Dewan Rakyat · 26 October 2017

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 475 turns · 41,959 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNMersing · question

1. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah tindakan kementerian terhadap pengusaha bas kilang yang menyediakan bas tidak selamat digunakan bagi mengelakkan tragedi kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan nyawa pekerja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta Menteri Pengangkutan, bos lama saya, menyatakan apakah tindakan kementerian terhadap pengusaha bas kilang yang menyediakan bas tidak selamat digunakan bagi mengelakkan tragedi kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan nyawa pekerja seperti baru-baru ini?

Dato’ Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Pengangkutan · Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing kerana begitu prihatin dengan kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini. Sebenarnya masalah kemalangan jalan raya dalam negara kita sentiasa dalam keadaan meningkat. Pada tahun lalu sahaja, 2016, seramai 7,152 kematian akibat kemalangan jalan raya. Satu bilangan yang begitu besar. Baru-baru ini, kemalangan yang berlaku antara dua bas, dua buah bas kilang yang telah mengakibatkan kematian lapan pekerja kilang dan 35 orang lain yang cedera adalah satu kemalangan maut yang serius dan kementerian telah mengambil banyak tindakan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam negara kita. Bagi– berhubung dengan bas kilang, bagi memastikan keselamatan bas yang terdapat di jalan raya, mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan, pendekatan yang dilaksanakan oleh kementerian pengangkutan adalah antaranya seperti berikut: (i) Melaksanakan prosedur kelulusan jenis kenderaan (VTA) terhadap setiap model baru yang bagi memastikan ia telah mematuhi setiap piawaian pembinaan dan keselamatan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah- kaedahnya; (ii) Menguatkuasakan piawaian antarabangsa berkaitan dengan bas iaitu berdasarkan kepada rangka kerja di bawah World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations (WP29) melibatkan sebanyak 55 peraturan United Nations UN Regulations yang merangkumi aspek general safety, active safety, passive safety dan environmental melalui prosedur kelulusan jenis kenderaan VTA oleh pihak JPJ. Di bawah JPJ, banyak lagi kaedah-kaedah kenderaan motor, Kaedah 46 berhubung dengan tayar, Kaedah 15 berhubung dengan menggunakan brek yang tidak mengikuti spesifikasi boleh diambil tindakan. Kaedah 26, bagi lampu-lampu

Dato’ Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Pengangkutan · Bentong

menggunakan lampu berhenti yang tidak mengikuti spesifikasi. Semua ini perlu melalui inspections di PUSPAKOM. Kedua-dua bas kilang yang terlibat dalam kemalangan ini telah pun melalui PUSPAKOM check pada bulan September yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, ikut jawapan Menteri. Menteri baru ke, Menteri dulu ke, Menteri dulu-dulu sama je. Semua sudah buat. Akan tetapi kemalangan masih berlaku.

Jadi saya hendak bertanya, apakah aras ukur kredibiliti seorang pemandu bas bagi memastikan bas ini sentiasa selamat?

Bagi pemandu bas, kita pastikan mereka perlu mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan di bawah JPJ di mana mereka perlu melalui health check untuk mendapatkan commercial vehicle driving license, perlu juga memastikan mereka mematuhi syarat-syarat SPAD yang meluluskan lesen tersebut di mana memandu tidak melebihi lapan jam. There’s a fatigue hours for all the drivers. Mereka juga perlu mematuhi speed limiters. Kita telah kenakan syarat mulai tahun 2015, all buses must fix in speed limiters untuk memastikan bahawa driver perlu mematuhinya. We can blacklist all the drivers kalau dari segi saman had laju dan sebagainya. Semua di bawah kawalan. Tambahan lagi, kementerian tengah mengkaji sama ada kita hendak laksanakan the driver’s score iaitu di mana kita boleh memasang on board diagnostic gadget di bawah semua commercial vehicle untuk kita mengetahui sikap pemandu-pemandu bas ini. So that we can track all the bus drivers punya rekod dengan lebih mudah lagi. This is kerana gadget sekarang lebih moden, lebih bertaraf tinggi dan kita boleh memantau setiap pemandu bas dengan lebih berkesan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya hendak tanya, walaupun ada beberapa tindakan telah diambil, macam kita ada special independent committee untuk Genting Highlands incident, apa yang kita telah belajar dari sana? Peningkatan kematian masih berlaku. Dan khususnya adalah kerana bayaran gaji dan social obligation kepada drivers negara ini, apa yang dibuat oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini?

Kita sudah— beberapa accident, Genting’s accident dan juga Pagoh, bus accident. Kita telah mempunyai laporan berkaitan dengan kajian dilaksanakan oleh kedua-dua accident yang serius ini. Banyak langkah-langkah telah diambil. Antaranya, baru-baru ini kita sudah adakan bus lab for all the— untuk mengkaji dari segi bagaimana mengawal bus driver iaitu kita telah laksanakan GPS, memantau kelajuan bas melalui GPS. Semua bas-bas perlu memasang GPS untuk kita mengawal. Kedua, kita memasang speed limiters. Ketiga, kita juga mengkaji dari segi the fatigue hours daripada semua bas-bas driver. Kita juga akan teruskan lebih banyak lagi tindakan- tindakan yang seterusnya iaitu seperti yang saya sebutkan tadi, untuk memasang kamera dan kita juga tengah mengkaji sama ada semua bas perlu meletak kamera dalam bas. Sekarang kamera adalah untuk passenger tetapi kamera untuk melihat, memantau kelajuan bas dan juga on board diagnostic tool gadget (OBD) juga telah dalam kajian kita untuk memastikan bahawa tindakan-tindakan boleh diambil untuk mengawal keselamatan kenderaan bas kita di atas jalan raya. Terima kasih.

Teo Nie ChingDAP · PHKulai · question

2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] Minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sebab MCMC meminta Lowyat.net menurunkan satu artikel yang bertajuk “Personal data of Malaysians up for sale, sources of breach still unknown” dan sama ada tuduhan-tuduhan artikel tersebut adalah sahih dan benar.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 18 Oktober 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mendapati terdapat satu iklan yang dimuat naik di dalam Lowyat.net yang menjual data pengguna dan disyaki diperoleh secara tidak sah. SKMM dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)

sedar dan memandang serius mengenai insiden ketirisan data peribadi rakyat Malaysia melalui laman web tersebut. Sebagai langkah pencegahan, SKMM telah meminta pentadbir laman sesawang Lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan tersebut. Pentadbir laman sesawang telah memberi kerjasama penuh kepada SKMM dengan menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan. Di samping itu juga, kementerian melalui JPDP menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Setiap pengguna data wajib mematuhi tujuh prinsip perlindungan data peribadi dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan bagi memastikan data peribadi tersebut tidak disalahgunakan. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi dan SKMM dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Agensi Keselamatan Siber Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara dan juga Polis Diraja Malaysia telah menjalankan siasatan dalam menangani isu tersebut dan berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya minta penjelasan sedikit. Saya rasa artikel dalam Lowyat.net itu menyatakan bahawa ada orang yang menjualkan personal data. Jadi saya hendak tanya, kalau itu adalah satu kenyataan yang menyatakan ada orang yang menjual, kenapa kita perlu shoot the messenger dan bukanlah terus pergi kepada orang yang naikkan atau yang terbitkan iklan tersebut yang jualkan personal data? Ini kerana saya rasa di sini yang jual personal data itu bukan Lowyat.net tetapi pihak ketiga. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, memang ada sedikit miscommunication antara pihak MCMC dan pihak Lowyat.net dalam hal ini di mana telah pun diselesaikan dengan baik. Antara yang dilihat ialah di mana di dalam artikel tersebut ada juga butir-butir data peribadi dan itu pada pandangan MCMC, ia juga tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, perkara itu sudah diselesaikan tetapi ini lebih kepada miscommunication antara MCMC dan pihak Lowyat.net.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, apakah kerajaan bertindak ke atas pihak ketiga yang memberikan maklumat peribadi ini kepada pihak Lowyat?

Tuan Yang di-Pertua, memang perkara ini sekarang dalam siasatan dan tindakan sudah tentu akan diambil, dan pihak polis, SKMM sedang menyiasat perkara ini secara terperinci. Yang penting, pada kita, bukan sahaja sumber di mana diperolehi tetapi kita juga ingin memastikan individu berkenaan, tindakan sewajarnya akan diambil.

Normala binti Abdul SamadUMNO · BNPasir Gudang · question

3. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan peratusan kemajuan kerja bagi Projek Naik Taraf Lebuh Raya Pasir Gudang Fasa 2A dan adakah peratusan tersebut mengikut anggaran kemajuan kerja yang ditetapkan oleh pihak jabatan atau kementerian.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Projek Menaik Taraf Lebuh Raya Pasir Gudang atau lebih juga dikenali sebagai FT17 dari empat lorong ke enam lorong yakni Fasa 2A telah diluluskan oleh kerajaan dalam rolling plan yang pertama Rancangan Malaysia Ke- 11 dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM190 juta. Milik tapak projek ini adalah pada 7 Mac 2016 manakala tarikh siap semasa dijadualkan pada 6 September 2018. Kemajuan fizikal semasa pada masa ini adalah 58 peratus sebenar berbanding 57 peratus jadual. Peratusan kemajuan fizikal adalah mengikut anggaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya dan pada masa yang sama, pihak Jabatan Kerja Raya sentiasa memantau projek ini bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, kalau kita pergi kepada site, Yang Berhormat

Menteri, untuk beberapa bulan ini, kurang-kurang tiga bulan, tiada aktiviti yang dijalankan walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan kerja-kerjanya mengikut jadual.

Akan tetapi apabila rakyat melihat tiada aktiviti dan gangguan sangat banyak, gangguan lalu lintas, jem, juga jalan-jalan rosak sangat tinggi di kawasan Pasir Gudang ini. Jadi, apakah tindakan kementerian bagi mengatasi masalah ini bagi keselesaan pengguna jalan raya Pasir Gudang?

Terima kasih Yang Berhormat. Panjang keseluruhan projek ini adalah tujuh kilometer. Untuk makluman, kerja-kerja crusher run ataupun meletak batu kerikil sudah pun siap sebanyak 5.5 kilometer dan ada lagi 1.5 kilometer, insya-Allah akan dilaksanakan pada minggu depan. Jadi, bila diletakkan crusher run, selepas itu akan dipremix, 1.5 kilometer akan dibuat pada minggu depan. Dalam pelaksanaan ini, biasalah khususnya kerja-kerja jalan yang masih aktif. Ada juga masalah berhubung kait dengan TNB yang baru kita dapat selesaikan iaitu pengalihan berhubung kait dengan utiliti. Kerja-kerja ini kadang-kadang kita memerlukan pihak syarikat utiliti untuk mengalihkan utiliti mereka, kadang-kadang sebab itu menyebabkan kerja-kerja tergendala. Akan tetapi keseluruhan, memang kita pantau, ia berada dalam tahap yang masih mengikut jadual dan kita akan memantau secara rapat. Berhubung kait dengan jalan yang berlubang, disebabkan bila kerja-kerja penambahbaikan ataupun pembesaran jalan, banyaklah kenderaan-kenderaan berat yang lalu. Apatah lagi Lebuh Raya Pasir Gudang ini memang kita tahu sesak dengan kenderaan- kenderaan berat. Pada masa yang sama, di samping jalan ini di naik taraf, kita juga sebenarnya telah meluluskan sebanyak 1.4 juta untuk maintenance jalan-jalan di sepanjang Pasir Gudang. Fasa 2 - 400 ribu sudah pun siap, mill and pave. Manakala, ada 1 juta lagi Insya-Allah akan dilaksanakan untuk kerja-kerja baik pulih dalam masa terdekat, Insya-Allah.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okay, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada Bakri. Di sini saya hendak tanya kepada Menteri. Adakah kementerian berhasrat menukarkan kontraktor yang lebih cekap, cepat dan cemerlang punya kontraktor? Adakah menukarkan kontraktor yang baru menyelesaikan masalah ini?

Yang Berhormat Bakri, kalau kontraktor ini masih dapat melaksanakan kerja mengikut jadual, tiada masalah mengapa harus kita tukar. Oleh sebab itu, yang penting sekarang ini ialah untuk kita pantau dan selesaikan permasalahan di tapak. Sekarang ini mereka mengikut jadual, malahan mereka berada di hadapan jadual. Kalau ikut tahap sebenar 57 peratus, sekarang mereka 58 peratus, jadi tidak ada alasan untuk kita menamatkan kontraktor ini untuk diganti dengan kontraktor lain. Terima kasih. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor · question

1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah langkah proaktif kementerian dalam memastikan kandungan berita yang dilaporkan portal-portal berita tidak menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti negara selain memastikan koordinasi pembangunan media atas talian teratur.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam pada 30 Oktober 2017, Yang Berhormat Pengkalan Chepa pada 13 November 2017 dan Yang Berhormat Bukit Katil pada 20 November 2017, menyentuh isu yang sama berkaitan penyebaran berita palsu dan fitnah yang memudaratkan keharmonian serta hubungan antara kaum di Malaysia.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan, telah mengambil pendekatan berbilang serampang dalam menangani gejala penularan kandungan serta berita palsu di pelbagai platform internet, termasuklah portal- portal berita, media sosial, laman sesawang dan blog. Memetik peruntukan di bawah MSC Bill of Guarantees No.7, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “to the extent that any act is illegal in the physical world, it will similarly be outlawed in the online environment”. Maka, dapatlah kita simpulkan bahawa, selain daripada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terdapat juga akta-akta lain yang turut terpakai dan berkuat kuasa dalam menangani penyalahgunaan internet ataupun media sosial seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan lain-lain lagi. Justeru, tugas menguatkuasakan undang-undang dalam hal ini tidak hanya terletak pada bahu SKMM, malahan turut dikongsi bersama Polis Diraja Malaysia, sebagai contoh. Selain daripada aktiviti penguatkuasaan, SKMM berterusan mengadakan program-program advokasi kepada masyarakat umum di seluruh negara bagi meningkatkan tahap kesedaran. Sehingga kini, program-program seumpama ini telah diadakan kepada sebanyak 923,400 orang. Penting untuk saya jelaskan di sini bahawa peruntukan undang-undang sedia ada pada ketika ini dilihat mencukupi dalam menangani gejala-gejala disebutkan. Sungguhpun demikian, inisiatif mengemas kini dan menambah baik peruntukan undang-undang terbabit akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dengan mengambil kira pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan ia kekal relevan seiring peredaran masa dan kemajuan teknologi. Bertitik tolak daripada ini, suka saya kongsi kan bahawa daripada Januari 2016 hingga September 2017, sejumlah 67 kes berkenaan dengan penyebaran berita dan maklumat palsu melibatkan media sosial telah disiasat. Di mana lima kes telah pun dihadapkan ke mahkamah. Selain tindakan siasatan dan pendakwaan, bagi tempoh antara Januari hingga September 2017, pihak SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan terhadap 1,861 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan, maklumat serta berita berunsur palsu, termasuklah yang boleh mencetuskan kekeliruan serta menjejaskan ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Di samping itu, sebagai langkah proaktif, pihak kementerian bersama dengan SKMM juga telah menggerakkan program advokasi, termasuk mempromosikan portal sebenarnya.my melalui wawancara khas dan pengumuman khidmat awam di media elektronik dan cetak serta program-program khas, seperti seminar media sosial di setiap negeri. Sehingga akhir September 2017, sejak pelancaran pertengahan Mac lalu, portal ini telah mencatat jumlah layaran sebanyak 12.75 juta. Diharap usaha ini dapat membudayakan amalan menyemak maklumat atau, dengan izin, fact checking dan agar masyarakat lebih celik fakta dan waspada sebelum bertindak menyebar berita yang tidak ditentukan.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan penjelasan yang begitu teliti. Cuma di sini saya ingin mendapat sedikit lagi penerangan daripada Yang Berhormat Menteri tentang kerjasama di peringkat rentas sempadan, di peringkat antarabangsa dan sebagainya. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh SKMM dan juga kementerian? Terutama sekali dalam menguruskan portal- portal berita yang menembus masuk ke dalam portal-portal di Malaysia yang membawa berita-berita palsu daripada luar yang boleh juga menyebabkan gangguan kepada keharmonian masyarakat tempatan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang kita mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak- pihak mereka yang terlibat dalam soal online media ini. Akan tetapi yang penting pada kita sudah tentulah kita harus lihat kadangkala apa kita rasakan di sini tidak betul tetapi bagi pihak mereka pula berbeza. Apa yang penting pada kita ialah untuk menentukan agar kita boleh menjelaskan keadaan kita di negara Malaysia ini. Apatah lagi jika ada yang dimuatkan itu boleh melibatkan perpecahan yang ketara antara kaum dan agama, maka tindakan sewajarnya harus diambil. Sudah tentulah sebagaimana kita maklum, jika perkara ini dimuatkan di lain negara, mereka mempunyai undang-undang yang tertentu yang perlu kita ambil kira.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengucapkan tahniah juga kepada pihak kementerian kerana telah melancarkan portal sebenarnya.my yang telah dapat memberikan penerangan dan menyangkal beberapa

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

fitnah dan juga perkara-perkara yang tidak betul yang telah tersebar melalui media sosial ini. Cuma untuk mengawal ini memang menjadi suatu perkara yang sebenarnya cabaran yang paling besar kepada pihak kementerian.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian mempunyai sebarang kerjasama dengan mana-mana agensi dalam mahupun luar negara untuk mengenal pasti penyelesaian kepada penularan gejala negatif ini termasuk berita palsu dalam media sosial terutamanya melalui medium pesanan ringkas seperti aplikasi WhatsApp, yang kita tahu aplikasi WhatsApp ini adalah antara medium yang paling cepat sampai kepada rakyat. Adakah pihak kementerian sedar bahawa mana-mana seksyen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ini terguna pakai untuk dikongsi menerusi medium WhatsApp atau WeChat serta adakah terdapat mana-mana kes yang telah dibawa menerusi akta ini bagi kandungan yang disebarkan melalui aplikasi?

Terima kasih Yang Berhormat, memang kita mempunyai kerjasama yang baik antara agensi kita dan juga pihak- pihak yang berkenaan. Akan tetapi di Malaysia ini kita mengimbangi di antara kebebasan dan juga tanggungjawab. Sebenarnya kalau kita memberi definisi berita palsu itu pun bukannya mudah. Itulah sebabnya apabila kita mendapat maklumat, kita akan membuat siasatan yang sebaik-baiknya sebelum kita mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Ada di antara aplikasi ini sudah tentulah yang disebar agak meluas di negara Malaysia dan penting kepada kita ialah selain daripada kita mengadakan kerjasama antara mereka, kita sebagai warganegara Malaysia harus hati-hati dengan menyebar maklumat- maklumat yang palsu ini. Itulah sebabnya kita di pihak kementerian selain daripada menggunakan kuasa undang-undang dan juga kerjasama dengan badan-badan yang lain, yang penting kita ingin memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang bahayanya kepada negara jika kita terlibat dalam menyebar bahan-bahan seperti ini. sebenarmy.com ini kita sedang tingkatkan lagi di mana kita akan wujudkan aplikasi dan kita harap sungguh agar ia digunakan sepenuhnya. Jika kita agak ragu dengan mana- mana maklumat, kita rujuk dengan sebenar.my ini dan kita akan tentukan maklumat- maklumat yang sahih ada di situ.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah- langkah lanjutan yang diambil untuk menangani kehilangan MH370.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kemalangan udara yang melibatkan pesawat MH370 merupakan kejadian yang unprecedented, dengan izin dan telah melakar sejarah baharu dalam industri penerbangan antarabangsa. Dalam hubungan ini, siasatan kemalangan dan insiden pesawat MH370 sedang dilaksanakan oleh pasukan penyiasat bebas antarabangsa Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat punca kemalangan udara pesawat MH370 berlandaskan Annex 13 iaitu Convention on International Civil Aviation Aircraft Accident and Incident Investigation. Pasukan penyiasat antarabangsa ini turut dianggotai oleh accredited representative daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis dan dua negara anggota ASEAN iaitu Singapura dan Indonesia. Siasatan dijalankan dengan telus dan adil berdasarkan Annex 13 di mana semua maklumat penting dikongsi bersama dengan semua accredited representative. Pasukan penyiasat telah mengeluarkan interim statement pada ulang tahun pertama, kedua dan ketiga kehilangan pesawat berhubung dengan dapatan awal siasatan. Ketiga-tiga laporan ini hanya memperincikan fakta-fakta kejadian berdasarkan maklumat yang diperolehi pada waktu tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, operasi pencarian pesawat MH370 oleh pasukan operasi melibatkan Malaysia, Australia dan Republik Rakyat China di kawasan tambahan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi telah selesai dilaksanakan dan digantung

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

pada 17 Januari 2017. Keputusan menggantung operasi pencarian MH370 adalah selaras dengan persetujuan yang dicapai semasa mesyuarat tripartite peringkat Menteri di antara Malaysia, Australia dan Republik Rakyat China pada 22 Julai 2016. Melalui mesyuarat tersebut, ketiga-tiga buah negara telah bersetuju sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh dengan izin credible diperolehi, maka operasi pencarian selanjutnya boleh dipertimbangkan. Laporan akhir penyiasatan yang menyeluruh dan terperinci sedang disediakan dan akan dikeluarkan dalam tempoh satu tahun daripada tarikh pengumuman penggantungan operasi pencarian. Berdasarkan hasil siasatan, pasukan penyiasat akan mengemukakan satu laporan yang terperinci dan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam negara kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Walau bagaimanapun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di bawah inisiatif International Civil Aviation Organization ataupun ICAO telah menambah baik kaedah yang dilaksanakan bagi menjejaki lokasi pesawat secara real time global tracking system setiap 15 minit berbanding setiap 30 minit sebelum ini. Dalam hubungan ini ICAO telah mewajibkan penggunaan real time global tracking system tersebut kepada semua pesawat penerbangan komersial. Selain itu, DCA telah meningkatkan kapasiti pegawai dengan menambah baik prosedur, latihan operasi kerja yang lebih fokus untuk situasi kecemasan dan kejadian- kejadian luar jangka walaupun SOP ataupun prosedur operasi standard sedia ada telah memenuhi standard minimum yang ditetapkan oleh ICAO. ICAO telah mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki prosedur semasa operasi pemindahan pesawat dari satu flight information region ataupun dengan izin FIR, hand over kepada FIR seterusnya. Pada ketika ini pihak kerajaan sedang dalam perundingan dengan sebuah syarikat antarabangsa untuk meneruskan pencarian MH370. Sekian, terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah sebab-musabab yang sebenarnya bangkai tidak dapat ditemui dan rundingan yang disebutkan, adakah ini bermakna syarikat itu tidak akan mengenakan kos atau bayaran sehingga kapal terbang itu ditemui?

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, sebab-musabab tidak dijumpai ini telah dijelaskan oleh pihak Kerajaan Australia yang telah mengetuai pencarian. Maka sebab itu digantung sehingga mendapat petunjuk-petunjuk yang credible. Jadi pada ketika ini, kerajaan sedang berunding dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom yang dipanggil Ocean Infinity kerana syarikat ini telah menawarkan pencarian berdasarkan upon success ataupun terma yang digunakan no cure no fee. Jadi kerajaan telah bersetuju untuk menerima tawaran dan kami pihak kementerian sedang berunding untuk lebih terperinci terma-terma supaya bayaran ini hanya dibayar setelah benar-benar bangkai kapal terbang itu dijumpai dan disahkan oleh pihak ketiga seperti Boeing sebagai contoh, mengesahkan bahawa bangkai ini memang milik MH370. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri setelah tiga tahun lebih berlalu dan setelah berbagai-bagai usaha dan dengan teknologi yang canggih dan usaha daripada negara- negara yang terlibat juga berkenaan dengan pencarian ini dan kita dengar tadi penjelasan bahawa kerajaan akan memperincikan operasi yang telah dilakukan dan akan membentangkan laporannya dan juga telah bakal menerima tawaran daripada pihak lain untuk membantu. Saya ingin bertanyalah sebenarnya sejauh manakah imej negara Malaysia ini terkesan dengan satu sejarah hitam ini sejak sekian lama dan setelah usaha dilakukan. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, mengenai imej ini, ini adalah persepsi seperti saya sebutkan daripada awal tadi. Ini satu sejarah dalam industri penerbangan dan perkara MH370 ini unprecedented, tidak pernah berlaku dalam sejarah industri penerbangan sebab itu dalam kes ini kita melibatkan tujuh accredited representative dalam pencarian ini dan melibatkan pakar-pakar seluruh dunia. Oleh sebab itu apabila ianya tidak dapat dijumpai oleh ketua team pencarian ini iaitu Australia, maka ianya menjadi satu fakta dan yang terakhir apabila sebuah syarikat yang mempunyai teknologi terkini dengan peralatan yang lebih canggih menawarkan berdasarkan pencarian upon success iaitu no cure no fee maka kita sedang bersetuju menerima tawaran

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

tetapi sedang memperincikan supaya bayaran yang diminta ini antara USD20 juta hingga USD70 juta. Jadi sedang diperincikan kerana ini melibatkan bayaran yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Lumut. Pendekkan Yang Berhormat Lumut.

Tuan Yang di-Pertua, pada 8 Mac pagi tersebut saya sendiri melihat televisyen dan melihat video yang ditayangkan oleh TV3. Video daripada air traffic controller seperti mana ditunjukkan apabila kapal terbang itu dikesan ditunjukkan dengan warna kuning. Akan tetapi sebelum kapal terbang itu hilang ditunjukkan warna merah. Maknanya kapal terbang telah hilang. Berdasarkan pengalaman saya dalam TLDM dan teknologi radar apabila video itu hilang dia jadi ada dua sebab saja sama ada kapal terbang itu meletup atau pun kapal terbang itu menjunam ke laut. Jadi dalam hal ini saya tidak puas hati dengan kaedah pendekatan kerajaan mencari kapal terbang tersebut. Saya tidak yakin kapal terbang itu menuju ke Lautan Hindi Selatan. Oleh kerana tiada video-video yang membuktikan bahawa kapal terbang itu berpusing dan menuju ke Lautan Hindi Selatan. Saya tuntut supaya kerajaan tunjukkan saya radar video oleh Tentera Udara Malaysia yang boleh mengesan kapal terbang ini berpusing ataupun menjunam dan kita boleh dapat buktikan bahawa kapal terbang itu berada di mana. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tetap mengatakan kapal terbang itu menjunam di Laut China Selatan, mengapa mereka tidak mahu mencari di Laut China Selatan sedangkan terbukti selepas tiga tahun mencari di Lautan Hindi Selatan tidak berjumpa sebab itu saya kata teori saya...

Bagi buktilah, bagi bukti.

Teori saya Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak boleh dipersalahkan dan saya boleh persalahkan teori dia orang juga oleh kerana mereka telah mencari tiga tahun tidak jumpa. Mereka pertikaikan debris, debris Tuan Yang di-Pertua. Saya kata kapal terbang itu diterbangkan oleh first class pilot. Apabila dia glide dia boleh menuju ke lautan pada sudut dan kelajuan yang tertentu kapal terbang tidak meletup. Maka sebab itu saya yakin kapal terbang itu berada di dasar laut dan insya-Allah kalau dicari menggunakan sistem echo sounder yang terbaik masa ini boleh dijumpai di Laut China Selatan. Oleh sebab itu saya minta wujudkan semula team kajian pencarian yang baru dianggotai oleh warga Malaysia sahaja tidak perlu warga tentera asing. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, kita telah tubuhkan pasukan penyiasat antarabangsa yang melibatkan tujuh negara besar Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis, Singapura dan Indonesia. Untuk makluman, kita juga melibatkan pembuat kapal terbang itu sendiri iaitu Boeing dan kita juga melibatkan pembuat enjin itu, Rolls Royce. Jadi mereka adalah pakar-pakar dan tidak dapat dikesani kerana kapal terbang ini telah mematikan transponder sistem komunikasi, semua dimatikan sebab itu kita tidak dapat mengesan kapal terbang ini kerana ini perkara unprecedented. Jadi kalau kita nak mewujudkan pasukan di kalangan Malaysia saya rasa pasukan investigation ini telah diiktiraf oleh pihak ICAO. Jadi ini telah diiktiraf oleh pihak ICAO dan kita semua menyiasat ini berdasarkan kepada Annex 13, Convention on International Civil Aviation, Aircraft Accident and Incident Investigation yang ditetapkan oleh ICAO iaitu International Civil Aviation Organisation peringkat UN. Terima kasih.

Abdul Azeez bin Abdul RahimUMNO · BNBaling · question

3. Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan menetapkan agar semua pusat tahfiz yang ada di Malaysia mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Kerajaan agar selari dengan peredaran zaman. Serta apakah kelayakan minimum untuk seseorang itu menjadi guru di sesebuah pusat tahfiz.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ DusukiTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Orang Baling semua segak bergaya, soalan Yang Berhormat Baling ini jawapannya. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum semua institusi pendidikan agama termasuk sekolah-sekolah tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak adalah perlu berdaftar dan tertakluk kepada enakmen kawalan sekolah-sekolah agama dan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa di negeri berkenaan. Ini adalah selaras dengan ketetapan Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Bahawa hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri. Oleh itu, aspek kurikulum termasuk silibus sekolah berkenaan adalah berada di bawah kawalan pihak berkuasa agama negeri berkenaan. Pada masa ini tidak ada suatu kurikulum khusus yang diguna pakai oleh sekolah tahfiz persendirian. Kebanyakan sekolah tahfiz menggunakan sukatan hafazan masing- masing, dengan penambahan pengajian agama dengan menggunakan pelbagai kitab. Kaedah pengajian tahfiz juga adalah menggunakan aliran pengajian tahfiz guru masing- masing yang menubuhkan pusat tahfiz berkenaan sama ada yang berasal ataupun mendapat pendidikan daripada serata dunia seperti Pakistan, India mahupun Turki. Menyedari hakikat ini kerajaan merangka kurikulum pendidikan tahfiz perlu diselaraskan untuk menjamin kualiti lepasan pelajar tahfiz adalah terjamin. Oleh itu, kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedang merangka model dan kurikulum sekolah tahfiz yang bersesuaian dan menepati keperluan masa kini. Secara umumnya semua guru yang mengajar pendidikan Agama Islam termasuk pendidikan tahfiz perlu mendapat tauliah mengajar daripada pihak berkuasa agama negeri berkenaan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi jawapan. Akan tetapi soalan tambahan saya memandangkan sekarang ini isu tahfiz ini bermain di seluruh pemikiran rakyat Malaysia apatah lagi sebelah kita dan sebelah sana sama-sama kita setiap hari membincangkan berkaitan dengan masa depan hala tuju pusat-pusat tahfiz ini.

Soalan saya, dalam aspirasi Transformasi Nasional 50 atau TN50, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pernah menyebut untuk negara melahirkan 125,000 penghafaz al-Quran yang profesional. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan agenda tersebut memandangkan ada yang sinis mengatakan kerajaan tidak mengambil berat berkaitan dengan institusi tahfiz dalam negara ini? Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya kepada Menteri, apakah langkah- langkah atau tindakan atau adakah terdapat satu modul untuk kita mengintegrasikan guru- guru KAFA dalam pusat-pusat tahfiz menerusi National Blue Ocean Strategy ataupun NBOS ataupun yang kita panggil Strategi Lautan Biru Kebangsaan? Guru-guru KAFA ini yang kita semua sedia maklum, mereka sudah terlatih. Bukan sahaja mereka boleh mengajar tetapi mereka juga boleh menjadi mata dan telinga kepada kerajaan apatah lagi dalam konteks sistem pembelajaran dan tahap keselamatan. Insya-Allah, kalaulah ini dapat dilaksanakan, saya yakin dan percaya segala sentimen-sentimen negatif yang berleluasa di luar sana berkaitan dengan sekolah-sekolah pondok dan tahfiz ini dapat kita mengatasi malah kita boleh membanteras dengan secara kolektif bersama-sama Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang sentiasa prihatin perkembangan Islam khususnya sistem pendidikan tahfiz dan pondok yang saya kira di Baling pun cukup banyak sekolah-sekolah seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman semua— memandangkan ada dua dimensi soalan tadi. Pertama sekali, suara-suara sumbang yang mengatakan kerajaan tidak mengambil berat berkenaan dengan sistem pendidikan tahfiz ini. Ini tidak benar. Pertama sekali, kita kena faham, Tuan Yang di-Pertua, di negara kita, kita ada tiga aliran tahfiz. Yang pertama, aliran kebangsaan. Yang kedua, aliran di bawah negeri dan ketiga ialah aliran swasta.

Aliran kebangsaan, Tuan Yang di-Pertua, ini di bawah Kementerian Pendidikan dan juga JAKIM. Di bawah Kementerian Pendidikan, ketika ini Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan apa yang dipanggil Kurikulum Bersepadu Tahfiz yang sedang dilaksanakan oleh 31 buah sekolah— sekolah SMKA, sekolah agama berasrama penuh integrasi— dan juga kurikulum model ulul albab yang dilaksanakan oleh 15 buah sekolah. Maknanya di bawah aliran kebangsaan, kerajaan telah pun melaksanakan aliran tahfiz ini di 31 buah sekolah campur 15 buah sekolah, maknanya 46 buah sekolah, sekolah-sekolah aliran kebangsaan. Yang mana bukan sahaja pelajar itu digarapkan dengan kemahiran tahfiz tetapi yang paling penting juga adalah hasrat dan aspirasi kerajaan sebagaimana yang sentiasa disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, negara tidak hanya mahu melahirkan golongan yang hanya menghafal al-Quran tetapi mereka harus menjadi apa yang disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran iaitu generasi ulul albab iaitu menguasai pelbagai disiplin ilmu kerana inilah sebenarnya apa yang dihasratkan dan diaspirasikan di dalam al-Quran. Bukan orang yang menghafal al-Quran tetapi mempunyai pelbagai kemahiran supaya dia boleh memimpin dan menjadi khaira ummah atau ummah yang menjadi pemimpin kepada dunia. Yang kedua adalah aliran negeri. Di bawah aliran negeri, setakat ini ada 21 buah sekolah-sekolah tahfiz di bawah Majlis Agama-agama Islam Negeri-negeri. Ketiga, sekolah-sekolah tahfiz swasta dan ini yang ada polemik sikit. Ada yang berdaftar dan ada yang tidak berdaftar. Sebab itulah bermula beberapa tahun lepas, kerajaan telah pun mengeluarkan dana khas. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak tahun lepas dan dua tahun lepas— tahun lepas sahaja kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk menyelaras Dasar Pendidikan Tahfiz Negara khusus kepada pusat-pusat tahfiz yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Jadi tidak timbul sesekali bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap sistem ataupun komponen tahfiz dalam sistem pendidikan negara. Yang kedua, dalam konteks guru-guru KAFA. Untuk pengetahuan, Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat, dalam konteks guru KAFA, bagaimana nak mengintegrasikan dalam konteks aliran tahfiz perdana ini, sebenarnya kerajaan pada hakikatnya pada ketika ini guru-guru KAFA mempunyai bidang kemahiran yang berbeza dengan guru-guru tahfiz. Sebab, guru-guru KAFA, dia hanya memerlukan tahap pendidikan agama di peringkat SPM sahaja berbanding dengan guru-guru tahfiz yang memerlukan sekurang-kurangnya kalau mengikut piawaian Kementerian Pendidikan, mereka perlu mempunyai ijazah sarjana muda di dalam bidang pengkhususan qiraah ataupun dalam bidang pengurusan tahfiz dan al- Quran. Ini adalah syarat untuk memastikan bahawa guru-guru ini adalah guru-guru yang benar-benar berkemahiran bagi melatih dan mendidik anak-anak didik mereka nanti kelak sebagai seorang huffaz. Walau bagaimanapun, cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Baling itu adalah satu cadangan yang baik untuk kerajaan melihat pada masa akan datang bagaimanakah kita boleh NBOS kan guru-guru KAFA pada hari ini yang mana hakikatnya kerajaan sentiasa mengangkat martabat guru KAFA. Kalau kita lihat secara umumnya, guru KAFA kalau era 1990-an, elaun mereka hanya RM288 sebulan tetapi pada zaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, tiga kali elaun guru KAFA dinaikkan. Yang terbaru, tahun lepas dalam Bajet 2017, kerajaan menaikkan RM100 kepada RM900 elaun guru KAFA yang hanya perlu mengajar sembilan jam satu minggu. Sebab itulah ini antara perkara yang saya kira perlu kita ambil perhatian bagaimana kita boleh mengarusperdanakan guru KAFA dalam kerangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya kewujudan pusat tahfiz di Malaysia ini lebih kepada tanggungjawab sosial terutama dilakukan oleh pihak swasta memandangkan kebanyakan ibu bapa pada hari ini memang ghairah untuk menghantar anak-anak mereka sebagai seorang hafiz. Maka sebenarnya ini merupakan satu daripada cara untuk meringankan juga bebanan kerajaan kerana tanggungjawab ini diambil oleh pihak swasta ataupun pihak persendirian. Ini sebagai salah satu daripada pendemokrasian pendidikan dalam negara ini memandangkan kalau hanya hendak mengharapkan tentang tahfiz yang diadakan di peringkat kerajaan semata-

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

mata, saya yakin cita-cita untuk mewujudkan sebanyak 125,000 pada tahun 2050 nanti agak sukar untuk mencapainya. Jadi persoalan saya ialah, adakah pihak kerajaan berusaha untuk hendak memberikan per kapita kepada pelajar-pelajar yang belajar di maahad tahfiz yang dianjurkan oleh pihak-pihak persendirian ataupun pihak-pihak masyarakat dan sebagainya sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial kepada kerajaan? Kita tak nak hanya berikan dalam bentuk one-off sahaja kerana ini pada saya ialah lebih murah berbanding dengan perbelanjaan kalau kerajaan buat sendiri. Saya di sini juga melahirkan rasa kesal apabila berlakunya kes kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiyah di Keramat, macam-macam tohmahan yang diberikan kepada pihak tahfiz itu, malahan ada cadangan untuk ditutup kerana berlakunya seperti begitu. Tapi tidak timbul pula suara ketika berlakunya kebakaran di sebuah universiti IPTA, diarahkan universiti itu ditutup. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang atas persoalan yang dibangkitkan. Sebenarnya di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang ketika ini masih lagi dalam rangka pembangunannya bahkan telah pun disembah maklum kepada Majlis Raja- raja pada baru-baru ini yang ada mempunyai lima teras. Salah satu terasnya ialah mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana. Di bawah teras ketiga ini, memang antara perbincangan yang dibuat oleh pihak JAKIM dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri— kerana JAKIM hanya penyelaras. Pihak yang akan melaksanakan dan akan merealisasikan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini adalah Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Ia adalah untuk menghasilkan ataupun memberikan agihan bantuan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi iaitu berasaskan per kapita. Cuma cabaran kita pada hari ini adalah hendak memastikan pusat-pusat tahfiz yang swasta ini agar berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kalau jawapan daripada Yang Berhormat Menteri KPKT semalam, kalau saya petik kembali, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam melaksanakan pemeriksaan kepada semua pusat tahfiz seluruh negara daripada 25 September hingga 17 Oktober mendapati ada 1,238 pusat tahfiz berbanding dengan kalau mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh JAKIM berasaskan jumlah pusat-pusat tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang dikumpulkan sehingga Jun 2017 hanyalah 608. Maknanya, banyak pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar dan ini antara cabaran yang paling besar yang perlu kita selaraskan sebelum kita memikirkan bagaimana kita hendak menyelaras semua aspek. Baru-baru ini Yang Amat Perdana Menteri menyebutkan bahawa priority dengan izin ataupun keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan tahap keselamatan pusat-pusat tahfiz yang di bawah kelolaan persendirian ataupun swasta ini berada pada tahap yang terbaik. Itu yang paling utama sekali sebelum kita bercakap soal menyalurkan berasaskan per kapita dan sebagainya. Kita mengharapkan suatu yang positif dan mungkin ada perkara yang akan dibangkitkan atau diumumkan oleh Yang Amat Perdana Menteri dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan pada esok hari. Kita sama-samalah berdoa. Mungkin doa daripada Yang Berhormat daripada Bukit Gantang dan sahabat-sahabat saya daripada pembangkang, daripada PAS di sebelah sana akan memakbulkan apa yang kita hasratkan semua. Terima kasih.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

4. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah hasil laporan kes kematian dua orang tentera TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi Ipoh dan apakah langkah yang diambil bagi mengelakkan kes sebegini berulang lagi.

