Dewan Rakyat · 10 August 2017

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 430 turns · 32,967 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

(Pembukaan)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pagi tadi kita bersidang sehingga jam 4.06 pagi dan kita kembali jam 10. Sila Yang Berhormat Menteri untuk Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 62. Sila Yang Berhormat.

Usul — Menangguhkan Bacaan Kali Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di Bawah P.M. 62Bill

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang- undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 (No.3), Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 (No. 4), Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2017 (No.5), Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (No.6) seperti yang tertera di nombor 3, 4, 5, dan 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan · question

1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, Rundingan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah bermula sejak tahun 2013, yakni sudah memakan masa empat tahun. Pemimpin-pemimpin negara RCEP telah menyatakan komitmen untuk memuktamadkan rundingan ini pada tahun 2017. Oleh yang demikian, dengan masa yang semakin terhad, apakah tahap rundingan yang telah dicapai dan adakah Malaysia masih lagi komited untuk meneruskan rundingan RCEP.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Aantarabangsa Dan Industri · Jeli

Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Jam 4.06 pagi tadi sidang Dewan tamat, Ahli Parlimen kerja kuat tidak kira letih. Hari ini menjawab soalan RCEP, Kepada Yang Berhormat Labuan diucapkan terima kasih.

Dato' Sri Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Aantarabangsa Dan Industri · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, RCEP ataupun Perjanjian Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau adalah satu usaha penting 10 buah negara ASEAN dan enam negara lain iaitu China, India, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand bagi menggalakkan perdagangan di kalangan 16 buah negara tersebut. Perjanjian ini meliputi tiga perkara utama iaitu perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan dan juga pelaburan. Ia dilancarkan pada tahun 2012 dan rundingan pertama bermula pada 20 Mei 2013. Sekarang ini kita sudah ada FTA dengan enam buah negara. Pertama, China pada tahun 2002 dan yang terakhir dengan Australia, New Zealand pada tahun 2009. Tujuan RCEP ini ialah untuk menambah baik FTA yang sudah pun ada. ASEAN sudah pun ada FTA dengan enam buah negara tersebut. Tujuannya ialah untuk merangkumkan semua supaya wujud satu peraturan yang komprehensif untuk selaras peraturan dan prosedur. Ia meliputi RM3.3 bilion penduduk, dan 16 buah negara ini meliputi 30 peratus dagangan dunia dan 30 peratus output dunia. Mengenai kemajuan, kita ada dua peringkat perniagaan. Pertama, peringkat pegawai sudah ada 19 pusingan, peringkat Menteri ada tujuh. Tahap kemajuan, memuaskan tetapi perlu ditingkatkan lagi. Ada satu lagi pusingan Menteri dan satu pusingan peringkat pegawai tahun ini. Rancangan kita ialah untuk siapkan rundingan menjelang hujung tahun ini. Sekiranya tidak dapat dimuktamadkan, maka kemungkinan pada separuh pertama tahun hadapan akan dimuktamadkan. Mengenai soalan sama ada Malaysia komited. Kita amat komited kerana ini penting untuk meningkatkan perdagangan negara kita. Lebih-lebih lagi oleh kerana TPP belum tentu hala tujunya. Yang akan berlaku ialah penambahbaikan kepada enam FTA antara ASEAN dengan enam buah negara ini akan dapat diperbaiki lagi akses pasaran bagi keluaran Malaysia. Jadi, kita komited dan Malaysia memainkan peranan penting. Kita mengetuai dua kumpulan kerja dalam rundingan RCEP. Ini melambangkan betapa komited kita, negara kita Malaysia dan Malaysia akan terus memainkan peranan proaktif dan positif bagi memastikan rundingan dapat dimuktamadkan. Jika tidak, pada hujung tahun ini insya-Allah pada separuh pertama tahun hadapan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Selain daripada TPPA, keseluruhan 10 Ahli ASEAN menjadi Ahli Perundingan di dalam RCEP. Ia juga dilancarkan semasa kemuncak ASEAN di Phnom Penh. Ia menunjukkan dominan ASEAN di dalam RCEP ini. Pada masa yang sama, jadi apakah pandangan negara- negara ASEAN lain, serta apakah perkara-perkara kritikal yang menjadi isu utama dalam memuktamadkan RCEP? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, rundingan RCEP ini diketuai oleh negara Indonesia. Satu prinsip yang penting ialah apa yang dipanggil ASEAN Centrality, maknanya tempoh perundingan dan template dan isu-isu yang hendak dibincang itu ditentukan oleh negara ASEAN. Maknanya kalau ASEAN tidak bersetuju, maka rundingan ini tidak akan mencapai kemajuan. Ini penting kerana diiktiraf peranan besar ASEAN dalam menentukan hala tuju rundingan ini. Apa yang melewatkan rundingan ini antara lain pertama melibatkan 16 buah negara. Kalau kita dua negara sudah pasti lebih senang, tiga sukar sedikit, 16 memang lebih sukar. Itu yang pertama melibatkan banyak negara. Kedua, terdapat perbezaan tahap cita-cita ataupun dalam bahasa Inggeris, dengan izin, level of ambition. Setengah negara begitu ambitious hendak masukkan perkara-perkara seperti pergerakan tenaga kerja antara negara ASEAN, lebih bebas kemasukan tenaga profesional. Umpamanya ada negara yang hendak masuk dan isu- isu baru termasuklah isu buruh dan alam sekitar, perolehan kerajaan. Ini antara sebab- sebab kenapa rundingan ini lewat sedikit. Jadi yang penting dalam negara ASEAN kita juga mengkoordinasi, menyelaraskan kedudukan kita. Setiap kali sebelum diadakan rundingan kita bertemu. Baru-baru ini minggu lepas ada pertemuan empat, lima buah negara ASEAN untuk membincangkan hala tuju kita. Jadi itulah antara sebab kenapa, walaupun sudah sejak tahun 2012 lagi sudah lima tahun rundingan berjalan masih lagi dapat kata putus. Akan tetapi oleh kerana perjanjian ini cukup penting maka kita akan terus dengan usaha-usaha bagi memastikan ia dapat dimuktamadkan. Apa yang utama ialah pengurangan tarif. Kita sekarang ini tarif sudah hampir hapus tetapi ada lagi tarif-tarif yang belum lagi dihapuskan maka ini akan diteruskan. Kedua ialah perkhidmatan dan ketiga perdagangan. Akan tetapi yang penting sekali ialah keseragaman dalam peraturan. FTA ASEAN tandatangan dengan enam buah negara hari ini berbeza-beza peraturan. Jadi tujuan utama yang kita komited ini ialah kerana

dengan adanya RCEP ini, maka peraturan perdagangan di semua negara, 16 buah negara akan lebih seragam. Dengan itu akan dapat permudahkan pelaburan dan perdagangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah pendapat kita mengenai masalah jika salah satu negara besar yang mengundurkan diri seperti mana yang dibuat oleh Amerika Syarikat dengan TPPA? Apakah bidang yang khusus kita minati?

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Pertama, mengenai apa kemungkinan. Sekarang ini 16 buah negara, soalan Yang Berhormat Kepong ialah sekiranya satu negara besar umpamanya membuat keputusan untuk cabut lari, tidak mahu menyertai RCEP seperti mana yang terjadi pada TPP, persoalannya apa terjadi? Jadi setakat ini, ini tidak berbangkit. Kesemua negara-10 negara ASEAN dan enam negara lain iaitu negara China, India, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand semuanya komited. Jadi tidak ada berbangkit. Saya yakin bahawa ini tidak akan berlaku. Itu yang pertama. Bidang-bidang yang penting ialah keseragaman dalam peraturan. Sekarang ini kita ada FTA dengan India, China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand. Ia berbeza-beza mengenai peraturan, jadi kita hendak seragamkan semua sekali. Kalau kita berniaga- kalau peraturan berniaga di China lain, India lain, Jepun lain ini menyukarkan kita. Akan tetapi kalau peraturan yang seragam maka akan permudahkan pula. Itu prioriti kita. Satu lagi ialah akses pasaran. Walaupun kebanyakan cukai telah pun turun ke tahap sifar di beberapa buah negara tetapi ada lagi beberapa tarif yang masih belum dikurangkan. Maka ini penting kerana dengan pengurangan tarif ini sudah pasti ia akan membantu, akan meningkatkan perdagangan. Satu lagi bagi Malaysia ialah pelaburan kerana Malaysia sekarang ini menjadi negara penting dalam pelaburan luar. Syarikat-syarikat kita melihat ke luar negara. Negara Malaysia memberikan peluang yang lumayan tetapi lebih banyak peluang kita dapati di luar negara daripada suku pertama tahun ini umpamanya. Jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara ialah kira-kira RM550 bilion. Satu angka yang besar. Syarikat-syarikat seperti Sime Darby, syarikat-syarikat seperti Petronas, bank- bank kita dan lain-lain punya pelaburan. Jadi dengan adanya peraturan lebih baik untuk melabur di negara-negara, enam buah negara tersebut mempermudah akses syarikat- syarikat Malaysia untuk melabur di negara tersebut. Jadi dari segi prioriti kita yang pertama, hendak seragamkan peraturan perniagaan. Kedua, dapat akses yang lebih baik kepada barang-barang kita, ketiga pelaburan. Inilah antara prioriti kita. Itu sebabnya kita komited untuk memuktamadkan rundingan-rundingan ini secepat mungkin. Terima kasih.

Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai · question

2. Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah punca dan langkah segera yang diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah jemaah haji yang terkandas kerana kelewatan pengeluaran visa Arab Saudi.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan tahniah kepada semua, Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Pukul 4.10 pagi masih lagi duduk Dewan termasuk kakitangan Parlimen dan pagi ini boleh datang tanya soalan. Tahniah. Tuan Yang di-Pertua, sebagai yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum perjalanan seseorang jemaah haji selain kemampuan dari segi kuota termasuk juga visa yang diwajibkan sebagai kebenaran menunaikan haji dan memasuki Arab Saudi. Adalah tidak dinafikan bahawa ketika ini terdapat sebilangan bakal haji yang tidak dapat berlepas ke tanah suci disebabkan oleh masalah pengeluaran visa. Sesungguhnya Tabung Haji amat prihatin tentang kebajikan jemaah haji yang menghadapi cabaran ini dan sedang giat berusaha dengan bantuan dan kerjasama erat Kedutaan Arab Saudi-Kuala Lumpur untuk menyelesaikannya dengan secepat mungkin. Sehingga kini, di saat ini sekitar jam 10 lebih ini kedudukan terkini iaitu 10 Ogos 2017 sebanyak 63 penerbangan dengan lebih 23,700 jemaah telah berlepas ke tanah suci sama ada Makkah dan juga Madinah.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Dalam pada itu sebahagian besar bakal jemaah haji bermasalah visa dan ahli keluarga yang terlibat berjaya diselesaikan dan mereka telah berlepas ke tanah suci. Selepas penerbangan berbaki yang telah saya sebutkan semalam jumlah terkini bakal jemaah haji bermasalah visa. Ini kita sebutkan dengan perkataan bakal jemaah haji bermasalah visa atau ringkasnya ialah BHBV adalah sebanyak 67 orang serta 15 ahli keluarga. Ini sebab bila dia tidak terbang keluarga dia pun turut tidak hendak terbang juga, isteri sebagai contoh dan menjadikan jumlah kepada 82 orang yang masih berada di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses kelulusan visa adalah secara atas talian sepenuhnya serta perlu melalui tiga saluran kelulusan utama secara berperingkat yakni satu persatu iaitulah sistem E-Hajj, kemudian muassasah dan MOFA atau Kementerian Luar Negeri Arab Saudi yang kendalikan sepenuhnya oleh pihak Arab Saudi dan di luar kawalan Tabung Haji. Setelah mendapat kelulusan atas talian online ini barulah pasport jemaah haji boleh dihantar ke Kedutaan Besar Arab Saudi-Kuala Lumpur bagi proses imbasan pasport dan pengeluaran visa. Tambahan pula peningkatan jumlah jemaah haji yang lebih ramai bukan sahaja daripada Malaysia bahkan seluruh dunia pada tahun ini yang mereka ini juga menggunakan sistem atas online yang sama telah mengakibatkan sedikit kegelinciran proses visa. Berikutan itu Tabung Haji telah mendapat komitmen dan bantuan yang amat baik daripada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Pihak Kedutaan Arab Saudi telah mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti penambahan kakitangan. Saya minta maaf, minta lebih masa sebab ini penting sangat-sangat ini. Kakitangan membuka pejabatnya pada hujung minggu untuk mempertingkatkan proses-proses urusan visa. Bagi menangani isu ini Tabung Haji telah mengambil langkah-langkah segera sebagai berikut. Pertama, memastikan kebajikan para jemaah bakal haji bermasalah visa diberikan keutamaan. Tabung Haji telah menyediakan penginapan serta makan minum di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dan hotel-hotel berdekatan bagi mereka yang memerlukan. Di mana kos berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji. Kedua, satu bilik maklumat bakal haji bermasalah visa diwujudkan bagi menyalurkan informasi terkini kepada para jemaah yang terlibat di bilik Seri Setia tingkat satu Kompleks Haji, Kelana Jaya. Bilik ini beroperasi 24 jam. Ketiga, satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi urusan perjalanan mereka ke tanah suci diuruskan dengan sempurna dan memastikan kebajikan mereka terjaga. Keempat, TH telah pun meningkatkan kapasiti pesawat bagi muatan 278 orang Boeing 777 kepada Airbus 330 dengan muatan 420 orang untuk membolehkan bakal jemaah haji bermasalah visa serta keluarga berlepas ke tanah suci secara berperingkat.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Sehubungan itu, Tabung Haji yakin dapat menerbangkan semua jemaah haji terpilih bagi musim ini menjelang atau sebelum berakhirnya tempoh penerbangan ke Tanah Suci pada 26 Ogos 2017 nanti. Saya ingin menasihati agar semua pihak, baik jemaah haji dan keluarga, juga pihak kerajaan melalui Tabung Haji untuk prihatin dan memberikan sokongan sewajarnya bagi menyelesaikan urusan visa bagi semua jemaah dapat menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih kepada Speaker. Terima kasih Menteri. Oleh sebab kita mempunyai hubungan yang agak rapat dengan Arab Saudi, maka apakah langkah-langkah yang diambil oleh Tabung Haji supaya perkara ini tidak berulang lagi untuk tahun-tahun yang akan datang? Ini kerana ia memberi tekanan mental dan juga fizikal kepada jemaah haji dan ada di kalangan mereka itu sehinggakan seminggu, kawan saya sampai seminggu terpaksa stranded di dekat Kelana Jaya. Jadi, sebab itu saya mengharapkan apakah langkah drastik yang perlu diambil oleh pihak Tabung Haji supaya benda ini tidak berulang untuk akan datang? Terima kasih Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gantang. Pertamanya, saya ingin nyatakan bahawa kedua-dua pihak Kerajaan Arab Saudi, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum juga tadi, bahawa kerajaan amat dekat di sudut hubungan dengan Kerajaan Arab Saudi. Namun, dalam masa yang sama juga kita telah mengambil langkah-langkah awal

berjumpa dengan kedutaan dan juga Duta Besar Kerajaan Arab Saudi dan mereka juga amat-amat membantu kita. Walau bagaimanapun, sememangnya hal-hal seperti ini akan dibangkitkan nanti di peringkat selepas daripada pelaksanaan ibadah haji, bila selesai sahaja jemaah balik, Kerajaan Arab Saudi akan menjemput mesyuarat khas di Arab Saudi sendiri. Kita akan maklumkan balik perkara yang berlaku. Namun, untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa kes ini bukan hanya melibatkan Malaysia, di seluruh dunia. Mungkin barangkali atas kesedarannya nanti pada tahun hadapan, proses untuk visa jemaah haji ini akan dipertingkatkan. Sebagaimana yang saya maklumkan juga sebentar tadi, ianya adalah merupakan- perkara visa ini adalah hal yang di luar daripada kawalan Kerajaan Malaysia. Ia adalah merupakan kawalan daripada pihak luar. Namun, kita akan sentiasa memberikan kerjasama yang setinggi mungkin untuk tujuan menyelesaikan masalah. Saya faham sangat bila seminggu kena tahan ini. Ya lah, yang pertama sekali, masih lagi dia duk ingat ilmu yang dia bagi tahu, sabar. Sehari itu, sabar. Hari yang kedua, dia faham sikit-sikit cerita P. Ramlee, “Cobaan!” Hari ketiga, dia bukan ‘cobaan’ lagi dah, dia hendak marah dah Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab saya mengambil kesempatan dengan timbalan dan juga rakan-rakan Tabung Haji, bertemu dengan jemaah haji ini. Dia masuk hari keempat, dia sudah di luar daripada kawalan sebab dia teringat, dia sudah bersalam dengan orang kampung dah, orang kampung pun faham dah, anak, keluarga dia faham dia pergi haji. Akan tetapi masih lagi duduk dekat Kelana Jaya. Jadi, kalau orang telefon pun dia payah hendak jawab, dia hendak jawab belum berlepas lagi, anak-anak hairan. Jadi, ini merupakan bukan satu soal rasa hati daripada kalangan jemaah haji sahaja, termasuk rasa hati daripada pihak Tabung Haji dan juga kita yang menguruskan. Oleh sebab kita pun memahami tekanan yang mereka rasai dan kebimbangan. Takut, bimbang-bimbang dia tak dapat berlepas sehingga sampai penerbangan yang terakhir. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya bagi Yang Berhormat Pendang kali ini. Sila Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalannya, apakah benar ura-ura mengatakan Kerajaan Arab Saudi memperketat saringan ke atas jemaah haji seluruh dunia disebabkan masalah keselamatan kemungkinannya, Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih Yang Berhormat Pendang atas minat dan juga keprihatinan berkaitan dengan jemaah haji yang tidak mendapat visa pergi ini. Mungkin saya boleh sebutkan, sebahagian daripada permasalahan-permasalahan yang berlaku berkaitan visa ini ialah termasuk juga soal keselamatan. Namun, ianya bukan hanya merupakan soal perkara yang utama tetapi ada banyak hal-hal yang berkaitan. Sebagaimana saya sebutkan awal, untuk supaya visa ini dikeluarkan, dia harus mendapat proses kebenaran. Pertamanya, tadi saya sudah sebut tadi tentang e-Haj, kemudian begitu juga kelulusan daripada pihak Muassasah, pengendali jemaah haji yang mewakili untuk Malaysia ini di Arab Saudi dan begitu juga ialah daripada Kementerian Luar Arab Saudi iaitu MOFA. Jadi, selagi tidak mendapat daripada kelulusan utama secara berperingkat melalui sistem online tadi, visa tak dapat di proses. Kemudian dalam masa yang sama juga, pada tahun ini berlaku penambahan kuota haji di setiap negara dunia. Maknanya, bukan sahaja setakat Malaysia tetapi di negara-negara dunia juga turut mendapat tambahan. Mengambil kira juga sistem secara online ini ataupun sistem baru yang diperkenalkan ini, ia baru bermula dua tahun. Kita harap dengan kematangan, pengalaman yang dilalui nanti, pada tahun-tahun yang mendatang, insya-Allah Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, hal yang seperti ini dapat kita atasi secara bersama. Kita harap walaupun di luar kawalan kita, visa ini adalah merupakan daripada kawalan pihak Kerajaan Arab Saudi. Namun, saya yakin bahawa oleh kerana pihak kedutaan, semua kedutaan-kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia dapat melihat hal yang seperti ini dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya pada tahun yang akan datang. Insya-Allah dalam mesyuarat yang nanti bakal kita hadir, di jemput sebab kaedahnya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, dia akan panggil setiap daripada negara-negara yang mewakili ini akan berjumpa satu persatu. Dia bukan mesyuarat secara umum, satu persatu dan teguran-teguran, maklumat, permasalahan akan diberitahu. Kita juga akan menyampaikan permasalahan visa yang menjadi kekangan kepada kita pada tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar · question

3. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah pihak kementerian bersetuju ke atas cadangan untuk memberi pengiktirafan khusus iaitu Hari Profesion Teknikal Negara dan insentif tertentu yang sewajarnya kepada jurutera, arkitek dan juruukur profesional kerana sumbangan dan impak mereka terhadap perubahan besar dan kemajuan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Tidak tidur Yang Berhormat?

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahir Rahmanir Rahim. Dapatlah tidur sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Nampak keliling dalam Dewan tujuh kali.

[Ketawa] Untuk menghilangkan mengantuk Tuan Yang di-Pertua, jadi ada kumpulan kami ini terpaksa membuat tawaf supaya dapat berada dalam keadaan segar walaupun sampai pukul 4 pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau melihat kepada persoalan ini, ada dua bahagian. Pertama, sama ada kementerian bersetuju untuk mengiktiraf ataupun menubuhkan ‘Hari Profesion Teknikal Negara’? Untuk itu, di peringkat kementerian, kita tiada halangan, malahan menyokong untuk mengangkat cadangan Yang Berhormat yang begitu baik ini kepada kerajaan untuk pertimbangan, untuk menjadikan satu ‘Hari Teknikal Profesion Negara’ di wujudkan. Ini memandangkan profesion teknikal ini banyak sumbangan kepada negara. Kalau kita melihat polis, tentera, mereka merupakan barisan depan mempertahankan negara. Akan tetapi bidang teknikal ini, mereka inilah sebenarnya menjadikan infrastruktur bangunan negara kita tersergam indah. Akan tetapi bayangkan kalau mereka cuai dalam tugas mereka, bangunan roboh dan sebagainya, boleh mengakibatkan korban jiwa dan sebagainya. Oleh sebab itu kita menyokong dan kita akan membawa cadangan Yang Berhormat Kuala Kangsar ini kepada kerajaan. Bahagian kedua, insentif. Sama ada kita akan beri insentif kepada profesion teknikal. Ini merupakan satu perkara yang kita perlukan sokongan daripada pelbagai pihak sama ada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta dan pelbagai pihak. Sama ada kita boleh memberikan insentif ataupun tidak. Untuk kementerian, kita sudah berusaha dalam konteks Jabatan Kerja Raya untuk mengangkat cadangan ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Akan tetapi malangnya pada peringkat awal pada tahun 2012, ianya tidak mendapat kelulusan. Insya-Allah, usaha ini kita akan teruskan supaya insentif kepada profesion teknikal ini akan dapat diberikan sebagaimana juga profesion yang lain. Misal kata dalam bidang perubatan, pakar perubatan ada insentif mereka bila mereka menjadi pakar tertentu. Diharapkan ini nanti akan dapat sokongan dan persetujuan daripada pelbagai sektor ataupun stakeholders. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas satu jawapan yang sangat baik. Soalan saya, apakah cabaran dan kekangan lain dalam usaha mengiktiraf peranan dan memberikan insentif kepada profesion teknikal ini selain yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Beberapa cabaran yang saya lihat, pertama sekali dari segi definisi ataupun takrifan siapakah profesion teknikal. Dalam konteks Kementerian Kerja Raya misalnya, kita ada banyak kategori. Kita ada profesional iaitu misal kata kalau engineer, yang ada title “Ir.” “Ir.” ini pula dibahagi kepada dua- satu yang practicing, satu yang tidak practicing. Begitu juga arkitek, kita ada “Ar.” Dan untuk quantity surveyor, kita ada “Sr.” Ini yang profesional yang boleh sain dan sebagainya. Manakala ada juga kategori yang terlibat dalam pentadbiran, ada yang menjadi lecturers dan sebagainya dan juga diiktiraf sebagai ahli graduan dan sebagainya.

Jadi, pertama sekali, kita kena pastikan apakah definisi ataupun takrif yang kita boleh kategorikan sebagai profesion teknikal ini. Kalau kita dapat, barulah kita dapat melihat juga kepada kumpulan-kumpulan ini apakah insentif kepada setiap kumpulan tersebut. Mungkin pada peringkat awal kita boleh berikan kepada mereka yang ada “Ir.”, “Ar.” dan “Sr.” Itu yang pertama. Kedua, kita perlu jaringan dengan semua the stakeholders. Kalau di peringkat Persekutuan membuat, adakah akan dapat sokongan di peringkat negeri? Sebab, profesion ini bukan sahaja di Jabatan Kerja Raya. Mereka juga berada di PBT, ada di kementerian-kementerian lain, ada di institut pengajian tinggi dan sebagainya. Adakah kita akan mendapat sokongan? Ketiga, adakah dari segi kemampuan kewangan- kalau Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk dapat sokongan daripada kementerian, agensi dan jabatan, begitu juga pihak swasta. Sebab, bagaimana profesion teknikal ini yang berada dalam pihak swasta? Adakah swasta akan menyokong? Jadi kita kena libatkan juga persatuan majikan-majikan ini, adakah mereka akan bersetuju dan menyokong untuk memberikan insentif yang sama kepada kumpulan profesion teknikal ini. Jadi, inilah sebahagian daripada cabaran yang saya kira perlu kita ketengahkan dulu untuk melibatkan semua stakeholders dalam perbincangan. Hanya selepas itulah baru kita dapat membawa cadangan ini kepada kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tidak ada yang minat? Baiklah, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Joseph Salang anak GandumPRS · BNJulau · question

1. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, adakah kementerian bersedia meletakkan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian Negeri Sarawak memandangkan lada adalah hasil keluaran pekebun-pekebun dan hampir kesemuanya dari Sarawak.

Datuk Datu Nasrun bin Datu MansurUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Julau. Lembaga Lada Malaysia (MPB) merupakan sebuah agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). MPB bertanggungjawab dalam menerajui industri lada bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh Malaysia seperti yang termaktub di dalam Akta Lembaga Lada Malaysia [Akta 656]. Sekiranya MPB diletakkan di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Negeri Sarawak seperti saranan Ahli Yang Berhormat, kawal selia industri lada hanya terbatas kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Sedangkan, peningkatan keluasan tanaman lada bukan hanya di Sarawak tetapi juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Malahan, keluasan tanaman ini akan diperluaskan lagi di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam masa yang terdekat bergantung pada peruntukan yang akan diluluskan dan kesesuaian tanah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan, penanaman lada adalah kebanyakannya iaitu 98 peratus di Sarawak dan peruntukan hanya sebanyak RM10 juta untuk Lembaga Lada adalah sangat tidak mencukupi. Sekarang industri lada adalah dalam situasi di mana harga lada jauh lebih rendah dari harganya pada tahun lepas tetapi harga baja dan racun serangga naik dan ini akan menyebabkan ramai penanam lada akan meninggalkan industri ini. Ini adalah satu kegusaran kepada kami di Sarawak.

Di sini saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah ataupun tindakan yang diambil oleh Lembaga Lada untuk mengatasi situasi di mana penanam lada adalah berkurangan dari segi pendapatan mereka? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Julau. Memang diakui bahawa harga lada sekarang ini memang dalam paras menurun. Harga yang paling rendah sekali adalah pada tahun 2004 dan tahun 2005. Bagi lada hitam pada 2004 dan bagi lada putih pada tahun 2005. Daripada tahun 2015 itu, maka harga naik sehinggalah harga lada pada suatu ketika menjangkau RM50,000 bagi satu metrik tan lada putih dan RM30,000 bagi satu metrik tan lada hitam. Jadi itu. Sekarang ia dalam proses menurun, tetapi saya yakin dan percaya harga ini akan naik semula ya. Jadi, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha ini ialah untuk memberi insentif-insentif kepada pekebun-pekebun kecil lada dengan memberi wang dan juga input-input kepada peladang-peladang. Akan tetapi, satu perkara yang sedang dibincangkan dengan hebat sekarang ini ialah kita ingin mengadakan satu safety net kepada pekebun-pekebun kecil lada iaitu kita telah letakkan satu paras harga. Bila harga itu menurun sehingga ke paras itu, maka kerajaan akan memberi sumbangan, bantuan kepada para pekebun kecil lada. Jadi itu adalah satu daripada safety net yang telah kita laksanakan. Sebelum itu pun sebenarnya kita juga ada bantuan kepada pekebun-pekebun kecil lada. Bila mana harga lada turun, pekebun-pekebun biasanya tidak akan menjual lada mereka. Jadi Lembaga Lada akan menyediakan kilang-kilang untuk mereka menyimpan lada-lada ini menunggu sehingga harga lada sudah naik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, daripada trend pengeluaran lada semenjak tahun 2005, 2004 berbanding sekarang, apakah trend dari segi jumlah dan nilai keluaran lada daripada Malaysia? Adakah benar bahawa di pasaran dunia ini juga ada lada tiruan? Betulkah ini, Yang Berhormat Menteri? Sebab, ini mungkin menyebabkan ketidakstabilan harga lada di pasaran. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Production ataupun pengeluaran lada kita adalah stabil. Pada tahun 2016, jumlah lada dikeluarkan di Malaysia adalah 28,805 metrik tan. Sebenarnya ini adalah satu jumlah yang cukup besar. Sebenarnya harga dia turun adalah disebabkan Vietnam menanam lada secara besar-besaran. Mereka sebetulnya pada tahun 2013 mengalami harga getah yang menjunam, menurun. Jadi oleh sebab itu, kerajaan telah memberi pekebun-pekebun getah ini supaya berpindah kepada lada.

