Dewan Rakyat · 28 March 2018

15th Parliament, session 6, meeting 1 · 1,299 turns · 36,324 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan · question

1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, berapa lamakah tempoh masa yang akan diambil untuk melaksanakan kajian kaedah pelaksanaan bagi cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok (JLS) dan bilakah jambatan ini dijangka siap sepenuhnya.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, lanjutan daripada pemakluman untuk membina Jambatan Labuan-Menumbok Sabah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di majlis pelancaran blueprint Labuan pada 18 Januari 2018. Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan telah mengambil langkah segera bagi menjalankan kajian pelaksanaan cadangan Jambatan Labuan- Menumbok. Perubahan tujuan dan skop kajian yang di peringkat awalnya bersifat kajian kemungkinan, feasibility study memberi gambaran akan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan bagi membina Jambatan Labuan-Menumbok yang sudah tentu akan memberi faedah ekonomi dan memudahkan urusan perhubungan penduduk di kedua-dua kawasan. Kajian pelaksanaan akan mengambil masa selama sembilan bulan dan dijangka siap pada penghujung bulan Disember 2018. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan sedang dalam proses akhir bagi memuktamadkan tawaran dan pelantikan perunding kajian. Sebaik selesai kajian pelaksanaan, satu dokumen khas yang dikenali sebagai request for proposal (RFP) akan disediakan oleh perunding dalam masa tempoh tiga bulan. Dijangka akan disiapkan pada akhir bulan Mac 2019. Dokumen ini disediakan bagi tujuan proses tawaran dan pelantikan pelabur atau kontraktor projek. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, soalan bilakah jambatan ini dijangka siap sepenuhnya tidak terjawab dan juga di sini saya ingin menyatakan bahawa projek jambatan ini adalah projek game changer yang mana ia akan memacu perubahan besar kepada Labuan dan kawasan sekitar. Ini akan secara ketara menjadikan Labuan sebagai sebuah pusat logistik, pusat perkhidmatan dan pusat pembangunan yang akan complement Kota Kinabalu yang mana banyak infrastruktur-infrastruktur seperti pelabuhan perlu dipertingkatkan. Begitu juga kita punya hospital. Begitu juga kita punya pengangkutan awam mesti mempunyai sistem yang lebih baik, kualiti yang lebih baik termasuklah akan memerlukan terminal kargo di airport Labuan yang dijangkakan akan menjadi airport antarabangsa apabila Labuan sudah connected dengan pelancong akan ramai datang. Ini juga akan menjadi lebih besar impaknya apabila ia di sambung ataupun diconnect dengan Lebuhraya Pan Borneo.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah ataupun perancangan yang akan dibuat oleh kementerian dan juga Kerajaan Persekutuan keseluruhannya untuk memastikan peruntukan pembangunan akan dapat diberikan secukupnya untuk memastikan kita dapat mengadakan pembangunan-pembangunan infrastruktur yang diperlukan untuk memberikan impak yang maksimum atas pelaburan besar ini dan juga seterusnya untuk menggalakkan pelabur-pelabur swasta untuk melabur di Labuan dalam masa yang terdekat ini. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, soalan pertama di mana jangkaan masa untuk jambatan ini disediakan adalah lebih kurang dalam anggaran empat tahun. Kalau kita mula projek ini dalam tahun 2019, kita jangka siap dalam tahun 2023. Ini adalah anggaran. Kita tidak ada documentation untuk memastikan ini adalah betul. Akan tetapi mengikut request of proposal yang akan diselesaikan dalam Mac 2019 dari masa kita beri tawaran, kita rasa empat tahun cukuplah untuk mereka membina jambatan ini. Bagi soalan keduanya, berkenaan dengan penambahan peruntukan untuk pembangunan di Labuan, sudah tentu Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil kira keperluan-keperluan di semua kawasan yang di kawal selia oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya percaya bahawa kita akan dapat berganding dengan pihak JPM dan ICU untuk memastikan peruntukan tambahan ini dapat diberikan kepada Labuan. Sekian, terima kasih.

Abdul Khalid bin IbrahimPKR · PRBandar Tun Razak · question

2. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sebarang cadangan menyemak dan memperketatkan undang-undang bagi menangani masalah pencabulan hak malah penderaan berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak dan pekerja migran sehingga membawa maut demi perlindungan mampan bagi dua golongan ‘vulnerable' dalam masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri. Boleh jawab pantun sekali Yang Berhormat ya.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Kurang pandai berpantun Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat semakan dan pindaan terhadap Akta Kanak-kanak 2001 pada tahun 2016. Bagi menangani kesalahan berunsurkan seksual yang tidak diliputi akta tersebut. Satu akta baru telah pun diwujudkan iaitu Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. Berhubung pekerja migran pula, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 juga telah dipinda pada tahun 2015 bagi melindungi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan lebih komprehensif. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kanak-kanak 2001 yang telah dipinda pada tahun 2016 merupakan satu undang-undang yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak dengan merangkumi aspek perlindungan, pemeliharaan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan. Antara penambahbaikan pada akta ini yang ada adalah: (i) kenaikan penalti bagi kesalahan-kesalahan seperti penganiayaan, pengabaian, pembuangan ataupun deraan kanak-kanak. Kenaikan tempoh maksimum pemenjaraan dan jumlah denda;

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

(ii) sekatan media ke atas kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah sama ada sebagai pelaku atau mangsa; (iii) penambahbaikan tatacara jenayah bagi pesalah kanak-kanak; (iv) penstrukturan semula Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak di peringkat daerah; dan (v) memperluaskan butiran dalam daftar kanak-kanak yang kini meliputi senarai pesalah bagi jenayah yang mana kanak-kanak sebagai mangsa. Selain daripada penambahbaikan seperti di atas, konsep baru turut diperkenalkan seperti pelantikan pembantu pelindung dalam kalangan komuniti setempat dan Perintah Khidmat Masyarakat (CSO) sebagai hukuman mandatori bagi pesalah ibu-bapa, penjaga yang didapati bersalah di bawah akta ini. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pornografi seperti menghasilkan pornografi kanak-kanak menggunakan kanak-kanak dalam penghasilan pornografi, mengakses dan mempunyai dalam milikan menjual dan atau menerbitkan pornografi kanak-kanak serta penyantunan (grooming) yang berunsurkan seksual. Ini dilihat dapat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebelum jenayah yang lebih berat seperti rogol dan dera berlaku. Tuan Yang di-Pertua, perlindungan pekerja migran daripada kecederaan, maut dan kesalahan seksual adalah termaktub dalam Kanun Keseksaan. Manakala bagi pekerja migran yang diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran pula, ia termaktub di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Pindaan pada akta ini telah dibuat Jun 2015 dan telah memuatkan beberapa penambahbaikan terhadap perkhidmatan perlindungan dan pemulihan mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran seperti berikut: (i) perlanjutan tempoh IPO daripada 14 hari kepada 21 hari; (ii) pelantikan pegawai pelindung NGO oleh Yang Berhormat Menteri KDN; (iii) kebenaran bebas bergerak dan bekerja; dan (iv) rumah perlindungan NGO tidak perlu diwartakan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa komited dalam usaha memastikan peruntukan undang-undang sedia ada disemak dan dikemas kini supaya dapat melindungi golongan sasar kementerian ini. Namun perlindungan kanak-kanak dan pekerja migran merupakan aspek yang kompleks dan melibatkan bidang tugas kesemua kementerian. Kerjasama erat dan komitmen semua agensi kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) diperlukan bagi memastikan aspek hak asasi manusia golongan ini sentiasa terpelihara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah mendapat banyak berita yang menerangkan tentang pencabulan dan penderaan kanak-kanak yang berkemungkinan besar akan terus berlaku. Kita juga belum dapat melihat jawapan yang meyakinkan daripada kementerian untuk mengatasi masalah ini secara tetap, tepat dan tertib. Ia demikian kerana apa yang kita lihat hanyalah berita-berita di mahkamah yang merupakan suatu penyelesaian yang mengambil masa terlalu lama. Mungkin sesetengahnya sudah kita lupakan. Sehubungan ini, saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu, adakah kita membuat analisis tentang tatacara undang-undang yang dibuat? Umpamanya di Hong Kong dan di Singapura untuk melihat bagaimana pelaksanaan mereka dapat mengatasi permasalahan ini.

Saya juga ingin mengingatkan kementerian bahawa setahun atau dua tahun yang lalu, terdapat rakyat Malaysia ditahan di Norway oleh sebab memukul anaknya dengan rotan kerana tidak mahu mengaji. Maka bagaimana usaha pelaksanaan undang-undang ini dapat disesuaikan di Malaysia? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak di atas soalan tambahan. Pertamanya, ingin saya memaklumkan bahawa dengan pindaan Akta Kanak-kanak 2016 itu adalah merupakan satu langkah proaktif kerajaan melalui kementerian ini untuk memastikan kanak-kanak di dalam negara kita ini diberikan keutamaan daripada segi pemeliharaan dan perlindungan mereka. Itu sebab pindaan itu merupakan satu pindaan yang begitu komprehensif sekali, mengambil kira banyak perkara, pandangan daripada pelbagai pihak, daripada NGOs dan juga kajian-kajian daripada negara-negara yang lain supaya dapat kita masukkan pelbagai pendekatan dan metodologi. Supaya kita dapat pertamanya mengekang perbuatan- perbuatan yang akan merosakkan, yang mendera dan sebagainya kanak-kanak kita di negara Malaysia ini. Seterusnya, bagaimana cara kita untuk melindungi dan memelihara mereka dengan lebih berkesan lagi.

Sesungguhnya, memanglah sebelum mana-mana undang-undang itu kita perkenalkan ataupun dasar itu diperkenalkan, kajian-kajian telah pun dilakukan oleh pihak kementerian bersama-sama dengan pihak yang lain yang terlibat dan juga yang menjadi rakan kongsi kita bagi memastikan usaha yang kita laksanakan itu mencapai kejayaan di dalam negara kita. Sesungguhnya juga, bila kita dapati kes-kes yang dilaporkan ini sama ada ia melalui media ataupun terus kepada pihak polis dan juga kepada pihak kebajikan. Ini merupakan satu petunjuk bahawa begitu tinggi sudah kesedaran rakyat dalam negara kita ini berkaitan dengan penjagaan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak. Ini semuanya adalah hasil daripada adanya undang-undang kita dan juga tindakan-tindakan kita serta program-program yang kita laksanakan. Berkaitan kes yang berlaku di Norway itu, tentulah apa undang-undang di Norway sesuai dengan budaya dalam negara tersebut. Manakala, undang-undang di dalam negara kita mengambil kira juga budaya dan juga keistimewaan atau pun sensitiviti di dalam negara kita sendiri. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan ketiga saya berkaitan dengan penderaan kanak-kanak ini. Tahun 2015, tahun 2016, 2,400 kes-kes physical abuse kanak-kanak. Itu tidak termasuk 2,012 kes yang melibatkan sexual abuse ataupun penderaan seksual kepada kanak-kanak. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, mereka yang terbabit ini adalah mereka yang dikenali oleh mangsa-mangsa dera ini sama ada maid ataupun kaum kerabat atau dikenali. Jadi, saya hendak tanya kementerian, adakah kementerian bercadang untuk membuat satu kenal pasti kanak-kanak yang berisiko untuk penderaan ini? Adakah kerajaan ada membuat mapping untuk mereka yang sentiasa berinteraksi dan mempunyai frekuensi interaksi yang tinggi di kalangan mereka-mereka yang berpotensi menjadi mangsa dera ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi di atas soalan tambahan. Pertamanya, di bawah pindaan Akta Kanak- kanak 2016 itu kita telah memperkenalkan satu daftar kanak-kanak. Di mana nama-nama pemangsa yang telah disabitkan kesalahan itu akan kita dapatkan daripada pihak Polis Diraja Malaysia dan kita masukkan dalam daftar kanak-kanak.

Dengan itu kita akan- siapa-siapa sahaja majikan yang ingin melantik seseorang ke dalam institusi mereka yang mana ada melibatkan kanak-kanak di sekolah, tadika, taska, taman asuhan dan sebagainya, mereka boleh menghantar nama-nama tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kepada ketua pengarah kita untuk melihat sama ada nama- nama itu termasuk sebagai pemangsa. Supaya mereka tidak boleh dilantik dan tidak akan menyebabkan berlaku lagilah perbuatan yang mendera dan sebagainya terhadap kanak- kanak di institusi-institusi tersebut. Setakat ini alhamdulillah, beberapa institusi sejak tahun lalu, sejak berkuat kuasa pindaan Akta Kanak-kanak itu, maka kita telah mendapat juga rujukan-rujukan daripada majikan-majikan yang tertentu, khususnya yang ada kaitan dengan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada kita sama ada mereka yang akan dilantik itu adalah pemangsa ataupun penjenayah. Tahun ini pun kita juga menerima rujukan dan jika di dalam daftar kita itu belum ada nama lagi, tidak bererti kita akan luluskan. Kita akan tunggu lagi daripada pihak Polis Diraja Malaysia untuk memastikan mereka ini bukan penjenayah dan tidak akan dibenarkan untuk melakukan jenayah penderaan dan sebagainya terhadap kanak- kanak dalam jagaan mereka. Selain daripada itu, kita juga mengadakan pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, kepada kanak-kanak, kepada para penjaga, kepada guru-guru dan juga kepada komuniti melalui program-program yang kita panggil Sahabat Bijak. Sahabat Bijak ini kita bawa sampai ke sekolah-sekolah, semua pihak akan kita jemput untuk bersama- sama dengan kita supaya mereka- ini adalah Program NBOSS yang melibatkan pelbagai agensi-agensi lain. Supaya pihak-pihak ini mengetahui tentang perundangan yang sedia ada, kes-kes dera dan juga kemungkinan ada penderaan dan apakah tindakan yang akan dibuat jika didapati ada kemungkinan penderaan yang sedang berlaku. Semua ini kita bawa, kursus ini, program-program ini kita lebar luaskan di seluruh negara dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak, khususnya daripada sekolah-sekolah. Selain daripada itu, seperti mana Dewan ini telah saya maklumkan juga bahawa kita juga mewajibkan pihak-pihak tertentu untuk membuat pelaporan kepada polis dan juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan penderaan tidak berlaku kepada anak-anak kita. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ruang untuk soalan tambahan ini. Saya hendak minta tolong dengan Menteri, terima kasih pertamanya kerana pihak kementerian banyak sudah buat untuk perlindungan-perlindungan kepada mereka semua yang terlibat kanak-kanak dan sebagainya. Soalan tambahan saya, apakah perancangan pihak kementerian bagi membawa penerangan ini ke pihak akar umbi? Oleh kerana di pihak akar umbi, penderaan kanak-kanak ini kita lihat orang hendak ke depan penderaan kepada golongan wanita ini agak sukar. Jadi, apakah perancangan pihak kementerian? Terima kasih Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Syukur alhamdulillah, kita melihat bahawa wakil-wakil rakyat Yang Berhormat kita begitu prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak kita di negara kita Malaysia ini. Pertamanya, untuk menerangkan dan menjelaskan tentang pindaan Akta Kanak-kanak 2016 itu, kita telah mula mengadakan roadshow untuk memperkenalkan pindaan-pindaan ini kepada agensi-agensi yang berkaitan, yang bekerjasama dengan kita, Polis Diraja Malaysia, pendidikan, penjara, NGOs dan sebagainya, juga kepada PIBG, di seluruh negara kita sedang berjalan setakat ini. Selepas ini kita akan melebar luaskan lagi pula roadshow kita kepada komuniti kita, kepada masyarakat kita yang ada di luar sana supaya mereka semua mengetahui, pertamanya tentang wujudnya undang-undang ini. Keduanya, tentang pindaan yang telah dibuat dan hak mereka serta juga kewajipan mereka untuk melaporkan dan untuk melindungi kanak-kanak.

Ini semua kita laksanakan, kita bawa melalui pelbagai kumpulan NGOs, PIBG kita dan mungkin kita akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain yang mempunyai agensi-agensi di peringkat akar umbi, di daerah, di perkampungan dan sebagainya supaya semua rakyat kita mengetahui tentang perlindungan kanak-kanak ini, bagaimana mereka membantu memastikan anak-anak kita dalam negara kita Malaysia ini terlindung. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Juslie bin AjirolUMNO · BNLibaran · question

3. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, langkah-langkah proaktif yang boleh diambil bagi membaik pulih keadaan rangkaian jalan raya utama di Sabah yang menghubungkan dari satu daerah ke daerah yang lain khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran infrastruktur tersebut bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya terus terjaga.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Libaran. Mohon maaf, nanti mungkin selepas ini saya akan jawab pantunnya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Parlimen Libaran, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha meningkatkan aspek penyelenggaraan Jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara, termasuklah di negeri Sabah. Antara langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan Jalan Persekutuan adalah dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi baru seperti Cold in-Place Recycling (CIPR), dengan izin. Di samping itu penggunaan teknologi lain seperti polymer modified asphalt atau PMA, stone mastic asphalt atau SMA dan cup lump modified asphalt atau CMA bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti jalan yang diselenggara.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Bagi tempoh jangka panjang, teknologi baru ini memberikan hasil yang lebih baik dan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 30 peratus daripada kaedah konvensional sedia ada. Bagi memastikan kualiti dan keberkesanan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan, Kementerian Kerja Raya sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap prestasi syarikat-syarikat konsesi melalui aktiviti lawatan pemantauan sebanyak tiga kali setahun dan Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Jalan Persekutuan sebanyak empat kali setahun. Dalam masa yang sama, pihak JKR negeri turut juga bertanggungjawab untuk mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi. Ia dibuat melalui pengujian dan penyemakan laporan pengesahan kualiti atau quality assurance (QA), dengan izin, dan laporan kawalan kualiti atau quality control (QC) sebelum bayaran disahkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan saya, apakah bentuk pemantauan kementerian terhadap keadaan jalan raya di Sabah terutama jalan-jalan yang dikenal pasti berkemungkinan berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh khususnya di musim hujan? Mohon juga nyatakan menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas jumlah projek berkaitan jalan raya yang telah berjaya dilaksanakan khususnya di negeri Sabah. Ketiga, saya juga ingin tahu, bilakah kerja-kerja sambungan untuk fasa 3, 2 dan 1 bagi Jalan Lintas Libaran dimulakan memandangkan jalan ini bukan sahaja penting kepada penduduk Libaran tetapi ia juga penting juga kepada Bandar Sandakan, Pekan Beluran, Pekan Kota Kinabatangan dan kawasan-kawasan sekitarnya. Mohon jawapan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya akan cuba menjawab soalan Yang Berhormat yang merangkumi tiga perkara di dalam satu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dewan ini, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa melaksanakan pemantauan bukan sahaja atas jalan-jalan kita iaitu jalan-jalan persekutuan tetapi juga pemantauan ini turut dilakukan terutama sekali yang melibatkan cerun-cerun yang berbahaya dan berisiko dengan menggunakan pemantauan berkala, Yang Berhormat, pemantauan berterusan dan juga pembangunan berperingkat Pelan Pemetaan Cerun Bahaya dan Berisiko yang kita laksanakan di peringkat kementerian, Yang Berhormat ya. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan atau dilaksanakan oleh kementerian terutama sekali di dalam memantau kawasan-kawasan cerun serta lereng- lereng bukit terutama sekali di jalan-jalan persekutuan kita, antaranya, Yang Berhormat, kita di peringkat kementerian telah menghasilkan Peta Bahaya dan Risiko Cerun di mana data- data cerun-cerun yang terlibat diklasifikasikan mengikut kategori risiko iaitu risiko yang tinggi, sederhana dan rendah. Selain daripada itu, Yang Berhormat, kita juga melaksanakan slope mapping dengan menggunakan teknologi terkini termasuklah teknologi LIDAR iaitu Light Detection and Ranging, dengan izin, iaitu maklumat yang berkaitan dengan inventori dan juga profil cerun- cerun kita. Selain daripada itu, Yang Berhormat, kementerian juga menjalankan kajian kejuruteraan geoteknikal serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala dan tetap untuk cerun-cerun yang berisiko tinggi terutama sekali dan juga cerun-cerun yang menunjukkan tanda-tanda kegagalan ya, Yang Berhormat. Selain daripada itu, pemantauan melalui udara dan juga berjalan kaki secara berkala di kawasan-kawasan cerun-cerun yang terlibat turut dilaksanakan. Selain daripada itu, Yang Berhormat, kita juga di peringkat kementerian sering melaksanakan kempen-kempen kesedaran awam dan juga amaran tanah runtuh melalui media elektronik dan media cetak yang dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun kita. Selain daripada itu, kementerian melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun turut bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau tanah runtuh di kawasan-kawasan cerun yang dikenal pasti berisiko tinggi. Objektif kerjasama ini, Yang Berhormat, secara khususnya untuk mengkaji hubungan secara empirikal di antara corak taburan hujan dan intensiti yang menyebabkan kejadian tanah runtuh. Selain daripada itu, Yang Berhormat, untuk negeri Sabah, Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan proses pengumpulan data cerun-cerun di jalan persekutuan negeri Sabah dan data-data itu digunakan sebagai panduan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan secara rutin dan berkala. Pada ketika ini, Yang Berhormat, kerajaan sedang dalam proses untuk melantik syarikat penyelenggaraan khusus untuk kontrak bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan cerun di negeri Sabah dan dijangka kontrak tersebut akan dimuktamadkan sebelum pertengahan tahun 2018 ini. Setakat ini, Yang Berhormat, penyelenggaraan cerun masih di bawah bidang tanggungjawab syarikat konsesi jalan. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat, bagi projek negeri Sabah, terdapat 27 projek yang telah diluluskan di bawah rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas, iaitu 17 projek jalan, empat projek jambatan dan enam projek cerun. Terakhir, Yang Berhormat, menjurus kepada persoalan Yang Berhormat mengenai Jalan Lintas Libaran yang telah dicadangkan untuk menghubungkan jajaran Lebuh Raya Pan Borneo dari Persimpangan Sandakan Mile 32, dengan izin, ke Bulatan Gum Gum dengan anggaran jarak keseluruhan 22.5 kilometer.

Cadangan pelaksanaan jalan ini, Yang Berhormat, akan merangkumi empat pakej dan Pakej 4 telah dilaksanakan di bawah peruntukan pembangunan RP2 Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Jabatan Kerja Raya Sabah dan ia telah siap sepenuhnya pada tahun 2017 seperti yang Yang Berhormat ketahui. Manakala perancangan pelaksanaan bagi Pakej 1 hingga 3 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebenarnya ia masih di peringkat awal dan di dalam penelitian dari segi aspek teknikal dan juga kewangan. Kaedah pelaksanaan bagi jajaran ini akan tertakluk kepada agensi pusat nanti. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, pakej Libaran bagi Pakej 1 hingga 3 ini sedang dalam kajian dan pertimbangan untuk dilaksanakan di bawah pakej Pan Borneo, Yang Berhormat. Kerajaan akan membuat keputusan sejurus sahaja semua perkara yang berhubung dengan kewangan serta teknikal telah diperhalusi sewajarnya. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong · question

4. Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah anggaran hasil tahunan yang bakal dikutip sesudah perintah penukaran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) diwartakan pada 14 Februari 2018. Bagaimanakah komposisi modal manusia di CAAM sekarang selepas tarikh penamat penyerahan kertas opsyen bagi kakitangan DCA yang asal.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, anggaran hasil tahunan yang bakal dikutip oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah di antara RM117 juta hingga RM150 juta setahun bagi tempoh 2018 hingga 2020. Peningkatan hasil ini didorong oleh peningkatan jumlah penerbangan dan jenis kapal terbang yang menggunakan ruang udara Malaysia selain permohonan-permohonan lesen penerbangan. Bagi komposisi modal manusia di CAAM pula, seramai 995 orang kakitangan asal Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerima opsyen pertukaran pelantikan dan hanya empat orang sahaja yang menolak tawaran opsyen tersebut. Terima kasih.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya akur bahawa transformasi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kepada CAAM merupakan satu perkembangan yang amat menepati piawaian ICAO dan juga Chicago Convention. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi jaminan agar CAAM mulai dengan termaktubnya akta ini, diberikan kuasa penuh serta sumber-sumber modal insan yang secukupnya seperti yang termaktub dalam akta tersebut terutama sekali dalam bidang kawal seliaan, safety, maintenance and security of the aerodrome and pesawat. Tuan Yang di-Pertua, sebelum termaktubnya Akta CAAM 2017, terdapat sekurang- kurangnya lapan akta lain yang mencakupi sektor penerbangan awam. Apa yang paling penting sekali saya rasa, saya hendak mohon Menteri supaya menggariskan strategi dan langkah-langkah ke arah kemas kini dan juga keharmonian bagi akta-akta yang tersebut supaya badan-badan lain tidak bercanggah antara satu sama lain khususnya pemisahan kuasa daripada DCA kepada MAVCOM dan kepada CAAM. Jadi bagi saya, akta-akta yang barangkali telah sampai masanya untuk dikemaskinikan ialah Civil Aviation Act 1969, Civil Aviation (Amendment) Act 2015, Civil Aviation Offences Act 1984, Carriage By Air Act 1974 dan International Interests In Mobile Equipment (Aircraft) Act 2006. Saya rasa banyak lagi grey area yang harus dikemaskinikan dan juga diharmonikan. Sekian.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya DCA telah diubah kepada CAAM ini adalah untuk membuat penambahbaikan pengurusan mengurus sistem penerbangan untuk menjaga keselamatan. Untuk makluman, setakat ini DCA mengalami kekurangan kakitangan. Sebagai contoh pilot, dia tidak mahu kerja di DCA kerana menggunakan skim gaji JPA sedangkan pilot kalau dia di luar, dia mendapat gaji sampai RM40,000 tetapi di DCA, maksimum RM20,000. Jadi sebab itu kita ubah kepada CAAM ini untuk kita memastikan ia relevan dengan perkembangan industri aviation. Kita memerlukan tambahan modal insan dan maka sebab itu, beberapa perubahan-perubahan ini untuk memastikan kawal selia udara kita ini dapat dikendalikan oleh kakitangan yang mencukupi dan yang cekap. Maka sebab itu kita ubah kepada secara CAAM. Seterusnya kita juga telah memperbaiki sistem bayaran- ruangan udara. Kita telah tidak mengubah bayaran laluan udara ini 40 tahun. Dahulu tahun 70-an, kita caj sebagai contoh 20 sen satu batu nautika. Selama 40 tahun, 2016 barulah kita naikkan kepada 40 sen. Ini untuk kita menampung kos penyelenggaraan radar navigation aids kerana radar navigation aids itu kita pertingkatkan dengan peningkatan penerbangan. Sekarang ini penerbangan boleh dikatakan hampir meningkat setiap tahun, tiga hingga lima peratus. Jadi dengan perkembangan Kuala Lumpur menjadi transit hab ini, perlu kita menitikberatkan keselamatan penerbangan di Malaysia ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Penubuhan CAAM ini adalah cukup bertepatan sekali selaras dengan Chicago Convention yang mahu melihat supaya pihak berkuasa penerbangan awam yang berautonomi yang sentiasa memastikan aspek keselamatan dan diuruskan dengan cekap. Ini terutama sekali kita hendak lihat satu cara penyelidikan dan pembabitan pegawai-pegawai kita dalam aspek mencari dan menyelamat berdasarkan daripada pengalaman tragedi kita yang lalu. Jadi soalan saya, apakah akta ini memasukkan tentang aspek tindakan yang akan diambil kepada kesalahan penerbangan yang membahayakan dan juga pencerobohan- pencerobohan yang dilakukan di aerodrome berlesen ataupun aerodrome kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia ini, memang kita pertingkatkan dalam soal keselamatan penerbangan dan pengangkutan udara. Dalam konteks ini, kita juga membuat kolaborasi di setiap lapangan terbang aerodrome bagi memastikan aerodrome kita selamat untuk digunakan dalam penerbangan awam. Dalam konteks ini, semua keselamatan memang telah dititikberatkan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa apabila telah dapat berdikari, mereka akan dapat meningkatkan kakitangan yang lebih kerana seperti saya sebutkan hari ini, pada dasarnya kita memerlukan sekurang-kurangnya 28 pilot, tetapi hari ini kita hanya ada sembilan pilot yang bekerja di DCA atau sekarang di CAAM. Jadi dengan perubahan ini, kita jangka akan dapat menarik minat pilot-pilot untuk memperlengkapkan modal insan yang cekap mengurus ruang udara negara kita. Terima kasih.

Anyi NgauPDP · GPSBaram · question

5. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk mangsa-mangsa banjir sejak tahun 2015 di seluruh negeri Sarawak serta Kawasan P.220 Baram. Nyatakan sama ada mangsa-mangsa banjir yang tidak dipindahkan diberi bantuan wang ihsan atau sebaliknya.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya sedia untuk menjawab kepada soalan daripada kawan saya yang cukup baik. Sehingga kini, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM22,56,000 daripada peruntukan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara kepada mangsa- mangsa banjir di seluruh negeri Sarawak dalam bentuk pemberian bantuan wang ehsan sejak tahun 2015 sehingga 2017. Daripada jumlah tersebut, RM1,403,500 telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Ahli Yang Berhormat P.220 Baram. Untuk makluman, kerajaan menerusi NADMA juga telah membelanjakan sebanyak RM3.27 juta dalam bentuk bantuan peralatan serta aset untuk menghadapi banjir di Sarawak.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Perbelanjaan ini melibatkan bantal, selimut, tilam, khemah, collapsible tent, bot penyelamat pantai, enjin, bot penyelamat aluminium dan enjin, bot amfibia, kenderaan pacuan empat roda, lori tiga tan. Pada masa ini, kerajaan sedang menguruskan penghantaran bantuan tambahan bernilai RM1.4 juta lagi untuk Sarawak. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM943,000 bagi tujuan pemantapan persediaan serta aset menghadapi bencana untuk semua balai polis di Sarawak melibatkan persiapan pusat kawalan operasi serta pembelian bot penyelamat dan enjin untuk Pasukan Polis Marin di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bantuan wang ehsan kepada keluarga mangsa banjir yang benar-benar terjejas dan ini Tuan Yang di- Pertua, adalah bergantung kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah untuk memastikan bahawa mereka yang tidak berpindah itu sebenarnya layak untuk diberikan bantuan wang ehsan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Sebagai contohnya, terdapat satu kampung di Maran, mereka tidak pernah berpindah tetapi di tempat kampung mereka itu dikelilingi oleh air dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah mengesahkan kampung itu sebagai pusat perpindahan. Saya tidak pasti nama itu Kampung Halus ataupun Kampung Hembus. Sebagai contoh kita hendak tunjukkan bahawa kalau sekiranya Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mengesahkan bahawa mangsa banjir tersebut layak mendapat bantuan, mereka boleh memohon kepada NADMA. Terima kasih.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Di kawasan Baram kita punya reka bentuk rumah panjang, dia ada tingkat bawah dan tingkat atas. Apabila banjir melanda, kerap kali orang rumah panjang dia tidak dipindahkan oleh sebab pusat pemindahan pun tidak ada di kawasan rumah panjang tersebut. Jadi saya rasa kalau dia bergantung dengan budi bicara Pengerusi Jawatankuasa Bencana, sudah pasti orang-orang rumah panjang tidak dipindahkan sebab mereka akan hanya pergi ke tingkat atas. Jadi aduan yang kita terima ialah bahawa mereka ini memang pada konsep dia memang tidak pindah, tetapi mereka terpaksa pergi ke tingkat atas untuk menyelamatkan barang dan untuk- sebab tiada tempat pusat pemindahan. Jadi saya hendak bertanya dengan pihak kementerian sama ada pihak kementerian dapat membaiki SOP ini supaya menentukan dengan tetap supaya apabila banjir melanda, mereka yang duduk di rumah panjang ini apabila dipindahkan ke tingkat atas juga dibayar wang ihsan yang serupa ataupun dengan kadar yang sama di tempat-tempat yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pada prinsipnya orang yang berpindah dan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan itu dibayar wang ehsan. Kalau ada kes-kes khusus macam kes di kampung di Maran, yang ini Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mengesahkan. Jadi oleh sebab Yang Berhormat banjir ini, kita tahu musim banjir ini pada bulan-bulan tertentu, Yang Berhormat boleh menghubungi terus Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah supaya dia membuat lawatan dan sebagainya. Saya tahu kes Baram ini, saya pernah pergi ke sana dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pun pernah pergi ke sana. Jadi Yang Berhormat boleh mengambil pendekatan seeded iaitu Yang Berhormat sebagai Kolonel Kehormat APM boleh sama-sama berhubungan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk menyelesaikan masalah ini ataupun mereka jadikan tempat itu sebagai kawasan perpindahan. Akan tetapi untuk kita membuat pengumuman bahawa orang tidak boleh pindah juga dapat bantuan, maka itu kita akan banyak menghadapi masalah.