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan pertanyaan- pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh sembilan Ahli Yang Berhormat yang lain kerana

Dato’ Seri Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

telah menyentuh isu yang sama. Yang pertama ialah Yang Berhormat Puchong pada 30 Oktober, Yang Berhormat Beruas pada 2 November, Yang Berhormat Marang pada 7 November, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 8 November, Yang Berhormat Kuala Selangor pada 13 November, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan pada 14 November, Yang Berhormat Lumut pada 23 November, Yang Berhormat Temerloh pada 27 November, Yang Berhormat Kubang Kerian pada 29 November. Tuan Yang di-Pertua, kejadian dua anggota tentera laut yang meninggal dunia di dalam bilik tahanan Unit PTU TLDM di Sungai Wangi, Sitiawan Perak pada 29 September 2017 yang lalu masih lagi di dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia sehingga kini. Sehingga kini tiga anggota telah dipertuduhkan di Mahkamah di bawah seksyen 302 dan seksyen 323 Kanun Keseksaan. Lembaga Siasatan TLDM juga telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan kelemahan dapat diatasi. SOP juga diperkukuhkan oleh Lembaga Siasatan untuk diberi penambahbaikan secara holistik bagi mengelak perkara ini daripada berulang lagi. Di peringkat ATM pula, audit verifikasi telah dilaksanakan di pusat-pusat tahanan bagi memperkukuhkan prosedur dan memperbaikinya sekiranya ada. Satu team teknikal telah ditubuhkan bagi memperkukuhkan SOP pusat-pusat tahanan ATM yang dipantau sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera. Sehubungan dengan itu sebagai langkah memperkukuhkan, pihak TLDM telah menambah seorang pegawai dan seorang Bintara bertaraf pangkat Sarjan bagi memastikan pemantauan yang lebih rapi di kawasan bilik tahanan. Tuan Yang di-Pertua, bilangan berkenaan dengan bilangan kecederaan yang berlaku di bilik tahanan Unit PTU TLDM Sungai Wangi, suka dijelaskan bahawa sejak ia diserahkan kepada Provos Tentera Laut Lumut pada 27 Februari 1989, tiada sebarang kes melibatkan kecederaan dan kematian yang berlaku sehingga kejadian pada 29 September 2017 yang lalu. Bagi pertanyaan tentang bilangan anggota tentera laut yang sedang ditahan di bilik tahanan Unit TLDM Sungai Wangi ini adalah seramai enam orang. Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan menangani dan tidak akan lepas tangan dalam menjaga kebajikan keluarga mangsa. Mereka akan diberi bantuan dan hak yang sewajarnya berdasarkan peruntukan di dalam perkhidmatan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat di atas jawapan diberi. Kita lihat kejadian yang berlaku pada 29 September yang lalu cukup menyayat hati dan salah seorangnya adalah merupakan rakyat saya dan jiran saya sendiri yang menyebabkan keluarga begitu tertekan dan sedih dengan peristiwa yang berlaku. Kematian Nik Muhammad Baihaqi dan Muhammad Lailatul Iman yang meninggal akibat pendarahan paru-paru di percayai akibat didera dan dua lagi anggota lain yang cedera. Ini adalah satu perkara yang menyebabkan satu kegerunan dan menimbulkan satu ketidakyakinan terutama di kalangan ibu bapa untuk menghantar mereka, untuk anak-anak mereka menjadi anggota tentera di masa akan datang. Ini adalah satu fenomena yang sangat besar sekiranya tidak ditangani secara berkesan. Saya ingin tahu setakat ini apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam SOP latihan ketenteraan ini dan apakah penambahbaikan yang akan dibuat dan setakat ini apakah bantuan-bantuan yang telah diberi kepada keluarga mangsa yang terlibat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali kita telah menubuhkan jawatankuasa pemantauan untuk buat siasatan. Setakat ini kalau kita lihat SOP yang ada kalau sekiranya dipatuhi tidak akan berlaku perkara ini. Bererti bahawasanya mungkin ada perlanggaran SOP. Ini saya tidak dapat pasti kerana perkara ini di dalam siasatan. Walau bagaimanapun kita sentiasa mengambil berat perkara ini dan sedang melihat perkara ini secara serius dan amat malang tentang kejadian ini dan kita pun berasa sedih tentang apa yang berlaku. Kalau dilihat daripada tindakan-tindakan yang dibuat, kita, saya lihat bahawa selama ini kalau seperti mana yang saya sebut di situ, inilah kejadian yang pertama sejak tahun 1989. Ini berlaku bukanlah kerana SOP itu, tidak, tetapi SOP selama ini tidak pernah berlaku, mungkin perlanggaran dan penderaan. Walau bagaimanapun ini di dalam siasatan polis dan kita akan mengambil tindakan untuk memperbaiki dari segi pemantauan dan sebagaimana yang saya telah umum tadi tambahan daripada pegawai-pegawai yang akan mengawasi bilik-bilik tahanan ini, SOP ini

akan juga. Untuk pengetahuan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, di bilik tahanan ini kita mempunyai CCTV. Memang dipantau secara halus. Tapi benda-benda itu berlaku di luar kawasan blind spot CCTV. Kita ada banyak CCTV di situ tetapi seperti mana yang saya katakan tadi ini adalah masalah faktor manusia. Berkenaan dengan bantuan seperti mana yang Yang Berhormat tanya itu, bantuan- bantuan seperti biasa, khairat kematian, pengurusan jenazah dan sebagainya telah diuruskan dengan baik dan duit khairat kematian pun kita telah laksanakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dia masih lagi boleh menuntut beberapa hak dia dan mengikut pecahan-pecahan yang ada di depan saya, kalau saya hendak sebut satu persatu memang banyak. Dijangka Yang Berhormat, Allahyarham Nik Muhammad akan menerima lebih kurang RM113 ribu dan seorang lagi akan menerima lebih kurang RM81 ribu tuntutan daripada hak-hak yang sepatutnya dibayar. Itu saja. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak mahu dan siapa pun tidak inginkan perkara ini berlaku namun kita serahlah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membuat siasatan.

Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak dapat maklumat apakah bentuk penyelarasan dan penambahbaikan yang boleh dan akan dilakukan terhadap SOP ketenteraan mengenai perkara ini dan juga kalau dapat dimaklumkan apakah bentuk bantuan awal yang telah diterima serta ganjaran perkhidmatan yang akan diterima oleh kedua-dua waris si mati. Terima kasih.

Yang Berhormat Lenggong, terima kasih. Seperti mana yang saya cakap tadi SOP nya memang setakat ini kita amat puas hati dengan SOP yang ada kerana kalau kita lihat daripada bilik-bilik tahanan kita yang ada di seluruh negara, bukan saja TLDM, TUDM dan tentera, begitu banyak sekali. Inilah kejadian yang pertama dan sebelum ini ada dua kejadian lain yang melibatkan kematian. Itu pun bukan lah kerana penderaan. Dia mati disebabkan oleh masalah yang pasti bukan lah kerana penderaan iaitu masalah anggota itu sendiri. Walau bagaimanapun, supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi, kita akan menambah baik setiap SOP yang ada dan bagi saya dan apa yang saya lihat ialah kita akan memperkukuhkan lagi dari segi pemantauan. Maknanya pegawai-pegawai yang dipertanggungjawab untuk menjaga pusat latihan ini mesti mengadakan lawatan yang lebih kerap untuk melihat apa yang berlaku di sana. Selain daripada itu ialah pematuhan tentang SOP. Jadi, saya rasa kejadian ini pun berlaku kerana pelanggaran SOP. Terima kasih.

Mansor bin Abdul RahmanUMNO · BNSik · question

5. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [SIK] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kes pembuangan bayi masih meningkat dan apakah kesan “baby hatch” di Malaysia, adakah dengan adanya “baby hatch” ini, ibu bayi tersebut dapat tinggalkan bayi mereka dengan selamat.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sik. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya mengambil berat terhadap semua isu perlindungan kanak-kanak termasuklah kes pembuangan bayi khususnya bagi memastikan bahawa setiap bayi atau kanak-kanak yang terdampar atau terbuang mendapat pemeliharaan serta perlindungan yang sewajarnya. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi yang dilaporkan bagi tempoh 2013 sehingga 2016 adalah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2013, jumlah kes adalah sebanyak 90. Seterusnya pada tahun 2014 meningkat kepada 104 kes. Pada tahun 2015 dan 2016 meningkat kepada masing-masing 111 kes dan 115 kes. Statistik terkini kes pembuangan bayi daripada Januari hingga Jun 2017 adalah sebanyak 59 kes. Jumlah keseluruhan bagi tempoh 2013 sehingga Jun 2017 adalah sebanyak 478 kes. Bagi menangani kes pembuangan bayi, Program Baby Hatch melalui kerjasama kementerian dengan Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-anak Yatim

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Kuala Lumpur ataupun Orphan Care telah memperlihatkan impak positif daripada segi bilangan bayi yang diselamatkan. Statistik dari tahun 2010 sehingga 2016 menunjukkan seramai 35 bayi telah berjaya diselamatkan. Manakala statistik daripada Januari sehingga September 2017, seramai 11 bayi telah diselamatkan. Ini jelas menunjukkan peningkatan penggunaan baby hatch kepada ibu yang meninggalkan bayi mereka dengan jumlah keseluruhan bagi tahun 2010 sehingga Jun 2017 iaitu 43 kes. Tuan Yang di-Pertua, baby hatch ialah satu fasiliti untuk ibu yang terdesak dan mempunyai anak yang tidak diingini membuat pilihan yang lebih selamat untuk bayinya berbanding meletakkan bayi di tempat-tempat lain yang tiada sesiapa boleh bertindak segera untuk menyelamatkan nyawa bayi. Setakat ini terdapat sebanyak lapan buah Hospital KPJ dan tiga NGO iaitu Orphan Care yang menyediakan fasiliti baby hatch. Bagi memastikan keselamatan bayi, alat penggera akan berbunyi sebaik saja bayi diletakkan di dalamnya. Petugas di baby hatch akan mengambil bayi tersebut dengan segera dan akan menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan di bahagian kecemasan hospital. Sehingga kini bayi yang diletakkan dalam keadaan baru dilahirkan juga dapat diberikan rawatan segera dan diselamatkan. Oleh sebab meletakkan bayi di dalam hatch adalah bukan jenayah, ibu bayi tersebut tidak perlu berasa bimbang akan diambil tindakan undang-undang ke atasnya. Secara umumnya ciri-ciri keselamatan yang ada di fasiliti baby hatch ialah ruang pintu atau flap di sebelah luar dinding premis, katil, tilam bayi, ruang pengudaraan penghawa udara, sensor untuk memaklumkan kepada penjaga sejurus setelah bayi diletakkan di baby hatch serta pemasangan kamera litar tertutup untuk memantau bayi yang diletakkan di dalam baby hatch tersebut. Kamera litar tertutup hanya meliputi tangan individu yang meletakkan bayi di dalam baby hatch. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, masalah pembuangan bayi yang masih berleluasa sekarang memberi gambaran bahawa pusat baby hatch masih belum mampu menyelesaikan masalah ini. Kesukaran mencari pusat baby hatch dilihat menjadi salah satu sebab ibu bapa kepada bayi tersebut membuat keputusan meninggalkan bayi mereka di merata-rata tempat. Saya minta Yang Berhormat Menteri memperincikan di manakah penempatan baby hatch ini serta jumlah bayi yang diselamatkan melalui Program Baby Hatch setakat ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan terhadap masalah pembuangan bayi dan juga keduanya, tentang keselamatan mereka, di manakah mereka ini dapat dihantar. Seperti mana yang telah saya maklumkan tadi bilangan yang telah dapat diselamatkan melalui baby hatch ini adalah 43 setakat ini. Tempat-tempat yang ada ini ialah pertamanya di KPJ Johor Specialist Hospital, KPJ Damansara Specialist Hospital, KPJ Tawakal Specialist Hospital, KPJ Seremban Specialist Hospital, KPJ Penang Specialist Hospital, KPJ Ipoh Specialist Hospital, KPJ Perdana Specialist Hospital Kelantan, KPJ Kuantan Specialist Hospital dan juga kita ada di tiga lagi Orphan Care di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan juga di Johor Bahru. Ingin saya maklumkan juga kepada Dewan yang mulia ini dan kepada Yang Berhormat bahawa daripada bilangan jumlah kes, 43 kes yang dihantar melalui baby hatch ini ataupun diselamatkan melalui baby hatch ini, mereka telah mendapat penempatan yang sesuai iaitu sebilangan 38 bayi telah pun diurus oleh pelindung JKM bersama dengan Orphan Care dan diletakkan ataupun ditempatkan bersama dengan orang yang layak dan yang sesuai melalui perintah mahkamah. Ada dua setakat ini masih lagi di rumah kanak-kanak kita. Seorang itu ada dituntut oleh ibu kandungnya tetapi dia tidak mahu melalui DNA maka kita dapat memberikan. Seorang lagi ini didapati HIV positif maka dia dipelihara di rumah kanak-kanak kita. Ada lagi seorang yang masih dalam proses untuk ditempatkan bersama dengan orang yang layak ataupun yang sesuai dan ada dua orang bayi setakat ini yang telah pun kembali bersama-sama dengan ibu kandung yang akhirnya datang untuk mengambil bayi yang telah dihantar ini. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya ucap tahniah dan amat menghargai segala usaha kementerian untuk membantu menyelamatkan baby yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Akan tetapi saya rasa selain daripada menempatkan mereka di satu tempat yang baik. Saya rasa isu yang amat penting ialah tentang kewarganegaraan bayi-bayi yang ditinggalkan tersebut.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya rasa tidak lama dulu, last week ataupun beberapa minggu dahulu Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyebutkan bahawa kementerian ini akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan baby yang ditinggalkan tersebut. Ini kerana saya rasa setakat ini baby yang di abandoned ini mereka semua diclassified sebagai kanak-kanak tanpa kerakyatan dan ini menimbulkan banyak masalah untuk mereka pada masa yang akan datang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi, saya di sini hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa usaha yang telah dianjurkan, diadakan untuk mengadakan perbincangan mesyuarat dengan KDN supaya kami boleh menyelesaikan isu ini untuk masa depan baby yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka? Oleh kerana kalau ikut data yang diberikan terlebih dahulu, dari 2010 sampailah 2016, sebenarnya kita mempunyai lebih daripada 700 kes. Jadi, saya rasa ini adalah satu isu yang amat serius. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kulai yang juga begitu prihatin terhadap nasib kanak-kanak, khususnya mereka yang terbuang ini. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya dan sebenarnya, kanak-kanak yang ditinggalkan yang di Open Care di Baby Hatch ini memanglah tidak ditinggalkan dengan sijil kelahiran. Tentu sahajalah dengan demikian, identiti mereka ataupun warganegara ataupun bukan warganegara itu kita tidak akan tahu. Begitu juga kanak-kanak banyak yang kita selamatkan yang tinggal di institusi-institusi kita, ada juga mereka ini memang kewarganegaraan mereka kita tidak ketahui, namun tetap kita selamatkan. Dalam usaha kita bagi memastikan mereka ini dapat hidup seperti kanak-kanak yang lain dan menjadi orang dewasa dan juga dapat hidup berdikari, insya-Allah nanti, memang usaha dilaksanakan bagi memastikan mereka ini akan dapat sijil kelahiran. Oleh sebab itu ada di antara mereka ini, seperti saya telah maklumkan tadi, ditempatkan bersama- sama orang yang layak dan sesuai. Di mana selepas itu mereka tentunya- kerana orang yang layak dan sesuai ini adalah merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia dan orang yang sudah berkahwin secara sah. Apabila mereka ingin mengambil kanak-kanak ini nanti akhirnya, setelah keluarga ini melalui panel keluarga yang sesuai, penempatan yang sesuai dan juga telah diputuskan oleh mahkamah untuk diberikan kepada mereka sebagai anak angkat, tentunya mereka nanti akan menjadi warganegara Malaysia, itu satu. Keduanya, bagi yang tidak menjadi anak angkat ataupun tidak ditempatkan ini, kalau mereka berada di institusi kita, salah satu program kita ialah berterusan mengadakan hubungan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan sijil kelahiran lewat dan akhirnya, berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan untuk mereka. So, kita tidak berhenti, kita tidak mahu mereka ini terumbang-ambing, ini usaha kita. Sememangnya hubungan itu sentiasa berjalan. Jadi, Yang Berhormat dan juga semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini dan di luar sana jangan bimbang, usaha ini kita laksanakan. Terima kasih.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan setakat mana usaha kerajaan dalam memantau dan meneliti sindiket dari dalam dan luar negara berkaitan pemalsuan sijil-sijil diploma dan sarjana yang melibatkan universiti tempatan dan luar negara.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Kemang, atas soalan berkaitan dengan pemalsuan sijil, diploma dan ijazah dari sindiket. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini isu berhubung sindiket penjualan kelulusan akademik palsu secara dalam talian sedang diambil tindakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana jenayah ini merupakan satu bentuk penipuan dan boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut telah membuat laporan polis berhubung isu sindiket penjualan kelulusan akademik palsu pada 10 hari bulan Februari 2017 dan yang terkini pada 2 hari bulan Oktober 2017. Dalam usaha membendung isu perolehan kelulusan akademik palsu, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengambil langkah-langkah berikut:

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

(i) membangunkan pangkalan data pemberian PhD bagi semua universiti awam (UA) untuk memudahkan semakan secara setempat berbanding sebelum ini, di mana data hanya disimpan oleh UA masing-masing. Kini pangkalan data ini boleh juga digunakan untuk menyemak bagi penerima anugerah Ijazah Kehormat Profesor Emeritus, Profesor Diraja dan Profesor Ulung; (ii) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM bagi menyekat mana-mana laman web yang disyaki menawarkan ijazah palsu melalui internet; (iii) bekerjasama dengan PDRM dalam menyalurkan maklumat berkenaan penjualan kelulusan akademik palsu; (iv) bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi-institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam memastikan orang awam, khususnya pihak majikan dapat membuat semakan rekod penganugerahan kelulusan akademik kepada bakal kakitangan yang ingin diambil bekerja; dan (v) Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri telah mengemukakan nota diplomat ke negara yang disyaki menjadi lokasi host server laman sesawang yang menawarkan sijil akademik palsu. Langkah ini penting bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa negara terbabit supaya tindakan yang lebih berkesan dapat diambil terhadap laman sesawang yang melanggar undang-undang di negara ini. Menerusi jalinan kerjasama dalam dan luar negara ini, isu penjualan kelulusan akademik palsu dipercayai dapat dibendung dari terus bertambah. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Tinggi turut memberi kesedaran kepada orang awam dan pihak majikan untuk menyemak kelayakan akademik individu tertentu sama ada tulen atau sebaliknya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya pendek sahaja. Apakah kerajaan bercadang untuk mengadakan suatu akta seperti akta– Act 2016 berkenaan dengan sijil palsu ini? Terima kasih.

Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi meliputi kaedah-kaedah berikut. Pertama senarai nama pelajar yang telah graduate. Kedua, semakan bukti akademik pelajar yang telah bergraduate seperti kehadiran ke kelas dan peperiksaan serta skrip jawapan peperiksaan dan kerja kursus. Ketiga, yang ini adalah sangat penting adalah di mana mendapatkan sampel ijazah yang dikeluarkan oleh IPTS dan mendapat penerangan berkaitan ciri-ciri yang termasuk ciri ketulenan bagi ijazah yang dicetak. Menerusi pemeriksaan, ada ijazah yang mempunyai lapan hingga 15 ciri keselamatan bagi membuktikan ketulenan ijazah yang dikeluarkan. Contohnya adalah berkaitan dengan siri nombor atau mohor atau varsity seal. Tindakan yang kelima adalah untuk semak sistem maklumat pelajar dari segi kesempurnaan dan integriti maklumat yang disimpan. KPT turut meminta IPTS untuk membuat laporan polis sekiranya benar ijazah mereka dipalsukan. Seperti yang saya sudah beritahu tadi bahawa sekiranya ada evidence yang berkaitan dengan pemalsuan sijil, diploma dan ijazah, jadi ini boleh menjadi satu kes jenayah. Oleh kerana ini merupakan satu bentuk penipuan dan boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan oleh PDRM. Kementerian Pendidikan Tinggi memang tidak terima atau menggalakkan pemalsuan diploma atau sijil dan ijazah kerana isu ini ada berkaitan dengan isu integriti akademik.

Itulah beberapa langkah sudah diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membendung isu perolehan kelulusan akademik palsu. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan apakah kursus-kursus pengajian tinggi yang sering menjadi sasaran pemalsuan sijil-sijil ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Di sini saya tidak ada jawapannya dan memandangkan soalan ini adalah spesifik, saya akan menjawab secara bertulis.

Mohd Zaim bin Abu HasanUMNO · BNParit · question

7. Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi memastikan sungai- sungai di negara ini terus terpelihara dari pelbagai pencemaran yang menyumbang kepada isu alam sekitar itu sendiri.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjalankan program pengawasan kualiti air sungai di seluruh negara setiap tahun bagi mendapatkan status semasa dan terkini status kualiti air sungai-sungai di Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan negara. Program ini merangkumi pengumpulan data bagi pemantauan kualiti air sungai dan air marin termasuk Sabah dan Sarawak yang bertujuan untuk melaporkan tahap sebenar kualiti air sungai di Malaysia dalam usaha untuk memantau, mencegah dan mengawal pencemaran. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2016, hanya sejumlah 46 batang sungai ataupun 1.5 peratus telah direkodkan sebagai tercemar berbanding dengan 2,986 jumlah keseluruhan sungai yang terdapat di seluruh negara. Kementerian berpendapat bahawa status kualiti air sungai di seluruh negara pada masa ini adalah terkawal. Bagi memastikan status kualiti air sungai di seluruh negara berada pada tahap yang memuaskan, Jabatan Alam Sekitar akan terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Program penguatkuasaan termasuklah lawatan penguatkuasaan di kilang-kilang, loji-loji rawatan kumbahan, projek-projek tertakluk kepada EIA dan lain-lain punca yang menyumbang kepada pencemaran sungai. NRE juga melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang menyediakan pelan pembangunan dan pengurusan lembangan sungai bagi 13 lembangan sungai terpilih mengikut peruntukan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bagi memastikan bahawa sungai-sungai di negara ini terus terpelihara daripada pelbagai pencemaran. Antara lembangan sungai yang dikenal pasti adalah Sungai Santubong di Sarawak, Sungai Muar di Johor, Sungai Juru, Sungai Junjung dan Sungai Batu Feringhi di Pulau Pinang. Pelan tindakan pembangunan dan pengurusan lembangan yang dibangunkan itu akan digunakan sebagai asas kepada perancangan pembangunan guna tanah dan pengawalan pelepasan beban tercemar. Ini memastikan bahawa kelestarian ekosistem sesebuah lembangan sungai terpelihara melalui aktiviti pembangunan yang terkawal demi kesejahteraan ekonomi rakyat. Kerajaan juga telah mengambil pendekatan kawalan di punca bagi menangani dan mengawal masalah pencemaran ini. Penyelidikan yang menjurus kepada kaedah rawatan bagi menangani punca-punca pencemaran seperti air sisa domestik, minyak, sisa makanan, sampah kasar dan mendapan juga sedang giat dijalankan. Di antara peranan yang telah diambil oleh kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuklah penguatkuasaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) dan Best Management Practice (BMPs) mengikut garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dalam kerja-kerja pembukaan tanah supaya mengurangkan pencemaran daripada pemendapan kelodak dalam sungai. Selain itu juga, pemasangan perangkap sisa pepejal. Contoh terbaharu adalah river of life yang melibatkan usaha kerajaan dalam mentransformasikan Sungai Klang dan Sungai Gombak supaya menjadi lebih bersih dan hidup. Penting juga iaitu public outreach program bagi meningkatkan kesedaran orang awam khasnya masyarakat setempat dan pelajar institut pendidikan supaya sentiasa memelihara kualiti air sungai supaya tidak tercemar. Pendekatan Integrated River Basin Management (IRBM) juga dilakukan. Selain itu juga, penyediaan pelan-pelan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu di seluruh Malaysia yang hasilnya akan menjadi sumber rujukan utama

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

perancangan pembangunan kawasan lembangan sungai melibatkan pengurusan kualiti dan kuantiti air. Terakhir, yang penting juga dan tidak boleh lupa ialah Rang Undang-undang Sumber Air Negara yang sedang digubal di peringkat terakhir adalah merupakan usaha kementerian dalam melengkapkan dan mengukuhkan penguatkuasaan kawalan pencemaran dari segi perundangan dan keseragaman pelaksanaan di antara negeri-negeri dan Kerajaan Pusat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Biasanya, pencemaran dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah oleh pihak kilang, industri kecil dan sebagainya yang tiada kolam rawatan air effluent sebelum dilepaskan ke dalam sungai terutamanya yang berdekatan dengan sungai. Ini termasuk juga kilang-kilang pemprosesan makanan dan tekstil. Jadi soalan saya, sejauh manakah pemantauan dan pemeriksaan dibuat ke atas pihak industri yang menyalurkan bahan sisa kimia ke dalam sungai supaya segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi oleh mereka? Juga, apakah bentuk kerjasama kementerian dengan pihak-pihak yang lain supaya masalah pencemaran sungai ini dapat dielakkan pada masa hadapan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, memang kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa membuat pemantauan berkala ke atas semua punca-punca pencemaran yang didaftarkan di bawah Jabatan Alam Sekitar. Bermakna, kita berpandukan kepada garis panduan, akta yang berkaitan dan sebagainya. Terbaru, Tuan Yang di-Pertua, ialah kita menggunakan pendekatan safe regulation practice ataupun kita galakan semua industri yang mengeluarkan punca pencemaran, mereka diberikan didikan untuk memeriksa sendiri kualiti effluent mereka supaya bertepatan dengan garis panduan, peraturan dan juga perundangan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya berkenaan dengan isu pencemaran sungai ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri, lebih fundamental ya. Saya ingin bertanya berkenaan dengan definisi sungai tercemar itu sendiri. Adakah definisinya apabila sungai itu sudah masuk kelas tiga, kelas empat baru dikira sebagai tercemar ataupun apabila ia bertukar kelas daripada satu ke dua pun sudah dikira tercemar? Apakah indicator? Contohnya kalau di Pahang, di hulu-hulu sungai, dulu kita ada ikan-ikan seperti kelah, sebarau yang boleh didapati dengan banyak tetapi oleh kerana berlakunya aktiviti logging, pembalakan di bukit-bukit, jadi kadang-kadang sehingga sampai ikan-ikan ini pun sudah tidak boleh hidup. Jadi adakah ini juga termasuk dalam pencemaran ataupun belum lagi dikategorikan sebagai pencemaran? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan yang selalu berbincang dengan saya tentang pencemaran sungai. Ada dua perkara. Pertamanya ialah kita berpandukan kepada garis panduan yang sedia ada.

Pertamanya kita melihat dari segi parameter. Sebagai contoh, kualiti air sungai juga sentiasa diawasi di seluruh negara dengan pelaksanaan program pengawasan kualiti air oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar menilai tahap kualiti air sungai-sungai dengan berdasarkan kepada 30 parameter asas iaitu fizikal, kimia, mikrobiologi dan juga logam berat yang dicerap secara berkala setiap tahun. Daripada parameter itu, sampel air diuji di dalam makmal dan diklasifikasikan sebagai sama ada kelas 1, kelas 2, kelas 3 dan kelas 4. Di peringkat kita, di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui JAS, tadi saya sebut kalau kelas 1, kelas 2, kelas 3, kelas 4 dan kelas 5 ya. Air sungai akan termasuk dalam kategori tercemar apabila berada pada tahap kelas 3 teruk. Mudah dalam bahasa layman kelas 3 teruk. Oleh sebab itu kelas 3 ada dua, ada range dengan izin sama ada kelas 3 tidak teruk atau kelas 3 teruk dalam bahasa layman dia. Kelas 4 of course dengan izin dan kelas 5. Ini adalah kategori kelas yang disebut sebagai diisytiharkan sebagai air sungai yang tercemar.

Jadi kalau kita hendak merujuk kepada sama ada ikan hidup atau mati dan sebagainya, mungkin ada parameter lain yang perlu dirujuk tetapi menggunakan berdasarkan kepada sudut apa? Sudut hidupan ataupun ekologi ataupun sudut yang lain. Akan tetapi bagi kami di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berdasarkan kepada parameter yang saya sebutkan tadi iaitu 30 parameter asas fizikal, kimia, mikrobiologi dan logam berat. Sama ada parameter ini berdasarkan kepada parameter ini air tersebut termasuk dalam kelas 1, kelas 2, kelas 3, kelas 4 dan kelas 5 seperti yang saya sebutkan tadi. Di Malaysia ini sebenarnya, kita memantau lebih kurang 477 batang sungai daripada 2,986. Maknanya yang kita pantau lebih kurang 25 peratus. Selain daripada 477 sungai ini, kita anggap sebagai sungai tidak tercemar kerana umumnya tidak ada aduan. Itu yang saya boleh sebut di sini. Sekian, terima kasih.

Teo Kok SeongDAP · PRRasah · question

8. Tuan Teo Kok Seong [Rasah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan: (a) secara terperinci mengapakah kerajaan tidak bercadang untuk menjaga kepentingan warga OKU dengan mengecualikan cukai GST yang dikenakan terhadap mereka; dan (b) apakah langkah atau dasar yang sudah dan akan dilaksanakan untuk memastikan nasib warga OKU terjamin.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana sedia maklum, cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dilaksanakan mulai 1 April 2015 dengan tujuan untuk memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Sejak pelaksanaan GST, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak terkecuali daripada menerima aduan dan keluhan daripada golongan OKU yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST telah memberi kesan kepada status sosioekonomi mereka. Terkini, dalam usaha untuk menjaga kesihatan OKU, kerajaan dalam pengumuman bajet dalam tahun 2017 telah meluluskan pelepasan GST ke atas tambahan 20 peralatan tiruan ataupun sokongan OKU pelbagai kategori berbanding 11 peralatan tiruan sokongan OKU pada tahun 2014 yang menjadikan jumlah keseluruhan peralatan OKU yang dikecualikan GST adalah sebanyak 31 peralatan. Bagi pembelian barangan keperluan asas pula, isu tanggungan GST kepada golongan OKU adalah tidak berbangkit. Ini memandangkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan asas seperti beras, gula, tepung, sayuran dan daging tidak dikenakan GST. Manakala bagi perkhidmatan pula, rawatan kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam dan penyewaan rumah kediaman adalah juga tidak dikenakan GST. Dengan itu boleh dibuat kesimpulan bahawa sebahagian besar daripada perbelanjaan oleh golongan OKU adalah tidak tertakluk kepada GST. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama bagi menjamin kesejahteraan golongan OKU, kerajaan akan meneruskan skim bantuan dan keistimewaan sedia ada yang dinikmati oleh OKU untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Antara keistimewaan yang dikekalkan dan dinikmati oleh OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bantuan seperti elaun pekerja cacat, bantuan OKU tidak bekerja, geran pelancaran, bantuan alat sokongan tiruan, bantuan penjagaan OKU terlantar dan pelbagai bantuan lain lagi. Bantuan ini tidak terhad kepada bantuan kebajikan sahaja malah bantuan dalam sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan turut diberikan. Selain daripada bantuan OKU berdaftar juga turut diberikan diskaun ke atas perkhidmatan awam seperti diskaun tambang sebanyak 25 peratus bagi perkhidmatan bas ekspres dan diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi perkhidmatan bas henti-henti, sistem transit aliran ringan, perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTM komuter serta bagi penerbangan domestik.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bagi meningkatkan kesejahteraan hidup golongan OKU, kerajaan juga melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memberi pelepasan cukai pendapatan kepada individu OKU mahupun ibu bapa dan pasangan kepada OKU seperti berikut: (i) pelepasan cukai pendapatan berjumlah RM6,000 kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU; (ii) pelepasan cukai hingga RM6,000 bagi membeli peralatan sokongan khas untuk kegunaan sendiri isteri, anak atau ibu bapa OKU; dan (iii) pelepasan cukai individu OKU sebanyak RM6,000 dan pelepasan cukai tambahan RM3,500 kepada pasangan OKU. Tuan Yang di-Pertua, GST tetap dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan. Kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan kepada OKU hanya akan dinikmati bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Oleh yang demikian, kementerian ini menyeru supaya lebih ramai OKU di luar sana untuk berdaftar bagi menikmati keistimewaan dan kelebihan yang disediakan oleh kerajaan ini. Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus berusaha untuk menambah baik usaha yang sedia ada yang terkandung dalam Pelan Tindakan OKU 2016 hingga 2022. Usaha untuk menjayakan pelan tindakan ini telah memelihara kesejahteraan OKU merupakan tanggungjawab semua pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan termasuklah sektor swasta sendiri. Dengan itu, kementerian ini menyeru supaya semua pihak dapat membuka lebih ruang antaranya pekerjaan kepada OKU untuk sama-sama kita menambah baik kualiti sosioekonomi mereka. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Sebenarnya segala usaha yang membantu OKU saya amat hargai dan saya rakamkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian. Cuma daripada Yang Berhormat Menteri tadi, Yang Berhormat Menteri sendiri telah pun mengaku bahawa sebenarnya telah pun menerima banyak aduan ataupun rintihan daripada golongan OKU. Saya rasa yang paling penting sekali sebab saya difahamkan memang ada banyak bantuan keistimewaan telah pun diberikan kepada golongan OKU. Akan tetapi kita perlu mengaku bahawa sebenarnya pelaksanaan GST, ia sedikit sebanyak telah pun meningkatkan beban mereka. Oleh sebab itu saya menujukan soalan kepada pihak kementerian supaya boleh mempertimbangkan mengecualikan segala GST yang dikenakan kepada pihak OKU. Soalan tambahan saya kepada pihak kementerian. Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat bagi semua orang termasuk rakan-rakan OKU, apakah tindakan ataupun apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan golongan OKU mereka tidak akan terjejas disebabkan pelaksanaan GST dan juga disebabkan unsur-unsur yang menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Pertamanya, disebabkan tadi saya sebutkan ada keluhan daripada orang kurang upaya yang merupakan kumpulan sasar kementerian ini maka itulah kerajaan telah bertindak proaktif dengan memberikan pelepasan GST ke atas tambahan 20 peralatan saya sebutkan tadi iaitu peralatan yang diperlukan oleh pihak OKU. Saya mempunyai senarainya di sini kalau Yang Berhormat ingin mendapatkannya.

