Dewan Rakyat · 22 March 2018
15th Parliament, session 6, meeting 1 · 786 turns · 43,950 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua — Laporan Kajian Semula Persempadanan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di dalam Negeri-negeri di Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018 (ST. 27 Tahun 2018) dan Draf Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2018 (ST. 28 Tahun 2018) telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan (embargo) sehingga ia dibentangkan pada hari Rabu, 28 Mac 2018. Terima kasih.
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dr. Mansor bin Abdul Rahman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah perjawatan tetap dan kenaikan gred perjawatan dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaras dengan kenaikan elaun anggota dan pegawai APM iaitu dari RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai APM. Demi untuk menguruskan bencana dengan lebih baik, adakah pihak APM akan mengambil alih pusat pemindahan dari JKM bagi membantu pengurusan pusat pemindahan dengan lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, ini adalah soalan yang cukup baik. Sebagai Menteri yang menjaga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang semuanya menyatakan pujian dan sokongan kepada khidmat terbaik oleh warga APM setiap kali berlaku situasi kecemasan dan bencana. Penghargaan dan keprihatinan Ahli Yang Berhormat sekalian kepada APM akan menaikkan semangat kami semua untuk berkhidmat dengan lebih berkesan dan baik. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, tugas utama APM ialah, yang pertama ialah menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri. Keduanya, menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah dan yang ketiga ialah membantu usaha-usaha menyelamat dan juga pusat perpindahan dan yang keempatnya ialah pasca banjir. Ini ialah tugas utama kita. Tugas utama sekarang ini dikendalikan oleh 1,265 anggota tetap dengan 2 juta lebih anggota sukarelawan. Sebelum ini APAM tidak di bawah Kementerian Dalam Negeri, tidak terlibat dengan pengurusan ataupun menjadi sekretariat kepada pengurusan bencana peringkat negeri dan juga daerah.
Bila mereka masuk kepada Jabatan Perdana Menteri, tugas baru ini diberi tanpa melihat keperluan kepada gred dan juga keperluan anggota tetap. Jadi pada 11 Mac 2018, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan RM2 bagi anggota dan juga pegawai seperti soalan yang telah disebutkan. Ini ialah sesuatu yang cukup memberi semangat kepada kita semua. Akan tetapi kenaikan elaun ini bukan syarat untuk kenaikan gred dan juga pertambahan anggota tetap. Pertambahan anggota tetap dan juga gred yang kita pohon ini ialah kerana tugas baru yang diberi sebagai sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah. Berhubung dengan pengambilalihan pusat perpindahan, ini dalam arahan MKN 20 dengan terang menyebutkan bahawa ianya diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan dibantu oleh NGO termasuk Angkatan Pertahanan Awam. Jadi, kehadiran Angkatan Pertahanan Awam termasuk NADMA sendiri ialah untuk memperlengkapkan di mana ada kekurangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita akan tampung dan di mana anggota mereka tidak ada, seperti yang berlaku 2014, 2015 dan juga di Penang, APM akan mengambil alih. Jadi tugas kita ialah memperlengkapkan di mana kekurangan yang berlaku. Terima kasih.
Terima kasih.
Tiga minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memuji Menteri, syabas Menteri yang begitu prihatin kepada kerja-kerja membantu rakyat yang kena bencana dan juga Menteri telah menaikkan, begitu prihatin kepada orang- orang yang bekerja terlibat dengan rakyat yang terkena bencana seperti menaikkan elaun kepada pekerja-pekerja APAM itu.
Perkara yang kedua yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan premis tempat di mana APAM itu berada. Sekarang ini seperti mana yang kita tahu bahawa APAM mensasarkan jumlah sukarela sebanyak tiga juta pada hujung 2018. Akan tetapi pejabat- pejabatnya daripada hujung 2017 terdapat 179 pejabat dan 27 pejabat sendiri, 41 disewa dan 112 tuan bangunan memberi percuma kepada APM. Soalan saya ialah apakah cadangan atau inisiatif kerajaan terhadap APM untuk mempunyai bangunan dan ruang pejabat sendiri? Memandangkan pada masa ini pejabat yang berstatus tidak tetap ini akan berisiko untuk ditarik balik. Terima kasih.
Terima kasih, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua...
Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, duduk dahulu Yang Berhormat Menteri. Itu sebab kita adakan MQT ini dan ada peraturan tertentu iaitu masa bertanya berapa, Menteri menjawab berapa masa. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak patuh kepada masa, macam mana? Jadi, saranan saya, saya tidak suka menegur apabila seorang Yang Berhormat berdiri dan bercakap. Lain kali kalau ada begitu, fikirkan dahulu soalan itu, jangan terlampau banyak bunga-bunga dan mukadimah lagi. Sila Yang Berhormat Menteri.
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, tetapi ini soalan yang cukup baik, terbaik cuma panjang.
Soalan itu Yang Berhormat seharusnya 30 saat sahaja, bukan dua minit.
Tuan Yang di-Pertua, saya jawab dengan tepat, tadi saya jawab 3 minit.
Sila, Yang Berhormat Menteri jawab tadi pun ngam on the spot. Sekarang Yang Berhormat Menteri, sila. Dua minit 30 saat.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang kedudukan pejabat kita sehingga Februari 2018 ialah 19 pusat latihan, 112 pejabat daerah, 55 unit dan jumlahnya semua ialah 186. Jadi, ini bererti terdapat daerah yang belum mempunyai pejabat. Jadi, sekarang ini dalam masa yang terdekat kita hendak pastikan supaya setiap daerah di seluruh negara mempunyai pejabat sekurang-kurangnya unit, ini yang paling terdekat. Bagi seluruh negara kita hendak pastikan supaya semua kawasan Parlimen mempunyai pejabat ataupun unit angkatan pertahanan awam sama ada kita sewa ataupun kita dapatkan daripada kerajaan negeri dan sebagainya, itu yang kita akan uruskan. Sementara untuk Sabah dan Sarawak, setiap bahagian kita hendak pastikan kita ada unit dan setiap daerah ada pejabat dan tiap-tiap bahagian ada unit. Jadi, kita akan bagi perhatian secara menyeluruh untuk memastikan supaya pejabat APM itu diwujudkan dan dalam masa yang sama kita dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, di antara perkhidmatan yang sekarang ini perkhidmatan biasa yang terdapat di semua tempat ialah perkhidmatan ambulans. Kita boleh sampai ke sesuatu tempat itu dalam masa 15 minit. Ini kita hendak pastikan supaya ia berterusan dan kita juga membantu bandar raya, Yang Berhormat Menteri ada di sini, untuk usaha-usaha penguatkuasaan dan juga lain-lain yang diminta dari semasa ke semasa. Jadi, terima kasih, dalam masa tidak sampai tiga minit saya jawab.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Ya.
Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Kota Bharu, 30 saat mulai dari sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terus kepada soalan. Naik elaun anggota dan pegawai bagus, lengkapkan pejabat APAM pun bagus. Bagaimana pula dengan pertambahan kelengkapan aset-aset untuk APAM ini yang sentiasa tidak cukup bagi misi menyelamat dan bantuan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang juga baik sebab daripada kawan-kawan kita. Okey, Yang Berhormat. Saya setuju naik elaun bagus, naik gred bagus, sekarang ini pertambahan pegawai bagus. Kekurangan aset. Aset sekarang ini kita ambil pendekatan N-BOS, di mana tugas utama kita ialah menggunakan apa yang kita ada dan kita selaraskan bagi jabatan-jabatan lain. Sebenarnya, kehadiran aset kerajaan sekarang ini mencukupi untuk menampung mangsa banjir di seluruh negara dan kita juga memperbaiki dan menambah baik. Baru-baru ini kita dapat aset baru yang telah diberi oleh NADMA dan saya rasa mencukupi untuk menghadapi bencana pada bila-bila masa. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pendekatan kita juga berlainan sekarang. Dahulu kita berpindah semasa banjir tetapi sekarang kita ubah, kita berpindah sebelum banjir. Jadi, penggunaan bot itu kurang, kita mungkin menggunakan kenderaan lebih banyak. Jadi, perpindahan sebelum banjir akan menyelamatkan nyawa dengan izin Allah dan juga dengan harta benda. Akan tetapi kalau kita buat masa banjir, kita akan mengambil risiko kehilangan nyawa ataupun kehilangan harta benda. Jadi, pendekatan N-BOS yang diperkenalkan sekarang ini mampu untuk mengendalikan ataupun menguruskan banjir dengan baik. Bukan sahaja banjir tetapi juga lain-lain bencana. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan satu lagi. Oh, takat dua ringgit je.
Yang Berhormat Tuan Anuar bin Abd Manap, 60 saat.
2. Tuan Anuar bin Abd Manap [Sekijang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah usaha kementerian dalam memperkasakan wanita bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) serta apakah hasil yang diharapkan menerusi TMW18 ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan beriltizam dan sentiasa komited untuk meningkatkan peranan dan mengangkat martabat wanita Malaysia agar terus berada di tahap yang membanggakan. Komitmen ini dibuktikan lagi melalui pengumuman Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pengisytiharan ini selari dengan Dasar Wanita Negara yang berhasrat untuk mengarusperdanakan kepentingan wanita, seterusnya mencapai kesaksamaan gender. Fokus TMW18 diberikan kepada lima sektor iaitu kesihatan, keselamatan, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan yang turut berpandukan kepada 13 sektor tersenarai di bawah Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita. Bagi memenuhi hasrat TMW18, sebanyak 674 program telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 yang turut melibatkan kolaborasi di antara kementerian, agensi jabatan, agensi korporat serta pihak pertubuhan atau NGO. Tiga ikon wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing telah dilantik yang berhasrat untuk memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada semua wanita di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di antara program-program utama yang diadakan adalah Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita, Program Literasi Undang-undang, Program Inspirasi TN50 Bagi Wanita, Program to Get Her Empowered dan Komuniti PERWANI 1Malaysia. Sempena dengan Hari Wanita Kebangsaan yang akan disambut pada 25 Ogos insya-Allah nanti, kementerian akan berkongsi pencapaian dan kejayaan wanita Malaysia serta bakal menghimpunkan hasrat dan harapan wanita menuju ke arah tahun 2050 dan himpunan, dengan izin, wish list ini seterusnya akan dipersembahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada penghujung tahun. Pihak kerajaan sentiasa memastikan setiap pelaksanaan mana-mana dasar atau program akan memberi impak yang signifikan kepada golongan sasar, khususnya wanita dan juga kepada rakyat Malaysia secara umumnya. Diharap Tahun Memperkasa Wanita ini dapat memberi satu inspirasi kepada wanita dan seterusnya memberi impak kepada usaha untuk kita memperkasakan peranan wanita di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Sekijang, 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, semoga dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi akan lebih ramai lagi golongan wanita di negara kita dapat diperkasakan. Soalan saya, adakah impak yang lebih baik lagi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi mampu membawa wanita negara kita ini ke arah keseimbangan pembangunan kerjaya dan juga keluarga kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Sekijang. Kerajaan memang peka dan juga menyedari akan hasrat rakyat Malaysia, khususnya wanita yang mahu menyeimbangkan kerjaya dan keluarga. Kerajaan juga percaya bahawa keseimbangan tersebut dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan negara kerana guna tenaga wanita merupakan satu aset penting kepada pembangunan ekonomi negara. Peranan wanita dalam keluarga juga sama penting dalam mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Oleh yang demikian, dan selari juga dengan tahun memperkasakan wanita, insya- Allah Yang Berhormat, kita ada beberapa inisiatif untuk memastikan bahawa 59 peratus wanita berada di dalam alam pekerjaan menjelang tahun 2020. Satu daripadanya adalah untuk kita mengadakan, meningkatkan akses kepada penjagaan dan pendidikan awal kanak- kanak dengan menggalakkan penambahan pusat jagaan dan juga pendidikan awal kanak- kanak yang berkualiti untuk komuniti tempat kerja awam dan juga swasta.
Kedua, kita sering mengadakan persekitaran kerja yang lebih kondusif di mana kita mengadakan flexi working arrangement, dengan izin, supaya kita ada kehidupan yang seimbang dan pilihan untuk bekerja dari rumah atau business online, fleksi tempat kerja untuk seimbangkan karier dan juga keluarga. Lepas itu, kita ada program bersama dengan TalentCorp iaitu program kembali bekerja di mana wanita dia telah berundur daripada pekerjaan untuk memulakan keluarga, tetapi sekarang boleh kembali bekerja. So, ini usaha bersama TalentCorp. Lepas itu, cuti paternity tujuh hari untuk bapa-bapa membantu keluarga. Lepas itu, kita ada Kidocare diwujudkan untuk memberi servis profesional penjagaan anak-anak di rumah dengan bayaran yang berpatutan. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, adalah pilihan untuk wanita sendiri. Jadi, insya-Allah kita akan mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk wanita membuat pilihan yang terbaik. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah perancangan ataupun program yang disusun oleh kerajaan untuk memperkasakan wanita remaja yang kita lihat peranan mereka amat penting untuk masa depan negara? Terima kasih.
Yang Berhormat, banyak daripada program yang kita wujudkan dalam tahun memperkasa wanita sebenarnya kami menjurus kepada wanita muda. Kita masuk ke universiti-universiti, kita memilih ikon-ikon daripada wanita muda sebab ikon-ikon ini pula seperti Neelofa, Datin Vivy Yusof dan Yang Amat Mulia Tengku Zatashah. Mereka ada followers yang begitu ramai sebab kami juga menerima hakikat Yang Berhormat, bahawa kadang-kadang wanita muda ini dia berlainan sedikit daripada penerimaan. Jadi, program-program kita olahkan sebegitu rupa untuk memastikan bahawa ramai wanita muda tampil ke hadapan dan juga menyuarakan wish list apa yang mereka hendak khususnya menjelang tahun 2050. Memang banyak Yang Berhormat, saya membuat engagement sebab inilah saya gunakan pendekatan yang berlainan sedikit supaya saya hendak seramai mungkin come on board, dengan izin. Jadi harapan saya, kita dapat membentangkan satu wish list yang menyeluruh untuk semua wanita di Malaysia, insya-Allah Yang Berhormat. Terima kasih.
3. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah kementerian menerima aduan atau rungutan daripada pemaju-pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek pembangunan perumahan disebabkan masalah air di negeri Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada Yang Berhormat Sungai Besar ini amat tepat sekalilah. Ini kerana untuk makluman semua, hari ini ialah ‘Hari Air Sedunia’. Kementerian ada menerima rungutan dan menyuarakan rasa tidak puas hati daripada pihak pemaju kerana perlu memohon extension of time (EOT) bagi memajukan pembangunan projek yang dirancang disebabkan tiada bekalan air. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Akta 118, pemaju dibenarkan untuk mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh penyiapan ataupun EOT bagi pelaksanaan sesuatu projek perumahan bagi mengelakkan dikenakan denda lewat serah milikan kosong. Untuk makluman Yang Berhormat, antara faktor yang menyebabkan pihak pemaju memohon EOT kepada pihak kementerian adalah seperti berikut, kelewatan kelulusan bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad walaupun kebenaran merancang telah diluluskan. Pemaju perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan baru bagi pelan susur atur jajaran paip incoming utama, integrated water supply scheme daripada SYABAS dan syarat tambahan lain berkaitan dengannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2018, bilangan permohonan bangunan baru yang masih ditangguhkan kelulusan bekalan air di negeri Selangor adalah sebanyak 761 projek yang melibatkan keperluan 497 juta liter sehari. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 40 peratus atau 305 projek adalah berkaitan pembangunan perumahan pangsapuri dan teres. Memang jelas sekalilah bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan Selangor sedang menghadapi kritikal air, tetapi Yang Berhormat Menteri Besar Selangor dia tidak mahu terima kenyataan. Malah beliau juga ego tidak tahu beza di antara air di empangan dengan air terawat sampai hendak campak Yang Berhormat Menteri ke empangan. Hendak tanya Yang Berhormat Menteri Besar Selangor, dia guna air di empangan atau air terawat? Kalau guna air di empangan, saya akan arahkan bomba hantar air di empangan ke rumah Yang Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.
Ternyata kalau melihat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri memperlihatkan isu air ini menyusahkan rakyat. Bukan sahaja rakyat susah, saya lihat pembangunan juga terencat. Ada tidak dapatan-dapatan yang kalau Yang Berhormat Menteri terangkan soal ada tidak impak ekonomi, impak pengguna dan juga impak pemaju khususnya yang ada di Selangor itu berpunca daripada krisis air ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Selain daripada ia melibatkan pembangunan perumahan, ia juga akan melibatkan pembangunan perbandaran, pembangunan projek komersial, projek perindustrian dan juga pembangunan bercampur. Ia juga melibatkan daripada segi pelaburan-pelaburan di dalam negeri Selangor. Saya hendak maklumkan bahawa hari ini Selangor suatu masa dahulu negeri yang maju. Nombor satu kalau bab pelaburan. Hari ini Selangor jatuh nombor lima. Nombor satu ialah Johor. Projek yang diluluskan 146 dengan nilai RM21.9 bilion. Kedua ialah Pulau Pinang sebanyak 120 projek; Sarawak sebanyak 20 projek; Selangor sebanyak 202 projek; dan Melaka sebanyak 37 projek. Ertinya, Selangor jatuh nombor lima- jatuh nombor empat. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri Besar Selangor berucap, dia mesti kata melihat Selangor 202 projek telah menerima pelaburan hendak banding dengan Sarawak hanya 20 projek. Akan tetapi, nilainya berapa? Kalau di Sarawak dia jatuh nombor tiga, nilai projek di Sarawak ialah RM10.5 bilion projek. Ini hanya 20 projek. Makna purata satu projek RM525 juta. Di Selangor, walaupun projeknya banyak iaitu 202, tetapi pelaburan hanya RM5.5 bilion. Ini bermakna hanya RM27.2 juta sahaja satu projek. Hendak banding dengan Melaka, yang nombor lima. Melaka hanya 37 projek, nilai pelaburannya RM4.6 bilion. Di Melaka, satu projek puratanya RM124.3 juta. Selangor RM27 juta. Ini apa maksudnya? Pelabur-pelabur pun takut hendak datang Selangor. Sebab? Mereka tahu Selangor tidak ada air, rizab air Selangor hanya ada lebih kurang dua peratus. Air yang ada rizab ini pun tidak mampu hendak membekalkan air, bagaimana pelabur-pelabur hendak masuk? Akibatnya apa Tuan Yang di-Pertua? Maka, Selangor akan menyebabkan pengangguran akan berlaku. Ini kerana peluang-peluang kerja akan terhad, pelabur-pelabur ini tidak berani datang ke negeri Selangor. Kalau ini berlaku, dia akan tanya, “Ha! Ini sebab pengangguran ini sebab Kerajaan Federal lah ini”. Apa juga dia akan tolak kepada Kerajaan Federal menyebabkan apa juga keadaan negatif yang berlaku dalam negara kita khususnya di negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang untuk soalan tambahan. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah status projek perumahan di Taman Seri Molek Perdana di dalam kawasan saya yang tidak siap lagi semenjak dibina pada tahun 2013 merangkumi satu blok kos rendah, dua blok kos sederhana rendah dan kesemua enam blok belum siap lagi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.
Terima kasih. Dia soal air, tetapi dia tanya soal perumahan. Jadi yang itu pun saya kena tengok, jikalau rumah ini rumah PPR, itu di bawah tanggungjawab saya. Akan tetapi jika rumah ini dibuat oleh pihak swasta, bermakna saya kena siasat perkara ini dan seingat saya projek Yang Berhormat sebut belum lagi sampai kepada kami, sebagai projek terbengkalai. Selalunya kalau projek terbengkalai ini untuk memberikan pengiktirafan sama ada projek ini terbengkalai ataupun tidak, ia mesti melalui dan kelulusan daripada Menteri. Jadi saya sebagai Menteri, saya belum menerima projek tersebut sebagai projek terbengkalai kerana fail tidak sampai kepada saya. Mungkin projek ini sedang dilaksanakan, ataupun projek sakit mungkin. Terima kasih.
Terima kasih. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini berakhir. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Sila.
Saya pun tidak tahu di peraturan mana?
Sila, sila.
Saya ingin bertanya ekoran daripada pemasyhuran Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Laporan Kajian Semula Persempadanan ini, mengikut wording Yang Berhormat gunakan, tidak boleh dikeluarkan- tidak boleh disiarkan, maaf. Adakah Ahli-ahli Dewan dibenarkan membawa keluar daripada Dewan ini? Tanpa menyiarkan, cuma untuk bacaan sendiri ataupun kajian sendiri, jadi saya mohon pencerahan dalam perkara ini. Terima kasih.
Sedikit Tuan Yang di-Pertua. Sama juga persoalan yang sama saya bangkitkan. Ini kerana pagi tadi saya cuba membaca untuk tatapan sendiri, tetapi saya dimaklumkan oleh Bentara tidak boleh dibuka juga oleh Ahli Parlimen, sehinggalah embargo itu selesai hari Rabu. Saya hendak minta penjelasan, kerana kalau tidak boleh buka saya rasa hak saya sebagai seorang Ahli Parlimen, ia tidak dipenuhi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan.
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya hairan jikalau ia tidak boleh dibaca oleh Ahli Parlimen. Hanya ia tidak boleh pada pengetahuan saya, hanya ia tidak boleh disiarkan secara untuk pihak yang ketiga. Akan tetapi untuk consumption of Ahli Parlimen semestinya ia patut dibenarkan. Saya pohon satu penjelasan mengenai perkara ini.
Tuan Yang di- Pertua boleh? Susulan daripada...
Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Bukit Katil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita sudah baca Tuan Yang di-Pertua, tadi isu bacalah, boleh bacakah atau tidak. Apabila sudah baca, bila kita faham kadang-kadang media minta pandangan, kita kena beri komen. Jadi perkara ini juga berkaitan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sama. Kebetulan saya sudah baca sebahagian daripada laporan tersebut, adakah ini langgar peraturan ataupun perintah Tuan Yang di-Pertua? Kedua, sekiranya bahan ini yang dibentangkan di Parlimen tidak boleh dibaca oleh Ahli Parlimen, sepatutnya tarik balik! Patut tarik balik!...
[Dewan riuh]
Begini Ahli-ahli Yang Berhormat. Jikalau saya benarkan, dokumen itu dibawa keluar, apabila dia dapat dan dia disiarkan oleh media ataupun orang lain dapat tahu, saya tidak boleh tahu dan siapa yang bertanggungjawab. Saya tidak boleh tahu siapa bertanggungjawab. Saya percaya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi jikalau saya benarkan untuk bawa keluar dan nanti tersiar, tidak ada seorang Ahli Yang Berhormat pun yang mengaku bahawa itu adalah dari Ahli Yang Berhormat sendiri, pertama. Kedua, soal persempadanan ini, telah pun dibawa ke mahkamah semua orang sudah baca di surat khabar, apa sangat yang mahu dibaca dalam dokumen di depan itu? Saya nampak cuma, ia tebal sahaja tetapi perkara-perkara yang dibincang, soal pokok semua Ahli Yang Berhormat tahu. Jadi waktu berbahas nanti, saya tahu semua Ahli-ahli Yang Berhormat selama 10 tahun duduk sini semua brilliant. Benda yang tidak dibaca pun waktu berbahas boleh tahu apa yang mahu disebut. Apa lagi perkara yang begitu telah pun dibincang mahu berapa lama? Jadi saya tidak benarkan untuk dibawa keluar kerana Ahli Yang Berhormat semua tahu apa soal pokoknya iaitu persempadanan semula bagi kawasan-kawasan Yang Berhormat kena tahu. Saya tahu Yang Berhormat Ipoh Barat pernah mewakili kan dalam mahkamah mengenai dengan soal ini, mengenai bantahan jadi tahulah apa soalnya ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Pokok Sena. Saya minta maaf, bukan untuk membantah.
Sekejap Yang Berhormat Pokok Sena duduk sebelah sana, sekejap Yang Berhormat Pokok Sena duduk di sebelah sini...
[Dewan ketawa]
Begitulah Pokok Sena menempah segala-galanya.
Dia lompat Tuan Yang di- Pertua.
Yang akan datang terus duduk luar.
Yang akan datang saya duduk di sebelah sana Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat yang lain janganlah ketawa, saya cuma confused kadang-kadang. Sila Yang Berhormat Pokok Sena apa benda.
Baik terima kasih.
Saya pun confused Tuan Yang di-Pertua.
Saya bukan bertujuan untuk hendak mempersoalkan apa yang telah pun dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Akan tetapi satu yang agak pelik apabila, Tuan Yang di-Pertua bimbang bahawa tidak ada siapa yang harus bertanggungjawab terhadap penyiaran itu nanti. Soalnya tidak boleh siar. Kalau ada orang yang menyiarkan, pihak media yang menyiarkan, ambil tindakan sahaja kepada pihak media. Bukannya menghalang untuk kami membawa pulang untuk membuat sedikit penelitian dengan beberapa pihak di kalangan pegawai-pegawai kami untuk menjadikan dia sebagai bahan perbahasan itu nanti. Jikalau Tuan Yang di-Pertua mengatakan, “Apa sangat yang mahu dibaca?”. Jikalau tidak mahu dibaca tidak payah bentanglah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soal...
Ahli-ahli Yang Berhormat, jikalau soal dia itu untuk membawa dia keluar, sudah saya buat ketetapan tidak boleh dibawa keluar. Berapa kali Ahli Yang Berhormat berdiri pun, begitu juga pendirian saya. Jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat lagi berdiri, lagi satu dua kali, bermakna menghabiskan masa persidangan. Berdegil-degil dalam peraturan mesyuarat, maka saya tidak ada pilihan lain...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua cuma...
...Saya suruh Yang Berhormat keluar sekejap, buat pilihan Ahli Yang Berhormat. Sudah saya buat keputusan, itu sebab kenapa saya buat keputusan kerana Yang Berhormat Pokok Sena pun sudah sebut, dia kata dia bawa keluar selepas itu pegawai-pegawai dia baca. Pegawai-pegawai tidak ada hak pun untuk baca, selepas itu apabila terkeluar nanti untuk disiar, apalah makna embargo itu.
Tuan Yang di-Pertua pelik, dalam Malaysia ini hendak baca pun tidak boleh.
Sekian, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Ini pelik Tuan Yang di-Pertua, keputusan Tuan Yang di-Pertua sampai kepada peringkat hendak baca, tidak ada boleh baca.
Matter settled, saya tidak berganjak daripada apa yang saya sebut. Embargo tidak boleh bawa keluar, saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat tahu waktu masa berbahas semua boleh berbahas.
Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, lebih baik mengarahkan Bentara untuk pungut balik...
Sila Setiausaha, teruskan. Yang Berhormat Pokok Sena sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena.
...Untuk pungut balik, simpan dalam bilik Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pokok Sena, tenaga itu harus sekarang ini...
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong, tolong. Yang Berhormat minta duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tenaga save sikit, waktu pilihan raya baru kasi keluar... [Dewan ketawa]
Saya memang hendak suruh save tenaga saya. Lebih baik Tuan Yang di-Pertua arahkan Bentara untuk pungut balik simpan dalam bilik Tuan Yang di-Pertua.
Sila-sila Setiausaha. Setiausaha teruskan. Tidak mengapa.
Maaf Tuan Yang di-Pertua boleh jelaskan sedikit. Tuan Yang di-Pertua sedikit Tuan Yang di-Pertua. Boleh jelaskan sedikit kerana Tuan Yang di-Pertua sebut tadi tidak boleh dibawa keluar, maksudnya kami masih boleh membuka dan membacanya ya? Ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua kita bercakap tentang ribuan pengundi yang dipindahkan masuk ke dalam semua kawasan Parlimen kami. Sudah tentu kalau boleh saya minta dengan jasa baik Tuan Yang di-Pertua, kami ada hak untuk membacanya kalau Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan kami bawa keluar, kami terpaksa akur. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita harus diberikan ruang untuk membaca Tuan Yang di-Pertua. Ini panjang, tidak mungkin kita boleh selesaikan dan saya bersama dengan ramai Ahli Parlimen, kita sertai proses bantahan.
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai saya faham.
Saya minta maaf terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, ini satu transformasi Parlimen di bawah Tuan Yang di-Pertua. Benarkan untuk kita menjalankan tugas kita.
Tuan Yang di-Pertua, keputusan Tuan Yang di- Pertua itu tidak munasabah, tidak munasabah.
Yang Berhormat yang sedang berdiri itu sila duduk dulu, duduk. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk dahulu.
Tidak munasabah. Sebab jikalau ada contempt of court, itu keputusan di mahkamah.
Saya faham Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu.
Tuan Yang di-Pertua tidak perlu buat ruling, tidak perlu buat ruling sebab kalau ada contempt of court apabila kes itu dibincang di mahkamah, itu keputusan mahkamah. Bukan keputusan di Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua.
Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat Gopeng. Dokumen atas meja, catat “Embargo”. Embargo ini supaya tidak terkeluar di khalayak ramai sana menjadi siaran akhbar. Macam mana Ahli-ahli Yang Berhormat boleh jamin kepada saya dia tidak terkeluar jikalau saya benarkan. Jikalau Ahli- ahli Yang Berhormat baca, untuk makluman sendiri dan memberi jaminan kepada saya bahawa ia tidak keluar, sudah pun di depan meja, Yang Berhormat Lembah Pantai ini terlampau dia telus, dia bagi tahu dia telah baca, depan sudah itu, depan, depan, sudah di depan. Sila teruskan Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua, ruling mengenai perkara ini...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh beritahu satu pandangan sahaja...
Duduklah Yang Berhormat!
There must be a democratic engagement. A process of engagement dengan pihak-pihak…
Rugi masa soalan, Tuan Yang di- Pertua.
Beginilah Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, rugi masa soalan ini!
Dengan adanya buku ini... [Menunjukkan senaskhah buku] Tanpa memberi peluang...
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat!
...Untuk pihak yang lain. There is so many expert outside who need to give opinion on this.
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk dulu Yang Berhormat. Kadang-kadang Yang Berhormat bukan senang hendak duduk di atas sini, kena memberi ruling. Kalau saya beri ruling, nanti ruling saya salah, tidak baik. Jadi telah disebut tadi embargo sehingga Rabu. Biar di situ dulu. Boleh feel, boleh pegang sehingga Rabu.
Jadi sekarang ini, selepas ini nanti, I will make sure, saya check dulu apa precedent dulu, boleh kah tidak dan sedemikiannya. Buat sementara waktu itulah ruling saya, jangan bawa pergi mana-mana, jangan keluarkan di press dan sedemikiannya. Kalau tidak, tidak adalah maknanya embargo itu. Kalau alasan untuk bawa keluar oleh kerana mahu baca, selepas itu boleh bahas, yang itu saya tidak boleh terima kerana saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat tahu soal pokok dan isu yang sebenarnya, apa nanti yang dibahas. Setiausaha teruskan, jangan lagi ganggu Mesyuarat. Sila teruskan...
Sejarah Parlimen Malaysia hari ini.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah jangka masa panjang kerajaan dalam menyediakan platform kepada pelajar-pelajar yang berkelulusan daripada pusat tahfiz selari dengan tuntutan keperluan menempuh alam pekerjaan dan adakah terdapat cadangan bagi membantu golongan pelajar-pelajar pusat tahfiz ini dikumpulkan bagi menyertai seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, semua institusi pendidikan agama termasuk sekolah-sekolah tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak adalah perlu berdaftar dan tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama atau undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa di negeri berkenaan. Hal ini selaras dengan ketetapan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan bahawa hal ehwal Islam adalah di bawah kuasa atau pihak berkuasa agama negeri dan pengurusan institusi tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dalam membantu usaha memperkasakan institusi tahfiz bagi menjamin masa depan lepasan tahfiz. Kerajaan telah memperkenalkan dan merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dengan mengambil kira kurikulum, model serta keperluan laluan kerjaya masing-masing. DPTN ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, telah pun disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja Kali Ke-247, pada 11 Oktober 2017 dan juga telah diputuskan di peringkat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang bersidang pada 28 Jun 2016, kali ke-61 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Terdapat empat kurikulum tahfiz yang diambil kira dalam merangka kurikulum ini, antaranya: (i) Tahfiz Turath dan Tahfiz Dini bagi menyediakan golongan ulama; (ii) Tahfiz Sains bagi persediaan melahirkan golongan huffaz profesional; dan (iii) Tahfiz dengan kemahiran bagi memberikan kemahiran dan juga asas-asas teknikal dan vokasional; Bagi tahfiz dengan kemahiran, kerjasama akan dijalankan dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti kolej komuniti, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), GIATMARA dan lain- lain agensi bagi melatih kemahiran kepada pelajar-pelajar tahfiz berkenaan. Pembentangan Bajet 2018, telah mengumumkan bahawa GIATMARA akan melaksanakan latihan kemahiran kepada para pelajar tahfiz bagi membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada mereka.
Selain itu juga, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengambil beberapa inisiatif termasuklah yang pertama, memberikan peluang kepada para pelajar lepasan tahfiz yang memenuhi syarat bagi menyambung pengajian di Darul Quran, JAKIM. Kedua, memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi para penghafaz Al-Quran persendirian atau swasta. Menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Darul Quran, JAKIM sejak tahun 2011. Sehingga tahun 2017, seramai 356 orang pelajar telah berjaya dan dianugerahkan Sijil Tahfiz Malaysia. Ketiga, memperkenalkan Skim Pembiayaan Tahfiz untuk membiayai pelajar-pelajar hafiz yang telah menghafal Al-Quran 30 juzuk untuk melanjutkan pengajian di universiti- universiti yang diiktiraf oleh kerajaan sama ada di dalam mahupun di luar negara pada tahun 2012. Sehingga tahun 2017, seramai 400 orang graduan berjaya di dalam pelbagai bidang yang dibiayai oleh skim ini. Keempat, menawarkan program diploma dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al- Quran seluruh negara. Sehingga kini, terdapat 14 buah Maahad Tahfiz Al-Quran negeri- negeri telah menandatangani memorandum persefahaman dengan JAKIM bagi melaksanakan Diploma Tahfiz Al-Quran yang telah melahirkan 2,288 orang. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diwujudkan pada 1 Jun 2011 adalah diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Ia bertujuan membantu para graduan lulusan sarjana muda ke atas yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama industri secara tanggungjawab sosial korporat (CSR). Walau bagaimanapun para pelajar tahfiz boleh mengambil manfaat dengan menghadiri Program Outreach SL1M 2018 yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Pelaksanaan program temu duga terbuka ini juga melibatkan pelbagai sektor syarikat dengan menawarkan ribuan peluang-peluang latihan dan pekerjaan yang terdiri daripada pelbagai peringkat kelulusan yang boleh memberikan manfaat kepada para pencari kerja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup lengkap. Pada September tahun lepas, kerajaan telah menyatakan cadangan untuk memperkenalkan Program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar tahfiz sebagai kemahiran tambahan kepada mereka untuk mampu membuka peluang pekerjaan kepada mereka setelah tamat Program TVET tersebut. Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian telah melakukan tinjauan atau kajian tentang sejauh manakah minat dan kecenderungan pelajar tahfiz terhadap pengajian TVET tersebut? Jika ada, apakah hasil daripada kajian dan tinjauan tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk mengalu-alukan rombongan daripada pertama, PIBG Sekolah Kebangsaan Danan Pasir Puteh, Kelantan dan juga daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar, sebagaimana yang saya maklumkan tadi, dalam pembentangan Bajet 2018 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan bahawa fokus untuk melahirkan pelajar-pelajar tahfiz ini yang bukan sahaja mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran tetapi juga bagi mereka yang berkecenderungan dan mempunyai minat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemahiran dan vokasional akan diberikan latihan dan akan diberikan tanggungjawab ini kepada GIATMARA yang bermula tahun ini. Jadi, baru sahaja bermula sudah tentulah adalah tidak adil untuk kita melakukan kajian pada peringkat awal permulaan ini. Akan tetapi di dalam konteks Dasar Pendidikan Tahfiz Negara sebagaimana yang saya maklumkan tadi, memang salah satu aliran yang kita ingin melahirkan huffaz ataupun penghafaz-penghafaz Al-Quran ini selain daripada mereka dipersiapkan untuk menjadi golongan agamawan sekiranya mereka berminat dalam aliran tersebut, mereka juga akan diberikan peluang untuk memilih sama ada dalam konteks profesional, sains, ataupun dalam rangka kurikulum kemahiran dan vokasional. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Walaupun dalam urusan agama ini ialah merupakan hak bidang kuasa kerajaan negeri. Cuma, persoalan saya ialah ada atau tidak nilai tambah yang perlu difikirkan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri terutamanya di dalam memperkenalkan untuk sekolah-sekolah tahfiz ini dari segi sudut kemahiran, pengurusan, kepimpinan dan usahawan. Bukanlah kita hendak- maksud dia ialah untuk supaya dia joint dengan TVET ataupun dengan N-BOS strategy dan sebagainya. Akan tetapi sekurang-kurangnya ada asas yang didedahkan kepada pelajar yang syllabus nya, muqarrarnya, dengan izin, dimasukkan sewaktu mereka belajar supaya mereka ini boleh hidup berdikari apabila tamat daripada pengajian. Mungkin mereka tidaklah kita katakan expert, macam mana pun sekurang- kurangnya ada asas mereka di samping mereka menjadi imam di kampung-kampung mereka juga boleh menjadi seorang usahawan, seorang yang boleh melakukan pengurusan dan kepimpinan yang baik. Minta pandangan daripada Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gantang. Sememangnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam tatkala membincangkan berkenaan dengan keperluan untuk kerajaan untuk memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Hasrat dan aspirasi kerajaan adalah untuk memastikan adanya nilai tambah seperti mana Yang Berhormat Bukti Gantang sebutkan tadi di kalangan para penghafaz Al-Quran kita. Bukan hanya sekadar berkemampuan dan menguasai penghafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu. Akan tetapi juga kita harus mengenali kecenderungan dan kekuatan yang ada pada setiap diri mereka supaya bukan sahaja mereka mampu untuk keluar ke dalam pasaran kerja dan bermanfaat kepada masyarakat tetapi mereka juga ingin kita kembangkan potensi yang ada pada mereka mengikut kecenderungan dan kekuatan masing-masing. Oleh sebab itu di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara seperti mana yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua. Kita merangka kurikulum yang mengambil kira empat teras utama. Pertama, kurikulum yang berasaskan turath dan dini. Ini kita ingin melahirkan mereka supaya bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi juga mempunyai kemahiran dalam agama. Ini kerana ada kecenderungan di kalangan masyarakat yang melihat bahawa apabila melihat mereka menghafaz Al-Quran, mereka ini boleh kita anggap sebagai ustaz dan mempunyai kemahiran dalam penguasaan ilmu agama. Belum tentu mereka menguasai usuluddin, syariah dan sebagainya. Aliran yang kedua dan kurikulum ini sedang kita rangka kan ialah kurikulum yang berorientasikan sains yang kita hasratkan untuk melahirkan golongan profesional. Kurikulum yang ketiga ialah yang bersifat profesional dalam pelbagai disiplin ilmu yang lain. Keempat, adalah kurikulum kemahiran yang kita akan melihat potensi mereka yang berkecenderungan dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional yang akan kita alirkan mereka kepada jurusan sedemikian. Apa yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tuan Yang di- Pertua, DPTN ini ataupun Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang kita pun sudah sembah maklum kepada Majlis Raja-Raja sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gantang sebutkan memang kuasa agama terletak di bawah Institusi Raja-Raja Melayu dan alhamdulillah Majlis Raja-Raja Melayu sudah pun memperkenankan untuk kita melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini dan kita selaraskan juga dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mana kita hasratkan dengan terlaksananya Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini. Negara mampu melahirkan pada tahun 2050, 125,000 huffaz yang menguasai pelbagai disiplin ilmu yakni huffaz profesional. Itu hasrat yang kita sama-sama impikan dan mudah-mudahan dengan kerjasama rakan-rakan daripada sana untuk kerajaan kita membangunkan huffaz yang bukan hanya menghafaz Al-Quran tetapi menguasai pelbagai disiplin ilmu.
