Dewan Rakyat · 8 August 2017
15th Parliament, session 5, meeting 2 · 601 turns · 55,685 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan mengapakah proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (SPLASH) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan krisis air di Lembah Klang terpaksa ditangguh sebanyak dua kali dan sehingga kini masih belum dapat dimeterai serta sejauh manakah tahap kerjasama kerajaan negeri bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Sungai Besar. Sebagai latar belakang Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu di bawah perjanjian utama telah ditandatangani pada 12 September 2014. Selain itu perjanjian tambahan kepada perjanjian utama telah ditandatangani pada 10 Julai 2015. Manakala perjanjian kemudahan, perjanjian pajakan, perjanjian penyelesaian dan perjanjian hak guna telah ditandatangani pada 8 September 2015. Melalui perjanjian-perjanjian ini, Air Selangor telah mengambil alih Puncak Niaga Sdn. Bhd., Konsortium ABASS Sdn. Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS). Walau bagaimanapun, antara obligasi yang masih belum dipenuhi oleh pihak Air Selangor di bawah perjanjian utama adalah pengambilan alih SPLASH dalam tempoh setahun daripada completion date iaitu selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2016. Dalam hubungan ini, pihak-pihak kepada perjanjian telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengambilan alih SPLASH ini kepada tempoh enam bulan iaitu pada 6 April 2017. Walau bagaimanapun, proses pengambilan SPLASH terpaksa ditangguhkan sekali lagi iaitu sehingga 5 Oktober 2017 berikutan kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menawarkan nilai pengambilan SPLASH. Dalam hal ini, Kerajaan Pusat bertindak sekadar sebagai pemudah cara di atas prinsip willing buyer willing seller. Berkenaan kerjasama Kerajaan Negeri bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan, Kerajaan Persekutuan sentiasa memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam proses rundingan antara kerajaan negeri dan SPLASH bagi memastikan obligasi Air Selangor di bawah perjanjian utama dipenuhi serta surat konsesi mendapat pampasan pada nilai yang sepatutnya. Dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan berhati-hati termasuk memastikan nilai pengambilan alih dan kaedah pembiayaan adalah wajar dan adil serta tidak akan membebankan atau menjejaskan imej Kerajaan Persekutuan serta kepentingan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga turut diberi masa sewajarnya untuk merundingkan pengambilan alih secara willing buyer willing seller, seperti saya katakan tadi dengan izin, dengan SPLASH dan Kerajaan Persekutuan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara.
Apakah implikasi yang wujud dari kelewatan pengambilalihan ini? Termasuk berkaitan dengan rizab air Lembah Klang. Sejauh manakah dakwaan Yang Berhormat Menteri Besar Selangor kerana Hansard sidang DUN menyatakan yang Kerajaan Pusat menekankan kerajaan negeri daripada segi kenaikan tarif air?
Tuan Yang di-Pertua, inilah perkara pokoknya. Oleh kerana Selangor gagal untuk – dengan izin, make an offer kepada SPLASH. Itulah tertangguh-tangguh dan implikasinya adalah banyak. Kerajaan Pusat sekadar sebagai pemudah cara, marriage counselor. Dia hendak kahwin SPLASH, tetapi dia tidak berani hendak name the price, you see. Dia tidak berani name the hantaran, bagus sahaja kahwin sendiri, kalau begitu. So, itu bukan sesuatu ayam jantan yang...
Bahasa Sabah ‘berian’.
Okey. Maka dalam perkara ini implikasinya banyak. Akan tetapi masa yang singkat seperti mana yang ditetapkan, maka banyak perjanjian konsesi tidak boleh ditamatkan. Lebih penting SPLASH dijangka berterusan mengurangkan pembayaran kepada sub kontraktor, kepada SYABAS hanya memberi 30 percent, empat percent sahaja daripada segi jumlah the novice kepada SPLASH. Dalam hal ini, maka subkontraktor-subkontraktor SYABAS hutang banyak dan ada implikasi kepada NRW, ada implikasi kepada peranan Kerajaan Pusat membantu dari segi capex dan seterusnya. Sampai pihak SYABAS pun tidak boleh bayar hutang kepada TNB dan seterusnya. Mengenai dengan margin seperti mana yang saya katakan tadi, margin sekadar adalah 2.75 percent. Berasaskan kepada perkara-perkara itu, jumlah projek yang terpaksa ditangguhkan adalah begitu banyak, hampir 700 lebih projek ditangguhkan.
Okey dari segi tuduhan bahawa Kerajaan Pusat memaksa meningkatkan tarif untuk di Selangor ini, ini sama sekali tidak betul. Sebab di dalam perkara ini dia pinjam duit Federal dia mesti show capacity to pay. Perlu mengeluarkan business plan dan business plan itu perlu mengandungi tarif yang perlu di kenakan. Kalau tidak macam mana dia boleh bayar kepada Kerajaan Pusat. Begitu penjelasan saya.
Ya Yang Berhormat Gombak. 30 saat Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam Dewan terhormat pada pagi ini...
Yang Berhormat kena soal Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.
Ya, sebelum saya soal saya kena jawab dulu Tuan Yang di-Pertua.
Silap tempat ni. Silap tempat.
Yang Berhormat Menteri ada mengatakan...
Kita terhad oleh masa Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri beritahu bahawa kita belum menawarkan satu nilai tentang pengambilan SPLASH. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat setuju bahawa Kerajaan Persekutuan sendiri melalui Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk melantik penilai bebas bagi menentukan nilai sebenar yang perlu dibayar kepada SPLASH. Sehingga hari ini, Jemaah Menteri melalui kementerian gagal memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor tentang apakah nilai yang telah ditentukan oleh Deloitte yang dilantik sendiri oleh Kerajaan Persekutuan.
Ya setakat itu sahaja Yang Berhormat Gombak.
Dan dalam surat...
Setakat itu sahaja Yang Berhormat Gombak.
Dan dalam surat KeTTHA– dengar...
Kita dalam MQT – MQT tidak boleh sambung.
Dalam surat KeTTHA bertarikh 26 Mei 2017, kementerian langsung tidak menyebut nilai yang telah ditentukan oleh Deloitte.
Setakat itu sahaja Yang Berhormat Gombak.
Apa yang disebut ialah kaedah bagaimana menentukan net book value itu sahaja.
Soalan.
Yang kedua...
Ya. Yang Berhormat Gombak setakat itu sahaja.
Jadi sekarang ini bukan soal kerajaan negeri tidak memberikan tawaran tetapi Kerajaan Persekutuan gagal mengemukakan satu nilai apakah yang ditetapkan oleh Deloitte yang...
Baik terima kasih Yang Berhormat.
Dilantik oleh Kerajaan Persekutuan.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Yang kedua Tuan Yang di- Pertua...
Sudah cukup Yang Berhormat Gombak. Kita dalam MQT Yang Berhormat tak boleh sudah.
Tentang tarif. Tarif bukan ditentukan oleh kerajaan negeri, ditentukan oleh SPAN. Kita akan kemukakan business model...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat masa sudah habis Yang Berhormat Gombak.
Ini untuk membiayai...
Menteri Besar bodoh!
Di DUN tak mahu jawab!
Sudah habis. Kita dalam MQT Yang Berhormat Gombak.
Duduklah wei Menteri Besar!
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Apa ni question time satu minit sahaja.
Cakap lah elok-elok.
Bodoh lah macam ini. Duduklah Menteri Besar ni. Apa lah.
Duduklah Yang Berhormat. Duduk lah.
Bagi lah peluang pada Speaker untuk bercakap.
Peraturan Dewan pun tidak tahu. Apa lah.
Ya, Yang Berhormat Gombak duduk Yang Berhormat Gombak. Sila Yang Berhormat Menteri.
Satu minit sahaja soalan.
Jangan takut...
Satu minit sahaja soalan. Duduk. Bodoh.
Sudah cukup. Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Kenapa takut dengar jawapan? Dengarlah dulu.
Tuan Yang di-Pertua, kalau negeri Selangor semua dipolitikkan. Ya. Jadi inilah masalah sukar air pun dipolitikkan, jadi inilah masalahnya. Okey. Mengenai dengan juru nilai dan penilaian harga itu, itu maklumat adalah privy kepada Kerajaan Pusat untuk sebagai reference price apabila you hendak offer kepada pihak SPLASH dan kami boleh mengatakan apa yang fair untuk harga. Jadi kita ada dua penilaian sebenarnya Rashid Hussain International bagi PAP dan Kementerian Kewangan dan bagi Kerajaan Pusat sekali lagi telah kita lantik internasional supaya kita ada reference price apabila negeri Selangor membuat offer. Tadi itu we are not obliged to inform you publicly. Itu adalah harga dalaman yang kami boleh tahu dan bukan juga susah hendak letak harga. Mahu cari harga...
Yang Berhormat Gombak. Duduk Yang Berhormat.
Share information...
Yang Berhormat Gombak. Sila duduk Yang Berhormat.
Dia patut kongsi maklumat untuk negeri Selangor.
Ini adalah annual report SPLASH, published annual report audited March boleh tengok di sana berapa total assets, berapa total liabilities minus the two you can have the value of the company. You don’t need a chartered the accountant even to read if you have economic cert.
Kerajaan Persekutuan decided to delay the whole process...
Jadi dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat saya tidak benarkan Yang Berhormat. Tidak boleh dalam sesi soal jawab Yang Berhormat Gombak.
Jadi lah ayam jantan make an offer kepada SPLASH dan kami akan katakan...
Tapi yang membiayainya adalah Kerajaan Persekutuan...
Dan kita akan fikir berapa banyak boleh bantu.
[Dewan riuh]
So, you have to tell us...
Berapa? Berapa yang kita boleh biaya? Make an offer…
Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat tidak boleh Yang Berhormat Gombak. Duduk.
Bukan kami yang akan finance yang akan finance ialah Kerajaan Persekutuan.
Cukup. Cukup Yang Berhormat Menteri. Cukup Yang Berhormat Gombak.
So you have to determine what is the right price.
You make offer. Willing buyers, willing sellers. Pihak Kerajaan Pusat akan menentukan berapa banyak harus bayar...
Dan sama ada harga itu akan membebankan rakyat...
Yang Berhormat Gombak minta duduk Yang Berhormat Gombak.
Tak jawab soalan lah tu.
2. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan pelancaran MRT II dari Semantan ke Kajang baru-baru ini mendapat sambutan para pengguna pengangkutan awam. Apakah perancangan Kementerian untuk memastikan pembangunan projek pengangkutan awam ini dapat menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang lancar, selesa dan mampu dibayar pengguna.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), urban public transport beberapa projek berimpak tinggi telah berjaya disiapkan seperti sumbangan projek sambungan laluan LRT dan juga pembukaan laluan MRT laluan Sungai Buloh–Kajang. Projek sambungan laluan LRT telah menaik taraf rangkaian LRT buat pertama kalinya sejak pembinaannya pada tahun 1948 dan seterusnya penggunaan bandar meraih manfaat daripada pembukaan laluan MRT Sungai Buloh–Kajang. Bersempena dengan pembukaan perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh– Kajang, perkhidmatan bas perantara MRT telah diperkenalkan kepada orang ramai. Berdasarkan konsep first and last mile connectivity, perkhidmatan bas perantara di sediakan untuk memudahkan pengguna MRT untuk berulang alik meliputi kawasan lima kilometer dari setiap stesen dan Rapid bas merupakan syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengoperasikan perkhidmatan bas perantara MRT ini dengan frekuensi optimum setiap sepuluh minit hingga 15 minit. So every 10 to 15 minutes you ada bas shuttle untuk membawa penumpang ke stesen-stesen MRT. Buat masa ini, 300 bas telah disediakan – the feeder buses dan perkhidmatan masanya daripada 5:30 pagi hingga 11:30 malam. So kita dapati perkhidmatan ini juga, ditambah baik dengan penggunaan Uber, teksi GrabCar dan juga teksi sama-sama meningkatkan perkhidmatan first and last mile. Tuan Yang di-Pertua, antara ciri istimewa bas perantara MRT termasuk tempat duduk untuk ibu dan kanak-kanak, tempat duduk keutamaan serta tempat duduk biasa. Bas ini juga mempunyai suatu kawasan khas untuk orang kurang upaya (OKU) serta loceng istimewa untuk orang OKU. Bas ini turut dilengkapi oleh kamera keselamatan (CCTV). Kapasiti bas pada sesuatu masa ialah 62 orang penumpang di mana 28 tempat duduk serta 34 yang berdiri. Sistem pembayaran tanpa tunai bersepadu Integrated Common Payment System (ICPS) untuk perkhidmatan train dan bas ke Kuala Lumpur, Lembah Klang yang kini sedang dibangunkan dan disasarkan bermula pada tahun 2019. Sekian terima kasih.
Saya difahamkan bahawa menjelang tahun 2020 akan ada lebih kurang 72 juta perjalanan setiap hari. Jadi apakah cabaran – bagaimana cara kita hendak tangani masalah ini? Mungkin salah satunya adalah dari segi tidak ada penyambungan ke negeri-negeri lain. Contohnya kalau di Selangor, Kajang ada Sungai Buloh ada tetapi ada perancangan tidak buat sehingga ke Terengganu? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi sistem pengangkutan awam kita telah pun mengadakan satu perancangan holistik bukan sahaja di Greater Kuala Lumpur juga termasuk di seluruh negara. Bagi Greater Kuala Lumpur, kita bukan sahaja ada monorel, LRT, kita tambah dengan MRT. Buat masa ini yang telah siap adalah LRT1, LRT2 dan LRT3 akan siap pada tahun 2020. MRT2 sedang dibina sekarang daripada Sungai Buloh ke Putrajaya, akan siap pada tahun 2021 hingga 2022. MRT3 juga sedang dalam perancangan juga akan kita siapkan daripada tahun 2025 hingga 2027. This is timeframe taken. Kita juga ada connectivity ke utara iaitu our double track KTM Komuter train, ke selatan kita ada double track juga ke Johor Bahru. Kita ada high speed rail by 2026 daripada Kuala Lumpur ke Singapore dan kita juga membina coastal highway, sedang dibina sekarang juga akan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Di Sabah, Sarawak juga ada perancangan, ada Pan Borneo Highway dan juga kita dalam perbincangan bersama dengan kerajaan negeri berhubung dengan pengangkutan rail. So, saya yakin sistem pengangkutan awam ini terutama sekali daripada Kuala Lumpur berhubung dengan pihak sebelah utara Perlis, Padang Besar dan kita sedang juga berbincang dengan pihak Thailand untuk meningkatkan perkhidmatan rel sampai ke Bangkok. So, ini semua adalah untuk berusaha untuk meningkatkan pengangkutan awam dalam negara kita, terima kasih.
3. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah usaha yang telah diambil oleh kementerian dalam menangani isu peminjam yang belum lagi dibenarkan membuat penggabungan pinjaman yang diambil ketika diploma dan kemudian di peringkat ijazah yang telah dikenakan CCRIS.
Tuan Yang di- Pertua, PTPTN telah membuat penambahbaikan ataupun menaik taraf sistem pinjaman kepada pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar diploma yang mengambil pinjaman kedua antaranya juga untuk diploma kepada program ijazah sarjana muda ataupun seterusnya dengan menggunakan proses penggabungan hutang-hutang mereka. Ini bermakna jika pinjaman diploma adalah RM15,000 dan pinjaman untuk ijazah RM21,000. Jadi jumlahnya RM36,000 kedua-duanya akan digabungkan menjadi satu pinjaman. Jadi pelajar-pelajar hanya perlu membayar pinjaman tersebut selepas enam bulan selepas tamat ijazah mereka ataupun tamat ijazah yang seterusnya. Oleh hal yang demikian, mereka tidak akan ada masalah lagi kerana penggabungan ini, mereka tidak akan ada masalah lagi dengan institusi kewangan, dengan Jabatan Imigresen ataupun tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Ia dilaksanakan dengan dua fasa, fasa pertama iaitu selepas 6 April 2016 dengan secara automatik dan juga fasa kedua 1 Ogos bulan ini di mana semua pinjaman- pinjaman diploma itu akan digabungkan dengan pinjaman selepas diploma secara automatik. PTPTN menggunakan pendekatan boleh bincang ataupun melancarkan #BolehBincang sejak Mac yang lalu. Semua isu berhubung dengan PTPTN boleh hubungi careline PTPTN jika ada dengan nombor 03-21933000. Sebenarnya melalui program penambahbaikan dan juga pendekatan boleh bincang PTPTN seramai 284,210 peminjam yang dahulunya disenaraihitam telah membayar balik keseluruhan pinjaman mereka.
Terima kasih Menteri dengan berita penggabungan ini dan berita boleh bincang ini sudah pastinya menggembirakan pelajar-pelajar dan juga rakyat. Soalan Bagan Serai seterusnya adalah apakah pencapaian usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan orang ramai kepada pinjaman untuk pendidikan melalui SSPN-i. Berapakah orang yang sudah mula menabung dan apakah sebenarnya keistimewaan-keistimewaan SSPN-i? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai kerana di samping penambahbaikan yang sedang dilaksanakan oleh PTPTN kita lihat juga kita hendak mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman sebenarnya, kepada keberhutangan rakyat.
Jadi PTPTN menganjurkan menggalakkan orang ramai untuk menabung melalui SSPN ataupun Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga kini di mana sehingga kini sehingga 31 Julai tahun ini SSPN telah mempunyai 3,700,691 akaun ataupun lebih tiga juta akaun orang yang menabung dengan deposit sebanyak RM2.846 bilion. Ini satu sambutan yang menggalakkan dan juga SSPN ini ada keistimewaannya kerana dividen yang diberi ialah lebih tinggi, lebih kompetitif dalam tiga peratus hingga 4.25 peratus berbanding dengan 1.5 peratus dan dua peratus simpanan bank biasa. Pelepasan taksiran cukai sebanyak RM6,000. Perlindungan takaful, simpanan yang dijamin kerajaan di samping mempunyai cabutan hadiah yang menarik seperti kereta BMW. Baru-baru ini dan juga hadiah sampai RM100 ribu. Oleh itu, seruan saya kepada semua Ahli Dewan juga rakyat Malaysia menabunglah dalam SSPN.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, sebab saya dimaklumkan bahawa PTPTN telah pun mengadakan pejabat mereka di KLIA. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah keberkesanan PTPTN membuka pejabat di KLIA dan sehingga hari ini berapakah jumlah kutipan yang telah dikutip di pejabat KLIA? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini ialah antara tindakan-tindakan yang telah diambil oleh PTPTN yang saya katakan tadi dengan menggunakan konsep boleh bincang. Di KLIA, kaunternya di buka 24 jam satu hari. Walaupun kaunter-kaunter lain tidak sebegitu tetapi kaunter di KLIA memang 24 jam satu hari – KLIA memang boleh. Saya tidak ada angka yang tepat apa yang telah diperolehi oleh PTPTN KLIA kerana itu digunakan kebanyakan mereka yang hendak keluar negara. Akan tetapi, saya sudah beritahu tadi bahawa melalui pendekatan penambahbaikan sistem dan juga penambahbaikan dan cara pendekatan PTPTN. Saya sudah beritahu angka tadi bahawa melalui ini kita lihat ramai peminjam sudah mula datang balik berbincang dengan PTPTN dan jumlah yang dahulunya dikatakan di senarai hitam tetapi sudah mula. Oleh sebab cara pendekatan yang lebih fleksibel mereka datang jumpa PTPTN. Saya angka tadi 284,210 peminjam yang dahulunya dikatakan senarai hitam telah membayar sepenuhnya bukannya bayar separuh-separuh. Membayar sepenuhnya hutang-hutang mereka dan inilah budaya yang positif di kalangan rakyat Malaysia. Di mana PTPTN, kalau kita lihat yang telah memberi pinjaman kepada 2.71 juta pelajar di seluruh negara yang telah mengutip tahun lalu RM3.4 bilion daripada target– nya RM2 bilion tahun ini insya-Allah. Oleh sebab rakyat sudah mula faham pendekatan yang berbeza. Insya-Allah kita akan dapat mengutip lebih RM4 bilion daripada peminjam- peminjam.
Setakat itu sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada pagi ini, [Waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah persediaan dan persiapan kementerian dalam menjayakan Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam negaraku Malaysia. [Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya mohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Parit bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Serdang juga bertarikh hari ini, 8 Ogos, kerana ia saling berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penganjuran Sukan SEA kali ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau Kuala Lumpur 2017, nama yang diberikan kepada kedua- dua temasya ini, kini berada di fasa terakhir. Kerja-kerja persiapan yang telah diatur dan dilaksanakan oleh 18 jawatankuasa kecil sedang giat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab mereka. Saya telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
pengelola yang terakhir pada 1 Ogos baru-baru ini dan laporan yang diterima daripada setiap jawatankuasa adalah amat memuaskan. Aspek-aspek penting seperti keselamatan, penginapan, makanan, pengangkutan, kemudahan, peralatan pertandingan, kawalan trafik, perubatan, kesihatan, anti doping, protokol dan sambutan sedang diberikan perhatian yang sangat serius. Dari segi keselamatan, jawatankuasa dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara sendiri telah menyediakan pelbagai langkah untuk menangani sebarang ancaman sekiranya berlaku. Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menubuhkan sebuah task force anti keganasan yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beberapa latihan amal yang dikenali sebagai ‘Ex-Rimau’ telah diadakan, termasuk di Langkawi dan Setiu. Malah, latihan terakhir telah diadakan pada 3 Ogos sambil disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Upacara perasmian temasya Sukan SEA ke-29 akan diadakan pada 19 Ogos. Manakala upacara penutup akan diadakan pada ambang merdeka 30 Ogos. Bagi temasya Para ASEAN ke-9 pula, upacara perasmian diadakan pada 17 September. Manakala, upacara penutupan akan di adakan pada 23 September. Saya sekali lagi ingin memanjangkan jemputan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk turut hadir menyaksikan upacara-upacara penting ini. Semua venue pertandingan telah pun disiapkan dan sekarang proses pelengkapan peralatan dan perhiasan sedang berlaku. Banyak venue telah pun digunakan untuk latihan oleh atlet- atlet kita. Bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan keadaan pertandingan. Tempat utama iaitu Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil telah pun diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan pada 22 Julai yang lepas setelah proses naik taraf dan penambahbaikan untuk Kuala Lumpur 2017 dan juga hari-hari mendatang. Kemudahan-kemudahan yang lain seperti Malaysia International Trade and Exhibition Center (MITEC) yang turut menempatkan pusat penyiaran antarabangsa dan pusat media utama akan disiapkan sepenuhnya dalam beberapa hari sahaja lagi. Empat dewan utama di Kuala Lumpur Convention Centre juga akan diubah untuk dijadikan venue pertandingan bagi enam jenis sukan. Venue-venue yang lain, termasuk dedicated venue, sedang melalui proses sentuhan terakhir sebelum menerima kunjungan atlet dari 11 negara Asia Tenggara bermula daripada 14 Ogos. Dari segi kepegawaian, semua urusan seperti urusan tempahan tiket penerbangan, persediaan makanan, penginapan dan perkara yang melibatkan penyertaan pegawai teknikal dari dalam dan luar negara sedang disempurnakan. Pihak- pihak yang terlibat dalam memberi pengalaman terbaik untuk tetamu-tetamu kita seperti Imigresen dan juga hotel sudah bersedia dan bersemangat untuk menunjukkan Malaysian hospitality kepada dunia. Ahli Yang Berhormat, Kuala Lumpur 2017 akan mendapatkan khidmat 13,000 sukarelawan iaitu 9,000 untuk Sukan SEA dan 4,000 untuk Sukan Para ASEAN. Semua sukarelawan ini perlu mengikuti dua fasa latihan melalui kursus-kursus umum seperti tugas dan tanggungjawab sukarelawan, aspek kenegaraan, semangat patriotisme, perhubungan awam, pembentukan diri dan sebagainya. Fasa kedua pula melibatkan latihan spesifik mengikut penugasan yang diberikan atau sukan-sukan yang telah mereka pilih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Belia dan Sukan terus mengalu-alukan penglibatan dari semua pihak bagi menjayakan larian obor sempena Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung dan sedang berlangsung pada bulan ini dan bulan depan. Larian obor ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, merentasi demografi bagi menyemarakkan semangat Kuala Lumpur 2017 di seluruh Malaysia. Mereka telah berdaftar di laman sesawang ‘www.kualalumpur2017.com.my’ pada bulan April yang lepas. Dari segi persediaan atlet, Program Kita Juara di bawah Majlis Sukan Negara telah memasuki fasa terakhir bermula April yang lepas. Jawatankuasa pemilihan atlet temasya Sukan SEA yang ditubuhkan oleh Majlis Olimpik Malaysia telah mengumumkan 874 orang atlet daripada 38 jenis sukan sebagai Ahli Kontinjen Negara. Mereka seterusnya akan bertanding dalam 398 acara yang akan dipertandingkan pada temasya Kuala Lumpur 2017. Kontinjen ini dibantu oleh 390 jurulatih, pengurus pasukan dan pegawai kontinjen yang menjadikan jumlah keseluruhan kontinjen negara seramai 1,264 orang
iaitu penyertaan terbesar kontinjen negara dalam sejarah penyertaan temasya Sukan SEA sejak tahun 1959. Beberapa program akan terus dilaksanakan menjelang temasya Kuala Lumpur 2017, seperti kem fasa akhir kontinjen Malaysia yang sedang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada 10 Ogos yang akan disempurnakan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ahli Yang Berhormat, penganjuran Kuala Lumpur 2017, adalah penganjuran temasya sukan besar yang pertama bagi Malaysia sejak Sukan SEA 2001. Oleh itu, saya bagi pihak jawatankuasa pengelola ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari kerajaan, swasta dan orang awam bagi memastikan Malaysia dapat menganjurkan temasya bertaraf dunia. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengajak semua Ahli Yang Berhormat untuk bangkit bersama bagi memastikan kelancaran Kuala Lumpur 2017, secara umumnya dan untuk sama-sama memberikan semangat kepada kontinjen Malaysia untuk muncul juara keseluruhan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjelaskan secara terperinci tentang persiapan Sukan SEA 2017. Tahniah Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah syarikat yang menaja sukan ini dan soalan yang semua rakyat Malaysia ingin tahu ialah apakah kontinjen Malaysia akan mengulangi kejayaan seperti mana Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2001 yang lalu? Di mana Malaysia merupakan juara keseluruhan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan, senarai penajaan yang telah pun kita terima daripada syarikat-syarikat swasta adalah sebanyak 41 syarikat yang telah tampil untuk memberi penajaan sama ada dalam bentuk tunai ataupun jumlah–– ataupun bentuk in- kind. Pada awalnya, iaitu Sekretariat Jawatankuasa Penganjuran Pengelolaan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (MASOC) telah meletakan sasaran RM80 juta untuk dikumpul ataupun sebagai sasaran bagi penajaan kali ini. Suka cita saya maklumkan kepada Dewan bahawa melalui usaha daripada semua pihak. Kita telah melepasi sasaran tersebut.
Setakat ini KL2017 telah berjaya untuk mendapat penajaan sebanyak RM100,285,360 iaitu jauh melebihi sasaran RM80 juta dan ini termasuklah syarikat- syarikat yang tergolong pada peringkat platinum dan sebagainya. Pada soalan yang kedua daripada Ahli Yang Berhormat, sudah pasti kita meletakkan sasaran daripada awal bahawa kita akan meletakkan sasaran iaitu muncul sebagai juara keseluruhan iaitu kita akan – [Tepuk] Insya-Allah kita mengulangi kejayaan pada tahun 2001, kali terakhir kita menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan 111 pingat emas. Berkenaan dengan sasaran pingat emas akan saya umumkan apabila kita ada penyerahan bendera daripada Yang di-Pertuan Agong kepada kontinjen Malaysia. Maka sasaran rasmi akan diumumkan pada hari tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah pada Yang Berhormat Menteri selaku Menteri Belia dan Sukan kerana telah menggambarkan bahawa Kuala Lumpur 2017 akan menjadi Sukan SEA yang paling meriah dan paling besar dalam sejarah Sukan SEA ini. Saya ingin bertanya dua perkara. Yang pertamanya mengenai penyertaan kontinjen Malaysia di dalam acara yang dikatakan sebanyak 398 acara berbanding dengan pada tahun 2015, saya rasa 329 acara. Jadi berdasarkan kepada peningkatan penyertaan atlet kita di dalam acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, adakah kerajaan walaupun Yang Berhormat Menteri menyatakan akan mengisytiharkan tetapi saya ingin bertanya adakah kerajaan ataupun Malaysia mencadangkan ataupun menyasarkan pencapaian melebihi daripada tahun 2009 di Korat iaitu 68 pingat emas. Walaupun dikatakan di Malaysia dulu 100 lebih. Jadi dengan penyertaan yang lebih banyak iaitu 398, adakah sasarannya melebihi daripada pencapaian yang dicapai oleh kita pada tahun-tahun sebelum daripada ini. Terima kasih.
Senarai atlet yang mengambil bahagian menunjukkan satu peningkatan dari segi penyertaan. Antaranya disebabkan oleh kerana kita menjadi tuan rumah. Maka ada beberapa sukan di mana kalau dahulu kita tidak ada penyertaan, kita mengisi tempat penyertaan tersebut. Tidak bermaksud bahawa semua yang menyertai ini ada sasaran untuk memenangi pingat. Ada kalanya kita menggunakan temasya Sukan SEA ini untuk memberi pendedahan kepada atlet pelapis kita yang mana mereka ini tidak mempunyai apa-apa sasaran buat masa ini. Akan tetapi mungkin untuk masa yang akan datang, mereka akan dapat bersaing untuk pingat tersebut dalam acara masing-masing dalam Sukan SEA yang akan datang. Sebab itulah walaupun kita meningkatkan dari segi jumlah penyertaan, kita juga harus realistik dengan sasaran yang diletakkan. Ada kalanya kita masuk atlet itu untuk sasaran menang dan juga kita buat keputusan untuk mendedahkan seramai mungkin atlet kali ini. Kalau sekiranya temasya itu berlangsung di negara lain, kita akan ambil kira faktor kos, faktor kelayakan dan sebagainya. Namun kali ini oleh kerana kita menjadi tuan rumah, ini adalah masa yang terbaik untuk kita bagi pendedahan kepada seramai mungkin yang layak dan seramai mungkin yang dapat kita senaraikan kali ini.
2. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan berapakah jumlah pinjaman dan geran projek bekalan air bersih yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pokok Sena. Jumlah pinjaman projek bekalan air bersih di bawah Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah dari tahun 2013 sehingga 2017 secara keseluruhannya ialah berjumlah RM857,585,000 dengan pecahan seperti berikut: (i) bekalan air Sik RM158 juta; (ii) menaik taraf Loji Rawatan Air Kulim Hi-Tech RM81.1 juta; (iii) pembinaan Loji Rawatan Pokok Sena di kawasan Yang Berhormat RM69.9 juta; (iv) kajian pembangunan Skim Bekalan Air Langkawi RM3 juta; (v) projek menaik taraf loji rawatan air berlubang RM200 juta; (vi) projek menaik taraf Loji Rawatan Air Jenun Baru RM113.5 juta; (vii) menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau RM86 juta; (viii) menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Limau RM100 juta dan; (ix) menaik taraf Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama RM46 juta. Pada masa itu juga, Kedah mendapat peruntukan geran berjumlah RM45 juta di bawah Pelan Tindakan Non-Revenue Water dengan izin NRW Kebangsaan 2017/2018.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan penjelasan. Satu jumlah yang besar yang telah pun diberikan kepada Kedah tetapi pengurusan air negeri Kedah failed bagi saya sehingga menjadi satu perbualan masyarakat, paip sudah pasang, kepala sudah taruk, air tak ada mari. Itu depa kata Benggali kata. Kerajaan Negeri Kedah Yang Berhormat hanya sekadar berbangga boleh bawa, hantar air dengan lori. Sedangkan kita bayar deposit air itu RM150 kepada SADA, kepada Syarikat Air Darul Aman ialah untuk mendapat bekalan air dalam paip. Bukan air daripada lori. Jadi sebab itu bagi saya bahawa ini merupakan, menunjukkan kelemahan pengurusan air, pengurusan pengagihan air, bukan masalah-masalah yang lain. Oleh sebab itu saya ingin dapat penjelasan daripada Yang Berhormat, sejauh mana pihak kerajaan, kementerian Yang Berhormat bila berikan pinjaman, geran dan sebagainya, sejauh mana pemantauan untuk memastikan supaya perbelanjaan mereka itu dapat memenuhi, mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan rakyat negeri Kedah. Umpama contoh saya kata tadi saya tidak dapat catit NRW...
Ringkaskan Yang Berhormat.
Peruntukan RM40 juta lebih kalau tidak silap saya. Sedangkan pada tahun 90-an, pada waktu itu kita mula mendapat NR, membelanjakan mengatasi masalah NRW ini. Pada waktu itu NRW ini hanya 28 peratus. Tapi kalau ikut yang terbaru yang dikeluarkan oleh Malaysian Water Industry Report 2015, kita masih lagi NRW 41 peratus daripada air yang dikeluarkan. Jadi maknanya begitu tinggi.
Cukup Yang Berhormat.
Menunjukkan bahawa kita tidak menyelesaikan kepada masalah yang sebenar. Jadi adakah pihak kerajaan betul- betul melihat, mengenal pasti apa masalah-masalah dalam air.
Yang Berhormat.
Saya hendak juga minta penjelasan daripada Yang Berhormat supaya dapat membuat satu...
Sudah panjang sangat Yang Berhormat.
Satu bentuk penyelarasan supaya jabatan-jabatan teknikal ini mestilah diketuai CEO nya oleh orang-orang teknikal, bukan daripada golongan pentadbir.
Ya, cukup Yang Berhormat.
Tapi apa yang berlaku di SADA ialah dia tidak diketuai daripada kumpulan-kumpulan teknikal. Jadi menyebabkan mereka tidak dapat mengenal pasti apa masalah sebenar. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Banyak perkara-perkara yang dibangkitkan itu. Hanya perkara pokok ialah pemantauan mengenai dengan peruntukan- peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat berjumlah RM857.8 juta. Sememangnya memang pemantauan dilakukan kerana setiap pinjaman itu melalui dengan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Dan ada KPI bagi Kementerian Kewangan memastikan supaya peruntukan tepat pada keperluan dan juga supaya digunakan sepenuhnya seperti tujuan asal. Cabaran di peringkat Kedah ini ialah keperluan untuk migrasi kepada Akta 655, tidak perlu rahsia dan setakat ini perkembangan adalah sudah sampai di peringkat terakhir. Mereka pada dasarnya setuju untuk migrate.
Dengan migration tersebut, maka capex misalnya, ia akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat. Akan tetapi saat ini, perbincangan peringkat terakhir, hutang keseluruhan— dan perkara yang selalu dibincangkan adalah mengenai hutang air negeri kepada Persekutuan sejumlah RM1.7 bilion. Ini biasalah halangan negeri hendak migrate. Dia kata boleh tetapi you must wipe off, dengan izin, saya punya pinjaman, hapus kira. Ini mengambil masa yang panjang. Setakat ini RM491 juta telah dipersetujui untuk ditransfer kepada Pusat kepada PAAB iaitu untuk ambil alih tetapi RM1.2 bilion masih dalam proses perundingan dengan pihak Kementerian Kewangan. Oleh sebab itulah program-program mitigasi perlu dijalankan sebelum full migration terjadi. Itulah, tidak juga benar bahawa terlampau— air dalam lori ini tidak terjadi setiap kali. Akan tetapi saya ambil maklum bahawa pada masa hari raya, sesi yang baru itu, sememangnya oleh kerana permintaan meningkat hampir lima enam kali, maka dalam pada itu...
Yang Berhormat, sampai sekarang, Yang Berhormat, air dalam lori, bukan masalah hari raya.
Tidak boleh Yang Berhormat.
Duduk Yang Berhormat Pokok Sena.
Baru ini di Jitra, di kawasan Sik, kawasan Pokok Sena berkekalan.
Adalah tetapi bukanlah secara besar-besaranlah.
Yang Berhormat Menteri tidak payah layan soalan dia.
Generator untuk Kulim Hi- Tech, Loji Air Kulim Hi-Tech orang curi. Sampai sekarang tidak diganti.
Yang Berhormat Pokok Sena, minta duduk Yang Berhormat.
Okey, nanti saya minta laporan terkini. Mengikut laporan yang saya terima ialah pada masa hari raya, pada waktu itu, hampir 13,000 terancam. Akan tetapi itu telah dibekalkan dengan air dalam lori. Hampir untuk keseluruhan...
Sewa lori lebih mahal daripada air.
Sebanyak 600 lori telah terlibat untuk membekalkan pada waktu itu. Juga, masalah di Kedah ini kerana migration belum sempurna. Maka NRW-nya adalah 47 percent. Jadi ini memang mempunyai cabaran yang begitu banyak sekali. Jumlah pengeluaran adalah 1.3 juta MLD. Akaun 559,000 meter pengguna sekadar 700 MLD tetapi NRW 600. So, ini yang sedang kita bantu melalui geran-geran yang tertentu. Terima kasih.
Ya, untuk makluman pelawat di atas galeri sana, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak membenarkan cara menyoal yang dibuat oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi itu. Sebab itu saya tegur. Ya, sila Yang Berhormat Sik. [Tepuk]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai rakyat Kedah, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah memberi peruntukan yang besar untuk bekalan air. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan lain-lain, ada lagi kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan air. Banyak tempat di Kedah termasuk di kawasan Parlimen saya, Parlimen Sik membuat telaga tiub. Satu projek yang menjadi... [Disampuk] Dengar dahulu, Yang Berhormat Pokok Sena.
Saya melawat kawasan Sik. Saya dah pi.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Satu projek ialah di Sekolah Menengah Agama Assiddiqiah Al-Islamiah di Kampung Padang Kerasak, Kuala Nerang yang mampu mengeluarkan 11,000 gelen air dalam tempoh sejam. Banyak itu, 11,000 gelen dalam masa sejam. Ini merupakan kadar tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kos pembiayaannya ialah RM85,000. Soalan saya kepada Menteri ialah, adakah pihak kementerian ada cadangan ataupun ada rancangan ataupun merancang untuk memberi dan mengeluarkan peruntukan untuk membina telaga tiub sebagai alternatif terbaik untuk mengatasi masalah bekalan air bersih bagi tempoh jangka pendek di kawasan yang menghadapi masalah bekalan air bersih? Terima kasih.
Ini soalan bagus.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seperti mana yang saya sentuhkan tadi, bekalan air Sik sebenarnya kita telah peruntukan pinjaman sebanyak RM158 juta. Mengenai dengan pembinaan telaga tiub, biasanya ini di bawah KKLW. Kita di KeTTHA kita regulate kawasan-kawasan pembekalan air secara reticulation, secara reticular. Namun begitu, nanti kita telitikan perkara yang dibangkitkan dan berbincang dengan KKLW kalau itu adalah asas...
Kena kementerian panggil.
Terima kasih.
3. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk membenarkan lori pengangkut bahan batu, tanah dan pasir mengguna dua treler, bukan menambahkan berat muatan yang boleh menyebabkan kerosakan jalan raya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada dasar yang sedia ada, pihak kementerian tiada halangan terhadap penggunaan kenderaan barangan jenis ‘B’ double atau dua treler, trak treler di dalam aktiviti pengangkutan muatan batu dan pasir di atas jalan raya. Ini kerana melalui penggunaan kenderaan tersebut, sememangnya ia akan dapat memberikan banyak faedah serta penjimatan kepada syarikat pengangkutan terutamanya dari aspek kos operasi dan berat keseluruhan muatan yang dapat dibawa bagi setiap perjalanan. Namun begitu, pembinaan dan kebenaran penggunaan kenderaan tersebut di atas jalan raya hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terutamanya dari segi aspek ukuran kenderaan, had berat muatan dan laluan yang digunakan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pengguna jalan raya. Saya juga pengguna lebuh raya. Saya melihat bahawa kenderaan-kenderaan yang membawa bahan batuan ini yang menggunakan jalan raya yang tidak seimbang berat muatan dengan kekuatan jalan raya. Misalnya di Pendang, treler panjang 30 tan, 40 tan berjalan atas jalan raya yang muatan beratnya kemampuan hanya 18 tan. Itu jalan luar bandar— 18 tan. Apakah kementerian membuat perbincangan dengan JKR untuk menentukan had muatan supaya bersesuaian dengan jalan yang digunakan? Misalnya kalau di Indonesia, jalan yang biasa digunakan kenderaan yang ringan, enam tayar. Dia punya tipper kecil. Kita tidak kisah. Kita 20 tayar bawa batu atas jalan yang hanya mampu bertahan 18 tan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pendang, memang telah pun dijelaskan tadi bahawa bukan semua kenderaan yang membawa berat muatan yang melebihi itu boleh memasuki semua jalan-jalan itu. Terutama sekali for B double, dia perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah JPJ untuk laluan-laluan yang tertentu termasuk dengan JKR. So, memang telah pun ada syarat- syaratnya untuk meluluskan B double ini. Bagi kenderaan-kenderaan muatan yang melebihi had-had yang tertentu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah garis panduan reka bentuk geometri jalan- jalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menetapkan bagi jalan di bawah kawalan bandar, urban standard adalah U6, U5, U4. Ini adalah urban standard. Bagi jalan di kawasan luar bandar iaitu R6, R5, R4 hingga R1A. Bagi jalan yang digunakan untuk trafik yang tinggi, standard adalah lebih tinggi. Saya hendak tegaskan di sini adalah bahawa bagi our federal highway, highway yang kita gunakan adalah U6. Memang Euro standard. Memang bagi berat muatan yang lebih, boleh menggunakan jalan-jalan yang kita ada. Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan bersama dengan Kementerian Kerja Raya telah membuat review kepada semua berat dengan muatan bagi lori-lori dalam negara kita iaitu bagi dua axle telah ditingkatkan dari 18 tan kepada 19 tan, bagi tiga axle daripada 26 tan kepada 27 tan dan bagi yang paling tinggi iaitu enam axle daripada 44 tan ditingkatkan kepada 50 tan.
So saya yakin dengan adanya review ini, pihak pemandu lori dapat mematuhi standard-standard yang telah pun kita tetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri, Jalan Bakun dibina dengan beratus-ratus juta ringgit, tetapi ketika ini rosak betul kerana diguna pakai oleh lori balak. Saya ingat 70 peratus oleh lori balak yang lebih muatan. Jadi tadi saya dengar kita tidak menghalang kenderaan-kenderaan. Jadi, pengguna jalan raya sekarang takut kerana kebanyakan jalan lori balak itu berjalan di tengah malam ataupun awal pagi. Jadi saya minta, apakah tindakan kementerian dalam usaha memastikan peraturan 100 peratus dipatuhi oleh pengguna lori balak yang tidak sepatutnya menggunakan jalan yang diguna pakai oleh commercial road dan mereka ini tidak ada lesen ataupun lori yang tiada road tax. Yang Berhormat Menteri, tolong jawab soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Memang JPJ adalah sebagai satu agensi penguat kuasa dan juga SPAD sama-sama memantau semua kenderaan terutamanya lori yang membawa berat muatan yang lebih akan dikenakan kompaun dan juga disaman di mahkamah. Kita tahu bahawa kita akan memastikan sesuatu jalan yang dibenarkan terutamanya Yang Berhormat Hulu Rajang katakan lori balak menggunakan jalan-jalan yang tidak diluruskan. Ini saya yakin pihak penguat kuasa boleh menguatkuasakan dan juga memastikan bahawa lori-lori tersebut mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Penalti telah pun ditingkatkan daripada semasa ke semasa untuk memastikan jalan kita dapat dalam keadaan yang terbaik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi? Penting, Sarawak dan Sabah.
Cukuplah Yang Berhormat.
4. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang telah diambil Malaysia untuk meyakinkan dunia bahawa perladangan sawit kita adalah mapan dan tidak merosakkan hutan hujan semula jadi negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kedah, komitmen Kerajaan Malaysia terhadap kemapanan minyak sawit dapat dilihat melalui pelaksanaan mandatori skim pensijilan minyak sawit mapan Malaysia, Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) pada 31 Disember 2019. MSPO menitikberatkan elemen kemapanan yang merangkumi aspek perlindungan alam sekitar, sumber asli, kepelbagaian bio dan pemuliharaan perkhidmatan ekosistem. Seluruh rantaian bekalan industri sawit Malaysia akan terlibat dengan pensijilan mandatori ini. Pelaksanaan skim mandatori pensijilan MSPO akan dibuat melalui tiga fasa seperti berikut; (i) Fasa 1 pada 31 Disember 2018 bagi ladang dan kilang sawit yang mempunyai pensijilan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO); (ii) Fasa 2 pada 30 Jun 2019 bagi ladang dan kilang sawit yang tidak mempunyai pensijilan RSPO; dan (iii) Fasa 3 pada 31 Disember 2019 bagi pekebun kecil sawit. Secara rumusannya, menjelang tahun 2020, seluruh industri sawit Malaysia akan dipersijilkan dengan pensijilan MSPO. Semua produk sawit yang dihasilkan oleh Malaysia adalah daripada sumber yang mapan. Tuan Yang di-Pertua, selain itu Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuniti bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) akan meneruskan aktiviti promosi ke arah meningkatkan kesedaran dan penerimaan MSPO oleh negara-negara pengimport utama. Selain daripada aktiviti publisiti dan penjenamaan minyak sawit Malaysia di bawah rangka MSPO, lain-lain langkah yang akan dilaksanakan secara berterusan termasuk; (i) taklimat mengenai MSPO semasa misi promosi dan teknikal minyak sawit ke negara-negara pengimport utama; (ii) sesi konsultasi dengan kedutaan negara-negara pengimport utama sawit di Kuala Lumpur bagi menjelaskan MSPO dan aspek kemapanan industri sawit negara; (iii) mengaturkan lawatan oleh Ahli-ahli Parlimen Kesatuan Eropah, para pengimport utama dan wakil media dari luar negara untuk melihat pembangunan sawit negara; (iv) kerjasama dengan lain-lain badan pensijilan antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan MSPO;
(v) menjalankan semakan prinsip dan kriteria MSPO agar ia mencerminkan prinsip-prinsip kemapanan yang diterima pakai di peringkat antarabangsa; dan (vi) meneruskan sesi taklimat dan dialog khusus sepanjang tahun 2017 di dalam dan luar negara. Selain itu, aktiviti promosi berkaitan minyak sawit mapan Malaysia juga sedang giat dijalankan merangkumi program seminar perdagangan, persidangan dan mesyuarat bersama pihak berkepentingan dari negara pengimport minyak sawit Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu deforestation ataupun kerosakan hutan hujan semula jadi kita ini isu besar dan disebut di banyak tempat seperti National Geographic dan lain-lain lagi. Pada saya, yang perlu kita lakukan sekarang selain daripada melakukan apa yang telah kita lakukan ialah untuk menonjolkan identiti kita. Ini kerana masyarakat luar di sana iaitu di Eropah dan di US, mereka tidak faham apa maksud MSPO dan lain-lain lagi. Selagi kita tidak tunjukkan identiti kita yang bahawa kita sangat menjaga hutan kita, bahawa kita berbeza dengan jiran kita Indonesia, maka selagi itulah masalah ini akan berterusan. Misalnya, laporan daripada NASA menyebutkan bahawa penyebab sawit Malaysia merosakkan hutan kerana berlaku pembakaran setiap tahun atau slash and burn yang mana ia tidak benar kerana itu di Indonesia. Jadi soalan saya ialah apakah pihak kerajaan bersedia untuk melakukan inisiatif bersungguh-sungguh mempromosikan identiti Malaysia dalam penjagaan hutan yang cemerlang dan bahawa kita menjaga hutan kita serta menggalakkan segala NGO yang bercakap tentang kepentingan hutan dan alam semula jadi ini ditonjolkan di persada antarabangsa supaya dapat difahami dan dikenali oleh semua masyarakat antarabangsa. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang hasrat kerajaan adalah untuk memastikan bahawa apa juga dasar ataupun pelaksanaan-pelaksanaan dasar yang telah dibuat diuar-uarkan di seluruh negara supaya ia dapat difahami dan boleh dinikmati oleh mereka yang tidak faham tentang masalah yang dihadapi di Malaysia. Sebenarnya di Malaysia, kita berterima kasih kepada kerajaan sebab sehingga hari ini ialah di Malaysia, 55.5 peratus daripada tanah kita masih lagi ada hutan simpan. Jadi, ini sebetulnya dasar kerajaan ialah tidak kurang daripada 50 peratus tanah di Malaysia ini mesti masih lagi di bawah hutan simpan. Juga sebenarnya bagi hutan simpan dicampur dengan ladang-ladang kelapa sawit yang telah juga ditanam dengan pokok-pokok hijau, sebenarnya 60 peratus daripada muka bumi di Malaysia ini. Jadi ini adalah satu rekod yang begitu baik yang harus difahami oleh negara-negara luar dan juga difahami oleh NGO-NGO yang sentiasa berkata kata-kata yang kurang baik tentang deforestation di Malaysia. Sekian, terima kasih
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat yakin sebenarnya dengan usaha daripada kementerian dan juga komitmen yang telah diberikan untuk memastikan bahawa isu-isu berkaitan dengan pembukaan banyak ladang sawit dan juga alam sekitar ini dapat diatasi dengan baik oleh pihak kementerian. Namun, ada beberapa isu sebenarnya yang masih lagi menjadi permasalahan kepada pekebun-pekebun kecil kita. Saya nak bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian menyediakan apa-apa bantuan atau dana bagi membantu para peneroka atau pekebun- pekebun kecil ini yang juga menghadapi masalah berkaitan dengan ancaman bencana iaitu serangan ulat bungkus yang berlaku di FELDA Soeharto dan juga di FELDA Lurah Bilut baru-baru ini. Adakah pihak kementerian mengadakan kerjasama dengan mana- mana agensi seperti MPOB untuk mencari pakar dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan serangan ulat bungkus ini dan mungkin menggunakan teknologi-teknologi yang dapat mengekang situasi seperti ini berlaku pada masa akan datang kerana ini juga merupakan isu melibatkan menjaga kepentingan kualiti buah kelapa sawit itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Kerajaan sentiasa melalui MPOB, berusaha sedaya upaya memastikan kepentingan- kepentingan peladang-peladang kecil ataupun pekebun-pekebun kecil diberi perhatian.