Itu adalah satu tindakan proaktif kita. Keduanya, bagi memastikan mereka ini terus dapat hidup berdikari, banyak usaha kerajaan telah laksanakan dan terus laksanakan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini bahawa orang kurang upaya ini mereka sebenarnya tidak meminta simpati. Mereka ini sebenarnya orang yang boleh berdikari, malahan ada di antara mereka ini boleh menjadi mentor kepada kita

dan memberikan motivasi kepada kita kerana mereka sendiri ini mempunyai kemahuan yang begitu tinggi untuk mencapai kejayaan. Apabila kerajaan ini melalui kementerian kami yang telah memperkenalkan program yang kita sebut 2 Years Exit Programme (2YEP). Ini adalah satu usaha bagi kita memberikan mereka boleh berdikari selain daripada usaha lain untuk mendapatkan pekerjaan dan banyak lagilah yang kita sedang dan telah laksanakan akan terus dilaksanakan. Program 2 Years Exit Programme (2YEP) ini di mana kita mahu memberikan mereka this is the way forward untuk mereka berdikari ini. Kita dapati bahawa daripada program yang kita telah mulakan 2014 ini Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, 71 orang kurang upaya telah berjaya berdikari dan ditamatkan bantuan daripada kerajaan. Mereka ini rata-ratanya telah mendapat mempunyai pendapatan yang melebihi RM1,200 sebulan. Ingin saya juga memaklumkan di sini bahawa ada di antara mereka ini langsung tidak mempunyai kaki, mempunyai pendapatan melebihi RM150,000 sebulan. Ada yang RM10,000 sebulan kaki sebelah sahaja, kaki satu tidak, tetapi berusaha berterusan dan menjadi mentor kepada yang lain pula. So, I can go on and on tetapi cukuplah pada hari ini Tuan Yang di-Pertua dan percaya dan yakinlah Yang Berhormat bahawa kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan mereka ini boleh berdikari– orang kurang upaya. Terima kasih.

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, OKU ini mungkin ditafsirkan sebagai orang yang cacat ataupun kurang upaya disebabkan sakit dan sebagainya. Jadi soalan saya di sini adalah di kawasan-kawasan pedalaman ini bukan sahaja mereka yang OKU perlu bantuan. Akan tetapi, ada juga keluarga-keluarga yang ada di kawasan pedalaman ini dia kurang upaya sebabkan sangat terlalu miskin. Mereka yang sudah bercerai mempunyai anak 4, 5 orang jadi tidak mampulah untuk menyara hidup mereka. Soalan saya di sini adalah, banyak permohonan telah diadukan kepada Jabatan Kebajikan di bahagian-bahagian daerah. Tetapi yang malangnya proses untuk memberi bantuan ini adalah tidak sampai. Mereka ini bertahun-bertahun memohon untuk mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan tetapi tak juga diberi. Jadi soalan saya apakah sebenarnya yang berlaku terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman sebab saya difahamkan banyak masalah dari segi stafnya yang tak cukup, travelling allowance tidak ada dan sebagainya. Mohon penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit yang begitu prihatin terhadap nasib mereka yang memerlukan bantuan. Walaupun soalan ini khususnya untuk orang kurang upaya, kita tidak melihat pula mereka yang menjadi kumpulan sasar kita yang lain itu adalah orang kurang upaya mungkin ini disebutkan ibu tunggal. Makanya kita mempunyai program-program untuk ibu tunggal. Untuk ibu tunggal yang telah ditinggalkan oleh suami ataupun suami meninggal dan sebagainya ada yang melarikan diri sahajalah. Kita mempunyai program bantuan kanak-kanak bukan khusus kepada ibu tunggal tetapi kepada kanak-kanak, anak-anak mereka yang masih bersekolah, itu kita berikan bantuan. Untuk juga ibu tunggal ini kita akan ada program-program lain di bawah kementerian ini juga yang membantu mereka untuk berdikari. Program untuk mereka memulakan perniagaan dan mereka mendapatkan pekerjaan ini juga sedang kita uruskan. Saya meminta kepada Yang Berhormat bermakna Yang Berhormat yang lain juga kalau ada terdapat permasalahan tentang kelambatan, kelewatan, dan sebagai proses untuk memberikan atau mendapatkan bantuan daripada JKM maklumkan kepada kita. Yang Berhormat Kanowit boleh berikan kepada saya ataupun pegawai-pegawai kita yang ada sini, siapa-siapa mereka ini, senarai yang setakat ini masih belum mendapat bantuan tetapi mereka ini sebenarnya layak untuk menerima bantuan. Jadi itu adalah khusus daripada Yang Berhormat Kanowit saya berharap dapat diberikan kepada pihak saya terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua soalan ini sangat berkaitan. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan saya amat bersetuju dengan menteri tentang OKU ini orang kelainan upaya. Mereka sebenarnya ramai antara mereka saya kenali amat saya kagumi. Jangan kita lihat OKU ini orang yang terlalu bergantung mereka mempunyai kelebihan-kelebihan yang amat baik. Jadi saya hendak tanya kementerian, kita mempunyai— saya difahamkan daripada 1.6

juta penjawat awam hanya 0.24 peratus sahaja daripada orang OKU ini— lebih kurang 3,800 orang. Saya difahamkan kerajaan menyasarkan mendapat 1 peratus daripada penjawat awam terdiri daripada OKU. Jadi apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk mencapai sasaran 1 peratus. Apakah kekangan-kekangan yang menyebabkan peratusan ini sukar dicapai buat ketika ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Kota Tinggi. Ini adalah satu pet project sayalah untuk memastikan bahawa dasar 1 peratus menempatkan orang kurang upaya di dalam kerajaan ini— satu yang kita bersungguh-sungguh ingin capai. Setakat ini dengan tertubuhnya task force isu ketidakupayaan di peringkat kementerian, kita telah capai— baru sahaja kita tubuhkan ini kita telah dapat meningkat daripada 0.22 peratus kita telah naik kepada 0.24 peratus, so ada peningkatan. Walaupun agak perlahan tetapi ada peningkatan alhamdulillah ada kesedaran. Dalam usaha untuk memastikan ini dapat tercapai kos pertamanya kita mengenal pasti dahulu orang kurang upaya kita yang mempunyai pendidikan yang graduan, diploma holders dan sebagainya supaya kita dapat profil kan mereka mengikut pekerjaan ada tersedia di dalam jabatan-jabatan kerajaan dan di kementerian-kementerian. Kita juga ini dalam proses sekarang ini alhamdulillah kita bekerjasama dengan semua IPT dan terutamanya IPT dan IPTS juga untuk mendapatkan bilangan mereka dan profil yang sesuai ini. Keduanya kita juga telah berusaha untuk meminta supaya ada orang kurang upaya yang menjadi wakil kita di dalam ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Setakat ini setelah kita berbincang dan berusaha untuk mencari calon yang sesuai kita telah pun mengemukakan dua calon kepada SPA untuk dilantik, mudah-mudahan kita bersama- samalah berdoa ini akan menjadi realitinya. Keduanya kita telah berbincang juga dengan pihak SPA dan untuk memastikan ramai lagi dapat kita lantik ke jawatan-jawatan dalam kerajaan di mana ada kekosongan iaitu garis panduan pemadanan kerja. Ini ialah untuk perjawatan dan skop kerja yang sesuai dengan kategori OKU di mana pihak SPA telah bersetuju untuk menerima ini dan kita di dalam proses akhir di kementerian untuk menyampaikannya kepada pihak SPA, alhamdulillah. Kekangan kita antara lain ialah pihak majikan itu tidak mengetahui keperluan orang kurang upaya ini misalnya mereka yang kurang upaya penglihatan, yang pekak— dia lain keperluan masing-masing dan juga peralatan yang mereka perlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka juga adalah berbeza. Saya yakin banyak para majikan sama ada dalam kementerian ataupun di jabatan-jabatan tertentu, agensi kerajaan malah di luar swasta sana masih ingin tahu apakah keperluan mereka ini dan mereka ada yang takut untuk melantik mereka kerana mereka tidak tahu keperluan orang kurang upaya. Ini sedang kita juga adakan perbincangan dan kita adakan program-program yang kita panggil Disability Equality Training (DET) ini kepada semua para majikan supaya mereka tahu bagaimana dapat membantu memastikan orang kurang upaya yang mempunyai kebolehan, keupayaan, pendidikan yang sesuai ini dapat bekerja dan berdikari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hasbullah bin OsmanUMNO · BNGerik · question

9. Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah pihak kementerian bercadang mengkaji serta meneliti semula keadaan jalan serta infrastruktur jalan raya terutamanya di kawasan luar bandar terutamanya kawasan yang berlopak dan gelap tanpa sebarang lampu jalan yang sering berlakunya kemalangan dalam memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin pada masa akan datang.

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik yang bertanyakan soalan berkaitan dengan jalan luar bandar tentang kajian dan penelitian. Untuk makluman Yang Berhormat pelaksanaan jalan-jalan luar bandar oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbahagi kepada dua. Pertama, jalan luar bandar dan yang keduanya ialah jalan perhubungan desa (JPD) ataupun lebih dikenali dengan jalan kampung. Berkaitan dengan jalan luar bandar, peruntukannya daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tetapi pelaksanaannya, agensi

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Machang

pelaksananya ialah JKR. Setelah mendapat peruntukan kita akan berbincang dengan pihak JKR untuk membuat perolehan berkaitan dengan kontrak dan pembinaan jalan luar bandar. Kita sentiasa mengadakan kolaborasi dengan pihak KKR untuk menjalankan kajian dan penelitian selepas beberapa tempoh pembinaan jalan luar bandar ini untuk memastikan penyelenggaraannya di dalam tempoh dan jangka masa yang kita tetapkan tidaklah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat di dalam soalan Yang Berhormat jalannya akan pecah, berlopak, berlubang dan sebagainya. Untuk makluman tambahan pada Yang Berhormat juga, jalan luar bandar ini pada tahun 2017 ini kita sasarkan 220 kilometer panjangnya. Alhamdulillah setakat ini kita melebihi daripada sasaran pelaksanaannya pada tahun 2017 ini insya-Allah SWT akan mencecah kepada 235 kilometer. Manakala, jalan kampung akan dilaksanakan oleh tiga pihak terutamanya. Pertama, KKLW sendiri melalui pejabat KKLW di peringkat cawangan negeri. Kedua, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan. Ketiga, melalui majlis daerah. Jadi peruntukan ini akan diagihkan kepada tiga pihak ini kerana memandangkan kepada peruntukan yang agak besar daripada pihak kerajaan untuk jalan kampung atau jalan perhubungan desa ini maka tidak mampu untuk pihak KKLW juga melaksanakan keseluruhan peruntukan-peruntukan yang diturunkan di peringkat-peringkat negeri. Berkaitan dengan soalan di dalam pertanyaan Yang Berhormat juga berkaitan dengan keadaan gelap di kampung-kampung barangkali yang boleh menyebabkan kemalangan. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun 2017 kita menyasarkan 122,113 unit lampu-lampu jalan kampung yang mana pelaksanaan sekarang ini sudah mencecah 70 peratus. Insya-Allah sebelum hujung tahun ini akan siap kesemuanya. Pelaksanaan ini dibuat oleh TNB. TNB akan menjadi agensi pelaksana, peruntukan KKLW. Kita sedar bahawasanya keperluan jalan kampung ini masih lagi banyak aduan, permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat juga kalau ada keperluan mendesak yang difikirkan belum lagi dipasang lampu jalan kampung di tempat- tempat yang agak perlu bukan sahaja soal jalan kampung yang gelap dan berlopak tetapi dari segi aspek keselamatan. Kalau di kampung-kampung ini Yang Berhormat, ramai yang kita hantar anak-anak mengaji sebelah malam ataupun balik daripada surau mungkin kawasan yang berapa tidak selesa, tempat-tempat yang amat diperlukan, boleh Yang Berhormat kemukakan kepada pihak kementerian untuk kita masukkan ke dalam senarai keutamaan untuk pelaksanaan. Kalau tidak sempat tahun ini dan hujung tahun ini, insya-Allah peruntukan tahun depan kita akan beri keutamaan kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang memerlukan peruntukan jalan kampung di kawasan masing-masing. Itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 ialah suatu akta yang digubal untuk mengawal selia institusi-institusi jagaan warga emas bagi menjamin kesejahteraan serta maruah warga emas dengan menetapkan piawaian minimum. Rang undang-undang ini akan menetapkan piawaian jagaan untuk dua peringkat penjagaan seperti berikut: (i) tahap satu ialah penghuni yang boleh berdikari dan tidak memerlukan bantuan jagaan atau independent living dengan izin;

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

(ii) Tahap dua ialah penghuni yang memerlukan bantuan jagaan dalam melaksanakan aktiviti kehidupan seharian iaitu dependent living. Rang undang-undang ini akan menetapkan standard minimum untuk bertugas di pusat jagaan bagi memastikan mereka terlatih dan kompeten. Rang undang-undang ini juga akan menggalakkan serta menyokong penuaan setempat (aging in place) dan mengurangkan kebergantungan. Ia sejajar dengan advokasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pewujudan rang undang-undang ini akan menggalakkan institusi jagaan yang tidak berdaftar untuk berlesen dan dikawal selia di bawah rang undang-undang yang dicadangkan. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Nogeh anak GumbekSPDP · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Mas Gading

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta bagi perkara berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Temerloh. Siapa? Ini, ini. Ya, sila.

Auzubillah minashaitan nirajeem. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan juga peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 ini sememangnya saya lihat sangat diperlukan kerana ini Malaysia sekarang sedang menuju status negara tua menjelang tahun 2030 di mana saya lihat Global Watch Age mendefinisikan negara tua ini sebagai sebuah negara yang memiliki lebih 10 peratus populasi berumur 60 tahun dan juga ke atas. Begitu juga kalau kita lihat daripada unjuran jabatan statistik yang menunjukkan bahawa menjelang tahun 2030 akan datang, jumlah warga emas dalam negara kita ini akan mencecah 5.8 juta iaitu menepati 15.3 peratus daripada keseluruhan jumlah populasi dalam negara kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita faham bahawa tujuan rang undang-undang ini diperkenalkan adalah untuk kawal selia institusi jagaan warga emas sama ada yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan ataupun pihak swasta di seluruh negara di samping ianya memperkenalkan apa yang disebut tadi sebagai standard minimum kemudahan dan juga perkhidmatan yang perlu disediakan. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya lihat garis panduan dan juga pemantauan yang terancang perlu digemblengkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan standard ini benar-benar dijadikan panduan oleh pusat-pusat jagaan warga emas ini. Oleh sebab saya lihat ada beberapa tempat di mana pusat jagaan warga emas ini kelihatan terlalu sesak dan juga tidak terurus dan mana ia akan memberi implikasi kepada keselesaan dan juga kualiti hidup mahupun kesihatan warga emas ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya di kesempatan ini, terlebih dahulu saya merujuk kepada seksyen 6 hingga seksyen 10 yang berkait dengan soal kelulusan lesen, di mana di sini saya ingin dapat penjelasan daripada kementerian tentang kaedah pengeluaran khas yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pusat jagaan ini menepati standard yang telah ditetapkan. Bagaimana pula halnya dengan pusat-pusat jagaan yang tidak menepati standard tersebut? Apakah tindakan kerajaan? Saya mengutarakan perkara ini kerana kita tidak mahu selepas daripada ini menjadi kesukaran pula bagi pihak swasta, badan-badan kebajikan dan NGO-NGO yang mahu menubuhkan pusat-pusat jagaan warga emas ini dengan prosedur-prosedur permohonan lesen khas yang dimaksudkan ini. Akhirnya, tentu sahaja implikasinya akan menyebabkan

golongan warga emas ini terbiar dan jumlah warga emas yang tidak mendapat perhatian ini akan meningkat dalam negara kita. Dalam masa yang sama, kita juga tidak mahu pusat jagaan warga emas ini akhirnya menjadi pusat pembuangan warga emas kerana tidak ada pengurusan dan juga pemantauan yang teliti dan serius oleh pihak kerajaan. Mereka juga gagal untuk mematuhi standard peraturan yang baik dan juga berkesan. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara ini telah pun diformulasikan pada tahun 2011 dengan menekankan aspek mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan juga dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan yang sihat, positif, aktif dan juga produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Lantaran itu, saya ingin membangkitkan beberapa perkara di sini. Pertama, saya terlebih dahulu ingin penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan satu kajian yang telah dibuat berkenaan dengan kemudahan dan juga perkhidmatan bagi menepati keperluan warga emas Malaysia menjelang tahun 2020 di mana saya difahamkan ia telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia. Apakah hasil kajian tersebut dan juga pelan tindakan yang telah disusun oleh pihak kementerian bagi langkah persediaan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai bagi warga emas kelak? Kedua, melibatkan soal kesihatan. Beberapa kajian menunjukkan ketika ini golongan yang berumur memerlukan penjagaan kesihatan yang ternyata lebih rapi dan menelan kos yang jauh lebih tinggi. Jadi Kementerian Kesihatan Malaysia, kalau kita lihat pada tahun 2010 yang lalu, telah pun menganggarkan kira-kira 30 peratus ke 60 peratus daripada jumlah penjagaan kesihatan di negara kita ini disalurkan kepada golongan yang berumur ini. Jadi saya mahu perangkaannya dan juga bagaimana bentuk keputusan kajian yang telah pun dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tahu kaedah yang perlu kita pakai ialah mencegah itu lebih penting dan lebih baik daripada merawat dan juga mengubat. Ini perkara yang lebih penting. Ini kerana kita lihat sekarang ini banyak menumpu kepada aspek mengubat semata- mata walaupun saya tidak nafilah. Maknanya mengubat itu adalah suatu yang penting tetapi penumpuan kepada aspek penjagaan kesihatan ini sangat membimbangkan sehingga gaya hidup ataupun lifestyle ini yang tidak menjaga pemakanan, soal aktiviti harian, senaman dan selainnya telah memberi satu implikasi yang negatif kepada taraf kesihatan mereka. Jadi perkara ini bukan sahaja ia akan menyumbang kepada pelbagai penyakit yang berlaku tetapi dalam satu sudut yang lain pula, kos yang bakal ditanggung ataupun dilaburkan oleh pihak kerajaan dalam sektor kesihatan ini pasti juga akan meningkat. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mahu ketengahkan bagaimana kerajaan melihat perkara ini dalam isu kesihatan yang saya bangkitkan tadi. Saya mahu dapatkan penjelasan di bawah pelan tindakan yang saya kemukakan sebentar tadi. Ini kerana dalam masa yang sama, kita juga tidak mahu nanti ada pula pihak yang menjadikan perkara ini dengan lulusnya rang undang-undang ini, sebagai contoh, sebagai peluang pula untuk projek ataupun untuk menjana pendapatan semata-mata dengan mengetepikan aspek tanggungjawab mereka terhadap kebajikan dan juga pengurusan warga emas yang baik. Tuan Yang di-Pertua, adapun perkara ketiga yang ingin saya utarakan dalam kesempatan ini ialah tentang teras penting yang perlu dititikberatkan adalah tentang unit kekeluargaan itu sendiri, tentang pembentukan kekeluargaan itu sendiri sebelum kita pergi kepada pelaksanaan undang-undang, penjagaan dan perkhidmatan kepada warga emas ini. Ini kerana saya melihat data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menunjukkan pada tahun 2008 sehinggalah tahun 2011, bilangan golongan tua yang terbiar dalam negara kita telah meningkat pada kadar satu peratus setiap tahun di mana tahun 2011, seramai 205 orang golongan tua terbiar daripada pengawasan keluarga mereka. Sehingga Jun 2012, ini tiga, empat tahun yang lalu ataupun lima tahun yang lalu, seramai 157 pesakit tua yang dibiarkan begitu sahaja di hospital, di mana saya percaya mungkin angka ini akan lebih meningkat dewasa kini dan saya tidak menemui angkanya dalam tempoh setahun, dua tahun ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, daripada beberapa data ataupun statistik ini sekali gus membuatkan kita berfikir sebenarnya sejauh mana keutuhan sebuah institusi kekeluargaan yang ada dalam negara kita pada hari ini. Sudah lah kita dihambat oleh isu-isu golongan muda yang banyak berlaku penceraian rumah tangga mereka, ditambah pula dengan isu

penderaan anak-anak, kini pula isu orang-orang tua yang terbiar, yang tidak mendapat perhatian daripada ahli keluarga mereka, anak-anak mereka. Ini semua adalah tunjang masalah yang perlu kita fikir dan kita selesaikan bersama. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita perkenalkan satu rang undang-undang yang berkait dengan jagaan warga emas. Saya kemukakan sebagai perbandingan. Memang mudah kita hendak buat undang-undang dan kita hendak mengenakan hukuman ataupun peraturan. Sebagaimana apa yang telah dibuat di beberapa negara yang lain. Saya ambil contoh sebagaimana Singapura, mereka ada Maintenance of Parents Act 1994, yang mana ahli keluarga yang tidak jaga kewangan orang tua akan didenda sebanyak USD5,000 ataupun penjara tidak lebih daripada enam bulan. Itu di Singapura. Kalau di India, ia ada The Maintenance and Welfare of Parents and Senior Citizens Act 2007 yang mana memperuntukkan 5,000 Rupee dan juga penjara tiga bulan atas kegagalan menjaga kewangan orang tua mereka. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Sebagaimana saya sebut tadi, Tuan Yang di-Pertua, memang mudah kita hendak memperkenalkan peraturan, undang-undang, hukuman dan sebagainya tetapi apa yang sukar di sini dan masih lagi menjadi hambatan kepada kita semua khasnya negara kita dan juga rakyat dalam negara kita ini ialah untuk membentuk satu kesedaran sosial kerana isu ini adalah berkait dengan soal kekeluargaan dan ia berkait dengan soal kasih sayang, soal tanggungjawab, soal hubungan silaturahim dan sebagainya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, suka saya nyatakan di sini, sebetulnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun, Yang Berhormat.

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan kesedaran, kependidikan, kekeluargaan yang kita lihat hari ini anak-anak mudah memberi alasan kerana kesibukan bekerja, kerana tidak ada masa, meninggalkan ibu bapa bersendirian. Amat malang bagi ibu bapa di saat usia tua— sebenarnya mereka memerlukan kasih sayang, memerlukan pembelaan. Jadi apa pandangan, Yang Berhormat, perlunya ada satu program khas ataupun kempen untuk kita melahirkan budaya masyarakat yang peka terhadap kepentingan penjagaan ibu bapa. Juga, mungkin perlu insentif khas yang dibuat oleh kerajaan kepada kakitangan ataupun kakitangan awam yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Sebab, anak-anak yang ramai sebenarnya boleh mengurus masa mereka dengan baik sekiranya diberi kursus dan kesedaran macam mana hendak mengatur masa, menyusun jadual supaya mereka sama-sama boleh berbakti kepada ibu bapa mereka di saat usia tua. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Ini antara yang saya ingin cadangkan juga kepada pihak kerajaan dan saya bersetuju langkah-langkah itu diberikan perhatian. Oleh kerana saya lihat antara faktor, sebelum kita pergi kepada pelaksanaan dan juga penguatkuasaan undang-undang berkait dengan penjagaan kepada warga emas ini ialah kita lihat kepada asas ataupun paksi masalah itu berlaku iaitu pada keruntuhan dan kepincangan dan sistem kekeluargaan itu sendiri. Saya lihat antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah bagaimana budaya beragama itu perlu wujud dalam setiap keluarga dan juga rakyat dalam negara kita. Saya ambil contoh, kalau mengikut ajaran Islam, memang Al-Quran sendiri telah meletakkan tiga asas penting untuk pembentukan sebuah rumah tangga. Andai ini di patuhi dan di ikuti saya percaya, Insya-Allah boleh kita kurangkan dan kita minimum kan seminimum yang boleh masalah-masalah yang berlaku seperti kepincangan kekeluargaan dan juga yang akhirnya membawa kepada terbiarnya golongan warga emas ini. Antara contoh, apa yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran Nul Karim, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] itu yang pertama. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] itu yang kedua dan ketiga. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘Sebahagian daripada tanda keagungan Allah SWT itu di jadikan bagi kamu

daripada diri kamu, pasangan-pasangan hidup masing-masing atas...’ yang pertama ialah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘...untuk melahirkan ketenangan, mewujudkan ketegangan di dalam jiwa kamu dan juga di jadikan di kalangan kamu ini dua perkara lagi iaitu...’ [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘...cinta, sayang, belas kasihan antara pasangan hidup masing-masing’. Ini adalah antara tanda-tanda keagungan kebesaran Allah SWT bagi mereka yang berfikir. Kemudian, dalam Al-Quran juga mengajar kita supaya kita berlaku baik kepada kedua-dua orang tua. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘Kami arahkan manusia itu, kata Allah, supaya berlaku baik kepada kedua orang tuanya...’. Saya percaya bukan sahaja Islam menekankan perkara ini, bahkan seluruh agama. Malah, budaya kemanusiaan itu sendiri perlu untuk memberikan perhatian yang serius dalam soal penjagaan orang tua dan juga pengurusan keluarga yang baik. Tuan Yang di-Pertua, begitulah sedikit yang sempat saya sebut bagaimana penegasan Allah SWT supaya kita dapat menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Persoalannya ialah adakah kita melihat masyarakat kita hari ini benar-benar dapat mengamalkannya, mempraktikkannya? Ini persoalan yang perlu diberikan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, di samping kita menguatkuasakan rang undang-undang, kita kena serius untuk mendidik masyarakat, untuk mendidik rakyat dalam negara kita. Kita meningkatkan asuhan hidup beragama ini kerana kita yakin hanya hidup berlandaskan ajaran agama ataupun ajaran Islam ini sebenarnya itulah yang boleh mendorong untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam negara kita. Dengan itu, saya kemukakan beberapa pandang. Pertama Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kena perkasakan dulu institusi-institusi agama Islam dalam negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun, Yang Berhormat

Sila

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat Temerloh, saya rasa mungkin panjang lagi. Itu belum masuk lagi beberapa perkara tetapi sebelum saya juga terlupa point ini, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Temerloh. Oleh sebab negara kita ini negara yang tidak lama lagi akan menjadi ramai orang yang tua-tua dan juga kita fokus kepada kesihatan dan juga kekeluargaan dan agama yang kita sebut tadi. Akan tetapi dalam bila negara ini jadi maju, ramai orang bekerja, suami isteri bekerja, anak-anak semua bekerja. Saya dengar tadi ada Ahli Parlimen yang kata anak-anak boleh uruskan untuk jaga mak ayah yang dah tua. Akan tetapi kalau anak-anak ini, contohnya orang tuanya di Temerloh, anak-anaknya bekerja di Pulau Pinang, ada yang kerja di luar negara dan mak ayahnya sangat uzur dan sangat tua dan dia membuat keputusan, anak-anak buat keputusan untuk menghantar ibu bapanya ke rumah jagaan ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Temerloh dari aspek agama tentang perkara ini? Baik kah atau tidak baik?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah yang selalu kita dengar, satu bidalan yang mengatakan bahawa seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibunya. Kita menjadikan alasan zaman, kemodenan, kecanggihan, kesibukan bekerja sebagai alasan. Akan tetapi kita lupa, kalau kita lihat pada zaman moden ini juga lah, pada zaman kecanggihan ini juga lah, seorang ibu itu boleh melahirkan 10 orang anak. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan saya, Yang di-Pertua PAS kawasan Tapah, beliau ada 21 orang anak. Ini bagaimana dia boleh mengurus anaknya yang 21 orang ini tetapi belum tentu nantinya anak yang ramai ini boleh mendidik orang tua. Kenapa orang tua boleh mendidik, menjaga dan membesarkan anaknya tanpa membuat alasan kecanggihan zaman dan kesibukan masa, tiba-tiba waktu giliran anak untuk menjaga ibunya, itu pula dijadikan alasan. Saya kira itu bukan alasan, itu lebih kepada peluang untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Jadi, agama tidak akan membenarkan bila-bila pun institusi kekeluargaan ini dibiarkan akan pincang sebegitu, sehingga anak tidak mengambil tanggungjawab untuk menjaga dan juga memberikan kebajikan kepada kedua orang tuanya. Jadi, ini yang saya hendak cadangkan.

Saya hendak balik pada persoalan saya tadi. Apa yang pertama ialah saya sebut tadi kerajaan mesti terlebih dahulu memperkasakan institusi-institusi agama Islam dalam negara ini. Oleh sebab ini berkait rapat lah tentang untuk mewujudkan budaya beragama dan melahirkan masyarakat yang boleh diberikan peluang untuk melaksanakan ajaran Islam itu dengan baik. Cara untuk memperkasakan ini macam-macam lah. Antaranya ialah sebagai contoh, tadi banyak disebut dalam perbahasan dan juga soal jawab Dewan tadi, berkenaan dengan tambah peruntukan kepada institusi-institusi pengajian Islam, sebagai contoh. Supaya mereka dapat memberikan khidmat yang baik dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan beragama. Termasuk juga meluaskan bidang kuasa kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi agama supaya mereka tidak hanya menjadi pejabat kebajikan semata-mata. Akan tetapi biarlah mereka mempunyai satu bidang kuasa yang boleh benar-benar dapat menyelesaikan dan mengatasi masalah. Ketiga adalah penguatkuasaan daripada pihak berkuasa agama tanpa gagal. Jangan sampai ke peringkat nantinya, kita buat peraturan tetapi penguatkuasaannya fail. Saya ambil contoh lah, antara yang mengundang secara spritual nya, antara yang mengundang kemerosotan akhlak peribadi dalam negara kita ini ialah faktor pemakanan. Mungkin setengah orang prejudis tentang perkara ini. Akan tetapi pada saya, faktor pemakan penting. Apabila kita makan sesuatu perkara yang tidak halal sebagai contoh atau perkara- perkara yang tidak baik, ia akan membentuk peribadi yang tidak baik pula. Maka, daripada situ kita kena pastikan makanan yang berada di restoran, di kedai, di pasaran itu, benar-benar terjamin halalnya. Maka, daripada situ ia berkait pula dengan pihak jabatan penguatkuasaan, supaya bukan sahaja memastikan logo halal itu di paparkan tetapi benar-benar juadah ataupun makanan yang disediakan itu adalah menepati piawaian halal mengikut syarak, itu sebagai contoh. Kedua, dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita jangan biarkan pula penghinaan dan juga persendaan terhadap agama dan juga institusi-institusi agama dalam negara kita ini berleluasa. Oleh sebab apabila penghinaan dan persendaan itu berlaku, ditujukan kepada pihak beragama daripada Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sebagainya, apabila institusi ini diperlekeh dan dipersenda, akhirnya ia tempias kepada tindakan-tindakan, merendahkan amalan-amalan beragama di dalam negara kita. Akhirnya, kesan kepada umat Islam secara menyeluruh dan ini perkara yang tidak boleh dikesampingkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat bangun

Sikit lagi. Silakan

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Saya mencelah sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Temerloh, adakah Yang Berhormat Temerloh sedar di Temerloh ada satu pondok moden dan berada di depan hospital? Maknanya, saya melihat berkait dengan kekeluargaan tadi. Saya pernah melawat pondok itu dan didapati ditempatkan suami isteri dalam satu rumah yang kecil dan kalaulah kata ada peraturan-peraturan yang tertentu, hubungan pondok moden dengan hospital itu ada, maka mereka ini mendapat pendidikan agama dan dalam masa yang sama mereka juga mendapat rawatan kesihatan yang baik di hospital di Temerloh itu. Adakah Yang Berhormat sedar?

Ya, itu satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dia dapat memberi dua keperluan sekali gus dalam masa kita menerima rawatan kita juga dapat menjalani kehidupan beragama dengan baik dan kalau boleh ia dikemas kini ke seluruh negara dengan lebih terancang oleh pihak kerajaan yang saya kira lebih mempunyai keupayaan untuk mewujudkannya. Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi jangan sampai institusi beragama ini dihina dengan sewenang-wenangnya. Bermula daripada semua atas pimpinan negara sampailah kepada rakyat di bawah. Budaya mutakhir ini ialah kita terdedah kepada media baharu. Media baharu ini sangat terbuka dan akhirnya dia menjadi medan untuk persendaan terhadap agama ini secara tidak terkawal. Jadi saya harap pihak kerajaan dapat berikan perhatian terhadap perkara ini.

