Dewan Rakyat · 2 November 2017

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 370 turns · 40,239 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini, ialah delegasi dari Ahli Majlis Tertinggi Republik Islam Iran, yang diketuai oleh Honourable Mr. Hamid Reza, Ahli Majlis Tertinggi Republik Islam Iran dan delegasi. Kepada Honourable Mr. Hamid Reza, Ahli Majlis Republik Iran dan delegasi, Dewan Rakyat Malaysia mengalu-alukan kehadiran Excellency dekat Dewan yang mulia ini, semoga dengan kehadiran Honourable Mr. Hamid Reza dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Majlis Tertinggi Republik Islam Iran. Thank you. Welcome.

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan lawatan Emir Qatar ke Malaysia daripada segi hubungan dua hala dan kesannya terhadap negara Malaysia dengan negara-negara kuartet yang berselisih dengan negara Qatar termasuklah Arab Saudi.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, hubungan Malaysia-Qatar bukanlah satu hubungan yang baru, tetapi ianya telah terjalin sejak sekian lama. Pada tahun 2009, Emir Qatar yang terdahulunya Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani telah pun mengadakan lawatan ke Malaysia. Hubungan ini lebih kepada hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala di antara kedua-dua buah negara yang telah terjalin selama 43 tahun. Lawatan negara Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani ke Malaysia pada 15 dan 16 Oktober 2017, antara lain adalah untuk terus memperkukuhkan hubungan ini khususnya dalam bidang perdagangan dan ekonomi. Lawatan ini telah memberikan kesan yang amat positif kepada hubungan ekonomi dan perdagangan di antara Malaysia dan Qatar. Hasilnya sebanyak empat MoU telah ditandatangani dalam bidang latihan diplomatik, pengajian tinggi, undang-undang dan penghakiman serta cadangan penubuhan Malaysia-Qatar Joint Business Council. Seperti mana yang telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebagai sebuah negara, kita berdiri di atas prinsip kerjasama dengan semua negara dan juga kerjasama dalam konteks hubungan dengan dunia Islam. Kita mengamalkan prinsip wasatiyyah dan kita juga mahu pertikaian sesama negara Islam dicari penyelesaian sebaik-baiknya tanpa kita campur tangan dalam urusan mana-mana negara. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini konflik antara Qatar dengan negara-negara Arab, seperti Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE tidak menggugat hubungan diplomatik

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

yang telah terjalin antara negara-negara tersebut dengan negara kita Malaysia. Kerajaan sentiasa mengharapkan penyelesaian segera dan juga menyokong sebarang usaha damai bagi menyelesaikan konflik dalaman negara-negara Teluk, serta menggesa agar pihak yang terlibat meredakan ketegangan dan bekerjasama dalam mencapai keamanan serantau. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menekankan pendirian Malaysia, seperti yang telah saya nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini semasa menjawab soalan Yang Berhormat Kota Tinggi pada 27 Julai tahun ini, bahawa walau apa jua yang terjadi, kepentingan dan kedaulatan negara akan tetap menjadi keutamaan. Ia juga menjadi tanggungjawab semua pihak, terutama umat Islam secara keseluruhannya, untuk menjaga dan melindungi kedua- dua Kota Suci Mekah dengan Madinah. Kerajaan Malaysia tidak menerima sebarang reaksi yang negatif daripada negara-negara kuartet Arab iaitu Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir, pada masa yang sama Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara tersebut juga tidak melaporkan bahawa tiada pelaporan negatif yang dibuat oleh pihak media di negara-negara berkenaan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah, memandangkan Emir Qatar telah pun mengadakan lawatan ke Malaysia, adakah Malaysia bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan ketegangan di antara Qatar dengan negara kuartet dan apakah langkah-langkah selanjutnya bakal diambil oleh Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya usaha untuk memastikan pendamaian dan penyelesaian ini, telah pun dikenal pasti di mana Kuwait diminta sebagai pihak perantara. Ada pihak-pihak lain seperti Turki, Amerika Syarikat dan sebaginya yang telah pun mengambi inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian ke arah menyatupadukan balik apa yang telah berlaku.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, isu krisis Qatar ini bukanlah satu krisis yang mudah, malah ianya cukup kompleks. Setakat hari ini, kita patut memberikan peluang kepada Kuwait untuk memainkan peranannya dalam meredakan ketegangan antara Qatar dan Negara-negara Teluk berkenaan. Pada masa yang sama, itulah juga pendirian OIC dan peranan Kuwait ke arah penyelesaian ini masih lagi berjalan. Kita sememangnya memantau keadaan ini secara dekat. Semasa lawatan Emir Qatar baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah memberitahu bahawa sesungguhnya kita sentiasa bersedia untuk membantu apa jua jalan penyelesaian dalam krisis ini. Akan tetapi kita setakat ini tidak berkemampuan untuk membuat lebih daripada memastikan hubungan dan rangkaian talian kita dengan semua pihak berkenaan berada dalam keadaan yang baik. Memang jelas bahawa peluang akan terus diberikan kepada Kuwait sebagai perantara untuk dapat membantu menyelesaikan krisis ini, insya-Allah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selaku Menteri Tugas-tugas Khas, apakah pandangan Dato’ Seri berhubung dengan peranan OIC ini nampaknya tidak begitu jelas dan tidak memainkan peranan yang begitu menonjol dalam menyelesaikan masalah krisis Negara-negara Arab khususnya Negara-negara Teluk. Apa pandangan Menteri?

Saya setuju sangat bahawa pendirian OIC masih lagi tidak jelas. Akan tetapi pada masa yang sama, kita beranggapan bahawa semua saluran atau pendekatan perlu digunakan untuk menyelesaikan satu isu yang cukup kompleks. Oleh sebab itu kita tidak ada halangan kalau sekiranya OIC terus membantu. Akan tetapi usaha yang lebih konkrit kita lihat dilaksanakan oleh Kuwait dan ini pun diiktiraf oleh OIC. Kalau sekiranya itu mendapat sokongan dan juga endorsement, dengan izin daripada OIC, saya percaya bahawa niat dan harapan kita daripada segi perpaduan ummah dan juga negara-negara Islam dapat terus diperkukuhkan. Naungan, persetujuan dan endorsement daripada OIC ini masih lagi penting untuk kita pastikan ia relevan dalam kita hendak meniti hala tuju ke depan dalam dunia yang semakin mencabar, dalam dunia Islam yang semakin sempit, dalam pelbagai isu yang perlu kita hadapi, kita tidak boleh memberikan ruang sedikit pun keretakan di kalangan kita dengan negara-negara Islam dan ummah umat Islam.

Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan · question

2. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan punca banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan berhadapan bangunan Angkasapuri pada petang 30 Oktober 2017.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, satu siasatan telah dijalankan berhubung kejadian banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan berhadapan Angkasapuri pada petang 30 Oktober 2017. Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan dan dikenal pasti punca kejadian banjir kilat tersebut adalah kesan daripada aktiviti pembangunan berhampiran halangan kepada sistem saliran sedia ada dan hujan yang sangat lebat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hujan lebat yang berlaku ini bersifat sementara yang mana intensiti hujan pada waktu kejadian ialah selama satu jam 20 minit dengan kadar hujan 86.55 milimeter. Kadar hujan lebat biasa adalah sekitar 50 milimeter ke 60 milimeter. Jalan yang dinaiki air ini adalah di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pihak konsesi adalah pihak Lebuhraya SPRINT. Projek pembangunan yang berdekatan dengan kawasan banjir juga adalah projek pembinaan Lebuhraya Setiawangsa- Pantai Expressway (SPE DUKE3) dan projek pembangunan South City. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyelaraskan tindakan-tindakan segera yang perlu diambil oleh pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah. Setiap kelulusan pembangunan dikenakan syarat untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti tanah runtuh, hakisan dan banjir kilat daripada berlaku. Antara syarat-syarat tersebut adalah: (i) di peringkat kelulusan, merancang, pemaju perlu mengemukakan laporan kesan alam sekitar tertakluk kepada skala pembangunan dan laporan geoteknikal sekiranya tapak pembangunan berada dalam cerun kelas tiga dan empat; (ii) menyediakan longkang sementara di sekeliling tapak pembinaan supaya laluan air daripada tapak tidak melimpah keluar; (iii) kawasan-kawasan cerun yang terbuka dan kawasan tambakan perlu ditanam dengan rumput bagi mengelakkan hakisan dan sistem saliran sedia ada tersumbat; (iv) menyediakan kolam tahanan dan perangkap kelodak yang menepati spesifikasi dan keperluan; (v) membuat pemeriksaan berkala dan menyelenggarakan sistem saliran sedia ada serta perlu dibuat pembersihan untuk mengekalkan kapasiti hidraulik; dan, (vi) menyelenggarakan infrastruktur kawalan kerja tanah yang dibina sepanjang tempoh pembinaan. Untuk makluman Yang Berhormat, khusus kepada isu banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan kepada pihak yang terlibat supaya melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: (i) menaiktarafkan longkang keliling, perimeter drain sedia ada; (ii) menyelengara kolam tahanan sedia ada untuk mengekalkan kapasiti paras air; (iii) menambah bilangan perangkap kelodak dan senggara dengan baik; dan, (iv) membersihkan dan menyenggarakan sistem sedia ada di sekitar kawasan pembangunan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih. Banjir berlaku pada 30 hari bulan Oktober Isnin lepas telah pun menyebabkan dua pelajar iaitu Mohammad Shafiq dan juga Rafiuddin, umur 13 tahun meninggal dunia, mati lemas dihanyutkan arus deras di depan Sekolah Menengah Taman Yarl. Saya mohon takziah untuk keluarga mereka. Soalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan terhadap pemaju yang menyebabkan banjir ini? Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, memang kita akan ambil tindakan terhadap pemaju yang tidak ikut syarat yang telah kita tetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya juga telah melawat tempat yang berlakunya hanyut dua orang anak kita di kawasan yang telah disebutkan, di PPR Muhibah dan kita juga sampaikan salam takziah kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Masalah anak-anak ini kita telah beritahu kepada pihak sekolah bahawa mereka tidak boleh menggunakan monsoon drain yang telah mereka gunakan kerana monsoon drain ini apabila air naik di hulu, kita tidak tahu bahawa paras air itu akan naik dengan secepatnya. Jadi itu yang telah berlaku kepada mereka. Saya pun telah bertemu dengan kedua-dua ibu bapa mereka dan juga telah meminta supaya pihak-pihak yang berkenaan dalam kawasan tersebut untuk menyelia masalah-masalah yang berbangkit. Ini kerana kita telah menyediakan bas sekolah percuma kepada mereka dan kita tidak tahu kenapa mereka masih lagi berjalan kaki ke sekolah ke tempat tinggal mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, soalan kedua Yang Berhormat telah bangkitkan, kita memang pantau dan kita akan beri satu – kalau mereka tidak patuh, kita akan beri satu work order untuk mereka berhenti daripada pembangunan yang mereka sedang laksanakan. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah masalah dan faktor-faktor yang tidak dapat diatasi, yang dihadapi oleh pihak Yang Berhormat dalam menyelesaikan masalah saliran yang terputus ini?

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Persoalannya ialah kapasiti longkang ataupun kapasiti saliran yang sedia ada. Kita telah tetapkan tiap-tiap pembangunan untuk membangunkan saliran yang baru. Jadi pihak rakyat ataupun warga di kawasan setempat ini bersabar sedikit kerana apabila siap kelak pembangunan tersebut, mereka ditetapkan untuk membangunkan saliran-saliran baru yang lebih dalam dan juga yang lebih besar untuk saliran air dapat mengalir keluar.

Kita juga sedang meneliti di seluruh Kuala Lumpur, kawasan-kawasan yang akan menyebabkan banjir. Dan kita akan melihat bagaimana kita dapat mengatasi masalah- masalah ini supaya satu kaedah di mana air-air yang berlimpahan khususnya air hujan ini, dapat kita takung kan untuk disimpan, untuk diguna pakai untuk warga Wilayah Persekutuan. Ini konsep yang kita sedang kaji dan insya-Allah, kita akan memastikan bahawa konsep ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin. Ini kerana kaedah tebatan banjir yang telah kita lakukan ini kadang-kala tidak menyeluruh dan kadang-kala masalah ia apabila kita lakukan kaedah tebatan banjir ini, apabila hujan turun dengan begitu banyak, ia tidak boleh menampung apa yang telah kita sediakan. Jadi kita sedang melihat bagaimana kita dapat mengatasi masalah-masalah ini supaya warga Kuala Lumpur ini tidak akan menghadapi banjir pada masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Hasbullah bin OsmanUMNO · BNGerik · question

3. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan mengenai Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017 di mana pada masa ini, syarikat yang menjalankan perniagaan jualan kredit mengenakan kadar faedah yang tinggi dan ianya boleh membebankan pengguna. Apakah pendekatan penguatkuasaan yang diambil oleh KPDNKK dalam menangani isu ini.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sememangnya peka terhadap isu keberhutangan isi rumah di Malaysia. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai sebuah caring ministry telah mengambil langkah meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan menggubal Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017. Ini adalah bagi menangani masalah yang melibatkan pengenaan kadar faedah yang tinggi dalam transaksi jualan kredit. Berdasarkan beberapa sesi konsultasi yang diadakan bersama industri, didapati kadar faedah yang dikenakan pada ketika ini boleh mencecah sehingga 35 peratus setahun. Melalui pindaan Akta Perlindungan Pengguna ini, peraturan yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2018 ini, kerajaan telah menetapkan kadar faedah tetap maksimum sebanyak 15 peratus setahun. Dengan ini, pemberi kemudahan kredit tidak lagi boleh mengenakan kadar faedah melebihi 15 peratus setahun. Penurunan kadar faedah ini diharap akan dapat membantu rakyat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki barangan untuk kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah. Mana-mana pemberi kemudahan kredit yang melanggar peruntukan perundangan baru ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman seperti berikut. (i) Jika orang itu satu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM200,000; atau (ii) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi RM100,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya. Dalam masa yang sama, KPDNKK akan melaksanakan program advocacy kepada industri dan masyarakat pengguna bagi meningkatkan pemahaman mengenai hak-hak dan obligasi mereka sebelum, semasa dan selepas memasuki suatu perjanjian transaksi jualan kredit. Kementerian juga akan menyebarluaskan maklumat-maklumat berkaitan transaksi jualan kredit melalui penglibatan Friends of KPDNKK sebagai ejen penggerak kementerian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pengenaan caj bayaran lewat juga merupakan isu yang sering diperkatakan di media sosial dan media massa di mana seseorang pembeli dikenakan kadar yang berbeza-beza dan amat membebankan pengguna. Sehubungan dengan itu, apakah tindakan yang boleh diambil oleh KPDNKK melalui pindaan kepada Akta Pelindungan Pengguna 1999 berkaitan transaksi jualan kredit dan Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017?

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita menggubal perundangan ini, yang baru-baru ini diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini, kita dapati memang benar kadar caj bayaran lewat agak begitu keliru kerana masing- masing mempunyai cara dan juga peratusan yang dikenakan agak tinggi. Maka sebab itu, kita telah pun mengambil satu kaedah yang akan menetapkan kadar caj bayaran lewat hanya setakat lima peratus setahun dan tidak boleh melebihi daripada ini atas dasar harian. Maka bermakna, kalau ia lewat, kita kenakan lima peratus setahun dan dibahagikan kepada 360 hari dan kita kalikan dengan berapa tempoh lewat yang ia tidak membayarnya. Insya-Allah, dengan adanya peraturan yang baru ini, maka semua pengguna akan memahami bahawa kadarnya tidak boleh melebihi lima peratus selepas ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Saya ingin tahu, berapa banyak syarikat-syarikat yang diberikan lesen untuk mengadakan jualan kredit ini di Malaysia? Dan adakah di antara syarikat-syarikat ini yang diberikan lesen untuk tidak menggunakan sistem riba’? Sebagaimana yang kita tahu, sistem riba’ adalah sesuatu yang diharamkan dalam Islam. Terima kasih.

Buat masa ini, sistem yang kita gunakan adalah sistem konvensional. Masih belum ada syarikat-syarikat yang memikirkan bagaimana hendak menjadikan ini juga syariah compliance, sesuatu yang agak baik, mengikuti syarikat-syarikat atau bank-bank yang ada dalam negara kita buat masa ini. Jumlah syarikat yang sekarang ini menggunakan sistem konvensional jualan kredit ini melebihi daripada tujuh syarikat yang besar. Yang besarnya tujuh, yang selebihnya saya kurang pasti. Akan tetapi, insya-Allah, apa yang akan kita lakukan adalah untuk bekerjasama dengan mereka dan bekerjasama dengan financial institutions untuk menentukan jualan kredit juga boleh kita gunakan mengikut kaedah syariah compliance. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini berakhir. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Annuar bin MusaUMNO · BNKetereh · question

1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa [Ketereh] meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah projek perumahan anggota tentera dalam perkhidmatan dan juga veteran yang telah didirikan dan dalam proses pembinaan dan apakah perancangan atau skim yang ditawarkan bagi mengurangkan kebergantungan anggota terhadap penempatan kuarters sekali gus memberi galakan kepada anggota untuk membeli rumah sewaktu dalam perkhidmatan.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, agenda kebajikan anggota-anggota tentera dan veteran ATM terutamanya dalam aspek perumahan sememangnya menjadi fokus dan keutamaan MINDEF sejak saya mula memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2013 sehingga kini. Fokus dan keutamaan ini telah diterjemahkan melalui teras kebajikan anggota dan veteran ATM dan penubuhan task force perumahan yang telah pun dilaksanakan di peringkat ATM dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Agenda perumahan ini merangkumi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan pada masa yang sama, kementerian juga amat prihatin untuk memastikan anggota-anggota mempunyai rumah sendiri melalui pemilikan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi anggota dan veteran ATM. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, pegangan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) adalah sebanyak 52,860 unit rumah.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Berdasarkan kepada kajian makmal pelan induk atau blueprint RKAT dan RMM ATM, masih lagi memerlukan tambahan sebanyak 40,627 unit RKAT. Keseluruhan agenda RKAT dan rumah mampu milik untuk anggota dan veteran ATM telah, sedang dan akan dilaksanakan melalui fasa-fasa dan pendekatan-pendekatan berikut; (i) peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11; (ii) peruntukan di bawah peruntukan khas kerajaan; (iii) projek-projek yang dilaksanakan melalui land swap; dan (iv) melibatkan RMM (Rumah Mampu Milik). Projek yang dilaksanakan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Projek yang dilaksanakan secara National Blue Ocean National Strategy (NBOS), Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR).

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Kesemua fasa-fasa dan pendekatan ini akan kita muatkan dalam pelan induk blueprint Perumahan ATM yang akan menetapkan secara telus perancangan kita untuk agenda perumahan sehingga tahun 2030. Melalui fasa dan pendekatan pertama iaitu melalui Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak 12 projek rumah keluarga angkatan tentera yang melibatkan pembinaan 3,272 unit rumah bernilai RM1.276 bilion telah pun diluluskan. Sehingga kini, tiga projek telah pun disiapkan, termasuk Kem Desa Pahlawan di Kelantan, kawasan Ahli Yang Berhormat Ketereh sendiri. Empat projek sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2019. Lima projek lagi di Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sarawak sedang dalam proses urusan dokumentasi dan dijadualkan akan siap pada tahun 2020. Ianya melibatkan pembinaan sebanyak 2,141 unit rumah. Mengenai pendekatan peruntukan khas kerajaan, di atas keprihatinan Kerajaan Pusat, sejumlah RM1 bilion lagi telah pun diperuntukkan khas oleh kerajaan dan ianya telah pun diluluskan bagi pembinaan sejumlah 3,500 unit RKAT di 14 kem di seluruh negara yang dijangka siap pada tahun 2020. Itu pendekatan kedua. Pendekatan ketiga, RKAT juga turut dibina melalui land swap yang di sini melibatkan 2,324 unit RKAT. Ambil kira, campur ketiga-tiga pendekatan, kementerian masih lagi menyedari bahawa usaha-usaha di atas sememangnya tidak mencukupi dalam memastikan keperluan sepenuhnya perumahan anggota dan veteran ATM. Justeru itu, saya telah mengarahkan agar satu blueprint RKAT digubal sebagai suatu langkah memandang ke hadapan secara telus dan memberi harapan kepada anggota- anggota dan veteran kita. Hasilnya, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan blueprint RKAT ini yang akan bakal menentukan arah tuju keperluan perumahan bagi warga tentera yang akan melibatkan pembinaan baki 31,531 unit RKAT menjelang tahun 2030. Blueprint RKAT ini telah juga diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2008 baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai rumah mampu milik pula, Kementerian Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat kumpulannya telah membina dan menjual sebanyak 1,888 unit rumah di bawah Skim Rumah Mampu Milik kepada warga dan veteran yang layak di Taman LTAT Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Mutiara Rini di Johor dan Mutiara Damansara di Selangor. Pada masa ini, LTAT melalui perbadanan miliknya iaitu Perbadanan Perwira Harta Malaysia dengan kerjasama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia juga telah memulakan pembinaan 2,000 unit rumah mampu milik di Taman LTAT Bukit Jalil dan 304 unit rumah mampu milik di Segari, Perak untuk ditawarkan kepada warga ATM dan veteran yang layak. Projek di Bandar Segari ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perak. Pendekatan kedua berhubung kait dengan rumah mampu milik ialah selain daripada apa yang dilakukan oleh LTAT, Kementerian Pertahanan telah melancarkan inisiatif Projek National Blue Ocean Strategy iaitu menerusi Projek 1Malaysia Veteran Home Repair Program dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sehingga kini, skim ini telah memberi manfaat kepada 961 unit rumah veteran ATM, di mana 346 rumah baru telah pun dibina dan 615 rumah telah pun di baik pulih dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM23.9 juta. Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu usaha proaktif bagi memastikan lebih ramai anggota dan veteran ATM memiliki rumah sendiri, kementerian akan memperkenalkan Program Satu Anggota Satu Rumah yang merupakan satu skim bagi mengurangkan kebergantungan anggota terhadap penempatan kuarters, sekali gus memberi galakan kepada anggota untuk membeli rumah sewaktu dalam perkhidmatan dengan nisbah 70 peratus anggota ATM dan 30 peratus veteran. Sehingga 2030, ATM menyasarkan dapat membina sebanyak 25,000 rumah mampu milik untuk anggota dan veteran ATM di seluruh negara. Kaedah pelaksanaan SASAR ini ada dua, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya ialah kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak swasta dan pembinaan di atas tanah milik sendiri anggota. Setakat ini, sejumlah 5,972 unit rumah dijangka dibangunkan pada tahun 2017 dan 2018.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Pendekatan kedua SASAR ialah kerjasama dengan pelaksana Program Rumah Mampu Milik. Kementerian Pertahanan sedang mengadakan perbincangan dengan pelaksana program RMM seperti Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PP1AM), Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Skim Rumah Pertama untuk mempertimbangkan kuota bagi anggota dan veteran ATM di setiap lokasi RMM dan membantu memudahkan, terutama veteran ATM untuk memiliki rumah di lokasi-lokasi yang bersesuaian. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, diharap agar seluruh usaha dan inisiatif daripada Kementerian Pertahanan ini, khususnya bagi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup warga anggota dan veteran ATM ini dapat dijayakan dengan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana jawapannya cukup komprehensif menyebabkan saya susah nak tambah soalan. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa sebagai Menteri yang terkanan dalam kerajaan, besarlah harapan anggota tentera, terutamanya juga pesara-pesara untuk melihat kepada kebajikan mereka. Dalam hal ini, saya sekali lagi ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana ternyata sangat fokus sekali dan untuk melihat kepada aspek- aspek kebajikan ini. Soalan saya ini ialah, sekarang ini penekanan kepada rumah keluarga itu tertumpu kepada mereka yang sedang berkhidmat agar mereka mempunyai kuarters yang lebih selesa. Dalam hal ini, saya ucap terima kasih. Di Ketereh sendiri hampir RM100 juta projek yang sedang dilaksanakan di bawah program ini. Bagi pihak Kem Desa Pahlawan, saya ucap terima kasih. Akan tetapi yang lebih saya tumpukan dan soalan tambahan ini ialah, saya perhatikan, anggota-anggota tentera apabila berpencen, mereka ada yang dapat ganjaran dan ada yang dapat pencen. Majoritinya ada yang dapat gratuiti tanpa pencen dan usia pegawai-pegawai ataupun anggota tentera yang berpencen ini kebanyakannya kalau berbanding dengan PDRM, masih muda-muda lagi. Waktu itu menanggung anak-anak bersekolah dan juga perlu mencari kerjaya tambahan. Pada masa yang sama, mereka menghadapi masalah rumah kerana mereka tinggal di kuarters, tidak memiliki rumah sendiri. Jadi, apakah rancangan kementerian dalam konteks penyediaan blueprint tadi untuk memberikan fokus yang khusus untuk menggalakkan anggota memiliki rumah seawal yang mungkin.

Kalau mereka berkhidmat pada waktu berusia 22 tahun, 23 tahun biarlah selepas empat hingga lima tahun misalnya, mereka sudah boleh memiliki rumah di luar walaupun mereka ada kuarters waktu perkhidmatan. Apakah kementerian bersetuju kalau saya cadangkan supaya perumahan PPR yang dibina dengan banyak di seluruh negara – Yang Berhormat Menteri sebut tadi itu nampaknya di Johor, Perak, Selangor tetapi pensioners ini bertaburan di seluruh negara. Apakah boleh Yang Berhormat memberikan satu jaminan supaya satu kaedah rumah PPR yang kerajaan subsidikan sampai RM100,000 satu unit, orang biasa yang tidak askar boleh dapat? Boleh atau tidak satu kuota yang spesifik di setiap perumahan PPR yang disubsidikan oleh kerajaan sampai RM100,000 direservekan khusus untuk anggota-anggota tentera? Bukan sahaja yang sudah berpencen termasuk anggota yang sedang berkhidmat diberikan kuota untuk mereka membeli rumah-rumah di bawah skim PPR?

Terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan ini juga cukup menyeluruh susah saya hendak jawab. Akan tetapi saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ketereh kerana memahami agenda membela kebajikan anggota dan veteran kita merupakan agenda yang paling utama dalam MINDEF pada hari ini. Selain daripada agenda perumahan, mungkin tidak sempat untuk saya bentangkan di Dewan pagi ini. Agenda kesihatan dan perubatan, agenda pendidikan, agenda kos sara hidup juga akan kita umumkan dalam masa terdekat, yang akan juga membela dan memberi tumpuan kepada anggota dalam perkhidmatan dan juga kepada veteran-veteran kita. Yang Berhormat tekankan kepada kedudukan veteran kita yang berpencen dan juga tidak berpencen. Ini satu anomali dengan izin, yang kita warisi daripada terdahulu dan sedang

kita usahakan untuk memastikan jurang di antara mereka yang tidak berpencen dengan mereka yang berpencen ini dapat dikurangkan. Dalam konteks perumahan, cadangan Yang Berhormat tadi untuk melihat kepada pendekatan bersama-sama dengan rumah-rumah PPR ini sedang diusahakan. Ini kita lakukan bekerjasama rapat dengan kementerian-kementerian yang saya sebut dalam jawapan asal tadi dan juga kerjasama rapat dengan kerajaan negeri. Nisbah di antara rumah- rumah mampu milik yang kita hendak bekalkan di bawah sasar ini, nisbahnya 70 peratus untuk anggota dan 30 peratus lagi untuk veteran kita. Bermakna bahawa di dalam blueprint ini yang bakal kita umumkan nanti, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat insya-Allah akan dimuatkan di dalam blueprint ini bukan untuk kita memberi janji-janji kosong tetapi kita bukukan perancangan kita secara telus dan kita beri harapan, hope kepada anggota dan veteran bahawa MINDEF hari ini mempunyai agendanya yang jelas sehingga tahun 2030, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya ingin mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri merujuk kepada perintah Majlis Angkatan Tentera 1973. Ini berhubung dengan penganugerahan tanah. Bolehkah Yang Berhormat Menteri merujuk kepada perintah tersebut sekiranya benar-benar kementerian ingin membantu warga tentera juga veteran tentera ini. Rujuk pada perintah tersebut, wujudkan satu perintah yang lebih kurang sama dengan perintah majlis tersebut supaya warga tentera dan juga veteran yakin dengan tawaran-tawaran dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh kementerian untuk mereka memiliki rumah sendiri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Insya-Allah, Yang Berhormat. Saya akan rujuk kepada perintah berkenaan. Terima kasih.

Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal · question

2. Dato' Mansor bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan sama ada pihak kementerian ada sistem pemantauan berkesan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti berbentuk perniagaan syarikat- syarikat event management, contoh JOBSIFU.com, supaya pengguna ataupun pengunjung tidak tertipu dan apakah bentuk tindakan yang boleh diambil kepada syarikat-syarikat tersebut yang didapati bersalah melanggar syarat serta peraturan kementerian.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa berusaha dan memberi perhatian serius untuk memerangi aktiviti penipuan di dalam perniagaan termasuk penipuan perniagaan yang berbentuk pengurusan acara atau event management. Pengawalseliaan aktiviti-aktiviti perniagaan berbentuk event management ini dilaksanakan oleh kementerian dengan berpandukan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 yang mana perlanggarannya menjadi satu kesalahan. Sehingga kini kementerian tiada menerima apa-apa aduan berhubung penipuan di dalam pengurusan acara daripada pihak industri dan orang ramai. Bagaimanapun kementerian akan melaksanakan langkah yang proaktif dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berskala ke atas aktiviti-aktiviti sebegini bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan mematuhi peraturan sedia ada. Kementerian ini sentiasa menjalankan usaha-usaha bagi memberikan perlindungan kepada pengguna daripada amalan tidak beretika oleh pihak syarikat yang berasaskan perkhidmatan. Melalui peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan, peniaga hendaklah telus dalam mendedahkan apa-apa maklumat berhubung tawaran yang disediakan kepada pengguna. Di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, kesalahan yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 dan bagi kesalahan kedua tahun yang berikutnya tidak melebihi RM500,000. Manakala bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Manakala di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pula, kesalahan yang dilakukan bagi suatu pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM1 juta. Bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Terima kasih.

Dato' Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada kes yang agak khusus yang berlaku di Alor Setar, Kedah. Ada satu ekspo karnival kerjaya yang terbesar zon utara 2017, yang berlaku pada 30 September sehingga 1 Oktober. Dalam kes tersebut, pihak penaja telah mengatakan hendak mengadakan karnival kerjaya yang terbesar. Akan tetapi sebaliknya yang berlaku ialah bukan karnival kerjaya nyata sekali pelajar-pelajar dan ada juga lepasan universiti yang keluar pergi ke tempat itu untuk memohon kerja tetapi didapati sebenarnya adalah event yang promote barang-barang jualan bukan kerjaya. Jadi kalau dalam kes begini, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah yang boleh diambil oleh kementerian bagi membantu kes-kes yang sebegini? Juga, apa tindakan yang boleh diambil supaya kes-kes yang sebegini rupa tidak berlaku di masa akan datang? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya maklumkan tadi, sebenarnya dalam akta yang memang wujud dalam negara kita ini, kita boleh pakai kedua-duanya sama ada Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta Perlindungan Pengguna 1999. Dalam kes yang tertentu Yang Berhormat maksudkan tadi, apabila seseorang melakukan promosi ia mestilah mengikut pengiklanan yang dilakukan. Kalau mereka melakukan sesuatu kesalahan dengan menipu, maka sesiapa sahaja yang tertipu tersebut boleh melakukan aduan. Seperti jawapan saya awal tadi, tidak ada aduan yang kita terima. Maka sebab itu tindakan melalui akta ini tidak boleh kita ambil.

Walau bagaimanapun, saya difahamkan isu yang sama juga berlaku di banyak tempat dan selalunya yang diambil kira adalah apabila aduan dibuat sama ada melalui Akta Kanun Keseksaan Seksyen 420 yang menipu ataupun akta yang ada di bawah kementerian saya iaitu Akta Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna. Kedua-duanya boleh digunakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sekejap.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Tuan Yang di-Pertua, isu penipuan event ini memang amat serius kerana ada beberapa tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Beberapa syarikat event ini mengambil kesempatan untuk menipu terutamanya kepada pengguna-pengguna yang datang event mereka. Kita tahu di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di bawah KPDNKK, mereka boleh memfailkan tuntutan sebenarnya sehingga sejumlah RM25,000ke bawah jika berlakunya pertikaian dalam tempoh tiga tahun. Cuma saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyenaraikan hitamkan syarikat-syarikat yang didapati melakukan penipuan ini bagi mengelakkan lebih ramai lagi orang ramai menjadi mangsa dalam keadaan penipuan event ini. Adakah kementerian juga bercadang bahawa dipermudahkan selepas ini melalui portal di bawah KPDNKK untuk mereka menyampaikan aduan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Betul dalam masalah ini mereka boleh melakukan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna. Tetapi kuasa yang diberikan terhadap tribunal ini hanya lah setakat RM25,000sahaja. Itu adalah award yang boleh kita berikan daripada tuntutan melalui tribunal ini. Tetapi yang penting kepada kita adalah melindungi pengguna daripada tertipu melalui event management ini. Yang kita sedang lakukan adalah untuk mengambil langkah-langkah proaktif dengan menjalankan pemeriksaan dan juga pemantauan secara berskala dan dalam waktu yang sama kita juga minta supaya Friends of KPDNKK juga dapat meninjau segala masalah yang ada tentang event-event yang mereka bangunkan di seluruh negara itu mestilah mendapat sesuatu yang diterima baik oleh pengguna. Kalau sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka saya minta rakan-rakan atau Friends of KPDNKK yang membuat aduan. Kerana kadangkala penipuan ini pengguna ambil, tidak ambil endah sehingga tidak melakukan

aduan, di mana susah untuk kita mengambil tindakan. Maka sebab itu, kita wujudkan Friends of KPDNKK ini untuk membantu masyarakat pengguna, sekurang-kurangnya dapat bekerjasama dengan KPDNKK. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan nombor tiga dari Yang Berhormat Tambun tidak dapat dijawab secara lisan memandangkan Yang Berhormat yang berkenaan tidak berada dalam Dewan pada ketika ini. Soalan nombor empat Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Ada pembetulan sedikit bukan 1.5 juta tetapi 1.1 juta. Kerajaan BN hampir tamat, soalan saya nombor empat.