Inilah nilai tambah yang kerajaan hari ini usahakan bagi terus memartabatkan Islam sebagai agenda negara sebagaimana Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Sekian, wassalamualaikum. Terima kasih.
2. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, peratusan air bersih terawat yang hilang atau non-revenue water, mengikut negeri. Apakah langkah-langkah kementerian untuk mengatasi masalah ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Kuala Kedah atas soalan telah dimajukan. Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya pencapaian non-revenue water, dengan izin, ataupun NRW di Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak 35.2 peratus berbanding 35.5 peratus pada tahun 2016. Antara langkah-langkah di ambil kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar purata air tidak berhasil ataupun NRW kepada 31 peratus sasaran kita menjelang akhir tahun 2020 meliputi tiga aspek utama seperti berikut. Pertama, pembiayaan modul CAPEX. Pengurusan NRW yang berkesan memerlukan pembiayaan modal ataupun capital expenditure (CAPEX), dengan izin, yang besar sama ada bagi menaik taraf atau membangun aset-aset air, penggantian paip air, penggantian meter air, pewujudan district metering zone (DMZ) dan sebagainya. Bagi negeri- negeri yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri bekalan air CAPEX disediakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berdasarkan pendekatan bill and list. Sehingga tahun 2017 PAAB telah membelanjakan RM3.46 bilion untuk tujuan ini. Kedua, intervensi langsung Kerajaan Persekutuan melalui program pengurangan NRW. Program NRW kebangsaan yang pertama kali diadakan secara menyeluruh akan dilaksanakan dalam dua pendekatan. Di bawah pendekatan satu, kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan geran sebanyak RM535.5 juta bagi membantu tujuh operator air di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perlis, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mencatat kadar NRW melebihi melepasi 40 peratus. Di samping itu, dua projek perintis di Pekan, Pahang dan Kota Marudu, Sabah telah dilaksanakan pada Disember 2017 dan tempoh penyiapan selama 24 bulan. Skop kerja melibatkan kerja-kerja khusus seperti pemasangan meter, system input volume (SIV), dengan izin, yang baru, penggantian meter pengguna yang rosak dan berusia lebih tujuh tahun, pembaikan tangki-tangki air yang bocor dan penyediaan geographic information system (GIS), dengan izin. Di bawah pendekatan dua pula, kerajaan menyediakan geran sepadan ataupun, dengan izin, matching grant ringgit to ringgit dengan peruntukan antara RM50 juta sehingga RM80 juta setahun bagi insentif kepada syarikat-syarikat air untuk mengurus NRW secara berkesan. Ketiga, pemantapan kawal selia iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut memainkan peranan dalam pengurusan NRW melalui pemantapan kerangka kawal selia seperti berikut: (i) penetapan NRW dalam petunjuk prestasi utama KPI pelan perniagaan operator air dengan tumpuan penilaian kepada sasaran peratusan pengurangan NRW, kehilangan fizikal, bilangan meter pengguna rosak kurang daripada tiga peratus dan Infrastructure Leakage Index (ILI); (ii) pengauditan operasi NRW operator air dengan fokus kepada aspek pelaksanaan pengawalan dan pemantauan terhadap komponen, pengurusan program NRW, ketepatan data, pengawalan NRW, pengesahan dan pembaikan kebocoran dan juga prestasi NRW; (iii) penguatkuasaan ke atas kes kecurian air dengan kerjasama operator-operator air; dan
(iv) mengawal kualiti bahan dan produk setiap kelengkapan peranti bahan sistem dan kemudahan mematuhi standard yang diiktiraf, berkualiti dan berdaftar dengan SPAN bagi mengurangkan kebarangkalian berlakunya paip bocor ataupun pecah. Tambahan daripada itu, pengukuhan modul insan dan kompetensi tenaga kerja selaras dengan kehendak seksyen 49 Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). SPAN telah menjalankan kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten dalam pengurusan NRW. Terima kasih.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan. Saya ada soalan yang berkaitan dua soalan. Pertamanya kita tahu benar bahawa NRW ini satu isu besar dan tidak guna kita buat empangan yang baik, loji yang besar kalau airnya bocor. Soalan saya ialah sejak daripada awal tahun 2002, saya ada membaca tentang isu NRW ini. Akan tetapi mengapa ia berlarutan hingga sekarang dan apakah target ataupun matlamat kementerian- jangka masanya bila isu ini akan diselesaikan, itu pertama. Kedua, khusus negeri Kedah negeri saya kerana masalah airnya sangat serius. Di manakah masalahnya tentang NRW yang tidak berjaya dikurangkan. Adakah dengan Kerajaan Persekutuan masalahnya ataupun dengan kerajaan negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Ya, sememangnya- apakah NRW ini telah berterusan? Seperti mana yang saya sentuh kan tadi, satu sistem dan satu pendekatan yang telah terbukti berkesan adalah migrasi kepada Akta 655 di mana tanggungan kerajaan-kerajaan negeri itu dari segi pinjaman akan terus diambil alih oleh pihak daripada Kerajaan Pusat dan dengan itu dia menjadi kita panggil asset light supaya mereka boleh fokuskan kepada pembekalan air. Mengikut data-data semenjak tahun 2008, tahun 2009 sehinggalah tahun 2016, sememangnya tiada negeri yang telah berjaya mengurangkan NRW secara mendesak kecuali beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka- okey, Negeri Sembilan pun masih tinggi juga. Ya, Pulau Pinang kerana dia inherited daripada Barisan Nasional negeri dulu, mantan mendiang menteri push a lot of the peruntukan di situ, so you cannot really claim on his work lah. It is a lot of the peruntukan daripada pusat. Tetapi lain daripada itu, negeri keseluruhan Malaysia lebih 35.2 peratus. Dan seperti mana yang saya katakan tadi, program yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat untuk memberikan kepada tujuh operator itu berdasarkan kepada fakta, dengan izin, you cannot leave it to the state to mengurangkan NRW kerana menggunakan CAPEX yang tinggi dan mereka yang sudah migrate kepada WSIA pun masih struggling. Seperti mana yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, no use to have Federal Government, Kerajaan Pusat memberi peruntukan besar untuk bina empangan tetapi empangan penuh dengan air hanya untuk Menteri Besar Selangor pergi buang campak pegawai masuk. Itu pun kejam sekalilah. Kalau kami di Sabah, empangan itu tempat pancing ikan ada guna daripada buang orang ya. But he doesn't understand the concept. Water in empangan is not water for the household. Margin depends on berapa you proses, berapa sampai ke rumah masing-masing. Simple as that. Dan zero margin untuk Selangor walaupun dengan 10 to 15 percent over loading, maka there is tiga percent untuk- tetapi tidak mencukupi untuk keperluan. Itu sepertinya. Jadi, itulah tujuan dua pendekatan itu. Satu ialah grant outright seperti mana yang saya katakan tadi. Kedua, matching grant. If you reduce your- seperti mana yang ditetapkan dalam KPI, then one dollar for dollar mengikut peruntukan yang saya telah sentuhkan tadi.
Kita telah mengagihkan misalnya untuk negeri-negeri ini, Perlis RM50.8 juta, Kedah RM44.7 juta, Pahang RM87.43 juta, Kelantan RM69.63 juta- semua ini ya- Sarawak RM70.74 juta. Sabah ini teruk, 52 peratus. Maka memerlukan peruntukan geran 171 kerana dahulu Yang Berhormat Semporna tidak attack NRW. Walaupun banyak KKLW punya peruntukan untuk bekalan tetapi NRW tidak dibekal. So, dia di antara 52 peratus leakage tidak sampai ke rumah-rumah penduduk. Labuan RM13 juta dan seterusnya yang lain itu nanti. Kita berharap dengan tindakan ini dia akan berkesan jangka panjang dan pada masa yang sama kerajaan negeri yang migrate kepada WSIA itu seperti Selangor yang sangkut dengan pengambilan alih SPLASH, maka kita tidak boleh buat apa-apa lebih daripada yang telah kita laksanakan setakat ini. So begitu, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya faham kalau negeri besar rakyat ramai, paip panjang, water condition density, dengan izin, akan rendah, sudah tentu unit kosnya tinggi. Pahang, Sabah, Sarawak contohnya tetapi kawasan contoh yang high dense populated macam Lembah Klang tujuh juta, sepatutnya kita mempunyai water distribution yang tinggi dan unit kos lebih rendah. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, NRW ini ada satu lagi perkara lagi yang saya sebut, kapasiti kena, tambah NRW kena kurangkan. Seiring. Kalau soalan kata kenapa hendak tambah empangan, saya rasa tidak berapa tepat. Kita kena tambah kapasiti dan juga reduced NRW. Cuma saya hendak tanya, NRW ini ada dua. Satu, physical loss. Dan satu lagi, apparent loss. Physical loss ini leakage dan sebagainya tetapi saya lihat di Malaysia, average 36.6 percent itu, 20 percent is physical loss and another 15 percent ialah kepada apparent loss. Makna dia kecurian. Apakah kementerian mencadangkan melihat faktor kecurian ini dikurangkan supaya kita punya NRW average will be reduced, dengan izin? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Memang betul itu. Daripada figure yang saya telah katakan tadi, sejumlah 35.2 keseluruhan peringkat negara dan kalau Semenanjung Malaysia 33.6, sejumlah kira-kira 70 peratus itu pada saat kajian kita, itulah fokus daripada pendekatan pertama itu supaya district metering dan SIV yang dipasang adalah untuk mengenal pasti secara terperinci physical loss. Akan tetapi sememangnya sebahagian itu atau yang lain itu adalah losses yang bukan fizikal seperti mana Yang Berhormat telah sentuh kan. Dalam hal ini, pihak operator- operator dan negeri-negeri hendaklah bekerjasama kerana pencurian tidak kurang daripada- mengikut kajian yang ada, 15 sehingga 20 percent daripadanya adalah kecurian. Ini terjadi di kawasan-kawasan setinggan dan juga di tempat-tempat yang terpencil. Dalam hal ini, operator bagi mereka yang telah migrate kepada WSIA perlu bekerjasama dengan pihak SPAN dari segi ketepatan dari segi perundangan-perundangan yang sedia ada. Di peringkat negeri pula, saya rasa ini kerja-kerja JKK dan pihak pemimpin- pemimpin tempatan untuk bekerjasama dengan pihak operator negeri supaya keseluruhan pencurian ini boleh dikurangkan kerana ini impaknya adalah, satu, kurang pendapatan. Antaranya Pahang lah yang begitu dependent kepada Kerajaan Pusat dan memang juga 20 tahun tidak pernah semak dia punya tarif. Jadi, impaknya keseluruhan. Jadi perlu kerjasama semua pihak. Satu, antara operator dan SPAN bagi mereka yang telah migrate dan saya rasa di peringkat negeri yang belum migrate kepada WSIA, dengan operator negeri bersama dengan pemimpin masyarakat dan memanglah Exco yang bertanggungjawab dengan air di peringkat negeri. Mudah-mudahan dengan semua kerjasama, saya yakin kita boleh capai 31 percent, satu percent satu tahun untuk mengurangkan kadar NRW itu. Terima kasih. Yang Berhormat Kepong senyum-senyum di sana.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah halangan-halangan yang terbesar untuk mengatasinya?
Tadi saya telah sentuh kan. Pertama, mengurangkan NRW ini perlukan kewangan yang besar dan dia tidak ada impact immediate secara berterusan. Itulah di bawah sistem WSIA atau restructuring itu ialah di mana negeri-negeri ini dan operator migrate kepada negeri-negeri di bawah rejim Akta 655 supaya- kerana banyak mereka ini tidak ada duit untuk buat CAPEX di peringkat negeri. Maka apabila mereka ini migrate, hutang-hutangnya itu diambil alih oleh Kerajaan Pusat melalui dengan PAAB. Maka dengan itu, dia akan concentrate, dengan izin, on managing water supply as well as the distribution. Akan tetapi, tanggungan loan-loan dipegang oleh Kerajaan Pusat, dan di bawah itu PAAB akan beri allocation mengikut perancangan negeri untuk tujuan CAPEX termasuk NRW. Saya katakan tadi, laporan yang saya telah terima baru-baru ini pun hampir jumlah keseluruhan yang telah di spent oleh pihak PAAB untuk tujuan ini adalah RM8 bilion semenjak itu. So that’s the one. CAPEX menggunakan penggunaan itu. Kedua, sustainability. It cannot be achieved dalam masa yang pendek, Tuan Yang di-Pertua, tetapi sasaran kita mesti kurang satu peratus satu tahun dan sasaran kita mudah- mudahan tahun depan adalah 31 peratus. Negeri-negeri yang lain- tadi Yang Berhormat Kota Tinggi juga, fahamlah Yang Berhormat Kepong. Negeri yang kuotanya itu di bandar saja senang sikit untuk mengurus tetapi bagi negeri-negeri yang bukit bakau itu, distribution cost begitu tinggi dan mahu trace untuk leakages bukan senang.
Akan tetapi I think it can be done. Saya yakin bahawa kita boleh cakap bahawa kita achieved satu tahun pengurangan NRW satu percent untuk satu tahun asal semua kerjasama. Terima kasih.
3. Dato' Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah perancangan pihak kementerian dalam usaha memperkasakan pembangunan pusat pembelajaran sains, kejuruteraan dan matematik (STEM) agar generasi muda TN50 dapat bergerak seiring dengan perubahan teknologi semasa menjelang Revolusi Industri 4.0.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap berkenaan dengan TN50 dan juga fourth industrial revolution, kita tidak boleh lari dari bercerita berkenaan dengan pendekatan STEM. Ini adalah tiga perkara yang perlu digabungkan untuk mencapai wawasan negara. Sebagai menyokong usaha penyediaan bakal STEM berkemahiran tinggi- kita cerita STEM berkemahiran tinggi. Kita telah mengamalkan STEM ini lama tetapi ini kita cerita tentang berkemahiran tinggi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2018 telah mengumumkan peruntukan untuk penubuhan Pusat STEM yang bertujuan untuk memartabatkan bidang STEM di negara ini melalui program pembangunan profesional berteraskan kepada guru-guru STEM, perkongsian pintar dan perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran serta sebagai pusat koordinasi program-program pemupukan kesedaran dan pembudayaan STEM di negara ini. Inisiatif ini merupakan kolaborasi melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS) di antara Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi melalui Akademi Sains Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu penubuhan Pusat STEM Nasional melibatkan pelaksanaan empat inisiatif utama iaitu, pertama, menyediakan Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk melatih guru-guru pakar dalam bidang STEM melalui kaedah pembelajaran terkini serta mengetengahkan teknik inquiry-based science education (IBSE). Selain dari itu, modul yang dibangunkan bagi latihan CPD juga akan turut mengambil kira perkembangan teknologi semasa seperti internet of things dan juga machine learning.
Kedua, Program Kesedaran dan Pembelajaran STEM untuk meningkatkan literasi STEM di setiap peringkat masyarakat. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan peningkatan pengetahuan masyarakat termasuk generasi muda TN50 yang seperti saya kata daripada awal tadi, mengenai perkembangan teknologi terkini yang selari dengan Fourth Industrial Revolution (4IR). Ketiga, pelaksanaan penilaian pemantauan yang berterusan terhadap impak inisiatif dan polisi STEM yang dilaksanakan di bawah Pusat STEM Nasional. Penilaian dan pemantauan ini dapat ia mengenal pasti jurang dan intervensi yang bersesuaian untuk memastikan inisiatif dan polisi STEM yang bersesuaian ke arah menyokong pembangunan bakat yang selari dengan keperluan fourth industrial revolution. Keempat, sumber rujukan STEM yang menyediakan sumber rujukan STEM yang lengkap dan terkini dalam bentuk digital dan juga fizikal. Sumber rujukan ini bukan sahaja berguna untuk guru-guru STEM bagi pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik di sekolah malah dapat menjadikan rujukan generasi TN50 mengenai pengetahuan berkaitan teknologi terkini termasuk teknologi berkaitan dengan Fourth Industrial Revolution (4IR). Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) melalui kaedah inquiry-based science education (IBSE) telah melibatkan seramai 112 guru STEM, dua pegawai pendidikan daerah dan 43 buah sekolah dari seluruh negara. Apabila Pusat STEM ini siap kelak, dijangka akan memberi manfaat kepada 138 guru-guru STEM dan lebih daripada lima juta pelajar di Malaysia di mana guru-guru akan mendapat Latihan Pembangunan Profesional Berterusan bagi membangunkan bakal-bakal STEM yang diperlukan untuk negara. Dalam pelaksanaan inisiatif Pusat STEM Nasional ini, ia diharapkan dapat membantu inisiatif kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang STEM dalam mengharungi taburan Revolusi Industri 4.0 seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan hendak mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi. Saya hendak memuji langkah yang dibuat oleh kementerian terutamanya dalam kaedah pendidikan sains berasaskan inquiry yang telah Yang Berhormat nyatakan dalam jawapan Yang Berhormat. Jadinya soalan tambahan saya berkaitan dengan ini pula adalah bagaimanakah Yang Berhormat melihat keberkesanan Pelan Tindakan STEM Bersepadu ini yang digubal oleh pihak kementerian sendiri dalam membentuk satu masyarakat yang berkemahiran dan juga celik STEM? Sejauh mana kementerian menyiapkan masyarakat terutamanya generasi TN50 agar mereka bersedia untuk menuju ke arah science entertainment di masa akan datang? Terima kasih.
Nampaknya soalan daripada Yang Berhormat Parit Sulong ini dia betul-betul buat homework sebenarnya. Ini soalan ini agak akademik soalan ini dan saya perlu menjawab juga dengan kaedah akademik juga. Jadi sebenarnya apabila kita cerita tentang Pelan Tindakan Strategik Sains ini, ini ialah inisiatif bersama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama pelbagai pihak khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi. Kita kena bergabung nanti. Kita sebenarnya dalam peringkat hendak memuktamadkan Pelan Strategik Sains Teknologi dan Kejuruteraan Matematik (STEM) Nasional tahun 2018 sampai tahun 2025. Sedang ada sedikit lagi yang perlu diselaraskan. Pelan ini bertujuan untuk melaksanakan strategi dan inisiatif yang telah dikenal pasti bagi meningkatkan bilangan pelajar mengikuti STEM dan memilih kerjaya berkaitan dengan STEM. Ini dia punya tugas utama dia. Kita hendak kena cari mereka yang berbakat menuju di situ. Pelaksanaan pelan ini, seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi, merupakan gerakan menyeluruh dan bersepadu dengan penglibatan semua pihak iaitu kerajaan, guru, komuniti, industri dan ibu bapa. Kita telah mengadakan dialog perbincangan dan akhirnya kita sedang memuktamadkan.
Pelan ini memberi penekanan holistik dari peringkat permukaan hingga ke pemerkasaan bakal STEM yang melibatkan tujuh bidang fokus seperti mana yang ditekankan
(i) pemupukan kesedaran; (ii) peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran; (iii) pengukuhan infrastructure dan facility; (iv) pembudayaan penyelidikan pembangunan inovasi pengkomersialan dan keusahawanan; (v) peluasan peluang kerjaya; (vi) pengharmonian data; dan (vii) pemerkasaan kerjasama strategik. Pada masa ini, MOSTI sedang mengharmonikan pelan tersebut berdasarkan ulasan dan pandangan daripada Majlis Profesor Negara sebelum dibentangkan kepada Majlis Sains Negara yang akan datang. Namun demikian, usaha untuk menggerakkan inisiatif yang telah dirangka telah pun mula dilaksanakan oleh kementerian-kementerian peneraju dan juga pelaksana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, menurut Laporan Sains yang dikeluarkan oleh Akademi Sains Malaysia, kita agak terkejut apabila misalnya pelajar sains untuk SPM, negara menyasarkan 270,000 pelajar tetapi buat waktu sekarang, kalau mengikut kajian, kita hanya baru mencapai 90,000 pelajar. So, it is about 30 percent sahaja, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Daripada segi tenaga kerja, workforce negara-negara seperti Singapura, Jepun, Amerika Syarikat telah pun mencapai 30 peratus. Malaysia masih lagi tiga peratus. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian, selain daripada yang telah disebut tadi, adakah tidak satu unjuran ataupun kajian dijalankan berdasarkan effort ataupun usaha-usaha yang dibuat dan apakah kita telah berjaya mencapai sasaran yang telah kita tetapkan? Dalam masa yang sama, apakah kerajaan menyediakan satu pelan tindakan yang komprehensif agar talent mereka yang berkemahiran dalam bidang ini dapat dijaga supaya mereka tidak keluar apabila mendapat peluang yang lebih baik? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apabila cerita tentang bidang sains, kita sebenarnya mempunyai target iaitu pada tahun 2020, kita hendak target untuk kita ada nisbah yang perlu yang telah kita uar-uarkan banyak kali iaitu pengajian sains dan sastera ini kepada 60 kepada 40. Kita berdasarkan kepada nisbah yang kita telah tetapkan sejak lama dahulu, 60:40 ya.
Jadi kalau kita tengok kita bercerita fasal STEM, kita bercerita fasal Sains, purata pelajar dalam bidang STEM pada tahun 2017 seperti mana yang diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini, kita dapat maklumat daripada Kementerian Pendidikan pada tahap 45.7 berbanding dengan 54.3. Bermakna tahap dia hampir daripada perbandingan- dulu sudah sampai 54 tapi ia menurun kepada 53. Jadi kita tengah usahakan seperti yang kita cakap tadi dalam jawapan asal saya kerana kita mesti lihat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan usaha yang bersepadu daripada semua pihak perlu diadakan memandangkan permohonan STEM menerusi pendidikan memerlukan masa yang panjang untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Tadi saya sudah ulaskan dengan lebih lanjut apa yang kita lakukan. Tapi kalau kita tengok inisiatif yang kita buat ini sebenarnya, terlalu banyak. Kita buat aktiviti hampir setiap hari, meningkatkan minat kesedaran di kalangan pelajar dalam bidang STEM, menyediakan melengkapkan keperluan bakat bagi memenuhi permintaan industri dan pekerjaan pada masa hadapan, melahirkan modal insan yang kompeten dan membantu meningkatkan daya saing negara, menjadikan STEM sebahagian daripada gerakan sains kebangsaan.
Jadi ini adalah sebahagian usaha yang kita lakukan, selain daripada yang dilakukan oleh NGO, dilakukan oleh Akademi Sains, Kementerian Sains. Gerakan itu membawa fokus kepada 60-40 dan kita percaya ini dapat dicapai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya panggil Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan nombor 4, ada perkara yang perlu saya beritahu dulu iaitu mengenai dengan soal embargo. Di mana beberapa orang Ahli Yang Berhormat tadi berdiri, bertanya sama ada boleh dibawa keluar, boleh baca dan sedemikiannya. Jadi apabila saya merujuk Peraturan Mesyuarat 95A, ia tidak menyebutkan bahawa tidak boleh dibawa keluar. Jadi saya puas hati bahawa saya ada punya discretionary matters in here iaitu boleh bawa keluar tetapi menurut Peraturan Mesyuarat 95A, tidak boleh disiarkan dengan apa cara sekalipun. Jadi kalau nanti apa yang terkandung dalam dokumen itu tersiar dengan apa cara sekalipun, maka pihak yang menyiar itu akan dianggap sebagai melanggar Peraturan Mesyuarat 95 iaitu menghina Majlis. Jadi saya nampak Yang Berhormat Seputeh tadi sibuk baca dokumen itu kerana dia mahu tahu. Kita tidak boleh bawa keluar tapi sekarang ini boleh bawa keluar tetapi jangan disiarkan. Okey, Yang Berhormat Seputeh boleh relaks, Yang Berhormat Batu saya pun nampak boleh relaks,Yang Berhormat Bukit Gantang pun boleh relaks.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Pasir Mas. Silakan.
4. Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, keupayaan sektor pertanian untuk menampung keperluan negara ini dan usaha-usaha yang dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor import.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, keupayaan sektor pertanian untuk menampung keperluan negara ini boleh diukur dengan tahap sara diri, dengan izin, self-sufficiency level (SSL). SSL terkini bagi komuniti agromakanan terpilih adalah seperti berikut: (i) beras - 70.3 peratus; (ii) buah-buahan - 79.5 peratus; (iii) sayur-sayuran - 48.6 peratus; (iv) ikan - 95.2 peratus; dan (v) daging lembu dan kerbau – 23 peratus. Kekurangan pengeluaran tempatan bagi memenuhi permintaan dalam negara juga ditampung melalui import bagi bahan makanan yang tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara seperti buah-buahan dan sayur-sayuran temperate, gandum, gula dan sediaan gula. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan import adalah: (i) membangunkan empat kawasan pembangunan pertanian bersepadu, IADA iaitu di Pekan, di Rompin, Pahang, di Batang Lupar, Sarawak dan Kota Belud, Sabah sebagai jelapang padi negara yang baru; (ii) melaksanakan projek berimpak tinggi seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur, ladang kontrak dan pembangunan usahawan asas tani;
(iii) melaksanakan pelbagai projek agromakanan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi seperti akuakultur, rumpai laut, sarang burung walet, produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan proses premium melalui Program Bidang Utama Ekonomi Negara, dengan izin, NKEA; (iv) menggalakkan penggunaan varieti padi sah yang baharu seperti Siraj 297 dan MR 269 yang berhasil tinggi dan rintang penyakit terutamanya di kawasan yang mudah terdedah kepada penyakit; (v) mempergiatkan Program Agropreneur Muda bagi menggalakkan usahawan muda dalam bidang pertanian; (vi) membangunkan industri jagung bijiran bagi menangani import bahan makanan untuk ternakan di lokasi-lokasi berpotensi seluas 700 hektar bagi peluasan projek perintis jagung bijiran bagi tahun 2017; dan (vii) membangunkan industri tenusu melalui Program Pembiakbakaan Tempatan bagi mengurangkan import susu dan hasil tenusu, permohonan usahawan tenusu berskala besar serta transformasi penternak berskala kecil. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang agak detil dan saya yakin bahawa ada usaha yang baik daripada pihak kerajaan. Kita setuju bahawa keselamatan makanan negara banyak bergantung kepada keupayaan negara untuk menghasilkan makanan sendiri berbanding kebergantungan kita kepada sumber eksport. Akan tetapi saya lihat masih tidak ada perseimbangan di antara pertanian industri ataupun tanaman komoditi berbanding dengan tanaman makanan. Di mana kita boleh berbangga bahawa pertanian industri kita ini kita sebagai pengeksport sawit yang hebat, getah yang hebat. Akan tetapi kita agak defisit dengan tanaman makanan negara ini. Kita mengimport sehingga RM43 bilion dengan defisit atau kekurangan dalam dagangan sebanyak RM18 bilion. Jadi saya harap kerajaan akan terus memberi perhatian yang lebih kepada sektor tanaman makanan ini. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan isu pemanasan suhu global yang semakin ketara yang boleh menjejaskan sektor pertanian negara. Ketika ini peningkatan suhu berlaku 0.2 darjah celcius dalam tempoh 10 tahun. Ia pastinya menjejaskan kehidupan tanaman dan ternakan yang banyak bergantung kepada suhu sebagai faktor kehidupan. Negara kita pernah mengalami kerugian sehingga RM50 juta akibat banjir dan kemarau. Soalan saya apakah kajian dilaksanakan dan langkah-langkah diambil bagi memastikan kesan minimum ke atas sektor pertanian yang boleh terjejas akibat isu pemanasan global ini dan saya mohon satu soalan lagi Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan tanaman jagung tadi, apakah kerajaan berhasrat untuk turut mengadakan stok penimbal ke atas bekalan jagung negara sebagaimana bekalan beras bagi memastikan keselamatan bekalan jagung yang merupakan sumber makanan ayam. Bagi mengelakkan kenaikan harga ayam di pasaran akibat kenaikan harga makanan ayam tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Ya, kita tidak dapat lari daripada kesan global warming seperti negara-negara yang lain dan sudah tentu kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian membuat banyak kajian. Misalnya untuk mengadakan satu varieti benih yang baru yang mana ia tahan lasak sama ada kena banjir sehari dua dan sebagainya dan juga akibat penyakit-penyakit yang datang, akibat ini global warming ya.
Mengenai stok jagung bijiran ini, pada tahun 2017 kita telah bermula dengan projek perintis di 10 buah negeri dan kita telah berjaya mengeluarkan beratus tan jagung bijiran. Memang kita akui dari segi SSL, daging ayam misalnya, kita mencapai lebih 100 peratus.
Akan tetapi hampir semua makanan untuk ruminan kita ini, untuk poultry kita diimport. Jadi, dengan itu kita telah bermula dengan program untuk memperkenalkan dan mempromosikan tanaman jagung berjiran. Cadangan untuk mengadakan stok adalah baik tetapi setakat ini kita tidak ada masalah langsung untuk membeli makanan, untuk stok makanan poultry kitalah. Jadi, kita ambil maklum cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat dan sekiranya perlu, kita akan mengadakan stok yang perlu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bila kita melihat tentang sektor pertanian untuk menampung keupayaan negara ini dan saya hendak ucapkan tahniah sebenarnya kepada kementerian kerana telah berjaya mewujudkan empat lagi jelapang padi. Akan tetapi kita juga berfikir tentang jelapang padi yang ada ini untuk mewujudkan kecukupan dalam makanan negara ini, kita pun tingkatkan hasil. Adakah kerajaan bersedia, umpamanya untuk meneliti masalah-masalah yang timbul seperti pengawalan benih padi yang tulen, mewujudkan taskforce untuk collaborate dengan semua agensi untuk observe precision farming? Adakah kerajaan bersedia untuk memperbaiki infra seperti longkang dan parit yang lebih baik seperti yang ada di Barat Laut Selangor? Dengan ini, yield ataupun hasil akan meningkat dan akan dapat menampung keupayaan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas soalan tambahan. Kita memang sentiasa membuat kajian untuk menambah baik prestasi keupayaan kita di jelapang-jelapang padi yang lama. Kita juga mengadakan penyelenggaraan setiap tahun dan untuk menambah baik keadaan. Mengenai benih padi yang sah, mungkin pada suatu ketika kita ada sedikit masalah. Akan tetapi saya difahamkan sudah selesai dan kita sekarang sudah tidak ada masalah lagi untuk membekal benih padi yang sah kepada pesawah-pesawah kita yang ada di jelapang-jelapang padi yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
5. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, negara manakah pembeli getah terbesar dari Malaysia. Apakah kementerian berusaha mencari pasaran baru supaya harga getah lebih baik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Pendang atas soalan. Pada 2017, negara China merupakan destinasi eksport terbesar getah asli negara iaitu sebanyak 870,000 tan yang merupakan 73 peratus daripada jumlah eksport negara sebanyak 1.194 juta tan. China bukan sahaja pengimport terbesar getah asli Malaysia, malahan turut merupakan negara pengguna getah asli terbesar dunia yang menggunakan hampir 40 peratus dari jumlah keseluruhan penggunaan getah asli dunia. Selain China, Malaysia turut mengeksport getah asli ke segenap pelosok dunia. Kementerian bersama Lembaga Getah Malaysia dan Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) serta pemain industri secara aktif mengadakan misi dagangan dan teknikal bagi mempromosikan getah Malaysia dan barangan getah untuk mengembangkan syer pasaran Malaysia di pasaran-pasaran antarabangsa yang berpotensi seperti Iran yang merupakan negara pengimport ketiga terbesar getah asli Malaysia dan merupakan pasaran automotif terbesar di Timur Tengah. Tuan Yang di-Pertua, seperti komoditi lain, harga getah ditentukan oleh penawaran dan permintaan di pasaran global. Malaysia membekal kira-kira 5.5 peratus dari jumlah pengeluaran getah dunia. Oleh itu, Malaysia secara bersendirian tidak boleh mempengaruhi harga getah dunia. Di peringkat domestik, bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil getah, kerajaan telah melaksanakan insentif pengeluaran getah (IPG).
IPG akan diaktifkan apabila purata harga bulanan SMR20 pada bulan sebelumnya adalah kurang daripada RM5.50 sekilogram atau harga di peringkat ladang untuk getah sekerap adalah di bawah RM2.20 sekilogram. Di peringkat antarabangsa, Malaysia bersama negara-negara pengeluar utama lain seperti Thailand, Indonesia, sentiasa bekerjasama melalui International Tripartite Rubber Council (ITRC) dalam usaha menstabilkan harga getah ke tahap yang lebih baik untuk dinikmati oleh para pekebun kecil getah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Untuk menstabilkan harga getah, pertamanya apakah usaha-usaha kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kegiatan hiliran, downstream activities Kedah di dalam negara bagi meningkatkan harga getah? Kedua, apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2000 yang lalu dan usaha promosi pemasaran getah dan produk getah di serata dunia? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Pendang. Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan yang dihadapi oleh rakyat, khasnya pekebun-pekebun kecil getah. Kerajaan berusaha untuk memastikan harga getah terus stabil dan banyak usaha yang dilaksanakan untuk tujuan ini. Satu daripadanya ialah penggunaan getah di dalam negara. Dengan cara mengguna getah di dalam negara, maka kita boleh memastikan menstabilkan harga getah. Satu daripada penggunaan getah yang digunakan, yang sentiasa sekarang ini sedang diusahakan ialah rubberised road iaitu membina jalan menggunakan getah. Sekarang ini kita tahu baru-baru sahaja dilancarkan pembinaan lapangan terbang di Melaka, di Sungai Rambai. Di Sungai Rambai ini ia menggunakan getah untuk membina lapangan terbang. Jadi, ini adalah usaha yang baik sebabnya dengan penggunaan getah, maka harga getah akan menjadi stabil. Oleh sebab kita menggunakan banyak dan oleh sebab kita yang menggunakannya, maka kita boleh kawal harga getah. Banyak lagi usaha lagi yang telah dilaksanakan. Saya juga berkesempatan untuk melawat ke TARRC di London, di mana Lembaga Getah mempunyai pusat kajian di sana, research institute di London. Mereka juga menghasilkan banyak hasil-hasil kajian mereka. Mereka bekerjasama dengan syarikat tayar Continental. Kajian mereka akan digunakan oleh- banyak sudah kajian-kajian mereka ini telah digunakan, dipasarkan oleh syarikat tayar Continental. Jadi, ini juga caranya adalah untuk memastikan harga getah itu naik dengan penggunaan-penggunaan sama ada di dalam negara dan juga di luar negara. MREPC adalah satu badan yang ditubuhkan di bawah Lembaga Getah iaitu tujuannya untuk mempromosikan penggunaan getah. Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysian Rubber Export Promotion Council ialah mereka mempromosikan penggunaan rubber gloves di seluruh dunia. Rubber gloves banyak, berbagai-bagai rubber gloves, digunakan untuk bidang electrical. Ada juga digunakan di hospital-hospital tetapi hasil penjualan rubber gloves ialah dengan dipromosikan oleh MREPC ini ialah kita adalah penjual, pengeksport rubber gloves yang terbesar di dunia. Jadi, ini adalah satu pencapaian yang amat baik sebabnya bukan sahaja kita penjual ataupun pengeksport rubber gloves terbesar di dunia tetapi juga pengeksport rubber gloves yang berkualiti yang bersaing dengan rubber gloves yang dikeluarkan oleh negara-negara lain.
