanggar peraturan mesyuarat. Jadi kita semua faham juga bahawa kadang-kadang, selalu ataupun apa sahaja istilah yang digunakan, jawapan Yang Berhormat Menteri tidak semestinya memenuhi aspirasi dan kehendak. Saya yang duduk sini kadang-kadang pun soalan yang tidak masuk akal. Okey, saya tidak cakap tidak masuk akal, biar yang jawapan pun kadang- kadang saya tidak terima, okey. Ini kerana itu adalah perbahasan. Bukan ada satu keputusan tuntas Yang Berhormat ini betul, jawapan Yang Berhormat Menteri itu betul, ini tidak betul. Bukan ini times dua empat. Sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelas sini, ini satu... Saya hendak menjelaskan apa yang dibangkitkan oleh.... Duduk dulu, sekejap. Saya hendak jawab untuk Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat.
Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan di atas Peraturan Mesyuarat 12(1)...
Peraturan mesyuarat?
Peraturan Mesyuarat 12(1) saya dengar tadi Yang Berhormat Ledang, wakil pihak kerajaan membacakan usul Peraturan Mesyuarat 12(1) dan di dalam ayat beliau Yang Berhormat Ledang menyebutkan bahawa semua perbahasan mesti dihabiskan pada hari yang sama dan selepas itu akan disambung pada jam 10 pada hari yang esoknya.
Pada ketika Yang Berhormat Ledang membacakan usul 12(1) tadi, waktunya ialah pada 11.59 malam. Satu minit sebelum jam 12 malam. Maksudnya, usul itu membawa maksud mesti dihabiskan pada jam 12 malam hari Rabu. Tuan Yang di- Pertua, persoalan saya, saya pohon penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, kita sudah pun masuk 10 minit hari yang lagi satu, hari Khamis. Pohon penjelasan sama ada usul yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi bagi pihak kerajaan, 12(1) valid atau tidak, seperti yang dibacakan tadi? [Tepuk] Saya pohon penjelasan.
Yang tadi kecoh-kecoh itu pun, pasal itu, lepas itu disebut balik. Yang Berhormat, itu sebab kenapa clock kita rentikan. Apabila kita rentikan itu clock, clock pula continues, bermakna usul sudah kita bilang rentikan, kita tidak kena abai lagi pasal itu clock. Pasal bermakna sudah kita ikut prosedur. For internal purposes, bahawa apa yang kita bincang sekarang ini adalah pada hari ini juga 5 hari bulan, bukan untuk 6 hari bulan. Jadi kalau itulah pula...
Tuan Yang di-Pertua, this is making a mockery...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya barangkali orang pertama..
I mean, kenapa kita buat usul yang macam itu? We are making Dewan a mockery, jam tak berhenti pun.
[Dewan ketawa]
Itu Yang berhormat, apabila kita rentikan clock, bermakna kalau itu clock tidak berhenti juga, tidak semestinya bahawa itu kita ikut, kerana sudah pun kita buat tadi, kita hentikan tetapi kita ikut.
So are we on the fifth of April or are we on the sixth of April? Are we on the fifth of April or are we on the sixth of April?
Sekarang ini we are not on the sixth, sekarang yang kita bincang ini...
Pohon penjelasan.
Sekarang yang kita bincang ini adalah fifth of April according to...
We are on the sixth of April. The clock says we are on the sixth of April.
Saya tahu Yang Berhormat. Saya tahu. Saya katakan tidak kita terikat kepada itu kerana itu adalah mesin. Technician, take note, kasi berhenti. Kasi buang itu clock daripada dinding. Kalau perlu, turunkan sekarang. Satisfied Yang Berhormat? Puas hati?
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ada yang top up.
Puas hati? I want your answer, puas hati? Inikah Yang Berhormat semua mahu?
Kalau sekiranya Tuan Yang di- Pertua mahu...
Menghabiskan masa pasal soal teknikal?
Masa tak kisahkan?
Eh! Come on man. Technician, kasi turun ini clock kerana itu yang Yang Berhormat Kuantan mahu. Cari galah, jolok, kasi turun. It’s already become so ridiculous. Come on man.
I am just reminding the usul by Ledang.
Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk. Yang Berhormat duduk.
[Duduk]
Teruskan sekarang, teruskan Menteri. Sila teruskan.
Tuan Yang di-Pertua:, saya hendak perjelaskan bahawa apa yang diminta oleh Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak jelaskan sekali lagilah, sekali lagi Shah Alam. Sudah banyak kali dah saya jawab, pasal kadar faedah ini, kita tak tetapkan siling kerana Menteri akan menetapkan pada satu kaedah yang mesti diikuti oleh mereka, tidak boleh melebihi daripada kadar itu. Saya sudah bagi tahu tadi, awal-awal sudah beritahu. Cuma berapa kaedahnya, berapa kadar faedahnya, saya tak beritahu kerana dia berubah daripada semasa ke semasa. Itu yang telah pun saya jelaskan dan tidak ada lagi yang belum saya jawab Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Belah bahagi Tuan Yang di- Pertua. Kita ikut prosedur.
Sila kira, Bentara kira kalau sampai 15 orang kah tidak yang berdiri ini.
15, 16, 17. Cukup, cukup.
Ikut peraturan mesyuarat ya, terima kasih.
Bukan ikut peraturan mesyuarat, ini main-main.
Peraturan mesyuarat. Ikut peraturan mesyuarat.
Tadi kata sokong semua, macam mana boleh tak sokong pula?
Siapa yang main-main? Siapa yang main-main?
[Dewan riuh]
Saya sokong tadi, saya sokong. Semua bahas sokong. Kita sokong. Apa ini?
[Mengetuk tukul] Sudah, sudah, duduk, duduk. Sudah? 24? Setiausaha sila bunyikan loceng. [Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
[Pengundian dijalankan] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli Yang Berhormat, sila duduk di tempat masing- masing. Berikut adalah keputusan belah bahagi yang kita jalankan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua, 27 orang.
[Dewan tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua ialah 61 orang.
[Dewan tepuk]
Lebih yang bersetuju supaya rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua, maka rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Sila Setiausaha.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Sila, terbuka untuk dibahas. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada nombor tiga, seksyen 24N. Seksyen 24N(1), saya baca dalam bahasa Inggeris. “Before any credit sale agreement is entered into in respect of any goods or class of goods, a seller or credit facility provider, or any person acting on behalf of the seller or credit facility provider, or a dealer, who carries out negotiations leading to the making of the credit sale agreement shall serve on the prospective purchaser a prescribed written statement relating to the summary of financial obligation of the prospective purchaser duly completed and signed by the seller, the credit facility provider, the person acting on behalf of the seller or the credit facility provider, or the dealer, as the case may be”. Di dalam butiran 24N(3), “A credit facility provider may impose a processing fee which shall not exceed the prescribed fee on the prospective purchaser who makes the application under subsection (2)”. Soalan pertama saya pada Menteri, apakah maknanya prescribed fee sebab dalam definisi di bawah butiran 24L(3) tidak ada apa-apa mention prescribed fee. Tidak ada definisi langsung. Kalau tidak ada definisi langsung apakah maknanya processing fee which shall not exceed the prescribed fee. Adakah prescribed fee ini satu fi yang ditentukan oleh Menteri sesuka hati dia. Kalau sesuka hati Menteri, mana kuasa yang beri dia untuk memberi prescribed fee sesuka hati dia. Itu soalan penting sebab kalau kita pass undang-undang ini tanpa satu definisi prescribed fee, kita tidak ada makna dalam undang-undang ini. Saya juga ingin merujuk Tuan Pengerusi kepada seksyen 24T. Saya baca, dalam bahasa Inggeris dengan izin, “The rate of the terms charges in respect of any goods or class of goods under a credit sale agreement as calculated in accordance with the prescribed formula shall not exceed the prescribed rate in respect of the goods or class of goods”. Sekali lagi kita jumpa perkataan prescribed rate dan prescribed formula. Soalan yang sama, di dalam definisi di bawah poin (3) atau butiran (3), 24L, Interpretation for purposes of Part IIIb. For the purpose of this Part - “credit facility” ada, “credit facility provider” ada definisi tapi prescribed tidak ada. Prescribed formula tidak ada, prescribed rate tidak ada dan juga seperti yang bawa tadi prescribed fee pun tidak ada. Jadi soalan yang sama, adakah Menteri menetapkan adakah ayat prescribed, prescribed by whom? Is it the Minister that prescribed? And what power, which section. Semua Dewan yang mulia inilah, Ahli-ahli Parlimen yang masih tidak tidur lagi dengar baik-baik. [Dewan ketawa] Sebab semua yang kita tengok sekarang ini adalah rang undang-undang baru. Sekiranya definisi tidak ada rang undang-undang ini tidak boleh diguna pakai. Baik itu sahaja, terima kasih banyak Tuan Pengerusi. Terima kasih. Harap Menteri bawa jawapan penuh, jangan bertulislah sebab kita berdebar-debar hendak dengar.
Sila, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menyentuh dua perkara. Pertamanya fasal 14 yang bertujuan untuk menghalang pendedahan maklumat-maklumat dalaman yang berkaitan dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak penguat kuasa untuk membolehkan tiada kebocoran maklumat berhubung dengan serbuan-serbuan yang bakal dilakukan. Apakah kaedah pencegahan yang kita boleh buat selain daripada membuat undang-undang ini dan menjadikan ia satu kesalahan. Ini kerana maklumat-maklumat ini
amat mudah diketahui oleh lebih daripada seorang pegawai di mana-mana pejabat penguatkuasaan dan penyebaran maklumat boleh berlaku dalam banyak bentuk. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan supaya kita dapat mengesan punca pembocoran maklumat ini sehingga boleh menggagalkan tindakan penguatkuasaan. Itu yang pertama. Keduanya fasal 18.
Pelan-pelan sedikit, kita pun tidak dan hendak tangkap.
Ya, ya. Saya bersimpati dengan...
Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat daripada Kuala Krai itu dia kena slow-slow sedikit, fasal saya pun tidak sempat hendak menangkap apa yang dia ucapkan. Tidak apa kita perlahan-perlahan walaupun memaksa kita azan subuh di dalam ini, saya sudah lantik Yang Berhormat Kubang Kerian untuk jadi bilal.
[Dewan ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena atas nasihat. Baru sekejap tadi Tuan Pengerusi saya dan Yang Berhormat Pokok Sena pergi ke klinik check tekanan darah. Untuk makluman Tuan Pengerusi, tekanan darah Yang Berhormat Pokok Sena telah meningkat.
[Dewan ketawa]
Systolicnya 172, itu tinggi Tuan Pengerusi. Jadi kalau berlaku apa-apa perkara dalam Dewan pada waktu ini, bagaimana kita hendak melaporkan dalam akhbar esok, lima hari bulan kah, enam hari bulan perkara ini berlaku.
[Dewan ketawa]
Dia memang ada hypertension.
Tuan Pengerusi, relax Tuan Pengerusi bertenang.
[Dewan ketawa]
Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen yang tersebut untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk mendedahkan apa-apa maklumat sulit yang diperoleh menurut peruntukan Akta 599. Dengan pindaan ini, pendedahan maklumat sulit boleh dibuat jika pendedahan itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh. Ertinya ia boleh kita bandingkan walaupun tujuannya berlainan dengan perkara dalam seksyen 24X yang dicadangkan iaitu mengehadkan pemberi kemudahan kredit daripada mendedahkan atau mengedarkan data peribadi. Dalam hal ini adakah kita akan mendapatkan informed consent daripada pemberi maklumat atau sekadar bertanya mulut berbanding dengan menandatangani borang yang memberikan izin kepada pihak yang mengambil maklumat untuk mendedahkan maklumat ini. Jadi soalan saya, sama ada ia memerlukan kebenaran bertulis daripada pihak yang diambil maklumat?
Akhir sekali, saya hendak tanya, memang adakah perkataan “memfraud” ini, Yang Berhormat Menteri? Memfraud ini. Jadi saya pun— atau saya silap baca ya. Memfraud menjadikan orang itu fraudian kah atau macam mana? Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Sila.
Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada tajuk pemunyaan barang yang dibeli di bawah perjanjian jualan kredit, seksyen 24Q. Apabila perjanjian jualan kredit ditandatangani, pemunyaan barang yang dibeli hendaklah berpindah kepada pembeli. Ini bererti bahawa tanpa membayar satu sen, hanya sekadar menandatangani perjanjian itu, maka pemunyaan barang yang dibeli berpindah kepada pembeli. Even though he is not paid a single cent. Saya yakin bahawa Menteri telah mendapat persetujuan daripada pihak bakal- bakal penjual berhubung dengan kaedah ini. Ini kerana secara umum atau secara kasar, bila kita melihat apa yang dicadangkan di bawah seksyen 24Q ini, ianya seolah-olah satu perkara yang agak tidak adil kerana sekadar dengan tandatangan sahaja tanpa membayar apa-apa lagi, maka hak milik berpindah kepada pihak pembeli. Kita faham bahawa tujuan ini ialah untuk menentukan bahawa tidak akan berlaku ataupun tidak boleh berlaku lagi tindakan repossession di mana pihak penjual
boleh datang ambil barang, ugut, rampas hak milik balik dan sebagainya kerana benda itu adalah milik dia. Tetapi saya merasakan mungkin ada mekanisme yang lebih adil bagi kedua-dua pihak di mana kalau kita sekadar hendak mengelakkan berlakunya repossession dan bukan dengan kita berpindah daripada satu ekstrem kepada satu ekstrem yang lain iaitu satu ekstrem yang pertama di mana hak milik barangan itu adalah milik penjual walaupun telah dibayar sebahagian, mungkin deposit kah. sudah sign agreement dan sebagainya tetapi kekal sebagai milik penjual, kita tukar kepada satu lagi ekstrem di mana ianya terus berpindah kepada milik pembeli dengan hanya sekadar menandatangani perjanjian. Walaupun ini mungkin dilihat tidak mendatangkan implikasi yang serius tetapi saya merasakan ianya juga merampas hak penjual. Kalau konflik ini hendak dirumuskan atau pun hendak ditangani dan diselesaikan melalui membawa kepada tribunal, maka ianya akan memakan masa...
Yang Berhormat Shah Alam, pencelahan boleh?
Baik, baik.
Boleh tak, Tuan Pengerusi? Terima kasih. Saya perhatikan isu yang sama iaitu seksyen 24Q ya. Nampaknya jelas bahawa apabila kita sign sahaja kredit agreement, ownership itu sudah lepas kepada pembeli. Tetapi dalam semua yang kita baca ini, ada tempat di mana dikatakan dia boleh cancel agreement. Pada masa cancel agreement, saya hendak tanya Menterilah, kalau boleh kita sambung sama, apa terjadi kepada ownership of goods? Boleh reverse back tanpa apa-apa isu ataupun kena bayar yuran kah, fi kah? Sebab saya sudah bangkitkan isu tentang prescribed fee. Prescribed fee sudah bayar. Bila sign, dia sudah bayar. Jadi kita dapat ownership. Nanti kita cancel agreement macam mana? Prescribed fee itu kena bayar balik kah? Ownership itu secondhand lah, pakai 10 hari kah apa itu. Adakah deduction kepada prescribed fee itu? Semua ini penting. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri tolong jawabkan. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Sebenarnya dengan peraturan yang sebegini rupa, maka matlamat yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kapar iaitu untuk menangani budaya berhutang supaya tidak orang gila-gila berhutang itu, sebenarnya tidak ditangani. Malahan, bila pembeli dan pengguna memahami bahawa sekarang ini dia sign sahaja surat barang itu sudah jadi milik dia, ini akan menimbulkan satu keadaan di mana semua orang boleh sanggup pergi beli kerana dia tahu bahawa soal repossession ini sudah menjadi satu perkara yang sukar. Dalam proses hendak repossess dengan hendak bawa ke tribunal dan sebagainya, maka pengguna dan pembeli itu dia sudah boleh pakai barang itu dekat setahun mungkin, barulah isu itu selesai. So, he gets to use all the electrical goods and equipment, dengan izin Tuan Pengerusi, free of charge kerana dia sign sahaja sudah jadi milik dia dan orang yang hendak repossess pun kena go through a very long and tedious proses. Lalu, saya tak tahu sama ada ianya akan menggalakkan hutang ataupun sebaliknya. Kedua, Yang Berhormat Menteri, seksyen 24R(1)(b) yakni berhubung dengan hak dan obligasi pembeli di mana dinyatakan bahawa pembeli berhak kepada gerenti tersirat bahawa dia hendaklah mempunyai dan menikmati milikan aman barang itu. So gerenti tersirat ini apa yang dimaksudkan? Adakah ianya merupakan satu perkara yang dibisik-bisik sahaja ataupun ianya ditulis atas dia punya agreement bahawa pihak penjual memberikan gerenti bahawa pembeli, walaupun tak bayar apa-apa lagi, telah mempunyai dan menikmati milikan aman barang itu? Begitu juga dengan (c) iaitu berhak kepada gerenti tersirat bahawa barang itu hendaklah bebas daripada apa-apa gadaian atau bebanan. So ini pun merupakan satu tanda tanya sedangkan hakikatnya pembeli itu dia yang membeli, so barang itu memang masih lagi di dalam gadaian atau bebanan tetapi ke atas diri dia lah. So bila kita sudah kata bebas daripada apa-apa gadaian ataupun bebanan, tidakkah ia sedikit sebanyak memberikan gambaran seolah-olah pemilikan beliau ke atas barang-barang yang telah ditandatanganinya perjanjian membelinya sudah menjadi milik dia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pihak? Selalu saya rasa apa yang disebut di dalam peraturan-peraturan ini, dalam rang undang-undang ini mungkin mendatangkan pembelaan kepada pembeli tetapi mungkin mendedahkan penjual kepada satu proses keadilan yang amat sukar bagi dia hendak
dapatkan balik kalau orang yang membeli itu tak bayar. So saya harap Menteri dapat menjawab. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, point of order.
Sila.
Terima kasih. Point of Order 41, “During a sitting, all members should enter, leave and behave in the House with decorum”. Sleeping in the House is not behaving in the decorum. Siapa hendak tidur, tolong keluar. Recommendation sayalah. Terpulang kepada Tuan Pengerusi. Sebab, it is very important to act in decorum. Memang tidak baik untuk kita yang hendak berdebat, dia dok situ tidur. Yang Berhormat Balik Pulau kawan baik saya itu. Siapa hendak tidur, kalau boleh, saya rasa lebih elok jangan tidur di dalam Dewan, tak elok. Terima kasih.
Ada lagi yang mahu bahas? Ada lagi yang mahu bahas?
Ya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri tak jaga lagi itu. Timbalan Menteri Kesihatan itu, Tuan Pengerusi. Dia tidur, dia tahu kata tidur penting.
Ada lagi yang mahu bahas?
Saya mahu bahas.
Stampin mahu bahas kalau boleh, Tuan Pengerusi.
Sila Yang Berhormat Penampang.
Siapa Tuan Pengerusi?
Yang Berhormat Penampang.
Oh Yang Berhormat Penampang, okey.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat pagi. Saya ingin membawa perhatian kepada Menteri, Tuan Pengerusi kepada fasal 24O. Dalam fasal 24O ini yang bertajuk perjanjian jualan kredit hendaklah dibuat secara bertulis. 24o subseksyen (1) adalah suatu perjanjian jualan kredit berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang hendaklah dibuat secara bertulis dan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. Soalan yang saya ingin bawa kepada Menteri adalah adakah kerajaan telah mengambil kira kepada orang-orang yang kurang upaya seperti orang yang buta huruf ataupun buta, the blind people. Dalam misi dan juga visi the National Council for the Blind Malaysia, satunya diketuai oleh pemimpin-pemimpin politik dan juga satu badan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri atau Yang Berhormat Pekan pada November 1998. Beliau juga telah memberi satu assurance kepada rakyat bahawa braille iaitu language digunakan oleh orang kurang upaya ataupun buta, dengan izin Braille Press will strive to ensure that Braille is made available where necessary, even at subsidized rate, to empower blind people to participate meaningfully in community concerns and to promote their socioeconomic advancement. Menteri, Tuan Pengerusi, bila kita baca fasal 24O ini, fasal ini memberikan keterangan yang penuh kepada bila kita menjualkan kredit kepada orang yang berkenaan. Di sini hanya memberi kita ruangan kepada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. Saya ingin kerajaan membuat pindaan sebab dalam fasal 24O sub(2), fasal ini menyebut bahawa suatu perjanjian jualan kredit yang melanggar subseksyen 24O sub (1) adalah tidak sah. So, dengan izin Tuan Pengerusi. If the blinds are not given the opportunity to be able to comprehend apa mereka menandatangani, then I tell you, this act is not fair to the blind people. Saya juga ingin membawa kepada...
Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Penampang. Minta laluan.
Oh, yes.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada 24R, dalam bahasa, konteks bahasa Inggeris. Rights and obligations of purchases. Saya baca, dengan izin. 24R mengatakan, (1) In relation to a credit sale agreement, a purchaser... [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Point of order Tuan Pengerusi. Point of order. Point of order ialah kenapa kita terus bersidang? Dalam apa peraturan kita boleh bersidang pagi ini? Siapa memberikan kuasa untuk stop the clock? Stop the clock, adakah dalam peraturan mesyuarat? Kalau tidak ada dalam peraturan mesyuarat, ini salah guna kuasa. Tuan Yang di-Pertua tidak ada kuasa. Mungkin ini ada dilakukan di dalam di Dewan Parlimen yang lain tetapi ada peraturan-peraturan yang membenarkan. Adakah kita pinda peraturan mesyuarat untuk stop the clock? Mahu turunkan clock itu, ada turun? Tidak turun. Kalau kita bermesyuarat mengenai 1MDB, bincang, whole country akan sangat impress. Akan tetapi kita menjadi laughing stock. Kenapa masih...
Yang Berhormat...
Di bawah Peraturan Mesyuarat 12, yang tetapkan masa, jam untuk persidangan. Dari mana kita ada kuasa untuk stop the clock? Kalau kita tidak ada kuasa dalam stop the clock, apa yang kita bincang sekarang ialah tidak sah, haram. Haram! Masih haram! Semua Ahli-ahli Parlimen yang duduk di sini haram! Bolehkah kita tahu daripada mana peraturan mesyuarat boleh stop the clock?
Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah. Ketika Yang Berhormat Menteri membaca usul 12(1), jelas menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri telah menyebut bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2), bahawa Yang di-Pertua— Usul Merentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu dari segi masa diberhentikan kuat kuasa dan Yang di- Pertua mempunyai kuasa untuk meneruskan persidangan pada hari ini. Jadi, ini pun telah diundi dan dipersetujui bersama oleh semua Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat, teruskan jawapan, sila.
Yang Berhormat, saya belum habis lagi.
Cukuplah Yang Berhormat tentang...
Saya membahas.
Saya hendak tahu...
Ya.
...Sekiranya benar bahawa kita berhentikan itu masa, stop the clock tetapi kita lihat jam masih berjalan. So, macam mana...
Yang Berhormat, sebab itu Yang Berhormat- Ya, saya faham Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Sebab itu Yang Berhormat, ketika Yang Berhormat Tan Sri Speaker telah membuat petua dan keputusan, kita sepatutnya berada di dalam Dewan, satu. Keduanya, kita ada Ketua Whip masing-masing yang boleh memaklumkan apa petua-petua yang telah diputuskan Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Itu jelas. Yang Berhormat Tan Sri Speaker telah memutuskan bahawa persidangan hari ini tidak ada masalah menurut Peraturan Mesyuarat 90(2). Yang Berhormat...
[Beruckap tanpa menggunakan pembesar suara] Dua. A question, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, a question, “the object or effect of which to suspend any Standing Orders of the House shall be propose only either after a notice given or with the consent of the Tuan Yang di-Pertua who shall immediately without debate to the question to suspend the standing orders of the House”. Bukan memberi kuasa untuk stop the clock. Stop the clock ialah melanggar apa yang from nature events.
Yang Berhormat...
Suspend standing orders.
Ya.
Suspend standing orders ialah bahawa apa-apa diperuntukkan, di suspend kan, tidak ada peruntukan untuk stop the clock. Sebab itu kita sekarang ini laughing stock. Kenapa kita bincang, kalau 1MDB kita boleh faham, kenapa? Apa dia bincang? Kenapa tidak boleh bermesyuarat esok? Apa kuasa? Sebenarnya kita tidak mahu ungkit perkara semacam ini tetapi oleh sebab pihak kerajaan unreasonable. Tuan Pengerusi pun unreasonable. Oleh sebab itu kita mahu tahu atas apa kuasa stop the clock? Kalau 90(2) tidak memberi kuasa untuk sesiapa untuk stop the clock? Bagaimana kita boleh stop the clock? Stop the world from going on, whole world tahu mengenai 1MDB. Kita pura-pura tidak tahu, bagaimana? Itulah...
Yang Berhormat...
Where is the kuasa? Kuasa dari mana?
Ya, duduk Yang Berhormat, duduk.
92.
Terima kasih Yang Berhormat.
92, okey.
Point of order.
Sudah Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, point of order.
Saya biar Yang Berhormat...
Because, apa yang di...
Tasek Gelugor, Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.
Bukit Gelugor.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, duduk Yang Berhormat.
Tasek Gelugor itu saya tidak mahu dipanggil.
Duduk dulu Yang Berhormat.
Nanti masuk media esok susah.
Ya, Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Saya hendak bagi jawapan kepada Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat.
Ini berkaitan.
Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.
Ini berkaitan Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat...
Just satu minit sahaja.
Ya.
Tuan Pengerusi, ini berkenaan dengan 92. Tadi saya ada di Dewan apabila Tan Sri Speaker berada di sini. Kesemua kami juga ada di sini tetapi bila saya di sini, saya— I stand corrected tetapi saya tidak mendengar aturan ini disebut. Aturan Standing Order 92 was never raised…
Yang Berhormat...
…by Tan Sri Speaker. I was here.
Cukup Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.
...dan semua yang ada di sini.
Cukup Yang Berhormat, cukup. Saya faham apa maksud Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Ledang telah menyebut satu persatu usul yang dikemukakan. Saya agak hairan kalau Yang Berhormat ada di dalam Dewan, Yang Berhormat tidak mendengar dengan jelas. Usulnya berbunyi, Tuan Yang di-Pertua. Sila diam Yang Berhormat. “Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2)”. Jelas dalam usul. Saya hendak jawab kepada Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah.
Boleh baca habis? Baca usul hingga habis.
Yang Berhormat. Tidak perlulah Yang Berhormat.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya. Tidak perlu. Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jangan takut, baca bagi habis.
Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak perlu paksa saya Yang Berhormat. Tidak perlu paksa saya. Yang Berhormat peraturan berapa Yang Berhormat boleh paksa saya Yang Berhormat Gelang Patah? Yang Berhormat Gelang Patah menurut peraturan berapa Yang Berhormat boleh... Yang Berhormat Gelang Patah menurut peraturan berapa Yang Berhormat? Okey Yang Berhormat. Sekali lagi kalau tidak duduk diam, Yang Berhormat saya gunakan peraturan 43 dan 44. Saya tidak akan teragak-agak. Ya. Saya tidak akan teragak-agak. Ya. Yang Berhormat Stampin. Saya tidak akan teragak-agak. Ya. Yang Berhormat Stampin. Okey, sudah jelas peraturan ini dan kita telah buat undian bersetuju untuk teruskan dan Yang Berhormat Gelang Patah, saya masih lagi di bangku sekolah, Yang Berhormat menjadi wakil rakyat.
[Bangun]
Yang Berhormat Gelang Patah, sila duduk Yang Berhormat Gelang Patah. Yang Berhormat Gelang Patah, sila duduk! Sekali lagi Yang Berhormat bangun, saya tidak izinkan Yang Berhormat. Saya perintahkan keluar.
[Dewan riuh]
Saya sebut. Yang Berhormat. Semasa saya masih lagi di universiti, saya mengikuti perkembangan persidangan Dewan Rakyat. Bukannya ini kali pertama Peraturan Mesyuarat 90(2) dibentangkan dan dipersetujui bersama. Pada tahun lepas, pada sesi penggal lepas kita bersidang sampai jam 3.25 pagi. Tidak ada bantahan. Hari semalam 12.30 tidak ada bantahan. Wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang pun datang ramai. Kenapa peraturan yang ini, tiba-tiba ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gelang Patah? Ya. Yang Berhormat saya belum habis lagi.