Khalid bin Abdul SamadAMANAH · PHShah Alam · question

4. Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan kementerian untuk memastikan bahawa sasaran kerajaan untuk membina 1.1 juta buah rumah mampu milik yang telah dijanjikan oleh kerajaan dapat dicapai sebelum menjelangnya 2018.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Terima kasih. Yang hendak tamat ini Shah Alam bukannya Barisan Nasional. [Ketawa] Sebab masalah tol sudah selesai. Dari malam, Shah Alam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan bagi pembelian rumah mampu milik untuk tempoh lima tahun daripada 2013 sehingga 2015 pada asalnya memang 1 juta. 1 juta buah rumah mampu milik oleh sebab dilihat keperluan rakyat semakin meningkat maka, sasaran ini telah pun ditambah kepada 1.1 juta seperti mana Yang Berhormat nyatakan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sasaran ini dilaksanakan di seluruh negara melalui Program Rumah Mampu Milik yang melibatkan pelbagai agensi yang terlibat iaitu agensi Kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan negeri dan juga pihak swasta. Dari 1 Januari 2013 hingga 15 Oktober 2017, status keseluruhan pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik ini di seluruh negara adalah seperti berikut. Kalau ikut jumlah sasaran 1.1 juta tetapi kita based on 1 juta sasaran asal, yang sudah siap ialah 255,341 unit - 23 peratus, dalam pembinaan dan juga perancangan - 717,512 iaitu 64.6 peratus, baki komitmen ada sebanyak lagi 138,335 sebanyak 12.4 peratus. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya telah bertanya tentang perancangan. Kalau tengok soalan tadi itu, bagaimana hendak mengatasi keadaan di mana jumlah yang telah siap dibina jauh berkurangan. Walaupun jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan 64.4 peratus sedang dalam proses pembinaan dan hanya 12 peratus yang baki. Yang mana yang baki ini saya anggarkan kebenaran pun mungkin permohonan, kebenaran kelulusan belum lagi diusahakan, lalu tempoh masa sudah dekat hendak habis. Kita janjikan masa semasa dalam pilihan raya dulu 1 juta. Selepas itu ada orang minta lagi tambah 1.1 juta. Sekarang ini maknanya jumlah yang ketinggalan itu satu jumlah yang begitu tinggi. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, macam mana hendak tangani masalah ini? Kita hendak kena buat lebih kurang, kalau kita hendak ambil 1.1 juta itu, lebih kurang hampir 900 ribu, hampir-hampir hendak 1 juta hendak kena diselesaikan. Kerana yang baru selesai hanya 255 ribu. Adakah ini merupakan satu hakikat bahawa Kerajaan Barisan Nasional hanya membuat janji-janji manis bila hendak pilihan raya? Tetapi bila sudah dekat hendak habis, sudah hendak tamat, sudah tidak boleh buat. Hampir 700 lebih dalam proses,130 lebih baki, itu sudah 800 lebih, sudah dekat 900 lebih. Campur lagi yang 100 , yang tambah 100 yang jadi 1.1 juta itu? Hampir 900. Asal yang dijanji 1 juta, 900 tidak siap.1.1 juta yang dijanji, 900 sudah siap. Macam mana? Apa cara, bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Selain daripada jangan buat janji kosong lah.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini agaknya profesion jurutera barangkali. Sebagai seorang jurutera... jurutera ya? Rasanya, kalau saya tidak silap lah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jurutera minyak.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jurutera minyak sebab itu tidak faham masalah perumahan ini?

[Dewan ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak faham, yang saya faham 900 ribu tidak siap lagi. 900 ribu tidak siap lagi itu saya faham. Tidak perlu jadi Jurutera-jurutera.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak, maksud saya kalau Yang Berhormat Jurutera Awam sekurang-kurangnya faham proses untuk buat rumah, hendak buat rumah ini bila kita umumkan, peraturannya ada. Kita kena buat tanah. Tanah ini siapa punya? Tanah ada tanah negeri, ada tanah yang kita punya. Dengar lah dulu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ringkasnya Yang Berhormat Menteri, BN buat janji tidak ambil kira ini semua. This is what you’re saying. Apa yang Yang Berhormat Menteri jawab, maknanya bila buat janji hari itu tidak diambil kira ini semua. Maknanya Yang Berhormat Menteri tidak tahu proses. 900 ribu lagi tidak siap, Yang Berhormat Menteri.

Hoi! Duduk lah! Hoi! Apa lah, tidak reti peraturan kah? Apa lah...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab dia perangai macam ini lah, akan lesap dekat Shah Alam ini. Dengar lah saya cakap, janji kita tunai. Kalau kita cakap kosong, masakan kita sudah berjaya membuat 255 ribu. Kita sudah buat. Ini yang sudah siap.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan itu janjinya. Janjinya 1.1 juta. Tuan Yang di-Pertua, he’s misleading the Dewan. Macam mana dia kata janji sudah disiap, janji sudah ditunai Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Jangan buat macam itu Yang Berhormat Shah Alam.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dengarlah saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini kalau tidak reti bahasa macam ini, susahlah kita. Dia sebab– dia ingat dia buat rumah ini macam dia bercakap. Ia bermakna kita telah merancang, ini satu pencapaian yang luar biasa.

[Menyampuk] Betul.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak ringkaskan cerita. Komitmen ini kena dapat kerjasama daripada kerajaan negeri. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, negeri Selangor. Pergi balik ajar Menteri Besar Selangor ini. Di negeri Selangor, sebagai contoh Yang Berhormat nyatakan, kalau mengikut perancangan kita hendak buat di negeri Selangor ini ada 51,992 kita hendak buat.

Kenapa sentuh Selangor sahaja? Daripada dahulu minat Selangor.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya lah saya ambil contoh. Saya ambil contoh, dengar, rancangan kita hendak buat 51,000. Akan tetapi sekarang ini kita mampu buat, yang kita telah dalam pembinaan, 11,000. Oleh sebab apa? Oleh sebab kita tidak capai 51,000 ini? Ini kerana kerjasama daripada kerajaan negeri kurang. Yang Berhormat sedia maklum bahawa kuasa memberikan kelulusan untuk kebenaran merancang kuasa kerajaan negeri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebanyak 900,000 Yang Berhormat Menteri hendak cakap pasal 51,000. Sebanyak 900,000 yang tidak supply...

Hei! Itu pasal saya kata dia ini bodoh ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau Yang Berhormat Menteri hendak cakap fasal 51,000...

Hei! Itu yang saya kata dia ini bodoh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Takkanlah semua negeri hendak jatuh...

Duduklah hoi!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Banyak negeri Yang Berhormat...

Ini pasal...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Barisan Nasional kan.

Pasal soalanlah. Apa ini punya MP?

Dia bukan bodoh, dia degil.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apalah punya standard Ahli Parlimen macam ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Duduk dahulu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduk dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk dahulu Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat Shah Alam mahu buat rekod untuk sesi ini, Yang Berhormat Shah Alam saya rehatkan. Kalau tidak Yang Berhormat Shah Alam mahu jangan lagi buat begitu. Begitu juga kepada Ahli Yang Berhormat yang lain. Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya sudah kata tadi. Kita sudah laksanakan, sudah buat. Kita mengambil masa perancangan. Oleh sebab itu daripada perancangan kita, kita kena dapat kerjasama daripada semua negeri. Semua negeri, saya ambil satu negeri Selangor ini, saya ambil contoh. Apabila kita hendak melaksanakan sehingga 51,000 dalam pelaksanaan kita, yang kita mampu, yang kita sudah buat 11,000. Sebab apa perkara ini berlaku? Ini kerana saya kata apabila kita hendak buat tanah, sepatutnya semua kerajaan negeri, kalau kata terutama Selangor, kenalah memberikan satu keistimewaan kepada rumah-rumah mampu milik yang dibuat oleh kerajaan. Kerajaan Federal keluarkan duit. Kita keluar duit. Kalau kita mendengar bajet baru-baru ini, RM2.2 bilion kita keluarkan duit untuk kita hendak memastikan harga rumah yang dijual ini lebih murah daripada harga pasaran di bawah RM300,000. Akan tetapi ada negeri termasuk Selangor, apabila dia meletakkan syarat buat Rumah Selangorku, saya bagi contoh. Rumah Selangorku dibuat. Apabila Rumah Selangorku itu dibuat, ia ada tiga kategori, ini akan menjejaskan pembangunan kerana apabila kerajaan negeri menganggap PR1MA sebagai contoh, SPNB, agensi-agensi kita ini sama seperti syarikat swasta maka tentulah ada halangannya. Kalau kita syarikat swasta tidak apa. Oleh sebab syarikat swasta ada mendapat keuntungan dalam membuat perumahan. Akan tetapi dalam projek kerajaan ini, seperti yang saya kata, kita tidak ambil untung langsung, malah kita keluar lagi modal RM2.2 bilion kita bagi kerana itu sepatutnya kerajaan negeri kena bagi kerjasama, bagilah green lane. Kita bagi satu jawatankuasa khas, bagi cepat proses ini. Kemudian jangan letak syarat macam mana letak syarat dikenakan sebagai pihak swasta, macam dekat Selangor. Daripada tanah pertanian, hendak ubah kepada tanah perumahan, mengambil masa. Sudah ubah tanah perumahan, kena bayar pula premium. Premium tanah yang dikenakan pula mengikut harga yang dikenakan sebagai kepada syarikat swasta. Apabila itu sudah selesai, ambil masa pula untuk mendapatkan kebenaran merancang. Apabila sudah siap semua ini pula, letak syarat kena buat Rumah Selangorku. Rumah Selangorku, kerajaan negeri satu sen pun tidak keluar duit. Satu sen tidak keluar duit, hanya letak syarat. Apabila mereka tidak keluar duit, rumah yang sepatutnya kita jual RM300,000 kita terpaksa buat Rumah Selangorku. Bermakna, kena keluar subsidi. Kita kena keluar subsidi. Apabila keluar subsidi, mahu tidak mahu Rumah Selangorku ini terpaksa kita naikkan sedikit sebab kita tidak ada ambil apa-apa keuntungan. Jadi kerana itulah Yang Berhormat Shah Alam yang kena faham hendak buat rumah. Bukannya cakap hari ini besok boleh siap prosesnya. Oleh sebab itu kena tanya Yang Berhormat Sepang, dia lawyer. Di dalam Perlembagaan Persekutuan kita ada kuasa negeri, ada kuasa Persekutuan. Ini yang kita kena faham, jangan main bulldoze. Ini engineer minyak, itu yang tidak faham itu. Oleh sebab dia ingat dia jadi orang minyak sahaja. Dia tidak faham, jadi terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri, lain kali jangan buat janji banyaklah, kan bagus.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat soal isu kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan ini mesti dengan semangat federalism yang tinggi. Jika tidak, akhirnya soal rumah mampu milik ini tidak akan dapat untuk kita laksanakan. Seperti yang dihasratkan sebanyak 1.1 juta tadi disebut, kita juga mempunyai opsyen iaitu mewujudkan Skim MyHome, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah announce Skim MyHome ini. Jadi saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian, sebenarnya ada tidak kekangan-kekangan lain ataupun masalah-masalah lain daripada kerjasama negeri-negeri ini yang memungkinkan sejumlah 1.1 juta itu tidak dapat untuk kita laksanakan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam kita hendak memberikan kemudahan kepada rakyat, terutamanya first buyer, belia yang baru bekerja hendak beli rumah. Jadi, selain daripada kita menyediakan rumah mampu milik yang saya kata kerajaan tahun ini bajet RM2.2 bilion. Dalam masa yang sama, kita juga memberikan peruntukan kepada pembeli-pembeli yang pertama kali yang dinamakan Skim MyHome dan juga MyDeposit. Kalau bajet tahun ini 2,000 rumah, apakah yang dikatakan MyDeposit dengan MyHome ini? Bayangkan bagaimana Kerajaan Barisan Nasional ini bila pembeli yang pertama hendak beli rumah. Katalah rumah dia RM300,000, dia hendak pinjam bank, boleh jadi bank hanya bagi 80 peratus. Sebanyak 80 peratus, baru RM240,000. Mana hendak cari lagi RM60,000? Kerajaan Barisan Nasional punya baik hati. Sebanyak 10 peratus itu, RM30,000 kerajaan bagi free sahaja. Mana hendak cari kerajaan macam Kerajaan Barisan Nasional? Bukan macam Kerajaan Negeri Selangor buat Rumah Selangorku satu sen pun tidak keluar duit. Kita...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi masih 900,000...

Yang Berhormat Menteri, ini bukan Menteri Selangor, ahli Menteri Malaysia, jaga negeri lain juga. Apalah...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Hei! Sel otak bersambung dulu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini contoh.

Ini sudah mengidam nak jadi Menteri Besar Selangor kah? Sudah mengidam sangat kah?

Hendak makan ubat? Bagi dia. Ada makan ubat tidak?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini contoh saya buat. Contoh saya buat bagaimana Kerajaan Barisan Nasional menolong rakyat untuk mendapat rumah. Itu bagi golongan M40 Tuan Yang di-Pertua. M40, MyDeposit kita bagi RM10,000. Itu baru M40, yang B40, yang berpendapatan RM3,000 ke bawah lagi banyak kita bagi subsidi. Rumah RM150,000 kita jual RM35,000 sahaja. Lebih RM100,000 kita bagi subsidi. Jadi, masalah yang sedikit kekangan Yang Berhormat Sungai Besar tanya tadi ialah pinjaman bank, bank financing. Kita tidak nafikan. Jadi, kadang-kadang ada juga yang mereka ini telah mendapat peruntukan MyDeposit dan MyHome, akhirnya kita tidak dapat lunaskan kerana mereka tidak mendapat pinjaman daripada bank. Jadi, kerana itu untuk memastikan bahawa persiapan ataupun kita hendak bagi peluang kepada pembeli-pembeli pertama terutamanya yang M40 ini, maka kaedah MyDeposit dan juga kaedah MyHome ini kita akan tengok balik supaya kita dapat memberikan peluang dan mencapai matlamat. Akhirnya daripada kerajaan negeri seperti mana yang dinyatakan tadi memang, kalau kerajaan negeri yang tidak bekerjasama dengan agensi-agensi perumahan di Federal macam PR1MA, SPNB dan juga rumah daripada PPR, tentulah kita akan menghadapi masalah. Ini masalah negeri ini, saya hendak beritahu dalam laporan yang dibagi oleh PR1MA kepada saya. Kelantan sebagai contoh. Walaupun dia bukan Barisan Nasional tetapi oleh sebab Kerajaan Negeri Kelantan memikirkan masalah perumahan rakyat, maka Kerajaan Negeri Kelantan memberikan kerjasama yang baik kepada PR1MA dan PR1MA boleh membuat dengan lebih baik di Kelantan. Ini kerana apa? Ini kerana Kerajaan Negeri Kelantan tidak memikirkan politik tidak macam Kerajaan Negeri Selangor lebih banyak memikirkan politik.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi oleh itu, kalau hendak pastikan rumah yang saya kata rumah di Selangor rumah PR1MA ini yang kita cadang 51,000 kita hendak buat, yang baru kita dapat laksanakan 11,000 dan 40,000 kita masih belum boleh laksanakan kerana berbagai-bagai halangan daripada kerajaan negeri. Untuk kesenangan rakyat negeri Selangor, pastikan pilihan raya akan datang BN menang balik negeri Selangor, rumah PR1MA kita boleh buat lagi. [Dewan riuh] [Tepuk] Terima kasih.

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan usaha kementerian dengan kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam menangani masalah kesukaran memasarkan produk oleh usahawan desa secara talian terutamanya di kawasan luar bandar.

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Machang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Lipis yang mengemukakan soalan nombor 5. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran guru-guru penolong-penolong kanan di dalam PPD Parlimen Machang. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk satu pantun. Daripada Parlimen Machang ke Parlimen Kalabakan, Suasana yang panas kita sejukkan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya pihak kementerian amat peka dengan cabaran-cabaran yang telah dan sedang dihadapi oleh usahawan-usahawan daripada kawasan luar bandar dalam usaha mereka untuk memasarkan produk-produk keluaran mereka. Sememangnya pihak kementerian juga telah menjalankan kerjasama secara NBOS bersama kementerian-kementerian lain seperti KKMM serta Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) di dalam usaha untuk membantu usahawan luar bandar. Kita jalankan di bawah modul eUsahawan dan eRezeki sebagai satu usaha untuk membantu usahawan luar bandar mempromosi dan memasarkan produk-produk keluaran mereka secara dalam talian. Ini termasuklah latihan pemasaran melalui media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Atas sifat menyedari hakikat tersebut, maka pihak kementerian telah merangka satu inisiatif di bawah fokus kesembilan di dalam Pelan Transformasi Luar Bandar iaitu memperluaskan perniagaan secara dalam talian ataupun online yang dinamakan sebagai DesaMall@Online. Program ini merupakan salah satu usaha kementerian untuk membantu usahawan luar bandar memperluaskan perniagaan mereka melalui pemasaran dalam talian. Bagi memastikan program ini, kementerian telah mengadakan kerjasama strategik bersama Celcom, 11street, platform eDagang dan juga Pos Malaysia sebagai strategi untuk melahirkan lebih ramai usahawan digital di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, Program DesaMall@Online telah bermula sejak 11 Mei 2017 dan telah pun dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri KKLW pada 21 Oktober tahun ini semasa Program Karnival Usahawan Desa atau lebih dikenali dengan KUD tahun ini yang telah berlangsung baru lalu. Seramai 230 usahawan luar bandar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, online business readiness, yang telah terpilih untuk mengikuti latihan secara percuma yang dikendalikan oleh 11street. Latihan yang disediakan termasuklah kaedah penjualan produk melalui platform 11street, copywriting, promosi, pemasaran dan teknik- teknik untuk mengambil gambar produk secara lebih baik.

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Machang

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga kini, sebanyak 106 produk usahawan telah mula diniagakan di platform eDagang serta 11street serta jenama DesaMall hasil daripada kursus DesaMall@Online yang telah dijalankan. Kementerian telah menyasarkan sebanyak 500 sehingga 1,000 usahawan luar bandar mula berniaga secara dalam talian sehingga tahun 2017. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua mengizinkan saya kemukakan soalan tambahan pada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berpendapat bahawa kementerian telah menjalankan satu platform untuk usahawan desa bagi memperluaskan produk mereka iaitu dinamakan DesaMall ataupun DesaMall@Online yang bekerjasama dengan Celcom Axiata dan juga 11street. Akan tetapi persoalannya, ini merupakan adalah satu tempat di bandar-bandar atau di ibu negeri sahaja dan tidak di kampung. Di peringkat luar bandar ini, saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa talian internet ini sangat slow sebenarnya. Kalau 4G pun, gambar masih berpusing. Sedangkan mereka luar bandar ini khususnya dalam Parlimen sayalah, terus terang saya katakan, kalau 3G memang tidak dapat tengok gambar, 4G pun masih berpusing. Jadi sebab itu saya minta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama NBOS di kementerian-kementerian lain membantu dalam hal ini sebab sekarang perniagaan melalui online, di hujung jari ini, dipanggilkan hujung jari digital ini sangat penting sekali. Akan tetapi soalan saya, apakah benar bahawa usahawan yang didaftarkan di dalam DesaMall ini, produk-produk IKS ini diletakkan di sudut yang kurang memuaskan? Maknanya ke bawah ataupun ke tepi. Juga, saya kira, adakah langkah kementerian untuk membantu mereka ini meletakkan pemasaran di tempat yang baik dan dikatakan dikenakan bayaran yang tinggi di DesaMall ini? Bagaimana pula potensi dagang hab yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Pusat KIMAR baru-baru ini yang juga saya kira ,apakah perancangan untuk boleh dibantu mereka ini?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Lipis. Sememangnya kita mengambil perhatian yang serius tentang internet coverage di kawasan-kawasan luar bandar dan kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan KKMM untuk memastikan kawasan-kawasan yang contohnya usahawan-usahawan yang kita kenal pasti terlibat di dalam business atas talian ini supaya kekuatan pancaran internet di kawasan-kawasan mereka ini dapat dipertingkatkan. Insya-Allah, kita akan mengambil pandangan daripada Yang Berhormat tentang perkara ini. Tentang berkaitan dengan sudut-sudut yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan business dalam talian yang kita lancarkan baru-baru ini, sebenarnya kita sentiasa memberi perhatian dan kita membuat penelitian daripada semasa ke semasa untuk memastikan mereka ini dapat berdaya saing dan juga dapat memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan bagi memasarkan produk-produk mereka. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita membantu usaha kerajaan melalui kementerian untuk membantu usahawan-usahawan daripada luar bandar ini dengan pelbagai cara, pelbagai kaedah. Contohnya, kita menyediakan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa atau dikenali dengan SPED. Pinjamannya antara RM50,000 sehingga maksimum RM500,000 merupakan satu usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan dan kementerian untuk memudahkan usahawan luar bandar memperolehi pinjaman dan mengembangkan perniagaan mereka, seterusnya pendapatan mereka juga akan bertambah. Selain daripada itu, saya hendak maklum kepada Yang Berhormat, usaha-usaha yang telah kita jalankan untuk membantu usahawan-usahawan daripada luar bandar ini termasuklah, contohnya, kita buat program Mobilepreneur yang mana seramai 3,000 peserta terlibat dan peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM30 juta. Selain daripada itu, Program RBC, 27 peserta dengan peruntukan sejumlah RM4.5 juta, Skim Karnival Usahawan Desa juga yang kita adakan baru ini 19 hingga 22 Oktober baru ini, Yang Berhormat, hendak maklum pada Yang Berhormat, kita telah berjaya menarik pengunjung hampir 1.2 juta pengunjung yang mana nilai transaksi jualan meningkat sehingga RM3.5 juta. Apa yang paling penting sekali di sini ialah kita dapat memperluaskan rantaian perniagaan yang mana sebelum ini menjadi kekangan kepada usahawan-usahawan daripada luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, melalui program KUD ini kita telah dapat mengetengahkan mereka sehingga barangan dan produk-produk mereka dapat dipasarkan di pasar raya-pasar raya seperti Giant, seperti rantaian Mydin dan berbagai-bagai lagi. Kita harap juga agar produk-produk mereka ini dapat diperkembangkan ke serata tempat di peringkat antarabangsa. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh manakah produk industri desa berjaya menembusi pasar raya seluruh negara dan bagaimanakah perancangan untuk meningkatkan sambutan pengguna-pengguna di seluruh negara ini. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bukit Bintang. Terima kasihlah Yang Berhormat Bukit Bintang atas keprihatinan tentang usahawan-usahawan desa walaupun Bukit Bintang ini kawasan bandar raya. Untuk makluman Yang Berhormat, itulah seperti yang saya sebut kita mewujudkan karnival usahawan desa. Di dalam program karnival usahawan desa yang kita jalankan secara dwi-tahunan, kita memastikan bahawa produk-produk keluaran daripada usahawan- usahawan kita Yang Berhormat daripada kawasan luar bandar kita dapat tempatkan di karnival tersebut. Di situlah seperti yang saya sebut tadi adanya program business matching yang telah kita telah pertemukan mereka dengan pengusaha-pengusaha hypermarket dan juga pengusaha-pengusaha daripada luar negara yang datang dan berminat dengan produk- produk tempatan. Jaringan perniagaan business matching ini telah melibatkan RM10.75 juta baru ini yang KUD yang jalankan pada 19 hingga 22 Oktober. Ini tidak termasuk KUD pada tahun 2015, 2013 dan juga 2011. Kalaulah Yang Berhormat berjalan ke luar negara ada kedai-kedai di luar negara yang menjual barangan daripada negara kita. Kalau kita semak ia adalah keluaran daripada usahawan-usahawan desa kita. Ini adalah hasil daripada program yang telah dijalankan oleh pihak kementerian dengan NBOS kerjasama dengan beberapa kementerian lain. Akhirnya jelas kepada kita bahawa sekiranya ada kesungguhan, daya usaha serta menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh pengimport-pengimport yang saya maksudkan. Maka, sudah pastilah barangan kita juga mampu untuk menembusi pasaran antarabangsa dan berjaya untuk ditempatkan bersama barangan-barangan yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang yang sudah mempunyai nama yang besar. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

6. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilangan kebakaran setiap tahun sejak 2010 dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bilangan kebakaran sejak tahun 2010 hingga September 2017 adalah seperti berikut di mana bilangan kebakaran meliputi bangunan, kenderaan, hutan-hutan belukar dan lain-lain ialah sebanyak 289,877. Daripada tersebut bilangan kebakaran yang melibatkan bangunan adalah 41,840 dan bilangan kebakaran yang melibatkan rumah ada 24,322. Berdasarkan perangkaan di atas fokus utama pencegahan kebakaran adalah kepada kebakaran bangunan terutamanya rumah kediaman. Daripada 41,840 bilangan kebakaran bangunan dan 24,322 kebakaran adalah melibatkan rumah kediaman iaitu 58 peratus daripada keseluruhan kebakaran bangunan. Keselamatan kebakaran adalah amat penting di rumah kediaman kerana kebanyakan kes yang melibatkan kematian adalah disebabkan kebakaran yang berlaku

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

semasa penghuni sedang tidur. Langkah pencegahan kebakaran adalah suatu konsep yang menyeluruh yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Secara ringkasnya ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, langkah pencegahan di kalangan masyarakat umum. Di mana dua pendekatan telah diambil iaitu meningkatkan kesedaran dan juga kefahaman orang ramai dalam aspek keselamatan kebakaran serta mengadakan kempen kesedaran berbentuk pameran dan juga demonstrasi serta fire-drill. Melibatkan masyarakat dalam aktiviti kebombaan termasuk kadet bomba di peringkat sekolah, kor-siswa bomba di peringkat institusi pendidikan tinggi, pasukan bomba sukarela, bomba komuniti dan juga MyBomba, JPP di peringkat komuniti. Kedua, menguatkuasakan undang-undang khususnya dalam aspek penghapusan bahaya kebakaran. Langkah kedua adalah melibatkan golongan profesional yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan. Ini bagi memastikan bahawa bangunan- bangunan yang dibina di negara ini mematuhi standard antarabangsa dalam aspek keselamatan kebakaran. Langkah ketiga adalah meningkatkan kecekapan dan profesional pasukan bomba. Penekanan diberikan kepada menambah baik response time pasukan bomba ke lokasi kebakaran. Ini kerana semakin cepat pasukan bomba tiba ke tempat kejadian semakin tinggi peluang untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Objektif tersebut dapat di capai dengan membina lebih banyak balai bomba dan menggembleng pasukan bomba sukarela serta pasukan tindakan kecemasan di premis dan sebagainya. Kesimpulannya, konsep keselamatan kebakaran adalah konsep yang menyeluruh dan merangkumi semua pihak. Langkah-langkah ini adalah suatu usaha yang berterusan bagi memastikan aspek pencegahan kebakaran menjadi keutamaan semua pihak dalam negara ini. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bilangan sekolah agama yang terbakar dalam beberapa tahun ini, apakah bilangannya dan dari segi tiga bahagian yang disebutkan. Apakah faktor yang menyebabkan begitu banyak sekolah agama yang terbakar.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Untuk pengetahuan Yang Berhormat saya telah pun menjawab soalan khusus mengenai kebakaran tahfiz dalam Dewan yang mulia ini tidak silap saya minggu lepas dan saya ingat kalau Yang Berhormat boleh rujuk balik dalam Hansard, Yang Berhormat akan mendapat laporan terperinci. Namun demikian, terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat. Untuk kebakaran di tahfiz ini dan sebenarnya yang saya hendak maklumkan bahawa satu laporan penilaian kita tahap kebakaran pusat tahfiz seluruh negara telah pun dibentangkan dalam Kabinet dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan satu jawatankuasa untuk kita hendak memberikan peruntukan kepada tahfiz-tahfiz yang memerlukan bantuan-bantuan ini. Bantuan yang diberikan kali ini ialah berbentuk kepada memperbaiki. Kebakaran ini bukan sahaja kerana pendawaian. Ia ada sebab tidak cukup pintu, tidak cukup tangga hendak turun juga daripada tempat dapur dan sebagainya. Jadi ini semuanya telah pun dilengkapkan laporan ini dan saya sudah cerita dengan detil dalam jawapan saya minggu lepas kalau saya tidak silap. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Kebakaran ini satu perkara yang sangat menyedihkan, “malang tidak berbau”. Selalunya kita dengar harta benda, rumah dan juga mungkin nyawa. Contohnya, di Parlimen Bagan Serai baru-baru ini 10 buah rumah terbakar dengan lapan buah kenderaan. Lori, kereta dan van. Nasib baik nyawa tidak terlibat. Apa yang saya hendak gambarkan di sini, apabila kebakaran berlaku bomba mungkin datang cepat dan kadang-kadang lambat disebabkan beberapa faktor. Akan tetapi, ramai orang yang datang tengok banyaknya mampu menjerit, menangis dan ajar mengucap.

Jadi, saya lihat berapa banyak rumah yang ada alat pemadam api dan berapa banyak kereta yang ada pemadam api sedangkan benda ini sangat penting. Saya ingin

bertanya kepada menteri, adakah KPKT bercadang, kerajaan bercadang untuk mewajibkan alat pemadam api wujud di setiap rumah dan juga di setiap kereta. Kalaulah dapat kerajaan memberikan subsidi dengan pembelian ini ataupun diberikan percuma sebabnya ini masalah nyawa kepada kumpulan B40 dan satu lagi adakah kerajaan nak adakan supaya setiap rumah yang dibina ada pelan laluan kecemasan kebakaran, rumah ini maksud saya sebab banyak kali sudah kita lihat apabila berlaku kebakaran orang terperangkap dan mati rentung. Terima kasih Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Pertama sekali cadangan Yang Berhormat kepada tiap-tiap rumah ini kerana rumah-rumah perseorangan ini ia tidak tertakluk dalam Akta Bomba kita. Namun demikian, kita menggalakkan supaya yang rumah-rumah persendirian dan juga kereta-kereta ini dan kita juga berkempen. Dulu kalau Ahli Parlimen bila dengar taklimat daripada kita tahun lepas kita bagi juga pemadam api ini yang boleh letak di dalam kereta. Apa yang kita buat ialah kita kena berkempen untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan memang kita galakkan dan kita galakkan supaya rakyat dalam negara kita ini kalau boleh setiap rumah biarlah kita pasang pemadam api dan juga fire detector ini. Ini kerana dua perkara ini kalau boleh kita letakkan di dalam rumah kita. Maka langkah-langkah pencegahan awal boleh kita ambil. Oleh sebab dan tadi Yang Berhormat kata mengenai rumah ini wajib, yang diwajibkan ada pintu keluar dan sebagainya. Ini ialah perumahan-perumahan yang telah pun tertakluk di bawah akta kita. Namun demikian, walaupun saya nyata tadi banyak kebakaran berlaku, namun demikian kita harus mengucapkan tahniah kepada pasukan bomba kerana di atas usaha yang dibawa oleh pasukan bomba, kita dapati bahawa bilangan kebakaran bangunan, kenderaan dan hutan belukar kalau kita tengok dalam tempoh 2016 sehingga September 2017 menurun. Kalau tahun 2016 - 49,875 tapi Januari hingga September tahun ini ia menurun kepada 22,725. Begitu juga kalau kita lihat kebakaran bangunan, kenderaan, hutan belukar. Kalau tahun 2016 - 49,875 tetapi Januari hingga September ia hanya 22,725. Begitu juga dengan kita lihat panggilan palsu. Ini kadang-kadang banyak juga panggilan palsu ini. Panggilan palsu pun atas usaha yang kita buat, kita dapat kurangkan. Kalau tahun 2016 – 455, tahun ini hanya 261. Ertinya usaha bomba adalah untuk mengambil langkah- langkah segera kerana itu adalah response time yang ditentukan kepada bomba dalam 10 minit dan banyak tempat yang telah kita boleh capai tetapi kita tidak nafikan ada tempat- tempat tertentu yang kekurangan balai bomba, memang response time ini kita agak berkurangan. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya nak tanya apakah yang sedia ada polisi mengenai atau strategi untuk mengatasi masalah yang luar biasa iaitu kebakaran di hutan-hutan. Baru-baru ini kebakaran di Meru di Ipoh. Di mana kebakaran hutan yang dekat dengan rumah-rumah tetapi bila sampai fire brigade dan sebagainya, mereka tidak dapat membuat apa-apa kerana dia jauh dari tempat di mana ada hydrant. Maka mereka sebetul- betulnya mereka surrender, dia kata ini saya tidak boleh buat apa-apa dan nasib baik hutan yang terbakar itu telah padamkan dengan sendiri. Saya rasa itu adalah satu fenomena kerana iklim cuaca dan sebagainya. Maka, apakah rancangan yang sedia ada oleh kementerian untuk mengatasi masalah-masalah yang saya percaya akan berlarutan di seluruh negara kerana cuaca dan berkaitan adalah adoption of fire hydrant yang polisi ini lebih 10 tahun dulu telah diimplementasikan oleh kementerian. Adoption of fire hydrant itu, apakah effectiveness nya dan apakah yang telah dibuat untuk sebenar-benarnya supaya orang ramai akan terlibat untuk meng adopt fire hydrant. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa kebakaran mengenai hutan, belukar memang boleh dikatakan tiap-tiap tahun berlaku dan berbagai-bagai tempat dan ini bukan saja berlaku di dalam negara kita. Kalau kita lihat suatu masa dulu bila jerebu kita berlaku kerana ia kebakaran hutan daripada negara jiran. Namun demikian apabila berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut ini, maka

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

pasukan bomba akan dipanggil dan pihak bomba akan berusaha sedaya upaya dan salah satu. Kemungkinan Yang Berhormat kata spesifik tempat bila dia terbakar tanah gambut, tempat saya pun berlaku. Saya pernah berlaku di Juntai Bestari memang kebakaran itu berlaku di tanah gambut, dia terbakar dekat dalam tanah. Mungkin itu Yang Berhormat cakap yang saya juga pernah tengok. Jadi, ini memang agak sukar untuk bomba mengambil tindakan segera. Namun demikian, dalam kebakaran- kebakaran yang berlaku majoritinya, kebanyakannya bomba telah dapat memberikan bantuan dan kita juga menggunakan helikopter kita untuk kita melihat daripada atas. Mungkin dalam hutan kita tidak boleh nak masuk kereta, jadi kita ada helikopter kita yang memberikan bantuan daripada udara. Jadi, kebakaran ini Yang Berhormat kata betul, ia kebakaran sendiri tanah gambut terutamanya. Jadi, kerana itu kita akan teruskan latihan-latihan kita seperti mana Yang Berhormat kata tadi. Bagaimana langkah-langkah kita nak ambil, maka itulah kita nak menggalakkan penubuhan pasukan bomba sukarela. Sekarang ini pun kita sudah ada 13,000 ahli, kadet bomba ada 85,000 ahli, kemudian juga bomba komuniti ada 21,000, skuad tahfiz pun kita tubuh 3,000 ahli. Jadi, kebakaran langkah-langkah pencegahan memang kita ambil. Namun demikian seperti Yang Berhormat kata, yang saya sendiri pernah tengok bila dalam tanah ini, itu mungkin kesukaran-kesukaran yang telah kita hadapi dan paling cepat kita boleh guna melalui udaralah melalui anggota bomba. Terima kasih.

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

7. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan: (a) jumlah pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian pra siswazah dan siswazah di Malaysia mengikut jenis IPT; dan (b) bagaimanakah kementerian mengawal selia penglibatan penuntut warga asing dalam aktiviti-aktiviti selain pendidikan.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan nombor 7, saya mengalu- alukan kedatangan seramai 17 orang guru dan pengiring serta seramai 25 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Parlimen Tenggara.

[Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam atas soalan yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik pendidikan tinggi negara sehingga 30 Jun 2017, terdapat seramai 130,406 orang pelajar antarabangsa di institusi pendidikan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 107,100 orang sedang mengikuti penggajian di peringkat prasiswazah, masing-masing 10,126 orang di universiti awam (UA) dan 96,974 orang di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Manakala seramai 30,306 orang pula sedang mengikuti pengajian di peringkat pasca siswazah iaitu 19,008 orang di UA dan 11,298 di IPTS. Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa saling bekerjasama dalam memastikan hanya pelajar antarabangsa yang benar-benar tulen atau genuine, dengan izin dan mematuhi syarat yang ditetapkan sahaja boleh belajar di IPT dalam negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi juga telah membangunkan sistem saringan dinamakan Student Application and Registration System dengan izin dan Multinational Academic Recognition System dengan izin sejak tahun 2013. Sistem sentiasa dikemas kini yang bertujuan mengesan lebih awal cubaan-cubaan pemohon yang cuba menipu dengan menggunakan identiti palsu, transkrip palsu atau diubahsuai, verifikasi keputusan akademik mahupun cubaan memalsukan salinan pasport untuk mendapatkan kelulusan visa pelajar.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa menjalankan aktiviti penyeliaan serta pemantauan ke atas IPTS bersama dengan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan pelajar asing tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan negara. Pihak kementerian juga kerap mengadakan pertemuan dengan IPTS bagi memastikan tahap disiplin para pelajar berada dalam kawalan walaupun berada di luar kampus. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited dalam melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang selaras dengan lonjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 untuk pendidikan tinggi. Usaha ini tidak tertakluk kepada pembangunan pelajar tempatan semata-mata, malah turut merangkumi pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajiannya di IPT dalam negara. Kementerian Pendidikan Tinggi juga menyediakan program-program pembangunan sahsiah pelajar antarabangsa supaya sesi pembelajaran mereka sepanjang berada di Malaysia dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita sedar bahawa kerajaan bercadang meningkatkan imej Malaysia sebagai hub pendidikan serantau dengan sasaran 200 ribu orang pelajar asing menjelang tahun 2020 dan saya dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun mencecah 130 ribu orang. Maka soalan saya, apakah usaha dan program yang dijalankan oleh kementerian bagi mencapai sasaran ini dan adakah pengambilan pelajar asing ini memberi kesan kepada penempatan pelajar tempatan kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Bagi mencapai matlamat membawa masuk sejumlah 200 ribu pelajar antarabangsa pada tahun 2020 sebagaimana yang sudah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi yang sudah dilancarkan pada tahun 2015 dan akan diteruskan sehingga 2025. Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Strategik Pengantarabangsaan telah mengenal pasti beberapa pasaran yang berpotensi untuk mendapatkan pelajar-pelajar antarabangsa yang berkualiti dan antaranya adalah negara Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, Indonesia dan China. Program-program promosi dan pemasaran akan dipertingkatkan berserta penawaran pakej-pakej yang diyakini dapat menarik minat pelajar antarabangsa seperti eVal dan eVisa buat negara-negara tertentu dan pemberian pas sosial jangka panjang kepada ahli keluarga dan tanggungan pelajar-pelajar pasca siswazah antarabangsa. Selain daripada itu ada beberapa inisiatif juga akan dilaksanakan mengikut 2018 Consultation Global Strategies Matrix dengan izin adalah seperti berikut, penglibatan ejen, penglibatan dengan alumni, mengadakan karnival pendidikan, melibatkan media sosial, menawarkan biasiswa digital marketing dan menawarkan work atau internship. Jawapan yang berkaitan dengan penjejasan pengambilan pelajar tempatan, memandangkan kuota pelajar antarabangsa di institusi swasta bagi prasiswazah adalah 5% sahaja depan tidak ada kuota bagi peringkat pasca siswazah. Ini tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar tempatan. Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan Tinggi terdiri daripada 20 universiti awam, 34 politeknik, 94 Kolej Komuniti dan 513 IPTS yang pelajar antarabangsa mampu menerima. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya menyanjung baik inisiatif pihak kementerian untuk mewujudkan dan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, saya akui bahawa ketika ini pihak kementerian bercadang untuk menambahkan lagi jumlah pelajar-pelajar daripada negara luar untuk menuntut di negara kita. Cuma saya mengetahui dan dapatkan penjelasan sejauh manakah program ini dan berjaya dan yang kedua dari segi impak ekonomi khususnya bagi penjanaan ekonomi negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan dan memang sekiranya kita mendapat bilangan pelajar yang bertambah, ini akan mempengaruhi ekonomi kita dan selain daripada ini memang kita boleh melihat bahawa ini akan membantu institusi pendidikan tinggi untuk menjana pendapatan dari kutipan yuran. Sekian, terima kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul AzizPAS · GSBachok · question

8. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian akan memperhalusi garis panduan waktu bekerja bagi Pegawai Perubatan bagi mengelakkan kes-kes kemalangan Pegawai Perubatan yang pulang selepas bekerja 34 jam tanpa henti.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia selalu prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan pihak warga kerja di dalam Kementerian Kesihatan di dalam semua peringkat dan kita mengambil langkah-langkah proaktif bagi menambah baikkan kebajikan dan keselamatan anggota kementerian dari masa ke masa. Pelaksanaan tugas atas panggilan atau call duty untuk pegawai-pegawai perubatan di beberapa peringkat termasuk pegawai perubatan siswazah, pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar adalah mengikut tatacara dan garis panduan yang telah digariskan di dalam beberapa surat-surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kementerian mula daripada tahun 1998 dan lepas itu diperbaiki pada tahun 2010, 2013 dan baru-baru ini pada tahun 2016. Secara am prinsip yang diamalkan di dalam tanggungjawab menunaikan call duty untuk pegawai-pegawai perubatan ialah pertamanya memberi keutamaan kepada kebajikan pesakit. Kedua, memastikan ada kesinambungan di dalam proses rawatan yang dilakukan di dalam sistem hospital untuk memastikan bila seseorang pegawai perubatan sudah tamat tempoh masa kerja mereka semesti kita kena pastikan bahawa rawatan kesinambungan itu dijanji supaya ia boleh diteruskan oleh pegawai perubatan akan ganti mereka.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Nombor dua ialah untuk memastikan mereka menghabiskan tanggungjawab dan tugas mereka semasa mereka membuat call duty atau panggilan sebelum mereka menamatkan duty day mereka. Di dalam proses ini mengutamakan kebajikan pesakit. Contohnya untuk pegawai perubatan di peringkat siswazah, di dalam garis panduan yang telah dikeluarkan, dipastikan bahawa perkara seperti berikut. (i) mereka bertugas lebih kurang 65 sampai 75 jam untuk satu minggu; (ii) mereka tidak bertugas lebih daripada 16 jam pada satu hari; dan (iii) mereka di dalam satu minggu wajib untuk mendapat satu hari cuti walaupun tidak semestinya ialah pada hari Ahad atau hari pelepasan am. So, dengan mengambil kira prinsip-prinsip seperti ini untuk pegawai perubatan siswazah, pegawai perubatan dan doktor pakar, kementerian cuba seberapa banyak yang boleh untuk memastikan di sebelahnya kita menjaga kebajikan pesakit dan memastikan bahawa kesinambungan rawatan ini diteruskan secara baik. Kedua, kita memastikan kebajikan pegawai-pegawai perubatan itu terjamin. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kita sedar bahawa para pegawai perubatan kita ini dari sudut akademiknya adalah anak-anak negara kita yang begitu cemerlang dan sudah pasti kita mengharapkan mereka juga dapat memberikan khidmat yang paling cemerlang kepada negara dengan kita menyediakan persekitaran yang kondusif supaya mereka dapat berkhidmat. Untuk pegawai perubatan baru ini, ada dua isu yang biasanya dikeluarkan atau dibincangkan. Pertama, isu perjawatan tetap yang tidak lagi diberikan kepada mereka dan yang kedua ialah isu tekanan kerja. Soalan saya berkait dengan tekanan kerja akibat lebihan masa bekerja. Saya fikir jawapan Yang Berhormat Menteri tadi ada sedikit kalau boleh rujuk kepada negara Eropah yang telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa kerja berlebihan ini akan memberi kesan yang begitu negatif kepada soal sosial dan juga kesihatan mereka. Di Eropah misalnya mereka telah menggubal satu polisi working time directive bertujuan memandu aturan waktu bekerja bagi pegawai perubatan. Ini termasuklah purata bekerja kurang daripada 48 jam dalam seminggu berbanding dengan yang Yang Berhormat Menteri jawab tadi sehingga lebih 60 jam. Di Malaysia, kita, KKM pernah memperkenalkan

flexi system namun hanya kepada pegawai hospital, HO sahaja. Saya kira ia wajar diperluaskan kepada pegawai perubatan yang lain terutamanya post call doctor. Soalan tambahan saya, isu keselamatan pegawai perubatan kita, kita melihat ada isu beberapa kes yang melibatkan pegawai perubatan post call yang mengalami kemalangan akibat bekerja lebih sehingga 33 jam seperti yang berlaku ke atas ke Almarhumah Dr. Nurul Huda Ahmad yang mengalami kemalangan dan meninggal dunia dalam perjalanan pulang selepas bertugas. Soalan saya, adakah pihak kementerian mempunyai satu perancangan untuk meneliti satu panduan yang lebih khusus supaya risiko keselamatan doktor dan pegawai perubatan post call yang akan memulakan perjalanan pulang lebih terjamin. Balik daripada kerja akibat daripada tekanan masa bekerja yang panjang. Adakah pihak kerajaan mempunyai satu ketelitian terhadap apa yang saya sebut tadi panduan khusus risiko keselamatan. Terima kasih.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi satu keprihatinan yang tinggi terhadap kebajikan dan keselamatan pegawai- pegawai perubatan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang, satu perkara yang mungkin akan bantu kita untuk mewujudkan satu sistem di mana kita boleh lihat kepada perubahan di dalam cara macam mana pegawai perubatan menjalankan tugasan mereka ialah kerana pada masa sekarang, ada lebih banyak doktor yang memasuki di dalam sistem perkhidmatan awam di dalam negara kita. Dengan ini, pada masa sekarang pun, kelonggaran diberi kepada tiap-tiap hospital mengikut budi bicara mereka dan mengikut keperluan mereka supaya ketua-ketua jabatan di hospital masing-masing boleh memberi masa time-off kepada pegawai yang menjalankan tugas. Contohnya, pegawai perubatan yang menjalankan on-call itu kadang- kadang on-call itu sibuk sangat, kadang-kadang bukan begitu sibuk kerana mereka dibantu di hospital-hospital yang mempunyai doktor siswazah oleh doktor siswazah. Kalau on-call duty ini memang sibuk dan mereka tidak dapat peluang untuk berehat semasa mereka membuat on-call, ketua-ketua jabatan diminta menggunakan budi bicara mereka dan membenarkan pegawai perubatan ini balik ke rumah tanpa menjalankan tugas mereka pada pagi yang berikutnya. So, pada masa sekarang, ini adalah amalan yang dilakukan di mana fleksibiliti diberikan kepada tiap-tiap unit di dalam hospital supaya mereka boleh menggunakan budi bicara dengan mengambil kira keselamatan dan kebajikan pegawai-pegawai perubatan. Di sebaliknya, contohnya di dalam beri latihan kepada doktor siswazah, kementerian pun kena memastikan kita menyediakan satu sistem di mana doktor-doktor siswazah mendapat peluang untuk mendapat pengalaman yang mencukupi semasa mereka menjalankan latihan. Kalau kita memendekkan tempoh kerja mereka dan kita takut mungkin ia akan memberi kesan kepada pengalaman mereka dan peluang mereka untuk mendapat pengalaman untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang berlainan. So, untuk memastikan perkara ini, kita kena buat satu perkara yang akan membawa satu kesinambungan kepada kedua-dua perkara ini. So, itulah sebab kadang-kadang mereka diminta untuk kerja untuk satu jangka masa yang lebih lama, lebih panjang tetapi di dalam apa pun yang dilakukan oleh kementerian, ciri-ciri keselamatan memang diambil kira termasuk menyediakan kemudahan-kemudahan di dalam hospital supaya mereka boleh rehat, boleh tidur dan sebagainya. Saya berharap ketua-ketua jabatan akan menggunakan budi bicara mereka secara baik di dalam penekanan diberi kepada kebajikan dan keselamatan pegawai-pegawai perubatan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ingin mendapatkan response daripada pihak kementerian berkenaan dengan cadangan daripada pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) yang mencadangkan pentadbir hospital supaya dapat memberikan petugas perubatan dalam panggilan on-call diberi cuti sepenuhnya selepas tugas post call. Jadi, saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sistem cuti sepenuhnya untuk diberi terpulang kepada jumlah pegawai perubatan yang bertugas di dalam satu-satu hospital dan satu-satu

unit. Kalau kita sampai ke suatu tahap yang mencukupi, mungkin itu ialah satu perkara yang kita akan lihat pada jangka masa panjang. Pada masa sekarang, dengan kemudahan yang sedia ada, jumlah jawatan yang telah disediakan untuk Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam ini tidak boleh dilaksanakan di semua hospital yang ada di dalam negara. Kalau boleh pun, mungkin di satu dua hospital ia boleh dilaksanakan. Di hospital-hospital lain, ia tidak boleh dilaksanakan. So, kita kena tunggu kepada satu masa di mana Kementerian Kesihatan dan hospital-hospital mempunyai jawatan yang mencukupi di mana mereka yang diberi cuti sepenuhnya selepas on-call duty boleh dibuat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2018 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh lapan bilion ringgit (RM48,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2018, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2017, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [1 November 2017]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sepang. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya untuk berbahas mengenai Bajet 2018 ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan ucapan saya ini dengan mengucapkan tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Pekan di atas pembentangan bajet ini kerana saya melihat daripada perbahasan-perbahasan khususnya daripada sebelah sana, setelah bajet ini dibentangkan, ia berjaya menjadikan orang yang cerdik menjadi tidak cerdik. Ini saya nampaklah. Saya hendak beri contoh. Ada orang yang ada kelulusan kewangan pun,

sebagai contoh bekas Menteri Kewangan II, apabila bercakap tentang bajet ini seolah-olah macam orang kampung cakap, lebih teruk lagi. Jadi, sebab itu saya kata saya mengucapkan tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Mana boleh orang lain yang berupaya untuk mentidakcerdikkan orang yang cerdik kecuali Yang Amat Berhormat Pekan sahaja. Itu yang pertamalah. Keduanya, saya juga ingin menyatakan bahawa saya bercakap dalam bahasa bukan bahasa korporat. Saya tidak pandai sangat bahasa korporat ini. So, saya tidak akan bercakap tentang polisi fiskal, monetary policy. Itu bagi saya orang kampung tidak tahu. Saya hendak bercakap bahasa rakyatlah. Sekarang ini secara logiknya beginilah. Sekarang ini, cuba kita bayangkan kita ada duit banyak, ada berbilion-bilion. Tiba-tiba kita letakkan duit kita itu kepada seorang yang kita tahu ada masalah seperti menyamun, merompak. Adakah kita rasa duit kita akan selamat? So, itu sebenarnya bagi saya yang rakyat hendak tengok sekarang. Saya kata, kamu boleh cakaplah berbilion-bilion, bagi itu, bagi ini dan sebagainya tetapi realitinya, masalahnya ialah orang yang bentangkan ini ada masalah. Takkanlah Yang Berhormat Tambun tidak nampak? Takkan orang lain tidak nampak? Kita boleh menyembunyikan, kita boleh berpura-pura macam tidak ada masalah tetapi realitinya 1MDB itu satu masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, berhati-hati Yang Berhormat...

Saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

…Kalau kita merujuk kepada sesiapa Ahli yang lain, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya cakap ini umum sahaja. Saya tidak cakap sesiapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

“Orang yang bentang” itu umum kah, Yang Berhormat?

Tetapi yang bentang ini memang ada masalah, Tuan Yang di-Pertua. Takkan hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kita kalau melibatkan kelakuan ahli yang lain, tidak boleh, Yang Berhormat.

Tidak, saya bukan tuduh. Saya kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau Yang Berhormat berdegil-degil, Yang Berhormat boleh duduk, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tuduh dia. Saya cakap apa maklumat yang semua kita tahu tentang 1MDB.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tak. Apabila mengeluarkan perkataan, “Yang bentang pun bermasalah”, siapa yang bentang belanjawan, bajet?

Orang yang bentang adalah Prime Minister.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau sebut, “Yang bentang pun bermasalah”, apa masalah Yang Berhormat? Kita tidak boleh...

Masalah beliau, beliau telah di- implicated oleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tajuk yang lain, Yang Berhormat. Kalau tidak, Yang Berhormat boleh duduk.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan. Saya minta maaf. Akan tetapi saya rasa saya hendak bercakap ini realiti. Realiti yang kita hadapi sekarang ialah apabila seorang yang bercakap ini mungkin rakyat lihat tidak begitu bersih, jadi mungkin orang akan pertikaikan. Itulah saya maksudkan. Oleh sebab kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sila rujuk Peraturan Mesyuarat 36(6), Yang Berhormat.

Okey, saya arif itu. Saya arif P.M. 36(6) itu. Tetapi saya rasa saya tidak melanggar P.M. 36(6), Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat jangan berhujah dengan saya, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua cakap saya melanggar P.M. 36(6) tetapi saya rasa saya tidak langgar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, kalau tidak berminat, saya jemput...

Tuan Yang di-Pertua, kenapa pula? Saya berminat ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila tajuk yang lain, Yang Berhormat.

Okey. Saya hendak bercakap tentang apa yang dikatakan tentang dalam pembentangan itu mengenai maqasid syariah. Ini ada dalam pembentangan bajet itu. Saya hendak nasihatkanlah Prime Minister ini. Ada satu pepatah Arab kata... [Berucap dalam bahasa Arab] Belajar dahulu baru cakap. Sebab, kita tidak boleh bercakap tentang maqasid ini dalam keadaan kita membaca sahaja skrip. Kita kena belajar. Kalau kita tidak belajar, kita akan bercakap tetapi kita tidak sedar yang kita cakap itu mungkin kena diri kita sendiri. Saya hendak beri contoh, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak recommend-lah kepada Yang Amat Berhormat Pekan ini supaya kalau beliau hendak bercakap tentang maqasid syariah ini— saya tidak mahulah hendak recommend buku-buku, kitab-kitab yang hebat seperti yang ditulis oleh Imam Al-Haramain dipanggil Imam Al-Juwayni— ini kitab-kitab besarlah— ataupun yang ditulis oleh Izzuddin Abdul Salam atau Persatuan Ulama ataupun yang ditulis oleh Imam Al-Qarafi ataupun Ibnu Qayyim Al-Jauziah dalam I’lam Al-Muwaki’in ataupun kitab yang ditulis oleh Ulama Thohir Ibnu Asyur, seorang ulama daripada Indonesia. Ini semua kitab yang bagi saya besar— ataupun kitab Syathibi Al-Muwafaqat. Akan tetapi, mungkin apabila beliau boleh baca tulisan daripada Dr. Jasser Auda, seorang cendekiawan yang menulis tentang PhD beliau mengenai maqasid syariah yang dalam bahasa Inggeris, saya rasa mungkin beliau boleh faham, maqasid ini tidak boleh kita suka-suka cakap. Sebab, maqasid ini kita kena belajar. Kalau tidak belajar, kita bercakap sahaja. Apa yang dicakap mungkin tidak betul. Saya dengar pasal dharuriyyat, hajiyyat, tahsiniyyat— betullah. Cakap bolehlah. Itu pun tidak bunyi huruf Arablah, bunyi Melayulah. “Daruriyyat.” Dhod bunyi dal. Bunyi huruf D. Tidak mengapalah, itu saya tidak kisah, saya boleh fahamlah beliau mungkin tidak belajar bahasa Arab. Akan tetapi, saya hendak katakan bahawa...

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Sepang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, saya sudah ulang-ulang, janganlah hendak meremeh-remehkan orang lain, Yang Berhormat.

Tak. Saya hendak bagi contoh.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Sepang. Minta laluan, Yang Berhormat Sepang.

Sorry.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Paling penting kita faham dharuriyyat kah, hajiyyat kah, tahsiniyyat kah.

Saya tidak bagi. Duduklah.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Buat apa complain benda- benda sebutan. Penting isinya, maksudnya, hasrat yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Saya tidak bagilah, duduk. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi, kenapa dia bercakap? Jadi, saya hendak mengatakan bahawa kalau kita bercakap tentang saya ingin quote apa yang dikatakan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam kitab dia I’lam Al-Muwaki’in. Saya baca dalam bahasa Arab. Dia kata... [Berucap dalam bahasa Arab] Dia kata bahawa asas syariah ini adalah bergantung kepada satu maslahah hamba-hamba Allah di dunia dan juga di akhirat. Syariah ini adalah seluruhnya keadilan. The whole syariah is about keadilan, is about justice, is about maslahah, is about mercy, rahmah. Ia juga berkaitan dengan apa dipanggil wisdom, hikmah. Apa-apa masalah yang keluar daripada syariat kepada contohnya daripada keadilan kepada kezaliman, daripada maslahah kepada mafsadah ataupun kerosakan, daripada rahmat kepada sebaliknya, ia bukan syariat. Jadi sekarang ini kita kata hendak jaga lima perkara dharuriyyat. Betul lah tetapi kita lihat— saya hendak bagi contoh. Antara perkara yang lima itu ialah menjaga harta. Kita sekarang ini hendak jaga harta macam mana? Kita kata— kalau dalam Islam, saya beri contoh, jaga harta ini daripada dua segi. Satu dari segi adanya Islam syariat, sebagai contoh zakat, wakaf, infaq supaya harta ini sentiasa berlegar kepada orang-orang yang patut terimanyalah. Dalam pada masa yang sama, untuk memastikan harta itu tidak musnah, dalam Islam ada hukuman. Islam larang rasuah... [Berucap dalam bahasa Arab] Islam larang menipu, Islam larang kita merompak, mencuri dan sebagainya. Jadi itu cara Islam menjaga, syariat jaga macam mana hendak jaga dharuriyyat itu. Akan tetapi, sekarang kita kata kita hendak bagi rakyat senang kita bagi ini, bagi itu dan sebagainya. Itu saya boleh terima, tidak ada masalah. Akan tetapi dalam masa yang sama, macam mana pula dengan orang yang kita tahu terlibat dengan kes-kes yang memang boleh diambil tindakan seperti kes yang didedahkan oleh saman DOJ?

Jadi, dalam keadaan begitu takkanlah kita– Macam mana kita boleh kata jaga daruriat (harta) kalau sekiranya harta itu orang ambil tiada hukuman, tiada pendakwaan, tiada siasatan. Jadi, ini yang menyebabkan kita rasa masalah ini menyebabkan orang akan jadi - kata orang, orang boleh mentertawakan kita bila kita kata tentang maqasid syariah ini.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Sepang, minta laluan sedikit.

Saya tidak beri kebenaran Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Seminit sahaja. Seminit sahaja Yang Berhormat Sepang.

Tidak. Saya tidak bagi. Saya tidak bagi.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak. Seminit sahaja.

Saya tidak bagi. Seminit BN saya tidak percaya.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Sepang kata masalah rasuah, masalah...

Saya tidak percaya kepada seminit BN.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Benda itu tidak terbukti

Saya tidak bagi, duduklah.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak didakwa, belum ada kesalahan apa pun.

You ingat – Sorry lah.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Akan tetapi yang mana ada kesalahan, semua sudah diambil tindakan. Itu tindakan kerajaan yang adil kerana menjaga, yang mana salah diambil tindakan, yang tidak salah belum diambil tindakan...

Masalahnya semua orang tahu sekarang ini tidak ada tindakan kepada mana-mana yang terlibat dengan 1MDB. Ini semua orang tahu. Takkanlah tidak nampak, buta kah kita? Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Yang Berhormat Shah Alam ini, saya serba salah hendak bagi, tidak bagi. Akan tetapi saya bagi sedikitlah, tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Betul apa yang dikatakan, tidak ada tindakan yang diambil. Ini yang menjadi tanda tanya, sedangkan satu dunia sedang mengambil tindakan. Ini sedangkan orang ada yang telah pun didapati bersalah dan dipenjarakan tetapi di negara kita sendiri tiada tindakan. Bagaimana kita boleh kata bahawa kita hendak memenuhi matlamat maqasid syariah? Datang bawa ucapan bajet dengan segala istilah- istilah, solek-solekan keislaman, sedangkan orang tertanya kesalahan itu berlaku di negara kamu, kamu ini kerajaan yang hendak kata hendak jaga maqasid syariah. Di antara soal maqasid syariah ini hendak jaga harta, kenapa tidak ambil tindakan? Bank Negara pun sudah keluarkan saman, sudah pun denda. Semua sudah tahu kesalahan berlaku tetapi kenapa tidak ambil tindakan? Maka, adakah keadaan yang sebegini rupa boleh kita kaitkan dengan Islam dan kata kita hendak jaga maqasid syariah, sedangkan amat jelas bahawa ia bercanggah dengan tuntutan maqasid syariah itu sendiri? Apa pandangan Yang Berhormat Sepang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat, saya sudah ingatkan Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat Shah Alam pun ada juga niat mengeluarkan sangkaan jahat, Yang Berhormat. Isu 1MDB pun sudah dijelaskan dalam petua Tuan Yang di-Pertua tetapi Yang Berhormat masih lagi melanggar, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau lagi sekali sebut isu 1MDB, bukankah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah sebut, tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mana-mana pihak yang terlibat. Biarlah pihak penguat kuasa undang-undang mengambil tindakan. Jangan sebut lagi isu 1MDB. Kalau tidak, Yang Berhormat...

[Bangun]

Okey, saya sentuh maqasid...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya minta duduk Yang Berhormat.

Saya, maqasid, maqasid.

Sedikit boleh Yang Berhormat Sepang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bintulu bangun.

Tidak boleh, tidak boleh. Yang Berhormat Bintulu tidak boleh. Yang Berhormat Bintulu lain kali ya, next time. Tunggu kerajaan baru nanti. Tunggu kerajaan...

Apa fasal tidak berani? Apa fasal tidak berani?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bintulu, saya sudah tegur Yang Berhormat Sepang dua kali. Kali ketiga kalau dia langgar, saya minta dia rehat.

Itulah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi sedikit nasihat kepada dia...

Saya harap jangan ganggu lagilah. Tuan Yang di-Pertua...

Sudah sakit, jaga kesihatan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

Itu Tuhan sudah marah.

...menyatakan bahawa– Kacaulah...

Jangan lagi buat tuduhan-tuduhan tertentu, nanti Tuhan marah, kasi lagi satu kali lagi, susah. Jangan buat tuduhan. Itu kebaikan untuk diri sendiri.

Okey. Terima kasih kepada...

Setuju tidak? Setuju.

Hendak setuju apa? Tidak dengar pun.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia bukan tuduhan, dia...

Dengar. Saya boleh beritahu sekali lagi. Sekarang kesihatan jaga sedikit, boleh?

Okeylah, saya bagi.

Kesihatan jaga sedikit. Tuhan sudah marah, jangan lagi buat tuduhan tidak tentu. Nanti Tuhan lagi marah satu kali nanti susah. Faham tidak?

Okey. Terima kasih. Tidak tahulah Tuhan mana tetapi Tuhan yang saya percaya ialah dia tidak boleh benarkan orang yang zalim, orang yang curi, ini tidak dibenarkan. Ini Tuhan saya percayalah, Tuhan yang Yang Berhormat percaya saya tidak tahulah.

Nasib itu hari boleh sempat, kalau tidak sempat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu Tuhan kasi sempat.

Hello Yang Berhormat Shah Alam.

Tidak apalah, okey. Sudah, sudah. Sekali cukuplah. Sekali cukuplah.

You jangan lagi cerita, kamu pegi ‘pau’ orang punya tempat. Kamu ‘pau’ itu, apa lagi mahu...

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan saya punya perbahasan berkaitan dengan- sedikitlah berkaitan dengan bajet alternatif. Tuan Yang di-Pertua, ramai orang mungkin pertikaikan kita hendak bagi pendidikan percuma, hendak hapuskan tol, kita hendak hapuskan GST. Saya akuilah kalau kita bercakap dalam konteks sekarang, dalam keadaan bocor sana sini dan sebagainya, memanglah kita tidak akan berupaya untuk bagi pendidikan percuma. Oleh sebab itu saya minta, kalau kita hendak ukur bajet Pakatan Harapan, jangan diukur daripada perspektif sekarang ini yang di mana BN memerintah, di mana bocor sana sini, rasuah sana sini. Apabila kita hendak tubuhkan Pakatan Harapan ini, antaranya kita hendak memberikan satu kerajaan yang good governance dan sebagainya. Sudah tentulah ketika itu kita akan tutup segala pintu rasuah, kita akan pastikan duit tidak dibocorkan. Dalam keadaan begitu, kita percaya kita boleh. Saya hendak beri contoh, dahulu... [Disampuk] Tidak payah cakap fasal Pakatan Harapan. Dahulu masa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak ada GST, boleh pun Malaysia. Maknanya boleh buat. Maknanya, saya hendak beri contoh pula Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor, kita dahulu masa kita belum memerintah, mungkin orang kata bolehkah kita bagi air percuma 20 meter padu, bolehkah kita bagi bas percuma, boleh tidak kita bagi pendidikan, sebagai contoh, kita bagi bantuan, kita bagi macam-macam. Mungkin orang kata tidak boleh tetapi bila kita memerintah, kita boleh sebab kita berjaya menutup segala pintu rasuah, kebocoran, makna kita boleh buat. Kita bagi bas percuma yang

ada wifi percuma, yang ada air conditioner lagi. Kita boleh buat. UMNO tidak boleh buat, kita boleh buat. Jadi, ini menunjukkan bahawa kalau kita memerintah, kita boleh buat. Dalam kaedah Islam, ia dipanggil- [Berucap dan bahasa Arab] Ini kaedah dalam perundangan Islam. [Berucap dan bahasa Arab] Maknanya, “certainty cannot be removed by doubt”. Okey, maknanya sekarang, yang yakinnya sekarang, kalau kerajaan yang ada sekarang ini terus dikekalkan dengan bocor sana sini, dengan rasuah sana sini, memang tidak boleh bagi kepada rakyat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Akan tetapi yang syaknya adalah kalau kita perintah. Boleh tidak, boleh tidak kita bagi Pakatan Harapan?

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Sepang.

Itu saya rasa kita kena pastikan, bagi dahulu perintahlah. Saya benarkan Yang Berhormat Sungai Petani. Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sementara Yang Berhormat Sepang bercakap tentang bagaimana zaman pemerintahan Yang Berhormat Kubang Pasu dahulu menjadi Perdana Menteri, walaupun kita ada perbezaan pendapat. Akan tetapi waktu itu GST tidak ada tetapi pelajar-pelajar universiti mendapat biasiswa dengan baik. Malah, semasa saya menjadi pegawai MSD di Los Angeles, kita menerima pelajar-pelajar di Amerika Syarikat sebelum pun result mereka keluar dengan jumlah yang banyak. Akan tetapi semalam kita ada dengar bagaimana Yang Berhormat Tambun memperlekehkan Tun Dr. Mahathir, kononnya dia ini langsung tidak pakai, tidak boleh pakai langsung, tidak berguna. Malah, dia melanggar Peraturan Mesyuarat kita 36(6), mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat anak penakan dia. Maknanya, begitulah seorang Menteri, dahulunya dia bercakap keadaan baik, hebat, tunjuk tetapi akhir-akhirnya bila dia rasa tertekan ataupun apakah pendapat Yang Berhormat Sepang, dia buat U-turn begitu sekali hingga menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meliwat kononnya anak saudara dia. Akan tetapi kita pun tidak tahu siapa anak...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Tidak apalah, sana pun U-turn juga.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Police report pun tidak buat. Bagaimana pendapat?

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Sungai Petani. Ini menunjukkan bahawa- saya minta maaflah, dia tidak faham maqasid syariah. Kalau dia faham maqasid syariah, antaranya untuk– Maqasid syariah ini, purpose of syariah ini adalah untuk hendak protect honor, maruah, harga diri seseorang. Oleh sebab itu, dalam Islam ini tidak dibenarkan kita menuduh orang berzina, liwat dan sebagainya tanpa saksi. Itu antara sebab kita hendak menjaga maruah orang. Itu sebab dalam Islam ada hukum qazaf. Oleh sebab itu, saya akan pastikan, kita akan pastikan selepas ini kita buat laporan polis. Kita harap- [Disampuk] Kita harap kalau dia berani, dia ulang balik di luar Parlimen dan juga saya minta kalau betul ada berlaku itu, dia buat laporan polislah. Kalau dia tidak buat laporan polis, makna dia juga melindungi sesuatu perbuatan jenayah. Selama ini bermakna dia melindungi. Malah, saya mendapat maklumat, sebenarnya sebelum ini dia telah menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat. Tiba-tiba sekarang lain pula. Satu lagi saya hendak beritahu, saya dapat maklumat ini. Saya hendak bacakan satu maklumat daripada www.neilkeenan.com. Neil Keenan ini dia menulis dalam satu website, saya hendak cerita ini. Ini saya ada dia punya maklumat, dia kata apa, dia kata Yang Berhormat Tambun telah diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan untuk pergi ke Switzerland untuk tunjukkan surat mati sebab melibatkan kepada UBS, satu bank. Ini daripada ini. Saya harap minta penjelasan. Kalau tidak betul, nafikan. Tiada masalah. Saya cuma hendak menyampaikan apa yang ditulis di sini.

Jadi, apa yang berlaku ialah ada seorang billionaire, dia ada duit banyak yang ditahan ataupun held, being held by Bank Negara dan untuk di-transfer di satu buah bank di Malaysia ini. Akan tetapi dikatakan dalam website ini bahawa orang yang billionaire ini dikatakan telah meninggal dunia. Sebenarnya dia tidak meninggal dunia. Jadi telah ada satu surat mati yang dikatakan palsu dan yang dibawa ini katanya adalah Yang Berhormat Tambun yang pergi ke Switzerland untuk bawa surat mati itu untuk hendak beritahu orang yang mati, tiba-tiba tidak mati. Sekarang ini benda itu betul atau tidak betul? Kalau tidak betul, kita minta kerajaan ambil tindakan. Itu yang pertama. Keduanya, saya difahamkan kes ini sedang dibawa ke satu mahkamah di Eropah, di Hague. Jadi, kalau ini berlaku amat-amat malanglah. Saya difahamkan duit ini melibatkan satu jumlah yang besar, mungkin lebih besar daripada 1MDB, kita tidak tahu. Mungkin, saya tidak tahu. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat jawablah, khususnya Perdana Menteri. Saya difahamkan inilah antara puncanya yang menyebabkan, katanyalah saya dengar-dengar cerita bahawa inilah puncanya kata Yang Berhormat Tambun jadi marah dengan sampai letak jawatan sebagai Menteri Kewangan II. Katanyalah, wallahualam betul tidak betul. Akan tetapi kalau tidak betul, kalau betul ke tidak betul kita minta satu confirmation daripada kerajaan. Ini maklumatnya. Sebenarnya ada maklumat-maklumat lain tetapi saya tidak hendak cakaplah. Saya hendak katakan bahawa inilah sebab yang itu saya kata saya menolak dengan sekeras-kerasnyalah belanjawan ini dan saya menyokong belanjawan Pakatan Harapan yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang. Insya- Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan teks Bajet 2018. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pada tahun ini sekali lagi dapat mendengar pembentangan Bajet 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Jumaat yang lepas. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana membentangkan suatu bajet yang menyeluruh dan menggamit seluruh lapisan masyarakat dalam negara ini. Merbah hinggap dahan meranti, Terbang sekawan mengintai kumbang, Sudah lama hamba menanti, Baru kini giliran saya Limbang. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memperuntukkan RM1 bilion untuk membaik pulih yakni membina baru sekolah-sekolah daif di negeri Sarawak di samping peruntukan penyelenggaraan sekolah yang sudah biasa kita terima tiap-tiap tahun. Di samping itu juga banyak lagi peruntukan-peruntukan lain dalam Bajet untuk kesinambungan pembangunan luar bandar seperti bekalan air, elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, jalan luar bandar diberikan selama ini ke negeri Sarawak dan pada tahun ini juga, pada tahun hadapan insya- Allah kesinambungan pemberian peruntukan untuk tujuan ini disambung. Bagi rakyat di Parlimen Limbang kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri atas kepedulian ini dan keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan dan keperluan rakyat di luar bandar. Seterusnya saya beralih kepada perkara- perkara spesifik yang ingin saya sampaikan. Pertama sekali ialah berkenaan dengan pembinaan SK Tanjung. Tuan Yang di-Pertua, sekarang pembinaan sekolah SK Tanjung sedang berlangsung. Sebelum ini sekolah ini pernah mengalami insiden tanah runtuh dan

menyebabkan sebahagian bangunan turut runtuh di tebing sungai. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Perkara ini pada suatu masa amat membimbangkan ibu bapa, namun pada masa ini ia sudah pun dibina dan sedang dibina dan mudah-mudahan ia dapat dipercepatkan pembinaannya dan siap on time. Namun begitu, ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan berkenaan dengan pembinaannya. Saya difahamkan bahawa Sekolah Tanjung ini menggunakan sistem IBS. Kita bersyukur, alhamdulillah SK Tanjung dibuat. Hanya sedikit teguran iaitu saya minta supaya IBS system ini reka bentuknya dikaji semula. Dalam kes SK Tanjung ini sudah dibina kita hendak buat macam mana, alhamdulillah. Akan tetapi untuk sekolah-sekolah lain saya pasti banyak lagi akan menggunakan IBS system ini. Saya hendak sentuh di sini ialah tentang seperti apa yang diadukan oleh rakyat dan saya pun sendiri telah melawat iaitu tentang reka bentuknya. Reka bentuknya kadang-kadang kita tengok kalau daripada jalan, ini kes yang di Limbanglah, apa yang dibina sekarang orang tidak tahu pun yang dibina itu sekolah. Ia nampak seperti tapak untuk pembinaan (construction). Reka bentuk yang sangat simple yang biasa kita lihat di tapak-tapak pembinaan sahaja. Jadi saya langsung estetiknya hampir tiada. Oleh itu saya mohon agar reka bentuk bangunan ini diperbaiki dan dibuat dengan baik, lebih elok dan ada estetika yang menampakkan ia seperti sebuah sekolah. Ini untuk sekolah-sekolah yang akan dibina menggunakan sistem inilah ya. Mudah- mudahan kita tahu sekolah ini bukan hanya digunakan untuk setahun dua tetapi digunakan untuk berpuluh tahun dan berterusan. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek pembinaan sekolah-sekolah daif ini nanti yang menggunakan sistem tersebut dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengulang kaji, memasukkan nilai-nilai estetik dalam reka bentuk IBS ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang sekolah berkelompok. Suka saya menyentuh berkenaan sekolah ini yang telah pun disuarakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir, Menteri Pendidikan pada minggu lepas dalam soal jawab lisan. Untuk pengetahuan warga Dewan ini, saya telah menyuarakan perkara ini sejak 2009 lagi. Di kawasan saya sendiri terdapat 21 buah sekolah kurang murid yang kesemuanya merupakan sekolah yang berada di pedalaman daerah Limbang di luar bandar. Jika dulu jarak untuk setiap sebuah sekolah agak jauh kerana menggunakan sungai untuk berhubung namun sekarang memandangkan banyak jalan raya telah dibuka dan dalam pembinaan seperti Jalan Meritam, Telahap, Bong Abai, Sungai Poyan dan Pengkalan Rejab. Ia menghubungkan lima buah kampung. Jarak di antara sekolah ke sebuah sekolah hanyalah lima minit sekarang menggunakan jalan raya. Jadi contohnya seperti SK Meritam, SK Tekuruk, SK Telahap, SK Tiga Kampong ini ia apabila dikelompokkan menjadi sebuah sekolah berkelompok ini akan banyak memberi kebaikan kepada penduduk setempat dan pengurusan serta pentadbiran di pihak kerajaan juga. Dengan cara tidak langsung pihak kementerian akan dapat mengurangkan dana bagi membaik pulih infrastruktur sekolah yang terlibat kerana peruntukan untuk empat buah sekolah disatukan dan disalurkan kepada sebuah sekolah. Saya menyokong penuh usaha Pejabat Pendidikan Daerah Limbang yang sudah mengatur beberapa buah sekolah seperti di Ulu Lubai, sekolah berprestasi tinggi dan memenangi beberapa anugerah di peringkat Komanwel yang akan digabungkan dengan SK Nanga Merit. Saya difahamkan SK Nanga Merit akan dibina baharu melalui permohonan beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, saya berharap bangunan baharu ini dapat dikondisikan yang baik. Mempunyai condition yang sangat baik dan mempunyai fasiliti yang lengkap. Bagi merealisasikan pembinaan sekolah kelompok ini, pihak kementerian boleh membina sebuah sekolah yang lengkap dengan infrastructure dan fasiliti yang lengkap seperti dewan, blok- blok pentadbiran, asrama murid, dewan makan, mini stadium ataupun pusat riadah atau banyak lagi fasiliti lain. Dengan adanya fasiliti yang lengkap ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pihak sekolah namun penduduk setempat juga boleh menggunakannya untuk segala aktiviti kampung. Oleh itu, kita tidak perlu lagi membina fasiliti untuk setiap kampung kerana dengan adanya pembinaan sekolah yang lengkap ini ia menjadi tumpuan penduduk setempat. Tambahan pula jalan raya yang baru dibuka dan proses pembinaan menjadi penghubung antara kampung-kampung. Ia sudah menjadi tradisi untuk sekolah berdekatan dengan kampung di luar bandar dan masyarakat. Ia mendekatkan kehidupan kampung dan sekolah di luar bandar. Ia begitu rapat, sudah menjadi tradisi selama ini.