Sekarang ini terlalu banyak lada dikeluarkan dan sebenarnya, Vietnam adalah pengeluar lada yang terbesar di dunia. Jadi, apabila mereka terlalu banyak di pasaran, maka harga turun. Itu sebabnya harga kita pun terkena juga sebabnya harga kita bergantung pada harga dunia. Jadi, bantuan-bantuan untuk memastikan ini memang banyak. Kerajaan sedang berfikir mencari cara macam mana supaya harga lada kita boleh distabilkan. Akan tetapi, harga lada kita ini sebenarnya memang mahal sebab kita punya lada adalah premium berbanding dengan lada yang dikeluarkan oleh negara- negara lain seperti Vietnam. Sekian, terima kasih.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

2. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Perdana Menteri menyatakan, bahawa memandangkan kos sara hidup dalam negara kita semakin naik dan kedudukan negara dalam World Competitive Index telah merosot dari nombor 12 jatuh ke nombor 24, apakah langkah dan rancangan kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat dan meningkatkan daya saing negara di persada dunia.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, persekitaran yang mencabar pada tahun 2016, telah sedikit sebanyak memberi kesan ke atas daya saing

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

kebanyakan negara membangun dan ekonomi kecil termasuk Malaysia. Ketidaktentuan geopolitik, kelembapan ekonomi dunia dan penurunan harga komoditi utama telah menjejaskan sentimen dan seterusnya menyumbang kepada penurunan kedudukan daya saing negara. Dalam laporan ini, Malaysia berada di kedudukan ke-24 daripada 63 negara pada tahun 2017 dalam World Competitive Index, dengan izin berbanding pada kedudukan ke-19 pada tahun 2016. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun kedudukan negara menurun, skor keseluruhan Malaysia telah menunjukkan peningkatan kepada 83.53 berbanding tahun 2016 iaitu 83.05. Peningkatan skor ini adalah hasil penambahbaikan yang ketara bagi indikator utama seperti pelanggan jalur lebar mudah alih, mobile broadband subscribers, produktiviti buruh, bilangan paten dan pengangguran belia. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan ekonomi semata-mata bukanlah petunjuk yang sempurna bagi menggambarkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Sejak sekian lama, dasar kerajaan sentiasa menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi. Di mana aspek sosial dan kualiti hidup rakyat diberi perhatian yang sama penting dengan pembangunan ekonomi. Justeru itu, bagi mengukur pencapaian sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia ataupun IKHM semenjak tahun 1999 yang mengandungi 10 komponen dan 38 indikator. Seterusnya, IKHM telah diperkukuh dan dimantapkan sebagai Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) pada tahun 2012 agar skopnya lebih menyeluruh dan dapat menggambarkan kesejahteraan rakyat. IKRM mengandungi 14 komponen dan 68 indikator antaranya pengangkutan, komunikasi, pendidikan kesihatan alam sekitar dan keluarga. IKRM telah di tanda aras dengan inisiatif antarabangsa terpilih antaranya OECD Your Better Life Index 2012, Quality of Life Index 2005, Human Development Indicator 2013 dan World Happiness Report 2013. Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan daya saing negara antara lain kerajaan telah mengumumkan produktiviti sebagai salah satu pemacu perubahan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Bagi tempoh 2011 hingga 2015, pertumbuhan produktiviti bekerja hanyalah satu peratus berbanding pertumbuhan KDNK sebanyak 5.3 peratus. Akan tetapi, melalui Blueprint Produktiviti Malaysia yang baru dilancarkan pada Mei 2017, kerajaan telah menetapkan sasaran pertumbuhan minimum produktiviti pekerja pada kadar 3.7 peratus. Bagi melindungi ekonomi Malaysia daripada kesan risiko dan mengekalkan momentum pertumbuhan serta meningkatkan daya ketahanan ekonomi negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif. Antaranya melaksanakan dasar-dasar struktur seperti inisiatif meningkatkan lagi tahap produktiviti pekerja, mempelbagaikan produktiviti ekonomi, meningkatkan hubungan baik dengan negara-negara ekonomi utama, menstabilkan pasaran kewangan, memperkasakan inovasi, menyokong aktiviti perniagaan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan integrasi institusi awam dan swasta bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya kemukakan soalan tambahan. Izinkan saya mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada DAPSY Sabah dan Jawatankuasa Eksekutif DAPSY Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya. Soalan asal saya ada dua... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Taiping, sekejap.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Soalan asal saya ada dua bahagian. Maka, soalan tambahan saya juga ada dua bahagian. Pertama, di mana... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Taiping, saya hendak respons.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Mengalu-alukan pelawat dan saya juga ingin mengalu-alukan pelawat daripada PERKEP IPD Temerloh.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ya, semua dialu-alukan ke dalam Dewan yang mulia ini...

[Dewan tepuk]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua, soalan asal saya ada dua bahagian. Maka izinkan di mana soalan tambahan saya juga ada dua bahagian. Pertama, kedudukan negara kita dalam World Competitive Index. Dalam tempoh lima tahun ini, telah jatuh tiap-tiap tahun daripada tangga ke-12 sehingga sekarang tangga ke-24. Salah satu faktor penting dalam penilaian World Competitive Index adalah gejala rasuah. Mengikut World Transparency Index, kedudukan Malaysia kini telah jatuh ke tangga 54. Satu kedudukan yang paling teruk dalam sejarah sejak kemerdekaan. Kedua, pagi ini Timbalan Pengerusi SPRM, Dato’ Azam Baki telah pun mengeluarkan kenyataan menyatakan di mana kejadian rasuah ini dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu adalah lebih serius dalam negara ini. Maka, soalan tambahan pertama saya adalah adakah kerajaan bak kata pepatah, “Pimpinan melalui teladan”? Adakah kerajaan khususnya anggota Kabinet, sanggup mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan yang mulia ini untuk mencegah rasuah? Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan SPRM sebuah suruhanjaya yang betul-betul bebas dan bukannya tertakluk kepada Jabatan Perdana Menteri- daripada terkini? Soalan tambahan kedua saya, di mana Yang Berhormat Menteri tidak jawab adalah sekiranya Yang Berhormat Menteri baca soalan saya secara teliti di mana saya telah pun tanya, apakah langkah konkrit kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat? Akan tetapi, langsung tidak ada jawapan. Saya hendak tanya kepada kerajaan, pagi ini, harga minyak sudah naik tiga minggu berturut-turut. Apakah langkah konkrit yang akan diambil oleh kerajaan betul-betul berkesan untuk mengurangkan beban hidup rakyat? Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan kadar cukai GST ataupun menghapuskan GST sekiranya keadaan kedudukan kewangan kerajaan sudah stabil? Saya pohon jawapan daripada wakil kerajaan? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat. Panjang Yang Berhormat.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Panjang, panjang fasal ada DAPSY, orang Sabah ada di sini... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, panjang ulasan yang dibuat oleh, ceramah politik dibuat oleh Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Apa yang penting ada jawapan. Panjang atau pendek tidak penting, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak, kita ada banyak jawapan. Sebenarnya soalan yang telah dikemukakan ini very general, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kalau Yang Berhormat membaca, you can get all the information. Hari-hari cakap pasal ini. Baru sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berucap dalam InvestKL, if you read all the facts in there, but kita akan ulang semula untuk pengetahuan Yang Berhormat. Akan tetapi sebelum saya masuk ke tahap, ke stage itu, saya hendak maklumkan, kalau ada persepsi indeks yang telah kita sebut iaitu World Competitive Index ini, ia ada dua komponen. Satu ialah kuantitatif, satu lagi survey. Survey ini adalah persepsi. Bila ditanya, ia persepsi, yang satu lagi kuantitatif. Bermakna kita tengok statistik, kita tengok data dan kita membuat keputusan dan kesimpulan atau mereka membuat kesimpulan berdasarkan data dan angka yang diperoleh melalui agensi-agensi kerajaan dan juga dapatan-dapatan mereka. Akan tetapi ada satu komponen iaitu survey. Survey ini adalah persepsi, apa pandangan dan itu kita jatuh teruk. Saya percaya betul itu kalau Yang Berhormat mengatakan tentang persepsi corruption, betul sebab Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh dan ini sebahagian daripada persepsi bahawa banyak masalah di negara kita ini, orang bertanya, “Adakah rasuah di negara kita ini di Malaysia ini meningkat?”. Betul, sebab Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang telah dituduh dalam mahkamah... [Disampuk] Di mahkamah. Jadi, kalau boleh hendak membantu saya, kerajaan menurunkan indeks ini Yang Berhormat, tolong minta Yang Amat Berhormat letak jawatan ataupun pergi ke mahkamah...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya tadi minta, di mana- macam mana dengan M01, M01 macam mana? Yang Berhormat Menteri pun sudah lari daripada tajuk.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak ada. Tidak ada. You asked the questions...

[Dewan riuh]

M01 mana tuduh. Duduk. Bodoh. M01 mana dituduh. M01 mana tuduh. Dia tidak dituduh.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tarik balik. Tarik balik...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tarik balik. Tarik balik. Ini kerajaan, unparliamentary.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Mengetuk tukul]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tarik balik. Tarik balik. Tarik balik... [Dewan riuh]

Itu kerajaan Pulau Pinang dituduh.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tarik balik. Tarik balik. Tarik balik.

Yang Berhormat Bagan dituduh...

[Dewan riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Kenapa M01 sudah bebas, kenapa dia ditakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebab itulah persepsi negara...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pendang.

Jangan biadab ya. Bodoh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Kamulah bodoh. Dato’ Wira Othman bin Abdul [Pendang] Eh! Pekak. ‘Paria’ M01 belum dituduh. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang sudah dituduh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Negara sudah disita berbilion-bilion di Amerika Syarikat. Kerajaan buat apa, tidur kah?

Mana ada sita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini hari terakhir Yang Berhormat kita bersidang pada mesyuarat kali ini. Yang Berhormat.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Saya belum habis lagi Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya lain. Yang Berhormat Menteri jawab lain. Itu sebab dia- dia yang mengundang kekecohan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua. Dia soal soalan lambung. Kita simbahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tadi Yang Berhormat.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Izinkan saya sambung sedikit lagi. Saya menjawab secara berfakta. Di tanya soalan tentang persepsi bahawa corruption di negara ini bertambah teruk. Ini jawapan daripada Yang Berhormat. Saya bagi fakta. Fakta satu. Ketua Setiausaha Agung parti didakwa. Itu fakta, didakwa bahawa corruption. Janganlah berdiri. Bagi saya jawab. Yang Berhormat. See.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Akan tetapi, saya tanya, adakah anggota Kabinet hendak isytiharkan harta.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Simple. Itu sebabnya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Akan tetapi, lari dari tajuk dan tidak jawab. Itu masalah dia.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

You see. Inilah masalahnya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini putar belit...

[Dewan riuh]

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bila tanya saya soalan yang loaded dengan political insinuation kita jawab dengan fakta. Yang Berhormat sendiri yang melatah. Relax. Yang kecoh di Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Berhormat juga. Di sini kecoh juga. So, saya hendak beritahu persepsi. Jadi, bila survey mengatakan begini orang akan bercakap, ya betul Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa dalam satu kes rasuah. Jadi, persepsi rakyat memberikan bahawa negatif. Maka itu, indeks corruption kita makin turun. Itu sebahagian daripada ia dalam survey yang wujud. Saya percaya. Jadi, dari segi aset kita sudah banyak kali declare dalam Dewan ini bahawa declaration of asset yang dibuat oleh Pulau Pinang, Selangor. Walaupun dengarnya cantik tetapi sebenarnya tidak bermakna kalau dari pandangan saya Yang Berhormat. Kita membuat deklarasi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dan kita membuat keputusan bahawa deklarasi aset Menteri-menteri contohnya, diberi akses kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang Berhormat, bila di Pulau Pinang contohnya di Selangor contohnya. Bila DAP dan juga pemimpin-pemimpin DAP dan juga PKR contohnya. Deklarasi aset tidak bermakna, tidak berlaku rasuah Yang Berhormat. Itu bukan indikasi yang terbaik. Sebab, kalau dia rasuah- kalau. Seorang pemimpin itu rasuah di Pulau Pinang. Dia boleh letak aset dia itu di bawah isteri, di bawah anak, di bawah kroni, proksi dan sebagainya. Jadi, pada pandangan saya jangan ambil kesempatan hanya kerana declaration secara public bermakna sesuatu negeri itu lebih baik dari segi corruption. Tidak. Itu pandangan kita. Kita ada sistem dan sistem itu baik dan kita telah meminta supaya SPRM melihat semua deklarasi aset Menteri-menteri. It’s up to them. Kalau dia nampak ada perubahan nyata dari segi aset penambahan aset. Mereka boleh masuk tanpa bertanya kepada Perdana Menteri. Kedua, kita SPRM independent. Sama ada kita hendak bagi kuasa untuk mendakwa itu terpulang kepada kita. Constitution, Perlembagaan mengatakan hanya Attorney General yang boleh mendakwa. So, itu kita serahkan kepada pihak Parlimen kah kalau perlu. Akan tetapi, pada pandangan kita SPRM adalah satu agensi yang independent. Oleh sebab itu, ramai juga pemimpin-pemimpin daripada pihak kerajaan yang juga didakwa sama juga dengan pihak sebelah sana. Ketiga, menghapuskan GST. We don’t intend to menghapuskan GST. Ini kerana kita berpijak pada bumi yang nyata. Kalau Pakatan Harapan menang pilihan raya, mereka mengatakan GST akan dikurangkan atau dihapuskan. Itu adalah permainan politik semata-mata. Pada kami itu adalah retorik politik hanya untuk menggula-gulakan rakyat dan yang ternyata nanti, semua agensi rating, semua bank-bank yang kita tanya dan memberikan pandangan bahawa itu adalah langkah yang ke belakang. Bila Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan memerintah negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi saya peluang. Inflasi kita memuncak pada 5.1 peratus pada bulan Mac yang lalu dan ia kembali turun sebanyak 3.6 peratus pada bulan Jun yang lalu. Jadi, inflasi ini mungkin disebabkan oleh demand pull. Ini kerana yang pertama, pertambahan penduduk. Kedua, kekurangan bekalan. Ketiga, mungkin pendapatan kita meningkat. Inflasi kita adalah imported inflation dan disebabkan mungkin disebabkan oleh Ringgit kita lemah. Kita kena terima hakikat ini. Saya dapat lihat bahawa banyak usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan ataupun menanamkan sifat kepada rakyat. Pertama menggunakan barangan tempatan dan meningkatkan lagi pengeluaran terutamanya makanan bagi memastikan kita dapat mengawal inflasi ini. Sementara daya saing, ia berkait rapat dengan produktiviti buruh kita. Jadi, saya hendak tahu apakah tahap kemajuan transformasi ekonomi yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan low wages labor intensive industry kepada high wages hi-tech industry. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini baru soalan kualiti, yang datang daripada Yang Berhormat Jasin. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Inflation. Betul, saya amat bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Jasin bahawa inflasi di negara kita ini ada sebahagian besarnya adalah imported inflation. Bermakna barang- barang yang kita import ini mahal dan ini memberikan kesan kepada harga pasaran di

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

negara kita. Saya bersetuju bahawa kalau kita menceritakan cost of living ini kita banyak bercerita tentang kos barangan dan semua negara dalam dunia ini melalui fasa tersebut. Tidak ada satu negara yang deflation. Mungkin satu dua. Very unique. Akan tetapi tidak ramai yang bercakap tentang komponen yang satu lagi iaitu peningkatan income. Bila kita bercerita tentang kos sara hidup, lebih banyak lebih ramai yang bercakap bagaimana hendak mengurangkan kos. Ini almost impossible to do, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, kita kena mengalihkan pandangan selain daripada kita cuba menstabilkan kos tetapi satu komponen disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi iaitu meningkatkan pendapatan. Itu juga boleh menangani kos sara hidup. Oleh sebab itu, kita ada kerajaan mengadakan banyak program untuk meningkatkan pendapatan, memberikan- memudahkan rakyat, meningkatkan pendapatan, upskilling program, reskilling program, retooling, automation, mechanization. Ini semua dapat memberikan pendapatan yang lebih kepada syarikat, kepada individu dan ini akan membantu untuk menangani kos sara hidup. Saya bersetuju. Malah, saya berpandangan bahawa kita perlu berbicara tentang bukan lagi kos sara hidup. Walaupun itu, penting perlu difikirkan. Akan tetapi, kita kena juga lihat standard dan quality of life. Standard and quality of life. Betul harga barangan naik tetapi apakah standard dan quality of life, dengan izin, di negara ini meningkat atau tidak. Ini satu indikasi yang mungkin lebih baik untuk kita perhalusi. Kedua, tentang berdaya saing. Saya bersetuju bahawa produktiviti buruh itu penting. Oleh sebab itu kita tidak berpuas hati untuk RMK-11 kita letak pada tahap 3.7 peratus target untuk produktiviti buruh di negara kita ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab satu lagi komponen kecil dalam jawapan soalan asal. Kalau Yang Berhormat daripada Taiping melihat kepada sub indeks tadi yang World Competitive Index. Oleh sebab soalannya ialah kenapa kita merosot dan kemudian apakah kos sara hidup, ditanya juga apakah daya saing apa tindakan kerajaan terhadap kos sara hidup. Saya hendak beritahu dalam satu sub komponen indeks yang World Competitive Index ini ialah indeks kos sara hidup. Which is one of the components - many components yang make up the World Competitive Index. Indeks kos sara hidup dalam sub komponen indeks World Competitive Index ini, sebenarnya kita meningkat ataupun menurun ataupun kedudukan kita lebih baik daripada tangga 20 kepada 14 sebenarnya. Indeks kos sara hidup sub komponen kepada World Competitive Index ini.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

The sub component index actually kita meningkat daripada tangga 20 naik kepada tangga 14 iaitu enam anak tangga peningkatan. Jadi kalau dilihat secara mendalam, ada benda yang kita mungkin kurang banyak kepada persepsi tetapi dari segi realitinya, saya rasa banyak juga yang kita telah meningkat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

3. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, bilakah Jalan Kemaruak, Jalan Buang Sayang dan Jalan Sungai Rotan, Kinabatangan dapat dinaiktarafkan.

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Machang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Untuk makluman Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat iaitu Jalan Kemaruak, Jalan Buang Sayang dan Jalan Sungai Rotan di Parlimen Kinabatangan, setakat ini kita tidak menerima makluman cadangan pelaksanaan daripada pihak kerajaan negeri. Oleh sebab yang demikian, ia tidak tersenarai juga sebagai cadangan untuk dilaksanakan oleh pihak kementerian. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, jalan yang saya maksudkan ini adalah jalan utama di kampung-kampung dan saya agak terperanjat jugalah jalan ini tidak disenaraikan. Walau bagaimanapun, saya memintalah pihak kementerian kalau boleh mendaftarkan, meregisterkan tiga batang jalan ini untuk diberi keutamaan. Saya melihat bahawa memang kementerian dan Kerajaan Barisan Nasional mempunyai komitmen yang tinggi

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

ke arah untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Justeru itu, saya juga ingin bertanya, berapa kilometer sudahkah jalan-jalan luar bandar yang telah dibangunkan oleh kementerian dan melibatkan jumlah peruntukan berapa banyak sudah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk membangun jalan-jalan luar bandar di seluruh negara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan Yang Berhormat Kinabatangan itu. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya kementerian amat memahami tentang keperluan infrastruktur masyarakat luar bandar terutamanya jaringan jalan-jalan raya agar ia menjadi lebih selesa. Kementerian juga mengambil maklum berkenaan dengan cadangan pelaksanaan yang telah dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat sekejap tadi. Oleh sebab yang demikian, kita meminta kalau boleh pihak Yang Berhormat mengemukakan satu surat kepada pihak kementerian dan juga boleh melalui pihak kerajaan negeri untuk memaklumkan kepada kita, pihak kementerian agar kita dapat mengemukakan lanjutan permohonan ini kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seboleh-bolehnya kita akan berusaha untuk memasukkan ke dalam Rolling Plan yang akan datang untuk Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Walau bagaimanapun, saya bagi pihak kementerian ingin mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat kerana memang Yang Berhormat ini seorang Ahli Parlimen yang bijaksana. Mengikut rekod kementerian yang saya semak, Kinabatangan ini memang menerima peruntukan yang besar daripada KKLW. Macam mana Yang Berhormat buat itu saya tidak tahulah, tetapi jumlahnya saya tidak boleh sebut di sinilah. Tentang soalan Yang Berhormat berkenaan dengan jumlah peruntukan untuk seluruh negara jalan luar bandar. Ia projek keseluruhan ringkasan bagi 2017 ialah berjumlah- jumlah keseluruhannya ialah RM6.5 bilion, hampir. Kalau tepatnya RM6,458,397. Untuk Sabah sahaja, walaupun mungkin Yang Berhormat saya lupa tadi tanya tidak berkenaan dengan Sabah, untuk Sabah, RM2.3 bilion telah dibelanjakan untuk jalan luar bandar. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Wong Ling BiuDAP · PHSarikei · question

4. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Perdana Menteri menyatakan, bahawa FELDA telah mengalami kerugian yang besar dalam saham FGV terutamanya ramai di kalangan para pelabur telah meminjam pelaburan wang dari bank untuk melabur dalam saham FGV. Apakah tindakan kerajaan supaya mereka boleh mendapatkan kembali keuntungan dari pelaburan mereka.

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Soalan nombor 4 ya.

Nombor 4.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pelaburan dalam mana-mana Syarikat Senaraian Awam mempunyai risiko naik dan turun, begitu juga pelaburan dalam FGV. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga saham FGV menjadi tidak menentu antaranya adalah: (i) faktor prestasi kewangan; (ii) harga minyak sawit mentah dunia; (iii) cuaca; dan (iv) sentimen pasaran. Pelabur-pelabur saham FGV adalah terdiri daripada pelbagai institusi dan individu termasuklah para peneroka FELDA. Dalam membantu meringankan beban peneroka, pada 1 Oktober 2012, FELDA telah menebus sejumlah saham yang dipegang oleh peneroka sebanyak 800 unit setiap peneroka kepada harga kos RM3,560 dan tidak termasuk fi serta caj-caj perkhidmatan bank yang lain untuk setiap peneroka.

Melalui penebusan ini, peneroka diberi kemudahan pinjaman tanpa faedah dengan kadar bayaran balik serendah RM50 sebulan sahaja selama 76 bulan iaitu enam tahun empat bulan. Peneroka juga turut dibenarkan membuat jualan dan berhak untuk mendapat dividen yang diisytiharkan oleh FGV. Terkini, kerajaan telah mengumumkan enam inisiatif kepada peneroka sempena Hari Peneroka pada 24 Julai 2017. Antaranya adalah kerajaan mengumumkan pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV dengan kadar ringgit ke ringgit. Bagi peneroka yang telah habis membayar pinjaman, ganjaran tunai RM1,820 akan diberikan. Justeru, sudah tidak menjadi sebarang isu saham FGV yang memberi kesan beban kepada peneroka, malahan mereka akan terus menerima dividen yang diisytiharkan oleh FGV setiap tahun. Jumlah pemberian dividen yang diterima oleh peneroka yang memegang saham FGV sebanyak 800 unit bagi setiap peneroka tadi akan menerima sebanyak RM360. Selain itu, FELDA juga telah mengagihkan pendapatan dividen FGV yang diterima melalui pegangan 20 peratus saham FGV kepada peneroka yang layak. Jumlah keseluruhan pemberian dividen berkenaan sehingga kini adalah sebanyak RM254,500, 236.86. Terima kasih.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri. Soalan tambahan saya, terdapat banyak skandal yang melibatkan berjuta-juta Ringgit Malaysia berkaitan dengan FELDA seperti pembelian ladang kelapa sawit di Indonesia, pembelian hotel di United Kingdom. Hal ini telah menghalang banyak pelabur daripada melabur di FGV. Apakah langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan skandal ini tidak akan berlaku lagi dan keyakinan pelabur akan kembali semula dan melabur dalam FGV lagi?

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya perlu membetulkan bahawa pelaburan di Indonesia itu dibuat oleh Kumpulan FELDA, bukan FGV. Kedua, saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas perniagaan FGV kerana seperti Yang Berhormat sedia maklum, FGV adalah syarikat bursa saham dan mereka terpaksa mematuhi pelbagai bentuk peraturan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat untuk kita memastikan harga saham FGV itu kembali pulih. Salah satu faktor adalah keyakinan pelabur. Jawapan kepada apa yang sedang kita lakukan, sebenarnya kita boleh lihat pelbagai usaha sedang dibuat. Pelantikan apabila tamat tempoh pengerusi yang lama, Yang Berhormat Johor Bahru telah dilantik dan pelbagai perkara sedang beliau usahakan. Pihak kerajaan akan sentiasa mencari kaedah bagaimana dapat kita pastikan perusahaan perniagaan Kumpulan FELDA itu dapat memberi faedah kepada para peneroka. Jadi, terima kasih banyak atas concern atau minat Yang Berhormat tentang kedudukan FELDA. Terima kasih.