Oleh sebab hendak puas hati Yang Berhormat Gelang Patah, sifu saya dalam politik. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12. Merentikan Peraturan Mesyuarat 12.
[Bangun] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa dia Yang Berhormat Gelang Patah? Saya belum lagi terangkan Yang Berhormat. Takkan Yang Berhormat tidak faham. Bila rentikan peraturan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12, bermaknanya Yang Berhormat Speaker boleh menjalankan dan meneruskan persidangan.
Tidak boleh.
Dengan tidak menghiraukan Peraturan Mesyuarat 12. Yang Berhormat, ini jelas 90.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Betul. Tidak boleh merentikan kuat kuasa. Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat kita teruskan pada perbahasan.
[Dewan riuh]
Sila.
Saya buat sampai 5 pagi...
Tadi siapa yang berbahas Yang Berhormat?
Yang Berhormat Penampang bahas tadi.
Okey. Sila. Yang Berhormat Penampang, sudah habis?
Belum lagi. Belum lagi.
Di peringkat Jawatankuasa, amalan kita lima minit sahaja Yang Berhormat.
[Bangun]
Ini penting Tuan Pengerusi. Ini bagi orang yang buta tahu. It is very important.
Yang Berhormat. Kita dari pukul 10.00 kita sudah sebut. Pukul 12.00 pun kita sebut. Di peringkat dasar, 10 minit. Tidak ada bantahan selama ini. Di peringkat Jawatankuasa, lima minit Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat hendak undi apa Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi. Sebelum ini, saya bahas peringkat jawatankuasa tidak ada penetapan masa.
Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak...
...Bagi kita peluang untuk berbicara sebab...
Yang Berhormat Kapar seorang peguam bela. Baca peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Peraturan 35(7). “Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi ahli-ahli berucap, jika perlu”.
Ya, jika perlu itu betul. Jika perlu.
Ya.
Jika perlu untuk saya Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat hendak berucap kah Yang Berhormat Penampang?
Ya.
Ya. Sila Yang Berhormat Penampang.
Tadi ada pencelahan daripada Yang Berhormat Klang.
Daripada?
Klang. Okey sila, Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Penampang dan Tuan Pengerusi.
Saya hendak ingatkan, tidak ada lagi peraturan mesyuarat yang timbul untuk Peraturan Mesyuarat 12(1).
Yang Berhormat Penampang. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat berhubung kait dengan 24R di konteks hak dan obligasi pembeli. Berhubung dengan satu perjanjian jualan kredit, pembeli berhak untuk memilih sama ada perjanjian itu di buat dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebelum perjanjian itu ditandatangani. Ini adalah apa yang dicatat dalam bill ini. Saya cadang dan minta pandangan Yang Berhormat bahawa kita gugurkan English language dan kita replace dengan bahasa Tamil dan bahasa Cina. Saya buat pandangan ini sebab kebanyakan rakyat Malaysia tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris. So, kalau kita hendak sign satu purchase agreement, kita mesti sign dengan satu language yang kita faham. So, kita faham bahasa Malaysia, kita faham bahasa Cina, kita faham bahasa Tamil. So, saya minta pandangan Yang Berhormat kalau kita gugurkan bahasa Inggeris daripada agreement ini. Minta pandangan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sokong tetapi ingin tambah juga bahawa English language jangan kita gugurkan. Kita patut tambah bahasa Tamil, bahasa Cina, bahasa Kadazan, bahasa Iban dan semua bahasa-bahasa di Malaysia supaya kita dapat guarantee bahawa rakyat Malaysia yang tidak fasih dalam bahasa yang hanya diperuntukkan di sini dapat memahami jualan kredit ini, terma-terma yang dimasukkan dalam perjanjian ini. Tuan Pengerusi, Okey. Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Penampang. Sedikit sahaja. Saya ingat pendekatan yang lebih tepat ialah adakala dalam perjanjian itu bahasa Cina atau bahasa Tamil mungkin misleading. Akan tetapi kalau kita tetapkan bahasa Inggeris ialah bahasa yang sah, dia boleh membolehkan setengah-setengah peniaga, mereka letak memang dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dengan syarat yang tepat. Akan tetapi dalam bahasa Cina atau bahasa Tamil atau bahasa tempatan, ia berbeza. Saya agak undang-undang ini harus juga mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja untuk mislead the pengguna ini dengan menyatakan sebarang bahasa dari yang dinyatakan dalam perjanjian itu patut dianggap sebagai syarat yang secara legal.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yes, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Batu dan kerajaan tidak patut tergesa-gesa untuk –– [Ketawa] Kerajaan patut tidak tergesa-gesa untuk meluluskan undang-undang ini. Saya ingin kembalikan pada asas perbahasan saya di mana Braille yang sepatutnya dimasukkan dalam fasal 24O ini, sebab kita mesti ambil kira kepada orang yang buta dan kurang upaya. Sorry? Tidak tahu. Dia orang –– I don’t know apa maksud dia orang Tuan Pengerusi.
Ya. Yang Berhormat jangan layan ya, Yang Berhormat. Teruskan perbahasan Yang Berhormat.
Ya sebab kita di pihak sini bersama dengan orang buta dan kita sokong kepada mereka.
[Dewan tepuk]
And that is why ini penting dan saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil kira dalam debat ini
dan membuat pindaan yang sepatutnya dengan izin supaya so that we can include those who are blind and they are given their rights provided under the law.
[Dewan tepuk]
Tuan Pengerusi, kembali kepada juga fasal 24R.
Seseorang itu berhak, okey, dalam 24R(1)(a) berhubung dengan satu perjanjian jualan kredit. Pembeli berhak untuk memilih sama ada perjanjian itu dibuat dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebelum perjanjian itu ditandatangani. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Klang tadi tetapi ingin tambah bahasa-bahasa yang ada di Persekutuan Malaysia ini dimasukkan ke dalam ini dan juga, Braille. Saya kembali kepada Braille dan menyeru Yang Berhormat Menteri untuk membuat keputusan yang baik bagi rakyat Malaysia, bagi orang yang kurang upaya dan orang buta. Terima kasih.
[Bangun]
Ya, sebelum saya jemput Yang Berhormat Kapar, Majlis bersidang dalam Majlis Mesyuarat semula. Sila. [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Duduk Yang Berhormat Kapar. Sila Yang Berhormat Menteri.
Usul — Menarik Balik Dan Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di Bawah P.M.62Bill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang- undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, D.R 15/2017, Rang undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 D.R 16/2017, Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan, Perdagangan (Pindaan) 2017 D.R 7/2017, Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 D.R 20/2017, Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 seperti yang tertera di nombor 6, 8, 9, 10 dan 11 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”
Ya, baiklah. Satu lagi usul, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik D.R. 25/2016 Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2016 seperti yang tertera di nombor 12 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”.
Baiklah. Majlis dalam Jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Sila Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
... Yang Berhormat Kapar ya. Kita tinggal satu lagi untuk kita—
Ya, bagi saya masa untuk bahas sebab ini sangat penting. Saya ada banyak poin, Tuan Pengerusi.
Ya.
Terima kasih kerana budi bicara Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan 24M, di sini menerangkan...
Dua jam, Yang Berhormat, boleh cukup?
Yang Berhormat.
Dua jam.
Kacaulah.
Tuan Pengerusi, setiap akta ini bahagian Jawatankuasa, saya sedang berbicara secara yang sepatutnya. Tidak perlu gangguan. Yang Berhormat Kinabatangan pun boleh belajar daripada apa yang saya bangkitkan sekejap lagi. Boleh juga kalau masa diberikan. Seksyen 24M, Tuan Pengerusi. Ini adalah fasal yang memberikan kuasa Yang Berhormat Menteri untuk menetapkan barang. Persoalan saya mengenai fasal ini adalah apabila pada tahap ini, adakah apa-apa pengelasan barang telah disenaraikan? Itu pertama. Kedua adalah, adakah pengelasan barang ini akan juga meliputi kereta dan rumah pada masa yang akan datang? Adakah kerajaan sedang mengkaji dan memperhalus dua barang atau kelas barang yang boleh dianggap sebagai menjadi isu di kalangan rakyat biasa. Saya teruskan dengan fasal seterusnya, Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan fasal 24V, kemungkiran pembayaran ansuran oleh pembeli. Dalam fasal ini, menerangkan bahawa sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran dua ansuran berturut-turut, ini bermaksud dua bulan berturut-turut oleh pembeli di bawah satu perjanjian jualan kredit, pemberi kemudahan kredit hendaklah mengeluarkan satu notis kepada pembeli mengenai penyelesaian ansuran lampau tempoh di bawah perjanjian itu, mengatakan dua bulan dan melampaui. Subseksyen (2) pula menerangkan apabila notis di bawah subseksyen (1) diterima, pembeli boleh dalam masa 21 hari memilih. Dalam kata lain pembeli hanya ada tiga choices sahaja, Yang Berhormat Menteri iaitu (a) membayar ansuran lampau tempoh dan caj bayaran lewat itu kepada pemberi kemudahan kredit. Dalam bahasa Inggeris, ia bermaksud, pay the overdue installments, saya ringkaskan. Pay the overdue installments. Manakala yang bahagian (b) pula, membuat penyelesaian awal bagi perjanjian jualan kredit itu dengan membayar jumlah amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu kepada pemberi kemudahan kredit. Ini adalah making an early settlement. Bahagian c pula adalah menamatkan perjanjian jualan kredit itu dan menyerahkan balik barang yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit mengikut seksyen 24W bersamaan dengan terminate the credit sales agreement and surrender the purchased goods. Ini dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Tadi, dalam peringkat dasar, Yang Berhormat Menteri telah menggunakan satu lagi istilah, saya ingat lagi dengan perkataan ‘restructuring’. Apabila kita rujuk balik (a), (b) dan (c), tidak ada apa-apa restructuring yang telah disyorkan di bawah 24V bahagian (2). So, saya hendak minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya balik kepada yang bahagian (b) yang saya katakan tadi. Apabila bahagian (b) itu adalah meminta mereka membuat penyelesaian awal, early settlement yang saya katakan tadi. Jika seseorang yang susah, kita hendak ibaratkan dia guna balik (b) ini tidak mungkin. Selalunya orang tidak membuat bayaran adalah kerana kesusahan mereka hadapi. So untuk merealisasikan (b), untuk membantu pembeli ataupun pengguna, saya tidak faham senario macam mana yang diibaratkan oleh Yang Berhormat Menteri. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, kita balik kepada seksyen yang sama, 24V bahagian (4) di mana sekali lagi kita nampak, jika pembeli gagal membuat pemilihan di bawah subseksyen (2), yang tiga tadi, (a), (b), (c). Tiga sahaja, tidak ada restructuring, tidak ada negotiating, tidak ada apa-apa. Tiga itu sahaja. Kita balik kepada akta ini baik- baik. Saya minta Yang Berhormat Menteri cuba baca 24V secara mendalam. Apabila kita balik kepada tiga itu, pemberi kemudahan boleh mendapatkan melalui prosiding undang- undang. That means dia ada dua bulan dan 21 hari straight, you sudah bawa dia ke prosiding undang-undang. Dia sudah boleh mula, dia sudah boleh mula prosiding undang-undang. Itu yang saya maksudkan. Bahagian 24V ini, walaupun mungkin hasrat dan objektif Yang Berhormat Menteri adalah untuk membantu pembeli tetapi bukan secara holistik. Memang masih lagi ada beban yang dipikul oleh sorang pembeli atau pengguna. Saya teruskan dengan izin Tuan Pengerusi di mana 24W bahagian (3) saya adalah kena-mengena dengan penyerahan balik barang. Ini memang menarik sebab tidak ada Ahli Parlimen yang lain bicara tentang benda ini. Saya hendak bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri di mana pada bila-bila masa, di bawah perenggan 24V(c) yang tadi, yang dia boleh menamatkan perjanjian tadi. Kita kena refer balik kepada 24V(2) di mana isunya adalah dia menamatkan perjanjian jualan kredit dan dia sudah menyerahkan balik. Apabila dia serahkan balik apa berlaku? Ini menarik. Mengikut 24W(4), pemberi kemudahan kredit hendaklah menjual atau selainnya melupuskan barang yang dibeli. Itu saya faham. Ini membawa kepada subseksyen (5) di mana dia kata, pembeli itu berhak menjual pada harga yang terbaik yang diperoleh secara munasabah. Ini membawa kepada subseksyen (6) dan subseksyen (7). Enam okey, Tuan Pengerusi sebab kita akan jual lebihan. Kalau kita jual kepada lebihan, kita akan pulangkan kepada si pembeli tadi. Akan tetapi apa berlaku Tuan Pengerusi, apabila kita jual kurang daripada harga yang sebenarnya dan perbezaan harga itu ditanggung pada pengguna tersebut, pembeli tersebut.
Pada realiti Tuan Pengerusi, apa yang akan berlaku adalah walaupun kita letak harga yang munasabah, walaupun kita letak harga yang berpatutan, walaupun kita letak harga pasaran, realiti itu tidak berlaku. Kita sudah tengok pun harga rumah. Macam mana dikenakan lelong dan sebagainya. Beban itu dihantar balik kepada orang yang bukan sahaja rugi barang itu malahan dia kena tanggung perbezaannya. Dekat sini saya tidak nampak sesuatu yang membantu si pembeli.
Seterusnya Tuan Pengerusi, sikit lagi.
The last point Yang Berhormat.
Saya ada tiga lagi yang penting Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Bagi peluang kawan yang lain pula Yang Berhormat. Ya, last point.
Yang saya bangkitkan ini Tuan Pengerusi...
Saya sudah sebut Yang Berhormat, lima minit Yang Berhormat. Ya, sila. Point yang terakhir.
All right. Saya terpaksa skipkan dua point penting, is that all right?
Kuasa menangkap Tuan Pengerusi, yang ini semua tidak yang– semua point saya kalau Tuan Pengerusi boleh bincang dengan saya nanti, boleh tahu tidak disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Hanya saya yang sentuh tetapi tidak apa, saya akur pada pandangan Tuan Pengerusi. Kuasa menangkap, Tuan Pengerusi. Akta ini berbicara tentang jual beli secara kredit. Semua fasal-fasal dari awal sampai akhir berbicara tentang jual beli kredit. Akan tetapi kuasa menangkap yang diberikan kepada penolong pengawal adalah kepada seksyen 14 yang berbicara tentang pemberian hadiah, tawaran percuma. Fasal 16 adalah mengenai menuntut dan mempersetujui terima bayaran. Fasal 20 adalah standard keselamatan dan fasal 23 ialah barang yang tidak selamat. Ini tidak ada kena-mengena dengan belian atau jualan secara kredit. Fasal ini juga memberi penolong pengawal ini boleh menangkap tanpa waran. Mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah, saya rasa kuasa yang luar biasa, satu. Dua adalah ini tidak ada kena-mengena dengan bahagian-bahagian jual beli secara kredit yang pada awalnya. Jadi saya ingin tahu, apakah hasrat...
Minta laluan Yang Berhormat Kapar.
Ya, silakan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya bagi Yang Berhormat Kapar untuk meneruskan hujahan, tidak perlulah pencelahan Yang Berhormat.
Okey, baik.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. So, point saya terakhir landing Tuan Pengerusi. Satu adalah macam saya kata tadi, mengapa penolong pengawal diberi kuasa sebegitu luas? Dia boleh menangkap tanpa waran. Untuk seksyen-seksyen yang tidak ada kena-mengena dengan apa yang kita bicara pada hari ini tiba-tiba diselitkan. Kedua adalah, apakah hasrat sebenar? Without prejudice, apakah hasrat dan objektif sebenar Yang Berhormat Menteri masukkan fasal-fasal menangkap ini? Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Selepas Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Tanjong. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Ya, lima minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri peluang kepada Stampin. Saya ingin minta penerangan-penerangan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu seksyen 24M dengan izin kalau boleh saya baca iaitu, “The power of Minister to prescribe goods for the purpose of this part a credit sale agreement may only be made in respect of any goods or class of goods as prescribed by the Minister.” Dalam muka surat 30 dikatakan bahawa “The proposed section 24M seeks to provide that a credit sale agreement may only be made in respect of any goods or class of goods as prescribed by the Minister.” Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar di mana saya ingin tahu bahawa yang “any goods or class of goods” ini adakah ia termasuk membership? Ini kerana saya khuatir bahawa terdapat banyak syarikat penipuan di mana mereka adakan penipuan untuk – to sell this side investment plan kepada victims dan apabila pihak berkuasa menangkap mereka, mereka kata bahawa these victims they are willing in buying a membership. They are not buying any goods, you know. So, it is not about investment. Jadi saya ingin tahu bahawa apa maksudnya “class of goods as prescribed by the Minister”? Adakah “membership” ini termasuk dalam “prescribe class of goods” ini? Juga pada zaman digital ini terdapat juga banyak so-called goods dengan izin adalah dalam bentuk digital. Jadi adakah barang digital ini juga termasuk dalam “any goods” yang dikatakan ini. Juga di mana fasal 24Q, seksyen 24Q katakan bahawa “Upon the signing of credit sale agreement, the ownership in the purchased goods shall pass to the purchaser”. Jadi dari segi ini, bagaimana dari segi ownership terhadap digital goods ini? Ini kerana ada banyak services ataupun digital goods hanya boleh – it only belongs to the buyer apabila mereka bayar subscription. Apabila subscription telah habis, tiada –
mereka tidak boleh lagi menggunakan bahan digital itu. Jadi apa maksud ownership ini? Itu sahaja yang saya ingin mendapat explanation daripada kementerian. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada fasal, 3 di mana fasal 3 mewujudkan peruntukan seksyen 24AA(i) di mana Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau sesuai yang berkenaan dengan urus niaga jualan kredit dan perjanjian jualan kredit. Di mana saya rasa di bawah peruntukan ini Menteri boleh mempertimbangkan supaya wujudnya satu perjanjian yang seragam yang satu seperti apa yang wujud di bawah Akta Pemajuan Perumahan di bawah Jadual H atau Jadual G. Di mana satu perjanjian yang seragam ini boleh memastikan apa-apa semua yang terlibat, semua pihak yang terlibat mengikuti, mematuhi peruntukan yang sama. Mereka tidak boleh dengan sesuka hatinya mewujudkan peruntukan tambahan tanpa melalui kelulusan daripada pihak pengawal. Saya ingin merujuk kepada seksyen 124A dan seksyen 124B di mana kedua- dua peruntukan ini menyebut bahawa – 124C juga, 124 D dan 124E dan juga seksyen 125 . di mana peruntukan-peruntukan di sini hanya menyebut penolong pengawal. Jadi adakah ini di bawah kuasa hanya diberi kepada penolong pengawal dan bukannya pengawal? Saya rasa ini adalah sesuatu yang aneh. Sepatutnya kuasa tersebut haruslah diberi kepada pengawal dan bukan hanya kepada penolong pengawal. Jikalau hanya di bawah rang undang-undang ini hanya disebut penolong pengawal, maksudnya kuasa tersebut tidak dapat dinikmati atau dilaksanakan oleh pengawal. Jadi saya rasa ini sesuatu yang perlu diperbetulkan supaya kita tidak hanya memberi kuasa yang sama kepada penolong pengawal tetapi tidak dinikmati oleh pengawal. Satu lagi adalah pindaan seksyen 20 di mana wujudnya kecualian. Di mana seksyen 21 ini telah menyebut bahawa semua perjanjian jualan kredit yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa akta ini hanyalah berkuat kuasa diluluskan seolah-olah akta ini tidak pernah mula berkuat kuasa. Jadi maksudnya, apa-apa jualan kredit yang telah dijalankan selama ini sebelum permulaan penguatkuasaan akta ini, maksudnya jikalau mereka menghadapi sebarang masalah, mereka tidak dapat membuat sebarang aduan kerana kuasa tersebut tidak diberi kepada pihak kementerian atau kuasa tersebut tidak diberi kepada pihak pengawal. Saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak adil. Jikalau ada sesiapa yang telah dimangsakan, mereka tidak dapat membuat aduan dan mereka akan terus dimangsakan. Jadi saya harap bahawa kecualian ini, peruntukan ini dapat diberi perhatian supaya mangsa-mangsa yang sudah wujud selama ini mereka ada tempat, ada platform untuk mengutarakan masalah mereka untuk membuat aduan supaya tindakan-tindakan boleh diambil.
Jikalau masalah mereka yang mereka hadapi ini tidak ada tempat untuk mengadu jadi sia-sia kita menggubal rang undang-undang ini kerana kita bukan sahaja kita hendak bantu mangsa yang akan datang tetapi kita juga kena bantu mangsa yang sedia ada, sekian terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Saya kira Yang Berhormat Menteri lagi faham apa yang perlu dijawab dan yang tidak perlu dijawab.
Terima kasih, Tuan Pengerusi perkara-perkara yang dibangkitkan ini adalah sesuatu yang telah saya jelaskan dalam dasar tadi. Jadi maka saya ingin merangkumkan bahawa beberapa perkara yang mungkin menimbulkan kekeliruan saya jelaskan manakala yang sudah pun saya jelaskan awal tadi tidak payah saya jelaskan contohnya, tentang rumah dan kereta saya sudah bagi tahu itu hire purchase. Tentang hak dan obligasi pembeli memilih bahasa, saya sudah bagi tahu bahawa dasarnya bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris. Manakala OKU tadi kita boleh menggunakan Braille yang menggunakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa Inggeris.
Tentang gerenti tersirat, mungkin saya kena jelaskan di sini. Merujuk kepada seksyen 53, Akta Pelindungan Pengguna 1999 ini, jika sesuatu perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah dan apa-apa bahan yang dibekalkan berkaitan dengan perkhidmatan itu adalah bersesuaian bagi maksud perkhidmatan itu dibekalkan. Ia juga bermaksud bahawa barang itu tidak ada tuntutan daripada pihak-pihak lain atau free from encumbrances. Perkataan ‘memfraud’ ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Saya hendak bagi tahu ia merupakan istilah undang-undang dan padanan bahasa Inggeris adalah defraud. Perkataan ini terdapat dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan ini juga dalam akta-akta lain seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Yang Berhormat Shah Alam ada minta tanya tentang mekanisme yang memberikan kemenangan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan isu repossession ini. Saya hendak jelaskan transfer of ownership untuk jualan kredit adalah practice yang telah digunakan dalam industri ini bukanlah perkara baru yang sebenarnya dan masa bila pada hari pertama atau dia kena bayar deposit itu adalah perjanjian di antara pembeli dan yang memberikan kredit. Sebenarnya bila sudah tandatangan the ownership belongs to pembeli. Yang Berhormat Kelana Jaya ada mempersoalkan tentang prescribed fee adalah suatu fee yang ditetapkan. Ini adalah suatu fee yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan. So that’s we meant prescribed fee dan semua itu akan diaturkan dalam peraturan nanti. Manakala kuasa yang memberi kuasa kepada Menteri untuk tentukan prescribed fee ini ada di dalam seksyen 24A.
[Bangun]
Apakah kaedah pencegahan yang boleh kita buat untuk lindungi maklumat pelanggan. Penguatkuasaan ke atas seksyen 24X akan dijalankan bagi memastikan pemberi kemudahan kredit tidak mendedahkan untuk mengedarkan data peribadi pembeli. Penggunaan pendedahan data walau bagaimanapun boleh dilaksanakan melalui kebenaran bertulis daripada pembeli. Itu telah pun saya jelaskan awal lagi tadi. Yang Berhormat Tanjong ada menyatakan tentang supaya perjanjian yang seragam. Kita telah menghuraikan mengenai kandungan perjanjian jualan kredit. Lanjutan daripada itu suatu perjanjian yang seragam boleh diwujudkan melalui peraturan. Itu telah pun saya jelaskan daripada awal tadi masa kita membincangkan tentang dasar untuk kita wujudkan akta ini. Kecualian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong tadi, pengecualian ini adalah sesuatu yang terpakai kepada semua perjanjian yang dibuat selepas rang undang-undang ini diluluskan, itu maksudnya. Bagi isu perjanjian yang dibuat sebelum undang-undang baru ini diluluskan maka ia masih lagi tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Pengguna Jualan Kredit 2012. Jadi itu maksud kecualian yang kita berikan. Kuasa diberikan kepada penolong pengawal. Saya hendak jelaskan di sini kuasa yang kita berikan itu mengikut akta ini adalah menyatakan pengawal hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri yang melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah akta ini. Manakala, timbalan pengawal atau penolong atau pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) ini hendaklah di bawah arahan dan kawalan pengawal. Jadi maknanya segala yang kita sebut dalam penolong pengawal di sini adalah mengikut akta ibu yang asalnya yang telah pun kita berikan kuasa-kuasa kepada penolong pengawal. Ini adakah sesuatu yang kita berikan untuk memberi penambahbaikan kepada kuasa yang telah pun kita berikan awal dalam akta ibu, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri restructuring?
Itu telah pun saya jelaskan dalam dasar tadi dan itu perkara yang sama yang ditanya.
Yang Berhormat Menteri, restructuring tidak ada dalam akta ini. Itu yang saya minta di mana hendak cari.
Saya sudah jelaskan tadi dalam 24B menyatakan dia ada dibenarkan apabila kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan
masalah ini melalui kaedah restructuring yang akan kita berikan dalam peraturan nanti, terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibaca kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin) dan diluluskan]
Usul — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PELANCONGAN 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagai penggunaan dan pemungutan cukai pelancongan dan bagi perkara- perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan cukai pelancongan atau tourism tax merupakan suatu usaha kerajaan dalam memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan peningkatan sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara kita. Perkembangan industri pelancongan telah menjadi satu fenomena global dan merupakan salah satu pemacu ekonomi dunia. Pada masa yang sama industri pelancongan juga menjana peluang pekerjaan dan pendapatan di samping mengekalkan dan memelihara seni budaya dan warisan.