Jadi, memang banyak lagi usaha kerajaan yang telah dipromosikan oleh MREPC ini dan kita mengharapkan usaha ini diteruskan supaya getah daripada Malaysia ini akan mendapat permintaan daripada seluruh dunia. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya teringat di masa lampau, kementerian dan juga kerajaan menguar-uarkan penyelidikan untuk mempertingkatkan kegunaan rubberized road seperti mana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Apakah sebenarnya, kita tahu tetapi Yang Berhormat Menteri kata tadi sudah pun dilaksanakan tetapi saya tengok on a very, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, small scale, tidak menyeluruh. Saya percaya dengan pembinaan jalan raya-jalan raya expressway yang ada di negara kita pada hari ini, kalau benar-benar kita laksanakan rubberized road yang saya difahamkan adalah lebih baik daripada jalan biasa. Rubberized road ini maknanya agregat itu dicampurkan dengan sedikit getah atau rubber untuk dijadikan jalan yang baik. Itu nombor satu. Nombor dua, saya tak tahu apakah peranan RRI iaitu Rubber Research Institute. Adakah penemuan-penemuan baru yang dicapai oleh RRI? Jika ada, apakah peranan atau fungsi RRI kini kerana nampaknya senyap seribu bahasa? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu adalah satu soalan yang baik, berhubung dengan rubberized road. Sebenarnya kajian demi kajian telah dibuat. Fungsi MPIC, fungsi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi adalah untuk membuat kajian tetapi sama ada rubberized road itu boleh dipakai atau tidak adalah tanggungjawab JKR, Kementerian Kerja Raya. Dia yang membuat keputusan. Sebenarnya kajian kita sebetulnya memang telah selesai dan kita mengharapkan Jabatan Kerja Raya akan membuat keputusan supaya mewajibkan semua jalan yang dibina di seluruh Malaysia ini akan menggunakan rubber, getah. Sebabnya kita tahu bahawa setiap satu kilometer jalan raya akan menggunakan 4.2 tan getah cup lump. Jadi ini sebenarnya kesannya amat sangat baik kepada pekebun-pekebun kecil yang menghasilkan cup lump. Jadi alangkah besarnya penggunaan getah sekiranya Pan Borneo Highway itu menggunakan rubber. Jadi kita tahu berapa besar penggunaan getah dalam pembinaan jalan Pan Borneo. Sekian, terima kasih.
6. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, status terkini kemajuan projek tebatan banjir di Sungai Golok Rantau Panjang dan apakah punca permasalahan sehingga menyebabkan kelewatan pelaksanaannya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sebenarnya sejak RMKe-9 dan RMKe-10 lagi, Kerajaan Persekutuan telah pun membelanjakan RM100 juta bagi menstabilkan tebing Sungai Golok iaitu salah satu isu yang juga untuk memastikan dan mengurangkan kejadian banjir akibat tebing dan ban sungai yang runtuh. Dalam RMKe-11, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok fasa 1 telah lulus oleh Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan usaha-usaha untuk mengawal dan mengurangkan kesan dan akibat banjir. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui JPS sekarang ini dalam proses melaksanakan projek tebatan banjir iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan kos sebanyak RM300 juta dalam RMKe- 11. Secara kronologinya, projek tersebut telah melaksanakan makmal pengurusan nilai dan makmal kejuruteraan nilai pada Julai 2016 dan Jun 2017. Akhirnya, lawatan tapak. Tender telah diadakan pada September 2017 bagi kontraktor dan tender telah pun ditutup pada November 2017. Sekarang ini dalam proses pelantikan kontraktor dan kedua, dalam proses pengambilan balik tanah secara berperingkat yang telah pun bermula pada Februari 2018.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rantau Panjang adalah kawasan pertanian dan kebanyakan penduduk adalah pekebun kecil dan penanam padi. Kesan daripada banjir mempunyai kesan yang cukup besar kepada ekonomi penduduk. Jadi saya ingin tahu, apakah jaminan kerajaan untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah dirancang dan tidak lagi berlaku kelewatan?
Apakah ada ciri-ciri khusus dalam pembinaan tebatan banjir ini sebagai benteng sebab kawasan sempadan ini adalah bukan semata-mata kerana banjir, tetapi benteng ini juga penting adalah untuk keselamatan sebab kita adalah di sempadan. Ia juga untuk memudahkan juga operasi terutama daripada segi kawalan sempadan. Jadi, apakah ada ciri- ciri khusus yang akan dibuat untuk memastikan kedua-dua ciri ini sama ada daripada sudut kepentingan banjir dan juga keselamatan di samping untuk menjamin supaya tidak lagi berlaku kelewatan dalam pembinaan. Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Ada tiga perkara. Pertamanya, sukacita saya sebutkan bahawa kementerian akan membelanjakan RM1 bilion, manakala Kerajaan Persekutuan akan belanja RM1 bilion melibatkan tiga fasa. Fasa 1 tadi RM300 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, fasa 2 sebanyak RM465 juta di bawah RMKe-12 dan fasa 3 sebanyak RM2.83 juta di bawah RMKe-13. Ini peringkat-peringkat seperti yang diminta tadi. Kaedahnya adalah pembinaan ban yang melibatkan sebahagiannya jalan di sepanjang Sungai Golok tersebut di sebelah negara Malaysia dilengkapkan dengan pintu air dan sebagainya untuk mengawal air keluar masuk dan sebagainya. Sudah tentulah ini akan diselaraskan juga untuk jangka masa panjang dengan keperluan Kementerian Dalam Negeri bagi kawalan sempadan. Akan tetapi kepada saya, kaedah paling mudah sekali adalah tidak membenarkan langsung untuk jangka masa panjang. Pada saya dan kepada kementerian ialah untuk tidak membenarkan langsung apa-apa penempatan di rizab sungai sepanjang Sungai Golok tersebut. Sekian, terima kasih.
7. Prof. Dr. Ismail bin Daut [Merbok] minta Menteri Pendidikan menyatakan, usaha- usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam memastikan kes-kes salah laku pelajar dapat dibendung dan juga dalam masa yang sama dapat memastikan kebajikan golongan pendidik dibela.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok atas soalan mengenai isu-isu kes salah laku pelajar. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius dan mengambil langkah proaktif dalam membendung gejala salah laku disiplin melibatkan murid di sekolah bagi memastikan hasrat kemenjadian murid yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual tercapai. Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia, peratus murid yang terlibat dalam 10 jenis salah laku adalah dalam keadaan terkawal iaitu 0.025 peratus. Langkah- langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan usaha- usaha pencegahan melalui surat pekeliling dan surat siaran, kempen-kempen, program sahsiah, persatuan dan kelab sukan, bimbingan dan usaha-usaha pemulihan serta kerjasama dengan pihak agensi luar. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan garis panduan dan standard prosedur kerja yang lengkap bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid dan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia juga ingin menegaskan bahawa usaha ke arah mewujudkan murid dan generasi yang berakhlak memerlukan kerjasama semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu bapa, komuniti, pemimpin masyarakat setempat dan pihak-pihak yang berkepentingan yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Menurut Kementerian Pendidikan, masalah disiplin dah sahsiah pelajar sekolah pada tahun 2016 mencatatkan 111,895 kesalahan disiplin dan ianya meningkat kepada 117,721 kesalahan pada tahun 2017. Apakah standard operation procedure ataupun SOP yang telah dijalankan oleh pihak kementerian dalam usaha membendung masalah disiplin dan kesalahan pelajar sekiranya hukuman rotan tidak boleh dilaksanakan? Apakah pendirian kementerian dalam mempertahankan guru daripada dikenakan tindakan mahkamah kerana menghukum pelajar yang bermasalah?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dua soalan ya, satu mengenai standard operating procedure Kementerian Pendidikan Malaysia membendung masalah disiplin dan satu lagi tentang apakah pendirian kementerian dalam mempertahankan guru daripada dikenakan tindakan mahkamah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, hukuman rotan merupakan salah satu pilihan hukuman yang boleh diputuskan oleh pengetua dan guru besar bagi mengawal disiplin murid di sekolah. Hukuman rotan ini bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan untuk mendisiplinkan murid, ia hendak digunakan sebagai langkah yang terakhir setelah semua usaha membimbing dan kaunseling telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Masyarakat secara umumnya hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan juga mental murid. Hukuman rotan yang sedia ada dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan telah mendapat pandangan yang positif dari umum melalui maklum balas yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hukuman-hukuman yang lain yang boleh dikenakan kepada murid didapati sebelum hukuman rotan ini dikenakan, yang pertama ialah amaran, yang kedua denda dan yang ketiga penahanan ataupun detention. Yang Berhormat, aspek mempertahankan guru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan akan mempertahankan guru-guru yang dikenakan tindakan mahkamah selagi guru-guru tersebut mengikut dan mematuhi prosedur tindakan disiplin seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru yang juga telah diedarkan kepada semua pengetua, guru besar dan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bercakap tentang merotan ini, ia adalah suatu yang mendidik sebenarnya. Masalahnya ialah sekarang ini kita melihat ramai di antara masyarakat kita apabila anaknya dirotan atau dikasari oleh guru, mereka akan menyaman guru-guru atau sekolah itu sendiri atau mereka pergi ke sekolah dan mengancam guru-guru. Jadi di sini, masalah masyarakat itu sendiri ada masalah sedikit. Apakah usaha daripada pihak kementerian atau pihak jabatan-jabatan lain untuk memastikan supaya rakyat umum memahami bahawa merotan inilah sebahagian daripada pendidikan? Jika mereka ini datang ke sekolah untuk mengacau guru dan sebagainya, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengawal keadaan? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh atas soalan tersebut. Terima kasih kerana Yang Berhormat Pasir Puteh juga setuju bahawa hukuman rotan ini bukannya sebenarnya untuk menghukum atau ia lebih daripada pendidikan. Di Kementerian Pendidikan Malaysia memang menjadi tanggungjawab pengetua, guru besar dan guru-guru untuk memaklumkan kepada ibu bapa sebelum tindakan ini diambil. Oleh kerana itu kita ada tiga proses. Proses pertama amaran. Dalam amaran adalah apabila pengetua dan guru besar berpendapat jenis salah laku kelakuan murid adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat, maka ada amaran. Lepas proses amaran itu akan ada proses dendanya dan selepas proses denda itu ada penahanan. Selepas proses- proses ini selesai, baru ada hukuman rotan. Maka bagi saya dan kepimpinan sekolah, guru besar atau pengetua, mereka harus ada pendekatan memaklumkan kepada ibu bapa atas segala proses yang telah pun dilaksanakan. Seperti mana yang saya kata tadi, tanggungjawab ini tanggungjawab kita semua sama. Ibu, bapa, guru, masyarakat, pemimpin-pemimpin untuk memaklumkan kepada ibu bapa bahawa ini adalah proses mendisiplinkan anak kita supaya anak kita akhlaknya dapat dibina dengan lebih baik. Ini kerjasama semua.
Saya rasa tanggungjawab ini tanggungjawab kita semua untuk memaklumkan kepada ibu bapa ini adalah tanggungjawab kita semua untuk memastikan penerimaan ini. Kita juga tidak boleh mengambil tindakan ini sewenang-wenangnya, merotan ini, kerana ada syarat-syarat yang dikenakan dan semua guru akan melalui syarat-syarat ini sebelum mengenakan tindakan ini. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pemandu e-hailing yang didaftar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sehingga hari ini iaitu 22 Mac 2018, terdapat 306,780 individu yang telah berdaftar sebagai pemandu e-hailing di seluruh Semenanjung Malaysia. Jumlah ini adalah mewakili semua penyedia perkhidmatan e-hailing, bukan sahaja Uber dan Grab tetapi melibat semua syarikat tempatan ya. Terima kasih.
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Cuma soalan tambahan saya berkenaan dengan transformasi pemandu teksi. Jadi setakat ini berapakah peratusan pemandu teksi yang masih belum diserap dalam sistem e-hailing ini? Adakah kementerian bercadang supaya akhirnya ke semua pemandu teksi akan guna pakai e-hailing sebagai dasar kerajaan? Sekian.
Yang Berhormat secara spesifiknya saya tidak ada untuk pemandu teksi yang telah berhijrah kerana ianya satu proses berterusan setiap hari. Cuma kalau saya boleh kongsikan di sini baru pada dua hari yang lepas, saya telah memberikan permit lesen individu kepada teksi yang telah berhijrah daripada yang pajak, mereka telah berhijrah dan telah meminta untuk keluar daripada sistem pajak dan meminta supaya diberikan lesen individu dan seterusnya mereka berhijrah kepada e-hailing. Ada 2,493 lesen individu. Namun begitu, proses yang lain itu masih adalah satu proses berterusan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, memang kalau dikira dari segi perancangannya memang kami menggalakkan. Sebab itu mereka banyak juga yang bertanya dan pada masa yang sama saya nampak ramai lagi belum memahaminya. Jadi sebab itu memang kita menggalakkan. Yang Berhormat sebab apa kita perlu menggalakkan mereka berhijrah kepada e-hailing kerana ialah kita mahu mereka berada dengan e-hailing punya pemandu ini, at the same level playing field, dengan izin. So mereka ini banyak yang mengadu bahawa mereka, dia punya pendapatan terjejas. Jadi sebab itu kita memberi peluang kepada pemandu teksi ini untuk berhijrah. Jadi sebab itu kalau dikira dari segi figure nya, bilangannya, ianya adalah satu proses yang masih berterusan untuk didaftar kerana ada di kalangan mereka masih belum memahami bagaimana mereka boleh memanfaatkan e-hailing ini. Jadi sebab itu juga Yang Berhormat telah sering kali menyatakan kepada mereka untuk pemandu teksi ini mereka ada untuk memanfaatkan dua cara. Pertama mereka boleh mengambil penumpang daripada, dari street, dari jalanan. Pada masa yang sama kalau mereka berhijrah kepada e-hailing, mereka juga boleh mengikut mana-mana syarikat yang ada di Malaysia ini tidak kira dia Uber kah, Grab, mereka boleh memanfaatkan daripada situ, menggunakan apps.
Jadi kalau dikira sudah ramai juga yang telah memohon cuma kita menggalakkan mereka supaya mereka menyertai mana-mana syarikat. Pada masa yang sama juga Yang Berhormat saya hendak kongsikan di sini, kerajaan juga memberi geran untuk mereka berhijrah kepada e-hailing dan mendapat geran RM5,000 Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Saya hendak tanya kepada Menteri, apakah perancangan kerajaan bagi membantu golongan pemandu teksi di kawasan saya iaitu Langkawi. Ini kerana kita ada 1,350 pemandu teksi yang mana kita mahu supaya kewujudan e-hailing dan juga teksi ini dalam keadaan persaingan yang sihat supaya mereka dapat mencari rezeki bersama-sama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya percaya orang Langkawi memang beruntung dapat Yang Berhormat ini. Berkali-kali, tidak ada isu lain, isu untuk teksi sahaja. Sebenarnya saya sendiri telah turun ke padang, pergi ke Langkawi untuk bertanya apakah masalah mereka dan saya berbincang dengan pemandu teksi di sana. Memang pun Yang Berhormat kita prihatin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat prihatin dengan keadaan mereka di Langkawi ini, pemandu teksi. Ini kerana mereka hanya banyak bergantung kepada pelancong, semasa season untuk tourism sahaja. Jadi mereka amat berasa tercabar apabila adanya e-hailing ini. Jadi, saya telah berbincang dengan mereka supaya tidak melihat e-hailing ini sebagai satu persaingan tetapi sebagai satu partner untuk mereka. Untuk mereka bersama- sama melanjutkan perkhidmatan ini. Cuma kami, saya sendiri telah berbincang dengan pihak Uber dan Grab supaya tidak lagi merekrut pemandu yang baru dan mengekalkan apa yang ada. Kalau boleh yang ada di Langkawi ini iaitu pemandu teksi bekerjasama dengan mereka. Untuk makluman mungkin untuk pemandu teksi di Langkawi juga, tidak lama lagi kalau tidak silap ada program daripada Kementerian Pelancongan iaitu Program PATA kalau tidak silap pada bulan September. Saya sendiri meminta supaya diberi keutamaan untuk pemandu teksi di Langkawi ini. Diberi keutamaan untuk menjadi ambassador, dengan izin, tidak menggunakan e-hailing tetapi menggunakan pemandu teksi yang sedia ada. Ini adalah salah satu daripada usaha saya sendiri dan berbincang dengan pihak Kementerian Pelancongan.Sekarang ini prosesnya ialah kita telah menghantar pihak SPAD untuk berbincang dengan pihak pemandu teksi di Langkawi bagi membolehkan mereka bersetuju atau tidak bersetuju memberi keputusan untuk menyertai. Kalau mereka mahu menyertai mereka perlu diberi latihan. Itu khusus untuk Langkawi sahaja. Jadi ada lagi insya-Allah, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan apa yang terbaik bukan hanya untuk Langkawi tetapi keseluruhan pemandu teksi bagi memberi galakan kepada mereka. Terima kasih banyak.
Yang Berhormat mungkin sedia maklum bahawa di seluruh negeri Sabah bukan sahaja di Langkawi, teksi-teksi marah kepada Barisan Nasional. Ini kerana mereka kata dahulu mereka boleh dapat sampai RM50, RM60 sehari tetapi ada Grab, ada Uber, mereka sudah tidak ada dapat pendapatan. Sedangkan syarat-syarat JPJ untuk teksi begitu berat sekali. Jadi kita mintalah kalau boleh teksi-teksi ini tidak dibagi syarat yang berat seperti tiap-tiap enam bulan mahu check, mahu tukar tayar, mahu itu. Sedangkan Grab ini, dia kereta sapu yang sudah tua pun dia dibenarkan. Jadi minta satu ruling oleh kerajaan supaya teksi ini dapat senang hati sedikit, mungkin diringankan dia orang punya beban untuk di check pada tiap-tiap enam bulan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Semalam baru saya berada dengan board member daripada LPKP Sabah. Mereka mengadakan briefing diminta briefing daripada Uber dan Grab. Sebenarnya bukan hanya Uber dan Grab. Saya hendak nyatakan di sini bukan hanya Uber dan Grab yang ada di seluruh Malaysia ini tetapi ada juga syarikat yang tempatan. Kedua isu mengenai teksi ini lebih berat tanggungannya daripada Uber dan Grab. Oleh sebab itulah kita meminda undang-undang itu Yang Berhormat. Kalau sudah diluluskan dan telah pun diluluskan tinggal kita hanya hendak gazetkan sahaja. Sebenarnya mereka adalah pemain sama rata. Kalau dari segi yang dikatakan gantikan tayar, pemeriksaan setiap enam bulan, itu tidak ada lagi Yang Berhormat di bawah TITP dan di bawah pindaan ini, tidak ada lagi. Saya hendak nyatakan di sini kepada semua Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini. Tidak ada lagi menyusahkan teksi mahupun mana-mana yang akan menjadi pemandu e-hailing nanti. Mereka hanya pergi ke PUSPAKOM hanya satu kali setahun dan dari segi bayaran semuanya adalah sama.
Dari segi mungkin Yang Berhormat menyatakan untuk teksi mengatakan mereka agak terbeban. Memang inilah salah satu daripada cabaran apabila kita dikatakan, ini adalah teething problem Yang Berhormat ya. Kita mencari jalan sebab itu kami Yang Berhormat sentiasa mengadakan lab untuk mendengar daripada mereka. Kalau dilihat dari segi kalau dikatakan pemandu teksi ini agak terbeban. Mereka kalau di Sabahlah khususnya ada tiga jenis. Dari segi dia punya age limit kereta yang boleh dipakai untuk berapa tahun itu, dia punya kebenaran untuk memandu kereta. Mereka boleh membawa sampai 20 tahun kereta itu, 20 tahun, 18 tahun. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya nampak semalam ada yang 20 tahun, ada dua jenis teksi itu yang mana boleh dipandu sampai 20 tahun dan 18 tahun. Ini tidak berlaku kepada apps kereta yang di bawah e-hailing Yang Berhormat ya. Jadi mereka ada kelebihan dan insya-Allah saya akan berada di Sabah lagi pada 31 hari bulan, ada lagi perbincangan dengan mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Jabatan Perdana Menteri menjawab dan diputuskan ke atas Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 26 Mac 2018.”
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas”. [21 Mac 2018]
Tuan Yang di-Pertua saya ada peraturan mesyuarat.
Ya, peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat?
Peraturan Mesyuarat 18. Tuan Yang di-Pertua saya telah membuat satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkaitan dengan kes yang saya rasa amat penting iaitu kes deraan oleh seorang Datin ke atas seorang pembantu rumah. Saya merasakan bahawa walaupun semalam kita dapat berita bahawa Datin ini telah tidak datang ke mahkamah termasuk dia punya penjamin. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan isu ini yang mahkamah satu hal lah tetapi kita di dalam Dewan Rakyat ini sepatutnya membincangkan perkara ini berkaitan dengan apa yang kita boleh buat selepas ini untuk kes-kes seperti ini tidak berulang lagi. Ini sebab kalau kita pergi mahkamah Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang mahkamah kata ada isu-isu yang mahkamah tidak boleh hendak settle kan. Jadi saya harap kalau boleh perkara ini perlu dibincangkan di sini. Tolonglah Tuan Yang di-Pertua sebab isu ini ialah isu yang paling penting sebab macam mana sebelum ini ada seorang yang didera, yang telah mendera dan sedang menghadapi hukuman penjara. Tiba-tiba Datin yang Melayu ini dera orang, tidak pergi mahkamah lepas itu kena pula hukuman yang jaminan berkelakuan baik sahaja. Ini kita telah memberi satu mesej yang tidak baiklah bukan sahaja kepada Malaysia tetapi kepada jiran kita Indonesia juga. Jadi saya harap kalau boleh isu seperti ini sepatutnya dibincangkanlah.
Ya, saya ambil maklum, Yang Berhormat minta tolong untuk usul ini dibahaskan tetapi seperti yang dimaklumkan, seperti mana Yang Berhormat maklum, ia telah pun ditolak oleh Tan Sri Speaker dan telah pun diutus kepada Yang Berhormat secara bertulis, Yang Berhormat. Jadi mengikut Peraturan Mesyuarat 36(7) dan juga 36(8), mana-mana usul yang ditolak, kita tidak boleh bahas. Bawa semula untuk dibahas dalam Dewan, Yang Berhormat ya. Jadi saya anggap itu sebagai makluman, Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat telah mengemukakan usul dalam Dewan ini.
Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok Peraturan Mesyuarat 18(1), dia ditolak kerana tidak boleh disegerakan. Peraturan Mesyuarat 18(1) tidak ada perkataan disegerakan. Tidak adapun.
Dia kata Peraturan Mesyuarat 18,
Dia kata public importance dengan ini sahaja.
Tidak apa, Peraturan Mesyuarat 18(7) dia kata Speaker boleh tolak, minta maaf Yang Berhormat ya.
Ya lah betul, tetapi dalam Peraturan Mesyuarat 18(1). Kami berdiri atas Peraturan Mesyuarat 18(1). Mintalah Speaker...
Ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Peraturan mesyuarat.
Ya?
Peraturan Mesyuarat 23(1)(f). Tuan Yang di-Pertua, saya telah kemukakan satu soalan lisan yang ditolak di mana saya minta Perdana Menteri menyatakan kenapa Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB masih dirahsiakan. Alasan sebab ditolak adalah sesuatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia. Saya rasa dalam soalan saya, saya rasa Tan Sri Speaker ataupun Speaker telah salah tafsir soalan saya. Soalan saya adalah bertanya apakah sebab laporan audit itu dirahsiakan dan bukannya hendak bicara soal kandungan Laporan Audit tersebut. Jadi walaupun saya faham bahawa Laporan Ketua Audit Negara itu memang perkara rahsia tetapi tidak akan sebab untuk dirahsiakan pun dianggap sebagai rahsia.
Ya.
Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua boleh mengkaji semula keputusan tersebut.
Yang Berhormat rasa. Itu yang Yang Berhormat rasa tetapi dalam peraturan mesyuarat, apa yang difikirkan, yang di rasa oleh Speaker itu adalah muktamad, Yang Berhormat. Tidak apalah ya.
[Bangun]
Keputusan Speaker adalah muktamad dan Ahli Parlimen diberi ruang untuk membuat usul bersendiri bagi mengkaji keputusan Speaker. Jadi gunakan ruang yang ada itu, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kami sudah banyak kali buat usul bersendiri tetapi tidak pernah dapat pun.
Tidak apalah ya.
So, no point lah.
Tidak pernah bincang pun.
Ini semua baca skrip.
Peraturan mesyuarat memang sedemikian, Yang Berhormat ya. Terima kasih Yang Berhormat. Tidak boleh ya.
Speaker mesti beri sedikit sebanyak penghormatan kepada Chair of the Speaker. Keputusan itu mesti munasabah.
Ya, ya, ya. That’s why the Speaker- itulah sebabnya Speaker patuh kepada peraturan mesyuarat kerana melindungi kerusi Speaker itu Yang Berhormat ya.
Akan tetapi mesti ada...
Jadi dalam peraturan mesyuarat, dia kata keputusan Speaker itu adalah muktamad, hanya boleh dikaji melalui usul.
Asas kepada keputusan.
Jadi setakat itulah perbincangan kita, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, asas kepada keputusan mestilah munasabah.
Seperti dalam mahkamah, Yang Berhormat. Kalau mahkamah satu ini tidak berpuas hati dengan keputusan, appeal kepada mahkamah yang lebih tinggi.
Akan tetapi ruling itu tidak munasabah.
Oleh sebab itu kita ada ruang untuk appeal. Macam appeal jugalah itu. Ada ruang untuk appeal tetapi buat usul bersendirian. Setakat ini sahaja Yang Berhormat ya. Terima kasih. Ya, sila Setiausaha. Ya, giliran Jabatan Perdana Menteri. Saya dimaklumkan ada lapan orang Menteri akan menjawab bagi Jabatan Perdana Menteri. Untuk memulakannya saya jemput Yang Berhormat Pengerang.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas. Sebagai Menteri pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya memohon untuk menjawab beberapa isu utama yang telah bangkitkan sepanjang tempoh perbahasan kali ini bagi pihak agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Memandangkan terdapat beberapa rakan-rakan Menteri yang juga perlu menjawab bagi Jabatan Perdana Menteri, maka untuk menjimatkan masa Dewan yang mulia ini, saya akan menjawab secara lisan untuk beberapa isu dan seterusnya saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat andai masa tidak mengizinkan.
Boleh, Yang Berhormat.
Terima kasih. Seterusnya saya akan menjawab beberapa isu spesifik mengenai pertama sekali penggubalan undang-undang untuk menangani masalah penyebaran berita palsu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Seremban dan juga Yang Berhormat Ranau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu penyebaran berita tidak benar merupakan masalah yang dihadapi secara global ekoran revolusi teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas. Sejak kebelakangan ini, Malaysia sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan daripada penyebaran berita tidak benar yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat malah boleh memberi ancaman terhadap keselamatan ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya sering menerima kritikan hebat oleh pelbagai pihak akibat penularan berita dan maklumat yang tidak benar secara berleluasa yang pada masa ini masih belum ada jalan penyelesaian yang berkesan. Pada bulan Januari 2018, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas berkaitan dengan isu penyebaran berita tidak benar. Jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh saya untuk mengkaji keperluan menilai semula undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan isu penyebaran berita tidak benar bagi menentukan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan sesuai dengan perubahan semasa teknologi maklumat. Setakat ini, beberapa mesyuarat jawatankuasa khas telah diadakan yang turut dihadiri oleh wakil agensi-agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Kerajaan juga telah bersetuju agar keahlian jawatankuasa ini diperluaskan kepada ahli-ahli akademik serta institusi pendidikan tinggi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil-wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak bagi memastikan inisiatif kerajaan ini mendapat semua pandangan yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, jemputan ke mesyuarat jawatankuasa khas tersebut juga telah dikemukakan. Antara lain beberapa orang wakil rakyat bagi mendapatkan pandangan dan cadangan berkenaan dengan isu penyebaran berita tidak benar. Sehubungan dengan itu, mesyuarat jawatankuasa khas juga merangkumi ahli-ahli akademik dalam bidang jenayah siber, komputer dan teknologi maklumat serta pegawai- pegawai dari kementerian dan agensi yang berkaitan seperti Majlis Peguam Negara, NGO seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, The National Press Club Malaysia dan SOS 24/7 bagi membincangkan mengenai cadangan yang mewujudkan suatu rang undang-undang yang holistik yang bertujuan untuk mengekang penyebaran berita tidak benar. Sesi perbincangan juga bersama wakil-wakil penyedia platform media sosial seperti Asia Internet Coalition, Google, Facebook, Youtube dan Twitter juga telah diadakan. Sesi perbincangan ini merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk mendapatkan lebih banyak pandangan dan input daripada wakil-wakil penyedia platform media sosial tersebut untuk memperkenalkan rang undang-undang ini. Sesi perbincangan tersebut telah mendapat reaksi positif dan secara tidak langsung membuktikan kerajaan sentiasa bersifat inklusif dalam merangka sesuatu dasar atau undang-undang baru. Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Rang Undang- undang Antiberita Tidak Benar 2018 telah pun dibentangkan dan diluluskan di Mesyuarat Kabinet semalam. Bacaan kali pertama insya-Allah, rang undang-undang ini dicadangkan dibuat di Dewan Rakyat pada minggu hadapan. Sesi taklimat bersama Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Pembangkang juga akan diadakan pada minggu hadapan. Pembentukan rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk memperuntukkan beberapa kesalahan-kesalahan berhubung dengan penyebaran berita tidak benar dan langkah-langkah bagi mengekang berita yang tidak benar. Rang undang-undang ini digubal dari kepentingan masyarakat umum bagi melindungi rakyat daripada lambakan berita yang tidak benar serta menjadi mangsa kepada berita tidak benar. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini sama sekali tidak menyekat hak kebebasan bersuara rakyat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
[Bangun]
Justeru, dengan itu kerajaan juga berharap semua pihak menerima baik rang undang-undang ini serta tidak mempolemikkan isu ini.
[Bangun]
Pada masa yang sama, rang undang- undang ini juga akan memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan apa-apa perkara yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Yang Berhormat Menteri, boleh? Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Bayan Baru bangun. Ya, Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya. Dalam Malaysia ini, yang saya perhatikan, kita bukan jadi mangsa berita palsu. Kita jadi mangsa berita benar. Dalam undang-undang negara kita, benda benar yang menjadi ancaman kepada negara. Sebagai contoh, apabila Yang Berhormat Pandan mendedahkan benda benar, OSA. Akta Hasutan. Kalau benda itu benar pun bukan defense.
Jadi Malaysia ini sebenarnya bukan masalah berita palsu. RM2.6 bilion ini benda benar tetapi Perdana Menteri tidak didakwa. Benda benar tidak dianggap satu perkara yang perlu dipertahankan. Benda benar pula yang orang kena tangkap. Jadi, saya rasa tidak payah bawalah berita palsu ini. Saya rasa kita bukan hadapi masalah berita palsu, kita menghadapi dengan masalah Perdana Menteri palsu, fake Prime Minister. Bukan fake news.
Takut kah? Takut kah?
Janganlah. Ini semua pengampu tidak boleh pakai.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, satu soalan boleh?
Tuan Yang di-Pertua, Bayan Baru boleh?
Yang Berhormat Bayan Baru ya.
Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebab baru-baru ini ada banyak kenyataan yang mengelirukan. Ada Menteri yang berkata bahawa selain daripada apa yang diiktirafkan oleh kerajaan, semuanya berita palsu. Padahal, saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri bahawa di seluruh dunia, baru-baru ini, kebelakangan ini ya, ada 53 berita portal baik daripada yang paling hebat sekali seperti The Economist, Guardian, CNBC, MSNBC, CNN sehinggakan ke Middle Eastern News, Jakarta Post, Tempo dan Straits Times sehingga Bangkok Post pun melaporkan tentang isu 1MDB dan juga mengaitkan dengan Perdana Menteri. Kalau berita-berita ini kalau tidak diiktirafkan seperti yang Yang Berhormat Menteri kata adalah fake news, maka Perdana Menteri kena come out to deny it atau sue them. Tetapi kita nampak bahawa ada tindakan daripada Perdana Menteri atau mahupun kerajaan. Dia mengelirukan.
Ya, ringkas kan Yang Berhormat.
Sebenarnya kalau 53 berita ini adalah daripada luar negara yang mempunyai kredibiliti yang panjang, sejarah 180 tahun dan news media ini tetapi kerajaan kata ini semua fake news...
Ya, ringkas kan. Ringkas kan Yang Berhormat.
...Jadi adakah kerajaan mempunyai monopoli terhadap fake news dan kerajaan boleh decide this is fake news, this is berita sebenarnya? So, what is this law about? Kalau kerajaan yang kata semuanya fake news, hanya Utusan dan TV3 yang berita benar, then yang lain kena tutup. Kalau macam ini, 53 agensi harus di blacklist kan. CNN blacklist...
Yang Berhormat, jangan berucap Yang Berhormat.
CNBC blacklist. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Yang Berhormat Menteri, sekejap, sikit sahaja.
Patutnya blacklist kan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebentar, sebentar. Saya kena tanya Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalan atau tidak. Yang Berhormat Menteri?
Stampin satu minit sahaja. Boleh?
Gopeng. Gopeng.
Yang Berhormat Stampin, sekejap.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin nanti masa perbahasan RUU ini, banyak Yang Berhormat dua-dua pihak akan menimbulkan isu-isu untuk dibahas. Jadi saya rasa lebih adil supaya kita khususkan pada hari tersebut. Sebab, kalau saya jawab, kemudian wakil rakyat daripada kerajaan pula, backbenchers pula hendak jawab, kemudian pembangkang pula jawab, saya rasa perbahasan saya ini adalah perbahasan RUU. RUU ini tidak dibentangkan lagi. Macam mana saya hendak jawab dan saya hendak sentuh? Jadi, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat...
Cuma singkat sahaja.
...Atas keprihatinan Yang Berhormat. Saya terima kasih. Saya faham.
Dua minit, dua minit sahaja.
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat. Duduk, duduk. Duduk dulu.
Yang Berhormat, benda ini macam kata orang premature. Pra matang. Jadi, Yang Berhormat kalau matang...
Ini cuma input, input.
...Yang Berhormat kenalah biarkan RUU itu diletakkan atas meja dulu.
Input dua minit sahaja.
Duduk lah. Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan. Duduklah Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun minta maaf lah. Let’s be...
...Sejahtera PAS sahaja.
Terima kasih. Terima kasih. Tidak apa lah, kena ulang balik lah sebab nanti mesti ulang balik. Terima kasih, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Hulu Rajang mencadangkan...
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
...Kerajaan Persekutuan memberi elaun sukar 10 peratus...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, point of order, Yang Berhormat.
...Kepada penjawat awam persekutuan seperti...
Yang Berhormat.
...Yang diberikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak.
Point of order.
This is a point of order. Ya, Yang Berhormat Puchong.
Sorry, Yang Berhormat Pengerang. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) yang jelas menyatakan bahawa sekiranya suatu perkara itu dibangkitkan, maka ada hak kepada pihak Ahli Parlimen untuk bangun dan minta penjelasan. Jadi Ahli Yang Berhormat dari Pengerang tadi membangkitkan perkara-perkara berkenaan fake news. Dalam keadaan tersebut, kita ada hak untuk tanya.
Ya.
Takkan setakat beliau bangkit, beliau cakap dalam Dewan ini, kemudian kata okey, yang lain semua jawab pada tarikh-tarikh yang lain. Jadi, kenapa boleh macam ini? Adakah kerana beliau tidak berani hendak jawab soalan berkenaan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?... [Tepuk] Bahawa sebenarnya apa yang dilaporkan oleh media-media itu adalah benar.
Ya. Sudah, sudah, that’s all.
Stealing dan sebagainya. Adakah beliau tidak berani hendak jawab soalan itu dalam Dewan yang mulia ini hari ini?
Yang Berhormat ya.
Saya minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, P.M. 37(1)(b) sebenarnya itulah yang sedang saya laksanakan tadi, Yang Berhormat. Apabila beberapa orang Ahli bangun, ianya harus mendapat izin daripada Ahli yang sedang bercakap untuk mencelah, Yang Berhormat. Jadi, that’s exactly what we were doing. Sebab itu saya bertanya Yang Berhormat Menteri, tetapi itu tidak bererti P.M. 37(1)(b) ini mengizinkan Yang Berhormat Menteri untuk sama ada hendak bagi jalan kah tidak bagi jalan, Yang Berhormat. That is very clear ya. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri kata tidak bagi jalan, tidak bagi jalanlah.
Akan tetapi kerana...
Jadi Ahli yang lain itu boleh duduk, kemudian boleh bangun semula untuk minta jalan seterusnya.
Ya, Tuan Yang di-Pertua, tapi Peraturan 37 itu, apabila Yang Berhormat Menteri bangkitkan satu perkara, kita ada hak untuk jawab. Tidak boleh kata okey, tidak payah untuk jawab sekarang kerana usul ini dimasukkan kemudian.
Jawapan Yang Berhormat Menteri juga subjektif, Yang Berhormat. Sama ada jawapan Yang Berhormat Menteri panjang...
Come on. Kenapa dia tidak boleh jawab dalam Dewan ini?
...Jawapan Yang Berhormat Menteri pendek, jawapan Yang Berhormat Menteri bertulis, itu semua adalah jawapan Yang Berhormat Menteri.
Ini masalah dia.
Ya.
Ini masalah dia. Bila kita bangkitkan, tidak ada jawapan, tidak mahu jawab.
