Dewan Rakyat · 9 November 2017

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 1,064 turns · 79,392 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

1. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah peluang yang boleh diambil oleh usahawan di negara ini dalam bidang ekonomi digital dan kesan bidang baharu ini kepada pembangunan masyarakat setempat.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi digital telah dikenal pasti sebagai salah satu agen pertumbuhan yang dapat mengukuhkan ekonomi negara. Pada tahun 2016, menurut Jabatan Perangkaan, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 18.2 peratus kepada KDNK negara dan dijangka akan meningkat kepada 20 peratus sebelum tahun 2020. Sejajar dengan usaha membangunkan ekonomi digital ini, agensi di bawah KKMM iaitu MDEC telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti eRezeki dan eUsahawan untuk merakyatkan ekonomi digital kepada golongan berpendapatan rendah sama ada luar bandar ataupun dalam bandar termasuk golongan belia dan wanita. Program eUsahawan ini bertujuan untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada usahawan belia dan usahawan mikro dalam menggunakan platform digital dan media sosial sebagai medium untuk menjana pendapatan dan meningkat jualan. Program ini disampaikan dalam bentuk kursus yang dijalankan di pusat-pusat TVET yang terpilih di seluruh negara. Bagi program eUsahawan, sejak Januari 2016 sehingga September 2017, sejumlah 92,926 orang usahawan muda dan desa telah mengikuti latihan dan kursus eUsahawan. Daripada jumlah ini, sebanyak 27,170 atau 29 peratus daripada peserta telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruhan yang berjumlah sebanyak lebih dari RM112 juta. Berdasarkan peserta yang telah melaporkan jualan tambahan, sebanyak lebih 59 peratus adalah dari golongan wanita. Di bawah program eRezeki pula, MDEC mempromosi penggunaan teknologi digital dengan mengupayakan rakyat untuk meraih peluang-peluang ekonomi melalui platform crowdsourcing yang dibangunkan. Melalui kaedah ini, rakyat boleh mengakses pelbagai bentuk pekerjaan dan tugasan yang ditawarkan berdasarkan kepada kemahiran setiap individu. Bagi tempoh Januari 2016 sehingga September 2017, sebanyak 101,693 individu telah dilatih melalui pusat dan wakil eRezeki di seluruh negara. Daripada jumlah ini, sebanyak 57,572 atau 57 peratus telah berjaya menjana pendapatan dengan nilai terkumpul berjumlah lebih RM81 juta. Bagi mewujudkan minat dan kesedaran kepada golongan sasaran, MDEC turut melaksanakan program komunikasi YouCanDuit dengan kerjasama dengan agensi- agensi kerajaan yang terlibat. Dalam usaha menggalakkan usahawan dan syarikat PKS tempatan meluaskan pasaran mereka ke tahap antarabangsa, kerajaan telah mewujudkan inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital atau Digital Free Trade Zone bagi membantu PKS tempatan menembusi pasaran dunia melalui platform eDagang.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Inisiatif ini dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang dianggarkan sebanyak lebih 60,000 menjelang tahun 2025. DFTZ turut dijangka akan menggandakan kadar pertumbuhan eksport barangan dan produk PKS kepada USD38 bilion menjelang tahun 2025.

Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana telah berjaya menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital. Ini merupakan yang pertama seumpamanya di dunia. Dan syabas kerana Malaysia mendahuluinya... [Tepuk] Dan sudah tentu ia bakal menjadi hab digital dan memudahkan perniagaan PKS tempatan. Soalnya, saya minta Yang Amat Berhormat Menteri menyatakan apakah inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan baru yang ingin bermula dalam industri ekonomi digital ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memberi pelbagai inisiatif atau insentif untuk membolehkan pengusaha-pengusaha yang merupakan start-up untuk mereka memajukan perniagaan mereka termasuk untuk menembusi pasaran antarabangsa. Antaranya, syarikat-syarikat mereka boleh dipertimbangkan pengecualian cukai sebanyak lima campur lima tahun. Ini merupakan satu insentif yang sangat baik. Juga, MDEC melalui program Global Acceleration and Innovation Network menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada syarikat teknologi tempatan yang berpotensi. Sebanyak 149 buah syarikat tempatan berteknologi tinggi telah mendapat manfaat dari program seperti ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, apakah cabaran ataupun kekangan utama yang dihadapi oleh pihak kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi digital ini dapat dijayakan dengan berkesan?

Kita telah menerima sambutan yang menggalakkan seperti mana saya sebutkan tadi melalui dua program utama kita iaitu eRezeki dan eUsahawan. Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan empat ribu orang eUsahawan di kalangan mereka yang dari golongan muda yang mana mereka telah menunjukkan minat yang luar biasa. Pada peringkat ini ialah untuk kita menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat bahawa melalui penglibatan mereka dalam program-program seperti ini di bawah dasar eDigital ataupun Digital Malaysia maka potensi adalah amat besar. Inilah yang kita mesti tanam kesedaran di kalangan rakyat dan di samping itu membina ekosistem dan infrastruktur supaya high speed broadband yang lebih laju, lebih pantas supaya kita boleh meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam aspek digital Malaysia.

Mohamad Imran bin Abdul HamidPKR · PRLumut · question

2. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan, bilakah penyelarasan pencen warga ATM boleh dilaksanakan dan apakah formula yang akan digunakan.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut. Kerajaan amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk menambah baik kebajikan anggota-anggota veteran ATM sama ada yang berpencen atau tidak berpencen. Sejak skim gaji ATM mula diperkenalkan pada 1 Ogos 1968 sehingga kini, telah banyak penambahbaikan skim gaji telah pun dilaksanakan. Sebelum tahun 2013, apabila skim gaji baru diperkenalkan kadar pencen pesara ATM juga turut diselaraskan. Penyelarasan pencen bagi semua bekas tentera yang berpencen dilaksanakan mengikut Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982. Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu simulasi pesara ATM yang berpangkat Pegawai Waran 1 yang bersara pada tahun 1978 dengan gaji semasa sebanyak RM1,120 menerima pencen sebanyak RM560.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Walau bagaimanapun selepas beberapa kali pelarasan, pencen beliau pada tahun 2017 adalah sebanyak RM1,544.75, kenaikan sebanyak RM984.75, kenaikan 175.85 peratus. Mulai tahun 2013, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun kepada pesara ATM tanpa perlu menunggu sebarang penambahbaikan skim gaji. Kerajaan juga turut mengumumkan kenaikan pencen minimum RM950 bermula 1 Julai 2016. Semasa pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Oktober, kerajaan telah menaikkan kadar pencen minimum kepada RM1,000 bagi pesara tempoh perkhidmatan 25 tahun. Perkara ini turut terpakai kepada anggota lain-lain pangkat ATM yang berkhidmat selama 21 tahun. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian pada masa ini masih belum dapat membuat pelarasan sepenuhnya pencen kepada pesara ATM kerana cadangan ini akan turut melibatkan kakitangan awam secara keseluruhannya yang akan melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan. Walaupun begitu buat masa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif lain seperti Bantuan Bakti Negara, Skim Anuiti Veteran (SAVe), kenaikan Skim Hilang Upaya Veteran dan Bayaran Insurgensi Khas kepada veteran yang hilang upaya sebelum tahun 2001 kepada veteran- veteran yang layak. Kementerian juga melalui JHEV telah dan terus merancang untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan untuk veteran sama ada yang berpencen dan yang tidak berpencen dengan tumpuan khas kepada usaha kita mengurangkan bebanan kos sara hidup veteran-veteran kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersimpati kepada warga tentera yang berpencen sebelum tahun 1980. Contohnya Laksamana Tan Sri Thanabalasingam yang berpencen pada tahun 1977, pencen beliau tinggi sedikit sahaja daripada Pegawai Waran 1 yang berpencen pada masa ini. Oleh yang demikian, saya mohon kepada kementerian supaya gunakan kuasa- macam saya kata tentera untuk melaksanakan program pencen ini. Kalau tidak boleh keseluruhan, kita pilih daripada tahun 1990 ke bawah ataupun 1980 sebelumnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham sangat yang disarankan oleh Yang Berhormat terhadap Majlis Angkatan Tentera (MAT). Suka saya perjelaskan sememangnya perkara-perkara berhubung dengan pemerintahan, pentadbiran dan disiplin ATM diuruskan sepenuhnya oleh MAT seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, Angkatan Tentera 1972 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Akan tetapi perkara yang berhubung kait dengan gaji, elaun hendaklah diluluskan dengan Parlimen melalui Rang Undang-undang Perbekalan dan Perkara 100, Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu dari segi undang-undang dan dari segi perlembagaan, MAT tidak ada pilihan perkara-perkara yang berkaitan dengan perbelanjaan tadi mesti dibawa ke Parlimen dan melalui Kementerian Kewangan. Apa yang saya sebut tadi walaupun kita cukup bersimpati dengan mereka pada tempoh berkenaan, saya sebut dalam jawapan asal. Kita kalau hendak buat pelarasan sepenuhnya, ia akan melibatkan kakitangan awam secara keseluruhan termasuk kakitangan awam lain selain daripada anggota dan veteran MINDEF dan ini melibatkan implikasi kewangan yang cukup besar. Oleh sebab itu sekarang ini kita cuba bantu mereka yang berkenaan dengan cara-cara mungkin di luar kotak tetapi agenda-agenda lain fokus kepada usaha untuk membantu mereka menghadapi bebanan kos sara hidup melalui agenda-agenda yang lain. Saya faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut. Sama- samalah kita fikirkan cara mungkin lain daripada apa yang dicadangkan. Pertamanya MAT tidak ada kuasa untuk melihatkannya di bawah Perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Keduanya jumlah kos penyelarasan itu akan melibatkan pegawai-pegawai perkhidmatan yang lain dan kosnya terlalu tinggi untuk dibiayai oleh kerajaan setakat hari ini.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pembelaan kementerian dan juga Kerajaan Barisan Nasional terhadap kebajikan veteran ini. Jadi selain daripada jawapan pada soalan asal tadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan selain daripada pencen bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan lagi apakah lagi kebajikan tambahan lain yang dilaksanakan oleh kementerian untuk terus membantu veteran ATM menangani bebanan kos sara hidup ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Parit Sulong, kerana pokoknya dalam apa yang kita bahaskan hari ini berkisar kepada cara bagaimana kita dapat mengurangkan bebanan kos kehidupan atau kos sara hidup veteran-veteran kita. Seperti saya sebut dalam hendak menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Lumut tadi banyak perkara lain yang mungkin kita boleh bantu veteran-veteran kita untuk menanganinya. Insentif-insentif lain termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang untuk tahun 2016 sehingga Oktober 2017, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM38,476,800 untuk tujuan membiayai bantuan sara hidup veteran ATM. Ini tidak termasuk bantuan persekolahan, kolej vokasional kebangsaan, bantuan kemasukan ke universiti awam dan politeknik, bantuan peralatan pesakit, bantuan perubatan, bantuan bencana alam, bantuan mengurus jenazah, bantuan perumahan. Semua ini merupakan insentif-insentif dan inisiatif yang sedia ada tidak termasuk apa yang dirancang oleh MINDEF pada masa kini iaitu berkisar kepada enam hala tuju dan satu teras daripada enam ini ialah memberi tumpuan khusus kepada kebajikan anggota dan veteran-veteran kita.

Di bawah teras kebajikan ini, mempunyai agenda-agenda khusus berhubung kait dengan agenda perumahan anggota dan veteran, agenda perubatan dan kesihatan anggota dan veteran, agenda menangani dan membantu berhadapan dengan kos sara hidup anggota dan veteran dan isu-isu lain yang akan kita lancarkan dalam masa terdekat dengan harapan bahawa secara menyeluruh, secara holistik, secara telus ini semua dapat memberikan harapan, hope kepada veteran-veteran kita bahawa MinDef dan kerajaan serius untuk membela kebajikan mereka. Terima kasih.

Mohd Zaim bin Abu HasanUMNO · BNParit · question

3. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah jaminan Kementerian Pendidikan bahawa Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2017 lepas dapat dilaksanakan sepenuhnya supaya mencapai matlamat memartabatkan bahasa kebangsaan memandangkan tiada bajet khas yang diperuntukkan untuk program-program Bahasa Melayu sebagaimana tahun-tahun sebelum ini yang amat terpinggir berbanding bahasa Inggeris.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit yang telah bertanyakan soalan mengenai dengan memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu. Kerajaan serius dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan Kementerian Pendidikan menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bahasa Kebangsaan bagi memperkukuhkan kedudukan Bahasa Melayu. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan dokumen perancangan jangka panjang yang dibangunkan berdasarkan kepentingan dan melibatkan semua pihak. Pelan tersebut menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci kepada semua pihak berkepentingan, supaya mereka dapat menyumbang secara bersepadu untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai tunggak tamadun negara serta mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Antara inisiatif hala tuju pendidikan Bahasa Melayu adalah:

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

(i) pembangunan kerangka piawaian Bahasa Melayu; (ii) program interaktif kemahiran Bahasa Melayu; (iii) kerangka holistik pembangunan profesionalisme guru Bahasa Melayu; (iv) pemerkasaan ujian lisan Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah; (v) format baru pentaksiran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) SPM; (vi) penjenamaan Kesusasteraan Melayu; (vii) pemilihan bakal guru bahasa yang memberi keutamaan kepada calon yang memiliki KMK; (viii) menaik taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan Bahasa Melayu serantau; (ix) membudayakan penyelidikan penterjemahan dan penerbitan Bahasa Melayu; dan (x) pembudayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan. Pada masa ini, kementerian telah melaksanakan inisiatif 108 pemartabatan pendidikan Bahasa Melayu melalui 15 program dengan peruntukan sebanyak RM4.7 juta. Dalam konteks memartabatkan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka akan terus memperkukuhkan usaha-usaha melalui program penerbitan, pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Program kebahasaan juga dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru (N-BOS) yang melibatkan pelbagai pihak termasuk pihak swasta. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengambil langkah segera menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bahasa Kebangsaan, seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas jawapan Menteri sebentar tadi. Dengan tiada peruntukan khas untuk memartabatkan Bahasa Melayu, ia dilihat sebagai suatu yang amat malang dan tidak memenuhi hasrat dan aspirasi serta semangat Perlembagaan negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, apa pandangan Menteri?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Parit, berkaitan dengan peruntukan ini, inisiatif untuk memartabatkan bahasa ini mempunyai peruntukan yang diletakkan berdasarkan kepada bahagian ataupun unit di kementerian termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Secara khususnya, Yang Berhormat Parit sebut mengenai dengan peruntukan untuk memartabatkan bahasa itu, seperti mana yang pernah diberi dalam inisiatif program 108, bahasa Melayu itu memang ada diberi dan peruntukan itu untuk bajet tahun 2018, peruntukan untuk memartabatkan bahasa itu sebenarnya ada dalam peruntukan keseluruhan di Kementerian Pendidikan. Akan tetapi, dahulunya peruntukan ini spesifik, dipanggil Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Jadi, maknanya peruntukan untuk memperkukuhkan ataupun memartabatkan bahasa ini dengan program-program yang telah ditentukan di peringkat negeri, di peringkat daerah dan juga di peringkat kebangsaan diadakan dan dibolehkan supaya agensi dapat mengikut garis panduan yang sedia ada dalam program yang hendak dibuat. Sebab banyak aktiviti boleh dibuat, sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat pendidikan Daerah dan sekolah serta ada juga dibuat melalui Institut Pendidikan Guru (IPGM) seperti mana IPG Kampus Bahasa Melayu yang menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bahasa. Jadi, maknanya dari segi peruntukan itu, saya yakin walaupun tidak disebut secara spesifik Yang Berhormat Parit, tetapi peruntukan boleh diambil untuk tujuan penggunaan dalam bahasa. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat kini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lagi terserlah. Saya hendak tanya, apakah perancangan kementerian untuk memperkasakan kembali Dewan Bahasa dan Pustaka seperti mana ia suatu ketika dahulu. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota- saya confused dengan Yang Berhormat Kuantan. Antara usaha-usaha untuk memperkukuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai program Tuan Yang di-Pertua, program untuk penerbitan, pengembangan bahasa Melayu dan juga program kebahasaan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga menjadi urus setia kepada bulan bahasa setiap tahun dan seperti biasa, Dewan Bahasa dan Pustaka juga mempunyai hubungan yang akrab dengan semua badan-badan bukan kerajaan, NGO yang ada kaitan bahasa Melayu. Secara keseluruhannya boleh saya katakan Dewan Bahasa dan Pustaka masih meneruskan usaha-usahanya untuk memperkukuhkan pelbagai program, cumanya barangkali dalam beberapa hal berkaitan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, kita perlu melihat bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka boleh memainkan peranan hal yang berkaitan dengan penerbitan digital.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Oleh sebab saya kira Dewan Bahasa dan Pustaka lebih kepada buku-buku yang ada ini dan pada waktu ini, belum ada lagi sebenarnya. Baru hendak berusaha untuk hendak keluar daripada penerbitan buku ini kepada penerbitan digital. Sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka boleh masuk kepada penerbitan digital, saya kira Dewan Bahasa juga berada pada tahap yang terbaik seperti mana yang telah dilalui. Keduanya, Dewan Bahasa dan Pustaka juga sedang berusaha untuk membuat National Blue Ocean Strategy (N-BOS) dengan agensi-agensi yang lain untuk mempertingkatkan keupayaan mereka dalam hal yang berkaitan dengan penerbitan dan juga perkembangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini berakhir. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

1. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, status terkini pengeksportan durian ke negara China dan kesan kepada industri serta pekebun-pekebun durian tempatan.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam dan izinkan saya untuk menjawab pertanyaan pada hari ini bersekali dengan pertanyaan lisan oleh Yang Berhormat Jerantut bertarikh 27 November, Yang Berhormat Sibuti bertarikh 30 November kerana menyentuh isu yang sama mengenai status pengeksportan dan pemasaran durian kita.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya eksport kita ke negara China masih lagi di peringkat yang rendah. Kalau kita melihat pattern eksport kita ke negara China pada tahun 2015 sekitar RM23 juta dan pada tahun 2016, RM18 juta. Ia kecil berbanding dengan keseluruhan eksport kita sekitar RM74 juta. Namun begitu, kita berusaha untuk meluaskan pasaran kita. Kita melihat China merupakan satu potensi pasaran yang besar kerana ia adalah merupakan negara yang besar penduduknya dan kita melihat bahawa rakyat mereka gemar memakan durian. Cumanya untuk memperkenalkan durian Malaysia ini memerlukan sedikit usaha kita.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengadakan satu festival durian di Nanning. Terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua sendiri bersama dengan kami dan memeriahkan suasana di mana dalam festival tersebut, kira-kira 165,000 orang datang hanya beratur untuk merasakan seulas durian kita. Ini suatu perkara yang dianggap fenomena, angka ini angka yang diberikan oleh pihak mereka sendiri kerana mereka merasakan durian Malaysia ini adalah merupakan durian yang istimewa. Isunya sekarang ini, kita masih tidak boleh mengeksport sepenuhnya kerana menurut authority bahagian pemeriksaan dan kuarantin mereka, kita tidak boleh menghantar durian sepenuhnya termasuk kulit. Sekarang ini kita hanya dapat mengeksport dari segi ulas yang sudah disejuk beku dan isi yang sudah disejuk beku, ertinya pulp dan paste yang ada. Saya percaya bahawa isu ini akan dapat diatasi dan kita akan dapat melihat sesuatu jumlah eksport yang lebih besar di masa yang akan datang, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri kerana telah mencatat satu rekod yang cukup cemerlang dalam Festival Durian Malaysia yang berlangsung di Nanning baru-baru ini... [Tepuk] Bukan sahaja kita mencatatkan satu hasil jualan yang cukup tinggi tetapi pelancong yang seperti mana dikatakan, 165,000 orang pelancong yang datang sudah tentunya membantu mengharumkan nama baik negara kita. Jadi Yang Berhormat Menteri, soalan saya, saya ingin merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Bagan baru-baru ini. Beliau mengatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional kita adalah culprit kerana kita membenarkan pengeksportan durian ke Negara China dan menyebabkan harga durian melambung dan rakyat terpaksa makan dengan harga yang tinggi. Jadi saya ingin bertanya, apakah kenyataan seperti ini logik, masuk akal dan apakah pengeksportan durian kita benar-benar memanfaatkan rakyat dan negara. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sedar bahawa baru-baru ini terdapat kenaikan harga durian yang di luar kebiasaan terutama sekali durian Musang King. Pada baru ini sampai ke tahap RM100 per kilogram, sesuatu yang di luar pada kebiasaan. Sebenarnya punca kepada kenaikan ini bukan kepada eksport kita ke China, tetapi punca yang sebenarnya kerana faktor musim baru-baru ini dari segi pengeluarannya turun. Daripada statistik yang kita dapati bahawa pengeluaran tahun ini hanya sekitar 20-30 peratus daripada pengeluaran yang sepatutnya. Jadi sudah tentu harganya tinggi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ini tidak sepatutnya kita melihat mengeksport durian itu suatu perkara yang negatif. Bagi kita, bagi petani keseluruhannya, bila mereka tanam sesuatu, isu harga tinggi tidak sepatutnya kita lihat sebagai masalah. Masalahnya kalau tidak ada harga. Misalnya kalau berlaku lambakan, tidak ada orang hendak beli. Berlaku misalnya kepada mangga Harum Manis misalnya, apa yang berlaku pada bulan puasa yang lepas, harganya jatuh kerana faktor-faktor ia berlaku lambakan pada waktu tersebut. Jadi sebab itu kita katakan bahawa kita mesti melihat pasaran yang luas itu adalah satu yang positif kepada mereka yang berkebun, yang menanam, yang bertani, yang terlibat dalam usaha tanaman dan usaha yang berkaitan dengan durian. Oleh sebab itu kalau orang tanya saya, “Bilakah waktu yang terbaik untuk tanam durian?” Saya katakan, “Yang terbaik lima tahun yang lalu kerana tahun ini harga tinggi”. Akan tetapi kalau orang tanya lagi, “Waktu kedua yang terbaik bila?”. Saya katakan, “Sekarang ini yang kedua terbaik”. Ini kerana kita jangkakan insya-Allah dalam masa dua atau tiga tahun yang akan datang apabila negara seperti China melalui kempen yang kita adakan sekarang, terdapatnya rasa acquire the taste, mereka gemar durian Malaysia, Musang King kita terutama sekali dan kita membuka pasaran yang lebih luas lagi dan mereka dapat meluluskan kemasukan durian kita secara sepenuhnya, ia akan merupakan peluang kekayaan baru kepada rakyat negara kita kalau mereka memulakan usaha menanam dari sekarang. Kita menjangkakan bahawa apabila harga tinggi, ratusan jenis-jenis pekerjaan baru akan dapat diwujudkan.

Misalnya mereka yang terlibat dalam nursery, dalam cantuman dewasa, menghasilkan produk-produk seperti aiskrim durian, kopi durian, pasta durian dan sebagainya yang berlaku sekarang ini, ia adalah merupakan potensi kekayaan yang mungkin tidak difikirkan suatu ketika dahulu, ia adalah merupakan potensi yang besar di masa yang akan datang Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya, semasa kita menggalakkan pengeksportan durian ke negara, saya percaya kemungkinan selepas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri, memang kita ada program dari kementerian iaitu memastikan bahawa pekebun durian tempatan ini dan masih perlu mengambil perhatian tentang pasaran tempatan, bukan hanya tumpukan perhatian kepada eksport. Kita nampak negara-negara yang lain, buah-buahan yang diimport oleh negara kita harganya mesti lebih tinggi dari di negara asalnya. Oleh sebab itu, saya minta bagaimana dengan ada program atau ada usaha untuk memastikan bahawa yang kita menikmati buah-buahan tempatan ini, harganya mesti jika buat comparison, mesti lower than dengan yang dinikmati oleh negara asing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh melihat negatif tentang pasaran eksport. Sepatutnya kita berbangga. Kalau negara seperti Amerika, Eropah, dia berbangga dengan apples, dengan oranges mereka, dengan anggur mereka yang dieksport ke negara lain. Kita tidak ada buah lain yang kita rasakan dapat kita eksport secara besar-besaran dan mempunyai nilai yang tinggi.

Mungkin kita ada eksport sedikit nanas, nangka dan sebagainya. Akan tetapi kita melihat bahawa durian adalah sesuatu yang luar biasa daripada segi nilainya, daripada segi rasanya yang menjadikan kita patut berbangga dalam soal ini. Malah, misalnya di China baru-baru ini, ada orang kata di China ini ada dua sahaja perkara yang mereka melihat orang beratur panjang. Satunya, dia kata bila Amerika mengeluarkan iPhone baru, iPhone X yang kesepuluh, orang beratur. Yang kedua, dia orang tengok yang beratur ialah durian Malaysia ini. Ini satu perkara yang patut kita banggakan. Akan tetapi isu yang lain yang berkaitan, ya orang Malaysia rasakan bahawa kerana itu durian kita naik, dia rasa resah dalam soal ini. Naik kerana yang saya sebutkan tadi kerana pengeluaran baru-baru ini. Sebagai contohnya, sekarang ini apabila pengeluaran sudah membaik sebab durian ini ada dua musim yang besar, dua musim. Satunya musim besar iaitu sekitar bulan Jun- bulan Julai dan dipanggil musim kecil. Big season ialah bulan November- bulan Disember. November sudah ada, harganya telah turun sekarang ini kepada dulu kita cakap RM100 Musang King kepada sekitar RM45 ke RM50 sekarang, ini harga runcit. D24 ada, harga RM20 ke RM30. Durian kampung sekitar RM15. Ertinya, apabila pengeluarannya bertambah, ianya akan juga dapat diturunkan dan kita mesti menjangka di masa yang akan datang, sebagai contohnya di bawah Jabatan Pertanian sekarang ini, kita sudah mendaftarkan 1.5 juta pokok durian sekarang ini, 1.5 juta dan 500,00 Musang King. Kita juga menjangkakan katakanlah satu pokok dapat kita menghasilkan secara purata 50 biji dan kita andaikan sebiji sekilo, sebenarnya lebih. Kita jangkakan bahawa kita akan dapat menghasilkan 75 juta tan dan kalau kita andaikan 40 peratus sahaja yang menjadi, kita akan dapat menghasilkan sekitar 30 juta tan. Kita rasa kalau kita perlu mengeksport hanya 30 peratus daripadanya, yang lain itu berada dalam pasaran tempatan, kita galakkan pelancong datang negara kita kerana lebih murah di sini. Kalau 30 peratus pun, kita hanya mengeksport sekitar 10 juta tan. Bunyinya besar tetapi masih ada 20 juta tan yang berada dalam negara kita. Akan tetapi kita perlu merancang sekarang. Kepada penanam-penanam, kita mengatakan bahawa untuk memasuki pasaran besar yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi ialah negara seperti China. Akan tetapi kita terpaksa melalui peraturan kuarantin mereka yang strict di bawah sistem atau dasar SPS- sanitary and phytosanitary mereka yang strict. Sebagai contohnya, kenapa durian Thailand boleh diterima mereka?

Oleh kerana durian Thailand diambil di pokok, tak jatuh ke bumi. Durian kita jatuh ke bumi. Di kalangan pengusaha, mereka memikirkan supaya tak jatuh, mereka membuat net supaya tak jatuh ke bumi, tak kena pasir-pasir, tanah yang kemungkinan ada organisma yang tidak baik. Jadi, ini antara perkara yang kita perbaiki daripada segi kualiti kita, mutu kita dan mencari jalan bagaimana ianya tahan lama kerana buah ini buah bermusim. Jadi, eksport akan mendidik orang kita untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan buah kita bersaing dengan buah-buah yang lain tetapi yang penting, ia memberi kekayaan baru pada mereka yang mengusahakannya, Tuan Yang di-Pertua.

Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota · question

2. Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk membantu anggota-anggota PDRM berpangkat rendah menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

Dato’ Masir KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, KDN dan Polis Diraja Malaysia secara berterusan membuat kajian untuk menambah baik skim perkhidmatan, elaun-elaun serta kemudahan asas yang lain untuk membantu anggota-anggota PDRM yang berpangkat rendah menangani kos sara hidup yang kian meningkat untuk pertimbangan pihak berwajib. Antara langkah-langkah yang diambil bagi tujuan mengurangkan bebanan anggota PDRM adalah seperti PDRM telah diperuntukkan sebanyak RM30.5 juta untuk penyelenggaraan kuarters kediaman, pembaikan pejabat dan kemudahan lain. Di samping itu, tiga projek baru telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Pertama (RP1) dan memberi fokus kepada penyiapan sebanyak 13 projek sambungan pembinaan kuarters baru tahun 2016. Kerajaan menyedari bahawa ramai anggota polis yang bersara masih lagi menyewa dan tidak berkemampuan untuk membeli rumah sendiri. Justeru, semasa pembentangan Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah pun mengumumkan pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PDRM atau PPA1M yang disesuaikan dengan tangga gaji anggota polis. Ketiganya, PDRM juga telah mendirikan pusat saringan kesihatan sebagai projek perintis di Bukit Aman untuk anggota mendapatkan rawatan awal atau merawat penyakit yang bukan kronik. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa hadapan. Keempat, menyediakan taska di tempat-tempat kerja dan kompleks perumahan PDRM bagi mengurangkan kos menghantar anak-anak ke pusat jagaan luar. Kelima, menyediakan rumah transit bagi keluarga yang mengiringi anggota untuk menerima rawatan di hospital dan juga mewujudkan 19 pusat hemodialisis yang menyediakan rawatan secara percuma kepada anggota PDRM yang menghidap sakit buah pinggang. Menyediakan bantuan kepada anak-anak yatim, anak kurang upaya atau OKU, bantuan pelajaran, hadiah perkahwinan dan juga bantuan khairat kematian melalui Tabung Kebajikan PDRM dan mengemukakan sebanyak 13 elaun tambahan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA untuk tujuan semakan semula dan juga penambahbaikan. Namun demikian, segala langkah yang diambil tidak akan membantu meringankan kos sara hidup sekiranya tiada kesedaran untuk menguruskan pendapatan yang diperolehi secara berhemah. Selagi ada perasaan ingin berbelanja secara mewah, kehidupan seharian akan sentiasa dibelenggu kesempitan dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya soalan ini kerana di dalam satu Titah Ucapan oleh Paduka Baginda Sultan Perak yang menekankan bahawasanya tekanan kepada anggota kita, khususnya anggota PDRM kerana gaji mereka tidak setimpal, kenaikannya tak setimpal dengan kenaikan harga barangan.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Oleh itu, tendency nya bila tertekan, membuat pelbagai benda yang salah daripada segi undang-undang. Saya juga tertarik dengan jawapan Menteri berkenaan dengan yang dah bersara tidak mampu nak memiliki rumah. Saya nak memberi pandangan dan minta Menteri menjawab sama ada bersedia tak Menteri ataupun kementerian seperti mana dilakukan di Negeri Pahang di masa pemerintahan yang lampau. Digalakkan, contohnya pegawai-pegawai kerajaan tinggi menubuhkan syarikat koperasi dan kerajaan menganugerahkan tanah dengan kos yang paling rendah. Apabila pegawai-pegawai kerajaan itu mendapat tanah yang rendah, mereka mampu membina rumah. Pegawai rendah seperti kerani mampu membina rumah banglo dua tingkat kerana tanah itu dia dapat dengan kos yang hampir paling minima. Jadi, dia dapat loan, pada ketika itu loan RM70,000 ke RM80,000, cukup untuk dia membina rumah dua tingkat. Ini dilakukan bukan hanya kepada pegawai tinggi, malahan pegawai rendah kerajaan, dilakukan kepada angkatan-angkatan tentera, anggota tentera dan juga guru-guru. Jadi, saya tengok polis sahaja, PDRM tidak mengambil kesempatan ini. Bersedia kah kementerian mencadangkan untuk membuat hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan negeri, menubuhkan koperasi dan kemudian mendapatkan tanah at a very nominal cost? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Masir KujatPRS · BNSri Aman

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik cadangan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Terutama sekali bila PDRM bercadang untuk menubuhkan koperasi dengan kerajaan negeri yang sedia memberi kemudahan seperti menyediakan tanah dan sebagainya. Memang kerajaan dah ada koperasi PERKASA tetapi ramai juga mungkin dah menjadi ahli. Sudah pasti saya akan mengambil maklum perkara ini dan sekiranya ia memberi kebaikan kepada pihak polis, terutamanya mereka yang berpangkat rendah dan menerima gaji yang tak berapa lumayan, inilah usaha yang baik daripada Yang Berhormat.

Dato’ Masir KujatPRS · BNSri Aman

Saya akan ambil maklum perkara ini. Satu lagi tentang yang pertama tadi menyebut tentang Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang menyebut tentang masalah- masalah yang berkaitan dengan mereka yang berpangkat rendah. Sudah pasti kita ada juga menubuhkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Sudah pasti mereka akan memantau segala kegiatan yang dilakukan untuk mereka supaya tidak menjejaskan prestasi. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Pertamanya, saya nyatakan bahawa kita menghargai tugas pasukan polis negara kita. Soalan tambahan saya, apakah kerajaan mempunyai bantuan tambahan atau kemudahan yang boleh diberikan kepada anggota-anggota polis terutamanya yang berkeluarga, yang bekerja, yang bertugas di bandar-bandar besar di Malaysia, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru? Kemudahan tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.

Dato’ Masir KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Memang sudah dimaklumkan pada jawapan yang terakhir tadi, kita telah mengemukakan cadangan untuk menambah baik perkhidmatan pihak polis untuk mengkaji ataupun semakan semula perkhidmatan polis dan juga penambahbaikan. Setakat ini pihak polis memang sudah bercadang untuk memberi ataupun memohon bayaran insentif PDRM dan perkara ini telah dikemukakan kepada JPA sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab. Sekiranya diluluskan ini akan membantu mereka yang bergaji rendah dan tiap-tiap pangkat ada insentif yang akan diberi sekiranya diluluskan nanti. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Kita sedang bercakap tentang anggota PDRM yang berpangkat rendah. Kalau konstabel umpamanya mungkin gaji di antara RM1,000 hingga RM3,000 lebih sahaja. Kebimbangannya ialah kita bimbang takut anggota PDRM yang begini akan terjebak dengan rasuah. Hari ini ada golongan-golongan kerja yang dikatakan mudah terjebak dengan rasuah dan rasuah ini diambil kerana dua perkara yang utama.

Pertama, terdesak, susah, miskin dan tiada pertimbangan. Kedua, tamak haloba, gila dunia dan tidak ingat mati. Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah pendekatan proaktif kerajaan supaya anggota PDRM tidak terjerumus dalam kancah rasuah ini? Terima kasih.

Dato’ Masir KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Ya, saudara saya dekat. Jadi sudah pasti kita– tadi saya sudah menyebut tentang Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Sekiranya masalah ini berlaku di antara mereka yang bergaji rendah, sudah pasti jabatan ini akan meneliti dan memantau kegiatan mereka. Sekiranya mereka cenderung untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang- undang, pihak JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang tertentu dan bersesuaian. Semalam telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bila menggulung semalam dan telah pun mengatakan no compromise tentang isu-isu yang berkaitan dengan sisi undang-undang sekiranya menyalahi undang-undang terutama sekali rasuah bila mereka telah dibelenggu kesempitan dan sudah pasti kita akan mengambil maklum perkara ini, Yang Berhormat. Saya akan bawa kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat selaku Menteri Dalam Negeri. Terima kasih.

Ismail bin DautUMNO · BNMerbok · question

3. Dr. Ismail bin Daut [Merbok] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula syarat-syarat Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 dan apakah langkah yang dilakukan bagi mengelak penyalahgunaan lesen perniagaan oleh warga asing di negara ini.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pakej pemberian insentif yang dikenali sebagai Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) merupakan inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terkini melibatkan golongan belia khususnya pelajar. Melalui skim ini para pelajar boleh mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM untuk tempoh setahun secara percuma tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Buat masa ini kementerian belum bercadang untuk mengkaji semula syarat- syarat skim tersebut. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu melibatkan penyalahgunaan lesen perniagaan oleh warga asing di negara ini, skop SSM terhad kepada hal-hal berkaitan pendaftaran perniagaan sahaja. Di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956), warganegara Malaysia atau individu yang memiliki status penduduk tetap, hanya mereka sahaja boleh mendaftarkan perniagaan di SSM. Walau bagaimanapun, SSM sentiasa komited dalam menangani isu tersebut. Melalui pendekatan Blue Ocean Strategy, pelbagai langkah telah dilaksanakan secara kolaborasi dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain untuk mengelakkan penyalahgunaan lesen perniagaan oleh warga asing di negara ini. SSM juga telah mengeluarkan Pekeliling Bilangan 1/2017, Kuasa Pendaftar Untuk Membatalkan Entiti Perniagaan Atas Alasan Tertentu bertarikh 10 Julai 2017, bertujuan menjelaskan kuasa pendaftar SSM, untuk membatalkan entiti perniagaan di bawah pengawalseliaan SSM yang didapati menyalahgunakan perniagaan dengan menggaji warga asing tanpa permit yang berkaitan atau membenarkan perniagaan yang didaftarkannya dijalankan oleh warga asing. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Ismail bin DautUMNO · BNMerbok

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan untuk mengalu-alukan rombongan imam-imam dan pengerusi masjid Parlimen Larut ke Parlimen pagi ini seramai 84 orang... [Tepuk] Bersama itu, soalan tambahan, adakah pihak kementerian berhasrat untuk mengadakan kerjasama strategi menerusi pendekatan NBOS bagi membantu memasarkan produk-produk usahawan IPTA dan IPTS yang berdaftar menerusi skim ini? Apakah jenis bentuk perniagaan yang didaftarkan oleh kebanyakan pelajar-pelajar?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oh! Saya baru sedar bahawa imam-imam dari kawasan saya hadir. Terima kasih... [Tepuk] Kita jemput imam-imam, Tuan Yang di-Pertua supaya memberikan rahmat kepada kita semua dengan doa-doa daripada imam-imam ini.

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Memang inilah yang kita lakukan iaitu kalau kita kata National-Blue Ocean Strategy, ini kita lakukan bukan hanya semata-mata untuk mengawal selia atau menggunakan penguatkuasaan yang ada untuk memastikan segala perniagaan harus kita ambil tindakan kalau mereka salah gunakan dan tidak mengikut akta yang ada. Akan tetapi kita juga membantu dari segi meningkatkan pasaran mereka. Kita menganjurkan beberapa kursus-kursus supaya mereka sedar bahawa hendak melakukan perniagaan dia terpaksa mengikut undang-undang yang ada dalam negara. Jadi kalau hendak memasarkan pula bukan SSM, kita melalui kementerian sendiri kita boleh lakukan dengan memberikan beberapa strategi-strategi yang baharu contohnya bagaimana hendak meningkatkan produk mereka, kapasiti produk mereka dan membetulkan kalau design packaging mereka tidak begitu menarik. Semua itu kita lakukan di bawah kementerian sendiri. Bukan SSM tetapi mengikut apa yang kita lakukan adalah untuk memastikan produk-produk ini boleh, bukan hanya diketengahkan di dalam negara tetapi juga di luar negara. Manakala soalan untuk jenis perniagaan yang dilakukan atau didaftarkan oleh pelajar-pelajar, buat setakat ini kebanyakan mereka adalah mendaftarkan untuk berniaga secara online. Itu kebanyakannya. Peratusannya agak tinggi kerana mereka hendak melakukan demi atas kaedah yang begitu mudah untuk mereka melakukan perniagaan. Maka sebab itu mereka banyak berdaftar atas sifat untuk melakukan perniagaan secara online. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik kepada persoalan masalah warga asing di negara ini yang kita perhatikan bahawa mereka ini seolah-olah mempunyai rangkaian peruncitan yang agak besar dan mereka membeli secara borong dan seterusnya berniaga. Jadi soalan saya, apakah tindakan-tindakan bersepadu untuk mengatasi masalah peniaga asing yang membuat rangkaian perniagaan ini? Cuma yang saya tidak pasti, adakah mereka itu warga asing atau warga yang telah diberikan kad pengenalan. Itu sahaja. Terima kasih.

Memang benar, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, membangkitkan isu ini memang sesuatu perkara yang memang kita lakukan. Mulai dari tahun 2016, kita melakukan operasi bersepadu yang kita namakan Ops Niaga, sudah pun kita lakukan pada tahun 2016 dan pada tahun ini, Ops Niaga ini kita pertingkatkan, kita namakan Ops Niaga 2. Apa yang kita lakukan untuk bukan hanya memeriksa semua premis-premis perniagaan yang dilakukan oleh semua mereka yang berniaga di tempat-tempat yang kita berikan tumpuan tetapi hendak melihat sama ada mereka yang berniaga itu berdaftar ataupun tidak. Jika sekiranya ia berdaftar, adakah pekerja-pekerja itu, kalau ianya warga asing, sama ada mereka mendapat permit untuk bekerja ataupun tidak. Semua ini kita lakukan secara bersepadu. Bukan hanya kementerian saya, tetapi juga bersama dengan Jabatan Imigresen, kalau di KL dengan DBKL, dengan Polis Diraja Malaysia. Semua ini kita lakukan kerana hendak memberikan rasa keselesaan. Kalau mereka benar-benar telah pun berdaftar dan mendapat status penduduk tetap, maka bermakna mereka boleh berniaga di situ. Akan tetapi kalau sekiranya mereka tidak melalui proses yang sebenarnya dan mereka masih lagi berniaga, kita ambil tindakan. Buat masa ini, sudah pun ada kes-kes di mana mereka kita ambil tindakan dan kita bawa mereka ke pihak mahkamah. Terima kasih.

Zuraida binti KamaruddinPKR · PHAmpang · question

4. Puan Zuraida Binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah rancangan pihak kementerian dalam mengatasi masalah kesihatan mental yang merupakan masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil berat tentang isu, masalah kesihatan mental di dalam negara. Mengikut kajian yang telah dibuat pada tahun 2015, prevalent masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia, orang dewasa berumur 16 tahun ke atas adalah lebih kurang 29.2 peratus. Walau bagaimanapun, peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan penyakit mental kerana ada perbezaan di antara kedua-dua ini.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Usaha-usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk menangani isu ini, kita telah mengambil pelbagai jenis langkah. Salah satu daripadanya ialah melalui Program Kesihatan Mental Komuniti yang dilaksanakan di semua klinik-klinik kesihatan di seluruh negara. Satu program yang dilaksanakan secara berintegrasi yang meliputi aktiviti promosi, pengesanan awal melalui saringan untuk mengesan awal terhadap tahap stress, keresahan, kemurungan serta individu yang berisiko mengalami masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat dan serta intervensi kepada mereka yang dikenal pasti ada isu. Kedua, bagi mempertingkatkan kemahiran menangani stress di kalangan komuniti, usaha-usaha mempromosikan kesihatan mental dan mencegah penyakit mental dilaksanakan melalui latihan kemahiran daya tindak dan aktiviti memperkasakan komuniti di mana elemen menangani stress dimasukkan sebagai salah satu modul di dalam komponen di dalam aktiviti komuniti KOSPEN dan di dalam aktiviti komuniti KOSPEN PLUS. Kementerian juga kerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan Program Minda Sihat dalam kalangan murid di sekolah dan satu saringan dibuat untuk murid Tingkatan 4 di semua 2,343 buah sekolah di seluruh negara yang dipanggil Depression Anxiety Stress Scale (DASS) untuk mengetahui status kesihatan murid sekolah menengah bagi mengenal pasti tahap stress, keresahan dan kemurungan di kalangan mereka yang dikenal pasti mempunyai isu, mereka dirujuk kepada pihak- pihak tertentu untuk mendapat kaunseling dan rawatan kalau perlu. Kementerian juga menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental secara khususnya dan di dalam 33 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Selain daripada itu, di peringkat kesihatan primer, di dalam klinik-klinik kesihatan, semua doktor, pakar perubatan keluarga, mereka telah mendapat latihan di dalam psycho-education untuk merawat isu-isu berkaitan dengan kemurungan dan pengurusan kes berkaitan dengan stress. Selain daripada itu, kita pun telah mewujudkan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di 24 buah tempat di seluruh negara untuk bantu di dalam usaha ini juga. Kementerian terus menyediakan perkhidmatan kaunseling serta pendidikan keluarga yang mempunyai waris yang menghidap penyakit mental mengenai cara pengendalian penjagaan pesakit mental di dalam rumah. So ini beberapa daripada langkah yang telah diambil oleh kerajaan dengan sedar tentang keberatan isu, masalah mental di dalam kalangan masyarakat di dalam negara kita. Akan tetapi isu ini, tanggungjawab ini bukan sahaja dengan kerajaan sahaja tetapi inilah tanggungjawab masyarakat kepada keseluruhannya di mana semua pihak kena mengambil peranan mereka, memainkan peranan mereka termasuk contoh di dalam tempat kerja, contohnya di dalam sekolah dan di mana satu persekitaran mesti diwujudkan di mana kemungkinan untuk mendapat kemurungan atau stress boleh dikurangkan seboleh-bolehnya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Memandangkan apa yang daripada jawapan Yang Berhormat Menteri adalah menerangkan tentang program- program support, sokongan untuk membantu menangani masalah penyakit mental ini. Walaupun saya mendapat banyak kajian dan juga laporan daripada National Morbidity Survey, pakar perubatan, ketagihan dari universiti perubatan antarabangsa dan juga Institut Kesihatan Kebangsaan bahawa dijangkakan hampir 40 peratus rakyat Malaysia yang akan diramalkan akan mendapat sedikit atau sebanyak sakit mental. Ini kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, sakit mental itu tergolong kepada kemurungan, kesedihan, stress dan sebagainya. Selain daripada itu, jenayah ganas juga termasuk dalam penyakit mental. Bunuh diri juga di kalangan orang- orang muda antara 15 hingga 29 tahun adalah faktor kedua yang paling tertinggi orang muda bunuh diri. Jadi faktor kesedihan dan kemurungan adalah satu faktor yang kesihatan mental yang harus ditangani. So Yang Berhormat Menteri, jadi faktor-faktor kesedihan, kemurungan ini termasuklah kepada mereka yang memberi ucapan-ucapan yang ganas seperti mengucapkan, “Kepala bapak engkau”. This is also satu simptom penyakit mental, ya.

Tanya soalan. Apa ini, panjang sangat ini?

Soalan saya Tuan Yang di- Pertua...

Yang Berhormat Ampang lah sakit otak.

Yang Berhormat Ampang yang cakap, kita tidak cakap pun.

Soalan saya, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri menerangkan sebanyak manakah peruntukan yang diberikan untuk menangani masalah mental ini kerana saya difahamkan NGO-NGO yang menjalankan ceramah-ceramah penyakit mental ini mendapat peruntukan yang sedikit sahaja.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Bagan Serai stresslah.

Keduanya...

Sebab dia cakap merapu.

Keduanya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana Yang Berhormat Menteri hendak mengatasi penambahan bilangan psikiatri dalam negara kita mengikut...

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Semua orang jadi stress.

World Health Organization yang mengatakan bahawa setiap satu psikiatri kepada 10,000 orang penduduk Malaysia sedangkan Malaysia hanya ada 360 psikiatri ketika ini. Kita punya ratio adalah satu ke 200,000 penduduk. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan. Satu untuk peruntukan untuk menangani masalah mental ini. Kedua adalah bagaimana untuk menambahkan bilangan psikiatri dalam negara ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Salah satu daripada punca stres adalah bila satu soalan kesihatan dijadikan satu soalan politik... [Tepuk]

[Dewan riuh]

So, sebagai rakyat yang menyedari tentang keperluan mengurangkan stres, kita kena terlebih dahulu faham apa soalan yang boleh ditanya dan yang tidak boleh ditanya. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan memang banyak untuk mengurangkan perkara ini dan saya telah menjelaskan tadi dan saya telah beritahu bahawa isu ini ialah satu isu yang melibatkan masyarakat pada keseluruhannya yang melibatkan cara hidup kita, macam mana sistem pendidikan kita. Contoh, daripada saringan yang kita buat di sekolah, lebih daripada 100 murid telah menjawab bahawa mereka ada separuh atau sedikit isu-isu berkaitan dengan stres atau kemurungan. Kalau lihat kepada punca itu, daripada 100 lebih murid yang telah jawab, 79 peratus telah jawab bahawa puncanya ialah daripada isu-isu berkaitan dengan diri sendiri dan yang berkaitan dengan keluarga mereka. So, berkaitan itu, kita kena memberi keupayaan dan empowerment kepada murid-murid di dalam sekolah kita melalui sistem pendidikan supaya dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mereka hadapi di dalam umur itu- kerana kajian dibuat, pada umur 16 tahun, di umur inilah pelbagai jenis cabaran. Satu daripada- umur itu pun satu umur yang mencabar juga kerana mereka menghadapi pendidikan tahun depan itu ialah SPM. So, kerana ada pelbagai perkara ini, kita kena memberi empowerment kepada mereka, dalam jati diri mereka supaya mereka boleh menanganinya. Ini terpulang kepada sistem pendidikan.

Selain daripada itu, berapa banyak sokongan diberi daripada keluarga. Kadang- kadang ibu bapa sibuk dengan kerja mereka. Kadang-kadang mereka tidak ada masa untuk datang dan bincang dengan anak-anak mereka tentang isu yang dihadapi. So, ini semua ialah perkara-perkara yang mungkin boleh menjadi punca kepada masalah yang kita sedang bincang. Akan tetapi, kementerian sedang memperluaskan segala aktiviti yang sedang kita jalankan selain daripada di klinik-klinik kesihatan atau di hospital tetapi sampai ke peringkat komuniti. Itu sebab saya telah mencadangkan di kementerian di mana kita memperluaskan lagi program-program yang berkaitan dengan kesihatan mental di peringkat KOSPEN contohnya. Sekarang kita ada lebih kurang 6,000 lebih locality KOSPEN di seluruh negara. Mungkin di dalam tahun ini, kita boleh tambah lagi 2,000 locality, then kita akan ada 8,000 lebih locality di seluruh negara, di mana pakar-pakar daripada kementerian boleh memberi latihan kepada mereka di dalam masyarakat supaya masyarakat umum boleh diberi latihan macam mana boleh menangani isu-isu stres ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi rakyat Malaysia yang bekerja, kerajaan juga perlu perkenalkan garis panduan kesihatan mental di tempat kerja dan menggalakkan penganjuran lebih banyak kempen pendidikan dan kesedaran mengenai isu ini. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah tekanan di tempat kerja atau kekurangan bersenam, obesiti dan lain-lain menjadi punca utama untuk tekanan mental? Juga, adakah apa-apa dadah atau apa-apa ubat digunakan oleh mereka sendiri tanpa preskripsi doktor, tanpa berjumpa doktor untuk mengurangkan tekanan mental mereka ini? Terima kasih.

Ahli Yang Berhormat, ubat-ubat yang didaftarkan di bawah kementerian sebagai psychoactive drugs yang mempunyai peranan untuk mengurangkan tekanan mental ini cuma boleh diberi melalui preskripsi oleh seseorang doktor. Itu tidak boleh dibeli di mana-mana kedai ubat tanpa preskripsi daripada seorang doktor. So, ini ialah satu ubat yang di bawah ubat kawalan. Kalau dalam klinik pun, doktor yang memberi rawatan atau memberi ubat ini kepada pesakit, mereka diwajibkan menyimpan rekod-rekod tertentu untuk setiap pesakit yang diberikan ubat ini. Setiap satu biji ubat, mereka kena beritahu kepada kementerian atau bahagian farmasi di kementerian kepada siapakah ubat ini telah diberi. So, kawalan itu memang ketat. Selain daripada itu, mungkin di dalam pasaran ada ‘tonik-tonik’ yang dijual sebagai ubat yang boleh memberi kesegaran mental contohnya. Kalau dia dijual sebagai health supplements, itu di luar daripada kawalan regulatory drugs dalam kementerian. So, mungkin mereka makan ubat-ubat macam itu. Akan tetapi pada biasanya, ubat yang dijual sebagai satu tonik atau health supplement ini, dia punya kesan itu tidak berapa banyak dan pada pandangan kita dan daripada pemantauan kita, risiko bahaya daripada menggunakan ubat-ubat itu pun bukan begitu tinggi. Terima kasih.

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

5. Dato' Sri Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, masalah psikososial termasuk hipertensi di kalangan pekerja yang berpunca daripada persekitaran pekerjaan serta pembabitan kerajaan dalam memastikan kesihatan mental di kalangan pekerja sektor awam dan swasta diberi keutamaan.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negara ku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada rombongan daripada kepimpinan Jengka 3 dan juga Sekolah Menengah Jengka 6, Maran... [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, inti pati utama soalan nombor lima ini ialah apakah masalah psikososial dan juga masalah mental dan hipertensi atau penyakit darah tinggi pekerja berkait rapat atau berpunca daripada persekitaran kerja.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi kita mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan tentang masalah mental secara umum di negara kita dan itu juga boleh dijadikan sebahagian daripada makluman tambahan kepada kita walaupun tidak khusus tentang masalah di tempat kerja di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015, prevalence masalah kesihatan mental di kalangan pekerja kerajaan dan swasta di Malaysia adalah di antara 24.6 peratus sehingga 29.3 peratus. Ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukan penyakit mental. Yang tadi mungkin lebih kepada sebahagian penyakit mental, doktor ya? Penyakit hipertensi atau darah tinggi bukan satu penyakit yang berpuncakan persekitaran pekerjaan tetapi adalah disebabkan oleh faktor genetik dan lifestyle individu. Stail hidup individu masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah menguatkuasakan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 bagi mewajibkan majikan atau pengamal perubatan untuk melaporkan sebarang penyakit dan keracunan pekerjaan terhadap pekerja sektor awam dan swasta kepada pihak jabatan termasuklah penyakit mental berkaitan dengan pekerjaan. Mengikut International Labour Organization (ILO), dengan izin, penyakit pekerjaan yang dikategorikan sebagai penyakit mental berkaitan dengan pekerjaan adalah post-traumatic stress disorder, dengan izin, atau sebarang gangguan mental yang disebabkan oleh pendedahan faktor risiko psikososial yang berlaku di tempat kerja atau akibat aktiviti sesuatu kerja. Berdasarkan statistik bilangan kes penyakit dan keracunan pekerjaan berkaitan dengan penyakit mental akibat pekerjaan yang telah dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia daripada tahun 2011 sehingga bulan September 2017, jumlah kumulatif kes yang dilaporkan adalah sebanyak enam kes sahaja.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau projek-projek kerajaan, program-program baik yang dilakukan oleh kerajaan tetapi ada manusia masyarakat kita tidak berterima kasih ataupun tidak mengaku kebaikannya. Apakah itu dikatakan mental? Seperti yang sering dilakukan oleh orang sebelah. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Hasil siasatan yang dijalankan terhadap enam kes yang dilaporkan adalah akibat tekanan, stress di tempat kerja. Pihak jabatan telah memberi keutamaan kepada Program Perkhidmatan Asas Kesihatan Pekerjaan yang memperkenalkan modul saringan kesihatan asas kepada pekerja dengan membuat pemantauan secara berkala di tempat kerja di seluruh Malaysia bagi mengenal pasti sebarang penyakit dan keracunan pekerjaan di tempat kerja. Daripada 2,226 pekerja yang menjalani pemantauan kesihatan, terdapat 233 kes pekerja yang dikesan mempunyai simptom berkaitan penyakit pekerjaan. Di samping itu, jabatan telah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menerbitkan garis panduan bagi pencegahan tekanan dan keganasan di tempat kerja. Kedua, majikan perlu menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja yang mempunyai 40 orang pekerja dan ke atas. Ketiga, meningkatkan pelaporan penyakit dan keracunan pekerjaan. Pihak jabatan juga menjalankan siasatan penyakit pekerjaan bagi mengenal pasti punca sesuatu penyakit mental dan juga mencadangkan kepada pihak majikan untuk menambah baikkan tempat kerja berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan sedia ada bagi melindungi pekerja-pekerja lain daripada mendapat penyakit pekerjaan di masa akan datang. Bagi pegawai di sektor awam kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam melalui urusan pembangunan dan pengurusan sumber manusia melaksanakan pelbagai program kepada penjawat awam bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti, berprestasi dan penuh sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah langkah affirmative yang lebih berkesan bagi menghukum majikan yang menjadi punca kepada masalah psikososial dan hipertensi ini. Ini kerana ada di antara mereka takut dibuang kerja atau disisihkan sekiranya majikan mendapati mereka melaporkan kesalahan kepada pihak kementerian dan adakah terdapat peruntukan undang-undang bagi menjamin kerahsiaan laporan mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar. Sebenarnya memang di bawah Akta Kerja negara bukan sahaja syarat-syarat ditentukan kepada majikan, bahkan ada peruntukan undang-undang boleh diambil terhadap majikan-majikan yang cuai tentang menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja di majikan masing-masing. Sebelum saya pergi kepada jawapan yang khusus Tuan Yang di-Pertua, kita tidak hendaklah mengambil tindakan undang-undang sebagai tindakan awal kepada majikan dan juga pekerja. Kita hendak supaya mereka sedar bahawa tanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja termasuklah masalah mental ini mestilah diberikan keutamaan sebelum kita melaksanakan, mengambil tindakan undang-undang. Antara program-program kesedaran yang telah dijalankan oleh kementerian Tuan Yang di-Pertua. Kita adakan World OSH Day, maknanya kita adakan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan setiap tahun, setiap April. Kita adakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kita juga mengadakan Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada majikan-majikan pada pekerja-pekerja yang menjaga nilai keselamatan dan kesihatan yang tinggi. Kita adakan dialog dan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, program kesedaran dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, promosi-promosi di media cetak dan elektronik, penubuhan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terdiri daripada pihak-pihak kerajaan, majikan, pekerja swasta, badan-badan berkanun bukan kerajaan dan sebagainya bagi kita menjalankan pelbagai program bagi menangani supaya masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat kita tangani dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, kita juga dalam Jawatankuasa Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sedang memikirkan apakah wajar negara kita mempunyai sebuah hospital keselamatan dan kesihatan pekerjaan khusus di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap majikan-majikan yang melakukan kesilapan ataupun kesalahan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja ini. Untuk makluman, kita telah melakukan pelbagai tindakan termasuklah membuat siasatan kepada penyakit dan keracunan pekerjaan yang berlaku di majikan-majikan dan juga tindakan perundangan kepada majikan-majikan yang melanggar peraturan ini. Umpamanya kita membuat arahan-arahan penutupan, amaran-amaran termasuklah pendakwaan kepada majikan-majikan yang melibatkan pekerja-pekerja dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan ini. Umpamanya pada tahun 2015, kita telah mendakwa 353 kes di bawah masalah ini. Tahun 2016, 406 kes dan sehingga Oktober 2017 ialah sebanyak 262 kes melibatkan sektor perkilangan, perlombongan, pembinaan, hartanah, pengangkutan dan penyimpanan komunikasi, perdagangan, pemborong dan runcit, hotel, restoran dan lain-lain lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang sungguh budiman memberi saya untuk soalan tambahan kedua. Saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya ingin sedikit merungkai isu yang dibangkitkan dalam soalan nombor 5. Mengikut seksyen 10, Akta Kerja 1955, menggariskan perjanjian antara pekerja dan majikan dipanggil job specification dan undang-undang sexual harassment pun ada dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Soalan saya ialah, apakah tindakan drastik kementerian untuk mengawal tindakan yang mendera pekerja sehingga mencetuskan masalah kesihatan mental dalam mewujudkan rang undang-undang khusus untuk menghukum penjenayah tersebut dalam Akta Kerja 1955. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seperti mana yang saya sebutkan awal tadi Tuan Yang di-Pertua, kita tidak bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Sebenarnya Yang Berhormat Kuala Langat ini seorang yang cukup mahir tentang pekerjaan, tentang undang-undang pekerja dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sebab itulah representasi pemulihan kerja di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan, kita laksanakan dalam perkara ini. Jika ada penamatan kerja pekerja disebabkan oleh isu-isu melampau, maka perkara ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian. Saya kira kita tidak akan bertolak ansur dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada majikan yang tidak langsung berterima kasih apatah lagi mendera pekerja-pekerja yang banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

6. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, perkembangan terkini Proton daripada segi pengurusan dan pekerjaan selepas pembelian saham oleh syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co, Ltd. (Geely).

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Pada 24 Mei 2017, syarikat DRB-HICOM telah mengumumkan Geely sebagai rakan kongsi strategik Proton dengan menandatangani, dengan izin, heads of agreement dan penjualan ekuiti sebanyak 49.9 peratus. DRB-HICOM masih kekal sebagai pemegang ekuiti sebanyak 50.1 peratus. Pada 23 Jun 2017 pula, DRB-HICOM telah menyempurnakan perkongsian strategik tersebut dengan menandatangani, dengan izin, definitive agreement dengan pihak Geely. Pihak DRB-HICOM dan Geely juga telah turut mengumumkan pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah Proton Holdings Berhad yang baharu serta telah melantik wakil syarikat Geely Holdings dari China iaitu Dr. Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkuat kuasa 1 Oktober 2017. Di samping itu, pihak DRB-HICOM dan Geely telah mengekalkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Berhad Abdul Rashid Musa yang sedia ada. Pelantikan Dr. Li Chunrong adalah keputusan bersama antara kedua-dua pemegang saham syarikat tersebut iaitu DRB-HICOM dan juga Geely. Pelantikan Dr. Li Chunrong juga adalah berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau dalam industri automatif selama lebih 30 tahun bekerja dengan jenama utama seperti Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai peringkat tertinggi. Sebagai CEO Proton yang baru sebulan, Dr. Li Chunrong bertanggungjawab untuk memantau operasi keseluruhan Proton termasuk dari segi pengeluaran, pemasaran, jualan serta penyelidikan dan pembangunan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Pelantikan beliau ini diyakini mampu mempercepatkan pelan pemulihan Proton yang mengalami kerugian sejak tahun 2013. Sekali gus melonjakkan industri automotif negara ke peringkat global dalam tempoh lima tahun dan menjadi di antara jenama automotif ketiga terbaik di ASEAN. Tuan Yang di-Pertua, Proton pada masa ini juga sedang melakukan program transformasi terhadap para pekerja bagi membantu serta menyokong pelan pemulihan Proton. Proses transformasi ini dilaksanakan melalui program cross-functional team dan seluruh tenaga kerja Proton akan diguna pakai sepenuhnya secara efisien bagi mencapai kejayaan pelan jangka pendek dan jangka panjang.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Manfaat perkongsian strategi ini tidak akan terhad kepada warga Proton sahaja malah kepada semua yang terlibat dalam ekosistem industri automotif. Ia merangkumi perancangan untuk menambah bilangan pekerja Proton daripada 9,600 orang kini, kepada 20,000 orang dalam tempoh 10 tahun. Di samping itu, pekerja-pekerja PROTON akan berpeluang untuk menyertai program pembangunan modal insan yang melibatkan pusat-pusat reka bentuk R&D dari perkilangan Kumpulan Geely yang berpangkalan di Shanghai China, Gothenburg Sweden, Coventry England, Barcelona Sepanyol dan Los Angeles Amerika Syarikat. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya berbalik kepada soalan asal iaitu apabila melibatkan pengurusan ia hanya bukanlah pengurusan personel yang melibatkan management dan board of directors. Akan tetapi juga pengurusan aset kerana Proton ada kilang pembuatan di Shah Alam di atas tanah 250 hektar dan juga kilang pembuatan di Tanjong Malim. Jadi, bagaimanakah dengan pengurusan aset ini yang melibatkan mungkin keperluan kepada pemindahan aset-aset yang ada ini, dalam jangka masa yang ditetapkan setelah kerajaan memberikan pinjaman mudah kepada Proton RM1.5 bilion pada tahun 2016? Dalam terma perjanjian itu ialah Proton mesti memindahkan kilang di Shah Alam ke Tanjong Malim. Selepas itu juga 50 peratus pemilikan saham kilang pembuatan Tanjong Malim juga akan dimiliki oleh Geely. Ini adalah satu pencerahan sangat diperlukan. Kedua, melibatkan pekerjaan. Bukan sahaja kepada pekerja-pekerja Proton yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang tetapi juga kepada rantaian perkhidmatan yang melibatkan vendor-vendor dan juga suppliers. Jadi apakah jaminan bahawa mereka juga akan diberikan perhatian kepada apa yang berlaku daripada usaha sama yang ada ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pengurusan operasi aset tiada perubahan berbanding sebelumnya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tumpuan akan dilebihkan di Tanjong Malim. Apa yang berlaku, di Tanjong Malim itu akan dibina satu pembinaan litar ujian misalnya dan kemudian Proton juga akan mengekalkan, DRB-HICOM akan mengambil tanggungjawab untuk mengambil alih segala yang di Shah Alam itu. Seterusnya dari segi pekerja, 9,600 yang ada sekarang ini, tidak ada yang dibuang itu satu perkara yang mustahak dalam perjanjian ini dan vendor pada ketika ini ada 230 syarikat di seluruh negara. Dari 230 syarikat ini, pekerjanya lebih kurang 50,000 orang. Vendor ini yang sedia ada akan diteruskan. Malahan mengikut perancangannya vendor-vendor baru kemungkinan akan dilantik. Vendor sedia ada akan dipertingkatkan dari segi kualitinya. Selain daripada itu, Proton juga ada memiliki 300 syarikat penyedar yang akan menumpukan kepada usaha 3S. Syarikat pengedar ini, tentunya apabila jumlah jualan yang dijangka 500,000 unit dalam masa 10 tahun daripada sekarang tiap-tiap tahun 500,000 unit, itu anggaran, cita- cita yang diharapkan, apa yang akan dilakukan hasil daripada gabungan antara Proton dan Geely.

Menteri. Menteri, Kota Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian kerana memberikan saya peluang. Cuma saya ingin bertanya tentang- sebenarnya bagus Geely telah pun ada persefahaman dengan Proton dan Geely satu syarikat yang besar yang mempunyai Volvo seratus peratus. Jualan Volvo ini besar, 700,000 unit dan ditingkatkan lagi satu juta dan akhir-akhir ini Geely melalui Volvo telah pun membeli satu syarikat jenama dia Polystar yang mempunyai teknologi yang dikatakan akan memacu perkembangan kereta hybrid atau elektrik. Dia dikatakan lebih akan mencabar Tesla. Sekarang ini, Tesla di Amerika kereta hybrid elektrik yang paling baik di samping Toyota Prius. Tesla dalam masa 10 tahun sahaja berkembang tiga kali ganda. Difahamkan industri kereta akan menuju ke arah elektrik pada tahun 2030 dan beberapa negara telah pun menjadikan satu wajib di Amerika dan di China pun. Maknanya, industri ini akan berkembang besar. Jadi soalan saya, apakah kerajaan bercadang- oleh sebab kita bila Volvo ini sudah menjadi sepupu kita, Proton sudah jadi dalam satu kumpulan yang besar Geely.

Jadi, apakah kerajaan bercadang, pertamanya, dengan adanya teknologi yang begitu hampir tidak lama lagi, kita akan memperkemaskan kesiapsiagaan kita untuk menambah kemahiran kepakaran kita dalam bidang automotif menjurus kepada elektrik dan hybrid? Adakah kita bercadang untuk mengadakan Malaysia sebagai pusat untuk R&D hybrid ini? Bagaimanakah kita hendak integrasikan para-para vendor yang ada ini supaya mereka boleh melihat ini sebagai satu peluang yang baik untuk meluaskan lagi barangan yang mereka boleh pasarkan tidak hanya domestik tetapi ke China? Kementerian kita dulu, TPPA Menteri, jadi atau tidak jadi? Akan tetapi kalau jadi hari itu kita mempunyai akses market automotif yang terbesar, satu di China iaitu RM26 bilion setahun. Kedua, Amerika. Jadi saya hendak cadangkan adakah kita mengambil peluang untuk membina kapasiti kita sekarang ini dengan adanya perjanjian dengan Geely ini untuk kita kembangkan dan memberikan peluang yang lebih luas kepada vendor- vendor? Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Tinggi. Memang benar Volvo adalah sebuah syarikat yang kini dimiliki oleh Geely. Pada tahun 2010 misalnya Volvo rugi tetapi pada tahun 2016 setelah dimiliki oleh Geely dalam 90 tahun Volvo mengeluarkan rekod kereta tertinggi dalam tempoh 90 tahun sejarah Volvo. Itu satu contoh kejayaan Geely membuat turnaround terhadap Volvo. Selain daripada Volvo, Geely juga memiliki London Taxi dan sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi dia ada syarikat baru yang dipanggil sebagai Lynk and Co. di bawah Geely yang menumpukan tentang segala teknologi permotoran yang baru-baru termasuklah kereta elektrik. Malaysia menumpukan dari segi energy efficient vehicle (EEV) dan kadar penembusan pada tahun ini boleh mencapai sehingga 50 peratus. Segala model-model baru-baru kereta yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, semuanya termasuk di dalam kumpulan EEV. EEV ini bukan hanya kereta elektrik tetapi ialah kereta yang mempunyai consumption ataupun penggunaan bahan api yang rendah. Jadi sebagai mana yang dimaklumkan bahawa vendor masih dikekalkan dan kita akan mempertingkatkan dari segi kualiti vendor itu, ia merupakan satu usaha yang cukup besar. Hal ini kerana, 230 syarikat vendor ini dengan 50,000 pekerja di seluruh Malaysia tentunya mengharapkan satu supply chain yang tidak terputus dan mereka tentunya mengharapkan apabila suatu ketika Proton boleh mengeluarkan 500,000 ribu buah kereta mereka juga akan berkembang.