Selain itu, sekolah ini juga akan menjadi sebahagian dari pembangunan di luar bandar, pusat di luar bandar. Dengan pembinaan yang lengkap dengan fasiliti ini ia juga akan dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak kampung dan rumah panjang. Alhamdulillah, selepas 10 tahun, hampir 10 tahun, tahun 2009 sampai sekarang untuk kawasan saya menyuarakannya, ia sudah menjadi kenyataan. Telah pun disuarakan oleh kerajaan namun biasalah kadang-kadang kita ini kadang-kadang apabila senang kita alpa apabila kita sudah mula ingin hendak berjimat barulah kita berfikir dan bertindak. Kalau dibina 10 tahun dulu, alhamdulillah mungkin harganya murah. Akan tetapi anyway dengan izin, better late than never. Dengan adanya sekolah berkelompok ini, saya yakin dan pasti ia akan mengubah landskap pendidikan di luar bandar di Sarawak, khususnya di daerah saya juga.

Seterusnya, saya hendak membincangkan tentang klinik pakar. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Limbang merupakan satu daerah dan antara bahagian yang besar di Sarawak. Kedudukan yang unik berada di antara dua daerah negara Brunei Darussalam menjadikan Daerah Limbang ini sukar untuk dimasuki begitu sahaja. Pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membacakan Bajet 2018 dan Kementerian Kesihatan merupakan antara penerima dana yang tertinggi selepas Kementerian Pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada sememangnya mementingkan kebajikan dan kesihatan rakyat untuk dijaga dan diutamakan. Oleh itu, saya terpanggil untuk menyuarakan hasrat penduduk Limbang sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, kami warga Limbang memerlukan satu klinik pakar untuk dibangunkan bagi memudahkan penduduk Limbang mendapat rawatan yang memerlukan pakar seperti pakar sakit puan ataupun gynaecologist tetapi pada masa ini sudah ada expatriate daripada Burma. Dulu ada seorang pediatrician, dia berhenti dan belum ada ganti sampai sekarang. Akan tetapi, ICU untuk pesakit kanak-kanak ini memang sudah lengkap di bawah pediatrician yang dulu tetapi pada masa ini tidak digunakan lagi dan saya difahamkan ada di antara perantinya telah pun dieksport dan dipinjamkan kepada hospital lain pula. Jadi saya berharap— untuk pengetahuan juga, doktor yang lain atau pakar yang lain yang hanya berada di hospital dari tempat lain yang datang melawat Limbang ini hanya datang ke Limbang mengikut jadual yang telah ditetapkan dan ruang waktu yang sangat terhad khususnya yang daripada Miri. Hal ini amat menyukarkan pesakit yang memerlukan rujukan pakar mendapatkan rawatan susulan. Sekarang ini memang boleh, bukan kita tidak boleh, pergi tetapi masalahnya— saya ambil contoh pesakit kanser pada masa ini. Banyak yang memerlukan rawatan di Miri, di Kuching dan di Sabah. Apabila mereka melalui rawatan kemoterapi, mereka sekurang-kurangnya meninggalkan Limbang, meninggalkan keluarga, ada yang sebulan, ada yang hampir-hampir dua bulan. Kalau yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, isteri kena kanser, suami pergi, anak-anak tidak ada orang yang jaga, anak pun ramai yang tidak dapat pergi sekolah. Siapa yang hendak jaga? Jadi sebab itu saya meminta kepada kerajaan selain daripada pakar gynaecologist yang ada, dan saya mohon untuk pediatrician juga dihantar semula ke Limbang, saya memohon kalaupun tidak dapat doktor pakar untuk kanser, sekurang-kurangnya jururawat- jururawat dan doktor yang sedia ada di Limbang diberikan latihan untuk mengendalikan pesakit-pesakit kanser yang melalui rawatan kemoterapi supaya mereka tidak payah berbulan-bulan di Miri, tidak payah berbulan-bulan di Kuching. Apalah salahnya mungkin untuk permulaan, the first week mereka telah diadmit di Kuching, di Miri, selepas itu bila sudah stabil, hanya penerusan, hantar balik, adakan facility kemoterapi di Limbang, mereka meneruskannya di Limbang sehingga selesai. Tidaklah payah mereka keluar berbulan-bulan meninggalkan keluarga. Yang merisaukan kita, sampai anak tidak dapat pergi sekolah sebab tidak ada orang yang hendak jaga anak-anak. Kalau sudah isteri menunggu suami atau suami menjaga isteri yang sedang melalui rawatan di luar Limbang. Itu harapan saya dan bukan lagi harapan, memang permintaan seluruh rakyat di Limbang. Kalaupun belum lagi hendak bina klinik pakar, latih jururawat yang ada. Berikan mereka— especially this cancer yang sekarang ini saya tengok bertambah-tambah pesakit kanser pada masa ini. Sungguh merisaukan. Tiap- tiap bulan boleh dikatakan memang ada yang dihantar keluar daripada Limbang dan stay

dekat hospital di luar Limbang berbulan-bulan. Ada yang tiga minggulah saya dapati yang paling kurang. Tidak payah kita menyebut lagi tentang perbelanjaan mereka. Kita bayangkanlah— walaupun kita faham ada Anjung Kasih dan sebagainya, tempat diam ada disediakan, tetapi ini hal kekeluargaan. Bab anak tidak boleh sekolah, tidak ada orang yang mahu jaga anak yang ditinggalkan ibu bapa, ada yang kena bawa, ada sesetengahnya bawa sekali anak yang kecil-kecil duduk di Anjung Kasih bersama-sama ibu bapa untuk menjaga bapa ataupun suami. Jadi saya berharap sungguh kepada kerajaan supaya mengadakan facility untuk rawatan kanser di Hospital Daerah Limbang. Itu permohonan saya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Lebuh Raya Pan Borneo. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memulakan pembinaannya untuk di Sarawak dan di Sabah Lebuh Raya Pan Borneo ini. Untuk pengetahuan warga Dewan, pembinaan lebuh raya di Pan Borneo ini bermula daripada Sematan, Telok Melano hingga ke Lawas. Fasa pertama sampai ke Miri, selepas itu fasa kedua ke Limbang dan Lawas melalui Brunei Darussalam. Dengan jaraknya 2,083 kilometer. Pembinaan lebuh raya sudah pasti akan mengubah landskap Sarawak dan Sabah dan akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, bayaran tol juga tidak dikenakan dan dijangka siap menjelang, insya-Allah, tahun 2023. Selain daripada itu, pembinaan Pan Borneo juga akan merangsang pembangunan setempat, meningkatkan sosioekonomi dan akan membawakan kemajuan khususnya kepada kami penduduk yang jauh di utara Sarawak. Satu lagi ialah apa yang saya hendak sentuh di sini iaitu berhubungan dengan lebuh raya ini, kita perlu naik taraf pos kawalan imigresen di bahagian Limbang ini juga. Hal ini kerana kedudukan bahagian Limbang yang berada di antara dua daerah negara jiran kita menyukarkan pergerakan penduduk. Perkara ini lebih menyusahkan sekiranya mereka yang mempunyai nama dan senarai hitam dalam PTPTN. Limbang ibarat tersepit bagi penghutang PTPTN dan mereka tidak dibenarkan untuk keluar kawasan melainkan menggunakan pengangkutan udara. Memang sudah beberapa orang, melalui saya, telah pun memohon untuk dipertimbangkan mereka berunding dengan PTPTN sampai dilepaskan supaya pasport biru mereka ini iaitu pasport terhad itu dilepaskan daripada kena block, kena blacklist di imigresen. Jadi, saya minta satu kepada PTPTN iaitu supaya dalam hal mereka yang masih mempunyai hutang dengan PTPTN ini, saya merayu sekali lagi kepada kerajaan khususnya PTPTN supaya jangan disenaraihitamkan pasport biru mereka, jangan di block pasport mereka. Kalau international passport yang warna merah itu, saya setuju. Seratus peratus kalau hendak block, block lah supaya mereka tidak lari keluar negara. Akan tetapi yang biru itu— hanya untuk melintas Brunei sahaja. Melintas. Hendak lari melalui Airport Brunei pun guna pasport itu pun tidak laku. Tidak boleh pergi mana punya. Jadi saya minta— mungkin tambahan sikit kepada PTPTN. Saya minta maaflah tetapi ia agak menyusahkanlah. Bukan hanya orang Sarawak, bukan hanya orang Limbang, orang Sabah pun kena itu. Yang di selatan Sabah semua yang hendak menyeberang untuk tujuan kehidupan untuk cari makan, untuk melawat keluarga, orang meninggal dan sebagainya, kenduri kahwin dan sebagainya. Bukan hanya untuk itu tapi untuk kehidupan. Sosial, kehidupan. Jadi selain daripada itu juga, pada masa ini kita juga menyuarakan tentang seamless drive. Lebuh Raya Pan Borneo, insya-Allah, saya difahamkan akan dimulakan pada tahun 2018 untuk fasa kedua, Limbang, Lawas dan terus ke Sabah. Allignment nya pun kita sudah tahu. Dua hari lepas Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah pun melancarkan mula kerja untuk pembinaan jambatan menyeberangi di Pekan Limbang. Sebahagian daripada lebuh raya ini melalui daerah negara jiran iaitu pos Pendam yang belum ada, sekarang ini hanya pos kecil, di mana orang-orang Limbang yang bekerja di Brunei lalu di sana hanya menggunakan kad pengenalan sahaja untuk penduduk yang diam di seberang sungai ini. Jadi kita minta kepada Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri dan saya menyuarakan juga kepada Ketua Menteri Sarawak supaya satu pos lagi dibuka iaitu pos Pendam selain daripada pos yang ada di Kuala Lurah walaupun posnya yang simple, yang biasa, yang guna container pun tidak apa untuk sementara waktu, janji ia menjadi satu laluan.

Sebab Pan Borneo untuk Limbang ini memang di situ lalunya. Melalui pos Pandan ini. Jadi saya berharap, sebab kebaikannya ialah apabila, ini laluan asal antara Limbang dengan Brunei sebelum merdeka dulu sejak koloni British lagi. Dan negara jiran pun telah menyiapkan jambatan mereka. Maka ini adalah laluan yang terbaik. Shortest yang boleh menjimatkan masa dan harga. Dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo untuk daerah Limbang. Minta maaf Putatan ya. Minta maaf dulu lah. Banyak lagi cerita lagi, sedikit ya. Sekejap ya. Jadi saya berharap semua perkara ini akan disuarakan. Satu lagi ialah saya mohon Giat Mara di Limbang telah pun disuarakan, dijawab oleh Menteri dalam Dewan dalam sesi yang lepas, diluluskan, tanah pun sudah sedia. Kita berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. Itu Giat Mara. Dan isu-isu yang lain yang saya ingin nak bawa ialah keresahan kita tentang judi online yang berleluasa sekarang dalam gajet-gajet telefon. Anak- anak kita pun sekarang ada menggunakan telefon. Kita berharap kerajaan akan mengambil tindakan serius melalui SKMM memastikan judi online ini dibanteras sehabis-habisnya. Itu satu. Keduanya lagi ialah tentang Stamp Act yang akan dibawa ke Dewan ini. Dan difahamkan ditarik balik pada hari itu. Jadi saya merayu kepada kerajaan supaya dalam Stamp Act yang akan dibawa ke Dewan ini agar Sarawak dikecualikan daripada dimasukkan ke dalam Stamp Act ini, khususnya kepada bahagian tanah kerana semua cukai tanah adalah di bawah kuasa negeri di mana National Land Code untuk sini, di sana ada Akta Tanah nya sendiri. Jadi ini saya berharap kerajaan mengambil perhatian supaya dalam Stamp Act ini Sarawak tidak akan masukkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KSN pada pagi ini saya tengok beliau concerned memastikan projek semua yang dilaksanakan, siap on time di seluruh negara dan menjadi KPI untuk tiap-tiap pegawai kerajaan. Tempat saya, jalan fasa 2, mentam Telahak belum siap lagi, di suruh kontraktor penyelamat buat, yang menyelamat pun terbengkalai, tidak tahu siapa hendak selamatkan siapa lagi sekarang. Jadi saya minta ia disiapkan secepat mungkinnya. Di Long Napir pun dia punya Klinik Desa terbengkalai juga sekarang. Jadi saya minta dalam pemberian kontrak masa hadapan kena kaji kontraktornya, kena kaji dia punya anggaran estimate nya. Semua kontraktornya diharapkan dipilih adalah yang mempunyai kapasiti, mempunyai kewibawaan, mempunyai pengalaman untuk membina infrastruktur di luar-luar bandar di sini atau pun di Sarawak ataupun di Sabah. Maka dengan ini saya menyokong bajet 2018. Terima kasih atas segala peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak. Sekian terima kasih. Saya menyokong bajet 2018.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bachok.

Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian sama dalam perbahasan bajet tahun 2018. Saya mulakan dengan sabda Nabi s.a.w... [Membaca sepotong hadis] Dalam diri kita ini ada seketul darah, dan kalau baik, elok darah ataupun hati, maka baiklah seluruh anggotanya. Saya mengingatkan kepada satu Gurindam 12 Raja Ali Haji- seorang ulama dan intelektual Islam abad ke-19. Dia kata, hati itu kerajaan di dalam tubuh. Jikalau zalim, segala anggotanya pun roboh. Masalah terbesar pada Bajet 2018 ini adalah terletak kepada soal pelaksanaan daripada pihak kerajaan dan pemerintah. Bajet yang baik kalau dilaksanakan dengan baik oleh orang yang baik, insya-Allah akan menjadi satu hidangan yang sangat baik kepada rakyat. Akan tetapi kalau pelaksanaannya dilaksanakan oleh orang yang tidak baik maka tidak baiklah juga yang sampai kepada rakyat. Saya mulakan bicara ini dengan menyebut tentang bajet defisit yang sudah sekian tahun negara kita membentangkan bajet defisit bermula tahun 1998 lagi. Bajet defisit adalah perkara yang bukannya tidak boleh tetapi mestilah dalam kitaran dan kerangka yang ideal. Sebagai contoh yang disebut dalam Al-Quran Surah Yusuf, bagaimana apabila seorang Raja bermimpi bahawa tujuh ekor lembu yang kurus, memakan tujuh ekor lembu yang gemuk.

Disebut di dalam Al-Quran. Kemudian diminta kepada Nabi Yusuf untuk mentafsirkan mimpi tersebut. Maka Nabi Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut sebagai tujuh tahun yang subur. Pendapatan negaranya lebih, maka disimpankan untuk digunakan pada musim yang negara ekonominya meleset tujuh tahun berikutnya. Kemudian disebut dalam Al-Quran selepas daripada tujuh tahun kemarau yang panjang itu, akan datang tujuh tahun negeri, negara yang makmur ekonominya. Maka para sarjana Islam menghuraikan bahawa sistem yang terbaik dalam bajet sesebuah negara itu kitarannya tujuh tahun. Tujuh tahun surplus, tujuh tahun defisit kemudian tujuh tahun surplus balik. Akan tetapi negara kita sudah hampir 20 tahun, negara kita berada pada bajet yang defisit. Ini perlu dilihat secara lebih holistik oleh kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Pekan untuk mencapai par excellence ukhrawi dan duniawi sebagai yang disebutkan dalam ucapan bajet baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan juga dengan perkara pertama yang saya akan sentuh adalah berkaitan dengan pesawah yang diberikan habuan RM200 sebulan sebelum daripada mereka menuai hasil tanaman mereka. Saya ingin tegaskan bahawa dasar golongan kaya bertambah kaya, miskin bertambah miskin, bertambah papa kedana nampaknya berterusan. Jutawan Bernas seperti Syed Mokhtar Al Bukhari yang terus kaya raya tetapi Pak Da, Pak Mat, Pak Su yang ada di Kampung Jemba di kawasan saya di Bachok terus dihimpit dengan kemiskinan. Bukan RM200 itu yang kita mahu. Akan tetapi kita mahu perkara ini bukan sahaja di musim bajet pilihan raya seperti ini tetapi berterusan. Secara lebih menyeluruh dan sepatutnya para petani dibimbing dengan bimbingan yang lebih baik supaya mereka boleh keluar daripada kepompong kemiskinan mereka. Pada penghujung abad ke-19 pada Zaman Kesultanan Sultan Mansur, Kelantan sebagai contoh menjadi pengeksport beras. Sehingga dilaporkan 3000 tan setahun dieksport pada masa itu. Malangnya pesawah pada zaman ini terus merosot hasilnya, alami kerugian. Kebergantungan kepada beras import menjadi satu perkara yang sudah tidak boleh kita bendung lagi. Apatah lagi ketiadaan Dasar Pertanian organik yang jelas menyebabkan pesawah terpaksa bergantung pada racun dan bahan kimia yang mahal dan berbahaya. Di Andhra Pradesh, India, jutaan hektar tanah pertanian telah berjaya mengamalkan pengurusan penyakit dan serangan makhluk perosak tanpa bahan kimia beracun atau disebut, dengan izin, non-pesticidal management (NPM). Ia telah terbukti dapat menjimatkan kos pengeluaran hasil pertanian di antara RM750 hingga RM4500, satu-satu usaha yang dibuat. Bukannya sekadar RM200. Soalan saya, kenapa pertanian organik tidak dijadikan dasar oleh kerajaan? Apakah kerajaan tidak berhasrat memajukan model sekolah lapangan pertanian bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan petani- termasuk kepada pesawah. Dan apakah jaminan kerajaan bantuan RM200 ini tidak dijadikan bahan dan modal dalam kempen pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Ini kita minta jaminan daripada kerajaan. Soal integriti dan juga rasuah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada kebimbangan pegawai penguat kuasa kerajaan yang bekerja dengan jujur, ikhlas dan berintegriti. Bagaimana kerajaan menunjukkan bahawa pegawai dan penguat kuasa kerajaan yang jujur menjadi sasaran pembunuh upahan daripada mereka yang berpengaruh termasuk barangkali kerajaan. Contohnya dalam kes kematian Allahyarhamah Anisah binti Ali, Pegawai Kanan Kastam dari Kelantan yang dirempuh oleh tonto. Nampaknya suspek masih lagi terlepas begitu sahaja. Kenapa boleh berlaku keluarga mangsa yang ditawarkan rasuah supaya berdiam diri diugut, diekori dan malahan mendapat laporan hendak dapat laporan perubatan pun masih lagi dinafikan.

Kenapa aduan oleh keluarga mangsa yang dibuat kepada GIPS, PDRM, SPRM, Jabatan Integriti, Kastam, Siap, PPA tidak mendapat pembelaan sewajarnya? Bayangkan apa yang akan berlaku jika perkara ini tidak dibendung. Bajet 2018 patutnya tegas dalam melindungi keselamatan pegawai penguat kuasa kerajaan daripada ancaman dan sogokan rasuah. Soal ketirisan rasuah ini telah dipertegaskan oleh Dewan Pemuda PAS dalam bajet alternatif yang mereka telah membentangkan bertemakan Pembangunan Demi Kelestarian Generasi Masa Depan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini perlu dipandang serius. Kita hormat dan kita tabik kepada pegawai-pegawai kerajaan, penguat kuasa, polis dan sebagainya yang berintegriti. Akan tetapi bayangkan kalau kes-kes seperti ini tidak dapat ditangani secara betul dan telus oleh pihak kerajaan maka tidak akan ada lagi pegawai kerajaan yang sanggup berkorban, berpegang dengan prinsip amanah, jujur dan berintegriti tadi. Begitu juga saya ingin bangkitkan soal kebajikan. Pihak saya dapat tahu bahawa bantuan JKM di Kota Bharu masih berlaku kelewatan bayaran yang sepatutnya dibayar 28 hari bulan lewat berhari-hari lamanya. Orang yang dapat bantuan kebajikan ini dia hanya beli makanan sahaja bukan beli iPhone macam Tuan Yang di-Pertua, bukan mahu beli iPhone 8 dan sebagainya. Mereka untuk beli makan. Kalau lewat makan maka lewatlah makan mereka ini satu perkara yang perlu diperhatikan demi menyejahterakan kehidupan rakyat. Satu perkara yang saya sering bangkitkan dalam Dewan ini berkaitan dengan arak dalam kapal terbang MAS. Langkah MAB untuk menghentikan hidangan arak bagi penerbangan singkat di bawah tiga jam sejak Januari sangat di alu-alukan. Bahkan ia meningkatkan lagi reputasi MAB dalam meraikan kehendak majoriti penumpang. Polisi MAB dalam mengawal jumlah minuman alkohol kepada para penumpang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, ini juga satu langkah yang baik. Polisi tidak menggalakkan pengambilan alkohol juga satu langkah yang baik walaupun ianya tidak memadai. Namun pendirian kerajaan pada Ogos 2017 untuk tidak mengharamkan hidangan arak dalam kapal terbang MAS masih wajar diteliti, perlu di teliti. Ini kerana kalaulah katakan kerajaan ini sangat payah untuk mengharamkan dan kita pun tahu ini satu kesukaran bagi pihak kerajaan sehingga pernah saya dijanjikan dengan jawapan dan di bawa kepada Kabinet. Sampai sekarang entah dibawa atau entah tidak. Saya yakin Menteri tersebut telah bawa ke Kabinet tetapi tidak ada jawapan. Saya ingin mencadangkan supaya kabin krew yang bertugas sewaktu penerbangan antarabangsa yang menghidangkan arak secara percuma tadi pertamanya untuk hidangan arak ini dikecualikan kabin krew yang beragama Islam. Ini kerana soal prinsip dalam agama kita tidak boleh kompromi. Nabi SAW sebut dengan tegas ada 10 golongan yang dilaknat Allah SWT terlibat dengan arak termasuklah orang yang menghidangkan arak. Ahli Parlimen Lipis pernah sebut bila dia naik kapal terbang dia tengok yang dahinya hitam kuat sembahyangnya tetapi terpaksa mengikut SOP, terpaksa menghidangkan arak dalam kapal terbang terutama penerbangan yang lebih daripada tiga jam dan penerbangan antarabangsa. Ini hak mereka. Mereka tidak mahu masuk ke dalam golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan hidangan arak. Jadi saya mencadangkan bebaskan mereka daripada terlibat dengan job description mereka untuk menghidangkan arak bagi kepada bukan Islam.

Yang Berhormat Bachok laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pasair Puteh.

Terima Kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima Kasih Yang Berhormat Bachok untuk memberi laluan. Tentang arak ini kita tahu ia adalah satu yang haram dalam agama Islam tetapi bagi orang kafir, orang yang bukan agama Islam ia adalah satu yang biasa, tidak haram. Jadi untuk pelayan, pramugara atau pramugari yang Islam mereka terpaksa menghidangkan arak ini. Adakah ini mengikut maqasid syariah ia adalah satu darurat yang terpaksalah ditanggung oleh mereka dan mereka tidak dikenakan dosa. Akan tetapi yang berdosanya ialah pengarah dan juga Menteri yang membenarkan arak ini dijual ataupun dihidangkan di dalam pesawat MAS. Apa pendapat Yang Berhormat Bachok?

Terima Kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Memang itulah yang sepatutnya yang kita kena sedari bahawa bukan satu perkara yang daruri untuk mereka ini menghidangkan arak. Masih lagi dijadualkan semula bagaimana petugas-petugas dalam kapal terbang. Saya menyuarakan ini kerana ini suara daripada mereka, suara daripada hati mereka termasuklah juga, kalau dah yang bukan Islam tidak hidangkan arak, bagi yang bukan Islam menghidangkan arak. Akan tetapi jangan pula buat pesta arak dalam kapal terbang. Ini kerana kita juga perlu menghormati minum arak lain, pesta lain. Pesta melibatkan barangkali orang awam dan mengganggu. Kita yang duduk sebelah atas kapal terbang, yang sebelah ini minum arak kita rasa sangat tidak selesa. Maka

juga perlu di titik beratkan soal keselesaan dan juga hak penumpang-penumpang yang Muslim yang beragama Islam. Begitulah juga Tuan Yang di-Pertua, dalam soal pemakaian pakaian pramugari kabin krew ini. Saya Tuan Yang di-Pertua, pramugari ini cantik, memang cantik. Kalau pakai tudung dan menutup aurat lagi cantik Tuan Yang di-Pertua boleh tambah seorang lagi. Boleh ambil dikalangkan pramugari. Ini hak mereka. Kita perlu bagi hak kepada mereka. Saya lihat ada sewaktu penerbangan tertentu, sewa khas, pramugari yang pakai menutup aurat sangat cantik. Inilah model yang sebenarnya yang perlu kita tunjuk negara Malaysia sebagai negara Islam. Negara yang majoritinya orang Islam kita tunjukkan budaya Islam yang terbaik termasuk dalam soal berpakaian sangat menjolok mata, dalam lain-lain pun termasuk Malindo, Firefly dan AirAsia perlu juga dititik beratkan soal kebebasan hak mereka untuk berpakaian menutup aurat. Kemudian saya beralih kepada isu yang lain, antaranya isu nelayan. Bajet 2018 diumumkan oleh Perdana Menteri peruntukkan paling besar kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah katanya RM6.5 bilion. Jumlah itu kurang sama dengan jumlah RM6 bilion setahun ketirisan hasil laut negara akibat kelemahan penguatkuasaan integriti dan integriti pasukan-pasukan pengawal daripada kerajaan. Pada Mac tahun ini hanya dalam satu tangkapan oleh Jabatan Perikanan Johor Bahru pada tiga bot nelayan Vietnam. Seramai 22 orang nelayan yang ditangkap, maka ditangkap bersama dengan mereka nilai gamat atau sea cucumbers yang ada mencecah RM5 juta. Satu tangkapan ada gamat ini sampai RM5 juta nilainya. Bagi pada 22 orang nelayan, seorang akan dapat RM227 ribu. Setahun keluar ke laut, nelayan hasil Vietnam tadi mereka boleh makan 10 tahun. Akan tetapi yang menjadi masalahnya sekarang nelayan kita sering dikaitkan dengan kemiskinan, hasil tangkapan yang tidak banyak, peralatan yang tidak cukup, bantuan yang sentiasa terhalang kepada mereka. Ini perlu kerajaan beri fokus nelayan luar seperti Vietnam terkenal dengan kekayaan dan kecanggihan, jauh lebih hebat daripada nelayan kita, mengalahkan tentera laut kita, Maritim kita dan Jabatan Perikanan. Soalan saya kepada kerajaan, berapakah anggaran nilai gamat dan nilai ikan dalam perairan Malaysia? Apa sudah jadi kepada Tentera Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan perikanan? Menteri yang bertanggungjawab kena jawab. Ini hak kita, khazanah negara kita yang boleh dirompak sewenang-wenangnya oleh nelayan asing. Apa yang saya hairannya mereka ini berani menceroboh perairan negara kita padahal kita negara berdaulat, kita ada tenteranya, kita ada kuasanya. Kalau kita hendak tembak, kita boleh tembak mereka. Akan tetapi mereka begitu berani ini menimbulkan soal tanda tanya barangkali soal integriti dan juga rasuah perlu dilihat secara lebih khusus oleh pihak kerajaan. Kemudian isu pengangguran, Tuan Yang di-Pertua. Perbandingan kadar pengangguran Cambodia – 0.5 peratus, Thailand – satu peratus, Laos – 1.4 peratus, Vietnam – 2.1 peratus, Singapura – 2.1 peratus, Malaysia – 3.5 peratus. Termasuklah di kalangan mahasiswa yang mereka ini merupakan harapan ibu bapa mereka. Bila keluar daripada pembelajaran akan menolong ibu bapa mereka, keluarga mereka. Akan tetapi mereka juga kelompok yang paling besar terlibat dalam soal pengangguran. Dalam konteks pengangguran mahasiswa kerajaan dilihat menyediakan pelbagai inisiatif. Kita ucap terima kasih. Kita PAS ini Tuan Yang di-Pertua, benda yang baik kita sokong dalam bajet ini, benda yang tidak baik kita akan bangkang habis-habisan. Ini pendirian kita. Dalam soal kerajaan dilihat menyediakan pelbagai insentif dan geran bagi menggalakkan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan, langkah ini adalah baik. Dalam sektor awam dan sektor swasta kini berhadapan dengan kekangan untuk menyerap graduan yang habis daripada universiti ini, tidak ada tempat pekerjaan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kelantan terlebih dahulu meneroka bidang keusahawanan belia ini sebagai sumber pendapatan yang kukuh kepada belia. Contohnya program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lojing, yang dilaksanakan kerjasamanya dengan Kerajaan Pusat yang melibatkan National Blue Ocean Strategy adalah merupakan contoh kejayaan di Kelantan. Kita pun bekerjasama dengan Kerajaan Pusat G2G, bukan UG. Ini sikit-sikit apabila bekerjasama dengan Kerajaan Pusat, kata UG selalu. Ini masalahnya ini.

Kita boleh melihat begitu juga dengan pelaksanaan GKPM di Batang Merbau pada tahun 2009 telah berjaya melahirkan usahawan tani di kalangan belia. Mereka ini bukan sahaja mampu berdikari bahkan mampu mencipta peluang pekerjaan kepada belia-belia di kampung mereka. Apa yang ingin saya bangkitkan berkenaan perkara ini, dalam bajet kali ini, terdapat rungutan di kalangan usahawan belia terhadap kerenah birokrasi, red tape yang menyukarkan proses permohonan. Orang yang hendak mohon, yang hendak jadi Grab driver, Uber driver pun, dia boleh isi online sahaja. Akan tetapi untuk dapat satu-satu geran daripada kerajaan, terpaksa turun naik pejabat kerajaan. Apa yang paling parah lagi, dipolitikkan sehingga perlu mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen seberang sana. Sepatutnya perkara ini perlu dipermudahkan kepada golongan muda ini. Ini kerana ini adalah merupakan satu cadangan dan perkara yang baik. Kita sokong inisiatif yang disediakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin habiskan. Masa sedikit lagi. Begitu juga dengan kenaikan harga barang. Sebut tentang kenaikan harga barang. Separuh daripada pekerja dalam negara kita kurang pendapatannya daripada RM2,000. Kenaikan gaji pertengahan tahun di Malaysia puratanya, golongan menengah ini puratanya RM17. Ini yang paling rendah di rantau ini. apa yang merisaukan rakyat adalah di sebalik kenaikan gaji yang rendah, mereka hidup semakin tertekan, barangan naik tetapi pembaziran daripada pihak kerajaan masih lagi berlaku. Punca kenaikan harga barang ini adalah tiga perkara paling asas. Semua orang tahu. Pertama, kerana kerajaan menarik balik subsidi. Harga tepung sampai 40 peratus naik. Ini makanan utama, makanan asasi. Kemudian GST. Pelaksanaan GST. Walau bagaimana diceritakan baik GST sekali pun tetapi implementation nya rakyat di bawah berasa bahawa harga barang naik selepas laksana GST. Apa yang sudah jadi? ang dijanjikan, kalau dilaksanakan GST, dasar fiskal negara kita akan menjadi kukuh, pelabur akan masuk, ringgit kita akan bertambah naik, nilai ringgit kita akan menjadi kukuh. Apa yang berlaku, sebab kenaikan harga barang yang ketiga ialah kejatuhan nilai ringgit kita. Maka orang di bawah, rakyat marhaen di bawah terpaksa berdepan. Kalau bahasa Kelantan sebut, “doh la jatuh ditimpa tangga, terombak kilas terpetat tahi ayam tangan.” Jadi tidak boleh hendak bangun sudah. Ini yang berlaku. Sepatutnya, enforcement kepada Akta Pencatutan, jangan hanya bermusim. Kerajaan perlu melihat ini sebagai satu perkara yang perlu dilaksanakan sepanjang masa supaya tidak berlaku manipulasi daripada pelaksanaan GST sehingga menyebabkan kenaikan harga barang yang membebankan kepada pengguna. Akhirnya saya hendak sebutkan Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah lebih...

Apa yang disebutkan oleh— Hendak gulung sudah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jam satu tiga minit sudah.