Tidak apa. Ya, sila teruskan Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua penjawat awam dibayar gaji berdasarkan jadual gaji yang berkuat kuasa. Kerajaan menetapkan bayaran gaji yg merupakan upah kepada penjawat awam yang meliputi elemen untuk makanan, rumah, pakaian. Di samping itu, penjawat awam juga menerima imbuhan tetap dan pelbagai jenis elaun berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu termasuklah kesusahan dan risiko. Antara bayaran insentif yang dipertimbangkan berasaskan kriteria kesusahan dan risiko ialah bayaran insentif pembersihan jerangkap samar, bayaran insentif pemusnahan bom, bayaran insentif menyelam, bayaran insentif pedalaman serta elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan di mana ia diberi mengikut perkhidmatan atau skop tugas tertentu. Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan sentiasa dari semasa ke semasa membuat kajian semakan elaun dan juga gaji penjawat awam berdasarkan prinsip-prinsip tertentu dalam perkhidmatan. Seterusnya, Yang Berhormat Lumut memohon supaya pencen bagi bekas pesara Telekom Malaysia, Lembaga Elektrik Negara dan Keretapi Tanah Melayu dinaikkan dan menyarankan agar kelayakan mereka untuk menduduki hospital bagi pesara kerajaan disemak semula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa memberikan pertimbangan terbaik untuk semua penjawat awam. Bagi keadaan penswastaan seperti yang disebut melibatkan warga Jabatan Telekom Malaysia, TNB dan juga KTM, golongan ini tidak disarakan kepada Skim Pencen Khas tetapi telah disarakan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] seksyen 12(8), persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan atau Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Akta 239 seksyen 13, persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan. Terdapat tiga kategori golongan yang disarakan di bawah seksyen tersebut. Pertama, mereka yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun. Pihak kerajaan di bawah peruntukan Akta 227 dan Akta 239 telah memberikan kadar pencen minimum iaitu tidak kurang daripada satu perlima gaji akhir ketika itu 12 peratus daripada gaji akhir. Jumlah pencen 12 peratus ini melebihi kadar sebenar yang layak bagi tempoh perkhidmatan mereka. Bagi mereka yang berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun, nilai pencen adalah dikira mengikut tempoh sebenar perkhidmatan sebelum disarakan. Formula perkiraan pencen adalah seperti berikut. Satu per 600 kali jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira kali gaji akhir diterima.
Sekiranya tempoh perkhidmatan adalah 25 tahun dan ke atas, golongan ini layak mendapatkan kadar pencen terendah iaitu RM1,000 mulai 1 Januari 2018 seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui pembentangan Bajet 2018 yang lalu pada 27 Oktober 2017. Kesemua golongan yang disarakan di bawah seksyen 12A, Akta 227 dan seksyen 13, Akta 239 ini menyambung perkhidmatan di bawah penswastaan. Sepanjang tempoh selepas diswastakan, golongan ini mencarum KWSP untuk tempoh sehingga umur persaraan wajib. Apabila mencapai umur persaraan wajib, mereka layak menerima caruman penuh yang terkumpul sepanjang tempoh caruman tersebut. Persaraan kerajaan di bawah kategori ini juga turut layak menerima faedah persaraan lain yang disediakan kerajaan seperti kemudahan kad pesara, kemudahan perubatan, kemudahan diskaun yang disediakan di bawah program 1Malaysia Discount Card. Kemudahan perubatan yang diberikan adalah seperti mana ketetapan dalam Perintah Am Bab F, yang disokong bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009. Kemudahan ini adalah berterusan dipanjangkan kepada pesara dan tanggungan mereka layak.
Kelayakan wad bagi pesara adalah sama sepertimana kelayakan ketika masih berkhidmat. Pesara boleh mendapatkan kemudahan hospital di mana-mana hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital pertahanan. Yang Berhormat daripada Kuala Langat membangkitkan isu kontrak penjawat awam selama 15 tahun sebelum dilantik tetap. Yang Berhormat Kuala Langat mencadangkan kerajaan mengkaji semula dan memperbaiki perjanjian pelantikan ini agar tidak menzalimi penjawat awam dan juga mencadangkan tempoh tersebut dikurangkan kepada 10 tahun agar mereka mendapat faedah-faedah yang sama seperti lantikan tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan kerajaan melantik secara tetap pegawai-pegawai kontrak- contract of service, yang telah berkhidmat selama 15 tahun adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan atas segala sumbangan serta khidmat bakti pegawai- pegawai kontrak tersebut kepada negara. Sehingga hari ini, seramai 9,620 orang pegawai kontrak- COS telah dilantik tetap dalam perkhidmatan awam. Selain itu, beberapa kemudahan diberikan dan telah ditambah baik untuk menjaga kebajikan pegawai kontrak COS seperti kadar kelayakan cuti rehat tahunan, cuti gaji, cuti tanpa gaji untuk mengerjakan haji, cuti tanpa rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat, cuti bersalin, cuti isteri bersalin, gantian cuti rehat. Yang Berhormat daripada Kuala Langat juga memohon menjelaskan mengenai adakah benar penjawat awam baru tidak diberikan faedah pencen hanya potongan KWSP. Yang Berhormat Kuala Langat memohon agar faedah persaraan penjawat awam dikaji semula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan bahawa penjawat awam baru tidak diberikan faedah pencen dan hanya potongan KWSP adalah tidak benar. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan penjawat awam dipelihara melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar dan faedah persaraan yang sesuai. Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan dan kelangsungan perkhidmatan kepada penjawat awam dan pesara. Sehingga hari ini, banyak dasar yang telah ditambah baik ke arah memastikan pemberian faedah persaraan kepada penjawat awam sentiasa mematuhi Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan iaitu perlindungan hak-hak pencen. Pihak kerajaan sentiasa mengkaji dan berusaha menambah baik faedah persaraan kepada penjawat awam bersesuaian dengan perkembangan ekonomi negara. Yang Berhormat daripada Permatang Pauh menggesa supaya SPR mengawasi caretaker government agar tiada pengumuman dasar baru dan tidak menyalah guna jentera kerajaan untuk berkempen.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, SPR tidak mempunyai peruntukan undang- undang bagi mengawasi caretaker government. Tujuan atau tugas SPR hanyalah melaksanakan fungsi-fungsi yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan iaitu menjalankan pilihan raya umum di Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih dan membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kerajaan dan persempadanan semula yang terdahulu. Yang Berhormat daripada Permatang Pauh juga seterusnya membangkitkan mengenai 250 bantahan yang ditandatangani oleh 22,000 orang pemilih negeri Selangor tetapi hanya 40 bantahan saja yang dipanggil untuk pendengaran awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh pameran syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan negeri bagi negeri Selangor pada 15 Januari 2018 sehingga 14 Februari 2018, SPR telah menerima sebanyak 748 representasi daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang mana nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. Berdasarkan kepada seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, sebanyak 59 representasi membantah yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri, PBT yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu atau sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang mana nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan adalah layak untuk diadakan siasatan tempatan. Walau bagaimanapun, sebanyak 689 representasi yang dikemukakan kepada SPR tidak mewajarkan suatu siasatan tempatan diadakan kerana tidak menepati kehendak seksyen 5 Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan serta kawasan yang dibantah tidak tersentuh oleh syor kedua SPR.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Bilangan nama pembantah yang tidak mencukupi 100 orang yang layak dan...
Ya.
...Representasi menyatakan sokongan ke atas syor SPR.
Sorry, Yang Berhormat Pengerang. Hanya berkenaan dengan P.M. 37(1)(b) juga. Tuan Yang di-Pertua, adakah perkara ini terlingkung dalam embargo? Memandangkan bahawa dokumen ini hanya telah pun diletakkan atas meja kita hari ini. Ini kerana kalau tidak, saya hendak tanya soalan berkenaan dengan perkara ini. So, I am just asking for…
Ya, saya memerhati jawapan itu merupakan jawapan kepada persoalan yang telah diperbahaskan di Parlimen dan tidak menyentuh tentang perkara yang dalam usul yang dikemukakan, Yang Berhormat ya. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah soalan yang ditimbulkan semasa perbahasan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda. Mungkin soalan ini ditimbulkan sebelum pembentangan usul dari laporan kajian di atas meja yang mana Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu kenyataan dan dia telah membuat satu arahan.
Isunya adalah sama ada adakah isu ini yang akan dibawa semula oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebab memang kalau kita kaji, ini ialah mungkin isu persempadanan. Akan tetapi pada masa yang sama juga, isu-isu yang telah ditimbulkan dalam perbahasan itu mungkin tidak mengira tentang laporan kajian semula yang akan diadakan di atas meja Ahli-ahli Parlimen. Jadi saya mendapat arahan daripada Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah kalau saya tidak menjawab isu ini.
Masalahnya Yang Berhormat...
Tidak ada masalah, boleh dikumpulkan.
Kita tidak melihat apa yang terkandung dalam usul yang dibentangkan itu untuk membuat perbandingan tentang sama ada dia melanggar embargo dan sebagainya. Saya tidak baca lagi dan kita tidak tahu tentang apa yang ada di dalam usul yang dibentangkan. Jadi sekadar untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan tadi, yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen di dalam perbahasan asal, saya rasa bolehlah Yang Berhormat teruskan dengan jawapan yang ada pada Yang Berhormat.
Ataupun, Tuan Yang di- Pertua, kalau senang saya boleh jawab secara bertulislah.
Ya, boleh.
Jadi supaya mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh dan ada beberapa orang Yang Berhormat yang menimbulkan isu tentang undi pos, saya boleh jawab secara bertulis.
Ya, boleh Yang Berhormat. Akan tetapi embargo itu sekadar apa yang tertulis dalam usul di atas meja itu ya... [Disampuk] Termasuk? Okey, boleh jawab secara bertulis, Yang Berhormat.
Saya bagi jawapan secara bertulis kalau wujud, dengan izin, uncertainties. Sebab, banyak yang ditimbulkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat tentang isu SPR. Jadi saya pergi kepada- saya rasa setakat inilah sebab yang lainnya saya dalam perancangan bahawa saya akan menggulung setakat ini dan bagi pihak...
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu undi awal, undi pos, itu tidak terkandung dalam laporan ini. Laporan ini hanya berkaitan dengan sempadan. Jadi kalau isu-isu macam yang saya sebut tadi, seharusnya diberikan pencerahan kepada kami. Oleh sebab ada soalan-soalan yang akan berbangkit.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
Isu sama ada hendak menjawab perkara-perkara lain berkaitan dengan urusan SPR. Ya?
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini kita dapat satu garis paduan baru dari SPR yang mengemukakan bila hari pencalonan mesti bagi nama-nama untuk PACA. Ini di luar dari praktis yang lama. Apa komen Yang Berhormat Menteri?
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya kalau merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan daripada Yang Berhormat Puchong, mungkin cadangan saya untuk menyenangkan, mungkin Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini mungkin saya boleh jawab secara lisan sekarang. Yang mana tidak ada supaya wujudnya uncertainties itu, saya jawab secara bertulis. Kalau itu yang dipersetujui oleh Yang Berhormat. Boleh dipersetujui, Tuan Yang di-Pertua?
Ya, sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pagoh ada dalam Dewan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Pagoh tidak ada. Yang Berhormat Rantau Panjang?
Tiada dalam Dewan.
Tidak ada dalam Dewan?
Tidak ada.
Yang Berhormat Wangsa Maju?
Yang Berhormat Wangsa Maju ada.
Ada? Biar saya jawab Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan satu kes mahkamah yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor tentang SPR mengenai butir-butir hampir 150,000 pengundi hilang yang mencadangkan supaya satu backup system diwujudkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada peruntukan undang- undang di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR mendaftarkan warganegara yang telah memenuhi syarat kelayakan yang menggunakan Borang Pendaftaran Pemilih, Borang ‘A’.
Semua maklumat berhubung kewarganegaraan seseorang pemohon yang diisi dalam borang ‘A’ tersebut akan disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara sebelum pemohon diperakukan sebagai pemilih dan maklumat-maklumat tersebut akan disimpan dalam pangkalan data SPR. Prosedur penyimpanan daftar pemilih di pangkalan data SPR telah mengambil kira keperluan backup system yang mencukupi dan mengikut kehendak semasa. Yang Berhormat juga telah bertanya tentang isu undi awal angkatan tentera di kem Segamat, Johor dan kem Bera, Pahang di mana terdapatnya lebih kurang seribu pengundi askar didaftarkan di kedua-dua kem tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR akan mewujudkan locality baru bagi sesebuah kem tentera apabila menerima permohonan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia mengenai perwujudan kem-kem baru oleh pihak ATM. Ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002 yang memperuntukkan bahawa mana-mana anggota tentera yang berdaftar dan mengundi di bahagian pilihan raya di mana tempat mereka bertugas. Selain itu, penentuan tempat bertugas bagi anggota tentera juga terletak di bawah pengurusan ATM. Berhubung dengan perkara ini, SPR telah menerima permohonan pendaftaran sebagai pemilih daripada anggota tentera yang berkhidmat di kem Segamat, Johor dan kem Bera, Pahang pada suku tahun ketiga tahun 2017.
Semua permohonan pendaftaran tersebut telah diproses berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftar Pemilih 2002, termasuklah mempamerkan senarai nama anggota tentera tersebut dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga tahun 2017 selama 14 hari mulai 24 Oktober 2017 sehingga 6 November 2017. Setelah semua proses undang-undang dipatuhi, SPR telah memperakukan semua permohonan pendaftaran tersebut dan mewartakan perakuan tersebut bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.090 – Bera yang melibatkan jumlah pemilih seramai 1,234 orang dan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.140 – Segamat yang melibatkan jumlah pemilih seramai 1,028 orang.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena bangun, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Pokok Sena.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kem Bera dan kem Segamat timbul pertikaian sebelum ini kem itu masih belum siap katanya. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan, apakah kem itu telah siap? Ini ada kaitan dengan bila nanti mengundi dalam pilihan raya, selalunya undi awal itu akan dibuat dalam kawasan kem. Jadi bila kem itu belum siap, jadi saya hendak minta penjelasan, di manakah tempat untuk anggota tentera ini membuang undi?
Tuan Yang di-Pertua, SPR telah memaklumkan berkaitan dengan kes mahkamah pendaftaran anggota tentera. Kes saman yang pertama, saman bagi 926 pemohon di kem tentera Segamat. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak semakan hakim dan menegaskan pendaftaran yang dibuat oleh SPR di bawah seksyen 9A, Akta Pilihan Raya pada 20 Mac 2018. Kes saman dua, saman bagi 123 pemohon di kem tentera Segamat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak semakan kehakiman dan mengesahkan pendaftaran dibuat oleh SPR dibuat di bawah seksyen 9A, Akta Pilihan Raya pada 20 Februari 2018. Berkenaan dengan kem-kem tentera, saya tidak dapat menjawab, saya boleh bagi jawapan bertulis daripada pihak agensi berkaitan yang terlibat dalam kem tentera tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Wangsa Maju bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan Menteri. Tentang mengenai kes ini, Kerajaan Negeri Selangor bawa SPR ke mahkamah. Walaupun Kerajaan Negeri Selangor kalah tetapi saya nak minta penjelasan secara teknikal dan sebagainya. Bagaimana maklumat ini, lebih kurang 150,000 pengundi boleh hilang? Ini perkara serius. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tersebut telah juga ditanya oleh Yang Berhormat Wangsa Maju telah tanya soalan berkenaan dengan 150,000 pengundi yang hilang, mengadakan backup system. Saya telah memberikan jawapan yang disebut oleh SPR bahawa saya telah dimaklumkan dalam jawapan mengatakan bahawa sebenarnya apa yang disebut itu bukannya hilang. Akan tetapi hanya dikatakan kemungkinan data tidak dilengkapi. Saya dimaklumkan juga oleh SPR, mereka yang terlibat sebagai pengundi boleh download aplikasi yang saya dimaklumkan yang disebut sebagai, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, MySPR semakan yang mana nombor IC boleh dimasukkan di dalam dan kemudian mereka yang nombor IC dimasukkan akan tahu di mana semakan Daftar Pemilih.
Jadi saya dimaklumkan oleh SPR bahawa isu mengatakan hilang itu, perkataan hilang itu adalah tidak benar. Saya juga telah sebut tadi dalam jawapan bahawa semua butir- butir disimpan di dalam pangkalan data SPR. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Hendak bagi Yang Berhormat? Yang Berhormat Penampang bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Menteri. Menteri, ada dua soalan yang saya ingin dapat jawapan daripada kementerian. Satunya adalah, berapa ramaikah orang Sabah yang layak mengundi tetapi belum mendaftar dan jika masih ada peluang untuk mereka berdaftar untuk pengundi dalam pilihan raya yang akan datang. Soalan kedua and I need this, dengan izin, dalam jawapan bertulis kalau dapat, adalah, kenapakah persempadanan Sabah tidak ada dalam pembentangan yang akan datang ini? Kerusi Sabah telah dinaikkan pada 9 Ogos 2016 kepada 73 daripada 60 kerusi Sabah. Penambahan 13 kerusi dan diwartakan pada 17 Ogos 2016. Jawapan Menteri pada saya, pada soalan, pada mesyuarat pertama...
Yang Berhormat, kita dalam sesi menjawab persoalan-persoalan yang telah dibentangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lalu.
Tahu tapi ini berkaitan, penting ini Tuan Yang di-Pertua.
Ya saya tahu penting, I’m just telling you the standing order.
Very important, yes. Bolehkah saya dapat jawapan saja berkenaan dengan adakah kerajaan membentangkan persempadanan baru Sabah sebab persempadanan itu sudah difinalize kan dan disubmit kepada Perdana Menteri pada 21 Februari 2017. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan itu saya hanya boleh beri jawapan secara bertulis. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, ada?
Yang Berhormat Ipoh Timur tiada dalam Dewan Yang Berhormat.
Okey. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua memandangkan masa tidak mengizinkan, maka saya akan mengakhiri ucapan penggulungan saya setakat ini. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin menyampaikan setinggi- tinggi penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat. Semua cadangan dan kritikan akan dikemukakan. Yang mana tidak sempat saya jawab, akan saya bentangkan, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Jerai.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan titah diraja. Saya meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan sama ada disentuh secara umum ataupun secara khusus. Sesungguhnya kerajaan dan Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan juga cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Dalam kesempatan ini, saya akan memberikan penjelasan terhadap beberapa isu khusus yang berkaitan hal ehwal Islam. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sepanggar dan Ahli Yang Berhormat Parit mencadangkan supaya guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dilantik sebagai jawatan tetap dan juga mewujudkan skim perkhidmatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pelantikan guru-guru KAFA adalah dilaksanakan di peringkat negeri. JAKIM hanya menyalurkan peruntukan bagi tujuan pembayaran elaun kepada guru- guru tersebut. Pembayaran elaun adalah mengikut jumlah waktu mengajar sebagai guru KAFA. Ke arah memperkemaskan perkhidmatan guru KAFA, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ataupun ringkasnya JAKIM telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif. Antaranya, pertama ialah kenaikan elaun guru KAFA daripada RM800 sebulan kepada RM900 sebulan berkuat kuasa 2017 berserta dengan caruman KWSP sebanyak RM117 setiap bulan. Kedua, melaksanakan pelbagai usaha ke arah mewujudkan Skim Perkhidmatan Guru-guru KAFA dalam tempoh jangka panjang. Justeru itu satu majlis yang dinamakan dengan Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 15 Jun 2017 membuat resolusi. Antaranya ialah KAFA ditambah baik secara menyeluruh dan dianjakkan daripada program pengukuhan menjadi sistem pendidikan asas arus perdana bagi kanak-kanak Islam termasuklah mewujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik bagi guru KAFA.
Pada masa ini, penelitian sedang dibuat bagi mencari kaedah terbaik dalam perkhidmatan guru KAFA. Ini kerana banyak aspek seperti operasi KAFA dan jumlah waktu bertugas yang berbeza antara negeri, kelayakan ikhtisas guru, guru yang telah menjawat jawatan lain dan juga lain-lain perlu diselaraskan terlebih dahulu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok membangkitkan peruntukan one-off kepada imam-imam supaya segera dibayar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya bayaran pemberian one- off kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan juga guru KAFA dilaksanakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan juga Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) setelah JAKIM menyalurkan peruntukan Persekutuan berdasarkan unjuran yang dikemukakan oleh Majlis Jabatan Agama Islam negeri-negeri iaitu MAIN dan JAIN. Penyaluran peruntukan oleh pihak negeri telah dibuat oleh JAKIM sebaik sahaja menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Peruntukan keseluruhan pembayaran one-off adalah sebanyak RM96.21 juta. Bagi negeri Kelantan, sebanyak RM11.733 juta telah diperuntukkan bagi penerima seramai 7,822 orang di negeri Kelantan. Agihan pembayaran one-off telah diadakan sempena Murtaqa Murabbi Ummah Negeri Kelantan 2018 di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Februari 2018 yang lalu. Bagi penerima one-off yang tidak hadir pada tarikh berkenaan iaitu seramai 341 orang, bayaran dibuat pada 26 Mac akan datang. Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan Indeks Syariah Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Ahli Yang Berhormat ingin penjelasan apakah perancangan kerajaan supaya Indeks Syariah lebih dihayati dan lebih dikenali, khususnya oleh rakyat negara ini? Peningkatan skor Indeks Syariah Malaysia bagi tahun 2017 sebagaimana dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah menunjukkan bahawa kerajaan telah berada di atas landasan yang baik dalam melaksanakan tadbir urus berteraskan lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Sehubungan itu, bagi melonjakkan lagi pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia dalam pentadbiran negara dan impak pelaksanaannya dapat dirasai oleh rakyat terbanyak, kerajaan telah melaksanakan pendekatan merakyatkan pemahaman, penghayatan dan pembudayaan maqasid syariah melalui sesi-sesi penerangan dan dialog serta mengaplikasikan prinsip- prinsip maqasid syariah ini dalam dasar-dasar dan inisiatif serta program yang dilaksanakan oleh kementerian, jabatan dan agensi. Contohnya, dalam pembentangan Bajet 2018, maqasid syariah telah dijadikan inti pati kepada kandungan bajet dan diaplikasikan di dalam bajet. Inisiatif ADAM50 merupakan salah satu aplikasi maqasid syariah iaitu menjaga keturunan. Adalah diharapkan melalui pendekatan ini, impak pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang berteraskan lima prinsip maqasid syariah ini dapat dirasai ke arah menyejahterakan kehidupan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Katil bertanya apakah modul kesederhanaan dilaksanakan dan dididik tarbiah kepada semua pegawai kerajaan, termasuk pemimpin dan isteri bagi mengamalkan konsep kesederhanaan ataupun wasatiyyah? Sesungguhnya pendekatan wasatiyyah merupakan satu konsep yang menyeluruh. Ia bukan slogan retorik semata-mata, bahkan telah diterjemahkan sebagai dasar negara yang menjadi asas kepada dasar-dasar kerajaan serta panduan seharian dalam masyarakat sama ada Islam ataupun bukan Islam. Dalam hal ini, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) sebagai penyelaras telah melaksanakan pelbagai program bagi memberikan pemahaman dan penghayatan terhadap pendekatan wasatiyyah melalui seminar, town hall outreach dan sebagainya kepada semua kumpulan sasar, terutamanya pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan juga keluarga pemimpin melalui Persatuan Suri dan juga anggota perkhidmatan awam PUSPANITA. Di samping itu, bagi membina pemahaman yang sama dan selari, IWM berjaya menerbitkan 35 buah buku penerbitan iaitu monograf, makalah dan lain-lain. IWM juga telah menghasilkan penerbitan kit wasatiyyah bagi bahan promosi utama dalam merakyatkan pendekatan wasatiyyah dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Kesemua bahan penerbitan ini telah di edar kepada semua lapisan masyarakat sebagai bahan rujukan. Bagi menjayakan penghayatan wasatiyyah di kalangan warga kementerian dan rakyat amnya, IWM dengan kerjasama semua kementerian dalam usaha mewujudkan pelan strategik dasar wasatiyyah negara di peringkat kementerian dan kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat ataupun terlepas pandang, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi yang berkaitan.
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?
Yang Berhormat Parit bangun. Yang Berhormat Parit, belakang.
Yang Berhormat Parit.
Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan fasal guru KAFA tadi. Saya melihat penting diwujudkan skim perkhidmatan khusus untuk guru KAFA. Oleh sebab bila mereka dilantik khusus, ada skimnya, membolehkan mereka merasa senang hati untuk berkhidmat untuk anak bangsa kita, yang pertama. Kedua, membolehkan mereka ada dapat pinjaman kenderaan. Ketiganya, boleh dapat pinjaman perumahan. Jadi maksudnya, itu membela kebajikan semua guru KAFA yang telah wujud di negara ini sejak 30 tahun yang lalu dan mereka hanya dapat secara tuntutan bulanan. Kadang-kadang lambat, kadang-kadang cepat. Kesian kepada mereka yang ada anak, ada isteri, ada mertua, hendak bayar bil api, bil air dan sebagainya. Jadi, saya tetap menekankan supaya skim perkhidmatan ini dapat diwujudkan khusus untuk guru KAFA, kebajikan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit? Yang Berhormat Menteri, boleh ya.
Yang Berhormat Sepang.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tadi Yang Berhormat Menteri bercakap fasal maqasid syariah yang saya rasa tujuan maqasid syariah ini ialah untuk menjaga lima perkara. Sebelum itu ada daruriyyat, hajiyat dan tahsiniyat ya. Lima perkara ini antaranya menjaga harta. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kita hendak merealisasikan maqasid syariah dalam konteks jaga harta ini kalau sekiranya apa yang berlaku di negara kita ini banyak harta-harta dirompak. 1MDB ini bagi saya merosakkan maqasid syariah. Jadi, macam mana Yang Berhormat Menteri boleh bercakap mengenai maqasid syariah dalam keadaan ada 1MDB?
Yang Berhormat Sepang lari tajuklah.
Inilah tajuknya, bongok. Apalah bangang.
Apa bongok ini?
Ini fasal tidak makan ubatlah ni.
Sepotong, sepotong.
Terima kasih, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, perkataan bongok tidak boleh dilontarkan kepada seorang Ahli yang lain.
Baik, minta maaf Yang Berhormat Baling. Tadi tengah marah, geram sangat.
Kesianlah. Skru, skru.
Minta maaf Yang Berhormat Baling, saya tidak bermaksud beliau bongok. Tidak bermaksud.
Terima kasih Yang Berhormat.
Skru kot.
Terima kasih.
Pertamanya, saya hendak mengucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit yang membela pengorbanan guru-guru KAFA. Sebenarnya ini selari dengan kehendak dan kerajaan dan harapan kita. Oleh sebab itu, kalau tengok Yang Berhormat sejak daripada dulu, permulaan guru KAFA dengan tangga gaji yang sebanyak RM500. Akan tetapi suka saya hendak memaklumkan juga sebenarnya, daripada tahun ke tahun, bahkan atas kemurahan hati pihak kerajaan, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di dalam bajetnya banyak kali telah pun memberikan imbuhan sehingga daripada RM500 sekarang ini naik kepada RM900. Di mana bajet untuk guru-guru KAFA ini sebanyak RM900. Bukan sekadar RM900. Saya perlu memaklumkan juga kepada Ahli Yang Berhormat supaya kita dapat memahami bahawa di samping RM900 itu, ada pula yang disebutkan dengan apa yang dipanggil dengan EPF ataupun diberikan satu potongan Skim KWSP mereka sebanyak RM117. Ertinya, jumlah yang dapat dikumpulkan secara terkumpul ialah sebanyak RM1,117. Itu di sudut pulangan.
Saya amat memahami apa yang disebutkan. Bahkan, saya hendak sebutkan juga Yang Berhormat, selain daripada itu, negeri-negeri pula ia ada tambahan ia sendiri. Ambil contoh kalau di Perak ini Yang Berhormat sebab Yang Berhormat daripada Parit, Perak. Parit, Perak telah pun memberikan tambahan sebab ramai orang ini, dia beritahu dia kata tambah macam-macam, Perak tambah RM200. Jadi maknanya, daripada RM1,117 menjadi sebanyak untuk di negeri Perak, menjadikan jumlah kepada RM1,317, ini Perak. Untuk Wilayah Persekutuan, tambahan dibuat sehingga menjadikan semua sekali ialah RM500, menjadikan RM1,517. Ini di antaranya. Bahkan, kalau saya ada sebut Melaka, Melaka tambah selain daripada itu ada elaun perumahan, COLA, ITKA dan sebagainya menjadikan RM1,542. Macam itu juga dengan negeri Johor, RM1,529, Selangor begitu juga. Akan tetapi pecahan-pecahannya mengikut negeri masing-masing sebab ini tambahan. Oleh sebab itu, saya sebutkan asal jawapannya Yang Berhormat Parit ialah kerana mereka ini ialah di bawah pelantikan negeri-negeri. Skim ini boleh ditambah baik. Namun, saya sudah jawab tadi dalam penggulungan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa kita sedang melihat skim-skim ini. Oleh sebab ada lagi hal- hal kekangan Yang Berhormat, sebab belah pagi dia mengajar di sekolah kerajaan, sekolah rendah, petang dia mengajar sekolah KAFA. Ini pun juga bermakna dia di samping gaji tetap di sekolah, dia juga ada elaun. Kalau ini diserapkan sebagai perjawatan tetap, maka dia perlu membuat pilihan. Dia tidak boleh berada di kedua-dua skim perkhidmatan yang berbeza skim tadi. Namun bagaimanapun, kita sedang melihat secara serius. Dalam masa yang sama juga adalah termasuk ada negeri yang memberikan pinjaman perumahan dan ada juga negeri yang memberikan pinjaman kenderaan. Sini Yang Berhormat Parit, sebagaimana yang saya sebutkan dan saya hendak ucapkan terima kasih atas perjuangan untuk mereka yang berada di akar umbi, membina masyarakat kita iaitu guru-guru KAFA. Kedua, Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, terima kasih banyak. Cuma Yang Berhormat Sepang, hujung-hujung sesi ini tidak bolehlah Yang Berhormat Sepang marah dekat Yang Berhormat Baling tadi.
Sudah tarik balik Yang Berhormat.
Jangan Yang Berhormat Sepang, takut dia naik darah cepat. Jadi, Yang Berhormat Sepang, maqasid syariah ini- nanti duduk dulu Yang Berhormat Shah Alam.
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat Menteri, kita sudah masa rehat ya.
Kita hendak habiskan satu. Yang Berhormat Sepang, maqasid syariah ini ada lima. Satu ialah menjaga hifz al-din. Keduanya, menjaga hifz al-dam, menjaga darah, maksudnya ialah menjaga kedaulatan kita, negara kita keselamatan dan sebagainya. Maknanya, setiap orang baik Islam ataupun bukan Islam, soal agama dia semuanya dijamin tidak ada ganggu gugat. Keduanya, soal kedaulatannya, soal nyawa dia mesti dijaga dengan baik. Ketiganya, hifz al-a’ql, menjaga akal. Of course, negara kita melihat soal pendidikan menjadi keutamaan. Oleh sebab itu, ada dua Yang Berhormat Menteri yang menguruskan, satu Kementerian Pendidikan, satu lagi Kementerian Pengajian Tinggi, ada timbalan-timbalan mereka dengan jumlah bajet yang dua-dua kementerian ini disatukan menjadi besar. Ini maqasid syariah yang keempat ialah menjaga keturunan, hifz al-nasl. Semua orang layak untuk dijaga kemuliaan dia punya diri dan keluarga sehingga daripada mula mengandung pun Yang Berhormat, dia pergi hospital sudah mula check sudah. Dia pergi bersalin di hospital dan sebagainya, disediakan ruang untuk menjaga keturunan mereka sehingga sampai dia tua. Begitu juga sehingga sampai kepada yang kelima ialah dipanggil dengan hifz al-mal, menjaga harta. Ertinya, bukan hanya sekadar satu dua relung tanah, dua tiga ekar yang kita miliki tetapi membincangkan soal membangunkan ekonomi negara.
Ini yang sedang diusahakan dan dibangunkan oleh pihak negara, kerajaan dengan meletakkan orang melihat bahawa kita punya KDNK negara yang menjadi ukuran kepada pembangunan ekonomi dan sebagainya. Ini termasuk dalam apa yang disebut dengan apa yang kita panggil dengan hifz al-mal, menjaga harta tadi.
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Kalau tadi disebutkan bahawa- kepada Yang Berhormat sebutkan kata soal kita hendak buat tuduhan-tuduhan. Dalam kaedah Islam mudah sahaja... [Membaca petikan dalam bahasa Arab] “Keterangan itu dibawa kepada yang menuduh”. Maknanya, kalau ada fakta, bukti dan sebagainya...
Ini sudah tidak boleh bawa pun masalahnya.
Begitu juga- itulah Yang Berhormat. Maknanya, kita negara yang mempunyai mahkamah, mempunyai undang- undang, apabila dibawa ke mahkamah dan undang-undang...
Macam mana bai’inah hendak bawa? Dalam Parlimen pun tidak boleh hendak bahas [Ketawa]
Tidak, maknanya...
Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat.
Janganlah bawa kaedah itu.
Oleh sebab Yang Berhormat Sepang dalam Dewan ada, Tuan Yang di-Pertua.
Sebut pun tidak boleh. Hendak sebut pun tidak boleh, hendak bawa bai’inah macam mana?
Janganlah bawa kaedah itu, kaedah itu membawa orang Islam ini...
Yang Berhormat Menteri hendak sambung petang?
Ini tidak betul. Saya menafikan.
Hendak sambung petang Yang Berhormat...?
Hanya RTM1 dan TV3 sahaja.
Menyeleweng.
Setiap perkara ada undang- undang dia. Terima kasih.
Di Parlimen tidak boleh bahas...
Itu sahaja jawab saya.
Apa punya Yang Berhormat Menteri ini.
Itu sahaja jawapan Menteri daripada Jerai, Yang Berhormat.
Jawapan yang tidak menjawab apa- apa.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya seterusnya giliran Menteri daripada Pensiangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin dan mengambil bahagian di dalam penggulungan perbahasan Usul menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong serta membangkitkan isu-isu berhubung kait dengan jabatan di bawah jagaan saya. Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya sedar dan peka dengan kepelbagaian etnik agama dan budaya yang sedia wujud di negara ini yang sememangnya boleh menimbulkan sensitiviti agama dan menjejaskan perpaduan jika tidak diurus dengan sebaik mungkin. Mengambil kira hakikat ini, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) untuk memantapkan perhubungan dalam kalangan penganut pelbagai agama. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Gajah, perpaduan dengan kerjasama jawatankuasa tersebut telah melaksanakan banyak program yang memberikan fokus ke arah mendidik masyarakat ke arah persefahaman, keharmonian dan keamanan sejagat. Selari dengan ini, ‘Hari Toleransi Sedunia’ mulai disambut tahun 2014 yang bertema ‘Sehati Sejiwa’. Manakala pada tahun 2015 pula, temanya ‘Unity’ telah dipilih dan tahun 2016 adalah bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ atau, dengan izin, ‘Unity in Diversity’ yang memberikan penekanan khusus kepada perkongsian nilai-nilai sejagat atau sharing of universal values. Sambutan pada tahun 2017 tahun lepas, telah membuat tema ‘Together for Peace: Respect, Safety and Dignity for All’ yang menekankan kepada konsep saling menghormati, keprihatinan dan menjaga air muka dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya masing-masing. Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (WIHW) telah bermula pada tahun 2011 yang diteruskan sambutan setiap tahun. WIHW telah disambut dengan tema ‘Cintai Tuhan, Cintai Jiran’. Antara pengisian aktiviti dalam kedua-dua sambutan yang saya sentuh tadi adalah seperti berikut: (i) Forum Harmoni, Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama, seminar keharmonian antara penganut agama; (ii) program yang melibatkan belia atau Interfaith Amazing Race, Forum Belia antara agama; (iii) Harmony Visit, lawatan ke rumah-rumah ibadat serta pusat kebajikan; dan (iv) Interfaith exhibition yang melibatkan penyertaan pameran daripada NGOs dalam berkongsi nilai-nilai murni agama masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, melalui sambutan hari-hari tersebut yang saya sebutkan sebentar tadi, secara langsung bukan sahaja menonjolkan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat Malaysia, malah lebih daripada itu kerana telah mendukung konsep penerimaan dan sehati sejiwa, selaras dengan laungan ‘1Malaysia Negaraku’ yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Ini selari dengan hasrat untuk mendidik masyarakat agar sentiasa menghargai kedamaian dan menolak sebarang unsur yang boleh menggugat keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan negara. Berikut adalah program yang sedang kami laksanakan ialah Program Detik-detik Perpaduan atau Moments of Unity yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan pihak swasta, pertubuhan persatuan sukarela serta badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu mencari titik penyelesaian bersama terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen polarisasi kaum di kalangan masyarakat. Umpamanya, Program Moments of Unity: Perpaduan di Hati yang diadakan di Taman Seri Sentosa, Brickfields baru- baru ini berjaya menghimpunkan hampir 4,000 orang yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia. Pelaksanaannya bertujuan menanamkan semangat dan kebanggaan diri sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap toleransi dan budaya kepelbagaian kaum yang tinggi, di samping mencipta detik-detik kebersatuan melalui perkongsian amalan-amalan terbaik atau the best practices of unity yang mengingatkan seluruh rakyat akan terus bersatu padu, saling bertoleransi dan berhubung mesra dalam apa jua keadaan tanpa mengira kaum. Perkongsian best practice tersebut telah mengetengahkan pelbagai kisah-kisah masyarakat dalam membantu kaum-kaum lain yang sekali gus telah menyuntik serta menyemarakkan semangat setia kawan dan patriotisme dalam kalangan penduduk di negara ini.
