Dewan Rakyat · 6 August 2018

15th Parliament, session 1, meeting 1 · 1,160 turns · 48,690 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju · question

1. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh pada hujung tahun ini dan berapa wang peruntukan yang telah disalurkan untuk membuat persediaan bagi tujuan tersebut.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPKR · PHTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Pandan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang telah menanyakan soalan ini. Saya nak beritahu bahawa di antara langkah persiapan yang dilaksanakan untuk menghadapi musim tengkujuh adalah seperti berikut: (i) pemodenan dan penyelenggaraan- maintenance, dengan izin, aset merangkumi lori, pacuan empat roda, bot penyelamat, lain-lain yang dimiliki oleh ATM, PDRM, Bomba dan APM; (ii) sebagai persediaan, peruntukan RM50 juta telah dibelanjakan untuk perolehan yang merangkumi pembelian bot-bot amfibia, bot-bot penyelamat pelbagai saiz, pacuan empat roda, lori-lori lima tan, lori- lori tujuh tan, cubicle tent serta lain-lain lagi; (iii) pembinaan keupayaan iaitu capacity building, dengan izin, melalui latih amal dan bengkel melibatkan para pegawai daerah dan ketua polis daerah bagi mengendalikan pusat kawalan operasi bencana dan pusat kawalan tempat kejadian; (iv) kita juga buat Seminar Komander Operasi Bencana Kebangsaan iaitu sesi-sesi latih amal kepada masyarakat. Setakat ini telah diadakan di 12 lokasi dengan 6,000 penyertaan. (v) kita juga libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi memastikan urusan bantuan di lokasi bencana lebih terselaras dan persediaan pusat-pusat pemindahan di bawah perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat; (vi) kemudahan tandas, tempat memasak dan kemudahan lain di pusat pemindahan akan dibaiki yang mana perlu; dan (vii) kita juga meneruskan 213 projek dan program membaiki infrastruktur yang rosak dan pencegahan bencana banjir melalui Rancangan Malaysia Kesebelas.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPKR · PHTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Pandan

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai penyelarasan peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Tabung KWABBN telah ditubuhkan pada tahun 1957 di bawah seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Sejak tahun 2008 hingga 2017, sebanyak RM422 juta telah dibelanjakan untuk pengurusan bencana termasuk perpindahan penduduk, penyediaan makanan dan kebajikan kepada mangsa banjir termasuk pemberian wang ihsan. Peruntukan tabung KWABBN ini juga digunakan untuk projek pemulihan cerun dan sungai di Cameron Highlands, Pahang serta Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jawapan Yang Amat Berhormat cukup jelas. Cuma satu aspek yang saya minta maklumat tambahan daripada Yang Amat Berhormat iaitu aspek pencegahan. Pada setiap musim tengkujuh, bencana banjir sudah tentu akan melanda di beberapa negeri. Kehilangan nyawa dan kerugian harta benda boleh dapat dikurangkan sekiranya kita ada rancangan pencegahan yang lebih berkesan dan persiapan yang cukup. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk jangka pendek dan jangka masa panjang yang lebih menyeluruh dan efektif bagi mengurangkan kesan buruk bencana banjir di negara ini? Apakah cadangan Yang Amat Berhormat untuk memastikan kerjasama daripada kerajaan negeri di bawah pembangkang dalam pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir khususnya daripada segi peruntukan tanah? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju kerana memberi soalan tambahan. Memanglah kita jangkakan kalau kita ada ramalan yang lebih baik lagi untuk menangani masalah kita hadapi banjir ini. Ini kerana kalau kita ramalkan dengan lebih baik lagi dan lebih tepat, kita dapat mengurangkan risiko dan juga bencana yang telah melanda apabila banjir terjadi. Kita juga ada antara lain langkah penambahbaikan NADMA iaitu National Disaster Management Agency di JPM dalam menghadapi musim banjir adalah pelaksanaan Incident Management System (IMS) pada tahun 2020. Itu dalam segi jangka panjang. Pemodenan National Disaster Command Centre melalui pembangunan sistem disaster recovery dijangka siap sebelum 19 September. Pembudayaan pengurangan risiko bencana sehingga tahun 2030 selari dengan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030. Pengurusan bencana aspirasi Hyogo Framework for Action 2005-2015 juga telah diadakan. Di antara program yang bakal dilaksanakan iaitu Community-Based Disaster Risk Reduction.

Sains dan teknologi expert panel juga yang akan bertindak sebagai badan penasihat kepada NADMA bagi memperkasa dan mengarusperdanakan pengurusan risiko bencana negara. Pembinaan kapasiti melalui My Smart Hero dengan peningkatan tahap kesediaan menghadapi bencana di kalangan guru dan murid-murid daripada peringkat tadika lagi sampai ke atas dan menyediakan kerangka perundangan pengurusan risiko bencana yang akan memantapkan lagi pengurusan bencana negara secara menyeluruh. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju kerana kita memerlukan kerajaan negeri juga untuk menolong kerana kita juga menghadapi masalah selepas banjir itu apabila barang-barang yang tersekat dan menyumbat di dalam saluran air kita. Kita perlu menangani dan membersihkannya dan kerja-kerja membersihkan itu di bawah kawalan PBT dan juga di bawah KPKT. Jadi kita mahukan kerjasama bersama-sama. Yang lain itu kita akan cuba membaiki supaya ramalan kita awal, kita hadapinya dengan lebih baik lagi. Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Pertama sekali, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma, kita lihat ada satu isu yang berlaku sekarang ialah kita perlu menggalakkan bukan sahaja agensi kerajaan tetapi kepada badan-badan sukarela, badan-badan NGO yang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Soalan saya apakah kerajaan boleh menyediakan peruntukan kepada badan-badan NGO atau sukarelawan ini? Contohnya, menyediakan bot kepada mereka dan kemudahan- kemudahan bagi mereka bertindak waktu berlaku musibah banjir. Tanpa peruntukan, mereka terpaksa mencari dana sendiri, sedangkan mereka ini bertindak untuk membantu mangsa- mangsa tersebut. Minta pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang itu kita alu-alukan kepada sesiapa sahaja juga yang hendak menolong terutamanya NGO-NGO. Akan tetapi, penyelarasan Yang Berhormat sebut itu adalah penting. Aset-aset yang kita ada itu memang ada dalam jabatan yang telah saya sebutkan tadi. Namun, kalau kita hendakkan NGO-NGO ini- selalunya kita akan menjadi penyelaras bagaimana, apa yang boleh ditolong. Kalau hendak minta peruntukan itu, saya kira akan ada cara-baca bagaimana hendak memohon peruntukan. Walaupun peruntukan tidaklah khusus bagi banjir, namun yang lain itu boleh kita selesaikan kalau ada dana yang mencukupi. Yang lain itu adalah penyelarasan kerana coordination ini penting, Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana kadang-kadang ada juga NGO-NGO ini memang berniat baik tetapi dilonggokkan dan tidak ada yang menyalurkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan. Kadang kala pula jadi macam bahan politik. Dilonggokkan semuanya sehinggakan sesiapa ahli politik yang turun untuk menyampaikan dan mengambil gambar semua. Jadi kita mahu sekurang-kurangnya mestilah kita sampaikan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan yang sepatutnya menerimanya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru- baru ini di tempat saya, banyak rumah yang telah diterbangkan atapnya disebabkan oleh angin dan ada juga rumah yang roboh. Masalah yang saya hadapi tidak lain dan tidak bukan ialah emergency fund yang mana emergency fund ini memang tidak ada kepada saya sendiri. Jadi mereka betul-betul mahu emergency fund seperti ini. Jadi kalau boleh kementerian bolehlah memasukkan emergency fund itu macam, dengan izin, petty cash just in case kita memerlukannya, kita draw emergency fund, then kita boleh replenish lagi. Jadi itulah soalan saya yang tidak lain tidak bukan ialah peruntukan emergency fund. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Memang kita tahu bahawa ada masalah ribut terutamanya di Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja masalah yang melanda masa gempa bumi itu. Emergency fund itu boleh ada saluran yang kita boleh salurkan. Kalau boleh kita dapatkan permohonan dengan salurannya dan kita boleh sampaikan. Namun, saya hendak beritahu bahawa sekarang ini funds macam ini memang terpaksa kita tangguhkan di sesetengah tempat kerana kekurangan dana.

Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian · question

2. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, status guru-guru, pelajar dan bangunan KAFA yang sedang beroperasi sekarang ini sama ada masih dapat menerima bantuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepertimana kerajaan dahulu.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuantan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah penyelaras Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), manakala operasi KAFA dilaksanakan oleh agensi bertanggungjawab. Ada jabatan, ada yayasan agama Islam negeri. Sehingga kini, terdapat 5,609 buah premis; 31,460 orang guru; dan 973,555 orang murid yang sedang mengikuti Program KAFA di seluruh negara.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuantan

Berkenaan dengan bangunan KAFA, JAKIM tiada bangunan sendiri yang disediakan untuk KAFA dan menggunakan premis KAFA seperti sekolah kebangsaan, masjid, surau, sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat, balai raya, premis kerajaan, rumah kedai, sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah agama bantuan kerajaan. Itu premis-premis yang kita gunakan. Kelas KAFA yang sedang berjalan pada masa ini tidak dapat dinafikan adalah untuk memperkasa dan memperkukuhkan penguasaan pendidikan Islam dalam kalangan kanak- kanak peringkat rendah. Pada masa ini, kerajaan melalui JAKIM komited untuk meneruskan dan mengekalkan peruntukan bagi tujuan bayaran elaun guru KAFA sebanyak RM900 sebulan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM117 sebulan kepada setiap guru KAFA. Peruntukan ini disalurkan kepada agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA di peringkat negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih atas jawapan Menteri dan saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang meneruskan program ini. Cuma, saya ingin bertanya. Sebagaimana kita tahu bahawa guru-guru KAFA ialah guru-guru yang diambil secara kontrak. Di kalangan mereka bertugas hampir 20 tahun, ada yang sampai 25 tahun pun, dalam tempoh yang lama dan mereka tetap berstatus kontrak. Jadi persoalan saya, apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengambil mereka sebagai guru tetap melalui latihan-latihan perguruan waktu musim cuti dan sebagainya? Terima kasih.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Kubang Kerian. Insya-Allah, pihak Jabatan Perdana Menteri di bawah JAKIM sedang membuat satu kajian berkenaan dengan menaik taraf status guru-guru KAFA. Antaranya ialah untuk melantik mereka sebagai penjawat tetap dalam perjawatan. Memberi status perjawatan kepada mereka. Kedua, kita juga ingin memastikan bahawa kemahiran-kemahiran mereka ditingkatkan, diberi kursus-kursus seperti pedagogi dan sebagainya dan selaras dengan itu menaikkan status mereka ke tahap ada yang ada gred atau skim perjawatan. Kita juga sedang melihat- saya sendiri sedang melihat bagaimana negeri-negeri boleh membantu dengan memberi matching grant ya, Yang Berhormat Kubang Kerian, sebab negeri-negeri ada yang membantu menambahkan elaun tambahan. Contoh Selangor yang memberi elaun tambahan sebanyak RM700 kepada guru-guru KAFA ini sehinggakan mereka punya take home mencapai RM1,717. Jadi, ada negeri-negeri yang berbeza-beza dia punya elaun tambahan yang diberikan. Mungkin ini juga satu cara di mana ada matching grant yang diberikan oleh negeri supaya ada peningkatan pendapatan bagi guru-guru KAFA. Terima kasih Yang Berhormat.

Ini soalan saya lagi. Ini fasal...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Papar sekali lagi? Silakan.

Jadi ini fasal guru KAFA juga, di tempat saya memang ada sekolah KAFA tetapi apa yang menyedihkan tidak lain dan tidak bukan ialah gaji mereka yang dibagi itu kurang daripada RM900. Jadi kalau itulah jadinya yang mereka ini telah bekerja bertahun-tahun, masih lagi berstatus kontrak dengan gaji kurang daripada RM900 ertinya kita tidak memenuhi gaji minimum yang telah di-proposed oleh kerajaan kita. Jadi saya minta semua guru-guru KAFA yang menerima gaji di bawah RM900 ataupun RM900 di-review, dengan izin, supaya mereka ini akan sama-sama dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak kita kerana kita semua memang mahukan gaji yang baik dan tinggi supaya kita dapat menjalankan segala tugas-tugas kita dengan berhemah. Itu yang saya mahu, tolong review gaji mereka yang di Sabah. Terima kasih.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Papar. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Papar bahawa gaji elaun RM900 itu tidak akan diberi kurang. Jadi kalau sekiranya ada kekurangan daripada jumlah elaun yang diberikan itu sila laporkan supaya kita boleh buat penyiasatan dan dapat tahu kenapa berlaku kekurangan sebab ada negeri-negeri kita salurkan melalui pelbagai agensi sebelum disalurkan kepada guru, bukan direct daripada JAKIM. Jadi, kita perlu siasat sekiranya ada aduan yang begitu, Yang Berhormat Papar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jeli silakan.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Kelantan ada satu kumpulan bernama Penggerak Masyarakat, 3,075 orang dan sebahagian besar mereka kira-kira 2,800 di kampung dipanggil guru Al-Quran. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pagi ada ustaz di sekolah mengajar agama, petang ada kelas KAFA, pada lazimnya tiga kali seminggu dan selain itu ada tambahan dalam bentuk guru Al-Quran di kampung-kampung ini. Pada 15 Jun yang lalu perkhidmatan mereka ditamatkan. Pada pendapat kami di Kelantan mereka merupakan pelengkap kepada usaha- usaha yang dibuat di sekolah, di rumah juga mereka terdiri daripada kebanyakan wanita berusia 60 tahun ke atas. Jadi, saya sudah dapat jawapan bertulis daripada kementerian menyatakan kerajaan tidak ada rancangan untuk mengambil semula mereka sebagai guru Al-Quran. Jadi saya hendak mendapat pengesahan daripada kementerian. Jadi pada pandangan kami mereka memainkan peranan penting selain daripada sekolah ada juga di kampung-kampung yang memerlukan pemantapan dan mereka sudah berpuluh tahun menjalankan tugas ini. Pada 15 Jun yang lalu, 3,075 orang ini antara yang pertama yang ditamatkan perkhidmatan. Jadi soalan saya, sama ada kerajaan ingin mengkaji semula keputusan tersebut memandangkan peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam memantapkan bacaan Al-Quran di seluruh negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya juga menerima aduan berkenaan dengan Penggerak Masyarakat ini yang dihentikan skim elaun mereka dan jawatan mereka. Saya dimaklumkan bahawa mereka merupakan lantikan politik sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu, lantikan politik di Kelantan sebab itu mereka termasuk di dalam kategori yang dihentikan pada 15 Jun yang lepas. Akan tetapi Yang Berhormat Jeli, kita mengambil iktiraf bahawa peranan guru-guru Al-Quran ini tidak boleh kita perkecilkan dan kita memerlukan anak-anak kita mendapat bimbingan Al-Quran seperti yang kita semua mahu. Namun Yang Berhormat Jeli, kita akan kaji semula skim mana yang akan kita gunakan. Mungkin tidak meneruskan lantikan yang terdahulu tetapi kita akan teliti semula kriteria-kriteria dan ciri-ciri yang kita hendak lantik di dalam lantikan guru-guru Al-Quran di masa hadapan. Terima kasih Yang Berhormat Jeli.

Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka · question

3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, sama ada kerajaan bercadang untuk mengkaji semula atau membatalkan cukai pelancongan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Pelancongan 2017.

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan ChikPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Balik Pulau

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, di bawah pentadbiran kerajaan yang baharu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menilai semula pelaksanaan cukai pelancongan yang berkuat kuasa. Melalui penelitian kementerian ini, pelaksanaan cukai pelancongan oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Belanda, Itali, Singapura dan Indonesia membuktikan bagi tempoh jangka panjang cukai pelancongan memberikan perkembangan yang positif terhadap sektor pelancongan.

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan ChikPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Balik Pulau

Negara-negara seperti Arab Saudi dan Jepun juga baru memperkenalkan cukai seumpama ini yang dijangka akan memberi impak positif kepada industri pelancongan mereka melalui sokongan kewangan yang berterusan bagi mempromosikan dan menaik tarafkan infrastruktur produk pelancongan, seni dan budaya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cukai pelancongan yang telah dikuatkuasakan melalui 1 September 2017 dengan mengguna pakai Akta Cukai Pelancongan 2017 hanya dikenakan kepada pelancong-pelancong asing sahaja. Oleh itu cukai ini tidak membebankan rakyat negara ini. Kadar cukai yang dikenakan adalah sebanyak RM10 atau bersamaan dengan USD2.50 atau EUR2.10 bagi sebilik setiap satu malam dan ia nya merupakan kadar yang sangat minimum dan juga tidak membebankan kepada para pelancong asing. Setakat ini kita tidak ada rungutan yang diterima dari pelancong asing ke atas cukai yang dikenakan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Saya daripada aspek industri di mana pengusaha-pengusaha hotel terutamanya hotel bajet. Di mana apabila cukai pelancongan ini dikenakan, kalau kita berdasarkan kepada satu report daripada Malaysia Budget Hotel Association di mana mereka mengatakan selepas cukai pelancongan dikenakan keuntungan mereka jatuh 20 peratus. Ini sebagai contoh, hotel bajet mereka kenakan satu malam RM50 tetapi mereka perlu bayar cukai pelancongan RM10. Jadi 20 peratus daripada harga bilik sebab itu ia telah menyebabkan sesetengah pelancong asing memilih tempat lain. Begitu juga adakah Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini telah mengadakan perbincangan dengan industri ini terutamanya hotel-hotel bajet dan bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kepada kita, kepada Dewan berapakah jumlah kutipan yang telah diterima selama ini dan adakah kutipan cukai ini telah diagihkan kepada. Negeri-negeri terutamanya negeri yang mengutamakan pelancongan seperti negeri Melaka. Negeri Melaka memerlukan peruntukan sedemikian, kutipan daripada cukai pelancongan ini supaya negeri Melaka boleh menggunakannya untuk menaik tarafkan infrastruktur yang asas terutamanya bagaimana ia mengatasi masalah lalu lintas yang dihadapi oleh negeri Melaka apabila musim pelancongan, musim pack season, dengan izin, ramai orang datang ke Melaka menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Jadi dari segi ini bolehkah kita negeri pelancongan ini meminta supaya pihak kerajaan mengamalkan sistem seperti negeri-negeri pengeluar minyak seperti di Sarawak mereka minta royalti. Jadi kita negeri Melaka kita pentingkan, kita utamakan pelancongan, boleh tidak kita dapat konsep seperti royalti daripada cukai pelancongan?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat soalan sudah pun dikemukakan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan sebenarnya. Pertama, tentang budget hotel, dengan izin, yang merungut bahawa keuntungan mereka telah menurun. Akan tetapi sebenarnya apabila cukai pelancongan ini hendak dilaksanakan pada tahun lepas terdapat engagement, dengan izin, dengan industry player bersama dengan persatuan-persatuan hotel. Pada mulanya cukai pelancongan ini hendak dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menginap di hotel. Akan tetapi setelah berbincang dengan pihak industry player, kita membuat keputusan supaya ia cuma dikenakan kepada pelancong asing sahaja.

Jadi, sekarang saya rasa macam saya sebut tadi, kita tiada rungutan daripada pelancong asing yang menetap di hotel, okey. Jawapan kedua, tentang kutipan hasil cukai pelancongan. Setakat ini, kita mula daripada September 2017 sehingga Jun 2018, figure ini saya dapat daripada Kastam. Kita telah pun mengutip sebanyak RM146 juta. Soalan berkenaan dengan adakah kita akan memberi seperti formula royalti kepada setiap-tiap negeri?

Setakat ini, kita tidak ada rancangan untuk berbuat demikian. Akan tetapi sebenarnya kita gunakan kewangan ini, kita gunakan hasil ini ialah untuk tujuan promosi dan pemasaran yang agresif dan juga untuk menyelenggarakan infrastruktur-infrastruktur pelancongan. Kita juga ingin menganjurkan acara-acara seni dan budaya, memperkasakan lagi aktiviti dan program-program yang berbentuk seni dan kebudayaan. Jadi, wang hasil kutipan kita itu akan digunakan untuk memperkasakan lagi industri pelancongan dan ke seluruh negara. Tidak semestinya ke Melaka ataupun Selangor. Kita buat ini untuk seluruh negara. Sekian, jawapan.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, saya melihat bahawa pendirian kerajaan sekarang ini adalah untuk tidak mengkaji semula cukai pelancongan yang di- walaupun dulu tidak setuju, sekarang ini tidak mengkaji semula dan membayangkan bahawa ia merupakan satu dasar yang akan dilanjutkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Tahniahlah ya kerana ada perubahan dalam pendirian ke arah yang lebih baik dalam industri pelancongan. Saya mendengar bahawa setakat ini RM146 juta telah dikutip. Akan tetapi kalau kita tengok industri pelancongan keseluruhannya, ia menyumbang lebih hampir kepada RM80 bilion setahun, industri pelancongan, satu industri yang besar. Adakah kerajaan yang telah berubah pendirian ini akan mengatakan semula kadar yang dicadangkan sebelum ini oleh Kementerian Pelancongan, kadar kutipan cukai pelancongan yang lebih tinggi supaya lebih banyak kutipan dapat dibuat melalui cukai pelancongan ini supaya lebih banyak agihan- agihan kewangan dan dana dapat disalurkan, termasuk ke negeri Melaka yang sekarang meminta agihan dana daripada cukai pelancongan ini. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula cukai RM10 yang diletak sekarang ini kepada satu kadar yang lebih baik? Oleh kerana adanya pertukaran pendirian kerajaan sekarang ini kepada cukai pelancongan yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. Sekian, terima kasih.

Kita tidak kata kita ingin tukar pendirian. Sebenarnya masa tahun lepas, kita mengatakan bahawa cukai ini hendak dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menginap di hotel. Jadi, selepas itu apabila tekanan daripada pembangkang masa itu, menyebabkan kerajaan telah menukar polisi ini kan. Okey.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Jawapan yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Bagi peluang Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Jawapan yang sama iaitu kita cuma kenakan kepada rakyat asing, kita tidak kenakan kepada rakyat Malaysia. Soalan berkenaan dengan jika hendak dinaikkan. Setakat ini, kita tidak ada pelan atau tidak ada rancangan untuk menaikkan sebab saya rasa di negara-negara yang lain saya rasa jumlah ia lebih kurang sama. Seperti di Itali, ia caj cuma EUR1 hingga EUR7 sahaja dan di USA two percent hingga five percent. Jumlahnya lebih kurang sama. Jadi, kita tidak ada niat untuk menaikkan cukai pelancongan pada masa sekarang. Terima kasih.

Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNKota Tinggi · question

4. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, inisiatif kementerian dalam membantu golongan muda luar bandar dalam bidang pertanian supaya ianya tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Tinggi kerana menanyakan soalan yang menarik, terutamanya berkenaan dengan anak muda, dekat dengan hati saya. Saya orang consider golongan muda dan Yang Berhormat Kota Tinggi pun muda juga.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kita di Malaysia menghadapi masalah di mana golongan petani, penternak, peladang dan juga nelayan semakin tua. Ini adalah seperti dengan trend seluruh dunia, di mana aging population dari segi sektor pertanian. Jadi, ada keperluan untuk kita untuk menarik golongan pelapis ke dalam sektor pertanian. Untuk menarik golongan muda ke dalam sektor pertanian, kita tahu bahawa sektor pertanian ini ia memerlukan tiga elemen ya. Nombor satu adalah tanah, kedua adalah modal dan ketiga adalah tenaga manusia. Akan tetapi untuk menarik golongan muda ke dalam sektor pertanian, kita perlu satu elemen yang baru iaitu teknologi. Dengan penggunaan teknologi, maka anak muda dan golongan muda, mereka lebih berminat akan masuk ke sektor pertanian. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Tinggi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama dengan jabatan dan agensi telah menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi dan kaedah tanaman moden. Antaranya sistem tanaman fertigasi dan akuaponik telah diperkenalkan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran hasil dan mengatasi masalah kekurangan tanah bagi projek pertanian. Penghasilan benih tanaman melalui kaedah kultur tisu- tissue culture, atau klon-klon yang lebih berdaya tahan dan berkualiti juga membantu meningkatkan pengeluaran tanaman. Kementerian ini melalui jabatan dan agensi juga telah memperkenalkan penggunaan teknologi digital sebagai langkah untuk memodenkan sektor pertanian dengan menggalakkan perkongsian maklumat melalui penggunaan aplikasi mudah alih yang boleh diakses menggunakan telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain. Sebagai contoh, MARDI telah membangunkan 25 aplikasi mudah alih untuk membantu petani dalam penjagaan tanaman seperti cili, cendawan, madu kelulut dan Agrobazaar Online sebagai platform pemasaran atas talian. Kementerian ini juga telah merangka beberapa program sebagai langkah proaktif bertujuan untuk menarik lebih ramai penglibatan generasi muda di dalam sektor pertanian. Justeru, Program Agropreneur Muda telah diperkenalkan mulai September 2013. Program Agropreneur Muda merupakan program khusus untuk generasi muda berumur 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu menggalakkan penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rantai nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Bagi tahun 2018, peruntukan RMKe-11 yang telah diperuntukkan adalah sebanyak RM15 juta yang menyasarkan kira-kira 1,000 usahawan yang akan menerima manfaat geran di bawah program ini. Tuan Yang di-Pertua, Membujur lalu, melintang patah, Pertanian menuntut pengorbanan, Berbudilah anak muda kepada tanah, Kerana pertanian adalah perniagaan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanyakan soalan ini. Saya hendak tahu sejauh mana agaknya sebenarnya komitmen kementerian dalam usaha untuk mentransformasikan bidang pertanian moden ini dan menjadikan ia sebagai satu profesion bagi petani muda yang akan memberikan sumber pendapatan tetap kepada anak- anak muda, termasuk R&D.

Keduanya, persoalan yang berbangkit kepada jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanyalah, apa sebenarnya strategi serta potensi- potensi baharu yang dirancang oleh Yang Berhormat Menteri dalam tempoh lima tahun ini sementara Kerajaan Pakatan Harapan menerajui kerajaan dan untuk menjadikan supaya ia menjadi masa depan baru kepada anak-anak muda, terutama anak-anak muda di kawasan saya. Oleh kerana setakat ini Yang Berhormat Menteri, belum lagi nampak ia berlaku di kawasan saya. Saya harap kerjasama penuh daripada Yang Berhormat Menteri apabila kita bawa turun ke kawasan Parlimen Kota Tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Kita akan cuba untuk pergi ke kawasan Yang Berhormat untuk- kerana Yang Berhormat tidak tahu program- program kan? Jadi, kita boleh bantu.

Itu tidak betul itu. Saya bukan tidak tahu, saya tidak nampak setakat ini perancangan yang hendak dibuat oleh kerajaan baharu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tidak apa, tidak apa.

Apa yang saya tahu, kerajaan dulu memang ada. Ini kerajaan baharu yang saya hendak tengok.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Oh ya, okey.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, kita boleh bantu Yang Berhormat laksanakan tugas-tugas kerana memang ada ramai di antara pengundi-pengundi Kota Tinggi belum tahu, jadi kita boleh bantu. No problem. Untuk setakat kerajaan, kita telah mengusahakan lebih daripada 5,222 orang telah melibatkan diri dalam program entrepreneur muda yang betul-betul orang muda yang mengusahakan pertanian ya. Ini adalah cara kita outreach kepada golongan muda. Dari segi kerajaan juga, kita ada banyak program terutamanya research dan R&D daripada MARDI. Contohnya, MARDI telah melaksanakan lebih daripada 25 applications. Semua ini adalah teknologi yang membantu anak muda atau petani, tidak kira muda atau tua dalam sektor pertanian. Saya boleh bagi beberapa contoh seperti MyPhyto dan e- Cert Application, ePermit, Permit CITES, MyPesticide application, MyTrace Application, Plasm AgroGeo Portal, myGAP, e-Maklumbalas dan sebagainya. Bagi teknologi yang lebih moden, saya pun boleh ambil satu contoh. Contohnya sistem penentuan kawasan berpotensi bagi penangkapan ikan- potential fishing side identification system (FSI). Ia dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Perikanan (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi kawasan perairan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi Remote Sensing, GIS dan teknologi berkaitan. Dengan adanya maklumat lokasi kepadatan ikan sebelum turun ke laut, nelayan boleh terus ke lokasi penangkapan ikan dan ini menjimatkan kos keseluruhan operasi minyak dan masa, berbanding dengan keadaan yang lazim. Ini menggunakan teknologi yang tinggi dan nelayan saya dimaklumkan bahawa penjimatan adalah sebanyak 30 peratus dan penangkapan ikan yang lebih banyak. Jadi, ini bermaksud bahawa teknologi ini membantu nelayan dan juga peladang, penternak dalam sektor pertanian. Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi untuk membantu anak muda dan juga petani sedia ada supaya pendapatan mereka boleh ditingkatkan lagi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan kalau kita lihat kepada isu pertanian, ia bukan sahaja untuk anak muda, bukan sahaja melibatkan teknologi, aplikasi dan sebagainya tetapi dari segi dasar ataupun dari segi fundamental-nya kita pulang ke tanah, as it were, dengan izin.

Jadi saya difahamkan pihak kementerian telah menjalankan satu tender untuk membekal dan menghantar baja bio dengan mikrob tempatan bermanfaat. Ini berkait dengan isu tanah, isu baja dan kesihatan tanah itu sendiri. Saya difahamkan objektif utama tender ini untuk memulihkan tanah dengan mikrob. Berdasarkan spesifikasi tender yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal, saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah pihak kementerian 100 peratus pasti bahawa spesifikasi dan aplikasi yang ditetapkan dalam tender tersebut boleh memulihkan tanah sawah padi dan meningkatkan hasil. Ini kerana bagi saya, masa depan untuk pertanian ini bukan sahaja melibatkan kepada kebolehgunaan aplikasi-aplikasi berteknologi tinggi tetapi tanah itu sendiri. Saya tidak mahu, dan saya percaya ramai rakyat Malaysia tidak mahu pihak kementerian membelanjakan puluhan ataupun ratusan juta ringgit untuk program yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan akhirnya tidak mencapai matlamat yang ditetapkan. Saya mohon Menteri berikan jawapan. Terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai kerana menanyakan soalan yang sangat menarik ya. Untuk baja dan sebagainya, MARDI sekarang sedang mengusahakan pelbagai program untuk memastikan bahawa baja itu menjadi efektif. Kita tahu bahawa dulu adalah menggunakan, “one size fits all” tetapi dengan baja yang sama untuk seluruh Malaysia. Akan tetapi sekarang dengan teknologi yang baru, dengan R&D yang lebih hebat, kita boleh dapat soil profiling dan kita akan menggunakan spesifik baja kepada kawasan-kawasan spesifik. Walau bagaimanapun, soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Lembah Pantai agak spesifik. Ini memerlukan sedikit, saya akan memastikan pegawai saya untuk memberi maklumat yang spesifik tersebut untuk Yang Berhormat Lembah Pantai. Terima kasih.

Wong Ling BiuDAP · PHSarikei · question

5. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Pendidikan menyatakan, kerana penghijrahan penduduk dari kawasan pedalaman ke bandar, banyak sekolah jenis kebangsaan Cina perlu dipindahkan ke kawasan bandar untuk memenuhi keperluan. Adakah kementerian akan mempertimbangkan untuk memperbaharui prosedur supaya memudahkan keperluan tersebut.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Kulai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen Sarikei. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Sarikei, berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 31 Mei 2018 menunjukkan bahawa sebanyak 3,015 buah sekolah adalah sekolah kurang murid. Di antaranya, 2,054 sekolah kebangsaan (SK), 360 buah adalah sekolah jenis kebangsaan Tamil dan 601 buah sekolah adalah SJKC. Jumlah 601 SJKC ini mewakili sebanyak 46 peratus daripada keseluruhan SJKC di seluruh negara. Penurunan enrolmen ini berlaku mungkin disebabkan oleh penghijrahan penduduk dari kawasan tersebut ke lokasi yang lain. Di bawah Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid yang dibentangkan pada tahun 2017, sekolah yang mengalami penurunan enrolmen berterusan dalam tempoh tertentu secara berturut-turut dicadangkan agar dipindahkan ke lokasi baru yang mempunyai potensi berlakunya peningkatan enrolmen. Walau bagaimanapun, perpindahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu persetujuan 100 peratus ibu bapa dan kesediaan tapak baru. Pihak KPM sentiasa bersedia untuk memudahkan urusan perpindahan sekolah-sekolah berdekatan dan menjawab prosedur sedia ada jika ada keperluan. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, SJKC minta dari Sarikei telah memohon pemindahan dari Sarikei tetapi sudah beberapa tahun sudah.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status sekarang? Beberapa kes permintaan yang sama ada di negara kita, adakah mereka menghadapi masalah yang sama? Minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Menurut dari maklumat yang saya dapat, sebenarnya di kawasan PPD Sarikei, jumlah sekolah kurang murid (SKM) adalah 36. Di antaranya memang masalah yang paling serius adalah SJK(C) Su Dok di mana jumlah pelajar adalah 28 orang sahaja. SJKC yang disebut tadi juga masalah sangat serius kerana tahun ini bilangan murid hanyalah lapan orang sahaja. Akan tetapi mengikut maklumat yang saya dapat, permohonan perpindahan dikemukakan kepada KPM pada bulan Februari tahun yang lalu, 2017. Akan tetapi permohonan ini ditangguhkan kerana ada masalah untuk pengesahan status hak milik tapak baru yang dicadangkan tersebut. Saya pun faham bahawa sejak Februari 2017 sampai sekarang sebenarnya sudah satu tahun setengah, saya pun tidak pasti kenapa tidak ada perkembangan yang baru. Akan tetapi tidak ada masalah, saya janji Yang Berhormat Sarikei bahawa Kerajaan Pakatan Harapan, kita akan bantu untuk mengenal pasti apa isu-isu ataupun halangan yang dihadapi oleh sekolah- perpindahan ini menjadi begitu susah.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu bertanya soalan mengenai ini. Kita katakan pindahan ini- mengenai ini SJKC pemindahan, kalau atas permohonan masuk kepada kementerian berapa lama baru boleh dapat kelulusan pindaan itu? Saya harap jangan jawapan pun sama juga.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Parlimen Bintulu. Di sini saya memang tidak ada satu statistik atau maklumat yang menunjukkan selepas sesuatu permohonan dibentangkan berapa lama KPM ambil untuk meluluskan sesuatu permohonan tersebut kerana saya rasa kelulusan itu tertakluk kepada beberapa syarat. Pertama sama ada 100 peratus ibu bapa setuju dan kedua tapak yang dicadangkan sama ada sesuai atau tidak.

[Bangun]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Akan tetapi saya ada maklumat untuk Yang Berhormat Bintulu, biar saya jawab dahulu Yang Berhormat Bintulu. Saya rasa Yang Berhormat Bintulu orang lama sepatutnya tahu apa itu peraturan mesyuarat di dalam Dewan Rakyat ini betul tidak?...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Bintulu sila duduk dahulu.

Tidak usah cerita, saya tahu syarat-syarat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri minta menjawab soalan dahulu. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Janganlah fikir sendiri baik.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak jawab, saya pun tidak ada...

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Akan tetapi saya rasa ini bukanlah penggulungan yang boleh Yang Berhormat berdiri macam ini untuk minta penjelasan, jadi biar saya jawab terlebih dahulu...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jawab, jawab.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak memberi beberapa contoh...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dahulu kamu... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila jawab, Yang Berhormat Timbalan Menteri...

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak jawab...

Tuan Yang di-Pertua

Ini sesi soal jawab ya bukan sesi berbahas atau melontar apa-apa perkataan di luar aturan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya di sini ada maklumat yang tunjukkan bahawa walaupun kelulusan perpindahan telah lama diberikan tetapi projek itu tidak disiapkan. Dalam data yang saya terima di sini ada sekolah yang telah dapat kelulusan perpindahan pada tahun 2012, 2013, 2014, 2016 dan 2017 tetapi sampailah hari ini projek itu, sekolah tersebut sampai hari ini masih belum dipindahkan lagi. Jadi saya rasa beri kelulusan adalah satu perkara tetapi hasrat Kerajaan Pakatan Harapan adalah selepas kita memberi kelulusan perpindahan kita juga perlu pastikan bahawa projek tersebut disiapkan pada tempoh masa yang paling singkat. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat Bintulu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut · question

6. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, mengenai jumlah pelaburan yang ditarik keluar daripada negara ini sejak Mei 2018 sehingga sekarang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Bangi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Larut. Tuan Yang di-Pertua oleh kerana ini kali pertama yang saya dapat jawab soalan, saya hendak menggunakan peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua as a fellow alumni of LSE, we all be proud of you.

Tuan Yang di-Pertua

Thank you [Ketawa] [Tepuk]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Larut, saya rasa kita boleh menggunakan dua sudut. Satu sudut ialah untuk melihat pelaburan yang ditarik balik dari segi equity outflow ataupun capital outflow. Satu lagi sudut ialah untuk memberi data terhadap pelaburan yang ditarik keluar secara FDI ataupun pelaburan langsung asing. Jadi saya akan menjawab soalan dari sudut yang kedua iaitu projek yang telah ditarik keluar dari segi FDI. Sebanyak tiga projek pelaburan asing FDI dengan nilai pelaburan berjumlah RM16.4 juta dalam sektor perkilangan telah menutup, memberhentikan atau memindahkan operasi perkilangan mereka dari negara sejak Mei hingga akhir bulan Jun 2018. Ketiga-tiga syarikat ini merupakan syarikat berskala kecil berdasarkan nilai pelaburan yang terlibat. Saya rasa antara faktor yang menyebabkan pelabur asing menarik keluar pelaburan mereka dari Malaysia termasuklah ketidaktentuan pasaran serta penguncupan ekonomi global turut menyebabkan para pelabur terpaksa menstrukturkan semula syarikat serta strategi perniagaan mereka hingga ada yang mengambil keputusan untuk menarik keluar pelaburan mereka di luar negara termasuk di Malaysia. Satu lagi faktor ialah peralihan teknologi ke era digital dan Industri 4.0 ataupun Industry 4.0 menyebabkan pelabur terutamanya dalam projek berintensifikasi buruh atau labour intensive tidak dapat menyesuaikan operasi syarikat dengan perubahan ini serta mengalami kesukaran untuk mengekalkan keuntungan jangka masa panjang di negara ini. Peningkatan kos buruh di Malaysia di mana sebahagian pelabur asing terutamanya membabitkan industri-industri yang berintensifikasi buruh bertindak menarik keluar pelaburan mereka di Malaysia. Faktor yang terakhir ialah Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju telah mengambil pendekatan untuk memberi tumpuan kepada pelaburan- pelaburan berkualiti dan juga berteknologi tinggi. Jadi hal ini memberi kesan kepada projek-projek yang tidak berintensifikasi teknologi tinggi untuk terus beroperasi dan bersaing di Malaysia.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Tuan Yang di-Pertua, walaupun berdepan dengan ketidaktentuan dari segi pasaran dan ekonomi global, kerajaan akan terus berusaha untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi menarik dan memperkukuhkan FDI di Malaysia terutamanya pelaburan yang berkualiti tinggi yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara seterusnya memberi manfaat kepada negara dan rakyat. Sebagai rumusan, apa yang Malaysia hendak sekarang ialah untuk menarik lebih FDI yang high labour quality, memberi pendapatan yang lebih tinggi kepada warganegara Malaysia dan tidak bergantung kepada buruh asing ataupun foreign labour. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah kata bahawa ada dua segmen di sini satunya FDI satu lagi stock market dan juga bond market. Begitu juga saya hendak tahu jawapan berapa banyak yang sebenarnya the outflow, capital outflow daripada kedua-dua yang saya persoalkan itu. Kedua, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah langkah-langkah untuk kita ambil untuk hendak perbetulkan supaya FDI lebih banyak masuk dalam negara. Oleh kerana ada the trade war antara US dan China sudah tentu ada reallocation of capital daripada China, ramai yang akan datang ke sini untuk membuka kilang-kilang. Salah satu langkah Yang Berhormat cakap tadi labour cost yang mungkin agak tinggi di sini menyebabkan ramai yang keluar. Manakala the US trade war ini ada keuntungan kepada negara sekiranya kita dapat seimbangkan harga labour, were just cost dalam negara kita. Jadi apa langkah-langkah untuk kita seimbangkan daripada Kementerian Human Resource dengan Kementerian MITI ini supaya ia dapat menarik minat FDI dari segi reallocation of kilang-kilang untuk kembali dalam negara kita. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat. Saya rasa soalan yang kedua itu yang bersasar kepada apa yang MITI dan juga Kerajaan Malaysia boleh buat untuk menarik lebih banyak pelaburan akibat daripada trade war di antara China dan US tidak begitu tepat dari segi memberi fokus kepada cost labour. Ini kerana apa yang kita hendak buat sekarang ialah untuk menarik pelaburan yang baik, yang high quality daripada negara China dan juga negara Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengantaraan. We can be a middle country di mana lebih banyak pelabur boleh datang masuk selepas itu eksport kepada kedua-dua negara ini. Apa yang kita hendak ialah untuk menarik high quality FDI dan ini boleh dibuat di bawah MIDA. Untuk industri-industri yang memang labour intensive yang saya rasa ada kemungkinan besar bahawa lebih ramai syarikat-syarikat dari negara China akan mohon untuk masuk ke Malaysia oleh kerana trade war ini ada sebahagian besar mungkin adalah lebih labour intensive. Jadi bagi pihak Kerajaan Malaysia kita tidak sepatutnya memberi fokus kepada apa-apa usaha untuk mengimbangkan kos dari segi labour cost dan apa yang kita mesti memberi perhatian ialah quality of investment.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Untuk soalan yang pertama yang saya rasa adalah dari sudut aliran keluar dari segi pelaburan ekuiti, saya juga ada angka. Dari Mei 2018 sehingga Julai 2018 iaitu setakat 14 Julai 2018, pengaliran keluar dana asing daripada pasaran ekuiti adalah lebih kurang RM11.8 bilion. Angka ini dari segi market capitalization of the KLSE, bukan satu angka yang terlalu besar, hanya merupakan 0.7 peratus daripada RM1.8 trilion of the KLSE market cap. Jadi saya juga hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Larut, nilai pegangan saham secara keseluruhan oleh pelabur asing masih lagi stabil di Malaysia iaitu kira-kira 23.65 peratus ataupun RM418 bilion dari jumlah keseluruhan nilai pasaran. Jadi saya rasa dari segi pengaliran keluar, jumlah itu tidak begitu besar dari Mei hingga Julai.