Ya, yang disebutkan oleh tuan guru presiden PAS Marang dalam ulasannya tentang bajet, dia kata, sebenarnya Allah telah menyediakan rezeki yang cukup, sesuai dengan jumlah manusia termasuk dalam negara kita tetapi sebenarnya manusia yang salah mengurus dan tidak beramanah dalam menunaikan perintah Allah ini. Sekian. Apa yang baik, saya sokong daripada bajet. Apa yang tidak baik, kami, PAS akan bangkang habis-habisan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Selepas ini jam 2.30 petang dimulakan bahas atas permohonan daripada TYT Yang Berhormat Kuala Pilah. Pukul 2.30 petang ya Yang Berhormat. 2.30 petang, ya. Baiklah kita tempohkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan saya kesempatan, ruang dan juga peluang untuk turut serta dalam perbahasan RUU Bajet 2018. Pertama, saya wajar merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita dan selaku Menteri Kewangan yang telah mengemukakan Bajet 2018 pada hari Jumaat yang berkat, 27 Oktober 2018 yang baru lalu. Sesungguhnya bajet berkenaan telah membuka gerbang baharu untuk masa yang gemilang bagi negara kita yang tercinta ini. Malaysia harus menjadi Malaysia. Sesebuah negara seperti negara kita yang mahu berdiri sama tinggi dengan bangsa dan negara-negara maju di dunia, perlu sedar bahawa ancaman bukan sahaja datang dari luar tetapi juga muncul dari dalam. Antara ancaman luar yang kini dipandang serius adalah dalam bentuk militan agama seperti Daish dan ISIS. Saya bersyukur apabila kerajaan telah memberikan tumpuan khusus kepada ancaman seumpama itu walaupun ada segelintir orang kita yang terpengaruh sehingga ada yang dilaporkan terkorban di beberapa wilayah bergolak di Asia Tengah. Bagi tujuan membanteras ancaman luar itu termasuk militan agama, Alhamdulillah kerajaan sedia memperuntukkan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan, RM720 juta bagi membina 11 ibu pejabat dan enam balai polis baharu selain membeli senjata api dan kenderaan operasi. Sejumlah RM270 juta lagi adalah khusus untuk menaik taraf kemudahan ICT dan sistem komunikasi pasukan polis. Sudah tentu kecekapan pasukan polis yang menangani helah angkara murka melalui dunia siber dan internet boleh dikurangkan ke tahap yang paling rendah. Dalam waktu sama, buat pertama kalinya pasukan keselamatan awam dan sokongan seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), turut diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk mempunyai keperluan dalam berkhidmat. Saya yakin selepas ini peranan setiap pasukan keselamatan akan cukup berkesan sebagai barisan hadapan dalam usaha menghalang dan mematikan ancaman luar dan domestik. Semua persiapan tersebut juga demi menjaga keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak yang sering diancam oleh tindakan pengganas, lanun atau penculik dari perairan jiran. Bagi memperhebat usaha-usaha berkenaan, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga telah mengumumkan satu peruntukan besar berjumlah RM250 juta kepada ESSCOM. Begitu juga dalam penggunaan radar yang canggih atau costal surveillance radar sejumlah RM50 juta akan dibelanjakan. Ancaman dari arah laut akan kita tangkis. Tuan Yang di-Pertua, dalam waktu yang sama, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sentimen wilayah dan kenegerian yang memercik-mercik apinya juga boleh mengakibatkan bermula sentimen perpecahan ke atas bangsa kita. Kita tidak ada pilihan kecuali bertekad memelihara kestabilan Malaysia yang sebenarnya tidak ternilai dengan mata wang ringgit. Cabaran kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib dalam usaha menjayakan Dasar Transformasi Nasional ialah beliau perlu memperkemas pengagihan kek ekonomi yang adil. Sesuatu yang seolah-olah telah diabaikan dalam legasi terdahulu. Kita telah melihat bagaimana kesan buruk terhadap pengabaian pengagihan kekayaan kepada wilayah dan kaum-kaum sehingga menyebabkan sesebuah negara yang dahulunya bersatu padu tetapi akhirnya terpecah belah dan menjadi hancur. Sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja dan sudah hampir dua tahun di sana, pengalaman berharga apabila dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana peri pentingnya pengagihan yang adil dan saksama kepada semua kaum, penganut agama dan wilayah dalam usaha menjaga kestabilan sesebuah negara. Tanpa kestabilan, negara tidak boleh dibangunkan. Tidak boleh. Semua pengalaman ini menjadikan saya insaf bahawa pembahagian kekayaan negara, tumpuan kepada masyarakat tercicir, selain tetap memelihara prinsip yang adil bagi semua merupakan formula terbaik yang menjadi pegangan dan amalan kerajaan hari ini. Walaupun bendera negeri-negeri penuh berwarna-warni, namun akhirnya kita hanya mengusung satu bendera dengan empat warna; merah, putih, biru dan kuning iaitu Jalur

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Gemilang. Kita tidak ada pilihan untuk menumpukan taat setia kita kepada tanah air lebih daripada segala-galanya. Lihatlah pengalaman di beberapa negara luar seperti Union Soviet ataupun Kesatuan Soviet yang pernah mengalami keadaan perpecahan apabila ada wilayah- wilayah di bawah kesatuan itu mengisytiharkan diri bukan lagi sebahagian daripada kesatuan negara. Begitu juga halnya berlaku di Catalonia dan krisis ekonomi serta politik tahun 1997 yang berlaku di negara tetangga kita, Indonesia sehingga terlahirnya Timor Leste. Kehilangan tersebut tidak akan mampu diganti biar bagaimana banyak sekali pun wang dilonggokkan untuk menebusnya. Ramai pakar dan penganalisis politik berpendapat bahawa kejadian keadaan perpecahan terjadi apabila pemerintah pusat gagal memberikan keadilan kepada wilayah-wilayah di bawahnya. Kita bersyukur pimpinan yang memegang tampuk kuasa Putrajaya hari ini sangat menginsafi realiti dan hakikat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia pernah diuji dengan konflik perkauman dalam tragedi 13 Mei 1969. Ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak telah berusaha bermati-matian dan dengan tangkas cuba menyelesaikannya.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Allahyarham telah memperkenalkan beberapa program besar seperti Laporan Razak, Buku Hijau, Prinsip Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru yang kesemua ini adalah demi mewujudkan perpaduan bangsa atau, dengan izin, national unity yang kental. Belum pernah, sejak merdeka, dalam diam-diam ada pihak yang rupa-rupanya cuba untuk menabur bibit-bibit perpecahan. Pihak yang menyalakan api perkauman dan wilayah itu telah pun tercampak keluar dari Malaya. Maka, antara pasak terpenting di dalam Rukun Negara yang diperkukuhkan dalam Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara. Tanpa Raja dan tanpa negara, bangsa mana pun tidak akan berdaulat. Tuan Yang di-Pertua, di era Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, kita tidak mahu konflik yang bukan sahaja yang melibatkan kaum dan agama ditimbulkan kembali, tetapi juga termasuklah di dalam konflik atau kecurigaan yang melibatkan wilayah-wilayah atau negeri-negeri. Bibit-bibit kelibat atau bayang-bayangnya pun kita tidak mahu lihat. Tanah air Malaysia inilah yang tertinggi sekali. Alhamdulillah, dalam Bajet 2018, rakyat boleh menyaksikan bagaimana setiap dasar inisiatif dan projek yang diumumkan tidak sekali-sekali mengabaikan mana-mana kaum, penganut agama atau wilayah. Sentimen kenegerian dan kedaerahan yang sempit wajar dibendung. Dalam bajet kali ini, saya melihat kumpulan masyarakat yang paling terpencil pun dipastikan menerima nikmatnya. Tiada golongan yang tercicir. Termasuk peruntukan RM110 juta khusus untuk Orang Asli dan pelbagai insentif khusus demi membantu orang kelainan upaya, OKU. Kaum India pula sebagai kelompok ketiga terbesar, turut diperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion di dalam unit saham di bawah Permodalan Nasional Berhad. Sesuatu idea yang tidak pernah kita fikirkan dahulu. Program tersebut merupakan pertama kali dalam sejarah negara. Peruntukan lain ialah RM50 juta yang bertujuan mendorong pembangunan belia, kemahiran dan perniagaan, program transformasi kuil dan komuniti, selain program membantu ibu tunggal di kalangan kaum India. Tidak sekadar itu, ditambah RM50 juta lagi bagi memperbaiki sekolah-sekolah Tamil. Jumlah tersebut tentunya sangat besar untuk dinisbahkan dengan populasi kaum India yang berjumlah 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Perlu ditekankan di sini, sejak Yang Amat Berhormat Pekan mengambil alih tampuk kerajaan, hampir RM1 bilion telah disalurkan untuk menambah baik prasarana sekolah jenis kebangsaan Tamil, SJK(T) di seluruh negara. Semua gagasan dan program sedemikian akan menjadi, dengan izin, sebagai game changer kepada masyarakat India dan komitmen yang tidak pernah ditawarkan walaupun oleh kerajaan negeri-negeri pembangkang. Semua ini terangkum di dalam Pelan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tidak ada alasan untuk masyarakat India tidak kembali mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Kerajaan hari ini juga sangat menyedari bahawa tidak semua orang Cina itu kaya dan yang miskin tetap berhak untuk dibantu. Satu peruntukan khas juga diwujudkan di bawah KOJADI sebanyak RM50 juta untuk memberi pinjaman kepada PKS di kalangan kaum Cina dan India. Selain itu, sebanyak RM65 juta pula diperuntukkan untuk pembangunan Kampung Baru dengan RM10 juta tambahan lagi bagi membaik pulih rumah masyarakat Cina agar mempunyai kehidupan yang layak dan sempurna. Dalam waktu yang sama, peruntukan sebanyak RM3.5 bilion kepada kaum Melayu dan Bumiputera adalah berasaskan keperluan di mana populasi masyarakat Melayu Bumiputera ini mencecah hampir tujuh peratus dari keseluruhan penduduk Malaysia. Seperti mana kaum lain, tumpuan kepada orang Melayu Bumiputera juga akan meliputi bidang pendidikan terutamanya di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ataupun FELDA. Sesungguhnya, kerajaan tidak perlu apologetic atau malu alah dalam usaha membantu orang Melayu bumiputera dengan cuba menamakan inisiatif dan program berkaitan dengan jenama lain. Seperti kita berbangga membantu kaum Cina dan India, begitulah juga kita turut berbesar hati kerana dapat membantu orang Melayu bumiputera. Tanpa tumpuan yang cukup kepada mana-mana kelompok, maka bibit pergeseran kaum dan agama mudah dinyalakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Golongan penangguk di air keruh itu hanya ingin meraih laba atau keuntungan politik semata- mata. Teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Di sudut lain pula, kawasan yang paling terpinggir selama ini pun hari ini dengan cepat merasai tiupan angin perubahan dan pembangunan. Paling membanggakan, Putrajaya turut tidak memilih bulu di dalam melaksanakan amanahnya apabila negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang turut diberi perhatian yang bukan sedikit. Rakyat di negeri-negeri berkenaan sama sekali tidak diabaikan dalam keadaan Barisan Nasional senang mahupun ketika dilanda badai. Inilah ciri-ciri negarawan sejati yang mula ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Ya, kita boleh berbeza dari segi politik, tetapi sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini, saya telah melihat bagaimana pergeseran politik yang tegang, kebencian yang tidak berpenghujungan boleh mencapai ke peringkat di mana ada yang tergamak meletakkan kepentingan negara pada tahap yang rendah. Kemenangan politik dilihat sebagai kemuncak segala kejayaan dan bukannya kepentingan negara itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pendidikan, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan di atas pencapaian cemerlang kelima-lima universiti penyelidikan di negara ini. Untuk saya senaraikan mungkin memakan masa, tetapi sekadarlah hendak memilih ada dua buah universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Institut Teknologi Mara. Kita mendapati Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menunjukkan kemerosotan dari kedudukan QS World University Ranking dari tangga ke-501 pada tahun 2013 kepada tangga 551 tahun 2016 dan pada tahun 2017 ke tangga 601 dan dijangka merudum kepada 701 pada tahun 2018. Begitu juga dengan Universiti Institut Teknologi Mara dari kedudukan 601 pada tahun 2012 menurun kepada 701 pada tahun 2017 dan dijangka merudum kepada 751 atau 800 dalam tahun 2018. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Pertamanya, apakah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh QS University World Ranking dan setakat manakah universiti di Malaysia mampu memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan? Juga, apakah peranan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membantu universiti tempatan meningkatkan University World Ranking? Kemerosotan UIAM dan UiTM telah bermula sejak tahun 2012 lagi sehingga kini tahun 2017 dan kemungkinan merudum pada tahun 2018. Apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan kedua-dua universiti ini tidak terus merosot dan merudum? Saya berharap satu kajian dan penilaian semula akan kepimpinan pengurusan dan pensyarah serta lain-lain kemudahan prasarana di kedua-dua universiti ini dibuat bagi memartabatkan semula universiti-universiti ini khususnya dan lain-lain universiti juga. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang sentiasa komited dan prihatin dalam bidang pendidikan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM61.6 bilion bagi tahun 2018 untuk sektor pendidikan.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Saya ingin membangkitkan tentang kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa tentang autisme. Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapa ramai kah kanak-kanak autisme yang terdapat di dalam negara ini dan apakah langkah kerajaan untuk merawat kanak-kanak autisme ini supaya mereka boleh hidup sebagai kanak-kanak yang normal?

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Kedua, apakah peluang pendidikan kanak-kanak autisme di Malaysia dan sejauh manakah kejayaannya? Program PERMATA juga telah mendapat satu pengiktirafan yang sangat baik, bukan sahaja dalam negeri tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, Kuala Pilah mempunyai sebuah kolej kejururawatan masyarakat, Universiti Teknologi MARA, Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan, kolej matrikulasi, kolej komuniti, Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Selain itu Kuala Pilah mempunyai 13 buah SMK, sebuah SM Chung Hua, 36 buah sekolah kebangsaan, 10 SJK(C) dan dua buah SJK(T) dan telah menjadikan Kuala Pilah sebagai hab pendidikan di Negeri Sembilan. Adalah satu langkah strategik untuk menjadikan Kuala Pilah sebagai lembah ilmu bagi mengimbangi pembangunan fiskal dan modal insan dan seterusnya memperkasakan bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai cendekiawan negeri. Selain itu terdapat juga Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kuala Pilah. Saya berharap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi akan dapat membantu merealisasikan bagi menjadikan Kuala Pilah sebagai lembah ilmu termasuklah kemungkinan menubuhkan politeknik dan institusi pendidikan tinggi lainnya. Saya juga ingin mencadangkan agar Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama mewujudkan lembah ilmu di setiap negeri bagi memastikan perkembangan ilmu yang berterusan bagi melahirkan generasi yang par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi sebagaimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2018 ini. Seterusnya berhubung dengan kementerian ini juga, saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan Bajet Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Sehubungan dengan itu, saya ingin membangkitkan tentang keperluan penyelenggaraan yang mendesak bagi sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Kuala Pilah iaitu 13 buah SMK, sebuah SM Chung Hua, sekolah kebangsaan 36, SJK(C) 10 dan SJK(T) dua buah yang merupakan sekolah-sekolah lama dan memerlukan penyelenggaraan terutamanya pendawaian elektrik termasuklah penggantian kipas dan lampu, penambahbaikan bekas asrama di Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah (TMS) dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana, saya hendak menyebut tentang industri buluh. Kerajaan telah mengenal pasti kepentingan PKS dalam pembangunan negara. Bagi Bajet 2018, kerajaan menyasarkan syarikat-syarikat PKS akan menyumbang 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020. Bajet 2018 menyediakan pelbagai insentif kepada pengusaha PKS. Antaranya menyediakan peruntukan RM7 bilion di bawah skim jaminan pembiayaan. Sehubungan dengan itu, saya ingin membangkitkan tentang industri buluh di Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak 1996 lagi atau lebih awal, mungkin. Buluh merupakan sumber hutan bukan kayu yang sangat berpotensi untuk diketengahkan sebagai alternatif kepada balak terutamanya sebagai pepapan buluh untuk kegunaan sebagai bahan asas pengeluaran komponen perabot dan bahan binaan yang mempunyai nilai tambah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Akan tetapi sayangnya potensi buluh ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Ya?

Tuan Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Sikit lagi. Akan tetapi sayangnya potensi buluh ini belum diteroka sepenuhnya. Jumlah eksport buluh hanya 5 juta berbanding 22.1 bilion bagi keseluruhan eksport perabot. Antara faktor utama adalah disebabkan kurangnya bahan mentah, ketiadaan ladang buluh. Telah sampai ketikanya satu jalur pembaharuan dan

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

penerokaan diwujudkan bagi memastikan bekalan buluh yang berkualiti dan berterusan sebagai industri baru negara. Satu projek telah pun dijalankan di bawah nama greenovation yang membawa erti mengamalkan gaya hidup hijau, lestari melalui inovasi untuk kepentingan negara, promoting green lifestyle through Innovation for the Nation. Oleh kerana hijau adalah satu subjek yang sangat luas, maka GIEF telah memilih dan memberi tumpuan kepada satu bahan ikonik bagi teknologi hijau dan lestari dan ia adalah buluh. Ada perancangan daripada GIEF, salah stau NGO yang minta dalam bidang buluh ini dan mereka telah pun berunding dengan pihak Kemboja dan akan memulakan usahanya di Kemboja. Adalah lebih manis dan lebih baik kiranya Kerajaan Malaysia pula mampu dan berjaya mempelopori industri terbaik ini di kalangan negara-negara ASEAN lain. Sehubungan dengan itu, saya ingin Tuan Yang di-Pertua, mendapatkan sedikit penjelasan: (i) adakah kerajaan khususnya, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia mempunyai perancangan daripada segi meningkatkan sumber buluh negara ini?; (ii) adakah kerajaan telah menjalankan kajian berhubung pembangunan industri hiliran buluh di negara ini khususnya daripada segi potensi untuk dibangunkan sebagai industri PKS dan pasaran global yang dikaitkan mencecah lebih 25 bilion setahun?; (iii) setakat manakah penyelidikan telah dijalankan berhubung dengan industri berasaskan buluh ini terutamanya daripada segi produk berasaskan buluh; dan (iv) setakat manakah masyarakat buluh telah berjaya diwujudkan di kalangan penggiat industri, perunding, pendidik dan stakeholders bagi mewujudkan platform perkongsian maklumat dan pengetahuan. Adalah terbaik juga saya mencadangkan, agar Kerajaan Malaysia mewujudkan sebuah badan khas yang bertanggungjawab khusus bagi pembangunan industri buluh di negara ini ke arah pasaran global sebagai destinasi akhirnya berteraskan perkembangan teknologi terkini. Oleh itu adalah dicadangkan badan itu diberi nama Bamboo Malaysia Development Corporation di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah berlalu.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Ada dua atau tiga lagi ini. Tidak apa.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih, terima kasih. Itu sahaja. Akhirnya, yang saya tekankan dalam perbahasan saya ini ialah soal perpaduan itu melalui bajet ini jelas kelihatan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Masa telah berlalu kerana setiap Ahli Yang Berhormat diberi 20 minit.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kapar.

Salam reformasi, selamat petang, vannakam. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua untuk memberi ruang kepada saya membahaskan Bajet 2018. Pertama sekali saya ingin membawa penerangan dan penjelasan saya tentang Bajet 2018. Semasa Bajet 2018 dibentangkan, saya telah membuat pengumuman secara terbuka bahawa ini adalah bajet tahap rendah atau low class budget. Hasil daripada kajian saya, saya mendapati beberapa pengakuan Yang Amat Berhormat Pekan yang mengejutkan terhadap ekonomi dan politik semasa. Pertama, pada muka surat 51 ucapan bajet Yang Amat Berhormat Pekan telah mengatakan bahawa terbukti GST menjadi penyelamat kepada ekonomi kita tahun ini kerana tanpa kutipan GST 41 bilion, kita tidak dapat bayangkan macam mana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat. GST adalah penyelamat Yang Amat Berhormat Pekan untuk menerajui kepimpinan di Putrajaya. Siapa yang membayar GST? Rakyat biasa. Ini bermaksud, BN dan Yang Amat Berhormat Pekan masih berkuasa hari ini adalah kerana rakyat biasa. Jika rakyat biasa tidak membayar cukai GST, segala perbelanjaan kerajaan tidak dapat ditanggung, hancur punah BN dan Yang Amat Berhormat Pekan. Yang Amat Berhormat Pekan tidak bicara pula mengenai penyelewengan, rasuah, keborosan, pembaziran, kronisme yang sebenarnya menyebabkan ekonomi Malaysia semakin parah. Segala kebobrokan dan malapetaka yang melanda negara ini, tidak pula disentuh sama sekali. Kedua, pada muka surat 16 dan muka surat 6, bajet Yang Amat Berhormat Pekan telah menyindir beberapa tokoh pembangkang. Saya hairan kerana sindiran-sindiran ini merupakan sebahagian daripada teks ucapan rasmi Yang Amat Berhormat Pekan. Bajet merupakan satu perkara yang serius. Maka sebarang sindiran seharusnya di luar teks rasmi dan sepintas lalu. Seharusnya Yang Amat Berhormat Pekan daripada membuat sandiwara dalam ucapan bajet, beliau seharusnya menyelami penderitaan dan keperitan rakyat biasa kerana kos sara hidup yang meningkat, kos barang yang meningkat dan kualiti kehidupan yang semakin merudum.

Sayang seribu kali sayang, sindiran mendapat ruang. Penderitaan rakyat tidak pula diberi penekanan yang khusus. Pada muka surat ke-44 bajet, Yang Amat Berhormat Pekan menyebut pula mengenai BR1M di mana tujuh juta penerima akan menerima peruntukan berjumlah RM6.8 bilion dengan kadar maksimum RM1,200.00. Untuk saya, Tuan Yang di- Pertua, BR1M adalah pengukur kekuatan kewangan negara. Ramai penerima mengharapkan kenaikan dalam nilai BR1M. Walaupun pelbagai goodies atau gula-gula PRU diberikan, tetapi Yang Amat Berhormat Pekan tidak sanggup menaikkan nilai BR1M yang didahagakan oleh kebanyakan rakyat biasa. Ini membawa kecurigaan terhadap kekuatan kewangan sebenar kerajaan dan kesanggupan mereka untuk berbelanja pada tahun 2018. Apa yang tertera di atas kertas buku bajet, tidak semestinya menjadi nyata. Apa jua yang dijanjikan di dalam bajet tidak semestinya dikotakan. Rakyat seharusnya bijak menilai udang yang sentiasa bersembunyi di sebalik mi. Tuan Yang di-Pertua, bahagian kedua saya adalah berkenaan saya ingin berkongsi kesedihan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Ini adalah tahun kelima penglibatan saya dalam ucapan bajet di Parlimen. Saya akan berkongsi kesedihan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional. Setelah puji habis-habis dan sokong habis-habis bajet, diakhiri dengan cerita-cerita sedih dan kesedihan ini adalah ulang tayang setiap tahun. Ini adalah kerana isu yang dibawa, diminta adalah yang sama. Saya bagi sebagai contoh, Yang Berhormat Putatan tempoh hari meminta keperluan asas rakyat Putatan seperti paip air, balai bomba, balai polis, klinik dan hospital. Yang Berhormat Pasir Gudang pula meminta keperluan asas rakyat Pasir Gudang seperti jalan raya dan hospital. Yang Berhormat Kinabatangan pula meminta keperluan asas rakyat Kinabatangan termasuk jalan raya, elaun guru, sekolah yang daif, asrama penuh yang daif dan rumah mampu milik yang mahal. Malahan, saya terasa apabila Yang Berhormat Kinabatangan menggunakan perkataan seperti rumah mampu milik, rumah mampu tonton dan asrama penuh ibarat kandang kambing. Kerajaan Persekutuan wajar memberi fokus kepada permintaan rakyat. Bukan saja di Parlimen Kapar yang amat memerlukan sebuah hospital, malahan permintaan

rakan-rakan seperjuangan saya di Barisan Nasional. Dalam situasi sebegini, kerajaan yang prihatin wajar menangguhkan segala projek mega dan besar untuk memberi fokus dan menyelesaikan perkara-perkara asas yang ditimbulkan berpuluh-puluh tahun. Kebajikan rakyat tiada bandingan, terutamanya kerajaan ini bergantung kepada kutipan GST daripada rakyat biasa sebagai penyelamat. Dari rakyat kita ambil, kepada rakyat kita pulangkan dan bukannya masuk poket sendiri. Tuan Yang di-Pertua, bahagian ketiga saya adalah berkenaan ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Pada 22 September 2017 Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Lebih kurang pada jam 12.30 tengah hari berhampiran Jalan Kuala Selangor di simpang Saujana Utama menuju ke arah penjara, kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menekan brek secara tiba-tiba. Akibatnya kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri dilanggar oleh kereta pengiring di belakang yang tidak sempat menekan brek. Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengalami kecederaan yang ketara ketika itu, beliau terkejut dengan kemalangan itu dan dirawat dengan hanya ubat tahan sakit oleh doktor dalam penjara. Datuk Dr. Jeyaindran, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan yang ditugaskan untuk memantau kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memeriksa Datuk Seri pada hari tersebut. Walaupun kesakitan Datuk Seri bertambah teruk dan pihak penjara menunjukkan kesudian untuk membawa Datuk Seri ke Hospital Kuala Lumpur, namun tiada arahan khusus daripada pihak Kerajaan Persekutuan sehingga hari Isnin. Selepas tiga hari Tuan Yang di-Pertua, barulah Datuk Seri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Kini amat jelas kemalangan tersebut telah memburukkan lagi kecederaan bahu kanan Datuk Seri dan menyebabkan kesakitan yang berterusan. Datuk Seri hanya diberi ubat tahan sakit dengan dos tambahan daripada yang biasa kerana rasa sakit ini adalah berterusan. Kesakitan ini telah mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menulis seperti biasa. Malahan sebarang gerakan bahu kanan akan menyebabkan kesakitan yang amat teruk. Beliau juga tidak boleh mengangkat sebarang objek dengan menggunakan tangan kanan. Pada 31 Oktober 2017, Datuk Seri telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk perbincangan lanjut mengenai rawatan yang sepatutnya dengan doktor pakar. Perbincangan ini turut disertai oleh ahli-ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kecederaan di bahu kanan iaitu rotated calf tear yang agak besar dan perlu pembedahan. Beliau sekian lama telah menolak sebarang pembedahan. Kemalangan tempoh hari melibatkan kereta penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memburukkan lagi keadaan kecederaan bahu kanan beliau. Kini, Datuk Seri terpaksa menimbangkan semula pilihan untuk pembedahan kerana kesakitan yang amat teruk walaupun beliau telah menolak cadangan pembedahan sebelum ini. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kali pertama satu konvoi yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan. Walaupun banyak perjalanan keluar masuk dari penjara telah dilakukan termasuk ketika beliau dipenjarakan kali pertama selama enam tahun sehingga kini, tiada sebarang kemalangan seumpamanya berlaku. Justeru itu, saya ingin pihak Kerajaan Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kesihatan menjawab soalan-soalan berikut. Pertama, mengapa tiada siasatan inquiry terhadap kemalangan yang telah berlaku? Ini kerana sehingga hari ini punca kemalangan tidak jelas. Kedua, mengapa tiada sebarang kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri atau Menterinya yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang berada dalam penjara? Ketiga, mengapa Datuk Dr. Jeyaindran yang juga merupakan doktor peribadi Yang Amat Berhormat Pekan Perdana Menteri kita sentiasa menangguhkan rawatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim? Keempat, mengapa Datuk Dr. Jeyaindran memulakan tiga hari selepas kemalangan untuk mengarahkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk peperiksaan dan rawatan lanjut? Kelima, mengapa permintaan ahli-ahli keluarga dan peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau diberikan fisioterapi tambahan secara kerap dan rawatan insentif untuk meringankan kesakitannya tidak endahkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan? So, saya menuntut kelima-lima jawapan ini dijawab oleh kementerian yang berkaitan.

Tuan yang di-Pertua, isu keempat yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan kesihatan yang tidak diberi pengkhususan oleh Kerajaan Persekutuan. Rakyat biasa memerlukan kebajikan keselamatan dan kesihatan. Tiga aspek ini menjadi tanda pengukur untuk sesebuah kerajaan. Saya ingin membawa isu kualiti perubatan. Sebagai contoh, saya akan bagi tiga contoh Tuan Yang di-Pertua. Sebagai contoh yang pertama, ubat untuk hipertensi. Hypertension yang dikenali sebagai tablet amlodipine. Ia ada dua jenis tablet yang akan saya buat bandingan. Pertama adalah Norvasc 10mg, pembekalnya adalah Pfizer ini adalah Original Medicine, yang perlu dibandingkan dengan Ovex 10mg, pembekalnya adalah Ovid Generic Medicine. Original Medicine tiada aduan dan memang pernah dibekalkan oleh KKM. Padahal untuk ubat generik pula ada aduan yang telah diterima bahawa ia tidak efektif dan mempunyai kesan sampingan seperti kaki bengkak dan beberapa komplikasi lain. Contoh kedua adalah antibiotik untuk jangkitan, infection tablet Augmentin. Augmentin 30 tablets 620mg, pembekalnya adalah Glaxosmithkline, ia adalah original medicine. Yang perlu dibandingkan dengan [Tidak jelas] 30 tablets 625 mg, pembekalnya adalah Pharmaniaga iaitu generic medicine. Original medicine hanya perlu diambil dua kali sehari dan amat efektif. Akan tetapi ubat generic pula diambil tiga kali sehari walaupun dos yang sama ubat ini tidak efektif. Contoh yang seterusnya, berkenaan dengan ubat ini saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, rakyat biasanya khususnya mengambil ubat-ubat untuk penyakit kronik ini akan mengetahui perbezaan di antara ubat yang dibekalkan dulu dan sekarang. Ini adalah fakta yang tidak boleh dielakkan dan disembunyikan. Saya bagi contoh dalam perkataan biasa adalah kita ada coklat Forrero Rocher dengan coklat yang dibuat daripada China. Kedua- duanya ada rasa coklat tetapi kualitinya berbeza.

So, pada pandangan saya, ubat original ini dengan ubat generik ini ada perbezaan dari sudut kualiti. Pesakit kronik yang telah lama ambil ubat-ubat ini akan tahu perbezaan dia dan memang sudah ada rungutan-rungutan di luar. Jadi saya menuntut Kementerian Kesihatan untuk memberikan komitmen untuk memastikan pesakit sedang mendapatkan perubatan yang terbaik dan kualiti yang sewajarnya. Kelima, berkenaan dengan sistem pendidikan yang memerlukan reformasi, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada 4 Oktober 2017, seorang pelajar bernama Naresh Thirunavukarasu telah membunuh diri. Mendiang belajar di Sekolah Menengah Taman Klang Utama, Parlimen Kapar. Dimaklumkan bahawa mendiang membunuh diri kerana mendiang telah dibuang dari sekolah lima hari sebelum menduduki peperiksaan PT3. Ibu bapa mendiang telah membuat laporan polis dan polis telah mentafsirkan kes ini sebagai rujuk lain agensi (RLA). Maka kes dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Seharusnya satu siasatan wajib dilakukan oleh PPD dan polis kerana wujud beberapa persoalan terhadap guru dan pihak sekolah yang terlibat yang menyebabkan mendiang membunuh diri. Saya menuntut pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat guru-guru yang terbabit dalam membuat keputusan untuk membuang mendiang dari sekolah tersebut dengan memastikan prosedur buang sekolah ditepati. Kedua, mengapa mendiang dibuang lima hari sebelum menduduki peperiksaan PT3? Dan ketiga, apakah sebenarnya prosedur untuk membuang sekolah seorang pelajar daripada sekolah? So, saya menuntut jawapan kepada ketiga-tiga soalan yang saya bangkitkan. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, rakyat juga dikejutkan dengan satu audio perbualan pada 31 Oktober 2017 di mana terdapat beberapa video dan audio mengenai seorang individu bernama Nadarajah, seorang guru Sekolah Tamil Ladang ‘Opul’ merangkap Ketua Cawangan MIC. Dalam rakaman audio tersebut, Nadarajah telah memeras ugut seorang ibu supaya membenarkan anaknya mengadakan hubungan seks dengan beliau. Sekiranya ibu tersebut bersetuju untuk anaknya mengadakan hubungan seks dengan Nadarajah, Nadarajah berjanji akan mendapatkan kerja kerajaan untuk anaknya sebagai tawaran untuk hubungan seks tersebut. Nadarajah juga telah mengatakan bahawa dia akan menggunakan pengaruhnya sebagai seorang pegawai kerajaan untuk mendapatkan kerja untuk anak tersebut sekiranya bersetuju untuk hubungan seks. Dia juga menyatakan seorang pihak atasan iaitu Datuk Azman sebagai pihak yang membantunya untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan. Nadarajah juga membuat

pengakuan sendiri, Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini bukan kali pertama dia mempergunakan kedudukannya untuk mengadakan hubungan seks dengan golongan perempuan yang memohon bantuan. Tambahan kepada itu, dia juga mengaku bahawa pernah mengadakan hubungan seks dengan empat pelajar perempuan yang bakal menduduki ujian SPM pada tahun ini. Nadarajah telah berjanji untuk mendapatkan tawaran universiti untuk mereka dengan menggunakan pengaruhnya. Difahamkan ini bukan kali pertama Nadarajah berkelakuan sedemikian. Dalam satu video yang disebarkan juga, Yang Berhormat Tapah merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengkategorikan Nadarajah sebagai mentally, sexually ill. Siapa Yang Berhormat Tapah untuk membuat siasatan dan merumuskan kes ini? Bila Yang Berhormat Tapah menjadi pakar psikologi atau doktor pakar atau mengambil tempat sebagai investigating officer (IO) dalam kes ini. From... [Berucap dalam bahasa Tamil] PRU 13 to... [Berucap dalam Bahasa Tamil] PRU 14. Istilah mungkin berubah, Tuan Yang di-Pertua, tetapi masyarakat India tetap dipinggirkan dan dipermainkan demi kepentingan politik sesetengah pihak. Saya menuntut pihak polis siasat kes ini. Laporan polis telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk Angkatan Muda Keadilan Selangor dan NGO disebabkan dia melibatkan pelajar sekolah. Kes ini wajar diklasifikasikan sebagai kes rogol, percubaan untuk merogol dan salah guna kuasa. Video-video sudah ada, audio rakaman sudah ada, pengakuan sendiri oleh Nadarajah pun sudah ada. Mengapa tidak ada siasatan daripada pihak polis? Mengapa IGP tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu ini? Adakah individu ini dilindungi oleh pihak-pihak politik berkenaan? Kita semua tahu dia adalah seorang Ketua Cawangan MIC dan dia telah hadir bersama dengan Yang Berhormat Tapah berbincang tentang benda ini. Bagaimana ini boleh berlaku? Seharusnya polis kena ambil tindakan dan tindakan seharusnya datang daripada polis, siasatan seharusnya datang daripada pihak polis, bukan Yang Berhormat Tapah atau mana-mana ahli politik. Saya difahamkan Nadarajah telah dipecat daripada sekolah setelah mendapat tekanan daripada rakyat biasa. Akan tetapi, itu tidak memadai, Tuan Yang di-Pertua. Kes ini adalah kes jenayah dan sehingga saya bahas sekarang ini, tiada tangkapan dilakukan. Saya menggunakan kesempatan ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, membuat aduan rasmi dalam Dewan yang mulia ini supaya pihak polis menyiasat, menangkap dan membawa individu tersebut ke muka pengadilan. Sekolah dan guru adalah profesion yang mempunyai martabat yang tinggi. Kita bicara mengenai a noble profession dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Rombakan secara holistik sistem pendidikan dan membawa agenda reformasi pendidikan merupakan satu- satunya jalan untuk melahirkan generasi yang berpotensi dan berhemah tinggi. Saya berharap setiap kali ada individu seperti guru melakukan kesilapan, tidak wajar untuk kementerian menutup, menyembunyikan dan menjaga mereka. Padahal, satu-satu kes inilah yang kerajaan perlu menghala ke hadapan menuju ke hadapan dan menyelesaikan supaya menjadi satu teladan kepada pihak-pihak yang lain. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru rakyat Malaysia di kota, di desa mahupun di estet termasuk di Sabah dan Sarawak untuk memperbaharui tekad dan azam untuk sama-sama kita bina semula negara. Saya yakin Pakatan Harapan mampu mencapai hasrat untuk memimpin negara dengan cara yang lebih murni...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sokong Barisan.