Jadi tentang berhubung dengan gejala-gejala yang dihadapi oleh pekebun- pekebun kecil seperti makhluk perosak, sebenarnya ini bukan sahaja di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tetapi juga di bawah Jabatan Pertanian ataupun Kementerian Pertanian. Jadi kedua-duanya akan bekerja keras untuk memastikan apa juga gejala yang berlaku yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil akan diatasi dengan segera. Terima kasih.
5. Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha-usaha BERNAS sebagai pengimport beras tunggal untuk membantu kementerian dan pesawah-pesawah meningkatkan hasil padi dan apakah usaha seterusnya Kementerian untuk merealisasikan Gelombang Tani Nasional.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai telah bertanyakan berkenaan dengan peranan BERNAS sebagai pengimport beras tunggal untuk membantu kementerian dan pesawah-pesawah meningkatkan hasil padi mereka dan bahagian kedua pertanyaannya ialah apakah usaha seterusnya kementerian untuk merealisasikan Gelombang Tani Nasional. Saya jawab bahagian kedua iaitu usaha kementerian untuk merealisasikan Gelombang Tani Nasional dahulu. Gelombang Tani Nasional telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dengan tujuan untuk mengubah minda, sikap para petani kita yang ada pada hari ini kerana kita dapati bahawa kalau dengan sikap dan minda yang ada pada hari ini petani tidak akan maju sebagaimana yang kita harapkan. Kita nak melihat, saya terpaksa bagi syarahan sedikit iaitu kita nak melihat petani-petani tidak ketinggalan apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang dianggarkan pendapatan per kapita ialah RM48,000 setahun, lebih kurang RM4,000 sebulan. Pendapatan petani pada hari ini sama ada petani padi ataupun sayur-sayuran, kebun-kebun dan juga penternak ataupun nelayan rata-rata di bawah RM2,000 sebulan. Bermaknanya, jauh lagi sasaran yang kita nak capai supaya petani juga menikmati sebuah negara Malaysia yang maju dan berpendapatan seperti mana yang disasarkan. Dengan sebab itulah makanya, kita nak melihat petani berubah. Berubah meningkatkan produktiviti mereka, keberhasilan mereka. Umpamanya kalau petani padi pada hari ini menghasilkan hasil lebih kurang lima metrik tan per hektar, memberikan pendapatan sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Maka kalau kita hendak meningkatkan pendapatan mereka, ekonomi mereka maka produktiviti ini perlu digandakan menjadi 10 metrik tan. Meningkat produktiviti bermakna meningkat pendapatan petani itu. Ini dia punya konsep kempen Gelombang Tani ini yang tidak mahu mereka ketinggalan. Jadi kita lakukan satu kempen yang seterusnya selepas pelancaran. Kita akan mengadakan kempen di peringkat bawah di kawasan-kawasan seperti di KETARA telah pun kita lakukan dan selain daripada itu di Sungai Manik dan kita akan teruskan. Telah pun kita lakukan di Kota Belud, di Kemasin Semarak dan seterusnya kawasan pertanian KADA di Pulau Pinang dan juga Barat Laut Selangor. Jadualnya sudah kita aturkan. Akan tetapi saya bagi juga penegasan kepada pegawai-pegawai Kementerian Pertanian. Kesedaran sahaja tidak cukup. Mereka ini perlu diperkasakan dengan ilmu, dengan kemahiran yang sesuai yang diperlukan untuk menjadi petani yang produktif, yang berdaya saing. Selepas kempen ini dilakukan atau semasa kempen ini dilakukan, pengisiannya kita akan menunjuk ajar dan juga mengharapkan mereka akan mengamalkan segala kemahiran dan juga pengetahuan menjadi petani moden yang mengamalkan amalan-amalan pertanian yang baik. Itu jawapan berhubung dengan Gelombang Tani Nasional. Lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita ingin melihat petani bukan sahaja dapat menghasilkan produktiviti mereka, kita ingin melihat mereka menjadi usahawan tani. Usahawan yang terlibat bukan saja dalam production, pengeluaran mereka mesti terlibat dalam downstream, aktiviti-aktiviti downstream, upstream termasuklah pemprosesan, pemasaran, pengangkutan dan juga pasaran eksport kepada barang- barang yang dikeluarkan oleh mereka. Barang-barang ini, hasil pertanian ini kualitinya
perlu ditingkatkan supaya sampai ke tahap yang boleh diterima oleh pasaran global, pasaran luar negara. Jauh perjalanan untuk mengubah nasib petani kita ini. Jadi dengan sebab itu semua pihak kena main peranan, bukan saja petani, MOA, jabatan-jabatan kerajaan, kita juga mengharapkan wakil rakyat berkempen, menunjuk ajar dan juga persatuan- persatuan seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan negeri. Saya selalu berpesan mereka adalah menjadi satu bentuk kepimpinan yang memimpin petani-petani. Tidak cukup PPK hanya melakukan aktiviti perniagaan dan menunjukkan keuntungan. Peranan PPK lebih daripada itu iaitu untuk membangunkan masyarakat petani supaya mereka sendiri boleh bela nasib mereka sendiri. PPK yang menguntungkan selalu RM500,000 dan RM700,000 setahun untuk diberikan dan diagihkan kepada ahli yang beribu-ribu itu tidak mampu untuk mengangkat martabat atau status ekonomi petani.
Hanya petani itu sahaja yang boleh mengangkat martabat, status ekonomi mereka. Mereka boleh lakukan kalau mereka mempunyai daya saing, produktiviti yang tinggi. Jadi dengan sebab itu peranan perlu dimainkan oleh semua pihak dan terutama sekali petani perlu menerima perubahan ini. Kalau petani tidak menerima apa juga yang kita lakukan akan tinggallah begitu tidak mencapai matlamat yang kita harapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil dekat sini satu Dewan Majlis yang sangat penting untuk saya menyatakan GLC-GLC kerajaan, syarikat-syarikat kerajaan yang besar-besar perlu memainkan peranan kerana mereka mempunyai resources, sumber-sumber kewangan, hubungan di luar negara dan berbagai-bagai-bagai kekuatan yang boleh digembleng untuk membantu petani-petani membangunkan produktiviti, membangunkan produk mereka, membantu dari segi pemasaran di luar negara. Petani- petani kecil ini, usahawan kecil ini hanya boleh maju ke peringkat global, peringkat eksport kalau sekiranya dibantu oleh syarikat-syarikat kerajaan, GLC’s. Jadi kita berkempen, kita menyeru kepada GLC’s bantulah, bangunkanlah petani-petani ini kerana mereka ini akan hanya mampu kalau sekiranya ada pertolongan daripada syarikat-syarikat besar kerajaan. Petani di kampung seperti Kampung Gajah tempat saya, tidak ada akses kepada pasaran eksport. Mereka tidak ada orang-orang di luar negara sana yang boleh menolong memajukan produk mereka dan memasarkan produk mereka di luar. Akan tetapi kalau syarikat seperti Sime Darby, syarikat seperti yang lain-lain di bawah Khazanah boleh membantu. Saya rasa ini dapat dilakukan. Perubahan besar mesti dilakukan sebab kita ingin melihat petani kita juga menjadi seperti petani di negara Korea, Taiwan dan negara-negara lain. Kalau produk pertanian daripada negara lain boleh dipasarkan di negara kita ini sebab kualitinya baik dan juga mempunyai rangkaian pemasaran yang begitu luas, kita juga sepatutnya memasarkan produk kita ke luar negara. Hanya dengan itu kita akan mewujudkan kekayaan baru kepada kaum petani dan masyarakat di luar bandar. Ini penting saya tegaskan, GLC-GLC jangan sibuk hanya untuk menunjukkan keuntungan. [Disampuk] Ya, ini syarahan sedikit. Ya, tapi bukan politik. This is economic agenda Tuan Yang di-Pertua. Economic agenda for our people, rural people, farmers. There is no politics here. So, you nobody should be cynical. Okay, number two berkenaan dengan peranan BERNAS membantu petani. BERNAS ini telah diberikan konsesi, monopoli import ya, dan kita mengharapkan mereka membantu. Saya dapati BERNAS membantu dari segi menjamin bekalan yang cukup supaya petani ataupun rakyat Malaysia tidak kekurangan bekalan beras. Ini makanan ruji, perlu cukup. So, BERNAS memainkan peranan membekalkan bekalan beras yang cukup setiap masa dan juga membantu memastikan kalau sekiranya padi-padi yang dihasilkan tidak dibeli oleh kilang swasta, BERNAS beli dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. This is a very important role, crucial role Tuan Yang di-Pertua. Kalau orang tidak mahu beli umpamanya pada masa krisis bila ini. Krisis beras 1997, banyak pengilang- pengilang swasta ini yang hanya memikirkan keuntungan pada masa itu tidak hendak beli padi kita, padi petani. BERNAS kena beli. Kalau tidak petani-petani akan kehilangan pendapatan mereka. So ada jugalah peranan BERNAS, tetapi ada lagi yang perlu dilakukan. Saya telah menuntut banyak kali, BERNAS bangunlah, sedarlah, kita beri keistimewaan ini jangan lupa, jangan terlepas pandang ya. Kita tahu mereka untung banyak, untung besar jangan lupa kepada obligasi tanggungjawab mereka kepada petani.
Mereka kena sedar kerana apa sebenarnya peluang keemasan ini patut kita beri kepada petani. It should go to the NAFAS with the members about 800,000 farmers dengan izin, so whatever profit that they can make it should have gone to the farmers all through their koperasi, all through their association. Dia orang pun boleh juga import beras. Akan tetapi kerajaan kita telah buat keputusan beri kepada BERNAS. Okay, you make money, it’s okay but don’t forget the farmers. Without the farmers no BERNAS, without the buyers, tidak ada pembeli beras tidak ada BERNAS dalam konteks ini. Jadi saya– I am balanced. Pada masa yang sama saya sokong BERNAS, pada masa yang sama saya juga menuntut BERNAS untuk memainkan peranan mereka membela nasib petani dan juga masyarakat pengguna. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu pencerahan yang sangat jelas dan penekanan kepada GLC khususnya BERNAS untuk membantu lebih lagi kepada pesawah-pesawah. Bukan sahaja di tempat Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi juga di Bagan Serai. Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kerajaan sudah bagi banyak sudah, daripada RMKe-1 hingga RMKe-11 telah banyak membantu pesawah-pesawah dari pelbagai aspek untuk tingkatkan pendapatan. Walau bagaimanapun, masih lagi tahap sara diri atau SSL ini sangat rendah dan Malaysia lagi 30 peratus masih mengimport beras daripada Vietnam, Thailand, Filipina dan sebagainya. Saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian kerana berjaya mewujudkan Gelombang Tani Nasional 2017 ataupun GTN2017 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 15 April hari itu. Soalan saya adakah usaha yang berprinsipkan NBOS ini akan diteruskan di ke semua jelapang padi? Keduanya adakah KPI akan diwujudkan untuk review pencapaian. Semua agensi-agensi dan juga sukarelawan-sukarelawan yang mana telah turun menyingsing lengan membantu pesawah-pesawah, petani-petani untuk memperkasakan sikap untuk meningkatkan hasil tanaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini Gelombang Tani tidak cukup hanya bergotong royong. Saya bagi tahu, tidak cukup sahaja bergotong royong, cuci parit, tebas rumput, jalan-jalan sawah, that’s not what I meant by Gelombang Tani. Jangan bagi tahniah cepat sangat. [Ketawa] Tahniah, tahniah cepat sangat. Kita hendak lebih daripada itu ya. So, saya sudah bagi tahu pegawai- pegawai, ya very open, it’s okay. Self-criticism you know, muhasabah diri baru kita boleh maju. Kalau kita dok depend-depend dan jadi defensif you tidak boleh maju. Itu saya punya pendirian, prinsip saya. Saya bagi tahu it’s good to start dengan gotong-royong, bersihkan parit, bersihkan jalan-jalan sawah but we need more than that. Kita hendak supaya sebagaimana yang saya terangkan tadi kita hendak memperkasakan petani. Kita hendak lihat petani boleh mengeluarkan hasil yang lebih banyak lagi, pendapatan dia lebih banyak lagi. Soal NBOS ini, kalau boleh kita lakukan tetapi setakat ini kita minta GLC, NBOS lah GLC. Suruh FELDA buat integrated apa? Integrasi bela lembu dalam kawasan ladang FELDA tidak hendak buat. Why? Sebab dia orang hendak kerja senang. Sawit senang kerja, ya tidak? Potong sawit, jual sawit dapat untung. So FELDA ini pun hendak kena bagi tahu juga. Sime Darby pun begitu. They have such a big plantation, ratusan ribu. Kawasan kelapa sawit di mana lembu boleh diternak, tidak hendak ternak. Cuba bagi sokongan, NBOS dengan pengusaha-pengusaha penternak kita yang sederhana, yang kecil ini, di kampung-kampung ini. Benarkan ladang-ladang mereka itu dan mereka bagi pula bantuan modal. There we can see more penternak- penternak kita yang boleh berjaya kerana mereka ada duit, boleh bantu. Ini harapkan pengusaha-pengusaha kecil ini struggling untuk hendak membangunkan perusahaan mereka sama ada menternak ataupun menternak ikan atau hendak buat dusun dan sebagainya.
So, di sini Tuan Yang di-Pertua, we have to call upon these people, GLC-GLC kita ini. Ingat kepada rakyat, ingat kepada golongan luar bandar, ingat kepada petani. Saya geram juga kadang-kadang tengok perangai ini. Habis itu buat projek besar-besar. Beli hotel sana sini. Hal rakyat, petani tidak mahu. Betul tidak? No, I take responsibility for making this statement. I don’t care. I fight for the people, for the rakyat. [Tepuk] Ini macam mana kita hendak melahirkan petani-petani seperti petani Korea, Taiwan, petani di negara-negara maju kalau tidak ada resources yang cukup besar untuk
membangunkan mereka. Betul atau tidak? Macam mana? Geram juga. Terima kasihlah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan Persatuan Pengeluar Mihun Malaysia sukar mendapat beras hancur import dari BERNAS yang menyebabkan mereka sukar membekalkan mihun untuk pasaran. Saya ingin tahu mengapakah BERNAS tidak memenuhi permintaan untuk beras hancur yang diminta oleh persatuan khususnya pengusaha-pengusaha mihun ini. Minta penjelasan. Terima kasih.
Beras hancur. Saya pun tidak ada mendapat maklumat lagi berhubung dengan kekurangan bekalan beras hancur ini. Tidak apa, saya akan check dengan BERNAS, kenapa. Mungkin kalau import ini tidak berapa untung kot, jadi tidak payahlah import. Terima kasih.
6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) apakah justifikasi cadangan pihak kementerian untuk menyelaraskan SPM berdasarkan standard pendidikan di Eropah; dan (b) kesediaan pendidik dan murid dalam mengaplikasikan standard pendidikan Eropah di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Lembaga Peperiksaan telah menyelaras mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran 1119 – Bahasa Inggeris sahaja dengan kerjasama Universiti Cambridge berdasarkan standard pendidikan di Eropah. Pendidikan Bahasa Inggeris telah dijajarkan dengan standard piawaian antarabangsa, Common European Framework Reference for Languages dengan izin melibatkan bidang kurikulum, pentaksiran dan latihan guru Bahasa Inggeris. Kesediaan guru dalam mengaplikasikan standard pendidikan Eropah di Malaysia dapat dilihat melalui Program Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT) dan usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Cambridge English (CE). Kesediaan murid dikenal pasti melalui program Highly Immersive Program (HIP). Murid didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran yang dapat menyokong pembelajaran Bahasa Inggeris murid di sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab atas jawapan tersebut. Saya sebagai salah seorang pelajar yang pernah menjalani peperiksaan 1119 itu merasakan adalah penting bagi kita menyeragamkan standard khususnya berkait dengan standard Eropah. Persoalan saya kemudiannya, Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan pada Mac tahun ini bahawa kementerian bercadang mengkaji setiap subjek SPM untuk mengenal pasti kelemahan dan juga keupayaan pelajar yang menjawab soalan-soalan higher order thinking skills atau HOTS Question, Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana wujudnya kejatuhan jumlah pelajar yang mendapat A berbanding dengan tahun sebelum-sebelumnya. Persoalan saya, bolehkah kementerian berkongsi hasil daripada kajian ini termasuklah sebab-sebab utama kenapa kita memperlihatkan lebih kurang 68,000 pelajar SPM yang gagal bagi tahun 2014 tetapi kenaikannya sehingga 93 peratus menjelang 2016. Jadi kadar yang gagal itu semakin naik sementara yang mendapat A tidaklah menunjukkan peningkatan yang ketara. Kalau boleh Yang Berhormat kongsikan, saya hargai. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Memang benar Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan pada bulan Mac tentang kajian secara terperinci mengenai pencapaian mata pelajaran SPM secara purata dengan menggunakan konsep KBAT ataupun HOTS. Kajian ini dilakukan secara berterusan dan kita memberi penekanan kepada mata pelajaran-mata pelajaran wajib seperti Bahasa Melayu dan juga Matematik. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian ini bukan ditetapkan pada satu
masa spesifik. Ia berterusan dan kita menilai dari tahun ke tahun. Ada mata pelajaran yang mana pencapaiannya agak meningkat, manakala ada juga mata pelajaran yang mana ada kejatuhan. Contoh mata pelajaran yang mengalami kejatuhan ialah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sains. Ini merupakan mata pelajaran yang meningkat prestasi, Yang Berhormat. Mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Pendidikan Moral mencatatkan penurunan ini. Maka, kaedahnya ialah untuk memastikan penekanan kaedah penggunaan KBAT. Bermula daripada apabila pelajar-pelajar itu mula masuk Tingkatan Satu dan apabila mereka melalui peperiksaan PT3, Yang Berhormat, kita juga telah melaksanakan. Contoh, bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah tidak lagi peperiksaan bertulis. Ia menggunakan kaedah yang mana pelajar-pelajar ini akan membuat pencarian ataupun kajian dan disertakan sebagai folio. Ini di antara kaedah-kaedah yang telah kita kenal pasti supaya pelajar-pelajar ini akan ada inisiatif untuk melakukan kajian dan pemikiran KBAT. Ini di antara cara-cara kita untuk meningkatkan prestasi. Saya pasti dalam beberapa tahun lagi, mungkin dalam peperiksaan SPM tahun ini, pencapaiannya akan lebih baik dan kita akan terus memantau supaya lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memang ramai yang mengalu-alukan penyelarasan Program LINUS ini. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah proses pemilihan guru- guru latihan ini ke arah untuk mencemerlangkan lagi program yang telah dirancang ini dan bagaimana kementerian memastikan bahawa keberkesanan untuk mengelak keciciran pelajar-pelajar dalam pengajian arus perdana pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih atas komitmen dan juga kepercayaan Yang Berhormat tentang kaedah-kaedah yang telah kita laksanakan. Yang Berhormat meminta dua subjek. LINUS dan juga rancangan. Untuk makluman Yang Berhormat, maklumat terperinci tidak ada pada saya sekarang. Saya boleh beri maklumat terperinci tetapi bagaimana kita membuat analisis atas kejayaan program-program ini. Yang Berhormat, antaranya ialah kita membuat analisis persendirian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri terhadap pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran LINUS. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk Program HIP ini sendiri, Yang Berhormat, kita mempunyai guru yang berjaya melaksanakan program ini dan kita akan terus memastikan guru-guru dilatih untuk mereka dapat meneruskan dan membantu anak-anak kita dalam mendapat pencapaian yang cemerlang. Pemilihan sekolah ini berdasarkan kepada keperluan sekolah sendiri. Sekolah- sekolah akan memohon berdasarkan kepada keperluan mereka dan program-program pula akan dilaksanakan seperti mana yang diperlukan oleh sekolah. Kita tidak akan memaksa sekolah itu melaksanakan program sedemikian tetapi sekolah boleh membuat penilaian sendiri dan penilaian sendiri itu mereka akan memilih cara-cara program ini dapat dilaksanakan. Ini kerana bagi kita yang penting ialah pelaksanaan ini sampai kepada anak-anak kita di sekolah dan kita akan terus memantau. Untuk maklumat tambahan, saya akan berkongsi dengan Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) kejayaan yang telah dicapai sejak tertubuhnya Eastern Sabah Security Command (ESSCOM); dan (b) berapakah jumlah kes tangkapan ke atas penjenayah yang masuk ke perairan dan sempadan negara melalui jalan-jalan tikus terutama sekali oleh kumpulan militan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina yang ingin bersembunyi di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua... Sekarang musim tengkujuh, Saya jawab Yang Berhormat Putatan nombor tujuh.
Tuan Yang di-Pertua, ESSCOM telah mengukir pelbagai kejayaan sejak penubuhan ESSCOM. Antara kejayaan utama adalah apabila ESSCOM berjaya menghalang sebarang pencerobohan kali kedua oleh kumpulan penjenayah dari Selatan Filipina sesuai dengan objektif penubuhannya. Sepanjang empat tahun penubuhan ESSCOM, ESSCOM juga telah berjaya menggagalkan 13 cubaan culik di perairan Pantai Timur Sabah. Pada tahun 2016 pula menyaksikan kejayaan ESSCOM dalam mengambil langkah ofensif dengan melakukan penyamaran di atas bot nelayan semasa Op Coral. Kesan daripada itu pasukan keselamatan PGA iaitu Tiger Platoon telah berjaya menembak mati tiga anggota kumpulan Abu Sayyaf iaitu kumpulan kidnap for ransom dan berjaya menangkap dua orang penjenayah ketika melakukan penculikan pada 8 Disember 2016 di perairan Pulau Pom Pom. Sejak kejadian itu, tidak ada lagi kes penculikan yang dilaporkan berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Sabah. Selain daripada tindakan-tindakan yang diambil oleh ESSCOM melalui atur gerak pasukan keselamatan dan atur gerak aset sempadan negara Bahagian Perisikan ESSCOM dan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 turut mengadakan kerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina dalam membanteras isu- isu keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah. Antara tindakan yang diambil melalui kerjasama ini adalah perkongsian risikan dan coordinated patrolling oleh pasukan keselamatan dari kedua-kedua negara iaitu Malaysia dan juga Filipina. Hasil daripada kerjasama ini sebahagian besar penjenayah rentas sempadan berjaya dihapuskan. Oleh yang demikian keadaan di sempadan perairan Pantai Timur Sabah pada ketika ini adalah terkawal. Namun, ESSCOM sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan Yang Berhormat Putatan yang kedua, ESSCOM telah berjaya menangkap sebanyak 1,005 orang pesalah yang terdiri daripada warga tempatan dan PATI sejak bulan Januari sehingga bulan Jun 2017 melalui operasi bersepadu (OB). OB merupakan operasi yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penguat kuasa seperti Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Imigresen Sabah, Jabatan Kastam, Jabatan Perikanan dan agensi-agensi yang lain. Pesalah bagi kesalahan-kesalahan terbabit ditangkap kerana melanggar akta-akta, Akta Imigresen, Akta Kastam, MSO, Akta Perikanan 1985, Akta Kawalan Bekalan, Enakmen Perhutanan, Akta Dadah Berbahaya, Akta Bahan Letupan, Akta Polis, Akta SPRM, ATIPSOM 2007, Farmasi, Akta Senjata Api, Enakmen Hidupan Liar dan juga Kanun Keseksaan. Sehingga kini semua pendatang tanpa izin yang ditangkap dikenal pasti bukan mereka yang terlibat dengan kumpulan militan dari Malaysia, Indonesia dan juga Filipina. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang begitu jelas dan bagi pihak rakyat Sabah terutama sekali yang duduk di sebelah Pantai Timur jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional bersungguh- sungguh untuk menyelesaikan masalah di perairan Pantai Timur Sabah melalui ESSCOM. Kita juga melihat jelas bahawa tidak ada lagi kes-kes penculikan yang mana diuar-uarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang Berhormat Menteri, selain daripada soalan yang Menteri bagi tadi memang begitu baik sekali kepada telinga masyarakat Sabah ya. Jadi selain daripada NBOS yang dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui kerjasama dengan Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan jabatan-jabatan perhutanan dan jabatan-jabatan lain, itu tahniahlah. Akan tetapi yang tidak begitu jelas Yang Berhormat Menteri, sejauh mana pihak Menteri ini memperkasakan atau memantapkan hubungan antara masyarakat-masyarakat perkampungan di perairan Pantai Timur Sabah? Adakah pihak Menteri ambil tindakan dan langkah-langkah yang mana akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kita, pihak keselamatan supaya orang- orang yang kononnya lari dari Marawi masuk ke Sabah ini tidak lagi menjadi isu oleh pihak pembangkang, bermakna— penyusupan di perairan kita? Adakah pihak Menteri telah pun melaksanakan tindakan yang begitu jelas kepada masyarakat-masyarakat yang duduk terutama sekali kawasan Beluran? Terima kasih.
Dia penghujung itu, fasal takut ditegur Speaker dia sebut Beluran.
[Dewan ketawa]
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan ini. Saya hendak menjawab ini banyak tapi saya jawab hanya satu sahaja iaitu berhubung dengan apa yang Menteri buat ya. Lain-lain ini ESSCOM telah laksanakan terus dari semasa ke semasa hubungan dengan orang ramai melalui JKKK,
melalui penduduk-penduduk tempatan yang dibuat. Kita ada banyak program yang kita buat termasuklah pembinaan semula rumah air dan sebagainya. Akan tetapi apa yang Menteri buat ini ialah melibatkan semua pihak untuk menjaga keselamatan. Contohnya ialah dengan melantik semua Ahli Parlimen menjadi Kolonel Terhormat Angkatan Pertahanan Awam. Kita juga melantik, dalam proses ya tapi kalau Yang Berhormat boleh tolong itu yang terbagus di kawasan ESSCOM supaya semua sekali pengerusi-pengerusi JKKK dimasukkan sebagai anggota Pertahanan Awam. Mereka dibagi pangkat Leftenan Muda, Second Lieutenant untuk pengerusi- pengerusi JKKK dan bawah itu berjawatan masing-masing. Jadi kerjasama untuk menyelesaikan masalah keselamatan mestilah rakyat dan kerajaan. Rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional berpisah tiada. Macam itulah lebih kurangnya ya iaitu supaya kita menggembleng tenaga supaya rakyat bersama. Keduanya fasal Marawi Yang Berhormat, Marawi sekarang ini apa yang berlaku ialah tentera telah memberi tekanan habis-habisan dan kita ada lebih daripada 200 roadblocks untuk pergi ke kawasan itu. Jadi orang hendak masuk pun tak boleh, orang hendak keluar pun tidak boleh. Jadi itu kedudukannya, jadi kita tidak perlu bimbang kata ada orang yang akan datang ke sini ataupun tidak. Ini melalui kerjasama perisikan, perkongsian perisikan yang kita buat dengan Kerajaan Filipina kita telah dapat mengawal perkara ini. Dalam minggu lepas saya telah bagi jawapan berhubung dengan tali barut. Sebenarnya itu bukan tali barut, Yang Berhormat. Itu adalah wanted list atau orang yang dikehendaki. Kita telah keluarkan wanted list atau orang yang dikehendaki yang pertama. Kemudian, kita ada wanted list yang kedua dan yang kedua ini setelah kita selesaikan tinggal 16 orang. Jadi wanted list yang pertama sebanyak 23 orang, jadi 11 orang telah pun diselesaikan. Diselesaikannya ialah termasuk ditangkap, dipenjarakan dan juga ditembak mati. Kemudian kita masuk wanted list yang kedua iaitu 12 campur enam jadi 18, juga telah diselesaikan. Kita tinggal 16 orang lagi. Dua orang telah pun ditangkap. Ini hendak menunjukkan bahawa ESSCOM buat kerja tapi kita tidak bagi publisiti sebab ini benda-benda yang melibatkan keselamatan tetapi hasil daripada yang kita buat itu keadaannya terkawal. Terima kasih. Semoga Yang Berhormat sebutkan tadi ini merupakan satu keseronokan bagi telinga-telinga orang Sabah, bukan orang Sabah sahaja seluruh rakyat Malaysia melihat ini ialah usaha kerajaan yang cukup hebat. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang telah menyebutkan dalam jawapan beliau melantik Ahli-ahli Parlimen memperkasakan mereka sebagai Kolonel Kehormat. Terima kasih banyak tetapi saya sedar mereka hanya berpangkat kolonel tapi you empowered them dengan baju, they don’t have the experience. Pengalaman untuk bagaimana dapatkan maklumat, bagaimana untuk membolosi pihak-pihak anasir yang jahat ini sama ada dari segi kuasa mereka mengarah mana-mana pihak ataupun tidak.
Persoalan dia, saya hendak tanya ini, dia janji agak lama, yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berapa batalion yang telah pun diluluskan untuk diwujudkan, mempertahankan kawasan Pantai Timur Sabah ini. Setakat ini, saya tidak nampak pun berapa batalion yang telah pun dilahirkan, yang saya nampak beli bot. Bot pun tidak berjalan. Bila saya berada di Semporna, saya nampak bot, banyak bot tetapi bila saya tanya kenapa bot tidak jalan, minyak tidak cukup. Dua hari yang lalu saya di Pitas, saya pergi Kota Marudu, saya lalu di persisiran pantai, show of force is not there. Ia berhampiran dengan Kudat, Pitas dan di situ tidak jauh daripada Palawan. Show of force saya nampak rondaan, saya tahu kita tak perlu uar-uarkan tentang keselamatan tetapi show of force must be there. Dari segi keadaan perairan saya nampak nelayan dengan bot kecilnya. Jadi, saya hendak tanya ini dari segi janji yang telah pun diumumkan, berapa batalion? Saya hendak tanya juga, saya harap yang ini cadangan saya, kalaupun batalion-batalion ini diwujudkan, ambillah anak-anak tempatan daripada Sabah, daripada Pantai Timur yang tahu kepulauan ini. Janganlah ambil daripada negeri Kedah, Sungai Petani yang mungkin tidak tahu tempat di mana, siapa dia, tidak tahu tempat dia, yang saya takut itu kalau kita ambil daripada Sungai Petani, besok nanti jadi postal voters. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua, jawab berpantun dulu ya.
Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula. Yang Berhormat bekas Menteri Pertahanan, Yang Berhormat tahu perkara ini, bahawa kita telah buat bersungguh-sungguh. Cumanya, bila Yang Berhormat bertanya sekarang ini, kalau sekiranya jawapan itu datang daripada satu mulut, ia tidak menggambarkan keseluruhan ESSCOM. Katalah mungkin Yang Berhormat tertanya sesiapa di pangkalan, jadi bukan daripada anggota ESSCOM ataupun daripada agensi yang bersama dengan ESSCOM. Tidak mungkin benda itu berlaku, kalau Yang Berhormat benda itu berlaku, Yang Berhormat tahu bahawa saya jaga bahagian tersebut, Yang Berhormat boleh SMS saya, saya ingat nombor telefon kita masih tidak berubah, Yang Berhormat SMS saya beritahu bahawa orang cakap tidak cukup minyak. Ini sebab, walaupun Yang Berhormat parti berlainan tetapi jiwa dan semua rakyat Malaysia, jiwa sayang kepada negara ini cukup luar biasa, semua orang tak berbelah bahagi. Jadi, Yang Berhormat boleh bagi maklumat. Tidak cukup minyak, saya ingat tidak timbul perkara itu sebab kita terus mengadakan rondaan, melaksanakan tugas dan sebagainya. Tentang berapa batalion telah diluluskan, ini Yang Berhormat akan dilaksanakan mengikut apa yang telah dijanjikan. Sudah pasti Kementerian Pertahanan akan menjawab pertanyaan dengan baik dan sudah pasti sebagai bagi pihak kerajaan, saya akan panjangkan pertanyaan ini kepada Kementerian Pertahanan. Akan tetapi dari segi tugas yang besar ialah hendak pastikan supaya ESSCOM sendiri, sebagai satu entiti itu dapat menjaga kawasan keselamatan dengan baik. Kemudian yang keduanya berhubung dengan kononnya orang Sungai Petani tidak boleh menjaga kawasan, itu Yang Berhormat maksud. Orang Sungai Petani itu wakil PKR, tidak boleh jaga. Ya, saya ingat dia mungkin tidak boleh jaga tetapi orang Arau boleh jaga kawasan ESSCOM dengan baik Yang Berhormat. Itu jawapannya, terima kasih.
8. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat] Minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan perancangan dan perlaksanaan menjadikan institusi keluarga sebagai pusat persekolahan pertama dan utama bagi menjamin fenomena 'kelarai sesat taja' dapat dielakkan dalam permulaan pendidikan dan pembangunan anak-anak.
Ya, tengah hari nanti ada jamuan durian, Yang Berhormat Batu Pahat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, institusi keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat dan negara. Oleh sebab yang demikian, permulaan perkembangan dan pendidikan anak- anak seharusnya bermula daripada rumah melalui pendidikan tidak formal. Peranan ibu bapa dalam melihat potensi dan perkembangan anak-anak amat penting bagi mengelak fenomena ‘kelarai sesat taja’ iaitu satu pekerjaan yang telah salah sejak awal lagi. Bahasa yang agak kami semua tidak tahu mula-mulanya apa meaning-nya. Dalam usaha menjadikan institusi keluarga sebagai pusat persekolahan utama dan pertama bagi pendidikan dan pembangunan anak-anak, kementerian melihat peranan dan kemahiran keibubapaan perlu dimantapkan agar hasrat melihat institusi keluarga berupaya melahirkan generasi yang berkualiti tercapai. Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah membangun dan melaksanakan beberapa modul pendidikan keibubapaan - Pakej Kasih seperti modul kebapaan - Pancaran Kasih, modul keibubapaan dan anak kecil - Belaian Kasih dan modul keibubapaan dan anak remaja - Mutiara Kasih. Pengisian modul-modul tersebut disampaikan melalui pelbagai siri Kursus Ilmu Keluarga @ LPPKN yang disasarkan kepada ibu bapa. Melalui kursus tersebut, ibu bapa didedahkan kepada aspek pertumbuhan dan perkembangan anak, teknik dan kemahiran keibubapaan ke arah memaksimumkan potensi anak serta penerapan nilai-nilai murni di samping membina hubungan erat antara ibu bapa dan anak. Selain itu, bagi ibu bapa yang bekerja, modul dan kursus Parenting @ Work dilaksanakan di tempat kerja bagi mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga. Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) yang dijalankan, nilai murni yang diterapkan ibu bapa kepada generasi muda pada hari ini di dalam kajian penduduk keluarga Malaysia yang kelima didapati telah menunjukkan peningkatan ketara berbanding kajian sebelumnya. Bagi suami - bapa, penerapan nilai hormat
menghormati antara anak-anak remaja didapati meningkat daripada 19.2 peratus tahun 2004 kepada 58.4 peratus pada tahun 2014. Nilai taat kepada suruhan tuhan pula meningkat dari 35.6 peratus pada tahun 2004 kepada 52.5 peratus pada tahun 2014. Nilai-nilai lain seperti berilmu dan berdisiplin juga meningkat masing-masing dengan 25.8 peratus dan 11.0 peratus pada tahun 2004 kepada 41.2 peratus dan 33.9 peratus pada tahun 2014. Bagi isteri - ibu pula, penerapan nilai hormat-menghormati terhadap anak-anak remaja pula didapati meningkat dari 23.7 peratus pada tahun 2004 kepada 57.6 peratus pada tahun 2014. Nilai taat kepada suruhan tuhan juga meningkat dari 22 peratus kepada 48.4 peratus. Di samping itu, nilai-nilai seperti berilmu dan berdisiplin turut meningkat masing- masing dengan 22.9 peratus dan 19.3 peratus kepada 44.1 peratus dan 29.4 peratus pada tahun 204. Selain itu, aktiviti remaja bersama keluarga dalam laporan kajian tersebut, pada tahun 2014 juga menunjukkan majoriti remaja kita meluangkan masa berbual-bual - 88.2 peratus, menonton televisyen - 79.6 peratus, makan bersama keluarga setiap hari - 79.1 peratus. Didapati juga separuh daripada remaja kita menyatakan mereka melancong, bercuti dan menghadiri majlis keraian bersama sekeluarga sekali dalam tempoh beberapa bulan. Peningkatan penerapan nilai kekeluargaan tidak hanya tertumpu kepada penemuan Laporan KPKM semata-mata. Ia juga dibuktikan melalui Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia, melalui kajian terbaru iaitu IKK 2016, Indeks Kesejahteraan Keluarga yang dicatatkan ialah 7.33 pada skor maksimum 10. Meskipun catatan indeks keseluruhan berada pada tahap sederhana, namun domain seperti keluarga, peranan agama dan amalan kerohanian ialah 8.04, keselamatan keluarga - 7.96 dan hubungan kekeluargaan - 70.9, masih menunjukkan skor yang tinggi. Ini secara tidak langsung membuktikan penglibatan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan masih di titik beratkan dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak. Tuan Yang di-Pertua, bagi terus memantapkan institusi keluarga di peringkat akar umbi, peranan komuniti di lihat penting dalam memperkasakan institusi keluarga pada masa kini. Bermula pada tahun 2015, Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti ataupun FACE telah dilaksanakan di komuniti terpilih bagi meningkatkan faktor pelindung dan mengurangkan faktor risiko di sesebuah komuniti melalui mewujudkan family champion.
Program FACE ini dijalankan secara komprehensif melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dengan matlamat untuk melahirkan keluarga yang sejahtera melalui pembentukan komuniti mesra keluarga. Justeru, adalah menjadi harapan agar inisiatif yang diperkenalkan kerajaan selaras dengan prinsip Dasar Keluarga Negara ini akan memberikan impak positif dalam memastikan fenomena kelarai sesat taja ataupun dari mula sudah silap ini dapat dielakkan dalam permulaan pendidikan dan pembangunan anak-anak. Terima kasih.
Setakat itu sesi soal jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA(PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Henry Sum Agong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 9 Ogos 2017.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [7 Ogos 2017] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya bermula dengan fasal 3 daripada rang undang-undang ini iaitu fasal 3(d) yang baru yang mempunyai kesan membatalkan subseksyen (4).
Tuan Pengerusi, bermakna jika pindaan ini diluluskan, maka general manager ataupun GM akan mempunyai hak untuk mengundi di dalam apa-apa keputusan Lembaga. Saya berpendapat ini bukanlah sesuatu yang sepatutnya dibenarkan kerana perlunya ada pengasingan antara tugas pembuat keputusan dan pihak yang menjalankan keputusan di mana GM dengan jelas juga dinyatakan di dalam seksyen 13 Akta ibu itu, tugas GM adalah sebagai principal executive officer iaitu eksekutif yang menjalankan atau melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Lembaga. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi dengan ringkas apa yang saya nyatakan adalah mesti ada pengasingan antara pembuat keputusan iaitu Lembaga dan pihak yang mengimplementasi keputusan iaitu GM. Itu yang pertama. Kedua, Tuan Pengerusi, saya ke fasal 4 yang memasukkan satu seksyen baru iaitu seksyen 5A di mana bagi kategori-kategori di bawah seksyen 5(1)(c), (d) ataupun (e), boleh dilantik seorang anggota silih ganti. Saya tiada masalah dengan itu tetapi masalahnya adalah bahawa tidak dinyatakan anggota silih ganti ini apakah kelayakan beliau. Jika dilihat kategori-kategori yang disebutkan tadi— seksyen 5(1)(c), (d) dan (e)— telah dinyatakan adalah pihak-pihak daripada kementerian dan juga Treasury dan EPU. Akan tetapi bagi anggota silih ganti, yang akan dinamakan oleh anggota-anggota yang sebelum ini dinyatakan di dalam seksyen 5(1)(c), (d) dan (e) pula tidak dinyatakan apakah kelayakan mereka. Sepatutnya saya percaya juga di kategori yang sama seperti seksyen 5(1)(c), (d) dan (e). Jadi itu sesuatu lacuna yang perlu dipinda ataupun dijelaskan oleh Menteri. Ketiga, Tuan Pengerusi, amendment melalui fasal 5 iaitu pindaan kepada seksyen 12 akta iaitu sub seksyen 1B yang menyatakan bahawa Pengerusi ataupun Chairman dapat delegate kepada mana-mana anggota Lembaga yang lain tetapi ini bukanlah sesuatu yang begitu logikal kerana sepatutnya itu adalah tugas yang diambil oleh Timbalan Pengerusi ataupun Deputy Chairman seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 5 Akta prinsipal. Jika pindaan ini dibuat, bermakna tugas ataupun position Deputy Chairman ini, Timbalan Pengerusi ini tidak bermakna. Keempat, Tuan Pengerusi, adalah mengenai fasal 6 di mana terdapat pindaan terhadap seksyen 13 Akta ibu di mana di bawah fasal 6(b), terdapat pindaan kepada tugas-tugas general manager iaitu subseksyen 2(a), administration dan pengurusan lembaga. Tuan Pengerusi, ini adalah satu pindaan yang unusual kerana kita tahu kesannya adalah ia akan membawa kepada keadaan di mana GM iaitu pegawai eksekutif menjadi orang yang paling penting di dalam pengurusan Lembaga. Sepatutnya itu adalah tugas Chairman ataupun Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga yang lain. Seterusnya, Tuan Pengerusi, dan point yang terakhir yang ingin saya timbulkan di sini dalam peringkat Jawatankuasa ini adalah di bawah fasal 13. Fasal 13(a) membawa satu pindaan di mana meeting ataupun perjumpaan Lembaga daripada sekali dalam sebulan di bawah akta yang lama, sekarang akan dipinda menjadi sekali di dalam setiap tiga bulan. Substituting for the words “once in every month” the words “once every three months”. Bermakna, Tuan Pengerusi, ini tidak begitu konsisten dengan tujuan pindaan ini dibawa. Tujuan pindaan dibawa seperti yang dinyatakan oleh Menteri semalam adalah untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan melicinkan dan mempercepatkan urusan pentadbiran Lembaga.
Jika perjumpaan sekarang ditangguh sekali tiga bulan manakala sebelum ini sekali sebulan. Apakah itu mempercepatkan pentadbiran atau melicinkan pentadbiran atau meningkatkan penyampaian. Saya rasa secara logik tidak lebih kerap meeting adalah lebih kondusif terhadap menghabiskan urusan-urusan Lembaga pada kadar secepat yang mungkin. Jikalau tidak kita terpaksa tunggu setiap tiga bulan untuk Lembaga membuat meeting dan membuat keputusan. Tuan Yang di-Pertua itu adalah isu-isu yang ingin saya timbulkan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini beberapa soalan yang ingin saya dapatkan penjelasan di bahagian jawatankuasa ini adalah yang pertama dengan anggota silih ganti. Ada tiga persoalan yang saya hendak timbulkan yang pertama adalah 5A(1) di mana Lembaga apabila mendapati seseorang Lembaga itu khususnya untuk 5(1)(c), (d) dan (e) sekiranya dia tidak dapat hadir, dia boleh digantikan, disilih gantikan. Dalam sub 1 ini dia kata kerana apa-apa sebab saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan sebab perkataan apa-apa sebab pun you know kalau seseorang ahli lembaga itu tidak datang dia boleh digantikan terus bermaksud tidak ada apa-apa ruang untuk memberi alasan walaupun alasan itu munasabah. Berapa ketatkah interpretasi perkataan apa-apa sebab ini akan dilaksanakan nanti oleh lembaga ini nanti itu yang pertama. Yang kedua. Kita juga hendak tahu apakah anggota silih ganti ini akan mempunyai masa yang sama seperti anggota biasa dalam perenggan (c), (d) dan (e) macam contoh dari sudut undi. Adakah dia akan duduk sana secara automatik dia kan ambil alih semua kuasa yang ada pada anggota yang awalnya berada di situ. Yang ketiga adalah kena-mengena dengan 5A(4) di mana kita kata, apabila anggota yang awal itu secara automatik tinggal, anggota silih ganti ini pun secara automatik kena meninggalkan atau terhenti secara automatik. Saya pun perlu penerangan, adakah itu benar? Mengapa yang anggota silih ganti ini dia terhenti secara automatik disebabkan oleh anggota yang terawal itu diberhentikan. So itu penerangan dari sudut fasal 4 iaitu seksyen 5A yang dikenalkan ini saya perlukan penjelasan. Selepas itu fasal 6 pindaan kepada seksyen 13 memberikan kuasa sepenuhnya memusat kepada Menteri. Walaupun ini adalah trend kebelakangan ini di mana kita memberikan kuasa mutlak memusatkan kepada kementerian ataupun Menteri untuk akta-akta lain saya telah menyuarakan secara terbuka dan mencantas idea tersebut tetapi untuk akta ini saya memahami bahawa memerlukan satu pengkhususan tetapi pada waktu yang sama saya minta Dewan yang mulia ini melalui Yang Berhormat Timbalan Menteri memaklumkan bahawa Menteri pun akan atau tidak akan menyalahgunakan kuasa. Kita kena imbangkan satu kita sudi, kita terima memang perlu dipusatkan kepada Menteri supaya benda ini boleh berjalan dengan lancar efisien, efektif dan sebagainya tetapi pada waktu yang sama kita juga kena pastikan bahawa tidak ada penyalahgunaan kuasa pada masa yang akan datang. Sebagai contoh di fasal 6 seksyen 13A di mana kita kata Menteri melantik seorang pengurus besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh seperti yang ditentukan oleh Menteri. Saya rasa kita memberi satu ruang yang terbuka seperti apa-apa syarat. Apa-apa tempoh. Benda-benda seperti syarat, seperti tempoh masa ini saya rasa tidak salah kalau kita masukkan dalam undang-undang sebegini sebagai satu panduan kepada menteri-menteri yang akan datang, bukan sahaja menteri ketika ini. Menteri-menteri yang akan mengganti sebab benda ini sudah hampir 30 tahun kita sedang memperbaiki. So benda yang kita sedang perbaiki mungkin akan ambil masa 10 tahun 20 tahun. Tetapi apabila kita membuka ruang itu secara terbuka sebegini ini akan disalahgunakan. So, saya minta komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah kita akan meletakkan satu kaveat ataupun satu penerangan penjelasan supaya ia tidak disalahgunakan . Adakah garis panduan akan dikenalkan di mana garis panduan itu perlu diikuti oleh seorang Menteri apabila seorang pengurus besar dilantik. Seterusnya, seksyen ‘13(7A)’ juga kalau kita tengok perkataan di mana pengurus besar boleh lantik pegawai atau pekhidmat Lembaga dia boleh letakkan syarat atau sekatan yang difikirkannya patut. Lagi sekali kita bagi kuasa untuk Menteri fikirkannya patut apa yang dia fikirkan patut tidak semestinya patut untuk Menteri yang akan datang. Apa yang dia fikirkan patut tidak semestinya patut untuk seorang pegawai biasa yang bekerja di bawah dia ataupun anggota-anggota Lembaga yang duduk di dalamnya dan kita telah memberi kuasa pengurus besar, Menteri dan sebagainya. Selepas itu kita bagi juga kuasa yang terlalu luas tanpa apa-apa had. So, saya risau kalau benda-benda macam ini disalahgunakan dan akta ini rang undang-undang sepatutnya memajukan wilayah Kedah tetapi akan terbantut sekiranya ia disalahgunakan. So itu komitmen dan penerangan yang saya menuntut daripada pihak kementerian. Seterusnya fasal 10 iaitu kemasukan seksyen 28A yang baru yang ini pun kalau kita tengok pada naluri perkataannya mengatakan bahawa Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atas suai manfaat untuk membantu Lembaga. Again. I don’t understand dengan izin bahawa kita hendak bagi ruang untuk mereka untuk berinteraksi, ruang untuk mereka berfikir, ruang untuk mereka maju ke depan melaksanakan sesuatu tetapi ruang sebegitu boleh disalahgunakan. So, lagi sekali saya minta pandangan Yang Berhormat adakah garis panduan disediakan
supaya ia tidak disalahgunakan. Apakah ada guideline-guideline tertentu yang telah diterangkan akan diikuti, akan diperhalusi supaya kita dalam satu sempadan dan kita tidak keluar sempadan tersebut. Akhir sekali tentang fasal 14 yang memperkenalkan jadual baru ketiga. Bila kita masuk kepada jadual ketiga bahagian pertama iaitu terma dan syarat pelantikan, pembatalan, dan peletakan jawatan saya masuk seksyen 1(1) di mana ia lagi sekali berbunyi, “Pada menjalankan kuasanya di bawah akta ini jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga”. Lagi sekali lagi apa-apa arahan is too weak, dengan izin. Kita buat undang- undang ini tidak ada check and balance. Kita bagi ruang yang buka kepada Lembaga, kita bagi ruang yang terbuka kepada pengurus besar, kita bagi ruang terbuka kepada Menteri. So, kadang-kadang kalau kita bagi kuasa sepenuhnya kuasa mutlak sebegini, di sini lah bermulanya penyalahgunaan kuasa dan kita pernah ada sejarah-sejarah sebelum ini yang mendapati benda ini walaupun mempunyai hajat, objektif hasrat yang baik tetapi tidak tercapai kerana elemen-elemen sebegini. 1(3) pun sama, seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang telah dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. Persoalannya adalah apa-apa tempoh yang dinyatakan. Lagi sekali kita walaupun dia tidak berinteraksi, walaupun dia tidak memainkan peranan, tetapi disebabkan seorang menteri suka dengan dia atau seorang pengurus besar suka dengan dia duduk di sana selama-lamanya. Ini macam mana kita hendak majukan wilayah Kedah ini walaupun hasrat rang undang-undang ini baik. So, benda macam ini perlu diteliti oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seksyen 1(4) pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga. Ini lagi sekali, kita lantik dia tidak letak tempoh masa selepas itu kita boleh batalkan pelantikan dia bermaksud andai kata dia mempunyai suara yang berbeza daripada seorang menteri, berbeza daripada seorang pengurus besar. Ini memberi kita ruang yang secukupnya untuk kita pecat dia.