Berdasarkan data United Nations World Tourism Organisation (UNWTO), bilangan ketibaan pelancong meningkat sebanyak 46.6 peratus iaitu daripada 809 juta pelancong pada tahun 2005 kepada 1.19 bilion pelancong pada tahun 2015. Ini adalah di peringkat dunia. Pendapatan pelancongan dunia juga telah mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 78 peratus iaitu daripada USD708 bilion pada tahun 2005 kepada USD1.26 trilion pada tahun 2015. Menurut World Travel and Tourism Council (WTTC) industri pelancongan kini menjana sebanyak 286 juta peluang pekerjaan atau 1 bagi setiap 11 pekerjaan dan menyumbang sebanyak 10 peratus daripada KDNK atau Keluaran Dalam Negara Kasar Dunia. Bagi Malaysia pula ketibaan pelancong pada tahun 2016 telah mencatatkan sebanyak 26.8 juta orang yang merupakan peningkatan sebanyak 4 peratus dari tahun 2015. Jika dilihat perkembangan bagi tempoh masa 10 tahun iaitu 2005 ke 2015, ketibaan pelancong mencatatkan pertumbuhan sebanyak 56.5 peratus. Pendapatan pelancongan pula telah meningkat sekali ganda berbanding tahun 2005. Pada tahun 2015, industri pelancongan telah menyumbang sebanyak 14.4 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 10.4 peratus pada tahun 2005. Sebanyak 2.92 juta pekerjaan atau satu daripada enam pekerjaan telah diwujudkan pada tahun 2015 berbanding 1.51 juta pekerjaan atau satu daripada tujuh pada tahun 2005. Data ini jelas menunjukkan bahawa sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negara kita dan lebih signifikan berbanding purata di peringkat dunia. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukanlah negara pertama yang akan melaksanakan cukai pelancongan ini. Berdasarkan semakan kementerian ini sebanyak 14 buah negara di seluruh dunia yang melaksanakan cukai pelancongan ini atas alasan yang sama. Menyedari hakikat ini, cadangan pelaksana rang undang-undang ini adalah
kena pada waktunya. Selaras dengan usaha untuk memastikan kelestarian industri pelancongan itu sendiri dalam menjana sumber pendapatan negara. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 10 bahagian yang merangkumi 70 fasal. Peruntukan-peruntukan dalam rang undang-undang ini diringkaskan seperti berikut. Bahagian I, fasal 1 hingga 2 menerangkan tentang pemakaian akta dan kuasa Menteri Kewangan untuk menetapkan tarikh kuat kuasa akta. Menteri Kewangan melalui warta kerajaan boleh menetapkan mana-mana tarikh bagi menguatkuasakan mana- mana bahagian ataupun peruntukan yang terkandung dalam akta ini. Bahagian ini juga menjelaskan takrifan kepada perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam akta seperti pelancong, premis penginapan dan pengendali premi penginapan. Bahagian II, fasal 3 hingga 5 berkaitan dengan pentadbiran yang berhubung dengan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Kastam dan pegawainya. Pegawai sebagai menjalankan fungsi penjawat awam dan kad kuasa dan sebagainya yang dikeluarkan. Bahagian III, fasal 6 hingga 9 adalah berkaitan dengan pengenaan cukai di mana di dalam fasal 6 menyatakan berhubung pengenaan cukai pelancongan ke atas pelancong yang menginap di premis penginapan pada kadar yang ditetapkan. Fasal 7 menerangkan mengenai tanggungjawab pengendali premis penginapan untuk mengutip cukai pelancongan dan membayar cukai yang dikutip tersebut kepada Ketua Pengarah Kastam. Fasal 8 menerangkan berkenaan kuasa Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam membuat ketetapan dalam menentukan kadar cukai dan membuat pindaan terhadap kadar cukai. Fasal 9 pula menerangkan berkenaan kuasa Menteri Kewangan untuk memberi pengecualian seperti berikut: (i) mengecualikan mana-mana pelancong atau golongan pelancong daripada pembayaran keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada cukai pelancongan; (ii) mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang yang menjalankan atau mengendalikan operasi premis penginapan daripada memungut keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada cukai pelancongan; dan (iii) mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang yang menjalankan atau mengendalikan premis pelancongan daripada membuat pendaftaran seperti mana yang dijelaskan dalam Bahagian III. Bahagian IV, fasal 10 hingga 13 menerangkan liabiliti pengendali premis penginapan untuk mendaftar di bawah Akta cukai Pelancongan 2017. Fasal 10 menyatakan bahawa pengendali premis penginapan bertanggungjawab untuk mendaftar di bawah akta ini dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ianya memulakan operasi premis penginapan. Mana-mana pengendali premis penginapan yang gagal mematuhi fasal 10 ini akan dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 11 pula menerangkan mana-mana pengendali premis penginapan yang menjalankan operasi sebelum akta ini dikuatkuasakan perlu mengemukakan pendaftaran kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuat kuasa akta ini. Mana-mana pengendali premis penginapan yang gagal mematuhi fasal 11 ini akan dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 12 menerangkan berkenaan kuasa Ketua Pengarah Kastam untuk mendaftar pengendali-pengendali premis penginapan seperti mana fasal 10 dan 11 bermula pada hari pertama pada bulan berikutnya selepas pendaftaran diterima. Fasal 13 pula menjelaskan berkenaan pembatalan pendaftaran berdasarkan keadaan berikut: (i) pengendali premis penginapan telah menutup operasi; dan (ii) pengendali premis penginapan telah diberikan pengecualian daripada pendaftaran.
Fasal ini juga menerangkan kuasa Ketua Pengarah Kastam untuk membatalkan pendaftaran bagi kategori pengendali premis penginapan yang telah diberi pengecualian di bawah fasal 9. Bahagian V, fasal 14 hingga 20 menerangkan perkara berkaitan tanggungjawab: (i) mengeluarkan invois, resit atau apa-apa dokumen yang menunjukkan kadar dan amaun cukai kena bayar berasingan daripada caj penginapan; (ii) mengeluarkan invois, resit atau apa-apa dokumen cukai dalam bentuk elektronik; dan (iii) menyimpan rekod sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan rekod tersebut perlu disimpan selama 7 tahun. Bahagian ini selanjutnya menjelaskan tentang:- (i) tempoh bercukai adalah selama tiga bulan atau mengikut tempoh bercukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 bagi mana-mana orang kena cukai yang berdaftar di bawah akta tersebut; (ii) kewajipan untuk menghantar penyata serta membuat pembayaran cukai; dan (iii) kuasa Ketua Pengarah Kastam untuk mentafsir amaun cukai yang perlu dibayar jika sekiranya seseorang itu gagal mendaftar, mengemukakan penyata atau penyata yang dikemukakan tidak lengkap. Bahagian VI, fasal 21 hingga 31 menerangkan perkara berkaitan: (i) peruntukan remedi cukai; (ii) pembayaran balik cukai, caj, penalti atau apa-apa wang bagi keadaan terlebih bayar atau tersilap bayar yang telah dibuat oleh pengendali premis penginapan; (iii) bayaran balik hutang lapuk; (iv) potongan di dalam penyata bagi pembayaran balik cukai pelancongan; (v) kuasa untuk mengutip cukai pelancongan daripada mana- mana orang yang gagal menjelaskan bayaran kepada pengendali premis penginapan; (vi) bayaran secara ansuran; (vii) mendapatkan cukai pelancongan yang tidak dibayar daripada mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia; (viii) mendapatkan semula cukai pelancongan bagi keadaan terlebih bayar atau tersilap bayar yang telah dibuat oleh orang kena cukai; (ix) mendapatkan semula cukai pelancongan terhadap hutang sivil; (x) mendapatkan semula cukai pelancongan bagi keadaan yang lain; dan (xi) liabiliti bersama atau berasingan bagi pengarah syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau juridical person. Bahagian VII, fasal 32 hingga 38 adalah berkaitan dengan tindakan penguatkuasaan yang secara asasnya meliputi aktiviti pemeriksaan penyiasatan, penggeledahan, penyitaan dan kuasa untuk menangkap. Bahagian VIII, fasal 39 hingga 48 memperincikan peruntukan mengenai kesalahan dan penalti bagi perkara berikut:
(i) menghalang pegawai kastam daripada menjalankan tugas; (ii) menghantar penyata yang tidak betul; (iii) kutipan cukai oleh mana-mana orang yang tidak bertanggungjawab untuk memungut cukai; (iv) mengelakkan cukai; (v) enggan menjawab soalan dan memberi maklumat palsu; (vi) bersubahat; (vii) penalti am; (viii) kesalahan oleh badan korporat; dan (ix) kesalahan oleh pekerja atau ejen. Bahagian IX, fasal 49 hingga 59 adalah berkaitan dengan perbicaraan dan prosiding, sebagai contoh, berkenaan hal:- (i) pendakwaan; (ii) bidang kuasa mahkamah seksyen; (iii) kesalahan di bawah peruntukan undang-undang lain; (iv) peruntukan untuk memberi keterangan; (v) nilai pembuktian salinan notis elektronik; (vi) penjara jika tidak membayar denda; (vii) kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan; (viii) kompaun; (ix) perintah mahkamah; (x) obligasi kerahsiaan; dan (xi) perlindungan pemberi maklumat. Bahagian X, fasal 60 hingga 70 menerangkan tentang peruntukan pelbagai seperti berikut: (i) orang yang terikat untuk memberi maklumat; (ii) penyerahan notis dan sebagainya; (iii) penggunaan perkhidmatan elektronik; (iv) pengesahan notis; (v) bayaran pos percuma; (vi) transaksi perniagaan bagi pihak pengendali; (vii) borang yang perlu digunakan; (viii) pertikaian dan rayuan; (ix) notis yang dikeluarkan oleh pelikuidasi syarikat untuk mengetepikan cukai pelancongan; (x) pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah Kastam; dan (xi) kuasa Menteri Kewangan untuk menetapkan dan membuat apa-apa peraturan berkaitan dengan cukai pelancongan.
Dengan cadangan rang undang-undang ini, sektor pelancongan dan kebudayaan negara akan terus berkembang dan berupaya untuk menjadi sumber utama pendapatan negara dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Pelaksanaan cukai pelancongan sememangnya amat tepat dan kena pada masanya dalam mencapai wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelancongan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
Berapa orang minat?
Ya, saya.
Saya ingat Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan tak? Ya, sila Yang Berhormat Seremban. Sepuluh minit setiap orang. Cuba bangun semula Yang Berhormat yang minat tadi.
[Bangun]
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam.
Semua minat, semua hendak.
Dua, empat, enam, lapan, sembilan. Sembilan orang ya. Sembilan orang sepuluh minit dah 90 minit, satu jam setengah. Ya, sepuluh minit seorang. Ya, sila.
Lepas itu jangan Menteri jawab lima minit.
Sila, Yang Berhormat Seremban.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya sejak permulaan Parlimen Ketiga Belas, dalam sebarang perbahasan ataupun persoalan saya kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, saya sentiasa mengambil satu pendirian yang mesra kepada Kementerian Pelancongan kerana saya melihat bahawa ada perubahan sikap Menteri Pelancongan baru ini. Namun pada malam ini, saya nak membahaskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan ini di bawah protes, Tuan Yang di-Pertua, kerana yang pertamanya, tadi kita dengar ada satu usul untuk menarik balik enam atau tujuh rang undang-undang dan ditunda kepada persidangan Parlimen yang depan. Persoalannya, mengapakah Rang Undang-undang Cukai Pelancongan ini juga tidak ditarik balik dan ditundakan kepada mesyuarat Parlimen yang depan?
Pasal masuk duit.
Ini memberikan satu persepsi bahawa kerajaan begitu desperate untuk mendapatkan hasil tambahan daripada rakyat dan daripada pelancong. Pengenalan cukai pelancongan ini melalui rang undang-undang ini merupakan satu cukai tambahan kepada pelancong-pelancong bukan sahaja kepada pelancong-pelancong antarabangsa tetapi juga kepada pelancong-pelancong domestik. Bayangkan, cukai pelancongan ini dia dikenakan kepada penginap-penginap hotel, tambah kepada bil-bil hotel, bil-bil kos penginapan. Sudah pun kita sekarang ini tahu bahawa apabila menginap di hotel terutamanya di hotel empat bintang ke atas, selain daripada kos penginapan itu, juga ditambah service charge 10 peratus, GST enam peratus dan sekarang ini ditambah lagi cukai pelancongan. Tiga cukai. Service charge,
GST dan juga ini tourism tax sekarang ini. Tiga. Bermaksud bahawa kos penginapan itu akan sudah tentunya bertambah dan menambahkan kos. Saya merasakan bahawa ini akan menyebabkan bahawa competitiveness sektor pelancongan negara kita ini akan berkurangan kerana apa yang kompetitif dalam sektor pelancongan negara kita, antara satunya ialah kos penginapan negara kita adalah amat rendah di mana kos-kos penginapan di hotel-hotel empat bintang dan lima bintang lebih murah daripada bandar-bandar raya yang lain dan ini merupakan satu daya tarikan kepada pelancong-pelancong antarabangsa masuk ke negara kita. Tetapi apabila tambahan kos ini menyebabkan kos penginapan itu lebih tinggi, maka ini sudah tentunya akan menyebabkan kos penginapan itu lebih tinggi dan mungkin menyebabkan bahawa kos untuk melancong di Malaysia ini bertambah dan ini bukan lagi satu daya tarikan kepada pelancong-pelancong antarabangsa. Saya bimbang bahawa ini akan menjejaskan kehadiran pelancong-pelancong antarabangsa apabila cukai pelancongan ini dikenakan kepada pelancong-pelancong. Yang keduanya, ini juga memberikan kesan kepada pelancong-pelancong domestik, pelancong-pelancong dalam negara kerana ramai juga kita punya rakyat melancong dalam negara di negeri-negeri lain. Bukankah bahawa Kementerian Pelancongan telah melancarkan satu kempen besar-besaran untuk menggalakkan domestic tourism? Kempen Cuti-cuti Malaysia, cuti-cuti dalam Malaysia. Apabila rakyat kita sekarang ini hendak bercuti dalam negara, kos penginapan mereka juga bertambah dengan adanya cukai tambahan ini. Juga dalam rang undang-undang yang diperkenalkan ini, walaupun ada satu seksyen mengenai kadar cukai pelancongan tetapi di sini tidak dinyatakan berapakah cukai tersebut. Dan sehingga pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, kita tak dengar berapakah kadar cukai yang akan dikenakan sebab dikatakan bahawa ini kuasa Menteri untuk menetapkan cukai. Tetapi apakah kadar cukai yang akan dikenakan kepada setiap hotel, adakah ia berlainan daripada segi penarafan hotel yang berlainan? Itu belum dikatakan. Kita juga hendak tahu bahawa berapakah anggaran penerimaan daripada cukai pelancongan ini? Kalau cukai itu dikenakan katakan RM10 ataupun RM20 kepada setiap bilik, berapakah anggaran penerimaan hasil yang akan diterima oleh pihak kerajaan daripada cukai pelancongan ini? Dan yang paling utama bagi saya ialah apakah tujuan kita mengenakan cukai ini? Kalau cukai yang diterima ini digunakan oleh pihak Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan pelancongan, untuk membangunkan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan pelancongan dan menyelenggarakan ataupun conserve heritages kita, bangunan-bangunan bersejarah kita, mungkin itu boleh dijustifikasikan. Tetapi saya nampak dalam rang undang-undang bahawa sebarang cukai daripada cukai pelancongan ini akan dimasukkan kepada Kastam Diraja Malaysia dan pemungut ataupun Ketua Pengarah yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia dan bukannya kepada Kementerian Pelancongan. Jadi, kita amat sangsi. Kita amat sangsi mengapa kerajaan pada ketika ini nak menambah lagi satu cukai untuk menambah pendapatan kerajaan. Kalau digunakan untuk sektor pelancongan, mungkin kita boleh terima. Kita bimbang bahawa pertambahan cukai ini akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk menutup lubang 1MDB. Ini satu tambahan cukai bukannya digunakan untuk pihak kerajaan, pihak Kementerian Pelancongan dan pihak kerajaan-kerajaan negeri untuk membangunkan sektor pelancongan. Tak ada jaminan dalam rang undang-undang ini dan saya tidak melihat ada apa-apa seksyen, ada apa-apa bahagian, di mana jelas menunjukkan bahawa sebarang penerimaan hasil daripada cukai pelancongan ini digunakan atau disalurkan untuk pembangunan pelancongan. Saya juga hendak bertanya bahawa apabila cukai ini dikenakan, apakah sebarang sumbangan itu atau sebarang penerimaan itu dikutip? Kerana, apa hasil kita tidak ketahui bahawa sebarang cukai itu akan dikutip oleh kastam dan dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Persekutuan.
Apakah sumbangan percentage daripada percukaian ini disalurkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri? Di mana penerimaan cukai ini di negeri masing- masing. Umpamanya beberapa negeri pelancongan, umpamanya Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Selangor, di mana ada banyak hotel-hotel di negeri-negeri ini. Sudah tentunya mereka, negeri-negeri ini akan mengutip banyak cukai pelancongan ini bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Apakah jaminan bahawa cukai yang diterima itu akan disalurkan
kembali kepada pihak kerajaan negeri? Tidak ada tertera dalam rang undang-undang ini bahawa katakanlah 50 peratus apa yang diterima itu akan disalurkan kepada pihak kerajaan negeri. Tidak ada satu jaminan. Maka dengan itu, kita amat susah, kita tidak dapat menerima bahawa cukai ini dikenakan. Saya tahu bahawa pihak Yang Berhormat Menteri mungkin kata bahawa konsep ini bukan baru. Konsep ini telah pun dilaksanakan di beberapa buah negara lain dan termasuk juga dalam Malaysia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada mengenakan local government tax sebanyak RM3 kepada setiap bilik di hotel-hotel di Pulau Pinang. Akan tetapi saya hendak nyatakan di sini ialah yang pertamanya, Kerajaan Pulau Pinang mengenakan cukai ini kerana tidak ada pilihan. Kita tidak ada dana daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan dan mempromosikan sektor pelancongan. Local government tax yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini daripada hotel- hotel, ini dimasukkan dalam satu akaun khas khusus untuk mempromosikan pelancongan. Khusus untuk membangunkan sektor pelancongan. Bukannya untuk apa- apa kegunaan lain. Jadi, saya hendak tanya pihak Yang Berhormat Menteri, cukai ini apakah jaminan bahawa setiap sen yang dikutip daripada cukai pelancongan ini digunakan balik untuk sektor pelancongan dan disalurkan kembali kepada negeri-negeri? Supaya setiap negeri-negeri yang membantu untuk mengutip cukai ini juga mendapat manfaat untuk menggunakan hasil percukaian ini untuk menyelenggara kemudahan-kemudahan pelancongan. Jadi, saya rasa banyak persoalan-persoalan ini tidak terjawab dan tidak dijelaskan melalui rang undang-undang ini. Maka dengan itu, saya tidak bersetuju dengan rang undang-undang ini dan kita harap pihak Yang Berhormat Menteri menundakan pengenalan rang undang-undang ini. Saya harap...
Minta penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya dengar ucapan Yang Berhormat Seremban mengatakan bahawa jumlah ataupun kadar cukai ini tidak ditetapkan, akan ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri. Persoalan yang berbangkit adalah adakah itu satu perkara yang boleh kita delegasikan kepada Yang Berhormat Menteri? Walhal isu cukai dan sebenarnya sekiranya cukai itu membebankan, seharusnya menjadi satu isu yang didebat di dalam Dewan Rakyat dan untuk keputusan di buat oleh ataupun dengan persetujuan Dewan Rakyat. Apakah pandangan Yang Berhormat Seremban berkenaan dengan perkara itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memang saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong itu amat tepat sekali bahawa dalam apa-apa percukaian, kadar ataupun jumlah cukai adalah tertakluk dalam rang undang-undang. Umpamanya GST 6 peratus itu juga ada dalam rang undang-undang tetapi kalau ada pertukaran, ada apa-apa kenaikan, itu perlu dibawa dalam Dewan Rakyat. Akan tetapi dalam rang undang-undang ini memang jelas seksyen 8 bahawa Yang Berhormat Menteri boleh dengan persetujuan Yang Berhormat Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan melalui perintah yang disiarkan dalam warta menetapkan kadar cukai pelancongan yang hendak dikenakan dan di levi kan di bawah akta ini. Maksudnya, kuasa untuk menetapkan kadar itu terletak di bahu, di tangan Yang Berhormat Menteri saja dan bukannya melalui Dewan Rakyat. Saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong itu adalah amat tepat sekali, saya harap ada satu penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan keizinan untuk saya turut terlibat dalam perbahasan. Saya pun ikut mana pun saya ucapkan terima kasih lah kerajaan yang patah balik, fikir apa yang pembangkang kata awal tadi ini. Tarik balik banyak bill. 6 bill, sepatutnya pihak kerajaan tadi inilah lebih awal daripada pembangkang kena fikir begitu. Akan tetapi nampak...
Ya, tiada kaitan dengan rang undang-undang.
Ya, tidak apalah. Akan tetapi ada kaitan dengan tempoh masa yang kita ambil. Patutnya Akta Pelancongan ini lebih awal masa dia untuk kita boleh berbahas. Jadi, kerajaan ini dia fikir slow, pelan, lambat,
lambat pick-up. Dia lambat pick-up jadi Menteri. Akan tetapi mujurlah Yang Berhormat Menteri Pelancongan, saya faham dia ada campur tangan dia itu menyebabkan- tapi dia pun pandai. Dia pastikan bill dia itu, hak masyuk ini...
[Ketawa]
Kerajaan pun pandai. Dia undi, undi, yang ini jangan, yang ini masyuk ini dia kata ini. Dia pun bagi tahu dekat atas PM itu, ini untuk masyuk, bill masyuk.
[Menyampuk]
Masyuk lah, masyuk duitlah.
[Ketawa]
Bill yang had ditangguh itu, bill itu tidak masuk duit. Bill itu bill tidak masuk duit. Jadi, depa boleh tangguh. Bill had masyuk ini, dia tidak boleh tangguh yang ini. Jadi, saya macam rakan saya, Yang Berhormat Seremban juga, saya memang sangat mesra dengan Kementerian Pelancongan. Kami banyak menyokong apa sahaja program-program pelancongan. Akan tetapi bila mari bill ini, saya juga daripada awal dalam catatan saya ini agak soal pengenaan caj baru ini yang akan dikenakan ke atas setiap penginap hotel ini sudah tentu akan membebankan, bukan sahaja kepada pelancong-pelancong luar yang sudah tentu pelancong luar dia kaya, dia mai, okeylah. Akan tetapi kepada pelancong-pelancong di dalam negara kita yang sudah pasti macam disebut oleh Yang Berhormat Seremban tadi, 3 cukai, triple tax yang akan terpaksa dibayar oleh penginap-penginap hotel iaitu service charge dan GST. Ini adalah cukai baru yang belum dinyatakan berapa jumlah. Itu akan diperbincangkan antara Yang Berhormat Menteri Pelancongan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ini yang dibimbangi oleh Yang Berhormat Seremban tadi ini. Bila hendak campur tangan ke atas Yang Berhormat Menteri Kewangan yang akan berbincang menentukan berapa kadar yang akan ditentukan nanti. Jadi, bagi saya bahawa satu yang tidak sewajarnyalah dalam keadaan sekarang ini, sudah semalam pun kita bebankan ke atas orang miskin, harga mi maggi pun terpaksa dikenakan GST.
Minta laluan.
Kejap, kejap. Mi maggi ataupun mi segera, mi Maggi, mi Mamee dan sebagainya akan dikenakan GST. Ini makanan orang miskin. Kemudian roti yang juga akan dikenakan cukai dan hari ini sudah minyak pula naik. Kini datang pula satu bill lagi untuk siapa yang menginap di hotel akan dikenakan cukai tambahan. Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Saya ingin bertanyakan pandangan Yang Berhormat Pokok Sena. Dalam ketika kita bersedia untuk melaksanakan cukai pelancongan ini, memang ini satu beban yang baru. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena bersetuju bahawa surcaj yang dikenakan oleh pengusaha hotel perlu dimansuhkan dan dilarang sama sekali? Sekian.
Ya Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju pada prinsipnya, malah sepatutnya cukuplah untuk satu cukai, bukan 3 cukai. Cukuplah untuk satu cukai, kenapa perlu sampai 3 cukai yang terpaksa dibayar? Service charge dan juga GST. Jadi, pilihlah yang mana satu idaman kalbu? Kenapa perlu sampai yang itu hendak ambil, yang ini hendak ambil? Jadi, letihlah orang yang hendak tidur di hotel. Kalau Menteri-menteri tidur di hotel tidak apa. Yang Berhormat Menteri duit banyak dan sebagainya tersimpan. Akan tetapi bagi orang biasa yang hendak tidur di hotel. Sebab saya difahamkan juga bahawa walaupun belum diklasifikasi dan dikategorikan. Akan tetapi yang jelasnya mesti berdaftar. Pengendali tempat penginapan ini mesti berdaftar. Jadi, sudah tentu bahawa apa sahaja yang selepas ini akan diwajibkan untuk berdaftar dengan sistem baru ini melalui Kementerian Pelancongan untuk memastikan kerajaan akan memperoleh kewangan seperti mana yang dan ditetapkan sebelum ini dalam GST. Cuma saya hendak pastikan daripada Yang Berhormat Menteri, kalau dalam GST, perniagaan yang RM500 ribu akan mesti diwajibkan berdaftar dengan GST. Jadi, saya tidak tahu yang hotel ini, tempat penginapan ini, termasuk mungkin kalau selepas
ini diwajibkan homestay juga untuk berdaftar. Sebab tidak disebut di sini. Maknanya, pengendali tempat penginapan. Jadi, homestay juga adalah pengendali tempat penginapan. Ada juga homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, saya difahamkan. Adakah selepas ini bahawa mereka juga akan dikenalpastikan supaya mengambil caj daripada penginap homestay itu untuk cukai baru ini?
Jadi sebab itu bagi saya bahawa sudah tentu ini akan membebankan orang- orang biasa. Walaupun bukan homestay tetapi bagaimana hotel-hotel ekonomi umpamanya, hotel satu bintang, dua bintang ataupun hotel yang tidak ada bintang, tahi bintang dan sebagainya yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi pada prinsipnya bagi saya bahawa adalah tidak wajarlah dalam keadaan kesesakan hidup masyarakat dan rakyat Malaysia ini kita hendak ambil cukai dengan begitu banyak daripada penginap-penginap hotel. Ketiga saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Dia kira sekali masuk kah ataupun dia kira bilik? Jumlah bilik? Kalau sekali masuk, mungkin saya boleh masuk untuk dengan keluarga saya, saya book tiga bilik atas nama saya, satu nama. Ataupun dia caj atas bilik. Dia tidak kira walaupun satu nama tetapi berapa bilik yang saya masuk. Adakah ia akan kira malam pula. Berapa malam dia tidur dan sebagainya akan dikenakan cukai. Jadi kalau dikira malam dan sebagainya maka sudah tentu ini akan menambahkan kos perbelanjaan khususnya bagi pelancong-pelancong tempatan di dalam negara kita ini.
Yang Berhormat Pokok Sena, Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai. Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena bercakap mengenai hotel dan juga pelancong. Kalau pelancong dia merujuk kepada Akta Industri Pelancongan ini, pelancong ini apa sahaja yang dia buat untuk keseronokan, rekreasi, kebudayaan, agama, melawat kawan dan sebagainya, sukan you name it semuanya adalah terlibat. Satu sahaja yang banyak guna hotel ini. Ahli-ahli Parlimen semasa sidang Dewan. Jadi saya rasa masuk juga itu Ahli Parlimen kena bayar juga cukai pelancongan ini. Rasanya tidak kena itu atau mungkin Yang Berhormat Pokok Sena mencadangkan pengecualian. Terima kasih.
Kalau Ahli Parlimen, tidak apalah. Kerajaan yang tanggung, Parlimen yang tanggung. Akan tetapi bagi Ahli Parlimen yang di luar daripada musim Parlimen dia kena tanggung sendirilah. Bukan soal kita Ahli Parlimen ataupun tidak tetapi ini soal masyarakat dan rakyat. Orang bawahan, orang marhaen. Tak kan kita nak kata hangpa tidak ada duit, hangpa tidak bayar cukai, hangpa jangan berjalanlah. Hangpa jangan harap nak pi berjalan mana-mana dan sebagainya, hangpa tidak payah makan anginlah. Orang kampung ini makan angin lah dia kata dia pergi melancong itu makan angin. Jadi ini akan terbebanlah. Maknanya sudah pergi duduk hotel pun, bukanlah hotel baik tara mana tetapi kena bayar caj yang bertambah. Hendak makan Maggi kena GST pula. Bawa bekal Maggi tapi kena GST. Maggi hendak makan di bilik kena GST lagi. Jadi nampak teruk sangatlah kerajaan sampai orang panggil pelahap sungguhlah duit ini. Pelahap duit betullah. Saya bukan hendak perli ataupun marah kepada Yang Berhormat Menteri tetapi ya lah bagi saya bahawa nampak terdesaklah macam Yang Berhormat Seremban kata tadi terdesak. Kerajaan yang menghadapi masalah pengurusan kos kewangan. Jadi saya mintalah pihak kerajaan pertimbangkan balik perkara ini. Kalaupun diteruskan juga saya minta supaya yang tiga bintang ke bawah itu sampai ke homestay itu tidak dikenakan apa-apa cukai dan tidak perlu mereka itu didaftarkan melalui sistem ini dan tidak perlu mereka kutip ataupun kenakan cukai pelancongan ini ke atas penginap-penginap. Ini kerana penginap sudah tentu penginap yang akan bayar. Kemudian, maknanya hendak promosi pelancongan ini maknanya nak publisiti hotel
mereka melalui kutipan ini maknanya daripada duit kitalah. Bukan daripada duit pengendali hotel itu sendiri. Jadi bagi saya bahawa kalau sudah ambil semua itu daripada pengguna, daripada rakyat adalah suatu yang tidak adil. Kemudian saya juga hendak dapat kepastian bahawa berapa pulangan kepada kementerian akan dapat balik? Berapa servis caj yang akan diambil oleh pihak Kastam atas tax, cukai ini? Berapa pula seperti mana yang disebut Yang Berhormat Seremban tadi akan dikembalikan kepada negeri-negeri yang ada merupakan negeri sektor pelancongan seperti Pulau Pinang, Kelantan. Kelantan adalah merupakan negeri sektor pelancongan. Jadi sepatutnya dikembalikan. Kedah, umpamanya Langkawi banyak hotel dan itu daya penarik kepada pelancong-pelancong luar datang ke negara kita. Jadi berapa pulangan yang boleh balik kepada negeri untuk dibangunkan sektor pelancongan di peringkat negeri. Saya harap bahawa kalau dilaksanakan balik ini, pihak Kementerian Pelancongan pun dapat duit. Boleh buka balik pejabat yang tutup baru-baru ini. Terima kasih.
