Dewan Rakyat · 6 March 2018

15th Parliament, session 6, meeting 1 · 515 turns · 38,274 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAddress / budget

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 5 Mac 2018, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya, dicetak dalam Penyata Rasmi. [Teks Titah Ucapan adalah seperti di lampiran]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut: 1. Akta Perbekalan 2018; 2. Akta Kewangan (No.2) 2017; 3. Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017; 4. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017; 5. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017; 6. Akta Timbang Tara (Pindaan) 2017; 7. Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017; 8. Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017; 9. Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017; 10. Akta Industri Pelancongan (Pindaan) 2017; dan 11. Akta Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017.

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu. Sila. [Setiausaha membacakan Perutusan] Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan: 1. Rang Undang-undang Perbekalan 2018; 2. Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2017; 3. Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017; 4. Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017; 5. Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017; 6. Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2017; 7. Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017; 8. Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017; 9. Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017; 10. Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017; 11. Rang Undang-undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017; 12. Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2017; dan 13. Rang Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017 Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Allahyarham Dato’ Sri Abdul Manan Bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarham Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail (Ahli Parlimen Jelebu) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 6 Disember 2017 bersamaan 17 Rabiulawal 1439 Hijrah. Manakala Allahyarham Dato’ Seri Abdul Manan bin Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) telah pun kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin, 12 Februari 2018 bersamaan 26 Jamadilawal 1439 Hijrah.

Tuan Yang di-Pertua

Sesungguhnya pemergian Allahyarham-allahyarham berdua merupakan suatu kehilangan yang amat besar kepada negara. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail, dan Allahyarham Dato’ Sri Haji Abdul Manan bin Ismail. Saya juga ingin merakamkan takziah kepada Yang Berbahagia Datin Ruziah binti Ya’acob, isteri kepada Allahyarham Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail serta seluruh keluarga Allahyarham, dan merakamkan takziah kepada Yang Berbahagia Datin Sri Rohizah binti Ahmad, isteri kepada Allahyarham Dato’ Sri Haji Abdul Manan bin Ismail serta seluruh ahli keluarga Allahyarham. Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita semua berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan lagi beriman. Ahli-ahli Yang Berhormat, Allahyarham Dato’ Haji Zainudin bin Haji Ismail adalah Ahli Parlimen Jelebu semenjak tahun 2013. Allahyarham Dato’ Sri Haji Abdul Manan bin Ismail pula merupakan Ahli Parlimen Paya Besar semenjak tahun 2008. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarham berdua amat besar dan bermakna kepada negara. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. [Ahli-ahli bangun bertafakur] Terima kasih. Sila duduk.

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

1. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah inisiatif Malaysia untuk memudahcara permohonan visa bagi menarik lebih ramai pelancong terutamanya warganegara China dan India untuk memasuki Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan kemudahan visa elektronik untuk sepuluh buah negara mulai 1 hari bulan Mei, tahun 2017. Pelaksanaan visa menawarkan perkhidmatan permohonan dan pemprosesan visa yang efisien dan pantas yang mana penggunanya hanya perlu membuat permohonan secara atas talian dan mencetak sendiri visa Malaysia setelah mendapat kelulusan yang diberikan dalam tempoh 48 jam daripada masa permohonan dikemukakan. Kaedah ini tentunya dapat mengelakkan sebarang kos tambahan dan juga kos-kos luar jangka yang melibatkan orang tengah dalam proses permohonan visa sebelum ini. Selain itu, kemudahan eVISA merupakan penyelesaian efektif bagi menyelesaikan masalah logistik di mana pelawat tidak perlu hadir ke pejabat perwakilan Malaysia di luar negara atau mana-mana negara yang tidak mempunyai pejabat perwakilan di Malaysia. Setakat ini kita telah mengeluarkan- setakat semalam, mengeluarkan sebanyak 734,364 visa. Hal ini di mana pada tahun 2017, kita telah mengeluarkan 406,750 dan tahun ini sahaja 68,815 visa. Akan tetapi sebelum itu, kita telah mengeluarkan eVISA pada tahun 2016, sebanyak 258,799.

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian di atas beberapa pendekatan dan usaha yang telah mencapai tahap antarabangsa. Hal ini meningkatkan lagi tahap keupayaan kita untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Soalan saya, bagaimana pelaksanaan eVISA di seluruh dunia dapat dipantau secara sistematik dan efektif? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pemantauan ini adalah dengan kerjasama Interpol. Kita mempunyai senarai yang dipanggil sebagai suspect list.

Pada waktu yang sama, dengan kerjasama ASEANAPOL dan beberapa agensi intelligence kita mempunyai senarai yang dikehendaki atau disyaki ataupun lost passport. Kita akan melaksanakan Advance Passenger Screening System (APSS) yang akan lebih memperkuatkan lagi soal kawalan dan juga soal menentukan bahawa aspek keselamatan tidak akan ditoleransi.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat, adakah kerajaan mencadangkan satu pengecualian visa dari negeri China oleh sebab pelancong-pelancong dari negeri China pada tahun yang lalu hanya satu juta lebih pelancong sahaja berbanding dengan pelancong-pelancong Thailand yang mencatatkan satu indeks yang tinggi iaitu seramai hampir lapan juta pelancong pada tahun 2017. Adakah hasrat untuk menghapuskan visa untuk negeri China? Minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Akhirnya Yang Berhormat Bukit Bintang prihatin terhadap pelancong-pelancong yang datang ke Bukit Bintang tetapi tolong elakkan di lorong-lorong belakang dan kawasan gelap. Kami telah melaksanakannya sistem ini, Yang Berhormat. Namun pihak China meminta supaya pelancong-pelancong China turut didaftarkan dengan sistem kita walaupun tanpa visa. Hal ini kerana, kita bekerjasama dengan mereka apabila pelancong-pelancong China yang datang ke negara kita, pihak berkuasa China perlu mengetahui kerana mereka hanya diberikan visa selama 15 hari dan mereka harus pulang ke negara asal mereka. Jadi perkara-perkara itu telah kita lakukan. Pada tahun ini, Tuan Yang Terutama Duta China ke Malaysia telah mengambil beberapa langkah proaktif dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempromosikan sekurang-kurangnya tiga juta pelancong dari China untuk datang ke Malaysia pada tahun ini sahaja. Terima kasih.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

2. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bercadang untuk menambah bilangan perjawatan pegawai tetap bagi menggandakan pengambilan 3 juta anggota sukarelawan yang disasarkan sehingga penghujung tahun 2018.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Jerantut yang bertanyakan soalan berkaitan dengan jumlah perjawatan tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pegawai lantikan tetap APAM di seluruh Malaysia adalah seramai 1,265 orang pegawai. Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 576 orang daripada Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (Skim KP). Rata-rata gred pegawai APAM yang mengetuai di setiap negeri ataupun pengarah negeri adalah pada gred KP44 hingga KP48. Manakala pegawai di setiap daerah adalah pada gred KP19 hingga KP38. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga telah diberi tanggungjawab menggalas tugas yang dahulunya dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai Sekretariat Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah di mana gred perjawatan adalah lebih tinggi. Usaha-usaha telah dan sedang dilakukan bagi memohon pertambahan bilangan perjawatan tetap khususnya bagi jawatan skim KP ini dengan APAM memohon pertambahan perjawatan sebanyak 3,000 orang pegawai tetap di seluruh negara. Ini bermakna jawatan pengarah negeri sekurang-kurangnya akan berada pada gred KP52 dan gred KP41 bagi mengetuai daerah. Ini mengambil kira beban tugas serta mengimbangi keperluan pengoperasian dan pengurusan. Ia juga sejajar dengan keanggotaan seramai dua juta anggota pada hari ini dan sasaran tiga juta anggota sukarelawan pada akhir tahun 2018.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Pertambahan ini adalah dilihat wajar mengambil kira peranan dan tanggungjawab APAM dalam memberi perkhidmatan bantuan kecemasan melalui Malaysia Emergency Response Services-999 (MERS-999), Perkhidmatan Pasukan Penyelamat Pantai, penugasan bersama beberapa agensi keselamatan dan penguatkuasaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Khidmat bantuan kemanusiaan dan pengurusan pusat pemindahan mangsa bencana serta selaku sekretariat melaporkan dan bertanggungjawab kepada jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah. Dengan cadangan pertambahan perjawatan ini, sudah pasti APAM akan melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan lebih efisien dan lancar. Namun begitu, pertimbangan ini masih tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri, Dasar Perkhidmatan Awam yang sedang berkuat kuasa dan kedudukan kewangan semasa negara bagi menambah baik dan memperkasakan fungsi dan peranan APAM.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bagaimanakah APM bercadang untuk mengukuhkan perjawatan di peringkat negeri dan daerah demi memastikan kecekapan perkhidmatan dalam persiapan musim banjir khususnya memandangkan APM kini diberi tanggungjawab selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah? Apakah struktur perjawatan sekarang mampu untuk menangani bencana banjir seperti yang berlaku pada tahun 2014 dan tahun 2015 yang lalu? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Pengurusan Bencana di peringkat negara telah memberi tanggungjawab kepada APAM untuk menguruskan, menjadi sekretariat bencana di peringkat negeri dan juga daerah. Kekurangan yang kita hadapi ini kita tambah dengan pegawai kontrak dan juga pegawai sementara. Pada masa sekarang usaha-usaha sedang dibuat untuk menambah bilangan pegawai kontrak dan sementara di peringkat Parlimen-parlimen di seluruh Malaysia. Sudah pasti dengan pertambahan perjawatan ini kita mampu untuk menghadapi atau menguruskan bencana dengan lebih baik. Saya ingat kita tidak ada masalah pada masa tahun lepas sahaja kita menguruskan 100,000 mangsa banjir dan kalau mengikut maklumat yang diberi, kita telah uruskan dengan baik. Jadi pendekatan yang sama akan diambil untuk berikutnya. Cuma kali ini persediaan kita lebih lagi – lebih awal di mana pelantikan pegawai kontrak dan sementara itu dibuat serta-merta selewat-lewatnya sebelum 15 Mac ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada penggal Parlimen ini, pihak Angkatan Pertahanan Awam ada melantik Ahli-ahli Parlimen sebagai Kolonel Kehormat Angkatan Pertahanan Awam ini. Jadi saya ingin tahu, apakah peranan yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang dilantik ini terutamanya dalam menghadapi bencana di tempat masing- masing? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyebut perkara ini bahawa apabila kita dilantik menjadi kehormat, maka hendaklah kita bekerjasama ataupun bekerja bersama-sama. Makna kata terpulanglah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama dengan Angkatan Pertahanan Awam di semua peringkat. Kita akan memberi kerjasama dan memudahkan cara. Walaupun di sesetengah tempat mungkin ada masalah sikit sebab ada kekurangan anggota kita di sesetengah tempat tetapi ini tidak boleh menghalang untuk kita memberi perkhidmatan yang terbaik. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat semua boleh pada bila-bila masa untuk bekerja bersama-sama dengan Angkatan Pertahanan Awam. Tugas kita adalah sebagai kehormat dan sudah pasti kita boleh laksanakan dengan penuh terhormat, tidak ada masalah. Apa yang paling penting ialah sejauh mana Yang Berhormat mampu untuk bersama-sama dan bekerja bersama- sama.

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk memberi status pemilikan kekal melalui jualan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyewa yang telah lama tinggal di sesebuah PPR di seluruh negara.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sehingga Disember 2017 kerajaan telah membina 84,490 unit rumah PPR yang melibatkan pembangunan 122 projek di seluruh Malaysia. Terdapat dua kategori PPR yang dilaksanakan oleh kementerian iaitu PPR disewa dan juga PPR dimiliki. Bagi PPR disewa, kerajaan menawarkan rumah PPR untuk sewaan pada kadar RM124 sebulan. PPR dimiliki pula harga jualan rumah adalah pada harga RM35,000 bagi Semenanjung dan RM42,000 bagi Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil dari lawatan turun padang ke beberapa PPR saya melihat penyelenggaraan dan pengurusan PPR kurang sempurna kerana kurangnya perasaan memiliki terhadap rumah yang diduduki dengan menganggap ianya sebagai rumah sewa semata-mata. Untuk tujuan ini, kementerian sedang mengkaji dasar perumahan PPR bagi membolehkan penyewa sedia ada memiliki rumah PPR berkenaan. Ini kerana terdapat dua kategori pembinaan PPR ini, Tuan Yang di-Pertua. Pertama, ada PPR yang kos pembinaan rumahnya yang disediakan oleh Kerajaan Pusat tetapi hak milik tanah ialah hak milik tanah kerajaan negeri. Kedua, kos pembinaan PPR ini dibiayai oleh Kerajaan Pusat di atas tanah Kerajaan Pusat. Oleh yang demikian, untuk kos projek PPR hak milik Kerajaan Pusat kita akan memberikan hak pemilikan kepada penyewa sedia ada. Bagi kategori yang rumahnya dibuat oleh Kerajaan Pusat, tanahnya dimiliki oleh kerajaan negeri, kes seperti ini kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk kita nak mencadangkan supaya rumah PPR ini diberikan hak milik kepada penyewa. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana cakna dengan rakyat terutamanya berkaitan dengan PPR. Apakah mekanisme yang akan diguna pakai dalam memberikan hak milik ini kepada penyewa selepas sekian lama mereka membayar sewa rumah tersebut. Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Oleh kerana kita dapati ada rumah PPR ini yang disewa, ada juga sewa atas sewa, jadi langkah pertama kita akan membuat pemutihan untuk kita nak pastikan bahawa mereka yang duduk di situ ialah penyewa- penyewa asal. Apabila kita buat pemutihan, kita memberikan tawaran kepada mereka dengan Skim Rent-to-Own di mana pihak penyewa ini diberikan tawaran untuk memiliki rumah tersebut dengan tanpa apa-apa bayaran deposit, kiraan sewa yang dibuat akan diambil kira sebagai a part payment. Sekiranya kita dapati bahawa penyewa ini merupakan pembayar sewa yang baik tiap-tiap bulan dia bayar, sewaan yang mereka bayar selama ini akan diambil kira sebagai bayaran a part payment daripada rumah RM35,000 yang kita akan jual kepada mereka. Jadi kita harap dengan dasar ini akan dapat memberikan rasa self-belonging kepada penyewa- penyewa dan juga dapat sama-sama menjaga penyelenggaraan dan juga kesempurnaan rumah PPR seluruh negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Tiada soalan tambahan yang kedua. Maka atas sebab itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi MQT untuk pagi ini berakhir. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah · question

1. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh manakah kaedah pengambilan pembantu rumah asing (PRA) secara langsung tanpa melalui ejen atau secara online mampu menampung permintaan PRA dalam negara dan bagaimana sambutan orang ramai terhadap keputusan kerajaan ini. Seterusnya, adakah PATI dibolehkan untuk dijadikan PRA dan kaedah ini diperluaskan perlaksanaannya di Sabah dan Sarawak.

Kata Bersatu tapi bercelaru; Siapa ketua pun kita tidak tahu; Pakatan Harapan memang macam itu; Soalan saya nombor satu.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, pantun itu seolah-olah confirmed hendak dicalonkan semula...

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Seolah-olah. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan pertama ini secara bersekali dengan empat soalan lain yang turut bertanya isu yang sama iaitu isu berkenaan pengambilan pembantu rumah asing secara online melalui sistem SMO atau Sistem Maid Online. Soalan-soalan itu datangnya daripada Yang Berhormat Kuala Pilah pada 7 Mac 2018, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 15 Mac 2018, Yang Berhormat Sabak Bernam pada 20 Mac 2018 dan Yang Berhormat Sik pada 4 April 2018. Saya mohon keizinan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam pembentangan bajet tahun ini yang telah dilontarkan pada 27 Oktober tahun lalu telah mengumumkan satu mekanisme untuk membenarkan pengambilan pembantu rumah asing secara atas talian melalui majikan-majikan daripada sembilan buah negara sumber. Hal ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mencari kaedah atau inisiatif terbaik bagi membantu rakyat dalam pengurusan pengambilan pembantu rumah asing. Permohonan pembantu rumah asing secara atas talian ini bukan hanya boleh membantu menjimatkan dan meringankan beban isi rumah yang memerlukan pembantu rumah asing, malah kita telah mencapai satu sistem supaya bayaran kepada pembantu rumah ini yang dikenakan oleh majikan antara RM12,000 sehingga RM18,000 dapat dikurangkan. Oleh yang demikian, melalui sistem ini, majikan hanya perlu membayar sebanyak antara RM1,635 sehingga RM2,535 bagi kos bayaran wajib yang merangkumi levi, pertukaran pas, wang cagaran, pemprosesan dan bayaran kompaun bagi pemegang pas lawatan sosial. Pengambilan PRA secara atas talian ini telah dibuat mulai tahun 2018. Saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini bahawa para pengguna yang telah melayari ke laman portal SMO adalah seramai 543,460 orang, majikan yang berjaya log in seramai 10,604 orang dan pembantu rumah asing yang didaftarkan adalah seramai 1,903 orang. Permohonan pembantu rumah asing yang layak ke FOMEMA adalah seramai 1,485 orang. Ertinya, program ini sangat berjaya dan sangat meringankan beban para majikan terutamanya keluarga muda yang terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi memperoleh pembantu rumah asing.

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas jawapan dan penjelasan mengenai polisi atau kaedah pengambilan pembantu rumah tanpa melalui ejen ataupun secara online. Kaedah terbaru ini memang amat baik dan bagus dalam mengurangkan kos mengambil pembantu rumah yang merupakan satu keperluan untuk pasangan suami isteri yang bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Majikan sebelum ini, Yang Amat Berhormat, berdepan dengan pelbagai masalah apabila mengambil pembantu rumah melalui ejen yang mana ada ejen-ejen yang berpakat dengan pembantu rumah untuk lari dari majikan setelah tiga bulan bekerja untuk bekerja dengan orang lain pula. Ini kerana jika pembantu rumah ini lari sebelum tiga bulan, ejen terpaksa menggantikan dengan pembantu rumah yang baru. Jadi kalau setelah tiga bulan, ejen tidak lagi bertanggungjawab. Ejen ini pula akan jual pembantu rumah yang lari itu kepada majikan yang lain pula. Jadi, majikan lama terpaksa keluarkan lagi lebih daripada RM10,000 untuk dapat pembantu rumah yang baru. Jadi, kaedah ataupun program terbaru ini dengan tidak melalui ejen cukup bagus. Tahniah Yang Amat Berhormat di atas program atau polisi ini.

Namun, Yang Amat Berhormat, sejak kebelakangan ini, terdapat laporan berhubung kes penderaan ke atas pekerja-pekerja asing termasuklah pembantu rumah. Contohnya apa yang berlaku di Bukit Mertajam pada 11 Februari yang lalu apabila seorang pembantu rumah warga Indonesia bernama Adelina Lisao, 26 tahun, didera sampai mati oleh majikannya. Keadaan ini sudah tentulah akan menjejaskan imej kita di peringkat antarabangsa khususnya hubungan kita dengan Indonesia. Walaupun kes ini terpencil kerana majoriti majikan adalah tidak sekejam seperti ini, namun- justeru itu, apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kes seumpama ini tidak berlaku melalui pengambilan pembantu rumah secara langsung ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap kejadian penderaan, penyeksaan dengan apa pun tujuan. Kita tahu bahawa setiap pekerja di Malaysia ini mempunyai hak yang termaktub termasuk soal, dengan izin, human right. Tentunya apa yang berlaku kepada Adelina Lisao adalah merupakan adalah satu kes yang tidak akan dipertahankan kepada pelakunya. Maka tindakan yang telah dilakukan oleh pihak polis adalah membawa orang yang berkenaan untuk didakwa. Ini telah memberikan reaksi yang positif terutamanya daripada Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Bapak Muhammad Hanif Dhakiri melalui Duta Besar Malaysia di Jakarta yang melihat bahawa tindakan proaktif ini amat dialu-alukan. Namun, kita ingin mengingatkan majikan, jangan mengambil pembantu rumah asing secara tidak halal. Ertinya, pembantu rumah itu tidak pernah didaftarkan. Majikan itu mengambil tindakan sendiri. Tentunya dalam keadaan yang sedemikian, kita lihat bahawa apa yang diberikan oleh kerajaan untuk memberikan kemudahan harus diikuti, bukan harus mencari jalan lain untuk menyusupkan mana-mana pembantu rumah asing. Saya lihat daripada laporan yang saya terima daripada pihak polis memperlihatkan bahawa ada semacam rasa ketidaktentuan di dalam pemikiran di dalam sanubari majikan yang berkenaan. Saya cukup tegas di dalam perkara ini untuk menentukan hanya yang diambil secara mengikut saluran perundangan sahaja yang akan dibenarkan. Tentunya ini adalah satu pengajaran yang baik. Harus diingat bahawa sebarang perlakuan yang tidak baik oleh mana-mana majikan rakyat Malaysia di negara kita memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita keseluruhannya. Ini harus diingati. Tuan Yang di-Pertua, saya amat prihatin di dalam perkara ini. Jangan diingat perbuatan peribadi kita tidak menjejaskan nama negara. Jadi, apa yang dilakukan oleh Ambika a/p M.A Shanmugam adalah sesuatu yang amat dikesalkan dan kita mengutuk perbuatan berkenaan atas nama peribadi dan atas nama kerajaan apatah lagi semua ahli- ahli di Dewan yang mulia ini sama ada sebelah sini atau sebelah sana tentu tidak bersetuju... [Tepuk] Dengan perbuatan sedemikian dan kita amat bersimpati dengan keluarga beliau dan kita minta supaya rakyat Indonesia dan pemerintah Indonesia faham mengenai pendirian Kerajaan Malaysia dan pendirian Ahli-ahli Dewan Rakyat di negara ini terhadap kejadian berkenaan [Tepuk] Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, tadi oleh kerana Yang Berhormat Tanah Merah pun berpantun, saya hendak mulakan dengan pantun juga Tuan Yang di-Pertua. Pakatan Harapan sudah bersedia; Untuk memimpin masa hadapan; Sudah lama tunggu tarikh pilihan raya; Sebelum itu mohon Menteri jawab soalan tambahan...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya teruja dengan jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, baru-baru ini Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia telah pun membuat kenyataan terbuka bahawa bagi pandangan persatuan, mereka melihat persetujuan mengenai cadangan tanpa agensi itu hanyalah sebelah pihak sahaja, daripada pihak Malaysia sahaja.

Akan tetapi negara sumber seperti Indonesia itu masih lagi bergantung kepada pihak agensi untuk menguruskan pengambilan amah warga mereka. Jadi saya fikir daripada segi kos ini, adakah itu boleh betul-betul mengurangkan pembiayaan untuk kepentingan rakyat ataupun ianya hanyalah unilateral ataupun sebelah pihak sahaja? Saya setuju dengan jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkaitan dengan ketegasan kita untuk menyiasat sebarang insiden keganasan dan sebagainya terutamanya kepada amah daripada segi penderaanlah maksud saya. Cuma saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah pengambilan pembantu rumah asing secara terus ini akan dapat melindungi dan mempertahankan hak serta kebajikan mereka? Takut keadaan yang sama akan berlaku kepada mereka seperti mana diambil melalui ejen dahulu. Jadi bagaimana pendekatan kerajaan untuk menangani perkara ini? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya teliti pantun yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi. Tidak ada langsung kaitan antara pembayang maksud dengan maksudnya... [Ketawa] Namun demikian, tentunya presiden parti beliau akan terus mengizinkan beliau untuk menawarkan diri di Bukit Katil dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Saya orang Melaka. Pantun itu betul... [Ketawa]

Saya secara peribadi ingin bersimpati kepada Yang Berhormat Gelang Patah yang mengalami kecederaan. Atas simpati itu, saya harap beliau akan bertukar kawasan...

[Dewan ketawa]

Bagi lagi bola tanggung.

Sudah patah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan apa yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil itu adalah satu keprihatinan sebenarnya kerana selama ini sebagaimana yang saya sebutkan dalam jawapan awal saya tadi bahawa majikan terpaksa membayar antara RM12,000 hingga RM18,000. Walaupun kita lihat ada juga aspek seolah-olah ianya hanya memihak kepada satu pihak, tidak kepada negara sumber. Kedua, aspek kebajikan yang seolah-olah tidak akan diambil kepedulian. Saya ingin menyebutkan bahawa di Indonesia dan Filipina, mereka mempunyai peraturan tertentu yang dipatuhi oleh pihak Kementerian Sumber Manusia di negara kita bahawa kaedah pengambilan kepada pembantu rumah asing adalah mengikut tatacara yang lama. Akan tetapi majikan mempunyai hak untuk ke negara sumber bagi memilih bakal-bakal pembantu rumah asing itu sendiri. Tentunya dengan pemilihan itu, biar pun melalui sistem yang sedia ada di negara sumber berkenaan, kos pengambilan itu lebih murah berbanding melalui ejen tempatan, dengan tidak menafikan hak kepada agensi-agensi tempatan. Akan tetapi kita lihat sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan tentunya Yang Berhormat Bukit Katil juga bersetuju bahawa seorang pembantu rumah asing kerap kali ditukarkan majikannya dengan tujuan untuk memperoleh pendapatan yang berlebihan. Ertinya, kalau bayaran minimumnya hanya RM12,000, pembantu rumah asing itu seolah-olah dijual. Ertinya, ejen-ejen akan memperoleh RM48,000 sekurang-kurangnya untuk seorang pembantu rumah asing. Saya fikir tidak adil kepada majikan. Ada majikan yang menelefon kononnya pembantu rumah asing itu untuk mengetahui bagaimanakah situasi di rumah dan majikan berkenaan, akhirnya memujuk pembantu rumah asing ini untuk kabur. Kabur ertinya lari daripada majikan itu dengan tujuan dijual kepada majikan lain dan ini tidak adil untuk majikan-majikan di Malaysia. Oleh sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil langkah untuk mengumumkan kaedah yang baru ini. Keduanya, soal majikan ini kita telah berbincang dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Bapak Rusdi Kirana supaya ada satu sistem untuk memantau setiap tiga atau empat bulan sekali secara berkala untuk mengetahui situasi pembantu rumah asing yang bekerja di majikan agar dapat dikemaskinikan maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Kedutaan Besar daripada pembantu rumah asing. Melalui kaedah ini, saya fikir akan lebih keprihatinannya.

Oleh sebab ada beberapa yayasan telah menulis surat kepada KDN untuk menjadi pertubuhan atau yayasan bagi menjaga pekerja asing. Saya fikir matlamat ini bukan sangat hendak menjaga pekerja asing daripada segi kebajikan tetapi adalah untuk memperoleh pendapatan. Saya tidak mahu membebankan mana-mana majikan, Kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan kaedah itu ataupun membebankan pembantu rumah asing. Saya fikir apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan saya fikir kita dua-dua pihak bersetuju supaya keutamaan adalah kepada majikan kita supaya tidak dianiayai dan yang kedua soal kebajikan tidak ada kompromi yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Tuan Yang di-Pertua

Isu penting, saya akan benarkan lagi satu soalan. Yang Berhormat Ipoh Barat, sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya hendak tanya mengenai masalah yang dihadapi oleh ramai pembantu rumah asing yang tidak dibayar gaji bulanan dan lain-lain elaun yang telah dipersetujui. Apakah kawal selia yang dibuat oleh kementerian supaya semua pembantu asing ini pada setiap bulan ada mekanisme yang tertentu yang dapat dipastikan supaya mereka dibayar gaji dan elaun-elaun, walaupun saya bersetuju, kita semua tahu ramai antara majikan di negara ini mengikut undang-undang tetapi ada segelintir yang mengeksploitasi pembantu rumah asing. Apakah kawal selia ini cukup atau akan dipertingkatkan lagi?

Soalan Yang Berhormat Ipoh Barat amat relevan dalam kes-kes tertentu. Mekanisme yang telah diperbincangkan di antara Kementerian Sumber Manusia, KDN, khususnya Jabatan Imigresen dengan pihak kedutaan ataupun pihak Pesuruhjaya Tinggi adalah untuk menentukan dan mewajibkan pihak majikan membayar gaji itu tidak secara tunai lagi tetapi terus kepada akaun pekerja berkenaan. Umpamanya, kita telah memulakan melalui sistem contohnya e-wallet di mana pihak majikan wajib mengkreditkan jumlah gaji itu kepada akaun pekerja berkenaan dan keluarga pekerja berkenaan di negara sumber berkenaan akan memperoleh gaji berkenaan. Slip kredit kepada akaun itu akan diberikan kepada pekerja supaya kita dapat mengetahui pembayaran dibuat atau tidak. Kita telah mengadakan beberapa perbincangan yang agak mendalam dengan pihak kedutaan dan pejabat pesuruhjaya agar semua majikan yang berdaftar menggunakan kaedah pembayaran yang sama. Saya fikir kaedah konvensional seperti dahulu memang benar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat di mana terdapat segelintir majikan tidak membayar kepada pekerja-pekerja ini. Kita sebagai negara yang akan menjadi sebuah negara maju, kita harus mengelakkan walaupun hanya seorang rakyat Malaysia melakukannya dan kita tidak harus mengizinkan sebarang usaha ataupun sebarang perbuatan tidak baik untuk tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja. Di dalam Islam, kita hendaklah membayar upah sebelum peluh kering. Apa yang berlaku kepada Adelina, beberapa bulan langsung tidak dibayar. Bukan sekadar itu, diseksa dan ini tidak adil kepada pekerja berkenaan. Saya harap SOP baru ini akan dapat diikuti sepenuhnya oleh seluruh majikan yang menggaji pembantu rumah asing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Raja. Tadi Yang Berhormat Bagan Datuk tidak habis menjawab soalan tentang PATI. Adakah mereka boleh diambil sebagai PRA? Saya rasa Yang Berhormat tidak menjawabnya tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau saya benarkan Yang Berhormat jawab, bermakna itu soalan tambahan yang keempat, jadi saya tidak ada kuasa berbuat demikian. Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Permatang Pauh. Sila.

Wan Azizah binti Wan IsmailPKR · PHBandar Tun Razak · question

2. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapakah penambahan hasil daripada produk petroleum berikutan dengan penambahan hasil minyak sejak Bajet 2018 sehingga terkini, nyatakan penambahan hasil pendapatan produk petroleum itu mengikut pecahan sumber lapangan minyak negeri- negeri.