Kita kata okey, you sudah bercanggah dengan kami, kami tidak boleh terima pandangan you, sekarang kita akan pastikan kamu dibuang. Lagi sekali, kita buat undang-undang untuk membantu kita, menolong kita. Akan tetapi dari sudut kuasa ini, there’s no check and balance. It’s seriously untuk saya secara peribadi, walaupun saya faham hasrat rang undang-undang ini, tetapi masa akan menentukan apakah hujah- hujah saya ini betul atau tidak sekiranya dalam masa 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun wilayah Kedah ini masih pada tahap sekarang, bermaksud hujah saya pada hari ini adalah betul. Akan tetapi kalau dalam masa 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun akan datang, ada kemajuan secara holistik dilakukan, ketika itu boleh dikatakan hujah saya ini tidak kena pada tempat. Walau bagaimanapun, saya menuntut juga komitmen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab apa yang masuk dalam Dewan ini, apa yang direkodkan dalam Dewan yang mulia ini akan digunakan sebagai panduan untuk kita rujuk pada rang undang-undang ini pada masa yang akan datang. Terakhir sekali Tuan Pengerusi adalah berkenaan dengan mesyuarat. Seksyen 2 subseksyen (1) di mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. Ini adalah satu rang undang-undang hendak majukan wilayah Kedah. Kita boleh buat satu klausa di sini, kita kata, mesyuarat pada bila-bila masa, di mana- mana tempat. Lagi sekali saya rasa, saya tidak faham apa silapnya kalau kita kata kita hendak letak mesyuarat sebulan sekali ataupun kalau kita kata mesyuarat perlu di hadapan Yang Berhormat Menteri di pusat ini, di jabatan ini, something like that. Ini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Kita hendak senangkan kerja tetapi senangkan kerja tanpa kawalan, bukan senangkan kerja namanya. Salah guna kuasa yang akan berlaku. So saya minta jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan satu per satu yang telah saya bangkitkan supaya ia tidak disalahgunakan. Saya berkongsi pendapat, kalau akta ini, rang undang-undang ini boleh majukan wilayah Kedah, saya akan tumpang gembira. Akan tetapi sekiranya berlainan yang akan berlaku seperti yang saya katakan tadi, ia akan membawa kita kepada kegagalan mencapai hasrat dan objektif rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya. Yang Berhormat Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja. Saya ada dua perkara sahaja Tuan Pengerusi. Pertamanya tentang seksyen 5 akta ibu dipinda, ‘3(a)(g)’, empat orang - Ini takrifan kepada Lembaga, “Empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dan menjalankan fungsi dan peranan Lembaga”. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memberikan kriteria dan kelayakan empat orang ini. Ini saya sebutkan kerana saya bimbang bahawa untuk masa yang lama KEDA ini ada masalah imej di Kedah bahawa orang-orang tertentu, keluarga-keluarga tertentu terlibat dalam KEDA, sedangkan mungkin mereka telah berprestasi dengan baik tetapi kita tidak tahu kerana imej local dan parochial itu lama terlekat dengan KEDA. Jadi supaya tidak berulang di mana orang-orang yang kontroversi atau orang yang tidak berfungsi di tempat lain di-recycle, dimasukkan ke Lembaga-lembaga begini. Maka saya minta supaya kita perketatkan dan kita nyatakan kriteria dan kita lihatkan performance-nya. Satu lagi alasannya ialah kerana ini di bawah Menteri dan Pusat. Kita ada pengerusi, timbalan pengerusi yang mungkin datang daripada tempat-tempat lain, luar daripada Kedah dan juga wakil Unit Perancang Ekonomi, itu semua mungkin luar daripada Kedah. Akan tetapi apabila dia hendak menguruskan dan untuk memberi fokus kepada masalah-masalah tertentu perancangan dan kemajuan khusus wilayah Kedah, sesuailah difikirkan bahawa empat orang ini perlulah juga orang-orang yang bertokoh, ada sejarah, ada rekod berjuang pada masyarakat di Kedah, maka mungkin kesannya akan lebih baik. Dia mungkin akan lebih faham dan sensitif dengan keadaan tempatan. Itu pandangan saya. Satu lagi ialah tentang pindaan Jadual Pertama perkara 13 juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai dan juga Yang Berhormat Kapar. Saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah sebabnya maka mesyuarat itu dikurangkan? Nampak tujuannya, intentionnya ialah untuk mengurangkan mesyuarat daripada sekali sebulan kepada sekali tiap-tiap tiga bulan. Mungkin ada alasan yang kukuh daripada pengalaman pihak pengurusan sebelum ini. Itu saya rasa perlu kita dengar dan perlu kita sentuh dalam peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa rang undang-undang ini. Tuan Pengerusi, saya cakap setakat mana boleh, saya jelaskan apa yang telah ditanya dan kementerian juga menerima baik saranan ataupun cadangan-cadangan yang baik yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai telah bertanyakan seksyen 5A, anggota silih ganti. Kelayakan anggota silih ganti tidak dinyatakan. Pelantikan anggota bagi wakil Kerajaan Persekutuan adalah atas kapasiti jawatan. Sekiranya anggota silih ganti dilantik, ia adalah dari susur daripada kementerian, agensi pusat yang sama. Jadi tidak ada masalah dengan kelayakan kerana pegawai-pegawai adalah daripada kementerian ataupun agensi berkenaan. Dibangkitkan juga berkenaan dengan pengerusi. Untuk memastikan segala urusan pentadbiran dapat dilaksanakan secara berterusan melalui perwakilan kuasa pengerusi kepada mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana pegawai Lembaga. Jadi sudah tentunyalah pengerusi ini adalah seorang yang berkapasiti, yang terbukti juga dalam pada lantikan untuk layak memegang jawatan yang sebegitu besar tanggungjawabnya. Jadi segala urusan dan pertimbangan dapat dilaksanakan secara berterusan. Oleh kerana perwakilan kuasa pengerusi kepada mana-mana anggota itu, Lembaga atau mana-mana pihak itu adalah penting sebagai pengerusi juga yang kita
harapkan mengetahui secara mendalam segala urusan di KEDA ini. Jadi memang difikirkan pengerusi juga yang tertakluklah kepada syarat atau sekatan yang difikirkan patut dan untuk mana-mana pegawai untuk berkhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa kewajipan atau fungsi yang terletak hak atau dipertanggungjawabkan kepada pengerusi itu. Yang Berhormat Padang Serai juga membangkitkan hal mesyuarat, perenggan 4, yang dikatakan Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tiga bulan. Lembaga menghadapi kesukaran mengadakan mesyuarat seperti mana ditetapkan di dalam peruntukan akta sedia ada kerana kuorum tidak mencukupi. Jadi pindaan ini dibuat dengan mengambil kira kesesuaian dan keperluan semasa selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 sebab supaya kalau jaraknya ditetapkan kepada tahap yang lebih bersesuaian. Kalau kita buat sekali dalam sebulan, mungkin ada ramai ahli-ahli Lembaga mungkin tidak berkesempatan menghadiri jadual itu untuk bermesyuarat. Jadi kalau kita bagi kelonggaran, jadi panjanglah tempoh untuk mereka menyesuaikan masa-masa mereka. Time management untuk mereka memastikan mereka dapat menghadiri mesyuarat.
[Bangun]
Jadi, tentang pengurus besar dan timbalannya...
Yang Berhormat Padang Serai bangun.
Biar saya, saya hendak— Berkenaan dengan yang mana ini?
Atas poin yang baru habis itu.
Mesyuarat?
Ya.
Yang Berhormat Menteri kita semua sebenarnya menyokong apa-apa pindaan dan tindakan yang dibuat supaya pembangunan di negeri Kedah ini boleh dilakukan dengan lebih lancar dan lebih cepat lagi. Akan tetapi apabila saya mendengar penjelasan yang diberi bahawa lembaga yang merupakan pihak yang paling penting dalam melaksanakan apa-apa program-program dan plans di bawah akta ini menghadapi kesusahan untuk mendapatkan kuorum pun dalam masa sebulan sehinggakan terpaksa menjadikan sekali dalam tiga bulan, ia bukan sesuatu yang memberi keyakinan. Saya harap dapat satu penjelasan yang lebih kukuh mengapa ia perlu dijalankan hanya sekali dalam tiga bulan. Ini kerana ingin saya tambah Yang Berhormat Menteri bahawa terdapat ramai orang beratus beribu yang mengharapkan pembaharuan dan pembangunan dan rumah dan sebagainya yang boleh dibina di bawah akta ini. So mereka menunggu jadi jikalau lembaga tidak dapat achieve kuorum mungkin pihak-pihak yang betul ataupun pihak-pihak yang sesuai pada masa ini tidak dilantik kepada lembaga.
Yang Berhormat. Cuba baca nanti lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tiga bulan ia bukan bermaksud sekali dalam tiga bulan at least sekali dalam tiga bulan. Jadi dia boleh bermesyuarat setiap minggu pun boleh bermesyuarat tiada masalah. Okey? Terima kasih. Pengurus besar dan juga timbalan-timbalannya, ini untuk mengkhususkan dan menjelaskan bidang kuasa antara pengerusi dan pengurus besar serta selaras dengan pindaan atas seksyen 12(1) supaya disesuaikan dengan amalan pelaksanaan semasa di mana pengurus besar berperanan dalam merancang dan melaksanakan projek yang bukannya pengerusi. Pengurus besar tidak boleh menerima arahan selain daripada arahan lembaga. Jadi, di situlah sekatan ataupun kalau ada kemungkinan boleh penyalahgunaan pelaku ada lembaga yang bermain peranan ke atas tingkah laku pengerusi dan pengurus besar. Tadi Yang Berhormat Kapar ada membangkit beberapa isu. Yang Berhormat Kapar, jawatankuasa terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan. Ini Yang Berhormat Kapar, ini untuk memudahkan urusan pentadbiran pada masa akan datang di mana pindaan pada jadual boleh dibuat oleh lembaga dengan kelulusan
Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta selaras dengan tambahan seksyen 32A tanpa perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen. Jadi ini penjelasannya Yang Berhormat Kapar dan berkenaan dengan anggota silih ganti isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar juga. Ini adalah untuk mengatasi masalah kuorum yang sering kali tidak mencukupi ketika mesyuarat hendak diadakan dan memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dijadualkan. Perkara ini hanya berlaku sekiranya kuorum bermesyuarat adalah tidak cukup. Ini jelas lah Yang Berhormat Kapar ya. Dan satu lagi, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar ialah berkenaan dengan kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa. Pindaan ini perlu dibuat kerana untuk memberi kuasa kepada lembaga untuk menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang di fikirkan perlu bagi tujuan membantu menjalankan fungsinya di bawah akta masing-masing. Jadi ada kuasalah kepada lembaga ini untuk menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang di fikirkan perlu bagi tujuan membantu menjalankan fungsi di bawah akta masing-masing ini.
Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa bangun.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, bolehkah saya selesaikan dengan Yang Berhormat Kapar?
Sedikit sahaja mengenai hal yang sama.
Ya. Hal mana?
Silih ganti.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya sedikit sahaja, apakah begitu serius masalah tidak cukup kuorum sehingga kita membaiki akta ini untuk mengadakan anggota silih ganti? Adakah begitu sekali serius anggota-anggota lembaga yang dilantik ini tidak dapat hadir mesyuarat sehingga tidak cukup kuorum?
Yang Berhormat, ia pernah berlaku oleh sebab dilihat sebagai sesuatu boleh akan dipertikaikan menjadi satu isu nanti. Ini kerana kalau bermesyuarat tidak cukup kuorum memang ada kesalahannya melanggari peraturan kan. Jadi kita sebagai yang bertanggungjawab, kementerian dan lembaga kita tidak hendak keadaan seperti ini berlaku. Jadi biarlah kita buat pindaan ini supaya kita mencari jalan atau solution ataupun bagaimana kita boleh membantu supaya tidak berlaku masalah tidak cukup kuorum ini berlaku jadi kita buat pindaan. Ini untuk penambahbaikan. Jadi...
Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Kapar.
Silih ganti.
Silih ganti.
Ya, boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dua bahagian lagi yang belum dijawab persoalan di bahagian silih ganti ialah satu, adakah mereka yang mengganti ini mempunyai kuasa mengundi, kuasa seperti anggota lembaga yang asal? Itu yang pertama. Kedua mengenai sub empat itu. 5A sub (4) di mana apabila ada seseorang anggota yang mengganti tetapi dia automatik kena letak jawatan sekiranya anggota yang dia ganti itu terhenti atau meletak jawatan? Apa rasionalnya? Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri Terima kasih. Mike Yang Berhormat.
Ini untuk - saya mohon tulis dengan lebih jelaslah. Untuk menunggu penjelasan itu, biar saya balik kepada yang secaranya tadi jawapan secara general dahululah. Pindaan ini adalah untuk mengatasi masalah kuorumlah yang sedang berlaku kerana tidak mencukupi kerana mesyuarat hendaklah diadakan dan memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dijadualkan. Jadi ini yang pokoknya lah. Perkara ini hanya berlaku sekiranya kuorum bermesyuarat adalah tidak mencukupi. Jadi besar kemungkinan ini tidak diperlukan kerana tidak berlaku. Cuma, kita hendak selitkan ke dalam pindaan ini supaya ada juga sekiranya kalau diperlukan. Jadi bukan isu yang begitu besar sekali atau penting sekali.
Yang Berhormat Menteri, sebelum soalan saya sampai saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat. Berapa kuorum yang diperlukan? Itu yang pertama. Kedua, semua lantikan ini adalah lantikan daripada seorang Menteri. Apabila ada lantikan daripada seorang Menteri saya rasa pegawai-pegawai yang di bawah seksyen A sampai H seksyen 5 itu mempunyai tanggungjawab masing-masing. Adakah Yang Berhormat Menteri rasa mereka akan mengabaikan amanah dan tanggungjawab mereka sehingga tidak hadir mesyuarat menjejaskan kemajuan wilayah Kedah? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tadi saya telah jelaskan kelayakan anggota silih ganti pada awal tadi. Saya ingat saya sudah jelaskan. Kita akan lantik mereka yang terdapat dari kementerian iaitu pegawai-pegawai dari kementerian dan agensi kementerian.
Dengan itu sesungguhnya mereka itu sesungguhnya memang sudah ada kelayakan. Kalaupun kita hendak melantik mereka luar daripada itu, tadi dibangkitkan mengapa ditambahkan kepada empat anggota yang dilantik. Kita untuk membuka ruang dan peluang kepada mereka daripada badan-badan yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan KEDA ini seperti mana daripada koperasi sekiranya dan persatuan-persatuan yang kita pilih, yang kita tahu, yang kita kenal sebagai mereka yang bertanggungjawab, tidak akan kita hendak menyalahkan gunakan supaya kita sesuka hati, sewenang-wenangnya memilih seseorang yang tidak setanding dalam society dikatakan begitu. Sudah tentunya kita membuka ruang dan peluang kepada mereka yang memegang jawatan dalam masyarakat seperti mana boleh dikatakan Pengerusi Koperasi yang maju yang besar dalam masa itu. Itu adalah satu, yang boleh dikatakan sebagai garis panduan kelayakan memilih seseorang yang dilantik sebagi anggota di Lembaga Pengarah ataupun yang silih ganti itu adalah daripada kementerian dan agensi.
Yang Berhormat minta maaf, saya tidak menafikan kelayakan mereka. Yang saya bangkitkan tadi adalah seseorang yang dilantik oleh Menteri wajib memikul tanggungjawab dan amanah untuk hadir mesyuarat dan memastikan Wilayah KEDA ini dimajukan. So, dia tidak boleh kata dia tidak hadir dan tidak cukup kuorum dan sebagainya. Saya tidak ada isu dengan kelayakan. Saya arif Yang Berhormat Menteri boleh mengagihkan, delegate dengan izin tanggungjawab ini kepada pegawai-pegawai yang dilantik yang mempunyai kelayakan. Masalah adalah masalah disiplin bila mereka tidak hadir ke mesyuarat, kuorum tidak cukup dan sebagainya. So, saya minta budi bicara Yang Berhormat Menteri untuk melantik, bukan sahaja dari sudut kelayakan, tetapi seseorang yang boleh memikul amanah dan tanggungjawab untuk mengaplikasikan rang undang-undang ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Begitulah Yang Berhormat, kita boleh memberi assurance, boleh dikatakan begitu kerana kita semua hendak KEDA ini sebagai satu badan yang amat-amat bertanggungjawab dan membangunkan golongan sasaran kita. Terima kasih atas cadangan dan saranan Yang Berhormat yang boleh kita katakan begitu prihatin juga terhadap KEDA ini. Tadi ditanya juga dengan kuasa mengundi anggota silih ganti Yang Berhormat. Jadi penjelasannya, seseorang anggota silih ganti dilantik yang hadir mesyuarat hendaklah disifatkan sebagai anggota Lembaga seperti mana seksyen 5A(3) dan Jadual Pertama sub 4(2A). Jadi berkenaan dengan kuorum, enam orang di jadual pertama seksyen 4, di mana kuorum Lembaga adalah enam orang. Itu berkenaan dengan kuorum, jadi Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua.
Last question, Just last one question, yang ini saya belum dapat jawapan lagi, sebab yang ini mungkin dengan izin Tuan Pengerusi, last one.
Ya.
If you go back to, dengan izin I refer the English version it’s much more easy to understand, if you looked at fasal 4 iaitu new section 5A (4), let me read with permission;
‘An alternate member shall unless he sooner resigns his office or his appointment is sooner revoked, cease to be an alternate member when the member in respect of whom he is an alternate member ceases to be a member of the Lembaga’. That means, kalau ahli yang awal itu cease to be a member, saya yang menggantikan dia automatic pun cease to be a member. I understand very clearly what it’s trying to interpret but, persoalan saya dengan izin Yang Berhormat Timbalan Menteri what is the rationale of doing it. May be the new alternate member, may be performing, he may have not only the qualification but also, as I said the responsibility and he is fulfilling whatever required by this act, tetapi unfortunately dia terpaksa letak jawatan because yang anggota lama itu letak jawatan. So what is the rationale, I’m just asking the rationale. Thank you.
Tuan Pengerusi, mungkin kalau saya ada peluang masa sedikit, saya boleh jelaskan, tetapi untuk secara prinsipnya, sebab anggota silih ganti itu kepada yang ahli, yang spesifik itu biarlah supaya ada kaitan dengan silih ganti dengan itu. Akan tetapi Yang Berhormat harus ingat, anggota silih ganti itu kita lantik daripada Kementerian dan juga agensi dan tidak ada masalah pelantikan semula ataupun dipanjangkan terus. Ini supaya kita ada sesuatu mekanisme, di mana kalau ada keperluannya berlaku untuk kita selaraskan pelantikannya dengan tempoh anggota asalnya. Tetapi tidak ada masalah kita teruskan, oleh sebab anggota itu tiada kaitan secara peribadi. Beberapa anggota silih ganti itu adalah daripada kementerian dan agensi. Kalau ada maklumat yang lain kita boleh panjangkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian, Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sebenarnya Yang Berhormat Kapar dia faham. [Fasal-fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Dato’ Wira Othman bin Aziz) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 Akta 75 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 atau selepas ini disebut sebagai akta yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Akta 75 yang telah berkuat kuasa pada 30 Mac 1972. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sama seperti pindaan-pindaan yang dibuat kepada Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981, yang telah diluluskan sebelum ini. Pindaan ini juga melibatkan pindaan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran yang bertujuan untuk menambah baik Akta 75 sedia ada dan menyelaras peruntukan dengan amalan semasa agensi serta menyeragamkan peruntukan dengan arahan, pekeliling, undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merupakan badan berkanun Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kawasan di Johor dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayahnya. Kawasan operasi KEJORA terletak di dua buah daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang yang meliputi kawasan seluas 333,364 hektar. Fungsi utama KEJORA adalah untuk memaju, menggalak, membantu, mengusahakan, mengawal dan menyelaras pembangunan sosioekonomi merangkumi aspek tempat tinggal, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam wilayahnya.
(i) mengadakan peruntukan undang-undang yang bersesuaian dan selaras dengan perubahan tugas dan tanggungjawab KEJORA ekoran daripada perubahan dasar dan peraturan urus tadbir semasa kerajaan bagi memastikan Akta 75 senantiasa relevan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa; dan (ii) menyelaras Akta 75 dengan beberapa undang-undang dasar dan peraturan urus tadbir semasa kerajaan berkaitan Badan Berkanun Persekutuan seperti Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan) 1980 [Akta 240], Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] dan Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 1998 bagi meningkatkan urus tadbir dan kecekapan sistem penyampaiannya. Pindaan-pindaan akta yang dicadangkan merangkumi: (i) pindaan empat seksyen dan satu jadual sedia ada; (ii) penggantian dua seksyen sedia ada; (iii) perwujudan tiga seksyen baharu dan satu jadual baharu serta; dan (iv) pemotongan tujuh seksyen. Tuan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini mengandungi 14 fasal kesemuanya. Fasal-fasal yang tidak dinyatakan secara khusus adalah fasal yang melibatkan pindaan kecil atau berbangkit. Antara fasal-fasal pindaan utama dalam rang undang-undang ini ialah: Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan takrif Menteri dalam Akta 75. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 5 berhubung keanggotaan Lembaga antaranya merangkumi: (i) subseksyen 5(1) berkenaan dengan pelantikan anggota Lembaga oleh Menteri dipinda bagi mengkhususkan wakil kementerian atau agensi pusat untuk dilantik sebagai wakil Kerajaan Persekutuan dalam Lembaga yang mana selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 1998. Subseksyen 5(1) juga dipinda untuk membuka ruang kepada wakil lain seperti koperasi dan persatuan kerajaan atau bukan kerajaan yang difikirkan wajar untuk dilantik sebagai anggota Lembaga; (ii) subseksyen 5(4) dipotong kerana tidak lagi terpakai kepada Pengurus Besar; (iii) subseksyen 5(2) dan (3) dipinda berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada subseksyen 5(4); dan (iv) subseksyen 5(5) dipinda berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada subseksyen 5(1). Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 5A bagi memberi Menteri kuasa untuk melantik anggota silih ganti berhubung dengan anggota tertentu Lembaga. Fasal 5 bertujuan untuk meminda nota baharu kepada seksyen 12 Akta 75 dan menggantikan subseksyen 12(1) untuk memperuntukkan tanggungjawab Pengerusi. Fasal ini juga memotong subseksyen 12(2) yang tidak lagi terpakai kepada Lembaga.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda sebahagian seksyen 13 yang mana termasuk: (i) nota baharu kepada seksyen 13 dipinda untuk menyatakan fungsi Pengurus Besar secara umum; (ii) subseksyen 13(1) dipinda untuk memperuntukkan bahawa Pengurus Besar hendaklah dilantik oleh Menteri; (iii) subseksyen 13(2) dipinda untuk membezakan fungsi dan tanggungjawab Pengerusi dan Pengurus Besar; (iv) subseksyen 13(3) dipinda untuk mengadakan peruntukan bahawa Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga; (v) subseksyen 13(4) dipinda untuk memperuntukkan bahawa Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga; dan (vi) subseksyen baharu 13(4A) dimasukkan untuk memperuntukkan perwakilan kuasa Pengurus Besar kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga. Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 16A untuk memperuntukkan bahawa Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] berkenaan dengan tatatertib pekerja Lembaga hendaklah terpakai. Fasal 8 bertujuan untuk memotong seksyen 16B, 16C, 16D, 16E, 16F, 16G dan 16H yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 16A. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan seksyen 22 untuk mengadakan peruntukan bahawa Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 28A untuk memberi Lembaga kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa. Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 32A untuk memberi Lembaga kuasa dengan kelulusan Menteri untuk meminda Jadual Akta 75. Fasal 12 bertujuan untuk meminda sebahagian Jadual Pertama kepada Akta 75 termasuk:- (i) subperenggan 4(1) dipinda untuk mengurangkan bilangan mesyuarat Lembaga daripada sekali dalam sebulan kepada sekali dalam setiap tiga bulan. Dengan mengambil kira kesesuaian dan keperluan semasa serta selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 1998; (ii) subperenggan baharu 4(2A) dimasukkan bagi menyatakan hak mengundi tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir; dan (iii) subperenggan 6(3) dipinda untuk memperuntukkan bahawa meterai perbadanan Lembaga dan cap hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan Jadual baharu Ketiga bagi mengadakan peruntukan perkara-perkara yang berhubungan dengan pelantikan, mesyuarat dan tatacara jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta 75. Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Ya, ada sesiapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972
dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sama dengan akta sebelum ini. Ada yang minat? Ya Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini, pindaan kepada Akta KEJORA ini jelas...
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Kita sambung 2.30 petang. Baiklah Ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera salam satu Malaysia. Pindaan kepada Akta KEJORA ini sebenarnya kalau kita lihat memang amat jelas dan berniat baik bagi memastikan kelicinan dan mempercepat urusan pentadbiran lembaga yang secara tidak langsung akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Walaupun sebenarnya KEJORA ini tidak termasuk dalam Daerah Segamat dan juga dalam Parlimen Sekijang tetapi atas semangat muafakat Johor Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk sama-sama berbahas berkaitan dengan RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedia maklum bahawa KEJORA telah ditubuhkan 45 tahun dahulu secara spesifiknya pada 1 Jun 1972. Bagi 45 tahun tempoh ini, telah banyak kemajuan yang dicapai oleh KEJORA bagi memaju dan membangunkan kawasan Johor Tenggara melibatkan keluasan sebesar 333,364 hektar. Untuk rekod, sepanjang penubuhannya sebanyak enam buah bandar baru telah berjaya dibangunkan. Selain daripada perancangan pembangunan KEJORA juga telah memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan kedudukan sosioekonomi menerusi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuklah sektor perikanan, perladangan, perindustrian dan juga bidang pelancongan. Peranan telah di mainkan KEJORA ini bukan sahaja telah membantu pihak berkuasa tempatan dalam perancangan kawasan, malah secara langsung telah berjaya membawa kesejahteraan kepada rakyat di kawasan-kawasan yang terlibat. Bercakap soal kesejahteraan rakyat, saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, sepanjang penubuhan KEJORA ini berapakah jumlah projek perumahan yang telah di jalankan oleh pihak KEJORA? Berapakah jumlah projek perumahan baru yang dirancang akan dilaksanakan pada masa hadapan? Soalan ini penting memandangkan kawasan di bawah bidang kuasa KEJORA ini sedang beralih kepada dari kawasan luar bandar kepada bandar-bandar membangun dan sudah tentu harga rumah bagi kawasan-kawasan ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Apabila ini berlaku, pastinya akan berlaku kesukaran kepada rakyat terutamanya kepada generasi baru untuk memiliki rumah dan saya merasakan KEJORA boleh memainkan peranan mereka bagi memastikan tahap pemilikan rumah di kawasan- kawasan terlibat berada dalam keadaan yang stabil bagi mengelakkan penghijrahan rakyat ke kawasan-kawasan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pindaan akta ini pula, saya amat tertarik dengan seksyen 5A yang mana Menteri diberi kuasa untuk membuat lantikan ahli lembaga silih ganti. Bagi saya kemasukan seksyen 5A ini adalah bersikap progresif yang mana peranan yang akan di mainkan Menteri nanti akan menjamin setiap ahli lembaga
untuk menjalankan peranan mereka dengan sebaik mungkin. Dengan erti kata lain, ia memberi ruang untuk mereka yang berkelayakan dan berpotensi menyumbang idea dan tenaga kepada KEJORA boleh di lantik ke jawatan tersebut. Selain itu untuk seksyen baru 28A yang memberi ruang dan peluang kepada Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi apa-apa tujuan membantu Lembaga juga saya lihat selari dengan kehendak tadbir urus masa. Kalau kita lihat di peringkat Persekutuan, dan Jemaah Menteri sendiri banyak jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit. Terus ke peringkat mikro, ataupun micromanage. Memandangkan cabaran masa ini adalah pelbagai dan memerlukan penelitian yang terperinci secara berterusan bagi sesuatu perkara, sudah tentu kebenaran menubuhkan jawatankuasa khas boleh memudahkan penyelesaian isu yang secara langsung bakal mempercepatkan apa jua urusan berbangkit yang di hadapi oleh Lembaga. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada akta bagi badan berkanun KEJORA ini tidaklah melibatkan pindaan yang besar sebenarnya asasnya adalah untuk melicinkan pentadbiran pengurusan KEJORA. Segala yang baik ini haruslah di sokong dan diraikan secara bersama kerana KEJORA ini merupakan badan penting yang memainkan peranan yang besar kepada pembangunan kawasan dan juga telah lama memberikan kesejahteraan dalam hidup rakyat. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja perbahasan saya untuk RUU ini dan saya mohon menyokong. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Saya di sini hendak bangkitkan satu isu kerana terdapat satu kampung yang dipanggil kampung tersusun yang terletak di kawasan Kampung Murni Jaya daerah Kulai telah menghadapi masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik sejak satu tahun yang lalu. Sebenarnya dalam kampung tersusun ini terdapat dua buah keluarga sahaja, salah satu adalah rumah PPRT dan sebuah lagi adalah rumah persendirian. Akan tetapi di sana sebenarnya ada lebih daripada 185 lot tanah untuk perumahan. Akan tetapi penduduk-penduduk di Kampung Murni Jaya itu tidak pindah ke kampung tersusun Murni Jaya ini oleh sebab sehingga hari ini tidak ada bekalan elektrik di sana. Jadi di sini saya memang tidak faham apabila PPRT buat rumah, membina rumah untuk orang miskin di FELDA Kampung Murni Jaya di sana tetapi mengapa mereka tidak ambil kira sama ada bekalan air dan juga bekalan elektrik adalah di sediakan? Tidak munasabah untuk seseorang pindah ke kampung tersusun ini tetapi mereka menghadapi— walaupun rumah sudah ada tetapi menghadapi isu bekalan elektrik tiap-tiap hari. Apabila saya membuat lawatan ke kawasan tersebut saya bertemu dengan satu keluarga yang bernama Encik Wagiman bin Salleh, rumah beliau di bina oleh PPRT dan beliau duduk di sana dengan lapan orang ahli keluarga, cucu-cucu dia hanya berumur tujuh tahun dan mereka terpaksa pakai lilin untuk menyiapkan kerja sekolah. Kebanyakan waktu malam mereka hanya di terangi oleh cahaya lilin, manakala sumber air keluarga adalah daripada air hujan ataupun daripada sungai. Jadi saya rasa cukup hairan kerana kita di sini cakap bahawa kita akan mencapai wawasan 2020 ataupun TN50.
Akan tetapi, walaupun di kawasan Parlimen Kulai, saya rasa itu adalah satu kawasan yang boleh dikira sebagai semi urban. Akan tetapi di kawasan Kulai masih ada orang, penduduk di rumah PPRT yang masih menghadapi isu dengan ketiadaan bekalan elektrik. Isu sekarang adalah apabila saya bangkitkan isu ini dalam Kamar Khas, jawapan yang saya terima daripada Timbalan Menteri, perlulah dapat 30 peratus punya penghuni- penghuni di kampung tersusun untuk buat permohonan untuk bekalan elektrik, barulah TNB akan masuk untuk buat, pasang itu tiang elektrik dan sebagainya. Akan tetapi saya rasa di sini sebenarnya isu ini adalah chicken and egg. Penghuni-penghuni warga FELDA Kampung Murni Jaya ini tidak sedia untuk pindah ke kampung tersusun Murni Jaya oleh sebab tidak ada elektrik. Kalau tidak ada elektrik, memang susah sangat untuk mereka jalankan kerja-kerja untuk pembinaan rumah.
Akan tetapi pada masa yang sama, saya terima jawapan daripada Timbalan Menteri menyatakan bahawa oleh sebab penghuni di sana tidak sampai tiga peratus daripada seluruh kampung, jadi TNB tidak sedia untuk buat kerja tiang elektrik di sana. Akan tetapi dalam pandangan saya, sebenarnya isu ini senang diselesaikan. Kalau sekiranya TNB boleh ambil kira bahawa kita boleh kutip sedikit deposit daripada penghuni-penghuni di sana ataupun sebenarnya mereka sepatutlah pergi ke kampung tersusun Murni Jaya ini untuklah start kerja dulu. Oleh kerana sebenarnya kampung tersusun dengan Kampung Murni Jaya ini jaraknya sedekat sahaja, lebih kurang 300 meter sahaja. Jadi, dari jalan besar sudah ada tiang elektrik, sudah ada bekalan elektrik. Akan tetapi 300 meter jauh punya kampung tersusun Murni Jaya ini langsung tidak ada bekalan elektrik. Jadi, saya pada hari ini ingin membawa isu ini kepada perhatian Menteri, haraplah bahawa Dato Sri Menteri bolehlah membantu penghuni-penghuni di kampung tersusun Murni Jaya ini. Oleh kerana saya rasa kebanyakan mereka yang dapat tanah kediaman ini adalah sebenarnya generasi kedua daripada kawasan FELDA Kampung Murni Jaya. Akan tetapi kalau tidak ada bekalan elektrik, saya rasa susahlah kalau mereka hendak pindah ke tanah tersebut untuk mendirikan rumah mereka sendiri. Jadi, saya harap di sini bolehlah dapat bantuan dan juga perhatian daripada Dato Sri Menteri untuk menyelesaikan isu ini. Sekian, itu sahaja. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sama-sama dengan rakan-rakan yang lain ingin juga membahaskan mengenai rang undang-undang yang bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Pindaan yang dicadangkan ini memang bertujuan untuk melicinkan dan mempercepatkan urusan pentadbiran Lembaga dan meningkatkan pencapaian dan perkhidmatan. Hal ini kerana, walaupun KEJORA ini tidak ada di kawasan saya di kawasan Parlimen Parit Sulong tapi saya terpanggil untuk sama-sama berbahas sebab KEJORA sebagai satu agensi kerajaan di bawah KKLW ini. Saya anggap ia sebagai satu ejen pembangunan wilayah di kawasan tenggara negeri Johor yang merangkumi 75 peratus daripada kawasan Kota Tinggi dan 25 peratus daripada kawasan Kluang. Namun dengan itu, saya melihat bahawa pemesatan pembangunan yang begitu pesat dalam industri oil dan gas, kerajaan negeri pada masa kini membuat satu kerjasama bersama dengan JCorp yang banyak menumpukan usaha dalam membangunkan Pengerang sebagai satu pusat perindustrian dan juga pusat pelancongan. Sebagai Ahli Parlimen daripada Johor, kita juga maklum bahawa kawasan Kota Tinggi, Johor ini, ia mempunyai banyak kawasan pesisiran pantai yang berpotensi untuk dimajukan lagi. Pada masa ini, banyak resort yang kita boleh dapati. Kalau kita pergi ke area, ke kawasan ini, ia ada kawasan seperti Tanjung Sepang, di Desaru ia ada Batu Layar. Saya juga hendak memuji antara langkah yang dibuat oleh KEJORA menerusi baru-baru ini ada satu pengumuman yang dilakukan oleh pengurus besar sendiri yang mengumumkan bahawa terdapat peruntukan lebih daripada RM4 juta dalam usaha untuk terus mempertingkatkan facility awam dan sosial di kawasan kampung yang meliputi wilayah yang dikelolakan oleh KEJORA itu sendiri. Oleh kerana itulah saya turut melihat sumbangan dan peranan KEJORA dalam pembangunan usahawan bumiputera seperti perusahaan makanan, minuman, kraf tangan. Ini dapat membantu untuk menyediakan dan juga prasarana perniagaan yang saya percaya ia akan memberi impak yang tinggi, terutama di kawasan di bawah kelolaan KEJORA itu sendiri. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan kerana saya mendengar ada– saya tidak tahulah sama ada mungkin pihak Menteri boleh menjawab mengenai perkara ini, yang dikatakan KEJORA hanya berfungsi dalam aktiviti pembangunan desa seperti di kawasan kampung tradisional disebabkan pertindihan kuasa yang berlaku. Jadinya, kerana itulah saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, minta komen atau komen dari pihak kementerian mengenai perkara ini. Pertindihan kuasa yang saya maklumkan ini adalah apabila diwujudkan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang dan juga sekarang ini kuasa di bawah KEJORA itu sendiri. Betul kah ada sedikit percanggahan sistem seperti yang didengar ini?
Saya juga hendak minta supaya pihak kementerian juga mungkin juga boleh menerangkan juga apakah fungsi-fungsi yang terletak di bawah PBT dan apa perbezaannya pula dengan peranan-peranan di bawah KEJORA itu? Apakah kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian bagi memastikan bahawa bila ada wujudnya perkara ini, terdapat pembahagian satu sistem yang adil di antara dua entiti ini. Supaya yang pastinya kita tidak mahu adanya pertindihan kuasa ataupun kerja apabila membuat suatu keputusan yang mungkin boleh merencatkan segala perancangan yang diatur oleh kedua-dua bidang ini. Jadinya Tuan Yang di-Pertua, dalam waktu yang sama, saya minta juga penjelasan daripada pihak kementerian untuk industri pelancongan pula. Pelancongan ini memang kalau kita pergi ke kawasan yang kita nyatakan ini, ianya satu tempat yang begitu berpotensi untuk dimajukan di dalam bidang pelancongan. Jadinya, ianya di bawah bidang siapa sekarang ini? Adakah ianya dimajukan bawah PBT itu atau di bawah KEJORA itu? Oleh sebab kawasan pesisiran pantai itu, ia mula menjadi tumpuan pelancongan. Apa lagi sekarang ini dengan pembangunan yang begitu pesat lagi di kawasan yang hasil daripada limpahan-limpahan terhasil daripada perindustrian yang akan dibina di kawasan Pengerang. Tuan Yang di-Pertua, kita juga maklum di Johor, kawasan Kota Tinggi seperti yang saya katakan tadi memang sangat berpotensi untuk dimajukan. Sebagai contohnya, sebagai hab perikanan yang sangat berdaya saing kerana ia mempunyai satu sumber laut yang berkualiti dan mempunyai harga pasaran yang tinggi. Jadi, apakah perancangan dan juga rangka kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak KEJORA untuk meningkatkan lagi promosi dan juga pemasaran di kawasan Kota Tinggi ini sebagai mungkin satu hab tourism tapi berkaitan dengan perikanan yang sangat berkualiti. Sebelum itu, kalau kita tengok, memang Tanjung Balau, Sedili, antara kawasan yang sangat popular. Kalau daripada kawasan saya, Batu Pahat pun orang pun akan pergi ke sana, bagi penggemar di kalangan pemancing semua hendak pergi ke mana? Pergi ke kota.
Jadinya, kerana itulah kita perlu membuat satu kajian. Sebab itulah saya hendak bertanya kepada pihak KEJORA dan pihak kementerian sama ada, ada atau tidak menjalankan satu kajian mengenai infrastruktur pelancongan yang boleh dimajukan di kawasan tersebut? Juga, saya mohon supaya kementerian juga mungkin boleh menyatakan di sini nanti apakah pelan jangka panjang KEJORA itu setelah kita tahu terdapat wujudnya kawasan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat sekali iaitu kita ada hab petrochemical di Pengerang dan kemudian kita ada juga di sana wujudnya Lebuhraya Senai-Desaru? Jadinya, apa pelan jangka panjang pihak kementerian untuk membolehkan KEJORA ini berdaya saing? Antara bidang-bidang yang mungkin saya hendak mintalah juga supaya pihak kementerian nyatakan adalah apa jenis bidang baru yang hendak difokuskan oleh KEJORA ini dan kawasan manakah pula yang akan menjadi satu kawasan baru untuk tumpuan pelancongan? Juga, apakah pihak kementerian melalui KEJORA juga hendak membuat mungkin satu industri hiliran bagi industri sawit pula di sana, sebagai contoh? Jadi, kerana itulah saya mohon supaya pihak kementerian dapat memberikan maklum balas mengenai isu-isu yang saya bawa ini. Selain daripada itu, saya percaya pindaan ini nanti akan sudah semestinya memberi manfaat dan juga akan menyebabkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat juga akan lebih efisien. Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian tetapi tidak banyaklah, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hanya ingin mengemukakan beberapa persoalan. Pertama, pindaan kepada seksyen 5 di mana kita lihat pada seksyen 5 ini, anggota Lembaga ditambah. Kalau dahulu mengikut Akta ibu itu, dia hanya setakat hanya beberapa orang sahaja tetapi kali ini sampai— (a) to (h). Cuma, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah rasionalnya diletakkan begitu ramai anggota dalam Lembaga ini? Khususnya, saya hendak tanya
berkaitan dengan empat orang yang pada pendapat Menteri sesuai dan dapat menyumbang dan menjalankan fungsi dan peranan Lembaga. Kalau kita lihat kepada Akta ibu, seksyen 5 yang asal di subseksyen (1)(e), dia kata, “Tiga orang yang mempunyai kedudukan profesional yang berkaitan”. Nampaknya peruntukan ini tidak ada lagi dalam pindaan ini. Saya secara peribadi lebih setuju dengan yang lama sebab dia kata tiga orang itu mempunyai kedudukan profesional. Akan tetapi, bila kita kata empat orang dan dia pula dilantik atas pendapat Menteri, bagi saya, dengan izin, saya rasa ini satu yang mungkin tidak begitu baiklah untuk Lembaga ini. Sebab, kita mahu keanggotaan Lembaga itu biarlah orang yang betul-betul antaranya profesional. Jadi, kalau peruntukan berkaitan dengan tiga orang yang profesional ini digugurkan, jadi saya tidak nampak dalam peruntukan baru ini anggota yang dilantik ini wajib mempunyai kedudukan profesional. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah rasionalnya? Kenapa ditukar orang-orang yang profesional ini? Itu yang pertama, Yang Berhormat Menteri. Keduanya, tiga orang wakil kerajaan negeri. Saya hendak tanya, tiga wakil kerajaan negeri ini, adakah mereka ini dihubungi— maksud saya, pihak Lembaga menghubungi kerajaan negeri untuk mendapatkan nama itu ataupun Lembaga sendiri yang secara arbitrary melantik tiga orang ini? Jadi, itu saya ingin tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Sebab, dalam seksyen 5 tidak dijelaskan secara nyata. Walaupun ada dinyatakan tiga orang wakil kerajaan negeri tetapi tidak dinyatakan mekanisme macam mana pelantikan tiga orang wakil kerajaan negeri itu. Adakah mereka diminta nama daripada kerajaan negeri ataupun macam mana? Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memberikan satu peneranganlah. Seterusnya, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya juga tentang berkaitan dengan Jadual Ketiga khususnya berkaitan dengan mesyuarat di bahagian Jadual baharu Ketiga, peruntukan di bawah seksyen 13. Dalam Jadual Ketiga ini, di bawah Mesyuarat iaitu di peraturan 2(1) itu, dia kata, “Mesyuarat satu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu”. Kalau kita lihat pada Akta ibu, ia menyatakan bahawa mesyuarat hendak dibuat setiap bulan sekali. Jadi, saya hendak tanya, kenapakah adanya satu peruntukan yang nampaknya berbeza dengan Akta ibu ini? Sebab, kalau kita lihat kepada KEJORA ini ataupun Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ini, saya ada pengalaman jugalah, Yang Berhormat Menteri, sebab saya pernah terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan KEJORA ini khususnya kes-kes yang melibatkan di Pengerang iaitu di Bandar Penawar. Antara lain, pihak KEJORA ini ada menyediakan premis-premis untuk disewa oleh penduduk-penduduk di KEJORA itu ataupun di Bandar Penawar. Saya melihat, Yang Berhormat Menteri, perjanjian-perjanjian ini saya nampak begitu, dengan izin, poorly drafted. Maknanya, seolah-olah bukan dibuat oleh para pengamal undang-undang sebab ayat-ayat yang digunakan, bagi saya, dalam perjanjian ini seolah-olah macam disediakan oleh orang-orang yang tidak ada pengalaman undang-undang. [Disampuk] Ini saya punya pengalamanlah. Saya minta supaya mungkin pihak KEJORA dapat melihat kembalilah supaya— sebenarnya saya hendak tolong KEJORA ini supaya akan datang kalau ada apa-apa pertikaian, supaya benda ini jelaslah. Selalunya, apabila perjanjian tidak begitu clear ini, dia akan mengakibatkan mungkin membuka ruang untuk tindakan guaman dan sebagainya. Jadi, saya percaya bahawa mungkin sudah sampai masanya pihak KEJORA dapat membuat satu review balik kepada segala perjanjian-perjanjian yang melibatkan penyewaan ini. Sebab, selalunya saya nampak perjanjian ini macam dia lepas habis tempoh itu, mereka hanya copy paste sahaja. Mereka macam tidak mengkaji terma- terma itu dengan baik. Jadi, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkara ini. Saya percaya kalau kita tidak ubah benda ini, dengan zaman yang sekarang ini makin lama orang celik undang-undang dan sebagainya, dia boleh membuka ruang yang tidak sewajarnya untuk mungkin KEJORA ataupun pihak berkenaan diambil tindakan. Soalan terakhir saya, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya kepada— ini saya bercakap ini sebab ada penduduk yang bertanya kepada saya, apa rasional... Saya bercakap lebih fokus kepada Bandar Penawar ya. Di Bandar Penawar itu ada beberapa premis perniagaan yang diambil alih oleh KEJORA semula walaupun ada setengah mereka itu telah pun sewa di tempat itu agak
lama dan dijadikan pusat pelancongan. Tempat untuk macam pusat penerangan KEJORA lah. Saya rasa itu hak KEJORA, tiada masalah, tetapi yang penduduk tidak puas hati ialah alasan yang diberikan oleh pihak KEJORA ketika mengambil alih premis perniagaan itu berubah-ubah. Sekejap kata hendak buat ini. Sekejap kata hendak buat tempat parking. Sekejap kata hendak buat pusat penerangan. Jadi, alasan itu tidak tetap. Jadi, saya hendak tanya, kenapakah hal itu berlaku? Maknanya, adakah segala tindakan yang diambil itu tidak terlebih dahulu mendapat nasihat perundangan?
Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab perkara ini.
Yang Berhormat, hendak celah sikit boleh?
Okey, silakan. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Silakan.
Terima kasih. Saya ada dua soalan spesifik berkenaan KEJORA. Yang pertama adalah pada tahun 2014, seluas 23 ekar telah diluluskan untuk pembinaan rumah mampu milik di Daerah Kota Tinggi berhampiran di Bandar Seri Pelangi. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini projek pembinaan rumah mampu milik ini, yang pertama. Soalan kedua saya adalah, dalam lima tahun yang terakhir ini berapa banyak projek yang telah dimulakan secara fresh oleh KEJORA dan juga berapa banyak pembaik pulih yang telah dilakukan oleh KEJORA dalam masa lima tahun terakhir ini khususnya kepada kawasan-kawasan tumpuan KEJORA. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kapar. Saya mohon supaya soalan-soalan yang dikemukakan itu dimasukkan dalam ucapan saya dan saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasanlah. Yang akhirnya, akhir atau separuh akhir saya tidak pastilah Tuan Yang di-Pertua tapi kira sudah hampir akhir sudah ini. Kalau kita lihat di Bandar Penawar ya, sebab dia termasuk bawah KEJORA ini, dia berhampiran dengan satu destinasi pelancongan iaitu Desaru. Saya tidak pasti Desaru ini di bawah KEJORA juga, adakah KEJORA ada kuasa di situ atau tidak tapi saya telah baru-baru ini saya ada pergi ke Desaru dan saya lihat pantai yang begitu indah ini sudah nampak macam abandon ya, macam sudah tidak lagi indah seperti dulu lah. Jadi saya rasa, saya tidak pastilah kalau sekiranya KEJORA ada kuasa di Desaru itu, sebab dia berhampiran sekali dengan Bandar Penawar itu. Bandar Penawar ini saya harus pujilah. Saya rasa satu pembangunan yang agak tersusun dan lebih cantik. Tapi malangnya Desaru itu agak sekarang ini kurang dimajukan. Jadi saya harap pihak KEJORA dapat memberikan tumpuan sebab saya percaya kalau majunya Desaru menjadi destinasi pelancongan khususnya hari-hari cuti oleh pelancong-pelancong khasnya daripada Singapura. Sudah tentulah dia boleh memberikan satu sumbangan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya kepada penduduk-penduduk di Bandar Penawar. Jadi saya harap hal ini, kalau katakan bukan bidang kuasa KEJORA, saya harap pihak KEJORA juga dapat mengambil inisiatif lah untuk menghubungi pihak-pihak yang berkenaan supaya adakan satu penggabungan kah, kerja kah untuk memajukan ataupun menaik tarafkan Desaru itu. Sebab Desaru ini salah satu destinasi pelancongan yang rasa utama di bahagian selatanlah. Jadi saya harap ini dan juga ada satu lagi pantai unik di situ dan saya harap kedua-dua pantai ini dapat dimajukan lah. Sekian, saya rasa itu saja yang dapat saya sumbangkan dalam perbahasan mengenai Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Saya lihat perbahasan ini bukan sahaja yang melibatkan perkara dasar tapi juga seolah-olah
perbahasan di peringkat Jawatankuasa kerana telah pun menyentuh tentang seksyen- seksyen tertentu. Saya percaya di peringkat Jawatankuasa nanti, mungkin tidak ada soalan lagilah. Yang Berhormat Sekijang membangkitkan tentang isu ahli silih ganti di bawah Seksyen 5A, seksyen baru. Sebenarnya ahli silih ganti ini melibatkan wakil daripada kementerian ataupun jabatan. Kalau wakil daripada kementerian misalnya dia tidak mewakili diri sendiri tetapi dia mewakili kementerian ataupun jabatan-jabatan yang berkaitan. Sebab itulah kita perlukan ahli silih ganti kerana suara yang dibawa di dalam mesyuarat tersebut adalah suara daripada kementerian. Jadi kalau ada sesiapa yang tidak datang, tidak dapat hadir, maka wakil dia akan, ahli silih ganti itu akan hadir untuk mewakili ahli yang tidak dapat hadir tersebut. Yang Berhormat bertanya mengenai jumlah projek perumahan yang telah dibangunkan di kawasan KEJORA. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan terkini projek yang telah dibangunkan adalah seperti berikut. Saya rasa saya pun menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kapar tadi juga membangkitkan tentang jumlah pembangunan rumah yang dibangunkan. Ada dua projek iaitu projek oleh KEJORA sendiri dan yang keduanya projek oleh pihak swasta. Untuk makluman, oleh KEJORA, projek perumahan yang dibangunkan oleh pihak KEJORA adalah sebanyak 4,339 unit. Manakala oleh pihak swasta adalah sebanyak 6,892 unit. Jenis-jenis rumah adalah berdasarkan kepada polisi kerajaan negeri mengenai permohonan rumah tersebut. Apabila kerajaan negeri menetapkan misalnya peratusan mengenai rumah mampu milik, rumah untuk rakyat termiskin dan sebagainya, KEJORA akan terikat dengan polisi perumahan daripada kerajaan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk yang terbaru ini pihak KEJORA diberikan peranan oleh RISDA iaitu untuk membangunkan Rumah Bina Negara di kawasan KEJORA yang mana KEJORA diberikan sejumlah 100 unit di Tanjung Punggai. Yang Berhormat juga bertanya tentang jawatankuasa khas. Jawatankuasa khas ini saya kira untuk membantu memperkemaskan perjalanan program-program di bawah KEJORA. Misalnya katakan perkara yang melibatkan belia misalnya. Lembaga boleh menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk mengkaji dan membantu masalah belia di dalam kawasan KEJORA misalnya. Jadi, jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membantu untuk memperkemaskan dan membantu melicinkan perjalanan program- program dan aktiviti di bawah KEJORA itu. Yang Berhormat Kulai....