Terima kasih. Selamat pagi, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum mengajukan soalan, saya ingin ambil kesempatan ini untuk meraikan kejayaan di Sungai Kandis terlebih dahulu di atas kejayaan calon Pakatan Harapan memenangi pilihan raya. Walaupun ada serangan di sebelah sana...

[Mencelah]

Sabar dahulu, Yang Berhormat. Soalan saya- terima kasih. Penjelasan yang begitu padat. Memang kita mengakui semua Menteri dan Timbalan Menteri Pakatan Harapan penuh berkebolehan... [Tepuk] Berkisar kepada pelaburan yang ditarik keluar, Tuan Yang di-Pertua, kita juga maklum bahawa sejak kebelakangan ini, skandal 1MDB juga menyebabkan banyak pelaburan ditarik balik sebab pelabur-pelabur ini risau tentang sistem perundangan di negara kita apabila melihat Peguam Negara dipecat...

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab RM11 juta sahaja keluar. Tidak ada kena-mengena. Apalah Yang Berhormat Jelutong...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, kemukakan soalan secara ringkas.

Betul-betul ‘jelutong’ lah engkau ini.

Yang Berhormat Larut, sabar dahulu. Nanti saya guna kepala bapa kamu, susah nanti.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah mula itu, sudah mula. Ya, teruskan dengan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(4).

Adakah benar bahawa ...

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya, standing order.

Saya minta dia tarik balik apa yang dia sebut tadi kerana penggunaan kepala bapa dia itu memang betul-betul macam kepala dia itu.

Yang Berhormat, sabar dahulu Yang Berhormat. Jangan ganggu saya. Jangan ganggu saya ...

Kalau betul dia perangai yang macam jelutong ini...

Tuan Yang di-Pertua

Kedua-dua pihak telah pun kemukakan point mereka. Saya ingat Yang Berhormat Jelutong, Timbalan Yang di-Pertua telah pun memberi amaran hari itu bersabit dengan kepala bapa. Jadi tarik baliklah, tarik balik.

Baik, baik. Memandangkan Yang Berhormat Larut tersinggung dengan kenyataan “kepala bapa kamu”, saya akan tarik balik kenyataan “kepala bapa...

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Itu saya dengar. Itu paling-paling tidak bersopan ya. Tarik balik. Kalau tidak, saya suruh keluar.

Tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya lah tetapi jangan guna perkataan yang kesat sebegitu dalam Dewan yang mulia ini. Siapa yang sebut tadi?

Saya sebut.

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, kalau hari- hari dia guna perkataan macam itu....

Tuan Yang di-Pertua

Saya menyuruh supaya tarik balik perkataan yang kesat itu. Ini lagi dahsyat daripada kepala bapa. Ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada Dewan yang mulia ini. Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita hendak beri pengajaran kepada dia, tidak mengapa, saya tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jelutong, sila tarik balik.

Saya tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalannya, soalan.

Soalan saya Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua, suruh dia cakap promise tidak akan buat lagi.

Kalau Yang Berhormat Larut tak ganggu saya, saya tak akan guna ...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, itu ada quid pro quo. Jangan ganggu dia dan dia tidak akan menggunakan. Ya, tarik balik. Saya tidak dengar pun tarik balik.

Tarik balik. Padan muka, Yang Berhormat Larut [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan.

Soalan saya, adakah apa-apa kebenaran bahawa...

Tuan Yang di-Pertua, ini satu lagi Peraturan Mesyuarat 36(4).

Tuan Yang di-Pertua

Kita jangan lanjutkan perkara ini sebab tengok masa sekarang 11.05 pagi. Jadi, sila kemukakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

Adakah kebenaran bahawa skandal 1MDB ini menyebabkan...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, standing order apa pula? Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua, ini yang jadi masalah dia. Kalau dia kata padan muka semua ini, saya hendak maklumkan saya sudah duduk ini hendak masuk tiga penggal. Walaupun dahulu ramai daripada mereka Ahli Parlimen yang sebelah sana itu menggunakan macam-macam marah kepada kerajaan tetapi tidak menggunakan ayat-ayat seperti Yang Berhormat Jelutong ini. Jadi sebab itu satu daripada masalah kita adalah kita kena beri nasihat kepada dia.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Okey. Standing order. Semua mesti mengikut peraturan mesyuarat. Kalau semua hendak berteriak begini, tidak berkesudahan kita. Jadi saya ingat permintaan Yang Berhormat Larut ini munasabahlah, Yang Berhormat Jelutong. Jadi, slow sedikitlah dalam menggunakan perkataan-perkataan yang di luar peraturan mesyuarat.

Baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi...

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak habis tadi. Saya hendak minta supaya kita beri nasihat. Saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap baik. Saya pun tanya dengan baik, dia jawab pun dengan baik. Yang dia sibuk hendak bangun masuk bab-bab lain ini yang menyebabkan kita semua rasa dia ini tidak patut jadi Ahli Parlimen yang sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Saya tamatkan perdebatan ini sekarang. Sila kemukakan soalan dan berikan peluang untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Sebab, saya sebagai Yang di-Pertua yang mempengerusikan sesi ini, saya melihat jam. Kalau kita bertengkar begini, banyak lagi soalan yang belum dijawab, Ahli-ahli Yang Berhormat juga yang akan kehilangan kesempatan. Jadi semua, sila duduk. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak tanya sama ada skandal 1MDB telah menyebabkan pelaburan...

Tuan Yang di-Pertua, ‘padan muka’ dia tidak tarik balik lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik ‘padan muka’.

Baik. Saya tarik baliklah.

Tuan Yang di-Pertua

Dan tolong jangan ulangi “kepala bapa” atau “padan muka” atau perkataan-perkataan serupa dengannya.

Baik ,Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya tidak diganggu, saya tidak akan mengulanginya.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua. Kota Melaka, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Silakan soalan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Lipis, perkataan yang dia gunakan tidak seharusnya hanya minta dia tarik balik.

Minta maaf.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Lipis seharusnya dikeluarkan dari Dewan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kita melihat konteks. Kalau setiap perkataan hendak dianalisis, susah dibuatnya kita. Jadi saya suruh tarik balik dalam konteks perbahasan tadi. Jadi dia sudah tarik balik, tidak perlulah bangkitkan perkara-perkara sampingan lagi. Teruskan dengan soalan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Itu perkataan kasar, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Ini semua menghabiskan masa. Duduk, duduk. Kalau tidak, saya akan terdesak untuk menggunakan kuasa Yang di-Pertua. Saya tak nak buat begitu. Kita hendak berbahas dan mendengar jawapan kepada soalan-soalan. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya adalah soalan yang mustahak. Satu negara ingin mengetahui sama ada skandal 1MDB yang berlaku sejak dua, tiga tahun yang lalu telah menyebabkan pelabur asing menarik balik pelaburan. Saya difahamkan bahawa pelabur asing telah melihat apa yang berlaku kepada sistem perundangan negara kita, apa yang berlaku apabila Peguam Negara dipecat, apa yang berlaku apabila pegawai-pegawai SPRM ditahan, ditangkap yang menyiasat kes ini, apa yang berlaku apabila laporan-laporan polis dibuat oleh beberapa individu berkenaan skandal 1MDB bukan sahaja di Malaysia, di luar negara dan dua individu, seorang peguam dan juga anak guamnya telah ditahan di bawah Akta SOSMA.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, secara ringkasnya.

Adakah skandal 1MDB ini menyebabkan pelaburan asing ditarik balik yang secara tidak langsung menyebabkan ekonomi negara kita juga merudum Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jawapan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga menyokong pendirian Tuan Yang di-Pertua supaya kita boleh menggunakan bahasa yang lebih sesuailah supaya Menteri dan Timbalan Menteri boleh menjawab soalan dengan secara ringkas. Saya terima kasih kepada Ahli Parlimen Jelutong atas soalan-soalan tadi. Saya hendak memberitahu Yang Berhormat Jelutong bahawa sebagaimana yang saya tahu, apabila pelabur asing memohon untuk FDI di negara Malaysia ini melalui MIDA, mereka tidak macam secara formal katakan mereka tidak ataupun ada keraguan terhadap Malaysia oleh kerana ada skandal seperti 1MDB. Akan tetapi saya yakin bahawa di bawah Kerajaan Malaysia baharu ini, dari segi transparensi yang akan dipertingkatkan dari segi undang-undang yang akan dipatuhi, ia akan memberi satu kesan yang baik dari segi FDI di mana apabila menteri-menteri Perdana Menteri keluar sekarang ke negara-negara asing, kita tidak perlu lagi bimbang untuk menjawab soalan yang mungkin sebelum ini susah untuk dijawab oleh pihak sebelah sana dari segi apa sedang berlaku dari segi skandal 1MDB dan bagaimana ia mungkin sebelum ini akan menjejaskan ekonomi negara Malaysia. Jadi saya rasa ini membolehkan negara Malaysia ini mempromosikan negara Malaysia sebagai satu FDI destination yang lebih menarik berbanding dengan sebelum ini. Terima kasih.

Wong TackDAP · PHBentong · question

7. Tuan Wong Tack [Bentong] minta Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar menyatakan, secara terperinci berkenaan EIA atau Environmental Impact Assessment bagi projek ECRL.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ FakharudyWARISANTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar · Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Bentong, Tuan Yang di-Pertua. Cadangan projek East-Coast Rail Link (ECRL) terbahagi kepada dua fasa iaitu ECRL fasa satu sepanjang 598.3 kilometer bermula dari Kota Bharu Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak Selangor dan ECRL fasa kedua sepanjang 106.2 kilometer sambungan Kota Bharu ke Pengkalan Kubor di Kelantan dan Gombak ke Pelabuhan Klang di Selangor. Laporan EIA, ECRL fasa satu diterima kali pertama pada 28 Mac 2017, kemudian diterima dan diubah semula untuk kali kedua pada 16 Jun 2017. Laporan EIA ECRL fasa satu yang dikemukakan pada 16 Jun 2017 merupakan laporan terkini yang telah dikemas kini oleh penggerak projek berdasarkan ulasan agensi semasa mesyuarat dan juga ulasan bertulis yang diterima oleh tempoh pemprosesan. Surat kelulusan laporan EIA telah diberikan pada 20 Jun 2017. Walau bagaimanapun, untuk Fasa 1 telah dikemas kini untuk kali ketiga pada 17 November 2017. Untuk laporan Fasa 2 pula ia juga melalui proses yang sama seperti Fasa 1. Laporan EIA kali pertama diterima pada 6 Mac 2018 dan dikemas kini kali kedua pada 18 April 2018 dan kelulusan diberikan kepada pada 20 April 2018. Kalau boleh saya berkongsi di sini melalui beberapa pertukaran laporan ini, original design, dengan izin, melibatkan lebih daripada 200 hektar forest- hutan dibuat semula pada 28 Februari 2017 dan hanya melibatkan 450 hektar. Kemudian kali ketiga, kehilangan hanya 357 hektar dan yang paling akhir pada 21 Ogos 2017 kehilangan 225 hektar sahaja berbanding daripada yang pertama. Terima kasih.

Tuan Wong TackDAP · PHBentong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan projek ECRL telah digantungkan buat sementara oleh kerajaan, adakah kementerian akan mengambil kesempatan ini untuk menilai sama ada kajian kesan alam sekitar ataupun EIA telah dilaksanakan mengikut keperluan undang- undang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua di sebelah sini. Sila, ya Yang Berhormat Kota Bharu. Silakan. Oh belum jawab lagi, maaf [Ketawa] Sebab soalannya panjang belum jawab ya.

Speaker pun dah pening.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

So, cadangan projek ECRL bagi kedua-dua fasa ini ialah tertakluk di bawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di mana pihak penggerak projek dikehendaki mengemukakan laporan kajian kesan kepada alam sekeliling, Environmental Impact Assessment (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan kerana cadangan projek tersebut merupakan aktiviti yang ditetapkan ya, mengikut perintah Kualiti Alam Sekeliling. Penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015 iaitu aktiviti 16A. Saya ingin berkongsi di sini di mana laporan untuk fasa satu, pameran awal bagi laporan EIA ECRL fasa satu telah dilaksanakan oleh penggerak projek Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRLSB) bermula 4 April 2017 hingga 4 Mei 2017 melibatkan 25 lokasi di pejabat Jabatan Alam Sekitar negeri dan pihak berkuasa tempatan di empat negeri yang terlibat di mana Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Laporan EIA ini juga turut dipamerkan di Perpustakaan Negara dan ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemberitahuan 25 lokasi pameran ini juga telah dipaparkan di dalam akhbar-akhbar utama iaitu Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selama tiga hari berturut-turut pada 4 April hingga 6 April 2017. JAS juga telah mengedarkan laporan EIA fasa satu kepada 39 agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Sebanyak 35 sesi engagement telah dilaksanakan melibatkan stakeholders, dengan izin, seperti komuniti dari kawasan kediaman, pertanian dan industri dan sebanyak 30 sesi engagement juga telah diadakan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Untuk fasa kedua juga, pameran awam bagi laporan fasa kedua telah diadakan oleh penggerak projek Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. bermula 15 Januari hingga 13 Februari 2018 di sebelas lokasi pameran. Seperti juga fasa pertama dia juga di uar-uarkan di akhbar-akhbar utama Berita Harian dan New Straits Times selama tiga hari berturut-turut melibatkan 18 sesi penerangan. Akan tetapi sekiranya ada keperluan sebagai contoh, barangkali EIA ECRL ini yang telah dibuat tidak mematuhi ataupun ada penukaran daripada change of scope project, dengan izin, maka kementerian bersedia untuk membuat semula engagement dengan stakeholders dan EIA juga. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Menteri di atas jawapan berhubung dengan ECRL. Saya ingin menyatakan bahawa rakyat di negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan amat bergembira dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan projek ECRL ini. Jadi akan menjadi satu catalyst kepada pembangunan ekonomi terutamanya di kawasan Pantai Timur. Namun demikian sebagaimana sahabat saya daripada Bentong yang merupakan tokoh environmentalist, saya rasa memang kita perlu negara kita perlu mengambil berat mengenai kesan kepada alam sekitar. Jadi berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri bahawa seluas lebih kurang 2,000 hektar hutan yang terlibat pada peringkat awal ya, jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu apakah kesan ataupun impak environment yang paling besar daripada projek ECRL ini dan adakah kesan yang ada kepada environment inilah yang menyebabkan antara punca kerajaan sekarang ini ingin mengkaji semula ataupun menggantung projek ECRL ini? Terima kasih.

Di pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, kami hanya menyediakan EIA. Manakala, dari segi kelulusan mungkin cost ataupun tendering itu semua mungkin melibatkan saya ingat Ministry of Transportation, dengan izin, dan juga Ministry of Economic Affairs.

Maksud saya Yang Berhormat, sejauh mana kesan daripada EIA itu, sejauh mana kesan kepada alam sekitar? Itu di bawah Yang Berhormat Menteri. Kesan daripada EIA itu sejauh mana?

Kalau saya boleh baca di sinilah ya, ada beberapa kehilangan yang kita akan bakal- setelah daripada 2,000 hektar yang hilang itu dan sekarang ini diperbaiki dengan 225 hektar. Di sini ada beberapa melibatkan kawasan iaitu Bukit Bauk, Kuala Paka, Kuala Kemaman, Balok, Bukit Galing, Bekelah, Lepar, dan Paya Pasir. Ia melibatkan lebih daripada 137,940 hektar. Saya boleh menyediakan laporan ini secara bertulis kepada Yang Berhormat Kota Bharu.

Che Abdullah bin Mat NawiPAS · GSTumpat · question

8. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) apakah kerajaan menyedari bahawa lebuh raya yang dikenali sebagai Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terhenti hanya setakat negeri Pahang dan Terengganu sahaja, tidak bersambung ke negeri Kelantan; dan (b) tidakkah kerajaan berhasrat untuk meneruskan pembinaannya sehingga ke Kelantan (Tumpat) sesuai dengan namanya Lebuhraya Pantai Timur.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. TahirAMANAH · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedia maklum bahawa Lebuhraya Pantai Timur iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 hanya melalui jajaran di negeri Pahang dan negeri Terengganu sahaja. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang 174 kilometer telah dibuka pada tahun 2004 bagi menghubungkan Karak ke Kuantan. Manakala Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) sepanjang 184 kilometer telah dibuka sepenuhnya pada 31 Januari 2015 bagi menghubungkan Jabor, Pahang ke Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, atas kesinambungan itu kerajaan telah menyiapkan kajian kemungkinan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) pada tahun 2009 yang mana ia telah mengenal pasti cadangan jajaran laluan melalui yang terlibat dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer dengan reka bentuk jalan berdasarkan standard R6 dan mempunyai empat lorong dua hala. Jajaran akan melalui tiga daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut, manakala Kelantan pula jajaran ini akan melalui lima jajahan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun semua kajian telah dibuat sebelum ini, ada konsultasi telah menjalankan tugas untuk ini tetapi keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan projek LPT3 ini adalah bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan dan juga kelulusan oleh agensi Pusat. Kerajaan lama- Kerajaan Barisan Nasional yang lalu telah semacam menangguhkan program ini atas pertimbangan mereka dan mereka memberikan tumpuan kepada yang lain-lain. Namun dalam konteks kerajaan baru, kami akan mengkaji semula apa yang telah tidak dilakukan oleh Barisan Nasional sama ada ianya boleh berjalan sekarang tetapi tentulah tidak mudah. Kita tidak ada lampu Aladdin di sini, kita harus melihat kemampuan kita. Bukan Kementerian Kerja Raya sahaja yang boleh membuat keputusan, kita bukan tak bersimpati, sangat bersimpati tetapi kita harus mendengar juga daripada pendapat dan saranan daripada Kabinet dan daripada agensi-agensi Persekutuan yang lain khususnya Kementerian Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan kerajaanlah yang akan menjadi penentuan. Jadi saya menyarankan kita tunggu belanjawan tahun ini pada 2 November 2018. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sana untuk sama- sama mendoakan terutama Ahli Yang Berhormat yang bertanya, berdoalah banyak supaya insya-Allah ia akan menjadi kenyataan. Apabila dalam belanjawan pada 2 November nanti, kita akan diberi ruang untuk melaksanakan LPT3. Terima kasih.

Nampak gayanya Tuan Yang di- Pertua seolah-olah jawapan daripada Menteri tadi menggambarkan bahawa rakyat Kelantan nampak sekali lagi semacam hampa untuk mengharapkan Lebuhraya Pantai Timur ini masuk ke Kelantan di bawah kerajaan yang baru ini... [Disampuk] Insya-Allah akan doa. Kalau kita teliti Rancangan Malaysia Kesebelas yang dirangka bagi tempoh lima tahun sehingga 2020, pembinaan LPT yang ketiga ini telah disebut secara asas iaitu penerusan pembangunan Central Spine Road, Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai dan Lebuhraya Pantai Timur akan menambahbaikkan ketersambungan di Semenanjung Malaysia dan memangkinkan pertumbuhan di wilayah Pantai Timur. Jadi ini menunjukkan secara dasarnya kerajaan yang terdahulu telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan LPT masuk ke negeri Kelantan. Cuma masuk kerajaan baru ini, baru hendak minta suruh berdoa. Jadi sebenarnya rakyat Kelantan nak tahu ya atau tidak sebenarnya. Mungkin nak kena berpantun untuk bagi Menteri sedikit. Ke Paris sudah, ke Hong Kong pun sudah, Kelantan jua terpahat di hati, Berdalih sudah, berbohong pun sudah, Jawapan jua rakyat menanti... [Tepuk]

Bila yang kata bohong Tuan Yang di-Pertua? Kita baharu ambil kerajaan. Ini baharu berapa hari.

Itu alasan standard, alasan standard.

Apa yang kerajaan lama tak buat ini berapa lama walaupun dah lulus, dah setuju tetapi tak laksanakan, Yang Berhormat tak bangkit pun, hendak berpantun kepada kami yang baharu berapa hari. Berilah ruang. Soal kajian, ini memerintah, bukan hendak bubur kacang atau nak masak bubur sahaja. Jadi kita kena hati- hati betul dalam soal ini. Terima kasih...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua di sebelah sini.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan terakhir.

Jawab ya atau tidak saja.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada? Soalan tambahan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Kubang Kerian.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Kubang Kerian, tak ada soalan sana.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Kubang Kerian, soalan terakhir ya secara ringkas.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Saya ingin bertanya cabaran besar dalam Lebuhraya Pantai Timur ialah antara Bentong dan Karak. Gangguan besar sepanjang musim perayaan ialah tol Bentong dan tol Karak selain daripada tol Gombak. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah kerajaan bercadang untuk menghapuskan tol yang menjadi penghalang dan punca kesesakan sepanjang perayaan dan untuk menaik taraf di antara tol Bentong dengan tol Karak. Saya fikir ia bukan lagi taraf lebuh raya yang ada pada waktu ini. Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua tadi bahawa soal kepada dasarnya bukanlah kita menolak untuk melaksanakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 ini. Pada dasar, kita walaupun baru masuk beberapa hari ini pun melihat bahawa ia adalah satu keperluan. Cuma soal masa, soal keadaan yang harus kita pertimbangkan sebelum dilaksanakan. Apa yang disebut oleh- yang ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Kerian itu pula adalah suatu yang kita ambil nota, ambil perhatian kerana memang dalam proses penghapusan tol yang akan berlaku secara berstruktur seperti mana yang kita sebut selama ini akan dilakukan sebaik-baik sahaja masa mengizinkan.

Saranan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian dalam hal ini, tentang tol di tempat yang berkenaan adalah...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Banyak-banyakkan doa Yang Berhormat Menteri [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Dengan itu tamatlah sesi jawapan-jawapan lisan. Jadi kita teruskan seterusnya. Silakan Yang Berhormat Menteri. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Terima kasih

kepada Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran kementerian-kementerian menjawab dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 7 Ogos 2018”.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHTimbalan Menteri Kesihatan · Gopeng

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua, kami memang setuju sebab Usul ini memang cukup cantik bahasa dia. Tahniah Menteri.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas." [2 Ogos 2018]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya menjemput kementerian yang seterusnya untuk berbahas, saya ingin mengulangi apa yang disebut minggu lalu iaitu setiap Menteri/Timbalan Menteri yang menjawab diberikan 45 minit, sebab baki adalah tujuh kementerian lagi yang belum berbahas ataupun belum menggulung. Jadi kita harap kita dapat selesaikan setiap kementerian dalam tempoh 45 minit. Give and take-lah. Give and take. Akan tetapi kita kerja dalam lingkungan 45 minit, begitulah, kita uruskan. Sekarang saya menjemput mengikut giliran Kementerian Industri Utama. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHMenteri Industri Utama · Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri belum menggulung lagi [Ketawa] Silakan. Silakan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, mereka minat kepada saya

Tuan Yang di-Pertua

Ya [Ketawa]

Okey kita hendak tunggu.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Industri Utama semasa perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Saya akan memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-

(i) kejatuhan harga komoditi; (ii) ketidakpatuhan prosedur pembinaan kilang sawit; (iii) eksport minyak sawit ke China;

(iv) penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya; (v) harga lantai bagi komoditi getah; (vi) bantuan serta inisiatif kepada pekebun kecil dan industri komoditi; dan (vii) penetapan kuota pembelian lada. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya akan beri penjelasan adalah berkenaan dengan kejatuhan harga komoditi. Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Ayer Hitam ingin mendapatkan kepastian sama ada punca kemerosotan harga komoditi sawit di Malaysia berkaitan dengan pemboikotan produk sawit oleh negara-negara Eropah, trade war antara Amerika Syarikat dengan China dan hubungan negara yang kurang mesra dengan negara China dan India. Harga sawit seperti komoditi lain yang diperdagangkan di peringkat global bergantung kepada penawaran dan permintaan terhadapnya. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon] mempengerusikan Mesyuarat] Purata harga minyak sawit mentah iaitu CPO bagi tempoh Januari sehingga Julai 2018 telah menyusut sebanyak 17.3 peratus kepada RM2,393.05 sen setan berbanding dengan RM2,895 setan bagi tempoh yang sama tahun 2017. Harga terkini CPO pada 3 Ogos tahun 2018 ialah RM2,143 setan. Kemerosotan harga minyak sawit pada setengah tahun pertama 2018 adalah di sebabkan oleh stok minyak sawit yang tinggi bagi tempoh tersebut, di mana melebihi purata 2 juta tan. Lebihan stok ini disebabkan oleh pengeluaran CPO yang tinggi bagi tempoh yang sama. Selain itu, penyusutan harga minyak sawit yang dialami di negara kita adalah selari dengan kejatuhan harga minya sayuran saingan di pasaran dunia, terutama minyak kacang soya. Ini adalah kerana minyak kacang soya dan minyak sawit merupakan barang pengganti yang hampir dan kedua-duanya bersaing merebut pasaran minyak sayuran dunia. Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan di sini bahawa kemerosotan harga sawit pada ketika ini bukan berpunca daripada negara Kesatuan Eropah ataupun European Union memboikot sawit kita atau trade war antara Amerika Syarikat dan China, dan tidak juga berkaitan dengan hubungan tidak mesra dengan pembeli Cina dan India. Bahkan, prestasi eksport minyak sawit Malaysia ke tiga pasaran ini menunjukkan peningkatan. Bagi tempoh Januari sehingga Mei 2018, eksport minyak sawit Kesatuan Eropah, EU telah meningkat sebanyak 26.52 peratus kepada 876,53 tan berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2017. Jumlah nilai eksport minyak sawit ke EU juga telah meningkat sebanyak 1.51 peratus kepada RM2.32 bilion berbanding RM2.29 bilion pada tempoh yang sama pada tahun 2017.

Yang Berhormat Menteri minta laluan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Dari mana?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, okey. Sila bekas Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

Okey, terima kasih. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Cuma dalam jawapan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa stok minyak sawit kita di pasaran dunia masih lagi tinggi menyebabkan semakin tinggi harga CPO kita semakin rendah.

Cuma saya hendak tanya, kenapa Kerajaan China boleh membuat perjanjian secara besar-besaran dengan Indonesia mengalih pandangan mereka terhadap untuk membeli minyak sawit kelapa sawit di Indonesia tanpa had sedangkan sebelum ini ada perjanjian usaha sama dengan kerajaan negara kita. Kedua, adakah ada perbezaan harga minyak sawit di dalam negara kita kalau kita bandingkan harga minyak sawit di Indonesia? Adakah disebabkan, kalau ada perbezaan, apakah sebabnya? Adakah kerana mutu minyak sawit kita lebih rendah daripada mutu minyak sawit di Indonesia? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih bekas Timbalan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Saya akan sebut tentang ini, terima kasih atas soalan. Tentang eksport minyak sawit ke China dan India, ia telah meningkat bagi tempoh 5 bulan pertama pada tahun ini. Eksport ke China meningkat sebanyak 17.3 peratus kepada 632,745 tan. Manakala di India sebanyak 43.1 peratus kepada 1,140,756 tan berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017. Jadi saya akan- biar saya baca ini kerana ia ada sebut tentang soalan yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi. Jadi melihat prestasi yang memberangsangkan ini, saya yakin lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke China pada bulan Ogos ini akan mengukuhkan lagi hubungan bilateral antara Malaysia dan China.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Seterusnya, saya hendak jawab tentang isu kejatuhan harga komoditi yang mana Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Pasir Sulong, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pontian.

Yang Berhormat, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerana mutu minyak sawit kita agak rendah berbanding dengan mutu minyak sawit Indonesia? Adakah faktor-faktor lain yang menyebabkan negara China terus menumpukan perhatiannya terhadap pembelian minyak sawit di Indonesia? Adakah kerana dasar-dasar kita yang tidak berapa mesra dengan negara China atas sebab-sebab tertentu?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya difahamkan bahawa mutu minyak sawit di Malaysia ini adalah paling terbaik. We have the five-star, five- star oil. Memang tiada masalah di antara hubungan negara Malaysia dengan China selama ini. Saya juga difahamkan bahawa seperti apa yang saya jawab tadi yang eksport sawit ke negara China ini sebenarnya telah pun meningkat. Akan tetapi saya tidak menafikan...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sebenarnya saya hendak cari jawapan tentang perjanjian di antara pengimportan minyak sawit dari China, dari Indonesia itu. Sebenarnya kita tahu tetapi selama ini kita lihat yang eksport minyak sawit di negara China itu biasanya dalam beberapa tahun yang lepas ini, selalunya Indonesia menempati lebih kurang 60 peratus minyak sawit di China dan Malaysia 40 peratus.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Selama ini- ini adalah balance it. Ya.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Parit Sulong.

Lenggong tidak mahu beri? Lenggong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Parit Sulong dulu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ramai kawan lama ini mahu kacau saya. Okey tidak apa, biarkan.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak apa sebab itu mahu- Okey, terima kasih.

Bukan. Minat, minat.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Menteri nyatakan apabila persoalan itu diutarakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa mutu sawit paling baik, Malaysia paling baik, eksport juga ada peningkatan, selepas itu kita tidak ada masalah daripada segi hubungan antara Malaysia dengan negara-negara lain. Akan tetapi persoalannya mengapakah harga sawit itu turun? Itu yang saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini. Ini pertanyaan daripada rakyat yang mahu tahu kenapa dan mengapa harga sawit itu turun. Terima kasih. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini.

Sebelum itu...

Lenggong, Lenggong, Lenggong.

Last. Soalan.

Beri Lenggong lah pula.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong [Ketawa] Kita dapat tahu bahawa perang habis-habisan Ahli-ahli Parlimen EU terhadap sifar penggunaan minyak sawit di dalam dunia pada tahun 2020. Jadi negara kita telah mengadakan pelbagai rundingan di antara Ahli-ahli Parlimen dengan Ahli- ahli Parlimen negara EU. Setelah Yang Berhormat menjawat jawatan di kementerian ini, apakah usaha-usaha yang boleh atau telah dilakukan oleh kementerian ini bagi meyakinkan bahawa minyak sawit adalah terbaik untuk penggunaan kita semua?

Lenggong boleh? Saya suka Yang Berhormat pergi menoreh getah. Bila mahu jolok kelapa sawit? Apa-apa pun kita lihat senarionya sekarang dan sebagaimana yang disebutkan tadi. Apa yang kita perlu tangani ialah kebimbangan rakyat yang terlibat dalam industri ini. Dengan kejatuhan harga, tentu menjejaskan pendapatan dan bagi pekebun kecil, ia sangat menyeksa. Saya dengar tadi langkah-langkah yang dibuat tetapi apa langkah-langkah segera yang kerajaan lakukan sekarang untuk membantu pekebun-pekebun kecil ini? Ini kerana membantu mereka sangat penting di ketika ini. Kalau kerajaan dahulu dia ada bantuan- bantuan yang semua kita tahu tetapi kerajaan hari ini belum nampak lagi apa langkah yang hendak dibuat. Saya minta Yang Berhormat Seputeh beri jawapan. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih kawan-kawan saya Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Lenggong yang dulu kita duduk sama-sama di sana dan Timbalan Speaker di sini. Okey, saya jawab kenapa harga sawit kita ini turun oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Ini kerana berlebihan stok, kerana pengeluaran minyak sawit kita ini terlalu banyak, kita kata oversupply. Tentang kenapakah macam China beli lebih daripada Indonesia, kerana harga jualan minyak sawit dari Indonesia ini lebih murah berbanding dengan harga dari Malaysia. Kalau Malaysia turunkan harga lagi, pekebun kecil ini lagi rugi. Itu sebabnya. Tentang isu apa yang kita akan buat tentang serangan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit kita. Kementerian sedang merancang pelbagai messaging yang strategik untuk melawan serangan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit kita. Saya rasa ini adalah satu perang bukan di antara kerajaan sahaja dengan pihak Kesatuan Eropah tetapi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada banyak tanaman sawit di kawasan-kawasan Yang Berhormat itu juga haruslah membantu kerajaan, kita sama-sama melawan serangan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit kita.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Wah, ketiga-tiga bangun, semua mahu minta.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Minta laluan, minta laluan Pendang.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya minta laluan dahulu sebab Yang Berhormat Menteri jawab...

Yang mana satu, yang mana satu?

Minta laluan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Perempuan dulu, perempuan.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua yang budiman, yang duduk [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat ada menyatakan bahawa harga itu jadi turun kerana ada lebihan stok sawit. Kawasan Parlimen saya ini tiga per empat daripada kawasan Parlimen saya adalah kawasan sawit. Saya pergi ulang-alik, saya tidak nampak berapa banyak lebihan sawit Yang Berhormat nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, selaku Yang Berhormat Menteri mungkin Yang Berhormat pergi lagi luar, bukan sahaja kawasan Parlimen saya, merata satu Malaysia. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat, apa tindakan kementerian kalau kita tahu akan ada lebihan sawit dan sekarang ada pula tandatangan di antara Kerajaan China dengan Kerajaan Indonesia, akan ada lebihan itu. Apakah pihak Yang Berhormat ada memikirkan cara apa hendak buat dengan lebihan itu? Ada produk hiliran kah ataupun apa hendak buat? Itu yang kita hendak tahu juga, apa langkah segera yang pihak kementerian akan buat untuk membantu terutamanya pekebun kecil kelapa sawit ini, terutamanya di kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta pendekkan soalan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya pun hairan kenapa Yang Berhormat Menteri kata oversupply minyak sawit di dalam negara kita. Kalau kita tengok perubahan cuaca sekarang dan kalau kita turun ke kawasan penanaman kelapa sawit, memang pendapatan buah kelapa sawit sekarang sangat menurun. Contoh di kawasan saya tiga per empat kawasan Parlimen adalah tanaman kelapa sawit. Jadi kalau dahulu, 10 ekar boleh dapat 10 tan, contoh. Akan tetapi sekarang ini 10 ekar hanya dapat dua tan. Daripada harga 600 lebih, sekarang turun kepada 300 lebih. Bayangkan pendapatan peneroka dan juga pekebun kecil yang mengusahakan ladang kelapa sawit ini. Saya mohon penjelasan kenapakah dikatakan oversupply dalam pengeluaran hasil kelapa sawit.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Kuala Krau. Pengeluaran minyak sawit di kedua-dua kawasan Parlimen Yang Berhormat ini tidak membayangkan yang pengeluaran di seluruh negara. Jangan pandang kawasan sendiri. Kementerian saya ini, kita jaga semua termasuk...

Saya rancangan FELDA banyaklah Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi Yang Berhormat, kawasan saya orang mesti...

Bukannya tidak hendak- Kawasan Felda 14 rancangan, ribu-ribu hektar.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Sabah lagi luas, Sabah.

Saya menggambarkan contoh untuk seluruh negara Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ya, betul, betul.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

[Bangun]

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini ada sawit kah kawasan ini?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada. Sila, sila.

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sabah lagi luas kelapa sawit.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat, saya masih ingat lagi dalam sesi- Yang Berhormat Parit Sulong, soalan ini, soalan... [Disampuk] Menteri, saya masih ingat lagi semasa saya duduk di sana... [Merujuk kepada blok pembangkang] Dan kita bincang tentang bajet bagaimana kerajaan hendak meletakkan satu jumlah yang terlalu kecil untuk kita berlawan dengan serangan daripada pihak EU yang memburukkan sawit kita.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Untuk itu, kita minta supaya kerajaan melihat kembali satu jumlah yang munasabah untuk kita fight dengan Kesatuan Eropah (EU). Ini kerana tidak semua apa yang disebut oleh EU tentang minyak kita itu betul. Malah, psywar mereka amat hebat. Bukan sahaja mereka menggunakan agensi-agensi kerajaan tetapi juga lain-lain agensi seperti bintang filem, artis dan sebagainya. Soalannya ialah, adakah setelah kerajaan melihat bahawa betapa gagalnya kita berperang dengan EU dengan meletakkan bajet yang reasonable size-nya, adakah Menteri sekarang- setelah duduk di sana agak lama- memahami kegagalan itu, Menteri akan meletakkan satu jumlah yang lebih munasabah untuk kita fight dengan pihak EU ini? Kedua, adakah Menteri berfikir bahawa di samping kita bergantung kepada China dan EU, adakah ruang-ruang lain yang kita akan gunakan untuk memastikan minyak kita ini akan sentiasa bukan sahaja stabil harganya tetapi demand-nya juga akan constant? Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh tambah sikit?

Tambah sikit, tambah sikit. Pendang. Boleh Pendang minta?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey, cepat. Terima kasih Menteri. Saya sehaluan dengan Yang Berhormat Sungai Petani, sebab memerangi gejala persepsi Europe ini memang penting. Dulu, saya dengan Yang Berhormat Jasin dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat, kami pergi menghadap Ahli-ahli Parlimen Europe ini. Kami volunteer. Kerajaan tidak keluarkan duit pun. Kami yang keluarkan duit. Kami volunteer. Akan tetapi saya setuju kalau boleh- Yang Berhormat Kuala Kedah pun ada sama. Kalau boleh, Menteri yang baru ini, bagi peruntukan untuk kita jalan. Kita akan lawan hujah-hujah daripada Ahli-ahli Parlimen EU ini. Sebab, kita harus sedar kelapa sawit ini adalah daripada pekebun-pekebun kecil iaitu seramai 500,000 sehingga 600,000 orang yang bergantung hidup, hari-hari kais pagi, makan pagi di situ. Kalau harga sawit ini turun, bermakna rakyat di kampung turut menderita. Jadi, Yang Berhormat, saya tahu lama di sini membangkang, mungkin sudah ‘cun’, jadi gunakanlah kepakaran itu untuk meletakkan harga sawit ini di persada yang lebih baik. Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri, saya ada sedikit sahaja lagi, Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya sambung sikit?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri? Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Saya setuju tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Oleh sebab kita bercakap mengenai persepsi, yang itu saya setuju. Apa yang saya bangkitkan adalah lain. Akan tetapi kita juga akui disebabkan kekurangan peruntukan untuk melawan persepsi daripada EU ini, sebab mereka ada syarikat-syarikat besar yang membantu mereka, adakah pihak kementerian yang diterajui oleh Yang Berhormat akan mula melakukan perbincangan dengan syarikat-syarikat besar di dalam negara kita ini untuk membantu pihak kerajaan dari segi menangani persepsi ini? Berlawan. Jadi, berlawan dari segi advertisement, marketing, engagement. Adakah pihak Yang Berhormat ada memikirkan cara sebegini? Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat, saya mohon mencelah sedikit, Yang Berhormat.

Menteri.

Sebenarnya untuk masalah EU ini untuk ketika ini telah pun dapat diselesaikan. Akan tetapi apa yang perlu kita buat ialah penerangan serta promosi mestilah diteruskan. Akan tetapi ia memerlukan peruntukan. Apa yang saya hendak sebutkan di sini, getah dan juga kelapa sawit adalah tanaman bermusim. Pada ketika ini, sehingga hujung bulan September, kalau kelapa sawit dan getah adalah pengeluaran pertengahan. Akan tetapi comes middle September, akan peak crop sehinggalah bulan Disember dan Januari. Apa yang saya hendak sampaikan di sini, pada hari ini, harga CPO berada pada floor bottom iaitu RM2,150 satu tan. Terendah sekali. Ini sebenarnya mencengkam kehidupan harian 650,000 orang pekebun kecil kelapa sawit dan 350,000 orang pekebun kecil getah. Kalau kita sebutkan sekarang tentang pengeluaran, yang terbesar ialah Indonesia. Kedua terbesar ialah Malaysia. Kita kena mencari pasaran. Sekarang kita hanya bergantung kepada India dan juga EU yang bermasalah. Akan tetapi sekarang sudah kurang. Ketiga, kita tidak dapat pasaran baru di China. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi, setelah kita mendapat pasaran tersebut yang terbaik, dengan penduduknya yang lebih daripada satu bilion orang, tiba-tiba sekarang ada kuasa lain yang masuk dan menyusahkan pasaran kita di sana. Kita hendak kalau boleh...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat...