Jadi prinsipnya ialah mereka mesti berpindah dan berdaftar. Akan tetapi ada kes- kes yang khusus, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ataupun Pegawai Daerah kena uruskan benda itu dan Yang Berhormat boleh hubungi Pegawai Daerah bagi spot ataupun tempat yang dijangka menghadapi banjir dan orang tidak boleh pindah, mereka hanya berada di sana. Terima kasih.

Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa · question

6. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah langkah pencegahan yang diambil bagi mengelakkan penjualan susu bayi tiruan di pasaran.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa, soalan ini berkenaan dengan susu bayi tiruan di pasaran Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab bagi memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat. Dalam hal ini sebarang susu rumusan bayi untuk jualan perlu mematuhi peraturan 389, Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Chepa mengenai isu susu rumusan bayi yang dirampas oleh kementerian KPDNKK ia adalah berkaitan dengan branding Tuan Yang di-Pertua ataupun cap dagangan tiruan susu rumusan bayi. Di mana ia di bawah bidang kuasa KPDNKK melalui Akta Perihal Dagangan 2011. Dalam kes rampasan susu rumusan bayi tiruan oleh KPDNKK, KKM akan menganalisis sampel susu bayi yang didakwa tiruan untuk memastikan produk tersebut adalah selamat. Sehubungan dengan itu, isu susu bayi tiruan adalah terkawal dalam segi keselamatan makanan melalui kerjasama rapat KKM dan KPDNKK. Untuk itu Tuan Yang di- Pertua pemantauan sentiasa dijalankan ke atas susu rumusan bayi yang dijual di pasaran. Pada tahun 2013 hingga 2017 sejumlah 576 sampel susu rumusan bayi pelbagai jenama yang dijual di pasaran telah di analisa untuk bakteria pathogenic dan keputusan menunjukkan kesemuanya sampel tersebut mematuhi Akta Makanan 1983. Maknanya semuanya selamat, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita semua tahu bahawa ada dua perkara yang besar dan sepatutnya jawapannya daripada KPDNKK dan juga Kementerian Kesihatan. Saya maklum makna dua kementerian terlibat dalam kes tiruan ini. Tiruan ini pertamanya dia meniru jenama, yang kedua ialah kandungan susu itu tidak menepati formula nutrien makanan, itu yang penting. Maklumat ini tidak ada pada rakyat jelata. Jadi pertamanya dari sudut penyebaran maklumat mengenai susu ini amat penting kerana ia melibatkan bukan sahaja dari segi nutrisi akan tetapi dia juga menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak seperti mana yang berlaku dalam laporan akhbar kepada Mikhael misalnya. Dengan muntahnya, rashes-nya sehingga dua minggu di hospital, doktor tidak dapat mengesan punca yang seolah-olah alergi itu yang ia adalah daripada susu tiruan. Jadi masalahnya sekarang ialah oleh sebab pemantauan kita, kita tahu bahawa kelemahan dari sudut pemantauan ialah kerana boleh jadi kita tidak cukup staf di bahagian penguatkuasaan. Kita lihat di atas kelemahan inilah, mereka yang berniaga ini mengambil kesempatan. Jadi saya rasa tiba masanya kementerian dan juga bersama dengan KPDNKK untuk membuat satu undang-undang yang lebih tegas dan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap penipuan ini dan juga melihat bagaimana susu-susu formula yang penting ini untuk diganti sebagai ganti susu ibu ini, bagaimana cara tempat yang dia seharusnya dijual ataupun tempat-tempat. Saya hendak divert sedikit Tuan Yang di-Pertua sedikit masalah penipuan seperkara lagi iaitu mengenai pemakanan kesihatan. Ini juga mengambil kesempatan di atas rakyat yang banyak penyakit kencing manis. Bila mari pemakanan kesihatan boleh kata sembuh semua penyakit. Ini juga mereka mengambil kesempatan di atas kelemahan pemantauan kita. Jadi di sini juga saya ingin menyarankan agar tindakan-tindakan terhadap penyelewengan ini, kerana dengan nilai...

Ucapan kah, soalan ni?

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

...Berilah peluang sikit. Peluang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, bolehlah habiskan soalan Yang Berhormat.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Soalannya ialah bagaimana kerajaan ingin untuk nilai duit. Nilai duit dengan nilai kesihatan daripada pemakanan kesihatan. Kita dapati bahawa kos untuk pemakanan kesihatan hanya sekitar RM30 tetapi dijual dengan harga RM200 dan sebagainya. Ini ialah penipuan terhadap...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

...Mengambil kesempatan di atas kesihatan. Jadi bagaimana kerajaan untuk menilai perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Izani.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Pengkalan Chepa Yang Berhormat.

Sorry... [Disampuk] Yang Berhormat Pengkalan Chepa, memang dua-dua boleh jawab sama ada KPDNKK ataupun Kementerian Kesihatan. Kita Kementerian kesihatan melihat dari segi keselamatan makanan itu sendiri. Setakat ini apa yang telah dikaji dan yang telah diambil sampel, dibuat sampling dan didapati memang kes semuanya selamatlah, Tuan Yang di-Pertua.

Cuma dalam segi jenama atau branding ini memang saya hendak jawab pun bolehlah sedikit, saya sudah diberi taklimat pagi tadi. Dalam perkara ini memang KPDNKK antara yang telah dibuat ialah memperkasakan tuan punya jenama itu supaya mereka sentiasa alert tentang brand mereka. Kalau ada berubah sedikit brand, mereka boleh buat laporan kepada KPDNKK dan KPDNKK boleh ambil tindakan. Setakat ini memang ada kalau ikut laporan KPDNKK memang ada kes-kes aduan sejak 2015 hingga 2017 ada 11 kes yang telah dibuat aduan dan rampasan telah dibuat 471 unit susu yang telah dirampas dalam jangka masa 2015 hingga 2017, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah sejauh manakah pemantauan daripada pihak kementerian selain daripada apa yang tadi Yang Berhormat nyatakan dalam jawapan Yang Berhormat terhadap pihak-pihak walaupun kita tahu ianya ialah di bawah KPDNKK. Jadinya mungkin secara NBOS terhadap pihak-pihak yang menjual supplement makanan ini terutamanya di social media. Oleh sebab sekarang ini banyak yang terdapat yang dijual di dalam social media. Memandangkan terdapat keraguan daripada segi faktor keselamatan dan juga kesihatan kepada makanan tersebut. Terima kasih.

Memang sekarang ini banyaklah pengiklanan dibuat melalui pelbagai cara termasuk social media yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kementerian memang sentiasa monitor, Kementerian Kesihatan memang monitor social media ini pun, iklan. Hendak iklan dia kena lulus dahulu kita ada Lembaga Pengiklanan kita di Kementerian Kesihatan dia kena lulus dahulu sebelum dia buat iklan dan claim pun dia tidak boleh claim secara excessive. Dia mesti ikut kajian yang telah dibuat. Dia tidak boleh claim lebih daripada itu lagi. Lebih itu tidak boleh di mana ini kita sentiasa alert tentang perkara ini dan memang telah pun mengambil tindakan yang banyak. Kalau hendak tanya figure saya tidak dapat hendak beri hari inilah tetapi yang penting memang Kementerian Kesihatan kita monitor semua media termasuk social media, termasuk pengiklanan dan didapati kalau ada kesalahan memang kita ambil tindakan, Tuan Yang di-Pertua.

Shaharuddin bin IsmailUMNO · BNKangar · question

7. Ir. Shaharuddin Bin Ismail [Kangar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, sejauh mana keberkesanan Program 'Friends of KPDNKK' dalam membantu Kementerian di dalam kerja pemantauan harga barang dan apakah kaedah yang digunakan oleh Kementerian dalam mengatasi masalah peningkatan harga barang bila datang musim perayaan dan musim banjir.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar. Tuan Yang di-Pertua, Friends of KPDNKK (FOK) merupakan satu inisiatif kementerian untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara kerajaan dengan rakyat bagi memantapkan usaha pemantauan harga barangan dan perkhidmatan. Antara bidang tugas FOK adalah untuk melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada kementerian. Peranan FOK dalam kerja-kerja pemantauan harga di negara ini adalah amat berkesan di mana jumlah penerimaan aduan oleh KPDNKK bagi kategori perihal harga yang tinggi berada di tiga tangga teratas daripada jumlah keseluruhan aduan dari tahun 2015 sehingga 2017. Bilangan aduan yang diterima bagi kategori ini untuk tahun 2015 ialah sebanyak 5,174 aduan, pada tahun 2016 sebanyak 5,233 aduan manakala bagi tahun 2017 ialah 3,549 aduan. Sehingga 21 Februari 2018, seramai 881,076 orang telah mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNKK (FOK). Tuan Yang di-Pertua, untuk mengekang kenaikan harga barangan semasa musim perayaan, KPDNKK melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan semasa enam perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas. Skim ini merupakan satu kaedah yang berkesan pada setiap musim untuk menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah akibat permintaan tinggi semasa musim perayaan. Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah semasa musim banjir, tindakan pengeluaran notis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara. Pada masa yang sama, kementerian akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memastikan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi. Bagi tujuan ini kementerian turut bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti FAMA, LKIM dan sebagainya. Selain itu, sebagai langkah proaktif, pemantauan harga barang juga turut dilakukan secara konsisten oleh pegawai pemantau harga yang telah dilantik oleh kementerian ke atas pasar raya besar, pasar raya, pasar basah, pasar mini, kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit dan premis makanan setiap makanan siap masak di seluruh negara. Hasil pemantauan ini akan digunakan sebagai laporan trend harga barang dan tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya kenaikan harga dikesan berlaku. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan dan syabas kepada pihak kementerian yang telah melahirkan pelbagai insentif bagi membantu pengguna di Malaysia amnya. Soalan tambahan saya apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh kementerian bersama Friends of KPDNKK dalam meningkatkan kesedaran pengguna di negara ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kangar. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita semua sedia maklum, antara peranan utama FOK adalah sebagai mata dan telinga kementerian dalam menyalurkan maklumat berkaitan salah laku pihak peniaga dan pada masa yang sama mereka juga turut membantu kementerian dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar- dasar kerajaan kepada pengguna terutamanya berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan. Peranan ini sekali gus dapat memberi impak terhadap persekitaran yang seimbang di mana dapat melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan peniaga yang dapat melaksanakan kawal selia kendiri. Pada masa ini kementerian sedang aktif melaksanakan program-program ceramah kepenggunaan di seluruh Malaysia yang memfokuskan komuniti setempat di mana ia turut melibatkan ahli-ahli FOK di kawasan tersebut.

Melalui pelaksanaan program-program seperti ini, ahli-ahli FOK seterusnya dapat menyebarkan maklumat-maklumat yang disampaikan melalui program tersebut berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat setempat yang lain. Antara topik utama yang disampaikan semasa program tersebut adalah berkaitan realiti harga barang di Malaysia, eDagang, kaedah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPDNKK ada dua bahagian. Bahagian pertama adalah berkenaan dengan program Friends of KPDNKK. Pada hari ini kita tahu harga barang sedang meningkat, pegawai tidak mencukupi. Oleh sebab itu kita galakkan Friends of KPDNKK. Walaupun itu adalah inisiatif yang baik namun begitu harga barang di pasaran masih meningkat kerana kita ada harga petrol yang dikawal selaras setiap minggu. Oleh sebab itu, mekanisme yang retorik setiap kali persoalan ini ditimbulkan perlu dibaiki dengan satu agenda atau satu polisi dasar yang berkesan untuk mengatasi masalah harga kenaikan barang. Itu yang pertama. Kedua, berkenaan dengan musim perayaan dan banjir, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Musim banjir saya faham sebab itu adalah satu bencana yang tiba-tiba jadi, susah untuk dikawal. Akan tetapi musim perayaan, yang enam musim perayaan yang dibacakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sepatutnya kita sudah boleh pre-empt, kita boleh buat satu kawalan yang lebih awal. Contoh untuk Tahun Baru Cina tahun ini, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya sepatutnya kita ambil statistik tahun lepas dan buat perancangan untuk tahun ini. Kita boleh kawal. Akan tetapi apa hubungan Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan menteri-menteri lain? Contoh Kementerian Pertanian dan sebagainya? Adakah satu mekanisme, planning awal telah diwujudkan? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang benar pegawai penguat kuasa kita tidak mencukupi. Di seluruh Malaysia kita hanya mempunyai sebanyak 2,350 orang pegawai penguat kuasa. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan pegawai ini, pihak kementerian melantik pegawai pemantau harga yang berjumlah 1,050 untuk membantu penguat kuasa kita di seluruh negara. Mereka ini akan menjalankan tugas di samping penguat kuasa kita untuk memantau khasnya memantau harga barangan di pasaran. Mengenai soalan Yang Berhormat mengenai barangan musim perayaan tidak mencukupi. Memang ada kerjasama di antara kementerian dan agensi yang lain seperti pihak FAMA, LKIM untuk memastikan barang keperluan semasa ataupun musim perayaan mencukupi. Ini adalah atas usaha sama, kerjasama di antara kementerian-kementerian yang terlibat dan agensi-agensi. Sekian, terima kasih.

Jimmy Wong Sze PhinDAP · PRKota Kinabalu · question

8. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, peruntukan dan projek menyenggara atau membina klinik dan hospital di Sabah tiap-tiap tahun sejak 2013. Nyatakan nama projek, lokasi, peruntukan dan tarikh siap projek tersebut. Kenapakah Hospital Daerah Nabawan yang dicadangkan sebelum ini diturunkan ke status klinik kesihatan.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Soalan ini berkenaan dengan projek-projek klinik dan hospital di Sabah dan Yang Berhormat pohon secara detail daripada semenjak tahun 2013 nama projek, lokasi, peruntukan dan tarikh siap.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2013 KKM telah pun menyediakan peruntukan sebanyak RM774.5 juta bagi projek menyelenggara dan membina klinik dan hospital di Sabah. Pembinaan klinik dan hospital di sesuatu kawasan dibuat setelah mengambil kira keperluan dari segi bilangan penduduk dan keperluan perkhidmatan perubatan di kawasan tersebut. Berdasarkan kepada rekod kementerian ini, untuk Klinik Nabawan sebenarnya tidak ada perancangan hendak bina hospital tetapi hanya perancangan untuk bina Klinik Kesihatan Nawaban. Saya pergi tengok sendiri, saya pergi melawat sendiri Klinik Nabawan ini memang dia macam mini hospital. Klinik tahap empat tetapi dia ada 10 katil. Dia jadi mini hospital. Jadi selain daripada itu, ini pun sudah beroperasi. Selain daripada itu, kuarters bagi klinik ini juga sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada 24 Julai 2018. Fasiliti yang terdekat bagi projek ini adalah Klinik Desa Bahagia dan Klinik Desa Pandiwan dan ia adalah 62 kilometer daripada Hospital Keningau. Senarai Yang Berhormat minta ada pada saya panjang. Saya ingat kalau saya hendak baca panjang, makan masa. Saya ingat saya bagi secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya mahu tahu Yang Berhormat Menteri, adakah Klinik Daerah Nabawan boleh naik taraf kepada hospital? Nombor satu. Kedua, adakah kerajaan akan naik taraf klinik di daerah lain ke status hospital di Sabah? Berapakah peruntukan akan digunakan jika ada? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi dalam jawapan bahawa kita sentiasa mengkaji keperluan mana-mana kawasan. Daripada segi jumlah penduduknya dan keperluan dan dilihat juga daripada segi kemudahan yang sudah sedia ada. Hari ini juga kita buat, saya pernah sebut perkara ini tentang kita buat cluster hospital. Makna Tawau contohnya seperti Hospital Tawau, cluster dengan hospital yang dekat-dekat ini di mana pakar daripada Hospital Tawau boleh pergi ke mana-mana hospital dan dia boleh buat operation contohnya di hospital yang jadi cluster. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan kos dan menyampaikan perkhidmatan yang lebih sempurna kepada rakyat kita. Secara terperincinya saya tidak boleh hendak bagi jaminan tentang perancangan- perancangan masa depan kita. Akan tetapi yang saya boleh sebut bahawa kita memang ada perancangan untuk hendak upgrade semua klinik yang lama ini, yang jenis kayu umur sudah 50 tahun lebih, jenis kayu, anai-anai banyak. Kadang-kadang saya pergi melawat, ada klinik yang beroperasi di bawah, di atas sudah anai-anai. Jadi memang lama, banyak. Saya tahu, saya pergi melawat lebih daripada 50 tahun dan jenis kayu, ada masalah anai-anak dan sebagainya. Ini kita akan cuba upgrade secepat mungkin, sebanyak mungkin kepada sekurang-kurangnya kepada klinik tahap tujuh. Tahap tujuh dia ada klinik ibu dan anak dan juga outpatient. Jadi kosnya lebih kurang satu klinik kalau di Semenanjung lebih kurang RM5 juta satu tetapi kalau di Sabah Sarawak dia mahal sedikit, mungkin dalam RM7 juta satu klinik. Ini dalam proses dan memakan masa Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, apabila kerajaan mengumumkan seramai 4,800 doktor pakar yang mana telah ditempatkan di hospital-hospital di seluruh negara termasuklah di Sabah dan juga di Sarawak. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah perkembangan penambahan bilangan doktor-doktor pakar ini dan juga doktor-doktor biasa secara berperingkat-peringkat bagi menampung keperluan pesakit di negeri-negeri seperti mana kata Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kebanyakan hospital kita akan dinaik taraf. Akan tetapi bagaimana pula penambahan bilangan doktor-doktor yang akan ditempatkan di seluruh hospital termasuklah di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Mengikut apa yang kita ada sekarang Tuan Yang di-Pertua, memang setiap negeri ada jumlah kakitangannya, berapa doktor, berapa pakar dan sebagainya. Untuk Sabah dan Sarawak sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya bagi contoh Sabah. Sabah jumlah perjawatan doktor pakar 308 tetapi yang kita hantar ini 329, lebih daripada jumlah perjawatan itu. Ini kerana keperluan di sana, jadi kita hantar lebih walaupun perjawatan tidak ada. Akan tetapi kita hantar lebih. Begitu juga Sarawak sama juga, kita hantar lebih doktor pakar di sana supaya mereka dapat bagi perkhidmatan yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Ewon EbinUPKO · BNRanau

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, berapa jumlah dana yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan luar bandar di negeri Sabah sejak tahun 2009 sehingga kini.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sepatutnya diajukan kepada Jabatan Perdana Menteri memandangkan Yang Berhormat ingin mendapatkan maklumat keseluruhan bajet pembangunan luar bandar daripada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, memandangkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menjawab soalan ini, saya akan memfokuskan kepada skop di bawah KKLW sahaja ya. Untuk makluman Yang Berhormat yang bertanya, bermula daripada tahun 2009 hingga 2017, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membelanjakan sejumlah RM12.55 bilion bagi pembangunan kawasan luar bandar di seluruh negeri Sabah yang merupakan 25 peratus daripada peruntukan pembangunan yang diterima oleh kementerian ini daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek yang telah diluluskan oleh EPU. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Ewon EbinUPKO · BNRanau

Ya, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas pemberian peruntukan yang begitu banyak di negeri Sabah, khususnya yang ada kaitan dengan pembangunan luar bandar. Cuma satu perkara yang saya ingin sebutkan di sini ialah mengenai dengan beberapa projek yang sudah siap dilaksanakan tetapi tidak berfungsi ataupun kurang memberikan manfaat kepada rakyat. Sebagai contoh, ada bekalan air dan juga elektrik yang sudah siap tetapi tidak ada air, tidak ada lampu. Jadi, apakah tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa projek ini akan memberikan manfaat kepada rakyat yang memerlukannya, khususnya di luar bandar? Terima kasih.

Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati dua soalan. Pertama, soalan berapakah banyak projek dalam pelaksanaan? Oleh kerana itu adalah memerlukan jawapan yang begitu spesifik, bolehkah saya dibenarkan memberikan jawapan secara bertulis? Kedua, apakah langkah-langkah untuk memastikan projek-projek yang telah dilaksanakan tetapi lagi bermasalah dan belum lagi memberi manfaat sepatutnya kepada masyarakat yang memerlukannya? Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, malah kerajaan memang menerusi prosedur-prosedur yang tertentu yang ada bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan kita ada satu unit pemantauan projek. Kesemuanya pemantauan dan kerja-kerja untuk menyemak semula projek-projek ini supaya kita mengetahui apakah sebenarnya masalah dan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah itu akan kita dapat ambil tindakan yang sepatutnya pada akhirnya nanti. Sekian, terima kasih.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

10. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah usaha yang diambil bagi menangani isu pelajar Muslim yang mengabaikan solat dah kepatuhan kepada prinsip syariah Islam serta cadangan penyelesaiannya.

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Selamat pagi, salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua... [Bercakap dalam bahasa Arab] Solat itu tiang agama. Oleh itu, kurikulum pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil kira elemen berkaitan solat bagi semua murid yang beragama Islam di semua peringkat pendidikan bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, solat juga diberi penekanan dalam Program j-QAF melalui model Kem Bestari Solat yang dilaksanakan di sekolah rendah sejak tahun 2005. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan program-program sokongan bagi kurikulum yang dilaksanakan di luar jadual waktu seperti Penilaian Perkara Asas Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah melalui kaedah pentaksiran berasaskan bilik darjah. Dalam bidang kokurikulum, penekanan solat juga dilaksanakan melalui Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), Anugerah Surau Imarah Sekolah (ASIS) dan aktiviti-aktiviti persatuan pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah serta elemen solat menjadi keutamaan aspek penilaian program-program tersebut. Terima kasih.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sebagaimana firman Allah... [Bercakap dalam bahasa Arab] “Sesungguhnya sembahyang ini dapat mencegah daripada fasya’ dan mungkar”. Didapati lebih daripada 80 peratus pelajar dalam negara kita mengabaikan solat. Kita dapati hampir 40 peratus di kalangan pelajar dalam negara kita gagal untuk mengambil ataupun praktikal untuk wuduk, bacaan solat mereka tidak mahir. Jadi saya ingin tahu, dalam kajian kementerian, apa faktor yang menyebabkan pelajar kita malas ataupun mengabaikan solat? Perkara ini akan menjadikan punca berlakunya dadah, derhaka kepada ibu bapa, curi kerana berpunca daripada pengabaian solat yang menyebabkan jati diri mereka tidak kuat. Jadi, apa perancangan kementerian untuk memastikan semua pelajar yang Muslim ini patuh dengan syariah solat ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan tambahan Yang Berhormat Rantau Panjang. Sejak Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan program ataupun kurikulum j-QAF sejak tahun 2005, tak ada lagi sebab kenapa anak-anak Muslim kita tidak boleh mempelajari daripada segi Jawi, Quran, semuanya dalam kurikulum kita. Kalau kita mengikut pelaksanaan pada 2005, selepas 13 tahun, anak-anak sekarang yang berada di sekolah menengah semuanya telah menerima pendidikan berkenaan dengan Jawi, Quran dan fardu ain... [Tepuk] Oleh itu, kalau mengikuti statistik yang kata pelajar-pelajar kita tidak mahu solat di luar, saya ingin berkongsi dengan semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pendidikan itu sebenarnya bermula dari rumah, bukannya bangku sekolah... [Tepuk] Jadi, kita berharap bantulah anak-anak kita bermula dari rumah dengan bahagian pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan soal agama. Sekian, terima kasih.

Normala binti Abdul SamadUMNO · BNPasir Gudang · question

11. Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah progres terkini Projek Reka & Bina Hospital Pasir Gudang dan bilakah projek pembinaan akan bermula.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Normala.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hmm, hmm. Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang. Memang beliau amat concern dengan Hospital Pasir Gudang ini, selalu tanya dengan saya. Hari ini dia tanya dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini projek sedang dalam proses tender dan surat pelawaan tender telah dikeluarkan pada 13 Disember 2017 dan tender dijangka tutup pada 11 April 2018. Penilaian tender akan dijalankan setelah tender tutup serta pengesyoran petender yang berjaya ke Kementerian Kewangan. Selepas mendapat persetujuan Kementerian Kewangan, surat setuju terima akan dikeluarkan dijangka bulan Julai 2018 dan kerja boleh bermula pada Ogos 2018, Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini memang hospital ini hospital 304 katil dan is a stand alone, Tuan Yang di-Pertua. Yang terlewat bukan kerana apa, kerana pindah tapak, Tuan Yang di-Pertua. Peringkat awal, di Taman Cendana tetapi sekarang dah ubah kepada di Seri Alam. Tapak 50 ekar dan kementerian berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang telah pun memberi tapak ini secara nominal, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut tadi, projek ini adalah stand-alone dan projek stand-alone bermakna semua komponen ada. Banyaklah, semua ada dan dijangka siap pada Ogos 2022, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah kalau projek tak sakit, maknanya projek ini akan siap pada 2022.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya nak ambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan iaitu Perdana Menteri kerana telah meluluskan projek ini sebagai Menteri Kewangan. Inilah janji Kerajaan Barisan Nasional. Janji Kerajaan Barisan Nasional yang telah dikotakan bahawa Hospital Pasir Gudang akan dibina... [Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Ha! Dapat calonlah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Bukan datang macam pembangkang, Tuan Yang di-Pertua, datang tempat saya cakap ini janji palsu dan tipu...

[Dewan riuh]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Ini jadi calon.

Jadi pertanyaan saya kepada Menteri- ini kenapa nak marah? Ini kenapa nak marah?

Confirm, confirm...

[Dewan riuh]

Ini kenapa nak marah? Hospital nak buat...

Ini Melayu jadi calonkah?

Eh! Tidak apa... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Gudang cuma merakamkan ucapan terima kasih.

Ya! Apa benda ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak salah pun.

Janji ditepati. Soalan saya kepada...

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Kapar panas punggung ini.

Eh! Marah pula Yang Berhormat Kapar ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Janji dicapati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar duduk, Yang Berhormat.

Janji dicapati. Dia panggil Kapar tadi.

Yang Berhormat Kapar duduklah... [Dewan riuh] [Ketawa]

Jam 11.30 dah, tidak payah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya. Menteri nak dengar soalan tambahan, Yang Berhormat.

Janji ditepati, Pasir Gudang mengucapkan terima kasih kerana pembinaan hospital.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Kuat sikit. Saya tidak dengar.

Menteri tolong segerakan majlis pecah tanah sebelum PRU. Bila nak buat Menteri? Terima kasih... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Menteri. Soalannya bilakah nak buat, Yang Berhormat Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, kita akan pastikan projek ini siap dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu tahun 2022...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan dan diputuskan Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 29 Mac 2018.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Dengar daripada tepukan meja tadi, kalau dicalonkan sebagai Speaker balik, tidak ditandingilah ini kan...

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar, Ahli Yang Berhormat, tidak payah teriak-teriak.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, seorang demi seorang, jangan berebut-rebut.

Saya mula, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghantar satu surat.

Tuan Yang di-Pertua

Apa ini, Yang Berhormat? Peraturan mesyuarat kah apa?

Bukan. Saya telah menghantar satu surat kepada Tuan Yang di-Pertua bertarikh 26 Mac dan telah diterima pada pukul 10 pagi pada 26 Mac untuk mendapat izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk beri saya peluang untuk bahas di bawah P.M.18(1) untuk menarik balik laporan kajian semula persempadanan. Sehingga sekarang iaitu pukul 11.33 pagi, saya belum dapat jawapan daripada pejabat Tuan Yang di-Pertua. Selalunya jawapan telah datang pada pukul 10 pagi tetapi sehingga sekarang belum dapat. Adakah ini bermaksud saya diberi permission, permintaan saya telah diterima dan saya boleh baca usul saya? Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya punya usul...

Tuan Yang di-Pertua, baru saya dapat. Saya pun belum baca apa ini. Saya baca dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, baca. Yang Berhormat Sepang, apa Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua, saya punya usul berkaitan dengan soalan saya yang ditolak sebelum ini iaitu saya bertanya soalan tentang...

Peraturan mana?

Peraturan 23. Tak tahu diamlah!...

[Dewan riuh]

Ha, ini tahu. Ini tidak tahu diam... [Disampuk] Alah, itu kaki mengampu semua itu. Mentang-mentang Yang Berhormat Pekan ada, semua mengampulah nak jadi calon semua ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Sepang.

Dia kacau, Tuan Yang di-Pertua. Dia kacau, Tuan Yang di-Pertua. Okey, Peraturan 23. Tuan Yang di-Pertua telah menolak soalan saya tentang isu yang arbitration di mahkamah di England. Saya bertanya kenapakah sebelum ini Menteri Kewangan II kata nak lawan, tiba-tiba tak jadi lawan, lepas itu bayar. Soalan saya ditolak kerana kata kes ini dalam proses mahkamah. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Peraturan 23(2) yang BN semua tak tahu...

[Dewan riuh]

Saya bacakan. Izinkan saya bacakan.

Yang Berhormat Sepang jangan cakap macam orang mabuklah pagi-pagi ini, Yang Berhormat Sepang. Cakap macam orang mabuk...

[Dewan riuh]

Izinkan saya bacakan, Tuan Yang di-Pertua.

Tak makan ubatkah? Pagi ini makan ubat tak?

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya baca, may I read in English?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, saya faham, Yang Berhormat. Duduk dulu, Yang Berhormat. Saya respons. Soalan yang ditolak, semua Ahli- ahli Yang Berhormat faham apabila soalan ditolak ada sebab.

Sebab dia salah, Tuan Yang di- Pertua. Sebab ini salah. It is a wrong decision...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Sudah Ahli Yang Berhormat bangkitkan, saya akan tengok balik apa sebab kenapa soalan ditolak.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu soalan ini ditolak kerana salah, it’s a wrong. You have given a wrong reason.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, keputusan telah dibuat, Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Betul keputusan dibuat tapi keputusan ini salah. We have the right to point out that your reply was wrong...

[Dewan riuh]

Hoi! duduklah! Duduklah! Apa penyangak ini? Duduklah! Wasting time.

Mentang-mentang Yang Berhormat Pekan...

[Dewan riuh]

Ini semua calon recycle semua ini.

Point of order.

Duduklah, duduklah, rugi masa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Awak seorang saja yang pandai dalam Parlimen. Pergilah!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri, Yang Berhormat Setiu duduk dulu, Yang Berhormat Sepang duduk dulu...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau diganggu lagi Mesyuarat ini pada pagi ini, siapa Ahli Yang Berhormat yang berdiri lagi tanpa alasan, alasan dia bagi pendapat saya melengah- lengahkan, saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44(2)...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk melengahkan tetapi jawapan yang diberikan kepada saya oleh Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa sebenarnya usul saya telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Sebab yang pokok ialah ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes permohonan semakan kehakiman. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, dalam usul saya, saya telah mengatakan bahawa ada isu subjudis yang selalu dibangkit oleh Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan yang mulia ini. Selalunya Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa kita tidak boleh bincang apa-apa berkait dengan 1MDB- satu Malaysia dalam bahaya. Jadi oleh kerana itu, kita tidak boleh bincang dalam Dewan yang mulia. Akan tetapi sekarang kita ada tiga kes di mahkamah dan kalau kita bincang di sini, maka ini akan menjadi subjudice...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Therefore you can be contempt of court.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Bukan, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. You must be consistent, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat.