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Kewangan II · Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengumuman Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, hasil berkaitan petroleum dianggarkan RM37.8 bilion, iaitu termasuk cukai pendapatan petroleum, dividen, royalties dan juga ancillary income daripada Petronas. Masing-masing dengan andaian harga minyak mentah dunia pada harga USD52 satu tong. Bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 23 Februari 2018, purata harga minyak mentah dunia adalah pada kadar USD67.15 satu tong. Secara purata bagi setiap penambahan harga minyak mentah antarabangsa sebanyak USD1 satu tong, hasil Kerajaan Persekutuan akan meningkat atau dianggarkan meningkat dalam lingkungan RM300 juta setahun. Sehubungan itu, impak kenaikan purata harga minyak mentah dunia berbanding USD52 yang telah digunakan semasa Bajet 2018, hanyalah akan dapat dikenal pasti setelah genap tempoh satu tahun. Ini bermakna, perbezaan USD67 satu tong berbanding dengan USD52 satu tong bagi tempoh kurang dua bulan, tidak menggambarkan impak sebenar, memandangkan harga minyak mentah dunia bersifat volatile. Sebagai contoh Yang Berhormat, jikalau sepanjang tahun average kita USD67, bajet kita USD52, bermakna every USD1, kita akan dapat peningkatan RM300 juta. Jadi jikalau kali dengan USD15, maka kita akan dapat penambahan RM4.5 bilion. Sekiranya average kita adalah USD60 dan bajet kita USD52, maka terdapat peningkatan USD8. Maka jikalau kali dengan RM300 juta dianggarkan lebih kurang dalam RM2.4 bilion. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat menteri yang menjawab. Saya ambil maklum. Akan tetapi saya rasa bahawa minyak dunia akan turun. Pendapatan daripada minyak dan gas ini jatuh dekad akan datang dan memandangkan itu akan berlaku, revolusi kereta juga, kereta elektrik telah pun bermula yang dipacu oleh negara China. Ini akan mengakibatkan penurunan dari segi permintaan minyak dunia. Jadi kalau kita fikirkan, apakah Kerajaan Malaysia ada cara-cara, rancangan untuk membuat renewable energy dengan izin, ataupun bagaimana rancangan hendak menghadapi keadaan ini kalau harga minyak dunia menurun. Bagaimana negara Malaysia yang memang tergantung pada pendapatan sumber minyak boleh mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jikalau kita tengok kita punya ekonomi ini. Pada tahun 2009, hampir 41 peratus pendapatan negara adalah bergantung pada minyak. Akan tetapi pada 2017, kebergantungan terhadap minyak ini telah berkurang. Oleh sebab itu jikalau kita tengok tahun 2017, pendapatan kerajaan kepada minyak hanya 15 peratus, jikalau dibandingkan tahun 2009 sebanyak 41 peratus. Kedua, Yang Berhormat sebut tadi dari segi penggunaan tenaga elektrik. Kita mempunyai empat komposisi penggunaan tenaga. Pertama gas, yang kedua coal ataupun arang batu, ketiga hidro dan keempat solar. Ini adalah empat portfolio yang kita gunakan untuk menjana kita punya energy. Jadi, jikalau Yang Berhormat tanya, pada tahun 2014, kita punya harga minyak pada ketika itu USD115 satu tong. Kemudian pada tahun 2015, dia telah jatuh sampai USD30 satu tong. Ini bermakna kejatuhan begitu drastik. Akan tetapi kita masih boleh mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi kita sebanyak 4.2 peratus. Jadi inilah sebenarnya diversification of economy ini telah membantu kita untuk mengatasi turun naiknya harga minyak terhadap pendapatan negara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan threshold yang diguna pakai oleh pihak kerajaan dalam penyediaan bajet tahun 2017/2018 untuk minyak mentah dan memandangkan minyak mentah, pasarannya dalam keadaan menaik sejak tahun lepas dan tahun 2017, saya yakin penyediaan bajet bawah daripada USD52. Jadi kita hendak tahu daripada pihak kerajaan, bagaimanakah lebihan daripada hasil tersebut dibelanjakan memandangkan banyak daripada pegawai kerajaan dan juga rakyat yang mengeluh tentang pemotongan bajet dan juga kenaikan kos sara hidup. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya sebut tadi, waktu kita buat Bajet 2018, kita berdasarkan USD52. Sekarang ini setakat bulan Januari dan bulan Februari, average kita lebih kurang dalam USD67. Jadi seperti mana yang saya sebut tadi, every USD1 - RM300 juta, jadi kalau kita hendak tahu berapa lebihan ini, kita kena tunggu average ini. Ini kerana harga minyak ini akan naik dan turun. Saya bagi contoh tadi daripada USD115 dia boleh jatuh USD30 dalam masa begitu singkat. Dalam masa sembilan bulan dia boleh jatuh USD30. Jadi untuk menentukan kelebihan ini, kita kena tunggu lebih kurang dalam 12 bulan punya- akan tetapi, apa sahaja lebihan daripada pendapatan ini, sebenarnya kita asingkan, kita masukkan dalam consolidated fund ataupun Akaun Yang Disatukan untuk dibelanjakan untuk belanja-belanja pembangunan kepada negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, tahniah kepada kerajaan dan Petronas kerana menjadi the best state-run oil company in the world dan di antara terbaik. Reserve kita, billion oil equivalent 30 billion, antara yang terbesar dan saya hendak tanya kepada kerajaan dengan kita buat di samping penambahan lapangan baru melalui marginal fields, deep sea water dan juga enhanced oil recovery dengan izin. Kita juga menambah peringkat di midstream dan downstream contoh di Rapid, SOGIP, Kerteh dan sebagainya. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat menteri, bilakah pelaburan-pelaburan yang besar ini akan memberi pulangan dalam bentuk kewangan kepada kerajaan dan saya yakin akan memberi pulangan yang amat baik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. PETRONAS bukan sahaja terlibat dengan upstream, Petronas juga terlibat dengan downstream activities. Baru-baru ini kalau kita lihat bahawa Petronas telah berjaya memuktamadkan joint venture dengan syarikat Aramco. Yang menyebabkan syarikat tersebut datang melabur ke negara kita dan menyumbang USD tujuh bilion. Jadi aktiviti-aktiviti hiliran ataupun downstream sebenarnya dia akan memberi jangka masa panjang adalah satu kebaikan kepada negara kita terutama apabila macam di Pengerang contohnya, dia akan wujud industri-industri sampingan akibat daripada pelaburan besar yang dibuat oleh Petronas dan Aramco di kawasan tersebut. Sudah tentu apabila wujudnya industri-industri sampingan ini, ia akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk negara kita. Terima kasih.

Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNMersing · question

3. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapakah kadar pertumbuhan ekonomi negara pada 2017 dan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara dan global pada tahun ini. Apakah kaedah-kaedah baru dan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi ekonomi global yang masih berada dalam keadaan tidak menentu?

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 5.9 peratus pada tahun 2017 berbanding 4.2 peratus pada tahun 2016.

Perkembangan ini didorong oleh permintaan domestik terutamanya perbelanjaan swasta berikutan kestabilan pasaran buruh, pendapatan eksport yang lebih tinggi dan kedudukan inflasi yang terkawal dalam persekitaran kadar faedah rendah. Selain itu, pelaburan swasta yang kukuh terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Jangkaan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2018 dijangka kekal kukuh antara lima peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2018. Sektor swasta akan terus kekal sebagai pemacu utama ekonomi disokong oleh sektor awam. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Pergi berkelah di Ulu Sepri; Daripada pagi sampai tengah hari; Jawapan tepat muka berseri; Rupa-rupanya hari ini hari jadi Menteri. Happy birthday... [Tepuk] Jawapan Menteri itu fakta tetapi kita berhadapan dengan sentimen dan persepsi terutamanya persepsi yang diuar-uarkan oleh pakar-pakar ekonomi yang sebelah sana. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Pertumbuhan KDNK ini pada orang kampung, dia tidak berapa faham. Dia tidak tahu pun berapa percent atau apa. Ini ditambah buruk oleh pakar-pakar ekonomi ini sehingga mereka merasakan bahawa pertumbuhan ini tidak dapat dirasakan oleh denyut nadi rakyat dan juga sesetengah pihak tidak langsung merasakan ada faedah ke arah kesejahteraan rakyat. Yang Berhormat Menteri, macam mana hendak jawab ini? Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang di-Pertua, bila kita cerita pasal ekonomi ini, bila kita cerita soal perception, agak sukar untuk orang faham. Akan tetapi apa yang saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat, bila kita cerita soal ekonomi ini, perkembangan ekonomi ini, betapa pentingnya kepada negara dan kepada rakyat. Saya bagi contoh. Apabila kita mengembangkan ekonomi kita tiap-tiap tahun, sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya ia mengukuhkan kedudukan ekonomi kita dari segi fundamental. Apabila ekonomi itu berkembang dengan begitu baik, kita mungkin tidak sedar sebenarnya dia telah memberi manfaat kepada negara yang begitu tinggi. Saya bagi contoh. Kita tengok dari segi peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan pada tahun 2015, 2016 dan 2017. Kalau ikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, negara kita telah menambah jumlah pekerjaan sebanyak 1.1 juta. Kedua, kalau kita tengok. Kalau kita terus berkembang dan dia boleh menggalakkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke negara kita. Oleh sebab itu kita consistently dapat pelaburan datang daripada luar, melabur dalam negara kita hampir on average RM40 bilion. Kalau tengok tahun 2015, 2016 dan 2017, sebanyak RM41 bilion hingga RM42 bilion. Ketiga, kalau kita tengok apabila fundamental negara kuat, maka currency kita juga akan bertambah kuat. Kalau dulu kita tengok dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, currency kita terjejas tetapi kita continue show a good positive growth dalam ekonomi, maka currency kita juga akan menjadi kuat. Saya juga ingin bagi contoh kepada Yang Berhormat. Kita bising-bising tetapi tahu kah Yang Berhormat kita punya rakyat Malaysia yang keluar negara berbelanja. Kalau kita bandingkan pada tahun 2015, dia cuma lebih kurang RM41 bilion tetapi pada tahun 2016-2017, ia telah meningkat hampir mencecah RM46 bilion. Dia belanja di luar negara. Keluar ke luar negara. Kalau ekonomi tidak berjalan dengan baik dan bagus, saya rasa orang pun tidak mampu hendak pergi ke luar negara. Akan tetapi saya ambil maklum kepada Yang Berhormat. Dari segi perception masyarakat ini sangat penting. Contohnya, apabila media pick up story daripada peniaga-peniaga ataupun mereka yang berniaga retail contohnya. Dia complain mengatakan bahawa dia tidak ada growth. Dia nampak ekonomi GDP naik, consumption naik tetapi dia tidak ada growth. Dia rasa macam kenapa dia punya kedai tidak untung ataupun dia punya hypermarket jualan tidak positif. Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, Ahli Yang Berhormat.Ini macam bagi syarahanlah... [Ketawa] Yang Berhormat, dia kena faham. Dari segi retail ini, kalau segment retail, dia bukan sahaja kita tengok dari segi hypermarket, supermarket atau retail chain. Dia juga kena tengok semua retail universe. Kalau kita tengok dalam negara kita pada 2017, kita punya retail outlet, approximately about 73,000 kalau dibandingkan tahun 2016 sebanyak 66,000. Bermakna peningkatan jumlah retail outlet telah meningkat. Jadi apabila dia meningkat, dia akan cannibalize each other. Kedua, kalau kita tengok perbelanjaan masyarakat kita hari ini, kalau dulu kita tengok jarang orang pergi beli online, sekarang ini orang beli online. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tahun 2017, RM73 bilion barang-barang keperluan yang kita beli dekat kedai- kedai dan hypermarket selalu ini, sekarang telah melalui online. Jadi online ini dia tidak akan rekod dekat kedai-kedai tetapi dalam Jabatan Statistik dia akan rekod RM73 bilion.

Oleh sebab itu, kalau kita combine semua ini, consumption kita masih positif untuk pengetahuan Yang Berhormat. Jadi kalau perception yang dikeluarkan oleh pekedai-pekedai yang mengatakan volume dia jatuh dan sebagainya, saya tidak boleh hendak argue dengan mereka kerana kemungkinan benar. Akan tetapi sebab dia itu kita kena lihat. Mungkin cannibalization, banyak shopping mall telah diwujudkan. Jadi dia cannibalize each other. Hypermarket bertambah. They cannibalize each other. Perkembangan penduduk kita tidak berapa meningkat begitu tinggi. Jadi ini semua adalah merupakan salah satu daripada faktor- faktor yang menyebabkan orang tidak rasa dan juga contribution daripada e-commerce. Terima kasih.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II, apakah yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan bagi menangani kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin membebankan rakyat selain daripada memberikan BR1M kepada rakyat ini. Minta penjelasan. Terima kasih.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pukul 11.15 pagi ini akan ada Mesyuarat Kabinet Komiti yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Memang mereka sentiasa, kita akan membentang dan berbincang untuk mengenal pasti perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, di peringkat kerajaan, kita juga cuba banyak benda. Untuk menambahkan pendapatan ini, kita terpaksa membanyakkan dan menawarkan berbagai program peningkatan kemahiran latihan untuk membangunkan lebih ramai tenaga mahir, berkemahiran dan boleh meningkatkan pendapatan. Kedua, kita juga memberi peluang untuk memperluaskan program-program seperti eRezeki, eUsahawan, eLadang di bawah Malaysian Digital Economy (MDEC). Ketiga, kita juga menyediakan pinjaman-pinjaman mudah untuk menambahkan pendapatan isi rumah seperti Usahawan Food Truck 1Malaysia, Mobile Food Kiosk dan juga pinjaman-pinjaman mudah perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional untuk peniaga-peniaga kecil ini membantu menambah pendapatan isi rumah. Kita juga memperuntukkan beberapa juta ringgit dalam bajet kita untuk Program 1AZAM untuk mana-mana suri rumah yang tidak bekerja dan masih boleh menambahkan pendapatan dalam rumah dengan mendapatkan bantuan daripada Program 1AZAM. Kemudian, kita juga memperuntukkan program-program seperti Motosikal Roda Tiga FAMA, Program Mobilepreneur GiatMARA dan Program MyAGROSIS.

Kemudian, kita juga try to reduce kita punya tax bracket kepada the middle income level, di antara 20,000 ke 70,000 pendapatan dia punya bracket itu. Ketiga, kita juga terus memberi- masih mengekalkan subsidi kepada basic items, yang keperluan-keperluan asas. Kemudian, kita juga tidak mengenakan GST kepada basic necessity food ataupun pendidikan dan juga kesihatan yang kita bagi ataupun transportation dan banyak lagi. Juga termasuk bantuan-bantuan seperti BR1M yang kita agihkan kepada rakyat. Juga termasuk peruntukan RM6.5 bilion kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak semata-mata untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan penjelasan yang panjang lebar. Akan tetapi akhirnya, saya confusedlah sama ada masalah yang dihadapi oleh rakyat ini, yang keluhan yang kita dengar tiap-tiap hari, itu yang persepsi ataupun apa yang Menteri cakap yang merupakan persepsi. Menteri menyatakan bahawa seolah-olah ekonomi negara bagus. Kadar pertumbuhan baik, semua baik, semua baik tetapi hakikatnya rakyat yang mengeluh. Disebut kedai-kedai runcit tutup. Bukan sekadar kedai- kedai runcit yang tutup, saya rasa Menteri pun tahu dan ini bukan juga persepsi, hypermarket Giant pun tutup. Ini realiti, ini bukan persepsi, Menteri ya. Saya harap dan sedikit sebanyak Tuan Yang di-Pertua, Menteri pun mengaku bila menyatakan dan memberi satu senarai panjang tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kalau sudah betullah tidak ada masalah dan masalah itu hanya persepsi Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita buang masa menentukan segala program-program ini? Ianya merupakan satu pengakuan bahawa sememangnya masalah ekonomi sedang menimpa rakyat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa yang dikatakan sebagai kadar inflasi yang terkawal dan sebagainya adalah sebenarnya persepsi yang hendak ditanam oleh kerajaan. Hakikatnya, rakyat sedang mengeluh, rakyat sedang menderita dan tindakan kerajaan setakat ini tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah. Di antara punca utama masalah ekonomi negara di antaranya sistem percukaian yang tidak kenal sama ada orang miskin ataupun kaya, orang tua ataupun orang muda, OKU kah apa. Inilah di antara punca yang menyebabkan berlakunya inflasi. Ini bukan persepsi. Ini realiti. Pertumbuhan ekonomi, saya setuju sedang berlaku tetapi pertumbuhan itu, I put it to you Tuan Yang di-Pertua, tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat jelata. Ini kerana ianya hanya berlaku dalam sektor-sektor yang tertentu, sedangkan rakyat jelata dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Jangan jawab persepsi ya.

Tuan Yang di-Pertua, ini kalau cakap dengan orang yang tidak faham ekonomi, susah. Cukup susah. Ini saya ingat kita kena hantar dia pergi kursus ekonomi supaya dia faham. Tuan Yang di-Pertua, ini bila kita cerita soal berniaga, dia tutup, dia buka, itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan ini. Ini kerana kerajaan kita menyediakan asas perkembangan ekonomi, basic fundamental pengurusan untuk membangunkan ekonomi. Akan tetapi kalau syarikat-syarikat yang tutup kerana weak management, supply tidak competitive, what do you expect?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Are you saying government policy has no impact?

No, no, duduk, duduk, duduk. Tuan Yang di- Pertua, ini macam mana Tuan Yang di-Pertua? How do you allow...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu Yang Berhormat Shah Alam. Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, sebab tadi bila saya jawab, dia tidak dengar. Dia tidak dengar. Saya cakap, bila retail outlet terjejas, dia punya growth dalam retail outlet. Apa saya cakap? Banyak faktor yang menyebabkan retail outlet ini terjejas. Pertama, kalaulah ekonomi tidak bagus, macam mana outlet boleh meningkat daripada 66,000 jadi 73,000? Macam mana outlet perniagaan boleh meningkat? Sebanyak 66,000 daripada tahun 2016, tahun 2017 sebanyak 73,000. Kedua, kita tengok online business. Online business kalau dahulu Tuan Yang di- Pertua, 10 tahun dahulu kita tidak pernah tengok figure ini. Hari ini online RM73 bilion, online business. This is the retail. Jadi, saya pun tidak tahu macam mana ini Yang Berhormat Shah Alam, dia cerita fasal- saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alamlah. Kalau Yang Berhormat Shah Alam cakap orang bising harga mahal, boleh bagi saya spesifik item, apa benda yang naik?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, fasal Menteri tanya, Tuan Yang di-Pertua. Ikan kembung, minyak masak, harga minyak, minyak petrol. How many items do you want?

Okey, alright.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini bukan persepsi, ini betul, ini realiti. Petrol pump prices. Naik kah tidak daripada tahun 2015, naik ataupun tidak?

Tidak apa, duduklah, saya jawab.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, you minta senarai, saya bagilah senarai. You ask me, I’m answering.

Duduk, duduk, duduk. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab. Dia cerita fasal ikan kembung. Saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua, ini you cerita fasal ikan kembung. Kerajaan facilitate orang pergi tangkap ikan. Kita hantar, kita bagi minyak diesel subsidi untuk tangkap ikan. Akan tetapi kalau dia pergi tangkap ikan, ada hari dia bawa balik ikan banyak, ada hari ikan tidak banyak kerana mungkin musim tengkujuh tetapi apa kerajaan buat? Kerajaan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Musim tengkujuh baru tahun ini kah? Bukan tiap-tiap tahun ada? Kenapa tahun... [Disampuk] ...tidak berlaku. Menteri, tolonglah Menteri...

Masalahnya...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf tetapi I tidak tahanlah jawapan macam ini.

Tuan Yang di-Pertua, dia hendak debate, dia hendak suruh ikan kembung yang keluar daripada laut, dia hendak suruh kerajaan manufacture, yang ini dia silap, dia tidak faham.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, bila saya minta kerajaan manufacture? He is putting words in my mouth.

Seolah-olah perasaannya you tidak tahu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya minta kerajaan ada dasar yang lebih bertanggungjawab, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Duduk dahulu Menteri, duduk Menteri. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, saya seronok dengar persoalan, isu, soalan, lepas itu dijawab. Saya seronok dengar itu kerana kadang-kadang kita pun mahu faham juga. Akan tetapi kalau saya biarkan cara begini, ini bukan berbahas lagi secara macam mana Parlimen berbahas. Ini macam Mesyuarat JKKK sudah ini [Ketawa] Tidak bolehlah begitu, tidak bolehlah begitu. Jadi, kalau ada lagi yang perlu dihujah Yang Berhormat, sila hujah. Yang Berhormat Shah Alam, jangan interrupt, selepas itu kita pindah kepada soalan yang lain.

Okey, saya hendak perbetulkan, Tuan Yang di-Pertua. Mana-mana barang asas ini Tuan Yang di-Pertua, kita masih mengawal barang asas. Barang-barang asas kita kawal, sebab itu saya cakap, kalau orang tanya saya, “Oh! Minyak harga naik”, “Minyak apa?” Kalau minyak masak, kita masih bagi subsidi 60,000 metrik tan tiap-tiap bulan subsidi, kita bagi. LPG kita bagi subsidi. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Shah Alam cakap fasal minyak petrol, saya sudah cakap. Polisi kerajaan, harga minyak ini kita tidak boleh control sebab ia berdasarkan kepada harga pasaran dunia. Kalau harga pasaran dunia jatuh USD30, harga minyak akan turun. Kalau harga naik USD60, harga akan naik, itu sahaja. Itu kalau you hendak suruh kerajaan control, kerajaan tidak boleh control. Jadi, untuk cerita fasal ikan ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu. Memang kita tidak boleh. Macam mana kita hendak determine ikan berapa banyak hendak naik daripada laut? Akan tetapi apa yang kerajaan buat? Kerajaan buat pertama, nelayan-nelayan yang mana pergi tangkap ikan, kita bagi subsidi minyak untuk dia pergi tangkap ikan. Kita bagi pinjaman kemudahan untuk dapatkan kapal-kapal. Kemudian, kalau musim tengkujuh, kita bagi elaun. Kemudian, kalau bawa balik ikan yang banyak, apa kita buat? Kementerian Pertanian masukkan dalam kurung supaya kita boleh preserve ikan-ikan ini. Waktu demand tinggi, kita boleh keluarkan balik ikan-ikan yang masih fresh.

Ini yang kerajaan buat tetapi Yang Berhormat Shah Alam hendak suruh kita, kerajaan pergi tangkap ikan kembung. Mana boleh. Akan tetapi kalau ikan-ikan yang kita boleh bela dalam negara, kita boleh bela, kita bela. Sebab itu supply ikan keli, ikan tilapia tidak ada short, tidak ada shortage. Akan tetapi, ikan kembung tidak boleh. Dia tidak faham, lepas itu dia pergi spin semua dengan masyarakat dekat luar sana. Oleh sebab itu masyarakat timbul persepsi yang Yang Berhormat Shah Alam sebut ini. Dia tidak faham. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Harga ikan kembung bukan persepsi, Yang Berhormat Menteri.

Nampak? Dia dah kacau, Tuan Yang di- Pertua. Saya nak cakap dengan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan persepsi, please.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Kemudian saya hendak cakap, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada negara Amerika, negara Amerika sebuah negara yang maju, USD18 trilion dia punya ekonomi. Kita punya ekonomi saiz USD320 bilion, dia USD18 trilion. Kalau kita pergi ke Amerika, dia sebagai negara yang maju, dia masih membantu rakyat yang tidak dapat mengikuti perkembangan ekonomi dia. Dia bagi bantuan supaya mereka tidak tertinggal.

Malaysia pun hendak bantu Amerika juga. Apa kita ini?

[Dewan riuh]

Apalah Yang Berhormat Subang, eh siapa ini? Yang Berhormat Sepang.

Yang Berhormat Sepang, makan ubat ya.

Perlahan-perlahan, Yang Berhormat Sepang. You bagi I cakap, you nak debate, anytime. So bila saya jawab, you kena dengar dulu. Lepas itu every of your question, I will answer. No problem. Okey? So jadi Tuan Yang di-Pertua, negara maju macam Amerika pun dia juga ada buat bantuan cash transfer. Negara maju, USD18 trilion, dia bagi. Di Singapura, dia pun juga bagi cash transfer. Bantuan kepada rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan ini is normal for every country. So jadi jangan sebab bila kita bantu rakyat yang memerlukan bantuan, kita anggap macam kita punya dasar salah. Tidak boleh. We have to understand this. Bukan semua orang boleh kaya macam Yang Berhormat Shah Alam, yang tak payah subsidi. Jadi itu sahajalah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia hari jadi dia.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, lain kali kalau ada begitu lagi, saya tidak kasi sama Yang Berhormat Shah Alam soalan-soalan.

Lim Kit SiangDAP · PHIskandar Puteri · question

4. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan dengan garis masa yang jelas, rancangan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan perumahan mampu milik bagi rakyat jelata khasnya orang muda.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun rasa simpati jugalah apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Gelang Patah hingga dahi bertampal. Bersabar, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Ini cerita lamalah. Jawablah dulu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Lah, cakap simpati pun nak marah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Jawablah dulu.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menetapkan matlamat untuk membina satu juta rumah mampu milik mulai 2013 sehingga akhir tahun 2018 bagi golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah. Terdapat beberapa agensi yang melaksanakan pembangunan rumah mampu milik termasuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perbadanan PR1MA Malaysia, Syarikat Perumahan Nasional Berhad, Perumahan Penjawat Awam Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan termasuk kerajaan negeri. Untuk maklumat Yang Berhormat, status pelaksanaan satu juta rumah mampu milik daripada tahun 2013 sehingga Disember 2017: | Status Pelaksanaan |Bilangan Unit| |------------------------|------------:| |Siap dan dalam pembinaan| 450619| |Dalam perancangan | 448028|<END_TABLE_MARKER>

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dalam membantu golongan muda untuk memiliki rumah, kementerian menawarkan dua skim bantuan iaitu MyHome dan juga MyDeposit. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30 ribu seunit kepada pembeli sebagai galakan untuk menyediakan perumahan mampu milik. Untuk inisiatif ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10 ribu unit rumah mampu milik di seluruh negara. Pada dasarnya, skim MyHome ditawarkan kepada pemohon yang berpendapatan di bawah RM10 ribu sementara Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ataupun MyDeposit, skim ini menyasarkan golongan M40 yang berpendapatan di bawah RM15 ribu yang ingin membeli rumah pertama dan ianya disediakan khusus untuk pembelian rumah baharu yang berharga di bawah RM500 ribu seunit daripada mana-mana projek perumahan swasta yang berlesen dengan KPKT. Melalui skim ini, pemohon yang layak akan diberi pembiayaan deposit sebanyak 10 peratus atau maksimum RM30 ribu, mana yang terendah. Kerajaan juga telah bersetuju untuk membenarkan anak-anak pesara kerajaan untuk membeli rumah PPA1M, ini adalah untuk membolehkan golongan anak pesara termasuklah golongan muda membeli rumah berharga lingkungan RM150 ribu hingga RM300 ribu bagi peruntukan landed ataupun strata. Untuk makluman, terima kasih.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas simpati tetapi soalan saya ialah mengikut satu jawapan yang diberikan oleh Menteri dan Perdana Menteri dalam sidang dewan ini pada bulan November tahun lalu bahawa barulah 10,199 unit kediaman rumah PR1MA disiapkan pada Jun tahun lalu. Ini bererti bahawa selepas empat tahun, sungguhpun ada target sasaran ialah 500,000 rumah PR1MA, baru dua peratus atau two percent disiapkan. Bukankah ini menunjukkan bahawa ini satu janji tidak ditepati? Sungguhpun manifesto, saya ada ingat manifesto Barisan Nasional dalam PRU13 yang mengatakan bahawa inilah target, inilah janji iaitu satu juta buah rumah dan antara satu juta itu, 500 ribu adalah perumahan PR1MA dan ini tidak termasuk dekat 100 ribu buah rumah PR1MA yang dijanjikan masa sebelum PRU13. Bagaimana kerajaan boleh laksanakan janji itu? Adakah kerajaan ini satu kerajaan di mana janji tidak ditepati?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat ambil contoh spesifik PR1MA, so saya akan jawab pun PR1MA. Yang Berhormat, dalam buat rumah ini dia ada beberapa kategori. Satu, rumah yang dah siap. Betul Yang Berhormat kata yang dah siap kalau ikut PR1MA, kita dah siap termasuk yang swasta buat lebih kurang ada 25 ribu. Kemudian, ada pula dalam pembinaan atau sedang dibina. Buat rumah ini Yang Berhormat, kadang-kadang dua tahun ke tiga tahun baru nak siap. Jadi yang dalam pembinaan ini ada campur dengan PR1MA dan juga bersama dengan PR1MA ada 145 ribu buah. Kemudian, yang kita merancang. Yang kita merancang, yang dah ada nak buat 114 ribu. Jadi ada baki lebih kurang 232 ribu yang kita punya komitmen. Jadi dalam tiap-tiap perkara ini, dalam kita kata siap ertinya CCC dah keluarlah. Pembinaan dan juga masalah yang berkaitan perancang ini yang banyak iaitu 23 peratus. Saya ambil contoh dekat negeri Selangor sahaja, contoh di Selangor. Dekat Selangor ini Yang Berhormat, saya nak beritahu kepada Yang Berhormat. PR1MA, kita tahu. Kita dah buat kajian dah. PR1MA dah buat kajian bahawa rumah yang paling banyak sekali diperlukan ialah dalam permohonan melalui PR1MA, dari Selangor iaitu 22 peratus atau ada 327,793 pemohon yang perlukan rumah mampu milik. Kemudian yang minta itu, Yang Berhormat pun tahu iaitu orang-orang muda, 63 peratus pemohon ini ialah berumur bawah 35 tahun yang berpendapatan RM5,000 ke bawah. Kita tahu. Oleh sebab itu PR1MA, dia merancang. Dia nak buat dekat Selangor, perancangan dia 60 ribu nak buat dekat Selangor. Perancangan kita tetapi oleh sebab dasar-dasar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang dibuat, akhirnya yang siap dekat Selangor, yang kita boleh duduk, yang siap ialah 7000. 27 ribu dalam pembinaan dan bakinya dekat 60 ribu yang tak boleh nak laksanakan sebab bila nak buat rumah ini, Yang Berhormat tahu masalah tanah sebagai contoh. Ada tanah yang kita nak buat itu ialah zon pertanian dan bukan zon perumahan. Nak kena minta kebenaran supaya zon itu yang nak buat rumah kena tukar kepada zon perumahan. Tanah pula kerana tanah pertanian, nak kena tukar pula, tukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kerajaan Negeri Selangor dia tidak kira sama ada projek ini projek PR1MA, dia akan tetap letak juga harga yang mahal, premium tanah yang mahal. Kemudian sesudah itu hendak kena minta pula kebenaran merancang, bawah PBT lagi. Kena pula lagi building plan, bawah PBT lagi. Syarat-syarat yang diletakkan lagi orang Kerajaan Negeri Selangor. Rumah tanah kita hendak buat dekat tanah rizab Melayu, itu patutnya tidak perlu diadakan, ada lebihkan untuk rizab tanah. Saya bagi contoh, hendak buat dekat tanah rizab Melayu dekat 10,000 rumah yang kita hendak buat. Letak syarat macam-macam, Rumah Selangorku dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, di Selangor sendiri pun sembilan kontraktor lari hendak buat Rumah Selangorku. Akan tetapi di Selangor, kalau dia bagi kerjasama yang baik, PR1MA akan usaha untuk membantu rakyat. Itu contoh yang saya bagi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya ruang soalan tambahan. Saya suka hendak ambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua hendak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kementerian kerana baru-baru ini telah diadakan pecah tanah untuk pembinaan rumah rakyat di dalam kawasan saya sebanyak 330 unit yang dijangka siap pada tahun 2021. Soalan saya Yang Berhormat Menteri. Dengan keadaan yang sedemikian, kawasan yang dibina rumah perumahan rakyat ini boleh dikatakan kawasan bandarlah juga. Jadi apakah daya usaha pihak kementerian bagi memastikan bahawa pemohon-pemohon yang memohon dan bakal tinggal di rumah-rumah kerajaan sediakan dengan harga yang sangat berpatutan ini merupakan mereka yang benar-benar menyokong kepada pembangunan yang di bawah oleh kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang rumah itu tadi untuk B40. Itu untuk B40 yang pendapatan RM3,000 ke bawah kita sediakan rumah PPR. Oleh kerana rumah yang kita jual ini begitu murah dan juga ramai yang memohon, jadi kerana itu kita kementerian letak syarat yang agak ketat. Pertama, kita hendak pastikan pendapatan dia, pendapatan isi rumah bawah RM3,000. Kita akan check dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kalau senarai ini, mereka ini senarai penerima BR1M, bermakna mereka ini bawah RM300,000, mereka layak. Kalaupun mereka kita tengok sudah ada penerima BR1M, tetapi kita tengok lagi, check lagi kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, rumah, ada juga kita dapati rumah mereka ini ada yang sudah membeli rumah. Jadi kita hanya bagi kepada rumah pembeli rumah yang pertama sahaja. Ketiga, Lembaga Hasil Dalam Negeri sudah clear, balik kepada kementerian, kita akan pamer pula nama ini di kawasan-kawasan tertentu untuk kita hendak buka kalau-kalaulah ada penduduk-penduduk tempatan membuat bantahan daripada mereka yang ditawarkan, kita buka. Memang benar bila kita pamer ada bantahan-bantahan yang kita terima. Mungkin ada terlepas pandang dan bila kita semak jika kita dapati bantahan itu betul, kita akan batalkan tawaran yang diberikan. Jadi kita akan pilih betul-betul yang layak kerana ini rumah untuk orang miskin dan kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan di atas rumah yang kita hendak beri pembelaan kepada orang miskin ini. Terima kasih.