...Kita mahu kalau boleh hubungan dagang kita di antara China dan Malaysia mestilah berada pada tahap yang terbaik. Ini kerana kita tidak boleh mengecilkan hati mereka. Kalau kita mempunyai masalah dengan mereka...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey, tidak boleh buat ucapan macam ini.

...Maka pasaran dagang kita akan terjejas.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey, terima kasih. Terima kasih.

Menteri.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Menteri, mohon mencelah sekejap. Sikit. Sikit sahaja.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Kuala Kedah. Kuala Kedah.

Bagan Serai.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Semua mahu tolong saya. Ya, okey.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Seputeh tidak boleh jawabkah? Minta tolong ni.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Oleh sebab Yang Berhormat Kinabatangan menyebut nama saya, saya rasa saya perlu respons sedikit. Masalah terbesar pada saya yang menyebabkan harga sawit turun ialah perubahan penggunaan sawit di Eropah. Kebanyakan sawit kita digunakan untuk diesel. Penggunaan diesel ini dikurangkan atas banyak sebab. Ini termasuklah kebangkitan enjin elektrik. Jadi, sawit dijual seperti saham dengan pasaran hadapan. Apabila projeksinya menunjukkan enjin elektrik akan datang, maka kurang stok sawit untuk diesel. Itu yang pertama. Kedua, perubahan persepsi di Eropah terhadap minyak-minyak yang digunakan sebagai diesel dan juga minyak makanan. Pada saya, apa yang perlu kita lakukan ialah kita kena menjenamakan kembali sawit sebagai makanan. Part diesel itu kita kurangkan emphasis-nya. Tahun lepas dan tahun sebelumnya, kebanyakan eksport kita masih bukan sebagai makanan tetapi sebagai diesel. Untuk itu, saya rasa kita terpaksa melalui peringkat pahit, di mana kita berubah tadi. Akan tetapi untuk masa depan, itulah masa depan sawit. Penduduk manusia bertambah, maka permintaan untuk makanan akan bertambah. Akan tetapi perubahan teknologi mungkin akan mengurangkan penggunaan sawit sebagai diesel. Apa yang berlaku pada Indonesia ialah penawaran harga yang sangat rendah. Sawit yang berkualiti rendah untuk diesel dari pelbagai sumber. Itu kita kena yakinkan banyak pihak-pihak lain. Untuk itu, saya rasa perlu sangat kita jenamakan dan kita membuat pelaburan menjenamakan sawit sebagai makanan. Ini supaya makanan sawit kita antara yang terbaik di dunia. Terima kasih.

Bagan Serai.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sedikit, Yang Berhormat.

Bagan Serai, Yang Berhormat Menteri.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sedikit, Yang Berhormat. Sambung Yang Berhormat Kuala Kedah, kalau boleh. Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pendek sahaja. Saya ingin menyambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi. Antara kritikan utama yang diguna pakai oleh European Food Safety Authority (EFSA), dengan izin, adalah kewujudan contaminant 3-MCPD dalam kelapa sawit. Katanya, kilang pemprosesan di Malaysia ini tidak sampai ke tahap yang diterima pakai. Maka, ini melahirkan bahan-bahan carcinogenic. Ini antara alasan yang mereka guna pakai. Maka persoalan saya, kalau kita boleh selesaikan bab pemprosesan, minyak kelapa sawit ini minyak yang terbaik, tiada siapa yang boleh sangkal berbanding dengan minyak yang lain. Akan tetapi isu pemprosesan, melahirkan bahan kimia yang carcinogenic, di mana 80 peratus daripada penggunaan kelapa sawit ini untuk makanan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, adakah kementerian mungkin boleh menumpukan isu pemprosesan supaya akhirnya tidak ada alasan yang boleh digunakan oleh Kesatuan Eropah dalam menggagalkan usaha kita untuk mempromosikan penggunaan kelapa sawit? Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, sikit.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Marudu. Kota Marudu.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah banyak kali bangun.

Kota Marudu. Tuan Yang di-Pertua...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Perempuan dululah. Yang Berhormat Kuala Kangsar sudah berdiri banyak kali. Silakan.

Sebelum Yang Berhormat Menteri menggulung perkara yang sama, saya ingin masuk sekejap ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara-perkara yang dibangkitkan tadi berkaitan surplus, kelebihan, isu sabotaj media massa. Perkara-perkara ini ialah perkara-perkara luar daripada kuasa penuh kita. Soalnya ialah, di peringkat negara kita, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan supaya despite semua ini, basic return iaitu net income itu boleh dipertingkatkan supaya dapat menutup kembali harga yang semakin berkurangan oleh sebab serangan daripada antarabangsa?

Misalnya apa tindakan kerajaan? Satu memastikan kos baja. Kos pesticide, dengan izin. Kos “transportasi”, kos buruh. Okey. Dahulu kita banyak perusahaan untuk mengurangkan penggunaan buruh dengan penggunaan teknologi harvesting khususnya. Apa tindakan-tindakan yang kerajaan ini, yang baru ini dari segi inisiatif baru mengurangkan kos pengeluaran supaya net income mesti boleh meningkat sekadar dan bukan sekadar mem-blame antarabangsa dan seterusnya. Apa usaha dalaman kita dalam perkara ini bagi kerajaan yang baru. Terima kasih.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tadi sudah dengar beberapa perkara mengenai promosi yang tidak sampai. Keduanya, lebihan pengeluaran dan deforestation dan juga pemprosesan yang tidak sampai ke tahap piawaian antarabangsa. Kita boleh risau mengenai faktor-faktor ini tetapi saya paling risau sekali adalah mengenai pensijilan MSPO. Dateline, dengan izin pada 2019. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, tercicirnya lagi nanti semua pekebun-pekebun kecil kita yang lebih daripada 650,000 orang ini di seluruh negara sekiranya Yang Berhormat Menteri tidak serius menepati dateline, dengan izin, pensijilan MSPO ini. Saya mohon Yang Berhormat Menteri tolong bagi penjelasan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri. Sedikit. Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri. Sila menjawab.

Pencelahan sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan. Teruskan Yang Berhormat Menteri sebab terlalu banyak.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, kalau semua orang berucap macam ini... [Disampuk]

Just one more. Please.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Saya tidak dapat gulung.

Yang Berhormat Menteri. Saya sudah bangun banyak kali. Minta sedikit sahaja.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey, 30 saat.

Okey. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bagi jawapan bertulis sahaja.

Kita punya- yang kita perang ini ialah persepsi daripada Euro, yang kita dapati 90 peratus eksport dunia adalah daripada Malaysia dan yang terbanyak daripada Indonesia. Saya sudah lihat dengar macam-macam usaha kita buat. Saya ingin bertanya, sejauh manakah gabungan kita dengan Indonesia untuk bersama-sama. Ini kerana Indonesia juga tertekan dengan apa yang MSPO buat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat ramai Ahli Yang Berhormat memang berminat pada kementerian saya. Mungkin kita boleh- saya boleh ajak Ahli-ahli Yang Berhormat ini kita ada satu perbincangan khusus tentang apa yang akan dilakukan oleh kementerian. Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan promosi minyak sawit kita dan juga serangan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit Malaysia ini memang saya- kementerian saya bersama dengan MPOB dan MPOC kita akan mengadakan lawatan lobi kita seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan untuk berjumpa dengan pihak Kesatuan Eropah dan juga pemimpin negara-negara Eropah berkenaan dengan isu ini. Sebenarnya saya jangka Yang Berhormat Kinabatangan dia mahu ikutlah sebab itu dia bangkit semua ini. Kita lihatlah yang kalau Yang Berhormat bayar sendiri saya jemput sekali.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat tadi cakap Ahli Parlimen pembangkang pun boleh bantu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya faham. Saya faham.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dahulu kita pergi pun kita pergi volunteer sendiri beli tiket, sendiri beli hotel, kerajaan tidak tanggung pun. Akan tetapi, kerajaan baru ini buatlah yang terbaik...

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh. Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya akan mempertimbangkan tawaran, cadangan Yang Berhormat Kinabatangan. Tentang cari pasaran baru yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin, sebenarnya memang kementerian dan juga pihak MPOC, MOPB juga tengah mencari pasaran baru selain daripada India, China dan Kesatuan Eropah. Mereka juga tengah menerokai pasaran di Philippines, di negara-negara Afrika dan juga yang lain dan juga Iran. Di mana pasaran yang selama ini bukan traditional buyer oleh minyak sawit kita ini mereka tengah menerokai pasaran.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tentang pemprosesan tiga MCP yang dalam mengurus minyak sawit kita ini, sebenarnya ini adalah sebab yang kita mahu bagi kesedaran kepada pihak yang buat kritikan. Begitu juga bagi kementerian, kita tengah menjelajah di seluruh negara untuk memberi kesedaran dan juga pendidikan kepada para pekebun kecil khususnya tentang Skim Pensijilan Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) yang mana kita akan menjadikan skim MSPO ini mandatori pada 31 Disember 2019. Jadi, skim MSPO ini akan dijadikan satu langkah untuk mewujudkan sistem kemampanan yang diterima secara global. MSPO akan menjenamakan minyak sawit milik Malaysia untuk diterima sebagai pilihan utama pelanggan global. Ini akan membuka ruang pasaran yang lebih luas dan untuk pasaran minyak sawit mampan Malaysia di negara-negara pengimport. Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan macam mana kita membantu pekebun- pekebun untuk menyelesaikan masalah yang kelebihan stok minyak sawit kita. Kita akan menggunakan- meningkatkan lagi penggunaan domestik produk-produk komoditi sawit melalui Program Biodiesel daripada B7 ke B10. Bagi meningkatkan penggunaan minyak sawit di pasaran tempatan, kementerian telah melaksanakan Program Biodiesel B7 mulai November 2014 di seluruh negara. Program B7 dianggarkan menggunakan sebanyak 358,000 tan minyak sawit setahun. Kementerian juga bercadang untuk meningkatkan penggunaan domestik produk sawit, pelaksanaan program biodiesel dalam sektor pengangkutan dari B7 ke B10. Aktiviti promosi produk-produk komoditi dan meningkatkan lagi tahap kesedaran tentang kebaikan produk sawit kita. Dalam hal ini, aktiviti promosi dan perkembangan pasaran di dalam dan di luar negara banyak dianjurkan bagi memperkenalkan produk komoditi keluaran syarikat dan pembekal tempatan. Aktiviti ini juga turut meliputi usaha meningkatkan tahap kesedaran tentang kebaikan produk sawit keluaran negara. Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kementerian saya telah mengadakan satu konsultasi, perbincangan dengan pelbagai pihak tentang kemungkinan sama ada kita boleh meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam diesel atau biodiesel dari B7 ke B10. Jadi, yang konsultasi perbincangan ini telah diadakan dan ini saya rasa kita perlu satu proses. Kalau kita lihat negara Indonesia, mereka telah meningkatkan penggunaan biodiesel sehingga B20 dan saya difahamkan Indonesia akan menggunakan biodiesel sehingga setakat B30 pada tahun 2020. Akan tetapi, di pihak pengguna kenderaan ataupun persatuan di Malaysia ini mereka agak sangsi sama ada kita boleh menggunakan, menggalakkan pihak ramai untuk gunakan minyak sawit dari B7 ke B10. Jadi, ini satu cabaran yang kita hadapi. Kita berharap memang kalau pengguna kenderaan tempatan ini boleh menyokong kerajaan untuk menggunakan lebih keluaran minyak sawit di negara kita ini. Ini akan membantu yang penggunaan minyak sawit kita ini dan juga secara tidak langsung membantu penggunaan minyak sawit yang berlebihan di pasaran tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya memang berminatlah untuk mengadakan lebih perbincangan dengan para Ahli Yang Berhormat tentang isu minyak sawit ini. Akan tetapi, saya hanya ada sembilan minit lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Masa agak terhad...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, saya ada isu tentang getah, ada lada dan juga lain.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...Hanya 45 minit sahaja.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kalau saya panjangkan saya tidak ada masa untuk tanaman yang lain.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit sahaja sikit.

Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, saya berharaplah Tuan Yang di-Pertua tidak boleh adakan perbincangan lagi, kalau tidak saya tidak dapat habiskan jawapan kepada Ahli Yang Berhormat lain.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya hendak cadangkan nanti Yang Berhormat Menteri bagi taklimat kepada Ahli Parlimen Pembangkang.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sikit, sikit. Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya menggunakan empat minit untuk berbahaskan tentang chapter kementerian ini. Saya meneliti jawapan, bolehkah saya dapat jawapan Yang Berhormat Menteri selain pada hanya menjawab B7 dan B10. Berapa soalan yang telah saya kemukakan. Boleh tidak Yang Berhormat bagi secara spesifik untuk menjawab. Saya dapati Yang Berhormat lebih menjawab pada celahan tadi. Akan tetapi, ada berapa perkara saya setuju dengan Yang Berhormat kata B7 dan B10 tetapi masalahnya kekangan yang kita hadapi ialah bagaimana kerajaan untuk berbincang dengan pengusaha pembuat kereta ini atau pengimport kereta kerana kononnya selama ini satu kekangan ialah daripada mereka. Mereka tidak bersedia. Apakah dari B7 dan B10 kita hendak tingkatkan penggunaan biodiesel? Akhirnya kita menghadapi rintangan daripada pihak sana dan kita tidak jadi.

Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian secara holistik bersama dengan kementerian lain, MITI dan sebagainya untuk mencapai idaman kita iaitu B10 atau B20? Itu pertama saya pernah bangkitkan dalam perbahasan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada lapan minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Ayer Hitam minta ringkas.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya ada lapan minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Your question tadi ringkaskan.

Itu yang pertama.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya. Ya. Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Ayer Hitam...

...Bertulis?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Kerana saya ada tujuh minit..

Okey.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Masa 57 minit lagi saya tidak ada masa lah. Minta maaf.

Banyak bagi celahan yang lain sebab itu kita berbahas, kita tunggu jawapan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini kerana ramai sayang pada saya dan sokong kementerian saya. Itu sebab saya layan.

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, teruskan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi ke tanaman yang lain mungkin kita boleh ada perbincangan khas...

...Tentang pengguna sedikit.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Dengan Ahli-ahli Yang Berhormat...

...Penggunaan minyak ini...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Daripada pembangkang Barisan Nasional.

Sedikit, penggunaan minyak Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...We fix another time, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat. Saya sambung sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jasin.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada masa lagi.

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apa, Yang Berhormat Jasin.

Kalau bercakap tentang B7 tadi, ia tidak melibatkan pihak industri. Sepatutnya kita melibatkan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada melibatkan...

...Pihak industri untuk menggunakan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Hei, Yang Berhormat saya tadi kata bahawa kementerian saya ada consultation dengan beberapa pihak dan pihak industri...

Keduanya...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi...

...Saya bercakap tadi tentang peak crop. Apabila sampai peak crop sekarang- kalau sekarang harga RM2,150 satu tan, when comes to peak crop the price will definitely goes down more. What are you going to do? Sekarang sepatutnya daripada sekarang kita kena cari pasaran-pasaran baharu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey, cukup-cukup.

Untuk mengelakkan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu sebut tentang getah.

...Lambakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jasin cukup, Yang Berhormat Jasin. Teruskan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Harga komoditi getah juga merosot. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Bera berkenaan dengan tindakan kerajaan menangani isu kemerosotan harga getah dan juga jenis bantuan disediakan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin dan sentiasa berusaha meningkatkan harga komoditi getah. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menangani isu kemerosotan harga getah adalah seperti melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Insentif ini akan diaktifkan apabila harga purata bulanan getah menurun di bawah Paras Harga Pengaktifan (PHP). Penanda aras PHP adalah purata bulanan harga getah gred SMR 20 Free On Board (FOB) berada di paras RM5.50 sekilogram dan purata bulanan harga ladang cup lump di paras RM2.20 sekilogram. Sebarang kekurangan harga daripada paras PHP akan ditampung oleh kerajaan. Jika kerajaan akan mengadakan mekanisme penetapan harga di ladang, program ini menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk tujuan urus niaga getah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kerajaan juga akan memudahkan infrastruktur kutipan lateks melalui program ini kerajaan menggalakkan pekebun kecil beralih kepada penghasilan lateks yang harganya lebih tinggi berbanding cup lump. Harga lateks di peringkat ladang lazimnya lebih dua kali ganda lebih tinggi berbanding harga cup lump. Untuk ini, kemudahan infrastruktur bagi pusat pengumpulan kutipan lateks sedang disediakan di beberapa kawasan strategik di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga akan meningkatkan penggunaan getah negara sebanyak 10 peratus setahun dan juga kita akan mempergiatkan aktiviti R&D bagi meningkatkan penghasilan produk baharu berasaskan...

Sedikit Yang Berhormat Menteri...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Getah termasuk...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Hasilan ecopreneur dan propreneur, seismic bearings dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan...

Yang Berhormat Menteri...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Harga lada...

...Sedikit isu getah tadi.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya ada empat minit lagi untuk menjawab tentang lada. Ini berkaitan pertanyaan Yang Berhormat Julau dan Yang Berhormat Sarikei tentang langkah yang diambil oleh kerajaan menangani isu kemerosotan harga lada. Kerajaan akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi meningkatkan penggunaan lada dalam negara antaranya menganjurkan pepper day bagi meningkatkan penggunaan lada domestik, mengambil bahagian dalam pameran di bandar-bandar utama, menganjurkan program galakan pasaran dan sebagainya. Kerajaan juga menjual terus lada ke pasaran istimewa ataupun niche market dengan memperkenalkan beberapa produk lada tambah nilai peringkat kilang contohnya lada steril- mikrokleen, dan serbuk lada disediakan untuk pasaran yang lebih mementingkan keselamatan dan kualiti makanan dan produk istimewa peringkat ladang seperti lada putih krim. Pasaran istimewa ini mampu membayar harga yang lebih tinggi berbanding dengan lada mentah. Kerajaan juga akan mempelbagaikan produk berasaskan lada supaya industri lada Malaysia berdaya saing dan relevan di pasaran lada antarabangsa. Pelbagai produk baharu yang berasaskan lada seperti sos lada hitam, minyak wangi lada, smoke flavored seasoning, garlic pepper sauce dan black pepper marinade cube terus dibangunkan. Kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar- Malaysia sedang bekerjasama dengan negara-negara pengeluar lada utama melalui International Pepper Community (IPC) untuk meneroka pasaran baharu supaya dapat meningkatkan permintaan kita. Yang Berhormat Segamat bertanya tentang isu pembinaan kilang kelapa sawit di tanah pertanian di daerah Tangkak yang tidak mematuhi prosedur pembinaannya yang saya difahamkan bahawa kilang kelapa sawit ini telah dilawati oleh Jabatan Alam Sekitar beberapa kali setelah menerima aduan berkaitan bau. Lawatan tersebut adalah langkah usaha menambahbaikkan system effluent pond kilang berkenaan. Saya difahamkan masalah bau ini sudah selesai hasil daripada beberapa lawatan oleh Jabatan Alam Sekitar pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini. Dalam hal ini suka saya maklumkan bahawa pembinaan kilang kelapa sawit, MPOB hanya menilai aspek-aspek berikut sahaja iaitu bekalan buah, kawasan baharu sawit dan potensi bekalan buah sawit untuk memastikan bekalan mencukupi untuk diproses berdasarkan kapasiti kilang dipohon.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Bagi menentukan kesesuaian premis untuk kilang sawit pula, kelulusan JAS diperlukan manakala Unit Perancang Ekonomi Negeri dari segi penilaian lokasi dan impak ekonomi. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Tasek Gelugor membangkitkan sama ada benar China telah menandatangani kontrak dengan Indonesia sebanyak USD729 juta yang mana saya telah pun sentuh tadi. Apa yang saya hendak tambahkan bahawa pada masa ini Indonesia menguasai 63 peratus manakala Malaysia memegang 33 peratus pasaran minyak sawit di China. Berkenaan dengan Yang Berhormat Sungai Petani yang membangkitkan isu mengenai status dan perkembangan kajian getah dalam proses pembinaan jalan raya. Teknologi pembuatan jalan raya dan jalan sedang menggunakan Cuplump Modified Bitumen (CMB) bermula pada tahun 2014 dengan pembinaan pertama sepanjang satu kilometer jalan secara turapan di Kota Tinggi, Johor. Jadi pada tahun 2015, Lembaga Getah Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk menilai prestasi jalan getah bagi tujuan pengkomersilan teknologi tersebut. Kualiti modified bitumen yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut mempunyai kualiti yang setanding dengan kualiti Polymer Modified Bitumen (PMB) berasakan getah sintetik yang sudah ada di pasaran sejak 30 tahun. LGM juga akan berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan Pejabat Daerah Teluk Intan bagi mengembangkan penggunaan teknologi CMB ke jalan-jalan luar bandar. Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tanjung Malim dan Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan harga lantai bagi komoditi getah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mematuhi tempoh masa yang telah diadakan. Lain-lain yang saya tidak sempat jawab dalam 45 minit ini, saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Barisan Nasional yang begitu menyokong usaha kerajaan untuk memerangi serangan terhadap minyak sawit kita dan saya akan terus mengadakan mungkin sesi khas dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat tentang isu apa yang kerajaan akan buat tentang getah dan juga tentang minyak kelapa sawit. Mungkin dalam satu perbincangan khas dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat dengan topik-topik ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Industri Utama. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Wilayah untuk membuat penggulungannya. Dipersilakan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHMenteri Wilayah · Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini dan menyentuh isu di Wilayah Persekutuan. Khususnya Yang Berhormat Setiawangsa. Eh! Tadi ada, dia bertanya mengenai Pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur dan penyelenggaraan PPR di Kuala Lumpur. Kedua, Yang Berhormat Bukit Bintang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Pun tidak ada.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Menimbulkan isu mengenai penjualan tanah milik DBKL dan kesesakan dan tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Ketiga, Yang Berhormat Wangsa Maju, ada- mengenai isu kesesakan dan banjir kilat di Kuala Lumpur. Ini merupakan lima persoalan yang telah ditimbulkan, saya harap saya akan dapat menjawab kesemua persoalan ini dalam masa yang diperuntukkan, tetapi itu adalah bersyarat, tiada gangguan daripada orang yang tidak menyentuh Kementerian Wilayah dalam perbahasan mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, lebih awal.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Pertama, Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan daripada Yang Berhormat Setiawangsa, Pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, draf pelan tempatan untuk Kuala Lumpur yang dikenali sebagai draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah disediakan pada tahun 2008. Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 ini, telah melalui proses pendengaran, bantahan dan dipinda selaras dengan laporan pendengaran bantahan awam yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pendengaran Bantahan Awam menurut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Ini bermakna disediakan pada tahun 2008 lagi. Pindaan draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang mengambil kira bantahan dan pandangan awam serta data pembangunan yang telah diluluskan sehingga tahun 2015, telah disiapkan bagi tujuan pewartaan pada bulan April 2015, akan tetapi malangnya pewartaannya telah ditangguhkan. Ini oleh pentadbiran yang lama. Sehubungan dengan itu, atas kegagalan kerajaan sebelum ini menangani pewartaan draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, Kerajaan Baharu Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab penuh untuk mewartakannya pada tahun ini.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Walaupun tempoh pelaksanaannya, tinggal hanya dua tahun lagi sehingga hujung tahun 2020. Ya, silakan.

Lembah Pantai. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya sedikit kesal, Yang Berhormat Putrajaya tidak ada dalam Dewan pada waktu ini kerana berkait rapat dengan tugas beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada waktu itu. Cuma saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri dimaklumkan sebab-sebab, alasan-alasan yang telah digunakan oleh dua orang Menteri Wilayah Persekutuan yang terdahulu, mengapa mereka tidak mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Memandangkan banyak daripada masalah yang kami hadapi sekarang di Kuala Lumpur ini, bersangkut paut, secara direct, secara langsung dengan kegagalan pewartaan ini. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya pun berkongsi kekecewaan itu. Malangnya saya tidak mendapat apa-apa penjelasan, mengapa ianya tidak diwartakan. Akan tetapi berdasarkan atas apa yang telah berlaku, di mana banyak pembangunan yang dilakukan melanggar apa yang telah terkandung di dalam Pelan Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 itu, maka berbagai-bagai andaianlah yang telah dibuat oleh ramai pihak. Akan tetapi, inilah yang kita rasa kesal kerana sebenarnya draf pelan itu bukan datangnya dengan percuma, kita telah membayar pakar rujuk, kita telah belanjakan banyak untuk mengadakan pendengaran awam dan sebagainyalah. Pihak-pihak NGO, badan-badan berkepentingan yang ingin melihat Kuala Lumpur itu dibangunkan dengan cara yang lebih teratur. Semua telah banyak meluangkan masa, menggunakan masa dan mengeluarkan belanja supaya pandangan mereka dimasukkan di dalam draf Pelan Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur itu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi akhirnya, setelah mengadakan semua majlis-majlis pendengaran, perbincangan, diskusi dan sebagainya, ianya dimasukkan tetapi tidak diwartakan, amat malang ya. Lalu kerajaan baharu Pakatan Harapan, kita memahami hasrat warga kota Kuala Lumpur, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional yang memohon untuk draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 itu diwartakan bagi tujuan untuk meningkatkan tadbir urus dan ketelusan kerajaan dalam proses mempertimbangkan permohonan pembangunan di Kuala Lumpur. Kita hendak adakan draf pelan ini, sebenarnya untuk kita menentukan bahawa pengurusan pembangunan itu dilakukan melalui satu perencanaan yang baik, yang bijak dan bukan berdasarkan kepada permohonan-permohonan saat-saat terakhir pressure group dan sebagainya dan kepentingan-kepentingannya tertentu. Maka Kementerian Wilayah bersetuju untuk mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 ini. DBKL sedang mengambil langkah mengemas kini data kelulusan perancangan di antara tahun April 2015 sehingga sekarang untuk dijadikan sebagai addendum dalam draf pelan yang akan diwartakan. Ini bermakna, apa yang telah berlaku daripada tahun 2015 hingga sekarang yang melanggar draf pelan itu. Sama ada dari sudut penggunaan, syarat penggunaan, dari sudut density, dari sudut plot ratio, dari sudut yang lain yang terkandung dalam draf pelan itu semua yang telah melanggarnya, semuanya akan disenaraikan sebagai satu addendum apabila draf pelan ini diwartakan seperti mana ianya telah diluluskan pada tahun 2015. Ada pihak juga yang dia risau, dia kata yang hendak diwartakan ini semua sudah diubah, lalu tidak ada guna, semua pelanggaran-pelanggaran akan disembunyikan dalam draf pelan yang akan diwartakan. Saya telah mengarahkan pihak DBKL untuk mewartakan apa yang telah diluluskan pada tahun 2015 dan segala pelanggaran yang bercanggah, pembangunan yang bercanggah dengan draf pelan itu akan disenaraikan sebagai satu rujukan dan bukti bahawa sebenarnya draf pelan yang telah hasilkan tidak diguna pakai.

Yang Berhormat Menteri tambahan, Lembah Pantai. Pencelahan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan ini. Ramai warga Kuala Lumpur yang memerhati dengan teliti, sama ada apa yang akan diwartakan adalah draf yang asal ataupun draf yang telah dengan izin, menjadi sebagai satu Frankenstein. Memang banyak yang telah ditokok tambahkan, tetapi pada masa yang sama dua soalan saya adalah, adakah ini bermakna banyak daripada perlanggaran-perlanggaran ini akan dibenarkan berlaku begitu sahaja. Apakah langkah yang akan diambil, memandangkan ramai sebagai contoh ya, di kawasan sama ada di Lembah Pantai ataupun di Segambut yang mengharapkan beberapa projek tidak diteruskan. Kedua, sekiranya ada dari tempoh sekarang sehingga pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 ini, adakah kita akan mengguna pakai Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang bakal diwartakan untuk sebarang proses memberikan kebenaran ataupun Development Order, dengan izin. Memandangkan mungkin ada pertambahan plot ratio, density dan sebagainya. Adakah itu akan dibenarkan? Apakah guideline ataupun garis panduan daripada pihak kementerian tentang di antara waktu sekarang dan pewartaan nanti? Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Di antara waktu sekarang dengan pewartaan maka di bawah Kementerian Wilayah, dewasa ini kita akan kawal dan kita akan menggunakan draf pelan itu sebagai panduan. Berhubung yang pelanggaran-pelanggaran yang telah dilakukan, maka setiap satu akan kita kaji, dengan izin, each and every individual case dan kita akan cuba tangani berdasarkan kepada meritnya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ada yang telah di siap bina. Kalau sudah di siap bina bangunan 40 tingkat, 50 tingkat dan sebagainya, kita tidak boleh membuat apa-apa. Ada yang dalam proses pembinaan. Kalau dalam proses pembinaan juga bergantung kepada how advance, dengan izin, itu pun kita kena ambil kira dia punya legal implication kalau kita hentikan dan sebagainya. Namun demikian, untuk menjawab seterusnya kementerian ini percaya draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 ini akan dapat diwartakan pada tahun ini dan kekurangan pelan ini akan dapat kita memperkemaskan apabila pelan ini dikaji semula secara menyeluruh sambil Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 disediakan. So, segala kekurangan- kekurangan, pelanggaran-pelanggaran dan sebagainya semuanya akan kita ambil balik kemudian kita akan ambil kira bila kita buat draf pelan yang baharu untuk Kuala Lumpur 2040. Pelan struktur dan pelan tempatan tahun 2040 dijangka akan diwartakan pada penghujung tahun 2020. Ya, silakan.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya hendak merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai iaitu berkenaan dengan pelan struktur KL. Adakah Yang Berhormat Menteri mencadangkan supaya projek-projek yang sudah dapat DO masa dahulu di bawah Menteri Wilayah YB Putrajaya, sudah dapat DO tetapi masih belum mula kerja pembinaan, adakah projek-projek ini akan ditangguhkan? Ini sahaja.

Terima kasih, seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita akan ambil case-by-case basis yang mana yang sudah keluar DO, yang sudah dapat Development Order, semua kelulusan sudah ada, perjanjian mungkin sudah ada, perbelanjaan sudah keluar dan sebagainya itu semua kita kena ambil kira lah. Apa tindakan kita, kita boleh berbincang dengan pihak pemaju, mungkin kita boleh readjust balik kepada plot ratio seperti mana yang sepatutnya dan sebagainya. So, it’s going to be, dengan izin, on case-by-case basis ya. Terima kasih. Soalan kedua ialah berhubung dengan penyelenggaraan PPR di Kuala Lumpur. Ini pun yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat DBKL menyelenggarakan sejumlah 73,140 unit rumah Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di 88 buah kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perumahan yang diselia selenggara ini terdiri dari rumah yang telah dibina sejak tahun 1950-an, sebelum tubuhnya DBKL itu sendiri. Akan tetapi rumah-rumah ini kita selenggarakan sehinggalah yang dibina pada tahun 2000. Terdapat sejumlah 530 buah lif diselenggarakan secara berkala oleh lapan kontraktor yang telah dipilih melalui tender terbuka. Mereka dilantik hasil daripada tender itu secara berpenggal bagi memastikan lif beroperasi dan berfungsi dengan baik dan diarah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kerosakan dengan penyelarasan oleh Bilik Gerakkan (24 jam) DBKL. Dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih lif, DBKL mematuhi Akta Kilang dan Jentera 1967 yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk dijadikan asas dan panduan bagi memastikan aspek keselamatan diberi keutamaan. Langkah-langkah yang diambil oleh DBKL memastikan penyelenggaraan lif berada di tahap yang terbaik adalah seperti berikut: (i) kerja-kerja penyelenggaraan komprehensif. Penyelenggaraan lif di kawasan PA (perumahan awam) dan PPR dilakukan setiap bulan secara comprehensive maintenance melalui kontrak berpenggal yang disebutkan tadi; (ii) kerja menaik taraf lif. Jabatan telah menggariskan satu panduan naik taraf lif bahawa bagi lif yang berusia 10 tahun ke atas akan dilaksanakan kerja-kerja naik taraf lif yang melibatkan komponen utama seperti controller lift, car cage dan sistem pintu; dan (iii) penggantian lif keseluruhannya. DBKL telah menggariskan satu panduan bahawa penggantian lif baharu secara keseluruhan akan dilaksanakan bagi lif yang berusia 15 tahun hingga 20 tahun.

Selain daripada langkah di atas, DBKL juga turut melakukan beberapa penambahbaikan seperti: (i) menubuhkan unit pemantauan lif mengikut sub zon melibatkan pelawat perumahan seramai lima orang bagi setiap kumpulan bagi membuat rondaan selepas waktu pejabat, iaitu daripada pukul 5:00 petang sehingga 11:00 malam untuk mengenal pasti operasi lif. Ini DBKL sendiri hantar pelawat hendak check status lif; (ii) menubuhkan pasukan audit lif melibatkan kakitangan penyelenggaraan mekanikal seramai dua jurutera, 16 penolong jurutera dan dibantu lapan pembantu kemahiran bersama-sama syarikat lif; (iii) memasang CCTV di dalam dan di luar lif; (iv) memasang e-Logger iaitu sistem yang dapat menghantar isyarat jika berlaku kerosakan lif secara terus ke telefon bimbit pegawai jabatan atau kakitangan syarikat lif. Sistem dapat memantau status pembaikan lif dan tempoh masa yang di ambil; dan (v) menyediakan kemudahan tempat kepada kakitangan syarikat lif secara tetap di semua kawasan perumahan, perumahan awam dan PPR mulai jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari termasuk hari cuti. Kakitangan syarikat dikehendaki melaporkan diri bertugas di pejabat kecil perumahan dan bersedia melakukan pembaikan apabila menerima laporan kerosakan lif. Untuk makluman Yang Berhormat yang tidak hadir, dari sudut prestasi kontraktor, 95 peratus peristiwa kerosakan telah ditangani dalam tempoh KPI 30 minit response time yang telah ditetapkan. So very good performance by all the contractors tetapi response time itu tidak menjamin bahawa lif-lif itu dapat dibaiki. Dia datang, dia tengok apa kerosakan tetapi masa untuk baik pulih bergantung pada apa yang rosak. Tuan Yang di-Pertua, DBKL sedang menggantikan 203 buah lif di 22 buah kawasan PA dan PPR dan menaik taraf 89 buah lif di lapan kawasan PA dan PPR. Ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM135.8 juta dan kerja-kerja ini dilakukan sejak tahun 2015. Merujuk kepada kawasan Parlimen Setiawangsa, laporan pemantauan DBKL di keempat-empat kawasan perumahan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa, lif-lif berfungsi dengan baik kecuali di Perumahan Awam Desa Rejang dan PPR Air Panas di mana terdapat lif ditutup untuk suatu tempoh yang lama bagi kerja-kerja menaik taraf. Pada masa yang sama, terdapat juga lif yang ditutup sementara untuk kerja-kerja baik pulih yang mengambil masa kurang daripada 24 jam. Walau bagaimanapun, DBKL menetapkan, this is the standard operating procedure bagi setiap masa sekurang-kurangnya sebuah lif dipastikan beroperasi dan berkeadaan baik. Oleh sebab satu blok itu ada tiga lif, kalau satu di naik taraf, satu di-repair, dia mesti ada tentukan bahawa satu itu ia berada dalam keadaan baik. This is the best that can be done berdasarkan kepada design yang telah digunakan pakai untuk pembinaan pada masa itu. Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penghuni rumah PA dan PPR menjaga kemudahan ini DBKL turut mengambil pelbagai langkah pencegahan seperti mengadakan kempen kesedaran, motivasi, program sosial, program turun padang dan sebagainya untuk mendekati penghuni dalam usaha mengurangkan vandalisme.

Masalah yang mungkin boleh dikatakan yang terbesarlah yang terpaksa kita tangani ialah masalah vandalisme. Walau bagaimanapun, walaupun ada kita buat berbagai-bagai program ini, masih ada penghuni ataupun pelawat yang bersikap suka merosakkan kemudahan yang disediakan termasuk membuang najis dalam lif, membakar lif, membuat kekotoran dan sebagainya.

DBKL memerlukan bantuan semua Yang Berhormat Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan untuk sama-sama menasihati semua pihak supaya lebih bertanggungjawab menjaga kemudahan lif. Inilah masalah kita bersama. Kadangkala perkhidmatan itu semua ada. Sepatutnya kita sama-samalah jaga. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada juga soalan berhubung dengan penjualan tanah milik DBKL yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang membahaskan isu penjualan tanah milik DBKL. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian sedia maklum akan keresahan Yang Berhormat terhadap penjualan tanah-tanah DBKL yang tidak dilaksanakan secara tender terbuka dan dijual dengan harga murah yang sering ada persoalan dalam persidangan Dewan Rakyat sebelum ini. Ini merupakan legasi yang telah ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini yang mana perlu diselesaikan oleh pihak kementerian dan merupakan cabaran baru kepada kerajaan sekarang. Saya sedar penjualan tanah yang pernah dibuat sebelum ini ada di antaranya mempunyai matlamat yang baik seperti penyediaan kemudahan RUMAWIP yang boleh memberi kediaman kepada warga kota. Atas sebab hendak bina RUMAWIP itu dan menjualnya dengan murah ataupun memberikan ia secara percuma kepada orang-orang yang layak, maka kadangkala dinaikkan plot ratio atau dijual dengan harga yang murah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Silakan.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Memandangkan Yang Berhormat Menteri telah menyokong usaha membina RUMAWIP di Wilayah Persekutuan dan memandangkan keperluan untuk rumah-rumah untuk warga wilayah adalah amat tinggi, maka adakah ini bererti Yang Berhormat Menteri akan meneruskan usaha untuk membina lebih banyak RUMAWIP di Wilayah Persekutuan? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tapah. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, memang ada di antaranya dilakukan dengan niat yang baik tetapi malangnya ia tidak dilakukan secara tender terbuka dan secara yang telus. Memang banyak rumah-rumah yang PPR dan sebagainya memang perlu ditukar. Ada yang dibina tahun 1950-an. Lalu kita perlukan RUMAWIP ini sebagai gantian di mana mereka akan diberi RUMAWIP ini secara percuma dan sebagainya. Akan tetapi, seharusnya projek itu dilakukan melalui satu proses yang telus kerana kita memberi banyak keistimewaan kepada pemaju-pemaju itu. Naikkan plot ratio, jual tanah dengan harga murah, dibebaskan daripada pembayaran premium dan berbagai-bagai. Lalu apabilanya ia dilakukan dengan rundingan terus di mana hanya pemaju-pemaju tertentu sahaja ditawarkan projek-projek ini, maka ia semestinya terdedah kepada salah guna kuasa dan penyelewengan. Maka, soal hendak bina RUMAWIP, kita akan lakukan, kita akan teruskan. Akan tetapi, kita akan lakukan dengan cara, insya-Allah, lebih telus dan lebih baik.

Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Berkait isu penjualan tanah, kita sedia maklum di Kuala Lumpur, tanah ini memang sukar untuk kita hendak cari. Bila berkait dengan isu pembinaan rumah mampu milik, memang kos tanah antara kos yang paling tinggi. Kita pun sedia maklum bila pihak kerajaan mengusahakan rumah PPR, seperti contoh, subsidi yang diberikan, satu unit hampir RM150,000 seunit.