...Dan suci dengan menggembleng ikhtiar dan muafakat, gandingan usaha dan tenaga serta keteguhan iman dan ihsan. Membujur lalu melintang patah, ayuh rakyat Malaysia kita bersama bersatu..

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sokong Barisan.

...Bina semula negara kita yang tercinta. Kita berdoa semoga Tuhan melindungi negara kita serta merestui dan memberkati satu sinar harapan yang baru untuk menerajui kepimpinan dalam PRU 14 dan sinar tersebut

ialah Pakatan Harapan. Saya menyokong Bajet Alternatif Pakatan Harapan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. [Berucap dalam Bahasa Tamil]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kangar.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Bajet 2018 di peringkat dasar. Saya percaya dan yakin dengan peruntukan yang diperuntukkan dalam Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan turut disalurkan kepada program-program yang berteraskan kepada pembangunan demi mensejahterakan kehidupan rakyat menuju aspirasi TN50 di negeri Perlis. Tuan Yang di-Pertua, fokus saya pada kali ini ialah tertumpu kepada beberapa perkara pokok yang menjadi asas perbincangan demi menyejahterakan kehidupan rakyat Perlis khususnya yang meliputi isu pertanian, pelancongan, sukan, kemajuan luar bandar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar begitu juga dengan MITI. Tuan Yang di-Pertua, berpandukan kepada keutamaan kedua dalam pembentangan Bajet 2018 iaitu merancak pelaburan, perdagangan dan industri, saya ingin mengetengahkan cadangan bagi memajukan tanaman padi di negeri Perlis. Sebelum itu, Kangar turut menyokong dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 di mana dalam pengumuman tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan bantuan kepada pesawah sebanyak RM200 untuk tiga bulan sementara menunggu masa tuaian padi. Syukur alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang membantutkan hasil pengeluaran padi. Misalnya, apabila tiba musim tengkujuh kebanyakan pesawah mengalami kerugian akibat padi rosak kerana banjir. Selain daripada itu, para petani juga turut mengalami kerugian kerana masalah pengairan dan penyakit yang menjejaskan mutu dan jumlah penghasilan padi. Penyakit hawar daun dan bakteria, jalur daun bakteria, penyakit karah dan yang terbaru adalah siput gondang, mengancam tanaman padi di Perlis. Perkara ini perlu diambil serius kerana tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu dijaga untuk memastikan bekalan mencukupi untuk rakyat Malaysia. Malah, Kangar turut menyokong pelaksanaan insentif Projek Estet Padi, Ekonomi Utama Negara (NKEA), Projek Permulaan Ke-10, (EPP-10) dan Bantuan AZAM Tani. Sehingga kini, MADA menyasarkan penyertaan sebanyak 50,000 hektar padi milik para pesawah di negeri Perlis. Dalam Projek Asid Padi ini menjelang 2020, projek berkenaan telah mencapai 11 musim pelaksanaan dengan 30,000 hektar keluasan sawah padi dan ia berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi pesawah iaitu sebanyak 6.1 metrik tan kepada 6.5 metrik tan sehektar. Maka dengan itu, saya mencadangkan kerajaan harus peka dengan golongan petani supaya pampasan sewajarnya harus diberikan kepada pesawah-pesawah agar dapat menampung kerugian yang dialami akibat daripada kerosakan yang mereka alami. Satu lagi, saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Mengapakah berlaku bekalan benih padi yang tidak mencukupi dan lewat tiba pada musim yang baru-baru ini? Tambahan untuk makluman juga, saya ingin sampaikan berkenaan salah satu pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini iaitu bantuan dan insentif pesawah, pekebun getah dan nelayan sebanyak RM2.3 bilion. Saya mohon pihak kementerian dapat menyelesaikan beberapa permohonan bantuan di pihak nelayan di Perlis melalui bajet ini. Iaitu cadangan untuk menyediakan bantuan dan insentif bagi meringankan beban nelayan seperti bantuan pembelian enjin bot, pukat, bot nelayan dan kemudahan jeti yang lebih bersistematik. Ini kerana terdapat sesetengah nelayan kurang mampu untuk membeli barangan peralatan tersebut dan terdapat juga peralatan yang sudah lama dan rosak.

Tuan Yang di-Pertua, tidak sah kalau saya tidak sentuh berkenaan harumanis di Perlis. Sebenarnya Kangar adalah pengeluar utama harumanis di Perlis kerana ladang yang utama terletak di Kangar, begitu juga dengan ladang-ladang yang berskala kecil. Mengikut Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Perlis, hasil pengeluaran mangga bagi tahun ini dijangka meningkat kepada RM55 juta berbanding RM24 juta pada tahun lepas. Jumlah pengeluaran mangga ini ialah sebanyak 2,150 metrik tan melibatkan kawasan tanaman seluas 1,300 hektar. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mohon menyatakan peranan agensi FAMA bagi mengawal harga pengeluaran mempelam harumanis yang agak berbeza dengan harga yang dijual oleh penduduk tempatan. Ini memberi kesan yang agak keliru tentang harga kepada pelancong yang datang untuk membeli. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha melahirkan lebih ramai pengusaha tanaman harumanis, khususnya golongan belia agar tanaman ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan di negeri Perlis? Pada pandangan saya, kerajaan boleh mengkaji bagaimana untuk sama-sama tingkatkan lagi kualiti buah serta mempromosikan hasil pengeluaran dengan penyemburan racun serangga dan pembajaan secara berkala. Insya-Allah, permintaan terhadap harumanis ini akan meningkat dari semasa ke semasa dan mampu memasuki pasaran dunia. Tuan Yang di-Pertua, negeri Perlis permai lagi mempesona merupakan ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis dengan daya tarikan pelancongan yang tersendiri. Sebagai contohnya, Perlis terkenal dengan ladang anggur, Kompleks Arked MARA Padang Besar, Taman Ular dan Reptilia, Gua Kelam, Tasik Melati, Sungai Batu Pahat dan yang terbaru adalah Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen dan sebagainya. Namun begitu, beberapa tempat tumpuan pelancong berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Contohnya, ladang anggur dan lain-lain telah rosak dan tidak diselenggarakan dengan baik. Besar harapan saya, agar kerajaan memberi perhatian sewajarnya terhadap kemudahan pelancongan di negeri ini kerana kawasan-kawasan tumpuan pelancong tidak dapat diselia dengan baik dan tiada sebarang usaha untuk menaik taraf kemudahan pelancongan tersebut. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kementerian dalam meningkatkan daya saing sektor pelancongan seperti mewujudkan insentif tambahan kepada agensi-agensi pelancongan? Apakah tahap pembangunan yang dirangka oleh kementerian dalam meningkatkan lagi promosi destinasi pelancongan di negeri Perlis yang semakin suram? Tuan Yang di-Pertua, dengan berbekalkan pengumuman yang telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini dengan mengisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan dalam Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan dan sebanyak RM500 juta dimasukkan dalam program-program pembangunan dan promosi pelancongan. Negeri Perlis memohon sedikit bantuan melalui dana ini bagi mempromosikan lagi dan mempergiatkan lagi industri pelancongan di negeri Perlis, khususnya meningkatkan ekonomi rakyat tempatan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Kementerian Belia dan Sukan. Berdasarkan Bajet 2018, sebanyak RM1.2 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan rakyat yang sihat ke arah negara sukan sememangnya satu idea yang bagus. Namun begitu, prasarana-prasarana yang terdapat di negeri Perlis adalah amat sedikit berbanding negeri lain. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kementerian supaya mewujudkan sebuah mini stadium di setiap Parlimen yang berkonsepkan multipurpose dan pelbagai guna. Seumpamanya terdapat gelanggang bola sepak, futsal dan badminton.

Yang Berhormat Menteri, Kangar sangat-sangat memerlukan satu buah mini stadium kerana di Kangar kita cuma ada Stadium Tuanku Syed Putra yang mana ia digunakan untuk acara-acara utama ataupun sukan yang besar. Jadi kepada golongan muda, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk masuki Stadium Tuanku Syed Putra tersebut tetapi kalau adanya mini stadium di setiap parlimen, ia sangat berguna untuk mereka. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum pada tahun 2020 negeri Perlis bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Dunia Kesembilan. Namun apa yang

membimbangkan adalah kemudahan-kemudahan sukan yang ketika dulu temasya Sukan Malaysia atau SUKMA 2014 kini ada yang telah rosak akibat tiada penyelenggaraan dengan baik. Contoh-contohnya gelanggang badminton, kolam renang dan sebagainya. Dengan itu, saya mohon pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memperuntukkan sejumlah bajet bagi menyelenggarakan dan membaiki kemudahan-kemudahan sukan tersebut. Seterusnya menyentuh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya ingin menyentuh tentang masalah berkenaan dengan kemudahan jalan luar bandar khususnya di negeri Perlis. Pada pembentangan Bajet 2018 yang lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan tentang Bajet yang diperuntukkan bagi penambahbaikan kemudahan infrastruktur lebuh raya iaitu sebanyak RM6.5 bilion untuk projek pembinaan dan naik taraf infrastruktur asas terutamanya di luar bandar. Dalam sebahagian peruntukan tersebut RM934 juta bagi projek jalan luar bandar. Namun demikian, dalam kesempatan ini sekali lagi negeri Perlis memohon peruntukan yang akan diberikan ini untuk membantu membaiki jalan-jalan luar bandar di sekitar negeri Perlis. Jalan-jalan luar bandar ini harus dititikberatkan yang kebiasaannya mudah rosak akibat banjir yang berlaku baru-baru ini umpamanya kawasan-kawasan di sekitar Kangar dan juga beberapa kawasan lagi di negeri Perlis. Adalah dengan ini saya mencadangkan supaya pihak kerajaan berikan perhatian sewajarnya kepada penambahbaikan infrastruktur jalan-jalan luar bandar. Antara langkah lain yang boleh diambil di luar kawasan luar bandar bagi memudahkan penduduk di luar bandar yang rata-ratanya golongan petani dengan membina jalan baharu dan diturap agar memudahkan perhubungan di antara kampung ke kampung dan juga ke sawah bendang. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit tentang MITI. Di mana pada baru- baru ini sebahagian sebanyak RM7 bilion diperuntukkan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan SJPP untuk modal pusingan dan pinjaman SME bagi sektor perkhidmatan. Jadi saya mohon kementerian menjelaskan siapakah yang layak memohon kemudahan dari skim tersebut? Kedua, sebanyak RM82 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan industri halal. Saya mohon agar kementerian memperincikan apakah bentuk kemudahan yang disediakan dan apakah ia merangkumi di setiap negeri contohnya terdapat industri halal ataupun kita sebut halal hab dan sudah semestinya apabila ini diberi perhatian maka dapatlah memberi manfaat kepada usahawan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali menyentuh isu banjir dan banjir kilat yang disebabkan oleh tebatan banjir yang tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Pada tahun ini sahaja sudah tujuh kali berlaku banjir dan banjir kilat yang menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk. Masalah ini tidak dapat diselesaikan selagi Projek Tebatan Banjir ini tidak dapat disiapkan. Untuk pengetahuan, projek ini mengandungi enam pakej. Dari Empangan Timah Tasoh terus ke laut. Empat pakej telah pun disiapkan manakala dua pakej lagi masih belum disiapkan dan nampaknya terbengkalai. Saya mohon pihak kementerian untuk memantau projek tersebut. Kenapa ia tidak dapat disiapkan? Adakah kerana kelemahan reka bentuk atau kegagalan kontraktor atau kurangnya pembayaran kepada kontraktor? Atau masalah- masalah lain yang berkaitan? Pada pandangan saya, jika projek ini gagal maka berterusanlah rakyat di kawasan saya iaitu di kawasan di Tebing Tinggi dalam DUN Bintong dan Parlimen Kangar akan menanggung kesulitan ini. Hujan lebat satu hari pun berlaku banjir. Jadi pada tahun ini apabila kita menghampiri hujung tahun kemungkinan banjir akan datang lagi jadi rakyat akan terusan menanggung masalah yang disebabkan oleh banjir. Inilah suara rakyat yang perlu saya bawa. Mohon perhatian pihak kementerian agar dapat menyelesaikan masalah ini bagi menjamin kehidupan rakyat di Parlimen Kangar tidak terjejas dengan masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat. Jadi dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Stampin. Minggu yang lepas beberapa minggu yang lepas Yang

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Amat Berhormat Pekan telah pun mengemukakan Bajet yang bertajuk ‘Mother of All Budgets’. Jadi izinkan saya hari ini membentangkan pembentangan saya yang saya berikan tajuk ‘Mother of All GST’. Huraian saya yang pertama. Adakah pada masa yang terkini, terdekat ini pihak peniaga yang berniaga berasaskan sistem Point of Sale (POS) diperlukan untuk memasang sebuah peralatan bagi tujuan pungutan maklumat GST ataupun dikenali sebagai Peranti Sistem Maklumat Elektronik (EIS) yang membolehkan penghantaran maklumat tersebut kepada pihak Kastam secara online ataupun real time? Saya juga merujuk kepada surat yang dikemukakan oleh pihak Kastam pada syarikat yang terpilih bagi tujuan pemasangan berperingkat yang berbunyi sedemikian. Inilah surat daripada Kastam kepada peniaga yang terpilih. Saya bacakan: “Kepada semua orang yang berdaftar, Tuan/Puan,

Rang Undang-Undang — Maklumat Pemasangan Peranti Sistem Maklumat Elektronik (Eis) Secara Berperingkat Mulai Mei 2017.Bill

Dengan hormatnya perkara di atas telah dirujuk. Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa Mei 2017 orang berdaftar (CBP) yang menjalankan aktiviti perniagaan yang ditetapkan dikehendaki untuk memasang peranti pengumpulan maklumat seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 34A Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan CBP 2015 (Pindaan 2016). Syarikat Tuan/Puan telah terpilih untuk memasang peranti berkenaan. Pemasangan akan dibuat oleh wakil sah yang diluluskan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia iaitu MyEG Sdn Bhd. Pihak syarikat Tuan/Puan akan dihubungi oleh pihak MyEG Services Berhad dalam masa terdekat. Kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membenarkan pihak MyEG Services Berhad bagi memasang peranti berkenaan adalah amat diharapkan.” Itu lah surat yang saya terima. Soalan saya, saya difahamkan bahawa sudah terdapat lebih kurang 5,000 unit EIS ini telah pun diedarkan ataupun dalam proses pengedaran. Maka pihak siapakah yang membiayai kos tersebut. Serta kos bagi setiap unit EIS ini? Adakah ia masih dalam peringkat percubaan?

Adakah pada masa akan datang pihak peniaga wajib memasang alat EIS ini? Siapa yang akan membayar kos tersebut? Adakah ia bundle bersama software GST yang berkaitan? Serta berapakah kos yang akan terlibat? Kerana mengikut seksyen 34A pindaan 2016, ia berbunyi demikian, ini adalah pindaan akta tersebut pada tahun 2016. Saya bacakan dengan izin dalam bahasa Inggeris 34A. “(1) Any registered person as prescribed by the Minister shall provide information on all supply made and payment received by him to the Director General using a device and in the manner as prescribed by the Minister. (2) The Director General may for the purpose of this section approve any person: (a) to install, configure and integrate the prescribed device;

(b) to provide the services for the support and maintenance of the prescribed device as scheduled or upon being notified of the failure of the prescribed device to function or operate in normal condition; or (c) to carry out an inspection in the case of any sign of interference, destruction, damage, manipulation of data stored or obstruction of the lawful use of the prescribed device.” Kita tahu daripada surat yang saya bacakan tadi bahawa orang yang di approved itu adalah, syarikat yang di approved itu, diluluskan itu adalah MyEG Sdn. Bhd. Oleh sebab itu saya katakan bahawa ini adalah mother of all GST kerana setiap peniaga yang berkaitan sekiranya terpaksa memasang peralatan tersebut mungkin akan dipaksa untuk memasang alat tersebut mengikut seksyen tersebut supaya maklumat perniagaan akan sampai kepada kastam secara online ataupun real time. Maka wujud persoalan dari segi integriti serta tahap sekuriti alat EIS tersebut yang akan saya persoalkan nanti. Kos yang akan dikenakan secara langsung serta tidak langsung yang akan membebankan pihak peniaga. Selain itu, ini juga bermaksud bahawa apa yang diurusniagakan, apa yang telah pun dibeli oleh pembeli terutamanya apabila mereka pakai kad kredit akan diketahui oleh pihak kastam. Dari satu helai kertas sehingga ke satu kotak kondom pun mereka akan tahu, bukankah begini? Is this a pure infringement of privacy? dengan izin. Maka memadailah saya katakan bahawa alat mother of all GST ini akan membiayai mother of all budgets yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Kedua, isu yang bersamaan, MyIPO. Kita semua tahu semua peranan MyIPO adalah untuk melindungi hak pemilik, pencipta iaitu Intellectual Property (IP). Akan tetapi dalam kes yang saya akan kemukakan nanti bukan sahaja MyIPO gagal berbuat demikian bahkan disyaki melindungi pihak yang mencetak rompak IP tersebut. Sebuah syarikat yang bernama GST Smart Solution Sdn. Bhd. telah memfailkan satu paten pada 7 Mei 2010 dengan MyIPO. Tujuh bulan kemudian iaitu 14 Disember 2010, MyEG Sdn. Bhd. juga memfailkan satu paten yang serba sama kepada MyIPO dengan menggunakan satu software yang terkemuka yang digunakan oleh para akademik untuk membuat plagiarism check iaitu bernama Turnitin. Saya dapati bahawa paten yang difailkan oleh MyEG ini dalam satu perenggan terdapat persamaan 72% dengan paten yang difailkan oleh GST Smart Solution Sdn. Bhd. Daripada 58 patah perenggan tersebut, 16 patah pertukaran ayat dan selainnya 42 patah perkataan adalah sama termasuk tanda baca. Saya tidak tahu standard MyIPO, standard apakah yang MyIPO gunakan? Sebagai seorang bekas pensyarah yang telah memeriksa sekurang-kurangnya 60 tesis serta peer review berbilang terbitan research conference paper. Bersamaan 15 hingga 20 peratus sudah dianggap plagiarism dengan izin, apatah lagi paten yang difailkan oleh MyEG adalah setinggi 72%. This is outright copycat. Masalahnya dalam pengetahuan saya, bantahan bertulis telah pun dibuat bertulis MyIPO dan KDNKK tetapi tiada maklum balas. Saya difahamkan pihak GST Smart Solution telah mendapatkan hak paten mereka di Singapore pada Mei 2014 iaitu selepas tiga tahun empat bulan difailkan di Singapore dan hanya digunakan paten di Malaysia pada 24 November 2014 iaitu selepas empat tahun lima bulan walaupun pemfailan telah pun dibuat di Malaysia terlebih dahulu. Itu pun kerana desakan akibat aplikasi terhadap Patent Prosecution Highway (PPH) dan ASPE dengan menggunakan paten yang dikurniakan di Singapore. MyEG mendapat paten mereka daripada MyIPO pada Mac 2015 tanpa reference terhadap paten yang difailkan tujuh bulan sebelum mereka serta walaupun sebahagian paten mereka terdapat persamaan setinggi 72% dengan paten yang difailkan oleh GST Smart Solution. MyIPO hanya maklum balas selepas paten MyEG dikurniakan terbukti telah gagal dalam tanggungjawab mereka dalam melindungi hak intelek terutamanya daripada syarikat kroni yang mempunyai strong political backing seperti MyEG. Saya juga mendapati bahawa MyEG telah berbohong ataupun tidak mengemukakan fakta yang betul di hadapan hakim yang mengatakan mereka tiada apa-apa prototaip untuk ditunjukkan sedangkan prototaip ini telah pun di edar dan dalam tahap percubaan dan sebanyak 5,000 unit telah pun mungkin dalam proses installation di syarikat yang terpilih seperti apa yang saya baca daripada surat tadi. Adakah MyEG ini kebal di sisi undang-undang sehingga boleh berbohong di mahkamah?

Sekarang pengadu telah pun mengadu sampai ke WIPO dan Singapore secara langsung menunjukkan kepada pihak dunia bahawa MyIPO bukan sahaja gagal dalam melindungi hak intelek bahkan adalah oleh sebab MyIPO lah hak intelek dicuri terutamanya oleh syarikat besar serta berpengaruh politik. Point saya yang ketiga, sama juga. Masih lagi merujuk kepada kes mother of GST ini. Adakah integriti serta tahap sekuriti alat peranti sistem maklumat elektronik EIS ini terbukti? Memandangkan alat ini akan digunakan untuk mengumpul maklumat bukan sahaja sensitif bahkan adakah data yang dikumpulkan ini akan di kompromi jika terdapat ralat mahupun kerosakan ataupun atas komponen elektronik dalam EIS ini. Jika kita membuat perbandingan dengan alat pembacaan kad kredit yang kita gunakan, sering kita gunakan di pasar, ia adalah mengikut piawaian sekurang-kurangnya FIPS ataupun dikenali sebagai Federal Information Processing Standard 140-2, level three. Saya bacakan, “Adds requirements for physical tamper-resistance (making it difficult for attackers to gain access to sensitive information contained in the module) and identity- based authentication and for physical or logical separation between the interfaces by which “critical security parameters” enter and leave the module and its other interfaces,” dengan izin. Selain itu saya berpendapat bahawa seksyen 34B pindaan 2016 ini adalah satu kelemahan di mana dalam kes ini seolah-olah boleh disalahgunakan untuk melindungi MyEG dan nampaknya bukan sahaja wakil sah bahkan pembekal sah alat tersebut yang kemungkinan besar telah dicetak rompak hak inteleknya daripada GST Smart Solution. Alat ini juga dikatakan tidak pernah wujud prototaipnya di mahkamah oleh MyEG Sdn. Bhd. No law in the world dengan izin would prevent an electronic device or computer from scrutinization for the sake of security. Seksyen 34B adalah seumpama security but obscurity. EIS ini ialah ada failproof till a certain degree dengan izin. Security by legislation is a joke dalam industri ini terutamanya terhadap alat yang akan digunakan untuk memproses maklumat yang begitu sensitif sekali. Itulah saya punya pembentangan mother of all GST ini. Huraian saya yang keempat. Status empat flyover di Kuching iaitu di Batu 4, 6, 7 dan 9 di mana adalah sebahagian daripada projek Pan Borneo. Saya difahamkan bahawa kerja akan dimulakan pada Jun serta bulan Ogos akan tetapi tiada jejak-jejak projek ini dimulakan. Maka saya minta jumlah perbelanjaan, jangka masa siap bagi setiap flyover tersebut, syarikat yang terlibat, jumlah kontrak yang akan ditawarkan serta peranan mereka dalam projek tersebut dan jenis tender yang telah digunakan. Point saya yang kelima, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk memuji dan mengalu-alukan usaha MITI dalam Industrial Revolution 4.0 di mana dunia sekarang telah pun beralih ke arah light-out manufacturing. Negara kita sudah pastinya akan ketinggalan dengan izin if we are left behind in this Industrial Revolution 4.0. Maka bagi manfaat kita semua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk kementerian mengatakan, berkongsi dengan kita usaha-usaha serta strategi kementerian dalam menuju ke arah IR 4.0 ini. Selain itu, saya juga ingin tahu apakah wujudnya insentif serta usaha MITI dalam mendorong perkembangan industri aeroangkasa terutamanya kepada para usahawan tempatan bukan sahaja kepada syarikat besar yang bermodal tinggi tetapi inkubator bagi technopreneurs aeroangkasa yang kaya dengan idea ‘revolusasi’ tetapi tiada modal.

Poin saya yang keenam, tiada center lighting di landasan Airport Kuching yang telah pun saya bangkitkan sebelum ini. Ini adalah penting terutamanya apabila pilot, dengan izin, membuat crosswind landing pada waktu malam mahupun during low visibility. Crosswind landing adalah situasi di mana arah tuju kapal terbang adalah berlainan dengan arah gerakannya demi mengatasi angin daripada arah yang berlainan. Selain itu PAPI, instrument PAPI di landasan 07 di Kuching is totally out of calibration, dengan izin. Jika ikuti PAPI, jika sebuah kapal terbang atau pilot mengikuti instruction PAPI, guidance PAPI di landasan 07 ini kapal terbang tersebut akan mendarat sebelum sampai ke landasan iaitu akan terhempas. Maka, saya harap perkara ini boleh disegerakan. Poin saya yang ketujuh. Isu di mana mesin pasport atau IC di Airport Kuching tidak berfungsi, kenapa? Selain itu di Kuching Airport bagi mereka yang melancong pergi ke

overseas, dengan izin mereka akan diasingkan di mana there is no access to shops and on top of that they also have to check-in early and this caused a lot of inconveniences, dengan izin. Isu saya yang kelapan iaitu status peminjam UEC yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah sama juga dan sebelum ini Mendiang Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Adenan bin Satem pernah mengatakan bahawa negeri Sarawak akan mengiktirafkan UEC. Jadi, apakah status perbincangan negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan sampai sekarang tidak ada bunyi, tidak ada perkembangan. Jadi saya ingin tahu, kerana ini, this is the promise given by the state government but it appears there is no effort, dengan izin. Jadi, saya juga ingin mendapatkan kalau boleh senarai allocation itu peruntukan bagi setiap sekolah Chung Hwa di kawasan Stampin serta di kawasan Bandar Kuching. Poin saya yang kesembilan iaitu adakah program-program iaitu contohnya seperti drone race ataupun robot race diadakan oleh pihak kerajaan kepada kementerian yang berkaitan untuk menggalakkan perkembangan teknologi yang berkaitan. Dan yang terakhir iaitu yang kedua terakhir iaitu status MH370. Sebelum sesi Parlimen ini, saya telah pun dijanjikan untuk mendapat fail ataupun kesimpulan penyiasatan terhadap MH370 ini tetapi sampai sekarang saya masih tidak dapat kesimpulan penyiasatan tersebut terutamanya dari segi kegagalan pihak Tentera Udara dalam kecuaian mereka serta pihak ATC. Selain itu saya juga ingin tahu status di mana terhadap pencarian MH370. What is the government stand at this moment, dengan izin, and what is the future step that the government is going to take, dengan izin. Lastly, saya ingin meminta kementerian mengatakan secara terperinci status Composite Technology Research Malaysia (CTRM) sekarang dari segi penukaran serta peratusan hak milik sejak tahun 2010 sehingga terkini dan jumlah Ringgit Malaysia yang dijual dari segi share syarikat tersebut ataupun hak milik serta kepada siapa. Itu sahaja pembentangan saya. Sekian, Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Parit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2018. Merdu alunan syair hikayat, Di dendang oleh biduanda berjasa, Bajet di bentang sejahterakan rakyat, Lestari nusa negara bangsa. Seterusnya ucapan setinggi-tinggi terima kasih serta tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang sentiasa mendahului keperluan serta kepentingan rakyat biar dilambung ombak dan badai sungguhpun kerikil menikam tajam walau seribu kali dimaki dan dicerca, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak akan sesekali berhenti untuk berkhidmat untuk rakyat. Pembentangan Bajet 2018 bertemakan, “Memakmurkan ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi sejahtera kehidupan rakyat menuju aspirasi TN 50”. Melalui tema bajet ini sudah jelas membuktikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengutamakan kepentingan, kebajikan dan masa depan rakyat tanpa mengira perbezaan etnik kaum serta fahaman politik. Umpama durian runtuh manfaat bajet ini turut diterima oleh setiap genap lapisan masyarakat, daripada bayi yang baru lahir sehingga warga emas termasuk semua kaum di negara ini. “Benih yang baik kalau campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau”.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM280.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Bajet 2018 ini telah memperlihatkan pertambahan jumlah peruntukan sebanyak RM19.45 bilion berbanding peruntukan Bajet 2017. Menerusi keseluruhan jumlah peruntukan Bajet 2018, sejumlah RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion lagi diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Jumlah ini juga tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion. Melihat kepada kerancakan pertumbuhan ekonomi semasa di Malaysia, kerajaan telah menyasarkan pertumbuhan KDNK pada kadar lima peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2018. Kerajaan turut menyasarkan defisit fiskal akan terus menurun kepada 28 peratus pada tahun 2018. Sasaran yang diletakkan ini ekoran daripada kejayaan Malaysia dalam mencapai hubungan dagang dan diplomasi yang dianggap berada pada tahap terbaik dan paling matang dalam lingkung masa serentak dengan kuasa-kuasa ekonomi dunia. Perkara ini turut dipengaruhi oleh kemampuan kerajaan untuk kekal menguruskan kewangan negara dengan mengamalkan tadbir urus yang cekap serta disiplin fiskal yang berhemah. Tuan Yang di-Pertua. Sektor pertanian. Pertumbuhan ekonomi Malaysia bermula dengan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian pada tahun 1950an hingga 1970an. Sektor ekonomi ini sudah berakar umbi sejak sebelum kepimpinan Perdana Menteri Pertama. Sehingga ke hari ini, sektor pertanian terus relevan dan menjadi penyumbang ketiga terbesar dalam ekonomi negara serta menjadi salah satu teras ekonomi strategik membabitkan faktor sosial khususnya kesejahteraan rakyat dan keselamatan bekalan makanan negara. Perkara pokok yang ingin saya sentuh adalah soal mempergiat sektor pertanian. Menerusi Bajet 2018 yang di bentang baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan peruntukan yang paling besar kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak serta penoreh getah iaitu sebanyak RM6.5 bilion. Menerusi jumlah tersebut kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan. Saya melihat menerusi pemberian insentif ini sedikit sebanyak telah membantu pekebun kecil yang sebelum ini menghadapi masalah kekangan kewangan terutamanya apabila harga pembelian baja yang kian meningkat. Pekebun kecil dan peladang sebelum ini perlu menanggung kenaikan kos penanaman yang tinggi termasuk penjagaan tanaman itu sendiri. Peruntukan insentif ini sangat penting kerana kebanyakan pekebun kecil tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan hanya melaksanakan aktiviti pertanian secara bersendirian.

Bantuan peruntukan dan insentif daripada kerajaan ini secara tidak langsung akan memperbaiki taraf hidup pekebun kecil dan meningkatkan pendapatan mereka. Seterusnya, saya juga ingin menyentuh perkara berkenaan bantuan kepada pesawah sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi yang memperuntukkan peruntukan sebanyak RM150 juta. Saya menyokong usaha ini kerana tanpa bantuan untuk meringankan beban kepada pesawah sementara menunggu hasil tuai padi. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana semasa lawatan ke Parlimen Parit pada 29 Julai 2017 yang lalu, telah meluluskan permohonan untuk memasukkan kawasan sawah padi seluas 4,164 hektar di dalam kawasan Parlimen Parit dimasukkan ke dalam Skim Pengairan Seberang Perak atau AIDA. Ini suatu yang sangat dinantikan oleh pesawah- pesawah dalam Parlimen Parit dan saya berterima kasih pula kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang telah pun menggerakkan usaha-usaha ke arah itu. Jadi terima kasih kepada mereka yang terlibat dan mudah-mudahan hasrat orang Parit untuk menambahkan pendapatan mereka, insya-Allah akan berhasil. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan mempergiatkan industri pelancongan. Kita seharusnya merasa bangga kerana Malaysia sering kali dijadikan pakar rujuk oleh pihak lain dalam sektor pelancongan. Malaysia dijadikan pakar rujuk oleh negara lain dalam bidang pelancongan Islamik. Baru-baru ini, Organisasi Pelancongan Dunia, Bangsa-bangsa Bersatu mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-12 paling ramai dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Tidak mustahil pada tahun 2018, Malaysia akan dapat mencatatkan kedudukan yang lebih baik. Menerusi Bajet