Ketiga, saya cadang supaya perlu diperbanyakkan penubuhan akademik keluarga bahagia di setiap kawasan Parlimen supaya ia dapat dekat dengan pembentukan institusi keluarga ini dengan lebih baik. Bukan sekadar kita daripada Jabatan Agama ataupun daripada pihak-pihak tertentu yang menganjurkan kursus perkahwinan sewaktu mereka hendak mendirikan rumah tangga. Akan tetapi sebolehnya setelah mereka mendirikan rumah tangga, mereka turut diberikan didikan dan asuhan yang berpanjangan sehinggalah ke akhirnya. Melahirkan sebuah keluarga yang selamat, yang bahagia, yang harmoni mengikut apa yang kita kehendaki. Jadi, akademik keluarga bahagia ini kalau boleh diwujudkan di setiap kawasan- kawasan Parlimen ataupun lebih berkesan kalau boleh pergi ke tempat yang lebih spesifik di DUN umpamanya supaya dia menjadi satu agensi yang penting untuk melahirkan sebuah keluarga yang baik. Kita kena ingat kerana apabila kita dapat melahirkan sebuah keluarga yang baik, secara jelasnya insya-Allah negara kita juga akan menjadi baik. Rosak negara apabila masyarakat rosak. Masyarakat rosak lahir daripada keluarga-keluarga yang pincang. Jadi ini perlu diberikan perhatian kerana saya sebut tadi tidak memadailah sekadar kita buat kursus perkahwinan untuk perkahwinan kemudian kita membiarkan mereka selepas kahwin terumbang ambing tanpa didikan yang berterusan. Akhirnya yang Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya apa yang saya bangkitkan ini diberikan response oleh pihak kementerian secara serius terutamanyalah saya hendak tekankan sekali lagi, ini yang saya hendak fokuskan juga ialah supaya kehidupan beragama ini jangan dipandang sebelah mata. Ada orang dia tidak kisah perkara ini sebab dia kira dalam negara dan juga dunia maju pada hari ini agama dianggap satu perkara sampingan malah mengganggu proses mereka hendak menikmati kemajuan dan kemudahan. Sebenarnya kalau kita kaji secara halus secara micronya, di antara kepincangan- kepincangan yang sedang kita hadapi pada hari ini adalah apabila masyarakat kita telah loose daripada amalan dan hidup beragama. Paling saya kesal mutakhir ini adalah dengan kegagalan untuk menghidupkan agama ini, penghinaan dan perlecehan agama itu berlaku secara berleluasa dan tidak terkawal. Seperti tidak ada kawalan. Kalau kita tengok dalam Facebook itu hari-hari pelbagai bentuk penghinaan dilakukan pada agama dan diviralkan kepada umum. Jadi perkara-perkara macam inilah yang akhirnya menyebabkan masalah makin bertambah-tambah, hilang keberkatan dan akhirnya kemurkaan Allah SWT itu sendiri yang hadir. Sebagai contoh tadi, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang apabila berlaku Maahad Tahfiz terbakar kalut satu negara menyalahkan agama, menyalahkan pusat tahfiz, menyalahkan institusi pengajian Al-Quran dan sebagainya. Dia ambil kesempatan sebagai turning point dia untuk melepaskan geram kepada agama selama ini. Seolah-olah agama ini candu bagi mereka. Apabila ada sahaja peristiwa- peristiwa seperti ini maka dijadikan peluang untuk bangkit menghina lebih-lebih lagi kalau dia melibatkan pembesar-pembesar dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat. Jadi ini akan merosakkan minda dan juga kefahaman masyarakat keseluruhannya. Jadi saya harap sungguh-sungguh supaya perkara ini dapat diberikan perhatian serius. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya turut membahaskan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Penjagaan Warga Emas. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin Persatuan Tumpas Negeri Sabah yang hadir pada tengah hari ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita dengar daripada sahabat saya Yang Berhormat Temerloh, memang saya sebetulnya amat bersetuju di atas hujah-hujah yang dibentangkan dan perlu diambil perhatian sebab saya bimbang akta sebegini nanti selepas kita lulus maka seolah-olah kita mengundang mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dan akhirnya tumbuh seperti cendawan selepas hujan pusat-pusat penjagaan kesihatan orang tua dengan

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

niat yang tidak baik. Ini pada saya dan juga mengundang kepada masyarakat kita pada hari ini untuk melempar ibu bapa mereka yang sudah uzur ini, sudah tua ini kepada pusat-pusat penjagaan. Dan saya melihat, bahawa apa yang perlu kita beri penekanan iaitu memperkukuhkan institusi kekeluargaan iaitu menyemaikan sifat-sifat kasih sayang. Anak-anak pada hari ni harus sedar. Tanpa orang tua yang melahirkan mereka kerana Allah SWT mereka juga tidak akan wujud di dunia ini. Kalau seorang ibu boleh menjaga berpuluh-puluh anak, kita pula daripada berpuluh-puluh itu tidak boleh menjaga ibu bapa kita? Itu Tuan Yang di-Pertua, namanya anak derhaka. Anak derhaka ini hukum dia berat. Jadi rasa saya akta ini ada kebaikannya dan ada juga yang tidak baik. Seolah-olah kita menyuruh masyarakat supaya mewujudkan banyak-banyak memberi lesen penjagaan kepada orang tua-tua yang buat apa hantar orang tua kita sendiri ke rumah penjagaan? Ini rasa saya tidak begitu saya alu-alukanlah. Tuan Yang di-Pertua kita lihat, kalau boleh kementerian harus membuat blue ocean strategy berbincang dengan Kementerian Pendidikan mungkin mengesyorkan pendidikan moral di sekolah-sekolah. Selitkan hubungan kekeluargaan itu penting. Penjagaan kepada orang tua, anak-anak mendapat pendidikan yang tinggi, mendapat kemewahan atas doa restu orang tua tiba-tiba dengan alasan kesibukan, mundar-mandir sana sini, sibuk juga, orang tua dihumban di rumah-rumah warga emas tanpa dipeduli dan sebagainya. Ini juga rasa saya rosaklah institusi kekeluargaan di negara kita kalau kita menggalakkan unsur-unsur seumpama ini. Kalau kita tidak letakkan nilai-nilai moral yang tinggi kepada anak-anak kita ini, ini merupakan satu perkara yang kita wariskan kepada generasi anak bangsa kita perkara yang tidak baik. Kita lihat bagaimana di negara lain dia sanggup meletakkan undang-undang untuk kompaun, mendenda dan sebagainya di atas kelalaian anak-anak dalam menjaga kewangan dan kesihatan orang tua. Akan tetapi akta kita ini cuma untuk memberi galakan kepada pemegang-pemegang lesen dan garis panduan dan sebagainya. Jadi pada saya kerajaan harus melihat secara lebih fokus ke arah bagaimana sebetulnya apa yang kita mahu untuk kita jadikan sebagai satu panduan kepada masyarakat bangsa kita. Jangan hanya kita berkehendakkan sesuatu akta dan kita minta untuk dibincangkan dan diluluskan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita mahu akta ini akan memberi impak yang tinggi yang mendalam kepada masyarakat anak bangsa kita, memberi kesedaran iaitu betapa pentingnya institusi kekeluargaan ini harus dikembangkan. Jangan nanti anak-anak kita seperti Yang Berhormat Temerloh duduk dua puluh lima minit Yang Berhormat Temerloh berhujah – Saya teruja melihat, mendengar iaitu keluhan. Memang datang daripada hati dia iaitu ingin melihat institusi kekeluargaan di negara kita ini harus ditambah nilai dengan unsur-unsur keagamaan dan sebagainya. Ini memang penting pun. Hal ini kerana bayangkan kalau semua – Kalau kita di Malaysia ini, rumah penjagaan orang tua ini seperti cendawan tumbuh, maka ramailah anak- anak muda yang menghantar ibu bapa mereka kerana kemudahan banyak. Jadi, alasan dia sibuk, isteri kerja, dia kerja, anak-anak kerja ada yang tidak kerja tetapi pura-pura ada kerja. Alasan sahaja. Jadi ini kah yang kita mahu? Longgokkan seumpama ini kah yang ingin kita tambah nilai dalam akta yang ingin kita luluskan ini? Rasa saya ini – saya setuju dengan akta ini, cuma perlu ada penilaian-penilaian secara saksama ke arah bagaimana memberi juga...

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Yang Berhormat Kinabatangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kubang Kerian. Ya sila.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Ya, sila.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Kita tahu RUU ini adalah agak spesifik iaitu untuk melesenkan pusat kesihatan penjagaan warga emas. Kita semua setuju bahawa tugas hakiki menjaga ibu bapa adalah anak-anak sendiri ataupun waris sendiri. Seperti yang disebutkan tadi, bahawa, Islam sendiri mengarahkan [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Begitulah. Cuma saya ingin berkongsi atau mendapatkan penjelasan maknanya bagi golongan yang kaya, golongan yang berada, dia tidak menimbulkan masalah mengenai sama

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

ada pusat penjagaan kesihatan swasta ataupun tidak. Hal ini kerana mereka mampu sama ada menghantar ke pusat ini atau mereka boleh mengadakan khidmat ini di rumah mereka sendiri kerana mereka mempunyai kewangan. Akan tetapi, apakah dengan wujudnya pusat kesihatan warga emas ini, boleh membantu warga emas yang miskin yang tiada waris yang mempunyai masalah keluarga patologi family, bagaimana pusat ini dapat membantu menyelesaikan masalah warga emas yang sebegini? Bukan masalah yang tadi. Adakah sebagai solusinya kerajaan boleh menambah dana kepada keluarga yang miskin ini warga ini kepada penjaga untuk mereka menjaga ibu bapa mereka di rumah? Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya mohon Yang Berhormat Pengkalan Chepa saya melihat bahawa hasrat kerajaan itu memang ada. Akan tetapi pelaksanaan dia iaitu bagaimana pewujudan pusat kesihatan ini? Adakah ia menyeluruh di seluruh Parlimen? Ataupun cuma di bandar-bandar? Kalau ini yang berlaku, bermakna kita tidak mencapai hasrat kita. Akan tetapi kalau kita meletakkan semua pusat penjagaan kesihatan di seluruh Parlimen, di seluruh Dewan Undangan Negeri mungkin hasrat kita itu tercapai. Apa hujah Yang Berhormat Pengkalan Chepa saya akan minta Menteri atau kementerian memberikan penjelasan. Oleh sebab ia penting untuk diketahui oleh umum. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengakhiri hujah saya mahu minta kerajaan di samping hasrat kita untuk memberi penjagaan kesihatan kepada orang tua-tua, orang warga emas dan sebagainya kerana di kalangan kita ini pun sebetulnya sudah – saya tidak tahu kategori warga emas sekarang masih 55 tahun kah, 60 tahun? [Ketawa] Kalau 55 tahun saya ini sudah tergolong warga emaslah. Jadi perlu perhatian daripada Kementerian Kesihatan. Penjagaan kesihatan. [Ketawa] Apa yang penting bukan hanya niat kita, hasrat kita yang penting ialah hasrat itu harus diterjemahkan ke arah untuk memberi kemudahan kepada warga emas bukan sahaja di bandar – saya berikan penekanan bukan sahaja di bandar, seperti contoh Parlimen saya di Kinabatangan, Parlimen Timbalan Yang di-Pertua di Beluran pun di luar bandar harus juga diberi perhatian. Jangan nanti warga emas di bandar mendapat perkhidmatan seumpama ini tetapi di luar bandar tidak dapat. Akhirnya matlamat itu tidak tercapai dan kita menjadi bahan bicara yang negatif daripada masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017. Saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada pihak kerajaan kerana mengadakan akta ini. Yang ini saya rasa saya boleh sokonglah. Cuma ada beberapa perkara yang saya ingin bahaskan di sini sebab saya rasa untuk membantu pihak kerajaan juga. Saya agak berbeza pendapat sedikit dari segi kalau kita – sebenarnya apabila kita – di negara kita ini banyak institusi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas sebenarnya ia tidak menunjukkan satu perkembangan yang positif. Oleh sebab saya teringat saya pernah mendengar satu lecture daripada seorang yang terlibat dengan penjagaan kesihatan di US, orang Islam. Dia menyatakan bahawa di negara-negara barat khususnya di US, warga-warga daripada negara Asian ini, mereka lebih peka daripada segi menjaga ibu bapa mereka. Kalau di hospital itu mereka – contohnya di hospital, mereka tidak benarkan orang asing yang mungkin mandikan ataupun bersihkan ibu bapa mereka. Ini kerana mereka begitu sensitif dengan privasi ibu bapa mereka. Jadi saya rasa di sini menunjukkan bahawa kita sebagai warga Asian ini ada satu Asian’s value yang baik lah. Iaitu kita agak peka terhadap penjagaan warga emas ini. Jadi kalau sekiranya dengan wujud akta ini makin merancakkan lagi banyak institusi ini, sebenarnya dia bukan satu kejayaan bagi saya. Dia merupakan satu penyakit sebab bermakna negara ini ramai orang tua terpaksa duduk dekat institusi seperti penjagaan ini. Jadi sebenarnya, sepatutnya mereka dijaga oleh anak-anak mereka di rumah. Jadi kalau kita

banyakkan dengan adanya akta ini makin banyakkan lagi sebenarnya ia bukan satu kejayaan ia adalah satu ukuran kegagalan. Ini saya punya pendapatlah. Itu yang pertama. Kedua, tadi saya sempat mendengar sahabat saya daripada Temerloh bercakap mengenai institusi agama tadi yang dikatakan bahawa banyak kritikan dan sebagainya. Termasuk tadi saya tidak sempat dengar daripada Yang Berhormat Bukit Gantang tadi. Akan tetapi bagi saya, minta maaf Yang Berhormat Temerloh, saya berpendapat bahawa cara untuk kita hendak memperkasakan lagi institusi agama ini bukan kita dengan takut dengan kritikan-kritikan ini. Sebenarnya kita harus bersedia untuk menerima kritikan. Saya rasa sesetengah kritikan itu memang justified. Sebagai contoh dalam kes pusat tahfiz yang terbakar baru-baru ini yang menyaksikan ramai yang meninggal dunia ini saya rasa respons daripada pihak institusi agama ini khususnya daripada pihak tahfiz itu mendukacitakan kita. Kenapa harus mereka sibuk dengan isu syahidlah dan sebagainya? Sedangkan telah didedahkan di khalayak ramai ada satu sahaja pintu keselamatan. Ini kita compromise keselamatan. Dari segi Islam di mana kita boleh justify benda ini? Kita belajar maqasid syariah antaranya untuk melindungi lima perkara agama, nyawa. Ya silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Temerloh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Kalau Yang Berhormat Sepang mengikuti kenyataan dan ucapan saya tadi, saya tidak mempersoalkan jika sekiranya ada mana-mana pihak untuk memberi kritikan. Yang saya sebutkan tadi ialah persendaan dan penghinaan. Dia sesuatu perkara yang berbeza. Mengkritik ya, benar. Kita boleh ambil kira dan kita boleh memperbaiki jika sekiranya kritikan itu betul dan tepat.

Akan tetapi penghinaan dan persendaan, memperlekehkan, menjadikan itu satu turning point untuk menjatuhkan institusi agama, itu tidak benar. Itu yang saya fokuskan. Jadi kalau Yang Berhormat Sepang lihat ucapan saya tadi, itulah yang saya maksudkan.

Okey, terima kasih sahabat saya daripada Temerloh. Saya setujulah secara umumnya kita tidak harus mempersendakan. Tetapi, kadang-kadang statements kita meletakkan diri kita dipersendakan. Sebagai contoh, saman DOJ. Kita kata ini campur tangan asing. Ini menjatuhkan imej orang agama. Orang-orang mufti semua boleh kata DOJ ini pun campur tangan asing sedangkan saman DOJ ini menunjukkan satu saman yang patut kita sokong. Bukan campur tangan asing. Apabila ada orang agama cakap campur tangan asing, dia mempersendakan golongan agama itu sendiri. Maknanya golongan agama tidak boleh salahkan orang lain. Salahkan diri kamu. Kamu tidak faham DOJ, janganlah buat kenyataan. You put yourself to be blamed. Betul atau tidak?

Jadi saya minta maaflah. Saya tadi tidak mahulah sentuh benda itu tetapi apabila Yang Berhormat Temerloh bangkitkan, saya terpaksa jawablah. Minta maaf ya, Yang Berhormat Temerloh. Bagi saya, Yang Berhormat Temerloh, saya setujulah, secara umumnya tidak boleh kita persendakan. Kita bersama- sama. Akan tetapi, apabila kenyataan dalam kes yang melibatkan institusi tahfiz itu, orang memang marah. Saya rasa— actually saya punya family ini boleh katakan semua daripada institusi agama. Isteri saya, anak-anak saya daripada institusi agama tetapi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Temerloh dan kawan-kawan, orang-orang agama ini bahawa kita hendak memperkasakan institusi agama ini bukan dengan cara seperti mana yang kita buat sekarang ini. Kadang-kadang kita— contohnya golongan agama— yang menyokong kezaliman. Macam mana orang hendak respect kepada golongan agama? Kalau kita lihat dari segi sejarah Islam, golongan agama ini adalah golongan yang berani tegur pemerintah yang zalim. Kita lihat Imam Nawawi sebagai contoh, Izzuddin Abdul Salam yang dipanggil sultan ulama. Mereka ini bantah cukai yang membebankan rakyat. Mereka bangun lawan dengan pemerintah yang zalim, yang kenakan cukai yang menekan rakyat. Imam Nawawi berani cakap. Sebab itu kita kata dalam hadis juga katakan, [Membaca

sepotong Hadis]. “Sebaik-baik jihad adalah kita bercakap benda benar di depan pemerintah yang zalim”. Inilah ia. Bukan kita lawan dengan pencen yang zalim. Kita lawan dengan pemerintah yang zalim. Yang sudah pencen jangan lawanlah. Lagi kalau yang pencen hendak lawan pula yang zalim, kita kena sokonglah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh balik kepada rang undang-undang, Yang Berhormat.

[Ketawa] Okey, okey. Tidak, itu sebagai selingan sedikit. Saya hendak share cerita dululah. Dalam zaman pemerintahan Islam dulu...

Minta laluan Yang Berhormat Sepang. Boleh?

Siapa?

Yang dimaksudkan dengan isu agama ini, semua agama atau agama Islam sahaja? Itu soalan pertama. Adakah yang dimaksudkan dengan isu-isu agama ini, semua agama? Atau isu Islam sahaja?

Bagi saya isu di dalam...

Kedua, sebenarnya Islam itu sendiri, ia tidak membenarkan kita menyerang agama lain atau menghina agama lain dan juga menghina orang-orang yang berpegang kepada agama atau amalan orang-orang beragama. Kalau kepada agama lain pun kita tidak dibenarkan, apatah lagi kepada agama kita sendiri atau orang-orang yang menghina agama kita. Kita tidak dibenarkan untuk menzalimi mereka dengan menghina pengamal-pengamal agama atau mereka yang menghayati agama Islam ini. Apa pendapat Yang Berhormat Sepang? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Pasir Puteh. Saya setuju bahawa agama yang dimaksudkan bukan sahaja setakat agama Islam tetapi dalam konteks Malaysia ini yang lebih menonjol agama Islam. Sebab, banyak isu-isu agama Islam ini yang menjadi isu di dalam negara. Seperti contoh tadi, contoh isu dobi, isu mufti, isu yang melibatkan tadi sekolah agama. Jadi lebih banyak fokus kepada agama Islam. Saya setujulah. Maknanya agama ini sepatutnya ia merentasi agama Islam, maknanya bukan agama Islam sahaja. Akan tetapi dalam konteks Malaysia, kita kena terpaksa menerima hakikat isu agama Islam ini yang banyak dipertikaikan, banyak dipersoalkan, banyak dikritik. Jadi kita seharusnya bersikap terbukalah. Sebab bagi saya, satu perkara yang baik sebenarnya apabila ada orang kritik ataupun menegur isu agama ini ialah sebab kadang-kadang golongan agama ini, dia cenderung untuk melihat diri mereka sebagai golongan suci, tidak boleh ditegur. Ini masalah orang agama. Boleh?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sebenarnya masalah yang kita hadapi sekarang ini apabila kritikan dan teguran sentiasa dianggap sebagai menghina sedangkan kita berhadapan dengan masyarakat yang banyak kekeliruan, lebih-lebih lagi berhubung dengan Islam. Bukan sekadar yang bukan Islam, yang Islam pun keliru berhubung dengan Islam oleh sebab apa yang berlaku di peringkat antarabangsa dan sebagainya. Maka kita sebagai pimpinan, sebagai wakil rakyat, mengatakan kita mewakili perjuangan Islam dan sebagainya, sama ada mereka memberikan teguran kah, kritikan kah, kita seharusnya memberikan satu respons yang positif dan tidak sentiasa hendak cari point untuk mencetuskan perbalahan dan melakukan adu-domba, hendak bergaduh di sana. Katakanlah sebagai contohlah— mungkin orang tidak berapa setuju dengan contoh yang saya hendak berikan ini— yang dikatakan pesta arak itu, Better Beer Festival. Orang bukan Islam hendak buat. Kita kata, “Oh, ini menghina Islam. Ini mencabar Islam”. Sedangkan, dia hendak buat, dia minum, bagi dia macam minum teh sahaja. Bagi dia. So, kenapa kita tidak boleh tangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak yang bukan Islam? Jadi di situlah sebuah kerajaan, dia kena tangani masalah itu dengan mengimbangi kedua-dua keperluan. Kita boleh letakkan syarat-syarat. Syarat-syarat jangan benarkan orang Islam hadir, jangan buat di tengah- tengah masyarakat Islam, jangan buat iklan, ini dan itu. Kita boleh set kan syarat-syarat tetapi

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

ini dipolitikkan dan kehendak mereka itu dijadikan sebagai satu tindakan mencabar Islam dan kita panggil umat Islam bersatu untuk menentang. So, di sinilah yang merosakkan imej Islam sedangkan Nabi SAW, dia terpaksa mengharungi jauh lebih teruk daripada itu tetapi dia telah menghadapinya dengan penuh kesabaran kerana dia memahami bahawa ramai yang tidak faham dan tidak boleh kita lakukan satu tindakan yang akan merosakkan imej Islam itu sendiri apabila kita menganggap teguran itu sebagai satu penghinaan, sebagai satu serangan, sebagai satu cabaran dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang?

Yang Berhormat Sepang, sedikit boleh, Yang Berhormat Sepang?

Siapa?

Kuala Nerus.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Nerus.

Bolehlah sedikit. Sekejap ya, saya jawab sekejap. Nanti saya bagi. Sekejap, sekejap.

Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

Bolehlah. Boleh?

Tadi Yang Berhormat Sepang sebut, kadang-kadang ada orang agama menganggap dia suci. Boleh bagi contoh atau tidak, kadang-kadang itu siapa? Kedua, adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju bahawa pandangan daripada Yang Berhormat Shah Alam tadi bahawa pesta arak, kita boleh benarkan untuk dibuat oleh orang bukan Islam kerana fatwa daripada Sheikhul Azhar, saya sebut dalam artikel saya, bahawa membezakan antara hak minum arak oleh orang bukan Islam dan hak untuk berpesta, mesti bezakan antara dua keadaan tadi. Saya minta pandangan Yang Berhormat Sepang. Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Shah Alam dan juga daripada Kuala Nerus. Saya jawab dahulu Yang Berhormat Shah Alam lah, ya? Pertama, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam dan saya minta supaya ucapan Yang Berhormat Shah Alam itu dimasukkan ke dalam ucapan saya. Saya rasa ini memang satu perkara yang memang kita kena terimalah. Kadang-kadang apabila ada kritikan, terus dianggap menghina sedangkan saya rasa kritikan itu memang berniat baik. Saya rasa saya setuju. Saya rasa saya hendak quote apa yang Iqbal kata. Iqbal ini seorang pujangga Islam yang hebatlah. Dia dahulu seorang lawyer, philosopher dan sebagainyalah. Dia pernah membuat satu kenyataan. Dia kata, [Berucap dalam bahasa Arab] “Islam itu terhijab, terlindung dengan perbuatan orang Islam.” Maknanya Islam itu agama yang indah, agama yang baik tetapi apabila tengok perangai orang-orang Islam, orang mengukur apa yang kecantikan Islam itu berdasarkan apa yang dibuat oleh orang Islam. Ini bukan berpihak kepada Islam. Orang agama lain pun begitu. Kadang-kadang orang mengukur apa yang agama itu berdasarkan apa yang dibuat oleh pengikutnya. Jadi ini yang masalah yang kita hadapi sekarang ini. Orang lihat apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang, orang rasa tidak tertarik dengan Islam. Sebab itu kata Cat Steven ataupun Yusuf Islam, dia kata, “Kalau saya lihat perangai umat Islam, saya tidak mahu masuk Islam sebab saya belajar Islam, baru saya tertarik dengan Islam. Saya lihat perangai umat Islam, saya tidak tertarik”. Macam sekaranglah. Jadi, berbalik kepada soalan Yang Berhormat Kuala Nerus. Minta maaf, Yang Berhormat Kuala Nerus. Soalan pertama saya tidak berapa dengar sangat. Boleh minta ulangkah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa sudah habis, Yang Berhormat.

Saya sambung, ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sambung petang nanti.

Nanti saya ulang dan bagi Yang Berhormat Sepang jawab nanti. Yang Berhormat Sepang kata kadang-kadang ada kalangan orang agama menganggap dia suci. Saya minta contoh kadang-kadang itu. Siapa yang dikatakan kadang-kadang itu? Kerana ada...

Itu boleh jawab. PAS lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dijemput Yang Berhormat Sepang, saya melihat Yang Berhormat Temerloh tidak ada di sana Yang Berhormat, jadi boleh teruskan kepada rang undang-undang

Yang Berhormat Temerloh tidak ada, Yang Berhormat Kuala Nerus, Kuala Nerus saya sudah jawab tadi. Menteri tidak ada. Menteri tidak minat la. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambung ini. Izinkan saya respond apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi sebelum lunch tadi mengenai isu pesta arak tadi. Saya percaya lepas ini mungkin akan di-viral atau akan ditularkan statement ini. Mungkin beliau akan dituduh liberal. Ini contoh, kadang-kadang kalau apabila kita buat satu statement, walaupun saya rasa statement daripada Yang Berhormat Shah Alam tadi statement very qualified. Bukan bermakna menyokong pesta arak, tetapi statement macam itu akan diputar belitkan, ditularkan di media sosial, lepas itu akan berakhir dengan dia akan dilabelkan. Saya pernah alami masa perbahasan mengenai isu keganasan domestik, bila saya kata kita kena ambil realiti tentang boyfriend girlfriend. Saya tidak sangka kemudian statement itu di-viral-kan dan saya dituduh ‘jangan menyokong pemimpin seperti ini, mereka liberal’ dan sebagainya. Ini sebagai contoh hendak katakan, kadang-kadang bila kita bagi statement, kita rasa tidak adalah kata orang itu yang kita menyokong sesuatu benda-benda yang mungkin dari segi Islam bertentangan dengan segi Islam. Akan tetapi di luar sana golongan-golongan, minta maaf, golongan-golongan agama ini yang akan kata orang liberal dan sebagainya. Mereka begitu mudah membuat satu judgement kepada mana-mana orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya hendak jelaskan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Saya tidak sokong adanya pesta arak. Apa yang saya katakan ialah Islam menghormati hak bukan Islam. Maknanya walaupun kita tidak sokong, tetapi kita tidak ada hak untuk melarang, kerana makanan, minuman yang tidak haram bagi mereka, mereka dibenarkan. Tadi disebut, ada fatwa Sheikhul Azhar yang mengatakan sendiri, “minum sendiri tidak apa, tetapi pesta tidak boleh”. Saya hendak jelaskan bagi yang tidak faham. Fatwa ini maknanya ia satu pandangan, ianya bukan ijmak. Ijmak ini maknanya semua sudah bersetuju, itulah dia, consensus. Akan tetapi itu satu pandangan. Pandangan dia adalah bergantung pada keadaan dan suasana dia. Saya rasa bahawa Yang Berhormat Kuala Nerus cukup memahami prinsip membuat, meletakkan sesuatu hukum di mana hukum itu boleh

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

berubah. [Membaca sepotong kaedah Fiqh] iaitu “Berubahnya hukum, dengan berubahnya tempat, zaman, dan juga keadaan”. Lalu keadaan di Mesir dan keadaan di Malaysia cukup berbeza. Nombor dua, apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘pesta’ , mungkin bagi mufti Sheikhul Azhar yang dimaksudkan pesta ini, ialah mengadakan, di tengah jalan berarak, berseronok, minum arak dan sebagainya, itu yang dimaksudkan pesta macam yang dia orang buat dekat Brasil, apa nama pun saya tidak ingat.

[Dewan riuh dan menyampuk]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia buat pesta ye. Mardi Gras, ini peminat Mardi Gras, dia tahu. Lalu yang macam Mardi Gras di Brasil dan sebagainya, itu pesta. Lalu apa yang dilakukan di Malaysia, kita sudah sebut, kita kawal, tempat yang tertutup, tidak dibenarkan orang Islam untuk hadir, di kalangan orang bukan Islam, dia sama dia yang minum, bukan semua orang bukan Islam minum, tetapi yang mana yang minum, dan ini bukan pesta mabuk, Tuan Yang di-Pertua. Ini kadangkala preconceived idea, prejudis, bila kata pesta beer festival ini dia orang punya gambaran di kalangan dengan orang-orang yang tertentu, ini pesta seks bebaslah, pesta mabuklah. Hey orang pergi ke dewan itu, orang drive, balik pun orang drive bukan hendak pergi situ mabuk, bergaduh lah. Siapa yang hendak buat majlis yang seperti itu, rugi sahaja. Ia hanya menimbulkan masalah. Dengan izin with all this preconceived ideas yang ditanamkan, tanpa asas. Bir di tempat itu, bila dia orang buat itu bukan free, kena beli, harga mahal. Saya hendak cadangkanlah daripada orang Islam sibuk tentang Better Beer Festival yang orang Islam tidak terlibat, lebih baik buat bising tentang MAS. MAS ini dia beri minuman keras dia free, yang hidangnya orang Islam, ini Kuching tidak setuju. Sebagai contoh, kalau you pergi international flight, you can get free drinks. Bukan sekadar Beer, Whisky, Vodka, Brandy, free. Lepas itu yang hidangnya, yang hidangnya orang Islam. Itu lagi relevan. Kalaulah hendak buat bising.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Bagus balik kepada Akta Pusat Jagaan Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu lah hendak jawab, tetapi orangnya tiada. Saya hendak atas rekod, saya tidak sokong, tetapi saya pertahankan, seperti mana yang dipertahankan oleh Islam. Hak orang yang bukan Islam, apa yang halal yang dibenarkan bagi mereka, kita tidak boleh pandai-pandai hendak haramkan, itu pandangan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Balik kepada pusat jagaan Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Shah Alam. Saya rasa beliau hendak jelaskan itu sebab takut nanti di bawah, mungkin di luar nanti orang akan twist dengan izin. Jadi saya rasa saya tidak ada masalah dengan statement Shah Alam tadi. Sikit sahaja saya hendak bagi satu, bahawa kadang-kadang kita bercakap tentang hak orang Islam, kita kata sekarang ini seolah-olah di anak tiri kan sebagainya. Akan tetapi saya melihat di Malaysia ini, malah bukan di Malaysia sahaja, di rantau Asia ini juga, kadang- kadang kita lupa bahawa sebenarnya hak orang bukan Islam pun dilanggar. Kita sebagai negara Islam sepatutnya kita kena adillah. Kalau hak orang bukan Islam juga dilanggar, kita kena bercakap juga. Saya rasa, saya lah sebagai ahli Parlimen walaupun saya Ahli Parlimen orang Islam, tetapi saya akan bercakap untuk semua kaum, semua agama dan saya tidak ada masalah untuk bercakap mempertahankan hak-hak orang bukan Islam, kalau saya dapati hak itu dicabuli.

Saya hendak bagi contoh, saya bagi nama dia. Seorang ulama daripada Morocco, namanya adalah– dia boleh dikatakan seorang ahli sufi jugalah, saya tidak ingat namanya, minta maaf. Dia pernah dibuang negara daripada Morocco ke Libya dan dia meninggal dunia di Libya kerana dia mempertahankan hak seorang orang Yahudi walaupun dia orang Islam, ahli sufi lagi. Dia mempertahankan hak, namanya Syeikh Ahmad Zarruq. Dia mempertahankan hak orang bukan Islam sampai dia dibuang negara. Ini realiti dalam sejarah Islam. Dalam sejarah Islam, ramai umat Islam mempertahankan. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah sebagai contoh, pernah satu kali tu orang tanya dia tentang hukum mengenai Zoroaster. Zoroaster ini agama apa? [Disampuk] Ia agama yang dikatakan menyembah api. Ada satu amalan orang agama itu ialah seorang boleh kahwin

dengan ibu mereka ataupun keluarga mereka sendiri. Itu adalah kepercayaan mereka. Jadi orang bertanya kepada Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah iaitu anak murid kepada Ibnu Taymiyyah, apakah hukumnya. Kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, oleh kerana mereka ini agama mereka benarkan maka kita minta supaya segala tindakan diambil ikut hukum mereka, bukan ikut hukum Islam. Ini realiti dalam sejarah Islam tetapi sekarang ini bila ada orang bukan Islam contohnya hendak buat pesta arak, pesta beer, kita mengambil hukum mengikut hukum Islam ke atas orang bukan Islam. Ini bagi saya unfair. Apa hak kita untuk mengenakan hukum Islam kepada orang bukan Islam? Nampaknya bila kita cakap begini, saya rasa tidak ada orang agama yang hendak bercakap. Jadi bila saya bercakap dengan Yang Berhormat Shah Alam, kami akan dituduh liberallah. Akan tetapi bagi kami, kami tidak ada masalah sebab itu kami tubuh AMANAH, antara sebab kami tubuh AMANAH, kami hendak tunjukkan Islam ialah agama rahmatan lil ‘alamin. Dalam sejarah Islam, pernah orang bukan Islam beri hadiah kepada Rasulullah SAW sebotol arak tetapi Rasulullah tidak ridicule, tidak marah orang itu, Rasulullah kata arak tidak dibenarkan, dalam Islam ia bukan satu benda yang dibolehkan beri hadiah. Akan tetapi dia tidak menghina orang itu, melabel orang itu, dia educate orang. [Berucap dalam bahasa Arab] “Aku diutus untuk mengajar orang, bukan untuk hendak hukum orang”. Akan tetapi sekarang kalau kita, katakan ada orang bukan Islam bagi kita hadiah arak, kita akan terus hukumlah. Banyaklah insiden di situ. Jadi saya rasa sebab itulah kami cuba tonjolkan bahawa kita orang Islam kena adillah. Oleh sebab itu kalau kita tubuhkan pusat penjagaan ini, saya rasa kita kena – pihak- pihak yang bertanggungjawab mesti tidak boleh compromise isu keselamatan seperti mana kita tidak boleh compromise apabila ada mana-mana sekolah agama, tahfiz kah yang compromise keselamatan. Bila berlakunya kebakaran, isunya bukan isu syahid atau tidak syahid, isunya ialah mengapakah kamu membuat satu institusi agama, tiba-tiba kamu compromise keselamatan. Di mana dari segi Islam kita boleh compromise keselamatan sedangkan dalam Islam menjaga nyawa itu kalau ikut maqasid syariah dipanggil dharuriyat itu perkara yang kedua kena jaga. Kalau kita baca buku Ibnu Asyur, beliau seorang ulama di Tunisia, dia tulis buku, bukunya Maqasid Syariah. Saya tidak pasti dalam bahasa Inggeris ada atau tidak tetapi dalam bahasa Arab, saya baca dalam bahasa Arab sendiri. Dia kata antara jaga agama ini, selalu kalau dalam kitab-kitab fikah, dia kata jaga agama ini qisas, qisas ataupun diah iaitu hukuman bunuh. Akan tetapi dia bagi satu contoh yang baik, dia kata kalau dalam sebuah negara kalau katakan ada satu penyakit taun sebagai contoh, dia kata negara kena buat satu kuarantin untuk memastikan keselamatan nyawa itu dapat dijaga. Dia mengambil contoh tentang sakit, penyakit, bukan dia ambil contoh tentang hukum qisas. Akan tetapi kalau kita sekarang, kita ajar di kuliah-kuliah di surau, kita kata lima perkara di sisi agama, agama, nyawa, akal, keturunan juga harta, kita akan letak yang nombor dua jaga nyawa kita akan bagi contoh kita laksanakan hukum qisas. Memang betullah tetapi selalunya kita confine kepada hukum, kita tidak lihat daripada sudut yang lebih besar lagi. Jadi sebab itulah saya minta supaya kalau kita tubuhkan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan ini, kita mesti jangan compromise tentang isu keselamatan ini. Bila orang tua ada, lagi kita jaga orang tua kan, kita mesti kena letak satu piawaian yang amat tinggi dari segi keselamatan sebab kalau ada berlaku kebakaran, secara nisbi dan relatif, lebih susah kita hendak selamatkan orang tua daripada orang muda sebab orang tua ini dengan pergerakannya terhad dan sebagainya. Jadi kalau kita tidak bersikap profesional dan juga tidak meletakkan satu standard yang tinggi terhadap isu piawaian keselamatan, saya khuatir benda ini akan menyebabkan mungkin membahayakan nyawa warga emas ini. Saya hendak beri contoh, Tuan Yang di-Pertua boleh ya. Berkaitan dengan klausa 21, policy statement. Minta maaf saya baca dalam bahasa Inggeris. “(1) the licensee shall make available to a care recipient a policy statement of the private aged healthcare facilities and services upon the admission of such care recipient. (2) the policy statement of a licensed private aged healthcare facilities and service shall include the following matters; (a) the rights of the care recipient;

(b) the duties of the licensee; and (c) a grievance mechanism plan and procedure”. Saya bersetuju, maknanya kalau hendak buat satu pusat ini kena ada policy statement, maknanya ia di display. Akan tetapi dalam seksyen ini tidak dinyatakan apakah kesan kalau orang tidak display. Dalam seksyen 21(3) dia kata “shall display”, what is the effect of non-compliance, kalau tidak diikuti, adakah ia menjadi satu jenayah atau tidak? Itu yang pertama. Yang keduanya, bila dia kata “the rights of care recipient”, saya rasa Menteri kita mesti letakkan ada beberapa yang dipanggil non-negotiable, yang tidak boleh compromise dari segi duties dan rights. Maknanya ini mesti ada dalam rights and duties itu. Saya minta supaya kalau boleh diperincikan policy statement itu bukan setakat ia ada menyatakan tentang rights of the care recipient, the duties of the licensee tetapi ia juga meletakkan beberapa ciri-ciri yang duties dan rights itu yang tidak boleh langsung tidak ada, mesti ada. Maknanya benda yang dipanggil inevitable, yang tidak boleh tidak ada. Jadi saya harap kena ada satu peruntukan mungkin yang lain ke ataupun mungkin lepas ini kita buat dalam bentuk peraturan atau sebagainya, kena ada satu perkara yang tidak boleh kita – kalau tidak ada benda itu, maknanya the very purpose of healthcare ini tidak lagi relevan. Jadi sebab itu saya harap supaya benda itu diambil berat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah bangun.

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Sepang. Saya tertarik dengan perkara yang penting dibawa oleh Yang Berhormat Sepang iaitu berkaitan dengan soal keselamatan. Kalau kita lihat pada akta ini memang ada satu peruntukan berkaitan dengan kecemasan iaitu peruntukan 26. Akan tetapi saya lihat peruntukan ini ia lebih berat kepada pertolongan cemas dan juga rawatan kecemasan tetapi aspek-aspek lain selain daripada aspek pertolongan cemas dan rawatan kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain lagi tidak dimasukkan dalam akta ini. Jadi saya rasa pertimbangan yang sewajarnya juga perlu diberikan kepada segala aspek keselamatan untuk menjaga warga emas. Itu saja pandangan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya minta supaya ucapan Yang Berhormat Batu Gajah itu dimasukkan dalam ucapan saya dan juga saya minta Menteri dapat menjawab. Saya sambung balik Tuan Yang di-Pertua. Saya mengatakan kenapakah kita perlu meletakkan beberapa rights ataupun duties yang tidak boleh kita compromise kan dalam policy statement itu kerana berdasarkan seksyen 46, klausa 46, undang-undang ini membenarkan untuk Menteri boleh mempunyai kuasa untuk mengecualikan pemakaian akta ini dalam hal-hal tertentu. Yang ini saya rasa saya tidak setuju langsung, yang seksyen ini saya tidak setuju, klausa 47. Power to exempt, izinkan saya baca, “The Minister may, by order published in the Gazette exempt any private aged healthcare facilities and services from the operation of any of the provisions of this act”. Maknanya kalau kita benarkan seksyen ini dengan izin ia menyebabkan akan berlakunya amalan discriminatory. Mungkin ada sesetengah pusat penjagaan ini yang mungkin ada hubungan baik dengan Menteri dan sebagainya dan tentu tidak mustahil mungkin ada hubungan dengan Menteri juga, mungkin mereka akan dapat pengecualian.