Cuma soalan saya- Yang Berhormat Tapah sebutkan tentang RUMAWIP. Bila saya bincang atau saya bangkitkan dengan contohnya warga Lembah Pantai, ramai yang merungut rumah-rumah RUMAWIP ini ianya bukan rumah mampu milik tapi rumah mampu lihat pada harga RM200,000 dan sebagainya. Hal ini kerana warga miskin kota merupakan warga yang paling sukar untuk mencari rumah untuk mereka diami di Kuala Lumpur ini. Realitinya, sebagai, contoh anak-anak Kerinchi di Pantai Dalam semakin lama semakin hari semakin sukar untuk mereka mendapatkan rumah di kawasan Pantai Dalam itu sendiri. Mereka terpaksa mencari rumah di tempat-tempat yang jauh seperti di Semenyih, di Rawang dan lebih jauh daripada kampung halaman tempat mereka lahir dan membesar. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian bersedia untuk mengusahakan pembinaan lebih banyak rumah PPR sama ada yang baru atau membangunkan semula rumah-rumah Perumahan Awam (PA) ataupun PPR untuk memastikan warga miskin kota akan terus dapat tinggal di Kuala Lumpur dan bukan dipinggirkan dan seperti diusir ke kawasan luar bandar? Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Jawapan yang mudah, ya, kami bersedia dan memang seperti mana yang disebutkan tadi, kiranya ia dilakukan melalui tender yang terbuka yang telus, maka banyak lagilah kemudahan yang boleh kita peroleh dan kita akan get the best possible offer daripada pemaju-pemaju. Inilah jaminan kita bahawa kita akan membina bukan sekadar RUMAWIP yang memang RUMAWIP itu ianya bukan rumah boleh dikatakan sebagai rumah kos rendah tapi ia merupakan rumah yang ada sampai 1,000 kaki persegi, ada tiga bilik, ada kualiti facilities macam kondominium dan sebagainya tetapi dijual dengan harga yang murah, tetapi ada juga yang memindahkan orang-orang yang telah mempunyai rumah yang hanya 400 kaki persegi, dia dapat RUMAWIP yang percuma yang ada 800 kaki persegi punya floor space. Inilah di antara usaha-usaha yang kita lakukan dan saya amat mengalu-alukan, insya-Allah, dalam perancangan yang akan datang, kita melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan untuk terlibat juga sekali di dalam mesyuarat Menteri bersama dengan pihak DBKL dan sebagainya untuk melakukan perancangan di mana persoalan- persoalan yang seperti ini boleh diambil kira dalam penyediaan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040, insya-Allah. Walau bagaimanapun, saya teruskan jawapan yang disediakan. Perlu ditegaskan bahawa matlamat yang baik iaitu pembinaan RUMAWIP ini sepatutnya disusuli dengan kaedah pelaksanaan yang telus dan berintegriti seperti pemilihan syarikat dengan cara tender terbuka, bukan secara rundingan terus atau tender terhad yang akhirnya akan antaranya ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pemilikan yang sama. Ini yang jadi isulah, yang dalam 64 tanah yang sedang disiasat. Oleh hal yang demikian, pendekatan kerajaan sekarang akan memastikan semua penjualan tanah Datuk Bandar dan mana-mana agensi di bawah Kementerian Wilayah dilaksanakan secara tender terbuka kepada syarikat-syarikat berkeupayaan serta memberi tawaran terbaik akan dipertimbangkan untuk membeli tanah milik berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 64 projek penjualan tanah termasuk tapak velodrom yang ditanyakan oleh Yang Berhormat dalam soalannya yang masih lagi dalam siasatan SPRM. Pada masa ini, pihak kementerian masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai kedudukan hasil siasatan oleh SPRM terhadap 64 projek berkenaan. Kementerian akan bersifat terbuka terhadap sebarang keputusan dan pandangan daripada SPRM dan bersedia untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap proses penjualan tanah DBKL. Ini bertujuan supaya proses penjualan tanah DBKL lebih telus dan sistematik serta bersesuaian dengan aspirasi pembangunan Kuala Lumpur dan warga kota.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kementerian telah juga membentuk satu jawatankuasa khas untuk mengkaji setiap satu kes daripada 64 kes yang berkenaan. Jawatankuasa ini telah mengesyorkan sebahagian daripada kontrak atau penjualan dibatalkan dan wang dikembalikan kepada syarikat terbabit. Sebahagian lagi disyorkan untuk diteruskan dengan penambahbaikan dan ada juga disyorkan untuk diteruskan seperti mana di dalam kontrak. So, each on its own merit. Syor ini akan diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat keputusan. Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa syor ini tidak bererti siasatan SRPM terhadap mana-mana satu transaksi akan dihentikan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya kalau ada syor yang kata terus, dia terus tetapi SPRM akan terus menyiasat. Mungkin kita kata teruskan oleh sebab sudah too late, sudah terlewat untuk hendak dihentikan oleh sebab dia punya implikasi adalah terlalu serius. Dalam soal tanah velodrom yang dijual dengan harga jualan RM133 juta, perjanjian jual beli telah ditandatangani pada 16 November 2015 dan tanah telah dipindah milik kepada syarikat pada 15 Februari 2017, ya. Ini kes khusus yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi ya. Ini memang ada timbul masalah penjaja. Sebahagian daripada penjaja telah pun bersetuju berpindah tetapi tujuh lagi dia ambil tindakan mahkamah dan sekarang kes ini ada dalam mahkamah. Setelah mereka kalah di peringkat Mahkamah Tinggi, mereka bawa ke Mahkamah Rayuan dan oleh sebab itu saya tidak boleh menceritakan secara detail. Akan tetapi yang hendak kena diambil kira ialah semasa permohonan dibuat untuk membeli tanah tersebut, pihak syarikat bercadang untuk melaksanakan pembangunan seperti berikut: (i) tiga blok menara pejabat, 25 tingkat hingga 40 tingkat; (ii) ruang perniagaan, satu tingkat hingga lima tingkat; (iii) gudang, satu tingkat hingga lima tingkat; (iv) dua blok asrama; dan (v) sebanyak 4,695 petak letak kereta dan pusat penjaja. Maknanya, memang dalam rundingan yang dibuat pada ketika itu malangnya bukan secara terbuka kes velodrom ini, adalah dia punya perkiraan-perkiraan dia. Okey. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang berhubung dengan kesesakan dan tempat letak kereta di Kuala Lumpur, kesesakan jalan raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah sentiasa memikirkan dan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah rakyat di Bandaraya Kuala Lumpur terutama yang berkaitan dengan kesesakan lalu lintas. Ia dilaksanakan melalui: (i) kawalan pembangunan; (ii) meningkatkan kapasiti infrastruktur jalan raya; (iii) pengurusan lalu lintas; (iv) penguatkuasaan; dan (v) penyediaan kemudahan sokongan kepada sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Oleh yang demikian, pada masa ini terdapat banyak projek menaik taraf jalan raya yang sedang dalam pembinaan. Kementerian Wilayah telah menyediakan peruntukan sejumlah RM369 juta untuk kerja-kerja jalan raya bagi tahun 2018. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah meningkatkan kaedah-kaedah pengurusan lalu lintas dengan mengguna pakai teknologi terkini seperti penggunaan 1,000 unit CCTV di mana bilangannya akan ditambah dari semasa ke semasa dan pengurusan lampu isyarat berkomputer. So, ini di antara usaha-usahalah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi melancarkan pergerakan kenderaan di kawasan bandar juga, kadangkala ada mereka yang melanggar peraturan jalan raya secara tegar, mereka di saman, disenaraihitamkan, ada juga yang dikapit dan sebagainya. Kaedah kawalan kepada masalah kesesakan seterusnya adalah penumpuan kepada merancang dan melaksana inisiatif untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan- buat masa ini antara tumpuan seperti mana yang telah disebutkan dahulu bahawa walaupun sudah ada pengangkutan awam, akan tetapi dia punya ridership dia hanya dalam lingkungan 20 peratus. So, kita sudah belanja banyak duit akan tetapi orang tidak pakai. Lalu kita kena kaji kenapa, ya. Inilah yang perlu kita fikirkan dan kita kaji. Kita akan membentuk satu jawatankuasa khas untuk memikirkan macam mana untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam ini. Mungkin ia akan juga melibatkan persoalan menambahkan bilangan park and ride mungkin di kawasan-kawasan luar bandar di mana banyak car park dan sebagainya maka orang boleh parking di situ dan terus pergi ke LRT, MRT, komuter dan sebagainya dan juga untuk mengkaji beberapa lagi kaedah- kaedah untuk menentukan bahawa...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Perkhidmatan pengangkutan awam itu diguna pakai atas sebab pelaburan yang begitu tinggi yang telah dibelanjakan untuk membinanya.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Begitu juga dengan soal perkhidmatan membawa daripada stesen ke tempat-tempat yang merupakan tumpuan ataupun destinasi yang diinginkan. Ya, silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Sorry, Yang Berhormat Menteri. Dua soalan. Pertama, seperti yang kita sedia maklum pihak kerajaan yang terdahulu telah melabur, memasukkan pelaburan beberapa juta ringgit, kalau tidak silap saya RM3 juta ke RM4 juta untuk membina trek-trek khusus untuk basikal di dalam kawasan Kuala Lumpur. Apakah nasib trek-trek ini memandangkan ia pertama, memakan jalan. Kedua, mungkin dalam keadaan cuaca yang sedia ada ini, adakah orang menggunakannya ataupun tidak? Saya percaya perkara ini telah dibahaskan di Dewan Negara juga. Kedua, berkait dengan isu parking dan clamping. Yang Berhormat Menteri, saya ingin meminta penjelasan sama ada pihak kementerian akan teruskan dengan konsesi yang telah diberikan khusus kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang seterusnya telah diberikan kepada sebuah syarikat secara direct. Adakah ia diteruskan ataupun adakah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengambil semula hak untuk mentadbir isu clamping dan parking ini memandangkan untuk setiap RM1 pendapatan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur cuma mendapat 35 sen. Itu sahaja pendapatan yang diterima oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Soalan ini pun khusus, saya boleh jawab akan tetapi panjang jadinya. Pokoknya soal trek basikal ini memang ia telah dibina, sama ada ia diguna pakai atau tidak kita kena kaji. Kiranya ia tidak berjaya untuk diguna pakai maka kita kena fikirkan cara bagaimana kita hendak tangani pembinaan yang sudah sedia ada. Kedua, tentang soal perkhidmatan parking itu ada dia punya hujah dan kisah di sebaliknya. Pokoknya apa yang dimaklumkan kepada saya dalam perbincangan yang asal ataupun di peringkat permulaan ialah sebelum tindakan menswastakan perkhidmatan parking ini maka pendapatan DBKL itu adalah agak rendah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi selepas diswastakan kononnya ia bertambah. Lalu benda ini kita hendak kena kaji dengan lebih detil sama ada kita boleh tamatkan kontrak dan sebagainya pun kita kena kaji dari segi sudut undang-undang. Maka persoalan itu belum lagi sempat dibahaskan secara mendalam. Akan tetapi insya-Allah, itu di antara perkara-perkara yang kita akan lakukan. Ini ada tambahan. Pada masa ini DBKL telah membina 11 kilometer laluan khas basikal. Di samping itu juga, satu pelan induk telah disediakan dan pembinaan akan datang akan mengguna pakai pelan induk rangkaian laluan basikal ini. Ini mungkin di antara perancangan untuk masa depan di mana kiranya trek basikal itu mencukupi dan memadai. Maka, pilihan bagi rakyat dan warga Kuala Lumpur untuk menggunakan basikal dalam urusan dari stesen ke pejabat ataupun dari rumah ke stesen boleh difikirkan. Akan tetapi seperti mana yang saya sebutkan tadi, ini merupakan perkara yang akan dilakukan kajian. Akan tetapi yang sudah buat kita terpaksa lakukan. Okey, dalam soal...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini ada enam minit saja lagi. Saya minta maaf ya. Kalau boleh saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Wangsa Maju ini iaitu berhubung dengan soal banjir kilat. Okey, banjir kilat yang berlaku. Soal kesesakan dan banjir kilat, kesesakan di Jalan Gombak dan Jalan Genting Klang. Maka pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil beberapa langkah seperti mencadangkan pelebaran Jalan Gombak daripada empat lorong sedia ada kepada enam lorong. Cadangan ini sedang dilaksanakan dengan mensyaratkan setiap pembangunan yang akan dibangunkan di sepanjang Jalan Gombak dan Jalan Genting Klang menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk tujuan tersebut. Maknanya all the new development projects, they must surrender a portion of their land, dengan izin, supaya kita boleh lebarkan jalan itu. Jalan Genting Klang telah pun dilaksanakan pembesaran jalan kepada enam lorong. Beberapa cadangan lebuh raya perbandaran, major collector roads seperti Setiawangsa, Pantai Baharu, SPE atau DUKE 3 yang menghubungkan Lingkaran Tengah 2 iaitu MRR2 di Taman Melati Gombak, Bulatan Kampung Pandan, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Persekutuan dan kawasan Kerinchi serta Bangsar South dijangka akan dapat menyuraikan aliran trafik sedia ada di Jalan Genting-Klang. Lebuhraya DUKE 2, Tun Razak Link sedia ada yang menghubungkan kawasan Gombak ke Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang dijangka akan menjadi laluan alternatif serta dapat membantu menyurai kesesakan trafik di Jalan Gombak. Setiap pembangunan berskala besar iaitu 200 unit kediaman ke atas yang dikemukakan kepada pihak DBKL perlu melaksanakan Kajian Impak Trafik atau Traffic Impact Assessment Study (TIA) dengan cadangan-cadangan jalan baharu, menaik taraf jalan-jalan dan persimpangan-persimpangan sedia ada bagi mengimbangi intensiti pembangunan dan kapasiti infrastruktur. Ini sebenarnya standard prosedur, akan tetapi dari segi penguatkuasaan dan ketaatan kepada syarat-syarat itu akan kita berikan tumpuan. Sambil itu, kajian untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam yang seperti mana yang saya sebutkan tadi akan kita lakukan untuk menentukan bahawa masalah low ridership akan dapat ditangani.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, masa telah pukul satu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tiga minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Peraturan mengatakan pukul satu kita akan berhenti. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya boleh habiskan dalam masa tiga minit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tiga minit sahaja, takkanlah selepas lunch hendak habiskan tiga minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, silakan. Saya bagi tempoh tiga minit.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Biar saya habiskanlah tiga minit... [Dewan riuh] Saya habiskan ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini pun sudah muka surat yang kedua terakhir. Untuk makluman Yang Berhormat, SMART Tunnel adalah di bawah penyeliaan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan bukan merupakan projek di bawah Kementerian Wilayah. Ini oleh sebab dalam soalan Yang Berhormat Wangsa Maju, dia mempertikaikan soal SMART Tunnel. So, SMART Tunnel itu bukan di bawah kami. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu banjir kilat, pendekatan yang diambil oleh pihak DBKL adalah seperti berikut. Semua permohonan cadangan pembangunan di peringkat kebenaran merancang perlu mengambil kira jajaran saliran sedia ada atau jajaran yang berbentuk natural stream dengan mencadangkan jajaran saliran baharu dan menaik taraf infrastruktur jajaran saliran sedia ada. So, each problem of drainage must be given emphasis ataupun diberikan tumpuan supaya tidak menjadi penghalang kepada aliran air. Cadangan baru dan penambahbaikan saliran sedia ada hendaklah direka bentuk mengikut Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) dan setiap pembangunan juga dikehendaki menyediakan infrastruktur penahanan air hujan di dalam tapak pembangunan seperti rainwater harvesting dan on site detention tank and pond mengikut reka bentuk yang ditetapkan di dalam MSMA. Bagi memulakan pembangunan, pemaju juga ditetapkan untuk mengadakan silt trap serta palung bagi menahan lebihan air dari tapak memasuki terus ke longkang awam. Ini pun standard operating procedure, akan tetapi no enforcement. Selama ini dia buat, dia siapkan, lepas itu dia bina- silt trap dia berfungsi ataupun tidak berfungsi tidak diberikan tumpuan. Lalu kita akan adakan pemeriksaan berjadual. Pendekatan tambahan yang sedang diambil oleh pihak DBKL adalah melaksanakan syor-syor dalam Pelan Induk Perparitan. So, sekarang ini sudah ada Pelan Induk Perparitan yang telah pun disiapkan. Kita akan mengikutinya, ia sedang dilaksanakan. Pertama, meningkatkan kapasiti hidraulik dengan melebarkan dan mendalamkan saliran perparitan serta retention pond. Menambah bilangan retention pond, sekarang ini ada dua retention pond yang sedang dibina iaitu di SPPK Segambut dan di Taman Botani iaitu di Lake Garden. Mengenal pasti kawasan yang sering berlaku banjir kilat, hotspot untuk dipantau dan menyediakan response team, pada setiap Parlimen, DBKL ada satu response team on standby dan satu lagi response team di pusat, di Ibu Pejabat DBKL untuk membersihkan perparitan yang tersebut. Hotspot ini selalu bila ada yang tersumbat itu maka itulah yang dikatakan berlakunya banjir kilat. Dahulu pada tahun 2012 hingga tahun 2016 ada 45 kawasan hotspot, sekarang ini hanya tinggal 17. Terakhir, Stormwater Management Master Plan iaitu Pelan Induk Pengurusan Air Hujan sudah disediakan dan sedang dilaksanakan. Maka Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sekarang dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan Jawapan Menteri dengan menjemput Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohamaddin bin KetapiWARISANMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Silam

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan selamat petang kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bagi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sepanjang perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas. Tuan Yang di-Pertua, cukai pelancongan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam mempersoalkan justifikasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bahawa kajian berterusan mengenai cukai pelancongan pada kadar RM10 bagi satu malam sedang dilakukan. Memansuhkan cukai ini akan menyebabkan kerugian kepada negara. Sedangkan sebelum ini, Yang Amat Berhormat Pandan mencadangkan cukai ini akan dimansuhkan sekiranya Pakatan Harapan menang. Tuan Yang di-Pertua, dasar Kerajaan Pakatan Harapan ketika ini adalah dengan meneruskan apa sahaja dasar yang akan memberikan kebaikan dan keuntungan kepada negara. Hasil penelitian yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama Kementerian Kewangan menunjukkan ianya memberikan keuntungan kepada negara dan tidak memberi kesan negatif kepada pelancong dan ekonomi negara. Merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Pandan pada 1 Julai 2017, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, beliau hanya mencadangkan. Beliau hanya mencadangkan sahaja untuk memansuhkan cukai pelancongan tertakluk kepada penelitian yang dilaksanakan oleh kementerian ini. Apabila saya memasuki kementerian ini, saya melihat bahawa cukai pelancongan adalah penting bagi menambah pendapatan negara dan merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan pelancongan di Merbok dan promosi tapak arkeologi Sungai Batu. Yang Berhormat Merbok telah mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya: (i) meningkatkan ekonomi penduduk setempat dengan menjadikan kawasan atau daerah Merbok sebagai salah satu destinasi ekopelancongan utama negara kerana terdapat sungai yang indah di kaki Gunung Jerai dan terletak Kampung Bujang yang pernah memenangi anugerah kampung tercantik di Malaysia; dan (ii) mempromosikan tapak arkeologi Sungai Batu yang merupakan sejarah Tamadun Kedah Tua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi konteks pembangunan pelancongan di kawasan Merbok di bawah pelan ini, kementerian telah mengenal pasti kluster ekopelancongan Jitra-Alor Setar-Gunung Jerai untuk dibangunkan, terutamanya Gunung Jerai sebagai produk ekopelancongan utama dan aktiviti berasaskan komuniti ataupun community based tourism, dengan izin, menerusi homestay di kawasan sekitarnya di samping mengekalkan budaya dan adat warisan negeri Kedah.

Tuan Mohamaddin bin KetapiWARISANMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Silam

Pembangunan kluster ekopelancongan ini memerlukan penglibatan dan kerjasama erat daripada semua pihak berkepentingan, terutamanya Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan objektifnya tercapai. Memandangkan sehingga kini belum ada homestay di daerah Merbok yang didaftarkan di bawah kementerian ini, pihak kementerian sangat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat di daerah Merbok, terutamanya Kampung Bujang yang pernah memenangi anugerah kampung tercantik di Malaysia untuk menyertai Program Pengalaman Homestay Malaysia. Selain itu, kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia juga telah melaksanakan pembangunan industri kraf yang menyumbang secara langsung kepada perkembangan...

Yang Berhormat Menteri, pencelahan.

Mengenai- boleh ya, Pontian. Mengenai homestay. Ada cadangan daripada homestay diubah kepada desastay sebab kalau homestay itu beberapa rumah sahaja di dalam satu-satu kampung tetapi desastay ini melibatkan seluruh kampung itu. Contohnya di Pontian, kita ada satu kampung yang johan seluruh Malaysia dan tahun lepas, satu lagi kampung mendapat naib johan seluruh Malaysia. Jadi kampung-kampung ini keseluruhannya menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong. Jadi, cadangannya ialah supaya homestay itu juga ada elemen desastay yang lebih meluas. Bukan hanya sebuah dua rumah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit pasal Lembah Bujang, Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Sungai Petani. Di sebelah kanan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa banyak tempat pelancongan khususnya di Lembah Bujang dan di Kedah? Seingat saya tapak arkeologi ini sudah 25 tahun dok korek ini, cari apa saya tidak jumpalah tetapi maknanya tempat itu tempat yang begitu terkenal seluruh dunia. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa tidak ada maklumat lanjut berkenaan penemuan-penemuan yang didapati di situ? Maknanya bila orang datang situ, orang tengok khemah-khemah sudah berpuluh tahun sudah tapi orang yang korek itu kita pun tidak tahu dia korek apa. Maknanya begitulah keadaannya dan akhirnya ia terbengkalai ataupun tidak diendahkan dan ia tidak membawa apa-apa keuntungan kepada bukan sahaja masyarakat setempat tetapi mereka yang melawat tempat itu. Apakah tindakan kerajaan untuk memperbaiki paling tidak pun ada maklumat-maklumat yang didokumenkan secara simple leaflet. Bila orang datang, dia dapat tahu apa yang berlaku di situ. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit berkenaan Arkeologi Sungai Batu. Keadaannya sekarang kalau kita lawat memang sudah tidak ada apa-apa. Penemuan itu sebenarnya, Yang Berhormat Sungai Petani, sebenarnya bila dia banyak buat ekskavasi itu, saya difahamkan ada bantuan daripada USM dan juga pihak arkeologi berkenaan penemuan-penemuan di situ. Cuma saya rasa sayang sebab di situlah terletaknya penemuan-penemuan sejarah Kedah Tua tetapi tidak dikomersialkan dan semua orang tertanya-tanya. Bila kita lalu, dia hanya melihat kanan dan kiri jalan itu adalah khemah-khemah walhal sudah tahu sudah ada penemuan di situ tetapi tidak didokumentasikan dengan sebaiknya.

Kemudian, kita pernah lakukan turun ramai-ramai. Saya pun tidak pasti buat program apa tetapi akhirnya sekarang seperti program itu terbengkalailah. Ada surau, ada kedai souvenir dan sebagainya tetapi tidak ada perubahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih banyak di atas soalan-soalan tambahan. Terutama sekali saya hendak menjawab Ahli Yang Berhormat daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Pontian.

Pontian. Desastay- homestay diganti dengan desastay. Betulkah itu, Yang Berhormat? Saya yang sebetulnya menerima apa bentuk cadangan yang terbaik untuk kita semua. Saya akan nanti membuat satu keputusan sekiranya cadangan Yang Berhormat daripada Pontian ini satu daripada yang terbaik juga, kita akan terima. So itu dia punya. Keduanya, soalan Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Petani dan juga Ahli Yang Berhormat daripada Merbok. Kedua-dua ini kepada Ahli Yang Berhormat- sekejap, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, kalau saya dibenarkan kerana saya Ahli Yang Berhormat pun tahu, saya ini Menteri yang baru di kementerian ini. Kalau saya diizinkan, saya akan nanti hantar saya punya pegawai ke tempat itu untuk sekurang-kurangnya mendapat apa yang sebetulnya terjadi di tempat itu sekarang. Jadi, apa yang kita peroleh nanti selepas itu saya akan menulis surat kepada Yang Berhormat untuk memberitahu Yang Berhormat daripada Sungai Petani dan demikian juga Yang Berhormat daripada Merbok, boleh?... Okey. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan.

Saya meneruskan. Memandangkan sehingga kini belum ada homestay di Daerah Merbok yang didaftarkan di bawah kementerian, pihak kementerian sangat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat dari daerah Merbok terutamanya Kampung Bujang yang pernah memenangi Anugerah Kampung Tercantik di Malaysia untuk menyertai Program Pengalaman Homestay Malaysia. Selain itu, kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia juga telah melaksanakan pembangunan industri kraf yang menyumbang secara langsung kepada perkembangan industri pelancongan dan menjana pendapatan penduduk setempat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Jun 2018, terdapat seramai 11 orang usahawan kraf di sekitar Daerah Kuala Muda, Merbok yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia iaitu tujuh orang usahawan batik, tiga orang usahawan logam dan seorang usahawan hasil rimba. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tapak Arkeologi Sungai Batu yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada 10 Mei 2012, di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kementerian melalui Jabatan Warisan Negara dan Tourism Malaysia untuk melindungi, membangun dan mempromosikan sejarah tapak ini kepada umum iaitu membangunkan Taman Sejarah Negara Warisan Lembah Bujang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Usaha untuk membangunkan kawasan Lembah Bujang telah diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ini termasuk seperti berikut: (i) penyediaan infrastruktur di Sungai Batu seperti membina pelindung atau shelter, makmal dan repository artifact; (ii) bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri Kedah, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara bagi penganjuran Kedah Tua International Conference 2016 pada 19 hingga 23 Mei 2016; dan (iii) bekerjasama dengan USM dalam penganjuran The International Conference on Bujang Valley and Early Civilization in Southeast Asia pada 5 hingga 7 Julai 2010.

Penganjuran persidangan ini dapat menyebar luas pengetahuan tentang kepentingan tapak sejarah negara kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Pakar- pakar dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Cambodia, China, Philippines, Indonesia dan lain-lain negara telah di undang sebagai penceramah dan berkongsi maklumat berkaitan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan tapak-tapak Arkeologi Lembah Bujang termasuk Sungai Batu.

Nombor tiga menerbitkan buku-buku yang menceritakan berkaitan tapak Sungai Batu dan Lembah Bujang seperti Bujang Valley and Early Civilisations in Southeast Asia 2011, Warisan Arkeologi Malaysia 2013 dan juga Jurnal Warisan 2016. Mengadakan pameran berkaitan Sungai Batu, Lembah Bujang di beberapa tempat termasuk pameran di Karnival Lenggong, Hari UNESCO Malaysia dan sebagainya. Kelima, mempromosikan pakej arkeo-pelancongan ke Kompleks Lembah Bujang dan Sungai Batu yang dibangunkan oleh USM dan turut dimuat naik ke laman web Tourism Malaysia, juga melaksanakan program lawatan suai kenal Mega Farm dengan mempelawa wakil-wakil media dan para pengusaha pelancongan antarabangsa untuk menyertai acara dan program-program pelancongan supaya ia dapat dipromosikan di luar negara. Sebagai contoh lawatan ke Lembah Bujang sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina dari 1 hingga 3 Mac 2018 di Sungai Petani yang melibatkan peserta daripada 16 wakil agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan media dari negara ASEAN dan Eco Farm Trip ke Sungai Petani yang telah melawat Lembah Bujang pada 14 hingga 19 Januari 2018 melibatkan 20 orang media termasuk blogger, 15 orang dari negara China, Indonesia, Singapura dan juga Filipina serta lima orang media tempatan. Mengadakan bengkel-bengkel pembangunan pakej serta seminar bagi membantu pengusaha pelancongan membangunkan pakej-pakej yang lebih menarik dan berdaya maju. Sebagai contoh Bengkel Pembangunan Pakej Kuala Muda dan Yan dengan kerjasama Majlis Perbendaharaan Sungai Petani pada 25 Januari 2018 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, melestarikan industri seni dan budaya.

Mohon laluan, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin tanya berkenaan yang Sungai Batu dan juga Lembah Bujang tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sebanyak 96 trenches untuk yang di ekskavasi kita kawasan Sungai Batu dan adakah kerajaan bercadang nak membina galeri di satu lokasi kerana sejarah Lembah Bujang ini lebih lama daripada Borobudur dan juga Angkor Wat. Jadi adakah kerajaan ada rancangan untuk pakej kan ataupun membuatkan satu galeri di satu lokasi? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Ahli Yang Berhormat dari Merbok. Kita memang mempunyai rancangan setakat ini dan kita akan nanti sampaikan kemudian. Yang Berhormat Lembah Pantai telah mencadangkan beberapa cadangan seperti berikut iaitu berhubung dengan melestarikan industri seni dan budaya. Satu daripada cadangan ini supaya kementerian menggunakan sebaik mungkin aset seni dan budaya seperti teater dan saluran sedia ada seperti membawa pelajar sekolah menonton karya-karya seni daripada Usman Awang, A. Samad Said dan Tengku Alias Taib melalui pementasan teater agar mereka lebih memahami dan menghargai nilai sejarah negara. Kedua, cadangan supaya kerajaan dapat menambah dana atau peruntukan untuk penggiat seni sama ada dari segi jumlah mahupun penggunaannya. Ketiga, supaya kerajaan dapat mengkaji semula cukai-cukai yang dikenakan ke atas penggiat-penggiat seni. Untuk makluman Yang Berhormat dari Lembah Pantai, kementerian ini melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seni persembahan termasuklah teater untuk semua peringkat masyarakat bagi menyerlah dan menyemarakkan seni budaya warisan bangsa.

Bagi tahun 2016 sehingga Jun 2018 sebanyak 1,728 buah sekolah dan 21,775 orang pelajar telah menghadiri dan menyaksikan pementasan teater dan seni persembahan lain yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan badan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya seperti berikut: (i) Festival Teater Malaysia; (ii) Festival Teater Negeri; (iii) Program Semarak Bangsawan; (iv) Panggung Seni Tradisional; (v) Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina); dan (vi) Festival Bimbingan Seni Budaya. Selain itu, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan yang memberi latihan seni dan budaya seperti teater kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program latihan ini mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih seni budaya negara dengan sistem latihan yang tersusun mengikut modul pembelajaran. Karya dan bakal pelajar akan mempersembahkan di dalam program-program seni dan budaya anjuran sekolah kerajaan negeri dan swasta serta di Festival Bimbingan Seni Budaya anjuran Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara. Istana Budaya dan MaTiC juga pernah mengadakan pementasan teater karya-karya Sasterawan Negara seperti Usman Awang atau Tongkat Warrant- Uda dan Dara; dan A. Samad Said- Salina dan Lantai T. Pinkie; Dato’ Syed Alwi- Tok Perak dan Alang Retak Seribu; Noordin Hassan- Mana Setangginya; dan Hamka- Tenggelamnya Kapal van der Wijck. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, pada tahun 2017 sebanyak 17 persatuan telah menerima peruntukan sebanyak RM1.265 juta, manakala sehingga Mei 2018 peruntukan sebanyak RM2,270,000 telah diberikan kepada 16 persatuan.

Bagi tahun 2016, sebanyak RM4.73 juta telah disalurkan kepada 147 NGO seni dan budaya bagi pelaksanaan 214 program dan bagi tahun 2017 sebanyak RM1.93 juta pula disalurkan kepada 26 NGO seni dan budaya bagi pelaksanaan 66 program dan aktiviti bersama Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara. Jumlah penyaluran...

Yang Berhormat, minta laluan. Yang Berhormat Menteri, soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pendang hendak membangkitkan tadi disebut berkenaan dengan warisan, budaya yang akan dimurnikan di dalam negara ini khususnya tadi disebut di peringkat Lembah Bujang dan sebagainya. Jadi, adakah pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pernah merancang untuk hendak memasukkan dalam industri ini iaitu marhaban dan juga berzanji? Yang mana ini merupakan tradisi di rumah-rumah kahwin orang-orang Melayu Islam daripada sejak zaman dahulu sehingga sekarang yang mana tidak pernah disebut oleh sesiapa berkenaan dengan marhaban, berzanji yang mana setiap kali ada kenduri kahwin dihidupkan amalan ini yang merupakan satu warisan yang penting bagi budaya orang-orang Melayu di Malaysia khususnya. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, ringkas saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi saya mendengar dalam pembentangan Yang Berhormat Menteri menyebut dua kali Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Adakah pihak kementerian menyedari bahawa sekarang ini ada wujud Yayasan Usman Awang yang berusaha untuk mengetengahkan, menjaga warisan-warisan karya Saudara Usman Awang itu? Kalau menyedari, adakah ada apa-apa usaha pihak kementerian Yang Berhormat Menteri untuk membantu Yayasan Usman Awang ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, Lembah Pantai. Sini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian yang telah menyediakan jawapan ini. Saya juga ingin ucapkan penghargaan kepada antara orang yang banyak berjasa kepada rakan-rakan penggiat seni di Malaysia, Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN yang saya rasa pada waktu ini sedang baik pulih daripada masalah kesihatan yang beliau alami baru-baru ini. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, beberapa tadi disebutkan- terima kasih kerana menyenaraikan jumlah kehadiran di sekolah mana, jumlah penggiat seni. Seperkara lagi yang saya harap Yang Berhormat Menteri boleh sentuhkan sama ada secara bertulis ataupun secara lisan iaitu salah satu isu yang penggiat seni sering bangkitkan adalah tahap ataupun kualiti bangunan-bangunan dan pentas-pentas tempat pementasan teater, sebagai contoh, dan juga tempat-tempat seperti Balai Seni Negara yang mana sebelum ini pernah berlaku kejadian di mana, dengan izin, mild due karya-karya seni yang disimpan di Balai Seni Negara pernah terancam akibat daripada keadaan yang kurang sesuai, tetapi saya percaya perkara itu sedang diperbaiki. Cuma, berkait dengan Istana Budaya, Yang Berhormat Menteri, saya telah difahamkan ada satu isu yang saya harap pihak kementerian boleh perjelas sama ada benar ataupun tidak iaitu berkait dengan isu lif yang ada di main stage itu, dengan izin. Saya difahamkan pada 27 Julai yang lalu telah diluluskan satu kontrak bernilai RM15 juta berkenaan dengan lif yang ada di main stage Istana Budaya dan saya difahamkan ada beberapa perkara yang bermasalah tentang lif ini dari segi kontrak tersebut, mereka yang sepatutnya menyiapkan- ada beberapa masalah. Adakah Yang Berhormat Menteri tahu tentang masalah ini? Ini kerana Istana Budaya ini namanya pun istana dan dia pun menjadi tempat pementasan utama bagi karya- karya seni di negara kita. Adakah pihak Yang Berhormat Menteri sedar, tahu tentang masalah ini dan kontrak ini? Jika ya, boleh tidak memberikan makluman? Yang terakhir, salah satu lagi perkara yang saya harap pihak kementerian boleh berikan sedikit pandangan adalah penggiat seni ini dia tidak semestinya terlibat dalam NGO ataupun kumpulan-kumpulan teater. Malah, ada juga artis-artis jalanan yang mana kalau kita lihat mereka mungkin membuat aktiviti melukis di jalan-jalan. Adakah pihak kementerian mempunyai apa-apa skim ataupun apa-apa cara untuk memastikan nasib mereka, kebajikan mereka juga terbela? Sama ada aktiviti ini dalam lingkungan pihak kementerian? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih di atas soalan. Yang Berhormat daripada Pendang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, tentang marhaban.

Berhubung dengan memasukkan industri marhaban, berzanji. Ya, Yang Berhormat, itu saya tidak silap. Berzanji dan marhaban merupakan elemen-elemen yang terkandung di bawah kemahiran Melayu Islam yang sentiasa dimasukkan dalam pembangunan pakej perancangan. So, adakah itu menjawab soalan Yang Berhormat daripada Pendang?

Boleh diterima.

Kita masukkan.

Dimasukkan.

Ya, okey.

Maksud soalan itu, Yang Berhormat, tadi sebab- minta Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila berdiri.

Ya, terima kasih. Berkenaan dengan budaya yang semakin dilupakan. Itu yang Pendang bertanya kepada Yang Berhormat, adakah hendak dimasukkan dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya industri berzanji dan marhaban ini tidak terhapus begitu saja? Sekiranya kita tidak merancang, dia akan habis begitu saja, insya-Allah.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan masukkan. Kalau dia belum dimasukkan, saya pasti akan dimasukkan. Terima kasih

Sekarang tidak ada lagi.

Buat masa sekarang tidak dimasukkan dalam perancangan pelancongan dan kebudayaan.

Akan tetapi I will make a double check, dengan izin, Yang Berhormat, sama ada dia dimasukkan. Tapi setahu saya dimasukkan ya. Terima kasih.

Berkaitan dengan apa ini...

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai minta laluan. Tuan Yang di-Pertua.

Soalan pasal daripada mana ini? Yang Berhormat daripada...

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai mohon laluan.

Lembah Pantai. Tahap kualiti bangunan Istana Budaya juga dimasukkan dalam isu lif. Tahap kualiti atau bangunan-bangunan ini memang dari masa ke masa kita sentiasa mengambil berat. Mengambil berat dan memang sentiasa di dalam kita punya rancangan untuk menambah baik.

Yang Berhormat Menteri maaf, bukan lif ye Menteri, tetapi the stage, the stage yang boleh turun naik, stage yang boleh turun naik. Faham ya? Pentas ya pentas. Pentas ya bukan lif.

Tadi Yang Berhormat cakap lif tadi itu bukan lif lah? Okey.

Ya lah, lif pentas. Saya bukan Ahli Parlimen lif. Tarik balik [Ketawa]

Okey, okey Yang Berhormat kita sudah betulkan. Apa yang sebetulnya, memberi RM15 juta untuk membaiki lif ini di luar pengetahuan saya selaku Menteri. Jadi, saya sendiri belum tahu, saya akan menyiasat perkara ini sama ada betul atau tidak. Akan tetapi kalau kerosakan ini betul-betul ada dan perlu untuk dibaiki, insya- Allah kita akan perbaiki.

Minta laluan Yang Berhormat, sikit sahaja tentang seniman. Kalau kita cakap tentang seniman dan warisan, seniman yang teragung di Malaysia adalah seniman P. Ramlee dan saya terpanggil untuk memberi pandangan saya sedikit.

Saya minta jasa baik Yang Berhormat untuk memberi perhatian di mana rumah kelahirannya di kawasan saya di Jalan P. Ramlee tidak diberi perhatian oleh kerajaan yang lama. Keadaannya begitu usang dan selalunya bila dilanda banjir, rumah itu hampir-hampir tenggelam. Saya merayu kepada kerajaan yang baharu, kerana kita begitu bangga dengan semua karya yang telah dicipta oleh seniman P. Ramlee termasuk dengan gambar-gambar beliau yang masih lagi kita boleh menonton dalam televisyen. Saya merayu kepada Yang Berhormat supaya memberi perhatian kalau boleh buat temu janji dengan saya, boleh kita minum bersama...

[Dewan riuh]

Untuk saya bawa Yang Berhormat untuk makan minum di Pulau Pinang yang makanannya begitu sedap dan indah sekali pemandangan. Pada masa yang sama melawat rumah P. Ramlee untuk kita mempertingkatkan keadaannya yang ada sekarang. Ini kerana kita bangga, Pulau Pinang bangga seniman P. Ramlee anak Pulau Pinang dan saya merayu kalau boleh. Memang tidak diberi perhatian langsung oleh kerajaan yang lama. Saya tidak mahu silap sebut Barisan Nasional- nanti gaduh...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Akan tetapi saya minta kerajaan yang baharu...

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai.

Untuk memberi perhatian kepada rumah kelahiran P. Ramlee yang keadaannya makin lama makin teruk. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong- appointment done, okey. Minta Menteri. Ya, minta Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya cuma hendak tambah sedikit sahaja, makan minum...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong minta izin daripada...

Tuan Yang di-Pertua, makan minum Yang Berhormat Menteri saya akan tanggung... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Minta Yang Berhormat Jerai. Ringkaskan pertanyaan Yang Berhormat Jerai.

Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, minta Yang Berhormat Jerai duduk dulu, minta Yang Berhormat Menteri jawab dulu. Sila.

Yang Berhormat daripada Jelutong, kalau saya dibelanja untuk memeriksa bangunan itu, bermakna saya ini dirasuah lah ini [Ketawa] Akan tetapi dalam...

Bukan, bukan itu maksud saya. Bukan itu maksud saya. Saya bukan Barisan Nasional.

Tidak, tidak. Okey, kerajaan yang lama tidak ambil perhatian tentang galeri P. Ramlee tetapi kerajaan baru ini, Pakatan Harapan ini akan mengambil berat dan memeriksa galeri P. Ramlee ini dan apa yang perlu kita perbaiki insya- Allah kita akan perbaiki.

Terima kasih, terima kasih.

Saya akan mengarahkan saya punya pegawai sendiri untuk memeriksa galeri ini.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, masa agak terhad sikit. Sila Menteri.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Bagi laluan. Minta bagi laluan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya bagi laluan saya paling minat menjawab soalan-soalan tambahan. Akan tetapi kalau saya bagi laluan, saya punya penggulungan ini tidak boleh selesai petang ini.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak membetulkan apa yang Yang Berhormat Jelutong kata sebab rumah P. Ramlee bukan di Pulau Pinang tetapi di Wangsa Maju, Taman P. Ramlee [Ketawa]

Saya minta kepada kedua-dua Yang Berhormat ini tentukan mana satu rumah P. Ramlee yang kita perlu perbaiki ini. Nanti kita ke Pulau Pinang, dia bilang di Kuala Lumpur. Kita pergi Kuala Lumpur ,dia bilang di Pulau Pinang. Akan tetapi saya mintalah kedua-dua Yang Berhormat ini tentukan mana satu rumah yang perlu diperbaiki ini. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua daripada saya punya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan teruskan.

Kementerian mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai supaya kerajaan mengkaji semula cukai-cukai yang dikenakan ke atas penggiat-penggiat seni. Pada tahun 2017 kementerian ini telah diberi mandat oleh Kementerian Kewangan untuk memberi potongan cukai penajaan sehingga maksimum RM700,000 mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967, subseksyen 34(6)(k), dengan izin, iaitu potongan cukai penajaan kepada syarikat korporat yang menaja aktiviti seni, budaya dan warisan. Sehingga Mei 2018 sebanyak 15 syarikat telah menerima potongan cukai yang membabitkan jumlah potongan sebanyak 1.3 juta. Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur pelancongan di Port Dickson. Yang Berhormat Port Dickson menyatakan kedatangan pelancong ke Port Dickson tidak begitu menggalakkan di sebabkan beberapa isu seperti kewujudan bangunan-bangunan yang terbengkalai. Ketiadaan hubungan jalan raya yang sempurna, kejadian banjir yang kerap dan isu-isu alam sekitar seperti kebocoran minyak, pembuangan sisa-sisa toksik, pengaliran air yang tidak dirawat dan akhir sekali berkenaan keselamatan di pantai Port Dickson. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di antaranya kewujudan bangunan-bangunan terbengkalai, ketiadaan hubungan jalan raya yang sempurna, kejadian banjir yang kerap dan isu-isu alam sekitar di pantai Port Dickson adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Walau bagaimanapun, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM6.38 juta untuk Port Dickson di bawah program peningkatan kemudahan pelancongan dan program naik taraf atau penyelenggaraan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Yang di-Pertua, Taiping selaku bandar warisan bersejarah. Yang Berhormat Taiping memaklumkan terdapat dua projek pelancongan yang masih belum dilaksanakan iaitu Projek Kereta Kabel Bukit Larut dan projek menaik taraf Pasar Besar Taiping.