Pada tahun sudah, Proton cuma menjual 72,000 buah dan bayangkan kalau kita boleh memikirkan bahawa pasaran yang begitu luas, 1.3 bilion penduduk Negara China. Penduduk Malaysia cuma 31 atau 32 juta. Kalau kita bahagi dengan 1.3 bilion, penduduk Malaysia ini cuma 2.2 peratus sahaja Tuan Yang di-Pertua, daripada penduduk negara China, 2.2 peratus, bukan 22 peratus. Bernilai 2.2 peratus, dua orang Malaysia daripada 100 orang China. Jadi itu sebab Geely ialah pengeluar kereta nombor satu daripada segi local brand di negara China seperti Boyue, Borui, X1, GS ini. Ini adalah local brand di negara China, ia adalah nombor satu di negara China. Tentunya kita akan memanfaatkan segala usaha itu. Sebagai contoh, semua model Geely bagi pemanduan sebelah kanan akan ditumpukan pembinaannya di Tanjung Malim. Sekarang ini Geely semua sebelah kiri sebab digunakan di China, di Europe, di Middle East yang mana daripada segi kereta ini, pengeluaran kereta dalam dunia, 70 peratus pemanduan sebelah kiri, 30 peratus di sebelah kanan. Jenama-jenama Geely selepas ini yang pemanduan sebelah kanan, ia akan dibuat di Tanjung Malim. Ini antara perkara-perkara selain daripada yang saya sebutkan tadi bahawa Geely ada di California, di Shanghai, di Barcelona, di Gothenburg, pusat-pusat R&Dnya itu, semuanya boleh digunakan dan ia memanfaatkan. Pada saat dan ketika ini juga, ada 30 orang kita punya jurutera sedang dilatih oleh Geely di China untuk mereka menumpukan perkembangan di Malaysia. Pada ketika yang sama, ada 200 orang lagi top management yang sedang dalam proses latihan dan transformasi untuk memastikan Proton kembali dan lebih hebat daripada dulu. Terima kasih.

Hasbi bin HabibollahPBB · GPSLimbang · question

7. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) bilakah perlaksanaan Fasa 4 untuk Jalan Meritam/ Telahak/ Buangabai/ Pengkalan Rejab/ Sungai Poyan akan dimulakan kerana difahamkan ia sudah dalam proses 'tender evaluation'; dan (b) bilakah kerja-kerja menyiapkan Jalan Meritam/ Telahak/ Buangabai/ Pengkalan Rejab/ Sungai Poyan fasa 2 (retender) akan diretender' semula kerana 'retender' yang pertama.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menjawab soalan. Yang Berhormat Limbang jangan bimbang, ini jawapannya [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Limbang, projek Jalan Meritam, Telahak, Buangabai bahagian Limbang, Sarawak fasa 4 sedang dalam proses pelantikan kontraktor. Kelewatan pelantikan kontraktor adalah disebabkan jajaran projek ini didapati bertindih dengan jajaran projek Lebuhraya Pan-Borneo fasa 2, Seksyen 2 Tedungan CIQ ke Panduran CIQ Sarawak. Walau bagaimanapun, Sarawak Planning Authority (SPA) telah memaklumkan kementerian ini bahawa jajaran projek lebuh raya akan diubah dan projek Jalan Meritam, Telahak, Buangabai bahagian Limbang, Sarawak fasa 4 boleh diteruskan. Manakala bagi projek Jalan Meritam, Telahak, Buangabai, Pengkalan Rejab, Sungai Poyan bahagian Limbang, Sarawak fasa 2 mengalami kelewatan adalah disebabkan oleh kekurangan bahan binaan memandangkan terdapat permintaan yang tinggi disebabkan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. JKR Sarawak memaklumkan bahawa status projek sehingga Oktober 2017 ini adalah 75.66 peratus dan menjangkakan projek dapat disiapkan sepenuhnya pada pertengahan bulan Disember ini. Ini mengikut laporan JKR Sarawak selaku penguasa projek ataupun supervisory officer. Jadi kerja-kerja turapan dan road marking sahaja yang perlu dibuat dalam satu bulan ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Just mungkin ini soalan ataupun just penambah makluman kepada Menteri. Apa yang sebenarnya tinggal dibuat fasa kedua yang terbengkalai ini is just that itu hari mereka bikin sudah sealing separuh sahaja jalan, tidak siap. Bukannya sebab ia kekurangan material rasanya. Itu sahaja yang tinggal. Jadi just very small thing dan saya harap ia bukannya di-retender lagilah. Kalau tidak, makan masa lagi Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bukan soalan, maka tidak ada jawapanlah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa · question

8. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kerajaan berhasrat memperluaskan projek perintis nombor giliran dalam talian bagi mereka hendak mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan dan sejauh manakah keberkesanan projek tersebut.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Tuan Yang di-Pertua, projek perintis sistem nombor giliran dalam talian di dalam klinik-klinik kesihatan adalah satu inisiatif bagi membangunkan sistem ICT yang membolehkan pesakit mengambil nombor giliran untuk pendaftaran sebelum mereka datang ke klinik kesihatan. Ia bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter pendaftaran dan mengelakkan pesakit daripada beratur untuk satu jangka masa yang begitu lama. Pada masa sekarang, projek ini dijalankan sebagai satu perintis proof of concept dan tidak melibatkan kos untuk Kementerian Kesihatan. Semasa projek ini dijalankan, kementerian sedang membincangkan secara lanjut bagi memperincikan segala keperluan dan spesifikasi di dalam sistem ini supaya ia boleh digunakan secara penuh dengan mengambil kira beberapa aspek.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Salah satu daripadanya ialah bukan semua pesakit yang akan datang ke klinik- klinik kesihatan akan menggunakan sistem ini, ada yang akan datang secara walk-in macam biasa. Kita pun mengadakan kaedah yang memberi keistimewaan kepada kumpulan- kumpulan tertentu seperti OKU, warga emas dan sebagainya. So kita kena menggabungkan segala perkara ini di dalam satu sistem supaya ia boleh berjalan secara lancar. Perkara-perkara ini semua diambil kira di dalam menentukan apakah sistem yang boleh terhasil daripadanya sebelum ia boleh diperluaskan. Selepas projek perintis tamat mungkin pada penghujung tahun ini, kita akan kaji keberkesanannya daripada semua aspek sebelum ia boleh diperluaskan kepada klinik-klinik yang lain bergantung kepada peruntukan yang ada dengan kementerian dan kemampuan kementerian daripada sudut kewangan. Terima kasih.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Soalan saya ini adalah Tuan Yang di-Pertua, adalah respons saya kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan di Ipoh pada 28 Ogos baru-baru ini. Saya melihat cadangan ini amat baik kerana kita tahu tempoh menunggu yang lama boleh mendatangkan ketidakselesaan, kesesakan parking, produktiviti dan sebagainya. Jadi langkah ini saya sangat setuju dan saya mengucapkan tahniah kepada kementerian yang mengambil inisiatif ini. Cuma saya merasakan bahawa yang disebutkan oleh Menteri tadi masalah kos, saya rasa itu perlu dipertimbangkan dan saya rasa benda ini perlu dipercepatkan, ditegaskan kerana saya rasa di USM telah melaksanakan sebahagiannya dan saya dapat melihat akan kecekapan itu. Saya ucapkan tahniah dan minta sedikit komen mengenai kesegeraan kepada sistem ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, itu ialah satu cadangan, bukan satu soalan dan saya menerima cadangan ini secara penuhnya. Terima kasih.

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, senaraikan projek-projek R&D bioteknologi yang telah memberikan sumbangan high social impact.

Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

Bismillahir Rahmanir Rahim dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaksanakan usaha secara berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan projek-projek penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi yang mempunyai high social impact seperti ditanyakan dalam soalan. Penglibatan MOSTI dalam sektor bioteknologi adalah melalui pembinaan dana- dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Pada dasarnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak melaksanakan secara direct penyelidikan dan pembangunan ini. Akan tetapi ia terlibat dari segi pembiayaan, itu sebenarnya tugas MOSTI yang diutamakan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM148 juta Dana Sains dan Dana Pra-Pengkomersilan telah diluluskan untuk membiayai 380 projek penyelidikan bioteknologi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 349 projek penyelidikan bioteknologi dibiayai oleh Dana Sains berjumlah RM84.35 juta. Manakala sebanyak 31 projek penyelidikan bioteknologi dibiayai di bawah Dana Pra-Pengkomersilan dengan jumlah RM63.64 juta. Antara contoh-contoh projek R&D bioteknologi telah pun dimanfaat dan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara adalah:

Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

(i) projek pembiayaan Dana Teknologi bertajuk ‘Liquid Immersion Bioreactor (LIB) Method to Generate MD2 Pineapple Plantlets for Nurturing Farmers in Malaysia’, lebih kurang macam perusahaan nanas lah, begitu. Projek yang dilaksanakan adalah syarikat Agrovery Sdn. Bhd., menghasilkan tissue culture nanas MD2 yang mempunyai rintangan terhadap cuaca tempatan dan mempunyai komposisi nutrien yang tinggi. Projek ini mempromosi industri nanas Malaysia dan hasil produk ini telah di berjaya dipasarkan di pasar raya terbuka seperti Cold Storage sekarang. Selain daripada itu, pelaksanaan projek ini juga telah meningkat taraf sosial ekonomi komuniti Jakun di kawasan Kuala Rompin. Komuniti tersebut telah dibantu dari segi penyediaan peluang penyelidikan, pekerjaan dan latihan keusahawanan. (ii) projek pembiayaan Dana Sains bertajuk ‘Development Of Novel Approach Rapid Multiplex Real-time Loop-mediated Isothermal Amplification (M-qLAMP) Assay for detection of Melioidosis agent Burkholderia pseudomallei, panjang namanya, susah saya hendak sebut. Oleh sebab ini adalah projek penyelidikan yang melibatkan agensi lain, kita hanya memberi Dana Penyelidikan. Projek yang dilaksanakan oleh institusi-institusi sains Malaysia ini adalah mereka bentuk Multiplex Real-time Loop-mediated Isothermal Amplification untuk mengesan penyakit melioidosis iaitu satu penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria yang bernama Burkholderia pseudomallei yang boleh ditemui di dalam tanah dan air. Kit yang dihasilkan melalui projek ini dapat memberi keputusan saringan yang lebih tepat iaitu kurang daripada tiga jam, berbandingkan kaedah lazim, commercial method yang memerlukan masa tiga hingga lima hari. Pengesanan lebih awal akan membolehkan pesakit menerima rawatan dengan segera. (iii) projek di bawah pembiayaan Biotechnology Commercialization Fund (BCF) untuk mengkomersialkan kit diagnostik MyDEN Kit. Projek ini dilaksanakan oleh Innoflux Bioscience Sdn. Bhd. dengan bekerjasama Universiti Malaya bagi menghasilkan kit diagnostik berasaskan molekul menggunakan teknologi RTPCR untuk mengesan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit. MyDEN Kit mampu mengesan keadaan virus denggi seawal empat jam selepas jangkitan. Produk ini disasarkan khusus untuk industri perubatan hospital, klinik dan orang awam. Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi contoh hasil penyelidikan bioteknologi yang tidak dapat saya senaraikan kesemuanya di sini. Namun, kementerian akan terus komited untuk memaju dan meningkatkan pencapaian R&D&C negara bagi memastikan hasil penyelidikan yang memberi impak yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, mengizinkan saya mengemukakan soalan tambahan. Saya dalam kesempatan ini merakamkan tahniah kepada MOSTI kerana daripada yang dibentangkan tadi, melebihi 300 lebih telah dibuat kajian tentang kegunaan bagi industri kita. Ini yang di sarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, supaya satu R&D dilakukan oleh setiap kementerian bagi memastikan penjanaan sama ada ekonomi lanjutan daripada itu kepada negara kita sendiri. Jadi, dari segi MOSTI sendiri telah mengeluarkan dana yang agak besar juga dalam kajian, termasuklah Dana Sains, Dana Teknologi, Dana Inovasi dan Dana Pra-Pengkomersialan yang merangkumi pemulihan teknologi serta Dana Biotechnology Corporation. Jadi, soalan saya dengan dana-dana ini, sejauh manakah kita dapat membantu industri kecil untuk melaksanakan program yang telah di R&D kan oleh MOSTI sehingga boleh membawa kejayaan? Khususnya kepada kalau kita melihat ramai graduan- graduan yang lepasan ini mungkin tiada pekerjaan dan boleh kita bantu mereka dari segi produk-produk yang telah dibuat kajian oleh pihak MOSTI itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan soalan yang Yang Berhormat Lipis yang sangat baik. Saya ingin memberi penerangan sekali lagi, kementerian kita membiayai penyelidikan dan tidak banyak penyelidikan yang kita laksanakan. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selalunya membiayai penyelidikan yang sudah sampai- kalau untuk secara fundamental, ia tidak dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selalunya akan terlibat dengan agensi penyelidikan di universiti ataupun di badan penyelidikan-penyelidikan yang lain. Selalunya MOSTI akan membiayai penyelidikan sudah sampai kepada kedudukan untuk digunakan atau the final product. Untuk itu, sebenarnya di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam membantu rakyat ataupun menyumbang kepada high social impact ini, khususnya melalui projek-projek R&D bioteknologi dapat dilihat melalui pelaksanaan. Ini ditekankan di bawah Dasar Bioteknologi Kebangsaan (MPB) dalam membangunkan industri berasaskan bio sebagai new engine of growth. Ini yang selalu dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang perlu dilaksanakan untuk membawa produk-produk ini berada- menggunakan brand kita untuk dibawa keluar negara. Bagi MPB, aplikasi bioteknologi digunakan untuk membangunkan tiga bidang fokus iaitu pertanian, kesihatan dan perindustrian. Manakala, Biotechnology Development Corporation Sdn. Berhad atau Bioeconomy Corporation telah bertanggungjawab sebagai agensi pemudah cara membangunkan fokus yang berkenaan. Ini yang dikatakan setakat ini 352 syarikat bio yang terdiri daripada 280 BioNexus, tiga projek berimpak tinggi dan 70 syarikat bioteknologi yang telah pun dipupuk oleh Bioeconomy Corporation telah memberi manfaat atau memberi manfaat kemudahan perniagaan memberi program-program yang dilaksanakan oleh Bioeconomy Corporation. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, produk perkhidmatan yang disediakan adalah 353 syarikat-syarikat yang berdasarkan R&D yang telah pun memberi, menyumbang dari segi pekerjaan kepada mahasiswa dan juga penyelidikan di negara kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Menteri, selepas produk-produk itu melepasi research dan ia didapati baik, level mana yang orang yang terlibat dalam perdagangan ini, the companies pick-up? Kemudian, adakah the moment they picked-up untuk dikomersialkan sama ada locally atau internationally, adakah mereka ini akan membayar balik some fees kepada kerajaan atau bagaimana kedudukannya? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat faham masalah pengkomersilan di Malaysia ini. Sebenarnya ia ada beberapa step yang perlu kita laksanakan. Pertama, saya katakan tadi fundamental research yang perlu dilakukan di institusi penyelidikan, yang ini kita akan selesaikan di level itu. Bila sampai nampaknya applied research yang mana kita nampak di mana akan menghasilkan sesuatu yang memberi impak tinggi kepada negara, kita membiayai penyelidikan di bawah InnoFund. Maknanya, ia telah mencipta sesuatu, innovate yang baru, di mana ia mungkin akan dipatenkan, trademark atau didaftarkan sebagai harta intelek institusi penyelidikan itu.

Itulah the level. Bila sudah dapat yang itu and then barulah dia di bawah level pengkomersialan. Jadi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kita menyediakan satu lagi dana yang dulu dipanggil TechnoFund. Sekarang ini ditukar kepada SMART Fund. Ini bernilai maksimum RM3 juta untuk pra-pengkomersialan. Pra, maksudnya baru hendak buat first line, baru hendak memperkenalkan produk, baru hendak dibawa, diperkenalkan itu dan ini ya. Level ini selalunya penyelidik ini dia boleh untuk mengkomersialkan dia sendiri melalui syarikat yang dia ingin bekerjasama, kita akan bantu. Ataupun dia hendak buat sendiri, dia menubuhkan syarikat sendiri. Ini level permulaan yang mana terlibat dan mereka tidak perlu bayar balik. Bagus Kerajaan Barisan Nasional ini. Dia tidak perlu bayar balik. Itu saya kata, dia memang.

Lepas itu bila sudah lepas pra-pengkomersialan, dia melihat produk ini boleh dikomersialkan. Maknanya inilah timbulkan MTDC di mana kita ada lagi geran CRDF, Commercialisation of Research and Development Fund tahap satu, dua dan tiga. Ini ada sebahagiannya di geran dan ada sebahagiannya yang perlu dibayar balik. Ada yang dibagi pinjaman RM3 juta, kena bayar RM1 juta mengikut keperluan produk yang berimpak tinggi di bawa ke luar negara. Lepas itu, baiknya Kerajaan Barisan Nasional lagi, kita ada satu lagi dipanggil MDV. MDV ini adalah satu lagi agensi kerajaan milik Kementerian Kewangan yang diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk pure mengkomersilakan produk-produk inovasi yang boleh dikomersialkan atau membawa ini ke persada dunia. Jadi inilah yang ada di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membolehkan produk daripada research dan dibawa untuk dikomersialkan dan boleh beli di supermarket. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sebelum saya mula untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Parlimen Pengerang... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 11.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 13 November 2017.”

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2018 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

““Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh lapan bilion ringgit (RM48,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2018, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2017, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [8 November 2017]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sila.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Tanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada 30 Oktober hingga 7 November 2017. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Gopeng ada menyentuh tentang TPPA berikutan pengunduran Amerika Syarikat daripada TPPA pada 23 Januari 2017. Keputusan telah diambil oleh 11 negara anggota sedia supaya TPPA tetap dilaksanakan memandangkan ianya merupakan perjanjian berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada negara-negara anggota. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Susulan itu, pegawai-pegawai kanan negara-negara TPP telah bertemu beberapa kali dan pertemuan terakhir diadakan di Tokyo, Jepun pada 30 Oktober hingga 1 November yang lalu. Fokus utama perbincangan adalah untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan TPP11 dengan mengambil kira fleksibiliti komitmen perjanjian ke atas perjanjian TPP yang asal. Keputusan dan hala tuju mengenai TPP11 akan di bincang semasa sesi perjumpaan pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri TPP yang dijadualkan pada 8 November hingga 10 November 2017 iaitu sedang berlangsung sekarang sempena Sidang Kemuncak Asia-Pasific Economic Cooperation (APEC) di Danang, Vietnam. Yang Berhormat Bagan Serai juga membangkitkan isu berkaitan dengan RSAP. Sehingga Oktober...

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Depan sini, Yang Berhormat Klang.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang Di-Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Klang. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya pun mengikut secara close perbincangan berkait dengan perundingan TPP. Saya ada dua soalan saya telah timbulkan dalam perbahasan saya dua hari yang lalu. Soalan pertama ialah, adakah isu berkait dengan intellectual property rights khususnya berkait dengan paten untuk medicine, untuk ubat akan dimasukkan dalam TPP yang baru ini, TPP minus one iaitu USA, itu satu. Kedua, adakah isu berkait dengan ISDS juga akan dimasukkan? Saya tanya soalan ini sebab perbincangan di pada masa di Parlimen...

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ada dalam jawapan saya. Saya akan jawab selepas ini. Ada dalam jawapan saya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri boleh?

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Okey, sila.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang Di-Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri tentang TPPA ini saya faham sekarang kita sudah minus one. Minus one maknanya tanpa Amerika Syarikat. Dalam peruntukan TPP ataupun agreement TPP ini, perjanjian ya, katanya kalau tidak ada Amerika Syarikat tidak cukup GDP. Kita tidak boleh teruskan TPP ya. Jadi saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri apakah pendirian negara kita? Oleh sebab ini tidak masuk akal. TPP memang sudah habis selagi Trump adalah Presiden. Jadi kenapa kita pergi habis RM1 juta, RM2 juta runding lagi, runding. Ini nampaknya holiday untuk Minister, bukannya sebenarnya untuk buat TPP. Jadi saya hendak tahu pendirian Yang Berhormat Menteri. Why are we still going on with this? Soalan kedua, adakah kita sekarang di Dewan ini masih meluluskan rang undang-undang baru untuk TPP atau tidak ataupun sudah freeze. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis tadi tapi saya terpaksa duduk oleh kerana Yang Berhormat Menteri kata dia akan jawab tetapi soalan saya hendak tanya ialah consistency plan...

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

I’m coming for that.

Labour consistency plan. Adakah labour consistency plan akan diikut oleh Kerajaan Malaysia walaupun Amerika Syarikat sekarang tidak menjadi anggota ataupun partner kepada TPP. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya TPPA ini, Amerika menjadi pengasas yang penting, sebagai driver. Kalau TPPA tanpa Amerika sebagai satu ekonomi yang terbesar dalam dunia, saya rasa pengaruh dia memang berbeza. Oleh sebab TPPA ini adalah satu FTA yang bertaraf cukup tinggi, piawaian tinggi. Saya rasa sebab itu 11 negara TPPA rasa adalah membazir. Kalau kita biarkan begitu saja – jadi sekarang dalam mesyuarat APEC, 11 negara cuba hendak mencari satu cara supaya macam mana boleh laksanakan TPPA tanpa penglibatan Amerika. Saya rasa ini mungkin ada isu-isu yang akan menghadapi cabaran. Saya pernah bertemu dengan Menteri dari Kanada, daripada Mexico, mereka kata mereka mempunyai sempadan bersama dengan Amerika. Jadi sikap mereka berlainan dengan negara macam Jepun, Malaysia, New Zealand atau Australia mungkin mereka kena berhati-hati antara Kanada dan Mexico.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Mereka tidak boleh buat perkara yang mungkin akan menjejaskan hubungan mereka dengan Amerika. Ini adalah cabaran. Walau bagaimanapun dalam Mesyuarat APEC sekarang 11 Menteri daripada 11 negara ini sedang berbincang. Saya tidak boleh kata dia akan ada satu keputusan yang muktamad tetapi mereka cuba hendak cari satu hala tuju. Jadi, berkenaan dengan undang-undang...

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Kita ada 18 bahagian undang-undang. Kita terus akan bawa ke Parlimen untuk pemindaan kerana ia bukan sahaja untuk TPPA, kerana ia ada satu piawai di mana adalah kesempatan yang baik bagi kita untuk mengambil bahagian dalam piawai dunia. Kalau sekiranya TPPA gagal pun dengan ada pemindaan undang-undang yang kemas kini, pada masa akan datang kalau kita ambil bahagian dalam mana-mana perundingan kita sudah siap sedia. Ini termasuk labor chapter. We are going on with that. Kita akan bawa...

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ke Parlimen untuk 18 bahagian yang akan pinda dalam undang-undang ini. Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk menyentuh sikit pasal TPPA, ini adalah rakan-rakan saya. Sebenarnya kita masuk TPPA pandangan saya, bukan kita mula dia mula. Dia buat APEC lepas itu pengisiannya ialah TPPA. Semua tahu TPPA is a building block, dia akan buat. Hari ini TPPA masuk, Trump masuk tidak jadi. Akan tetapi kalau Trump tidak sambung mungkin dia orang ini akan sambung balik selepas ini. Jadi mereka buat kita ikut. Kalau jadi kita sudah ada dalam, kalau tidak jadi kita pun tidak rugi apa-apa. Akan tetapi engagement kita banyak kepentingan. Contohnya masa kita buat TPPA dulu, ada WikiLeaks 90 lebih. Kita negara yang paling banyak yang dispute, tetapi bila hasil perjanjian negara-negara lain sebelah mengatakan kita mendapat benefit banyak. Dekat situ bukti bahawa engagement kita Yang Berhormat Menteri is not all lost. Kedua kita ingat Amerika akan jadi kuasa dunia, ekonomi 19 tahun. The next 20 years kita tidak tahu. China will be the biggest, India. Jadi pengalaman kita engage dengan ekonomi dunia ini tidak rugi. Saya cadang kerajaan teruskan engagement. Adalah kos sedikit tetapi for long term is much-much better untuk kita, dengan izin, buat engagement sebab kita negara berdagang. Kita perlukan business mereka. Amerika sebuah negara yang besar. Tadi macam Kanada, Mexico dan Peru mereka sebahagian daripada NAFTA. Sudah tentu mereka ada kekangan-kekangan lain. Jadi saya minta di samping kita pertengahkan RCEP, saya minta kerajaan do not let our guts down sebab TPPA ini is a building block. Selepas TPPA kalau Trump tidak suka dia tukar kepada nama lain mungkin TPPA itu bendanya sama juga. Jadi bagi saya kita atas landasan yang betul dan we keep at our guts. Itu pandangan saya Yang Berhormat Menteri.

Saya sambung sikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih.

Sebenarnya saya – pertamanya saya hendak sebut Amerika bukan pengasasnya tetapi Amerika menjadi penentu kerana mereka menguasai 60 peratus daripada GDP pada keseluruhan 12 negara. Dalam konteks ini, tanpa Amerika kita masih boleh meneruskan sekiranya 11 buah negara bersetuju kerana kita dalam peringkat ratifikasi sekarang. Setelah kita meluluskan untuk bersama-sama dengan TPPA, 12 countries walaupun satu negara tidak menyertainya. Apa yang saya hendak sebut di sini kerana pentingnya TPPA, walaupun satu ketika kita mendapat banyak kritikan daripada semua. Baru sekarang kita perasan apa penting kerana apabila ada negara macam EU, EU blok pada ketika ini yang membuatkan bantahan ataupun membuatkan negative reporting anti kelapa sawit. Kalaulah TPPA ini ada sekurang-kurangnya kita mempunyai senjata dan kita ada mempunyai ketentuan untuk menentukan bahawa tidak ada negara-negara yang sebenarnya menyalahgunakan kuasa untuk membuat negative reporting ini. Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya cuma hendak satu confirmation sahaja sebab kita sudah tanya banyak soalan tentang pendirian Malaysia. Jadi maknanya Menteri saya hendak confirmation, pendirian Malaysia ialah walaupun Amerika Syarikat tidak ada, kita akan teruskan dengan TPPA. Adakah itu pendirian Menteri? Terima kasih.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Yang Berhormat Kota Tinggi memang satu pandangan yang tepat. Buat masa sekarang ini, lebih kurang ada 650 FTA di seluruh dunia. Sebanyak 420 telah dimuktamadkan. Ada lebih kurang 210 masih dalam rundingan termasuk RCEP dan sebagainya. Jadi pada pandangan saya, pada satu waktu masa akan datang, seluruh dunia akan digabung dengan semua FTA ini kerana hala tuju adalah open door, liberalization untuk mendapat market access. Ini ialah satu hala tuju. Jadi sama ada keputusan dibuat oleh Amerika Syarikat dan sebagainya, saya rasa ia tidak akan menghalang hala tuju ini. Yang Berhormat Jasin memang ada pandangan yang tepat di mana pada kita kalau 11 negara mereka- Yang Berhormat Kelana Jaya juga, kalau 11 negara ada keazaman untuk teruskan tanpa Amerika, pendirian negara kita adalah kita ikut sama. Kalau yang lain tidak mahu itu negara kita pun tidak. Kalau kebanyakan daripada 11 keahlian ini tidak mahu TPPA, maka tidak ada maknanya kalau kita Malaysia sendiri hendakkan TPPA ini. Ini bermaksud kita ikut kedudukan, keputusan yang secara consensus oleh 11 negara ini. Kalau mereka hendak teruskan kerana ada klausa-klausa yang tertentu kita hendak keluarkan, kalau Amerika tidak dalam TPPA dia perlu persetujuan consensus antara 11 negara ini. Keputusan kita bukan sahaja kita sendiri, kita hendak melihat keputusan 11 negara. Kalau mereka rasa hendak teruskan, negara Malaysia kita akan setuju teruskan. Jadi hala tuju adalah kita, Malaysia kerana pasaran kita kecil. Kita cuma ada jumlah penduduk 30 juta sahaja. Kita perlu masuk ke pasaran yang lebih besar seperti macam ASEAN. Kita telah menandatangani dan kita telah masuk satu pasaran bersama RM620 juta. Sebentar tadi Yang Berhormat Jasin kata betul, kalau kita sendiri, kalau 30 juta kadangkala kekuatan dalam rundingan kita memang lemah macam berhadapan dengan EU. Kalau Malaysia sendiri kita tidak cukup kuat. Kalau ada ASEAN kekuatan otot kita akan cukup kuat untuk buat sebarang rundingan. Tuan Yang di-Pertua sehingga Oktober 2017, sebanyak 20 pusingan rundingan RCEP telah dijalankan. RCEP secara tentatifnya mempunyai 21 bab dan annex yang dirundingkan. Sehingga kini dua bab telah dimuktamadkan iaitu bab economic dan technical co-operation dan bab Small and Medium Enterprises. Bab-bab ini perjanjian RCEP termasuk annex yang lain masih dirundingkan dengan lebih intensif bagi memastikan ianya dapat dimuktamadkan secepat mungkin. Kerjasama, keterbukaan dan fleksibiliti yang ditunjukkan oleh China, India, Japan dan Republik Korea sedikit sebanyak telah membantu memajukan proses rundingan. Manakala Australia dan New Zealand masih mengekalkan pendirian dan standard yang tinggi. Terdapat juga sebahagian negara-negara ASEAN yang tidak menunjukkan fleksibiliti yang menyebabkan proses untuk mencapai kata sepakat menjadi sukar. Secara keseluruhannya, kemajuan rundingan RCEP yang telah dicapai sehingga kini menunjukkan bertapa rumit dan mencabarnya proses untuk memuktamadkan perjanjian ini. Namun begitu sejumlah besar kumpulan kerja telah berjaya mencapai sasaran dan kemajuan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, sebagai langkah selanjutnya kesemua negara ahli RCEP telah diarahkan oleh Menteri-Menteri anggota RCEP untuk melengkapkan kerja-kerja yang masih tertunggak dan bersikap fleksibiliti agar penyelesaian kepada isu utama berjaya dicapai. Perkara-perkara ini juga akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Menteri dan juga pemimpin negara RCEP di mesyuarat-mesyuarat berkaitan RCEP yang telah dijadualkan untuk berlangsung sempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 daripada 10 hingga 14 November 2017 di Philippine. Yang Berhormat Klang membangkitkan tentang isu ISDS.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Menjawab mengenai isu investor-state dispute settlement (ISDS), dasar kerajaan semasa ialah untuk mengadakan mekanisme penyelesaian pertikaian iaitu ISDS di antara pelabur dengan negara tuan rumah dan perjanjian pelaburan sama ada dalam satu bab pelaburan dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA) seperti TPP dan RCEP mahupun dalam perjanjian jaminan pelaburan- investment guarantee agreement.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Pelabur asing diberi pilihan untuk menyelesaikan pertikaian pelaburan sama ada merujuk kepada mahkamah tempatan atau timbang tara antarabangsa sebagai satu platform penyelesaian pertikaian yang berkecuali. Beberapa langkah perlindungan telah dirunding bagi memastikan mekanisme ISDS tidak mudah diambil kesempatan oleh syarikat-syarikat asing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ISDS bukan sesuatu yang baru untuk Malaysia. Malaysia telah menandatangani 74 perjanjian jaminan pelaburan dan 13 FTA yang telah Malaysia tandatangani sejak tahun 1959. Perlu diingatkan juga bahawa ISDS bukan sekadar melindungi pelabur asing di Malaysia tetapi juga memberi perlindungan kepada pelabur Malaysia di luar negara. Walau bagaimanapun, secara dasarnya, kerajaan akan memastikan bab pelaburan mengambil kira keseimbangan antara hak pelabur untuk mendapat perlindungan ke atas pelaburan mereka dan hak- hak kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar selaras dengan agenda pembangunan ekonomi negara. Yang Berhormat Klang juga menyentuh tentang IPR, intellectual property rights, dengan izin. Sebagai ahli anggota World Trade Organization (WTO), kerangka perundangan harta intelek Malaysia adalah tertakluk kepada perjanjian Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights Agreement (TRIPS) di mana perundangan harta intelek negara harus mematuhi prinsip-prinsip minimum yang digariskan di dalam perjanjian TRIPS tersebut. Perjanjian TRIPS telah merangkumi perlindungan paten bagi ubat-ubatan tetapi memberi fleksibiliti kepada negara-negara kurang membangun, least developed countries (LDC). Namun, perjanjian TRIPS turut memberikan ruang dasar kepada negara-negara WTO untuk mengambi langkah-langkah yang melindungi kepentingan kesihatan awam khususnya di dalam keadaan darurat ataupun kecemasan. Di dalam rundingan RCEP, perlindungan paten mengenai ubat-ubatan masih sedang dirunding dan kesemua negara RCEP secara umumnya bersetuju supaya ruang dasar bagi melindungi kesihatan awam perlu dikekalkan. Pada masa ini, ekonomi Malaysia sedang menuju kepada knowledge-based economy dan ini memerlukan pengiktirafan perundangan yang berkesan. Hak harta intelek merupakan salah satu agenda penting negara untuk dibangunkan dan diperkasakan di mana asas undang-undang dan penguatkuasaan yang berkesan juga merupakan salah satu faktor yang penting untuk menarik kedatangan pelabur asing ke negara ini. Di dalam rundingan RCEP dan TPP, Malaysia secara umumnya meletakkan pendirian untuk mengekalkan keseimbangan di dalam kerangka perundangan harta intelek di mana ia perlu merangkumi perlindungan dan penguatkuasaan harta intelek bagi menggalakkan inovasi dan memberikan keyakinan kepada pelabur dan pada masa yang sama memberikan perlindungan kepada pengguna. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang...

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Klang bangun.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam soal jawab Yang Berhormat Jeli dalam isu yang sama, beliau mengatakan bahawa RCEP ini would be TPP lite. Trans-Pacific Partnership lite. Itu jawapan kepada saya dalam jawapan beliau beberapa bulan yang lalu. Saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah maksud TPP lite dalam konteks IPR dan ISDS di mana TPP punya standard is very-very high? Terlalu high. Even Malaysia will have problems, trying to maintain piawaian yang begitu tinggi. So, macam mana RCEP akan menjadi lite bila isu Yang Berhormat bangkit iaitu ISDS dan IPR is actually very-very high? I don’t quite understand. Itu satu. Kedua, Yang Berhormat, sekarang ada beberapa Ahli Parlimen di sini termasuk saya memperjuangkan isu berkait dengan ubat-ubat yang berkait dengan kanser di mana harga ubat kanser itu terlalu tinggi untuk rakyat Malaysia.

Kalau kita nampak numbers of cancer di Malaysia, satu daripada sepuluh lelaki akan ada kanser dan satu daripada sembilan wanita akan ada kanser. Kajian akademik swasta pula mengatakan bahawa satu daripada empat rakyat Malaysia akan menghidap kanser. So, it is very high. Kalau kita ada very high standard for IPR, bermaksud bahawa kos itu akan tinggi. Macam mana IPR ini boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia? Kalau kita tukar undang-undang, katakan kalau kita gunakan fleksibiliti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, there will be an ISDS challenge against Malaysia. So, please explain to me the logic of supporting IPR dan ISDS itu.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Yang Berhormat, sebenarnya dalam TPPA, memang piawaian on this intellectual property dalam ubatan memang tinggi. Jadi, apabila kita merundingkan RCEP, dua negara iaitu Australia dan New Zealand, mereka cuba bawa masuk piawai dari TPPA. Inilah satu cabaran di mana negara ASEAN, taraf pencapaian kita berbeza-beza macam Laos, Cambodia, Myanmar. Saya rasa mereka tidak boleh mengikut piawaian seperti TPPA. Juga, satu cabaran yang besar adalah antara- untuk ASEAN, kita telah muktamadkan FTA kita sedangkan RCEP ini adalah integrasi antara sepuluh negara ASEAN dengan enam negara dialogue partner. Enam negara dialogue partner ini mereka juga tidak begitu bersetuju antara satu sama lain kerana mereka tidak ada FTA antara satu sama lain. Macam India dengan Australia, saya rasa mereka tidak akan mencapai kesepakatan. Jadi dalam Vietnam sekarang ini, mereka mungkin cuba merunding dari sudut aspek ini. Mungkin boleh sebenarnya mereka harap mungkin boleh turunkan piawaian dalam IPR. Akan tetapi ini masih dalam rundingan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang perkembangan mengenai TPP 11 atau RCEP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya dalam mesyuarat Kokus Parlimen di mana terdapat di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menganggotai kokus ini berpeluang untuk memberi maklum balas dan berkongsi pandangan mengenai penglibatan Malaysia dalam perbincangan TPP 11 dan RCEP. Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Kuantan ada sini? Yang Berhormat kalau tidak ada sini, tidak perlu saya jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ada, ada, ada.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ada ya? Okey, okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Yang Berhormat Kuantan membangkitkan tentang industri besi di Gebeng sama ada ia akan menjadi satu dumping ground. Projek pelaburan bernilai RM4.18 bilion oleh syarikat Alliance Steel Sdn Bhd merupakan pelaburan pertama oleh syarikat Guangxi Beibu Gulf Iron and Steel Integrated Company Limited di kawasan seluas 710 ekar di tapak Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP). Pelaburan ini merupakan projek kilang besi dan keluli moden bersepadu- integrated steel mill, menggunakan teknologi pengeluaran blast furnace menggunakan bijih besi- iron ore, sebagai bahan mentah utama yang berpotensi menghasilkan produk besi dan keluli berkualiti dan bernilai tambah tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan kilang keluli, kilang besi di Malaysia menggunakan scrap iron sebagai bahan mentah. Kalau kilang ini mereka gunakan iron ore dengan teknologi blast furnace, ini adalah satu teknologi yang tinggi dan tidak pernah dicapai oleh kilang di negara Malaysia ini. Projek ini juga merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pengeluaran nickel chromium alloy steel yang dipatenkan oleh pemegang sahamnya di Republik Rakyat China. Projek keluaran alloy steel disasarkan mempunyai kekuatan yang tinggi dan tahan karat serta menikmati harga premium sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus. Jadi masalah dumping ground tidak wujud.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Yang Berhormat Kuantan juga bangkit tentang “Two Countries, Twin Parks”. Semalam dalam Dewan yang mulia ini Kementerian Pengangkutan juga jawab panjang lebar berkenaan dengan “Two Countries, Twin Parks”, tentang saham dan sebagainya. Jadi saya tidak mahu ulang, cuma saya hendak sentuh projek Taman Industri Kuantan Malaysia-China dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia merupakan projek taman perindustrian yang pertama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang menikmati status nasional serta sokongan kuat daripada pucuk pimpinan tinggi kedua-dua negara. Sebenarnya di Kuantan Park, kita harap pelabur dari China datang ke Malaysia. Kemudian pelabur Malaysia pergi ke Qinzhou Park, Nanning di China. Akan tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara China masuk dalam WTO tahun 2001. Jarak dari masa sekarang cuma dalam lingkungan 16 tahun dan 16 tahun ini, mereka ambil masa untuk membangunkan industri di tanah air mereka dan piawaian teknologi mereka belum capai kepada satu tahap yang tinggi. Akan tetapi sekarang, kerana pasaran mereka itu besar, banyak pelabur daripada Amerika, daripada Germany masuk dan labur ke negara China. Mereka sekarang telah mencapai satu teknologi yang lebih baik pada masa yang dulu. Akan tetapi dalam masa peralihan ini, masih ada industri-industri di mana negara China sendiri pun hendak menggalakkan mereka keluar daripada negara mereka ke tempat yang lain. Malaysia kita berhati-hati. Saya pun ada pujuk dan bincang dengan Menteri Perdagangan di negara China. Saya kata jangan pindahkan masalah kamu ke negara saya. Katakan kilang-kilang ini mengalami pencemaran dan sebagainya, kita tidak mengalu-alukan kilang-kilang seperti simen dan sebagainya akan mengakibatkan pencemaran. Akan tetapi kita mengalu-alukan kilang yang berteknologi tinggi, seperti elektronik. Kita harap pada masa akan datang di Kuantan Industrial Park ada banyak pelaburan akan datang ke sini. MITI telah menubuhkan satu sekretariat dengan National Development Council China di mana saya sendiri telah menandatangani MoU dengan mereka dan kita akan memantau sebarang pelaburan datang ke Malaysia harus melalui satu proses tapisan. Di mana kita hendak wujudkan peluang pekerjaan, kita hendak pelaburan yang berkualiti. Yang Berhormat, jangan risau ini adalah satu pelaburan yang baik, mempunyai potensi yang tinggi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya katakan, memang kita seboleh-bolehnya kami di Kuantan mengalu-alukan pelaburan, kami mengalu-alukan peluang pekerjaan Yang Berhormat Menteri sebab itu akan membawa orang-orang luar datang dan beri peluang pekerjaan kepada warga Kuantan dan juga warga luar. Saya gembiralah dengar assurance, dengan izin, daripada Yang Berhormat Menteri ini bahawa industri-industri yang akan masuk ke MCKIP ini nanti akan merupakan industri yang teknologi tinggi, yang tidak membawa pencemaran dan sebagainya. Saya juga dengar ada industri kilang tayar yang akan masuk ke MCKIP. Bagaimana pula kilang tayar ini juga selalunya ada berkait dengan pencemaran. Soalan saya lagi satu hari itu Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pelaburan Malaysia di China. Adakah kita hanya dapat jalan yang namanya Jalan Kuantan ataupun kita juga dapat peluang-peluang pelaburan di sana? Terima kasih.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Terima kasih Yang Berhormat. Memang di sebelah sana, “Two Countries, Twin Parks” ini memang adalah satu industrial park wujud untuk pelabur Malaysia ke sana. Saya ambil satu contoh, kebelakangan ini banyak sarang burung walit, bird nest dijual di negara China. Untuk raw and unclean bird nest, kita telah tubuhkan satu makmal untuk buat tapisan tentang raw and unclean bird nest di sebelah sana. Ini satu makmal yang menelan perbelanjaan yang besar lebih kurang RM20 juta yang dibiayai oleh Kerajaan negara China. Di mana ia akan memudahkan pengeksportan sarang burung walit ke kawasan itu, ke negara itu. Akan tetapi kita sekarang telah melantik Malaysia-Chinese Chamber of Commerce untuk selaraskan pelabur daripada Malaysia, mereka hendak melabur di sana. Ini kerana buat masa sekarang banyak barangan eksport Malaysia ke negara China.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Purata setiap bulan kita ada 10 bilion barangan daripada Malaysia hantar ke negara China. Dalam September kita mencapai satu rekod yang tinggi. Terdapat 11 bilion barangan Malaysia termasuk minyak sawit baru-baru ini kita bawa Musang King durian, white coffee dan sebagainya ke sana. Kita harap mungkin kalau kilang PKS ini kalau mereka ada potensi, ada volume yang besar untuk dijual ke negara China mereka tubuh kilang pemprosesan di sana. Ini adalah satu projek yang mempunyai sasaran jangka panjang. Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Samarahan ada menyentuh tentang DFTZ. Pemilihan Alibaba yang diterajui oleh Jack Ma sebagai rakan strategik bagi penubuhan DFTZ adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan agenda Ekonomi Digital Negara. Selain daripada peranan beliau sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia, penglibatan Jack Ma sebagai ikon ekonomi digital tersohor di dunia dengan DFTZ dapat memanfaatkan negara terutamanya PKS tempatan. Melalui mewujudkan peluang yang lebih besar kepada PKS yang menceburi perniagaan dalam talian, online untuk meningkatkan eksport mereka ke pasaran global dengan mengguna pakai kekuatan Alibaba sebagai syarikat e-dagang gergasi antarabangsa yang mempunyai lebih 440 juta pengguna di lebih daripada 190 buah negara. Penawaran program kemahiran kepada syarikat teknologi tempatan dan PKS melalui pusat teknologi dan kecemerlangan kemahiran seperti Alibaba Global Leadership Academy dan Global e-Commerce Talent. Kerjasama Alibaba dengan bank-bank tempatan melalui ahli PayDotCom dapat menyediakan kemudahan pembayaran kepada pelancong dari negara China untuk membeli produk-produk dan perkhidmatan tempatan dan talian. Sememangnya menjadi hasrat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin bangun.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

...Kerajaan untuk melibatkan e-marketplace yang lain dalam inisiatif DFTZ khususnya bagi meningkatkan eksport PKS ke pasaran global antara e-marketplace tersohor lain yang telah dikenal pasti termasuk Amazon, eBay, TradeIndia, MatahariMall dan e-marketplace tempatan seperti DagangHalal, Aladdin Street, Zilzar dan Buy Malaysia...

Yang Berhormat Menteri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin bangun.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ya, sila, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Siapa? Siapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Jasin.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Seputeh dulu, Seputeh dulu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah membuat satu pemilihan yang cukup tepat, mewujudkan pelaburan DFTZ selaras dengan usaha kita beralih kepada the new economy. Apa yang kita lihat pada ketika ini, pelaburan kita telah meningkat 65 peratus ataupun FDI kita.

Sejak tahun 2012 sampai tahun 2017, meningkat 65 peratus menunjukkan keyakinan para pelabur kerana daya saing kita, laporan daya saing global kita telah meningkat juga kepada angka 23 peratus. Saya dapat lihat sekarang- supaya kalau bagus yang terbaiknya negara kita pada ketika ini masih lagi di peringkat bawah.

Kalau kita lihat daripada sektor services, kita hanya mencapai 55 peratus sahaja dan DFTZ adalah salah satu penyumbang kepada sektor services, yang itu kita boleh tingkatkan. Kita bukan tidak mahu langsung kepada industri perindustrian. Akan tetapi kita lihat apa yang terjadi pada ketika ini, kita tidak sangat memilih. Apa yang di sebut oleh Yang Berhormat Kuantan tadi sebenarnya ada benarnya. Kita mahu kalau boleh apa juga industri yang datang melabur ke negara kita jangan membuat pencemaran dan kita tidak mahu kalau boleh labor intensive industries. Kita mahu kalau boleh janganlah kita benarkan negara dan syarikat China sahaja datang melabur di sini. Seolah-olah kita tidak ada pelabur-pelabur yang lain yang berminat untuk melabur dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar Yang Berhormat tadi cakap banyak tentang Alibaba yang akan masuk ke pasaran Malaysia dengan cara besar-besaran dan saya hanya ada satu kebimbangan. Kalau kita lihat yang Giant Supermarket banyak cawangannya di seluruh negara telah pun tutup kerana tidak dapat bersaing kerana sebelum itu kerajaan telah pun buka pintu bagi supermarket, hypermarket asing masuk ke Malaysia dengan besar- besaran sehingga supermarket tempatan tidak dapat survive. Sekarang Alibaba ini dengan satu konglomerat yang begitu besar masuk ke pasaran Malaysia. Bukankah ini juga akan menjejas daya saingan SME, SMI kita dan juga logistik company kerana syarikat ini begitu besar. Barangnya jauh lebih murah dengan jualan syarikat kecil tempatan ini. Saya hanya bimbang ini mungkin akan menjejaskan perniagaan dan daya saing syarikat kecil tempatan. Jadi apakah pendirian kerajaan dalam hal ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, isu Giant supermarket ini telah dijawab semalam oleh Menteri KPDNKK semasa Yang Berhormat Kapar mencelah. Kita sampai larut malam semalam. Saya percaya yang bertanya tiada dalam Dewan sebab itu dia tanya lagi. Sila Yang Berhormat.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Terima kasih. Nampaknya Tuan Yang di-Pertua telah jawab soalan ini. Yang Berhormat Jasin, memang adalah pandangan yang sangat tepat kerana dalam FTA selalunya kita tumpu perhatian kepada barangan. Akan tetapi dalam FTA dia ada tiga bahagian yang penting dari segi liberalisasi barangan. Kita akan hapuskan cukai dan yang kedua adalah servis. Servis akan dibenarkan di eksport. Macam kepakaran kita, perkhidmatan kita. Ini adalah satu bidang yang jarang orang beri tumpuan dan perhatian. Kerajaan harap pada masa akan datang kita akan buat banyak program untuk services, mempertingkatkan. Untuk Yang Berhormat Seputeh, ini memang satu kecenderungan. Bukan saja berlaku di Malaysia ia dipanggil disruptive. Disruptive age dengan online and offline pembelian. Banyak tempat-tempat beli-belah di seluruh dunia bukan di Malaysia. Mungkin saya tidak boleh kata mereka akan tutup. Mungkin mereka harus tukar strategi untuk cara pasaran mereka. Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Rantau Panjang ada menyentuh tentang isu halal. Kerajaan telah mendedahkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global pada tahun 2020. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah menubuhkan Halal Industry Development Corporation pada 18 September 2006. Pihak kementerian akan memperuntukkan jumlah dana tersebut untuk melaksanakan program-program seperti berikut: (i) memperkukuhkan jenama halal di pasaran global 23.1 juta; (ii) memperkukuhkan ekosistem industri halal Malaysia 20.2 juta;

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

(iii) menggalakkan jalinan kerjasama antara pemain industri halal 5 juta; (iv) meningkatkan keupayaan inovasi halal Malaysia 21 juta; dan (v) mengukuhkan jalinan hubungan halal Malaysia dalam rantaian global 12.7 juta. Jadi pada tahun 2017 MATRADE telah memperuntukkan sebanyak 10.5 juta untuk mempromosi produk halal dan perkhidmatan patuh syariah melalui aktiviti yang disebutkan di atas. Jumlah yang sama juga diperlukan pada tahun 2018. Yang Berhormat Rantau Panjang juga membangkitkan isu berkenaan dengan memastikan ramai bumiputera terlibat dalam PKS. PKS merupakan 98.5 peratus daripada keseluruhan pertumbuhan di Malaysia dan merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara. Bagi tahun 2017 daripada jumlah 169 program PKS dengan peruntukkan sebanyak 5.9 bilion, sebanyak 58 program adalah khusus untuk PKS bumiputera dengan peruntukkan berjumlah 977.8 juta. Ini dijangka memanfaatkan 11,520 PKS bumiputera di seluruh negara. Berhubung usaha kementerian untuk melonjakkan jumlah usahawan bumiputera di seluruh negara, MITI melalui agensinya SME Corp. Malaysia membantu pembangunan usahawan bumiputera melalui program seperti berikut. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP), Program Galakan Eksport Bumiputera (GEP) dan juga Program Local Global Corporation (LGC). Kaji selidik suku tahun pertama 2017 terhadap PKS yang dijalankan oleh SME Corp. Malaysia dengan responden sebanyak 2,236 PKS mendapati bahawa 53 peratus daripada responden adalah PKS bumiputera. Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Stampin juga sentuh berkenaan dengan Industri 4.0. Revolusi Perindustrian keempat didorong oleh industri digital atau internet melalui aplikasi sistem siber fizikal sistem. Kemajuan dalam sembilan bidang teknologi pemangkin Industri 4.0 iaitu: (i) autonomous robot; (ii) big data; (iii) cloud computing; (iv) internet of thing (IoT); (v) percetakan 3D; (vi) keselamatan siber; (vii) simulasi dan sistem integrasi; dan (viii) mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan melalui internet kepada sistem siber yang merangkumi keseluruhan rantaian pengeluaran. Sejajar dengan arus global Revolusi Perindustrian Keempat, persediaan untuk leapfrog dalam era Industri 4.0 perlu dilihat secara menyeluruh oleh semua pihak yang berkaitan. Pengaplikasian teknologi terkini diteraskan Industri 4.0 perlu dilaksanakan agar syarikat-syarikat dapat meningkatkan kecekapan, produktiviti, kualiti dan memenuhi permintaan pengguna serta mendekatkan kitaran hayat produk yang dihasilkan. Oleh yang sedemikian kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat tempatan terutamanya di pihak PKS untuk mengaplikasikan proses automasi dan seterusnya mewujudkan satu rantaian sistem siber fizikal dan dalam meningkatkan tahap produktiviti dan kualiti pengeluaran serta dapat kekal berdaya saing di peringkat domestik serta global. Sebagai pemangkin kepada proses peralihan ke aras Industri 4.0, Bajet 2018 yang telah diumumkan baru-baru ini telah mengenal pasti beberapa insentif yang akan diperkenalkan mulai tahun 2018. Insentif-insentif adalah seperti berikut. Geran persamaan di bawah Domestic Investment Strategic Fund (DISF) berjumlah RM245 juta untuk menaikkan taraf kemudahan smart manufacturing. Elaun model mempercepatkan dan elaun model kelengkapan automasi untuk 10 juta pertama bagi perbelanjaan model yang layak pada tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Insentif elaun model untuk peralatan ICT bermula pada 2018 hingga 2020 dan dana RM1 bilion dalam bentuk 70 peratus jaminan pinjaman oleh kerajaan untuk PKS yang beralih ke proses automasi.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Kerangka kerja Dasar National Industry 4.0 ini akan mengambil kira semua aspek termasuk kemudahan infrastruktur dan ekosistem, pembiayaan dan insentif, teknologi dan standard, jenis dan pekerjaan baru yang mungkin muncul serta menyediakan bekalan modal insan yang mencukupi ke arah era industri 4.0. Kerangka kerja Dasar National Industry 4.0 ini dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2018. Yang Berhormat Labuan ingin mendapat maklumat mengenai jumlah pelaburan yang masuk ke Labuan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk terus menarik pelaburan ke dalam negara termasuk ke Labuan. Ini terbukti dengan statistik pelaburan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2016 bagi Labuan, di mana sebanyak 28 projek telah dilaksanakan dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.2 bilion. Daripada jumlah ini, RM3.7 bilion merupakan pelaburan domestik dan selebihnya iaitu RM0.5 bilion merupakan pelaburan asing. Pelaburan-pelaburan tersebut mewujudkan sebanyak 3,629 peluang pekerjaan. Industri yang mencatatkan pelaburan tertinggi yang telah dilaksanakan adalah produk petroleum sebanyak RM2 bilion, produk logam asas RM925 juta dan kimia dan produk kimia RM772 juta. Antara industri yang berpotensi di Labuan termasuklah industri kimia, tenaga boleh diperbaharui- renewable energy, dan pengurusan sisa atau waste management. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rasah ada sini ya? Yang Berhormat Rasah, okey. Yang Berhormat Rasah membangkitkan tentang isu Proton. Pada 24 Mei 2017, Syarikat DRB-Hicom telah mengumumkan Geely sebagai rakan kongsi strategik Proton dengan menandatangani heads of agreement dan penjualan ekuiti sebanyak 49.9 peratus. Tadi ada dalam soalan Yang Berhormat Pontian telah ada jawab tentang isu Proton. Cuma saya tidak mahu ulang di sini, cuma saya nak tambah. Saya sendiri telah buat lawatan ke kilang Geely, mereka ada satu R&D centre, satu pusat penyelidikan. Ada 10,000 jurutera terdiri daripada 46 negara. Saya pernah tanya pihak Proton, anggota Proton pun ada di sana. Saya tanya, bolehkah Proton mampu mempunyai satu R&D macam ini? Sebenarnya tidak mampu kerana pasaran kereta kita cukup kecil. Tahun lepas, keseluruhan penjualan kereta dalam Malaysia cuma mencatat 580,000 buah kereta. Semua jenama termasuk Proton, Perodua dan sebagainya. Sedangkan negara China 28 juta, telah melebihi daripada Amerika. Amerika sepanjang masa ini mereka mencatat 17 juta setiap tahun, mereka menjadi juara. Pada masa yang lepas akan tetapi tahun lepas, negara China telah mencatat 28 juta dalam pasaran automatif. Ini bermaksud negara China adalah satu pasaran yang cukup besar, di mana kita tidak boleh menafikan pasaran seperti ini. Sekarang Geely dari negara China berhasrat bekerjasama dengan Proton, Proton ambil Geely sebagai strategic partner. Mereka datang, sebenarnya mereka hendak membantu Malaysia dengan pelantikan CEO. Sebenarnya CEO ini dari segi pengurusan jagaan di negara China, bidang kuasa dia lebih luas dan besar. Akan tetapi sekarang dia datang ke Malaysia, dia hendak tolong kita hendak baik pulihkan Proton di mana teknologi kita buat masa sekarang telah ketinggalan. Kita juga hadapi satu keadaan yang cukup mencabar kerana teknologi...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Rasah.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Bagi sedikit. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya apa yang saya cuba bangkitkan sebab kalau tidak silap saya, kerajaan telah pun melabur sebanyak RM1.4 bilion di dalam Proton sejak Proton diwujudkan. Cuma soalan saya ketika saya membahaskan Bajet 2018, saya ingin mempersoalkan pihak kerajaan, memandangkan syarikat Geely dia membeli 49.9 percent saham daripada Proton, apakah harga yang dibayar oleh syarikat tersebut kepada syarikat Proton. Ini kerana kita tidak nak negara kita sudah melabur begitu banyak di syarikat Proton, tetapi kita jual 50 percent saham kepada China dengan harga yang cukup murah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Saya rasa yang paling penting, pelantikan CEO kepada syarikat Proton ini saya rasa pihak Proton, dia sepatutnya mengambil kira cuba melantik seorang rakyat Malaysia. Mengapakah kita tidak ada pakar ataupun tidak ada orang yang sesuai untuk jawatan tersebut? Saya harap dalam perkara ini, pihak kementerian Yang Berhormat Menteri dapat memberi satu penjelasan yang munasabah. Ini kerana Proton sebelum ini dia telah pun mendapat banyak bantuan daripada kerajaan dan bantuan itu dari segi kewangan itu daripada duit rakyat. Saya rasa itu kita perlu jawab, berapakah jumlah syarikat tersebut yang sudah bayar kepada Proton. Jawapan yang saya dapat, dia cuma kata selepas syarikat itu membeli saham, dia akan pump in sebanyak RM170 juta kepada syarikat Proton. Selepas itu, satu SUV akan dilancarkan untuk pihak Proton dan itu kos dijangka dalam lebih kurang dalam RM290 juta. Jumlah kalau ikut apa yang saya dapat, jumlah tersebut adalah RM460 juta yang diperoleh oleh Proton. Saya tidak pasti itu angka adalah satu angka yang betul atau tidak. Kalau syarikat tersebut cuma beli 50 percent, cuma beli dengan RM460 juta, saya rasa...

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ya faham, saya faham.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Itu tidak berbaloi untuk negara kita untuk jual syer tersebut kepada syarikat China.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Sebenarnya, Proton adalah sudah menjadi satu syarikat swasta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, boleh habiskan sehingga jam 1?

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya cuba habiskan kalau tidak ada pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya. Sila.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Sebenarnya Proton adalah satu syarikat swasta. Saya tidak boleh, pihak kerajaan tidak mahu bagi pihak mereka jawab tentang akaun mereka dan urusan sebagainya, sebabnya mereka telah menghadapi kerugian yang besar. Jadi tugas kerajaan adalah mencari satu rakan strategik untuk mereka supaya pada masa akan datang, mereka akan dapat mencapai satu pencapaian yang lebih baik. Itu hala tuju kerajaan. Tuan Yang di-Pertua,...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, panjang lagi?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh pencelahan? Kita nak habiskan jam 1.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya habiskan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya nak komen sikit fasal jawapan Yang Berhormat Menteri, depan sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Shah Alam, sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapati jawapan Yang Berhormat Menteri kurang memuaskan kerana bagaimana kita boleh lepas tangan dengan mengatakan, ‘Oh! Proton ini syarikat swasta’. Sedangkan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi, sudah berbilion-bilion yang telah dilaburkan dalam Proton, itu duit rakyat. Maka apa yang dilakukan oleh Proton selepas itu semestinya diambil kira dan dipertimbangkan oleh kerajaan dan diberikan jawapan yang munasabah, bukan dengan basuh tangan dengan kata ini syarikat swasta. Kalau betul-betullah syarikat swasta, kenapa kerajaan melibatkan diri dan memberi...

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya faham, saya faham.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, saya tambah satu lagi. Ini kerana kalau kata itu syarikat swasta, mengapakah kita memberi syarat kepada Proton, kalau dia kerjasama dengan Geely, kerajaan dia akan bagi pinjaman mudah bernilai RM1.5 bilion. Kalau itu swasta, dia pinjam daripada bank luarlah, jangan pinjam daripada kerajaan. Kenapa kita masih lagi nak membantu mereka kalau dia swasta? Jadi ini melibatkan kepentingan rakyat semua, soft loan daripada kerajaan daripada rakyat juga. Saya rasa itu pihak kementerian perlu memberi satu jawapan. Terima kasih.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya rasa ini maklumat tidak tepat, maklumat tidak tepat. Ini kerana pada masa yang lepas...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, ini jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ini, ini..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri MITI yang jawab saya.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ya, memang. Ini jawapan...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

RM1.5 bilion soft loan kepada syarikat Proton.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ya, itu sebelum dia, sebelum dia kerjasama dengan Geely. Jadi lepas kerjasama dengan Geely, kerajaan tidak ada beri sembarangan soft loan dan sebagainya. Yang Berhormat Shah Alam, jangan salah faham saya. Bukan kita lepas tangan kerana saya kata saya tidak boleh bagi pihak syarikat swasta untuk jawab tentang perakaunan mereka, tetapi kerajaan akan bertanggungjawab untuk memudahkan mereka cari sebuah rakan strategik untuk membaik pulih keadaan mereka kerana Proton telah menghadapi kerugian. Boleh kita semak dia punya kerugiannya. Tahun ini financial year, kalau tidak silap saya RM900 juta. Saya tidak boleh bagi pihak jawab apa sebab dia rugi dan sebagainya. Akan tetapi bagi pihak kerajaan, kita harus mencari satu kaedah untuk memudahkan mereka mencari satu rakan strategik untuk masa depan. Ini kerana kita cuma ada dua pilihan, sama ada kita bantu mereka atau kita tutup mereka. Pada kerajaan, Proton adalah satu national car project, kita tidak mahu mereka ditutup.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, jam 1.01 petang. Sila habiskan.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya rasa Yang Berhormat, yang lain saya rasa saya minta boleh saya jawapan bertulislah. Ini kerana isu yang penting sudah saya jawab, yang lain saya minta supaya disusulkan dengan ucapan bertulislah. Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan menyatakan penghargaan kepada sepuluh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan Tahun 2018 yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang dan tanggungjawab Kementerian Pertahanan. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2018 Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan sejumlah RM15.863 bilion. Perbelanjaan pembangunan diperuntukkan sebanyak RM3.297 bilion, manakala perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM12.566 bilion. Bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas peruntukan yang telah pun dicadangkan dan diluluskan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada peruntukan yang diberikan ini, pihak kementerian akan menguruskan perbelanjaan ini secara telus dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab, berfokus serta berhemah dengan memperkasakan lagi pertahanan negara dan meningkatkan kebajikan anggota dan veteran ATM. Bagi tujuan ini, satu jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan secara bersama antara Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Ketua Setiausaha Kementerian serta panglima-panglima perkhidmatan telah dibentuk yang dinamakan Jawatankuasa Induk Hala Tuju MINDEF. Di bawah jawatankuasa ini digariskan teras-teras berikut. Teras kesiapsiagaan, teras kebajikan, teras PLKN, teras keselamatan, teras diplomasi pertahanan dan teras perumahan. Setiap teras akan mempunyai task force tertentu yang akan membuat dan melaksanakan setiap perancangan secara telus dan secara sistematik. Di samping itu, semua panglima-panglima perkhidmatan, termasuk PAT dan KSU kementerian telah pun diarahkan untuk turun padang bagi memastikan bukan sahaja setiap perancangan berjalan dengan lancar tetapi pada masa yang sama memperjelaskan kepada setiap ahli anggota ATM dan warga MINDEF mengenai apa yang telah dirancang, hala tuju dan rollout plan semasa kita untuk pengetahuan ramai. Mengenai isu pembinaan kem tentera, Tuan Yang di-Pertua, semasa sesi perbahasan, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan isu berkaitan perancangan Kementerian Pertahanan dalam pembinaan kem-kem, dengan secara khususnya menjurus kepada pembinaan kem tentera di Segamat, Hutan Melintang dan Bera serta persoalan berkenaan pendaftaran pengundi di kem-kem tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, perancangan pembangunan ATM, terutamanya yang melibatkan pembinaan dan penambahbaikan kem-kem adalah satu usaha yang berterusan. Ia tidak dapat dilaksanakan dengan sekelip mata. Pada ketika ini, tidak kurang daripada 12 kem sedang dan akan dibina dan telah dirancang untuk ditambah baik di seluruh negara. Pembinaan kem-kem baharu yang disebutkan ini semangnya dilaksanakan mengikut perancangan pembangunan ATM, khususnya tentera darat. Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa memantau secara dekat perkembangan pembinaan kem-kem baru ini. Bukan sahaja bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual tetapi juga memenuhi standard serta piawaian yang ditetapkan demi keselesaan anggota yang bertugas. Saya dimaklumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, terdapat beberapa faktor yang mendorong pembinaan kem-kem baharu ini. Antara faktor tersebut ialah: (i) menggantikan kem-kem usang sedia ada; (ii) penempatan semula bagi kem yang mana pembangunan sekeliling terlalu hampir;

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

(iii) menempatkan anggota di kawasan baru yang bukan sahaja lebih selesa tetapi juga menjadi pemangkin kepada kemajuan di kawasan tersebut; (iv) penubuhan pasukan dan unit baru; dan (v) meningkatkan tahap kesiapsiagaan ATM berdasarkan landskap baru keselamatan dan pertahanan negara. Tuan Yang di-Pertua, bagi isu yang berkaitan dengan pendaftaran pengundi. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pengerang, di dalam Dewan yang mulia ini semalam telah menyatakan bahawa pihak SPR telah menerima bantahan dan Pendaftar akan menjalankan prosiding siasatan awam. Justeru itu, adalah tidak wajar untuk saya mengulas lanjut tentang isu ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan keputusan Pendaftar berkaitan kes bantahan tersebut kelak.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Mengenai kuasa Majlis Angkatan Tentera yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Lumut. Yang Berhormat Lumut minta agar Majlis Angkatan Tentera dikembalikan kuasa sepenuhnya terutamanya dalam perkara berkaitan Skim Perkhidmatan Gaji dan Elaun Warga ATM yang tidak tertakluk kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Suka saya jelaskan sememangnya perkara-perkara yang berhubung dengan pemerintahan, pentadbiran dan disiplin ATM diuruskan sepenuhnya oleh MAT seperti mana yang di peruntukkan dalam Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan, Akta Angkatan Tentera 1972 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Namun, perbelanjaan setiap kementerian yang termasuklah belanja mengurus bagi pembayaran gaji dan elaun hendaklah diluluskan oleh Parlimen melalui Rang Undang-undang Perbekalan sebagai mana yang dinyatakan Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan. Amaun perbelanjaan yang diluluskan dalam Akta Perbekalan ini diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan. Menurut seksyen 6, Akta Tatacara Kewangan 1957, kuasa mengawal selia pengurusan dan kawalan wang dalam Kumpulan Wang Disatukan terletak pada Menteri Kewangan. Ini bermakna perkara yang melibatkan kewangan hendaklah dirujuk kepada dan mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan juga Kabinet. Isu kelulusan MAT terhadap insentif dan bantuan veteran yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Perhimpunan Veteran ATM 2017. Yang Berhormat Lumut turut menyatakan bahawa pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap insentif dan bantuan kepada veteran semasa perhimpunan tersebut adalah tidak sah kerana tidak melalui Majlis Angkatan Tentera. Izin saya menyatakan di sini bahawa pengumuman inisiatif-inisiatif oleh Perdana Menteri kepada veteran ATM semasa Perhimpunan Veteran ATM 2017 pada 13 Julai dibuat mengikut proses dan prosedur sedia ada. Bagi insentif penambahbaikan Skim Pencen Hilang Upaya untuk veteran yang mengalami kecederaan hilang upaya sewaktu bertugas dan Skim Anuiti Veteran (SAVe) telah pun dibentangkan dan telah pun diluluskan oleh MAT. Isu Elaun Operasi Luar Pantai, Yang Berhormat Lumut juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan elaun yang diberikan kepada anggota yang melaksanakan tugas operasi di luar pantai termasuk pulau-pulau seperti di Terumbu Layang-Layang dan beliau juga membangkitkan cadangan menaikkan kadar elaun tersebut. Anggota ATM yang melaksanakan tugas operasi di luar pantai akan diberikan Bayaran Insentif Tugas Stesen Luar Pantai (BITSLP). Bayaran insentif ini telah pun dinaikkan kadarnya dari RM8 sehari kepada RM16 mulai 1 Januari 2015. Di samping itu, anggota ATM yang terlibat dalam operasi dan tugas-tugas khas juga diberikan beberapa jenis elaun dan insentif yang lain seperti insentif Pasukan Khas ATM, insentif Pasukan Aturgerak Cepat, elaun SMART dan pelbagai lagi jenis elaun demi untuk menjamin keselesaan dan kebajikan anggota-anggota yang bertugas.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Isu skim bantuan khas bulanan untuk veteran pula, Yang Berhormat Bukit Gantang membangkitkan isu berkenaan isu skim bantuan bulanan kepada veteran ATM yang tidak pencen. Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa bantuan yang diberikan kepada veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen yang tidak diterima oleh rakyat dan pesara biasa. Ianya merangkumi lapan perkara utama. Pertamanya ialah Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2016 sehingga Oktober 2017 kerajaan membelanjakan sebanyak RM38,476,800 untuk tujuan membiayai Bantuan Sara Hidup Veteran ATM yang telah memberi manfaat kepada 11,346 orang veteran. Ini tidak termasuk bantuan persekolahan, Kolej Vokasional Kebangsaan (KVK), bantuan kemasukan ke universiti awam dan politeknik, bantuan peralatan pesakit, bantuan perubatan, bantuan bencana alam, bantuan pengurusan jenazah, bantuan perumahan baik pulih dan baru. Melalui pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai 2017, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan juga berkaitan Pelaksanaan Bantuan Bakti Negara kepada veteran-veteran yang tidak berpencen. Isu cadangan menaikkan kadar pencen, Yang Berhormat Bukit Gantang juga bercadang menaikkan kadar pencen kepada veteran ATM yang telah pencen pada tahun 70-an. Kerajaan sentiasa membuat penambahbaikan kepada Skim Pencen ATM seperti yang saya sebut dalam MQT pagi tadi dan tidak perlu saya ulangi kerana ianya terkandung di dalam Hansard. Isu perumahan anggota ATM di Kem Muara Tuang, Sarawak Yang Berhormat Kota Samarahan mencadangkan agar blueprint perumahan ATM yang sedang dirancang oleh pihak kementerian dipanjangkan program berkenaan ke Kem Muara Tuang, Sarawak bagi memanfaatkan anggota ATM di kem tersebut. Sukacita saya maklumkan Dewan Yang Mulia ini, kementerian di bawah blueprint perumahan sedang merangka perancangan komprehensif dalam pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan ianya termasuklah pembinaan RKAT di dalam Kem Muara Tuang...