Jadi, saya harap dari segi kita melaksanakan pemakaian akta ini kita mesti, dengan izin, bersikap buta warna, buta agama. Ini buta agama nanti jadi isulah ini. Maksud saya, buta agama itu bukan maknanya kita tidak pandai agama. Maknanya, kita tidak- [Disampuk] ha, colour blind, religious blind. Saya takut juga kalau saya kata buta agama nanti, ini puak- puak ini suka sangat, dia suka twist. Buta agama, ha tengok! Yang Berhormat Sepang, kata orang agama buta. [Ketawa] Maksudnya, kita mesti bersikap tidak pandang kerana agama, ia boleh dikecualikan, itu maksud sayalah. Terpaksa kena bercakap ini sebab saya sudah ada pengalaman Tuan Yang di-Pertua, teruk saya kena. Berapa hari kena, saya dengan Yang Berhormat Kota Raja, teruk kena. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Raja hendak

saman, saya baik, saya tidak saman. Ini apa namanya menara, ini UMNO punya sebenarnya, orang kata. Memang jahatlah UMNO ini. Itu selingan sahaja.

Yang Berhormat Sepang ini sudah makan ubat kah belum ini?

Okey, hendak tanya soalan ke? Itu contoh UMNO jahat itu. Alhamdulillah, bila cakap UMNO jahat, ada orang bangun. Contohlah, yang lain baiklah kot. Ini kadang-kadang kita sering mudah dilabelkan kerana semata-mata kita menggunakan ayat-ayat yang mungkin mereka salah faham, terus mereka jadikan ini. Seperti mana Tun Mahathir katalah. Tun Mahathir kata, bukan semua Bugis, dia refer pada Bugis yang jahat sahaja. Akan tetapi di luar ini, apalah, hina Bugis dan sebagainya. Sedangkan dia bukan hina Bugis semua orang. Dia hina Bugis yang tertentu sahaja. Selepas itu yang peliknya, mereka pun kutuk Tun Mahathir macam-macam, dengan bangsa dan sebagainya, tidak ada masalah pula. Bila Tun Mahathir cakap Bugis, satu Malaysia habis sudah.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kalau Bugislah. [Ketawa] Tidak, contoh, hendak bagi contoh, Yang Berhormat Parit Sulong. Bagi contoh, kadang-kadang bila kita cakap ini, orang putar-belit. Yang Berhormat Parit Sulong, relax Yang Berhormat Parit Sulong. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Saya hendak gulung ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis dah kan?

Hendak gulung sudah. Tadi saya harap dari segi pemakaian ini saya minta klausa 47 itu kalau boleh saya mohon supaya tidak diadakanlah. Oleh sebab kalau kita membenarkan power to exempt itu wujud, ia akan mengakibatkan mungkin ada setengah-setengah pihak yang tidak puas hati. Dia kata, kenapa orang ini dapat exempt, aku tidak dapat exempt? Ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati. Orang tidak puas hati ini kadang-kadang, orang akan berfikiran tidak rasional dan mereka mungkin akan membuat satu perkara yang mungkin mereka rasa- kalau mereka sudah marah kerana mereka dianaktirikan, kadang-kadang mereka sudah compromise keselamatan dan sebagainya. Akhirnya, orang tua yang jadi mangsa kepada tindakan itu. Akhirnya, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Dari segi statistiklah, penjagaan rumah orang tua ini ataupun penjagaan healthcare orang tua ini dibandingkan antara orang Islam dengan orang bukan Islam, mana yang lebih ramai lagi yang tidak dijagalah? Oleh sebab saya kata begini kerana saya pernah pergi semasa saya berada di England dahulu. Saya masih ingat lagi ada seorang Islam, dia buka satu pusat penjagaan orang bukan Islam dan dia hanya terima orang bukan Islam sahaja, dia tidak terima orang Islam walaupun dia orang Islam. Oleh sebab dia kata di England, lebih ramai orang-orang bukan Islam yang ibu bapa mereka di abandoned, dengan izin, ditinggalkan sebab itu dia orang Islam, dia buka satu pusat penjagaan untuk orang bukan Islam sahaja. Jadi, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri dalam konteks Malaysia ini, adakah jumlah orang-orang Islam juga ramai yang dibiarkan sampai tidak dijaga oleh anak-anak dan sebagainya? Kalau ini berlaku, saya amat sedihlah dan saya harap inilah isu yang patutnya kita orang Islam kena cakap, tentang kegagalan kita menjaga ibu bapa kita dan sebagainya. Jadi, saya rasa saya boleh setuju secara umumnya akta ini, cuma saya harap perkara-perkara yang saya bangkitkan itu dapat perhatian oleh Yang Berhormat Menteri dan dapat kalau boleh ditambah baiklah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai.

[Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberikan Yang Berhormat Bagan Serai peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017. Rang undang- undang ini penting, menjadi suatu keperluan untuk negara menghadapi negara tua 2030 ataupun kalau boleh kita katakan, apa yang dikatakan oleh WHO pada 2030, ramai orang yang sudah tua. Contohnya, di negara ini. Kalau kita lihat dalam perancangan negara hari ini ke arah TN50, bermakna 30 tahun dari sekarang, 33 tahun dari sekarang, maka ramai orang- orang yang sudah capai tahap penuaan. Bila kita kata tua ini, maknanya umur 60 ke atas. Hari ini kita dapat lihat dalam suasana negara moden hari ini, dalam suasana kesibukan hari ini, ada orang-orang tua yang dibiarkan tanpa peduli. Tadi saya dengar ada pembahas mengatakan satu orang ibu boleh jaga 10 orang anak tetapi 10 anak tidak tentu boleh jaga seorang ibu kerana kesibukan. Sebagai seorang doktor, pernah pesakit saya datang klinik mengherdik-herdik satu orang tua yang didapati orang tua itu adalah ayah dia. Saya tanya, ‘Pakcik sakit apa?’. Dia gagap, ‘Cepat sikitlah!’, sebab anak dia hendak balik ke Kuala Lumpur. Ini berlaku dan saya pernah juga melawati satu rumah, di mana saya lihat ada orang tua, duduk atas katil, baring atas katil, rambut tidak dijaga, berjambang, tidak dicukur, bau busuk, berak, kencing atas katil, anak duduk dalam bilik. Ini yang kita risau ini. Anak muda belia hari ini yang kita kata TN50 ini, kita tidak mahu jadi macam ini. Oleh sebab itu awal-awal lagi saya hendak ucap tahniah kepada kerajaan, Kementerian Kesihatan kerana fikir tentang perkara ini. Oleh kerana rang undang-undang ini membuat persediaan. Jika ada insan-insan yang sudah tidak tahu hendak jaga mak ayah dia. Tuan Yang di-Pertua, hari ini yang ada dekat Dewan ini pun banyak yang umur 50 ke atas. Kalau TN50, bermakna TN50 saya berumur 90 tahun, kalau panjang umur. Kalau 33 tahun dari sekarang, saya umur 90 tahun, Tuan Yang di-Pertua. 90 tahun boleh jadi Perdana Menteri lagi kah? [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak gambarkan pada hari ini, suasana yang mungkin timbul jika kita tidak buat persediaan awal tentang rang undang- undang ini supaya negara kita bersedia sebab manusia ini berbeza. Biarkan orang tua berak, kencing atas katil, ini boleh terjadi kepada siapa sahaja. Kecil-kecil kita jaga anak tetapi besar, kita tidak tahu apa akan jadi. Hari ini kita tengok, hari ini ustaz pun boleh berak, kencing atas katil. Maaf Tuan Yang di-Pertua, ini perkara betul. Imam pun boleh jadi, pengerusi masjid pun boleh jadi, setiausaha apa-apa pun boleh jadi, sesiapa sahaja satu hari nanti akan jadi, berak, kencing atas katil. Anak mana yang berani untuk basuh, tangan bergelumang dengan najis untuk jaga mak ayah dia begini. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah dengar ustaz mengajar satu hadis, di mana Rasulullah SAW, mafhum hadis, beritahu pada sahabat-sahabat supaya datang ke mimbar. Dia menceritakan apabila Baginda Rasulullah SAW menaiki tangga, Baginda kata ‘amin’. Apabila Baginda Rasulullah SAW turun daripada tangga, sahabat tanya, “Ya Rasulullah, apa yang kami dengar daripada tuan hamba, kami tidak pernah dengar selama ini”. Rasulullah SAW bersabda, mafhum hadis, “Apabila aku turun, Jibrail a.s. membisikkan di telinga aku bahawa jika ada seorang yang sampai ke bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan, maka celakalah dia”. ‘Amin’, Rasulullah SAW bersabda. Apabila tangga kedua, seseorang yang mendengar nama Rasulullah SAW tetapi tidak berselawat ke atas Rasulullah SAW, maka Nabi bersabda, ‘Amin’, celaka atas dia. Oleh kerana Jibrail A.S bersumpah dan mendoakan celaka atas orang ini. Turun ke tangga ketiga, apabila seseorang itu mempunyai ibu bapa yang sudah tua atau salah satunya sudah tua tetapi tidak dapat asbab untuk dia masuk syurga Allah, maka Jibrail a.s. mengatakan, celaka atas dia, Rasulullah SAW bersabda, ‘Amin’.

Yang ini yang kita hendak kena tengok. Hari ini kita dengar perbahasan daripada pagi tadi bagaimana peranan agama hari ini, bagaimana peranan kekeluargaan hari ini supaya orang-orang tua tidak disia-siakan. Sebab itu hari ini saya melihat... Tuan Yang di-Pertua, negara kita hendak pergi negara maju. Negara maju bukan saja infrastruktur maju, bukan saja communication maju, bukan saja ilmu pendidikan maju, tetapi sahsiah diri, bagaimana kita menjaga dan menilai orang tua kita. Kalau kita kata tua

hari ini, tidak payah kata-kata tua berapa lama kita boleh hidup hari ini? Berapa lama kita boleh hidup hari ini? Dalam suasana sekarang, bolehkah kita hidup sampai 100 tahun? Tadi kita dengar ada pembahas mengatakan bahawa makanan itu penting. Yes. Do you eat to live or you live to eat? Hidup untuk makan atau makan untuk hidup, yang mana satu sekarang ini? Kalau penjagaan makanan, betul. Saya ambil contoh, Tuan Yang di- Pertua, umpamanya seorang yang kurangkan makan karbohidrat, yang berproses umpamanya gula. Kalau kita banyak makan gula, karbohidrat berproses, ini akan jadi lemak dalam badan kita dan kita akan kena penyakit hati dan daripada lemak ini akan menyebabkan penyakit-penyakit seperti atherosclerosis, ketat saluran darah. Maka orang kena sakit jantung, mati cepat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, rang undang-undang ini menarik. Yang Berhormat Sepang berbahas ada elemen agama. Yang Berhormat berbahas ada elemen...

Kesihatan, Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

...Perubatan dan kesihatan.

Kesihatan, Tuan Yang di- Pertua. Sebab saya cuba hendak membawa Dewan kepada tua tapi tidak nyanyuk. Tua tidak payah pakai pampers, tua tapi sihat sampai 100 tahun, boleh jadi Perdana Menteri lagi.

[Bangun]

90 tentu boleh jadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor yang belum tua itu bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi?

Yang Berhormat Bagan Serai, boleh? Yang Berhormat Bagan Serai, boleh tanya sikit tidak?

Yang Berhormat Kuala Selangor tidak sampai 40 tahun lagi.

Yang Berhormat Bagan Serai boleh tanya sikit? Sikit saja hendak tanya.

Yang Berhormat Kuala Selangor dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia bagi Yang Berhormat Kuala Selangor dulu.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya bila mendengar Yang Berhormat Bagan Serai berbahas tentang warga tua ini, saya rasa terpanggil untuk mencelah kerana kesyahduan saya mendengarkan apa yang beliau ceritakan kepada kita. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai, saya lihat dari segi idea daripada rang undang-undang ini sangat baik. Ianya sungguh murni dan diambil satu pendekatan yang sangat positif khususnya oleh pihak kementerian. Cuma, ada kalanya saya hendak minta Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai setujukah sudah sampai masanya supaya bila kita bercakap tentang penjagaan warga tua, bukan hanya terletak kepada pusat jagaan warga emas swasta semata-mata tetapi pendidikan untuk menggerakkan masyarakat penyayang ini bermula di peringkat persekolahan dan diselang- selikan dengan pendidikan moral dan juga agama? Itu yang pertama. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, mungkin sudah sampai masanya juga peringkat kementerian boleh memikirkan bagaimana sumbangan pihak swasta kepada pusat penjagaan warga emas swasta ini supaya bukan hanya terletak di kawasan bandar semata- mata tetapi menyeluruh ke seluruh Malaysia. Setidaknya nanti bila Yang Berhormat Bagan Serai sebut pada tahun 2050 umurnya akan mencecah 90 tahun, dia akan rasa tenang melihatkan semua platform ini telah disediakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor, Tuan Yang di-Pertua, memang tepat fikirannya.

[Bangun]

Kalau saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Kuala Selangor, begitulah yang hendak dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang sentiasa prihatin. Sudah fikir bagaimana hendak jaga bagi elok, semacam kita jaga tahfiz, sekolah tahfiz. Sekolah tahfiz pagi tadi kita dengar ada tahfiz yang kerajaan pusat, ada yang negeri, ada yang swasta. Yang swasta ada yang daftar. Masalahnya yang tidak daftar. Masalahnya tidak ikut SOP, tidak ada ciri-ciri keselamatan yang saya akan sentuh tidak lama lagi, sekejap lagi dalam ini. Silakan.

Terima kasih.

Tadi dah cakap banyaklah tadi, saya ingat. Pendek-pendek saja ya.

Saya minat. Itu saya hendak tanya.

Saya risau takut kena twist nanti.

Tidak twist lah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Bagan Serai yang memberi ucapan yang memang penuh semangat. That one kita memang boleh expect daripada inilah. Saya minta jangan cakap GST itu sajalah. Soalan saya. Tadi Yang Berhormat Bagan Serai mengatakan tentang pemakanan. Saya setujulah. Maknanya pemakanan ini perlu makanan yang seimbanglah maksudnya kan. Tapi adakah Yang Berhormat Bagan Serai sedar tidak sekarang ini, waktu ini ada rakyat yang sebenarnya bukan masalah hendak makan seimbang, makanan pun tidak ada? Sebab, sekarang ekonomi teruk, makanan pun tidak ada. Saya baca dalam The Guardian, untuk makluman— The Guardian ya, sebuah magazine di UK lah. Dia beritahu, ini The Guardian beritahu, Jho Low makan dengan Patrick Mahony, orang Petrosaudi, di restoran yang dipanggil Restoran Masa di New York, restoran itu, restoran sushi itu, satu orang, satu kepala USD540. Jadi macam mana ini? Kita dekat rakyat tidak makan tapi orang boleh makan USD540 satu kepala. Ini apa? Boleh bagi penjelasan?

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini Parit Sulong pula yang hendak tanya ini.

Terima kasihlah, Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang duduk, Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang ini, ya Allah.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Bagan Serai, satu lagi, Parit Sulong hendak tanya.

Saya harap Yang Berhormat Parit Sulong jangan jadi macam Yang Berhormat Sepang.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Oh! Tidak.

Dia masalah dia. Sila, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dari segi fizikal pun saya tidak hendak, dari segi perangai lagilah saya tidak hendak. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perbahasan yang dibuat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tertarik bukan terheret Yang Berhormat ya.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Ketawa] Tertarik dengan hujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan kemudian dengan pencelahan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya kira mengenai lokasi tempat-tempat ini, saya harapkan ada juga pemantauan daripada pihak kementerian. Di samping itu, Yang Berhormat Bagan Serai, setuju kah tidak, kita bila kehidupan kita ini wakil rakyat yang berada di luar bandar, selalunya ability, dengan izin, untuk membuat bayaran. Sebab kita bercakap mengenai swasta. Jadi kita harap ada juga pemantauan oleh pihak kementerian mengenai harga ataupun charges yang akan dikenakan kepada orang ramai sebabnya bila kita bercakap warga emas, dianya bukan melibatkan orang tertentu saja ataupun orang yang mewah saja tetapi di semua pihak. Apa pendapat Yang Berhormat Bagan Serai mengenai perkara ini? Terima kasih.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Parit Sulong. Ini satu pemikiran yang bernas. Saya nampak Yang Berhormat Pendang bangun ya? Yang Berhormat Pendang, sila.

Yang Berhormat, terima kasih. Saya merasa sedihlah dengan dakwaan— dia sudah keluar Dewan sudah. Adakah di Malaysia ini ada di mana tempat boleh Yang Berhormat tunjuk contoh ada orang yang tidak makan, orang yang tidak dapat makan, mati kerana tidak makan? Adakah Yang Berhormat di Malaysia ini? Sedangkan gelandangan pun ada orang bagi makan tiap-tiap malam. Syukurlah, bukan? Penipu.

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Kerajaan Barisan Nasional ini sentiasa memikirkan bagaimana hendak bagi orang senang, hendak bagi orang makan. Tapi Yang Berhormat Sepang memang— saya sebagai seorang doktor, saya tengok kalau dia tidak makan ubat, dia boleh jadi macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun ya. Yang Berhormat Shah Alam. Hendak bagi?

Sebentar. Saya sambung sikit lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi tengah bercakap tentang kesihatan. Sebentar, after this. Tentang kesihatan tadi. Saya hendak ringkaskan lah. Bermaknanya kalau kita— di hujung ini maknanya, penyediaan kerajaan hendak buat pusat jagaan swasta yang berdaftar dan sebagainya ini, bagus bila kita tidak boleh jaga orang-orang tua ini. Akan tetapi, keutamaannya kita untuk menjaga ibu dan ayah kita yang telah tua. Orang yang ada pelajaran agama, yang ada iman, yang ada sahsiah diri yang betul, dia akan sedaya upaya untuk jaga mak dan ayah dia. Maknanya pendapat saya, Tuan Yang di-Pertua, yang mana sudah tidak boleh sangat sudah, kita tidak boleh biarkan. Seperti apa yang saya telah lihat yang telah berlaku pada seorang hamba Allah ini. Dia dibiarkan dan anaknya buat tidak peduli dan dia tidak ada penjagaan yang baik. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada sistem penjagaan ini yang dikatakan perlu pendaftaran dan sebagainya. Apa yang penting ialah tentang SOP ataupun standard kualiti yang perlu ada pada pusat penjagaan. Kita tidak boleh biarkan pusat penjagaan bercambah tetapi tidak ada penjagaan yang betul. Kita bimbang dengan mereka yang hendak menjaga, adakah mempunyai latihan dan SOP yang betul? Kita bimbang tentang infra yang ada, adakah cukup, adakah berlambak? Ramai sangat orang sampai hendak bernyawa pun tidak boleh. Sebab, kita mesti ingat, kita bukan jaga anak-anak tahfiz yang berkeliaran lari sini sana, yang berani, yang aktif tetapi kita orang tua-tua. Kalau berlaku kebakaran, bagaimana SOPnya? Boleh bayang tidak kalau ada kebakaran, anak muda boleh lompat lari cari jalan hendak keluar tapi kalau orang tua-tua, dia tengok api saja dia tidak boleh buat apa-apa sudah. Belum lagi cerita ada banjir kah ataupun ada rompakan kah dan sebagainya. Jadi ini sangat-sangat penting daripada aspek keselamatan yang ada pada rumah-rumah yang akan diwujudkan hari ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, penjagaan yang maksimum daripada segi aspek kesihatan dan daripada segi keselamatan orang-orang tua yang akan diwujudkan dengan kelulusan rang undang-undang ini. Saya ingin bertanya, apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap pusat jagaan warga emas swasta yang tidak berdaftar selepas suatu tempoh akta ini dikuatkuasakan? Ini satu soalan yang saya ingin tanya. Yang keduanya, apakah bentuk pemakaian standard spesifikasi bagi infrastruktur oleh pusat jagaan yang telah dikeluarkan ketika ini? Perkara ini penting kerana pusat jagaan di bawah seliaan undang-undang ini haruslah mengikut spesifikasi yang sama dan seragam agar mutu kualitinya tidak terjejas. Mohon kementerian menyatakan berapakah jumlah fi atau yuran seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi oleh masyarakat yang ingin menghantar keluarganya ke situ. Tuan Yang di-Pertua, ini cerita warga tua, warga emas ini saya terfikirlah bagaimana kerajaan cuba hendak bantu orang-orang yang B40 dengan memberi BR1M dan bagaimana kerajaan cuba hendak bantu orang-orang lain supaya hidup lebih selesa, lebih sejahtera dengan memberi bantuan-bantuan. Agensi memberi bantuan-bantuan untuk meningkatkan kemahiran, untuk modal perniagaan dan sebagainya yang mana kerajaan membantu supaya umpamanya kursus-kursus, pelajaran-pelajaran agama dapat ditingkatkan supaya orang jadi lebih baik hari ini. Melihat kepada warga tua ini, saya melihat kalaulah kita ada warga tua, kalau warga tua itu berpencen, dia kerja dan ada pencen tak apa sebab dia berpencen. Akan tetapi kalau warga tua itu tak kerja, umpamanya saya bagi contoh pesawah padi umpamanya. Kalau dia tak ada pencen dan dia tua dan dia tak ada apa-apa, apalah salah kiranya kerajaan memikirkan bagaimana kalau orang-orang tua yang begini, yang tidak ada sumber-sumber yang lain kecuali anaknya ataupun kalau anaknya tidak ada kemampuan itu, maka kerajaan memberikan elaun umpamanya. Elaun sara hidup untuk makan. Apalah orang-orang tua, umur yang 60 tahun, 70 tahun, 80 tahun ke atas, Tuhan masih panjangkan umur dia, berapa lama lagi dia akan hidup? Apalah salah kiranya contohnya dalam Bajet yang akan datang ini, dalam Bajet kerajaan yang akan dibentangkan esok ini, kalaulah ada peluang supaya mereka yang telah tua ini, yang tidak ada sumber, yang tidak ada pencen diberikan elaun supaya mereka dapat sambung kehidupan mereka. Adalah makan. Contohnya, adalah makan tetapi makan tetap ada. Kata-kata yang katakan orang di Malaysia tak ada makan ini memang salah. Yang saya tengok ini, yang saya tanya tadi, adakah kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Saya rasa kita telah makan, sampai mati pun, ada orang makan sampai mati hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, jadi itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Nak bagi Yang Berhormat Shah Alam?

Silakan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah orang Malaysia tak ada makan ini adalah satu masalah yang kita akui wujud tetapi telah banyak juga ditangani oleh kegiatan-kegiatan NGO yang seperti mana yang disebutkan tadi beri makan kepada gelandangan dan sebagainya. Lalu takkanlah kita hendak tunggu sampai ada yang mati kelaparan baru kita nak akui bahawa masalah itu wujud. Hakikat wujudnya NGO-NGO yang melakukan program- program beri makan kepada golongan yang gelandangan ini adalah satu hakikat yang tak boleh dinafikan. Dalam soal pusat penjagaan kesihatan warga emas swasta ini, saya merasakan bahawa persoalan bantuan kerajaan, kita set dia punya prosedur, kita set dia punya standard, kita set dia punya proses macam mana hendak diluluskan keperluan- keperluan dan sebagainya. Akan tetapi seharusnya pihak kerajaan juga mesti mempunyai sumbangan kepada institusi-institusi yang seperti ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dalam persoalan ini, saya ingin timbulkan kembali jumlah sumbangan yang kerajaan sanggup bantu kerana kerajaan dah banyak cukai. Cukai GST. Tadi disebut tentang bantuan- bantuan, BR1M tetapi jumlah pemberian kerajaan bila beri BR1M itu berapa bilion sangat. Dia angkut GST itu berpuluh bilion yang dia dapat. Apa itu tak diambil kira? Lalu kata bangga dengan bantuan yang kerajaan beri kepada rakyat tetapi yang menyusahkan rakyat pun kena juga kita sebut, barulah kita adil. Dalam soal pusat-pusat jagaan warga emas ini, saya ingin mengesyorkan bahawa pihak kerajaan mengambil kira bahawa sekiranya ada pusat-pusat jagaan yang telah menepati segala syarat yang telah ditetapkan dan mengikuti segala prosedur yang seperti mana yang telah ditetapkan, maka mesti ada peruntukan. Bagi keluarga-keluarga yang menjaga ibu bapa mereka, kalau keadaan di mana keluarga itu memang keluarga yang susah, dia hendak menampung, nak hantar ke pusat jagaan warga emas ini pun dia tak mampu, maka kerajaan mesti juga ada satu kaedah untuk menentukan bahawa keluarga- keluarga ini tidak akan akhirnya atas sebab tidak mempunyai kemampuan, tidak memberikan satu jagaan dan layanan yang baik. Maka perlu ada khidmat kesihatan daripada klinik-klinik desa, doktor-doktor yang boleh buat lawatan-lawatan mingguan. Benda ini berlaku di negara-negara yang maju seperti mana yang ada di Barat dan sebagainya. Di Jepun, di Korea yang mana ada healthworker. Dia akan turun ke kampung-kampung, dia tengok keluarga ini ada orang yang miskin, ada orang yang tua dan sebagainya dan dijaga. Lalu adakah dalam...

Dah habis dah Yang Berhormat Shah Alam? Lama dah saya bagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

... rang undang-undang ini, persoalan- persoalan itu turut dilihat.

Terima kasih banyak Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dah nak habis dah, dah nak habis dah.

Ya, dah habis dah. Dah habis dah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Adakah sama ada kerajaan mengambil kira dalam menyediakan perkhidmatan yang seperti itu. Baik, terima kasih.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. At least Yang Berhormat Shah Alam dia tak macam Yang Berhormat Sepang. Kalau Yang Berhormat Sepang, dia tak boleh berhenti. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tapi saya defend Yang Berhormat Sepang. Saya defend kenyataan Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Banyak perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi sangat bagus, sangat bagus. Saya pun setuju.

Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.

Kalau kita cakap tentang gelandangan ini tadi, memang ini adalah inisiatif kerajaan. Tentang NGO nak bagi, bagus. Very good, alhamdulillah. Bukan sahaja NGO, semua orang perseorangan. Kita sama-sama tolong-menolong.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Inisiatif kerajaan mengadakan gelandangan?

Bagaimana untuk bagi makan kepada orang? [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita bersama-sama bertolong- tolong ke arah kebaikan, baguslah. Kita sama-sama bagi makan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini ubat dah makan?

Tapi bila kita bagi makan, jangan kita kata orang lain tak bagi makan. Kita yang bagi makan, baguslah alhamdulillah, syukur pada Allah. Jangan tuduh orang lain tak bagi makan. Ha, itu yang tak betul.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak tuduh. Maknanya masalah itu wujud, masalah itu wujud.

Ini siapa suruh bangun ini? Siapa yang suruh bangun ini? Tuan Yang di-Pertua, saya tak ada bagi izin apa pun untuk bangun.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bagan Serai tak faham poin saya. Saya tak tuduh siapa-siapa, saya kata masalah itu wujud. Kita kena akui bahawa wujudnya masalah.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, teruskan. Teruskan.

Ada orang kata, ada saya dengar ada orang kata BR1M ini rasuah lah, dedak lah apa semua tetapi dalam pelannya dia pun nak sambung nak bagi BR1M juga. GST banyak menolong, GST banyak menolong kerajaan dan nak menolong rakyat tetapi ada orang nak bawa negara ini kepada SST, patah balik. Kita hendak pergi negara maju, kita look forward tapi ada orang hendak patah balik.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita nak beri BR1M tapi tak nak ambil GST.

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Ha, silakan.

Ini saya nak beritahu dekat Yang Berhormat Shah Alam ini, dia dah keluar kan? Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kelmarin, GST 2016 hanya RM41 bilion. RM41 bilion itu hanya untuk Kementerian Pendidikan sahaja. Ini kena faham, dia bukan reti. Rambut sahaja putih. Dia ingat oh boleh bagi kepada semua ke? Apalah. Satu kementerian sahaja boleh belanja.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau RM1 bilion BR1M berapa? BR1M berapa?

RM41 bilion. Tak payahlah, saya kata ...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kamu ambil GST RM41 bilion lepas itu bagi BR1M berbilion-berbilion.

Duduk, duduk. Duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ha, sudahlah Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Ini saya nak beritahu Yang Berhormat, kenyataan bodoh begitu tak payah. Saya kata ...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, tolong beritahu MP bodoh ini suruh tarik balik kenyataan dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang, ajukan soalan kepada Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat.

Saya tak kata dia bodoh, saya kata kenyataan bodoh, the stupid statement.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapa bodoh? Kenapa bodoh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Saya kata kenyataan bodoh sebabnya...

Tuan Yang di-Pertua, siapa yang hendak berbahas ini? Tuan Yang di-Pertua.

Duduklah Yang Berhormat Shah Alam, duduklah.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.

Duduklah, aku nak habaq kat hang. Duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang bagi soalan kepada Yang Berhormat Bagan Serailah Yang Berhormat ya.

Saya kata ..

Saya dah tercampak ini.

...kutipan GST itu hanya cukup untuk satu kementerian sahaja. Itu perbelanjaan yang setakat terkumpul lah, faham lah. Kalau nak dibandingkan dengan - memanglah kecil kita bagi BR1M RM6 bilion tetapi jangan anggapkan kata RM41 bilion itu hendak boleh belanja kesemua. Ini tak faham.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagai Serai, Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Nak bagi Yang Berhormat Shah Alam?

Biar saya habiskan sikit, Tuan Yang di-Pertua. Saya habiskan.

Bawa bertenang. Duduk dulu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Biar saya respons. Siapa yang kata GST nak kena biayai semua kementerian. Itu satu dakwaan yang bodoh. Tiada siapa yang kata GST nak biayai semua kementerian. GST bukankah itu pendapatan kerajaan.

Yang Berhormat kata tadi kutip berjuta- juta bayar BR1M sikit, betul lah. Sebab Yang Berhormat kena tengok berapa puluh Kementerian. Belajar mengurus darjah berapa. Itu saya kata bodoh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Pendang duduk. Ya cukuplah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pendapatan kerajaan hanya GST kah bodoh?!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Eh, Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pendapatan kerajaan hanya GST kah? Apa lah!

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam tidak reti peraturan.

Memang sudah lama tu bodoh! Jenis- jenis bodoh, tak payah!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu kenyataan yang bodoh...

Duduk, duduk! Yang Berhormat Shah Alam peraturan mana Shah Alam berdiri ni. Duduk, tenanglah. Saya yang baru pun tahu peraturan. Tuan Yang di-Pertua, bangun tanpa keizinan ini satu kesalahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita elakkan daripada perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan dalam Parlimen. ‘Bodoh’ itu perkataan yang unparliamentary Yang Berhormat. Ya sila Yang Berhormat Bagan Serai. Teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak landing ni. Saya sudah hendak berhenti ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya boleh la landing.

Saya ada dengar la. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Pendang yang beri pendapat tadi. Saya ada dengar ada pelan kumpulan yang nak menghapuskan tol dalam perancangan mereka. Nak menghapuskan tol. Ingat highway ni lima ringgit kah harga. Nak jaga highway dengan segala penyelenggaraan highway semua ni bukan lima ringgit lah. PLUS sahaja dekat-dekat 40 bilion – nak hapuskan tol. Itu semua adalah pelan yang tidak masuk akal. Tuan Yang di- Pertua, saya berbalik pada penjagaan swasta ini. Saya amat-amat menyokong dan mengharapkan kerajaan dapat memberikan secara terperinci SOP tentang keselamatan orang-orang tua yang bakal duduk di sini dan juga yang penting sekali adalah.

[Bangun] Yang Berhormat Bagan Serai.

Yang Berhormat Parit. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi sekejap Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum landing tu, jadi saya nak buat cadangan. Tadi Yang Berhormat Bagan Serai ada bercakap fasal Pusat Jagaan Swasta. Jadi saya nak mencadangkan supaya Pusat Jagaan Swasta itu diserapkan ke dalam akta ini. Sekiranya mereka memenuhi semua syarat dan kehendak. Kalaupun tidak memenuhi syarat dan kehendak apa salahnya setelah mereka berjasa kepada masyarakat selama ini— menghargai jasa-jasa mereka itu eloklah pusat jagaan swasta ini diterima di bawah akta ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Parit Buntar bangun. Nak beri Yang Berhormat?

Silakan.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebelum landing juga la.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Jangan lama- lama nanti dia take off semula Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebab tadi Yang Berhormat Bagan Serai kata fasal hapuskan tol dan sebagainya. Saya kata supaya dia landing elok- elok. Kalau BN perintah memang la tidak boleh hapus. Akan tetapi kalau Pakatan Harapan perintah, boleh hapus. Insya-Allah. Sila landing.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar ni, dia pening. Ini semua angan-angan kosong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat yang ini kita reserve untuk perbahasan bajet nanti.

Dah mula kepanasan. Yang Berhormat Pendang pula.

Sikit, sikit. Dua minit. Saya nak tanya Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bagan Serai. Siapa yang buat tol ni?

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Mana boleh tanya saya. Dia kena tanya Yang Berhormat Bagan Serai.