Beliau mencadangkan supaya projek menaik taraf Pasar Besar Taiping mengikut idea dan model Fremantle Markets di Perth, Australia. Yang Berhormat Taiping turut mencadangkan supaya MOTAC untuk mensasar...

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, 45 minit telah pun lewat, saya harap dapat diringkaskan pertanyaan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau cadangan boleh diterima oleh Yang Berhormat daripada Port Dickson kerana sekarang saya ini menjawab soalan daripada beliau. Kalau ada soalan tambahan ini, saya minta Yang Berhormat daripada Port Dickson menulis kepada saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jawapan bertulis.

Yang Berhormat ini kawan baik saya dahulu. So, please do write to me. I will reply. Okey, Yang Berhormat.

[Ketawa] Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Yang Berhormat Taiping turut mencadangkan supaya MOTAC untuk menyasarkan bandar Taiping sebagai Bandar Warisan Bersejarah untuk tempoh tiga tahun akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelulusan untuk melaksanakan sesebuah projek tertakluk di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sehubungan dengan itu, Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan kertas cadangan pembangunan Projek Kereta Kabel Bukit Larut dan projek menaik taraf Pasar Besar Taiping kepada kementerian melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk dinilai sebelum dikemukakan kepada pertimbangan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian ini melalui Jabatan Warisan Negara sedang berusaha untuk memberi pengiktirafan melalui pewartaan kepada mana-mana bangunan yang berkepentingan warisan dan bersejarah di bandar Taiping selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Sebagai makluman, sehingga kini beberapa bangunan yang berada di dalam kawasan bandar Taiping telah pun diwartakan sebagai tapak warisan termasuk Gereja All Saints, Muzium Perak, Penjara Taiping, Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, Perpustakaan Awam Taiping, ‘Kutang Ibrahim’ dan Sekolah Menengah King Edward VII (1). Di samping itu, Jabatan Warisan Negara juga sedang melaksanakan proses pewartaan terhadap beberapa tapak lain di dalam bandar Taiping ini termasuk Taman Tasik Taiping, Bangunan Sanitary Board Taiping, Rumah Rehat Taiping dan SMK St. George, Taiping. Selain itu, bangunan-bangunan lain yang berpotensi dan berkepentingan dari segi warisan dan sejarah yang terdapat di Taiping telah dimasukkan di dalam inventori Jabatan Warisan Negara untuk dilengkapkan maklumat kajian sebelum dicadangkan sebagai warisan selaras dengan peruntukan Akta 645. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan industri pelancongan di Mukah. Yang Berhormat Mukah mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi penekanan dan peruntukan kepada pembangunan industri pelancongan di Mukah, seperti industri kampung dan kraf tangan. Ini termasuklah mengadakan pemasaran yang proaktif dan mempromosi hasil produk sagu dan perikanan daripada Mukah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), kementerian telah memperuntukkan RM33.74 juta bagi melaksanakan projek- projek pembangunan di Sarawak. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM940,000 telah diperuntukkan bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan di Mukah iaitu satu, menaik taraf prasarana pelancongan di Pantai Kampung Belawai, Mukah, Sarawak dengan RM480,000 dan yang kedua menaik taraf kemudahan Homestay Kampung Senau, Oya, Mukah, Sarawak dengan RM460,000.

Bagi pembangunan industri kampung, kementerian melaksanakan program homestay yang dibangunkan di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar. Salah satu objektif utama pelaksanaan adalah melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa dan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat luar bandar di mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat. Di daerah Mukah terdapat dua buah homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan penglibatan seramai 21 orang pengusaha homestay daripada komuniti etnik Melanau yang menawarkan 24 buah bilik penginapan untuk pelancong. Dua buah kluster homestay tersebut adalah Homestay Kampung Senau Oya sebanyak 10 buah bilik oleh 10 pengusaha dan Homestay Pedada sebanyak 14 buah bilik oleh 11 pengusaha. Bagi tahun 2017, pencapaian dua kluster homestay dalam kawasan Mukah seperti berikut: (i) Homestay Kampung Senau, Oya jumlah pendapatan dijana sebanyak RM50,850 dan jumlah pelancong seramai 110 orang; dan (ii) Homestay Pedada jumlah pendapatan dijana sebanyak RM27,842, jumlah pelancong seramai 430 orang. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM78,722 dan jumlah pelancong ialah 540 orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, ada banyak lagi kah? Sudah melewati 15 minit, kalau tempoh 45 minit sekarang sudah hampir satu jam. Kalau boleh buat secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, 15 minit lagi?...

[Dewan riuh]

Habis? Okay, thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak. Pagi tadi memang dirumuskan 45 minit garis panduannya. Berapa minit lagi?... [Disampuk] Jawapan boleh buat secara bertulis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. So, baki daripada ini saya akan nanti buat secara penulisan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Seterusnya, saya ingin menjemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk buat penggulungan dan jawapan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Bangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk menggulung. Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan telah menyentuh perkara berkaitan dengan MITI ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Isu-isu yang disentuh termasuk hubungan perdagangan dua hala dan juga serantau, konflik perdagangan khususnya konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan Negara China, Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Ini adalah update daripada TPP atau Trans-Pacific Partnership, isu tentang pelaburan, automotive, Industry 4.0 ataupun Industri 4.0 dan Lesen Import kenderaan ataupun Approved Permit (AP).

Dr. Ong Kian MingDAP · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Bangi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli yang sentiasa membangkitkan isu berkenaan dengan MITI oleh kerana beliau juga telah bertugas begitu lama dan memang berpengalaman dalam isu-isu yang berkaitan dengan MITI. Yang Berhormat Jeli mencadangkan supaya hubungan perdagangan di peringkat dua hala dan serantau dipertingkatkan. Saya hendak memberitahu Yang Berhormat dan saya rasa Yang Berhormat juga telah tahu di mana kerajaan sememangnya peka dengan kedudukan dan kesalinghubungan jalinan produk yang telah dicapai oleh industri pembuatan tempatan khususnya melalui inisiatif-inisiatif di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN ataupun ASEAN FTA dan juga keanggotaan Malaysia di World Trade Organization, dengan izin. Kedudukan yang telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini berpotensi untuk dipacu ke peringkat yang lebih tinggi melalui pendekatan polisi ekonomi terbuka yang berdaya saing dan juga yang berinovasi. Sehubungan itu, MITI akan terus menyelaras inisiatif bagi meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan di peringkat dua hala dan serantau bagi bidang kuasa MITI seperti pembukaan dan peningkatan pasaran perdagangan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas dan juga mesyuarat serta platform dua hala dan serantau di ASEAN dan juga di arena-arena yang lain. Input dan pendirian Malaysia serta inisiatif di platform seumpama ini akan diselaraskan dan dirumuskan secara bersama dengan penglibatan kementerian serta agensi yang berkaitan. Yang Berhormat Jeli juga turut membangkitkan isu tentang konflik perdagangan dengan izin trade war dan menyarankan agar hubungan dagangan di negara-negara jiran khususnya ASEAN ditambah baik. Saya rasa ini adalah cadangan yang memang baik dan berpatutan dengan matlamat untuk menangani kesan impak konflik perdagangan ataupun trade war yang berlaku di antara negara China dan negara Amerika Syarikat dan juga antara negara Amerika Syarikat dan negara-negara yang lain. Malaysia bersama dengan negara-negara anggota ASEAN dan akan terus meningkatkan kerjasama bagi memperkukuhkan perdagangan intra-ASEAN dan seterusnya bagi menangani apa jua masalah yang mungkin akan timbul akibat daripada trade war ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ASEAN merupakan rakan dagangan yang penting sekali bagi Malaysia di mana 27.1 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia pada tahun 2017 adalah dalam rantau ASEAN . Perdagangan dengan ASEAN berjumlah RM487.42 bilion meningkat sebanyak 21 peratus berbanding dengan tahun 2016. Jumlah eksport dari Malaysia ke ASEAN telah menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus daripada RM231.2 bilion pada tahun 2016 kepada RM272.79 bilion pada tahun 2017.

Rompin.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya yakin bahawa peningkatan ini akan terus di dalam beberapa tahun ini di bawah Kerajaan Malaysia baru, di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Sila.

Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri hasil daripada trade war ini, China akan membuat polisi yang berbeza iaitu to gear up dengan izin domestic driven economy. Bermakna dia tidak akan mengimport barang-barang daripada Amerika mahupun daripada negara-negara ASEAN. Ini akan menimbulkan kesusahan pada negara-negara ASEAN kerana China mempunyai penduduk yang besar. Jika dia mengalihkan strategi dia kepada domestic economy driven, ia akan memberi kesan besar kepada negara-negara ASEAN dan akan devalue dia punya currency. Ini kerana China mempunyai polisi yang berbeza dari segi currency. Dia tidak open policy, dia sentiasa devalue dia punya currency bergantung kepada keadaan semasa. Jika keadaan ini berlaku, apa pandangan Yang Berhormat, langkah-langkah yang harus kita lakukan. Dia tidak membeli sawit, dia tidak membeli soy bean daripada Amerika. Jadi sawit akan terus menjunam jatuh ke tahap yang cukup membimbangkan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Rompin. Terlebih dahulu saya hendak menyatakan bahawa sebagai satu policy of competitive devaluation. Sebagaimana yang saya tahu ini bukan satu strategi Negara China ataupun satu strategi yang telah diumumkan sebagai satu dasar untuk Negara China. Untuk isu yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin tadi, saya rasa maklumat ataupun pendirian Yang Berhormat itu mungkin tidak begitu tepat. Oleh kerana ada US trade war ini, saya rasa Negara China ada kemungkinan yang besar akan menurunkan ataupun beli tidak sebegitu banyak soy bean tetapi mereka akan meningkatkan pembelian kelapa sawit untuk cover apa yang mereka tidak beli dari segi soy bean. Jadi, saya rasa ini adalah peluang yang terbaik sekali bagi Malaysia untuk menjual lebih kelapa sawit kepada Negara China.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

[Bangun]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Nanti. Saya jawab habis dahulu. Jadi dari segi moving towards domestic driven economy, untuk makluman Yang Berhormat Rompin, apabila sesebuah negara itu ada menukar struktur ekonomi mereka daripada investment kepada domestic driven, maksudnya lebih banyak peluang untuk negara-negara seperti Malaysia untuk mengeksport kepada Negara China. Itu memang satu perkara yang betul. Ini kerana apabila domestic demand di Negara China itu meningkat mereka akan mengimport lebih banyak barang daripada negara-negara termasuk di Malaysia. Saya habiskan dahulu. Saya hendak memberitahu Yang Berhormat Rompin, Negara China telah membuat satu dasar supaya memberi satu komitmen kepada semua negara di seluruh dunia bahawa mereka akan mengimport sejumlah USD8 trilion daripada semua negara. Pada bulan November, mereka akan menganjurkan pada kali yang pertama satu import fair di mana Malaysia juga akan menyertai supaya lebih banyak import daripada negara-negara di serantau dunia boleh memasuki pasaran Negara China... [Disampuk] Siapa?...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Beluran.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Ya.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dari segi teori trade war antara Amerika dan China mungkin menguntungkan Malaysia dari segi komoditi kelapa sawit tetapi kalau kita lihat ketika ini ia tidak diterjemahkan sedemikian. Pada tadi apabila Yang Berhormat Menteri komoditi menjawab soalan bahawa China sekarang lebih banyak membeli daripada Negara Indonesia dikatakan dari segi kualiti dan sebagainya yang menyebabkan harga sawit Malaysia sekarang ini begitu menurun daripada RM500, RM600 kepada RM300 dan dijangkakan akan menurun bawah RM300 menjelang beberapa bulan ini.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Jadi maknanya, teori yang dikatakan tadi tidak diterjemahkan sedemikian. Mungkin disebabkan oleh dasar perdagangan kita, dasar kerajaan ketika ini menyebabkan China mengalih kepentingan dagang kepada negara yang lain dan bukannya Malaysia yang menyebabkan harga kelapa sawit begitu menjunam. Sebagai dipihak kementerian, apa yang boleh dilakukan oleh kementerian Yang Berhormat untuk menstabilkan semula harga minyak sawit yang ketika ini merudum sekali dan begitu mengesani kepada pekebun kecil yang ramai bilangannya di negara ini?

Sambung. Domestic driven economy, maknanya ia akan menggalakkan domestik industri berkembang dengan pesat. Tidak perlu import barang. Pertumbuhan ekonomi adalah penting bagi mereka dan ini menyebabkan the domestic growth akan berkembang kerana saiz penduduknya yang besar dan ia tak perlu import lagi barang-barang keperluan oleh sebab China makin berkembang daripada segi teknologi.

Ini harus diperhatikan oleh kementerian dan saya mencadangkan satu caucus committee ditubuhkan supaya pembangkang dan kerajaan boleh bertukar fikiran menghadapi satu keadaan yang sangat-sangat kritikal. Umpama dalam bidang kelapa sawit, keadaan sekarang cukup berbeza. Sawit rendah, USD tinggi, harga baja tinggi, harga racun tinggi. Dalam keadaan semasa, selalunya kalau harga tinggi, racun akan tinggi. Kalau harga sawit rendah, racun tentu akan rendah kerana ia ada hubungan di antara commodity price dengan barang-barang. Akan tetapi keadaan ini sangat merunsingkan. Sudah lah harga rendah, harga baja juga tinggi, harga racun juga tinggi, semakin tinggi. Ini menyebabkan pendapatan sebenar kepada penduduk-penduduk luar bandar sangat tertekan sekarang sebenarnya. Ini harus ditangani segera oleh...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya rasa saya boleh jawablah.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, minta Yang Berhormat Rompin ringkaskan. Baik, terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Untuk industri kelapa sawit, saya rasa soalan-soalan itu perlu ditujukan kepada Menteri yang berkenaan. Akan tetapi untuk jawab soalan Yang Berhormat tadi yang kata bahawa mungkin China lebih suka untuk mengimport dari Indonesia. Saya rasa it is still early times kerana trade war dengan US ini di antara China dan Amerika Syarikat baru bermula. Jadi, dari segi MITI, kami akan pantau dan kami telah menubuhkan satu task force untuk mengumpulkan semua data-data dan juga pendirian daripada industri-industri supaya maklumat yang terkini boleh disalurkan, bukan sahaja kepada media massa tetapi strategi boleh di kawal selia, bukan sahaja di MITI tetapi juga dengan kementerian yang lain seperti Kementerian Industri Utama. Saya rasa untuk mempromosikan lagi, bukan sahaja eksport Malaysia ke Negara China dari segi pembuatan ataupun manufacturing tetapi juga kelapa sawit. Saya yakin bahawa apabila Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Langkawi pergi ke Negara China, ada kemungkinan yang besar bersama dengan Menteri-Menteri yang boleh membantu mempromosikan eksport Malaysia ke Negara China. Saya yakin bahawa jumlah dari segi volume eksport kepada Negara China, termasuk kelapa sawit juga akan naik selepas ini. Jadi saya teruskan dalam...

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, boleh tak?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya rasa- cepatlah, cepat, masa pun suntuk.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Saya cuma hendak tambah pada kawan baik saya Yang Berhormat Rompin tu. Ya dan hendak tanya pendapat Menteri tentang isu tentang trade war ini. Pertama ialah caucus, saya kata kalau boleh itu kita hendak select committee-lah dan saya rasa Yang Berhormat Rompin akan support kita dalam isu dia. Akan tetapi tentang trade war dengan Amerika Syarikat, kalau China tidak membeli soy bean daripada Amerika Syarikat walaupun sekarang harga palm oil ini memang susah. Saya rasa ada baiknya dalam jangka masa pertengahan, satu dua tahun ini, kalau trade war dengan Amerika ini berterusan di antara China dengan Amerika, kita ada satu possibility atau prospek yang baik untuk palm oil ditingkatkan. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Ya, saya memang setuju dengan pendirian Yang Berhormat Subang dan kementerian MITI dan juga kementerian yang berkenaan akan bekerjasama untuk memastikan bahawa itu menjadi satu realiti. Apa yang Yang Berhormat Rompin kata tadi tentang domestic driven demand dan dari segi Negara China akan memberi lebih perhatian kepada domestic industry, itu memang sesuatu yang telah berlaku. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, mungkin saya jelaskan dari segi ekonomi. Ekonomi GDP itu, C plus I, plus G, plus (X minus M), tu daripada segi asas lah. Sebelum ni a lot of the GDP growth in China has been driven by I- investment.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Sekarang apabila negara sudah lebih maju, lebih bertumpu kepada C- consumption. So, that is the domestic demand aspect that I was referring to. Jadi, apabila domestic demand tu naik, semua negara, tak kira China, tak kira Amerika Syarikat, tak kira Malaysia, mereka akan meningkatkan import mereka. Apabila ada sesuatu keadaan di mana seperti Negara China. They are relatively open to trade. Mereka memang akan menaikkan import daripada negara-negara di mana trade relationship is very strong seperti Malaysia. Jadi, saya hendak pergi kepada tajuk yang lain, dengan izin, Yang Berhormat.

[Bangun]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Isu yang sama? Isu yang sama? Okey, kerana ni Menteri sebelum ni, saya beri laluan.

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI dan terima kasih atas penjelasan. Saya hendak rujuk kedua perkara. Pertama, ASEAN yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, takut-takut sudah terlepas. Kedua, hubungan luar. Mantan Menteri luar ada di sini. Mengenai ASEAN ini, pada amalannya apabila diadakan Mesyuarat ASEAN, tahun ini Singapore seperti sedia maklum adalah Chair of ASEAN. Tahun 2015, Malaysia merupakan Pengerusi kepada ASEAN. Apabila sebuah negara mempengerusikan ASEAN, sebuah negara itu mengambil daya usaha untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif mendorong kepada pemantapan ASEAN sebagai sebuah institusi yang mantap. ASEAN ini penting seperti Yang Berhormat sebut tadi. Umpamanya 2015, tahun itu kita declare ASEAN sebagai satu komuniti, termasuklah ASEAN Economic Community itu merupakan inisiatif Malaysia juga, kita mengambil dari usaha untuk memantapkan lagi perundingan perkataan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Agreement. Itu antara inisiatif Malaysia. Tahun ini, Singapore dan sudah pasti sudah pun menggariskan beberapa inisiatif terhadap kenaikan. Persoalan saya semasa saya menggulung, saya bercakap ialah adakah Malaysia akan mengambil daya usaha utama dalam memastikan ASEAN ini terus menjadi satu pemangkin kepada kemajuan ekonomi dunia. ASEAN ini sekarang ini nombor lima, nombor enam dalam dunia dari segi regional grouping dan potensi untuk menjadi salah sebuah blok yang penting di dunia. Oleh itu adalah penting kita gerakkan ASEAN. Umpamanya, hari ini kita ada masalah tadi ada disebut tentang trade war antara China dengan Amerika, maka adakah Malaysia bercadang untuk mengambil daya usaha utama untuk mendahului negara lain? Mengambil inisiatif bagi memperjuangkan perkara ini di peringkat antarabangsa kerana ASEAN ini penting. Sekarang ini seolah-olah banyak negara tak berapa berminat. Adanya masalah Amerika dengan China, tidak ada kuasa yang penting yang cuba untuk intervene, cuba untuk memastikan bahawa kita terus berada atas landasan yang benar. Satu lagi adalah di-reform WTO, Yang Berhormat sedia maklum. Satu inisiatif yang penting dengan serangan yang hebat oleh Trump, maka itu pihak-pihak tertentu sedang- termasuk Amerika juga melihat kepada perlunya di-reform WTO. Jadi, soalan saya hari itu ialah sama ada Malaysia sanggup untuk menjadi ketua dalam mengepalai usaha-usaha memastikan bahawa kerana ASEAN ini penting. Malaysia sebuah pemain yang besar dalam hubungan ekonomi ini. Adakah Malaysia sanggup untuk menjadi ketua usaha-usaha untuk menjadi, mengambil inisiatif utama, umpamanya dalam mencari jalan, bagaimana ASEAN boleh memainkan peranan untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul daripada trade war antara Amerika dengan China, termasuklah reform WTO? Kedua, berkaitan dengan hubungan luar ini. Kalau dulu hubungan luar sejarahnya, hubungan luar ini banyak tumpu pada diplomasi, pada politik. Dalam tempoh 20 tahun ini mungkin lebih banyak hubungan ekonomi dan komersial lebih penting. Sebelum ini dan kita harap akan berterusan kerjasama erat antara Wisma Putra dan MITI.

Jadi, saya hendak tanya sama ada, memandangkan bahawa hal-hal ekonomi komersial semakin penting dalam hubungan luar, hubungan ekonomi, adakah kerajaan bercadang, yang pertama untuk memantapkan lagi kerjasama koordinasi antara Wisma Putra dan MITI? Sama ada kita hendak tambah representasi di luar negara. Representasi untuk mempromosikan agenda ekonomi kita. Agenda komersial, perdagangan dan juga pelaburan.

Sekarang kita sudah ada tetapi memandangkan betapa pentingnya perkara ini, betapa pentingnya diselaraskan semua usaha kerajaan- kerana seperti saya sebutkan tadi, hal-hal perdagangan, pelaburan, ekonomi semakin penting, bukan politik tidak penting. Pertama, perlunya penyelarasan. Keduanya, perlu ditingkatkan lagi representasi di peringkat antarabangsa. Malaysia meningkatkan representasi, memastikan bahawa hal-hal ekonomi dan komersial diperjuangkan di peringkat antarabangsa. Terima kasih Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Menteri.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Yang Berhormat Jeli yang selalu tanya soalan yang peka dan juga sharp. Saya hendak menjawab soalan yang kedua dahulu dari segi peranan Malaysia dari segi international role. Saya yakin bahawa di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Langkawi, Malaysia baharu memang boleh mengambil peranan yang lebih penting bukan sahaja dari segi politik antarabangsa tetapi juga perdagangan antarabangsa. Kenapa saya bercakap sedemikian? Ini kerana saya rasa sebelum ini mungkin apabila ada agensi yang keluar ataupun Menteri yang keluar untuk mempromosikan Malaysia, ada keraguan tentang perkara-perkara yang tertentu yang melibatkan kerajaan yang sebelum ini. Akan tetapi sekarang saya rasa ada banyak negara-negara yang hendak jemput Yang Amat Berhormat untuk mendengar Yang Amat Berhormat Langkawi dari segi bagaimana beliau akan memulihkan ekonomi negara Malaysia dan juga memberi satu gambaran yang begitu luar biasa dan juga yang baharu kepada negara-negara luar. Jadi saya rasa dari segi koordinasi, Wisma Putra, MITI dan juga Jabatan Perdana Menteri, kita boleh lihat apabila Perdana Menteri pergi melawat luar negara sekarang memang mendapat sambutan yang luar biasa. Saya rasa apabila Menteri-Menteri dari kementerian yang berkenaan pergi bersama, melawat bersama dengan Perdana Menteri, mereka juga akan mendapatkan sambutan yang begitu baik untuk mempromosikan Malaysia dan juga mengukuhkan kedudukan Malaysia di seluruh dunia. Untuk isu ASEAN yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli tadi, saya rasa Malaysia memang akan memainkan satu peranan yang penting apabila Menteri juga akan pergi ke negara Singapura untuk ASEAN Economic Ministers Meeting dan juga pada masa yang sama akan terlibat dalam negosiasi RCEP yang akan berlangsung di Singapura juga. Saya rasa ada banyak perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat di ASEAN di antara Economic Ministers di Singapura. Apabila peranan Malaysia boleh dikatakan diperkukuhkan di rantau ASEAN ini, saya rasa ia akan menjadi lebih jelas bukan sahaja di Dewan yang mulia ini tetapi juga di pemikiran seluruh rakyat Malaysia. Saya hendak terus kepada satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli tadi tentang CPTPP sama ada Malaysia akan kekal sebagai ahli CPTPP ataupun tidak. Saya rasa isu ini memang adalah isu yang hangat yang sedang diperhatikan oleh seluruh dunia khususnya negara-negara yang terlibat dalam CPTPP. Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan dan penglibatan Malaysia dalam perjanjian perdagangan bebas ataupun FTA merupakan salah satu pendekatan untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan terus berdaya saing di peringkat serantau dan juga global. Pada 8 Mac tahun ini, Malaysia telah menandatangani CPTPP bersama dengan sepuluh negara anggota asal perjanjian TPP di negara Chile. Saya rasa pada masa itu mungkin Menteri terlalu sibuk dengan pilihan raya umum, masa itu kalau saya tidak silap, KSU yang telah mewakili negara Malaysia untuk menandatangani CPTPP ini di negara Chile.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Walau bagaimanapun, apa yang saya perlu tegaskan kepada Dewan yang mulia ini ialah kerajaan perlu mengambil lebih masa sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan proses ratifikasi domestik bagi membolehkan CPP dilaksanakan oleh Malaysia atau tidak. Ini untuk memastikan agar perjanjian ini bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi dan perdagangan tetapi kerajaan perlu juga memastikan agar kepentingan negara dan rakyat tidak terjejas apabila Malaysia melaksanakan perjanjian ini. Saya rasa selepas CPTPP itu yang baru ditandatangani pada Mac, tidak ada banyak public debate di Malaysia mengenai perkara ini. Mungkin dari segi cost-benefit analysis yang telah dibuat oleh PWC sebelum ini untuk TPP, ada lagi ruang untuk dibincangkan di Kabinet. Sebelum satu keputusan dibuat, saya rasa maklumat yang terkini perlu diberikan kepada kerajaan supaya satu keputusan yang lebih menyeluruh boleh dibuat. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini...

[Bangun]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya habiskan dulu, satu lagi para. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sehingga kini, tiga negara iaitu Mexico, Jepun dan Singapura telah melengkapkan proses domestik masing-masing. Perjanjian CPTPP dijangka akan berkuat kuasa ataupun entry into force, dengan izin, pada awal tahun 2019 apabila enam negara daripada sebelas telah meratifikasikan CPTPP. Ini adalah satu syarat yang baharu. Saya rasa Yang Berhormat Jeli pun tahu di mana sebelum ini apabila TPP melibatkan Amerika Syarikat, syaratnya adalah 85 peratus daripada GDP semua negara yang terlibat dalam TPP tetapi di bawah CPTPP, entry into force akan berlaku apabila enam daripada sebelas negara telah meratifikasikan CPP dari segi undang- undang domestik. Sila.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Oleh kerana negara dan juga kerajaan telah melabur masa dan kewangan yang besar untuk merundingkan TPP sebelum ini termasuklah perbahasan dalam Dewan ini pada tahun 2016, dua hari dalam Dewan ini, maka adalah penting rakyat Malaysia diberi maklumat tentang road map. Jadi persoalan saya ialah sama ada kerajaan baharu ini akan membentangkan kepada Dewan ataupun kepada rakyat apa cadangan kerajaan baharu tentang CPTPP? Yang Berhormat tadi telah menggariskan beberapa perkara tetapi saya hendak tambah sedikit. Pertamanya, kalau dulu orang kata TPP was an American driven, utamanya Amerika, tetapi sekarang ini Amerika tidak lagi dalam TPP dan beberapa perkara yang dianggap sebagai kurang menyenangkan bagi beberapa negara sudah pun dikeluarkan daripada TPP. CPTPP ini adalah berbeza kepada TPP yang kita bentangkan di Dewan ini suatu masa dahulu. Jadi pertama, sama ada akan dibentangkan road map khususnya bagi menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa beberapa perkara sudah pun tidak ada lagi dalam TPP, maka the fear, kebimbangan, ketakutan yang sebelum ini berada dalam kepala rakyat Malaysia sebahagian besarnya pada pandangan kami sudah pun dikeluarkan. Keduanya, memandangkan hubungan baik Malaysia-Jepun dan Jepun sekarang ini adalah main driver of CPTPP- kita tahu Jepun sedang berusaha dengan gigih untuk memujuk negara-negara lain termasuklah Malaysia supaya ratify TPP- adakah ini tidak menjadi pertimbangan? Hubungan baik dengan Jepun, pelaburan di Jepun, syarikat-syarikat Jepun di Malaysia yang sudah pasti akan kerugian sekiranya Malaysia tidak menjadi sebahagian daripada TPP. Syarikat-syarikat Jepun sudah pasti akan mendesak Malaysia supaya menyertai TPP. Jadi adakah kerajaan ingin ataupun berhasrat untuk membentangkan satu road map atau hala tuju CPTPP supaya rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang balance, yang objektif, yang mengambil kira semua kepentingan termasuklah kepentingan-kepentingan rakyat Malaysia dan juga para pelabur dalam negara kita? Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan, satu. Terima kasih.

Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika sebagai Ahli Parlimen Serdang tahun 2016 yang pada masa itu Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menggesa pihak kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau pelaksanaan TPPA. Jadi, adakah pendirian kementerian pada hari ini akan mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau pelaksanaan perjanjian yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi? Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Jeli. Saya rasa jikalau Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan ratifikasi CPTPP, saya rasa cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau CPTPP ini adalah satu cadangan yang baik yang akan diambil kira oleh kerajaan jikalau CPTPP ini diratifikasikan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Jadi, saya ambil maklum dan saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli kerana telah mengaturkan satu sesi khas untuk kita bahas TPP sebelum ini dan saya juga...

Sedikit?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya juga mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan beberapa isu yang saya telah bangkitkan adalah isu yang saya rasa yang penting seperti the investor-state dispute settlement (ISDS), intellectual property rights, labour rights dan sebagainya. Seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli tadi, ada beberapa provisions yang telah dikeluarkan ataupun di-suspended akibat daripada Amerika Syarikat telah keluarkan diri daripada TPP ini. Daripada 22 buah provisi ini termasuk provisi yang berkenaan dengan ISDS yang berkenaan juga dengan intellectual property rights dan yang berkenaan dengan beberapa isu lagi yang melibatkan Amerika Syarikat yang saya rasa patut diambil kira oleh kerajaan dalam membuat satu cost-benefit analysis untuk membuat keputusan sama ada CPTPP ini patut diratifikasi atau tidak. Saya rasa satu road map adalah sesuatu yang boleh diumumkan selepas keputusan dibuat oleh kerajaan. Saya juga mahu merujuk kepada....

Sedikit? Sedikit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Merujuk kepada apa Yang Berhormat katakan tadi tentang negara Jepun. Saya rasa...

Yang Berhormat Menteri? Sedikit sahaja. Sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin.

Sedikit, tadi. Saya kurang setuju...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya mahu jawab Yang Berhormat tentang Jepun...

Tuan Yang di-Pertua

Laluan tidak diberikan, Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

...Tentang Jepun, selepas itu saya akan berikan giliran. Untuk negara Jepun, saya rasa kepimpinan negara Jepun dalam CPTPP ini memang sesuatu yang penting. Satu lagi perkara yang saya rasa kita perlu ambil kira ialah kemungkinan penglibatan ataupun kemasukan negara-negara yang telah mengatakan bahawa mereka memang berminat untuk masuk di dalam CPTPP. Contohnya seperti, negara Thailand, Philippines, South Korea, Columbia dan sebagainya- Indonesia juga. There has been informal and also formal expression of interest to enter the CPTPP. Saya rasa ini ialah sesuatu yang akan diambil kira oleh kerajaan untuk membuat satu keputusan sama ada CPTPP akan diratifikasi atau tidak. Yang Berhormat Rompin, cepat ya. Cepat.

Tuan Yang di-Pertua, hipotesis yang dibuat oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Damansara sekarang ya?

Yang Berhormat Subang. Bahawa, jika China tidak beli soy bean, dia akan beli kelapa sawit. Akan tetapi, selalunya soy bean dengan kelapa sawit harga dia USD30 hingga USD60 bezanya. There is a lower- akan tetapi kalau harga soy bean lebih turun lagi, dia tidak akan beli di China dia akan beli di Argentina, Brazil. Ini kerana soy bean very important to China. Dia ada by-product industry yang sangat penting kepada China. Saya cukup bimbang- saya minta maaf Yang Berhormat Menteri kerana saya tidak berkesempatan untuk bertanya kepada primary industry tadi. Saya cukup bimbang ia akan- satu petunjuk yang sangat-sangat merunsingkan. Kalau kerajaan tidak mengambil- China akan beli dari Argentina, Brazil kerana soy bean adalah penting kepada domestic industry China. Ia mengambil kesempatan ini dengan harga yang murah, bukan dia beli kelapa sawit dia beli soy bean dari negeri Argentina. Ini akan melemahkan industri kelapa sawit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang suntuk saya rasa soalan seperti itu perlu dirujuk kepada kementerian yang berkenaan. Akan tetapi, apa yang boleh saya katakan ialah “Let’s wait and see”. MITI task force telah ditubuhkan dan semua perkara dalam angka-angka yang berkenaan akan dikumpulkan oleh task force dan laporan media akan disusuli selepas maklumat yang mencukupi terkumpul. Saya mahu teruskan kepada satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli berkenaan dengan kedudukan sektor pembuatan di negara kita. Kita sekarang di tempat ketiga dari segi kemasukan pelaburan baru-baru ini, serta langkah-langkah yang diambil untuk mengukuhkan sektor tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemasukan pelabur berkualiti yang dapat memanfaatkan rakyat dengan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang bernilai tinggi. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat...

Boleh minta laluan Yang Berhormat Menteri? Sikit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya belum habis lagi.

Sikit sahaja. Sikit sahaja.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya belum habis. Berilah- saya mahu berikan maklumat yang terkini okey. Ini kerana ada banyak soalan yang menanyakan tentang FDI yang masuk ke dalam negara ini. Setakat Januari sehingga Mac, sebanyak RM49 bilion dari segi pelaburan telah diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan sektor utama. Kenaikan sebanyak 59 peratus berbanding dengan tempoh yang sama, pada tahun 2017. Ini merangkumi FDI yang diluluskan sebanyak RM17.8 bilion ataupun 36.3 peratus daripada jumlah pelaburan yang baki itu semua adalah domestic investment. Jadi, setakat- mungkin ada di antara Yang Berhormat di sini yang hendak tanya mengenai apa yang berlaku selepas Mei 2018 di mana kita ada pertukaran kerajaan di Persekutuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat Mei 2018, terdapat 402 projek dalam peringkat rundingan dengan izin, pipeline, dengan nilai pelaburan seperti yang dicadangkan sebanyak RM75 bilion. Jadi, saya rasa ini menunjukkan bahawa confidence in Malaysia terus naik di bawah kerajaan yang baru. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM56.3 bilion dalam sektor perkilangan dan RM18.5 bilion adalah dari sektor perkhidmatan. Soalan?

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu bangkitkan dua soalan. Pertama, berkenaan dengan adakah kerajaan bercadang untuk membentangkan laporan impak hasil ke atas GLC dan juga kepentingan nasional hasil daripada pelaburan FDI yang dibawa masuk ke dalam negara. Itu yang pertama.

Soalan saya kedua - sebab tadi ada sebut dari segi marketing strategy yang akan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sangat mendapat sambutan hebat seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Kedua, saya mahu minta hasil daripada pelaburan yang masuk ini, FDI yang masuk ke Malaysia kesan kepada GLC dalam negara kita dan juga spillover sekeliling, hasil daripada itu apa yang negara kita akan dapat terutamanya syarikat-syarikat GLC yang ada di bawah kerajaan ini? Ini juga kita perlu indicator. Indicator-nya, pelaburan yang masuk dan pembangunan GLC kita yang mendapat kesan daripada FDI yang masuk ke negara. Sekian.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Okey, saya rasa saya boleh jawab dengan cara ini. Dari segi pelaburan ataupun investment, ada foreign direct investment ada juga domestic investment. Jadi, dari segi domestic investment itu, GLC juga melibatkan diri. GLC is one of the largest domestic investors in Malaysia. Saya rasa ini, adalah sesuatu yang jika dirancang dengan baik memang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang sihat kepada negara. Jika polisi pelaburan domestik ini diselaraskan dengan objektif nasional, akan membawa lebih high income jobs kepada warga negara Malaysia dan kebergantungan kepada buruh asing akan dikurangkan. Dari segi FDI pula, saya rasa FDI itu apabila dibawa ke negara Malaysia memang boleh jika FDI yang berkualiti tinggi, boleh menjana pekerjaan yang berpendapatan tinggi seperti mana yang saya katakan tadi. Jika, kita boleh meletakkan syarat supaya syarikat- syarikat ini yang melabur di Malaysia memberikan pekerjaan lebih kepada warga negara Malaysia saya rasa ini juga akan memberikan satu economic impact yang baik. Jika, FDI ini boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia dari segi FDI bekerjasama dengan syarikat GLC saya rasa kita boleh adakan satu win-win situation. Ini di mana GLC boleh mendapatkan pengalaman daripada pelabur asing. Pada masa yang sama, apabila mereka telah mendapatkan teknologi dan juga pengetahuan, mereka boleh menambahkan bukan sahaja domestic investment tetapi sebahagian daripada mereka boleh ke luar negara mungkin di negara yang di mana kita ada FDA dan juga untuk menjana pendapatan yang lebih untuk syarikat GLC ini dan untuk membawa balik ke Malaysia. Saya rasa ada beberapa GLC seperti Dialog Group di bawah Axiata yang telah melabur banyak di negara-negara asing dan juga telah menjana keputusan yang baik. Okey saya teruskan ya.

Pontian- Pontian bawa perkara yang sama.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya hendak terus kepada jawapan Yang Berhormat Pontian.

Sedikit sahaja, sedikit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Boleh saya jawab Yang Berhormat Pontian dulu selepas itu Yang Berhormat Pontian boleh tanya. Okey. Yang Berhormat Pontian juga bertanya jumlah FDI yang keluar dari Malaysia sejak 9 Mei 2018 serta FDI untuk tahun 2010 hingga 2017. Untuk FDI yang keluar dari Malaysia, saya telah jawab pada pagi ini. Hanya ada tiga projek dari Mei sampai Jun yang jumlah itu tidak begitu besar, RM16.4 juta sahaja. Daripada segi pekerjaan yang telah dihentikan akibat daripada penutupan tiga projek ini, saya rasa kurang daripada 200. Jadi saya rasa itu menunjukkan bahawa memang dari segi FDI, impak itu daripada segi pengeluaran itu tidak begitu banyak selepas Pilihanraya Umum Ke-14. Manakala jumlah FDI yang diluluskan dalam tempoh tahun 2010 hingga tahun 2017 adalah sebanyak RM465.3 bilion. Ini adalah FDI dan bukan domestic investment. Sila Yang Berhormat Pontian.

Tadi Yang Berhormat menyebut tentang angka Mei 402 projek dan 75 bilion FDI DDI. Apa yang ingin saya tanyakan ialah daripada Mei, Jun, Julai, dalam masa tiga bulan- kalau tidak dapat selepas ini, boleh bertulis. Apakah projek-projek baru dan FDI dan DDI baru yang utama dalam masa tiga bulan itu? Kalau angka Mei, itu kerajaan lama, bukan kerajaan baharu Yang Berhormat. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Okey, saya hendak ambil kesempatan ini untuk menjawab secara lebih menyeluruh lagi daripada segi dasar. Oleh kerana kita ada satu pertukaran kerajaan dalam bulan Mei, saya rasa ada banyak FDI yang telah diaturkan ataupun telah dimohon daripada MIDA ini adalah diaturkan mungkin sebelum ini. Untuk menilai prestasi kerajaan yang baharu, saya rasa kita perlu sedikit masa. Mungkin selepas tiga bulan apa yang akan berlaku daripada segi FDI, mungkin daripada bulan Ogos sampai ke akhir tahun, apakah prestasi di bawah kerajaan baharu dan mungkin selepas itu daripada segi jangka masa panjang. Ini kerana daripada segi FDI planning, semua syarikat memerlukan masa yang lebih panjang. Ada gestation period. Akan tetapi apa yang saya rasa apabila MIDA telah mengumpulkan maklumat yang tepat dan yang terkini, kita boleh memaparkan semua projek ini yang baharu dan juga yang lama. Saya rasa apa yang saya boleh lihat sekarang daripada satu bulan di MITI ialah...