Antara kisah-kisah yang telah ditonjolkan pada ketika itu adalah pertama, sebuah keluarga Cina memelihara anak angkat dari kaum Melayu di Pahang. Kedua, seorang penganut agama Kristian membantu mengumpul sumbangan kepada anak-anak yatim, membaiki surau di Sabah dan mengadakan gotong-royong bagi menjaga kebersihan dan keceriaan rumah-rumah ibadat. Ketiga, kawasan rukun tetangga di Johor di mana majoritinya adalah terdiri daripada kaum Tionghoa, Cina melaksanakan program buka puasa untuk umat Islam di kawasan setempat. Di Pulau Pinang pula, seorang bilal membantu orang-orang Cina mendapatkan tempat perlindungan di surau semasa kejadian banjir baru-baru ini. Program Sayangi Komuniti dilaksanakan di 54 kawasan rukun tetangga yang dikenal pasti sebagai hotspot dan terdiri daripada golongan komuniti miskin bandar dan berisiko atau golongan B40 bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Umpamanya pelaksanaan Projek Sayangi Komuniti di Flat Paya Nahu Damai di Sungai Petani, Kedah membolehkan perpaduan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bersama penduduk melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membendung, menangani dan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Ini supaya dapat menangani perbezaan yang wujud antara mereka bertujuan mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum dan agama di kawasan itu. Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP) merupakan salah satu program untuk mengintegrasikan golongan orang muda melalui program intensif yang melibatkan penempatan golongan mahasiswa bumiputera dari institut pengajian tinggi awam di syarikat- syarikat swasta yang bukan bumiputera dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di government-linked companies. Ini sebagai usaha untuk menggalakkan perkongsian silang kerjaya dan budaya antara golongan mahasiswa universiti yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang dan juga keturunan. Sejak program ini dilancarkan dan dilaksanakan pada tahun 2014 sehingga 2017 sejumlah lebih daripada 1,000 orang pelajar universiti setiap tahun telah menyertai program ini. Program integrasi antara pemimpin-pemimpin agama dilaksanakan bertujuan menggalakkan perkongsian pengalaman dan percambahan idea dalam mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama serta menyampaikan mesej toleransi sikap, penerimaan, perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama di kalangan pemimpin-pemimpin agama dari Semenanjung Malaysia dan Sabah, melalui aktiviti-aktiviti seperti dialog antara agama, sesi TN50, perbincangan meja bulat bersama pemimpin pelbagai agama, lawatan ke rumah-rumah ibadat dan pelbagai aktiviti lain.
Berikutnya penganjuran program-program integrasi melibatkan kumpulan sasaran yang berbeza seperti berikut; Program Integrasi Komuniti yang melibatkan lawatan komuniti dalam kalangan pemimpin masyarakat, pelajar-pelajar SRN, wakil-wakil NGO dan pengamal media bersempena dengan sambutan perayaan seperti Hari Gawai di Sarawak, Pesta Kaamatan di Sabah, manakala di Semenanjung semasa pembukaan Persidangan Parlimen. Dalam tahun 2015 sehingga tahun 2017 sebanyak tiga program sempena Persidangan Parlimen, lima program sempena Pesta Kaamatan dan lima program sempena Hari Gawai telah diadakan. Berikutnya Program Integrasi Pemimpin Masyarakat melibatkan lawatan dan penerimaan kunjungan rukun tetangga antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Terdapat empat kategori program telah dilaksanakan dalam tahun 2016-2017 seperti berikut: (i) lawatan Rukun Tetangga dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan 36 lawatan; (ii) lawatan Rukun Tetangga dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ke Semenanjung, 63 lawatan; (iii) lawatan Rukun Tetangga dalam Semenanjung, 294 lawatan; dan (iv) manakala rukun tetangga dalam Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, 25 lawatan. Program Integrasi Persekutuan melibatkan aktiviti orientasi kepada pegawai baru Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Bagi tempoh 2012 hingga 2017 sebanyak dua program di Semenanjung, tujuh program di Sabah dan tujuh program di Sarawak telah dilaksanakan. Program ini Tuan Yang di-Pertua selari dengan slogan 1Malaysia yang berupaya memberikan kesan yang signifikan dalam mempercepatkan proses integrasi, meningkatkan persefahaman...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Sungai Petani bangun.
Yang Berhormat Menteri boleh bertanya?
Nanti, nanti.
Nanti kah?
Saya kasi habis ayat boleh?
Depan, depan ini Yang Berhormat Menteri.
Saya kasi habis ayat ini dahulu.
Boleh?
Okey, boleh nanti sekejap.
Okey, line clear, thank you.
Program ini adalah selari dengan slogan 1Malaysia yang berupaya memberikan kesan yang signifikan dalam mempercepatkan proses integrasi, meningkatkan persefahaman, semangat perpaduan dan semangat persaudaraan antara masyarakat pelbagai etnik, agama dan latar belakang. Yang Berhormat Sungai Petani.
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah program-program pertukaran pelajar-pelajar. Dahulu saya masih ingat semasa saya menuntut di sekolah, ada program anak Sabah dan Sarawak ditempatkan di tempat-tempat ibu angkat, bapa angkat di kampung-kampung. Program itu berjalan semasa cuti dan amat berjaya. Apakah program itu telah mati? Ataupun Yang Berhormat Menteri menginginkan bahawa harus ada program-program dikembalikan supaya integrasi di antara Sabah, Sarawak dan orang Semenanjung ini kembali dalam hubungan yang baik. Apakah pendapat Yang Berhormat Menteri, adakah program itu masih ada lagi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu mungkin dilaksanakan pada masa-masa yang lampau di mana universiti belum ada lagi, universiti di Sabah di mana murid-murid daripada Semenanjung, daripada Sarawak ke Sabah juga untuk belajar jadi vice versa sebaliknya juga. Ini kita harapkan boleh meningkatkan lagi integrasi di antara orang-orang belia atau beliawanis tetapi kalau Yang Berhormat mahu saya untuk melihat selanjutnya, I’ll do so. Okey terima kasih. Kerajaan melalui perpaduan juga mempunyai mekanisme di peringkat akar umbi. Tadi saya bercakap dengan pelbagai program yang kita adakan mungkin yang ada keberkesanan betul, daripada atasan sehingga ke peringkat pertengahan. Akan tetapi di peringkat akar umbi juga, kita juga mahu mempercayai bahawa beberapa program untuk menangani isu-isu kaum dan agama yang tercetus di peringkat komuniti melalui jentera- jentera di bawah rukun tetangga di seluruh negara seperti Mediator Komuniti yang terdiri daripada 1,131 orang.
Yang Berhormat Lipis bangun Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya hendak mengalu-alukan dahulu kehadiran Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung daripada seluruh Parlimen Lipis...
[Dewan tepuk]
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, jikalau melihat zaman saya bersekolah tahun 70-an, sekolah ini sekolah bercampur kaum, bangsa maknanya Cina, India, Melayu, Sikh dan sebagainya. Sehingga hari ini kami mempunyai hubungan yang sangat akrab dan ada group WhatsApp sehinggakan kita boleh berbincang. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan, mungkin boleh kita wujudkan asrama penuh yang berbilang kaum. Maknanya kita hendak mewujudkan satu perpaduan di bawah 1Malaysia, maka adakah pihak di bawah Jabatan Perdana Menteri akan memikirkan soal perpaduan dari segi wujud daripada di peringkat rendah- sekolah lagi maknanya lebih kurang Tingkatan 1.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Soalan pertama sebentar tadi sepatutnya Yang Berhormat Lipis kemukakan kepada Kementerian Pendidikan tetapi sebenarnya kita sedar berkaitan dengan integrasi di antara belia dan beliawanis kita. Sama ada daripada sekolah atau sehingga ke peringkat institusi tinggi. Sekejap nanti saya akan menyatakan berkaitan dengan lima prinsip Rukun Negara sebentar tadi itu yang kita telah memperkenalkan dalam sekolah dengan harapan supaya mereka ini tidak merasai dalam satu sekolah yang compartmentalize. Jadi pada masa sekarang ini seperti saya katakan awal-awal tadi, kita juga mempunyai satu program yang bertajuk Program Latihan Intensif. Ini saya telah sudah berkata dengan panjang lebar, di mana belia beliawanis kita yang sedang belajar di institusi-institusi seperti MARA ini di mana murid-murid itu adalah terdiri daripada hampir-hampir semua kaum bumiputera.
Kita minta mereka pergi during holiday, dalam percutian begitu. Kita minta mereka supaya pergi bekerja bukan meneruskan mata pelajaran yang mereka yang sedang belajar di institusi itu akan tetapi semata-mata untuk mempelajari silang budaya kaum lain. This is our effort to try to integrate them supaya mereka dapat memahami sebenarnya apa, bahawa betapa pentingnya bagi kita untuk memahami budaya dan agama lain orang itu. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi di peringkat akar umbi, kerajaan juga mempunyai jentera-jentera di bawah. Khususnya di bawah Rukun Tetangga di seluruh negara seperti mediator community yang terdiri daripada mediator community 1,131 orang, 5,038 Skim Rondaan Sukarela, 47 buah Pasukan Inovatif Jiran Muda. Di situ pun kita juga telah menanamkan semangat persefahaman, toleransi dan sebagainya. Di peringkat akar umbi, program-program yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga. So, dalam pada itu kita mempunyai 47 Pasukan Inovatif Jiran Muda, 96 Pasukan Skuad Uniti yang bertanggungjawab mengadakan pendampingan atau engagement melalui program-program interaksi dan intervensi dengan komuniti setempat bagi mengenal pasti masalah dan isu yang wujud bagi tujuan menyelesaikan agar tidak menjadi lebih besar sehingga boleh mencetuskan konflik atau persengketaan kaum. Tuan Yang di-Pertua, saya amat teruja dan amat menyokong saranan Timbalan Menteri Pendidikan yang telah mengesyorkan agar sekolah antarabangsa melaksanakan mata pelajaran Malaysia, Sejarah Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral bagi memastikan semangat patriotisme dan elemen perpaduan ditekankan kepada murid-murid warganegara Malaysia untuk memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dan kebersamaan atau common sense values yang menjadi asas perpaduan negara ini. Hasrat ini juga adalah selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyuarakan harapan Baginda agar penghayatan terhadap warisan sejarah negara dan penguasaan bahasa kebangsaan terus diperkukuhkan sebagai asas jati diri rakyat Malaysia. Saranan Timbalan Menteri Pendidikan juga adalah selari dengan usaha-usaha, yang dijalankan oleh perpaduan dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak pra pendidikan di 1,781 buah tabika perpaduan. Kita juga mempunyai 1,781 tabika perpaduan dan pelajar-pelajar sekolah melalui 6,338 kelab Rukun Negara serta para remaja di 154 Sekretariat Rukun Negara atau SRN di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara, dengan pelaksanaan program berlandaskan kepada modul silang budaya yang merupakan bahan rujukan pelajaran dan pembelajaran, bagi proses integrasi dari aspek kepelbagaian budaya, adat resam, kenegaraan serta penerapan nilai-nilai moral dan sivik dalam kalangan generasi muda. Rukun Negara yang merangkumi elemen-elemen seperti pengesahan minda, kesukarelawan, kepimpinan silang budaya serta keusahawanan dan inovasi dan 1SRN 1Komuniti bagi meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tentang kewujudan kerangka-kerangka untuk sebagai usaha yang lebih agresif menangani perbezaan untuk mengelakkan dari berlakunya perpecahan yang boleh mengakibatkan keruntuhan negara ini. Kerajaan sememangnya amat komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif, memupuk perpaduan. Ini kerana kerajaan amat sedar dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia akibat globalisasi dan kemajuan dalam bidang telekomunikasi yang telah membawa kepada kemunculan budaya baru yang terus menjadi minda dan perlakuan manusia, terutamanya generasi muda. Mengambil kira perubahan inilah kerajaan telah merangka TN50 sebagai pelan jangka panjang negara bagi memastikan negara kita ini terus maju berdaya saing dan kekal bersatu padu.
Tidak dapat dinafikan bahawa TN50 memberikan penekanan kepada perpaduan sebagai batu asas yang bertujuan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat kerana tanpa perpaduan antara masyarakat Malaysia adalah sukar sekali untuk negara ini menghadapi cabaran masa depan yang kian mendatang dan semakin mendesak.
Sebagai the way forward, ke arah mewujudkan kerangka kukuh menjadi cabaran masa hadapan unity blueprint yang sudah dikenali sebagai Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia telah pun dirangka oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara pada tahun 2013 hingga 2015. Hasil daripada pelbagai siri sanggar bicara yang telah diadakan. Kini perpaduan dengan kerjasama KITA atau Institut Kajian Etnik UKM sedang dalam proses menyediakan pelan tindakan yang mengandungi pelbagai spesifik konkrit merentasi kementerian dan agensi bagi tujuan pelaksanaan syor dan cadangan yang terkandung dalam unity blueprint tersebut. Di samping itu, perpaduan juga sedang dalam proses melaksanakan kajian pembangunan satu instrumen indeks yang akan menjadi kayu pengukur bagi setiap tahap perpaduan negara ini. Melalui indeks ini, keberkesanan pelaksanaan program yang dirancang melalui pelan tindakan ini dapat dinilai. Tuan Yang di-Pertua, melalui kerangka pelbagai inisiatif ini adalah menjadi harapan kerajaan agar kepelbagaian kaum, agama, budaya dan adat rakyat Malaysia boleh menjadi tali pengikat menggalakkan perhubungan kaum secara positif dan menjaga perasaan perkauman serta meraihkan kepelbagaian yang wujud. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu kepada Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Setiu yang amat mengambil berat mengenai isu-isu perpaduan serta memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan latar belakang. Sokongan ini amat dialu-alukan pada kita untuk membina bangsa Malaysia dan memperjuangkan isu-isu berkaitan pembangunan negara dan kebajikan rakyat demi membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan negara yang aman dan berdaulat. Di kesempatan ini juga, saya selaku seorang yang begitu passionate sekali berkaitan dengan perpaduan di negara yang kita cintai ini. Maka di kesempatan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada semua ahli-ahli politik agar lebih memahami sensitiviti semua kaum dalam memperjuangkan ideologi politik masing- masing dan tidak memainkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan sensitiviti pihak lain. Justeru itu, saya percaya penglibatan ahli-ahli politik dalam siri-siri perbincangan meja bulat, forum dan seminar mengenai kepentingan perpaduan adalah mustahak di mana secara tidak langsung membolehkan mereka menjiwai perpaduan dan mempromosikan keharmonian antara kaum. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup dan seperti yang selalu saya tegaskan di Dewan yang mulia ini, untuk menterjemahkan perpaduan nasional bukanlah kerja sehari dua. Akan tetapi memerlukan kesungguhan yang berterusan tanpa noktah oleh setiap rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik untuk menjawab stigma dalam persoalan perpaduan ini. Sukalah saya memetik kata-kata Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama di mana beliau berkata, “Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan satu negara memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan”. Petikan itu Tuan Yang di-Pertua, membuktikan bahawa semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam usaha memelihara perpaduan kerana ia merupakan tanggungjawab bersama bagi mengekalkan perpaduan yang telah sekian lama terbina dan oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu untuk negara ini terus maju dan berjaya. Dengan kata-kata itu, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan ini. Sekian, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Arau.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja Dewan Rakyat 2018 yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab ESSCOM, NADMA, APMM, agensi dan juga PR1MA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Sapi dan Yang Berhormat Sandakan kerana prihatin ke atas isu-isu keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE). Yang Berhormat Batu Sapi ada menyatakan gesaan yang perlu diambil oleh kerajaan bagi menenangkan keadaan di Pantai Timur Sabah supaya pelabur dan pelancong berasa selesa dan selamat untuk ke sana bagi memacukan ekonomi perindustrian dan pelancongan di kawasan ESSZONE. Yang Berhormat Sandakan telah membangkitkan berkenaan kebimbangan orang ramai khususnya nelayan daripada Sandakan mengenai keselamatan di kawasan ESSZONE ekoran daripada laporan nelayan di Kinabatangan ditembak oleh bot dari Filipina berdekatan perairan Sandakan. Selain itu, Yang Berhormat turut membangkitkan soal persepsi masyarakat terhadap tahap keselamatan memandangkan ESSCOM telah mengeluarkan senarai 16 orang penjenayah yang dikehendaki. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keadaan di kawasan Pantai Timur Sabah berada dalam keadaan terkawal. Pada tahun 2017 menyaksikan tiada kes penculikan berlaku berbanding dengan tahun 2016 sebanyak 10 kes penculikan. Tahun 2015, satu kes penculikan dan tahun 2014 sebanyak empat kes penculikan dilaporkan. Hal ini adalah hasil daripada tindakan ESSCOM bersama-sama pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang sentiasa memantau dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah. Sehubungan dengan itu, tuduhan beberapa pihak yang mengatakan bahawa ESSZONE adalah kawasan yang tidak selamat adalah tidak benar sama sekali. ESSZONE pada ketika ini, berada dalam keadaan terkawal. ESSCOM sentiasa memantau kemasukan pelancong-pelancong di kawasan ESSZONE setiap hari melalui laporan-laporan yang diterima oleh pengusaha hotel dan resort di Pantai Timur Sabah. ESSCOM mendapati kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara ke kawasan ESSZONE adalah memberangsangkan. Berdasarkan laporan statistik pemantauan ESSCOM, kehadiran pelancong asing dan tempatan ke ESSZONE pada tahun 2017 adalah seramai 2,026,606 orang berbanding dengan 2016 seramai 1,874,608 orang. Ini menunjukkan kedatangan pelancong ke kawasan ESSZONE berlaku peningkatan sebanyak 7.5 peratus.
Sehubungan dengan itu, isu bahawa pelancong dalam dan juga luar negara tidak yakin akan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah adalah tidak benar. Keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah adalah sentiasa dalam keadaan terkawal. Untuk makluman, pertubuhan ESSCOM adalah untuk mengekang pencerobohan kali kedua. Namun, ESSCOM turut menghadapi cabaran jenayah lantas sempadan seperti penculikan serta jenayah setempat. ESSCOM menangani dengan sebaik mungkin. Penugasan anggota daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam di kawasan Pantai Timur Sabah juga merupakan satu inisiatif terbaik dalam memastikan keselamatan di kawasan ESSZONE sentiasa terpelihara. Hal ini diperkemas lagi dengan bantuan daripada orang ramai. Selain itu, ESSCOM juga telah melaksanakan arahan perintah berkurung sejak 19 Julai 2014. Arahan perintah berkurung telah dilaksanakan sehingga fasal 84. Fasal 84 ini bermula pada tarikh 7 Mac 2018 dan akan berakhir pada 22 Mac 2018 serta diperbaharui setiap dua minggu sekali.
Tujuan pelaksanaan arahan perintah berkurung adalah bertujuan untuk mengawal dan memantau jenayah rentas sempadan di kawasan ESSZONE. Keperluan meneruskan perintah berkurung di perairan adalah bagi memastikan kawasan perairan ESSZONE tidak di ceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan pelabur asing selain pelancong di pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas di Selatan Filipina. Penguatkuasaan arahan perintah berkurung hanya dijalankan pada sebelah petang bermula 6 petang sehingga 6 pagi. Air tidak menghalang pergerakan pelancong asing pada sebelah siang. Hasil daripada pelaksanaan arahan perintah berkurung, keselamatan pelancong asing lebih terjamin kerana pasukan keselamatan dan penguat kuasa sentiasa membuat rondaan dan pemantauan pada waktu malam. Secara keseluruhannya kedatangan pelancong asing ke negeri Sabah, khususnya ESSZONE pada setiap tahun adalah semakin meningkat. Tuan Yang di-Pertua, pada 22 Februari 2018, pihak keselamatan di pos hadapan muara sungai Kinabatangan telah menerima maklumat bahawa sebuah kapal menangkap ikan, fishing trawler dikatakan telah ditembak oleh orang yang tidak dikenali di perairan Kuala Meruap, Kinabatangan. Siasatan awal melalui perisikan ESSCOM mendedahkan bahawa kapal menangkap ikan ataupun fishing trawler tersebut telah memasuki secara haram perairan Pulau Baguan dalam wilayah Filipina untuk menangkap ikan. Ketiga-tiga anak kapal mendakwa telah cuba dirompak oleh kumpulan penjenayah dari kawasan Pulau Taganak, Filipina. Semasa anak kapal menangkap ikan dengan menggunakan pukat sebanyak empat buah bubuk iaitu peralatan menangkap hasil laut kepunyaan penduduk Pulau Taganak, Filipina telah rosak atau hilang akibat terkena pukat mereka. Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik bubuk yang dilanggar oleh kapal tersebut di Municipal Police, Taganak, Philippine. Seramai lima orang pemilik dengan menggunakan perahu jenis pump boat telah mengejar kapal menangkap ikan untuk tujuan meminta ganti rugi. Namun, kapal tersebut terus melarikan diri ke perairan Kinabatangan, Sabah dan melihat keadaan selepas seorang pemilik bubuk tersebut melepaskan beberapa das tembakan ke arah kapal berkenaan. Sehubungan dengan itu, kes tembakan tersebut bukan dilakukan oleh mana-mana elemen penjenayah Kidnap Forensic Group seperti yang didakwa oleh anak-anak kapal menangkap ikan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2018, pihak ESSCOM juga telah mengeluarkan senarai penjenayah yang dikehendaki- wanted list, yang bertujuan untuk menyelesaikan beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan ESSZONE. Kesemua 16 orang penjenayah tersebut adalah merupakan warga Filipina yang berasal dari kepulauan yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Filipina. Ketika ini, ESSCOM menghadapi kesukaran untuk menangkap penjenayah berkenaan, namun ESSCOM sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina bagi mengesan pergerakan penjenayah tersebut. ESSCOM juga sentiasa mengambil inisiatif mengadakan pelbagai program kepada masyarakat bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat setempat terhadap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan melalui penganjuran Program Semarak Rakyat bersama ESSCOM ‘Sabah Tanah Airku’. ESSCOM sentiasa komited dalam mengurangkan ancaman keselamatan dengan berazam mengekalkan ESSZONE sebagai zero security track, NADMA. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ramai yang begitu prihatin mengenai isu bencana di negara ini. Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan isu bumbung sekolah di kawasan beliau. Saya ambil maklum berkaitan dengan masalah ini dan saya akan cuba melihat bagaimana bantuan penambahbaikan dapat dihulurkan. Yang Berhormat Bukit Mertajam ada bertanya tentang wang RM1 bilion iaitu wang peruntukan projek tempatan banjir yang dikhaskan untuk Pulau Pinang.
Yang Berhormat Putatan bangun.
Boleh Yang Berhormat?
Bagi saya habiskan- yang masih belum diberikan. Pertanyaan yang sama turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soal bumbung saya rasa dalam perbahasan saya bukan mengenai bumbung. Yang saya bahas pada hari itu adalah menyediakan satu tempat perhimpunan murid-murid kerana mereka kadang-kadang berhujan dalam perhimpunan kelas. Itu sahaja sekolah yang belum ada tempat perhimpunan murid-murid di SK Tansau, tempat pejabat Parlimen saya dan kampung saya sendiri. Malu saya Menteri, seorang wakil rakyat di kampungnya, sekolah dia tidak ada tempat untuk berhimpun.
Yang Berhormat maksudkan di antara dua bangunan itu diadakan bumbung ya? Begitu maksudnya? Ya, macam inilah lebih kurang ya?... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Okey Yang Berhormat, saya akan cuba dengan sebaik mungkin supaya Yang Berhormat tidak malu dengan bumbung yang tidak ada di kawasan Yang Berhormat. Jadi, saya akan cuba sebaik mungkin yang ini saya telah bercakap dengan semua pihak, dengan ICU, dengan Menteri Pendidikan dan kita sedang buat sesuatu. Jadi, kuranglah malunya ya. Yang Berhormat berhubung dengan...
Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Parit Sulong bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Parit Sulong cakap? Ya, okey.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Juga terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya cuma tertarik tadi dengan apa yang Yang Berhormat Putatan bangkitkan. Susulan daripada itu, sebagai tambahan saya cuma mahu bertanya kepada pihak Yang Berhormat. Bagaimana atau apakah kriteria yang membolehkan pihak NADMA ini datang untuk membantu? Oleh sebab saya bagi contoh di kawasan saya. Kawasan saya ini kawasan Parit Sulong memang selalu ditimpa sama ada banjir atau ribut. Pernah terjadi dulu 100 lebih buah rumah yang bermasalah tetapi saya telah bawa perkara ini ke pihak Yang Berhormat tetapi tidak mendapat tindakan apa-apa. Baru-baru ini dalam dua bulan lepas pun ada 50 buah lagi rumah yang daripada empat buah kampung. Jadi saya cuma mahu tahu kriteria yang membolehkan bantuan daripada pihak Yang Berhormat turun untuk membantu masyarakat? Terima kasih.
Yang Berhormat, saya ini ialah orang yang menguruskan banjir. Menguruskan bencana. Jadi, sekiranya berlaku bencana jadi kita akan buat yang terbaik dengan memindahkan mangsa. Akan tetapi kalau sekiranya mereka berpindah dan mereka layak mendapatkan wang ehsan, kita bantu. Tidak ada masalah. Itu serta-merta kita bantu. Akan tetapi yang dalam kes Yang Berhormat ini...
Akan tetapi dia bukan sahaja banjir kan Yang Berhormat? Kalau tercabut bumbung melayang-layang sana sini dan rumah beralih itu pun bawah Yang Berhormat juga kan?
Yang Berhormat ini fikir- nanti kejap, tidak habis lagi. Yang Berhormat kena bersabar sedikit.
Okeylah. Itu sahaja lah. Saya tidak sambung, jadi yang penting bantuan itu sampai sebab mereka ini memang memerlukan bantuan daripada kami mungkin selaku Ahli Parlimen tidak memadai dan tidak mencukupi. Akan tetapi alangkah baiknya kalau ada dari kementerian...
Dalam kes Yang Berhormat ini ribut ya?
Semuanya. Ribut, banjir dan segala- galanya.
Banjir Yang Berhormat. Tidak ada...
Ribut. Baru-baru ini ribut, Yang Berhormat Menteri yang disayangi. Jadi, saya hendak maklumkan jugalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi banjir kita bagi wang ehsan. Akan tetapi, kerosakan lain-lain itu mestilah diuruskan oleh agensi yang lain. Akan tetapi kita juga bersimpati dengan apa yang berlaku. Kalau sekiranya berlaku macam dalam kes kerosakan di...
Putatan?
Bukan. Di...
Parit Sulong?
Parit Sulong. Yang melibatkan...
Yang Berhormat?
Saya belum habis jawab lagi. Yang melibatkan 100 buah rumah dan lebih kurang 50 buah rumah, kalau memperbaiki rumah itu sudah pasti sukar untuk kami berbuat demikian. Akan tetapi untuk mendapatkan wang ehsan tidak ada masalah. Yang ini dalam kes ini saya ingat sebenarnya telah dirujukkan. Akan tetapi Yang Berhormat jangan bila hantar surat itu duduk diam. Kena buat follow-up sikit dan sudah pasti kita akan buat yang terbaik. Saya bagi contoh macam...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .
Bukan. Ahmad Lai daripada...
Yang Berhormat Sibuti.
Sibuti. Yang Berhormat Sibuti minta pada hari Isnin, hari Rabu kita sudah lulus, sebagai contohnya. Demikian juga, Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Jadi Yang Berhormat Parit Sulong ini untuk melihat...
Yang Berhormat Parit Sulong tidak mendengar, Yang Berhormat Menteri.
...Supaya tidak tertinggal, jadi Yang Berhormat buat follow up sikit. Ketua Pengarah NADMA ada di belakang, dia sedang mendengar dengan hebatnya.
Dengar, dengar, Tuan Yang di- Pertua. Dengar. Terima kasih.
Jadi, Yang Berhormat, oleh kerana dia tidak melibatkan banjir tetapi melibatkan ribut, kami akan bantu yang sebaiknya. Akan tetapi kita hendak bagi tahu, kalau berlaku bencana, dia berpindah, dia akan mendapat wang ihsan, Yang Berhormat. Akan tetapi kalau dia tidak berpindah, melibatkan kerosakan, selalunya agensi lain yang terlibat. Akan tetapi dalam kes ini, NADMA akan cuba sedia upaya untuk berbuat sesuatu supaya kita mengurangkan beban atau masalah mereka. Kehadiran NADMA sekarang ini ialah hendak pastikan supaya masalah yang dihadapi itu dapat dikurangkan. Contohnya macam di pusat perpindahan. Saya kadang-kadang mendapat maklumat peralatan masak tidak ada, kita bagi serta-merta. Kemudian dia kata tidak ada bot, kita bagi serta-merta. Bot yang kecillah ya. Kemudian, bilik air sekolah selalu rosak kerana orang terlampau ramai, kita perbaiki serta-merta. Itu kita hendak bagi tahu Yang Berhormat. Kalau dalam kes Yang Berhormat ini ada ketinggalan, Yang Berhormat sewajarnya membuat follow up...
[Bangun]
Kalau Yang Berhormat menunggu- sebab kita menerima laporan ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri. Dia tidak boleh, tidak ada satu kes yang kita tertinggal berhubung dengan perkara ini.
Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun, Yang Berhormat.
Ya?
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Sekarang ini...
Kapar.
Bukit Mertajam.
Yang Berhormat Kapar, ya.
Yang Berhormat Kapar dulukah atau apa?
Kapar atau Bukit Mertajam?
Yang Berhormat Kapar...
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
...Sebab Yang Berhormat Kapar bangun lebih awal tadi.
Okey, boleh ya?
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memaklumkan bahawa agensi Yang Berhormat memang cepat bertindak. Di kawasan saya berlaku banjir, walaupun Yang Berhormat Menteri kata hendak datang tetapi dia tidak datang, tetapi staf-staf pimpinan dia memang turun padang dan melakukan kerja.
Bagus.
So, saya mengucapkan tahniah kepada krew-krew, pengarah-pengarah di bahagian Kapar yang telah turun padang dan membuat bantuan. Saya ingin bangkitkan soalannya, Yang Berhormat Menteri, adalah tentang keperincian bantuan sebab banyak kali kita kaitkan ada agensi lain dan sebagainya. Di sini kita tidak dapat keperincian yang mana satu wang ihsan, yang mana satu yang dibantu oleh agensi ataupun Yang Berhormat, Jabatan Perdana Menteri dan yang mana satu pula Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kadang-kadang berlaku kekeliruan. Macam saya nampak Yang Berhormat kata, “Kalau hendak bot, saya bagi bot. Kalau tidak ada peralatan makanan, saya bagi peralatan makanan”, tetapi bukankah ini pun adalah- macam bukan bot tetapi macam makanan atau peralatan dan sebagainya, JKM pun boleh bekalkan. Sometimes kita duplication. Kadang-kadang dia orang kata ini mungkin ada orang lain buat. Ada juga parti-parti politik juga turun padang dan buat tugasan dan sebagainya. Kadang-kadang duplication. Benda yang kita perlukan tidak diberi. Contoh macam untuk bayi, pampers semua tidak ada tetapi barang makanan pula banyak.
So, saya rasa perlu ada satu keperincian siapa lakukan apa dan agensi mana bantu apa. Kalau benda itu ada, senang untuk Ahli Parlimen macam saya untuk minta, “Okey, yang ini saya minta dengan Yang Berhormat. Kalau yang ini, saya minta dengan JKM” dan sebagainya. Keperincian itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Pada pandangan saya, semua Ahli Yang Berhormat, semua jabatan dan agensi tahu tentang tugasan yang telah diberikan. Pusat perpindahan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Yang Berhormat, semua keperluan kemanusiaan diberi. Tempat tidur, kemudian pampers, sampai ke tahap kalau sekiranya- ini kita bagi sumber kewangan yang lain. Sampai kita tanya ada hendak Milo kah, Nescafe kah. Sampai ke tahap itu kita jaga. Mungkin semasa itu Yang Berhormat tidak ada. Akan tetapi, makanan mesti diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kemudian NADMA dengan bersama dengan APM akan turun dan pastikan supaya semua kekurangan itu diatasi serta-merta. Susu kanak-kanak, pampers, pakaian wanita dan juga lain-lain semua disediakan sebab orang berpindah sehelai sepinggang. Jadi, Yang Berhormat, telah dikenal pasti dalam Arahan MKN 20 itu supaya kita menyelesaikan kekurangan yang dihadapi. Dengan penubuhan NADMA, Yang Berhormat, ia lagi hebat. Itu sebab saya sebut pegawai-pegawai NADMA dan juga lain-lain pegawai yang telah bersama dengan kita, mereka akan bagi maklumat. Kita kena selesaikan serta-merta macam tempat memasak dan sebagainya. Akan tetapi, sekarang ini pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah telah dikendalikan dengan begitu baik. Kita siapkan barangan itu sebelum banjir. Yang Berhormat sebutkan di mana tempat yang ada kekurangan, kita boleh selesaikan serta-merta. Yang Berhormat pun Kolonel Kehormat APM boleh maklumkan kepada kita serta-merta, tidak ada masalah.
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun, Yang Berhormat.
Yang sekarang ini pengurusan bencana- saya tidak mahu pujilah tetapi saya hendak beritahu berada di tahap cukup baik sehingga kita juga direcognized, dengan izin, di peringkat antarabangsa.
Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan Yang Berhormat itu memang lengkap. Terima kasih. Akan tetapi ada satu fakta yang saya perlu betulkan. Saya memang ada di sana. Yang Berhormat Menteri yang sepatutnya datang, kami tunggu dengan satu rombongan hendak mempelawa Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat tidak hadir pada hari itu. Itu fakta kena betulkan. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Yang Berhormat dalam keadaan banjir seluruh negara itu, saya sudah pasti, saya bukan ada kenderaan hebat untuk sampai. Jadi bagi saya ada masalah. Yang Berhormat, Hari Deepavali pun saya pergi, bagaimana banjir saya tidak pergi? Jadi, Yang Berhormat, hendak tunjukkan bahawa saya prihatin.
Itu yang saya puji Yang Berhormat. Saya hargai Yang Berhormat. Terima kasih.
Deepavali saya pergi, Yang Berhormat. Jadi...
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun. Yang Berhormat hendak bagi?
Yang Berhormat Bukit Mertajam saya belum menjawab lagi ini. Saya kena baca kenyataan Yang Berhormat, selepas itu Yang Berhormat tanya ya. Saya memang bersiap-siaga, Yang Berhormat.
Sebelum isu itulah. Ada lagi berkenaan wang ihsan.
Okey, Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi telah menyebutkan bahawa berhubung dengan peruntukan projek tebatan banjir yang dikhaskan untuk Pulau Pinang. Susulan daripada kejadian banjir di Pulau Pinang, satu jawatankuasa telah ditubuhkan melibatkan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri- Yang Berhormat Menteri ada di sini- dan juga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Jawatankuasa ini bertanggungjawab meneliti perincian cadangan pelaksanaan 13 projek mitigasi banjir di Pulau Pinang dengan anggaran kos RM1 bilion. Di samping itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM1.25 bilion untuk projek- projek tebatan banjir bagi menaik taraf sistem saliran di bandar Pulau Pinang sejak RMKe-5 sehingga RMKe-10. Selain itu, dalam RMKe-11, sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan bagi Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang. Bagi pertanyaan berkaitan wang ihsan, saya telah memaklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam pada 19 Mac yang lalu bahawa wang bantuan khas banjir di Pulau Pinang adalah seumpama jumlahnya selepas pertimbangan yang sewajarnya dibuat iaitu dengan melihat jumlah mangsa yang didaftarkan pada peringkat awal iaitu 3,160 ketua isi rumah dan senarai terakhir penerima mengikut permohonan iaitu 21,548 ketua isi rumah. Jadi demikianlah keadaannya, Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sebab semasa Pulau Pinang mengalami banjir pada 5 November, Yang Berhormat Menteri memang ada turun. Saya rasa kalau tidak silap saya memang 6 November, hari keesokannya, Yang Berhormat Menteri sudah turun. Saya hendak ucapkan terima kasihlah untuk Yang Berhormat Menteri atas keprihatinan. Akan tetapi, bab wang ihsan. Tadi khabar ada Ahli Yang Berhormat yang mohon pada hari Isnin yang lalu dapat hari Rabu. Saya juga pada hari Isnin yang lalu telah memohon agar wang ihsan yang telah diberikan kepada Pulau Pinang iaitu RM250 dinaikkan- tidak perlu bagi macam Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana kerajaan negeri bagi RM700. Kita hanya mengharapkan supaya boleh match atau padankan dengan wang ihsan yang diberikan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang lain. Ini pun sudah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sendiri apabila beliau melawat Pulau Pinang pada 7 November yang lalu. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Menteri, pihak kerajaan negeri juga telah mendaftarkan mangsa banjir. Jadi daftar mangsa banjir itu saya rasa tidak ada masalah sebab kerajaan negeri sudah ada satu daftar yang lengkap lebih kurang 52,000 orang atau 52,000 keluarga. Jadi saya harap dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, kita boleh memberikan wang ihsan RM500 kepada semua mangsa banjir yang telah didaftarkan. Pendaftaran ini ia mengikut prosedur kerajaan, disahkan oleh ADUN, disahkan oleh pejabat daerah.
Jadi saya harap kerajaan sebab sini saya nampak ada hendak minta bajet tambahan. Jadi saya rasa RM8 bilion ini kalau sudah boleh minta bajet tambahan, saya minta bajet tambahan lah...
Ya, Yang Berhormat Arau berucap Yang Berhormat.
...Bajet tambahan untuk mangsa banjir. Ini adalah keperluan yang saya rasa amat perlu sangat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Demikianlah jawapan saya sebentar tadi. Pendaftaran kita adalah 3,000 lebih ya Yang Berhormat. Kemudian selepas itu kita dapat angka yang baru 21,000 lebih. Kerajaan Pulau Pinang pula mendapat angka yang lebih baru 51,000 lebih. Yang Berhormat, di pihak saya, kita hanya boleh bagi kepada mangsa yang berdaftar di kawasan perpindahan. Akan tetapi kita mengambil kira yang berlaku di Pulau Pinang sebab saya berada lebih awal daripada Yang Berhormat sebutkan tadi. Saya telah masuk Pulau Pinang dan mengendalikan pengurusan banjir dan sementelahan pegawai- pegawai kita sedang buat simulasi di Pulau Pinang. Jadi, urusan banjir itu telah dikendalikan dengan baik. Cumanya sebab dia berlaku cara mendadak, sekali gus di mana angin dan juga banjir itu berlaku serentak, air pasang, jadi menyebabkan pergerakan itu perlahan sikit. Akan tetapi selepas beberapa jam dan selepas tengah malam, kita telah dapat menyelesaikannya dengan baik. Cuma mereka berpindah di tempat-tempat yang tidak diwartakan. Itu pun kita daftar. Jadi sekarang ini, alasan yang diberikan oleh pelbagai pihak bahawa orang yang tidak berpindah, tidak mendaftar itu kerana mereka menghadapi kesukaran. Kita ambil kira semua dan kita telah bagi apa yang telah sewajarnya, kita bagikan Yang Berhormat. Kerajaan Pusat akan melihat perkara ini dari masa ke semasa. Kami juga, bukan itu saja Yang Berhormat, bantuan makanan kita bagi, kit makanan kita bagi, tempat tidur dan juga lain-lain kita bagi, dan pendaftaran Yang Berhormat, hanya boleh dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerajaan Negeri tidak ada jentera untuk membuat bancian atau menggunakan agensi yang lain ataupun menggunakan badan-badan yang lain. Kebajikan Masyarakat mestilah merupakan agensi yang mendaftar, yang dibantu oleh APM. Selepas itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri akan mengesahkan dan menghantar kepada kami. Cukup mudah, ceritanya cukup mudah. Jabatan Kebajikan mendaftar, pejabat daerah dan Setiausaha Kerajaan Negeri hantar, kita buat pembayaran. Jadi itulah kedudukannya yang berlaku Yang Berhormat, yang telah dipersetujukan dengan hebatnya. Saya rasa saya telah menjawab...