[Bangun]

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya bagi pemimpin belia FELDA, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini sebenarnya dekat dengan saya. Sebagai seorang anak peneroka, sebenarnya saya cukup berterima kasih di atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan enam insentif yang telah diberikan kepada peneroka FELDA dan sebenarnya kalau kita lihat isu berkaitan dengan FGV ini, memang agak dekat dengan peneroka. Oleh sebab itulah apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menjawab berkaitan dengan apakah peneroka ini mendapat kesan yang besar hasil daripada kerugian yang telah berlaku apabila penurunan harga saham FGV tersebut. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada minggu lepas, ada dakwaan mengatakan FGV kerugian hampir RM2 bilion apabila berlakunya kerugian dalam pelaburan yang telah dibuat dan kenyataan ini sebenarnya dilihat memberikan kesan yang agak negatif kepada FGV dan juga institusi FELDA itu sendiri. Jadi minta jasa baik daripada pihak Menteri untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang kerana salah satu inisiatif yang diumumkan itu turut dibangkitkan di Dewan ini oleh Yang Berhormat iaitu mengenai pembinaan rumah di atas tapak yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri. Jadi kita ucap tahniah juga kepada Yang Berhormat Sekijanglah kerana telah berjuang sebagai orang muda di FELDA. Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat membangkitkan soal RM2 bilion ini sebab saya yang buat kenyataan itu dalam salah satu soalan yang dikemukakan. Ada banyak soalan tentang FGV ini yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tetapi soalan itu tidak naik. Jadi jawapan bertulis kita beri dan saya memberitahu bahawa RM2 bilion dicatatkan atas kertas, paper loss yang tidak pun dimasukkan dalam penyata kewangan FELDA disebabkan syarikat kita itu atau dipanggil syarikat bersekutu. Dalam Dewan ini saya hendak buat satu penjelasan supaya semua faham sebab bila kenyataan itu keluar, ramai di pihak pembangkanglah terutamanya beritahu seolah-olah kita hilang duit. Yang Berhormat, pertama sekali saya hendak beritahu, sebelum Jun 2012, FGV adalah syarikat penuh FELDA. 100 peratus milik penuh FELDA dan Koperasi FELDA. Kita buat keputusan untuk jual saham kita 66.33 peratus. Bukan kita beli saham, kita jual saham kita. Itu yang dimaksudkan penyenaraian. 66.33 peratus itu telah memberi pendapatan kepada pihak FELDA sebanyak RM6 bilion. Maknanya keputusan itu telah memberi keuntungan kepada FELDA dan RM4 bilion dibelanjakan untuk memberi faedah kepada para peneroka. Itu yang pertama. Yang kedua, jatuhnya harga atas kertas bila harga terbitan RM4.55 sen sekarang ini lebih kurang RM1.57 sen, maka turun. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, beritahu juga dengan rakan-rakan yang tidak ada dalam Dewan ini. Bila naik pun saham FGV ini, FELDA pun tidak boleh cash out, tidak boleh ambil untung tersebut sebab apa? Sebab pegangan 33 peratus itu tidak akan kita lepaskan kerana waktu penyenaraian, kita telah pajakkan 350,000 hektar tanah kepada FGV. Kita beri 72 kilang memproses kepada FGV. Syarikat gula, syarikat logistik dan sudah tentu kalau harga naik, kita suka tetapi tidak dapat kita cash out, sebab apa? Sebab kita nak kekalkan penguasaan syarikat FGV itu tadi. Jadi Yang Berhormat, waktu kita ada 33 peratus sekarang ini, kita bukan beli saham FGV. Kita jual 66.33 peratus dan dapat untung RM6 bilion. Jadi 33 peratus tidak pun melibatkan sebarang pembiayaan dan jatuh turun harga dalam kita usahakan. Yang penting, saya nak sambung. Minta maaf panjang sikit. Daripada tempoh Jun 2012 sehingga 2017, kita telah dapat dividen sebanyak RM581 juta. Kalau syarikat itu syarikat yang rugi, mana mungkin dia boleh bagi dividen sebanyak itu. Banyak syarikat di Bursa Saham tidak mampu beri dividen, FGV telah memberi dividen kepada semua. Jumlah keseluruhan ialah 45 sen dan 33 peratus pegangan FELDA telah memberi pulangan sebanyak RM581 juta tidak termasuk 15 peratus untung hasil ladang, tidak termasuk komitmen FGV bayar FELDA tiap-tiap tahun RM250 juta, tidak termasuk dua peratus daripada untung kepada Yayasan FELDA dan semua ini adalah satu perusahaan yang sebenarnya telah memberi faedah namun kita akan terus mencari jalan untuk meningkatkan perusahaan kita. Yang paling penting, kita tidak hilang RM2 bilion. Kita hanya mencatatkan kerugian sebab harga saham FGV. FGV telah mencatatkan keuntungan setiap tahun sehingga mampu memberi dividen. Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri atas jawapan. Soalan saya ringkas sahaja. Walaupun kita dengar tadi peneroka diberikan pelbagai insentif dan sumbangan untuk menanggung kerugian saham FGV tetapi peneroka masih juga menanggung kerugian kerana pemegang saham FGV yang utama iaitu Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah pun mengalami kerugian sebanyak RM590 juta untuk tahun 2014 dan 2015 dan ini adalah jawapan rasmi Menteri. Jadi saya ingin tanya bagaimana strategi kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dan dalam masa yang sama dapat menampung kerana jumlah yang besar ini tentunya akan memberikan beban kepada peneroka. Terima kasih. Kerugian yang besar.

Kalau merujuk kepada soalan khusus itu, peneroka tidak menanggung beban yang besar dan kita hendak beritahu juga KPF tetap dapat memberi dividen, antara koperasi yang dapat memberi dividen. Pernah satu peringkat waktu penyenaraian sehingga 21 peratus tetapi dividen 10 peratus itu tidak pernah gagal diberikan oleh pihak KPF. KPF mempunyai satu dana, saiz dana yang sangat sihat. Sebab itu mereka mempunyai pelbagai bentuk pelaburan. Salah satunya seperti yang disebut. Namun begitu, untuk mengatakan memberi kerugian besar, tidak betul. Sebab KPF turut dapat memberi dividen tanpa henti.

Bonus mungkin berbeza-beza bergantung kepada kejayaan pelaburan dan sudah pun dapat mengembangkan sayap untuk membuat KPF II. Maknanya kepercayaan para peneroka yang 100 peratus keuntungan perniagaan di bawah KPF itu akan dikembalikan kepada para peneroka. Saya tak pasti Yang Berhormat merujuk di mana tetapi kalau KPF lah sebenarnya mereka tidak pernah gagal untuk memberikan dividen atas segala bentuk pelaburan yang bermacam-macam.

Hasbi bin HabibollahPBB · GPSLimbang · question

5. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, mengapakah pembinaan fasa 4 untuk Jalan Meritam- Telahak-Buangabai-Pengkalan Rejab-Sungai Poyan belum bermula sedangkan peruntukan telah diluluskan, dan bilakah pembinaan jalan tersebut akan dimulakan.

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, tender bagi pelantikan kontraktor untuk Fasa 4 jalan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat telah pun dilaksanakan dan telah pun ditutup pada 16 Mei tahun ini, tahun 2017 yang lalu dan sekarang ini di dalam peringkat penilaian oleh pihak JKR Negeri Sarawak. Kita menjangkakan surat setuju terima akan dapat dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya insya-Allah selewat-lewatnya pada September tahun ini juga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya fasa 4 ini take off juga. Untuk makluman Menteri, bahawa jalan ini ada empat fasa. Fasa 1 sudah siap di bawah Pakej RM1 bilion dahulu. Fasa 3 sudah siap, fasa 2 sebenarnya under construction tetapi telah pun terbengkalai dan delay dan telah pun diretender. Pelaksanaannya sepatutnya 4 Disember 2016 dan sepatutnya siap pada 5 Mei 2017 tetapi pada masa ini, fasa 2 peringkat jalan ini juga telah kontraktor baru nak mula dan halfway dan sekarang ini pun terbengkalai juga. Jadi kita minta kepada kementerian untuk melihat kenapa juga fasa 2, part of this road ini juga terbengkalai pada masa ini pelaksanaannya dan daripada sejarahnya ini, kita berharap pihak kementerian dan kerajaan untuk membina fasa 4 ini supaya memilih kontraktor yang betul-betul berwibawa untuk melaksanakannya supaya tidak ada terbengkalai lagi kerana impaknya ialah rakyat ingat kita, kerajaan yang tidak menunaikan janjinya tetapi padahal memang kerajaan sudah buat semua tetapi pelaksanaannya. Itu soalan saya.

Apakah, bilakah hendak meneruskan kerja fasa dua ini juga? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya dengar suara-suara sayup-sayup daripada Yang Berhormat Seputeh ini, saya pun tidak faham kenapa dok menyampuk ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, fasa dua memang tidak dapat dinafikan terdapat sedikit kelewatan di dalam pembayaran. Sebenarnya projek ini adalah disebabkan oleh kelemahan kontraktor dalam melaksanakan kerja. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan Yang Berhormat tadi supaya pelantikan kontraktor ini memang ia dibuat secara telus kerana ia tender. Jawatankuasa penilaian ini telah mengambil kira semua faktor dari semua sudut sebelum mengambil kira kontraktor mana yang layak untuk melaksanakan satu-satu projek di bawah KKLW khususnya. Buat masa ini, isu tersebut telah pun selesai dan kontraktor utama dengan subkontraktor juga kita telah mengarahkan untuk menyediakan jadual kerja terkini dan pihak JKR memaklumkan kepada kita, menjangkakan bahawasanya projek ini akan dapat disiapkan pertengahan September 2017. Satu lagi sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat terdapat isu pertindihan jajaran fasa empat dengan projek Pan Borneo fasa 2 ini. Terdapat pertindihan. Pihak kementerian telah dimaklumkan bahawa projek seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ada pertindihan dengan projek Lebuhraya Pan Borneo fasa dua, seksyen dua. Tedungan CIQ ke Pandaruan, CIQ Sarawak- pihak kementerian telah mengeluarkan surat kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak pada 19

Julai 2017 untuk memaklumkan berkaitan dengan isu pertindihan sebagaimana yang dimaksudkan ini. Kemudian untuk makluman Yang Berhormat bahawa perbincangan mengenai isu ini akan dibuat pada hari ini oleh pihak Yang Berhormat Menteri KKLW dengan Ketua Menteri Sarawak, perbincangan secara lebih lanjut akan diadakan pada hari ini dan insya-Allah kita berharap semua permasalahan yang terdapat di dalam isu projek ini akan dapat diselesaikan dalam kadar yang segera untuk memberi faedah dan manfaat kepada rakyat dan itulah sebenarnya matlamat kerajaan, tidak lain tidak bukan untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, minta sedikit tentang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak ada peraturan macam itu Yang Berhormat.

Boleh minta?

Nik Mazian bin Nik MohamadPAS · PRPasir Puteh · question

6. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan: (a) adakah kementerian akan menambah baik tali air-tali air Jabatan Pengairan dan Saliran yang ada di sekitar Parlimen Pasir Puteh yang tidak diguna sebagai pengairan sawah- sawah padi yang ada, ini adalah disebabkan tali air-tali air ini adalah penyebab banjir apabila air sungai yang melimpah ketika musim hujan; dan (b) membina longkang yang lebar dan dalam di sekitar bandar Pasir Puteh supaya dapat mengelakkan air yang bertakung ketika musim hujan.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Tangkak kawasan Parlimen Ledang... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, sistem pengairan yang tidak digunakan serta tidak beroperasi di Jajahan Pasir Puteh hanya terdapat di kawasan berikut; Bendang Merbau Carak dengan keluasan 37 hektar. Bendang Nering dengan keluasan 22 hektar. Semenjak tahun 2000, sistem pengairan kawasan bendang ini tidak lagi beroperasi kerana sebahagian petani di kawasan tersebut telah berhijrah mengusahakan tanaman kekal iaitu getah dan kelapa sawit, tidak ada lagi tanaman padi. Walau bagaimanapun, sistem pengairan di kawasan ini telah dikenal pasti bukan penyebab utama kepada banjir tersebut. Punca utama banjir yang berlaku di Jajahan Pasir Puteh akhir tahun 2016 dan awal tahun 2017 iaitu tahun ini adalah kerana pertama, hujan berterusan dari tarikh 2 Disember 2016 hingga 6 Disember 2016 menyebabkan limpahan air sungai di sekitar Jajahan Pasir Puteh. Kedua, hujan luar biasa lebat pada tarikh 20 Januari 2017 hingga 22 Januari 2017 merupakan punca berlaku limpahan air secara menyeluruh di sekitar Jajahan Pasir Puteh menyebabkan banjir. Pihak JPS Jajahan Pasir Puteh telah memohon peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas, RP3 2018 di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk menaik taraf beberapa skim pengairan iaitu Skim Pengairan Jeram 1, Skim Pengairan Jeram 2, Skim Pengairan Telosan 2 dan Skim Pengairan Taweh. Untuk makluman juga di Jajahan Pasir Puteh di kawasan pengairan turut dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin-Semarak selain daripada pengawasan JPS, Jajahan Pasir Puteh. Bagi isu cadangan melebarkan longkang di sekitar bandar Pasir Puteh, kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan juga KPKT dalam memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan sistem saliran bandar tersebut. Sekian, terima kasih

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Ada dua komponen sebenarnya soalan ini iaitu pertama tentang pengairan dan pengairan kita tahu ialah selalunya untuk pertanian padi dan kita lihat bahawa ada tanah-tanah yang dahulu ada perairan sudah tidak- perairan itu ada masalah yang menyebabkan tanaman padi tidak berjaya dan petani terpaksa menukar kepada tanaman kekal. Ini merugikan masa depan kita kerana makanan negara tidak mencukupi sedangkan getah ini harga komoditinya cukup rendah sekarang ini. Jadi kerugian besar kepada negara disebabkan oleh sebab bekalan air yang tidak mencukupi. Jadi soalan saya, komponen pertama- saya dengar tadi ada juga usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan semula atau menghidupkan semula atau memperelok semula tali-tali air untuk mengekalkan air kepada tanaman ini. Saya ingin tahu apakah sebenarnya air cukup atau tidak untuk tanaman padi sekurang-kurangnya untuk sekali setahun atau untuk dua kali setahun di kawasan Pasir Puteh. Itu pertama. Komponen yang kedua ialah tentang saliran iaitu untuk menyalurkan air hujan yang melimpah sehingga menyebabkan takungan dan juga banjir, maka perlu kepada saluran yang baik. Akan tetapi selalunya kita ada masalah besar di Kelantan ini, jalan- jalan kita, paritnya tidak ada. Dibuat jalan, paritnya tertimbus atau yang ada parit ditimbus oleh penduduk atau kita tidak rancang membina parit dahulu. Jadi jalan pun rosak dan rumah pun banjir. Jadi apakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bahawa mana- mana parit yang tidak ditimbus dan menyediakan parit-parit yang baru untuk memastikan bahawa saluran air itu dapat mengalir dengan baik dan tidak mendatangkan takungan dan banjir. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sebenarnya kepakaran ada di JPS tentang pengairan dan saliran. Ini lebih kepada pengairan dan JPS di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersedia pada bila-bila masa untuk mengaplikasikan segala kepakaran tersebut berdasarkan kepada pelan perancangan menyeluruh yang diperlukan oleh Kementerian Pertanian khususnya untuk naik taraf dan sebagainya kawasan bendang yang dimaksudkan. Terpulang kepada Kementerian Pertanian, kita bersedia. Sebab itu saya sebut tadi ada usaha daripada pihak Kementerian Pertanian untuk menaik taraf beberapa skim pengairan, itu satu perkara.

Tentang banjir dengan sebab ada tertimbus dan sebagainya, pada saya ia perlukan penyelesaian secara menyeluruh, bukannya piecemeal, dengan izin. Selama ini banyak isu atau masalah parit tersumbat, banjir kilat dan sebagainya dibuat secara ad hoc hanya untuk jangka masa pendek tetapi bagi tujuan menyeluruh dengan sebab itulah JPS memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Bukan setakat JPS sahaja tetapi perlukan satu pendekatan menyeluruh ataupun NBOS yang melibatkan semua jabatan dan juga peringkat kerajaan, Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan peringkat ketiga iaitu PBT maka dengan sebab itulah saya hendak tegaskan sekali lagi di sini bahawa cadangan Rang Undang-undang Sumber Air Negara itu penting kerana ia merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan sumber air. Sumbernya sentiasa wujud, terpelihara, tidak tercemar dan sebagainya. Bagi menjawab sama ada cukup atau tidak, itulah maksud kami di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kalau pengurusannya sempurna contohnya di JPS ada pendekatan National Water Balance Management System (NAWABS). Begitu juga ada Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA), itu semuanya ke arah untuk menjamin keperluan air yang cukup bagi empat sektor, iaitu: household, dengan izin, rumah; kedua, industri; ketiga, pertanian; dan keempat, yang penting juga alam sekitar. Itu jawapan saya secara menyeluruh. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dapat juga. Bagi kawasan bandar, sejak akhir-akhir ini berlaku banjir yang disebabkan oleh sistem saliran yang tidak diselenggarakan dengan baik. Saya ingin tahu bagaimanakah kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menangani isu banjir di bandar ini, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Isu banjir di bandar ini banyak sebab, bukan sahaja sistem pengairan untuk membawa keluar air yang melimpah dalam kawasan bandar ke mainstream ataupun ke parit utama dan juga ke sungai, begitu juga sistem dalam bandar tersebut. Cuma yang saya boleh jawab di sini adalah pertamanya, memang perlu kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri bukan sahaja dari segi

peruntukan yang cukup tetapi juga dari segi semua pihak terutamanya peringkat pelaksana, orang ramai, kerajaan di peringkat negeri dan juga PBT untuk mengaplikasikan. Mengadaptasi kesemua garis panduan yang telah pun dikeluarkan oleh pihak JPS sebagai jabatan yang menjadi penasihat utama kejuruteraan pengairan dan saliran, hidraulik dan sebagainya. Seperti yang saya sebutkan tadi ada garis panduan seperti Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) dan ada beberapa lagi yang banyak di sini water balance system dan sebagainya, maka kesemuanya perlu diadaptasi dan dengan sebab itulah saya sebut sekali lagi tadi Rang Undang-undang Sumber Air Negara itu penting. Kalau Rang Undang-undang Sumber Air Negara ini dapat diluluskan satu masa nanti di Dewan Rakyat ini, kita masih dalam peringkat akhir untuk memurnikan cadangan tersebut dan diterima pakai oleh semua kerajaan negeri, ini merupakan satu kerjasama yang erat dan insya-Allah dapat membantu isu untuk menyelesaikan masalah banjir kilat dan lain-lain berkaitan dengan sumber air. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya memang berminat dengan sawah padi ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun melawat kawasan saya dan saya telah pun menunjukkan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri soal bagaimana kita mentransformasikan jelapang padi yang mana satu terlibat dengan banjir oleh sebab disebabkan global phenomena ini tidak menentu. Cuaca kita tidak menentu dan juga kepada jelapang-jelapang padi yang rendah yang mana air pasang laut ini telah melimpah kepada kawasan-kawasan jelapang padi. Jadi saya ingin meminta penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana pihak kementerian membantu pemilik-pemilik tanah sawah padi ini yang dilanda oleh air pasang laut kerana mereka hilang sumber pendapatan. Adakah pihak kementerian membuat sesuatu misalnya membuat canal ataupun supaya menaikkan tanah-tanah tersebut supaya dapat ditanam bahan-bahan atau tanam-tanaman yang lain seperti kelapa matag ataupun kelapa pandan ataupun lain-lain tanaman yang memberi hasil kepada pendapatan penduduk luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan dia jauh jangkauannya. Betul saya telah melawat kawasan Putatan, beliau telah pun menunjukkan kepada saya beberapa isu dan pada saya terpulang kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pelan jangka masa panjang. Kepakaran kita ada, tidak ada masalah. Kita boleh sekat atau boleh halang air masin masuk kawasan bendang. Kita boleh menggunakan teknologi yang terkini, ilmu kejuruteraan dan sebagainya, tidak ada masalah. Terpulang kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membuat pelan jangka masa panjang dan kita akan sentiasa bekerjasama dengan...

Mahu tanya pihak kementerian bukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini soal global.

Seperti yang saya sebutkan tadi kepakaran sedia ada, tidak ada masalah. Saya hendak sebut di antara projek yang telah pun diluluskan di Putatan adalah- ini termasuklah di antara isu yang ditimbulkan tadi adalah RTB Sungai Ketiau, Putatan Sabah. Kos keseluruhan RM20 juta dan tahun ini telah pun disediakan peruntukan RM500,000 untuk kerja-kerja awalan. Ini di antaranyalah dan ada beberapa lagi, kalau buka nanti Yang Berhormat Putatan susah hati juga kerana seolah-olah banyak peruntukan sampai ke Putatan. Sekian, terima kasih.

Shaharuddin bin IsmailUMNO · BNKangar · question

7. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, rancangan kerajaan menaik taraf Jalan Persekutuan daripada Changlun hingga ke Kuala Perlis di mana struktur jalan raya yang tidak diselenggarakan dengan baik dan boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Persekutuan daripada Changlun hingga ke Kuala Perlis juga dikenali sebagai FT194 melibatkan jarak sepanjang 24 kilometer dan merupakan jalan dua lorong, dua hala atau, dengan izin, dual carriageway dengan reka bentuk piawaian JKR R5. Kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan rutin seperti penampalan lubang jalan atau pot-hole, dengan izin, penyenggaraan bahu jalan, memotong rumput, pembersihan perabot jalan dan mencuci

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

sistem saliran dan perparitan bagi laluan tersebut adalah RM41,250 sebulan dan kos penyelenggaraan rutin selama setahun adalah RM495,000. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala pula untuk tempoh dari 2014 hingga 2016, Kementerian Kerja Raya telah membelanjakan peruntukan bagi penyelenggaraan berkala berkaitan pavement sebanyak RM2.5 juta untuk laluan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan sebanyak RM1.8 juta untuk penyelenggaraan berkala pavement untuk tahun ini manakala RM200,000 lagi telah diluluskan untuk memperbaiki dan menggantikan guardrail ataupun penghadang jalan yang dengan izin menggunakan kaedah wire rope di tempat tersebut, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jalan Changlun ke Kangar ini merupakan jalan utama ke Perlis dan pintu masuk juga ke Langkawi. Akan tetapi melalui keadaan yang berlaku sekarang, permukaan yang tidak rata, berlopak dan pembahagi jalan yang tidak sempurna, terdapat juga design yang tidak sempurna dan berbahaya. Apa yang saya maksudkan ini adalah apabila kita memandu di lorong kanan yang agak laju dan kemudian kita berhadapan dengan susur keluar ataupun U-turn. Akan tetapi di kawasan tersebut, penunjuk arah jalan ataupun signboard ini berada agak ke tengah sedikit daripada lorong kanan dan ia amat berbahaya, terutama di waktu malam. Jadi, soalan saya. Melalui peruntukan MARRIS ini, adakah kementerian bercadang untuk yang pertama, menaik taraf pembahagi jalan atau divider? Kedua, menaik taraf supaya keadaan bahaya ini dapat dielakkan? Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dengan kawasan beliau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan, tidak menggunakan peruntukan MARRIS. Malahan ia menggunakan peruntukan Persekutuan yang dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya dan pelaksanaannya melalui JKR untuk diarahkan kepada syarikat konsesi. Manakala, MARRIS pula ada peruntukan Kerajaan Persekutuan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggarakan jalan-jalan negeri. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, insya-Allah saya akan menghantar pasukan daripada JKR untuk membuat audit tentang aduan Yang Berhormat. Pertamanya, berhubung kait dengan blackspots atau kawasan yang boleh mendedahkan atau yang kerap berlaku kemalangan. Kedua, untuk melihat tanda-tanda atau papan tanda yang mungkin tidak berada di kedudukan yang sepatutnya dan juga kepada permukaan jalan dan bahu jalan yang mungkin memerlukan penambahbaikan. Sememangnya kita menerima permohonan daripada Yang Berhormat dan juga pemimpin BN di Perlis untuk melihat bagaimana kita dapat memperbaiki jalan ini. Termasuklah menukarkan pengadang jalan yang menggunakan wire rope kepada pengadang jalan yang menggunakan konkrit. Kita sudah membuat kajian tetapi dari segi peruntukan setakat ini, mungkin belum dapat kita laksanakan. Oleh sebab itulah saya- di peringkat kementerian setakat ini dapat meluluskan peruntukan untuk mengganti dan membaiki pengadang jalan yang menggunakan kaedah wire rope setakat ini. Peruntukan RM1.8 juta ini adalah untuk kita memperbaiki atau membuat pavement pada jalan-jalan yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Saya berharapkan Yang Berhormat nanti dapat berbincang dengan JD, menetapkan keutamaan di mana tempat-tempat yang perlu dibaiki dulu. Apa-apa kekurangan peruntukan nanti, kita akan cuba untuk mendapatkan peruntukan lagi daripada Kementerian Kewangan. Terima kasih.

Sivakumar a/l Varatharaju NaiduDAP · PHBatu Gajah · question

8. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah pelajar mengikut kaum yang telah dilatih sepenuh masa di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dari tahun 2013 hingga 2017. Apakah strategi dan sasaran ILJTM dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Batu Gajah. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), mempunyai 32 ILJTM yang beroperasi di seluruh negara yang terdiri daripada satu Institut Teknikal Jepun-Malaysia atau Japan-Malaysia Technical Institute. Lapan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), dan 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP). Pada tahun 2013, seramai 17,578 pelajar telah dilatih di ILJTM yang terdiri daripada 13,782 iaitu merupakan 78.4 peratus pelajar Melayu. Seramai 333 yang merupakan 1.9 peratus pelajar Cina. 1,074 merupakan 6.1 peratus pelajar India dan seramai 2,383 merupakan 13.6 peratus pelajar dari kaum-kaum lain. Pada tahun 2014, seramai 20,063 pelajar telah dilatih di ILJTM yang terdiri daripada 80.1 peratus pelajar Melayu,1.7 peratus pelajar Cina, 5.5 peratus pelajar India dan seramai 12.7 peratus pelajar dari kaum-kaum lain. Pada tahun 2015, seramai 23,906 orang pelajar telah dilatih di ILJTM yang terdiri daripada 81.4 peratus pelajar Melayu. Seramai 1.4 peratus pelajar Cina, 5.3 peratus pelajar India dan seramai 11.9 peratus pelajar dari kaum-kaum lain. Pada tahun 2016 pula, seramai 23,296 pelajar telah dilatih di ILJTM yang terdiri daripada 18,756 yang merupakan 81.2 peratus pelajar Melayu. Seramai 324 merupakan 1.4 peratus pelajar Cina. Seramai 1,142 iaitu merupakan lima peratus pelajar India dan seramai 2,874 pelajar merupakan 12.4 peratus dari kaum-kaum lain. Pada tahun ini, sehingga Jun 2017. Seramai 15,196 pelajar telah dilatih di ILJTM yang terdiri daripada 12,411 merupakan 81.7 peratus pelajar Melayu. Seramai 212 pelajar Cina merupakan 1.4 peratus. Selepas itu, pelajar India 650 merupakan 4.3 peratus dan pelajar dari kaum-kaum lain seramai 1,923 merupakan 12.6 peratus. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2016 sehingga tahun 2020 pula, kementerian melalui Jabatan Tenaga Manusia mengunjurkan seramai 224,184 orang tenaga mahir dapat dikeluarkan menerusi pelbagai program yang dirangka khas. Diunjurkan seramai 44,184 orang tenaga mahir akan dikeluarkan menerusi program sepenuh masa dan 180,000 tenaga mahir pula menerusi program jangka pendek yang dilaksanakan di 32 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh negara. Di bawah program jangka pendek, kursus-kursus berbentuk customized, modular, soft skills dan ICT dilaksanakan oleh ILJTM dengan memberi tumpuan kepada pelajar sektor industri yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya nampak seolah-olah kita terlalu ghairah untuk menawarkan macam-macam kursus kepada anak- anak kita.