Ahmad Fauzi bin ZahariUMNO · BNSetiawangsa · question

5. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah status dan perkembangan terkini Kanvas Belia TN50 dan adakah penglibatan belia dalam TN50 ketika ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menteri Belia dan SukanBrig. Jen. Khairy Jamaluddin

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Sipitang bertarikh 6 Mac, Yang Berhormat Sepanggar bertarikh 3 April serta Yang Berhormat Simpang Renggam bertarikh 5 April kerana menyentuh isu yang sama berkaitan dengan TN50.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, TN50 merupakan satu inisiatif yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ucapan Belanjawan yang telah disampaikan dalam Dewan mulia ini pada dua tahun yang lepas, ucapan Belanjawan Tahun 2017. Dalam ucapan tersebut saya selaku Menteri Belia dan Sukan telah pun diamanahkan untuk memulai proses pendampingan rakyat terutamanya generasi muda untuk kita mendapat aspirasi-aspirasi bagaimana kita hendak mencorakkan masa depan negara kita untuk tiga dekad yang akan datang. TN50 ini telah pun menjadi satu gelombang rakyat, bukan hanya satu cetusan idea daripada kerajaan. Akan tetapi satu gelombang yang dapat menggembleng tenaga dan pemikiran anak muda bagaimana kita dapat menjadikan negara kita sebuah negara antara 20 negara yang teratas pada tahun 2050. Bagaimana proses ini telah bermula daripada bawah dengan menggunakan konsep bawah ke atas ataupun bottom-up untuk kita memastikan bahawa negara kita bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan gangguan yang mendatang dalam tiga dekad yang akan datang dalam istilah yang sedang digunakan di peringkat antarabangsa, how to future-proof the nation, dengan izin. Bagaimana kita dapat menyediakan sebuah negara yang dapat menghadapi gangguan dalam bidang pekerjaan sebagai contoh 60 peratus daripada pekerjaan yang bakal diisi oleh anak-anak di sekolah rendah pada hari ini belum lagi wujud. Sebanyak 40 peratus daripada pekerjaan yang ada pada hari ini berisiko tinggi diganti dengan automasi dan juga robot dan juga artificial intelligence. Sebagaimana kita hendak menghadapi sebuah negara di mana penuaan masyarakat ataupun aging society akan menjadi realiti pada tahun 2035, lebih ramai lagi rakyat Malaysia berusia 65 tahun ke atas daripada 15 tahun ke bawah. Bermaksud kita sudah menjadi sebuah aging population. Bagaimana kita hendak mendepani perubahan geopolitik yang melihat kepada kebangkitan kuasa-kuasa baru dan kuasa-kuasa besar pada hari ini. Bagaimana kita hendak menghadapi ancaman yang tidak dapat dilihat ancaman kepada kedaulatan kita. Dahulunya kita melihat dari segi ancaman fizikal, hari ini ancaman itu datang dalam alam maya dan sebagainya. Untuk kita menyediakan negara ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan saya untuk memulakan sebuah national conversation, betul-betul mendengar aspirasi anak muda. Jadi masa depan ini dibina bersama. Bukannya dibina atas pemikiran kerajaan semata-mata. Akan tetapi dibina atas idea yang dapat kita kumpul melalui proses perbincangan yang luas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan inisiatif TN50 oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tahun 2017 telah mendekati hampir dua juta rakyat Malaysia. Lebih 60,000 aspirasi unik daripada anak muda telah berjaya di kumpul melalui aktiviti dialog, pendampingan serta libat urus termasuk 135 dialog yang telah dianjurkan oleh kementerian saya. KBS juga telah menyerahkan Kanvas Belia, laporan aspirasi yang mana kita telah kumpulkan sepanjang satu tahun ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Februari yang lepas yang terhasil daripada cerakin dan analisis aspirasi terkumpul daripada pelbagai lapisan belia di seluruh negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan Wacana Belia TN50 baik daripada mana-mana parti politik sekalipun. Kanvas Belia ini merangkumkan enam tema utama yang diingini belia iaitu negara yang global, pertama, negara yang saksama, negara yang mampan, bersatu padu, bertanggungjawab atau accountable dan sebuah negara yang prihatin yang ada dengan izin compassion. Enam tema utama ini diketengahkan oleh belia dalam semua aspek seperti ekonomi, pekerjaan, pendidikan, struktur masyarakat, penjagaan khazanah asli, khazanah alam, makanan dan tenaga, kualiti hidup bandar, luar bandar, kesihatan tadbir urus, keselamatan, sukan dan seni budaya. Versi penuh Kanvas Belia ini boleh dimuat turun di www.mytn50.com/kanvasbelia dengan ringkasan digital untuk bacaan umum. Kanvas Belia ini bukanlah laporan akhir. Kanvas Belia ini menjadi asas kepada pembentukan dasar TN50 yang akan dibuat oleh Unit Perancangan Ekonomi dan akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada satu masa nanti.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil daripada analisa aspirasi yang terkumpul lebih 60,000 ini, lima topik utama yang telah disuarakan oleh belia Malaysia adalah seperti berikut: (i) pekerjaan dan budaya kerja; (ii) nilai dan identiti kebangsaan termasuklah soal perpaduan dan juga agama; (iii) pendidikan dan pembelajaran; (iv) persekitaran kehidupan; dan (v) kerajaan di masa hadapan dan juga membincangkan soal kebudayaan dan kesenian. Saya hendak sebut di dalam Dewan yang mulia ini bahawa anak-anak muda Malaysia memahami bahawa TN50 ini adalah satu kesinambungan kepada perancangan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak dahulu lagi. It is a part of a grand narrative, dengan izin, di mana pada tahun 1970 kita mula dengan Dasar Ekonomi Baru, tahun 1991 dengan Dasar Wawasan 2020 dan ini pula adalah kesinambungan ke arah Malaysia menjadi antara 20 negara yang teratas di dunia. Melalui TN50 ini, kita dapat mengisi kelompangan yang wujud dalam perancangan- perancangan sebelum ini bukan kerana perancangan itu defective, dengan izin, ataupun ada kelemahan tetapi memang tidak wujud. Banyak perkembangan teknologi dan sebagainya pada tahun 1991. Pelaksanaan inisiatif TN50 ini telah melibatkan belia daripada setiap segmen masyarakat melalui pelbagai platform- dialog, kumpulan fokus, kumpulan masa depan. Bukan hanya dialog besar yang saya telah hadir ke seluruh pelosok tanah air tetapi juga perbincangan yang lebih teliti yang telah diadakan bersama belia-belia dan juga kumpulan pakar yang dapat memandu mereka. Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan, saya berharap Ahli Yang Berhormat sekalian dari mana-mana parti politik dapat bersama-sama menjayakan aspirasi yang dizahirkan belia Malaysia ini. KBS juga akan terus bekerjasama dengan Unit TN50 di bawah Jabatan Perdana Menteri, EPU, bagi memastikan suara belia dapat diterjemah kepada dokumen akhir TN50 yang bakal dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lewat tahun ini. Terima kasih.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Tahniah Yang Berhormat Menteri kerana berjaya engaged close to two million rakyat Malaysia daripada berbilang bangsa dan latar belakang yang akhirnya kita dapat hampir 60,000 aspirasi yang akan dijadikan foundation document sebagai arah tuju negara ini untuk 30 tahun akan datang. Soalan saya, adakah terdapat mana-mana negara specifically yang kita akan jadikan role model ataupun penanda aras oleh Malaysia untuk mencapai status yang setaraf atau lebih baik dan apakah mekanisme yang akan diletakkan untuk dipastikan pemantauan kejayaan TN50 ini supaya perkembangannya dapat diikuti oleh rakyat Malaysia? Terima kasih.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita memulakan proses pendampingan dengan belia dan juga rakyat, sudah pasti kita merujuk kepada beberapa contoh yang ada di dunia atau di peringkat antarabangsa berkenaan dengan perancangan jangka masa panjang ataupun long-term planning dalam menyediakan negara-negara tersebut untuk menghadapi segala gangguan, disruption dan sebagainya. Antara contoh yang kita telah melihat di peringkat Kementerian Belia dan Sukan adalah inisiatif yang telah pun dimulakan di beberapa negara seperti contoh Singapore Smart Mission, Smart Dubai tetapi ini terhad kepada menggunakan teknologi sebagai penyelesaian kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat. Ada juga seperti Saudi Vision 2030 yang ingin melihat Arab Saudi berhijrah daripada sebuah negara di mana kebergantungan mereka terhadap sektor minyak dan gas terlalu tinggi dan dapat dipelbagaikan ataupun di-diversify pada aspek ataupun sektor-sektor yang lain.

Akan tetapi bagi saya, setelah melihat contoh-contoh daripada negara lain, TN50 ini merupakan suatu pendekatan yang sangat unik yang tidak ada pada negara-negara lain atas dua sebab. Pertamanya adalah dari segi bagaimana pendekatan ini sangat menyeluruh. Tadi saya sebut berkenaan dengan Singapore dan Dubai. Mereka hanya melihat kepada technological solution for government, dengan izin. Kita melihat kepada Arab Saudi melihat bagaimana mereka dapat mengubah asas ekonomi mereka terutamanya. Akan tetapi di Malaysia, TN50 menyeluruh bukan hanya sebut soal ekonomi tetapi juga nilai-nilai masyarakat. Bukan hanya sebut tentang asas ekonomi tetapi bagaimana kita hendak menjamin keselamatan makanan, kesihatan rakyat dan sebagainya. Kedua, perbezaan kita dengan negara-negara lain ialah ini adalah merupakan satu pendekatan bottom-up. Di negara-negara lain banyak- walaupun ada dialog dengan masyarakat tetapi dipandu, driven by government. Government still knows best. Akan tetapi atas pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ingin melihat bahawa ini benar- benar datang daripada suara rakyat, kitalah antara negara yang telah melaksanakan the most extensive public consultation dalam menghasilkan suatu perancangan dalam jangka masa panjang- TN50. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat juga, kita benchmarking ataupun penanda aras kita untuk sektor-sektor dan juga aspirasi-aspirasi yang saya sebutkan tadi bukan hanya kita melihat kepada soal penanda aras subjektif di sini tetapi kita ingin ada penanda aras objektif di peringkat antarabangsa. Saya bagi contoh, Tuan Yang di-Pertua, dengan ada masa sedikit. Kalau kita hendak jadi sebuah negara yang global, kita- aspirasi belia ya. Ini bukan kerajaan punya position atau pendirian tetapi aspirasi belia. Kita telah menyatakan bahawa kita perlu menjadi top 20 ataupun 20 negara teratas. Sebagai contoh dalam World Economic Forum Global Competitiveness Ranking, top 10 dalam World Intellectual Property Organization Global Innovation Index. Untuk menjadi sebuah negara yang equitable, top 20 dalam Haas Institute Inclusivity Index. Sebuah negara yang sustainable, mampan, ada sebuah bandar di Malaysia yang merupakan antara Top 20 Globally Sustainable Cities Globally. Dan untuk menjadi negara yang accountable, sebagai contoh antara 20 negara teratas dalam World Justice Projects in Open Governance Index. Ini contoh daripada belia yang ingin melihat bahawa penanda-arasan kita seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi bukan hanya kita sebut kita akan sampai pada tahun 2050 menjadi 20 negara yang teratas tetapi constant monitoring, suatu usaha untuk memantau secara berterusan apakah perancangan kita menepati segala sasaran yang ditetapkan. Oleh sebab itu, Ahli Yang Berhormat, saya juga setuju dengan pandangan daripada belia bahawa perlu ada suatu unit pelaksanaan dan juga dasar, bukan hanya dokumen dasar tetapi dokumen pelaksanaan untuk memastikan bahawa TN50 ini menjadi sebuah kenyataan. Sebagai contoh, belia anak muda Malaysia aspirasi mereka dalam bidang alam sekitar adalah untuk Malaysia menjadi sebuah carbon neutral country pada tahun 2050. Apakah perancangannya, apakah milestone-nya lima tahun akan datang, sepuluh tahun akan datang, dua puluh tahun akan datang supaya kita tahu dan rakyat tahu secara transparent dan telus bahawa hala tuju kita sedang ke arah sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri kita. Cuma, saya ingin minta sedikit penjelasan daripada sudut sejauh manakah, seperti mana yang disebut atau diungkapkan, bahawa TN50 adalah kesinambungan? Bermakna daripada Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sekarang we are asking for another 30 years in future. Itu bagus. Mana-mana kerajaan pun akan buat demikian. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah telah dibuat kajian tentang penilaian sebelumnya dari segi Wawasan 2020 apakah telah tercapai sedangkan sekarang kita mahu pergi lagi 30 tahun? Kalau dahulu pun tidak tercapai, sekarang kita hendak buat 30 tahun punya yang akan datang, saya kira itu juga perlu diambil kira oleh Yang Berhormat Menteri.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dan juga sebagai satu tanda aras kepada kejayaan konsultasi ini ialah ia mestilah melibatkan keseluruhan belia dari berbagai lapisan, berbagai fahaman politik dan juga berbagai pihak kerana saya kira ini bukan satu dokumen mainan tetapi ia adalah another 30 years this country is going forward, dengan izin. Mohon penjelasan.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Saya ingin jelaskan di sini bahawa TN50 bukanlah suatu usaha untuk kita tangguhkan Wawasan 2020. Ini bukanlah kita minta masa tambahan untuk kita mencapai sasaran Wawasan 2020. Ini adalah soal kesinambungan. Tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan bahawa kita memerlukan 30 tahun lagi untuk mencapai sebahagian besar daripada matlamat dan juga sasaran yang telah ditetapkan oleh Wawasan 2020. Saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk mendampingi generasi muda untuk Wawasan 2020, saya sendiri telah merujuk atau semak semula kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir sewaktu memperkenalkan dasar ataupun Wawasan 2020 pada tahun 1991. Ucapan kepada Malaysian Business Council, ucapan yang telah ditulis oleh Allahyarham Tan Sri Nordin Sopi, Pengerusi ISIS Malaysia. Dalam ucapan tersebut menyatakan sembilan cabaran. Kebanyakan daripada sembilan cabaran itu merupakan satu aspirasi yang subjektif, bukannya aspirasi yang objektif.

Ada mungkin satu aspirasi yang boleh dikatakan objektif an objective aspiration iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju, negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. That was really the only dalam ucapan pertama Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir yang memperkenalkan sembilan cabaran Wawasan 2020. Itulah merupakan satu aspirasi yang betul-betul kita tahu dari segi figure ataupun dari segi sasarannya. Saya percaya dan yakin menjelang dua tahun lagi tahun 2020, mengikut tafsiran Bank Dunia, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah pengurusan Kerajaan Barisan Nasional. Cuma dari segi cabaran-cabaran yang lain, banyak cabaran tersebut adalah work in progress. Saya ambil contoh untuk makluman Yang Berhormat Ahli Parlimen Parit Buntar. Pertama cabaran Wawasan 2020 kalau tidak silap saya adalah untuk Malaysia menjadi sebuah negara that is truly united, united nation, sebuah negara yang bersatu padu, yang benar-benar bersatu. Bagaimana kita hendak meletakkan objektif sasaran untuk kita melihat negara kita menjadi negara yang truly united. Ini adalah work in progress. Jadi bagi saya, ada banyak perkara sebagai contoh satu lagi cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan sebuah negara yang prihatin, scientifically progressive. Ini semua general motherhood statement, dengan izin. Bukannya saya tidak setuju dengan kenyataan dan juga sasaran tersebut tetapi ini merupakan aspirasi yang umum yang menjadi aspirasi yang ongoing, work in progress dengan izin. Bagi saya, TN50 ini mengisi kelompangan tersebut dengan adanya sasaran yang lebih objektif dengan kita menanda araskan negara kita bukan dengan kenyataan umum ataupun motherhood statements tetapi dengan beberapa indeks yang sedia wujud, dengan beberapa ranking yang sudah pun wujud, dengan bagaimana kita hendak melihat negara kita menjadi sebuah negara berdasarkan kepada fakta dan statistik yang lebih objektif daripada dahulu. Jadi bagi saya tuduhan bahawa ini adalah satu usaha untuk menangguhkan Wawasan 2020 tidaklah betul. Oleh sebab sasaran objektif Wawasan 2020 negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi insya-Allah kita akan capai. Perkara lain kebanyakannya adalah work in progress yang mana selama-lamanya akan kita perjuangkan, selama-lamanya kita akan usahakan supaya Malaysia menjadi negara yang truly united. Mungkin kita tidak akan sampai dalam jangka hayat saya tetapi ini adalah perjuangan yang berterusan. Dari segi penglibatan semua lapisan masyarakat, belia dan sebagainya, saya secara terbuka telah menyatakan bahawa Dialog TN50 ini perlu dihadiri oleh semua. Tidak ada apa- apa sekatan kepada mana-mana pihak untuk hadir dalam Dialog TN50.

Malah saya telah terima banyak memorandum, idea, aspirasi daripada belia, daripada ahli-ahli politik, daripada pihak sana dan sebagainya kerana kita mahu supaya ini menjadi reflection ataupun cerminan suara rakyat Malaysia dan bukannya belia yang hanya menyokong satu parti sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi on the record mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan kerana memberi tugas ini kepada saya. Akan tetapi sebagai seorang bapa telah memulakan proses ini untuk menyediakan negara kita untuk anak-anak saya. Ada pujangga Inggeris yang menyatakan bahawa “A politician thinks of the next election but the statesman thinks of the next generation.”... [Tepuk] Seorang ahli politik biasa hanya memikirkan pilihan raya yang akan datang macam mana hendak menang, macam mana hendak taburkan janji dan harapan palsu. Akan tetapi seorang negarawan yang benar memikirkan generasi yang akan datang... [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai · question

6. Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, berapakah bilangan sekolah antarabangsa sehingga tahun 2017 dan apakah mekanisme kawalan supaya sistemnya tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

Datuk P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada 43,042 pelajar STPM yang akan menerima keputusan pada hari ini. Semoga mereka berjaya dan mencapai kecemerlangan masa depan mereka. Ahli Yang Berhormat, sekolah antarabangsa merupakan institusi pendidikan swasta yang menjalankan kurikulum antarabangsa yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bilangan sekolah antarabangsa yang berdaftar sehingga 30 Jun 2017 adalah sebanyak 132 buah di seluruh negara. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sekolah antarabangsa tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 15, Akta Pendidikan 1996, Akta 550. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memastikan penubuhan sekolah antarabangsa adalah selari dengan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Setiap sekolah antarabangsa perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merangkumi aspek pengurusan sekolah, pelaksanaan kurikulum dan pentafsiran serta pematuhan kepada peruntukan Akta 550 dan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan institusi pendidikan swasta. Bagi memastikan semangat patriotisme dan elemen perpaduan terus kekal dalam kalangan rakyat Malaysia, sekolah antarabangsa yang mengambil murid warganegara Malaysia perlu melaksanakan mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral kepada murid warganegara Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1, Tahun 2016. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagaimana yang kita maklum bahawa pendidikan ini adalah merupakan salah satu mekanisme untuk kita membentuk jati diri rakyat dan juga untuk membina negara bangsa. Ini kerana sekolah antarabangsa ini sudah pun dibuka terutamanya kepada pelajar-pelajar tempatan walaupun pada asasnya ialah untuk mereka yang berada daripada luar negara, mak bapa mereka berkhidmat di sini. Persoalannya ialah ini kerana kurikulum yang digunakan di sekolah antarabangsa ini ialah daripada Amerika, daripada Kanada dan juga daripada Australia dan sebagainya. Adakah di sana, perkara-perkara yang kita lihat bagaimana syarat-syarat yang diperlukan untuk membuka sekolah antarabangsa. Adakah kerana ini hanyalah bentuk perniagaan semata-mata ataupun keperluan ataupun berdasarkan kepada permintaan ataupun ratio penduduk?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Ini kerana kita bimbang kalau setakat hari ini kita sudah memiliki sekolah antarabangsa ini yang agak bilangannya sebanyak 132 buah sekolah. Kita bimbang apabila sekolah ini banyak, nanti kita bimbang takut pelajar-pelajarnya tidak ada dan ia menjejaskan dari segi prestasi dan juga tujuan penubuhan sekolah antarabangsa. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat, kita memang melakukan pembukaan sekolah antarabangsa ini akan dilakukan berdasarkan kepada keperluan, sekiranya ada permintaan sewajarnya. Akan tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat, walaupun kita ada 132 buah sekolah antarabangsa, jumlah pelajar yang melaksanakan pembelajaran mereka di sana adalah lebih kurang 54,654 orang. Daripada 54,654 orang ini Yang Berhormat, 37,218 orang murid adalah murid warganegara Malaysia dan yang lainnya bukan warganegara Malaysia. Kalau kita ambil kira jumlah pelajar dalam sistem pelajaran Malaysia yang melalui sistem pendidikan kerajaan ini, hampir lima juta pelajar Yang Berhormat. Maka jumlah pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang melalui sistem pendidikan ini agak kurang. Akan tetapi ramai masih memilih sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mewujudkan satu sistem pemantauan untuk melihat bagaimana sistem pendidikan ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka dan menepati segala keperluan dalam penubuhan mereka. Pada masa yang sama, kita telah melaksanakan satu Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta ataupun dipanggil SKIPS untuk memantau dan juga memastikan semua institusi ini melalui segala keperluan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Walau bagaimanapun, penubuhan sekolah-sekolah antarabangsa baru ini berdasarkan kepada keperluan dan juga sekolah-sekolah yang memohon dan lokasi-lokasi dan sebagainya. Contohnya, kalau ada permohonan untuk membina sebuah sekolah antarabangsa di Selangor, kemungkinan besar kita tidak akan mempertimbangkannya kerana sudah lebih 44 buah sekolah di sana. Akan tetapi pada masa yang sama, sekiranya sekolah ini hendak ditubuhkan di negeri-negeri yang lain yang mana tidak ada banyak sekolah antarabangsa, mungkin dapat dipertimbangkan, tetapi ini berdasarkan kepada keperluan semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Yang di- Pertua, saya benar-benar minta keizinan oleh kerana soalan yang seterusnya soalan ketujuh bagi kita amat penting adalah perkara baru. Maka saya minta izin untuk menjawab soalan itu, soalan nombor tujuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya faham setiap soalan yang kita masukkan dalam order paper perlu untuk dijawab. Akan tetapi kalau saya benarkan Yang Berhormat supaya soalan nombor tujuh itu dijawab, maka itu tidak mengikuti peraturan mesyuarat. Jadi saya tidak hendak buat perkara-perkara yang melanggar peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum itu Setiausaha, duduk dulu Setiausaha. Ini sebagai ingatan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat, saya duduk sini hampir sepuluh tahun. Apabila saya meneliti Hansard dahulu daripada 1970-an, 1974, 1976, saya dapati setiap hari lebih kurang, pada tahun 1974 kalau tidak silap saya sampai 60 soalan-soalan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan dapat dijawab, tahun 1970-an, 1976, 1974. Yang menjadi persoalan saya ialah sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat dahulu apabila bertanya dan dijawab, berakhir di situ sahaja tidak ada lagi seperti apa yang berlaku pada pagi tadi di mana Yang Berhormat Shah Alam dan Menteri Kewangan II sampai berdialog begitu. Sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat dulu peka kepada peraturan mesyuarat atau tidak, itu saya tidak dapat jawab. Akan tetapi faktanya ialah, bukan persepsi ya Yang Berhormat Shah Alam, faktanya ialah sampai 70, 60 soalan dapat dijawab. Jadi itu sebab kenapa mungkin Menteri minta.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi kalau boleh, esok, lusa, saya tidak mahu hadkan juga masa esok, lusa. Biarlah Ahli-ahli Yang Berhormat itu sendiri kalau bertanya apabila dijawab, tidak puas hati pun tidak apalah, sudah pun dijawab dan soalan itu jangan lagi berjela-jela, panjang lebar dan sedemikiannya. Sila Setiausaha. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Jalan-Jalan Masuk Ke ParlimenMotion

Dato' Masir Anak KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.”

Dato’ Nogeh anak GumbekSPDP · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani · Mas Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya ialah usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dibacakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Mesyuarat boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Sila-sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat yang ingin saya bangkitkan pada tengah hari ini ialah Peraturan Mesyuarat 23(1)(c), Tuan Yang di-Pertua di mana soalan saya berkaitan dengan siasatan yang saya tanyakan dalam persoalan untuk dijawab secara lisan ialah saya ingin bertanyakan kepada pihak Polis Diraja Malaysia khususnya Menteri Dalam Negeri, apakah telah mula menyiasat satu laporan polis mengenai dana RM9.5 juta daripada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan kepada Tan Sri Dr. Shafee Abdullah serta perkembangan terkini dan tindakannya. Soalan ini Tuan Yang di-Pertua, telah pun ditolak di atas alasan bahawa sesuatu pertanyaan ini tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmah, puji dan sebagainya. Saya hairan kerana soalan saya ini tidak ada sebarang hujah atau sangkaan, fikiran, tohmah, puji dan sebagainya. Yang saya tanyakan, adakah pihak polis telah mula menyiasat satu laporan polis. Jawapan yang kita jangka daripada Menteri Dalam Negeri ialah telah pun mula atau belum bermula tetapi itu pun tidak dibenarkan oleh Dewan yang mulia ini.

Jadi saya inginkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua kerana saya percaya bahawa dalam Kanun Prosedur Jenayah, semua laporan polis itu perlu disiasat dan polis sendiri boleh memberitahu kepada pengadu apakah hasil siasatan. Jadi yang ingin saya tanyakan kepada kerajaan, apakah telah mula menyiasat dan kita tahu bahawa isu ini isu yang besar, banyak laporan polis telah dibuat termasuk antaranya ialah oleh Presiden Majlis Peguam sendiri yang telah pun mendesak pihak kerajaan khususnya pihak polis untuk menyiasat laporan-laporan yang telah dikemukakan oleh orang awam. Jadi saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, dekat angle mana yang kata soalan ini mengandungi sangkaan ataupun tohmah ataupun keji atau mengelirukan kerana soalan is a plain and obvious, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya ambil maklum Yang Berhormat, saya akan lihat balik. Nanti saya maklumkan kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya pun ada Peraturan Mesyuarat, peraturan sama dengan Yang Berhormat Bukit Katil. Tuan Yang di-Pertua, saya telah bertanya soalan iaitu soalan saya minta Menteri Kewangan menyatakan mengapakah dengan tiba-tiba pendirian kerajaan atau 1MDB bertukar dengan persetujuan untuk membayar kepada IPIC sedangkan sebelum penyelesaian prosiding timbang tara di Mahkamah London Timbang Tara Antarabangsa, Timbalan Menteri Kewangan II pada 1 Ogos 2016 telah dilaporkan berkata yang 1MDB akan melawan dan tidak akan bayar tuntutan IPIC kerana syarikatnya Aabar Investments PJS sebanyak USD6.5 bilion di London. Soalan saya ditolak, alasan ditolak yang saya musykil Tuan Yang di-Pertua. Satu pertanyaan tidak boleh dikarangkan cakapnya sekiranya sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam pertimbangan mahkamah sedangkan kes ini telah tamat. 1MDB dah bayar pun, katanya dah habis bayar pun tetapi kenapa soalan ini ditolak kerana timbangan mahkamah. Jadi saya hairanlah Tuan Yang di-Pertua, adakah ini satu bentuk macam hendak sensor soalan-soalan berkaitan dengan 1MDB. Saya minta penjelasan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seperti juga jawapan saya kepada Yang Berhormat Bukit Katil, saya ambil maklum. Saya akan lihat nanti, lepas itu saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang lebih kurang sama, sedikit saja. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengemukakan satu soalan berkenaan dengan 1MDB. Saya tanya bilakah kerajaan akan memulakan proses membawa balik duit RM19.4 bilion yang disita oleh Department of Justice Amerika Syarikat dalam skandal 1MDB. Peguam negara Amerika Syarikat pernah berjanji untuk memulangkan duit tersebut kepada rakyat Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tetapi alasannya ditolak adalah cakapan sekiranya harus melencong perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam pertimbangan mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak tanya bahawa adakah kerajaan mulakan proses sahaja. Ia tidak ada subjudis. Kalau kerajaan kata mula untuk proses mengembalikan RM19.4 bilion itu, kembalikan sahaja, ya atau tidak. Ia tidak ada elemen subjudis kerana kita tidak, itu pun mahkamah di Amerika Syarikat bukan di Malaysia, Malaysia tidak ada kes. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohonlah hendak tanya saja sebab ini duit rakyat Malaysia dan kita hendak tahu bahawa Peguam Negara adakah memulakan proses. Itu sahaja terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, seperti juga jawapan saya kepada Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang saya hormati.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya bangun untuk bangkitkan di mana saya ingin bertanya satu soalan. Saya hari ini terima empat surat cinta daripada Tuan Yang di-Pertua, menyatakan semua soalan itu ditolak. Salah satu soalan yang saya tanya itu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berbunyi, “Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB yang ditanggung oleh kerajaan”. Tetapi soalan sedemikian pun ditolak kerana diberikan alasan di mana dikatakan, “sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelencungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan apa-apa perkara yang dalam timbangan Mahkamah.” Tuan Yang di-Pertua, saya cuma tanya berapa hutang 1MDB yang ditanggung oleh kerajaan menggunakan wang rakyat. Ini bukan perkara yang ditimbangkan oleh mahkamah dan lagi pun hutang ini ditanggung dan dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita kena bayar hutang kerana hutang itu ditanggung oleh kerajaan. Sekiranya Ahli Parlimen tidak boleh tanya soalan sedemikian di Parlimen, saya nak tanya Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, jika bukan di Parlimen di mana lagi? Itu persoalan saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang sama, soalan saya lebih kurang sama seperti Yang Berhormat Bayan Baru. Di mana saya bertanya, “Minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menuntut harta-harta yang telah disita oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ), yang dilaporkan bernilai lebih dari RM14 bilion”. Soal sama ada nak tuntut atau tidak nak tuntut, dia punya alasan tidak boleh tanya itu oleh kerana sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya dan dalam pertimbangan mahkamah ya. Saya rasa soal sama ada kita ada hasrat untuk menuntut ataupun tidak, ia tidak ada kena mengena dengan persoalan yang sedang dipertimbangkan di mahkamah. Saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua boleh pertimbangkan kembali. Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, satu Tuan Yang di-Pertua. Isu yang sama juga, saya pun kemukakan soalan yang sama tentang senarai hutang dan juga penjelasan hutang 1MDB. Saya rasa kita hanya perlukan pengesahan daripada Parlimen tentang isu ini supaya diketahui oleh rakyat. Takkan soalan itu pun kita tidak dibenarkan untuk soal. Ini persoalan-persoalan yang saya rasa perlu dijawab di Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18. Dalam hal saya, saya telah pun membangkitkan satu usul segera untuk dibincangkan oleh Parlimen, Dewan yang mulia ini untuk menggesa dan meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya memberi satu penjelasan segera ke atas kenyataan Ketua Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertarikh 1 Mac 2018, bahawa kerajaan tidak akan menuntut kapal layar the Equanimity yang dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari 2018, yang jelas merupakan satu pengabaian keterlaluan tugasan awam Ketua Peguam Negara.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, saya masih tidak menerima jawapan daripada pejabat Tuan Yang di-Pertua atas usul saya yang telah pun difailkan pada 2 Mac. Saya merasakan bahawa perkara ini cukup penting sebab ia adalah kepentingan kepada- public importance to the rakyat, and this issue of 1MDB telah pun seperti yang ramai lagi rakan-rakan Ahli Parlimen telah pun membangkit, seluruh dunia tahu tentang isu ini dan kita perlu meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab dalam Dewan yang mulia ini. Adakah beliau akan memberi satu arahan kepada Ketua Peguam Negara untuk menuntut balik harta-harta yang telah pun disita oleh DOJ berkenaan dengan 1MDB sebab duit itu adalah duit rakyat, kepunyaan rakyat Tuan Yang di-Pertua and I think it is of public importance. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh memberi satu penjelasan sama ada usul saya ini boleh dibenarkan ataupun tidak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada terima surat dari saya? Belum lagi?

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Belum, Tuan Yang di-Pertua. Belum.

Tuan Yang di-Pertua

Belum. Tunggu dulu surat Yang Berhormat [Ketawa] Sama ada saya menolak.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Baru diberikan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi usul, boleh saya baca?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun mengemukakan satu usul, di mana saya menggesa Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya mengesyorkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja supaya menyiasat dan mengemukakan laporan siasatan terhadap skandal kewangan 1MDB dengan kadar segera. Akan tetapi surat yang saya terima katakan usul ini tidak boleh dibentangkan dengan alasan ini adalah perkara yang dalam pertimbangan mahkamah. Saya rasa sekiranya pihak kerajaan boleh tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kes forex 30 tahun dulu tapi kes hari ini takkan kita tidak nampak? Saya mohon pertimbangan dari Tuan Yang di-Pertua, supaya sekurang-kurangnya kemukakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan kita debat di Dewan yang mulia ini kerana ini adalah suara rakyat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya lihat balik, Yang Berhormat. Sila-sila.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Sudah dua kali ini.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Berkenaan dengan jawapan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Alor Setar? Ya, sila-sila. Yang Berhormat Beruas, duduk. Sila.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, I think Tuan Yang di-Pertua this morning telah pun menunjukkan banyak patience kepada ramai Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang, mendengar aduan kami dan saya baru saja menerima satu surat daripada Tuan Yang di-Pertua, yang bertarikh 6 Mac, yang telah pun menyatakan di sini setelah meneliti usul yang dikemukakan bahawa usul saya ditolak kerana tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 18(7)(c), kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sudah tidak mengikut peraturan sudahlah.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tunggulah, I have the floor Yang Berhormat, wait, tunggulah...