Sila Yang Amat Berhormat Bagan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017. Sungguhpun dalam waktu yang agak larut malam, awal pagi 2.15 sepatutnya undang-undang yang begitu penting ini harus dibahaskan dengan lebih menyeluruh lagi. Walau macam mana pun saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. ..
Yang Berhormat Alor Setar dan Yang Berhormat Batu Kawan tidak payahlah berselfie- selfie dalam Dewan Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Batu Kawan duduk di tempat Yang Berhormat Batu Kawan Yang Berhormat. Sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membuka ruang. Di sini saya juga ingin menyatakan bahawa sektor pelancongan merupakan satu sektor yang amat penting untuk pembangunan ekonomi negara kita. Tidak boleh dinafikan bahawa kita lihat bahawa apabila negara kita menuju ke arah sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi, adalah penting bahawa sektor perkhidmatan dibangunkan. Sektor perkhidmatan mestilah memainkan peranan sekiranya tidak melebihi sektor pembuatan tetapi sekurang-kurangnya pada taraf yang agak sama. Tentulah sektor pelancongan memainkan peranan yang agak penting dalam hal ini. Di sini kita kalau lihat dari sektor pelancongan bukanlah sekadar Tuan Yang di- Pertua hanya untuk mereka yang datang untuk melawat ataupun berkunjung sahaja. Dalam keadaan industri pelancongan yang agak canggih, ia juga merangkumi sektor kecil seperti pelancongan perubatan ataupun pelancongan pendidikan dan juga pelancongan MICE iaitu meetings, incentives, conference and exhibitions. Apabila cukai penginapan dikenakan, apakah kesan ke atas sektor-sektor ini? Saya hendak beri contoh iaitu sektor pelancongan perubatan di mana ada pesakit-pesakit yang datang untuk mendapat rawatan. Sekiranya ahli keluarga mereka menginap di hotel dan mereka terpaksa membuat bayaran, adakah ini akan membawa kesan ke atas sektor pelancongan perubatan? Ini kerana kita harus ingat bahawa ia adalah bukanlah secara langsung. Ia sebenarnya secara tidak langsung. Oleh sebab itu, kita rasa kita agak bimbang sama ada ia akan membawa satu kesan negatif kerana tidak boleh dinafikan ada banyak negara yang sekarang bersaing dengan negara Malaysia dalam sektor ini. Ini yang pertama. Kedua ialah di kalangan industri-industri ataupun hotel-hotel. Mereka membantah keras tentang cadangan ini. Antara maklum balas yang kita terima Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa dari segi pelaksanaannya, mereka mahu dirundingkan. Di sini mereka rasa bahawa pihak kementerian harus mengambil kira masalah mereka ada buat kontrak terlebih dahulu dengan ejen-ejen mereka. Biasanya kontrak ini adalah selama satu tahun atau dua tahun. So, sekiranya cukai seperti ini dilaksanakan maka mereka terpaksa untuk membayar kos sendiri ataupun jumlah cukai sendiri. Seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat
Seremban. Sekarang kita sudah ada cukai jualan, tambah juga cukai GST di samping cukai korporat. So, ini hanya akan menambahkan beban mereka. So, di sini ada sesetengah yang menentang, ada sesetengah yang menyatakan sekiranya Kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan cukai tersebut haruslah ada satu tempoh peralihan. Di sini tentulah itu satu isu supaya mereka dapat menyesuaikan diri tentang apa-apa jenis cukai yang dilaksanakan oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, adalah dibimbangkan bahawa rang undang-undang ini apabila dilaksanakan akan memberikan satu kesan negatif sehingga kill the goose that lays the golden egg, dengan izin. So, kami agak bimbang bahawa sekiranya ia dilaksanakan, adakah ini akan membawa satu kesan besar. Saya rasa ini semua tertakluk kepada jumlah yang akan dikenakan. Sekiranya jumlah in adalah munasabah, saya rasa ini harus dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak sektor perhotelan. Di sini saya hendak berkongsi sedikit pengalaman pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila kita melaksanakan apa yang kita sebut sebagai satu fee. Satu fee untuk setiap pelancong-pelancong yang menginap dalam hotel di Pulau Pinang di mana kita kenakan RM2 untuk hotel tiga bintang dan untuk hotel empat bintang dan hotel lima bintang sebanyak RM3. Tentu kita ada bagi satu tempoh peralihan. Satu lagi pendekatan yang kita ambil ialah untuk berunding dengan sektor perhotelan macam mana kita gunakan wang yang dikutip. Kita ada tubuhkan satu jawatankuasa, bincang dengan sektor perhotelan dan apabila cadangan-cadangan diutarakan, maka mendapat persetujuan mereka dan selepas itu kita laksanakan sebarang perbelanjaan. Di sini saya ingin syorkan bahawa sekiranya jumlah ini dikutip, sekurang-kurangnya ia harus dibincangkan terlebih dahulu dengan sektor perhotelan. Perkara yang terakhir yang saya rasa adalah sangat penting ialah kerana cukai ini akan membawa kesan kepada negeri-negeri yang memberikan tumpuan atau bergantung kepada sektor pelancongan. Apakah jaminan yang boleh diberikan kepada negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak ataupun dekat– Sabah Sarawak dikecualikan. Betulkah, Yang Berhormat Menteri? Sekiranya Sabah dan Sarawak dikecualikan, di Semenanjung Malaysia apakah manfaat yang boleh diterima oleh negeri-negeri ini? Bolehkah kita masukkan bahawa sekiranya wang yang dikutip ini boleh disalurkan 100 peratus kepada negeri yang menyumbangnya supaya apabila cukai dikutip, sungguhpun ia merupakan satu aliran keluar, ia akan disuntik balik untuk membangunkan sektor pelancongan. So, di sini Tuan Yang di-Pertua adalah dibimbangkan bahawa rang undang-undang ini yang merupakan satu pendekatan baru akan seperti yang saya sebut tadi kill the goose that lays the golden egg. Sekiranya ini tidak dilaksanakan secara sensitif, tentulah ini akan mencacatkan sektor pelancongan. So, kita harap bahawa perkara ini dapat dilihat secara holistik. Sekiranya hendak dilaksanakan, harap juga akan berbincang dengan negeri-negeri yang akan mendapat kesan dan juga impak yang besar. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak perkara yang kita hendak sebut. Salah satu saya rasa yang saya hendak rumuskan kerana kesuntukan masa ialah sekarang pelancong datang dalam pelbagai cara. Darat, udara ataupun dalam aspek laut. Infrastruktur asas adalah sangat penting, sama ada lapangan terbang antarabangsa ataupun pelabuhan ataupun jalan raya. So, di sini adakah wang ini akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur? Saya rasa itu sangat penting kerana kita boleh laksanakan projek-projek pelancongan. Akan tetapi sekiranya produk-produk ini sungguhpun baik tetapi susah untuk pelancong datang, saya rasa ia tidak akan mendapat impak tinggi yang kita harapkan. Saya pun perhatikan bahawa jumlah ini akan dimasukkan kepada Kementerian Kewangan. Saya rasa ini yang juga menimbulkan keraguan sama ada wang ini akan dibelanjakan untuk negeri yang buat sumbangan yang paling besar. So, bolehkah saya dapat penerangan daripada pihak kementerian apakah jaminan bahawa negeri yang memberikan sumbangan boleh dapat imbuhan balik daripada apa yang mereka sumbangkan. Ini kerana sekiranya tidak, saya rasa memang tidak adil untuk negeri- negeri yang buat sumbangan sedemikian. Sekiranya dikenakan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ia harus disalurkan balik kepada Kementerian Pelancongan dan kebudayaan. Akan tetapi nampaknya diberikan kepada Kementerian Kewangan. Di sini kita lihat bahawa ada banyak kes di mana kalau kita lihat dari segi cukai, negeri-negeri yang memberikan sumbangan besar dari segi cukai syarikat ataupun pendapatan persendirian, pemberian balik adalah amat kurang sekali.
Contohnya untuk negeri Pulau Pinang, yang diterima balik setiap tahun adalah kira-kira dua peratus sahaja. So, adalah dibimbangkan bahawa sekiranya cukai baru ini dikenakan, adakah Pulau Pinang hanya akan dapat dua peratus ataupun jumlah yang disumbangkan bolehlah dipulangkan 100 peratus. Saya rasa itulah beberapa perkara yang saya hendak kongsi bersama dengan Yang Berhormat Menteri. Apa yang penting ialah kalau sekiranya boleh, jalankan atau laksanakan cadangan ini secara berhemah. Ini kerana sekiranya tidak, ia akan memberikan kesan dan juga menidakkan usaha baik yang dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri sepanjang ini. Saya bukan hendak berikan pujian yang tinggi kepada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita boleh lihat usaha beliau selama ini memang melihatkan bahawa profil dan imej Malaysia telah pun naik. Kerjasama yang telah diberikan kepada semua pihak yang hendak mempromosikan pelancongan memang menyerlah. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, untuk Pulau Pinang, baru-baru ini kita telah mendapat beberapa pengiktirafan daripada travel.com. Sebuah website pelancongan daripada Australia yang telah menyenaraikan 25 jalan raya yang paling baik di dunia untuk dilawati. Georgetown, Gurney Drive muncul nombor 13 terbaik di dunia. Untuk tempat bersara, Pulau Pinang dianggap sebagai paling baik. CNN Tuan Yang di- Pertua, apabila mereka menyenaraikan 17 tempat yang paling baik untuk dilawati di dunia, Pulau Pinang muncul nombor dua. Ini saya rasa adalah hasil usaha di antara pihak kementerian dan juga kerajaan negeri. Kita tidak mahu cakap satu pihak sahaja tetapi kolaborasi bersama.
Ya.
Sekiranya – saya hendak habis. Sikit sahaja. Sekiranya kita boleh bekerjasama, itulah saya rasa satu petunjuk, satu petanda, satu bukti bahawa kita boleh jadi jaguh dunia. Akan tetapi sekiranya tidak mahu bekerjasama, tentu kita akan tercorot di belakang. So, di sini kita harap bahawa sungguhpun niat dan hasrat pihak Yang Berhormat Menteri baik tetapi Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 ini sekiranya tidak di selenggara dengan baik atau dengan secara perundingan dan kita pun tidak jelas apakah bentuknya, saya amat bimbang bahawa ia akan menjejaskan industri pelancongan yang kian membangun ini. So oleh sebab itu saya harap bahawa perkara ini boleh diberikan perhatian. Sekiranya tidak dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya, mungkin rang undang-undang ini boleh ditangguhkan seperti rang undang-undang lain yang sebelum ini juga ditangguhkan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. 10 minit, ya?
Ya.
Terima kasih. Saya nampak mood Menteri yang bentang hari ini tak berapa ceria. Macam rang undang-undang ini dipaksakan ke atas beliau. Speaker tak ceria itu, biasalah ya. Ini dipaksa oleh Menteri Kewangan ke atas Menteri Pelancongan sebab Menteri Pelancongan ini kalau mengikut akaun daripada Yang Berhormat Bagan tadi, telah memainkan peranan yang cukup baik untuk mempromosi pelancongan. Tetapi mengenakan satu cukai adalah menghantarkan satu mesej yang berlainan ya. Jadi, lepas ini bila Menteri Pelancongan hendak pergi ke China, dia kena beritahu dalam kempen tersebut dia orang kena bayar cukai. Sekurang- kurangnya 30 peratus orang yang datang tak jadi, ya. Jadi ini tidak baik bagi pelancongan kita. Jadi apa sebenarnya mesej, melainkan untuk menambah dana. Hari ini dua bill lah yang dah menambah dana untuk kerajaan.
Satu ialah Bill Self Employee, fund tadi ya, social security fund. Yang ini Cukai Pelancongan. Menteri meyakinkan kita bahawa Malaysia tidak keseorangan. Ada 14 negara lain, saya ingat ada 100 negara lain, rupanya baru 14 negara lain. Jadi saya rasa dalam bab cukai ini, kita tidak perlulah ke depan sangat. Lagging behind pun tidak apa, kerana kita sebagai negara yang baru hendak memperkenalkan sektor pelancongan ini dengan secara lebih luas, hendak encourage dia orang datang dan lebih penting lagi ialah Cuti-cuti Malaysia untuk rakyat kita sendiri.
Saya nampak pattern kehidupan rakyat kita sudah mula berubah kerana ramai yang berminat untuk melancong di luar negara. Tetapi apabila kita menghantar satu isyarat yang agak bertentangan dengan hasrat ini, saya khuatir kita akan mendapat kesan yang negatif. Pelancongan tempatan ini saya rasa berminat pergi melancong ini kerana keadaan premis-premis penginapan pelancongan yang agak murah. Sebarang kos tambahan dalam suasana ekonomi kita pada hari ini, tidak akan membantu. Mungkin ada, mungkin sama ada negara jiran seperti Singapura ataupun Indonesia ataupun Thailand ada mengenakan cukai ini, Menteri boleh sebutlah. Tetapi kalau tidak ada, saya rasa terbang ke Medan yang hanya mengambil masa setengah jam dengan AirAsia, mungkin lebih murah perbelanjaan bercuti di sana. Jadi di luar negara pula, kemungkinan kita dapat tuntutan semula daripada value added tax (VAT). Jadi akhirnya kita lebih seronok bercuti di luar negara kerana cukai yang tidak berapa tinggi. Jadi bagaimana kita mengambil satu keputusan seperti ini, mengenalkan cukai ini. Jadi saya harap seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi, kita fikir semula. Menteri Kewangan kena fikirkan semula bahawa ada cara-cara lain untuk mendapatkan kewangan selain mengenakan cukai kepada pelancongan. Yang Berhormat Shah Alam tu, apa hal tu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya Yang Berhormat Shah Alam.
Hendak bertanya? Sila sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Krai, ada tidak kemungkinan pihak Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Pelancongan, dia hendak cuba ambil kesempatan daripada keadaan nilai ringgit kita ini turun. Yang mana bila telah turun dengan begitu teruk sekali, maka kalau dikenakan cukai atas pelancongan, maka bagi mereka-mereka yang datang daripada luar negara, mereka anggarkan bahawa ia tidak begitu membebankan. kIni kerana saya ingat lagi Menteri Pelancongan, dia seronok bila harga nilai ringgit ini turun. Kerana bagi dia, dia kata ini menyebabkan orang daripada luar negara seronok datang Malaysia kerana kosnya rendah. Oleh kerana bila dah buat dia punya exchange rate. Tetapi dalam keadaan itu..
Hendak balik.
Eh Menteri hendak balik kah?
Nanti datang balik.
Nanti dia balik semula Yang Berhormat.
Tetapi dalam keadaan itu dia lupa bahawa beban ini, walaupun bagi pelancong-pelancong daripada luar negara sama ada daripada Amerika ke, Australia ke, walhal Singapura ke, Siam ke, semua datang sebab dia tidak rasa beban kerana nilai ringgit dah jatuh teruk. Tetapi dia lupa tentang rakyat Malaysia sendiri. Rakyat Malaysia, kita punya own citizen yang pergi merata, duduk di hotel dan sebagainya,mereka juga yang akan kena dan mereka benar-benar terasa kerana cukainya dia tidak dapat apa-apa manfaat dengan turunnya nilai ringgit. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?
Ya, apa benda tadi, lupa dah. [Ketawa]
Masukkan sahajalah, ucapan.
Ya, masukkan dalam ucapan saya ya.
[Dewan ketawa]
Tetapi saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan ketawa]
Pelancong suka nilai ringgit kita jatuh kerana kos yang lebih murah di negara kita, jadi mereka datang. Tetapi bila kita counter pula dengan satu cukai baru, maka hilanglah kita punya advantage daripada kejatuhan nilai ringgit itu tadi. Jadi saya rasa suasana hari ini, masuk dah Menteri Pelancongan tu ya, Selamat datang. [Dewan ketawa]
Selamat Pagi.
Selamat pagi, dah off load ya?
[Dewan ketawa]
Off load.
Jadi saya rasa mengenakan cukai pada waktu ini, saya rasa tidak membantu suasana yang ada dalam negara kita ini. Jadi saya harapkan supaya kita fikirkan semula lah Menteri, jangan ikut-ikut sangat dengan Menteri Kewangan tu. Dia kira hendak cover dengan.., kita dah sebut dulu dalam konteks GST misalnya, kita dah sebut dulu. Mula-mula dia bagi ialah pengecualian berbagai-bagai barang, tetapi sudah mula dah.
Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.
Beberapa barang baru yang dikenakan. Ya, Yang Berhormat Kapar.
Ya boleh Tuan Yang di-Pertua?
Ya.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Krai. Kalau kita rujuk kepada bahagian huraian akta ini disediakan untuk pelancong dan premis pelancongan. Bila kita balik kepada maksud perkataan pelancong, ia tertakluk kepada subsections 2 sub 1 Akta Industri Pelancongan 1992. Antara kategori- kategori, ia berbunyi begini ya, Yang Berhormat Kuala Krai, mana-mana orang sama ada dia ialah seorang warganegara Malaysia atau selainnya yang melawat mana-mana tempat di Malaysia untuk apa-apa maksud, dan dihuraikan: (i) keseronokan rekreasi atau percutian; (ii) kebudayaan; (iii) agama; (iv) melawat kawan atau sedara mara; (v) sukan (vi) perniagaan (vii) mesyuarat, persidangan, seminar dan konvensyen (viii) pengajian dan penyelidikan; dan (ix) tidak berhubung dengan sesuatu pekerjaan yang mendapat saraan dari tempat yang dilawati
Ya, masa Yang Berhormat Kuala Krai sudah hendak habis Yang Berhormat Kapar.
Bermaksud Semua telah dicover dalam definisi pelancongan. Itu satu. Bermaksud tidak ada sesiapa yang terlepas. Pada waktu yang sama, sebaliknya, premis pelancongan tidak didefinisikan. Kita ada one star, two stars, three star, sekarang six stars pun ada. Bagaimana kita hendak caj mereka. Adakah semua selaras? Apa pula cerita dengan homestay? Apa pula cerita dengan backpackers dan sebagainya. Saya minta penjelasan Yang Berhormat
Yang Berhormat Kapar, saya pun – pukul tiga lebih ini – nampak di sana ada tarif premis penginapan ada. Iaitu bangunan termasuk asrama, hotel, rumah penginapan (homestay) lah ya, rumah tumpangan, rumah rehat dan sebagainya ada Yang Berhormat Kapar. Ada. premis penginapan ada. Cuma saya hendak tanya kepada Menteri bagaimana cara kita hendak mengendalikan urusan pengutipan cukai? Kerana ada pelbagai cara pembayaran sekarang ini melalui ejen-ejen online seperti Agoda, Trivago yang setengahnya mengutip pembayaran semula dan memberikan diskaun kepada hotel-hotel yang termasuk dalam senarai mereka. Jadi ini juga akan memberikan kesan kepada industri pelancongan apabila kita mengenakan cukai dan harga itu tidak dapat membantu mengurangkan bayaran hotel dan tidak menarik lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya menentang.
Ya, Yang Berhormat cukuplah jam tiga kita berhenti berbahas ya. Saya panggil Yang Berhormat Bukit Mertajam
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun agak lewat malam tetapi saya rasa – awal pagi sudah sebenarnya. Kita semua terpaksa tinggal di sini untuk membahaskan satu rang undang-undang yang saya rasa amat penting dan akan memberikan kesan bukan sahaja kepada sektor pelancongan tetapi kepada ekonomi negara kita secara keseluruhannya. Saya rasa daripada hujah- hujah yang diberikan oleh rakan seperjuangan saya Ahli Yang Berhormat lain yang telah berhujah tadi merupakan satu pengiktirafan bahawa Menteri Pelancongan yang kita ada kini, Ahli Yang Berhormat daripada Padang Rengas, telah memainkan peranan beliau dengan baik dan patut mendapat pujian yang sewajarnya. Saya di sini juga mengambil kesempatan untuk memberikan pujian kepada timbalan rakan saya Ahli Parlimen Masjid Tanah. Saya rasa kementerian ini dikendalikan dengan agak baik dalam satu dua tahun ini di bawah pimpinan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelancongan– industri pelancongan merupakan penyumbang kelima dan keenam terbesar kepada KDNK negara dalam satu atau dua tahun ini. Pada tahun 2015 lebih kurang 14.9 peratus hampir 15 peratus, KDNK tahun lepas 2016 14.4 peratus, untuk tahun 2015 juga industri pelancongan mencatatkan pelaburan swasta kedua terbesar iaitu lebih kurang 24.5 bilion merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada pendapatan kasar negara ataupun gross national income iaitu sebanyak 67.1 bilion. Mengapakah saya membangkitkan semua statistik ini? Ini adalah kerana saya ada sebab untuk percaya bahawa Kementerian Pelancongan telah dianak tirikan. Walaupun telah mencatat satu pencapaian yang agak memuaskan tetapi nampaknya kurang mendapat sokongan secara keseluruhan daripada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pekan. Saya hendak beri satu contoh, sebelum cukai ini dibentangkan dan kita mempunyai sebab untuk percaya bahawa ini merupakan satu desperate move untuk menampung kos-kos...
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya tertarik dengan hujah yang Menteri Pelancongan kita dianak tirikan mungkin ini termasuk juga debat yang tidak jadi yang mana tidak dapat kebenaran untuk meneruskan debat. Kerana itu pun boleh dijadikan satu tarikan pelancongan saya rasa.
Yang itu, tidak masuk dalam rang undang-undang Yang Berhormat.
Susah untuk saya menjawab soalan itu, mungkin hanya Menteri dan Yang Berhormat Pekan sahaja yang mampu menjawabnya. Akan tetapi saya hendak berikan contoh sebelum desperate move iaitu midnight tabling of this Akta Cukai Pelancongan yang baru-baru ini pada awal tahun ini iaitu pada bulan Januari. Kita baca dalam berita, dalam media bahawa pejabat-pejabat pelancongan negeri di seluruh Malaysia terpaksa ditutup walaupun Menteri kata ini adalah untuk membolehkan pejabat pelancongan peringkat kerajaan negeri boleh berfungsi dengan lebih baik. Saya rasa Menteri juga memberikan satu hint bahawa operasi menutup pejabat pelancongan selurah Malaysia ini dapat menjimatkan sebanyak RM6 juta. Demi RM6 juta. Jadi saya rasa amat jelas sekali, walaupun industri pelancongan ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, tetapi kementerian pelancongan dianak tirikan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Bukit Mertajam. Adakah setuju Yang Berhormat Mertajam cukai ini tidak diperlukan yang penting saya rasa kita perlu bagi visa – visa percuma kepada pelancong daripada negara China. Dengan kedatangan banyak pelancong negeri China ini kita boleh mendapatkan untung yang banyak melalui cukai perkhidmatan dan juga GST ini.
Saya masukkan soalan itu dalam ucapan saya supaya boleh dijawab oleh Menteri nanti. Saya rasa kita tidak dapat menafikan tadi saya kata industri pelancongan merupakan antara penyumbang yang terbesar. Akan tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa dalam satu dua tahun ini industri pelancongan negara kita juga terjejas, terkesan daripada beberapa peristiwa yang berlaku contohnya tragedi MH370 yang sehingga kini kerajaan masih belum lagi terus terang atau transparent dalam melakukan apakah statusnya. Yang kedua, mengikut laporan daripada PEMANDU sendiri, isu jerebu juga mengakibatkan antaranya kejatuhan kehadiran ketibaan pelancong ke negara kita semenjak 6 peratus tahun lepas. Jadi saya rasa dalam keadaan sebegini, begitu susah sekali untuk membangunkan industri pelancongan bukan sahaja oleh Kementerian tetapi juga di peringkat negeri contohnya di negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri bertungkus-lumus untuk
membangkitkan membangunkan industri pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama negeri dan nama negara Malaysia. Di dalam perkara ini, kita hendak kenalkan lagi satu cukai baru-baru nampaknya tidak logik sekali. Dan kadar cukai ini juga tidak diketahui bagaimana kita hendak meluluskan satu undang-undang yang bakal memberikan kesan yang amat serius. Adakah kajian impak telah dilaksanakan? Ke atas bukan sahaja industri pelancongan tetapi ekonomi secara amnya. Apabila kita memperkenalkan cukai baru-baru impaknya, kesannya terkena kepada perniagaan sama ada kecil ataupun besar. Bukan sahaja kepada hotel-hotel, tempat penginapan tetapi juga pasaran yang terlibat dalam industri pelancongan. Dan ini juga akhirnya akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia dari segi pekerjaan, dari segi ekonomi yang tidak begitu baik. Jadi saya rasa kita tidak mendapat peluang untuk meneliti isu in secara lebih mendalam sebelum membincangkan hal ini. Dan midnight tabling of a new text law saya rasa tidak boleh diterima sampai sekali. Kita pun tahu, pengenalan satu cukai terbaru bukan sahaja diluluskan di Parlimen dan kemudiannya dikutip oleh penguat kuasa. Perlu ada kos-kos tertentu tiga tahun lepas banyak perniagaan-perniagaan di Malaysia terkesan dengan kos untuk contohnya mengubah suai sistem aplikasi perakaunan mereka. Ada yang membelanjakan duit sehingga berarus ribu ringgit. Jadi kalau kita memperkenalkan cukai baru-baru ini maka terpaksa banyak perniagaan terutama hotel terpaksa membelanjakan duit untuk mengubahsuai sistem perakaunan mereka. Ini semestinya satu kos yang besar. Apa akan terjadi kepada hotel-hotel – premis penginapan yang kecil? Rumah tumpangan yang one or two stars. Homestay, dan mengikut seksyen 10(3), kalau gagal untuk melaporkan cukai akan dikenakan hukuman penjara satu tahun ataupun RM30 ribu dendanya.
Saya rasa yang paling tidak munasabah ialah mengikut seksyen 11(1), pendaftaran mesti dilakukan dalam masa 30 hari sahaja, apabila rang undang-undang ini berkuat kuasa. Jadi saya rasa amat tidak sesuai sekali. Saya harap rang undang- undang ini boleh ditangguhkan, biar kita lakukan kajian, biar kita lakukan konsultasi dengan pasaran dengan the players in the industry. Satu lagi isu ialah tentang Airbnb. Kini kerajaan menggalakkan, Ahli Yang Berhormat Pekan sendiri dalam ucapan beliau menggalakkan rakyat Malaysia untuk membawa Uber. Jadi industri digital ini merupakan satu industri yang baru yang saya rasa kerajaan pun masih kurang faham lagi tentang industri ini. Apakah kesan cukai ini kepada pengendali premis penginapan jenis Airbnb. Kebanyakannya merupakan orang awam yang melakukan business ini secara part time tanpa sebarang sokongan dan bantuan profesional seperti hotel-hotel besar. Adakah mereka juga kena melabur dalam sistem percukaian baru kalau tidak kena penjara, kalau tidak kena denda. Jadi apa pula dengan mereka. Akhir sekali, saya rasa tadi saya dah kata Kementerian Kewangan amat malangnya walaupun merupakan antara kementerian prestasinya – dan mendapat pujian daripada barisan pembangkang jadi kira amat baik tetapi dianaktirikan. Jadi dalam keadaan ini kita lihat dalam Bajet 2017. Jabatan Perdana Menteri, bajet Jabatan Perdana Menteri lebih kurang RM16 bilion. Bajet Kementerian Pelancongan, a pittance of one billion, begitu kecil sekali. Bajet Jabatan Perdana Menteri 16 kali ganda bajet Kementerian Pelancongan. Dalam bajet Jabatan Perdana Menteri ada pula dana-dana yang kita panggil slush fund. Dana-dana projek khas, dana-dana fasilitasi, projek-projek kecil yang saya rasa tidak bernama boleh digunakan sewenang-wenangnya Ahli Yang Berhormat Pekan. Dana-dana ini, saya rasa kalau orang Utara kata busuk-busuk ada RM7 hingga RM10 bilion, iaitu 10 kali ganda bajet Kementerian Pelancongan. Kalau lah kita boleh menyalurkan dana ini kepada Kementerian Pelancongan, saya selesai masalah kita, kita boleh balik rumah sebab esok ada lagi satu hari untuk persidangan Parlimen. Jadi di sini saya rasa saya tidak boleh menyokong dan saya harap Yang Berhormat Menteri yang prihatin ini boleh menarik balik, menangguhkan rang undang-undang ini, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Melaka, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak tanya Yang Berhormat Menteri beberapa perkara. Saya juga tentang fasal 8 saya juga ingin tahu tentang kadar cukai pelancongan, bagaimana Yang Berhormat Menteri dapat menetapkan kadar ini. Saya ingin berkongsi Yang Berhormat Menteri, di Melaka semasa mereka hendak kenalkan heritage charge iaitu setiap malam dari pelancong RM2 tambahan dikenakan oleh setiap pelancong yang bermalam di Melaka. They go about semua hotel, budget hotel dan juga homestay semua dikenakan RM2. Banyak bantahan dari pengendali-pengendali dan memang ini sudah menjejaskan sektor penginapan di negeri Melaka. Sampai hari ini masih semua terpaksa mengutip dari pelancong tetapi mereka salah satu bantahan yang paling besar mereka katakan, mengapakah sama iaitu hotel yang berbintang mengutip juga RM2 dan budget hotel atau homestay pun RM2. Itu yang mereka katakan kiraan perkara ini tidak patut. Oleh sebab itu saya ingin kongsi dengan Yang Berhormat Menteri mungkin semasa Yang Berhormat Menteri membuat tentang penetapan kadar cukai pelancongan ini boleh mungkin minimum dan juga peratusan iaitu boleh diambil kira. Saya juga ingin minta penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang beberapa negeri yang ada kutipan daripada pelancong tentang cas yang mungkin nama yang berlainan tapi juga sama iaitu kita sudah menambahkan bebanan kepada pelancong dan juga kita sudah ada sedikit sebanyak kita pun menjejaskan perniagaan.