Terlalu banyak latihan disediakan oleh pelbagai pihak sama ada daripada pihak swasta mahupun daripada IPTA dan juga banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang lain juga menawarkan macam-macam kursus, macam-macam latihan, tetapi adakah semua ini benar-benar membawa manfaat kepada anak-anak kita? Saya hendak tahu, bagaimanakah latihan ataupun kursus yang ditawarkan di bawah Kementerian Sumber Manusia ini terutamanya di bawah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia ini berbeza dengan kursus-kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi lain? Itu adalah soalan pertama. Kedua, saya ingin tahu, oleh kerana Yang Berhormat Menteri sendiri telah datang untuk menjawab soalan ini, saya juga ingin tahu tentang tabung HRDF. Berapakah jumlah wang yang telah terkumpul di HRDF yang masih belum digunakan? Apakah perancangan kerajaan untuk menggunakan wang HRDF ini untuk tujuan latihan dan pembangunan? Selain daripada itu, saya juga ingin tahu, bagi pelajar-pelajar yang menjalani PTPK, pemberian kerajaan berjumlah RM400 sebulan ini adalah terlalu kecil dan tidak memadai. Saya hendak tahu sama ada kerajaan mempunyai niat untuk menambahkan jumlah ini. Itu soalan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Gajah. Bagi saya, terdapat empat soalan dalam satu. Maaf. Tiga soalan dalam satu iaitu pertama mengenai sama ada latihan-latihan, kursus-kursus

yang ditawarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, pertama, di bawah Jabatan Tenaga Manusia. Tuan Yang di-Pertua, harus diingatkan bahawa untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi, negara memerlukan tidak kurang dari 35 peratus tenaga kerjanya yang dianggap sebagai tenaga mahir. Tidak kurang 35 peratus. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, setakat ini iaitu pada tahun 2015, peratusan tenaga kerja yang mahir di negara kita ini adalah sebanyak 28 peratus. Maka ini bererti, Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan sasaran kita mendapat 35 peratus dari tenaga kerja kita yang dianggap sebagai tenaga kerja yang mahir, kita memerlukan kursus-kursus ini yang menjurus kepada melahirkan modal insan yang berkemahiran. Dalam pada ini, Tuan Yang di-Pertua, berkemahiran berertinya mereka yang mempunyai diploma dan ke atas. Itu tentang itu. Maka oleh yang demikian, itulah sebabnya kita merangka kursus-kursus yang bersesuaian dengan hasrat kita untuk menjadikan sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Keduanya mengenai HRDF iaitu tentang berapakah dana yang ada pada kita setakat ini. Saya tidak ada angka di sini. Walau bagaimanapun, saya akan memberi jawapan kepada Yang Berhormat tentang perkara itu. Harus diingatkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa peranan yang dimainkan oleh HRDF atau Pembangunan Sumber Manusia adalah mengenai perkataan, dengan izin, reskilling dan upskilling. Manakala ILP dan ADTEC yang ada pada kita adalah mengenai skilling. Jadi, upskilling, kita mempunyai skilling dan skilling ini di bawah ILP dan ADTEC. Reskilling adalah untuk mereka yang sudah bekerja dan untuk menambah kemahiran mereka, mereka menggunakan dana yang ada pada HRDF atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Harus diingatkan di sini bahawa employees atau pekerja-pekerja yang ingin menambahkan kemahiran mereka iaitu upskilling dan reskilling ini, 70 peratus daripada mereka hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja yang bekerja dengan syarikat yang membayar levi kepada tabung HRDF. Mengenai PTPK di mana Yang Berhormat Batu Gajah telah menyatakan bahawa peruntukan atau pinjaman RM400 sebulan itu tidak memadai. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, kita memang sedar akan perkara ini bahawa pinjaman RM400 ini tidak memadai atau tidak mencukupi. Jadi oleh yang demikian, kita sedang membuat kertas kerja dan kita akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana saya percaya banyak kursus-kursus yang diberi tawaran kepada pelajar-pelajar adalah selari dengan pekerjaan atau kehendak pekerjaan semasa. Soalan tambahan saya adalah adakah pihak kementerian ada membuat satu kajian terperinci untuk mengenal pasti pula pelajar-pelajar terutamanya lepasan daripada ILJTM ini, berapa peratus daripada mereka ini yang telah mendapat pekerjaan yang selari dan juga setara dengan kursus yang mereka ambil? Juga, berapakah sebenarnya tempoh untuk graduan ini menunggu sebelum mereka mendapat pekerjaan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan di Dewan ini iaitu tentang employability atau kebolehpasaran lepasan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia ini termasuk ADTEC dan JMTi ini, kebolehpasarannya amat-amat memberangsangkan. Saya mengambil contoh ILP Miri, Institut Latihan Perindustrian Miri. Sebelum mereka menamatkan latihan mereka di ILP Miri, kebanyakan daripada mereka sudah pun ditawarkan— sebelum menamatkan latihan lagi- sudah pun ditawarkan pekerjaan. Jadi dalam perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dengan bangganya menyatakan bahawa dari segi kebolehpasaran dari segi mencari pekerjaan adalah 93 peratus. Ini adalah angka yang ada pada kita. Saya mengambil contoh lagi- sekali lagi saya ulang. Sebagai contoh, ILP Miri, Institut Latihan Perindustrian Miri. Sebelum mereka menamatkan pengajian atau latihan, lebih daripada 60 peratus daripada mereka sudah pun ditawarkan pekerjaan oleh syarikat-syarikat yang berada di sekitar Miri sendiri. Sekian, terima kasih.

Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan · question

9. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, kolaborasi strategik antara kementerian bersama Kementerian Pendidikan bagi mengatasi masalah mental golongan remaja yang mengakibatkan perilaku ganas seperti buli di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan, Puan Rubiah. Tuan Yang di-Pertua, mengikut kajian National Health and Morbidity Survey ataupun NHMS yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada 2015, prevalence masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa berumur 16 tahun ke atas adalah 29.2 peratus. Walau bagaimanapun, peratus ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan penyakit mental. Antara kolaborasi yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja adalah melalui Program Minda Sihat Sekolah yang telah bermula sejak tahun 2011. Melalui program ini, sebanyak 2,343 buah sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan saringan minda sihat dalam kalangan pelajar. Impak daripada program ini, modul intervensi serta program pencegahan dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran daya-daya tindak ataupun coping skills pelajar apabila berhadapan sesuatu masalah terhadap termasuk kejadian buli. Selain daripada itu, pelajar yang dikenal pasti mempunyai masalah kesihatan mental, hasil daripada saringan minda sihat ini, akan dirujuk ke fasiliti kesihatan yang berdekatan setelah mendapat persetujuan daripada ibu bapa dan penjaga. Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat buah institusi mental, 48 hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Di peringkat kesihatan primer juga terdapat sebanyak 671 klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan mengenai kesihatan mental. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat yang lain, Kementerian Kesihatan juga dalam usaha mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melaksanakan saringan minda sihat bagi pelajar kolej komuniti. Usaha ini diharap dapat memberi pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental selain daripada mengenal pasti pelajar-pelajar yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Peraturan Mesyuarat 12(1). Yang Berhormat Menteri, sila. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan DR.31/2017 Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017, DR.30/2017 Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2017 di nombor 1 dan 2 dan Usul-usul Menteri Kewangan di nombor 7, 8, dan 9 seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 14(1)(k), obituary speeches, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, dengan sedih saya ingin beritahu bahawa bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur dan sebelum itu di Kota Melaka, mendiang saudara Kerk Kim Hock telah meninggal dunia semalam. Dia pernah menjadi Ahli Parlimen dua penggal di sini dan ADUN di Ipoh dan di Melaka, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri kenal mendiang Kerk di mana pada tahun 1995, saya was a running mate with Yang Berhormat Kerk dan saya pohon Tuan Yang di-Pertua membenarkan satu minit silence dan obituary speeches hari ini Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Beri saya masa tidak lebih daripada satu minit. Nanti saya sampai sana. Yang Berhormat, the reason why I have to do that because I am not sure about the precedent that whether we have done it before or not. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat telah raised the matter, saya mewakili Parlimen Malaysia, bagi pihak Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kita mengucapkan takziah kepada mendiang yang telah disebut tadi. Saya sendiri pun Yang Berhormat kenal dengan beliau. Jadi bagi pihak Parlimen Malaysia, kita mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Terima kasih because you raised that.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya beri customary untuk membuat ucapan mengenai perkara tersebut, obituary speeches allowed to be made, Tuan Yang di-Pertua. That is the practice in the Commonwealth Parliament dan di Parlimen di sini saya sendiri lebih kurang I think about 7-8 years ago. Di mana semasa itu mendiang Fan Yew Teng meninggal dunia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kampar dan Menglembu, was allowed to do this obituary speeches. Saya pohon kebenaran untuk meneruskan.

Tuan Yang di-Pertua

It was done before?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yes, I myself have done.

Tuan Yang di-Pertua

Seven years ago?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yes 7-8 years or 10 years ago. I cannot remember that.

Tuan Yang di-Pertua

Because if seven years ago, I was here because I have been here for nine years.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, anyway mengikut peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Okey sila, so...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I think it is for the good of this Parliament.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, so make it brief Yang Berhormat.

Yes Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Because if you see, I already said that on behalf of Parliament, as a Speaker, kita mengucap takziah. I am not sure about this because I do not know the precedent because the precedent that I know is that...

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Because if I want to open the door, that every single person that yang dulu pun, yang pernah that we have forgotten for so many years and

Tuan Yang di-Pertua

we have to do that, see. So there are few letters have been sent to me actually if you want it every anniversary that to be done. So I said, “I am sorry, no”. But since you raised this up, then continue. After that, we continue dengan Majlis Mesyuarat.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, biasanya Dewan ini bertafakur untuk yang meninggal dan saya rasa adalah patutnya kalau boleh Dewan ini bertafakur satu minit untuk mendiang saudara Kerk.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, it has been raised already by Yang Berhormat Ipoh Barat. I understand that. What I am saying is that, I have not come across any precedent since I sit here. That is the reason why I consulted the Setiausaha. So that is also the reason why I said on behalf of Parliament of Malaysia, kita semua, kita mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. But since Yang Berhormat already raised this up then, of course, say something.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, just precedent on precedent. Ini bila bekas Yang Berhormat Rompin meninggal, Dewan ini bertafakur untuk beliau.

Tuan Yang di-Pertua

Say something.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Mendiang Kerk Kim Hock telah ditimpa kanser in 2002 and that was- he was totally cured. That is irony of the all the factors and I am in constant contact with him, Tuan Yang di- Pertua. In fact, last Wednesday I spoke to him. He is one of the very few people in this world and the extreme cases, one percent out of 100 percent. One percent of 1,000 people will get it. That was a relapse. Very unfortunate, and he succumbed to the cancer thing and he went through this for the last nearly a year, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, he has left behind two children, very able children. He was detained under the ISA before. To me, he’s a very personal friend, a pillar to be reckoned with, a man who has been outstanding in politics and many of these principles he stands for. Many of us had been guided, he was the fourth Secretary General of the Democratic Action Party. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua bahawa sumbangan dia dalam Dewan ini adalah banyak, dan saya berterima kasih kerana this is one of the August place in the country where an MP leaves not only for a retirement but when he leaves this part of the world, his services, his name is mentioned in this August House to be recorded. I take this opportunity to thank Tuan Yang di-Pertua and allow other Members of the House to recognize his contribution. His funeral has been set this Sunday in Melaka Tuan Yang di-Pertua. I hope as many Members of Parliament and all of us Tuan Yang di-Pertua, I may not be here tomorrow, may be. But life goes on. But we have to recognize those people who have contributed one way or the other. He was a young man when he was detained under ISA. For him to have left so early part of his pride life. It’s a sad thing to know. Thank you Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ulangi dengan penuh rasa sedih saya bagi pihak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagai Ahli Parlimen Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Jadi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, saya harap semua kita Ahli-ahli Yang Berhormat yang pernah berkhidmat dalam Parlimen ini akan diingati dengan perkara- perkara yang baik. Ini kerana saya tahu secara personal kepada mendiang. Saya tahu dia berpolitik daripada mulai usia 27 tahun. Saya tahu di mana dia bertanding, di mana dia pindah dan sebagainya. Jadi sepanjang ingatan saya, mendiang adalah seorang yang baik dan tidak pernah pun diingati bahawa dalam perbahasan, dalam Parlimen dia menyakiti hati kawan. Semua perkataan dia adalah matured sebagai seorang Ahli Yang Berhormat dan tidak menjangkaui daripada itu. Tidak menyakiti orang sebelah, tidak juga berhujah buat itu dan buat ini. Itu sebab kenapa semua kita ingat. Terima kasih.

Tuan Tan Kok WaiDAP · PHCheras

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya dengan bagi menepati apa yang diperkatakan oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga sebagai satu penghormatan kepada mendiang Kerk Kim Hock, saya rasalah ada berpatutan supaya Dewan bertafakur selama satu minit untuk memperingati.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, I understand. Can you sit down first? I would like to ask a question. When the MP of Sarawak had passed away because of cancer, I asked

Tuan Yang di-Pertua

the Setiausaha whether we did the tafakur or not? Because I’m not sure whether I was chairing or not. She told me there was none. Similar case MP from DAP orang Sarawak passed away because of cancer. The Government of Sarawak donated RM1 million for I don’t know whether it is medical bills and whatnot. So, there was no tafakur. So, don’t put me in a bad situation because my job here sepanjang ingatan saya, I try my utmost best to follow the procedure and the precedents. I didn’t want to raise that matter although I know. But since you praised me on that then I got to say it out. Like I said, as far as I know Peraturan Mesyuarat 14(k) dibuat kalau misal kata orang-orang kenamaan yang lebih status daripada Ahli Yang Berhormat. If you want to do that, then we create a precedent. So, if we did not do that for wakil rakyat from Sarawak who also suffered cancer, in spite apa sahaja dia punya jawatan, then that’s the reason why saya tidak tafakur. Cukup saya sebut tadi, saya ulang balik bagi pihak Ahli-ahli Yang Berhormat semua dengan penuh rasa sedih kita mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Sila Setiausaha.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu bahawa suatu rang undang-undang untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973, dibaca kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Tabung Angkatan Tentera ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan faedah-faedah persaraan yang lebih baik kepada lasykar-lasykar angkatan tetap yang didaftarkan pada atau selepas 1 Ogos 1972 dan kepada pegawai angkatan tetap melalui pindaan Akta 101 pada tahun 2015. Pada masa sekarang, seorang askar lasykar yang menamatkan perkhidmatan secara tidak berpencen boleh mengeluarkan kesemua caruman di dalam Tabung Angkatan Tentera secara sekali gus iaitu 10 peratus caruman individu dan 15 peratus caruman kerajaan. Golongan ini tidak menerima imbuhan saraan bulanan seperti askar lasykar berpencen. Bagi seorang pegawai yang tamat perkhidmatan secara tidak berpencen pula di samping boleh mengeluarkan caruman individu di dalam LTAT, mereka akan diberi pilihan sama ada untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan atau caruman kerajaan di dalam Tabung Angkatan Tentera. Golongan ini juga tidak menerima imbuhan saraan bulanan seperti mana mana-mana pegawai berpencen. Susulan daripada persetujuan Jemaah Menteri dan mengambil kira faedah jangka panjang yang bakal diterima, maka pindaan telah dibuat kepada Akta 101 bagi mewujudkan satu faedah kepada pegawai dan askar lasykar yang tidak berpencen yang dikenali sebagai Skim Anuiti Veteran atau SAVe. Skim baru ini dicadangkan bertujuan untuk mengekalkan taraf sosioekonomi golongan ini melalui pemberian pendapatan tetap secara bulanan yang sekali gus diharap dapat menjamin kebajikan pegawai dan askar lasykar yang tidak berpencen termasuk keluarga mereka. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 ini bertujuan untuk meminda seksyen 2, seksyen 3, seksyen 9, seksyen 9(a), dan seksyen 22, dan menambah seksyen 15(d) kepada Akta 101. Cadangan rang undang-undang ini mengandungi perkara-perkara berikut. Pertama, fasal 1 mengenai tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Kedua, fasal 2 bertujuan memasukkan takrif baru “skim anuiti veteran” ke dalam akta. Ketiga, fasal 3 bertujuan meminda seksyen 3 Akta 101 untuk membenarkan tabung diguna bagi pembayaran anuiti di bawah skim anuiti veteran. Keempat, fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 9(3) Akta 101 untuk memperuntukkan bahawa caruman seseorang askar-lasykar yang berkelayakan untuk berpencen hanya boleh terhenti apabila dia dihentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia. Kelima, fasal 5 bertujuan meminda seksyen 9A, Akta 101 untuk memasukkan subseksyen baru (3A), untuk memperuntukkan bahawa jika seseorang pegawai yang telah menamatkan kurang daripada 20 tahun perkhidmatan memilih untuk menyertai skim anuiti, nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam tabung bagi kredit akaun pegawai ini. Keenam, fasal 6 bertujuan meminda seksyen 12, Akta 101 untuk memasukkan subseksyen baru (1A) untuk memperuntukkan bahawa berkenaan dengan askar-lasykar dan seseorang pegawai yang baginya skim anuiti terpakai, hanya caruman askar-lasykar dan pegawai itu dan dividen akan ditentukan boleh dikeluarkan. Caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan hanya boleh dikeluarkan apabila kematian askar-lasykar dan pegawai itu atau dalam hal kaedah atau keadaan yang diluluskan oleh Lembaga. Ketujuh, fasal 7 bertujuan memasukkan seksyen 15D ke dalam Akta 101 untuk memperuntukkan tentang penubuhan skim anuiti veteran, penentuan kuantum anuiti dan pemberhentian pembayaran anuiti. Kelapan, fasal 8 bertujuan memasukkan perenggan baru 22(aa) untuk membenarkan Lembaga dan dengan kelulusan Menteri membuat peraturan-peraturan yang berhubung kait dengan pelaksanaan skim anuiti veteran. Kesembilan, fasal 9 bertujuan untuk memperuntukkan peruntukan kecualian yang berhubung dengan pemakaian skim anuiti veteran bagi seseorang askar-lasykar yang masih berkhidmat dengan angkatan tetap dan tidak memiliki untuk menyertai skim anuiti veteran pada tarikh akta yang dicadangkan mula dikuatkuasakan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam rang undang-undang ini kerana saya nampak ada ramai askar-lasykar yang bersara yang kebanyakan itu walaupun ada skim, walaupun ada kelab-kelab dan sebagainya, ada sebahagian itu hidup dengan sengsara, hidup dengan sengsara. Ini perkara tidak boleh dibenarkan. Mereka yang mengorbankan diri untuk mempertahankan negara sama ada di laut, darat, di hutan kita dan juga di udara menghadapi banyak risiko, banyak risiko. Seseorang itu sama ada wanita ataupun lelaki kalau sanggup mengorbankan untuk negara, negara kita juga mesti sanggup untuk memeliharanya... [Tepuk] Di sinilah beratus ribu bekas askar-lasykar di semua pasukan, di semua kor, banyak korlah di dalam angkatan tentera yang sekarang ini kita hendak mempertingkatkan kekuatan kita untuk mempertahankan tanah air itu, terutamanya dengan pertikaian di Laut China Selatan. Begitu juga di Filipina, Selatan Filipina sekarang itu kita nampak ada tindakan military, tindakan tentera oleh Presiden Duterte untuk menahan ataupun menenteramkan

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

keadaan di Marawi, Mindanao. Itu ada banyak penjenayah dan banyak pelampau di kawasan itu dan ada yang lari ke Sabah. Di Sabah ada ya dan Yang Berhormat Putatan pun tahu. Di Pulau Gaya pun ada pelarian yang macam ini. Oleh sebab itulah kita mesti memperkuatkan pertahanan kita iaitu tentera kita untuk mempertahankan diri. Dengan ini saya nampak ada anuiti, skim anuiti untuk veteran. Ini ada perkara yang baik, perkara yang baik. Cuma saya berharap dengan perkara yang baik ini kita tidak akan membenarkan sesiapa sahaja yang menyalahgunakan skim seperti ini, seperti kita lihat dengan FELDA. FELDA itu pun sebenarnya untuk menjaga orang-orang miskin di negara dan ada memainkan peranan yang penting, dengan peneroka beribu-ribu peneroka. Akan tetapi, sekarang kita nampak ada segelintir orang yang menyalahgunakan peluang ini bagi mewujudkan skandal yang besar. Matlamat sasaran itu sudah menyeleweng daripada matlamat yang asal. Dengan ini, saya berharaplah Skim Anuiti Veteran ini tidak akan diizinkan untuk...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Kepong. Saya difahami bahawa Yang Berhormat Kepong sebenarnya ada history dengan veteran army betul tidak? Oleh itu saya rasa baiknya Dewan ini understand introduction daripada Yang Berhormat Kepong, kenapakah isu ini terlalu penting kepada Yang Berhormat Kepong. It would give a good context to why we are debating pada hari ini. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya bukan askar yang begitu termasyhur ataupun begitu hebat, cuma dalam perubatan sahaja.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Berapa tahun, pangkat apa?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Pangkat itu Mejar sahaja, itu pun lower Mejar sahaja... [Tepuk] Akan tetapi biasanya mejar diberi kepada orang yang hendak bersara...

[Dewan ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak hebat sangat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya pun tidak hebat cuma saya berasa hendak mempertahankan diri kita mesti ada askar yang kuat kerana askar dan tentera yang kuat kita mesti menjaga mereka selepas mereka bersara. Itu sahaja. Cuma saya hendak tekankan di sini jangan kita wujudkan Skim Anuiti Veteran yang tidak diuruskan dengan baik. Kita melantik orang yang pakar di dalam bidang ini. Mungkin kita boleh belajar daripada KWSP juga macam mana kita boleh uruskan dengan baik. Sekali lagi sebelum saya mengakhiri ucapan saya jangan kita membenarkan sesiapa sahaja untuk menyalahgunakan skim yang baik supaya...

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong kerana menyebut- memanggil Putatan untuk mencelah. Saya terpanggil ucapan Yang Berhormat Kepong soal veteran. Sedar atau tidak Yang Berhormat Kepong bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini ada dia punya subsidiari-subsidiari anak syarikat misalnya PERNAMA, lagi Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), PERHEBAT pun ada yang menjaga hal ehwal bekas-bekas tentera dan juga Yayasan LTAT. Sedar tidak Yang Berhormat Yang Berhormat Kepong sebagai seorang veteran di Parlimen ini yang mungkin layak diberi kehormat-kehormat tentera yang memperjuangkan hal ehwal bekas-bekas tentera veteran. Terima kasih, sebab saya pun ramai bekas-bekas angkatan tentera veteran di kawasan saya termasuklah Pulau Gaya yang kononnya Yang Berhormat Kepong menyatakan ada pelarian atau bersembunyi di Pulau Gaya- itu tidak benar Yang Berhormat Kepong. Saya tahu Yang Berhormat Kepong ada pernah pergi Pulau Gaya melihatnya di atas ais sahaja yang dalam itu tidak tahu. Jadi sedar atau sokong atau tidak Yang Berhormat Kepong bahawa ada antara bekas-bekas tentera ini veteran yang tidak dikenal pasti, tidak disenaraikan sebagai veteran yang duduk di setinggan, yang tidak ada sebarang pendapatan yang tetap, yang menjual besi-besi buruk di kawasan saya tidak dipedulikan oleh koperasi ataupun Lembaga Tentera ini? Minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan setakat apa yang disebutkan mengenai veteran bekas askar-askar kita memang mesti

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

jaga dia jangan dia melarat di kawasan setinggan sahaja. Itu benar, kita tidak boleh membenarkan hal ini terus berlaku. Akan tetapi, walau bagaimanapun kita tidak boleh kata di Sabah tidak ada pelarian langsung, tidak ada PATI langsung. Memang ramai di situ termasuk di Pulau Gaya.

Yang Berhormat Kepong ini terkeluar, pelarian termasuk dalam pindaan rang undang-undang ini. Kita menentukan Skim Anuiti Veteran bukan pasal pelarian. Ini soal Marawi ini Yang Berhormat Kepong sudah sebagai veteran sudah melencong jauh sekali. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua tegur sama Yang Berhormat Kepong ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh membenarkan Yang Berhormat Putatan untuk menyalahgunakan peluang yang diberinya [Ketawa]

Dia koperal sahaja Yang Berhormat.

Prebet, prebet.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, jadi kita jangan menyalahgunakan peluang termasuk di dalam...

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Yang Berhormat Kepong boleh minta pencelahan? Dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sila,sila.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Yang Berhormat Kepong saya pernah dengar keluhan daripada bekas tentera. Mereka rasa bahawa semasa mereka berkhidmat mereka dihargai tetapi apabila mereka sampai masa untuk bersara mereka seolah-olah dicampak sahaja. Jadi adakah Yang Berhormat Kepong bersetuju bahawa sepatutnya mereka diberikan latihan, kursus persediaan supaya kehidupan selepas persaraan akan seperti biasa? Sekian, terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, itu cadangan yang baik dan kita mesti memberi peluang kepada semua bekas tentera termasuk yang baru bersara kita beri peluang kursus dan sebagainya untuk melatih mereka supaya mereka dapat memperoleh kemahiran untuk terus hidup di dalam masyarakat kita. Itu benar perlu dibuat dan bukan sahaja untuk anuiti sahaja untuk tabung anuiti atau skim anuiti bahkan juga semua jenis latihan supaya mereka dapat kemahiran yang boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Itu penting dan kita mesti ada daftar untuk mengambil tahu sesiapa sahaja bekas tentera yang melarat, yang ada di kawasan setinggan, yang ada di kawasan- kawasan yang sangat miskin. Itu memang perlu dibuat semua ini supaya kita dapat itu menggalakkan warga Malaysia menyertai tentera untuk mempertahankan negara ini. Akhirnya, saya berharaplah dengan kelulusan rang undang-undang ini kita dapat mewujudkan skim yang teratur yang benar-benar memberi perkhidmatan kepada bekas tentera. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi peluang pada hari ini kepada pesara-pesara tentera. Siapa pesara tentera yang mahu berhujah? Beri keutamaan kepada pesara tentera. Tadi seharusnya apa yang ditanya- Ahli Yang Berhormat bertenang. Tadi seharusnya apa yang ditanya kepada Yang Berhormat Kepong berapa tentera yang injured yang dia telah ubati. Sila.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana beri saya peluang. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Kepong yang bukan sahaja memberikan sokongan padu kepada rang undang-undang pindaan ini bahkan memberi satu pengiktirafan yang cukup tertinggi sekali kepada perajurit-perajurit tanah air kita yang telah berkorban untuk mempertahankan negara kita. Jadi saya terus pergi kepada perbahasan saya. Rang undang-undang untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera ini adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi akta ini bagi membolehkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera menyimpan untuk terus

melabur wang caruman daripada kerajaan sebanyak 15 peratus caruman bulanan bagi membolehkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera membuat bayaran bulanan anuiti kepada veteran yang tidak berpencen ataupun yang dikenali sebagai Skim Anuiti Veteran (SAVe). Sebenarnya ini adalah satu inovasi baharu yang bertujuan untuk memberikan pembelaan kepada nasib veteran supaya bukan sahaja hidup kehidupan mereka terancang. Kita mahu melihat bahawa mereka sentiasa mendapat pembelaan. Tuan Yang di-Pertua, LTAT adalah satu daripada institusi tabungan yang cukup berjaya..

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Jasin, boleh tak?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jasin saya setuju juga bahawa penting kita buat satu annuity payment, annuity scheme untuk perajurit-perajurit kita. Saya hendak tanya sama ada sebagai seorang veteran dan senior Member of Parliament di sini. Adakah kerajaan memberitahu berapakah yang boleh bakal didapati sebagai satu guideline. Adakah ia RM100 sebulan, RM500, RM1000 – adakah kerajaan memberi apa-apa guideline memberitahu Yang Berhormat Jasin dan juga Yang Berhormat Kepong sebagai veteran? Adakah discussion atau stakeholder meeting tentang perkara ini? Terima kasih.