Yang Berhormat Menteri hendak tanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan seksyen 5A tadi itu yang katanya memberi kebenaran untuk kementerian meletakkan ahli bersilih ganti ini. Adakah hanya di bawah Kementerian KKLW atau boleh mana-mana kementerian yang dirasakan boleh terlibat sama dan adakah hanya pihak daripada kementerian di peringkat kerajaan persekutuan ataupun boleh wakil daripada kerajaan negeri, itu yang pertama. Yang kedua saya hendak ucap terima kasih lah kepada Yang Berhormat Menteri kerana dapat melibatkan sama terutamanya golongan muda dalam jawatankuasa khas ini kerana ini akan memberikan satu perubahan baru terutamanya apabila memberikan ruang kepada orang muda untuk sama-sama bersama bersuara dalam jawatankuasa khas ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat rujuk kepada 5A(1) jelas disebutkan tentang anggota silih ganti tersebut iaitu daripada wakil Kementerian KKLW, wakil Kementerian Kewangan ataupun Perbendaharaan dan wakil daripada UPEN, Jabatan Perdana Menteri. Jadi wakilnya adalah wakil daripada kalau daripada KKLW, mesti wakil daripada KKLW. Tidak boleh dari luar daripada KKLW lah. Tidak boleh kementerian lain. Misalnya daripada kewangan. Tugasnya jelas. Kalau wakil KKLW adalah dasar tentang KKLW. Jadi tentulah tidak boleh daripada luar daripada KKLW untuk menjadi ahli silih ganti dan sebagainya.
Begitu juga dengan kewangan. Fokusnya adalah tentang kewangan. Jadi tidak boleh daripada lain-lain kementerian ataupun jabatan kewangan negeri dan sebagainya. Yang Berhormat Kulai membangkitkan tentang masalah api, air di Kampung Murni Jaya, Kampung Tersusun. Saya percaya kita sudah pun menjawab persoalan Yang Berhormat ini sewaktu jawapan di dalam Kamar Khas dan jawapannya sama iaitu untuk makluman Yang Berhormat, kawasan itu adalah di luar kawasan operasi KEJORA. Oleh kerana hari ini kita di dalam pindaan rang undang-undang akta bill KEJORA, jadi ia di
luar. Walau bagaimanapun, tidak bermakna pihak kerajaan tidak bertanggungjawab sebab di bawah bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, itu di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya akan lihat perkara ini untuk kita minta bahagian prasarana di bawah KKLW untuk menyelesaikan isu ini. Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan tentang pertindihan sama ada, ada pertindihan atau tidak di antara fungsi PBT dan KEJORA. Untuk makluman Yang Berhormat, fungsi KEJORA adalah di luar kawasan PBT. Telah pun diputuskan oleh Kerajaan Negeri Johor, Exco Negeri Johor bahawa kawasan-kawasan PBT termasuk kawasan baru yang dahulunya bandar-bandar kecil, dahulunya dikawal dan operasinya dikawal oleh KEJORA, sekarang ini telah pun dikeluarkan. Jadi mungkin ini untuk mengelakkan berlaku pertindihan. Sebelum ini memang ada majlis daerah dan sebagainya, memang ia di luar bidang kuasa KEJORA. Kali ini lebih jelas lagi bahawa bandar-bandar kecil di dalam KEJORA pun telah pun dikeluarkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Pengerang, di kawasan Pengerang memang telah pun dikeluarkan daripada bidang kuasa dan juga pengawasan daripada KEJORA. Jadi tidak timbul isu mengenai pertindihan kuasa di antara PBT, termasuklah PBT baru seperti Pengerang dan sebagainya. Dari segi kajian pelancongan, kita telah pun menjalankan dua kajian iaitu kajian produk pelancongan desa tahun 2008 dan juga kajian penjenamaan semula Desaru dan Pengerang pada tahun 2011. Bagi promosi, untuk makluman Yang Berhormat, yang melibatkan bidang perikanan seperti yang disebutkan Yang Berhormat tadi, KEJORA kita sedang dalam tindakan untuk mengadakan kolaborasi ataupun collaboration dengan izin, dengan LKIM negeri untuk kita mengadakan promosi di dalam bidang perikanan ini. Ada antara yang sedang kita laksanakan adalah Pusat Ternakan dan Penetasan Belangkas Tanjung Sedili. Yang Berhormat Sepang. Terima kasih Yang Berhormat, saya ingat orang Sepang tidak minat dengan Johor, rupanya minat juga. Seksyen 5, saya merujuk kepada seksyen 5, kita tambah lebih ramai dan kerana kita masukkan wakil-wakil jabatan dengan lebih jelas, siapa wakil jabatan yang kita maksudkan ada tiga, seksyen 5(1)(c), (d), (e) dan (g) yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kalau dahulunya hanya menyebut tentang wakil profesional, sekarang ini kita perluaskan iaitu Menteri mempunyai kuasa untuk melantik empat orang. Tidak disebutkan siapa. Walaupun tidak disebutkan sesiapa, tetapi Menteri boleh melantik wakil profesional tadi yang difikirkan sesuai. Satu lagi, kita hendak memperluaskan lagi, memperluaskan skop untuk pelantikan tersebut. Mungkin kali ini kita boleh melantik wakil koperasi misalnya, untuk menjadi ahli lembaga pengarah ataupun wakil NGO. Kalau isu yang melibatkan belia banyak di kawasan KEJORA, kita boleh lantik wakil persatuan belia Misalnya, untuk menjadi ahli lembaga pengarah dan sebagainya. Mungkin kita tadi kata tentang pelancongan, kita hendak fokuskan tentang pelancongan dan kita boleh melantik ahli mungkin daripada persatuan pelancongan Negeri Johor untuk duduk sebagai ahli. Jadi maknanya, walaupun kalau dahulu spesifik tentang profesional, tetapi kita sekarang lebih terbuka termasuk hendak ambil golongan profesional lawyer misalnya, kita masih boleh tidak menghalang untuk kita melantik.
Terima kasih Menteri. Menteri, terima kasihlah atas jaminan Menteri itu walaupun dalam ini tidak ada langsung ayat profesional dibandingkan dengan seksyen 5 yang asal. Menteri, saya mungkin boleh terimalah kalau Menteri kata nanti dalam pelantikan itu dalam empat orang itu mungkin Menteri boleh kata lantik profesional juga. Akan tetapi seperti mana Menteri juga seorang yang ada latar belakang undang- undang tahu bahawa undang-undang ini what is written in the law. Kalau kata black letters of the law. Sekarang ini kalau tidak ada ayat profesional, bermakna tidak ada dengan izin, tidak ada statutory duty daripada pihak Lembaga mesti hendak lantik orang profesional. Walaupun jaminan Menteri itu mungkin saya rasa itu mungkin intention sahaja, tetapi seperti mana Menteri tahu apabila pergi ke mahkamah, dia tidak tengok apa yang dijamin oleh Menteri, dia lihat apa yang ayat dalam undang-undang ini. Jadi Menteri, saya tanya soalan ini kerana apa yang saya kata profesional ini penting sebab kita lihat kepada, kita kembali semula kepada fungsi Lembaga dalam seksyen 4. Izinkan saya baca Menteri, fungsi Lembaga adalah antaranya untuk memajukan, menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara Dalam ayat (a) dengan (b), “memajukan”. Bagi saya apabila kita kata memajukan ini, saya rasa dengan ayat “memajukan” ini, intention of the legislator ini
adalah hendak memajukan mesti ada orang-orang yang ada kepakaranlah. Dalam hal ini, saya rasa profesionallah yang pakar memajukan. Jadi kalau kita lantik empat orang yang tidak mungkin, tidak perlu lantik orang profesional ini, jadi hasrat ataupun fungsi Lembaga itu mungkin akan takut defeated. Jadi saya minta Menteri kalau bolehlah fikirkan balik. Walaupun saya bukan kata saya tidak terima pandangan Menteri, saya rasa itu mungkin Menteri akan masukkan juga. Akan tetapi yang saya risau ini tidak ada dalam undang-undang ini, ia akan mungkin disalah faham. Terima kasih Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita tetapkan terus wakil profesional, jadi orang yang ada kepakaran juga yang bukan dalam bidang profesional tadi tidak boleh kita lantik. Kalau kita lihat daripada seksyen 5(1)(g), jelas mengatakan pada pendapat Menteri orang yang dilantik tersebut adalah sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan Lembaga. Jadi sebab itu saya katakan bahawa untuk menjalankan peranan dan fungsi Lembaga ini bukan semata-mata daripada golongan profesional, tetapi daripada mereka yang mungkin mempunyai kaitan tertentu dengan fungsi Lembaga. Jadi dengan silent nya yang tidak menyebut dengan jelas ini akan memberi ruang kepada Menteri untuk memilih mereka yang terbaik. Jadi insya-Allah kita akan pilih dan profesional pun tidak terhalang untuk dilantik di dalam perkara ini. Jadual Ketiga itu saya rasa jelas bahawa jawatankuasa boleh mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai oleh pengerusi. Untuk makluman Yang Berhormat, biasanya mesyuarat jawatankuasa ini akan dibuat sebelum mesyuarat Lembaga penuh dilaksanakan kerana setiap keputusan jawatankuasa akan dibentangkan di dalam mesyuarat penuh untuk diluluskan. Yang Berhormat bertanya saya tentang wakil negeri, adakah tidak dirunding dengan negeri atau tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, memang wakil negeri dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga merupakan pengerusi kepada KEJORA ini. Biasanya mereka yang dilantik itu ada kaitan dengan fungsi KEJORA itu sendiri.
Misalnya KEJORA terlibat dengan pertanian misalnya, jadi Exco pertanian berada di dalam Lembaga ini kerana kita memerlukan kepakaran daripada Exco pertanian ini. Begitu juga kalau kita ada pembangunan infra dan sebagainya. Jadi wakil daripada Exco kerja raya akan berada di dalam jawatankuasa ini di dalam Lembaga ini. Jadi kita akan bincang dengan dia, bukan Menteri lantik sesuka hati. Wakil negeri mesti daripada pihak kerajaan negeri. Tentang rang undang-undang ini yang dianggap oleh Yang Berhormat tidak berapa kemas...
[Bangun] Perjanjian sewa.
Perjanjian dan sebagainya, memang perjanjian kah dan sebagainya yang melibatkan dokumen perundangan adalah disemak oleh pegawai perundangan kita dan kalau yang serius, yang besar akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan sebagainya, itu dari segi prosedur kerajaan. Jadi, insya- Allah saya rasa percaya mereka itu adalah kumpulan yang profesional dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Yang Berhormat juga ada menyebut ini sama dengan Yang Berhormat Parit Sulong tadi mengenai pelan jangka panjang dan sebagainya untuk pembangunan. Jadi saya nak maklumkan bahawa KEJORA memang mempunyai perancangan jangka panjang di dalam berbagai-bagai aktiviti ekonomi dan sebagainya. Antara yang saya nak sebut adalah Program Pembangunan Modal Insan. Kita ada iaitu Program Latihan Kemahiran Kerjaya yang kita mulakan mulai tahun 2012. Sehingga kini kita telah pun melatih 700 orang peserta. Begitu juga dengan Program Latihan Pembangunan Usahawan, kita ada 500 orang peserta dan kita ada program usaha sama promosi bersama dengan MOTAC, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Bagi Desaru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan keseluruhan Desaru sebenarnya dirancang sepenuhnya oleh Khazanah Malaysia. Jadi, penglibatan KEJORA adalah sebagai ahli jawatankuasa yang dibentuk oleh pihak Khazanah semasa proses perancangan. Jadi, kita sebagai jawatankuasa, kita akan menyuarakan pandangan sewaktu mesyuarat. Saya percaya itu sahaja yang nak saya sampaikan. Kalau ada perkara-perkara yang tertinggal, kita akan semak semula dan kita akan beri jawapan bertulis. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di dalam pindaan ini disebut mengenai Mesyuarat Lembaga ya, ada kan? Ada. Mesyuarat Lembaga perkara 13, sekejap. Saya cuma nak tanya, apakah benar bahawa mesyuarat ini yang sekarang ini dibuat setiap bulan bagi Lembaga ini akan dikurangkan kepada tiga bulan sekali. Kalau kita mengikut roh daripada pindaan ini, dikatakan tujuannya ialah untuk menjadikan Lembaga-lembaga keempat-empat ini lebih produktif, lebih cergas dan cepat membuat keputusan-keputusan. Jadi, apakah pandangan Menteri bahawa mesyuarat tiga bulan sekali itu lebih baik daripada mesyuarat tiap-tiap bulan? Ini kerana mesyuarat tiap-tiap bulan kita rasa menjadikan ahli-ahli Lembaga ini lebih peka, lebih segera menangani isu-isu yang berbangkit di kawasan atau wilayah masing-masing. Lagi pula seperti yang disebut oleh Menteri tadi, jawatankuasa yang dibentuk oleh Lembaga ini pula akan bermesyuarat selalunya sebelum Mesyuarat Lembaga, jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk. Jadi ini bermakna mereka juga akan mengambil pendekatan untuk bermesyuarat tiga bulan sekali juga. Jadi bagi saya, pindaan ini khusus pindaan ini agak terkebelakang sedikit dan sepatutnya dikekalkan pada setiap bulan. Terima kasih.
Yang Berhormat, dulu kita tetapkan sebulan sekali bermakna dalam akta, mesyuarat mesti diadakan sebulan sekali. Akan tetapi apabila kita kata sekali dalam tiga bulan minimum, kita juga kalau ada keperluan boleh mengadakan mesyuarat itu sebulan sekali. Bukan mestinya kita kena tunggu setiap tiga bulan untuk mengadakan mesyuarat. Jadi, ada ruang kalau ada waktu tertentu yang tidak dapat mengadakan mesyuarat- mesyuarat, tidak salah dari segi akta ini. Kalau ditetapkan sebulan sekali, mesti diadakan sebulan dan kalau tidak dijalankan mesyuarat bertentangan dengan akta ini. Jadi kita ada beri ruang untuk mereka bermesyuarat walaupun setiap bulan pun boleh, cuma boleh kita tidak. Kalau tidak ada, boleh kita tidak bermesyuarat selama tiga bulan. Terima kasih.
Tiada lagi yang berminat. [Fasal-fasal 1 hingga 14 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017, iaitu satu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Akta 104) dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 atau selepas ini akan disebut sebagai akta yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Akta 104 yang telah berkuat kuasa pada 12 April 1973. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sama seperti pindaan yang dibuat kepada Akta Lembaga Kemajuan Kedah 1981 dan Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 yang telah diluluskan sebelum ini.
Pindaan ini juga melibatkan pindaan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran yang bertujuan untuk menambah baik Akta 104 sedia ada dan menyelaraskan peruntukan dengan amalan semasa agensi serta menyeragamkan peruntukan dengan arahan pekeliling undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ataupun KETENGAH merupakan Badan Berkanun Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 12 April 1973 melalui Akta 104 dengan kuasa merancang, menggalak, menyenggara, menyertai dan melaksanakan program sosioekonomi dalam Wilayah KETENGAH yang berkeluasan 443,876 hektar. Pada 12 Jun 1993, kawasan Tasik Kenyir telah dijadikan sebagai sebahagian kawasan pembangunan KETENGAH melalui pewartaan. Keluasan Wilayah KETENGAH telah bertambah kepada 653,075 hektar atau 50.14 peratus daripada keluasan negeri Terengganu yang meliputi kawasan pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Fungsi utama KETENGAH adalah untuk memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial, pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan serta mengawal dan menyelaras pelaksanaan kegiatan- kegiatan ini dalam wilayahnya. Seperti agensi lembaga kemajuan wilayah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang lain, KETENGAH juga diberi tanggungjawab dalam pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi, pembasmian kemiskinan dan pembangunan fizikal termasuk pewujudan kawasan perbandaran dalam kawasan operasi.
(i) untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang bersesuaian dan selaras dengan perubahan tugas dan tanggungjawab KETENGAH ekoran daripada perubahan dasar dan peraturan urus tadbir semasa kerajaan bagi memastikan Akta 104 sentiasa relevan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa; dan (ii) menyelaras Akta 104 dengan beberapa undang-undang, dasar dan peraturan urus tadbir semasa berkaitan Badan Berkanun Persekutuan seperti Akta Badan-badan Berkanun Akaun dan Laporan 1980 (Akta 240), Akta Badan-badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605) dan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 1998 bagi meningkatkan urus tadbir dan kecekapan sistem penyampaian. Pindaan dalam akta yang dicadangkan merangkumi pindaan; (i) pindaan lima seksyen dan satu Jadual sedia ada, (ii) penggantian dua seksyen sedia ada, (iii) pewujudan seksyen 3 baru dan satu Jadual baru serta pemotongan tujuh seksyen.
Tuan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini mengandungi 15 fasal kesemuanya. Fasal-fasal yang tidak dinyatakan secara khusus adalah fasal yang melibatkan pindaan kecil. Antara fasal-fasal pindaan utama dalam rang undang-undang ini adalah: Fasal 2 yang bertujuan memasukkan takrif Menteri. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 5 berhubung keanggotaan Lembaga antaranya merangkumi subseksyen 5(1) berkenaan dengan pelantikan anggota Lembaga oleh Menteri. Subseksyen 5(4) dipotong kerana tidak lagi terpakai kepada pengurus besar. Subseksyen 5(2) dan (3) dipinda berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada subseksyen 5(4). Subseksyen 5(5) dipinda berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada subseksyen 5(1). Fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baru 5A yang memberi kuasa Menteri untuk melantik anggota silih ganti. Fasal 5 bertujuan untuk meminda nota bahu kepada seksyen 12 Akta 104 dan menggantikan subseksyen 12(1) untuk peruntukan tanggungjawab Pengerusi. Fasal 6 bertujuan untuk meminda sebahagian seksyen 13 yang mana ianya berkaitan dengan Pengurus Besar. Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 14(2) memperuntukkan bahawa Pengarah setiap bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri. Fasal 8 bertujuan untuk menggantikan seksyen 16A untuk memperuntukkan bahawa Akta Badan-badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605) hendaklah berkenaan dengan tatatertib pekerja Lembaga hendaklah terpakai. Fasal 9 bertujuan untuk memotong seksyen 16B, 16C, 16D, 16E, 16F, 16G dan 16H. Fasal 10 bertujuan untuk menggantikan seksyen 22 untuk mengadakan peruntukan bahawa Akta Badan-badan Berkanun Akaun dan Laporan 1980 iaitu Akta 240 hendaklah terpakai. Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen 28A yang memberi kuasa Lembaga menubuhkan jawatankuasa. Fasal 12 bertujuan memasukkan seksyen baru 32A memberikan Lembaga kuasa dengan kelulusan. Fasal 13 bertujuan untuk meminda sebahagian Jadual Pertama kepada Akta 104 iaitu subperenggan 4(1) iaitu mengurangkan bilangan Mesyuarat Lembaga dan lain- lain. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan Jadual baru Ketiga bagi mengadakan peruntukan perkara yang berhubung dengan pelantikan, mesyuarat dan tatacara jawatankuasa. Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan pengecualian. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila, Yang Berhormat Dungun.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillah wassalatu wassala muala rasulillah waala alihi wasabihi wamawalah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, mengizinkan saya untuk membahaskan pindaan rang undang- undang Akta 104 berkaitan dengan Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973. Kalau kita melihat kepada hasrat pindaan yang dicadangkan ini ialah untuk
sebahagiannya peningkatan penyampaian perkhidmatan yang melibatkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang menjadi agensi yang ditugaskan bagi kemajuan wilayah dalam kawasan yang melibatkan tiga daerah; Hulu Terengganu, Hulu Dungun di Dungun dan juga Hulu Chukai di Kemaman. Oleh itu, jika kita melihat kepada keluasan kawasan yang di bawah kawalan KETENGAH ini bagi kawasan pembangunan wilayah yang berasaskan kepada Dasar Ekonomi Baru Malaysia yang telah disebutkan oleh Menteri tentang keluasan jumlah ketika Akta 104 yang menjadikan KETENGAH Diperbadankan, keluasan 443,876 hektar kemudian ditambah pula dengan kawasan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu dengan keluasan 209,199 hektar yang telah digazetkan menjadikan keseluruhan keluasan Wilayah KETENGAH 653,075 hektar bersamaan dengan satu perdua keluasan negeri Terengganu. Keluasan negeri Terengganu ialah 1,295,512.1 hektar.
Dengan adanya tiga daerah dalam keluasan yang ditugaskan kepada KETENGAH ini, kita boleh menilai setelah daripada 44 tahun kelulusan akta ini diberi, apakah dengan peruntukan saban tahun yang telah diberi kepada kementerian untuk disalurkan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, mencapai maksud daripada hasrat yang diletakkan dalam misi KETENGAH yang disebut tiga dimensi menjelang tahun 2020. Pertama, organisasi. KETENGAH menjadi organisasi yang terkemuka dalam pembangunan wilayah. Dengan menjaga keluasan satu perdua negeri Terengganu, kita akan boleh melihat hasil daripada pencapaian yang telah berlaku daripada misi KETENGAH ini. Kedua, melalui dimensi kawasan iaitu menjadikan Wilayah KETENGAH sebagai tempat kediaman dan kawasan industri atau perusahaan yang terbaik. Ketiga, melalui dimensi insan. Penduduk Wilayah KETENGAH merupakan insan yang berilmu, berteknologi, berkemahiran dan seimbang dalam segala lapangan hidup iaitu disebut sebagai ‘khairul ummat’. Realiti dalam 44 tahun meliputi tiga daerah. Terengganu ada lapan daerah termasuk Kuala Nerus baru-baru ini. Kita boleh melihat bagaimana perkembangan kemajuan seperti yang diletakkan dalam misi KETENGAH ini. Bandar adalah sumber bagi kita melihat kemajuan yang ada. Pembangunan Bandar AMBS sendiri, Durian Mas atau Al-Muktafi Billah Shah yang merupakan nadi dan pusat bandar kepada pentadbiran KETENGAH menjadi bandar yang tidak membangun berdasarkan kepada tempoh 44 tahun Akta 104 ini diluluskan. Ini menunjukkan bahawa bandar itu menentukan suatu kemajuan yang ingin dicapai kalau hendak menjadikan bandar itu pusat kepada kemajuan yang boleh kita lihat daripada penubuhan KETENGAH dalam operasinya untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dalam daerah pentadbiran. Bandar yang dirancang, Rasau. Kita tidak melihat satu pembangunan bandar yang baik. Kerteh, apatah lagi sekarang ini sebahagian daripada petroleum yang sepatutnya berada dalam Kerteh itu juga dipindahkan ke Johor. Kemudian, kita melihat Bandar Bukit Besi sendiri yang diuar-uarkan sebagai bandar pelancongan, apatah lagi dengan sekarang ini pula apabila penggunaan Lebuhraya Pantai Timur 2 menyebabkan FT14 jalan persekutuan sudah tidak menjadi jalan utama. Kebanyakan bandar-bandar menjadi bandar yang terpinggir. Hulu Chukai begitu juga, dalam daerah Kemaman dan juga Cheneh. Padahal banyak agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam wilayah ini antaranya FELDA, RISDA dan FELCRA menunjukkan bahawa mesti ada satu pelan pembangunan yang terancang dengan baik untuk memastikan misi-misi yang disebut oleh misi KETENGAH ini dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan kerana hanya dijangka akan dapat dicapai pada tahun 2020. Padahal kita mungkin tidak mempunyai masa yang dirangka daripada sudah berlaku 44 tahun itu untuk kita melihat hakikat sebenar yang berlaku dalam wilayah yang sangat luas bagi kelolaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ini. Apa yang saya ingin tanya ialah, apakah peluang-peluang pekerjaan yang telah diwujudkan kerana rata-rata kita melihat penduduk dalam Wilayah KETENGAH ini tidak mencapai satu tahap kedudukan yang membolehkan mereka untuk keluar daripada keadaan yang sedia ada. Itu yang pertama. Kedua, apakah pembangunan IKS yang telah dilaksanakan kerana melibatkan penduduk dalam taraf yang sedia ada itu sekurang-kurangnya dapat dirangka oleh kementerian berdasarkan kepada kaedah memberikan suatu input kepada KETENGAH untuk merangka pembangunan IKS dalam wilayah ini.
Kita melihat Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) atau Durian Mas secara ringkasnya adalah pusat pentadbiran KETENGAH tetapi ia tidak menjadi bandar yang merupakan nadi pembangunan bagi Wilayah KETENGAH atau dalam bahasa mudahnya bandar yang menjadi minus pembangunan. Kita tidak melihat satu kerangka dengan bajet yang diberi selama 44 tahun, ia melibatkan suatu pembangunan wilayah yang benar-benar diharapkan daripada misi yang dicatatkan. Ketengah Holdings ada 13 buah anak syarikat. Peranannya perniagaan tetapi di manakah pembangunan penduduk yang dirancang bagi wilayah ini? Saya juga ingin minta suatu penjelasan mengenai isu pemilikan tanah yang masih belum selesai. Rumah yang rakyat diami ataupun penduduk diami dalam wilayah ini sudah lebih daripada puluhan tahun. 40 tahun yang lalu tetapi masih berstatus sewa sedangkan mengikut perjanjian asal ketika Wilayah KETENGAH ini diwujudkan iaitu semasa penubuhan KETENGAH, penduduk akan mendapat hak milik. Sekarang, berstatus sewa sahaja sedangkan sudah 44 tahun ditubuhkan dan rakyat yang berada dalam kawasan KETENGAH ini mendiami kawasan ini, membayar sewa dengan harapan supaya mereka akhirnya akan mendapat hak milik tetapi geran diberikan atas nama KETENGAH. Lalu, KETENGAH meletakkan bahawa tidak akan diberikan hak milik. Ini isu yang juga penting untuk diselesaikan dalam Wilayah KETENGAH ini. Tujuan penubuhan untuk kemajuan ekonomi dan sosial kepada rakyat yang tinggal dalam kawasan Wilayah KETENGAH menunjukkan bahawa pemilikan tanah itu menjadi asas yang utama daripada sewaan yang mereka lakukan. Kalau tidak diselesaikan, hak mereka ini, rakyat dalam kawasan KETENGAH ini akan terus terpinggir dari pembangunan wilayah dan ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan maksud asal penggubalan Akta 104 ini, Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 ini kerana ia adalah untuk kepentingan. Kita sampaikan perkhidmatan itu kepada rakyat. Oleh itu mesti kembali kepada perjanjian asal sebagaimana yang ditawarkan kepada penduduk. Mana-mana penduduk yang tinggal dalam kawasan KETENGAH selama lima tahun, bayaran berterusan, diuruskan kepada mereka suatu perjanjian sewa beli yang baru supaya mereka mendapat hak milik daripada mereka berada dalam kawasan KETENGAH ini. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan maklum daripada Kompleks Bebas Cukai Pulau Bayas, Tasik Kenyir. Bagaimana perkembangan infrastruktur kompleks ini setakat ini? Kedua, jumlah kos keseluruhan dan perbelanjaan yang telah dibelanjakan setakat ini untuk kemajuan projek ini setakat ini. Sekadar itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang KETENGAH. Seperti yang kita ketahui, melibatkan tiga daerah utama negeri Terengganu di mana Hulu Terengganu merupakan sebahagian daripada pertambahan di antara terbaru yang melibatkan Tasik Kenyir sebagai satu daripada daya tarikan dalam pembangunan di bawah Tasik Kenyir dan juga KETENGAH. Secara tradisinya, KETENGAH merupakan satu badan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang ada kaitan besarnya dengan pertanian iaitu khususnya kelapa sawit di mana sebahagian besar kawasannya didedikasikan melalui ladang-ladang besar seperti TDM dan sebagainya.
Ini merupakan sumber industri asas, di mana KETENGAH telah begitu terkenal dan established, dengan izin. Kalau kita lihat kebelakangan ini ladang-ladang kelapa sawit KETENGAH sudahlah begitu mature, dengan izin, dan juga begitu lama established dengan pasaran mereka tersendiri. Dengan baiknya, sudah tentulah kerajaan mempelbagaikan tarikan di dalam kawasan KETENGAH sendiri seperti bandar-bandar lama bersejarah, Bukit Besi dengan tarikan yang sudah sedia ada, lombong bijih besi dan juga lapangan sasar golf dan sebagainya untuk mempelbagaikan tarikan kepada KETENGAH sebagai satu daya penarik di kawasan Terengganu ini. Akan tetapi apa yang saya ingin tekankan pada petang ini adalah satu potensi pelancongan yang begitu besar dan menarik yang sekarang ini terletak di bawah KETENGAH. Begitu besar potensinya dan harapannya rakyat Malaysia dan juga rakyat
Terengganu untuk menjana pendapatan dan juga pekerjaan yang lebih luas dan besar, tidak diberi perhatian dan tidak menerima sokongan yang begitu baik daripada agensi yang sepatutnya meningkatkan lagi taraf potensi pelancongan di kawasan ini. Malahan, sejak tahun 1980-an lagi, satu usaha begitu besar untuk mempergiatkan lagi, mempelbagaikan lagi, untuk membukakan lagi Tasik Kenyir sebagai pintu masuk, bukan hanya kepada kawasan Kenyir dan juga Hulu Terengganu tetapi sebagai memperkenalkan sebahagian daripada Taman Negara Malaysia yang juga boleh dikatakan satu pertiganya terletak di Terengganu sebagai satu daya tarikan yang baru. Walhal ramai yang tidak sedar bahawasanya accessibility kepada Taman Negara Malaysia juga boleh dilalui melalui kawasan KETENGAH itu dan itulah situasinya sehingga hari ini. Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1980-an juga, Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan begitu banyak perbelanjaan untuk memajukan industri pelancongan, khususnya melalui Kenyir. Akan tetapi kita tidak nampak satu anjakan atau satu pendekatan yang boleh menguntungkan orang-orang tempatan. Sehingga hari ini, kalau kita pergi ke Kenyir, masih juga di tahap yang lama, di mana hanya beberapa boat operator memancing dan sebagainya, beroperasi seperti dahulu kala juga tanpa apa-apa kemajuan yang boleh dibanggakan. Apa-apa juga hotel yang dahulunya cuba naik di kawasan ini juga tidak menerima suntikan atau promosi yang sepatutnya untuk memperkenalkan lagi Kenyir di dalam KETENGAH sebagai satu destinasi yang menarik. Di sinilah letaknya, perlu kepakaran yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan yang mempunyai begitu banyak agensi-agensi kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan sebagainya untuk menambahkan lagi potensi daya tarikan kepada kawasan KETENGAH di bawah Hulu Terengganu ini. Saya ingin menyentuh lagi tentang beberapa daya tarikan yang ada kaitannya dengan aktiviti asas KETENGAH dahulu iaitu pertanian seperti agritourism yang boleh dikaitkan dengan Gua Bewah dan Gua Taat iaitu dua gua semula jadi di kawasan bersejarah, di mana banyak kesan-kesan purba dan prasejarah telah ditemui. Sehingga hari ini juga tidak ada apa-apa peningkatan dari segi promosinya. Hanyalah Muzium Terengganu yang mempromosikan kawasan ini dan ini tidak merupakan satu perubahan dari situasi yang sebelum KETENGAH dimasukkan di bawah aktiviti-aktiviti mempromosikan Kenyir ini.
Yang Berhormat Kuala Terengganu, minta penjelasan sedikit.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik hati dengan pandangan yang tadi oleh Yang Berhormat mengenai isu adakah projek-projek ini sebenarnya menguntungkan orang ramai? Saya tanya soalan ini sebab kita dapati bahawa kerajaan ada banyak program pembangunan tetapi adakah penilaian dijalankan? Satu penilaian dijalankan untuk semua projek seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, agrotourism. Adakah program agritourism ini sebenarnya memanfaatkan orang ramai ataupun ini memanfaatkan orang yang dapat projek swasta ataupun projek yang diswastakan? So, siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan daripada projek-projek ini? Minta pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ini berhubung dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Klang. Saya merasakan bahawa setiap projek yang ingin dilaksanakan semestinya mempunyai matlamat dan sasaran yang dikenal pasti sebelum ia dilaksanakan ataupun diluluskan. Maka, setelah ia telah dilaksanakan dan jumlah yang diperuntukkan, dibelanjakan yang mungkin berjuta-juta, perlu ada satu kajian ataupun satu post-mortem sejauh mana projek yang dijalankan, yang telah diluluskan atas alasan-alasan yang tertentu telah sebenarnya mencapai matlamat seperti mana yang dinyatakan apabila projek itu diberikan justifikasinya. Katakanlah kalau hendak adakan satu projek yang kononnya akan mendatangkan kemajuan dari sudut pelancongan, peningkatan dari sudut pelancongan dan sebagainya. Maka, statistik dari sudut apa yang ingin dicapai, pertumbuhan ataupun pertambahan pelancong, 20 peratus katakan, maka selepas projek itu dijalankan, kita kena lihat benar ataupun tidak telah tercapai apa yang diinginkan. Lalu, saya hendak tahu sama ada pendekatan yang seperti ini dilakukan? Ini kerana bila hendak buat projek, justifikasi bermacam-macam. Sudah belanja tetapi selepas sudah belanja, sudah buat
projek, tidak tahu betul ataupun tidak apa yang diberikan sebagai alasan untuk menjustifikasikan projek itu telah benar-benar tercapai atau sebaliknya. Mohon Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Ya, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Klang dan juga Yang Berhormat daripada Shah Alam. Saya minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Saya bersetuju bahawasanya kebanyakan daripada projek-projek yang telah dilancarkan atau telah dilaksanakan di KETENGAH merupakan projek ad hoc iaitu apabila ada seseorang memberi satu pandangan untuk mengambil satu kesempatan berniaga di situ, ia hanya dilaksanakan sebagai satu piecemeal basis, dengan izin. Dengan cara ini, ia tidak mendatangkan manfaat jangka masa yang panjang. Contohnya, beberapa hotel telah naik tetapi tidak dapat berkembang dan bertahan lama. Seperti DRB-HICOM, telah pernah membuka satu hotel atau resort yang berjalan dengan seketika, dengan baik, dengan golf course dan sebagainya tetapi tidak boleh berkembang selain daripada untuk seketika sahaja. Apa yang ingin saya tambah di sini adalah betul apa yang dikatakan oleh sahabat-sahabat tadi, apa yang amat diperlukan adalah satu pelan induk jangka masa panjang atau long term master plan untuk membangunkan Tasik Kenyir sebagai satu destinasi pelancongan tersendiri dan juga sebagai pintu masuk ke Taman Negara. Ini adalah satu rangkaian yang amat baik kerana kita tahu pintu masuk ke Taman Negara melalui Pahang telah orang kata overexposed atau telah terlalu banyak digunakan. Di Terengganu, ia masih kurang diketahui dan kurang digunakan dan ini merupakan satu potensi yang amat-amat baik. Akan tetapi kita tidak pernah mendengar pun Taman Negara atau pintu masuk ke Taman Negara melalui Sungai Lasir, Sungai Cacing dan sebagainya, melalui Tanjung Mentong, pernah dipromosikan melalui KETENGAH. Ini adalah satu lost opportunity, dengan izin, yang amat menyedihkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya rasa pada tahun 1980-an di peringkat awal KETENGAH yang hebat dimajukan, secara di atas kertaslah, pada masa itu Perdana Menteri kita pada masa itu Dr. Mahathir atau Tun Dr. Mahathir pada hari ini, sering turun ke KETENGAH melalui Kenyir. Tun sendiri telah memberi beberapa cadangan dan boleh dikatakan setiap kali turun ke Terengganu pergi ke kawasan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan, di mana beliau sendiri mencadangkan pembukaan jalan laluan masuk dan sebagainya. Akan tetapi malangnya, dengan Perdana Menteri sendiri memberi cadangan- cadangan yang begitu bernas, tidak ada follow up. Contohnya, pemotongan pokok- pokok, tunggul-tunggul kayu di dalam air untuk memudahkan laluan bot dan sebagainya sehingga hari ini juga masih belum dilaksanakan seperti sepatutnya. Ini merupakan, sekali lagi, lost opportunity yang saya maksudkan yang kita patutlah mengkaji balik dan keep to the original master plan yang telah disediakan. Akan tetapi malangnya, tidak. Dan yang paling ketara beberapa tahun kebelakangan ini adalah satu projek yang boleh dikatakan mencerminkan pendekatan yang tidak ada kajian mendalam atau jangka masa panjang sesuai atau tidak diadakan di kawasan ini iaitu projek duty free centre atau Bebas Cukai Kenyir. Projek ini adalah satu projek yang amat besar, lebih daripada RM300 juta dikendalikan oleh kerajaan negeri. Saya pernah di Dewan yang mulia ini menimbulkan adakah projek ini viable atau munasabah tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam.
Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya tahu ini perbahasan di peringkat dasar untuk menggubal satu rang undang-undang atau meminda satu rang undang-undang. Bila meminda rang undang-undang, ia tertakluk kepada seksyen 36(1) dalam peraturan mesyuarat, hanya perkara yang dipinda sahaja, Yang Berhormat. Jadi, jangan terlari jauh sangat daripada perkara yang dipinda ya.
Baik, saya akan cut ya. Itulah di antara apa yang saya maksudkan perlu ada fokus dikembalikan aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan untuk memajukan Tasik Kenyir ini di mana biarlah projek yang diadakan di dalam kawasan ini ada kaitan dan sinergi dengan usaha asal KETENGAH ditubuhkan dan diperkenalkan iaitu agriculture related atau agrotourism dan sebagainya. Ini kerana KETENGAH merupakan satu agensi yang besar dan luas dan resources yang mereka miliki adalah sangat baik tetapi perlu diuruskan dengan lebih cekap dan efisien.
Itulah di antara apa yang saya ingin sampaikan dan saya harap KETENGAH dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada aset yang sudah ada dan semula jadi.
Yang Berhormat Kuala Terengganu, sedikit. Bukit Katil.
Yang Berhormat Bukit Katil ya.
Yang Berhormat Bukit Katil, ya silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Kuala Terengganu bahawa tadi dibincangkan tentang Kenyir berkaitan dengan KETENGAH. Saya ingin tanya, apakah Yang Berhormat tahu bahawa di bawah East Coast Economic Region, baru-baru ini kita dimaklumkan, baru sahaja saya ingat bahawa ECER ini telah pun mendapat RM9.9 bilion dari segi pelaburan. Jadi, apakah ini akan memberikan impak kepada perbahasan kita terutama dalam hal KETENGAH ini? Tentunya Yang Berhormat sedia maklum bahawa dalam kita membicarakan persoalan KETENGAH, di sana satu perancangan yang strategik 10 tahun di mana sehingga tahun 2010, di antara sasarannya ialah untuk menambah pendapatan setiap ketua isi rumah kepada sekurang-kurangnya RM1,000 ke atas. Apakah ini telah pun berjaya dicapai oleh kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Katil. Ya, kita memang sedia maklum bahawa ECER memberi tekanan untuk membangunkan industri pelancongan khususnya di Pantai Timur dan sudah ada banyak kajian yang diadakan tentang natural resources dan sebagainya yang sudah sedia ada. KETENGAH sepatutnya menjadi salah satu daripada tempat atau tumpuan kajiannya. Akan tetapi, sekali lagi, saya kurang pasti kalau kawasan KETENGAH telah diberi satu penumpuan yang sepatutnya. Kita tahu ECER banyak menumpukan aktiviti atau penumpuan mereka di kawasan-kawasan industri yang sudah established. Itulah di antara perkara yang kita rasa ECER patut memperbaiki kerana patutnya mereka mengalih pandangan kepada kawasan-kawasan yang berpotensi yang belum dibangunkan seperti sepatutnya seperti KETENGAH dan Tasik Kenyir dan bukan hanya menumpukan ke kawasan tepi pantai seperti Kemaman, Dungun dan sebagainya. Itulah yang patut kita sarankan kepada pihak kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan, ECER dan sebagainya untuk membolehkan KETENGAH diberi satu nafas baharu di dalam pendekatan yang boleh membawa satu harapan kepada kawasan pedalaman ini. Ini kerana apa yang kita tengok hari ini dengan adanya LPT2 dan juga sekarang ini East Coast Railway yang juga lebih dekat dengan kawasan pantai, kawasan pedalaman KETENGAH dan juga kawasan seperti Hulu Terengganu dan Kenyir ini akan tertinggal kalau tidak ada satu percubaan atau satu kesungguhan untuk menarik perhatian kepada kawasan-kawasan yang perlu lebih banyak perhatian. Itulah sedikit yang saya ingin sampaikan dan saya ucapkan terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya sekadar hendak timbulkan dalam huraian yang dikemukakan di sini iaitu bahawa pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk melicinkan dan mempercepat urusan pentadbiran Lembaga dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan. So, ini adalah tujuan dan matlamat di sebalik pindaan ini ya. Saya faham bahawa apa yang saya akan sentuh ini ada seakan-akan Jawatankuasa tapi belum masuk secara khusus lagi ya. Ia secara umum ya. Kenyataan yang dibuat itu memberikan satu gambaran bahawa telah ada sekatan-sekatan dalam struktur seperti mana yang ada sekarang ini yang menyebabkan bahawa persoalan hendak kelicinan dan mempercepatkan urusan pentadbiran telah dialami sehingga menyebabkan diperlukan pindaan yang dibentangkan. Saya ingin kalau
boleh Yang Berhormat Menteri memberikan contoh-contoh di mana keputusan- keputusan yang telah menjadi lebih lambat ataupun kurang licin hasil daripada organisasi dan penstrukturan yang seperti mana yang wujud sekarang ini. Dalam erti kata yang lain, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the justification for the amendments. Ini kerana secara sepintas lalu bila saya baca, nampak gaya apa yang diinginkan ialah hendak menambahkan lagi kuasa Menteri dan sedikit sebanyak memencilkan peranan Pengerusi seperti mana yang pindaan-pindaan. Lalu, saya hendak tahulah sejarah dia yang mana menyebabkan akhirnya dianggap pindaan yang seperti ini adalah perlu supaya KETENGAH ini, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ini dapat berfungsi seperti mana yang diinginkan dan halangan dan sekatan-sekatan yang terhasil daripada struktur yang lama akan perlu diatasi.
So, kalau boleh give us the actual pengalaman sebab-sebab yang menyebabkan perlu untuk pindaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua Ahli yang mengambil bahagian di dalam perbahasan tentang pindaan bill yang melibatkan KETENGAH ini. Yang Berhormat Dungun ada menyebut tentang bajet, sama ada mencukupi untuk pembangunan di KETENGAH. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, daripada tahun 1973 hingga tahun 2017, pihak kerajaan sama ada persekutuan ataupun negeri telah pun memperuntukkan peruntukan sebanyak RM2.19 bilion untuk projek membangunkan KETENGAH. Untuk Pusat, Kerajaan Pusat telah pun memperuntukkan sebanyak RM1.33 bilion, manakala Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM862 juta. Jadi, kita percaya dengan peruntukan tersebutlah maka dapat diwujudkan bandar-bandar kecil di dalam KETENGAH, pembangunan projek perumahan, permohonan kompleks ataupun pusat perniagaan, kilang-kilang dan sebagainya. Kalau kita lihat kilang sawit dan sebagainya, semuanya dapat dibangunkan melalui peruntukan ini. Yang Berhormat menyebut, menanya tentang perumahan. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, jumlah perumahan yang telah pun dibina setakat ini adalah sebanyak 12,328 buah di seluruh KETENGAH. Manakala bagi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) bina baru sebanyak 264 buah iaitu di antara tahun 2011 hingga tahun 2017. Manakala baik pulih sebanyak 988 buah rumah, yang menjadikan jumlah sebanyak 1,252 rumah untuk golongan miskin. Manakala Yang Berhormat ada menyebut tentang kelewatan, kelewatan untuk hak milik rumah di dalam KETENGAH. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, status, saya beri kepada status ya. KETENGAH telah pun menguruskan proses pindah milik bagi penyewa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, yang telah langsai pembayaran harga rumah seramai 263 orang. Proses tandatangan Borang Pindah Milik 14A telah dibuat semasa program “Jom Bantu Rakyat” oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Paka. Borang tersebut telah diproses oleh pihak berkuasa negeri iaitu Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan PTG. Status pindah milik adalah seperti berikut ya Yang Berhormat, tolong catatkan. Suratan hak milik yang telah diserahkan kepada penyewa 65 lot, proses pindah milik selesai dan suratan hak milik masih dalam simpanan KETENGAH yang menunggu untuk penyerahan adalah sebanyak 42 lot, di dalam tindakan KPTG untuk pendaftaran suratan hak milik baru atas nama penyewa sebanyak 31 lot, dalam proses bayaran duty stamp di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri oleh penyewa sebanyak 88 lot, manakala dalam proses tandatangan borang 14A adalah 102 lot; yang masih belum menjelaskan hutang iaitu kita akan membuat pindah milik apabila penyewa menjelaskan hutang adalah sebanyak 1,019 lot. Jadi, masih banyak yang masih belum menjelaskan hutang. Mengenai status Pulau Bayas, dibangkitkan Yang Berhormat, di Tasik Kenyir. Ada beberapa pakej pembangunan di Pulau Bayas itu. Pakej pertama adalah bangunan terminal utama dari jeti yang melibatkan kos projek sebanyak RM79.59 juta, sehingga kini kemajuan fizikal ialah 80.84 peratus dalam pembinaan. Pakej kedua, kompleks membeli belah RM63.6 juta dan kemajuan fizikal 54.77 peratus. Manakala pakej ketiga,
pencawang elektrik dan agihan elektrik RM8.9 juta dengan statusnya adalah 50 peratus siap. Manakala pakej empat, jalan servis sistem paip retikulasi dan sistem paip kumbahan sebanyak RM23.128 juta, manakala statusnya 99.44 peratus. Bagi pakej lima, sistem rawatan air dan sistem rawatan kumbahan, kosnya RM21.28 juta manakala statusnya 79.25 peratus. Bagi pakej enam, jalan servis dari PPU ke SSU sebanyak RM11.3 juta dan dari segi statusnya sebanyak 77.38 peratus. Itu adalah status untuk permohonan projek di Pulau Bayas. Dari segi pembangunan yang disebut oleh Yang Berhormat, memang di bawah– Mungkin saya menjawab sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu. Memang dari segi pembangunan, kita bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pembangunan ladang, perumahan tetapi juga untuk membangunkan usahawan- usahawan di sekitar KETENGAH. Oleh itu,untuk bandar AMBS ini, saya pun- Abdullah Shah, apa nama...
Al-Muktafi Billah Shah.
Al-Muktafi Billah Shah. Ada sembilan pengusaha IKS telah pun kita lahirkan yang melibatkan projek cendawan dan sebagainya. Manakala di Pekan Cheneh, sebanyak 20 IKS telah diwujudkan dan melibatkan kedai runcit, kedai tayar dan sebagainya. Jadi, apa yang saya hendak sebutkan bahawa pembangunan yang kita laksanakan ini yang pertamanya, impak kepada masyarakat sekitar, kita dapat lahirkan usahawan. Dalam masa yang sama juga, kita mampu untuk mewujudkan pekerjaan di bawah syarikat milik KETENGAH sendiri. Kita berjaya mewujudkan pekerjaan kepada 1,057 pekerja anak tempatan di kawasan KETENGAH. Jawatan tetap sahaja ada 253, tidak termasuk jawatan-jawatan lain dan sebagainya. Jadi apa sahaja projek yang kita laksanakan, sama ada oleh anak syarikat KETENGAH dan sebagainya, kesannya bukan sahaja dari segi pembangunan, tetapi juga dari segi mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan sebagainya.
[Bangun]
Saya faham, mungkin Yang Berhormat melihat bahawa Bandar Al-Muktafi Billah Shah mungkin agak ketinggalan. Memang di pihak kita, kita lihat dari segi kedudukannya, kedudukan bandar tersebut dari segi lokasinya pun kita tidak yakin bandar itu boleh maju seperti yang ada pada hari ini. Pihak Kerajaan Persekutuan, kita sentiasa membantu untuk membangunkan bandar tersebut. Oleh sebab itulah baru-baru ini kita telah pun mewujudkan RTC ataupun Rural Transformation Centre, Pusat Pertumbuhan Desa ini supaya kita dapat bangunkan bandar, membantu membangunkan Bandar Al-Muktafi Billah Shah.
Bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Dungun bangun..