Saya nak tanya Yang Berhormat Bagan Serai. Siapa yang buat tol ni? Yang Berhormat Pekan kah Tun Mahathir? Siapa yang buat tol ni? Yang buat tol ni Tun Mahathir. Nampak Yang Berhormat ni dah lupa kot.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Bagan Serai landing lah landing cepat-cepat Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagan serai akan betul-betul landing kali ini. Impian mereka adalah impian yang kosong Pakatan Harapan ini. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah dengar Yang Berhormat Bagan Serai tu dia dah pergi banyak tempat tapi tidak sentuh banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak payah start lagi Yang Berhormat. Terus pada Pusat Jagaan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya. Saya akan terus. Saya hendak mula dengan penghargaan terhadap rang undang-undang ini kerana saya rasa sudah tunggu lama bahawa kita ada satu rang undang-undang untuk pusat jagaan warga emas. Yang ini untuk swasta. Tadi saya telah baca rang undang-undang ini bagi saya kalau nak komen saya rasa ia bagi saya ia nampaknya kurang lengkap. Saya tidak pasti ia hanya tuju kepada pusat jagaan orang tua atau warga emas bagi mereka yang berbentuk kebajikan ataupun untuk retirement homes. Saya masih ingat dua tahun yang lepas saya pernah buat satu ucapan penangguhan di Parlimen dan saya tanya tentang garis panduan untuk pembinaan retirement homes. Akan tetapi lepas tu lama saya tidak dapat apa-apa jawapan, selepas tu baru saya sedar saya tuju ucapan saya kepada Kementerian Kesihatan dan lepas tu Kementerian Kesihatan berkata ini bukan di bawah bidang kuasa mereka. Jadi ditendang di bawah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pada waktu itu bagi saya nampaknya bagi kerajaan, kita tidak ada satu rang undang-undang khusus untuk penjagaan warga emas. Seperti apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu tadi, dunia ni kerana umur kita semakin panjang— boleh sampai 92 masih sihat boleh menunggang kuda. Saya rasa kita memang perlu yang dasar kerajaan ini harus juga menuju ke arah di mana kita boleh menjaga warga emas dengan lebih baik. jika kita lihat di Australia yang retirement homes adalah satu bentuk business. Ia juga satu bidang yang berbentuk kebajikan. Kita lihat di Australia di mana kerajaan mereka adakan undang-undang dan juga ada skim insurans bagi mereka yang bekerja. Apabila mereka tua sampai umur pencen kalau nak masuk ke retirement homes, apa yang mereka jimat sewaktu mereka kerja itu semua disalurkan untuk pembiayaan hidup persaraan mereka. Akan tetapi saya rasa kita mungkin belum sampai ke tahap itu. Saya rasa rang undang-undang ini kalau ia menuju ke arah untuk pembinaan retirement homes saya rasa mungkin harus ada perkara yang lebih terperinci yang harus diperhatikan ataupun di- expand dalam rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia macam di kawasan saya. Saya lihat semakin banyak rumah warga emas atau pusat jagaan warga emas yang dibuat oleh semua pihak persatuan agama ataupun persatuan kebajikan. Mereka memungut dana daripada orang ramai untuk wujudkan pusat jagaan warga emas ini. Saya juga pernah terima bila saya melawat mereka khususnya dalam musim perayaan macam Tahun Baru Cina ataupun Krismas dan sebagainya, saya selalu dengar aduan kerana saya lihat semakin banyak katil diletakkan dalam pusat jagaan orang tua. Saya pun tanya— mereka kata kadang-kadang mereka terpaksa ambil walaupun tidak cukup ruang. Pihak hospital kata yang anak-anak

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

mereka buangkan ibu bapa mereka yang sakit di rumah sakit begitu sahaja. Orang tua itu memang tidak perlu menduduki satu katil di rumah sakit kerana tidak cukup tempat juga di hospital. Doktor ataupun jururawat tidak ada pilihan tetapi mereka terpaksa gunakan ambulans kadang-kadang hantar orang tua yang sakit itu tapi tidak perlu masuk hospital itu kerana mereka dibuangkan dibiarkan oleh anak-anak mereka. Hantar kepada pusat jagaan warga emas pihak swasta yang mereka ni ada buat untuk kebajikan. Saya rasa ini satu keadaan yang mana saya rasa pihak kerajaan pun harus ada tanggungjawab untuk wujudkan pusat jagaan orang tua ataupun kadang-kadang kanak-kanak bagi mereka golongan yang perlu seperti kes-kes seperti ini. Janganlah pihak hospital dan pihak kerajaan hanya buangkan mereka ke pusat jagaan orang tua swasta. Seperti apa yang berlaku di beberapa pusat jagaan orang tua yang saya lihat tadi.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini saya rasa satu keadaan yang mana pihak kerajaan pun harus ada tanggungjawab untuk wujudkan Pusat Jagaan Orang Tua dan kadang-kadang kanak-kanak bagi golongan yang perlu seperti kes-kes seperti ini. Janganlah pihak hospital dan pihak kerajaan hanya buangkan mereka ke pusat jagaan orang tua swasta seperti apa yang berlaku di beberapa pusat jagaan orang tua yang saya lihat tadi. Itu sebabnya bila saya lihat dalam rang undang-undang ini ada satu seksyen 29 tentang larangan pembesaran pengubahan kecuali mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah. Saya rasa kesian kalau pusat jagaan warga emas yang saya lihat di kawasan saya dan di Lembah Klang ini, mereka didenda, dikenakan penalti oleh Kementerian Kesihatan kerana terlalu banyak katil diletakkan dalam pusat jagaan itu yang mana tidak ikut garis panduan Kementerian Kesihatan. Bayanglah manakah mereka mencari tempat kerana kerajaan tidak hirau orang tua, warga emas yang sakit, yang dibiarkan oleh anak-anak mereka. Saya dengar ucapan daripada..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Oh! Yang Berhormat Shah Alam. Sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan masalah yang dihadapi ialah apabila kerajaan melayani pusat-pusat jagaan warga emas ini sebagai perniagaan. Sedangkan berdasarkan pada apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Seputeh, ianya merupakan kegiatan kebajikan yang ingin dilakukan untuk memenuhi kekurangan perkhidmatan sosial yang tidak disediakan oleh pihak kerajaan. Kalau tidak ada pusat-pusat jagaan warga emas yang seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat Seputeh tadi, maka orang-orang ini akan terbiar. Mereka akan mungkin terpaksa dijaga oleh hospital-hospital, tidak pun hantar balik ke rumah, rumah pun tidak mampu, tidak sanggup. Maka pusat-pusat penjagaan ini menjalankan, memberikan khidmat itu atas rasa tanggungjawab sosial mereka. Saya mengesyorkan bahawa pihak kerajaan mengiktiraf status non-profit organization iaitu syarikat-syarikat pusat penjagaan warga emas yang bersifat kebajikan bukan bersifat business dan untuk mendapatkan keuntungan. Kalau kita boleh membezakan di antara dua maka peraturan yang khas terhadap yang bersifat berkebajikan itu mungkin akan memberikan bantuan bukan denda dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Shah Alam kerana keadaan sekarang ini kesesakan dalam pusat jagaan warga emas dioperasi oleh Persatuan Kebajikan itu tidak disebut dalam rang undang-undang ini. Juga saya hendak komen ialah kalau rang undang-undang ini adalah untuk pusat jagaan warga emas swasta macam dalam bentuk business, macam retirement homes yang kita lihat di Australia itu. Saya rasa ada banyak lagi mungkin peraturan haruslah dilengkapi oleh pihak Kementerian Kesihatan dan saya hendak cadangkan pihak Kementerian Kesihatan kalau rang undang-undang ini membuka jalan untuk mengadakan lebih retirement homes yang

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

saya rasa ini adalah sangat perlu dalam era ini. Mungkin suatu hari nanti pihak Tuan Yang di-Pertua, menteri dan saya mungkin kita masuk retirement homes sama-sama, di satu retirement homes sama-sama seperti di Australia. Saya rasa ini tidak salah kerana saya pernah melawat beberapa retirement homes bila saya jadi Exco Kerajaan Selangor, saya mendapati retirement homes itu besar tempatnya dan mereka ada banyak program untuk mereka yang duduk di dalam retirement homes itu. Bagi mereka yang suka main golf. Tiap-tiap pagi ada satu bas bawa mereka pergi main golf. Bagi wanita yang suka shopping ada juga satu van bawa mereka pergi merayau- rayau di semua shopping complex dekat retirement homes mereka. Bagi mereka yang suka nyanyi dan makan, mereka adakan juga ruang untuk mereka. Bagi mereka yang suka buat penanaman mereka ada ruang bagi mereka dan saya rasa semua ini haruslah dicontohi oleh kita dari Malaysia. Sebenarnya kalau negara kita berminat untuk menarik lebih pelaburan asing atau pun wang asing untuk masuk di negara kita ini, sebenarnya kita ada cuaca yang kurang sejuk. Nilai ringgit kita ini tidak begitu tinggi berbanding dengan mata wang negara asing. Sebenarnya kita boleh menggalakkan mereka millionaire jutawan daripada negara-negara maju untuk datang bermastautin dan duduk di dalam retirement homes di Malaysia ini. Jadi ini dijadikan satu business. Mereka bawa berjuta-juta ringgit letak dalam bank di Malaysia ini juga untung bagi negara kita. Saya rasa ini satu bidang sebenarnya saya rasa kita boleh adakan. Saya juga tahu macam di Taiping ada satu pusat jagaan warga emas yang khususnya untuk orang Jepun sahaja dan saya diberitahu yang retirement homes itu dioperasi dengan baik. Saya hendak bagi satu cadangan bagi pihak kerajaan dan saya masih ingat bila saya jadi Exco di Selangor, ada developer pemaju di Malaysia sebenarnya mereka berminat untuk mewujudkan retirement homes. Akan tetapi mereka menghadapi masalah kerana kalau kita hendak betul-betul ada retirement homes model Australia itu, mereka ada klinik dan kawasan itu memang haruslah besar. Adanya satu klinik yang mana juga ada jururawat. Ada seksyen bagi warga emas yang terlalu uzur, terlalu sakit kerana mereka perlu special care oleh doktor atau pun jururawat. Bagi mereka yang dementia, sudah tidak ingat tempat, mana bilik dia, dia pun sudah tidak ingat, tetapi mereka masih boleh jalan-jalan dalam halaman retirement homes itu. Jadi jururawat sentiasa berada akan memantau aktiviti mereka. Bagi warga emas walaupun mereka tua tetapi masih sihat dan boleh bergerak pergi main golf ataupun shopping, mereka diletakkan dalam retirement homes dalam seksyen yang lain. Semua ini saya rasa ada satu bentuk bagi kerajaan ataupun pihak swasta untuk jaga mereka warga emas yang tua. Akan tetapi saya rasa rang undang-undang ini tidak sebut tentang ini. Jadi saya tidak pasti walaupun ini adalah rang undang-undang untuk pusat jagaan warga emas swasta untuk kategori yang mana. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat dalam rang undang-undang ini ada sebut macam pegawai Kementerian Kesihatan haruslah pergi semak yang premis pusat jagaan warga emas dan sebagainya dan saya hanya nak tanya sama ada kementerian sudah ada guideline ataupun tidak kerana kalau betul-betul mahu buat retirement homes mereka perlu melalui PBT. Lepas PBT kena Kementerian Kesihatan. Jadi double authorities yang kita kata. Ini akan menjadikan proses permohonan ini menjadi lebih panjang. Saya rasa kalau ada, mungkin ada satu seksyen khas atau pegawai khas di Kementerian Kesihatan haruslah mempunyai guideline bagi mereka yang berminat untuk buat retirement homes sama ada bagi warga Malaysia, ataupun warga asing. Tuan Yang di-Pertua, saya juga lihat seksyen 42, yang mana sebut pemegang lesen boleh menerima masuk orang yang berumur di bawah 60 tahun sebagai orang yang terima jagaan dan kemudahan. Jadi nampaknya yang warga emas dalam rang undang-undang ini adalah 60 tahun. Sebenarnya saya pernah lihat pusat jagaan warga emas di kawasan saya, saya dapati ada yang agak sama umur dengan saya 50-an ini, mereka pun masuk pusat jagaan warga emas. Sebenarnya mereka ini sihat, mereka dalam pusat jagaan warga emas bagi saya dalam kaca pandangan sayalah, ini orang malas, masih boleh kerja. Akan tetapi kerana ada pusat kebajikan sudi terima mereka, jadi dia pun masuk kerana makan percuma, tidur percuma tapi mereka tidak ada aktiviti yang lain.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sebenarnya kalau pihak kementerian— saya tidak pasti yang ini haruslah di bawah kementerian mana tetapi kalau ada rang undang-undang di bawah Kementerian Kesihatan, saya hendak cadangkan mungkin kementerian boleh adakan pegawai yang bagi ongoing training bagi mereka yang volunteer ataupun mereka yang beroperasi di pusat jagaan warga emas supaya adakan kaunseling dan juga galakkan mereka adakan aktiviti bagi warga emas. Ini kerana ada warga emas walaupun 60 tahun ke atas tetapi masih sihat. Sebenarnya mereka boleh buat aktiviti macam penanaman sayur, ternak ikan, ternak ayam kalau ada halaman. Saya rasa haruslah galakkan mereka walaupun tua tetapi gunakan otak, gunakan kepakaran yang mereka ada itu untuk lakukan sesuatu supaya pusat jagaan warga emas tidak dijadikan macam sebuah rumah perlindungan untuk mereka tetapi mereka boleh adakan aktiviti yang lebih produktif. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak cadangkan— terdapatnya pusat jagaan warga emas kerana mereka ini berorientasikan ataupun dibuat oleh persatuan untuk kebajikan, saya hendak cadangkan, kalau kementerian boleh, minta tolong mereka. Saya pernah melawat satu pusat jagaan warga emas yang ia diletakkan pada tingkat pertama kedai, rumah kedai. Di bawah ialah kedai yang jual keranda, sell coffin. Di hadapan mereka itu adalah cemetery, tanah perkuburan. So, kalau kita lihat masuk ke tempat itu semua adalah katil dan mereka yang tua, yang uzur. Sebenarnya ini kebajikan. Kita tidak boleh salahkan mereka. Mereka ini bagi saya kalau sesiapa warga emas yang duduk dekat sana, nampaknya mereka tidak ada esok bagi mu. Apabila mereka buka tingkap, dia lihat tanah perkuburan di hadapan mereka. Kalau hendak turun bawah, dia lihat kedai keranda. So, ini saya rasa dari segi psikologi dan sebagainya memang sangat tidak sihat bagi warga emas ini. Saya katakan tadi pusat jagaan warga emas itu penuh sesak dengan katil kerana pusat jagaan itu memang tidak suka terima duit ataupun derma dalam bentuk cash daripada orang ramai. Dia kata kalau kamu mahu tolong, tolong orang tua, mandikan mereka setiap hari ataupun datang ke pusat jagaan itu masak bagi orang tua. Jadi saya lihat semua sukarelawan pergi tolong. Itu sahaja. Akan tetapi saya rasa kalau kementerian, kalau kita ini satu kerajaan yang prihatin pada rakyat, bagi pusat warga emas yang bentuk seperti ini, kerajaan haruslah tolong. Tolong mereka pindah ke tempat yang lebih sesuai. Bukan buka tingkap lihat tanah perkuburan di hadapan mereka. Adakan program dan aktiviti yang boleh menggalakkan warga emas ini boleh buat sesuatu.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju ya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, ya, sila.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Seputeh. Saya dengar dan tertarik tentang statement Ahli Yang Berhormat. Sepatutnya kerajaan kalau prihatin, bagi lebih kemudahan dari kerajaan. Di lain negara, begitu. Sebab, sekarang pihak swasta terpaksa cari dana untuk menubuhkan pusat jagaan warga emas. Setuju atau tidak?

Yang Berhormat Seputeh, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin tanya, kalau Yang Berhormat Seputeh setuju, bahawa dalam rumah for the aged ini, dengan izin, sepatutnya ada juga tempat sembahyang untuk Kristian, Islam dan pelbagai agama yang ada di pusat penjagaan orang tua ini. Setuju kah bahawa ini sepatutnya juga satu condition bila membina sesuatu pusat begini? Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih kedua-dua rakan saya ini. Memang ini betul tetapi apa yang saya sebut tadi, semua ini adalah pusat jagaan yang sedia ada di Lembah Klang, di Kuala Lumpur dan juga di Selangor. Kalau mereka ini dalam berorientasikan kebajikan, saya rasa kita tidak boleh salahkan mereka walaupun kalau mengikut garis panduan, memang ini saya rasa telah pun salah dari segi garis panduan. Tadi ada rakan yang sebut tentang kalau berlakunya kebakaran, macam mana? Begitu ramai orang tua dan di tingkat atas pula. Macam mana hendak bawa mereka turun? Semua ini sebenarnya isu tetapi ada pilihan kah? Tidak ada orang peduli mereka selama ini. Mereka buat kerana hanya hendak buat sesuatu yang baik untuk orang tua sahaja. Bagi saya,

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

saya memang setujulah ya, memang kerajaan haruslah prihatin terhadap warga emas yang ada sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cadangkan kerana saya lihat ada banyak, ada fasal yang tentang penalti, denda dan sebagainya. Jadi saya bimbanglah nanti pusat jagaan yang saya sebutkan tadi itu kalau hendak denda, memang mereka wajib didenda. Akan tetapi apa pilihan lain kerana mereka buat semua ini mereka dapat dana daripada orang ramai. Ada yang tidak dapat gaji pun. Yang sukarelawan itu, hanya mereka hendak jaga orang tua sahaja. So, sometimes very difficult kalau kita hendak melaksanakan fasal-fasal ini untuk pusat jagaan yang sedia ada. Saya lihat seksyen 53 yang kata pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang menyediakan jagaan kepada empat warga emas atau lebih haruslah disifatkan telah dilesenkan di bawah akta ini. Walaupun dilesenkan, sebenarnya kalau hendak ikut semua guideline ini, mungkin saya rasa susah bagi mereka untuk mengikuti waktu sekarang. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, macam mana Kementerian Kesihatan menangani pusat jagaan yang sedia ada itu? Bagi pusat jagaan swasta yang berorientasikan keuntungan atau profit oriented itu, saya juga pernah lihat ada juga di kawasan saya yang fee ini bukan murah. Sebanyak RM4,000 lebih bagi satu warga emas satu bulan. Akan tetapi kalau kita lihat fasilitet yang ada macam Yang Berhormat Penampang kata tempat sembahyang semua ini, memang tidak ada lah. Akan tetapi saya juga rasa mereka ini bagi satu perkhidmatan kepada keluarga yang tidak mampu jaga warga emas ini dalam keluarga mereka. Jadi akhirnya, saya hanya hendak cadangkan mungkin kerajaan boleh bagi rating macam kita lihat hotel ada tiga star atau tiga bintang, empat bintang, lima bintang. Mungkin kalau kita hendak galakkan adanya retirement homes itu bagi mereka yang mampu untuk duduk dalamnya, mungkin kita harus bagi rating, bagi mereka darjah, bintang itu sebagai satu galakan. Saya juga hendak cadangkan kalau pihak Kementerian Kesihatan juga akan menggunakan rang undang-undang ini untuk menangani permohonan perwujudan retirement homes, saya rasa banyak detail nya saya rasa yang kita harus ambil perhatian. Maksudnya, dalam retirement homes yang saya pernah lawat di Australia, pintunya sangat besar supaya mereka yang duduk atas kerusi roda ini boleh masuk ke tandas ataupun keluar masuk bilik mereka. Tiles itu harus kasar punya, tidak boleh terlalu licin dan juga fasilitet dalam tandas dan sebagainya, semua ini yang harus ada guideline. Ini adalah memudahkan warga emas yang duduk di dalamnya. Juga, halamannya mesti mempunyai halaman yang besar, adanya program bagi warga emas dan sebagainya. Saya rasa kesemua yang terperinci yang saya katakan ini mungkin kita harus ada satu bahagian yang khas untuk adakan dialog dengan mereka yang ingin mewujudkan retirement homes. Ini kerana seperti apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan saya juga setuju, yang negara kita ini semakin menuju ke arah aging society yang mana kita sebagai penggubal undang-undang dan juga penggubal polisi haruslah ada vision atau wawasan untuk lihat macam mana kita menangani semakin ramai warga emas yang knowledgeable, yang berpendidikan dan macam mana kita menjaga kebajikan mereka apabila sampai ke umur tua. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mengambil tindakan yang dianggap satu keperluan memastikan pusat-pusat ini beroperasi, berlesen dengan infrastruktur yang seragam dan standard piawaian yang diperuntukkan. Dengan adanya rang undang-undang ini nanti, tempat, kemudahan dan perkhidmatan jagaan warga emas akan terjaga dan terbela, lebih-lebih lagi penghuninya akan dapat standard perkhidmatan yang menyamai pusat jagaan warga emas yang lebih mirip kepada piawaian pusat yang serupa dengannya di peringkat antarabangsa.

Kita semua harus sedar bahawa seorang warga emas sinonim dengan empty nest syndrome, dengan izin, kesunyian, isu-isu yang melibatkan daya seksualiti, psikologi yang lebih mirip kepada kemurungan ini diakibatkan oleh perubahan hormon, garis keturunan dan tekanan hidup. Akan tetapi saya percaya jika dibantu oleh persekitaran sama ada manusia, prasarana dan dasar negara, kita dapat mewujudkan satu populasi warga emas yang berfikiran positif melalui cabaran hidup, bersikap realistik terhadap perubahan hidup, membawa satu paradigm baru bersama rakan-rakan sebaya dengan persekitaran sosial pilihannya. Setelah melihat rang undang-undang ini, saya berpendapat ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan yang mungkin kementerian boleh mengambil kira atau membuat perancangan menjangkau masa dan mungkin juga melibatkan dasar kesihatan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil pendekatan yang berbeza dan ingin melihat peranan warga emas sekiranya diberi keupayaan di arus perdana negara. Saya lihat ini di kawasan Parlimen saya sendiri di Kuala Kangsar di mana ia diminati, menjadi tempat ramai warga emas yang ingin bersara walaupun mereka bukannya orang Kuala. Mungkin kerana faktor-faktor tertentu yang menarik minat mereka. Seseorang warga emas kalau diambil kira dari umurnya iaitu 60 tahun, mempunyai keupayaan bagi zaman kita ini. Saya berpendapat masih berupaya berdasarkan kepada gaya hidup, tahap pendidikan dan juga amalan kesihatan. Saya juga merasakan seseorang warga emas itu mempunyai keupayaan mengendali dan merancang serta membuahkan ideanya yang dapat membantu hal-hal berkaitan rakan-rakan yang setaraf atau sama band umur dengannya, kecuali mereka yang mengalami penyakit yang perlu dibantu walau apa pun latar belakangnya. Kita harus melihat dan merungkai semula kehendak-kehendak warga emas kita mengikut localitynya, tekanannya dan kehendak mungkin sangat berbeza. Kita harus menitik beratkan soal pokok iaitu merencana kualiti hidup warga emas. Warga emas yang boleh berdikari, yang boleh memartabatkan dirinya, dihormati, sihat, positif, aktif, kesejahteraan hidup ditingkatkan dan yang sangat penting juga adalah diberi peranan kepada warga emas untuk menyumbang kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong segala usaha kerajaan yang banyak mengadakan program-program warga emas yang berasaskan komuniti, mempunyai rakan sebaya yang memahami perasaan hati dan mempunyai amalan yang sama dan mengisi masa kosong akan menaikkan lagi taraf kehidupan warga-warga emas ini. Saya mencadangkan kepada kementerian, apa sahaja usaha Kementerian Kesihatan yang melibatkan kesihatan warga emas harus melibatkan warga emas yang boleh memberi pandangan dan mengadakan perbincangan dan kaji selidik yang spesifik untuk perkara- perkara yang melibatkan komuniti atau kumpulan warga emas itu sendiri. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang baru dan melibatkan pakar kaunselor dan psikologi di Kementerian Kesihatan. Jadi, ia akan lebih membantu dan bersasar. Dana khas juga harus diwujudkan bagi warga emas untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi semua pemeriksaan dan tanpa mengira latar belakangnya dan keupayaannya. Sekiranya berupaya ke klinik-klinik desa, boleh juga tetapi kalau tidak mampu, mereka boleh dilawati dan diziarahi seperti dilakukan sekarang tetapi harus dipergiatkan lagi. Bagi mengenal pasti fasiliti dan prasarana yang patut ada di pusat-pusat ini, saya mohon kepada kementerian mengenal pasti punca penyakit-penyakit atau ketidakupayaan yang kerap berlaku di kalangan warga emas di Malaysia dari segi penyakit fizikal dan emosi. Kerana apa? Dari sini kita akan mengenal pasti apakah fasiliti dan prasarana yang harus ada di pusat-pusat jagaan kesihatan warga emas swasta ini. Jangan pula fasiliti yang ada di pusat-pusat ini hanya seperti melepaskan batuk di tangga sebab mahukan pendaftaran lesennya tidak ditolak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat satu syarat harus diadakan terhadap anak-anak warga emas yang menghuni penjagaan kesihatan warga emas ini. Satu perhubungan terus sama ada berbentuk ziarah ataupun berbentuk online melalui FaceTime atau Skype harus diletakkan sebagai syarat untuk menerima warga emas sebagai penghuni. Dijadikan anak-anak penghuni ini sebagai ahli jawatankuasa sekiranya ada penghuni yang juga bertanggungjawab dengan hal-hal berkaitan ibu dan bapa mereka. Jangan galakkan seseorang anak itu melepaskan tangan secara langsung terhadap tanggungjawabnya terhadap bapa atau ibu mereka. Perbanyakkan usaha yang melibatkan keluarga warga

walaupun tinggal sebatang kara supaya emosinya lebih bahagia di kalangan warga emas, akan mengurangkan penyakit dalam jangka masa panjang. Di dalam setiap idea yang baik seperti ini Tuan Yang di-Pertua, ia akan gagal sekiranya penguatkuasaan dan pelaksanaannya meleset dan tidak rapi. Saya harap penguatkuasaan yang melakukan penyeliaan dan pengawasan di premis-premis ini di perkasa kan dengan peraturan yang rapi. Ia harus dibuat secara mengejut dan mempunyai gred atau star rating system supaya menjadi galakan kepada semua pengusaha untuk mencapai gred tertinggi demi menggalakkan standard yang tertinggi. Memandangkan juga pusat-pusat kemudahan kesihatan ini berlandaskan keuntungan, mereka akan terpaksa memastikan mereka mendapat pengiktirafan yang baik untuk menjalankan usaha mereka. Tuan Yang di-Pertua, moga usaha kementerian melalui pengurusan warga emas berjaya. Kuala Kangsar menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk menyertai perbincangan ini kerana antara lain, saya dapati polisi negara untuk warga emas ini sudah begitu lama digubal dan diluluskan iaitu pada bulan Oktober 1965 Malaysia antara negara yang terawal sekali memikirkan perkara tersebut. Perkara kedua saya ingin jelaskan bahawa, semenjak tahun 80-an kita sudah mengadakan apa yang dipanggil universal health coverage. Maknanya, kita menjaga rakyat kita dari segi kesihatan dan coverage kita mengikut World Bank adalah 90 peratus. Apabila saya melihat undang-undang yang dikemukakan, saya juga melihat beberapa kajian yang dibuat. Kita akan menghadapi sekurang-kurangnya tiga hingga empat juta warga emas dalam masa lima, enam tahun dan undang-undang yang kita bincangkan dengan begitu panas ini hanya dapat menyelesaikan tidak lebih daripada 20 peratus masalah tersebut. Itu sebabnya.

Di beberapa negara menunjukkan private sector, swasta coverage dalam hal-hal ini paling tinggi 20 peratus. Di Malaysia boleh jadi kurang daripada tersebut sebab daripada kemajuan perangkaan yang ditunjukkan, kita tidak cukup simpanan warga emas, yakni terlalu ramai warga emas yang tidak mempunyai simpanan. Bagaimana dia boleh memasuki sektor swasta kalau dia tidak boleh membayar? Kalaulah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seputeh 4,000 sebulan maknanya angka yang saya jangkakan adalah tidak sampai satu peratus. Oleh sebab itulah saya hendak ingatkan bahawa walaupun kita ada undang-undang ini tetapi kita ada satu tugas yang sangat lebih besar lagi iaitu menggubal satu dasar supaya warga emas ini diterima sebagai satu fenomena yang nyata bukan di Malaysia sahaja. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Saya baru bersama-sama dengan rakan-rakan di Korea Selatan membincangkan perkara fenomena ramainya warga emas ini iaitu sudah ternyata dua fenomena yang bakal berlaku di Malaysia. Jumlah umur warga emas akan meningkat melebihi 74 tahun dan kaum wanita melebihi dua, tiga tahun lebih lama lagi. Kedua, yang juga jelas adalah fertility rate atau keadaan kesuburan itu sudah juga menurun. Jadi apa yang berlaku penduduk akan berkurang tetapi jumlah penduduk warga emas meningkat. Perkara bukan berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara jiran kita, Singapura, Indonesia, semua mengalami keadaan ini. Oleh sebab itu, saya rasa saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa undang-undang ini tidak cukup untuk digubal. Silakan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya respons.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik sedikit hendak respons kerana saya pernah beberapa

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

kali sebut tentang kaitan kadar kesuburan dengan masalah warga emas yang kita akan hadapi. Daripada pengalaman saya masalahnya bukan kita tidak ada peraturan atau pegawai, tetapi masalahnya dana. Ini kerana sebahagian daripada masalah kesihatan yang terjadi pada warga emas kita memerlukan dana yang agak banyak. Misalannya ramai orang Malaysia sekarang kerana pemakanan jadi masalah fatty liver, liver cirrhosis kegagalan hati. Itu semua penyakit-penyakit yang kalau diubat secara konvensional atau bukan konvensional pun kosnya sangat banyak. Jadi berlaku sekarang apabila kita rujuk kepada hospital atau kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan yang biasa diberi di Kedah, dalam RM150 sehingga RM200. Tak dapat menampung apa-apa. Jadi dana dan persediaan kewangan itu saya rasa yang saya sebut oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak itu sangat-sangat relevan kita fikirkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Bandar Tun Razak sikit Yang Berhormat Bukit Katil. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak mengenai dasar ageing population dengan izin dan ini tentunya khusus berkaitan dengan apa yang bangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak mengenai savings pada mereka yang berumur warga emas ini. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak, di dalam 11th Malaysian Plan dengan izin Pelan Malaysia Ke-11 ada dinyatakan bahawa antara tumpuan kerajaan adalah untuk menggalakkan penyertaan warga emas terutamanya yang bracket low income group dengan izin untuk dibuat satu voluntary savings dan juga retirement scheme yang lebih bersepadu untuk memastikan agar masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak itu dapat diatasi iaitu masalah kekurangan dana, wang dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak? Terima kasih.

Terima kasih terhadap pandangan itu dan ia sangat baik untuk kita bincangkan. Perkaranya yang mengenai pendapatan. Oleh sebab kita menghadapi satu keadaan iaitu jurang pendapatan golongan yang berada dan yang tidak berada walaupun dari segi puratanya kita nampak macam satu negara maju. Sebenarnya terlalu ramai yang mempunyai pendapatan yang sedikit. Oleh sebab itu kita perlu buat persediaan. Jangkaan yang dibuat oleh United Nations Human Rights dari Geneva menunjukkan antara negara-negara yang kelak tidak cukup pendapatan untuk disimpan untuk membaiki keadaan warga emas ini juga termasuk Malaysia walaupun Malaysia bakal menjadi negara maju. Oleh sebab itu perkara ini saya ingatkan. Kedua, saya juga merujuk daripada kajian yang dibuat bahawa oleh sebab negara Malaysia akan menjadi negara urbanized maknanya negara perbandaran iaitu lebih daripada 70 peratus daripada penduduk dalam negara Malaysia ini akan duduk di kawasan bandar dan sedikit sahaja di luar bandar. Maka keadaan itu juga memberikan beban yang sangat besar kepada warga emas dan saya hendak ingatkan bahawa kajian menunjukkan fenomena apa yang dipanggil nucleus family (keluarga tunggal) keadaan negara satu keluarga yang tidak ada kira saudara mara adalah lebih banyak daripada fenomena extended family (keluarga besar). Suatu ketika dahulu orang-orang kita di kampung duduk boleh beramai-ramai tetapi apabila mereka tinggal di pangsapuri mereka tidak sanggup menerima lebih daripada satu keluarga. Jadi ini keadaannya, apa yang saya hendak tunjukkan dalam perbincangan hari ini, dan undang-undang ini perlu dibahaskan. Saya berharap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebajikan cuba memikirkan perkara yang lebih besar daripada ini iaitu yang saya katakan 80 peratus masalah kita. Maknanya kalau kita bergaduh tentang 20 peratus masalah yang lain itu tetapi tidak selesai pun tidak guna. Oleh sebab itu, saya telah membuat beberapa kajian yang antara lain kita kelak menghadapi masalah kekurangan health and care staf maknanya pegawai-pegawai untuk menjaga masalah ini. Masalah ini tidak selesai kalau diadakan syarikat swasta kerana mereka akan melarikan pakar-pakar yang sepatutnya bekerja dengan kerajaan ke sana dan menyebabkan masalah itu menjadi lebih besar. Kedua, keadaan penswastaan pembandaran ini akan mengasingkan the family, yakni akan menghindarkan keluarga daripada duduk bersama. Saya telah jelaskan tentang saving labor iaitu kumpulan poverty population akan bertambah.

Jadi kalau kita membuat satu strategi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan perkara ini ia mesti dilihat dengan lebih terperinci sebabnya terdapat warga emas yang akan menjadi miskin disebabkan tiada lagi harapan untuk mendapat pendapatan daripada sumber lain. Bagaimanapun daripada pernbincangan saya dengan rakan-rakan di Korea itu kami berpendapat bahawa kita mesti ada satu strategi untuk mengatasi masalah warga emas ini. Strateginya yang dipanggil dalam bahasa Inggeris promoting healthy and active jadi dua perkara yang kita mesti selesaikan. Satu adalah kesihatan, kedua kita mesti tentukan warga emas ini aktif.

Apabila warga emas sihat dan aktif dijangkakan tidak mereka mengharapkan subsidi. Mereka boleh bekerja. Ada satu kajian yang dibuat di Mesir yang mengatakan jika kita ambil warga emas itu kembali bekerja akan terjadi masalah pengangguran. Sebenarnya kajian itu dibuktikan bahawa pengambilan warga emas untuk bekerja tidak semestinya mewujudkan pengangguran. Oleh yang demikian, saya berharap perkara ini dapat dibincangkan dengan terperinci dan dari segi rang undang-undang kita juga mesti tambah dua perkara iaitu apa yang disebut non-profit organization dan profit organization. Kedua-duanya tidak boleh dicantumkan sebagai usaha pihak swasta. Oleh sebab itu undang-undang ini kalau hanya untuk swasta, pun mungkin mengurangkan lagi keupayaan untuk menyelesaikan masalah kesihatan kalangan warga emas. Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja pandangan yang dapat saya sumbangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ramai lagi yang hendak berbahas ya. Ya, sila Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan mengambil masa yang panjang kerana saya nampak rang undang-undang ini memang perlu dan digubal secara pada permulaan sahaja. Rang undang-undang ini yang begitu nebula, yang kabur, sengaja dikaburkan, samar-samarkan supaya kita dapat bermula dengan usaha untuk mendaftar dan juga menjadikan satu pemantauan yang diharapkan pada satu hari kelak kita akan ada satu sistem yang berkesan untuk memberi perkhidmatan yang baik bagi warga emas yang hendak capai satu angka enam juta orang sudah tidak lama lagi. Di sini yang pentingnya mungkin fasal 42 itu selain warga emas boleh diterima masuk, ini memang kita tidak boleh elak. Kalau seorang itu 50 tahun umurnya, dan dia ada masalah. Bagi dia walaupun 50 tahun tetapi dia sudah jadi seorang yang berusia emas dah. Apakah kita akan buat dengan orang yang seumpama ini? Mungkin fasal 42 itu tidak perlu dimasukkan kerana ini masalah. Saya nampak daripada rang undang-undang ini pihak Yang Berhormat sudah membincangkan beberapa pihak yang berkepentingan. Jadi didapati begitu banyak secara umumnya hendak menarik perhatian. Saya berharap semua Ahli Parlimen di sini dapat mengambil perhatian kerana semua orang di sini tidak kira umur 40 tahun ataupun 50 tahun atau lebih satu hari akan capai 60 tahun. Itu tidak boleh dielakkan. Di sini selain daripada itu kita tidak perlu fasal 42. Kita mungkin pada satu hari kelak apabila rang undang-undang ini dipinda dan maksud Yang Berhormat itu hendak pinda dari semasa ke semasa untuk membolehkan perkhidmatan diberi dengan lebih sempurna. Di sini mungkin satu cadangan untuk mempopularkan ataupun menyemaikan semangat atau kepercayaan di dalam bermasyarakat supaya kita menghormati orang yang lebih 60 tahun. Sekarang saya nampak di banyak tempat kerja termasuk di dalam jabatan kerajaan pun tidak begitu menghormati orang-orang yang berusia emas ini. Bukan saya tidak hormati. Kadangkala layanan tidak baik. Ada disebutkan daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi di Korea, penghormatan itu ada dia nampak. Kalau kita pergi ke Jepun kita nampak sangat. Kadangkala satu organisasi dia sengaja letakkan orang yang berusia 80 tahun sebagai penasihat, sebagai walaupun orang ini tidak mampu untuk melakukan apa yang boleh dibuat oleh orang yang 30 tahun tetapi diletakkan di situ untuk memberi nasihat dan sebagainya selagi seorang warga itu mampu memberi nasihat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Walaupun dari segi jasmani tidak begitu kuat tetapi fikiran itu mungkin tidak terjejas. Saya akan menekankan di dalam Dewan yang mulia ini. Walaupun seseorang itu lebih 60 tahun tetapi otaknya [Disampuk] Bukan. Otak itu tidak ubah. Otak manusia itu asalkan dia tidak ada sakit di otak, otak itu masih boleh berfungsi dengan secara normal. Metabolism itu berlaku secara normal Tuan Yang di-Pertua. Walaupun dia berumur 80 tahun. Kalau dia sihat, otak itu boleh berjalan dengan betul seolah-olah dia muda lagi. Ini satu hakikat dan kenyataan walaupun orang tidak tahu. Ya, itu saya berharap kita dapat pada satu hari kelak kita hendak pinda rang undang-undang ini kita masuk satu fasal supaya ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya hendak rujuk balik kepada fasal 42 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Ia adalah berkenaan dengan fasal yang membolehkan Menteri memberi ruang untuk pemegang lesen menerima sesiapa selain warga emas diterima masuk ke dalam pusat jagaan tersebut. Itu yang dibangkitkan tadi. Apabila kita meneliti fasal ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, kita dapati Menteri iaitu Menteri Kesihatan akan berunding dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebab mereka yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Adakah ini akan memberi ruang kepada orang kurang upaya (OKU) untuk dimasukkan ke dalam pusat jagaan kesihatan. Oleh sebab definisi selain warga emas ini terlalu terbuka, luas. So, kita perlu satu komitmen daripada kementerian menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan selain warga emas? Adakah orang kurang upaya disambut masuk dalam fasal tersebut? Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, itu memang digubal dengan sedemikian secara umum sahaja. Banyak perkara lagi termasuk OKU dan sebagainya mesti dipertimbangkan. Itu pada masa satu hari kelak. Sekarang yang pentingnya kita luluskan dulu. Kemudian pihak kementerian akan menerima aduan daripada pelbagai pihak dan memperbaiki, menambahbaikkan undang-undang yang kita ada. Ini satu enabling law, satu undang-undang yang membolehkan kita bermula dengan pendaftaran dan pemantauan orang usia emas.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Di sini saya nampak itu kuasa diberi kepada Ketua Pengarah. Ketua Pengarah memang diberi kuasa yang besar sangat. Jadi, kita mesti ada fasal yang boleh mengehadkan juga. Ini kerana apabila kuasa itu terlalu besar, kadangkala boleh berlakunya kesalahan yang besar.

Salah guna kuasa.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Boleh disalahgunakan. Ini apa sahaja di dalam keseluruhan rang undang-undang ini, kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah memang besar, Tuan Yang di-Pertua. Mungkin Tuan Yang di-Pertua pun boleh mendalami begitu besar kuasa dia itu.