1MDB, one ruling tetapi persempadanan satu lagi ruling. It is not fair, Tuan Yang di-Pertua. You must be fair. The ruling must be same, mesti selaras kepada semua isu, bukan satu untuk 1MDB...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya sudah faham, Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

1MDB bukan urusan Parlimenlah, Yang Berhormat. 1MDB bukan urusan Parlimen, Yang Berhormat hendak bising fasal apa?...

[Dewan riuh]

You Speaker kah? Saya tak cakap dengan you...

[Dewan riuh]

Duduk! Duduk!

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia pun tidak ikut peraturan!

Tuan Yang di-Pertua boleh cakap duduk, you tidak boleh cakap duduk. Apa ini tidak tahu undang-undang. Duduk! ... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Dalam peraturan mesyuarat, tidak ada siapa yang boleh berdiri terus berhujah tanpa dipanggil. Semua kita tahu...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi jangan buat lain kali. Saya akan buat ruling dengan perkara yang dibangkitkan seperti yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat daripada Klang. Tadi pagi saya juga menerima satu surat daripada Yang Amat Berhormat Gombak dengan hal yang sama iaitu mengatakan bahawa ini subjudis. Saya buat ruling, Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Perkara 36(2) yang menyentuh dengan soal subjudice tidak mempunyai aplikasi dalam hal ini atas sebab-sebab Perlembagaan Persekutuan juga. Bahagian II, Tatacara Menyempadankan Bahagian-bahagian Pilihan Raya.

Tuan Yang di-Pertua

Seksyen 8, memberi tanggungjawab kepada SPR, pada pendapat SPR kalau ada kewajaran untuk membuat sama ada persempadanan semula ataupun tambahan kawasan itu adalah hak SPR. Selepas daripada itu apabila SPR ini di bawah seksyen 8, selepas daripada itu, apabila study atau penyelidikan telah lengkap, laporan itu akan diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif, ketua majlis. Perkara 9 saya baca dengan seberapa segera yang boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan laporannya kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8, Perdana Menteri hendaklah membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Rakyat. Hendaklah, shall mandatori maka Yang Amat Berhormat apabila menerima, dia bawa pergi Dewan untuk dibentangkan hendaklah. Seksyen 10, jika mana-mana draft perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kalau diluluskan oleh Dewan Rakyat, bermakna Dewan Rakyat yang bertanggungjawab menolak atau meluluskan atau mengubah di bawah seksyen 10. Ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersidang mendengar kes Melaka baru- baru ini. Mahkamah mengatakan bahawa mahkamah tidak boleh campur hal dengan soal ini kerana atas prinsip separation of power. Mahkamah tidak berhak, yang berhak adalah Ahli-ahli Parlimen. Itu sebab saya sebut kelmarin, saya kata biar eksekutif buat kerja, Parlimen buat kerja dan mahkamah buat kerja. Seksyen 11, jika usul bagi meluluskan mana-mana draf perintah yang disebut dalam seksyen 9, ditolak oleh Dewan Rakyat atau ditarik balik dengan kebenaran Dewan ini, Dewan itu bermakna kita yang memutuskan. Ubah, terima, atau apa? Bukan mahkamah, Perlembagaan. Malangnya yang menyedihkan saya kadang-kadang, kesihatan saya terjejas ialah di depan sebelah kiri saya ini pakar undang-undang semua. Pengamal undang-undang berpuluh tahun, di sebelah kanan saya begitu juga tetapi sengaja, sengaja, sengaja mengganggu kesihatan saya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi pada hari ini...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk Ahli Yang Berhormat.

Saya bermula Tuan Yang di-Pertua, last point Tuan Yang di-Pertua, last point.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Selepas itu saya akan berhenti. Last point Tuan Yang di-Pertua. Ini berkait dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam usul saya, saya telah mengatakan bahawa menurut Artikel 4, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengadakan siasatan tempatan sekiranya menerima bantahan mengenai syor yang dicadangkan daripada kerajaan negeri ataupun sekumpulan orang ramai 100 atau lebih. Akan tetapi ini tak berlaku. Seramai 100 wakil 10,000 people tidak dipanggil untuk bantahan mereka. Oleh sebab itu laporan itu tidak lengkap. Laporan itu tidak lengkap...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, terima kasih.

Therefore we cannot debate in valid document.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Satu laporan yang tidak lengkap Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat yang lain, duduk Ahli Yang Berhormat.

Bukan Tuan Yang di-Pertua, saya cakap bahawa laporan ini...

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat! Yang Berhormat duduk!

Yang diberikan tidak lengkap Tuan Yang di-Pertua. That is required by the constitution Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk! Sekali lagi Yang Berhormat berdiri, saya akan gunakan kuasa.

This is interpretation Tuan Yang di- Pertua...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat tahu peraturan mesyuarat. Keputusan Speaker adalah muktamad. Ahli Yang Berhormat yang lain jangan menyampuk dulu. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan Speaker, Usul Persendirian silakan buat. Kalau Ahli Yang Berhormat mengatakan kepada saya bahawa usul itu tidak ada faedah juga oleh sebab tidak akan juga dibahas, baca Peraturan Mesyuarat 15. Semua ada dalam peraturan mesyuarat, jangan lengah-lengahkan lagi persidangan ini kerana saya telah buat keputusan dan telah pun saya perjelaskan kenapa. Walhal saya tidak diperlukan pun untuk kasi, untuk beri penjelasan. Setiausaha, sila. Siapa yang ganggu, saya tidak akan beri warning lagi, saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44(2). Sila.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya telah katakan mengenai...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Mengenai tadi Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tuan Yang di-pertua, mengenai...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Saya mahu tanya sahaja! Saya mahu tanya sahaja!

Tuan Yang di-Pertua

Telah saya beri... Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Gelang Patah sekarang ini saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44(2) untuk mengarahkan Yang Berhormat keluar Dewan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Saya mahu tanya, saya buat saya buat satu keputusan untuk tanya mengenai...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, you have to allow a question in your Dewan Rakyat, you must allow him question in Dewan Rakyat this is your House! This is the House of MPs.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Perlembagaan mana, that’s why peraturan mana memberikan kuasa kepada untuk kenakan embargo kepada laporan persempadanan itu sahaja. Bolehkah, bolehkah tau?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah buat keputusan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Itu tanya, tanya ini, saya duduk di sini. You can’t take me out!

Eh! Keluar! Keluar! Keluar.

Tuan Yang di-Pertua

Jalankan tugas Yang Berhormat.

Keluar, keluar...

[Dewan riuh]

Ini tidak adil Tuan Yang di-Pertua! Langsung tidak adil! Ini langsung tidak adil.

Consistent decision lah Tuan Yang di-Pertua apalah...

[Dewan riuh]

Apa salah tanya soalan, apa ini Tuan Yang di-Pertua langsung tak adil.

Tak boleh ini Tuan Yang di-Pertua, kena bagi ruanglah untuk kita dengar...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk, saya minta tolong duduk.

Give us the right to be heard. Give us right to be heard.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk, tolong duduk...

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gelang Patah hanya tanya soalan sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gelang Patah...

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gelang Patah hanya tanya soalan sahaja peraturan mesyuarat takkan itu hendak halau! Takkan macam ini hendak halau!..

[Dewan riuh]

We cannot even ask question apa ini! Ini apa, ini Parlimen kah sarkas ini?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gelang Patah hanya tanya soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seremban duduk.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Bukan melanggar peraturan.

Tarik balik ruling speaker.

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Yang Berhormat Seremban duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Gelang Patah...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain tolong senyap! Yang Berhormat Gelang Patah telah menjadi wakil rakyat sepanjang ingatan saya sebelum saya berpolitik lagi. Kerusi Speaker...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Untuk bertanya...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Gelang Patah! Yang Berhormat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Dari mana Perlembagaan? Mana peraturan mesyuarat ada kuasa untuk menggunakan embargo itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Kalau Tuan Yang di-Pertua rasa ada kuasa begitulah. Saya rasa malu di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Keluarlah balik, balik! Balik! Balik!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tetapi saya akan tetap di Dewan!... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

We are on air, we are on air. Yang Berhormat Menteri, malu!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Dan bukan saya membawa malu...

Lebih malu dulu maki Tun Mahathir, lebih malu dulu Yang Berhormat Gelang Patah maki Tun Mahathir...

[Dewan terlalu riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Perdana Menteri digelar pencuri...

Dulu maki Tun Mahathir sekarang jilat Tun Mahathir kah?...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Hipokrit, pencuri! Penyamun semua!

Kurang ajar! [Dewan riuh]

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

You punya anak-anak Bagan, mana Bagan?...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Bagan buat apa?...

[Dewan riuh]

Oh! Tarik balik, tarik balik!...

[Dewan riuh]

Keluar, you out keluar! Ini apa dia ini komunis kah, ini memang komunis! Ini Cina komunis!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Dan laporan ini untuk curi PRU Ke-14...

[Dewan riuh]

How can you stand up pencuri!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduk, sila duduk.

Anak kamu pencuri nombor satu.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain, sila duduk. Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat Gelang Patah, kalau berdegil-degil lagi, bermakna terpaksa saya namakan Gelang Patah dan saya akan gunakan kuasa di bawah Peraturan 44(3). Saya akan namakan Yang Berhormat Gelang Patah, saya akan panggil seorang Menteri untuk buat usul dan Yang Berhormat Gelang Patah akan digantung. Sila.

Ini tak adil Tuan Yang di-Pertua. Tidak adil langsung.

Tuan Yang di-Pertua

Setiausaha. Sila...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain, saya ada beberapa pilihan. Satu, Yang Berhormat Gelang Patah enggan untuk keluar. Saya arah Bentara untuk iringi beliau, tetapi dia enggan. Sekarang ini terpaksa saya gunakan kuasa lagi di bawah Peraturan Mesyuarat 44(3) iaitu kerajaan buat usul, seorang Menteri untuk gantung berapa itu saya tidak tahu berapa. Lepas itu, berunding. Ketiga, saya akan tangguhkan Dewan untuk beberapa minit. Kalau saya masuk balik Yang Berhormat Gelang Patah ada, saya akan gunakan kuasa balik secara paksa angkat Yang Berhormat Gelang Patah. Jelas.

Ini langsung tidak adil Tuan Yang di- Pertua. You are not above the Federal Constitutions.

You have moral obligation and legal obligation to this House. This is merely abuse of power. How can you do that?...

[Dewan riuh]

Apa salahnya Tuan Yang di-Pertua bagi penjelasan. Yang Berhormat Gelang Patah ada soalan yang menuntut penjelasan.

Yang Amat Berhormat Pekan, clear your name. This is your chance. Clear your name Yang Amat Berhormat Pekan.

Apa salahnya bagi penjelasan? Kenapa hendak guna kuasa Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, you must give us the right to be heard. This is so basic. Tuan Yang di-Pertua, takkan benda ini pun tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, you are disgraceful to the House...

[Dewan riuh]

Siapa suruh berdiri ini? Duduklah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar duduk, Yang Berhormat Kapar.

Tuan Yang di-Pertua, yang kita menuntut adalah penjelasan. Apa salahnya Tuan Yang di-Pertua bagi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk. Duduk Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat, duduk.

Tuan Yang di-Pertua, saya duduk. Lepas itu Tuan Yang di-Pertua kena dengar saya juga.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Saya duduk, tetapi Tuan Yang di- Pertua kena dengar saya juga.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

[Dewan Riuh]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Duduk sahajalah Yang Berhormat Kapar. Duduk sahajalah.

Saya bukan pengecut macam you oranglah. Okey...

[Dewan Riuh]

Eh, Yang Berhormat Kapar! Yang Berhormat Kapar tarik balik, Yang Berhormat Kapar.

Saya ada soalan Tuan Yang di- Pertua. Saya ada soalan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ada soalan, saya menuntut apa salahnya...

[Dewan Riuh]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Kau siapa? Kau fikir kami pengecut?...

[Dewan Riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang lain yang berdiri tolong duduk.

Kurang ajar punya Yang Berhormat Kapar...

[Dewan Riuh]

Saya bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya soalan dengan Tuan Yang di-Pertua. Biar Tuan Yang di-Pertua jawab.

How you say kita pengecut? Kenapa kamu kata kami pengecut? Kurang ajar!

You lagi kurang ajar!

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Mari sini Yang Berhormat Kapar. Kurang ajar!.

Biar Tuan Yang di-Pertua jawab. Apasal takut?

Why you say kita pengecut? You are bloody kurang ajar.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tidak takut! Tidak takut! Marilah, tidak takut.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang sedang berdiri tolong duduk.

Akibat menipu, inilah jadinya...

[Dewan Riuh]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini pun satu lagi perangai tidak senonoh betullah Yang Berhormat Sepang ini.

Engkau itu bapa penipu. Itulah Tuhan, Allah dah tunjuk dekat kamu Yang Berhormat Sepang, kamu dah senget sebelah tidak sedar diri lagi...

[Dewan Riuh]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Apa ini tidak hormat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang lain. Ahli Yang Berhormat, tolong senyap. Sila seorang Yang Berhormat Menteri baca usul di bawah 44(3).

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua juga ambil tindakan terhadap Yang Berhormat Baling yang melemparkan serangan demi serangan panggil Yang Berhormat Gelang Patah komunis...

[Dewan Riuh]

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua kena adil. Kalau Tuan Yang di-Pertua dilihat sebagai Speaker di sini, Tuan Yang di-Pertua haruslah ambil tindakan termasuk menghina Yang Berhormat Sepang Tuan Yang di-Pertua, di atas...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh tunggu Yang Berhormat. Tidak apa.

Yang Amat Berhormat Pekan baca. Yang Amat Berhormat Pekan baca Yang Berhormat Pekan.

Dia kata kami penipu tadi. Siapa yang mula Tuan Yang di-Pertua? Yang Berhormat Sepang kata kami penipu. Kalau penipu inilah caranya, maknanya Yang Berhormat Sepang menuduh. Yang Berhormat Sepang menuduh kami penipu.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Eh Yang Berhormat Baling malu sedikit, Yang Berhormat Baling malu sedikit. Saya pohon Tuan Yang di-Pertua, tolonglah...

[Dewan Riuh]

Duduklah Yang Berhormat Baling!

Yang Berhormat Gelang Patah mencuri- Yang Berhormat Gelang Patah dia kata kami mencuri. Yang Berhormat Kapar panggil kami pengecut. Siapa yang mulakan? Seorang kata kami mencuri. Seorang kata kami kaki penipu. Seorang kata kami pengecut. Siapa yang mulakan dahulu Tuan Yang di-Pertua?

Memanglah. Saya bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua, yang kamu menggelupur buat apa? Saya bincang dengan Tuan Yang di-Pertua. Bila saya bincang dengan Tuan Yang di-Pertua, di antara saya dengan Tuan Yang di-Pertua. Mengapa mereka menyampuk? That is all. Saya minta penjelasan. Tidak salah.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sila.

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat.

Usul — Penggantungan Perkhidmatan Ahli Parlimen Gelang Patah Selama Enam Bulan Di Bawah P.M. 44(3)Motion

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 44(3), Majlis Mesyuarat dengan ini memutuskan bahawa Ahli Yang Berhormat Gelang Patah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat ini selama enam bulan”.

Datuk Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

[Dewan Riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua. Ada usul sepatutnya ada bahas. Bagi hak kepada Yang Berhormat Gelang Patah untuk mempertahankan diri. Tuan Yang di-Pertua, ada usul patut ada bahas! Ada perbahasan. Bahas!..

[Dewan Riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tidak ada hak untuk mempertahankan diri.

Federal Court. Shame on you.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua. Perlu ada perbahasan.

Ini rule of jungle-lah. Macam hutan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada hak untuk mempertahankan diri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

[Dewan Riuh]

Kangaroo court.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Gelang Patah patut diberikan hak untuk pertahankan diri...

[Dewan Riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri, duduk. Yang berdiri ini untuk belah bahagian ke apa?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kita hendak minta hak untuk Yang Berhormat Gelang Patah untuk mempertahankan diri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sepatutnya ada perbahasan. Ini usul.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seremban, sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat!

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau mahu keluar, keluarlah. Tidak payah berdiri, keluarlah terus.

Kenapa kita patut keluar? You tidak suka, you yang keluar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang berdiri ini minta belah bahagi...

Kenapa kita patut keluar? This is Dewan Rakyat bukan rumah you.

Tuan Yang di-Pertua, ada perbahasan atau tidak?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk.

Kalau tidak ada perbahasan, saya minta...

Tuan Yang di-Pertua, you must open for discussion. Debate. Mana boleh buat begitu tanpa debate.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang. Duduk Yang Berhormat Sepang...

[Dewan Riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan, duduk.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, duduk Yang Berhormat.

Ini parti anak-beranak. Parti anak-beranak.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya bangun sebab ada Point of Order. Secara...

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat.

Yang ini confirm parti anak-beranak.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Confirm parti anak-beranak. DAP ini adui!

Kroni ini parti anak- beranak. Confirm. Confirm...

[Dewan Riuh]

Ini confirm parti anak- beranak.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Point of Order.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Amat Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini saya hendak, saya hanya...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat duduk.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya hanya hendak berikan satu hujahan.

Hendak selamatkan ayah dia itu. Anak baik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau boleh sekiranya satu usul diluluskan, ia harus dibahaskan terlebih dahulu. Saya minta budi bicara Speaker, semua pun kita memang tidak setuju tetapi ikutlah prosedur Parlimen. Ini masih satu demokrasi bukan satu autokrasi. Terima kasih...

[Dewan Riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ada budi bicara sebagai Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang, duduk Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Just saya hendak bagi tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Betul, hendak bagi tahu sahaja...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang!

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua ada budi bicara untuk memutuskan hal ini, bukan mesti menolak permohonan untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk. Tindakan sudah saya buat. Ahli Yang Berhormat tahu kuasa Speaker. Yang sekarang berlaku di Dewan Rakyat ini bagi saya, saya sedih. Ini kerana semua pun dipolitikkan. Saya telah buat keputusan...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, keputusan saya yang ketiga ialah, saya tangguhkan Dewan buat sementara waktu. Selepas itu apabila saya balik, arahan untuk menggantung dan arahan untuk Yang Berhormat daripada Gelang Patah keluar diteruskan. Jadi, berfikirlah Yang Berhormat kerana saya akan kerahkan polis untuk masuk di dalam sini. Siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang enggan juga, semua akan diangkat keluar. Selepas itu persidangan saya teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan sekejap buat sementara waktu.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 11.59 pagi]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.29 tengah hari]

Tuan Yang di-Pertua

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Usul Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) — Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018Motion

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Dewan ini membuat ketetapan di bawah Seksyen 10, Jadual Ketiga Belas, kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa draf bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-Negeri Tanah Melayu) 2018, (Kertas Statut ST.28 Tahun 2018) yang telah dibentangkan dalam Dewan ini pada 22 Mac 2018 bersama dengan Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 6 Mac 2018 mengenai Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018, (Kertas Statut ST.27 Tahun 2018), dan yang akan dibuat di bawah Seksyen 12, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan syor-syor yang terkandung dalam laporan tersebut, adalah diluluskan”.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Tuan Yang di- Pertua, sesungguhnya laporan yang akan dibentangkan pada hari ini adalah sebuah syor kajian semula persempadanan yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu yang merangkumi Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mempunyai keluasan kira-kira 132,000 kilometer persegi.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Umum mengetahui bahawa setiap negeri di dalam Malaysia adalah unik dan berbeza antara satu sama lain serta mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari segi topografi mahupun taburan penduduk. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan penduduk Negeri-negeri Tanah Melayu pada tahun 2015 adalah seramai 24.76 juta orang yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina serta India. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kali terakhir urusan kajian semula persempadanan diluluskan adalah pada tahun 2003 yang mana bahagian-bahagian pilihan raya yang diluluskan pada masa itu telah digunakan dalam tiga siri pilihan raya umum iaitu PRU ke-11 pada tahun 2004, PRU Ke-12 pada tahun 2008, dan PRU Ke-13 pada tahun 2013. Memandangkan lat tempoh lapan tahun telah pun berlalu, maka SPR melaksanakan Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-negeri Tanah Melayu pada kali ini, selaras dengan peruntukan fasal 2, Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Justeru, satu notis persempadanan bagi memulakan urusan kajian semula persempadanan pada kali ini telah dikeluarkan oleh SPR pada 15 September 2016 selaras dengan seksyen 4, Bahagian II, Jadual Ketiga belas, Perlembagaan Persekutuan dan SPR perlu menyiapkan kajian tersebut dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh notis tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebetulnya SPR telah pun menyiapkan Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor yang Dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu kali ke-6, 2018 berdasarkan prinsip dan tatacara yang terkandung di dalam Bahagian I dan Bahagian II, Jadual Ketiga belas, Perlembagaan Persekutuan. Malah, laporan kajian semula persempadanan tersebut telah diserahkan kepada saya pada hari Jumaat, 9 Mac 2018, selaras dengan peruntukan seksyen 8, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Laporan itu yang mengandungi lima bab juga telah diagihkan kepada semua Ahli di dalam Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Status 20, ST27 tahun 2018. Bagi Bab I dalam laporan tersebut menerangkan tentang sejarah Urusan Kajian Semula Persempadanan Bagi Negeri-negeri Tanah Melayu yang terdahulu dan latar belakang kajian semula persempadanan kali ke-6 2018. Akan tetapi kajian semula persempadanan ini tidak melibatkan sebarang pertambahan bilangan bahagian pilihan raya, sebaliknya ia hanya melibatkan pindaan nama dan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya. Seterusnya dalam Bab II pula, laporan tersebut menerangkan mengenai peruntukan undang-undang bagi menjalankan urusan kajian semula persempadanan seperti mana di bawah Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, bab ini juga turut menerangkan mekanisme pelaksanaan Urusan Kajian Semula Persempadanan Daftar Pemilih yang diguna pakai dan kriteria-kriteria pemilihan nama bagi setiap bahagian pilihan raya. Tambahan, urusan kajian semula persempadanan pada kali ini telah dilaksanakan dengan mengguna pakai Daftar Pemilih yang diperakui dan diwartakan pada 13 Mei 2016 dan 6 September 2016, di mana jumlah pemilih berdaftar bagi Negeri-negeri Tanah Melayu adalah seramai 11,379,352 orang. Jika dibandingkan dengan urusan kajian semula persempadanan yang terakhir telah dilaksanakan pada tahun 2003, ia mengguna pakai daftar pemilih yang telah disahkan pada 27 Disember 2001 iaitu seramai 8,347,107 orang pemilih. Ini bermakna, bilangan pemilih berdaftar bagi Negeri-negeri Tanah Melayu telah meningkat sebanyak 36 peratus atau kira- kira 3 juta orang. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Bab III di dalam laporan ini yang menyentuh tentang latar belakang keadaan geografi dan demografi penduduk serta bahagian-bahagian pilihan raya sedia ada di Negeri-negeri Tanah Melayu pada masa ini. Manakala, bagi Bab IV dalam laporan ini pula mengandungi maklumat-maklumat mengenai notis persempadanan, pameran syor, representasi bantahan dan siasatan tempatan bagi kali pertama serta kali kedua yang telah dilaksanakan oleh SPR seperti mana yang diperuntukkan di dalam Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Seperti mana yang telah dimaklumkan, urusan kajian semula persempadanan pada kali ini telah dimulakan pada 15 September 2016. Pameran syor-syor serta Rang Pelan Persempadanan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu telah dipamerkan selama satu bulan bermula pada 15 September 2016 di 262 tempat pemeriksaan seperti yang dinyatakan di dalam notis persempadanan setelah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Notis yang diwartakan dan disiarkan di dalam akhbar-akhbar tersebut mengandungi maklumat mengenai perwujudan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri yang baru, pindaan nama Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri yang sedia ada, bilangan pemilih bagi setiap Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri dan senarai tempat pameran syor kajian semula persempadanan bagi setiap Negeri-negeri Tanah Melayu.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Selain itu, sebagai satu langkah proaktif, notis syor dan rang pelan tersebut juga turut dimuat naik ke laman web rasmi SPR bagi memudahkan maklumat-maklumat tersebut diperoleh atau diakses oleh orang ramai. Selaras dengan pameran pertama yang dijalankan, SPR telah menerima sebanyak 804 representasi dan daripada jumlah ini sebanyak 430 representasi telah memenuhi peruntukan seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga belas, Perlembagaan Persekutuan untuk diadakan siasatan tempatan kali pertama. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan maklum balas yang diterima sepanjang siasatan tempatan kali pertama, syor kajian semula persempadanan tersebut telah disemak semula dan diwartakan kali kedua pada 8 Mac bagi Negeri-negeri Tanah Melayu, kecuali negeri Selangor. Manakala, pewartaan Negeri Selangor pula adalah pada 15 Januari 2018. Notis syor-syor yang dicadangkan bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di dalam Negeri-negeri Tanah Melayu telah pun disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Pameran kali kedua syor-syor yang dicadangkan dan Rang Pelan bagi Negeri- negeri Tanah Melayu, kecuali negeri Selangor telah dijalankan mulai 8 Mac hingga 7 April 2017 di 153 tempat pemeriksaan. Manakala, pameran kali kedua bagi Negeri Selangor pula telah diadakan mulai 15 Januari hingga 14 Februari 2018 di 19 tempat pemeriksaan. Sebanyak 881 representasi telah diterima sepanjang pameran, tempoh pameran kali kedua. 170 daripadanya telah memenuhi syarat-syarat seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan dan diterima untuk diadakan siasatan tempatan. Keseluruhannya, bagi kedua-dua pameran yang telah diadakan, SPR telah menerima sebanyak 1,685 representasi dan 600 daripadanya telah diadakan siasatan tempatan.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Selain itu SPR turut menerima sebanyak 546 representasi yang menyatakan sokongan ke atas syor-syor SPR. Tuan Yang di-Pertua, oleh demikian hasil yang diperoleh daripada kedua-dua siasatan tempatan yang telah diadakan, SPR telah memutuskan di bawah seksyen 8 Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan perincian mengenai syor-syor tersebut dimuatkan di dalam Bab V, buku laporan ini. Dalam hal ini SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan bagi negeri-negeri Tanah Melayu. Walau bagaimanapun SPR mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 bahagian- bahagian pilihan raya iaitu satu di negeri Kedah, dua di negeri Perak, lima di negeri Selangor, satu di Negeri Sembilan, satu di negeri Melaka dan dua di negeri Johor. Bagi bahagian pilihan raya negeri pula, SPR mengesyorkan pindaan ke atas 28 bahagian pilihan raya iaitu satu di negeri Kedah, dua di negeri Kelantan, satu di negeri Terengganu, dua di negeri Perak, sembilan di negeri Selangor, dua di Negeri Sembilan, tiga di negeri Melaka dan lapan di negeri Johor. Di dalam laporan ini juga turut diperincikan maklumat-maklumat mengenai luas kawasan bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri serta bilangan pemilih berdaftar bagi setiap daerah mengundi, bahagian pilihan raya negeri dan bahagian pilihan raya persekutuan yang disyorkan. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang ingin ditegaskan di sini adalah pembahagian bilangan pemilih berdaftar yang sama rata bagi setiap bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri di dalam setiap negeri-negeri Tanah Melayu adalah sukar untuk dilaksanakan. Ini kerana terdapatnya kawasan-kawasan luar bandar dan keadaan topografi dan demografinya berbeza antara satu sama lain. Ini secara tidak langsung telah mewujudkan kekangan-kekangan dari segi jalan-jalan perhubungan dan pengangkutan. Hal demikian menyebabkan konsentrasi penduduk di kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding penduduk di kawasan luar bandar. Sungguh pun demikian, saya difahamkan SPR sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban wakil-wakil rakyat khususnya di kawasan-kawasan di mana kemudahan-kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang terhad.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Dengan demikian adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil-wakil rakyat menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada semua pemilih di dalam bahagian pilihan raya masing-masing. Ini memberi kelebihan kepada wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing, sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar lagi berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Sehubungan dengan ini juga, sebagai pemberitahuan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dimaklumkan bahawa terdapat syor-syor yang dicadangkan oleh SPR tidak dipersetujui oleh beberapa pihak termasuk daripada pihak kerajaan sendiri. Sungguhpun begitu, kerajaan tidak mengganggu mahupun mempengaruhi SPR dalam melaksanakan tugas-tugas mereka, malah kerajaan juga sentiasa menghormati keputusan yang telah dibuat oleh SPR untuk kebaikan semua demi kepentingan rakyat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan seksyen 9, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, laporan ini hendaklah dibentangkan bersama dengan draf satu perintah yang hendak dibuat di bawah seksyen 12, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan dengan atau tanpa ubah suaian syor- syor yang terkandung di dalam laporan itu. Draf Perintah Perlembagaan Persekutuan Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya, Negeri-negeri Tanah Melayu 2018 adalah di hadapan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Statut, Nombor ST.28 Tahun 2018. Di sudut ini, kerajaan telah mengkaji dengan teliti syor-syor dalam laporan tersebut dan tidak mencadangkan apa-apa perubahan dibuat kerana kajian semula persempadanan ini telah dilaksanakan sepenuhnya berlandaskan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan sekalung tahniah kepada Pengerusi dan Ahli-ahli SPR, Setiausaha serta seluruh pegawai dan kakitangan SPR serta agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta ketua-ketua jabatan, agensi yang berkaitan di semua negeri dan semua pihak yang telah menjalankan tanggungjawab serta amanah dengan penuh dedikasi dalam menyiapkan laporan ini untuk dibentangkan bagi kelulusan Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong? Ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong?

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini terbuka untuk dibahas. Jadi, sebelum saya memanggil para pembahas, saya telah membuat keputusan di mana seorang pembahas cuma dibenarkan 10 minit. Daripada blok sebelah kiri saya, saya minta cuma lima orang pembahas sahaja mengikut parti masing-masing. Terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di blok kiri saya untuk memilih siapa pembahas. Begitu juga sebelah Barisan Nasional. Sebelah Barisan Nasional saya cuma benarkan enam orang pembahas dan 10 minit. Selepas itu apabila disambung nanti perbahasan sebelah tengah hari...

Tuan Yang di-Pertua this is your legacy, janganlah buat macam ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

This is your own legacy.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Kita bermula dengan sini...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

...Dengan satu inisiatif oleh Tuan Yang di-Pertua...

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu.

...Yang ingin menjalankan reformasi, yang menjadikan demokrasi terbaik di dunia!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

Ini adalah cita-cita Tuan Yang di- Pertua. This is a joke.

Takkan 10 minit sahaja kalau ya pun.

Pegawai- tadi Perdana Menteri kata pegawai membelanjakan bertahun-tahun, banyak masa telah dilabur untuk menyediakan ini. Bagilah lawmaker ada chance untuk debate.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

Takkanlah ini...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Ini menjadikan...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang berdiri itu, sila duduk Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

...Ini jadikan, become a joke for you not for us.

Saya minta ruang Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan lagi mengganggu Mesyuarat Ahli Yang Berhormat yang berdiri. Duduk.

Macam mana interpretasi, setiap kali saya berdiri mengganggu pula Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang berdiri tolong duduk!

Saya hendak menuntut penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua I am thinking for your legacy.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, bolehkah Ahli Yang Berhormat duduk.

Ini adalah...

Boleh Tuan Yang di-Pertua tetapi bagi juga ruang untuk kami tanya.

...Apa yang kita telah janji untuk...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat yang berdiri, Yang Berhormat Batu, sudah saya faham Yang Berhormat Batu. Ahli Yang Berhormat yang berdiri...