2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan COGEM. Pengisytiharan ini secara tidak langsung akan membawa sektor pelancongan negara ke tahap lebih baik yang akan dijadikan penanda aras bagi memperkasa industri pelancongan negara menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Tourism Malaysia dan pemain industri lain di negara ini. Bagi merealisasikan impian untuk mempergiatkan lagi sektor pelancongan di Malaysia, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi program pembangunan dan promosi pelancongan melalui kemudahan infrastruktur pelancongan, homestay dan program eko-pelancongan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kawasan Parlimen Parit turut dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda dalam mempergiatkan industri pelancongan. Di kawasan Parlimen Parit khususnya, tidak kurang hebat juga kerana mempunyai pelbagai bentuk kemudahan pelancongan, kebudayaan serta adat yang masih dikekalkan di Parit turut dapat dijadikan tarikan pelancongan untuk masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan pembiayaan pengajian tinggi PTPTN. Menyedari hakikat bahawa pendidikan tinggi adalah kunci kepada pembinaan kejayaan masa depan negara, kerajaan telah memikirkan suatu model pembiayaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai peluang yang skala. Maka Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan sebagai suatu agenda untuk membantu dalam pembiayaan kewangan pengajian tinggi untuk rakyat Malaysia. Pada masa ini, pelajar boleh mengikuti pelbagai bentuk pengajian dan disiplin ilmu bagi pembinaan kerjaya masa depan sama ada dengan mengikuti pengajian di universiti awam mahupun di universiti swasta. Secara umumnya, yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam berjumlah sekitar RM4,000 hingga RM5,000 setahun, tidak mengambil kira subsidi kerajaan kepada pelajar dan jumlah keseluruhan untuk tempoh empat tahun pengajian adalah sebanyak RM16,000 hingga RM20,000 mengikut bidang pengajian masing-masing. Yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta pula jauh lebih tinggi iaitu sekitar RM12,000 hingga RM18,000 setahun bergantung bidang pengajian yang diambil. Jumlah keseluruhan yang perlu dibiayai untuk tempoh empat tahun pengajian pula adalah sebanyak RM48,000 hingga RM72,000. Sejak penubuhan PTPTN, lebih 2.6 juta pelajar pelbagai bidang pengajian dibiayai. Sungguhpun begitu, terdapat peminjam yang begitu sukar untuk melunaskan pinjaman. Banyak kisah di sebalik kesukaran tersebut. Antaranya kesukaran mendapatkan pekerjaan yang setaraf kelulusan mereka kerana ini menjadikan kewangan peribadi berada dalam keadaan yang tidak stabil. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah memikirkan suatu mekanisme dalam menangani permasalahan ini dengan melanjutkan tempoh grace period pembayaran balik pinjaman kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding enam bulan pada masa ini. Melalui bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah mengambil satu inisiatif bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman dengan melanjutkan lagi diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018. Bagi peminjam yang ingin melakukan penyelesaian penuh, mereka akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus manakala peminjam yang ingin melunaskan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada baki hutang pinjaman dalam sekali bayaran, akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Seterusnya peminjam-peminjam akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus bagi bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual. Secara tidak langsung, pengumuman berkenaan pembayaran balik PTPTN ini memberikan sedikit kelegaan serta meringankan beban para graduan pada masa sama, kelonggaran tambahan PTPTN itu memberikan peluang dan tempoh masa pada para graduan untuk mencari pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya hendak menyentuh ada beberapa projek di kawasan saya umpamanya Hospital Sri Iskandar. Semalam, wakil Gopeng telah bercakap bagi pihak saya tapi biarlah saya hari ini bercakap. Jadi saya nak maklumkan Tuan Yang di-Pertua, bajet telah pun lulus pada Bajet 2015 tetapi hingga ke masa ini, Hospital Sri Iskandar masih belum lagi dibuat dan saya mengharapkan kepada kerajaan, Kementerian Kesihatan agar dapat melaksanakan pembinaan hospital ini dengan kadar segera dan saya

telah dimaklumkan lebih awal bahawa tender akan dibuat pada tahun 2017 ini tetapi sehingga ke masa ini belum lagi dilaksanakan. Perkara kedua ialah tentang Jalan Parit, Seputeh. Perkara ini juga telah saya bangkitkan beberapa kali dan pada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Parit pada 29 Julai 2017 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan duit permulaan sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja awalan Jalan Parit, Seputeh itu. Saya ingin tahu apakah kedudukan perkara itu dan berharap Kementerian Kerja Raya agar dapat melakukan pembinaan tersebut dengan kadar yang segera.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua ialah Jambatan Lambor yang saya dimaklumkan telah pun di tender. Kalau sudah di tender, alhamdulillah dan saya berharap kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan projek pembinaan Jambatan Lambor itu. Perkara keempat ialah tentang permohonan saya tentang pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah telah pun saya kemukakan pada tahun lalu dan saya berharap kepada Kementerian Pendidikan untuk dapat menimbangkan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah yang baru bagi membolehkan semua kakitangan di pejabat itu dapat bekerja dengan selesa dan sempurna. Perkara keempat, Tuan Yang di-Pertua ialah masalah bil elektrik. Semua rakyat di mana pun mereka menggunakan elektrik di rumah masing-masing, di pejabat masing-masing dan sebagainya. Akan tetapi apa yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini ialah bil elektrik yang semakin tinggi dan meningkat dan menyebabkan ada masa dan ketikanya rakyat di bawah sana kadang-kadang tidak mampu nak bayar bil elektrik masing-masing dan pada masa itulah mereka akan berjumpa dengan wakil-wakil rakyat untuk tolong bantu menyelesaikan bayaran bil elektrik mereka. Saya nak minta di sini ialah supaya kerajaan dapat memikirkan bagaimanakah tarif elektrik untuk kediaman dapat diberikan perhatian, dapat diberikan pertimbangan supaya bil- bil elektrik yang sekarang ini amat tinggi oleh rakyat dapat dikurangkan dan tidak membebankan rakyat terbanyak, terutama pada masa ini untuk makluman Tuan Yang di- Pertua rakyat juga sedang menghadapi masalah harga barang yang semakin naik dan semakin tinggi. Kalau sekiranya bil-bil elektrik ini dapat dikurangkan, insya-Allah rakyat di bawah sana akan dapat menghadapi hidup dengan selesa. Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah tentang projek MARRIS. Saya sangat berterima kasih adanya projek MARRIS kerana dengan ada projek MARRIS itu dapat membina jalan-jalan di kampung. Saya cuma minta kaedahnya ditukar. Pada masa ini arahannya ialah membina jalan yang sedia ada, tidak boleh buat jalan baru. Jadi ini menyebabkan jalan-jalan di kampung semakin tinggi, semakin tinggi dan menyebabkan akan menimbulkan bahaya kepada pengguna-pengguna di kampung-kampung. Jadi saya nak minta kepada kerajaan supaya mengkaji balik kaedah pembinaan jalan MARRIS supaya jalan-jalan baru dapat dibina dan tidak terhad kepada jalan-jalan lama yang sedia. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang masalah jalan kampung. Saya telah menyebut dalam Parlimen yang sudah supaya kerajaan dapat menimbangkan semula permohonan daripada rakyat untuk membina jalan ke rumah-rumah. Ini kerana ini lah yang menyebabkan kebanyakan yang orang kampung nikmati dan rasai dan mereka juga merupakan penyokong tegar Kerajaan Barisan Nasional. Maka kerana itu saya minta pada kementerian atau kerajaan untuk menimbangkan semula permohonan saya supaya jalan-jalan rumah ke rumah dapat dibenarkan pembinaannya. Tuan Yang di-Pertua, Parit menyokong Bajet 2018. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam gula-gula, salam manis dari Wangsa Maju. Saya merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua ini memberi saya peluang untuk membahaskan bajet gula-gula ini.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Barangkali bajet gula-gula ini sedang dinikmati oleh pelbagai lapisan sehingga ada yang terasa manis, sehingga ada Ahli Parlimen tiba-tibanya berubah nada. Takut saya nanti hidap kencing manis sebab saya sebagai doktor. Sebelum ini Yang Berhormat Tambun pernah beria-ia dikatakan mahu bersara dari politik, melepaskan semua jawatan yang beliau ada termasuk di Kabinet, semua jawatan dalam parti UMNO. Tiba-tibanya semalam kongkalikung mempertahankan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Pekan. Apa sebabnya bertanya mengenai 1MDB, mempersoalkan mengenai 1MDB walaupun sebelum ini pernah menjawat sebagai Menteri. Semalam tiba-tiba U-turn- pelik. Kalau Yang Berhormat Tambun dahulu dipanggil sebagai Datuk Seri Anwar sebagai Pak Syeikh, betul-betul berani sebut sekarang berkenaan fitnah jahat beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan, jangan dalam Dewan. Cakap dengan sidang media di luar Dewan. Sebutkan sahaja. Jangan menyorak kerana melindungi poket dan juga perut. Saya ingin mengambi kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah mewakili rakyat Malaysia kepada Datuk Dr. Ronald McCoy yang telah memenangi Anugerah Nobel Peace Prize 2017 atas usaha beliau menentang penggunaan senjata nuklear. Beliau juga kenalan keluarga saya adalah salah seorang ahli gynaecologist, kita panggil O&G yang telah menghabiskan masanya terhadap mempromosikan menghalang pertambahan senjata nuklear yang dimulakan pada tahun 2007 yang hari ini dikenali sebagai, dengan izin, ICAN atau International Campaign to Abolish Nuclear Weapons. Tokoh ini seharusnya diberikan promosi yang sebaiknya dan diangkat oleh kerajaan sebagai ikon rakyat di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya nak sentuh beberapa isu tentang Kementerian Wilayah Persekutuan sebab saya wakil rakyat Wilayah Persekutuan. Dalam masa kita bakal menghadapi era Transformasi 2050 yang telah melenyapkan Wawasan 2020, kita juga harus sedar bahawa Kuala Lumpur juga harus berkembang maju ke arah jalan yang sama. Menteri Wilayah iaitu Yang Berhormat Putrajaya berulang kali berjanji di dalam Dewan ini pun untuk mewartakan Local Plan Kuala Lumpur 2020. Namun sehingga kini beliau gagal. Saya tidak tahu berapa kali Datuk Bandar Kuala Lumpur harus ditukarkan sehingga Local Plan akan diwartakan. Adakah Menteri melindungi sesuatu daripada menggazetkan perkara ini? Tuan Yang di-Pertua, dalam masa kita mengejar pembangunan kita membina unit- unit mewah yang sehingga saya terfikir siapa yang akan diduduki. Sebagai contoh, dulu kawasan saya, Taman Tun Dr. Ismail tanah milik DBKL yang sebelum ini mempunyai rumah panjang dan telah diserahkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang telah dipengerusi oleh siapa? Menteri Wilayah. Ini menunjukkan conflict of interest dan sekarang penduduk Taman Tun tidak puas hati dan mengambil satu tindakan mahkamah. Tanah berkenaan akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan berapa blok? Enam blok kondominium 54 tingkat. Ya, betul. Dulu di Plaza IBM. Sekarang tak ada sudah, pok cik sudah angkat. Adakah ini pembangunan menunjuk Kuala Lumpur baru ini menghilangkan kawasan hijau di Kuala Lumpur? Bila menyentuh mengenai isu kawasan hijau saya mahu menyentuh berkenaan kawasan saya di Danau Kota. Dahulu terdapat kawasan hijau milik Jabatan Landskap DBKL.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Untuk makluman, ini di simpang di antara Jalan Gombak dan Jalan Ibu Kota, tepi satu kedai yang terkenal ialah Ong Tai Kim. Tiba-tiba naik bangunan UMNO Wangsa Maju atau Yayasan Wangsa Perdana. Saya mengambil peluang in menyoalkan, apakah status tanah ini dan apakah jenis kebenaran yang diberikan DBKL kepada pemilik bangunan ini? Selain itu, betapa hebatnya Yayasan Wangsa Perdana ini. Sebelum ini, mereka telah membina sebuah kondominium di kawasan kepadatan yang tinggi berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lee Rubber dekat Jalan Gombak. Sebelum ini, tanah berkenaan sepatutnya dibangunkan dan digunakan untuk pihak Bomba. Akan tetapi sekarang sebuah kondo akan dibina dan hampir siap di kawasan berkenaan. Dalam masa yang sama, saya berasa bimbang terhadap tanah-tanah kosong atau belum dibangunkan. Sebagai contoh, sebidang tanah di Danau Kota, sebelum ini ada papan tanda milik Kementerian Kesihatan. Mungkin pada masa akan datang, papan tanda projek kondominium akan dibina. Saya juga berasa amat terkejut dengan sebuah rancangan atau cadangan oleh kerajaan untuk pengambilalihan Pasar Gombak untuk tujuan pembangunan. Beberapa kali dalam sidang Parlimen, saya telah mencadangkan agar baiknya Pasar Gombak dimajukan sebagai Pusat UTC atas banyak permintaan penduduk tempatan dan

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

memberi tambah baik kepada ekonomi peniaga dan penduduk sekitar. Bukan tambah baik poket kroni dengan pembinaan kondominium. Saya memohon kepada kerajaan, sekiranya terdapat tanah kosong, janganlah rancang untuk membantu pemaju membina kondominium mampu tengok-tengok saja. Sewajarnya, keperluan sekarang adalah pembinaan kawasan PPR baru ataupun Kompleks Daerah Polis Wangsa Maju. Tuan Yang di-Pertua, sekarang Kompleks Daerah Polis Wangsa Maju sementara ada di mana? Dekat Pasar Pudu dan lebih wajar diambil perhatian oleh kerajaan. Sekarang saya hendak sentuh sedikit tentang perkara PBT atau pihak berkuasa tempatan atau sistem DO yang dulu di mula dalam zaman British. Dalam kita menuju era TN50, kita juga harus mengikuti peredaran zaman. Bukan saja leka dengan pembangunan projek sana sini. Kita harus lihat tentang mekanisme sistem birokrasi negara. Ini yang sangat penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau sistem betul, semua boleh jalan, kalau sistem ada banyak halangan, projek-projek tidak boleh jalan dan tidak maju. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pegawai daerah atau bahasa Inggeris, district officer. Seharusnya pegawai daerah harus fokus kepada isu tanah dan lain-lain hal serahkan kepada pihak berkuasa tempatan. Sekarang banyak isu-isu dan hak, dengan izin, overlap. Sebagai contoh perkara ini, saya juga keliru antara tugas PBT dan DO. Sebelum ini saya mendapat maklumat, bekas Yang Berhormat Menteri Tan Sri Rafidah Aziz pernah mendapat aduan berkenaan dengan sebuah pembelian tanah di Daerah Port Dickson oleh syarikat asing pada tahun 2000. Walaupun sudah berapa tahun, lepas 4 tahun Tuan Yang di-Pertua, tanah berkenaan tidak lagi ditukar milik. Apakah kewajaran berkenaan? Hal-hal ini sewajarnya pegawai daerah memainkan perkara penting menyelesaikan dan menjadi lebih proaktif. Sekarang, saya hendak sentuh sedikit tentang sistem cukai. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk meminta Kerajaan Pusat memperbaiki dan memperbaharui sistem kutipan dan juga agihan cukai kita yang mempunyai pelbagai halangan. Di negara kita terdapat banyak lagi negeri yang kurang berkemampuan seperti Perlis, Kedah dan sebagainya. Sewajarnya jumlah peruntukan kepada kerajaan negeri adalah mengikut kelayakan seperti jumlah rakyat, kemiskinan dan keperluan. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di Amerika Syarikat bila saya melawat di California berapa tahun dahulu, cukai dari minyak yang dibeli oleh rakyat dibahagikan antara negeri dan Pusat. Cukai ini dapat sampai kepada California, sebuah negeri yang sebahagiannya ke Pusat. Seperti contoh, Yang Amat Berhormat Pekan sentiasa suka ikut contoh negara China. Negara China sekarang untuk hak-hak, bagi hak-hak untuk province, dipanggil province atau negeri, ada kutipan cukai sendiri tetapi di semua negeri, termasuk Penang, Selangor, Sabah dan Sarawak tidak boleh ada kutipan sendiri. Formulanya berdasarkan saiz degree populasi penduduk dan keperluan rakyat. Maknanya, negeri dan Pusat dapat berkongsi hasil cukai yang dibayar oleh setiap rakyat dan juga cukai-cukai yang diberikan ini dapatlah digunakan oleh kerajaan negeri mengikut keperluan dan memajukan negeri berkenaan tanpa meminta peruntukan atau membuat pinjaman dari Pusat. Perkara ini sepatutnya bekas Menteri Kewangan II fikirkan. Bukan dengan menunggang satu kuda liar yang merosakkan ladang kuda dan tadi saya dengar ucapan Yang Berhormat dari Kapar. Ini perkara yang terkejut. Tadi saya hendak mencelah beliau dalam ucapan tetapi ini perkara yang disentuh tentang kemalangan kereta penjara. Saya pun tidak fikir lebih kurang 5 minggu dahulu iaitu dari 22 September, bagaimana kereta penjara ini, yang depan ada kereta lain, belakang kereta lain dan juga ada polis escort boleh dapat kemalangan dan juga lepas dapat kemalangan dan juga tunggu 3 hari sampai ke pusat GHKL. Sebagai doktor perubatan, kita mesti ambil berat tentang perkara ini sebab apa, kalau ada tulang patah atau dalam badan, dada atau perut, ada internal injury, ini memang serius. Akan tetapi pihak kerajaan, termasuk Menteri yang bertanggungjawab iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak ambil serius perkara ini. Apa yang kita faham, sampai sekarang, tidak ada satu siasatan rasmi bagaimana perkara ini boleh berlaku. Saya menyeru kepada pihak Kementerian Dalam Negeri ambil berat tentang perkara serius ini. Kita juga dengar peguam yang melawat Datuk Seri Anwar di penjara iaitu Yang Berhormat Subang. Datuk Seri Anwar tidak boleh guna tangan dia seperti biasa dan tidak boleh tuliskan pun dengan tangan kanan dia.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

So dengan komen-komen ini, saya bimbang bagaimana Bajet gula-gula ini boleh bawa negara Malaysia ke TN50. Lebih baik ikut Bajet Pakatan Harapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya izinkan saya merakamkan penghargaan sebagai tanda terima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Bajet 2018 yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada Jumaat yang lepas bersamaan dengan 27 Oktober 2017. Keduanya, sebagai mukadimah benarkan saya mengambil inti pati ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada perenggan kelapan berbunyi, “yang terpenting, yang terpaling mustahak adalah untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tercinta tidak kira apa juga kaum, apa juga bangsa dan apa jua latar keturunan.” Di sini jelas dan terang betapa roh atau semangat Bajet 2018 ini begitu bersungguh-sungguh dan tetap menjiwai denyutan nadi rakyat. Dengan nilai moraliti dan spiritual, berpaksi sendi segenap lapisan masyarakat dari seluruh pelosok bumi yang berdaulat ini. Di sebalik hakikat ia sebagai bajet pilihan raya lantaran waktunya sememangnya pun kian hampir. Justeru yang demikian, apa pun tanggapan para sahabat di seberang sana kononnya belanjawan mulus-mulus yang disajikan ini adalah gula-gula pilihan raya. Realitinya, ia bukti keprihatinan sebuah kerajaan daripada sebuah armada kepimpinan yang tulus berbudi sepanjang waktu. Bukan bermusim-musim, bukan juga mengikut tiupan angin. Mungkin kerana Bajet 2018 ini yang kesembilan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah yang terbaik sifatnya daripada belanjawan tahun-tahun yang terdahulu dan kebetulan pula sebagai bajet terakhir PRU ke-14, maka tidak hairanlah jika ia dijadikan semacam lesung batu oleh rakan-rakan kita di sana sebagai tempat untuk menghentam dan menumbuk, untuk mengkritik kerajaan dan kepimpinan walhal rencahnya, ramuannya diadun dalam lesung acuan Bajet 2018 ini adalah resipi yang lazat dan santapan yang terbaik untuk rakyat. Mewakili rakyat Parlimen Sipitang dan rakyat Malaysia amnya, saya mengucapkan syabas, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana membawakan berita gembira serta khabar yang indah menerusi suatu Bajet inklusif, pragmatik, saksama dan menjiwai rakyat biarpun di tengah-tengah ketidaktentuan pasang surut ekonomi global serta cabaran geopolitik seantero dunia. Mengamati ucapan pembentangan tempoh hari dalam nada patriot perkasa, berdendang gemalai seni, jelas sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil pendekatan prolifik dengan bercerita tentang realiti dan keberadaan ekonomi kita pada waktu ini tanpa mempedulikan kecaman dan kritikan sebaliknya memperkasa usaha kesejahteraan di atas bahtera Barisan Nasional. ‘Andang’ lembu disebut sapi, ‘Atu’ biasa sebutan kami orang Sabah, Bajet 2018 disimpul rapi, Maha hebat dan ia dikagumi. Tuan Yang di-Pertua, sesuai dengan tema Bajet, ‘Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi TN50’. Kita teruja dengan lapan petunjang atau teras utamanya untuk membawa keadilan sosial rakyat yang terbanyak. Tidak syak lagi ia pendekatan terbaik kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat dan memperkukuhkan pertumbuhan mampan seiring Dasar Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan untuk mengimbangi gelora kegawatan dunia. Apa yang nyata dan jelas, kadar pertumbuhan diunjurkan mengukuh kadar lebih lima peratus. Justeru, kita menjangkakan ekonomi Malaysia terus bersinar tatkala mendung kelabu yang menutup awan sudah mulanya perlahan-lahan berarak dan berlalu.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Perhatikanlah petunjang atau teras kelima Bajet ini, mengutamakan kesejahteraan rakyat, peluang menjana pendapatan. Cukup terang tertulis fokus membawa keadilan sosial seluruh anak bangsa kita waima yang tinggal di pedesaan, daerah-daerah pinggiran, pulau- pulau nun terpencil mahupun di kawasan bandar dan kota kosmopolitan yang bagaikan siang sepanjang malam. Inilah maknanya kemerdekaan hakiki pembangunan membugar serata wilayah menerusi koridor-koridor ekonomi supaya terbangunnya kawasan pertumbuhan saksama di seluruh pelosok negeri. Di Semenanjung terdapat Koridor Ekonomi Utara, Timur dan Selatan manakala di Sabah dan Sarawak juga yang sedemikian rupa. Hasil dasar dan perancangan strategik kerajaan khususnya selama sembilan tahun kebelakangan ini, maka jurang antara bandar dan desa berjaya dirapatkan. Nisbah pendapatan semakin seimbang dan yang paling menakjubkan ialah kadar kemiskinan tegar di negara ini jatuh daripada 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.4 peratus pada tahun lepas. Di Sabah sahaja kadar itu berkurangan daripada 19.7 peratus tahun 2009 dan pada hari ini 2.9 peratus setakat ini. Mendalami citra Bajet 2018 ini, pendapatannya jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk rakyat seMalaysia setanah air, dari penjuru bumi Semenanjung sehinggalah ke pelosok bumi Sabah dan Sarawak di seberang Laut China Selatan. Matlamatnya untuk memastikan kekayaan dan kemakmuran negara dikongsi, dirasai, dinikmati secara bersama menerusi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berdaya saing. Sejumlah RM280.25 bilion dengan RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dibentangkan lurus di atas landasan pembangunan dan pentadbiran yang dipacu secara lebih inklusif serta adil. Kontras dengan Bajet Alternatif pembangkang, Kerajaan Barisan Nasional lebih realistik sifatnya. Sebenarnya apa yang dibentangkan, apa yang diketengahkan oleh Barisan Nasional adalah baik-baik belaka. Oleh sebab itulah ditiru, dijiplak oleh mereka. Contoh yang jelas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula ditolak. Dulu mereka cemuh habis-habisan tetapi mereka turut juga menyenaraikan dalam Bajet mereka. Cakap mereka tidak serupa bikin malah kadang-kadang bikin kita panas. Tengoklah kulit buku belanjawan alternatif mereka. Terang-terang terpampang gambar skyline KL dan bangunan ikonik lain yang melambangkan kejayaan negara kita yang dilakar oleh Kerajaan Barisan Nasional yang hari ini mereka kata tidak bagus, hentam berhabis-habisan dan kita perlu tukar, ubah tetapi mereka masih juga menggunakannya.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Sedar atau tidak sedar, kulit buku itu sebenarnya merupakan suatu pengakuan dan pengesahan terhadap lambang kejayaan Kerajaan Barisan Nasional, simbol kebaikan kepimpinan kita dan bukti keberhasilan perjuangan kita. Justeru, kepada rakyat, saya ingin berpesan-pesan, jangan hidup-hidup kita ditipu, mati-mati kita percaya. Waspada dengan manipulasi ini. Jangan sampai terikut-ikut beremosi sehingga kayu dikatakan batu, langit dicapai dengan tangan bak peribahasa bermaksud tidak sempurna ataupun tidak sempurna akal fikiran. Tuan Yang di-Pertua, seperti lapan bajet terdahulu, sekali lagi kami dari Sabah dan Sarawak sungguh rasa terhormat dan bergembira kerana bajet kesembilan ini kekal berfokus menerawang ke tempat kami. Makanya, kami lukiskan penghargaan dan rakaman terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas perhatian yang serius, pembelaan yang berterusan. Sepintas lalu dalam Bajet 2018 ini, kemajuan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak terus mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila mengumumkan RM6.8 bilion peruntukan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan dengan sebahagian besarnya bertumpu di luar bandar. Saya mengulangi menyebut amaun peruntukan tersebut adalah untuk menegaskan tentang kesungguhan dan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional yang tulus, telus dan tuntas menyediakan perancangan yang konkrit demi mewajahkan dua wilayah Sabah dan Sarawak yang telah agak tertinggal jauh walaupun sepanjang 22 tahun Perdana Menteri yang dahulu mengurusnya. Berpasak pada bumi Bajet 2018 ini, petanda nyata inilah bukti jelas, inilah bukti ikhlas pemimpin kita buat yang elok-elok, bukan olok-olok, bertapuk-tapuk dalam bahasa Sabah ataupun bahasa yang Perdana Menteri kata membuyuk seperti mereka selalu

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

mengolok-olok atau dalam bahasa mudah bermaksud menipu secara sembunyi dengan memperlekehkan usaha-usaha kerajaan yang baik-baik. Tuan Yang di-Pertua, negaraku sehati sejiwa adalah mempersatukan bangsa. Rukun Negara pula adalah jati diri satu Malaysia. Lalunya, saya ingin mengambil sedikit ruang ini mengetengahkan satu dua hal bersangkutan hal negeri dan kawasan saya atas perjuangan sebagai wakil rakyat yang diamanahkan, mudah-mudahan kita dapat perhatian di Dewan yang mulia ini. Pertamanya, segmen pendidikan diletakkan pada petunjang yang ketiga menunjukkan komitmen kerajaan mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran. Sejumlah RM61.6 bilion diperuntukkan dalam sektor ini dalam Bajet 2018. Sekali gus meletakkan perbelanjaan pendidikan Malaysia secara purata pada kedudukan dua kali ganda daripada perbelanjaan negara ASEAN yang lain. Jadinya, kita berharap supaya kemudahan sekolah-sekolah menengah dan rendah di Sabah dan Sarawak diperbaiki dengan menetapkan piawaian atau standard tertentu bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat selain mengetengahkan setiap sekolah dengan kemudahan serta peralatan pengajaran menepati keperluan semasa. Untuk itu, tinjauan dan pemeriksaan menyeluruh perlu dilakukan ke atas semua sekolah khususnya di Sabah sekali gus memperbaiki di mana yang perlu. Laporan berkala perlu disediakan kepada Kementerian Pendidikan sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali. Ini bertujuan menentukan sekolah yang digunakan tidak mempunyai sebarang risiko atau bahaya dari segi aspek keselamatan. Barangkali ada Ahli Yang Berhormat masih ingat kejadian runtuhnya konkrit sekolah menengah SMK Beaufort pada 29 Januari 2016 yang mencederakan seorang pelajar Tingkatan Dua iaitu patah kaki selepas dihempap runtuhan konkrit pondok berkenaan. Tertulis dalam Hansard tahun lalu ketika perbahasan Dewan yang mulia ini, saya pernah mengetengahkan hal sekolah daif di Sabah dengan merujuk sebahagian kecil tiga kes kebakaran sekolah rendah berpunca daripada sistem pendawaian elektrik yang berlaku di Beaufort, Tuaran dan Kiulu. Kejadian ini harus menjadi iktibar untuk menyediakan kemudahan pendidikan terbaik pada tahun ini, selain memperkasa usaha-usaha ke arah meningkatkan kedudukan, ranking, dengan izin, pendidikan Malaysia di peringkat global. Khabar gembira dibawa dalam Bajet 2018 ini apabila kami daripada Sabah dan Sarawak disediakan RM1 bilion bagi tujuan membaik pulih setiap sekolah daif melalui kaedah Sistem Bangunan Berindustri ataupun IBS. Sejujurnya, kita berharap agar peruntukan ini dapat membantu serta memperbaiki kemudahan pendidikan di negeri kami terutama sekali di kawasan Parlimen saya sendiri di mana saya berulang kali menyuarakan agar dinaiktarafkan sekolah SMPO yang telah pun diluluskan pada tahun 2015 akan menjadi satu kenyataan pada tahun 2018 ini. Lebih penting lagi, kita mengharapkan agar Sabah tidak tersisih daripada senarai menerusi pengumuman Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai classroom abad yang ke-21 atau smart classroom di 1,000 buah sekolah yang merupakan inisiatif baru Kementerian Pendidikan. Keduanya, kita mengalu-alukan peruntukan RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur komunikasi dan kemudahan jalur lebar di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak. Apa yang kita harapkan supaya lebih banyak menara pemancar telekomunikasi dibina di kawasan-kawasan pedalaman di luar bandar Sabah dan Sarawak supaya kadar penembusan jalur lebar ini dapat ditingkatkan menyamai kadar di Semenanjung Malaysia. Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia mencapai 78 peratus. Ia perlu terus dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan generasi Y serta mendepani cabaran rempuhan globalisasi yang tidak mengenal erti sempadan bandar ataupun luar bandar. Ini penting diberi perhatian serius berikutan kajian pengguna internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2016 mendapati jumlah pengguna internet pada tahun 2015 ialah 24.1 juta iaitu 77.6 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara kita Malaysia. Lebih 77 peratus pengguna internet adalah golongan belia berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Ketiga, berita gembira dibawa Bajet 2018 ini apabila mengumumkan hampir RM500 juta peruntukan untuk pembangunan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak di mana prasarana asas ini merupakan tuntutan utama penduduk kampung. Bukan sekadar untuk memudahkan pergerakan tetapi lebih penting lagi, ia dapat menjana ekonomi di luar bandar.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Seraya itu, saya merujuk perbahasan saya di Dewan yang mulia ini pada Mac yang lalu mengenai tiga laluan utama di kawasan saya yang memerlukan perhatian segera iaitu Jalan Karangan-Lumadan, Jalan Mintulut-Bangkalalak dan Jalan Mendulung-Maligan yang melibatkan ribuan penduduk khususnya yang selama ini masih dalam keadaan yang daif. Seiring prinsip mendahulukan rakyat, maka kita berharap sungguh agar kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya meletakkan jalan-jalan ini sebagai keutamaan dalam pelan pembangunan untuk Sabah pada tahun depan. Kita mendengar pengumuman peruntukan RM300 juta bagi bekalan air bersih akan meliputi 3,000 buah rumah di Sabah dan Sarawak. Bagi kami di Sabah, isu air ini menjadi keluhan dan rintihan orang kampung sejak sekian lama dan kebanyakan kawasan akan bertambah hangat lagi apabila terbongkarnya penyalahgunaan kuasa yang mana berlaku isu air di negeri Sabah ini.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Melihat kepada penerangan perangkaan bajet yang disediakan, saya terpanggil sekali lagi mengetengahkan isu air ini agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Jika bekalan air di Beaufort dapat dipertingkatkan kapasitinya, sudah tentu masalah air penduduk beberapa kampung di kawasan saya dalam Parlimen Sipitang, khususnya di Beaufort dan Lumadan dapat ditangani seperti di kawasan Bakelalan, Bintuka, Padas Damit dan Jabang. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya akhiri dengan sebuah pantun: Buah rambutan buah pulasan, Boleh dibeli di tepi jalan, Rakyat berbudi minta balasan, Harap semuanya dapat perhatian. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan saya peluang untuk membahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan di sini bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan sama rata atau equal partner dalam pembentukan Malaysia. Beberapa hari lalu apabila saya menerima jawapan dari Jabatan Perdana Menteri mengenai kedudukan istimewa Sarawak dan Sabah dalam Malaysia, saya amat hairan apabila melihat Kerajaan Persekutuan sekarang tidak mengiktiraf Sarawak dan Sabah sebagai rakan sama rata. Dengan merujuk kepada fasal 1 dan fasal 2 perkara 1 Perlembagaan Malaysia yang sudah dipinda pada tahun 1976 yang menunjukkan Sarawak sebagai satu daripada 13 negeri. Walaupun Perlembagaan Malaysia asal yang mengatakan Malaysia adalah terdiri daripada Sarawak, Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, dalam jawapan Kerajaan Persekutuan ada mengakui bahawa dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold dengan jelasnya menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah merupakan rakan sama rata dalam Persekutuan Malaysia. Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan bin Satem juga pernah menegaskan bahawa pindaan 1976 itu adalah tidak sah kerana ia melanggar Perjanjian Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan cadangan lain yang berkaitan. Sebagai wakil rakyat Sarawak, saya harap Kerajaan Persekutuan menghormati hasrat rakyat Sarawak dan Sabah dalam pembentukan Malaysia, bukan merampas hak rakan sama rata mereka dan juga merampas hak mereka untuk membangun sama rata juga seperti pembangunan yang ada di Semenanjung Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak dan Sabah merupakan dua negeri yang besar. Borneo states adalah lebih besar daripada Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kekayaan Negara Malaysia adalah daripada hasil semula jadi negeri Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, adalah menyedihkan apabila kita melihat pembangunan di kedua-dua negeri itu adalah 20 tahun ketinggalan berbanding kepada Semenanjung Malaysia. Kami tidak ada lebuh raya, tidak ada high-speed railway, monorel, MRT. Di Sarawak, kami juga tidak ada jalan kereta api. Oleh yang demikian, saya tidak akan menyokong ibu segala bajet ini yang masih tidak memberi keutamaan kepada pembangunan di Sarawak dan Sabah dan juga tidak menurunkan kuasa autonomi Sarawak yang sudah banyak dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan juga seperti yang dituntut oleh Kerajaan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, walaupun setiap tahun dalam pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengatakan Kerajaan BN memang kerajaan yang menjaga rakyat tidak kira dari kawasan pembangkang atau kawasan Barisan Nasional tetapi pada hari ini, saya ingin membangkitkan satu perkara. Tadi saya sudah membangkitkan dalam Kamar Khas, tetapi Yang Berhormat Menteri tidak memberi jawapan yang jelas kepada soalan saya. Hari ini saya mahu membangkitkan satu masalah ialah borang laman untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Saya rasa di sini masih ada banyak Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh cuba log in kepada borang laman memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Cuba tengok. Dalam borang itu, dia berat sebelah, double standard. Pemohon-pemohon dari kawasan pembangkang tidak boleh diberi peluang untuk memohon kerana Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah pembangkang tidak boleh diberikan kuasa untuk menyokong permohonan mereka. Mengapa macam ini ya? Berat sebelah. Hanya kawasan Barisan Nasional, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menjadi penyokong, sebelah sini tidak boleh. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh cuba log in kepada borang laman itu, tengok. [Disampuk] Mana boleh macam ini, double standard.

Yang Berhormat.

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Sibu di Selangor dan di Pulau Pinang, apa-apa polisi yang kita kenalkan, kita bagi kepada semua walaupun macam di Parlimen Kapar pun ada yang telah mengundi Barisan Nasional, ada yang telah mengundi saya. Walaupun begitu, kita saksama dan adil. Bila ada polisi, bila ada situasi kerajaan yang membuat satu polisi, polisi itu mesti diberikan kepada rakyat tidak kira siapa dia undi, tidak kira latar belakang dia. So, dari sudut itu polisi yang dibawa perlu ditafsirkan kepada semua rakyat tanpa ada pilih kasih, tanpa ada ini untuk Barisan dan ini untuk Pakatan. Apa pandangan Yang Berhormat Sibu?