[Dewan riuh]

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, berikan peluang.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

The problem is tidak ikut peraturan sudahlah.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

You itu pun perlu ikut peraturan...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

You tidak ada peluang sudahlah...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You yang tidak ikut peraturan, you minta kita ikut peraturan. Tidak ikut peraturan sudahlah Tuan Yang di-Pertua, tutuplah.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ini bukan pasar ikan, ini bukan market.

Kita ada Tuan Yang di-Pertua baru kah?

Ada Speaker tambahan...

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang you tidak ikut peraturan, sudah ditolak sudahlah, buang masa Dewan orang nak berbahas ini.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kah atau Tan Sri Tuan Yang di-Pertua ini?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat, sila teruskan. Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta penjelasan sebab walaupun dinyatakan di sini bahawa usul saya telah melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(c) dan Peraturan Mesyuarat 23(1)(g), alasan-alasan tidak dinyatakan bagaimana usul saya telah melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tambahan pula, seperti yang saya nyatakan bahawa this is a fact issue di mana faktanya adalah tertentu, yang mana kes ini telah pun dilaporkan secara meluas bahawa kapal layar Equanimity telah pun disita, dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia. Kami hanya ingin mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah tindakan yang akan diambil untuk mengembalikan harta-harta yang telah pun dicuri daripada rakyat Malaysia menggunakan, yang diseleweng daripada 1MDB Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Minta maaf, harap...

Point of order Tuan Yang di- Pertua, point of order.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

...Boleh minta satu penjelasan atas isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Point of order kepada point of order...

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak boleh menolak point of order. Sila Yang Berhormat.

Ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Apa yang saya ingin nyatakan bahawa dalam peraturan kita jelas.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Mana satu? Mana satu.

Sabarlah, belum habis lagi. Peraturan Mesyuarat 23(3) sangat jelas. “Jika sesuatu pertanyaan itu tidak dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua, maka ahli yang mengeluarkan pertanyaan itu hendaklah diberitahu dengan surat oleh Setiausaha dengan diterangkan sebab-sebabnya tidak dibenarkan itu.” Ini saja peraturan yang kita ada, tidak ada lagi peraturan lain. Jadi maknanya kalau dibuka kepada mereka semua, nak timbulkan point of order, 23(1)(i) bukan point of order. Jadi ini yang saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan berhubung dengan point of order dan peraturan itu. Adakah bila dapat surat yang menjelaskan sebab kenapa ia ditolak, maka kita tidak boleh tanya sudah sebab itu sama ada tepat ataupun tidak tepat. Sedangkan tujuan surat itu ialah untuk memberikan penjelasan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka, kalau penjelasan itu tidak begitu jelas, apalah salahnya kalau kita meminta penjelasan supaya kita faham. Supaya kita tidak akan tanya soalan yang sama lagi. Ya. Itulah tujuannya yang kita meminta penjelasan ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor- apa lagi? Point of order lagi?

Boleh saya mula Tuan Yang di-Pertua?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menanya satu soalan tentang Jabatan Pendaftaran Negara. Akan tetapi soalan saya ditolak kerana dikatakan di bawah senarai negeri. Kalau boleh saya baca soalan itu dan mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh tentukan adakah ini soal Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri? Kalau Kerajaan Persekutuan, haruslah ia dimasukkan dalam soalan saya. Kalau boleh saya dibenarkan membaca. “Yang Berhormat Beruas minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi a/p Mutho dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan dua orang yang lain, adakah Jabatan Pendaftaran bersedia menerima dan meluluskan permohonan daripada mereka yang cukup umur untuk menukar status agama mereka, selari dengan peruntukan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan tanpa satu perintah daripada Mahkamah Syariah?” Ia ditolak di atas sebab sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berhubungan dengan apa-apa perkara yang terkandung dalam senarai negeri dalam Jadual ke-9 kepada Perlembagaan Persekutuan. Soalan saya adalah sama, Jabatan Pendaftaran Negara. Jadi, saya rasa ini perkara yang perlu dijawab oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan dan masukkan soalan saya supaya saya boleh dapat satu jawapan terima kasih.

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Isu yang sama? Soalan yang ditolak. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya lebih kurang sama juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi. Oleh sebab alasan yang ditolak ialah soalan saya ini terkandung dalam senarai negeri. Sebenarnya, soalan saya ialah saya minta Perdana Menteri memberi secara terperinci insiden yang berlaku di Masai, Johor. Di mana sebuah kuil Hindu bernama Sri Siva Sakthi Sri Chinna Karuppar Aalayam telah dirobohkan pada 11 Januari 2018 dengan pengetahuan kerajaan. Memandangkan isu ini boleh menimbulkan sensitiviti agama dan menjejaskan perpaduan, apakah langkah-langkah kerajaan bagi menangani masalah ini? Isu saya sebenarnya ialah mengenai perpaduan. Memandangkan kita di Jabatan Perdana Menteri ada seorang Menteri khusus untuk perpaduan, saya rasa Menteri itu seharusnya menjawab soalan ini. Saya tidak nampak ini sebagai satu soalan yang melibatkan kerajaan negeri. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua mempertimbangkan supaya menjawab soalan saya ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan peraturan mesyuarat, di mana soalan-soalan Yang Berhormat ditolak dan tidak berpuas hati. Jawapan saya kepada itu semua, saya akan lihat balik kepada soalan-soalan tersebut dan saya akan kasi respons secara bertulis kepada Ahli- ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Kepada persoalan khusus mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 18(1) yang dibangkitkan oleh Alor Setar. Yang itu Yang Berhormat, saya ada baca, saya teliti dengan baik, kenapa sebab saya tolak. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, apabila saya menolak usul di bawah 18(1) dalam Kamar, maka tidak boleh dikaji balik. Sama ada saya sendiri kaji kah ataupun Majlis. Tidak boleh.

Akan tetapi oleh sebab Yang Berhormat tidak berpuas hati, ini penjelasan saya, Yang Berhormat. Mengenai dengan isu kapal ketenangan jiwa ataupun ketenangan hati di Bali itu, yang sekarang ini disita oleh polis Indonesia. Setahu saya, Yang Berhormat, apabila saya membuat penyelidikan daripada pihak-pihak berwajib, itu adalah antara benda yang sekarang ini dalam proses mahkamah. Di mana, DOD di Amerika dalam proses untuk menyita mana-mana aset yang sedang disita. Jadi, saya difahamkan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat melalui dengan agensi mereka, sama ada FBI kah, CIA kah, mereka minta bantuan daripada Kerajaan Indonesia untuk menahan ataupun menyita kapal tersebut. Jadi, ini ada direct link dengan action di Amerika yang disebut sebagai civil action in rem. Bermakna, itu adalah perkara yang mereka sedang buru daripada dahulu lagi. Jadi, kalau saya benarkan Yang Berhormat bahawa usul ini perlu di bincang atau sedemikiannya, maka saya telah membuat ruling pada sesi-sesi yang lalu. Saya kata, perkara yang ini adalah subjudis dan sedang dalam perbicaraan. Jadi, di hadapan saya ada dokumen-dokumen yang mengatakan bahawa Equanimity ini adalah satu daripada benda yang mereka sedang buru dan siasat dan telah pun ditahan sana. Itu sebab kenapa saya tidak membenarkan supaya benda ini dibincangkan dalam Peraturan Mesnyuarat18(1) kerana saya telah pun membuat ruling. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, tadi Setiu ada berdiri...

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, yang pendek saja. Tuan Yang di-Pertua memang telah pun meneliti fakta, latar belakang fakta- fakta kes ini dan saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun memang fasih atas isu ini. Seperti yang Tuan Yang di-Pertua katakan, Tuan Yang di-Pertua tidak mahu membuat sesuatu yang akan melanggar balik, go back apa keputusan yang telah pun dibuat sebelum ini. Akan tetapi usul saya, Tuan yang di-Pertua, adalah spesifik merujuk kepada kenyataan Ketua Peguam Negara yang kata bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan untuk to recover the yacht sebab bukan kepunyaan kerajaan. Oleh sebab itu, saya telah pun memfailkan satu usul untuk meminta Perdana Menteri menjawab isu itu. Bukan berkait dengan kes yang sedang berlaku, specifically on that issue. We want the Prime Minister, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

...To come and explain. Apakah arahan- arahan yang akan diberi kepada kerajaan, kepada Ketua Peguam Negara khususnya, tindakan untuk to recover our money?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu tadi ada bangkitkan peraturan mesyuarat dan telah pun direspons daripada Yang Berhormat Shah Alam. Sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat, tafsiran kepada peraturan mesyuarat ini yang berkuasa betul adalah Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengeluarkan pendapat. Akan tetapi apa pun pendapat Yang Berhormat itu, kalau saya kata itu adalah bukan mengikut peraturan mesyuarat ataupun tafsiran yang benar, terpaksa akur kepada tafsiran saya. Ini Yang Berhormat sebagai respons penghabisan sebelum saya panggil Setiausaha untuk meneruskan Mesyuarat. Yang Berhormat, saya fikir bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang ini sudah pun faham apa itu separation of powers. Kuasa masing-masing. Yang saya bengang ini kadang-kadang saya bingung apabila Ketua Eksekutif konon campur hal dengan pihak lain. Ketua Eksekutif tidak boleh campur. Jadi, pada suatu ketika macam begini, pihak Eksekutif pula disuruh untuk campur hal, mengarah kepada Attorney General untuk buat kerja. Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah sebut dalam peraturan mesyuarat kita bahawa perkara-perkara seperti begini, investigations, sama ada perkara itu boleh atau tidak, biarlah pihak-pihak yang berwajib itu buat kerja masing-masing. Kadang-kadang walaupun Parlimen ini kita anggap bahawa kita boleh bincang apa segala-galanya, ada perkara-perkara yang tidak dibenarkan. Umpamanya, mengarahkan kepada suatu pihak. Itu adalah kuasanya. Jadi, semua ini isu telah pun di bincang di luar sana. Media sosial, kepada media konvensional, di perbahasan-perbahasan politik, pentas politik. Rakyat sudah dengar ini semua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Tidak ditutup pun. Jadi, biarlah rakyat itu menentukan kebenaran dan tidak kebenaran. Yang di Dewan Rakyat ini, saya menentukan sama ada peraturan mesyuarat itu diikut atau tidak. Sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat berpuas hati dengan ruling saya, sama-samalah kita bersabar. Kadang saya pun kena bersabar juga dengan kerenah Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila Setiausaha, teruskan.

Tuan Yang di-Pertua

Sebagai ingatan sebelum Yang Berhormat Kuala Selangor berhujah, duduk dahulu Yang Berhormat. Pada kebiasaannya seperti begini, kita membenarkan yang pembawa usul itu masa dua jam selepas itu yang menyokong usul sejam. Ketua Pembangkang satu jam setengah. Kalau ikut perasaan saya, kalau Titah Diraja itu tidak begitu panjang, buat apa mahu bahas panjang-panjang? [Ketawa] Kalau ikut perasaan saya tetapi perasaan saya tidak dijaga selalu. Jadi kepada Ketua-ketua Whip parti masing-masing itu, sila hubungi saya atau timbalan-timbalan, mengenai dengan masa nanti yang kita tetapkan sewaktu berbahas selepas Ketua Pembangkang berbahas. Sama ada Ketua Pembangkang mahu berbahas ataupun dia wakilkan kepada satu lagi Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan itu terpulang. Sila, Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Tuan Yang di- Pertua, saya mencadangkan: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen yang Ketiga Belas.” Bismilahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Melati kuntum tumbuh melata; Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum pemulanya kata; Saya sembah pembuka bicara. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Negaraku Malaysia, satu negaraku satu bumbung untuk semua. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sewaktu pembukaan Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas. Saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Titah pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kewibawaan dan usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah satu fakta yang tidak perlu disangkal lagi. Komitmen kerajaan jelas terlihat apabila berterusan memastikan ekonomi negara kekal stabil dan kebajikan rakyat tetap terjaga walaupun dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan pembangunan yang telah dikecapi pada hari ini. Bagi keseluruhan tahun 2017, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus iaitu lebih tinggi berbanding 4.2 peratus yang dicatatkan pada tahun 2016. Ini bermakna kita berada dalam kalangan negara yang melakar pertumbuhan tertinggi dunia tahun lalu. Tuan Yang di-Pertua, umpama kata yang benar ditidakkan rahmat Tuhan dilarikan walaupun pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi meningkatkan ekonomi negara, masih terdapat siulan-siulan yang menyatakan negara kita bakal muflis. Namun, apa yang penting dasar-dasar ekonomi Malaysia terus mendapat pengiktirafan di peringkat global. Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang memuji kejayaan Malaysia dalam memperbaharui dan mempelbagaikan ekonomi sehingga telah menyumbang kepada pertumbuhan berterusan negara meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran luar. Tambahan lagi, ia turut disokong dengan penarafan oleh badan penarafan antarabangsa seperti Fitch yang menyatakan seperti berikut dengan izin, ‘The government has managed to contain the impact of falling oil prices on the budget deficit and we expect the government's target for the Federal Government deficit of 3 percent of GDP in 2017 to be achieved, with a slight further narrowing in the next two years.’ Tuan Yang di-Pertua, manakala Moody's pula menyatakan ‘Malaysia's (A3 stable) credit profile is supported by its large and diversified economy, ample natural resources and robust medium-term growth prospects. However, Malaysia's elevated system-wide leverage including in the household sector poses credit challenges’. Adalah tidak adil untuk melihat keadaan ekonomi negara berdasarkan kadar hutang semata-mata. Ia haruslah dilihat bersama dengan kadar pendapatan negara. Pada tahun 2017, hutang negara adalah 53.2 peratus daripada KDNK dan masih berada di bawah paras had yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 55 peratus daripada KNDK. Nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK Malaysia dalam setahun adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Jepun pada paras 250.4 peratus, Singapura pada paras 112 peratus dan India pada paras 69.5 peratus. Hakikatnya jika dibandingkan dengan hutang negara pada tahun 2003 dengan 2017, hutang pada tahun 2003 adalah 100.3 peratus dengan saiz ekonomi negara berjumlah RM418.7 bilion. Manakala hutang negara pada 2017 sebanyak 53.2 peratus berbanding saiz ekonomi negara telah meningkat tiga kali ganda iaitu kepada RM1.3 trilion. Pelaburan langsung asing (FDI) juga antara faktor peningkatan pertumbuhan ekonomi negara. BAV Consulting and the Wharton School of the University of Pennsylvania selaku firma strategik jenama global juga menyatakan bahawa Malaysia sebagai negara pilihan terbaik untuk menjadi destinasi pelaburan langsung asing FDI Global berdasarkan ranking negara terbaik untuk dilabur 2017. Ini mencerminkan keyakinan dunia terhadap Malaysia sebagai tapak untuk usaha perniagaan mereka. Ia dapat dilihat melalui 14 buah perjanjian bernilai RM144 bilion yang telah ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada November 2016 dan sembilan lagi projek bernilai RM31.3 bilion yang ditandatangani pada Mei 2017. Sambutan menggalakkan daripada pelabur asing dapat dilihat apabila 80 peratus daripada kawasan di bahagian utara Tun Razak Exchange (TRX) telah dibeli oleh pelabur dan pelaburan daripada Saudi Arabian Oil Company, Saudi Aramco sebanyak RM31 bilion yang telah dimuktamadkan baru-baru ini. Ini ditambah lagi dengan kerjasama operasi antara Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd dengan pengeluar kereta terkenal dunia, Group PSA dari Perancis. Ia bakal menjadikan kilang Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM) di Gurun, Kedah sebagai hab pengeluaran pertama bagi Group PSA di ASEAN. Kerjasama-kerjasama yang telah terjalin ini dengan syarikat gergasi antarabangsa membuktikan keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Ternyata Kerajaan Barisan Nasional hari ini masih dapat menguruskan hutang dengan baik dan ekonomi negara kian berkembang meskipun kerajaan menghadapi fitnah namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab usaha sentiasa diteruskan untuk memperkukuhkan ekonomi negara setaraf dengan kuasa besar dunia yang lain.

Oleh itu, janganlah mana-mana pihak terus menabur fitnah dan menidakkan usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Abu Hurairah berkata, Rasullah SAW bersabda, “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Para sahabat menjawab, “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang ataupun harta benda...”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Boleh saya habiskan hadis ini dulu ya? Lalu Rasullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat pada masa yang sama dia juga datang dengan membawa dosa menghina, menuduh dan memfitnah. Lalu, pahala amalan pemfitnah itu diberikan kepada orang yang pernah dia difitnah ketika di dunia. Jika telah habis pahala pemfitnah sebelum dapat dibayar kepada orang yang difitnah maka dosa yang difitnah tersebut akan dipindahkan kepadanya pula, kemudian pemfitnah dicampakkan ke dalam api neraka”. Hadis riwayat Muslim (2581).

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tertarik dengan perbahasan awal Kuala Selangor yang menceritakan dengan ada suara-suara yang sering mengatakan negara akan muflis dan juga bercerita tentang kadar hutang tadi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, kalau badan penarafan antarabangsa yang tersohor, yang ternama, yang sangat dipercayai seperti Fitch and Moody’s memberikan penarafan A umpamanya, adakah mereka ini salah? Bagaimanakah mereka boleh memberikan penarafan yang begitu baik yang saya difahamkan yang mendapat penarafan A ataupun A-, A3 ini hanyalah di rantau ini hanyalah Singapore dan Malaysia? Adakah mereka ini salah sehingga ada suara-suara yang mengatakan negara akan muflis? Atau adakah orang-orang ini memberikan persepsi yang salah? Keduanya, tentang kadar hutang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, apa pendapat Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah apabila negara itu berhutang umpamanya Malaysia, berhutang pada 53.2 peratus kadar hutang tahun 2017 menunjukkan negara itu susah? Menunjukkan negara itu hendak bankrap? Menunjukkan negara itu tidak di urus ekonominya dengan baik? Sedangkan, saya dapati ada negara- negara maju yang berhutang jauh lebih daripada itu. Negara-negara yang miskin, tidak dapat berhutang. Jadi, apakah hutang ini satu faktor penentu menunjukkan ekonomi itu, negara itu susah? Ataupun bagaimana Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan belum bangun Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sebelum itu saya ingin mengalu-alukan Tuan Yang di-Pertua, pemimpin masyarakat daripada Parlimen Beluran iaitu pemimpin-pemimpin masyarakat Timbalan Yang di-Pertua... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya pun terpanggil dengan hujah sebab kita mendengar di luar khususnya pemimpin-pemimpin yang sudah ‘desperado’ nampaknya. Mereka ingin meyakinkan rakyat dengan membuat tuduhan-tuduhan palsu dengan fitnah kononnya negara hendak muflis dan hutang negara. Bolehkah Yang Berhormat nyatakan bahawa mereka tidak faham, mereka keliru apa itu hutang kerajaan dan hutang luar negara? Mereka cantumkan sekali, buat ceramah siang malam di kampung, di desa dan di bandar. Muak kita dengar semua tuduhan fitnah. Mereka ini seolah-olah tidak takut dengan Allah. Sedangkan waktu economic forum baru-baru ini, iaitu Indeks Pembangunan Inklusif dunia telah mengiktiraf Malaysia muncul negara terbaik Asia yang berada di nombor 13 di dunia.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Negara China pun jatuh di nombor 25, negara India pun jatuh di nombor 62. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Apakah pemimpin-pemimpin tertentu ini masih lagi menafikan perkara-perkara pencapaian yang telah dicapai oleh negara kita?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Gerik.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita menang PRU Ke-13. Mula masuk Parlimen pelbagai tohmahan dihujahkan di dalam Dewan. Termasuklah 1MDB sampai ke hari ini pun dibangkitkan lagi. Sekurang- kurangnya 1MDB kita tidak rugi. Dalam pada itu, Yang Berhormat Kuala Selangor telah menunjukkan pelbagai kejayaan dan walaupun pihak pembangkang mengatakan kita muflis dan pelbagai lagi, didendangkan di kampung-kampung dengan suasana yang seolah-olah kerajaan tidak buat sesuatu. Akan tetapi di dalam hujah Yang Berhormat Kuala Selangor kita boleh lihat bagaimana kerajaan bermula daripada tahun 2016 sedikit demi sedikit sehingga hari ini kita tengok, dulu kata muflis, mata wang Amerika dibandingkan dengan Malaysia. Namun sekarang kita sudah di bawah paras RM4 iaitu RM3.90. Maka saya mohon, pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor di akhir-akhir mungkin kita hendak dekat dengan pindaan pembubaran Parlimen maka kita mendapati mereka lebih banyak menceritakan benda-benda yang tidak betul sehinggakan tokoh negarawan kita, Tun Dr. Mahathir pun boleh membuat pelbagai tohmahan untuk memburukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib. Minta komen daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya teruja sangatlah ucapan Yang Berhormat Kuala Selangor tidak ada pemimpin muda yang sehebat Yang Berhormat Kuala Selangor. Faktanya bagus, suaranya bagus, idgham-nya bagus, jetnya pun bagus, tidak ada masalah. Itu tidak ada masalah. Cuma saya hendak tanya, content pun bagus. I mean as an observer, for the last ten years ini saya tengok ada harapanlah untuk naik. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor bolehkah Yang Berhormat Kuala Selangor komen, saya hendak baca satu ayat dan sila beri komen. Apabila kita bertanya bilakah agak-agaknya, sebab kita Ahli Parlimen, semua agensi dan kerajaan yang menggunakan public fund. Semua agensi kerajaan, GLC ataupun apa- apa juga yang menggunakan public fund mesti laporan dibuat untuk ditatap oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Parlimen. Akan tetapi apabila saya majukan satu soalan minta simple, bilakah kerajaan bercadang untuk membentangkan laporan penuh 1MDB di Parlimen, Yang Berhormat Kuala Selangor tahu tidak apa jawapannya? Jawapannya ialah sesuatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor adakah 1MDB itu perkara rahsia? Sehinggakan Ahli Parlimen tidak boleh bincang langsung? Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Selangor tentang hal itu? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya hendak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Barisan Nasional yang saya lihat pencelaan mereka ini menggambarkan bahawa mereka menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ketika ini berada di dalam landasan ekonomi yang betul supaya yang paling penting sekali ialah keutamaan rakyat diutamakan. Cuma Ahli Parlimen Sungai Petani ini saya tidak nampak haluan soalannya. Cuma saya hendak nyatakan kepada Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan kepada perkara yang lain. Hal ini kerana apabila merujuk kepada soal seterusnya...

Yang Berhormat Kuala Selangor, mohon mencelah?

Boleh tak saya habiskan topik yang kedua? Okey.

Tuan Yang di-Pertua, apabila merujuk kepada persoalan seterusnya yang berkaitan dengan usaha kerajaan ini, pada hemat saya seiring dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi negara yang lebih baik, kerajaan hari ini cakna kepada kebajikan rakyat. Inisiatif bagi menangani kos sara hidup rakyat terus menjadi antara agenda utama terutamanya sekali bidang keutamaan bagi kerajaan. Sehubungan dengan itu, pujian harus diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional di atas inisiatif untuk menubuhkan majlis tindakan sara hidup negara yang bakal memberikan tumpuan kepada lima kluster iaitu pendidikan, pengangkutan, utiliti, makanan dan minuman. Pemilihan tema mengutamakan kesejahteraan rakyat menuju aspirasi TN50 di dalam Bajet 2018 membuktikan bahawa kerajaan prihatin terhadap usaha untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat. Menerusi bajet tersebut, pemberian BR1M diteruskan dengan kadar maksimum peruntukan sebanyak RM6.8 bilion yang telah memanfaatkan tujuh juta penerima. Ternyata, pemberian BR1M yang merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia adalah satu usaha ke arah subsidi bersasar yang lebih berfokus kepada golongan yang memerlukan berbanding pemberian subsidi secara pukal sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dalam hal pemberian BR1M ini, saya memohon kepada pihak kerajaan untuk merangka satu instrumen atau pelan baru di mana ia perlu diperkenalkan untuk memastikan penerima BR1M ini berjaya menambahkan pendapatan isi rumah mereka. Langkah memperkenalkan instrumen ini diharap akan berjaya mengeluarkan para penerima BR1M daripada kelompok penerima BR1M bagi tahun-tahun berikutnya dan akhirnya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa. Dengan kaedah ini juga, kita dapat meningkatkan pendapatan penerima BR1M dan pada masa yang sama, bilangan penerima BR1M akan mengecil dari semasa ke semasa. Justeru itu, kesan daripada pengurangan penerima BR1M ini, maka kerajaan dapat membelanjakan lebihan peruntukan tersebut bagi tujuan pembangunan yang lain. Pengalaman kerajaan semasa pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia boleh digunakan sebagai rujukan pelaksanaan pemberian BR1M pada masa akan datang. Sebelum ini, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia memberi bantuan sebanyak RM100 di awal tahun persekolahan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Selain daripada mendengar pandangan daripada pelbagai pihak, mulai tahun 2016, sumbangan wang awal persekolahan melalui Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hanya diberikan kepada murid yang ibu bapanya berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Perubahan kaedah pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia ini menyebabkan kerajaan hanya membelanjakan RM350 juta pada tahun 2016 berbanding RM540 juta pada tahun 2015. Ini bermakna kerajaan berjaya menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM190 juta. Sudah tentu kerajaan dapat menggunakan lebihan peruntukan sebanyak RM190 juta ini untuk tujuan pembangunan yang lain. Ternyata pemberian bantuan ini dilihat lebih bersasar dan dapat menjimatkan perbelanjaan negara.

Tuan Yang di- Pertua, walaupun kerajaan telah banyak berikan bantuan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong bangun, Yang Berhormat.

Lenggong masuk sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya benar-benar bersetuju apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tentang kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan mengurus ekonomi dan mendahulukan kumpulan yang sepatutnya sesuai dengan slogan “Rakyat Didahulukan”. Kejayaan kita menyampaikan bantuan kepada kumpulan sasar bukan hanya diperakui oleh badan dalam negara tetapi disokong oleh badan antarabangsa. Yang tidak menyokong ini macam Yang Berhormat Sungai Petani sahaja tetapi biarlah dia dengan dunia dia kerana dia apa pun kita buat, kumpulan sana tetap tidak bersetuju. Kerana apa?

Ini kerana mereka tahu bahawa rakyat mendapat nikmat dan memang mereka dilahirkan sebagai pembangkang. Jadi oleh kerana mereka memang bagus membangkang, kita harap mereka kekal jadi pembangkang sampai bila-bila. Jadi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat. Kaedah dan pendekatan yang kerajaan buat ini memang terbaik dan tentunya mencakupi semua kumpulan dan golongan. Apakah langkah-langkah yang kerajaan buat ini, program yang kita buat juga diikuti dan dicontohi oleh negara lain? Mungkinkah ada negara lain yang mengikut langkah kita ini? Kalau ada negara ikut, maknanya memang terbukti kita ini terbaik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Lenggong, apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini terutama sekali dalam memastikan pemberian subsidi bersasar adalah juga merupakan antara perkara yang telah dilakukan dan diikuti oleh negara seperti Arab Saudi. Oleh sebab itu, saya lihat dalam konteks ini, ini merupakan satu pendekatan yang holistik. Walaupun kerajaan telah banyak memberikan bantuan, namun masih terdapat keluh-kesah daripada rakyat. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memperhalusi formula kajian pengelasan taraf isi rumah dengan menggunakan kaedah living wage, dengan izin, yang mengambil kira faktor saiz isi rumah dan lokasi tempat tinggal. Ini adalah sebagai penambahbaikan kepada dasar sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat juga turut disambut oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan kaedah menjenamakan semula Ikan Rakyat, ikan segar beku kepada Q'Fish yang lebih bersifat ekonomi, mesra pengguna dan harga yang ditawarkan lebih berpatutan iaitu sebagai contoh, harga ikan kembung adalah RM4.95 untuk 500 gram harga siling manakala RM9.90 untuk satu kilogram pada harga siling. Ini adalah merupakan satu program agenda membantu rakyat secara menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, saya bagi pihak nelayan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di atas pelbagai bantuan dan insentif yang telah diberikan sama ada dalam bentuk ekonomi dan sosial yang telah disalurkan kepada LKIM bagi meringankan beban para nelayan. Antaranya, program pemberian bot dan enjin, pemberian elaun sara hidup kepada nelayan pada kadar RM250 hingga RM300 sebulan, program insurans nelayan bagi membela nasib keluarga nelayan, pelaksanaan projek khas perumahan nelayan bagi membantu nelayan memiliki kediaman yang selesa dan juga selamat. Hakikatnya, telah banyak inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dengan mengambil kira faktor-faktor umum keperluan masyarakat nelayan agar ia mampu memberikan bantuan yang optimum kepada masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, sektor pertanian merupakan salah satu sektor ekonomi primer kerana sektor ini menjadi pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dan rakyat Malaysia. Sejajar dengan penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang juga akan memberi perhatian khusus kepada sektor makanan, maka saya ingin mencadangkan supaya Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 dilaksanakan secara optimum bagi memenuhi tahap mampu diri. Pelaksanaan dasar ini, pada hemat saya, akan meningkatkan sumber tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport. Selain daripada tujuan itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengambil inisiatif untuk membangunkan tanah-tanah terbiar untuk meningkatkan hasil-hasil makanan dan juga ternakan. Antara persoalan yang sering bermain di minda rakyat juga adalah mengapa harga makanan akan menjadi mahal apabila berlaku kenaikan harga minyak, namun harga makanan tidak turun tatkala berlaku penurunan harga minyak. Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya, perkara ini terjadi kerana terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pengguna. Mereka memanipulasi harga dalam rantaian atau rangkaian ekonomi pasaran semasa. Sejajar dengan itu, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mengenal pasti dan mengawal mana-mana pihak yang cuba memonopoli dan memanipulasi harga pasaran. Persaingan yang seimbang ini harus diwujudkan di setiap rantaian ekonomi pasaran sedia ada. Saya percaya perkara ini akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta sedia ada iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan agar jihad menangani manipulasi harga dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang di pasaran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sambung petang, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor untuk menyambung perbahasan.

Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh dahulu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Selangor, tadi Yang Berhormat Kuala Selangor menyatakan melalui LKIM, ikan kembung boleh dijual dengan harga yang rendah dan berpatutan. Akan tetapi di pasar biasa harga ikan kembung itu dijual dengan harga yang mahal dan tidak berpatutan. Siapakah dalang di sebalik hal ini semua dan apakah tindakan yang dicadangkan untuk diambil terhadap golongan itu iaitu peniaga yang menaikkan harga ikan itu. Yang kedua ialah Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah Yang Berhormat Kuala Selangor setuju bahawa perbuatan menaikkan harga ikan rakyat itu dilakukan oleh mereka yang mahu melihat rakyat marah kepada kerajaan. Apa komen Yang Berhormat Kuala Selangor.

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor telah menyebut tentang harga barang dan ia dikaitkan dengan barang ini dinaikkan harganya oleh peniaga. Saya setuju dengan tanggapan itu. Namun begitu saya juga ingin memberi pandangan saya bahawa hanya sekiranya kita menyalahkan peniaga sahaja benda ini tidak dapat dikawal sebab kawalan seharusnya dilakukan oleh kerajaan dan agensi-agensi tertentu. Yang Berhormat juga telah menyebut tentang akta yang sepatutnya diguna pakai untuk mengawal harga kawalan. Akta ini perlu dikuatkuasakan, siasatan perlu dilakukan, pemantauan perlu dilakukan dan individu-individu yang menghadapi kesalahan sebegini perlu dihadapkan ke mahkamah. Saya rasa dari sudut kawalan harga ini interpretasi undang- undang dan bahawa individu yang bersalah menghadap ke mahkamah itu pun tidak dilakukan secara sepatutnya. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak meneruskan kepada topik lain tetapi saya akan mengulas apa yang telah dinyatakan oleh kedua sahabat saya. Mengenai soalan daripada Yang Berhormat Parit sudah tentunya berkaitan dengan ikan kembung. Kalau saya hendak bercerita tentang soal ikan kembung ini sudah tentu akan boleh ceritakan dengan penuh panjang lebar.