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Maksud saya ialah oleh sebab kita bertolak pembangunan itu daripada perancangan dahulu dan pada kertas pindaan yang kita cadangkan ini tentulah kita juga kena melihat pembangunan baru yang mesti dirancang. Ini kerana sekarang ini di antara industri yang baru ialah industri herba yang menjadi satu tanaman baru di Ulu Dungun. Jadi tentulah terpaksa ada satu perancangan baru yang melibatkan agensi-agensi yang terlibat untuk menjadi pemangkin setelah daripada pindaan dibuat ini supaya kita tidak bertolak daripada pembangunan, perancangan, pembinaan asas ketika mana kita mulakan Akta 104 bagi pembangunan KETENGAH ini. Jadi saya minta supaya digabungkan satu jawatankuasa induk pembangunan baru untuk merancang, melihat bagaimana perkembangan setelah daripada akta yang dipinda ini, rang undang-undang ini diluluskan kemudian kita membentuk satu pembangunan yang lebih terancang dengan apa yang telah berlaku itu menjadi sempadan kerana ada juga kekangan-kekangan yang berlaku setelah daripada pembangunan yang berlaku sekarang ini dan juga daripada aliran trafik yang tidak lagi memberikan sumbangan kepada pembangunan dalam wilayah KETENGAH ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi boleh kita terus menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi dari segi pelaksanaan, delivery dan sebagainya. Dengan pindaan ini misalnya kita ada MAMPU untuk mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa. Di dalam akta ini jelas bahawa
melalui akta ini kita boleh mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Lembaga seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Kalau dahulu mungkin tidak ada, selepas ini kita boleh menubuhkan beberapa jawatankuasa tertentu yang melihat secara berfokus mengenai pembangunan dari segi perladangan, dari segi herba misalnya yang disebut memang ada sekarang ini, herba di Kampung Pasir Raja, memang kita ada program tanaman herba tersebut. Akan tetapi mungkin pembangunannya secara mungkin piecemeal macam itu. Mungkin selepas ada jawatankuasa khusus untuk melihat penanaman herba secara besar-besaran bukan sahaja dari segi pembangunan untuk huluan sahaja tetapi industri hiliran yang berkaitan dengan herba dan sebagainya. Dari segi pembangunan Tasik Kenyir misalnya kita akan mungkin mewujudkan satu committee yang khusus untuk melihat perancangan pembangunan Tasik Kenyir. Lebih-lebih lagi baru-baru ini kita telah pun membuka pusat bebas cukai yang walaupun kajian telah dibuat tetapi dengan adanya jawatankuasa yang mengkhusus walaupun sudah ada pegawai tertentu yang terlibat di dalam untuk mentadbir bebas cukai tersebut tetapi mungkin ada jawatankuasa yang khusus untuk melihat secara lebih berfokus detil dari segi pelaksanaan projek- projek itu. Saya hendak maklumkan di Tasik Kenyir, Yang Berhormat Kuala Terengganu ada bangkitkan tadi. Dari segi Tasik Kenyir memang kita sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan, kerjasama dengan pelancongan negeri Terengganu misalnya di bawah program Beautiful Terengganu. Di bawah Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia promosi dijalankan di luar negara misalnya untuk membantu membangunkan, untuk membantu menarik lebih ramai pelancong ke Tasik Kenyir iaitu sebagai contoh di ITB, Jerman. Risalah dan brochures diedarkan, terlibat dengan MATTA Fair dan sebagainya untuk mempromosikan produk ini. Kita juga di bawah KKLW, kita memberi peruntukan untuk KETENGAH untuk mempromosikan bukan sahaja Tasik Kenyir tetapi produk-produk yang lain yang ada kaitan dengan pelancongan di dalam KETENGAH ini. Ada dibangkitkan tentang manfaat kepada orang ramai daripada Tasik Kenyir. Houseboat misalnya terdapat 79 buah houseboat yang dimiliki oleh masyarakat di sini, beberapa lagi bot laju dan sebagainya semua melibatkan masyarakat setempat dan sebagainya. Untuk Tasik Kenyir sahaja kita dapat mewujudkan sebanyak 832 peluang pekerjaan. Jadi saya bersetuju bahawa kalau ada projek, faedahnya mesti diperoleh oleh masyarakat setempat jadi pembangunan Tasik Kenyir juga salah satu projek di bawah KETENGAH juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk di Tasik Kenyir. Yang Berhormat Shah Alam ada bertanyakan sama ada KETENGAH mengambil pendekatan dan menjustifikasikan projek di Tasik Kenyir. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir telah dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2010 yang menggariskan perkara berikut iaitu Pengkalan Gawi sebagai pintu masuk ke Tasik Kenyir, Pulau Bayas sebagai Zon Bebas Cukai terutama di lokasi laluan yang strategik iaitu laluan ke produk-produk pelancongan seperti sanctuary Kelah dan juga Taman Negara. Memang ada telah pun dilaksanakan sejak tahun 2010 tetapi mungkin perubahan yang berlaku mungkin kalau perlukan penambahbaikan dari segi kajian, insya-Allah kita akan lihat sekali lagi dari segi perkara- perkara yang patut kita perbaiki.
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maksud saya beginilah kalau sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan, ia mesti ada proposal paper kan dan dalam proposal paper itu dia sudah buat beberapa andaian apa yang akan berlaku, apa akan tercapai dan kemungkinan dalam projek-projek itu ada dia punya internal rate of return, dijangkakan bahawa pelaburan yang sebegitu banyak akan menghasilkan pendapatan yang sebegitu banyak setiap tahun dan selepas beberapa tahun maka pelaburan itu kita akan dapat balik dan sebagainya. Maka apabila dilakukan sesuatu projek atas proposal yang dikemukakan yang hujahnya diguna pakai untuk menjustifikasikan perbelanjaan itu, adakah pihak KETENGAH selepas sesuatu projek memantau sejauh mana apa yang dikatakan akan tercapai itu telah pun tercapai. Seperti mana yang disebutkan tadi yang projek yang berkenaan lalu sudah belanja banyak mana dan kesannya adakah seperti mana yang
telah dijangka ataupun adakah ianya berjaya ataupun lebih, ataupun kurang maknanya satu analisa pertanggungjawaban ini question of accountability lah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi dari segi kajian awal itu telah pun dilaksanakan. Saya percaya kita akan ada impact study tentang sama ada projek yang dilaksanakan itu memberikan pulangan terbaik kepada pihak kerajaan dan rakyat.
Yang Berhormat Menteri...
Sekejap ya. Saya nak, saya nak...
Berkait dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam.
Mungkin saya jawab ini terus menjawab ya kepada soalan. Misalnya projek bebas cukai di Tasik Kenyir selama 1 hingga 7 Ogos, baru tujuh hari hasil jualannya adalah sejumlah RM405,284.15 dengan pengunjungnya seramai 17,935 orang. Jadi walaupun operasinya baru bermula pada 1 Ogos 2017, kehadirannya begitu ramai di Pengkalan Gawi dan sebagainya. Walau bagaimanapun saya bersetuju itu baru jangka masa yang pendek. Mungkin setiap tahun kita kena ada kajian impact study dan sebagainya yang mana kalau ada kelemahan dan sebagainya boleh kita perbaiki dan atasi. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Klang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga jawapan oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkait dengan kaedah pengurusan projek di kawasan berkenaan dan adakah kerajaan memberi projek ini kepada pihak swasta dan pihak swasta itu salurkan wang kah, idea mana-mana cara kepada target group ataupun terus kerajaan terus bekerjasama dengan pihak target ataupun kumpulan bersasar ini. Apakah cara, apakah kaedah kerajaan implementasikan projek kerajaan demi kepentingan rakyat, terus ataupun menerusi pihak swasta.
Daripada segi pembangunan itu di Wilayah KETENGAH berbagai-bagai pihak yang terlibat termasuk swasta. Misalnya tadi disebut tentang ECER ada juga menjalankan projek mereka di kawasan KETENGAH, DRB- HICOM misalnya, mereka sendiri membina DRB-HICOM Hotel misalnya walaupun tadi disebut ditutup, tetapi saya difahamkan ditutup sementara untuk pembaikan. Jadi peranan pihak swasta menggunakan peruntukan mereka dan melalui KETENGAH, dibangunkan juga projek-projek tertentu. Malah di kalangan anak-anak, agensi-agensi di bawah KKLW sebagai contoh RISDA, baru saya merasmikan kilang memproses makanan haiwan misalnya. Dengan tujuan ia juga dibina di kawasan Ke tengah, yang modalnya adalah oleh RISDA itu sendiri dan benefit-nya adalah kepada masyarakat di sekitar kampung yang berkaitan untuk mereka menjadi pekerja kepada kilang-kilang dan sebagainya. Jadi pelaburannya adalah terbuka kepada syarikat swasta dengan modal mereka sendiri dan sebagainya.
Saya pendek sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri angka yang diberi tentang penjualan duty free tadi. Adakah itu di Sungai Gawi atau di Pulau Bayas kerana kami difahamkan pusat duty free utama yang didirikan adalah di Pulau Bayas di mana sebahagian besarnya masih belum disiapkan. Jadi kita kurang jelas di sini. Adakah yang di Sungai Gawi di pangkalan utama yang lama atau di Pulau Bayas yang masih belum disiapkan sepenuhnya dan kalau betul bila Pulau Bayas akan dibukakan? Terima kasih.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adalah di Pangkalan Gawi dan Bayas seperti yang saya sebutkan tadi. Dalam status tadi, masih lagi dalam status pembinaan. Jadi saya kira itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Mana yang tidak terjawab, saya akan jawab secara bertulis. Seksyen tadi saya sudah menjawab tadi sewaktu saya sebut tentang penubuhan jawatankuasa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Daripada segi pelantikan yang lebih ramai itu, bukan bermakna, kita sekarang ini meletakkan dengan jelas kementerian mana yang akan dilantik sebagai Lembaga Pengarah. Mana kala kalau dulu hanya menyebut profesional dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah. Sekarang ini Menteri boleh melantik mereka yang difikirkan sesuai,
misalnya mungkin daripada Persatuan IKS di kawasan KETENGAH ataupun persatuan daripada NGO-NGO yang lain, daripada koperasi dan sebagainya. Jadi ruang itu terbuka untuk kita lantik lebih ramai. Dengan itu, saya percaya perjalanan KETENGAH ini akan dapat kita tingkatkan daripada segi peranan dan sebagainya. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat, insya-Allah saya sudah tutup, jadi dengan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Hendak tanya. Kenapa tidak ada rang undang-undang untuk Perlis? Kalau duduk di sana tidak ada orang tolong dia cakap.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan dalam Jawatankuasa]
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua bahagian kecil sahaja, satu makluman, satu lagi persoalan. Makluman adalah disebabkan benda ini, fasal-fasal telah dibincang dalam dua akta sebelum ini. Saya berharap apa-apa persoalan saya semasa rang undang-undang Akta Lembaga Kemajuan Wilayah KEDA diguna pakai untuk Johor dan juga untuk Terengganu sekarang. Diguna pakai sebab fasal-fasalnya adalah menggunakan mekanisme yang sama. Penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Kapit tadi saya minta digunakan untuk pelaksanaan berkenaan akta ini juga. Itu yang pertama. Yang kedua adalah berkenaan dengan yang ini, sebab tadi saya tidak sempat hendak tanya tentang soalan ini sebab benda ini ada juga untuk KEJORA dan juga untuk bahagian yang ini berkenan dengan fasal 5 seksyen 12(1). Di mana mengatakan bahawa Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga. Ada penerangan yang perlu diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebab kalau sekali baca, dikatakan di sini, Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan dasar dan keputusan. Bertanggungjawab bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan dasar dan keputusan bukan mengawal keputusan. Itu yang saya faham. Bermaksud seorang Pengerusi di sini dia hanya menyelia dan mengawal. Apa yang dia menyelia? Dia menyelia pelaksanaan dasar dan dia menyelia keputusan dan apa yang dia kawal? Dia kawal pelaksanaan dasar, dia kawal keputusan. Ini bermaksud seorang Pengerusi tidak boleh melakukan dasar dan tidak boleh melakukan keputusan sendiri. Itu semua bergantung pada Lembaga. Itu yang saya rasa interpretasi akta ini. Kalau betul saya minta Yang Berhormat jelaskan, itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat kepada huraian berhubung dengan fasal 2, memasukkan takrif Menteri ke dalam Akta 104 untuk menjelaskan bahawa Menteri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi di bawah Akta 104 ialah Menteri yang bertanggungjawab bagi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya rasa agak tertanya mengapa perlu dinyatakan secara khusus dan dipinda apa yang ada? Adakah berlaku pertindihan dan kesamaran sebelum ini dari segi siapa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Akta 104 ini kerana mesti ada sebab-sebab yang berlaku perkara itu dipinda.
Yang kedua, saya melihat bahawa di dalam seksyen mana tadi, tidak perasan. Pati pokoknya yang melantik Pengurus Besar sekarang ini adalah Menteri. Pengurus Besar pun lapor direct kepada Menteri sedangkan Pengerusi itu pun masih ada. Lalu saya melihat selaras dengan amalan biasa Lembaga, kalau silap saya harap diperbetulkan. Saya agak rasa agak pelik di mana Pengerusi itu ada tetapi yang melantik Pengurus Besar adalah Menteri dan Pengurus Besar pula dia lapor direct kepada Menteri, melangkaui ataupun tidak melibatkan Pengerusi. Sedangkan takrif dari segi tugasan Pengerusi itu begitu luas yang seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Kapar tadi. Yang terakhir ialah persoalan mengenai hendak serah kuasa. Dia kata Pengurus Besar boleh tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan, mewakilkan kuasa kewajipan dan fungsinya kepada mana-mana pegawai atau perkhidmatan Lembaga untuk menjalankan kuasa kewajipan atau fungsi itu...
Lalu benda ini, delegation yang diberikan kuasa kepada pihak pengerusi dan pihak pengurus besar, tidakkah ia dilihat terlalu luas sehingga setelah diberikan, diwakilkan kuasa dan kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai maka selepas itu, kalau ada perkara yang berlaku, dia boleh cuci tangan kerana dia punya kuasa kewajipan dan fungsinya, dia kata diserahkan kepada pegawai-pegawai yang tertentu. Maka dengan itu, apa maknanya? So, kalau boleh saya harap mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan. Terakhirnya, saya tidak melihat bahawa menambahkan kuasa Menteri itu ke atas perjalanan lembaga ini semestinya satu perkara yang terbaik walaupun kita faham dia bukan GLC dan sebagainya tetapi saya merasakan bahawa pelantikan pengerusi, pengurus besar dan sebagainya itu, dia mesti ada dia punya independencenya supaya dia boleh bertindak mengikut pandangan dan nasihat profesionalisme yang telah ditentukan sedangkan kalau diserahkan semuanya, lapor balik kepada Menteri, maka campur tangan politik dalam beberapa keputusan-keputusan mungkin berlaku. Di mana dan bagaimana, persoalan itu ditangani apabila setelah kita membuat pindaan seperti mana yang dicadangkan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dungun. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam pindaan kepada Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah peringkat Jawatankuasa ini. Pertama ialah pindaan seksyen 5, muka surat dua, perkara tiga yang melibatkan “(f) tiga orang wakil kerajaan negeri”. Walaupun pelantikan dibuat oleh Menteri tetapi nama-nama itu pada biasanya dicadangkan oleh kerajaan negeri. Akan tetapi saya berharap dengan akta ini, ia akan diikuti dengan sebenar kerana tidak berlaku pada tahun 1999, ketika Terengganu diperintah oleh PAS. Wakil kerajaan negeri tidak mewakili kerajaan pada masa itu walaupun dalam akta asal itu adalah tiga orang wakil kerajaan negeri seperti yang telah dicadangkan. Jadi saya harap, pada masa akan datang, apa- apa pun perubahan kepada kerajaan negeri, kita mestilah patuh kepada cadangan pindaan ini. Kedua ialah dalam pindaan seksyen 13, perkara enam klausa empat, dalam perkara “(d) dalam subseksyen (4) dengan memotong perkataan “tertakluk kepada arahan pengerusi” itu kerana dalam huraian yang dibuat, fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 13(1) dan (2) untuk membezakan fungsi dan tanggungjawab pengerusi dan pengurus besar. Jadi fasal ini bertujuan untuk meminda subseksyen 13(3) Akta 104 untuk memperuntukkan bahawa pengurus besar hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Lembaga dan bukan lagi kepada pengerusi seperti mana amalan biasa. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda subseksyen 13(4) Akta 104 untuk memperuntukkan bahawa pengurus besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat lembaga dan tidak tertakluk kepada arahan pengerusi. Sedangkan lantikan yang dibuat berdasarkan kepada pindaan seksyen 5, Lembaga yang terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Menteri, seorang pengerusi. Jadi, apakah masalah sebenarnya yang berlaku kerana pindaan ini terpaksa dibuat? Laporan terus kepada Menteri, tidak lagi kepada pengerusi sedangkan lantikan
juga dibuat oleh Menteri kepada pengerusi. Maknanya ada dengan izin, delegation of power. Jadi saya pohon makluman kepada role sebenar pindaan supaya laporan kepada pengerusi itu tidak lagi dilaporkan kepada pengerusi bahkan kepada Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Tuan Pengerusi, bolehkah begini?
Baik.
Main tag team?
Tidak, tidak.
Bukan tag team?
Tidak, tidak. Tadi ada, tidak salah dari segi peraturan.
Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini jawapan secara ringkas dan spesifik kepada apa yang telah ditanya itu. Kepada Yang Berhormat Shah Alam berkenaan dengan fasal 2, takrif Menteri. Penjelasannya adalah akta asal tiada peruntukan ini dan ia perlu merujuk ataupun dibaca bersekali dengan akta fungsi Menteri. Pewujudan takrif ini adalah untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman akta ini memandangkan takrif Menteri telah disebut berulang-ulang kali dalam akta ini. Kepada Yang Berhormat Shah Alam juga, bagi Yang Berhormat Dungun yang menyentuh hal seksyen 5(1)(d) keanggotaan tiga orang wakil kerajaan negeri. Satu pencalonan setiausaha kerajaan negeri kepada Menteri Besar selaku Pengerusi KETENGAH. Kedua, Menteri Besar bersetuju dan angkat kepada KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ketiga, KSU panjangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jika calon penjawat awam, kelulusan Yang Berhormat Menteri. jika calon politik, kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kesemua keputusan pencalonan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Pejabat Sumber Manusia KKLW. Itu secara tepat dan ringkas, ya. Itu adalah jawapan-jawapan yang ada pada saya buat masa sekarang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Ya.
Boleh saya hendak tanya lagi?
Okey. Baik, boleh.
Terima kasih. Nombor satu, saya hairan fasal Yang Berhormat Menteri main tag team dengan Timbalannya.
Tidak.
Tiba-tiba Yang Berhormat Timbalan Menteri pula yang jawab. Akan tetapi saya rasa soalan-soalan yang dikemukakan tidak begitu jelas jawapannya. Mungkin difikirkan telah dijawab tetapi saya bertanya di antaranya mengapa pindaan ini bertujuan memusatkan kuasa kepada Menteri? Pengurus besar dilantik oleh Menteri. Pengurus besar lapor direct kepada Menteri sedangkan ada pengerusi. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Dungun juga tadi bahawa pengerusi pun dilantik sebenarnya oleh lembaga lalu kenapa jadi macam seolah-olah kita hendak ketepikan pengerusi dan hendak memusatkan kuasa hanya kepada Menteri sedangkan Menteri dia peringkat Federal. Mungkin dari segi, walaupun dia mampu tapi kan lebih baik diberikan pengerusi yang telah dilantik satu peranan. Ini macam bypass pengerusi. Pengurus besar terus lapor kepada Menteri. Mungkin ada sebabnya. Mungkin ada sejarahnya tetapi bagi kami untuk kementerian hendak faham dan hendak sokong
pindaan itu, kenalah diberikan penjelasan mengapa perlu dibuat sebegitu rupa. Mengapa tidak boleh kekal seperti mana yang ada sekarang, lalu dengan cara ini macam seolah- olah kita buat pengerusi itu dengan izin, somewhat irrelevant. Itu soalan saya. Kedua, campur tangan politik. Apabila Menteri yang berkuasa, tidakkah dengan cara itu ia akan lebih menimbulkan campur tangan politik dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh lembaga kerana pengurus besar dilantik oleh Menteri. Dia lapor pun kepada Menteri. So, everything is being run by the Menteri lah, lebih kurang, bukan?
Ya, ya.
So, apa advantage-nya? Apa manfaatnya? Apa sebabnya hendak dilakukan pindaan? Tuan Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Saya jawab ini dulu. Terima kasihlah Yang Berhormat. Menteri di seksyen dua ini tiada isu. Cuma mengkhususkan Menteri yang bertanggungjawab sebab sebelum ini adalah silent. Jadi sebelum ini juga Menteri juga yang central kepada tanggungjawab yang ada di Lembaga ini.
Jadi, kalau ada unsur-unsur politik ini, itu tafsiran lah. Oleh kerana walaupun di sebut atau tidak di sebut sedemikian, sememangnya Menteri yang the ultimate, yang bertanggungjawab dalam pindaan ini pun untuk- sebab selama ini dia silent, kali ini kita pindaan, supaya kita sebut jelas, lebih elok lah kita lebih jelas, terang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Nak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
No, different. My question. Boleh? Just very simple one Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak komitmen Yang Berhormat Menteri mahupun Timbalan Menteri tentang seksyen fasal 5, pindaan seksyen 12(1) itu. Di mana persoalan yang saya timbulkan adalah adakah kita hendak tafsir kan klausa ini sebagai ‘mengawal keputusan’ atau ‘mengawal perlaksanaan keputusan’? Yang mana satu? Oleh sebab ia dari sudut pembacaan itu boleh membawa interpretasi yang berbeza. Kalau kita kata ‘mengawal pelaksanaan keputusan’ dengan ‘mengawal keputusan’, adalah dua benda yang berbeza. Itu yang saya bangkitkan di hadapan Yang Berhormat Menteri tadi. Oleh sebab benda itu penting dari sudut interpretasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak berapa jelas tentang ini. Oleh kerana saya pun baru baca pun daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kalau boleh saya terangkan fasal-fasal ini secara bertulis? Boleh? Terima kasih.
Saya terima. Just dari sudut pemahaman undang-undang, dari sudut undang-undang yang saya ada, saya rasa ia perlu dikategorikan sebagai ‘mengawal pelaksanaan dasar’ dan lagi satu adalah ‘mengawal pelaksanaan keputusan’. Ia tidak boleh ‘mengawal keputusan’ kerana keputusan dibuat oleh Lembaga itu. Itu yang sepatutnya. Jadi, kalau saya ada komitmen itu, saya rasa interpretasi akta ini akan lebih efisien. So, saya...
Ya, kalau ada cadangan...
Ya, saya cadangkan.
Yang Berhormat, kalau ada cadangan hendak buat, itu patut dibuat secara bertulis.
Saya minta maaf, baru perasan Tuan Yang di-Pertua.
Otherwise, you kena change the wording now.
Saya minta maaf tetapi saya minta budi bicara Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberikan jawapan bertulis dan implikasi itu di selitkan sebagai interpretasi klausa tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas pandangan. Jadi, kita ambil maklum dan seperti mana yang telah saya terangkan tadi, penjelasan secara bertulis kita akan panjangkan kepada Yang Berhormat lah. Sekian, terima kasih. [Fasal-Fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978, Akta 203, dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang- undang Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 atau selepas ini disebut sebagai akta yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Akta 203 yang berkuat kuasa pada 2 Mac 1978. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sama seperti pindaan- pindaan yang telah dibuat kepada Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981, Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972, Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973, yang telah diluluskan sebelum ini, pindaan ini juga melibatkan pindaan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran yang bertujuan untuk menambah baik Akta 203 sedia ada dan menyelaras peruntukan dengan amalan semasa agensi serta menyeragamkan peruntukan dengan arahan pekeliling undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Tuan Yang di-Pertua, objektif utama akta yang dicadangkan adalah untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang bersesuaian dan selaras dengan perubahan tugas dan tanggungjawab KESEDAR ekoran daripada perubahan dasar dan peraturan urus tadbir semasa kerajaan bagi memastikan Akta 203 sentiasa relevan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa dan juga menyelaras Akta 203 dengan beberapa undang-undang dasar dan peraturan urus tadbir semasa kerajaan berkaitan badan berkanun Persekutuan seperti Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan) 1980, Akta 240, Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605 dan Surat Pekeliling Am Bil.3/1998 bagi meningkatkan urus tadbir kecekapan sistem penyampaiannya. Pindaan-pindaan dalam akta dicadangkan adalah merangkumi pindaan 5 seksyen dan satu Jadual sedia ada. Pindaan penggantian dua seksyen sedia ada, mewujudkan tiga seksyen baru dan satu Jadual baru serta pemotongan 7 seksyen. Tuan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini mengandungi 15 fasal kesemuanya. Fasal- fasal yang tidak dinyatakan secara khusus adalah fasal yang melibatkan pindaan kecil atau berbangkit. Antara fasal-fasal pindaan utama dalam rang undang-undang ini ialah seperti berikut. Fasal 2, bertujuan untuk meminda takrif Menteri dalam Akta 203.
Fasal 3, bertujuan untuk meminda seksyen 5 berhubung keanggotaan Lembaga. Antaranya merangkumi subseksyen 5(1) berkenaan dengan pelantikan anggota Lembaga oleh Menteri di pinda bagi mengkhususkan wakil kementerian agensi Pusat untuk dilantik sebagai wakil Kerajaan Persekutuan dalam Lembaga yang mana selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3/1998. Subseksyen 5(1) juga dipinda untuk membuka ruang pada wakil lain seperti koperasi dan persatuan kerajaan atau bukan kerajaan yang difikirkan wajar untuk dilantik sebagai anggota Lembaga.
Subseksyen 5(4) dipotong kerana tidak terpakai kepada Pengurus Besar. Subseksyen 5(2) dan (3) berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada subseksyen 5(4). Dan subseksyen 5(5) dipinda berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada subseksyen 5(1). Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 5A bagi memberi Menteri kuasa untuk melantik anggota silih ganti berhubung dengan anggota tertentu Lembaga. Fasal 5 bertujuan untuk meminda nota bahu kepada seksyen 12 Akta 203 dan menggantikan subseksyen 12(1) untuk memperuntukkan tanggungjawab Pengerusi. Fasal ini juga menggantikan subseksyen 12(2) untuk memperuntukkan perwakilan kuasa kepada Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga lain, pegawai atau pekhidmat Lembaga. Fasal 6 bertujuan untuk meminda sebahagian seksyen 13 yang mana termasuk subseksyen 13(1) dipinda untuk memperuntukkan bahawa Pengurus Besar hendaklah dilantik oleh Menteri. Subseksyen 13(2) dipinda untuk membezakan fungsi dan tanggungjawab Pengerusi atau Pengurus Besar. Subseksyen 13(3) dipinda untuk mengadakan peruntukan bahawa Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Lembaga. Subseksyen 13(4) dipinda untuk mengadakan peruntukan bahawa Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga. Subseksyen 13(5) dipinda untuk memperuntukkan bahawa Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga. Dan subseksyen 13(7)(a) dimasukkan untuk memperuntukkan perwakilan kuasa Pengurus Besar kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga. Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 14(2) untuk memperuntukkan bahawa Pengurus setiap bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri. Fasal 8 bertujuan untuk menggantikan seksyen 16A untuk memperuntukkan bahawa Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605 berkenaan dengan tatatertib pekerja Lembaga hendaklah terpakai. Fasal 9 bertujuan untuk memotong seksyen 16B, 16C, 16D, 16E, 16F, 16G dan 16H yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 16A. Fasal 10 bertujuan untuk menggantikan seksyen 22 untuk mengadakan peruntukan bahawa Akta Badan-badan Berkanun (Akaun dan Laporan) 1980, Akta 240 hendaklah terpakai bagi Lembaga. Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 28A untuk memberi Lembaga kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 32A untuk memberi Lembaga kuasa dengan kelulusan Menteri untuk meminda Jadual Akta 203. Fasal 13 bertujuan untuk meminda sebahagian Jadual Pertama kepada Akta 203 termasuk subperenggan 4(1) dipinda untuk mengurangkan bilangan mesyuarat Lembaga daripada sebulan sekali kepada setiap tiga bulan sekali dengan mengambil kira kesesuaian dan keperluan semasa serta selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998. Subperenggan baru 4(2A) dimasukkan bagi menyatakan hak mengundi setiap anggota Lembaga yang hadir. Subperenggan 6(3) dipinda untuk memperuntukkan bahawa meterai perbadanan Lembaga dan cap hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan Jadual baru Ketiga bagi mengadakan peruntukan perkara-perkara yang berhubungan dengan pelantikan mesyuarat dan tatacara jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta 203.
Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk memulakan perdebatan tentang rang undang-undang ini iaitu Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978. Sebagaimana yang kita tahu, Kelantan adalah di antara negeri-negeri termiskin di Malaysia. Setuju belaka rasanya— di antara yang termiskin. Kawasan-kawasan KESEDAR atau Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ini meliputi lebih kurang 83 peratus daripada kawasan negeri Kelantan iaitu di jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli. Penduduknya hanya lebih kurang 15, 16 peratus daripada penduduk Kelantan. Jika dibandingkan dengan Kelantan Utara di kawasan Kota Bharu, Pasir Puteh, Tumpat, maka di sana pembangunan di kawasan utara itu jauh lebih daripada kawasan selatan iaitu di kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli. Oleh sebab itu, pihak Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan berbagai-bagai jabatan dan Lembaga untuk memajukan kawasan-kawasan yang kurang pembangunannya. Terima kasih, kerana perancangan yang dilakukan ini, kewujudan KESEDAR itu, saya rasa telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan kawasan-kawasan selatan Kelantan untuk membangunkan tahap ekonomi kesedaran masyarakat di sana dan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat negeri Kelantan di kawasan Kelantan Selatan ini. Tuan Yang di-Pertua, persoalannya, selepas 40 tahun kewujudan KESEDAR, adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan pencapaian Lembaga ini untuk memajukan kawasan di selatan Kelantan? Atau masih lagi penduduknya di dalam tahap yang dipandang ke belakang, pembangunannya ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain? Saya rasa ada pembangunan tetapi adakah pembangunan itu memuaskan? Ini saya perlukan jawapan daripada pihak Menteri, adakah memuaskan? Saya tidak berapa puas hati dengan pencapaian KESEDAR setakat ini. Pada pendapat saya, KESEDAR boleh memainkan peranan yang lebih baik, lebih banyak lagi dan membawa kemajuan ke kawasan-kawasan Kelantan Selatan ini. Peruntukan-peruntukan yang banyak daripada Persekutuan disalurkan kepada KESEDAR. Saya ingin tahu, setakat ini dalam 40 tahun ini, berapa banyak yang telah disalurkan? Saya percaya mungkin sudah ratus juta. Akan tetapi, bagaimana dengan wang ini? Adakah di sana itu ada kebocoran-kebocoran yang berlaku di sana yang menyebabkan pembangunan tidak begitu berjaya? Ataupun disebabkan perancangan yang tidak begitu baik? Saya percaya bahawa pegawai-pegawai dan pihak kerajaan mempunyai perancangan yang up to date lah pada matlamat itu untuk memajukan kawasan ini. Tetapi adakah ia berjaya atau tidak? Adakah disebabkan oleh kerana persoalan yang besar iaitu kerana Kelantan ini di bawah pemerintahan pembangkang yang agak lama?
Adakah ini menjadi satu sebab kepada berlakunya kemunduran di dalam kawasan ini sehingga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ini tidak dapat memainkan peranannya yang sepatutnya sebagaimana yang berlaku di Johor misalnya? Ini kerana kita lihat juga pembangunan mana-mana tempat itu perlu pada kerjasama semua pihak, lebih-lebih lagi dalam kawasan yang diperintah oleh kerajaan pembangkang. Kita tahu pembangunan tanah ini perlu sokongan daripada kerajaan negeri. Adakah pihak KESEDAR berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri sepanjang 40 tahun ini untuk mendapatkan tanah-tanah untuk pembangunan yang ingin dilakukan oleh pihak KESEDAR atau mereka mendapat kekangan atau sekatan atau sesuatu yang melengah-lengahkan daripada pihak kerajaan negeri itu. Kalau berlaku demikian, adakah disebabkan oleh kerana wakil kerajaan negeri tidak ada dalam Ahli Lembaga KESEDAR? Adakah itu sebabnya? Kalau itu berlaku, maka itu amat menyedihkan. Ini kerana kerjasama daripada kerajaan negeri kepada KESEDAR tidak ada, tidak boleh dibincangkan dalam Lembaga. Ini menyebabkan berlaku masalah-masalah untuk pembangunan tanah-tanah di Kelantan Selatan. Pengalaman saya dahulu di Kelantan ialah tiga wakil daripada kerajaan negeri tidak dijemput ke dalam Lembaga. Akhir-akhir ini setelah kita agak baik sikit, ada dijemput akhir-akhir ini. Akan tetapi kerugian kepada negeri Kelantan berpuluh-puluh tahun adalah cukup menyedihkan. Sepatutnya kita dalam Perlembagaan ini, kita ikutlah Perlembagaan dan kita jemputlah. Di sana kerjasama itu akan kita minta daripada negeri Kelantan dan pegawai-pegawainya atau wakilnya untuk memudahkan pembangunan yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Pusat melalui KESEDAR ini untuk membangunkan kawasan- kawasan di Selatan. Jadi perkara yang lepas – ini tidak apalah kita tinggal yang lepas itu, yang lepas itu kita jadikan suatu yang sedih, suatu yang membantutkan pembangunan kita dan sebagainya, tidak apa. Kita minta masa depan insya-Allah, apa yang kita tentukan, apa yang kita putuskan sebagai rang undang-undang ini kita laksanakan di semua negeri walaupun negeri itu diperintah oleh kerajaan pembangkang. Itulah harapan kita. Itulah sepatutnya roh yang patut ada kepada Kerajaan Persekutuan yang matang, yang cerdik, yang inginkan pembangunan untuk semua rakyatnya di seluruh Malaysia, bukan hanya di tempat-tempat yang diperintah oleh Kerajaan Persekutuan sahaja. Itu harapan saya untuk masa-masa yang akan datang. Baik, kita lihat kepada program-program yang dilakukan oleh KESEDAR di Selatan ini. Saya rasa yang paling besar yang kita boleh nampak KESEDAR ialah pembangunan kawasan iaitu Rancangan Kemajuan Tanah (RKT). Begitu pun kita ingin tahu pencapaian rancangan ini setakat ini. Berapakah belanja yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan rancangan ini? Berapa ramai peneroka-peneroka yang mendapat manfaat daripada rancangan ini? Adakah di sana itu masalah yang berlaku di Terengganu, berlaku di Kelantan yang mana tanah-tanah ini menjadi milik KESEDAR dan bukan diagih-agihkan atau dibahagi-bahagikan kepada peneroka-peneroka sebagaimana yang berlaku dalam FELDA misalnya. Adakah di sana masalah? Masalah itu boleh kita uraikan di sini dan kita bawa benda ini ke negeri dan insya-Allah perkara ini boleh diselesaikan. Kemudian, itu Rancangan Kemajuan Tanah.
Yang Berhormat Seputeh, Kota Tinggi hendak mencelah boleh?
Ya, silakan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya perhati perbahasan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pasir Puteh sebentar tadi, saya tertarik untuk mencelah. Oleh sebab ada perkara yang dibangkitkan tentang pembangunan wilayah-wilayah, Regional Development Authority ataupun Lembaga Pembangunan Wilayah ini, kalau kita tengok dalam 30, 40 tahun sebelum ini, pembangunan wilayah ini memang khusus untuk membangunkan wilayah-wilayah terpencil yang berada di luar domain pembangunan pusat atau nukleus. Jadi kita lihat macam KESEDAR, DARA dulu, kita ada KEJORA contohnya. Akan tetapi apa pandangan? Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh. Oleh sebab akhir-akhir ini kita lihat, memanglah saya setuju tadi, yang berlaku itu kita lihatlah dan mungkin dengan rang undang-undang ini untuk memperketat lagi. Cuma saya hendak sentuh ialah pembangunan wilayah ini di samping koridor- koridor pembangunan yang begitu pesat dan terbukti berjaya, Iskandar, ECER dan
sebagainya. Lembaga Pembangunan Wilayah ini masih relevan dan sebenarnya tidak hanya tertakluk kepada pembangunan bersifat regional sahaja, tetapi ia sudah terangkum dengan pembangunan yang begitu pesat yang sedang digerakkan oleh Dasar Transformasi Nasional. Contohnya, saya bagi contoh. Dengan kehadiran contohnya di Iskandar dan RAPID, maka pembangunan-pembangunan wilayah di Johor Tenggara, Sembrong akan melonjak dan ada connectivity di antara kita hendak ada ECRL tidak lama lagi, akan sambung ke Terengganu. Kita ada LPT part 2, kita ada Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya connectivity ini, maka domain pembangunan di kawasan regional ini, wilayah ini sudah ada berbeza sikit di mana kalau dulu kita harapkan Kerajaan Pusat buat, kerajaan negeri masuk tiga atau empat orang wakil dan kita tengok pembangunan setempat. Kita cuba mendapatkan, mengoptimumkan peluang yang ada ini. Akan tetapi hari ini, keperluan untuk melihat pembangunan ini sudah berbeza sedikit. Ia mesti dioptimumkan melalui engagement yang lebih banyak, melalui pembangunan- pembangunan yang lebih besar dengan adanya connectivity dan accessibility yang bertambah nyata akhir-akhir ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh? Pendekatan kita cara dulu ini localize ataupun termaktub kepada KESEDAR sahaja, saya ingat era ini sudah berakhir. Kita mesti ada elemen keterangkuman di dalam pembangunan yang begitu maha besar ini. Saya mesti cakap di sini, Dasar Transformasi Negara inilah salah satu yang akan mencergaskan pembangunan semua pembangunan wilayah yang ada dalam negara, di Sabah, di Sarawak, di Johor, di Kelantan dan sebagainya. Jadi di samping Kerajaan Pusat dengan rangka ini, saya lihat rang undang- undang ini akan membantu memperkukuhkan lagi itu, tetapi kerjasama daripada kerajaan negeri amat penting sebab tanah, air ini semua hal kerajaan negeri. Banyak perkara ini tidak dapat digerakkan isu-isu bersangkut-paut dengan ini. Jadi pandangan saya, apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh supaya pendekatan regional ini dengan kerangka baru mesti pada tahap yang baru, yang multifaceted, yang berpandangan jauh, tidak hanya terangkum kepada isu-isu localize yang akhirnya menjurus kepada politik terlampau lebih, polemik terlampau lebih. Kalau kita rasa ini suatu yang kebertanggungjawaban kita, maka interfacing ini, connectivity ini, perancangan yang lebih menyeluruh yang holistik mesti dibuat seiring dengan Kerajaan Pusat. Oleh sebab Kerajaan Pusat kalau kerajaan negeri tidak seiring, ini masalahnya. Jadi ada dua perkara itu. Satu, keseragaman dari segi rang undang- undang. Keduanya, mengeksploitasi potensi atas sebab connectivity, accessibility yang kita buat melalui Dasar Transformasi Nasional. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Inilah yang kita harapkan, insya-Allah. Kesepakatan daripada Persekutuan dan juga negeri mesti bekerjasama untuk membangunkan kawasan- kawasan ini. Kita di hujung, kalau hendak gerak jalan itu, jalan yang menuju ke hujung negara, ke sempadan, kita hujung sekali. Kalau pembangunan berlaku, connectivity itu berlaku, ia selalunya start daripada Kuala Lumpur pergi ke Kuantan, dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Jadi Kuala Terengganu ke Kuala Besut, ada sesetengah kadang- kadang dekat Kuala Besut sahaja, itu yang bahayanya. Dia kena pergi terus sampai ke Tumpat, tidak jauh, 45 kilometer atau 60 kilometer sampai ke Tumpat tetapi hujung sekalilah. Apa yang berlaku sekarang ini, pembangunan di Kelantan akan di hujung sekali. Pembangunan akan start di sini, pergi hujung sekali dan inilah yang menyedihkan kita. Kalau kita lihat kepada highway pun begitu juga. Highway daripada Pahang, ada highway sampai Merapoh. Hendak sampai ke Kelantan ini makan masa. Bila? Wallahualam. Jadi inilah yang kita harap. Walau bagaimanapun, orang Kelantan ini dia sabar, dia tidak ada masalah. Orang Kelantan dia memaafkan, suka memaafkan. Tidak marah. [Disampuk] Sakit hati ada juga. Saya tidak sakit hati. Ini kerana kita ialah bangsa yang suka merantau, pergi ke tempat lain.
Kita datang ke Kuala Lumpur kita berniaga di sini. Kita bekerja di sini, kita boleh bawa banyak lagi harta balik ke Kelantan. Oleh sebab itu ekonomi negeri Kelantan ini maju disebabkan oleh sebab perantaunya. Begitu juga politiknya, begitu juga politik di Kelantan ini kalau serah orang Kelantan mungkin kerajaan itu kerajaan lain. Akan tetapi oleh sebab perantaunya balik, maka sebab itulah maka kerajaan di Kelantan itu dikuasai
oleh pembangkang. Ini kerana perantau yang balik, kerana perantau dia faham, dia reti kenapa Kelantan dianaktirikan, jika dibandingkan tempat lain? Jadi apa yang berlaku inilah yang berlaku dahulu. Jadi kalaulah Kerajaan Pusat boleh mengubah sedikit cara pemikiran sebagai mana Yang Berhormat Kota Tinggi, saya percaya itu akan mengubah juga minda rakyat Kelantan yang merantau yang melihat bahawa Kelantan ini dijaga bukan dianaktirikan. Itulah yang kita harapkan insya-Allah kita dalam Malaysia ini. Walau bagaimanapun, kita berterima kasih lah juga dengan apa pembangunan yang berlaku di Kelantan dan kalau tidak ada KESEDAR ini, saya rasa mungkin mundur lagi kita. KESEDAR membantu dan juga RISDA, FELDA dan banyak lagi bantuan- bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk membangun negeri Kelantan yang mundur itu. Jadi alhamdulillah terima kasih. Dalam pengalaman saya, saya rasa tidak pernah kerajaan negeri menyekat pembangunan yang hendak dibawa oleh Kerajaan Pusat ke Kelantan. Kecuali kita perlu berbincang...
Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang sangat banggalah Yang Berhormat Pasir Puteh dia berhati besar. Akan tetapi bukankah lebih baik kalau Kerajaan Persekutuan berlaku adil kepada semua negeri untuk mengagihkan wang pembangunan dengan lebih adil. Seperti yang kita nampak ini Kerajaan Persekutuan ingin memperuntukkan lebih kurang RM80 bilion untuk membuat MRT dan LRT di Kuala Lumpur. Bukankah lebih adil dan saksama kalau sebahagian daripada wang ini kita peruntukkan untuk Kelantan yang sekarang ini memang dikatakan antara negeri yang termiskin, setuju kah? Sungguhpun murah hati tetapi kadang-kadang adalah lebih baik kalau Kerajaan Persekutuan berlaku lebih adil sedikit.
Ya agak tersimpang sedikit daripada rang undang-undang.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Itulah harapan kita insya-Allah terima kasih. Akan tetapi saya rasa roh yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Beruas ialah Kerajaan Persekutuan harus berlaku adil dan memberikan peruntukan dan keperluan kepada semua rakyat. Jangan diberikan kepada golongan-golongan tertentu yang terpilih sahaja tetapi juga dibahagikan kepada mereka-mereka yang amat memerlukan pembangunan dan bantuan-bantuan. Dan memang kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan juga Jeli ini perlukan banyak bantuan daripada Pusat. Kita mengharap insya-Allah banyak lagi peruntukan akan diberikan kepada KESEDAR dan agensi-agensi lain untuk membantu pembangunan di kawasan ini. Baik, kepada program-program yang dilakukan oleh KESEDAR kita lihat di sana ada banyak program-program untuk membantu penduduk-penduduk di Kelantan ini. Dan dalam keusahawanannya dalam pelancongannya dalam pertaniannya dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh pihak KESEDAR ini. Saya ingin tahu tentang beberapa projek yang saya tengok tetapi tidak berapa gah lah. Tidak nampak hebat sangat. Saya hendak tanya tentang pelancongan masuk dalam bidang pelancongan. Kalau kita lihat pada program-program pelancongan yang dilakukan oleh KESEDAR seperti Kesedar Inn. Bagaimana keadaan hotel ini? Nampak daif sangat. Adakah di sana itu ada usaha-usaha untuk memajukannya dan seterusnya memajukan Bandar Gua Musang dan pelancongan di Gua Musang ini? Kemudian kawasan Air Terjun Stong adakah di sana itu usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak KESEDAR untuk memajukan kawasan ini kerana ia kawasan di mana terletaknya air terjun tertinggi di Malaysia. Memang ia adalah suatu tempat yang jungle tracking dan tourism, nature tentang melihat kepada suasana alam sekitar ini adalah cukup hebat. Jadi apakah perancangan yang ada kepada pihak KESEDAR untuk memajukan kawasan Stong ini? Ini kerana tidak nampak macam ada perubahan sangat setelah di take over oleh KESEDAR, kawasan ini tidak ada pembangunan sangat. Itu pandangan saya lah. Mungkin pihak KESEDAR ada perancangan dan ada perkembangan yang terakhir yang saya tidak tahu. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak KESEDAR. Kemudian tentang ecotourism di ethnobotany dan juga kawasan Padang Perdana di Gua Musang. Bagaimana perkembangan kawasan ini adakah kawasan ini berjaya untuk menarik pelancong-pelancong atau pelawat-pelawat dalam negeri atau luar negeri untuk melawat kawasan-kawasan ini? Jadi itu tentang pelancongan dan kawasan yang lain adakah perancangan untuk memajukan misalnya Taman Negara di
bahagian Kelantan, tempat-tempat yang boleh menarik pelancong memajukan pelancongan di negeri Kelantan? Adakah kerjasama yang rapat dengan Exco pelancongan di negeri Kelantan untuk memajukan kawasan ini dari pihak KESEDAR yang sepatutnya memainkan peranan yang besar untuk memajukan pelancongan di kawasan selatan Kelantan ini. Saya rasa itulah di antara yang penting yang ingin saya sebutkan dan saya percaya sahabat-sahabat saya pun akan menambah lagi perkara-perkara yang lain tentang KESEDAR ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk sama-sama berbahas dalam RUU 22/2017 ini mengenai KESEDAR. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh sekejap tadi bahawa KESEDAR sudah memamah usia hampir 40 tahun dan pada penubuhannya dia sangat – dia mempunyai tujuan yang sangat murni yakni untuk membasmi kemiskinan dan juga menyusun atur masyarakat pada masa itu. Semasa penubuhan KESEDAR ini kita tahu bahawa tahun 80-an itu, Kelantan adalah negeri yang termiskin dan jajahan Gua Musang ataupun kawasan KESEDAR ini merupakan kawasan yang termiskin dan kependudukan yang tidak terurus. Saya meneliti sedikit program-program yang dirancang oleh KESEDAR ini dan antaranya ialah seperti yang disebut tadi Program Pembangunan Rancangan Kemajuan Tanah, pemulihan tanah, pembangunan bandar, pertumbuhan pembangunan manusia, pembangunan kampung tradisional, pembangunan ekonomi dan pelaburan, pembangunan pelancongan serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Kalau dilihat dari segi program-program utama yang hendak dilakukan oleh KESEDAR maka rasa-rasanya kita boleh melihat KESEDAR hari ini ataupun Kelantan Selatan hari ini mempunyai satu tanda-tanda ataupun satu tanda aras yang tinggi ataupun kita boleh melihat kemajuan di Kelantan Selatan itu. Untuk itu saya melihat tadi kita telah pun menerima Lembaga daripada Kedah KEDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR dan kelihatan kesemua hampir sama cuma perbezaannya satu sahaja KEDA, KEJORA, KETENGAH dia merupakan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri daripada kerajaan yang sama Barisan Nasional tetapi KESEDAR adalah antara Kerajaan Pusat dan kerajaan pembangkang ataupun kerajaan PAS. Cuma yang ingin saya tekankan di sini bahawa kejayaan KESEDAR tidak boleh lari daripada kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan sahaja KESEDAR malah banyak lagi badan-badan berkanun yang lain semuanya kejayaan itu adalah kerana kerjasama baik di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Oleh yang demikian, hubungan ini sepatutnya ditambah baik supaya kita melihat Kelantan satu- satunya negeri yang dikatakan miskin ini boleh ditingkatkan pertumbuhan ekonominya melalui kerjasama yang utuh antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dalam semua perkara. Kelantan kita tahu pada tahun 1959 sehingga 1978 diperintah oleh PAS. Tahun 1978 hingga tahun 1990 oleh Barisan Nasional dan kembali tahun 1990 sehingga kini kerajaan PAS.
Kita melihat bagaimana tahun 1959 hingga 1978, Kerajaan Negeri Kelantan dianaktirikan. Tetapi tahun 1978 hingga tahun 1990, bagaimana bantuan-bantuan daripada Kerajaan Pusat ke kerajaan negeri masuk kerana pemerintahan yang sama. Tahun 1990 kembali sebegini. Ini semua saya– bukan saya yang membuat pengakuan tetapi dibuat pengakuan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa merasmikan Hospital Bachok bahawa yang menghalang bantuan kepada Kerajaan Pusat adalah Tun Dr. Mahathir. Walaupun Tun Dr. Mahathir sekarang berada di luar, tetapi semasa dia melakukan, dialah Perdana Menteri Malaysia. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya berharap perkara sedemikian, politik yang sedemikian kita hentikan seperti mana Yang Berhormat Kota Tinggi sebut tadi, kita gembleng bagaimana untuk kita memajukan Kelantan supaya ekonomi dia menjadi semakin tinggi dan hasrat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ini tercapai.