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya berbangga dengan kementerian kerana berusaha untuk membina rumah-rumah khususnya untuk ditawarkan kepada veteran-veteran. Akan tetapi saya mohon kementerian siasat balik kerana projek-projek perumahan yang dibuat kebanyakan warga veteran tidak tahu-menahu langsung. Contohnya yang berlaku di Lumut. Dikatakan di Batu Tiga Segari, rumah PR1MA dikatakan joint venture dengan kerajaan negeri tetapi tiada tawaran untuk warga-warga veteran. Kosnya pun saya tidak mampu ditanggung oleh veteran. Untuk itu saya mohonlah pihak kementerian lihat balik pada projek yang dibuat. Terima kasih.

Insya-Allah Yang Berhormat Lumut. Berhubung dengan PR1MA saya tidak ada maklumat untuk memberi jawapan balas. Akan tetapi di bawah pelan induk kita di mana rumah mampu milik berbeza dengan Rumah Keluarga Angkatan Tentera merupakan sasaran untuk memastikan sekurang- kurangnya ada ruang untuk anggota dan juga veteran memperoleh dan mempunyai rumah mereka sendiri. Kriteria-kriterianya telah pun saya maklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ini Akan tetapi apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Lumut tadi saya sedikit sebanyak setuju juga dari segi komunikasi dan maklumat yang hendak disampaikan kepada mereka yang layak ini. Yang Berhormat sedia maklum bahawa kita mempunyai persatuan-persatuan veteran, kita mempunyai Jabatan Veteran dan semua ini kita harap dapat jadi secara inclusive dimasukkan dalam blue print ini bila ia dilancarkan nanti. Nisbah 30 peratus veteran 70 peratus anggota untuk mereka mendapat rumah mampu milik ini insya-Allah akan sampai kepada semua yang betul-betul layak mempunyainya. Akan tetapi memang ada kekangan untuk menyampaikan maklumat ini kepada peringkat mereka yang layak ini. Ini saya akui.

Isu Standard Operating Procedure ATM balam menghadapi banjir dan bencana alam. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong telah membangkitkan SOP ATM di dalam mengatur gerak aset ATM dan response team semasa berlakunya banjir. Angkatan Tentera Malaysia berpegang pada prinsip first on sight, first respondent, dengan izin. Kerajaan Malaysia juga mempunyai panduan garis panduan Pengurusan Bencana Alam Negara yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Arahan MKN No. 20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Setiap tindakan agensi- agensi kerajaan termasuklah ATM hendak mengikut garis panduan yang telah pun dikeluarkan. Peranan dan tugas ATM dalam pengendalian bencana di tempat kejadian adalah seperti berikut: (i) menyediakan bantuan anggota di semua peringkat semasa berlaku bencana; (ii) menyediakan pengangkutan secara terhad bagi pergerakan di darat, udara dan laut di semua peringkat semasa bencana; (iii) menyediakan bantuan khidmat kepakaran seperti kejuruteraan, perhubungan, perubatan medan, serta bantuan-bantuan lain jika diperlukan; dan (iv) menyediakan pengangkutan udara untuk pertolongan kecemasan dan pemindahan mangsa-mangsa bencana. ATM juga mempunyai Rancangan Kontinjen ‘RanKom’ Murni yang telah menggariskan konsep operasi yang dilaksanakan secara bersepadu di antara perkhidmatan ATM Darat, Laut dan Udara serta agensi-agensi kerajaan termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan- NGO, dengan izin.

Melalui direktif ini, semua aset-aset ATM yang terlibat digerakkan ke kawasan bencana dan juga diletakkan di dalam keadaan siap sedia. ATM sentiasa berusaha memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tidak kira siang ataupun malam, tidak mengira kaum serta lain fahaman politik. Mengenai Cost of Living Allowance (COLA) untuk anggota ATM, Yang Berhormat Selayang telah memohon penjelasan berkenaan kesesuaian kadar COLA diterima oleh warga ATM pada masa kini. Untuk makluman Dewan ini, kadar COLA yang diterima oleh warga ATM pada masa merupakan kadar yang sama diterima oleh kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan yang lain. Pada masa yang sama, kementerian juga sedang berusaha melalui teras kebajikan dengan memberi fokus kepada agenda kos sara hidup dan satu perkara yang kita beri fokus dan keutamaan ialah transformasi PERNAMA itu sendiri. Kedai-kedai PERNAMA, saya harap dapat ditransformasikan, dapat memastikan juga pembelaan dan juga membantu anggota dan juga veteran kita berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Ini semua merupakan perkara-perkara yang termaktub di dalam hala tuju MINDEF, dan insya-Allah selain daripada apa yang telah pun saya umumkan sedia ada, kita mempunyai perancangan-perancangan yang insya-Allah akan kita bentangkan dalam masa yang terdekat termasuk agenda perumahan kita, agenda kesihatan dan perubatan, agenda pendidikan dan latihan, agenda kos sara hidup. Semua ini insya-Allah kalau kita dapat institusikan pelaksanaannya, saya rasa bahawa ia dapat- bukan sahaja dapat dilihat, ia dapat dirasai dan dapat dimanfaatkan oleh anggota kita termasuklah veteran-veteran ATM. Isu kawalan perairan Sabah Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Kinabalu telah meminta penjelasan kementerian terhadap usaha dalam menangani isu keselamatan di perairan Sabah termasuk aset-aset dan operasi-operasi yang dilaksanakan oleh pihak ATM.

Walaupun usaha kita berhubung kait dengan keselamatan di Sabah ini, disentak, digerakkan dengan pencerobohan di Lahad Datu tetapi kini dengan apa yang menular di bandar Marawi dan apa yang kita lihat merupakan ancaman baru di rantau kita oleh Daesh dan IS, apa yang kita sudah lakukan selepas Lahad Datu ini cukup relevan. Sebab itu saya harap bahawa usaha dan momentum ini akan diteruskan dan sedikit sebanyak dengan izin saya hendak bentangkan kepada Dewan yang mulia ini usaha kita sejak Lahad Datu untuk memastikan keselamatan di Sabah. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua angguk untuk memastikan keselamatan Tuan Yang di-Pertua juga di negeri asal.

Saya difahamkan Kementerian Pertahanan baru melantik seorang Panglima Angkatan Bersama yang baru, saya ucap tahniah kepada panglima baru itu. Saya juga ingin melihat Panglima Angkatan Bersama ini benar-benar memainkan peranan beliau sebagai panglima perang. Oleh sebab ketiga-tiga perkhidmatan yang lain bertanggungjawab untuk trade, trace and maintenance tetapi segala operasi sepatutnya dimainkan oleh Panglima Angkatan Bersama. Maka sebab itu untuk rakyat melihat Pantai Timur Sabah dikawal dengan baik, saya harap Panglima Angkatan Bersama dapat memainkan peranan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa Angkatan Tentera Malaysia bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Pantai Timur Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ini merupakan cabaran kita di mana musuhnya sama dan kita sudah kenal pasti dan kita tahu siapa yang mengintai kita di Selat Sulu dan Sabah. Akan tetapi cabaran ialah bagaimana kita hendak pastikan semua pihak yang bertanggungjawab ini dapat bekerjasama serentak dan mempunyai arahan dan juga fokus yang sama. Akan tetapi alhamdulillah, melihat selepas pencerobohan di Lahad Datu, usaha kita hendak N-BOS kan supaya agensi-agensi tidak bergerak dalam silo masing-masing telah pun berjaya. Di peringkat MINDEF, saranan Yang Berhormat bahawa Panglima Angkatan Bersama ini memainkan peranan untuk memastikan tiga-tiga perkhidmatan ini bergerak senada dan seirama merupakan sesuatu yang saya setuju kerana tidak ada pilihan dengan kekangan aset yang ada, dengan ancaman baru yang kita terpaksa hadapi bukan sahaja di kalangan perkhidmatan IATM yang perlu kita selaraskan dan bergerak senada dan seirama, bukan sahaja antara agensi-agensi di bawah kementerian-kementerian yang lain terpaksa dikoordinasi tetapi kerjasama di antara negara-negara jiran pun sedang kita usahakan dan sekejap nanti, saya akan bentangkan apa usaha kita dalam trilateral bersama-sama dengan Indonesia dan Philippines. Ini kerana merupakan sesuatu yang bukan sahaja kita banggakan tetapi mendapat perhatian dunia dalam hendak berdepan dengan ancaman IS dan Daesh pada ketika ini. Kembali kepada Sabah. Peranan utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pantai Timur Sabah adalah untuk membantu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menentukan ancaman keselamatan dan pencerobohan dari luar negara di dalam Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) dapat dibendung dan dihalang pada setiap masa. ATM telah menambah aset-asetnya di Sabah dengan perincian tersebut. Untuk tentera darat, kita telah membangunkan briged ESSCOM, pembinaan kem di Desa Kencana, FELDA Sahabat untuk menempatkan satu batalion infantri, unit logistik, unit amor dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). Masih dengan tentera darat, pembinaan kem di Bintulu, pembinaan Kem 31, Briged Infantri, dan 7 RS dirancang akan dibina di Labuan. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang perkara keselamatan di rantau Sabah. ESSCOM ini selamanya kita tidak dapat tahulah. Dia punya anggota tidak ramai, lagi dia punya susunan mengetuai yang sesiapa itu pasukan itu macam tidak serata. Kita tahu kita ada army, ada navy, ada polis nanti ESSCOM macam dia punya coordination kita seramai dapat tahu ini dia tidak sama.

Macam kita ada pergi melawat di Semporna, di pulau-pulau sana. Ada sesebuah tempat yang dijaga oleh ESSCOM atau the army atau the navy lah sebagainya tetapi macam ada masa yang kelakuan I mean ada masalah yang berlaku macam dia punya coordination. Nampaknya dia tidak ada satu komander yang tertinggi memberi arahan bagaimana menghadapi masalah. Sebab kita yang tanya pasukan ini, dia bilang mahu tunggu dia punya top leader dia punya instruction dan top leader punya instruction pun mahu koordinat lain punya pasukan punya itu, selalu menjadi satu tindakan yang what do we call seluruh tahulah. Jadi bolehkah ini satu pasukan ini boleh bertindak dengan satu komander yang tertinggi bahawa yang satu, yang ESSCOM kah, apa namakah yang tubuh yang semestinya ada sesuatu komander yang tertinggi selepas itu serata semua itu yang di command oleh dia. Jadi ini macam saya fikirlah, ini yang menjaga keselamatan yang lebih cepat, lebih cerah.

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Pertamanya keadaan kita di ESSCOM jauh lebih baik dari masa ketika saya Menteri Dalam Negeri di mana pada masa ketika itu, kita hendak selaraskan dan mengkoordinasi bukan sahaja kalau di laut, tentera laut dengan polis marinnya, dengan APMM nya. Bukan satu perkara yang mudah. Tetapi hari ini saya tengok bahawa the chain of command akhirnya balik kepada Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang bermesyuarat tiap-tiap dua minggu dan ianya dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Jadi, peranan kita di MINDEF ialah untuk membantu ESSCOM. Saya sebagai ahli anggota Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apa yang disarankan oleh Yang Berhormat akan saya bawa kepada mesyuarat yang akan datang, kalau tidak salah saya esok, 10 hari bulan. Perkara-perkara Tentera Darat tadi, pembinaan Markas Task Force 450 dan lima briged, kenderaan perisai 4x4 sebanyak 14 buah, kenderaan perisai gempita di Sabah- ini yang terbaru. Sebanyak 20 buah, penempatan MIFV di Sabah- infantry Fighting vehicle ini kita telah menempatkan 30 buah. Penambahan batalion infantri di Sabah, empat buah light observation helicopter (LOH), dengan izin. Program enam buah pesawat light attack helicopter- ini kita baru hendak beli daripada McDonnell Douglas. Naik taraf 10 pos gabungan dan mewujudkan tiga lagi pos baru di Sabah. Semua ini telah diambil kira di dalam bajet yang telah pun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Mengenai Tentera Laut pula, pengoperasian lima buah kapal TLDM sepanjang masa bagi tujuan rondaan dan pengawasan di samping menempatkan bot jenis CB90 di Sandakan bagi tujuan rondaan telah pun diatur gerak. Penambahan penempatan team PASKAL berserta sebuah helikopter di Semporna di bawah Tentera Laut. Mewujudkan tiga pangkalan laut atau sea basin iaitu Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah, Kapal Auksiliari Tun Azizan dan juga Kapal Auksiliari Bunga Mas, pertamanya di Lahat Datu, satu lagi di perairan Sandakan, satu lagi di perairan Pulau Bangi, Kudat. Semuanya sekarang ini telah pun beroperasi. Pengoperasian empat buah bot tempur P38 di Sandakan, lima buah bot Silver Bridge di Semporna. Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar juga telah dinaiktaraf. Penempatan kapal selam jenis Scorpene di Sabah sebagai force multiplier asset. Penubuhan Markas Armada Timur di Teluk Sepanggar telah pun diwujudkan. Pelancaran Markas Wilayah Laut Dua (MAWILA 2) telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah baru- baru ini, 17 Oktober 2017. Sekarang tentera udara pula. Kita telah menempatkan empat buah Hawk, empat C-130, empat EC725 di Labuan. Kita sedang menaiktaraf pesawat Hawk di Labuan. Kita menaik taraf dan menambah infra pesawat dan juga rumah keluarga Angkatan Tentera di Labuan bagi memenuhi keperluan penempatan pesawat Hawk dan EC725, helikopter kita. Dan kita telah atur gerak jet pejuang F-18 kita dan juga Sukhoi untuk mendukung Ops Daya bagi memastikan ruang udara terpelihara kerana kedudukan pangkalan Labuan yang strategik.

Kembali kepada apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sandakan tadi. Kalau dulu kita melihat isunya berhubung kait dengan penyeludupan-penyeludupan manusia, penyeludupan dadah dan kidnapping, penculikan, tetapi hari ini, the sense of urgency, kita beri tumpuan kepada ancaman baru yang tidak jauh daripada perairan Sabah sekarang dengan wujudnya IS dan DAISH yang memerlukan fokus yang agak lebih daripada Kementerian Pertahanan dan ATM. Dan apa yang telah saya bentangkan kepada Dewan yang mulia ini merupakan usaha yang terkini dalam kita hendak memastikan ancaman ini dapat dibendung, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, pihak Kementerian Pertahanan juga telah memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif lain terutamanya meningkatkan keupayaan intelligence, surveillance and recognition bagi semua trup ATM yang sedang beroperasi di KTJ atau kawasan-kawasan tanggungjawab dengan menempatkan beberapa coastal surveillance system di sepanjang Pantai Timur Sabah. Kedua, mengadakan latihan dan operasi khusus sama ada melibatkan perkhidmatan tunggal atau bersama ketiga-tiga perkhidmatan dan latihan secara bersepadu yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi keselamatan dan maritim di kawasan-kawasan operasi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan kita. Ketiga, mempertingkatkan keupayaan sistem perintah dan kawalan atau command and control system, di dalam semua unit formasi yang sedang beroperasi di kawasan tanggungjawab. Dan akhir sekali, yang terkini, adalah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan inisiatif Trilateral Maritime Patrol dan Trilateral Air Patrol yang melibatkan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Trilateral Maritime Patrol melibatkan pelaksanaan rondaan maritim yang melibatkan aset dan anggota pasukan keselamatan ketiga-tiga negara di kawasan yang telah ditetapkan. Ini satu perkara yang baru, tidak pernah kita lihat di rantau ini. Dan pada masa yang sama, Trilateral Air Patrol (TAP) pula melibatkan pelaksanaan rondaan udara yang melibatkan aset dan anggota pasukan keselamatan ketiga-tiga negara di kawasan yang telah ditetapkan. Ini bukan cakap-cakap kosong, kerana rondaan ini telah pun mula beroperasi secara bergilir-gilir dan mulanya semalam dan itu merupakan tarikh yang amat bersejarah sekali. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, hasil siasatan Air Defence Controller (ADC), Yang Berhormat Stampin telah memohon kementerian menyatakan hasil siasatan Air Defence Controller TUDM yang telah melaporkan lebih awal kejadian pesawat MH370 turn back. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Stampin, beberapa kes berkaitan isu yang dibangkitkan ini telah pun difailkan dan sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah. Justeru itu, adalah tidak wajar untuk saya memberi sebarang jawapan kerana ia akan subjudice kepada proses mahkamah yang sedang berjalan. Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini, sekian sahaja penjelasan yang dapat diberikan.

Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa balik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada Majlis Angkatan Tentera tadi. Seperti mana Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa tanggungjawab Majlis Angkatan Tentera ialah berhubung pemerintahan, pentadbiran dan disiplin. Akan tetapi malangnya, Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1972, kes 404 orang Kadet yang tidak diiktiraf sebagai pegawai oleh Kabinet masa itu, tidak dapat dibela oleh Majlis Angkatan Tentera. Akibatnya, 404 orang itu telah teraniaya dan gaji bulanan mereka telah berkurangan sebanyak lebih kurang RM300 setiap bulan sejak waktu itu. Mereka yang terlibat amat sedih oleh kerana Majlis Angkatan Tentera tidak dapat membantu menyelesaikan kes tersebut dan mereka beranggapan mereka adalah kumpulan yang teraniaya.

Oleh yang demikian, Yang Berhormat Menteri, saya ingin memohon agar perkara ini dapat dilihat kembali. Kalau tidak dapat diselesaikan melalui Majlis Angkatan Tentera dan juga Kabinet, mungkin mereka merayu supaya RCI atau Suruhanjaya Siasatan Diraja diwujudkan bagi mendapatkan penyelesaian win-win situation untuk kedua-dua belah. Memandangkan usia mereka telah tua, ada yang telah meninggal dunia pun, jadi kita amat berharap sangatlah Majlis Angkatan Tentera cuba dapat melihat perkara ini. Kita tahu di dalam Kementerian Pertahanan ada Majlis Angkatan Tentera, ada JPP, ada Lembaga Tender A, B dan C, tetapi jawatankuasa baru yang Yang Berhormat sebut tadi, saya belum dengar lagi sebelum ini semasa dalam perkhidmatan. Juga, ada maklumat-maklumat mengatakan di Kementerian Pertahanan ada kumpulan big five. Kalau betul ada, kita mohonlah pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, oleh sebab ia menjadi sebutan di luar dan bekas-bekas panglima yang mengetahui keadaan itu mungkin rasa curiga dengan kewujudan big five ini. Mohon pencerahan. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya dengar ada sebutan tentang Pulau Batu Putih. Saya hendak tanya, betul ada apa-apa perincian, penerangan yang hendak diberikan Yang Berhormat Menteri? Sebab, saya ada soalan berbangkit. Kalau tidak ada, tidak mengapa. Saya akan bangkitkan dalam Peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.

Yang Berhormat Kapar, tidak ada berbangkit. Mengenai Yang Berhormat Lumut, kes yang disentuh tadi tidak dibangkitkan dalam perbahasan, jadi saya tidak mempunyai butiran lanjut untuk menjawab apa yang diminta oleh Yang Berhormat. Akan tetapi, saya beri jaminan bahawa saya akan sampaikan jawapannya secara bertulis kepada Yang Berhormat Lumut. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi...

Yang Berhormat Menteri, ada soalan tambahan sedikit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik tadi tentang penjelasan Yang Berhormat Menteri usaha-usaha untuk memperkukuhkan pertahanan kita di Sabah dengan adanya kapal Rejimen Batalion, Air Cover dan usul aset ketenteraannya banyak. Jadi saya hendak tanya kita rasa selamat tetapi baru-baru ini Yang Berhormat Menteri, ada operasi di Marawi dan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah dengan berlaku operasi ini akan tahap kesiapsiagaan kita dan apakah mereka juga akan ada second wave of violence atau dia lari ke Sabah? Jadi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh kongsi sedikit dengan kita, terima kasih.

Kita hidup hari ini dalam dunia yang tanpa sempadan dan apa yang berlaku di negara jiran seperti di Marawi, apa yang terpaksa dihadapi oleh mereka di Syria dan Iraq, di Mosul, di Aleppo akan membawa kesan kepada keselamatan dan pertahanan negara dan rantau ini. Oleh sebab itu saya sebut tadi kerjasama trilateral di antara Filipina, Indonesia dan Malaysia merupakan sesuatu usaha yang cukup tepat kerana tanpa kerjasama tiga negara yang di mana mereka telah pun mengumumkan kewujudan Wilayah Islamiah atau Islamic State di kawasan kita melibatkan Indonesia, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura pun masih merupakan satu ancaman yang cukup relevan hari ini. Apabila offensive di Iraq, Syria nampak hampir selesai, returning fighters daripada Iraq, Syria ini akan mencari dan mengintai kawasan-kawasan untuk mereka bertapak dan tidak mustahil apa yang berlaku di Marawi ini ada kesan secara langsung daripada offensive yang telah pun berjaya menidakkan ISIS dan Daish di Timur Tengah. Keduanya, punca IS mendapat sokongan lebih-lebih lagi melalui social media merupakan ancaman baru yang terpaksa kita hadapi bukan sahaja Malaysia tetapi negara-negara yang jauh lebih kaya, lebih besar Amerika Syarikat, di UK baru-baru ini menunjukkan bahawa tidak ada negara yang terkecuali daripada ancaman IS dan Daesh ini.

Oleh sebab itu, saya memanjatkan rasa syukur dan juga berterima kasih kepada anggota-anggota keselamatan kita kerana setakat hari ini kita berada dalam keadaan yang cukup terkawal... [Tepuk] Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Kota Tinggi saya harap bahawa Dewan yang mulia ini melihat ancaman yang kita terpaksa hadapi ini secara serius, secara urgent, secara segera kerana anggota kita ini yang kita hendak bela kebajikan mereka, kita hendak pastikan kedudukan mereka terbela kerana pada masa yang sama kita menuntut mereka mengorbankan keringat, air mata dan darah untuk memastikan kita selamat. Oleh sebab itulah MINDEF hari ini dan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kali ini banyak memberikan fokus kepada agenda kebajikan anggota dan veteran kita. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih bagi pihak Kementerian Pertahanan... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini saya bagi pihak kementerian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang telah mengambil bahagian membahaskan perkara-perkara yang menyentuh bidang tugas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2018. Di Dewan yang mulia ini sukacita saya ingin mengumumkan bahawa Malaysia telah dinilai oleh Bank Dunia berada di tangga kelapan daripada 190 negara di dunia bagi urusan kemudahan penyambungan elektrik, getting electricity, dengan izin, bagi menjalankan perniagaan untuk tahun 2018 iaitu Doing Business 2018. Laporan pada 30 Oktober 2017 tersebut turut mengatakan bahawa tempoh penyambungan bekalan elektrik di Malaysia hanya mengambil masa 31 hari berbanding 78 hari di negara-negara berpendapatan tinggi OECD. Kedudukan ini telah mengiktiraf keupayaan Malaysia dalam memastikan pembekalan elektrik yang berdaya harap serta ketelusan penetapan tarif elektrik di negara ini. Ia juga menunjukkan bahawa kos penyambungan elektrik di Malaysia adalah berpatutan dan proses mendapatkan bekalan elektrik juga adalah jelas dan teratur. Pengiktirafan ini jelas menunjukkan hasil usaha sama dan kerjasama erat di antara Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sememangnya SESB di Sabah dan juga Sarawak Energy Corporation di Sarawak dalam meningkatkan kecekapan pihak utiliti bagi memudahkan urusan pembekalan elektrik kepada pengguna. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, salah satu teras utama iaitu teras keenam dalam Bajet 2018 adalah Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital dan Ekonomi Baru. Di bawah teras ini terletaknya peranan yang digalas oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berdasarkan Bajet 2018 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam Bajet 2018 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM48 bilion untuk tujuan perbelanjaan pembangunan negara secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diperuntukkan sebanyak RM1.554 bilion di mana 39 peratus adalah untuk program bekalan air, 31 peratus bagi program pembetungan, 17 peratus bagi program bekalan tenaga elektrik sementara 13 peratus lagi adalah bagi program teknologi hijau dan pengurusan maklumat. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kelangsungan sumber air yang mapan dan lestari kerajaan akan memperkenalkan pengurusan sumber air alternatif iaitu penyimpanan air di peringkat hiliran sungai yang dikenali sebagai, dengan izin, Off-River Storage (ORS) bagi menambah kapasiti tadahan atau simpanan air.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Kaedah ini dilihat lebih holistik dan mapan dari aspek penjimatan kos operasi keseluruhan sistem sumber air berbanding dengan pembinaan empangan. Sebagai perintis tiga ORS akan dibina di Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Langkawi dengan kos projek berjumlah RM1.35 bilion yang dijangka siap pada tahun 2022. Untuk makluman Dewan yang mulia ini di bawah Bajet 2017 kerajaan telah memberi fokus ke arah pengurangan kadar kehilangan air tidak terhasil ataupun dengan izin, non-revenue water (NRW) yang lebih komprehensif dikenali sebagai NRW Nasional. Melalui pendekatan ini, kementerian menyasarkan penurunan kadar NRW kepada 31 peratus pada tahun 2020. Bagi memberikan impak yang lebih maksimum program NRW Nasional pendekatan dua akan diperkenalkan mulai tahun 2018 dengan kos projek berjumlah RM1.371 bilion. Di bawah pendekatan dua ini peruntukan akan disediakan bagi mengimbuh balik kerja-kerja berkaitan pengurangan NRW yang dilaksanakan oleh pihak operator, air di negeri-negeri yang mencapai sasaran pengurangan NRW yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN). Antara inti pati lain Belanjawan 2018 kementerian juga telah diperuntukkan sejumlah RM5 bilion untuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) bagi tempoh 2018 ke 2022 untuk menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau. Secara khusus GTFS adalah merupakan satu-satunya Skim Jaminan Pembiayaan Teknologi Hijau yang disediakan oleh kerajaan dengan kerjasama institusi pembiayaan dalam menyokong pembangunan industri teknologi hijau negara.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Kesinambungan pelaksanaan GTFS penting untuk memastikan projek pembangunan industri teknologi hijau yang berpotensi akan terus mendapat sokongan pembiayaan untuk dilaksanakan dengan jayanya khusus bagi industri kecil dan sederhana iaitu IKS tempatan. Di bawah peruntukan mengurus pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM234.25 bilion secara keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di peruntukan sebanyak RM253.99 juta. Jumlah ini meliputi RM140 juta atau 54 peratus untuk tujuan subsidi bil elektrik yang sebelum ini diletak di bawah bajet Kementerian Kewangan. Peruntukan tersebut jelas membuktikan komitmen Kerajaan Pusat dalam meringankan masalah rakyat bagi memastikan mereka dapat menikmati bekalan elektrik yang berterusan dan berdaya saing. Dalam perbahasan Belanjawan 2018, seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Merbok telah mengambil bahagian dan membahaskan isu-isu dengan fungsi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Isu-isu berkenaan melibatkan perihal utiliti sektor air, pembetungan dan juga berkenaan bekalan elektrik negara. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat yang begitu peka dengan isu-isu berkaitan dengan bidang tugas dan fungsi kementerian dan saya cuba dalam masa yang tersingkat mengulas atau pun memberi maklum balas kepada perkara- perkara yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ranau ada di sini? Yang Berhormat Ranau telah membangkitkan isu berkaitan dengan masalah bekalan air di Daerah Ranau, Sabah dan mencadangkan supaya kerajaan membuat satu intake yang baru bagi bekalan air kawasan tersebut. Yang Berhormat Sandakan tunggu dulu, saya siap Ranau dulu nanti sampai Sandakan juga walaupun nun jauh di sana. Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat, untuk makluman Kerajaan Persekutuan sedar akan masalah bekalan air yang dihadapi di daerah Ranau. Berikutan itu satu lawatan tapak telah dilakukan oleh pegawai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang diketuai oleh ketua setiausaha sendiri serta pasukan dan mendapati tanah bukit di kawasan tersebut tidak lagi stabil akibat daripada gegaran gempa bumi.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur setiap kali hujan turun yang menyebabkan intake sedia ada tersumbat. Hasil daripada pemeriksaan tersebut telah mendapati jalan penyelesaian terbaik dengan kos yang efektif untuk menyelesaikan masalah adalah dengan pembinaan Empangan Sabo bukan sawo- s-a-w-o itu “bini”, kalau dalam bahasa Dusun. Empangan Sabo yang pembinaannya dipraktikkan di Jepun bagi mengatasi masalah yang sama. Pembinaan Empangan Sabo dijangka mampu menghalang intake loji sedia ada daripada tersumbat. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sekadar satu macam off river storage tapi sungai saja dan air daripada sungai itu disalurkan di sana dulu untuk settlement dan baru dia digunakan untuk tujuan penapisan oleh pihak loji. Jadi small cost tapi efektif dari segi mempertingkatkan kualiti air yang di treated oleh pihak loji. Merujuk kepada pengumuman peruntukan sebanyak RM29 juta yang telah diumumkan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan projek ini, pihak kementerian sedang merujuk dan mengadakan perbincangan dengan pihak EPU, JPM mengenai pelaksanaan projek ini dan diharapkan peruntukan dapat disediakan ataupun diasingkan untuk pelaksanaan projek pada tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Labuan telah meminta supaya kementerian memastikan bekalan air di Labuan mencukupi memandangkan pada masa kini Labuan bergantung kepada bekalan air negeri Sabah melalui paip dasar laut. Memastikan bekalan air yang mencukupi dan mapan di Labuan adalah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Untuk itu satu kajian sedang dijalankan bagi menilai keperluan dan keupayaan sumber dan sistem bekalan air di Labuan sehingga 2050. Kajian ini dijangka selesai pada penghujung bulan ini iaitu bulan November dan berdasarkan data kajian yang diperoleh adalah didapati bahawa terdapat keperluan untuk mengimbangi sumber air dari Sabah dengan sumber air di Pulau Labuan sendiri. Oleh itu, dapatan daripada kajian ini telah mengenal pasti beberapa sumber air yang boleh dibangunkan di Pulau Labuan berjumlah 57.4 juta liter sehari (JLH), yang boleh dibangunkan secara berperingkat menjelang tahun 2050. Walau bagaimanapun bagi memastikan bekalan air Labuan mencukupi selepas tahun 2050, Labuan masih perlu mendapatkan bekalan air dari Sabah. Oleh itu, seperti mana cadangan Ahli Yang Berhormat Labuan berkenaan dengan pembinaan jambatan Labuan sekiranya diperlukan pada masa tersebut, maka laluan paip bekalan air ketiga dari Sabah boleh dicadangkan untuk dibina selari dengan jambatan yang dicadangkan. Dalam hal ini kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan ia berdaya maju. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan bagi bekalan elektrik di Labuan dan pantai barat Sabah pula adalah mencukupi untuk menampung permintaan. Permintaan tertinggi tenaga elektrik pada ketika ini di Labuan adalah sebanyak 62.3 megawatt. Manakala Stesen Janakuasa Patau-Patau mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 112 megawatt. Oleh itu, Labuan mempunyai surplus kapasiti sebanyak 49.7 megawatt. Selain itu terdapat kabel dasar laut yang boleh menyalurkan tenaga elektrik daripada tanah besar Sabah sekiranya memerlukan bekalan elektrik tambahan di Labuan. Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai telah membangkitkan isu pembetungan perumahan atas air di Kampung Kukup Laut dan Kampung Air Masin yang meminta supaya peruntukan bagi projek ini dipercepatkan memandangkan saban hari bilangan pelancong semakin bertambah di kawasan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan peruntukan bagi pelaksanaan, penambahbaikan sistem pembetungan di Kampung Kukup Laut dan Kampung Air Masin sememangnya telah dipohon dalam Rolling Plan Ketiga, tahun 2018 namun kelulusan tidak dapat diperoleh di bawah Bajet 2018. Namun menyedari kepentingan untuk menyediakan sistem pembetungan yang baik di kawasan ini yang juga merupakan tumpuan pelancong kementerian juga menimbangkan untuk menggunakan sumber pembiayaan alternatif bagi projek ini. Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai bolehlah nanti menyusuli dengan pihak kementerian. Ahli Yang Berhormat Merbok telah membangkitkan isu bekalan air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai yang kerap mengalami gangguan bekalan air yang berpunca dari loji rawatan air di Empangan Tupah yang tidak ataupun belum lagi di naik taraf.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Untuk makluman Yang Berhormat, DUN Tanjung Dawai memperoleh bekalan air daripada Loji Rawatan Air Tupah, headworks berkapasiti 12 juta liter sehari (JLH) dan Merbok Headworks 2.3 juta liter sehari (JLH). Gangguan bekalan air berlaku semasa musim hujan berikutan kadar keruhan air mentah dari Empangan Gunung Jerai yang boleh mencapai tahap 1,000 Nephelometric Turbidity Unit (NTU) sehingga menjejaskan pengoperasian di kedua-dua LRA tersebut. Selain itu, musim kemarau juga turut menjadi faktor gangguan kerana penyusutan paras air sungai di muka sauk akan mengakibatkan LRA tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Bagi mengatasi gangguan bekalan air yang berlaku, pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn. Berhad (SADA) telah mengambil langkah-langkah berikut. Pertama, penghantaran bekalan air melalui lori tangki dan juga menempatkan tangki statik di kawasan terjejas. Kedua, menyalurkan bekalan air dari aliran Sungai Petani melalui rumah pam Paya Suri dan rumah pam Tok Pawang ke kawasan terlibat dan membaiki paip-paip bocor dan mengaktifkan tangki-tangki di kawasan terkesan. Sehubungan itu, kerajaan juga telah meluluskan pelaksanaan projek naik taraf LRA Bukit Selambau 30 JLH di bawah Rolling Plan Kedua 2017/2018, Rancangan Malaysia Kesebelas yang dijangka siap pada tahun 2019. Dalam pada itu, pihak SADA juga telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bagi kerja-kerja naik taraf dan baik pulih LRA Bukit Tupah. Bagi sektor tenaga Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sandakan yang sudah tunggu-tunggu jawapan dan tadi saya di kantin sana pun pergi duduk di depan saya untuk mencari penyelesaian dan maklumat. Kita alu-alukan, tidak harus tunggu soal di Parlimen, di kamar ini baru boleh dapat kerjasama untuk menyelesaikan masalah- masalah pokok di peringkat kawasan kita masing-masing. Yang Berhormat Sandakan telah membangkitkan isu berkenaan dengan gangguan bekalan elektrik yang serius di Sandakan dan ingin mengetahui mengenai status terkini projek pembinaan loji jana kuasa 380-megawatt Sandakan. Untuk pembetulan, 300-megawatt sahaja. Asal punya perbincangan adalah 380-megawatt tetapi apabila kita meneliti keperluan tenaga negeri Sabah dan juga untuk Pantai Timur, kita berpendapat bahawa untuk jangka panjang, untuk 10 tahun yang akan datang, 300- megawatt itu harus mencukupi ya untuk makluman Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian masih belum memuktamadkan Certificate of Landownership Award (CLOA) kepada pemaju kerana pembangunan loji ini perlu diselaraskan dengan bekalan gas yang akan disalurkan melalui pembinaan Trans- Sabah Gas Pipeline (TSGP) dari Kimanis di Pantai Barat. Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat mengenai status terkini projek pembinaan pipeline itu untuk menghantar gas dari Pantai Barat atau West-Coast ke East- Cost pula, pihak pemaju projek iaitu Suria Strategic Energy Resources Sdn. Berhad (SSER) sedang dalam peringkat terakhir untuk mendapatkan penyelesaian, khususnya untuk memuktamadkan memorandum, governing principles bersama dengan pihak Petronas. Projek pembinaan TSGP ini berada di bawah kawalan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan projek ini sedang diteliti dengan rapi oleh pihak Kementerian Kewangan melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Tiga hari yang lalu, satu mesyuarat di bawah naungan NKEA Oil and Gas telah juga meneliti ini dan kita berharap dalam masa terdekat, perkara- perkara pokok dapat dimuktamadkan termasuklah bila projek itu boleh dilancar dan bila akan siap daripada segi gas pipeline kerana pembinaan loji 300 megawatt itu yang akan menggunakan tiga peringkat 100 megawatt,100 megawatt, 100 megawatt dapat dikoordinasi sesuai dengan pembekalan gas yang akan disalurkan daripada Pantai Barat dari Kimanis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jadi mengenai satu loji yang akan dibina di Sandakan yang 300-megawatt itu pakai oil and gas, ini satu perkara berapa tahun lalu pun sudah bangkit, ini isu bertahun- tahun. Kita pun dijanjikan daripada kerajaan ini satu loji akan dibina tahun depan, lagi tahun depan, tetapi sampai sekarang belum nampak lagi. Sekarang kita pun gembira dapat tahu ini satu dia punya gas pipeline itu akan ditunaikan. Akan tetapi ada beberapa struktur pipeline itu, ramai rakyat-rakyat Sabah perlu tahu kamu pakai sistem mana dengan peniaga punya struktur bahawa kita Sandakan ada East-Coast punya warga, Sandakan atau Tawak atau di mana-mana. Nampaknya sebab dia punya peruntukan yang begitu tinggi, saya pun dapat tahu berkali-kali Menteri ada jawab sebab dia punya kos terlampau. Jadi sekarang kita dapat tahu daripada Menteri Kota Belud yang beri satu statement, bilang Malaysia akan dapat satu soft loan RM4.5 bilion akan melaksanakan ini program dan juga ini akan disolely-owned by Suria Energy under Ministry of Finance. Jadi di sini, nampaknya Sabah apa role? Ini Kerajaan Sabah akan ada kaitan dengan ini. Gas yang dari Sabah punya, dana yang Sabah punya. Macam sekarang yang ini the game hanya dengan Federal punya Menteri Kewangan sama ini China pinjam loan ini- macam ini, I do not know lah, saya tidak fahamlah, dengan izin, bagaimana Sabah boleh bermain satu important role sebab hasil ini yang dari Sabah and then dana also dari Sabah. Nampaknya Sabah government, orang Sabah dia punya syer tidak ada dalam yang berbentuk ini dalam sistem ini, dalam projek ini. Jadi di sini juga, saya mahu tanya ini juga, bila ini pipeline ini boleh dilaksanakan? Nampaknya kalau macam sekarang mengikut jadual yang akan dibina, mungkin berapa tahun lagi baru boleh siap. Kalau begitu, loji itu 300 megawatt itu bila boleh start? Jadi sampai masa itu mungkin mahu empat, lima tahun lagi. Jadi, cukupkah? Sandakan sekarang sudah tidak cukup power sudah, bolehkah mahu Sandakan punya orang atau East-Coast punya mahu terbeban lagi berapa lama baru boleh dapat ini electricity yang cukup. Ini kita pun harap tahu jugalah. Jadi saya harap Kerajaan Persekutuan, bagaimana ini satu projek yang berat you know, di Sabah ini. Hasil gas kita sudah hilang, oil berapa lama sudah, satu isu bangkit and bangkit dari kita rakyat Sabah. Jadi kita harap ini gas satu yang kita punya itu yang baru mahu tubuh, mahu bina bolehlah renting sama Sabah, kerajaan itu bahawa ada satu solusi bahawa sama-sama boleh memanfaatkan. Jangan semua hasil nanti tidak tahu pergi ke mana. Harap Yang Berhormat Menteri jelaskan.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Sandakan atas keprihatinan perkara-perkara yang berkaitan dengan gas pipeline TSGP dan juga pembinaan IPP tersebut. Yang Berhormat tidak harus ragu mengenai dengan perkara-perkara berkaitan dengan ekuiti dan seterusnya. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru sahaja mengeluarkan statement dua hari yang lalu oleh sebab banyak tuduhan palsu mengatakan untuk kononnya membiayai Trans-Sabah Gas Pipeline ini sebanyak RM4.5 bilion. Kerajaan Pusat melalui Petronas ataupun Kerajaan Negeri Sabah telah menggadaikan tiga atau empat wells untuk tujuan ini, memang adalah tiada kena-mengena dan ini palsu.

Mengenai dengan ekuiti, mengenai dengan Trans-Sabah Gas Pipeline itu, yang akan diterajui oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER) di bawah MOF, Kementerian Kewangan. Sebenarnya, mereka masih lagi dalam proses perbincangan mengenai dengan peranan negeri Sabah di dalam kongsi pemilikan projek ini apabila siap. Ini akan dimuktamadkan nanti pada masa akan datang. Pada saat ini, memang ia dipegang 100 peratus oleh SSER. Akan tetapi pihak kerajaan oleh kerana tujuannya dalam soal mencari atau mendapatkan dana untuk pinjaman mudah itu. Jadi, lebih kemas jikalau dipegang dulu oleh SSER dan peranan Sabah akan dimuktamadkan apabila projek ini mulai dijalankan. Akan tetapi kami semua Ahli-ahli Parlimen Sabah, Menteri-menteri dari Sabah, kami memang inginkan supaya ada peranan negeri Sabah dalam ekuiti dalam perkara ini. Oleh kerana ini akan biayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Pusat nanti.

So, Yang Berhormat tidak payah terlampau ragu dalam perkara ini. Kita akan susuli nanti. Saya cukup yakin Kerajaan Pusat tidak akan sewenang-wenangnya tidak memberi peranan kepada negeri Sabah dalam perbincangan ekuiti yang terakhir nanti. Apa yang penting, dibina secepat mungkin dan mesyuarat tiga hari lalu yang saya sentuh tadi itu telah memutuskan beberapa perkara. Antaranya supaya gas pipeline ini boleh dimulakan secepat mungkin dan taklimat daripada SSER mengatakan mereka boleh muktamadkan pelaksanaannya, permulaannya apabila financial closure dapat diadakan dari segi pinjaman. Jadi kita harap, pandangan kami sendiri ialah pada awal tahun depan, boleh dimulakan tetapi sudah memulakan untuk pengambilan tanah. Alignment sudah confirmed. Inilah sebabnya Yang Berhormat Sandakan, lewat sedikit. Saya sudah- memang hampir dua tahun dibincangkan ini kerana satu alignment mengenai ini, untuk mencari yang paling mudah punya alignment. Alignment yang baru diputuskan adalah ia menggunakan dasar laut daripada Kimanis sampai ke Kota Belud. That will cut the cost by one third, tanpa mengambil tanah di KK lah, di Tuaran. Barangkali tanah saudara Yang Berhormat Sandakan pun ada di situ. Now, tidak payah. Kita pakai dasar laut sampai ke sempadan Kota Belud, Kota Marudu. Mengenai dari segi IPP, ia tertakluk kepada bila gas itu akan sampai. So, sedang syncronized kan. Dijangka lewat satu tahun ataupun dua tahun. Jadi, kalau begitu, perlu ada tindakan jangka pendek untuk membekal gas kepada IPP tersebut. Itulah perkara terminal Floating Storage Regasification Unit (FSRU) dibincangkan. Mereka akan membincangkan berapa besar itu RGT kerana untuk kegunaan sementara, maksimum tiga tahun. Kalaulah lewat, okey, tetapi jangan susah. Kedua-dua ini boleh dijangka dalam 60 hari, conditional letter powered dikeluarkan. Dengan itu, pihak IPP boleh memuktamadkan financial closure-nya. So, it’s being syncronized and I will invite Yang Berhormat Sandakan, pemimpin di Sandakan for update dari semasa ke semasa apabila semuanya dimuktamadkan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, satu soalan lagi. Kita mungkin mahu Yang Berhormat Menteri memberi satu penjelasan. Kita yang pinjam ini soft loan RM4.5 bilion. Jadi, bagaimana cara kita akan bayar balik? How we are going to pay this one, yang pentingnya. Jadi, satu tahun, berapa we have to pay? Then, ini sebab kosnya begitu tinggi, elektrik dari kalau sampai masa itu ada lebih mahal kah, akan membebankan rakyat kita kah? Ini kita pun mahu tahu sedikitlah bahawa Sabahan boleh ada bersedia menghadapi apa-apa yang akan berlaku.

Yang Berhormat Sandakan, mengenai dengan maklumat-maklumat terperinci mengenai pembayaran itu, itu sedang dikemaskinikan. Akan tetapi seperti mana pinjaman soft loan, ia lebih murah daripada sumber-sumber lain. Pihak Kementerian Kewangan sedang memuktamadkan either different plan of payment ataupun bentuk-bentuk yang lain dari segi pembayarannya. Akan tetapi saya tetap yakin dana yang sedang diperoleh adalah yang termurah berbanding dengan sumber-sumber yang lain. So, impak kepada tarif adalah- memandangkan ini adalah dibina, dibiayai oleh Kerajaan Pusat, jadi no direct impact kepada tarif, kecuali barangkali sewa penyaluran gas itu nanti. Itu pun sedang dibincangkan. Akan tetapi dari segi tarifnya, kita cukup yakin bahawa tarif itu adalah sesuai dengan kos yang perlu dimasukkan. Akan tetapi tidak akan melebihi daripada kemampuan rakyat Sabah, rakyat Sandakan membayarnya. Kita akan memastikan bahawa itu dalam keadaan terkawal. Jika perlu ada subsidi, maka pihak kerajaan untuk masa yang terdekat, pada masa yang awal pelaksanaan projek ini, maka terpaksa di bincang bersama dengan pihak kerajaan negeri dan juga pihak SSP. Okey, terima kasih. Nanti kita boleh bincang kopi tarik, teh tarik di luar jika ada lagi yang perlu dibincangkan. Ada dua lagi Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Dia tiada di sini tetapi saya jawab juga. Ada membangkitkan isu berkenaan tarif elektrik yang tidak pernah diturunkan sejak 1MDB mengambil alih syarikat Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah pada tahun 2012.

Malah, kos elektrik yang ditanggung oleh rakyat juga sentiasa meningkat. Saya secara ringkas merasakan tiada kena-mengena dengan perihal pemilikan 1MDB mengenai dua penjana tenaga tersebut dengan kenaikan tarif ataupun kenaikan kos. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 1MDB mengambil alih syarikat Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah pada tahun 2012 dengan mengekalkan kadar liberalized tariff seperti mana yang telah dimuktamadkan dalam Perjanjian Pembelian Tenaga, Power Purchase Agreement (PPA). Tiada sebarang perubahan kadar liberalized tariff yang telah dibuat susulan daripada pengambilan oleh pihak 1MDB yang sekarang ini sudah dimiliki oleh pihak Edra Energy Sdn. Berhad. Selain daripada kos penjanaan elektrik dan bahan api daripada penjana kuasa, kadar tarif elektrik turut mengambil kira kos talian penghantaran, kos pembahagian, kos single buyer dan grid system operator. Keseluruhan kos-kos tersebut disemak dalam proses menetapkan kadar tarif elektrik di Semenanjung di bawah mekanisme Incentive Based Regulation (IBR) yang memastikan hanya kos bekalan elektrik yang efisien dikenakan kepada pengguna. Sehubungan itu, berdasarkan skop penentuan tarif elektrik tersebut, ingin dijelaskan bahawa perubahan ke atas kadar tarif elektrik tiada hubung kait dengan penganugerahan kepada 1MDB sebagai konsesi penjana tenaga bebas IPP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil langkah untuk menstrukturkan PPA melalui pelaksanaan bidaan trek dua yang telah melibatkan enam loji jana kuasa generasi pertama. Bagi bidaan ini, setiap loji dikenakan, telah disyaratkan untuk menawarkan penurunan kadar bayaran kapasiti iaitu capacity rate financing (CRF) sebanyak RM6 per kilowatt sebulan selama 48 bulan. Bidaan ini telah menghasilkan penjimatan sebanyak RM1.6 bilion daripada PPA asal. Genting Sanyen Power yang merupakan salah sebuah syarikat yang diambil alih oleh kadar penurunan CRF dan memenangi bidaan tersebut. Means, sendiri syarikat yang dimiliki oleh 1MDB or Edra terlibat untuk menurunkan CRF dan sekali gus dengan itu membantu kita menstabilkan tarif yang sedia ada.

Selain itu, bagi loji jana kuasa baru PPA yang ditawarkan oleh- telah pun ditambah baik bagi memastikan terma-terma yang lebih adil. Oleh itu, dakwaan bahawa PPA tersebut diberi tempoh tamat konsesi yang berat sebelah dibeli dengan harga yang terlampau tinggi dan telah memberi keuntungan besar kepada 1MDB adalah tidak benar seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya dalam sesi perbahasannya. Yang Berhormat Parit. Yang terakhir untuk membangkitkan isu bil elektrik yang tinggi dan semakin meningkat sehingga membebankan rakyat untuk membayar dan memohon supaya kerajaan memberi perhatian dan pertimbangan supaya dapat dikurangkan dan tidak membebankan rakyat. Kerajaan mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai dengan perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tarif elektrik di Semenanjung termasuk tarif elektrik rumah kediaman atau domestik ditetapkan oleh kerajaan menerusi langkah Incentive-Based Regulation seperti mana yang saya sentuh tadi bermula pada tahun 2014. Di bawah IBR ada tarif disemak secara bersekala setiap enam bulan untuk memastikan hanya kos-kos penjanaan elektrik yang efisien dikenakan kepada pengguna. Ertinya, penjana-penjana IPP termasuk TNB diberikan KPI-KPI tertentu. Apabila ini dicapai barulah mereka layak pertimbangkan bantuan untuk kenaikan kos tertentu. Dengan izin, they have to justify their cost before they can qualify for semakan tarif yang dipohonkan. Menerusi semakan tersebut kerajaan telah memberikan rebet tarif elektrik dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.4 bilion yang telah dinikmati oleh semua pengguna termasuk pengguna rumah kediaman bermula tahun 2015 dan sehingga Disember 2017. Selain itu, tarif bagi pengguna kediaman juga diberi keistimewaan iaitu kadar tarif lifeline band yang rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak 1997. Bagi pengguna bil elektrik daripada satu sampai 200 kilowatt jam dan sejak tahun 2009 bagi pengguna unit elektrik 201 kilowatt jam sampailah ke 300 kilowatt sejam. Ini yang saya katakan tadi memerlukan RM140 juta sebagai bantuan subsidi oleh pihak kerajaan kepada semua pengguna di bawah penggunaan 200 kilowatt jam. Juga bagi lifeline itu semua dikekalkan semenjak tahun 1997.

So, kita tidak pernah lari dari tanggungjawab memastikan access to energy in Malaysia dapat dipertahankan dengan harga yang munasabah. Semua pengguna rumah-rumah kediaman dan domestik juga dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi penggunaan unit elektrik 100 kilowatt jam sampai 300 kilowatt jam.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Parit tanya.

Ada bahas kah belum Yang Berhormat Parit?

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, katalah bil elektrik ini. Katalah tuan rumah pada masa pemeriksa elektrik dibuat tiada di rumah? Selepas itu, pembaca meter akan buat anggaran. Bila sampai bil sebenarnya, bil yang baru dengan bil anggaran dimasukkan sekali. Katalah anggaran RM200, yang baru RM200, jadi bil menjadi RM400. Ini sangat membebankan rakyat di luar bandar Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya harap di samping saya minta kaji balik tarif kediaman tadi minta dipertimbangkan hal seperkara ini supaya tidak membebankan rakyat di kawasan luar bandar. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Perkara seperti itu, sebenarnya jarang-jarang terjadi sebab anggaran itu apabila sampai tarikh muktamad, maka tarikh muktamad yang di caj sebenar dan apa- apa perbezaan kalau itu melebihi daripada anggaran itu maka ditolak atau ditambah pada masa bulan hadapan. Akan tetapi, kalau dia kekeliruan dalam perkara ini tidak harus timbul double billing. Ini kerana anggaran itu sekadar anggaran dan dia confirm nanti pada bulan hadapan. Akan tetapi, dengan penggunaan smart meter yang sedang kita cuba memperluaskan supaya lebih accurate, lebih tepat bil-bil tersebut, maka soal bil anggaran akhirnya tidak harus wujud lagi. Akan tetapi ini, baru kita mulakan di kota-kota besar, di bandar-bandar besar dengan penggunaan smart meter di mana kita boleh monitor penggunaan dari handphone kita, kita boleh tahu sebenarnya kalau menggunakan sistem yang lebih tinggi tarifnya, kita boleh tahu di mana suis di rumah, mana bilik di rumah yang lampunya masih berpasang. So, kita sedang menuju ke dalam smart metering perkara ini dan inovasi- inovasi ini sedang kita minta pihak utiliti, pihak TNB dan hopefully di Sabah dan Sarawak untuk di rollout pada masa akan datang. Saya ada- jika ada aduan terperinci dalam perkara ini, sila beritahu kepada saya Yang Berhormat Parit dan saya bincang dengan pihak TNB. Kerajaan juga masih meneruskan pemberian rebet elektrik RM20 kepada pengguna rumah kediaman yang mempunyai bil elektrik di bawah RM20 sebulan seperti mana yang saya sentuhkan tadi. Di bawah program tersebut kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.19 bilion bagi tempoh bulan Oktober 2008 sehingga pada bulan Disember 2016. Apa yang saya katakan tadi RM140 juta dan ini bukan sahaja di Semenanjung di Malaysia tetapi di Sabah dan Sarawak juga layak untuk menerima subsidi ataupun bantuan ini. Sehubungan itu, dengan mengambil kira usaha-usaha yang telah dilaksanakan seperti di atas, kadar tarif kepada pengguna rumah kediaman sememangnya diberi perhatian utama oleh kerajaan agar tidak mahu membebankan dan harus membolehkan rakyat menjalankan kehidupan yang selepas. Tuan Yang di-Pertua, sekadar itu ulasan saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan perkara-perkara lain yang saya tidak dapat sentuh bolehlah bangkitkan dalam peringkat jawatankuasa nanti. Sekian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Silakan.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2017 yang di mana terdapat 25 Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Saya kira ini merupakan rekod baru kepada kementerian di mana begitu ramai Ahli Yang Berhormat bertanya dan mengeluarkan pandangan mereka kepada pihak kami di kementerian. Jadi, ini adalah merupakan satu galakan, satu semangat yang diberikan kerana bidang pertanian dilihat sebagai bidang yang menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyatakan penghargaan untuk menyebut nama-nama Ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kuala Lipis, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Bakri. Sudah tentu ia akan mengambil masa yang panjang kalau saya hendak menjawab satu persatu. Izinkan saya untuk meringkaskan dengan memberikan bidang- bidang penting yang saya rumuskan daripada perbahasan tersebut. Tuan Yang di- Pertua, ingin saya maklumkan pada tahun ini kepercayaan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Yang Berhormat Menteri Kewangan sudah bertambah kerana jumlah peruntukan yang disalurkan melalui kementerian ini meningkat sehingga RM5.19 bilion iaitu kira-kira 18 peratus daripada peruntukan pada tahun yang lepas.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Ini sudah tentu akan memberi ruang yang lebih besar pada kami untuk melaksanakan beberapa program yang sebahagiannya adalah perkara yang telah disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat juga. Saya simpulkan daripada perbahasan kepada tiga tajuk yang utama iaitu pertama yang berkaitan dengan sumber kekayaan baru yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kedua, berkaitan dengan isu sekuriti makanan negara termasuk sektor padi dan beras. Ketiga, yang berkaitan dengan soal pembangunan usahawan tani dan kebajikan petani dan nelayan. Ingin maklumkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan sebagai sumber kekayaan baru dan disebutkan terdapat beberapa jenama-jenama ataupun nama-nama bidang pertanian. Ini termasuk durian, jagung, bijiran, kelapa dan kita masukkan juga tentang soal perlunya diberikan tumpuan kepada bidang tenusu dan daging dalam negara kita dengan penubuhan Lembaga Tenusu dan Ruminan Negara dan juga disebutkan tentang soal aspek kulinari dinyatakan jadi sebahagian daripada tanggungjawab yang akan dipikul oleh kementerian. Dalam soal ini disebutkan ada RM200 juta digunakan untuk sektor-sektor berkenaan termasuk juga kita harapkan akan dapat digunakan bagi tujuan promosi eksport.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Ini kerana sudah tentu sebahagian daripada perkara yang saya sebutkan tadi sebagai contohnya durian yang saya bincangkan pada soalan pagi ini ialah satu daripada sumber yang dilihat boleh membantu petani-petani kita untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi. Ini kerana selama ini sering dianggapkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani ialah soal kementerian yang hanya menumpukan kepada membasmi kemiskinan. Kita akui bahawa soal membasmi kemiskinan dan soal kebajikan yang ditanggung oleh pesawah, nelayan dan sebagainya adalah aspek yang penting. Akan tetapi, sekarang ini kita pergi ke hal-hal yang boleh memberikan bukan sekadar pendapatan tinggi tetapi kekayaan. Kita hendak lihat orang yang bertani menjadi jutawan, kita hendak lihat orang yang melalui bertani menjadi kaya dan kaya itulah kekayaan yang besar. Oleh sebab itu, perkara ini disebutkan dan memerlukan persiapan yang menyeluruh. Misalnya, Yang Berhormat Simpang Renggam ada menyebutkan untuk menjadikan durian kita berdaya saing bukan sahaja kita ada nama seperti jenama Musang King yang terkenal bukan sahaja di negara kita. Kalau di China disebut “mawsang wan” yang menjadi tarikan saya sebutkan orang sanggup beratur tiga jam hendak rasa seulas musang king kita. Akan tetapi, untuk memenuhi tujuan tersebut kita mesti memenuhi beberapa syarat misalnya peraturan-peraturan yang ketat negara pasaran yang besar. Tentang soal keselamatan dan soal apakah ia tidak membawa penyakit. Apakah kalau kita membawa durian itu secara sebiji ia tidak ada organisma yang boleh dianggap merosakkan pertanian dalam negara mereka. Ini memerlukan bantuan kewangan untuk pembangunan dalam aspek ini. Misalnya, Yang Berhormat Simpang Renggam tadi menyebutkan bagaimana satu masa nanti orang hendak kenal antara musang king yang tulen dan musang king yang tidak benar. Misalnya, orang biasa dia tidak kenal antara Musang King dengan D24, durian kampung, antara black thorn dan sebagainya. Ini kita akan teliti perkara ini misalnya saya sebutkan juga pagi tadi bahawa kita sudah daftarkan kira-kira 1.5 juta batang pokok- pokok durian, di mana 500 ribu daripadanya ialah musang king. Satu masa nanti bagi siapa yang membeli durian dia akan ada pada durian tersebut ada sticker mempunyai QR kod. Orang boleh scan, kalau di China semua bendanya ada QR kodnya. Orang boleh scan dan tahu bahawa ia adalah durian Malaysia, durian Malaysia datangnya dari Pahang, Pahang datang daripada Raub, Raub datangnya daripada katakanlah Ulu Dong, Ulu Dong datang daripada ladang orang bernama Zamri dan daripada situ pokok mana. Jadi ini adalah merupakan persiapan traceability yang ada kosnya, ada pendidikannya yang akan kita masukkan supaya akhirnya durian yang ada certificate itu nilainya tinggi kalau berbanding durian yang tidak ada certificate. Oleh sebab itu kita katakan durian adalah merupakan emas baru pada negara- saya cerita pada orang Raub, dulu Raub terkenal sebagai bandar emas. Sekarang ini emas sudah tidak ada tapi tumbuh emas baru yang datang daripada pokok tetapi sudah tentu emas itu nilainya lebih tinggi sekiranya ada certificatenya dan ada kesahihannya dan sebagainya. Jadi ini juga adalah pembangunan yang perlu kita buat dan saya sebutkan perkara-perkara yang dimaksudkan oleh soalan-soalan yang dikemukakan. Kita juga melihat antara ada Yang Berhormat Lubok Antu misalnya bertanya kita akan kembangkan. Sekarang ini kesedaran orang tentang durian ini menyebabkan orang percaya bilakah masa yang terbaik untuk tanam durian lima tahun dulu. Kedua, terbaik ialah sekarang kerana lima tahun lagi insya-Allah pendapatannya akan lebih tinggi. Jadi sekarang ini ada kegilaan orang untuk cari anak- anak pokok durian. Programnya mesti dimulakan pada sekarang. Oleh sebab itu tanam durian bukan hanya di Semenanjung, kita cari tempat- tempat lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Apakah variety yang terbaik dan sebagainya untuk kita berikan tumpuan kepada industri durian pada masa depan. Sila.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya membuat persoalan sedikit kepada Yang Berhormat Menteri. Kita semua tahu bahawa musang king merupakan buah-buahan kira king memang menjadi satu buah-buahan yang di kira seperti harga emas.

Dalam soal ini saya hendak bertanya kepada pihak Menteri bagaimanakah kita hendak mengekalkan harga dan mungkin kita jangkakan kalau kita- Menteri sudah menjelaskan akan diletakkan sijil dan sebagainya. Akan tetapi, dalam soal pemakanan ini bagaimana kita hendak mengekalkan harga Musang King supaya eksport-eksport kita ini adalah harga seperti yang ada pada hari ini. Keduanya, bagaimanakah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendak mengenal pasti lagi tanah-tanah yang bersesuaian dengan penanaman musang king ini. Saya berpendapat bahawa tidak semua tanah-tanah sesuai untuk ditanam musang king ini dan juga merupakan satu tanaman yang merupakan perlu penjagaan yang cukup-cukup rapi khususnya dari segi air, baja dan sebagainya. Saya percaya Yang Berhormat Menteri adalah merupakan Yang Berhormat sering turun padang dari segi hal pertanian ini dan merupakan pertanian mengorak langkah kepada arah yang lebih baik pada hari ini. Saya percaya beberapa produk- produk lagi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet saya percaya Menteri akan boleh memperkenalkan lagi bagi menjayakan usaha di peringkat luar bandar khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, ramai orang bertanya kepada saya tentang perkara ini. Saya bagi tahu kepada mereka sekiranya negara kita ditemui emas, saya tanya mereka apakah mereka mahu satu masa nanti emas itu semakin naik harga ataupun semakin jatuh harganya. Ramai yang kata kalau kita ada emas biarlah harga naik kerana akhirnya memberi keupayaan. Tidak guna kita temui emas tiba-tiba emas tidak ada harga. Jadi soal ini soal yang sama sekiranya musang king sudah dilihat mempunyai pasaran yang besar. kita mahu supaya harga musang king itu terus naik di dunia antarabangsa kerana ia memberikan keuntungan kepada mereka yang menanamnya.

Ini satu prinsip yang mungkin tidak digemari pada orang yang tiba-tiba dia merasakan dia terpaksa bayar dengan harga yang tinggi. Pokoknya, saya katakan, pertamanya, inilah peluang untuk kita menanam pokok durian kita termasuk musang king. Mungkin pada hari ini semua orang gila musang king tetapi pada masa akan datang, ada variety baru- seperti Pulau Pinang, sudah menghasilkan Black Thorn. Cuma, penjenamaan dan pemasarannya belum sampai ke peringkat antarabangsa. Ini peluang. Jadi sudah tentu peluang ini jangan dilihat orang di sebelah sini sahaja tetapi orang Lepih juga. Kalau Raub boleh menghasilkan, misalnya dalam pendaftaran kita, daripada 500,000 musang king itu, 490,000 di Raub. Raub dengan Lepih- saya sebut Lepih, Kuala Lipis ya, tidak jauh bezanya. Orang Lepih misalnya, sepatutnya sekarang ini mengambil peluang untuk memikirkan bagaimanakah untuk mengembangkan durian ini di tempat mereka untuk melihat peluang pasaran di masa yang akan datang. Jadi, sebab itu saya katakan kita anggap ini peluang untuk kita merebutnya. Akan tetapi sudah tentu akhirnya ia terpulang kepada permintaan dan penawaran. Kalau kita tanam banyak, tiba-tiba permintaannya jatuh, harganya pun akan turun. Saya sebutkan pagi tadi, sekarang ini pun orang rasa risau kerana musang king agak tinggi pada beberapa bulan yang lepas, tapi sekarang sudah turun sudah. Kerana, apabila musim baru datang, jumlahnya bertambah, tidak lagi RM100 tetapi sudah dapat diperoleh RM49, RM50 per kilogram sekarang ini. Jadi saya rasa patutnya kita melihat ini peluang yang boleh kita kembangkan di masa yang akan datang.

[Bangun]

Yang Berhormat, saya baru bermula dengan durian. Ada banyak lagi. Nanti kita masuk kepada yang lain. Takut terlalu banyak- tadi Yang Berhormat sudah tanya tadi.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Dengan tajuk yang sama.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya.

Alamak.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sebab dikatakan ini satu pendapatan ataupun satu strategi yang baru, additional, mungkin kementerian ini fokus kepada musang king. Soalan yang saya hendak tanya, saya tidak nafikan kita perlu memfokuskan- ini satu peluang yang baik, meningkatkan perolehan dan juga pendapatan hasil melalui industri pertanian. Ingin saya hendak tanya, selain daripada musang king, that durian, apakah perancangan kementerian- didapati bahawa juga ada mungkin buah-buahan atau lain-lain pertanian yang juga boleh pada masa yang akan datang juga akan menjadikan satu peluang yang baik untuk kita menambahkan dan meningkatkan pendapatan? Seperti yang saya nampak, ada juga banyak buah-buahan tempatan yang boleh diproses, dicanned supaya dia dapat juga bersaing dengan buah-buahan di negara yang lain dalam industri yang sama. Oleh sebab itu, saya ingin tanya, selain daripada focus on durian and musang king, apakah jenis buah-buahan atau pengeluaran pertanian yang juga mungkin suatu hari dapat membantu kita.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Soalan yang saya kira sangat baik. Isunya apa yang kita keluarkan ialah di mana pasarannya? Apa yang paling boleh laku dan mendapat pulangan yang besar? Jadi, apa sahaja yang kita kirakan ia akan mendapat pulangan yang besar, kita kena cari jalan untuk mengeluarkannya. Kalau kita keluarkan misalnya duku, langsat kita, tidak ada orang yang nak selain daripada penduduk negara kita, jadi kita tidak menjadikan ini sebagai keutamaan pada peringkat sekarang ini. Jadi kita kena fikirkan. Benar, durian pasarannya, Tuan Yang di-Pertua- saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sendiri kerana membantu kami pergi ke negara China baru-baru ini untuk perkenalkan musang king. Orang beratur tiga jam kerana mahukan rasa seulas. Jadi ini kita lihat bahawa ini adalah potensi pasaran yang cukup besar. Jenamanya itu tinggi. Orang sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Akan tetapi sudah tentu ada buah-buahan lain yang lain. Misalnya, kita tahu sekarang kita bercakap TN50, selain daripada soal bagaimana mempersiapkan orang muda kita, pendidikan kita dan sebagainya, ialah dengan melihat apakah pasaran bagi keluaran kita di masa hadapan. Pasaran keluaran masa hadapan ialah kita lihat siapakah atau di manakah ekonomi yang terbesar dalam dunia pada tahun 2050. Orang menjangkakan bahawa tahun 2040, ekonomi yang terbesar ialah negara China. Tahun 2050, ia akan menjadi lebih besar lagi. Ertinya, perancangan kita, sekiranya kita percaya bahawa konsep pertanian untuk eksport- ada pertanian untuk diri kita tetapi ada pertanian untuk eksport. Dahulu, industri untuk tujuan eksport. Jadi kita kena memilih perkara-perkara yang kita rasa diperlukan. Jadi, disebutkan nanas misalnya. Di sana ada tanam nanas tapi bila kita test nanas MD2 dan beberapa nanas yang lain, wah, mereka merasakan mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Kita cuba nangka misalnya. Mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi dan mereka demand perkara ini. Sudah tentu bidang-bidang lain, mungkin saya boleh sebutkan akuakultur, udang kita misalnya. Ada udang tiger prawn ataupun udang harimau kita ini dianggap lebih baik. Ini antara perkara yang perlu kita lihat potensi untuk eksport. Eksport di sini, Tuan Yang di-Pertua, saya tolong ingatkan kerana ramai kadang-kadang orang dia timbul keresahan. Kita tanam untuk eksport. Apabila eksport ini tidak bagus kerana demand tinggi, akhirnya tempat kita akan jadi mahal sedikit. Saya kata bahawa satu daripada kelemahan kami dalam sektor pengeluaran agro makanan selama ini ialah kita berhadapan dengan balance of trade kita yang cukup meruncing iaitu kalau dua tahun lepas, daripada segi balance of trade kita ialah kira-kira RM18 bilion setahun.