Cuma apa yang ingin saya nyatakan dalam usaha untuk intervensi pihak LKIM memperkenalkan ikan segar beku, ikan rakyat yang mana ikan kembung itu adalah sebahagian daripada ikan rakyat melalui program ikan Q’Fish dijangka dapat memastikan bahawa bekalan ikan tersebut dapat dimiliki dan dibeli oleh rakyat dengan harga yang berpatutan. Dalam soal ini juga boleh dikaitkan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kapar mengenai penawaran dan permintaan. Begitu juga saya tidak menyalahkan peniaga semata-mata tetapi dalam konteks ini kita harus memastikan bila merujuk kepada monopoli dari segi penawaran dan permintaan sudah tentunya ada perkaitan dengan harga. Kalau kita bandingkan dengan pihak khususnya di luar negara tidak ada elemen monopoli khususnya dalam memastikan harga itu tidak dikawal oleh mana-mana organisasi ataupun pihak-pihak tertentu. Sehubungan dengan itu, sudah tentu dengan apa yang telah saya nyatakan iaitu jihad memerangi manipulasi harga melalui akta yang telah saya nyatakan sebentar tadi sudah tentunya sangat penting dalam usaha untuk memastikan dan menstabilkan harga barangan terutama sekali harga barangan asas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada perkara yang seterusnya dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu mengenai tentang soal pendidikan. Umum mengetahui bahawa pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat awal proses pembelajaran yang amat penting bagi membudayakan ilmu sejak dari kecil agar mampu melahirkan modal insan yang berjaya dan berupaya untuk berfikir secara kritis dan juga kreatif. Sebutir Permata Sejuta Harapan begitulah ibaratnya program PERMATA idea cetusan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah berjaya merealisasikan potensi sebenar pelajar daripada pelbagai bidang. Ini terbukti daripada kira-kira 95 peratus daripada 579 lepasan Pusat PERMATA Pintar dipilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM). Ianya selari dengan visi utama Pusat PERMATA Pintar untuk melahirkan para saintis seiring dengan cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. Selain daripada itu, kerajaan juga mengambil langkah proaktif dengan menyediakan skim simpanan pendidikan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak kita menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), (SSPN-i Plus) dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M). Kepentingan untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak ini dapat dibuktikan apabila jumlah enrolmen murid di prasekolah semakin meningkat saban tahun. Statistik menunjukkan pada tahun 2016, jumlah kemasukan murid ke prasekolah meningkat kepada 200,745 orang berbanding 198,574 orang pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus 2,171 murid. Manakala Tabika KEMAS mencatatkan pengambilan sebanyak 223 ribu orang di seluruh negara membabitkan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun untuk sesi pengajian tahun 2017. Justeru itu, usaha kerajaan dalam menyediakan pendidikan prasekolah di negara ini harus dipuji apabila berjaya menempatkan Tabika KEMAS sebagai jenama prasekolah terbaik dalam anugerah Malaysia Trusted Brand 2017, dengan izin. Pihak kerajaan telah menanggung kos perbelanjaan yang besar untuk tabika ini kerana yuran pembelajaran yang amat rendah berbanding tadika swasta. Inilah bukti keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional walaupun ibu bapa membayar dengan harga yang rendah, namun tidak dapat dinafikan bahawa kualiti pendidikan yang diterima adalah pada tahap yang terbaik demi memastikan anak-anak kita dapat menikmati pendidikan awal yang sempurna di samping ibu bapa dapat mengurangkan kos sara hidup. Justeru itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah status rombakan sistem pendidikan prasekolah daripada aspek penyelarasan kurikulum dan sukatan pelajaran serta penetapan had minimum gaji guru seperti mana yang telah dicapai menerusi keputusan yang dibuat oleh Majlis Sosial Negara. Oleh itu, saya melihat, tindakan segera perlu dilaksanakan bagi memantapkan, transformasi pendidikan awal kanak-kanak di negara ini. Sebagai contoh, negara Finland tidak mengamalkan sistem pendidikan berorientasikan formal, sebaliknya memberikan ruang kepada pelajar, untuk membina keperibadian dan intelek, menerusi pelaksanaan inisiatif penerapan elemen pembelajaran interaktif yang menyeronokkan bagi memastikan murid- murid gembira ke sekolah, sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan juga jasmani.

Tuan di-Pertua, kaedah ini telah berjaya meletakkan negara Finland sebagai antara negara terbaik dalam bidang pendidikan di dunia, diiktiraf oleh, dengan izin, Programme for International Student Assessment (PISA) selama dua dekad yang lalu. Justeru itu, model pendidikan yang dilaksanakan ini perlu dicontohi di dalam usaha ke arah mewujudkan ekosistem pembelajaran abad kedua puluh satu, perlu wujud secara menyeluruh dan bagi memastikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan berjaya dicapai. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berjaya melaksanakan transformasi di dalam pendidikan negara dengan memperkenalkan pendekatan baru yang lebih bersifat holistik dan tidak lagi bergantung seratus peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar. Saya menyambut baik pendekatan kementerian dalam memperkenalkan dasar affirmative action iaitu untuk menghentikan pengasingan kelas mengikut tahap akademik. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada pelaksanaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ataupun KBAT. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah pihak kementerian yakin bahawa pemberhentian konsep pengasingan kelas dan pelaksanaan KBAT berupaya melahirkan murid yang kreatif dan kritis dalam berfikir. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, dalam konteks pendidikan sekolah kebangsaan di negara kita, masih lagi berdepan dengan polemik yang sungguh berpanjangan. Objektif dan matlamat sekolah kebangsaan sebagai platform untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, dikatakan kian luntur, apabila masih lagi mengamalkan pendidikan zaman penjajah. Menyaksikan anak- anak kita terus terpisah dan hidup dalam kelompok persekitaran yang berbeza. Justeru itu, saya ingin memohon agar pihak kerajaan menyahut aspirasi belia yang telah disampaikan melalui Kanvas Belia TN50 yang mahukan sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama, berbanding sekolah lain bagi mencapai perpaduan negara. Tuan Yang di-Pertua, dunia pendidikan negara dikejutkan dengan kes bunuh diri yang melibatkan seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang dan kes seorang guru yang didakwa menampar murid di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Justeru itu, saya memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia, agar dapat menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji semula prosedur tindakan disiplin yang perlu dikenakan kepada murid yang melanggar peraturan sekolah dan juga diharap, dapat mencari satu mekanisme untuk menangani permasalahan ini. Harus diingat, bahawa sekolah menyediakan dua perkara asas yang mungkin sama. Namun secara harfiahnya amat berbeza, iaitu pendidikan dan pelajaran. Ibu bapa yang menentukan sama ada anak mereka menerima pendidikan holistik yang membangunkan sahsiah dan rohani ataupun hanya mahukan pelajaran straight forward yang melahirkan pelajar yang pintar dalam akademik dan meminggirkan pembangunan modal insan. Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu diperkasakan lagi sebagai penghubung di antara pentadbir sekolah, murid dan juga ibu bapa. Justeru itu, sekiranya terdapat ibu bapa yang tidak berpuas hati, dengan tindakan yang diambil oleh guru, mereka juga perlu merujuk perkara ini kepada pihak PIBG. Oleh itu, saya melihat pemerkasaan PIBG ini harus diambil berat bagi mengatasi permasalahan ini. Berdasarkan kepada perkara yang telah dibangkit sebentar tadi, sudah tiba masanya dasar-dasar pendidikan negara dikaji semula secara menyeluruh, dengan mengambil kira pendapat awam. Justeru itu, di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan satu penubuhan jawatankuasa untuk memantapkan semula sistem pendidikan di negara ini. Saya juga ingin mencadangkan agar hasil kajian jawatankuasa ini dinamakan sebagai Penyata Najib. Jika sebelum merdeka, Penyata Razak 1956 dirangka, untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu selepas merdeka, maka Penyata Najib akan menjadi mekanisme utama di dalam menentukan hala tuju pendidikan negara bagi menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0 yang akan hadir bersama dengan cabaran- cabaran yang baru.

Apa yang pastinya berbeza dengan cabaran-cabaran sebelum ini. Penyata ini juga dapat diharapkan akan memberi terutamanya tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan guru dan juga murid. Memandangkan model bottom-up TN50 mendapat maklum balas dan penglibatan yang meluas terutamanya daripada rakyat, golongan muda, maka saya amat berharap agar model bottom-up ini dapat dijadikan asas kepada pembinaan struktur Penyata Najib. Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek pendidikan tinggi pula, peningkatan bajet daripada RM12.28 bilion kepada RM13.89 bilion, peningkatan 13.15 peratus pada hemat saya mampu meningkatkan lagi kualiti sektor pendidikan tinggi negara. Malah dana pendidikan pembangunan dan pengkomersialan telah ditambah kepada RM400 juta berbanding hanya RM235 juta pada tahun lalu. Hanya melalui pendidikan sahajalah universiti dapat membuat penemuan ilmu baharu yang seterusnya meningkatkan kualiti dalam pembelajaran dan juga pengajaran. Tuan Yang di-Pertua, galakan untuk memperhebatkan pendidikan transnasional ini, yang turut menjadi fokus Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) mutakhir ini. Pada hemat saya perlu disokong, kerana ia kana memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat.

Tambahan lagi, pengumuman peruntukan RM90 juta untuk program MyBrain15 pula dapat memberikan manfaat kepada 10,600 orang rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan kedoktoran berkait rapat dengan kemampuan IPT. Harus diakui Bajet 2018 ini telah membuka ruang dan peluang yang besar kepada universiti untuk memacu kecemerlangan dan seterusnya mengupayakan sektor pendidikan tinggi khususnya dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, pengiktirafan antarabangsa juga terus diterima oleh universiti awam di atas komitmen dan usaha keras semua pihak. Ini dibuktikan apabila Universiti Putra Malaysia dinobatkan sebagai universiti ke-54 terbaik dunia dalam bidang sains pertanian oleh U.S. News & World Report menurut penarafan kedudukan universiti terbaik global. Malahan turut mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam QS World University Rankings apabila dua tahun berturut-turut berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia di dalam bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan. Tambahan lagi di dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, Universiti Malaya berada pada kedudukan ke-35 dunia. Oleh itu, ini membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sesekali tidak akan mengetepikan kepentingan pendidikan anak bangsa. Namun demikian, kerajaan harus menyiapkan negara kita di dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 yang menyaksikan perubahan ekonomi dunia daripada ekonomi konvensional berasaskan sumber kepada ekonomi digital berasaskan teknologi digital, robotik dan dengan izin, artificial intelligence. Pendidikan tinggi juga harus bergerak seiring bagi menghadapi ledakan revolusi ini. Justeru itu, pada hemat saya, sudah sampai dan tiba masanya pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menyemak semula kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti awam di dalam menyediakan guna tenaga dan peluang pekerjaan baru mengikut kehendak pasaran. Ini adalah bagi mengelakkan pengangguran kesan daripada Revolusi Perindustrian 4.0 yang akan mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga manusia. Tuan Yang di-Pertua, realiti ini harus diakui kerana kegagalan menyediakan pelan dan perancangan strategi akan memberikan impak negatif kepada industri pendidikan tinggi negara. Dengan izin, in the new world economy, it is not the big fish which eats the small fish, it's the fast fish which eats the slow fish. Sehubungan dengan itu, dalam masa yang sama, saya menggesa agar skim perjawatan yang ditawarkan di peringkat politeknik dapat dinaikkan setara dengan skim yang ditawarkan di universiti awam selari dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13, Tahun 2009. Saya bimbang sekiranya pernyataan ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera, usaha-usaha kerajaan dalam menghadapi revolusi perindustrian 4.0 ini akan gagal kerana berlakunya krisis, dengan izin, brain drain. Tuan Yang di-Pertua, kita harus akui bahawa pencapaian negara pada hari ini dapat dicapai kerana sistem penyampaian perkhidmatan awam negara yang cekap dan juga berkualiti.

Dengan kesungguhan dan komitmen penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak kepada setiap rancangan kerajaan, pelbagai kejayaan telah diperoleh. Usaha kerajaan dalam memperkenalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS) khususnya telah berjaya menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan sejumlah lebih RM3.5 bilion. Sebagai contoh, Bank Dunia mengakui projek Urban Transformation Centre (UTC) dan Rural Transformation Centre (RTC) sebagai model terbaik perkhidmatan kerajaan kerana mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM2 bilion. UTC, sebagai pusat sehenti terbukti berjaya apabila ia telah memberikan perkhidmatan kepada 54 juta orang sejak penubuhannya pada tahun 2013 sehingga tahun 2017. Angka ini sudah tentu membanggakan kita manakala RTC telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada 8.21 juta orang sejak penubuhannya dan ia telah berjaya menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat. Bentuk perkhidmatannya juga termasuklah latihan kemahiran, pertanian bernilai tinggi dan kemudahan pembiayaan kewangan. Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana meluluskan RTC di dalam Parlimen Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, selain perkhidmatan dan kemudahan awam yang cekap dan berkualiti, kita juga wajar mengiktiraf usaha kerajaan dalam khidmat pengangkutan awam yang terbaik kepada rakyat. Projek-projek infrastruktur rakyat seperti MRT, yang jelas bertaraf dunia telah memanfaatkan lebih daripada 500,000 pengguna setiap hari. Inisiatif ini juga diteruskan dengan beberapa projek rel yang kini berada dan sedang dilaksanakan di Lembah Klang seperti LRT3, MRT2, MRT3 serta sambungan ke Subang Skypark. Selain daripada pembinaan rel di kawasan Lembah Klang, pujian harus diberikan kepada kerajaan di atas projek-projek East-Coast Rail Link (ECRL) yang dijangka siap pada tahun 2024 dan High Speed Rail (HSR) yang dijangka siap pada tahun 2026. Pembinaan ECRL ini akan menyelesaikan beberapa isu antaranya potensi negeri-negeri pantai timur yang belum diteroka, memudahkan proses pengangkutan produk dari pantai timur ke pantai barat, memendekkan masa pemasaran produk ini di negeri-negeri pantai timur, mempromosikan pelancongan di kawasan tersebut, mewujudkan industri baru dan mampu mengimbangi pembangunan antara pantai timur dan juga pantai barat. Projek ECRL ini sangat penting kerana ia adalah antara sebahagian laluan, dengan izin, One Belt, One Road (OBOR) atau kini dikenali sebagai the Belt and Road Initiative (BRI) atau Laluan Sutera yang bakal menghubungkan Malaysia dengan negara-negara lain.

ECRL merupakan projek terbesar China di Malaysia dengan melibatkan RM55 bilion pelaburan bagi keseluruhan projek. Tuan Yang di-Pertua, Projek ECRL ini melibatkan laluan sepanjang 600 kilometer merentasi empat buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan telah pun memberikan kelulusan permohonan tanah untuk Projek ECRL ini. Malangnya, saya dimaklumkan bahawa sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum memberikan kelulusan terhadap permohonan tanah untuk pembangunan projek tersebut. Sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor sudah pasti akan menjejaskan pelaksanaan projek yang dijadualkan akan beroperasi menjelang tahun 2024. Kesannya, kelewatan operasi ini akan memberikan impak negatif kepada kemakmuran negeri, kemakmuran ekonomi, terutamanya rakyat di Pantai Timur. Oleh itu, bagi menjayakan projek ini, kita tidak ada pilihan lain kecuali dengan menggantikan Kerajaan Negeri Selangor yang ada pada hari ini kepada Kerajaan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang. Dengan adanya Projek ECRL ini, saya berharap bolehlah kita bersarapan pagi di Putrajaya bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan makan tengah hari di Kota Bharu bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kemudahan prasarana di Sabah dan Sarawak pula, pembinaan...

Boleh? Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun, Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit tentang ECRL ini. Tadi kata Yang Berhormat Kuala Selangor, projek ini projek baik. Bersarapan di Kota Bharu, makan tengah hari di Putrajaya. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Adakah Yang Berhormat Kuala Selangor sedar bahawa- paling kurang saya ambil dua orang yang mengkritik. Pertamanya, pakar ekonomi iaitu Profesor Jomo yang mengatakan Projek ECRL ini akan menambahkan lagi hutang kerajaan dan akan ditanggung oleh generasi yang akan datang. Kedua, daripada bekas Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin yang juga mengkritik Projek ECRL ini. Jadi, saya minta komen daripada Yang Berhormat Kuala Selangor terhadap dua orang ini. Dua orang pakar ini yang bercakap tentang masalah yang dihadapi oleh ECRL ini.

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sepang yang bangun sebentar tadi. Saya ingin nyatakan di sini, sebelum sesuatu projek itu dilakukan, sudah tentu kerajaan telah melakukan pelbagai kajian kerana yang paling penting ialah bagaimana untuk memastikan kemakmuran ekonomi di antara Pantai Timur dan Pantai Barat itu dapat di perkasa. Itu yang paling penting. Akan tetapi dalam soal yang telah dinyatakan, terdapat sesuatu unsur yang seakan- akan untuk menggagalkan perkara tersebut. Saya fikir yang paling penting sekali ialah, pada hemat saya, ini merupakan satu projek jangka panjang yang akan menjadikan Malaysia antara satu hab pengangkutan awam, khususnya bagi menghubungkan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat. Cuma di negeri Selangor inilah saya masih tertanya-tanya, kenapa tidak digerakkan lagi khususnya dalam soal perbincangan mahupun dari segi soal- khususnya kelulusan tanah. Ini kerana pada hemat saya, ini telah akan menjejaskan lagi, khususnya Projek ECRL ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Langkawi bangun, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya teringin sedikit hendak masuk tentang ECRL ini. Walaupun projek ini bukan di bawah KTMB tetapi saya berpendapat pengiraan yang dibuat oleh beberapa orang tentang viability of the project itu tidak tepat kerana mereka hanya mengambil kira tentang penumpang. Sebenarnya, kalau kita hendak lihat dari segi viability of project, kita kena ambil kira dengan pengangkutan kargo. Ini kerana kargo yang akan memberi sumbangan yang banyak kepada projek ini dari segi viability of the project. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor bahawa projek ini akan dapat memberi impak yang cukup hebat kepada ekonomi di sebelah Pantai Timur dan ia sepatutnya di-connect ke Port Klang. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Langkawi di atas pencerahan tadi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk pula kepada kemudahan prasarana di Sabah dan juga Sarawak yang mana pada hemat saya, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah memberikan akses dan memudahkan pergerakan penduduk tempatan. Malah, kawasan-kawasan terpencil yang sebelum ini terputus hubungan turut sama berpeluang untuk merasai nikmat kemajuan. Jika pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang telah memberikan manfaat kepada penduduk di Malaysia Timur kerana terbukti telah mengubah landskap ekonomi mereka, maka saya percaya Projek ECRL juga akan memberikan manfaat kepada penduduk di Pantai Timur Malaysia. Malahan, bagi para pengguna yang menghala ke selatan, kerajaan telah menyediakan Projek HSR yang akan menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur, Bangi, Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan juga Singapura. Dengan adanya HSR ini, ia akan membolehkan kita sampai ke destinasi dengan masa yang lebih cepat dengan harga yang lebih kompetitif.

Di samping itu juga, saya percaya Projek HSR ini akan memberikan impak pembangunan sepanjang laluan berkenaan. Melalui pembinaan prasarana yang telah saya sebutkan sebentar tadi, jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini sememangnya terus mengambil perhatian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, melalui Transformasi 2050, kerajaan telah membuat pendekatan baru iaitu secara bottom-up menerusi pengumpulan aspirasi daripada rakyat. Pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membentuk Dasar TN50 ini berbeza dengan pembentukan Wawasan 2020. Seramai dua juta belia telah dilibatkan melalui 135 siri dialog peringkat daerah, 16 dialog townhall berskala besar di seluruh negara dan lebih 10,000 dialog dan bengkel peringkat kementerian serta kaji selidik dalam talian. Sehingga hari ini, lebih 60,000 aspirasi belia telah diterima. Dalam mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia, kerajaan telah menyediakan pelbagai platform dan peluang pekerjaan kepada belia, sejajar dengan fokus utama Bajet 2018. Secara keseluruhannya pada tahun 2017, kadar pengangguran di negara kita adalah sebanyak 3.3 peratus yang merupakan antara yang terendah di rantau ini. Dalam tempoh enam tahun sejak 2010, sebanyak 2.26 juta pekerjaan yang telah diwujudkan sejak pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, sasaran kerajaan bagi menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020 pasti akan menjadi satu kenyataan. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: (i) pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dijangka mampu mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan, khususnya pekerjaan berpendapatan tinggi baru khususnya untuk anak-anak muda;

(i) pembangunan Tun Razak Exchange yang dijangka akan membuka 40 ribu peluang pekerjaan; (ii) pembangunan Bandar Malaysia yang bakal menjadi satu bandar pintar termoden di rantau ini yang akan mewujudkan lebih 200 ribu peluang pekerjaan; (ii) pembangunan Menara Warisan Merdeka PNB akan mewujudkan lebih 10 ribu peluang pekerjaan baharu. Tuan Yang di-Pertua, perumpamaan ada menyatakan ‘berilah pancing, jangan beri ikan’. Namun secara analoginya kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini bukan sahaja memberi pancing malah turut mengajar memancing dan menyediakan kolam-kolam yang penuh dengan ikan untuk dipancing. Ini bertepatan dengan kehendak petunjang kelima di dalam Bajet 2018 iaitu mengutamakan kesejahteraan dan peluang menjana pendapatan rakyat. Bagi merealisasikan petunjang kelima maka kerajaan telah menyediakan dana sebanyak RM4.9 bilion agar lebih ramai anak muda Malaysia mendapat latihan teknikal dan juga vokasional. Bertujuan untuk mempersiapkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir negara. Peruntukan sebanyak RM40 juta telah disediakan untuk Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang sebelum ini telah berjaya membantu 130 ribu graduan universiti sejak diperkenalkan pada tahun 2011. Ia membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan dan hasilnya lebih 70 peratus pelatih SL1M sudah mendapat pekerjaan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kerana telah menaikkan elaun SL1M daripada RM1,500 kepada RM2,000. Sudah pasti kenaikan ini merupakan satu lagi khabar gembira kepada semua pelatih Skim Latihan 1Malaysia. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai peluang untuk golongan belia dan mahasiswa membangunkan perniagaan kecil dan sederhana melalui dana dan pembiayaan geran dan pinjaman dengan jaminan kerajaan, antaranya: (i) pinjaman mudah yang diperuntukkan RM120 juta bagi Program Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan BSN dengan subsidi kadar faedah empat peratus;

(ii) RM105 juta untuk Program Pembangunan Kapasiti Vendor; (iii) Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE); (iv) Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB); dan (v) Skim Anjakan Usahawan. Tuan Yang di-Pertua, ini selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan golongan muda dan mahasiswa bukan sahaja menjadi pekerja tetapi mampu mencipta peluang pekerjaan sebagai usahawan. Justeru itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mewujudkan polisi Malaysian First dalam sektor-sektor tertentu seperti sektor perhotelan, peruncitan dan pengangkutan. Menurut pemerhatian saya masih terdapat pekerja-pekerja asing di front desk di hotel-hotel, kaunter-kaunter dan kiosk di pusat membeli- belah, medan selera, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan KLIA2. Jika diamati tempat-tempat yang disebut ini merupakan tempat berhawa dingin, selesa dan mempunyai permintaan kerja daripada warga tempatan. Maka saya mencadangkan melalui konsep Malaysian First pekerjaan-pekerjaan ini dikhususkan hanya kepada rakyat tempatan sahaja. Di samping dapat menambah peluang pekerjaan kepada warga tempatan ianya juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berkala dan juga berperingkat. Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil maklum bahawa terdapat pekerjaan- pekerjaan yang diklasifikasikan atau dikategorikan sebagai 3D dengan izin difficult, dirty dan danger. Mungkin juga pihak kerajaan boleh mengkaji untuk menukarkan sektor 3D ini kepada ECS iaitu easy, clean and safe melalui pendekatan baharu selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang bergantung kepada teknologi robotik dan artificial intelligence (AI). Misalnya, dalam aspek pengurusan sampah, pekerja tidak perlu lagi mengotorkan diri sebaliknya menggunakan teknologi robotik untuk melaksanakan tugas pengurusan sampah. Secara tidak langsung penggunaan teknologi ini akan menggalakkan rakyat tempatan untuk menceburi bidang ini. Apa yang penting segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini adalah untuk membantu golongan generasi muda untuk mereka bersedia menghadapi masa hadapan kerana masa hadapan adalah milik mereka. Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan kerajaan juga dapat dilihat dalam usaha menangani isu perumahan rakyat. Antara inisiatif yang telah diambil ialah melalui pembinaan rumah: (i) Projek Perumahan Rakyat – 17,300 unit; (ii) Projek Perumahan Awam 1Malaysia – 25,000 unit; (iii) PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah – 210,000 unit; (iv) Rumah Mesra Rakyat – 3,000 unit; (v) MyBN Home – 600 unit; dan (vi) MyDeposit and MyHome – 2,000 unit. Saya juga memuji inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pelaksanaan Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang telah berjaya dibina sebanyak 67,892 unit iaitu mencapai angka 85 peratus daripada jumlah keseluruhan projek. Ini adalah satu usaha yang sangat murni pihak kementerian bagi meningkatkan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Tuan Yang di-Pertua, ketika Kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh untuk menambah bilangan rumah mampu milik untuk rakyat saya dimaklumkan Kerajaan Negeri Selangor pula telah membatalkan sembilan projek perumahan di bawah Projek Rumah Selangorku. Ianya membabitkan tiga projek di Kajang, dua di Selayang dan masing-masing satu di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang Jaya dan Klang yang telah diluluskan antara tahun 2014 sehingga tahun 2016. Saya dimaklumkan juga kegagalan ini disebabkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu untuk memberikan subsidi untuk membina Rumah Selangorku. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun rakyat Selangor bernasib baik kerana adanya Yang Berhormat Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mana melalui perancangan Yang Berhormat Menteri KPKT ini sebanyak 2,000 unit kediaman yang akan dibina di bawah PPR tahun ini.

Ia bagi membantu golongan kurang berkemampuan memiliki rumah di empat lokasi iaitu di Kampung Sungai Yu dan Bestari Jaya di Kuala Selangor, Bukit Subang di Shah Alam serta Dengkil di Sepang membabitkan kos kira-kira RM400 juta.

Di samping membina rumah-rumah baru, KPKT juga telah membelanjakan sebanyak RM180 juta untuk kos penyelenggaraan perumahan kos rendah dan sederhana di Selangor dan penyelenggaraan ini perlu kerana rumah-rumah ini telah terbiar dan diabaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan peruntukan bagi Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2018 jelas membuktikan bahawa kerajaan terus memberi keutamaan bagi keperluan penjagaan kesihatan rakyat. Setelah mengambil kira saban tahun terhadap peningkatan keperluan semasa meliputi aspek berkaitan kesihatan termasuk kos rawatan, ubat-ubatan serta prasarana yang diperlukan, saya dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini telah mendapat peruntukan RM27 bilion pada tahun 2018. Ini bermakna kira-kira 9.5 peratus atau RM1.7 bilion peningkatan daripada Bajet 2017 yang berjumlah RM26.58 bilion. Bahkan tidak dapat dinafikan bahawa dengan peningkatan kemajuan bagi sektor kesihatan di negara kita jelas ia mampu menjadi suatu asas yang kukuh untuk perkhidmatan kesihatan yang terbaik demi rakyat. Jika dilihat daripada aspek subsidi kerajaan bagi sektor kesihatan, rakyat hanya perlu membayar sebanyak RM1 ketika mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berbanding harga asal iaitu sebanyak RM40 sekiranya tanpa subsidi. Malah bagi caj harga bilik kelas ketiga hanya RM3 sehari dikenakan kepada pesakit berbanding harga asal iaitu RM160. Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan Medical Tourism Association USA, beberapa prosedur rawatan di negara kita masih mencatatkan kos yang jauh lebih murah berbanding negara lain. Ini dibuktikan seperti berikut; (i) kos prosedur rawatan heart bypass di Malaysia adalah sebanyak RM42 ribu berbanding USA, RM455 ribu dan Korea RM119,525; dan (ii) kos rawatan IVF kesuburan di Malaysia berharga RM24,150 secara purata di Malaysia berbanding di USA, RM43,400 dan Korea RM27,650. Dalam melihat konteks kesihatan di negara kita pada hari ini, bukanlah perbandingan kualiti dan harga yang ditawarkan semata-mata untuk menjadi topik utama yang ingin dibangkitkan, sebenarnya telah banyak dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional khususnya Kementerian Kesihatan itu sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan khususnya buat kerajaan kita pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri di atas kejayaan penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang melibatkan lima agensi sedia ada iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Agensi Kawalan Sempadan Malaysia pada hemat saya terbukti berjaya memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan negara apabila telah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dan pencerobohan sempadan negara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap kebajikan 123 ribu pesara Polis Diraja Malaysia melalui pemberian peruntukan RM3 juta setahun selama tiga tahun kepada Tabung Amanah Warisan PDRM. Ianya bertujuan untuk menjaga kebajikan pesara polis dan keluarga mereka. Di samping itu juga, kerajaan turut menyediakan skim rumah mampu milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PDRM serta memberikan kuota khas menunaikan haji untuk pesara polis. Usaha untuk menjaga kebajikan anggota polis ini merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu dan merupakan inisiatif yang amat baik bagi menghargai jasa dan pengorbanan para anggota polis.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Pertahanan yang telah mengambil inisiatif membela nasib dan memelihara kebajikan anggota dan veteran ATM serta keluarga mereka dengan melaksanakan projek rumah mampu milik di bawah Projek Satu Anggota Satu Rumah dengan nama lain, SASAR. Di samping itu, Kementerian Pertahanan telah mengumumkan tujuh inisiatif baru khusus untuk 11 ribu warga awam, anggota dan veteran ATM dan antara inisiatif yang telah disediakan; (i) pelancaran blueprint perumahan yang melibatkan 31,531 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang akan dilaksanakan secara berfasa sehingga tahun 2030; (ii) menggantikan penggunaan trak tentera kepada bas sekolah yang lebih selesa dan berhawa dingin kepada 15 ribu anak-anak anggota ATM; dan (iii) pembinaan lima buah poliklinik ATM baru di Kluang, Seberang Takir, Kuantan, Sungai Petani dan Kuching selain menaiktarafkan kelima-lima hospital angkatan tentera yang sedia ada. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan anggota dan keluarga angkatan tentera di atas keringat menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Tuan Yang di-Pertua, penyebaran berita palsu kini menjadi ancaman paling berbahaya di seluruh dunia. Berita palsu bukan sahaja menjejaskan sistem demokrasi malah turut menggugat kebebasan bersuara selain mencetuskan ketegangan antara negara-negara di dunia. Tuan Yang di-Pertua, di negara United Kingdom, Perdana Menteri Theresa May telah menubuhkan unit khas yang dikenali sebagai Unit Komunikasi Keselamatan Negara bagi mengatasi gelombang propaganda anti Barat. Selain daripada itu, Kesatuan Eropah (EU) juga telah melancarkan jawatankuasa bertindak untuk merangka undang-undang bagi memerangi berita palsu. Di Filipina pula, kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Duterte mula memperkenalkan undang-undang baru kepada pertubuhan media bagi menghalang penyebaran berita palsu yang berupaya menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan melalui rang undang-undang ini kerana akta ini digubal untuk melindungi masyarakat daripada ancaman berita palsu yang kini pada hemat saya menjadi-jadi dan perlu dibendung segera. Ia akan melindungi semua pihak termasuklah pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju kah Yang Berhormat Kuala Selangor dengan saya kalau saya katakan bahawa kerajaan telah gagal khususnya Kementerian Multimedia kerana terlalu banyak berita-berita palsu yang dikeluarkan oleh DOJ di Amerika Syarikat oleh media-media kerajaan dan swasta di Indonesia tentang yacht yang ditangkap kononnya milik Jho Low.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Kementerian bertanggungjawab kerana tidak jawab langsung tentang DOJ. Kementerian Komunikasi dan Multimedia amat lemah kerana tidak menjawab langsung tentang yacht. Maka, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kementerian kerana pembohongan yang amat luar biasa oleh DOJ, pembohongan yang luar biasa oleh pihak Indonesia tetapi kementerian gagal untuk menjawab soalan-soalan. Inilah yang telah pun mengelirukan hati dan juga benak rakyat Malaysia kerana kita tertunggu-tunggu apakah jawapan dari kementerian. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor tentang hal ini? Terima kasih.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Boleh tambah sikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Tadi saya dengan minatnya dengar komen-komen Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Tentang perkara ini fake news, ya, memang betul. Tetapi cadangan saya ialah jika kalau kerajaan yang sedia ada sekarang tidak ikat sangat itu mainstream media termasuk Straits Times, Berita Harian, Sin Chew dan sebagainya bagi peranan surat khabar main peranan yang betul, so mungkin melalui cara ini boleh kurangkan fake news. Terima kasih. Apa pandangan?

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun, Yang Berhormat.