Kalau boleh Yang Berhormat Jasin, saya sambung daripada sahabat saya daripada Yang Berhormat Kelana Jaya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun melihat secara ringkas draf rang undang-undang ini dan saya sebagaimana Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Kepong tadi pun menyokong ini. Akan tetapi saya hendak bertanya sebab yang kita lihat ini ia nya adalah Tabung Angkatan Tentera bukan secara direct daripada kerajaan ataupun Kementerian Kewangan walaupun Yang Berhormat Menteri sebut tadi ada sumbangan tetap 15 peratus daripada kementerian atau pun daripada kerajaan. Keduanya kalau dalam teks Inggeris ini menyebut tentang The Scheme dan istilah Unit Trust Benefit, maknanya keuntungan daripada Skim Amanah Saham dan sebagainya. Ini pun menimbulkan tanda tanya. Sebagaimana Yang Berhormat Kelana Jaya tanya tadi, dalam muka enam disebut anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan. Ini beberapa persoalan yang saya ingin menumpang tanya kepada Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat lebih fasih tentangnya. Dan akhirnya saya ingin bertanya dan minta bantuan kepada Yang Berhormat untuk mengetahui kita sudah ada Skim Pencen Biasa untuk askar ini tetapi ini untuk orang-orang yang tidak layak untuk skim tersebut diwujudkan skim yang baru. Jadi jumlah yang terlibat ini lebih kurang berapa ribu, puluh ribu, ratus ribu atau sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang telah diperjuangkan oleh veteran-veteran bekas Angkatan Tentera terutamanya kepada mereka yang tidak berpencen, telah sekian lama. Kita yakin apabila idea ini adalah satu daripada idea yang cukup bernas sekali daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengumumkan skim ini semasa Hari Himpunan Pahlawan. Kita yakin selepas mengambil kira bukan sahaja rintihan atau keluhan daripada veteran bahkan setelah mendapat maklumat-maklumat daripada stakeholders, baru lah Skim Anuiti ini diperkenalkan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Jasin memandangkan Yang Berhormat Jasin merupakan bekas pesara tentera. Apabila kerajaan memperkenalkan Skim Anuiti Veteran (SAVe), benarkah anggota tentera yang tidak berpencen ini, ada di kalangan mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan dan apabila kerajaan memperkenalkan Skim Anuiti Veteran (SAVe) ini, sedikit sebanyak akan memberikan satu keceriaan bagi bekas-bekas pesara tentera yang tidak berpencen.

Yang kedua saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Jasin memandangkan Yang Berhormat Jasin juga seorang yang berpengalaman dengan ketenteraan. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya di peringkat Kehormat untuk Tentera Laut, jadi belum mendalami lagi. Saya hendak Yang Berhormat Jasin dari segi kemudahan sebelum Skim Anuiti ini diperkenalkan, apakah-apakah kemudahan yang diterima oleh anggota tentera yang tidak berpencen ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua

Yang Berhormat Jasin sambung sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jasin sebagai bekas anggota tentera, tentu Jasin tentu juga berpengalaman. Secara perbandingan, berbanding dahulu dan sekarang, pembelaan kepada bekas anggota tentera. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Jasin? Setelah pindaan ini dibuat, pada pandangan Yang Berhormat Jasin juga apakah aspek lain yang rasa masih lagi perlu diberikan penekanan, pertama sekali pembelaan kepada anggota tentera yang tidak berpencen ini? Di kawasan saya pun ramai. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya, satu saya hendak juga sekali bertanyakan soalan. Boleh ya Tuan Yang di-Pertua? Saya pun sebenarnya pun pesara tentera tetapi Tentera Puteri lah, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Jasin, betul even malah di kawasan Parlimen saya pun apabila saya bersama-sama dengan mereka banyak yang dipersoalkan ataupun dia tanya. Saya sendiri melihat bagaimana kita hendak membantu mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Akan tetapi saya juga mendapat makluman bahawa apabila mereka itu sudah habis tamat tempoh selama 21 tahun itu, mereka diberi latihan. Saya cuma hendak bertanya dengan Yang Berhormat Jasin, sama ada ini benar ke tidak, sebab tadi dalam perbincangan awal mengatakan ada cadangan, tetapi saya rasa telah ada. Saya hendak minta kebenaran daripada pihak Yang Berhormat Jasin dan juga, adakah latihan-latihan yang diberikan ini untuk mereka meneruskan kehidupan selepas daripada kehidupan sebagai seorang tentera ini, adakah ia dilihat berkesan ataupun perlu ditambah baik daripada pandangan seorang veteran tentera. Terima kasih.

Terima kasih. Banyak yang berminat tentang tentera ini, bagus lah. Ini satu petanda yang cukup baik. Yang pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana walaupun beliau bukan seorang veteran tetapi beliau telah berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebanyak dua kali, dua term- sembilan tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dan banyak memberikan pembelaan bukan sahaja kepada mereka yang sedang berkhidmat bahkan mereka yang telah berpencen. Jadi sekali lagi beliau telah membuat pengumuman yang cukup bertepatan dengan masanya, semasa Hari Pahlawan dengan mengemukakan pelbagai insentif yang sepatutnya menceriakan semua ahli-ahli veteran. Untuk soalan bangkitan daripada sahabat saya dari Lenggong tadi memang jauh lebih terbaiklah daripada masa dulu hingga masa sekarang. Ini menunjukkan bahawa pemimpin kita menunjukkan seorang yang cukup prihatin.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang prihatin bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunjukkan dia memang menyokong isu tentang ini. Akan tetapi dalam kes FELDA ya, Tuan Yang di- Pertua, tidak melencong. Dalam kes FELDA dia membuat pengumuman hendak beri RM5000 setiap peneroka. Adakah beliau juga memberi penerangan berapa dia hendak bagi dari segi Anuiti Pencen ini, ada tidak? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Itu sudah keluar daripada tajuk. Saya tidak mahu melibatkan diri saya keluar daripada rang undang-undang yang sedang kita bincangkan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pada pengumuman tersebut, beliau telah memberikan banyak insentif yang menceriakan ahli-ahli veteran. Selain daripada Bantu Bakti Negara, Skim Anuiti (SAVe), beliau juga telah mengumumkan penambahbaikan Skim Pencen Hilang Upaya bagi Veteran ATM yang tidak mendapat pencen perkhidmatan, Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan atau PVATM, dan juga penambahan kuota ibadah Haji bagi ATM. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM55 juta seperti yang telah dijanjikan semasa pembentangan

bajet tahun lalu kepada mereka yang terlibat dengan insurgency. Bayaran telah pun dibuat kepada banyak bekas-bekas tentera kita yang cacat anggota semasa insurgency. Jadi sebagai sebuah institusi tabungan yang cukup berjaya pada ketika ini, yang sentiasa bertanggungjawab dan melihat kepentingan ahli-ahli veteran dan juga mereka yang sedang berkhidmat,. Saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri berapakah sebenarnya jumlah aset milikan Lembaga Angkatan Tentera. Saya hendak tanya soalan ini supaya kita dapat sekolahkan mereka yang selalu membuat tuduhan-tuduhan palsu, membuat tohmahan-tohmahan, seolah-olah Lembaga Tabung Angkatan Tentera tidak mempunyai kekuatan, menyalahgunakan wang caruman tentera- tentera dan bekas-bekas tentera. Kita mahu melihat supaya nama kita dibersihkan. Saya rasa cukup terhina apabila mereka membuat tuduhan palsu bahawa kononnya mereka yang bersara tidak mendapat pencen, lambat dibayar pencen. Akan tetapi kita yakin kalau dengan apa yang dibuat oleh pihak kementerian pada ketika ini, perkara ini tidak berlaku melainkan mereka yang berhenti kerana tatatertib. Ini mungkin berlaku. Kedua, kita hendak maklumkan kepada mereka, ada dua entiti di sini yang memainkan peranan untuk memberikan pembelaan kepada tentera yang berkhidmat dan yang bersara dan yang akan bersara. Yang pertamanya kerajaan telah mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). JHEV ini yang menguruskan semua pembayaran- pembayaran pencen.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau LTAT, hanya membuat bayaran caruman sahaja kerana setiap tentera yang berkhidmat diwajibkan membayar sebanyak 10 peratus caruman mereka dan kerajaan menyumbang lagi 15 peratus. Jadi skim anuiti ini akan menjadi satu kekuatan apabila mereka bersara nanti sekurang-kurangnya nasib mereka terbela. Keduanya, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jasin sikit, kiri.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin, saya hanya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Jasin dalam usaha untuk memperkasakan lagi aktiviti bagi menambah kekuatan ekonomi Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini. Apakah Yang Berhormat Jasin bersetuju bahawa syarikat-syarikat swasta khususnya GLC misalnya memberikan ruang yang lebih banyak kepada tabung ini untuk mereka menyertai pelbagai sektor ekonomi dengan syarikat-syarikat swasta agar kemampuan tabung ini memperkasakan saiz keuntungan mereka lebih banyak. Sekali gus akan dapat melebarkan kebajikannya kepada semua bekas-bekas tentera kita sama ada yang tidak berpencen mahupun yang berpencen terutamanya yang berpangkat rendah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya fikir Yang Berhormat Jerantut ada silap sikitlah. Ini kerana, sebenarnya Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah satu institusi tabungan hasil daripada caruman yang dibuat oleh mereka-mereka yang berkhidmat. Sementara ada satu tabung lagi, Tabung Rayuan Hari Pahlawan, itu adalah tabungan juga yang dipungut kepada semua syarikat-syarikat dan orang ramai bagi memperkasakan lagi persatuan- persatuan veteran. Sebenarnya, satu daripada apa saya dapat faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jerantut, bukan sahaja menjadi penyumbang terbesar, bahkan LTAT pada ketika ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan anak-anak syarikatnya menjadi penyumbang utama. Kita ingin melihat syarikat-syarikat perniagaan yang banyak mengaut keuntungan hasil daripada keamanan yang diperjuangkan oleh bekas perajurit tanah air kita, mesti tampil untuk sama-sama menyumbang. Ini kerana kita mahu melihat nasib mereka dibela dan kehidupan mereka pada masa akan datang insya-Allah dalam keadaan yang terbaik. Jadi persoalan saya yang kedua, kalaulah caruman 15 peratus yang disumbangkan oleh kerajaan tadi ditahan apabila tentera-tentera kita berhenti daripada perkhidmatan untuk dilaburkan semula dan wang ini akan dijadikan sebagai skim anuiti. Jadi apakah sebenarnya bentuk pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera? Bagi menjana pendapatan dan keuntungan bagi memastikan supaya bayaran bulanan SAVe ini akan terus dapat dilaksanakan. Kita faham LTAT pada ketika ini mempunyai pelaburan yang cukup luas, bukan sahaja dalam perkapalan, perbankan dan

juga perladangan. Jadi apakah perniagaan-perniagaan lain yang disertai oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi memastikan supaya mereka mendapat pulangan yang terbaik sekali. Seterusnya soalan saya, apakah komen Yang Berhormat Menteri tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak yang selalu menuduh kita sebenarnya tidak berlaku adil kepada pesara-pesara? Ini kerana apabila diumumkan nanti pada hari tersebut, bekas-bekas yang tidak berpencen mendapat imbuhan, adakah kerajaan mempunyai satu cadangan untuk menceriakan pesara-pesara kita pada ketika itu? Seterusnya, sekiranya veteran kita ini meninggal dunia, adakah skim SAVe ini akan diteruskan? Ini kerana mereka akan meninggalkan tanggungan mereka. Sama ada kita akan membuat bayaran sekali gus ataupun kita membuat bayaran secara bulanan seperti mana veteran tadi mendapat.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi berkaitan dengan veteran angkatan tentera ini. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Jasin, dalam Skim Anuiti Veteran ataupun SAVe ini nanti kita tahu bila veteran tentera ini setelah mereka menamatkan perkhidmatan, mereka akan menjadi seorang awam dan mereka akan menghadapi pelbagai permasalahan berkaitan dengan sosioekonomi. Cuma adakah nanti dalam Skim Anuiti Veteran ini, ada tidak dimasukkan pembiayaan berkaitan dengan pendidikan anak-anak dan juga pinjaman perumahan yang boleh dibantu melalui skim ini. Apa pandangan Yang Berhormat Jasin?

Sebenarnya kalau Yang Berhormat Sekijang hari itu hadir pada Hari Pahlawan pada 31 Julai yang lalu, apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, meliputi secara keseluruhan. Bukan sahaja akan dibuat tetapi telah pun dilakukan bahawa bukan sahaja kita memberikan pembelaan kepada veteran-veteran bahkan kepada keluarga dan anak- anak mereka. Ini kerana kita mahu melihat supaya mereka juga sebenarnya sebahagian daripada masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian. Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai sebuah institusi tabungan yang cukup berjaya pada ketika ini, yang mempunyai aset yang cukup besar. Kita dapat lihat pada ketika ini Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah membuat satu keputusan yang cukup bijak dengan membeli sebidang tanah di TRX yang selalu dijadikan isu. Akan tetapi, insya-Allah akan tersergam, terdiri sebuah Affin Bank kepunyaan LTAT, itulah kemegahan kami. Terakhirnya persoalan saya.

Yang Berhormat Jasin?

Sebenarnya saya kena ucap tahniah kepada LTAT.

Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya dengar dengan teliti betapa hebatnya LTAT ini. Saya dengar daripada tadi Yang Berhormat Jasin menceritakan tentang kehebatan dan kejayaan LTAT. Saya juga ada maklumat di sini prestasi pelaburan LTAT pada tahun 2016 mendapat sebanyak RM811 juta, meningkat 5.8 peratus berbanding RM7.6 juta tahun lepas. Adakah LTAT ini bersedia untuk membantu lebih lagi? Saya hendak bagi cadangan di sini, adakah LTAT bersedia untuk membantu contohnya, memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak veteran. Supaya anak-anak veteran yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, ijazah, PhD dan sebagainya taklah hanya bergantung kepada pinjaman-pinjaman yang lain, memudahkan lagi. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Bagan Serai. Memang saya hendak jadikan sebagai sebahagian daripada ucapan saya, supaya Yang Berhormat Menteri dapat terangkan kita apakah sebenarnya kebajikan ataupun CSR yang akan diperuntukkan oleh LTAT kepada ahli-ahli veteran. Terakhirnya, saya hendak ucap tahniah kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang banyak menyediakan peluang kepada pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang telah bersara untuk menjadi nominee Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebagai pengarah bukan eksekutif. Jadi mereka sekurang-kurangnya mendapat tempat dan diberikan kepercayaan. Akan tetapi, apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat mereka bukan sahaja mendapat satu peluang yang cukup terbaik dan

telah menduduki kerusi tersebut begitu lama sehingga sampai lebih daripada sepuluh tahun.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Jasin?

Jadi adakah pihak LTAT akan membuat satu perancangan untuk menggilirkan di antara mereka supaya tidak ada rasa iri hati. Ini kerana kita tidak mahu, kadang-kadang kerana overstay ini macam- macam cerita, Jadi kita hendak kalau boleh berikan peluang kepada mereka-mereka, pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera. Sila Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik, memang tertarik tentang isu pengarah di dalam LTAT, kalau Yang Berhormat Jasin boleh jadi pengarah, I hundred percent support, sebab saya tahu dia itu ada kalibernya sebab dia duduk sama dengan saya dengan caucus TPPA. Bagi saya, saya tidak hendak memperkecilkan isu tentang LTAT ataupun pengarahnya. Akan tetapi saya ada problem besar khasnya dengan Tan Sri Lodin bin Wok Kamaruddin sebab dia merupakan CEO LTAT. Pada masa yang sama, dia juga pada masa kritikal adalah chairman untuk 1MDB, dan kita tahu semua cerita tentang 1MDB sampai ke hari ini. Jadi saya rasa paling the most effective thing bagi LTAT ialah memastikan Tan Sri Lodin ini replaced by Yang Berhormat Jasin. Setuju atau tidak?

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kelana Jaya. I reserved my comment on that lah, but overall kita cukup berpuas hati dengan perkhidmatan Tan Sri Lodin yang telah membuktikan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera pada ketika ini adalah satu institusi yang cukup berjaya sekali...

[Dewan Tepuk]

Kita harap semoga Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan terus berkembang, mendapat banyak keuntungan dan memberi banyak lagi kebajikan kepada veteran-veteran dan mereka yang sedang berkhidmat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kita sama-sama faham kan? Yang Berhormat Lumut 10 minit, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Cukup lah Yang Berhormat...

Isu ni Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh mencelah masa Yang Berhormat Menteri.

Nanti dia kata pula...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Lumut.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Peraturan mesyuarat. Saya rasa tidak cukup kuorum Tuan Yang di-Pertua. So, tidak ada makna kalau kita berbahas tanpa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kawan-kawan semua ada. Kawan-kawan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun ada dekat luar, saya baru lagi bersembang. Tidak apa lah Yang Berhormat Kapar, kita jangan buang masa lah Yang Berhormat Kapar.

Akan tetapi untuk ganti itu, kena bagi untuk yang lain bahas lah Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hari yang terakhir Yang Berhormat Kapar... [Berucap dalam bahasa Tamil] Sila Yang Berhormat Lumut 10 minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah... [Berucap dalam bahasa Arab] Saya ingin memulakan perbahasan mengenai rang undang-undang pindaan Tabung Angkatan Tentera 1973 Tuan Yang di-Pertua, dengan mengimbas kembali sejarah angkatan tentera. Sebenarnya, angkatan tentera telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara yang keselamatannya sentiasa dijamin oleh warga angkatan tentera demi keselamatan, kemajuan dan pembangunan negara seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1948, warga tentera telah berkorban sehinggalah tahun 1988 apabila perjanjian damai dengan komunis Malaya dicapai. Sejak itu, kalau kita kira berapa ramai warga tentera yang telah terkorban, yang cedera parah, yang hilang keupayaan, yang hingga ke hari ini masih kita sama-sama rasai. Nikmat yang kita telah capai hinggalah ke hari ini, sehingga kita mencipta pencapaian konon- kononnya kita hendak capai negara maju 2020. Tidak tercapai, kita tukar kepada TN50 pula. Inilah langkah-langkah politik yang diambil oleh politik. Sebenarnya, Angkatan Tentera Malaysia telah mengalami satu sejarah hitam, Tuan Yang di-Pertua. Sejarah hitam pada tahun 1972, apabila 404 orang warga kadet Tentera Laut Udara dan Darat telah dianggap dianiaya oleh tindakan-tindakan yang telah menyebabkan mereka kerugian. Gaji mereka diturunkan yang sepatutnya lebih daripada anggota perkhidmatan awam. Sejarahnya, ingin saya bacakan Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the story starts from 1963, when the government formed a Royal Commission to unify the salaries of all government servants of Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore. However, the armed forces and the railway services were taken out from the study by the Royal Commission. But, the railway services then fought in the court and then were put back in the Royal Commission. The armed forces were left with the working party headed by Malaya Civil Service officers (MCS). This was a directive by Tun Abdul Razak, by then Deputy Prime Minister via a Cabinet Paper. Actually, the working party did nothing, Sufian Report was started in 1967 until 1970. But, nothing much was achieved. Sheikh Abdullah Report started the studies on the pay in 1971 and completed in 1972, but backdated to 1972. The working party tabled their reports to the Cabinet, but was not accepted because it was not in line with the Sheikh Abdullah Report. During this time, the armed forces officers pay was reduced from cadet right up to the jeneral. Until the PTD officers overtake the officers’ salary. Tuan Yang di-Pertua, the assumption made until today is the civil servants and political masters had planned the conspiracy since 1963 and it is still ongoing until today. Maka sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibentangkan oleh kerajaan sehingga ke hari ini tentunya tidak memberi kepuasan kepada warga tentera. Maka sebab itu, kita ingin mendapat pengesahan daripada kerajaan, khususnya Kementerian Pertahanan, bilakah martabat Angkatan Tentera Malaysia dikembalikan? Dengan urusan pentadbiran, operasi dan gaji diurus oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia. Saya yakin dan percaya apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, kita akan pertimbangkan semula dan meningkatkan martabat angkatan tentera supaya diletakkan di tempatnya dan khusus terus menjawab kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya minta izin untuk mencelah. Ada tiga persoalan yang saya ingin bangkitkan. Pertama sekali adalah berkenaan dengan Perhimpunan Veteran ATM, 31 Julai 2017, baru-baru ini. Ada beberapa soalan yang berbangkit daripada perhimpunan ini. Pertama sekali adalah tentang NGO-NGO yang berkenaan dengan veteran ATM ini. Adakah mereka semua telah dipanggil untuk bermesyuarat? Apakah pandangan mereka secara holistik telah diambil kira sebelum pindaan ini dilakukan? Itu yang pertama. Kedua

adalah berkenaan dengan isu tanah. Isu tanah ini adalah salah satu masalah yang diharungi oleh veteran tentera kita, di mana rumah pun tidak ada, tanah pun tidak diberikan. Mereka terpaksa tinggal di rumah sewa, selepas itu ada yang bilik sewa, ini salah satu kebajikan yang perlu kita jaga. Saya rasa dalam akta yang kita gubal ini, tidak ada apa-apa isu yang dibangkitkan dari sudut tanah diberikan ataupun rumah diberikan untuk menjaga kebajikan mereka, terutamanya pada usia tua. Tidak ada apa-apa fasal ataupun klausa yang menekankan bahagian itu.

Ketiga adalah berkenaan dengan perubatan. Selalunya kita bagi on-off. Dekat dengan pilihan raya, kita bagi on-off. Kita pernah bagi RM1,000, selepas itu RM1,200 tetapi tidak ada bantuan perubatan secara holistik. Saya mencadangkan veteran ATM ini yang menghidapi penyakit-penyakit kronik ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Barulah kita boleh memberikan mereka kebajikan dan menjamin penghargaan kita kepada mereka. So, tiga isu ini saya minta dimasukkan supaya Yang Berhormat Menteri- yang pertama. Kedua, ulasan daripada Yang Berhormat Lumut. Terima kasih.

Yang Berhormat Lumut, sikit boleh?

Yang Berhormat Lumut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pandan bangun.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum interject itu, saya mohon kalau dipertimbangkan. Saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Lumut adalah pembahas yang terakhir. Saya mohon kalau diberikan 10 minit pun untuk saya, paling kurang, bagi sedikit ucapan kerana ini adalah isu yang penting berkenaan dengan pengurusan tabung pencen. Sepuluh minit pun saya akan sudahkan dalam 10 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya akan bagi Yang Berhormat Parit Sulong lima minit dan Yang Berhormat Pandan lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, selepas itu Yang Berhormat Menteri gulung.

Yang Berhormat Lumut, boleh sikit?

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Tiga soalan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Boleh sikit? Sama dengan Yang Berhormat Kapar tadi. Sekejap.

Nanti sekejap. Takut lupa.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Lumut.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, soalan pertama itu, mungkin saya tidak boleh jawab secara langsung oleh kerana saya belum jadi Menteri Pertahanan. Saya tidak tahu. Jadi, saya akan masukkan dalam ucapan saya. Kita minta pihak kementerian menjawab. Akan tetapi, mungkin saya kata ada dibincangkan sedikitlah tetapi mungkin tidak memuaskan. Kita minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan keduanya berhubung tanah. Memang ada di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 tetapi malangnya, setelah saya bangkitkan beberapa kali, tidak

dapat respons yang baik daripada pihak kementerian mahupun kerajaan negeri. Ia dijanjikan untuk bagi tanah lot tetapi janji sebelum pilihan raya yang lepas sampai pilihan raya yang akan datang ini pun kita tidak tahu dapat atau tidak. Ketiga, perubatan. Ada yang dapat, ada yang tidak puas hati tetapi kami di Lumut dahulu memang dapat ubat yang original. Akan tetapi baru-baru ini sudah tidak ada ubat, sudah kurang ubat. Sudah kurang ubat. Bukan tidak ada tetapi sudah kurang ubat. Kena ambil setiap bulan. Kalau dahulu enam bulan sekali, sekarang ini sudah kena setiap bulan.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Pengalaman peribadi.

Pengalaman peribadi. Ubat gout, ubat kencing manis... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, tentunya saya menyokong rang undang-undang ini. Ini khas untuk orang-orang yang tidak berpencen tetapi hakikatnya orang-orang yang berpencen tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Oleh sebab itu, saya minta kerajaan sebelum memikirkan- khususnya Wang Caruman Tabung Angkatan Tentera, 25 peratus yang dipotong semasa dalam perkhidmatan, mereka tuntut supaya dibayar penuh apabila mereka mula pencen. Ini yang dituntut oleh mereka. Oleh kerana ini merupakan anuiti kepada orang-orang yang tidak berpencen. Oleh itu, kita minta kerajaan supaya pertimbangkan khususnya untuk warga berpencen, sama ada kadar pencennya diselaraskan ataupun imbuhan-imbuhan yang lebih baik ditawarkan kepada orang pencen. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Lima minit ya.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey. Saya hendak menyokong rang undang-undang untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 ini. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang saya hendak minta perhatian dan juga jawapan daripada pihak kementerian. Walaupun saya tahu bahawa tujuan pindaan ini menunjukkan bahawa kita sebagai satu kerajaan yang prihatin sentiasa mendengar permintaan dan juga permasalahan yang terjadi di akar umbi tetapi ada beberapa perkara yang saya hendak tanya. Tadi saya ada mencelah Yang Berhormat daripada Jasin. Ini mengenai para pesara tentera yang sudah cukup tempoh selama 21 tahun. Saya dimaklumkan mereka ini ada diberi latihan dalam tempoh peralihan bagi memberi persediaan untuk mereka menghadapi cabaran hidup sebagai masyarakat awam. Cumanya, soalan saya ini, saya hendak tahu sama ada keberkesanan latihan tersebut, adakah ada satu kajian yang dibuat oleh pihak kementerian? Selepas itu, saya tengok kebanyakan daripada mereka apabila sudah bersara, dia lebih bertumpu kepada satu-satu jenis pekerjaan. Jadinya, adakah pihak kementerian ada hendak membuat mungkin cara lain untuk mengembangkan kebolehan mereka setelah mereka ini bersara? Selepas itu dalam waktu yang sama juga, saya hendak bertanya mengenai PERNAMA ini. Sebab, PERNAMA ini apabila diwujudkan memang untuk memberi manfaat yang besar kepada kehidupan para tentera kerana saya dimaklumkan mereka mendapat diskaun harga barangan pada ahli tentera ketika membeli di koperasi tersebut. Akan tetapi, saya dapat makluman bahawa ia hanya didirikan di sekitar kem-kem tentera sahaja. Ada setengah tempat itu lot untuk meniaga itu terlampau kecil untuk menampung jumlah tentera yang banyak. Jadinya soalan saya, adakah pihak kementerian mempertimbangkan supaya koperasi ini atau urus niaga PERNAMA ini mungkin akan dibuat di luar kawasan tentera? Sebab, bila dia sudah pencen ataupun bila dia sudah berhenti menjadi tentera, dia berada di merata-rata. Jadinya, secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada lebih ramai lagi bekas-bekas tentera itu untuk mendapat peluang untuk mendapat faedah daripada PERNAMA tersebut.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Selepas itu yang seterusnya juga, saya hendak bertanya mengenai faedah- saya melihat faedah yang bakal dinikmati melalui SAVe ini merupakan satu peluang dan kesempatan terbaik untuk para bekas tentera dan veteran tentera terutamanya untuk membina, memperbaiki dan meneruskan kehidupan mereka selepas perkhidmatan. Cuma, saya hendak mohon pencerahan kepada pihak kementerian mengenai apakah sebenarnya perbezaan faedah atau manfaat yang diperoleh oleh bekas tentera ini menerusi ganjaran tamat perkhidmatan dan SAVe ini? Bagaimana pihak kementerian melihat penerimaan pegawai dalam perkhidmatan tentera ini terhadap SAVe memandangkan jumlah GTP yang diperoleh adalah lebih tinggi daripada jumlah terkumpul caruman kerajaan di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera?

[Bangun]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya rasa ada lima minit sahaja.