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

[Bangun]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

...Domestic reinvestment daripada syarikat-syarikat MNC yang sekarang telah lama di Malaysia, mereka ada keyakinan yang lebih kepada negara Malaysia, kepada kerajaan yang baharu dan saya boleh lihat bahawa interest to reinvestment more in Malaysia adalah lebih berbanding dengan sebelum ini.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Gudang minta laluan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Pendek sahaja.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Okey, pendek sahaja ya.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh kementerian MITI untuk menarik pelaburan FDI dari negara-negara Arab dan negara-negara Islam dari Timur Tengah supaya Malaysia tidak bergantung pelaburan hanya dari Hong Kong, China, Singapura atau Amerika. Terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya rasa dari segi menarik pelaburan dari the Middle East, boleh gunakan dua kaedah. Satu kaedah ialah yang sama dengan pelaburan-pelaburan dari negara yang bukan dari Asia Tengah iaitu kita hendak high quality investment. High quality investment mungkin dari negara Asia Tengah itu berlainan daripada negara-negara di rantau yang lain. Mungkin daripada segi oil and gas investment, daripada segi logistik. Itu merupakan dua-dua industri di mana mungkin negara di Asia Tengah ada sedikit kelebihan. Pada masa yang sama, salah satu inisiatif yang penting ialah untuk membuat Malaysia sebagai bukan sahaja satu halal hub di Rantau Asia Tenggara tetapi pada masa yang sama menggunakan peluang keemasan ini untuk mempromosikan MIHAS iaitu Malaysia Halal Expo ke negara-negara yang majoritinya Muslim termasuk di Asia Tenggara. Saya rasa saya hendak pergi kepada beberapa soalan untuk menggulung kerana masa juga sedikit singkat. Yang Berhormat Ayer Hitam juga telah memohon kerajaan supaya mengkaji semula cadangan projek kerajaan nasional yang baharu sama ada ia memberikan impak kepada polisi dan pengurusan lesen import (AP).

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya rasa soalan ini telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada segi di mana kerajaan sedang dalam proses kajian semula Dasar Automotif Nasional ataupun National Automotive Policy bagi menerapkan elemen-elemen selaras dengan kemajuan teknologi mobiliti dan juga industri 4.0 untuk memastikan industri automotif tempatan selari dengan perkembangan semasa global. Saya juga hendak merujuk kepada satu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam di mana Yang Berhormat telah tanya apakah kedudukan ataupun status SME Corp. dan SME Bank yang terletak di bawah kawal selia MITI pada masa sekarang. Saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini dan juga untuk makluman Yang Berhormat Ayer Hitam bahawa kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk mengekalkan kawal selia SME Bank dan juga SME Corps. di bawah MITI ataupun tugas ini diberikan kepada kementerian yang lain, ini masih belum dimuktamadkan lagi. Ada beberapa soalan lagi yang ditanya oleh Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang. Oleh kerana masa sudah habis, saya ambil maklumat dan akan memberikan jawapan kepada soalan ini secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang tiba giliran Jabatan Perdana Menteri. Tiga Yang Berhormat Menteri akan menggulung. Jadi mengikut senarai yang diberikan kepada saya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Yang Berhormat Parit Buntar. Silakan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mohon penjelasan dalam jawapan saya nanti, oleh sebab kekangan masa itu agak terhad. Saya minta izin kalau nama yang disebut itu tidak ada untuk saya teruskan, supaya kalau saya jawab kepada mereka yang tidak hadir, itu menunjukkan mereka tidak berminat untuk mendengar jawapan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat beri jawapan bertulis sahajalah, kalau ramai yang tidak hadir ya.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Sila. Memang itu pun.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya ada 15 Yang Berhormat yang mengambil bahagian untuk soalan-soalan ataupun pandangan-pandangan yang diberikan. Isu yang saya sentuh akan melibatkan 14 isu di mana jawapan daripada 31 muka surat ini akan dihabiskan dalam masa berbaki 44 minit. Saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya kira dalam isu yang dibawa ini, tidak ada syak lagi bahawa semua kita berkongsi hasrat yang sama dalam isu-isu untuk mengangkat martabat Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Cuma mungkin kita berbeza-beza pandangan daripada sudut bagaimana pentadbiran itu harus dikendalikan. Saya memulakan dengan penjelasan daripada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Adakah Yang Berhormat Kuala Krai berada di dalam Dewan ini?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada. Jawapan bertulis.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ia berkenaan dengan isu madrasah- tahfiz.

Tuan Yang di-Pertua

Wakil dia...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jika dia tidak ada, saya boleh pass terus.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kedua Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Adakah Yang Berhormat Bagan Serai di dalam Dewan ini?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai, ada.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya nampak ada di hujung sana. Terima kasih. Saya akan menyentuh isu yang dibangkitkan iaitu tentang isu judi dan perkara-perkara haram di sisi agama Islam. Kita tahu di dalam agama Islam, ada perkara-perkara yang diharamkan oleh umat Islam untuk lakukan. Dalam hal ini, salah satu yang dibangkitkan ialah isu judi.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perkara berkaitan agama Islam serta penguatkuasaannya termasuk dalam kesalahan jenayah syariah. Ia juga berada di bidang kuasa negeri sebagaimana dalam Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Untuk menjawab dari segi penguatkuasaan, mana-mana orang Islam yang melakukan kesalahan berjudi boleh didakwa dan dihukum mengikut Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah negeri masing-masing. Maknanya, kalau Bagan Serai di Perak, maka jenayah syariah negeri Perak ada peruntukan untuk penguatkuasaan ke atas jenayah atau kesalahan berjudi dikalangkan umat Islam. Sebagai contoh seksyen 18, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan, mana-mana orang yang berjudi atau didapati berada di rumah judi adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya. Saya juga ingin menambah bahawa tidak cukup dengan sekadar mengenakan tindakan undang-undang, kita mengambil berat tentang usaha-usaha pendidikan demi meningkatkan pegangan orang Islam supaya mengikut kepada ajaran Islam bagi mengelak diri terlibat di dalam perjudian dan gejala-gejala maksiat yang lain. Antara yang kita lakukan adalah memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam keluarga, masyarakat supaya menjauhi perkara maksiat dan dosa besar yang dilarang orang Allah SWT melalui semua media sebaran am. Kedua, menggalakkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan kehidupan melalui program berterusan dan berkala. Ketiga, melalui program pemantapan akidah agar mereka tidak mudah terjebak kepada perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Apa yang lebih penting Yang Berhormat, melalui daqwah-bil hal kepada masyarakat agar mesej Islam sebagai agama rahmat difahami dan dihayati oleh segenap masyarakat Islam. Tuan Yang di-Pertua, ada juga soalan berkaitan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani tidak ada.

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Boleh mencelah?

Tuan Yang di-Pertua

Beri jawapan bertulis.

Yang Berhormat boleh saya mencelah sekejap?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segamat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Akan tetapi sepatutnya yang diberi keutamaan ialah pencelahan kepada mereka yang bertanya. Akan tetapi demi kebaikan Dewan ini saya izinkan.

Tidak apa, kawan lama.

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Okey Tuan Yang di-Pertua. Segamat kah?

Yang Berhormat Parit Buntar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat beri laluan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh?

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi penjelasan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan yang dianggap tidak bermoral. Apa yang ingin saya kongsi untuk kita membentuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan lebih baik, suka saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian kalau boleh membincangkan di antara agama-agama yang ada di dalam negara kita, agama Islam, agama Buddha, agama Hindu dan agama-agama yang lain. Ini kerana dalam pengamatan saya terhadap agama-agama selain daripada Islam di dalam negara kita, mereka juga sebenarnya menolak benda-benda yang tidak baik. Alangkah baiknya sekiranya pihak kementerian boleh bincang dan mengambil keputusan yang bersama, sebagai contoh isu judi. Saya kira tidak ada agama yang tidak boleh menerima benda ini. Kalau boleh diperkenalkan melalui penguatkuasaan undang- undang yang selari dengan semua agama yang ada tentunya saya rasa Malaysia kita ini akan bangkit menjadi sebuah negara yang- maknanya kita bangkit dalam isu yang seumpama ini secara bersama di antara agama-agama yang ada dalam negara kita. Apakah pihak kementerian boleh menimba perkara yang seumpama ini? Bagi kami, kami rasakan kita sangat terbuka tangan untuk memberi bantuan pemikiran dan seumpamanya bagi menjayakan hasrat yang begini murni. Sekian, terima kasih.

Parit Buntar. Sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segamat minta laluan. Yang Berhormat Segamat dahulu Yang Berhormat, kerana dia bangun dahulu.

Ok.

Tuan Yang di-Pertua

Minta Yang Berhormat Bagan Serai?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bagi keutamaan kepada Yang Berhormat Bagan Serai sebab soalannya.

Tuan Yang di-Pertua

Bagan Serai sebab dia yang mengemukakan soalan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Selepas itu saya berikan kepada Yang Berhormat Segamat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti tadi kaedah- kaedah yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri bagaimana supaya dari segi perundangan, aspek perundangan dan juga dari aspek peningkatan iman dan amalan- amalan sebagai seorang Islam. Saya percaya kaedah-kaedah yang telah dinyatakan ini sudah tentu telah dilakukan oleh kerajaan dahulu sebab Yang Berhormat Menteri pun baharu di situ. Saya ingin bertanya setelah dibuat kaedah-kaedah ini selama ini dan sehingga kini apakah natijah sebenarnya? Adakah kurang maksiat judi? Adakah kurang tempat-tempat perjudian? Ataupun bertambah lagi, ataupun status quo? Jadi, apakah kaedah-kaedah lain yang akan difikirkan oleh kementerian ini supaya khususnya yang kita bincang tadi orang-orang Islam dapat tingkatkan keimanan dia. Justeru itu, akan menyebabkan dia meninggalkan perkara-perkara maksiat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanyakan mengenai- saya mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri bahawa di mana memang betul kalau orang Islam tidak boleh masuk kawasan perjudian dan sebagainya dan saya juga bersetuju di mana sepatutnya orang Kristian, Hindu dan lain semua di mana persetujuan ini patut dielakkan satu cadangan yang baik.

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Akan tetapi pada masa yang sama, saya ada bertanyakan satu soalan mengenai sin tax- cukai haram, dan dalam jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan, di mana mereka menyatakan bahawa memang tidak boleh masuk dan juga sebagainya. Akan tetapi bagi mereka yang menjadi pemegang saham syarikat tersebut ataupun menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan perjudian ini, saya difahamkan memang tidak boleh tetapi hanya beberapa syarikat yang diberikan pengecualian khususnya Genting. Kalau di Genting itu dibenarkan. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Menteri bagaimananya pendapat beliau, bolehkah kalau mengapa satu-satu syarikat ini diberikan pengecualian? Apa bezanya kalau syarikat ataupun organisasi yang kecil tidak dibenarkan dan kalau yang besar dan berkuasa dibenarkan. Mohon Yang Berhormat Menteri jawab. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih semua Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Puteh, amat bersetuju sekali sebab saya kira isu judi ini bukan hanya umat Islam, ia merentasi semua agama dan kaum. Kesan kepada judi ini semua sudah sedia maklum. Jadi kami mengalu-alukan usaha yang boleh digembleng tenaga semua pihak termasuk semua agama malah semua pihak tidak kira daripada mana kita datang, wajib dan perlu mendapat memberikan sumbangan mereka untuk menangani isu ini. Yang Berhormat Bagan Serai...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebentar dulu, saya belum habis lagi.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Belum, saya hendak bertanya mengenai perkara yang berkaitan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Akan tetapi bagi saya beri Yang Berhormat bagan Serai dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak diberi laluan Yang Berhormat Menteri hendak jawab dahulu.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih nanti saya beri ruang. Saya tahu Yang Berhormat kena tinggalkan Dewan sebelum pukul 5.00. Saya menyatakan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan yang terdahulu tidak semestinya semua kita buangkan sebab ini benda yang berterusan. Tidak timbul isu asal kata dahulu buat, semua kita hendak buang. Tidak. Saya mana yang baik itu kita teruskan, kita perkukuhkan dan kita perkasakan. Oleh sebab isu ini merentasi semua kepentingan politik. Oleh sebab itu bagi saya kesan daripada apa yang dibuat sudah tentulah tidak ada satu kajian menyeluruh sejauh mana keberkesanan. Akan tetapi dengan program-program yang lebih luas kita adakan, saya yakin undang-undang sahaja tidak cukup tetapi dengan kita mengadakan program-program yang menyedarkan orang ramai termasuk tadi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh yang melibatkan semua kaum dan semua agama.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat rakan saya, jikalau bertanya kepada sayalah, saya kalau boleh Genting atau apa, semua tidak ada. Oleh sebab ini akan menjadi satu masalah. Ini sebab selagi ada, maka adalah pusat-pusat ini. Selagi ada, kita kata dia punya demand, selagilah ada dia punya supply. Akan tetapi selain daripada dasar yang ada hari ini, isu yang melibatkan soal cukai dan sebagainya itu, saya tidak ada authority untuk menjawab sebab saya menjaga Jabatan Perdana Menteri bahagian agama. Walaupun demikian, perlu ada satu...

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Satu perbincangan- sekejap, saya tidak habis lagi. Perlu ada satu perbincangan dari semasa ke semasa dengan kementerian-kementerian yang lain sebab isu ini tidak boleh dilihat secara berasingan, tetapi harus bekerjasama dengan semua kementerian dan semua pihak... [Disampuk]

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak bagi laluan dahulu kepada Yang Berhormat Parit Sulong.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Sulong. Ya, silakan Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri mengenai masalah yang dibangkit oleh rakan-rakan, terutamanya yang berkaitan dengan pusat-pusat judi ini. Akan tetapi untuk sebagai soalan tambahan, saya juga hendak jikalau Yang Berhormat Menteri boleh maklumkan, kerana saya prihatin terutamanya di kawasan- kawasan-kawasan luar bandar, di mana terdapat banyak yang kita tengok menghadapi masalah berkaitan dengan judi-judi atas talian. Jadinya jikalau Yang Berhormat Menteri boleh kongsikan di sini kerana kita prihatin, sebagai seorang yang prihatin, mungkin Yang Berhormat boleh kongsikan dalam Dewan ini, apakah langkah-langkah dan tindakan yang pihak Yang Berhormat boleh lakukan bagi kita menangani masalah yang berkaitan dengan judi atas talian. Begitu juga Yang Berhormat mengenai jawapan Yang Berhormat nanti berkaitan dengan yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya, saya minta juga ia dibuat secara bertulis. Oleh sebab tadi Yang Berhormat katakan jikalau kita tidak ada di dalam Dewan, tidak mahu jawab, tetapi saya minta untuk saya kemudian. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih. Yang Berhormat Segamat mahu memanjangkan lagi ataupun sudah cukup jawapan itu?

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Yang Berhormat, satu minit sahaja. Soalan saya tadi adalah mengenai, adakah kalau usahawan-usahawan ataupun para golongan profesional yang beragama Islam boleh menjadi ahli lembaga pengarah syarikat dalam syarikat yang menjalankan aktiviti haram yang mendapatkan sin tax. Soalan pertama. Keduanya, adakah mereka juga boleh menjadi pemegang dalam syarikat tersebut?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jawapannya Yang Berhormat Segamat, tidak boleh. Di dalam Islam dalam perkara-perkara yang telah dikatakan sebagai menyalahi agama, maka siapa sahaja yang terlibat, tidak diizinkan. Itu jawapan saya. Terima kasih. Tadi persoalan Yang Berhormat Parit Sulong tentang isu judi talian. Sebenarnya dalam hal ini, ia tidak hanya tertakluk kepada seksyen enakmen agama Islam sahaja. Di dalam kes yang melibatkan mesin judi atau judi berkomputer melalui internet, kita bekerjasama dengan semua pihak. Perkara tersebut dilakukan oleh pihak PDRM dan juga SKMM bagi mengawal akses judi atas talian. Itu jawapan saya dan seperti dijanjikan, saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Parit Sulong sebab kawan lama...

Yang Berhormat.

Boleh sedikit? Yang Berhormat, Bachok boleh sedikit?

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ini baru soalan judi ini. Ada banyak, fasal aurat. Tak kan...

Judi juga, sedikit sahaja. Berkait lembaga pengarah tadi.

Kita judi sedikit Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya bagi bersekali Yang Berhormat Bachok dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Cuma minta cepat, saya hendak move on next soalan.

Ya, pendek sahaja. Tadi berkait dengan soalan daripada Yang Berhormat Segamat. Jadi, saya hendak tahu sama ada jawapan tadi dari segi hukum agama Islam ataupun kita ada undang- undang yang menyekat orang Islam daripada menjadi ahli lembaga pengarah ataupun terlibat dengan perniagaan yang berkait dengan judi dan maksiat seperti itu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dan amat bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi mengenai dengan judi ini sehingga Yang Berhormat Menteri sebut mengenai jikalau boleh saya tidak mahu judi pun ada di Genting. Itu satu yang menarik dan saya amat bersetuju. Cuma sebagaimana yang kita tahu, kita mewarisi isu judi ini daripada kerajaan lamalah yang kita bincang bahas di Parlimen kita ini agak terik, lama tetapi tidak selesai. Bagi saya isu dia ialah isu undang-undang yang lemah dan juga penguasaan juga lemah. Penguatkuasaan yang lemah, disebabkan undang-undang itu sendiri yang lemah. Kita bercakap fasal judi halal, ada judi haram. Yang Berhormat Kuala Nerus ada sebut, jikalau boleh kita sebut judi tanpa lesen dengan judi berlesen. Isu kita ialah kita beri peluang kepada orang yang hendak buka premis judi antaranya. Bolehkah jikalau pihak kementerian, JAKIM misalnya, mencadangkan satu undang-undang untuk dilaksanakan di peringkat negeri supaya premis-premis judi ini tidak dibenarkan, dilesenkan sebagaimana negeri Kelantan buat. Walaupun tidak selesai semua judi yang haram ini, tetapi dia dapat selesaikan banyak isu apabila premis judi ini ditiadakan. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey, terima kasih banyak. Pertama, soalan tentang adakah ada undang-undang yang menyekat mana-mana ahli lembaga pengarah atau mereka yang terlibat dalam syarikat perjudian, tidak ada. Saya bercakap tadi dari segi moralnya. Jadi saya serulah kepada orang Islam, dia tahu tanggungjawab dia. Jikalau judi itu haram, maka hendak jadi ahli lembaga pengarah pun lagilah tidak boleh. Akan tetapi jikalau Yang Berhormat bertanya ada undang-undang, tidak ada undang-undang. Itu jawapan saya. Tentang isu negeri, saya rasa negeri mempunyai kuasanya tersendiri dalam soal penguatkuasaan agama. Mungkin mereka boleh belajar daripada Kelantan, tidak ada masalah. Jikalau ada terbukti bahawa itu satu yang berkesan supaya lesen-lesen judi tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Itu saya punya jawapan. Saya masuk kepada soalan ini saya rasa perlu diberi penjelasan sebab...

Penjelasan tambahan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, tidak payahlah. Cukuplah. Jawapannya sudah begitu. Saya hendak masuk kepada...

Adakah pihak kementerian ada bercadang memperkenalkan undang-undang?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ambil- take note. Saya take note.

Okey, terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak masuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang jika ada?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rantau Panjang? Tidak ada, ada?... [Disampuk] Tidak ada, jawapan bertulis.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dia baru keluar. Okey. Akan tetapi saya rasa ada satu soalan yang bersangkutan. Yang Berhormat Rantau Panjang ini dia ada tiga atau empat soalan yang banyak tentang Jabatan Perdana Menteri ini.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Kubang Kerian juga bangkitkan isu ini. Yang Berhormat Kubang Kerian, ada? Ada Yang Berhormat Kubang Kerian?... [Disampuk] Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ada?

Tuan Yang di-Pertua

Ada, tidak ada?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ada? Oh! Yang Berhormat Kubang Kerian. Kau ini Bachok atau Kubang Kerian? Depan ini tidak ada ini, Yang Berhormat Kubang Kerian ini. Mana pergi ini? Saya rasa ini relevanlah walaupun apa itu– saya mengambil keputusan untuk membawa isu ini iaitu tentang mengenai pakaian wanita dan masalah aurat. Ini saya rasa telah menjadi satu yang diperbahaskan, di mana pakaian iaitu wanita Muslim supaya dibenarkan memakai pakaian yang patuh syariah. Saya rasa itu isu dia. Saya bercakap ini kepada sektor swasta Tuan Yang di-Pertua, sebab kalau sektor awam jelas, dia ada dia punya garis panduan yang dia perlu patuhi. Isu yang dibangkitkan ialah tentang sektor swasta. Maka saya ingin memberi penjelasan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK), Kementerian Tenaga Manusia dengan kerjasama JAKIM yang di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedang dalam fasa akhir membangunkan garis panduan berhubung etika berpakaian di tempat kerja bagi sektor swasta. Maknanya kita tidak biarkan perkara ini berlalu, tetapi kita ambil inisiatif. Sebenarnya dibuat sebelum kami ambil alih kerajaan tetapi saya rasa ini baik dan saya akan meneruskan inisiatif ini supaya dalam fasa terakhir ini, kita dapat keluarkan satu garis panduan yang akan dibawa kepada panel syariah untuk melihat kesesuaian itu. Kemudiannya kita hantar balik kepada JTK yang kemudian akan mengeluarkan apa yang kita namakan pakaian pekerja wanita Muslim bagi sektor swasta di negara ini.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi, saya beri jaminan bahawa isu ini bukan dibiarkan begitu sahaja tetapi telah pun diambil inisiatif. Kami daripada pihak JAKIM turut dilantik menganggotai jawatankuasa menangani isu diskriminasi di tempat kerja. Melalui kerjasama ini, kerajaan berharap tiada lagi isu diskriminasi kepada wanita Islam. Daripada segi apa? Khususnya mengamalkan pakaian mereka dan mengamalkan pegangan agama dalam kehidupan seharian mereka. So, saya harap ini menjadi satu paduan bahawa kita mengambil berat tentang isu aurat ini kepada mereka yang daripada sektor swasta.

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Bharu.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengenai cadangan yang telah dibuat antara kerajaan dengan pihak swasta mengenai dress code ataupun etika berpakaian terutama melibatkan orang Islam. Saya rasa tidak adil untuk saya tanya apa yang akan dibuat dan sebagainya. Cuma, boleh tidak Yang Berhormat Menteri bagi time frame, berapa lama lagi agak-agaknya perbincangan yang telah dimulakan dan diteruskan oleh pihak Yang Berhormat mengenai hak-hak ataupun perkara yang kita boleh mengelakkan diskriminasi kepada wanita Islam ini akan dapat dilaksanakan. Setengah tahun, satu tahun atau sebagainya. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih pada Yang Berhormat Kota Bharu.

Yang Berhormat Menteri, tambah sedikit sahaja. Satu soalan lagi. Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya. Yang Berhormat Pendang pastikan soalan yang sama.

Berbeza sedikit dan ada kaitan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dua minit. Saya bagi selesai yang ini dahulu.

Okey.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya sebut tadi. Mereka telah bertemu pada 30 April 2018. Saya- kami masuk dalam bulan Jun begitu. Maka, saya kira insya-Allah dengan tapak yang ada ini, saya akan memastikan by hujung tahun ini. Insya-Allah, kita telah ada satu hasil yang boleh kita ajukan kepada pihak swasta tentang etika pemakaian ini. Itu saya akan follow up dengan pihak yang berwajib. Tadi, Yang Berhormat Pendang. Ya. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tadi saya mendapat sedikit penerangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan dress code ataupun pakaian sektor awam- okey, selesai. Sekarang ini dalam sektor swasta dia ada dua kategori yang dikatakan sektor swasta. Pertama, government-linked company (GLC). Kedua, sektor swasta yang memang fully swasta ataupun FDI daripada luar yang melabur di sini juga sektor swasta ataupun multinasional company juga sektor swasta. Akan tetapi, yang kita hendak bangkitkan di sini persoalannya, GLC adalah government-linked company. Syarikat kerajaan yang mana segala susun atur, standard operating procedure (SOP) akan ditentukan oleh pihak kerajaan dengan di mana GLC ini adalah diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya adalah daripada pihak-pihak kerajaan daripada Kementerian Kewangan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Segamat bangun lagi.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

So...

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Boleh mencelah?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya mohon untuk move forward lagi.

Dato' Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Masa 30 saat sahaja. Soalan sama.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak diberikan laluan. Sila duduk.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebab, saya ada masa yang terhad. Apa pun disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi, ia tetap swasta. Isunya ialah ia tetap swasta. Sama ada siapa yang respons lebih cepat, itu mungkin ada kesannyalah. Akan tetapi, dari segi garis panduan itu yang secara consultation di antara kerajaan dan pihak swasta sudah pun berjalan. Itu yang lebih penting buat masa ini. Saya ingin masuk kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik ada?... Yang bertanya tentang Indeks Syariah Malaysia. Begitu juga, tentang bagaimana syariah atau indeks kita pada kerajaan yang baru ini. Apa asas yang kita akan jadikan sebagai satu rujukan atau panduan. Kita tidak sukar untuk berbuat demikian kerana kedudukan Islam dalam Perlembagaan terus terpelihara. Itu satu tapak yang cukup kita kata selesa. Di mana agama lain bebas untuk diamalkan. Bagi pihak Kerajaan Pakatan Harapan, kita telah meletakkan tiga teras utama yang dijadikan sebagai asas kepada pentadbiran Islam. Pertama, kita telah meletakkan gagasan besar, ‘rahmatan lil alamin’... [Membaca sepotong hadis] Bermaksud, tidak kami utuskan dikau melainkan untuk membawa rahmat, dengan makna kami mempamerkan apa yang dinamakan sebagai the compassionate Islam sebagai teras utama dalam menyelesaikan pelbagai isu dan menyantuni kepelbagaian kaum dan agama yang ada di dalam negara ini. Kedua, kita juga meletakkan teras penting dalam pentadbiran negara di bawah Pakatan Harapan iaitu meletakkan kerangka maqasid syariah sebagai asas yang kita anggap universal, dinamik dan inklusif. Ini boleh diterima oleh semua pihak bagi memandu reformasi pentadbiran dan pembangunan negara, agar kerahmatan Islam itu dapat dinikmati oleh semua pihak.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Teras yang ketiga, yang kami telah perkenalkan dan kini sudah pun diterapkan di sebahagian besar agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam iaitu kami berhasrat meletakkan teras acuan Malaysia ataupun model Malaysia. Ini kerana Model Malaysia ini mempunyai satu nilai yang boleh kita perkenalkan di seluruh dunia. Jadi, dengan tiga teras ini Yang Berhormat Sik yang dikatakan indeks syariah itu mesti dirujuk kepada tiga asas ini. Segala tindak tanduk mana-mana pihak yang bercanggah dengan tiga teras ini, khususnya ‘rahmatan lil alamin’ yang merupakan satu gagasan besar bagi rakyat Malaysia ini, kita akan cuba perbetulkan agar landasan rahmatan dan juga maqasid serta model Malaysia ini tidak terjejas. So, ini kami punya usaha dalam kerajaan baru ini...

Mohon sedikit ulasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam kita berbincang soal ISM ini ataupun Indeks Syariah Malaysia, saya melihat aspek perundangan khususnya kedudukan Mahkamah Syariah itu antara perkara yang penting dalam kita mengukur indeks syariah ini. Jadi, saya mohon untuk Yang Berhormat Menteri memberi suatu penjelasan sama ada Akta 355 untuk mengukuhkan Mahkamah Syariah ini akan diteruskan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan ataupun adakah ia akan kekal seperti mana yang sedia di hari-hari ini. Ini kerana ia juga suatu gambaran yang jelas bagaimana kita hendak mengukuhkan indeks syariah ini. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Mungkin di sini kita berbeza pandangan. Bagi kami yang dimaksudkan dengan syariah itu terlalu besar dan luas. Bukan hanya aspek Mahkamah Syariah. Ini kerana dalam gagasan yang kita bawa Mahkamah Syariah dan segala institusi yang adanya mesti juga tertakluk kepada tiga teras yang saya sebutkan tadi. Adapun Akta 355 yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sik. Itu duduk di bawah akta bidang kuasa Mahkamah Syariah yang berhasrat untuk meningkatkan hukuman. Betul? Itu isu dia. Sedangkan bagi pihak kami dan kebetulan sudah ada jawapannya di sini sebenarnya. Terima kasih kerana mempercepatkan jawapan ini. Kami meletakkan beberapa perkara yang lebih besar dalam isu Mahkamah Syariah. Tolong catat ya. Pertama, ialah pengharmonian antara undang-undang syariah dan sivil. Kita tidak dapat lari Yang Berhormat, bila berbicara tentang Mahkamah Syariah, akan berlaku di sana perkara-perkara yang berkonflik. Itu perlu di harmonikan. Macam isu, 164- Akta 164 contohnya. Itu juga melibatkan soal pengharmonian antara sivil dengan sebab itu realiti, kita tidak dapat lari.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kedua, kita juga berbicara tentang pemerkasaan syariah ini maksudnya mahkamah ini ialah kompetensi hakim dan pendakwa syarie. Cuba Yang Berhormat bayangkan kalau hukuman itu diletakkan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Marang dalam dia punya personal bill dia, akta persendirian. Kompetensi hakim dan pendakwa syarie belum sampai kepada tahap yang sesuai maka mereka perlu banyak lagi peningkatan. Ketiga ialah aspek tadbir urus dan prasarana Mahkamah Syariah. Ini juga penting. Kalau sekadar bercakap tentang 355, kita tidak ada satu prasarana yang boleh menampung satu peningkatan hukuman yang drastik itu maka kita khuatir dengan sekadar melihat 355, tidak melihat secara komprehensif dan global, kita rasa berlaku sedikit ketidaksesuaian dalam berfikir kerangka Mahkamah Syariah yang lebih luas. So, itu saya punya respons...

Yang Berhormat, minta laluan...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Kepada isu bagaimana yang diajukan tentang Indeks Syariah terhadap Mahkamah Syariah.

Penjelasan sedikit.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ada 10 minit lagi.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tasek Gelugor.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya boleh izinkan...

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Bagi laluan?

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat, Tasek Gelugor.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya boleh izinkan, saya bagi...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sedikit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebab Yang Berhormat Tasek Gelugor memang ada juga di sini, dia punya soalan.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Ya, ya. Tidak, ini berkaitan dengan perundangan syariah.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey, saya bagi Yang Berhormat Kota Bharu sebab Yang Berhormat Kota Bharu...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sedikit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Penyokong kepada usul yang dibawa itu, saya bagi keutamaan.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Bharu.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Selepas itu Yang Berhormat Tasek Gelugor boleh.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Okey, terima kasih.

Sekejap ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan saya juga mengucapkan terima kasih di atas beberapa jawapan yang meyakinkan, saya harap dan boleh meyakinkan kita. Berhubung dengan apa yang disebut tadi iaitu suatu bill ataupun Private Members Bill yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini pada tahun lepas, tahun 2017 yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang. Pada masa itu Yang Berhormat sendiri berada di sini dan saya ingat benar Yang Berhormat dan rakan-rakan yang berada di sini dahulu menekankan bahawa yang sepatutnya membawa pindaan kepada Akta 355 ini iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 adalah bukan Ahli Parlimen biasa tetapi kerajaan. Jadi pertamanya, saya hendak mendapatkan jaminan daripada Yang Berhormat adakah Yang Berhormat sebagai kerajaan berhasrat untuk meneruskan, meneliti pemerkasaan akta ini? Keduanya Yang Berhormat, kalau kita perhatikan tadi Yang Berhormat telah menyebut bahawa bukan hanya Akta 355 sahaja yang perlu dipinda dan diperkasakan dan sebagainya sebaliknya ada aspek-aspek lain. Saya amat bersetuju dengan perkara itu. Akan tetapi saya kira Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya bahawa pindaan kepada Akta 355 ini juga adalah satu yang perlu ke arah kita memperkasakan institusi Mahkamah Syariah yang mana mahkamah ini dijamin ataupun diletakkan di bawah Perlembagaan, Jadual Kesembilan, Senarai II yang tidak melibatkan orang-orang bukan Islam. Tidak ada langsung kena-mengena dengan orang bukan Islam dan tidak akan di-enforce kepada orang bukan Islam. Jadi Yang Berhormat, saya ingin seterusnya mendapatkan jaminan bahawa adakah akta ini yang telah dipinda mengenai jurisdiction of the Syariah Court ini pada tahun 1984, iaitu 34 tahun yang dahulu.

Saya pengamal undang-undang sivil, saya tahu, saya buat kes jenayah. Kanun Keseksaan ataupun akta-akta lain di Mahkamah Sivil boleh dikatakan setahun atau dua tahun sekali dipinda untuk meningkatkan jurisdiction kepada kesalahan-kesalahan ini dengan tujuan antaranya untuk prevention atau preventif, untuk mencegah. Jadi, kenapakah tidak Akta 355 ini, Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa lebih rendah daripada Mahkamah Majistret, the High Court, Syariah High Court. Jurisdiction-nya lebih rendah daripada the lowest court in the civil system. Jadi itu yang saya hendak tanya sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, adakah ini menjadi prioriti juga kepada Yang Berhormat semasa ini. Terima kasih.

Boleh saya sambung, boleh minta sedikit?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak bagi Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Kemudian Bachok.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya minta selepas ini tidak ada soalan Tuan Yang di-Pertua...

Bachok minta.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebab saya hendak go on lagi, ada tiga, empat yang lebih utama.

Tuan Yang di-Pertua

Tinggal tujuh minit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa penjelasan itu sudah...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak mendapatkan sedikit lagi penjelasan. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan bahawa untuk memperkemaskan perundangan syariah di Malaysia ini, banyak perkara-perkara yang perlu kita improve untuk memberikan satu peningkatan. Jadi saya hendak minat kalau dapat Yang Berhormat Menteri memperincikan apa yang ada dalam perancangan Yang Berhormat Menteri dan apa yang sepatutnya dilakukan dalam satu pelan masa depan untuk memperkemaskan Mahkamah Syariah dan sistem perundangan syariah yang berada di Malaysia. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Bachok hendak juga?

Terima kasih, boleh?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Cepat sedikitlah, takut kecil hati nanti...

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri sejak tadi mengenai isu judi bahawa itu kita serahkan kepada negeri yang ada undang-undang. Sekarang ini isu pindaan kita ialah membenarkan pihak negeri yang kita sebut secara selalunya Kelantan, Terengganu yang telah bersedia. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri sudah bersetuju untuk melaksanakannya dan rakyat cukup memahami keperluan tersebut. Jadi mengapa Kerajaan Pusat agak susah untuk membenarkan sedangkan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi serah kepada negeri benda yang melibatkan undang-undang negeri. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, gulung ya.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, okey terima kasih. Saya ambil note Yang Berhormat Bachok, saya ambil note.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Apa yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu, pertama yang dikatakan kerajaan perlu ambil waktu itu ialah semasa kami di sebelah sana sebab kami menganggap bahawa isu RUU 355 ini jika dikendalikan dengan lebih kita kata teratur, sebab kita ada jawatankuasa roadmap yang telah ditubuhkan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat waktu itu di bawah Barisan Nasional. Saya kira landasan itu sudah jelas menunjukkan bagaimana kita harus menangani isu ini. Akan tetapi tiba-tiba muncul satu rang undang-undang persendirian yang lari daripada roadmap yang telah kita bincang dahulu sebab itu bagi pihak kami waktu itu Yang Berhormat, kami merasakan elok kalau betul serius perkara ini hendak dilaksanakan maka hendaklah diserahkan kepada kerajaan supaya dibuat dengan tertib dan teratur. Sebagai rekod untuk memberi keadilan kepada isu ini yang pernah kita bahas dua tahun- panjang perkara ini, saya sendiri telah mengemukakan rang undang-undang peribadi tetapi tidak diterima iaitu rang undang-undang peribadi kepada isu memperkasakan Mahkamah Syariah secara holistik. Sekarang kami telah menjadi kerajaan dengan sokongan rakyat maka sudah tentulah idea-idea itu kami akan cuba terapkan dan kami lebih melihat Yang Berhormat isu pemerkasaan Mahkamah Syariah ini dengan cara yang lebih holistik, insya-Allah. Itu saya punya respons.

Yang Berhormat Menteri...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Adapun apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor tentang apakah peranan- ya Yang Berhormat Baling pun hendak bertanya juga?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Pasal mahkamah.

Tidak, Yang Berhormat...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya tinggal tiga minit.

Itulah saya takut Yang Berhormat Menteri tidak sempat...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Boleh tidak kalau saya bagi...

Last-lah bagi Baling...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Keadilan kepada soalan yang lebih utama yang hanya tinggal tiga minit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, laluan tidak diberikan Yang Berhormat Baling, sila duduk.

Saya hendak tanya pasal haji hari itu, sedikit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak apa, duduk dahulu. Saya tidak habis, tidak selesai lagi...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hampir kehabisan masa.

Sedikit sahaja Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sebab itu saya minta izin daripada Tuan Yang di- Pertua...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Supaya saya...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Masa 10 saat, 10 saat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Daripada Yang Berhormat Bachok...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Pengkalan Chepa...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya hendak kena masuk...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Sedikit, sedikit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak masuk isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor, penting ini sebab dia banyak timbul...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Saya berkaitan juga, sedikit sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Kekeliruan kepada jabatan kami sebab orang serang kami.

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat kalau sempat boleh bagi peluang tetapi teruskan...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tidak, ini memang sempat Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya akan bagi ruang.

Tuan Yang di- Pertua, tambah masa sedikitlah. Bagilah, kesian kami.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya tidak ada masalah Yang Berhormat Baling.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri habiskan penggulungan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi masa lagi sejam pun saya seronok tetapi saya fikir...

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri sudah hampir habis masa, kalau saya bertanya sudah sempat jawab.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Rakan saya dok tengok saya, dia pun ada juga penggulungannya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa ini penting Yang Berhormat Tasek Gelugor, terima kasih ya kerana mengajukan soalan ini iaitu kedudukan dan status peruntukan pembiayaan bagi menjalankan pentadbiran dan program yang dijalankan oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Sekarang ini di Facebook belasah kita kononnya kita telah menyekat bantuan dan sebagainya. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, peruntukan dana yang disalurkan oleh MAIWP menerusi Jawatankuasa Baitulmal kepada IKSIM.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Makna, IKSIM ini dalam zaman Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Kami tidak ada kena mengena. Malah, saya mengkritik keras IKSIM semasa saya berada di sebelah sana kerana menyalahgunakan kedudukannya. Tertakluk kepada Kaedah-kaedah Baitulmal Wilayah Persekutuan (Perbelanjaan dan Penggunaan) 1980, bantuan disalurkan kepada IKSIM secara berperingkat bagi membiayai kos operasi dan aktiviti tertakluk kepada tujuan permohonan. Makna bukan kita bagi senang-senang, ia mesti ada permohonan. Sebagai pemegang amanah, MAIWP bertanggungjawab memastikan bantuan dana zakat yang diberi hendaklah dibelanjakan sebagaimana tujuan permohonan. Kelulusan yang diberi oleh MAIWP pula adalah bersyarat iaitu tertakluk kepada laporan perbelanjaan yang perlu dikemukakan oleh pihak IKSIM kepada MAIWP. Penemuan Audit yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam MAIWP, kita minta buat audit. Mendapati terdapat beberapa perkara yang meragukan seperti jumlah perbelanjaan yang tidak didedahkan, prosedur kewangan yang tidak jelas serta pembelian yang tidak selari dengan tujuan permohonan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Maknanya, IKSIM tetapi ia beli benda lain. Selepas itu, perbelanjaannya tidak didedahkan. Ini yang kita dapati daripada audit dalaman. Perkara ini bercanggah dan menyimpang dengan permohonan dan kelulusan yang diberikan. Saya ringkas sahaja Yang Berhormat, pihak Audit telah menyemak dokumen perbelanjaan dan pembayaran berjumlah RM7.6 juta. Dari jumlah tersebut, pihak Audit tidak dapat mengesahkan, tidak dapat sah, perbelanjaan yang dibuat dengan jumlah RM7.43 juta. Makna, daripada RM7.6 juta itu, RM7.3 million iaitu 97 percent yang dibelanjakan tidak boleh diaudit. This is a big problem. Sebaliknya, hanya RM0.17 million sahaja iaitu lebih kurang 2.2 percent yang boleh disahkan. So, Yang Berhormat...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

[Bangun]

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sekejap. Soalannya ialah...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Ya berkenaan dengan audit, itu sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Belum lagi. Saya hendak...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak, saya cuma hendak dapatkan penjelasan berkenaan dengan audit itu sebab kita difahamkan bahawa audit itu hanya berlaku di peringkat audit dalaman dan belum ada lagi pun exit conference audit yang dibuat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Akan tetapi pihak kerajaan telah pun membuat satu sekatan kepada peruntukan perbelanjaan especially...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

...For the emolumen dan sebagainya.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya. Boleh, boleh, saya faham.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Itu masalah yang timbul.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey, saya faham. Soal emolumen Yang Berhormat, soal emolumen dan gaji mereka yang apabila kami telah bekukan untuk pemulihan dan pengauditan, kami telah beri jaminan dan kami telah beri janji akan selesai. Oleh sebab ini melibatkan orang yang tidak tahu apa. Akan tetapi dari segi orang atas yang salah tadbir, sudah pasti kita sedang serius untuk mengambil tindakan-tindakan yang sesuai. Oleh sebab itu saya ingin jelaskan, penangguhan dana yang dibuat bukan berpunca daripada sekadar aktivitinya sahaja. Sebaliknya yang lebih penting, kita tangguh dananya ialah sebab salah tadbir urus dan penggunaan dana bantuan yang perlu diteliti dan dinilai semula. Saya harap jelas di bawah ini, jangan timbul lagi isu kami membekukan kerana kononnya kami saja hendak sekat.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Akan tetapi setelah berlaku pengauditan, saya kira ini adalah satu tindakan yang paling wajar kerana kami berasa amat sedih. Satu institusi Islam yang tidak ada satu pengurusan yang bertanggungjawab.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, cuma saya hendak minta satu lah supaya untuk keadilan...