Boleh.
...dan Yang Berhormat mungkin boleh bercakap lagi di bawah peruntukan, di bawah tajuk-tajuk lain selepas ini.
Ya, Yang Berhormat Menteri sudah bagi jalan Yang Berhormat, bagi jalan sudah.
Last one, last.
Ya, sila.
Saya rasa saya tidak pertikaikan operasi agensi-agensi penyelamat pada hari tersebut, malah saya berterima kasih pada jentera- jentera yang turun termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri. Akan tetapi apa yang saya hendak rayulah, saya rasa rayu di sini sebagai wakil rakyat daripada Pulau Pinang dan daripada satu kawasan yang saya rasa banyak mangsa. Oleh sebab saya nampak jawapan Menteri lebih kurang 20,000 penerima wang ihsan Kerajaan Pusat. Akan tetapi di kawasan saya sahaja, kita sudah mendaftarkan lebih 10,000 isi rumah yang terkesan. Jadi saya rasa saya rayu dengan kerajaan supaya sekurang-kurangnya menyamakan bantuan tersebut. Mungkin saya tahu mungkin kali ini bajet tidak cukup tetapi saya mohonlah untuk ditambahkan bajet bagi kes ini di Pulau Pinang. Terima kasih.
Yang Berhormat, perkataan saya mendaftarkan itu ialah sudah tidak bersamaan dengan kita, yang mendaftarkan ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya berada di sana sebelum Ketua Menteri menelefon Timbalan Perdana Menteri, saya sudah berada di sana Yang Berhormat, mengendalikan perpindahan. Saya tunggu di sana sampai habis. Timbalan Perdana Menteri turun ke padang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turun padang, sampai habis. Kita sudah bagi tahu bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu sudah menyebutkan bahawa wang ihsan dibagi serta-merta pada besoknya. Tiba-tiba pendaftaran esok sampai 10 pagi, sampai 10 pagi pendaftaran berubah sedikit, tapi besok lagi berubah dan seterusnya berubah. Jadi, untuk mencari persamaan itu, kita tidak boleh kata wakil rakyat daftar, tidak boleh. Dia mesti Jabatan Kebajikan Masyarakat dibantu oleh APM dan mendapat pengesahan daripada pejabat daerah, selepas itu pejabat kerajaan negeri.
Ini just hendak bagi penjelasan tentang daftar ini.
Last one ya, last one.
Okey, bila saya kat daftar maksudnya didaftar oleh Kerajaan Negeri, diluluskan oleh Exco dan saya rasa pendaftaran kalau mungkin procedure yang berlainan boleh kita synchronize, boleh lihat ataupun audit dengan mudah sebab banjir ini diketahui umum. Agensi-agensi kerajaan pun ada rekodnya. Jadi saya rasa tidak ada masalah walaupun pendaftaran yang berbeza tetapi boleh disynchronizekan, diselaraskan terutamanya apabila pendaftaran yang telah dilakukan di negeri Pulau Pinang diluluskan oleh kerajaan, bukan diluluskan oleh pihak swasta ataupun wakil rakyat secara individu tetapi oleh kerajaan. Jadi saya harap boleh diselaras. Saya rasa itu bukan satu masalah yang besar untuk menyelaraskannya. Terima kasih.
Yang Berhormat, jawapannya ialah pendaftaran itu mesti dibuat oleh agensi kerajaan yang saya sebutkan nama tadi. Mereka sudah hantar kepada saya tapi jumlahnya berkurang. Akhirnya kita berbincang dan kita menerima jumlah yang kedua yang mereka hantar dan itu kita telah sampaikan wang ihsan. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat hendak ambil video supaya nampak seolahnya Yang Berhormat yang hendak jadi champion di Pulau Pinang. Tidak, yang jadi champion kami di Pulau Pinang, ya Yang Berhormat. Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. No hard feeling ya, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri yang menjaga Malaysia Coast Guard, APMM, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad daripada Kuala Terengganu, Yang Berhormat Profesor Dr. Ismail Daud daripada ...
Hmmm... sebut kawasan sahaja Yang Berhormat.
Ya?
Sebut kawasan sahaja.
Turun kawasan?
Ya, sebut kawasan sahaja, tidak perlu sebut nama....
Ya, ya. Saya, terima kasih, saya akan ikut. Puak-puak ini tulis semua sekali. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia Coast Guard, APMM sentiasa mengambil serius berkenaan isu pencerobohan bot nelayan asing yang mengakibatkan negara kehilangan hasil laut berbilion ringgit. Yang Berhormat Kuala Terengganu membangkitkan isu berkenaan dengan kedaulatan negara kita. Isu kedaulatan negara di perairan Malaysia di Laut Cina Selatan menjadi pertanyaan besar di mana pencerobohan Negara Republik China berleluasa tanpa bantahan dari Malaysia. Ini amat mendukacitakan. Walaupun pencerobohan secara terbuka dan besar- besaran berlaku tetapi tidak sedikit pun ada apa-apa teguran atau bantahan.
Nelayan negara kecil seperti Vietnam pun boleh sewenang-wenangnya memasuki perairan kita. Mereka mengakibatkan kehilangan, kecurian 980,000 tan metrik tangkapan hidupan laut dan nilainya adalah lebih kurang RM6 bilion ataupun RM6,000 juta. Ini adalah satu kerugian besar kepada nelayan kita yang di antaranya golongan miskin. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat, pendirian Malaysia berhubung dengan Laut Cina Selatan adalah jelas dan konsisten. Semua negara mestilah memastikan keamanan dan juga kestabilan. Sebarang tindakan yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan, menimbulkan kebimbangan dan kecurigaan serta bersifat provokatif hendaklah dielakkan. Isu tuntutan hak di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di Laut Cina Selatan perlu diselesaikan secara aman dengan semua tuntutan dan penyelesaian mestilah berdasarkan Undang-undang Antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982, UNCLOS 1982. Dalam mengendalikan isu Laut Cina Selatan, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan negara sebagai asas utama dalam setiap tindakan yang diambil. Malaysia adalah negara berdaulat. Rondaan, pengawasan dan pemantauan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan keselamatan negara di Laut Cina Selatan sentiasa terpelihara. Dalam isu pencerobohan bot nelayan Vietnam juga, APMM memastikan aset melaksanakan rondaan di perairan Laut Cina Selatan sehingga 200 batu nautika. Ini terbukti dengan beberapa rekod tangkapan bot nelayan Vietnam di Laut Cina Selatan sejumlah 118 kes pada tahun lepas dan 18 kes dalam masa berbulan-bulan ini pada tahun ini. Kenyataan bot nelayan Vietnam beroperasi di perairan negara sewenang-wenangnya adalah tidak tepat sama sekali kerana Malaysia Coast Guard, APMM sentiasa melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mengekang kemasukan pencerobohan bot nelayan Vietnam. Yang Berhormat Merbok mencadangkan supaya rondaan oleh agensi maritim dipertingkatkan bagi menangani pencerobohan bot nelayan asing di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia cara berkesan. APMM sentiasa melakukan rondaan di perairan negara di tahap 24/7, 24 jam, tujuh hari bagi mengesan kegiatan jenayah maritim termasuk rompakan laut, aktiviti penyeludupan, pencerobohan bot nelayan asing, penggunaan lesen pengusaha bot nelayan tempatan oleh nelayan asing dan sebagainya.
APM juga turut diperkuatkan lagi dengan kehadiran dua buah kapal ronda besar- besar dalam armada coast guard APM iaitu KM Pekan dan KM Arau yang dapat beroperasi dengan lebih lama iaitu sehingga 20 hari di laut. Kapal-kapal ini ditempatkan di Kuantan dan di Kota Kinabalu yang memfokuskan aktiviti penguatkuasaan dan cari menyelamat Maritim di Laut China Selatan. Rondaan dan pemantauan ini turut dipertingkatkan berdasarkan maklumat yang di peroleh melalui Radar Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) yang boleh mengesan pergerakan objek yang mencurigakan di laut. Sekiranya didapati objek yang mencurigakan, pemeriksaan akan dilakukan ke atas kapal atau bot tersebut. Pemeriksaan bukan sahaja terhadap kapal-kapal dagang dan bot-bot nelayan tempatan, malahan kapal atau bot nelayan di sewa atau dipajak dan dikendalikan oleh warga asing juga turut dilaksanakan pemantauan, Bagi tahun 2017, sebanyak 32,191 ribu pemeriksaan terhadap pelbagai vessel di zon maritim Malaysia telah dilaksanakan oleh Malaysia Cost Guard APM. Pada masa sekarang, kerajaan telah meluluskan pengambilan pasukan sukarelawan maritim Malaysia. Kita akan memberi keutamaan pengambilan sukarelawan ini dari kalangan komuniti nelayan. Mereka bukan sahaja akan bertugas sebagai sukarelawan, malahan mereka juga akan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha untuk membanteras pencerobohan nelayan asing, penjarah-penjarah dan perompak di Laut China Selatan. Isu pencerobohan bot nelayan asing, ketirisan hasil laut negara perlu ditangani secara holistik. Selain daripada tindakan penguatkuasaan dan juga pengawasan rondaan di laut oleh APM, pendekatan penambah baikkan kepada dasar, akta dan juga peraturan berkaitan perikanan sedia ada juga diperlukan. Ini untuk memastikan tindakan pendakwaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, penyelewengan serta salah guna lesen dapat dibanteras.
Akhir sekali, mengenai PR1MA. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara mengenai PR1MA iaitu Yang Berhormat Sandakan, menyatakan bahawa kerajaan berjanji dalam manifesto PRU ke-13 dalam lima tahun ini menyasarkan akan membina 70,330 ribu buah rumah PR1MA. Akan tetapi hujung tahun 2017, hanya 17,655 ribu buah PR1MA, hanya 24 peratus dijanjikan ditunaikan. Untuk makluman Yang Berhormat, indikasi sasaran bagi PR1MA adalah berdasarkan kelulusan bilangan unit kediaman oleh Mesyuarat Anggota Perbadanan PR1MA ataupun Lembaga Pengarah. Setakat ini, secara keseluruhannya Lembaga Pengarah PR1MA telah meluluskan sebanyak 268,530 unit kediaman di seluruh negara. Semestinya jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa mengikut kekerapan mesyuarat yang diadakan setiap bulan. Daripada jumlah kelulusan tersebut, hanya 139,040 unit atau pun 132 buah projek sedang berada dalam pembinaan. 15,204 ataupun 30 projek unit telah siap, manakala jumlah selebihnya adalah dalam pelbagai peringkat perancangan. Insya-Allah PR1MA mensasarkan lebih banyak projek untuk dibina dan siap pada akhir hujung tahun ini, selepas pilihan raya. Bagi negeri Sabah pula, sebanyak 30,028 unit kediaman PR1MA atau 28 projek sedang dibangunkan di kawasan Parlimen Sandakan, Tawau, Kota Marudu, Papar, Beaufort, Tuaran, Sepanggar, Semporna, Silam, Kinabatangan, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan, Keningau dan Kimanis. Daripada jumlah kelulusan tersebut, sebanyak 16,833 unit atau 15 buah projek sedang dalam pembinaan, manakala selebihnya berada dalam pelbagai fasa perancangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PR1MA komited dan giat melaksanakan mandat untuk merealisasikan sasaran penyediaan yang telah ditetapkan kerajaan. Pencapaian sasaran ini meliputi pelbagai peringkat iaitu peringkat perancangan, pembinaan dan siap dibina. Jumlah ini dijangka akan meningkat mengikut permintaan setempat serta cadangan pembangunan yang bersesuaian. Semoga sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan menjadi pemangkin usaha PR1MA untuk mempergiatkan lagi perlaksanaannya. Selaras dengan usaha giat kerajaan, sebuah program jualan perumahan yang mengetengahkan Program Perumahan Kerajaan Persekutuan seperti Program PPR, RUMAWIP, PPA1M, PR1MA, SPNB serta program perumahan oleh kerajaan negeri akan dianjurkan di seluruh negara. Ekspo yang dinamakan Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 24 Mac sehingga 1 April bermula jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Yang Berhormat semua dijemput hadir dan saya akan berada di sana untuk menunggu Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Kapar menunggu saya masa banjir. Ia bukan sahaja sebuah program yang memfokuskan kepada jualan perumahan, malah program ini merupakan medium untuk memberi kesedaran program perumahan yang disediakan kerajaan, khususnya kepada golongan B40 dan juga M40. Orang ramai dijemput hadir dan berpeluang untuk memohon, malah membeli rumah bagi projek yang disediakan oleh kerajaan di seluruh negara mengikut kelayakan masing-masing semasa ekspo. Sebagai akhirnya, saya rasa ini sahaja perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi tanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang saya tidak sempat jawab, perkara ini telah dicatatkan dan akan diambil perhatian oleh semua pihak. Berhubung dengan Yang Berhormat Parit Sulong yang telah menimbulkan permohonannya yang belum dapat dipertimbangkan, saya harap dapat berjumpa saya di luar sana untuk membolehkan saya mempertemukan beliau dengan pegawai-pegawai PR1MA. Termasuk kepada Yang Berhormat Kapar, yang ada ke masalah sikit daripada pusat pemindahan, kami boleh sampaikan maklumat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Kota Belud.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab saya. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjawab saranan Yang Berhormat Rasah dalam ucapannya supaya memastikan pampasan yang munasabah diberikan kepada rakyat yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur-Singapore high-speed rail (HSR) serta meminimumkan impak terhadap persekitaran semasa pembinaan kelak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Barisan Nasional akan memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak yang berhak berlandaskan kepada peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa. Pampasan pengambilan tanah bagi Projek HSR ini akan dilaksanakan berdasarkan kepada Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 atau Akta 486, di mana nilaian pampasan adalah berdasarkan harga tanah semasa. Pihak MyHSR Corporation Sdn. Bhd. sebagai pemilik projek akan melaksanakan beberapa pendekatan, termasuklah pelan impak kawalan trafik, pelan pengurusan alam sekitar, sesi penglibatan penduduk setempat dan lain- lain lagi bertujuan untuk memastikan kesan negatif yang mungkin wujud semasa pembangunan Projek Kuala Lumpur-Singapore HSR ini dapat diminimumkan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak dalam perbahasaan beliau telah membangkitkan mengenai kesediaan negara dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam menghadapi perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat yang dipelopori oleh Peter Navarro. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai saya di Unit Perancangan Ekonomi sememangnya memantau perkembangan terkini dasar dan ekonomi dunia bagi memastikan kerajaan sentiasa berada di landasan yang betul dan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan negara. Mengenai Peter Navarro yang memegang jawatan Pengarah Perdagangan dan Dasar serta Pengarah Majlis Perdagangan Negara dalam Kerajaan Amerika Syarikat, beliau mempunyai pengaruh besar dalam pembentukan dasar perdagangan Amerika Syarikat. Memandangkan falsafah beliau mengenai kedudukan US dalam perdagangan dunia seiring dengan pendapat Presiden Trump. Peter Navarro merupakan ahli akademik ekonomi yang mempunyai falsafah lain daripada pemahaman dari ekonomi lazim. Beliau terkenal sebagai pengkritik kuat ke atas negara yang mempunyai imbangan dagangan defisit bersama Amerika Syarikat, di mana beliau percaya bahawa pemilikan syarikat Amerika Syarikat oleh pelabur asing telah mengancam keselamatan negara berkenaan.
Sehubungan itu, Dasar Ekonomi Baru lebih cenderung ke arah perlindungan perdagangan ataupun trade protectionism dengan menyarankan saiz sektor perkilangan Amerika Syarikat ditingkatkan bagi mengurangkan pengangguran, tarif yang tinggi ditetapkan untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat, penggantian import ataupun import substitution, dengan izin, digalakkan dan rantaian bekalan global oleh syarikat Amerika Syarikat dipindahkan semula ke Amerika Syarikat ataupun repatriating. Beliau juga menentang Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Dalam perkembangan terkini, Presiden Trump telah memilih Larry Kudlow pada 14 Mac 2018 sebagai penasihat ekonomi yang baru bagi menggantikan Gary Cohn yang meletakkan jawatan pada 6 Mac 2018. Walaupun Kudlow menyokong dasar perdagangan yang terbuka dan pada mulanya menentang langkah pengenalan tarif ke atas import keluli dan aluminium oleh Presiden Trump, namun beliau kini menyokong dasar berkenaan apabila pengecualian diberikan kepada negara Kanada dan Mexico yang merupakan pengeksport terbesar keluli ke Amerika Syarikat.
Gabungan Kudlow dan Navarro dilihat tidak akan mengubah dasar inward-looking, dengan izin, oleh Amerika Syarikat. Oleh itu, terdapat risiko ke atas prospek perdagangan dunia sekiranya Amerika Syarikat masih meneruskan dasar perdagangannya dan mencetuskan perang dagangan di antara ekonomi-ekonomi utama dunia. Walau apapun pengaruh kepada polisi perdagangan Amerika Syarikat, kerajaan akan memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing ataupun berdaya tahan. Setakat ini, ekonomi Malaysia dijangka tidak akan terjejas dengan ketara apabila Amerika Syarikat menaikkan tarif import untuk keluli dan aluminium memandangkan nilai eksport produk tersebut ke Amerika Syarikat adalah kecil iaitu RM1.17 bilion ataupun hanyalah 1.3 peratus daripada RM88.7 bilion jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 2017. Di samping itu berdasarkan maklum balas awalan, belum terdapat tanda-tanda bahawa syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia akan berpindah balik ke Amerika Syarikat walaupun insentif percukaian telah diumumkan oleh Amerika Syarikat untuk mereka berbuat demikian. Ini adalah kerana mereka ingin berada dekat dengan pasaran strategik di rantau ini serta telah pun menubuhkan rantaian bekalan dan saluran pengedaran yang cekap. Kos pengeluaran yang tinggi di Amerika Syarikat juga mungkin tidak mencukupi untuk mengatasi kelebihan yang diterima oleh mereka dari insentif percukaian Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, cabaran yang dihadapi ekonomi negara pada masa ini adalah berlainan dengan yang pernah dilalui kepimpinan 20 tahun atau 30 tahun yang lalu. Cabaran peringkat global ini memerlukan suatu perancangan yang lebih holistik dan berpandangan jauh seperti mana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan pada hari ini akan meneruskan usaha untuk mengukuhkan ekonomi dan menjadikan Malaysia destinasi pilihan pelabur. Untuk itu, negara perlu memastikan hubungan diplomatik dan dagangan dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, China dan juga negara-negara lain yang telah sedia terjalin kekal utuh dan memberikan kesan positif kepada ekonomi dan kesejahteraan negara. Saya juga sempat mendengar Tuan Yang di-Pertua, beberapa perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang ternyata mengelirukan mengenai ekonomi negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ekonomi Malaysia terus berada di atas landasan yang tepat dengan negara mencatatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang memberangsangkan pada 5.9 peratus bagi tahun 2017, antara yang tertinggi di dunia. Pertumbuhan ekonomi yang mampan ini ditunjangi oleh penggunaan swasta yang kukuh, pelaburan yang berterusan dan perdagangan luar dan eksport yang semakin rancak. Sekiranya benar negara berada dalam keadaan kritikal, mana mungkin banyak inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan kerajaan ada termaktub di dalam manifesto sebelah sana. Kita boleh lihat aliran masuk pelaburan langsung asing yang mencecah RM39.2 bilion pada tahun lepas juga menyokong kerancakan pelaburan di dalam negara. Ini juga mengesahkan bahawa tuduhan Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan pilihan pelabur antarabangsa tidak benar sama sekali. Malah, Malaysia terus menjadi pilihan pelabur dari luar dan yang terbaru syarikat terbesar minyak dunia Saudi Aramco telah bersetuju memuktamadkan rundingan dengan Petronas dan akan melabur USD7 bilion di dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor. Dari segi kredit rating badan penarafan antarabangsa seperti Fitch dan Moody’s memberi Malaysia penarafan minimum ‘A’. Hutang Kerajaan Persekutuan pula tidak melebihi self-imposed limit, dengan izin, of 55 percent ataupun 55 peratus dan tahun lepas ia berada pada tahap 50.8 peratus daripada KDNK. Insya-Allah pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kukuh ini akan terus membawa kepada lebih banyak pertumbuhan pekerjaan, peluang perniagaan dan peningkatan pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Sandakan semasa berbahas telah membangkitkan mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang pendapatan di kalangan rakyat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Gini Coefficient ataupun Pekali Gini digunakan kerajaan untuk mengukur keseimbangan agihan pendapatan dalam kalangan isi rumah di seluruh negara. Nilai Pekali Gini adalah di antara 0 sehingga 1, di mana nilai 0 bermaksud terdapat agihan pendapatan yang saksama- perfect equality, manakala nilai 1 bermaksud terdapat agihan pendapatan yang paling tidak saksama- perfect inequality. Pekali Gini yang semakin mengecil menggambarkan agihan pendapatan dalam kalangan isi rumah menjadi semakin seimbang. Contoh faktor penyumbang ialah apabila pertumbuhan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah meningkat dengan lebih cepat berbanding dengan pendapatan kumpulan berpendapatan yang lebih tinggi. Pada tahun 1970 contohnya, nilai Pekali Gini Malaysia berada pada tahap 0.513, ia telah berkurang kepada 0.442 pada tahun 1989 dan terus berkurang kepada 0.399 pada tahun 2016. Melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan menyasarkan nilai Pekali Gini terus mengecil kepada 0.385 menjelang tahun 2020. Paras Pekali Gini ini adalah ditetapkan setelah mengambil kira persekitaran ekonomi, langkah-langkah yang diambil dan status sosial ekonomi rakyat secara keseluruhan. Langkah-langkah bagi memastikan sasaran Pekali Gini pada tahun 2020 ini dapat dicapai telah dinyatakan di dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas dengan penekanan kepada pembangunan inklusif yang manfaatkan segenap lapisan masyarakat. Ini termasuk program peningkatan pendapatan dan pembasmian kemiskinan; tindakan affirmative; program peningkatan pendidikan dan latihan kemahiran; program keusahawanan iaitu termasuk keusahawanan sosial dan berasaskan komuniti; program sokongan pekerjaan; program pemilikan dan peningkatan ekuiti korporat; program pembangunan vendor; program pembangunan kerjaya profesional; program pembangunan luar bandar dan koridor pembangunan; dan sistem perlindungan sosial. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, Pekali Gini di Sabah telah menunjukkan penurunan berterusan daripada 0.49 mata pada tahun 1979 kepada 0.387 mata pada tahun 2014. Hanya pada tahun 2016, ia meningkat sedikit kepada 0.402 mata disebabkan sebahagiannya oleh kejatuhan harga group commodity kelapa sawit, koko dan getah yang menjejaskan pendapatan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah ataupun B40 yang majoritinya terlibat dalam sektor pertanian dan perladangan. Dengan pengukuhan harga komoditi kelapa sawit, koko dan getah sejak kebelakangan ini, dijangka akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah B40 dan seterusnya menurunkan semula mata Pekali Gini ini. Isu pembangunan di negeri Sabah sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pertumbuhan seimbang antara semua negeri di Malaysia. Justeru, pelbagai usaha telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan pembangunan dengan meningkatkan tahap sosial ekonomi melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti serta peningkatan pelaburannya akan memberi manfaat terbaik kepada rakyat. Antara projek game changer yang akan mengubah perspektif pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah beberapa kali menegaskan bahawa beliau akan mengembalikan semua hak yang sepatutnya diterima oleh kedua-dua negeri berkenaan dan percayalah, ini bukan harapan palsu tetapi janji yang pasti dikotakan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Jadi setakat itu sahaja penjelasan saya Tuan Yang di-Pertua, terhadap isu-isu utama yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan...
Tuan Yang di-Pertua.
Sudah habis Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, sila.
Soalan saya tentang isu ECRL belum dijawab lagi. Soalan itu sebenarnya apabila saya bangkit kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, dia kata isu tentang isi ECRL akan dijawab Yang Berhormat Menteri in charge of EPU.
The issue is saya telah tanya dalam ucapan saya sama ada boleh Yang Berhormat Menteri membuat pengesahan bahawa ECRL ini adalah double track formation but only one single line will be built. Ini adalah maklumat yang telah diterbitkan dalam laporan EIA dan saya telah bangkitkan dalam ucapan saya and the Yang Berhormat Bentong telah kata semua isu tentang ECRL akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri EPU. Terima kasih, bukan saya sahaja saya rasa ada banyak lagi.
Saya juga Yang Berhormat Menteri, ECRL. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Yang Berhormat saya ambil maklum. Tidak apalah ada banyak agensi yang terlibat dalam ECRL ini, kementerian- kementerian. Oleh sebab ianya satu projek besar yang bakal merubah masa depan negara kita terutamanya kawasan-kawasan di Pantai Timur yang akan menerima limpahan pembangunan akibat pembinaan projek ini. Jadi Kementerian Pengangkutan terlibat sama, Kementerian Kewangan terlibat sama, SPAD di bawah Dato’ Sri Hajah Nancy pun terlibat sama, EPU juga terlibat sama. Jadi untuk menjawab soalan daripada... [Disampuk] Yang Berhormat Serdang, sebenarnya ya betul pada awalnya ialah double formation single track pada awalnya, tetapi ada satu kajian yang baru dibuat oleh SPAD dan juga syarikat MRLSB bahawa mungkin ada keperluan untuk membuat double formation dengan double track sekali gus. So, dalam kajian sekarang ini dan akan kita umumkan dalam masa yang terdekat sama ada kita akan- sebab pertimbangan kita ialah kos. Oleh sebab kalau ia double formation single track of course dia akan juga komprominya ialah dari segi speed dan juga security, safety dan sebagainya. Akan tetapi kalau dia double track itu dia lebih efisien dan ia akan lebih mampu untuk diurus dengan lebih baik terutamanya dari segi jadual pergerakan dan kelajuan kereta api. Jadi dia dalam kajian sekarang ini, memang ada kajian untuk memindahkan atau mengubah skop kepada double formation and double track. Oleh sebab kalau double formation pun sudah siap sudah tanah-tanah semua sudah siap cuma single track itu pada awalnya. So, sekarang kita hendak buat double track. Jadi kita sedang buat keputusan dan buat kajian dan akan maklumkan dalam masa yang terdekat ini.
Jadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit lagi. Jadi anggaran kos RM55 bilion itu yang awal-awal diumumkan adalah berdasar kepada kos untuk satu trek sahaja. Saya rasa ini adalah sesuatu yang mungkin telah mengelirukan kebanyakan orang kerana apabila saya tengok publicity material yang dikeluarkan oleh MRL ataupun Malaysia Rail Link yang bertanggungjawab untuk projek ECRL. Dalam semua publicity material mereka memang ternyata ada dua trek, terowong pun ada dua trek. Ada dua terowong untuk masuk-keluar gunung di Titiwangsa.
Jadi saya hendak tanya kenapa kos yang begitu tinggi RM55 bilion itu adalah berdasarkan kepada satu trek sahaja memandangkan bahawa semua projection dari segi kargo, dari segi penumpang, dari segi apa-apa pun, adalah berdasarkan- sebagaimana yang saya tahu di kalangan investor dan sebagainya adalah mereka tengok ataupun mereka fikir bahawa trek ECRL ini adalah dua trek. Jadi kenapa dan pada masa yang sama tambah lagi kalau ada dua trek adakah kos RM55 bilion ini akan tambah dan tambah kepada tahap berapa? Terima kasih.
All tentang kos ini telah pun banyak dibincangkan di sini, Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja dari segi trek ia juga pengambilan tanah dan ia juga akan melalui terowong yang telah kita putuskan dan juga akan membina banyak jambatan-jambatan. Jadi it is not about the track sahaja dan telah pun banyak diperbincangkan di sini. Soal sama ada demand, permintaan sama ada kargo ataupun penumpang, itu menjadi satu perhitungan, betul. Akan tetapi selalunya memang di mana-mana negara Tuan Yang di-Pertua, bahawa projek-projek pembangunan pengangkutan awam memang disubsidikan oleh kerajaan. Memang banyak di negara-negara lain pun banyak projek-projek ini disubsidikan oleh negara-negara, kerajaan mereka. Saya baru sahaja balik dari Singapura, even their MRT is being subsidized. Jadi ini bukan satu perkara yang baru. Jadi kita tidak boleh menghukum penduduk-penduduk di Pantai Timur tidak mendapat pengangkutan ini hanya kerana demand tidak mencukupi. Kita berpandangan- ini bezanya antara Kerajaan Barisan Nasional dengan pihak pembangkang. Pihak pembangkang mahu supaya di Pantai Timur ini biarlah dahulu cukup orangnya, biarlah cukup dahulu perdagangannya baru kita hendak letak lapangan terbang, baru kita hendak letak kereta api. That is a wrong mechanism, that is wrong thinking. Kita tidak akan dapat membangunkan sebuah negara satu kawasan itu kalau tidak ada prasarana. So, kita punya thinking di Barisan Nasional ini berlainan. Kita hendak bantu rakyat di Pantai Timur tidak apalah buat masa ini belum lagi, tetapi kalau kita letak lapangan terbang yang canggih, pelabuhan yang canggih, kemudian kita invest dalam kereta api, insya- Allah ekonomi di sana akan membangun kerana itu yang diperlukan. That is the biggest problem. Sekarang ini pihak pembangkang mengkritik ECRL ini dari segi berbagai-bagai sudut tetapi gagal untuk melihat kepentingan orang di Pantai Timur. Hanya mereka membincangkan tentang soal kos dan sebagainya dan kita pun telah tunjuk bagaimana kos- kos yang telah ditimbulkan oleh pihak pembangkang sama ada di Afrika dan di China. Saya di sini pun sudah banyak kali sudah membincangkan soal kos. Okey itu satu. Keduanya...
Buatlah open tender.
Sekejap, sekejap. It is okay. Kita pun sudah jawab fasal tender ini banyak kali.
Ya, Yang Berhormat.
Ini jangan sebut fasal tender, karang saya sebut fasal terowong di Pulau Pinang karang susah, panjang ceritanya.
Ada tender.
Okay so, my point is, poin saya ialah kosnya ialah RM55 bilion itu, itu pun pada awalnya daripada Gombak ke Tumpat tetapi kita juga sedang memikirkan bagaimana hendak menghubungkan Gombak ke Port Klang, itu lagi satu. Jadi rumusan terhadap kos ini akan diputuskan dalam masa yang terdekat kerana ada beberapa lagi study yang telah dibuat untuk memanjangkan rangkaian network ini daripada Gombak ke Port Klang supaya nanti Port Klang itu dapat dihubungkan dengan Pantai Timur supaya barang-barang tidak perlu lagi diangkat melalui lori dan sebagainya.
Saya sepanjang yang saya tahu ini Yang Berhormat, MRLSB tahu bahawa ia double formation single track daripada awal, daripada awal itu yang kita tahu. Saya tidak tahulah kalau ada promosi mungkin dari segi video mungkin itu saya tidak tahu, tetapi dari segi dasar semua tahu ialah double formation single track. Cuma sekarang ini study tengah dibuat untuk ia dibuat sekali gus, sama ada kita buat terus double formation dengan double track sekali gus dan ini sedang dalam pertimbangan. Sudah tentu kalau ada pertambahan dari segi trek kita terpaksa melihat dari segi kosnya pula.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkenaan dengan ECRL.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya, dalam perbahasan saya bertanya berkenaan dengan kenapa local contractor hanya diberikan 30 peratus sahaja daripada keseluruhan 60 percent of the infrastructure work. What is the reason? Terima kasih.
Kita sudah jawab banyak kali Tuan Yang di-Pertua berkenaan isu ini kerana kita melihat bahawa bila projek ini diberikan kepada syarikat luar negara. Kita melihat ini pertimbangan kita ada banyak angle ataupun sudut antara lainnya ialah package-nya, antara lainnya ialah pengalaman mereka. Dasar kita ialah bila ada projek-projek yang dijalankan oleh syarikat-syarikat luar negara, dasar kita ialah 30 peratus kita hendak bagi kepada syarikat-syarikat tempatan. Begitu juga nanti kalau ada tender, sama juga kita akan minta supaya mereka meletakkan 30 peratus sebagai sekurang-kurangnya untuk syarikat-syarikat tempatan, itu sahaja. So, it’s just a number that we believe is equivalent yang adil kepada semua pihak. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Kuala Selangor, bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat bahawa wujud perancangan dalam pembinaan ECRL ini daripada Gombak sehingga ke Tumpat dan juga Gombak ke Port Klang.
Cuma saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya lihat seakan-akan berlaku masalah khususnya bila nak menghubungkan Gombak ke Port Klang khususnya dalam negeri Selangor. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah implikasi pada masa akan datang sekiranya perancangan ini tidak dapat dilakukan dan lebih-lebih lagi khususnya halangan-halangan yang akan menjejaskan daripada segi pembinaan ECRL yang sepatutnya dari Gombak ke Port Klang nanti dan yang terakhir Yang Berhormat Menteri, kalau dahulu Yang Berhormat Menteri, bila kerajaan mengumumkan khususnya pembinaan Lebuhraya Utara Selatan, sudah tentu ketika itu begitu banyak bantahan. Akan tetapi hari ini kita lihat bahkan perlu pula ditambah lebuh raya tersebut dari Utara ke Selatan dan menghubungkan ke tempat yang lain. Jadi saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Akhir sekali Yang Berhormat Kota Tinggi, last.
Daripada segi khususnya implikasi pada masa akan datang dan halangan yang berlaku di negeri Selangor apabila ECRL tidak dapat diwujudkan daripada Port Klang hingga ke Gombak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri. Pembangunan Tuas di Singapura tiga setengah kali ganda daripada sekarang dan stated ECRL sebagai satu lagi compliment and also can be attached to them, dengan izin. Jadi saya nak tanya berkaitan dengan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, saya difahamkan di negeri lain masalah tanah ECRL ini dah selesai tetapi di Selangor ini jadi masalah. Projek ini adalah untuk aspirasi 2050, untuk anak-anak kita masa depan. Jadi saya tak nak air dah sepuluh tahun jadi masalah, jangan sebab tanah ini esok kita terlepas peluang melalui satu lagi faktor pembangunan besar negara yang memberi peluang begitu banyak pekerjaan untuk anak-anak muda kita. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah status pengambilan tanah di Selangor untuk menyelesaikan isu ECRL ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Kota Tinggi. Memang ada kelewatan sedikit, kelembapan daripada segi persetujuan ataupun perundingan di antara kerajaan negeri dan juga MRLSB sedangkan di negeri-negeri lain kita sedang berjalan dengan rancak. Sudah tentu perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor ini agak rumit kerana ia melalui kawasan-kawasan yang padat dan juga mahal. Oleh sebab itu saya amat merayulah kepada Yang Amat Berhormat Gombak supaya mempercepatkan program ini, projek ini dan jangan dijadikan satu pertaruhan kepentingan masing-masing sebab ini adalah program yang bakal mengubah landskap ekonomi di Pantai Timur. Kita kena faham ini. Itu bezanya sebab saya katakan tadi bahawa Dato’ Sri Mohd. Najib ataupun Yang Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai pandangan jauh. Ya, sure ia mungkin mahal tetapi kita kena ingat dulu pun kalau Tun Mahathir dulu dalam laporan awal yang mengatakan bahawa ada kajian untuk membuat ECRL ini pada zaman pemerintahan beliau, we could have saved a lot of money. At that time, I think dia punya harga lebih kurang hanya di bawah RM30 bilion but he decided to do other things like you know, benda-benda yang dia suka buat, yang lainlah. Akan tetapi projek ini tidak mendapat keutamaan kepada beliau. So, saya setuju. Jadi, kelambatan inilah yang menjadi punca dan kita kena ingat ya, kadang-kadang saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, dulu banyak projek yang telah dikritik oleh pembangkang. Sekarang KLIA, now we have to start thinking about new airports, KLIA1, KLIA2 kemudian kita nak buat pula kalau boleh, kita nak buat airport yang ada kaitan dengan low cost airlines dan sebagainya. Banyak yang kita fikir. Pelabuhan contohnya. Yang Berhormat Kota Tinggi sebut pasal Tuas. Now the thing about Singapore, kita kena faham. Singapura dia faham walaupun sekarang pelabuhannya mencukupi tetapi dia buat pengumuman besar-besaran dahulu, Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuas, RM65 juta TEUs, one of the biggest in the world tetapi dia nak bagi tahu kepada dunia supaya peniaga- peniaga masih lagi berurusan dengan Singapura dengan memberi maklumat awal dahulu bahawa kami akan membina Pelabuhan Tuas yang boleh mengendalikan kontena 65 juta setahun. Di Singapura tidak ada orang yang mengkritik kerana mereka tahu kerajaan mereka hendak memberitahu kepada dunia bahawa Singapore is open for business tetapi di Malaysia ini lain. Bila kita buat benda-benda yang besar untuk memaklumkan dan memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur di luar sana, yang bising orang kita. Bukan sahaja bising di dalam negara tetapi masuk pergi luar negara hasut lagi orang luar supaya tidak melabur di negara kita. This is the fundamental problem. Jadi sebab itu kita kena balik kepada persepsi bahawa kadang-kadang bila kita membina sesuatu projek-projek besar ini, dia memerlukan masa. Dia memerlukan masa.