Sikit ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor kerana membangkitkan isu fake news ataupun berita palsu ini. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Kuala Selangor adalah seorang pengamal undang-undang. Hendak tanya dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah Yang Berhormat Kuala Selangor sedar bahawa dalam Malaysia ini sebenarnya yang menjadi ancaman adalah berita benar, bukan berita palsu? Setuju tidak? Contoh ya, saya hendak bagi contoh ya. Ada tiga akta paling kurang yang mengatakan berita benar pun salah. Sebagai contoh yang dikenakan ke atas Yang Berhormat Pandan. Dia siarkan benda benar tapi disalahkan di bawah Akta BAFIA. Yang didedah pula mungkin hendak bertanding. Lembu selamat, Yang Berhormat Pandan tidak selamat. Itu yang pertama. Yang keduanya, Akta OSA. Kalau kita siarkan benda benar pun kita salah juga. Akta Hasutan- kebenaran bukan satu defence. Jadi saya hendak tanya, dekat Malaysia ini ancaman dia berita palsu kah berita benar? Terima kasih.

Terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat yang memberikan pencelahan sebentar tadi. Pertamanya, saya hendak merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang. Beliau merupakan pengamal undang-undang. Dalam soal undang- undang, kita ada tiga sistem di negara kita. Kita ada legislative, executive dan judiciary dan sudah tentu bagaimana undang-undang yang digubal itu akan dibawa ke mahkamah dan mahkamah yang akan menentukan secara independent setiap perkara diangkat dan diperkatakan di mahkamah. Jadi tidak ada soal dari segi perkara-perkara yang berkaitan dengan yang dibangkitkan sebentar tadi. Isu utama yang ingin saya nyatakan sebentar tadi, undang-undang adalah pelengkap kepada undang-undang yang sedia ada kerana pada hemat saya, apabila negara- negara di peringkat dunia sendiri pun, sebagai contoh di UK dan sebahagiannya, telah menubuhkan unit dan juga jawatankuasa yang boleh dikaitkan kepada bagaimana untuk memastikan sesuatu berita palsu itu dapat diperangi, pada hemat saya inilah antara fokus yang mungkin di peringkat kerajaan untuk mengetengahkan undang-undang menangani berita palsu tersebut. Jadi mengenai kegagalan kementerian dan sebagainya, ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dinyatakan kerana kementerian sedang berusaha untuk memastikan setiap apa yang ingin dilakukan, natijahnya dan impaknya adalah untuk kebaikan negara. Jadi pada hemat saya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana pada hemat saya, rang undang-undang ini merupakan satu rang undang-undang untuk melindungi masyarakat daripada ancaman berita palsu yang semakin menjadi-jadi dan ada kalanya menyebabkan persepsi yang sangat negatif terutama sekali bagi institusi yang ada dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada mensejahterakan kehidupan rakyat, saya melihat bahawa meningkatkan taraf hidup masyarakat India tidak dapat lagi dinafikan apabila kerajaan telah melaksanakan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIP) yang telah dilancarkan pada April tahun lalu. Ia diperkasakan lagi melalui perancangan Bajet 2018 menerusi langkah-langkah berikut: (i) peruntukan sebanyak RM50 juta kepada program pembangunan sosioekonomi masyarakat India (SEDIC) yang dikendalikan menerusi Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India.

(ii) peruntukan RM50 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta baik pulih sekolah-sekolah Tamil. (iii) meletakkan sasaran tujuh peratus penyertaan dan pendaftaran pelajar India di universiti awam dan perkhidmatan awam. (iv) pengagihan khas RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur. Melalui Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB), ia membuktikan kesungguhan kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India di Malaysia. Benarlah sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita bukan omong-omong kosong, dengan izin, veti pichu. Ianya suatu kenyataan ataupun, dengan izin, nijam. Bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Cina pula, kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut: (i) RM50 juta untuk pinjaman PKS melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI). (ii) RM30 juta juga disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina. (iii) RM65 juta bagi tujuan pembangunan kampung-kampung baru Cina. Bagi meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli pula, RM50 juta disediakan meliputi program bantuan makanan komuniti yang memanfaatkan hampir 5,000 pelajar Orang Asli. Selain daripada itu, insentif kepada anak Orang Asli yang berjaya, kerajaan di bawah KKLW juga memberikan bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi. Selanjutnya, program pembangunan bersepadu perkampungan Orang Asli juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Tuan Yang di-Pertua, wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan sumbangan kepada kejayaan yang dikecapi di negara ini sama ada dari segi aspek politik, ekonomi, sosial mahupun sukan. Wanita yang dahulunya hanya dilihat sebagai suri rumah, isteri dan ibu tetapi kini mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah serta meraih kejayaan dan kemajuan dalam bidang yang diceburi. Tuan Yang di-Pertua, tahap kejayaan para wanita hari ini terbukti dengan penglibatan dan sumbangan mereka dalam sektor ekonomi. Pada tahun ini, seramai 700,000 wanita di Malaysia berada dalam sektor tenaga kerja yang memberi impak 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Selain daripada itu juga, dalam sektor korporat, 16.8 peratus wanita berada dalam pengurusan di syarikat tersenarai awam (PLC). Hal ini menunjukkan bahawa peranan wanita sebagai golongan penting dalam membantu merealisasikan cita-cita negara dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam aspek pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, selari dengan agenda memperkasakan wanita pada tahun ini, saya menyambut baik cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengisi 30 peratus wanita sebagai Ahli Dewan Negara. Saya juga ingin mencadangkan agar wanita diberikan peluang untuk terlibat sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) ataupun di agensi-agensi kerajaan atau mungkin selepas ini kita akan dapat melihat lebih ramai wakil wanita sebagai KSU-KSU di kerajaan negara kita.

Tambahan lagi saya juga ingin menyatakan pujian saya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah memilih tema ‘Segalanya Wanita’ di penganjuran MAHA 2018. Ini adalah selari dengan agenda kerajaan iaitu tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita yang bakal mengetengahkan...

Yang Berhormat Kuala Selangor, pohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan bangun ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin, saya raikanlah apa yang, Yang Berhormat Kuala Selangor katakan tadi berkenaan memperkasakan wanita dan apabila Yang Berhormat Kuala Selangor mengatakan bahawa mencadangkan 30 peratus wanita dalam Dewan Negara, setakat ini kita pun sudah sampai setakat 27 peratus. Dewan Negara tidak susah kerana Dewan Negara itu ialah proses lantikan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana tentang Dewan Rakyat. Dalam sistem pilihan raya di negara kita, sistem first-past-the-post ini memang walaupun kita ada 30 peratus calon Tuan Yang di-Pertua, itu tidak menjanjikan 30 peratus akan menang. Bagaimana cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor, saya telah sarankan banyak kali kepada pihak kementerian tetapi kita lihat tidak ada langsung tindakan berkenaan bagaimana hendak mendapatkan 30 peratus wanita dalam Dewan Rakyat sebab kita sudah cadangkan, ada konsultan UNDP pun mencadangkan bahawa kita ada all-women constituencies sebagai contohnya. Ataupun kita buat referendum khas untuk memastikan bahawa ada proportionate representation contohnya untuk memastikan ada wanita dalam Dewan Rakyat. Saya pohon kalau bolehlah mendengar cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, macam mana specifically untuk Dewan Rakyat sebab Dewan Rakyat ini dipilih dan yang lain ini dilantik itu is the political will. It’s the will. Itu pun kita belum lihat lagi tetapi ada will but kalau lantik pemilihan macam Dewan Rakyat ini, dia perlukan policy change. Kita hendak dengar daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan. Sudah tentunya dalam soal demokrasi ini pelbagai faktor yang harus kita lihat dan pada hemat saya sudah tentu dalam soal pilihan raya dan orang kata perwakilan khususnya mewakili wanita. Pada hemat saya, sudah tentu apabila rakyat memilih rakyat mempunyai kuasa untuk memilih calon yang mereka kehendaki, parti yang mereka kehendaki. Cuma pada hemat saya, sudah tentu dari segi Barisan Nasional kita terbuka lebih- lebih lagi sudah tentu dalam PRU Ke-14 nanti saya menjangkakan akan lebih ramai calon wanita sama ada di peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri tetapi apa yang paling penting bila mereka yang menjadi calon itu rakyat memilih mereka sudah tentu akan menggambarkan suatu suasana yang akan diterima khususnya dalam konteks rakyat. Cuma pada hemat saya sudah tentu apabila calon yang diketengahkan itu akan memberikan gambaran yang mana apabila Barisan Nasional mengetengahkan calon-calon tersebut pada hemat saya calon-calon ini adalah calon-calon yang akan menjadi aspirasi kepada rakyat memilih lebih-lebih lagi kepada soal-soal yang telah dinyatakan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Bajet 2018. Cuti bersalin mandatori sektor swasta telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari. Justeru itu moleklah kiranya pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cuti mandatori kepada suami yang bekerja di sektor swasta. Ia bukan sahaja dapat menggembirakan hati isteri malah dapat mengeratkan kasih sayang dalam keluarga. Selain daripada itu, setiap anak Malaysia yang lahir mulai Januari 2018 sehingga 2022 dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 yang dikenali sebagai ADAM50. Ia merupakan suatu inisiatif yang sangat baik dalam menggalakkan budaya menabung dalam bentuk pelaburan yang akan memberikan manfaat jangka masa panjang kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha ini menandakan kerajaan peka terhadap kepentingan wanita dan bertujuan untuk menggalakkan golongan wanita kembali bekerja seiring dengan hasrat kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan rakyat. Apabila kerajaan memperkenalkan ADAM50, saya menyerulah kepada sidang Dewan untuk menyokong saranan kerajaan ini terutama sekali dalam memastikan jumlah populasi negara menjelang TN50 akan berjaya ditambah dan dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan berkaitan isu tanah Ijok yang berada di dalam Parlimen saya.

Pertama, apakah justifikasi pihak kerajaan negeri untuk menyerahkan tanah seluas kira-kira 800 hektar itu kepada dua syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. sedangkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah memutuskan tanah tersebut telah dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kedua, mengapakah pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak memberikan pampasan mengikut kadar efektif ataupun kadar semasa harga pasaran tanah. Mengapakah pampasan yang diberikan kepada para peneroka masih lagi dinilai mengikut kadar pada 18 tahun dahulu iaitu RM3.12 bagi setiap kaki persegi sedangkan hakikatnya harga pasaran tanah Ijok pada ketika ini ialah bernilai RM30 sehingga RM65 bagi setiap kaki persegi. Lebih mengecewakan lagi apabila dua syarikat terbabit menerima RM12.34 bagi setiap kaki persegi. Justeru itu, di manakah keadilan yang menjadi tunjang kepada perjuangan pakatan ini? Ketiga, mengapakah kerajaan negeri tidak telus dalam permasalahan ini apabila mengambil pendekatan untuk melaksanakan tender tertutup dan tidak menerusi kaedah tender terbuka. Jika kaedah tender terbuka diaplikasikan, apakah harga yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri? Keempat, pada tahun 2009 Kerajaan Negeri Selangor merampas 1,200 hektar tanah daripada dua syarikat terbabit. Walau bagaimanapun penyelesaian dibuat oleh kerajaan negeri baru-baru ini telah memulangkan hanya 800 hektar sahaja kepada dua syarikat tersebut dan manakala baki 400 hektar diambil oleh kerajaan negeri. Persoalannya, kenapa kerajaan negeri tidak menyerahkan kesemua 1,200 hektar tanah kepada syarikat berkenaan? Justeru itu saya memohon agar kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat memberikan penjelasan mengenai isu tanah Ijok ini di dalam Dewan yang mulia ini kerana pada hemat saya mereka mempunyai maklumat khususnya dari segi lesen APDL serta aset penjualan serta supaya kebenaran dapat diketahui oleh rakyat negeri Selangor terutamanya. Tuan Yang di-Pertua, kemakmuran dan kedaulatan Malaysia di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong dan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan satu rahmat dan keberkatan kurniaan Allah SWT. Sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan limpahan tersebut. Berkat keikhlasan dalam memastikan kesejahteraan kepada rakyat dan negara ini dizahirkan sejak kita mencapai kemerdekaan. Mungkin sukar untuk pihak di sebelah sana menerima kenyataan bahawa pencapaian ekonomi Malaysia adalah sangat baik dan turut dipuji oleh pihak-pihak luar. Pujian dan perhatian positif ini membuktikan Malaysia dipandang tinggi di mata dunia. Tuan Yang di-Pertua, Profesor Chan Kim dan Mauborgne yang merupakan top 3 management gurus telah menyatakan di dalam bukunya Blue Ocean Shift: Beyond Competing, dengan izin, bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak sentiasa menekankan prinsip kejayaan berasaskan initiative, dengan izin initiative high impact, low cost and rapid execution. Suka saya nyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sedang berada di landasan yang betul dengan melaksanakan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS). Syabas kepada kerajaan hari ini kerana berjaya mewujudkan kerjasama strategik dengan semua agensi di setiap organisasi kerajaan. Inisiatif ini akan dapat mengelakkan budaya bekerja secara bersendirian, dengan izin, breaking down the silos.

Harapan saya, dengan adanya Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pendekatan N-BOS, maka isu-isu yang telah saya bangkitkan akan dapat diatasi. Tuan Yang di-Pertua, marilah kita bersama-sama mengambil peringatan daripada ayat 13, Surah Al-Hujurat, “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan juga perempuan dan Kami telah menjadikan kamu sebagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan lain.” Sahabat seperjuangan ku sekalian, Dalam lemas menangani fitnah, Menangkis tohmahan dengan lembing kejayaan,

Dalam kepayahan onak dan ranjau, Barisan biru tetap meredah. Bukan mendabik apatah lagi bermegah, Hanya mengilhamkan kesejahteraan rakyat, Inilah barisan keyakinan jelata, Nusa dibela, negara berdaulat. Usah mencari kuman di seberang lautan, Carilah kebaikan yang BN taburkan, Nasihat saya buat pembangkang, Hentikan segala retorik murahan, Bangkitlah wahai rakan seperjuangan, Bangunkan negara, pedulikan pendusta, Hanya yang benar di persada, dan yang batil terjelepok. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, izinkan saya memetik semula kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sewaktu ucapan Bajet 2018, “Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan dengan taring-taring dan geraham masing-masing sampai ke titisan darah yang terakhir membawa Barisan Nasional menuju kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti, insya-Allah.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat, ya Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya untuk memulakan perbahasan saya mengenai dengan ucapan daripada Yang di-Pertuan Agong. Pertamanya saya ingin menyatakan terlebih dahulu berkenaan dengan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong ialah merupakan mercu ataupun tonggak pihak berkuasa negara kita. Baginda juga ialah dikatakan sebagai piagam utama dalam Perlembagaan kita. Jadi Yang di-Pertuan Agong juga ialah merupakan simbol kenegaraan tertinggi bagi Malaysia kita yang mempunyai dengan hal ehwal perundangan, meliputi lebih kurang 35 perkara dan Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa dan fungsi dan juga budi bicara sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 40 dan juga 42. Nanti saya akan nyatakan selepas ini. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan eksekutif utama negara dan Baginda juga sebahagian daripada entiti legislatif di Parlimen kita ini. Juga Baginda boleh menangguhkan kuat kuasa sesuatu rang undang-undang selama 30 hari. Sebenarnya had kuasa ini telah ditentukan pada zaman pemerintahan Tun Mahathir. Akan tetapi baru-baru ini beliau telah meminta maaf. Beliau mengatakan bahawa beliau memohon maaf kerana ketika zaman pentadbirannya yang menyebabkan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan supaya Akta Parlimen itu dijadikan sebagai undang-undang. Akan tetapi dia minta maaf pun bersebab. Oleh sebab baru-baru ini dikatakan bahawa MKN tidak dapat tandatangan dan telah dijadikan undang-undang. Jadi dia ada sebab sebenarnya. Inilah kepada orang-orang yang kadang-kadang apabila dia pegang balik pemerintahan ini esok tidak tahulah macam mana dan apa lagi dia akan buat. Sebelum ini dia sudah buat.

Yang di-Pertuan Agong juga simbol perpaduan, kehormatan dan kedaulatan negara. Justeru, mempersendakan, mengeluarkan kata-kata hasutan terhadap Baginda merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan menghormati Yang di-Pertuan Agong juga bermakna menghormati kerajaan Baginda dan juga kerajaan kita, Kerajaan Malaysia. Ada pula yang manusia-manusia yang jenis tidak faham, mencadangkan supaya ditarik balik kerana seseorang, dua tiga orang telah ditarik balik darjah kebesaran, maka dicadangkan supaya ditarik balik kepada orang-orang lain pula atas sebab-sebab tertentu. Sebenarnya nasihat ini kita jangan hendak mengajar itik berenang. Susahnya manusia ini, dia tidak pandai berenang tetapi hendak mengajar itik berenang. Ini yang jadi satu kesalahan sebenarnya. Oleh sebab kalau kita hendak lihat dalam Perlembagaan kita, yang boleh bagi nasihat adalah Perdana Menteri dan juga Kabinet bertindak atas nasihat. Perkara 40 adalah jelas. Kita lihat kedaulatan Raja-Raja ini dikurangkan melalui juga pindaan Perlembagaan pada tahun 1993, semasa juga tidak ada orang lain semasa itu, Tun Mahathir juga yang menjadi Perdana Menteri. Jadi selepas tahun 1994, kita boleh lihat macam mana raja boleh dihadapkan ke mahkamah dan sebagainya atas kesalahan yang ditentukan dan juga boleh disaman sivil. Jadi ini, pada sayalah, ramai orang yang berpendapat pada masa itulah, dalam tempoh pentadbiran pada zaman Tun Mahathir ini seolah-olah macam raja ini berada dalam persekitaran yang boleh dikatakan aib kerana diasak dan sebagainya. Saya harapkan supaya zaman Tun Mahathir tidak akan berulang lagi selepas ini. Dengan inilah banyak lagi perkara sebenarnya. Kalau hendak dikira dari segi penamaan Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri selepas ini. Ramai yang menyokong di sebelah sanalah. Sebelah sini kita tidak. Pakatan Harapan banyak yang telah mempersetujui supaya Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi ada jugalah, kalau kita lihat beberapa video sebelum ini yang begitu mengecam Tun Mahathir. Kita lihat kalau video daripada Anwar sendiri, mantan Yang Berhormat Permatang Pauh. Tun Mahathir ini dia beli syarikat terbesar dia kata di Filipina. Siapa presiden dia? Mirzan. Dia sebagai pengarah, bukan presiden. Jadi wang dia kata daripada mana RM2.9 ribu juta, bermakna RM2.9 bilion. Jadi Dato’ Seri Anwar ini, dia persoalkan. Dia kata inilah yang dikatakan moral, etika dan akhlak pada masa itu, Tun Mahathir itu sendiri. Dia kata wang daripada mana? Daripada rakyat. Akan tetapi yang di sebelah sana tidak ada persoal dia ambil daripada rakyat, apa semua. Kalau sebelah kita yang berlaku, bermacam-macam-macam tuduhan dibuat. Kita lihat juga komen daripada Yang Berhormat Bagan. Kalau Yang Berhormat Bagan mengatakan bahawa Tun Mahathir sudah tua, dia kata. Anak-anak dia susah kalau kita perintah negara nanti, takut kalau kalah. Maknanya mereka akan tanya mana dapat wang banyak?

Inilah yang pernah dinyatakan. Dia kata macam mana anak-anak Tun Mahathir ini pandai berniaga sedangkan tidak ada asas perniagaan pun. Dia kata Mokhzani ada RM2.7 bilion, tengok sekarang apa berlaku, pun tidak ada juga komen-komen daripada pihak sebelah sana. Ini yang saya ambil bekas-bekas daripada apa yang disebut dalam video-video dan banyak lagi sebenarnya. Bila pelantikan ini kita lihat daripada satu anak kepada bekas Yang Berhormat Jelutong dulu. Sangeet Kaur Deo dikatakan meletakkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri juga seolah-olah menunjukkan Pakatan Harapan seperti tidak mempunyai calon lain untuk jawatan tersebut. Ini dinyatakan oleh Sangeet Kaur Deo, ramai lagilah. Perkara ini dinyatakan, disokong oleh Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan dalam satu wawancara menyatakan bahawa beliau bersetuju supaya Mahathir dijadikan calon Perdana Menteri atas sebab-sebab dia kata dalam kepimpinan Pakatan, tidak ada yang jauh ke depan. Kasihan saya tengok. Bekas Timbalan Perdana Menteri kita daripada Pagoh tidak dinyatakan langsung namanya tetapi masa wawancara disebut, kenapa tidak MB Selangor dicalonkan? Kenapa tidak dia sendiri dicalonkan? Dia kata dia tak nak. Kenapa dia tak nak?...

[Dewan riuh]

Sebab dia tak nak, ini wawancara, saya tengok dalam wawancara ya.

Cuba tengok-tengoklah, tengok dalam wawancara macam mana. Dia kata kalau dia jadi Perdana Menteri, dia mati cepat. Ini kalau Mahathir jadi Perdana Menteri tidak apa, mungkin dia tidak mati kot. Jadi dia ada macam siapa hendak kuda kan siapa sekarang? Sama ada Mahathir hendak kuda kan dia orang ataupun dia orang yang hendak kuda kan Mahathir sebab dia kata Mahathir boleh menarik mereka-mereka yang lama-lama dalam masa pemerintahan beliau. Orang-orang lama dan sebagainya, bekas-bekas pegawai kerajaan dan sebagainya. Jadi ini satu penipuan. Maknanya seolah-olah hendak gunakan hanya untuk sementara, langsung dia tidak nyatakan sebab. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Kalau kita hendak katakan daripada segi pemilihan, pemilihan sebagai Perdana Menteri, kita kena ambil orang yang betul-betul berwibawa. Dia kata Mahathir ini hebat sangat tetapi yang muda-muda dalam Pakatan jauh ke belakang, tidak ada yang ke depan. Inilah yang kata maknanya seorang sajalah yang hebat dalam Pakatan, Mahathir seorang yang hebat. Apa yang akan berlaku? Kalaulah menang, itu pun belum pasti sebab kalau ikutkan dalam perkiraan Yang Berhormat Pandan sendiri, dia kata PKR 40 lebih, DAP 40 lebih kurang, Harapan dalam 20 boleh menang, PPBM dalam 30 lebih. Jadi kalau 30 lebih macam mana nak dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Di situ satu hal. Satu hal lagi, kalaulah nama dia masih ada pada masa itu, apa akan berlaku? Adakah Yang di-Pertuan Agong akan melantik beliau? Ini juga satu persoalan. Jadi kalau tidak ada dia jadi Perdana Menteri, siapa yang ke depan pula? Siapa nak jadi Perdana Menteri? Timbalan? Timbalan wanita, agak-agaknya tidak tahulah akan dapat atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua, boleh point of order?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sekiranya yang sedang berucap beralah, memberikan laluan.

Bukan laluan. Isu sekarang ialah dalam ucapan ini tidak boleh buat andaian terhadap kedudukan atau pendirian Agong atau Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peraturan berapa Yang Berhormat?

Saya tidak pasti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa, sila Yang Berhormat Setiu, teruskan.

Ini point of order kah?

Tetapi saya anggap adalah...

Point of order kah saya tanya? Tunjukkan point of order mana.

Saya anggap out of order untuk membuat satu andaian tentang sifat.

Saya tidak andaian, ‘kalau’ saya kata...

[Dewan riuh]

‘Kalau’ maksudnya tadi Yang Berhormat Setiu...

Bagi saya interject, bagi saya laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Setiu, bagi laluan atau tidak?

Bagi laluan?

Nasib baik dah denda turun RM2,000 kalau tidak, tidak dapat bertandinglah dia.

Dalam Peraturan 36(6) telah menyatakan bahawa dalam perbahasan tidak boleh menyentuh sifat ataupun andaian tentang pendirian Agong atau Ketua Hakim Negara atau siapa-siapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu, sila duduk. Peraturan Mesyuarat 36(6) tidak ada langsung kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Setiu.

Peraturan 36(6) hanya kepada Ahli sahaja ya. Tidak boleh bersangka jahat kepada Ahli, kalau sangka jahat kepada Yang Berhormat Batu okeylah. Tidak ada sangkaan jahat ya. Dalam wawancara itu jugalah, saya nak kena ulas wawancara ini. Dalam wawancara itu juga Yang Berhormat Pandan kata, sayalah orang yang paling kasar terhadap Mahathir, saya tidak nampak dia nak jadi Perdana Menteri. Oh! Bila jadi Perdana Menteri baru tidak kasar. Sebelum jadi Perdana Menteri, kasar rupanya ya. Jadi tujuan utama adalah dia hendak tumbangkan BN dan UMNO. Itulah tujuan utama dia, sebab itu dia lantik. Jadi kalau hendak kira pun ada juga pengerusinya itu, yang tukang wawancara itu dia kata kalau masa silam dia itu banyak salah guna dia kata, macam mana? Habis kita hendak menang, terpaksalah, tidak kiralah dia salah guna dulu pun, apa dia buat dulu pun kita apa hendak kisah. Jadi kemudian ada yang ditanya juga apa akan berlaku kalau dia teruskan dengan kuasa dia sebagai Perdana Menteri. Dia kata boleh balance sebab kita ada empat parti. Jadi empat parti boleh menentukan dia tidak salah guna kuasa. Jadi apa akan berlaku dengan politik kita kemudian hari. Kestabilan politik akan jadi rosak terus, tidak akan ada sebab asyik dok bertukar. Kalau mati awal, datang yang lain, kita pun tidak tahu siapa yang hendak jadi Perdana Menteri, belum dapat sebab jauh ke belakang semua. Jadi, itulah yang sedikit sebanyak berkenaan dengan keadaan yang berlaku dalam negara kita sekarang. Kemudian dalam ucapan Titah daripada Yang di-Pertuan Agong juga menyebut berkenaan dengan kesihatan. Jadi saya hendak bercerita sedikit fasal kesihatan ini. Saya bukan doktor tetapi saya hendak sebut tentang satu bijirin quinoa dan juga carrot, dua perkara yang dijadikan isu, dikatakan quinoa itu mahal. Rakyat makan nasi, pemimpin makan quinoa. Jadi saya hendak nyatakan apa yang dimaksudkan dengan quinoa ini, bijirin yang dah ditanam 5,000 tahun dahulu di Peru, Ecuador, Bolivia, dah lama dah. Jadi kebaikannya, kita lihat kebaikannya, jangan hendak main bantai saja, kita tengok kebaikannya, membantu mengurangkan kolesterol. Kalau satu cawan bijirin quinoa itu, ia sebanyak 185 gram, ia mengandungi kolesterol hanya 13 miligram iaitu satu peratus sahaja.

Jadi, mampu mengurangkan peluang untuk dapatkan serangan jantung dan juga strok, satu. Kedua, kandungan serat dua kali ganda berbanding dengan bijirin lain seperti gandum ke, barli ke, sebagainya dan juga kurangkan masalah kesihatan- sembelit, kencing manis, obesiti, semuanya dapat kurangkan. Kemudian dalam quinoa juga mempunyai vitamin B2 yang tinggi, yang boleh membantu tahap tenaga kita. Semakin tua ini, tenaga semakin kurang ya, jadi dalam umur ini kita patut makanlah. Ia boleh bantu memecahkan karbohidrat, lemak, menguatkan tenaga, saraf kita kuat dan juga dalam quinoa juga ada kandungan magnesium. Biasanya kita ini berlaku kekejangan masa tidur, masa tidur ada kekejangan. Bila sudah umur kita ini, bila tidur, kurang magnesium, maka kuranglah dipanggil- kerana banyak kita berpeluh, jadi mengurangkan magnesium. Dalam badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 300 miligram sehingga 600 miligram magnesium untuk tujuan metabolisme, juga pengaliran darah. Ada sikit lagi, bantu kurangkan berat badan, 170 kalori berbanding hidangan- kalau pasta biasa itu kita makan 370. Jadi, tahap gula dalam darah juga boleh mengelakkan kencing manis kerana kandungan serat yang lebih. Jadi, otak kita juga memerlukan lebih kurang- otak kita ini banyak lemak sebenarnya. Jadi, kita perlu makan macam minyak zaitun, ikan, kacang dan sebagainya.

Jadi, bahan yang terbaik untuk tingkatkan memori kita adalah dipanggil flavanoid yang terdapat dalam quinoa itu sendiri. Akan tetapi jangan lupa, lobak juga mempunyai kelebihan-kelebihan, anti kanser.

Yang Berhormat Setiu, boleh bagi laluan? Ada soalan nak tanya.

Cerita fasal...

Ya. Saya nak dapat.

Baru cerita lobak, tunggulah saya cerita lobak dulu.

Bolehkah saya dapatkan penjelasan tentang quinoa itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu. Saya ingin tanya pendapat Yang Berhormat Setiu, quinoa itu 100 gram berapa harganya? Kalau ikut WHO, seorang manusia ini perlu consume 400 gram beras sehari seorang, untuk quinoa kalau dengan equivalent 400 gram sehari itu, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM20 kalau kita hendak beli quinoa. Adakah Kerajaan Barisan Nasional komited untuk merendahkan harga quinoa ini supaya khasiat ini dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia supaya tidak dibebankan dengan RM20 untuk 400 gram quinoa ini untuk menggantikan beras? Boleh dapat pandangan daripada Yang Berhormat Setiu?

Saya tidak kata untuk gantikan makanan beras. Maksud saya, maknanya quinoa adalah satu pemakanan kesihatan macam kita makan benda-benda lain juga.

Untuk yang kaya sajalah maksudnya.

Maknanya, apa salahnya kepada yang mampu untuk beli. Kalau Ahli Parlimen pun mampu beli, tidak akan tidak mampu ya. Cuma saya hendak beritahu fasal carrot ini ya. Carrot ini anti kanser, anti kanser payudara, paru-paru, kolon dan sebagainya ya. Ia baik untuk mata sebab ada vitamin ‘A’ untuk terang mata, ia ada ya kebaikan, mencegah penyakit jantung dan begitulah. Jadi, banyak lagi. Saya tidak perlu hendak cerita banyak sangat, cuma saya hendak beritahu bahawa lobak juga boleh kita makan. Jangan bagi makan kuda saja, kalau beri makan kuda, banyak kuda makan. Jadi makanlah, boleh kalau hendak makan, makanlah, ini saranan saya. Boleh makan kalau hendak makan, jangan jadi isu. Ini siap dengan PC dan sebagainya, apa ini. Saya juga hendak sentuh mengenai dengan taat setia kita kepada negara kita ini. Kita kena jaga kedaulatan kita. Masalah yang berlaku, ada yang rakyat kita ini bila keluar negara, bila ditanya rakyat mana, malu hendak mengaku rakyat Malaysia. Salah seorangnya Boboi, siapa kenal Boboi? Boboi ini dia pergi ke Brunei, dia malu hendak mengaku tetapi masih tinggal di Malaysia. Nasib baik dalam perlembagaan tidak sebut, maknanya kalau orang jenis macam ini kita boleh lucutkan warganegara dia. Akan tetapi kalau dia betul-betul, maknanya saya cabar dia, saya cabar beliau ini. Kalau dia betul-betul, kalau dia dengarlah, mungkin dia tengok ke tidak, maknanya kalau betul-betul, surrender you punya warganegara. You pergi duduk negara lain yang you fikirkan lebih baik daripada negara kita. Itu saya cabar, betul-betul cabar dia. Maknanya, kalau malu, you tidak suka dengan orang tetapi hendak buat jadi bini. Boleh ke macam itu? You tidak suka dengan Malaysia tapi you tidak hendak mengaku rakyat Malaysia, bolehkah duduk dalam Malaysia? Sudahlah dapat banyak daripada duduk di Malaysia, dapat daripada bapanya, daripada apa semua, kaya-raya. Pegang syarikat sana, syarikat sini, berapa banyak jadi pengarah, director? Berpuluh, beratus syarikat, kumpulan 5M ini beratus syarikat pegang.