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Yang di-Pertua, adakah saya diizinkan untuk terus?

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri akan menggulung, selepas itu kalau ada masa, telah pun dipersetujui untuk memberi sedikit masa yang lebih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baling on waiting list.

Pontian juga.

Tuan Yang di-Pertua

Belum habis menggulung.

Bagi Baling peluang, Yang Berhormat Menteri.

Ada empat yang Pontian tanyakan pada Yang Berhormat Menteri, janji jawab masa dekat dalam surau tadi, Yang Berhormat Menteri janji jawab.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya memenuhi janji, saya menepati janji. Tadi saya jumpa Yang Berhormat Pontian, saya kata ada satu soalan. Sebenarnya soalan Yang Berhormat Pontian ini penting sebenarnya iaitu Yang Berhormat Pontian bertanya tentang Bantuan Tahunan Nasyrul Quran. Untuk pengetahuan Ahli Dewan Yang Berhormat semua, kilang percetakan Al- Quran di Malaysia yang dikendalikan oleh Nasyrul Quran ini yang kedua terbesar di dunia setelah Madinah. Kita berbangga dengan pencapaian ini. Macam saya katalah, tidak kisah siapa buatlah. Kalau benda itu bagus dan ia bersesuaian dengan Model Malaysia yang saya sebut pada tiga teras tadi kerana Al-Quran Malaysia ini atau dipanggil mushaf Malizi ini, ia mempunyai satu keunikan dari sudut corak di tepi Al-Quran itu, diambil dari tema-tema kita, orang Malaysia. Jadi, ini yang pertama saya kira berbanding dengan al-Quran yang biasa kita dapat dari Timur Tengah. Mempunyai ciri-ciri ketimuran daripada negara kita dan saya akan terus menyokong usaha-usaha untuk mempergiatkan lagi dan memperkenalkan Al-Quran Malaysia ini kepada seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu mengambil waktu rakan-rakan. Saya ucapkan terima kasih...

Bagilah Baling, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Kepada semua yang telah mengemukakan. Saya berjanji untuk bagi kepada Yang Berhormat Parit Sulong jawapan bertulis dan yang mana lain jikalau saya tidak menyentuh, kalau perlu jawapan, semuanya ada di sini, bolehlah dirujuk. Yang Berhormat Baling, mungkin lepas ini kita boleh minum bersama...

Tidak, saya hendak bertanya, soalan ini penting. Ini ada berapa hari sahaja lagi.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kalau isu fasal Yayasan 1MDB, yang 1,200 orang, sudah dijawab sudah.

Bukan, bukan, bukan fasal itu, bukan fasal itu.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Itu sahaja.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa cukuplah. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua bagi, Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak bagi kan?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya tidak tahu, kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, saya layan.

Tuan Yang di- Pertua bagi untuk tanya satu soalan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Pertanyaan terakhir, boleh?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Oh! Boleh, silakan.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya mengikut arahan Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi ringkaslah.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya, betul saya sudah tanya soalan dengan Yang Berhormat Menteri hari itu berkaitan dengan 1,200 orang. Pada masa yang sama, saya sudah lontarkan persoalan ini kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Ada saya syorkan bahawa ada beberapa hari, kurang lebih 12 hari sahaja lagi, adakah cadangan yang saya syorkan telah dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk memberikan kelulusan khas kepada mereka yang mampu pergi gunakan wang sendiri ataupun sumbangan keluarga mereka. Adakah dapat pertimbangan Kabinet, diluluskan? Itu sahaja persoalan saya agar di luar sana- jadi, luar sana itu mungkin rakyat sudah tidak ada harapan, mereka sudah boleh. Ada yang masih menunggu untuk makluman Yang Berhormat Menteri. Itulah soalan saya. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Okey, seperti yang dijangkakan, soalan yang sama. Tiga soalan berturut-turut tentang 1,200 orang yang nama mereka dicalonkan oleh Yayasan 1MDB yang kemudian kita telah berhentikan dan jawapan yang sama saya akan jawab. Walaupun untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya telah bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk bincang benda ini, saya menyatakan bahawa kuota yang kita ada itu sebenarnya sudah mencukupi dan kita tidak boleh pergi lagi. Akan tetapi saya mengambil inisiatif untuk mengemukakan jikalau cukup kriteria- kriteria mereka yang layak pergi di atas kriteria Tabung Haji yang ada, mungkin kalaupun tidak semua akan terlepas, makna akan diluluskan sebahagian. Akan tetapi kalau ditengok tidak sesuai dengan kriteria untuk last minute punya kuota, saya tidak dapat untuk melaksanakannya. Itu jawapan yang saya boleh bagi dan perbincangan saya dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang ditanya tempoh hari. Sekian, terima kasih pada semua yang bertanya. Sama-samalah kita memartabatkan Islam dan...

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas jawapan tersebut.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Pentadbirannya dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Sapi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bersama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, terutamanya dalam isu-isu yang termaktub di dalam tanggungjawab saya di Jabatan Perdana Menteri. Dalam menyampaikan Titah di Dewan yang mulia ini, Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong telah menyampaikan keyakinan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dengan cara yang sihat dan matang agar institusi Parlimen terus dihormati oleh rakyat dan dunia luar. Pada masa yang sama, Baginda juga menitahkan agar pelbagai program dan projek dapat dilaksanakan agar semua rakyat mendapat manfaat pembangunan, termasuk di Sabah dan juga Sarawak, di samping mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meningkatkan integriti, tadbir urus dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengerang iaitu mantan Menteri yang memegang portfolio sama dengan saya sekarang ini telah pun membangkitkan perkara yang mengenai khabar angin bahawa Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional akan ditutup. Sama ada itu benar atau sebaliknya. Kononnya khabar angin ini telah pun dikatakan oleh saya yang akan menutup Mahkamah Khas Jenayah Seksual ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa Mahkamah Jenayah Seksual telah pun ditubuhkan untuk mengendalikan kes-kes kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak yang berusia lebih umur 18 tahun. Mahkamah Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak yang pertama di Putrajaya telah pun bermula operasi pada 23 Jun tahun lalu. Mahkamah ini ditubuhkan untuk mendengar dan memutuskan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam Daerah Shah Alam, Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mahkamah ini juga telah diperluaskan ke Bandar Kuching di Sarawak pada 18 April tahun ini. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) tidak pernah berhasrat untuk menutup Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak. Pada masa ini kesemua mahkamah ini beroperasi seperti biasa. PKPMP juga sedang membuat persediaan bagi memperluaskan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ke negeri Selangor, Pahang dan juga Johor. Oleh hal demikian, khabar angin yang mengatakan saya pun telah mengumumkan bahawa Mahkamah Khas Jenayah Seksual ini akan ditutup adalah tidak benar. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan tidak ada di sini?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada ya. Bertulis. Jawapan bertulis.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Sekiranya tidak ada, saya ikut arahan sebelum ini di mana sekiranya tidak hadir Yang Berhormat, kita akan skip lah kepada Yang Berhormat Ketereh yang membangkitkan isu mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara. Yang Berhormat Ketereh ada juga di sini ataupun macam mana, tidak ada?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Sudah pulang.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, kalau isu Ketua Hakim Negara, saya pun ada bangkit. Ingat boleh jawab sekalilah. Saya ada bangkit dalam ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Mengenai isu Ketua Hakim Negara?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, kita ada dua Ketua Hakim Negara ini. Saya ada bangkit.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Telah pun membangkitkan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara, Chief Justice yang baharu pada 10 Julai ini. Jadi- sedangkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Chief Justice yang terdahulu masih lagi efektif sehingga 31 Julai 2018. Pelantikan tersebut pula dilakukan pada waktu malam dan telah pun disoalkan sama ada wujud campur tangan daripada eksekutif kepada badan kehakiman dalam perkara ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa Fasal (1) Perkara 122B, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan iaitu Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan juga Hakim- hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tertakluk kepada Perkara 122C hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Selaras dengan peruntukan tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Baginda merundingi Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-249 pada 10 dan 11 Julai tahun ini mengenai pelantikan Yang Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 11 Julai 2018. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya peletakan jawatan Yang Amat Berbahagia Tun Md. Raus bin Sharif sebagai Ketua Hakim Negara adalah pada 10 Julai 2018. Oleh itu pelantikan Yang Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum pada 11 Julai tahun ini sebagai Ketua Hakim Negara yang baru dilakukan setelah peletakan jawatan Yang Amat Berbahagia Tun Md. Raus bin Sharif pada 10 Julai tahun ini dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, dakwaan wujud campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman dalam pelantikan Ketua Hakim Negara ini adalah tidak benar. Ini memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bertindak berdasarkan peranan dan juga tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

Yang Berhormat minta laluan Yang Berhormat, sikit sahaja.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Saya habis dulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan Ketua Hakim Negara yang diadakan pada waktu malam tidak menyalahi mana- mana peruntukan undang-undang. Perkara ini pernah dilakukan sebelum ini dalam pelantikan Ketua Hakim Negara pada 4 Ogos 2017 serta Hakim Mahkamah Persekutuan dan juga Hakim Mahkamah Rayuan pada 23 September 2017... [Disampuk] Ya, silakan.

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ingin tanya sama ada terdapat apa-apa kebenaran mengenai insiden Peguam Negara yang lalu yang sebelum Tan Sri Apandi Ali iaitu Tan Sri Gani Patail yang telah dipecat kononnya kerana beliau telah pun menyediakan kertas-kertas pertuduhan untuk menuduh Yang Berhormat Pekan untuk satu kesalahan jenayah.

Perkara ini telah menjadi tular dalam media sosial bahawa pemecatan terhadap Tan Sri Gani Patail di buat oleh Yang Berhormat Pekan untuk mengelakkan beliau sendiri dituduh di mahkamah dan digantikan pula oleh Peguam Negara yang baru pada ketika itu iaitu Tan Sri Apandi Ali. Adakah terdapat kebenaran mengenai perkara ini dan bolehkah Yang Berhormat mengesahkan perkara ini? Terima kasih.

Mohon laluan perkara yang sama Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya hendak sentuh apa yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri sekejap tadi iaitu mantan Ketua Hakim Negara Tun Md. Raus Sharif dikatakan telah dinasihatkan untuk berhenti pada 10 Julai, kemudian Ketua Hakim Negara sekarang ini dilantik pada tarikh yang sama. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat adakah amalan ini, this practice menjadi suatu precedent, binding precedent untuk seseorang hakim diminta supaya berhenti sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan seseorang hakim sama ada Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan mereka hanya boleh di- remove, boleh dibuang atau dismiss melalui satu tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Adakah apa Yang Berhormat sebut ini menjadi satu amalan baru yang mana ia akan mengikat mungkin di masa datang kalau kerajaan merasakan seorang ketua hakim atau hakim biasa tidak lagi fit untuk berada di situ, mereka hanya boleh disuruh berhenti, tidak perlu kepada suatu tribunal sebagai mana provided in the Federal Constitution. Mohon penjelasan.

Dengan izin, boleh saya pohon untuk minta perkara yang sama berkenaan dengan isu pelantikan Ketua Hakim Negara. Seperti yang telah pun banyak di-publish isu berkenaan ini pun telah pun mendapat banyak perhatian. Bila Ketua Hakim Negara sekarang Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, terdapat grey area berkenaan dengan status bekas ketua hakim. Oleh kerana pada masa tersebut bekas ketua hakim, dengan izin Tuan Yang di-Pertua masih menjalankan tugas walaupun beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan- telah pun meletakkan jawatan tetapi with effect from end of Julai kalau tidak silap saya.

Jadi maknanya pada masa the current Ketua Hakim Negara iaitu Tan Sri Richard Malanjum dilantik, nampaknya ada dua Ketua Hakim. Oleh sebab bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus bin Sharif itu masih belum meletak jawatan because itu akan berkuat kuasa pada akhir bulan Julai. Jadi ini adalah satu isu yang penting oleh sebab kita tidak boleh ada dua Ketua Hakim Negara berjalan serentak at the same time. Oleh sebab apa-apa tugas yang diambil oleh Ketua Hakim Negara pada masa tersebut, di mana terdapat kononnya dua Ketua Hakim, kemungkinan besar akan menjadi null and void, the usual daily business of those Chief of Justice. Jadi saya pohon penjelasan berkenaan dengan apakah status sebenar bekas Ketua Hakim Negara dalam masa tersebut iaitu Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus bin Sharif? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih kepada Yang Berhorma Bukit Gelugor, Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu peletakan jawatan Yang Amat Arif Tun Md. Raus bin Sharif sebagai Ketua Hakim Negara negara telah pun diperkenankan oleh Yang di- Pertuan Agong pada 31 Julai 2018. Sebagaimana yang telah pun dinyatakan dalam peletakan beliau dan juga kenyataan yang telah pun diberikan seterusnya pada 13 Jun dan kita dapat lihat bahawa peletakan jawatan itu telah pun dibuat secara kesukarelaan beliau dengan memberikan surat peletakan kepada pihak yang berkenaan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Namun seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa dalam keputusan untuk melantik seseorang...

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, minta pencelahan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Tunggu sebentar saya habiskan ini, Yang Berhormat. Pelantikan seorang hakim seperti Ketua Hakim Negara pelantikan yang dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong adalah atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Dalam hubungan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Baginda berunding masalah ini dengan Majlis Raja-Raja untuk melantik Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Yang Amat Arif Tun Md. Raus bin Sharif yang akan meletakkan jawatan. Tarikh yang ditetapkan ialah pada 11 Julai berdasarkan tarikh terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-249 bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Berikutan dengan itu Yang di-Pertuan Agong telah pun memperkenankan supaya tarikh peletakan jawatan Yang Amat Arif Tun Md. Raus bin Sharif sebagai Ketua Hakim Negara ditetapkan pada 10 Julai tahun ini, iaitu sehari sebelum pelantikan Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum. Jadi dengan perkenan Tuanku itu, maka dengan sendirinya ia telah menggantikan tarikh peletakan jawatan yang terdahulu iaitu pada 31 Julai 2018. Oleh itu tidaklah timbul soal terdapat dua orang Ketua Hakim Negara negara dalam satu masa kerana pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu ini telah pun dibuat selepas peletakan jawatan Ketua Hakim Negara yang terdahulu berlandaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengenai isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Bharu...

Yang Berhormat Menteri, boleh tak saya hendak sedikit clarification on that statement, Majlis Raja-Raja?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Can I just finish on this, Yang Berhormat?

Ini on Majlis Raja-Raja tadi, bererti maknanya Yang Berhormat Menteri, yang memutuskan Mantan Ketua Hakim Negara untuk berhenti cepat adalah Majlis Raja-Raja. That is on the 10th yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Maknanya Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberhentian Ketua Hakim Negara- mantan, daripada hujung bulan Julai dipercepatkan pada 10 hari bulan Julai. Adakah itu Yang Berhormat Menteri cakap? For clarification. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Seperti saya telah pun jelaskan tadi Yang Berhormat Pengerang bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menasihati Yang di- Pertuan Agong pada 10 hari bulan dan 11 hari bulan apabila Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah pun diadakan. Jadi untuk menentukan pelantikan Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum. So, it is just happened that it took place at the same time.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapat kepastian jawapan yang secara langsung yang pertama anggapan kita ialah selepas Majlis Raja-Raja nasihatkan Mantan Ketua Hakim Negara yang meletak jawatan pada tarikh yang diawalkan. Itu yang pertama assumption. Kedua, rata-rata kawan dekat kita sini ada bertanya satu soalan yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri iaitu apakah Council of Eminent Persons (CEP) telah memanggil Ketua Hakim Negara untuk berjumpa dan selepas itu berita peletakan jawatan Ketua Hakim? Bukankah ini dilihat sebagai satu infringement dari segi kuasa yang ada pada kehakiman? Kedua, apa pendirian kerajaan terhadap perkara ini? Adakah ada punca kuasa yang dapat diturunkan berdasarkan peruntukan mana ia dilakukan oleh CEP? Apa jawapan daripada Yang Berhormat Menteri?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin menjawab soalan yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi di mana Yang Berhormat Kota Bharu telah pun menyoalkan mengenai isu yang telah pun dibangkit dalam jawapan saya. Jawapannya ialah bahawa ini merupakan satu prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Perkara 122B(1) untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Yang Berhormat Menteri, prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menasihati ataupun untuk memecat?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun mengambil masa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak pun memberi laluan lagi, Yang Berhormat.

Ini clarification, Tuan Yang di- Pertua. Ini perkara yang penting kerana adanya dua Ketua Hakim Negara.

Tuan Yang di-Pertua

Kita benarkan Yang Berhormat Menteri habiskan penjelasan kemudian satu persatu boleh bertanya Ya silakan, Yang Berhormat Menteri.

Prerogatif...

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Saya rasa saya akan terus pergi ke isu yang seterusnya kerana saya telah pun mengambil masa begitu banyak dalam isu ini.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua saya minta laluan, sebab saya yang membangkitkan isu ini. Saya bangkit dalam ucapan saya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Jadi Tuan Yang di-Pertua jadi, saya telah pun menjawab tadi...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri berkata sudah dijawab. Dia ada lagi isu-isu lain yang ingin dijawab dan digulung, silakan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih. Sekiranya ada apa-apa isu saya rasa Yang Berhormat saya akan memberi...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini isu penting, rule of law. Kita kata kita hari itu angkat sumpah pun kita angkat sumpah depan. Perlembagaan dekat tangan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak memberi laluan, macam mana hendak bertanya? Yang Berhormat Menteri hendak habiskan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Yang Berhormat, saya telah pun memberi jawapan yang panjang lebar tadi yang telah pun merangkumi begitu...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini isu penting, ini isu menyentuh Perlembagaan...

...Ada 25 minit lagi Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini isu Perlembagaan. Ini bukan main-main.

Panjang lagi masa. Panjang lagi Dewan ini, isu Perlembagaan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau kita tidak menghormati Perlembagaan tidak guna kita angkat sumpah hari itu. Kita angkat sumpah hormati Perlembagaan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Perlembagaan telah pun jelas meletakkan...

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri hendak menjawab isu Perlembagaan atau tidak?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, bahawa isu dalam Perlembagaan telah pun termaktub dalam Perlembagaan tidak lagi perlu saya menjelaskan kerana itu jelas bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara di tangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi itu sahaja yang saya boleh jawab.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pelantikan...

Tuan Yang di-Pertua

Saya ikut Peraturan Mesyuarat. Jadi Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan, Yang Berhormat Menteri teruskan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini Yang Berhormat Menteri jaga undang-undang, so we are talking of the law. Bagilah- ini soal undang-undang, you are the Minister of Law.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Ya, Yang Berhormat Menteri undang-undang bukan Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Yang Berhormat Menteri sudah pun menjawab isu Perlembagaan. Kalau hendak tanya Yang Berhormat Menteri selepas inilah mungkin- jawapan yang lebih lanjut, silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krau...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia tidak jawab saya bangun, kalau jawab saya tidak akan bangun- saya tidak dapat penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Yang Berhormat Kuala Krau tidak ada di sini ya?... [Dewan riuh]

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih Yang Berhormat...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau Timbalan Menteri jawab lebih baik daripada Yang Berhormat Menteri tak? Apa Timbalan Menteri tidak menjawab, Yang Berhormat Sepang...

Bagi Yang Berhormat Sepang, dia hero undang-undang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Yang Berhormat dari Johor Bahru dan Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Johor Bahru ada? Dalam perbahasan, mereka telah pun membangkitkan isu berkaitan pemansuhan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 iaitu National Security Council Act yang selepas ini akan disebut sebagai Akta MKN. Saya ingin menyentuh dahulu perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson iaitu peruntukan di bawah Akta MKN membolehkan Perdana Menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan dengan membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran. Yang Berhormat Port Dickson juga menyebut bahawa Akta MKN membenarkan penyiasat untuk mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan yang dilakukan oleh pihak polis atau tentera di dalam sesuatu kawasan keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 26, Akta MKN bertujuan untuk memperuntukkan anggota pasukan keselamatan dengan kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa tanpa waran mana-mana individu, kenderaan, vessel, pesawat udara atau pengangkut di dalam kawasan keselamatan jika anggota pasukan keselamatan itu mengesyaki bahawa apa-apa artikel atau benda yang menjadi keterangan mengenai perlakuan suatu kesalahan mungkin boleh didapati dan untuk menyita apa-apa artikel atau benda yang dijumpai.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Seksyen ini diperuntukkan sedemikian bagi memastikan individu tersebut tidak melarikan diri dan artikel atau benda yang menjadi keterangan tidak disembunyikan oleh orang yang diperiksa. Sekiranya kuasa memeriksa dan juga menyita dikehendaki bersama waran, maka pasukan keselamatan akan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan waran tersebut dalam situasi getir akibat ancaman serius dan mungkin akan menyebabkan langkah- langkah keselamatan oleh pasukan keselamatan jadi tidak berkesan.

Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf. Adakah Yang Berhormat Menteri akan menyentuh perkara yang telah saya bangkitkan tadi sama ada adakah kebenaran dalam berita yang menular bahawa Yang Berhormat Pekan telah pun memecat Tan Sri Abdul Gani Patail kerana beliau risau dengan pertuduhan yang mungkin dibuat terhadap Yang Berhormat Pekan berkenaan dengan kes 1MDB sebelum melantik Tan Sri Apandi Ali sebagai Peguam Negara? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Adakah kebenaran dalam berita itu yang telah menjadi tular apabila insiden ini berlaku? Ini adalah perkara yang penting yang kita ingin mengetahui sama ada Yang Berhormat Pekan juga bersalah menyalahgunakan kuasa memecat Peguam Negara yang bakal menuduh Yang Berhormat Pekan di mahkamah disebabkan oleh skandal 1MDB. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengesahkan perkara ini? Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong atas soalan ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, isu ini telah pun dibangkitkan banyak kali di banyak surat khabar dan juga laman-laman sosial tetapi pengesahan ini saya tidak dapat menentukan memandangkan tidak ada sebarang siasatan yang telah pun dibuat mengenai tuduhan yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat Jelutong itu. Jadi, saya tidak akan dapat melebar panjang dalam isu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan mengenai perkara yang telah pun saya jawab tadi iaitu berhubung dengan isu pengetepian inkues seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Secara amnya, sesuatu inkues boleh dibuatkan oleh majistret bagi menyelidik bila, di mana, bagaimana dan juga...

Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua. Minta penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Saya habiskan hingga perenggan ini boleh?

Boleh.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Ya, terima kasih. Di mana ini telah pun ditanya oleh Yang Berhormat Port Dickson mengenai seksyen 35 Akta MKN yang mengatakan tidak menghilangkan kuasa majistret untuk mengarahkan satu inkues dijalankan, sebaliknya ia hanya memberikan kuasa budi bicara kepada majistret ataupun koroner untuk mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana orang jika dia berpuas hati bahawa orang itu telah terbunuh di dalam kawasan keselamatan akibat operasi yang dijalankan oleh pasukan keselamatan. Peruntukan ini tidak menghalang majistret atau koroner untuk menjalankan siasatan kematian atau inkues. Peruntukan ini telah dimasukkan bagi membolehkan majistret ataupun koroner untuk tidak membuat inkues bagi kematian-kematian yang jelas puncanya dan tidak memerlukan penyiasatan lanjut atau post-mortem bagi menentukan punca kematian. Walau bagaimanapun, sekiranya majistret ataupun koroner meragui sebab kematian mana-mana anggota keselamatan atau mana-mana orang di dalam kawasan keselamatan itu, maka majistret atau koroner itu masih boleh menjalankan siasatan kematian dan inkues sewajarnya mengikut peruntukan sedia ada di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Jika waris si mati masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh majistret atau koroner, maka suatu semakan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 341A Kanun Tatacara Jenayah.

Dengan izin.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan National Security Council (NSC), I think apa yang perlu kita tanya dan telah pun ditanya banyak kali adalah sama ada ianya akan dimansuhkan. That is the question. I think itu adalah question yang banyak orang dah tanya. Yang Berhormat Port Dickson juga ada tanya. Ini persoalan umum. Oleh kerana saya ingat isu utama yang dikhuatiri berkenaan dengan akta tersebut- ini sudah sejak zaman Barisan Nasional- terlalu banyak kuasa diletak di dalam tangan Perdana Menteri melalui akta tersebut. For example, contohnya, beliau dapat indirectly, secara tidak langsung, mengisytiharkan effectively satu keadaan darurat ataupun state of emergency untuk sesuatu tempat yang tertentu tanpa consultation dengan Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan satu kuasa yang amat banyak yang diberi kepada pihak Perdana Menteri dan ini merupakan satu daripada asas, this is one of the main, dengan izin, basis for our objections during the time they said NSC was tabled pada masa lalu semasa peringkat Barisan Nasional. Jadi persoalan saya sekarang is this act going to be abolished? Because, it is an act which is draconian and I think we should not stop beating around the bush and get to the point. Saya mohon satu jawapan daripada pihak Menteri... [Tepuk] Sekiranya ini akan di- abolish-kan ataupun dimansuhkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Menteri jawab.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa akta ini telah pun diwujudkan pada tahun 2016, hanya dua tahun sahaja dia dilahirkan daripada tahun itu dan pada masa dua tahun ini, akta ini belum lagi dilaksanakan. Buat setakat ini, hanya ada kebimbangan seperti Yang Berhormat Bukit Gelugor telah pun meluahkan. Hanya kebimbangan sahaja, Tuan Yang di- Pertua, tetapi akta ini belum dilaksanakan. Sekiranya kita lihat daripada keanggotaan majlis ini, kita dapat yakin bahawa Perdana Menteri sekiranya mahu mengisytiharkan sesuatu tempat sebagai security area, dia kena mengambil pandangan daripada anggota majlis iaitu terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi manakala Perdana Menteri itu adalah sebagai Pengerusi dan selepas itu ada Menteri yang dipertanggungjawabkan iaitu Menteri Pertahanan dan juga Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal dalam negeri, Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal komunikasi dan multimedia, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan juga Ketua Polis Negara. So dalam perkara ini, bukanlah seorang Perdana Menteri sahaja yang akan membuat keputusan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Minta laluan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Jadi dalam akta ini, seperti Yang Berhormat sedia maklum, bahawa ini adalah di bawah- the layer before darurat yang telah pun diisytiharkan oleh Tuanku.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Sebelum Tuanku mengisytiharkan apa-apa darurat, this is the second layer seperti yang berlaku di Sabah baru-baru ini di Kampung...

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Tando. Tandau.

Tanduo, Tanduo.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Tanduo. Jadi kita dapat lihat this is the kind of emergency yang mana Perdana Menteri boleh mengisytiharkan tempat itu sebagai security area.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Akan tetapi dia tidak melibatkan seluruh negara. Jadi tidak perlulah diisytiharkan oleh Tuanku sebagai satu darurat kepada seluruh negara.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

So this is just the second layer of this Emergency Ordinance. Jadi buat setakat ini pihak kerajaan masih...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

...Lagi dalam kajian untuk menentukan sama ada akta ini perlu dimansuhkan ataupun tidak. Dipersilakan. Okey, rakan kita dari situ.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak ucapkan tahniah sebab Yang Berhormat telah akui bahawa Akta MKN ini perlu dipertahankan walaupun semasa kita bentang dahulu, kita mendapat penolakan seratus peratus daripada pihak kerajaan sekarang. Saya ingin bertanya- tidak apa yang itu sudah menjadi sejarah. Akan tetapi saya ingin bertanya, kalau sekiranya akta ini mengkhususkan kepada kawasan keselamatan dan bukannya darurat, kenapakah ESSCOM tidak dimasukkan ataupun ESSZONE dimasukkan di bawah akta ini? Ini kerana kalau tidak salah saya, bila diperkenalkan akta ini di antaranya ialah hendak pastikan supaya kawasan keselamatan itu ditadbir urus dengan baik. Bilakah Yang Berhormat bercadang untuk memasukkan ESSCOM ataupun ESSZONE di bawah akta ini?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Ya, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan tadi, Yang Berhormat Menteri mengatakan tahap ini hanya satu kebimbangan dan ianya merupakan second layer keselamatan. Akan tetapi apa yang kita hendak tahu pendirian kerajaan sama ada kita hendak mansuhkan akta ini sebab bila ia digubal, memang di sebelah kami sebagai pembangkang, pada masa itu kami bantah. Jadi, adakah kerajaan sudah tukar pendirian ataupun hendak mansuhkan ini?

Boleh saya minta penjelasan. Same topic, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, baik.

Same topic. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya perlu tanya soalan ini. Saya faham soalan ini mungkin soalan yang bukan senang untuk dijawab tetapi it has to be ask because this is part of the manifesto. Part of the election manifesto, janji 27 di mana apa yang dinyatakan di sana iaitu Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan undang-undang berikut termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara 2016... [Tepuk] Itu adalah janji 27, menghapuskan undang-undang yang zalim. Jadi telah pun kami membuat keputusan bahawa undang-undang ini memang zalim. Jadi apakah tujuan kita perlu kajian lagi? If you made the decision that is draconian, there’s no nothing to kaji anymore with respect, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. So, itu sebab kita memerlukan satu jawapan yang tetap with a definitive answer to a question which needs a reply. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Okey, silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, Yang Berhormat Batu Kawan sila.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam nafas yang sama, saya juga ingin follow up mengenai cadangan untuk meminda SOSMA iaitu salah satu akta yang tergolong di bawah akta-akta draconian yang diletakkan dalam Manifesto Pakatan Harapan yang akan dimansuhkan dalam usaha kita untuk menjunjung prinsip keadilan, demokrasi dan kebebasan bersuara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat. Sila jawab.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini bahawa pemansuhan akta ini buat setakat ini masih lagi dalam proses jawatankuasa yang akan ditubuhkan untuk mengendalikan banyak isu mengenai reformasi bukan sahaja di Parlimen ini tetapi reformasi mengenai undang-undang yang draconian yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan juga Yang Berhormat Batu Kawan. Saya yakin bahawa janji-janji yang telah pun dikatakan dalam Buku Janji Harapan akan ditunaikan oleh kerajaan. Jadi berilah sedikit masa Yang Berhormat untuk pihak kerajaan mengkaji dalam situasi terutamanya dalam Akta Majlis Keselamatan Negara ini. Apa yang baik kita ambil tetapi kalau yang tidak baik itu kita akan tolak. Saya rasa apabila mengenai isu keselamatan negara kita kena memastikan bahawa kita menyedari semua faktor yang penting untuk memastikan keselamatan negara kita tidak di-compromise. Dengan itu...

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Mengenai isu ESSCOM itu, saya rasa ESSCOM telah pun diwujudkan di bawah Public Security Ordinance 1962 di Sabah di bawah kuasa Yang di- Pertuan Agong. Jadi ia tidak boleh diletakkan di bawah Akta MKN ini. Saya rasa Yang Berhormat Arau dapat faham bahawa tanpa pemansuhan undang-undang penubuhan ESSZONE ini telah pun ditubuhkan di bawah MKN pada masa itu.

Tidak apa. Ini Yang Berhormat, saya hendak beritahu bahawa saya menyokong pihak kerajaan supaya mempertahankan akta ini. Jadi Yang Berhormat tidak payah kaji lagi sebab akta ini adalah untuk keselamatan.

[Bangun]

Apa yang dipersoalkan ialah kuasa Perdana Menteri. Itu boleh diubah tetapi memansuhkan akta ini ia akan melibatkan keselamatan, Yang Berhormat. Oleh sebab kalau di Sabah kita ada undang-undang yang boleh dikaitkan untuk dilaksanakan tetapi di Semenanjung bagaimana? Jadi saya mencadangkan supaya Yang Berhormat mempertahankan akta ini dan kami akan sokong sepenuhnya.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya mengambil maklum.

Mencelah sedikit, Yang Berhormat Menteri. Dari Johor Bahru. Tadi ada disebut berkenaan dengan MKN.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Johor Bahru, ya.

Belakang. Sebelah belakang Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Okey.

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Akta MKN ini, saya harap kajian yang dibuat itu bukan kaji sama ada untuk dimansuhkan ataupun tidak tetapi yang perlu dikaji adalah macam mana untuk kita mansuhkan akta tersebut. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila. Yang Berhormat Port Dickson tadi ada?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Ada lagi? Okey, silakan. Yang Berhormat Port Dickson ya.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin bangkitkan tadi telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Saya yang membangkitkan isu ini semasa perbahasan saya. Kedua-dua termasuk ESSCOM di mana ESSCOM bukan dicadangkan untuk dimansuhkan tetapi dikaji semula peranan ESSCOM yang mana bila diwujudkan, kekuatan adalah lebih kurang 48 anggota. Akan tetapi sekarang walaupun keadaan aman, peranan tidak ditingkatkan, kekuatan telah pun lebih kurang 189 orang. Itulah saya cadangkan peranan ESSCOM ini dikaji semula. Akan tetapi dengan MKN, arahan MKN, cadangan saya adalah untuk mansuhkan kerana ini adalah satu draconian law. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Johor Bahru dan juga Yang Berhormat Port Dickson. Saya ingin terus pergi kepada tajuk yang lain kerana masa tidak mengizinkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Bachok dalam perbahasannya telah mencadangkan satu Jawatankuasa Siasatan Parlimen ditubuhkan untuk menyiasat masalah integriti dan salah laku agensi kerajaan yang bebas dari badan eksekutif dan diberi kuasa yang lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini kerajaan telah pun menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang diurus sediakan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah, National Centre for Governance, Integrity and Anti- Corruption (GIACC) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

JKKMAR berperanan untuk merangka dasar yang akan menangani pelanggaran integriti dan salah laku agensi kerajaan. Seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, antara dasar bagi mengekang salah laku dan juga isu pelanggaran integriti yang telah diselaraskan melalui platform JKKMAR adalah seperti mekanisme pengisytiharan harta, mekanisme penerimaan hadiah, salah laku pegawai awam dan juga pembiayaan politik... [Disampuk] Ya, silakan.

Benda yang ada kaitan dengan yang disebut oleh Yang Berhormat sekejap tadi. Terima kasih Yang Berhormat. Saya dalam perbahasan berhubung ini, saya membangkitkan dua perkara dalam satu topik yang amat diminati terutamanya oleh Yang Berhormat Jelutong. Saya bertanya dalam soalan lisan tetapi dijawab bertulis.

Saya sebut dalam perbahasan saya yang pertama, sejauh manakah siasatan terhadap kes 1MDB telah dijalankan sekarang ini. Jawapan diberikan sedang dijalankan siasatan. Jadi saya nak minta penjelasan Yang Berhormat hari ini, sejauh mana siasatan untuk kes 1MDB terutamanya melibatkan RM2.6 bilion yang dijawab pada saya itu, sejauh mana. To what extend the investigation at this point of time? Kedua, soalan saya adakah kerajaan hari ini bercadang ingin menubuhkan melalui Yang di-Pertuan Agong, menubuhkan RCI untuk menyiasat kes 1MDB. Jawapan yang diberi kepada saya dalam bertulis itu, PMO akan memberi penjelasan. Itu yang diberi pada saya [Ketawa] Jadi sekarang Yang Berhormat Menteri PMO, minta bagi penjelasan, adakah kerajaan nak buat RCI ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu. Saya pada setakat ini menjawab isu mengenai GIACC, tetapi Yang Berhormat telah pun membangkit isu mengenai 1MDB. Seperti yang saya katakan dalam jawapan bertulis saya bahawa kes ini sedang disiasat oleh pihak berkenaan. Jadi oleh yang demikian, Yang Berhormat sedia maklum bahawa apabila kes itu sedang disiasat, tidaklah elok untuk saya membincang isu ini dalam Dewan yang mulia ini dulu kerana ia akan menjejas isu nanti...

[Dewan riuh]

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Akan tetapi walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua telah pun membenarkan isu ini sekiranya dibenarkan dibincang, itu terpulanglah kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya akan terus kepada...

Yang Berhormat, RCI Yang Berhormat. Adakah kerajaan ada keputusan nak tubuh RCI or not, sebagaimana ditekankan oleh pihak kerajaan semasa berada di sini dulu. Are you going to form RCI to investigate this 1MDB case?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Buat setakat ini, saya akan mengambil maklum cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat. Saya rasa sekiranya isu ini perlu diadakan...

Itu cadangan siapa itu Yang Berhormat Menteri?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

...RCI saya rasa kita akan teruskanlah kerana kita dapat lihat bahawa dalam isu 1MDB ini, dia telah pun mengambil begitu banyak wang daripada rakyat dan saya rasa ini pun disiasatkan.

Yang Berhormat Menteri, dulu Yang Berhormat Gelang Patah yang mencadangkan untuk RCI.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Ya, saya akan mengambil maklum dan akan memberikan jawapan. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, masa terhad Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya pun bangkit benda ini. Jadi nak tanya pendapat Yang Berhormat sebagai Menteri. Bila perkara ini sedang disiasat termasuk punca RM2.6 bilion ini, jadi macam mana Yang Berhormat punya pendapat peribadilah, setelah dihakimi menuduh seorang itu perompak, penyamun dan lebih menyedihkan lagi duit 1MDB pun kata duit haram hantar orang pergi haji. Jadi benda ini sedang disiasat. Jadi, bagaimana benda ini telah dibuat kesimpulan bahawa satu kesalahan telah pun dilakukan? Apa pendapat Yang Berhormat?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih Yang Berhormat. Tohmahan ataupun pandangan daripada rakyat mengenai isu ini bahawa sama ada begini ataupun begitu, kita sebagai kerajaan tidak dapat memastikan bahawa mereka tidak akan mengatakan sedemikian. This one is up to the people to make their various judgement.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Jadi saya tidaklah mahu ikut isu ini kerana sekiranya saya memanjangkan isu ini, kita tidak akan habis dalam masa yang terdekat ini...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat bersetuju tidak...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Kalau kata 1MDB ini setakat hari inilah, setakat hari ini dalam siasatan, heboh ini merupakan satu fitnah. Yang Berhormat setuju atau tidak?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Ya, nanti saya akan berbincang dengan Yang Berhormatlah di luar mengenai isu ini...

[Dewan riuh]

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Oleh kerana masa sudah tamat Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kami mahu jawapan dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri masa...

Saya nak tanya sikit Yang Berhormat Menteri, sikit saja. Ini ialah perkara penting daripada...

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terakhir.

Ya, sedikit sahaja. Daripada dari pertama saya berada di Dewan ini, saya telah membangkitkan isu tentang rampasan wang berjuta Ringgit dan barang-barang kemas daripada rumah Yang Berhormat Pekan. Kita juga nak tahu duit ini duit siapa. Bukan saja wang tunai RM113 juta, barang kemas sampai mereka mengambil berhari-hari, tiga, empat lori Black Maria digunakan. Kita nak tahu.

Dan siasat, siasat.

Ini adalah duit kepunyaan rakyat. Kita nak tahu dari mana datangnya duit ini.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat.

Bagaimanakah terdapatnya begitu banyak wang di rumah Yang Berhormat Pekan?

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah pun dibuat ruling oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa ia termaktub dalam the gag order di mahkamah.

Tidak, tidak. Biarkan Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

The interim gag order telah pun dibuat ruling oleh Tuan Yang di-Pertua.

Tidak, tidak. Atas isu ini tidak ada interim gag order. Saya sebagai Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan perkara ini. Macam mana ada wang begitu banyak di rumah Yang Berhormat Pekan dan juga barang- barang kemas yang begitu banyak. Adakah duit ini duit kepunyaan rakyat yang telah dicuri? Kita nak tahu penjelasan.

Sedang disiasat Yang Berhormat...

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ini sesi penggulungan, minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Tuan Yang di-Pertua, seperti Tuan Yang di-Pertua katakan tadi sedang disiasat, jadi saya tidaklah bebas untuk mengatakan apa-apa lagi dalam isu ini.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Dengan itu, memandang masa telah pun...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Menteri, banyak isu yang dibangkit mengenai penambahbaikan Parlimen...

Yang Berhormat Menteri, celah sikit Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

...Perjalanan Parlimen, Jawatankuasa Parlimen. Adakah yang itu akan dijawab Yang Berhormat?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Ya, sebenarnya memang kita minta dalam kertas jawapan saya ini mengenai isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Beluran tadi. Oleh kerana masa tidak mengizinkan Tuan Yang di-Pertua, saya berjanji akan...

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil perbahasan ini...

Tuan Yang di-Pertua, saya minta tolong namakan senarai Ahli Parlimen yang akan dijawab secara bertulis. Yang Berhormat, saya merujuk bahawa perkara 71(4).

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita nak memperkasakan Parlimen, apa yang kita bincang separuh daripada masa lebih pada memperkasakan Parlimen. Akan tetapi satu jawapan pun kita tidak dapat daripada Yang Berhormat Menteri. Tolonglah. Kalau nak menghormati ini sebagai institusi, macam-macam cadangan kita nak apa akta yang kita hapuskan, kita bawa semula. Apa... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Menteri telah menggulung.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Yang Berhormat Ayer Hitam, bukan saya sengaja tidak mahu menjawab soalan. Akan tetapi memandangkan kita telah pun memperuntukkan masa terhad untuk menjawab soalan, jadi there is nothing I can do. Ini adalah keputusan daripada...