Saya minta sangat Tuan Yang di- Pertua untuk review balik, bagi kita puas...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

...Untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Kita tahu kerajaan akan dapat...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu, tolong duduk Yang Berhormat.

...Luluskan ini.

Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi bagi kita chance untuk rakamkan pandangan kita...

Kena Tuan Yang di-Pertua.

...Dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu, tolong duduk Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat duduk! Yang Berhormat Kapar duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya telah pernah menghadiri Persidangan Parlimen di House of Commons. Pembentangan kewangan cuma mengambil masa panjang pun setengah jam. Yang Berhormat yang lain berucap dalam 10 minit, lima minit boleh dan bukan semua boleh berbahas. Daripada dulu saya telah cadangkan bahawa blok sebelah kiri wujudkan juga sistem shadow Cabinet tetapi tidak dibuat sehingga sekarang kerana tujuan...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain...

Bila kita bahas ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu...

...Dia bukan lagi shadow Cabinet, government atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat.

Kita setiap individu akan bahas sebab...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

...Semua Kerusi kita terlibat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua.

Macam mana shadow Cabinet?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu.

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada kena mengena dengan shadow Cabinet, ini kena mengena dengan persempadanan semula.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak juga mengganggu perbahasan ini...

Setiap Parlimen kesannya, ada impaknya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Bukanlah Kerusi saya yang terlibatkan ini...

Tuan Yang di-Pertua kena kaji semula ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kapar.

Kaji semula Tuan Yang di-Pertua, ruling Tuan Yang di-Pertua tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar duduk.

Sebab persempadanan semula ada impak pada setiap Ahli Parlimen.

Pada setiap individu, Parlimen.

Kami kena bahas.

Kita semua berhak untuk berucap.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

We are responsible for our own action.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat!

This is the thing that we make for the people.

Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka tidak mahu bahas tidak apa kami perlu bahas. Kami ada isu hendak bawa.

Kita tidak ada hak untuk membenarkan ini lulus tanpa kita ada peluang untuk menjawab...

Setiap mereka tidak boleh duduk di bawah ruling Tuan Yang di-Pertua.

...Kepada pengundi kita sendiri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

Ini adalah tanggungjawab kita kepada pengundi kita sendiri.

Ya, of course Tuan Yang di-Pertua. Apa salahnya. Kenapa takut sangat untuk bagi ruang untuk kami debat...

[Dewan riuh]

Kenapa kita luluskan ini, kenapa kita keluarkan sebahagian daripada pengundi kita daripada kawasan kita! Kenapa sebahagian masuk dalam kawasan kita? Kita ada hak untuk tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk, Ahli Yang Berhormat.

No, bukan. Ini adalah tanggungjawab kita.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar duduk, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat....

[Dewan riuh]

Ruling, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta budi bicara Tuan Yang di-Pertua, kaji balik ruling Tuan Yang di-Pertua.

Ini adalah perbahasan kita yang terakhir. Kita terpaksa menjawab kepada pengundi kita sendiri.

Ruling Tuan Yang di-Pertua mengekang kami daripada bersuara. Ruling tidak boleh mengekang seseorang Ahli Parlimen daripada bersuara, Tuan Yang di-Pertua.

Ini tidak lagi melibatkan parti. Ini tidak lagi melibatkan kerajaan atau kita, all of us, all of us have to go back to answer to our own voters...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu... [Mengetuk tukul] Yang Berhormat Kapar, duduk! Duduk!

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas. Saya telah tetapkan 10 minit berbahas kerana isu ini telah diketahui umum di luar...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum ini pun, Ahli Yang Berhormat yang lain, Ahli Yang Berhormat yang lain itu tolong senyap.

Kalau macam ini, tidak payah bincanglah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat! Duduk Yang Berhormat! Kalau diganggu lagi persidangan ini, saya ada option lain...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Bermakna, bermakna Ahli- ahli Yang Berhormat tidak minat untuk berbahas. Bermakna Ahli-ahli Yang Berhormat tidak minat untuk berbahas.

[Bangun] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Bermakna, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Maksud, bukan kita tak nak bahas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

Kalau Tuan Yang di-Pertua ingin menggunakan option lain, Speaker tutup perbahasan...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat Batu.

Tuan Yang di-Pertua, kita minta Tuan Yang di-Pertua timbang balik ruling tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Batu kerana saya bukan ini untuk perbahasan. Duduk, duduk.

Berbahas.

Akan tetapi ruling tadi untuk 10 minit berapa ramai?

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, kalau hendak berbahas saya panggil. Yang lain boleh duduk.

Tuan Yang di-Pertua, ruling tadi menafikan hak saya sebagai seorang wakil rakyat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Besar sila mulakan perbahasan.

Yang Berhormat Sungai Besar, shame on you if you start the discussion...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya masih mahu lima nama daripada sebelah kiri. Sila, sila, sila.

Go back to answer your voters...

Tuan Yang di-Pertua, perlu bagi ruang, setiap individu ada...

[Dewan riuh]

Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang lain jangan berdiri kerana Yang Berhormat Sungai Besar...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

[Rakaman tidak jelas] ...Tidak berani ke hadapan pertahankan hak kita sebagai Wakil Rakyat seperti yang kita telah angkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan.

Saya minta Tuan Yang di-Pertua, gunakan budi bicara kaji semula.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk. Ahli Yang Berhormat...

Kami duduk, Tuan Yang di-Pertua tetapi Tuan Yang di-Pertua tak nak tukar ruling, Tuan Yang di-Pertua. Saya akur tetapi Tuan Yang di-Pertua tak nak tukar. Macam mana ini?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya sini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Besar sila, teruskan Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Kalau memilih tempat mandi; Di belakang pohon di tepi jalan; Kalau memilih pemimpin Tuan Yang di-Pertua; Ikutlah peraturan...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Sungai Besar, please sit down. It is not your turn yet. Adalah ruang pembangkang...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Ini bulldozing, bulldozing. You just bulldoze the whole day!

[Dewan riuh]

You are not giving us the fair chance to raise our concern to our voters. You are just bulldozing it.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Izinkan Sungai Besar mengambil ruang dan peluang dalam perbahasan persempadanan SPR yang diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan.

Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Sungai Besar, bila you...

[Dewan riuh]

Yang Amat Berhormat Pekan bulldoze, you are helping him to bulldoze us. That is what you are doing now.

Are you speaking from your heart?

Yang Amat Berhormat Pekan pun lakukan benda yang sama. Tuan Yang di-Pertua menolong dia, bantu dia bulldoze benda yang sama. Mana boleh, Tuan Yang di-Pertua? The whole Malaysia tak nak benda ini dan Tuan Yang di-Pertua hendak gunakan sahaja.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Usul yang lazimnya dibentangkan selama lapan tahun kali ini punya jiwa yang murni, hasrat memudahkan kerja Wakil Rakyat terutama di kawasan desa, memudahkan kecekapan tadbir urusan pilihan raya... [Tepuk] Saya hendak sebutkan mengambil kira semangat yang berlaku di Sidang DUN Selangor semalam...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Ruling yang sama hanya memberikan kuota hanya satu orang bagi parti-parti tertentu.

Mana ada ruling 10 minit lima orang, mana ada ruling macam itu?

...Duduklah!...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya hendak berkongsi juga perasaan dengan Yang Berhormat Bandar Tun Razak dan juga Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang juga tidak dapat berbahas dalam sidang DUN Selangor hanya kerana ruling membenarkan satu parti mewakili satu orang sahaja.

Fasal you pembangkang tidak bersuara, pembangkang dekat Selangor dayus. Pembangkang Selangor dayus! Pembangkang Selangor dayus!...

[Dewan riuh]

Pembangkang Selangor dayus! Dayus, memang dayus!...

[Dewan riuh]

Ini persempadanan pilihan raya...

[Dewan riuh]

[Menunjukkan dokumen]

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

DAP Speaker seorang sahaja...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sebagai Ahli Parlimen yang paling bongsu, hampir dua minggu perbahasan di sebelah sana...

Ini persempadanan kita, ini bukan usul kerajaan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudahlah dekat Selangor Speaker DAP bagi seorang sahaja berucaplah. Pergilah tengok your brother dekat Selangor. Your brother di Selangor tahu!...

[Dewan riuh]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jangan kelirukan, ini Parlimen. Jangan kelirukan lagi Parlimen.

Malulah, duduklah! Malulah!

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You pergi belajar, you pergi belajar dengan...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sebagai Ahli Parlimen yang paling bongsu di sebelah sana, hampir dua minggu menyebut soal gerrymandering malapportionment, one man, one vote, one value tetapi pandangan-pandangan mereka ternyata mengelirukan dan saya akan melihat pandangan-pandangan yang berbeza daripada apa yang mereka utarakan... [Tepuk]

Kenapa tidak terima?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya punca-punca SPR dalam usul syor laporan pembaharuan sempadan ini. Tentunya rujukan yang paling tinggi yang digunakan adalah Perlembagaan kita.

SPR, suruhanjaya penipu rakyat. suruhanjaya penipu rakyat, suruhanjaya perompak rakyat....

[Dewan riuh]

Penipu rakyat, malulah.

Duduklah.

Yang Berhormat Sepang penipu besar! Yang Berhormat Sepang penipu besar!

Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu penipu rakyat.

Yang Berhormat Sepang penipu besar!

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya fikir- perkara 113(1), SPR dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan perlu boleh mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri. Perkara 113(2)(ii) menyebut tempoh masa lapan tahun antara tarikh persempadanan lalu dengan tarikh bermula kajian baru. Perkara 113(2)(iii) tempoh kajian tidak boleh melebihi tempoh 2 tahun. Sedikit catatan sejarah untuk kita kongsikan bersama ialah semenjak daripada kita merdeka bermula dengan 104 kerusi di Parlimen sekarang ini menjadi 222 dan kita hendak dicatatkan semenjak Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri inilah kali pertama pembaharuan sempadan dilakukan dan dilaksanakan... [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyebut perkara ini ialah pihak pembangkang mendakwa, mentohmah SPR ini menjadi alat kepada Perdana Menteri...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Itu tohmahan mereka tetapi saya sebutkan...

MO1, MO1, MO1...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Betul!

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya hendak sebutkan daripada catatan sejarah, daripada catatan sejarah paling akhir tempoh terakhir ialah berakhir pada 20 Mac 2011. Saya hendak sebutkan. Mengapa persempadanan tidak dilakukan bermula sahaja tempoh terakhir lapan tahun ini? Mengapa persempadanan ini bermula hanya untuk Pilihan raya 2018? Oleh sebab itu saya hendak sebutkan dalam bahasa yang paling mudah, SPR pada saya perlu membuat penjelasan. Kerana apa? Kerana tempoh lat lapan tahun itu berakhir pada tahun 2011 tidak dilakukan tetapi kalaulah disebut, ditohmah, disebutkan, kita hendak beritahu kalau benar 2008 apa yang berlaku ketika Barisan Nasional dinafikan dua per pertiga, tewas lima negeri sudah tentu boleh diarahkan SPR untuk melakukan persempadanan semula kalau ini yang kita hendak masukkan dalam urusan peraturan mengganggu pilihan raya... [Tepuk]

Sepuluh minit...

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Sabarlah bang long.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan dalam bahasa yang paling mudah. Ketika saya kecil lagi, Yang Berhormat Gelang Patah sudah berkelana politik. Daripada Kota Melaka ke Petaling Jaya, ke Tanjong, Ipoh Timur, juga akhirnya ke Gelang Patah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Biarlah, hendak sebutkan dalam bahasa yang paling mudah.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia lompat-lompat.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Boleh juga tetapi akhirnya tidak mahu keluar juga apabila diberikan arahan. Saya hendak sebutkan ini dalam bahasa yang paling mudah...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Inilah persempadanan yang ada yang dilakukan dan akhirnya Yang Berhormat Gelang Patah tinggal, masih ada di sini pada hari ini. Tidak ada persempadanan-persempadanan yang lain dengan sistem yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil contoh Sungai Besar. Satu kawasan Parlimen dengan imej desa, di sebelah kanannya sawah padi, di sebelah kirinya lautan, gedung ikan negara. Saya hendak sebutkan perkara ini kerana prinsip pembaharuan persempadanan Bahagian I, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan merujuk prinsip ini yang dijadikan sandaran dalam membuat persempadanan. Sebagai contoh, perkara pertama keadaan Geografi, topografi kawasan berkenaan, contohnya Sungai Besar dan juga Shah Alam. Sungai Besar punya 50,000 pengundi, Shah Alam ada 123,000 pengundi. Beza Sungai Besar dan Shah Alam, Sungai Besar tidak punya IPTA seperti UiTM, politeknik dan sebagainya tetapi Shah Alam tiada air...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Kedua, tahap pembangunan kawasan-kawasan yang terlibat contohnya Sungai Besar dan juga Pandan. Sungai Besar ada 50,000 pengundi, Pandan ada 97,000 pengundi. Bezanya Sungai Besar dan juga Pandan, Pandan ada banyak pusat urut kaki yang bertebaran di sana...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tahap yang ketiga, keadaan demografi kepadatan penduduk dan bilangan. Contohnya, Sungai Besar 50,000 pengundi, Petaling Jaya Utara ada 87,000 pengundi. Apa bezanya, Sungai Besar tidak punya kondominium, Sungai Besar tidak punya gated area, Sungai Besar tidak punya kelab golf dan Sungai Besar tidak punya kelab malam, itu bezanya. Keempat, kemudahan asas infrastruktur antara Sungai Besar 50,000 dan juga Kelana Jaya ada 111,000 pengundi. Apa bezanya? Sungai Besar dengan Federal Road yang dinaik taraf dan Kelana Jaya, mereka punya komuter, LRT dan sebagainya. Oleh sebab itu saya hendak sebutkan dalam unjuran-unjuran ini sebenarnya pembangkang, mereka sering mendakwa jumlah pengundi tidak sama banyak tidak bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka sebutkan soal gerrymandering iaitu ungkapan yang dikemukakan Gabenor Elbridge Gerry ketika membuat respons terhadap- di Massachusetts oleh Demokrat dan juga Republikan soal kawasan-kawasan yang terpisah.

Boleh celah, boleh celah?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya bagi 30 saat. Saya bagi 30 saat silakan.

Saya setuju Sungai Besar tidak ada golf club semua ini tetapi how do you explain Marang yang sama dengan saiz Damansara? How do you explain that? Jawablah, macam mana, Tumpat boleh jadi 100,000 dan...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Okey, Yang Berhormat Batu. Okey Yang Berhormat Batu, saya akan jawab.

Tolong jawab.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya minta Yang Berhormat Batu tidak menggigit untuk kali yang kedua, saya minta...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya jawab dahulu, Yang Berhormat Kapar jangan jadi kapur. Steady Yang Berhormat Kapar...

[Dewan riuh]

Jawablah terus, jawablah terus, melalut buang masa buat apa. Tidak ada poin hendak jawab.

Kapur, kapur duduklah kapur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Tidak tahu jawablah.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya hendak sebutkan, okey. Keseimbangan dalam bilangan bukan menjadi unjuran utama faktor utama dalam pembaharuan sempadan.

Dalam Perlembagaanlah, wei!

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya akan sebutkan. Sebab itu saya hendak sebutkan di kalangan mereka ini suka baca separuh-separuh. Penentuan bilangan pemilih, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, menyatakan “Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam suatu negeri patutlah lebih kurang sama”. Ini pembangkang ambil, dia ambil separuh-separuh. Dia tidak ingat apa ayat seterusnya. “Kecuali bahawa dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya luar bandar ukuran perwajaran bagi kawasan patutlah diberi kepada bahagian-bahagian pilihan raya”. Oleh sebab itu jangan ambil sekerat-sekerat, ambil penuh...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Masa berakhir 10 minit.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sudah habis 10 minit?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baru mukadimah itu, baru mukadimah.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah Yang Berhormat, masa sudah selesai.

Sila protes. Inilah maksud kita. Protes sekarang, protes!

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, okeylah, saya hendak tutup.

Yang Berhormat Sungai Besar protes sekarang, protes. Itu yang kita minta tadi. Jangan jadi kepala besar. Jangan jadi kepala besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya sokong usul ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Jangan jadi kepala besar, jangan jadi kepala besar...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Persidangan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya ada yang minat untuk berbahas? Sila Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 10 Mac yang lalu, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa dikejutkan dengan satu laporan yang dikeluarkan dalam majalah The Economist, di mana pengarang majalah ini telah menyatakan dengan izin saya quote majalah The Economist, “Corruption in Malaysia. Stop, thief! A Prime Minister accused of stealing millions from the state prepares to steal an election from the voters”. Tuan Yang di-Pertua, majalah antarabangsa ini telah memaparkan satu perkara yang amat memalukan. Sebagai rakyat Malaysia, sebagai pemimpin, sebagai Ahli Parlimen, saya kira Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini harus mengambil iktibar daripada laporan yang telah dikemukakan. Laporan yang sama juga telah menyebut, dengan izin, “He fears that the voters would not return him to office if given a choice, so he is taking their choice away”. Inilah usul yang sedang kita bahaskan pada petang ini di mana SPR bersekongkol dengan sang penguasa untuk merompak pilihan raya daripada rakyat Malaysia...

[Dewan tepuk]

Bagaimana Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan usul seperti ini dibentangkan dan dibahaskan? Ini kerana Tuan Yang di-Pertua sendiri sedia maklum, pilihan raya yang bebas dan adil adalah puncak kepada sistem demokrasi dalam negara kita. Akan tetapi melalui sistem dan proses gerrymandering dalam persempadanan kawasan pilihan raya, hak rakyat untuk menentukan kerajaan melalui pilihan raya ini telah dinafikan. Sejarah telah membuktikan bahawa setiap kali diadakan persempadanan semula bagi kawasan pilihan raya, maka tujuannya, matlamatnya yang dianjurkan oleh SPR adalah untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional, bukan untuk melakukan satu proses yang adil dan memberi hak kepada rakyat dalam negara ini. Sebagai contoh, dalam Pilihan Raya Umum 1999, Barisan Nasional menang peratus undi popular sebanyak 63.9 peratus dengan jumlah peratus kerusi yang dimenangi sebanyak 76.8 peratus. Walau bagaimanapun, selepas persempadanan semula dibuat pada tahun 2003, biarpun undi popular Barisan Nasional merosot 0.1 peratus, tetapi peratusan jumlah kerusi yang dimenangi telah meningkat pada kadar yang tidak munasabah iaitu 90.41 peratus dalam Pilihan Raya Umum 2004. Dalam Pilihanraya Umum Ke-13, Pakatan Rakyat telah memperoleh 52 peratus undi popular, tetapi sempadan yang tidak adil ekoran daripada proses gerrymandering dalam persempadanan sebelumnya telah menyebabkan Barisan Nasional sekali lagi mencuri kemenangan daripada Pakatan Rakyat. Kalau sistem pilihan raya yang dianjurkan oleh SPR ini adil, telus dan berintegriti, Pakatan Rakyat sudah berada di sana untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan hari ini. Maka kali ini sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, menjelang Pilihanraya Umum Ke-14, proses gerrymandering ini semakin sengit dan semakin dahsyat kerana nyawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sampai ke penghujungnya. Jadi untuk menjamin survival UMNO, menggunakan semua agensi termasuk SPR untuk memutarbelitkan dan melakukan perompakan dalam pilihan raya umum yang akan datang. Saya ingin mengemukakan kajian di mana wujudnya pembahagian tidak sekata antara kawasan pilihan raya. Ini Tuan Yang di-Pertua, bertentangan dengan Fasal 2(c), Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bilangan pemilih dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak.

Ini Perlembagaan Persekutuan yang patut dihormati, dipatuhi oleh Parlimen, oleh Perdana Menteri, oleh Ahli Dewan Rakyat. Kita yang menggubal Perlembagaan, kita yang melanggar Perlembagaan. Bukan kita, UMNO dan Barisan Nasional yang mencabul Perlembagaan Persekutuan pada hari ini. Bagaimana perkara ini dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua? Boleh jawab kemudian Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Gombak, Sungai Besar. Boleh?

Tidak apa. Yang Berhormat Sungai Besar sudah ada...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Gentleman lah Yang Berhormat Gombak. Takut.

Sidang Dewan Negeri tidak pergi, hendak bising di sini. Duduk.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Serupa Parlimen tidak pergi. Bagilah peluang sekali Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri laluan.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Pandanglah Yang Berhormat Gombak, yang Berhormat Gombak, bagilah peluang Yang Berhormat Gombak.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya tadi Yang Berhormat Gombak, semua orang berdiri.

Yang Berhormat Sungai Besar jangan kepala besar, duduk. Jangan jadi kepala besar, duduk.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan jadi kapur.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli Yang Berhormat lain, duduk Yang Berhormat.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Gombak, boleh bagi Yang Berhormat Gombak? Yang Berhormat Gombak, sedikit Yang Berhormat Gombak. Celahan Yang Berhormat Gombak.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah pengundi di Selangor kalau mengikut suku keempat tahun 2017, berjumlah 2,418,611 orang. Ini bermakna purata pengundi setiap DUN adalah 43,190 orang. Akan tetapi sebanyak 33 kawasan DUN daripada 56 kawasan DUN di negeri Selangor ini jumlah pengundinya lebih daripada 43,190 orang pengundi. Bagaimana Yang Berhormat Sungai Besar tidak mempertahankan hak rakyat negeri Selangor? Dia sepatutnya mewakili hak rakyat negeri Selangor tetapi hari ini menjadi pembelot, mendengar cakap kleptocrat, sanggup mencabul Perlembagaan Persekutuan. Apakah ini Wakil Rakyat yang patut diangkat dalam pilihan raya yang akan datang?

Pengkhianat kepala besar.

Saya mengajak rakyat untuk menolak wakil rakyat daripada sekarang, menolak UMNO dan Barisan Nasional.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bagilah peluang Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak bagilah peluang pencelahan, barulah gentleman.

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Kalau berani, bagilah pencelahan.

Tuan Yang di-Pertua dengar...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bagilah pencelahan Yang Berhormat Gombak.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Bagilah pencelahan dekat Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sungai Besar orang kecil sahaja Yang Berhormat Gombak, bagilah peluang pencelahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri laluan.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Pandanglah Sungai Besar Yang Berhormat Gombak.

Dengarlah dahulu.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tidak berani pandang muka kita.

Dengar. Saya bagi laluan selepas ini. Tunggu, selepas ini akan bagi laluan. Tunggu. Okey. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bagi saya pencelah satu, 30 saat sahaja. Yang Berhormat Gombak, saya bagi 30 minit, 30 saat sahaja Yang Berhormat Gombak.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Tidak beranilah. Ingat hebat sangat Yang Berhormat Gombak ini.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Gombak, saya bukan Menteri Besar, saya Sungai Besar sahaja Yang Berhormat Gombak.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak teruskan.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Itu pun dia tak boleh bagi peluang.

Perbandingan DUN yang mengandungi paling ramai dan paling sedikit di negeri Selangor.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Ini Yang Berhormat Gombak, saya Sungai Besar. Saya bukan Menteri Besar.

Lihat sahaja Sungai Air Tawar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Gombak.

Sungai Air Tawar, 16,314 orang tetapi di Subang Jaya 74,090 orang.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Kesian Selangor dapat MB macam ini.

Begitu juga di Jeram, kawasan UMNO, pengundi hanya 19,771 orang. Bolehlah bagi dedak, beri sumbat untuk menang tetapi bagaimana di Kinrara? Seramai 72,479 orang.

Tak adil, tak adil.

Di Bukit Lanjan, 64,279 orang. Di Kajang, 62,239 orang. Di Balakong, 61,740 orang. Apakah SPR tidak nampak? Mengapa SPR mengikut telunjuk kleptokrat? Mengapa SPR badan yang bebas tidak bebas dan tunduk kepada perompak dan perasuah dalam negara pada hari ini?... [Tepuk]

Boleh sikit Yang Berhormat Gombak?

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Gombak, boleh sikit?

Angka yang saya bentangkan pada petang ini menunjukkan bahawa pembahagian tidak sekata persempadanan pilihan raya, malapportionment yang dianjurkan...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Gombak, bagi sikit Yang Berhormat Gombak.

...Oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sila.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Kalau Yang Berhormat Gombak tak nak bagi dekat saya, bagi dekat Yang Berhormat Bukit Katillah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Gombak. Sebenarnya dalam perbahasan yang sebentar tadi oleh Yang Berhormat Gombak sentuh soal Perlembagaan. Yang Berhormat Sungai Besar ini cuba mengelirukan Dewan dengan menyatakan kita baca Perlembagaan ini sekerat-sekerat. Kita tahu bahawa Perlembagaan ini, bahagian pilihan raya itu mesti lebih kurang sama banyak. Kita juga faham ‘kecuali’- betul. Okey.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Itu sebab kena maklum perkataan ‘kecuali’, dengan perkataan ‘kecuali’.

Yang Amat Berhormat Gombak, adakah Yang Amat Berhormat Gombak bersetuju bahawa dalam konteks Perlembagaan ini, Bukit Katil sebagai contoh.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jadi kalau jadi lawyer pun Yang Berhormat Bukit Katil, kena faham perkataan kecuali.

Bukit Katil sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua. 25,000 pengundi dikeluarkan masuk Kota Melaka.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Bukit Katil pun baca sekerat-sekerat. Sebab itu Yang Berhormat Bukit Katil kena baca penuh, Yang Berhormat Bukit Katil jangan baca sekerat-sekerat.

Bukit Katil, Kota Melaka ini semua boleh akses. Akan tetapi oleh kerana nak menang, guna cara jahat seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sebab itu saya minta Yang Berhormat Gombak bagi peluang saya mencelah selama 20 saat.

Saya juga nak membawa perhatian Dewan...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tadi ketika saya bagi, empat orang.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Sungai Besar, budimanlah sikit. Duduklah, duduklah...

[Dewan riuh]

Masa saya dah tak ada. Tuan Yang di-Pertua, SPR juga dikesan...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya bukan Menteri Besar, saya Sungai Besar sahaja.

...Telah melakar sempadan ini mengikut garis kaum tertentu dalam negeri Selangor. Negeri Selangor ini negeri yang aman, negeri yang rencam, multiracial, multireligious.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Air tak ada, bos. Air tak ada.

Air pun tak ada...

[Dewan riuh]

SPR pecahkan mengikut kaum dalam negeri Selangor.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Air tak ada, air pun tak ada.

Wujudkan kawasan Cina, kawasan Melayu, kawasan India.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Esok-esok air pun tak ada. Esok kalau air tak ada, macam mana?

Ini sikap yang tidak bertanggungjawab, melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Pahang pun tak ada airlah.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Akhirnya air pun tak ada.

Saya nak tunjuk Tuan Yang di- Pertua, bahawa SPR kena jaga keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara dan dalam negeri Selangor pada hari ini. Kalau orang Melayu, orang Cina, orang India boleh memilih hidup aman dan damai dalam Pulau Pinang dan Selangor, mengapa SPR pecahkan perpaduan kaum yang ada dalam negara pada hari ini?...

[Dewan riuh]

[Tepuk] Ini sudah melampau kerana mereka mengikut telunjuk parti perkauman yang sempit, UMNO dan Barisan Nasional. Sama ada UMNO baik, MCA baik, MIC baik. Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua jangan benarkan perkara ini diluluskan dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Air tak ada.

Pahang 30 tahun tak ada airlah, Pahang. 30 tahun tak ada air.

Dengarlah. Kalau kita membenarkan usul ini diluluskan, negara Malaysia akan hancur di masa yang akan datang. Rakyat akan berpecah belah kalau...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang hancur Selangorlah.

...Kerajaan daripada sistem yang rosak, kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang haram oleh UMNO dan Barisan Nasional. Tidak ada legitimasi...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Langkah Kajang itu adalah haram. Menjadi Menteri Besar ikut pintu belakang itu adalah haram.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyerulah Tuan Yang di-Pertua mengambil tindakan tegas...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan nak berangan. Kalau jadi Menteri Besar ikut pintu belakang, inilah jadinya.

Yang Berhormat Sungai Besar jangan sempitkan fikiranlah, jangan kacaulah.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya nak beritahu, jangan jadi Menteri Besar ikut pintu belakang ‘Langkah Kajang’.

...Perlembagaan, kita yang luluskan undang-undang tetapi mereka boleh melanggar undang-undang...

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa ini Yang Berhormat Sungai Besar ini? Jadi orang gila dah ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yang Berhormat Sungai Besar, duduklah Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Inilah perangai Menteri Besar ikut pintu belakang.

Apa kau susah? Apa kau susah? Apa kau susah?

Tuan Yang di-Pertua, suruh dia makan ubat. Makan ubat. Yang Berhormat Sungai Besar tak makan ubat lagi tu.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan jadi Menteri Besar ikut pintu belakang, ikut pintu depan.

Kalaupun Tuan Yang di-Pertua parti yang sama, Tuan Yang di-Pertua jalankanlah tugas sebagai Speaker yang adil dan memberi ruang kepada semua untuk berbahas.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sebab itulah Tuan Yang di- Pertua kena berhentikan cepat sebelum dia mengadu yang macam-macam.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan jadi Menteri Besar ikut pintu belakang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, masa dah cukup Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, masa dah cukup Yang Berhormat. Dah cukup dah.

Belum habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dah cukup Yang Berhormat.

Mana boleh habis. Nak bincang soal negara, takkan 10 minit Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, kita dah putuskan tadi.

Ini Dewan Rakyat, ini bukan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa dah cukup Yang Berhormat.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Ini pun bukan mesyuarat PKR.

Eh! Yang Berhormat Sungai Besar masuk air, duduklah.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sama-sama masuk air, Yang Berhormat Bukit Katil.

...Rompak masa pula. Rompak masa.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Sungai Besar pi keliling pula...

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Your last point.

Okey. Last point will take fifteen minutes. Tuan Yang di-Pertua, pagi ini saya telah menulis surat. Mewakili kerajaan negeri, saya telah menulis surat rasmi kepada Tan Sri Speaker, pada awal pagi ini memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan kes rayuan...

Minta air, minta air.

...Telah menetapkan kes rayuan ini akan didengar dan diputuskan esok pada 29 Mac. Sebab itu perbahasan ini mesti ditangguhkan. Mengapa terburu-buru? SPR Tuan Yang di-Pertua, ada masa sehingga September 2018. Mengapa harus tergesa-gesa? Kerana kehendak kleptokrat? Kerana kehendak UMNO dan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum Ke-14? Tak boleh kah tangguh sehingga September 2018? Kerana kita ada masa. Dalam Perlembagaan, membenarkan SPR untuk menjalankan persempadanan semula secara adil dan saksama dan tidak tunduk kepada UMNO dan Barisan Nasional yang menghancurkan hak rakyat dalam negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Tebrau.

Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyatakan dalam Dewan yang mulia ini...

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pasir Salak

Takkan nak ikut PKR pula.

...Beberapa tahun yang lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh melaksanakan proses pilihan raya tetapi persempadanan semula mesti dibentuk boundary commission yang adil. Janganlah SPR buat daftar pemilih, SPR buat pilihan raya, SPR buat sempadan, SPR jadi budak suruhan UMNO dan Barisan Nasional.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Inilah kalau jadi Menteri Besar pintu belakang.

Saya mahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

...Satu boundary commission membentuk sempadan yang lebih adil, menjaga hak pengundi dan rakyat dalam negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

...Saya meminta bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada tolak usul yang dibentangkan... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tebrau. Sepuluh minit.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut membahas dalam Kajian Semula Persempadanan Mengenai Usul-usul...

Kalau nak bodek SPR, satu minit cukuplah.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Yang Dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihan raya Persekutuan dan Negeri di Dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018 yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, demi mematuhi had masa, izin saya menegaskan bahawa saya tidak hendak diganggu semasa saya menyampaikan hujah-hujah saya...

[Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Takut.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang tercatat dalam sejarah, sistem kerajaan dan pilihan raya negara kita adalah mengikuti sistem model negara-negara Barat sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan. Westminster System ini yang kita amal sejak kemerdekaan yang telah menentukan banyak aspek kerajaan yang termasuk bicameral parliament, di mana kita ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan juga pilihan raya yang berunsur first-past-the-post. Namun yang tidak disebut oleh orang ialah masalah-masalah sistem tersebut turut diwarisi dan sekarang masalah-masalah ini juga dikenali sebagai unsur gerrymandering, dengan izin ataupun ketidakadilan dalam penentuan kawasan pengundi yang disebut oleh orang tertentu. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan Dewan bahawa masalah- masalah tersebut adalah bukan terpencil kepada negara kita tetapi wujud di kebanyakan negara Barat pada masa sekarang yang termasuk Kanada, India, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Tuan Yang di-Pertua, salah satu sebab untuk masalah ini ialah negeri yang mempunyai populasi yang kecil tidak dapat bertanding dan melindungi kepentingan mereka berbanding dengan negeri dengan populasi yang besar. Kalau pentadbiran kerajaan dan kuasa politik ditentukan oleh jumlah undi atau dalam penjelasan mudah, yang besar membuli yang kecil.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Justeru mereka mencapai kompromi dan menubuhkan kerajaan republik yang berunsur demokratik dan sama rata iaitu bicameral Parliament dan penentuan kawasan pengundi berasaskan keadilan dan bukan nombor pengundi di antara kawasan. Kompromi ini juga nyata dalam sejarah negara kita terutamanya dengan Perjanjian Malaysia 1963 di mana jumlah kerusi perlu dibahagi satu pertiga kepada Sabah dan Sarawak dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa Barisan Nasional adalah mementingkan perjanjian tersebut dan pemeliharaan kepentingan Sabah dan Sarawak seiring dengan semangat penubuhan negara kita selepas merdeka.

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Akan tetapi ramai orang yang mengambil kesempatan dan kekurangan pengenalan isu ini...

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit?

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Oleh orang awam untuk kepentingan politik mereka dan mengelirukan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tebrau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Penampang...

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, pihak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tebrau sekejap. Yang Berhormat Penampang,

Yang Berhormat Tebrau, boleh sikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Penampang. Yang Berhormat Tebrau sudah bagi tahu tidak ada pencelahan semasa dia berbahas.

Akan tetapi dia sudah sebut pasal Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, pihak sebelah sana selalu seolah-olah mereka sahaja yang perjuang untuk pilihan raya yang bersih sahaja.

Ini ada kaitan sebab Sabah- sebab Sabah juga pun dibentang Kerusi, Sabah tidak dibawa dan dibentang di sini.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Hakikatnya kami di sebelah sini lagi-lagi mahu pilihan raya yang adil dan bersih. Pada saya pilihan raya yang bersih termasuk mematuhi segala peraturan pilihan raya serta menyampaikan maklumat yang benar dan tepat kepada para pengundi. Sejak dua, tiga tahun yang lepas ada pihak-pihak yang secara terbuka membuat seruan melalui sosial media kepada pengundi-pengundi yang propembangkang di kawasan-kawasan yang mereka menang dengan majoriti yang amat besar untuk meminda alamat bagi mengundi di kawasan-kawasan yang mereka kalah sedikit termasuklah Tebrau. Nama itu pun disebut. Berbanding dengan bilangan pengundi pada pilihan raya yang ketiga belas, bilangan pengundi di Tebrau menambah secara mendadak sebanyak 33,000 menjadi lebih kurang 123,000 pengundi kalau berbanding dengan 90,000 pada pilihan raya yang lepas. Saya tidak tahu berapa di antara 33,000 penambahan pengundi ini adalah yang menyahut seruan daripada pihak pembangkang. Saya tidak pasti adakah Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai mekanisme untuk mencegah pemindahan pengundi yang tidak sihat dan tidak bersih ini. Akta Pilihan Raya tidak membenarkan parti-parti politik yang tidak bertanding di kawasan tertentu untuk mempamerkan bahan-bahan mereka di kawasan pilihan raya yang berkenaan. Akan tetapi pada tahun 2013, DAP yang langsung tidak bertanding baik di peringkat Parlimen mahupun di peringkat DUN tetapi bendera mereka kelihatan di beberapa tempat termasuklah di hadapan pusat khidmat kami. Berita palsu seperti 40,000 orang Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi di Pilihanraya Umum Ke-13 dan lain-lain berita palsu bukan sahaja tidak menghormati hak pengundi...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu belum bentang lagilah.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Kepada maklumat yang benar dan tetap. Bahkan menjejas imej kerajaan dan Parti Barisan Nasional. Ini menyebabkan calon-calon Barisan Nasional hilang banyak undi daripada pengundi-pengundi yang percaya berita-berita palsu tersebut.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] MCA tidak boleh pakailah, Menteri Pelancongan cakap.

Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang bahawa proses kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya akan datang...

Yang Berhormat Tebrau, setuju tak dengan meluluskan skim ini ia akan menamatkan riwayat MCA dalam Barisan Nasional. Setuju atau tidak?

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...SPR harus mengambil kira lokasi jentera pentadbiran kerajaan. Misalannya walaupun hampir semua kawasan Parlimen Tebrau berada di dalam kawasan Daerah Johor Bahru...

Yang Berhormat Tebrau, setuju tak kalau kita luluskan persempadanan semula ini ia akan menamatkan peranan MCA dalam Barisan Nasional?

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Akan tetapi ada sebahagian kecil di dalam kawasan Parlimen Tebrau yang berada di daerah Kota Tinggi. Memandangkan kawasan yang terlibat ini sedikit, kami tidak ada ahli majlis yang menjaga kawasan berkenaan dan kami juga tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kota Tinggi. Maka ini menimbulkan masalah dan kesulitan tertentu semasa kami perlu bantu rakyat jelata kami di kawasan berkenaan. Saya berharap bahawa cadangan yang telah diutarakan ini dapat diberikan perhatian oleh SPR untuk penambahbaikan yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya menyokong sepenuhnya Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan...

Okeylah itu, sekian terima kasih.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Dalam...

Ada masa bagi celahan. Kapar, Kapar.

Datuk Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

...Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kerusi MCA hilang. Kerusi MCA hilang.

Sekian, terima kasih. Cium lagi, cium lagi. Batu kerusi hilang, DUN Sungai Pinang, kerusi Cina.

Sejarah akan ingat Tebrau yang menyokong misi untuk menamatkan peranan MCA dalam...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kota Bharu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan laporan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya ini. Saya akan teruskan kepada poin-poin yang hendak saya bangkitkan. Pertamanya saya ada juga kita di dalam Dewan ini melihat banyak kelainan-kelainan yang telah wujud dalam proses ataupun prosiding persempadanan kawasan pilihan raya yang diadakan di dalam Dewan ini dibandingkan dengan persempadanan yang sebelum ini dengan yang sekarang ini. Tidak termasuk dengan status embargo. Saya menyenaraikan ada lima perkara yang berlakunya kelainan dalam pembentangan pada kali ini. Pertamanya pembentangan persempadanan kali keenam dalam sejarah negara iaitu pada tahun 2018 ini adalah satu prosedur yang dilakukan setelah berlalunya tempoh 15 tahun selepas persempadanan pada tahun 2003 yang lalu iaitu kali yang kelima. Sedangkan pada kali yang keempat dan kali yang kelima tempohnya hanya sembilan tahun iaitu 1994 sehingga 2003. Yang pertama. Keduanya, tidak ada suatu usul ataupun rang undang-undang yang biasanya dibawa bersama dengan persempadanan ini iaitu penambahan jumlah kerusi Parlimen berbanding tempoh yang sebelum ini semua ada pertambahan kerusi Parlimen yang akan saya ulas selepas ini. Ketiganya, jika kita lihat pembentangan pada kali ini berbanding dengan pembentangan yang terakhir sebelum ini pada tahun 2003, tempoh kuat kuasa persempadanan ini ataupun draf perintah yang akan diluluskan nanti hanyalah sekitar empat bulan. Kalau sekiranya Pilihanraya Umum Ke-14 diadakan hingga ke tempoh terakhir iaitu bulan Jun ditambah dengan 60 hari untuk tempoh pilihan raya. Sedangkan pada tahun 2003 Tuan Yang di-Pertua, diluluskan draf perintah persempadanan ini pada 7 April tahun 2003 tetapi Pilihanraya Umum tahun 2014 diadakan satu tahun selepas itu iaitu pada 21 Mac tahun 2004. Perkara yang keempat berbezanya ialah Sabah salah satu negeri di dalam Malaysia ini tercicir di dalam proses persempadanan ini for the first time, dengan izin. Kelimanya ialah waktu berbahas 10 minit sahaja sedangkan dalam tahun 2003 Yang Berhormat, mengikut rekod Hansard Parlimen diberikan kepada Ahli Parlimen dua hari untuk berbahas iaitu 7 April hingga 8 April- dua hari. Kita ini hanya quarter day, suku hari sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan satu persoalan untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Kenapa proses atau prosiding persempadanan kawasan pilihan raya pada kali ini yang diadakan mengikut Artikel 113(3A)(i), Perlembagaan Persekutuan, tidak dibuat bersekali dengan Artikel 46, Perlembagaan Persekutuan iaitu penambahan jumlah Kerusi Parlimen. Saya ingin merujuk kepada Jadual 11, di dalam Jilid 1 laporan ini yang menunjukkan kepada kita bahawa lima kali proses persempadanan yang dilakukan sebelum daripada ini iaitu tahun 1958, 1974, 1984, 1994, 2001, dan 2003 semuanya mempunyai penambahan Kerusi Parlimen. Pada tahun 1974 iaitu yang kali kedua, ditambah sepuluh Kerusi Parlimen menjadi 114. Tahun 1984, ditambah 19 menjadi 133, tahun 1994...

Yang Berhormat Kota Bharu, boleh mencelah sedikit? Sedikit saja.

Ya, ya.

Tentang penambahan Kerusi ini, adakah Yang Berhormat sedar bahawa tanpa dua pertiga suara majoriti, mereka tidak boleh tambah Kerusi, sedarkah?

Itu ada dalam huraian saya. Terima kasih. Dalam tahun 1994, ditambah 12 Kerusi menjadi 166 dan pada tahun 2003 ditambah 21 Kerusi menjadi 116. Memang alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan, saya kira ialah mereka lack of two-third majority. Namun demikian, perlu kita tahu bahawa dalam soal menambahkan Kerusi Parlimen apabila sampai waktunya, it’s very timely now, saya kira bukan sahaja pihak kerajaan akan menyokong, pihak pembangkang sendiri, kita sendiri pun mahukan kepada tambahan Kerusi ini. Lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kemukakan bahawa bagi negeri Terengganu, penambahan Kerusi tidak dibuat sejak tahun 1984 lagi. The last time ditambah satu kerusi menjadi lapan kerusi Parlimen pada tahun 1984, dah berapa belas tahun, berapa puluh tahun. Kelantan yang terakhirnya tambah satu kerusi tahun 1994, selepas itu 2003 tidak ditambah sehinggalah ke hari ini. Ini menunjukkan satu ketidakseimbangan antara jumlah penduduk ataupun jumlah pemilih dengan bilangan Kerusi Parlimen di negeri-negeri. Saya juga ingin menarik perhatian di sini dalam tempoh yang terhad ini, bagaimana exercise yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui SPR ini menunjukkan ketidakseimbangan ataupun menunjukkan ketidakcekapan servis ataupun perkhidmatan yang akan diberikan oleh Wakil-wakil Rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar. Kawasan bandar mungkin ada alasan, ada kemudahan komunikasi, infrastruktur dan sebagainya. Saya hendak menekankan kawasan luar bandar, sebagai contohnya pada pandangan saya tidak wajar sama sekali kawasan-kawasan seumpama Baling mempunyai pengundi 94,809. Kuala Kedah – 91,478; Tumpat – 101,318; Bachok – 83,139; Marang – 95,904; Dungun – 82,000 lebih; dan Kemaman – 98 ribu lebih. Sedangkan kawasan-kawasan seumpama Muar, satu bandar hanya 45,862; Ayer Hitam – 42,962; dan banyak lagilah contoh-contoh yang saya rasa boleh dilihat di dalam laporan yang dikemukakan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan semasa membentangkan laporan ini tadi. Jumlah pengundi pada kali terakhir persempadanan dibuat tahun 2003 adalah 8.34 juta, ditambah pada masa itu dan pada kali ini ditambah 11.38 juta penambahan iaitu 36 peratus ditambah antara yang terakhir dan juga yang sekarang ini dengan pertambahan 36 peratus. Ini juga merupakan satu perkara yang amat tidak wajar, jumlah kerusi Parlimen tidak ditambah. Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, walaupun di dalam proses persempadanan ini dikatakan ada proses siasatan, proses yang diberikan peluang parti-parti politik untuk mengemukakan bantahan dan sebagainya tetapi kenapa, saya ingin bertanya kepada SPR, dalam proses untuk persempadanan ini SPR paling susah untuk memenuhi hasrat parti-parti politik? Saya kira semua parti pembangkang, saya kiralah, meminta untuk berjumpa dengan SPR walaupun sepatutnya tidak perlu diminta. SPR perlu entertain, we are stakeholders, kita adalah stakeholders kepada proses demokrasi pilihan raya yang ada di dalam negara kita ini.

Boleh Yang Berhormat Kota Bharu? 20 saat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu sebut tentang proses. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kota Bharu, adakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam perlembagaan, di sana ada peruntukan untuk setiap persempadanan ini ada pakar pemetaan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi itu tidak dibuat oleh SPR.

Ya, itu satu perkara yang saya sedar dan saya minta masukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya hendak menyebut bahawa ini adalah satu exercise yang saya rasa belum lengkap ataupun still not in order, dengan izin, untuk dibawakan ke Dewan ini. Atas dasar faktor-faktor yang saya sebutkan di sini, saya bagi pihak parti saya menyatakan sepatutnya pembentangan ini belum lagi dibentangkan di sini. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan ke atas Laporan Kajian Semula Persempadanan Semula Mengenai Syor-syor yang Dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri. Kajian Semula Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya merupakan proses penting yang melambangkan betapa kuat dan utuh nilai-nilai demokrasi di Malaysia. Demokrasi berperwakilan kekal dipertahankan, malah diperkuatkan menerusi Kajian Semula Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya yang mencerminkan perubahan struktur populasi, pentadbiran dan demografi sosial yang terkini. Sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR mematuhi dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Saya ingin mengecam dengan sekuat-kuatnya dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Gombak sebentar tadi yang mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mencuri pilihan raya umum dengan memanipulasikan sistem pilihan raya. Dakwaan ini yang dilontarkan adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Ia bertujuan untuk menghasut kemarahan orang ramai terhadap kerajaan bagi melanjutkan agenda politik sendiri. Sebagaimana yang ditekankan oleh Pengerusi SPR dalam sebuah kenyataan pada 13 Mac.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Simpang Renggam, boleh bagi laluan?

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Pendaftaran pengundi, proses pengundian persempadanan semula dijalankan secara adil dan telus.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Adakah Yang Berhormat Simpang Renggam tahu dalam penghakiman Mahkamah Tinggi...

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya habiskan ayat ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

...Dengan jelas ada bukti.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya ingin mengingatkan bahawa sejarah pilihan raya di Malaysia...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Aduan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibuktikan diterima di Mahkamah Tinggi.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Telah membuktikan bahawa kajian...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bukan tidak berasas. Ada bukti yang disahkan di mahkamah.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Malahan, ia juga terbukti tidak menjadi faktor yang menentukan kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak dalam pilihan raya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Simpang Renggam, sedikit boleh Yang Berhormat?

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau seseorang calon adalah ditentukan oleh para pengundi. Tuan Yang di- Pertua, saya faham, saya lihat pembangkang cuba sedaya-upaya untuk menolak usul ini kerana mereka tahu mereka tidak akan dapat mandat daripada rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang...

[Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Mereka mencari helah, mereka mencari excuse dengan mempersalahkan SPR kerana tidak akan dapat mandat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Kita sudah dapat mandat...

[Dewan riuh]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Oleh sebab banyak isu telah timbul. Isu terowong, isu lebuh raya...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Penjelasan Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Isu tanah Ijok...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Gerakan Negeri Sembilan sendiri pun... [Dewan riuh]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Jadi, jangan salahkan SPR dan mencari excuse dalam usul ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Gerakan tidak berani sebut isu 1MDB.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kredibiliti...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Mandat apa? 52 peratus itu bukan mandat? Undi popular itu bukan mandat? Ha, apa?...

[Dewan riuh]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Simpang Renggam sudah jadi Pengerusi SPAN sudahlah...

[Dewan riuh]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya sudah teliti ucapan Yang Berhormat Kota Bharu...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Bodoh Gerakan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Gerakan membenarkan UMNO mencuri pilihan raya.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Kota Bharu tadi.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya setuju kalau kita ada two- third majority dan saya setuju dengan penambahan kerusi Parlimen sekiranya pembangkang setuju. Akan tetapi, soalnya pada hari ini...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

SPR belum bentang, macam mana tahu Pembangkang tidak setuju?

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Kita berhadapan dengan...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

UMNO sudah rampas kerusi Gerakan tahu? Mahu kah? Sokong, tak sokong?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Simpang Renggam, boleh mencelah?

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kita berhadapan dengan pembangkang yang sering buat u-turn! Hari ini ya, besok boleh tolak. Macam mana kita boleh yakin dengan pembangkang?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Simpang Renggam. Gerakan Negeri Sembilan pun buat bantahan terhadap SPR...

[Dewan Riuh]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tidak macam Gerakan. Selalu ya, ya, ya. Itu sahaja...

[Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Saya tidak faham mengapa hari ini Yang Berhormat Simpang Renggam kata dia sokong...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Ya, kita ada pelawat di belakang depan kita ini. Tolong tunjuk adab dalam perbahasan. Yang Berhormat, saya belum habis lagi, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat semua tidak berminat untuk berbahas, saya akan minta Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri untuk menggulung. Selagi Yang Berhormat- sila.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kredibiliti sistem pilihan raya Malaysia terbukti dengan kejayaan pembangkang yang pernah memenangi di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Sehingga hari ini, pembangkang masih kekal berkuasa di antara negeri-negeri tersebut. Persempadanan semula kawasan pilihan raya pada hari ini merupakan hasil daripada lima kali kajian semula persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah pun diadakan pada sebelum ini. Akan tetapi, pembangkang masih menang dan berkuasa di sesetengah negeri. Jika proses ini tidak adil, tidak telus, kenapa pembangkang masih boleh berkuasa? Hendak bertambah kerusi di 10 tahun kebelakangan ini...

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, sejak kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang diadakan pada kali yang terakhir pada tahun 2003, SPR tidak mempunyai peluang untuk menjalankan kajian semula dan tiga pilihan raya umum telah berlalu. Banyak telah berubah dalam landskap sosiopolitik kita sejak itu dan sudah tentu ia akan terus berubah. Kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang bermula sejak akhir tahun 2016 adalah wajar dan tepat untuk mencerminkan perubahan sosiopolitik yang berlaku berikutan dengan peredaran masa dan perkembangan negara. Dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya adalah berlandaskan politik adalah tidak betul, tanpa asas dan tidak bertanggungjawab. Platform dan jalan cara yang rasmi, adil dan terbuka telah pun tersedia untuk membolehkan pihak atau individu yang tidak setuju dengan syor-syor SPR untuk membangkit dan mencabar di sesi-sesi pendengaran persempadanan SPR. Malahan, tindakan undang- undang telah diambil untuk mencabar di mahkamah. Setelah bantahan dan cabaran telah dibuat, SPR telah mempertimbangkan semula dan meminda berdasarkan cadangan atau bantahan yang wajar, logik dan berpatutan yang dikemukakan oleh mereka yang tampil ke hadapan. Kita semua harus faham nilai dan amalan demokratik yang terdapat dalam proses ini sebelum kita mengkhuatiri, mengkritik...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Simpang Renggam, tumpang tanya.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Atau mencomotkan usaha baik SPR.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Simpang Renggam, sekejap sahaja, a few second. Okay, thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya pendek sahaja. Tadi Yang Berhormat Simpang Renggam bercakap mengenai proses dan segala-galanya.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bila SPR mulakan proses untuk membuat kajian mengenai persempadanan semula ini, dia mulakan 15 September 2016. Bermakna satu setengah tahun sudah. Jadi, proses ini dia ambil masa yang terpanjang. Saya rasa mungkin yang terpanjang dalam sejarah sebab naik turun mahkamah dan segala-galanya especially daripada pembangkang yang bawa sana, bawa ke sini. Jadi, saya hendak masukkan juga dalam mungkin Yang Berhormat Simpang Renggam boleh tanyakan juga, berapa kos? Kita hendak tahu berapa kos ini. Sebab dia orang cakap selalu kalau GST, duit rakyat ini. Ini pun duit rakyat juga. Ini juga habiskan duit rakyat juga. Okey, minta pencerahan dan dimasukkan sekali.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Okey, Yang Berhormat Parit Sulong, dimasukkan juga dalam ucapan saya ini. Saya percaya bahawa SPR telah menjalankan kewajipan constitutional dengan secara adil, telus dan terbuka. Proses kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya mencerminkan semangat demokrasi dengan penglibatan semua pihak dan kumpulan serta orang ramai. Syor-syor yang dijalankan oleh SPR merupakan hasil daripada satu penyertaan umum untuk memastikan sistem pilihan raya negara dikemaskinikan dan menggambarkan keadaan sosiopolitik yang terkini supaya hak mengundi dan one man one vote dapat direalisasikan dengan lebih sempurna. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus kepada poin saya. Saya ingin memberi cabaran kepada Ahli Parlimen dari MCA, Gerakan dan MIC. Selepas syor yang pertama telah dikeluarkan, saya telah baca dalam banyak laporan akhbar dan juga banyak forum bahawa MCA, Gerakan dan MIC termasuk pemimpin dan juga presiden parti-parti berikut tidak bersetuju dengan persempadanan semula kerana ia bersifat perkauman dan telah mengurangkan bilangan kawasan pilihan yang berbilang kaum ataupun heterogenous constituency. Ini berbahaya menurut pemimpin MCA, Gerakan dan MIC kerana ia boleh meningkatkan polarisasi perkauman di negara ini. Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan saya dari sebelah sana. Saya hendak merujuk kepada beberapa kawasan Parlimen terpilih...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Maksud tadi Yang Berhormat Simpang Renggam U-turn lah?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Maksud itu Yang Berhormat Simpang Renggam...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

U-turn?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tidak.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Dia U-turn.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tidak mahu mematuhi apa yang dikatakan oleh...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Pengerusi dia kata perkauman, dia pula setuju. Dia U-turn lah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Dia memang sokong perkauman.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Eh! Jangan hendak jolok-jolok macam inilah. Fokus sahajalah kepada ini.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Cukuplah Yang Berhormat Parit Sulong. Selepas persempadanan semula- saya hendak rujuk kepada pecahan perkauman P74 Lumut akan menjadi 71 peratus pengundi Melayu, 16 peratus pengundi Cina, 12 peratus pengundi India dan satu peratus lain-lain. Sebelum persempadanan semula, P.74 Lumut ini memang heterogenous constituency dengan 51 peratus pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina, 12 peratus pengundi India dan 1.5 peratus pengundi lain-lain. Persempadanan ini akan menjadikan P.74 Lumut menjadi sebuah Kerusi Parlimen majoriti Melayu yang sebelum ini dipertandingkan oleh MCA. Kemungkinan besar saya rasa ia akan dipertandingkan oleh UMNO dalam PRU Ke-14. Sama juga dengan P.107 Sungai Buloh yang akan menjadi 64 peratus pengundi Melayu. Sebelum persempadanan, P.107 Subang ini adalah satu heterogenous constituencies dengan 47 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina, 13 peratus pengundi India, dan dua peratus pengundi lain-lain. Persempadanan ini akan menjadikan P.107 Sungai Buloh sebagai Kerusi majoriti Parlimen Melayu. Ia dipertandingkan oleh MIC pada PRU Ke-13 dan kemungkinan besar ia akan dipertandingkan dirampas oleh UMNO untuk bertanding dalam PRU Ke-14. Sama juga dengan P.109 Kapar yang telah dipertandingi oleh MIC pada PRU Ke- 13. Ia akan menjadi 69 peratus pengundi Melayu, 16 peratus pengundi Cina dan 15 peratus pengundi India. Sebelum persempadanan semula, Kapar mempunyai 51 peratus pengundi Melayu, 34 peratus pengundi Cina dan 14 peratus pengundi India. Memang constituency yang majmuk. Saya tidak mahu bagi Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Boleh bagi laluan?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak mahu bagi.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Boleh bagi laluan tidak? Sebab ia...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ia dipertandingkan oleh MIC pada PRU Ke-13 dan kemungkinan besar ia akan dipertandingkan oleh UMNO dalam PRU Ke-14.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini bagilah laluan. Cakap tidak betul. Yang Berhormat, yang Kapar tadi itu.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sama juga dengan Bandar Tun Razak P.124...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat sentuh Selangor. Baca macam budak sekolah sahaja.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

...Yang menjadi 58 peratus pengundi Melayu, 31 peratus pengundi Cina, lapan peratus pengundi India dan dua peratus lain-lain.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, kalau hendak baca belum habis jalan, bagi saya jalanlah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Minta Yang Berhormat Menteri duduk. Minta Yang Berhormat Menteri duduk. Saya tidak bagi jalan. Sama juga dengan Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya tidak bagi jalan. Saya tidak bagi jalan. Duduk! Duduk! Saya tidak bagi. Suruh dia duduk...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya nak tanya...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Buat malulah Yang Berhormat Tanjong Karang. Malulah Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tadi masa Sungai Besar, semua orang bangun.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak benarkan dia mencelah.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bila Yang Berhormat Serdang, takkan tidak boleh bangun?

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Cakap sebelah saja. Saya hendak tanya penjelasan, bagilah saya bagi jalan kalau boleh, sebab sentuh Selangor...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tidak perlu jawablah, bagi Menteri jawab. Duduk Menteri...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Bandar Tun Razak dipertandingkan oleh MCA dalam PRU Ke-13.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Macam dia pula jadi presiden parti.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Juga kemungkinan besar UMNO akan merampas anggaran kerusi pada PRU Ke-14. Jadi memandangkan bahawa persempadanan semula ini...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Macam takut dengan UMNO sahaja.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

...Hanya akan membantu UMNO sahaja, saya mencabar supaya pemimpin MCA, Gerakan MIC yang berada dalam Dewan yang mulia ini untuk tidak menyokong usul ini. Tunjuk kepada rakyat yang kamu ini memang ada pegangan untuk menyokong demokrasi.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Ini standard. Ketua pemikir DAP, macam inilah standard dia.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Reject usul ini, reject usul ini. Ini adalah cabaran yang saya beri kepada semua.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tadi you tidak bagi, you duduk. You duduk.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tadi you tidak duduk.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Lebai tua, makan dedak cukuplah. Sudah makan dedak, suka ampu cukuplah.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kenapa tidak sebut Beruas?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tadi masa kita berucap semua orang bangun...

[Dewan riuh]

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya berdiri, you tidak boleh.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak bagi, duduk.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tidak adil, tidak adil. Tadi Yang Berhormat Sungai Besar berucap semua orang bangun...

[Dewan riuh]

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Simpang Renggam pengecut, duduklah.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kenapa DAP tidak buat bantahan?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak bagi jalan tuan Yang di-Pertua, suruh duduk sahaja. Saya tidak akan bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita simpanlah tenaga kita sikit, nanti kita hendak berkempen dekat luar sana. Simpan tenaga sikit. Ya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Perdana Menteri tentang isu rural weightage ini yang telah dibangkitkan tadi oleh beberapa pihak dekat sana. Saya hendak membuat satu perbandingan di antara P.16 Baling yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi. Memang ada jumlah pengundi yang banyak lebih kurang 95,000 dan ia ketara bahawa kawasan Baling adalah kawasan luar bandar berbanding dengan P9 Alor Setar iaitu kawasan bandar dengan hanya 74,000 pengundi sahaja. Saya rasa ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPR apabila The Economist mengeluarkan artikel tentang bagaimana PRU Ke-14 akan dicuri oleh pihak tertentu. Saya rasa ketidakseimbangan ini perlu ditangani oleh SPR dan memang menunjukkan bahawa rural weightage ini tidak dipatuhi oleh pihak SPR. Saya juga hendak merujuk kepada P.94 Hulu Selangor dengan 87,000 pengundi dan saiz lebih kurang 107,000 kilometer persegi, berbanding dengan Sabak Bernam hanya ada 37,000 pengundi dengan saiz 335 kilometer persegi. Saya rasa kedua-dua tempat ini adalah kawasan luar bandar. Kalau kita tengok Hulu Selangor, kawasan Hulu Selangor dari segi jalan raya dan sebagainya, liputannya lebih tidak sebaik berbanding dengan P.92 Sabak Bernam. Jadi, saya rasa ketidakseimbangan dari segi saiz untuk kedua-dua kawasan luar bandar ini juga tidak ditangani oleh pihak SPR. Saya hendak bagi satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua...

Sabak Bernam bukan 37,000, 40,000.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya hendak rujuk Subang P.10...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Inilah standard ketua pemikir DAP, fakta pun tidak betul, data pun tidak betul. Data mesti betul. Jangan cuba hendak mengelirukan Dewan dengan data yang tidak betul. Oleh sebab itu beberapa kali kita sebut dalam data ini kena ada data yang betul.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Duduk, duduk. You pergi baca...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan buat data...

Sabak Bernam 42,000, bukan 37,000.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan mengelirukan Dewan. Oleh sebab itu kita minta Yang Berhormat Serdang jangan mengelirukan Dewan. Dewan yang ada ini jangan dikelirukan. Kena buat yang betullah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak bagi jalan. Saya tidak bagi jalan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau tidak bagi jalan, janganlah sebut Parlimen orang. Kalau tidak bagi jalan, jangan sebut Sabak Bernam. Yang Berhormat, kalau tidak tahu jangan cakap...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bagilah yang betul. Kalau tidak tahu, jangan sebut.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Lebih panjang lagi. Saya akan cuba...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jaga tempat sendiri dahulu. Takkanlah tidak tahu ini standard pakar penyelidik daripada DAP. Malukan DAP sahaja. Macam inilah standard pemimpin DAP. Fakta tidak betul, akhirnya cuba hendak kelirukan Dewan. Oleh sebab itu kita minta Yang Berhormat Serdang jangan kelirukan Dewan.

Jaga tempat sendiri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, kalau tidak tahu, jangan cakap.

Tempat sendiri tidak terjaga, jaga tempat orang. Apalah, haprak.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Sabak Bernam bangun...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Duduklah. Yang Berhormat Tanjong Karang duduklah. Duduklah, duduk.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia tidak ada sebut. You sebut Sabak Bernam...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terasa sangat UMNO, hendak telan MCA...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Bagilah celahan. Gentleman sedikit. Menteri Besar tidak bagi, ini tidak bagi.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Gentleman lah, you sebut kawasan orang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak bagi jalan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Duduklah Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Lain kali jangan sebutlah kawasan orang. Kalau tidak tahu, jangan cakap. You sebut Sabak Bernam, Sabak Bernam ada di sini.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya tidak bagi jalan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You jangan menipu Dewan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dia bukan Yang Berhormat Sabak Bernam. Dia Yang Berhormat Sungai Besar, sebelah Yang Berhormat Sabak Bernam.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itu Sabah Bernam, itu Yang Berhormat Sungai Besar. Hei bodoh! Itu satu Yang Berhormat Sabak Bernam, satu Yang Berhormat Sungai Besar. Apa ini?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Kuala Krai, pandang ikut pintu belakang...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat. Ya, cukuplah. Ya, sila Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey, saya rujuk kepada isu ketiga iaitu kawasan Puchong dan juga P104 Subang. Kedua-dua tempat ini berada di bawah kawasan PBT MPSJ tetapi anehnya, begitu anehnya kawasan Subang ada 128,000 pengundi berbanding dengan 83,000 pengundi sahaja. Kedua-dua tempat ini adalah tempat kawasan bandar. Saya hendak tanya kepada Perdana Menteri, kenapa kedua-dua tempat kawasan bandar ini ada percanggahan yang begitu besar? Sebanyak 45,000 lebih perbezaan di mana Subang lebih daripada Puchong. Saya rasa ini perlu penjelasan yang lebih mendalam lagi dan menunjukkan sekali lagi bahawa SPR memang tidak mematuhi ‘one man, one vote’ principle untuk kawasan di bandar juga. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana tadi ada orang yang ganggu saya, saya akan teruskan.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Hey, tadi saya pun berapa banyak gangguan, tidak ada masalah pun...