Shah Alam.
Sekejap. Duduk dulu. Saya nak cakap begini, sebab ia memerlukan perancangan. Pan Borneo contohnya. Kalau nak fikirkan, tak masuk akal nak masuk kampung Sabah Sarawak but this Prime Minister is brave enough... [Tepuk] This Prime Minister is visionary enough. Tak pernah terfikir oleh Tun Mahathir sejak 22 tahun jadi Perdana Menteri. Oleh sebab itu saya kata, benda yang baik, pujilah. Let’s develop this country together, dengan izin. Kita ini adalah negara yang terlalu dipolitikkan, semua dipolitikkan. Oleh sebab itu saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Kota Tinggi. Negara lain, dia umum dulu. You know why Singapore umumkan? Kenapa Singapura umumkan? Dia tak nak kapal-kapal yang sedang berdagang dengan mereka, yang berlabuh di pelabuhan mereka itu tidak pergi ke tempat lain sebab they know, oh! In the next 30 years to 40 years, Singapore is still going to be the best and they are going to provide these spaces for me. Oleh sebab itu kita kena umum juga. Pulau Carey contohnya, kita kena buat whether we like it or not. Westport dah tak cukup, Northport dah tak cukup. We are going to have- we will challenge dan kita akan compete dengan Singapura dengan pembukaan Pulau Carey. Jadi, saya berharap benda-benda ini dapat diterima pakai oleh pihak pembangkang. Jadi itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak.
Ya, terima kasih. Saya jemput Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri.
Tuan Yang di-Pertua, tadi dia kata tunggu sekejap. Dia nak beri laluan...
[Dewan riuh]
Dah habis, Yang Berhormat.
Dia dah habis dah?
Dah selesai.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Maknanya samalah BN ini, menipu sahaja. Bila kita bangun, dia kata nak beri peluang cakap tetapi tiba-tiba bila kita nak cakap, dia kata terima kasih. Menipu juga lagi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Apalah macam ini, Tuan Yang di- Pertua? Tadi dia kata dia nak beri saya cakap...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua tak dengar kah dia cakap tadi? Kan dia kata dia nak beri saya tanya, dia suruh tunggu sekejap.
Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah.
Alah, biasalah. Biasa, BN.
Cukup Yang Berhormat.
Kalau tak menipu, tak BN lah tu.
Alah, AMANAH pun tak amanah pun...
[Dewan riuh]
Ya, Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Ahli Parlimen Batang Sadong. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Langkawi yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan pengangkutan awam darat semasa perbahasan Titah Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyentuh isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Serdang mengenai pertama, dengan izin, ridership dan price sensitive, dengan izin. Insiden kemalangan dan derailment dan real time planner, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sempena pelancaran fasa keseluruhan MRT SBK iaitu dari Sungai Buloh ke Kajang dan Kejohanan Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung di antara 19 Ogos dan 30 Ogos 2017, kerajaan melalui Prasarana Malaysia Berhad telah menawarkan diskaun 50 peratus ke atas harga tiket perkhidmatan LRT, MRT, Monorail dan BRT bermula daripada tarikh 17 Julai hingga 31 Ogos 2017. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, purata bilangan penumpang harian iaitu hari bekerja untuk ketiga-tiga laluan MRT SBK, LRT Kelana Jaya dan LRT Ampang telah meningkat pada bulan Ogos 2017 berbanding purata harian yang direkodkan di antara bulan Januari dan Julai tahun 2017. Misalnya purata bilangan penumpang harian bagi laluan LRT Kelana Jaya dan laluan Ampang di antara bulan Januari dan Julai 2017 telah meningkat daripada 267,000 dan 181,000 orang sehari masing-masing kepada 302,000 dan 212,000 orang sehari. Tuan Yang di-Pertua, selepas berakhirnya kejohanan Sukan SEA Ke-29 dan tempoh tawaran diskaun pada 31 Ogos 2017, purata bilangan penumpang harian bagi laluan LRT Kelana Jaya dan LRT Ampang di antara bulan September dan Disember 2017 telah menunjukkan penurunan.
Namun begitu, kedua-dua laluan masih mampu merekodkan prestasi yang lebih baik berbanding purata yang dicatatkan antara bulan Januari dan Julai 2017 iaitu kepada 276 ribu dan 185 ribu orang sehari. Prestasi kedua-dua laluan LRT Kelana Jaya dan LRT Ampang ini konsisten, meningkat kepada purata 277 ribu dan 186 ribu orang sehari pada tahun 2018. Laluan MRT SBK pula telah merekodkan penurunan kepada purata 123 ribu orang sehari di antara bulan September dan Disember 2017, berbanding 132 ribu orang sehari pada bulan Ogos 2017. Namun begitu, sukacita dimaklumkan bahawa purata bilangan penumpang laluan MRT SBK bagi bulan Januari dan Februari 2018 telah meningkat kepada 138 ribu orang sehari, melebihi bilangan yang dicatatkan pada bulan Ogos 2017. Pertambahan ini menggambarkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kecekapan perkhidmatan MRT yang semakin meningkat. Tuan Yang di-Pertua bagi perkhidmatan monorel, penurunan bilangan purata harian penumpang pada bulan September 2017 berbanding Januari 2017 adalah disebabkan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad telah menggantung operasi tren empat gerabaknya bermula bulan Mei 2017 atas sebab-sebab teknikal. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan insiden kemalangan dan derailment dengan izin...
Yang Berhormat Menteri, boleh mendapatkan pengesahan untuk MRT dan juga untuk monorel Yang Berhormat? Pertama, terlebih dahulu saya hendak mengucapkan tahniah atas peningkatan ridership untuk bulan Januari dan bulan Februari. Saya pun mahu lebih orang untuk ambil MRT dan LRT, terutamanya MRT kerana ada beberapa stesen di kawasan saya. Ini memang boleh menurunkan kadar traffic jam di kawasan saya, di kawasan Cheras-Kajang Highway misalnya.
Akan tetapi apa yang saya kata ataupun cadangkan ialah selepas drop of ridership dari bulan Ogos ke September, saya cadangkan supaya memulihkan pas bulanan. Saya rasa isu ini telah dibangkitkan kalau tidak lupa, Yang Berhormat Sekijang pernah bangkitkan isu ini supaya memberi pas bulanan kepada semua orang. Mungkin Yang Berhormat Sekijang pada hari itu dia ada cadangkan berikan kepada university student ataupun pelajarlah. Akan tetapi itu adalah soalan pertama sama ada pelan untuk memberikan, memulihkan pas bulanan ini yang ada sebelum ini. Jikalau tidak silap pada tahun 2015 sebelum fare increase itu diperkenalkan. Isu yang kedua ialah saya hendak dapatkan update daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Saya rasa sekarang pihak Scomi dengan pihak Prasarana sedang ada court case. Jadi apakah latest status update dan bilakah four rail unit yang telah digantung akan boleh dipergunakan lagi untuk monorel kerana sekarang saya tengok keadaan Monorel bertambah buruk setiap hari. Terima kasih.
Yang Berhormat, mengenai pas bulanan. Sebenarnya itu dalam proses kita hendak lakukan. Oleh kerana kita dalam masa ini masih dalam proses membuat inter-ticketing system itu supaya ianya dapat kita selaras. Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, student kita kenakan bayaran 50 peratus sahaja dan juga orang tua, warga emas. Pelajar dan warga emas itu dan pensioners. Pensioners walaupun dia tidak sampai tahap 60 tahun, kalau dia pensioners, dapat dibuktikan dia pensioners, dia dapat 50 peratus. Jadi sebab itu ini tidak kita rasa sebagai satu yang kita that needs to be, hendak di speed up masa ini oleh kerana ianya masih dalam kita lakukan proses kajian bukan really kajian but it is already in the process sebab kita dalam menganjurkan ICT, integrated ticketing system itu. Jadi sebab itu, kita belum kita finalise lagi, dengan izin Yang Berhormat ya. Mengenai Scomi itu Yang Berhormat, walaupun ianya melalui court case tetapi insya-Allah dari segi penggantian ataupun pembelian tren, ia sudah dalam proses. Jadi itu tidaklah akan- oleh sebab tren yang baru dibeli perlu dilakukan trial okay, dengan izin ya, lakukan trial. Jadi kes walaupun dalam court case pun ia tidak memberi kesan kepada kita. We have to go on. Thank you Yang Berhormat kerana memikir perkara itu. Akan tetapi itulah yang sedang kita lakukan Yang Berhormat ya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Serdang juga mengenai insiden kemalangan dan derailment, dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPAD telah menubuhkan jawatankuasa siasatan yang terdiri dari beberapa pakar dalam industri kereta api berkaitan kemalangan, kegelinciran tren kargo berdekatan Bank Negara pada 23 November 2017 dan siasatan mencari punca kegelinciran tersebut dari aspek keselamatan, operasi, penyelenggaraan dan lain-lain aspek berkaitan masih lagi berjalan. Syor dan saranan akan diberikan selepas siasatan ini tamat.
Habis, bila akan disiasat itu akan habis?
Sekejap ya, biar saya habis this perenggan dahulu then I bagi peluang you. Untuk makluman Yang Berhormat juga, siasatan berkaitan kegelinciran berdekatan Bank Negara berada di peringkat akhir. I think you want to ask that kan, dengan izin, untuk dimuktamadkan. Tempoh sesuatu siasatan dijalankan bergantung kepada maklumat yang diperlukan dan diperhalusi serta ujian yang perlu dilakukan sekiranya perlu bagi mencari sebab terjadinya kemalangan. So, dalam kes Bank Negara ini, ianya telah dalam peringkat terakhir untuk dimuktamadkan ya.
Jadi selepas dimuktamadkan Yang Berhormat, adakah laporan ini akan diberi kepada publik untuk mereka menilai sebab kenapa kemalangan ini berlaku.
Biasanya Yang Berhormat memang kita laporkan. Kita akan kemas kini kan. Kalaulah Yang Berhormat rasa kita tidak laporkan you can contact me. Insya-Allah kita akan laporkan. Sebenarnya Yang Berhormat kita pun rasa prihatin juga.
Kita perlu tahu juga kenapa perkara ini berlaku dan kita perlu kongsikan maklumat ini dengan masyarakat juga kerana mereka perlu tahu apa yang berlaku supaya mereka juga bersiap sedia mengenai apa yang keliling mereka, environment mereka kalau ada projek yang dilaksanakan supaya semuanya berhati-hati ya Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat juga bertanya mengenai real time planner. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak SPAD sedang membangunkan satu aplikasi Journey Planner, dengan izin, yang bertujuan untuk membantu pengguna perkhidmatan awam di kawasan Lembah Klang untuk merancang perjalanan mereka. Aplikasi ini merangkumi informasi bagi perkhidmatan semua bas henti-henti dan rel iaitu LRT, monorel, ERL, KTM Komuter dan MRT di Lembah Klang. Tuan Yang di-Pertua, antara ciri utama bagi aplikasi ini ialah paparan maklumat real time dengan izin bagi perkhidmatan bas henti-henti. Maklumat real time ini bukan sahaja bagi perkhidmatan bas RapidKL, malahan merangkumi kesemua pengendali bas henti-henti di Lembah Klang. Data real time bagi kesemua bas ini disalurkan secara terus ke performance monitoring hub system ataupun PMHS, dengan izin, yang bertempat di ibu pejabat SPAD dan Journey Planner, dengan izin, menggunakan data ini bagi paparan kepada pengguna. Tuan Yang di-Pertua, pengguna aplikasi Journey Planner SPAD ini akan dapat melihat lokasi bas dan estimated time of arrival- ETA, dengan izin, secara live bagi perkhidmatan bas yang akan mereka gunakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aplikasi Journey Planner ini adalah percuma dan hanya perlu dimuat turun ke dalam telefon untuk menggunakannya ataupun maklumat yang sama boleh didapati melalui laman web SPAD. Aplikasi Journey Planner ini dijangka akan siap sepenuhnya pada quarter two ya. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dari Yang Berhormat Hulu Langat. Isunya ialah mengurangkan jumlah stesen MRT berhenti semasa peak hours untuk memastikan perjalanan lebih cepat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tiada perancangan untuk mengurangkan perkhidmatan train pada waktu puncak. Lagi pun, ridership semasa waktu puncak adalah menggalakkan. Ini menunjukkan sebagai salah sebuah pengangkutan awam rail metro, perkhidmatan ini diperlukan oleh rakyat dan adalah wajar bagi train MRT untuk berhenti di setiap stesen yang telah ditetapkan bagi memastikan kemudahan ini dapat digunakan oleh semua pengguna di sepanjang rangkaian kereta api MRT. Tadi pun saya telah menyentuh mengenai bilangan penumpang. Masa berhenti tidak begitu lama, Yang Berhormat. Ia hanya antara 15 saat ke 30 saat sahaja. Seterusnya Yang Berhormat Rasah. Sebenarnya beliau mencadangkan untuk menambah kekerapan ETS. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa kini tiada sebarang perancangan untuk menambahkan kekerapan perkhidmatan ETS memandangkan perkhidmatan ETS ini dapat menampung permintaan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, cadangan ini akan diambil perhatian sekiranya terdapat keperluan pada masa hadapan...
Minta laluan.
Yang Berhormat Rasah ya?
Tanjong.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan sama ada ETS, bilangan coach ini boleh ditambahkan? Ini kerana kita mendapati bahawa kebanyakan masa ETS dari Butterworth ke Kuala Lumpur selalu penuh. Jikalau coach dapat ditambahkan, maka penumpang boleh ditambahkan. Saya minta pandangan daripada Menteri.
Yang Berhormat, semuanya ini sedang kita lihat dari segi keperluan. Oleh kerana Yang Berhormat kata apabila ditambahkan coach ramai boleh menggunakannya dalam masa yang- frekuensi dia lebih rapat- kita ambil perhatian sebab kita melihat kepada keperluan.
Kalau ada permintaan dan kita kaji kalau sekiranya diperlukan, kita akan melihat. Sebab, kita lihat kalau biasanya keperluan seperti ini selalunya berlaku pada masa cuti sekolah, masa cuti-cuti raya Tahun Baru Cina. Waktu ini memang ianya kita nampak keperluan itu memang wujud tetapi ianya adalah seasonal, Yang Berhormat. Sekiranya kita melihat lebih ramai yang menggunakannya, insya-Allah, mungkin kita akan menimbangkan. Saya hendak nyatakan di sini masih ramai lagi orang kita, orang tempatan belum lagi menggunakan ETS ini. Saya hendak menyarankan supaya lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam darat ini terutama sekali dari segi ETS dan MRT biasanya supaya kita dapat melihat secara keseluruhannya keperluan ini dari segi peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam darat ini. Khususnya kepada ETS sebab saya sendiri biasa naik ETS pergi ke Ipoh kah apa, pergi ke Perak, saya nampak perkhidmatannya, dia punya kelajuan, perkhidmatan dalam kereta api itu pun amat baik. Jadi saya rasa ini adalah satu peluang yang baik untuk orang-orang kita, rakyat Malaysia untuk mencuba pengangkutan awam darat terutama sekali kereta api ini. Terima kasih Yang Berhormat ya. Seterusnya dari Yang Berhormat Langkawi. Beliau menyentuh mengenai e-hailing Langkawi iaitu minta insentif RM300 seperti fisherman, dengan izin, mengenai had jumlah pemandu e-hailing, caj untuk Uber. Jadi pertamanya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi, saya sambung lagi ya Yang Berhormat Rasah tadi ya. Untuk makluman, kita sudah dalam proses membeli sembilan buah train lagi. Sembilan buah train sudah dalam proses pembelian. Ini untuk makluman yang terkini. Untuk Yang Berhormat Langkawi pula, Yang Berhormat Langkawi memang saya rasa champion untuk rakyat Langkawilah. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Langkawi kerana banyak membawa isu teksi kepada saya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah mengemukakan cadangan insentif khas kepada pemandu teksi kepada Kabinet pada 12 Mac yang lepas untuk kerajaan menilai cadangan tersebut. Namun begitu, SPAD berpendapat bantuan seperti yang diberikan kepada nelayan mungkin tidak begitu sesuai bagi industri teksi dan akan membebankan kerajaan dengan kos tahunan yang tinggi. Walaupun begitu, saya hendak nyatakan di sini, insya-Allah, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu untuk pemandu teksi. Saya rasa mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengkaji permintaan daripada pemandu teksi. Jadi mungkin ia tidaklah sama dengan elaun ataupun subsidi seperti untuk fisherman, dengan izin, tetapi adalah sesuatu untuk pemandu teksi. Minta pemandu teksi sabar ya. Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 10 November. Walaupun begitu, tarikh kuat kuasa rang undang-undang e-hailing akan dilaksanakan setelah menetapkan tarikh melalui satu pewartaan yang akan dimaklumkan dan akan dikuatkuasakan bersama-sama peraturan-peraturan dan kaedah- kaedah yang berkaitan. Yang Berhormat juga bangkit mengenai mengehadkan jumlah pemandu e-hailing. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya khusus untuk Langkawi, saya sendiri telah pergi dan saya telah berbincang dengan Uber dan Grab untuk menghentikan pendaftaran pemandu e-hailing baru di Langkawi. Susulan daripada itu, SPAD juga telah mengeluarkan surat rasmi kepada kedua-dua syarikat itu. Syarikat Grab telah menghentikan pendaftaran pemandu e-hailing di Langkawi manakala Uber telah bersetuju untuk menghentikan aktiviti pendaftaran dengan segera. Pada masa yang sama, syarikat Uber dan Grab digalakkan untuk menambahkan bilangan pemandu kereta sewa menggunakan aplikasi mereka semasa memberi perkhidmatan di Langkawi.
Pagi tadi juga saya sudah menjawab Yang Berhormat Langkawi mengenai program yang akan diadakan Kementerian Pelancongan di Langkawi di mana kita minta supaya Kementerian Pelancongan memberi keutamaan kepada pemandu-pemandu teksi di Langkawi untuk dijadikan ambassador, dengan izin, pemandu pelancong di sana. Walaupun begitu, mereka juga perlu menjalani beberapa latihan bagi membolehkan mereka untuk menjadi pemandu pelancong.
Menteri.
Akan tetapi ini untuk Langkawi. Boleh saya habiskan jawapan untuk Yang Berhormat Langkawi sekejap ya. Seterusnya mengenai caj Uber. Buat masa ini tiada cadangan untuk mengawal selia caj yang dikenakan oleh perkhidmatan e-hailing seperti Uber kerana caj tersebut akan ditentukan oleh kuasa pasaran. Itulah business mereka, Yang Berhormat. Kadar tambang teksi pula ditetapkan dan penyelia perkhidmatan boleh mengenakan tambang yang lebih rendah dalam bentuk diskaun jika ia mampu untuk memberikan keuntungan kepada pemandu berkenaan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah yang saya perlu jawab untuk Yang Berhormat Langkawi.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, boleh tanya sedikit?
Ya, Yang Berhormat Langkawi.
Langkawi, Langkawi. Pasal kes Langkawi itulah. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mengambil inisiatif untuk pergi ke Langkawi beberapa kali dan juga Persatuan Pemandu-pemandu Teksi datang ke Kuala Lumpur bertemu dengan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih juga kerana Perdana Menteri akan mengambil inisiatif untuk membantu pemandu teksi terutamanya di Langkawi dan seluruh negara tentang masalah ini. Akan tetapi saya hendak tanya pihak Menteri, isu yang satu lagi yang patut kita beri penekanan ialah tentang keadaan perbezaan yang nyata dari segi produk iaitu teksi ini sudah lama, buruk jadi orang hendak naik pun rasa ada bau sedikit dan sebagainya. Sementara e- hailing ini dia ada kereta baru dan dia wangi dan sebagainya. Ini merupakan salah satu lagi daripada perkara yang saya rasa hendak minta tolong kerajaan memikirkan bagaimana kita boleh atasi perkara ini, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, pada pembentangan Bajet 2017 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan bajet memberi geran kepada pemandu teksi yang hendak keluar daripada sistem pajak dan geran itu RM5,000. Itu salah satu daripada intervensi kerajaan untuk membantu pemandu teksi.
Kedua ialah pada bajet untuk tahun 2018, lagi- mereka yang tidak perlu keluar daripada pajak pun, kalau mereka sudah ada teksi yang sedia ada, mereka hendak tukar kepada satu teksi baru dan berhijrah juga kepada e-hailing, kerajaan juga memberi geran sebanyak RM5,000. Jadi inilah caranya. Kalau Yang Berhormat perhatikan dari segi usia teksi, saya nampak mereka boleh membawa teksi- bergantung kepada negerinya- mereka membawa teksi ada yang 20 tahun. Usia teksi. Bukan usia orang itu tetapi usia teksi. Adanya 20 tahun dan ada 25 tahun. Jadi ini juga satu pertimbangan yang telah diusahakan oleh kerajaan. Namun begitu, yang penting, teksi itu mestilah selamat untuk dibawa oleh pemandu teksi dan juga untuk membawa penumpangnya asalkan mereka telah pergi ke PUSPAKOM dan selamat untuk membawa penumpang.
Ini semua adalah salah satu daripada cara kerajaan membantu pemandu teksi. Jadi kalau ada lagi masalah lain, bolehlah berbincang dengan kita. Apa yang saya hendak ialah supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerima cadangan yang telah kita kemukakan. SPAD telah mengemukakan beberapa cadangan untuk membantu pemandu teksi. Insya-Allah, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu yang baik untuk pemandu teksi keseluruhannya di seluruh Malaysia dan bukan sahaja Langkawi. Jadi tunggulah pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat tadi hendak bertanya juga di sana sebelum saya...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. You keep mentioning tentang Uber dengan Grab ini tetapi Uber telah menjual operasi dekat South East Asia kepada Grab. Ini bermakna hanya tinggal Grab sahaja to be dominant. Bagaimanakah kementerian mahu memastikan bahawa persaingan sihat ini terus wujud walaupun tinggal only Grab left in the country in South East Asia? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk tidak mengelirukan rakyat, sebenarnya itu adalah business decision mereka. Keputusan perniagaan mereka. Tidak ada kena mengena dengan kita tetapi sekiranya mereka hendak mendominasi dari segi harga atau apa, kita ada Competition Act Malaysia, dengan izin, yang telah diluluskan kalau tidak silap pada tahun 2010, kalau tidak silap tahunnya. Jadi kita akan menggunakan kuasa kita di bawah akta tersebut sekiranya berlaku sesuatu monopoli ataupun dominasi. Namun begitu, Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak perlu risau. Apa yang penting ialah kita mempunyai bukan hanya Uber dan Grab, kita ada syarikat apps yang lain di Malaysia ini. Di antara mereka yang paling aktif ada 11 buah. Walaupun kita ada 22 buah syarikat apps tempatan tetapi yang aktif itu ada 11 buah. Jadi kita tidak risau dengan Uber dan Grab sahaja. Seperti yang saya nyatakan tadi, Uber dan Grab pun, business decision mereka adalah hal mereka. Kita tidak boleh masuk campur sebab itu adalah keputusan perniagaan mereka. Jadi dengan itu, saya akhiri penggulungan saya. Sebelum saya mengakhiri, sebelum saya duduk, Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua di atas saranan, di atas komen, di atas kritikan yang membina dan saya memohon maaf kalau ada salah silap dan kekurangan kami. Mana tahu ini adalah terakhir bagi kita berjumpa pada sesi ini. Jadi, insya-Allah, kita akan berjumpa lagi. Saya tahu Barisan Nasional akan menang. Terima kasih... [Tepuk]
Ya, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Datuk Wira Razali bin Ibrahim, Ahli Parlimen Muar. Sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung sesi penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dalam hal-hal berkaitan FELDA di mana seramai enam orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas yang menyentuh secara spesifik tentang hal-hal pembangunan tanah FELDA di Jalan Semarak, Pelan Transformasi FELDA 2.0, perumahan generasi baru, kadar perahan minyak sawit (OER), penutupan kilang dan penempatan peneroka di Sabah. Projek pembangunan tanah FELDA di Jalan Semarak (KLVC) telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Subang. Seperti yang semua sedia maklum, saya telah menjawab isu berkaitan dalam Dewan ini pada 12 Mac 2018 di mana saya telah memaklumkan bahawa kesemua hak milik ke atas lot-lot tanah yang dipindah milik telah kembali kepada FELDA.
Namun begitu, boleh saya nyatakan di sini bahawa kes Jalan Semarak, terdapat dua komponen yang berkaitan iaitu soal pemilikan tanah dan pembangunan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara FELDA dan pemaju pada 15 Januari 2018 telah banyak menyumbang kepada penyelesaian status hak milik bagi 16 lot daripada pembangunan keseluruhan sebanyak 24 lot tanah yang terlibat. Seterusnya, satu jawatankuasa rundingan telah dibentuk bagi memastikan pembangunan projek KLVC dapat benar-benar memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Yusof bin Ismail, Ahli Lembaga FELDA yang mewakili Kementerian Kewangan ini diberi masa enam bulan daripada tarikh MoU ditandatangani untuk melengkapkan rundingan. Antaranya ialah bagi memastikan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pembangunan projek adalah teratur serta menjaga kepentingan FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selaras dengan amalan komersial dan mengikut standard perjanjian kerajaan seperti model yang ditetapkan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS). Bagi menjawab soalan sekiranya wujud salah laku, sehingga kini Polis Diraja Malaysia masih menjalankan siasatan. Namun begitu, dalam masa yang sama, satu jawatankuasa siasatan dalaman- domestic inquiry telah ditubuhkan bagi meneliti segala syor dan penemuan yang dikemukakan oleh laporan audit forensik dan kemudiannya akan mencadangkan kepada Lembaga FELDA bagi tindakan yang sesuai untuk diambil sekiranya berlaku pelanggaran dalam memenuhi tatacara tadbir urus korporat yang baik dan berintegriti. Tempoh masa siasatan adalah selama tiga bulan bermula dari tarikh pelantikan jawatankuasa iaitu pada 13 Februari 2018. Mengenai Pelan Transformasi FELDA 2.0 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang...
[Bangun]
...Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Lembaga...
Minta laluan.
Minta penjelasan.
Minta laluan.
Ya, dua yang bangun.
Yang Berhormat Tanjong.
Berkenaan dengan isu tanah FELDA di Jalan Semarak itu, saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dilaporkan bahawa hak-hak milik semua tanah yang terlibat itu telah dikembalikan kepada FELDA. Saya hendak tanya, dalam pindah milik itu memang ada stamp duty yang terlibat. Jadi, pihak siapa yang akan menanggung dan berapa nilai stamp duty yang telah dibayar untuk pindah milik tersebut? Silakan.
Kita mendapat pengecualian, waiver, yang kita mohon kepada kementerian sebab masa pindah kali pertama itu sudah bayar stamp duty. Disebabkan perkara ini melibatkan beberapa perkara yang semua orang sudah tahu, jadi masa kita pulang balik atas persetujuan, kita mendapat pengecualian daripada pembayaran stamp duty.
Pengecualian stamp duty ini diberikan atas sebab apa? Minta penjelasan.
Sebab ada perkara yang dibangkitkan tentang kesalahan perpindahan. Ada lah. Panjang cerita itu, Yang Berhormat, kalau saya hendak cerita. Takkan hendak tunjuk semua dokumen. Apa yang penting, jawapannya dapat pengecualian dan tidak salah dapat pengecualian ini. Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya berkenaan dengan siasatan yang dijalankan. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ada siasatan yang dikendalikan oleh pihak polis dan juga ada siasatan yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang telah pun didirikan bagi tujuan tersebut. Dalam masa sama, saya juga dengar bahawa dalam kes ini, kita telah pun melakukan setakat mana yang perlu supaya kita boleh pindah balik tanah-tanah ataupun hak milik tanah ini kepada FELDA. Maknanya apabila kita hendak pindah balik, kita memang tahu sebenarnya apa yang telah pun berlaku pada awalnya yang telah pun menyebabkan harta- harta tanah ini dipindah milik. Apabila kita ada pindahan milik balik kepada FELDA, kita sudah seharusnya tahu bagaimana perkara ini berlaku dan siapakah yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang seharusnya diambil terhadap mereka. Jadi saya hendak tanya, adakah kita semasa proses ini, semasa proses kami meneliti bagaimana perkara ini berlaku, did we identify what happened, siapa yang bertanggungjawab dan adakah tindakan diambil terhadap mereka? Itu satu.
Nombor dua Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan siasatan. Kita ada siasatan pada pihak polis dan siasatan itu masih berjalan. Jawatankuasa diwujudkan. Saya dengar ada kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru di mana beliau sendiri menyatakan bahawa di dalam kes ini wujud elemen fraud jenayah. Bukan sahaja fraud tetapi fraud jenayah. Jadi, saya hendak tahu bagaimanakah kita dapat satu keputusan sedemikian? Di mana boleh ada pengumuman oleh Yang Berhormat Johor Bahru selaku ketua FELDA. Beliau mengatakan there is criminal fraud tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil, tidak ada sebarang makluman diberikan, polis masih siasat. Jadi, adakah benar ada criminal fraud? Dan sekiranya ada criminal fraud ini, siapakah yang bertanggungjawab? Apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka? Boleh saya dapat satu penjelasan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Baik. Saya sebenarnya ingat jawapan yang saya akan beri ini, sebab dia straight forward kan, saya ingat pendeklah tetapi kalau kita panjang ini tidak habis eh. Pertama, siasatan polis menyebabkan ada beberapa perkara yang saya tidak boleh beritahu. Memang ada fraud, kalau tidak, Pengerusi tidak beritahu lah. Akan tetapi, sebelum saya hendak cerita pasal fraud yang sedang disiasat oleh pihak polis kita kena tunggu siasatan tersebut. Disebut oleh Yang Berhormat Puchong sebagai criminal maknanya jenayah. Makna kita tidak menimbangkan soal sivil. Makna kita kena tunggu polis. Saya pun sebab saya tidak tahu kes-kes lain macam SPRM, saya tidak ada akses kepada fail. Akan tetapi FELDA saya ada dan saya boleh nyatakan memang berlaku. It’s very detailed. Cuma nya tidak boleh saya mendahului siasatan polis yang sedang berlangsung. Cumanya bila fraud criminal itu adalah tugas dan tanggungjawab pihak polis. Kerana ada penggunaan-penggunaan. Tidak apa lah saya tidak payah cerita lah, ada lah dalam dokumen-dokumen atau pun peraturan-peraturan tertentu yang boleh menyebabkan perkara tersebut berlaku. Kedua, kita tahu semua. Cerita dia mudah sahaja, saya hendak bagi sekali ini lepas ini tidak payah ulang lagi. Disebabkan pembangunan ada master agreement, lepas itu diberikan POA. Power of attorney ini biasa dibuat dalam mana-mana pembangunan, kalau tidak, tidak ada syarikat hendak bangunkan. Jadi, bila dia bagi irrevocable dengan tidak ada sekatan ini, menyebabkan syarikat itu memindahkan kepada diri dia sendiri. Dari segi undang-undang, Yang Berhormat pun tahu, tidak ada salah lah, pergi Pejabat Tanah, dia pindah lah. Seperti yang saya dengar di luar, konon nya tanah itu dicagar untuk dapat pinjaman untuk dapat pembiayaan, tidak betul. Sebab itu bila kita berunding, kita minta dia pulang balik atas perkara yang saya dah jawab sebelum ini. Sebab, kita tuan punya tanah, kalau projek ada masalah, pemaju gulung tikar, tanah masih dengan kita.
Oleh sebab itu, saya sebut di awal tadi, dia ada dua. Satu, pemilikan tanah. Kedua, mengenai pembangunan. So, sekarang ini kita tengok ke depan. Tanah dah di pulang balik. Siasatan sedang dibuat oleh pihak polis. Jawatankuasa dalaman juga telah dilantik untuk menyiasat kalau ada pelanggaran dalam menjalankan peranan pegawai-pegawai FELDA dalam urusan tersebut. Jadi, pada saya perkara ini adalah perkara yang menjadi pengajaran dan kita kena move forward. Tanah sudah pulang dan kita akan tengok supaya projek ini dapat dibangunkan dengan memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terima apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Akan tetapi apa yang saya hendak tahu, kalau kita boleh membuat keputusan ada fraud jenayah, maknanya kami telah pun tentukan bagaimana ia nya berlaku dan dalam keadaan sedemikian, siapa yang bertanggungjawab? Maka, saya juga faham ada siasatan polis yang berjalan, tidak ada siasatan jawatankuasa. Akan tetapi, persoalan dia, adakah tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab sementara siasatan dilakukan oleh pihak polis dan juga jawatankuasa? Takkan kita akan biarkan mereka terus berada di situ dan melakukan perkara-perkara sedemikian semasa, walhal kami dah buat keputusan, ada wujudnya elemen criminal fraud. So, dari segi saya tidak setuju dengan saranan bahawa we have to move forward. Move forward generally yes. Akan tetapi dalam keadaan kes ini, saya rasa tindakan perlu diambil dan kita perlu tegas supaya perkara-perkara ini tidak berlaku lagi. Jadi, boleh saya dapat satu penjelasan sama ada tindakan sementara telah pun diambil terhadap pegawai- pegawai yang terlibat dan sekiranya ada, apakah tindakan itu? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, bila diberitahu itu. Sebab saya hendak beritahu, Yang Berhormat Johor Bahru juga dipanggil oleh pihak polis sebagai Pengerusi FELDA sekarang untuk, perkara yang disebut itu dah diserahkan kepada polis. Bahan-bahan atau perkara yang berkaitan yang membawa kepada kenyataan fraud criminal itu telah diserah kepada pihak polis. Nanti saya cerita apa barang itu tetapi tidak boleh cerita dekat sini lah, nanti polis tangkap saya sebab barang itu tengah disiasat. Akan tetapi, dari segi pegawai-pegawai yang terlibat, jawatankuasa itu ada tiga bulan untuk membuat, sebab nama-nama saya pernah sebut di sini. Ada nama-nama yang disebut dalam forensik audit. Pegawai-pegawai dalam FELDA yang bukan mengenai siasatan polis dan jawatankuasa ini diberi masa tiga bulan. Jadi, polis saya tidak tahu berapa bulan dia hendak ambil.
Ya.
Tetapi yang ini tiga bulan. Kita tunggu lah tiga bulan daripada Februari.
Tapi dalam masa ini ada tindakan diambil, like suspension or things like that or they are transferred...
Oh! Belum salah tidak boleh suspend lah...
itu yang...
Tidak ada, tidak ada. Kita akan siasat.
Adakah mereka dibiarkan?
Dia normal domestic inquiry. Ya? So, saya tidak boleh jawab bagi pihak domestic inquiry yang belum ambil tindakan.
Ya.
So, tidak ada lah. Tiga bulan. Lepas tiga bulan Yang Berhormat tanya saya balik.
Ya.
Kalau tidak bubar, nanti kita jawab lagi.
Akan tetapi dalam masa ini Yang Berhormat, I want to know, takkan kita biarkan sedemikian. This is a case that has grabbed national intention. Bagaimana boleh berlaku? Kita ada Yang Berhormat Johor Bahru. He has said it clearly, criminal fraud. First page of newspaper. Tidak akan sekarang kita ada keadaan di mana tidak ada tindakan, tidak apa, kita just move on and move ahead. There must be something done in the process. Saya setuju ada polis investigation. Saya setuju ada jawatankuasa. Yang Berhormat Johor Bahru pun setuju, dia pun mahu tindakan diambil. That’s why he’s smiling at me. Akan tetapi apakah tindakan diambil? Tidak akan kita biar sahaja, mungkin Johor Bahru pun boleh explain ya, how do we explain to the public? Such a big problem has occured, tanah bernilai berjuta-juta transferred just like that. Kita sendiri kata ada fraud tetapi tidak ada tindakan. Kenapa? Terima kasih.
Jawapan saya tetap sama, kita bagi tiga bulan kepada jawatankuasa yang kita lantik, dalam itu pun ada lawyer, penasihat. Peguam yang dilantik semua independent. Oleh sebab kita menyiasat agensi kita sendiri dan jawatankuasa ini kita harap dalam tempoh tiga bulan dapat memberikan syor kepada lembaga untuk mengambil tindakan. Saya sebut tadi, jawatankuasa ini akan buat siasatan dalam tempoh tiga bulan dan menyerahkan kepada Lembaga FELDA untuk mengambil tindakan atas syor- syor yang bakal mereka kemukakan. Baik, Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Lembaga FELDA bilangan 368, 26 September 2017 telah meluluskan pelan transformasi rancangan FELDA 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dengan tema terbuka dan terhubung, FELDA Lurah Bilut telah dipilih sebagai perintis kepada program ini dan pelaksanaannya sedang giat dijalankan selepas dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Februari yang lalu. Pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi positif daripada banyak pihak bukan sahaja daripada penduduk tempatan tetapi juga daripada warga FELDA seluruhnya. Selain mendapat perhatian daripada banyak agensi awam dan swasta untuk mengadakan kerjasama strategik menerusi program ini. Sehingga tempoh pelancaran FELDA telah menandatangani memorandum persefahaman dan surat niat dengan 14 agensi dan syarikat yang disebut sebagai Rakan Muafakat FELDA 2.0 dengan nilai pelaburan di anggarkan sebanyak RM8.8 juta. Pelaksanaan fasa 1 ini melibatkan lima rancangan bagi tahun 2018 dengan peruntukan secara matching grant daripada Kerajaan sebanyak RM50 juta atau RM10 juta bagi setiap rancangan. Yang Berhormat Jerantut membangkitkan soal perumahan generasi baru FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat, FELDA telah mengenal pasti bahawa kelemahan kontraktor merupakan faktor utama yang menyebabkan pembinaan perumahan PGBF tergendala dan tidak mencapai sasaran mengikut perancangan. Tindakan telah diambil dengan menamatkan kontraktor yang tidak berkeupayaan mengikut peruntukan kontrak kerja reka dan bina sedia ada. Mesyuarat Lembaga Bil. 374, 25 Januari 2018 telah meluluskan pelantikan semula perunding-perunding sedia ada bagi meneruskan kerja permohonan kelulusan kepada pihak berkuasa tempatan serta membuat pemantauan pada tapak-tapak yang akan dijalankan semula pada April dan Mei tahun ini. Bagi memastikan PGBF ini terus dilaksanakan mengikut prinsip pembangunan yang mampan, FELDA bekerjasama dengan agensi dan Jabatan di Jabatan Perdana Menteri seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Selain daripada itu, kerjasama Kerajaan Negeri juga membantu memudahkan kelulusan pembangunan projek seperti penubuhan Jawatankuasa Perumahan Generasi FELDA bagi Negeri Johor dan kelulusan secara pukal dari Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama, inisiatif pemilikan secara skim sewa beli, rent-to-own diperkenalkan dan dilaksanakan bagi membolehkan peserta mendiami rumah PGBF sehingga pembiayaan perumahan mereka selesai.