Yang Berhormat Kota Melaka, boleh? Saya hendak tanya setuju kah Yang Berhormat Kota Melaka supaya kutipan kalau di perkenalkan cukai pelancong ini di kembalikan kepada kerajaan negeri dan juga PBT yang terlibat, setuju tidak tentang perkara ini?
Ya memang saya setuju.
Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya hendak minta mungkin Yang Berhormat Kota Melaka boleh tanya Menteri undang-undang ini, anggaran kutipan hasil daripada rang undang-undang ini berapa yang dianggarkan? Mungkin boleh. Terima kasih.
Ya memang itu pun salah satu yang saya hendak tanya iaitu dari anggaran atau ramalan cukai baru ini berapa kutipan hasil yang akan di anggarkan dapat untuk setahun, dan bagaimana wang ini boleh di belanjakan kepada sektor pelancongan atau ia semua hanya dipulangkan kepada Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Kota Melaka, minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya hendak ditujukan sebenarnya kepada Menteri tetapi saya menerusi Yang Berhormat Kota Melaka. Soalan saya ialah adakah satu cost benefit analysis telah dibuat khususnya impak cukai ini terhadap negeri Pulau Pinang dan juga negeri Selangor yang merupakan dua-dua destinasi termasuk juga Kuala Lumpur. Kuala Lumpur, Selangor dan juga Pulau Pinang, tiga negeri yang menarik pelancong yang terbesar sekali di Semenanjung Malaysia. So, adakah cost benefit analysis ini telah dibuat dan boleh kah cost benefit analysis ini dikemukakan kepada di kalangan rakyat supaya dapat scrutiny oleh semua stakeholders.
Ya saya setuju tetapi saya cadangkan termasuk dengan negeri seperti Melaka dan mungkin Kelantan. Salah satu bantahan atau yang membawa ketidakpuasan hati di antara mengendali dan juga pelancong di negeri Melaka iaitu tentang kutipan iaitu kutipan charge ini atau kita katakan cukai ini tidak diumumkan jumlah yang dikutip dan bagaimana amaun itu dibelanjakan. Oleh sebab itu ini menjadi satu keraguan kepada rakyat-rakyat Melaka iaitu ini salah satu cara yang kerajaan mengambil wang daripada pelancong ini hanya untuk tujuan-tujuan tertentu bukan untuk yang seperti apa yang disebutkan. Saya juga ingin tanya tentang – tadi juga saya bersetuju beberapa Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bagaimana wang ini, adakah ia tabung khas atau akaun tertentu untuk diumumkan kepada rakyat. Oleh sebab ini penting kerana ia satu kutipan yang melibatkan bukan hanya pengendali penginapan tetapi satu sektor pelancongan yang begitu besar sepatutnya ia mesti telus dan transparent tentang cara wang ini
disalurkan dan saya setuju ia sepatutnya disalurkan kepada negeri-negeri yang memainkan peranan yang besar untuk membantu kutipan hasil ini. Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
Yang berhormat Kapar bangun yang berhormat.
Ya, sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya seirama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di sini yang mengatakan bahawa mungkin Yang berhormat Menteri terpaksa membawa akta ini walaupun bukan hasrat sebenar beliau. Jadi saya mengambil peluang ini melalui Yang Berhormat Kota Melaka untuk mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menggunakan seksyen 1(2) di mana akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan di dalam warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan dalam akta ini. Bermaksud, Yang Berhormat Menteri boleh menunda penguatkuasaan ini sehingga bila-bila dia hendak. Saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk invoke seksyen 1(2). Thank you.
Terima kasih. Kita harap Yang Berhormat Menteri dapat menerangkan tentang pertanyaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin sentuh tentang fasal 9 yang dikatakan Yang Berhormat Menteri ada kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelancong atau golongan pelancong. Saya percaya tadi dengan jelas Yang Berhormat dari Kapar ada terangkan tentang pelancong. Definisi pelancong termasuk iaitu tidak ada yang boleh terlepaslah dari kena cukai pelancongan ini. Saya ingin tanya juga, tadi saya tidak berapa jelas, adakah kumpulan pelajar atau pesakit yang tertentu, adakah mereka dapat dikecualikan daripada cukai ini? Bagaimana dengan long stay dan short stay, adakah juga ada special rate untuk yang menginap dalam satu tempoh yang lebih panjang? Ini semua saya harap Yang Berhormat Menteri dapat terangkan kepada Dewan yang mulia ini. Saya ingat cukuplah untuk ini dan saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian walaupun tak ada seorang pun menyokong rang undang-undang ini.
[Dewan ketawa]
Jadi selain daripada...
BN pun tak sokong.
Yang mengambil bahagian. Dia orang tak ambil bahagian. Berbeza ya. Saya kata yang mengambil bahagian. Yang mengambil bahagian ya, jangan silap. Walau bagaimanapun, saya ingin menerangkan iaitu sebenarnya cadangan untuk mengenakan cukai ini bukanlah datangnya daripada Menteri Kewangan. Ia datang daripada saya selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan untuk menggunakan satu peruntukan di bawah Akta Pelancongan di mana Kementerian Pelancongan boleh mengenakan tourism services fee. Akan tetapi di peringkat awal, kita telah mendapat nasihat daripada pihak Pejabat Peguam Negara yang menyatakan iaitu bahawa ada kemungkinan ada sedikit perselisihan tafsiran kerana sama ada dia jatuh di dalam state list ataupun federal list,
kerana seperti mana kita semua sedia maklum iaitu bahawa negeri menerusi majlis perbandaran juga berhak untuk mengenakan cukai seperti yang dilakukan di Pulau Pinang, Melaka dan beberapa buah negeri yang lain. Jadi untuk mengelak daripada akan berlakunya mungkin perselisihan daripada segi kebolehan untuk Kementerian Pelancongan mengenakan tourism services fee ini, maka kita telah mengambil keputusan— saya telah meminta kepada Menteri Kewangan untuk dijadikan sebagai cukai federal yang mana kita semua tahu iaitu bahawa dalam Perlembagaan, kalau daripada segi mencukai, itu adalah hak federal dan tidak boleh dipertikaikan. Maka oleh sebab itulah Menteri Kewangan bersetuju untuk menggubal akta yang saya bentang ini dan kita bahas ini supaya ia membolehkan Kementerian Pelancongan untuk mendapat dana bagi tujuan untuk mempromosikan pelancongan dan juga untuk mengadakan infrastruktur. Maka pada hari inilah kita, walaupun ia merupakan akta cukai yang sepatutnya dibentangkan oleh Kementerian Kewangan, tetapi oleh sebab ia adalah di atas permintaan dan ada kaitan dengan Kementerian Pelancongan, maka saya telah diarah untuk membentangkan akta ini dan sememangnya saya rela untuk membentangkan kerana ia mendatangkan kepentingan kepada kementerian saya. Tuan Yang di-Pertua, kita kena...
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Sekejap, sekejap. Saya hendak jawab. Bagi saya peluang dulu, nanti saya...
Ya.
Kita perlu mengenakan cukai pelancongan ini ialah kerana untuk kita menjadi competitive dengan negara-negara lain yang lebih maju daripada segi pelancongan. Saya hendak menyebutkan iaitu bahawa pada tahun 2014 iaitu pada tahun yang mana kita telah mengadakan apa yang dikatakan Kempen Melawat Malaysia di mana kerajaan telah memberikan special extra fund bagi tujuan untuk menjayakan Visit Malaysia Year 2014, pada tahun itu kita telah mendapat kedudukan, mengikut UNWTO, negara yang ke-10 yang paling dikunjungi dan dilawati oleh pelancong-pelancong. Itu ialah kerana pada tahun 2014, kempen tahun 2013 kita telah mendapat peruntukan yang luar biasa untuk menjayakan Visit Malaysia Year 2014. Negara yang di hadapan kita— sebagai orang kata kayu pengukur untuk menunjukkan kedudukan kita yang telah kita berjaya usahakan beberapa tahun. Negara di hadapan kita ialah seperti pertama, negara Perancis yang mendapat 80 juta lebih pelancong. Kemudian United Kingdom. Kemudian United States of America. Kemudian Itali, Spain, Jerman, Turki, Rusia, China dan ke-10 pada tahun 2014, Malaysia. Jadi ini bermakna, kalau para Ahli Yang Berhormat lihat, negara yang di hadapan kita ini sebenarnya ialah negara daripada segi semula jadinya, naturally, dengan izin, they are touristic countries. Tak boleh kita lawan dengan dia. Perancis, UK, US, Itali, Spain, Jerman, banyak kita pergi sana, Turki, Rusia, China, mana nak lawan dengan dia orang? Tetapi Malaysia nombor 10, nombor 10 ya, dengan jumlah pada ketika itu kalau tidak silap saya, 28 juta pelancong yang datang ke negara kita. Malangnya, apabila Visit Malaysia Year sudah tamat, maka pelancongan pada tahun 2015 telah jatuh kepada 26.7 juta kerana tidak diberikan special fund kerana tahun 2015 is not a Visit Malaysia Year. Dalam masa itu, negara Thailand, kita tahu bahawa Thailand telah menghadapi rusuhan di negara itu dan mereka telah membelanjakan begitu banyak sekali wang dan termasuk Mexico, Yang Berhormat Pokok Sena pun ada pergi pada tahun 2013 atau 2014 dahulu, telah menjadi country partner kepada ITB. Mereka telah membelanjakan wang begitu banyak— Mexico dengan Thailand— dan akhirnya pada tahun 2016 dan 2015, kita telah kalah kepada Thailand dan Mexico dan kita duduk di tangga ke-12.
Ini jelas menunjukkan betapa perlunya kita mesti ada peruntukan yang besar untuk memastikan supaya kita sentiasa kompetitif. Tidak cukup untuk kita hanya kata belanja banyak pada satu tahun, kemudian itu kita relax. Ini kerana negara lain, mereka
dengan dana yang besar, mereka mengadakan kalau kita pergi ke ITB Berlin, pavilion dia kalau kita tengok Thailand, bukan sahaja tourism authority Thailand yang mengadakan pavilion dia, tetapi Phuket, Krabi, Chiang Mai, masing-masing ada dia punya pavilion. Juga kalau kita tengok Mexico, bukan saja provinces yang ada di Mexico itu mempunyai pavilion, tetapi hotel yang ada di sana pun ada pavilion dia sendiri. Malaysia hanya mampu untuk mengadakan pavilion yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Oleh sebab itu tidak ada kaitan dengan kata nak ambil duit ini nak menampung kerugian lain. Ia jelas menunjukkan itu bahawa pada tahun 2014 oleh kerana bajetnya besar, kita berjaya. Tahun 2015, tahun 2016, bajetnya cukup kurang because no special year, maka dia jatuh. Walau bagaimanapun, walaupun ia jatuh tetapi dari segi perbelanjaan, kita punya pencapaian adalah cukup baik. Tahun 2015 kita jatuh sedikit, tetapi tahun 2016 kita meningkat walaupun dalam keadaan yang kurang duit. Jadi oleh kerana itu, saya nak menjelaskan mengapa kita perlu ada satu dana yang sustainable, jangan kita nak tunggu pada tahun Visit Malaysia Year baru nak diberikan wang yang besar dan kita berjaya. Tahun yang mendatang bagaimana? Jadi, kita perlu ada satu dana yang sustainable. Banyak yang telah bertanya tentang anggaran. Kalau sekiranya kita melaksanakan cukai ini, berapakah anggaran yang akan diperoleh dari kita? Mengikut anggaran iaitu kutipan ialah sebanyak RM654,615,090 sekiranya kadar penginapan pada 60 percent saja. Occupancy rate 60 percent, kalau tidak silap saya di seluruh Malaysia ini kita ada 11 juta room nights. Kalau 11 juta room nights ini kalau occupancy rates ialah 60 percent, kita akan dapat RM654,615,000 jumlah. Kalau kita dapat buat promosi dengan begitu baik sekali, kalau kita dapat mencapai occupancy rates 80 percent, maka jumlahnya itu akan meningkat kepada RM872,820,120, itu tidak termasuk ABNB. Kalau kita masuk ABNB lagi, maka jumlahnya besar. Jadi kalau kita boleh tiap-tiap tahun kita ada peruntukan yang daripada cukai yang sebegini, saya yakin dan percaya iaitu bahawa kita boleh mempertahankan kedudukan kita sebagai negara yang sentiasa dalam top ten yang akan dilawati oleh pelancong pada tiap-tiap tahun. Jadi apabila kita ada cukai ini, ia bermaknanya dia sustainable every year. Apabila kita promosi lagi, maka apabila orang datang lagi, maka hotel akan dipenuhi dan mungkin kita boleh bina lagi hotel yang lebih banyak. Lebih banyak bilik, lebih banyak lagi yang kita boleh cukai. Jadi, dia sebenarnya sustainable. Jadi sebab itu saya nak sebut di sini daripada awal lagi iaitu tidak ada kaitan bahawa wang ini dikutip untuk benda lain. Akan tetapi wang ini dikutip hasil daripada pengalaman saya menjadi Menteri pada tahun 2013, tahun 2014 berjaya dapat nombor 10, kemudian tahun 2014 kurang, tahun 2014 berjaya, tahun 2015 kurang, tahun 2016 kurang. Saya lihat kekurangan itu ialah kerana kita tidak ada special visit, Malaysia 2015, 2016. Bila ada special Visit Malaysia Year, kita akan dapat peruntukan lebih. Ini kerana kurang peruntukan inilah yang menyebabkan kita jatuh. Saya cuba mencari jalan bagaimana untuk memastikan kita ada dana kewangan ini untuk kita melakukan promosi supaya kita akan sentiasa menjadi kompetitif. Kalau kita lihat pada hari ini, Jepun saya rasa kalau kita tidak jaga baik-baik, Jepun akan potong kita tidak lama lagi. Indonesia, kalau kita lihat dalam CNN, kita akan tengok iaitu bahawa sebelumnya ada berita akan keluar tentang Indonesia ataupun tentang Jepun dan tidak ada bagi Malaysia. Jadi sebab itulah oleh kerana kita memerlukan kepada satu dana yang sustainable pada tiap-tiap tahun, oleh kerana itulah saya telah mendesak kepada Menteri Kewangan supaya memperkenalkan cukai ini.
Yang Berhormat Seremban.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa masalahnya ialah tidak cukup bajet. Akan tetapi saya rasa masalah ini boleh diselesaikan kalau Kementerian Kewangan memberikan priority kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dari segi bajet tahunan dan bajet yang diperlukan itu bukannya banyak sangat pun. Kalau tidak silap saya tahun 2014, lebih kurang RM200 juta untuk Visit Malaysia Year. Kalau setiap tahun ada RM200 juta hingga RM300 juta untuk promosi pelancongan, itu mencukupi untuk kita menambah kehadiran pelancongan. Apa yang kita bimbangkan daripada pengenalan cukai tourism ini ialah ia menyebabkan bahawa kita punya kos lebih tinggi, kos kepada pelancong lebih tinggi dan ini mungkin menyebabkan kehadiran pelancong antarabangsa itu menurun. Kalau itu menurun, makanya pendapatan pelancongan kita juga akan berkurangan. Ini kerana kalau pelancong ramai kerana kita punya kos murah, kita punya kos penginapan tidak tinggi, tidak ada kos-kos tambahan ini, tidak ada cukai-cukai tambahan ini, kalau
pertambahan dari segi kuantiti pelancong itu, ia juga menyumbangkan kepada pendapatan kerajaan melalui GST. Jadi daripada GST itu disumbangkan balik kepada Kementerian Pelancongan dan kebudayaan untuk membuat promosi setiap tahun RM200 juta, RM300 juta, itu mencukupi. Jadi itu ialah hujah kita bahawa adakah cukai ini akan menyebabkan bahawa kesan negatifnya ialah mungkin kehadiran pelancong hari itu akan berkurangan. Terima kasih.
Saya sambung sedikit Menteri. Saya sambung dulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada satu perbandingan yang boleh dilakukan dan saya juga bukan tukang tilik untuk nak mengatakan apabila kita lakukan cukai ini, maka pelancongan akan jatuh atau akan naik. Saya bukan tukang tilik. Akan tetapi apa yang saya boleh buat ialah berdasarkan kepada pengalaman negara lain. Tadi ada soalan yang bertanya iaitu apakah negara-negara yang mengenakan cukai ini dan memang Yang Berhormat Kuala Krai pun ketawa sebab dia kata ada 14 sahaja negara. Akan tetapi yang kita lihat daripada 14 negara ini yang mengenakan cukai seperti yang kita kenakan, mereka semua berjaya. Saya nak sebut di sini antara negaranya ialah India. Cukai penginapan, dipanggil cukai penginapan. Dia mengenakan 7.416 peratus dari kadar bilik. India berjaya ya, dia punya incredible India, it is a fantastic touristic country. You tengok kalau dia punya advertisement Kerala God’s Own Country, apa ini, Tamil nut dan macam-macam lagi negeri di negara India. Mereka berjaya dan mereka mengenakan cukai penginapan. Kena cukai pelancongan, berjaya. Kemudian kita lihat Itali, dia mengenakan cukai penginapan EUR3 untuk hotel tiga bintang, EUR4 untuk hotel empat bintang dan EUR5 untuk hotel lima bintang. Itali berjaya top ten, dia punya pelancongan tidak gagal. Kemudian kita lihat Jepun, Jepun satu masa dulu yang kita tahu bahawa kerana Fukushima telah berlaku, maka ramai orang yang tidak mahu pergi, ramai orang tidak mahu pergi ke Jepun. Akan tetapi apabila dia mengambil tindakan untuk mempromosikan pelancongan, Jepun mengenakan cukai penginapan sebanyak JPY100 untuk kadar bilik antara JYP10,000 dan JYP15,000. Itu kadar bilik ya dan JPY200 bagi JYP15,000 ke atas.
Dia berjaya. Saya difahamkan itu bahawa apabila dilakukan ini selama dua tahun, dia telah mendapat kadar pelancongan dia 19 juta pelancong pergi. Anggarannya pada tahun ini 2017, dia target 26 juta pelancong datang. Lagi menunjukkan pelancongan berjaya. Kemudian kita lihat Belanda, dia mengenakan cukai pelancong lima peratus dari kadar bilik, Belanda berjaya. Ramai orang pergi Belanda. Tidak pun berkurangan pelancong pergi ke sana. Singapura, kita punya neighbor di sebelah selatan, dia mengenakan 18 peratus dari kadar bilik. Dia panggil cukai dia triple plus, this is our neighbor, pun Singapura kita lihat pada hari ini juga berjaya walaupun hanya sebuah pulau dan tidak ada Kementerian Pelancongan pun. Cuma sebagai satu jabatan di bawah MITI dia. Kemudian ada lagi satu negara, Thailand. Dia mengenakan cukai tambah nilai, 17 peratus, 17 percent dari kadar bilik. Dia nombor sembilan sekarang.
Yang Berhormat Menteri.
Nanti dulu. Saya cakap fakta. Relaks lah ya. Saya bukan ambil...
Ya, duduk dulu Yang Berhormat.
...Fakta daripada langit kah apakah. Kemudian UAE, UAE di Dubai, padang pasir. Dia mengenakan dirham pelancongan, cukai bandar raya enam peratus dari kadar bilik pun sebuah negara tourism yang berjaya. Amerika Syarikat cukai penghunian, dua kepada 16.4 peratus dari kadar bilik pun negara touristic yang berjaya nombor tiga seluruh dunia. Jadi kalau— saya tidak ada pengalaman tetapi saya boleh buat perbandingan di antara negara-negara yang mengenakan cukai dan lihat kepada prestasi dia. Dia tidak jatuh, dia naik. Tadi ada Yang Berhormat sebut macam mana dengan adakah kita boleh tengok di dalam region ini negara mana yang buat? Thailand dan Singapura buat. Satu, Thailand neighbor utara kita, Singapura jiran kita di selatan, dia buat. Jadi saya kira kalau mereka
boleh berjaya, mengapa Malaysia kita harus merasakan bahawa kita ini kekurangan dan tidak boleh berjaya. Jadi saya terdorong oleh kejayaan negara-negara ini yang mengenakan cukai tetapi berjaya. Kita cubalah.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan tentang anggaran itu. Boleh saya diberitahu kadar bagaimana kita sampaikan anggaran itu. Peratusan atau bagaimana dengan keadaannya.
Boleh saya sambung sekali Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, kadar premis penginapan bertaraf lima bintang, kita akan kenakan RM20 setiap malam satu bilik, okey. Satu bilik oleh Yang Berhormat Pokok Sena kata dia ambil tiga bilik atas nama dia seorang tetapi dia kena bayar tiga bilik. Hendak duduk empat atau lima orang dalam bilik pun tidak kisah tetapi satu bilik RM20, bukan kepala. RM20 five star, five star hotel. Five- star hotel ini yang datang ini tourist. Kalau Euro saya ingat baru kalau RM20 ini EUR9 sahaja. Kalau kita pergi ke Italy kita bayar EUR15. Kemudian premis penginapan bertaraf empat bintang RM10. Premis penginapan bertaraf satu sehingga tiga bintang RM5, premis penginapan bertaraf orkid dan yang tidak atau belum mempunyai penarafan RM2.50 satu malam. Saya hendak sebut di sini dalam ucapan saya sebentar tadi waktu saya membentang, waktu saya membentang saya ada sebut iaitu kita ada mengecualikan sebab banyak yang merasa risau yang mana yang kita hendak kenakan cukai. Kita mengecualikan homestay. Cukai pelancongan akan dikenakan kepada semua kategori, premis penginapan kecuali empat iaitu pertama, homestay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, sebab homestay ini merupakan kita punya projek poverty reduction, mengurangkan kemiskinan. Jadi homestay kita kecualikan. Kampungstay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, kita kecualikan. Premis penginapan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan ataupun institusi latihan yang bukan untuk tujuan komersial, kita kecualikan dan yang keempat premis penginapan yang dikendalikan oleh institusi keagamaan dan bukan untuk tujuan komersial juga dikecualikan. Jadi saya hendak sebut di sini ada Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan itu bahawa mengapa tidak dimasukkan di dalam akta. Kalau kita masukkan di dalam akta kadar-kadar ini, setiap kali kita hendak adjust kita kena bawa pindaan akta di sini. Selalunya dalam mana-mana akta sekalipun kalau kita tentang kadar ini selalunya dia dilakukan secara administrative. Kuasa untuk kementerian menentukan. Jadi sebab itulah kita tidak masuk kerana kalau kita masuk setiap kali kita kena ada buat pindaan. .Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk penerangan saya ada dua soalan. Pertama adalah ini menunjukkan sahlah tujuan dan hasrat cukai ini dilakukan untuk menampung kekurangan yang dialami oleh Kementerian Pelancongan, itu yang pertama. Kedua adalah berkenaan dengan premis penginapan yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, homestay, asrama dan yang berkenaan dengan keagamaan. Akan tetapi bagaimana pula sekiranya pelancong itu pergi ke satu hotel kerana dalam minggu itu ada upacara keagamaan dan sebagainya. Sebab di sini ada dua definisi yang berlainan, satu untuk pelancong dan satu lagi untuk premis penginapan. Yang diberi pengecualian adalah premis penginapan, contoh untuk asrama tadi. Asrama itu memang kita tahulah, tetapi dari sudut hotel yang hendak menampung untuk apa-apa ibadat keagamaan dan sebagainya. Macam mana hendak buat perimbangan dia. Minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke— saya hendak sebut di negara yang mengenakan cukai, di Italy, di Rome, Vatican ada di situ. Kalau dia penginapan itu berbentuk komersial, saya tidak fikir hotel tidak mengenakan cukai kerana dia komersial, walaupun tujuan dia ialah pergi ke Vatican. Kita tahu bahawa di Vatican baru-baru ini dia ada satu celebration besar-besaran berkenaan dengan dia buka satu pintu yang jarang-jarang dia buka melainkan diumumkan oleh Pope.
Dia telah mendatangi ramai penganut-penganut agama Roman Katolik yang pergi tetapi dia tetap cukai sebab dia komersial.
Apa yang kita sebut ini ialah kalau hotel yang ada di gereja sebagai contoh untuk menampung, jadi itu kita tak kenalah. Jadi itu dia. Yang Berhormat, saya sudah sebut dalam saya punya penjelasan tadi. Dia bukan untuk hendak menampung, dia ialah untuk hendak mendapatkan dana yang sustainable pada tiap-tiap tahun. Kita bukan hendak menampung. Oleh sebab saya sudah sebut tahun 2014 ekstra bajet kerana Visit Malaysia Year, ekstra bajet. Jadi bila ekstra bajet Visit Malaysia Year 2014 berjaya year 2015 pula bajetnya ialah bajet biasa. Bukan dia tidak ada Visit Malaysia Year 2015. Jadi kita dapat balik bajet yang biasa kerana dia tidak ada special year. Jadi saya tidak mahu satu bajet yang hanya diberikan kepada saya sekiranya ada special year. Saya hendak tiap-tiap tahun itu ada sustainable every year for sure dapat. Oleh sebab itulah kita adakan. Jadi Yang Berhormat bukan hendak menampung kerana saya hendak sustainable allocation every year. Itu sahaja. Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam.
Saya...
Sungguh tertib perjalanan mesyuarat Yang Berhormat ya. Kalau boleh buat begini selalu bagus.
Baik terima kasih. Buat pada pukul empat pagi memang cukup tertiblah ya.
Itu kredit kepada Menteri yang menjawab secara berhemah penuh dengan you know...
Semua Menteri menjawab dengan baik Yang Berhormat.
Bukan-bukan semua. I beg to differ Tuan Yang di-Pertua.
Lagipun empat pagi ini kita malas sikit hendak bergaduh Tuan Yang di-Pertua.
Teruskan Yang Berhormat.