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Memang saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kepong bahawa terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Ketua Pengarah di mana saya lihat di sini satu daripada seksyen iaitu seksyen 5(3) mengatakan bahawa “Ketua Pengarah boleh menentukan standard atau kehendak yang berlainan bagi jenis premis yang berlainan yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas akan disediakan”. Maksudnya dia akan menentukan segala-galanya dan tidak dinyatakan secara spesifik apakah yang boleh ditentukan, apa yang tidak boleh ditentukan. Di sini seolah-olah nampak sebagai dia akan menentukan segala-galanya. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan seksyen 5(3) ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat sebutkan perkara yang kita perlu sentiasa mengambil perhatian kerana apabila kuasa terlalu besar, bukan saja di fasal tadi, semua. Semua, banyak, tidak perlu disebutkan. Hampir semua kuasa diberi kepada Ketua Pengarah. Itu yang dibuat.

Yang Berhormat, boleh sambung sikit?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sila.

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kepong. Apabila kita meneliti setiap fasal, setiap fasal memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Pengarah. Dalam penerangan rang undang-undang ini, Ketua Pengarah adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Seorang diberikan kuasa untuk membuat keputusan dari sudut lesen, dari sudut garis panduan, dari sudut pembatalan lesen. Jadi kita memberi satu kuasa mutlak kepada seorang individu. Saya rasa kementerian perlu mengambil perhatian tentang benda ini. Kebelakangan ini, dua, tiga tahun, kita banyak gunakan panel suruhanjaya dan sebagainya dalam akta-akta yang berlainan. Hanya yang ini berbeza sedikit. Apabila saya mendapati akta ini akan diperkenankan dalam Dewan yang mulia ini, saya berharap ada satu badan. Akan tetapi apabila saya meneliti satu persatu muka surat, semuanya diletakkan pada bahu seorang individu yang dipanggil sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Padahal, akta ini adalah akta yang amat penting. Pandangan Yang Berhormat untuk Yang Berhormat Menteri jawab sebentar nanti. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, kita memang perlu mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya macam mana kuasa yang mutlak ini, hampir mutlak yang tidak boleh disalahgunakan kerana kuasa itu memang mewujudkan rasuah dan mewujudkan ketidakadilan. Kita sentiasa diberi peringatan bahawa kalau kuasa yang begitu besar, kita perlu satu fasal untuk mengehadkan pihak Ketua Pengarah Kesihatan melakukan itu perkara yang ikut kehendak hati sahaja. Ini kita memang mengambil perhatian. Banyak lagilah yang boleh kita bincangkan tetapi kerana ini hanya satu permulaan, saya tidak akan mendalami. Cuma, itu Yang Berhormat Bandar Tun Razak memang dia buat kajian, memang ada buat kajian. Kita tidak boleh kata Australia ia macam ini, di Jepun ia macam ini sebagai contoh kita boleh mempelajari daripadanya. Ini kerana kita di Malaysia ini mula sahaja ada undang-undang untuk mengawal. Kalau hendak kita capai tahap yang dicapai di Australia itu, mustahil. Cuma satu contoh kita boleh mempelajari daripadanya. Saya setuju kerana saya pergi juga melawat tempat-tempat jagaan dan sebagainya. Kadangkala itulah keadaan begitu teruk, sesak dan penjaga pun tidak begitu mahir dalam hal ini. Kadangkala keadaan itu begitu menyedihkan kita, menyedihkan. Akan tetapi di Cheras ada satu tempat memang lebih sempurna. Tuan Yang di-Pertua pun tahu di Cheras itu ada satu pusat yang memang lebih sempurna. Walau bagaimanapun, saya berharaplah apabila rang undang-undang diterima – saya berharap...

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Berbalik kepada isu kuasa tertumpu kepada Ketua Pengarah, saya juga hendak membawa ke perhatian Yang Berhormat bahawa seksyen 47, ia lain pula. Ia akhirnya membawa semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah itu berbalik kepada Menteri. di mana dalam seksyen 47 ini mengatakan bahawa Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta daripada pemakaian mana-mana peruntukan akta ini. So, pada mulanya dia bagi semua kuasa kepada Ketua Pengarah. Akhirnya kuasa itu ditiadakan oleh Menteri pula. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan seksyen 47? Akhirnya siapa yang betul-betul berkuasa? Ketua Pengarah ataupun Menteri?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya pun berasalah kita hendak mula dengan rang undang-undang ini untuk membolehkan pendaftaran dan pemantauan dimulakan. Pada peringkat yang awal, mungkin Yang Berhormat Menteri dia hendak kuasa lebih sikit supaya dia boleh melakukan atau menguatkuasakannya dengan lebih berkesan. Akan tetapi, saya berharaplah apabila kita ada memberi kuasa yang begitu besar kepada Ketua Pengarah ataupun kepada Menteri, kita mesti menunjukkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan Yang Berhormat di sini dan kepada rakyat jelata bahawa kuasa ini tidak akan disalahgunakan. Tidak akan disalahgunakan, itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengucapkan terima kasih juga kerana diberi peluang untuk sama-sama berbahas di dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017. Saya percaya bahawa perwujudan rang undang-undang ini adalah respons dan juga persiapan kerajaan terhadap ataupun dalam menangani ageing population yang dalam jangkaan kita pun maklum tadi telah disebut oleh beberapa wakil rakyat bahawa kalau ikut Jabatan Perangkaan bahawa Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030. Jadinya saya hendak menguji sikap yang dibuat ataupun tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian dengan membawa rang undang-undang ini ke dalam Dewan untuk kita bahaskan. Jadinya ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan di sini di mana salah satu daripadanya adalah mengenai pendaftaran institusi jagaan itu sendiri. Ini kerana kita maklum bahawa buat masa sekarang ini memang telah ada juga pusat jagaan yang telah dikendalikan oleh kerajaan dan juga pihak swasta juga.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi apa yang kita bincangkan di sini adalah mengenai pusat jagaan swasta itu sendiri dan kita juga maklum bahawa ada di antara pusat-pusat ini yang mungkin tidak berdaftar. Jadinya saya atau pun mungkin yang hendak berdaftar atau pun mereka belum berusaha hendak mendaftar. Jadi saya kira bila kita membawa rang undang-undang ini ke dalam Dewan ini secara tidak langsungnya kita boleh menggalakkan institusi jagaan yang sudah wujud ini tetapi belum berdaftar ini untuk berdaftar dan juga mempunyai lesen yang kemudian termasuk di bawah yang boleh dikawal selia. Cuma persoalannya yang saya hendak tanyakan kepada pihak kementerian ini adalah, apakah pihak kementerian nanti akan memberi tempoh ataupun masa peralihan untuk pusat-pusat ini kemudiannya berdaftar di bawah rang undang-undang yang baru ini dan kemudiannya bila kita kata lah mereka ini boleh berdaftar, ada tempoh peralihan. Berapa lama lah pula proses peralihan tersebut dan kemudian bila sudah berlesen pula, berapa lamanya pula tempoh sah lakunya. Jadinya kalau kita mungkin boleh diberi maklumat mengenai perkara ini, secara tidak langsungnya kita pun boleh bantu pihak kementerian untuk memberi maklumat ini ke peringkat akar umbi juga. Seterusnya persoalan yang saya hendak bawakan juga adalah mengenai prasyarat yang perlu dipenuhi penjaga-penjaga di pusat jagaan. Ada beberapa kali di mana bila kami atau saya dan rakan-rakan saya ada membuat lawatan, kita melihat bahawa mereka yang menjaga ini pun kita kadang-kadang kita tertanya, sama ada mereka ini mempunyai qualification dengan izin, yang bersesuaian. Ini disebabkan ada yang setengahnya pula yang menjaga adalah warga asing. Jadinya saya hendak tahu lah dan saya lihat perkara ini tidak sepatutnya ada dan saya percaya bahawa rang undang-undang ini dan saya harap dapat penjelasan daripada pihak kementerian mengenai minimum qualification yang akan ditentukan oleh pihak kementerian untuk mana-mana penjaga, apabila menjadi jaga di pusat jagaan ini adakah disetkan ataupun ditetapkan apa-apa jenis kelayakan paling minimum dan kemudian bagaimanakah pihak kementerian juga hendak memastikan bahawa penjaga ini mereka ini akan lebih terlatih kerana kita ini berhadapan ataupun menjaga mereka yang berusia warga emas dan sudah semestinya warga emas dia mempunyai kekangan sendiri, apa lagi kalau sekiranya ini mereka ini tidak berupaya untuk menjada diri sendiri

Yang Berhormat Parit Sulong boleh minta?

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, boleh Yang Berhormat Lanang

Ya Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong saya amat setuju. Saya juga ingin tahu yang siapa yang boleh memohon lesen? Adakah dia ada satu had umur bagi pemohon? Dan sama ada warga emas yang sihat boleh

memohon menjadi pemegang lesen untuk menjaga warga emas pula? Dan juga bagi itu kelulusan dan lesen, di sini ada tulis seseorang tidak boleh ada satu kemudahan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta bagi empat warga emas atau lebih. Jadi satu soalannya ialah, berapakah lesen boleh dipohon bagi setiap individu? Mungkin satu individu mempunyai satu lesen atau dia ada had? Jadi ada orang yang dia memegang banyak lesen, jadi banyak premis dan boleh menjaga banyak warga emas. Jadi ini saya minta penjelasan lah. Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey kalau Terima kasih Yang Berhormat Lanang dan minta penjelasan saya minta Yang Berhormat Menteri lah untuk memberi penjelasan sebab Yang Berhormat Menteri lebih arif untuk menjawab apa juga persoalan yang di utarakan oleh Yang Berhormat Lanang. Tadi saya bercakap dari segi latihan dan saya juga hendak membuat cadangan mungkin kementerian juga boleh terlibat dari segi modul latihan yang mungkin kementerian boleh memantau apa juga modul yang diberikan paling tidak pun mesti ada sebagai contoh fisioterapi kah dan saya percaya kementerian lebih faham dan lebih arif mengenai perkara ini sebab sebagai mana saya katakan tadi risiko untuk menjaga warga emas ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa ataupun orang kebanyakan. Dan saya kira juga bahawa petugas ini juga perlu dilatih untuk mempersiapkan diri mereka untuk menjaga warga emas. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya ingin dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Parit Sulong, setujukan Yang Berhormat Parit Sulong menyebut tentang pemantauan dan pasukan petugas. Saya fikir mungkin menjadi satu pertimbangan pihak kerajaan untuk mewujudkan seakan-akan ahli lembaga pelawat yang terdiri daripada pemimpin masyarakat yang boleh berfungsi untuk memberi maklumat kepada pihak kementerian terutama sekali dalam soal-soal kebajikan, soal-soal berkaitan dengan pelaksanaan supaya ia akan mewujudkan satu ekosistem yang begitu baik sekali kerana di peringkat hospital dan klinik ada Lembaga Pelawat. Mungkin dengan adanya kelulusan rang undang-undang pada hari ini mungkin boleh dibesarkan ke arah lembaga pelawat untuk pusat warga emas swasta pula. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih banyak-banyak, masukkanlah ucapan Yang Berhormat Kuala Selangor ke dalam sebahagian daripada ucapan saya. Sebab itu selari dengan apa yang tadi dengan apa yang Berhormat Kuala Selangor nyatakan juga. Saya percaya dan saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian dan juga kerajaan juga selain daripada cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi mungkin boleh cara untuk memantau operasi dan juga kualiti. Kita faham mungkin ada kekangan di pihak kementerian dari segi manpower dan lain-lain tetapi dalam rang undang-undang ini, dia ada gariskan mengenai cara pemantauan ataupun usaha kerajaan untuk memantau dengan pengujudan rang undang-undang ini. Cuma hendak bertanya sama ada kementerian akan apabila bercakap mengenai pemantauan dan untuk melihat kualiti adakah nanti dia akan buat penilaian tahunan kepada pusat jagaan yang akan dikawal selia ini. Mungkin sebagai contohnya adakah kementerian nanti ada cadangan seperti hendak buat macam kiraan apa seperti General Well-Being Index. Jadi nya letak satu tahap mana indeks paling minimum. Kalau tidak mencapai indeks tersebut maka lesen tidak boleh diperbaharukan. Adakah kementerian akan melihat ini sebagai salah satu daripada cara untuk menjaga dari segi kualitinya dan juga untuk memantau dari segi operasi pusat jagaan swasta yang akan ditubuhkan ataupun yang akan kita luluskan selepas ini. Tadi saya juga yang Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada mencelah mengenai lokasi pusat penjagaan swasta ini. Kita harapkan bahawanya tidak tertumpu di bandar-bandar besar sahaja, sebab bila kita bercakap mengenai warga emas ia nya satu Malaysia. Warga emas, dia bukan berada di bandar besar sahaja. Sehubungan itu saya ingin bertanya daripada pihak kementerian, bila berkata mengenai swasta sudah semestinya akan ada charges, dengan izin. Saya hendak bertanya sama ada kementerian nanti akan memantau jadual fi yang akan di kenakan kepada penghuni-penghuni ataupun adakah kementerian akan membiarkan sahaja dan depend pada pasaran? Kalau permintaan tinggi, macam mana? Kita khuatir kalau tidak ada sedikit sebanyak pemantauan daripada pihak kementerian. Kita kena tengok juga analisa

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

perbandingan Bandar Kuala Lumpur sebagai contohnya dengan Bandar Batu Pahat. Income atau pendapatan berbeza dan kemudiannya cara ataupun masyarakat juga berbeza kehidupan juga berbeza. Mungkin di Batu Pahat mereka tidak mampu untuk duduk di tempat jagaan swasta ini kalau dikenakan satu bayaran yang tinggi kalau kita bandingkan dengan Kuala Lumpur.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya, bagaimana pula cara kementerian hendak melihat bahawa pusat jagaan ini nanti akan boleh digunakan ataupun boleh menjadi— semua berpeluang untuk menduduki tempat ini? Saya ada pengalaman, Yang Berhormat Menteri. Kerana perlu keperluan dan tidak ada orang lain di rumah yang bekerja, anaknya terpaksa bekerja dan terpaksa tinggalkan maknya di dalam rumah dalam keadaan berkunci sebab dia tidak ada orang lain yang hendak jaga. Saya percaya kita ada juga pusat jagaan yang dibuat kerajaan tetapi mungkin jumlahnya tidak ramai. Kalau di daerah ataupun di negeri Johor, kena hantar jauh sampai Mersing kalau tidak salah saya. Kita di Daerah Batu Pahat jauh kalau kita nak ke arah sana. Tetapi, sebab itulah kita perlukan dan saya menyambut baik apa yang dibuat oleh pihak kementerian dengan mewujudkan ini. Cumanya, kena melihat supaya ia boleh memberi manfaat kepada semua orang termasuklah dari segi chargesnya dan yang lainnya dan mempunyai lokasi di serata tempat di Malaysia ini juga. Jadinya, selain...

Yang Berhormat Parit Sulong, sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Parit Sulong menyatakan tentang dari segi locality. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Parit Sulong dari segi tempat yang kita benarkan nanti, dari segi kawasan dia, dari segi geografinya, adakah ini juga kerajaan melihat kesesuaian pusat-pusat yang hendak dijadikan tempat ini? Misalnya, apa yang berlaku apabila berlaku kes-kes kecemasan. Sudah lah yang kita letak ini warga tua, warga emas, kalau tidak ada atau kurangnya langkah-langkah apabila berlakunya waktu kecemasan, bagaimana hendak mengendalikan pusat-pusat ini? Saya bimbang apa yang berlaku baru-baru ini, misalnya berlaku banjir di Pulau Pinang, keluar tersebar gambar pusat jagaan warga emas ini yang sudahlah mereka ini warga emas terbaring atas katil waktu banjir, tiada orang yang selamatkan, lambat nak diselamatkan. Jadi ini memberikan kesan yang lebih berganda kepada warga emas ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Parit Sulong? Apakah kementerian perlu melihat dari segi kawasan- kawasan dari segi geografinya? Terima kasih.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Yang Berhormat Parit Sulong, boleh bagi peluang sedikit lagi? Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya tertarik juga atas isu yang sama yang telah pun dibawa oleh Yang Berhormat mengenai locality di mana Yang Berhormat Parit Sulong ada memberitahu jangan sahaja tertumpu pusat-pusat jagaan di bandar tetapi harus ada di kawasan-kawasan luar bandar. Seperti mana yang telah pun dibangkitkan tadi, ada beberapa survey yang telah pun dibuat, antara satunya ialah daripada National Population and Family Development Board (LPPKN) yang telah pun menyatakan bahawa— survey ini telah pun dibuat pada tahun 2015 dan dinyatakan dalam survey ini hampir 30 peratus warga emas dalam negara kita diabaikan atau tidak menerima sebarang sokongan kewangan daripada keluarga mereka. Mereka ini diabaikan. Kita khuatir sebab dalam tahun 2030 apabila negara kita menjadi satu negara yang seperti Yang Berhormat Parit Sulong katakan tadi menjadi satu negara an aged society, apakah jagaan yang akan diberikan dan sokongan kepada mereka? Bersetujukah Yang Berhormat Parit Sulong bahawa mungkin kerajaan harus mempunyai satu dasar yang holistik untuk melihat dalam jangka masa panjang bagaimana hendak memberi perkhidmatan kualiti kepada orang-orang warga emas? Sebab, kalau kita lihat seperti contoh di Singapura, mereka ada mempunyai rancangan di mana mereka menubuhkan pusat-pusat jagaan di setiap kawasan taman. Walaupun saya tahu ini tidak boleh berlaku sebab Malaysia ini besar tidak sama seperti Singapura, tetapi di Singapura mereka ada membuka pusat-pusat aktiviti untuk warga emas di satu kawasan, satu taman, satu kampung untuk warga emas boleh pergi membuat aktiviti,

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

bercampur gaul dengan orang-orang, kawan-kawan dan sebagainya. Ada aktiviti untuk improve, menambah baik kualiti kehidupan mereka. Juga, mereka ada day care services centre iaitu pusat-pusat jagaan seharian di mana keluarga boleh menghantar ibu bapa mereka atau datuk atau nenek mereka, keluarga mereka yang sudah pun uzur kepada day care centre ini untuk mendapatkan perkhidmatan nursing care per day dan selepas itu mereka akan balik kemudian untuk dapatkanlah. Apakah pandangan Yang Berhormat Parit Sulong?

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, terima kasih kepada kedua- dua Yang Berhormat. Mengenai lokasi, tadi pun saya sudah sebutkan tetapi saya percaya kalau kita bercakap mengenai swasta, mungkin pihak kementerian ada cara mekanismenya sendiri untuk— sebab dia perlu memberi lesen dan segala-galanya. Jadi kita serahkan nanti kepada Yang Berhormat Menteri untuk sambung menjawab bantu atau pun menjawab soalan yang ditimbulkan. Kepada Yang Berhormat Alor Setar pula, pada saya, ini adalah satu permulaan yang sangat bagus apabila kita membawa rang undang-undang dan kita bercakap mengenai kesihatan warga emas. Macam saya mulakan ucapan saya tadi bahawa ini persiapan yang disiap ataupun respons daripada pihak kerajaan dalam kita hendak menangani satu perkara di masa hadapan dan kemudian mungkin dari peringkat ke peringkat, mungkin ia akan difikirkan dibuat oleh pihak kementerian mengenai apa yang Yang Berhormat nyatakan dan saya akan biarkan Yang Berhormat Menteri untuk sambung mengulas dan memberi respons kepada persoalan yang dibawa oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi. Selain itu, saya— okey, jadinya itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Habis sudah point- point semua orang sudah bawa sana, saya sudah tidak tahu mana sudah point saya. Okey, terima kasih banyak-banyak. Dengan itu, Parit Sulong menyokong. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mulakan perbahasan saya berkenan dengan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas 2017 dengan dimulakan dengan surah Al-Haj ayat yang kelima di mana Allah SWT berfirman... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya ialah, ada di kalangan kamu yang mati awal, maknanya dia sebelum umurnya tua. Ada di kalangan kita umur hayat kita ini panjang sehinggakan sudah sampai kepada peringkat kita sudah menjadi nyanyuk yakni kita tidak mengetahui apa yang kita tahu sebelumnya. Itu kita minta pelindung dengan Allah SWT agar kita tidak menjadi golongan seperti begitu sebagaimana doa yang nabi ajar kepada kita... [Membaca sepotong doa] “Ya Allah ya Tuhan ku, minta ku dijauhkan daripada dikenakan penyakit nyanyuk ataupun penyakit pelupa”. Kita membicarakan tentang Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Warga Emas ini satu rang undang-undang yang baik kerana ia membincangkan tentang persiapan tentang negara kita terutamanya pada tahun 2030 dijangkakan 15.3 peratus yakni 4.5 juta rakyat negara kita nanti ialah yang sudah meningkat umur. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak tadi, kadar kesuburan kita rendah sedangkan umur hayat kita ini panjang. Maka kita bincang berkenaan dengan masa depan kita sendiri iaitu masa depan kita akan menjadi orang-orang tua.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Kadang-kadang sehinggakan ada orang takut untuk hendak menjadi tua. Hal ini kerana memandangkan, memikirkan siapa pula yang akan memelihara dan menjaga mereka. Maka, rang undang-undang ini diperkenalkan. Cumanya ialah kita melihat tentang rang undang-undang ini, mungkin apabila sebut tentang perkhidmatan ini, jagaan kesihatan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi, sudah tentu yang menguruskan ini ialah pihak swasta. Bila sebut tentang pihak luar, mereka sudah tentulah yang memikirkan

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

ialah soal keuntungan. Mereka bukan sebagai satu badan yang untuk lebih kepada satu tanggungjawab sosial. Ini satu hal. Oleh itu, kita pada hari ini kita lihat kita mungkin membicarakan tentang perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk orang-orang yang berada. Sedangkan pengalaman saya dan juga mungkin pengalaman daripada kawan-kawan yang lain sebagai Ahli Yang Berhormat, terutamanya apabila kita menziarahi warga emas yang sudah uzur dan sebagainya ialah terdiri daripada kalangan orang-orang yang susah, kita tengok amat menyedihkan. Saya melihat kadang-kadang trend yang ada pada hari ini pula. Sepatutnya urusan hendak jaga, anak ini sebenarnya letakkan pada anak laki-laki. Akan tetapi apa yang berlaku, terutamalah masyarakat Melayu kita pada hari ini, sudah menjadi trend yang memelihara mak ayah ini ialah anak perempuan. Akan tetapi saya pujilah budaya orang Cina. Budaya orang Cina, yang menjaga mak bapa mereka ialah anak laki-laki. Itu menepati dengan kehendak Islam sebenarnya. Oleh sebab itu di dalam Islam, soal faraid, bagi laki-laki diberikan satu bahagian [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Bagi orang laki-laki, dia memperoleh satu, manakala orang perempuan ialah separuh. Bukan kerana apabila boleh satu dan dia hendak ‘action’ kerana dia lelaki, yang seronoknya kadang-kadang apabila hendak faraid, okey dia hendak yang ini. Akan tetapi waktu dia hendak jaga mak ayah, adik perempuan yang jaga. Ini satu perkara yang dalam masyarakat kita yang tidak betul. Dalam Islam sudah diajar bagaimana kalau anak laki-laki ini, sebab itu dia dapat lebih. Kalau ayah dia meninggal, dia kena bertanggungjawab terhadap emak dia. Kalau adik perempuan dia yang jadi janda dan sebagainya, dia bertanggungjawab terhadap adik dia tadi. Kalau adik-adik dia masih tidak bersekolah dan sebagainya, atas tanggungjawab dia. Oleh sebab itu dia dibolehkan kepada dia ialah satu bahagian. Keduanya, untuk hendak memelihara mak ayah ini, ialah memang sepatutnya kepada lelaki. Kalaupun ada anak perempuan yang jaga itu ihsan suami dia sahaja. Kalau suami dia tidak izinkan, maka, sudah tentulah dia tidak boleh buat apa-apa. Oleh sebab itu, asas inilah yang kita tengok, yang berlaku, yang jaga ibu bapa itu sepatutnya ialah kepada anak lelaki. Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini kita lihat amat malang. Perkara itu perkara yang terjadi begitu. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi apabila kita sebut tadi– Ini kita bercakap tentang orang berduit. Apabila sakit, ada duit, tidak apa. Masalahnya bila sakit, tidak ada duit. Sudah tentulah orang yang hendak hantar– orang yang hendak duduk di situ, malahan sesetengah sudah adapun yang kaya-kaya ini sudah pun tempah tempat-tempat jagaan waktu dia hendak tua nanti. Dia sudah tempah untuk orang jaga dia. Akan tetapi macam mana pula keadaan yang kita tengok mereka yang tidak berwang ataupun tidak ada duit? Oleh sebab itu, saya bila ziarah orang, bila kita tengok– Baru-baru ini saya jumpa satu kes, yang jaga orang tua sakit ini, bukan anak, bukan abang, bukan adik tetapi cucu. Cucu bukan cucu sendiri, cucu saudara. Saya orang macam ini, saya cukup hormat. Macam mana saya kata, anak sendiri pun– Ini kebetulan atuk dia ini, orang tua dia ini tidak kahwin dan sebagainya. Saya kata, orang yang macam ini orang yang keluarga miskin. Bukan senang. Akan tetapi jiwa dia besar. Walaupun dia miskin dia sanggup untuk pelihara datuk saudara dia. Ini satu sifat yang cukup baik. Walau bagaimanapun, saya sebut tadi ini ialah merupakan beberapa perkara yang saya hendak jelaskan, merupakan cadangan-cadangan yang perlu ada. Pertamanya ialah saya mengharapkan supaya dalam soal syarat untuk membuka pusat penjagaan ini, biarlah mereka itu benar-benar kompeten, yang ada ‘soft skills’ untuk hendak jaga orang tua. Orang tua ini pun kita takut juga. Kadang-kadang kita tengok tuan-tuan, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat ada anak-anak hendak jaga. Maklumlah, sebab kita pun akan jadi tua. Apabila jadi tua ini macam-macam. Anak bagi makan, kita tidak bagi makan. Anak masak masin, kita cakap manis. Ini kita minta jauh. Oleh sebab itu kadang-kadang kerenah yang ada kepada orang tua ini menyebabkan kadang-kadang anak ini– Dia ada perasaan. Anak pun ada perasaan. Oleh sebab itu, kita pun kita harapkan kalau kita jadi tua, kalau anak kita hendak pelihara, hendak jaga kita, jangan sampai kita bersikap demikian rupa. Oleh sebab itu kita harapkan, penjaga ini mestilah orang yang kompeten dan juga ada ‘soft-skills’ di dalam hendak menjaga orang tua. Keduanya, mempunyai psikologi yang tinggi kerana hendak memahami orang tua. Seperti mana yang kita fahami, mereka orang tua ini kadang-kadang dia mahu kita ambil perhatian terhadap dia dan sebagainya. Maka, sudah tentulah psikologi yang tinggi ini perlu

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

ada. Ketiganya, penjaga ini pula perlu ada kesabaran yang tinggi. Oleh sebab itu kita lihat ada di kalangan orang-orang gaji apabila sebut kata hendak suruh jaga orang tua, dia tidak mahu. Dia lebih rela jaga kanak-kanak. Dia tidak rela untuk hendak jaga orang tua. Oleh sebab itu perlukan kepada penjaga ini perlu ada kesabaran yang tinggi. Keempatnya, pemantauan daripada pihak berkuasa mesti dibuat dengan secara berkala. Kelimanya, biarlah yang orang Islam ini kita harapkan yang menjaga itu ialah terdiri dari kalangan orang Islam, terutamanya apabila mereka hendak menghadapi sakaratul maut. Sakaratul maut ini memerlukan kepada orang yang untuk membolehkan dia mengucapkan kalam syahadah terakhirnya tadi– Yang akhir sekali ialah kita harapkan supaya adanya bentuk kawalan. Kawalan harga yang– Jangan lah kita hendak supaya pusat penjagaan ini lebih kepada soal untuk komersial. Satu lagi kita harapkan kerajaan membolehkan, memberikan subsidi kepada pusat-pusat ini supaya harga yang dikenakan kepada mereka yang berada di sini dapat dikurangkan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Wallahu’alam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam negaraku Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan dan peluang kepada saya untuk saya turut membahaskan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dengan akta ini, sudah tentunya satu akta yang akan memberikan kuasa dan juga peraturan bagi pengawal seliaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dalam pelbagai elemen dan juga perkara. Tuan Yang di-Pertua, bila merujuk kepada warga emas, yang muda kita sayangi, yang tua kita hormati. Ini merupakan satu frasa yang begitu malar segar kerana ia menjadi satu amalan bagi setiap insan kerana merupakan satu lumrah kehidupan sama ada umat manusia ataupun di mana kita berada. Hakikatnya, memuliakan warga emas ini bukan sahaja menjadi satu budaya, tetapi pada hemat saya, merupakan satu elemen dan juga keperibadian bagi membentuk akhlak yang mulia dan di semua agama. Namun demikian, apa yang menyedihkan setelah hampir puluhan tahun bertungkus-lumus membesarkan anak-anak daripada kecil tapak tangan sehinggalah dewasa, ditatang bagaikan minyak yang penuh. Namun, apabila masing-masing berganjak dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri yang lebih baik, ada kalanya ibu bapa yang keringatnya sudah kering, dimamah usia, ditinggalkan bersendirian.