Sikit sahaja, sekejap.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okeylah.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membuat pengumuman lima perkara untuk veteran yang tidak berpencen pada 31 Julai, Hari Pahlawan. Cumanya, veteran Angkatan Tentera ini ibarat pahlawan yang tidak cukup didendangkan. Ada empat perkara yang saya hendak tanya di sini. Pertamanya tentang cerita perumahan dan tanah. Contohnya, ada juga veteran di kawasan saya di Bagan Serai yang mengatakan dulu ada janji hendak bagi tanah hendak bantu rumah, sampai sekarang tidak ada cerita. Ini saya hendak tanya juga, apakah status sekarang ini? Keduanya, tentang Tabung Rayuan Hari Pahlawan. Bagaimanakah statusnya dari semasa ke semasa, dari tahun ke tahun, adakah makin meningkat, ramai orang menabung dan ramai orang menderma? Juga, bagaimana ia disalurkan kepada veteran angkatan tentera? Ketiga dan keempatnya, sikit tentang gaji. Veteran yang tidak berpencen sudah dapat, veteran yang berpencen ini yang mana sudah pencen lama dahulu, pencennya sangat sedikit. Adakah peluang untuk dinaikkan sebab kos sara hidup yang tinggi? Keempatnya ialah tentang veteran yang berpencen ini ada kata-kata yang mengatakan mereka tidak dapat, tidak cukup untuk kehidupan mereka. Perlukah dinaikkan satu percent atau dua percent? Jadi, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih banyak-banyak. Kita tidak hendak ada veteran yang dikatakan ‘habis madu sepah dibuang’. Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Akan tetapi, saya setuju juga apa tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai terutamanya mengenai pencen mereka yang lama, sebab itu juga diutarakan kepada saya selaku Ahli Parlimen. Jadinya, saya harap pihak kementerian dapat menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh kedua-dua kamilah, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Bagan Serai yang mencelah tadi. Jadinya dengan itu, saya menyokong pindaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Masa empat minit 55 saat ya. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membawa pindaan ini. Cuma, saya perlu ingatkan bahawa pindaan ini ialah untuk kakitangan tentera yang masih lagi belum bersara. Ini adalah untuk masa yang akan datang. Saya akan ulas itu sebentar lagi.

Akan tetapi, saya ingin sahabat baik Timbalan Menteri memikirkan kebimbangan utama kita ialah kepada veteran tentera yang tidak termasuk di dalam pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan bayaran RM1,200 dan beberapa yang lain tetapi kebanyakannya itu adalah kepada anggota tentera yang sudah pun berumur 60 tahun ke atas, Yang Berhormat Menteri. Kemudian dikaitkan pula dengan tahap pendapatan, mendapat BR1M ataupun tidak, sedangkan jumlah yang lagi besar, yang betul-betul kita perlu beri perhatian ialah kakitangan pesara tentera di antara umur 40 ke 60 tahun, kerana mereka inilah yang sebenarnya masih lagi menanggung anak-anak dan juga pendidikan dan lain-lain. Mengenai skim anuiti yang dimasukkan di dalam pindaan ini, saya perlu ingatkan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kakitangan tentera di luar, bahawa skim anuiti sebenarnya tidak sama dengan skim pencen kerajaan. Anuiti ini ialah pelaburan yang berasaskan kepada insurans dan lain-lain dan berapa banyak pencen bulanan itu akan bergantung pada prestasi pelaburan. Oleh sebab itu, saya telah kira pagi ini lebih kuranglah, bagi kakitangan yang berkhidmat sepuluh tahun sebelum tamat perkhidmatan, pada jumlah caruman yang sekitar RM60,000, maka kalau dia dikira akan mati pada umur 65 tahun Yang Berhormat Menteri, dia hanya mendapat RM300 sebulan sahaja bayaran pencen. Berbeza dengan kalau pencen melalui skim kakitangan kerajaan yang sebenarnya, sepatutnya dia mendapat sekitar RM800, kalau separuh daripada gaji. Ini boleh disahkan dengan actuary dan lain-lain, ini berdasarkan kiraan kasar saya. Begitu juga kalau yang berkhidmat untuk 15 tahun dengan nilai caruman LTAT yang akan dimasukkan ke dalam skim anuiti untuk mendapat bayaran bulanan, lebih kurang 140,000 kalau berkhidmat 15 tahun, itu akan mendapat bayaran bulanan daripada skim anuiti itu sebanyak RM800 berbanding kalau sebenarnya pencen mengikut skim kerajaan ialah RM1,400. Apa yang paling penting ialah apabila, bukan sahaja bayaran bulanan daripada skim anuiti ini adalah rendah berbanding dengan pencen, ia sangat tertakluk kepada prestasi pelaburan, yang saya sebut RM300 sebulan untuk yang berkhidmat 10 tahun, RM800 sebulan untuk yang berkhidmat 15 tahun, ini adalah dalam keadaan pelaburan berlaku dengan baik. Apa yang saya ingin bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri dan memohon Yang Berhormat Menteri jelaskan ialah prestasi LTAT tahun lepas dari segi pelaburan adalah tidak baik dan yang saya kira tadi ialah, lebih baik daripada yang telah ditunjukkan oleh LTAT beberapa tahun ini. Saya bagi contoh tahun lepas, dividen yang diumumkan dan diagihkan oleh LTAT ialah enam peratus iaitu yang paling rendah di dalam sejarah LTAT sejak ditubuhkan dari 1972. Salah satu sebab utamanya ialah kerana tahun lepas, LTAT rugi RM122 juta daripada pelaburan saham yang terpaksa dilupuskan. Saya sudah semak kenyataan kewangan LTAT yang diaudit tahun lepas, tetapi tidak ada satu maklumat pun mengenai RM122 juta itu yang rugi dan dilupuskan. Oleh sebab itu, tahun lepas, buat kali pertama, saya ingat di dalam prestasi LTAT, dividen yang dibayar pada kadar enam peratus itu sebenarnya dibayar daripada deposit dan caruman tentera sendiri Yang Berhormat Menteri. Ini kerana yang dibayar ialah sebanyak RM685 juta dalam keadaan keuntungan LTAT hanya RM595 juta, RM90 juta adalah daripada wang deposit tentera sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya patuh, saya akan sambung di luarlah lepas ini. Jadi, banyak lagi, cuma saya minta supaya Yang Berhormat Menteri huraikan beberapa perkara tadi dan bagi lebih maklumat kerana skim anuiti ini sangat membimbangkan. Kalau ada prestasi pelaburan berbeza dua, tiga peratus, pendapatan kepada pesara itu akan berbeza daripada RM300 dia turun kepada RM100 dalam tempoh satu tahun. Jadi saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai rang undang-undang ini.

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Pertama ialah daripada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Parit Sulong dan yang lain-lain itu ialah mereka yang mencelah. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih di mana pandangan dan sokongan kepada pindaan kepada akta ini dan kita amat berterima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil berat dan sentiasa menghargai pengorbanan veteran-veteran kita yang telah banyak berjasa kepada negara kita sehingga kita boleh berada di keadaan hari ini. Hasil daripada apa yang kita ada sekarang ini, keamanan yang kita kecapi sekarang ini, hasil daripada pengorbanan, jasa-jasa veteran kita yang meninggal dan yang sekarang ini ada yang cacat seumur hidup dan lain-lain lagi. Jadi dalam keadaan sekarang pun, semasa kita berada di dalam Dewan ini, kita ada lebih kurang 10,000 tentera kita yang sedang bertugas di sempadan yang sentiasa menjaga keamanan kita, untuk memastikan keamanan kita sentiasa terjamin. Saya mengambil ketetapan ini untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, sesuai dengan peruntukan 36(1). Lain-lain itu, saya tengok banyak yang melencong jauh, saya akan bagi secara bertulislah. Pertama sekali ialah berkenaan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong, iaitu yang pertama ialah langkah-langkah bagi memastikan LTAT tidak menyeleweng dana iaitu dana SAVe ini. Proses yang pertama ialah proses penilaian, dibuat dengan tulus dan setiap cadangan pelaburan yang diterima oleh LTAT dibentang di dalam mesyuarat panel pelaburan dan lembaga pengarah. Panel pelaburan adalah badan yang ditubuhkan mengikut seksyen 6 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 untuk membantu lembaga pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pelaburan LTAT. Panel pelaburan terdiri daripada, yang pertama pengerusi yang dilantik oleh Menteri Pertahanan atas nasihat Lembaga Pengarah LTAT. Kedua ialah Panglima Angkatan Tentera, yang ketiga ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dua ahli yang berpengalaman dalam bidang perniagaan dan kewangan yang dilantik oleh Menteri. LTAT melantik firma profesional untuk melaksanakan kajian ketekunan wajar, kewangan dan perundangan sebelum sesuatu keputusan dibuat. LTAT juga melantik tujuh pengurus portfolio luar bagi mengurus dana pelaburan yang dilaburkan di pasaran saham tempatan. Pengurus portfolio tersebut melaporkan transaksi belian dan jualan secara harian kepada LTAT, sementara akaun bulanan diserah kepada LTAT setiap bulan bagi tujuan pemantauan portfolio. Lembaga tadbir urus LTAT ini perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Kepong juga. Lembaga pengarah memastikan prinsip amalan terbaik urus tadbir korporat seperti yang digariskan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia diamalkan oleh LTAT. Keahlian Lembaga LTAT adalah pengerusi, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan wakil yang dilantik oleh Menteri Pertahanan.

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Kedua, Timbalan Pengerusi adalah wakil daripada Kementerian Pertahanan. Ketiga Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, keempat Ketua Eksekutif merupakan seorang ahli ex officio dan yang kelima, empat orang ahli yang dilantik oleh Menteri untuk mewakili pencarum, seorang daripadanya hendaklah Panglima Angkatan Tentera dan beberapa ahli yang tidak melebihi empat orang yang dilantik. Jadi maknanya pengurusan tidak ada duduk di sini, sentiasa diawasi dan mereka-mereka yang profesional telah dilantik dan selain daripada itu jaga..

[Bangun] Yang Berhormat Menteri.

Bagi saya selesai dulu sekejap lagi saya beri peluang. Jadi setakat hari ini kita lihat bahawa sebelum ini pun, sebelum ini LTAT banyak bukan sahaja ia terlibat dengan perkara-perkara ini iaitu CSRnya setakat hari ini lebih daripada RM300 million telah diberi kepada CSR iaitu membantu pendidikan dan sebagainya. Ini hasil daripada pendidikan, sara hidup, bencana dan berbagai-bagai yang dibagi yang pernah saya jawab satu persatu di dalam Parlimen ini. Ini adalah hasil daripada orang kata pengurusan baik, LTAT selama ini yang telah memberi sampai hari ini. Kita telah dapat melaksanakan CSR ini dengan baik. Ini adalah di antara rekod yang pernah dan yang ternyata pada hari ini. Selain daripada itu ialah Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin membangkit berkenaan dua, tiga perkara. Pertama, sekiranya seorang veteran yang telah menyertai SAVe meninggal dunia, apakah skim akan diteruskan oleh waris.

Sekiranya seorang veteran yang telah menyertai SAVe meninggal dunia, skim ini tidak akan diteruskan oleh kepada warisnya. Maknanya duitnya itu setelah dia meninggal akan diberi kepada waris, diberi kepada waris lump sum iaitu waris duit itu akan terus dia bagi. Kesemua caruman asal di bawah akaun SAVe veteran tersebut akan diserah kepada sekali gus lump sum kepada waris si mati. Yang Berhormat Jasin bangkit berkenaan dengan berapa ramai anggota angkatan tentera yang terlibat dalam SAVe ini. Statistik anggota yang menamatkan perkhidmatan dengan tidak berpencen selama lima tahun adalah seperti berikut. Ini statistik yang kita bagi: |Tahun|Bilangan (orang)| |----:|---------------:| | 2012| 670| | 2013| 538| | 2014| 516| | 2015| 1030| | 2016| 1351|<END_TABLE_MARKER> Iaitu 4,000 lebih anggota yang berpencen dalam masa lima tahun yang terlibat dengan SAVe ini sekiranya ianya dilaksanakan selepas ini. Berdasarkan kepada jumlah tersebut dianggarkan seramai 831 orang akan terlibat dalam skim ini pada setiap tahun. Statistik mereka yang berpencen, statistik pemberhentian anggota tahun 2010 hingga tahun 2016, bersara berpencen setakat ini seramai 22,612 orang bermakna daripada 2012 hingga 2016 dan yang tidak berpencen seramai 4,015 orang. Itu sahaja yang dibangkit oleh veteran. Yang Berhormat Lumut berkenaan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut iaitu berkenaan dengan isu perubatan dan sebagainya. Perubatan untuk pengetahuan Yang Berhormat, perubatan ditanggung oleh ATM sepenuhnya. Maknanya tidak ada timbul kata kita tidak pernah jaga perubatan, maknanya kalau ada berlaku apa-apa kita tanggung sepenuhnya oleh veteran. Yang Berhormat, berkenaan dengan Yang Berhormat Lumut juga bangkit berkenaan dengan pesara yang berpencen yang dibenarkan untuk menerima 25 peratus caruman sendiri dan 15 peratus oleh kerajaan. Faedah untuk anggota ATM adalah seperti berikut: Berpencen 21 tahun ke atas: (i) pencen perkhidmatan bulanan, ganjaran perkhidmatan, faedah gantian cuti rehat, caruman sendiri 10 peratus. Tidak berpencen: (i) caruman sendiri 10 peratus; (ii) caruman kerajaan 15 peratus; (iii) faedah gantian cuti rehat; dan (iv) perlu dinyatakan bahawa satu perkhidmatan hanya akan dibayar satu jenis faedah saja.

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang penyakit kronik ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mendapat komitmen daripada Timbalan Menteri saya kurang jelas tadi segala penyakit kronik yang dialami oleh veteran ini ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Itu komitmen daripada Yang Berhormat Menteri, sila ulas balik. Terima kasih.

Kita memang beri sepenuhnya kepada mereka yang sakit tidak kira penyakit apalah. Seterusnya ialah daripada Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan ada perkara-perkara yang dibangkit oleh Yang

Berhormat Pandan itu saya akan bagi secara bertulis kerana saya tidak ada jawapan bersama-sama dengan saya kerana yang saya ingin nyatakan di sini bahawa mengikut anggaran ada pada saya sekarang ini, kalau kita kata pencen iaitu koperal. Kalau dia berhenti 12 tahun, kalau dia berhenti 12 tahun, kalau kita pakai lapan peratus caruman, dia akan dapat lebih kurang RM382 sebulan. Kalau 10 peratus, dia akan dapat RM478. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekarang ini dalam ATM kita ada skim iaitu kenaikan pangkat melalui time-based. Bererti bahawa dalam masa enam tahun, enam tahun, enam tahun dia akan naik, sekurang-kurangnya kalau 12 tahun dia pencen sekurang-kurangnya koperal. Kalau dia bagi 15 sekurang-kurangnya, dia akan pencen dia sarjan dan sebagainya. Ini bergantung kepada keadaan di mana dia berpencen dan berkenaan kepada pelaburan. Jadi pelaburan LTAT saya rasa walaupun pada tahun lepas, kalau kita kira oleh Yang Berhormat berkenaan dengan ada masalah itu. Saya tidak dapat memberi jawapan itu tetapi saya akan semak balik atas apa yang telah didakwa oleh Yang Berhormat, saya akan bagi secara bertulis. Akan tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya yakin bahawasanya mereka-mereka ini akan terbela. Kita tidak boleh berbanding dengan mereka-mereka yang berpencen yang mendapat pencen kerana sebenarnya kalau hendak kira pada kerajaan, sepatutnya mereka yang tidak berpencen ini dan mereka berhenti atas kehendak mereka sendiri bukan diberhentikan dan sebagainya. Sepatutnya mereka boleh sambung tugas mereka sampai 21 tahun, tetapi kebanyakan mereka berhenti atas kehendak mereka sendiri. Kadang-kadang diberi nasihat dan sebagainya kerana satu ketika dahulu mereka nampak bahawasanya bila berhenti mereka akan 15 peratus, 10 dan 25 peratus mereka akan dapat sekitar RM60,000. Ini yang akan dilabur tetapi yang akan diguna untuk berniaga dan sebagainyalah. Akan tetapi kebanyakan daripada mereka ini tidak menguruskan dengan baik, kebanyakan mereka menghadapi masalah. Akan tetapi atas keprihatinan kerajaan, kita mengambil kira tentang masalah yang dihadapi oleh mereka yang tidak berpencen ini. Keadaan mereka, bagaimana dan saya sebagai Timbalan Menteri yang diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka ini, maka kita sentiasa mengambil berat tentang perkara-perkara ini dan kita tidak boleh memenuhi semua. Soalnya kalau kita nak kata tentang jurang pencen, orang yang berpencen dengan orang yang pencen sekarang dengan pencen dulu. Kita ini bukanlah di bawah Kementerian Pertahanan. Pencen ini di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Makna penjawat awam yang lain juga terlibat.

Kalau kita rasa kalau koperal polis pencen dulu dengan koperal pencen sekarang ini memang berbeza. Kalau kita rasa kalau dengan PAT sekarang, berbanding PAT sekarang Tan Sri Zul yang pencen baru-baru ini berbanding dengan Ghazali Mohd Seth yang pencen 10, 15 tahun dulu memang beza jauh banyak. Akan tetapi 10 tahun akan datang, PAT yang akan datang bila pencen sudah pasti beza jauh. Ini adalah di mana skimnya berubah. Jadi, kita perlukan masa. Walau bagaimanapun, kita sentiasa mengambil berat dan untuk memberi bantuan-bantuan sekiranya mengikut keadaan yang tertentu. Umpamanya baru-baru ini dalam desakan daripada...

Pendek saja Menteri, boleh ya.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham tentang yang Timbalan Menteri sebut bahawa kita tidak boleh memberikan skim pencen yang sama kepada kakitangan tentera yang tempoh khidmatnya 10, 15, 20 tahun. Saya sebut di dalam ucapan tadi bahawa skim anuiti yang dibawa oleh pindaan ini ialah bukan pencen kerana sebenarnya kalau tidak ada pun pindaan ini yang membolehkan LTAT menjalankan atau menawarkan skim anuiti, pesara tentera boleh saja mengambil keluar caruman sekali gus RM60,000-RM80,000 kemudian dilaburkan di dalam syarikat-syarikat insurans kerana sekarang ini pun memang sudah ada produk-produk kewangan, baik dari segi anuiti ataupun, dengan izin, private retirement scheme dan lain-lain. Jadi kebimbangan saya yang saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri pertimbangkan ialah sedangkan syarikat insurans dan bank yang pakar di dalam bidang- bidang ini pun tidak dapat memberikan pulangan yang baik untuk tempoh yang panjang, saya bimbang apabila LTAT yang tidak ada rekod yang baik kebelakangan ini, memasuki pula industri anuiti dan pencen yang akan kalau ada perubahan keuntungan yang sangat sedikit pun akan ada kesan kepada pesara.

Jadi sebab itu, saya terpaksa menunggu macam Menteri sebut, lebih banyak perincian kerana saya bimbang perkara ini akhirnya selepas lima, enam, tujuh tahun, ia akan menjadi satu lubang besar yang baru apabila pelaburan LTAT untuk menghasilkan insurans dan anuiti ini tidak dapat menjana RM300, RM400 bulanan kepada pesara- pesara. Jadi saya faham yang Timbalan Menteri sebut tadi, cuma sebab itu soalan- soalan saya adalah mengenai prestasi dan kepakaran kewangan yang ada pada LTAT untuk menguruskan skim ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, sebenarnya duit pelaburan ini akan diteruskan yang melabur sekarang ini, bukan kita akan guna duit ini untuk membuat satu pelaburan yang baru, tidak, ia akan terus. Apa sahaja yang kita buat sekarang oleh LTAT iaitu kita bukan kata kita hendak pencen, bukan insurans, ini bukan insurans. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tadi benda ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setakat ini setakat tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2016, jumlah aset LTAT ialah RM9.59 bilion dan akaun caruman ahli ialah RM8.61 bilion sampai hari ini. Maknanya benda-benda ini setakat hari ini. Setakat hari ini kalau kita lihat bahawa LTAT ialah di antara badan yang mengurus tadbir kewangan dengan baik setakat ini. Setakat ini kita tidak ada masalah kecuali kadang-kadang mengikut pasaran Yang Berhormat kata itu betul, tetapi ini bukanlah kerana disalah manage dan sebagainya, ini kadang-kadang memang. Akan tetapi setakat hari ini, kita masih dalam keadaan yang stabil dan tidak ada masalah dari segi kewangan.

Akhir sekali, lepas ini saya tidak kacau Menteri dah. Itu yang saya bimbang Yang Berhormat Menteri kerana sebenarnya seperti yang saya sebut tadi, kalau ikut prestasi tahun 2016, buat kali pertama LTAT terpaksa menggunakan wang deposit daripada caruman pesara sendiri untuk membayar dividen. Sudahlah dividen yang diisytiharkan itu adalah yang paling rendah dalam sejarah, enam peratus. Akan tetapi kalau sebenarnya menggunakan kaedah yang baik iaitu hanya mengagihkan keuntungan semata-mata, sebenarnya dividen yang boleh diisytiharkan oleh LTAT adalah lebih rendah daripada enam peratus, mungkin lima peratus. Jadi sebenarnya kita sudah nampak tanda-tanda ada masalah. Kalau, saya sebut tadi RM300, RM800 tadi Yang Berhormat Menteri ialah- itu ialah pulangan kalau LTAT secara berterusan boleh mendapat keuntungan pada kadar enam peratus. Kalau tengok tahun lepas dia tidak dapat, dia dapat lebih kurang lima peratus. Jadi yang itu yang saya mohon pertimbangan. Saya rasa Menteri pun tahu dan kita perlu dapat lebih banyak.

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak payah berulanglah benda itu, saya faham. Yang Berhormat tidak tengok sebelum ini, sebelum yang bertahun-tahun yang sebelum tahun lepas, macam mana keuntungan, macam mana dividen. Kita tidak boleh berdasarkan kepada satu tahun yang lepas. Jadi LTAT ini telah ditubuhkan bertahun-tahun dan hasil daripada kalau kiranya LTAT tidak menguruskan dengan baik, saya rasa LTAT tidak ada seperti sekarang ini. Kita ada, sekarang ini kita ada aset yang baik. Memang dari segi kewangan, kita masih kukuh, tidak ada masalah. Jadi berkenaan dengan perkara itu, saya akan bagi secara detail kepada Yang Berhormat. Saya tidak pasti kerana bendanya tidak ada bersama-sama dengan saya. Hendak mengatakan bahawa apa yang didakwa oleh Yang Berhormat itu betul atau tidak, saya tidak boleh beri satu jawapan dalam Dewan ini. Selain daripada itu Yang Berhormat, berkenaan dengan pencen Yang Berhormat bangkitkan, pencen bukan dibayar oleh LTAT. Pencen dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran. Ini duit kerajaan, tidak ada kena-mengena dengan LTAT. Ini saya rasa Yang Berhormat ada buat beberapa kenyataan berhubung kait dengan perkara ini. Ini tidak ada kena-mengena dengan pencen. Pencen dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran, tidak ada kena-mengena dengan LTAT. Jadi berkenaan dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong tadi panjang lebar berkenaan dengan latihan, PERHEBAT dan sebagainya. Ini adalah di luar daripada persoalan yang kita bincang sekarang ini. Walau bagaimanapun, saya akan bagi secara bertulis. Jadi sekali lagilah saya ucap, saya rasa lebih kurang yang saya telah jawab. Kepada mereka yang telah menyentuh benda-benda ini yang tidak ada kaitan ini, saya akan cuba memberi secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNFasal-fasal 1 hingga 10 - Tuan Pengerusi · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga soalan berbangkit mengenai tiga fasal. Saya mulakan dengan yang pertama, berkenaan dengan fasal 5. Fasal 5 kalau kita tengok bahagian huraian mengatakan bahawa ia bertujuan untuk meminda seksyen 9A untuk memasukkan seksyen baru 3A, memperuntukkan jika seorang pegawai yang telah menamatkan kurang daripada 20 tahun perkhidmatan memilih untuk menyertai skim ini, nilai caruman dalam Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan hendaklah dibayar ke dalam tabung bagi kredit akaun pegawai itu. Ini berkenaan dengan skim yang kita sedang bincang pada hari ini. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah sekali pandang, ia memberi gambaran bahawa kita menggalakkan pegawai-pegawai untuk meletak jawatan atau berhenti berkhidmat dalam tempoh masa 20 tahun. Ini adalah beberapa komen-komen yang telah dilontarkan mengatakan bahawa ada galakan supaya mereka tidak perlu berkhidmat melebihi 21 tahun. Apakah kerajaan memahami atau telah memperhalus komen-komen ini? Apakah garis panduan yang telah diletakkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya isu ini tidak menjadi kenyataan? Pada waktu yang sama, kita hargai tentang skim anuiti veteran ini tetapi ada juga skim tambahan yang telah diminta oleh veteran untuk dimasukkan bersama-sama dengan fasal ini iaitu skim rumah anggota sebelum pencen.