[Dewan riuh]

Duduklah. Data pun tidak tahu, ambil sahaja mana-mana. Balik Serdang dahulu.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Ikutlah peraturan, saya buat 10 minit boleh ikut peraturan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya hendak tanya...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sejak bila Yang Berhormat Serdang ambil alih tugas Speaker ini?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Takkan Yang Berhormat Serdang tidak boleh. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Serdang, kalau tidak pandai ikut peraturan, saya 10 minit boleh berhenti.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

...Yang telah ditetapkan dalam...

Yang Berhormat Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kalau hormat dengan demokrasi, jangan kacau orang.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan anggap dia seorang saja pandai, orang lain tidak pandai.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Untuk siasatan penempatan yang kedua di Selangor...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Orang lain pun boleh ikut peraturan, Yang Berhormat Serdang tidak hendak ikut peraturan. Saya boleh 10 minit, takkan orang lain tidak boleh 10 minit?

Yang Berhormat Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kalau tidak pandai duduk. Tidak pandai duduklah, jangan bising.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tunggulah, berhentilah. Orang lain pun hendak bahas juga. Duduklah, dah habis masalah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ataupun 92 peratus telah ditolak kerana mereka tidak...

[Dewan riuh]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Apa lagi. Orang lain boleh ikut peraturan, Yang Berhormat Serdang tidak boleh ikut peraturan. Jangan pakai undang-undang rimba. Berhentilah. Saya tadi 10 minit boleh berhenti, Yang Berhormat Serdang pula tidak mahu berhenti. Ikutlah peraturan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, sebilangan besar – telah difailkan oleh pengundi di Petaling Jaya Utara, di Petaling Jaya Selatan dan juga Kelana Jaya.

Masa sudah habis Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Sungai Besar itu tahukah peraturan? Duduklah Yang Berhormat Sungai Besar. Itu pun tidak tahu peraturan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Persempadanan yang digunakan dalam PRU...

Masa sudah habis, hendak cakap apa lagi? Beri orang lain mahu cakap juga. Tadi Yang Berhormat Sungai Besar tidak ambil masa pun, cukup 10 minit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Walau bagaimanapun, sempadan semua kerusi ini berubah apabila SPR kembali kepada cadangan syor 1 dalam...

Duduk Yang Berhormat Serdang, duduk. Lebih masa sudah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ini dilakukan walaupun SPR bersetuju dengan bantahan yang dikemukakan oleh pengundi di PJ Utara semasa siasatan tempatan pertama berdasarkan alasan memelihara hubungan tempatan. saya rasa ini telah dibentangkan dalam Jilid 2 dan saya harap Perdana Menteri boleh memberi satu penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Cukup Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ini bermakna bahawa hak pengundi di kerusi-kerusi Parlimen ini telah dicabuli oleh SPR. Pengundi ini tidak diberi peluang untuk merekodkan bantahan mereka dalam siasatan tempatan kedua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Cukup Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Isu ini ialah subjek kes mahkamah...

Jumpa Yang Berhormat Kuala Selangor. Cukup Yang Berhormat Serdang. Jemput Kuala Selangor.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Perdana Menteri dan juga Speaker Dewan Rakyat dalam kes nombor ‘BA25 1503’ tahun 2018. Akhir sekali saya hendak rujuk kepada Lampiran 9 Jilid 2 Laporan Persempadanan Semula di mana seramai 457 cadangan direkodkan oleh SPR untuk pendengaran awam kedua di Selangor. Setakat yang saya dapat lihat, ini adalah cadangan yang dibentangkan oleh individu sahaja yang mewakili NGO seperti persatuan penduduk, JKP dan JKKK. Kebanyakan cadangan ini adalah untuk menyokong syor 1 dan membantah syor 2 untuk Selangor. Saya ingin tanya kepada Perdana Menteri, sama ada cadangan-cadangan ini mengikut Perkara 5, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan di mana cadangan- cadangan ini mesti disokong oleh sekumpulan 100 pengundi dari kawasan itu. Sekiranya tidak disokong oleh sekumpulan 100 pengundi dari kawasan tersebut, maka SPR telah melanggar syarat Perlembagaan. Saya harap kalau ada pihak-pihak di sana seperti pemimpin MCA, MIC dan Gerakan yang masih lagi berani untuk tidak tunduk kepada UMNO nanti, jangan sokong usul ini. Dengan itu, saya mengucapkan salam Bersih, Bersih, Bersih kepada semua. Terima kasih.

Duduklah Yang Berhormat Serdang, duduklah. MCA, MIC konsisten sokong BN.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negaraku 1Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan syor atau rang undang-undang...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Masa 10 minit sahaja ya.

...Persempadanan Semula 2018. Tuan Yang di-Pertua, bila saya melihat masa yang telah diberikan...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Satu minit sudah habis.

...Sebab itu timbul dalam pemikiran saya Tuan Yang di-Pertua bagaimana pihak pembangkang hendak hormat kan demokrasi sedangkan masa pun...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ada sembilan minit lagi.

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Demokrasi itu bermaksud kita ada kebebasan untuk berbahas dalam Parlimen. Apa hak masa ini bukan demokrasi, itu autokrasi, itu kleptokrasi bukan demokrasi. Tidak faham itu demokrasi.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Faham tidak demokrasi, tak faham balik baca.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Kuala Selangor tidak faham apa itu demokrasi. Demokrasi maksudnya jangan ada kerajaan....

...Bila merujuk kepada... [Disampuk] Hari ini saya nak nyatakan bahawa dalam konteks persempadanan hari ini, ia merupakan satu perkara yang penting... [Disampuk] Saya juga yang berada di sini bahawa saya hendak nyatakan bahawa SPR...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Selangor duduk. Ya, saya hendak dapat kepastian Yang Berhormat Kuala Selangor akan memberi laluan pencelahan atau tidak?

Bila saya dengar macam ini baik saya terus saja Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat yang lain sila diam, duduk Yang Berhormat – Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya cukup bersabar melihat telatah dan juga adab kita dalam Dewan Yang Berhormat. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Kuala Selangor akan beri pencelahan atau tidak laluan.

Saya akan teruskan, tidak ada pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya– okey, sesiapa yang bangun selepas ini saya minta dia berehat keluar. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini sebagaimana tuduhan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Gombak sebentar tadi yang mengatakan bahawa SPR ini merupakan alat Barisan Nasional. Ingin kami nafikan tuduhan- tuduhan ini kerana proses ini merupakan proses demokrasi. Kedua, seperti mana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113, mengatakan bahawa kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya dan juga Parlimen negeri perlu dilakukan apabila mencapai syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu, bila saya membaca tentang laporan dan syor ini. Kita harus membezakan antara syor dengan apa yang ingin kita bahaskan hari ini. SPR telah memberikan syor supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat hari ini kita bahaskan sama ada syor ini kita terima ataupun kita tolak. Dalam soal ini, pihak pembangkang cuba mengaitkan tentang pelbagai perkara yang mungkin luar daripada perkara-perkara asas. Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua ingin saya nyatakan bahawa dalam konteks persempadanan semula hari ini dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan badan kerajaan yang lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Ia dilakukan demi menghormati Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi Malaysia yang telah diamalkan sejak Malaysia merdeka 1957. Tuan Yang di-Pertua, bila merujuk kepada perlunya persempadanan semula, ingin saya nyatakan ada tiga faktor daripada syor yang telah dinyatakan.

Pertamanya, bilangan penduduk yang kian bertambah dan tidak berkadaran dengan keluasan kawasan dan harus diketahui bahawa migrasi penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain semakin rancak dan saban tahun disebabkan oleh faktor pembangunan ekonomi setempat kerana kewujudan kawasan perindustrian dan komersial. Kedua, ialah kali terakhir urusan persempadanan dibuat adalah pada tahun 2003. Biarpun syor persempadanan semula telah dibuat oleh SPR tahun 2011 namun ia ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum pada tahun 2013. Di samping itu juga, saya percaya dalam tempoh tersebut demografi penduduk telah mengalami perubahan yang amat ketara. Ketiga, ialah persempadanan semula adalah perlu untuk menjamin keberkesanan penyampaian perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk yang diwakilinya. Tuan Yang di-Pertua, bila merujuk kepada analisis ataupun analisa persempadanan semula SPR. Saya ingin melihat kepada perkara-perkara yang menjadi ingin saya highlight- kan pada hari ini tiga perkara yang nyatakan daripada syor terutama sekali dalam syor yang dibentangkan oleh SPR ini. Pertama kalau kita lihat daripada syor SPR ini jurang perbezaan yang tinggi di antara dua DUN dapat direndahkan. Kita lihat sebagai contoh ada enam Parlimen dalam negeri Selangor dahulunya julat perbezaan kedua-dua DUN yang begitu tinggi. Sebagai contoh, Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Puchong, Kelana Jaya, Shah Alam. Sebelum persempadanan semula ada empat Parlimen beza atas 10,000 selepas cadangan persempadanan semula ini enam Parlimen beza bawah 10,000. Sebagai contoh, Parlimen Tanjong Karang bila sebelum persempadanan semula, perbezaan antara DUN di sana 1,746 pengundi. Bila selepas persempadanan semula perbezaan DUN hanyalah 873. Saya ambil contoh Ampang sebelum perbezaan semula 20,217, selepas persempadanan semula 1,366. Begitu juga saya lihat Kelana Jaya sebelum persempadanan semula 28,593 selepas persempadanan semula 1,611. Begitu juga Shah Alam sebelum persempadanan semula perbezaan antara DUN 21,014 pengundi dan selepas cadangan persempadanan semula ini 2,777. Itu yang pertama. Kedua, kalau kita lihat dari segi pengundi luar bandar dan bandar yang tidak sekata. Dari segi apa yang dicadangkan oleh syor SPR ini. Saya lihat ada tiga yang boleh saya nyatakan di sini. Pertama, ada satu Parlimen yang kategori luar bandar. Sebagai contoh Parlimen saya Kuala Selangor, sebelum persempadanan semula jumlah pengundi 75,112, ketika itu Kuala Selangor itu dikaitkan dengan bandar dan separuh bandar. Akan tetapi selepas persempadanan semula jumlah pengundi 69,502 menjadikannya satu Parlimen luar bandar. Begitu juga ada tiga Parlimen yang dikategorikan separuh bandar iaitu Selayang, Hulu Langat, Sungai Buloh. Saya ambil contoh Parlimen Selayang. Sebelum persempadanan semula jumlah pengundinya iaitu separuh bandar 132,118, cadangan daripada syor hari ini selepas persempadanan semula iaitu Selayang 116,340. Begitu juga Hulu Langat iaitu sebelum persempadanan semula 155,385, manakala selepas persempadanan semula iaitu 102,480 orang dan juga ada tiga Parlimen yang dikategorikan sebagai Parlimen bandar sebagai contoh Bangi, Petaling Jaya dan juga Damansara. Ini merupakan Parlimen yang menjadi Parlimen bandar yang mana sebelum persempadanan semula sebagai contoh kita mengambil contoh iaitu Petaling Jaya 87,037 dan selepas persempadanan semula iaitu 164,545. Perkara yang ketiga ialah dari segi syor ini iaitu keseimbangan DUN dalam satu daerah. Sebagai contoh, sebelum persempadanan semula Parlimen Kapar ada empat DUN, Parlimen Klang ada tiga DUN, Parlimen Kota Raja ada dua DUN. Selepas persempadanan semula Kapar ada tiga DUN, Klang ada tiga DUN, dan Kota Raja ada tiga DUN. Ini menunjukkan bahawa dari segi struktur pentadbiran lebih-lebih lagi dari segi untuk memastikan..

Tuan Yang di-Pertua, dia sebut Kapar.

...Kecekapan pentadbiran dapat dilakukan khususnya di Parlimen-parlimen yang telah saya nyatakan. Untuk memastikan keseimbangan DUN itu berlaku dalam satu daerah yang sama iaitu daerah Klang.

Yang mana daerah Klang ini sebelum ini Kapar empat DUN.

Ini menunjukkan bahawa untuk memastikan kestabilan dan juga memastikan pentadbiran itu sama...

Yang Berhormat Kuala Selangor, Kota Raja.

Yang Berhormat Kuala Selangor Yang Berhormat Kapar bangun itu bagi laluanlah Yang Berhormat Kuala Selangor.

...Kapar adalah- jadi Tuan Yang di-Pertua,

Tidak tahu fasal Kota Raja jangan cakaplah fasal Kota Raja.

Bagi laluanlah.

Saya membaca dan saya membentangkan apa yang daripada syor ini...

Yang Berhormat biar saya sebut fasal Kaparlah. Yang Berhormat sebut apa, tahu Kapar kah tidak tahu?

Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat saya sudah sebut tadi Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat cabar saya, saya tidak teragak-agak Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak nyatakan di sini, saya menganalisa daripada syor yang telah dibentangkan kepada tiga faktor tadi dan ini menunjukkan bahawa SPR ingin mencadangkan supaya dari segi khususnya apa yang dicadangkan oleh SPR ini adalah untuk kepentingan rakyat setempat. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa syor persempadanan semula ini bukanlah satu perkara yang sub judice yang boleh menghalang ia dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebaliknya ia merupakan satu yang certain yang boleh dibentangkan memandangkan tiada halangan yang diberikan oleh pihak mahkamah. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua hal ini dapat dibuktikan kerana keputusan mahkamah telah dibawa khususnya di peringkat negeri dan mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan secara bona fide. Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua...

...Kerana menghormati masa dan juga menghormati Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Kuala Selangor menyokong persempadanan ini.

Bagilah laluan, takut, alamak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat...

Ada bantahan belum didengar lagi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

...Kuala Krai.

Ada 107 bantahan rakyat Selangor yang belum didengar...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai sila.

...Oleh SPR.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini dia tidak faham bantah dengan liberalisasi ini, kes berbeza.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gombak.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bantah dengan liberalisasi lain.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya juga ingin terus kepada isu...

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak sama.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

...Dalam syor kali ini tidak ada pertambahan kerusi. Dengan sebab yang sedemikian kalau kita melihat secara purata negeri- negeri di Malaysia ini, kalau kita lihat di Kelantan purata setiap kerusi Parlimen dengan 14 Kerusi di sana hampir 65,000. Kita tahu Kelantan sebuah negeri yang dianggap rural ataupun luar bandar. Tidak munasabah ia jauh lebih tinggi puratanya daripada Johor ataupun Perak ataupun Pulau Pinang. Ini sudah berlaku. Begitu juga Terengganu, adakah kita di sini berani mengatakan Terengganu ini sebuah negeri yang bandar, more urban daripada Pulau Pinang ataupun daripada Johor, daripada Perak. Ini berlaku kerana Tuan Yang di-Pertua, tidak berlakunya pertambahan kerusi. Sekarang ini kita yang berhak mencadangkan pertambahan kerusi bukan Perdana Menteri, bukan parti politik tetapi SPR. Itu tanggungjawab SPR. Di sini ada the reallocation of duty bagi SPR bukan baru ini sejak tahun 2011 seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar. 2011 sepatutnya SPR sudah membuat satu cadangan untuk menambah kerusi tetapi tidak dibuat. Kenapa tidak dibuat? Teorinya kerana tidak ada majoriti 2/3 di Parlimen. Pertambahan Kerusi memerlukan pindaan kepada Perlembagaan. Akan tetapi kita hendak mengatakan SPR jangan bertindak seperti parti politik. Dia tidak perlu ambil kira ada 2/3 atau tidak ada kerana tugas dia adalah menyediakan satu syor, cadangan. Biarlah Parlimen seperti Speaker kata, biar Parlimen menentukan sama ada kita sokong ataupun tidak, dia kena buat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Akan tetapi oleh sebab mereka tidak ataupun mereka mendengar daripada satu pihak, daripada pihak kerajaan lalu tidak berlaku urusan tersebut, lapan tahun selepas 2003- jadi siapa yang hendak disalahkan? Bagi saya ini adalah pengabaian tugas oleh SPR dan sepatutnya kena denda, tolak gaji pimpinan SPR. Jangan main-main... [Tepuk] Apabila dikemukakan pindaan dan syor ini, kita ambil Selangor contohnya, kawasan paling besar 150,000, kawasan paling kecil 37,000- mana ni Sabak Bernam kalau tidak silap, ini dalam buku laporan. Kalaupun Yang Berhormat Sungai Besar kata Sabak Bernam ini 40,000 lebih tetapi dalam laporan ini 37,000. Ratio antara yang terbesar iaitu Damansara dengan Sabak Bernam 4.0, satu kerusi Damansara itu seumpama empat kerusi Sabak Bernam. Jadi perwakilan tidak adil- itu dalam negeri, kita tidak ambil contoh daripada luar. Kalau ambil luar antara Damansara contohnya dengan...

[Menyampuk]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kuala Krai itu besar juga- ini apa namanya? Padang Rengas. Padang Rengas 28,000 sahaja pengundinya. Padang Rengas ini adik kakak sekalian adalah sebuah kawasan yang bukan terlalu rural dan luas. Luas Padang Rengas ini 395 kilometer persegi. Ia bukan macam Sungai Siput, Sungai Siput jirannya- jiran sebelah 1,850 kilometer persegi. Akan tetapi dengan saiz yang kecil ini- saiz satu constituency Parlimen bandar ini. Ertinya kalau di bandar dengan luas ini pengundinya 70,000 ke 80,000 tetapi Padang Rengas hanya 28,000. Apa special-nya Padang Rengas mendapat pengecualian sehingga dia boleh menjadi sebuah kawasan yang kecil dan pengundinya kecil. Ini hanya boleh berlaku kerana ada penyelewengan dalam urusan persempadanan ini. Tidak diperbetulkan. Jadi ini yang kita hendak ambil dan tunjukkan kepada Ahli Parlimen.

Yang Berhormat Kuala Krai boleh mencelah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Bagi Yang Berhormat Klang dahulu.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Pada pandangan saya laporan kajian semula persempadanan ini dibuat secara tergesa- gesa, disediakan secara tergesa-gesa. Mengapa? Kita dapati bahawa SPR tidak menghabiskan siasatan tempatan dan juga tidak fokus mengenai proses mahkamah yang sedang berlaku diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor, Penang dan juga daripada 107 pembantah. Ini jelas melanggar kedaulatan undang-undang, rule of law adalah subjudice dan juga akan mencabuli kesucian Perlembagaan Persekutuan, Dewan yang mulia ini. Namun Yang Berhormat memandangkan laporan ini tidak lengkap, it’s not complete and it’s therefore invalid adakah perbincangan kita pada petang ini sah atau tidak sah, is it legal or illegal?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya rasa hari ini kita telah melanggar peruntukan Perlembagaan. Jadi berbahas setakat berbahas sahajalah ya, mengisi masa. Ya sila Yang Berhormat Seremban.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai bersama-sama dengan saya dalam jawatankuasa select committee yang lepas. Kita melihat bahawa SPR ini tidak menggunakan satu prinsip yang sama. Apabila dalam proses pendengaran, saya bagi satu contoh. Dalam kawasan Parlimen P.128 Seremban ada dua kawasan Dewan Undangan Negeri, N.11 Lobak – 19,000 pengundi dan N.12 Temiang – 10,000 orang pengundi. Walaupun dalam satu kawasan yang sama tetapi nisbahnya agak besar dia punya jurang. Kita telah membuat bantahan dan memberikan satu cadangan kepada SPR supaya mengimbangkan kedua-dua Dewan Undangan Negeri ini supaya jumlah pemilih adalah lebih kurang sama, ditolak. Akan tetapi alasan yang sama yang digunakan oleh Ketua Menteri Melaka untuk DUN Klebang dan Pantai Kundur pula diterima oleh SPR. Jadi dalam proses mendengar bantahan dan juga representasi daripada parti-parti politik amat jelas sekali bahawa apabila datang daripada pembangkang, daripada pihak kita semua ditolak. Kalau daripada Barisan Nasional, mereka terima. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, itulah ironisnya proses ini. Dalam keadaan yang sama keputusan yang berbeza. Jadi saya minta supaya perkara ini di review semula. Sebelum Yang Berhormat Sepang- saya hendak habiskan sedikit ini. Saya bercakap tadi dalam konteks kerusi-kerusi yang tidak menyentuh mengenai kaum. Kalau kita tengok dua kawasan yang sama besar saiz di Perak ini bukannya menyeberang negeri. Kuala Kangsar dan juga Tambun, dua-duanya adalah kerusi yang diwakili UMNO. Dua-duanya dalam kawasan- Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Nama lagi Bandar Diraja, saiz pun kecil sahaja. Pengundi Tambun 96,000, manakala pengundi Kuala Kangsar 33,000. Dalam konteks jiran dua kawasan ini pun sudah satu kerusi Tambun berbanding macam tiga Kerusi Kuala Kangsar. Ini kerusi sama-sama yang pengundi majoritinya Melayu. Jadi biarlah berlaku adil bukan hanya untuk Kerusi-kerusi tersebut ini, ke seluruh negara. Ini yang kita minta supaya border commission, jawatankuasa persempadanan yang khusus dibentuk di Malaysia ini supaya ia tidak terkesan. Contohnya yang disebut tadi 2011 tidak buat persempadanan kerana hendak tumpu pilihan raya yang ke-13. 2013 tidak ada masa untuk membuat persempadanan sedangkan kalau tugas ini diserahkan kepada satu jawatankuasa yang khusus untuk merangka sempadan, tidak timbul masalah ini kerana mereka fokus kepada tugas tersebut. Ini telah kita putuskan bersama dalam jawatankuasa terpilih Parlimen 2012 yang kita telah putuskan supaya dibentuk border commission ini dan dibahagikan, dipisahkan tugas dengan pengendali pilihan raya itu sendiri. Itu diserahkan kepada SPR. Ya Yang Berhormat Sepang.

Sedikit sahaja Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai, tentang subjudice ini tadi kita dengar daripada Speaker kata dia biasa dengan House of Commons- saya hendak bacakan sedikit ucapan daripada Peguam Negara Britain, Dominic Grieve Queen's Counsel semasa Konservatif menjadi kerajaan. Dia kata, “House of Commons has resolved that the sub judice rule applies to proceedings which are active and they shall not be referred to in any motion, debate or question”. Jadi kalau berdasarkan House of Commons apabila kes masih aktif dalam kes Selangor dan Penang ini masih aktif lagi sepatutnya tidak boleh bincang subjudis. Jadi macam mana ini, tadi kata pergi House of Commons, ini pergi mana? Pergi tengok persidangan kah ataupun dia pergi mana? Jadi hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

The House of Commons ini juga ada kafeteria. Mungkin dekat kafeteria sahaja dia pergi ya [Ketawa] Jadi kita masukkan pandangan tersebut di dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang berlaku dalam syor ini ialah pemberian nama-nama baru. Ini bukan isu kecil. Kalau isu kecil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak sebut hari ini dalam pembentangan. Ertinya besar, ada nama-nama sempadan Parlimen disebut berubah begitu juga DUN. Sikit, habiskan ini Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya lihat ada perubahan-perubahan kecil Bagan Datok misalnya eja Datoh itu berubah. Alor Setar, Setarnya berubah. Teluk Intan, teluknya berubah, tidak apalah. Akan tetapi ada nama-nama kawasan daripada Sitiawan jadi Astaka. Daripada Teluk Kemang jadi Port Dickson. Daripada Petaling Jaya Utara jadi Damansara. Daripada Kelana Jaya jadi Subang. Daripada Subang jadi Penjara Sungai Buloh. Sorry, Sungai Buloh [Ketawa]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi bagaimana dan kalau kita teliti- saudara-saudara sekalian, tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perubahan-perubahan Kerusi- ini penting sebab disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya yakin Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun akan ulas ini dengan panjang lebar. Apa tidak memperkecilkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya. Jadi yang saya lihat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ada perubahan-perubahan nama ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

...Yang pada hari ini. At this point in time...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

...Kena pada kerusi-kerusi pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa sudah habis ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Masa pun sudah habis. Jadi, itu tujuan untuk mengelirukan pengundi supaya menyusahkan membuat pemilihan untuk memberi advantage kepada Barisan Nasional. Akan tetapi kasihan MIC, Gerakan dan MCA [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gerik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut bersama untuk membahaskan persempadanan semula. Apa yang paling penting, yang kita hendak bahas pada hari ini ialah syor daripada SPR di bawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke dalam Dewan, Dewan akan putuskan. Malangnya kita berhadapan dengan penentangan daripada pihak pembangkang sebelum syor dibentangkan memberi pandangan pelbagai. Nampak tidak hormat boleh mengatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri penyamun, penipu. Apakah mereka yang bercakap lebih teruk daripada itu? Sehubungan dengan itu, saya percaya- saya berterima kasih kepada pihak SPR yang telah mengikut undang-undang seperti mana Yang di-Pertuan Agong telah melantik Yang Berusaha Ahmad bin Zakaria daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan dan melantik Yang Berbahagia Doktor Mohd Uzir bin Mahidin daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang mana perkara ini sudah dikaji walaupun kita tidak ada dua per tiga. Selama lapan tahun, dalam tempoh dua tahun telah dibuat kajian. Di mana kalau kita tengok laporan yang ada di hadapan kita ini, lampiran semula ini melihatkan- saya ambil Perak. Bantahan bukan setakat daripada pembangkang, pihak kerajaan pun buat bantahan tidak bersetuju. Akan tetapi kita lebih rasional, kita mendengar apabila dipanggil untuk memberi pandangan. Negeri sendiri buat bantahan, majlis daerah buat bantahan, orang ramai buat bantahan tetapi kita tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan pembentangan persempadanan semula ini sebagai isu yang hendak bercakap di luar di mana kita menghadapi hendak menghadap pilihan raya. Cukup sudah pembangkang memainkan pelbagai isu, sanggup menipu masyarakat dengan mengatakan 40,000 kerajaan buatkan mereka sebagai pengundi dan pelbagai lagi... [Disampuk]

Saya sendiri masa Pilihanraya Umum Ke-13, satu peti undi kerana ia rupa gelap tetapi dia pengundi, kerana berjaya dengan persepsi yang dibentangkan oleh pembangkang, mereka menyekat dia daripada masuk mengundi di satu PDM. Ini gambaran, ini nampak gayanya pada tahun ini mereka memukul canang lebih daripada dua, tiga tahun. Kita akan mengambil alih daripada Kerajaan Barisan Nasional untuk jadi kerajaan selepas PRU Ke-14. Kenapa nampak takut sangat? Sedangkan bercakap kepada rakyat hendak menjadi kerajaan selepas ini. Kalau benar-benar mereka kuat, kenapa mereka gusar dan takut? Kenapa mereka gusar dan takut? Bukan kita tambah Kerusi...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua.

Kita tambah...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, bukan isu takut. Isu keadilan. Adakah ini adil?

Saya tidak bagi jalan, duduklah. Duduklah Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Isunya bukan takut, isunya takut langgar undang-undang. Itu sahaja.

Sudah.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ini Perlembagaan. Kerajaan langgar Perlembagaan bukan soal takut.

Kerajaan hendak bawa syor tetapi persepsi– bawa masuk ke Parlimen. Bawa kumpulan Bersih, tidak hendak kita bentang syor persempadanan semula yang dibuat oleh SPR. SPR dituduh sebagai ejen kerajaan. SPR berjumpa dengan semua kumpulan tetapi pembangkang tidak mahu dengar apabila bawa masuk bilik kamar. Pembangkang kalau dia kata ‘A’, dia hendak SPR cakap ‘A’. Akan tetapi kita kerajaan... [Disampuk] Apabila kita kata ‘A’, kita kata macam ini, macam ini kita boleh menurut arahan.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Gerik.

Kalaulah Yang Berhormat Kuala Krai sebut Padang Rengas yang kecik, dibuat persempadanan semula, masa siapa? Masa siapa dibuat persempadanan semula Padang Rengas? Yang dipuji-puji oleh pihak pembangkang, Tan Sri Rashid masa itu. Kalau sudah sesuai dengan kita...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Gerik, sekejap Yang Berhormat Gerik.

...Kata yang sekarang tidak bagus.

Yang Berhormat Gerik sikit.

Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Selepas itu Parit Sulong ya.

Saya terdengar kata-kata Yang Berhormat Gerik tadi mengatakan tentang Pengerusi SPR yang dahulu. Pengerusi SPR dahulu, sekarang ini mengatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional buat benda sikit tetapi banyak menipu. Akan tetapi pengerusi ini masuk pada ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri belum lagi menjadi Perdana Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Gerik, adakah Pengerusi SPR ini sebenarnya dia pun terlibat dengan penipuan kalau benar berlaku? Siapakah bosnya yang jadi kepala penipu selama ini?

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

UMNO BN [Ketawa]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Gerik sikit sebelum jawab.

Itulah kalau kita hendak kata pada orang, kita tengok dulu, tengok dulu. Baik, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tadi Yang Berhormat Gerik ada menyatakan bahawa- dan pembangkang banyak kali menyebut bahawa kita ini, SPR ini menjadi ejen Barisan Nasional. SPR dia mencadangkan syor-syor ini dibawa dalam Dewan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Oleh sebab Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang sangat bertanggungjawab yang membawa usul ini di dalam Dewan...

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dengarlah dulu. Jadinya setuju atau tidak Yang Berhormat Gerik tanggungjawab membawa usul ini memang tanggungjawab kita? Oleh sebab kita kerajaan sekarang. Jadinya saya hendak minta ulasan Yang Berhormat Gerik. Selepas itu dikata tergesa-gesa. Mana ada tergesa- gesa satu tahun setengah, Yang Berhormat Kuala Krai. Satu tahun- Yang Berhormat Kuala Krai pun sudah hilang. Satu tahun setengah perkara ini dibincangkan.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Sekejap. Sebenarnya Kerajaan Barisan Nasional cukup bertanggungjawab. Cuba perhatikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila dituduh oleh Yang Berhormat Gelang Patah, dengan muka yang senyum. Akan tetapi pihak pembangkang macam mana? Termasuk Yang Berhormat Gombak, bangun-bangun terus menuduh kerajaan sebagai perompak, penyamun, rasuah. Sedangkan diri sendiri bagaimana? Air tidak boleh selesai. Tanah Ijok macam mana? Muara macam mana? Jangan kita kata pada orang. Sama juga dengan Yang Berhormat Serdang tadi. Seolah-olah UMNO ini tetapi kami boleh bangga 88 kerusi kita menang daripada 222. Dua sahaja lari. Bos lama sayakan, Yang Berhormat Pagoh, dengan sahabat saya daripada Semporna tetapi DAP bercakap berdegar- degar 35 Kerusi. Mana dia PAN? Mana dia PKR? Betullah selama ini orang kata sebenarnya Pakatan Harapan di dokong dan yang lain-lain kena ikut arahan DAP. Betul atau tidak?

Betul, betul.

Jadi ini...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Berita palsu.

...Gambaran ini ditunjukkan dalam sidang Dewan kali ini.