Maknanya, kita eksport dalam RM20 bilion lebih, kita import banyak iaitu RM40 bilion lebih. Tahun lepas mungkin baik sikit dan tahun yang akan datang kita tak tahu, mungkin sekitar itu juga. Kita rasakan begitu. Balance of trade kita kalau rendah, ia boleh memberikan kesan yang tidak baik termasuk nilai mata wang kita. Kalau kita terlalu bergantung pada import dan kita kurang eksport- dari segi dalam ekonomi dikatakan aggregate demand kita. Aggregate demand, antara yang boleh membantunya, selain daripada perbelanjaan kerajaan dan sebagainya, ialah nett export. Jadi, kalaulah dikatakan bahawa selama ini melalui sektor pertanian kita nett import-nya terlalu besar, ia menjejaskan dari segi mata wang kita. Kalau dahulu kita banyak bergantung pada minyak sebagai sumber untuk eksport kita, tetapi apabila harga minyak dunia jatuh, kita kurang nilainya dari segi eksport dan ini menyebabkan nilai mata wang ringgit kita jatuh. Nilai mata wang ringgit kita jatuh memberi kesan pada banyak perkara. Harga barang jadi mahal. Segala barang yang kita import mahal. Kalau kita import makanan ternakan kita, kos ternakan kita akan jadi mahal dan sebagainya. Sebab itu, ada perkara yang tak boleh kita selesaikan, saya beritahu. Yang Berhormat Rantau Panjang ada tanya tentang soal- ini dah masuk pada isu food security kita. Dari segi import kita yang terbesar sekali ialah makanan ternakan. Mungkin ini antara perkara yang selama ini kita agak tertinggal ialah kita menumpukan dari segi SSL ataupun self-sufficiency level kita. Kita lihat pada beras kita, kita merasa bangga kerana- tak bangga sangat. Kita dapat menghasilkan sekitar 72 percent. Kita nak 100 percent. Suatu ketika dahulu kita kata begitu. Kalau yang baik, dikatakan 100 percent. Kita kata ayam, kita dapat menghasilkan 105 percent. Kita happy, kita gembira, tetapi sebenarnya kalau ditanya makanan ayam itu kerana dua komponen yang besar dalam makanan ayam ialah jagung dan juga soya bean- kacang soya. Saya tanya berapa banyak kita dapat hasilkan. Jawapannya, hampir kosong. Kita tidak ada program tanaman jagung. Kita langsung tak boleh tanam kacang soya buat masa sekarang. Jadi, apabila nilai mata wang ringgit kita jatuh, kos kita import menjadi mahal. Sebab itu salah satu daripada perkara yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, antara perkara yang disebutkan kekayaan baru, kita sentuh juga tentang jagung bijian kerana jagung untuk makanan ayam bukan jagung manis yang dijual di kedai tetapi grain corn. Grain corn ini perlu ditanam. Dulu pendapat kita tak boleh, tak sesuai dengan negara kita kerana cuaca kita lembap dan sebagainya.

Akan tetapi saya percaya kalau kita contohi negara jiran kita misalnya Indonesia, Thailand, Filipina dia sudah mengatasi soal import. Cuaca mereka tidak jauh beza dengan kita dan ini memerlukan fokus kita yang lebih untuk mempunyai keupayaan dalam tanaman begini. Akan tetapi kalau kita hendak tunggu jagung misalnya dapat menyelesaikan import mengambil masa kerana jumlah kawasannya yang luas kita tidak tahu lagi apakah benih yang terbaik, cara menguruskan yang terbaik. Oleh sebab itu kita perlu mencari perkara-perkara lain yang boleh kita menguatkan eksport kita. Jadi sebab itu kalau saya sebutkan tadi ada orang melihat negatif tentang kita hendak eksport durian kita ini kerana bimbang harga tadi. Saya kata kalau Amerika, kalau Eropah bangga dengan oranges mereka bangga dengan apple, dengan anggur mereka bawa ke mari kita hendak cari apa buah yang kita boleh banggakan Tuan Yang di-Pertua. Apa buah yang hendak kita banggakan? Kalau kita katakan pisang ada negara lain boleh keluarkan pisang. Kalau kita katakan nanas, ada negara lain China pun ada nanasnya, nanas Hainan antara yang tersedap tetapi tidak cukup. Kita hendak katakan jambu batu kita ada negara lain tetapi mahu tidak mahu bila kita katakan Musang King kita buat masa sekarang mungkin cita rasa berubah suatu masa nanti orang lain tidak boleh buat. Jadi sebab itu bila katakan ini antara perkara yang boleh kita fokus kerana tidak guna kita hendak tanam apple kerana kita tidak boleh buat. Apple hendak banding dengan apple Amerika, apple daripada Eropah dan sebagainya.

Kita cari perkara yang tiba-tiba ini merupakan yang emas baru yang sepatutnya kita kembangkan tetapi itu kita kata ada kosnya untuk kita beri tumpuan. Saya beritahu traceability misalnya yang di sebutkan perlu ada chip-nya pada setiap pokok ditandakan melalui GPS orang tahu datang daripada pokok mana. Misalnya negara China tidak senang kalau buah itu jatuh ke bawah kerana kena tanah mungkin ada ulat-ulat yang melekat di situ. Dan kita katakan bantu orang tanam, didik dia ada net, ada jaring di bawah supaya tidak kena tanah misalnya. Jadi ini kalau 1.5 juta yang perlu di net-kan saya rasakan mungkin ada rasa beban tetapi ia nya adalah peluang pekerjaan baru bagi orang yang menyediakan jaringan di bawah kerana ia nya akan mendapat pasaran yang lebih tinggi di sana. Jadi ini antara perkara yang saya kirakan perlu kita berikan perhatian kepada masa depan kita. Tuan Yang di-Pertua, disebutkan juga dan beberapa rakan-rakan kita Yang Berhormat Kuala Kangsar misalnya ada menyebut tentang kelab misalnya.

Yang Berhormat, boleh saya bagi pandangan saya?

Sila.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya ambil dua poin daripada Yang Berhormat. Pertama, saya amat setuju bila Yang Berhormat mengatakan bahawa kita perlukan kalau hendak ternak ayam dan sebagainya kita perlukan bijian dan soya dan sebagainya betul? Itu macam satu recycle process dia kena ada sampingan, primary and secondary kita tidak boleh tumpukan sahaja primary kita juga kena ada secondary. Selalunya kita berbicara tentang primary kita tidak pernah ataupun jarang kita bincangkan tentang secondary dan ini daripada Yang Berhormat Menteri sendiri telah melafazkan saya terima itu dengan baik. Memang betul, sekarang kita bukan sahaja kena fokus kepada primary, kita kena datang dengan elemen-elemen program dan sebagainya untuk memastikan secondary ada supaya secondary ini boleh membantu primary kita contoh macam penternakan ayam itu terjamin. Akan tetapi daripada sudut yang musang king Yang Berhormat maksudkan tadi- katakan sebagai kita we are proud kita bangga untuk eksport dan sebagainya. Dari satu sudut saya terima tetapi dari satu sudut yang lain kita kena pastikan juga bekalan itu cukup untuk masyarakat Malaysia kalau kita hendak banggakan dekat luar, fair saya tidak katakan tidak tetapi pada waktu yang sama kebanggaan orang luar adalah kerana orang masyarakat Malaysia sendiri rasa durian is something special. Bila kita sendiri hargai baru kita dapat pasaran di luar negara. So kita kena pastikan juga walaupun eksport adalah satu pandangan daripada kementerian, bekalan untuk masyarakat biasa dengan harga yang berpatutan pun perlu ditekankan oleh kementerian. Itu pandangan saya. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima Kasih Yang Berhormat Kapar atas minat yang ditunjukkan. Saya akui tetapi kebimbangan yang disebutkan tadi mungkin terikut dengan apa yang berlaku beberapa bulan yang lepas, berapa, apabila harga Musang King terkejut orang sampai RM100. Hendak buat jamuan keluarga pun kena bayar sampai RM3,000 misalnya, ini orang terkejut. Dua ada baik tidak baik, baiknya dia membuka mata bahawa wah ada emas baru timbul. Tidak baik nya sebagaimana yang dikatakan macam mana kita hendak jadikan satu pertemuan keluarga kalau harganya terlalu mahal dan tagline ini bila kita pergi ke China saya kata kita pergi ke sana bukan hendak menjual durian tetapi untuk share. Suatu daripada saya katakan dalam budaya orang di Malaysia ini, durian ia melihat satu daripada sumber memberikan kegembiraan. Durian brings happiness- kita katakan. Kita hendak share kerana ya mana-mana kalau ada sekarang ini kalau dulu orang happy dapat ada sate kalau ada jamuan atau ada parti. Sekarang ini kalau ada durian orang lebih happy kerana rasanya manis dan sebagainya. Isunya ialah kerana baru-baru ini bukan kerana kita eksport. Baru-baru ini kerana musim dia. Musim baru ini hanya 20 peratus daripada yang sepatutnya pengeluaran menjadi.

Jadi, jumlahnya tidak begitu besar. Ya ada faktor eksport maka harganya agak tinggi. Akan tetapi kalau kita lihat paten, saya sudah sebutkan sekarang dia durian ini dua kali setahun. Satunya pada pertengahan tahun pada bulan Jun, bulan Julai, itu dikatakan musim besar, big season dan satu lagi musim dikatakan kecil sedikit iaitu pada bulan November, bulan Disember seperti yang ada sekarang. Bila bulan November, Disember sudah ada luruh sekarang musang king hendak turun. Jadi saya sebutkan tadi RM45 sebagainya. Ya.

Saya terpanggil untuk memberi cadangan kepada Yang Berhormat Menteri. Seharusnya kita letak satu peratus syiling yang perlu dijual kepada masyarakat tempatan. Contoh dalam musim-musim kemarau bila tiada- tidak cukup peratus dihasilkan, macam tadi 20 peratus. So kita letak satu level di mana yang ini perlu dipasarkan kepada masyarakat di Malaysia supaya harga tidak melambung macam tiga bulan yang lepas. Lebih daripada that ceiling percentage mungkin 60 percent untuk masyarakat Malaysia. And then apabila sudah melampaui 60 percent baru kita eksport ke luar negara. Itu pandangan saya Yang Berhormat. Terima kasih.

Terima kasih. Kalau tanya saya, itu satu pandangan. Kalau tanya saya, saya katakan saya hendak elak kalau berlaku banyak overregulated dalam mana-mana industri. Saya percaya kalau boleh biar pasaran menentukannya. Ini kerana kita katakanlah apabila bagi orang yang mengusahakan durian dia mengusahakan banyak. Ada kosnya dia terpaksa mengairi, dia terpaksa membaja, dia terpaksa buat parit kosnya tinggi. Bagi Yang Berhormat Lipis sebutkan tadi tidak semua orang dia kata senang sekarang ini memang orang gila pergi cari anak pokok dia terus pasang dia ingat dia ada terus, dia ingat boleh menjadi begitu. Kosnya tinggi daripada kos pelaburan tinggi tiba-tiba tahun itu atas apa sebab yang kita tidak dapat duga jadi sedikit. Tiba-tiba kerajaan kata jangan jual dengan harga yang sepatutnya boleh membantu untuk menampung kos kamu yang luas tadi. Kalau dia buat 20 ekar, tiba-tiba menjadinya sedikit, kosnya terpaksa bayar untuk 20 ekar. Jadi di situ peluang untuk dia compensate daripada segi- tetapi kalau kerajaan kata tidak boleh jual luar negara dengan harga tinggi untuk menampung kos, saya rasa belum sampai ke tahap itu lagi. Cumanya kita bantu bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran. Sekarang ini saya sebutkan bahawa sudah didaftarkan 1.5 juta. Kita sudah boleh menjangkakan bahawa kalau dalam normal circumstances, dengan izin, dalam keadaan biasa katakanlah 40 peratus sahaja menjadi. Jadi kita jangkakan bahawa kita dapat dalam masa lima tahun lagi kira-kira kalau 40 peratus lebih kurang 30 juta metrik tan akan dapat dihasilkan. Pada waktu itu mungkin kita boleh katakan 30 peratus luar, yang lebih itu dalam negara kita. Dan kita galakkan pelancong luar negara datang kalau minat sangat, sedap sangat, datang sini. Kalau orang pergi ke Eropah apple picking, kalau pergi ke Eropah plum picking, makan di dusun dan sebagainya. Ini time untuk datang ke negara kita makan dalam negara kita, dia membantu dari segi aspek-aspek ekonomi yang lain dari segi had yang dihasilkan melalui Musang King dan sebagainya. Ini boleh kita buat kita rancang di masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tertarik tentang penjelasan menternak ayam dan jagung tetapi saya difahamkan tanam jagung bukan susah sebab Tuhan beri kita matahari dan hujan percuma. Saya hendak minta Menteri beri alasan apakah sebab petani-petani kita enggan tanam jagung?

Tuan Yang di-Pertua, selalu orang kata balik kampung tanam jagung. Maknanya jagung mudah tetapi ia ada variable misalnya kita mesti lihat kalau kita hendak beritahu pengusaha ayam, kita bercakap besar, setiap hari rakyat kita makan kalau tidak silap saya lebih kurang tiga juta ekor ayam, satu hari. Kita perlukan 28 juta telur ayam. Maknanya ayam kena banyak.

Apa yang jadi isunya kadang-kadang orang marah kepada KPDNKK bila harga ayam naik. Satu daripada sebabnya ialah kos. Kosnya tidak semestinya tanam di tempatan lagi murah. Jangan kita anggap bahawa semestinya begitu. Ia hanya berlaku kalau kita boleh tanam secara besar-besaran, sistem yang efisien dalam soal ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Ertinya Tuan Yang di-Pertua, sekiranya harga pasaran jagung dunia sekarang lebih kurang RM900 per tan misalnya, untuk menjadikan jagung kita lebih efisien dan lebih kompetitif kalau dibandingkan dengan jagung yang kita import katakanlah dari Argentina sekarang ini, kita memerlukan satu kawasan, satu hektar tanah ialah kira-kira mesti mengeluarkan minimum tujuh tan dan mengeluarkan tujuh tan itu ada challenge nya dan kita perlu memenuhkan satu kawasan lebih kurang untuk memenuhi keperluan kita. Kita mahukan lebih kurang 304,000 hektar tanah dibuat secara efisien, tidak boleh depan rumah ini ada setengah ekar, depan sana satu ekar dan sebagainya. Sebanyak 300,000 atau 400,000 hektar tanah bukan satu perkara yang mudah untuk diperoleh dan ia ada kosnya yang tersendiri. Misalnya kos parit, kalau dibandingkan dengan padi sepatutnya lebih mudah kerana padi memerlukan sistem tali air, membawa air. Kalau jagung, ia memerlukan parit untuk mengeringkan kerana jagung memerlukan kawasan yang kering. Cabaran kita ialah negara kita hendak cari dua minggu berterusan tanpa hujan adalah satu perkara yang tidak mudah kerana apabila berlaku hujan, lembap, kemungkinan pada waktu masak, jagung-jagung itu boleh dihinggapi fungi. Ia boleh menjadikan apa yang disebutkan dalam istilah mereka ialah airflow toxin. Toksin yang boleh menyebabkan ayam kita tidak sihat kalau makan. Jadi ia bukanlah satu perkara yang straight forward sahaja, ia perlukan pembenihan yang baik, cara menguruskan yang baik, cara hendak menggunakan mesin apa yang baik. Kalau kita hendak menandingi misalnya jagung di US, seorang petani mempunyai 3,000 hektar tanah itu adalah biasa dan seorang sahaja buat kerja. Dialah yang membajak, dialah yang menyediakan baja dan dialah juga yang menuai dan kalau mesin dia rosak, dia juga yang membaikinya. Ini menjadikan ianya efisien untuk bertanding dengan tempat lain. Jadi kalau kita kata tanam begitu sahaja untuk sikit-sikit boleh. Akan tetapi untuk menjadikan benar-benar ia sebagai pilihan kepada import, ia memerlukan satu kaedah yang lebih besar, yang perlukan penelitian tentang soal ini Yang Berhormat. Ia tidak semudah sebagaimananya. Saya rasa tidak boleh dibuat di Segambut.

[Bangun]

Ia memerlukan satu tempat yang luas dalam soal ini.

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jerantut bangun.

Boleh?

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar penerangan Yang Berhormat Menteri sangat menarik. Cuma saya hendak menyentuh sedikit tentang isu jagung. Saya difahamkan pihak NAFAS telah berjaya memulakan penanaman jagung ini secara komersial dengan mendapat benih yang tahan rintangan. Jadi kalau dapatan NAFAS ini boleh kita kongsi dengan pihak petani kita di seluruh Malaysia, mungkin sedikit sebanyak walaupun tidak dapat mengatasi jumlah import itu tetapi sekurang-kurangnya dapat menampung. Jadi boleh Yang Berhormat Menteri maklumkan sedikit penerangan tentang ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Bila kita sebut tentang jagung ini, kita baru mulakan dalam masa saya rasa tahun lepas kita mulakan. Sambutan yang diberi alhamdulillah. Ada beberapa pengusaha di Merbok, Terengganu, di Johor, di beberapa tempat sudah pun memulakannya. Satu yang berita baiknya ialah apa yang mereka hasilkan, pembeli gerenti. Cumanya hendak cari daripada segi efisiennya kerana ia ada kosnya, benihnya, bajanya, ada pelaburan awalnya, apakah ia mendapat bayarannya itu adalah lebih baik daripada kos. Itu sahaja. Ini yang kita cari cara yang paling efisien dan memerlukan sedikit masa. Saya menganggapkan semua yang mencuba itu adalah sebahagian daripada pilot kita bagi memikirkan kaedah yang lebih baik di masa yang akan datang. Ini yang kita lakukan sekarang sebab misalnya padi kita boleh sampai ke tahap yang agak baik. Kita dapat menghasilkan. Ada yang sepuluh tetapi pukul ratanya lebih kurang enam tan ataupun lima tan sekarang ini, kita sebutkan begitu, agak selesa. Akan tetapi padi pun mengambil masa yang berpuluh tahun daripada melepaskan cerita ‘Ranjau Sepanjang Jalan’, penuh dengan penderitaan. Sekurang-kurangnya tidak ada cerita ‘Ranjau Sepanjang Jalan’, dalam keadaan sekarang ini. Kita mencari jalan supaya kita tidak menggunakan model padi dalam soal ini. Model padi penuh dengan subsidi. Boleh orang buat tetapi benihnya ada subsidi, bajanya ada subsidi, racunnya ada subsidi, yang lain-lain diberikan dan ini tidak efisien dan hasil tuaiannya disubsidi lagi. Ini tidak efisien.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Kita kena cari jalan yang paling kurang subsidi dalam soal ini supaya ia dianggap efisien.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua orang yang bangun. Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam bajet kali ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyediakan reserve untuk membantu soal durian tadi. Apakah rancangan Yang Berhormat Menteri, bantuan yang disediakan tadi daripada segi kita hendak membantu penanam-penanam musang king? Bagaimana bantuan yang kita akan salurkan? Sama ada kepada kumpulan yang besar, pengusaha yang besar ataupun pekebun-pekebun kecil yang berada di seluruh negara, berkaitan dengan durian tadi. Minta komen Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Klang.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan isu perhubungan di antara kos dan efficiency dan kalau kita nampak kos baja seseorang petani, adakah ia Musang King kah ataupun jagung, satu kos yang besar ialah berkait dengan pestiside, herbicides, baja dan sebagainya. Itu kos yang besar. Kos itu besar dan one of the reasons ialah kerana nilai mata wang Malaysia telah jatuh. So, the cost are going up. Isu yang kedua ialah kos ini ditetapkan bukan oleh Kerajaan Malaysia atau petani-petani di Malaysia tetapi oleh firma gergasi di luar negara. Sebenarnya, kalau kita ambil isu seperti ini how can we ensure efficiency oleh petani when they have no control overpricing? They have no control over- petani itu sendiri tidak ada kawalan. No control overprices or the exchange rate. So, how can you blame the petani for inefficiency. Minta pandangan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Parit merupakan kawasan durian. Sebut durian orang kata Parit. Begitu juga Kuala Kangsar. Akan tetapi kami di Parit dan Kuala Kangsar, banyak pokok yang dulu buahnya sedap telah banyak mati kerana selalu berlaku banjir.

Jadi oleh kerana Menteri menyatakan sumber sekarang ini sumber kekayaan baru pada orang kampung, maka apakah tindakan kementerian untuk membantu Parit untuk kembali menjadi pusat durian. Kedua, ada mengatakan bila kita makan durian, kita akan kena sakit kencing manis ataupun sakit jantung. Jadi, bagaimanakah stigma ini dapat dielakkan supaya semua rakyat Malaysia suka makan durian? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih. Sedikit komen saya tentang durian ini. Kita ada pengalaman, dulu lambakan telah berlaku kepada buah-buahan ini termasuklah durian, sehingga kita terpaksa memikirkan bagaimana untuk memprosesnya dan memasarkannya. Saya bimbang bahawa perkara ini akan berulang. Kalau kita perhatikan kepada tanaman yang baru kita introduce, selepas empat ke lima tahun, ia akan ada lambakan. Itu akan menyebabkan kerugian yang besar kepada petani yang mana kalau kita hendak, kawal betul-betul. Saya bimbang ini akan berulang juga kepada Musang King. Itu pertama. Kemudian yang kedua ialah tentang ruminan jagung. Sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, memang betul. Kita tidak mempunyai kawasan yang luas seperti mana di Argentina atau di Amerika untuk menanam jagung ini. Jadi saya bimbang juga kerana tempat kita ini tidak berapa sesuai untuk jagung. Selalunya ditanam di kampung-kampung secara kecil-kecilan, satu ekar, dua ekar yang mana jagung ini jagung manis dan juga jagung itu boleh juga diproses untuk dijadikan ruminan untuk makanan lembu dan kambing, di-chop dan kemudian diberikan kepada kambing. Jadi, itu secara kecil-kecilan. Jadi, bentuk yang dicadangkan oleh kerajaan itu perlu kepada kawasan yang luas. Saya hendak tanya, di mana kawasan yang luas yang sesuai yang sudah dikenal pasti oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, sikit boleh? Bagan Serai.

Nanti, nanti dululah. Nanti saya terlupa, tidak sempat. Bagi saya...

Ya, okey. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, asalnya 25 orang tanya tidak sempat hendak jawab semua lagi , sudah timbul yang baru lagi. Akan tetapi, ini tanda Ahli-ahli Yang Berhormat ini memang minat pertanian sampai orang Klang pun tanya. Saya tidak sangka. Saya tidak fikir Yang Berhormat Klang minat fasal pertanian. Hari ini sudah jadi. Yang Berhormat Gerik tadi adalah satu perkara yang saya rasa valid untuk kita bincangkan, begitu juga dengan Yang Berhormat Parit sebutkan. Bajet ada, disebutkan RM200 juta tetapi termasuk ada jagung, ada ini, ada durian, kita hendak allocate berapa. Daripada situ, apa bantuan yang hendak beri? Kalau tanya sekarang ini, kita belum putuskan. Hendak tanam semulakah, hendak tanamkah kerana kita melihat takut kalau jumlah yang ada itu baru kita buat hanya berapa hektar, sudah habis, kita takut. Oleh sebab itu, sekarang ini minat itu kita kena tanam. Keyakinan kita kena beritahu bahawa misalnya durian ada masa depan. Ada orang tanya durian sekarang ini dikaitkan dengan kaum yang tertentu. Saya kata orang Melayu jangan bimbang sebab dari segi sejarahnya, orang Melayu pun mula durian ini adalah merupakan tradisi tanaman. Akan tetapi banyak cara durian kampung ini dia tanam sekali tidak baja, dia tidak parit, dia tidak apa sebagainya, akhirnya tidak berbuah. Ia perlu diberikan nafas baru tentang soal ini. Ia ada kosnya yang perlu kita berikan.

Akan tetapi saya hendak jawab, akhirnya saya katakan kebimbangan saya apa yang disimpulkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh. Apabila Yang Berhormat Pasir Puteh kata kebimbangan kita, kita galakkan tahun ini kita kata durian, durian, durian, sekarang ada 1.5 juta pokok. Tidak lama semua berbuah, akan berlaku lambakan, jatuh harga. Yang Berhormat, siapa saya hendak bertanggungjawab? Menteri sudah kata. Oleh sebab itu kekuatan durian sekarang ini banyak sebenarnya bergantung bukan soal pengeluarannya tetapi ialah pasarannya. Apa yang paling penting ialah pasaran. Oleh sebab itu apabila kita pergi hujung minggu lepas, kita pergi ke Nanning, China, strategi pemasaran kita, kita katakan kita tidak jual durian di sana. Kita bagi rasa, teaser-nya kita rasa, yang datang sana kita buat dalam satu tempat. Ini kerana kita belum dapat kelulusan sepenuhnya menghantar durian, sebiji durian itu belum dapat lagi dan kita mendapat kebenaran khas di kawasan dipanggil bounded area, kecil sahaja. Kita kata, siapa hendak rasa musang king? Catatannya ialah 165,000 orang datang. Catatan rasmi daripada pihak berkuasa sana, dia pakai infrared untuk ukur, untuk mengira. Ada yang beratur tiga jam, ada yang datang daripada Guangzhou naik kereta api empat jam kerana hendak rasa durian Malaysia. So, ini strategi yang saya sebutkan tadi bahawa nama ini mesti dikembangkan dan serta-merta saya dapat panggilan, kenapa buat di sini sahaja. Xiamen hendak buat, di Shanghai kata buat juga, di Beijing buat juga. Ertinya, pemasaran itu mesti diberikan perhatian supaya memastikan bahawa apa yang dihasilkan ada pasarannya. Jadi kalau saya tanya, kalau ada sebahagian besarnya saya katakan promosinya ialah pemasaran. Keduanya, saya katakan kita beritahu kepada mereka ialah tentang kaedah- kaedah menanam, perlu ada pendidikan yang betul. Banyak orang dia beli pokok, dia rasa esok tanam dekat rumah dia, dia menjadi tidak? Tidak semestinya, perlu pendidikan. Ketiganya, saya katakan, saya sebutkan tadi tentang soal untuk memastikan kalau Musang King, Musang King betul. D24, D24. Ini memerlukan pengesahan, isu traceability. Jangan terkejut, tidak lama setiap pokok Musang King atau pokok durian perlu ada pendaftaran, ada cip di sana guna RFID, boleh kita kesan melalui satelit bahawa yang beli ada di sini datang daripada pokok mana. Ada kosnya, tetapi kita didik daripada awal supaya orang berbuat demikian. Ini ada kosnya. Oleh sebab itu kita katakan misalnya, antara perkara yang kita berikan tumpuan, orang hendak tanam sekarang ini orang gila dari segi mencari anak pokok, hendak cari anak pokok. Dulu Musang King dalam RM10 boleh dapat. Apabila sebut sahaja, baru- baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan ini sumber kekayaan baru, sekarang ini RM100 tiga pokok, RM30 lebih. Sekarang sudah tinggi lagi. Saya pergi satu ladang di Raub, tidak jauh dengan kawasan Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi kawasan sana, dia kata ini semua sudah. Kawasan seluas setengah ekar, semua anak pokok saya hendak bida. Minta maaf, semua sudah di-booked. Ini antara punca kekayaan baru. Sehinggakan sekarang orang tahu bahawa musang king, durian ini boleh kita buat kahwin cantuman dewasa. Banyak orang sudah hendak memikirkan pekerjaan baru menjadi jurunikah kepada pokok durian, untuk membuat kahwin dewasa iaitu menggunakan anaknya, kita buka kulit pokok lama, kita tampal di situ, ikat dan ada teknologi supaya apabila dia besar tidak rapuh dan ini adalah merupakan peluang- peluang pekerjaan baru. Jadi mungkin kita menggunakan sebahagian daripada peruntukan ini supaya durian kampung seperti di Parit misalnya, saya tahu Parit terkenal duriannya. Kalau perlu kita sesuaikan dengan jenama-jenama baru yang disebutkan tadi dan ada kosnya, mungkin sebahagiannya boleh kita tampung melalui bajet yang diberikan baru-baru ini. Jadi isu Yang Berhormat Klang disebutkan tentang soal bagaimana untuk mengawal. Saya kata saya boleh cakap secara umum kerana soalan ini ditanya oleh Yang Berhormat Rantau Panjang misalnya. Kalau tanya sekarang, saya sendiri kata bimbang. Misalnya laporan dalam World Economic Forum tentang indeks food security yang daripada negara kita, tahun lepas kita ranking nombor 35, tahun ini turun 41. Ada perkara yang saya kata, saya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, saya rasa tidak senang dengan perkara ini. Ada dua sebab. Satunya, ada negara, banyak negara seperti negara Amerika Selatan sudah potong kita. Negara Ecuador, Argentina, Brazil dan sebagainya potong kita daripada segi indeks food security.

Ada yang kedua disebutkan, betul kalau harga import menjadi mahal, jadi harga makanan kita menjadi tinggi sikit. Ini menyebabkan daripada segi availability dalam komponen penting kepada food security itu menjadikan ia tidak baik bagi kita. Satu daripada perkara baru yang disebutkan dalam World Economic Forum dalam menilai food security ialah soal yang berkaitan dengan soal bagaimanakah negara kita mempunyai tahap tahan diri, self-resilience dalam menguruskan sumber-sumber kita. Ini saya bimbang kerana kita sudah biasa memberikan. Kalau padi kita berikan baja.

Bajanya kebanyakan baja kimia yang berasaskan pada NPK, baja kompaun yang berasaskan pada NPK, yang saya sebutkan tadi. Kebanyakannya semua diimport. Baja kimia ini ada memberi kesannya pada tanah kita. Akhirnya, salah satu misalnya yang dibincangkan, tentang soal resilient negara kita dalam memelihara sumber kita, sungai kita, air kita. Aspek yang disebutkan eutrophication, bagaimana kita memelihara the water body, misalnya tasik kita, sungai kita dan sebagainya. Dari segi dicemari oleh baja, oleh sabun kita, oleh perkara-perkara yang menyebabkan ia boleh merosakkan dari segi keupayaan kita mengendalikan sumber kita di masa yang akan datang. Ini saya katakan kalau hendak jawab sekarang, saya tidak boleh kerana amalan kita yang sebegitu lama. Kalau saya sebutkan sekarang, kita kurangkan baja kimia kepada penanam padi kita di Kelantan, Kedah dan sebagainya, daripada 12 paket, kita kurangkan, orang akan mengamuk sekarang ini. Dia kata kerajaan tidak baik. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa Yang Berhormat Klang misalnya, untuk melihat perkara ini secara perspektif yang luas. Sebagai contohnya, negara yang dipandang tinggi seperti negara Denmark, negara seperti Holland misalnya, ia bercakap pertanian dalam aspek yang menyeluruh, dalam aspek yang dikatakan holistik. Antaranya, ia mengatakan mesti mengamalkan dasar secular economy. Sekular bukan makna dasar sekular macam orang sebutkan agama dengan pemerintahan mesti dipisahkan. Akan tetapi kalau kita ada ruminan, ia sebutkan tadi ruminan maknanya kalau kita hendak buat ternakan dan sebagainya, kita kena ada makanannya. Jagung misalnya, kita kena ada. Rumput Napier mesti ada. Akan tetapi rumput itu datang daripada mana, bajanya? Kita guna buangan binatang itu sendiri. Kita katakan tinja, najis itu sendiri sebagai sumber kepada bajanya. Kita tidak boleh pisahkan. Misalnya Yang Berhormat Rompin, salah satu daripada soalan yang dikemukakan dan satu perkara yang kita lihat potensi yang besar, Rompin diisytiharkan akan menjadi lembah tenusu. Akan tetapi keseluruhan Rompin tidak dikaitkan dengan penanaman. Saya sebutkan jagung sama ada jagung bijian ataupun jagung manis yang boleh dijadikan silage bagi makanan lembu di sana. Menggunakan tinja lembu yang ditanam dan yang dipelihara di sana untuk makanan di situ. Maka, kita kurang menggunakan baja daripada luar. Ini semua memerlukan satu total design. Oleh kerana Kementerian Pertanian tidak boleh kalau kerajaan negeri tidak menyediakan segala infrastructure dan kesediaan perkara ini dan saya akan berbincang. Oleh sebab itu salah satu daripada perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan, tidak lagi di bawah semata-mata tanggungjawab kementerian, tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menugaskan soal ini. Akan tetapi Lembaga kita boleh panggil semua orang, termasuk soal siapa yang hendak makan, minum susu kita. Ini kaitan dengan pembangunan program susu di sekolah. Ada, daripada Kementerian Pendidikan. DO-DO kena tahu. Tidak banyak DO tahu apa itu Napier misalnya. Mana tanah yang perlu disesuaikan. Jadi, kita akan panggil semua perkara untuk merencanakan dan memperkenalkan konsep secular economy dalam pertanian yang secara yang lebih meluas lagi bagi menjawab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Klang. Saya tahu ini bukan satu perkara yang boleh disesuaikan dengan cepat tetapi memerlukan satu perubahan. Oleh sebab misalnya, kadang-kadang sensitif kalau orang tengok apa yang menyebabkan berlaku banjir besar di Penang. Satu, hujan banyak tetapi orang kaitkan dengan bagaimana kita menguruskan tanah kita, tanah tinggi menyebabkan siltation. Ia memberi kesan pada makanan kita. Berlakunya keupayaan kita menjangkakan climate change yang menyebabkan paras laut akan tinggi.

Apabila paras air laut tinggi, ia akan masuk ke kawasan-kawasan bendang misalnya. Apakah kita bersedia dalam soal ini? Jadi, ini semua perkara yang kita melihat. Ini bukan soal Penang sahaja, ini bukan soal Kedah sahaja yang mesti melihat secara menyeluruh, ia akan memberi kesan kepada index food security kita di masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan- biarlah saya pergi sebab banyak lagi ini. Saya akan ringkaskanlah. Saya katakan, Yang Berhormat Kuala Kangsar misalnya, ada menyebut tentang kelapa. Saya percaya ini juga adalah sebahagian dari kekayaan baru yang disebutkan. Kita tahu bahawa kelapa juga- selama ini kalau kita mengukur. Dulu kita pernah tanam kelapa tetapi satu ketika harga kelapa kita jatuh, lambakan. Sekarang kita jadi pengimport kelapa. Kita hendak 600 juta setahun, kita boleh keluarkan 500. Kita import 100 juta kelapa datang daripada luar negara. Sekarang di bawah bajet ini kita fikirkan untuk tanam kerana kita sudah mempunyai beberapa variety-variety baru, spesies baru yang dapat menghasilkan jumlah yang lebih besar, termasuk matag, kelapa pandan, ada baru lagi, Careca misalnya, yang boleh mengeluarkan sehingga 35,000 biji bagi satu hektar. Kalau RM1 satu biji, RM1 x 35,000, boleh RM35,000 ataupun yang kurang pada itu, lebih baik daripada kelapa sawit misalnya, disebutkan di sini. Akan tetapi isu yang besarnya dalam bajet ini disebutkan sebahagian hendak kita bagi pada orang tanam. Akan tetapi dalam masa yang sama kita katakan hendak tanam, hendak pakai benih mana? Benih tidak cukup sekarang ini. Semua orang mengejar benih kelapa, tidak cukup. Jadi, bajet yang kita ada untuk menghasilkan benih. Benih ini bukan sahaja boleh keluar macam itu juga, ia macam orang tahu hendak hari ini, hendak benih esok. Orang pun hendak suruh beranak pun kita kena kahwin. Kahwin, hendak suruh tunggu dewasa juga. Jadi, mengambil masa tetapi ada kosnya. Dengan peruntukan yang lebih, insya-Allah kita akan dapat menghasilkan benih yang lebih lagi. Perkara ini juga kita akan kembangkan, termasuk ke negeri Sarawak, Sabah dan sebagainya. Saya sebutkan tadi tentang Kuala Kangsar, tentang tenusu ruminan. Perkara ini kita akan melihat secara menyeluruh. Industri kulinari. Ini industri yang tidak ada tuan, tidak ada tuan. Ayam RM8.00 sekilo, boleh jadi RM80 kerana macam mana kita mengolahnya. Bagaimana kita masak, bagaimana kita menghidangkannya dan bagaimana kita menyediakannya. Ini juga adalah satu perkara yang perlu kita lihat di bawah kementerian ini. Ada cadangan supaya- Yang Berhormat Kota Tinggi ada sebut tentang perlu ada akademi. Sebenarnya akademi sudah banyak tetapi tidak ada yang menyatukannya. Kami akan bersama dengan akademi-akademi yang ada, sebelum kita fikir hendak buat akademi baru. Ini kerana kalau tidak, kita tertinggal dalam bidang ini kerana bidang inilah yang menjadikan apa yang kita hasilkan dapat nilai yang lebih tinggi lagi di masa yang akan datang. Ada Yang Berhormat- saya sebutkan Yang Berhormat Bachok ada bercakap tentang organik misalnya. Sebentar tadi saya sebutkan juga tentang sekular tadi. Salah satunya ialah bagaimana untuk menggalakkan lebih banyak organik. Sekarang ini orang tidak berapa hendak buat kerana yang dihasilkan melalui organik ini harganya lebih tinggi. Apabila lebih tinggi, rakyat kita belum lagi ada budaya hendak pilih antara yang murah kah atau yang organik? Orang semua murah. Kalau mahal, dia marah. Organik dia tidak suka. Jadi akhirnya, yang hendak keluarkan, walaupun pensijilan myOrganic dapat kita keluarkan tetapi kalau orang tidak mahu beli kerana organik mahal dikatakan. Akan tetapi kalaulah satu masa nanti sekiranya budaya, cara hidup kita memilih yang organik, saya percaya bahawa ia akan dapat kita hasilkan dan kita dapat keluarkan lebih banyak lagi. Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh saya sebutkan di sini juga. Saya tahu Yang Berhormat daripada Alor Setar banyak bertanya tentang soal beras kita. Ditanya oleh Yang Berhormat daripada Pokok Sena juga, menyatakan kegelisahan beliau tentang dua atau tiga perkara, misalnya tentang soal benih. Betul, saya akui baru ini ada sedikit isu di mana benih menjadi rebutan, terutama sekali benih yang di subsidi kan tidak mencukupi.

Oleh kerana kita keluarkan misalnya, terdapat kecenderungan petani hendakkan MR Siraj 297, kita keluarkan kurang berdasarkan pada permintaan yang lepas.

Jadi ramai yang berebut. Pihak kementerian insya-Allah kepada mereka yang membayar dengan harga yang tinggi kita akan cari jalan untuk menggantikannya asalkan dia ada resit yang betul dalam soal ini. Yang Berhormat Alor Setar ada sebut tentang nama-nama seperti PADI Rescue. Sebenarnya kita meneliti pandangan mereka dan kita lihat juga apakah cadangan-cadangan. Kita teliti semuanya dan ada perkara yang kita rasa boleh kita timbangkan dan ada yang saya rasakan buat masa ini belum boleh dilaksanakan dalam soal yang berkenaan. Yang Berhormat Sungai Besar misalnya ada bertanya tentang...

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Yang Berhormat Menteri, boleh minta sedikit penjelasan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebahagian besar daripada penggulungan hari ini kita telah pun mendengar tentang sektor durian musang king keemasan ataupun new-found dana ataupun kemajuan yang kita boleh memajukan satu bidang baru dan sebagainya. Kita hari ini juga mendengar tentang kepentingan hendak menubuhkan satu Lembaga Tenusu dan Ruminan yang kita akan memberi emphasis, tumpuan kepada sektor makanan. Makanan untuk binatang. Akan tetapi pada masa yang sama, saya selalunya berbincang, apabila berbincang dengan pesawah padi, NGO, pengilang, mereka katakan dalam contoh bajet ini, kenapa begitu banyak tumpuan diberikan kepada hendak membangunkan sektor untuk makanan binatang sedangkan pada masa yang sama, tumpuan tidak diberikan untuk membangunkan sektor pesawah padi yang mengeluarkan makanan yang paling penting dalam negara kita iaitu makanan untuk rakyat dan manusia, Yang Berhormat Menteri. Jadi mereka menyatakan kenapa tidak boleh mempertimbangkan, menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) semula sedangkan kita ada satu lembaga khusus untuk makanan haiwan. But we cannot have a lembaga for pesawah padi. I think ini adalah satu perkara yang cukup penting yang saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan bukan sahaja daripada pihak ini tetapi daripada pihak di sebelah pun. Ahli-ahli Parlimen saya mendengar daripada ucapan mereka, mereka mengatakan dan meluahkan perasaan kenapa tidak boleh menubuhkan LPN semula. Seperti yang Yang Berhormat Menteri tadi menjawab, pesawah padi pada 20 Oktober telah pun menghantar satu memorandum yang merangkumi segala masalah mereka. A lot of problems yang mereka sedang hadapi sekarang ini daripada segi racun, benih padi, baja, peningkatan kos sampai 30 peratus sekarang dan juga banyak lagi masalah kilang yang sekarang ini kilang-kilang Melayu yang tutup, BERNAS dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri, kita menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk melihat dan mengkaji dalam soal-soal yang telah pun dibangkitkan dalam memorandum ini. Ini kerana saya difahamkan apabila isu ini dibawa kepada perhatian Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), dia telah pun menjawab dalam SMSnya seolah-olah tidak ada perasaan kepada pesawah padi dan membidas kumpulan yang telah pun membawa memorandum ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh melihat dan mengambil perkara ini dengan serius. Baru-baru ini sahaja saya mendengar dalam bulan September, MARDI ada menganjurkan satu Persidangan Padi Kebangsaan 2017 untuk melihat bagaimana kita boleh membangunkan sektor padi untuk eksport, mengkaji tetapi saya difahamkan dalam satu persidangan kebangsaan yang sebegitu besar, tidak ada golongan pesawah padi yang dijemput untuk memberi input mereka. Adakah persidangan ini untuk syok sendiri atau benar-benar hendak membantu pesawah padi? Ini adalah satu persoalan yang saya harap Yang Berhormat Menteri boleh teliti.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ini kerana- last issue, Yang Berhormat Menteri. Apabila saya membaca balik Hansard tahun 1994, apabila perbahasan dibuat pada masa itu untuk menggubal undang-undang baru menggantikan LPN dan menubuhkan BERNAS. Pada masa itu pun Yang Berhormat Menteri, ada pihak-pihak dan Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional telah pun meluahkan perasaan bimbang tentang BERNAS ini. Di antara orang ataupun pemimpin yang paling mempersoalkan tentang ini ialah Yang Berhormat Arau pada masa itu menyoal kebimbangan bagaimana BERNAS ini nanti dia akan diswastakan dan menguasai sektor pertanian padi. Pada masa itu, Yang Berhormat Menteri yang memberi ucapan telah pun mengesyorkan bahawa BERNAS akan bergerak bersama-sama dengan kilang-kilang bumiputera kerana BERNAS menganggap kilang-kilang bumiputera ini sebagai rakan yang akan bergerak bersama- sama dalam industri padi. Akan tetapi pada hari ini kita melihat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

...Bahawa tidak ada banyak daripada pengilang-pengilang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

I akan habis. I akan habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bukan masalah you akan habis atau tidak.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Last point.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini pencelahan bukannya untuk berbahas.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ya .Akan tetapi ini isu yang penting. Saya akan habiskan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

So, I harap Yang Berhormat Menteri akan meneliti isu ini supaya bukan sahaja kita membangunkan sektor durian ataupun bijirin untuk makanan haiwan tetapi untuk pesawah padi yang saya anggap adalah golongan yang cukup penting dalam negara kita dan sekarang ini mengalami kesusahan yang banyak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar yang saya kira cukup passionate dalam soal yang berkaitan dengan padi. Saya kira adalah tidak benar. Kita bincang tadi ialah satu topik yang menarik, yang dianggap sebagai satu topik baru dalam perbincangan kita di Dewan. Ini tidak bermakna bahawa kita mengabaikan tentang soal pentingnya sawah padi. Ini kerana kita tidak banyak bincang tadi sebab ramai yang tanya. Saya katakan bahawa saya tidak tahu. Kita belum perinci lagi tentang durian tadi. Ini satu perkara baru hendak masukkan tetapi bajetnya tidak besar. Tidak tahu daripada RM200 juta itu mungkin RM20 juta atau RM30 juta sahaja untuk durian. Akan tetapi untuk padi, untuk beras, dalam bajetnya hampir RM2 bilion. Itu dalam RM20 juta hingga RM30 juta sahaja. Yang ini RM2 bilion. Dengar kementerian ini dapat peruntukan yang agak besar pada tahun ini. Lebih kurang RM5 bilion. Tolak bayar gaji apa sebagainya tetapi RM2 bilion untuk padi. Jadi kalau kita kata tidak penting, tidak benar. Bajet ini dan ia meningkat daripada tahun lepas sebanyak RM1.3 bilion, sekarang ini secara spesifiknya sebanyak RM1.96 bilion. Peruntukan yang jauh lebih besar diberikan kepada padi. Cumanya tadi kerana orang bincang pasal ini kekayaan baru dan sebagainya, saya terimalah perbincangan ini. Ini termasuk siapa pernah fikir pada satu masa dahulu ikan kita bagi pada nelayan kita. Saya tidak huraikan di sini. Antaranya menjaga kebajikan. Bila aspek kebajikan, nelayan dapat RM300 sebulan. Pesawah padi mereka akan dapat- untuk pesawah pada waktu dia semai sehingga padi itu keluar dan boleh dituai, kira-kira tiga bulan setahun permulaan saya katakan, RM200, RM200.

Sebanyak RM600 untuk pesawah padi. Melibatkan 228,000 orang pesawah padi. Durian ini tidak banyak. Akan tetapi kalau Yang Berhormat kata kita mengabaikan pesawah padi, I rasa it is unfair.

Baru ini ada perbincangan berkenaan hendak eksport. Saya katakan hendak eksport. Saya kata dan ini ada kaitan dengan Yang Berhormat Batu Gajah ada tanya sebagainya tentang saya kata kalau hendak eksport, kita kena tengok beras kita ini kompetitif atau tidak kalau bandingkan dengan beras. Kalau kita keluarkan 100 peratus, tiba-tiba ada 10 peratus, 20 peratus pada rakyat kita dia hendak beras Siam, dia hendak beras Basmathi, dia hendak beras Jepun, dia hendak beras yang lain. Beras yang kita lebih ini kita hendak hantar ke mana? Hendak jual dekat siapa? Saya sebutkan Singapura pun tidak hendak kerana bagi dia beras Siam lebih murah, dia akan beli beras Siam. Jadi ini disebutkan. Yang keduanya kerana kita tidak kompetitif; dan ketiganya ialah kerana dalam sektor padi kita antara dalam dunia yang paling tinggi sekali elemen subsidi, elemen bajanya, benihnya. China misalnya dia adalah pengeluar beras yang terbesar dalam dunia 140 juta metrik tan. Kita baru dua juta. Ciput dalam soal ini tetapi dia masih import kerana dia mendengar India hendak eksport, ada elemen subsidi. Elemen subsidi bukan soal baja, bukan soal benih, soal racunnya saja tetapi antara elemen subsidinya ialah dia tanya pesawah padi kena bayar tidak air. Sedangkan kos hendak buat pengairan itu kos yang tinggi. Pesawah ada kena bayar? Tidak bayar. Itu subsidi. Kita beli sajalah. Itu China, dia memikirkan begitu. Dia ada keupayaan. Dia kata kalau orang hendak tolong subsidi rakyat kita, why not, kita ambil. Sebab itu saya katakan kita, subsidi kita bukan sekadar menolong di kalangan pesawah kita, bukan sekadar kita bercakap tentang yang saya sebutkan tadi, baja, benih, racun dan sebagainya. Air misalnya program Kangar, Yang Berhormat Padang Besar dia tanya tentang soal-soal ini. Saya boleh jawab secara...

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan subsidi. Yang Berhormat Menteri kalau kita melihat dari segi bajet tahun ini memang ada peningkatan untuk subsidi pesawah padi tetapi kita kena melihat secara menyeluruh sebab kalau kita lihat dalam dua, tiga tahun bajet lalu, subsidi negara untuk pesawah padi sedang menurun dan dipotong. Sebab itu apabila kita melihat bajet tahun ini iaitu- I think ramai orang mengakui adalah satu bajet pilihan raya, maka kita melihat bahawa peruntukan subsidi untuk pesawah padi pun meningkat. Masa yang paling banyak subsidi diberikan untuk pesawah padi yang termasuk harga padi, baja padi, peningkatan hasil padi adalah dalam tahun 2013 selepas dalam pilihan raya lalu, RM2.2 bilion. Akan tetapi selepas itu dia naik, turun, turun, turun sampai RM1 bilion tahun lepas dan untuk tahun yang akan datang adalah actually kalau tidak silap sayalah is actually RM1.619 bilion. So, memang dia lihat besar tetapi kita pun menyaksikan bagaimana subsidi negara untuk pesawah tahun ini sedang menjadi lebih kecil. But we don’t know apa yang akan berlaku selepas ini. Yang saya hendak sebutkan, yang masalah dalam negara kita is the management of the subsidy. Saya hendak ambil contoh subsidi untuk benih padi sahaja yang saya percaya Yang Berhormat Menteri pun tahu di Kedah ini banyak dalam beberapa minggu lalu, it was a big issue. Satu permasalahan yang besar yang mereka tidak boleh memperoleh benih padi sah yang bersubsidi. Saya difahamkan satu di antara masalahnya adalah sebab dalam bajet lalu kerajaan telah pun memotong subsidi daripada RM70 juta kepada RM50 juta. Sebab satu setiap tahun kerajaan boleh buat kiraan. Satu tahun berapa perlunya padi benih yang akan dibekalkan kepada pesawah padi.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

So that is the amount but it was cut, potong dan kemudian baru beberapa bulan lalu ditambah balik RM25 juta sehingga menyebabkan pengeluar-pengeluar benih padi ini tidak dapat mengeluarkan benih padi yang sah untuk cukup masa untuk pesawah padi dan pesawah padi terpaksa membeli benih padi yang tidak sah daripada pembekal- pembekal yang menghasilkan benih padi yang tidak sah, yang telah pun menyebabkan pelbagai masalah kepada pesawah padi. Satu soalan lagi yang sangat penting saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adalah berkenaan dengan subsidi benih padi ini. Sebab saya difahamkan kos untuk menghasilkan satu metrik tan benih padi adalah di antara RM100 sehingga RM150 satu metrik tan. Namun kerajaan memberi subsidi sehingga RM1,020 satu metrik tan. So, why is the subsidy given kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan benih padi ini mendapat begitu banyak faedah dan keuntungan tetapi keuntungan itu dia tidak salur kepada pesawah padi sebab pesawah padi ini tidak beli pada harga yang murah tetapi terpaksa membeli pada harga yang tinggi. Saya pernah bertanya soalan ini dalam soalan Parlimen kenapakah kita tidak mengenakan, menetapkan satu harga siling untuk benih padi, yang pertama and I hope Yang Berhormat Menteri kenapa hendak bagi subsidi ini kepada syarikat-syarikat tertentu yang mengeluarkan benih padi ini yang dapat keuntungan yang cukup besar. Di sebaliknya keuntungan ini boleh digunakan untuk kebajikan pesawah padi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Semua ini saya dengar sebagai pandangan dan saya harapkan kalau tahun lepas pun ada sedikit masalah, cash flow problem kepada negara akibat daripada kejatuhan harga minyak yang mendadak yang perlu diselaraskan. Semua sektor sebenarnya berlaku pengurangan. Sebab itu pada baru-baru ini apabila keadaannya memulihkan, antara sektor yang perlukan diberikan perhatian balik ialah kepada sektor penanaman padi. Kita pun sudah bagi tahu kepada penanam-penanam, pada pesawah kita yang sudah membeli dengan harga yang tidak subsidi, kita akan cari jalan untuk mengatasinya. Tentang soal syarikat-syarikat yang berkenaannya kerana ini merupakan satu daripada dasar kerana pilihan kita apakah kita akan membuat satu free market dalam mengawalkan, menyediakan benih. Free market, semua orang boleh tanam, boleh keluarkan benih asalkan disahkan. Ada isu misalnya kalau ia free market, siapa-siapa boleh buat kerana dia kena memikirkan berapa bulan ke depan, berapa musim ke depan untuk menyediakan benihnya. Kalau dia tidak pasti sama ada dia ada pembeli atau tidak, mungkin dia tidak buat dan kita tidak tahu apakah dia mencukupi atau tidak. Sebab itu dasar yang dibuat menentukan berdasarkan kepada faktor-faktor keupayaan syarikat-syarikat berkenaan, berapa dia punya sawah, berapa dia punya bidang tanah, berapa dia punya keupayaan- keupayaan yang lain untuk diberikan tanggungjawab untuk menyediakan. Saya fikirkan kalau ada kaedah-kaedah lain. Bagi saya- saya terbuka pandangan tentang untuk bagaimanakah cara untuk menyediakan benih yang mencukupi kerana sekiranya ia keluar berlebihan, mungkin tidak ada orang hendak tetapi kalau ada ditentukan pasaran, ianya juga akan menentukan ianya mencukupi atau tidak. Dalam soal ini saya percaya sekiranya ada kaedah-kaedah lain, saya terbuka dalam soal ini dan ini perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam memastikan bahawa apa yang diperoleh oleh petani kita akan dapat diperoleh cara yang terbaik tetapi saya sekarang ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita sudah pun mengadakan makmal, lab di peringkat yang terakhir. Semua perkara, terutama sekali tentang soal yang berkaitan dengan petani kita, hal-hal yang berkaitan tidak efisien, isu berkenaan dengan pemutuan misalnya, kilang yang ditutup. Kilang yang ditutup pada satu ketika dahulu ialah kerana pada satu ketika harga padi hanya RM800 dan mereka boleh kenakan pemutuan yang rendah. Akan tetapi apabila harga kita beri kadar, kita hendak bantu petani naik sehingga RM1,200 tetapi pengilang tidak boleh jual dengan harga yang lebih kerana beras ialah barang kawalan. Jadi ramai pengilang-pengilang yang tidak tahan tentang soal ini.

Jadi isunya pengilang dengan petani, satu masa petani marah kalau pengilang potong tinggi tapi pengilang pula dikatakan kalau saya tidak boleh potong tinggi, mutunya tidak baik saya tidak boleh hendak hidup. Maka tutup. Kita mesti cari jalan supaya dilihat pesawah, pengilang, pemborong, peruncit, penyedia benih ini mesti dilihat dalam konteks ekosistem yang besar. Antara satu sama lain adalah saling bergantung antara satu sama lain dan ia boleh kita lihat bagaimana untuk kita mengukuhkan industri ini di masa depan.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan perhubungan pengilang dan pesawah padi, pemotongan yang tinggi dan sebagainya, salah satu masalah yang terbesar adalah rantaian seluruh pemasaran pesawah- I mean, industri sektor beras padi ini. Kita semua dalam Dewan yang mulia ini tahu masalah yang terbesar adalah masalah BERNAS yang menguasai segala-galanya dalam negara kita berkenaan dengan sektor beras. Kita juga melihat ataupun pandangannya adalah bahawa kerajaan memberi terlalu banyak keistimewaan kepada Syarikat BERNAS ini. Sebagai satu contoh, yang saya pernah membawa sebelum ini, adalah kenapa BERNAS dikecualikan membayar import duty ke atas beras yang diimport? Sedangkan, BERNAS tidak jualkan kepada rakyat beras import yang free of tax, yang tiada tax. Duty free, bukan? Setiap tahun duti yang dikecualikan yang tidak dikutip sampai RM500 juta setahun. Saya percaya bahawa sekiranya duit-duit ini dikutip, maka bukan sahaja kerajaan boleh memberikan RM200 sebulan seperti yang saya ucapkan dalam perbahasan sebelum ini, RM200 sebulan kepada pesawah padi tapi mungkin kita boleh beri lebih banyak lagi- RM500 atau pun RM1,000- untuk menampung kesusahan pendapatan pesawah padi. So, saya rasa bahawa Yang Berhormat Menteri juga kena melihat balik kepada peranan BERNAS ini yang sudah lari langsung, totally, daripada tujuan asal ia ditubuhkan. Dan kontrak BERNAS ini nampaknya dia akan tamat pada tahun 2021. Kita kena lihat balik sama ada mereka sedang membuat kerja dengan baik atau tidak. Sebab, pesawah padi juga yang dalam memorandum mereka mengatakan sekarang BERNAS adalah pihak yang bertanggungjawab mengenakan pemotongan yang cukup tinggi sangat sampai 40 hingga 50 peratus. But of course, I cannot verify this. Mungkin Kementerian boleh verify this. But this adalah fakta-fakta yang diberitahu kepada saya oleh pihak pesawah padi. Dan saya melihat sebelum ini pun apabila BERNAS hendak diswastakan, taken out from the Bursa Malaysia, the stock exchange, we were fighting very hard. We said we should not be privatized. Sebab apabila BERNAS ini diprivatized, mereka boleh buat apa-apa yang mereka ingin saja tanpa sebarang scrutiny. Pada masa itu, jaminan yang diberikan oleh kerajaan adalah BERNAS ini akan disenaraikan balik dalam the stock exchange dalam dua tahun. Sampai hari ini, apabila saya selalu bertanya apakah status corporate restructuring, selalunya kerajaan akan memaklumkan this is a business decision to be taken by BERNAS dan tidak kena mengena dengan kerajaan. Ini tidak boleh diterima langsung sebab BERNAS adalah satu nasional strategik aset negara kita. Bukan kepunyaan satu kroni tetapi seluruh rakyat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Yang Berhormat Menteri juga akan melihat dalam perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Boleh, Yang Berhormat Menteri?

Sila.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sebetulnya isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Alor Setar ini sudah lama saya bawa iaitu kita memang meminta kerajaan supaya mengkaji sebab apabila BERNAS diswastakan, bermakna dia bukan lagi milik negara.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Justeru itu, food security kita ataupun keselamatan makanan negara ini termasuk beras- saya rasa import beras kita ini lebih kurang 80 peratus, sebab kita cuma mengeluarkan dua juta tan. Itu pun tidak memadai. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan terhadap masa depan padi kita ini, beras kita ini? Sebab, kita dimaklumkan BERNAS disambung sehingga tahun 2021. Apakah kerajaan juga masih mempertimbangkan untuk menyambung kontrak BERNAS ini pada masa-masa akan datang? Saya ingin mencadangkan supaya tidak disambung lagi dan kerajaan ambil balik. Kalau nak bagi, bagilah dengan GLC-GLC kerajaan yang betul-betul bertanggungjawab boleh melihat masalah rakyat dan boleh membangun industri padi itu. Sebab di Indonesia pada hari ini, mereka tidak lagi import beras. Mereka telah mengolah secara dalaman dan mereka boleh self-sustainable dalam beras. Mereka tidak lagi membeli dengan negara luar. Sebab, mereka bimbang kalau ada apa-apa sesuatu perkara berlaku, maka rakyat mereka berada dalam kelaparan. Jadi kita pun mungkin negara Malaysia, kita tidak tahu abad 21 ini bagaimana corak pembangunan negara pula. Jadi harap-harap kementerian supaya tegas dalam perkara ini memaklumkan kepada kerajaan bahawa cukuplah BERNAS mendominasi import-eksport beras ini. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil alih dan difikirkan cara penyelarasannya pula pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

Saya boleh simpulkan. Saya mendengar pandangan-pandangan yang diberikan. Cuma, dari segi pengilang tadi, saya tegaskan bahawa bukan semua kilang yang ada di dalam negara kita ialah milik BERNAS. BERNAS hanya 28 peratus sahaja. Yang lain itu dikendalikan oleh swasta. Ertinya, kalau orang tidak setuju untuk jual beras mereka pada BERNAS, mereka boleh jual pada pihak swasta. Tidak ada halangan dalam soal ini. Cuma, isunya ialah BERNAS peranannya sebagai single importer yang dibenarkan. Kerana kita rasakan jika semua orang boleh import dan berlaku lambakan beras daripada luar- ia bergantung. Ada waktu beras mahal, orang tak nak import. Kalau waktu beras murah sekarang ini, semua orang nak import. Bila nak import, kalau beras luar misalnya, tidak ada kawalan, boleh dijual dengan harga yang murah, apa jadi pada nasib pesawah kita? Apa akan jadi pada nasib mereka? Saya rasa cukup, Yang Berhormat. Saya sudah cerita ini kadang-kadang berulang banyak kali. Itu polisi yang kita buat dahulu. Misalnya, suatu ketika dahulu Indonesia pun dia ada single importer dia dan ada negara lain pun ada single importer dia... [Disampuk] Ada yang kerajaan, ada yang private dalam soal ini. Ini pilihan yang diberikan dan ada tanggungjawab-tanggungjawab yang diberikan sehingga sekarang. Saya tahu bahawa kita juga akan mengenakan syarat-syarat kepada BERNAS dalam soal ini termasuk tentang soal yang berkaitan dengan apakah kebajikan yang diberikan kepada pesawah sekiranya mereka mendapat keuntungan yang diperoleh daripada operasi mereka. Tentang kalau disebutkan ini- saya tidak setuju katakan- kita tidak mengetepikan. Kalau dari segi pembangunan sahaja, banyak projek-projek baru yang kita katakan untuk membantu pesawah, pengairan dan sebagainya- melibatkan jumlah yang berbilion ringgit. Kalau dikatakan tentang soal makanan untuk ternakan, bukan bermakna kita pandang rendah pada manusia. Kerana, makanan ternakan ayam dan lembu misalnya, akhirnya untuk menjadi makanan manusia juga. Dan kalau kita sebut tentang food security, jangan dilihat hanya karbohidrat security. Kita melihat protein security. Kita lihat sayur security dan sebagainya. Yang ini juga perlu kita lihat secara menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih pada semua yang bertanya. Mungkin saya boleh jawab secara bersendirian pada mereka yang bertanya. Sekali lagi, saya menghargai seluruh pertanyaan dan pembabitan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbincangan yang dikemukakan melalui kementerian saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sila.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 33 Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sepanjang enam hari perbahasan Belanjawan 2018. Izinkan saya untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan berdasarkan topik- topik yang dibangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Isu pertama adalah mengenai peruntukan pembangunan luar bandar yang telah pun dibentangkan dan telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Lanang, terutamanya Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan Bajet 2018 berkurangan berbanding dengan Bajet 2017. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan untuk KKLW dalam Bajet 2018 tidak berkurangan malah melebihi daripada bajet yang diluluskan bagi Bajet 2017 iaitu meningkat sebanyak 6.66 peratus yang berjumlah RM592 juta. Dalam Bajet 2017, bajet yang diluluskan adalah RM8.891 bilion manakala 2018 berjumlah RM9.483 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.869 bilion adalah untuk belanja pembangunan iaitu kekal sebagai kementerian yang menerima peruntukan belanja pembangunan yang kedua tertinggi. Bagi Yang Berhormat Lanang yang bertanya tentang agihan untuk Sarawak. Suka saya maklumkan, pihak kerajaan mengekalkan tumpuan kepada pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan anggaran peruntukan masing-masing sebanyak RM927.635 juta bagi negeri Sabah iaitu RM23.98 peratus manakala bagi Sarawak, sebanyak RM1.103 bilion iaitu sebanyak 28.52 peratus yang menjadikan peratusan bajet pembangunan untuk Sabah dan Sarawak adalah 52.5 peratus. Di bawah Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Sabah dan Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM620.11 juta mewakili 93.22 peratus daripada jumlah keseluruhan BELB ataupun Bekalan Elektrik Luar Bandar tahun 2018. Manakala di bawah Bekalan Air Luar Bandar, sejumlah RM409.24 juta telah diperuntukkan dan sejumlah RM298.04 juta ataupun 72.83 peratus diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak. Di bawah Jalan Luar Bandar, Sabah dan Sarawak menerima RM390.4 juta atau 49.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Jalan Luar Bandar (JLB) tahun 2018 yang berjumlah RM788.75 juta. Jadi daripada segi numbers ataupun figures, dengan izin, yang saya tunjukkan tadi jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan luar bandar bagi prasarana di Sarawak dan juga Sabah. Di samping itu juga, Yang Berhormat Permatang Pauh membuat andaian bahawa peluang pekerjaan untuk anak-anak muda lepasan institusi kemahiran seperti Pusat GiatMARA akan terkesan negatif berdasarkan peruntukan pembangunan luar bandar ini. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2018, sejumlah RM112.7 juta diperuntukkan untuk program TVET di bawah GIATMARA, IKM, KKTM, UniKL dan GMI. Di samping itu juga, peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta untuk program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan RM40 juta untuk program Latihan Dalam Komuniti PPR. Selain menyediakan dana latihan kemahiran, sebanyak RM200 juta juga diperuntukkan di bawah program MARA Graduate Employability Training Scheme (GETS). Melalui program ini, graduan perantisan akan diberi latihan kompetensi dan job replacement di industri yang terlibat.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kajian kebolehpasaran graduan, sejak tahun 2015 sehingga sekarang, kadar kebolehpasaran pelatih GiatMARA adalah melebih 80 peratus dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan latihan. Sejumlah 85 peratus daripada pelatih yang menamatkan latihan di GiatMARA mendapat pekerjaan manakala 10 peratus menceburi bidang keusahawanan dan lima peratus melanjutkan pelajaran. Kebolehpasaran graduan MARA yang tinggi ini disebabkan kerjasama GiatMARA dengan industri bagi membolehkan pelatih GIATMARA diterima masuk untuk menjalani latihan industri dengan pemain-pemain industri negara sebagai contoh, Proton, Kawasaki dan lain-lain. GiatMARA juga menerokai bidang-bidang baru seperti teknologi pembuatan, aerospace, pemasangan solar, photovolta grid, aplikasi android, kemahiran juruterapi estetik dan thermite welding untuk sistem kereta api bagi memenuhi keperluan pasaran. Seterusnya adalah isu-isu yang berkaitan dengan perkara-perkara spesifik melibatkan Parlimen masing-masing dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan, mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berada di dalam Dewan, yang mengemukakan soalan spesifik tentang kawasan masing-masing, saya boleh beri jawapan secara bertulis...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Putatan, tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tiada dalam Dewan.

Tak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Tanjong Manis?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Juga tiada.

Tiada. Yang Berhormat Hulu Rajang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Juga tiada.

Yang Berhormat Ranau?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Juga tiada.

Yang Berhormat Sipitang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sipitang tiada.

Yang Berhormat Sipitang ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ha, ada.

Okey. Yang Berhormat Sipitang memohon pelaksanaan projek jalan luar bandar bagi Jalan Karangan-Lumadan, Karangan ke Lumadan, Jalan Mintulut ke Bangkalalak dan Jalan Mendulum-Maligan. Untuk makluman Yang Berhormat Sipitang, sebarang pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada kelulusan daripada EPU berdasarkan keutamaan senarai yang dikemukakan oleh kerajaan negeri. Itu daripada segi prinsipnya. Oleh itu, oleh kerana tiada lagi projek ini dalam senarai, jadi saya meminta dan memohon Yang Berhormat Sipitang mengemukakan cadangan projek ini kepada kerajaan negeri supaya kerajaan negeri memasukkan jalan yang dipohon oleh Yang Berhormat tadi, dimasukkan dalam Senarai Keutamaan Negeri untuk kita angkatkan.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Untuk maklumanlah, saya dapat maklum salah satu jalan yang dipohon itu telah pun diluluskan sebenarnya. Jalan Karangan-Lumadan dan saya ingat telah pun di tender setakat ini, tetapi Jalan Mintulut yang pendek sahaja, dalam dua kilometer lebih, jalan itu masih lagi gravel dan Jalan Mandolong-Long Pasia juga masih dalam keadaan yang tidak sesuailah dalam suasana negara kita kepada negara maju. Bagaimanapun apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri kita akan ambil tindakan.

Insya-Allah Yang Berhormat. Jalan yang belum diluluskan itu seperti yang disebut tadi kerana jaraknya tidak panjang dan sebagainya, insya-Allah kita akan bantu Yang Berhormat untuk berbincang dengan kerajaan negeri supaya dimasukkan sebagai jalan yang diberikan keutamaan. Yang Berhormat Sipitang juga membangkitkan mengenai keperluan meningkatkan kapasiti loji rawatan air di Beaufort dan melaksanakan projek bekalan air bersih di kawasan Parlimen Sipitang. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan menyelaraskan cadangan keperluan meningkatkan kapasiti loji rawatan air Beaufort ini dengan senarai cadangan pelaksanaan projek BALB dalam RMKe-11. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian sedang melaksanakan satu Projek Bekalan Air Luar Bandar, Sistem Retikulasi Tahun 2016 Negeri Sabah, Zon 3 dengan Daerah Beaufort dengan anggaran projek bernilai RM5.23 juta. Projek ini melibatkan kampung-kampung di Parlimen Sipitang, Beaufort dan juga Kimanis. Status terkini projek adalah di dalam proses reka bentuk dan dijangka akan ditender pada awal tahun 2018. Yang Berhormat Lumut, tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, boleh tak Tuan Yang di- Pertua kalau yang melibatkan dasar saya jawab?...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya boleh.