Itu tidak ada dalam fasal ini walaupun telah dibicarakan sebelum fasal ini digubal atau pindaan ini digubal. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa Skim Rumah Anggota Sebelum Pencen ini tidak dimasukkan sekali di dalam fasal ini tetapi fasal ini hanya memberi fokus kepada anuiti sahaja. Itu untuk fasal 5. Saya teruskan kepada fasal 8 iaitu penubuhan Skim Anuiti Veteran dengan memasukkan seksyen 15D. Saya mendapati 15D(1) dan (a) dan (b) mempunyai satu taraf yang tinggi. Ia tidak memberi kelonggaran sebagai contoh apabila kita membaca 15D(1)(b) dia kata dia telah menamatkan kurang daripada 20 tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku disambung dengan dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan dan dia telah memilih untuk menyertai skim ini. Bermaksud saya tengok ketiga-tiga ini perlu diluluskan, dicapai baru seseorang itu boleh menikmati skim ini. Apakah rasionalnya meletakkan satu taraf sebegini, satu peningkatan level begini baru dia boleh menikmati skim ini? Saya minta rasional daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Keduanya, bersamaan fasal yang sama iaitu fasal 15D(1)(2) yang berbunyi, “anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan.” Ada dua isu yang saya ingin tekankan dan minta penjelasan dan rasional mengapa klausa ini digubal sedemikian. Pertama ialah mengenai kuantum sebagaimana yang ditentukan oleh lembaga dan yang kedua ialah keuntungan tahunan. Persoalan Tuan Pengerusi adalah mengapa tidak meletakkan kuantum itu dalam bentuk jadual? Itu

yang pertama. Kedua, mengapa tidak ada nilai minimum atau lowest ceiling amount? Mengapa kita perlu rujuk kepada keuntungan tahunan? Ini selaras dengan apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Pandan sebentar tadi dan dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab Yang Berhormat Pandan telah menegaskan bahawa kita hanya meneruskan pelaburan yang sedia ada. Tidak ada pelaburan baharu dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pula telah berbicara tentang berbilion-bilion ringgit daripada bentuk aset dan pelaburan. Yang Berhormat Timbalan Menteri juga mengatakan bahawa LTAT tidak ada masalah mengurus kewangan dengan baik, kewangan LTAT adalah sangat kukuh dan sebagainya. Kalau itulah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa tidak meletakkan suatu kuantum yang minimum? Satu lowest minimum ceiling price, ceiling amount. At least RM300 per month or RM400 per month, RM500 per month. That means tidak ada kena-mengena dengan keuntungan, tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku dalam LTAT tetapi kebajikan veteran kita terjamin. At least minimum RM300, RM400 or RM500 itu perlu ada dan keuntungan tahunan sepatutnya lebih daripada apa yang mereka dapat dalam bentuk lowest ceiling amount. Dalam kata lain, kalau keuntungan boleh dibahagikan sebagai contoh Tuan Pengerusi, RM500 dan siling itu sudah ada RM300 bermaksud tahun itu kita bagi RM300 dan tambahan RM500 bermaksud mereka boleh menikmati bulan-bulan hampir RM800. Akan tetapi kini kita berhadapan dengan satu situasi the lowest pun sudah tidak ada. So, apakah mekanisme yang akan diguna oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah apa-apa garis panduan bahawa dalam peringkat Kabinet mahupun dalam peringkat perbincangan sudah ada satu persefahaman di mana kita akan memberikan satu lowest amount, kita tidak akan membuatkan veteran-veteran ATM kita terumbang-ambing memikirkan berapakah yang saya akan dapat untuk tahun ini. Kita tidak hendak satu situasi guessing, will I get or will I not get? Kita tak nak situasi macam ini. Kita hendak undang-undang yang memberi satu kepastian. Tuan Pengerusi, undang-undang ini tidak ada kepastian. Itu yang kita cuba lontarkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terakhir sekali adalah berkenaan dengan fasal 9 yang membawa perenggan baharu 22(aa) untuk membenarkan Lembaga dengan kelulusan Menteri membuat peraturan-peraturan yang berhubung dengan pelaksanaan Skim Anuiti Veteran. Lagi sekali, Tuan Pengerusi kita nampak kecenderungan kementerian-kementerian dalam kebelakangan ini terutamanya tiga, empat tahun ini untuk memberi kuasa yang mutlak kepada Lembaga dengan kelulusan Menteri. So, saya lagi sekali tidak memahami rasional ini. Mengapa ada penglibatan Menteri? Mengapa kita kurangkan skop itu? Mengapa kita terlalu confident, terlalu yakin bahawa dengan meletakkan klausa-klausa sebegini kita dapat menjamin atau dapat memastikan bahawa yang terbaik akan diberi? Contoh macam membuat peraturan- peraturan yang berhubung. Peraturan-peraturan ini apa salahnya kalau kita datang dengan garis panduan dan letak dalam akta ini sebagai Jadual. So at least ada check and balance. Kita tahu peraturan-peraturan yang akan diguna dan dikenal pasti. Bermaksud setiap Menteri datang, ada sahaja peraturan baharu. Tidak ada komitmen daripada Dewan yang mulia ini, tidak ada komitmen daripada Menteri. Sepatutnya benda ini adalah benda yang penting pelaksanaan satu skim yang baharu sewajarnya peraturan-peraturan itu sudah ada dalam bentuk undang-undang. Kalau hendak tukar peraturan itu pun kita kena datang balik kepada Dewan yang mulia ini baru peraturan itu boleh diubahsuai. Akan tetapi sekarang loose end. Tidak ada apa-apa yang boleh you know control, kawal, menyelia, memantau apa yang boleh dilakukan oleh Menteri mahupun Lembaga. Walaupun saya pada dasarnya menerima bahawa daripada tidak ada, adanya rang undang-undang ini baik tetapi pada waktu yang sama bila kita teliti klausa-klausa yang digubal seperti ini seolah-olah memberi ruang untuk penyalahgunaan, tafsiran dan sebagainya. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab tiga fasal yang saya soal agar aplikasi rang undang-undang ini difahami dan dituruti oleh pengguna-pengguna rang undang-undang ini pada masa-masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menyentuh mengenai seksyen baharu 15D(4). Dalam bab 15D(4), caruman bagi kredit seorang askar lasykar yang disebut dalam perenggan 15D(1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan 15D(1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15C. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kewajaran mengehadkan kegunaan caruman mereka yang memilih Skim Anuiti ini daripada dilaburkan mengikut seksyen 15C. 15C memperuntukkan satu kebenaran kepada tabung untuk melaburkan caruman veteran-veteran ini di dalam skim-skim amanah saham. Bagi setengah orang, Skim Amanah Saham yang ada di negara kita ini khususnya yang dikendalikan oleh contohnya Permodalan Nasional Berhad (PNB) boleh membawa keuntungan sehingga 10 peratus daripada pelaburan mereka.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi saya mengandaikan skim yang baik anuiti ini adalah tambahan over and above supaya caruman mereka beroleh hasil yang lebih. Akan tetapi nampaknya apabila wang caruman mereka ini dimasukkan dalam Skim Anuiti, maka wang mereka tidak boleh dimasukkan di bawah 15C iaitu untuk melabur dalam amanah saham. Jadi ertinya ianya bukan sesuatu inovasi baru bagi menambah tetapi hanya sebagai menukar daripada satu cara pendapatan hasil kepada cara yang lain. Lalu saya juga ingin bertanya, kalau tidak sebahagiannya kepada Skim Amanah Saham, ke manakah wang caruman mereka yang mendaftar untuk berada dalam Skim Anuiti ini dilaburkan secara yang ada di dalam akta, bukan maksudnya dalam saham-saham syarikat besar atau membeli bon-bon dan sebagainya. Tidak ada di dalam peruntukan akta ini suatu cara pelaburan yang tetap seperti 15C. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat Kuala Krai. Yang pertama sekali ialah berkenaan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar tadi. Skim ini kita beri galakan supaya lebih ramai anggota tentera berhenti. Sebenarnya kita tidak pernah menggalakkan anggota tentera berhenti awal. Kalau boleh kita hendak mereka terus sampai 21 tahun, kalau boleh. Supaya kita tidak lagi timbul soal mereka yang tidak berpencen ini. Jadi walau bagaimanapun, masih ramai yang minta supaya diberhentikan awal dan mereka berhenti ini atas kehendak mereka sendiri. Tetapi sekarang ini daripada skim ATM yang baru ini, kalau kita tengok ia setanding seperti mana kalau Yang Berhormat Lumut kata ia setanding dengan jawatan perkhidmatan awam yang lain. Saya rasa kalau kita askar sekarang ini, kalau prebet dia masuk, dia RM1,500 sekurang-kurangnya. Mula-mula dia punya gaji. Dalam masa latihan pun dia sudah dapat RM1,500. Jadi ini berbanding dengan dulu-dulu. So, sekarang ini skimnya lebih baik, lebih menarik. Saya rasa tidak ramai, kemungkinan. Walaupun skim ini ada, saya yakin lebih ramai akan terus dengan sistem time-based sekarang ini, sekurangnya kalau dia berhenti, bersara, pencen itu, dia akan mendapat pencen sekurang-kurangnya sarjan. Bila Sarjan itu dia makna akan dapat lebih kurang RM3 ribu sebulan atau RM2 ribu lebih. Jadi saya rasa soal timbul, soal kita hendak menyuruhkan...

Yang Berhormat.

You bagi saya jawab dulu, boleh. Saya bagi peluang tadi, saya dengar apa yang you cakap, saya tidak kacau pun. Okey boleh. Jadi saya rasa benda yang you cakap itu sama saja. Kita tidak pernah, dalam skim ini bukanlah kita galakkan. Sebenarnya, skim ini sebenarnya semangat skim ini kita kena ingat ialah untuk membantu mereka yang tidak berpencen. Ini semangat dia. Ini yang masalah sekarang ini. Masalah ialah mereka- mereka yang tidak berpencen. Ini yang ramai yang sekarang menghadapi masalah dan sebagainya. So, skim ini diwujudkan ialah untuk membantu mereka-mereka yang tidak

berpencen. Itu semangat dia, kita kena ingat. Bukanlah skim ini diwujudkan untuk tujuan lain, ialah untuk membantu mereka yang ramai di bawah itu yang telah berjasa kepada kita. Walaupun keputusan yang dibuat untuk berhenti itu ialah keputusan mereka sendiri. Ini kita kena faham. Yang kedua ialah berkenaan dengan skim perumahan. Skim perumahan tidak terlibat kerana skim perumahan kita ada, akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam tidak berapa lama lagi berhubung dengan skim perumahan. Kita ada banyak iaitu skim rumah kepada veteran, kita punya SAR iaitu1Askar1Rumah. Maknanya kalau masuk askar itu, bila dia pencen, dia akan dapat satu rumah. Jadi maknanya sekarang ini Kementerian Pertahanan telah menjaga kebajikan tentera itu. Apabila dia masuk itu, dia pastikan apabila ia pencen kelak, ia akan dapat sebuah rumah sendiri. Ini dalam perancangan yang akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak berapa lama lagi. Yang ketiga ialah by quantum. Quantum memanglah ia bergantung kepada pelaburan. Kita tidak boleh tetap. Jadi ini ialah kuasa yang kita bagi kepada Lembaga untuk menentukan quantum, kita tidak tahu. Kalau saya katakan tadi adalah berdasarkan, kalau kita rasa kalau kita kata, contoh dia sarjan. Kalau dia berkhidmat 12 tahun, dia berhenti. Kalau imbuhan dia pada ketika itu lapan peratus. Dia akan dapat RM400 lebih. Ini akan diputus. Kalau sekiranya pelaburan itu baik, kalau 10 peratus, dia akan dapat RM500. Jadi maknanya sebab itu, benda itu kita biar kepada memberi kuasa kepada Lembaga untuk menentukan. Ini yang dibuat, yang telah pindaan yang kita buat itu. Sebenarnya berkenaan kuasa Yang Berhormat Menteri ialah kuasa Yang Berhormat Menteri biasanya ianya sebelum apa-apa pun dibuat oleh Lembaga untuk mendapat persetujuan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi saya rasa tidak ada masalah tentang perkara itu. Ini ialah, selama ini pun banyak juga yang dibuat oleh LTAT juga kadang-kadang dirujuk kepada LTAT ialah di bawah Kementerian Pertahanan. Jadi saya rasa kalau kita tidak ambil berat, bila kita tidak ambil check and balance berkenaan dengan pelaburan dan sebagainya, saya rasa kita tidak bertanggungjawab. Sebab itu kita ada juga kuasa Yang Berhormat Menteri untuk akhirnya melihat kepada supaya setiap pelaburan yang akan dibuat itu akan mendatangkan hasil.

Boleh, dua pandangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pandangan pertama saya adalah, disebabkan sekarang undang-undang ini spesifik untuk membantu sesiapa yang tidak berkhidmat sehingga 21 tahun, yang pencen lebih awal, dia berhenti lebih awal, ya. Pada waktu yang saya ingin mencadangkan untuk yang sudah berkhidmat lebih daripada 21 tahun, benefits yang mereka dapat pun perlu dikaji semula untuk memantapkan semangat mereka untuk meneruskan berkhidmat untuk sehingga 21 tahun ke atas. Itu pandangan saya yang pertama.

Yang Berhormat, sekarang ini kita kira yang tidak berpencen.

Cadangan saya.

Yang berpencen di masa ke depan lah.

Cadangan saya. Yang kedua adalah berkenaan dengan quantum yang saya bincang tadi, yang bicara tadi. Saya mencadangkan masih lagi mencadangkan satu quantum yang lowest perlu diletakkan. Walaupun ada keuntungan tahunan dan sebagainya untuk mengelakkan spekulasi dan sebagainya, kita letakkan satu amaun. This is the lowest you can get, no matter what happen to the investment, no matter what happen to our yearly.

Okey Yang Berhormat, itu kita ambil perhatianlah. Saya...

Saya cadangkan supaya satu nilai minimum diletakkan.

Hendak memuaskan hati Yang Berhormat, saya terima itu. Okey, tidak ada masalah itu.

Terima kasih.

Okey, yang seterusnya ialah berkenaan dengan Yang Berhormat Kuala Krai yang membangkit berkenaan dengan pelaburan hasilnya. Memanglah kita skim ini sebagaimana saya kata, pertama kita kena lihat semangat dia. Kita buat pelaburan ini untuk membantu mereka ini. Sebab itu kita

perlu kepada kuasa-kuasa yang tertentu, yang telah kita buat pindaan ini untuk membolehkan kita hendak generate duit untuk membantu mereka ini. Sebab itu kita perlu pindaan kepada akta ini. Akta-akta ini yang kita pinda ini ialah untuk tujuan itu. Jadi saya rasa ini amat penting. Jadi saya rasa tidak ada apa-apa masalah kepada perkara itu. Jadi Yang Berhormat, saya rasa...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, kalau tidak ada masalah Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak ada masalah kenapa dikecualikan wang caruman mereka ini daripada Amanah Saham. Itu sahaja soalannya.

Dia adalah dia punya sebab-sebabnya Yang Berhormat. Sebenarnya duit ini pun kalau kita hendak bagi kepada mereka, mereka pencen, hangus begitu sahaja. Akan tetapi kita, usaha kerajaan untuk membantu mereka, kita simpan untuk melaburkan kepada mereka, supaya duit ini diurus dengan baik. Daripada mereka dapat duit ini, dia belanja melalui Pak Man Telo dan sebagainya. Habis begitu saja. So this is the way bagaimana kita hendak bantu mereka. Ini hakikatnya. Patutnya Yang Berhormat kena sokong daripada tadi.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya sokong kekal dalam Amanah Saham. Kenapa dikeluarkan daripada Amanah Saham. Itu soalannya.

Tidak apalah, itu kita. Saya...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ini dalam akta ini, dalam pindaan ini ada. Itu saya nampak tidak kenanya itu sebab Amanah Saham return nya bagus tetapi wang mereka yang hendak masuk anuiti ini, tidak boleh masuk dalam Amanah Saham. Itu prinsip.

Saya rasa mesti ada sebab-sebab dia Yang Berhormat, mesti ada sebab-sebab dia. Kalau tidak, kita tidak akan mempersia- siakan caruman veteran ini dan kita tahu mereka-mereka ini adalah orang yang berjasa kepada negara. Tidak akan kita hendak ambil guna, salah guna duit mereka. Kita akan bagi yang terbaik untuk mereka supaya pulangannya bukan kata lapan peratus, kalau boleh 10 peratus atau 12 peratus, lebih baik pada tiap-tiap tahun. Ya, Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya lanjutkan saya dengan ini mohon untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan Pejabat Agama Islam Parlimen Jerantut di Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Selamat datang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan pengawalseliaan Lembaga Pemantauan Audit, dengan izin, Audit Oversight Board atau panggilan lazimnya AOB, terdapat profesion pengauditan kekal berkesan terhadap profesion pengauditan kekal berkesan, pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengkaji dan menyemak peruntukan-peruntukan sedia ada berkaitan dengan AOB di dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993. Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 digubal untuk meminda peruntukan-peruntukan dalam akta yang berkaitan dengan lembaga pemantauan audit dengan tujuan untuk memastikan keberkesanan AOB secara berterusan semasa menjalankan fungsi-fungsi yang ditugaskan kepadanya di bawah akta. Sebagai latar belakang, penyata kewangan secara lazimnya merupakan maklumat yang amat penting kepada pelabur yang ingin membuat pelaburan di dalam sesebuah syarikat atau mana-mana institusi yang menyediakan peluang pelaburan. Ini kerana ia dapat memberikan maklumat yang relevan dan mencukupi untuk membantu mereka membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya mengenai pelaburan mereka. Penyata kewangan juga dapat memberikan penzahiran kepada para pelabur mengenai kedudukan dan prestasi kewangan terhadap sesebuah syarikat tersenarai, kumpulan-kumpulan kewangan seperti Unit Tabung Amanah, Skim Persaraan Swasta dan sebagainya. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi memastikan orang-orang dan institusi-institusi yang menyediakan laporan ataupun penyata kewangan merupakan orang-orang ataupun entiti-entiti yang layak dan patut, dengan izin, fit and proper, mempunyai tahap etika yang tinggi serta memenuhi segala keperluan piawaian yang ditetapkan. Untuk mencapai tujuan ini, AOB yang telah pun ditubuhkan oleh pihak SC pada tahun 2010. Fungsi AOB adalah untuk mengawal selia juruaudit entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual serta menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual. Bagi aktiviti-aktiviti di dalam pasaran modal, ia juga ditugaskan untuk menggalakkan dan membangunkan kerangka kerja pengauditan, pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia dan secara langsung menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan terhadap kewangan teraudit di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 mencadangkan, pertama untuk membuat pindaan terhadap komposisi anggota AOB dengan mengklasifikasikan semula jawatan pengerusi AOB daripada jawatan eksekutif kepada bukan eksekutif. Bersamaan ini juga rang undang-undang bercadang untuk memperkenalkan jawatan baru pegawai eksekutif yang akan bertanggungjawab untuk pengurusan dan pentadbiran harian AOB. Kedua, membuat pindaan berbangkit berhubung dengan cadangan yang disebutkan sebentar tadi termasuklah membuat peruntukan berkenaan dengan kriteria kelayakan sekatan dan tempoh pelantikan anggota AOB. Ketiga, menjelaskan peruntukan untuk pembayaran fi pendaftaran secara tahunan selama tempoh juruaudit kekal berdaftar dengan AOB. Rang undang-undang ini juga bercadang untuk memperkenalkan satu fi bayaran lewat sekiranya juruaudit berdaftar lewat membuat bayaran fi tahunan kepada AOB. Keempat, menyelaraskan peruntukan di dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 yang memberi kuasa kepada pihak suruhanjaya untuk membuat peraturan-peraturan dengan peruntukan kuasa yang sama seperti yang terkandung dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mempunyai 10 fasal yang mencadangkan untuk meminda peruntukan-peruntukan di dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 31A akta untuk memasukkan takrif baru iaitu “pegawai eksekutif” dan “pengerusi bukan eksekutif” ke dalam akta dan untuk memotong takrif “pengerusi eksekutif”. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 31B akta untuk meluaskan skop Lembaga Pemantauan Audit untuk merangkumi pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan untuk:

(i) suatu entiti bukan berkepentingan awam yang memohon kelulusan untuk disenaraikan; (ii) suatu entiti yang memohon kelulusan untuk menjadi perbadanan yang disenaraikan di bursa saham; atau (iii) kumpulan wang tidak berjadual yang memohon kelulusan untuk menjadi kumpulan wang berjadual. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 31C akta untuk menggantikan peruntukan sedia ada berhubung dengan komposisi Lembaga Pemantauan Audit dan larangan yang dikenakan ke atas pengerusi bukan eksekutif dan pegawai eksekutif. Fasal 4 juga bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 31C(6A) ke dalam akta bagi memperuntukkan bahawa tiada seorang pun anggota Lembaga Pemantauan Audit boleh menjadi juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta Syarikat 2016 atau diambil bekerja oleh firma yang menyediakan perkhidmatan untuk entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual atau mana-mana gabungannya. Pindaan ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pengurusan hari ke hari Lembaga Pemantauan Audit adalah di bawah tanggungjawab pegawai eksekutif. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 31EA akta dengan menggantikan perkataan “pengerusi eksekutif” dengan perkataan “pengerusi bukan eksekutif”. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 31H akta untuk memperjelaskan Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit berhubung dengan fi dan bayaran lain. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 31O akta untuk memasukkan subseksyen baru 31O(4A) dan (4B) ke dalam akta. Subseksyen baru (4A) memperuntukkan bahawa seseorang juruaudit yang berdaftar atau yang diiktiraf oleh Lembaga Pemantauan Audit hendaklah membayar apa-apa fi yang ditetapkan secara tahunan. Sementara itu, subseksyen baru (4B) memperuntukkan bahawa suruhanjaya boleh mengenakan fi lewat bayar terhadap mana-mana juruaudit berdaftar atau yang diiktiraf jika dia tidak membayar fi itu dalam masa yang ditetapkan.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 31Q Akta untuk memperjelaskan bahawa pendaftaran seseorang juru audit boleh dibatalkan atau digantung atau pengiktirafannya boleh ditarik balik atau digantung sekiranya terdapat kegagalan untuk membayar apa-apa fi atau bayaran yang dikenakan. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 159 Akta untuk menghuraikan kuasa suruhanjaya untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan fi dan pengecualian. Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan berhubung dengan tempoh jawatan anggota bukan eksekutif sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Masir KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Satu. Lepas Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mujurlah seorang hendak berbahas. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Bagi saya, ibu saya selalu memberitahu saya bahawa kalau ada orang buat salah, kita kena tentang kuat-kuat tetapi kalau buat betul, we have to be fair and also give praises where it’s due. Bagi saya, ucapan saya pendek.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Memang I just want to express my gratitude and happiness bahawa Securities Commission ini buat kerja yang baik. Saya faham bahawa Audit Oversight Board bagi Suruhanjaya Sekuriti penting sangat sebab ia mempromosikan reliable audited financial statements ataupun annual report daripada syarikat-syarikat PLC di Malaysia. Ini penting sebab kalau kita tidak ada audited report yang kita boleh percaya, kita tidak boleh membuat an informed decision untuk beli saham atau tidak. Ya, itu penting. Saya cuma nampak semua pindaan ini baik. Saya cuma harap Bank Negara juga memakai standard ethics dan good governance supaya kes-kes seperti 1MDB tidak timbul lagi. Baik, saya fokus kepada pindaan. Fasal 4, seksyen 31C, subseksyen (b), sub- subseksyen (4), sub-subseksyen (a). I think you need to work on your numberinglah. That’s all. Ini adalah satu pindaan yang baik sebab ia tidak membenarkan satu conflict of interest di antara chairman ataupun executive officer membuat full time job ataupun full time controlling shareholder in a public interest entity. Jadi, pindaan macam ini baik dan kita perlu memberi pindaan seperti ini ke dalam semua badan-badan kita supaya memastikan tidak ada conflict of interest langsung. Saya juga merujuk kepada fasal yang sama iaitu fasal 4, seksyen 31C(d), sub- subseksyen (6A), sub-sub-subseksyen (a) iaitu juga mengenai prevention of conflict of interest di mana seorang auditor tidak boleh juga mengambil public interest entity di dalam perkara yang sama kalau dia hendak bekerja dalam ataupun berkhidmat dalam Audit Oversight Board. Saya juga perlu mengatakan bahawa fasal 10, transitional provision adalah baik sangat. Ini menunjukkan bahawa Securities Commission know what they are doing. They are doing a transitional period kepada semua ahli-ahli Lembaga Audit Oversight Board ini masa untuk transition kepada yang baru. Jadi, soalan saya satu sahaja. Berapakah dalam Oversight Board ini yang perlu di-transition keluar dalam jangka transitional period inilah dan bilakah appointment mereka akan lupus ataupun tarikh akhir. Ia penting sebab kita kena tahu transition ini adalah selama enam bulan, setahun atau dua tahun. Baik, satu lagi point. Fasal 6. Ia macam committee stage lah sekarang. Fasal 6, I am very impressed. Saya sebagai corporate lawyer, kita kerja lama. Saya lihat fasal 6 subseksyen 31H(3)(b), sub-sub (b), peguam atau siapa yang draf ini baik sekali. Dia tengok walaupun terdapat ayat yang salah seperti fee or other charges untuk other fees or charges. Ini bagus. That means they are paying very-very close attention kepada drafting dan bagi kita semua di Dewan ini, bila saya baca pindaan yang baik sekali, I have to congratulate all of you at the Securities Commission for doing a very good job... [Tepuk] Jadi, tidak semestinya bila pembangkang naik, kita hantam sahaja. Saya nak tunjukkan bahawa we are also human and we also appreciate good work. Bagi saya kalau ini merupakan ucapan terakhir untuk tahun inilah ataupun penggal ini, kita akan kemungkinan masuk ke GE-14, saya dengan rendah hati, kawan baik saya Yang Berhormat Jasin, saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada semua Tuan Yang di- Pertua, Datuk Roosme, Bentara, semua Ahli Dewan ini- thank you very much for your service to this nation... [Tepuk]

Ini macam nak pilihan raya ini.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Bukanlah. Saya cuma nak katalah, this looks like the last speech of the year. Betul tak? Kemungkinan dan kita berharap semua bahawa kita akan ke sebelah sana pula. Jikalau ditakdirkan Tuhan kita ke sebelah sana, I can assure you, we will do our best to serve the nation also for democracy... [Tepuk] Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan-rakan yang menyokong bill ini. Saya kira, saya anggap menyokong kerana dah tidak ada debate dan in particular to my friend, Yang Berhormat Kelana Jaya, yang saya anggap memang profesional dan memanglah is not that we need the credit tetapi I think he knows what he is doing. Saya banyak kalilah dok berdialog ataupun menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beliau. Akan tetapi hari ini nampaknya kerja saya lebih mudahlah. Thank you very much. Terima kasih Tuan

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Yang di-Pertua. Walau apa pun, Yang Berhormat Kelana Jaya telah pun membangkitkan hal tentang transitional provision iaitu fasal 10. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada lembaga pengarah yang perlu di- transition-kan keluar kerana mereka baru dilantik. Jadi, pelantikan mereka ini adalah untuk tempoh tiga tahun. Jadi, daripada semasa ke semasa, mereka pun sudah tentulah akan menjalankan tugas mereka dan jika perlu, barulah kita ganti dengan orang lain. Akan tetapi apa pun, saya pun nak gulung. Terima kasih. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka kepada Majlis bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-Fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin) dan diluluskan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Kastam 1967Motion

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut, Bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST.51/2017 disahkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2017 [P.U.(A) 101/2017] bertarikh 31 Mac 2017— Kertas Statut Bilangan ST.43. Kedua, Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2017 [P.U.(A) 118/2017] bertarikh 12 April 2017— Kertas Statut Bilangan ST.44. Saya mohon untuk membentangkan dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2017 iaitu P.U.(A) 101/2017 dan Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2017 iaitu P.U.(A) 118/2017 secara bersama memandangkan ia adalah berkaitan. Perintah Duti Kastam 2017 yang telah diwartakan pada 3 Januari 2017 dibuat bagi melaksanakan perubahan kod tarif selaras dengan komitmen Malaysia di bawah World Custom Organization (WCO). Pindaan terhadap harmonized tariff nomenclature

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

system (HS) adalah dibuat setiap lima tahun sekali dengan mengambil kira perkembangan semasa dalam perdagangan dunia, perubahan teknologi dan isu berhubung persekitaran dan sosial di peringkat global, produk makanan, green environment dan ubat-ubatan khasnya anti malaria. Di bawah Perintah Duti Kastam 2017 yang menggantikan Perintah Duti Kastam 2012 ini, beberapa baris tarif baru telah diwujudkan manakala beberapa baris tarif yang lama dihapuskan, dicantum atau diringkaskan. Walau bagaimanapun, selepas pewartaan Perintah Duti Kastam 2017, terdapat beberapa isu yang perlu diselaraskan semula dan dilaksanakan melalui perintah-perintah berikut. Pertama, Perintah Duti Kastam 2017. Perintah ini dilaksanakan bagi menambah baris baru dan kadar duti untuk mengekalkan polisi percukaian nasional. Pindaan yang dilaksanakan melibatkan produk di bawah kod tarif seperti berikut: (i) 3921.90.90 — pindaan melibatkan pecahan baris tarif “other” kepada baris “of polymerisation products” (3921.90.90 10) dan “other” (3921.90.90); (ii) 3924.10.90 — pindaan melibatkan pecahan baris tarif “other” kepada baris “baby feeding bottle” (3924.10.90 10) dan “other” (3924.10.90 90); (iii) 9601.90.90 — pindaan melibatkan pecahan baris tarif “other” kepada baris “cigar or cigarette cases, tobacco jars; ornamental articles” (9601.90.90 10) dan “other” (9601.90.90 90); dan (iv) 6304.19 — pindaan untuk memasukkan “unit of quantity” dan “rate of duty”. Kedua, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2017. Perintah ini melibatkan pindaan bersifat editorial seperti berikut: (i) pindaan kadar duti eksport bagi produk iron dan steel (kod tarif 7204.10.00 00, 7204.29.00 00, 7204.30.00 00, 7204.41.00 00, 7204.49.00 00) daripada 10 peratus kepada kosong peratus memandangkan produk tersebut adalah tertakluk kepada kosong peratus duti eksport mulai 1 Februari 2016; dan (ii) pindaan kadar duti import bagi produk radio-broadcast receivers capable of operating without an external sources of power di bawah kod tarif 8527.91 daripada 15 peratus kepada 11 peratus. Ketiga, Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) 2017 [P.U.(A) 122/2017] bertarikh 13 April 2017 (Kertas Statut ST.48). Perintah ini diwartakan bertujuan mengenakan duti pelindung muktamad ke atas produk batang penulangan konkrit keluli ataupun, dengan izin, steel concrete reinforcing bars yang diimport daripada 40 buah negara pada kadar menurun iaitu 13.42 peratus, 12.27 peratus dan 10.10 peratus dalam tempoh tiga tahun. Pengenaan duti pelindung muktamad ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 22 Akta Pelindung 2006 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa mulai 14 April 2017 hingga 13 April 2020. Keempat, Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) (No. 2) 2017 [P.U.(A) 123/2017] bertarikh 14 April 2017 (kertas statut bilangan ST.49). Perintah ini diwartakan bertujuan mengenakan duti pelindung muktamad ke atas produk rod dawai keluli atau, dengan izin, steel wire rods yang diimport daripada 42 buah negara pada kadar menurun iaitu 13.9 peratus, 12.9 peratus, 11.9 peratus pada tempoh tiga tahun. Pengenaan duti pelindung muktamad ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah seksyen 22 Akta Pelindung 2006 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam dan berkuat kuasa mulai 15 April 2017 hingga 14 April 2020. Kelima, Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) (Pindaan) 2017 [P.U.(A) 155/2017] bertarikh 30 Mei 2017 (Kertas Statut Bilangan ST.50). Perintah ini diwartakan bertujuan meminda kod tarif pada Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) 2017 yang telah diwartakan pada 13 April 2017 ke atas produk batang penulangan konkrit keluli ataupun, dengan izin, steel concrete reinforcing bars. Perintah ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah subseksyen 23(3) Akta Pelindung 2006 dan subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967 dan berkuat kuasa mulai 14 April 2017 hingga 13 April 2020.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Keenam, Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2017 [P.U.(A) 196/2017] bertarikh 14 Julai 2017 (Kertas Statut Bilangan ST.51). Perintah ini diwartakan bagi melaksanakan pengurangan duti import ke atas produk berasaskan teknologi maklumat (ICT) melibatkan 42 barisan tarif selaras dengan komitmen Malaysia di bawah deklarasi Expansion of Trade in Information Technology (ITA 2) bagi tahun 2017. Perintah ini berkuat kuasa mulai 15 Julai 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, jadi memandangkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi mengenai pemeliharaan alam sekitar, saya nampak ada itu duti untuk light woods- Kertas Statut Bilangan 43- dan juga mengenai medium hardwoods of a density between 720 to 880 kilogram per cubic meter dan juga hardwoods of a density below 720 kilogram per cubic meter.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan kerana kita hendak memelihara alam sekitar dan juga, apakah itu dengan duti eksais ini kita dapat memelihara alam sekitar dan juga mengenai Kertas Statut 48. Ini mengenai Duti Pelindung Muktamad. Itu batang penulangan konkrit keluli iaitu batang keluli gulungan panas yang mengandungi lekuk, tetulang, alur atau canggaan lain dan sebagainya. Kita di Malaysia pun ada mengeluarkan keluli. Adakah ini kerana kita dapat keluarkan di negara kita sendiri? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Pertama saya sentuh dulu yang dibangkitkan berkaitan dengan Duti Pelindung Muktamad. Di bawah perjanjian ini, kita kena jaga industri tempatan. Di negara kita ada 13 buah kilang-kilang besi dan keluli. Jadi, kita tidak boleh membenarkan import tanpa duti. Akan tetapi di dalam perjanjian ini pun, kita kena reduce duti-duti ini ataupun cukai- cukai ini secara gradual daripada contoh 13.42 kepada 12.27, kemudian kepada 11.10 peratus untuk tempoh tiga tahun. Jadi, ia tertakluk di bawah Perjanjian WTO ini berkaitan Safeguard Agreements yang juga termasuk dalam Safeguards Act. Secara ringkasnya kita hendak menjaga kepentingan industri tempatan supaya kita tidak mahu barangan yang diimport mungkin lebih jauh lebih murah daripada apa yang dihasilkan di negara kita, menyebabkan mungkin dia sampai menjadikan Malaysia ini satu tempat untuk meletakkan barangan-barangan murah, yang akhir sekali menjejaskan industri tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan perkara yang kedua adalah hal-hal yang berkaitan dengan perubahan kod tarif di bawah WCO. Ini adalah berkaitan dengan HS Harmonized Tariff nomenclature status yang kita kena buat setiap lima tahun, mengambil kira perkembangan semasa dan juga perdagangan dunia, mengambil kira tentang perubahan teknologi dan juga hal-hal yang berhubung dengan alam sekitar apa semua lah. Jadi, ini kita hendak selaraskan mengikut keperluan. Terima kasih .