Kedua, selain daripada kerjasama saya ingin menekankan masalah Lembaga KESEDAR itu sendiri. Hal ini kerana KESEDAR mempunyai hasrat yang begitu baik untuk meningkatkan ekonomi, untuk membasmi kemiskinan dan sebagainya. Maka Lembaga Pengarah mestilah orang-orang yang benar-benar berkebolehan, kompeten dan juga mestilah orang-orang yang mempunyai komitmen yang tinggi kerana itu saya melihat apabila akta ini dibaiki supaya adanya anggota silih ganti. Pada diri saya perkara tersebut tidak perlu diadakan. Sepatutnya kita tidak melantik orang-orang yang tidak ada komitmen sehinggakan mesyuarat tidak cukup kuorum. Jawapan Menteri sekejap dalam KEDA misalnya, kita mengadakan anggota silih ganti kerana Mesyuarat Lembaga tidak dapat diadakan kerana tidak cukup kuorum. Kalau inilah yang dibuat ia menggambarkan kepada saya bahawa komitmen Lembaga ini tidak ada, kesungguhannya tidak ada, kompetennya saya tidak tahu. Saya rasa yang itu tidak perlu maka saya mencadangkan kepada Menteri supaya ia ini tidak ada. Pilihlah benar-benar orang-orang yang mempunyai kompetensi yang tinggi dan juga pilih mereka yang benar-benar mempunyai komitmen yang tinggi kerana kita meletakkan suatu kerja besar yakni kerja untuk membasmi kemiskinan, untuk membangunkan kawasan yang mundur. Ketiga, saya hendak cakap sedikit mengenai perkara-perkara seperti yang disebut tadi, lapan program utama yang kita lihat semacam tidak diambil kisah. Disebut sekali lalu oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi dari sudut pelancongan. Kita ada Stong, kita ada Gunung Reng, orang Kelantan Gunung Reng, Gunung Reng tidak sedap, Gunung Reng baru sedap ‘kecek’, Gunung Reng, kita ada Gua Ikan, kita ada Tasik Pergau, kita ada Kuala Koh dan sebagainya tempat-tempat yang begitu menarik. Tambahan pula, kita berada di sempadan antara Perak, antara Terengganu, Pahang dan juga di utaranya ialah Thailand. Maka kalau ia dibuka dengan baik, diberi nafas baru, diberi keutamaan disertakan juga pembangunan infrastruktur jalan-jalan raya kerana di bawah KESEDAR juga ada juga peruntukan-peruntukan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah ialah untuk membuka jalan-jalan baru dan sebagainya. Jadi untuk itu saya ingin tahu sebanyak mana jalan-jalan yang telah dibuat di Gua Musang dan bagaimana keseriusan KESEDAR untuk membangunkan kawasan- kawasan pelancongan yang mempunyai potensi yang begitu tingi di Kelantan Selatan ini yang semestinya boleh mendatangkan ekonomi dan juga peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Seterusnya, saya juga ingin mengetahui dalam program pembasmi kemiskinan ini dari segi jumlah perumahan PPRT dan juga saya mendengar khabar bahawa perumahan PPRT di Gua Musang walaupun sudahnya lama tetapi kesukaran untuk mengisi orangnya, ada masalahnya. Jadi saya ingin tahu apa masalah itu sehinggakan menjadi kelambatan kepada pengisian orang di perumahan tersebut. Saya rasa itu sahaja yang saya hendak tekankan bahawa pertamanya kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu diperbaiki, perlu diperelokkan untuk kesejahteraan rakyat KESEDAR dan Kerajaan Negeri Kelantan secara umumnya. Kedua, saya ingin menegaskan bahawa pelantikan kepada Lembaga Pengarah perlulah mereka yang betul-betul mempunyai kompeten dan juga perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan misi yang besar dan seterusnya minta KESEDAR menumpukan perkara-perkara yang boleh disegerakan seperti tempat-tempat pelancongan dan sebagainya itu tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kawasan Parlimen Kuala Krai keseluruhannya berada di kawasan KESEDAR bersama Gua Musang, Jeli dan sebahagian daripada Tanah Merah. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh sebentar tadi, latar belakang KESEDAR ini dari segi kawasannya hampir ataupun melebihi 80 peratus seluruh negeri Kelantan. Ertinya cover seluruh negeri Kelantan kecuali lebih kurang 20 percent sahaja yang berada di kawasan bandar. Sudah tentulah peranan KESEDAR kalau hendak dimainkan betul-betul adalah satu yang penting dan boleh membawa satu perubahan kepada kawasan yang terpencil di negeri Kelantan, yang jauh ketinggalan. Akan tetapi, kalau kita melihat Tuan Yang di-Pertua dari segi peruntukan- peruntukan dalam bajet-bajet yang lepas ini, peruntukan pembangunan untuk KESEDAR ini sikit sangat. 83 daripada Kelantan dengan hanya lebih kurang RM30 juta setahun. Sudah pastilah ini tidak dapat digunakan dengan berkesan untuk
membangunkan Kelantan Selatan ini. Jarak di antara Gua Musang dengan Kuala Krai contohnya, jarak jalan raya lebih kurang 119 kilometer. Kalau sampai ke Jeli pun lebih kurang, lajak ke Tanah Merah sekitar tambahan 30 kilometer. Akan tetapi, di antara Kuala Krai dengan Gua Musang ini, kalau kita travel malam-malam agak kesunyian, kesayuan kerana keadaan yang tidak dapat menceriakan. Tidak ada bandar besar, tidak ada bandar di antara dua kawasan tadi Gua Musang dan juga Kuala Krai. Pada jarak 120 kilometer ini sepatutnya ada tiga atau empat di antara 30 kilometer, 40 kilometer di antara satu bandar dengan satu bandar yang lain, yang boleh kita anggap kawasan itu membangun. Oleh kerana KESEDAR ini sudah berada lebih kurang 40 tahun sejak tahun 1978, saya rasa agak terlambat pembangunan KESEDAR ini. Kita tidak boleh menggunakan alasan kerana penduduknya tidak ramai, hanya sekitar 220,000 seluruh Kelantan Selatan yang merupakan hanya beberapa belas peratus atau 18 peratus sahaja ataupun 15 peratus daripada penduduk Kelantan. Akan tetapi, kalau kita tidak membawa suatu tawaran pembangunan dan pelan perancangan pembangunan yang baik, sudah tentulah ia akan kekal sedemikian. Penduduk Gua Musang, penduduk Kuala Krai akan keluar ke kawasan-kawasan lain di negeri Kelantan ataupun luar daripada Kelantan untuk mencari kehidupan. Maka, selamanyalah tempat-tempat tersebut tidak akan dapat menikmati pembangunan yang baik. Oleh kerana pindaan kali ini adalah bertujuan untuk, disebutkan untuk melicinkan dan mempercepatkan urusan pentadbiran Lembaga dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan, maka hujah-hujah yang dibawa oleh rakan-rakan saya tadi pun sangat relevan. Walaupun di peringkat dasar ini dikatakan tumpu sahaja kepada pindaan-pindaan yang hendak dibawa kerana kita hendakkan supaya Lembaga yang baru yang disusun semula ini benar-benar berkesan. Saya yakin KESEDAR sudah ada perancangan pembangunannya yang dibuat untuk melibatkan kawasan-kawasan yang berkenaan seperi Gua Musang yang hendak dibangunkan sebagai kawasan pembangunan baru pertanian, Kuala Krai kawasan pembangunan warisannya. Kemudian, Tanah Merah, Jeli ekopelancongannya, Gua Musang tadi sebagai wilayah sehenti, ertinya berbagai-bagai perkara dibangunkan di sana. Akan tetapi, setakat hari ini kita nampak di Gua Musang ada pembangunan kawasan bandar baru, tidak jauh dengan bandar lama Gua Musang tersebut.
Ini saya rasa cukup penting, cukup memberikan manfaat. Akan tetapi, ia mestilah disokong dengan satu pembangunan infrastruktur dan connectivity, dengan izin supaya apa yang dibangunkan secara fizikal itu dapat dimanfaatkan dengan perhubungan yang lebih baik. Sebab itu, saya menganjurkan supaya sistem lebuh raya yang kita tunggu-tunggu di antara Pantai Barat melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis ke Gua Musang, Kuala Krai seterusnya ke Kota Bharu ini menjadi realiti. Hari ini kita dengar pembangunan lebuh raya yang sedang dibuat sampai ke Kuala Krai sampai di Kota Bharu. Pembangunan jalan utama hanya tersekat sebelum Gua Musang daripada Kuala Lipis. Jadi, ini tidak membantu menjadikan kawasan pembangunan KESEDAR ini menarik. Sedangkan ia merupakan suatu hinterland dengan izin, yang cukup penting. Kawasan pertaniannya luas. Kita di bawah KESEDAR ini ada 1.2 juta hektar tanah yang boleh di bangun, yang sedang dibangunkan dengan pertanian. Jadi, tentulah connectivity dengan jalan raya yang baru dan saya ada membangkitkan mengenai keperluan pembinaan naik taraf sistem kereta api kita kepada double tracking dan elektrifikasi supaya hubungan itu baik, pengangkutan itu baik. Jadi, kita akan jadikan seperti yang disebut oleh KESEDAR dalam penulisan di websitenya. Untuk mewujudkan pelabuhan darat di kawasan KESEDAR ini. Ada satu kawasan darat yang disebut di Kuala Krai tetapi tidak menjadi kenyataan yang boleh dibanggakan. Kalau tidak ia akan menjadi satu pusat pembangunan baru. Ada CIQ nya mungkin. Ada pembangunan-pembangunan bandar baru di sekelilingnya. Jadi, ini merupakan punya kepada pembangunan untuk penduduk- penduduk di kawasan ini. Akan tetapi nampaknya kerajaan memaklumkan tidak ada perancangan untuk naik tarafkan jalan kereta api. Walaupun, alignmentnya sudah ada, trek yang lama sudah ada, reserved kereta api luas, tentulah kalau kita menambah baik, menaik taraf jalan kereta api ini tidaklah kosnya setinggi kita membuat satu jalan kereta api baru ECRL seperti yang dibesar-besarkan itu. Akan tetapi, nampaknya kerajaan tidak berupaya ataupun tidak bersedia untuk menambah sistem ini. Ketika banjir besar yang melanda kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah pada 2014-2015. Kita lihat sistem kereta api kita terhalang, terhenti untuk
beberapa bulan. Apabila jambatan di Dabong sana runtuh. Jadi, naik taraf yang kita sebut bukan sekadar memperkukuhkan apa yang ada, membaiki semula tetapi biarlah dalam perancangan yang menyeluruh ini betul-betul naik taraf. Kalau kita boleh belanja pada Johor Bahru ke Padang Besar double tracking dan electrifying ini nanti, saya rasa kita harus juga memberikan kesempatan kepada orang di Kelantan Selatan ini untuk menikmati satu sistem pengangkutan yang lebih baik. Saya juga... [Disampuk]
Yang Berhormat Kuala Krai Sedikit.
Ya. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya cuma ingin memperingatkan Yang Berhormat Kuala Krai, apabila menyebut tentang jaringan perhubungan yang baik dan di kawasan KESEDAR ini apabila jaringan perhubungan itu tidak berapa baik bukan sahaja pembangunan fizikalnya ketinggalan bahkan pendidikan kepada anak-anak KESEDAR dan juga Gua Musang itu juga agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Khususnya kita tidak boleh menafikan antara rakyat dan pengundi yang ramai di Gua Musang ini adalah Orang Asli. Sangat menyedihkan apabila kita masuk ke kawasan Orang Asli seumpama tidak ada jalan langsung yang boleh menghubungkan mereka dengan kawasan luar. Ini sudah tentu akan membantutkan lagi pembangunan pendidikan dan juga fizikal yang mereka patut terima daripada kerajaan. Apakah perkara ini perlu kita kemukakan khususnya Yang Berhormat Menteri ada daripada Kelantan, Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Kelantan yang boleh menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sememangnyalah pembangunan ini harus menyeluruh. Walau sebesar mana pun kelompok etnik, walau sekecil mana pun kelompok etnik. Oleh sebab mereka ini juga rakyat kita, seharusnya diberikan perhatian sewajarnya. Kita mengakui di kawasan-kawasan penempatan Orang Asli ini ada sekolah-sekolah, ada jalan tetapi tentulah seperti yang kita lihat yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi masih memerlukan satu lonjakan yang lebih besar. Supaya kalau boleh kita tidak perlu memindahkan penduduk-penduduk orang asal ini untuk dikumpulkan anak-anak mereka di satu tempat dan asrama sehingga kadang-kadang menimbulkan suatu breakdown dalam kekeluargaan mereka. Jadi, saya harapkan perkara ini juga harus diberikan pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat pembangunan di Kelantan Selatan yang agak ketara iaitu di kawasan kalau kita masuk daripada sempadan Perak ialah di kawasan Lojing. Ini kawasan baru dan di jadikan sebagai satu jajahan kecil Lojing. Satu kawasan yang indah dari segi suhu cuacanya sungguh menyenangkannya. Sama hebat macam pekan sebelahnya Cameron Highlands yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Jadi, harus juga dengan kerjasama dan kerja rapat dengan kerajaan negeri. Janganlah Lojing ini nanti hanya diidentifikasikan dengan pengeluaran sayur-sayuran yang fresh, yang sama macam Cameron Highlands. Apabila itu sahaja kita lihat. Kita lihat sekarang ini, bagaimana kawasan pembangunan tersebut dipenuhi dengan tapak-tapak tanaman sayur yang terpaksa memotong lereng-lereng bukit menyebabkan berbagai-bagai kerosakan kepada alam sekitar dan mestilah juga disertai dengan pembangunan satu bandar baru Lojing yang disebut oleh kerajaan negeri. Mesti disegerakan. Supaya dapat di manfaatkan oleh orang tempatan dan juga orang-orang luar pun akan berhasrat untuk membuat pelaburan, mendapatkan tempat-tempat penginapan. Sama seperti di Cameron Highlands. Jadi, saya rasa di Gua Musang ini merupakan antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan dan harus menjadi antara yang perlu diketengahkan dengan seberapa segera melalui peruntukan yang sewajarnya. Di kawasan-kawasan... [Disampuk]
Yang Berhormat Kuala Krai.
Ya. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sedikit sahaja, untuk memperingatkan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa di kawasan sana ada satu jambatan yang selalu runtuh iaitu Jambatan Setelu. Saya rasa yang itu pun perlu diberi perhatian kerana perlu pembinaan baru yang lebih baik.
Terima kasih. Saya rasa kementerian ini agak responsif kepada permintaan-permintaan yang kita sebagai Ahli Parlimen bawakan. Saya bangkitkan tentang soalan keruntuhan Jambatan Setelu telah siap. Kemudian, beberapa jambatan perhubungan di dalam kawasan KESEDAR itu sendiri pun telah dibuat. Akan tetapi, kesimpulannya, saya rasa kita tidak boleh buat firefighting work itu ya. Akan tetapi, biarlah satu perancangan. Contohnya, Jambatan Setelu. Jambatan Setelu ini, kalau berlaku kenaikan air yang deras sekali lagi saya rasa tumpo balik, kata orang Perak. Ini kerana ia rendah dan berada dekat dengan paras air iaitu naik sedikit, lalu kayu balak dua, tiga batang saya rasa kita akan terpaksa membina semula. Jadi, apalah kiranya kalau rancangan yang besar ini melibatkan seluruh connectivity di kawasan Dabong ke Jeli supaya hubungan yang sedia ada walaupun sudah ada tetapi dapat diperbaiki dan kita akan melihat kelancaran pembangunan di Dabong, contohnya. Tuntutan orang Dabong kepada suatu pusat pembangunan baru, pejabat bomba, balai bomba yang baru. Pam minyak pun tidak ada lagi, contohnya. Bank jauh sekali. Adalah dua tiga ATM machine di sana. Jadi, perkara-perkara macam ini saya rasa harus dilihat oleh suatu pihak seperti KESEDAR dengan secara yang lebih terbuka.
Ini saya yakin kalau kita dapat wujudkan akan menimbulkan keindahan kepada tempat-tempat pelancong, Gunung Setong misalnya, Gua Ikan. Semua tempat ini di Jeli, kita ada kolam air panas dan kita ada tidak jauh di kawasan Jeli juga, Tasik Pergau. Walaupun tidak sebesar Tasik Kenyir tetapi sudah tentu ianya boleh dijadikan tempat pelancongan yang cantik. Jadi, tidak kurang dalam kawasan KESEDAR ini kawasan- kawasan yang boleh menjadi tempat pembangunan. Jadi, kita berharap pindaan ini diarahkan ke situ. Sepatutnya diambil peluang daripada usaha meminda akta ini untuk memasukkan beberapa perkara seperti bagaimana kita hendak memastikan Lembaga yang baru ini lebih kukuh, lebih hebat. Tidak mengekang dengan kuasa Yang Berhormat Menteri yang terlalu banyak. Setuju kita kalau orang-orang profesional dimasukkan di dalam jawatankuasa ini dengan lebih mudah. Begitu juga kehadiran wakil-wakil daripada kerajaan negeri. 3 orang setakat ini, ia dalam akta ini. Kalau boleh ditingkatkan lagi. Seperti disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi, hanya of latenya, dengan izin, mereka dijemput hadir, kalau sebelum ini tidak hadir. Saya rasa perkara tersebut tidak boleh berulang lagi kerana pembangunan ini tidak boleh hanya dilakukan oleh satu agensi Federal. Ia mesti juga mendapat sokongan, perkenan dan dokongan daripada kerajaan negeri. Apa pun ideologi kerajaan-kerajaan yang ada itu. Jadi, saya rasa ini boleh memberi ruang baru. Saya berkeyakinan beberapa industri kecil, etnobotanik di Tanah Merah, juga di Jeli, beberapa industri desa yang ada di Kuala Krai, di Mambong, membuat barang-barang seramik yang saya rasa sudah menjadi sunset industry di kampung itu. Industri seramik ini tempat lain maju tapi yang di Kampung Mambong itu saya rasa pihak kementerian tolong-tolong tengok kan supaya ianya menjadi satu pusat tumpuan dan pusat pendapatan, pusat keuntungan yang maju bagi penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah di atas usaha kerajaan untuk buat pindaan terhadap akta ini yang puluhan tahun tidak dipinda. Kita semua tahu tujuan penubuhan KESEDAR ini adalah untuk mengimbangi komposisi penduduk antara Kelantan Selatan dan Kelantan Utara, di samping membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Persoalan saya adalah sejauh mana pencapaian tahap sosioekonomi penduduk di bawah KESEDAR, terutama di kalangan peneroka, sejak KESEDAR telah diwujudkan. Apakah program-program yang kejayaan yang telah dicapai di bawah KESEDAR setakat ini? Dalam keadaan suasana harga komoditi getah dan kelapa sawit yang tidak menentu, turun naiknya harga kelapa sawit dan harga getah mempunyai kesan yang cukup besar, terutama kepada peneroka-peneroka KESEDAR yang kebanyakan mereka adalah di kalangan penoreh getah dan pekebun kelapa sawit. Jadi, sejauh mana kerajaan melihat isu ini? Oleh sebab satu tinjauan didapati bagaimana lebih daripada 57 peratus
peneroka-peneroka KESEDAR ini masih di bawah tahap kemiskinan. Walaupun mereka sudah lebih 20 tahun, hampir 30 tahun berada di bawah rancangan KESEDAR tetapi tahap sosioekonomi mereka masih rendah. Apa lagi dengan cabaran semasa, dengan usia mereka yang semakin lanjut. Di antara cabaran utama juga ialah generasi kedua anak-anak mereka yang tidak berminat lagi untuk bersama mengusahakan ladang di KESEDAR. Mereka lebih berminat kerja di bandar, sama ada di kilang ataupun di sektor awam atau swasta. Ini juga menyebabkan kekurangan tenaga buruh. Jadi, dengan keadaan ibu bapa mereka, dengan usia yang semakin tua. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana kerajaan melihat isu ini yang matlamat KESEDAR ditubuhkan untuk menaikkan ekonomi, membasmikan kemiskinan. Keadaan sekarang kita lihat ramai lagi rata-rata keluarga ini dalam keadaan kemiskinan, dalam keadaan masih- dalam keadaan kehidupan di takuk lama, apa lagi dalam keadaan kalau di Kelantan sekarang ini musim hujan. Banyak mereka yang tidak dapat menoreh di keadaan dalam musim tengkujuh, menjejaskan pendapatan. Apa lagi dengan harga getah yang semakin rendah. Jadi, saya ingin tahu apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak KESEDAR untuk membantu, untuk menaik taraf ekonomi pihak peneroka-peneroka di bawah rancangan KESEDAR? Sejauh mana diwujudkan program-program sampingan, terutama contoh di industri penternakan, industri usahawan kecil dan sebagainya yang telah berjaya di bawah KESEDAR untuk memberi pendapatan tambahan kepada mereka? Saya ingin tahu juga tentang untuk kebajikan generasi kedua. Apakah perancangan pihak KESEDAR untuk memastikan generasi kedua untuk meneruskan ladang-ladang ataupun membantu memajukan di kawasan KESEDAR? Kalau tidak ada perancangan yang khusus, kita akan berdepan dengan satu masalah, kita ketandusan tenaga muda, tenaga buruh muda dan kita akan terus akan menyebabkan kegagalan perancangan asal KESEDAR. Kita lihat hari ini banyak bergantung juga kepada buruh-buruh asing. Ini sudah tentulah memberi kesan jangka panjang. Jadi, saya ingin tahu apa perancangan KESEDAR dalam menghadapi isu ini? Kedua ialah saya ingin tahu tentang usaha untuk bantuan tanam semula. Setakat ini, sejauh mana program yang telah dibuat bantuan tanaman semula di bawah rancangan- rancangan KESEDAR? Sejauh mana kesan dan kejayaannya? Macam mana kah perancangan KESEDAR untuk memastikan hasil yang lebih lumayan, terutama di kalangan peneroka? Seterusnya, saya ingin tahu juga tentang kebajikan Orang Asli sebagaimana yang disebutkan oleh rakan-rakan yang lain. Oleh sebab kita lihat hari ini dengan bukanya tanah-tanah baru, dengan ladang-ladang baru, menyebabkan Orang Asli yang mungkin sebelum ini dia bergantung dengan hasil hutan, mereka kehilangan punca pendapatan. Jadi, apakah usaha untuk memastikan mereka terus mendapat punca pendapatan mereka? Oleh sebab saingan kemasukan buruh asing ini memberi kesan. Sepatutnya Orang-orang Asli juga dilibatkan mungkin dalam mengusahakan ladang- ladang di bawah KESEDAR untuk memastikan mereka juga mendapat ruang untuk mendapat mencari rezeki untuk keluarga mereka. Jadi, setakat ini berapakah jumlah keluarga orang Asli yang telah- yang mendapat manfaat di dalam rancangan di bawah KESEDAR ini? Saya ingin tahu juga iaitu berkaitan dengan program iaitu membasmi kemiskinan, terutama di kalangan kaum wanita dalam rancangan KESEDAR. Apakah program-program khusus untuk membantu kaum wanita, terutama dalam rancangan KESEDAR ini untuk memastikan mereka boleh berdaya maju, bersaing untuk merubah kehidupan mereka? Begitu juga tentang program-program yang boleh dimanfaatkan, terutama dari segi membasmi masalah sosial. Di antara gejala sosial yang paling membimbangkan kita di bawah rancangan KESEDAR juga ialah di kalangan penagihan dadah di kalangan remaja. Jadi, sejauh mana program-program yang telah disusun di bawah KESEDAR untuk supaya remaja, mereka ini tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat ini? Sejauh mana kerajaan telah merancang untuk memanfaatkan semua tempat-tempat peranginan yang ada dalam semua tanah rancangan KESEDAR sama ada di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan sebagainya. Jadi, sejauh mana tempat-tempat ekopelancongan ini dimanfaatkan? Oleh sebab kita amat rugi, kita mempunyai keindahan alam yang begitu unik yang diciptakan oleh Allah sama ada sungai, sama ada bukit, gunung ataupun gua dan sebagainya. Akan tetapi sejauh mana perkara ini dari segi promosinya, dari segi kemudahan pengangkutan awamnya, dari segi kemudahan tempat penginapannya dan sebagainya untuk menggalakkan pelancongan yang boleh memberi sekali gus memajukan ekonomi
penduduk-penduduk di kawasan ini. Sejauh mana manfaat yang boleh diperolehi oleh mereka? Apa yang kita lihat hari ini, banyak kawasan-kawasan, termasuk kolam air panas, tempat-tempat gua ataupun tempat-tempat sungai yang boleh diadakan program berkayak dan sebagainya.
Akan tetapi, ia seolah-olah tidak dipelihara dengan begitu baik dan kurang promosi dan kurang kemudahan pengangkutan awam yang boleh menyebabkan pelancong sama ada daripada dalam dan luar negara untuk pergi ke tempat berkenaan. Sekiranya perkara ini dapat dimajukan, sudah tentu ia memberi pendapatan yang lumayan kepada penduduk tempatan, kepada peneroka ataupun penduduk-penduduk sekitar dalam kawasan KESEDAR yang akan mendapat manfaat. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana program ini diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan untuk memastikan setiap ruang yang boleh memberi manfaat kepada peneroka yang boleh membantu ekonomi peneroka, yang boleh mengimbangi kedudukan ekonomi penduduk di sini, kita ambil ruang ini untuk sama-sama menaikkan taraf hidup masyarakat di sini? Setakat ini, saya ingin tahu apakah masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KESEDAR yang mungkin menjadi halangan ataupun masalah yang mungkin menyebabkan berlakunya kegagalan ataupun ketidakcekapan berlaku? Apakah masalah-masalah yang berlaku? Saya ingin penjelasan. Jadi setakat itu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak termasuk yang mencelah, yang telah berbahas di peringkat dasar ini. Seorang iaitu Yang Berhormat Kuala Krai yang betul- betul kawasan Parlimennya berada di bawah KESEDAR. Pasir Puteh, Pengkalan Chepa dan juga Rantau Panjang memang tidak berada di bawah KESEDAR. Apa pun, semua Ahli Yang Berhormat ini rakan dan sahabat saya. Saya ucap terima kasih kepada ketiga-tiga yang tidak berada di kawasan KESEDAR tetapi telah memberi pandangan dan juga pendapat untuk memajukan kawasan KESEDAR. Walaupun kawasan KESEDAR ini luas, diakui, tetapi rakyatnya tidak ramai tetapi mereka juga perlu kepada pembelaan dan juga perhatian daripada pihak kerajaan. Saya tertarik, Tuan Yang di-Pertua, dengan apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh sekejap tadi. Ini Allahyarham P. Ramlee sebut. “Barang yang lepas jangan dikenang”. Maka sebab itulah saya tak nak menjadikan Dewan yang mulia, Dewan Rakyat pada hari ini akan bertukar menjadi debate seolah-olah Dewan Undangan Negeri Kelantan. Jadi, saya cuba jawab secara berhemah. Kalau ada pandangan, boleh minta laluan, dan insya-Allah, saya akan bagi. Ini kerana tanggungjawab kita adalah sama iaitu untuk rakyat. Kita datang daripada rakyat dan kita serahkan kepada rakyat akhirnya. Yang Berhormat Pasir Puteh ada membangkitkan Kelantan negeri yang termiskin berbanding negeri lain. Barangkali yang ini saya tidak berapa setuju sedikit. Kita tidak miskin. Negeri Kelantan adalah negeri saya juga. Negeri kita kaya. Kaya dengan budaya, kaya dengan sopan santun, kaya dengan budi bahasa. Itu kaya. Bukan semestinya tidak ada duit dalam poket maka menjadikan kita miskin, tetapi kekayaan- kekayaan lain juga perlu dihormati. Kita kaya dengan hasil bumi, kita kaya dengan segala bentuk hasil mahsul. Rakyat negeri Kelantan adalah rakyat yang terkenal sebagai rakyat yang suka berusaha, usahawan. Yang Berhormat Pokok Sena belajar dengan Yang Berhormat Pasir Puteh. Kena belajar dengan Yang Berhormat Pasir Puteh. Kalau kita masuk Pasar Siti Khadijah contohnya, di kalangan usahawannya, orang-orang wanita ya, Yang Berhormat Rantau Panjang, pandai berniaga, gelang-gelang emas sampai ke siku. [Disampuk] Ini tidak ada sangkut paut dengan KESEDAR, jangan bangun. Saya tidak bagi Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini suka mengacau. Maksud saya, belajar dengan Yang Berhormat Pasir Puteh bagaimana orang wanita hendak jadi usahawan, berbudi bahasa. Sebab, Yang Berhormat Pasir Puteh jauh lebih berbudi bahasa berbanding Yang Berhormat Pokok Sena.
[Bangun]
Apa pula ini?
Okeylah itu sebut nama.
Okeylah tetapi jangan melalut.
Tidak. Tidak melalut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Memang kekayaan budi bahasa di pasar-pasar, dipanggil Abe, bukan? Usahawan-usahawan antara yang terkenal di Kelantan ini ialah Dato’ Vida yang sedang mencari bakal suaminya yang baru. Mungkin Tuan Yang di-Pertua juga ada berminat. Dia kata untuk mencari bakal suami yang boleh membantu membangunkan perniagaannya sampai ke seluruh dunia. Ini satu kehebatanlah. Jadi, saya puji. Tetapi apa pun, kalau tidak ada pitih, kaya budi bahasa bagaimanapun, hendak makan budu pun kena beli, kena ada pitih.
Itulah, kehadiran Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan orang yang hampir hendak tidur. Okey Yang Berhormat Pokok Sena, kalau berani, carilah orang Kelantan seorang. Kalau berani. Jangan berani cakap dalam Dewan Rakyat.
Ya lah, kalau Dato’ Vida bersetuju, boleh.
Sudahlah, sudahlah. Itu ke lain itu. Okey, kita ada banyak lagi bill selepas ini. Saya takut tidak sempat habis. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Mungkin petang-petang ini kadang-kadang mengantuk semua, perlu ada sedikit-sedikit ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua tidak marah ya. Okey. Tuan Yang di-Pertua, banyak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh. Dah 40 tahun menyebut bahawasanya kewujudan KESEDAR ini dan adakah Kerajaan Persekutuan berpuas hati ataupun tidak. Sememangnya banyak perkara dalam dunia yang kita tidak boleh berpuas hati. Pertamanya soal mengejar kejayaan, soal mengejar ilmu, soal mencari kebaikan. Kita tidak akan boleh berpuas hati. Hari ini saya berani, bagi pihak kerajaan, memberi satu jaminan dan kenyataan bahawasanya kita tidak akan berpuas hati dan kita belum berpuas hati. Kita akan menambahkan, melipatgandakan usaha kita untuk membela masyarakat dan rakyat di bawah kawasan KESEDAR. Juga, Yang Berhormat menyebut tentang pembangunan di kawasan KESEDAR ini agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, kita mesti menerima hakikat bahawasanya kewujudan KESEDAR ini telah merubah kawasan Kelantan Selatan. Kelantan Selatan yang dahulunya adalah kawasan bukan sahaja terpinggir tetapi kawasan yang dilihat penuh dengan hutan belantara tetapi hari ini kita melihat bahawasanya KESEDAR telah berjaya untuk menjadi sebahagian daripada agensi pelaksana yang telah berjaya juga untuk membawa sedikit sebanyak perubahan termasuklah daripada segi sosioekonomi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi kepada peserta-peserta. Akan tetapi, memang tidak dapat dinafikan, kebanyakan mereka ini berada pada garis pendapatan yang masih rendah. Kita telah berusaha. Untuk itu, macam-macam usaha yang telah kita lakukan seperti Program PP atau Program Penambah Pendapatan telah pun kita buat untuk dua tiga perkara. Pertamanya, Yang Berhormat, untuk kita memastikan bahawasanya anak-anak muda daripada peneroka-peneroka ini kurang penghijrahan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat mana, saya lupa dah, bahawasanya orang Kelantan ini berhijrah cari rezeki. Saya pun sebelum berada di sini, berhijrah cari rezeki, berniaga di negeri lain dan bawa balik keuntungan ke negeri Kelantan. Ini saya setuju. Jadi, kita telah mengadakan banyak program seperti kursus, seperti kita melibatkan mereka daripada segi kesedaran untuk turut serta di dalam program-program kemahiran, dalam kita bagi ceramah kepada mereka agar mereka masuk GIATMARA dan kita bagi modal di bawah MobilePreneur, kita bagi pelbagai kemudahan kepada mereka termasuklah peralatan percuma, motosikalnya secara percuma untuk mereka memulakan usaha-usaha mereka. Jadi bagi kita, yang penting adalah kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan ini perlu diperbaiki daripada semasa ke semasa dan perlu kita perelokkan. Saya nampak sekarang ini pun hubungan antara Kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri sudah semakin elok. Contohnya waktu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkunjung ke Kelantan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Ini adalah satu petanda baik. Walau bagaimanapun, tidak perlulah ada orang yang cemburu di dalam soal ini. Cemburu itu tidak baik, boleh membawa kemusnahan. Kita mengadakan hubungan yang baik untuk rakyat, tidak ada udang di sebalik mi, tidak ada udang di sebalik batu. Yang Berhormat Pokok Sena jangan risau dalam soal ini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak buat sedikit pembetulan. Kalau nak katakan kawasan KESEDAR keseluruhannya mundur, ini saya tidak bersetuju. Ini sebab kalau kita tengok dari segi bandar-bandar yang ada di bawah jajahan-jajahan yang berada di bawah KESEDAR, saya bermula dengan Gua Musang. Turun mari ke Jeli, kemudian pergi ke Tanah Merah dan pergi ke Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Keempat-empat bandar yang berada di bawah jajahan di bawah KESEDAR ini sebenarnya kalau dibandingkan dengan beberapa bandar yang berada di kawasan Kelantan Utara, contoh kalau saya sebut Pasir Mas, saya sebut Tumpat, saya sebut Bachok. Sebenarnya empat-empat jajahan ini lebih maju berbanding...
Yang Berhormat Menteri.
... Dengan tiga empat daerah ataupun jajahan yang lain.
Boleh sikit?
Berkaitan dengan?
Tajuk inilah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Menteri, ada kunjungan Timbalan Perdana Menteri kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kemudian menunjukkan kemajuan di Jeli dan Gua Musang. Sedarkah Menteri bahawa Gua Musang dan Jeli itu, Menteri kebetulannya daripada UMNO Barisan Nasional. Adakah itu punca yang menyebabkan Jeli lebih membangun, Gua Musang berbanding dengan yang lain-lain?
Tuan Yang di-Pertua, itu kebetulan, betul. Yang Berhormat tanya, Yang Berhormat jawab. Memang kebetulan, ini secara kebetulan. Akan tetapi KESEDAR telah memainkan peranannya yang tersendiri dalam usaha memajukan kawasan Kelantan Selatan. Oleh sebab itulah baru-baru ini saya cemburu dengan KESEDAR. Apabila saya berkunjung ke Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi penjelasan saya bersama dengan pegawai-pegawai yang sebahagiannya ada di belakang, bersama dengan Pengerusi KESEDAR untuk memberi penerangan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang betapa pentingnya kalau boleh kawasan Machang Selatan ini dimasukkan di bawah KESEDAR dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjanji akan meneliti dan memberi pertimbangan. Saya yakinlah kalau tidak di dalam masa terdekat, insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan memberi pertimbangan. Semalam pun saya cakap kerana saya tahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini adalah seorang yang baik hati, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga membangkitkan adakah Kerajaan Persekutuan khususnya KESEDAR dan lain-lain agensi barangkali meminggirkan negeri Kelantan ataupun kawasan KESEDAR ataupun lain-lain kawasan. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat, kalau boleh kita hentikanlah ayat seolah-olah Kelantan dianaktirikan, Kelantan tidak dipedulikan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya nak sebut di sini bahawasanya kalau di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, peruntukan untuk negeri Kelantan adalah yang kedua tertinggi dalam negara ini, sedangkan banyak lagi negeri-negeri lain yang berada di bawah Barisan Nasional. Akan tetapi Kelantan menerima peruntukan kedua yang tertinggi kerana kita sedar memajukan Kelantan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk memajukan negara. Kelantan juga berada di dalam peta Malaysia dalam negara dan saya sendiri juga nak lihat bahawasanya Kelantan ini maju dan juga Kelantan setaraf dengan negeri-negeri lain. Ini di bawah KKLW sahaja. Kalau daripada segi pembangunan...
[Bangun]
Sekejap, nanti saya bagi sebab saya nak sebut berkaitan dengan kawasan Yang Berhormat. Kalau di kawasan-kawasan lain,
soal pembangunan ini yang saya nak sebut. Kita tidak boleh samakan kawasan Kelantan Selatan KESEDAR dengan kawasan Kelantan Utara sebab pembangunan ini sudah tentulah lebih berpusat atau lebih memerlukan peruntukan yang besar untuk kawasan Kelantan Utara kerana kawasan-kawasan bandar dan juga pusat bandarnya adalah terdiri daripada kawasan Kelantan Utara. Saya nak beritahu contoh, lapangan terbang. Lapangan terbang terletak di kawasan Kelantan Utara. Peruntukan telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Pekan berjumlah RM500 juta hasil daripada permohonan dan permintaan daripada rakyat negeri Kelantan dan telah disuarakan oleh Yang Berhormat Jeli, yang mengemukakan permohonan untuk Kerajaan Negeri Kelantan. Maknanya, Yang Amat Berhormat peka terhadap kepentingan dan juga kehendak rakyat negeri Kelantan. Begitulah juga dengan lebuh raya. Lebuh raya yang bermula daripada Pasir Hor sehinggalah ke Kuala Krai. Saya menyebut di sini walaupun saya tidak pergi pada Yang Berhormat Kuala Krai lagi, Yang Berhormat Kuala Krai ada menyebut tadi sebab Central Spine Road yang daripada Gua Musang hingga ke Kuala Lipis, Bentong sudah pun hampir boleh dikatakan hampir siap ya, boleh dikatakan hampir siap. Akan tetapi daripada Kuala Krai ke Gua Musang belum lagi disentuh. Saya yakin di dalam Rancangan Malaysia yang berikutnya, Kuala Krai ke Gua Musang juga saya yakin akan termasuk di dalam pembesaran dan pelebaran jalan yang dimaksudkan. Sekarang ini berada pada tahap ketiga yang mana yang pertama hampir siap dibina, yang kedua sudah pun dibuat perolehan, yang ketiga di dalam proses perolehan. Secara perlahan-lahan, secara berperingkat-peringkat ia akan kita laksanakan sampailah ke Kuala Krai. Juga berkenaan dengan peruntukan tambatan banjir, ianya memerlukan peruntukan sehingga hampir RM1 bilion. Sungai Golok, Rantau Panjang juga diluluskan, sudah diluluskan. Saya rasa proses perolehan Kementerian Kewangan juga hampir siap dan juga tambatan banjir di Sungai Kelantan. Sudah tentulah Yang Berhormat, peruntukan yang diperlukan di kawasan Kelantan Utara ini jauh lebih besar berbanding dengan kawasan Kelantan Selatan. Walau bagaimanapun, harus perkara ini menjadi perhatian kepada kita semua bahawasanya Kelantan Selatan ini sudah tentu tidak termasuk di bawah KESEDAR dan tidak bolehlah kita nak membandingkan peruntukan KESEDAR ini berbanding dengan kawasan Kelantan Selatan. Kita tidak memikirkan soal negeri Kelantan diperintah oleh pembangkang ataupun tidak. Seperti yang Yang Berhormat sebut apa yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa melawat ke Bachok merasmikan pecah tanah Hospital Bachok, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagaimana dakwaan Yang Berhormat ada menyebut bahawasanya, “Kelantan agak terpinggir semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri”. Itu barang yang lepas usah dikenang, kalau dikenang merosak diri.
Sikitlah.
Sekarang, kalau kita tengok sekarang Yang Berhormat...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya cuba menyebutkan perkara itu bukan mengenang benda lama. Akan tetapi saya menyebut perkara itu supaya tidak diulangi, supaya tidak diulangi perkara-perkara yang membantutkan perkembangan pertumbuhan ekonomi Kelantan. Saya mengucapkan terima kasih kerana di bawah kementerian ini telah memperuntukkan jumlah kedua tertinggi. Akan tetapi juga kita perlu melihat distribusi bantuan itu ke seluruh negeri Kelantan, bukan tertumpu di kawasan-kawasan yang berkebetulannya Jeli, Gua Musang, Machang, Tanah Merah sahaja. Itu persoalan yang saya sebut supaya kita dapat melihat taburan peruntukan itu boleh dirasai oleh semua dan melihat kepada keperluan-keperluan ataupun keutamaan-keutamaan demi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan itu sendiri. Terima kasih.
Oleh sebab itulah saya sebut tadi semua berada di kawasan Kelantan Selatan. Airport di Pengkalan Chepa, hospital baru di Bachok. Yang Berhormat Bachok sudah menyebut berapa kali dalam Dewan ini agar dipercepatkan Hospital Bachok. Tambatan banjir di Kota Bharu, lebuh raya yang melibatkan kawasan Kubang Kerian bermula di Kubang Kerian, Pasir Hor. Inilah yang saya maksudkan bukan tertumpu di Machang, bukan tertumpu di Jeli, di Tanah Merah ataupun di Gua Musang. Ini yang saya buat. Di Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada sudah. Di Kuala Krai sendiri, hospital baru saya rasa sudah pun siap bernilai RM200 juta lebih. Maknanya kita tidak mengira soal kawasan diwakili oleh pihak mana sekalipun dan juga Yang Berhormat patut menyebut keseluruhan.
Kalau itu yang disebut oleh Perdana Menteri, saya pun tak perasan waktu mana yang dia sebut tetapi yang saya ingat, ucapan saya ada ucapan itu. Ucapan Yang Amat Berhormat Pekan menyebut, “Bahawasanya saya sekali-kali tidak akan meminggirkan Kelantan”. Itu ayat dia.“Sekali-kali saya akan terus memastikan Kelantan seiring daripada segi pembangunannya dengan negeri-negeri lain. Saye ore Kelate”. Itu bahasa yang telah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan wakil kerajaan seperti yang dibangkitkan di dalam KESEDAR. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat Pasir Puteh, sememangnya wakil kerajaan negeri di dalam KESEDAR bermula daripada awal penubuhan KESEDAR sejak tahun 1978 lagi. Saya nak maklum. Kalau mungkin Yang Berhormat terlepas pandang, tak ada masalah. Ini saya perbetulkan fakta bahawasanya memang daripada dulu lagi ada wakil daripada pihak kerajaan negeri. Sekarang ini Yang Berhormat Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri, seorang. Yang kedua, Yang Berhormat Datuk Haji Che Abdullah, Exco kerajaan negeri, dua. Yang ketiga, Yang Berbahagia Datuk Haji Nasran, Pengarah PTG yang menjadi wakil daripada...
Itu masa bermula 2014.
Pembetulan sedikit. Memang daripada awal tahun 1978 itu memang ada wakil. Yang tidak ada wakilnya daripada tahun 1990 sampai tahun 2014. Panjang juga itu masa yang tidak ada dan baru- baru ini, akhir-akhir ini barulah ada. Walau bagaimanapun terima kasihlah kerana kembali kepada mengikut Perlembagaan atau akta ini. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Kalau betul ini, mungkin pegawai akan perbetulkan. Kalau betul apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, maka betul lah tetapi setahu saya, wakil daripada kerajaan negeri, saya dimaklumkan daripada tahun 1978 lagi ada. Mungkin terhenti sekejap dan kita harap kalau betul terhenti, kita tak nak terhentilah. Lepas daripada ini, kita teruskan kerana hubungan antara Kerajaan Pusat, KESEDAR, agensi dengan kerajaan negeri perlu dimainkan oleh ketiga-tiga wakil daripada kerajaan negeri. Ini amat penting. Saya setuju.
Boleh sikit? Atas besar jiwa Timbalan Menteri daripada Kelantan. Selain daripada wakil daripada KESEDAR, saya harap kesemua agensi yang sepatutnya melantik wakil daripada kerajaan negeri berbuat demikian. Misalnya ada lagi yang masih belum lantik, KADA masih belum lantik tiga orang wakil daripada kerajaan negeri. Minta tolong sampai dan kalau boleh lantiklah.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya cuba sampaikanlah. Itu tak ada kena mengena pun dengan pindaan hari ini, petang ini. Selepas daripada itu, apa yang saya lihat di sini, berapakah peruntukan dan perbelanjaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk KESEDAR. Bermula tahun 2014, ini kos projek, peneroka sebanyak RM2,228, kos projek RM280 juta. Perbelanjaan setakat ini RM192 juta. Ini adalah pencapaian Rancangan Kemajuan Tanah setakat ini. Setakat ini, ini tidak termasuk lain-lain peruntukan, banyak lagi. Mungkin detail-nya saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana terlalu spesifik perkara ini. Pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada segi pelancongan ini, kita sentiasa memberi perhatian untuk memajukan kawasan-kawasan pelancongan yang kita kenal pasti di kawasan KESEDAR sebab kita tahu ianya boleh menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan setempat dan juga selain daripada itu, kita boleh menarik pelancong. Mungkin bukan sahaja daripada dalam negara dan luar negara. Apa pun bagi kita, pelancongan ini adalah merupakan suatu perkara yang amat mustahak untuk kita lihat dan KESEDAR sememangnya menyediakan suatu peruntukan khusus walaupun tidak besar. Akan tetapi sekiranya ianya kita lihat bahawasanya perlu kita wujudkan satu unit ataupun jawatankuasa khusus untuk membuat kajian tentang pelancongan ini perlu kita jadikan sebagai suatu punca untuk kita meletakkan belia-belia, contoh di kawasan KESEDAR untuk menjadi usahawan di kawasan pelancongan ini, kita akan pertimbangkan dan kita akan bincangkan di peringkat kementerian. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Juga berkenaan dengan - saya rasa itu sahaja lebih kurang daripada Yang Berhormat Pasir Puteh ya? Yang Berhormat Pasir Puteh, kalau ada apa-apa tak apalah, kita boleh bekalkan kemudian. Yang Berhormat Pengkalan Chepa ada membangkitkan keterangkuman pembangunan. Saya dah sebut keterangkuman pembangunan sekejap tadi, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Kerjasama baik antara Pusat dengan negeri juga saya ada
menyebut sepintas lalu tadi dan juga tentang kenyataan Perdana Menteri, saya dah sebut. Lembaga pengarah mesti dianggotai oleh orang yang berwibawa. Sememangnya itulah antara kriteria utama, mesti kita pilih orang yang berwibawa. Kalau tak berwibawa, memang kita tak akan lantik. Anggota silih ganti kerana mesyuarat tidak cukup kuorum menggambarkan komitmen tiada di kalangan ahli. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat sini, saya nak bagi penjelasan sikit. Sebenarnya di kalangan pegawai kerajaan yang kita lantik contohnya wakil daripada Kementerian Kewangan, saya ambil satu contoh. Kadang-kadang dalam masa yang sama, ada pertindihan tugas. Kadang-kadang dia bukan sahaja berada di dalam Lembaga KESEDAR tetapi berada di dalam lembaga agensi di bawah kementerian lain. Ada mesyuarat lain yang barangkali pada waktu itu difikirkan lebih penting ataupun ada tugas hakiki yang terpaksa dijalankan oleh ahli Lembaga ini. Maka itulah disebabkan boleh dihantar ahli ganti, bukan soal komitmen. Saya yakin bahawasanya pegawai-pegawai yang telah disenaraikan oleh pihak kementerian- kementerian yang kita minta ada ahlinya sebagai ahli lembaga, memang mempunyai komitmen yang cukup tinggi. Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan tidak mengambil kesungguhan untuk program-program penambahan pendapatan. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat, tadi pun saya dah sebut. Pelbagai Program Penambah Pendapatan (PPP) yang telah bukan sahaja di bawah KESEDAR tetapi di bawah agensi- agensi lain. Di bawah MARA ada, di bawah FELCRA ada, di bawah RISDA ada. Semua agensi memainkan peranan yang sama di dalam memastikan bahawasanya masyarakat luar bandar sama ada peneroka-peneroka KESEDAR ataupun mana-mana agensi dapat kita bela dan bukan sahaja setakat kita bagi kursus kalau kita ada program kursus dan nak maklum kepada Yang Berhormat, kadang-kadang nilai kursus yang kita beri itu termasuk Orang Asli yang kita beri, bukan sedikit, kadang-kadang mencapai tahap RM7,000 untuk satu kepala. Dengan penginapan, dengan tempoh jangka masa yang panjang. Kita pastikan kemahiran yang kita beri betul-betul dapat dimanfaatkan oleh mereka. Apabila mereka keluar, kita bagi pula mengikut kesesuaian kursus yang mereka terima itu. Peralatannya secara percuma dan kita buat selepas daripada itu pemantauan walaupun tak dapat dinafikan bahawasanya ada di kalangan peserta-peserta kursus ini akhirnya menemui kegagalan. Akan tetapi apa nak buat. Namun begitu, kita sudah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawasanya mereka ini kita cuba bela nasib mereka. Saya rasa itu sahaja, saya tak ada tertinggal lah dengan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya rasa. Saya dengar macam ada, tak ada ya? Okey, Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai tak ada. Kalau tak ada, apa semua persoalan ini Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi bertulis tak kerana ada bil lagi selepas ini. Saya boleh jawab.
Boleh.
Boleh ya? Dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Okey, akhir sekali ..
Ada, ada.
Eh, ada. Kalau ada, okey. Saya ingat tak ada. Sebab kalau ada, saya jawablah. Kalau tak ada, tak boleh. Tak boleh berwakil wali benda ini. Okey, Yang Berhormat. Peruntukan sedikit kepada KESEDAR. Barangkali itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Tidak boleh. Sekali lagi saya sebut, kita tidak boleh nak banding dengan kawasan Kelantan Utara antara Kelantan Selatan. Tak perlu saya huraikan sebab saya dah jelaskan tadi. Mungkin saya rasa sempat Yang Berhormat dengar tadi ya dan juga pembangunan KESEDAR agak lambat.