Namun demikian, saya mendengar jawapan yang diberikan oleh Menteri ini saya rasa saya tak boleh terimalah sepenuhnya kerana nombor satu kita tak anggap menteri ini sebagai tukang tilik dan memang tidak ada siapa pun anggap Menteri sebagai tukang tilik. Akan tetapi bila kita naikkan kos semestinya kita menganggap bahawa akan ada kesan dan untuk kita menganggap bahawa bila kita hendak naikkan kos maka takkan ada apa-apa kesan, jumlah yang datang itu tetap akan sama, sama ada daripada luar negara ataupun yang dalam negara saya rasa itu agak bercanggah dengan realiti. Fakta ini diakui oleh Yang Berhormat Menteri sendiri juga kerana bila dikatakan homestay tidak dikenakan cukai ini kerana homestay ini adalah merupakan projek eradication of poverty kita hendak tangani kemiskinan. Maka kita sendiri sudah mengakui bahawa kalau kita kenakan cukai dekat homestay maka mungkin akan ada kurang orang. Oleh sebab kurang yang datang maka akan ada kegagalan dari sudut usaha kita untuk hendak eradicate poverty. Kalau kita boleh guna hujah itu terhadap homestay, kenapa kita tak boleh guna hujah yang sama kepada hotel-hotel yang lain dan institusi-institusi pelancongan atau penginapan yang lain yang sudah pastinya bila sudah kena naik RM20 sehari untuk yang lima bintang ataupun sebagainya maka sudah semestinya akan ada kesan. Kesan ini seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan tadi dia ada knock-on effect juga. Knock-on effect ini sebagai contoh pelancong-pelancong yang datang untuk kesihatan, bila dia punya kos penginapan sudah bertambah dan sebagainya so the knock-on effect sudah pasti akan mempunyai satu kesan yang
menyebabkan pengurangan itu berlaku. Di sinilah saya melihat bahawa anggaran yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri seolah-olah tidak ada kesan sama sekali. Saya rasa satu perkara yang saya tak boleh terima kerana sudah pasti akan ada paling kurang untuk masa sekarang ini paling kurang untuk domestik punya tourism iaitu orang-orang Malaysia sendiri yang mana yang sudah kesempitan tambah lagi pula dengan cukai tambahan yang macam katakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mahfuz mungkin hendak pergi, sewa tiga bilik kena RM60 tambahan untuk semalam. Itu mungkin sebahagian boleh claim, sebahagian tak boleh. So, ini menjadi satu kos yang akan ada kesan kepada domestik. So, di sinilah yang kita katakan bahawa risiko terhadap industri pelancongan hasil daripada kos penginapan yang dinaikkan itu merupakan satu perkara yang kita perlu pertimbangkan dan jangan kita andaikan langsung tak ada effect. Lebih-lebih lagi apabila dianggarkan bahawa pendapatan yang boleh kita capai adalah lebih kurang dalam RM600 juta. Mungkin betullah RM600 juta setahun itu adalah satu angka yang banyak. Kalau kita jumlah pelancong itu tidak terjejas sama sekali kita boleh dapat RM600 juta. Yang Berhormat Menteri kata this is for the sake of having a sustainable budget dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya for the sake of RM600 million yang sekarang ini zaman kita sudah tak cakap sudah million. Bila million ini sudah tak ada benda. We are talking billions masuk dalam bank peribadi pun RM2.6 bilion. So, bilion mungkin besarlah tapi kalau RM600 million for us to take the risk dengan cara yang secara melaksanakan this rang undang-undang saya rasa ianya tidak wajar dan perlu dilakukan satu kajian yang lebih mendalam dapat feedback daripada semua interested parties, semua pihak yang terlibat sebelum kita membuat satu, mengenakan satu cukai tambahan yang agak tinggi setelah sudah ada. Last point, Menteri menyebut bahawa ada negeri-negeri yang telah melaksanakan, Singapura, Thailand dan sebagainya. Akan tetapi saya merasakan bahawa maklumat itu tak lengkap untuk kita hendak buat satu perbandingan because apa yang kita hendak tahu ialah –sorry saya sepatutnya tengok kepada Tuan Yang di- Pertua. Apa yang kita hendak tahu ialah sebelum dikenakan cukai itu bagaimana. Selepas dikenakan cukai itu bagaimana. The fact mereka sudah kenakan cukai itu mungkin for the past few years ialah memang sudah menjadi satu kebiasaan tetapi the immediate effect setelah dilaksanakan percukaian itu ada ataupun tidak suatu drop hasil daripada introduction of this new taxation system. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam tak betul.
Yang Berhormat Menteri.
Sebentar Yang Berhormat.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudah pula.
Dia punya hujah tak betul. Dia punya hujah tak betul. Kita mengecualikan homestay, kampung stay dan premis-premis yang dikendalikan oleh institusi pendidikan latihan ataupun keagamaan, kita mengecualikan dia bukan kerana kita mengakui bahawa ada kesan kekurangan, tak. Kita punya pertimbangan untuk mengecualikan mereka itu adalah kerana tak patut. Tak patutlah kita kena kepada homestay kerana itu adalah program poverty reduction.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bukan dia yang bayar.
Bukan soal dia bayar. Tak patut, tak, tak. Ini janganlah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kalau you sudah kalah, kalahlah. Tak boleh lah argue macam itu fasal dia kata kerana berkurangan. Saya kata kita tak mengenakan kerana tak patut. Adakah patut hendak kenakan orang yang buat kerana pendidikan. Dia bukan komersial, untuk keagamaan adakah patut kita hendak...
Homestay sahaja Yang Berhormat Menteri. Janganlah kaitkan, you are running away from the point. The point is a
commercial concern homestay. Jangan kaitkan kepada religious institutions and educational institutions.
Your point semua tak betul. No, no you are wrong. Yang menentukan... eh janganlah you cakap tak betul.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sedang bercakap Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam duduk ya.
You hujah tak betul.
I dengar you cakap tak kacau pun, bila masa Yang Berhormat Shah Alam ini. Dia bercakap kita dengar, bila kita jawab dia tak mahu dengar. Yang mengecualikan itu kita. Bila kita mengecuali maka pertimbangannya ialah kerana tak patut kita mengenakan homestay. Itu dia. Tak patut. Program, no, program is a poverty program. Lepas itu kita hendak kena, kenapa? Kita hendak bagi dia supaya dia berjaya. Begitu juga dengan pusat-pusat keagamaan. Tak patut sangat benda, hostel agama kita hendak kena, tak patutlah, itu sahaja.
Menteri, saya tidak sebut itu. saya sebut homestay. Yang Berhormat Menteri janganlah spin Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Akan tetapi daripada segi, daripada segi eh, eh okey no, no. Homestay, homestay.
Tolonglah walaupun pukul empat pagi tapi janganlah spin. I tak sebut fasal religious and educational…
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri tengah menjawab Yang Berhormat. Sudah, sudah duduk Yang Berhormat Shah Alam.
I sebut commercial homestay, homestay is commercial. Tak ada salahnya. Tak ada salah.
Tak. Homestay is under poverty reduction. Jadi kita mahulah.
Lagipun yang pergi ini yang local. Yang pergi ini duduk di homestay ini, bukannya orang banyak duit. Jadi kita ambil kira juga yang duduk homestay ini, family, local domestic tourism yang pergi ini, tidak payahlah. Yang pergi sekarang ini macam di Sabak Bernam baru ini pilihan raya, duduk homestay, murah, tidak usahlah. Itu kita tidak mahu ya.
Yang Berhormat...
So, soalnya ya yang kita tidak mengenakan cukai kerana tidak patutlah, itu dia. Sebab yang menggunakan homestay ini adalah orang yang kurang pendapatan.
Yang Berhormat Menteri..
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri...
Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Boleh bagi? From me.
Pokok Sena.
Sedikit sahaja.
Homestay.
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi point lain, sedikit sahaja hendak.
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat .
Bagilah laluan.
Kemudian yang kata yang sebelum dan selepas. Sememangnya kita ada kajian sebelum dia bagaimana, selepas dia bagaimana. Sebelumnya bagaimana, selepas dia bagaimana. Ini dalam kita punya...
Share lah, share.
Tidak apalah saya sebutlah nanti. Sebab kita tengok negara-negara inilah negara yang berjaya. Saya sebut tadi macam Thailand, Amerika Syarikat, UAE dia punya pelancongan meningkat. Jadi saya tidak ada perbandingan lain, saya ada fakta di sini yang menunjukkan bahawa negara-negara ini walaupun mereka mengenakan cukai tetapi pelancongannya tidak orang kata apa...
Sir, Menteri...
...Kebelakangan.
You’re repeating yourself.
Jadi... no, no, no. No, you ask me, you tidak ada fact saya ada fact.
I am asking ini for the fact lah.
Tidak, ini sebab saya cakap...
Tidak...
Saya cakap...
Duduk Yang Berhormat Shah Alam...
Saya minta maklumat...
Saya tidak akan bercakap...
You’re repeating yourself.
No, no, that is why I’m telling you because you’re asking question yang saya sudah jawab.
Tidak, you tidak jawab lagi.
I know you...
...I suruh you buat perbandingan...
Saya kata...
Before and after...
...lihat contoh-contoh negara yang mengenakan cukai dan pelancongannya berjaya. Itu sahaja. You don’t have facts, you don’t talk lah. Dia ini dia punya argument, dia ingat dia debater tetapi dia punya fakta...
...Nasib baiklah tidak jadi moderator. Kalau jadi moderator sangkut...
Tidak apa, kita tidak kisah. Moderator saya tidak takut, you boleh anytime jadi.. Yang tidak hendak Karangkraf sahaja tidak hendak. Saya okey, tidak ada masalah. Kemudian juga macam homestay ini, homestay luar bandar, orang yang pergi itu ya yang kurang pendapatan ya. Yang Berhormat Tanjong.
Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih. Saya ingin bertanyakan Menteri kerana terdapatnya homestay di kawasan bandar, adakah mereka akan dikenakan cukai ini dan terdapat juga homestay atau hotel yang tidak berlesen, adakah mereka semua dikenakan cukai?
Kita belum ada lagi kategori city stay ini, you – di bandar dipanggil city stay. Jadi belum ada city stay punya, sebab you pun belum berjaya lagi mahu melaksanakan city stay. Jadi kalau ada city stay ini, kita akan pertimbangkan. Yang Berhormat Pokok Sena.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab cukup baik. Jadi kalau debat 7 hari bulan ini lagi syoklah tengok moderator Shah Alam daripada Padang Rengas tetapi apa boleh buatlah kan. Polis tidak intellectual lah... Yang Berhormat Menteri kata tahap intelektual polis itu memang low class.. Baik Tuan Yang di-Pertua...
Pelancongan Yang Berhormat...
Ya, ya. Tidak sepatutnya wacana debat itu juga boleh menjadi produk pelancongan yang cukup baik. Orang ramai boleh pergi Shah Alam. Baik Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan. Tadi Yang Berhormat sebut pasai homestay itu kita kerana tidak dikenakan kerana itu adalah untuk local punya apa nama pelancongan dan sebagainya. Maknanya kementerian tidak fikir hendak bawa pelancong luar itu pergi ke kampung-kampung, hah. Itu hujah lah maknanya. Jadi macam mana kita hendak memperkenalkan pula tempat di luar bandar ini, di kawasan-kawasan kampung ini supaya masyarakat antarabangsa itu dapat mengenali kawasan-kawasan di kawasan pendalaman. Bukan bermakna saya bersetuju dengan Yang Berhormat untuk hendak kenakan pula cukai ke atas homestay tetapi jawapan Yang Berhormat itu seolah-olahnya kata oh ini kita untuk itu, bukan mereka. Padahal sepatutnya kita hendak berusaha untuk bawa mereka ke luar bandar, itu satu. Keduanya saya hendak sebut di sini dalam 9(1) a ini, kuasa Menteri mengecualikan mana-mana pelancong atau golongan pelancong daripada pembayaran keseluruhan ataupun apa-apa bahagian daripada cukai pelancongan ini. Jadi macam mana kuasa Menteri boleh mengecualikan kepada pelancong ini? Hak tadi itu Yang Berhormat sebut bahawa kuasa Menteri ini untuk tidak mengenakan kepada homestay dan sebagainya, okeylah saya terima tetapi kepada pelancong ini? Adakah bermakna bahawa kalau pelancong yang pergi ke hotel lima bintang ini, dia boleh buat permohonan kepada Menteri untuk dikecualikan? Ketiganya ialah Yang Berhormat tadi ialah kerana kementerian Yang Berhormat memerlukan satu dana yang mencukupi untuk promosi pelancongan dan sebagainya kerana yang diberikan selama, sebelum ini tidak mencukupi. Adakah bermakna bahawa unjuran RM654 juta itu akan dipulangkan oleh Kastam, oleh Kementerian Kewangan sepenuhnya kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan promosi pelancongan ataupun hanya ada beberapa persen yang dipulangkan.
Yang Berhormat Menteri, soalan yang sama.
Nanti, nanti, nanti. Tuan Yang di- Pertua, betul Yang Berhormat tanya itu memang baik. Saya sebut tadi cukai ini cukai kepada bilik. Cukai apabila you masuk bilik. Bermakna kalau orang luar negara pun apabila kita kata homestay ini kita hendak bantu kerana yang datangnya adalah orang yang miskin kah apa kah lah, bukan miskinlah maknanya rakyat Malaysia yang ramai pergi homestay ini. Tetapi apabila kita kata begitu tidak bermakna bahawa orang luar negara tidak boleh pergi. Pergi juga. Boleh sebab cukai itu bukan kepada orang, cukai kepada bilik. Jadi maknanya orang luar negara boleh pergi sebab itu kita tengok ada banyak student exchange daripada Jepun, daripada Taiwan, Korea datang, mereka duduk di homestay. Jadi maknanya boleh kerana cukai itu ialah kepada pintu. Kemudian Yang Berhormat tanya soalan – bagus juga yang tadi mengatakan ada sesetengah pelancong itu akan dikecualikan. Sebagai contoh kalau di hotel, kata di Hotel Hilton maka diadakan apa yang dikatakan konvensyen agama antarabangsa tidak kiralah Islam kah, Buddhism kah, Christianity kah. Jadi kalau kita merasakan itu bahawa apabila seluruh hotel itu digunakan biliknya dan konvensyennya untuk konvensyen agama, kalau kita merasakan bahawa kita perlu memberi pengecualian, kita bagilah. Sebab untuk tujuan-tujuan yang baik. Macam kata kita panggil satu konvensyen Palestin. Maka seluruh hotel itu diguna, konvensyennya dan biliknya digunakan. Jadi kalau tidak, dia kena itu masuk. Tetapi oleh sebab konvensyen itu untuk menyelamatkan Palestin, satu tujuan yang baik maka kita kecualikanlah pelancong-pelancong itu. Itu maksudnya memberikan fleksibiliti kepada kementerian untuk memberikan pelepasan kepada tujuan-tujuan tertentu. Itu dia
sebab itu kita ada orang kata apa pengecualian untuk pelancong-pelancong. Ini maksud kita. Kalau dia menghadiri konvensyen antarabangsa.
Yang Berhormat Menteri, sedikit...
Kejap, kejap, kejap. Betul apa nama Yang Berhormat sebut itu bermakna bahawa penganjur konvensyen itu yang akan memohon mendapatkan pengecualian cukai tersebut kerana mungkin bilik-bilik itu akan ditanggung oleh penganjur konvensyen ataupun mereka menguruskan bagi pihak peserta konvensyen. Tetapi bagaimana umpamanya contoh kalau ada – dia contoh kalau dalam konteks agama Hindu ini di Batu Caves kan. Jadi mereka itu pergi bersendirian bukan atas nama ada pihak penganjur yang datang, ia terbuka. Jadi memang kita tahulah macam di situ. Jadi bagaimana adakah pelancong itu juga akan boleh dikecualikan cukai ini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia pergi pada orang kata apa tiap-tiap tahun macam kata di Batu Caves. Dia duduk di hotel merata-rata walaupun dia pergi datang ke Kuala Lumpur untuk pergi ke temple. Jadi hotel itu tidak menjadi penganjur ataupun tempat diadakan konvensyen itu. Jadi yang macam ini kalau macam pergi melawat kata Thaipusam kah apa macam kita ke Mekah lah. Ia bukan konvensyen ya. Jadi Mekah itu orang pergi tiap- tiap tahun. Jadi yang saya sebut ini kalau sekiranya ada konvensyen, seperti Palestin tadi.
Jadi kita rasa tidak patut sangatlah dia datang Rohingya sebagai contoh buat lepas itu sudah la dia datang hendak sokong kita. Lepas itu kita kena lagi. Itu ada fleksibiliti bagi kementerian untuk memberi pengecualian. Ini, Yang Berhormat Batu.
Terima kasih. Saya hendak kembali sedikit dengan jawapan dari Yang Berhormat Menteri itu. Tadi sebut cukai ini untuk membolehkan kementerian sustainable dari segi kewangan untuk mempromosikan tourism industry di Malaysia. Adakah bermaksud semua yang dikutip itu diperuntukkan untuk kementerian? Atau ini ikut –– kalau ikut setahu saya konsep cukai itu harus disatukan dalam satu consolidated akaun. Lepas itu, kemudian baru di –– bagi kepada mana-mana Menteri. Kalau dikatakan this cukai ini khusus untuk Kementerian Pelancongan, ia imposing a tax specifically for the kementerian. Adakah ini membuka satu precedent yang sangat berbeza dengan konsep percukaian. Di mana semua –– nanti semua kementerian akan start –– lah MOT boleh start, penumpang RM1 untuk perbelanjaan MOT. JKR boleh start untuk kutip cukai masing-masing. Adakah ini akan mengelirukan tradisi yang ada dalam sistem pengutipan cukai dalam negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Itu satu soalan yang baik. Oleh sebab itulah, bukan kementerian saya yang kutip cukai ini. Sebab itulah Kementerian Kewangan yang kutip cukai.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya. Ya, betul untuk pelancongan bukan untuk Kementerian Pelancongan. Untuk pelancongan. Pelancongan ini bukan sahaja promosi. Akan tetapi, pelancongan ini sebenarnya dia luas, cemetery pun boleh jadi pelancongan. Sungai pun pelancongan. Laut pun pelancongan. Jadi, enam katalah contoh RM600 juta yang kita terima itu. Sebahagiannya akan diberikan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan pengiklanan. Okey. Sebahagiannya itu akan diagihkan, kalau sebagai contoh; jeti. Kalau kita hendak buat di Kuala Selangor –– jeti. Jeti sebenarnya di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Kalau tidak silap saya. Jeti di Kuala Selangor hendak tengok kelip-kelip. Jadi, wang itu boleh disalurkan kepada Jabatan Saliran untuk membina jeti dan jeti itu hendak menjadikan tempat pangkalan bot hendak pergi tengok kelip-kelip. Jadi. Itu juga untuk pelancongan. Yang Berhormat sebut itu betul. Kalau dia khusus untuk Kementerian Pelancongan, dia akan create satu precedent. Akan tetapi, oleh sebab itulah kita minta kepada Kementerian Kewangan dia kutip supaya sebahagian boleh diberi –– tetapi tujuan pelancongan. Sebahagian boleh diberi kepada kementerian untuk advertising dan macam-macam lagi yang dilakukan.
Sebahagian boleh diberikan kepada –– parit saliran, kepada kampung-kampung untuk membangunkan dia punya kampung dia untuk homestay –– untuk pelancongan. Jadi, dia boleh diberikan kepada kementerian, jabatan-jabatan yang lain di luar daripada Kementerian Pelancongan supaya boleh dibelanjakan kepada projek-projek yang membantu pelancongan. Jadi itulah sebabnya mengapa...
Sikit sahaja. Sikit sahaja. Ini adakah ini bermaksud katalah RM300 juta yang kita kutip daripada bentuk kutipan cukai ini dan RM300 juta itu wajib digunakan semula untuk pelancong. I mean whatever category –– lah pelancong atau kerajaan ada kuasa ini kutip ini separuh kita untuk pendidikan, separuh hendak pergi ke peringkat lain. Itu maksudnya dia locked in apa yang kita kutip itu mesti digunakan untuk pelancongan. Just before that. So, that I tidak mahu diri lagi. Just...
Sebab itulah cukai ini kita sebut cukai pelancongan.
Ya.
Ini kerana ia untuk kegunaan pelancongan yang tidak semestinya ia boleh dilakukan di Kementerian Pelancongan sahaja. So, that is why pelancongan. Cuma, jadikan untuk pendidikan tidak boleh.
Apa. Apa hendak henti kalau later on MOE introduce RM1 per pelajar dari private institute and wang itu akan digunakan untuk pendidikan and then the other Ministry will start doing it. So, would they make the whole taxation system very khusus untuk ini. Nanti kita boleh introduce healthcare bill tidak tahu cukup duit setiap private hospital satu bilik kita kutip RM100 untuk membantu kesihatan. So, adakah ini telah defeat the purpose of a consolidate fund untuk taxation. Kemudian discretion of the Prime Minister to decide how to use it?
Tuan Yang di-Pertua saya lebih awal sudah sebut tadi. Justifikasi kita untuk mengutip ini kerana di bawah Akta Pelancongan itu dia ada kebenaran untuk Tourism Malaysia mengutip service fees. Jadi, itulah yang membolehkan kita untuk mengutip dan kita menggunakan Kementerian Kewangan. Ini kerana kastam di situ. Kalau tidak kita kena ada infra, kita hendak kutip duit tidak boleh. Custom is already there to collect the money. That is why bolehnya kita mengutip atau banyak terpulang kepada akta yang tertentu itu. Akta pelancongan memang membenarkan kita untuk mengutip tourism fees.
Yang Berhormat Menteri panjang lagi Yang Berhormat?
Last sekalilah saya ingat sudah pukul empat nanti.
Ya.
Last Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri. Saya rasa persoalan yang kita telah bangkitkan beberapa tadi, ialah apakah pulangan atau jaminan daripada pihak kerajaan untuk menjamin bahawa apa yang dikutip itu akan disumbangkan atau disalurkan semula kepada negeri-negeri yang menyumbang kepada cukai pelancongan ini. Sebab seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri,itu perlu digunakan sepenuhnya untuk pelancongan. Akan tetapi, itu hanya dari segi dasar tetapi tidak ada jaminan dalam rang undang-undang ini bahawa menyatakan bahawa semestinya apa yang dikutip daripada cukai ini dikembalikan kepada sektor pelancongan dan lebih-lebih lagi kepada negeri- negeri. Sebab kebanyakan projek-projek untuk menyenggara memastikan kemudahan- kemudahan pelancongan ini ialah ditanggung oleh kerajaan negeri. Umpamanya dikatakan jeti tadi. Ada banyak lagi perkara-perkara. Perhentian bas umpamanya dan perkara-perkara ini sepatutnya perlu ada satu bajet untuk kerajaan negeri untuk menyenggara kemudahan-kemudahan ini. Saya rasa perlu ada satu jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa apa yang dikutip itu daripada negeri tersebut perlulah dikembalikan sebahagian. Mungkin tidak 100 peratus tetapi sebahagian itu perlu dikembalikan kepada pihak kerajaan negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri. Boleh tidak?
Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat. Sebab ada negeri macam Perlis, Kelantan,
Terengganu mungkin. Ini negeri ini dia punya hotel tidaklah banyak dan dia juga memerlukan kepada pembangunan projek pelancongan.
[Bangun]
Jadi, kalau kita hendak hantar sepenuhnya kutip yang kita buat di Pulau Pinang hanya kepada Pulau Pinang. Maka, kita tidak akan berlaku adil kepada kawasan-kawasan di negeri-negeri yang mungkin dianggap sebagai negeri miskin.
Yang Berhormat Menteri.
Kita kena bagi pengagihan yang adil juga.
Yang Berhormat Menteri, kita tidak cakap 100 peratus. Mungkin sebahagian. 30 peratus ataupun 50 peratus
Ya lah, bukan bermakna kalau di Penang kena bagi Penang sahaja. Wilayah, Wilayah sahaja. Kesianlah Kota Baharu.
Yang Berhormat Menteri.
Orang PAS atau Kelantan kita kena beri juga. Terengganu kita kena bagi juga dan saya rasa Perlis. Kalau tidak satu sen tidak dapat Perlis ini. Jadi, apa yang saya boleh jaminkan dia ialah untuk pelancongan. Untuk pelancongan. Macam saya sebut tadi, kalau jeti pun pelancongan. Walaupun di bawah kementerian atau jabatan lain.
Yang Berhormat Menteri.
Panjat gunung ke bayar kepada malim gunung ke sedikit. Buat rumah dia. Itu untuk pelancongan. Walaupun bukan di bawah Kementerian Pelancongan.
Yang Berhormat Menteri. Boleh minta jaminan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh minta jaminan yang sama kepada Sabah. Sebab Sabah adalah one of the dengan izin biggest tourist contributor to the federation than saya juga ingin membawa satu –– saya faham homestay tidak dicukaikan.
Akan tetapi banyak tourist spot di Sabah, di kawasan saya juga yang ada Tagal system di mana saya faham ini, ramai tourist dari China dan juga daripada Asia datang untuk, you know, to look into and enjoy the facilities. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Penampang sebut iaitu bahawa kalau boleh duit itu pun hendak kena hantar ke Sabah dan Sarawak. Jadi oleh kerana itu, Sabah dan Sarawak tidak akan dikecualikan daripada cukai ini. Sabah dan Sarawak kita kena cukai juga tetapi kalau tidak cukup, kita boleh guna kutipan daripada wilayah hantar ke Sabah pun boleh.
Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi daripada segi pelaksanaan cukai, Sabah dan Sarawak tidak dikecualikan tetapi kita juga akan belanja wang untuk Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat sebut tadi berkenaan dengan apa tadi?
Tagal system di river life.
Kita sokong.
Ya?
Kita sokong.
Ya tetapi also akan tetapi at the same time, Yang Berhormat Menteri bolehkah exemption diberikan kepada Sabah setakat ini sebab we are trying to increase kita punya tourism di Sabah.
Tidak boleh. Sebab ini adalah cukai Federal. Kita akan kenakan kepada semua negeri yang ada di Persekutuan.
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masih sudah pukul empat...
Minta penjelasan sedikit.
Jadi saya harap yang mana saya tidak sempat menjawab, saya telah memberikan orang kata apa, kesempatan untuk pertanyaan dibuat tetapi pertanyaan yang dibangkitkan oleh orang yang berbahas asal tadi, insya-Allah saya akan sampaikan jawapannya secara bertulis. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]
Ya, ramai.
Kuala Krai belum lagi bercakap. Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Kuala Krai, lima minit.
Berapa minit?
Lima minit.
Lima minit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya hendak bertanya di peringkat dasar tetapi Yang Berhormat Menteri tidak beri peluang. Jadi saya hendak bertanya tentang perkara kedua dalam rang undang-undang ini mengenai takrifan iaitu premis penginapan. Premis penginapan disenaraikan di dalam akta yang lain, Akta Industri Pelancongan termasuk di dalam senarai itu ialah homestay seperti yang kita sebutkan tadi. Yang Berhormat Menteri telah mengecualikan homestay daripada termasuk di dalam cukai pelancongan ini. hujah yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah homestay ini adalah projek atau program pembasmian kemiskinan, tidak wajarlah kita kenakan cukai. Walaupun kita boleh pertikaikan hujah Yang Berhormat Menteri kerana kita bukan ambil duit daripada pengendali homestay itu, daripada orang kampung itu tetapi daripada pelancong. Akan tetapi hujah Yang Berhormat Menteri pula, pelancong itu pelancong yang orang Malaysia, yang tidak banyak duit. Jadi betullah yang kita kata tadi. Kalau kenakan cukai, pelancong Malaysia akan berkurangan. Agaknya begitulah. Jadi Yang Berhormat Menteri tidak boleh hendak elak. Saya hendak bertanya, kalaulah hotel dikenakan, yang satu bintang contohnya, yang dua bintang. Di Malaysia ini Yang Berhormat Menteri, hotel satu bintang, dua bintang ini, lebih murah daripada homestay. Homestay, rumah kampung yang ada dua, tiga bilik, RM200, RM300 sehari. Sedangkan hotel satu bintang, dua bintang hanya dalam RM70, RM80, RM100 satu hari. Inilah tempat fokus pelancong-pelancong local kita daripada Malaysia untuk pergi melancong ke tempat-tempat sedemikian kerana adanya hotel-hotel satu, dua bintang ini, yang murah ini. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dalam takrifan yang tidak dikenakan cukai ini, hotel satu atau dua bintang ini juga dikecualikan daripada dicukai?
[Bangun] Sedikit.
Hendak mencelah? Sila.
Sedikit. Saya hendak tumpang. Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi statistik berapa ramai yang pengguna homestay ini adalah pelancong asing dan berapa ramai itu adalah tempatan? Bagi saya, saya agak tidak yakin bahawa majoriti homestay itu adalah orang-orang kampung dari Malaysia yang tidak berkemampuan. Terima kasih.