Sikap ada di kalangan anak-anak ini yang diibaratkan ‘bagaikan kacang lupakan kulit’ sudah tentunya menyedihkan hati dan meruntun jiwa setiap insan yang bernama manusia. Kita ambil contoh peristiwa yang menimpa seorang warga emas yang lumpuh separuh badan ditinggalkan seorang diri oleh anaknya di Taman Inderapura, Kuantan, Pahang sebagaimana dilaporkan dalam media. Tergamaknya orang tua itu diperlakukan sedemikian oleh anaknya. Apakah sudah hilang rasa sayang dan sifat kemanusiaan dalam diri mereka sendiri? Justeru itu, kalau kita lihat di satu sudut, tindakan menghantar orang tua ke rumah kebajikan ini adalah amat tidak wajar. Malah, Islam turut melarang umatnya berbuat demikian sebagaimana Firman Allah SWT bermaksud, “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah payah”. Surah Al-Ahqaf, ayat 15. Namun apakan daya, kita cuma manusia biasa yang tidak mampu meramal masa hadapan. Daripada terabai sendirian di rumah tanpa perhatian dan kasih-sayang anak-anak yang hidup persis si Tanggang moden, ada baiknya golongan warga emas itu ditempatkan di pusat jagaan atau rumah kebajikan yang mempunyai individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala keperluan-keperluan seharian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan fakta yang telah dinyatakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang mana mengikut unjuran banci penduduk 2010, Malaysia akan menjadi dan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk atau secara spesifiknya, dijangka mencecah 4.5 juta penduduk. Ia merupakan satu fenomena global yang telah dan akan berlaku serta melibatkan hampir semua negara pada kadar yang berbeza-beza. Negara yang maju seperti Amerika, negara-negara di benua Eropah, Korea, China malahan Singapura sudah dianggap mencapai tahap negara tua. Namun, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang masih muda dan dijangka akan menjadi sebuah negara tua, aging nation pada tahun 2030 seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Tidak dapat disangkal bahawa penuaan penduduk akan memberikan impak kepada sosioekonomi dan juga kesihatan. Demi memastikan keharmonian kepada negara dan kebajikan warga emas, saya melihat usaha yang komprehensif dilakukan apabila rang undang-undang ini diperkenalkan terutamanya dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas ini. Selain daripada perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik dan hospital kerajaan, satu lagi isu yang diberikan perhatian oleh kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri adalah penjagaan warga emas di pusat-pusat jagaan. Ini setidaknya memberikan satu lagi keyakinan kepada rakyat bahawa kementerian dan kerajaan memahami aspirasi di peringkat akar umbi supaya dengan adanya perancangan khususnya apabila rang undang-undang ini diluluskan kelak nanti, sudah tentu akan memberikan satu nafas baharu dan kelegaan bahawa sudah tentunya bahu menjaga warga emas ini jangan hanya diletakkan semata-mata ke bahu kerajaan tetapi juga sektor swasta juga bersama-sama dan dipantau oleh pihak kementerian melalui Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia berjalan seperti yang diharapkan. Pada hemat saya, Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini sangat relevan dan penting demi memastikan kualiti penjagaan warga emas di semua pusat jagaan swasta dan rang undang-undang ini menggariskan kualiti yang minimum penjagaan kesihatan warga emas dengan menetapkan piawaian jagaan untuk dua peringkat penjagaan iaitu tahap satu bagi penghuni yang boleh berdikari dan tidak memerlukan bantuan jagaan, dan tahap yang kedua untuk penghuni yang memerlukan bantuan jagaan dalam melaksanakan aktiviti kehidupan seharian. Ini saya lihat sangat penting dan bertepatan khususnya dalam situasi hari ini kerana kebanyakan pusat jagaan pada masa kini menyediakan kemudahan, khidmat jagaan juga terpaksa memberikan penjagaan kesihatan kepada warga emas ini. Namun demikian, undang-undang hari ini tidak memperuntukkan secara khusus kepada pusat jagaan daripada segi penjagaan kesihatan yang mana ketiadaan ini boleh menjejaskan sedikit-sebanyak mutu penjagaan kesihatan penghuni. Akan tetapi, saya yakin dan percaya kerana dengan adanya semangat NBOS yang boleh digerakkan di antara kementerian dan juga pusat jagaan warga emas swasta ini, saya amat yakin standard minimum yang akan digerakkan melalui objektif rang undang-undang ini akan memastikan petugas di semua pusat jagaan lebih terlatih dan kompeten agar kebajikan warga emas ini lebih terjaga. Saya juga ingin berharap agar pihak kementerian dapat menggerakkan juga penglibatan sektor swasta dan juga GLC kerajaan supaya mereka turut sama memikirkan kaedah win-win situation dengan pihak kerajaan supaya apabila dilaksanakan nanti, pusat penjagaan warga emas swasta ini setidaknya ada elemen empati dan kepenyayangan khususnya dalam konteks untuk memastikan pusat warga emas swasta ini boleh diwujudkan di semua tempat. Bukan hanya di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Saya juga amat berharap agar sebuah pusat warga emas berbilang kaum ini dapat diwujudkan di Parlimen Kuala Selangor. Mengakhiri ucapan, Tuan Yang di-Pertua, marilah kita bersama-sama menghayati lirik lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad bertajuk Ayah dan Ibu. “Ayah dan ibu itulah permulaan kami, dapatlah melihat bulan dan juga matahari, yang dikurniakan dari Ilahi, ayah dan ibulah mesti dihormati”. Sekian, terima kasih. Kuala Selangor menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya sokonglah usaha kementerian untuk mengadakan satu rang undang-undang untuk mengawal ini kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta. Akan tetapi, saya hendak tanya di sini juga, sebenarnya kalau kita hendak cakap peraturan- peraturan ataupun undang-undang yang mengawal kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, memang kami sudah ada rang undang-undang dan peraturan-peraturan lebih awal lagi pada tahun 2006. Saya hanya hendak merujuk kepada satu contoh. Kami memang sudah ada ini Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006. Peraturan ini sudah berada di sana. Salah satu aturan dalam peraturan ini adalah 40(5) yang menyatakan bahawa sekiranya sesiapa yang tidak puas hati dengan perkhidmatan hospital swasta tersebut, mereka bolehlah tulis surat memaklumkan pihak hospital. Sekiranya pendamaian itu gagal, sebenarnya hospital tersebut ada satu tanggungjawab untuk menyatakan kepada complainant ataupun pengadu tersebut bahawa mereka bolehlah merujuk kes ini kepada Kementerian Kesihatan. Ini adalah peraturan 40(5). Saya hendak merujuk kepada satu kes yang berlaku di Batu Pahat pada bulan April tahun ini di mana seorang baby perempuan tidak capailah umur satu tahun dan telah menerima rawatan di Hospital Pantai Batu Pahat dan baby itu telah meninggal dunia.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya di sini bukan hendak nyata bahawa mestilah ada kecuaian ataupun kesilapan pihak hospital. Itu bukanlah conclusion ataupun kesimpulan yang saya hendak hantar di sini. Akan tetapi masalah yang saya hadapi dalam kes ini adalah selepas pengadu itu, ibu bapa kepada Neo Jo Yee ini membuat tulislah surat aduan kepada pihak hospital. Satu proses pendamaian telah diadakan, itu saya akui. Akan tetapi dalam surat balasan itu, selepas pihak hospital menyatakan kenapa mereka rasa, mereka tidak bersalah, mereka dalam kesimpulan itu at the end of the letter mereka tidak memaklumkan bahawa pengadu tersebut sebenarnya mempunyai hak untuk merujuk kes ini kepada Kementerian Kesihatan. Satu pelanggaran kepada peraturan 40(5) dan- jadi saya rasa kes-kes sebegini ataupun peraturan sebegini adalah amat penting. Ini kerana untuk rakyat biasa, mereka tidak tahu mana mereka boleh pergi selepas sesuatu insiden ataupun tragedi berlaku. Mereka tidak tahu hak mereka, mereka tidak tahu apa hak mereka, di mana mereka boleh pergi untuk minta bantuan. Jadi saya rasa di sini tujuan kita mempunyai peraturan-peraturan ini adalah untuk memastikan bahawa pihak hospital swasta ataupun kemudahan penjagaan kesihatan ini, mereka mempunyai satu tanggungjawab untuk menjelaskan hak-hak customer mereka kepada customer mereka. Kalau tidak, saya rasa customer itu ataupun pengguna kemudahan ini, mereka tidak tahu hak mereka. Ini adalah satu contoh yang paling jelas di mana, pusat jagaan ataupun hospital swasta ini tidak mematuhi peraturan 40(5) dan selepas saya merujuk kes ini kepada Kementerian Kesihatan sampai hari ini saya pun tidak terima apa-apa maklum balas. Jadi saya hendak tanya di sini, sebenarnya pernah atau tidak Kementerian Kesihatan go through ataupun semak sama ada perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, hospital swasta, kemudahan penjagaan kesihatan ini, mereka memang ada patuhi peraturan-peraturan yang sedia ada. Ini kerana sama ada tindakan telah diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan tersebut, seperti yang saya sebut tadi Pantai Hospital, Batu Pahat dengan jelasnya mereka telah melanggar peraturan 40(5), jadi ini adalah satu isu pertama. Selepas daripada itu, saya rasa memang perkhidmatan kesihatan di sektor swasta ini amat penting kerana saya rasa tidak mungkinlah bahawa kesihatan awam ini bolehlah, sedialah perkhidmatan yang cukup banyak kepada semua orang. Akan tetapi kita juga tidak boleh menafikan bahawa setakat ini sebenarnya oleh sebab kos sara hidup yang semakin tinggi, oleh sebab GST, semakin banyak orang yang sekarang pergi balik hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Walaupun pesakit-pesakit yang minta rawatan di hospital kerajaan telah meningkat secara begitu banyak, saya rasa sekurang-kurangnya 30 peratus kalau tidak silap. Akan tetapi bajet untuk Kementerian Kesihatan sebenarnya telah dikurangkan dan bukanlah ditambah. Saya rasa itu adalah satu fakta yang cukup menyedihkan. Saya harap pada tahun akan datang ini Kementerian Kesihatan boleh dapat bajet yang lebih besar.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Selepas peruntukan kepada KKM ini telah dikurangkan, kami mendapati beberapa isu yang kebelakangan ini berlaku. Sebelum itu saya tidak pernah ada isu ini, tetapi sekarang nampaknya isu ini selalu berlaku. Salah satu isu yang saya hendak rujuk di sini adalah reagent untuk membuat ujian darah itu yang tidak mencukupi. Pada tahun yang lalu, semasa hujung tahun, kami dengar banyak aduan tentang isu ini, di mana banyak hospital kerajaan mengakui bahawa mereka tidak mempunyai reagent yang mencukupi untuk membuat ujian darah. Itu pada hujung tahun, tahun yang lalu. Akan tetapi tahun ini bulan Ogos sahaja, saya telah terima aduan HSI di Johor Bahru, seorang yang telah pergi ke sana untuk membuat ujian pada 7 hari bulan Ogos, bulan Ogos sahaja hanya tujuh bulan sahaja HSI sudah menghadapi masalah tiada reagen. Kalau saya merujuk kepada laporan ujian darah itu banyak, banyak reagen yang tidak ada. Saya pohon maaf, kalau pronunciation saya kurang betul. Akan tetapi saya hanya hendak memberi beberapa contoh kepada Menteri, cholesterol reagent tiada, no reagent jadi tidak boleh test. HDL cholesterol tidak ada. LDL, percent of HDL, semua ini tidak ada. ALK phosphatase test, ALT (HGTP) tidak ada, total bilirubin tidak ada, BUN creatinine semua ini tidak ada. Ini berlaku pada bulan Ogos di HSI. Kalau Menteri minta, saya boleh tunjuk sesalinan ujian laporan kimia itu kepada Menteri. Jadi saya rasa amat bimbang. Tahun lalu, hujung tahun kami ada isu ini. Reagen tidak mencukupi. Pesakit-pesakit diminta kalau mereka hendak laporan itu cepat, hendak hasil cepat, diminta pergi ke swasta untuk buat ujian darah ini. Sekarang nampaknya belum sampai hujung tahun, tetapi isu ini telah berlaku di HSI Johor Bahru. Salah satu hospital yang paling penting untuk negeri Johor. Jadi saya nak– bukan itu sahaja kami baca daripada FNT semalam bahawa memang sekarang banyak equipment walaupun dinyatakan bahawa single-use tetapi sekarang di hospital kita recycle. Saya rasa gembira kerana Kementerian Kesihatan (KKM) ini cepat come out with your statement menyatakan bahawa sebenarnya ini sudah lama, practice ini sudah lama diamalkan bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara-negara lain. Sebenarnya banyak ini untuk single-use punya equipment selepas proses pencucian or cleaning process yang tepat, yang betul sebenarnya boleh recycle punya. Jadi saya rasa cukup-cukup respect-lah, respons yang cukup bagus, cukup-cukup pintar. Akan tetapi saya hendak tunjuk di sini, ataupun hendak sentuh di sini, recycling single- use medical equipment itu adalah salah satu masalah yang disentuh dalam artikel FNT itu. Itu ialah isu yang paling besar tetapi that is one of the problems, that was mentioned in the article, dengan izin. Yang lain termasuklah asking patient to buy medication and have their test done externally. Itu yang saya sebut tadi. Some machines that have not been repaired for up to a year. Ini saya cetak daripada artikel FNT itu.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Kulai, senarai ujian-ujian kimia tadi itu, yang disebut tadi itu, walaupun sebutannya– jadi kita boleh faham, Menteri pun boleh faham. Bukannya ujian-ujian yang sofistikated ataupun ujian-ujian lanjutan, tetapi ujian-ujian asas yang tidak boleh tidak, kena ada. Jadi kalau apa yang Yang Berhormat Kulai sebutkan itu adalah benar dan Yang Berhormat Kulai boleh tunjuk bukti, saya rasa ini satu perkara yang harus dipandang berat oleh kementerian. Jadi kalau boleh minta Yang Berhormat Kulai yakinkan lagi Menteri supaya mengambil isu ini sebagai isu yang penting. Ini belum masuk lagi ujian-ujian yang mahal- mahal, ujian yang lanjutan melibatkan organ-organ ataupun penyakit-penyakit tertentu. Jadi bagaimana? Boleh sambut.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih kawan saya. Saya memanglah di sini memohon maaf kerana saya bukan medical punya background. Jadi untuk test-test itu memang saya rasa pronunciation saya kalau kurang tepat, saya pohon maaf. Akan tetapi, saya hanya hendak bangkitkan isu ini untuk kepentingan rakyat. Saya rasa kesihatan ataupun rawatan di hospital awam ini adalah salah satu perkhidmatan yang paling penting untuk warganegara. Jadi saya harap bahawa mungkinlah KKM juga boleh menjelaskan sama ada tuduhan-tuduhan lain yang disebut dalam artikel FNT itu adalah tepat atau sebenarnya adalah kurang tepat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi saya rasa itu adalah penting. Selain daripada itu, kami perlu juga fahami bahawa bukan semua operation, pembedahan boleh dijalankan ataupun equipment adalah dibekalkan oleh hospital kerajaan. Salah satu contoh yang saya hendak tunjukkan di sini adalah untuk isu ataupun sakit jantung itu. Saya terima satu aduan di mana seorang warga emas ada sakit jantung, jadi sebenarnya all the while menerima rawatan di HSA. Akan tetapi HSA minta dia pergi ke IJN kerana hanya IJN yang ada TAVR – transcatheter aortic valve replacement. Hospital kerajaan ada valve tetapi ia adalah standard aortic valve sahaja dan hospital kerajaan tidak ada TAVR ini, hanya ada yang standard punya. Kenapa patient tersebut ataupun warga emas tersebut perlu TAVR dan tidak boleh pakai standard punya adalah sebab dia adalah warga emas, lebih daripada 70 tahun. Jadi untuk golongan ini, TAVR adalah diperlukan tetapi masalahnya adalah saya tidak tahulah sejak bila hospital kerajaan sudah tidak boleh rujuk pesakit ini untuk menerima rawatan di IJN. Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri kerana ini adalah salah satu kes yang saya terima. Saya juga terima aduan daripada ADUN Kuala Kubu Baru, kawan saya yang menyatakan bahawa dia pun terima masalah atau aduan yang sama di KKB di mana seorang government servant yang sudah bersara, dia rasa sangat very painful tetapi dia minta hospital kerajaan untuk refer dia pergi ke IJN supaya pembedahan itu boleh jalan secepat mungkin tetapi hospital kerajaan cakap tidak boleh. Mereka sekarang sudah tidak boleh keluarkan referral letter kerana kalau referral letter ini diissue oleh hospital kerajaan, maksudnya kerajaan haruslah memberi subsidi untuk pembedahan tersebut. Akan tetapi kita nampak untuk warga emas yang saya sebut tadi yang dulunya terima rawatan di HSA, adakah ini adil untuk dia perlulah keluar duit sendiri pergi ke IJN untuk meminta rawatan. Bukan dia tidak mahu pakai servis ataupun rawatan di hospital kerajaan tetapi oleh sebab hospital kerajaan tidak ada TAVR itu, jadi dia sebenarnya yang diminta oleh hospital kerajaan untuk pergi ke IJN tetapi kos untuk TAVR itu sangat tinggi, RM150,000. Bagaimana dia mampu, seorang warga emas. Jadi kalau dalam situasi ini, hospital kerajaan ataupun KKM tidak ada satu polisi di mana dalam kes yang tertentu masih boleh rujuk pesakit-pesakit pergi ke IJN, saya rasa warga emas ini, kes seperti ini, mereka akan teruslah menderita. Jadi saya di sini hendak minta bantuan ataupun pandangan daripada Menteri, bagaimana kita mengatasi isu ini. Saya rasa saya memang haraplah bahawa dalam bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri kita pada keesokan hari, bajet untuk KKM, bajet untuk MOE semua naik. Yang lain cut lah, one by one. Akan tetapi untuk KKM dan MOE saya rasa ini dua kementerian yang sangat cukup penting tetapi sebelum KKM dapat bajet yang lebih besar, bagaimana kita boleh bantu kes-kes yang saya sebutkan tadi. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebagaimana kita tahu bahawa menjelang 2030, kita akan ada lebih kurang hampir enam juta warga emas. Dalam Parlimen ini dah ada sebahagiannya, saya pun dua tahun lagi akan jadi warga emas juga tetapi saya tak nak pergi duduk di pusat jagaan. Bila adanya warga emas, perlu adanya penjagaan. Kita lihat sebenarnya penjagaan kesihatan ini sebenarnya kerajaan kita sendiri pun dah menyediakan penjagaan kesihatan di hospital kerajaan. Bila disediakan bukan setakat dijaga kesihatan, mereka juga diberi secara percuma, rawatan kepada warga emas ini diberi secara percuma. Kita kena faham bahawa kita perlu ada dalam, sebenarnya hari ini kita berbincang fasal Rang Undang-undang Penjagaan Kesihatan Warga Emas di pusat jagaan swasta. Jadi yang dok bercakap, ramai- ramai dok bercakap ini dah lari jauh dah kadang-kadang, dok cerita yang arif fasal GST, cerita fasal GST. Yalah cerita nak menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak buat itu, tidak buat ini tetapi kita tidak lihat apa roh sebenar dalam pindaan ini.

Kita kena lihat betul-betul ya sebab tujuan sebenarnya rang undang-undang ini adalah untuk menentukan tentang mechanism yang kita kena ada. Mechanism kawal selia kepada pusat-pusat penjagaan swasta tadi. Kalau kita lihat dalam pindaan kita, dalam pindaan kita sangat jelas, dalam akta kita sangat jelas. Akta kita hanya menentukan lesen yang tiga tahun sekali itu ataupun lesen sementara dan juga penamatan lesen dan sebagainya dan syarat-syarat yang dinyatakan apa yang perlu dibuat kepada mereka yang menubuhkan pusat jagaan tersebut. Kita bukan tidak ada pusat jagaan selama ini, kita dah ada tetapi masalahnya mereka ini ada yang tidak menyediakan dari segi penjagaan kesihatan. Inilah tujuan akta kita diadakan sekarang. Jadi kita bercerita benda-benda yang lain itu rasa tidak masuk dalam akta kita, kalau hendak masuk pun tengoklah keadaan ya, bukan semua tempat kita boleh masuk. Jadi kalau kita lihat daripada awal lagi, daripada permulaan lagi dinyatakan kalau pusat jagaan warga emas ini tidak ada lesen, boleh denda sehingga RM30,000 kalau individulah, kalau pertubuhan dan sebagainya sehingga RM100,000. Jadi ini merupakan satu yang dikatakan warning kepada pihak-pihak pusat penjagaan yang menubuhkan tanpa lesen. Jadi bila begitu, lesen-lesen yang akan dikeluarkan kelak, mereka perlu ada bermacam-macam. Apa yang perlu mereka patuhi? Kalau kita lihat perkara yang dipertimbangkan, maknanya pihak ketua pengarah boleh pertimbangkan jenis premis yang hendak diadakan, perkhidmatan jagaan kesihatan itu dan kita lihat kalau bawa permohonan lesen, seorang sahaja yang boleh minta. Jadi yang pentingnya bila lesen dikeluarkan, hendak dikeluarkan kena ada kewajipan juga kepada pemegang lesen. Jadi lesen yang dia dapat, tidak boleh pindah kepada orang lain, maknanya dia sendiri yang nak pohon, dia sendiri yang jaga lesen itu, tidak boleh pindah kepada orang lain kecuali dengan kebenaran ketua pengarah dan sebagainya.

[Bangun]

Jadi kewajipan, kalau kita lihat kewajipan pemegang lesen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lanang bangun.

Boleh bagi penjelasan? Terima kasih Yang Berhormat Setiu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan atau minta pandangan daripada Yang Berhormat Setiu tentang akta ini di mana akta ini seksyen 3(c), ia mengatakan akta ini tidak terpakai bagi premis yang di dalamnya seseorang individu menyediakan jagaan kesihatan kepada saudaranya ialah seorang warga emas. Jadi saya ingin minta penjelasan, soalan saya adalah term ‘saudara’ perlu dijadikan jelas kerana adakah satu premis boleh menjaga tiga atau empat orang warga emas yang semuanya saudaranya dan tidak perlu memohon lesen tersebut. Saya ingin minta penjelasan, terima kasih.

Ya, bila pusat penjagaan yang disebut itu maknanya kalau saudara-saudara dia macam di rumah kitalah, kita jaga anak kita dan sebagainya ataupun ibu bapa kita. Jadi lesen ini tidak perlu mintalah, tidak terpakailah. Jadi maknanya sekarang ini yang perlu ada kepada mereka-mereka yang memohon lesen ini kalau kita lihat sangat jelas seorang pemegang lesen sahaja sama ada lesen sementara ataupun yang penamatan lesen sebagainya. Kewajipannya kalau kita lihat dia memastikan bahawa profesional jagaan kesihatan yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pemegang lesen adalah layak. Jadi kelayakan itu ditentukan di atas profesional jagaan. Maknanya mereka ini kena ada latihan, kalau kita lihat yang 20(b) dia mesti bahawa pemberi jagaan adalah terlatih dan kompeten. Semua diambil kira dalam pemberian lesen. Bukan senang-senang maknanya semberono kita hendak beri lesen itu kena tentukan apa kelayakan-kelayakan yang ada. Dia ada lagi kena laporan tahunan kena buat dan diuruskan oleh seorang yang bertanggungjawab. Yang bertanggungjawab ini yang disebut tadilah ada kelayakannya dengan dia menjalani latihan dan juga pengalaman. Jadi inilah semua kriteria yang diambil kira dalam pemberian lesen.

Dalam keadaan kecemasan kita lihat, kalau dalam keadaan kecemasan ini berapa pusat yang kita ada sekarang ini kalau kita lihat.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kota Raja bangun, Yang Berhormat.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Setiu, saya ingin bertanya. Apabila Yang Berhormat Setiu baca tadi tentang 20 itu adalah untuk menyediakan penjagaan kesihatan. Daripada senarai Jadual 1 itu sendiri kita tengok, Jadual 1 perkhidmatan-perkhidmatannya adalah seperti di hospital. Dia adalah seperti sebuah klinik ataupun lebih daripada klinik, jadi kalaulah itulah tahap standard yang diletakkan maka apakah ia boleh dijadikan pusat, adakah lebih murah maknanya warga emas ini diletakkan di hospital yang telah sedia ada di mana semua infrastruktur penjagaan kesihatan itu sudah ada. Oleh kerana sekiranya kita membuka satu pusat kesihatan dengan semua persiapan seperti sebuah hospital dan kita hanya hendak menjaga warga emas, kosnya akan meningkat begitu tinggi dan ini akan tidak cost productive sebenarnya. Apa pendapat Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.

Yang Berhormat Setiu boleh sambung? Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiu meneliti akta ini kita dapati ada seorang yang dipanggil pemegang lesen, dia perlu ada kelayakan profesional dan sebagainya. Pemegang lesen ini akan melantik orang yang bertanggungjawab. Orang yang bertanggungjawab ini pun ada kelayakan dan kemahiran tertentu. Selain daripada dua individu ini orang-orang yang lain yang akan bekerja itu tidak ada apa-apa yang diterangkan dalam akta ini so, sewajarnya orang-orang yang bekerja pun perlu dihalusi, perlu diteliti dan diberikan kelayakan tertentu sebelum menjaga warga emas ini dari sudut kesihatan, dari sudut perkhidmatan, dari sudut kebajikan, dari sudut perubatan dan sebagainya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Setiu. Selepas jawab ini boleh gulung ya.

Yang Berhormat Setiu, sama soalan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lanang.

Saya hendak tanya tentang pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab yang dikatakan tadi. Dalam Jadual Kedua, mereka perlu adalah pengamal perubatan yang didaftarkan semua ini, saya hendak tanya sama ada kalau pengamal perubatan atau doktor yang bertugas di hospital atau mereka yang masih bekerja di hospital boleh menjadi pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab. Saya minta penjelasan, thank you.

Banyak sangat tidak tahu mana hendak jawab ini. Minta masuk dalam jawapan saya, minta Yang Berhormat Menteri jawab. Oleh sebab soalan itu saya sendiri boleh jawab sebenarnya tetapi tidak hendak jawablah. [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, ada extension kah?

Nanti dahulu? Apa itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Setiu masa sudah 5.30 lebih sudah, 5.35.

Sekejap, sedikit, sedikit. Saya hendak sebut dalam bahagian kalau ada peti pertolongan kecemasan ini kadang-kadang pusat jagaan ada tetapi kadang-kadang peti kecemasan dalam soal-soal kecemasan tidak ada langsung. Jadi dalam keadaan ini saya rasa perlu adalah. Cuma dari segi permohonan lesen satu lagi ini permohonan lesen ini, selepas selesai tiga tahun, saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri permohonan itu kena buat dalam masa tiga tahun itu ataupun selepas tamat tiga tahun sebab kalau dibuat selepas maknanya dia orang tidak akan ada lesen. Macam mana untuk pembaharuan. Satu lagi bila berlaku penamatan lesen dan sebagainya sama ada permohonan secara sukarela sebagainya, apa keadaan dengan warga emas yang di bawah jagaan tersebut. Oleh sebab tidak ada disebut dalam akta kita apa akan dibuat dengan warga emas yang sebelum ini berada di rumah jagaan tersebut. Jadi kalau sudah tutup, lesen tidak ada semua ke mana mereka hendak pergi. Apa prosedur yang perlu ada dalam bagi pihak, saya rasa bukan pihak kementerian maknanya pihak yang menjaga itulah, yang memberi jagaan. Maknanya mereka ini kita kena ada satu SOP juga kalau sudah tutup makna kena sebelum tutup kena uruskan mereka ini diletak di mana-mana tempat yang boleh memberi penjagaan kesihatan kepada mereka. Itu sahaja, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan kita bagi rang undang-undang ini kita sambung selepas pembentangan bajet dan perbahasan bajet kita selesai. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 3.30 petang, hari Jumaat, 27 Oktober 2017.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.37 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17)Special Chamber

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada permintaan khas daripada Yang Berhormat Menteri dan juga dipersetujui bersama oleh Yang Berhormat Lembah Pantai untuk memulakan ucapan usul di bawah Mesyuarat 17 Baharu, jadi saya minta kebenaran daripada Yang Berhormat Lanang untuk memberikan laluan terlebih dahulu kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Cuma, jangan jadikan ini precedent di dalam Dewan besar kita, ya. Kalau boleh begitu, dipersilakan. Nanti Setiausaha jemput.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Memohon Jabatan Mufti dan JAWI memberi Penjelasan Isu Kubur Terpesong dari Arah KiblatSpecial Chamber

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 31 Julai 2017, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu yang mengenal pasti hampir 20 buah kubur baharu di Tanah Perkuburan Islam Kawasan C, Pantai Dalam tersasar lebih 30 darjah daripada penanda arah kiblat yang diletakkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) sebagai panduan kiblat.

Kesalahan kubur baharu yang kiblatnya terpesong amat jelas memandangkan tanda kiblat kubur daripada JAWI itu hanya terletak 50 meter sahaja daripada kubur baharu yang dibina.

Terdapat beberapa orang anak kariah Masjid Al-Khadijah cuba mendapatkan penjelasan daripada kariah dan pengurusan tanah perkuburan. Namun, tiada sebarang penjelasan jelas daripada mana-mana pihak mengenai kedudukan sebenar pusara tersebut. Pihak anak kariah masjid juga telah membuat aduan kepada pihak JAWI dan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai kelemahan ini. Lawatan ke atas tanah perkuburan bagi melihat pusara yang terpesong juga telah dijalankan oleh Pejabat JAWI dan Mufti Wilayah.

Namun, sehingga kini belum ada lagi sebarang laporan mutakhir mengenai kes ini dan pihak anak kariah masjid masih lagi menunggu penjelasan daripada pihak berwajib. Lebih membimbangkan, pihak berwajib terus mendiamkan diri dan terdapat tujuh buah pusara baharu Tuan Yang di-Pertua, yang terpaksa dikendalikan dalam keadaan masih terpesong dari arah kiblat.

Justeru, demi kemaslahatan fardu kifayah, sewajarnya pihak Jabatan Mufti dan JAWI segera ‘turun padang’ dan memberikan penjelasan kepada pihak kariah terhadap kebimbangan yang sedang terjadi ini.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

2 Dengan penghormatan yang tinggi, dicadangkan agar Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak JAWI meneliti, memperkemaskan dan mengeluarkan fatwa sebagai panduan rasmi dalam menyelesaikan masalah kubur yang terpesong daripada arah kiblat. Menerusi Irsyad Al-Fatwa kurun ke-56 mengenai hukum memindahkan kubur mengikut syariat Islam yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah pada 29 Julai 2015, wajar dijadikan salah satu panduan dalam membincangkan tentang masalah kubur terpesong dari kiblat.

Dicadangkan juga agar pihak JAWI dan Mufti Wilayah mengkaji dan menyelia semula setiap tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan bagi memastikan setiap pusara dan urusan penguburan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAWI. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri. Istimewa hari ini Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri juga hadir bersama. Istimewanya untuk menjawab atau melayan Yang Berhormat Lembah Pantai? Dua-dua, ya.

[Ketawa]

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, juga terima kasih khusus kepada rakan-rakan, Yang Berhormat Lanang dan juga Menteri Kewangan yang mengizinkan untuk laluan Peraturan Mesyuarat 17 Baharu ini, mengizinkan untuk dipercepatkan atau mendahulukan jadual yang telah diatur.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya lupa kerana tahniah kerana datang ke Dewan ini ialah saya pun tadi rasa besar hati bila Yang Berhormat Lembah Pantai tanya soalan ini kepada saya. Jadi sebab itu saya hadir sendiri dan Timbalan saya pun ingin sama hadir untuk bersama-sama meraikan Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi mengenai 22 buah kubur baharu di Tanah Perkuburan Islam Kawasan C, Pantai Dalam yang tersasar lebih daripada 30 darjah dari penanda aras kiblat. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan dan juga keprihatinan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan latar belakang yang agak perlu diperjelaskan iaitu yang sebagai mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, pada 4 Julai 2017, Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima aduan daripada pengadu. Selanjutnya JAWI dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjalankan pemeriksaan dan penentuan arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Kawasan C, Pantai Dalam, Kuala Lumpur iaitu pada 14 Julai 2017 pada hari Jumaat terhadap 20 buah kubur baharu khususnya dan semua kubur di tanah perkuburan ini amnya.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

Hasil daripada pemeriksaan dan penentuan arah kiblat tersebut mendapati:

(i) penanda arah kiblat yang dibina oleh JAWI telah disahkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah tepat dan menghadap ke arah kiblat (azimuth kiblat iaitu 292 darjah 33 minit 35 saat);

(ii) daripada penemuannya, mendapati kedudukan kubur di Tanah Perkuburan Islam Kawasan C, Pantai Dalam, Kuala Lumpur adalah menghadap ke arah kiblat sebagaimana yang telah diukur. Namun begitu, telah berlaku pesongan beberapa darjah plot binaan atas kubur tetapi tidak menjejaskan kubur berkenaan di mana kedudukannya masih lagi menghadap ke arah kiblat. Ini disebabkan kerana bentuk muka bumi tanah perkuburan itu yang berlereng dan berbukit sehingga menyebabkan berlaku perkara tersebut;

(iii) hasil penentuan arah kiblat ini mendapati semua kubur lama di tanah perkuburan itu juga berlaku pesongan kecil yang masih diterima oleh hukum syarak yang menetapkan selagi mana kedudukan dada si mati, maksudnya semasa kita

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

letakkan dalam liang kuburan itu, dada si mati tidak membelakangkan kiblat, maka keadaan tersebut masih boleh diterima.

Isu ini juga telah dibangkitkan melalui artikel yang telah disiarkan oleh akhbar Harian Metro, 22 Julai 2017 bertajuk “Pusara Terpesong”. JAWI telah memberikan maklum balas dan disiarkan oleh akhbar yang sama pada 25 Julai 2017. Maksudnya, “Pusara Terpesong”, 22 Julai 2017, 25 Julai 2017 dijawab dengan tajuk “Tidak Perlu Ubah Pusara Tersasar Kedudukan”. Antara lain telah pun dijelaskan iaitu :

(i) dua buah pusara daripada 20 buah keseluruhan pusara yang kelihatan sedikit tersasar daripada arah kiblat. Ini disebabkan semasa proses penimbusan tanah atas pusara dilakukan menyebabkan keadaan plot pusara tersebut tersasar sedikit daripada arah kiblat. Walau bagaimanapun, ia tidak menyebabkan jenazah tersebut terpaling dari arah kiblat sepenuhnya; dan

(ii) perbincangan dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa tiada keperluan untuk menggali semula dan mengubah kedudukan pusara. Pihak pengurusan perkuburan hanya perlu mengubah kedudukan batu nisan mengikut arah kiblat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tindakan yang diambil oleh JAWI dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam hal ini adalah seperti berikut:

(i) mengubah timbunan tanah di atas 20 kuburan baharu yang terlibat bagi memastikannya mengikut arah kiblat yang tepat dengan berpandukan kepada penanda aras kiblat yang telah dibina;

(ii) menambah penanda arah kiblat kecil di setiap lereng-lereng bukit sebagai panduan kepada penggali kubur. Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur bersetuju untuk juga menyumbang dan sedang dalam tindakan untuk menyedia dan memasang 15 buah penanda arah kiblat tersebut di setiap lereng bukit di dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Kawasan C, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Selain itu, pemakluman dan penjelasan kepada ahli kariah telah dibuat, iaitu:

(i) Ahli Jawatankuasa Masjid telah menampal keratan akhbar dan jawapan dari Pengarah JAWI berkenaan kubur terpesong daripada arah kiblat di papan kenyataan masjid

(25 Julai hingga 31 Julai 2017); dan

(ii) pihak masjid juga telah membuat pengumuman dan penjelasan mengenai hasil penentuan arah kiblat di tanah perkuburan terbabit pada 28 Julai 2017.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai kerana membangkitkan isu ini. Semoga dengan penjelasan saya ini, ianya dapat menyelesaikan salah faham di kalangan ahli kariah. Saya difahamkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 31 Julai 2017 telah ditarik balik pada hari yang sama setelah perbincangan antara pengadu dengan Ketua Imam Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam di Balai Polis berkenaan.

Ahli Yang Berhormat juga diharap dapat memaklumkan keadaan di kawasan dan juga di sekitar Lembah Pantai kedudukan sebenar kepada masyarakat khususnya ahli kariah agar keharmonian dapat dipelihara. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharomUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Jerai

4

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, dengan membabitkan 7,000 premis peniaga yang berdaftar dengan Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) akan mewajibkan kesemua mereka untuk memasang Sistem Maklumat Elektronik (EIS) ataupun peranti Dongle dalam Point of Sale System (P.O.S) atau mesin daftar tunai mereka bermulanya Julai tahun ini demi mengesan setiap transaksi peniaga.

Antara enam sektor tersebut yang terlibat termasuklah industri makanan dan minuman, jualan runcit, barangan logam, kedai buku, farmasi dan sebarang yang berkaitan dengan perkhidmatan hiburan.

Sesungguhnya polisi sebegini yang mewajibkan premis terpilih untuk memasang sistem tersebut sudah menimbulkan persoalan dalam kalangan peniaga.

Peniaga akan tertanya-tanya maklumat yang diperlukan untuk pemasangan sistem ini.

Peniaga turut tidak mengetahui apakah maklumat yang akan diperoleh oleh sistem ini daripada komputer mereka.

Pelaksanaan sistem ini dalam mesin daftar tunai mungkinnya akan menyebabkan maklumat peniaga yang penting dan sulit terdedah. Maklumat tersebut termasuklah info pelanggan serta pembekal, kos sebenar produk dan jumlah wang simpanan syarikat. Sekiranya pemakaian sistem ini mengakibatkan info sedemikian tersebar, adakah JKDM rela untuk bertanggungjawab terhadapnya. Adakah JKDM telah diberikan kuasa untuk melaksanakan sistem sebegini yang mungkin mendedahkan maklumat peniaga lantaran sistem GST kini adalah agak sempurna dan peniaga tidak mungkinlah dapat mengelak daripada membayar GST.

Pelaksanaan sistem EIS kini adalah tidak wajar dan membazirkan sumber serta mendatangkan kesusahan kepada peniaga. Kini, kebanyakan mesin daftar tunai syarikat adalah dipenuhi dengan pelbagai maklumat sulit dan kandungan penting. Pemaksaan untuk menggunakan sistem EIS bukan sahaja tidak menjamin para peniaga, malah ini juga akan menyebabkan peniaga kehilangan keyakinan terhadap JKDM. Selama ini saya adalah berpendirian untuk membantah pelaksanaan GST. Namun kini, bukan sahaja GST telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, malah sistem EIS yang kononnya boleh mengesan peniaga yang mengelak daripada membayar GST telah diwajibkan pemasangannya dan sistem ini yang menyusahkan para peniaga adalah tidak boleh diterima.

Dalam sistem percukaian kini, saya mencadangkan pihak kerajaan untuk menambahbaikkan ataupun memperkasakan sistem GST dan bukannya memaksa dan mewajibkan peniaga untuk memasang sistem EIS. Perihal kerajaan yang mewajibkan peniaga untuk memasang sistem ini bukan sahaja membazirkan sumber kerajaan, malah hal ini turut mengundang reaksi negatif para peniaga terhadapnya.

Saya ingin tahu, berapakah peniaga yang telah memasangkan sistem tersebut.

Berapakah kos yang telah dibelanjakan untuk memasang sistem ini dan siapakah yang menanggung kos pemasangan sistem tersebut. Adakah pihak kerajaan akan melaksanakan sistem ini kepada kesemua peniaga seluruh negara selepas ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah, wassalatuwassala muala rasulillah, Yang Berhormat Lanang, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang kita sedia maklum, perlaksanaan GST telah bermula pada 1 April 2015 bagi menggantikan sistem SST.

Bagi meningkatkan pungutan hasil dan mengatasi masalah ketirisan, JKDM telah meminda Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dengan memasukkan seksyen 34A dan 34B berkenaan pengemukaan maklumat melalui peranti atau, dengan izin, GST Electronic Information System (EIS) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

GST Electronic Information System (EIS) merupakan peranti yang dipasang di setiap Point of Sales System (P.O.S) termasuk mesin tunai (cash register) yang terdapat di premis perniagaan dalam enam sektor yang telah ditetapkan iaitu restoran, kedai-kedai runcit, barangan logam, kedai buku, farmasi dan pusat-pusat hiburan, yang mana peranti ini akan merekodkan setiap transaksi jualan dan seterusnya menghantar data tersebut secara atas talian (online) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Secara asasnya, EIS ini akan membantu JKDM dalam aktiviti penyemakan, pengauditan dan penyiasatan. Maklumat jualan yang dihantar secara online kepada JKDM boleh dibandingkan dengan maklumat jualan yang di ikrar oleh peniaga melalui penyata GST-03. Sekiranya terdapat perbezaan, JKDM boleh mengambil tindakan sewajarnya. Langkah ini akan meningkatkan tahap pematuhan (compliance) di kalangan peniaga dan mengoptimumkan sumber JKDM di dalam mentadbir GST.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat yang di rekod, dihantar dan disimpan di JKDM adalah memenuhi keperluan pihak kerajaan dan ianya adalah selaras dengan keperluan di bawah Akta Perlindungan Data 2010 dan kerahsiaan maklumat ini terjamin serta dilindungi di bawah peruntukan seksyen 34B, Akta GST.

Selain daripada itu, EIS juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti berikut:

(i) peranti EIS yang dipasang hanya boleh merekod dan menghantar maklumat ke JKDM dan seterusnya maklumat ini akan disimpan di dalam server yang ditempatkan di premis JKDM. Hanya pegawai JKDM tertentu sahaja yang boleh mengakses maklumat tersebut bagi tujuan semakan, pengauditan ataupun penyiasatan. Penggunaan kata laluan dan mekanisme total access control juga akan diguna pakai bagi tujuan kawalan keselamatan dan kerahsiaan maklumat;

(ii) maklumat yang direkod dan dihantar oleh peranti ke JKDM adalah mengguna pakai talian komunikasi khusus melalui rangkaian persendirian maya (access point name);

(iii) penyimpanan dan penyulitan data (data encryption) adalah dengan menggunakan proses pengekodan (coding) maklumat terkini dan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai JKDM yang telah diberi kuasa; dan

(iv) peranti yang digunakan telah dilengkapi dengan aplikasi sistem dan pengenalan terminal yang selamat dari aktiviti pengklonan dan pendua.

Di samping itu, Peraturan-peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan

(Pengemukaan Maklumat) 2017 juga telah diwartakan pada 15 Jun 2017 dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2017 bagi memastikan pelaksanaan pemasangan peranti ini adalah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan peranti ini sedang dibuat secara pilot project yang berkuat kuasa bermula pada bulan Julai 2017 ke atas premis perniagaan daripada sektor yang ditetapkan iaitu restoran-restoran dan pusat hiburan di Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan KLIA.

Pendekatan untuk memilih premis tersebut adalah berasaskan perniagaan ini terlibat di dalam perniagaan secara tunai dan membuat pembekalan terus kepada pengguna akhir. Sehingga 17 Oktober 2017, sebanyak 2,212 premis telah dipasangkan dengan peranti EIS. Perincian premis yang dipasang EIS mengikut negeri adalah seperti berikut:

| Bil. | Kawasan |Jumlah Premis| |------|--------------------------------|------------:| | 1|Selangor | 812| | 2|Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur| 1174| | 3|KLIA | 226||Jumlah| | 2212|

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

6 Dalam peringkat pilot project ini, sebarang kos berhubung pemasangan peranti EIS adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pembekal peranti sendiri memandangkan projek tersebut masih dalam peringkat percubaan. Dalam masa yang masa, kerajaan akan menilai dan melakukan analisa hasil berdasarkan perbandingan dari data Penyata GST-03 dan data daripada pemasangan peranti. Ini adalah bagi melihat keberkesanan projek ini secara kolektif. Faktor seperti kos peranti dan penyelenggaraan, sistem, reliability produk turut akan dilihat dan dikaji. Keputusan analisa dan laporan produk akan dijadikan penentu aras untuk menentukan sama ada pemasangan seluruh negara akan diteruskan atau sebaliknya.

Aspek keperluan untuk memasang peranti ini ke seluruh negara perlu diperhalusi dengan lebih teliti termasuklah menjalankan analisa kos faedah jangka panjang kepada golongan peniaga dari segi penyediaan maklumat yang tepat dan lengkap demi menjamin tahap pematuhan yang tinggi dengan tambahan kos yang munasabah. Kerajaan akan sentiasa memastikan aspek kawalan, keselamatan dan kerahsiaan data serta maklumat yang diperolehi di bawah mana-mana sistem termasuk sistem EIS ini dijaga pada setiap masa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 30 Oktober 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.55 petang]