Juga saya rasa saya sudah sebut perkara ini tadi sepintas lalu bahawasanya memang tidak boleh kita nafikan hendak membangunkan kawasan bandar ini lebih cepat daripada membangunkan kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar ini maklumlah keadaan bentuk muka buminya, kemudahannya. Contohnya kita hendak membina akses jalan-jalan untuk kawasan Orang Asli, bagaimana lori hendak masuk. Ini memang tidak dapat dinafikan. Ia akan memakan masa lebih daripada kawasan-kawasan bandar. Lebuh raya, saya sudah sebut tadi. Yang Berhormat, lebuh raya saya sudah sebut tadi. Kita harap, kita sama-sama. Saya sendiri, Yang Berhormat sendiri, kalau boleh dalam bulan sepuluh ini, pembentangan bajet nanti, sebut selepas habis fasa sampai Kuala Krai ini, kita mohonlah supaya diteruskan sehingga ke Gua Musang. Soal
kesesakan jalan daripada Gua Musang ke Kuala Krai nanti, siap Kuala Krai–Kota Bharu ini, ini menjadi satu kawasan yang paling kritikal, saya yakin, Yang Berhormat. Kawasan Yang Berhormat akan menjadi kawasan paling kritikal soal kesesakan jalan raya nanti. Kita sama-sama memohon dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Saya yakin sudah ada di dalam perancangan Yang Berhormat Jeli. Saya yakin untuk mengemukakan permohonan kepada Yang Amat Berhormat. Menaik taraf jalan kereta api ini, saya rasa susah saya hendak jawab kerana ini tidak ada sangkut paut dengan KESEDAR. Ini sangkut paut dengan kementerian lain. Tidak ada sangkut paut dengan kawasan pembangunan tanah dan wilayah ini. Ini saya rasa saya tidak boleh jawab. Kalau saya jawab ini, saya sudah ambil bahagian orang lain. Tidak adillah untuk saya. Boleh saya tidak jawab ya sebab saya tidak boleh jawab ini. Saya tidak mahu jawab.
Yang Berhormat Menteri, minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Bab Central Spine itu pun bukan masuk bawah KESEDAR pun. Itu JKR punya kan? Jalan-jalan Federal ini bawah KESEDAR tetapi Yang Berhormat Menteri berani jawab tetapi bila tiba dekat kereta api ini, janganlah segan- segan hendak menjawab. Kalaupun kita tidak menjawab secara tuntas tetapi adakah sebagai satu wilayah yang dikuasai oleh KESEDAR ini mempunyai harapan supaya kita majukan idea ini kepada pihak kerajaan. Saya boleh sebagai pembangkang dan mewakili Kuala Krai, bangkitkan. Akan tetapi kalau bisik-bisik Menteri kepada yang berkenaan itu, saya rasa lebih baik. Pelawa-pelawalah daripada China itu. Pelawa- pelawalah masuk ke kereta api yang sedia ada itu. Satu lagi, Yang Berhormat Menteri, satu lagi itu. Sikit sangat peruntukan KESEDAR. Saya tidak banding pun dengan Kelantan Utara. Ini perbandingan khusus untuk KESEDAR sahaja. Satu kawasan yang luas. Jadi kalau hendak buat pembangunan sekadar apa yang ada dalam bajet, saya lihat setiap tahun lebih kurang dalam RM30 juta. Itu saya rasa tidak cukup. Itu sahajalah. Untuk KESEDAR, khusus. Tanyalah mana-mana wakil rakyat, RM30 juta tidak ke mana.
Okey, okey, okey. Saya faham, saya faham. Saya sudah cakap daripada awal lagi saya tidak mahu jadikan Dewan ini sebagai debate. Kalau hendak debate ini, saya rasa lambat habis kita dok bercakap. Sana bangun, sini bangun. Saya hendak beritahu Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat katakan bahawasanya peruntukan KESEDAR hanya sekitar RM30 juta, saya hendak beritahu. Yang Berhormat menyebut soal Jambatan Setelu. Kos projek sudah RM36 juta. Ini Setelu sahaja. Sebenarnya kalau setakat RM30 juta, ini jalan kampung sahaja, Yang Berhormat dengan baiki madrasah dengan longkang dalam kawasan KESEDAR sahaja. Mana boleh RM30 juta. Ini tidak masuk akal, tidak munasabah.
[Bangun]
Sekejap, sekejap, Yang Berhormat. Biar saya jawab. Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat. Ini saya tidak mahu jadi debate tempat ini.
Kalau macam itu, hendak basmi kemiskinan pun tidak dapatlah.
Maaf?
Tidak dapatlah hendak basmi kemiskinan kalau RM30 juta.
Saya setuju. Kalau RM30 juta mana hendak dapat basmi kemiskinan. Saya rasa untuk KESEDAR jaga Kuala Krai pun tidak cukup RM30 juta. Mana ada mungkin RM30 juta. Pegawai saya boleh sediakan berapa sebenarnya peruntukan daripada KESEDAR.
Tujuannya untuk Yang Berhormat Menteri sebutlah berapa. Itu maksudnya.
Cakaplah hendak tahu berapa. Janganlah cakap RM30 juta.
Faham-fahamlah. Bukan sesi bajet.
Bukan faham tidak faham. Okey, bermulanya soal jalan kereta api saya kata kalau boleh saya tidak mahu sebut, Yang Berhormat. Saya cakap dengan lembut. Ini berkaitan. Yang Berhormat jawab soal
Central Spine Road, saya jawab. Ya, betul itu saya boleh jawab sebab ianya menyebabkan kesesakan lalu lintas. Jalan orang balik dan saya pun hendak tengok benda ini. Soal jalan kereta api ini kalau boleh saya tidak mahu jawab. Ini berkaitan dengan kementerian lain. Saya kata kalau boleh apa-apa pun kita mohonlah kepada Yang Amat Berhormat waktu belanjawan nanti ,apa kita hendak bangkit. Saya kalau tidak boleh bercakap pun saya buatlah surat supaya menyokong permohonan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kelantan supaya jalan kereta api ini di naik taraf dan sebagainya. Itu sahaja. Akan tetapi kalau hendak bangkitkan kenapa saya yang ini boleh jawab, yang itu tidak boleh jawab, susahlah macam itu. Kalau saya tidak mahu jawab,saya tidak jawablah soal Central Spine Road yang boleh saya jawab. Yang saya rasa perlu sangat saya jawab, perlulah saya jawab. Saya rasa jalan kereta api tersebut telah pun di dalam proses pembaikan. Pembaik pulih. Kita kena berterima kasih kalau hendak kira.
[Bangun]
Soal kereta api laju. Sekejap, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Kereta api laju daripada Pantai Barat terus ke Wakaf Bharu. Akan tetapi saya hadir dalam majlis di UTC bersama dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan. Mungkin dia berbisik dua itu atau macam mana saya tidak tahu tetapi apabila ada permohonan secara lisan, belum pun bersurat. Dia memohon supaya kereta api laju ini dipanjangkan sehingga sampai ke Tumpat. Maka di dalam ucapan Yang Amat Berhormat, secara spontan, Yang Amat Berhormat Pekan kata okey, kita luluskan sehingga ke Pengkalan Kubor. Okey, kita gembira. Kita orang Kelantan. Walaupun ke Pengkalan Kubor ini bukan kawasan saya tetapi bagi saya ia satu petanda yang baik seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Perlu ada suatu hubungan yang baik di dalam melihat pembelaan kepada rakyat Kelantan yang sebenarnya. Kepada Yang Berhormat, soal kereta api ini, kita sama-sama bangkitkan isu ini. Saya tidak boleh bangkitkan, saya akan cuba buat surat atau bisik macam mana. Apa cara sekalipun, yang kita hendak tengok ialah negeri Kelantan ini dapat kita majukan, tidak kira soal fahaman politik. Itu yang sebenarnya.
Minta laluan. Sikit sahaja isu kereta api. Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh saya ingin juga minta Yang Berhormat kalau boleh pertahankan supaya kereta api sampai kepada sempadan. Rantau Panjang juga dimanfaatkan dengan rel yang telah sedia ada boleh menjana ekonomi dengan negara jiran. Sehingga sekarang ini, kita tengok landasan yang terbengkalai yang menjadi semak, menjadi tempat penagihan dadah dan sebagainya. Jadi perkara ini sepatutnya diberi perhatian untuk kita memajukan semua lokasi-lokasi yang strategik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Jadi saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat.
Sebenarnya, saya tidak mahu panjang soal isu ini. Kalau Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan, saya setuju. Saya setuju sebab Yang Berhormat Senator Datuk Abdullah di Dewan Negara pun kalau tidak silap saya ada menyebut bahawasanya landasan kereta api ini biar sampai ke Rantau Panjang. Kalau sudah dia sehaluan dengan Yang Berhormat Rantau Panjang, bermakna ini satu petanda yang lagi baik. Lagi baik. Saya setuju. Saya pun seronok dengar itu. Tidak pening kerja saya sebagai Timbalan kepada Tok Pa di Kelantan kalau macam ini keadaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai juga ada menyebut tentang pembangunan kawasan Lojing. Projek pembangunan pertanian Agro Desa KESEDAR di Jajahan Kecil Lojing. KESEDAR telah memohon untuk membangunkan 100 ekar tanah di kawasan tanah tinggi Lojing kepada kerajaan negeri. Maknanya permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri. Sehingga hari ini, KESEDAR masih menunggu kelulusan permohonan daripada kerajaan negeri. Kos projek sebanyak RM15 juta. Kita memohon peruntukan pada tahun 2018. Memohon peruntukan tambahan dan juga boleh memanfaatkan kepada 100 orang yang akan kita tempatkan di situ berkaitan dengan Lojing. Yang Berhormat Kuala Krai, sehingga kini sebanyak RM2.5 bilion. Saya hendak maklumkan. Sehingga kini RM2.5 bilion telah disalurkan kepada KESEDAR untuk projek-projek pembangunan dan lain-lain program. Bajet 2017 sehingga kini yang sudah
kita belanjakan sebanyak RM54,800,064. Ini tidak termasuk pembinaan Jambatan Setelu dan Jambatan Pemberian. Ini tidak termasuk. Ini tidak termasuk dan juga pada tahun 2016, tidak termasuk peruntukan-peruntukan fizikal yang besar yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Perolehannya tidak termasuk. Ia adalah prasarana kecil dan juga program-program yang dilakukan. Pada tahun 2016, RM115,396,000.
Ini adalah merupakan geran terus yang disalurkan oleh kerajaan kepada KESEDAR untuk KESEDAR melaksanakan projek-projek kecil. Ini tidak termasuk peruntukan terus KKLW kepada KESEDAR, ini geran terus kepada KESEDAR. Maknanya kalau dicampur memang ratusan jutalah peruntukan yang keseluruhan KESEDAR akan terima. Yang Berhormat Kubang Kerian...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit sebelum itu. Yang RM2.5 bilion itu.
Kalau saya sebut Yang Berhormat Kubang Kerian dulu lepas ini baru bangun boleh?
Tidak, berkaitan dengan hal ini. Untuk RM2.5 bilion itu kalau boleh sebut daripada tahun berapa ke tahun berapa. Itu sahaja, hendak jelas sikit.
Okey, tidak apa nanti selepas ini pegawai akan bagi saya akan sebut. Saya akan beritahu selepas ini. Soal pendidikan dan juga pembelaan untuk masyarakat Orang Asli ya. Yang Berhormat Kubang Kerian ada bangkit tadi. Selain daripada KESEDAR sebenarnya satu agensi yang terus bertanggungjawab untuk Orang Asli ini ialah JAKOA, kita semua maklum. Agensi-agensi lain juga tidak terkecuali daripada pembelaan kepada masyarakat Orang Asli ini. KESEDAR telah melaksanakan— kalau KESEDAR telah melaksanakan program kecemerlangan pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM2.85 juta untuk masyarakat Orang Asli di bawah KESEDAR dan telah memberi manfaat kepada 11,338 pelajar termasuk pelajar-pelajar Orang Asli. Seramai 2,268 telah berjaya mendapat tempat di IPTA dan IPTS sebelum daripada ini. Maknanya di sini selain daripada KESEDAR agensi yang dipertanggungjawab sepenuhnya untuk Orang Asli ini adalah JAKOA, kebetulannya ada dalam kawasan KESEDAR dan juga agensi-agensi lain seperti MARA sendiri ada juga mengambil peranan untuk program-program penambahan pendapatan untuk Orang-orang Asli ini. Itu daripada Yang Berhormat Kubang Kerian dan...
Cuma sikit sahaja. Sebab tidak apalah itu dari segi pendidikan. Cuma saya sebut KESEDAR itu kerana kawasan Orang Asli itu kebanyakannya berada di bawah KESEDAR. Sekolah memang sudah ada tetapi jaringan perhubungan itu yang sangat menyusahkan. Kita tahu misalnya hendak pergi ke Pos Balar mengambil masa tiga jam lebih. Jalan raya pun tidak ada, kena lalu ikut sungai, semua sekali selut. Kalau hujan memang tidak boleh masuk, jadi ini yang menjadi masalah yang saya rasa itu di bawah tanggungjawab KESEDAR.
Akses kawasan-kawasan Orang Asli. Okey Yang Berhormat, memang kita telah memutuskan di peringkat kementerian di bawah Program Transformasi Luar Bandar untuk kita memastikan di dalam tempoh tiga tahun ini kesemua akses bukan sahaja kawasan Orang Asli termasuk di Sabah dan Sarawak akan ada laluan untuk kawasan rumah panjang dan sebagainya. Khusus juga bagi Orang Asli ini kalau di Gua Musang ataupun di Jeli kita gunakan kawasan-kawasan jalan-jalan balak. Jalan balak ini sentiasa dilakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan kita tidak boleh buat jalan tar ke kawasan ini. Sebab apa? Kalau kita buat jalan tar, saya rasa pertama kosnya terlalu besar berbanding dengan bilangan penduduk. Kedua, jalan ini akan rosak apabila dilalui oleh jentera-jentera berat yang terlibat dengan kawasan-kawasan pembalakan. Akan tetapi kita sudah pastikan bahawasanya kawasan ini akan ada jalan ke perkampungan Orang Asli kecuali contoh, ada empat buah rumah Orang Asli, 40 kilometer ke dalam, itu memang kita tidak boleh buat jalan. Kalau kita buat jalan mungkin RM400 juta untuk empat buah rumah ini, memang kita tidak boleh buat. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa sekejap tadi tentang bajet keseluruhan. Ini ialah bermula daripada awal, RM2.5 bilion ini daripada tahun 1978 sehingga kini. Ya, daripada— tetapi ini geran yang diberikan kepada
KESEDAR keseluruhannya tidak termasuk dengan peruntukan-peruntukan fizikal yang seperti saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Rantau Panjang, pembangunan Tanah Tinggi Lojing. Saya rasa saya sudah jawab ini. Saya sudah jawab Yang Berhormat Rantau Panjang tadi ya sekali, pembangunan Tanah Tinggi Lojing tadi saya sudah sebut. Peruntukan yang kita mohon dengan kerajaan negeri untuk tanah dan juga 100 ekar tanah dan juga kos projek adalah RM15 juta saya sudah sebut yang ini. Kemudian Yang Berhormat Rantau Panjang juga usaha memastikan punca pendapatan Orang Asli. KESEDAR telah diberi tanggungjawab sebagai sebahagian daripada agensi pelaksana selain daripada JAKOA untuk projek pembangunan bersepadu di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Tempoh pelaksanaan adalah daripada tahun 2017 hingga 2023. Kos projek berjumlah RM479 juta. Inilah yang saya maksudkan. Projek-projek di dalam bentuk pemberian lain daripada Kementerian Kewangan yang tidak termasuk. Kalau hendak kira saya sebut tadi RM54 juta sehingga kini untuk KESEDAR. Akan tetapi di sini sahaja RM479 juta. Skop projek menyediakan kemudahan prasarana dan ekonomi secara bersepadu bagi meningkatkan taraf hidup Orang Asli. Maknanya penempatan berserta dengan program-program penambahan pendapatan dan juga ekonomi mereka. Jumlah penduduk Orang Asli adalah 7,150 orang yang insya- Allah akan terlibat di dalam program ini. Yang Berhormat Rantau Panjang juga menyebut tentang program sampingan untuk memberi pendapatan tambahan. Barangkali untuk wanita kot ini yang sebut tadi untuk kaum ibu ya, kaum hawa. Program peningkatan pendapatan dari RM350 kepada RM530 sebulan dan kepada RM1,000 sebulan. Pendapatan yang daripada RM350 kepada RM500 ditingkatkan kepada RM1,000 sebulan. Program Latihan dan Kemajuan Kerjaya yang telah memberi manfaat pendapatan kepada 2,763 orang setakat ini yang telah dijalankan oleh pihak KESEDAR. Menyediakan tabung pembiayaan ekonomi di bawah KESEDAR. Tabung pembiayaan ekonomi pun kita bagi. MobilePreneur saya sudah sebut tadi. Latihan keusahawanan seramai 551 orang usahawan telah pun berjaya kita lahirkan. Yang Berhormat Rantau Panjang juga bertanya soal sosioekonomi penduduk terutama kepada peneroka KESEDAR. Apakah kejayaan program yang telah dicapai? Program tanam semula ladang-ladang komoditi telah dilaksanakan mulai tahun 2014 yang telah memberi manfaat kepada 2,228 orang. Kos keseluruhan projek berjumlah RM280 juta. Perbelanjaan. Setakat ini RM198,542,000 dijangka siap tahun 2021. Luas kawasannya ialah 19,000 hektar. Bantuan insentif sara hidup kepada peneroka KESEDAR sebanyak seribu bulan, RM1,000 sebulan, maaf— diberikan di dalam tempoh program ini dijalankan. Program tanaman semula ini dijalankan. Saya rasa mungkin saya tidak ada. Okey.
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya sikit ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa soalan saya berkaitan dengan program untuk generasi kedua. Sebab kita lihat banyak berlaku penghijrahan menyebabkan tenaga yang ada adalah di kalangan orang-orang, mak bapa mereka yang sudah berusia lanjut. Jadi menyebabkan dari segi produktiviti untuk meneruskan ladang. Jadi apa usaha kementerian untuk menarik generasi kedua mereka supaya berminat dengan meneruskan kerja-kerja yang di bawah perancangan KESEDAR?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa saya sudah sebut tadi mungkin Yang Berhormat atau saya terlepas pandang. Kita sedar bahawasanya penghijrahan generasi-generasi belia di dalam kawasan peneroka KESEDAR ini memang agak tinggi ya. Penghijrahan mereka ini amat sukar untuk kita halang sebab budak-budak muda ini, orang-orang kita tahulah dia suka berhijrah ke bandar. Di samping mereka ini mempunyai peluang pekerjaan barangkali yang lebih baik di bandar-bandar.
Akan tetapi sebab itulah saya sebut KESEDAR telah menjalankan satu program yang begitu fokus dengan memberi penjelasan, seminar kepada anak-anak belia KESEDAR ini tentang peluang-peluang yang boleh mereka peroleh di bawah KKLW. Bukan bawah KESEDAR sahaja Yang Berhormat tetapi di bawah KKLW. Seperti saya sebut, Pusat-pusat Latihan GIATMARA menyediakan peluang-peluang latihan kepada mereka. Kita juga memberi kesedaran kepada mereka untuk menghadiri seminar- seminar yang kita usahakan. Oleh sebab untuk memberi bantuan kepada mereka, bantuan dalam bentuk percuma seperti yang saya sebut MobilePreneur tadi. Kita mesti
memastikan mereka melalui proses latihan dan juga proses seminar-seminar dan kursus. Oleh sebab kita tidak hendak kalau kita bagi begitu sahaja kepada mereka, akhirnya mereka gagal. Oleh kerana mereka tidak memahami tentang konsep yang kita perkenalkan untuk memberi kemudahan kepada mereka. Ini memang sudah, Yang Berhormat. Terima kasih atas kecaknaan Yang Berhormat. Memang kita telah laksanakan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja dan saya ucap terima kasih banyak- banyak kepada semua rakan-rakan saya dari Kelantan, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Pasir Puteh dan juga Yang Berhormat Kuala Krai. Semoga pandangan- pandangan Yang Berhormat ini sudah tentulah amat-amat diperlukan oleh kita semua. Kita harap ia akan dapat memberi manfaat dan ini adalah sebagai satu ibadah kita yang akan kita bawa balik sebagai bekal nanti insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERKAPALAN SAUDAGAR (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan untuk memperluaskan peruntukan tertentunya ke negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 ataupun OPS 1952 telah berkuat kuasa sejak tahun 1952. Kali terakhir OPS 1952 dipinda adalah melibatkan Bahagian 3 ordinan yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada 17 Mei 2016. Pindaan dibuat adalah bagi memenuhi keperluan International Maritime Labour Convention 2006 ataupun singkatan MLC 2006 yang telah diterima pakai oleh Malaysia pada 20 Ogos 2013 dan pindaan secara tacit kepada International Standard of Training Certification and Watchkeeping (STCW) Manila Amendment 2010. MLC 2006 antara lain menyentuh mengenai hak-hak pelaut mendapatkan persekitaran kerja yang selesa dan selamat. Manakala, STCW Manila Amendment 2010 adalah berhubung dengan piawaian atau standard yang lebih tinggi di dalam pelaksanaan dan persijilan latihan pelaut. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maritim yang ulung dan negara berpendapatan tinggi, Kementerian Pengangkutan sebagai agensi peneraju sektor berkenaan berpandangan bahawa beberapa peruntukan
dalam OPS 1952 perlu dipinda. Ini bagi membolehkan perundangan sektor maritim Malaysia sentiasa berada di tahap tertinggi, dinamik, kompetitif, berbanding negara- negara maritim utama yang lain untuk memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Pernyataan ini juga disokong dengan fakta bahawa 90 peratus perdagangan Malaysia diangkut menggunakan pengangkutan laut. Selain itu, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa situasi semasa balance of payment bagi perkhidmatan perkapalan Malaysia yang direkodkan oleh Bank Negara berada pada status negatif atau dalam erti kata lain, Malaysia membayar sejumlah wang yang besar kepada pemilik-pemilik kapal asing dalam mendapatkan perkhidmatan perkapalan sama ada mengangkut barangan import atau eksport atau perkhidmatan. Justeru, Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017 ini melibatkan cadangan pindaan kepada tiga bahagian dalam OPS 1952 iaitu Bahagian I, II dan XIII. Pindaan kepada Bahagian I yang dicadangkan pada dasarnya adalah bertujuan untuk memberi tafsiran yang lebih baik dan tepat berbanding tafsiran terdahulu serta menurut perubahan semasa yang diguna pakai industri di peringkat global. Pindaan juga melibatkan pewujudan seksyen baharu yang melibatkan peruntukan penswastaan bagi aktiviti atau fungsi atau aset di bawah pentadbiran Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang tidak wujud di bawah perundangan sedia ada. Pewujudan peruntukan khusus berhubung penswastaan ini membolehkan JLM menswastakan aktiviti, fungsi atau pengoperasian aset di bawahnya sekiranya terdapat keperluan bagi membolehkan aktiviti atau fungsi tertentu tersebut dilaksanakan dengan lebih baik, berkesan dan efisien.
Walau bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan penswastaan ke atas aktiviti, fungsi atau aset bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, antara lain seperti daya saing projek selepas diswastakan dan obligasi sosial oleh kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Selain itu, penilaian terperinci dari aspek produktiviti dan kos efektif di peringkat kerajaan sama ada aset atau aktiviti ini kekal di bawah kawal selia JLM atau diswastakan kepada pihak ketiga adalah merupakan komponen utama yang diukur. Dalam masa yang sama, kerajaan boleh memberi tumpuan kepada projek-projek kurang daya saing sekiranya dikomersialkan dan bersifat obligasi sosial yang tiada elemen komersial. Beban kos pembangunan projek-projek ini seterusnya boleh diimbangi atau pun offset kerajaan melalui tempoh konsesi yang diberi kelak. Justeru, Kementerian Pengangkutan berpandangan bahawa mekanisme penswastaan dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan aset dan aktiviti, fungsi Jabatan Laut Malaysia dioperasi dan ditadbir diurus dengan pendekatan terbaik yang menguntungkan kerajaan dan rakyat. Ini secara tidak langsung memastikan aktiviti, fungsi atau aset berkenaan berdaya saing dan memberi nilai tambah seperti mana kejayaan penswastaan pelabuhan-pelabuhan Persekutuan Malaysia. Cadangan pindaan kepada Bahagian II OPS 1952 pula adalah bagi menambah baik rejim pendaftaran kapal sedia ada agar ia mampu untuk menarik minat pemilik- pemilik kapal tempatan dan asing untuk mendaftarkan kapal mereka di bawah bendera Malaysia. Ini sekali gus dijangka dapat meningkatkan jumlah tanan kapal ataupun ship tonnage yang berdaftar di bawah bendera Malaysia. Selain itu, rang undang-undang ini turut mencadangkan pengenalan kutipan fi tanan ataupun tonnage kapal tahunan ke atas pemilik kapal Malaysia yang pertama kali dikenakan sejak tahun 1952. Hasil kutipan fi ini kemudiannya dicadangkan untuk dikreditkan ke Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia (KWPPM) yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan untuk ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Walau bagaimanapun, nilai atau kuantum fi tanan kapal tahunan ini akan dibincangkan secara lanjut dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan dan industri. Tabung amanah KWPPM dicadangkan mempunyai fungsi khas yang hanya digunakan bagi tujuan tertentu seperti membiayai program-program pembangunan industri perkapalan negara dan pembangunan modal insan iaitu pelaut, termasuklah:-
(i) pengkomersialan, penambahbaikan teknologi pembinaan dan pembaikan kapal domestik; (ii) pewujudan berth atau pun modification to ship, latihan di atas kapal-kapal Malaysia; (iii) penganjuran seminar, bengkel bagi pemilik kapal untuk memenuhi keperluan standard antarabangsa yang ditetapkan; (iv) program-program pembangunan modal insan kepada pelaut di dalam menaik taraf kerjaya pelaut; (v) program kempen untuk menarik minat belia di dalam menceburi kerjaya pelaut high income; (vi) insentif bagi pembuatan kapal dalam negeri dan penggunaan tenaga mahir tempatan; dan (vii) lain-lain program yang menyumbang kepada pertumbuhan industri perkapalan negara. Cadangan pindaan kepada Bahagian XIII pula adalah bagi memansuhkan peruntukan berhubung pelesenan kapal yang mana telah dimasukkan ke dalam pindaan Bahagian II. Ini juga membolehkan ianya dibaca dan ditafsirkan secara bersama di dalam memudahcara prosedur pendaftaran dan pelesenan kapal. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan tujuan yang telah saya jelaskan sebentar tadi, sebelum Dewan yang mulia ini membahaskan rang undang-undang ini secara terperinci, izinkan saya menyatakan secara ringkas butir-butir pindaan yang dicadangkan pada OPS 1952 yang mengandungi 10 fasal secara keseluruhannya. Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017 yang dicadangkan merangkumi 10 fasal secara keseluruhannya. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan boleh menetapkan tarikh kuat kuasa akta ini pada satu tarikh mahupun secara bersekali atau berasingan bagi setiap peruntukan dalam akta ini melalui pemberitahuan dalam warta. Fasal 2 adalah berhubung cadangan pindaan am kepada definisi yang tidak lagi relevan dalam OPS 1952. Antaranya, (i) menggantikan takrif-takrif berikut selaras dengan perubahan takrif di peringkat antarabangsa iaitu:- “Steamer and steamers” dan “steamship and steamships” kepada “ship”. Fasal 3 adalah berhubung cadangan pindaan kepada seksyen 2 OPS 1952. Antaranya, (i) menggantikan takrif-takrif tertentu selaras dengan perubahan semasa sektor perkapalan tempatan dan antarabangsa seperti takrif “Malaysian Ship” dan “Registrar”; (ii) memasukkan takrif-takrif berikut selaras dengan perubahan semasa sektor perkapalan tempatan dan antarabangsa iaitu:- “Port undertakings” means the operation and maintenance of the port and includes port-related activities necessary for the furtherance of any function or duty of the port authority. “Service undertakings” means the services which the Director of Marine performs pursuance to the implementation of it’s flag state obligations and other services facilitating the shipping industry; dan (iii) memansuhkan takrif “Registrar General”. Fasal 4 pula adalah berhubung dengan pemansuhan seksyen 3 sedia ada berikutan peruntukan berhubung pemakaian ordinan ke atas kapal yang digerakkan oleh
penggunaan elektrik, internal combustion engine dan kuasa mekanikal lain sudah tidak lagi relevan dan tidak diguna pakai. Fasal 5 pula adalah berhubung dengan cadangan pindaan kepada seksyen 10. Antaranya:- (i) subseksyen 5(b) mengadakan peruntukan bagi pelantikan individu atau organisasi bagi menjalankan fungsi tertentu pemeriksa-pemeriksa kapal atau pemeriksa radio mengikut kod organisasi yang diiktiraf yang diterima pakai oleh pertubuhan antarabangsa maritim; dan (ii) subseksyen 5(c) mengadakan peruntukan kuasa pembuat kaedah-kaedah kepada Menteri untuk mengawal selia individu dan organisasi yang dilantik bagi menjalankan fungsi tertentu pemeriksa-pemeriksa kapal atau pemeriksa radio.
Fasal 6 pula berkaitan dengan cadangan pewujudan seksyen baharu iaitu seksyen 10A yang menetapkan bahawa Pengarah Laut hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi pelabuhan yang tidak mempunyai pihak berkuasa atau Lembaga pelabuhan. Seksyen 10A juga bertujuan untuk memberi Pengarah Laut kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada individu atau organisasi serta menyediakan perjanjian perkhidmatan atau perjanjian pelabuhan berkenaan sesuatu penswastaan sama ada bagi aset atau perkhidmatan, fungsi di bawah Jabatan Laut Malaysia. Seksyen 10A juga turut memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen berkenaan. Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan Bahagian IIA, IIB, IIC Ordinan dengan Bahagian II dan Bahagian IIA. Bahagian II yang dicadangkan adalah berkaitan dengan peruntukan mengenai pendaftaran. Saya hendak ulang balik. Saya ingat ini silap sedikit. Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan Bahagian “11A’’, “11B’’ dan “11C’’ Ordinan dengan Bahagian II, Bahagian 11 dan Bahagian 11A.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Nombor dua.
Dua? Okey. Sorry because dia letak satu-satu. [Disampuk] Confused.
Ya, tengah membentang Yang Berhormat.
Dua, ya? Okay, sorry. Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan Bahagian IIA, IIB dan IIC Ordinan dengan Bahagian II dan IIA. Bahagian II yang dicadangkan adalah berkaitan dengan peruntukan mengenai pendaftaran dan pelesenan kapal yang terdiri daripada seksyen 11 hingga 68Q. Manakala Bahagian IIA pula berkaitan dengan pelesenan kapal bagi perkapalan domestik yang terdiri daripada seksyen 68R hingga 68AL. Perincian peruntukan yang terlibat di antaranya adalah seperti berikut: (1) seksyen 11 – peruntukan berhubung takrifan. Ungkapan yang diguna pakai, yang digunakan dalam Bahagian II berkaitan dengan pelesenan dan pendaftaran kapal; (2) seksyen 12 – peruntukan yang memberi kuasa kepada Pengarah Laut untuk melantik Pendaftar Kapal atau Timbalan Pendaftar Kapal. Sebelum pindaan ini, Pendaftar Kapal dan Timbalan Pendaftar Kapal dikenali sebagai Ketua Pendaftar Kapal dan Pendaftar Kapal; (3) seksyen 14 – peruntukan bagi Daftar Kapal Malaysia dan Daftar Kapal Antarabangsa Malaysia yang disenggarakan oleh Pendaftar. Daftar boleh diadakan dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik; (4) seksyen 15 – peruntukan berhubung Pendaftar mempunyai kuasa untuk membetulkan daftar sekiranya kesilapan perkeranian berlaku dan Pendaftar boleh mengeluarkan perakuan pendaftaran baru jika perlu;
(5) seksyen 17 – peruntukan berhubung penubuhan pejabat pendaftaran kapal dan pejabat cawangannya; (6) seksyen 18 – peruntukan yang mengehendaki kapal yang belayar di perairan Malaysia atau di zon ekonomi eksklusif untuk berdaftar sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara lain. Sabit kesalahan di bawah seksyen ini, pemunya atau nakhoda kapal boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali; (7) seksyen 19 – peruntukan berhubung kelayakan untuk mendaftar sebagai kapal Malaysia. Peruntukan ini menambah baik dan memperluaskan skop pendaftaran kapal Malaysia; (8) seksyen 23 – peruntukan berhubung penandaan kapal di badan kapal sebelum didaftarkan. Pemilik kapal yang gagal mengekalkan penandaan kapal bolehlah dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi kesalahan penandaan kapal yang tidak tepat, pemunya kapal boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan sengaja memadam atau mengubah maklumat paras air di badan kapal, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali; (9) seksyen 25 – peruntukan mengenai pendaftaran kapal atau penolakan untuk mendaftarkan kapal oleh Pendaftar Kapal; (10) seksyen 26 – peruntukan yang membenarkan permohonan sijil pendaftaran kapal sementara. Pendaftar Kapal boleh mendaftar mana-mana kapal secara sementara dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sementara. Sesuatu perakuan pendaftaran sementara mempunyai kesan yang sama sebagaimana perakuan pendaftaran; (11) seksyen 27 – peruntukan berhubung kuasa Menteri untuk tidak membenarkan pendaftaran sesebuah kapal jika Menteri berpuas hati bahawa pendaftaran itu boleh menjejaskan kepentingan negara; (12) seksyen 32 hingga seksyen 35 – peruntukan berhubung Pendaftar boleh menggantung pendaftaran, penamatan dan pembatalan; (13) seksyen 38 – peruntukan yang memberi kuasa kepada Pendaftar untuk memberi persetujuan kepada pemilik kapal Malaysia bagi mendaftarkan kapal mereka sebagai kapal yang dicatat masuk sebagai kapal kosong di negara lain. Walau bagaimanapun, seksyen ini juga memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang mana-mana kapal Malaysia daripada berbuat demikian atas sebab-sebab yang dirasakan munasabah; (14) seksyen 40 hingga seksyen 52 – peruntukan berhubung tatacara pemindahmilikan kapal Malaysia dengan kuat kuasa undang-undang dalam hal keadaan seperti kematian, kebankrapan, perintah mahkamah dan gadai janji; (15) seksyen 54 hingga seksyen 63 – peruntukan berhubung pelesenan kapal-kapal di bawah 15 net tonnage (NT) yang terlibat dalam perdagangan atau perniagaan, pengangkutan mana-mana orang selain bagi perdagangan atau perniagaan atau aktiviti sukan, santai atau rekreasi; (16) seksyen 65 hingga seksyen 68F – peruntukan berhubung penubuhan Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia yang terdiri daripada wang yang dikumpulkan daripada bayaran fi tanan kapal tahunan di bawah Bahagian II dan memperuntukkan tujuan bagi perbelanjaan kumpulan wang tersebut serta pelantikan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang
Pembangunan Perkapalan Malaysia dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan fungsi jawatankuasa;
(17) seksyen 68H peruntukan yang membolehkan Pengarah Laut menyediakan perkhidmatan berkaitan pemfailan atas talian bagi mana-mana dokumen yang dikehendaki di bawah ordinan. (18) seksyen 68L peruntukan berkaitan dengan kesalahan sesebuah kapal menyamar sebagai kapal Malaysia dan menyembunyikan kerakyatan sesuatu kapal Malaysia. (19) seksyen 68Q peruntukan yang memberi kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk membuat kaedah-kaedah di bawah Bahagian II yang dicadangkan kaedah-kaedah tersebut akan menyentuh di antaranya aspek: (i) perkara yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kapal; (ii) perkara berkaitan pergantungan dan pembatalan pendaftaran sesebuah kapal; (iii) perkara berkaitan had pelayaran bagi kapal-kapal yang telah didaftarkan di bawah Daftar Kapal Malaysia atau Daftar Kapal Antarabangsa Malaysia; dan (iv) lain-lain perkara berkaitan dengan Bahagian ini. (20) seksyen 68R hingga seksyen 68A(1) peruntukan berhubung tafsiran dan frasa yang digunakan dalam Bahagian IIA serta perkara-perkara mengenai perkapalan domestik dan Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri. Seterusnya fasal 8 bertujuan untuk memansuhkan seksyen-seksyen tertentu ordinan selaras dengan penggantian Bahagian IIA, IIB dan IIC ordinan. Seksyen-seksyen yang dimansuhkan ini adalah berkaitan dengan aspek pelesenan bot di bawah lima belas net tonnage yang telah pun dimasukkan dalam seksyen 54 hingga 63 dalam cadangan pindaan Bahagian II yang baru. Fasal 9 bertujuan untuk memansuhkan Jadual Kesebelas, Kedua Belas, Ketiga Belas dan Kelima Belas ordinan selaras dengan penggantian Bahagian IIA, IIB dan IIC perkara yang diperuntukkan di bawah jadual akan diperuntukkan dalam peraturan- peraturan yang dibuat di bawah peruntukan ordinan yang berkaitan. Fasal 10 adalah merupakan fasal terakhir di dalam rang undang-undang ini yang mengandungi peruntukan pengecualian. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di atas adalah sebahagian peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang ini secara ringkasnya. Rang undang-undang ini akan memberi beberapa faedah-faedah langsung dan tidak langsung yang dapat diraih oleh industri perkapalan negara dan kerajaan. Faedah-faedah ini termasuklah: (i) Meningkatkan kapal yang berdaftar di bawah Malaysia yang secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan; (ii) Menjana sumber pendapatan baru melalui pengenalan perikanan kapal tahunan yang pertama kali diperkenalkan; (iii) Memperkasa industri perkapalan negara melalui pelaksanaan program-program pembangunan keupayaan industri dan modal insan melalui penggunaan dana KWPPN; dan (iv) Memperkasa rejim pendaftaran kapalan Malaysia untuk lebih kompetitif di arena antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Siapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan untuk memperluaskan peruntukan tertentu ordinan itu ke negeri Sabah dan Sarawak dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas mengenai suatu akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Saya tertarik untuk berbahas kerana rang undang-undang amat bertepatan yang kementerian buat pindaan sebab kita tahu negara kita memang negara maritim. Kita tahu contohnya Melaka dulu sebuah negara maritim yang besar melibatkan negara-negara kuasa besar seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun kemudian China sehingga selat itu di namakan Selat Melaka. Hari ini keadaannya lebih besar lagi sebab hari ini kita lihat Selat Melaka pada tahun 2015 saya difahamkan laluan kapal yang vessel-nya lebih 200 tan telah mencecah 79 ribu vessel pada tahun 2015. Kalau mengikut unjuran PricewaterhouseCoopers berdasarkan data-data International Maritime Fund dan World Bank, pada tahun 2030 Amerika akan menjadi negara kedua terbesar di dunia dari segi GDP yang terbesar ialah China melepasi USD3 trilion. Kedua Amerika, ketiga India dan keempat Jepun tetapi kalau kita campur Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, ASEAN sebagai sepuluh negara. Negara ASEAN mempunyai KDNK yang keempat terbesar di dunia melewati Jepun. Jadi secara sepintas lalu, kalau China campur Jepun dengan Korea dan India sebelah kiri kita dan China sebelah kanan kita. Kita ini Asia Tenggara dan kita betul-betul di tengah dua ekonomi yang begitu besar ini dan kita ketahui bahawa laluan - contoh perdagangan kita 90 peratus adalah melalui jalan laut. Maka kita jangkakan pada tahun 2030 kemungkinan besar Selat Melaka akan menjadi begitu sibuk, kalau 2015 mungkin dah hampir 80 ribu kapal yang berat 200 tan ke atas 80 ribu kapal, kita yakin pada tahun 2030 akan mencecah mungkin akan mencecah 150 ribu atau lebih. Bermakna juga bahawa industri maritim kita akan menjadi satu industri yang amat besar. Kita lihat ketika dulu jiran kita Singapura menjadi pusat pembangunan yang pesat disebabkan kehadiran pusat-pusat untuk maritim sama ada kapalnya ataupun tempat bunkering-nya ataupun perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan dengan perdagangan yang menggunakan perkapalan maritim. Hari ini Singapura kita semua faham dah tepu dan sebenarnya Pelabuhan Kapel contohnya Tuan Yang di-Pertua sejak tahun 2005 melalui program pemindahan daripada Pelabuhan Kapel kepada Pelabuhan Tuas dan sedang berlalu dengan pesat sekarang. Tuas itu berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Itu sebabnya kawasan itu menjadi kawasan yang besar. Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua yang amat menarik bila kita ada pemilihan untuk mengadakan satu hab oil and gas yang besar di dunia. Banyak tempat yang ditengok di Gelang Patah, minta maaf di Pekan, di Filipina dan di tempat-tempat lain tetapi terbaiknya pilihan akhir ialah di RAPID. Kita tahu dialog bukan satu bunkering port yang besar tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ataupun siap siagaan untuk pertumbuhan industri maritim yang begitu besar yang akan lalu di kawasan itu dan kebetulan pula Tuan Yang di-Pertua kawasan RAPID itu dia punya natural depth atau draught ialah 24 meter natural. Maknanya ini akan membolehkan kapal-kapal VLCC, ULCC, kapal-kapal super tanker yang giant 400 meter, 300 meter panjang berlabuh dan menggunakan fasiliti-fasiliti yang ada di selatan tanah air kita. Itu sebabnya pembangunan begitu pesat Rapid, Dialog, Pelepas ini semua petunjuk-petunjuk bahawa industri maritim kita akan take off akan menjadi satu menjana pembangunan ekonomi yang begitu pesat dan besar dan potensi yang baik-baik. Dengan unjuran-unjuran PricewaterhouseCoopers kalau kita ambil dalam keadaan konservatif pun makna laluan dagangan kapal mesti melalui Selat Melaka sebab ini lah laluan yang akan paling sibuk. Kita amat bersyukur kerana Allah SWT memberi kita kelebihan dari segi demografi yang begitu strategik. Tidak mustahil lah dahulu mereka memanggil kita
Semenanjung ini The Golden Chersonese ataupun Semenanjung Emas. Rupanya Semenanjung Emas ini di selatan tanah air ini bukan permata, orang Johor kata Johor ini jauhar, permata selatan bukan hanya semata-mata Semenanjung Tanah Melayu tetapi sebenarnya menjadi pusat pertumbuhan untuk seluruh benua Asia, India, Asia Tenggara, China dan seterusnya.
Jadi dekat sini dengan melihat perkembangan begitu menarik ini, jadi usaha kerajaan untuk memperkemaskan lagi rang undang-undang ini amatlah bertepatan sekali kerana rang undang-undang antara lain kita lihat untuk menggalakkan pendaftaran kapal-kapal sama ada kapal tempatan atau kapal antarabangsa. Ini satu usaha yang amat baik kerana ia akan menggalakkan pendaftaran kapal-kapal localize atau domesticating vessel yang kita registered dekat sini akan bukan sahaja menambahkan tarikan kepada mereka juga akan memberi peluang begitu besar dari segi perkhidmatan dan juga mendapat peluang yang banyak dari segi pelesenan dan sebagainya. Ini semuanya adalah satu tindakan proaktif yang akan memberi begitu besar ruang untuk negara kita menjadi negara maritim sebagaimana kita telah lalui sebelum ini sejak zaman Melaka lagi. Itu sebabnya saya melihat dari segi ordinan ini dengan ada tadi 68 seksyen- seksyen tertentu dan 10 fasal, tidak lain tidak bukan untuk memperkukuhkan, mengembangkan dan mensiapsediakan kerangka-kerangka perundangan yang sesuai yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang saya rasa kita kena buat dengan cepat, dengan segera. Ini adalah sebab apa, kita dalam keadaan yang amat baik untuk meraih perkembangan yang amat baik ini dari segi perkapalan. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri cakap tadi kita masih lagi defisit dari segi perkhidmatan untuk perkapalan. Kita masih menggunakan aset-aset di luar negara yang menyebabkan aliran keluar negara, padahal kita berpotensi untuk menggarap atau membina kapasiti industri perkapalan kita kepada tahap yang lebih jauh lagi. Sekarang ini bukan lagi dari segi perkapalan, kita juga mempunyai aset-aset lain termasuk oil and gas hub, oleochemical hub, kita juga dari segi container hub di Pulau Pelepas. Ini semua kalau kita garap pula di Port Klang, Pelepas, Pulau Pinang dan nanti Melaka Gateway termasuk Sabah dan Sarawak mesti kita garap, kita bina. Rang undang- undang ini amat bertepatan sekali untuk kita luluskan dan kita perkasakan kerangka- kerangka yang ada. Di samping itu kita juga akan mengadakan, memperkasa perkhidmatan. Di samping pendaftaran, perkhidmatan– kita ada boat charter, kita ada charter kapal-kapal kosong, ini semua kena ada kerangka yang jelas kalau tidak ia akan menyebabkan ketirisan ataupun aset-aset yang tidak diguna pakai secara produktif dalam masa yang sama menyebabkan perkhidmatan luar negara terpaksa kita ambil. Ketiganya kita introduce satu program ataupun penswastaan aset-aset yang ada supaya kita menggalakkan program-program yang memperkukuh kapasiti untuk perkapalan ini. Cuma dari segi penswastaan ini saya minta kerajaan kena detil sedikit supaya kita akan melalui outsourcing ini lebih memberi kepentingan kepada kita tanpa mendedahkan aset-aset kepada perkara-perkara yang mungkin will be negative ataupun tidak membantu kita di masa hadapan. Jadi mungkin dari segi penswastaan ini kena didetilkan sedikit. Di samping itu, kita dengan adanya pewujudan satu dana ataupun dipanggil tadi Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia. Saya difahamkan, pertama kali kita hendak introduce fee untuk tonnage. Saya tidak ada figure dia tetapi saya amat interested tentang tonnage yang melalui Malaysia dan tonnage yang dipunyai oleh kapal- kapal Malaysia. Saya yakin ini dapat dipertingkatkan lagi dan dengan itu, saya yakin fi ini akan dapat banyak untuk kerajaan. Kita mesti salurkan untuk membina kapasiti kita termasuk tenaga manusia, manusiawinya, modal insan supaya kita mempunyai sailor, kru-kru, kapten-kapten. Ini mesti diperkasa sebab tahap akademi ataupun institusi mengeluarkan pelaut-pelaut ini bagi saya masih pada tahap belum memuaskan. Kita mesti membina kapasiti ini. Jadi dengan ada ini kita akan dapat membina kapasiti untuk manusia dan kita bina kapasiti untuk perkhidmatan juga. Bidang-bidang yang boleh kita perluaskan lagi, perkasa kan lagi– saya tidak boleh cerita banyak, oceanography, hydrography, oil and gas, macam-macam lagi yang ada dalam bidang kita yang pada ketika ini kita masih bergantung kepada kapasiti luar. Ini menyebabkan kita punya trade deficit ataupun defisit dalam perkhidmatan kita. Jadi saya rasa, saya sepintas lalu, pada dasarnya rang
undang-undang ini amat bertepatan, saya menyokong dan mungkin rakan-rakan lain boleh tambah lagi aspek-aspek tertentu. Jadi saya harap rang undang-undang ini dapat kita luluskan, cuma perkara- perkara saya sebut tadi tentang penswastaan, tentang aspek-aspek kumpulan wang yang kita kumpul ini mesti ada kerangka yang jelas, dekat mana kita akan belanjakan dan kerangka yang jelas ini mestilah untuk membina upaya, membina kapasiti untuk mengukuhkan lagi industri maritim atau perkapalan di dalam negara kita. Jadi saya Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dan saya menyokong penuh rang undang-undang ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma mengingatkan Peraturan 36(1) terpakai dalam perbahasan rang undang-undang ini. 36(1) “When debating a Bill to amend a principal Act, a Member of the House shall be allowed to speak on matters relating to the Bill only and not on matters involving the principal Act”. Jadi ingat, sentiasa ingat itu 36(1). Yang Berhormat Stampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas reminder yang Tuan Yang di-Pertua berikan. Tanpa membuang masa iaitu terhadap pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di mana ia untuk memperluaskan peruntukan tertentu ordinan itu ke negeri Sabah dan Sarawak dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. Di mana saya difahamkan dalam huraian bahawa ia adalah bertujuan untuk memberi Pengarah Laut, kuasa untuk melesenkan orang atau organisasi yang menyediakan kerja perkhidmatan dan kerja pelabuhan di pelabuhan yang Pengarah Laut menjalankan kuasanya sebagai pihak berkuasa pelabuhan dan juga utamanya untuk memperuntukkan berkenaan dengan pelesenan kapal dan perkapalan domestik. Jadi saya ingin membentangkan di mana setahu saya tujuan utama pindaan ini adalah untuk mewujudkan satu liberalisasi ke atas aktiviti maritime commission negara kita supaya lebih kompetitif di pentas globalisasi. Akan tetapi sebagai seorang wakil daripada Sarawak, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa soalan iaitu pertama saya yakin bahawa salah satu sebab ke atas pindaan ini adalah kerana kementerian yakin bahawa industri perkapalan komersial negara kita telah sampai di suatu tahap di mana industri kita telah bersedia serta mampu untuk bersaing dengan syarikat kapal dagang asing di mana tonnage mereka adalah lebih besar, kapal yang lebih canggih serta syarikat yang berkapital tinggi. Akan tetapi kebimbangan saya adalah sememangnya perkapalan serta infrastruktur di Semenanjung adalah di tahap tersebut. Adakah di Sarawak dan Sabah, kita telah bersedia untuk menangani persaingan tersebut. Jadi apakah unsur yang telah diambil kira oleh kementerian bagi menentukan bahawa kita di Sarawak mahupun Sabah telah pun bersedia menghadapi persaingan tersebut serta mechanism yang akan diadakan bagi melindungi syarikat tempatan. Soalan kedua yang saya ingin bangkitkan iaitu salah satu semangat dalam pembentukan Malaysia di antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah adalah supaya kepentingan ekonomi kita akan dilindungi supaya bukan sahaja kita tidak ketinggalan dari segi ekonomi, bahkan dari segi persaingan juga. Begitu juga sebab wujudnya imigresen autonomi di Sarawak bagi tujuan menjaga kepentingan ekonomi Sarawak. Maka dalam semangat yang sama, saya ingin bertanya bagaimana ekonomi tempatan Sarawak ini akan dilindungi supaya kita mampu bersaing dalam pemindahan ini yang bertujuan untuk meliberalisasikan industri komersial perindustrian perkapalan. Terdapat dua isu yang saya ingin bangkitkan yang berkaitan dengan kepentingan ekonomi. Silakan Yang Berhormat Lanang.