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 7 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST.51/2017 disahkan dan hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Eksais 1976Motion

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan.” Tuan Yang di-Pertua, Perintah Duti Eksais 2017 [P.U.(A) 92/2017] bertarikh 31 Mac 2017 yang kita sebut sebagai Kertas Statut Bilangan ST.45. Perintah ini diwartakan bagi tujuan pelarasan kod tarif bagi sembilan digit kepada sepuluh digit ke atas barang- barang yang berduti eksais. Pelarasan kod tarif ini dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Duti Kastam 2017 yang melibatkan perubahan kod tarif daripada sembilan digit kepada sepuluh digit. Perintah ini membatalkan Perintah Duti Eksais 2012 dan berkuat kuasa mulai 1 April 2017. Kedua, Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2017 [P.U.(A) 120/2017] bertarikh 12 April 2017, Kertas Statut Bilangan ST.46. Perintah ini diwartakan bertujuan untuk menyelaras semula kadar duti eksais kenderaan berkapasiti enjin tidak melebihi 1500cc susulan daripada pewartaan Perintah Duti Kastam 2017. Penyelarasan tersebut telah memberi kesan di mana kod tarif bagi kenderaan berkapasiti enjin tidak melebihi 1500cc telah digabungkan. Struktur asal duti eksais bagi kenderaan tidak melebihi 1500cc di bawah Perintah Duti Kastam 2012 adalah seperti berikut: (i) kenderaan two wheel drive, dengan izin, 2WD di bawah kod tarif 8703.22 941 dan 8702.22 942 adalah 60 peratus; (ii) kenderaan four wheel drive (4WD) di bawah kod tarif 8703.22 931 dan 8703.22 932 adalah 65 peratus; dan, (iii) kenderaan SUV di bawah kod tarif 8703.22 331 dan 8703.22 332, 8703.22 341 dan 8703.22 342 ialah 75 peratus. Memandangkan penyelarasan kod tarif tidak bertujuan untuk meningkatkan hasil, kerajaan bersetuju untuk menyelaras semula kadar duti eksais bagi kenderaan di bawah kod tarif 8703.22 9010 dan 8703.22 9090 daripada 65 peratus kepada 60 peratus. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 13 April 2017. Ketiga, Perintah Duti Kastam (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2017 [P.U.(A) 93/2017] bertarikh 31 Mac 2017 Kertas Statut Bilangan ST.47. Perintah ini adalah diwartakan bagi tujuan menyelaras kod tarif kenderaan bermotor yang dinyatakan di bawah perintah ini yang terlibat dalam penangguhan bayaran duti eksais susulan daripada pewartaan Perintah Duti Kastam 2017 yang telah diwartakan pada 3 Januari 2017 berkaitan pelaksanaan HS 2017. Perintah ini membatalkan Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2017 dan berkuat kuasa mulai 1 April 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Siapa menyokong?

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, memang banyak tidak dapat kita huraikan semua. Cuma sebagai contoh sahaja mengenai Kertas Statut 45 itu. Kita banyak beverages, spirits and vinegars. Biasanya kita nampak “Wine of fresh grapes, including fortified wines; grape must other than that of heading 20.09”. Biasanya kita kenakan duti eksais ini daripada negara mana sebab banyak negara keluarkan ini

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

sama ada dari Perancis ataupun United States, Australia ataupun New Zealand itu mengenai beverages, panjang berapa muka surat. Seterusnya mengenai Kertas Status 47 itu. Ini memang Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor), banyaklah itu. Sangat banyak. Di sini, saya hendak tanya mengenai itu- ada “Method of payment for removal of motor vehicles from places of manufacture”. Adakah ini bermakna di Malaysia ataupun di negara yang lain kerana ini removal of motor vehicles from places of manufacture?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini sebab for example the Director General may demand payment of the excise duty from the holder of a license on any motor vehicles removed from the place of manufacture if the Director General has reason to believe that such motor vehicle will not ultimately being registered under any written law relating to road transport and many others- dan banyaklah, sangat panjang. Cuma kena pendekkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada dua chapter yang saya akan sentuh iaitu chapter 22, betul dan chapter 24. Berkenaan dengan chapter 22 ini berkaitan dengan beer, wine, dan sebagainya. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam kebelakangan lima tahun ini berapa kali duti eksais ini telah dinaikkan dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan duti eksais ini dinaikkan. Sama juga untuk chapter 24, tobacco and manufactured tobacco substitutes termasuk cigar dan sebagainya. Soalan saya hampir sama dalam lima tahun kebelakangan ini berapa kali duti eksais dinaikkan dan apakah rasional yang menyebabkan kenaikan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan ini berkaitan dengan beverages. Kebanyakan apa yang terlibat adalah daripada negara-negara European Union (EU). Saya tidak dapat berikan secara licin, halus dan details-lah tetapi saya anggap negara-negara itu sudah tentu macam pengeluaran wain terkemuka dunia macam Perancis itu terlibatlah tetapi kalau Yang Berhormat perlukan ini saya boleh bagi. Kedua, berkaitan dengan rakan kita daripada Kapar. Kenapa duti eksais wain dan juga tobacco dinaikkan. Yang ini saya ingat adalah selaras dengan WCO juga. Kita tidak mahu menggalakkan penggunaan benda-benda ini. Jadi salah satu cara adalah menaikkan tarif juga duti tapi orang yang memang guna benda itu dia tidak kisah pun. Dia naik juga dia macam itu juga. Ini adalah selaras dengan perjanjian kita untuk meng-harmonize-kan, tidak menggalakkan penggunaan perkara-perkara yang seperti inilah di serata tempat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 8 yang telah dibentangkan sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017, dan ST.47/2017 disahkan hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014Motion

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan.” Tuan Yang di-Pertua, Perintah Cukai Barang Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) 2017 [P.U.(A)159/2017] bertarikh 31 Mei 2017. Perintah ini dipinda susulan daripada pindaan yang dibuat ke atas Perintah Duti Kastam 2017 yang menggantikan kod tarif sembilan digit dan kod tarif 10 digit yang diwartakan pada 2017 dan berkuat kuasa mulai 1 April 2017. Ini adalah consequential amendment kepada yang telah saya sebutkan awal tadi. Selaras dengan pindaan tersebut, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 juga telah dipinda supaya kod tarif di dalam lampiran di bawah Jadual Pertama Perintah GST tersebut adalah sama dengan Perintah Duti Kastam 2017. Pindaan ini tidak melibatkan sebarang perubahan ke atas senarai barang yang telah diberi layanan GST kadar sifar dan hanya melibatkan penukaran kod tarif. Pindaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 April 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya difahamkan daripada keterangan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pindaan kali ini tidak ada kena mengena dengan barang-barang sifar GST. Hanya kita tukar kod tarif sahaja, betul. So, oleh sebab itu kita tidak ada masalah. Akan tetapi saya akan menggunakan kesempatan ini di Dewan yang mulia ini untuk bangkitkan satu soalan yang saya telah tujukan ke pihak kementerian mengenai komitmen kementerian, tentang dua komitmen. Satu ialah berkenaan dengan kenaikan nilai GST enam peratus dan lagi satu adalah menambahkan barang-barang dalam kategori yang bukan lagi tersenarai tetapi dimasukkan dalam senarai itu. Dari sudut dua soalan ini, pertama adalah jika budi bicara Yang Berhormat untuk menjawab adakah kerajaan komited untuk tidak menaikkan enam peratus ini? Kedua adalah berkenaan dengan senarai-senarai barang sebab baru-baru ini ada beberapa percubaan untuk menambahkan senarai barang yang dikenakan cukai GST bermaksud sebelum ini zero tetapi nampak ada percubaan. Akan tetapi apabila ada bantahan- bantahan daripada beberapa pihak, kita nampak kementerian membuat satu u-turn menarik balik kertas-kertas yang telah diluluskan pada awalnya untuk mengenakan GST. So, ini adalah satu peluang yang terbaik untuk mendapatkan komitmen daripada Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Timbalan Menteri terhadap dua isu yang saya bangkitkan. Pertama adalah enam peratus itu tidak akan dinaikkan dalam satu jangka masa lima tahun yang akan datang. Kedua ialah senarai-senarai barang yang tidak akan dikenakan GST, kita tidak mahu dalam masa setahun, dua tahun yang akan datang ditukar menjadi barang-barang yang dikenakan GST. So saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini boleh digunakan oleh Timbalan Menteri untuk memberi komitmen yang sewajarnya kepada rakyat yang sedang mendengar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana K.S 42 ini dia panjang yang pentingnya dia melibatkan makanan yang kita, ada banyak sekali. Saya berminat dengan tuna misalnya ikan tuna, skipjack or stripe-bellied bonito dan sebagainya ini sangat banyaklah itu dan juga kepada itu herring dan sebagainya. Biasanya ikan seperti ini diimport daripada mana? Daripada Kanada ataupun- Australia ya... [Disampuk] Norway. Kita juga ada di sini mengenai itu bird eggs, shellfish dan sebagainya, fresh eggs. Kita di Malaysia pun ada keluarkan itu eggs ataupun telur sendiri dan berapa yang diimport setiap tahun daripada luar negara dan banyak lagilah tidak boleh habis. Kita hendak habis sudah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat saya daripada Kapar dan juga rakan kita dari Kepong. Pertama berkaitan dengan kadar GST enam peratus. Saya boleh reaffirm buat masa sekarang kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan kadar itu dan yang kedua kerajaan juga tidak bercadang hendak hapuskan kadar itu. Seterusnya senarai tambahan berkenaan GST terhadap senarai barang-barang ini. Sebenarnya Yang Berhormat Kapar, kita kena melihat kepada- kita tahu the world is very dynamic kedudukan maksudnya perubahan-perubahan cita rasa manusia pun macam tadi Yang Berhormat Kepong bercakap dia suka kepada herring kepada tuna, kepada salmon apa semua ini kan daripada luar negara.

Contoh, ada ikan-ikan yang disebut sebagai eel, swordfish, octopus semua ini, jadi barangan-barangan ini kadang-kadang mungkin dia tiada dalam negara tetapi diminati oleh rakyat yang mungkin dah more affluent hari ini, mampu. Mungkin pihak- pihak yang menjual pasar raya besar-besar ini hendak bawa masuk, jadi mungkin dia kena tengok dalam kumpulan mana, kalau tidak perlu kita kenakan GST, tidak kenalah. Akan tetapi kalau perlu, kita tidak bolehlah kata tidak dikenakan. Jadi itu berdasarkan kepada keperluan semasa dan ini adalah diberikan ruang kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya setuju pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Namun begitu, kita dapati dalam bentuk bukti yang menunjukkan bahawa beberapa bulan yang lepas kita ada satu kertas panduan yang bercadang untuk menaikkan barang bukan GST kepada barang GST, lepas itu ditarik balik. Saya rasa situasi macam ini, perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh kementerian sebelum membuat sesuatu keputusan. Jangan benda itu dibawa ke rakyat biasa, lepas itu bila ada lontaran komen dan sebaginya, kita tarik balik. Itu menunjukkan kementerian tidak serius untuk meliliti dan memperhalus barang-barang tersebut. Barang yang tidak boleh digolongkan sebagai barang yang boleh dikenakan GST pun tersenarai dalam panduan tersebut. Ini yang perlu dielakkan. Cadangan saya adalah kementerian sebelum mengenakan barang-barang ini sebagai barang yang dikenakan GST, tolong halusi dengan apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Terima kasih.

Terima kasih Kapar, point taken, noted dan we will try to do our best. Thank you very much. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 9 yang telah dibentangkan sebagai kertas statut Bilangan ST42/2017 disahkan dan hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas telah berlangsung selama 12 hari mulai hari Isnin, 24 Julai 2017 hingga hari Khamis, 10 Ogos 2017. Saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat kali ini disempurnakan. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia, wakil media massa, serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung atau tidak dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, saya juga mengucapkan selamat menjalani ibadah haji kepada mereka yang akan menunaikan haji, dan Selamat Hari Raya Aidiladha yang akan menjelma tidak lama lagi. Semoga selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, Sukan SEA, Sukan SEA. Semoga Malaysia berjaya dalam Sukan SEA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Termasuklah Sukan SEA. Terima kasih Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.34 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perancangan BRT dan Pengangkutan Awam di Kota KinabaluSpecial Chamber

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dari Kota Kinabalu. Perancangan BRT dan Pengangkutan Awam di Bandar raya Kota Kinabalu, Tuan Yang di-Pertua. Perdana Menteri telah mengumumkan perasmian sistem MRT di Klang Valley, namun sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu masih mundur, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai Ahli Parlimen Kota Kinabalu, saya ingin minta penjelasan ke atas beberapa soalan serta memberi cadangan tentang pembangunan sistem pengangkutan awam di kawasan saya, Kota Kinabalu.

Pertama sekali, walaupun pembinaan sistem BRT telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembacaan Bajet 2016 pada tahun 2015, namun sehingga hari ini saya tidak lihat apa-apa perkembangan. Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua, Datuk Bandar Kota Kinabalu pernah berjanji bahawa projek ini akan dimulakan pada hujung tahun 2016 lagi, tetapi jelas sekali ia ditunda tanpa diberi penjelasan. Saya ingin minta maklumat dari pihak kerajaan, apakah status terkini tentang projek ini?

Selain itu, saya juga ingin tahu sama ada sistem BRT ini akan beroperasi di laluan khas untuk bas. Jika ya, saya minta perjalanan BRT secara terperinci dan berapa stesen akan ia diliputi. Saya juga mendapati projek ini akan dibina dan diurus oleh Prasarana. Apakah bentuk pelaksanaan projek ini? Adakah ia sama dengan pelaksanaan projek MRT di mana sistem project delivery partner (PDP) akan dipakai guna pada projek BRT ini?

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta kos anggaran awal dari syarikat konsultan bagi projek BRT, sedangkan penggunaan pengangkutan awam di Kota Kinabalu adalah amat rendah. Apakah strategi kerajaan untuk menggalakkan orang ramai mengguna pengangkutan awam? Di samping itu, saya juga ingin tahu apakah perancangan kerajaan tempatan untuk mengendali dengan bas yang sedia ada sekarang. Adakah bas sedia ada akan diganti dengan bas baru dan sistem bas akan dinaiktarafkan.

Selain daripada BRT dan sistem bas Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin cadangkan bahawa feri atau sea taxi, dengan izin, dilihat sebagai pengangkutan awam. Di Kota Kinabalu sahaja terdapat ramai pelancong asing dan tempatan yang guna bot untuk ke pulau-pulau berhampiran. Saya melihat potensi yang besar Tuan Yang di-Pertua, kepada pengangkutan feri (sea taxi).

Memandangkan kini bot-bot yang sedia ada beroperasi dengan tidak terurus dan efisien, saya cadangkan bahawa feri diintegrasikan dengan bas di bawah sistem pengangkutan awam bandar raya di mana perkhidmatan feri dibekalkan secara lebih efisien, selesa dan mesra Tuan Yang di-Pertua.

Dengan ini, Jeti Jesselton boleh dinaiktarafkan dan perkhidmatan dapat diberi kepada semua penduduk Kota Kinabalu dan pelancong.

Kebaikan dengan melihat feri sebagai pengangkutan awam ialah penduduk Kota Kinabalu dapat menggunakan feri ke tempat lain seperti Sepanggar, Tanjung Aru dan lain-lain. Ia dapat mengurangkan trafik di bandar raya dan ia memberi alternatif kepada penduduk. Tuan Yang di- Pertua, saya harap dan masih harap kerajaan dapat pertimbangkan alternatif tersebut dan memberi penjelasan kepada persoalan yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, projek bas Rapid Transit BRT Kota Kinabalu telah di umumkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdana Menteri dalam ucapan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 dengan kos sebanyak RM1 bilion. Pelaksanaan projek BRT KK ini merupakan komitmen kerajaan untuk menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Kota Kinabalu Sabah.

Projek ini akan dilaksanakan oleh Prasarana yang mempunyai pengalaman dan juga kepakaran dalam pengendalian sistem pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia seperti BRT Sunway Putra, LRT, monorel dan MRT. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan juga telah diadakan sebelum ini di antara pihak prasarana kerajaan negeri, pihak berkuasa pembangunan ekonomi dan pelaburan Sabah dan Kerajaan Pusat termasuk EPU dan Kementerian Kewangan bagi meneliti kaedah terbaik untuk melaksanakan projek ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, BRT KK melibatkan dua fasa seperti berikut:

(i) Fasa 1 dengan jajaran sepanjang 15km dari Kepayan Kota Kinabalu, Inanam; dan

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan

(ii) Fasa 2 dengan jajaran sepanjang 29km melibatkan 3 laluan iaitu Kepayan, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Alam Mesra, Kota Kinabalu.

Memandangkan kos pelaksanaan dan operasi BRT KK yang besar, kerajaan perlu memperhalus dan sedang meneliti kaedah yang terbaik bagi melaksanakan projek ini. Mesyuarat juga telah diadakan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Prasarana berkenaan projek ini. Mesyuarat bersetuju supaya Prasarana melaksanakan kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study, dengan izin sebelum projek BRT KK dilaksanakan.

Skop kajian yang akan dijalankan adalah meliputi kajian trafik termasuk unjuran ridership, dengan izin bagi setiap jajaran, struktur tambang, cadangan feeder bus bagi meningkatkan perhubungan antara kawasan perumahan dan terminal serta integrasi dengan mod pengangkutan sedia ada.

Selain itu, kajian ini juga akan turut meliputi penilaian impak sosial atau social impact assessment, penilaian impak alam sekitar dan penilaian impak gempa bumi bagi struktur sedia ada. Selain itu, kajian ini juga akan turut menyediakan analisa dan manfaat ekonomi bagi penduduk sekitar. Kajian kebolehlaksanaan atau feasibility yang teliti harus dilakukan terlebih dahulu sebagaimana projek-projek kerajaan yang dilaksanakan sebelum ini seperti MRT, ECRL dan lain-lain bagi memastikan setiap laporan dan peruntukan kerajaan dilaksanakan dengan penuh berhemah, bertanggungjawab dan memberikan pulangan dan manfaat yang besar kepada rakyat. Bagi projek BRT KK, ia juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi projek ini merupakan projek perintis Prasarana di Sabah yang perlu mengambil kira diversity budaya, sosioekonomi, sensitiviti masyarakat tempat serta geografi yang berbeza dengan Semenanjung Malaysia.

Bagi beberapa perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat berkenaan feri dan jeti, adalah dimaklumkan bahawa perkara tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, cadangan supaya ia diintegrasikan dengan sistem bas merupakan satu cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan dalam feasibility study kelak.

Sekian Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu kuari, Pembalakan, Keselamatan serta Permit Masuk Taman Rekreasi Hutan Simpan Kekal Gunung Pulai, JohorSpecial Chamber

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bangsa Johor terutamanya penduduk Kulai amat berbangga dengan keindahan alam sekitar flora dan fauna di Hutan Simpan Kekal Gunung Pulai, Johor. Namun pada hari ini, keindahan alam sekitar itu terpaksa dikorbankan atau dimusnahkan oleh sebab

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

kerakusan sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Pada 22 April 2015, saya telah menyerahkan satu memorandum membantah aktiviti kuari dan pembalakan berhampiran Hutan Simpan Kekal Gunung Pulai yang telah ditandatangani oleh 696 orang pendaki kepada Menteri Besar Johor. Manakala pada 25 April 2016, sekali lagi Kelab Pencinta Gunung Pulai dan Hutan Hijau Johor, turut mengumpul tandatangan untuk menghantar memorandum bantahan aktiviti kuari dan pembalakan di sana.

Meskipun orang ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan demi bantahan, tidak ada apa-apa telah diambil. Kerajaan Negeri Johor sebenarnya telah membekukan sebarang aktiviti pembalakan di semua Hutan Simpan Kekal di seluruh negeri Johor sejak bulan Jun 2014 lalu. Namun peliknya, kenapa aktiviti kuari dan pembalakan terus diadakan di Gunung Pulai. Bukan itu sahaja, sejak 16 Julai tahun ini, Jabatan Perhutanan Negeri Johor mengenai kadar bayaran permit masuk kepada kumpulan pendaki yang mempunyai bilangan ahli kumpulan seramai 15 orang atau ke bawah dengan kadar bayaran minimum sebanyak RM150 sekiranya ingin mendaki melebihi aras 1. Kadar bayaran permit masuk yang dikenakan ini amat mahal dan tidak berpatutan.

Dari sudut keselamatan dan penyelenggaraan, saya amat bersetuju permit masuk dikenakan dan bayarannya mestilah bermunasabah. Namun begitu, bayaran permit masuk yang telah ditetapkan ini tidak perlulah terlampau tinggi di tempat tumpuan orang awam yang mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti pendakian.

Selain itu, Jabatan Perhutanan perlulah menempatkan kaunter atau pejabat di kaki gunung supaya permohonan boleh dibuat lebih efektif dan prosedur permohonan patutlah ringkas dan tidak secara birokrasi.

Pengunjung Gunung Pulai 1 melebihi 50,000 orang setahun.

Bayaran permit masuk yang baru dikenakan ini bermaksud kutipan yang sekurang-kurangnya RM500,000 setiap tahun bagi Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Menjadi persoalannya, bagaimana kutipan ini akan digunakan? Adakah perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan akan lebih bertambah kualiti?

Oleh demikian, Jabatan Perhutanan harus mengkaji semula kadar bayaran permit masuk ke Hutan Lipur Gunung Pulai 1 atau kesemua hutan lipur di Negeri Johor supaya mampu dipohon oleh orang ramai. Sila mendengar suara-suara pendaki-pendaki sebelum melaksanakan polisi yang akan mendatang impak yang besar. Sekian sahaja, terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat dua lesen kuari yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam Hutan Simpan Gunung Pulai, Daerah Kulai, Johor dengan keluasan 80.94 hektar dan masih berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2017. Aktiviti pembalakan seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat sebenarnya adalah bertujuan untuk pengeluaran kayu melalui Lesen Mengambil Hasil Hutan (Borang 1) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Negeri Johor bagi tujuan pembersihan kawasan sebelum aktiviti kuari dibenarkan.

Setakat ini, tidak sebarang bayaran dikenakan kepada mana- mana pengunjung yang ingin memasuki hutan lipur di negeri Johor termasuk Hutang Lipur Gunung Pulai. Bayaran hanya dikenakan kepada mana-mana pengunjung yang berhasrat untuk mendaki puncak Gunung Pulai melalui Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal dengan bayaran fi sebanyak RM150 setiap permit yang tidak melebihi 15 orang bagi setiap satu permit. Kadar bayaran permit ini adalah berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Hutan 1987 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor. Setiap permohonan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal

(Borang 6) hendaklah dibuat ke Pejabat Hutan Daerah yang berkaitan untuk kelulusan.

Mengenai cadangan Yang Berhormat bagi penempatan kaunter bayaran di kaki Gunung Pulai, perkara ini akan diteliti oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor selaras dengan peraturan kewangan yang berkuat kuasa dan kebenaran oleh pihak berkuasa negeri.

Walau bagaimanapun, isu-isu yang dibangkitkan ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri berdasarkan Perkara 74(2) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak membentuk atau menerima sesuatu undang-undang dan peraturan hutan bagi mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan. Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal ehwal berkaitan latihan, kajian serta khidmat nasihat teknikal yang mana ianya dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya.

Di samping itu, kementerian dan kerajaan negeri sentiasa mengadakan perundingan dari semasa ke semasa supaya semua isu berkaitan dengan dasar, pentadbiran dan pengurusan perhutanan dapat diselaraskan dan diselesaikan selaras dengan kepentingan kebangsaan atau nasional dan seterusnya dibentangkan dalam Majlis Tanah Negara

(MTN) untuk tujuan penyelarasan sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.53 petang]