Ya, betul.

Tadi Yang Berhormat Serdang beritahu...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ceramah UMNO, ceramah UMNO.

...MCA nak mati. Semua apa Gerakan- tetapi saya percaya inilah gambaran-gambaran yang ada dan kita berharap rakyat di luar sana jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan, manipulasi yang dibuat oleh mereka daripada sebelah pembangkang.

Akan tetapi saya percaya, syor yang dibuat oleh SPR tadi sedikit sebanyak untuk memastikan kita berjalan ikut landasan. Kita buat berdasarkan kepada 3D, distance, kepadatan dan juga taburan pengundi. Jadi, tadi Yang Berhormat Kuala Selangor hendak tanya. Sila. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gerik, di atas membenarkan saya mencelah. Tadi saya mendengar Yang Berhormat Serdang mengatakan bahawa syor ini akan menyebabkan persepsi kaum yang kuat. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Gerik. Setuju kah Yang Berhormat Gerik, dalam proses SPR menjalankan persempadanan pilihan raya ini, SPR tidak akan melihat perubahan kaum dalam satu bahagian pilihan raya tetapi sebaliknya SPR memberikan fokus terhadap elemen keseimbangan pemilih, memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih, memelihara hubungan tempatan, memberi ruang kepada pemilih dan memudahkan wakil rakyat yang dilantik memberikan perkhidmatan secara berkesan. Terima kasih Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sebenarnya kita tahu sistem pentadbiran dalam negara. Di setiap negeri kita ada daerah- daerah. Di daerah-daerah pula ada dewan bandar raya, majlis perbandaran, majlis daerah. Setiap yang telah di bincang, sudah diatur, Jabatan Pemetaan melihat suasana yang ada, bentuk muka bumi, segala-galanya demi untuk mengagihkan pengundi dengan cara yang lebih adil. Mungkin tempat saya, Gerik, keluasan 5,000 kaki persegi lebih. Akan tetapi pengundi saya ada dalam 36,000 tetapi tengoklah pula bentuk muka bumi di Gerik lagu mana. Dengan bukit, hutan dan pelbagai lagi. Jadi, masa pun sudah habis. Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua. Inilah gambaran pihak kerajaan, bukan menyamun masa berucap seperti di pihak pembangkang. Jadi dengan ini, saya menyokong syor yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui SPR. Dengan ini, saya menyokong. Terima kasih.

Hidup Barisan Nasional.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk saya berucap dalam perbahasan Pindaan Persempadanan pada petang ini. Walaupun banyak yang dibangkitkan tentang beberapa perkara, tentang 1Malaysia, tentang effectiveness of presentation. Saya yakin bahawa pindaan kebiasaannya dilakukan penambahan kerusi atau pindaan dengan tujuan, satu- mengikut lunas undang-undang yang ada, khususnya Perlembagaan Malaysia. Keduanya ialah supaya memastikan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat kerana kita menjadi wakil rakyat. Akan tetapi kalau berdasarkan apa yang dibentangkan ini, saya nampak laungan 1Malaysia, cakap sahaja. Buat tidak serupa bikin. Bagaimana satu kumpulan, satu kawasan yang padat dengan Cina, selepas itu satu kawasan padat dengan Melayu. There is no composition of multiracial di satu-satu kawasan tetapi bukan main kita dendangkan lagu 1Malaysia, 1Malaysia. Akan tetapi saya yakin apa juga yang akan dilakukan, pindaan ini sama ada ia secara bulldoze ataupun peraturan apa, saya yakin kalaupun padatnya orang Melayu, tidak akan orang Melayu mengundi UMNO untuk orang Melayu. Sebanyak 90 peratus Kelantan orang Melayu. Berapa peratus orang Melayu di negeri Kedah? Saya bekas pengerusi perhubungan dua tahun dan saya tahu, boleh kalah, boleh menang. Ini yang kita harus lakukan. Persoalannya dari segi peraturan yang ada, yang perlu kita lihat dari segi bukan laungan 1Malaysia, bukan untuk pinda sempadan tetapi keberkesanan dari segi wakil. Bayangkan kawasan Yang Berhormat Seputeh daripada berapa ribu sampai 140,000, hampir. Effective bahasa apa yang kita hendakkan? Keberkesanan apa kalau sekiranya ia mewakili satu kawasan yang kesannya sampai 100,000 lebih yang dia perlu beri perkhidmatan? Di Putrajaya, pegawai kerajaan yang duduk di situ lebih daripada 50,000 tetapi jumlah pengundi cuma 19,000, contohnya yang ada.

Ini yang kita lihat dari segi rationality, keseimbangan. Kita cakap lain, kita buat lain. Hari ini kita hendakkan supaya pindaan ini dilakukan. Akan tetapi malangnya masa tidak cukup. This is a very important issue, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang menentukan siapa kerajaan, yang menentukan hak rakyat mengundi. Hari ini kita luluskan, hari ini kita bentangkan. Tidak mencukupi untuk rakyat di mana kawasan dia hendak mengundi. There is no ample time, dengan izin, for voters to realize where they are going to vote dengan pindaan- pindaan ini. Saya cukup bimbang berhubung kait dengan pindaan ini yang langsung tidak membabitkan pindaan di peringkat negeri Sabah...

Pasal saya ingat kemungkinan waktu itu pindaan dilakukan, penambahan 13 Kerusi daripada 60 kepada 73. Akan tetapi masa itu saya ada di situ mungkin dia tambah pasal Pilihanraya Umum Ke-13, Barisan Nasional kalah 12 Kerusi. Jadi, itu semuanya di Pantai Barat. Jadi, mungkin Pantai Timur yang dia bimbang. Maka, pindaan ini perlu dilakukan, tambah 13 Kerusi. Sebahagiannya berada di kawasan Kalabakan, di Tawau, sebahagiannya di Lahad Datu, sebahagiannya di Sandakan. Apa tujuannya? Ini ialah untuk penambahan dia. Akan tetapi malangnya kita ikut perlembagaan. Perlembagaan yang diwartakan pada 17 Ogos 2016 yang diwartakan, yang telah ditandatangan oleh Datuk Haji Syed Abas bin Syed Ali, Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah yang menyatakan, dengan izin, pindaan Perkara 14, Perkara 2, Perlembagaan Negeri Sabah dipinda dalam Perkara 14(2) dengan menggantikan perkataan enam puluh dengan perkataan tujuh puluh tiga. Maknanya, ini sudah enakmen di peringkat negeri Sabah. Enakmen di peringkat negeri Sabah sudah pun diubah. Kawan saya, Yang Berhormat Penampang hantar surat soalan bertulis. Jawapan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR telah selesai menjalankan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri Sabah dan laporan akhir telah diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Februari 2017 selaras dengan Perkara 113(10) Perlembagaan Malaysia. Ini jawapan Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang bertanggungjawab dengan SPR. Ini pewartaan Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah yang sudah jadi enakmen yang sepatutnya kalau kita mengikut peraturan Perlembagaan Malaysia, schedule ninth. What is Schedule Ninth? Seksyen 9, Perkara 13, automatically, dengan izin, trigger as soon as EC have submitted the reports to the Prime Minister under section 8. Itu yang Schedule Ninth, as soon as may be after the Election Commission have submitted their report to the Prime Minister under section 8, he shall lay the report before the House of Representatives, together (except in a case where the report states that no alteration is required to be made) with the draft of an Order to be made under section 12 for giving effect, with or without modifications, to the recommendations contained in the report). What does it mean? Ini Perlembagaan Malaysia. Dalam Schedule Ninth tidak ada Perdana Menteri, tidak ada Ketua Menteri yang berhak melanggar Perlembagaan Malaysia. Ini peraturannya, perlembagaannya. Saya nyatakan bukan saya bangkitkan tentang 1Malaysia, tentang fairness, but this is Constitution. Schedule Ninth yang patut Perdana Menteri sudah terima surat daripada Dewan Undangan Negeri. Kita bantah di Dewan Undangan Negeri. Pembangkang bantah, ditolak bantahan mereka, diluluskan. Apabila diluluskan, tidak bawa pula di Dewan Rakyat. Kenapa enakmen undang-undang yang sepatutnya diluluskan dibawa ke Parlimen, kalau hendak pun tolak ia, it is not the prerogative of the Prime Minister to reject, dengan izin. Bukan hak ketua menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk membatalkan. Hak untuk membatalkan, pertama ialah bawa ke Parlimen, pasal Dewan Undangan Negeri sudah luluskan.

Ini yang saya bimbang. Kebimbangan saya pelanggaran dari segi undang-undang yang ada. Keduanya, kebimbangan saya kalau Barisan Nasional kalah, esok nanti pula dia cakap, “Oh! adakan pilihan raya pasal it doesn’t- it contradicts with the pindaan, bubar pula, adakan pilihan raya. Kita sudah tumbangkan Barisan Nasional di Sabah. Apa jaminannya? Apa jaminan di Dewan Rakyat yang mulia hari ini, perundangan ini can uphold in the event, dengan izin, kalau sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah. Adakah keputusan mahkamah mendahului keputusan Dewan Rakyat? We are the policy makers here, yang paling tertinggi, penggubal dasar di negara ini tetapi dasar yang kita gubalkan tidak diikut peraturannya.

Mengapa itu tidak diikut? “Oh! Fasal Ketua Menteri bersuara.” Asyik dengar sahaja Ketua Menteri. Dengar Parlimen, dengar suara rakyat. Jangan dengar Ketua Menteri... [Tepuk] Ini peraturan, ini Perlembagaan bukan kita reka-reka semuanya. Saya bimbang perkara ini bukan hanya- saya katakan tadi satu hari. Hari ini bentang, hari ini lulus. Bila saya lihat saya dahulu dalam kerajaan, postal voters, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ada pengundi tetapi peraturan atau amalan biasa dia walaupun dalam peraturannya SPR had the right hendak meletakkan siapa jadi pengundi postal tetapi pindaan telah kita lakukan- waktu itu saya dalam, di mana badan-badan seperti polis, tentera, kesihatan dipinda peraturan untuk membolehkan undi awal sehari dua. Akan tetapi saya tahu ada circular yang diberikan oleh pihak kerajaan menyatakan, dimestikan, digalakkan supaya mereka menjadi pengundi postal votes. Postal voters ini hanya membolehkan orang-orang yang berkhidmat waktu itu, kebiasaannya amalannya. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun tahu. Kita dalam sistem dahulu bincang macam mana hendak tambah kawasan, mana tambah kawasannya. Ini yang saya bimbang. Keadaan yang kita katakan too high handed dari segi membolehkan rakyat menunaikan hak mereka untuk menunaikan tanggungjawab. Saya rasa saya berharap SPR mempunyai tanggungjawab mematuhi peraturan Perlembagaan negara kita. Sepatutnya pindaan ini bukan hanya di Semenanjung. Di peringkat negeri Sabah, sepatutnya dibawa ke Parlimen. Kita tolak kalau mahu tolak. Kalaupun tidak, ada opsyennya bawa ke Dewan Undangan Negeri yang dahulu meluluskannya. Tetapi ini langsung suara rakyat, suara Dewan Undangan Negeri Sabah dinafikan. Ini yang kita suarakan hak-hak orang Sabah yang mereka wakili di Dewan Undangan Negeri tidak pun dihormati.Dah diluluskan, tidak bentang. Kenapa perkara ini berlaku? Saya berharap SPR dalam perkara ini saya yakin menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat dan sistem demokrasi yang ada di peringkat negara kita. Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas dalam perbahasan pembentangan persempadanan semula. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih kepada SPR. Pandangan saya, SPR ini mempunyai tugas-tugas yang khusus dan mereka telah melaksanakan tugas dengan baik. Walaupun ramai tidak puas hati tetapi SPR buatlah kerja dia sebab dia ada tanggungjawabnya dan dia usaha-usaha SPR ini bergantung berasaskan peraturan-peraturan khusus dalam Perlembagaan Negara.

Saya tengok khususnya di kawasan saya bila kawasan Sedili N.36 dahulu kawasannya sangat besar, pengundinya sangat ramai, DUN satu lagi kawasannya kecil, pengundinya kurang, jadi bila ada persempadanan macam ini, maka ada perpindahan sedikit pengundi-pengundi dan dengan cara itu, Sedili yang besarnya tiga kali saiz Johor Lama, maka Wakil Rakyat itu dapat berfungsi dengan lebih baik lagi, maka rakyat akan dapat servis yang lebih baik. Manakala Johor Lama pula pertambahan pengundi itu walaupun kecil, tempat kecil tetapi banyak kemudahan-kemudahan asas, maka dengan itu rakyat akan mendapat servis ataupun perkhidmatan daripada Wakil Rakyat yang baik. Saya ingat inilah konsep atau prinsip yang sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh SPR. Saya lihat dalam pembentangan persempadanan ini, proses-proses untuk menentukan perkhidmatan yang terbaik oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dijalankan dengan baik. Contohnya, kita tahu negara kita sejak tahun 2003 sampai sekarang sudah 15 tahun sudah kita tidak ada persempadanan semula dan sebelum itu kita ada beberapa kali persempadanan semula. Akan tetapi akhir-akhir ini sejak tahun 2000 sampai 2020, insya- Allah, sekarang tahun 2018, pertumbuhan penduduk begitu pesat dan demografi yang berubah ini juga menuntut supaya persempadanan semula ini juga dijalankan. Selepas 15 tahun, memang sesuailah kita melakukannya sekarang. Prosesnya telah pun dimulakan- sepatutnya kita buat selepas tahun 2011 selepas lapan tahun tetapi kita buat bermula tahun 2016 baru kita buat dan ini amat penting kerana ia juga dapat membantu wakil-wakil rakyat kita esok untuk memberi perkhidmatan yang baik. Saya difahamkan melalui peruntukan Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan, ada empat prinsip utama yang digariskan untuk menentukan persempadanan semula ini. Rohnya ialah nombor satu- empat prinsip utama ialah kita mesti memudahkan pengundi-pengundi untuk mengundi. Itu yang pertama. Keduanya, persempadanan ini mesti mengambil kira kemudahan untuk pentadbiran. Sebab kalau pentadbiran tidak berapa bagus, nanti undi banyak dispute, orang tuduh pula macam-macam. Ketiganya, ini tadi bilangan penduduk lebih kurang sama banyak atau lebih kurang jumlah pemilih kecuali dengan mengambil kira sama banyak kesulitan-kesulitannya yang lebih besar di desa untuk menjalankan proses-proses pengundian kemudian. Jadi bukanlah makna kita melanggar. Tadi ada kata kita patut lebih kurang sama tetapi ada pengecualian- pengecualian tertentu yang tidak disebut. Jadi saya sebut lagi sekali dekat sini. Dan keempatnya, bila buat persempadanan ini jangan sampai masyarakat itu terpecah atau kampung itu terpecah. Jadi, kita memelihara hubungan tempatan. Ini adalah empat prinsip yang dijalankan oleh SPR. Dan melalui proses mekanisme yang dijalankan ini, mereka mengadakan pameran- pameran. Saya difahamkan ada dua pameran. Pameran pertama bermula 15 September hingga 14 Oktober 2016 di mana di negeri-negeri kecuali Selangor, ada 804 representation. Bermakna dia ada bantahanlah yang tadi datang ada daripada berbagai-bagai kumpulan. Ada daripada kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan juga badan-badan yang mewakili kepentingan-kepentingan tertentu yang tidak kurang daripada 100 orang. Ada 804 representation. Bila diwartakan, daripada 804 representation ini, 430 representation diterima kerana memenuhi syarat-syarat dan maka bila berlaku 430 ini, SPR turun ke padang membuat siasatan tempatan kemudian untuk mengenal pasti perkara-perkara yang telah direpresentasikan. Selepas itu, SPR membuat pameran kedua pula iaitu 8 Mac sampai 7 April 2017 di mana mereka membuat pameran ataupun membuat siasatan dan selepas itu pameran kedua ini terdapat 133 representative yang kedua. Peringkat kedua ada 133. Peringkat pertama ada 804. Peringkat pertama 430 yang qualify, peringkat keduanya pula 111 yang qualify. Maknanya pada peringkat pertama, 53 peratus daripada representasi itu telah qualify dan telah dibuat siasatan tempatan kali kedua.

Untuk pameran kedua pula selepas itu, daripada 133 representasi, terdapat 111 representasi yang qualify, yang diterima. Maknanya peratusan pada peringkat pertama penerimaan ialah 53 peratus dan peringkat kedua penerimaan representasi ini ataupun bantahan ini diambil kira oleh SPR setinggi 83 peratus. Makna proses-proses ini telus, jelas dan dia melibatkan begitu ramai masyarakat, rakyat, orang-orang yang berkepentingan untuk membuat bantahan-bantahan tertentu. Atas sebab itu, pada pandangan saya, proses mekanisme dan proses yang dijalankan oleh SPR ini jelas memberi ruang yang begitu banyak untuk rakyat memberi representasi, membantah, memberi cadangan. Dan di atas sebab itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk memberi tahniah kepada SPR walaupun ramai yang tidak setuju tetapi itulah proses yang mereka telah buat dan akhirnya dibentangkan di dalam Dewan ini. Terpulang pada kita wakil rakyat untuk menentukan sama ada representasi ini kita boleh terima atau tidak. Itu terpulang pada kita. Saya mengambil kesempatan ini, janganlah kita tembak SPR ini seolah-olah mereka ini berdosa sampai tidak buat apa-apa pun sebab kita tidak puas hati. Saya tengok kalau benda itu memihak kepada kita, fuh! Bagus, tetapi kalau tidak bagus, sama ada mahkamah kah, keputusan kah, kita rasa tidak adil, kita pun menentang. Jadi dari sudut ini saya rasa tidak adil kita menuduh SPR membabi-buta begitu dan menyebabkan mereka dilihat sebagai orang yang tidak menjalankan tugas.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Kota Tinggi. Sedikit sahaja.

Jadi saya rasa ini suatu perkara yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi. Kalau kita lihat dalam manifesto Pakatan Harapan sendiri pun, mereka mencadangkan untuk membuat persempadanan jika ada peluang. Maksudnya kalau diberi ruang kepada mereka juga untuk diadakan persempadanan ini, mereka juga akan membuat perkara yang sama. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Tinggi?

Terima kasih, saya ingat memang semua sama hendak buat persempadanan. Kalau sebab tidak kami, kerajaan hari ini yang bertanggungjawab untuk membentang dalam Dewan ini, orang lain pun buat sama juga dan masa kita sudah 15 tahun. Kita kena memikirkan kepentingan untuk rakyat. Saya mulakan tadi kawasan saya sebab kalau kita dapat buat ini dengan baik, maka rakyat yang dapat benefit, yang dapat kebaikannya. Saya tidak nampak apa masalah sangat sampai kita hendak melihat sesuatu perkara ini begitu dipolemikkan atau hendak diperbahaskan dengan begitu berapi-api. Padahal prosesnya sudah melalui mekanisme atau program-program yang telah ditetapkan dan semua orang tahu benda ini sedang berlaku, bukan hanya semata-mata pagi ini di Dewan ini sahaja. Saya tidak nampak kecualilah kalau ada sebab-sebab lain, tidak selesa, rasa tidak kuat, rasa tergugat, rasa sebab pilihan raya- mungkin. Akan tetapi bagi saya sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan yang mulia ini tanggungjawab kita terima pembentangan ini dan kita buat keputusan, sama ada kita setuju atau tidak setuju kita kena berfikir secara rasional. Kalau program ini tidak dibuat, kita sudah terlambat. Kalau kita mungkin buat selepas ini pun masa-masa akan datang pun kita tetap buat, itu sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan dan government of the year hari ini, Barisan Nasional akan dibentangkan.

Jadi saya rasa bila kita melihat kononnya tidak cukup masa, ini semuanya alasan- alasan. Oleh sebab kalau berdasarkan representasi, 1,635 representasi telah diadakan selama dua tahun, melibatkan begitu ramai kumpulan-kumpulan masyarakat, melibatkan kerajaan tempatan dan melibatkan kerajaan negeri. Saya tidak fikir kerajaan negeri pandang enteng kepada kumpulan ini. Sudah pasti mereka terlibat pada peringkat awal, kecualilah pada saat-saat akhir mereka hendak masuk, hendak buat representation. Jadi dari segi itu mereka tidak memikirkan jangka panjang untuk kesejahteraan rakyat. Atas sebab itu saya berpandangan SPR ini janganlah kita momok-momokkan, dijadikan momokan hingga hendak menutup kelemahan-kelemahan lain. Bagi saya, saya sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi mengucapkan tahniah kepada SPR kerana telah berjaya menyediakan satu laporan pembentangan hari ini dan kita sebagai Ahli Parlimen, kita buat keputusan hari ini. Itu terpulang pada kita. Jadi atas sebab itu saya menyokong perbahasan ini dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas ruangan yang diberikan kepada saya dan saya tentunya merupakan Ahli Parlimen dengan pengundi polis yang teramai di seluruh parlimen-parlimen di Malaysia ini. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan menegaskan bantahan keras terhadap proses dan usul persempadanan semula yang tidak mengambil kira lunas-lunas demokrasi dan juga segala pandangan, cadangan dan juga kritikan yang kami bawakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tekankan di sini, ia menjadi rahsia umum yang diketahui sejak kita laksanakan proses persempadanan semula. Sebanyak lima kali dalam sejarah Tanah Melayu yang terakhir 15 tahun lalu, 2003, ia dilakukan semata-mata untuk memastikan kemenangan parti pemerintah Barisan Nasional. Saya boleh tekankan antara sebab kenapa Prof. Datuk Dr. Redzuan Othman dahulunya Pengerusi kepada Kajian Institut Pilihan Raya di Universiti Malaya telah mengeluarkan anggaran menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, Barisan Nasional akan hilang dan sampai ke tahap hanya 47 peratus undi popular. Atas sebab itu beliau dibuang daripada Universiti Malaya. Daripada kajian kita lihat juga tahun 1999, siapa boleh lupa Yang Amat Berhormat Pekan ketika itu hanya menang tipis dengan undi 241 sahaja. Jangan bimbang, jangan bimbang ada proses persempadanan semula. Laksanakan persempadanan semula menjelang pilihan raya yang seterusnya. Menanglah dengan majoriti undi sebanyak 22,992. Tuan Yang di-Pertua, kerana inilah bila kita menolak proses persempadanan, ada belah sana mengatakan dahulu Tan Sri Rashid bersama dengan kerajaan, agensi selaku Pengerusi SPR. Saya tekankan di sini kita tidak apologetic. Memang sejak dari dulu punyai kepincangan dalam sistem pilihan raya, hanya sekarang paling teruk kerana mencatatkan sejarah di mana Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah merupakan– on record satu-satunya yang menolak pertemuan dengan sebarang, dengan mana-mana pimpinan parti politik. Ini juga diakui oleh pimpinan PAS. Jadi pada saya di sini Tuan Yang di-Pertua, kita harus faham. Ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan. Kalau sebentar tadi Ahli Parlimen Gombak menyatakan kami di dalam Dewan Rakyat ini, telah bersetuju dengan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Yang Berhormat Bagan Datuk, bayangkan kita di sini termasuklah bersetuju bahawa undi pos dalam rekomendasi hanya dikhaskan untuk tentera dan juga isteri tentera, termasuk juga anggota polis. Saya rujuk kembali dokumen yang telah di tong sampah kan oleh Barisan Nasional. Isu pengundian awal di mana Jawatankuasa mengesyorkan kategori pemilih yang dibenarkan mengundi awal terdiri daripada golongan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sekarang bagaimana SPR dengan pengerusinya terkini, boleh menerima pakai penambahan sembilan lagi kategori termasuk pegawai Jabatan Kesihatan sehingga menyebabkan jumlah pengundi pos melebihi satu juta orang. Tuan Yang di-Pertua, kita harus faham bila ini berlaku pilihan raya ini tidak mungkin dapat menterjemahkan undi rakyat yang akan keluar mengundi. Hatta, dalam laporan ini disertakan kemahuan anggota polis dan juga tentera yang mengatakan bila mereka berpeluang mereka mahu membuang undi secara sendiri. Jadi saya tidak nampak, banyak rasa dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen di sini. Saya juga ingin tekankan sampai ke tahap kem tentera yang belum siap pun di Johor. Kalau berani sangat hendak menang di Johor, kenapa kena wujudkan pengundi-pengundi sedangkan kem tentera tidak siap lagi. Sepatutnya Menteri yang yakin dengan hikmat, yang yakin dengan servis tidak perlu takut, tidak perlu secara terburu-buru menambah kesemua pengundi pos di kawasan-kawasan strategik. Ada juga alasan diberikan kononnya antara kerusi-kerusi yang dirobah jumlah dan komposisi pengundi sebabnya untuk memastikan ada rasional dari segi kawasan luar bandar berbanding dengan kawasan bandar. Tuan Yang di-Pertua saya ingin tekankan di sini, saya selaku Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, saya bagi contoh di Wilayah Persekutuan. Kita ambil sahaja Parlimen Setiawangsa teman saya, Tuan Yang di-Pertua. Di Setiawangsa ini ada 14,000 pengundi pos, Titiwangsa pula dengan keluasan anggaran 14.41 kilometer persegi. Jumlah pengundi 55.8 ribu. Ini kawasan bandar hendak banding dengan kawasan seperti Pasir Salak lebih kurang 51,000 pengundi. Please ya, jangan tiba-tiba wujudkan undang-undang berlainan di kawasan-kawasan tertentu. Rasanya Yang Berhormat Sungai Besar tadi jelas mengatakan bahawa kawasan luar bandar kononnya memerlukan perwakilan. Jumlah pengundi pun akan spread out, dengan izin. Apa alasan hendak diberikan untuk Titiwangsa? Your argument is completely flawed in that sense. Saya tidak ada masa, lain kali jawab.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sebut...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, kerana itu saya ingin tekankan di sini...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Hei, ini teman tapi tidak mesra tau...

[Dewan riuh]

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

...Bila kita memulakan proses- Kalau bagi saya setengah jam, tidak ada masalah Yang Berhormat tetapi hendak cakap di luar sahaja.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya tadi empat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Besar, tidak perlu Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya tadi empat minit. Tadi sebut...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua atas dasar itu...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Berapa kali hendak sebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Besar, duduk Yang Berhormat Sungai Besar.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya ingin tekankan di sini ya...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Dia membuat tohmahan kata idea kita obsolete...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

...Bila kita teruskan, bila kita bangkitkan bantahan...

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

...Akan tetapi bila kita hendak buat celahan dia tidak beri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Jangan tuding kita.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Antara serangan yang dibawa oleh kerajaan, parti pemerintah termasuklah bahawa kita ini di pihak pembangkang tidak mahu menghormati keputusan pilihan raya. Sebaliknya Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri termasuk ramai Ahli-ahli Parlimen, kita menghadiri siri bantahan, kita melalui proses-proses termasuk pergi ke mahkamah untuk mencabar keputusan-keputusan tertentu. Saya amat bangga, kenapa? Ini kerana semasa di mahkamah kita telah menang beberapa kes termasuk di Lembah Pantai melawan SPR, peringkat Mahkamah Tinggi di mana pengundi dibenarkan menyemak semula proses persempadanan yang tempang. Di Bukit Katil, Mahkamah Tinggi juga membenarkan pengundi di Bukit Katil menyemak persempadanan semula SPR. Di Segamat, pengundi juga dibenarkan untuk mencabar keputusan SPR dan akhirnya di Pulau Pinang di mana kerajaan negeri mendapat penangguhan siasatan untuk melihat kepada kepincangan proses ini.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kita hanya selepas pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif, selaku hakim tambahan Mahkamah Persekutuan. Satu lantikan kontroversi yang bercanggah dengan Perkara 122(1A), barulah kalah peringkat Mahkamah Rayuan. Saya tak boleh cakap lebihlah, nanti saya pula kena dakwa bawah Akta Hasutan. Isunya, saya nak membangkitkan di sini there is justification, Tuan Yang di-Pertua. Kita dalam apa segala isu yang kita bawakan di mahkamah juga mendapat justifikasi dalam setiap cabaran. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengakhiran dalam satu minit terakhir ini, saya ingin tekankan, di belah Barisan Nasional menyatakan kita sebenarnya hidup dan terpaksa bergelumang dalam sistem yang diwujudkan oleh Tun Mahathir Mohamad. Atas dasar itulah kita menerima pakai bila ramai pimpinan yang dahulunya di sebelah sana sekarang di sebelah sini mahu menuntut reformasi termasuk dalam sistem pilihan raya. Persoalannya, kalau tahun 1990, mantan Perdana Menteri yang sekarang dikutuk oleh pimpinan Barisan Nasional boleh mendapatkan kehadiran pemantau The Commonwealth untuk memastikan sistem pilihan raya, then kenapa sekarang...

Datuk Seri Panglima Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kenapa sekarang?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Kota Belud, diamlah.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kalau Yang Berhormat Kota Belud diam, saya tak payah tengok kepada dia Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya. Saya minta yang lain diam, Yang Berhormat ya.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya nak beritahu, kalau sekarang, kenapa tidak ada keberanian? Dato’ Sri Azalina telah menyatakan kehadiran beberapa pemantau. Saya mahu sekurang-kurangnya dalam proses hari ini yang akan dipaksakan terhadap kita, sekurang-kurangnya dapatkan kehadiran. Pastikan kehadiran The Commonwealth to monitor in election and the Prime Minister, dengan izin, and the Deputy Prime Minister boleh merasa bangga bahawa you have nothing to fear, your conscience is clear. Pada saya, itu minimum...