Pasal Yang Berhormat Lumut tanya tentang dasar. Yang Berhormat Lumut membangkitkan mengenai peruntukan pemasangan lampu jalan kampung seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah memulakan pelaksanaan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung ataupun LJK sejak RMKe-8 pada tahun 2002 dengan pelaksanaan projek LJK fasa 1 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bermula tahun 2002 sehingga tahun 2017 program pemasangan LJK telah sampai ke fasa 8 bagi Semenanjung dan Sabah. Manakala Sarawak adalah fasa 6. Sepanjang tempoh tersebut, kementerian ini telah menerima peruntukan sebanyak RM254 juta bagi menampung pemasangan hampir 400,000 unit lampu jalan kampung di seluruh negara. Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan isu lampu jalan di Rantau Panjang. Jadi saya skip, saya teruskan kepada Yang Berhormat Sibuti. Tidak ada. Yang Berhormat Tenom tidak ada. Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat, saya hendak jawab Yang Berhormat Keningau dengan Yang Berhormat Tenom kerana ini melibatkan dasar. Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Keningau memohon supaya dikaji semula pejabat KKLW di Sabah dan Sarawak. Manakala Yang Berhormat Tenom mencadangkan supaya bajet daripada KKLW diserahkan terus kepada negeri Sabah dan Sarawak dan merekalah yang menguruskan perbelanjaan, pelaksanaan projek dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, apabila kita menubuhkan pejabat kita di negeri-negeri di Semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak, tujuannya adalah untuk memastikan pelaksanaan projek tersebut dipantau dengan sewajarnya oleh KKLW memandangkan projek pembangunan KKLW di negeri Sabah seperti yang dibangkitkan oleh dua Yang Berhormat, dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Projek-projek tersebut telah dikenal pasti dan diperuntukkan di bawah bajet yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen. Yang Berhormat Menteri KKLW dan Ketua Setiausaha KKLW, selaku pegawai pengawal di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] perlu menentukan peruntukan yang diperuntukkan dalam bajet dan perbelanjaan adalah teratur. Dengan ini, pejabat KKLW negeri Sabah dan Sarawak adalah bertanggungjawab terhadap hal-hal perolehan dan sebagainya. Ingin saya tekankan di sini, jika ada sesuatu masalah yang timbul terhadap projek-projek KKLW yang perlu menjawab di dalam Parlimen adalah Yang Berhormat Menteri KKLW. Bukan Yang Berhormat Menteri daripada Sabah ataupun Sarawak. Jikalau timbul isu yang berkaitan dengan projek dan teguran audit dilaksanakan, yang perlu menjawab adalah ketua pegawai pengawal ataupun KSU yang akan menjawab di hadapan Auditor General dan sebagainya. Begitu jugalah kalau kes ini telah sampai ke peringkat PAC sekalipun, maka yang akan dipertanggungjawabkan adalah KKLW, yang akan dipanggil adalah pegawai pengawal iaitu KSU dan pegawai-pegawai lain supaya memberikan jawapan di PAC dan sebagainya. Oleh sebab itulah setiap projek mesti dikawal sepenuhnya oleh KKLW sejak daripada mula dari segi penentuan projek sehinggalah projek itu dilaksanakan. Bagi kita memberikan ruang kepada pihak negeri Sarawak dan Sabah untuk menentukan projek dan sebagainya, maka kita telah pun mewujudkan satu jawatankuasa khas iaitu joint committee atau jawatankuasa bersama antara KKLW dan juga Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah. Ada dua jawatankuasa. Pertamanya jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh KSU atau Ketua Setiausaha Kementerian KKLW bersama dengan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Manakala di peringkat tertinggi, Menteri KKLW akan menjadi pengerusi bersama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar Sarawak dan Sabah yang mana jawatankuasa ini akan menentukan projek yang perlu diberikan keutamaan, projek yang perlu dilaksanakan, pemantauan sehinggalah projek itu siap dan sebagainya. Jadi bermakna suara Sarawak, suara Sabah sama pentingnya dengan KKLW cuma dari segi apabila timbul isu dan sebagainya, tidak boleh lari. KKLW mesti bertanggungjawab. Jadi oleh sebab itulah kita tidak bercadang untuk memberikan bajet secara terus kepada Sarawak dan Sabah untuk mereka melaksanakan projek, menentukan projek, melantik kontraktor dan sebagainya. Yang Berhormat Tenom, walaupun tidak ada tetapi ini melibatkan dasar mengatakan bahawa KKLW gagal membangunkan luar bandar di Sabah. Saya suka kalau Yang Berhormat Tenom ada di sini sebab sebagai wakil daripada parti kerajaan, saya tidak menjangkakan soalan ini keluar daripada Yang Berhormat Tenom. Akan tetapi saya boleh menjawabnya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah diperuntukkan sejumlah RM8.01 bilion bermula tahun 2010 sehingga tahun 2016 untuk melaksanakan Projek BELB atau Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar dan Jalan Luar Bandar di seluruh negeri Sabah. Khusus bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, sejumlah RM3 bilion telah diluluskan bagi melaksanakan sebanyak 41 buah projek yang memberi manfaat kepada 27,032 buah rumah di seluruh Sabah. Bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar pula sejumlah RM2.08 bilion telah diluluskan bagi melaksanakan sebanyak 185 buah projek yang memberi manfaat kepada 113,749 buah rumah di seluruh Sabah.

Manakala bagi projek jalan luar bandar, sejumlah RM2.93 bilion telah diluluskan bagi melaksanakan sebanyak 219 buah projek. Bagi tahun 2017 sahaja, sebanyak RM195 juta diperuntukkan bagi BALB dengan pencapaian 1,248 buah rumah sehingga 31 Oktober 2017. Bagi BALB pula, sebanyak RM98 juta diperuntukkan dengan pencapaian sebanyak 893 buah rumah. Manakala RM409.1 juta diperuntukkan untuk jalan luar bandar dengan pencapaian sepanjang 87.8 kilometer. Manakala bagi tahun 2018, seperti yang telah saya sebutkan daripada awal tadi, sejumlah RM927.635 juta iaitu hampir RM 1 bilion diperuntukkan untuk Sabah yang menjadikan peratusannya adalah 23.98 peratus.

Jadi dari apa yang saya sebutkan tadi, jelas bahawa kita tidak pernah meninggalkan Sabah, malah memberikan bajet yang besar bagi kita membangunkan negeri Sabah. Yang Berhormat Kuala Kangsar? Yang Berhormat Kuala Kangsar tidak ada. Yang Berhormat Sibu? Yang Berhormat Kuala Kangsar bertanya tentang peruntukan untuk membaiki jalan-jalan luar bandar. Saya hendak jelaskan, ini juga dasar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan pembinaan jalan baru luar bandar dan menaik taraf jalan luar bandar dan tidak membaiki jalan luar bandar. Ini kerana daripada segi tanggungjawabnya, apabila projek-projek jalan luar bandar disiapkan oleh KKLW, KKLW akan menyerahkan kepada JKR (Jabatan Kerja Raya) dan akan didaftarkan kepada Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia ataupun MARRIS yang akan menjalankan tanggungjawab penyelenggaraan, sama ada membaik, penyelenggara, membaik pulih, membaiki jalan dan sebagainya. Jadi itulah perkara yang saya hendak tekankan bahawa kita membuat jalan, siap kita serahkan kepada JKR, JKR beri senarai kepada MARRIS kerana setiap negeri akan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menyelenggarakan jalan di bawah MARRIS. Jadi, repair dan sebagainya di bawah MARRIS. Yang Berhormat Sibu bertanya tentang jalan-jalan yang spesifik. Jadi, saya akan beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Limbang juga spesifik, tentang jalan di Selimbang. Saya beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Parit saya nampak ada. Yang Berhormat Parit menyarankan kerajaan agar menimbangkan semula permohonan daripada rakyat untuk membina jalan kampung sampai ke tangga rumah ke rumah-rumah. Kita boleh jadi popular dengan cadangan Yang Berhormat tersebut, tetapi bajetnya saya percaya tentulah teramat besar Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tujuan projek jalan kampung ataupun PJK ialah menyediakan jalan yang pertamanya, menyambungkan antara kampung dengan kampung. Kalau dia sealiran dengan jalan kampung yang masuk ke dalam. Kedua, menghubungkan jalan kampung ke jalan utama, jalan raya di luar. Jadi ada dua sahaja. Semuanya bertujuan untuk memberi faedah kepada penduduk, kepada orang ramai. Jadi kalau permohonan jalan rumah ke depan tangga rumah, bermakna ia akan memberikan benefit ataupun faedah kepada individu. Itu belum termasuk di dalam skop sebenar projek jalan kampung. Jadi setakat ini, kita belum lagi Yang Berhormat sebab kita masih lagi menumpukan kepada perhatian kepada jalan-jalan yang memberi faedah kepada orang ramai melebihi daripada individu. Jadi, belum lagi Yang Berhormat ya.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya mencadangkan begitu oleh sebab jalan ke surau, jalan ke masjid, jalan ke perpustakaan, jalan ke tanah kubur, semua sudah ada. Jadi sekarang ini di kampung-kampung perlu kepada jalan ke rumah-rumah. Jadi ini yang saya minta supaya kerajaan kaji balik. Begitu juga MARRIS Yang Berhormat Menteri. MARRIS, oleh sebab kampung itu tidak hendak hilang peruntukan itu, maka mereka menampal atau mengetar jalan yang sama. Akhirnya jalan itu tinggi. Bila tinggi, tidak ada side table. Bila tidak ada side table, motosikal akan masalah dan kereta akan masalah. Jadi, apa salahnya kalau sekiranya di kampung itu ada jalan-jalan baru yang perlu dibuat, tukar. Oleh sebab itu jangan makin tinggi dan itu merugikan kampung sendiri. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Parlimen Parit ini kawasan maju. Semua kampung sudah ada jalan sampai ke surau, ke masjid dan sebagainya. Akan tetapi mungkin ada lagi kampung lain yang masih lagi memerlukan jalan ke tempat-tempat awam itu. Jadi mungkin kalaulah suatu hari nanti, insya-Allah saya percaya suatu hari nanti semua jalan termasuk Sabah dan Sarawak jalan sudah masuk, sampai ke semua tempat sudah ada jalan. Mungkin satu hari nanti jalan ke setiap rumah itu bolehlah kita bina. But not, tetapi bukan waktu sekarang. Peruntukan masih kita utamakan kepada yang masih belum ada.

Dari segi MARRIS tadi, saya lihat perkara itu berlaku tetapi seperti saya kata tadi, MARRIS terletak di bawah kerajaan negeri. Jadi mungkin kita bangkitkan perkara ini kepada kerajaan negeri supaya daripada segi tanggungjawab dan skop kerja MARRIS itu dapat kita tetapkan supaya tidak seperti yang kata Yang Berhormat tadi, jalan semakin tinggi, tebing dia semakin tinggi, akhirnya membahayakan kereta dan sebagainya. Itu insya-Allah Yang Berhormat, saya boleh bangkitkan kepada negeri. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kanowit, semua berkaitan jalan di kawasan masing-masing. Yang Berhormat Sepanggar ada. Yang Berhormat Sepanggar mohon kementerian menimbang dan menaik taraf jalan kampung seperti Kampung Ngungun, Kampung Gudon, Kampung Tempulan, Kampng Sorsogon Kampung Sukang Mapai, Kampung Bambangan, Kampung Tiang Lama, Kampung Membawang, Kampung Pulutan dan Kampung Togong. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai kampung-kampung yang mempunyai jalan-jalan raya yang perlu dinaiktaraf ini seperti yang saya sebutkan tadi akan dimasukkan di dalam senarai pertimbangan bagi pelaksanaan pada tahun 2018, bergantung peruntukan yang diterima dan menepati skop. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2016, terdapat dua kampung dari senarai tersebut telah pun dilaksanakan projek jalan kampung iaitu kerja-kerja membina jalan konkrit di Kampung Bambangan sebanyak RM200 ribu dan kerja-kerja membina jalan konkrit di Kampung Togong sebanyak RM200 ribu. Yang Berhormat Sepanggar bertanyakan projek bekalan air di luar bandar Kampung Kokol dan Kampung Poring-Poring. Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan air luar bandar di Kampung Kokol dan kawasan sekitarnya, Menggatal Sabah dengan peruntukannya sebanyak RM37.5 juta dan projek bekalan air luar bandar Kampung Poring-Poring di kawasan sekitarnya, Menggatal Sabah dengan peruntukan RM48 juta telah pun diluluskan. Jadi, sudah lulus Yang Berhormat. Status terkini projek tersebut masih di dalam peringkat reka bentuk. Kajian secara terperinci sedang dijalankan bagi memastikan kawasan sumber air yang dicadangkan. Reka bentuk terperinci dijangka dapat diselesaikan pada Januari 2018 dan projek dijangka ditender pada Mac 2018...

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

[Bangun]

Ya, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kembali pada jalan-jalan kampung seperti yang disebut tadi. Memang ada jalan dilaksanakan di Kampung Bambangan dan juga Kampung Togong.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Ini sebahagian daripada kelulusan yang diberikan, tahun ini pun ada. Apa yang menjadi masalah ialah on the ground, mengikut kelulusan, saya bagi contoh. Ini diviralkan dalam Facebook oleh Jony Goh daripada parti PBS. Saya bacakan, kelulusan untuk Encik Mohd. Bahrin Abdul Karim, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ketua Pemuda UMNO Kota Kinabalu, Parlimen Kota Kinabalu, DUN Inanam. Dia bukan Parlimen Sepanggar. Parlimen Kota Kinabalu tetapi buat kerja-kerja itu di kawasan Parlimen Sepanggar. Apabila penduduk kampung complain berkenaan dengan kualiti jalan yang dibuat, sebahagian jalan ini sekarang ongoing, belum pun disiapkan. Jumlah enam batang jalan, RM2.1 juta. Yang Berhormat Menteri, memanglah kuasa Yang Berhormat Menteri meluluskan di mana-mana boleh. Akan tetapi kami sebagai pemimpin tempatan, sama ada pemangku ketua bahagian ataupun ketua-ketua bahagian parti komponen tidak mendapat apa-apa maklumat. Oleh sebab itu, apabila ia viral di Facebook seperti yang diviralkan oleh Gary Goh ini, kami susah mahu jawab. Kita tidak tahu peruntukan daripada mana. Akan tetapi apabila saya dimaklumkan oleh bandar raya dan diberikan salinan, barulah saya tahu bahawa enam batang jalan ini dipohon oleh UMNO KK tetapi dibuat di kawasan Parlimen Sepanggar. Ini sudah pun berjalan sejak sekian lama. Saya tidak ada komen.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Oleh kerana pada saya, yang penting penduduk kampung dapat jalan, bukannya siapa yang melakukan, melaksanakan jalan tersebut. Satu perkara lagi, Yang Berhormat Menteri telah minta saya menyenaraikan jalan-jalan kampung, sebahagiannya yang saya sebut tadi itu, sebanyak 1 juta. Yang Berhormat Menteri telah pun menandatangani pada waktu bersidang bulan April. Akan tetapi sampai hari ini, nothing has been materialized. Tiba-tiba orang lain daripada kawasan lain, mohon jalan yang sama dan diluluskan. Seperti yang saya sebut tadi, saya tidak ada masalah isu itu. Akan tetapi kualiti itu harus dijaga kerana kita tidak mahu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, seperti apa yang berlaku pada hari ini, mantan Yang Berhormat Menteri pakai baju oren. Jadi, kita tidak mahu ini berlaku. Oleh kerana apabila ia viral di Facebook, saya bacakan apa yang disebut oleh Gary Goh, Pemuda PBS ini, ‘Tidak hairanlah orang benci segelintir pemimpin UMNO yang tidak habis-habis menghisap darah parti komponen lain. Apa yang peliknya, permohonan semua diluluskan, sejumlah RM2.1 juta, hanya di Menggatal sahaja. Wah! Boleh tahan. Tender pun dibuat secara close tender. Jangan sekali-kali memperbodohkan pemimpin-pemimpin dari parti tempatan. Saya serahkan perkara ini kepada pihak bertauliah untuk menyiasat secara terperinci perkara ini’. Jadi, mohon supaya kementerian mengarahkan pegawai untuk melihat kerana belum lagi terlambat. Oleh sebab ini ada yang ongoing, maknanya claim belum lagi dikeluarkan, supaya kualiti jalan itu ditentukan sentiasa mengikut peraturan, sesuai dengan peruntukan yang diberikan, pertama. Kedua, saya mintalah supaya pegawai-pegawai itu alert sedikit supaya memaklumkan pemimpin tempatan. Contohnya Ahli Parlimen, ADUN dan juga di kawasan Inanam ini, kita kalah. So, dia ada Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) yang dilantik oleh kerajaan supaya dia maklum, supaya dia boleh menjelaskan apabila timbul isu-isu semasa, terima kasih.

Yang Berhormat, apabila pihak kementerian meluluskan satu-satu projek, kita lihat dari segi keperluan kawasan tersebut berdasarkan senarai yang telah pun dihantar kepada kementerian untuk kelulusan. Jadi, kita luluskan projek, itu yang pertama. Kedua, dari segi pelantikan kontraktor. Kita melantik kontraktor, kita tidak kira siapa kontraktor yang diberikan kontrak tersebut. Oleh kerana fokus kita jalan itu perlu disiapkan untuk penduduk di kawasan yang memohon jalan tersebut. Siapa kontraktor dan sebagainya, tidak kita tentukan sama ada mesti di kalangan Ahli Parlimen di kawasan tersebut, adakah pemangku ketua bahagian kah? Adakah ADUN kah? Itu bukan pertimbangan daripada kementerian. Kementerian hanya melihat kalau kontraktor yang dicadangkan tersebut layak dan peraturan dipatuhi oleh pihak kementerian dari segi perolehan dan sebagainya. Jadi, kita lantik kontraktor berdasarkan perkara tersebut, bukan berdasarkan kepada siapa yang memohon dan sebagainya. Saya rasa kalau kita beri kepada perkara-perkara yang disebutkan tadi, itu sebenarnya yang boleh menyebabkan berlakunya kes-kes seperti yang berlaku hari ini. Jadi sebagai kementerian, tanggungjawab kita adalah yang pertama, mesti cuba memuaskan hati penduduk yang memohon jalan, misalnya. Jadi, kita luluskan berdasarkan keperluan, keutamaan dan sebagainya. Selepas itu dari segi kontrak, ia mesti ikut kepada peraturan-peraturan Kementerian Kewangan, mesti ikut peraturan dari segi hendak memilih kontraktor dan sebagainya. Ada jawatankuasa yang terlibat, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh sama ada daripada segi jumlahnya melebihi sekian-sekian, KSU, kurang sikit, TKSU. Jadi, ada jawatankuasa yang memilih. Saya percaya jawatankuasa yang dipengerusikan oleh TKSU, KSU dan sebagainya, tidak melihat kepada individu tetapi melihat kepada kemampuan kontraktor itu untuk melaksanakan projek. Walau bagaimanapun, kalau Yang Berhormat memberi maklum bahawa dari segi kualiti dan sebagainya ada masalah, yang itu kita boleh lihat dan minta pegawai kita akan check, betul kah, tidak betul, kualiti tidak baik. Oleh sebab apabila diberikan kontrak, specs telah dimasukkan di dalam kontrak tersebut. Ia mesti melaksanakan projek berdasarkan spesifikasi yang telah pun ditetapkan dalam kontrak tersebut. Kalau dia gagal mengikut spesifikasi tersebut, kita boleh mengambil tindakan kepada kontraktor tersebut.

Yang Berhormat Kota Samarahan, tidak ada. Yang Berhormat Baram, tidak ada. Yang Berhormat Lubok Antu juga membangkitkan tentang jalan di Lubok Antu. Yang Berhormat Kinabatangan, tadi ada. Yang Berhormat Kuala Kangsar, juga tidak ada dan Yang Berhormat Sepanggar, ada iaitu tentang rumah PPRT. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah diperuntukkan sejumlah RM271.6 juta bagi Program PPRT di dalam Bajet 2018 kali ini. Daripada jumlah tersebut, RM162.9 juta adalah untuk baik pulih, manakala RM108.7 juta adalah bagi tujuan bina baru. Keutamaan adalah daripada permohonan yang diterima oleh sistem e-Kasih dan juga dari segi fokus group dan juga pemimpin-pemimpin tempatan. Yang Berhormat Kuantan ada?...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada.

Yang Berhormat Kuantan dan juga Yang Berhormat Kuala Kangsar bertanya mengenai pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pembasmian kemiskinan dan pembangunan modal insan. Yang Berhormat Kuantan kata, kerajaan tidak bantu pembangunan masyarakat Orang Asli. Jadi Yang Berhormat, jangan sweeping statement macam itu. Hendak kata tidak bantu itu, kena ada fakta yang jelas, barulah boleh kita kata tidak bantu. Sekarang saya hendak sebut satu persatu supaya Yang Berhormat boleh tukar fikiran. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan bancian tahun 2010, kadar kemiskinan tegar di kalangan Orang Asli adalah 19.7 peratus daripada jumlah ketua isi rumah masyarakat Orang Asli iaitu 36,638, itu 2010. Kita sedang membuat kajian yang terbaru untuk mendapatkan figures yang sebenar.

Di dalam usaha mengeluarkan masyarakat Orang Asli dari garis kemiskinan, kementerian melalui JAKOA akan terus memberikan fokus terhadap projek tanaman komersial getah dan sawit. Sehingga kini, JAKOA dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan juga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah melaksanakan 158 projek tanaman semula komersial dengan keluasan 27,404.33 hektar. Projek tersebut telah memberi faedah kepada 8,817 peserta Orang Asli dengan nilai dividen sebanyak RM400 sehingga RM1,000 sebulan bergantung pada prestasi ladang dan harga komoditi, matlamat akhir adalah untuk menyerahkan ladang-ladang tersebut kepada peserta Orang Asli melalui koperasi Orang Asli. Selain daripada itu juga, JAKOA turut melaksanakan program Ladang Masyarakat yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli itu sendiri dengan bantuan input pertanian yang telah disediakan oleh JAKOA. Sehingga 31 Disember 2016 terdapat sebanyak 48 Ladang Masyarakat dengan jumlah keluasan 2,832.92 hektar yang melibatkan 2,393 peserta Orang Asli. Selain daripada itu, permohonan Orang Asli turut diberikan keutamaan untuk melahirkan masyarakat Orang Asli yang mampu berdikari dan berdaya saing dalam melonjakkan ekonomi dan pendapatan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan 600 orang usahawan Orang Asli dalam tempoh RMKe-11. Sehingga 31 Disember 2016, lama lagilah hendak sampai akhir RMKe-11 ini, seramai 595 orang usahawan Orang Asli telah pun dibangunkan dan menerima bantuan yang disalurkan oleh JAKOA seperti premis perniagaan, peralatan perniagaan, kursus dan latihan yang berkaitan. Di dalam aspek pendidikan, JAKOA berjaya menurunkan kadar keciciran di kalangan pelajar Orang Asli daripada 25.54 peratus pada tahun 2012 kepada 16.25 peratus pada tahun 2017. JAKOA juga turut memberikan penekanan kepada kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi, untuk tahun 2017 seramai 310 pelajar Orang Asli ditawarkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi awam. Sehingga Disember 2016 seramai 2,103 pelajar Orang Asli telah pun menamatkan pengajian mereka di IPTA dan juga IPTS. Sehingga kini JKHOA merekodkan pencapaian akademik pelajar Orang Asli seperti berikut; (i) PhD.- Doktor Falsafah seramai empat orang. Ada empat lagi sedang meneruskan pembelajaran mereka untuk PhD. Now, sudah ada 4; (ii) Ijazah Sarjana, ataupun Master seramai 24 orang; (iii) Ijazah Sarjana Muda seramai 912 orang; (iv) Diploma seramai 126 orang;

(v) peringkat sijil 340 orang; dan (vi) peringkat matrikulasi dan asasi seramai 47 orang. Pada tahun 2012, JAKOA menjalinkan kerjasama dengan UiTM bagi kemasukan khas pelajar Orang Asli lepasan SPM ke Program Pengajian Pra Diploma yang dikenali sebagai Program Mengubah Destinasi Orang Asli. Sehingga tahun 2016, seramai 275 orang telah dan sedang mengikuti program mengubah destiny Orang Asli dan pada tahun 2017 seramai 41 orang telah mendapat tawaran. Selain daripada itu, bermula tahun 2010 kementerian turut mengadakan program penghantaran pelajar Orang Asli ke luar negara dengan kerjasama dan tajaan MARA. Sehingga tahun 2016, seramai 72 orang pelajar Orang Asli telah pun melanjutkan pelajaran keluar negara, manakala pada tahun 2017 seramai 15 orang lagi yang berpotensi dan telah dikenal pasti bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan Australia. Suka juga saya maklumkan kepada Yang Berhormat, saya telah pun mengumumkan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) walaupun dulunya kemasukannya adalah 5A, 4A1B dan sebagainya, tetapi kita telah turunkan minimum kelayakan untuk masuk ke MRSM oleh masyarakat Orang Asli 3A2B1C, 3A3B, 3A1C2B dan sebagainya. Jadi kita turunkan, supaya hendak mempermudah kan masyarakat Orang Asli termasuk Sabah dan Sarawak di kawasan pendalaman, masyarakat Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya, kita rendahkan lagi dari segi keperluan untuk masuk ke MRSM supaya kita boleh memperbanyakkan mereka belajar di MRSM. JAKOA juga menyediakan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) di Rompin, bagi menempatkan pelajar sederhana Orang Asli yang tidak dapat memasuki sekolah berasrama penuh ataupun MRSM selepas UPSR. Kini kita ada di Rompin, kita akan buka di Terengganu, kita bercadang untuk adakan di Johor dan juga di Perak bagi Orang Asli di sebelah utara, Orang Asli di sebelah selatan dan tengah. Pantai Timur sudah ada kerana Pantai Timur, saya kira kita mempunyai ramai Orang Asli khususnya di Pahang. Objektif PIPOA adalah untuk menjadikan pelajar sederhana sebagai pelajar cemerlang dari segi aspek akademik dan sahsiah. Hasilnya lebih 80 peratus pelajar daripada PIPOA telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3. JAKOA juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menambah sekolah K9 iaitu sekolah yang memberikan pendidikan wajib pada masyarakat Orang Asli daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 3, K9. Nine itu makna sembilan tahunlah daripada bawah hingga ke atas. Pusat Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) turut dilaksanakan untuk membuka peluang kepada golongan belia Orang Asli yang tidak berminat untuk meneruskan persekolahan. Sejak pertubuhannya pada tahun 2011, sejumlah RM49.1 juta telah diperuntukkan dengan penglibatan 6,372 Orang Asli yang berjaya mengikuti program tersebut, dengan mendapat Sijil Kemahiran Tahap Satu dan Dua dan Sijil Kompetensi serta peluang memasuki pasaran pekerjaan dengan pendapatan antara RM900 sehingga RM1,500. Pada tahun 2017, sejumlah RM21.5 juta telah diperuntukkan di bawah peningkatan kapasiti dan capability kumpulan khusus di mana RM3 juta telah pun dikhaskan untuk Program Transformasi Minda insan yang melibatkan ibu bapa. Kita pun hendak supaya ada perubahan mind set di kalangan ibu bapa. Pada tahun 2018, kementerian dalam bajet baru-baru ini telah diperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi pembangunan bersepadu, perkampungan Orang Asli dan RM50 juta untuk program peningkatan taraf hidup pembangunan Orang Asli. Apa yang lebih penting untuk membantu meringankan bebanan Orang Asli untuk memasuki ke IPTA, untuk menggalakkan mereka lebih minat untuk belajar, sehingga peringkat IPTA. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan insentif tambahan iaitu one-off sebanyak RM3,000 kepada setiap pelajar Orang Asli yang dapat tawaran memasuki ke IPT dengan kos tambahan sejumlah RM1 juta setahun. Yang Berhormat percayalah, pihak kementerian tidak akan meninggalkan masyarakat Orang Asli. Yang Berhormat, di kawasan saya, saya ada 7,000 penduduk Orang Asli. Tentu sahaja saya, bukan sahaja jaga Orang Asli di kawasan saya, tetapi saya faham tentang keperluan masyarakat Orang Asli. Silakan.

Boleh ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Bagi yang mana satu Yang Berhormat? Yang Berhormat Kuantan?

Boleh, saya bagi Yang Berhormat Kuantan dahulu, kemudian Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya lihat bahawa lebih kurang 20 peratus daripada jumlah isi rumah Orang Asli ini miskin tegar daripada bancian jumlah statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri tidak merasakan bahawa jumlah ini satu jumlah yang besar dan cara saya dengar memang ada banyak program. Akan tetapi saya rasa fundamentalnya ialah pihak Yang Berhormat Menteri bercakap seolah-olah Orang Asli ini memang jurang dia terlalu jauh dengan rakyat biasa daripada warga biasa. Kenapa mereka harus dilihat sedemikian? Kenapa jauh bezanya antara mereka dengan orang biasa? Seharusnya apa yang kementerian harus fikirkan ialah bagaimana hendak merapatkan jurang perbezaan tersebut sebab mereka ialah orang yang asli di Malaysia ini. Sudah 60 tahun kita merdeka tetapi kenapa jurang mereka begitu jauh. Jadi pada saya they don’t deserve it, dengan izin Yang Berhormat Menteri. They deserve better. Pahang paling ramai Orang Asli. Jumlah Orang Asli di Malaysia, Pahang paling ramai. Jadi dan kalau kita tengok bagaimana miskinnya mereka, bagaimana susahnya mereka, memang tidak patut dan tidak wajar. Kalau kita kata ada empat orang ada PhD di kalangan Orang Asli daripada 66,638 isi rumah tadi, I think it’s nothing to be proud of hanya empat. Jadi saya ulang, they deserve better. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya di Sepang pun ada Orang Asli juga. Jadi saya menjemputlah kalau boleh, kalau Yang Berhormat Menteri ada buat program pergi sana tu, datang jugalah tengok- tengok orang asal di Sepang ini. Kalau boleh jumpa saya sekalilah [Ketawa] Itu yang pertama. Keduanya, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri sebenarnya istilah yang tepat ini istilah “orang asal” kah, atau “Orang Asli”? Sebab saya kadang- kadang keliru. Ada masa kita panggil “Orang Asli”, ada masa “orang asal”. Saya rasa istilah yang paling baik ialah “orang asal”, sebab “asli” itu dia ada, dengan izin, it connotes negative imputationlah. Macam seolah-olah macam istilah yang agak tidak berapa baik. Jadi saya mencadangkan kalau bolehlah kita standardizekan dan kita jadikan satu istilah yang dipakai untuk seluruh lah. Saya hendak bertanya soalan ini Yang Berhormat Menteri, kalau dikatakan Yang Berhormat Menteri tidak ada jawapan saya bersedia terima jawapan bertulis iaitu saya berjanji dengan orang asal masa dalam satu program mereka. Mereka beritahu saya setiap 8 atau 9 hari bulan Ogos setiap tahun mereka ada satu sambutan Hari Orang Asal di peringkat dunia sebenarnya. Di Sepang baru-baru ini, mereka ada jumpa saya jadi mereka meminta saya supaya saya kata saya berjanji saya cuba bangkitkan dalam Parlimen ini. Kalau bolehlah pada tarikh 8 atau 9 Ogos itu jadikan sebagai hari cuti umum untuk orang asal, paling kurang sebab ini sambutan orang asal setiap tahun. Jadi saya ingin mencadangkan kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh fikirkan jadikan sebagai cuti umum untuk orang asal sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya terpanggil untuk bersama memberi input tentang Orang Asli kerana saya telah dijemput sebagai panel pada 29 Oktober di Pearl International Hotel Kuala Lumpur apabila mereka mengadakan National Orang Asli Land Rights Conference. Dalam conference tersebut beberapa perkara telah di bincang dan saya secara peribadi mendapati salah satu isu pokok yang dialami oleh Orang Asli adalah mengenai tanah tradisi mereka, sempadan wilayah mereka. Walaupun saya hargai pendidikan penting sedang diberikan oleh kerajaan, saya hargai. Ada beberapa program juga telah diselaraskan oleh pihak kementerian dan telah dihuraikan secara terperinci oleh Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Akan tetapi pada dasarnya isu pokok yang menjadi rintihan Orang Asli secara majmuk secara menyeluruh adalah tanah sempadan mereka, tanah warisan mereka. So, saya minta tadi dalam ucapan Yang Berhormat Menteri pun tidak ada apa- apa diselitkan secara khusus adakah kerajaan komited untuk mempertahankan tanah warisan mereka, akan mempertahankan sempadan mereka? Itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat Menteri, JAKOA juga perlu dipimpin oleh Orang Asli sendiri. Kadang-kadang mereka merasakan JAKOA ini tidak dipimpin oleh Pengarah daripada Orang Asli sendiri. Sekarang kita sudah ada empat orang PhD holder. Beberapa individu yang ada degree dan sebagainya, mengapa mereka tidak dibawa masuk ke dalam JAKOA diberi pangkat yang tertinggi dan memberi kuasa untuk membuat keputusan. Mereka lebih arif dan mengetahui tentang kesengsaraan Orang Asli daripada kita yang duduk dalam Dewan ini dan pegawai-pegawai with due respect. Ketiga, kebudayaan dan kepercayaan Orang Asli perlu diwarisi. Sekarang walaupun pelbagai program dibuat, diperhalusi dan sebagainya tetapi Orang Asli masih rungut, masih menunjukkan rintihan bahawa warisan mereka, kebudayaan mereka tidak dipelihara, tidak diperkenalkan pada masyarakat Malaysia sebagai satu budaya yang perlu diteliti. Sekarang kita ada budaya Melayu yang kita ikuti, kita ada budaya Cina, kita ada budaya India. Saya rasa semua masyarakat majmuk boleh hargai, boleh mengenali tetapi budaya Orang Asli masih terpinggir. Ini tiga rintihan yang saya minta Yang Berhormat Menteri teliti, perhalusi dan perlu beri komitmen pada Orang Asli di luar. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat, ketiga-tiga Yang Berhormat. Okey, saya tidak kata yang kita sudah selesai sepenuhnya masalah Orang Asli termasuk kemiskinan dan sebagainya. Tidak ada satu statement pun. Saya cuma menyebut 2010- 19.7 peratus dan tahun 2017 kita sedang membuat kajian. Saya percaya kemiskinan itu menurun, 19.7 yes, masih besar tetapi 19.7 peratus daripada berapa peratus. Kalau 19 peratus kita capai hari ini daripada 30 peratus kemiskinan tegar tentulah saya pun mengaku yang kita tidak berjaya. Akan tetapi mungkin selepas merdeka tahun 1957 saya tidak di sini, Orang Melayu waktu itu 69 peratus dari segi miskin tegar. Saya percaya Orang Asli masa itu tentu sahaja mungkin 90 peratus atau 95 peratus miskin tegar di kalangan mereka. Kalau kita sudah bawa sampai 19.7 peratus dari segi penurunannya ianya menunjukkan kejayaan cuma saya pun akui banyak lagi perkara yang perlu kita ubah di kalangan masyarakat Orang Asli. Mind set di kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli, kedudukan mereka yang jauh di kawasan pedalaman. Kita ada 831 buah kampung yang berdaftar tetapi ada lagi kampung-kampung yang dibuka sepanjang masa iaitu kampung-kampung yang dianggap sebagai kampung serpihan ini. Tidak silap saya sudah ada 200 lebih kampung serpihan. Kita hendak selesaikan kampung, asalnya masih belum lagi dan kita sasarkan pada tahun 2023 kita hendak selesaikan seluruh masalah api, air, jalan dan sebagainya, datang lagi kampung serpihan dan kampung serpihan ini sukar untuk kita selesaikan sebab ianya terlalu remote, ianya mungkin di belakang estet persendirian dan sebagainya yang kita tidak dapat laluan untuk api, air, jalan dan sebagainya. Ini bukan satu perkara yang senang seperti yang kita lihat di atas kertas semata- mata. Actualnya di peringkat bawah itu adalah agak sukar dan JAKOA seperti saya kata sedang melakukan perkara yang terbaik untuk kita pastikan kemiskinan dapat kita turunkan sebab itulah kita kerjasama dengan RISDA, FELCRA dan sebagainya, MARA juga membantu dari segi membiayai anak masyarakat Orang Asli.

Kalau orang biasa pinjaman MARA, orang Melayu pun mendapat pinjaman MARA tetapi Orang Asli mendapat biasiswa penuh MARA untuk mereka belajar dan sebagainya. Ini adalah antara perkara yang kita lakukan. Jadi untuk kita mengatakan langsung kerajaan tidak mengambil berat tentang masyarakat Orang Asli itu yang tidak betul tetapi kalau statement yang mengatakan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli saya kata, “Yes, saya setuju”. Ini juga sedang kita laksanakan, insya-Allah. Saya hendak pergi ke topik lain, Yang Berhormat Ampang ada?

Yang Berhormat, tiga isu saya.

Sorry, sorry. Saya nampak Yang Berhormat Kuantan saja tadi. Okey.

Yang Berhormat Sepang ada.

Saya obsessed dengan Yang Berhormat Kuantan.

Yang Berhormat Sepang ada.

Terus saya nak jawab tadi fasal statement dia itu.

Yang Berhormat Sepang ada. With due respect?

Yang Berhormat Sepang saya pun nak obsess jugalah. Yang Berhormat Sepang membangkitkan tentang orang asal tadi. Setakat tahun ini mengikut akta, masih lagi Orang Asli dan kita belum tukar lagi kepada orang asal. Memang sambutan setiap tahun- oleh kerana kita masih lagi Orang Asli, kita hanya menyambut Hari Orang Asli se-Malaysia. Masih lagi. Dari segi orang asal, ada NGO-NGO tertentu sebenarnya yang menyambut Hari Orang Asal Sedunia tersebut yang mereka laksanakan di Malaysia. Kita pun hantar wakil daripada pihak JAKOA dan sebagainya untuk sambutan Hari Orang Asal dan sebagainya.

Hari yang mereka minta supaya dijadikan cuti umum untuk orang asal saja, untuk Orang Asli.

Cuti umum.

Itu mereka punya request yang mereka sampaikan pada saya.

Itu akan kita bangkitkan. Saya akan bangkitkan tapi ya lah..

Boleh menang besar nanti.

Okey. Itu, insya-Allah, saya akan panjangkan tetapi ini Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dia kata, Malaysia ini paling banyak cuti dalam dunia ini. Jadi kita akan tengoklah. Yang Berhormat Kapar tadi, tanah tradisi, tanah rizab Orang Asli sebenarnya. Tanah simpanan Orang Asli di peringkat JAKOA, kita telah pun mengukur sepenuhnya tanah masyarakat Orang Asli. Saya sudah beri sasaran kepada dia sebelum 31 September, kita sudah selesai sepenuhnya mengukur ukur besar, dia orang panggil, tanah semua rizab Orang Asli yang melibatkan 300,000 hektar lebih, tidak silap sayalah. Kalau salah, nanti saya akan betulkan. Kita sudah selesaikan. Dan dari segi prosedurnya, Yang Berhormat, lepas kita ukur tanah tersebut, kita akan serahkan kepada kerajaan negeri, sebab Yang Berhormat sebagai peguam, tentu tahu tanah adalah hak kerajaan negeri. Jadi, kita cuma mengukur dan kita serahkan kepada kerajaan negeri, yang pertamanya. Ada dua lagi prosedur dia.

Prosedur yang pertama, selepas serah kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri akan luluskan di dalam mesyuarat Exco mereka, dan yang kedua, digazetkan. Kita memang menunggukan kalau boleh tanah Orang Asli semuanya digazetkan sebab timbulnya isu pencerobohan dan sebagainya bukan kerana apa, kerana tidak ada di dalam title dan sebagainya, tidak ada dalam rizab Orang Asli dan sebagainya. Masih tidak ada. Jadi, kadang-kadang diceroboh itu memang tanah Orang Asli, saya tahu. Di tempat saya pun berlaku tanah Orang Asli diceroboh, tapi oleh kerana dia tidak ada local standi yang besar kerana tanah itu tidak ada menunjukkan hak mereka. Sebab itu saya telah pun mengarahkan JAKOA supaya selesaikan dulu isu tanah tersebut melalui pengukuran kerana itu saja tanggungjawab yang boleh kita lakukan di bawah JAKOA. Lepas ini serah kepada kerajaan negeri. Insya-Allah, saya sudah serahkan ini. Insya- Allah, di Mesyuarat Menteri-Menteri Besar akan datang, saya akan bangkitkan supaya dapat kita gazetkan dan sebagainya. Perak, saya ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak kerana Menteri Besar Perak sekarang ini menubuhkan special task force untuk selesaikan masalah tanah Orang Asli dan Perak lah satu-satu negeri yang membenarkan wakil JAKOA berada di dalam KPTG, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, untuk kita selesaikan masalah tanah Orang Asli dengan segera... [Disampuk] Ini nak jawab yang kedualah ini. Seterusnya nak menjawab tentang pengarah, jawatan penting. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa pengarah negeri adalah di kalangan Orang Asli. Pengarah Negeri Perak, Pengarah Negeri Pahang, negeri saya, kita lantik di kalangan Orang Asli. Dan baru bulan lepas, saya telah pun melantik Timbalan Ketua Pengarah JAKOA daripada kalangan Orang Asli... [Tepuk] Insya-Allah, perancangan saya, suatu hari nanti kita groom mereka ini untuk mereka jadi Ketua Pengarah Orang Asli JAKOA dan sebagainya, insya-Allah. Dari segi kebudayaan, saya bersetuju dengan Yang Berhormat, golongan muda Orang Asli pun sudah tidak berapa kenal kebudayaan mereka sendiri. Jadi kita akan meneruskan program untuk memperkenalkan budaya di kalangan mereka dan juga di kalangan masyarakat kita. Insya-Allah, kita akan buat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana sanggup memberikan komitmen yang luas tadi. Pada waktu yang sama, tentang tanah, saya ingin masuk lebih mendalam sedikit. Isu bukan saja warisan sempadan yang sedang diukur, masalah utama juga adalah pencerobohan di mana tanah yang sepatutnya milik mereka atau mereka sudah tinggal lama, sekarang sudah mula dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, bukan saja untuk penetapan tetapi juga telah ada infrastruktur, telah ada pembinaan dan sebagainya. How to extend our hand and touch all these items is another issue that yang kita kena consider sebab sudah milik orang, ada yang sudah digazet untuk orang, mereka ada title dan sebagainya, tetapi kalau ikut sejarah awalnya, itu adalah milik Orang Asli. That part tidak boleh dikira dalam ukur. Ukur saja tidak akan menyelesaikan masalah ini. We have to stretch our hand to go to the real issue behind all these issues. Pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya setuju Yang Berhormat, saya setuju. Apabila kes berlaku di Kelantan misalnya, pencerobohan, kerajaan negeri meluluskan lesen balak dan sebagainya. Ini bukan di bawah kuasa Federal. Apa yang boleh dilakukan oleh kita hanyalah berunding bagi pihak Orang Asli berunding dengan pihak kerajaan negeri. Alhamdulillah, Kerajaan Kelantan pun bagus, kerjasama dengan kita, akhirnya isu itu dapat diselesaikan. Walaupun peringkat awalnya ada timbul isu block jalan dan sebagainya, ada rusuhan dan sebagainya tapi akhirnya dapat kita selesaikan secara baik. Maknanya, ianya bergantung banyak kepada kerajaan negeri meluluskan projek, mengeluarkan hutan dan sebagainya beres di tanah Orang Asli. Sebab itu saya setuju dengan Yang Berhormat, bukan soal pengukuran saja. Sebab itu saya kalau boleh, saya nak gazetkan segera because title sudah clear kepunyaan Orang Asli walaupun title besar dan sebagainya.

Saya mohon...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Minta penjelasan sikit.

Orang Asli ini dah lama ini. Perkara baru kah, Yang Berhormat?

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Ya?

Perkara baru kah?

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tidak. Mengenai pekebun kecil yang dilaksanakan oleh RISDA, FELDA untuk Orang Asli itu...

Orang Asli, okey.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan mengenai tanah pekebun kecil yang dilaksanakan oleh RISDA, FELDA itu untuk Orang Asli. Adakah tanah itu tanah yang menjadi kawasan rayau Orang Asli atau pun tanah negeri? Kerana, baru-baru ini saya bersama juga dengan Orang Asli di Broga, pihak FELDA telah pun masuk ke bukit kawasan peranginan di mana orang naik ke puncak untuk melihat pemandangan waktu pagi itu, tanah itu telah pun dibuka dan ditanam getah tanpa pengetahuan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Terima kasih. Itu yang saya nak mendapat penjelasan.

RISDA kah? RISDA ya. Saya akan check dengan RISDA lah kerana ini spesifik tetapi biasanya tanah yang kita bangunkan untuk Orang Asli tanah di kawasan yang kita kenal pasti sebagai tanah yang sepatutnya akan menjadi rizab Orang Asli itu nanti tapi yang di Broga itu saya akan check baliklah. Okey, saya pergi ke Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat Tanah Merah ada juga, jadi Yang Berhormat Kuala Nerus tumpanglah, saya terpaksa jawab ini. Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan mengenai peruntukan sebanyak RM50 juta bagi penyelenggaraan sistem pendawaian pusat maahad tahfiz di seluruh negara. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan peruntukan itu digunakan untuk tujuan penambah baik aspek keselamatan yang lain seperti tangga tambahan, pintu kecemasan kedua dan pengesan asap. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya garis panduan skop pelaksanaan penyelenggaraan sistem pendawaian sekolah tahfiz yang disediakan oleh pihak MARA adalah melibatkan perkara-perkara tersebut. Garis panduan tersebut meliputi perkara seperti berikut. Yang pertama, kerja selenggaraan dan penggantian asas seperti menukar kotak kayu ke kotak distribution board, PVC, soket alir keluar 13m, tiub lampu kalimantang 20 watt, 40 watt dan kipas siling dinding serta sistem pendawaian pembumian litar kuasa, litar lampu dan pemutus litar. Itu satu, untuk pendawaian. Detil saja.

Kedua, keperluan mendesak lain seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah ini yang mematuhi arahan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak berkuasa tempatan seperti tangga tambahan, pintu kecemasan kedua dan pengesan asap ataupun penggera kecemasan. Bertepatan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanah Merah, itulah skop kerja kita. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Yang Berhormat Kuala Nerus, ada? Tidak ada ya. Akan tetapi ini melibatkan dasar saya sebut juga. Yang Berhormat Kuala Nerus mencadangkan supaya ada satu badan yang mana anggota pertubuhan atau persatuan yang terlibat dengan tahfiz ini dilibatkan sama untuk memantau turunnya bajet dan pendawaian sekolah tahfiz dengan telus. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang kita akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau segala kerja yang berkaitan dengan pendawaian dan pembaikan di sekolah-sekolah tahfiz ini. Dua jawatankuasa di peringkat pusat dipengerusikan oleh KSU Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, di peringkat negeri dipengerusikan oleh Pengarah GiatMARA Negeri. Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada. Yang Berhormat Limbang, tidak ada. Yang Berhormat Gerik?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik ada.

Yang Berhormat Gerik ada. Kena jawab kah Yang Berhormat Gerik ini? Yang Berhormat Gerik mencadangkan supaya MARA membantu anak syarikat Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC) dari segi pembungkusan dan juga penjenamaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) ditubuhkan untuk menyelaras aktiviti reka bentuk produk dalam pelbagai bidang serta memberi nilai tambah ke arah pengkomersilan produk perusahaan kecil dan sederhana di pasaran tempatan dan global. Untuk tahun 2017, DDEC menyasarkan 5,000 orang usahawan IKS untuk membangunkan reka bentuk, jenama produk, membantu mendapatkan piawaian dan pensijilan hak reka bentuk serta pengkomersilan reka bentuk. Setakat September 2017, seramai 4,125 orang usahawan telah pun dibantu melalui program anjuran DDEC. DDEC juga akan terus bertindak untuk mempromosikan kepentingan proses penjenamaan, pelabelan, pembungkusan di setiap zon seluruh negara melalui program seperti Kreatif Fest dan juga Outreach pada tahun 2018. DDEC juga bekerjasama dengan agensi seperti TERAJU, MATRADE, KEDA, RISDA dan KEJORA bagi meningkatkan keupayaan usahawan untuk penjenamaan pembungkusan, pelabelan dan pengkomersilan. Okey, maknanya ada program. Kalau Yang Berhormat hendak minta tambahan daripada MARA, silakan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor. Tidak ada. Tadi nampak ada. Yang Berhormat Kota Tinggi. Ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi ada.

Oh, ada. Saya ingat sudah keluar dah. [Ketawa] Yang Berhormat Kota Tinggi telah mencadangkan supaya Lembaga Pembangunan Wilayah seperti KEJORA dan KESEDAR bukan dikecilkan tetapi dibesarkan dan ditambah dananya. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini kementerian memang tiada hasrat untuk mengecilkan Lembaga Kemajuan Wilayah seperti KEJORA dan KESEDAR. Kementerian sebaliknya dalam usaha untuk memperkasakan lagi fungsi dan peranan Lembaga Kemajuan Wilayah melalui kajian-kajian khusus yang telah dilaksanakan dengan kerjasama UPEN serta agensi lain yang berkaitan di wilayah berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat juga cadangan untuk memperbesarkan wilayah di bawah KEJORA ini telah pun diangkat ke Kabinet tetapi Kabinet minta supaya kita membuat kajian lebih mendalam tentang implikasi kewangan dan sebagainya. Jadi kita akan menghantar semula cadangan untuk memperbesarkan wilayah KEJORA. Terima kasih.

Boleh saya bercakap sedikit, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana keprihatinan untuk memperkasakan lagi Lembaga Pembangunan Wilayah ini contohnya KEJORA dan KESEDAR ini. Jasa mereka amat banyak dan kesan positif yang telah dilakukan amat besar. Cuma mungkin skop-skopnya Yang Berhormat Menteri perlu kita lihat semula, kalau dulu pembangunan wilayah lebih bersifat touch point, mesra rakyat, sudah sampai masanya pandangan saya Yang Berhormat Menteri untuk Lembaga Pembangunan melihat pembangunan strategik merangkumi keperluan-keperluan semasa. Kenapa saya cakap macam itu, Yang Berhormat Menteri? Hal ini kerana sekarang ini ada pembangunan koridor lain yang mempunyai skop-skop yang baharu- digital contohnya. Contohnya di Pengerang kita ada PBT baharu dan kita ada Iskandar, ECER dan sebagainya. Jadi Lembaga Pembangunan Wilayah ini juga mesti seiring dengan kecanggihan atau keperluan terkini yang sama-sama dinikmati oleh koridor-koridor pembangunan setempat yang saya sebutkan tadi. Jadi atas sebab itu saya mohon supaya usaha ini mesti diperkasakan. Saya ucapkan tahniah banyak kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat iaitu KEJORA mesti sentiasa berubah mengikut keadaan persekitaran, keperluan semasa dan sebagainya. Hari ini pun KEJORA terlibat di dalam industri pelancongan misalnya kerana Desaru dan sebagainya merupakan kawasan pelancongan dan pelancong ke Johor memang ramai dan popular dan KEJORA tidak mahu ketinggalan. Kita terlibat dengan pelancongan. Begitu juga dengan perumahan dan sebagainya. Perumahan merupakan isu penting yang diperlukan di mana-mana sahaja. Jadi KEJORA juga terlibat dengan program perumahan dan sebagainya. Jadi, yang lain-lain juga kita akan terus berubah mengikut masa dan sebagainya. Yang Berhormat Lubok Antu...

Yang Berhormat Menteri, hendak minta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah terlepas, Yang Berhormat. Teruskan dengan bertulislah ya.

Bertulis dan saya beri penerangan secara terperinci, secara personal kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Lubok Antu, tidak ada. Yang Berhormat Parit Sulung?...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada.

Walaupun tidak ada, saya jawab sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okey.

Beliau cadangkan supaya kementerian menggunakan konsep rural urbanization bagi tujuan reverse migration. Untuk makluman Yang Berhormat, kita memang sudah pun pakai cuma bahasanya berbeza. Kita- urbanization itu kita panggil ‘Membandarkan Luar Bandar’. Jadi saya kementerian yang melibatkan luar bandar jadi biarlah istilah yang kita laksanakan- perkenalkan itu orang kampung pun faham. Kalau rurbanization ini sebut pun susah, faham lagilah susah. Jadi sebab itulah- kita sudah lama dah apabila Transformasi Luar Bandar diperkenalkan, tema kita adalah ‘Membandarkan Luar Bandar’ dan tujuan dia bukan sahaja untuk mengekalkan penduduk luar bandar supaya tidak berhijrah tetapi akhirnya sasaran kita adalah reverse migration daripada belia bandar berpindah untuk tinggal di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahajalah yang dapat saya jawab. Saya tahu banyak yang saya tidak jawab tadi kerana rakan-rakan Yang Berhormat tidak ada di sini. Insya-Allah saya akan berikan jawapan bertulis dengan kadar yang segera. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan sekiranya memberikan sokongan kepada kementerian dan perkara yang dibangkitkan akan kita beri perhatian yang sangat serius. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Kementerian Luar Negeri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Reezal MericanUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kepala Batas

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya pertama sekali hendak ambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk saya rakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta rakan-rakan Ahli Parlimen di atas kesudian dan juga mereka turun ke negeri Pulau Pinang untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang mana salah satu kawasannya yang terjejas dan terkesan adalah Kepala Batas. Demikian juga rakan-rakan daripada Pembangkang yang ada juga yang turun ke kawasan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan yang menyentuh isu-isu di bawah seliaan bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia hanya ada dua Yang Berhormat yang telah membahaskan dalam ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018.

Dato’ Seri Reezal MericanUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kepala Batas

Pertama adalah Yang Berhormat Lumut dan yang kedua adalah Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Lumut telah bertanya berkaitan status tuntutan terhadap rumah api Pulau Pisang dan tindakan yang diambil agar usaha penyelenggaraan, pemeliharaan urusan rumah api di Pulau Pisang diuruskan oleh Kerajaan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Pulau Pisang merupakan hak mutlak Kerajaan Negeri Johor. Kerajaan British diberi kebenaran untuk membina, mengendali dan menyelenggara rumah api di Pulau Pisang berdasarkan perjanjian bertulis ataupun indenture yang telah ditandatangani oleh Sultan Ibrahim dan Gabenor Sir Swettenham pada 6 Oktober 1900. Peranan Kerajaan British ini diteruskan oleh Kerajaan Singapura sehingga kini. Namun, selaras dengan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, langkah-langkah kawalan dilaksanakan bagi memastikan aktiviti masuk dan keluar dipantau dengan ketat. Kakitangan kerajaan dan rakyat Singapura yang mengendali dan menyelenggara rumah api tersebut perlu mematuhi peraturan dan syarat kemasukan yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan termasuk dengan mendaftar dengan Jabatan Imigresen di Kukup setiap kali pertukaran syif dan direkodkan. Proses yang sama juga diguna pakai ketika mereka meninggalkan rumah api di Pulau Pisang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kerajaan sentiasa memberi perhatian dan pemerhatian rapi kepada isu pengurusan rumah api di Pulau Pisang. Berhubung dengan perkara ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya seandainya wujud daripada pengurusan rumah api ini sebarang bentuk elemen yang boleh menjadi ancaman kepada kedaulatan negara kita. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Terengganu mengemukakan soalan berkaitan kegagalan Malaysia dalam menyambung tempoh menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta melobi untuk menduduki kerusi tersebut.

Dato’ Seri Reezal MericanUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kepala Batas

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan salah satu organ utama PBB yang dianggotai oleh 15 ahli yang mana lima terdiri daripada ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, China, Perancis, Rusia dan United Kingdom. Manakala 10 ahli yang lain adalah ahli tidak tetap yang dipilih untuk satu penggal yang bersamaan dengan dua tahun. Malaysia telah dipilih untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB pada 1 Januari 2015 bagi tempoh dua tahun sehingga 31 Disember 2016 setelah melalui proses undian secara secret ballot yang diadakan di New York pada 16 Oktober 2014. Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh keanggotaan Majlis Keselamatan bagi ahli tidak tetap adalah hanya dua tahun sahaja. Sejak PBB ditubuhkan, belum lagi ada mana-mana negara yang pernah dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan untuk dua penggal berturut-turut. Maka andaian Yang Berhormat Kuala Terengganu bahawa isu Malaysia gagal menyambung tempoh keanggotaan Majlis Keselamatan sama sekali tidak timbul malahan salah. Kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha untuk melobi pencalonan Malaysia ke Majlis Keselamatan. Selain daripada usaha melobi yang dilakukan di Ibu Pejabat PBB di New York, aktiviti-aktiviti melobi yang lain termasuklah mengadakan lawatan kerja di peringkat Menteri ataupun Timbalan Menteri ke negara- negara tertentu, menghoskan majlis resepsi, mengedarkan risalah dan juga mengadakan pameran foto di Ibu Pejabat PBB New York serta di Malaysia yang memberi tumpuan kepada penglibatan Malaysia dalam pelbagai misi termasuk misi keamanan sejak tahun 1960. Aktiviti-aktiviti ini telah menarik perhatian negara-negara anggota sekali gus menyumbang kepada kejayaan Malaysia yang dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh 2015 hingga 2016. Penglibatan langsung pemimpin negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam aktiviti melobi sokongan merupakan peluang terbaik untuk menjelaskan isu-isu yang diketengahkan oleh Malaysia apabila Malaysia dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan. Strategi melobi pencalonan yang baik dan efisien telah menyumbang kepada kejayaan pencalonan Malaysia bagi menduduki kerusi ke Majlis Keselamatan PBB. Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah undian yang diperolehi ketika pemilihan Malaysia untuk tempoh tersebut adalah 187 daripada keseluruhan 192 ataupun kedua tertinggi yang merupakan testimoni kepada kepercayaan tinggi masyarakat antarabangsa terhadap negara. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Terengganu membangkitkan berkaitan kegagalan Malaysia dalam usaha melobi menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan tanggapan bahawa ada kena- mengena dengan penglibatan Malaysia dalam serangan sekutu Saudi Arabia ke atas Yaman. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah mengadakan satu pemilihan bagi 15 negara ahli baru bagi penggal 2018/2020 pada 16 Oktober 2017 di New York, Amerika Syarikat. Pemilihan ini dilaksanakan melalui undian secara rahsia ataupun, dengan izin, secret ballot oleh 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada pemilihan kali ini, sejumlah 16 buah negara telah membida 15 kekosongan kerusi dalam UNHRC bagi penggal 2018 hingga 2020 dengan pengagihan kerusi mengikut kumpulan serantau atau regional group iaitu Afrika empat kerusi, Asia Pasifik empat kerusi, Eropah dua kerusi, Amerika Latin dan Caribbean tiga kerusi dan Eropah Barat dan lain-lain dua kerusi. Selain kumpulan Asia Pasifik, lain-lain kumpulan serantau menyaksikan pencalonan bersih ataupun clean slate. Empat negara daripada APG telah berjaya mendapat tempat dalam UNHRC bagi penggal 2018 hingga 2020 iaitu Nepal, Qatar, Pakistan, dan Afghanistan. Manakala Malaysia gagal dan hanya memperoleh 129 undian. Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya terdapat beberapa kemungkinan yang telah menjadi penyumbang kepada kenapa Malaysia tidak dipilih sebagai ahli Majlis Hak Asasi untuk penggal 2018 hingga 2020 berbanding empat negara APG yang lain yang dipilih.

Dato’ Seri Reezal MericanUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kepala Batas

Sebagai contoh, Nepal memperoleh sokongan terbanyak di kalangan APG memandangkan negara tersebut bertanding untuk kali pertama dalam UNHRC dan pada lazimnya negara-negara anggota lain akan memberi peluang kepada mereka yang mencuba untuk kali pertama. Manakala Pakistan negara yang tewas dalam pemilihan UNHRC sebelumnya maka atas dasar demikian, berkemungkinan di kalangan ahli-ahli mengundi atas dasar undi simpati daripada negara-negara tersebut. Selain daripada itu, pengumuman pencalonan Malaysia bagi UNHRC dibuat lebih lewat daripada negara- negara yang lain. Malaysia hanya mengumumkan pencalonan bagi penggal 2018/2020 pada 15 September 2016. Oleh yang demikian, terdapat negara-negara yang telah pun memberi sokongan kepada negara-negara yang terdahulu menyatakan pencalonan. Keadaan dan peluang negara menjadi lebih tipis apabila terdapat dua negara yang telah menarik balik komitmen mereka yang dibuat terdahulu untuk menyokong pencalonan Malaysia bagi penggal tersebut menjadikan Malaysia tidak dipilih dengan kekurangan hanya dua undi. Saya hendak maklumkan walaupun Malaysia tidak dipilih, ia bukan merupakan satu kayu ukur kepada peranan imej negara dalam memperjuangkan hak asasi manusia di Majlis Hak Asasi Manusia di UN. Selain itu, Malaysia masih berperanan penting selaku wakil APG dalam kumpulan rundingan bagi penggal 2017 hingga 2018. Walaupun Malaysia tidak menang dalam pencalonan ke UNHRC untuk penggal 2018 ke 2020, namun itu bukan pengakhiran kepada segala-galanya. Malaysia masih boleh menyumbang secara membina, menyuarakan pendapat dan menyampaikan pendirian dalam isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dan kepentingan negara melalui penglibatan Malaysia dalam pelbagai consultation group dan juga working group dalam perundingan draf resolusi yang juga merupakan penting dalam sesi Mesyuarat Hak Asasi Manusia PBB.

Dato’ Seri Reezal MericanUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sahaja soalan-soalan yang dibangkitkan di bawah kawal selia Kementerian Luar Negeri semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Ada satu soalan yang ditujukan oleh Kementerian Luar Negeri oleh Yang Berhormat Klang. Namun, soalan itu sebenarnya adalah di bawah kawal selia Yang Berhormat Datuk Paul Low di bawah Jabatan Perdana Menteri dan saya telah memohon untuk jawapan bertulis dihantar secara langsung. Jadi, itu sahaja dan saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan sejumlah bajet RM2.527 bilion merangkumi peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.082 bilion dan peruntukan pembangunan RM1.44 bilion. Kementerian juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat seramai 24 orang yang telah membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama ingin saya sentuhkan secara umumnya ialah berhubung dengan isu banjir yang paling hangat dibangkitkan bagi kementerian semasa sesi perbahasan kali ini. Justeru, saya akan memberikan penjelasan yang terperinci berhubung perkara ini secara umumnya. Fenomena banjir boleh berpunca daripada kenaikan paras air laut, limpahan air sungai dan kejadian air pasang besar. Ini juga ada berkait rapat dengan perubahan iklim ataupun climate change. Pelepasan gas rumah kaca, greenhouse gases di atmosfera yang menyebabkan kenaikan suhu purata bumi dan mengakibatkan fenomena pemanasan global dan seterusnya menyebabkan kenaikan paras air laut dan mengakibatkan banjir.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menjelaskan bahawa kejadian banjir di dalam bandar flash flood adalah bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, kementerian ini bersedia untuk bekerjasama yang telah membantu pihak berkuasa tempatan dan negeri dari sudut teknikal dan kewangan demi kepentingan rakyat negara ini. Antara tindakan susulan Paris Agreement yang disentuhkan ini berhubung dengan climate change perlu dilaksanakan adalah menyediakan dan mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan rumah kaca, the greenhouse gases yang dikenali sebagai the Nationally Determined Contributions atau dengan ringkasnya, ia dipanggil NDC. Setiap lima tahun sekali, NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca 2020 di bawah Paris Agreement. Malaysia telah mengemukakan Intended Nationally Determined Contributions kepada United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) pada 27 November 2015. Perlu saya tegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa Paris Agreement hanya akan dilaksanakan selepas tahun 2020. Menurut INDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan greenhouse gases berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar ataupun GDP sebanyak 45 peratus berbanding intensiti pelepasan tahun 2005 menjelang tahun 2030. Daripada keluaran sasaran pengurangan ini, 35 peratus akan dilaksanakan tanpa syarat, unconditional. Manakala, baki 10 peratus adalah bersyarat iaitu conditional dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara maju. Bagi mencapai sasaran Nationally Determined Contributions, kerajaan sedang membangunkan apa yang dikatakan roadmap, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, for effective implementation of Nationally Determined Contributions and adaptation to the Paris Agreement. Roadmap ini di bangun untuk mengenal pasti strategi, kaedah dan keperluan pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi oleh pelbagai sektor berkaitan dengan pencapaian sasaran NDC negara. Dalam masa yang sama, bagi mencapai sasaran NDC negara, Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan greenhouse gases di bawah sektor utama greenhouse gases negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal,

proses industri dan pertanian seperti berikut Tuan Yang di-Pertua

(i) menggalakkan satu penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme feed-in tariff; (ii) melaksanakan pelaksanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme feed-in tariff; (iii) menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Program (ETP); (iv) menggalakkan aktiviti kiraan semula bagi menggalakkan penjanaan dan pelepasan gas methane akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan; (v) mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca; (vi) membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel; (vii) menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam; (viii) membangunkan program biodiesel B5; (ix) mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan pembangunan;

proses industri dan pertanian seperti berikut Tuan Yang di-Pertua

(x) menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga ataupun energy efficient vehicles; (xi) menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga lima peratus oleh bangunan-bangunan kerajaan; dan (xii) menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program Green Technology Financing Scheme (GTFS). Inisiatif ini menggabungkan secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara. Bagi pelaksanaan komponen adaptasi perubahan iklim seperti yang terkandung dalam INDC, Malaysia sedang membangunkan pelan dan Strategi Adaptasi Kebangsaan- National Adaptation Plans, dengan ten strategies, dengan izin, bagi perancangan dan pelan tindakan adaptasi perubahan iklim negara bagi jangka panjang yang merangkumi sektor adaptasi utama seperti risiko banjir, sumber dan bekalan air, keselamatan, sumber makanan, kesihatan awam dan perlindungan kawasan pantai. Pada 12 Oktober 2017, Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 yang menggariskan pelan strategi bagi membangun teknologi hijau dan menyumbang kepada aspirasi untuk membangunkan ekonomi rendah karbon dan penggunaan sumber lestari. Pembangunan pelan ini mewujudkan rangka kerja yang konsisten bagi membangun dan melaksanakan teknologi hijau di negara di kalangan pihak berkepentingan kerajaan dan swasta. Dalam konteks pembangunan lestari, pelaksanaan pelan ini juga adalah selaras dengan matlamat Malaysia sebagai negara hijau seperti mana yang digariskan di dalam Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpindah kepada persoalan secara butiran ataupun secara strategik yang diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang bahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 ini. Yang Berhormat Tuan Shamsul Iskandar, Yang Berhormat Bukit Katil...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong. Eh, Yang Berhormat Bukit Katil.

Ada atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada Yang Berhormat.

Kalau tidak ada, saya beri jawapan secara bertulis. Kedua, Yang Berhormat Sabak Bernam...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ada, ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada.

Ada. Terima kasih. Memohon kementerian mempertimbangkan peruntukan untuk RTB Sungai Tinggi di Sabak Bernam. Untuk makluman Yang Berhormat, NRE melalui JPS Selangor telah membelanjakan sebanyak RM106,918 melalui peruntukan pembangunan negeri bagi kerja-kerja pengukuhan ban di kawasan Sungai Air Tawar bagi mengatasi banjir di kawasan tersebut. Kerja ini telah siap sepenuhnya pada 27 September 2017. Terdapat juga tambahan peruntukan sebanyak RM317,406 bagi kerja menaik taraf ban di benteng Tebuk Mendeling dan benteng Sungai Air Tawar yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada pertengahan bulan ini. Selain daripada itu, program penanaman bakau telah diadakan pada 15 Oktober di kawasan tersebut, di mana sebanyak 2,000 bakau telah ditanam oleh JPS dengan kerjasama pihak majlis daerah, pelajar politeknik dan agensi tempatan. Ia bertujuan untuk mengukuhkan tebing secara semula jadi di kawasan muara yang terdedah kepada pengaruh air pasang dan ombak laut.

Dalam tahun 2018, JPS bercadang sebanyak 200 juta untuk kerja mengukuhkan ban pantai di seluruh negara dan kawasan Yang Berhormat Sabak Bernam akan diberikan perhatian yang sama. Ketiga, Yang Berhormat Alor Setar. Yang Berhormat Alor Setar ada atau tidak?... Ada?...

Tidak ada.

Tidak ada. Yang Berhormat daripada Kuantan, apakah status RTB di Kuantan, mohon penjelasan. Yang Berhormat Kuantan tidak ada. Banyak Yang Berhormat Kuantan ini. Yang Berhormat Lanang...

Tidak ada juga.

Juga tidak ada. Yang Berhormat Rantau Panjang.

Tidak ada juga.

Jauh malam Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Boleh jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Rasah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah tidak ada, Yang Berhormat Menteri.

Pun tidak ada juga. Yang Berhormat daripada Sepanggar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepanggar tidak ada, Yang Berhormat Menteri.

Pun tidak ada. Yang Berhormat daripada Jelutong. Ada. Yang Berhormat Jelutong ada bukan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jelutong tidak ada. Banjir, banjir.

Yang Berhormat Jelutong tidak ada. Yang Berhormat daripada Paya Besar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Paya Besar tidak ada, Yang Berhormat Menteri.

Mudah kerja saya petang ini, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Yang Berhormat daripada Kangar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kangar tidak ada.

Yang Berhormat Menteri, saya baru masuk. Baru solat. Saya ada.

Daripada mana ini?

Kuantan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia macam Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, Yang Berhormat Menteri, sudah terlepas. Jawab bertulis.

Jawapan secara menyeluruh Yang Berhormat, apa soalan Yang Berhormat, semua ada di sini sebenarnya. Ada empat muka surat jawapan.

Jadi, saya meneruskan ini dahulu. Apabila saya sudah habis nanti, Yang Berhormat boleh bangun dan insya-Allah, saya akan kembali ke situ. Kalau tidak, bercelaru juga muka surat-muka surat saya ini. Yang Berhormat Putatan pun sudah balik Sabah bukan? Yang Berhormat Bukit Bendera, pun tidak ada. Mungkin masih melihat kawasan. Yang Berhormat daripada Bagan Serai, ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada.

Alhamdulillah. Mana Yang Berhormat Bagan Serai. Tidak ada? Masya-Allah. Daripada Yang Berhormat Beruas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas tidak ada.

Daripada Yang Berhormat Gerik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik tidak ada.