Mana ini tidak tahulah, mana dapat duit semua ini? 5M, kenal 5M? Mahathir, Marina, Mirzan, Mokhzani dan juga Mukhriz, kumpulan 5M. Barangkali mungkinlah didapati daripada kekayaan bapanya yang dinyatakan manusia yang antara terkaya di dunia pada satu ketika. Disebut sebab masa sebelum saya masuk politik dalam kerajaan dulu, saya dengar banyak ya berkenaan dengan disebut Mr. 10 Percent. Mungkin daripada sinilah ya. Akan tetapi diam semua sebelah sana, dia tidak kisah, dia diam. Tidak apalah sebab kawan, kawan buat salah tidak apa, boleh halalkan semua cara. Akan tetapi sebelah kita, dia kutuk bagai nak rak, ini yang masalah yang berlaku dalam negara kita ini. Makna, tidak sensitif apa yang orang yang kita hendak ambil jadi ketua itu telah melakukan banyak kesalahan tetapi seolah-olah macam tidak ada dan macam fitnah. Saya tidak tahu fitnah ke apa, disebut oleh Yang Berhormat Pandan, juga disokong kenyataan daripada Anwar Ibrahim ini. Disokong berkenaan dengan dia punya tauke arak, tauke judi dan sebagainya, tauke minyak Petron dan sebagainya, yang menyokong ini saya tidak tahu siapa yang buat fitnah sekarang ini. Dia fitnah kepada Mahathir ataupun macam mana? Kalau perkara itu benar, kenapa tidak diminta penerangan? Mana dapat punca, punca kekayaan daripada mana? Oleh sebab ahli-ahli daripada PBM sendiri mempersoalkan kekayaan, akhirnya apa yang berlaku? Pecat ahli semua, inilah yang berlaku dalam Pakatan sekarang ya. Orang yang hendak diletak di hadapan, hendak memerintah negara, inilah kelakuan sebenar pada masa dahulu dan sekarang pun masih berlaku ya. Akhir-akhir ini dibuatlah rayuan, kononnya tidak ada duit untuk pilihan raya- PRU-14. Minta rayuan, bukan Mahathir saja, anak dia pun minta sama dengan rakyat. Kononnya tidak ada duit. Licik, orang yang hendak jadi ketua ini esok- esok cukup licik.

Dia hebat. Dia boleh. Maknanya dalam masa yang sama, dia sudah bagi hint sudah kepada kroni-kroni dia. Dia bagi hint sudah kepada anak-anak dia itu. Hint apa hendak bagi? Hint supaya dapat banyak duit dimasukkan dan pada masa sama dia cakap saja hendak minta derma, duit masuk. Inilah yang berlaku sebenarnya. Jadi dia tipu rakyat esok. Tengok, kita berkempen dengan bantuan rakyat tapi kroni-kroni sudah masuk. Anak-anak yang kaya raya ini sudah masuk duit. Inilah yang- tapi semua saya tidak tahu lah. Inilah yang dikata double standard. Orang yang double standard ramai sangat dalam negara kita ini. Suka ke arah maknanya walau apa perkara berlaku pun macam tidak kisah. Dan yang lainnya- saya terus dengan beberapa perkara lain. Ini pula dengan mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Dalam kita hendak menentukan perkhidmatan kerajaan ini berjalan dengan secara lancar yang lebih berkesan tapi adanya masalah yang berlaku. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan agenda sebenar DAP ini. Kenyataan beliau dalam seminar bertajuk, ‘Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan diri untuk Bajet 2012’. Lama sudah benda ini. Ia mencadangkan untuk memecat kakitangan awam. Apa dia kata? Jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, maka satu projek yang dinamakan sebagai Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam akan dilaksanakan untuk mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat setiap tahun. Katanya untuk apa? Untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Jadi penyelesaian untuk kurang bajet adalah dengan cara, tidak ada cara lain dengan membuang pekerja yang ramai sekarang hendak dibuang. Inilah cara penyelesaian dia orang. Hendak kurangkan pendapatan, terpaksa kena buang pekerja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Subang bangun.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh bagi laluan?

Berkenaan apa? Berkaitan dengan perkhidmatan awam ya?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, ya.

Tidak lain daripada itu ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Tadi Yang Berhormat Setiu hendak bangkitkan kononnya lah apa yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang disebut dua tahun dulu dalam seminar. Ini pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mungkinlah, tidak apa. Akan tetapi kalau saya minta Yang Berhormat Setiu kalau hendak kaitkan itu dengan dasar-dasar Pakatan Harapan yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14. Sila tunggu 8 hari bulan Mac. Beberapa hari lagi. Pakatan Harapan akan melancarkan manifesto kita. Baca manifesto itu baru you boleh faham apakah dasar-dasar yang kita akan laksanakan. Itu sebenarnya merupakan dasar kita. So tunggulah beberapa hari lagi. Baca itu dan dalam itu Yang Berhormat Setiu boleh tahulah sama ada disebut perkara ini tentang kakitangan kerajaan atau tidak. Di sana Yang Berhormat Setiu boleh baca apakah manfaat yang kita akan bagi kepada kakitangan kerajaan bila Pakatan Harapan akan perintah di Putrajaya. Boleh tunggu itu ya. Jangan buat anggapan-anggapan yang macam ini ya. Tunggu manifesto kita. Terima kasih.

Saya tidak buat anggapan. Saya baca daripada apa yang dinyatakan yang ditulis. Okey, dalam satu lagi ya. Yang Berhormat Gelang Patah menyebut kakitangan awam tertinggi di dunia. Lagi, dalam Sin Chew Daily News, 1 November 2011 juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara menyebut pernah berkata jika pembangkang dapat perintah Kerajaan Pusat, maka satu projek yang dinamakan Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam akan dilaksanakan seperti yang saya sebut tadi ya. Jadi menggunakan nisbah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Setiu, sikit boleh?

Nanti, sikit lagi. Dia menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman. Ini bermakna dia kata Malaysia yang mempunyai KDNK pada masa itu US375 bilion hanya memerlukan 430,000 penjawat awam sahaja. Ini apa dia sebut dalam Penang Institute yang juga difahamkan dibiayai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Jadi bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, maka 1.2 juta penjawat awam akan dibuang oleh saya tidak tahu lah siapa. Mungkin Pakatan lah. Kalau dia datang dengan yang manifesto baharu. Saya tidak boleh hendak kata apa. Akan tetapi inilah dalam kepala dia orang sejak daripada dulu lagi. Manifesto boleh cakap. Akan tetapi kalau tidak jalan manifesto pun serupa juga lah apa yang akan berlaku.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Maaf, Yang Berhormat Setiu. Sikit boleh? Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa untuk kebajikan penjawat awam, saya rasa bagi pihak Pakatan Harapan kita akan menyokong segala usaha untuk menjaga nasib mereka. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu maklum tidak sejak dua tahun ini penjawat awam kita, penjawat pusat kita bonus mereka berapa? RM500. Lepas itu tahun ini RM1,500. Pada hakikatnya di Pulau Pinang kita beri RM2,000 kepada penjawat awam di Pulau Pinang. Di Selangor kita beri tiga bulan bonus. Akan tetapi untuk Kerajaan Pusat, penjawat-penjawat awam mereka cuma mendapat sedikit sahaja. Saya cukup yakin sekali jikalau Yang Berhormat Setiu dia menyebut mengenai kebimbangan penjawat awam terhadap masa depan mereka, saya cukup yakin pihak sebelah sana telah pun bimbang terhadap sokongan penjawat awam pusat terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Oleh sebab itu Yang Berhormat Setiu dia menyebut banyak apa-apa hujah yang telah pun disampaikan oleh pemimpin-pemimpin kita. Saya tidak pasti hujah-hujah tersebut adalah benar atau pun tidak. Akan tetapi bagi saya sebab tadi separuh ucapan Yang Berhormat Setiu mengutuk Tun Dr. Mahathir dan ini telah pun menunjukkan bahawa adalah satu keputusan yang tepat dan juga betul kita mengangkat Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke-7 selepas PRU. Terima Kasih.

Siapa tadi? Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah ya. Kita bagi RM1,500 menambah. Kita tidak buang pekerja. Kita tambah. Yang di Penang itu dengan Selangor ini dia bagi...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Penang dan Selangor tidak ada membuang seorang penjawat awam pun.

Belum buang tapi ini ada cadangan hendak buang kalau memerintah negara. Negeri tidak lagi lah sebab hendak bodek. Dia hendak bodek penjawat awam di sana. Bila dapat memerintah besok inilah yang akan berlaku. Apa yang saya sebut tadi ya. Okey.

Yang Berhormat Setiu boleh?

Okey lah. Okey lah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu, dari awal sampai sekarang kita daripada Pakatan Harapan menjaga kebajikan penjawat awam. Tidak ada apa-apa dan tidak ada sesiapa dekat sini yang hendak buang mereka. Kami komited dan kami berjanji bahawa mereka akan tetap bekerja sebagai penjawat awam malahan dimartabatkan, direformasikan semua institusi supaya mereka betul-betul berkhidmat. Bukan sekadar untuk mengundi saja kita menggunakan penjawat-penjawat awam. Kita kena hormat mereka sebagai seorang insan. Tanpa mereka, tidak ada jalan lah kerja-kerja persekutuan mahupun kerja-kerja negeri. So, sebagai insan yang telah berkorban kepada negara, di Pakatan Harapan kita komited dan berjanji akan memartabatkan lagi penjawat awam. Ini komitmen Pakatan Harapan. Terima kasih.

Yang Berhormat Setiu, saya tambah ya. Saya rasa apa juga hujah daripada Yang Berhormat Setiu itu tadi memang ada asasnya kerana pada ketika ini kita mempunyai sebanyak 32 juta penduduk dalam negara kita dan daripada angka tersebut, 1.6 juta ialah penjawat awam yang termasuk tentera, polis, imigresen, kastam dan lain-lain. Memang ada kenyataan daripada pihak pembangkang kalau mereka berkuasa mereka mahu mengurangkan separuh daripada penjawat awam. Kononnya bagi menjimatkan perbelanjaan. Ini apa juga ungkapan mereka, inilah bahasan Yang Berhormat Setiu. Belum lagi berkuasa. Bayangkanlah pada ketika ini, kita berada pada 3.4 peratus pengangguran. Kalaulah kita kurangkan, buang mereka, apa akan jadi angka pengangguran kita? Bagaimana dengan keluarga-keluarga mereka? Daripada 1.6 juta tadi. Itu sebab, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu adalah kebimbangan kita kerana pandangan mereka pada ketika ini seolah-olah penjawat awam telah membebankan kerajaan. Memang benar, 100 bilion dibelanjakan untuk gaji, emolumen dan juga pencen. Akan tetapi daripada angka tersebut, kita tidak dapat pastikan bahawa sebenarnya prestasi mereka telah menyumbang kepada pembangunan negara ini. Terima kasih, Setiu.

Sekejap sekejap, Yang Berhormat Jasin, saya minta masuk dalam ucapan saya.

Yang apa ni Yang Berhormat Kapar tadi saya tidak boleh bersetuju sebab dia janji kosong. Dia janji kosong. Memang boleh janji semua sekarang boleh janji tapi mana pergi reformasi? Reformasi pada zaman Mahathir dulu mana pergi? Reformasi ada ni, ada ni yang disebut apa you punya bos dulu ada sebut, kuasa yang diambil daripada Raja diserah kepada ‘mamak bendahara’. Siapa ‘mamak bendahara’ pada masa itu? Adalah Mahathir. Mana reformasi sekarang? Dah tidak ada lagi dah. Reformasi pada masa itu. Sekarang dah tidak ada reformasi lagi dah. Ya, sudah habis. Oleh sebab orang itu dah jadi kawan dia. Hendak jadi bos dia balik.

Ini saya hendak sambung sikit pasal reformasi.

Saya jawab, jawab kepada persoalan tadi.

No, no, dah cakap pasal reformasi, bagilah orang reformasi jawab.

Bagi dekat Yang Berhormat Lumut lah, bagi dekat Yang Berhormat Lumut lah.

Ini hendak cakap pasal reformasi...

Kita bagi Yang Berhormat Lumut lah, kita bagi Yang Berhormat Lumut.

Sebut reformasi, saya hendak jawab pasal reformasilah ini.

Tidak, kita bagi Yang Berhormat Lumut. Tidak.

Reformasi bukan menentang seorang individu, reformasi menentang UMNO Barisan Nasional. Besarnya.

Saya jawab kepada persoalan tadi. Oh! Bukan...

Siapa Ketua UMNO Barisan Nasional, dia tidak betul kita lawan. Itu maksud reformasi. Reformasi bukan terhadap seorang individu. Tahu maksud reformasi?

‘Mamak bendahara’ siapa ‘mamak Bendahara’? Saya sebut ‘mamak bendahara’ tahu. ‘Mamak bendahara’, Mahathir.

Tahu maksud reformasi? Reformasi melawan institusi yang zalim terhadap rakyat biasa.

Bagi dekat Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut. Beri kepada pendekar, pendekar pula, apa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Saya hendak maklumkan Yang Berhormat Setiu ni. Kerajaan sekarang pun sebenarnya telah membuang anggota awam. Untuk makluman Yang Berhormat Setiu, angkatan tentera ada 130,000 warga hendak dikecilkan kepada lebih kurang 100,000 supaya lean and mean. Ini bukan kerja Pakatan Harapan. Kerja kerajaan sekarang pun sudah mengecilkan kakitangan awam khususnya angkatan tentera. Apa pandangan Yang Berhormat Setiu? Terima kasih Yang Berhormat Setiu... [Tepuk]

[Dewan riuh]

Saya lontarkan soalan itu kepada Yang Berhormat Menteri. Betul ataupun tidak saya tidak boleh hendak pastikan sebab dia tidak ada baca mana-mana pun seperti mana yang saya baca sekarang. Okey?... [Dewan riuh] Okey. Kita hendak sebut sekarang eh, dia ada lebih kurang sekarang kita ada 300,000...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Masa habis, masa habis.

Eh! Belum...

[Dewan riuh]

Saya sejam bukan? 3.30 hingga 4.30? Oh! Sudah habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Saya mula pukul 4 tadi. Saya rasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya teruskan. Jangan hirau.

Ha itulah. Saya ada sejam.

Ada orang hendak jadi Speaker pula.

Jadi kira-kira 300,000 graduan daripada universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej akan tamat pengajian setiap tahun. Ha, kita hendak buat, hendak bagi dia orang kerja.

Jadi setiap tahun kita kerajaan tetap berazam melakukan yang terbaik untuk generasi muda negara. Baru-baru ini di SL1M, saya nampak SL1M macam mana, tapi tidak ada komen baik lah, benda yang baik mana orang hendak komen. Ya. Jadi apa yang kerajaan buat, baik yang macam mana sekali pun, kalau ada 10 benda yang kerajaan buat, tidak ada satu pun yang baik pada sebelah sana. Ini yang dikatakan double ke triple standard. Yang dikata dalam negara kita ini. Sedih. Jadi kita tengok sejak tahun 2010, sebanyak 2.26 juta pekerjaan wujud, hasil pelaksanaan ETP ini, Program Transformasi Ekonomi yang digagaskan oleh tidak lain tidak bukan adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Jadi jelas kerajaan amat komited untuk menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat, tidak seperti mana pihak sebelah sana, belum lagi berjaya memegang Kerajaan Persekutuan tapi telah bercadang untuk mengadakan pembuangan kerja sektor awam. Kasihan, kasihan. Jadi rakyat-rakyat di luar pekalah dengan apa yang berlaku. Harap-harap begitulah peka, peka dengan apa yang berlaku. Orang kerja semua susah nanti.

Yang Berhormat Setiu, pencerahan. Pencerahan Yang Berhormat Setiu. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merenungi hujahan Yang Berhormat Setiu ini, melalut tidak tentu arah. Dia pergi kata kalau Kerajaan Pakatan Harapan memerintah kita hendak buang pekerja. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Setiu ini, 511,000 yang menganggur ini dan hampir mengikut IMF punya laporan 50,000 yang akan dibuang pada tahun ini termasuk sektor-sektor yang berbentuk steel dan juga petroleum memperlihatkan kepada negara bahawa ekonomi negara sekarang dalam keadaan yang meruncing. Apakah Yang Berhormat Setiu tidak bersetuju dengan saya bahawa keadaan sekarang ini pun sudah menunjukkan bahawa 511,000 orang yang tidak bekerja buat masa sekarang ini tidak mampu diwujudkan pekerjaan. Yang Berhormat Setiu duk kata apa nama ini kita hendak memerintah, kita hendak buang pekerja, tang mana dia dapat berita ini? Kedua, saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Setiu yang kita ini duk pertahankan penjawat awam hendak dapat pencen, padahal kerajaan yang ada pada hari ini tidak memberi pencen kepada penjawat awam yang baru. Ini kerana apa? Ini kerana mereka sendiri pun tidak menjana untuk memastikan masa depan pekerja penjawat awam itu dijaga kepentingan dan juga kebajikan mereka. Jadi Yang Berhormat Setiu cakap ini, cakap jenis apa ini? Cakap pada fakta, jangan cakap melalut tidak tentu arah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua [Tepuk]

Saya rasa yang melalut ini yang- siapa nama?...

[Dewan riuh]

Dia ada dua hulu ada, kuala pun ada. Jadi Yang Berhormat Kuala Langat, okey. Yang Berhormat Kuala Langat yang melalut sebenarnya. Apa yang saya bercerita, saya hendak pergi ke Terengganu tetapi awak hendak pergi Hulu Langat, Kuala Langat. Awak tahan saya hendak tumpang pergi Terengganu, mana boleh. Lain, saya maksud lain ini. Maksud saya pegawai awam hendak dipecat kalau kamu semua memerintah. Ini yang maksud saya. Saya tidak cerita fasal peluang pekerjaan lain, itu swasta you cerita. Jadi swasta itu kita ada cara-cara kita, SL1M kita buat, apa semua buat. Banyak lagi yang kerajaan buat ya.

Yang Berhormat Setiu.

ETP kita ada. Banyaklah peluang pekerjaan yang dibuat. 2.26 million sudah ada peluang pekerjaan sejak tahun 2010 dahulu, kena faham. Itu yang saya cuba nyatakan.

Okey, pencelahan.

Apa lagi? Benda yang sama?

Benda yang samalah daripada segi ucapan peluang pekerjaan.

Allahuakbar, tidak faham-faham. Hendak pergi Hulu Langat tahan orang pergi Terengganu, macam mana ini?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya tidak hendak pergi Terengganu, saya masih kekal dalam Kuala Langat. Apa yang saya maksud ialah untuk mengadakan pekerjaan yang ada pada hari ini, yang adapun hari ini ditarik, ditarik numbers yang terlonggok dalam segi facility dan privilege.

Itu pun ditarik. Untuk menjana pekerjaan penjawat awam yang kata kita hendak buang ini, Yang Berhormat Setiu ambil angle pernah kita buang. Fakta mana Yang Berhormat Setiu ambil itu? Saya tidak nampak sebenarnya. Selagi tenaga mereka digunakan, selagi itu kita pastikan mereka berada di posisi itu. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita tidak akan membuang facility dan privilege mereka. Ini bezanya kita. Akan tetapi Yang Berhormat Setiu ini masih menganggap dalam khayalan katakan kalau kita perintah, kita buang. Di mana fakta dia? Jangan duk mengarut benda- benda yang tidak betul ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ini lagi tidak ada fakta sebab tidak wujud pada mana-mana. Saya rujuk kepada kenyataan yang dibuat. Okey, hendak nyatakan apa tindakan kerajaan. Setiap tahun kerajaan menyediakan pekerjaan sebanyak 30,000 ya, terutama penjawat awam. Sebanyak 30,000 penjawat awam ditambah setiap tahun, kena faham itu. Tengok, baca, bukan tidak ada langsung. Banyak lagi ini sebenarnya. Okey.

Yang Berhormat Setiu, boleh Bukit Katil sikit? Ngantuklah.

Fasal apa lagi ini?

Boleh celah? Fasal penjawat awamlah. Boleh penjawat awam sikit?

Alahai tidak faham-faham lagi.

Bukan tidak faham. Faham. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Setiu kerana kita lihat Yang Berhormat Setiu nampaknya sebagai pejuang penjawat awam. Baru-baru ini, pada bulan Januari tahun ini, Presiden CUEPACS iaitu Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam telah pun membuat satu kenyataan di mana beliau menyatakan bahawa gaji penjawat awam ini tidak mampu lagi hendak menampung kos sara hidup di mana beliau menyebut dengan begitu tegas bahawa penjawat awam ini kalau beli rumah terus miskin. Jadi bagaimana agaknya pandangan Yang Berhormat Setiu sebagai orang yang memperjuangkan ataupun cuba untuk dari segi membina persepsi memperjuangkan penjawat awam respons terhadap perkara ini? Terima kasih.

Ini seorang lagi. Dia dari Bukit Katil pun hendak pergi ke Terengganu juga ini. Lain ini. Saya cerita fasal pembuangan pekerja. Yang tadi kekurangan dari segi pendapatan dan sebagainya, tanggung kos itu, itu isu lain. Ini isu yang ada di depan kita ini, maknanya kalau dibuang langsung mereka tidak ada pendapatan. Yang ini ada pendapatan. Sebab itu kita tambah setiap tahun 30,000, 30,000. Jadi, ada pendapatan. Yang susahnya sekarang ini, kalaulah you all memerintah esok, ada cadangan- cadangan untuk mengurangkan perkhidmatan awam. Jadi, sebanyak 1.2 juta orang hilang pekerjaan. Dia hendak kerja apa? Hendak makan apa? Anak bini dia hendak makan apa? Lebih kurang macam itulah ya. Jadi saya hendak cerita fasal- ada yang menyebut fasal pelaburan ECRL ini. Macam-macamlah. Sebenarnya kalau ikutkan, projek ini telah dikenal pasti sebagai projek infrastruktur berimpak tinggi sebenarnya yang akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 6,000 kilometer persegi sepanjang Pantai Timur. Jadi, sebagai pencetus usaha-usaha ekonomi utama ECRL ini, ECRL diunjurkan berupaya mengangkat tahap kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, pusat ekonomi dan pelaburan di samping menawarkan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang.

Jadi projek ini juga akan memberi akses lebih baik kepada sepuluh hab industri di Pantai Timur. Hal ini sekali gus merapatkan jurang ekonomi berasaskan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta menyalurkan nilai modal yang lebih tinggi ke ECRL. Jadi, banyaklah kalau hendak cerita kebaikan ECRL ini. Perjalanan kereta api daripada terminal bersepadu di Gombak ke Kota Bharu dijangka akan mengambil masa kurang daripada empat jam berbanding lapan jam sekarang. ECRL juga dikatakan mempunyai lapan gerabak bagi setiap kereta api di mana setiap kereta api mampu menampung 600 orang penumpang. Jadi, projek ini juga akan dapat membantu mengurangkan kos perjalanan pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang mempunyai penduduk dalam lingkungan 4.4 juta orang. Jadi, Perdana Menteri kita menyebut bahawa projek ini juga akan menentukan rentak kesan limpahan ekonomi dan impak sosial yang positif bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Banyak lagilah kalau saya nak sebut ya. Jadi pada itu juga, kerajaan telah menggariskan kepentingan Malaysia dalam projek ini yang akan memberikan manfaat kepada kontraktor dan para pelajar tempatan. Ini kerana berdasarkan perjanjian yang telah dibuat, ia melibatkan sekurang-kurangnya 30 peratus kontraktor Malaysia. Jadi, kira-kira 3,600 orang pelajar pula akan diberikan peluang untuk menimba kemahiran untuk bekerja dengan ECRL menerusi sebuah program latihan industri yang dilancarkan pada 14 Jun. Jadi di dalam program itu, para pelajar akan dilatih mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh dua universiti terkemuka China dan sembilan institut pendidikan tinggi Malaysia. Jadi, di dalam kita terlalu banyak persepsi- jadi kita dalam menangkis persepsi ini, ada yang mendakwa ECRL bukan pelaburan, sebaliknya mengatakan pinjaman kerana kerajaan perlu membayar semula pembiayaannya. Jadi hakikatnya ia distrukturkan sebagai pelaburan domestik dibiayai dengan pinjaman mudah daripada China menerusi EXIM Bank. China punya EXIM Bank, bukan Malaysia. Jadi kerajaan tidak menggunakan kaedah pelaburan langsung pihak asing kerana menerusi pinjaman mudah, ECRL akan dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh anak syarikat Kementerian Kewangan yang akan membayar semula pinjaman mudah itu apabila rangkaian ini mula beroperasi. Jadi, kita boleh nyatakan bahawa jika ECRL kalaulah adalah pelaburan asing China, adakah pihak sebelah sana akan mengkritik projek itu dan mendakwa ia adalah penguasaan ekonomi oleh negara China kerana mereka yang menguasai? Banyak lagi kalau saya hendak sebut. Cuma, disebut kebanyakannya dikatakan hutang. Hutang akan melimpah ruah, akan lebih banyak setiap tahun. Kalau kita lihat, hutang kita kalau hendak dikira lebih kurang dalam RM685.1 bilion atau lebih kurang 50 peratus daripada KDNK kerana KDNK kita di dalam RM221 bilion. Akan tetapi bayaran dia bukan maknanya bayaran sekali gus. Kena faham. Apabila kita berhutang, kita mampu bayar, kita berhutang. Macam kita di Parlimen inilah. Adanya pendapatan- kalau pendapatan kita RM16,000, mampukah kita hendak beli sebuah kereta harga RM100,000 lebih atau hendak beli rumah dengan harga RM300,000? Tidak mampu. Jadi Parlimen ada menyediakan pinjaman rumah sebanyak RM360,000, kereta sebanyak RM100,000. Saya percaya ramai di sini yang membuat pinjaman. Jadi kalau orang tidak buat pinjaman adanya disediakan pinjaman, kita hendak kata bangang lah. Memang rugilah. Jadi serupa jugalah kalau kita lihat hutang Amerika, lebih daripada 100 peratus, Jepun 250 peratus, Singapore 89 peratus daripada KDNK. Ini nisbah dia. Jadi hutang kita setakat itu sahajalah yang saya sebutkan tadi. Jadi rizab kita juga kalau kita lihat rizab negara kita juga, berjumlah USD103 bilion pada 15 Januari 2018. Jadi paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang negara jangka pendek. Yang lain semua jangka panjang. Jangka pendek kita boleh selesai dalam masa setahun ataupun sebulan.

Yang Berhormat Setiu.

Namun apa yang pasti...

Yang Berhormat Setiu. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan hutang tadi. Sebab apa, setahu sayalah, yang bekerja, yang mengharungi hidup ini daripada mula sampailah kita ke tua, mana ada yang tak berhutang. Adakah sesiapa yang tidak berhutang? Jadi, kalau ada yang keluar sana dan menceritakan kepada rakyat bahawa negara ini berhutang sampai melebihi 50 peratus dan negara ini akan jadi susah dan rakyatnya akan jadi susah dan anak cucu kita terpaksa bayar hutang ini, itu maknanya usaha-usaha untuk mengelirukan rakyat. Seperti Yang Berhormat Setiu kata tadi, saya Bagan Serai ingin bertanya balik kepada Yang Berhormat Setiu, bahawa hutang itu sebenarnya- orang buat hutang ini ada sebab dan juga dia mampu untuk bayar. Dan yang dikatakan hutang sampai RM600 bilion lebih itu, ia akan dibayar contohnya antara 20 hingga 30 tahun, bukan untuk tahun pertama. Jadi, kata-kata berkenaan dengan negara akan jadi susah, rakyat akan jadi susah, cucu kita akan jadi susah kerana terpaksa menanggung hutang ini adalah satu pembohongan sebenarnya. Apa pendapat Yang Berhormat Setiu?

Saya setuju sangatlah dan dimasukkan ke dalam ucapan saya. Cuma, saya nak tambah sikit. Dengan perkembangan ekonomi yang kita ada sekarang, pendapatan kita mampu untuk membayar ya. Jangka masa panjang itu- 30 tahun. Bukan 10 tahun atau lima tahun bayar. Dan pembayaran pun lebih kurang dalam 11 hingga 13 peratus.

Jadi maknanya bayaran macam kita pinjam kereta saya cakap tadilah. Kalau- ada saya pinjam dekat Parlimen, RM100,000 saya pinjam tetapi kerana lewat kita pinjam dia bagi masa empat tahun lebih sahaja. RM2,500 kena bayar tetapi sudah habis, sudah habis. Habis sudah bayar. Sebab kita mampu ialah RM16,000 boleh bayar tidak RM2,500 tolak? Ada lagi sedikit-sedikit. Kita lihatlah- okey daripada mana? Ada Bruce Gale ini, dia ini penulis kanan di The Straits Times Singapore telah menulis artikel mengenai dengan Najibnomics has been good for Malaysia’s economy. Dia kata apa? Secara keseluruhannya ekonomi di bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula menjadi Perdana Menteri. Ini Bruce Gale. Bukan setakat itu sahaja, Bank Pembangunan Asia juga menyebut perkara yang sama. Dia kata, kita ini telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi ini lebih baik lagi daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus pada tahun lepas. Jadi kalau kita bandingkan zaman era dahulu, era Tun Mahathir. Era zaman itu era mamak Mahathir ya hutang negara berdasarkan kepada pendapatan negara pada zaman Mahathir ini 138.7 peratus. Sekarang kita ada 74 peratus sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi. Zaman dahulu 24.6 peratus berbanding pencapaian era sekarang ini, PM sekarang jauh lebih baik, 62.5 peratus. Jadi tiga kali ganda lebih baik daripada zaman dahulu. Jadi kadar pengangguran juga zaman dahulu adalah dua kali ganda berbanding dengan sekarang. Jadi kadar hutang juga 138.7 peratus, zaman Tun Mahathir sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti Greece, Itali. Greece ini 167.9 peratus, Itali 132.7 peratus, Portugal 129 peratus. Ini semua yang bankrap ya. Jadi tidak timbul lah kalau orang kata Malaysia bankrap dan sebagainya. Ekonomi kita bagus ya. Sudah habis ya. Ada dua lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih, saya pohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang dan masa diberikan 1 jam 30 minit. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam dan selawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW, kekasih Allah Nabi Muhammad yang menjadi tauladan membawa rahmat seluruh alam. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merafakkan sembah bagi turut menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang disampaikan dalam Dewan yang mulia ini pada semalam. Saya menjangkakan ini adalah Titah Baginda yang terakhir sebelum Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dibubarkan bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-14. Bagi pihak diri saya selaku Ketua Pembangkang, saya melahirkan rasa terharu dan terkesan atas Titah Baginda yang menyentuh pelbagai perkara. Tuan Yang di-Pertua, seminggu sebelum sidang ini bermula harga semua jenis minyak naik. Minyak RON95 naik tiga sen daripada RM2.17 menjadi RM2.20 seliter. Minyak RON97 naik empat sen daripada RM2.43 menjadi RM2.47 seliter. Diesel pula naik lima sen daripada RM2.13 menjadi RM2.18 seliter. Pada 7 Mac 2013, harga RON95 seliter ialah RM1.90. Minggu ini RM2.20 iaitu kenaikan 30 sen atau 16 peratus berbanding lima tahun yang lalu. Kenaikan harga minyak ini membebankan rakyat. Saya menegaskan pendirian saya bahawa saya membantah kenaikan harga dengan sewenang-wenangnya. Kenaikan harga minyak ini menyusul pula dengan Indeks Harga Pengguna yang disiarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 28 Januari 2018 yang lalu. Menurut laporan Jabatan Perangkaan, Indeks Harga Pengguna meningkat 2.7 peratus dan inflasi naik- inflasi teras ya, naik 2.2 peratus dalam tempoh setahun sehingga pada bulan Januari tahun ini. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia tersebut, bagi bulan Januari 2018 berbanding dengan bulan yang sama Januari 2017, Indeks Harga Pengguna didapati berlaku kenaikan dalam 10 kumpulan utama berkaitan barangan dan perkhidmatan. Kenaikan ini melibatkan pengangkutan, 5.7 peratus, makanan dan minuman bukan beralkohol 3.8 peratus, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 2.6 peratus, restoran dan hotel 2.4 peratus, kesihatan 2.3 peratus, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 0.5 peratus dan minuman beralkohol dan tembakau 0.2 peratus. Secara mikronya apa maksudnya? Kenaikan Indeks Harga Pengguna melibatkan barangan makanan dalam tempoh setahun begitu amat ketara antaranya sayur-sayuran. Kalau bendi dahulu naik 18.4 peratus sekarang ini harga runcit RM9 per kilo. Cili merah naik 10.3 peratus, sekarang ini RM12 per kilo. Ini menunjukkan bagaimana kos sara hidup telah meningkat. Ikan- kalau kita hendak makan sedap sedikit ikan bawal hitam, harga runcit RM24.13 sekilo. Ikan kembung RM13.82 sekilo. Ikan tongkol pun sudah naik, 9.6 peratus, RM10.56 sekilo. Sangat jelas.