Itu tanya Yang Berhormat Menteri, ya? Oh, ingatkan tanya saya sebagai Menteri. Jadi soalan itu kita serah kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Bagi saya itu sahaja penjelasan yang saya hendak minta kerana isu pengenaan cukai kepada bilik-bilik yang murah ini harus dipertimbangkan semual. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Tuan Pengerusi...
Ada lagi Yang Berhormat?
Ada lagi? Sorry, sorry.
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mula dengan seksyen 3 subseksyen 1 di mana di sini memberikan ketua pengarah satu kuasa yang luar biasa untuk mengawasi segala perkara berhubung dengan cukai ini. Ketua pengarah ini juga melalui subseksyen 2 mempunyai kuasa untuk melantik semua pegawai kastam yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967 seperti DG, deputy DG dan lain-lain. Itu tafsiran seksyen 3 Akta Kastam 1967. Selepas itu apabila kita masuk kepada seksyen 3 pula, menjadi kewajipan mana-mana pegawai kastam. Bermaksud di sini seksyen 2 kita ada satu lantikan, seksyen 3 mengatakan mana-mana kastam. Selepas itu cross-reference pula dengan seksyen 32. Tiba-tiba di sini kita ada seorang pegawai kanan kastam. Manakala pegawai kanan kastam ini tidak diberikan mana-mana kuasa pelantikan. Tidak ada. Hanya kita gunakan perkataan ‘mana-mana pegawai kastam’ tetapi secara spesifiknya, untuk seksyen 32, seorang pegawai kanan kastam ini tidak ada. Akan tetapi untuk perhatian Yang Berhormat Menteri, pegawai kanan kastam ini mempunyai kuasa yang luas di bawah seksyen 32, 33 sebab bahagian tujuh ini adalah bercakap tentang penguatkuasaan tetapi pelantikan mereka tidak ada. Manakala balik kepada seksyen tiga itu, saya dapati di antara seksyen 2 dan seksyen 3, dua kategori yang berbeza pelantikannya dan mempunyai kuasa yang luar biasa. Saya teruskan dengan seksyen 5. Seksyen 5 ini menarik, di mana tiap-tiap pegawai kastam apabila melaksanakan kewajipan hendaklah jika tidak beruniform, apabila diminta mengisytiharkan jawatannya, mengemukakan kad kuasa. Akan tetapi bahagian dua, tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan tuntutan dan perintah yang dibuat oleh mana-man perkara oleh pegawai kastam. Bermaksud, kita ada nombor satu, minta mereka laksanakan. Nombor dua, tiba-tiba kita bagi exclusion untuk mereka kalau tidak buat pun tidak mengapa, tidak ada kesalahan. Apabila dibaca secara holistik, Yang Berhormat Menteri, banyak kuasa yang diberikan kepada pegawai kastam ini. Nampaknya macam tidak ada check and balance. Satu kita bagi ini you kena ikut. Selepas itu, seksyen kedua kata, tidak mengapa, you tidak buat pun tidak mengapa. Ini akan digunakan dalam situasi yang, you know, possible abuse of power. Subseksyen 8, saya masuk yang ketiga. Subseksyen 8 di mana ia mula dengan Menteri boleh dengan persetujuan Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan.
So, Yang Berhormat Menteri boleh saya ibaratkan Menteri Kewangan bersama dengan Menteri Pelancongan akan menekankan kadar cukai pelancongan. Akan tetapi apabila masuk kepada seksyen 4 dan 5, dia perlu penerangan sebab saya nampak di sini boleh buat tuntutan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh pemerintahan itu berhenti berkuat kuasa. Akan tetapi di sini kita setiap tiga bulan sebab saya difahamkan 120 hari. Kalau ini adalah setiap 120 hari dan
bagaimana seksyen 3, 4, dan 5 ini berfungsi antara satu sama lain? Saya minta penerangan sebab ini perlu dimasukkan dalam Hansard sebab kalau tidak kita tidak tahu macam mana perbezaan di antara subseksyen 3, 4 dan 5. Maksud saya, 8 subseksyen 3, 4 dan 5 berfungsi. Saya minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya teruskan dengan seksyen 9 di mana kuasa Menteri untuk mengecualikan 9(1)(a) saya tidak ada masalah tetapi 9(1)(b) “mengecualikan mana-mana pengendali atau golongan pengendali daripada memungut keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada cukai pelancongan”. Apakah ada apa-apa kriteria yang kita akan guna pakai? Sekarang Yang Berhormat Menteri adalah Menteri Pelancongan, tiada masalah. Esok apabila kerusi itu diganti oleh Menteri yang lain, apa yang dia akan guna pakai untuk yang (b) dan (c)? (c) pula bercakap tentang yang berdaftar di bawah Bahagian IV. Adakah mereka dikecualikan daripada berdaftar? Apakah kriteria yang menyebabkan mereka dikecualikan daripada berdaftar? Kalau tatacara itu ditunjukkan di sini, nampak selepas Yang Berhormat Menteri diganti, benda itu adalah mengikut satu keseragaman. Kini, tidak ada keseragaman. Mengecewakan saya pula adalah di subseksyen 2, “Menteri boleh..” – selepas itu disambungkan dengan perkataan “...difikirkannya patut”. Apa yang difikirkan patut untuk Menteri dalam kedudukan Menteri sekarang iaitu Menteri Kewangan, tidak semestinya patut dalam Menteri Kewangan itu diganti nanti. So, perkataan ‘difikirkannya patut’ ini digunakan di beberapa bahagian. Saya rasa enakmen dengan menggunakan perkataan ‘difikirkannya patut’ itu tidak boleh diletakkan dalam satu akta yang sepatutnya regulate tentang cukai dan sebagainya. Saya minta penerangan supaya dimasukkan juga dalam Hansard untuk kita mengkaji nanti. Saya teruskan Tuan Pengerusi dengan seksyen 20 yang menerangkan tentang kuasa untuk mentaksir. Di bawah ini ada mengatakan di bawah subseksyen (4), “Ketua Pengarah boleh mentaksir cukai pelancongan itu pada suatu amaun yang lebih tinggi yang difikirkannya patut”. Ini lagi sekali kita bagi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mentaksirkan sesuatu cukai dan sub 5 pula menerangkan kalau taksiran “...cukai pelancongan pada suatu amaun yang lebih tinggi di bawah subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh membuat taksiran tambahan dan hendaklah memberitahu pengendali sewajarnya secara bertulis”. Apa sebenarnya maksud ini? Bermaksud, sudah letak satu taksiran cukai dan kita boleh tambahkan taksiran cukai tersebut. Ini perlu diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri...
Ya, Yang Berhormat Kapar, last point.
Saya baru seksyen 21 Tuan Pengerusi. Saya rasa boleh bagi saya izin sikit, tidak ada banyak. Saya ada tiga atau empat lagi. Itu sahaja yang penting.
Ya.
Terima kasih, terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi. Saya masuk kepada bahagian peremitan, peremitan seksyen 21. Ini pun kalau Menteri boleh mengambil sedikit masa dan terangkan, sebab sini pun kita gunakan perkataan jika ‘difikirkannya patut’. Apakah kriteria yang akan digunakan? Ini perlu ditekankan supaya esok apabila kita tafsirkan akta ini, kita tidak salah tafsirkan. Okey, selepas itu seksyen 29. Ini adalah mendapat balik cukai pelancongan. Kita di sini di bawah subseksyen 29(2), “Ketua Pengarah yang menyatakan nama, alamat pengendali dan amaun cukai pelancongan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar, jika ada, oleh pengendali hendaklah menjadi keterangan yang cukup...”. Bermaksud, apa-apa keterangan pengarah adalah keterangan yang cukup. “...bagi amaun yang kena dibayar sedemikian olehnya dan kuasa yang cukup bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu”. Ini bermaksud, Ketua Pengarah mempunyai kuasa yang agak luas. Keterangan dia sudah cukup untuk mahkamah buat keputusan. Macam mana interpretasi seksyen 29(2) ini Yang Berhormat Menteri? Memberi satu kuasa tanpa check and balance, kita letak dalam akta itu sendiri bahawa keterangan Ketua Pengarah ini sudah cukup. Kedua terakhir Tuan Pengerusi adalah tentang pegawai kanan kastam yang tidak diberi definisi di mana-mana kewujudan dia tetapi diberikan kuasa yang luar biasa di seksyen 33 di mana mengatakan bahawa pegawai kanan kastam mempunyai “...akses penuh dan bebas ke mana-mana tempat atau premis yang mana-mana orang menjalankan perniagaan berhubungan dengan pengendalian premis penginapan”. Selepas itu subseksyen (3) ada (a), (b), (c), (d), (e) memberi kuasa yang luar biasa
kepada pegawai kanan kastam ini. Pegawai kanan kastam ini juga dalam subseksyen 34, perkataan ‘akses’ diberi definisi “...termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian, perkakasan...” sebegitu luas. Padahal, tidak ada apa-apa yang menerangkan siapa ini pegawai kanan kastam dan mengapa dia mempunyai kuasa yang luar biasa? Terakhir sekali adalah mengenai kuasa menangkap lagi sekali. Tadi kita sudah jumpa satu akta yang menyebut seorang pegawai biasa mempunyai kuasa menangkap tanpa waran. Sini pun kita ada seorang pegawai kastam mempunyai kuasa tangkap tanpa waran. So, saya minta beberapa bahagian ini diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi minta maaf, ada lagi satu yang penting, seksyen 43. Boleh dengan izin?
Ya.
Terima kasih. Penalti bagi keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu. Ini menarik sikit sebab dia 43(1). Selepas itu ia ada bahagian di mana-mana orang iaitu “...pegawai kastam yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, yang enggan untuk memberikan maklumat...” dan sebagainya. Mereka boleh dikenakan hukuman “...tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”. Apa yang berlaku di sini adalah, sekali lagi kita nampak bahawa pegawai kastam ini pada dasar yang apabila saya bangkitkan soalan pertama saya, dia tidak perlu menunjukkan lencana dia. Dia tidak perlu mengemukakan kad kuasa dia dan sebagainya. Akan tetapi di sini, apabila dia pergi jumpa orang itu, dia tidak tunjuk kad dan sebagainya so orang terbabit tidak memberi maklumat. Akan tetapi keengganan dia beri maklumat boleh disabitkan dengan RM30,000 dan dipenjarakan tidak melebihi setahun. Di sini saya nampak tidak ada keseragaman. Mungkin orang itu percaya sendiri mempunyai keyakinan bahawa orang ini tidak mempunyai kad kuasa dan sebagainya sebab kita beri dia pengecualian juga. So, ini saya rasa tidak imbang, tidak seragam. Saya minta Yang Berhormat Menteri terangkan juga. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kepada Yang Berhormat Menteri, saya cuma ada dua pertanyaan mengenai dua bahagian iaitu Bahagian II dan Bahagian IV. Kalau di Bahagian II, mengenai pentadbiran, nampaknya di bawah subseksyen 2 dan 3 itu diberikan begitu banyak, besar kuasa kepada pegawai kanan kastam. Kita telah pun diberitahu bahawa berita ini disiarkan pada 16 Mac tahun ini di mana Jabatan Kastam, oleh kerana begitu berjaya mengutip GST dan sebagainya dan ia akan dijadikan satu badan yang di-corporatize. Jadi kalau di-corporatize, maksudnya kita sudah ada acuan yang lama dalam bentuk Inland Revenue Board (IRB) di mana sebahagian daripada pungutan itu akan dijadikan insentif kepada pegawai- pegawai kanan dan juga pasukan kastam kah ataupun IRB kah supaya dijadikan insentif. Jadi kalau itu berlaku, begitu besar kuasa pentadbiran itu diberikan kepada pegawai kanan kastam.
Jadi saya khuatir bahawa anggaran RM654 juta dan sebagainya sebahagian besar dalam peratusan barangkali dalam lingkungan lima peratus akan diberikan sebagai insentif dan insentif-insentif itu akan dikaut oleh habuan kah ataupun imbuhan kah yang akan dikaut oleh pegawai kanan kastam itu tidaklah secocok dengan apa yang diperkatakan bahawa cukai ini ialah untuk membiayai bajet yang sustainable untuk tujuan pelancongan. Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri mengenai perkara ini. Pegawai kastam kanan yang diberikan kuasa begitu besar dan Jabatan Kastam akan di- corporatized tidak lama lagi. Mengenai bahagian keempat iaitu mengenai pendaftaran. Jadi kalau dibaca subseksyen dan juga dia punya timeline, garis masa bahawa proses pendaftaran itu akan dijalankan dalam tempoh yang agak singkat. Kalaulah kita lihat – kalau adapun Ketua Pengarah untuk menjadikan Ketua Pendaftaran saya rasa jenteranya masih belum mantap. Jadi barangkali ini merupakan suatu peluang yang akan diberikan kepada pihak
luar daripada jabatan kerajaan supaya ada sebarang arrangement istimewa dalam bentuk penswastaan di mana proses pendaftaran itu akan diberikan kontraknya kepada pihak-pihak tertentu dan barangkali juga tugas untuk menyimpan daftar pengendali dalam premis dari segi hotel dan sebagainya dalam industri pelancongan itu barangkali dia akan bertindih dari segi pendaftaran dengan SSM dan sebagainya. Jadi ini barangkali akan menyumbang kepada lebih banyak lagi proses birokrasi. Jadi kalau industri pelancongan itu sebab kita berdasarkan kepada ruminate dan sebagainya dan juga penunaian jual beli produk-produk pelancongan. Jadi kalau birokrasi itu dia masuk dan meresapi keseluruhan prosesnya, barangkali dia akan menimbulkan satu jentera agak lemah dan lembap. Jadi saya minta Menteri memberikan penjelasan, terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, ramai lagi. Ya, dua lagi. Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dan last sekali Yang Berhormat Tanjong.
Sebelah sana tidak berapa galak.
Yang sebelah kanan saya ini semua faham.
Tidak saya ingat kalau tidak ada sebelah sini ‘depa pakat’ lulus ini. Dia tidak fikir sudah cukai kah, beban kah tidak beban, ‘depa pakat’ balik. Semalam pun ‘Mee Maggi ‘depa’ lulus juga. Yang Berhormat Setiu ini dia tempat pelancongan Terengganu ini tapi senyap...
Musang, musang suka biar malam.
Ini patut soal pelancong tempatan mana pergi Terengganu – Langkawi sepatutnya dia bangun untuk macam mana yang berkemungkinan pelancong tempatan akan terjejas ke Langkawi kerana ada isu-isu yang seperti ini – peninglah. Baik, Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Shah Alam bangun. Dia belum mula lagi Shah Alam.
Terima kasih, Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Itu sebab dia orang kata dia hendak buat lima rang undang-undang itu pasal dia diam sahaja tidak ada masalah bagi dia tapi bagi kita satu pun hendak bahas macam inilah sudah pukul empat baru satu. Macam mana pandangan Yang Berhormat Pokok Sena.
Betul saya setuju apa disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam. Itu pun pasal kita pun bangkang juga, akhirnya tarik semua – terima kasihlah. Jadi dia ke belakang, dia berundur otak dia itu boleh berundur. Baik, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya satu perkara Tuan Pengerusi... [Disampuk] Ya, bising sahaja.
Sana bising sangat tapi tidak berani untuk berdiri untuk berbahas.
Ya lah, pasal sudah di ‘habaq’ senyap jangan bahas dia kata kita hendak lulus sahaja. Ini saya ingat kalau Tuan Pengerusi tidak tanya lagi kalau Yang Berhormat Pekan dia angkat tangan setuju tidak tahu apa benda dia setuju. Macam mesyuarat di kampung sahaja.
Yang Berhormat Pokok Sena nanti darah naik 200 nanti.
Baik Tuan Pengerusi, saya satu perkara sahaja iaitu seksyen 26 berkaitan dengan pembayaran secara ansuran kerana di sini diberikan ruang kepada ketua pengarah boleh membenarkan apa-apa cukai pelancongan atau penalti di bayar secara ansuran. Jadi seolah-olahnya bagi saya bahawa pengendali premis ini, pengendali hotel-hotel ini dia pungut macam dia tidak ada satu tempoh berapa lama dia perlu menyerahkan wang itu kepada kerajaan. Kemudian kalau ada tempoh mungkin selepas ini pihak Menteri akan tentukan tempoh berapa lama kemudian kalau dia gagal seolah-olahnya pentafsiran yang dijelaskan dalam huraian ini maknanya ketua pengarah ada kuasa untuk membolehkan dia bayar secara ansuran. Ini bermakna bahawa pengendali pihak hotel ini macam hotel-hotel lima bintang ini dua pungut duit daripada pelancong ini yang menginap ini dia boleh gunalah duit itu, dia boleh rolling duit itu dan kalau dia tidak boleh bayar dalam tempoh tertentu maka dia boleh negotiate dan ketua pengarah boleh berikan ruang untuk dia bayar secara ansuran.
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya rasa peruntukan untuk membenarkan bayaran beransuran sebenarnya tidak berasas kerana cukai dikutip secara tunai bukan secara kredit. So, dalam keadaan itu seperti mana GST dan sebagainya sepatutnya dia dibayar dia dikutip dia terus dibayar dan tidak boleh hendak buat satu peraturan yang buat benarkan bayaran secara beransuran kerana ini mungkin akan melibatkan keadaan di mana cash flow dan financial management syarikat-syarikat itu akan menggunakan duit itu akhirnya akan menimbulkan masalah.
Ya lah, saya setuju. Jadikan sebahagian daripada ucapan. Kalau kita balik kepada pinjaman kerajaan khususnya kepada TEKUN, penggiat TEKUN INI. TEKUN ini tiap-tiap minggu dia kena bayar. Maknanya kena bayar tiap-tiap minggu. Seminggu atau pun dua minggu – tiap-tiap minggu. Itu pinjamanlah bentuk pinjaman. Ini pun seolah-olahnya dia mengambil duit sepatutnya kerajaan itu seolah-olah dia boleh guna dulu dan dia pula diberi ruang untuk bayar secara ansuran sedangkan dia hotel besar, hotel lima bintang dan sebagainya. Sepatutnya dia tidak ada ruang dan tidak boleh dibenarkan untuk dia ini mencari alasan untuk mengguna wang tersebut dan kemudian dia diberikan pelepasan untuk bayar secara ansuran. Jadi saya minta penjelasan dan kalau boleh bagi saya bahawa ruang ini harus ditutup dan perlu dipertegaskan bahawa mereka perlu menyerahkan wang tersebut pada tempoh yang ditentukan nanti terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk fasal 18 berkenaan dengan tempoh bercukai. Di mana mengikut pemahaman kita tempoh bercukai itu boleh dalam satu tempoh tiga bulan dan boleh dijatuhkan hari terakhir untuk mana-mana bulan. Akan tetapi, untuk mereka yang berdaftar dengan GST di mana mereka kena ikut tempoh bercukai yang sama dengan GST. Saya rasa ini mungkin satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius di mana kerana dia mungkin akan menjejaskan aliran tunai bagi pengendali yang bersaiz berskala kecil. Di mana saya rasa kalau boleh pengendali hotel ini mereka boleh diberikan tempoh bercukai yang tidak sama mungkin selang satu bulan, dua bulan supaya mereka tidak perlu mengemukakan penyata yang sama dengan penyata GST. Biasanya untuk mereka tax turnover yang tidak lebih RM5 juta setahun ini. Jadi mereka hanya perlu mengemukakan penyata tiga bulan sekali. Jadi untuk suku tahun pertama biasanya mereka diberikan sehingga akhir bulan April untuk mengemukakan penyata. Jadi saya berharap mungkin mereka mungkin bagi pengendali yang perlu membayar cukai pelancongan ini mereka boleh memilih tempoh bercukai yang tidak sama. Mereka mungkin boleh mengemukakan penyata dalam bulan Februari dan diikuti dengan bulan Mei supaya mereka tidak ini tidak dijadikan satu beban. Walaupun cukai ini dikutip bagi pihak kerajaan tapi perniagaan ini hotel ini dia akan kadangkala baik, kadangkala tidak baik tapi overhead ini perlulah dibayar masih perlu ditanggung oleh pengendali.
Saya harap aliran tunai ini tidak akan terjejas kerana dengan mengenakan tempoh bercukai yang sama dengan tempoh GST. Kedua, berkaitan dengan fasal 2, berkaitan dengan premis penginapan. Kita merujuk kepada Akta Industri Pelancongan 1992, di mana terdapat satu lagi takrif adalah satu premis penginapan pelancong tetapi dalam rang undang-undang ini kita hanya memakai takrif premis penginapan. Maksudnya premis penginapan ini tidak perlu didaftarkan. Bila tidak perlu didaftarkan dia mungkin melibatkan hotel-hotel atau tempat-tempat penginapan yang tidak berlesen yang tidak dibenarkan. Ini menimbulkan satu masalah khususnya Airbnb atau homestay di mana banyak yang beroperasi dalam rumah pangsa, dalam kondominium, dalam apartmen tetapi pihak pengurusan kondominium, apartmen ini biasa tidak membenarkan, mereka tidak membenarkan. Akan tetapi jikalau Kementerian Pelancongan mengutip cukai pelancongan ini di bawah rang undang-undang ini kerana mereka menjalankan operasi sedemikian maka cukai pelancongan dikutip tetapi ini bercanggahan dengan keinginan penduduk- penduduk setempat dan pengendali itu akan menggunakan alasan ini untuk bertelingkah dengan penduduk-penduduk di sana dengan pihak pengurusan. Jadi ini akan menimbulkan satu masalah yang besar semacam Kementerian Pelancongan membenarkan operasi homestay atau operasi Airbnb dijalankan padahal pihak pengurusan tidak membenarkan, padahal pihak berkuasa tempatan di bawah undang-undang kecil mereka pun tidak membenarkan. Jadi macam mana kita dapat menyelesaikan konflik sebegini. Minta penjelasan.
Minta laluan.
Silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Seksyen 47 kalau kita tengok dekat sini dia menerangkan tentang kesalahan oleh pekerja atau agen. Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa- apa hukuman dan diterangkan di sana dan pekerja ini bertindak sebagai pekerja dan yang menarik perhatian adalah subseksyen 2 bila dia kata, “tiada apa-apa jua di bawah subseksyen 1 boleh membebaskan seseorang agen” itu saya boleh terima. Pegawai, okey atau pekerja dari apa-apa pertanggungan bagi suatu kesalahan. Pekerja ini terhad untuk melakukan sesuatu dia bukan meliputi seluruh tugasan di sana. So, bila kita letak pekerja dan mengenakan satu klausa tidak ada pengecualian begini, meletakkan satu beban kepada mereka, saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu juga kaji seksyen 47(2). Terima kasih, Yang Berhormat.
Masuk dalam ucapan saya, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat ambil peluang untuk mengambil gambar, video dan sebagainya. Jadi hati-hatilah ada kawan kita yang sedang tertidur itu jangan viralkan. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, pertamanya Yang Berhormat Kuala Krai tadi saya telah menjelaskan kedudukan kementerian saya berkenaan dengan pengecualian kepada homestay dan juga beberapa tempat yang telah dikecualikan itu saya telah perjelaskan dan itu merupakan pendirian pihak kerajaan. Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan homestay dengan hotel murah. Dia homestay dia ada definisi kita telah menetapkan definisi homestay dan syarat-syarat homestay ini. Homestay ini merupakan program pengalaman hidup luar bandar. Dia bukan sahaja menyewa bilik tetapi dia juga kena menyediakan program-program, aktiviti- aktiviti yang membolehkan orang yang menyewa bilik itu dapat mengalami cara kehidupan tempat tempatan. Jadi dia satu program pengalaman kehidupan luar bandar di mana experiential experience, experiential tourism. Jadi orang datang bukan hanya menyewa bilik dia tetapi juga mengalami aktiviti-aktiviti tempatan. Kalau dia fishermen punya village, dia akan ikut fishermen itu pergi menangkap ikankah, kalau ada penoreh getah dia pergi menoreh getah. Ini aktiviti-aktiviti mesti disediakan.
Oleh itulah homestay ini sebenarnya dia punya caj di antara RM60 sehingga RM100 satu malam. Itu yang dikenakan kepada homestay yang diiktiraf oleh kementerian. Bagi mereka yang mempunyai homestay ini dia memanglah tidak dikategorikan sebagai premis penginapan pelancong sahaja tetapi dia adalah program pengalaman hidupan luar. Kemudian dia dikecualikan daripada cukai pendapatan homestay ini kerana kita hendak pastikan mereka dapat menampung dia punya menyediakan aktiviti-aktiviti yang harus dilakukan. Jadi oleh kerana itu, hotel murah ini mereka dikenakan sebab ia merupakan dikategorikan sebagai premis penginapan, homestay tidak. Jadi itu sebablah mengapa mereka dikenakan dengan cukai tetapi homestay tidak dikenakan cukai ini, itu sebabnya.
[Bangun] .
Jadi tidak apalah sudah malam sudah. Keduanya saya hendak bercakap kepada Yang Berhormat Kapar...
Sedikit sahaja penjelasan. Kita bercakap lain ini Yang Berhormat Menteri, you are talking apple I’m talking orange.
...Yang Berhormat Kapar ini saya hendak beritahu bahawa daripada segi pelantikan pegawai...
You are talking about different kind of homestay ini.
...Pegawai kastam pelantikan itu dilakukan oleh kastam. Jadi Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan...
Yang Berhormat Menteri tidak jawab tentang statistik homestay.
...bertanya berkenaan dengan bagaimana setengah itu disebut sebagai pegawai kanan, setengahnya tidak. Jadi dalam konteks kastam ini pegawai kanan itu adalah mereka yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam dan pegawai kastam yang dilantik sebagai Director General, Deputy Director General, Assistant, Senior, Superintendent Seniors, Superintendent ini semua dikategorikan sebagai Senior Officer of the Custom, pegawai kanan lah. Jadi pegawai kanan yang dimaksudkan ialah mereka inilah. Kemudian yang di bawah itu ialah Chief Custom Officer, Senior Custom Officer hanya dikenali sebagai Custom Officer sahaja. Jadi itu yang kalau Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan apa perbezaannya, ada sebut pegawai kanan ada pula pelantikan jadi mana satu. Jadi dia semuanya berdasarkan kepada pelantikan di bawah Akta Kastam. Kemudian dasar Jabatan Kastam Diraja ini hanya pegawai kanan sahaja yang boleh memasuki premis bagi tujuan penguatkuasaan semua undang-undang yang ditadbirkan oleh Jabatan Kastam. Jadi oleh sebab itu mesti ada perbezaan berkenaan dengan pegawai kanan dan bukan pegawai kanan. Kemudian Yang Berhormat ada sebut berkenaan dengan kuasa Menteri. Yang Berhormat risau bahawa itu di bawah seksyen 9 kuasa Menteri untuk mengecualikan jadi macam mana pula kalau Menteri-menteri yang baru pula.
Perkataan difikirkan patutnya.
Tidak dengar.
Perkataan yang digunakan di sini adalah difikirkannya patut.
Difikirkan atau di mana tadi, yang mana satu? Seksyen 9 ya.
Yang Berhormat 9(2) barisan kedua terakhir.
“Menteri boleh dalam mana-mana kes tertentu dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut...”. Di sini Yang Berhormat dalam kita mengendalikan sebuah jabatan apabila disebut Menteri itu dia bukan Menteri peribadi itu. Dia bermakna Menteri itu menjalankan kuasa tentang apa syarat-syarat yang telah ditentukan. Jadi sini bermaksud bukan saya sebagai individu memikirkan.
Saya akan membuat keputusan berdasarkan kaedah-kaedah yang telah ditentukan. Maksudnya it is not me personally as an individual, I will decide kalau benda itu begini, maka mengikut pandangan saya, dia mesti [Tidak jelas]. Dia sudah ada kaedah-kaedah dia tetapi kuasanya diberikan kepada Menteri. Jadi Menteri tidak boleh mengambil tindakan luar daripada kaedah yang telah ditentukan untuk menentukan patut ataupun tidak. Oleh sebab dia dah ada dah. Dia dah ada kaedah-kaedah dia yang Menteri mesti ikut. Jadi tidak berbangkit soal kalau datang Menteri lain pula dia fikir macam ini, maka berubah hati pula. Tidak ada. Dia sudah ada kaedah-kaedah yang sudah ada yang perlu diikuti oleh Menteri berkenaan.