Jadi, apa yang disoal oleh Yang Berhormat Gerik di sini adalah apakah tindakan kementerian, khususnya Jabatan Alam Sekitar dalam isu pencemaran Sungai Rui, Gerik, Perak. Berdasarkan inventori punca pencemaran Jabatan Alam Sekitar, tiada punca kilang kelapa sawit dan juga kilang getah asli mentah beroperasi di sepanjang sungai sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat di Sungai Rui. Terdapat tiga projek EIA melibatkan penanaman getah di kawasan Rui, iaitu projek melibatkan pembangunan pertanian negeri Perak, SADC Management Services Sdn. Berhad. dan FELCRA Plantations Services Sdn. Bhd. Untuk makluman Yang Berhormat, penanaman getah telah siap sepenuhnya dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan SADC Management Services Sdn. Berhad, manakala pihak FELCRA Plantations Services Sdn. Berhad. masih dalam proses pembersihan kawasan dan belum memulakan penanaman getah di kawasan tersebut. Sehingga kini, tiada sebarang aduan yang berkaitan pelepasan sisa toksik ataupun racun dilaporkan kepada pihak JAS melibatkan ketiga-tiga projek ini. Berkenaan dengan status kualiti air Sungai Rui, input yang diterima oleh pihak JAS Perak, pensampelan air dijalankan secara berkala oleh JAS Perak bermula Mac 2016 sehingga kini bagi memantau tahap kualiti air sungai dari semasa ke semasa. Kawasan pajakan perlombongan dan kualiti pelepasan air buangan daripada kawasan lombong bijih timah dipantau oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains. Manakala, pemantauan kualiti air Sungai Embion di luar kawasan pajakan melombong dipantau oleh JAS. Berdasarkan pemantauan kualiti air Sungai Rui, terdapat Kelas 1 dan Kelas 2 iaitu amat bersih. Kelas 1 Yang Berhormat, hampir boleh diminum dan Kelas 2, ia boleh digunakan sebagai tempat rekreasi dan sebagainya. Maknanya, mungkin sekarang ini tidak terdapat pencemaran di sungai tersebut. Yang Berhormat Ipoh Timur...

Boleh tanya kah Yang Berhormat Menteri?

Sila Yang Berhormat.

Saya cukup pelik juga bila Yang Berhormat Menteri mengatakan air cukup bersih kerana didapati ada ketikanya ikan akan mati dan orang kampung akan kompelin. Kita selalu buat perbincangan tetapi JAS beritahu ia cuma jaga kawasan lombong sahaja. Ia tidak pernah pantau di kawasan sungai. Itu makluman dalam mesyuarat tindakan daerah yang kita panggil semua. Saya berpendapat supaya air tersebut bukan sekadar di kawasan lombong kita pantau tetapi di dalam Sungai Rui ini pun kena pantau. Kalau tidak nanti, kemusnahan ikan itu ketara. Orang kampung memang cukup kompelin ini, di air Sungai Rui yang mengatakan ikan banyak mati. Jadi, itulah hendak minta Menteri membantu dalam soal tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah, saya akan beri arahan semula kepada pihak JPS Perak menerusi Ketua Pengarah JPS Malaysia supaya pergi memantau, bukan sahaja di kawasan sebagaimana Yang Berhormat sebut. Saya mengetahui juga ikan yang dilaporkan, ikan tomah, ikan apa itu? Yang terdapat mati di sungai itu. Jadi insya-Allah, saya akan beri arahan kepada pihak JPS untuk membuat satu pemantauan dan juga Jabatan Alam Sekitar untuk melihat juga kawasan ini. Yang Berhormat Ipoh Timur..., tidak ada? Yang Berhormat Putatan- Yang Berhormat Putatan lagi?.. Tiada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia masih tiada dalam Dewan.

Yang Berhormat Bukit Gantang- pun tiada?... Yang Berhormat Jerantut?...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerantut tidak ada.

Ada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Jerantut, terima kasih. Apakah yang akan terjadi kepada hutan-hutan negara sekarang ini beransur berkurangan? Yang Berhormat Jerantut jumlah perhutanan Malaysia pada tahun 2015, adalah 18.25 juta hektar ataupun 55.2 peratus daripada keluasan tanah negara. Daripada keluasan hutan tersebut, 14.5 juta hektar iaitu 79.1 peratus telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Bagi memastikan pengurangan hutan secara berkekalan, pihak kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mempunyai peruntukan di bawah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Di samping itu, pengurusan hutan di peringkat negeri juga menerima bantuan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang telah ditubuhkan di bawah seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984. Pihak kementerian juga telah menubuhkan Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional bagi membiayai aktiviti-aktiviti pemeliharaan biodiversity flora and fauna secara komprehensif dan berterusan. Setelah itu, pihak kementerian juga menerima peruntukan dari Tabung Pembangunan Industri Kayu-Kayan Malaysia (TPIKM) untuk mengurus dan melaksanakan projek pengurusan hutan secara berkekalan termasuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan research and development. Di antara program peringkat nasional yang telah dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan kawasan hutan terus dipelihara dan dipulihara ialah satu Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung Malaysia. Kedua, pengurusan dan pembangunan Central Forest Spine and Heart of Borneo dan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara. Kedua, soalan langkah-langkah kementerian dalam melindungi hidupan liar dan tindakan dalam menangani isu pencerobohan yang di...

Yang Berhormat Menteri, sedikit Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri daripada penerangan- terima kasih atas penerangan yang diberikan sebentar tadi. Daripada penerangan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri, kita dapati data terakhir pada tahun 2015, sekarang ini tahun 2017. Bagaimanakah kita hendak memastikan supaya kepupusan hutan yang ada di negara ini benar-benar dapat kita kawal?

Misalnya di Jerantut, baru-baru ini tersebar bahawa SPRM telah datang membuat tangkapan kepada pegawai hutan yang menjaga di daerah Jerantut dan antara puncanya ialah terdapatnya aktiviti pembalakan haram. Jadi bagaimanakah untuk kita mendapatkan data terkini sekurang-kurangnya pada enam bulan ke belakang misalnya tahun 2017 ini supaya kita dapat mengawasi jumlah hutan yang benar-benar ada? Ini kerana saya yakin Yang Berhormat Menteri pun akan peka tentang masalah hutan ini. Apabila biodiversiti kita terancam, maka hasilnya ialah bencana alam akan berlaku seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini banjir berlaku. Tiada sesiapa yang boleh menyangka Pulau Pinang akan dilanda banjir besar. Jadi kita bimbang Yang Berhormat Menteri, kepupusan hutan kalau kita tidak dapat kawal berdasarkan kepada keadaan sebenar, ia akan lebih banyak menyumbang kepada bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Terima kasih. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat berikan penerangan kepada saya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya menerima hakikat bahawa semua sumber asli di negara ini adalah kepunyaan kerajaan negeri. Sama ada dia hutan, tanah dan sebagainya. Jadi dalam keadaan sedemikian kita hanya boleh bertindak sebagaimana yang digariskan oleh perlembagaan yang mana kita mempunyai mekanisme-mekanisme yang tertentu. Pertamanya di bawah Perlembagaan Malaysia bahawa hutan dan sebagainya itu adalah kepunyaan kerajaan negeri. Cara kita untuk mengawal tindakan-tindakan kerajaan negeri ialah menerusi Majlis Kanun Tanah Negara untuk memberikan keluasan dan jumlah yang boleh diterokai ataupun di balak oleh pihak kerajaan negeri menerusi kelulusan yang dibuat oleh Majlis tersebut. Sebaliknya juga, kalau kita hendak mendaftarkan ataupun hendak men-gazet- kan kawasan-kawasan hutan di seluruh negara menerusi kerajaan negeri, kita perlu memohon kepada pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan negeri untuk men-gazet-kan kawasan-kawasan itu sebelum dia boleh diisytiharkan sebagai kawasan hutan simpan kekal. Dalam pada masa yang sama, pihak kerajaan negeri tidak memerlukan konsultasi dan nasihat ataupun kelulusan daripada pihak kerajaan pusat termasuk kementerian saya untuk kelulusan to be gazetted kawasan-kawasan hutan simpan kekal yang telah di-gazet sebagai hutan simpan kekal. Jadi dalam keadaan di sanalah terletaknya constraint yang ada pada kita. Kedua, soalan pembalakan haram. Memang kita menerima hakikat bahawa pembalakan haram berlaku di Malaysia dan di seluruh negara sama ada di Sabah, di Sarawak dan juga di Semenanjung. Kita cuba mencari mekanisme menerusi operasi National-Blue Ocean Strategy (N-BOS) bersama dengan pihak polis dan tentera. Akan tetapi, walau bagaimanapun kecurian ini masih juga tetap berlaku kepada hutan-hutan simpan kekal kita oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Kita cuba mencari mekanisme-mekanisme yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kecurian tersebut. Jadi kita mengetahui juga bahawa mengikut penilaian kita di seluruh dunia pun walaupun ‘the Doric Fine of California ataupun The Murray- Darling Law Land of Australia yang kita kata memang properly managed tetapi kecurian tetap juga berlaku oleh kawasan-kawasan hutan simpan ini. Jadi dalam keadaan sekian, kita bukan membuat satu excuse, kecurian hutan simpan kekal di Malaysia belum begitu kritikal. Akan tetapi apa yang tinggal di sini ialah apabila pihak-pihak umpamanya di Jerantut pihak-pihak lain untuk membina utiliti iaitu bagi jalan, tali TNB dan juga mini hidro dan sebagainya. Ini yang mendatangkan kesan yang amat buruk kepada kita kerana pada 10 tahun yang lepas, kita dapati 86,000 hektar hilang oleh sebab pembinaan utiliti di seluruh negara. Walaupun ada undang-undang yang mengatakan perlu di ganti semula. Apabila utiliti ini hendak dibina pembalakan bermula daripada situ. Pihak kerajaan negeri akan memberikan lesen. Apabila diberikan lesen kadang-kadang orang yang diberikan lesen- laluan ini sahaja tetapi pembalak itu nanti akan mencuri kiri dan kanan, dibesarkan lagi kawasan-kawasan yang diberikan kebenaran untuk pembalakan.

Ini memang kita ketahui akan berlaku. Macam yang di Jerantut sekarang, ada mini hydro hendak dibina dan ada pembalakan dia berlaku. Sebelum mini hydro itu diluluskan Tuan Yang di-Pertua, pembalakan telah dilaksanakan. Jadi pengistilahan sama ada ini adalah pembalakan haram ataupun pembalakan untuk mengeluarkan kayu-kayu sebelum mini hydro ini dibuat, kerajaan negeri sahaja yang tahu bila perkara ini berlaku. Kelulusan untuk projek-projek ini tidak ada konsultasi langsung dengan kementerian NRE Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan tidak ada konsultasi dengan pihak Jabatan Hutan Malaysia.

Jadi itulah kenapanya pada esok hari Tuan Yang di-Pertua saya akan membawa satu kertas memo untuk tiap-tiap projek besar termasuk projek utiliti kerajaan apabila hendak dilaksanakan kementerian saya mestilah menjadi kementerian yang dahulu di konsultasi supaya kita memberi laluan peraturan dan mengambil tindakan yang sebaik mungkin supaya tidak pencurian ataupun pembalakan haram ini berlaku oleh sebab dengan excuse mengadakan utiliti yang hendak dibina di kawasan tersebut. Jadi insya-Allah kalau ini diluluskan oleh Jemaah Menteri, kita memberi garis panduan yang kita anggap sebagai yang terbaik maknanya sebelum satu-satu utiliti hendak dibuat kita mesti dapat pandang daripada kementerian dahulu menerusi Jabatan Hutan dan sebagainya. Itu Tuan Yang di-Pertua penjelasan daripada saya memang saya mengetahui juga bahawa ada pegawai kita ditahan oleh pihak SPRM oleh sebab mungkin prosedur- prosedur tidak diikuti dan tidak dipatuhi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka harian. Saya tidak ingin membahaskan persoalan itu oleh sebab kes ini masih dalam siasatan. Tuan Yang di-Pertua, soalan juga dibangkit oleh Yang Berhormat berhubung dengan langkah-langkah kementerian dalam melindungi hidupan liar dan tindakan dalam menangani isu pencerobohan hidupan liar di kawasan pertanian. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Jerantut juga gangguan gajah yang berlaku di Pulau Tawa Yang Berhormat ada bangkitkan ini di Pulau Tawa dikenal pasti dengan populasi gajah daripada tikai yang berjumlah 27 hingga 30 ekor. Tuan Yang di-Pertua ini satu kumpulan gajah yang ramai banyak lah jumlah yang banyak ekor yang berkeliaran di Hutan Simpan Tikah ini sehingga ke Taman Negara Pahang. Gangguan gajah ini berlaku disebabkan oleh pembukaan kawasan hutan bagi tujuan projek pembinaan empangan hidroelektrik oleh Tenaga Nasional Berhad di Hutan Simpan Tikai Tembeling seluas 37,000 30 hektar sejumlah 9,259 hektar daripadanya akan ditenggelami sebagai takungan empangan. Semenjak Januari 2016 beberapa tindakan telah diambil Jabatan PERHILITAN dalam menangani isu ini Tuan Yang di-Pertua untuk makluman juga pembangunan mini hydro ini juga tidak ada konsultasi dengan kita, kita tidak tahu sehingga pembalakan berlaku hingganya pihak TNB dengan orang-orang dia masuk ke dalam dan baru kita sedar bahawa gajah kawasan gajah ini terganggu. Bila gajah ini terganggu dia masuk kawasan yang berdekatan iaitu tempat kediaman manusia dan juga tempat pertanian dan penanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun, pihak PERHILITAN telah membuat operasi sejumlah 75 operasi di kawasan tersebut tujuan untuk membuat tembak halau memburu supaya dia lari lah telah menjalankan bagi menghalau kumpulan gajah untuk masuk semula ke dalam hutan, tetapi Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga bahawa kadang-kadang gajah ini siang kita halau dia masuk ke dalam hutan, malam dia keluar balik ke kampung sebab dia terasa tempat dia terganggu manusia ganggu dia jadi kita tidak boleh marah pada gajah sahaja kerana manusia itu bersifat macam gajah juga. Tidak fikir banyak-banyak sebelum buat kacau di hutan itu, kediaman gajah kita ganggu dia gajah ganggu kita balik lah. Sejumlah sembilan operasi tangkapan dijalankan dan empat ekor gajah liar telah berjaya ditangkap dan pindahkan ke Taman Negara Terengganu. Ketiga setelah seekor gajah telah ditangkap dan telah dipasang dengan satelit kolar yang berfungsi sebagai early warning system iaitu bila pasang kolar ini jadi tracking oleh pihak PERHILITAN dan pihak PERHILITAN akan mengetahui di mana kumpulan gajah ini ada bergerak dan supaya mereka mengambil tindakan yang sesuai untuk menghalau gajah ini balik ke tempat-tempat yang tertentu.

Memasang sebanyak 50 unit lampu flashlight LED di kawasan hotspot aduan bersempadan antara kawasan padang dan hutan simpan untuk mencegah gajah untuk memasuki kawasan ladang. Kelima, menjalankan engagement dengan penglibatan Yang Berhormat ADUN Pulau Tawar, Pejabat Tanah Daerah Jerantut, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan penduduk setempat dalam usaha mengambil tindakan terbaik dalam menangani gangguan gajah. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini supaya orang kampung jangan cuba hendak buat ganggu dengan gajah ini ataupun cuba hendak menghalau gajah. Sebabnya kerja ini adalah kerja pihak yang berkepakaran sendiri kalau kita buat gajah marah, gajah kejar kita gajah ini boleh lari laju daripada manusia dia tidak ada pokok pun kita boleh panjat kena lari. Jadi saya seru supaya jangan orang-orang kampung Yang Berhormat cuba hendak membuat peranan untuk menghalau gajah ini lari keluar. Tindakan sepatutnya di lapor kepada pihak PERHILITAN. Bagi menangani isu konflik manusia gajah ini beberapa ciri-ciri dirancangkan yang pertama ialah mengurangkan populasi gajah sebanyak 50 peratus melalui tangkapan tangkap pindah. Anggaran kos tangkapan pindah ini seekor gajah adalah berjumlah RM50,000. Kos untuk menangkap gajah dan memindah gajah ini RM50,000 satu ekor, sasaran tangkapan pindah gajah bagi kumpulan adalah sebanyak 15 ekor dengan kos keseluruhan sebanyak RM750,000. Mendirikan sistem pagar elektrik dari Kampung Paya Garuk hingga Kota Gelanggi dengan panjang jajaran sejauh 20 kilometer. Anggaran kos pembinaan penyenggaraan bagi tempoh tiga tahun sebanyak RM1.5 juta. Walau bagaimanapun, masalah gangguan gajah ini akan mengambil masa untuk diselesaikan sebab kerja-kerja pembalakan yang aktif dan kerja-kerja pembinaan empangan yang akan dijalankan ini masih akan berterusan mengganggu selagi ada gajah di tempat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini begitulah penjelasan saya berhubung dengan gangguan gajah di kawasan Jerantut.

Sikit Tuan Yang di-Pertua, sikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penerangan, saya juga hendak merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak PERHILITAN khususnya unit gajah yang saya ingat hampir setahun sudah berkhemah di kawasan Parlimen Jerantut ini. Cuma saya juga perlu menyampaikan keluhan masyarakat kita, misalnya tahniahlah pihak PERHILITAN telah memasang cip tetapi dua malam sudah masih lagi gajah ini menyerang kawasan penempatan penduduk. Jadi saya pun tidak faham tadi Yang Berhormat Menteri kata sudah pasang cip, dapat amaran awal tetapi gajah ini mungkin dia sudah berpecah, mungkin yang pasang seekor tetapi oleh kerana 27 ke 30 ekor ini banyak jadi saya pun memahami mungkin kita pasang kemudian pecah kumpulan, tidak apalah. Memandangkan langkah-langkah akan diambil untuk membuat pagar gajah jadi saya berharap agar ini diberikan keutamaan dalam Bajet 2018 nanti Yang Berhormat Menteri supaya masalah ini dapat diselesaikan. Saya amat memahami hendak tangkap gajah, hendak halau gajah bukan hendak halau lembu bahaya dan susah saya sendiri pernah bersama dengan unit ini hendak menangkap dan melihat mereka menangkap itu memang mencabar. Kalau kita tidak pergi ini kita tidak tahu. Cuma saya hendak minta rayuan kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada kementerian ini sendiri mempunyai peruntukkan atau kalau tidak ada boleh menyampaikan dengan kerajaan kementerian manakah yang sepatutnya yang boleh membantu kepada petani-petani yang sudah kehilangan punca pendapatan akibat serangan haiwan liar ataupun gajah ini kepada tanaman-tanaman mereka yang musnahkan sumber ekonomi mereka. Jadi minta bantuan daripada Yang Berhormat Menteri agar meredakan kemarahan orang di Parlimen Jerantut ini khususnya mereka-mereka yang terkena dengan serangan gajah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat dan saya rasa itulah sebenarnya daripada tahun lepas saya bincang dengan pegawai saya sama ada kita boleh memohon kepada pihak kerajaan supaya dia adakan satu tabung yang khusus untuk membantu pihak petani dan orang kampung yang telah kerosakan kebun dan harta benda oleh gangguan binatang sedemikian ini.

Akan tetapi, setakat ini kita memang tidak ada, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, di peringkat Jawatankuasa nanti saya berharap Yang Berhormat bangkitkan dan pohonlah kepada pihak kerajaan untuk diwujudkan satu tabung khusus, mungkin di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ataupun di bawah kementerian saya. Jadi, tidak kesahlah saya, Yang Berhormat, asalkan ada tabung itu diwujudkan. Saya cukup yakin ia boleh membantu masyarakat di kampung apabila terkena gangguan. Saya juga mengetahui bahawa gajah sudah mengganggu kampung hingganya pokok-pokok pisang, pokok-pokok tanaman habis diranap oleh gajah ini. Kita juga tidak boleh marah dengan gajah oleh kerana asalnya, tempat itu perkampungan gajah yang kita buat dengan sekolah, dengan dewan dan sebagainya. Sekolah, dewan, gajah sudah tidak ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, Yang Berhormat.

Sila, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Jangan marah gajah, Yang Berhormat.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ini pun ada kaitan dengan gajah juga Menteri. Kota Tinggi pun ada sebut hari itu tentang gajah dan tahun lepas kita ada pertembungan haiwan liar dengan manusia, sudah ada seorang mati di Tunjuk Laut. Saya pun sudah maklum dan Menteri pun sudah maklum. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang sentiasa memantau. PERHILITAN pun, macam Yang Berhormat Jerantut pun cakap, dia berkampung di situ. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri, kita ada buat LASAK@PASAK, kita buat mountain bike naik, kita kena ubah sebab ada orang kuat juga. Jadi perkara ini... [Disampuk] Orang besar. Jadi, di Johor kita mohon supaya santuari gajah di Panti itu dapat disegerakan. Dan awal tahun ini, saya juga sebut tentang pewujudan tabung tadi. Saya berterima kasih kalau Menteri boleh panjangkan bersama dengan Yang Berhormat Jerantut. Mesti ada tabung pemulihan atau tabung bencana untuk gajah ini, sebab kejadian tanaman rosak, rumah rosak ini sudah frekuensinya agak tinggi. Jadi kita kesian tentang orang-orang kita yang telah terkesan negatif disebabkan kehadiran haiwan- haiwan ini. Yang Berhormat Menteri, saya sebab kebetulan sudah bangun, saya hendak sebut empat perkara lagi yang berkaitan dengan kementerian ini, boleh tidak? Sepintas lalu saja. Kalau tidak dapat jawab, tulisan pun tidak apa. Sebab hari itu masa pendek sangat. Saya sebut dengan laju sahaja. Pertamanya, Kuala Sedili Besar, saya minta sungai itu didalamkan. Saya sudah mohon dalam MQT dan saya harap benda ini dapat dibuat. Keduanya ialah access and benefit-sharing (ABS) yang telah kita luluskan dalam rang undang-undang baru ini, apakah kerangka kerja untuk memastikannya dapat dijalankan dan direalisasikan? Dalam bajet ini ada tidak? Kalau tidak ada, apakah perancangan kementerian?

Ketiganya, EEV, saya pun baru dapat tahu bahawa energy efficient vehicles (EEV) ini bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Saya ingat tadi hendak cakap dalam MITI tetapi, EEV satu potensi yang amat besar dan apakah perancangan kita hendak menempatkan R&D disinikah supaya vendor-vendor ini dapat kita selaraskan dan Malaysia boleh menjadi hab EEV ini? Terakhir- apa benda ini? Saya sudah tulis, saya lupa benda ini. Tidak apalah, itu dulu. Nanti kalau ada nanti saya interject sikit lagi, Menteri. Terima kasih banyak. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri ini mantan Timbalan Yang di-Pertua. Dia tahu perkara yang tidak dibangkit itu tidak boleh dibangkit tapi boleh dijawab secara bertulis.

Ya, oleh kerana saya tidak ada jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu dan benda ini pun Tuan Yang di-Pertua bagi tahu bahawa ini perkara yang baru, maka saya tidak mempunyai jawapan dan saya boleh bagi jawapan secara bertulis berhubung dengan khususnya tiga perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang keempat itu tidak boleh baca ya. Yang Berhormat Gerik bangun, Yang Berhormat.

Saya hendak menyambung fasal gajah tadi sebab saya hendak memahami bila Yang Berhormat Jerantut kena serangan gajah kata 37 ekor, sedangkan di Pahang sudah ada Kuala Gandah, kawasan santuari gajah. Apakah kesannya bila kita buat kawasan santuari gajah dengan gajah yang berkeliaran tadi, kalau yang kita buat pemindahan di santuari? Kalau tidak, tidak ada makna kita buat santauri gajah yang membelanjakan berjuta-juta tetapi tidak memberi kesan kepada pemindahan gajah tadi. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kapasiti satu-satu kawasan untuk menyimpan gajah ini memang tertakluk kepada saiz kawasan dan juga berapa ekor gajah yang boleh kita simpan di situ. Itu yang pertama yang perlu kita lihat supaya densiti itu tidak melebihi batas. Kedua ialah bahawa penangkapan tadi, daripada awal saya dah sebut, bahawa penangkapan gajah ini- bayangkan, PERHILITAN dah berkampung di kawasan Jerantut ini. Daripada 27 ekor merayau-rayau di hutan daripada satu fragmentation hutan ke satu fragmentation hutan lain di kawasan itu, kita hanya mampu menangkap empat ekor sahaja dulu. Jadi maknanya, operasi menangkap itu sendiri satu cabaran yang besar kepada pihak PERHILITAN. Dan kos menangkap ini, sebagaimana yang saya sebutkan juga, ialah RM50,000. Itulah cabaran-cabaran yang sebenar yang ada pada kita. Akan tetapi insya-Allah, Yang Berhormat, kalau kita boleh menangkap semua, inilah satu solution yang pada saya yang terbaiklah untuk gajah yang berada di kawasan ini, kerana di kawasan Jerantut ini, saya dah melihat menerusi gambar dron, Yang Berhormat Jerantut, bahawa hutannya tidak sesuai lagi dan tak cukup besar lagi. Di satu kawasan dia sudah diganggu oleh pihak mini hidro. Di satu kawasan, Tuan Yang di- Pertua, telah ditanam dengan kelapa sawit. Settlement orang pun ada berdekatan dengan situ. Jadi kalau sudah diinundated atau ditenggelami oleh air nanti, ia jadi mengecil lagi kawasan-kawasan yang boleh digunakan oleh gajah ini. Jadi, dalam keadaan sedemikian, saya memang bersetuju sangat kalau dapat semua gajah yang 27 ekor ini kita tangkap dan pindahkan ke tempat-tempat santuari gajah sama ada yang di Gandah ataupun di tempat-tempat sesuai yang lain tetapi di tempat Jerantut ini, kesesuaiannya memang sudah menguncuplah oleh sebab keadaan kawasan itu sendiri tidak memberi kondusif lagi untuk kediaman gajah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, kita akan lihat dan ambil tindakan. Saya dalam peruntukan bajet ini nanti kalau diluluskan, insya-Allah, kita akan membanyakkan gerakan untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang kita boleh, dengan harapan pada tahun 2018 ini kita boleh menangkap banyak lagi gajah dan dipindahkan ke tempat santuari-santuari yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat- ada tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tiada.

Tiada. Ini persoalan dari Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Kuala Pilah tiada? Akan tetapi oleh sebab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah ini berhubung dengan satu perkara yang amat baru dan amat penting yang perlu kita dengar bersama, ingin saya sebutkan di sini walaupun Yang Berhormat Kuala Pilah tidak ada di sini, iaitu soalan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan Bamboo Malaysia Development Corporation di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jadi, ini adalah satu alternatif baru kepada kayu. Kementerian melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan buluh semenjak tahun 1987. Tujuan asal R&D ini adalah bagi membantu industri kecil khususnya industri kraf, aspek teknikal serta membangun modal insan dalam industri berasaskan buluh. Buluh sering dilihat sebagai bahan mentah dan mempunyai pelbagai kegunaan turut dikategorikan sebagai bahan mesra alam. Ini kriteria yang amat penting memandangkan pasaran antarabangsa yang memberi penekanan terhadap produk hijau. Sehubungan dengan itu, FRIM turut menghasilkan produk-produk hasil R&D yang berdaya saing dan sedia untuk dikomersialkan. Berdasarkan kajian FRIM pada tahun 2010, penubuhan ladang buluh amat penting kerana didapati keluasan ladang buluh di Malaysia dianggar seluas 187 hektar sahaja dan expert penubuhan ladang buluh FRIM telah mempunyai panduan penubuhan melalui maklumat penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 90-an dan 80-an. Antara kelebihan menanam buluh secara ladang ialah pulangan pelaburan yang boleh diperolehi dalam tempoh pendek dan pengeluaran rebung pada tahun ketiga serta batang buluh pada tahun kelima.

Sehubungan dengan itu, kementerian amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Pilah supaya Bamboo Malaysia Development Corporation diwujudkan di bawah kementerian ini. Ini Yang Berhormat, sebelum kita balik ke kawasan Yang Berhormat tadi ya. Yang Berhormat daripada Kuantan berhubung dengan tindakan kerajaan dalam isu LMO. Ini sebelum kita berpindah kepada soalan banjir Yang Berhormat. LMO terutama bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang dieksport. Kemajuan bidang teknologi kejuruteraan genetik atau dikenali sebagai bioteknologi moden membolehkan gen atau satu organisma dipindah ke organisma yang lain untuk menghasilkan living modified organism. Dalam sektor pertanian contohnya, gen diubahsuai untuk tujuan ekonomi kerana ia mampu mengeluarkan hasil dengan kualiti dan kuantiti yang lebih baik, menghasilkan tanaman yang tahan racun perosak serangga ataupun boleh mempertingkatkan nilai nutrien tanaman sebagai ternakan. Buat masa ini tidak ada sebarang bukti yang telah menunjukkan bahawa LMO yang telah menyebabkan impak negatif terhadap penggunaan dan persekitaran. Dalam memastikan risiko yang mungkin berhasil daripada LMO ini pada paras yang boleh diterima dianalisis bio keselamatan ke atas penyelidikan dan produk-produk LMO adalah penting dilaksanakan. Di Malaysia, semua permohonan pelepasan pengimportan dan pengeksportan, dan kegunaan terkawal LMO dan pelepasan hasil organisma sedemikian perlu melalui proses semakan rapi oleh Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik atau Genetic Modification Advisory Committee sebelum diperakukan untuk kelulusan Lembaga Keselamatan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Biokeselamatan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan melalui pengambilan sampel di pintu masuk utama negara lepasan terbang dan pasaran. Sampel-sampel ini kemudian dianalisis Jabatan Kimia Malaysia dan Makmal Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi Yang Berhormat, ingin saya memperjelaskan bahawa tidak semua living modified organism ini tidak dibenarkan digunakan untuk manusia, binatang ataupun alam sekitar. Sebenarnya apa yang mendatangkan kesan buruk ataupun negatif ataupun kesihatan, keselamatan itu sahaja yang dikeluarkan ataupun tidak dibolehkan di bawah ini.

Ini kerana kalau tidak mendatangkan- walaupun living modified organism (LMO) tetapi kalau dia tidak mendatangkan kesan sebagai alergi, kesan sakit ataupun kesan- kesan kesihatan yang lain, maka barang-barang keluaran LMO ini masih mendatangkan kebaikan kepada masyarakat manusia. Pindah kepada...

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan bangun.

Boleh soal ya? Terima kasih di atas penjelasan yang panjang lebar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menarik perhatian kepada laporan dalam The Star pada 26 Oktober 2017 di mana Yang Berhormat Menteri sendiri menyatakan berkenaan dengan produk daripada Cameron Highlands yang ditolak pengeksportan ke negara China kerana mengandungi LMO. Persoalan saya, bagaimana kita hendak pastikan bahawa produk-produk ini tidak berada di pasaran? Ini kerana Yang Berhormat Menteri sendiri mengatakan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya tidak lagi ditanam pokok-pokok, buah-buahan ataupun sayur demikian. Akan tetapi- by chance, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, by chance kita jumpa, bagaimana kita hendak tahu bahawa produk-produk yang berada di pasaran that yang dijual di Pasar Selayang contohnya ataupun di tepi-tepi jalan di Cameron Highlands itu tidak mengandungi LMO yang merbahaya ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memberi satu contoh buah yang dieksport ke negara China. Sebenarnya buah itu ialah betik Yang Berhormat ya. Saya tidak hendak sebut jenis buah pada ketika itu sebab saya tidak hendak orang fikir semua betik ini kena LMO. Sebenarnya tidak. Sebenarnya negara China amatlah ketat dalam mengawal barang-barang LMO ini. Kita kena ketahui dalam Jabatan Biokeselamatan ia mengetahui negara-negara yang amat ketat kawal seliaannya. Jadi buah betik ini telah dijumpai di negara China. Jadi kita track back daripada buah di negara China itu balik hingga kita jumpa di Cameron Highlands dan kita telah membuat pemeriksaan keseluruhannya di Cameron Highlands di pokok biokeselamatannya daripada sudut biokeselamatan dan kita dapati hanya insiden itu sahaja. Oleh sebab mungkin biji-bijian daripada betik ini dulu datang daripada negara- negara yang lebih fleksibel dalam sudut penggunaannya. Umpamanya saya dimaklumkan kalau negara macam- bukan negaralah, macam Taiwan. Ia mempunyai ilmu yang tinggi dari sudut modifying ini, ia kadang- kadang kita boleh beli biji itu masuk dalam poket sahaja kalau ia berlaku memang payah untuk kita mengesannya, secara realitinya. Akan tetapi apabila ia sudah menjadi buah, sudah menjadi tanaman ini pihak biokeselamatan mempunyai pegawai dan anggota bersama dengan pihak kimia dan sebagainya membuat pemeriksaan di satu-satu tempat secara random dan untuk melihat supaya tanaman yang kita ada di negara ini selamat untuk makanan manusia. Jadi kawalan memang- kalau Yang Berhormat memikirkan bahawa ada kemungkinan perkara- oleh kerana advanced dalam sains dan advanced dalam pengajian manusia dalam mengeluarkan barang-barang makanan untuk memperbanyakkan pengeluaran di seluruh dunia mengisi keperluan masyarakat manusia dunia yang semakin meningkat ini. Maka, pihak saintis akan mengeluarkan perkara ini dengan lebih banyak lagi. Akan tetapi di antara LMO, GMO yang dikeluarkan oleh pihak saintis ini bukanlah semuanya pengeluaran itu bersifat tidak boleh dipakai. Oleh kerana negara yang mengeluarkan itu sendiri mengetahui limit-nya yang mana satu boleh diterima, yang mana satu tidak boleh diterima. Sana negara umpamanya macam di Amerika, di Eropah they have very strong control, dengan izin, berhubung dengan LMO, GMO ini. Jadi dalam keadaan kerjasama kita, sebab kita juga bertindak di bawah Convention of Biological Diversity ini. Kita juga melihat daripada transfer barang makanan daripada cross border transfer barang makanan oleh kerana the need manusia sejagat, jadi makanya perkara ini diperketatkan oleh semua pihak.

Jadi apa yang kita jumpa itu, boleh kita kata terima kasih kepada pihak China yang banyak bekerjasama dengan kita. Semua negara berdekatan dengan kita di bawah bumbung Convention of Biological Diversity (CBD) ini, kita bekerjasama dengan semua pihak di seluruh dunia untuk mengawal supaya makanan yang di-modified secara biologi ini yang tidak selamat, jangan dimakan oleh manusia. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita cukup yakin kita boleh mengawal Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Langat bangun.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, Hulu Langat tengah ini. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya ingat saya ingin mendapatkan jawapan yang saya bangkitkan terutama mengenai hutan simpan sekitar Parlimen. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ini membangkitkan persoalan hutan dekat Parlimen ini. Pokok-pokok tanaman di kawasan Parlimen ini. Sebenarnya hutan yang kita lihat, yang kita katakan hutan ini di kawasan Parlimen dan juga di kawasan Tugu Negara itu tidak digazet ataupun diisytiharkan sebagai hutan simpan kekal Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, hutan ini ataupun tanaman ini masih di bawah jagaan yang di Parlimen itu ada gangguan sedikit oleh kerana pembangunan yang dibuat oleh pihak Parlimen itu sendiri.

Akan tetapi pihak saya telah pernah dalam sidang Parlimen yang lepas memberi jaminan kalau Parlimen bersetuju, kalau Parlimen berkehendak pihak Jabatan Hutan Malaysia dan pihak FRIM Malaysia bersedia untuk menanam pokok-pokok khususnya pokok-pokok yang terancam negara. Jadi saya pernah berbincang dengan Ketua Pengarah FRIM dan juga Ketua Pengarah Jabatan Hutan Malaysia kita boleh mengenal pasti jenis pokok-pokok yang highly endangered species, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, yang amat terancam ini yang mungkin payah hendak cari di hutan. Jadi kalau pihak Parlimen mengehendaki dan memberi kebenaran dan meminta kepada kita, kementerian saya bersedia memberi arahan kepada pihak FRIM dan pihak Jabatan Hutan Malaysia untuk pergi ke sini menanam pokok-pokok yang unik, pokok- pokok yang hampir pupus dan hampir hilang. Hanya kalau orang hendak lihat pokok itu datang ke hutan Parlimen. Jadi kita tidak payah isytihar dia menjadi hutan kekal, insya- Allah kita boleh pertahankan selagi dia menjadi tanah Parlimen. Untuk Tugu Negara, sebagaimana Yang Berhormat pernah dengar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan pihak Khazanah bekerjasama dengan pihak BNBBC, Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad yang mana kementerian saya terlibat secara langsung untuk menanam semula pokok-pokok di situ. Penanaman ini supaya mengembalikan keadaan pokok di kawasan itu macam hutan kekal Malaysia, macam hutan kayu tropika Malaysia di situ. Penanaman ini memakan masa sedikit. Walaupun saya baru memberi arahan supaya pihak FRIM dan Jabatan Hutan Malaysia diambil sebagai the lead agency untuk mengenal pasti jenis-jenis pokok yang kita perlu tanam di situ supaya apa sahaja yang kita tanam macam mana tadi Yang Berhormat, di Parlimen dan begitu juga kita tanam di Tugu Negara itu, jadi satu tempat pembiakan, penanaman pokok yang critically endangered species. Jadi kalau orang hendak tengok itu, tidak payah cari dekat hutan lagi. Kita tidak perlu tengok gambar. Kehidupan pokok itu kita jaga dalam hutan yang tidak ada orang boleh membalaknya lagi. Tidak ada orang berani hendak membalak di hutan Tugu itu ataupun di hutan Parlimen. Jadi itu pun kalau Tuan Yang di-Pertua beri kebenaran dengan FRIM dan juga Jabatan Hutanlah. Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sedikit lagi penjelasan, maknanya kalau tidak digazetkan hutan yang ada di sekitar umpamanya Bukit Tunku dan sebagainya, siapa yang memiliki hutan itu? Adakah di bawah kerajaan negeri ataupun sudah jadi hak individu? Ini kerana saya tengok banyak rumah-rumah ataupun bangunan yang sekarang ini simpang dekat dengan JKR itu sudah dibuka sekarang, tentulah untuk pembangunan, sesuatu pembangunan yang kita tidak tahu. Terima kasih.

Berbalik kepada bidang kuasa Yang Berhormat. Penggazetan kawasan-kawasan itu dia mesti memenuhi kriteria dan bidang kuasanya terletak kepada kerajaan negeri. Kalau di Wilayah Persekutuan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Jadi kita hanya menjadi stewardship kepada hutan-hutan simpan ini bila dia sudah digazet Yang Berhormat. Akan tetapi sebelum itu kita bolehlah mencadangkan dengan ini, kalau Yang Berhormat memikirkan kawasan- kawasan ini patut digazet tetapi kalau Bukit Tunku itu kebanyakannya memang tanah- tanah kepunyaan individu. Tidak banyak lagi hutan kepunyaan kerajaan. Itu sahaja berhubung dengan hutan Yang Berhormat. Jadi, ini daripada...

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mahu membangkitkan semula tentang pengurusan hutan yang berkekalan iaitu hutan simpan. Yang Berhormat Menteri ada menyebut tadi bahawa kerajaan kita masih lagi mempunyai sebanyak 55 peratus di bawah hutan berkekalan. Daripada ketika ini, apa yang terjadi pada bulan April yang lalu satu resolusi telah diluluskan daripada Parlimen EU yang sebenarnya menyebut bahawa minyak sawit ada mempunyai kaitan dengan penyahhutanan ataupun deforestation hutan-hutan tropika. Jadi sebenarnya dakwaan ini adalah sangat-sangat keterlaluan dan cukup membahayakan bahkan Suruhanjaya Eropah telah mengadakan satu kajian. Kajian iaitu apakah impak alam sekitar akibat daripada tanaman kelapa sawit dan standard mapan dia. Pada 23 Oktober yang lalu Jawatankuasa Tenaga Kesatuan Eropah pula, telah meluluskan satu kajian bahawa Ahli Parlimen Eropah telah mengundi untuk mengharamkan penggunaan biodiesel berasaskan semua minyak sayuran mulai tahun 2030 dan biodiesel daripada minyak sawit seawal tahun 2021. Ini akan mengakibatkan bahawa industri sawit kita yang sebenarnya banyak menyumbang kepada ekonomi negara akan terjejas. Bukan itu sahaja bahkan livelihood kerana sawit banyak daripada orang-orang kita yang bergantung hidup iaitu sebanyak 650 ribu pekebun-pekebun kecil sebenarnya terlibat dalam industri ini. Adakah kerajaan kita berhasrat untuk membuat bantahan tentang dakwaan yang tidak berasas ini bahawa seolah-olah negara kita menjalankan aktiviti-aktiviti penyahhutanan secara berleluasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat berhubung dengan ini. Memang ini adalah satu tuduhan daripada pihak Eropah berhubung dengan penggunaan minyak kelapa sawit. Mereka hendak apa yang dikatakan tidak menggalak lagi penggunaan minyak kelapa sawit di Eropah. Akan tetapi saya baru berjumpa pada dua hari lepas iaitu dengan ambassador daripada negara Perancis datang membuat Courtesy Call kepada saya. Dia memberi penjelasan tidak ada pengharaman daripada kerajaan di Eropah berhubung dengan penggunaan minyak kelapa sawit. Akan tetapi apa yang dibimbangkan oleh kerajaan di seluruh Eropah ialah pandangan oleh pihak masyarakat mereka bahawa penanaman kelapa sawit ini adalah oleh sebab kita tebang hutan kita untuk menanam kelapa sawit. Maknanya deforestation berlaku oleh sebab penanaman kelapa sawit. Jadi saya bagi penjelasan dengan ambassador Perancis tersebut bahawa kalau dilihat dalam konteks- tidak payah ke tempat lain, kekeliruan berlaku. Umpamanya di Sarawak. Di Sarawak mempunyai satu juta lebih ekar lagi tanah Native Customary Land Rights yang mana hak ini adalah kepunyaan individu. Kepunyaan individu ini kerajaan terpaksa membenar mereka menanam bukan hutan simpan dan penanaman itu juga bukanlah dengan menebang dan menebas hutan yang sudah menjadi primary forest tetapi adalah hutan sebagai secondary forest. Pernah diterokai, pernah dicucuk tanam oleh masyarakat di Sarawak pada satu ketika dahulu dan sekarang dikenal pasti sebagai hak adat tiap-tiap individu dan komuniti di negeri Sarawak. Kalau ini ditanam nescaya ini juga membangkitkan satu tohmahan daripada pihak Eropah bahawa kita menanam di dalam hutan. Sebenarnya itu adalah pendapat yang salah, misinformation ataupun memang mengelirukan.

Jadi saya beri penjelasan kepada ambassador tersebut berhubung dengan perkara ini. Dia juga mengatakan, memberi maklum Yang Berhormat berhubung dengan pengharaman penggunaan semua minyak bijian termasuk soya bean. Soya bean, apa sahaja minyaklah memang tidak boleh masuk lagi ke Perancis. Ada time yang tertentu. Dia beritahu dengan saya dia kata take note kerana ini bukan hanya kelapa sawit tetapi keseluruhannya minyak-minyak sedemikian. Vegetable oil memang tidak boleh dibawa ke Perancis lagi. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat sebenarnya kalau kita lihat orang Eropah ini dia memang buat macam itu sebab dia hendak jual minyak lembu, minyak babi sahaja.

Dia tidak hendak pakai vegetable oil yang keluar daripada sama ada sawit ataupun minyak soya bean. Jadi dengan sendirinya ini, tindakan-tindakan ini adalah satu tindakan komersial, bukan ada hubung kait pun dengan alam sekitar. Jadi, stand mereka ini adalah saya tidak setuju dan saya maklumkan kepada ambassador tersebut. Akan tetapi kempen untuk mengatasi masalah persepsi ini adalah terletak di bahu Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Yang Berhormat, untuk memberi penjelasan berhubung dengan penggunaan biodiesel dan sebagainya. Bahkan kalau kita lihat di Indonesia, kita belum sampai ke B10 lagi, Indonesia sudah hendak sampai B20. Maknanya, 20 peratusannya biodiesel daripada minyak kelapa sawit. Jadi ini patut bekerjasama di antara Malaysia dan Indonesia sebagai pengeluar kelapa sawit yang terbesar, sepatutnya mengambil tindakan secara lebih agresif lagi di Eropah untuk memberi penjelasan.

Mencelah sikit boleh Yang Berhormat Menteri? Sebenarnya apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa tersebut bahawa mereka mengharamkan penggunaan biodiesel untuk semua minyak sayuran, yang berasaskan minyak sayuran mulai tahun 2030. Akan tetapi dalam masa yang sama ia single out minyak sawit tahun 2021. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri bahawa pada ketika ini, EU adalah pembeli kedua terbesar selepas India. Jadi yang kita eksport sekarang 60 peratus adalah untuk biodiesel. Sekiranya kita dimatikan tahun 2021 nanti, maknanya industri sawit kita akan banyak terjejas. Maknanya, apa dakwaan mereka ialah satu dakwaan yang tidak berasas sekali. Terima kasih.

Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kalau Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi belum membuat penggulungan Yang Berhormat, bangkitkan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi kerana mereka mempunyai sistem dan kumpulan ataupun team yang memang mendapat arahan daripada kerajaan untuk membuat penapisan tohmahan-tohmahan yang tidak selari dengan pendirian kerajaan kita ataupun dengan dasar negara kita, pembohongan yang dibuat berhubung dengan deforestation ini. Yang Berhormat Bagan Serai. Ada tidak Yang Berhormat Bagan Serai? Tidak ada. Yang Berhormat Beruas? Tidak ada. Yang Berhormat Putatan? Masih tidak ada. Ini yang banyak cakap. Yang Berhormat Tanjong Piai ada tidak? Tidak ada. Yang Berhormat Kuala Kedah? Tidak ada. Yang Berhormat Kuala Krai? Pun tidak ada. Yang Berhormat, saya akan balik kepada sebagaimana saya janji dengan Yang Berhormat daripada Kuantan berhubung dengan apakah status RTB Kuantan, pembinaan RTB Kuantan. Jadi Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM527 juta, bukan RM517 juta ya, di bawah Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan yang merangkumi komponen seperti berikut: (i) Rancangan Tebatan Banjir; (ii) saliran mesra alam; dan (iii) pemuliharaan dan pemeliharaan sungai.

Untuk komponen Rancangan Tebatan Banjir, status terkini adalah seperti berikut. Pakej satu, menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir serta kerja-kerja berkaitan. Terkini adalah dalam proses pengeluaran surat setuju terima kepada kontraktor. Bermakna, ini peringkat yang terakhir Yang Berhormat. Kita hendak bagi dengan kontraktor sudah projek ini. Surat tawaran telah ditandatangani. Ini menyatakan Menterilah sudah tandatangani suratnya dua tiga hari lepas. Sungai Kuala Kenau berada dalam lembangan Sungai Belat kesan pengurangan risiko banjir terhadap kawasan Paya Besar. Pakej dua, projek pembinaan ban pencegah banjir di Sungai Pandan dan Sungai Kuantan di Bukit Ringin serta kerja-kerja berkaitan masih di peringkat reka bentuk terperinci dari conceptual design. Pakej tiga, pembinaan ban pencegahan banjir di Kuantan, di kawasan Kampung Cenderawasih dan mempertingkatkan ban sedia ada di Kampung Sungai Isap serta kerja-kerja berkaitan juga masih dalam peringkat reka bentuk terperinci. Pakej empat, projek mendalamkan Sungai Kuantan dari muara sungai hingga ke Empangan Kobat dan kerja-kerja berkaitan juga masih dalam conceptual design. Untuk komponen saliran mesra alam dan memulihara dan pemeliharaan. Status terkini adalah seperti berikut. Projek menaik taraf sistem saliran di Mukim Kuala Kuantan dalam daerah Kuantan, Pahang. Pelaksanaan projek dijangka akan dimulakan penggal kedua tahun 2018. Maknanya pertengahan tahun Yang Berhormat. Di samping itu, kajian juga akan dilaksanakan untuk menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam bagi kawasan Mukim Kuala Kuantan akan disediakan di samping garis panduan untuk pembangunan di kawasan-kawasan terbabit pada masa hadapan. Adalah dijangka pelan induk tersebut akan siap pada tahun 2019. Jadi, sekian penjelasan saya berhubung dengan RTV di Kuantan Yang Berhormat...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri, boleh pohon penjelasan sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan sistem saliran, apabila Jambatan Tanjung Lumpur dibuka pada tahun 1996, kita dapati bahawa tidak ada sistem saliran yang bagus selepas daripada jambatan sehinggalah ke padang dan seterusnya ke pantai. Jadi apa yang berlaku sekarang ini Yang Berhormat Menteri, apabila ada pembangunan yang pesat di situ dan air cepat naik. Apabila kita ikut laluan air itu, dia tidak ada masuk ke mana-mana, dia masuk ke semak. Ini banyak kompelin atau aduan daripada penduduk selepas daripada Jambatan Tanjung Lumpur. Baru-baru ini ada pembinaan rumah PR1MA di Tanjung Lumpur di mana arahan daripada majlis kepada pemaju ialah untuk buat perumahan itu di level yang tinggi daripada jalan 3.8 meter, sedangkan kampung sekeliling itu ialah di tahap tiga meter daripada jalan. Jadi apabila perumahan itu dibina dan kemudian dibuat pula sistem perparitan, the monsoon drain menghala ke Sungai Belat, kita dapati bahawa kampung itu sudah jadi macam kolam. Jadi saya tidak nampak, saya harap ada satu penyelesaian yang lebih jangka masa panjang. Ini sebab Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan bahawa memang kompelin ini lepas satu, satu, satu. Memang setiap taman akan terkena dengan dia punya kesan itu sebab memang tidak ada langsung sistem perparitan di situ. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya amat bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat sebut itu. Apa yang kita hadapi dan lihat berlaku sekarang di seluruh negara Yang Berhormat. Kadang-kadang apabila pihak pemaju membuat satu-satu pembangunan di satu-satu kawasan, sistem perparitan dalaman kawasan yang dia buat, itu sahaja yang dia laksanakan. Akan tetapi sistem pengaliran air daripada kawasan tersebut, tidak pernah diambil kira. Hingga sekarang, hanya satu negeri sahaja melaksana. Itu pun baru ini iaitu pada tahun lepas apabila saya bincang panjang lebar dengan Allahyarham Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan dahulu.

Saya kata ini adalah satu pembangunan yang kita buat selama ini. Satu developer diluluskan satu pelan walaupun buat rumah sampai 501 ribu biji rumah. Sistem dalamannya bagus. Perparitan semua ada tapi mengalir air daripada township itu, pekan itu, keluar ke sungai, tidak ada. Jadi, ini mendatangkan banjir di kawasan tersebut. Satu lagi Yang Berhormat, yang sungai di tembok ini. Ini satu masalah yang besar. Kadang-kadang kalau kita lihat satu-satu kawasan pembangunan, ada sungai. Bila orang hendak membangun, sungai itu ditembok. Akan tetapi kalau rumah itu hanya satu tingkat ataupun dua tingkat, mungkin tidak menjadi masalah. Kalau rumah itu sampai 10 tingkat, 15 tingkat, saya bimbang yang berdekatan dengan sungai kita tidak tahu Yang Berhormat. Air itu boleh menyisip ke dalam. Jadi, ini saya ambil satu iktibar lah ya. Di kawasan yang baru sekarang ini untuk di Pulau Pinang. Ada satu sungai daripada bukit menurun ke bawah. Sungai itu telah ditimbus. Apabila sungai itu ditimbus, ia menjadi sungai di bawah tanah. Jadi, apabila bangunan dibuat di situ, jadi bangunan itu kalau dilihat dengan orang kata mata kasar kita, kita tidak tahu yang sungai dekat bawah ada. Jadi, apabila diselidiki daripada balik kepada map yang dulu, sebelum tempat itu ditembok dan sebagainya, kita dapati bahawa sungai mengalir dekat bawah. Saya boleh tunjuk Yang Berhormat... [Merujuk kepada salinan peta kawasan] Ini bukit, ini sungai yang runtuh itu. Baru ini, 5 hari bulan di Pulau Pinang. Sungai dekat bawah dari bukit turun sampai mengalir, ditimbus oleh- mungkin dulu ditimbus. Jadi, yang belakang itu kena timbus juga. Betul-betul dekat yang collapse itu, di bawahnya sudah kosong sudah. It’s suspended building sudah. Tidak ada lagi tembok di bawah sebab foundationnya tidak ada, tanah itu hilang. Jadi, ini saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat, berhubung dengan kadang-kadang pembinaan taman, pembangunan kawasan, perparitan dan saliran tidak dibentuk begitu rupa. Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Perparitan dan Saliran untuk mendatangkan satu kerangka yang mana tiap-tiap PBT, tiap-tiap pihak berkuasa negeri apabila hendak membangunkan satu-satu tempat, mesti melihat saliran itu, bukan saja hanya dalam kawasan yang di bangun. Akan tetapi air itu boleh mengalir hingga ke sungai supaya air itu tidak menjadi banjir kilat dalam kawasan tersebut. Saya boleh sebut di Sarawak, 2-3 tempat yang boleh saya tunjuk. Itulah kenapa Allahyarham Tan Sri Adenan convince bahawa perkara ini perlu dibuat. Akhirnya, buat satu keputusan dan tidak ada pembangunan boleh di lulus melainkan ada saluran menerusi ke laut ataupun ke sungai. Tuan Yang di-Pertua, itulah saja jawapan saya pada hari ini.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, bolehkah? Saya ada tanya tentang banjir di Pulau Pinang. Bolehkah Yang Berhormat Menteri ceritakan sikit apakah perkembangan dan juga apakah langkah- langkah daripada kerajaan? Saya sudah tunggu lama Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Mana diputuskan jawab bertulis, boleh teruskan bertulis ya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya memang ada bahas dari Bayan Baru. Jadi, Yang Berhormat Menteri boleh...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Kita putuskan tadi ramai yang tidak ada dalam Dewan, diputuskan...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya di sini, saya tunggu dari awal sampai sekarang.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Yang Berhormat Menteri.

Soalan Yang Berhormat, yang mana satu soalannya?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya tentang bolehkah kerajaan menambahkan lagi peruntukan simpanan luar jangka RM1 bilion atau RM2 bilion, yang simpanan luar jangka itu adalah dalam bajet ya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Dalam tahun banjir besar di Kelantan - 2014, simpanan luar jangka RM2 bilion telah digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Jadi, sekarang ada satu banjir yang begitu teruk di negeri Pulau Pinang, maka saya minta supaya kalau boleh Yang Berhormat Menteri berbincang dengan Menteri Kewangan dan gunakan simpanan luar jangka itu untuk membantu negeri Pulau Pinang. Ia ada RM2 bilion. Jadi, kalau boleh bagilah RM2 bilion untuk negeri Pulau Pinang. Kedua adalah projek-projek yang perlukan perhatian, yang kerajaan negeri telah memberi laporan atau permintaan kepada NRE. Kita ada banyak projek. Saya difahamkan ada 13 projek yang memerlukan...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Yang ini dibahas atau tidak Yang Berhormat?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Yang ini telah dibahas ke tidak?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Telah dibahaskan. 13 projek yang sangat urgent, yang memerlukan perhatian dan peruntukan daripada NRE dan selama ini hanya satu projek saja iaitu Sungai Pinang. Sungai Pinang itu satu tempat sahaja. Sekarang seluruh Pulau Pinang, 80 peratus kawasan di negeri Pulau Pinang dibanjiri. Jadi, menjadi satu isu yang sangat-sangat besar. Saya telah memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa negeri Pulau Pinang ini sangat penting kerana ia adalah satu hab, manufacturing hub, global supply chain, di mana electrical and electronics 40 percent global supply chain daripada Pulau Pinang.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Banyak sangat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

So, we cannot afford to have this kind of disruption kepada manufacturing di negeri Pulau Pinang. Saya juga tanya Yang Berhormat Menteri, bolehkah mengkaji balik MASMA...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

Yang Berhormat, tidak perlulah. Kalau sudah tanya, tidak perlu ulang, tentu ada dalam catatan Yang Berhormat. Tidak perlu ulang.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okay, okay, bagus. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yang Di-Pertua · Beluran

It should be.

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, peruntukan khas yang kata Yang Berhormat itu sebagai tabung bencana itu, ini bukan di bawah Kementerian NRE, Yang Berhormat. Kita kena mohon Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat memohon kepada pihak Majlis Keselamatan Negara. Kalau kementerian ini datang menggulung nanti, Yang Berhormat boleh bangkit perkara ini. Itu yang pertama. Kedua, berhubung dengan Projek Sungai Pinang. Saya cukup yakin dah pernah memberi penjelasan. Sebenarnya Projek Sungai Pinang ini telah diluluskan pada tahun 2014, Tuan Yang di-Pertua dan pada ketika itu banyak masalah pelaksanaan kita hadapi. Salah satu daripadanya ialah kawasan di sepanjang Sungai Pinang ini mempunyai satu kawasan yang ada mempunyai position yang bertindih. Begitu juga kita mempunyai juga setinggan yang duduk berdekatan dengan Sungai Pinang. Perkara ini hanya baru selesai. Setinggan baru hanya boleh dipindah keseluruhannya, bahkan masih ada empat tetapi sudah berjanji hendak pindah. Jadi, kita tidak ada masalah itu. Pada tahun 2016 dan pada ketika itu saja kerajaan boleh memasuki, JPS boleh masuk ke site untuk buat teknikal study dan sebagainya. Akan tetapi untuk meringkaskan jawapan saya, Yang Berhormat, insya- Allah dalam kalau tidak bulan Februari, bulan Mac, Projek Sungai Pinang ini akan diserah kepada- kena proses tender semua sudah siap. Akan diserah kepada kontraktor dan kontraktor akan mula masuk ke kawasan Projek Sungai Pinang, RM150 juta Yang Berhormat, akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

Jadi, yang lain-lain itu kita akan sebagaimana yang saya sebut dalam statement saya, saya kata kita akan kaji semula apa yang berlaku di Pulau Pinang dan melihat keperluan yang ada dan kita cadangkan pada pihak kerajaan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit ya. Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan isu ini kerana kita tahu bahawa Kabinet akan membuat keputusan untuk meluluskan sama ada simpanan luar jangka itu digunakan atau tidak. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri bangkitkan isu ini dalam Mesyuarat Kabinet untuk menggunakan, convince MKN untuk menggunakan simpanan luar jangka ini untuk negeri Pulau Pinang. Itu nombor satu. Kedua, kalau boleh Yang Berhormat Menteri ceritakan apakah projek, 13 projek yang lain? Ada 12 projek yang lain daripada Sungai Pinang yang bakal, yang boleh digunakan untuk negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, adakah dibahas perkara-perkara ini? Jadi kalau tidak dibahas Yang Berhormat Menteri boleh dijawab secara bertulis, macam soalan yang dikemukakan oleh Kota Tinggi tadi.

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya akur dengan arahan Tuan yang di-Pertua. Maka Yang Berhormat, saya dengan ini sekianlah saja penggulungan saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan kenyataan membangkitkan isu-isu yang berkaitan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Sebenarnya jawapan semua ada pada saya sekarang dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya jemput Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu jam boleh habis ya.

Boleh, sekejap sahaja. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap Ahli Yang Berhormat yang telah pun turut serta membahaskan beberapa perkara yang ada di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Kementerian ini menerima segala pandangan, saranan, cadangan dan teguran secara terbuka dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua input berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan mengikut isu yang dibahaskan. Pertamanya mengenai isu pemerkasaan wanita. Saya nampak di sini Yang Berhormat Kuala Kangsar saja yang ada, yang lain itu tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kangsar, ada.

Tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai tahun memperkasa wanita dan dengan ia jelas dilihat dengan pelbagai kemudahan yang dikhususkan untuk wanita. Bajet 2018 juga lebih mesra gender sejajar dengan misi dan visi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) iaitu ke arah kesaksamaan gender. Untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan wanita, beberapa inisiatif telah diambil oleh kerajaan antaranya potongan cukai kepada ibu yang kembali bekerja selepas dua tahun, mewajibkan 30 peratus keahlian wanita dalam lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun. Perlepasan awal satu jam bagi penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas serta suami yang dibenarkan pulang awal bagi suami yang bekerja di lokasi yang sama. Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2018 sebagai tahun memperkasa wanita pelbagai program dan usaha diwujudkan untuk membangunkan dan memperkasakan usahawan wanita di semua peringkat. Program yang sedia ada di kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita mampu meningkatkan potensi diri wanita dan seterusnya menjadi pemangkin negara maju di masa depan. Antara program yang telah dilaksanakan akan diteruskan lagi merangkumi program I-KIT, IQ Nita, DeWi. Melalui program I-KIT yang diperkenalkan sejak tahun 2008 sehingga Disember 2016 seramai 5,294 ibu tunggal telah menyertai program ini dan daripada jumlah tersebut seramai 2,359 ibu tunggal iaitu 44.6 peratus orang telah berjaya menjadi usahawan. Bagi program IQ Nita seramai 8,510 wanita telah menyertai program ini sejak diperkenalkan pada tahun 2010 hingga Disember 2016. Daripada jumlah tersebut seramai 1,446 ataupun 17 peratus orang wanita telah berjaya menjadi usahawan. Manakala bagi Program DeWi pula sehingga Jun 2017 sebanyak 18 program telah dilaksanakan dan penyataan meningkat kepada 349 orang berbanding dengan 212 pada tahun 2016. Bazar Wanita 1Malaysia merupakan program yang diperkenalkan di bawah 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment (1MWISE) yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian. Program berteraskan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS) ini diperkenalkan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi golongan wanita berpendapatan rendah. Melalui perwujudan peluang perniagaan di pasar-pasar tani, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara. Sehingga kini sebanyak 11 buah Bazar Wanita 1Malaysia telah dilaksanakan dengan bilangan peserta seramai 155 orang. PERWANI 1Malaysia selain menyediakan peluang menjalankan perniagaan program komuniti PERWANI 1Malaysia merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi membentuk satu kumpulan jaringan wanita sebagai agen transformasi di peringkat komuniti dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada. Untuk makluman kementerian menggunakan peruntukan sedia ada berserta geran peruntukkan khas perbendaharaan dalam memperkasakan wanita. Di samping itu juga kementerian memberi penekanan dari segi kolaborasi-kolaborasi dengan agensi lain bagi meningkatkan pemerkasaan wanita. Namun begitu, wanita diharapkan untuk lebih proaktif dalam mengusahakan untuk meningkatkan status sosioekonomi mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang sedia ada. Wanita harus mengambil kesempatan dan manfaatkan semua peluang yang disediakan oleh kerajaan terutamanya usaha-usaha yang telah dilaksanakan di bawah 13 teras dalam Dasar Wanita Negara. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pemberian tapak perniagaan khas pada wanita di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pula pihak kerajaan dengan kerjasama dengan kerajaan negeri dan PBT telah menyediakan beberapa inisiatif tapak perniagaan dalam memperkasakan golongan wanita dengan menggiatkan penceburan mereka dalam bidang keusahawanan agar mereka berjaya dalam bidang tersebut.

Sebagai contoh, kerajaan negeri perak telah menyediakan ladies lane bagi membenarkan golongan wanita dan juga ibu tunggal menjual dan mempromosikan sendiri produk keluaran mereka. Pada masa kini terdapat empat buah ladies lane di negeri perak iaitu di Ipoh, Kuala Kangsar, Mualim dan Manjung. Selain itu Kerajaan Negeri Melaka juga bekerjasama dengan semua PBT dengan menyediakan tapak perniagaan untuk wanita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Manis, ada? Ada, telah menyentuh mengenai dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita berada di peringkat membuat keputusan dalam sektor korporat. Kementerian melalui agensinya NAM iaitu Institute for the Empowerment of Women (NIEW) telah pun melaksanakan Program Pengarah Wanita atau, dengan izin, Women Directors Training Programme bagi melatih wanita yang kompeten untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersenarai awam atau, dengan izin, Public Listed Company (PLC) di Bursa Malaysia. Bagi tempoh tahun 2012 hingga tahun 2016 seramai 1,051 calon pengarah wanita telah pun menyertai Program Pengarah Wanita tersebut. Untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat, kementerian telah menggariskan pelantikan atau placement wanita sebagai ahli lembaga pengarah (ALP) dalam syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia sebagai salah satu indicator. Sehingga 30 September 2017 statistik daripada Bursa Malaysia menunjukkan bahawa terdapat 843 placement wanita ataupun 13 peratus daripada keseluruhan 6,491 ALP syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia berbanding dengan 7.9 peratus pada tahun 2012. Ertinya sudah ada peningkatan pada tahun 2012. Berdasarkan sumber yang sama sehingga 30 September 2017 terdapat 164 placement wanita atau 19.1 peratus dari keseluruhan 857 placement ALP syarikat dalam 100 syarikat tersenarai awam teratas berdasarkan modal pasaran di Bursa Malaysia atau, dengan izin, top 100 public listed companies by market capitalization in Bursa Malaysia. Buat masa ini pelantikan sebagai ALP berdasarkan merit dengan mengambil kira kelayakan, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan mengenai industri oleh calon yang dinilai. Oleh yang demikian buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang sasaran pelantikan ALP tersebut mengikut negeri. Kementerian turut menyambut baik saranan Yang Berhormat Kota Samarahan- ada Yang Berhormat Kota Samarahan? Tidak ada, okey.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

[Bangun]

Pada 25 Julai 2017 Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyenaraikan name-and-shame...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tanjong Manis bangun. Yang Berhormat Tanjong Manis.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih di atas menjawab soalan saya. Saya cuma hendak bertanya, apakah kriteria pemilihan wanita-wanita untuk dilatih untuk menjadi pengarah-pengarah yang telah diuruskan oleh kementerian. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sebenarnya untuk kita mendapat maklumat ini kita boleh terus saja ke website kementerian JPW dan juga NIEW untuk mendapatkan maklumat apakah kriteria yang diperlukan terutamanya tentulah mereka yang mempunyai pengalaman yang tertentu dalam bidang korporat di bidang syarikat ini. Itu adalah penting mestilah sekurang-kurangnya mereka mempunyai ijazah. Ini adalah di antara kriteria yang kita tekankan.

Ingin saya maklumkan di sini bahawa pada 25 Julai 2017, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyenaraikan name and shame mana-mana syarikat tersenarai awam yang tidak mempunyai seorang pelantikan wanita sebagai ALP.

Senarai syarikat tersenarai awam tersebut akan diterbitkan pada tahun 2018. Pada masa yang sama, usaha ini dilihat dapat meningkatkan lagi bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Manis juga turut membangkitkan isu penglibatan wanita dalam bidang politik. Inisiatif kerajaan telah menetapkan pencapaian sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam membuat keputusan yakni termasuk di Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Inisiatif bagi meningkatkan peratusan wanita dalam pelbagai sektor termasuk bidang politik satu inisiatif yang harus digalas bersama oleh semua parti politik. Mandat yang diberikan kepada wanita dalam mewakili suara rakyat yang diwakili tidak kira di peringkat DUN mahupun Parlimen merupakan satu pengiktirafan besar buat wanita. Dalam Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU Ke-13), keputusan telah membuktikan bahawa 81 Kerusi iaitu 58 Kerusi DUN, dan 23 Kerusi Parlimen telah dimenangi oleh wanita dalam PRU13 berbanding dengan hanya 63 Kerusi iaitu 40 Kerusi DUN, dan 23 Kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum Kedua Belas. Jumlah calon wanita yang bertanding dalam PRU13 turut meningkat kepada 168 orang berbanding 120 orang dalam PRU12 iaitu kenaikan sebanyak 40 peratus. Secara khusus susulan PRU13, peratusan Ahli Dewan Rakyat wanita adalah sebanyak 10.4 peratus daripada keseluruhan 222 Kerusi yang dipertandingkan. Representasi politik oleh golongan wanita memerlukan usaha semua parti politik yang merupakan stakeholders utama. Sehubungan itu, bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang politik, parti-parti politik perlu terus mengambil perhatian dan melaksanakan strategi terutama ketika proses pencalonan dengan menggalakkan lebih ramai calon wanita yang bertanding.

Datuk Hajah Norah Abd. RahmanPBB · BNTanjong Manis

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong telah menyentuh isu pelaksanaan waktu bekerja anjal. Yang Berhormat Parit Sulong tak ada, so, bertulis?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, jawapan bertulis.

Ya, bertulis. Yang Berhormat Rantau Panjang tak ada, Yang Berhormat Bukit Gantang pun tak ada. Yang Berhormat Bukit Katil pun tak ada, Yang Berhormat Kuala Pilah tak ada. Yang Berhormat Bakri ada tak? Tak ada semua? Yang Berhormat Ampang tak ada, Yang Berhormat Kota Bharu tak ada, semua tak ada. Bertulislah nanti. Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, semua tidak ada di sini. Yang Berhormat Alor Gajah juga tidak ada, Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Gopeng juga tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, kalau semua tidak ada, kita hantar secara bertulis sahaja ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Nampaknya itu sahajalah, semuanya tidak ada di sini [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Dengan itu, saya menyelesaikanlah penggulungan bagi pihak kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Kerja Raya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada 30 orang tetapi saya yakin tidak ada, kebanyakannya tidak berada di Dewan pada ketika ini yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2018 yang melibatkan Kementerian Kerja Raya. Segala pandangan, cadangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan, saya ingin menjawab isu-isu berkaitan jalan persekutuan. Saya ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin membangkitkan isu berkaitan jalan persekutuan sama ada secara umum mahupun spesifik di kawasan masing-masing. Saya akan cuba memberikan maklum balas secara ringkas tentang isu-isu yang dibangkitkan walaupun isu mengenai projek-projek spesifik sebenarnya boleh dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan di Peringkat Jawatankuasa. Saya mulakan dengan Ahli Yang Berhormat Jasin yang telah mengemukakan pertanyaan berkenaan jalan berkembar empat lorong dari Tangkak ke Jasin hingga ke Air Keroh. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pelaksanaan projek ini telah dibahagikan kepada empat fasa di mana fasa 1 dengan kos projek RM26.4 juta dan fasa 4 dengan kos projek RM35 juta telah dilaksanakan pada tahun 2011 menerusi peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Manakala fasa 2, dan fasa 3 yang belum dilaksanakan melibatkan iaitu: (i) menaiktarafkan dan membina baru jalan berkembar empat lorong dari Bemban ke Jasin sepanjang 9.2 kilometer dengan anggaran kos RM120 juta; dan (ii) menaiktarafkan dan membina baru jalan berkembar empat lorong dari Jasin ke Tangkak sepanjang 7.6 kilometer dengan anggaran kos RM110 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi fasa 2 dan 3 ini, Kementerian Kerja Raya akan terus mengemukakan permohonan kepada agensi pusat. Setakat ini, ianya belum mendapat kelulusan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang pula. Beliau tidak berada di Dewan pada ketika ini, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai juga tidak berada di Dewan pada ketika ini, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Ahli Yang Berhormat Libaran juga tidak berada di Dewan. Ahli Yang Berhormat Parit dan Ahli Yang Berhormat Batu Gajah? Okey.