[Menyampuk]

Siapa yang kata ya itu, tidak pernah pergi market lah ya. Sangat jelas bahawa kos sara hidup rakyat terus meningkat. Bebanan rakyat meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan barangan makanan yang saya sebutkan tadi. Ini belum mengambil kira impak kenaikan kos berikutan dengan kenaikan harga rumah yang di luar kemampuan rakyat untuk membeli. Sehubungan itu izinkan saya merujuk kepada buletin suku tahunan terbitan Bank Negara Malaysia pada 14 Februari 2018. Dalam rencana bertajuk, ketidakseimbangan dalam pasaran harta tanah. Disebutkan bahawa ketidakseimbangan penawaran dan permintaan dalam pasaran harta tanah telah meningkat sejak tahun 2015. Harta tanah kediaman yang tidak terjual yang tertinggi dalam sedekad, 10 tahun ini dengan sebahagian besar unit yang tidak terjual berada dalam kategori berharga lebih daripada RM250,000. Lebihan bekalan ruang pejabat dan kompleks beli-belah di negeri-negeri utama akan diburukkan lagi oleh bekalan baru yang dijangka siap. Ini berkemungkinan menyebabkan lebihan bekalan ruang pejabat dan kompleks beli-belah di negeri-negeri utama menjadikan lebih teruk berbanding dengan keadaan semasa krisis kewangan Asia 1997.

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Ini adalah property glut...

Please...

Yang Berhormat Bagan Serai, ...saya belum lagi ini, warm up lagi.

Oh! Warm up ya. Takut tertinggal nanti point ini.

Rencana petikan Bank Negara tersebut memperakui bahawa 130,690 unit kediaman...

Dia tidak berani.

...Tidak terjual paling tinggi dalam dekad ini dan 83 peratus unit kediaman tidak terjual adalah berharga RM250,000 ke atas. Tuan Yang di-Pertua, dalam pada peningkatan kos sara hidup rakyat ini bebanan rakyat bertambah berikutan dengan kadar gaji dan upah yang masih rendah dan tidak mencukupi.

Sehubungan dengan ini, saya ingin mengingatkan kembali tuntutan yang disuarakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda pada 16 Oktober 2017 yang mengesahkan bahawa gaji kakitangan awam, masih belum mampu menampung kos sara hidup malah tidak mampu, tidak berkeupayaan bagi membeli sebuah rumah. Kenyataan Presiden CUEPACS juga mengesahkan, ramai penjawat awam tidak mampu memiliki rumah sendiri. Sebanyak 100 peratus daripada 30,000 penjawat awam baru setiap tahun tiada rumah dan selepas lima tahun mereka masih lagi belum memiliki rumah. Sebanyak 70 peratus penjawat awam sedia ada berusia 50 tahun ke bawah tiada rumah sendiri. Saya mengambil maklum bahawa CUEPACS telah menghantar memorandum tuntutan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di awal Ogos yang lalu, yang menuntut dua kenaikan gaji tahunan, memperbanyakkan pembinaan rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000 khusus bagi penjawat awam serta mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan daripada Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) daripada empat peratus kepada satu peratus. Sehingga hari ini, kita masih menunggu jawapan. Tidak ada maklum balas mengenai jawapan kerajaan terhadap tuntutan CUEPACS. Saya ingin tahu maklum balas kerajaan berkaitan dengan tuntutan cadangan yang terkandung dalam memorandum CUEPACS ini. Tuan Yang di-Pertua, semalam Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong menitahkan tuntutan kepada integriti, tadbir urus pentadbiran awam terus diperkasakan untuk membanteras elemen-elemen kebocoran, rasuah dan salah guna kuasa. Titah Baginda begitu jelas menyeru diperkasakan usaha membanteras kebocoran, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. Saya hendak mengambil perhatian bahawa dalam teks itu tidak ada perkataan rasuah, akan tetapi Kebawah Duli telah mentitah perkataan rasuah apabila dia memberikan titah ucapan beliau. Check dalam TV coverage. Namum demikian, saya tidak faham mengapa saban tahun, walaupun pujilah kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Pekan ini, akan tetapi saban tahun kerajaan masih terus terpalit dalam pelbagai isu dan masalah berkaitan rasuah dan penyelewengan dana awam.

[Bangun]

Nanti kejap Yang Berhormat Bagan Serai. Ini adalah penting, saya hendak cakap, this is the meat of the matter.

Tak warm up lagi? Dah lama dah.

Saya tidak akan bagi lagi sampai saya habiskan konsep ini.

Bila hendak habis lagi, satu jam lebih lagi.

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak masukkan dalam betul-betul ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya takut point saya di awal perbahasan itu.

[Dewan riuh]

Sehubungan itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai laporan dengan izin Corruption Perception Index (CPI) tahun 2017 yang diterbitkan oleh Transparency International pada 21 Februari 2018. Laporan itu menyebut Malaysia berada di ranking kedudukan 62, ya Yang Berhormat Bagan Serai, 62. Dengan skor CPI 47 mata, sama setaraf dengan negara Cuba. Jadi Malaysia mengalami kemerosotan skor CPI selama empat tahun berturut-turut. Pada tahun 2014 dengan 52 mata, tahun 2015 dengan 50 mata, tahun 2016 dengan 49 mata dan tahun 2017 dengan 47 mata. Berbanding dengan tahun 2016, bagi tahun 2017 ranking Malaysia susut enam anak tangga. Ini menunjukkan indeks persepsi rasuah Malaysia semakin buruk. Tuan Yang di-Pertua, sejak lima tahun kebelakangan ini, data portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menunjukkan sejak tahun 2013, jumlah tangkapan rasuah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2013 sebanyak 170 tangkapan dibuat. Tahun 2014 pula mencatatkan 225 tangkapan, pada tahun 2015 sebanyak 398 tangkapan yang dilakukan. Pada tahun 2016 pula mencatat 468 tangkapan. Pada tahun 2017 sebanyak 878 tangkapan berjaya dilakukan. Bagi tahun ini, sejak Januari, sekarang ini kita Mac kan? Januari, 90 tangkapan. Berdasarkan statistik, tangkapan tahun 2013 hingga 2017 dalam tempoh lima tahun, jumlah tangkapan rasuah meningkat dari 170 orang kepada 878 orang iaitu peningkatan 516 peratus. Umum mengetahui, tangkapan yang dilakukan SPRM membabitkan kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan awam dan swasta. Saya mengucapkan tahniah, tahniah kepada SPRM dalam usaha membanteras rasuah. Namun begitu, saya berpendapat langkah pembanterasan rasuah ini tidak cukup dengan tindakan penguatkuasaan tanpa sokongan dan dokongan kerjasama orang ramai untuk tampil ke hadapan memberi maklumat bagi memerangi rasuah. Langkah sewajarnya harus diambil bagi melindungi pemberi maklumat atau, dengan izin, whistleblower yang berani, berani tampil ke hadapan bagi mendedahkan amalan rasuah. Justeru itu, saya amat kesal apabila tindakan diambil bagi mendakwa whistleblower yang sewajarnya diberi pelindungan. Tindakan mendakwa whistleblower adalah satu langkah terkebelakang dalam usaha pembanterasan rasuah yang tentunya tidak akan membantu bagi mendorongkan orang ramai tampil ke hadapan memberi maklumat. Kes pendakwaan terhadap Yang Berhormat Pandan, dan hukuman terhadapnya yang bersangkutan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) adalah satu contoh di mana kerajaan gagal meyakinkan orang ramai bahawa langkah mendedahkan maklumat rasuah ini adalah satu tindakan yang berbaloi. Dengan demikian itu, pendakwaan dan hukuman tersebut membawa mesej yang salah. Yang Berhormat Pandan adalah anak muda yang berani dan pandai, salah seorang daripada anak muda kita yang kita ketengahkan dan kita berasa bangga. Akan tetapi, apabila dia membuat satu pendedahan, tindakan diambil ke atas beliau. Apa mesej hendak cakap kepada semua rakyat Malaysia. Saya percaya, adalah tidak cukup semata-mata pembanterasan rasuah hanya bergantung pada maklumat risikan SPRM tanpa keberanian orang ramai tampil ke hadapan sebagai pemberi maklumat atau whistleblower. Begitu juga dengan saudara Johari yang telah didakwa dan dijatuhkan hukum bersama dengan Yang Berhormat Pandan. SPRM tidak mempunyai kuasa, tangkap sahaja, tidak ada kuasa untuk mendakwa kerana kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak tanya sama ada setuju atau tidak, sama ada dalam isu whistleblower ini, patut kah kita menggubal undang-undang baru, di mana whistleblower boleh approach direct dengan media-media. Bukan sahaja melalui SPRM dan sepatutnya boleh secara seperti semua developed country di dunialah, terus kepada media dan media terus boleh menaikkan atau membangkitkan kes tersebut, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Akan tetapi media mestilah free and fair. Kalau media sebelah sahaja, kalau kena orang kita, dia diam-diamkan. Kalau kena orang dia, dia diam-diamkan. Kalau tidak, diuar-uarkan. Kalau tidak salah pun, dibuatkan sebagai macam salah persepsinya. Jadi ini kita mestilah mengambil kira bahawa kita mestilah melindungi mereka yang betul-betul hendakkan perubahan untuk negara kita ini.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Perubahan yang baik untuk negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju bangun.

Silakan.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi saya tertarik dengan angka-angka statistik daripada Transparency International. Baru-baru ini, satu berita laporan daripada Australian newspaper mengenai PDRM punya CID Chief yang menyimpan Australian Dollar berjumlah AUD320,000 di bank account beliau di Sydney. Apa yang lagi pelik, dia kata dia tidak mahu kembalikan kepada simpannya dan tidak mahu ambil apa-apa tindakan. Apa komen Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh?

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya akan masukkan kes itu dalam ucapan saya sekejap lagi, saya akan masukkan dahulu tentang pendakwaan oleh Peguam Negara. Kuasa di tangan Peguam Negara. SPRM boleh tangkap, boleh siasat tetapi kuasa untuk mendakwa dan apabila Jabatan Peguam Negara gagal menjalankan pendakwaan setelah SPRM menyelesaikan penyiasatan, tentulah keputusan Jabatan Peguam Negara itu tidak membantu dalam langkah pembanterasan rasuah untuk menjadikan contoh deterrent, dengan izin. Fakta untuk sesiapa yang mungkin tergoda. Kalau ada kuasa, ada satu jawatan memanglah akan diberikan banyak godaan dan apabila mereka yang diberikan pelepasan itu, mereka kata, “You can get away with it”, dengan izin. Jadi janganlah kita buatkan satu mesej yang merugikan negara kita. Lebih malang lagi, jika Peguam Negara bukan setakat tidak menjalankan pendakwaan, malahan bertindak tutup kes dan penyiasatan, case closed, no further action (NFA). Tuan Yang di-Pertua, akibatnya, tidak dapat tidak persepsi wujud bahawa Jabatan Peguam Negara melindungi perasuah. Lebih malang lagi, kes yang ditutup oleh Jabatan Peguam Negara itu, fail penyiasatannya dibuka di negara-negara lain. Ini memanglah hairan sekali. Kes yang dianggap tidak rasuah dan diputuskan tidak bersalah oleh Peguam Negara seperti kes yang melibatkan 1MDB, dana awam, dana negara kita. Penyiasatan terus dibuka di beberapa negara lain, di luar negara khasnya di Switzerland dan Amerika Syarikat. Singapura pun ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, pada 24 Februari 2018, baru lepas, akhbar Switzerland, Tages-Anzeiger, bahasa Switzerland, melaporkan bahawa Kerajaan Switzerland telah merampas 95 juta Swiss Franc. Yakni bersamaan dengan RM400 juta dana 1MDB ke dalam perbendaharaan negara Switzerland. Langkah ini dicadangkan oleh Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer memandangkan tidak ada pihak yang menuntut wang tersebut. Maksudnya, Switzerland rampas RM400 juta wang daripada 1MDB. Dimasukkan dalam coffers perbendaharaan Switzerland. Dia kata sudah masuk dalam negara dia, siapa tidak tuntut. Jadi wang Switzerland lah.

Akan tetapi saya difahamkan, bahawa satu usul telah dikemukakan oleh seorang Ahli Parlimen Switzerland dengan disokong oleh 26 Ahli Parlimen lain di dalam Parlimen Switzerland bagi menggesa kerajaannya memulangkan balik sebahagian daripada wang yang dirampas itu kembali kepada Malaysia, kembali kepada kita. Oleh sebab itu adalah dikatakan wang kita kembalikan kepada kita. Tuan Yang di-Pertua, Switzerland merupakan sebuah negara asing. Parlimennya begitu peka dan terbuka bagi membincangkan isu penyelewengan dana 1MDB. Beza dengan Parlimen Malaysia. Di manakah letaknya damir kita dalam isu negara ini? Itu soalan yang saya hendak tanya. Mohon jawapan. Saya ingin tahu sama ada Kerajaan Persekutuan khasnya, Pejabat Peguam Negara telah menerima maklum atau tidak mengenai tindakan Kerajaan Switzerland ini secara rasmi. Saya juga ingin tahu sama ada pejabat Peguam Negara akan membuat representasi perundangan di Switzerland bagi menuntut dana bernilai RM400 juta ini kembali ke Malaysia. Parlimen Switzerland sudah mengatakan kembalikan duit itu. Apakah kita ini tidak ada representation kah? Pergi ke sana, minta balik. Ya, memang ini adalah dana awam, dana rakyat Malaysia untuk bangunkan sekolah, kesihatan, macam-macam kita boleh buat untuk negara kita, infrastruktur, tebatan banjir, sana sini banjir. Saya hendak tanya, apakah kita ada membuat representasi begitu Tuan Yang di-Pertua. Pada 28 Februari...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Akhbar Indonesia Kompas telah melaporkan bahawa pasukan polis Indonesia bersama-sama dengan Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat telah menyita kapal mewah Equanimity di Kepulauan Bali. Kapal tersebut dilaporkan berkait dengan skandal penyelewengan 1MDB. Kapal tersebut didakwa milik Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low. Kapal ini besar Tuan Yang di-Pertua. Lima tingkat, mewah. Salah satu antara yang terbesar dalam dunia ini. Indonesia boleh jumpa, Malaysia? Pada 1 Mac 2018, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kapal itu bukan milik Kerajaan Malaysia. Maka oleh kerana itu tidak dituntut. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Peguam Negara yang melihatkan kepekaan beliau dalam isu ini. Tanpa kepedulian beliau, barangkali media perdana milik kerajaan tidak akan melaporkan isu kapal Equanimity yang dirampas oleh Kerajaan Indonesia. Kita tidak dengar pun dalam berita mana-mana. Sekali kita dengar, ini bukan milik kita rupanya, yang mereka tangkap itu dengan FBI. Itu siapa punya? Pada 15 Jun 2017, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dengan izin, Department of Justice (DOJ) telah mengumumkan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang bagi merampas aset yang didakwa yang terbabit dalam penyelewengan dana 1MDB yang melibatkan rampasan pegangan Red Granite Pictures dalam filem Dumb and Dumber To dan Daddy’s Home, sebuah kondominium di New York city bernilai USD5 juta, bukan RM5 juta, barangan kemas intan berlian, karya seni lukisan Picasso dan- how to pronounce it? B. A. S. Q. U. I. A. T. Maaflah, saya tidak tahu semua ini karya seni ini. Termasuk kapal mewah itu yang saya sebut tadi Equanimity yang berharga berapa? USD260 juta, yang bersamaan hampir RM1 bilion. Polis Indonesia telah bertindak memberikan kerjasama kepada FBI bagi tujuan melaksanakan tindakan undang-undang oleh DOJ untuk merampas kapal mewah tersebut. Saya ingin bertanya, adakah Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerima notis permohonan daripada FBI bagi menahan kapal tersebut jika berada dalam perairan Malaysia seperti mana notis diberikan kepada polis Indonesia berkenaan kapal tersebut apabila berada di dalam perairan Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang di dakwa terbabit dengan satu kes salah laku di Bali. Ditangkapnya, di sitanya kapal mewah itu di Bali. Saya teringatlah kes di Bali ini, hendak tanyalah. Saya hendak tahu, apakah status terkini penyiasatan PDRM ke atas kes tersebut? Ini sebab yang terlibat adalah Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, pada 2 Mac 2018, Sydney Morning Herald yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju telah melaporkan bahawa polis Australia telah merampas sejumlah AUD320 ribu bersamaan dengan RM971,728,000.

Hendak dekat-dekat sejuta ringgit dalam akaun milik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah CID Bukit Aman- Wan Ahmad Najmuddin Muhammad. Saya pun Wan juga tetapi kita tidak ada pertalian. Oleh kerana disyaki hasil pengubahan wang haram. Dikatakan bahawa ini adalah satu tindakan naif. Akan tetapi dilaporkan bahawa dia mendeposit, dengan izin, suspicious cash deposits all under AUD10 thousand yang mencurigakan adalah untuk mengelak laporan yang wajib di bawah undang-undang Australia. Ini kalau hendak kata dia naif itu, dia memang mencurigakan. Saya ingin tahu, sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh PDRM bagi membantu penyiasatan polis Australia berkaitan kes ini? Oleh sebab awal-awal dia kata, “Clean money, clean money”, dia kata. Saya pun hendak tahu, saya ingin juga tahu apakah SPRM memantau sama ada terdapat elemen rasuah, salah guna kuasa atau gubahan wang haram melibatkan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu? Ini sebab dia katakan dijualnya rumahnya dan semua itu untuk membiayai pendidikan anaknya. Okey, kalau ada ini, tidak apa. Akan tetapi macam Yang Berhormat Wangsa Maju tanyalah, kenapa tidak tuntut balik kalau clean? Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dari mana Yang Berhormat Pokok Sena?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dari Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, silakan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Kenapa Tuan Yang di- Pertua tanya saya daripada mana? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Oleh sebab itu ada parti tu tanya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya parti Bebas

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bebas yang lawan BN [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pematang Pauh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bukan Bebas lawan PAS.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dak, dak. Kita lawan siapa yang tidak lawan BN. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pematang Pauh. Tadi berkaitan dengan isu Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman. Isu dia kata dia jual rumah itu untuk biayai anak yang belajar di Australia. Saya hendak tanya juga, saya tidak pernah ada anak lah yang belajar di luar negara, Yang Berhormat pernah belajar di luar negara. Adakah mak bapak, bila anak dia belajar di luar negara, hendak biayai itu kita hantar duit seketui sejuta bagi? Hantar duit seketui sejuta bagi itu, masuk dalam akaun dia. Saya pun tidak pernah dengarlah kita pindah duit seketui sejuta bagi dekat anak. Sayang macam mana anak pun, kita tidak hantar duit seketui sejuta, saya minta Yang Berhormat tolong jelaskan.

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Memang saya pun terkejut juga, selalunya kita tidak lah buat macam itu. Kalau invest lain lah cerita tetapi hendak hantar masa itu juga, tidak pernah dengar lagi lah. Silakan.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Pematang Pauh, boleh? Tambah sikit. Biasanya kalau kita ada anak di luar negara, kita hendak hantar untuk bayaran yuran, bukankah biasanya kita hantar, bayar terus kepada universiti lah? Kenapa hendak masuk dalam bank akaun dan keluarkan macam itu? Apa yang kita lihat dalam kes ini memang curiga ialah cara dia bubuh duit itu, 4-5 hari, 10 ribu, 10 ribu, 10 ribu. Oleh sebab 10 ribu itu merupakan satu trigger untuk banking system di Australia. Apakah pendapat Yang Berhormat Pematang Pauh?

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Itu yang saya katakan ini menunjukkan ada satu pattern.

Jadi, kita hendak tanyalah, mencurigakan seperti mana yang dikatakan, kalau lebih daripada 10 ribu, ia akan dimasukkan ke dalam radar tetapi kalau ia sikit-sikit itu adalah untuk cuba hendak bawah radar. Jadi hendak tanya, kenapa kan? Kalau hendak bagi anak belajar, ada jawapan, tidak apa, ada asaskan? Jadi, saya hendak tanyalah pada Bukit Aman, tanya apakah ada siasatan daripada Australia itu, kita ada bantuan daripada Polis Diraja Malaysia? Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pematang Pauh kerana memberikan pencelahan. Saya hendak bangkitkan dua perkara yang telah di ulas dengan begitu teliti oleh Yang Berhormat Pematang Pauh sebentar tadi. Pertamanya ialah soal pemulangan wang seperti mana yang disebut tadi bahawa Kerajaan Switzerland akhirnya membuat keputusan untuk menyerahkan atau mendepositkan wang yang sepatutnya kita dapat ke dalam coffers ataupun perbendaharaan negara mereka. Adakah Yang Berhormat Pematang Pauh sedar bahawa sebenarnya Switzerland ini memang terkenal dengan pendekatan begini. Pada hujung tahun lepas misalnya, Switzerland telah pun memulangkan wang sebanyak USD321 juta, wang curi, kepada Kerajaan Nigeria. Dipulangkan balik untuk rakyat Nigeria. Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat Pematang Pauh, sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan, should we take over kerajaan. Apakah perkara ini akan kita usahakan bersungguh-sungguh? Oleh kerana ini merupakan wang rakyat yang sepatutnya dipulangkan balik ke dalam perbendaharaan negara. Untuk memastikan agar kita boleh membiayai segala projek dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan juga kemajuan rakyat. Kedua, Yang Berhormat Pematang Pauh, hari ini saya dapat satu jawapan yang berkaitan dengan 1MDB. Saya pun terkejut juga lah, saya ingat soalan ini ditolak. Di mana saya bertanya kepada Menteri Kewangan, apakah kegagalan yang dikatakan oleh Perdana Menteri dalam syarikat 1MDB yang perlu dirisaukan dan bagaimanakah kerajaan menangani kegagalan ini? Dalam jawapan ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat Pematang Pauh, dinyatakan bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB seperti kelemahan tadbir urus, kelemahan modal, model peniagaan dan ketidaksesuaian model pembiayaan syarikat yang mengutamakan penggunaan hutang. Jadi, yang ini sebenarnya dijadikan sebagai satu alasan ataupun jawapan yang dimaksudkan kegagalan Yang Berhormat Pekan dalam isu ini. Akhirnya, kita lihat bahawa syarikat 1MDB ini, sepanjang yang kita tahu, dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Pekan. Akan tetapi kalau menggunakan penggunaan hutang ini, sudah pastilah kita lihat kegagalan Perdana Menteri sendiri selaku pengerusi syarikat ini untuk mengurus dengan baik syarikat 1MDB ini. Akhirnya, melihat bahawa kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai hutang yang banyak. Ini yang saya boleh anggap sebagai the creative way, dengan izin, untuk kelepet, dalam bahasa Melaka ini maksudnya cilok lah, simpan, curi duit itu. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pematang Pauh, mungkin idea the creative ini juga dipelajari oleh kakitangan yang di peringkat tertinggi. Misalnya, pegawai kanan polis tadi kan? Dia guna kreatif, macam mana cara hendak buat duit ini, mungkin masuk sedikit-sedikit dan akhirnya jadi banyak. Jadi, mungkin ini agaknya pengajaran yang kurang baik, yang diberi contoh kepada kepimpinan-kepimpinan tertinggi di peringkat kakitangan kerajaan. Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tambah dengan kawan baik saya iaitu Yang Berhormat Bukit Katil tadi. Apa yang kita tahu ialah DOJ - USD1.7 bilion lebih kurang bersamaan RM7 bilion lah. Daripada Switzerland adalah USD300 juta iaitu RM1.2 bilion. Daripada Singapura terdapat SGD200 juta juga di sita iaitu lebih kurang RM800 juta. Pada keseluruhannya, RM9 bilion daripada tiga negara yang telah ambil semua aset-aset ini hendak bagi balik kita. Jadi, saya hendak tanya, sama ada kita perlu atau tidak RM9 bilion ini? Oleh sebab kita lihat GST terus, income tax rate terhadap semua orang, orang kaya, dulu-dulu punya back taxes semua kejar. Akan tetapi RM9 bilion dia hendak bagi kita balik, tiga negara ini, kenapa kita tidak terima? Apa pandangan Yang Berhormat Pematang Pauh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh sambung esok.

Okey, insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh menjawab persoalan-persoalan daripada kawan-kawan yang lain. Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita pada hari ini sehingga hari esok, hari Rabu, jam 10 pagi.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

DR 6.3.2018 I

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Penangguhan Projek Menaiktaraf Jalan FT50Special Chamber

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri yang sudi hadir. Ini memang bukan isu yang baru dan sudah lebih setahun saya bangkitkan hal ini dalam ucapan Kamar khas saya iaitu pada 20 Mac 2017 tetapi malangnya status pelaksanaan projek menaik taraf Jalan FT50 (Batu Pahat - Ayer Hitam - Kluang) masih tidak ada sebarang perkembangan. Jalan FT50, Tuan Yang di-Pertua, masih membahayakan pengguna jalan raya. Kekerapan kemalangan di jalan tersebut pernah mencecah sekurang- kurangnya satu kes kematian setiap bulan. Welcome!

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Ya. Saya rasa isu ini Yang Berhormat Parit Sulong pun berminatlah. Jalan ini melalui juga kawasan beliau. Kementerian Kerja Raya (KKR) harus menyatakan garis masa untuk mempercepatkan projek naik taraf Jalan FT50 dengan kadar segera supaya mengelakkan kemalangan atau kematian berulang lagi. Apa yang penting adalah keselamatan pengguna jalan raya terutamanya orang tempatan yang lalu lalang di jalan tersebut setiap hari.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Berdasarkan Statistik Pengangkutan Malaysia 2016, purata trafik harian di Jalan Batu Pahat - Ayer Hitam - Kluang sepanjang 49.5 kilometer adalah sebanyak 41 kenderaan bagi tahun 2016 manakala pada tahun 2007, ia hanya 30,000 sahaja. Berbanding dengan jalan raya yang lain, trafik di Jalan FT50 meningkat tahun demi tahun, maka kadar penggunaan jalan tersebut akan menjadi semakin tinggi pada masa depan. Justeru itu, Jalan FT50 layak mendapat keutamaan untuk dinaik taraf secepat mungkin supaya keselamatannya dijamin.

Bagi pihak rakyat kawasan Parlimen Kluang, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KKR atas pemasangan lampu jalan di Seksyen 38.5 kilometer hingga 39.1 kilometer.

Jalan FT50 yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi kemalangan. Namun, perkembangan keseluruhan projek menaik taraf Jalan FT50 masih tidak memuaskan.

Berdasarkan perbincangan saya bersama pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan di Kluang, saya juga telah mengemukakan empat cadangan untuk pertimbangan KKR:

(i) membina lampu isyarat di hadapan Taman Ria atau Puspakom;

(ii) memanjangkan pembahagi jalan (road divider) dari kawasan simpang 3 Sri Lalang menuju hadapan Puspakom dan pusingan U perlu diwujudkan untuk laluan keluar kenderaan dari arah bertentangan;

(iii) mewujudkan speed breaker agar kenderaan tidak memecut di lokasi Sri Lalang sampai ke Puspakom; dan

(iv) menaikkan papan tanda keselamatan di kawasan Puspakom dan Taman Ria.

Bagi seksyen yang melibatkan kawasan Parlimen Ayer Hitam, satu kemalangan kematian lori dengan kereta telah berlaku di jalan Ayer Hitam - Batu Pahat berhampiran Taman UPC pada pagi 24 Jan 2018. Saya mencadangkan KKR untuk berhubung dengan Yang Berhormat Ayer Hitam yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mencari penyelesaian mengenai masalah penangguhan projek menaik taraf Jalan FT50.

Selain daripada memohon peruntukan dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesebelas, KKR boleh mendapat sumber peruntukan lain seperti Peruntukan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen yang disalur kepada Yang Berhormat Ayer Hitam dan juga untuk Kluang walaupun tidak disalurkan untuk Ahli Pembangkang, untuk menaik taraf seksyen Jalan FT50 di kawasan beliau. Saya rasa Yang Berhormat Parit Sulong akan sokong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat bagi memastikan pengguna jalan raya di laluan FT50 berada dalam keadaan sealamat dan selesa. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pemasangan lampu jalan di seksyen 38.5 kilometer hingga seksyen 39.1 kilometer Jalan FT50 Batu Pahat – Ayer Hitam – Kluang yang dikenal pasti kawasan berisiko tinggi kemalangan. Kerja-kerja pemasangan lampu di jalan ini telah siap pada 9 September 2017.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat iaitu membina lampu isyarat di Taman Ria / Puspakom.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah siap dilaksanakan pada 30 November 2017 melalui Program Blackspot tahun 2017 dengan kos keseluruhan RM322,157.42.

Manakala cadangan mewujudkan speed breaker agar kenderaan tidak memecut di lokasi Sri Lalang juga telah dilaksanakan melalui Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) bersama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Universiti Tun Hussein Malaysia pada bulan April 2017.

Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan menaikkan papan tanda keselamatan di kawasan Puspakom dan Taman Ria juga telah dilaksanakan pada 30 November 2017 melalui Program Blackspot tahun 2017. Manakala cadangan memanjangkan pembahagi jalan (road divider), dengan izin, dari kawasan simpang 3 Sri Lalang menuju hadapan Puspakom dan Pusingan U serta Taman UPC, skop ini termasuk dalam permohonan Kerajaan Negeri Johor untuk fasa seterusnya bagi Rolling Plan ke-4 (RP4, Rancangan Malaysia Kesebelas). Ia meliputi jajaran Jalan FT50 dalam kawasan Parlimen Kluang dan juga kawasan Parlimen Ayer Hitam.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan daripada Agensi Pusat berkenaan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penaiktarafan Jambatan Trafik Sederhana (MTB) di Parlimen Parit SulongSpecial Chamber

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk kepada satu isu di mana bagi kawasan Parlimen Parit Sulong, kebanyakan kampung di sini dihubungkan dengan jambatan trafik sederhana (MTB) ini. Seperti kita sedia maklum, tujuan asal MTB dibina pada asalnya ialah bagi memudahkan perhubungan di antara sebuah kampung dengan yang lain atau sebagai laluan utama untuk para penduduk kampung keluar masuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Namun begitu, apa yang membimbangkan saya adalah pada hari ini adalah kebanyakan jambatan MTB di kawasan Parlimen Parit Sulong ini ada yang sudah usang dan tidak sesuai dengan keadaan semasa. Ditambah pula dengan jalan kampung yang gelap dan saiz jambatan yang kecil daripada jalan kampung yang sedia ada. Saya ingin memberi contoh seperti di kawasan Semerah Darat, akibat daripada pertambahan jumlah kenderaan yang melalui jambatan MTB ini sehingga ada kalanya mengakibatkan berlakunya kemalangan malah ada juga yang melibatkan kematian ekoran terdapat kes pemandu kereta yang telah melanggar sisi jambatan MTB berkenaan dan meninggal dunia.

Oleh yang demikian, saya ingin bertanya beberapa soalan kepada pihak kementerian berkaitan isu ini iaitu, sejauh manakah pihak kementerian telah melaksanakan pemantauan dan pengauditan terhadap penyelenggaraan struktur jambatan MTB di kampung-kampung di sekitar Parlimen Parit Sulong ini dan apakah tindakan pihak kementerian dalam memastikan saiz jambatan MTB di kampung-kampung ini dapat dinaiktaraf mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Seterusnya, apakah pihak kementerian telah memperuntukkan sejumlah dana bagi tujuan penaiktarafan jambatan MTB di kawasan Parlimen Parit Sulong serta apakah pihak kementerian telah menjalankan kajian terperinci terhadap jambatan MTB yang kini semakin berubah fungsinya ekoran pertambahan jumlah kenderaan yang melaluinya pada setiap hari. Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan sekian, terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong di atas masalah yang dikemukakan, insya-Allah, kita akan memberikan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Program Menggantikan Jambatan Sempit dan Uzur di

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah diluluskan di dalam Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kesebelas, pelaksanaan projek Menggantikan Jambatan Sedia ada di Laluan FT005 Batu Pahat di lokasi jambatan FT005/146/70 iaitu Jambatan Parit Nibong sedang dijalankan dengan anggaran kos sebanyak RM8 juta. Projek ini di dalam peringkat perolehan dan dijangka surat setuju terima akan dikeluarkan pada bulan April 2018. Lokasi jambatan ini adalah terletak di DUN Semerah dan di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang penting surat kelulusan itu serah dahulu.

[Ketawa] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Kerja Raya bertanggungjawab dalam penyenggaraan jambatan- jambatan di jalan persekutuan sahaja. Manakala bagi penyenggaraan jambatan trafik sederhana atau medium traffic bridge (MTB), dengan izin, yang terdapat di jalan-jalan kampung adalah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah manakala di jalan pertanian adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pengairan dan Saliran. Jambatan-jambatan MTB ini diselenggara bawah peruntukan MARRIS yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun begitu, kementerian ini melalui agensinya iaitu Jabatan Kerja Raya sedia memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan berkenaan sekiranya diperlukan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan Jambatan MTB yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 7 Mac 2018. Terima kasih.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.46 petang]