Tuan Yang di-Pertua...
Ya Yang Berhormat Lanang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya ingin bertanyakan pandangan Yang Berhormat Stampin sama ada kita perlu tahu sama ada Kerajaan Persekutuan telah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah tentang akta ini yang memperluaskan peruntukan tertentu ordinan ini ke negeri Sabah dan Sarawak. Kita pun
perlu tahu apakah pendirian negeri Sabah dan Sarawak memandangkan dalam pindaan ini ada banyak kuasa atau kuasa yang terlalu besar diberikan kepada Menteri, Kerajaan Persekutuan dan saya rasa ini telah menghakis kuasa Kerajaan Sarawak yang tadi dikatakan sepatutnya merupakan equal partner dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Selain itu saya rasa kerana ini seperti satu pasaran terbuka kerana kapal asing dapat didaftar di negara kita, jadi adakah kerajaan akan meningkatkan pemantauan serta operasi di Sarawak dan Sabah bagi menghalang dan mengekang jenayah maritim di perairan. Apakah rancangan kementerian dalam membantu dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengawal keselamatan awam di negeri Sarawak? Saya minta pandangan Yang Berhormat Stampin. Terima kasih.
Yang Berhormat Stampin kena jawab apa rancangan kementerian. [Ketawa]
Saya jawab ya. Boleh ya? Okey, terima kasih. Saya telah diberi power untuk jawab.
Tidak, power untuk jawab kepada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Lanang, saya rasa Yang Berhormat Lanang telah membangkitkan sesuatu isu yang begitu tepat sekali kerana kalau kita boleh fikir balik apa yang berlaku dengan hotel tax yang berlaku itu, apabila kita bentangkan mengenai isu hotel tax ini, bill ini, tax pelancongan ini, nampaknya dalam Dewan ini kesemuanya bersetuju. Walaupun Yang Berhormat daripada Sarawak, tiada bantahan daripada mereka akan tetapi apabila bill ini hendak dikuatkuasakan tiba-tiba sahaja Sarawak menentang bill ini. Jadi memang jelas bahawa kadang-kadang apabila pemindaan dibuat tidak ada satu perjumpaan dengan pihak Sarawak dan hal ini berlaku. Jadi saya harap hal tidak akan berlaku terhadap pindaan ini di mana pindaan ini hendak dikuatkuasakan tiba-tiba sahaja pihak Sarawak kata ini kita tidak pernah di bawa bincang. Jadi saya harap ini tidak akan berlaku, jadi memang betul apa yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang kerana pemindaan ini telah juga bermaksud bahawa terdapat satu hakisan yang begitu besar terhadap kuasa Sarawak. Memusnahkan semangat di mana kita sepatutnya ada kuasa untuk menjaga kepentingan ekonomi tanah Sarawak. Jadi saya harap kementerian boleh memberi satu jawapan. Silakan Yang Berhormat daripada Barisan Nasional.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya terpanggil ucapan Yang Berhormat Stampin...
Saya belum berucap lagi...
Yang menyentuh soal pembangunan ekonomi di negeri Sarawak seolah-olah bagi maksud rang undang- undang ini hanya ekonomi melalui pembuatan kapal. Mentang-mentang dia dari Sarawak, yang mana Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Lanang semua terlibat dengan perkapalan. Lupakah Yang Berhormat bahawa pembangunan ekonomi ini merangkumi semua bidang? Pembuatan misalnya, manufacturing, when we manufacture dengan izin, Yang Berhormat memerlukan benda-benda yang kita import, benda yang murah. Jadi sebab itu kita mahu di-liberalized-kan polisi dasar kabotaj ini supaya menyeimbangkan ekonomi. Kita tidak mahu juga industri perkapalan ini terbabit, kita mahu bangunkan juga, buatkan industri di Sabah di Sarawak untuk orang-orang yang berniaga supaya ekonomi kita tumbuh, bukan semata-mata mempertahankan perkapalan.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan, Terima kasih ke atas pandangan Yang Berhormat Putatan. Saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan, pindaan ini adalah untuk kepentingan perkembangan industri dari keseluruhan. Jadi itulah sebabnya adalah penting supaya pihak Sarawak dibawa untuk berbincang. Adakah ini pernah berlaku? Kenapa kita perlu bawa berbincang? Kita bawa berbincang supaya kepentingan bersama akan terjaga dan daripada juga apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan saya bersetuju. Akan tetapi kalau di Semenanjung kita ada Port Klang yang begitu canggih kita ada Melaka Gateway seperti apa yang di katakan oleh Yang Berhormat tadi. Akan tetapi di Sarawak kita ada apa? Kita ada Senari Port yang uzur. [Disampuk] Bangunan Kastam pun uzur, struktur di Senari Port pun uzur, tidak dapat menghadapi persaingan globalisasi ini. Ya, saya bagi Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, boleh ya? Sebab saya dengar Yang Berhormat Stampin katakan jangan kita menghadapi satu keadaan yang sama iaitu tentang cukai pelancongan dan selepas itu ada juga negeri-negeri yang ada mungkin sistem cukai yang tersendiri sebab itu untuk mengelak ini saya ingin tanya pendapat Yang Berhormat Stampin. Saya di fahamkan ada pelabuhan yang ada lembaga pelabuhan sendiri, mungkin mereka juga ada sistem pendaftaran sendiri sebab itu di dalam ordinan ini dikatakan untuk pelabuhan-pelabuhan yang tidak ada lembaga pelabuhan sendiri. Adakah Sarawak atau Sabah ini pelabuhan mereka sudah ada lembaga pelabuhan sendiri, mungkin ada juga sistem pendaftaran sendiri. Sekarang satu OPS pindaan ini mungkin dia juga akan bercanggah dengan apa yang sedia ada di pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dan Sabah. Untuk mengelak ini bolehkah Yang Berhormat Stampin berkongsi pandangan, adakah cukai ini meragukan? Minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, saya pun bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat katakan, bersamaan juga dengan apa yang Yang Berhormat Lanang katakan tadi, itulah sebabnya kita hendak tanya kepada kementerian. Pernah kah perkara ini dibawa bincang bersama dengan pihak Sarawak? Kerana kita tidak mahu nanti pindaan ini telah pun dilepaskan di Dewan yang mulia ini nanti beberapa bulan yang kemudiannya terdapat percanggahan dan tiba- tiba pihak Sarawak ataupun pihak yang lain katakan mereka tidak pernah dibawa bincang. Jadi dari segi ini saya harap kementerian boleh berikan satu penerangan yang jelas sekali dan terutama sekali Yang Berhormat dari Sarawak juga, saya ingin dengar pandangan daripada Yang Berhormat dari Sarawak, apakah perbincangan yang telah pun dibuat sebelum pindaan ini dibentang di Dewan yang mulia ini. Jadi saya hendak masuk pembentangan saya iaitu terdapat dua isu yang ingin saya bangkitkan tadi. Isu yang pertama iaitu walaupun jika katakan syarikat perkapalan komersial Malaysia kita mampu bersaing, maksud saya Sarawak dan liberalisasi ini boleh membawa muafakat akan tetapi jika infrastruktur pelabuhan kita adalah tidak sama tahap serta uzur ia hanya akan menjadi satu halangan utama dalam perkembangan industri perkapalan komersial Sarawak. Saya bagi contoh Pelabuhan Senari yang tadi saya bangkitkan, mesin kren kontena sentiasa tidak berfungsi setahu saya dan mengakibatkan kontena tidak dapat diturunkan daripada kapal dengan secepat mungkin, itu pun dengan kren yang mengangkat kontena ke treler. Pernah berlaku pada awal tahun ini, yang mana kerana mesin-mesin ini rosak mengakibatkan hanya beberapa biji kontena sahaja yang boleh dimuat turunkan. Pada awal tahun ini daripada lima kren hanya dua kren yang berfungsi. Ini jawapan yang saya terima, jadi apa yang telah terjadi? Walaupun jawapan yang berikan adalah dua kren ini adalah mencukupi untuk mengendalikan kesemua transaksi pengendalian kontena tersebut akan tetapi hakikatnya memang ada kelambatan dalam pengendalian kontena tersebut. Jadi, apakah masalah utamanya? Adakah jawapan yang saya terima ini adalah tidak tepat ataupun ada isu ke atas pekerja di pelabuhan yang tidak menjalankan tugas dengan sepenuhnya? Maka saya ingin tahu dalam jawapan bertulis jika boleh, berapa kontena yang tidak sempat diproses jadi Januari 2017 sehingga ke Julai 2017 di Pelabuhan Senari dan sebab-sebabnya. Jadi isu ini perlu di pantau dengan segera kerana sudah sekian lama...
Minta penjelasan.
Ya.
Saya tertarik kepada apa yang di sebutkan oleh Yang Berhormat Stampin mengenai kren yang rosak tahun ini. Sedar kah Yang Berhormat Stampin kren yang di Kuching Port Authority yang sering rosak ini, masalah ini telah wujud beberapa tahun sudah dan sampai hari ini pun tidak diselesaikan. Alasan yang diberi oleh kerajaan sama ada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan adalah tidak cukup duit, tidak cukup dana, tidak cukup wang. Wang digunakan hendak bayar hutang 1MDB. Oleh itu tidak cukup wang untuk mempertingkatkan fasiliti-fasiliti di Kuching Port authority, setuju ke?
Bersetuju dengan Yang Berhormat Bandar Kuching. Itu jawapan yang hendak saya bagi kepada Yang Berhormat Putatan. Adakan pindaan ini tetapi port kita tidak bersedia untuk mengendalikan persaingan yang akan wujud akibat pindaan terhadap rang undang-undang ini. Jadi, sebelum kita
membuat apa-apa pindaan terhadap rang undang-undang ini saya harap isu ini boleh diselesaikan. Sudah sekian lama kita tunggu dan jawapan yang saya terima, ada kren yang berusia 37 tahun. Kita cakap Port Senari, we are talking about, dengan izin, the capital of Sarawak, Kuching. Jadi, macam mana dengan pindaan ini? Maksudnya, semua kapal akan pergi ke Port Klang yang begitu canggih, Melaka Gateway yang begitu cantik. Sarawak, uzur, no one wants to come, it’s a museum. Jadi, saya harap perkara ini boleh dilihat dan dipantau secepat mungkin. Isu yang kedua, yang hendak saya bangkitkan iaitu, Jabatan Kastam di Senari Port yang menjejaskan operasi pelabuhan, ini apa yang saya difahamkan. Saya difahamkan bahawa ramai pegawai daripada Semenanjung telah pun dipindahkan di Sarawak, terutamanya di Senari Port, di mana mereka adalah tidak fasih dalam menjalankan kerja mereka. Kadang-kadang mereka seolah-olah menjalankan kerja mereka bahawa setiap kontena itu ada unsur-unsur tax evasion So, apabila bila mereka hendak melepaskan satu kontena, mereka mengambil begitu lama masanya. Oleh sebab kebanyakan mereka juga kurang berpengalaman, pegawai baru ini kadang-kadang mereka menjalankan kerja begitu rigid sekali dan ini melambatkan pelepasan kontena. Masalahnya adalah di Sarawak, kita terdapat banyak pegawai begitu berpengalaman, mengapa pegawai daripada Sarawak ini yang begitu berpengalaman, mempunyai track record yang begitu baik dan clean, dengan izin, tidak dinaikkan pangkat? Saya juga mendapat jawapan daripada kementerian, di mana 60 pegawai di Pelabuhan Senari ini, 60 daripada mereka, 20 peratus adalah daripada bukan Sarawak. 80 peratus daripada Sarawak akan tetapi daripada 60 tersebut, lebih daripada 43 peratus, more than half adalah mempunyai pekerjaan kurang daripada tempoh masa satu tahun sahaja. Jadi, pengalaman mereka adalah begitu kurang sekali. Jadi, kenapa, kenapakah kita hendak pindah keluar pegawai yang begitu berpengalaman di Senari Port dan membawa masuk pegawai Semenanjung yang tidak berpengalaman, tidak tahu the culture of Sarawak, how to deal with the people, dengan izin, that is so rigid when they are handling their work, dengan izin, dan mengakibatkan begitu banyak kelambatan. Jadi, maka kesimpulan yang saya ingin katakan adalah, dengan adanya pindaan ini adakah kita di Sarawak bersedia? Adakah ini satu lagi hakisan kuasa di Sarawak di mana dengan adanya pindaan ini, kita akan kehilangan kuasa dalam melindungi kepentingan ekonomi tanah Sarawak. Berdasarkan pindaan ini, apakah langkah pakar yang akan diambil supaya kepentingan kita di Sarawak akan dijaga. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan ini. Saya akan menjurus kepada faedah kepada pindaan dan juga inisiatif-inisiatif baru iaitu ada lima yang dicatatkan di sini. Antaranya, memperkasakan industri perkapalan melalui program pembangunan industri dan modal insan. Saya kaitkan dengan inisiatif baru pindaan iaitu berhubung dengan Kumpulan Wang Pembangunan Perkapalan Malaysia. Membiayai program-program modal insan, pembangunan kerjaya oleh pelaut melalui biasiswa dan latihan, juga insentif penyediaan tempat latihan kapal. Saya sangat menyokong tentang pindaan-pindaan yang dilaksanakan ini. Akan tetapi ada beberapa perkara yang saya ingin pihak kementerian melihat secara teliti. Di sini kita melihat kepada pindaan-pindaan kepada tuan punya kapal dan keperluan- keperluan di satu kelompok yang besar. Dari sudut ekonominya yang sangat penting untuk pembangunan dalam negara kita secara holistik. Tidak menjurus kepada Semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak. Di mana, saya melihat kadang-kadang ada perbahasan yang lebih membawa kepada isu yang kurang elok di dengar oleh mereka- mereka seolah-olah kita terlampau membezakan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sedangkan kita adalah sebuah kerajaan yang mengambil kira kepentingan semua, termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Apa yang ingin saya kaitkan di sini ialah tentang pemantauan pekerja-pekerja. Kita ingin melihat di manakah pekerja-pekerja yang, dengan izin, sebagai seafarer ini dilindungi di bawah akta saudagar ini. Akan tetapi saya lebih ingin maklumkan di bawah MSO, Merchant Ship Ordinance ini, bila mereka bekerja, pekerja-pekerja di laut ini, mereka seolah-olah tidak mempunyai tempat untuk mereka membuat aduan dengan
masalah-masalah yang mereka hadapi. Sudahlah mereka bekerja di lautan dengan satu jangka masa kerja yang panjang, mereka tidak mempunyai off yang lama dan mereka perlu berada di laut di sana. Jadi, kalau mereka ada masalah, mereka tidak dapat mengadu sebagai pekerja di darat, di mana kalau di bawah Kementerian Sumber Manusia, ada Jabatan Buruh yang mereka boleh pergi membuat aduan. Ini tidak berlaku kepada pekerja-pekerja seafarer ini, dengan izin. Jadi, tidakkah pihak kementerian merasakan dalam usaha kita menggalakkan satu industri yang sememangnya akan menjadi satu sumber pembangunan ekonomi, sumber punca pekerjaan kepada rakyat kita, diberikan perlindungan yang sewajarnya. Oleh kerana saya juga mendapat banyak rungutan daripada anak-anak kita yang belajar keluaran daripada ALAM dan sebagainya, mereka ini sukar mendapat pekerjaan. Oleh kerana pemunya-pemunya kapal ini lebih gemar memberi penggajian, menawarkan pekerjaan kepada warga-warga bukan warganegara seperti warganegara Myanmar, Filipina dan sebagainya kerana tawaran gaji mereka adalah lebih rendah. Saya faham this is an open market, dengan izin, tetapi di manakah peranan kementerian dalam mengambil kira perkara ini supaya memastikan anak-anak kita terbela? Dalam keadaan sekarang ini, kita– apa pun yang kita buat, kita tidak hendak seperti rakan-rakan kita mengatakan, di sebelah sana tadi. Satu hari, apa yang kita laksanakan ini akan menjadi permasalahan semula kepada kita. Jadi, saya mohon pihak kementerian melihat perkara ini secara teliti, kita jangan hanya lihat kepada the big picture, dengan izin. Lihat kepada anak-anak kita, suatu hari mereka ini keluar hendak cari kerja dekat mana? Ini industri is meant– saya yakin, bila kerajaan melakukan sesuatu, ia adalah untuk warganegara kita, untuk rakyat kita. Jadi, sewajarnyalah perkara-perkara ini dilihat dengan lebih teliti dari sudut pembangunan industrinya dan modal insannya. Kemudiannya begitu juga dari sudut pematuhan dari standard keselamatan. Kita juga perlu melihat perkara ini, bagaimana keadaan anak-anak ini bekerja, selamat ke tidak? Tidak seperti mereka yang bekerja di darat. Ada Department of Safety and Health yang boleh memantau keadaan sama ada pihak majikan memastikan mereka bekerja dalam keadaan selamat atau sebagainya. Jadi, di mana peranannya, di mana pengkhususannya, jangan kita terlepas pandang perkara ini. Saya juga ingin membawa Tuan Yang di-Pertua, kepada satu perkara. Saya ini dulu bekas pekerja swasta disalah sebuah syarikat membuat kapal-kapal mewah. Jadi, bila sampai masa, kapal-kapal ini perlu dihantar ke Singapura. Kami melalui Singapura kerana big vessel hanya masuk ke Singapura, tidak ke Pasir Gudang. Jadi, kapal-kapal ini perlu di tow, bawa ke pelabuhan Singapura. Akan tetapi bila sampai di pelabuhan Singapura, rakyat kita tidak di benarkan membawa kapal-kapal yang kepunyaan kita ini.
Jadi di manakah keadaannya apabila kapal-kapal ini masuk ke dalam perairan kita, di mana undang-undang kita? Adakah kita meneruskan— yang sekarang ini, mereka bukan warganegara kita boleh bawa kapal dalam kawasan kita dengan senanglah jika dibandingkan dengan Singapore yang meant for shipping, dengan izin. Kapal ini dibawa, di-tow— saya terlupa ayatnya. Di-tow, kemudian dinaikkan ke atas satu kapal yang besar, di... [Disampuk] Dia tidak tarik, dia tow.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tariklah agaknya ayat yang lain. Dibawa ke pelabuhan, kemudian diangkat letak dalam kapal— tidak dibenarkan. Warganegara kita yang mempunyai lesen membawa bot yang sah untuk membawa kapal kita sendiri itu. Jadi saya minta pihak kementerian melihat juga perkara ini. Saya ini membawa suara seafarer dan juga suara-suara daripada rakan-rakan saya di syarikat sana yang saya tahu permasalahan ini masih berlaku lagi. Ini adalah dua perkara penting yang saya kira saya mohon dikaji dan dilihat demi kepentingan warganegara kita. Saya dengan ini menyokong pindaan undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulai perbahasan rang undang-undang pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dengan mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa adalah pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dasar kabotaj dikecualikan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada 7 Mei 2017 di Sandakan. Oleh kerana diumumkan, langkah itu bercanggah dengan Ordinan Perkapalan Saudagar di mana kapal asing tidak dibenarkan berkhidmat di perairan Malaysia atau perkapalan domestik yang kita akan bincang pada hari ini. Justeru, kita kena ingatkan bahawa rang undang-undang ini kena, perlu dan mesti diubah demi tujuan pengecualian dasar kabotaj ini. Akan tetapi dengan dukacita, nampaknya rang undang-undang ini langsung tidak touch on undang-undang yang dipinda supaya dasar kabotaj ini boleh dihasilkan. Walaupun kelmarin Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawab soalan saya tentang perkara cabotage policy ini, ada sebut bahawa hari ini dia ada pindaan rang undang- undang ini mungkin ada touch on ini cabotage policy. Saya perlu sekali lagi ingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bahawa selama ini dasar kabotaj ini telah mengehadkan pembangunan industri perkapalan di Sabah dan seterusnya menjejaskan prestasi perindustrian di Sabah yang menyebabkan harga barangan lebih tinggi di Sabah. Walaupun kerajaan kata dasar ini dikecualikan effective pada 1 Jun 2017, tetapi kalau kita baca bahawa pindaan rang undang-undang ini, seksyen 68S(1), langsung ini cabotage policy masih wujud because it quote, “No ship other than a registered Malaysian ship may engage in domestic shipping”. Maka, bermaksud bahawa dasar kabotaj ini masih dan effective hanya sehingga seksyen 68V yang saya quote, “The Minister may, subject to such conditions and restrictions as he may determine, permit any class of ships other than ships referred to under section 68U…” — which is fifteen tonnage below— “…To engage in domestic shipping”. Saya percaya bahawa seksyen ini adalah memberi kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan dasar politik di Sabah dan Sarawak tetapi nampaknya ini tidak ada pindaan. Jadi di sini kita harap seksyen 68V ini adalah mesti mahu menjelaskan bahawa ia mampu mengira kepentingan Sabah dari jangka panjang. Maksudnya, Menteri may determine and permit ini bermakna he can tarik balik apa-apa yang diberi with anytime. Ini cara struktur undang-undang membela Sabah dari pindaan dasar ini. Saya lihatlah setakat ini janji yang temporary measure mungkin untuk pilihan raya ke-14 yang akan datang, sekali lagi mahu menjanjikan Sabahan bahawa ini cabotage policy akan dikecualikan tetapi bagaimana boleh dikecualikan kalau rang undang-undang ini atau ordinan ini tidak dipinda? Kebenaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan yang dicadangkan bertujuan untuk dia— Menteri ini walaupun dia yang berkuasa memilih untuk release dia punya restriction tetapi dia pun under condition untuk menangani kekurangan kapal Malaysia dalam jenis pengkhususan yang tertentu seperti kapal ukur dan kapal korek sahaja dengan membenarkan kategori kapal khusus itu yang bukan kapal Malaysia untuk memberikan perkhidmatan dalam perairan Malaysia. Sudah jelas, Tuan Yang di-Pertua, explanatory statement ini menunjukkan bahawa pengecualian ini bukanlah bertujuan untuk membebaskan perkapalan di Sabah serta meningkatkan perdagangan antara timur dan barat Malaysia. Ia hanya menangani kekurangan kapal Malaysia dalam jenis pengkhususan tertentu. Kalau bagi kapal dagang biasa, adakah kapal asing masih boleh dibenarkan memberi perkhidmatan dari Sabah ke Semenanjung Malaysia? Adakah ini bercanggah dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu? Tuan Yang di-Pertua, ini perlu penjelasan dan saya meminta pindaan bahagian ini perlulah lebih spesifik, bukan sahaja di explanatory statement tetapi perlu menerangkan tujuan supaya kepentingan dan pembangunan industri perkapalan di Sabah boleh dipelihara. Saya harap seksyen 68V ini perlu diubah semula di mana lebih spesifik penyertaan mana-mana kapal termasuk kapal dagang asing dibenarkan masuk di mana-mana pelabuhan Sabah, letak barang dan seterusnya ambil barang dari Sabah ke Semenanjung dan di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, yang penting lagi ialah dalam rang undang-undang ini perlu nyatakan bahawa perkhidmatan perkapalan di Sabah dibuka kepada mana-mana kapal, bukan hanya ditentukan oleh Menteri atau berdasarkan sebab lain. Ia perlu dinyatakan dengan jelas.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, di bawah seksyen yang sama, oleh kerana Sabah perlulah dikecualikan dari seksyen 68S, saya minta dalam proses Menteri diberi kuasa to permit any class of the boat to engage on domestic shipping, saya cadang proses ini perlu melibatkan wakil daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja Sabah dan Sarawak ada kedudukan unik dari segi geografinya tetapi Sabah dan Sarawak adalah wilayah equal partner dalam Persekutuan Malaysia yang harus diberi lebih kuasa autonomi dalam menentukan perkhidmatan serta pembangunan industri perkapalan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap pindaan ini dapat menemui tujuan memperkasakan Sabah dan Sarawak dalam liberalisasi dasar kabotaj ini. Bukan sahaja satu seksyen yang keliru dan beri kuasa kepada Menteri tanpa menguntungkan kepada Sabah dan Sarawak yang hanya ingin tidak membawa apa-apa manfaat kepada Sabah dan Sarawak dengan tarikh jangka masa yang panjang. Tuan Yang di-Pertua, dari seksyen yang lain iaitu di bawah bahagian licensing of the ship, khususnya seksyen 62. Saya ingin ingatkan bahawa tentang kuasa perkapalan saudagar di Sabah tidak harus dihadkan dalam tiga nautical miles measured from the low-water line. Ia adalah bercanggah dan berlanggar dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan IGP Report. Sudah pasti all emergency leave pada tahun 2011, semua wilayah laut Sabah patut dipulangkan kepada Sabah bukan terus dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan. Walaupun saya tahu bahawa kuasa menentukan sea territory ini adalah tertakluk di bawah Akta Laut Wilayah 2012 atau Akta 750. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya perlu tegaskan sekali lagi akta ini telah langkah apa yang dijanjikan dalam MA63. Laut wilayah di Sabah seharusnya dipulangkan kepada kuasa kerajaan negeri bukan tiga nautical miles sahaja, tetapi seluruh zon ekonomi eksklusif pun adalah sah dikuasai oleh negeri Sabah. Persekutuan ini harus diubah dari struktur dan sistem ini. Perjanjian Malaysia perlu dihormati dan dilaksanakan. Justeru, jika kita sentuh tentang licensing perkapalan saudagar, saya tegaskan bahawa laut wilayah di Sabah dan segala hak termasuk licensing haruslah dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya harap Kerajaan Persekutuan mengambil pengiklasan yang benar untuk membangun, membantu Sabah membangun ekonomi dan seterusnya dengan mengubah undang-undang yang sesuai bahawa cabotage policy ini mengecualikan yang benar-benar terjadi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kebenaran untuk membahas pindaan kepada rang undang-undang ini. Saya hanya ada dua poin yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian kementerian. Untuk makluman kementerian, baru-baru lima minit tadi saya terbaca satu berita dengan izin, The Philippines Drug Enforcement Agency (PDEA) to deploy personnel in sea ports nationwide. Jadi saya ingin mengaitkan isu ini kepada keselamatan memandangkan ini merupakan satu langkah yang progresif iaitu untuk membuka pelabuhan-pelabuhan kita menjadi lebih dengan izin, liberalization of our ports dengan membenarkan lebih kapal untuk datang dan berdagang di pelabuhan- pelabuhan di Malaysia, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi dua poin yang ingin saya bangkitkan Yang Berhormat Menteri juga adalah mengenai dadah yang di seludup masuk dalam barang-barang dagangan. Sebagai contoh, tahun 2012 di Belgian Port, Pegawai Kastam telah merampas lapan tan kokain yang telah disembunyikan dalam shipment pisang yang mereka ingin menghantar. Juga pada tahun ini, salah satu berita yang saya dapat tahu pada 11 Mac tahun ini, satu syarikat yang ingin menghantar perabot, kerusi, meja, sofa ke Port Klang didapati menyeludup 2.5 juta pil yang bernilai RM50,000,000. Ini adalah dadah yang telah dicuba di seludup masuk. Kedua adalah mangsa-mangsa pemerdagangan manusia. Pada tahun 2013, 7 Ogos, 13 mangsa pemerdagangan manusia berjaya ditumpas di pelabuhan oleh inter- agency Sea-Based Anti-Trafficking Task Force (SBATTF) di negara Zamboanga.
Yang Berhormat Menteri, yang ini tidak terkeluarkah? Seksyen 36(1)?
Ia merupakan keselamatan Tuan Yang di-Pertua. It’s about— sebab apabila kita membuka pelabuhan kita, maka kita perlu memastikan ada kawalan yang secukupnya seperti yang dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Stampin.
Esok ada bill on that. KDN bill tomorrow.
This is a— but it’s together Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa ini adalah satu inisiatif yang bagus. Akan tetapi dengan inisiatif ini, kapasiti pelabuhan kita you know while we welcome more ships, it is also opening ourselves up to a lot more risks. Walaupun saya faham ini di bawah Polis Maritim atau KDN ataupun pertahanan ataupun ESSCOM, tetapi memandangkan ini adalah satu rang undang-undang yang menyentuh lebih banyak perkara daripada kapal sahaja. Jadi saya ingin mengetengahkan isu-isu ini. Dalam isu pemerdagangan manusia ini, 13 orang ini sepatutnya sampai melalui feri komersial di Sandakan. Jadi, this is just the tip of the iceberg. Saya harap dengan liberalization ports kita ini, kita dapat juga memastikan bahawa pemantauan secukupnya, pengurusan secukupnya, optimum. So that while other traders come, they also know that if the place is safe for them to be able to do their business. Itu sahaja dua poin yang ingin saya ketengahkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.
Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma beberapa isu yang ingin saya bangkitkan. Saya nampak bahawa Rang Undang-undang Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 seperti beberapa bil baru-baru ini yang cuba mengutip dana dan juga kutipan fi. Ini konsisten daripada cukai pelancongan, daripada beberapa lagilah undang-undang ini, semuanya ingin mencari dana untuk kerajaan. Saya nampak bahawa ini adalah satu trend yang agak membimbangkan. Kenapa saya membangkitkan isu ini adalah disebabkan oleh liberalisasi industri perkapalan. Kalau kita ingin meliberalisasikan industri perkapalan, maka ada kemasukan kapal-kapal daripada luar negeri untuk bertanding, bersaing dengan Malaysia. Saya nampak bahawa dengan adanya pergantungan cabotage policy di negeri Sarawak dan saya memang menyokong untuk menghapuskan, memansuhkan cabotage policy di negeri Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, dia akan mengadakan satu persaingan yang lebih sengit. Apabila dalam keadaan persaingan yang lebih sengit, maka kita harus memastikan bahawa syarikat-syarikat perkapalan Malaysia dapat bersaing dalam suasana ini. Akan tetapi apabila kerajaan mengenakan fi tonnage kepada KWPPM, maka bolehkah syarikat-syarikat perkapalan itu bersaing dalam industri yang begitu kompetitif? Jadi, ini adalah isu yang perlu dijelaskan oleh Menteri. Saya minta penjelasan daripada Menteri, berapakah caj. Saya tahu bahawa Menteri janjikan untuk berbincang dengan syarikat-syarikat perkapalan. Saya harap satu fi yang bukan membebankan. Ini kerana saya tahu bahawa dulu tidak ada fi tonnage ini, tetapi sekarang dikenakan fi tonnage ini. Kedua adalah isu penswastaan, fungsi Jabatan Laut Malaysia (JLM). Apakah fungsi-fungsi yang akan diswastakan? Saya nampak bahawa penswastaan itu pun adalah satu untuk mengutip fi, mengutip dana untuk kerajaan. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, saya tidak faham bahawa keadaan kewangan kerajaan tidak mencukupi. Itu sebab kena adakan pelbagai kutipan, semua— banyak rang undang- undang ingin mengutip wang. Saya nampak. Kesianlah.
Akan tetapi walau bagaimanapun, saya minta supaya sekadar mana, apakah aktiviti, fungsi dan aset yang akan diswastakan kerana kita nampak penswastaan port, penswastaan pelabuhan tidak membawa keuntungan kepada kerajaan. Saya nampak bahawa— saya ambil satu contoh Pelabuhan Pulau Pinang dan saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri juga. Kita tahu bahawa Penang Port diswastakan kepada Seaport. Seaport kemudian jual kepada MMC. Apabila kerajaan menjual, menswastakan Penang Port kepada Seaport dijanjikan untuk pendalaman dredging pada tahun 2010. Akan tetapi sekarang tahun 2017, dredging itu masih belum berlaku tetapi Seaport telah jual kepada MMC dan mereka telah mengumpul cash out, Syed Mokhtar telah cash out RM200 juta.
Jadi ini adalah keadaan di mana apabila aset kerajaan diswastakan. Kita expect a better service, we expect a better return. Akan tetapi apabila diswastakan mereka mungkir janji, mereka tidak laksanakan apa-apa yang perlu dilaksanakan dalam perjanjian. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri nanti jawab bilakah dredging akan berlaku untuk di Penang Port. Saya balik kepada isu kabotaj. Kita nampak bahawa penggantungan kabotaj, itu satu langkah yang dialu-alukan. Sudah sekian lama pihak di sini telah menuntut supaya kobataj itu dihapuskan. Akan tetapi sekarang sekadar digantung, itu pun baguslah enam bulan. Jadi setelah dua bulan dijalankan saya minta penjelasan daripada Menteri adakah penggantungan cabotage policy itu membantu negeri Sabah dan Sarawak menurunkan harga barang di kedua-dua negeri tersebut. Saya tanya ini kerana saya pasti kerajaan ada monitor kerana salah satu sebab kabotaj ini dimansuhkan adalah untuk menurunkan harga barang di Sabah dan Sarawak. Setelah dua bulan patutnya kerajaan telah membuat satu kaji selidik adakah ia telah menurunkan harga barang di Sabah dan Sarawak. Saya pun tahu bahawa kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan telah membuat cost-benefit analysis untuk memansuhkan polisi kabotaj. Saya minta Menteri bagi penjelasan adakah cost-benefit analysis— apakah finding cost-benefit analysis tentang pemansuhan kabotaj. Saya juga minta sedikitlah maklumat tentang kapal “The Equanimity” yang dimiliki oleh Jho Low kawan baik saya. Dia berapa kali dia masuk ke perairan Malaysia kerana setiap kali dia masuk ke Malaysia patut dia ada satu pendaftaran. Jadi saya hendak minta supaya kerajaan bagi maklumat tentang itu. Sekian terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat beberapa pandangan dan pertanyaan dan harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan. Seperti yang dibahas oleh Yang Berhormat Bayan Baru, saya pun merasa amat bimbang tentang penswastaan sebab di projek Melaka Gateway telah dilaporkan salah satu ‘pulau tambak laut’ akan dijadikan satu hab untuk syarikat China menjalankan maintenance repair dan ship building. Saya tidak pasti penswastaan ini adakah ada had untuk syarikat-syarikat tempatan atau termasuk kepada syarikat asing. Kalau penswastaan ini boleh diberi kepada syarikat asing untuk menjalankan kerja-kerja seperti yang saya sebutkan. Setakat ini ada pelabuhan seperti di Melaka, Tanjung Kling sebelum ini dan juga di Sungai Ramai. Kita memang ada syarikat-syarikat atau kontraktor tempatan yang menjalankan kerja-kerja seperti logistik, maintenance dan repair. Oleh sebab itu saya tidak pasti penswastaan ini jika berlaku, adakah ini akan menjejaskan kontraktor atau syarikat tempatan yang sedia ada menjalankan kerja ini. Satu lagi tentang pendaftaran sebagai kapal antarabangsa Malaysia. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan syarat-syarat tentang pegangan saham atas satu syarikat. Adakah kita hadkan berapa peratusan saham itu perlu di tangan warga Malaysia atau seratus peratus boleh dipunyai oleh warga asing? Saya ingin tanyakan jika kita benarkan ini— sungguhpun saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang katakan ini satu open market, liberalization dan kita perlu bertambah berdaya saing dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang lain. Pelabuhan-pelabuhan yang lain kita perlu tambah kegunaan pelabuhan kita oleh kapal-kapal dan bukan hanya dari rantau ini mungkin dari rantau yang lain menggunakan pelabuhan kita dan tambah dengan tonnage dengan free charge yang akan dikenakan. Akan tetapi saya ingin tanya iaitu adakah juga risiko yang paling tinggi jika kita terbuka persaingan kepada negara lain jika kita masih belum bersedia, bukan hanya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat yang lain tentang kemudahan asas, facility kita, mungkin tahap CIQ kita dan juga penguatkuasaan dan pemantauan. Adakah anggota kita cukup untuk tambahan bilangan kapal yang akan menggunakan pelabuhan kita? Tadi Yang Berhormat Batu Kawan juga membangkitkan satu keraguan atau kita say it the worried dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedia ada iaitu we have opened
the door untuk lagi risiko kepada bukan hanya drug and human trafficking. Saya pun amat khuatir adakah juga ‘e-waste’ yang akan di bawa ke negara lebih senang memandangkan sekarang the control di beberapa port yang sudah bertaraf antarabangsa yang boleh menjalankan tugas ini. Saya ada ingin bertanya Yang Berhormat Menteri pindaan ini dibentangkan. Adakah ini kerana kita hendak perkembangan industri maritim kita untuk setakat dengan modernization atau keperluan market sekarang? Atau kerana kita sedia maklum industri maritim ini, perkembangan ini lebih kurang kita kena perlu dapat bantuan dari negara China. Kita pun sedia maklum bahawa sudah beberapa pelabuhan di negara kita memang sudah diminati oleh negara China. Oleh sebab itu adakah ini kerana permintaan dari negara China supaya kita kena naik taraf pelabuhan kita dan jika begitu dengan penswastaan, dengan pindaan rang undang-undang ini, adakah pelabuhan kita indirectly akan di-control oleh syarikat asing atau syarikat dari negara China. Ingin saya tanya Yang Berhormat Menteri kalau dapat beritahu kepada Dewan yang mulia ini. Tentang kapal-kapal yang di-classify boleh daftar sebagai kapal antarabangsa Malaysia. Saya juga ingin tanya Yang Berhormat Menteri boleh kah beritahu kepada Dewan yang mulia ini, apa-apa syarat ada keperluan. Selain dari tonnage, apakah yang lain kita perlu supaya kita dapat berhati-hati dalam pendaftaran kapal antarabangsa Malaysia ini dan jika dibandingkan dengan kapal Malaysia yang dipunyai oleh warga kita. Apakah kelebihan akan dipunyai oleh kapal antarabangsa Malaysia? Inilah saya jadi kebimbangan kita bahawa sungguhpun kita setuju bahawa to compete you have to open up. Itu memang. But then we have to be very careful dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan apa yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain saya hanya ada satu lagi ingin saya tanya Yang Berhormat Menteri. Berapa pelabuhan di negara kita selepas pindaan ini perlu ditutup iaitu mungkin tidak mematuhi keperluan atau standard yang akan ditetapkan? Oleh sebab kita memang tahu ada pelabuhan yang kecil tanpa lembaga pelabuhan juga mungkin fungsi yang tidak berapa cukup. Adakah ia sudah ada perancangan dia akan dinaiktarafkan? Kuasa mana atau syarikat mana dari tempatan atau syarikat asing yang akan mengambil alih pelabuhan-pelabuhan ini di seluruh negara kita termasuk Sabah dan Sarawak? Berapa pelabuhan akan dipergunakan oleh negara asing? Itu yang saya ingin tanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri.
Ya, kita akan sambung esok Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 9 Ogos 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.33 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Permohonan MRSM di Parlimen Bagan SeraiSpecial Chamber
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengemukakan usul berkenaan perkara tadbir kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengenai permohonan membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Parlimen Bagan Serai.
Bagi tahun 2016, Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM di Daerah Kerian adalah 4.91 mengatasi GPS negeri iaitu 5.17 dan GPS nasional 5.10. Daerah ini juga telah mendapat keputusan SPM terbaik di negeri Perak pada tahun 2013, 2015 dan 2016 walaupun pelajar-pelajar ini dari luar bandar yang serba kekurangan.
Dengan tagline ‘Kerian Excellence’, daerah ini berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik. Daerah Kerian tidak mempunyai MRSM ataupun sekolah berasrama penuh (SBP) seperti yang terdapat di daerah lain. Pelajar cemerlang di daerah ini terpaksa membuat pilihan sukar untuk berhijrah ke daerah lain yang mempunyai MRSM dan SBP serta terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih.
Melihat kepada objektif penubuhan MRSM ini adalah untuk menambah bilangan bumiputera profesional yang mampu berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan luar bandar. Perkara ini bertepatan dengan demografi yang terdapat di Parlimen Bagan Serai kerana rata-rata masyarakat di sini adalah golongan petani dan nelayan.
Kewujudan MRSM di daerah ini akan menarik lebih ramai masyarakat ke Bagan Serai dan bakal menyaksikan banyak peluang pekerjaan serta perniagaan di mana ia akan meningkatkan ekonomi rakyat di Parlimen Bagan Serai dalam Daerah Kerian. Besarlah harapan saya agar kementerian dapat menilai permintaan rakyat di Parlimen ini.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian amat berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana mempercayai sistem pendidikan MRSM yang dilaksanakan oleh MARA.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa sekarang terdapat lapan buah MRSM yang sedang beroperasi di negeri Perak dan sebuah MRSM yang sedang dalam pembinaan di Bagan Datuk. MRSM yang sedang beroperasi ialah seperti di MRSM Parit, MRSM Taiping, MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Pasir Salak, MRSM FELDA Trolak, MRSM Pengkalan Hulu dan MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
Jumlah MRSM sedia ada mampu untuk menampung kira-kira seramai 6,500 orang pelajar. Kerajaan membelanjakan kira-kira RM73 juta pada setiap tahun untuk menguruskan lapan buah MRSM yang tersebut. Buat masa ini, jumlah MRSM yang sedia ada sekarang mampu untuk menampung pelajar yang layak dari pelbagai daerah di negeri Perak dan negeri-negeri di sekitar Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, walau bagaimanapun, sekiranya didapati suatu masa nanti ada keperluan untuk kita membina MRSM yang baru sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat, insya-Allah, kita akan pertimbangkan.
Ini mesti dilihat daripada segi penambahan pelajar-pelajar dan MRSM yang sedia ada di sekitar Perak ini tidak dapat menampung pelajar-pelajar di sekitarnya, maka bagi kita ini adalah menjadi satu perkara yang menjadi keutamaan kepada pihak kementerian di bawah agensi kita, MARA untuk memperluaskan pembinaan MRSM bagi membolehkan anak-anak dan masyarakat di luar bandar ini mendapat pendidikan yang lebih sempurna.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai dan untuk makluman, sekali lagi saya sebut, sekarang ini MRSM di negeri Perak yang sedang dalam pembinaan ini ialah di MRSM Bagan Datuk yang akan menampung kira-kira 750 pelajar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat.
MRSM Machang mana? Machang?
[Ketawa]
Machang ini juga sebenarnya kedudukannya tempat yang pertama dalam negeri Kelantan walaupun saya berada di sini tetapi keperluannya mungkin belum.
Bila sebut Machang, jangan lupa Kuala Krau.
[Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keberkesanan dan Kebebasan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia Mestilah DijaminSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tajuk keberkesanan dan kebebasan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia mestilah dijamin. Cadangan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia ataupun Malaysian Transport Safety Board (MTSB) merupakan syor yang paling penting dalam Laporan Panel Penasihat Bebas Berhubung Hasil Siasatan Kes Kemalangan Bas Henti-henti di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands– Kuala Lumpur yang telah dibentangkan kepada Menteri Pengangkutan pada Januari 2014.
Tuan Yang di-Pertua, syor penubuhan MTSB sudah dikemukakan sejak tiga tahun yang lalu. Saya minta kementerian menyatakan perkembangan penubuhan MTSB setakat ini dan bilakah Rang Undang-undang MTSB akan dibawa ke Parlimen.
Saya memang mengalu-alukan penubuhan MTSB sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan taraf keselamatan pengangkutan darat, maritim dan udara. Namun saya menitikberatkan keberkesanan dan kebebasan MTSB. MTSB tidak boleh dijadikan satu institusi tituler ataupun di bawah kementerian sahaja. Saya sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam usaha penubuhan MTSB selagi fungsi MTSB yang akan ditubuhkan ini dapat dilaksanakan secara bebas, telus, profesional dan berintegriti.
Tuan Yang di-Pertua, MTSB haruslah bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukannya kepada Menteri atau Kabinet. Ini adalah satu usaha untuk memastikan ketelusan MTSB dan menjamin kebebasan MTSB dalam penyiasatan dan pemantauan. Ia juga membolehkan penyelidikan dan pengoperasian MTSB yang profesional tanpa gangguan kuasa eksekutif.
Sebagai contoh, National Transport Safety Board (NTSB) di Amerika Syarikat yang merupakan model dan rujukan bagi penubuhan MTSB berikut laporan Genting adalah sebuah agensi bebas yang bertanggungjawab kepada Kongres. Pengaturan institusi ini bertujuan untuk mengelakkan konflik di antara MTSB dan Jabatan Pengangkutan
(DOT). Ini dapat mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Amerika Syarikat terhadap MTSB sebagai agensi bebas yang sahih.
Kementerian juga perlu menunjukkan keazaman politik dalam peningkatan keselamatan pengangkutan termasuklah penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Oleh yang demikian, kesemua syor-syor yang terdapat di dalam laporan kemalangan Genting Highlands perlulah dilaksanakan sebelum syor penubuhan MTSB.
Syor-syor laporan kemalangan Genting Highlands sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh dua tahun seperti apa yang dicadangkan.
Tragedi seperti kemalangan bas ekspres yang membabitkan 14 kematian di Pagoh pada 24 Disember 2016 berkemungkinan dapat dielakkan. Selain daripada MTSB yang bakal ditubuh, agensi-agensi Kementerian Pengangkutan yang sedia ada seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang juga terlibat dalam menangani isu keselamatan pengangkutan jalan raya. Perlulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang konkrit bagi memperbaiki kelemahan sistem pengangkutan yang telah dikenal pasti.
Tanpa perubahan drastik buat masa ini rakyat Malaysia tidak akan yakin dengan kemampuan MTSB untuk memperbaiki tahap keselamatan pengangkutan negara secara struktur dan besar-besaran pada masa yang akan datang. Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Cadangan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia ataupun singkatan Malaysian Transport Safety Board (MTSB) adalah berdasarkan kepada syor yang terdapat di dalam Laporan Panel Penasihat Bebas berhubung hasil siasatan kes kemalangan bas henti-henti di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.
MTSB yang akan ditubuhkan akan berfungsi sebagai badan berkanun persekutuan bebas yang berfungsi bagi menjalankan siasatan kemalangan, penambahbaikan keselamatan pengangkutan, pemantauan, penyelidikan, pengemaskinian pangkalan data keselamatan pengangkutan, pemantauan terhadap sebarang cadangan penambahbaikan kepada semua sektor serta sebaran maklumat keselamatan dalam pelbagai mod pengangkutan iaitu darat, maritim dan udara. Penubuhan MTSB adalah seiring dengan penstrukturan dan tanda aras yang diguna pakai oleh negara-negara maju berasaskan kepada prinsip-prinsip seperti berikut:
(i) penyiasatan dan pemantauan bebas;
(ii) profesional dan berkredibiliti;
(iii) telus dan berintegriti;
(iv) adil dan saksama; dan
(v) penyelidikan berimpak tinggi.
Sebagai sebuah badan berkanun, MTSB akan mempunyai Lembaga Pengarahnya sendiri bagi menjalankan tadbir urus dan memastikan fungsi serta objektif penubuhan MTSB dilaksanakan dengan berkesan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah MTSB akan terdiri dari kalangan
mereka yang mempunyai kepakaran tertentu di dalam sektor pengangkutan dan keselamatan. Lembaga Pengarah MTSB akan bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Penubuhan MTSB ini dilihat sebagai usaha untuk menggabungkan sumber yang ada di bawah satu bumbung bertujuan memantapkan lagi urusan siasatan kemalangan pelbagai mod pengangkutan sama ada sektor darat, maritim mahupun udara. Hasil siasatan akan digunakan sebagai pembangunan dasar baru bertujuan menggelakkan daripada insiden yang sama berulang pada masa akan datang. Di samping itu pasukan penyiasat akan dapat berkongsi kepakaran, peralatan dan kaedah penyiasatan bagi memastikan fungsi MTSB dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan syor-syor yang terdapat di dalam Laporan Panel Penasihat Bebas berhubung hasil siasatan kes kemalangan bas henti-henti di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands– Kuala Lumpur. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Panel Penasihat Bebas berkenaan laporan kemalangan Genting Highlands pada 2 Mac 2017 untuk melihat semula tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas syor yang telah dicadangkan oleh laporan panel tersebut.
Hasil daripada mesyuarat tersebut Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah mengarahkan supaya recommendation review panel (RRP) ditubuhkan. Untuk memantau pelaksanaan syor yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang terlibat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan bersama Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye.
Mesyuarat pertama RRP telah diadakan pada 5 Jun 2017 dan melibatkan ahli RRP yang dilantik. RRP ini ditubuhkan bertujuan untuk memastikan pemantauan yang cekap dan berkesan terhadap syor yang dicadangkan oleh panel penasihat bebas kepada Yang Berhormat Menteri mengenai kemalangan bas di Genting Highlands, mengenai pelaksanaan oleh beberapa agensi dan pihak berkepentingan yang berkaitan. RRP akan menjalankan audit dan penilaian yang telus mengenai pelaksanaan syor yang dicadangkan sebelum Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) ditubuhkan.
Kementerian ini melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 - 2020 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan agensi- agensi kerajaan yang lain serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan yang berkaitan. Pelan ini akan dilaksanakan berdasarkan lima tonggak strategik yang merangkumi program-program dan langkah-langkah intervensi yang dirancang untuk menangani isu-isu keselamatan jalan raya.
Selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014- 2020, elemen penguatkuasaan dan pendidikan telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Dengan mengambil kira maklum balas dari stakeholders berkaitan dan pendekatan yang diguna pakai di negara- negara luar dalam menangani isu kemalangan jalan raya. Di bawah elemen penguatkuasaan, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan automated awareness safety system (AWAS) sedia ada bagi
memastikan penguatkuasaan lalu lintas dapat dijalankan secara berterusan iaitu 24 jam sehari dan meningkatkan perception of being caught (POBC) ke tahap yang lebih tinggi dan sekali gus mengubah tingkah laku pemandu.
Selain itu bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan memastikan pengguna jalan raya tidak mengulangi kesalahan lalu lintas.
Sistem mata demerit telah dilaksanakan semula sebagai satu mekanisme untuk mengubah tingkah laku pemandu agar lebih berhemah semasa di jalan raya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Rabu, 9 Ogos 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.52 petang]