Ya, saya amat bersetuju kepada pandangan dari Yang Berhormat Kapar. Ini ialah hanya Kerajaan BN yang berat sebelah, double standard. Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan ada double standard. Kalau mengikut borang laman Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia sekarang, di kawasan Kuching, di kawasan Lanang, di kawasan Stampin, saya rasa kawasan banyak lagi memang penduduk-penduduk di sana tidak dapat memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia melalui borang laman. Mereka harus pergi pejabat secara manual, tadi di cakap oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, di Sarawak ada satu masalah. Sarawak begitu besar, lebih kurang sebesar Semenanjung Malaysia. Akan tetapi, pejabat SPNB hanya satu sahaja, di Kuching sahaja. Kalau Sibu hendak pergi Kuching, 400 kilometer pakai kereta. Pakai kapal terbang setengah jam, pakai kereta 8 jam. Dari Miri ke Kuching, 800 kilometer. Pakai kereta lebih kurang 14 jam. Jadi, adalah tidak munasabah bagi penduduk dari Sibu, Miri, Bintulu pergi ke Kuching untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Jadi, ini memang satu masalah. Jadi Kementerian Kewangan, saya harap boleh memberikan satu penjelasan yang jelas mengapa dalam borang laman, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang tidak dibenarkan untuk menyokong. Sokongan dari Yang Berhormat adalah wajib dalam borang itu. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menyentuh tentang GST. Walaupun GST sudah menyumbang sebanyak RM41.5 bilion tahun ini dan membawa pendapatan yang lumayan kepada kerajaan, tetapi mengapa saya masih menerima banyak aduan daripada peniaga bahawa sejak bulan Februari tahun ini, GST refund yang sepatutnya dipulangkan kepada mereka telah ditangguhkan. Ada yang ditangguhkan lebih daripada empat bulan. Mulai tahun ini, para peniaga dimaklumkan mereka tidak boleh menolak jumlah GST refund yang perlu dibayar balik kepada mereka oleh kerajaan dalam jumlah pembayaran GST mereka kepada kerajaan. Maksudnya kalau mereka hendak bayar GST setiap bulan, mereka hendak tolakkan GST refund yang belum dibayar balik oleh kerajaan, tidak boleh. Mesti mendapatkan kelulusan daripada department pihak Kastam. Jadi apabila mereka menunggu

refund itu yang sebenarnya harus dikembalikan oleh pihak Kastam dalam dua minggu, tetapi mereka sudah menunggu berbulan-bulan, masih tidak dikembalikan oleh kerajaan.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah sebenarnya yang berlaku kepada kewangan negara? Di manakah jumlah GST sebanyak RM41.5 bilion itu pergi? Pergi mana? Mengapa mengambil masa yang begitu panjang untuk memulangkan refund GST kepada para peniaga? Keadaan ini telah mengakibatkan sesetengah peniaga mengalami kesusahan dalam perniagaan mereka terutamanya dalam kes turnover mereka. Ada yang di kalangan mereka menyatakan bahawa GST telah meningkatkan kos perniagaan mereka, jadi mereka terpaksa menaikkan harga barang mereka supaya mengurangkan tekanan pusingan wang tunai mereka. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu contoh yang jelas bahawa pelaksanaan GST telah mengakibatkan kos perniagaan meningkat. Peniaga-peniaga dipaksa menaikkan harga barang mereka untuk menampung pelaksanaan GST. Lagi, dengan keberkesanan kerajaan dalam mekanisme pembayaran balik GST refund yang amat tidak memuaskan, keadaan ini menjadi lebih teruk. Tuan Yang di-Pertua, walaupun GST sudah menyumbang begitu banyak wang kepada kerajaan, bajet kerajaan masih dalam keadaan defisit. Saya amat bimbang kalau kerajaan masih tidak menguruskan perbelanjaan negara dengan berhemah, GST tidak lagi cukup untuk menampung perbelanjaan negara lagi. Pada ketika ini, kalau kadar GST dinaikkan kepada 10 peratus pun tidak cukup untuk kerajaan membentangkan satu bajet yang tidak ada defisit. Tuan Yang di-Pertua saya amat bimbang tentang masa hadapan Malaysia. Malaysia terlalu bergantung pada petroleum dan pengeluaran bahan-bahan mentah seperti minyak kelapa sawit, getah dan petroleum. Kalau tidak menaikkan persaingan industri-industri lain dalam peringkat antarabangsa, keadaan ekonomi Malaysia ini tidak akan berubah. Pada lima tahun yang akan datang, Malaysia masih bergantung pada petroleum dan GST. Mungkin kadar GST pada masa itu akan naik kepada kadar sepuluh dan ia hanya akan mengeringkan poket rakyat sahaja. Akhirnya kadar ekonomi negara akan menjadi lebih teruk. Tuan Yang di-Pertua, tourism atau industri pelancongan merupakan satu industri yang berpotensi dan penting bagi Malaysia. Ini bukan merujuk kepada Kuala Lumpur sahaja atau Semenanjung Malaysia tetapi keseluruhan Malaysia terutamanya di Sarawak juga. Saya berasa masih lagi banyak tempat di Sarawak yang mempunyai keistimewaan untuk menarik pelancong tetapi tidak diberi tumpuan dan perhatian yang sepatutnya dari peringkat Persekutuan. Seperti mana yang kita sering menyatakan Malaysia boleh mengembangkan industri ecotourism tetapi berapakah usaha daripada Kerajaan Persekutuan dalam mempromosikan dan melancarkan produk-produk ecotourism di negeri Sarawak. Sibu merupakan gateway ke Pekan Song dan Kapit. Kedua-dua tempat ini mempunyai banyak tempat yang boleh menarik pelancong sebagai produk ecotourism tetapi saya tidak nampak usaha kerajaan untuk mempromosikan kedua-dua tempat itu. Tiap-tiap tahun di Pekan Kapit ada banyak festival dijalankan seperti Festival Tabai, Festival Kapit, pertandingan rakit dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti ini dianjurkan oleh majlis daerah kawasan. Di Sibu juga setiap tahun ada Borneo Cultural Festival, BASE Jump Festival, International Dance Festival dan juga baru-baru ini mengadakan lantern festival yang terbesar di Sarawak. Akan tetapi saya ingin tahu dalam semua acara-acara ini Kerajaan Persekutuan telah memberi berapa peruntukan untuk penganjur-penganjur acara ini? Dengan pelaksanaannya cukai pelancongan September ini, berapakah peratusan dari kutipan cukai ini akan diberikan kepada Sarawak untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di Sarawak. Mengikut kenyataan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Abdul Karim, Kerajaan Sarawak masih dalam rundingan dengan pihak Persekutuan tentang pengagihan jumlah cukai pelancongan tersebut. Saya meminta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memberikan satu jawapan, berapakah peratusan akan diberikan kepada Sarawak? Dulu Sarawak meminta dan menuntut 30 peratus dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pun bersetuju menyatakan akan diberikan 30 peratus tetapi sekarang hanya RM1 dari RM10 yang dikutip diberikan kepada Sarawak.

Jadi kalau keputusan perlu ditetapkan saya harap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan boleh berikan satu jawapan yang lebih tetap berapa akan diberikan kepada negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, kawasan-kawasan kecil seperti Pekan Kapit dan Song sekarang tidak mempunyai apa-apa kegiatan ekonomi yang penting untuk menambahkan pendapatan penduduk di situ. Dulu industri pembalakan merupakan ekonomi utama di Kapit dan Song tetapi sekarang pembalakan sudah semakin kurang kerana tidak ada pokok besar lagi untuk ditebang. Banyak pemuda pemudi meninggalkan Pekan Kapit dan Song pergi ke bandar-bandar yang lebih besar seperti Kuching dan Sibu untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, saya amat percaya kalau industri pelancongan dimajukan di kawasan-kawasan tersebut ia akan membawa perubahan kepada Kapit dan Song kerana industri pelancongan akan mewujudkan lebih banyak servis sampingan, industri pelancongan seperti restoran, hotel, pengangkutan, pelancongan, industri kraf tangan dan servis tour guide. Ini akan membawa peluang perniagaan kepada pemuda pemudi di Kapit dan Song. Ia juga akan membantu membangunkan ekonomi di Sibu juga. Sibu sebagai gateway kepada Kapit dan Song. Tuan Yang di-Pertua untuk memajukan atau membangunkan industri pelancongan di Kapit, Song dan Sibu ia mesti ada jalinan jalan yang sempurna dan lengkap. Akan tetapi jalan yang dijanjikan oleh Barisan Nasional, Sibu ke Kapit sudah dijanjikan bahawa ia siap pada hujung tahun ini. Akan tetapi nampaknya pada hujung tahun ini untuk menyiapkan Jalan Sibu-Kapit adalah mission impossible. Jadi saya harap kementerian yang berkaitan boleh memberikan satu jawapan bilakah Jalan Sibu-Kapit akan disiapkan. Saya harap Jalan Sibu, Jalan Kapit boleh disiapkan dengan segera yang mungkin supaya boleh memanfaatkan penduduk-penduduk di Kapit dan Song. Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun kerajaan memperuntukkan berpuluh-puluh bilion kepada Kementerian Kesihatan. Akan tetapi saya ingin membangkitkan satu masalah iaitu servis hospital awam di Malaysia masih tidak boleh bersaing dengan hospital swasta dari segi mutu servis. Jadi ini merupakan satu masalah yang besar seperti pesakit-pesakit sekarang masih perlu menunggu dengan lama untuk mendapatkan rawatan dan juga menunggu lama untuk mendapatkan perubatan farmasi. Masalah ini sudah bertahun-tahun. Saya juga tahu di dalam Dewan yang mulia ini masalah ini sudah dibangkitkan banyak kali tetapi masih tidak ada satu penyelesaian kepadanya. Jadi saya harap Kerajaan Barisan Nasional cubalah menyelesaikan masalah servis perkhidmatan hospital awam ini. Jangan suruh pesakit tunggu lama-lama. Di Sibu ada berlaku satu kes, pesakit harus menggunakan buku rekod mereka, simpan berbaris di atas lantai untuk mewakili mereka berbaris.

Ia sudah menjadi satu berita yang besar di surat khabar tempatan. Tuan Yang di- Pertua, di Hospital Sibu bukan sahaja kekurangan tempat letak kereta tetapi fasiliti-fasiliti kemudahan juga banyak yang rosak tidak diperbaiki. Sebagai contoh, lif di Hospital Sibu sudah rosak selama beberapa tahun tetapi masih belum diperbaiki dengan sempurnanya. Selalu rosak dan juga tandas di dalam wad juga dilaporkan tidak ada pintu dan sebagainya. Saya tidak faham mengapa kerajaan membelanjakan begitu banyak wang di Kementerian Kesihatan tetapi fasiliti-fasiliti hospital masih begitu teruk. Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya saya mahu membawa satu cadangan kepada Kementerian Kesihatan iaitu Sarawak memerlukan satu hospital kanser di Sibu untuk menampung kes kanser yang semakin banyak di Sarawak. Sekarang di Sarawak hanya ada Hospital Umum Kuching yang mempunyai alat-alat rawatan atau doktor pakar yang lebih menyeluruh dalam rawatan kanser. Pesakit-pesakit kanser di seluruh Sarawak harus bersaing dengan pesakit-pesakit lain di Hospital Umum Kuching untuk mendapatkan tempat letak kereta, katil dan juga dapatkan rawatan. Biasanya pesakit-pesakit kanser ini memerlukan rawatan radioterapi atau kemoterapi yang mengambil masa yang panjang dan mendapatkan rawatan tiap-tiap hari untuk beberapa minggu. Saya berasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Sedikit sahaja saya habiskan. Saya berasa sekarang merupakan masanya untuk kerajaan untuk menubuhkan satu hospital kanser baru di Sibu. Mengapa? Ini kerana Sibu terletak zon tengah Sarawak di mana lokasinya adalah strategik. Pesakit-pesakit dari Miri, Bintulu, Kuching atau Sri Aman semuanya boleh datang dengan senangnya kerana tidak jauh lebih dekat dari Miri ke Kuching untuk mendapatkan rawatan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Piai.

Dato’ Sri Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ucapan Bajet 2018. Bagi mencapai pelaksanaan dan yang berkesan, suka saya berkongsi di Dewan yang mulia ini mengenai beberapa isu yang saya rasa amat perlu untuk memberikan perhatian bagi menambah baik pentadbiran kerajaan ke arah sebuah negara yang dinamik dan maju. Isu pertama yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai kekuatan anggota polis dan Kompleks Balai Polis baru di Pekan Nanas. Kedudukan Pekan Nanas di dalam kawasan pembangunan Iskandar, Malaysia merancakkan pembangunan industri dan perumahan. Ini menjadikan kawasan paling pesat pembangunan di Daerah Pontian, khasnya di Parlimen Tanjong Piai. Isu ini pernah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi Parlimen yang lepas. Jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa, usaha-usaha sedang dijalankan oleh pihak KDN untuk memohon peruntukan bagi pembinaan kemudahan infrastruktur seperti balai-balai polis dan IPD. Namun demikian saya ingin sekali lagi bangkitkan isu ini di dalam Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, statistik terkini menunjukkan bilangan penduduk di kawasan Pekan Nanas telah mencapai jumlah melebihi 50,000 orang penduduk. Jumlah ini merangkumi bilangan pekerja asing yang ramai dan dianggarkan mencecah lima ribu orang dan mereka pula terdiri daripada negara seperti Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Kemboja dan Myanmar. Bilangan penduduk yang ramai ini tentunya memerlukan pengawasan yang lebih banyak dan di antara pengawasan utama adalah aspek keselamatan. Balai Polis Pekan Nanas adalah balai polis yang paling sibuk selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian. Bagi kawasan Tanjong Piai, terdapat dua buah balai polis iaitu Balai Polis Pekan Nanas di Pekan Nanas dan Balai Polis Permas di Kukup, Pontian. Statistik yang diperoleh menunjukkan kadar jenayah di Pekan Nanas adalah tinggi jika dibandingkan dengan rekod kadar jenayah di Balai Polis Permas. Indeks jenayah bagi tahun 2016 di Balai Polis Pekan Nanas menunjukkan sebanyak 65 kes berbanding 10 kes di Balai Polis Permas. Statistik kes jenayah yang dilaporkan sehingga bulan September 2017 merekodkan 76 kes jenayah di Balai Polis Pekan Nanas berbanding hanya sembilan kes jenayah di Balai Polis Permas. Jenayah curi kereta dan motosikal di Pekan Nanas merupakan kes yang paling kerap berlaku dan perbandingan indeks kes pada tahun 2016 dan tahun 2017 menunjukkan terdapat peningkatan kes yang berlaku iaitu 40 kes pada tahun 2016 dan 52 kes sehingga September 2017. Selain daripada itu, jenayah samun juga menunjukkan peningkatan daripada empat kes pada tahun 2016 ke tujuh kes sehingga September 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon Kementerian Dalam Negeri untuk melihat kepada satu kes pembunuhan yang berlaku di Pekan Nanas di mana seorang warga emas yang bernama Lee Chun Guan umur 61 tahun, telah hilang pada 23 Oktober 2017 dan selepas itu difahamkan beliau telah dibunuh akibat balas dendam dan sehingga kini suspek pembunuhan masih belum dapat dikesan. Kejadian tersebut juga menjadi kebimbangan orang ramai dan saya ingin tahu apakah hasil siasatan kejadian ini serta apakah langkah- langkah diambil agar kes berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin dan membawa ke muka pengadilan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kekuatan anggota polis di antara Balai Polis Pekan Nanas dan Balai Polis Permas adalah lebih kurang sama

Dato’ Sri Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

iaitu 23 orang di Balai Polis Permas dan 27 orang di Balai Polis Pekan Nanas. Jika dilihat perbandingan antara dua buah balai polis ini ternyata Balai Polis Pekan Nanas jelas memerlukan tambahan anggota sesuai dengan bebanan kerja yang dipikul. Secara perbandingan juga, jumlah perjawatan sewaktu Balai Polis Pekan Nanas ditubuhkan pada tahun 1970-an adalah 29 orang. Jumlah ini lebih tinggi daripada sekarang hanya 27 orang. Sedangkan penduduknya telah meningkat lima kali ganda dan sekarang ditambah lagi dengan kehadiran pekerja asing yang semakin ramai. Jawapan Menteri Kementerian Dalam Negeri kepada pertanyaan lisan pada Parlimen yang lepas, mengatakan perbincangan antara HR di KDN dan PDRM akan diadakan untuk penambahan bilangan anggota polis di Pekan Nanas. Namun Menteri juga mengatakan anggota polis adalah tidak dikhuatiri kerana indeks jenayah di Pekan Nanas agak menurun berbanding tahun-tahun yang lepas. Akan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini saya telah menerima banyak aduan berkaitan kes-kes kecurian dan pecah rumah sehingga ia telah membimbangkan penduduk di kawasan Pekan Nanas dan Pontian. Maka saya berharap pihak kementerian agar tindakan yang sewajarnya diambil supaya dapat menenteramkan kebimbangan dan kerisauan penduduk-penduduk di kawasan Pekan Nanas dan Pontian. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan kerajaan akan meningkatkan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam hampir RM9 bilion diperuntukkan untuk Polis Diraja Malaysia dan RM720 juta daripadanya digunakan bagi pembinaan 11 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi. Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak PDRM yang saya percaya juga tentu mengetahui permasalahan ini supaya tanpa bertangguh lagi untuk menambah sekurang-kurangnya 10 orang anggota baru untuk bertugas di Balai Polis Pekan Nanas bagi menangani aspek keselamatan di kawasan Pekan Nanas yang akan terus membangun seiring dengan pembangunan pesat Wilayah Iskandar Malaysia. Saya juga memohon pihak kerajaan meneruskan pembinaan sebuah Kompleks Balai Polis baru di Pekan Nanas memandangkan pembangunan yang sedia ada sejak 1970- an sudah usang dan kecil. Ini perlu bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan memberikan imej kerajaan yang lebih tinggi di kaca mata masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah berkaitan dengan Hospital Pontian. Hospital Pontian yang sedia ada sekarang ini telah dibina pada tahun sekitar 1937 dan kebanyakan merupakan bangunan lama yang berusia hampir 80 tahun. Pada hari ini sesuai dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah menyebabkan hospital ini tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, disebabkan hospital ini tidak mempunyai dewan bedah, maka purata kekerapan rujukan kes ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana tiada khidmat kepakaran yang sebanyak 10 kes sehari.

Dato’ Sri Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Selain itu juga, hospital ini tidak mempunyai wad kelas pertama dan hanya mempunyai wad kelas kedua yang terhad dengan hanya mempunyai lapan katil lelaki dan lapan katil perempuan. Penambahan bangunan-bangunan tambahan juga menjadikan hospital sedia ada mempunyai tempat letak kenderaan yang sangat terhad. Ini menyukarkan orang ramai yang berurusan di hospital ini. Selain dari pertambahan penduduk, limpahan kepesatan pembangunan Wilayah Iskandar menjadikan banyak pembangunan mega dan berisiko telah wujud di Daerah Pontian seperti hab petroleum di Tanjong Bin, maka perkhidmatan sokongan seperti hospital semakin menjadi keutamaan bagi menangani kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Kerajaan dalam Bajet 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM27 billion bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti seperti menaik taraf hospital dan pembinaan dewan bedah. Sebanyak RM100 juta daripadanya diperuntukkan untuk menaik taraf hospital dan klinik. RM1.4 bilion untuk menaik taraf dan menyelenggarakan fasiliti kesihatan seperti pembinaan dewan bedah. Sehubungan dengan itu, saya mohon Kementerian Kesihatan memberikan perhatian yang serius untuk membina sebuah hospital baru yang serba lengkap di Daerah Pontian. Di mana di kawasan Parlimen Tanjong Piai adalah lokasi yang sangat sesuai dan strategik. Saya dan bagi pihak penduduk Parlimen

Dato’ Sri Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Tanjong Piai dan khasnya di kawasan Pekan Nanas, merakamkan penghargaan terima kasih atas terbinanya sebuah klinik kesihatan baru di Pekan Nanas. Bangunan tersebut tertangguh begitu lama dan akhirnya telah siap dibina sejak beberapa bulan yang lalu. Namun, orang ramai tertanya-tanya, bilakah klinik baru tersebut akan memulakan operasinya? Sukacita jika pihak Kementerian Kesihatan dapat memberikan satu tarikh untuk operasinya bagi memudahkan pemakluman kepada orang ramai dan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menularkannya untuk mengelirukan orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Kementerian Kesihatan meluluskan pembinaan KK3 yang baru di Pekan Nanas dan ketika lawatan mantan Menteri berkenaan, orang ramai telah dimaklumkan berhubung dengan cadangan menempatkan unit rawatan hemodialisis di klinik baru tersebut. Sehubungan itu, saya memohon Kementerian Kesihatan, bilakah cadangan menempatkan satu unit pusat rawatan hemodialisis dapat direalisasikan? Memandangkan pada masa kini bilangan mereka yang memerlukan rawatan sedemikian telah bertambah dan pada masa sekarang semua rawatan dilakukan di luar kawasan Pekan Nanas. Ini amat membebankan pesakit, bukan saja dari segi wang ringgit tetapi juga masa yang terlibat. Oleh sebab rawatan diperoleh jauh dari rumah mereka. Sekiranya pusat hemodialisis dapat diadakan di KK3 Pekan Nanas, ia merupakan satu usaha yang sangat murni dan bermakna dan memberi kerajaan nilai kredit yang sangat besar. Tuan Yang di- Pertua, dalam memastikan limpahan ekonomi yang seimbang di antara bandar dan luar bandar, infrastruktur logistik seperti jalan raya adalah penting dalam perhubungan antara lokasi. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, jalan Pekan Nanas ke Pontian sejauh 19 kilometer adalah sebuah laluan yang merentasi kawasan bergambut. Pada masa yang sama, laluan ini digunakan oleh semua kenderaan sama ada berat atau ringan. Pembangunan pesat hari ini menjadikan bilangan kenderaan yang melaluinya bertambah berkali-kali ganda berbanding pada zaman pembinaannya. Kesannya, jalan di sepanjang laluan sentiasa rosak akibat bahagian bawahnya yang lembut. Tidak dinafikan agensi terlibat iaitu JKR ada membuat pembaikan dari semasa ke semasa. Akan tetapi dengan kos yang kecil, pembaikan yang dibuat hanya bertahan sementara sahaja. Kebiasaannya, selepas tiga bulan kerosakan akan berlaku semula dan perkara ini telah berlanjutan begitu lama. Kerosakan yang berlaku bukan sekadar ia bergelombang. Akan tetapi sampai di peringkat ia pecah di tengah laluan dan menjadi parit kecil di tengah jalan yang sangat membahayakan pengguna jalan raya. Ini terbukti dengan begitu banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan jalan tersebut. Dalam Belanjawan 2018 terdapat peruntukan sebanyak RM1.1 billion untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf jambatan, lampu, jalan kampung, surau serta pasar. Selain itu, peruntukan sebanyak RM934 juta untuk Projek Jalan Luar Bandar. Oleh yang demikian, saya mohon Kementerian Kerja Raya supaya melaksanakan pembinaan semula jalan di sepanjang 19 kilometer dari jalan Pekan Nanas ke Pontian tersebut sebagaimana yang telah dilakukan kepada laluan Batu Pahat ke Ayer Hitam di Kluang. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah masalah hakisan di kawasan Tanjong Piai merupakan isu berterusan yang memerlukan tindakan pengawalan yang berterusan juga. Pihak kementerian yang berkenaan telah melakukan pelbagai usaha dan terkini adalah pembinaan struktur pemecah ombak bagi mengurangkan kesan hakisan. Bagaimanapun pembinaan struktur pemecah ombak berkenaan difahamkan memberikan impak pula kepada nelayan di kawasan berkenaan. Saya telah dimaklumkan oleh wakil nelayan yang mengatakan pendapatan mereka menjadi merosot disebabkan kurangnya ikan yang menjadi punca pendapatan mereka. Saya juga difahamkan, wakil mereka telah ada berjumpa dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya setahun yang lalu bagi mendapatkan bantuan penyelesaian berkaitan permasalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, saya mohon Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melihat semula perkara ini dan memberi bantuan sewajar kepada nelayan-nelayan terlibat. Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang telah lanjut lama dan nelayan-nelayan dalam keadaan kesengsaraan.

Dato’ Sri Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang saya ingin bangkit adalah isu pembetungan perumahan atas air di Kampung Kukup Laut dan Kampung Air Masin. Isu ini pernah saya kemukakan dalam Dewan yang mulia di sesi Parlimen yang lepas. Susulan dari masalah ketiadaan sistem pembetungan di perkampungan atas air Kampung Kukup Laut dan Kampung Air Masin, saya telah dimaklumkan bahawa peruntukan bagi projek ini telah dikemukakan untuk pertimbangan Unit Perancangan Ekonomi, JPM di bawah Rolling Plan ke-3 2018 dalam Rancangan Malaysia ke-11. Sehubungan dengan itu, saya mohon Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air agar peruntukan projek ini dapat dipercepatkan dengan segera kerana sudah makan masa yang panjang. Selain itu, jika keputusan sudah dimuktamadkan, tetapkan lah satu tempoh yang jelas dan maklumkan kepada kami. Memandangkan saban hari bilangan pelancong semakin bertambah ramai dan dijangkakan 28 juta pelancong akan melawat ke Malaysia pada 2018 seperti mana dinyatakan dalam Belanjawan 2018. Selain itu, kerajaan juga telah mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia 2020. Tuan Yang di-Pertua, isu yang berterusan adalah sasaran kerajaan mempromosikan gaya hidup sihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pada hari ini, aktiviti berlari dan berbasikal pada hujung minggu menjadi riadah masyarakat yang popular. Di Pekan Nanas, Hutan Lipur Gunung Pulai merupakan destinasi riadah yang mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat. Bagaimanapun, sejak Jabatan Perhutanan mengenakan bayaran RM150 setiap kali memasuki kawasan tersebut, menjadikan orang ramai berasa sangat tidak berpuas hati. Walaupun bayaran yang dikenakan adalah penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan 1984, di bawah Kaedah-kaedah Hutan 1987. Namun, di Dewan yang mulia ini saya mohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan melihat semula peraturan secara blanket yang dikenakan kepada orang ramai kerana bayaran yang dikenakan kepada orang ramai yang hanya berlari dan berjoging adalah sangat tidak munasabah. Ini kerana tempoh mereka berada di kawasan berkenaan amat singkat, di sekitar satu atau dua jam saja. Jika bayaran dikenakan kepada pihak yang mengadakan perkhemahan, mungkin ada kewajarannya. Akan tetapi bayaran tersebut juga dikenakan kepada orang ramai yang hanya beriadah, berlari naik ke puncak dan keluar semula dari kawasan tersebut.

Dato’ Sri Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya mohon sekali lagi agar perkara ini dilihat semula dan saya cadangkan agar orang ramai yang menjalankan aktiviti-aktiviti senaman dan riadah tidak perlu dikenakan sebarang bayaran. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan dan permit masuk. Migrasi penduduk dari satu negara ke satu negara telah berlaku sejak dari dahulu. Perkahwinan seperti kata orang adalah satu jodoh yang sudah ada ketentuannya. Begitu juga dengan kematian. Perkahwinan bersama warga asing dan membina keluarga adalah satu pusingan kehidupan. Bagi mengurus dan mengawal kebanjiran warga asing maka diperkenalkan beberapa akta di bawah Kementerian Dalam Negeri melalui agensi seperti Jabatan Imigresen dan juga Jabatan Pendaftaran Negara. Perubahan masa dan sewaktu menuntut pelbagai isu yang berbeza dan memerlukan keputusan yang mungkin berbeza di satu kes kepada satu kes yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu contoh bagaimana seorang isteri yang merupakan warga asing dan berkahwin dengan warganegara tempatan dan dikurniakan anak. Setelah sekian lama takdir menentukan suami telah meninggal dunia dan pada masa yang sama anak-anak warganegara Malaysia juga membesar dan memerlukan kos penjagaan dan persekolahan sedangkan ibu atau isteri masih belum mendapat kewarganegaraan dan menggunakan permit masuk untuk terus berada di Malaysia. Dalam kes seumpama ini, dimohonlah supaya syarat-syarat ketat untuk permohonan permit dan kewarganegaraan diberikan pertimbangan yang lebih mudah demi masa depan keluarga yang tidak bernasib baik ini. Sehubungan dengan itu saya mohon pihak Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya tidak melihat semua permohonan mesti mematuhi syarat yang sama tetapi ada ruang budi bicara tertentu melihat kes-kes tertentu secara berasingan sebagaimana contoh yang diberikan di atas. Itu sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon menyokong Bajet 2018. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk berbahas dalam Bajet 2018 dan sesungguhnya saya Yang Berhormat Kota Tinggi mewakili rakyat Kota Tinggi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga merangkap Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan satu Bajet yang begitu baik dan sesuai dipanggil ibu segala bajet.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, setakat itu Yang Berhormat. Sambung hari Isnin depan.

Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 6 November 2017.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 05.33 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Borang Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Berat Sebelah, Ahli Parlimen Atau Ahli Dewan Undangan Negeri Tidak Dibenarkan Memberi Sokongan Kepada Pemohon KawasanSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya ingin membangkitkan satu perkara yang amat mengecewakan iaitu “Borang Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Berat Sebelah, Ahli Parlimen Atau Ahli Dewan Undangan Negeri Tidak Dibenarkan Memberi Sokongan Kepada Pemohon” di kawasan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut borang laman sekarang, di kawasan Bandar Kuching langsung tidak ada sesiapa yang boleh memberi sokongan kepada para pemohon di Kuching, kerana dalam borang laman tersebut tiada pilihan untuk dipilih dan ia adalah wajib untuk mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen atau ADUN di kawasan masing-masing. Maka para pemohon di Kuching tidak dapat memohon Rumah Mesra Rakyat kerana kesemua kawasan Kuching adalah dimenangi oleh pembangkang.

Selain itu, saya didapati bahawa borang laman SPNB Mesra tidak dikemas kini sejak awal tahun 2016. Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei 2016, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak sudah mengalami perubahan, tetapi kawasan baru Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri baru masih belum dimasukkan dalam borang laman tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat kecewa, ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius terhadap Program Rumah Mesra Rakyat ini dan kawasan pembangkang diskriminasikan oleh kerajaan.

Akhirnya, saya ingin menyentuh tentang kekurangan pejabat SPNB di Sarawak. Di seluruh Sarawak hanya Bandar Kuching mempunyai pejabat SPNB, kawasan lain seperti Sibu, Bintulu dan Miri semuanya tidak ada. Ia adalah membebankan untuk rakyat yang tidak berkemampuan untuk pergi ke Kuching supaya memohon sesuatu atau mendapatkan bantuan dari SPNB. Saya harap kerajaan boleh menubuhkan lebih banyak pejabat di Sarawak. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, SPNB merupakan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dalam menyediakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan

tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk mendirikan rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan hanya menyalurkan subsidi sebanyak RM20,000 seunit untuk pembiayaan pembinaan RMR1M. Manakala, baki pembiayaan pembinaan di antara RM45,000-RM60,000 perlu diperolehi oleh SPNB melalui kaedah pinjaman dari mana-mana bank. Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi tambahan dua peratus subsidi kadar keuntungan yang dikenakan kepada setiap pemohon yang layak.

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan

Berdasarkan statistik permohonan daripada tahun 2002 sehingga 30 September 2017, sebanyak 89,405 permohonan telah diterima dan dinilai di seluruh negara di mana sebanyak 47,294 unit telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut, 39,395 unit telah disiapkan, 5,857 unit sedang dalam proses pembinaan dan 2,042 sedang dalam peringkat dokumen perjanjian. Manakala sebanyak 29,576 permohonan telah ditolak dan sebanyak 12,535 permohonan kini masih di dalam senarai proses atau dinilai layak.

Bagi negeri Sarawak, sebanyak 4,348 permohonan telah diterima sejak program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini diperkenalkan pada tahun 2002. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,738 permohonan telah diluluskan iaitu 1,002 unit rumah telah siap dibina, 207 unit sedang dalam proses pembinaan dan 529 sedang dalam peringkat dokumen perjanjian termasuk di Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri. Manakala 1,457 unit lagi permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan. Terdapat 1,189 pemohon yang masih di dalam senarai proses atau dinilai layak bagi negeri Sarawak pada masa kini.

Selain itu, program RMR1M ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat di seluruh negara. Ini telah menyebabkan jumlah permohonan melebihi peruntukan tahunan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan terdapatnya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tidak dapat dilaksanakan pada tahun tersebut. Ketika ini terdapat 12,535 pemohon yang masih di dalam senarai menunggu di seluruh negara.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, permohonan ini terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum. Oleh yang demikian, bagi pemohon-pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan RMR1M ini secara online melalui laman sesawang SPNB atau boleh menghubungi di mana-mana Pejabat SPNB di seluruh negara. Bagi pemohon-pemohon yang menghadapi kesukaran permohonan secara online, mereka boleh memohon secara manual dengan menghubungi pihak SPNB untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Program RMR1M ini adalah berdasarkan permohonan yang diterima dari seluruh negara tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;

(iii) pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan;

(iv) pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang usang atau tidak sempurna;

(v) tanah atau tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;

(vi) keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps; dan

(vii) tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Setiap pemohon yang diterima dari seluruh negara akan disaring dan dinilai oleh SPNB. Permohonan bagi program ini adalah terbuka sepanjang masa dan pelaksanaannya tertakluk kepada peruntukan subsidi tahunan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Dato’ Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, SPNB telah pun mengemas kini maklumat bagi pindaan dan penambahan DUN baharu di negeri Sarawak berdasarkan keputusan pilihan raya negeri yang lalu. Pindaan dan penambahan DUN telah diselaraskan seperti yang berikut:

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, SPNB mempunyai satu cawangan di setiap negeri. Walau bagaimanapun, penubuhan cawangan SPNB melibatkan kos operasi yang tinggi. Buat masa kini, SPNB tidak merancang untuk menubuhkan cawangan baharu dalam masa terdekat.

Sehubungan dengan itu, pemohon boleh memanfaatkan permohonan secara online atau menghubungi talian khidmat pelanggan SPNB yang bersedia untuk membantu pemohon yang menghadapi masalah. SPNB juga akan cuba meningkatkan saluran perkhidmatan dengan rakyat Sarawak dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kerosakan Infrastruktur Jalan Raya dan Saliran Air di Jalan Taman Sri Sentosa, Lembah PantaiSpecial Chamber

Puan Nurul Izzah Binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahap jalan raya yang berkualiti akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki dari aspek keselamatan dan keselesaan di kawasan setempat.

Namun, keutamaan ini jelas tidak dapat dilihat di Jalan Taman Sri Sentosa yang rosak dan tidak dibaik pulih semenjak sekian lama.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Lembah Pantai, terdapat beberapa jalan di Jalan Taman Sri Sentosa mempunyai penanda garisan pembahagi dua hala yang tidak jelas.

Perkara ini mengundang kekeliruan pengguna jalan raya yang keliru akan arah jalan tersebut. Ketiadaan garis pembahagi dua hala ini juga boleh menyebabkan kemalangan berlaku bagi pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

Terdapat beberapa saliran air menghala ke longkang di sepanjang Jalan Taman Sri Sentosa yang tersumbat. Perkara ini juga menyukarkan pengguna jalan raya ketika waktu hujan apabila air hujan akan bertakung di sepanjang jalan raya. Saliran air yang tidak diselenggarakan dengan baik serta beberapa bahan yang menghalang kelancaran saliran air ke longkang merupakan salah satu punca air bertakung di permukaan jalan raya.

Penduduk tempatan turut melaporkan bahawa longkang-longkang di tepi Jalan Taman Sri Sentosa tidak tertutup dan rosak. Kebanyakan penutup longkang di sepanjang jalan mengalami kerosakan dan perkara ini mendatangkan bahaya kepada pejalan kaki dan penduduk setempat yang menggunakan laluan tersebut, khususnya pada waktu malam.

Keadaan ini juga membimbangkan penduduk setempat kerana longkang- longkang rosak ini berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah beberapa kali melaporkan aduan Tuan Yang di-Pertua, kepada pihak DBKL. Terbaru, pada 20 dan 25 September 2017. Kita buat aduan di atas talian melalui sistem iSPAA DBKL, namun masih tiada sebarang tindakan serius yang diambil bagi membaik pulih keadaan jalan raya, saliran air dan longkang Jalan Taman Sri Sentosa.

Perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Pihak DBKL perlu mengutamakan tanggungjawab ke atas keselamatan pengguna jalan raya. Pihak DBKL perlu menjelaskan kelewatan ini dan apakah perkembangan kerja-kerja membaiki infrastruktur di Jalan Taman Sri Sentosa.

Pihak kerajaan perlu menyatakan berapakah kos dalam membetulkan infrastruktur dan kerosakan di sepanjang Jalan Taman Sri Sentosa memandangkan Belanjawan DBKL 2017 memperuntukkan hampir RM 637.8 juta bagi program jalan raya dan saliran.

Puan Nurul Izzah Binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Selain itu, pihak kerajaan perlu menjelaskan senarai kerja-kerja menaik taraf setiap jalan raya dan saliran air di Parlimen Lembah Pantai yang diperuntukkan sebanyak RM32 juta dalam Belanjawan DBKL 2017. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, objektif utama dalam menyediakan infrastruktur jalan raya adalah untuk memastikan tahap kemudahsampaian yang tinggi dengan jaringan jalan raya yang teratur, selamat, selesa dan dapat menguruskan masa perjalanan serta kos perjalanan yang paling optimum.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan satu jumlah yang besar bagi memastikan rangkaian jalan raya di Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap yang baik. Infrastruktur jalan raya yang baik akan meningkatkan kemudahan kepada penduduk Kuala Lumpur di samping menjadi pemangkin kepada pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan hidup.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Terdapat 6,609 batang jalan dengan jumlah panjang 2,012 kilometer di Kuala Lumpur. Justeru itu, tidak dinafikan masih terdapat sedikit sebanyak kekurangan seperti kerosakan pada sebahagian jalan di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, program penyelenggaraan sentiasa ditingkatkan untuk memastikan kerosakan jalan di tahap minimum.

Bagi tujuan penyelenggaraan, menaik taraf dan membina baru sistem jalan raya dan saliran pada tahun 2017, dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peruntukan pengurusan sebanyak RM123,250,000 dan peruntukan pembangunan sebanyak RM533,650,000. Bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai, pihak DBKL telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk mempertingkatkan sistem perparitan dan saliran.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai juga, DBKL telah menerima aduan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai pada Khamis, 21 September 2017 dan telah mengemukakan maklum balas pada Isnin, 25 September 2017 bahawa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, saliran air dan longkang di Jalan Taman Seri Sentosa tersebut akan dijalankan pada bulan Oktober dan November 2017. Kemajuan terkini di tapak adalah sebanyak 50 peratus siap.

Bagi kawasan Taman Sri Sentosa juga, kerja-kerja penyenggaraan jalan-jalan yang dilaksanakan ialah sejumlah 11,742.52 meter persegi dengan kos RM455,000 dan sekitar 20,000 meter persegi lagi akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan anggaran kos RM1 juta. Selain daripada kerja-kerja penyenggaraan jalan, kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan siar kaki juga akan dilaksanakan tidak lama lagi dengan anggaran kos RM400,000. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 6 November 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.52 petang]