Batu Gajah ada.

Ahli Yang Berhormat Parit dan Batu Gajah telah bertanyakan status pelaksanaan projek jalan dan jambatan di daerah Perak Tengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan projek menaiktarafkan laluan FT073 dari Parit ke Seputih Daerah Perak Tengah, Perak dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas. Kos projek yang diluluskan ialah sebanyak RM75 juta dengan siling 2018 sebanyak RM5 juta. Skop projek yang terlibat ialah menaiktarafkan jalan kepada jalan berkembar empat lorong dengan piawaian R5 sepanjang tiga kilometer dan menaiktarafkan persimpangan sedia ada. Proses reka bentuk akan dimulakan pada tahun hadapan dan projek dijangka siap pada tahun 2020. Manakala bagi projek membina jambatan bagi menghubungkan Kampung Lambor Kiri ke Kampung Lambor Kanan merentasi Sungai Perak kini dalam proses perolehan. Telah di tender pada 10 Ogos 2017 dan tarikh tutup tender projek ini ialah pada 11 September 2011, 2017. Mohon maaf Tuan Yang di-Pertua. Kini dalam peringkat penilaian tender dan kerja-kerja pembinaan dijangka dilaksanakan pada tahun 2018. Ahli Yang Berhormat Tanjong Manis telah mengusulkan cadangan membina jambatan dari Pulau Beruit ke Bandar Tanjong Manis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan membina Jambatan Sungai Paloh dari Pulau Beruit ke Bandar Tanjong Manis ialah salah satu daripada jambatan yang masih belum dibina di sepanjang jalan pesisir Pantai Sarawak dan jambatan tersebut terletak di laluan berstatus jalan negeri iaitu di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak.

Setakat ini, Kementerian Kerja Raya difahamkan bahawa JKR Sarawak sedang dalam proses memohon pelaksanaannya di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri dengan kos anggaran empat peratus RM2 juta dan panjang jambatan adalah 1.5 kilometer merentasi Sungai Paloh. Ahli Yang Berhormat Kota Tinggi, beliau berada di Dewan pada ketika ini, memohon naik taraf Jalan Persekutuan FT092. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Jalan FT092 dari Kota Tinggi ke Bandar Penawar telah diluluskan dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas untuk pelaksanaan Kajian Keperluan..

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada keperluan jalan dinaiktarafkan atau tidak berdasarkan analisa unjuran trafik. Kajian ini dijangka siap pada tahun 2018. Kementerian telah memohon peruntukan bagi tujuan pembinaan dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas. Cadangan awal Fasa 1 pembinaan adalah dari Kampung Makam, Kota Tinggi ke Kampung Felda Air Tawar 3 sejauh 12 kilometer dengan anggaran kos RM180 juta dengan mengambil kira rizab jalan sedia ada sepanjang 60 meter mencukupi untuk pelaksanaan projek.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.

Ya, silakan Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ringkas sahaja. Tiap-tiap tahun saya akan membuat rayuan yang sama juga. Kalau projek jalan empat lorong yang dilaksanakan dari Tangkak ke Jasin, Jasin ke Ayer Keroh ini telah dapat kita laksanakan pada tahun 2011 untuk pakej pertama dan pakej keempat, mengapakah pakej kedua dan pakej ketiga tidak dapat dilaksanakan? Bayangkanlah, kalau kita hendak buat satu pelaksanaan, mesti kita mempunyai satu tujuan iaitu bagi meningkatkan lagi pertumbuhan Bandar Jasin. Sekarang kalau pakej kedua dan ketiga tidak dilaksanakan, maknanya tidak sampai kepada matlamat asal kita. Jadi, saya hendak merayu- saya sudah letih merayulah. Kali ini saya mohon sekali lagilah. Kalau boleh, daripada RMKe-10 kita tidak dapat laksanakan, sekarang dalam RMKe-11, saya mohon kalau boleh diberikan pertimbangan sewajarnya. Janganlah hendaknya kita kata menunggu lagi daripada agensi-agensi berkaitan. Bila kita hendak tunggu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin di atas keprihatinan. Memang benar, sepanjang saya menjawab di Dewan ini, Yang Berhormat Jasin sering membangkitkan mengenai pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 ini untuk diberikan keutamaan. Insya-Allah, Yang Berhormat Jasin, kita akan angkat apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin untuk dipertimbangkan sekali lagi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jasin, kita sering mengemukakan permohonan ini kepada agensi pusat dan saya juga minta Yang Berhormat supaya pihak negeri dapat juga menyenaraikan keperluan ataupun pelaksanaan projek fasa 2 dan Fasa 3 ini sebagai keutamaan kerajaan negeri dan kita sama-sama bekerjasama ya. Kita bersama-sama Yang Berhormat untuk sekali lagi mengangkat keperluan pembinaan Fasa 2 dan Fasa 3 ini kepada pihak yang berkenaan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan jawapan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi di mana Yang Berhormat Kota Tinggi juga membangkitkan mengenai projek menaik taraf Jambatan di jalan bypass Kota Tinggi yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas. Status terkini pelaksanaan projek memuktamadkan skop dan kos projek, Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan menaik taraf jalan-jalan FT096, FT213 dan FT212 tidak termasuk di dalam Pelan Induk Rangkaian Jalan Raya (HNDP). Walau bagaimanapun, kementerian akan menyenaraikan projek ini di dalam pelaksanaan Rolling Plan yang akan datang sekiranya projek ini tersenarai dalam projek keutamaan negeri.

Yang Berhormat Rompin tidak berada di Dewan, akan diberikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Sepanggar juga tidak berada di Dewan dan akan diberikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Hulu Langat juga tidak berada di Dewan. Ada? Mohon maaf Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat sudah kecil sedikit, saya tidak nampak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Langat pula, berdasarkan kepada semakan yang telah dibuat oleh kementerian ini, Jalan Sungai Lalang ke Empangan Semenyih merupakan jalan negeri B19. Oleh itu, kementerian ini mengesyorkan Yang Berhormat agar peruntukan naik taraf jalan dipohon di bawah peruntukan MARRIS atau kewangan kerajaan negeri memandangkan jajaran jalan tersebut merupakan jalan negeri. Selain daripada itu, berdasarkan kepada stesen banci terhampir iaitu BR610 di Jalan Sungai Lalang, kementerian ini mendapati bahawa jalan tersebut mempunyai Level of Service (LOS), Yang Berhormat, yang bersifat B yang bermaksud trafik di jalan tersebut adalah lancar. Sehubungan dengan itu, tiada keperluan untuk menaik taraf jalan tersebut pada masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sipitang... [Melihat ke tempat duduk Yang Berhormat bagi Sipitang] Juga tidak berada di Dewan. Ahli Yang Berhormat Merbok? Ahli Yang Berhormat Gopeng? Ahli Yang Berhormat Bakri juga tidak ada. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Manakala Ahli Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Gerik dan juga Yang Berhormat Beruas. Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai jalan-jalan persekutuan. Jadi secara umumnya, Ahli Yang Berhormat Sekijang sahaja yang ada tadi ya. Okey. Ahli Yang Berhormat Sekijang telah menyarankan untuk memberi keutamaan terhadap projek naik taraf Laluan Persekutuan 1 atau FT01. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, laluan-laluan utama yang menjadi tulang belakang jalan persekutuan di negara ini seperti FT01, FT03 dan FT05 sentiasa berada dalam keadaan baik di mana sebahagian besarnya telah pun dinaiktarafkan kepada laluan empat lorong dua hala atau dual carriageway tanpa dikenakan tol. Usaha untuk menaik taraf laluan FT01 umpamanya, dibuat secara berperingkat- peringkat dalam setiap rancangan lima tahun kerajaan. Sebagai contoh, Jalan Pintas Rawang dengan anggaran kos hampir RM0.5 bilion telah siap dibina dan akan dibuka untuk kegunaan awam dalam tempoh masa terdekat ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan khusus Yang Berhormat Batu Sapi yang tidak berada di Dewan...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi kepada Yang Berhormat Batu Sapi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sekijang, belum panggil lagi.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Oh! Ya kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tak nak balik awal kah?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan FT001 di Daerah Segamat, masalah yang berlaku ialah katanya ada pelebaran jalan untuk FT001 ini tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa pelebaran jalan untuk jalan FT001 dalam Daerah Segamat.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Kemudian, yang kedua, jalan persekutuan ini, antara jalan-jalan utama, memang berlaku kerosakan yang agak teruk. Jadi saya minta kerjasama daripada pihak JKR kalau boleh lihat semula jalan FT001 ini dan kalau betul ia menjadi keutamaan, minta tahun ini, kalau boleh sebelum pilihan raya ini, diturap semula. Terima kasih.

Insya-Allah, Yang Berhormat Sekijang. Cadangan Yang Berhormat dan juga keprihatinan Yang Berhormat mengenai pelebaran jalan di Segamat ini akan kita ambil maklum dan akan diambil tindakan selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan tidak berada di Dewan. Yang Berhormat Rantau Panjang? Yang Berhormat Gerik? Ada di Dewan ya. Ahli Yang Berhormat Gerik membangkitkan isu kerosakan jalan Gerik ke Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2017, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan jumlah peruntukan sebanyak RM5.6 juta untuk melaksanakan program penyenggaraan jalan berkala pavement, dengan izin, membaiki kerosakan jalan raya di Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan. Bagi jalan persekutuan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat, ia merupakan jalan di laluan FT004 bermula dari Kupang, Baling melalui Gerik hinggalah ke sempadan Kelantan. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan penyelenggaraan kerja berkala pavement.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menangani masalah garisan jalan yang hilang, sebanyak RM1.2 juta akan diperuntukkan pada tahun 2018 melalui program penyelenggaraan berkala bukan pavement mengecat garis jalan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Beruas? Tidak berada di Dewan. Ahli Yang Berhormat Limbang? Yang Berhormat Stampin? Dan juga Yang Berhormat Kudat? Juga tidak berada di Dewan. Saya mohon untuk memberikan jawapan secara bertulis. Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian? Juga tidak berada di Dewan. Ahli Yang Berhormat Sekijang sekali lagi telah mengemukakan cadangan supaya penggunaan jalan getah diperluaskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek perintis jalan getah ataupun penggunaan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan atau Cuplump Modified Asphalt atau lebih dikenali sebagai (CMA) akan dilaksanakan bagi mendapatkan penilaian yang lebih komprehensif. Projek perintis yang dicadangkan iaitu yang pertama, projek central spine road, dengan izin, membina Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan. Pakej 1B Pasir Hor ke Kadok sepanjang dua kilometer dan yang kedua projek membina semula Jalan Persekutuan FT001 dari Kampung Desa Temu Jodoh (Seksyen 134) hingga Kampung Kwong Sai (Seksyen 174) Daerah Segamat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat macam mana Desa Temu Jodoh? Kalau hendak temu jodoh masuk ke desa itu?

Ya betul, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sekijang sila daftar diri.

Dia sudah penuh kuota Yang Berhormat.

Rahsia terbongkar.

Status pelaksanaan bagi projek perintis pertama di Kelantan adalah dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada November 2017. Manakala bagi projek perintis kedua di Johor akan mula pembinaan pada Disember 2017. Penggunaan CMA atau jalan getah secara meluas adalah bergantung pada pelbagai aspek termasuk keberkesanan penggunaan bahan CMA sebagai turapan asfalt, kos bahan binaan, kecukupan bahan mentah dan proses penghasilan CMA.

Pihak kementerian tiada halangan untuk menggunakan CMA sekiranya ia memberi kesan positif dan signifikan kepada prestasi turapan jalan. Saya juga kena memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawasanya Yang Berhormat Sekijang merupakan pejuang kepada jalan-jalan yang menggunakan asfalt, getah yang diperbuat daripada getah ini. Tahniah Yang Berhormat Sekijang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih ke isu yang lain yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Memandangkan Ahli-ahli Yang Berhormat ini tidak berada di Dewan dan saya memohon untuk memberikan...

Yang Berhormat kalau- minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Kalau soalan itu spesifik tidak mengapalah. Kalau soalan itu umum boleh dijawab sebab kami ada. Tidak semestinya Ahli Parlimen itu kena ada. Sebab masa yang dihadkan selama 20 minit. Jadi kita sentuh bahagian-bahagian yang tidak disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen lain itu tidak bermaksud perkara itu kita tidak bawa.

Saya tidak ada masalah Yang Berhormat tetapi memandangkan Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu ini tidak berada di Dewan...

Saya nampak Menteri-menteri sebelum ini perkara umum dia jawab, perkara spesifik sahaja.

Saya tidak ada masalah untuk menjawab Yang Berhormat. Saya minta izin Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Ini isu mengenai pengurusan tol. Okey?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Sebab jawapan agak panjang. Yang Berhormat yang telah saya sebutkan tadi telah membangkitkan isu mengenai pengurusan lebuh raya bertol. Untuk pengetahuan atau makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan akan melaksanakan pemansuhan kutipan tol di empat plaza tol sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018. Empat plaza tol yang terlibat adalah Plaza tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau Lebuhraya Persekutuan di Selangor, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Plaza Tol Eastern Dispersal Link atau EDL di Johor. Pemansuhan kutipan tol berkuat kuasa pada 1 Januari 2018. Pada masa ini kementerian ini sedang memperincikan segala maklumat dengan pihak Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan Unit Kerjasama Awam Swasta bagi membolehkan terma-terma pemansuhan tol dengan syarikat konsesi yang terlibat dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Isu-isu berkaitan operasi dan penyelenggaraan empat tol berkaitan masih dalam pertimbangan sebelum sebarang keputusan perlu ditamatkan. Pada masa ini pemansuhan tol hanya melibatkan empat tol sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan buat masa ini belum mempunyai perancangan untuk pemansuhan tol lebuh raya yang lain. Untuk soalan spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Krai. Perlu kah saya memandang ia spesifik, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Begitu juga Yang Berhormat Puchong juga telah membangkitkan isu yang spesifik yang melibatkan Lebuhraya Damansara-Puchong atau LDP saya mohon untuk memberikan jawapan secara bertulis.

Manakala Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan yang telah menyentuh sebahagian besar ucapan beliau mengenai isu lebuh raya bertol juga telah membangkitkan secara spesifik mengenai lebuh raya bertol juga membangkitkan secara spesifik mengenai Lebuhraya Utara-Selatan dan juga Plaza Tol Sprint. Ini juga saya akan jawab secara bertulis. Ahli Yang Berhormat, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua penjelasan- penjelasan yang...

Boleh tak Tuan Yang di-Pertua? Fasal tol.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sudah habis?

Sebenarnya sudah habis Yang Berhormat.

Fasal tol sebab ada berbangkit tadi bukan?

Akan tetapi Ahli Yang Berhormat tidak menyentuh ini di dalam ucapan ya.

Betul, tetapi ingat ini Dewan Rakyat ini. Saya Ahli Dewan Rakyat, saya rasa berhak hendak tanya. Saya hendak tanya bukan apa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri beri laluan?

Dia bagi.

Sebab dia tidak membangkitkan secara spesifik isu ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

Kalau begitu, baik tak payah jadi Ahli Dewan Rakyat lah. Apa guna kita bangkitkan isu rakyat ini.

Itu bukan isunya Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak membangkitkan ini dalam ucapan...

[Dewan riuh]

Ini Dewan Rakyat. We have to get answer from you.

Ini Dewan Rakyat. You have to also...

Ini Dewan Rakyat. Isu tol ini isu rakyat.

Tuan Yang di-Pertua. Bila- bangkit baru tanya soalan tambahan.

Tidak boleh tanya baik tak payah jadi- kedai kopi sahaja, ini Dewan Rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya jemput Kementerian Sumber Manusia.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita relaks dulu.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seramai 43 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh enam kluster utama yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab mengikut kluster- kluster yang saya sebutkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Sebelum itu, saya juga mohon iaitu kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak ada di Dewan, saya mohon agar saya akan menjawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Yang Berhormat Menteri, kecuali perkara umum.

Janganlah terus menggeleng kepala sahaja, Yang Berhormat Seputeh.

Yang Berhormat, minta jasa baik kalau perkara umum boleh dibacakanlah.

I will do that. Thank you.

Thank you Sir. Thank you so much, much obliged.

Tuan Yang di-Pertua, kluster nombor satu iaitu mengenai peluang pekerjaan, hak bekerja dan pemberhentian kerja. Seramai 14 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Jasin, tidak ada di sini. Akan tetapi saya nampak Yang Berhormat Kluang pun tidak ada. Yang Berhormat Bukit Katil pun tidak ada, tetapi saya nampak Yang Berhormat Kuala Langat ada.

Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada. Yang Berhormat Tumpat tidak ada. Yang Berhormat Batu Sapi pun tidak ada. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada. Yang Berhormat Ipoh Timur pun tidak ada. Yang Berhormat Lembah Pantai pun tidak ada.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Kuala Terengganu tidak ada. Yang Berhormat Batu tidak ada. Yang Berhormat Simpang Renggam tidak ada. Yang Berhormat Bachok tidak ada. Yang Berhormat Seputeh, ini giliran saya untuk berucap, tolong dengar. Kalau you tidak mahu dengar you boleh keluar. Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Langat pun tiada dalam Dewan.

Pun tidak ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada.

Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada. Jadi...

Yang Berhormat Kuala Langat berada di Pulau Pinang sebab ada bantuan yang perlu diberikan.

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab seorang pun daripada 14 orang ini tidak ada di Dewan jadi saya bercadang untuk menjawabnya secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke cluster nombor dua iaitu tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Seramai dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Yang Berhormat Kinabatangan telah membangkitkan isu mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh sebab Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada di Dewan, saya juga mohon supaya saya menjawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Cluster nombor tiga mengenai pembangunan sumber manusia negara. Tuan Yang di-Pertua, seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Putatan tidak ada di Dewan, Yang Berhormat Pasir Gudang juga tidak ada, tidak nampak di Dewan. Yang Berhormat Kuala Kangsar ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada.

Yang Berhormat Sekijang pun ada, terima kasih. Yang Berhormat Lipis tidak ada. Yang Berhormat Jerantut tidak ada, ada?... [Disampuk] Okey, walau bagaimanapun yang saya sebut Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kota Samarahan tidak ada. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Keningau telah membangkitkan isu latihan untuk pembangunan sumber manusia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui TVET atau Technical and Vocational Education and Training sama ada swasta dan awam membuka luas peluang latihan kemahiran kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan status sosioekonomi termasuk golongan tercicir. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran menyediakan tiga program persijilan kemahiran Malaysia yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia. Pertama, mereka boleh memilih untuk menyertai program latihan kemahiran di pusat bertauliah atau PB sama ada pusat bertauliah awam dan swasta yang berjumlah 1,254 pusat di seluruh negara. Keduanya, mereka boleh menyertai program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menjalankan latihan 70 peratus amali atau praktikal di industri dan 30 peratus di institusi latihan. Ketiga, mereka boleh dipersijilkan berasaskan pengalaman kerja yang mereka miliki melalui program apa yang kita panggil sebagai RPEL atau Recognition of Prior Experiential Learning atau Bahasa Malaysia- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga September tahun ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah mempersijilkan lebih 1.5 juta pelatih melalui ketiga-tiga program yang dijalankan. Ini merangkumi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM). Program latihan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan oleh industri. Sehingga September tahun ini, sejumlah 1,804 NOSS telah siap dibangunkan yang mana ia merangkumi NOSS tahap satu hingga tahap lima yang merangkumi pelbagai sektor kemahiran. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman juga Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menawarkan pelbagai program latihan kepada belia melalui 32 Institusi Jabatan Tenaga Manusia atau ILJTM yang terdiri daripada satu JMTI, lapan Pusat Teknologi Tinggi atau ADTEC dan 23 Institut Latihan Perindustrian (ILP). Tuan Yang di-Pertua...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh minta penjelasan?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya memang memandang berat tentang latihan vokasional dan juga saya pernah lihat di sebuah kawasan di Selangor yang mana kebanyakan pelajar yang belajar welding adalah dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Budak-budak ini dari keluarga yang amat miskin dan apabila mereka datang dan belajar dan juga bermastautin di Selangor, Kuala Lumpur, mereka menghadapi masalah kewangan kerana mereka ini pinjam wang daripada PTPK dan selepas itu kerajaan bagi mereka RM400 satu bulan. RM400 ini mereka kena bayar sewa rumah dan kena makan. Jadi yang saya selalu diberitahu pada akhir satu, dua minggu kerana mereka juga tidak ada financial discipline dan mereka memang tidak dapat makan apa-apa pun kerana sudah kosong, sudah tidak ada duit lagi. Jadi saya hanya hendak mencadangkan sama ada kementerian dalam tahun-tahun yang akan datang bolehkah juga mengehendaki pihak yang buat vocational courses ini, bolehkah mereka menyediakan penginapan dan juga menyediakan makanan yang mana mereka juga boleh minta bantuan daripada pihak kementerian ataupun kementerian menambahkan lagi pocket money bagi mereka setiap bulan. Supaya budak-budak ini yang memang dari keluarga miskin, mereka adalah yang school dropouts yang tercicir dari sekolah itu, mereka dapat hidup dengan lebih selesa di kawasan Lembah Klang ini. Saya rasa mungkin kerajaan juga harus mengehendaki pihak yang menganjurkan kursus vokasional ini, mereka juga mengajar tentang financial discipline supaya mereka yang tidak dapat belajar di sekolah biasa ini, mereka juga belajar sedikit selain daripada kursus kemahiran mereka, mereka juga dapat belajar macam mana menggunakan wang yang diberikan mereka dengan wajarnya.

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Macam itulah cara memberi pandangan yang bernas dan bukannya menjerit-jerit di sana, merapu-rapu. So, for the first time, I receive quality question from you...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, kita memang sedar sebenarnya Yang Berhormat Seputeh telah pun suatu hari dahulu berbincang dengan saya mengenai perkara ini. Kita ambil maklum akan perkara ini. Akan tetapi oleh sebab ini memerlukan peruntukan dan peruntukan ini perlu diluluskan oleh Parlimen, perlu dibentangkan dalam bajet dan oleh yang demikian, perlu diluluskan oleh Parlimen.

Maka setakat ini, kita belum mampu menaik elaun-elaun mereka seperti mana yang telah dipohon oleh Yang Berhormat Seputeh. Walau bagaimanapun, kita akan cuba mengambil perhatian tentang apa yang telah dicadangkan itu dan mudah-mudahan tidak lama dari sekarang, mudah-mudahan suatu hari nanti ia akan dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, tentang Yang Berhormat Putatan tidak ada di sini, Yang Berhormat Kuala Kangsar pun... [Disampuk] Ada? Okey. Yang Berhormat Kuala Kangsar ada menyebut berkenaan elemen soft skill dan bahasa Inggeris dalam latihan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bagi menambah baik kebolehpasaran graduan latihan kemahiran, pelatih tadi Yang Berhormat Seputeh, menggunakan perkataan murid-murid, itu tidak betul. Murid-murid adalah untuk budak sekolah di darjah. Sepatutnya pelatih- pelatih, you used the word murid-murid. Kena belajar Bahasa Malaysia lagi. Bagi menambah baik kebolehpasaran graduan latihan kemahiran, pelatih institut latihan kemahiran diterapkan dengan modul asas soft skills atau core ability yang merangkumi penggunaan ICT, komunikasi, hubungan kerjasama, pengurusan dan perancangan kerja semasa latihan kemahiran dilaksanakan. Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia melalui Institut Latihan Perindustrian, Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau ADTEC dan Japan-Malaysia Technical Institute (JMTi), selain menawarkan kursus-kursus berbentuk kemahiran dan teknikal, turut menitik beratkan pembelajaran bahasa Inggeris semasa menjalani latihan.

Bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran, Jabatan Tenaga Manusia telah menubuhkan Jawatankuasa Kepakaran Bahasa Inggeris yang dianggotai oleh guru-guru bahasa Inggeris dari Jabatan Tenaga Manusia. Jawatankuasa ini telah membangunkan program intensif Jabatan Tenaga Manusia, Junior English Proficiency Test (JEPT). Program ini menumpukan kepada kaedah student centered dan experiential learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Bagi isu soft skills pula, seperti conversational English dalam kalangan tenaga kerja di Malaysia pula, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau dalam bahasa Inggeris, Human Resources Development Fund boleh menghantar pekerja mereka menghadiri kursus bahasa Inggeris melalui skim latihan yang terdapat di bawah PSMB seperti Skim Bantuan Latihan (SBL), Skim Bantuan Khas (SBL-Khas), Skim Latihan Bersama (SLB) dan Skim Future Workers Training (SFWT). Dari Januari sehingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak 16,056 tempat latihan telah diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah RM11.89 juta. Selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, PSMB bercadang untuk melaksanakan English Proficiency Programme kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dengan PSMB yang merupakan satu inisiatif strategik yang akan menggunakan 30 peratus dana yang disatukan atau consolidated funds. Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia dan pekerja amnya. Di dalam program ini, kursus-kursus akreditasi bahasa Inggeris akan ditawarkan kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dengan PSMB. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Yang Berhormat Pasir Gudang ada? Yang Berhormat Pasir Gudang tidak ada, jadi saya skip. Lepas itu Yang Berhormat Rantau Panjang pun tidak ada, saya skip. Yang Berhormat Sekijang masih di dalam, masih di dalam. Okey, Yang Berhormat Sekijang ada menyentuh berkenaan isu dana Technical and Vocational Education and Training (TVET). Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mengambil serius berhubung pengurusan pengagihan wang pembangunan yang diterima daripada pihak kerajaan untuk disalurkan dengan baik dan berkesan bagi membiayai latihan kemahiran kepada pelatih yang layak bagi membantu hasrat kerajaan mencapai sasaran sebanyak 35 peratus tenaga kerja mahir negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PTPK sentiasa menambah baik sistem kerja sedia ada. Jawatankuasa yang terlibat telah ditubuhkan bagi menilai permohonan yang diterima daripada Penyedia Latihan atau PL sebelum diluluskan pengagihan wang pembangunan ini bagi membiayai latihan kemahiran. Dalam masa yang sama juga, PTPK telah menetapkan syarat-syarat, garis panduan dan prosedur yang telah diluluskan untuk diguna pakai bagi membiayai latihan kemahiran. Yang Berhormat Jerantut ada?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Menteri, sebelum ke Jerantut...

Yang Berhormat Sekijang ingin mengemukakan soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk memperbadankan PTPK ini seperti PTPTN yang dibuat oleh kerajaan? Ini sebab saya ingat kalau kita perbadankan PTPK, dia akan lebih tersusun dan mudah untuk diuruskan perbelanjaan dan juga permohonan itu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Buat masa ini, belum ada lagi cadangan untuk memperbadankannya.

Sekarang saya pergi kepada Yang Berhormat Jerantut. Yang Berhormat Jerantut telah membangkitkan iaitu mengenai penubuhan Technical and Vocational Education and Training iaitu TVET negara atau Lembaga TVET Negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti mana yang kita semua sedia maklum, pada 27 September tahun ini juga, telah melancarkan TVET Malaysia yang telah dihadiri hampir keseluruhan institusi TVET awam dan swasta di seluruh negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga dalam ucapan Bajet 2018 iaitu pada 27 Oktober tahun ini, antara lain telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi melonjakkan latihan teknikal dan vokasional TVET. Ini termasuklah pembangunan satu pelan induk yang komprehensif yang akan diselaraskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sehubungan dengan itu, usul Yang Berhormat Jerantut untuk Kementerian Sumber Manusia bagi menubuhkan Majlis Negara atau Lembaga TVET Negara yang dianggotai oleh pelbagai agensi berkepentingan akan diperhalusi semasa pembangunan pelan induk ini nanti. Yang Berhormat Hulu Langat ada? Ada. Yang Berhormat Hulu Langat pula meminta pelajar tahfiz diberi peluang memasuki Institut Latihan Perindustrian atau ILP. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bercadang memperkenalkan TVET kepada pelajar- pelajar tahfiz bagi memberi kemahiran tambahan kepada mereka. JTM membuka peluang kepada semua golongan masyarakat untuk menjalani latihan di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut syarat kemasukan yang telah ditetapkan.

Perkara ini akan diperhalusi semasa pembangunan Pelan Induk TVET Malaysia kelak. Yang Berhormat Keningau ada? Tidak ada. Selepas itu, saya pergi ke- ada tiga kluster lagi. Kluster keempat iaitu mengenai perlindungan keselamatan sosial, seorang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini iaitu Yang Berhormat Kota Kinabalu tetapi beliau tidak ada di sini, maka saya skip ini. Kluster nombor lima, mengenai penggubalan Dasar Perburuhan Kementerian Sumber Manusia. Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kuantan, tadi ada, sudah tidak nampak, Yang Berhormat Parit Sulong, tidak ada, Yang Berhormat Tanah Merah, tidak ada, Yang Berhormat Batu Kawan, tidak ada, Yang Berhormat Rantau Panjang, ada? Tidak ada. Kesemua mereka tidak ada iaitu mengenai cuti bersalin. Jadi, walau bagaimanapun mereka tidak ada tetapi ini ada kena-mengena dengan dasar, maka saya memohon izin untuk menjawabnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengucapkan terima kasih dan mengambil kira keprihatinan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berkenaan iaitu perihal cadangan pemberian cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari kepada pekerja sektor swasta seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat semasa pembentangan Bajet 2018. Berkenaan pelaksanaan cuti bersalin, pandangan daripada Jabatan Peguam Negara, Kesatuan Pekerja dan Persatuan Majikan dalam sesi libat urus akan diambil kira untuk membuat pindaan secara holistik kepada Akta Kerja 1955. Semakan ke atas Konvensyen International Labor Organization (ILO) dan amalan-amalan semasa yang dikuatkuasakan di bawah undang-undang buruh negara maju akan diambil kira dalam usaha memberi perlindungan terbaik kepada pekerja wanita di negara kita. Cadangan yang baik ini akan dilaksanakan dalam dua fasa pelaksanaan iaitu: (i) fasa pertama iaitu dengan menggalakkan majikan untuk memberi cuti bersalin 90 hari kepada pekerja wanita dalam sektor swasta. Dalam tempoh ini, sesi libat urus akan diadakan bagi mendapat pandangan dan maklum balas daripada stakeholders;

(ii) fasa kedua pula akan diteruskan dengan membuat pindaan ke atas peruntukan seksyen 37 - Akta Kerja 1955, seksyen 83 - Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) dan seksyen 84 - Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Bab 76) bagi mewajibkan cuti bersalin 90 hari ini dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang flexi hours. Dasar dan perundangan perburuhan pada masa ini tidak mempunyai sebarang sekatan ke atas majikan untuk melaksanakan pelbagai bentuk pekerjaan seperti bekerja dari rumah atau sistem waktu kerja anjal, dalam bahasa Inggeris, flexi working hours di tempat kerja, sekiranya majikan dan pekerja telah bersetuju di bawah satu kontrak perkhidmatan dan bersesuaian dengan jenis pekerjaan tersebut. Pelaksanaan waktu kerja anjal bergantung sepenuhnya kepada keperluan majikan yang bersesuaian dengan jenis pekerjaan. Flexibility ini diberikan untuk membolehkan pekerja dan majikan menyusun atur struktur kerja masing-masing dengan lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya perlu menyebut tentang cuti iddah atau cuti dalam iddah, kematian suami. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Rantau Panjang supaya kerajaan mengadakan cuti idah atau cuti dalam idah kematian suami, Kementerian Sumber Manusia ingin mengambil maklum dan akan mengkaji perkara ini. Kementerian Sumber Manusia juga akan mengambil kira keprihatinan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkan mengenai hak dan perlindungan wanita yang bekerja dan sentiasa berusaha merencana pelbagai inisiatif menarik dan untuk mengekalkan lebih ramai tenaga kerja wanita dalam pasaran pekerjaan. Akhirnya, ke kluster gaji dan gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, seramai lapan Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada di sini, Yang Berhormat Kelana Jaya, tidak ada di sini, Yang Berhormat Pasir Gudang pun tidak ada, Yang Berhormat Sandakan, tidak ada, Yang Berhormat Bagan Serai, tidak ada, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Keningau, tidak ada, Yang Berhormat Klang, tidak ada, maka oleh yang demikian oleh kerana walaupun ini mengenai dasar tetapi isu gaji dan gaji minimum sering dibangkit dan dijawab oleh kita di dalam Dewan yang mulia ini, maka saya tidak berhajat untuk menyebutnya sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu...

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kapar, bangun.

Yang Berhormat Kapar. PTPK sudah lepas.

Ya, saya tak nak ganggu Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat ada kluster-kluster.

Saya sudah pergi ke kluster keenam. Minta maaf ya, Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Minta maaf Yang Berhormat Kapar, saya akan terus. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa prihatin atas masalah yang dihadapi pekerja dan akan memastikan hak pekerja di negara ini dipelihara tanpa menjejaskan kepentingan majikan-majikan serta mengekalkan momentum positif pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang kebanyakannya tidak dapat bersama-sama kita di malam ini, yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Bajet 2018 yang kebanyakannya saya akan jawab secara bertulis. Kementerian Sumber Manusia amat menghargai segala cadangan, teguran, komen yang telah dikemukakan dan kementerian ini akan mengambil tindakan ke atas cadangan dan pandangan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Wilayah Persekutuan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Putrajaya

Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca selawat Nabi] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2018 pada kali ini dan menyentuh isu-isu di bawah Wilayah Persekutuan. Hanya tiga Ahli Yang Berhormat sahaja yang telah lontarkan soalan berkenaan dengan kementerian ini dan saya dapat lihat yang ada dalam Dewan hanya seorang, maka saya akan jawab yang seorang sahajalah...

[Dewan riuh]

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Putrajaya

Hanya satu perkara umum seperti Yang Berhormat Kapar telah minta kita jawab. Saya akan jawab satu perkara umum, pengkhususannya dengan isu pelan Bandaraya Kuala Lumpur. Itu difikirkan umum, jadi saya akan jawab dan ini daripada Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan perkembangan dan situasi semasa pembangunan Kuala Lumpur yang berubah dengan begitu pantas, draf pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang telah disediakan perlu mengambil kira keperluan trend pembangunan Kuala Lumpur masa kini dan akan datang. Memandangkan Kuala Lumpur merupakan pemangkin ekonomi yang terbesar di Malaysia, maka banyak aspek-aspek pembangunan perlu diteliti dan diambil kira sebelum draf tersebut dapat diwartakan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sehubungan itu- Teresa, can you just... [Ketawa] Buat masa ini masih tidak diwartakan dan sedang diteliti semula. Penelitian semula draf ini melibatkan pindaan serta penambahbaikan bagi memastikan semua cadangan yang terdapat dalam dokumen tersebut benar-benar memenuhi keperluan pembangunan Kuala Lumpur pada masa akan datang. Keutamaan diberikan bukan sahaja terhadap kepentingan penduduk bandar, malahan juga terdapat pelabur- pelabur dalam dan luar negara yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai tapak pelaburan utama.

Di antara pindaan serta penambahbaikan yang sedang dibuat adalah cadangan mengikut precinct plan, dengan izin, dan pemberian insentif pembangunan yang bersesuaian contohnya cadangan rumah mampu milik. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Seputeh yang ada di sini, barangkali nak suruh saya jawab soalan-soalan dia. Saya akan jawab soalan Ahli Yang Berhormat Seputeh. Pertama, berkenaan dengan komunikasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai World Class City, dengan izin, pada tahun 2020 masih berkesinambungan dan tidak pernah hilang. Aspek komunikasi terutamanya mengenai aduan-aduan awam telah pun diwujudkan secara ritual melalui portal rasmi DBKL atau menghubungi talian terus 1800- 88-3255 dan juga mengguna pakai aplikasi KL Cares untuk membuat dan menyemak aduan. Daripada rekod sistem aduan DBKL yang dikenali sebagai iSPAAA, pihak saya mendapati tiada aduan yang dibuat ke atas jalan 2/108D, Taman Sungai Besi pada tahun 2017. Kali terakhir direkodkan penerimaan aduan di jalan 2/108D ini adalah pada tahun 2013. Semua aduan-aduan telah diambil tindakan dan aduan telah pun ditutup.

Untuk makluman Yang Berhormat, aduan yang dibuat melalui surat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sebanyak dua kali. Tindakan sementara telah diambil pada 28 Julai 2017 dan dijangka siap keseluruhannya pada 13 Disember 2017. Jika Yang Berhormat Seputeh mengalami masalah lagi, Yang Berhormat bolehlah menghubungi pejabat Datuk Bandar, Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun saya sendiri pada bila-bila masa juga. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, tiada sebarang kekeliruan, semuanya lancar, maju dan makmur. Please dengan izin, please be happy, don’t worry, you got me okay...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

The problem is we have you as the Minister.

Ya, that’s why…

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya?

That’s why you are worried that you have me, because I replied to whatever questions you asked and whatever questions you are putting forward because what questions you are putting forward are not true, dengan izin. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pejabat saya pernah, ini Tuan Yang di-Pertua saya tidak pasti macam mana saya pernah, saya dulu saya Exco di Selangor. Kami juga jaga banyak tempat dan juga tahu operasi PBT. Tidak ada yang dulu DBKL tipu begitu teruk kerana kita ada pengarah jabatan-jabatan yang mana kami kenal, kami selalu hantar surat pergi sana. Kalau tidak buat lagi, hantar satu surat dan selalu dapat jumpa dengan pengarah tertentu. Sekarang ramai bersara, sekarang siapa jadi, penempatan mana pun kita tidak tahu. Kita tahu ada jabatan dan tanggungjawab tugasannya telah pun campur dan juga ada yang diasingkan, so we are so confused. Saya hanya tahu siapa Datuk Bandar sekarang kerana Datuk Bandar ini ada dulu bila saya jadi Ahli Parlimen. Saya sudah kenal dia sampai sekarang. Lepas itu hanya kenal Menteri dan juga Timbalan Menteri. Sekarang yang jawapan Yang Berhormat Menteri yang ditulis oleh pegawai di DBKL itu memang tidak benar. Saya hantar dua surat, surat sini ada dalam WhatsApp saya kepada Timbalan Menteri yang diterima satu, pada 29 September dan satu lagi diterima kerana tidak buat pengadu bising pada saya, hantar lagi 16 Oktober dan tidak buat lagi yang minggu lepas saya hantar secara sendiri kepada Timbalan Menteri. Saya mesti katakan nasib baik yang di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan atau DBKL, ada Timbalan Menteri yang mesra dengan rakyat dan yang friendly dengan Ahli Parlimen. Ini saya kena puji. Akan tetapi bukan macam ini, macam mana ini world class city ada lubang di jalan. Kena pergi cari Timbalan Menteri dua kali, lepas itu surat masih tidak diterima oleh pegawai. What went wrong? Selalunya kami tulis surat kepada Datuk Bandar, selalu tidak ada jawapan, tidak pasti sama ada terima atau tidak terima, ada buat atau tidak buat, kita tidak tahu. Lepas itu kita lihat, oh! MCA yang bakal calon sana, pergi sana buat sini buat itu, itu boleh dilakukan. Saya rasa sekarang DBKL ini memang ada masalah banyak, ini adalah salah satu masalah yang saya rasa Yang Berhormat Menteri mesti ambil perhatian. Your communication malah dengan Ahli Parlimen dekat sini telah pun putus. Dulu, bila Yang Berhormat Menteri jadi Menteri Wilayah Persekutuan, setiap tiga bulan ada panggil satu perjumpaan dan waktu itu adalah waktu yang mana kami boleh berjumpa dengan pengarah-pengarah, Datuk Bandar hantar surat dan buat kerja kami. Sekarang sudah setengah tahun ataupun lebih tidak berjumpa lagi. Saya rasa ini tidak harus dilakukan kalau kita mahu capai yang Kuala Lumpur ini adalah world class city. Saya minta Yang Berhormat Menteri jangan main tai chi dekat sini. Walaupun saya satu orang saja, this shows that you know I’m responsible. I’m a responsible Ahli Parlimen dan ada lubang di jalan di kawasan saya yang semua yang complained itu, saya memang memandang serius semua complaints ini.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya minta Yang Berhormat Menteri tentang apa yang saya adukan ini, please take note dan beritahu kami siapa lagi pengarah-pengarah semua jabatan itu, memperkenalkan mereka kepada kami. Mungkin boleh panggil satu sesi makan dan biar kami kenal mengenal supaya masalah yang saya adukan ini tidak akan berulang. Thank you.

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, depa catat jangan salahkan pegawai Yang Berhormat. Jangan salahkan siapa- siapa, Yang Berhormat ini barangkali tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kawasan Yang Berhormat. Yang Berhormat ada dalam kawasan kah atau tidak ada dalam kawasan? Untuk makluman Yang Berhormat, tiap-tiap komunikasi dengan DBKL, kita ada ID maklum balas. Umpamanya ya, first report from this jalan ya, berkenaan dengan lampu jalan yang rosak. ID maklum balas “28493.022500” dengan izin ya, dia melalui telefon. Siapa yang buat aduan? Kita pun sudah tahu dan kita telah selesaikan. Banyak lagi kalau saya boleh baca semua. Yang Berhormat main cakap-cakap, Yang Berhormat tidak tahu apa Yang Berhormat cakap dan jangan salahkan pegawai saya. Pegawai saya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna...

[Dewan tepuk]

You don’t, sorry dengan izin, you don’t simply point fingers, please understand. You never go back to your kawasan, that’s your problem dan Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Excuse me, I say in my own constituency.

Yang Berhormat jangan, saya tidak bagi laluan Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tidak macam Yang Berhormat Putrajaya tidak duduk dekat Putrajaya tapi duduk di kawasan lain. I stay in my own constituency...

Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Apa yang saya adukan, saya ada surat dan surat ini saya telah pun WhatsApp kepada Timbalan Menteri. Not true.

Yang Berhormat, tiap-tiap laporan kita ada maklum balas ya. Jadi Yang Berhormat tidak boleh mengatakan kita jangan menyalahkan sesiapa. Saya tidak berapa setuju. Kenapa saya tidak mahu bertemu lagi Ahli Yang Berhormat Pembangkang? Oleh kerana sorry your type of attitude, if you change your attitude, we will sit down. You’ll become sternness, sorry dengan will you’ll instill, hatered you teach the people to go against the government. That’s what you’re doing, that’s your problem, you see. Kalau kita berbincang dengan secara baik insya-Allah kita boleh bertemu, tidak ada masalah. Ini benda yang tidak ada, tidak ada jadikan ada. Benda yang patut dilaksanakan dengan baik untuk rakyat, tidak boleh buat. Semua nak bagi burukkan kepada apa yang kerajaan telah lakukan. You’re not being fair! Sorry, dengan izin. Jadi saya nak pergi ke isu yang kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh jugalah. Ini berkenaan dengan rumah...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi maksudnya Yang Berhormat tidak akan panggil apa-apa pertemuan dengan pegawai lagilah.

Unless you changed lah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Dan sekarang aduan saya ini, saya ada proof, saya ada cap terima ini. Jadi, jangan ketepikan saya.

Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat umpamanya tadi saya ada program dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, during my programme I’ve got an alert, a crane falls in one of the development di Kampung Baru. Saya dapat, saya dapat maklum balas.

Everything I know, what’s happening in this city Yang Berhormat. Not only you can show your handphone or whatever you have you know, dengan izin sorry.

Yang Berhormat, saya teruskanlah. I don’t want to drag the Parliament and wasting our time here, dengan izin. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan dengan RUMAWIP untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, program Rumah Wilayah Persekutuan ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2013 bagi tujuan memenuhi keperluan dan permintaan rakyat Wilayah Persekutuan, khususnya di kalangan golongan sasaran. Perumahan merupakan satu keperluan yang amat mendesak kepada golongan belia yang baru bekerja terutamanya di Kuala Lumpur. Inisiatif ini telah memberi peluang kepada banyak golongan sasaran untuk memiliki rumah sendiri dengan harga bermula daripada RM188,000 hingga ke maksimum RM300,000. Kementerian Wilayah Persekutuan juga telah memperkenalkan rumah penggantian setinggan di mana tanah setinggan tersebut dibangunkan bersama dengan rumah mampu milik dengan harga tidak melebihi RM42,000. Ada juga kawasan-kawasan yang kita bangunkan semula di mana kita telah beri rumah-rumah ini secara percuma kepada pemilik-pemilik rumah-rumah setinggan ini ataupun rumah-rumah kos rendah yang lama. Inisiatif ini mendapat sambutan baik di kalangan warga Wilayah Persekutuan. Itulah Yang Berhormat pembangkang semua tidak suka apa yang saya lakukan dan rakyat suka apa yang saya lakukan. Tidak apa, Yang Berhormat tidak suka tidak apa tapi rakyat suka apa yang saya lakukan. Nanti sekejap. Berdasarkan kepada projek RUMAWIP di Taman Desa, setakat ini terdapat dua projek iaitu Residensi Desamas sebanyak 323 unit dan Residensi Desa Satumas sebanyak 3,002 unit. Kedua-dua projek ini mendapat jumlah permohonan sebanyak 5,379 rakyat yang memerlukan rumah ini. Hal ini menunjukkan kedua-dua projek ini mempunyai sambutan yang baik dan indikator ini juga menunjukkan keperluan perumahan kepada rakyat khususnya dalam kawasan Seputeh yang pemaju-pemaju lain jual dengan harga yang mahal yang Yang Berhormat protect, dengan izin. Sorry. Pada keseluruhannya, setakat hari ini kita telah menerima sebanyak 167,079 permohonan bagi 40,118 unit RUMAWIP yang telah dibuka untuk jualan yang melibatkan 61 projek. KPI Kementerian Wilayah Persekutuan adalah 80,000 unit sehingga tahun 2018 ini termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Pandangan Yang Berhormat Seputeh bahawa tanah lapang sekitar Kuala Lumpur merupakan kawasan hijau adalah tidak tepat. Pada hakikatnya tanah-tanah tersebut merupakan hak milik individu di mana mereka mempunyai hak untuk membangunkan tanah tersebut tertakluk kepada peraturan yang sedia ada. Setiap pembangunan RUMAWIP perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan mengambil kira penyediaan kemudahan awam seperti kawasan rekreasi, tempat letak kereta yang mencukupi. Pembangunan RUMAWIP ini dikecualikan bukan sahaja daripada Kaedah 5 dan caj pembangunan serta diberi kepadatan penduduk yang lebih tinggi untuk memastikan lebih banyak unit dapat ditawarkan. Pembangunan ini mempunyai fasiliti-fasiliti yang setara dengan pembangunan kondominium. Mana ada Yang Berhormat di Kuala Lumpur ini di mana rumah dengan keluasan 800 kaki persegi, tiga bilik, dua bilik air, kondominium facilities pada harga yang tidak melebihi RM300,000. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya saya menolong Yang Berhormat untuk kawasan Yang Berhormat. Di satu desa tersebut rumah yang dijual hanya dengan harga RM230,000. Kondominium facilities. Mana rakyat boleh beli. Rakyat Yang Berhormat di Seputeh suka pada saya, bila saya cabut undi bagi dia, dia ucap terima kasih kerana anak dia boleh mempunyai rumah. Kalau tidak, rumah dalam kawasan Yang Berhormat ini dengan harga RM800,000, RM1 juta dan sebagainya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Dengan saiz yang telah saya sebutkan tadi. Itulah Yang Berhormat kadangkala fikiran Yang Berhormat ini selalu suka mengelirukan rakyat. Janganlah. We are here to help the rakyat, dengan izin. If you said you are responsible- today, yes you are responsible. Thank you, you are here to listen to me. Good. You are a responsible MP. Yes. But please- jangan kelirukan rakyat. You suka kelirukan rakyat dengan berbagai-bagai masalah because you cannot win their hearts, we know. You try to confuse them. We know, dengan izin. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat juga...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan.

Wait. Wait. Penduduk-penduduk yang mempunyai rumah sedia ada ini perlu berfikir kepada warga kota yang belum memiliki rumah dengan kekangan kekurangan tanah dan harga rumah yang tinggi. Seperti penduduk-penduduk di Taman Tun Dr. Ismail, mereka telah duduk dalam kawasan tersebut selama 30 tahun. Mereka lupa bahawa tanah tersebut adalah tanah estet dan kita ada kawan-kawan India kita yang duduk lebih daripada 30 tahun di rumah panjang yang saya hendak selesaikan. Akan tetapi mereka menghalang saya untuk selesaikan kerana ada dalang. Ada dalang.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya, Taman Tun.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Taman Tun sana.

Nanti. Nanti. You were not there in Taman Tun when I was there, you know. I went for the Bicara Rakyat. You were not there.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

I am not invited.

How can? You are the rakyat there, you said?

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

I invited all the rakyat. My post is all over Taman Tun, dengan izin. Please lah. Inisiatif ini tidak dapat dijalankan sekiranya tidak dapat menggunakan satu kaedah khas ataupun program khas untuk membantu warga kota yang masih muda untuk memiliki rumah. So, saya rayu kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat tolonglah. Tolong kita dalam satu negara berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa if we love Malaysia we shouldn’t do whatever we are doing at this moment especially the opposition, dengan izin.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Sekejap. Sekejap. Sangkaan Yang Berhormat Seputeh mengenai banjir besar di Kuala Lumpur saya hendak tanya Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Nanti, nanti. Cakap rumah dulu. Cakap rumah dulu.

Nanti sekejap, saya hendak tanya Yang Berhormat, di mana banjir besar?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Nanti cakap rumah dulu.

Where is the banjir besar ini? You tell me, where is the banjir besar?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita cakap rumah dulu lepas itu pergi banjir. Eh! Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga keluarkan kenyataan yang hari itu wah Kuala Lumpur banyak tempat banjir yang dia juga mengutuk DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan luluskan terlalu banyak projek pembangunan. Jangan tanya saya mana ada banjir. Maksudnya Yang Berhormat Menteri tidak ada di negara! Tak tahu pergi mana.

Ya Allah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Banjir tetapi tidak turun padang.

Yang Berhormat, banjir yang berlaku baru-baru ini pada 30 Oktober 2017 merupakan banjir kilat yang berlaku hanya selama 20 minit dan kita telah menjalankan siasatan dan kita akan ambil tindakan ke atas pihak-pihak berkenaan atas ulasan yang diberi oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kita dapat maklum balas daripada Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar dan kita akan ambil tindakan terhadap pemaju-pemaju khususnya di Bangsar South dan sebagainya. Tak semacam apa yang berlaku di Pulau Pinang, di mana setelah dikeluarkan ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar tapi tak ikut juga. Kita ikut kalau dia kata tak boleh, kita tak buat yang sebenarnya. Macam hari ini bila kren tersebut jatuh di Kampung Baru, tadi saya sendiri mengarahkan stop work order immediately dan check kenapa kren ini boleh jatuh? Kita berdoalah bagi rakyat Pulau Pinang, kita berdoa bagi rakyat Pulau Pinang satu supaya dia sedar bahawa kerajaan yang dia telah pilih ini adalah satu kerajaan yang silap telah mereka pilih. Jadi saya harap mereka akan buat perubahanlah. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

DBKL telah- nanti sekejap. DBKL telah meluluskan dengan Perintah Pembangunan sebanyak sembilan blok untuk tiga pembangunan persendirian, private-owned development, dengan izin. Dengan jumlah sebanyak 2,085 unit dari mana datangnya 18 blok Yang Berhormat tuduh saya tidak tahu. Where it comes the 18 blocks, I do not know. There’s only nine blocks ya untuk tiga pembangunan. Yang Berhormat telah tuduh kononnya ada 18 blok dengan 5,428 unit. Saya tidak tahu di manalah Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga Tuan Yang di-Pertua, untuk Rumah Mampu Milik pula setakat hari ini Taman Desa mempunyai keluasan 3,325 unit dan lapan blok yang telah diberi Perintah Pembangunan. Itu sahaja yang baru diberi Perintah Pembangunan. Okey, Yang Berhormat Seputeh hendak tanya soalan, now you can ask me okay?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri. Tentang 18 blok itu yang ada tujuh blok high-rise apartment ya 3,002 unit di Desa Valley, Jalan Desa, Taman Desa belum buat lagi. Pemajunya ialah Aset Kayamas Sdn. Bhd. kawan baik Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi apa yang saya hendak katakan adalah kalau semua ini siap dibina takkan ada 18 blok...

Saya baik dengan semua orang. Yang Berhormat marah Aset Kayamas Sdn. Bhd. kerana saya guna pakai Aset Kayamas punya overhead bridge kerana dia ada letak LED.

Tiap-tiap perayaan saya ucap, “Selamat Menyambut Tahun Baru Cina”, “Selamat Hari Krismas", “Selamat Hari Deepavali” and everything I put my- that’s why you are upset with me. Don’t get upset. I am friendly with everybody, even yourself I am friendly with, dengan izin.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey. Let me finish. Let me finish. Yang Berhormat Menteri, hendak buat RUMAWIP pun bukan dengan cara ini. Tengok Taman Desa. Taman Desa bukan besar dan kebanyakan rumahnya adalah rumah teres sahaja. Sekarang kita lihat kalau semua projek yang dicadangkan itu siap dibina, 18 blocks high rise. Itu sebab kami kira, 5,426 unit apartmen. Ini yang saya maksudkan. Di sini, Yang Berhormat Menteri, macam di Taman Danau Desa itu, tempat mainan kanak-kanak juga dirampas untuk buat dua blok- satu blok ada 35 tingkat dan satu blok ada 50 tingkat. Satu ekar lebih boleh buat dua blok, begitu padat bangunan itu. Macam mana boleh?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang tempat UMNO Seputeh di Taman Desa, dulu juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, selepas dijadikan bangunan UMNO Seputeh, selepas itu UMNO Seputeh sekarang pergi pindah ke Jalan Kuchai Lama. Tapak yang sepatutnya dizonkan sebagai dewan itu jadi satu pangsapuri. RUMAWIP lagi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi apakah pandangan penduduk dekat sana? Kalau Yang Berhormat Menteri begitu popular, marilah bertanding di kawasan Parlimen Seputeh. Saya sudah jemput banyak tahun. You come to hear what the people talk about your ministry, what the people talk about you, what the people talk about DBKL. Ini adalah satu masalah. You said you want to wait for the people of Taman Tun to sue you, then only you go down and have dialogue with them. Macam mana boleh? Ini bukan cara yang mesra rakyat. Ini bukan slogan Barisan Nasional, ‘Rakyat didahulukan’. Semua ini tidak benar. People are so frustrated. Di Taman Desa, yang sebenarnya, yang persatuan penduduk Taman Desa...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, tidak boleh Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Nanti. Sekejap, sekejap.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Hendak tambah soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia tengah mencelah, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Mereka memang tidak mahu mesra dengan Datuk Bandar, mesra dengan Menteri dulu. Tulis surat kepada Datuk Bandar, 5 September. Tidak mahu saya campur tangan. Saya diam, biar mereka buat apa. Selepas itu, tidak ada jawapan daripada Datuk Bandar. Mereka hendak minta Datuk Bandar bagi satu penjelasan tentang traffic flow dan juga perancangan keseluruhan di Taman Danau Desa itu, tidak ada jawapan. Sekarang mereka buat satu kempen tandatangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh ringkaskan, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Baru keluar sama dengan saya.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya, Yang Berhormat Seputeh, tumpang soalan. Tumpang soalan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, sila. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak boleh, Yang Berhormat. Tidak boleh.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tidak boleh tumpang soalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak boleh. Tidak boleh.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Saya hendak tanya soalan.

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Ini Yang Berhormat tuduh melulu. Sabarlah. Barangkali surat yang Yang Berhormat telah hantar belum lagi dijawab oleh kerana mereka masih lagi sedang membuat TIA study untuk kawasan Seputeh. Saya sedar dan saya juga selalu pergi ke Taman Seputeh.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya bukan pergi ke Taman Tun Dr Ismail oleh kerana Taman Rimba ya. It is my program of Bicara Rakyat, and very soon saya juga akan pergi ke OUG untuk buat Bicara Rakyat, bertemu dengan rakyat dan tanya apa masalah rakyat-rakyat yang duduk di rumah teres, rumah banglo, rumah kondominium, apa masalah mereka. Itu yang saya hendak tahu kerana kita tidak pernah bertemu dengan mereka. Kita akan membuat perjumpaan ini berkala dan tiap-tiap kali- saya juga dalam dua minggu lagi saya akan pergi bertemu dengan warga di Bangsar. Selepas itu saya akan bertemu warga di Damansara. Begitu juga warga-warga di seluruh Wilayah Persekutuan untuk bertanyakan apa masalah mereka kerana Barisan Nasional ini merupakan satu parti dan kita telah dididik supaya pergi tanya nadi rakyat, bukan cakap sendiri dan syok sendiri.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Boleh, Yang Berhormat Menteri?

Nanti, nanti. Saya selesaikan Yang Berhormat Seputeh dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Lagi satu, Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan berkenaan dengan masalah penswastaan parkir. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, perjanjian di atas projek penswastaan parkir bahu jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pihak Yayasan Wilayah Persekutuan. Apabila sebut Yayasan Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat akan jump, dengan izin. Melalui pelaksanaan projek ini- sebelum you jump, please listen to this one first. Pihak DBKL memperoleh bayaran pulangan terjamin minimum sebanyak RM600,000 sebulan atau 35 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil kutipan atau mana yang lebih tinggi. Di sepanjang tempoh pelaksanaan iaitu mulai Julai 2015 hingga September 2017, sebanyak RM17,027,717.48 telah diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Yang Berhormat, waktu dulu, apabila tempat-tempat parkir yang kita ada ini- untuk makluman Yang Berhormat ya, saya bukan hendak salahkan sesiapa tetapi Dewan Bandaraya terpaksa membayar kepada operator. You understand? And I have changed it, dengan izin. Penguatkuasaan kunci tayar dilaksanakan mulai bulan September 2016. Penguatkuasaan kunci tayar ini dan kompaun yang berkaitan dengan kesalahan tersebut, pihak DBKL telah mendapat kutipan denda sebanyak RM1,459,832.50. Untuk makluman Yang Berhormat, hasil kutipan tempat letak kereta dan bayaran kapit tol yang diterima oleh DBKL, kita akan guna pakai untuk tujuan membina bangunan tempat letak kereta bertingkat di sekitar Kuala Lumpur khususnya di kawasan perumahan awam dan perumahan rakyat. Di samping itu, hasil berkenaan juga digunakan untuk menaik taraf serta menyelenggara tempat letak kereta yang sedia ada. Itu untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang dialog dengan penduduk di kawasan saya, kami sudah tunggu hampir lima tahunlah. Jadi, saya hendak jemput, jangan pergi OUG tetapi pergi ke Taman Desa yang mana sekarang mereka sudah tunggu lama jawapan daripada DBKL, tidak ada. Baru sekarang tengah buat kempen tandatangan untuk hantar bantahan mereka kepada Yang Berhormat. Pergi sana, berjumpa dengan penduduk dekat sana. Saya rasa lebih elok, lebih sesuai.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya juga hendak minta Yang Berhormat Menteri, tolonglah, kawasan hijau, kawasan padang, tolong jangan sentuh. Buat RUMAWIP di banyak tempat, boleh juga tolong berbincang dengan pihak bas, sekurang-kurangnya ada pengangkutan awam masuk ke taman-taman tertentu untuk kurangkan kereta yang masuk macam Taman Desa yang jalannya tidak begitu besar dan RUMAWIP itu satu parking lot sahaja, tidak cukup bagi penduduk. Semua isu ini saya rasa adalah lebih baik kalau Yang Berhormat Menteri sudi turun padang, dengarlah rintihan rakyat dan juga apabila mereka minta mesyuarat, saya hendak tolonglah Datuk Bandar, jumpa dengan mereka. Tolonglah Yang Berhormat Menteri jumpa dengan mereka. Ini adalah satu lagi rayuan saya. Apabila kerajaan buat RUMAWIP, tidak melalui kaedah five. Tidak ada bantahan kaedah lima. Tidak ada pertemuan dengan rakyat. Jadi mereka semua buat bising dekat pejabat saya. Apa yang saya boleh buat? I have no power. Saya tidak luluskan semua projek itu. Saya yang terpaksa dengar rintihan-rintihan rakyat. Ini adalah masalah. Saya tidak tahulah, yang cara DBKL, yang kementerian buat kerja, macam seolah-olah tidak ada esok bagimu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ringkaskan. Ringkaskan, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Selepas itu lulus semua itu projek sebelum tukar kerajaan. Ini tidak patut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Yang Berhormat. Yang Berhormat ini suka menuduh. That is the problem. Tidak ada esok bagimu lah dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat pun juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dulu, Yang Berhormat kena faham bahawa, dengan izin, for example, dulu kita duduk dengan kaedah seperti ini tetapi oleh kerana pembangunan, the city needs to change, Yang Berhormat, you’ve got to- the problem with all of you, you like to poison the mind of the rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Don’t think people are stupidlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

No, no, no. I am not saying the people are stupid. I never said the people are stupid but the problem is, Yang Berhormat, apabila kita buat kajian, yang katakanlah ada kaedah lima umpamanya, yang orang kaedah lima yang Yang Berhormat hantar itu pun kadang-kadang tidak tahu pun kaedah lima itu. Selepas itu dia juga menjadi pembeli. You just tell me lah. How do I trust all of you, dengan izin? Your people buat kaedah lima, buat bantahan, selepas itu dia jadi pembeli. Apabila kita tanya, kenapa dia buat bantahan kaedah lima dulu? “Saya pun tidak tahu. Yang Berhormat suruh ikut, saya sendiri ikutlah”, dia kata. Inilah masalahnya. I study one-by-one. Untuk Ahli Yang Berhormat, I don’t want to prolong the matter. Walau macam mana pun, untuk makluman Yang Berhormat, saya akan lihatlah apa Yang Berhormat telah bangkitkan. Insya-Allah, apa yang tidak betul, apa yang pada pandangan kami untuk diperbaiki, kita akan baiki, tetapi kalau untuk merosakkan negara atau merosakkan warga Wilayah Persekutuan, saya tidak akan akur...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak bagi jalan.

Sudah habis sudah.

Ini ada soalan.

Sudah habis sudah. Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Belum. Belum.

Yang Berhormat. Ada soalan. Ada soalan.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Ada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi, Yang Berhormat?

Saya bagi. Eh, bila Yang Berhormat Wangsa Maju masuk? Sorry I did not see.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa]

You just came in. Yang Berhormat Wangsa Maju.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hanya dua soalan. Satu, di ucapan saya sentuh sedikit tentang wartakan Local Plan 2020. Terdapat fikirannya itu sangat penting walaupun kita hendak Kuala Lumpur satu city yang progresif tetapi mesti ada satu pelan yang teratur. Nombor dua, saya sentuh banyak perkara. Nombor satu, sebagai bekas Ahli Parlimen Segambut termasuk Taman Tun. Saya pun datang dialog itu. I think the residents there minta izin are quite reasonable tetapi apa yang dicadangkan itulah sudah terlampau dan baru-baru ini saya berjumpa seorang penduduk. Hari ini dia pun tidak puas hati. Kalau hendak ganti itu rumah panjang yang duduk lebih 30 tahun itu tiada masalah. Akan tetapi ganti dengan lapan blok 54 tingkat itu adalah terlampau and prosesnya itu tanah yang bagi Yayasan Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat Menteri sebagai Pengerusi juga itulah tidak patut. Di kawasan saya ialah sekeping tanah di simpang Taman Ibu Kota dan juga Jalan Gombak, itu dahulu itu sekeping tanah walaupun tidak besar tetapi sangat strategik dipegang oleh Jabatan Landskap DBKL dan soalannya kita pun tidak tahu bila tukar kepada Yayasan Wangsa Perdana. Sekarang bangunan itu cepat-cepat naik sudah hampir siap dan kita dengarlah itu walaupun Yayasan Wangsa Perdana tetapi hendak guna untuk tujuan Pejabat UMNO Wangsa Maju. Minta penjelasan.

Boleh saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri?

Okey, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih. Yang Berhormat ada messages yang saya dapat ini berkenaan dengan Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Saya juga difahamkan itu pun akan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Perkara baru Yang Berhormat Kapar?

Ya, boleh? Ini saya dapat saya hendak maklumkan kalau Yang Berhormat hendak jawab secara bertulis pun tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya hendak ingatkan peraturan mesyuarat. Perkara baru dalam peraturan mesyuarat tidak boleh dibawa pada peringkat ini.

Saya. Saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Perkara baru itu boleh dijawab secara bertulis Yang Berhormat.

Ya, ya. Itu pun yang saya minta. Saya tidak minta Yang Berhormat Menteri jawab segera. Saya hendak bawa rintihan ini. Saya dapat message, baru dapat ini untuk saya sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri. So, minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri. Dua soalan sahaja. Dua soalan singkat. Ya ini berhubung dengan perumahan rumah panjang, kepada rumah panjang Taman Tun. Saya terima kasih kepada kerajaan. Walaupun 30 tahun sudah janji tetapi tiba-tiba sekarang baru hendak memberi perubahan kepada penduduk-penduduk rumah panjang di Taman Tun. Saya memang sokong perumahan daripada kerajaan kepada mereka tetapi buatlah sahaja perumahan kepada mereka. Buat satu blok sahaja. Kenapa ada lapan blok? Kenapa ada lapan blok lagi kondominium yang mewah? Ini...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Sebagai dahulu Wakil Rakyat, saya sokong pandangan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju tidak boleh bangun Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya. Ya. Ini adalah maksud kerajaan kementerian atau DBKL mengambil kesempatan daripada penduduk rumah panjang untuk memberi kepentingan atau keuntungan kepada developer. Dalam kes ini, syarikat Pavilion. Soalan yang kedua berhubung dengan menyewa petak meletak kereta yang di garis dengan warna merah di seluruh kawasan Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan oleh kakitangan syarikat yang dapat kontrak ini, yang cat merah untuk disewa tempat letak kereta. Ada banyak petak tempoh kontrak sewa dia sudah expired. Mereka pun tidak renew. Akan tetapi, warna masih merah. Itu tiang barricade masih naik. Orang awam tidak boleh meletak. Jadi, saya tanya syarikat yang ambil kontrak ini. Kenapa tidak cat semula warna kuning atau buangkan tiang itu? Saya diberitahu mereka short of staffs. Mereka tiada cukup kakitangan untuk meronda untuk inspect sama ada ini petak, kontrak dia sudah sampai masa ke atau tidak. Jadi, saya hendak minta satu penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga Yang Berhormat Segambut. Saya hendak jawab Yang Berhormat Wangsa Maju, yang pertama sekali untuk makluman Yang Berhormat. Tanah yang Yang Berhormat bangkitkan tersebut bila kena Yayasan Wilayah ataupun kena apa yayasan yang kena mengena dengan kami semua maka Yang Berhormat akan meloncat sebenarnya. Apa yang dilakukan untuk makluman Yang Berhormat, memanglah benar. Ada umpamanya di Taman Tun Dr. Ismail tersebut. Tanah yang kita hendak guna pakai yang hendak diambil ini telah dijual. Tanah itu bukan tanah rimba. Taman Rimba reserve. No, it is not a Taman Rimba reserve. But, putar belit oleh orang-orang yang tertentu. Waktu saya beri dialog yang saya tidak tergamak saya hairan ada seorang putih, Orang Putih- European pakai seluar pendek di belakang tukang meracun warga Taman Tun. Anyway, Taman Tun is in the court. I also tidak mahu ulas. Kita let us go to court and fight it out in the court. Tanah itu bukan- I will never touch the Taman Rimba punya tanah. For sure I won’t touch Taman Rimba punya tanah. Apatah lagi NRE juga telah setuju untuk gazet kan lebih tidak salah saya lebih- ada kawasan lebih di Bukit Kiara untuk direserved sebagai Taman Rimba. Kita tidak akan pegang langsung. Masalahnya ada tukang-tukang yang meracuni mereka dan saya sendiri nampak. Inilah masalah yang berlaku dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat semua kerana Yang Berhormat-Yang Berhormat semua suka melaga-lagakan di antara satu sama lain. Kita boleh berbincang dan kita juga boleh bersedia untuk mendengar. Ya, Yang Berhormat dia juga boleh memberi cadangan kepada saya satu konsultan, kalau beri cadangan kepada saya. Padahal, saya pergi hari itu bukan kerana Taman Rimba. Saya pergi hendak tanya macam Yang Berhormat telah bangkitkan tadi. Berkenaan jalan line kuning dan line merah itu. Juga telah dibangkitkan kepada saya.