Yang Berhormat, dua soalan yang berbangkit. Satu adalah kaedah-kaedah ini daripada mana? Sudah di –nak ambil daripada mana-mana akta lain atau ia akan diletakkan sebagai peraturan semata-mata? Itu yang pertama. Kedua adalah bila Yang Berhormat baca balik subseksyen (2) ini, dia memberi pengecualian mana-mana orang daripada keseluruhan. That means absolute exclusion daripada kuasa mengecualikan ini. So, kuasa itu quite mempunyai ruangan yang amat besar. So, kaedah-kaedah yang digunakan itu mesti terperinci dan mesti diketahui. Beri penjelasan, Yang Berhormat. Terima kasih.
Ya lah, maknanya selepas ini akta ini lulus, maka kaedah-kaedah ini akan ditentukanlah dan ia akan diguna pakai oleh Menteri- menteri selepas ini. Okey, baik. Kemudian yang lain-lain itu maknanya kalau ada perkara yang secara substantial-nya dia akan mengubahkan seksyen 9 ini maka kalau kita nak pinda, kita kena bawa balik ke Parlimen. Macam mana Yang Berhormat tanya pasal ini tadi? Saya pun lupa banyak. Ini berkenaan dengan banyak teknikal. 52 tadi, Yang Berhormat sebut macam mana tadi 52?
Ya, saya terangkan lagi sekali dengan izin, Yang Berhormat Menteri. 51 mengatakan pegawai kastam itu melaksanakan kewajipan jika tidak beruniformlah. Apabila dia diminta itu, dia boleh mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kad kuasa dia. Ini selaras dengan seksyen 8A Akta Kastam, saya dah rujuk dan memang betul. Akan tetapi subseksyen dua itu meletakkan exclusion clause di mana tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah. Bermaksud kita letak satu bahagian, satu kuasa mengatakan dia kena tunjuk kad bila dia tidak beruniform, ini penting. Bila dia tak beruniform, dia kena dimaklumkan siapa dia, kad kuasa dia dan sebagainya. Kita letak dekat sini tak ada kesalahan. You tak tunjuk pun tak apa. So why we have the first subseksyen satu? That’s a problem. Ini perlu dikaitkan dengan seksyen –sekejap ya Yang Berhormat. Banyak sangat ini. Seksyen yang mengatakan bahawa kalau seseorang itu tak memberi maklumat, dia boleh dihadapkan ke mahkamah. Ha ya, seksyen 29. Okey, fine.
Okey, lima ini betullah Yang Berhormat. Kita hendak memberikan perlindungan kepada orang ramai. Kalau Yang Berhormat tengok seksyen 5(1), dia tidak beruniform. Akan tetapi kalau dia diminta oleh members of the public untuk mengisytiharkan tetapi kalau dia mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang itu kad kuasanya, so okeylah. Akan tetapi di seksyen 52 itu pula kalau kita baca terus, kita hendak protect the public. Akan tetapi kalau orang itu tak pakai uniform, kemudian dia enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya atau lencananya apabila diminta berbuat demikian, so you don’t have to follow because we want to protect the public. Kan?
Bukan begitu interpretasinya Yang Berhormat Menteri. With due respect, yang bahagian dua ini actually memberi kuasa kepada pegawai kastam itu. Dia ada situation dia tak tunjuk pun tak apa, macam itu. Satu kata kena tunjuk, dua kata tak tunjuk pun tak apa, tak ada kesalahan.
Ya lah.
How to protect the public? How is that going to protect the public? The first one is protecting the public, the second one fail to protect the public.
No, if you read the second one. Jap, okey bagi orang awam tidak menjadi kesalahan kalau dia enggan mematuhi apa permintaan daripada Kastam yang tidak beruniform dan tidak menunjukkan dia punya kad.
Okey, if you read together with section 43 sub one.
Section 43 sub one?
Seksyen 43 sub satu.
[Ketawa] . I think we can go on forever. Section 43. No I think this section five, we are talking about yang tak ada pakai uniform. That’s all. Kalau pegawai kastam itu tidak beruniform. Okey? Different from section 43. Okey? Thank you. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kapar, saya minta boleh tak saya teruskan because panjang sangatlah. Saya pun dah lupalah Yang Berhormat. I promise you kalau if you give me, I will explain everything. Saya fikir memang Yang Berhormat perlukan kepada jawapan yang tepat dan bukan saya main tembak sahaja. Jadi saya minta, I seek your ...
Ya, saya hargai kejujuran Yang Berhormat Menteri. Fair, fair. That’s fair.
I think kalau untuk nak memperbaiki ini ...
I am asking very technical question, I do understand.
... kita perlu mendapat Yang Berhormat punya pertanyaan dan saya perlu memberi jawapan yang betul.
Okey, saya hargai. Thank you for your honesty. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih banyak-banyak. Ya, thank you very much. Kemudian Yang Berhormat Tanjong. Hang tanya apa Yang Berhormat Tanjong? Nanti sekejap, banyak kertas. Okey, okey. Yang Berhormat Pokok Sena bertanya. Yang Berhormat Pokok Sena, kita sebenarnya tidak ada sistem di mana apabila kita kutip hari ini, wang itu terus kita bagi kepada Kastam. Sudah tentu kutipannya itu mungkin tiga bulan sekali. Itu yang dimaksudkan ansuran, bermakna kita boleh menentukan. Ini kerana tidak mungkin kita boleh kutip hari- hari. Dia akan merupakan berpuluh ribu hotel yang kita perlu kutip. Jadi mungkin apa yang diperlukan ialah kita kutip tiga bulan sekali, dikumpulkan dan dihantar. Jadi sebab itulah dibenarkan kepada Ketua Pengarah untuk membuat ansuran, membenarkan bayar ansuran.
Tuan Pengerusi, minta maaf. Ini seronok dengan Menteri ini, dia siang galak, malam galak. Belah sana galak siang sahaja, malam tak galak. [Ketawa]
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa tak bolehlah hari ini kutip, hari ini pergi bagi. Betul tetapi saya faham di sini ini walaupun ada tempoh macam saya kata tadi, tempoh tetapi selepas itu kalau dia tak boleh bayar dalam tempoh itu pun dia akan diberikan ruang untuk bayar secara ansuran. Maknanya dia tak bayar sepenuh daripada apa yang dia pungut. Ini yang saya risau bahawa ini akan memberikan ruang untuk dia menggunakan wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk tujuan-tujuan kepentingan pelancongan.
Tuan Pengerusi, tujuan kita mengadakan Akta Cukai ini ialah untuk benar-benar kita dapat duit.
Jadi kita juga mesti pastikan supaya premis penginapan itu jangan tutup, jangan tergendala perniagaan dia. Sebab itu kita bagi kepada Ketua Pengarah, keringanan ataupun fleksibiliti di mana yang dia fikir perlu setelah mendengar kes ataupun perkara yang dibangkitkan, kita kena bagi Ketua Pengarah itu fleksibiliti untuk kalau sekiranya dalam kes yang betul-betul genuine, maknanya dia kutip, kemudian katalah berlaku sesuatu. Jadi dia tidak dapat membayar. Mungkin ada disabitkan oleh kerana perkara- perkara yang tertentu. Jadi kalau mengikut pandangan Ketua Pengarah itu, dia merasakan alasan itu adalah valid, boleh dibenarkan, maka kita bagilah kelonggaran kepada dia.
Kalau tidak yang pentingnya kita akhirnya mesti kutip duit. Jangan kita terus ambil satu tindakan yang akhirnya akan menutupkan premis itu. Itu bukan tujuan kita. Kita hendak supaya dia boleh akhirnya walaupun dia tersangkut bayaran, akhirnya dia akan boleh bayar. Kerana yang penting itu kita hendak duit itu. Jadi sebab itu Ketua Pengarah ini kita bagi kelonggaran dalam hal ini supaya dia ada budi bicara dalam kes- kes yang genuine tertentu, dia bolehlah memberikan kelonggaran daripada segi pembayaran mengikut ansuran. Yang Berhormat Tanjong berkenaan dengan daftar ini ya. Kita berhajat untuk mendaftarkan semua kerana untuk melaksanakan cukai pelancongan ini, kita tidak ada pilihan. Kita mesti cukai mereka. Tetapi kalau ada tempat-tempat yang haram, yang tidak diluluskan oleh perbandaran sebagai contoh, maka kita akan tangkap dia juga dan dia kenalah. Maknanya dia kenalah tunai syarat-syarat perbandaran supaya kita akan me- legalise dia supaya dia boleh membayar cukai. Kalau dia terus, jadi haram tidak mahu bayar, kita tutup teruslah. Jadi sememangnya kita mesti mendaftar setiap tempat yang menjadi bilik penginapan. Kita akan daftar semua. Yang mana yang dianggap haram kerana tidak mendapat kelulusan dan we have to stop them.. Perbandaran kena hentikan dia daripada berniaga. Kalau kita tangkap dia dan dia tidak berlesen, kita bawalah kepada pihak perbandaran, lesenkan dia, pastikan dia ikut syarat apa yang tertentu, kita lesenkan dia.
Pendaftaran ini boleh dianggap sebagai satu kebenaran secara tidak langsung untuk mereka terus beroperasi. Tapi pihak pengurusan kondominium, apartmen, mereka langsung tidak mahu aktiviti sebegini diwujudkan. Jadi ini akan menimbulkan satu konflik yang besar di antara pihak pengurusan dengan operator homestay atau ABMB. Jadi adakah ini akan menimbulkan satu kekeliruan jikalau dengan ada cukai ini, pelancongan dikenakan, semacam kita membenarkan dia terus beroperasi. Silakan.
Itu tindakan daripada pihak perbandaran lah, enforcement. Kalau Yang Berhormat kata satu perbandaran merasakan bahawa tidak sepatutnya di dalam apartmen itu diadakan, kalau itu merupakan syarat-syarat perbandaran berkenaan, makna perbandaran kena ambil tindakanlah ya. Jadi dia tidak bolehlah meniaga dan kalau dia tidak boleh meniaga, kita tidak bolehlah cukai dia. Jadi perbandaran kena buat enforcement. Jadi Tuan Pengerusi saya rasa saya telah menjawab, terima kasih banyak dan..
Macam mana dengan tempoh bercukai.
Ha.
Tempoh bercukai.
Tempoh?
Tempoh bercukai untuk GST. Selang 1 bulan, 2 bulan ini supaya tidak sama dengan tempoh itu.
Kita akan, kita serah pada Kastam. Apakah mekanisme yang mereka hendak guna, sama ada GST, cara GST kah, guna platform yang sama ataupun platform yang baru? Itu kita serah pada pihak Kastam ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Fasal-fasal 1 hingga 70 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato’ Razali bin Ibrahim) dan diluluskan]
Okey Yang Berhormat, kita hampir 5.00 pagi Yang Berhormat. Jangan kita salah sembahyang nanti.
[Ketawa]
5.00 pagi tidak lama sembahyang Subuh, jangan sembahyang Isyak pula.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 6 April 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.57 pagi]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Parlimen Bagan SeraiSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengemukakan usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 baru kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenai permohonan sekolah berasrama penuh (SBP) di Parlimen Bagan Serai dalam Daerah Kerian. Dalam keputusan SPM baru-baru ini di Daerah Kerian telah mencapai keputusan terbaik 2016 di negeri Perak dengan gred purata sekolah (GPS) adalah 4.91 mengatasi GPS negeri iaitu 5.17, dan GPS nasional 5.10. Daerah ini juga telah mendapat keputusan SPM terbaik di negeri Perak pada tahun 2013 dan 2015 walaupun pelajar-pelajar ini dari luar bandar yang serba kekurangan. Tahniah kepada warga pendidik di Daerah Kerian.
Dengan tagline “Kerian Excellence”, daerah ini berjaya melahirkan pelajar- pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, seiring dengan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik. Daerah Kerian tidak mempunyai walau satu pun SBP seperti yang terdapat di daerah lain. Pelajar cemerlang di daerah ini terpaksa membuat pilihan sukar untuk berhijrah ke daerah lain yang mempunyai SBP serta terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih. Daerah ini kehilangan anak-anak pintar selepas keputusan UPSR diumumkan setiap tahun.
Kewujudan SBP di daerah ini akan menarik lebih ramai masyarakat luar ke Bagan Serai dan bakal menyaksikan banyak peluang pekerjaan serta perniagaan di mana ia akan meningkatkan ekonomi rakyat di Parlimen Bagan Serai dalam Daerah Kerian. Kewujudan ini juga merupakan salah satu impian rakyat Bagan Serai yang saya rasa agak ketinggalan dari daerah lain yang mempunyai SBP. Besarlah harapan saya agar kementerian dapat menilai permintaan rakyat di Parlimen ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Bagan Serai dan memohon sekolah berasrama penuh (SBP) di Daerah Kerian, Parlimen Bagan Serai. Pada kesempatan ini, izinkan saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Sekolah berasrama penuh (SBP) diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti. SBP merupakan salah satu program di bawah KPM untuk menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara. Dasar pengoperasian SBP adalah seperti berikut:
(i) memastikan murid luar bandar daripada keluarga kurang berkemampuan yang berpotensi dari segi akademik mendapat pendidikan yang lebih sempurna dengan menyediakan sekurang-kurang 70 peratus tempat di SBP;
(ii) menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang kondusif bagi membolehkan murid mencapai tahap kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum;
(iii) melahirkan murid yang memiliki keperibadian unggul
(towering personality), iaitu berilmu, berkemahiran dan beretika mulia serta berketerampilan;
(iv) melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti; dan
(v) membina watak sekolah bercirikan kecemerlangan yang boleh dijadikan penanda saraan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tuan Yang di- Pertua, SBP dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 1957 apabila Penyata Razak telah memperakukan penubuhan enam buah SBP. SBP terus berkembang secara berperingkat-peringkat di seluruh negara. Perkembangan SBP ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi.
Setakat tahun ini, terdapat 69 buah SBP di seluruh negara termasuk tujuh buah di negeri Perak. SBP yang terdapat di negeri Perak ialah:
(i) The Malay College Kuala Kangsar;
(ii) Sekolah Tuanku Abdul Rahman;
(iii) Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah;
(iv) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan;
(v) Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh;
(vi) Sekolah Menengah Sains Tapah; dan
(vii) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Gopeng.
Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan Pertama (2016-2017), KPM telah memohon SBP baharu di Daerah Manjung, Perak dan telah diluluskan.
Walau bagaimanapun belum terdapat SBP yang beroperasi dalam Daerah Kerian, kawasan Parlimen Bagan Serai. Pada masa ini, SBP sedia ada mampu menampung keperluan permohonan kemasukan murid dari seluruh negara. Murid-murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3) yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan boleh diterima masuk di mana-mana 69 buah SBP yang terdapat di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, KPM sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi mengikut keperluan dan keutamaan sesuatu kawasan. KPM juga sentiasa memastikan kemudahan pendidikan yang disediakan adalah untuk semua kaum atau golongan masyarakat. Keutamaan kerajaan ialah membina sekolah kerajaan berdasarkan keperluan. Namun, dalam proses menyediakan pembinaan sesebuah sekolah, beberapa syarat yang telah digariskan oleh kerajaan perlu dipatuhi. Di samping itu, kemampuan kewangan negara juga diambil kira.
Pembinaan SBP adalah berdasarkan keperluan nasional. Buat masa ini KPM belum ada cadangan untuk membina sebuah SBP baharu di Daerah Kerian, Perak.
KPM lebih menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menaik taraf SBP yang sedia ada supaya dapat menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang kondusif dan sempurna. KPM akan memastikan semua sekolah mempunyai tahap infrastruktur minimum yang boleh diterima, disesuaikan dengan keperluan sekolah secara berkesan kos.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data pada 13 Mac 2017, penawaran kemasukan murid Tingkatan 1 ke SBP ialah sebanyak 13,138 yang melibatkan 6,574 murid perempuan dan 6,564 murid lelaki. Daripada jumlah tersebut, seramai 989 murid dari negeri Perak ditawarkan ke SBP dan 8.1 peratus daripadanya merupakan murid sekolah Daerah Kerian. Ini bermakna murid-murid Daerah Kerian turut diberi peluang melanjutkan pelajaran di SBP. Peratus tersebut adalah adil jika dibandingkan dengan 12 Pejabat Pendidikan Daerah di Perak dan 141 buah Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah atas pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Daerah Kerian yang disenaraikan dalam kedudukan terbaik di peringkat negeri Perak pada tahun 2016, meneruskan tradisi kecemerlangan pada tahun-tahun sebelumnya. Pencapaian tersebut membuktikan bahawa kecemerlangan akademik boleh dicapai walaupun murid berada di sekolah menengah harian biasa. KPM akan terus melaksanakan semua perancangan, strategi dan inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi meningkatkan pencapaian murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
KPM bertanggungjawab menyediakan guru terlatih yang cukup dan komited serta sentiasa diberi latihan peningkatan profesionalisme secara berterusan.
Pada masa yang sama, KPM menggalakkan kerjasama semua pihak dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi dan penguasaan akademik murid.
Sokongan padu daripada pihak PIBG dan komuniti termasuk pemimpin kerajaan telah banyak membantu dalam program-program kecemerlangan akademik sekolah.
Selain daripada peluang ke SBP, murid cemerlang UPSR di Daerah Kerian juga boleh memohon ke empat buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) Rancangan Khas Negeri yang menyediakan kemudahan asrama yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Antaranya SMK Raja Permaisuri Bainun.
Selain daripada itu JPN Perak juga mengadakan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) yang dikendalikan oleh JPN di sembilan buah sekolah menengah kebangsaan Daerah Kerian.
SMK Rancangan Khas Negeri, Kelas KRK dan kelas KAA diadakan untuk membantu murid-murid cemerlang UPSR yang tidak terpilih ke SBP. Murid-murid ini dipantau dan diberi perhatian khusus oleh JPN negeri. Warga Parit Buntar juga patut berbangga kerana SK Methodist Parit Buntar dalam Parlimen Bagan Serai tersenarai sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan (SKK). SKK ialah sekolah cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid secara holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri.
Tuan Yang di- Pertua, Kesimpulannya, pendidikan yang dilaksanakan di SBP terbukti dapat memenuhi matlamat meningkatkan peluang murid-murid dari kawasan luar bandar. SBP menyediakan 70 peratus tempat kepada murid luar bandar dan murid dari keluarga isi rumah B40 dari seluruh negara. KPM berpandangan bahawa SBP sedia ada di seluruh negara berupaya menyediakan peluang untuk murid-murid cemerlang melanjutkan pelajaran.
Oleh itu, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membina SBP baharu di setiap kawasan Parlimen termasuk Parlimen Bagan Serai. Pada masa hadapan, kerajaan akan mengkaji keperluan pembinaan SBP baharu berdasarkan kepentingan nasional bergantung kepada kelulusan agensi pusat dan kedudukan kewangan kerajaan. Sekian. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Rasional Pengeluaran EOT kepada PemajuSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah terma Perjanjian Jual-Beli (SPA), pemaju mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan pembinaan projek dalam tempoh yang ditetapkan dalam SPA, di mana pemaju hendaklah menyiapkan hartanah (landed property) dalam 24 bulan, 36 bulan untuk pangsapuri atau rumah berstrata dan serahkan milikan kosong (vacant possession) kepada pembeli rumah. Sekiranya pemaju gagal menyiapkan dan menyerahkan dalam tempoh ini, pemaju perlu bayar pampasan ataupun LAD kepada pembeli rumah atas kelewatannya. Begitu juga, jika pembeli rumah lewat membayar wang ansuran kepada pemaju, pembeli rumah juga hendak bayar pampasan kelewatan pada kadar 10 peratus setahun kepada pemaju juga.
Ini adalah apa yang termaktub dalam Undang-undang Housing Development
(Control and Licensing) Act. Di sini saya ingin tanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tentang pengeluaran kebenaran kelebihan masa ataupun extension of time (EOT) kepada pihak pemaju dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana telah mencetuskan ketidakpuasan ramai pembeli rumah yang menunggu LAD daripada pihak pemaju sehingga mereka mengambil tindakan mahkamah untuk mencabar keputusan Menteri yang meluluskan EOT kepada pemaju.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat yang menghadapi banyak soalan daripada pembeli rumah, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, berapa permohonan EOT diluluskan oleh Menteri dalam empat tahun yang lepas? Apakah nama projek, nama pemaju yang terima kelulusan EOT daripada kementerian? Apakah alasan dan keadaan setiap pemohon EOT dan juga tempoh dan syarat yang dikenakan oleh kementerian terhadap setiap permohonan EOT ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya berapakah permohonan EOT ditolak oleh kementerian? Apakah mekanisme yang menentukan sama ada suatu permohonan harus diluluskan ataupun ditolak. Memandangkan isu kelulusan EOT oleh Yang Berhormat Menteri telah menjadi isu yang kontroversi pada kebelakangan ini, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penerangan terhadap soalan- soalan yang saya bangkitkan. Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua, saya kadang-kadang tidak faham dengan Yang Berhormat Seputeh ini kerana soalan yang berkaitan dengan isu EOT ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri saya pada 3 April, kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Seremban.
Sekarang Yang Berhormat tanya saya lagi pada soalan yang sama yang telah pun didetailkan oleh Yang Berhormat Menteri pada 3 April. Soalan berbangkit daripada Yang Berhormat daripada kawasan Seremban. Akan tetapi tidak apalah, mungkin agaknya Yang Berhormat tidak berapa jelas agaknya atau tidak berapa faham agaknya.
Jadi hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat supaya selepas ini Yang Berhormat jangan tanya lagi kerana Yang Berhormat seharusnya faham dengan isu ini, ya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat daripada kawasan Seputeh, sebelumnya dia makluman, sesuai dengan jawab pada 31 April yang lalu.
Permohonan dan kelulusan-kelulusan bagi pindaan kepada Perjanjian Jual-Beli, Tuan Yang di-Pertua, bagi melanjutkan tempoh serahan milikan kosong dipertimbangkan berdasarkan kepada kuasa yang diberikan kepada Pengawal Perumahan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, Akta 118.
Dalam mempertimbangkan permohonan di bawah peruntukan ini, kementerian menilai beberapa perkara kerana terdapat enam persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam usul yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Saya ingin memaklumkan, kementerian menilai melalui kesusahan ataupun keadaan-keadaan khas permohonan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut. Ini perkara isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada soalan nombor empat, iaitu:
(i) satu kejadian bencana alam;
(ii) sekatan, halangan pemajuan;
(iii) skala projek yang dimajukan;
(iv) ketinggian bangunan yang dibina;
(v) ciri-ciri binaan;
(vi) saiz tapak pemajuan;
(vii) lokasi tapak projek;
(viii) pembinaan infrastruktur mengikut kehendak kebenaran merancang (KM); dan
(ix) lain-lain alasan teknikal yang berkaitan dengan pemajuan projek.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengawal Perumahan di bawah Perenggan 11(3) yang saya sebutkan tadi, boleh mengemukakan rayuan kepada Yang Berhormat Menteri KPKT dalam tempoh 14 hari iaitu selepas ia diberitahu mengenai keputusan yang dikeluarkan oleh Pengawal itu di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 [Akta 118] yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang Di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, soalan nombor satu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam usul tadi, kementerian telah pun menerima sebanyak 361 permohonan di bawah peruntukan 11(3), Peraturan 1989 [Akta 118] dari Jun 2014 sehinggalah pada bulan Februari 2017. Jadi Yang Berhormat jangan pula hendak tanya sebelum 2014. Saya beri 2014 hingga 2017 ini jumlahnya sudah sampai 361.
Daripada jumlah tersebut Tuan Yang di-Pertua, 291 permohonan telah diluluskan termasuklah 11 permohonan diluluskan bagi unit yang belum dijual sahaja dan satu permohonan diluluskan dengan syarat menandatangani perjanjian tambahan, enam kelulusan dengan syarat mendapat persetujuan pembeli dan satu kelulusan bersyarat memaklumkan pembeli. Apa pun Yang Berhormat, makluman perbincangan dan sebagainya dengan pembeli itu mesti diadakan. Selain daripada itu, baki 70 permohonan telah pun ditolak oleh pengawal ataupun timbalan pengawal perumahan.
Selain daripada itu, bagi tempoh yang sama pihak kementerian juga turut telah pun menerima 19 permohonan rayuan yang difailkan kepada Yang Berhormat Menteri KPKT di bawah Peraturan 12 bagi mempertimbangkan semula keputusan yang telah pun dibuat oleh Pengawal Perumahan. Mereka tidak puas hati, mereka boleh buat rayuan dalam tempoh 14 hari seperti yang saya sebutkan tadi kepada Yang Berhormat Menteri. Daripada jumlah tersebut Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 13 permohonan telah pun diluluskan termasuk tiga kelulusan bersyarat mendapatkan persetujuan pembeli dan tujuh kelulusan dengan syarat memaklumkan pembeli dan baki enam permohonan lagi telah ditolak oleh Yang Berhormat Menteri KPKT.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada kawasan Seputeh, saya hendak jelaskan ini supaya Yang Berhormat faham, ya. Jadi bila Yang Berhormat keluar daripada Kamar Khas ini, tidak ada lagi persoalan-persoalan yang memutar belitkan apa yang telah pun dinyatakan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri pada 3 April yang lalu tentang bagaimana EOT itu diberikan. Jadi saya hendak beritahu Yang Berhormat, kementerian tidak pernah mengabaikan kepentingan pembeli dalam mempertimbangkan permohonan bagi pemajuan yang telah pun dijual.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa menjadi keutamaan kepada kementerian untuk mendahulukan pembeli dengan menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju apabila mereka mahu membuat sebarang permohonan EOT. Syarat-syarat yang dikemukakan ini adalah bagi memastikan supaya pemaju mengambil tindakan sewajarnya dengan mencari jalan yang terbaik untuk pembeli bagi memastikan projek yang dibangunkan oleh pemaju yang berkenaan dapat disempurnakan tanpa menyebabkan projek itu menjadi projek terbengkalai dan akhirnya dapat diserahkan kepada pembeli dengan baik mengikut tempoh masa yang telah pun ditentukan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli yang berhormat juga, kriteria- kriteria yang diberikan adalah sebagai panduan untuk kita mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak pemaju. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan sesebuah pemajuan perumahan ia adalah sebenarnya lebih kompleks Yang Berhormat dan berbeza-berbeza di antara satu pemajuan dengan satu pemajuan yang lain. Ia tidak sama, ada masalah-masalah yang lain. It is first daripada satu pemajuan kepada pemajuan yang lain.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada soalan 6 yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Seputeh, apakah justifikasinya? Justifikasi berkaitan dengan kesusahan dan keadaan-keadaan khas yang telah pun saya sebut secara panjang lebar tadi yang dihadapi oleh pihak pemaju akan dijadikan sebagai satu mekanisme pertimbangan bagi sesuatu permohonan tersebut ditolak ataupun diluluskan, sama ada bersyarat atau tanpa syarat.
Dalam pada itu juga Tuan Yang di-Pertua, tempoh pemajuan projek di dalam Perjanjian Jual-Beli seragam tidak pernah dipinda sejak daripada tahun 1989, di mana projek-projek yang dijalankan pada tahun ini hanya melibatkan bangunan yang kurang daripada 20 tingkat yang mana ianya adalah berbeza dengan pemajuan yang ada pada masa sekarang yang melibatkan pembangunan yang melebihi 40 tingkat di samping mempunyai berbagai-bagai kemudahan dan keperluan dan banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak authority yang lain.
Jadi saya harap kalau Yang Berhormat tidak faham, nampak macam tidak faham, Yang Berhormat rujuklah kepada Hansard jawapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri pada 3 April kepada Yang Berhormat Seremban. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak cakap itu nama pemaju projek.
Ya, okey. Saya ada senarai ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seputeh suruh saya sebut satu-satu. Ada 291 ini, saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat dan jangan minta dalam tempoh 24 jam. Jadi saya boleh hantar kepada Yang Berhormat bila saya sudah siap senarai penuh dan lengkap supaya Yang Berhormat boleh gunakan fakta yang tepat ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Selepas ini Yang Berhormat Seputeh dengan Menteri, kopi. Kopi di luar sana, sembang-sembang. Okey, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 6 April 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.57 petang]