[Dewan riuh]

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kalau tak berani, maksudnya bukan sahaja laporan asal usul persempadanan di embargo, sedangkan lebih 800 rakyat biasa bersama menyatakan bantahan melalui proses, mereka tidak dapat akses sehinggalah hari ini. Maka kita juga harus ada keberanian itu untuk memastikan pilihan raya keempat belas dipantau sebaik mungkin. Dengan ini, Lembah Pantai menolak sepenuhnya Usul Persempadanan Semula. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya akan panggil Yang Berhormat Bagan, selepas itu Yang Berhormat Bagan Serai kemudian Menteri menjawab.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, pembentangan usul hari ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah satu penghinaan besar malah satu pencabulan ke atas konsep, prinsip dan inti pati demokrasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa kerajaan mereka berdasarkan asas satu orang, satu undi, satu nilai. Semasa kita membahas Laporan Persempadanan Semula SPR, perlu kita ingat apakah kuasa dan tanggungjawab yang diberikan kepada SPR oleh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kajian semula boleh berlaku di bawah tiga peruntukan di bawah Perkara 113. Saya tak payah baca klausa-klausa tersebut tetapi kalau kita menghayati klausa-klausa tersebut, adalah jelas dalam keadaan jika kajian semula terakhir telah berlaku lebih daripada lapan tahun. Maka sekalipun terdapat pertambahan kerusi seperti mana untuk DUN Sarawak dan Sabah, Klausa 21 akan tetap digunakan iaitu untuk membetulkan ketidakpatuhan Perlembagaan, Constitutional non-compliance iaitu Perlembagaan bertentang dengan sempadan sedia ada kepada Jadual Ketiga Belas dan kalau kita lihat jadual tersebut, adalah jelas bahawa dalam peruntukan tersebut jikalau SPR melakukan kajian di bawah Perkara 113(2)(i), maka satu-satunya tugas SPR ialah cadangkan perubahan untuk membetulkan ketidakpatuhan kepada Jadual Ketiga belas. SPR langsung tidak ada kuasa budi bicara untuk; (a) tidak cadangkan perubahan apabila berlaku ketidakpatuhan dalam kata lain, mengekalkan ketidakpatuhan iaitu preservation of non-compliance atau cadangkan perubahan yang memburukkan lagi ketidakpatuhan, aggravation of non-compliance. So inilah yang berlaku iaitu apa yang tidak betul, tidak diperbetulkan sedangkan yang tidak patut dijadikan lebih teruk lagi. Sembarangan SPR yang mengekalkan atau memburukkan ketidakpatuhan dalam kajian semula persempadanan di bawah Perkara 113(2)(i) telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan kita. Di sini, kita lihat tentang dakwaan bahawa bila kita sebut pewajaran bagi kawasan, ini tidak dipatuhi sebaliknya telah bertambah lebih buruk. Kita boleh lihat banyak contoh yang diberikan oleh rakan-rakan saya tadi dan saya tidak ingin menjelaskan secara lanjut tentang ketidakwajaran dan ketidakadilan dalam ucapan saya. Akan tetapi, bila kita lihat tentang weightage pewajaran baik untuk bagi luar bandar ataupun bagi kawasan tertera pula pewajaran bagi kawasan di mana timbul banyak perkara- perkara yang sumbang sampai kita lihat di mana seperti yang saya sebut tadi, konsep satu orang, satu undi, satu nilai tidak langsung dipatuhi, di mana ada setengah kerusi Parlimen boleh sampai 150,000 tapi kawasan Parlimen lain ada beberapa puluh ribu sahaja. Ini memang tidak adil sama sekali.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bukan sahaja bila kita ada bantahan sedemikian, antara contohnya Puan Maria Chin, bekas Pengerusi BERSIH dan seorang pengundi P.106 Petaling Jaya yang mewakili 100 pihak pembantah, bila mereka buat bantahan, ini tidak diendahkan. Bukan sahaja pengundi-pengundi biasa tidak diendahkan, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor pun tidak dipedulikan. Kedua-dua kerajaan negeri telah pun memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan dan sebelum kesemua kes berkenaan dalam persempadanan ini diputuskan dengan muktamadnya di mahkamah, memperbahaskan persempadanan di Dewan yang mulia ini adalah sebenarnya subjudice. Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua sendiri menyatakan apabila menolak membahaskan isu 1MDB, beliau memberikan alasan subjudice. Dengan izin, “as a Speaker, I have to consider the possibility that the questions and answers could affect the party suing or being sued or the ongoing trial". Sekiranya 1MDB tidak dibenarkan dibahaskan semata-mata kerana ada sesuatu perbicaraan mungkin diadakan baik di dalam ataupun di luar negeri, mengapa bila ada satu kes yang sedang dibicarakan dalam peringkat Mahkamah Persekutuan- tadi Yang Berhormat Gombak pun menyatakan ia akan didengarkan hari esok, mengapakah kita tidak mengambil peduli prosedur kehakiman? Sebaliknya secara terburu-buru atau tergesa-gesa hendak meluluskan usul pada hari ni. Laporan sedemikian bukan sahaja curang daripada segi inti patinya tetapi juga curang daripada segi prosedur. Untuk Negeri Pulau Pinang, kita lihat gerrymandering secara terbalik. Apa yang saya maksudkan secara terbalik kerana bila kita sebut sesuatu yang tidak dipatuhi, ia harus diperbetulkan tetapi ini tidak berlaku. Contohnya untuk Pulau Pinang di mana ada kawasan pilihan raya untuk dewan negeri di mana bilangan pengundinya adalah amat rendah tetapi tidak ditambah langsung. Sebaliknya dikurangkan lagi contohnya kawasan saya N.23 Air Putih yang sebelum ini ada lebih 14,000 hampir 15,000 pengundi tetapi sekarang telah dikurangkan tinggal 12,752 pengundi. Ini amat tidak adil kalau berbanding dengan kawasan DUN sebelah saya iaitu N.34 Paya Terubong yang ada pengundi yang paling ramai di Negeri Pulau Pinang sebanyak 41,707 undi iaitu setiap pengundi dekat kawasan saya di Air Putih adalah hampir tiga setengah undi nilainya di kawasan Paya Terubong.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua DUN adalah kawasan yang dimenangi oleh parti saya. Kedua-dua DUN adalah di bawah Pakatan. Akan tetapi kami rasa adalah tidak adil, mengapa satu undi di kawasan saya di Air Putih adalah sama dengan tiga setengah undi di kawasan Paya Terubung. Inilah omission, inilah kegagalan oleh SPR yang kita cabar di mahkamah. Ini kerana kalau hendak buat persempadanan semula, mengapa ia tidak dijalankan di negeri Pulau Pinang. Ini adalah gerrymandering in reverse atau gerrymandering secara terbalik. Ini mengingatkan saya apabila kita sebut dalam satu sistem demokrasi, dalam satu sistem demokrasi, pengundi memilih Ahli-ahli politik. Akan tetapi di dalam sistem gerrymandering yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional, Ahli Politik memilih pengundi. In other words in democracy the voters choose the politicians but in gerrymandering ala Barisan Nasional, it is the politicians who choose the voters. Itulah sebabnya bila kita sebut pewajaran untuk kawasan ini tidak dipatuhi sehingga sesuatu yang non-compliance tidak patuh menjadi lebih teruk lagi. Itulah sebabnya kita menolak usul pada hari ini dan kita meminta bahawa ia ditangguhkan sekurang-kurangnya untuk mendengar perbicaraan yang dijalankan dan tunggu penghakiman oleh pihak Mahkamah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, kita menentukan masa depan negara. Kalau kita membenarkan kepincangan dan kecurangan pada hari ini diteruskan, ini adalah satu pengkhianatan kepada demokrasi dan juga kuasa rakyat. Sungguhpun untuk pihak kami di sini akan jadi lebih sukar kerana ini memberikan kelebihan kepada parti pemerintah. Akan tetapi saya masih yakin bahawa rakyat akan membuat keputusan yang tepat kerana mereka melihat demokrasi dicabuli dan Malaysia dan demokrasi haruslah diselamatkan. Sekian, terima kasih semua... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

[Membaca sepotong ayat al- Quran] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri Bagan Serai peluang untuk mengambil bahagian di dalam membahaskan kajian semula persempadanan ini selepas ‘Bagan terowong’. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang sangat prihatin yang apabila membuat sesuatu meletak kepentingan kepada rakyat. Semua, dasar- dasar dan perkara-perkara yang dilakukan seperti memberi BR1M, seperti memberi PTPTN, seperti memberi subsidi dan sebagainya, malah GST sekalipun telah dibuat kajian yang sangat mendalam sebelum dibentangkan. Namun ada golongan yang sentiasa dalam ketakutan, tambah-tambah sekarang sangat desperate kerana tak tentu hala tuju contohnya memberikan manifesto yang bukan- bukan, yang retorik, yang populis, yang bagi angan-angan kosong. Sedangkan manifesto yang dahulunya pun tak dapat disempurnakan dengan baik. Sedangkan Barisan Nasional telah memenuhi lebih daripada 95 peratus manifesto dan janji-janji pilihan raya dulu. Inilah dia boleh dapat pangkat ‘A’. Kalau dalam peperiksaan boleh dapat pangkat ‘A’. Jadi Tuan Yang di-Pertua, setelah 15 tahun tidak ada persempadanan begitu lama. Inilah masa yang tepat. Inilah masa yang tepat sekali kerajaan melakukan kerana negara kita sudah maju, manusia sudah semakin ramai, demografi dan population sudah berubah banyak perkara-perkara yang telah berlaku. 15 tahun inilah kali keenam di mana persempadanan akan dibuat. Malah kita bertanya juga kenapa tak dibuat lebih awal lagi kerana sejarah telah membuktikan setiap kali persempadanan ini dibuat telah dapat pertambahan kerusi. Tujuan utama persempadanan ini adalah untuk memudah cara, untuk bagi mudah rakyat tak susah hendak keluar mengundi dan sebagainya. Wakil Rakyat supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik bukan menang dan lari, tetapi menang dan tunggu bukan kerja bermusim, tetapi kerja sentiasa sehingga rakyat dapat keberkatan dan proses pilihan raya itu sendiri. Supaya proses pilihan raya itu dapat dikekalkan, dapat dibuat dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya menurut kehendak Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan telah mengkaji semula pembahagian ini dan telah tamat tempohnya melebihi lapan tahun. Kalau kita lihat di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, inilah kali pertama dia buat, inilah first time dibuat persempadanan yang mana walaupun boleh berbuat demikian pada tahun 2011 pasca tsunami PRU 2008. Ini kerana kerajaan ingin melaksanakan kajian persempadanan semula ini bertepatan dengan Perkara 113. Kita dapat lihat kalau hendak dibuat, hendak dikatakan untuk bagi menang BN, sudah tentu dibuat lebih awal lagi. Sebab banyak tempat-tempat yang dimenangi oleh pembangkang selama ini. Pelbagai kajian telah dijalankan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa tentang faktor-faktor yang mempengaruhi. Faktor-faktor yang saya sebutkan tadi seperti pola penempatan, kepadatan penempatan, komposisi manusia, bentuk muka bumi dan sebagainya. Jadi selain daripada faktor penduduk di sesebuah kawasan persempadanan semula juga perlu dilihat dari segi keluasan sesebuah kawasan. Sebagai contoh daripada Sarawak keperluan untuk persempadanan adalah wajar kerana kawasan ini teramat besar walaupun penduduknya tidak begitu ramai. Namun kita lihat ada wakil rakyat yang menjaga sebesar negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua, kalau satu Wakil Rakyat jaga kawasan yang lebih 100,000 orang ini bukan untuk dibanggakan sebenarnya. Persoalannya dapat kah dia jaga dengan baik rakyatnya di tempat itu. Dapatkah dia menepati, menjadikan janji-janjinya untuk jaga rakyat dengan lebih baik. Jadi kemampuan seorang Ahli Parlimen untuk jaga sesuatu kawasan. Sebab itu kita lihat hari ini persempadanan ini perlu dibuat dengan keadaan suasana demografi yang telah berubah, population yang telah berubah hari ini. Contohnya, pada PRU Ke-13 terdapat sembilan kawasan yang mempunyai lebih 100,000 pengundi, saya bagi contoh. Contohnya di Gombak contohnya di Selayang, Hulu Langat, Serdang, Subang, Kapar, Puchong, Kelana Jaya dan even Kota Raja dan kesemuanya kawasan ini terletak dalam negeri Selangor. Jadi persempadanan ini perlu buat dan apabila tiba pada masanya menunjukkan kita prihatin, menunjukkan kita akur bahawa kebajikan rakyat, kepentingan rakyat diutamakan dan perjalanan pilihan raya yang akan datang hari ini. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat, boleh mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak bagi Yang Berhormat, duduk-duduk Yang Berhormat.

Menjawab beberapa persoalan, bagi menjawab persoalan.

Sebut Kapar tadi, biar saya bagi pencelahan.

Gerrymandering dan juga malapportionment yang dijadikan alasan untuk menuduh SPR...

Ini bukan bajet GST, diamlah.

...Melakar sesuatu kawasan pilihan raya untuk kemenangan parti tertentu juga tidak benar. Keputusan mahkamah baru- baru ini yang memihak SPR membuktikan badan itu mematuhi prinsip persempadanan semula berdasarkan peruntukan dalam Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, sejarah pilihan raya sendiri telah membuktikan bahawa persempadanan semula bukanlah faktor penentu untuk kemenangan sebenarnya. Kita lihat yang sebenarnya yang ditentukan oleh pilihan pengundi. Kita dapat lihat seperti yang telah berlaku ke atas Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak yang pernah berjaya di perintah oleh pihak parti pembangkang sehingga berpenggal yang masih menggunakan formula dan sistem persempadanan yang sama. Ini yang saya hairan, apabila dulu duduk dalam kerajaan semua okey. Akan tetapi apabila pindah ke sana contohnya bekas Pengerusi SPR mengatakan Kerajaan Barisan Nasional buat semua ini untuk menipu rakyat. Hoi! Apa ini? Apa sudah jadi ini? Sedangkan Pengerusi SPR yang lepas mengambil tempat sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk ke kerusinya. Jadi itu saya tanya tadi semasa Gerik berbahas tadi saya tanya. Kerajaan patut buat siasatan sebenarnya, apa sudah jadi dengan kepala dia ini.

Apa dalam kepala dia ini sehingga dia keluar tiba-tiba semua terjejas, 99 peratus salah, selama ini betul. Tuan Yang di-Pertua, bila dah pindah ke sana dah jadi suci pula dah. Ini saya hendak tanya tempat penyucian ke? Bila pergi sana jadi suci bersih, bila duduk sini jahat. Ini apa ini? Malah masa dia menjadi Pengerusi SPR, siapakah Perdana Menteri? Saya rasa perlu disiasat, kerajaan perlu siasat siapa yang jadi Perdana Menteri semasa yang dikatakan SPR melakukan kesalahan-kesalahan dan menipu rakyat. Ini patut siasat.

Siapa government masa itu? UMNO government, jangan lupalah itu.

Siapa yang jaga? Siapa yang jaga?

Apalah, makan tuan!

Jadi, dia keluar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya Yang Berhormat.

Bila pergi sana, semua orang dengan tenangnya saya pernah duduk di sana, saya pernah jadi ini, saya pernah jadi itu. Apa cakap ini?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapa dulu diam? Sekarang nak bising. Dulu kenapa tak bantah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Gadai prinsip, tidak ada prinsip.

Saya sekali lagi menyatakan tahniah kepada kerajaan...

Sekarang dah salah kau kena kutuklah.

...Berterima kasih dan tahniah kepada SPR. Kita kena bagi kepercayaan, ini mahkamah buat keputusan, bukan parti buat keputusan. SPR yang berkecuali dan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan dan juga kepada PDRM dan mereka ini kakitangan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baik tetapi dihentam...

Yang Berhormat Bagan Serai.

...Mengatakan ikut telunjuk seseorang, ikut telunjuk parti.

Yang Berhormat Bagan Serai, fasal Kota Raja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja, tidak ada masa dah Yang Berhormat Kota Raja.

Boleh.

Ini kerja betul. Tuan Yang di- Pertua, persempadanan yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa dah habis Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bagan Serai.

Persempadanan yang sejarah yang patut...

Yang Berhormat Bagan Serai, cuba tengok Kota Raja.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Tak betul itu, mahkamah tidak cakap begitu.

Saya mengucapkan terima kasih dan sekali lagi menekankan dan mengajak rakyat Malaysia jangan terpengaruh dengan tipu helah, dengan kata-kata pembohongan oleh pembangkang hari ini...

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan terpengaruh dengan tipu helah UMNO.

Bagan Serai menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat...

Satu minit lagi boleh celah? Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dah habis dah.

Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Amat Berhormat...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Bagan Serai dah habis Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Apalah? Buat persempadanan semula.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Cakap lain. Esok keputusan, subjudice.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Minta yang lain duduk Yang Berhormat.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Shah Alam, air tidak ada.

Hoi! Negeri lain pun, Johor pun...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang tak adil lagi 1MDB, yang tak adil lagi 1MDB. Air dah selesai.

GST pun tidak ada. Dulu tak ada. Sekarang ada GST, sekarang ada 1MDB, apalah punya otak!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang duduk...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya sila Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNTimbalan Perdana Menteri · Bagan Datok

Sini pun ada sabotaj ke? Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menggulung di Dewan yang mulia ini bagi mengambil kira semua pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh sahabat sekalian di atas usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini berkaitan dengan laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor yang Dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan pada hari ini. Yang terakhir tadi Yang Berhormat Bagan Serai, sebelum itu Yang Berhormat Bagan dan sekarang Bagan Datuk. Seperti yang kita sedia maklum, urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian- bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu telah dimulakan pada 15 September 2016 iaitu apabila tersiarnya notis di bawah seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Bermula dari tarikh itu, pelbagai cabaran telah dilemparkan terhadap SPR khususnya ke atas syor persempadanan semula.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNTimbalan Perdana Menteri · Bagan Datok

Selain itu, terdapat juga beberapa pihak yang telah mengheret SPR ke mahkamah kerana tidak berpuas hati terhadap syor persempadanan tersebut tetapi SPR telah menyediakan suatu platform untuk semua pihak mengemukakan bantahan terhadap mana- mana syor persempadanan yang telah dipamerkan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 5, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Namun, realitinya keputusan mahkamah yang berpihak kepada SPR membuktikan bahawa SPR telah melaksanakan tugas ini berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi di negara ini... [Tepuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Penjelasan.

Untuk maklumat...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Apa ini?

Ini hantu kah siapa ini? Ini hantu kan?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Nak tanya...

Sudah digantung, ini hantu kan?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Apa ini? Apa ini?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Apalah, jangan kurang ajar, apa hantu- hantu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Dia tidak wujud dalam Dewan.

Saya akan beri, saya akan beri kepada yang tidak dikeluarkan dari Dewan. Untuk maklumat Yang Berhormat, semasa pameran syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri- negeri Tanah Melayu yang telah diadakan pada 15 September 2016 sehingga 14 Oktober 2016, pada 8 Mac 2017 sehingga 7 April 2017 dan pada 15 Januari 2018 sehingga 14 Februari 2018, SPR telah menerima representasi yang dikemukakan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga daripada kategori kumpulan 100 orang atau lebih pemilih berdaftar bagi kawasan bahagian pilihan raya yang terbabit. Bukan setakat itu sahaja, pihak SPR telah turun padang hatta hingga ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan penjelasan daripada pembantah-pembantah. Ini jelas membuktikan bahawa SPR membuka peluang seluas-luasnya kepada semua penduduk untuk mengambil bahagian di dalam proses Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri- negeri Tanah Melayu dan bagi memastikan syor-syor yang dikemukakan turut mengambil kira keperluan semua penduduk. Kita semua sedia maklum bahawa terdapat syor-syor yang dicadangkan oleh SPR tidak dipersetujui oleh beberapa pihak dalam kerajaan sendiri. Sungguhpun begitu, kerajaan tidak mengganggu mahupun mempengaruhi SPR dalam melaksanakan tugas-tugas mereka malahan pihak kerajaan menghormati setiap keputusan yang telah dibuat oleh SPR. Ini kerana pihak kerajaan akur akan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang yang tertinggi di negara kita kepada pihak SPR untuk melaksanakan tugas-tugas mereka bagi menjamin kemurnian sistem Demokrasi Berparlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengikuti dengan teliti terhadap 14 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun membangkitkan 14 perkara untuk Pilihanraya Umum Ke-14 ini: (i) mengenai persempadanan semula yang dikatakan bertujuan untuk memenangkan kerajaan yang memerintah; (ii) ketidakseimbangan pemilih dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang dikatakan mengikut prinsip one man, one vote, one value dan juga malapportionment; (iii) notis persempadanan tidak lengkap; (iv) tiada pertambahan bahagian pilihan raya; (v) syor SPR menyebabkan polarisasi kaum; (vi) syor SPR memusnahkan hubungan tempatan; (vii) representasi tidak dipanggil untuk siasatan tempatan dua negeri Selangor; (viii) pembentangan laporan akhir Kajian Semula Persempadanan Bagi Negeri Sabah sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna; (ix) 35 peratus kerusi Parlimen diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak; (x) cadangan supaya penggubalan draf persempadanan dimulakan di Dewan Rakyat sebelum dibawa kepada SPR; (xi) Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Malaysia diaudit supaya badan bebas boleh melaksanakannya; (xii) pemisahan fungsi persempadanan daripada SPR; (xiii) pengemaskinian daerah mengundi selepas kajian semula persempadanan; dan (xiv) bantahan-bantahan yang dibuat oleh pembangkang dibuat secara umum manakala bantahan yang dibuat oleh kerajaan adalah dibuat dengan cadangan-cadangan dan tidak dibuat secara semberono.

Jadi, keempat belasan isu berkenaan telah diambil kira oleh pihak SPR dan pihak kerajaan berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk mendengar dan mengambil kira pandangan-pandangan berkenaan. Saya tidak berhajat untuk mengulas secara detil tetapi saya ingin menjelaskan bahawa SPR telah menerima keseluruhan sebanyak 1,685 representasi sepanjang tempoh pameran kali pertama dan kedua Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu yang dikemukakan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sekumpulan pemilih yang telah saya sebutkan. Secara keseluruhannya, SPR telah mempertimbangkan kesemua bantahan, termasuk 600 atau 36 peratus representasi yang telah diadakan siasatan tempatan. Dalam hal ini, keputusan SPR adalah seperti berikut. 1,041 atau 62 peratus representasi, termasuk representasi sokongan di terima untuk di pertimbangkan... [Tepuk] Sebanyak 545 atau 32 peratus representasi ditolak untuk dipertimbangkan, 99 atau bersamaan enam peratus representasi sebahagiannya diterima dan ditolak. Ada rakan-rakan yang bertanya mengenai perbelanjaan untuk kajian semula persempadanan ini. Saya ingin menyebutkan, pada tahun 2015 SPR telah membelanjakan kira-kira RM3.9 juta. Pada tahun 2016, kira-kira RM1.5 juta. Ertinya, SPR telah membelanjakan sebanyak RM5.4 juta.

So, di dalam hal ini oleh sebab kita telah memperkirakan semua pandangan Ahli- ahli Yang Berhormat seramai 14 orang tadi daripada belah sini dan belah sana, maka saya harap pengundian dapat dilakukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak Yang Berhormat Menteri menjawab soalan tidak dijawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri sudah habis menjawab, Yang Berhormat.

SPR tidak menjawab...

[Dewan riuh]

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Sila Yang Berhormat Semporna.

Pertama, persoalan yang saya bangkitkan berhubung kait dengan Perlembagaan. Ini kerana kalau saya sebutkan dan saya telah sebutkan tadi kalau kita melihat dari segi pronouncement, dengan izin, Enakmen Dewan Undangan Negeri yang bertarikh 17 Ogos 2016 yang ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Sayed Abas bin Sayed Ali. Perkara dua, Perlembagaan Negeri Sabah dipinda dalam Perkara 14(2) dengan menggantikan perkataan ‘60’ dengan perkataan ‘73’. Enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh penyiaran dalam warta. Maknanya, enakmen ini sudah menjadi undang-undang Dewan Undangan Negeri Sabah. Kalau kita melihat Schedule Ninth, Perlembagaan Malaysia, “section 9 of the Thirteenth Schedule automatically trigger…”, dengan izin, “…as soon as EC submitted the reports to the Prime Minister under section act”. The Prime Minister, dengan izin, mempunyai tanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada Parlimen. Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada hak untuk menolak enakmen yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Sabah. Ini kerana ia sudah menjadi undang-undang. Tidak ada kuasa bagi Ketua Menteri Sabah, bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membatalkan atau menidakkan enakmen itu, tidak dibawa. Kalaupun hendak tolak penambahan kerusi yang ada, fasal ini sudah diwartakan. Ini kerana saya pun ada quote jawapan yang diberikan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Ringkaskan Yang Berhormat.

Iaitu untuk makluman Ahli Yang Berhormat iaitu kawan saya, rakan saya Yang Berhormat Parlimen Penampang yang soal. Yang Berhormat Penampang bertanya mengenai bila SPR akan membentangkan persempadanan semula baru di Sabah sedangkan Dewan Undangan Negeri Sabah sudah pun ubah untuk menambah 13 Kerusi Dewan Undangan Negeri. Jawapan Yang Berhormat daripada Azalina. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR telah selesai menjalankan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sabah dan laporan akhir telah diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Februari 2017 selaras dengan pindaan Perkara 113(10), Perlembagaan Persekutuan. Apa erti dia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Ringkaskan.

Ini Perlembagaan. Di mana kuasa sama ada Dewan Rakyat ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Saya minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua. Sahabat tetap sahabat. Di sini atau di sana. Akan tetapi atas perkara prinsip, saya perlu jawab. Benar, laporan akhir telah diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Februari. Kuasa untuk membentangkan laporan akhir tertakluk kepada budi bicara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selaras dengan seksyen 9, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Noktah. Jadi, apa yang dilakukan adalah mengikut Perlembagaan itu. Saya tidak berhajat untuk membuka. Saya serahkan kembali kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Kenapa tidak bentang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Oleh sebab usul ini dikehendaki dipersetujui dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan Ahli Majlis ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam fasal 10, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan dan mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5). Maka, dengan ini saya memerintahkan satu belah bahagi diadakan sekarang. Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]

[Dewan berbelah bahagi]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Pengundian dijalankan] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanggungjawab untuk kira undi sila ambil tempat masing-masing di blok masing-masing. Pastikan bahawa kiraan itu kiraan yang tepat. Jangan macam apa yang berlaku tempoh hari. Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada, tidak diambil kira. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini ialah keputusan belah bahagian yang dijalankan sebentar tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju 80... [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju 129... [Tepuk]

[Usul disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan Ahli Majlis ini mengundi bersetuju dengan usul nombor satu, maka usul ini disetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 29 Mac 2018.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.21 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Insiden Tanah Runtuh di Parlimen Lembah PantaiSpecial Chamber

Puan Nurul Izzah Binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada tahun 2015, KuLSIS menyatakan kawasan Parlimen Lembah Pantai mempunyai 315 lereng bukit berisiko tinggi dan kedua paling bahaya di Kuala Lumpur. Perkara ini amat membimbangkan apabila berlakunya kejadian tanah runtuh kecil berhampiran Jalan Pantai Permai, berdekatan dengan pintu gerbang Pantai Hill Park pada 26 Januari 2018. Kejadian ini berlaku selepas hujan lebat yang hanya berhenti pada jam tujuh petang. Penduduk setempat mendakwa aduan telah dibuat tentang kejadian tersebut yang berlaku akibat kerja-kerja pembangunan yang tidak terkawal.

Saya juga memohon kementerian menyatakan statistik terkini Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS) yang mempamerkan risiko lereng bukit di Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2017. Tanah runtuh kecil ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas kecil di Jalan Pantai Permai. Dahan, kayu-kayu pokok berselerak akibat tanah runtuh sehingga ke bahu jalan, mengakibatkan lalu lintas sesak untuk kerja-kerja pembersihan. Laluan pejalan kaki juga mengalami kerosakan akibat terkena tanah runtuh. Kita bernasib baik kerana tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan penduduk mengenai keselamatan mereka.

Keadaan tanah yang tidak selamat di Jalan Pantai ini perlu diambil perhatian oleh DBKL. Saya

Puan Nurul Izzah Binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

pohon agar pihak kementerian menyatakan punca yang menyebabkan tanah runtuh kecil di Pantai Permai. Apakah status risiko tanah tersebut memandangkan ia berhampiran dengan Hutan Simpan Bukit Gasing. Tanah runtuh juga berlaku dua bulan selepas tanah runtuh yang berlaku di Jalan Medang Tanduk, Bangsar pada 18 November 2017, yakni di kawasan yang berhampiran dengan kawasan perumahan dan pembinaan di lereng bukit tersebut.

Situasi ini menunjukkan kes tanah runtuh di Parlimen Lembah Pantai perlu diambil perhatian serius oleh pihak DBKL. Pihak DBKL dan kementerian harus meletakkan komitmen yang tinggi dalam mewartakan kawasan hijau di lereng bukit yang berisiko untuk tanah runtuh.

Ini bagi memastikan lereng-lereng bukit tersebut tidak terdedah dengan tanah runtuh dan kerakusan pemaju untuk membina projek di kawasan berisiko tersebut.

Saya optimis pihak bertanggungjawab melaksanakan perancangan ini memandangkan saya sudah membangkitkan isu tanah runtuh di Bukit Gasing sejak 2013 lagi. Kementerian juga perlu menyatakan dalam 340 projek yang dipantau oleh DBKL pada tahun 2017, berapakah jumlah projek yang melibatkan Parlimen Lembah Pantai dan berisiko tinggi untuk tanah runtuh.

Di sebalik kerancakan pihak kementerian yang membangunkan Kuala Lumpur, pemuliharaan kehijauan dan keselamatan warga kota perlu selari dengan dasar yang ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak Yang Berhormat Menteri dapat menjawab isu ini demi kepentingan warga kota khusus di Lembah Pantai. Terima kasih.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai, berdasarkan Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS) tahun 2015, kawasan Parlimen Lembah Pantai sebanyak 315 cerun yang berisiko sangat tinggi dan berisiko tinggi. Dari jumlah tersebut, sebanyak 144 cerun mempunyai tahap bahaya sangat tinggi dan tinggi.

Cerun-cerun tersebut adalah termasuk kawasan persendirian, tanah kerajaan serta lain- lain. Dari jumlah 144 tersebut, 45 cerun berada dalam kawasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tanah kerajaan. Cerun yang berisiko tinggi dan sangat tinggi bermaksud cerun tersebut berada berhampiran dengan jalan, perumahan, sekolah atau struktur-struktur lain yang sekiranya runtuh akan memberi impak yang besar kepada orang ramai.

KuLSIS 2.0 yang dibangunkan pada tahun 2017 masih berada dalam peringkat pelaksanaan. KuLSIS 2.0 ini bertujuan untuk mengemas kini data cerun dan data-data pembangunan sehingga tahun 2017. KuLSIS diguna pakai bagi tujuan kawalan pembangunan

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

dan penyelenggaraan cerun. Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar, DBKL pula bertanggungjawab untuk menyelenggarakan dan memantau cerun-cerun milik DBKL dan tanah kerajaan tanpa mengira tahap risiko. Penyelenggaraan dan pemantauan cerun yang telah dijadikan sebahagian dari KPI jabatan ini untuk memastikan pemeriksaan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun. DBKL juga akan meletakkan papan tanda-papan tanda cerun bagi memaklumkan maklumat cerun tersebut berserta nombor yang boleh dihubungi sekiranya berlaku runtuhan.

Bagi kawasan Lembah Pantai, sebanyak 12 kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan cerun telah dilaksanakan sepanjang pada tahun 2017. Tuan Yang di-Pertua, kejadian tanah runtuh kecil, berhampiran Jalan Pantai Permai, berdekatan dengan pintu gerbang Pantai Hill Park pada 26 Januari 2018 berlaku di Lot 480556 dan Lot 450558. Siasatan menunjukkan tanah runtuh ini adalah akibat dari aliran air daripada rumah kongsi yang tidak mengikut Pelan Kelulusan Kerja Tanah yang diluluskan pada 22 Disember 2017.

Selepas kejadian tersebut pemaju telah meminda aliran air tersebut dan mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan kestabilan cerun di kawasan berkenaan. Pemaju yang menanam rumput telah menanam rumput di kawasan cerun dan akan membaiki sebahagian longkang di kaki cerun yang telah rosak. Pemaju juga telah mengemukakan permohonan pindaan Pelan Kerja Tanah pada 20 Mac 2018.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Kenyataan Yang Berhormat Lembah Pantai yang mengaitkan kejadian tanah runtuh dengan projek pembangunan adalah kurang tepat. Mengambil contoh yang diberikan mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Medang Tanduk pada hari Sabtu 18 November 2017 berlaku di atas lot 52285. Tapak tersebut masih belum dibangunkan ketika kejadian tersebut berlaku. Walau bagaimanapun pemilik / pemaju lot 52285, Fokus Armada Sendirian Berhad pernah memohon kelulusan Pelan Kerja Tanah. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 22 November 2016, telah menangguhkan kelulusan Pelan Kerja Tanah tersebut kerana tidak mematuhi Garis Panduan Pelan Kerja Tanah.

Semua permohonan pembangunan di kawasan bukit dan cerun yang dipertimbangkan oleh DBKL adalah tertakluk kepada pemantauan terhadap Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Cerun Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010. Garis panduan ini tidak menghalang pembangunan di kawasan bercerun tertakluk kepada pemantauan syarat-syarat kejuruteraan yang ketat kerana mengambil kira keperluan memelihara kawasan sensitif alam sekitar dan keselamatan penduduk.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l JaganathanTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Tuan Yang di-Pertua, pemeriksa bebas (independent checker) perlu dilantik oleh DBKL dengan kos ditanggung oleh pemaju untuk membuat semakan terhadap reka bentuk dan pemantauan kerja-kerja cerun di tapak projek serta memberi pandangan kedua (second opinion) ke atas kesesuaian reka bentuk kejuruteraan bagi pembangunan di kawasan cerun yang berisiko.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 29 Mac 2018.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.43 petang]