Saya telah beritahu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk selesaikan masalah itu dengan secepat mungkin. Ada juga seorang telah bangkitkan kepada saya. Saya pun tidak tahu macam mana hendak menyelesaikan masalah ini. Ini kerana ia di bawah, dia kata Bank Islam, di atas massage parlor. Saya hendak buat macam mana? I am not the owner of the building you know. What do I do? Akan tetapi tidak apalah saya akan berbincang juga dengan Bank Islam. Saya kata, “Tolonglah, either you shift out there or you go somewhere else”. Ini yang masalah-masalah yang sedang berlaku Yang Berhormat tidak tahu kerumitan yang sedang kita hadapi. Sebenarnya Yang Berhormat, Kuala Lumpur kita mempunyai kekangan berbagai-bagai kekangan dalam ibu kota ini. Yang Berhormat tahu kekangan-kekangan ini kadangkala Yang Berhormat juga menjadi dengan izin, catalyst to start all these problems towards us trying to manage the city in the best way at we are able to manage. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat cukuplah. Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan terima kasih...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan saya tentang Yayasan Wangsa Perdana.

Saya sudah khabar tadi. Keluar yayasan ini, Yayasan Wangsa kah, Yayasan Wilayah kah all of you will jump. Tanah itu memanglah dahulu dia reservedkan sebagai landskap punya tanah. But it doesn’t mean that in total or in perpetuity, dengan izin it’s reserved that way. You please understand, you’ve been with the government before. Kita boleh buat perubahan kerana kita waktu sekarang ini dia perlu pembangunan dalam kawasan tersebut. What do we do? We just leave it as it is? Or you want KL to be a city…

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Itulah masalah. Dahulu ada garis panduan dari Jemaah Menteri.

Tidak. Tidak. Garis panduan tadi Yang Berhormat tidak datang. Saya sudah sebut sebelum Yang Berhormat masuk saya baca walaupun Yang Berhormat tiada tadi. Saya sudah baca berkenaan dengan garis panduan apa- the Draft Plan Kuala Lumpur. Saya sudah baca. Jadi, Yang Berhormat tengok Hansard lah. I don’t like- I would not like to repeat dengan izin, Yang Berhormat tengok Hansard ya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ucapkan terima kasih lah kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan dan hanya satu sahaja yang hadir. Ya, dua lah termasuk Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya ucapkan terima kasih dan insya-Allah kita akan lihat apa yang kita boleh perbaiki kita akan perbaiki demi untuk kemajuan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang sedang pesat berkembang dan yang penting sekali kita akan menjaga warga Kuala Lumpur dan kita juga akan melihat bagaimana kita dapat mengatasi permasalahan-permasalahan warga dalam segi perumahan, dalam segi sosioekonomi dan juga dalam segi masalah sosial yang sedang berlaku dalam Kuala Lumpur ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Seterusnya giliran Kementerian Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat Menteri boleh menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli yang tidak berada di Dewan, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan Tinggi · Besut

Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Tinggi mengucapkan terima kasih kepada 32 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 yang telah memberi pandangan, saranan supaya Kementerian Pendidikan Tinggi terus meningkat ataupun soaring upwards. Kementerian memandang bajet ini sebagai bajet yang soaring upwards. Ini merupakan satu pengiktirafan kerana pada tahun ini kementerian dapat bajet sebanyak RM13.9 bilion iaitu peningkatan sebanyak 13.15 peratus. Sebab itulah terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Gerik, Yang Berhormat Gerik ada, kan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada.

Ada? Okey, kalau tidak, tidak jawab- yang telah mengulas tentang bagaimana dikatakan soaring upwards dengan peningkatan ranking U21 di mana negara kita dalam bidang pendidikan tinggi telah meningkat daripada tangga ke-36 tangga 25 dalam masa enam tahun, sebanyak 11 kedudukan. Ini ranking yang dibuat oleh University of Melbourne dan QS Ranking UM telah meningkat ke tingkat 114 yang mana insya-Allah dalam masa setahun dua nanti akan memecah tembok 100 terbaik di dunia. Di mana juga kita lihat lima daripada lapan universiti terbaik di ASEAN adalah daripada Malaysia. Universiti penyelidikan kita merupakan seratus peratus yang terbaik di dunia. Ini dikatakan diulas oleh Yang Berhormat Gerik yang memang mendapat validasi bukan hanya daripada QS tapi juga oleh U21 Melbourne, oleh Clarivate Analytics, oleh Elsevier, oleh THE dan juga oleh World Bank. Jadi kita lihat ini merupakan third party validator, dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa memang kedudukan kementerian atau pun pendidikan tinggi negara terus meningkat. Yang Berhormat daripada Gerik juga bertanya apakah rahsianya yang menyebabkan kita terus soaring upwards. Kita lihat inilah merupakan janji kami di Kementerian Pendidikan Tinggi kepada rakyat Malaysia agar rakyat mendapat pendidikan tinggi yang terbaik di dalam negara, alhamdulillah. Seterusnya, Yang Berhormat Jasin bertanya tentang persediaan kita untuk menghadapi Industri 4.0. Sememangnya sejak setahun, dua tahun yang lalu kita telah mereka bentuk semula pendidikan tinggi atau redesign pendidikan tinggi negara dengan kaedah penilaian yang berbeza. Oleh sebab itu kita ada integrated CGPA ke arah pembelajaran dan pengajaran yang berbeza dengan Program 2u2i, CEO@Faculty Programme, MOKS ke arah semakan kurikulum yang berterusan dan juga penyelidikan di samping projek-projek seperti MYREN-X yang menyambung universiti kita yang pada 4 Oktober yang lalu di UM yang menyambung UM dengan kelajuan 100 gigabyte per second. Bermakna UM telah mula bersama-sama dengan gigabyte club di dalam dunia. Tidak kurang juga dengan program kampus digital yang memastikan, dengan menggunakan QR kod. Kampus kita akan menjadi cashless dan juga cardless dengan izin Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah pada pertengahan tahun hadapan. Ini juga diperhebat lagi dengan program-program e-portfolio di mana pelajar-pelajar kita akan membentangkan CV mereka bukan hanya CV biasa tapi dilengkapkan dengan video masing-masing dan ada pelajar-pelajar kita telah mendapat pekerjaan walaupun mereka belum bergraduat. Di mana majikan boleh melihat CV mereka dan boleh melihat video- video persembahan dan terus mendapat surat tawaran pekerjaan. Kementerian juga telah melancarkan program bahasa Inggeris yang kita panggil Malaysia English Assessment yang mana kita pastikan agar pencapaian bahasa Inggeris akan terus dipertingkatkan selaras dengan CEFR ataupun Common European Framework of Reference. Di mana pelajar-pelajar kita bukan hanya- yang mengambil MEA ini akan dapat melihat penilaian mereka selaras dengan mereka-mereka yang menduduki kertas bahasa Inggeris di Eropah dan juga di England. Tidak ketinggalan juga kita sedang menyiapkan rangka pendidikan 4.0 agar memastikan kita mampu untuk menangani isu perkembangan teknologi masa kini. Alhamdulillah dengan ini kita lihat kebolehpasaran kita telah meningkat. Kalau kita lihat tahun 2014 kebolehpasaran kita ialah di tangga 75.1 peratus, tahun 2015 meningkat kepada 76.1 peratus dan tahun 2016 kebolehpasaran graduan kita keseluruhannya ialah 77.3 peratus. Kita lihat terus meningkat dari tahun ke tahun dan juga kebolehpasaran politeknik adalah 88.75 peratus dan kebolehpasaran kolej-kolej komuniti ialah 97.2 peratus. Ini satu kebanggaan dan melihatkan betapa peningkatan yang terus berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun Yang Berhormat.

Sila.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada KPT dan warga universiti kerana kelima-lima research universities telah mencapai satu pencapaian yang baik dalam QS Ranking. Dalam bajet baru-baru ini saya lihat peruntukan untuk R&D pada IPTA ini telah meningkat, kalau tidak silap saya RM400 juta itu banyak. Kalau banding dengan tahun lepas yang hanya RM235 juta yang mana telah mencetuskan bising bangatlah, bising sungguh saya dengar daripada mereka-mereka di IPTA tentang duit tidak adalah, macam mana hendak buat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, QS Ranking naik dan saya dapati ada juga peruntukan khas yang akan diberikan kepada Universiti Malaya untuk mencapai 100 yang terbaik dalam dunia ini. Jadi apakah bentuk yang sebenarnya dan bagaimanakah perkara ini betul-betul dapat melonjak lagi QS Ranking IPTA kita. Terima kasih.

Itu yang Yang Berhormat Bagan Serai, sebenarnya kalau kita lihat keseluruhannya universiti-universiti kita yang mendapat ranking yang tinggi ini ialah universiti yang mempunyai research yang diterima di peringkat antarabangsa. Sebab itu saya katakan tadi mereka mendapat pengiktirafan daripada Clarivate Analytics, daripada Elsevier merupakan ejen-ejen yang melihat high index ranking, melihat citation ataupun sitasi-sitasi mereka di peringkat dunia. Jelas kita lihat pencapaian pensyarah-pensyarah kita, penyelidik-penyelidik kita adalah di peringkat yang baik sebab itulah kita melihat pengiktirafan ini diberi, dia tidak akan diberi dengan sewenang-wenang. Sebab itu saya berkata tadi saya tunjuk 27 ranking agencies ataupun third party validator seluruh dunia mengatakan. Tadi pun saya dapat kunjungan, masa di Parlimen tunggu soalan tadi pun dapat kunjungan kawan daripada Saudi yang datang ke sini kerana mana-mana negara pun bila cakap hendak hantar pelajar mereka kata datang ke Malaysia sebab itu dia jumpa kami tadi dan bukan hanya itu, ini menyebabkan kebolehpasaran kita meningkat kerana kolaborasi kita dengan industri yang terus kita tingkatkan, cara penilaian kita yang terus kita laksanakan dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya tentang kemasukan ke IPT. Sebenarnya jumlah yang masuk ke kolej komuniti, 94 kolej komuniti pada tahun ini ialah 20,765 dan jumlah yang masuk ke IPTS pada tahun lalu ialah 198,143 orang pelajar dan juga masuk IPTA pada tahun lalu ialah 206,097 orang kesemuanya. Yang Berhormat Hulu Langat juga bertanya tentang pelajar-pelajar tahfiz agar diberi peluang menyertai kolej komuniti dan juga politeknik. Sebenarnya sejak dua tahun lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi ada program yang kita panggil Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Yang mana terutama kolej komuniti telah bersama-sama dengan pelajar-pelajar ataupun pelajar-pelajar tahfiz itu untuk memberi kemahiran kepada mereka.

Sehingga kini 2,571 orang pelajar-pelajar tahfiz telah diberikan pendedahan kepada kemahiran masing-masing. Kepada Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Sekijang bertanyakan tentang status terkini sistem akreditasi tunggal. Sebenarnya sistem akreditasi tunggal telah dipanjangkan, dikemukakan kepada EPU dan masih dalam tindakan EPU untuk pelaksanaan. Yang Berhormat Kuala Kangsar juga bertanya tentang subjek Wang Crypto. Sebenarnya untuk Projek Wang Crypto ini Yang Berhormat, ada tiga kursus yang telah ditawarkan di tiga universiti iaitu di peringkat sarjana di MBA International Finance di Universiti Malaya dan juga Accounting Information System di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang ketiga ialah peringkat Sarjana Muda Accounting Information System di Universiti Utara Malaysia. Memang ada ditawarkan di tiga buah universiti tersebut. Juga oleh sebab saya katakan tadi yang saya hendak jawab mula ini ialah mereka yang ada di Dewan dan saya tidak nampak banyak lagi yang ada di sini yang perlu dijawab, yang lain kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian...

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Minta maaf, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah berkenaan dengan seorang pelajar bernama...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, you cannot speaking on behalf of Yang Berhormat Batu Gajah.

No, no. Tuan Yang di-Pertua, bila dia dah bawa, tidak logiklah saya bawa sekali lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak logik juga permohonan Yang Berhormat itu untuk bertanya on behalf of Yang Berhormat Alor Gajah.

No. Today I am around. Today I am around to listen to the answer which both of us have interest...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya sudah putuskan, saya sudah berikan kepada Menteri untuk menjawab yang hadir sahaja.

No, no. Saya ada interest. Saya tidak tanya dia jawab semua...

Biar dia yang tanya Tuan Yang di-Pertua, biar dia tanya. Apa Yang Berhormat? Sila.

Berkenaan dengan seorang pelajar yang bernama Darshini untuk jurusan doktor dan sebagainya dan berkaitan dengan AIMST kolej yang ditujukan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Sepatutnya Yang Berhormat sudah ada jawapan jika ada.

Ya, memang ada. Oleh sebab Yang Berhormat Batu Gajah tidak datang, saya tidak jawab. Akan tetapi saya boleh jawab sebenarnya. Sebenarnya dia pelajar yang masuk ke universiti swasta dan pembiayaan patut datang daripada swastalah, bukan datang daripada kerajaan. Oleh sebab dia memilih untuk masuk institusi swasta, itu jawapannya. Jadi terima kasihlah, sudah habis semuanya. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Sekian, terima kasih.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

[Bangun]

Ya, apa Yang Berhormat?

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Dari segi IPTS Yang Berhormat, betulkah banyak IPTS yang tutup kerana tidak cukup pelajar?

Memang ada yang IPTS yang tutup kerana ada yang memang hendak ditutup, memang mereka minta untuk ditutup. Hal ini kerana setelah diberikan lesen, mereka tidak melaksanakan, mereka tidak beroperasi Yang Berhormat. Memang ada dan itulah sebabnya bila lupus tarikh lesen telah diberi, kita menarik balik lesen-lesen mereka.

Yang Berhormat, saya hendak bagi reaksi saya terhadap jawapan Yang Berhormat, dengan izin.

Ya boleh reaksi, bukan soalan Yang Berhormat bukan? Saya sudah jawab tadi, okeylah. Saya sudah jawab tadi Yang Berhormat. Saya sudah jawab. Yang Berhormat ini reaksi, bukan Yang Berhormat tanya soalan. Itu pun saya sudah lebih jawab.

Yang Berhormat, pelajar itu memang minta IPTA.

Yalah.

Pelajar itu minta doktor dan juga pergigian, diberikan kejuruteraan kimia. Ini sama macam yang dulu kita bawa, tahun lepas saya bawa isu Kausalya, tahun ini Darshini. Benda ini berulang-ulang. Itu yang kita minta pandangan Yang Berhormat dan kementerian Yang Berhormat meneliti kes-kes sebegini.

Tahun lepas pun Yang Berhormat Batu Gajah dengan saya bawa isu yang sama dalam lingkungan bulan yang sama, Kausalya, tahun ini kita ada isu Darshini. Bila minta– Dia dari kecil belajar sungguh-sungguh, keputusan yang cemerlang, minta doktor tetapi diberikan sesuatu yang tidak diminati langsung, kejuruteraan kimia. Kejuruteraan kimia bukan apa yang diminta oleh pelajar tersebut. Ini yang...

Yang Berhormat silap. Yang Berhormat buat kesilapan mengatakan tidak diminta. Itu Yang Berhormat tidak tahu sebab itu tanya soalan yang Yang Berhormat tidak tahu.

Siapa yang tidak minta?

Memang ada, pilihan yang kelima. Dia minta untuk pergi untuk mengambil kejuruteraan kimia di USM Yang Berhormat. UKM yang tawarkan.

USM. Yang Berhormat tidak tahu.

Okey, saya akan semak. Saya akan semak.

Oleh sebab itu saya tadi tolong Yang Berhormat jawab. Yang Berhormat cuba untuk merosakkan mengatakan kita buat perkara yang tidak betul.

No. Kalau Yang Berhormat jawab tadi, senang, kita tahu. Yang Berhormat tidak jawab tadi. Yang Berhormat tidak jawab tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya duduk, Yang Berhormat Kapar duduk.

Yang Berhormat tidak tahu, jangan tanya.

Saya ada dekat sini, boleh jawab.

Betul. Saya jawablah itu Yang Berhormat. Yang Berhormat buat tuduhan bahawa pelajar itu tidak pernah memohon.

Kita hendak tahu. Itu yang kita tahu. Bila kita tahu, kita tanyalah. Tiada masalah.

Tidak tahu buat cara tidak tahulah. Malam ni.

Fakta yang saya tahu, saya tanya.

Tadi Yang Berhormat, Yang Berhormat buat statement bahawa pelajar tersebut tidak memohon.

Fakta yang saya tahu, saya tanya. Fakta yang saya tanya, saya tidak adalah. Apa masalah dia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, sudahlah Yang Berhormat Kapar...

[Dewan riuh]

Fakta yang saya tahu, saya tanya. Menjadi budi bicara Yang Berhormat untuk jawab.

Ini Yang Berhormat ini buat statement, bukan tanya soalan...

[Dewan riuh]

Fakta yang saya ada, saya tanya. Itu sahaja. Tidak payah hei, hei.

Tadi Yang Berhormat buat statement, bukan bertanya soalan.

Itu fakta yang saya ada. Tidak payah hei, hei.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, duduklah. Cukuplah Yang Berhormat. Habis sudah Yang Berhormat Menteri?

Ini Yang Berhormat ini buat statement, bukan tanya soalan. Dia buat statement bahawa tidak pernah memohon.

Tidak payah cakaplah. Saya tanya soalan, jawab. Saya ada fakta. Fakta saya- kalau hendak betulkan fakta, betulkan. Tidak payah beremosi. Tidak payah beremosi.

Yang Berhormat hendak berbelit-belit. Duduk Yang Berhormat. Duduk! Jangan bohong. Bukan beremosi. Yang Berhormat cakap bohong dalam Dewan.

Saya tidak bohong. Saya tanya soalan. Faham maksud soalan? Tahu apa itu soalan?...

[Dewan riuh]

Hei...

Apa hei, hei?

Pirah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habis Yang Berhormat Menteri? Habis ya?

Menteri Pendidikan Tinggi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Seterusnya Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar, duduk. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kementerian Belia dan Sukan. Yang Berhormat Menteri, silakan.

Menteri Belia dan SukanBrig. Jen. Khairy Jamaluddin

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih pertamanya atas keprihatinan Yang Berhormat Sekijang ke atas agenda sosial terutamanya untuk generasi muda. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah mengangkat keperluan agenda sosial yang menyeluruh untuk memastikan tiada anak muda yang tertinggal ketika negara menuju tahun 2050. KBS juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan yang telah mengumumkan Institut Penyelidikan Sosioekonomi SERI untuk melihat kepada agenda sosial ini. Beberapa inisiatif berkaitan agenda sosial juga telah diangkat seperti peningkatan tempoh cuti bersalin mandatory bagi sektor swasta daripada 60 hari ke 90 hari dan Geran Sepadan pembiayaan social enterprise dan NGO-NGO untuk kegunaan penyelesaian cabaran sosial masyarakat. Selain itu, pihak KBS melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) juga akan memberikan kerjasama kepada SERI terutamanya dalam kajian melibatkan belia yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk merangka satu program untuk mengurangkan kebejatan sosial di Malaysia. Selain daripada itu, melalui Dialog TN50 Khazanah pada pagi tadi, pihak Khazanah telah bersetuju untuk memberikan sokongan melalui Institut Penyelidikan Khazanah (KRiS) dalam mendalami permasalahan sosial di Malaysia.

Menteri Belia dan SukanBrig. Jen. Khairy Jamaluddin

Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, berkenaan dengan soal pembangunan kemahiran TVET di kalangan para belia, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberikan ruang dan tiada sebarang halangan serta bersedia membuka peluang kepada belia-belia dan juga pelajar-pelajar tahfiz untuk mengikuti latihan kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, sebagai permulaan, ILKBS melalui IKBN Pekan kita telah mengambil lapan orang pelajar tahfiz bagi mengikuti Program Aero Composite untuk permulaannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini terdapat 11,312 belia yang mengikuti 13 jenis bidang utama di 13 IKBN, satu Akademi Kebangsaan Golf (AKBG) dan lapan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Selain itu, tahap kebolehpasaran pelatih IKBN telah meningkat daripada 83 peratus pada 2014, kepada 93 peratus pada tahun ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya giliran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada seramai 18 Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan isu dan pandangan berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Belanjawan 2018 di Dewan yang mulia ini.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Telok Intan

Pada hari ini, saya juga mengambil kesempatan untuk melaporkan kepada Dewan yang mulia ini berhubung prestasi eksport komoditi negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017. Eksport sektor komoditi negara telah mencatatkan peningkatan yang membanggakan sebanyak 21 peratus, mencecah nilai RM93 bilion. Untuk tahun 2017, MPIC menjangkakan jumlah eksport sektor komoditi akan melebihi RM130 bilion. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Dasar. Isu yang pertama adalah resolusi Parlimen Kesatuan Eropah berhubung deforestation. Isu berkaitan resolusi Parlimen Kesatuan Eropah berkaitan dengan penyahhutanan yang menuduh tanaman sawit sebagai punca kemusnahan hutan dan kerosakan alam sekitar telah dibangkitkan oleh sembilan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan ini. Termasuk Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Kuala Kangsar, telah menyatakan rasa kebimbangan. Oleh sebab ini satu isu besar Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Memandangkan isu berkaitan resolusi Parlimen EU adalah penting, saya ambil sedikit masa untuk menjelaskan kepada Dewan yang mulia. Saya amat berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut bersama kami di MPIC, berasa bimbang dan kecewa dengan tindakan yang melulu dan tindakan yang tidak adil oleh pihak EU ke atas minyak sawit. Saya memberi jaminan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah orang yang paling vocal sekali memprotes tindakan pihak EU. Malahan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meminta supaya Malaysia bersedia mengambil tindak balas yang sewajarnya ke atas resolusi ini.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, sumbangan penting industri sawit kepada pembangunan negara telah dicemari berbagai tohmahan negatif. Lebih menyedihkan, kempen anti minyak sawit telah mempengaruhi pemikiran para pengguna dan mampu menggugat kedudukan industri sawit sebagai tulang belakang ekonomi negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, resolusi EU ini serta rentetan tindakan selanjutnya telah memberi gambaran yang sangat negatif. Oleh itu, saya juga setuju bahawa kita mesti ambil tindakan. Malaysia pada masa ini telah bekerjasama dengan Indonesia di bawah payung Council of Palm Oil Producing Countries untuk melawan gerakan anti minyak sawit oleh pihak-pihak tertentu, terutamanya EU. Malaysia telah menegaskan bahawa pengeluaran dan pengguna biodiesel berasaskan sawit tidak menjejaskan alam sekitar. Saya juga bersetuju saranan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya tidak lagi berlembut dan terlalu berdiplomasi dalam menangani resolusi Parlimen EU ini. Seperti yang saya telah jelaskan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan keperluan untuk bertindak balas memandangkan Malaysia adalah negara yang berkemampuan untuk membuat demikian. Kita akan bertindak balas dan pada bulan ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga akan berjumpa kesemua 15 duta negara-negara Eropah. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana baru dalam bajet ini telah meluluskan satu peruntukan khas RM30 juta untuk program promosi kelapa sawit. Kementerian juga bersetuju dengan saranan bahawa aktiviti yang efektif perlu dijalankan secara berterusan dan bukan pada sesuatu masa sahaja. Ia memerlukan sokongan pakar yang berwibawa dan berpengaruh serta sumber kewangan yang mencukupi. Di samping itu, saya hendak...

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Okey.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan penuh minat tentang usaha kerajaan untuk meningkatkan eksport dan mengalahkan tohmahan- tohmahan dan boleh dikatakan fitnah, yang dibuat oleh di peringkat Eropah sana. RM30 juta untuk promosi adalah satu angka yang baik tetapi kelapa sawit ini adalah salah satu daripada eksport kita yang penting. Kita dapat lihat banyaknya ladang, tanah kita ini digunakan untuk penanam kelapa sawit. Jadi, saya berpendapatlah, apa lah kiranya kalau sebenarnya peruntukan untuk mempromosikan lagi kelapa sawit ini ditingkatkan lagi melebihi RM30 juta. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat Menteri, sikit boleh? Yang berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil, depan Yang Berhormat Menteri .

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan resolusi European Union, saya ingin tanya, berapa kah unjuran kerugian negara kalau resolusi ini dilaksanakan? Kerugian yang akan ditanggung oleh negara. Terima kasih.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Terima kasih cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita berbanding dengan dua tahun dulu, peruntukan promosi telah ditambah. Kita sekarang juga bekerjasama dengan pihak swasta supaya dapat mengatasi kempen negatif ini. Sekarang dengan adanya Council of Palm Oil Producing Countries, saya harap dari segi kerjasama dengan negara Indonesia adalah lebih efektif dari dulu yang kita buat promosi secara berasingan. Berkaitan dengan resolusi EU yang akan menghentikan import kelapa sawit, itu yang kita sedang sekarang dalam perbincangan dengan mereka. Walau bagaimanapun, resolusi Eropah itu ia berbunyi bahawa selepas 2020, mereka hanya menerima kelapa sawit yang disijilkan Sustainable Palm Oil.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Oleh itu lah sebab apa sebabnya kita sekarang hendak mewajibkan bahawa semua stakeholders dalam industri sawit kita mendapat sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Saya tahu bahawa MSPO ini memerlukan kewangan, memerlukan lebih masa tetapi bagi saya, ini for the medium, long term, this is the only way. Oleh sebab Eropah buat resolusi, sekarang seluruh dunia ke arah lebih environmental conscious, lebih green conscious. Mereka perlu certificate. So, apa yang kita buat sekarang, kita dalam perbincangan dengan Eropah dan negara-negara lain supaya mengiktirafkan MSPO kita. Kita telah ada roadshow bersama dengan semua pekebun-pekebun kecil dan untuk menggalakkan pekebun kecil untuk mendapat sijil MSPO. Kerajaan telah dapat satu peruntukan RM130 juta supaya persijilan adalah percuma untuk semua pekebun-pekebun kecil kita. So, kita harap bahawa dengan MSPO ini akan mengatasi requirements yang dibuat oleh Eropah dan bukan sahaja ini juga akan memberi satu premium kepada kelapa sawit kita. Itu adalah hasrat kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun lagi, Yang Berhormat.

Sikit lagi Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya ingin bertanya, adakah MSPO ini kita dikehendaki mengikut acuan yang ditetapkan oleh Eropah? Itu penting itu. Keduanya, sejauh manakah pekebun-pekebun kecil kita dapat menerima, memahami kepentingan? Apakah kekangan-kekangan mereka untuk menepati MSPO yang kita hendak buat ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, sebelum jawab, minta sedikit lagi Yang Berhormat Bukit Katil. Saya tertarik dengan MSPO tadi. Saya di fahamkan- saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah ini benar? Soalan saya ialah apakah concern ataupun keprihatinan mereka yang berada di Barat ini adalah soal environment, soal alam sekitar, yang khusus berkaitan dengan sawit, yang dihasilkan daripada Malaysia Timur dan bukan daripada Semenanjung Malaysia? Terima kasih.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Terima kasih. Masalahnya sekarang kita ada banyak persijilan antarabangsa tetapi kriterianya bagi saya adalah begitu susah terutamanya untuk pekebun kecil kita dapati sijil itu seperti RSPO. So, lebih munasabah jika Malaysia ada persijilan sendiri. Saya yakin jika ada banyak yang ambil persijilan ini, negara Eropah akan merestuinya. Masalahnya sekarang MSPO itu satu yang baru tetapi kriterianya adalah sama taraf dengan persijilan yang lain seperti RSPO. Hampir 95 peratus adalah yang sama tetapi mungkin sedikit dia hendak mengikut undang-undang dan juga kastam di negara kita. Lebih sesuai untuk pekebun kecil di Malaysia kita. Kedua, kompelin Eropah adalah ada fakta-fakta yang tidak benar macam kita bakar hutan apabila hendak menanam kelapa sawit. Itu saya telah memberitahu mereka bahawa di negara Malaysia, kita langsung tidak bakar hutan untuk menanam kelapa sawit. Kedua, kebimbangan mereka sebab terutamanya di negeri Sarawak, ada penanaman deep peat soil. Sebenarnya negeri Sarawak dia juga mengikut undang-undang-undang. Peat yang terlalu dalam, mereka tidak menanam. So, kita hendak berbincang dengan Eropah bahawa jika peat itu bukan begitu dalam, adalah munasabah untuk pekebun kecil menanam. Itu saya akui belum selesai. Akan tetapi itu hendak melalui perbincangan, melalui menjemput Ahli-ahli Parlimen Eropah, menjemput pakar-pakar mereka ke Malaysia untuk melihat sendiri amalan-amalan kemapanan industri sawit negara. Saya selalu menegaskan kepada negara Eropah, negara Amerika bahawa negara kita Malaysia, we are as concerned about environment as anybody else. Kita juga hendak kemapanan sebab kita hendak sustainability kepada pekebun-pekebun kecil Malaysia. Saya selalu memberitahu bahawa...

[Bangun]

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

...Kelapa sawit telah membangunkan negara kita dan banyak yang dulunya miskin sekarang ada satu cara sara hidup. So, do not destroy the livelihood of 650,000 of small holders.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kangsar bangun Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya tiga perkara. Setakat ini, bagaimanakah keberkesanan kerjasama dengan Indonesia sebagai pengeluar terbesar untuk menangani kempen anti sawit. Kedua, apakah langkah konkrit kementerian yang berkesan dalam mendidik penduduk-penduduk Eropah bahawa sawit kita mempunyai khasiat? Sekiranya mereka menuduh kita mengenai deforestation dan juga burning, saya rasa setiap perkara ataupun allege kita harus minta supaya bukti itu secara jelas. Jangan kita membenarkan mereka membuat keputusan atau menghukum kita tanpa bukti-bukti ini. Saya juga mahu mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, mereka menggunakan Ahli-ahli Parlimen mereka di dalam European Union untuk menghukum kita. Semestinya kita mempunyai ramai aktivis sawit di kalangan Ahli Parlimen kita. Saya mencadangkan supaya kementerian memikirkan untuk mengadakan satu kokus ataupun satu kumpulan aktivis-aktivis sawit di kalangan Ahli Parlimen kita daripada pihak pembangkang dan juga daripada pihak kerajaan. Akhir sekali, adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa tetap bagi memastikan kempen melawan kempen-kempen negatif ini daripada kalangan Ahli Parlimen kita? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Terima kasih atas cadangan. Oleh sebab itu saya telah mencadangkan supaya kita ada satu pasukan Ahli Parlimen kita untuk melawat ke EU’s Parliament. Baru-baru ini tujuh Ahli Parlimen kita telah melawat ke Brussels termasuk daripada pembangkang juga ambil bahagian. Oleh sebab ini isu bukan politik. Isu ini adalah begitu penting kerana 650,000 pekebun kecil. Saya akui bahawa persepsi negatifnya banyak dan banyak syarikat di Eropah juga guna video yang sebenarnya memutarbelitkan fakta berkaitan dengan kelapa sawit. Oleh sebab kelapa sawit adalah minyak yang efisien sekali. Oleh itu ia ada banyak pesaing di Eropah terutamanya red seed dan lain-lain. So mereka ada lobbing group dan oleh itu kita akui bahawa kita mesti buat lebih banyak promosi. Tadi saya telah beritahu bahawa tahun ini Yang Amat Berhormat Menteri Perdana Menteri telah meningkatkan bajet untuk promosi kita. Kedua, adalah sangat penting sebab negara pengeluar terbesar adalah Indonesia. Pada bulan ini, kita di Indonesia telah adakan mesyuarat Council of Palm Oil Producing Countries yang pertama secara rasmi. Banyak isu telah dibangkitkan dan dipersetujui. Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama sebab Indonesia ada lebih daripada dua juta pekebun kecil di Indonesia dan kita perlu bekerjasama dengan Indonesia. Sudah terlalu lama kita buat secara sendiri, Indonesia buat cara sendiri. Selain daripada itu, di council itu kita telah bersetuju untuk menjemput negara-negara yang lain yang juga mengeluarkan kelapa sawit Papua New Guinea, Thailand supaya kita ada bargaining power yang lebih besar terhadap negara-negara. Walau bagaimanapun, sekarang kita telah mula, kita akan ambil usul ini ke WTO sebab jika Eropah dia ambil tindakan-tindakan yang diskriminasi terhadap kelapa sawit, ini adalah salah daripada segi WTO dan kita akan ambil tindakan. Saya ucapkan terima kasih kepada banyak Ahli Parlimen yang menunjukkan perhatian. Saya setuju bahawa kita hendak mewujudkan satu jawatankuasa terutamanya di antara kalangan Ahli-ahli Parlimen yang juga pakar dalam bidang ini supaya kita dapat bersama-sama to face this very challenge, this is a very big challenge.

Yang Berhormat Menteri, boleh sikit mencelah? Boleh Tuan Yang di-Pertua? Saya tertarik dengan jawatankuasa yang diumumkan oleh kerajaan tadi. Cuma saya percaya Menteri juga tahu bahawa di Indonesia ada ISPO. Jadi kita tadi seperti Yang Berhormat Menteri sebut ada MSPO. Jadi apakah dalam jawatankuasa itu hendak diperhalusi agar ada satu sahaja standard mungkin kita akan di peringkat regional sustainable palm oil dan sebagainya yang lebih komprehensif kerana kita telah dimaklumkan oleh kerajaan tadi bahawa ada kerjasama yang baik dalam hal ini. Saya fikir itu lebih baik untuk kita push this agenda, dengan izin, even to the WTO. Terima kasih.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Terima kasih. Oleh itu, macam bulan ini adalah mesyuarat rasmi yang pertama. So, banyak yang kita hendak bekerjasama dan ini adalah antara topik yang kita telah berbincang. Mungkin ada lebih baik untuk satu standard atau standard sesebuah negara yang berlainan. Itu masih dalam perbincangan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beruas telah membangkitkan isu MSPO.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas tidak ada dalam Dewan.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Okey, tiada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Can skip that.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Yang Berhormat Ampang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada dalam Dewan.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Tiada. Yang Berhormat Padang Besar?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Besar, tidak ada dalam Dewan.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Yang Berhormat Lipis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis tengah berada di luar Dewan.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Ahli Yang Berhormat Gerik telah membangkitkan– tadi saya tengok ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik tak ada dalam Dewan.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya kira semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat telah dijawab dan yang belum saya akan bagi secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Datuk Seri Mah Siew KeongGERAKAN · BNTelok Intan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Seterusnya giliran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 yang menyentuh isu-isu berkenaan dengan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Tuan Yang di-Pertua, ada isu yang dibangkitkan- ini adalah isu yang berbangkit, yang bertindih antara saya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Jadi ada jawapan yang telah diberikan Kementerian Pendidikan Tinggi, saya tidak mahu menyentuhnya. Isu pertama macam The Fourth International Industrial Revolution yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Bagan Serai. Walaupun dia ada dekat sini tetapi telah pun dijawab oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Jadi saya mengambil peluang untuk tidak menjawab yang itu. Kedua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong juga tidak ada dalam Dewan. Jadi saya skip yang ini.

Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad DiahUMNO · BNTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tangga Batu

Ketiga, isu Yang Berhormat Sekijang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sekijang ada dekat sini. Jadi saya ingin membacanya walaupun panjang sedikit. Saya seterusnya, Yang Berhormat Sekijang telah membangkitkan Pusat Pembelajaran STEM. Ini menunjukkan Yang Berhormat Sekijang amat peka dengan pendidikan sains dan teknologi di kalangan generasi muda yang akan menerajui negara ini pada masa akan datang. Bakat STEM yang perlu dipupuk dan diasuh dari awal kita bertanggungjawab untuk membuat sesuatu pada hari ini bagi mendapatkan hasil 10 atau 20 tahun yang akan datang. Penubuhan Pusat Pembelajaran STEM Kebangsaan merupakan satu langkah penting oleh kerajaan dalam membangunkan bakat STEM dengan izin, by design not by the chance. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, faktor minat murid adalah pendorong untuk mereka mengikuti aliran STEM. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk minda 5 juta anak-anak Malaysia bermula pada prasekolah hinggalah ke peringkat menengah dan mencorakkan persepsi murid terhadap STEM. Justeru guru-guru STEM perlu diperkasa dan keupayaan mereka perlu dipertingkatkan agar peranan guru sebagai pengajar diubah menjadi fasilitator bagi menggalakkan murid untuk menerokai subjek STEM dengan minda inkuiri dan kreatif. Menurut laporan Science Outlook 2017 oleh Akademi Sains Malaysia yang bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini hampir separuh daripada guru STEM yang ditinjau tidak pernah mengikuti latihan berkaitan dengan sistem STEM semasa dalam perkhidmatan. Oleh itu, perlu untuk Pusat STEM Kebangsaan diinstitusikan bagi memastikan guru STEM dilatih secara khusus dalam bidang STEM dan mendapat sokongan sewajarnya dari kerajaan. Pusat ini akan dibangunkan berdasarkan kepada model National STEM Learning Centre di United Kingdom yang ditubuhkan pada tahun 2004. Model ini merupakan sebuah jaringan yang disokong oleh kerjasama unik antara badan kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan kebajikan amanah dan badan swasta. Itu isu yang STEM tadi ya. Saya pergi the next one, isu Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong pun tidak ada. Akan tetapi Yang Berhormat Jelutong ini banyak menyentuh berkenaan sistem amaran awal cuaca yang telah pun saya jawab kebanyakannya masa soal jawab lisan baru-baru ini. Yang Berhormat Tanjong juga bercerita benda yang sama tentang amaran, itu pun saya telah jawab dalam jawapan saya dalam soalan lisan yang lepas. Selepas ini, Yang Berhormat Kanowit pun tidak ada. Jadi saya akan meninggalkan jawapan ini kepada dia. Yang Berhormat Kanowit juga yang itu Yang Berhormat Kanowit panjang sikit soalannya, dia amat berminat benda ini tetapi malangnya dia tidak ada. Akhir sekali Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan juga tidak ada tetapi Yang Berhormat Kuantan boleh katakan apa yang disoal ini ialah benda yang saya selalu jawab soalan berkenaan dengan Lynas. Jadi ini juga dia tidak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja saya hendak baca penutupnya. Semakin banyak negara menerima bakal penerimaan pertumbuhan yang disokong oleh sains loji dan inovasi. Dengan ini knowledge is currency of the new economy.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat.

Melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, saya menekankan bahawa STI tidak harus selalu berasingan kerana STI merentasi sektor ekonomi kementerian dan domain pengetahuan. Ia tidak boleh dilihat sebagai bidang kuasa sesebuah kementerian tertentu sahaja bahkan perlu menjadi agenda utama bagi ke semua kementerian. Sekian sahaja penjelasan saya...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat, Stampin.

Berhubung dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Kalau boleh?

Ya, boleh.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya, saya ada bahaskan, bangkitkan isu di mana, adakah kerajaan- saya tidak pastilah kalau dia termasuk dalam kementerian Yang Berhormat ataupun kementerian yang lain. Di manakah, adakah kerajaan mempunyai inisiatif bagi aktiviti seperti drone race ataupun MegaBot, Robot Duo kerana saya berpendapat bahawa aktiviti semacam ini boleh merangsang development in this field. Seperti- kalau benarkan saya huraikan. Saya bagi contoh seperti mana dulu kalau F1 race. Sebelum ini F1 race apabila kita adakan F1 race, kita boleh nampak loncatan tinggi terhadap teknologi dalam kereta di atas stabilization, aerodynamic, computer control sehingga F1 terpaksa hentikan the involvement or the installation, dengan izin, of computerized system in F1 because computer already overpowered human capability. Jadi kita boleh nampak bahawa aktiviti semacam ini boleh mendorong perkembangan dalam teknologi tersebut. Maka, sekarang punya trend kita boleh nampak drone race ini, saya bagi contoh kalau Dubai pada tahun 2016 mereka adakan USD1 million drone race. Di mana the winner, pemenang boleh buat bawa balik USD250,000 dia punya prize. Jadi aktiviti semacam ini boleh mendorong perkembangan control system. Memandangkan sekarang anak-anak kita, anak-anak muda kita mereka memang tertarik dengan drone race dan robot race. Jadi saya harap kementerian kalau ada inisiatif yang boleh mendorong our youngster to get involved in this kind of activity dengan izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ada menganjurkan mengenainya tetapi selalunya bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran. Tadi memang dalam aktiviti NICE kita baru-baru ini juga ada pertandingan drone, ada robot begitu, kebanyakannya kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang diberi kebenaran ke atas kementerian ini dan mana semuanya telah memberi perhatian serius dan tindakan susulannya akan diambil oleh pihak kementerian. Sekian. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Seterusnya giliran Kementerian Pendidikan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Kementerian Pendidikan. Seramai 44 Ahli Yang Berhormat kerajaan telah terlibat dan 32 orang Yang Berhormat bukan kerajaan telah mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Dalam Kementerian Pendidikan, isu yang telah dibangkitkan kalau boleh dibahagikan di sini kepada Dasar Pendidikan, Perancangan dan Pembangunan Pendidikan, Perancangan dan Pembangunan Pendidikan di Sabah dan Sarawak, berkaitan dengan guru, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran murid ataupun pelajar sekolah, bantuan pendidikan, sekolah bantuan kerajaan, teknologi dalam pendidikan dan perkara-perkara lain yang semua sekali melibatkan 94 pertanyaan ataupun isu atau cadangan dalam 10 kluster yang boleh saya sebut. Jadi yang pertama sekali mengenai dengan dasar di sini. Saya tengok dalam senarai ini ada Yang Berhormat Stampin.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Daripada tujuh Yang Berhormat, berhubung dengan isu pengiktirafan UEC dan SMPC, saya ingin menyebut kepada Yang Berhormat Stampin sebab yang lain-lain tidak ada dalam Dewan- bahawa sehingga hari ini, jawapan saya macamlah jawapan pada tahun yang lalu juga, Yang Berhormat. Kerana, perkara ini perlu difahami secara menyeluruh yang berkaitan dengan konteks Dasar Pendidikan Kebangsaan. Semua sistem pendidikan hendaklah dilaksanakan di negara ini berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kita faham UEC mempunyai enam tahun- Junior One, Junior Two, Junior Three dan Senior One, Senior Two dan Senior Three. Kebanyakan pelajar di Senior Two mengambil SPM dan kebanyakan pelajar mengambil enam teras mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah sebagai pelajaran teras. Jadi sehingga hari ini, banyak pelajar-pelajar di Senior Two yang mengambil BM dan juga Sejarah serta empat subjek yang lain. Jadi sehingga hari ini, melalui UEC ini, yang kita benarkan dalam negara adalah pelajar-pelajar yang masuk ke IPG untuk mengambil ijazah dalam Bahasa Mandarin untuk ditempatkan di sekolah-sekolah. Jadi, itu Dasar Pendidikan berkaitan dengan UEC sehingga hari ini, Yang Berhormat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat bagikan. Saya pun tidak mahu ramp panjang kerana Yang Berhormat Menteri pun tahu huraian saya pun sama seperti dulu. Seperti mana Yang Berhormat Menteri tahu bahawa selama ini memang ini menjadi perjuangan pembangkang untuk memperjuangkan pengiktirafan UEC daripada kerajaan. Itu semua pun tahu. Akan tetapi, pada masa yang lama ini, kita hendak tahu juga bahawa Mendiang Ketua Menteri Sarawak beberapa tahun dahulu juga telah pun menerima baik perjuangan kita dan inginkan bahawa pengiktirafan UEC boleh diterima oleh kerajaan ini adalah hasrat sekarang Barisan Nasional di Sarawak. Maka, walaupun kita di kem yang berlainan, saya berpendapat ini adalah tanggungjawab saya juga sebagai seorang wakil rakyat daripada Sarawak untuk meneruskan apakah perkembangan semasa terhadap pengiktirafan UEC. Ini kerana dekat Sarawak, ramai murid bukan sahaja daripada bangsa Cina tetapi bangsa bumiputera juga ambil pelajaran UEC. Maka, kita perlu tahu secara detil, apakah status perbincangan dengan Kerajaan Sarawak terhadap pengiktirafan ini? Juga, apakah langkah-langkah yang akan diambil supaya we can have a solution on this? No point for us to keep arguing in Parliament for the many-many years tetapi tidak ada fruition, dengan izin. Jadi saya harap kementerian boleh memberi satu jawapan yang lebih konkrit terhadap perbincangan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak dan apakah langkah yang akan diambil supaya kes ini boleh diselesaikan once and for all, dengan izin. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Sebenarnya kita juga telah membuat engagement dengan pihak Persatuan Dong Zong. Mereka juga datang dan berjumpa dengan saya dan kita juga berjumpa dengan beberapa lagi pertubuhan. Bukan sahaja Yang Berhormat daripada pihak pembangkang yang memperjuangkan. Sebenarnya boleh saya sebut, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Ayer Hitam, mereka juga sebenarnya hendakkan benda yang sama, bagaimana boleh UEC ini dalam satu mekanisme membolehkan supaya ada perkara yang boleh dirundingkan dan perkara yang boleh dibuat atas mengasimilasikan perkataan SPM teras subjek dan juga Bahasa Malaysia dan Sejarah. Ini perkara yang pada sayalah di Dewan yang mulia ini, boleh saya katakan masih kita berbincang. Bukan suatu benda yang kita katakan kita tolak 100 peratus. Benda yang boleh dibincang dan benda yang boleh dirundingkan lagi.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Jadi, perkara ini perkara yang pada saya telah lama, bukan benda yang baru. Ramai di kalangan orang yang berada di sekolah Cina persendirian itu sendiri yang datang dan mereka memberi idea dan pandangan kepada kerajaan termasuk saya sendiri secara peribadi. Kalau dikatakan mereka berada di seat Junior One, Junior Two dan Junior Three selepas itu pergi ke Senior One, Senior Two dan Senior Three dan sudah ada Senior Two yang mengambil SPM, jadi banyak yang memberi pandangan. Perkara ini boleh kita bincangkan lagi di peringkat Kementerian Pendidikan, Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tebrau bangun, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat, Yang Berhormat, biar Yang Berhormat Stampin sahajalah, fasal ini hal yang berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Stampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tebrau bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tidak apa, subjek yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tebrau bangun.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Saya hendak dengar dia punya pandangan juga kalau boleh.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey. Bagi Yang Berhormat Tebrau dululah. Sekejap.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya dengar tadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Stampin bahawa ini merupakan perjuangan pihak pembangkang memang tidak benar sebab mereka hanya secara lisan sahaja. Setakat ini, apa yang dicapai oleh UEC misalnya, mereka boleh pinjam PTPTN, mereka boleh masuk ke IPG dan sebagainya, ini diperjuangkan oleh MCA. Kita ambil inisiatif, kita buat kerja. Kita bukan cakap di luar sahaja. Jadi saya hendak betulkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Stampin, duduk Yang Berhormat Stampin.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Persepsi yang salah ini.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tahu, memandangkan ini telah pun bincang, bincang, bincang berdekad-dekad, sebenarnya kalau mereka yang pemegang Sijil UEC, saya salah seorangnya, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kluang dan itu Yang Berhormat Kampar. Kami ini semua pernah melalui pembelajaran Sekolah Menengah Swasta Cina Dong Zong. Saya rasa hari ini kalau ramai yang sudah pun bincang, MCA juga mahu claim kredit sekarang, mungkin boleh beritahu Dewan yang mulia ini, apakah halangan, apakah yang kerajaan rasa susah untuk dapat terima UEC ini?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Halangannya mudah sahaja. Halangannya adalah tidak mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan. That’s all, itu sahaja. Itu sahaja.

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Halangannya adalah tidak ikut Dasar Pendidikan Kebangsaan. So, we form the Government, dengan izin, selepas merdeka dan kita ada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jadi bila UEC tidak ikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, kita tidak terima UEC.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Akan tetapi sekarang ini kerajaan yang ada, Kerajaan Barisan Nasional, hasil daripada perjuangan rakan-rakan, kita terima juga. Kita terima dalam konteks macam mana. Sebab itu saya katakan tadi, macam mana hendak buat supaya kita boleh assimilate dengan sistem dasar yang ada tanpa mengorbankan Dasar Pendidikan tetapi kita boleh terima. Itu maksud saya. Jadi halangan dia itu sahaja, Yang Berhormat Seputeh, tetapi kita carilah jalan yang terbaik. Bukan tujuan untuk bermusuh, bukan tujuan menjadi fanatik, bukan tujuan untuk jadi ekstrem kita menolak mentah-mentah hal yang berkaitan dengan UEC. Kita terima, tetapi kita ada sedikit modification kena buat, dengan izin, supaya ada penerimaan sepenuhnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibu bangun, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya rasa cukuplah yang itu. Cukuplah.

Sikit sahaja. Sikit sahaja, Yang Berhormat Menteri. Saya amat keliru mengapa Dasar Pendidikan Kebangsaan kita ini tidak boleh buat sedikit pindaan supaya UEC boleh diterima?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat Dasar Pendidikan sudah jelas. Kalau UEC datang dengan persendirian, UEC datang dengan private, jadi kalau private, kalau persendirian semua sekali 100 percent dan tidak mahu terima apa yang kita cadang, tidak boleh. Sebab itu dalam Dong Zong yang datang sekarang ini, Dong Zong dia negotiate apa yang boleh apa yang tidak boleh, then barulah kita boleh terima. Akan tetapi kalau dulu ditolak- kerajaan hendak offer, tetapi dia orang tidak mahu langsung, tidak boleh. Kita kena bagi fair kepada kerajaan. Kerajaan boleh terima, you pun boleh terima, kita share lah apa yang patut diterima. Itu sahaja. Kalau you hendak datang dengan 100 percent you punya, selepas itu tidak mahu langsung terima yang kerajaan, itu tidak boleh. Itu tidak boleh. Ini sebuah negara. Ini soal negara, bukan soal hanya sebuah NGO. Bukan begitu.

...Akan tetapi, sijil dari ‘O’ Level, ‘A’ Level, kerajaan akan mengiktiraf tetapi UEC mengapa tidak boleh? Sama sahaja.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

You hendak kerajaan iktiraf benda yang tidak boleh kerajaan iktiraf, tidak bolehlah. Itu sahaja. Tidak boleh. Jadi tidak apa, itu semua boleh. Saya katakan tadi bahawa bukan kita tolak 100 percent. Bukan kita tolak. Sebab itu kita terima IPG. Bila MCA bawa, ini cara dia. Masukkan ini Bahasa Malaysia dan Sejarah dalam SPM, you follow yang itu. Kita terima juga masuk IPG. Tidak ada masalah. Pelajar universiti juga. Boleh terima.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat, kalau saya boleh minta penjelasan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya faham atas pertuturan tadi, maksudnya adalah halangan-halangan ini tinggal sedikit sahaja.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Maksudnya in a near future, tidak mahu tunggu 30 tahun lagilah, few more years ataupun beberapa bulan, kerajaan boleh terima, mendapatkan satu penyelesaian dengan pihak Dong Zong untuk pengiktirafan universiti. Betul atau tidak?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Pada suatu titik pertemuan yang pada kerajaan tidak membelakangkan Dasar Pendidikan Kebangsaan, kita terima. Okey, kita pergi kepada yang lain pula. Cukuplah yang itu ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang lain ini, kurikulum dan pengajaran pembelajaran. Ada ramai di sini. Ada Yang Berhormat Sipitang, ada Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada Yang Berhormat Hulu Langat.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Hulu Langat ada. Yang Berhormat Hulu Langat berkait dengan- tidak adapun Yang Berhormat Hulu Langat di sini. Pendidikan teknik dan vokasional. Jadi Yang Berhormat Hulu Langat membangkitkan mengenai dengan bagaimana Kementerian Pendidikan boleh memadankan pendidikan dengan industri. Jadi ini satu perkara yang saya rasa soalan yang amat baik sekali kerana ia melihat bagaimana Kementerian Pendidikan, pengajaran dan pembelajaran dalam vokasional itu selari dengan kehendak industri. Maknanya kalau contohnya dalam bidang automotif di kolej vokasional, adakah automotif di kolej vokasional itu selari dengan permintaan dalam industri ataupun dalam tourism, dalam services industry, dalam automotif, dalam air condition dan lain-lain industri. Saya hendak memberi penjelasan kepada Yang Berhormat bahawa apabila kita mewujudkan ataupun menaik taraf kolej vokasional, kita sebenarnya mencari sesuatu yang dinamik di luar. Kita bekerjasama dengan swasta, supaya kolej vokasional kita dapat membuat penambahbaikan pelajar tentang pelajaran yang dia belajar dengan apa yang ada dalam swasta. Ini kerana bila dia keluar nanti untuk praktikal, anak-anak itu sebenarnya faham sudah bahawa itulah sebenarnya kehendak dan cikgu yang mengajar ini, pensyarah yang mengajar ini sesuai dengan kehendak industri di luar sana. Itu contohnya. Kalau dalam industri perhotelan, kolej vokasional hospitaliti dan hotel, kita membuat kerjasama dengan hotel-hotel di kawasan kolej vokasional. Kolej Vokasional Langkawi misalnya mempunyai direct MoU dengan beberapa buah hotel. Port Dickson misalnya, Kota Kinabalu dan juga Kuching di Sarawak. Itu satu contoh Yang Berhormat yang berkaitan dengan bagaimana di kolej vokasional. Ketiga yang berkaitan dengan guru. Guru ada, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Merbok. Yang Berhormat Hulu Langat juga ada di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kapar ada.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Kemasukan pelajar tahfiz ke kolej vokasional. Ini merupakan satu daripada perkara yang saya kira amat baik soalan ini iaitu kita sebenarnya- program kolej vokasional adalah untuk murid lepasan Tingkatan 3 dan terbuka kepada semua kaum dalam negara kita. Pemilihan murid berdasarkan minat dan kecenderungan murid terhadap bidang vokasional. Walau bagaimanapun, kalau ikut yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bajet yang lalu, beliau membenarkan sebenarnya pelajar-pelajar tahfiz dengan kolej komuniti. Kolej komuniti sebelah petang untuk membuat praktikal dengan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk murid. Hal yang berkaitan dengan murid. Ada tidak wakil rakyat di sini? Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Sekijang ada. Yang Berhormat Sekijang ada belakang.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ini berkaitan dengan guru.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang ada.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Sekijang. Nisbah guru dan pembantu guru. Setakat hari ini, pembantu guru ataupun diambil secara sambilan sedang berkhidmat sehingga November 2017 di 121 buah sekolah di negeri Melaka dan 300 buah sekolah di Kedah. Kerajaan belum berhasrat untuk meluaskan program pembantu guru pada masa ini tetapi mengambil beberapa langkah bagi mengatasi isu yang berkait dengan tanggungjawab guru. Ini termasuklah pengisian jawatan kosong di sekolah. Melihat kepada keperluan jawatan guru dan anggota pelaksana, mengurangkan serta memudahkan tugas kemasukan data, laporan dan memperhalus kaedah pengoperasian sekolah yang lebih mengutamakan keberhasilan pembelajaran murid dan mengurangkan beban aktiviti bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jadi sehingga hari ini belum ada lagilah pengambilan secara total terhadap pembantu guru. Jadi kerja-kerja guru itu sendiri cuba dikurangkan dan tidak disebut perkataan yang membebankan guru itu, Yang Berhormat. Untuk sekolah bantuan kerajaan, ada enam orang bertanya di sini. Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Stampin. Yang Berhormat Stampin ada?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Ada dekat sini.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Stampin. Peruntukan sekolah Chung Hua di Stampin dan Bandar Kuching. Peruntukan yang diterima oleh SRJK(C) Chung Hua sebanyak RM290 ribu manakala peruntukan diterima oleh SRJK(C) Chung Hua di bawah Parlimen Stampin sebanyak RM980 ribu melibatkan 18 buah sekolah.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri, itu tahun berapa ataupun sepanjang penggal ketiga belas?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat, ini tahun 2017 Yang Berhormat. 2017.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh, Tuan Yang di-Pertua? Kalau boleh saya minta peruntukan bagi tahun 2013 sehingga yang terkini.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Itu saya belum ada.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Bertulislah, boleh?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya boleh bagi jawapan bertulis, Yang Berhormat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Kemudian teknologi pendidikan. Teknologi pendidikan. Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Ada Yang Berhormat Sekijang juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Kemudahan- dua-dua ada? Kemudahan data internet dan kreativiti inovasi melalui penggunaan perisian, Yang Berhormat Kuala Kangsar. KPM mempunyai kurikulum yang direka bentuk dan menyokong keberhasilan murid yang mempunyai minda kreatif dan inovatif berasaskan identiti nasional serta bersedia untuk bersaing mencabar abad ke-21. Manakala kemudahan data internet untuk guru, KPM sentiasa mematuhi proses perolehan kerajaan dan suka lah saya menyebut bahawa dalam perkhidmatan internet yang disediakan kepada sekolah pada hari ini, kebanyakan sekolah telah memperoleh 4G dan ada sekolah yang mendapat- masih lagi sekolah di luar bandar ada yang mendapat melalui ADSL iaitu kemudahan yang bukan melalui 4G. Walau bagaimanapun, kementerian secara berterusan melaksanakan pemantauan terhadap perkhidmatan jalur lebar yang dibekalkan adalah mematuhi perjanjian tahap perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Akhir sekali ialah yang berkaitan dengan hal-hal lain yang ada di sini yang disebut mengenai dengan- Yang Berhormat Sekijang sebut mengenai sistem akreditasi tunggal (MQA) di Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia yang memberi sijil kemahiran kepada pelajar-pelajar merupakan antara pelaksana sistem yang bakal diwujudkan. Itu sahajalah. Yang lain yang habis...

Yang Berhormat Menteri, dari Kapar ada dua soalan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Apa dia Yang Berhormat?

Satu, mengenai seorang pelajar yang telah membunuh diri dan satu lagi ialah seorang guru yang...

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Dalam banyak soalan, you tanya bunuh diri ya?

[Ketawa] Ya, kerana dia dibuang sekolah, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Apa dia?

Kerana dia dibuang sekolah. Dia bunuh diri kerana dibuang sekolah. Pelajar yang sepatutnya menduduki PT3.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Kapar, ya? Yang Berhormat Kapar.

Yang lagi satu adalah berkenaan dengan seorang cikgu yang menawarkan khidmat seks ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey, saya jawab sikit. Ada, Yang Berhormat Kapar. Ada, ada.

Boleh? Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, sebanyak 21 murid telah tampil membuat aduan kerana dibuli dan diugut murid bernama Naresh Thirunavukarasu. Mendiang. Kesemua pengadu takut dan merasa terancam untuk hadir ke sekolah. Pembuangan murid dari sekolah dibuat mengikut prosedur dengan mengambil kira laporan kaunseling, laporan disiplin dan keputusan Jawatankuasa Lembaga Disiplin sekolah. Sebelum murid dibuang sekolah, murid ini telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman seperti berikut: (i) amaran; (ii) denda dan penahanan; (iii) rotan; dan (iv) gantung sekolah. Buang sekolah adalah pilihan yang terakhir pada pengetua dan guru besar dalam usaha membentuk sahsiah diri murid yang telah melakukan salah laku disiplin. Ini jawapan yang diberi di sini, Yang Berhormat Kapar.

Itu jawapan yang telah dimaklumkan oleh PPD atau sekolah, Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ini yang dihantar untuk dijawab pada hari inilah oleh pegawai daripada kementerian.

Nanti ada apa-apa saya akan bangkitkan. Terima kasih. Berkaitan dengan guru yang menawarkan hubungan seks kepada pelajar-pelajarnya?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat ini yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam soal jawab itu hari, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Belum lagi.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya akan bagi detail lah, Yang Berhormat ya. Saya akan bagi jawapan secara detail kepada Yang Berhormat mengenai dengan kes individu ini. Kes guru ini.

Boleh bagi dua-dua sekali, Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, ya. Saya bagi dua-dua sekali.

Terima kasih. Thank you so much.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Tuan Yang di-Pertua, itulah sebahagian daripada penjelasan kepada Yang Berhormat yang dapat hadir pada hari ini. Walau bagaimanapun, saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam pendidikan mengambil maklum tentang semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini dan merakamkan penghargaan terima kasih atas nasihat, teguran, cadangan dan buah fikiran yang baik untuk kebaikan anak bangsa kita. Terima kasih Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin 13 November 2017.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.33 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kelas Tuisyen dan Kutipan Bayaran Yang Dikenakan oleh Pihak Sekolah Kepada Ibu BapaSpecial Chamber

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banyak SJKC di Selangor, Johor dan sebagainya didapati mengadakan kelas tuisyen atau kelas bimbingan kepada murid-murid mereka. Objektif utama kelas tuisyen ini kononnya adalah untuk menghabiskan syllabus mata pelajaran. Alasan yang diberi oleh pihak sekolah adalah kebanyakan guru mengalami kesuntukan masa untuk menghabiskan kesemua syllabus mata pelajaran. Justeru, pihak sekolah terpaksa mengadakan kelas tuisyen.

Sebahagian kelas tuisyen ini diadakan pada ruang waktu Pelajaran dan Pembelajaran (PnP) rasmi, ada juga yang menggunakan ruang waktu selepas sesi persekolahan. Mata pelajaran yang ditawarkan termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik dan Sains. Kehadiran murid ke kelas tuisyen tersebut adalah diwajibkan oleh pihak sekolah.

Cuti persekolahan bakal menjelma tiba dan masalah kelas tuisyen ini nampaknya semakin tidak terkawal kerana terdapat beberapa SJKC sekarang mewajibkan murid-murid untuk menghadiri kelas tuisyen semasa cuti sekolah dan syllabus PnP yang bakal diajar tidak akan diulang semula pada semester yang baru.

Sebagai contohnya, SJK(C) Puay Chai 2 di Selangor mengadakan Kelas Bimbingan Tahun 5 semasa cuti hujung tahun dan meminta sumbangan kos pengendalian yang sebanyak RM120 daripada ibu bapa manakala SJK(C) Foon Yew 4 di Johor juga menganjurkan kelas bimbingan akhir tahun untuk murid Tahun 3 hingga Tahun 5 selama 12 hari dengan caj RM50 setiap murid.

Sekiranya pihak ibu bapa tidak mahu atau tidak mampu membayar yuran kelas tuisyen itu akan menyebabkan anak mereka ketinggalan dalam pelajaran. Secara tidak langsung pihak ibu bapa terpaksa membayar walaupun terpaksa bertungkus lumus bekerja siang dan malam demi ingin melihat anak mereka menuntut ilmu dengan sempurna. Tanpa disedari situasi ini juga akan menyebabkan penambahan beban kewangan kepada ibu bapa yang menanggung anak yang ramai.

Selain itu, kaedah pihak sekolah yang menguruskan kelas tuisyen ini telah membebankan para murid kerana terpaksa menghadiri kelas tuisyen semasa cuti persekolahan. Walhal waktu cuti persekolahan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah bertungkus lumus sepanjang tahun. Soalan saya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia:

(i) adakah pihak sekolah mempunyai kuasa untuk mewajibkan para murid untuk menghadiri kelas tuisyen mahupun semasa waktu persekolahan ataupun semasa cuti persekolahan;

(ii) adakah pihak sekolah berhak untuk mengutip bayaran untuk

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

kelas tuisyen atau kelas bimbingan tersebut;

(iii) adakah benar bahawa syllabus mata pelajaran sedia ada adalah terlampau banyak dan menyebabkan SJKC terpaksa mengadakan kelas tuisyen; dan

(iv) adakah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1997 berkaitan Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar dan Atau Pungutan Wang masih dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian dan sekolah.

Sekian. Terima kasih.

Datuk P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kulai mengenai Isu Kelas Tuisyen dan Kutipan Bayaran yang Dikenakan oleh Pihak Sekolah Kepada Ibu bapa.

Transformasi pendidikan di Malaysia membuka ruang untuk kepelbagaian program dan aktiviti di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menyokong pihak sekolah dalam melaksanakan program atau aktiviti untuk meningkatkan pencapaian murid. Kementerian Pendidikan Malaysia amat menghargai, sokongan daripada pihak PIBG dan komuniti yang telah banyak membantu dalam program kecemerlangan akademik sekolah. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memastikan semua pihak mematuhi peraturan pendidikan sedia ada agar objektif utama untuk melihat keberhasilan murid tidak tersasar daripada landasan sebenarnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli di Dewan ini, kelas tuisyen merupakan inisiatif pihak sekolah untuk memberi nilai tambah atau peneguhan kepada akademik murid melalui pelaksanaan kelas tambahan di luar waktu rasmi sekolah.

Pelaksanaan kelas tambahan tersebut tidak diwajibkan oleh peruntukan undang- undang di bawah Akta 550 mahupun peraturan-peraturan pendidikan yang bersangkutan dengan akta tersebut. Kelas tuisyen dilaksanakan berdasarkan inisiatif guru-guru, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Peruntukan untuk program tuisyen kepada murid-murid banyak disumbangkan oleh PIBG, pemimpin politik setempat, badan korporat atau GLC.

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyiasat dakwaan Ahli Yang Berhormat Kulai yang mengatakan sebahagian kelas tuisyen diadakan pada waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP) rasmi, terutama di SJK(C) Puay Chai 2 di Selangor dan SJK(C) Foon Yew 4 di Johor. Hasil siasatan mendapati guru dan sekolah tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebenarnya guru bukan sahaja terikat dengan peraturan sedia ada, malahan guru juga melaksanakan PdP berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah dengan diselia dan dipantau oleh Pejabat Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri.

Pihak sekolah tersebut mengambil inisiatif mengadakan kelas tambahan dengan kerjasama PIBG. Keperluan kelas tambahan ini dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat AJK PIBG sekolah dan Mesyuarat Unit Bimbingan PIBG sekolah. Tegasnya, kelas tambahan dilaksanakan atas persetujuan pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga.

Isu paksaan dan membebankan ibu bapa tidak sepatutnya timbul kerana pihak PIBG dan sekolah tidak mewajibkan penyertaan kelas tuisyen kepada semua murid.

Penyertaan murid dalam kelas tuisyen adalah atas persetujuan atau pilihan ibu bapa. Kelas dilaksanakan di luar waktu PdP tanpa menjejaskan waktu rasmi bertugas guru. Jadual bagi pelaksanaan kelas tuisyen juga disesuaikan dan diawalkan bagi memastikan guru dan murid mendapat cuti yang secukupnya.

Berdasarkan peraturan sedia ada, sebarang kutipan wang melibatkan aktiviti anjuran PIBG termasuk kelas tuisyen perlu mendapat kelulusan Pendaftar.

Kutipan yuran kelas tuisyen tidak boleh diakaunkan ke dalam mana-mana akaun sekolah.

Pengurusan kewangan bagi kelas tambahan dikelolakan oleh PIBG sekolah sepenuhnya.

Kos pengendalian dan yuran kelas tambahan juga perlu mendapat persetujuan ibu bapa dalam mesyuarat PIBG. Perlu dijelaskan di sini bahawa yuran yang dikenakan kepada murid yang terlibat secara sukarela adalah untuk menampung modul

Datuk P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

pembelajaran yang dibangunkan oleh guru-guru mengikut tahap kebolehan murid. Pihak sekolah dan PIBG juga mempunyai kaedah tersendiri untuk membantu murid-murid keluarga miskin daripada tercicir daripada aktiviti sekolah termasuk kelas tuisyen.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab persoalan Yang Berhormat Kulai, adakah sukatan mata pelajaran sedia ada terlampau banyak dan menyebabkan SJKC terpaksa mengadakan kelas tuisyen? Untuk makluman semua, pembangunan kurikulum memberi tumpuan kepada pembelajaran dan keberhasilan dan keberhasilan murid seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Kurikulum menekankan seseorang murid menerima pendidikan yang menyeluruh dan seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pelaksanaan kurikulum kebangsaan berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas

(SPI) Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2014 dan Surat Pekeliling Iktisas KPM Bil. 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017. SPI yang dimaksudkan dengan jelas memperuntukkan waktu minimum pelaksanaan suatu mata pelajaran sebagai rujukan kepada pihak sekolah untuk membangunkan jadual waktu rasmi sekolah sesuai dengan keperluan dan spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang ditawarkan.

Datuk P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Oleh itu, peruntukan waktu yang disediakan bagi setiap mata pelajaran ditawarkan dalam kurikulum kebangsaan di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan termasuk SJK(C) adalah mencukupi bagi keperluan PdP mata pelajaran tersebut untuk satu tahun persekolahan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia memberi jaminan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1997 berkaitan Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar dan Atau Pungutan Wang masih berkuat kuasa dan perlu dipatuhi oleh semua pihak yang berkenaan.

SPI ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bahagian dan sekolah supaya sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat atau peraturan yang sedia ada apabila ingin melaksanakan apa jua program atau aktiviti di sekolah. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan mana-mana dasar, syarat atau peraturan yang ditetapkan mengenainya.

Dalam keadaan di mana program atau aktiviti yang hendak dijalankan itu tidak tertakluk di bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan mengenai bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai sememangnya dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui jentera pelaksana dan pemantauan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah.

Pemantauan dan penaziran sentiasa dilakukan untuk memastikan kurikulum, kokurikulum dan aktiviti tambahan atau luar sekolah termasuk kelas tuisyen mematuhi peraturan dan garis panduan yang disediakan. Pentadbir sekolah juga membuat penilaian kendiri melalui Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 yang diverifikasikan oleh Jemaah Nazir dan Kawalan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam usaha berterusan meningkatkan keberhasilan murid dan kualiti pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa membuka ruang kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta selaras dengan Anjakan kesembilan, PPPM 2013-2025. Kerjasama yang baik dengan semua pihak akan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak di Malaysia negara tercinta ini.

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengaut keuntungan daripada program atau aktiviti sekolah. Kebajikan dan keselamatan murid serta demokrasi pendidikan menjadi agenda utama kementerian melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 13 November 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.43 petang]