Ini bertujuan untuk membantu peserta menguruskan kewangan mereka supaya sewa bulanan dapat dibayar. Selain itu, peserta yang menerima kunci akan juga dikecualikan bayaran sewa bagi tempoh tiga bulan pertama untuk mereka menyediakan kelengkapan rumah. Kadar perahan minyak dan penutupan kilang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Untuk makluman Yang Berhormat, hasil tuaian sawit peneroka dihantar ke kilang milik FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya FELDA Palm Industries Sdn. Bhd. (FBI). Mulai tahun 2008, FBI mengguna pakai harga dari website Malaysian Palm Oil Board (MPOB) untuk bayaran buah tandan segar (BTS). Harga pada 28 Februari seperti yang dipamerkan dalam laman web MPOB adalah RM5 per metrik tan BTS bagi gred ‘A’ dengan 20 peratus OER untuk Semenanjung Selatan dan bagi Sabah RM542 per metrik tan bagi gred yang sama. Harga RM497 per tan metrik BTS seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Semporna adalah merujuk kepada harga pada gred ‘C’ seperti yang dipamerkan oleh laman web MPOB pada tarikh yang sama. Bagi menjawab berkaitan penutupan kilang, ia sebenarnya merupakan pelan rasionalisasi kilang yang dijalankan oleh FGV. Penutupan kilang penapisan di Lahad Datu, kilang sawit Fajar Harapan dan Jeragan Bistari di FELDA Sahabat tidak menjejaskan pekerja dan masyarakat setempat. Ini kerana para pekerja telah dipindahkan ke kilang penapisan atau kilang sawit milik FGV yang berhampiran. Bagi kilang penapisan Lahad Datu yang mempunyai 37 orang pekerja operasi kilang yang telah diberhentikan pada April 2017, dari jumlah tersebut, 9 petugas telah dipindahkan ke premis FGV yang berhampiran. Seramai 27 orang telah memilih untuk mutual separation scheme (MSS) dan seorang telah bersara. Manakala bagi kilang sawit Jeragan Bistari, kesemua 77 orang telah dipindahkan ke kilang-kilang FGV di Sahabat dan Tawau. Manakala, kilang sawit Fajar Harapan, kesemua 79 juga telah dipindahkan ke kilang-kilang FGV di kawasan Sahabat dan Tawau. Tentang penempatan peneroka Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan FELDA di Sabah bermula tahun 1979. Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan tanah seluas 155,045.47 hektar untuk dibangunkan oleh FELDA dan bukannya 295 ribu hektar. Maknanya, sekali ganda itu seperti yang dinyatakan. Daripada jumlah 155,045.47 hektar ini, 120,845.47 hektar telah dibangunkan oleh FELDA. Manakala, 34,200 hektar masih belum dibangunkan. Bagi kawasan yang dibangunkan, seluas 11,274.67 hektar adalah untuk penempatan peneroka seramai 1,647 orang. Di mana bakinya seluas 109,570.8 hektar kini diuruskan secara ladang komersial oleh FGV. Walaupun tidak ada penambahan peneroka semenjak kerajaan membuat keputusan dalam Memorandum Jemaah Menteri bertarikh 19 Julai 1989 untuk tidak mengambil peneroka baru. Akan tetapi Kerajaan Negeri Sabah telah mendapat manfaat seperti berikut: (i) seramai 1,647 orang peneroka telah mendapat sosioekonomi dan kualiti hidup yang baik; (ii) kerajaan negeri memperoleh pertambahan hasil melalui kutipan cukai tanah dan pembayaran premium; (iii) aktiviti-aktiviti FELDA seperti pengilangan, pengangkutan, pembinaan, pemasaran telah memberi peluang pekerjaan; (iv) menerusi pembuangan tanah di kawasan pedalaman, penyediaan infrastruktur dan kawasan awam dapat diperluaskan; (v) pembangunan FELDA Gugusan Sahabat juga telah dapat menyumbang dalam membantu mengatasi masalah keselamatan, khususnya dari segi ancaman lanun menerusi penempatan kem tentera di bawah ESSCOM;
(vi) FELDA bersetuju untuk membantu Program Pembasmian Kemiskinan PPRT negeri Sabah dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada sumber hasil keuntungan ladang FELDA di Sabah daripada 2004 hingga 2008. Manakala 20 peratus hasil daripada 2009 – 2011. Pada 8 Jun 2012, sumbangan tersebut telah dihentikan selepas FELDA meluluskan sumbangan sebanyak RM300 juta dalam bentuk one- off kepada Kerajaan Negeri Sabah semasa penyenaraian FGV; dan (vii) FGV dan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah menyumbang zakat perniagaan masing-masing berjumlah 21,519,219 dan 2,140,044 sejak tahun 2005 hingga 2017. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab bagi pihak, fungsi dan tanggungjawab SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sentiasa komited melaksanakan tindakan membanteras rasuah dengan tegas, adil dan profesional tanpa membezakan latar belakang serta fahaman. SPRM juga tidak membezakan tindakan berdasarkan jumlah wang rasuah yang terlibat kerana Akta SPRM 2009 menetapkan bahawa rasuah tidak kira rasuah besar atau kecil tetap merupakan satu jenayah di sisi undang- undang. SPRM sentiasa komited menjalankan siasatan kes rasuah dan memberikan layanan sama rata terhadap semua kes yang disiasat. Bagi tahun 2017 sahaja, seramai 439 orang pegawai penyiasat SPRM terlibat dalam mengendalikan sebanyak 863 kes kertas siasatan di seluruh negara. Tempoh penyelesaian satu siasatan pula bergantung kepada kompleksiti sesuatu kes dan tiada kaitan dengan unsur pilih kasih atau pengabaian suatu kes tertentu. Tuan Yang di-Pertua, terdapat empat Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan soalan mengenai kes-kes yang sedang disiasat oleh pihak SPRM. Walaupun Akta SPRM 29(4) sering kali digunakan untuk mengatakan tidak boleh beri jawapan ketika tengah siasat. Akan tetapi sebab Yang Berhormat semua baik-baik, sebahagian daripada bukan kandungan siasatan, perkembangan siasatan itu, saya negotiate. Dia boleh beri tahu. Dia kata, boleh beri tahu. Pertama Ops JT. JT maksudnya Judi Tukar atau yang sering dipanggil sebagai Ops Gopi oleh Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Wangsa Maju. SPRM telah menyiasat dan menjalankan siasatan terhadap Ops JT yang mana sebanyak sepuluh Kertas Siasatan telah dibuka di bawah operasi ini. Sembilan anggota polis, dan empat orang awam telah ditahan. SPRM telah mengemukakan 10 Kertas Siasatan tersebut dengan syor kepada pejabat timbalan pendakwa raya. Timbalan pendawa raya telah mengembalikan tujuh Kertas Siasatan yang membawa kepada keputusan lucut hak wang tunai berjumlah RM1.03 juta dan syor supaya tindakan tatatertib diambil oleh ketua jabatan terhadap anggota PDRM yang terlibat. Manakala tiga lagi Kertas Siasatan masih berada di pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Kedua, Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan siasatan juga, Ops Tabung. Bagi Ops Tabung yang berkaitan dengan dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, pihak SPRM masih menjalankan siasatan. Lima Kertas Siasatan telah dibuka. Kes ini melibatkan hampir lebih daripada 120 orang saksi yang perlu dikesan dan diambil pernyataan. Kes ini menyebabkan jejak wang yakni money trail dan proses mendapatkan keterangan daripada institusi kewangan, selain berkaitan dengan pengubahan wang haram. Setakat ini, sejumlah RM12 juta telah disita. Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua Kertas Siasatan tersebut masih aktif dan berada dalam tindakan SPRM.
Ketiga, kes Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Berikutan daripada kenyataan akhbar di media Sydney Morning Herald pada 2 Mac 2018, SPRM telah membuka Kertas Siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada 6 Mac berhubung dengan wang berjumlah AUD320 ribu yang di depositkan ke akuan beliau di negara tersebut. SPRM juga telah memohon dokumen-dokumen berkaitan kes berkenaan daripada pihak Australian Federal Police. Untuk makluman, SPRM masih menjalankan siasatan dengan mengambil kira kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ketua Polis Negara yang dibuat pada 15 Mac berkaitan dengan kes ini. Itu sahaja...
Saya minta penjelasan.
Dah macam itu pun tanya lagi ya?
Terima kasih.
Ya, sila.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri mengatakan untuk Ops Gopi, tindakan ataupun saranan diberikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara supaya wang-wang yang lebih daripada juta ringgit itu dilucut hak kan dan hanya tindakan tatatertib dikenakan. Saya hendak tanya soalan. Bagaimana mereka boleh dapat wang yang sebanyak itu? Kenapa kita hanya ambil setakat tindakan tatatertib?
Adakah ini satu cara dalam mana kita boleh melenyapkan sebenarnya apa yang berlaku? Ini pegawai-pegawai polis, adakah mereka mempunyai gaji yang sepadanan dengan jumlah wang yang mereka ada? Bukankah itu menunjukkan bahawa mereka ada wang yang lebih daripada apa yang mereka mampu mendapat melalui gaji mereka. Jadi dalam keadaan tersebut, bagaimana kita boleh biarkan? Kita lucutkan hak kepada wang itu, ambil tindakan tatatertib. Tidakkah ada elemen jenayah dalam kes ini? Kenapa tidak ada tindakan diambil Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Ops JT, Ops JT, bukan Ops Gopi. Gopi itu nama orang, kita punya Ops JT. JT itu ‘judi tukar’, ya. Okey, saya katakan kita ambil tindakan. Jadi sebab itu kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berada dalam kedudukan untuk kita cerita semua. Ada tiga lagi yang belum dipulang yang mungkin didakwa.
[Bangun]
Jadi maknanya begini- Yang Berhormat, nantilah dulu. Yang Berhormat cakap saya duduk saja tak bangun-bangun.
Minta maaf, sorry.
Dia ada 10 kertas, saya jawab.
Sila, sila.
Ia ada 10 kertas, tujuh dipulang, tiga masih lagi di pejabat pendakwa raya. Dia ada strategilah Yang Berhormat. Dia ada strategi dia mungkin, sebab itu saya tak nak berspekulasi. Saya boleh jawab di Dewan ini dalam siasatan period, saya duduk.
[Bangun]
Ia sebab Yang Berhormat, sebenarnya saya sebut di awal tadi- sekejap, belum habis lagi. Saya hendak tarbiah sikit ini. Ada banyak kes tengah siasat, Yang Berhormat hanya menumpukan kepada beberapa. Saya sebut tadi 400 lebih pegawai kita, ada 800 kertas disiasat, ada banyak kerja SPRM ini. Tidak ada seorang Yang Berhormat pun nak bangun tanya fasal Pulau Pinang sebab mungkin Yang Berhormat ada kepentingan tertentu. Akan tetapi bila saya beritahu tentang perkembangan kes tersebut, hendak tunjuk kita punya sincerity bahawa perkara itu sedang berjalan, Yang Berhormat bawa benda baru. Dia hendak lucut hak atau tidak, itu bawah pendakwa raya.
Jumlah yang terlibat dalam kes ini sebenarnya jumlahnya lebih besar dan saya tidak kata duit ini duit sembilan orang ini. Yang Berhormat mana tahu sembilan orang ini siapa, Yang Berhormat mana tahu dorang ini mungkin jadi saksi atau tidak, Yang Berhormat mana tahu penglibatan dia. Untuk buat andaian tersebut di Dewan ini, pada saya ia akan mengganggu kepada kes yang sedang berjalan. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana dalam akta menyatakan bahawa kes sedang disiasat, sepatutnya kita memberi satu penghormatan, kita kena respect supaya ia tidak menjadi perdebatan umum. Akan tetapi SPRM bersetuju untuk saya memaklumkan kepada Dewan bahawa kesemua kes ini aktif dan tindakan sedang diambil. Maka berilah peluang kepada pihak pendakwa raya untuk menjalankan kerjanya pula.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Bagaimana dengan kes Ketua Pengarah SPRM? Saya ada tanya dalam ucapan saya. Apakah tindakan yang diambil terhadap beliau? Kenapa sehingga sekarang langsung tidak ada sesiapa yang hendak ambil tindakan terhadap beliau? Bukankah jelas video yang ada, beliau dalam video itu? Bukankah jelas apa yang beliau lakukan di situ? Bukankah jelas ini satu kes yang seharusnya tindakan diambil? Jadi, kenapa semua orang tidak mahu berbincang tentang kes ini? Kenapa tidak ada tindakan? Tadi Yang Berhormat juga kata bahawa yes kita dalam SPRM kita buat kerja, ambil tindakan tetapi bagaimana apabila kita ada kelakuan KP SPRM sebegini dan tidak ada tindakan. Saya minta satu penjelasan. Terima kasih.
Saya cuba menjawab bagi pihak SPRM. Kalau ada kes perempuan memberi perkhidmatan seks untuk mendapat satu favor, okey itu boleh tanya SPRM. Mungkin dia gunakan itu sebagai favor kepada rasuah. Ini kes mana kena-mengena dengan SPRM? Macam mana saya hendak jawab?
Dia ini bos SPRM.
Yalah, macam mana nak...
Dia bos SPRM, adakah tindakan dalaman diambil terhadap beliau? Tatatertib. Tadi baru disebut bahawa polis ada tindakan tatatertib, bagaimana dengan KP SPRM? Kenapa tidak ada tindakan tatatertib?
Yang Berhormat, saya baru cakap tadi dia ada buat rasuahkah?
Bukan secara rasuah, rasuah satu tetapi tingkah laku beliau. Bukankah ini satu perkara yang patut diambil tindakan tatatertib? Isteri orang nak berfoya-foya macam itu, apa ini? Jangan main-main. Orang bawahan ambil tindakan, apa-apa kecil dorang buat ambil tindakan, tetapi di sini macam mana. Jawablah soalan saya...
[Dewan riuh]
Saya dah tanya beberapa kali, please.
Duduklah, nak jawab tak boleh dua-dua bangun. Yang Berhormat hendak saya jawab, Yang Berhormat duduk. Time berdiri jerit-jerit, suruh jawab mana boleh. Yang Berhormat duduk, saya jawab. Yang Berhormat pun beritahu ada video, macam dia, mungkin dia...
[Dewan ketawa]
Betul bukan dia?
Bukan. Yang Berhormat tahu dia?
Are you denying that it’s him?
Are you confirming it is him?
Yes.
How?
It’s him. I can see him.
How?
You can look at the video, you want me to play it?
How?
Saya boleh bawa video sekarang.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap. Duduk dulu, nak terus jawab.
Takkan kita tidak ada siasatan...
Yang Berhormat, dia bukan boleh ikut cakap Yang Berhormat kata ya tidak, kena siasatlah. You know buat masa ini, Yang Berhormat saja kata itu dia, maknanya siasatan kena buat. Saya beritahu SPRM tidak menyiasat kes kalau ada orang keluar dengan perempuan lain, saya hendak jawab macam mana? Jadi sebab itu saya kata tadi, kalau perempuan itu memberikan satu perkhidmatan bagi mendapat perkara, okey saya boleh jawablah bagi pihak SPRM. Mungkin ada tempat lain yang patut menjawab persoalan Yang Berhormat, tetapi bukan kepada SPRM.
Di dalam Dewan ini telah pun disahkan.
Itu sahaja.
Telah disahkan di dalam Dewan ini bahawa dalam video itu adalah beliau. Sudah disahkan.
Tidak apalah. Yang Berhormat dengar ini. Tidak apa. Saya menjawab sekarang bagi pihak SPRM.
Yalah, dia bos. Kenapa tidak ada tindakan diambil terhadap bos dia?
Kenapa Yang Berhormat boleh terus marah, boleh terus cakap tetapi bukan saya hendak jawab bagi pihak SPRM terhadap perkara yang dia buat.
Tidak, ini dia punya bos.
Yalah, betullah.
Dia ketua SPRM.
Ya, ya.
Menteri ini jawab bagi pihak SPRM, bos yang buat kerja-kerja begini.
Yang lantik bos bukan pegawai bawah Yang Berhormat, ia ada prosedur lain.
Ya. Jadi tindakan kena diambil. Saya tanya soalan kenapa tidak ada tindakan. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tanya saya, Yang Berhormat Menteri belum sahkan adakah dia dalam video atau tidak. Apa ini? Sudah berapa lama.
Tidak apalah.
Dalam Dewan ini ada jawapan yang mengatakan bahawa dalam video itu dia. So bagaimana? Polis ambil tindakan tatatertib, boleh? Orang ini dia buat macam-macam, tidak ada tindakan. Diam, tidak mahu jawab. Kita sebagai Ahli Parlimen, kita yang menggubal akta ini. Patut kita yang di sini mengambil tindakan untuk pastikan bahawa kerja yang dibuat oleh SPRM itu kerja yang bersih. That is why I asked, adakah kita tidak ambil tindakan dalam Ops Gopi kerana terdapat laporan polis terhadap KP SPRM juga. Is there a cover-up in this case? Itu soalan saya.
Yang suruh ambil tindakan disiplin ataupun peraturan di polis adalah pendakwa raya. Kalau kita dapat arahan yang sama kepada Ketua Pengarah SPRM, kita pun akan buat. Jadi sebab itu Yang Berhormat bertanya kepada tempat yang tidak tepat. Untuk saya memberikan jawapan pun tidak adil sebab itu bukan kerja kita. Yang Berhormat mungkin tidak puas hati cerita di luar begitu begini, terserahlah. Akan tetapi dalam proses kita menjawab, menggulung bagi perkara yang berbangkit, perkara itu tidak dapat SPRM jawab untuk mengambil tindakan kepada Ketua Pesuruhjayanya sendiri kecuali ada arahan untuk kita mengambil tindakan seperti yang dicadangkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagi hanya untuk rekod. Dalam jawapan yang diberikan 19 Mac 2018, jawapan diberikan kepada saya. Soalan, Menteri Dalam Negeri, apa status siasatan polis berkenaan klip video yang menunjukkan pegawai SPRM. Jawapannya Tuan Yang di-Pertua, pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan penyebaran video yang dimuat naik yang mendakwa Ketua SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mempunyai hubungan sulit dan sebagainya. Jawapan yang diberikan, kes polis telah pun ditutup. So tutup kes di situ, dalaman pun tidak ambil tindakan, this is a clear-cut cover- up. Ini apa yang berlaku, inilah Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih...
[Dewan tepuk]
Habis ya? Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy, sila.
Salam sejahtera, salam bahagia Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ada dua perkara yang telah disentuh. Pertama adalah Yang Berhormat daripada Ipoh Barat yang ingin membawa satu Kertas Putih, yang diminta supaya kerajaan membawa satu Kertas Putih untuk didebat dalam Parlimen mengenai perancangan Malaysian Indian Blueprint. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat tiada di sini, cuma secara ringkas oleh kerana Malaysian Indian Blueprint sudah sedia ada dan segala perancangan dan juga implementasi sedang berjalan, kita tunggu sampai midterm review 2018 untuk melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan. Perkara kedua yang dibawa oleh beliau adalah perumahan untuk kaum India. Saya setuju dengan beliau bahawa satu dasar dan juga satu skim pinjaman perlu diadakan untuk golongan-golongan miskin merentasi kaum termasuklah masyarakat India. Untuk makluman Yang Berhormat, sudah ada pelbagai perancangan yang telah dilaksanakan dalam tempoh untuk pekerja estet dan juga di Wilayah Persekutuan untuk menangani masalah kemiskinan. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, soalan... [Dewan riuh]
Terima kasih.
Apa ini tiap-tiap kali duduk?
Dah habis Yang Berhormat. Terima kasih.
Dia jawab soalan saya, lepas itu tidak mahu ambil soalan penjelasan. Apa standard? Tiap-tiap kali macam ini.
Sudahlah Yang Berhormat Kapar, rehatlah...
[Dewan riuh]
Yang lain boleh jawab, ini dua minit pun tidak ada.
Rehatlah Yang Berhormat Kapar, rehatlah!
Saya tunggu dari pagi sebab hendak tanya soalan.
Ya, dah habis Yang Berhormat.
Tidak berani? Tidak berani nak tanya soalan?
Yang Berhormat Kapar, ini biasalah Yang Berhormat. Ini standard.
At least sebelum ini dia jawab tujuh minit, yang ini dua minit. Baik cakap bangun, sekian terima kasih... [Berucap dalam bahasa Tamil] Duduk? Lagi bagus, tak payah datang.
Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar.
Dia pun ada dekat Dewan dari pagi tadi untuk jawab dua minit.
Cukuplah Yang Berhormat.
Masyarakat India dapat lima minit sahaja.
Apa punya standard?... [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada dari pagi.
Nilai masyarakat India kepada Kerajaan Barisan Nasional, lima minit.
Saya nampak dia dari pagi, dari pagi ada dekat Dewan, jawab dua minit. Standard dua minit.
Apa ini? Come on. Ada standardkah ini? Apalah ini.
Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Inilah nilai-nilai masyarakat India kepada Barisan Nasional, lima minit sahaja...
[Dewan riuh]
Shame on you! Shame on you! Shame on you brother!
Apa ini tidak mahu jawab, jangan datang Dewan.
Ahli- ahli Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Kapar, duduk.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan.
Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat.
Bukan ganggu, mana pula ganggu?
[Menyampuk]
Yang Berhormat Kapar, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, mana Yang Berhormat Ipoh Barat yang tanya soalan, tiada?
Tidak apa Yang Berhormat.
Kapar tanya soalan, apa pula Ipoh Barat. Kapar yang tanya soalan...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Kuala Selangor itu hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas.”]
Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 26 Mac 2018.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.22 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kenapakah Kementerian Sumber Manusia Memaksa Institut Pendidikan dan Latihan (TVET) untuk Menjadi Pengutip Hutang PTPK daripada Bekas PelajarSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan RM4.9 bilion untuk industri pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan di Malaysia dan jumlah ini akan diagihkan kepada tujuh kementerian oleh Kementerian Sumber Manusia. Tujuannya ialah mencapai 35 peratus tenaga kerja yang mahir sehingga tahun 2020.
Saya difahamkan bahawa Penyelia Latihan swasta yang selama ini terima peruntukan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjalani latihan kemahiran sekarang dikehendaki memainkan peranan sebagai pengutip hutang PTPK daripada bekas pelajar yang pernah menjalani latihan di institut swasta, kerana ramai bekas pelajar TVET tidak membayar hutang PTPK. Jadi, bagi Penyelia Latihan yang mempunyai lebih daripada 30 peratus bekas pelajar yang tidak membiayai hutang PTPK, institut latihan itu akan dinafikan peruntukan ataupun pinjaman baru daripada PTPK.
Para pengurus Penyelia Latihan rasa dasar baru pihak PTPK ini adalah amat tidak adil kepada mereka, kerana pihak institut latihan kemahiran swasta memang tidak mempunyai kuasa undang-undang dan penguatkuasaan untuk mengutip hutang daripada bekas pelajar mereka. Mereka tidak patut didenda dan dihukum kerana bekas pelajar mereka tidak bayar hutang latihan PTPK kepada pihak kerajaan. Pihak PTPK tidak harus
memindah tanggungjawabnya untuk mengutip hutang latihan daripada para pemohon pinjaman PTPK kepada pihak penyelia latihan.
Sekiranya ini adalah dasar kerajaan untuk mendapat balik pinjaman pengajian daripada semua pelajar yang pinjam dana kerajaan, maka dasar ini juga harus dilaksanakan pada semua kolej dan universiti yang mempunyai ramai pelajar yang pinjam wang daripada PTPN, tetapi bukan hanya pada institut latihan dan kemahiran sahaja.
Saya ingin minta Menteri Sumber Manusia menjelaskan kenapakah dasar baru ini diperkenalkan untuk menyusahkan Penyelia Latihan swasta di negara ini memandangkan institut latihan swasta ini memang tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mengutip hutang PTPK. Bukankah dasar baru kementerian ini akan menjejaskan kursus dan perniagaan banyak Penyelia Latihan swasta di negara kita dan menjejaskan objektif kerajaan yang menyasarkan 225,000 pekerja mahir sehingga tahun 2020.
Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia mengkaji semula dasar baru yang bercanggah dengan undang-undang ini dan terus menyalurkan dana kepada institut latihan swasta yang berkemampuan mengadakan kursus latihan kemahiran kepada belia kita demi kebaikan ramai pemuda-pemudi yang perlu latihan kemahiran. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah diajukan atau soalan-soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Seputeh sebenarnya bukan sepanjang itu. Apa yang telah diajukan kepada kita hanya dua helai sahaja.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjawab peruntukan RM4.9 bilion itu. RM4.9 bilion itu adalah peruntukan untuk melahirkan Modal Insan yang berkemahiran tinggi dan ini bukan diperuntukkan untuk Kementerian Sumber Manusia sahaja malahan enam kementerian yang lain iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terlibat dengan pengagihan RM4.9 bilion ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia adalah hanya, saya menggunakan perkataan hanya lapan peratus daripada peruntukan yang sebegitu besar. Jadi, berbalik kepada soalan yang telah diajukan iaitu soalan yang sebenarnya iaitu mengenai dasar, beliau telah menyatakan bahawa kita mempunyai dasar untuk membenarkan atau mengarah pusat latihan untuk mengutip bayaran balik, itu tidak benar.
Maka saya di sini ingin menyebut di sini dan menegaskan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tidak pernah memaksa penyelia latihan (PL) untuk menjadi pengutip hutang kepada PTPK. PTPK hanya memohon agar semua pusat latihan yang berdaftar untuk mengemas kini maklumat bekal pelatihnya yang diberikan pinjaman latihan kemahiran oleh PTPK.
Berdasarkan maklumat ini, ia akan membantu pihak PTPK mengesan pelatih bagi urusan bayaran balik pinjaman dan meningkatkan pungutan bayaran balik pinjaman sekali gus memastikan Pelatih Kemahiran mendapat kerja dalam bidang yang dipelajari dan mendapat gaji yang setimpal.
Keutamaan PTPK adalah untuk mendapatkan kerjasama dari pusat latihan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kebolehpekerjaan (employability) pelatih serta maklumat terkini bekas pelatih seperti nombor telefon, lamat terkini dan nama majikan bekas pelatih bekerja. PTPK mahu melihat dari sudut outcome iaitu keberkesanan ke atas peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan seterusnya memastikan bahawa ia dapat membantu untuk mencapai sasaran 35 peratus tenaga mahir negara menjelang tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, PTPK mahu pusat latihan atau latihan kemahiran swasta (ILKS) bertanggungjawab ke atas pelatih yang terlatih dengan mengambil kira soal kebolehpekerjaan (employability) dan mendapat gaji yang setimpal dengan latihan kemahiran yang diikuti bagi memastikan keberkesanan ini tercapai seperti yang dilakukan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana institut latihan kemahiran awamnya kita mempunyai 32 ILP dan dari 32 buah ILP yang ada pada kita, lapan adalah dipanggil sebagai VTEK iaitu memberi latihan ke peringkat diploma dan advance diploma telah menetapkan dan mencapai sasaran kebolehpekerjaan. Saya dengan bangganya melaporkan di sini bahawa kebolehpekerjaan (employability rates) lepasan ILTJM kita termasuk yang VTEK itu adalah 90 peratus bermula pada tahun 2013 hingga tahun 2017.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh, sekiranya semakin ramai pelatih atau peminjam PTPK ini mendapat pekerjaan secara langsung kutipan bayaran balik pinjaman yang akan diterima oleh PTPK daripada peminjam-peminjamnya juga akan turut meningkat serta boleh diagihkan semula sebagai peruntukan tambahan dan lebih ramai pelatih akan mendapat manfaat, kemudahan, pinjaman dan menjalankan latihan di pusat latihan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek Bangunan Baharu dan Blok Tambahan SJKT Ladang Kulai Oil PalmSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm telah mendapat peruntukan di bawah Pakej Rancangan Khas 2012 daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pembinaan bangunan baharu dan blok tambahan.
Berdasarkan papan tanda projek di tapak pembinaan, projek ini bermula pada 1 September 2016 dan dijangka siap pada 1 Mei 2018. Akan tetapi lawatan ke tapak tersebut menunjukkan bahawa kerja pembinaan hanya separuh siap dan kerja pembinaan sudah berhenti walaupun tempoh sepatutnya siap semakin menghampiri tarikhnya. Menurut pekerja-pekerja di tapak pembinaan, pihak kontraktor telah menghentikan kerja pembinaan projek tersebut selama empat bulan atas sebab tidak menerima peruntukan daripada pihak KPM. Oleh sebab peruntukan tidak diterima, pekerja-pekerja pembinaan sekolah tersebut juga tidak menerima gaji selama 2 bulan berturut-turut.
Hasil maklum balas daripada pihak Pejabat Jabatan Daerah Kulai dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyatakan bahawa projek tersebut di bawah kendalian terus pihak KPM. Saya juga ada menghubungi pihak KPM dan hasil maklum balas yang diterima adalah projek tersebut berjalan dengan lancar mengikut jadual dan tiada masalah yang timbul untuk menyiapkan projek terbabit mengikut garisan panduan yang ditetapkan.
Akan tetapi berbeza pula maklum balas daripada pihak kontraktor dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm. Menurut kedua-dua pihak tersebut, projek ini mengalami tambahan masa sehingga 14 November 2018. Soalan saya kepada KPM:
(i) berapakah peruntukan yang disediakan untuk SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm, saiz tapak dan jumlah bilik darjah yang akan dibina;
(ii) rancangan KPM untuk mengurangkan kesan negatif kepada murid-murid SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm yang tidak dapat bermula menggunakan bangunan yang baharu pada Mei tahun ini;
(iii) mengapakah projek ini mengalami kelewatan dan tidak dapat menyiapkan kerja pembinaan sebelum 1 Mei 2018;
(iv) sama ada kontraktor projek ini akan diwajibkan untuk membayar pampasan atas kelewatan persiapan projek ini;
(v) berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan di bawah Pakej
Rancangan Khas 2012 KPM untuk SK, SJK(T) dan SJK(C) mengikut setiap negeri;
(vi) berapakah jumlah sekolah di bawah peruntukan pakej rancangan khas yang sudah disiapkan mengikut garis masa yang ditentukan mengikut setiap negeri;
(vii) berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan untuk projek perancangan khas di bawah kendalian pihak KPM daripada tahun 2013 hingga 2018 mengikut setiap negeri.
Sekian sahaja. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam ucapan Ahli Yang Berhormat Kulai, berkaitan isu projek bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kulai Oil Palm, Johor.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang isu ini bagi mengelakkan perkara tersebut disalah tafsir, seolah-olah kementerian mengabaikannya, sedangkan kementerian sejak awal lagi sentiasa menggunakan mekanisme pelbagai peringkat untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan sekolah di seluruh negara termasuk isu SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm.
Saya terkejut kerana Yang Berhormat Kulai baharu sekarang membangkitkan isu ini, walaupun isu ini telah diberi perhatian oleh kerajaan sejak tahun 2012. Saya akan menjelaskan perkara ini kerana saya bertanggungjawab langsung dengan menangani isu ini. Isu pembangunan SJK(T) merupakan salah satu agenda penting dalam Malaysian Indian Blueprint yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa ini bangunan sedia ada SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm mempunyai sembilan bilik darjah dan empat bilik khas. Sekolah ini mempunyai 162 orang murid dan 22 orang kakitangan yang terdiri daripada 20 orang guru dan dua orang kakitangan sokongan. Penting saya tegaskan di sini bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu berjalan dengan baik. Pihak sekolah telah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan kebajikan dan keselamatan murid diutamakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kulai, cadangan projek pembinaan blok bangunan baharu dua tingkat SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm dengan enam
bilik darjah dan lapan bilik khas telah mendapat peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Khas tahun 2012 sebanyak RM5.9 juta di atas tanah seluas tiga ekar. Namun, projek pembinaan sekolah itu mengalami kelewatan kerana terdapat isu penentuan lokasi tapak pembinaan antara Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan pemilik tanah iaitu Sime Darby. Tapak sekolah yang pada awalnya telah dikenal pasti didapati tidak sesuai untuk pembangunan dan pembinaan bangunan sekolah.
Oleh itu, tapak baharu telah dikenal pasti bagi pembinaan sekolah ini. Proses ini mengambil masa kerana kementerian perlu akur dengan tatacara dan peraturan yang melibatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Dalam tempoh itu, kementerian tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap sekolah ini. Pelbagai langkah dalaman diambil bagi mengelakkan impak negatif kepada warga sekolah. Buktinya pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyalurkan Peruntukan Khas Penyelenggaraan sebanyak RM280,000 kepada sekolah tersebut. Sebanyak RM50,000 lagi diberikan pada tahun 2017 di bawah Peruntukan Khas Penyelenggaraan.
Komitmen kementerian ini telah berjaya mengekalkan kualiti dan suasana pembelajaran yang kondusif bagi murid sekolah ini walaupun masih menggunakan bangunan dan bilik-bilik kelas yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kelewatan projek pembinaan bangunan baharu sekolah ini, boleh saya katakan faktor kelewatannya adalah di luar jangka dan luar kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan, maka tanggungjawab pembangunan sekolah diterajui oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah. Setelah tapak awal dikenal pasti, prosedur pemilihan kontraktor telah dilaksanakan dan kontraktor telah dilantik.
Berdasarkan kontrak, tarikh yang sepatutnya kontraktor mula melaksanakan kerja ialah pada 24 Januari 2015. Walau bagaimanapun, kontraktor tidak dapat melaksanakan kerja pada tarikh tersebut kerana pihak LPS tidak dapat menyelesaikan isu tanah dengan pemilik tanah Sime Darby. Andaian saya ialah jika Yang Berhormat Kulai sebagai Ahli Parlimen kawasan itu membantu menyelesaikan isu rakyat pada masa itu, mungkin kes ini berlainan sedikit.
Berdasarkan rekod kementerian, kebenaran menggunakan tapak oleh pemilik tanah hanya diperoleh pada 14 November 2016. Disebabkan hal ini, kontraktor telah diberi extension of time, dengan izin, dan tarikh siap baharu bagi projek ini ialah pada 14 November 2018.
Berdasarkan prinsip keadilan dan kerajaan yang bertanggungjawab, kontraktor tidak dikenakan bayaran pampasan. Kontraktor diberi tarikh lanjutan masa kerana kelewatan bukan
berpunca daripada kontraktor. Perkara ini dilaksanakan berdasarkan klausa yang termaktub dalam dokumen kontrak.
Seperti yang saya katakan tadi bahawa kementerian tidak berpeluk tubuh menunggu keajaiban untuk menyelesaikan isu ini. Kementerian telah membuat pemantauan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak LPS. Sehingga 28 Februari 2018, kemajuan projek ini ialah 30 peratus iaitu mendahului jadual. Jadual asal ialah 10 peratus tetapi pencapaian sebenar ialah 30 peratus. Projek ini berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah yang serius seperti dakwaan pihak-pihak tertentu. Maklumat perkembangan projek ini sebenarnya ada pada pihak PPD, JPN dan kementerian, tetapi malangnya Yang Berhormat Kulai lebih mempercayai sumber maklumat daripada pihak lain yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Khas yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2012 hingga 2018 ialah sebanyak RM2.417 bilion. Bagi negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menurunkan peruntukan seperti berikut:
(i) sebanyak RM62,845 juta kepada Sekolah Kebangsaan (SK);
(ii) sebanyak RM36,308 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC);
(iii) sebanyak RM34,572 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT); Sehingga kini, projek yang telah siap mengikut jadual seperti dalam Dokumen Kontrak di bawah Pakej Rangsangan Khas adalah berjumlah 11 projek mengikut negeri seperti berikut:
(i) Negeri Sembilan sebanyak tiga projek;
(ii) Johor sebanyak dua projek;
(iii) masing-masing satu projek di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, Selangor dan juga Melaka.
Berhubung pertanyaan akhir Yang Berhormat Kulai, kementerian ingin memaklumkan bahawa di bawah Pakej Rangsangan Khas tahun 2012 hingga 2018, surat kuasa belanja yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia daripada Agensi Pusat adalah sebanyak RM2.417 bilion yang meliputi sekolah-sekolah di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM160.95 juta diperuntukkan bagi negeri Johor.
Sebagai kesimpulannya, semua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai sememangnya dalam perhatian dan tindakan kementerian. Kementerian akan terus berusaha meningkatkan facility sekolah bagi memastikan kemenjadian murid memberi impak positif kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pada masa yang sama, kementerian menghargai pandangan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan agenda pendidikan negara melibatkan kepentingan murid pelbagai kaum serta merentasi sempadan lokasi sekolah bandar dan luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Baiklah Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 26 Mac 2018.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.56 petang]