Tuan Yang di- Pertua, masa telah digunakan sebagai alasan untuk tidak menjawab Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Satu saja. Yang Berhormat Menteri tolong senaraikan, senaraikan Ahli-ahli Parlimen mana yang akan mendapat jawapan bertulis.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Boleh saya beri kepada...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tolong sebut sahaja.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Stampin, saya akan hantar semua kepada Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Sri Aman dan juga kepada pihak Yang Berhormat Ayer Hitam, dan juga banyak lagi yang di sini saya tidak sempat untuk mengatakan. Jadi saya akan memberikan jawapan...

Tuan Yang di-Pertua, saya timbul di bawah Perlembagaan 71(4). Jadi saya ingin bertanya, adakah akan dapat jawapan bertulis?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, akan jawab bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sekarang saya ingin menjemput daripada Menteri yang terakhir, Ahli Parlimen Tanjong Piai. Sila.

Dr. Md Farid bin Md RafikTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan. Saya pertama sekali nak ucapkan tahniah, this is the first time yang saya bercakap. Tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menyampaikan salam Yang Berhormat Menteri yang mana ada urusan peribadi, emergency family affair di Kedah, tidak dapat bersama-sama pada hari ini untuk menjawab dan menggulung perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi, terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Biro Tatanegara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang prihatin dan mengambil bahagian di dalam penggulungan perbahasan Usul ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan jabatan-jabatan ini- Titah Diraja.

Dr. Md Farid bin Md RafikTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya peka dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya yang sedia wujud di negara yang sememangnya boleh menimbulkan sensitiviti dan mencetuskan konflik sehingga mampu menjejaskan perpaduan jika tidak diuruskan dengan sebaiknya. Mengambil kira hakikat ini, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ataupun Perpaduan telah, sedang dan akan meneruskan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional di dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan mendamping dan mendidik, dengan izin, to engage and to educate melalui pelaksanaan pelbagai program. Hasrat ini juga adalah selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan harapan Baginda agar kita berusaha dengan ikhlas dan bersungguh- sungguh untuk mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni di samping mencari titik persamaan untuk diraikan dan bukannya mempertikaikan perbezaan yang wujud di dalam kalangan masyarakat Malaysia agar kita dapat bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya, boleh mencelah sikit Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Sini, sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teringin membangkitkan satu soal lain, saya bersedia menerima jawapan bertulis. Di penggal yang lepas dan sebelum itu, beberapa kali disebutkan tentang Akta Keharmonian yang mana saya rasa satu idea yang sangat baik walaupun dibawa oleh kerajaan yang dulu tetapi akhirnya tidak dimuktamadkan. Soalan saya ialah, apakah pandangan kerajaan sekarang, dan kalau bersetuju, bilakah akta itu akan dibentangkan? Terima kasih.

Terima kasih daripada soalan Kuala Kedah. Berkenaan dengan Akta Keharmonian, kita akan sentuh sedikit dalam perbahasan a bit later on, insya- Allah saya akan dapat jelaskan lagi bagaimana, apakah pendekatan yang diambil oleh Jabatan Perpaduan dalam kerajaan yang baru pada hari ini, insya-Allah. Kalau saya boleh teruskan...

Yang Berhormat, sedikit saja. Terima kasih. Mengenai Akta Keharmonian untuk memelihara keharmonian, kita mendapati dewasa ini bahawa keharmonian yang dikecap oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini memang patut kita memupuk. Akan tetapi kita rasa bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada seberang sana, terutamanya kita lihat semasa kempen pilihan raya dan sebagainya, sungguh mengejutkan, mendukacitakan dan amat memeranjatkan. Kononnya pihak tertentu telah mengambil Putrajaya dan sebagainya, pelbagai hasutan dilemparkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di seberang sana terutamanya Yang Berhormat daripada Ketereh, Yang Berhormat Pasir Salak. Kita lihat semasa kempen pilihan raya di Sungai Kandis, begitu memalukan sehingga mereka boleh turun ke tahap itu untuk menghasut rakyat, untuk memecah belah kan perpaduan di antara kita. Berani kah mereka datang ke Dewan yang mulia ini untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jelutong...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, minta ringkaskan pertanyaan...

[Dewan riuh]

Saya di sini ingin tanya, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil? Bukan di bawah Akta Hasutan kerana kita tidak menyokong tindakan di bawah Akta Hasutan. Akan tetapi tindakan yang bakal diambil, yang kena diambil terhadap Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada seberang sana terutama Yang Berhormat Ayer Hitam yang duduk bersekongkol dengan mereka...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong...

Peraturan Mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak katakan Yang Berhormat Jelutong, soalan telah diajukan, saya minta Yang Berhormat Menteri jawab. Ya.

Peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Ayer Hitam.

Tuan Yang di-Pertua, saya duduk di sini, saya tidak cakap apa-apa. Saya cuma tahu Dewan ini untuk menjawab apa yang telah dibahaskan secara langsung...

Aturan mana dulu ya?

Okey bukan..., tengok..

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

What’s your point of order?

Sekejap, sekejap, tengok balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Ayer Hitam, rujuk standing order.

Sekejaplah, duduklah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berdiri]

Kalau kita kata sesuatu celahan, tengok- daripada- kejap...

Tidak apalah, Yang Berhormat Ayer Hitam duduk dulu.

Peraturan 37, saya belum habis cakap lagi- 37, kalau kita berucap, kita dengar jawapan. Jadi apabila ada orang mencelah, cakap yang terbaru, sepatutnya Yang Berhormat Menteri jawab apa yang telah kita bahaskan, itu kita tunggu. Jadi kita minta jadikan Parlimen ini sebagai satu medan. Kalau hendak berpolitik di luar, tidak apa. Akan tetapi dalam ini, kita dapat jawapan kita yang kita tunggu dan saya minta supaya dihormati. Saya tidak cakap apa pun...

Jadi, Yang Berhormat Ayer Hitam...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, baik Yang Berhormat Ayer Hitam, 37. Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap. Baik, baik, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri meneruskan. Terima kasih.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Ayer Hitam. Jadi, sorry, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Jelutong, thank you very much, sorry. Jadi benda ini, pertama sekali isu yang dibangkitkan berlaku di luar Dewan. Jadi I think it only fair that tidak dapat saya jawab kan dengan bertulis. Akan tetapi apa yang ditekankan di sini adalah tugas untuk menjaga tatasusila kita sebagai seorang pemimpin, seorang wakil rakyat yang dipilih, tidak perlulah kita hari-hari hendak ditekankan. Itu patut difahami dengan sendiri. Perpaduan yang ada di dalam negara kita ini adalah satu aset utama yang harus dibela dan dihargai, dipupuk dan disemai. Jadi kalau ada apa insiden-insiden yang boleh mencetuskan sebarang perkara yang tidak elok, terutamanya terbabit kaum haruslah dielakkan. Kita sebagainya pemimpin harus menjadi contoh utama dalam perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan.

Selari dengan ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan semasa, cadangan untuk mewujudkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat ataupun MPKR juga disambut baik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan program-program yang telah berkesan untuk mempromosikan perpaduan dapat diperbanyakkan. Cadangan pewujudan MPKR ini juga adalah seiring dengan hasrat yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tenom yang menekankan kepada usaha oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertingkatkan penyatuan nasional di dalam konteks Malaysia Baharu agar perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan menjadi tunjang perpaduan negara yang kita cinta. Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong saranan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia yang telah menyatakan bahawa pihak kementerian beliau akan memfokuskan kepada pembuatan dokumentari atau filem-filem yang mengeratkan perpaduan di antara seluruh rakyat Malaysia kerana kandungan dokumentari dan filem-filem sebegini lebih sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia yang bertujuan untuk memupukkan dan menyemaikan nilai-nilai murni dan kebersamaan, dengan izin, common shared values yang menjadi asas kepada perpaduan negara ini.

Saranan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia juga adalah selari dengan seruan oleh Yang Berhormat Merbok agar kerajaan memperluaskan kempen- kempen perpaduan kaum melalui media-media utama, dialog-dialog antara pelbagai kaum dan penganut agama diadakan ke arah menyatupadukan rakyat bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni, melunturkan api-api perkauman dan menjernihkan rasa iri hati di antara kaum untuk merapatkan lagi hubungan antara masyarakat Malaysia. Perpaduan, Jabatan Perpaduan dengan kerjasama Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama ataupun JKMPKA telah melaksanakan banyak dialog-dialog antara penganut pelbagai agama yang memberikan fokus ke arah mendidik masyarakat, ke arah persefahaman, keharmonian dan keamanan sejagat seperti yang diserukan oleh Yang Berhormat Merbok. Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera mengenai hasrat kerajaan menggubal “rang undang-undang kebencian agama dan kaum”, adalah dimaklumkan bahawa, satu kelulusan dasar daripada mesyuarat Jemaah Menteri yang mengandungi cadangan skop dan parameter rang undang- undang perlu diperoleh terlebih dahulu. Setelah melalui semua proses konsultasi awam, barulah rang undang-undang tersebut dapat dimuktamadkan untuk dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, kami akan mengadakan perbincangan bersama Yang Berhormat Parit Buntar meneliti dan memperhalusi cadangan Yang Berhormat Bukit Bendera untuk menubuhkan select committee bagi mengadakan konsultasi dan mendapatkan seberapa banyak input agar cadangan sama ada “rang undang-undang kebencian agama dan kaum” atau Rang Undang-undang Keharmonian Nasional boleh diwujudkan. Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Bendera bahawa Jabatan Perpaduan Negara sedang menyusun atur pertemuan di antara Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan semua badan-badan agama di dalam negara ini. Dalam waktu terdekat ini satu majlis perjumpaan bersama Jawatankuasa JKMPKA telah diaturkan pada 16 Ogos. Wakil-wakil agama akan hadir di majlis ini dan bertemu dan beramah mesra bersama saya dan juga Menteri di Jabatan Perpaduan. Selain itu, Jabatan Perpaduan juga telah menyalurkan kepada semua negeri untuk menganjurkan program-program keharmonian di antara penganut-penganut agama sama ada di peringkat negeri atau pun di peringkat daerah bagi memberi laluan kepada saya dan juga Menteri untuk sama-sama bertemu dengan mereka secara langsung. Melalui platform JKMPKA juga Jabatan Perpaduan mengadakan kolaborasi strategik bersama dengan persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO agama dalam menganjurkan pelbagai perayaan-perayaan masyarakat di Malaysia seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Wesak, Majlis Tahun Baru Hindu, Hari Krismas dan juga sambutan kelahiran pengasas bagi agama Bahai. Serta tidak dilupakan Pesta Keamatan di Sabah sebagai penghormatan kepada sambutan-sambutan hari kebesaran bagi penganut agama-agama yang ada di Malaysia. Terdapat juga beberapa sambutan ini yang juga diadakan di peringkat nasional oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Melalui sambutan seperti ini adalah menjadi harapan kerajaan, kepelbagaian kaum, agama, budaya dan adat rakyat Malaysia boleh menjadi tali pengikat yang menggalakkan perhubungan kaum secara positif dan mencegah perasaan perkauman serta meraikan kepelbagaian yang wujud. Walaupun tidak semua aktiviti keagamaan dapat di gazet kan sebagai cuti, namun masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai penganut agama tidak pernah di sekat di dalam mengamalkan majlis keagamaan masing-masing. Sehingga kini Malaysia telah mengiktiraf cuti-cuti umum untuk pelbagai agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri. Tambahan pula...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Minta penjelasan sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak mendapatkan penjelasan berkenaan dengan perancangan Jabatan Perpaduan khususnya untuk kita membendung ataupun menyekat perilaku-perilaku sebahagian daripada rakyat Malaysia khususnya yang kadang- kadang menggunakan media sosial atau pun apa-apa media lain untuk mencemuh khususnya di antara agama lain daripada mereka. Jadi, apakah perancangan dan planning yang telah dibuat oleh Jabatan Perpaduan? Terima kasih.

Jabatan Perpaduan secara globalnya mempunyai jentera yang kuat di akar umbi daripada segi KRT. Jadi, sebagai contoh jika ada isu yang ditampilkan yang muncul mungkin dalam posting yang ada di dalam Facebook ataupun yang ditularkan melalui aplikasi seperti WhatsApp dan sebagainya. Perkara pertama yang perlu kami lakukan, strategi Jabatan Perpaduan adalah untuk turun, kementerian turun ke akar umbi untuk melihat keadaan yang sebenar. Di seluruh Malaysia kita mempunyai jentera yang boleh di arahkan untuk menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran sebarang isu-isu yang dibangkitkan. Banyak kali kami dapati terutamanya selepas pilihan raya ini bila isu itu dibangkitkan, mungkin benda yang telah berlaku beberapa tahun yang lepas tetapi diulang balik, ditularkan balik di dalam Facebook, ditularkan balik melalui sosial media, WhatsApp dan sebagainya. Lagi satu, kita mempunyai undang-undang yang termaktub yang boleh digunakan. Akan tetapi seperti yang saya jelaskan pada awal tadi, the very core approach, dengan izin, Jabatan Perpaduan adalah to engage and educate. Jadi, dengan menggunakan dialog dengan kembali kepada meja perbincangan pada kami di Jabatan Perpaduan adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan banyak isu-isu perpaduan yang berlaku di kalangan masyarakat. Kalau boleh saya teruskan, berhubung dengan JKMPKA tadi, tambahan pula rumah-rumah ibadat juga bebas di bina menurut peruntukan undang-undang. Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada kumpulan agama untuk menguruskan hal ehwal agama masing-masing. Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi keagamaan atau kebajikan serta memperoleh dan mentadbirnya mengikut landasan undang-undang yang ada di dalam Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah mengenai jawatankuasa Parlimen. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh- tidak ada? Yang mengambil berat mengenai isu perpaduan sehingga mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa Parlimen berkait dengan perpaduan negara dan integrasi nasional. Cadangan jawatankuasa ini amat perlu sebagai satu landasan untuk meneliti dan membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan negara dan kebajikan rakyat secara baik, secara tuntas dan terperinci demi membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan negara yang aman dan berdaulat.

Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri akan menyentuh tentang Biro Tatanegara?

Ya, I will come to that.

Terima kasih.

Seterusnya salah satu daripada portfolio yang akan diambil Yang Berhormat Menteri adalah mengenai Socio-Economic Development of Indian Community ataupun SEDIC. Dana peruntukan kerajaan kepada SEDIC. Bagi memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Batu Gajah mengenai peruntukan dana kepada SEDIC, adalah dimaklumkan bahawa jumlah peruntukan kerajaan yang disalurkan kepada SEDIC bagi melaksanakan aktiviti pembangunan sosial ekonomi masyarakat India adalah sejumlah RM230 juta dalam tempoh daripada 2014 ke 2017.

Daripada jumlah tersebut, peruntukan sebanyak RM196 juta telah disalurkan kepada sejumlah 808 badan-badan bukan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kapasiti merangkumi pelbagai bidang dan program kemasyarakatan bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat India. Antara bidang-bidang kapasiti yang dilaksanakan termasuklah: (i) program sosial; (ii) kebajikan; (iii) pendidikan; (iv) pembangunan belia berisiko tinggi; (v) keusahawanan; (vi) pemerkasaan identiti; dan (vii) keterangkuman masyarakat India. Manakala peruntukan sejumlah RM24 juta lagi telah disalurkan untuk program latihan di bawah Institut Latihan Kemahiran Swasta atau ILKS yang telah memanfaatkan seramai 2,525 peserta yang telah menyertai dan berjaya menamatkan kursus tersebut sehingga ke peringkat Sijil Kemahiran Tahap 2 dan Tahap 3. Di samping itu, mulai daripada tahun 2014 sehingga kini sejumlah RM273 juta telah disalurkan melalui SME Bank kepada 135 syarikat sebanyak RM117.9 juta kepada TEKUN Nasional yang telah memberikan faedah kepada sejumlah RM7,175 usahawan dan sebanyak RM140 juta secara kumulatif sejak 2012 kepada Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah memanfaatkan 10,104 industri kecil di kalangan wanita India. Tambahan pula kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2013 yang telah disalurkan melalui Lembaga Pengelola Sekolah. Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri kini sedang melakukan kajian untuk menyemak semula mekanisme pengoperasian, pengendalian dan penyampaian SEDIC yang bertujuan untuk membuat pelarasan ataupun fine tuning terhadap mekanisme tersebut untuk memastikan objektifnya bagi membantu menaikkan taraf sosioekonomi komuniti India di Malaysia dapat direalisasikan dan dioptimumkan sepenuhnya. Usaha ini adalah selaras dengan janji kerajaan semasa untuk memastikan matlamat yang ditetapkan untuk masyarakat India seperti mana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan dapat diteruskan untuk kebaikan bersama.

Isu seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah isu penutupan Biro Tatanegara. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum mengenai beberapa desakan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa supaya Biro Tatanegara ditutup atau ditamatkan dan mencadangkan supaya peruntukan kepada agensi ini disalurkan kepada perbelanjaan pendidikan yang turut boleh menyemaikan semangat patriotik. Bagi menjawab persoalan ini, kerajaan melihat penubuhan Biro Tatanegara yang pada awalnya bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan identiti bangsa di kalangan rakyat Malaysia sedang diperhalusi semula matlamatnya di bawah Malaysia Baharu. Hal ini selari dengan semangat Malaysia baharu yang masih mementingkan semangat patriotik perpaduan negara. Penubuhan BTN asalnya merupakan inisiatif kerajaan untuk membina sahsiah belia yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sedikit, Yang Berhormat. Saya menyokong saranan Yang Berhormat Setiawangsa. Pertamanya, saya ingin mencadangkan jumlah kewangan yang digunakan, yang disalurkan kepada Biro Tatanegara mungkin boleh disalurkan kepada Jabatan Perpaduan yang diberi satu tugas, amanah untuk memupuk perpaduan.

Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai satu berita yang telah menjadi tular baru-baru ini di laman sosial, di mana hakim-hakim Mahkamah Sesyen telah dihantar untuk menduduki ataupun menghadiri kem-kem Biro Tatanegara. Surat yang telah dihantar kepada mereka juga telah pun disiarkan dalam berita ini, di mana salah satu daripada agenda ini yang diadakan sebelum pilihan raya yang lalu adalah untuk memastikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional terus menjadi kerajaan di negara ini. Di sini persoalan saya adalah macam mana hakim-hakim yang sepatutnya berkecuali yang membicarakan kes kadangkala melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli- ahli politik daripada Pakatan Harapan ini dipaksa untuk menghadiri kem-kem Biro Tatanegara? Bukankah ini bermaksud bahawa ada pengaruh ataupun tangan-tangan yang tersembunyi masuk campur dalam isu keadilan dan juga, dengan izin, administrational of justice in this country? Bagaimanakah perkara ini boleh dibenarkan? Adakah apa-apa tindakan yang akan diambil untuk memastikan perkara ini tidak berlaku? Ini perkara serius. Ini adalah perkara yang mungkin adalah satu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tip of the iceberg. Ini menyebabkan kita risau, gusar tentang pentadbiran keadilan di negara ini. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh melihat kepada perkara ini. Ini adalah perkara serius dan memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Perkara berkaitan, Yang Berhormat Tanjong Piai. Pontian mohon.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Pontian.

Biro Tatanegara. Di Dewan ini ada tiga Ahli Parlimen yang pernah bekerja sebagai Pegawai Biro Tatanegara. Pertama ialah Yang Berhormat Sungai Petani, yang kedua Yang Berhormat Bukit Gantang, dan yang ketiga ialah saya sendiri. Pada awal tahun 1990-an, Yang Amat Berhormat Langkawi memanggil pemimpin- pemimpin masyarakat dan birokrat, teknokrat berada di Kem Langkawi. Apa yang disampaikan pada ketika itu ialah supaya kita membawa kepada pengetahuan rakyat melalui latihan-latihan dalam kem Biro Tatanegara mengenai Wawasan 2020. Jadi, usaha-usaha kami pada ketika itu ialah untuk memahamkan rakyat mengenai pentingnya Malaysia maju pada tahun 2020. Saya kira Biro Tatanegara ini tidak perlu ditutup tetapi ia perlu diubahsuai kurikulumnya mengikut keadaan semasa dan arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mungkin selepas ini ada kursus-kursus yang tertentu. Kem-kem sudah dibina dan ia mengambil banyak peruntukan yang tertentu untuk melaksanakan dan membuat latihan-latihan itu dan saya kira ia perlu diteruskan atas kurikulum yang berbeza. Terima kasih.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Batu Kawan. Thank you. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyentuh mengenai isu BTN. BTN awalnya bermula sebagai satu unit agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri khusus untuk memupuk semangat nasionalisme, patriotisme di kalangan kakitangan kerajaan dan university students, dengan izin. Akan tetapi, kita lihat bagaimana ia telah menjadi satu- a bad agency yang menggunakan semua dana untuk memupuk rasa kebencian di antara kaum, memupuk rasa kebencian di antara masyarakat Malaysia. Dalam satu expose, empat slides pada laman web BTN empat tahun yang lepas menunjukkan bahawa BTN sendirinya menyatakan DAP adalah satu parti rasis, menggunakan akhbar Cina sebagai jarum halus untuk memecahbelahkan kaum di negara kita.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

So, it is evident that BTN was abused by the government before this- Barisan Nasional. We have no guarantee that BTN will not continue to be used over time. This is kita lihat bagaimana ia mula, how did it form and what did it ended up being. Pada pandangan saya dan saya rasa ramai di sini bersetuju, I think it is time we don’t need an agency to educate civil servants to love their country... [Tepuk] To love other Malaysians. You don’t need- it is in the Rukun Negara. Rukun Negara teaches you to love your country, to love your King, to love Malaysians, to not discriminate. You don’t need an agency in the Prime Minister’s Department, paid by taxpayers’ money, to teach civil servants to be more professional and to love their country. I think it is a redundant agency. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan mengenai BTN tadi. Menjawab persoalan pertama daripada Yang Berhormat Jelutong mengenai apa yang ditularkan dan dilaporkan di media mengenai kursus yang dihadiri oleh hakim-hakim. Berhubung dengan kursus tersebut, ingin dijelaskan di sini bahawa satu kenyataan media telah dikeluarkan pada 1 Ogos yang mana program tersebut merupakan salah satu daripada Kursus Pembangunan Kapasiti Pegawai Kehakiman yang berbentuk team building dan generic, yang mana penglibatan daripada Jabatan BTN adalah salah satu daripada modul yang ada pada ketika itu. Ingin dijelaskan di sini bahawa baik hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret yang mereka adalah merupakan pegawai yang di dalam perkhidmatan awam, yang mana mengikut Perkara 132(1B) Perlembagaan Persekutuan, mereka tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan dan peraturan yang mengawal selia penjawat awam tersebut, termasuk keperluan untuk menghadiri sebarang latihan ataupun kursus. Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Batu Kawan mengenai BTN dan daripada Yang Berhormat Pontian. Pada masa ini, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Batu Kawan, kerajaan masih cuba memperhalusi bagaimana fungsi BTN ini boleh dibaik pulih. Ada satu pihak memang semestinya mengatakan bahawa it is a redundant agency, dengan izin. Ada satu pihak yang mana telah terlibat sejak awal dengan BTN dapat melihat bagaimana fungsi Biro Tatanegara ini sebenarnya bermanfaat untuk mempromosikan semangat patriotisme dan sebagainya. Jadi, apa yang boleh saya katakan di sini, benda ini telah pun dan masih diperbincangkan di kalangan Kabinet. Modul-modul yang ada di dalam Biro Tatanegara pada masa ini jauh berbeza daripada apa modul yang ada di dalam tiga atau empat tahun yang lepas, yang mana kita melebihkan pada semangat patriotisme dan melebihkan pada penerapan nilai-nilai murni. Kita juga menggalakkan dalam Biro Tatanegara penglibatan dalam semua kaum untuk melihat sendiri apa yang kita buat sebenarnya dalam BTN ini.

Jadi BTN ini adalah satu benda yang untuk menerapkan semangat kenegaraan, patriotisme dan bukan lagi akan menjadi satu agen yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganjurkan motif-motif mereka sendiri. Jika saya boleh teruskan, seperti yang saya katakan tadi, pengisian program BTN sentiasa berubah mengikut kesesuaian semasa. BTN telah dijenamakan semula dengan membawa pengisian program bermatlamatkan untuk memupuk jati diri dari aspek bangsa, budaya dan nilai bagi memastikan kedaulatan negara bangsa. Terdapat empat objektif BTN iaitu: (i) meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek kenegaraan; (ii) meningkatkan kefahaman mengenai dasar-dasar kerajaan; (iii) meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai isu-isu semasa; dan (iv) menerapkan nilai-nilai murni.

Seiring dengan perubahan sosiopolitik dan semangat Malaysia baharu, BTN sedang dalam proses penjenamaan semula serta mengkaji dan membangunkan modul dengan memberi penekanan kepada pembudayaan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan kembali kepada tugas dan objektif asal penubuhannya. Tuan Yang di-Pertua...

Minta maaf Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak tanya pengesahan.

Adakah ini bermaksud Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa dalam kakitangan-kakitangan awam yang terlibat, Jabatan Kehakiman terutamanya hakim-hakim perlulah dikecualikan daripada menghadiri kem-kem Biro Tatanegara kerana mereka perlulah berkecuali. Saya cuma ingin pengesahan kerana ini menyebabkan kerisauan bahawa kerajaan, the government of the day akan menggunakan Biro Tatanegara itu untuk mendoktrinasikan hakim-hakim untuk sehaluan, dengan izin, the government of the day. Saya pohon pengesahan mengenai perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. I can see you. Apa yang boleh dijelaskan di sini, pada masa ini pekeliling yang termaktub di dalam Perlembagaan mengenai pegawai dan perkhidmatan awam jelas yang mereka boleh dipanggil walaupun pada Hakim Mahkamah Sesyen ataupun Majistret, mereka still sebagai pegawai yang berada di dalam perkhidmatan awam. Kita sangat faham tentang the Judiciary independent yang mana kita tak nak ada pihak yang cuba membentuk pemikiran hakim-hakim, to influence cara pemikiran dan cara penghakiman dan sebagainya. Apa yang saya ingin jelaskan di sini seperti yang saya katakan tadi, BTN yang ada pada hari ini is no longer the BTN yang ada pada masa yang lepas...

Semasa Barisan Nasional?

Yes. Jadi kita akan pastikan...

Itu pengesyoran yang saya perlu bahawa BTN yang kita ada sekarang bukanlah BTN semasa Barisan Nasional. BTN yang baru, BTN Pakatan Harapan.

BTN yang ada untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme.

Yang bebas rasuah, bebas semua perkara-perkara- bebas perkauman yang akan memupuk perpaduan, mengeratkan silaturahim di antara masyarakat berbilang bangsa...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Hey, jadi Menterilah.

...Dan akan follow the rule of law. Terima kasih.

Baik, teruskan. Seterusnya, perkara yang seterusnya adalah berkenaan dengan ICU yang mana jumlah peruntukan yang diberikan kepada Ahli- ahli Parlimen Kerajaan dan Parlimen Pembangkang. Jadi, bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Saratok mengenai jumlah peruntukan berbeza di antara Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang serta mencadangkan supaya jumlah peruntukan yang sama diberikan kepada kedua-dua pihak di samping mencadangkan supaya peruntukan tersebut ditambah kepada RM7 juta. Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk menambah kadar peruntukan yang telah diluluskan. Penambahan peruntukan ini akan melibatkan implikasi kewangan yang amat tinggi dan bergantung kepada kedudukan kewangan semasa.

Penyediaan peruntukan khas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan yang sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Sekiranya terdapat keperluan bagi pelaksanaan sebarang projek ataupun program peruntukan bolehlah dipohon kepada kementerian yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya ingin menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu usaha untuk menterjemahkan perpaduan nasional bukanlah kerja sehari dua. Akan tetapi memerlukan kesungguhan yang berterusan tanpa noktah oleh setiap rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik dan pemegang taruh. Ini kerana perpaduan nasional bukanlah satu anugerah semata-mata. Malah ia harus dibina, diurus dan diselenggarakan dengan baik agar kestabilan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Iktibarnya, kita semua perlu berganding bahu dan bersatu tenaga bersama-sama kerajaan mengambil langkah-langkah yang positif dan membina bagi memastikan perpaduan dan keharmonian di negara ini akan terus kekal dan terpelihara serta menetapkan matlamat bersama dalam menyahut hasrat dan aspirasi Malaysia baru ke arah mewujudkan tadbir urus negara yang lebih baik, progresif dan inklusif. Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada ahli-ahli politik agar lebih memahami sensitiviti semua kaum dalam memperjuangkan ideologi politik masing-masing dan tidak cuba untuk memainkan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan sensitiviti pihak lain... [Disampuk] Justeru itu, saya percaya penglibatan ahli-ahli politik di dalam siri-siri perbincangan meja bulat, forum dan seminar mengenai kepentingan perpaduan adalah mustahak di mana ini secara tidak langsung membolehkan mereka menjiwai perpaduan dan mempromosikan keharmonian antara kaum.

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Boleh saya- sedikit sahaja mohon mencadangkan satu kem diadakan Biro Tatanegara dan jemput Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana untuk hadiri kem Biro Tatanegara untuk perpaduan supaya tidak membangkitkan isu-isu perkauman...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sudahlah, mabuklah. Sudah, sudah, sudahlah.

...Terutamanya semasa pilihan raya. Khusus...

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Dia yang keluarkan kata-kata yang memecahbelahkan.

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

...Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat daripada Pasir Salak semua patut dijemput untuk menghadiri satu kem dan Yang Berhormat Tasek Gelugor juga.

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Jelutong, sebab itu Yang Berhormat Jelutong kita tidak timbulkan perkara-perkara tersebut dalam Dewan kerana kita telah dapat petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jelutong tidak ada semasa Tuan Yang di-Pertua memberikan petua dan nasihatkan kepada kita. Oleh sebab itu kita tidak bangun tanya Yang Berhormat Ipoh Barat terhadap apa yang disebut sebab kita faham atas petua-petua dan nasihat Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi Yang Berhormat berulang-ulang kali bercakap pasal pemimpin- pemimpin Barisan Nasional. Jangan timbulkan lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kuala Krau, ini sesi penggulungan daripada Yang Berhormat Menteri. Sila.

Saya cuma hurai dan boleh bertanya. Apakah tindakan yang telah diambil tetapi kita sengaja tidak hendak timbulkan kerana kita menjaga keharmonian antara Wakil Rakyat, antara pembangkang dan kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, terima kasih. Jadi, apa yang penting di sini kita both agree, I from both side, kita mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menunjukkan satu contoh yang terbaik untuk tidak kalau boleh menimbulkan sebarang isu- isu yang berkaitan dengan perkauman. Kalau saya boleh teruskan. Justeru itu...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya minta sedikit pandangan. Sering kali kita menghadiri majlis yang dikelolakan oleh agensi kerajaan. Saya ada rakan-rakan Cina, rakan-rakan India yang tidak makan daging. Akan tetapi apabila kita bagi nasi beriani campur dengan daging, orang India ini dia biasa senyap sahaja, tidak cakap apa. Kita tahu dari segi hati mereka pun tidak sedap. Apakah kerajaan baru ini akan membuat satu inisiatif iaitu sekiranya ada mana- mana majlis kita boleh makan ikan, ayam dan ini sebagai satu cara...

No-lah, itu tidak betul Yang Berhormat. Tidak pernah, tidak pernah Yang Berhormat. Saya rasa itu adalah satu tuduhan yang serius. Tidak pernah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong hendak bercakap, minta izin Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat, saya bercakap tengok saya beradab. Saya bercakap dengan cara ini. Walaupun kadangkala orang kalau hendak membuat aduan boleh, tetapi mungkin dilihat sebagai satu perkara yang, oh, kita macam hendak mengganggu majlis itu tetapi kerajaan baharu, dengan cara baharu.

Adakah, kalau itulah sentimen yang dijaga kita tahu macam mana kata orang, perasaan orang lain. Ada juga orang yang Cina, macam saya, saya tak makan daging tetapi saya tak ambil saja. Akan tetapi bagi kaum lain mungkin langsung dia tak makan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat sebagai Menteri yang jaga perpaduan, alangkah baik kalau dalam majlis kita itu kalau boleh elaklah, kalau kata hendak makan daging, dekat mana sate pun tak ada masalah. Akan tetapi majlis yang dianjurkan oleh kerajaan mungkin itu boleh dilihat.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri mohon laluan. Saya cukup tertarik dengan Yang Berhormat Ayer Hitam, yang buat rayuan sebegini terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang baru yang jelas membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional dulu yang mana Yang Berhormat Ayer Hitam sebagai Menteri, sebagai orang nombor dua dalam MCA, gagal untuk buat. MCA terpinggir dan sampai hari ini hendak pujuk hendak rayu, hendak minta kerajaan laksanakan apa yang Barisan Nasional gagal lakukan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Menteri, sebelum Menteri jawab, oleh sebab saya berpandukan pada hari mengangkat sumpah. Ada daging wagyu dan sebagainya. Sebab itu saya kata belum lagi ubah, kita guna dengan cara ini. Saya hendak tanya Menteri, yang lain kita bincang di luar okey. Jangan marah. Terima kasih.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ini giliran saya Yang Berhormat Ayer Hitam. Ini giliran saya. Jangan hendak potong trip. Biar beradab. Orang lama biar beradab. Tadi kata beradab. Tak Yang Berhormat Menteri, saya rasa macam ni. Untuk yang pandangan daripada Yang Berhormat Ayer Hitam, saya rasa satu pengakuan terbuka daripada pembangkang hari ini, mantan kerajaan sebelum ini selama ni menunjukkan kegagalan daripada MCA, MIC dan Gerakan terutamanya. Terima kasih.

Masa angkat sumpah pun ada juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Boleh Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Segamat, sila.

Masa 30 saat. Saya mencadangkan agar di bawah program perpaduan di bawah BTN nanti kita adakan program-program yang mencari persamaan di antara kaum, agama dan juga masyarakat setempat berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional dulu selalu mencari perbezaan. Maka objektif kita adalah, sebab kita kerajaan baru dengan harapan Malaysia baru, kita bekerjasama di antara kita mahupun pihak kerajaan dengan pembangkang. Akan tetapi yang pentingnya kita mencari persamaan, jangan kita wujudkan perbezaan seperti mereka dulu. Apakah pendapat Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri jawab.

Baik. Saya rasa saya hendak ulas dulu apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. I think dengan izin benda tu adalah satu benda yang sangat penting. Kalau we as a Muslim, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we get very sensitive especially it comes to food, dengan makan ni cukup sensitif. Kadang orang Muslim ni memang macam gitu. Akan tetapi sometimes kita leka dan kita tidak peka bila it comes to the Hindu, sama ada vegetarian yang mana sometimes memang some other vegetarians memang tak sentuh langsung daging-daging ni. Baik daging lembu kah apa, jadi rasanya kita satu benda yang akan kita ambil perhatian dan rasanya tidak salah dan tidak susah jika ada apa-apa function ataupun majlis- majlis kerajaan mungkin kita akan sediakan satu tempat yang mana fully vegetarian for example ataupun kita mungkin boleh tarik keluar daging daripada menu. Akan tetapi itu akan diperbincangkan. Seterusnya daripada kos BTN yang dicakapkan tadi memang kita hendak mendekatkan pendekatan kita untuk menjadikan BTN ini satu ejen yang memupuk perpaduan dan kita ambil kira cadangan-cadangan yang diberikan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tak banyak lagi. Jadi justeru saya secara, saya percaya penglibatan ahli-ahli politik dalam perbincangan meja bulat, forum dan seminar mengenai kepentingan perpaduan adalah amat mustahak di mana secara tidak langsung membolehkan mereka menjiwai perpaduan dan mempromosikan keharmonian antara kaum, seperti yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam Titah Baginda, agar elemen-elemen negatif dan tindak tanduk yang menggugat kesepaduan dan keharmonian perlu dibanteras dan tidak diungkit isu-isu sensitif antara kaum bagi menjamin dan mengekalkan keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara. Saya juga ingin menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa dalam semangat Malaysia baru dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti, dengan izin, akan menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan agenda kerajaan. Saya juga akan memberi jaminan bahawa tiada lagi jabatan kerajaan yang akan disalah guna untuk tujuan kepentingan pihak tertentu melainkan semata-mata untuk kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.

Dengan itu sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam sesi penggulungan perbahasan pada kali ini. Sekian terima kasih, Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas penggulungan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Sungai Petani, hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas.”]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Selasa, 7 Ogos 2018.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.46 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembaikan Tebing Parit Tanah di Taman Wah Keong, Ipoh oleh Jabatan Pengairan dan SaliranSpecial Chamber

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan isu berkenaan dengan pembaikan tebing parit tanah berhampiran Taman Wah Keong, Ipoh, Perak iaitu di belakang rumah-rumah No. 14 dan 16, Lengkok Wah Keong, Taman Wah Keong, 31400 Ipoh, Perak. Rumah-rumah di No. 14 dan 16, Lengkok Wah Keong tersebut telah dibina lebih kurang 28 tahun dahulu. Terdapat satu saliran terletak di belakang rumah-rumah tersebut yang sejak tahun-tahun kebelakangan ini telah menghakis tebing parit tanah yang bersambungan dengan rumah-rumah tersebut. Perkara ini amatlah serius yang mana sebahagian konkrit tebing parit tanah telah runtuh dan kesan-kesan keretakan telah didapati di bahagian bahu jalan kawasan hadapan rumah-rumah. Sekiranya pembaikan tebing parit tidak dilaksanakan dengan segera, kejadian yang tidak diinginkan mungkin berlaku.

Saya telah membawa perkara ini ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak pada tahun 2017, dalam kapasiti saya selaku wakil rakyat DUN Canning pada ketika itu. Jurutera JPS telah membuat lawatan ke tapak tersebut dan menyatakan bahawa kerja- kerja pembaikan tebing parit akan dilaksanakan pada tahun 2018 setelah bajet tahun 2018 disalurkan. Namun, melalui suatu surat bertarikh 05 Jun 2018 kepada ADUN Canning sekarang, pihak JPS telah menyatakan bahawa parit tanah tersebut adalah di luar daripada selenggaraan JPS. Balasan ini diberikan setelah lebih daripada sembilan bulan aduan diajukan dan setelah pihak JPS memberikan komitmen untuk melaksanakan projek pembaikan ini pada tahun 2018. Apa yang akan terjadi ke atas keyakinan rakyat terhadap pentadbiran baharu di bawah satu kerajaan baharu ini?

Rakyat sekarang menaruh satu harapan yang besar. Apabila kita mengendalikan aduan-aduan yang diajukan oleh rakyat kepada kita, kesemua jabatan kerajaan termasuk kita selaku wakil rakyat, harus mengetepikan sikap yang mana akan dianggap sebagai penolakan masalah ataupun aduan rakyat. Oleh yang demikian, saya

(i) pengesahan bahawa masalah ini adalah di bawah selenggaraan JPS; dan

(ii) sama ada JPS bersedia untuk menunaikan komitmennya untuk melaksanakan kerja- kerja pembaikan parit tebing tersebut pada tahun 2018 dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM120,000 seperti yang dinyatakan oleh JPS sebelum ini.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber AsliTengku Zulpuri Shah bin Raja Puji

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Kelima pada tahun 2009 telah bersetuju bahawa pihak berkuasa tempatan

(PBT) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan sistem perparitan.

Pembahagian tugas antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan PBT adalah seperti yang digariskan dalam keputusan Jemaah Menteri No. 413/2026/96.

Merujuk kepada soalan ini Tuan Yang di-Pertua, ia hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa negeri melalui PBT kerana ia di luar bidang kuasa kementerian. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Isu Kanak-kanak Tanpa KerakyatanSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. So, tajuk ucapan saya adalah, “Masalah Isu Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan”. Tuan Yang di-Pertua, saya menerima banyak kes rayuan kanak-kanak tanpa kerakyatan. Sering kali birokrasi kerajaan terhadap permohonan status kewarganegaraan anak-anak ini dikatakan telah menyebabkan banyak kes permohonan tertangguh dan gagal.

Kesannya, anak-anak tersebut menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan hak yang saksama seperti warganegara walaupun telah menetap di negara ini sejak dilahirkan.

Berdasarkan statistik Kementerian Dalam Negeri antara tahun 2012 hingga 2017, terdapat 15,394 kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia gagal mendapatkan status kerakyatan meskipun bapa mereka memiliki status sah sebagai warganegara.

Antara punca utama yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah ini ialah lewat daftar kelahiran, ditinggalkan semasa lahir, gagal menjejaki ibu bapa dan ibu atau bapa yang memegang kerakyatan asing yang gagal mendaftar perkahwinan. Anak-anak ini tidak boleh mendaftar masuk ke sekolah jika gagal mengemukakan pasport yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen pada Disember tahun 2016. Bukan itu sahaja, anak-anak ini juga nanti tidak layak untuk memohon pasport dan lesen memandu. Mereka tidak boleh dimangsakan akibat kecuaian dan kesalahan ibu bapa.

Jika kerajaan boleh beri kerakyatan kepada orang asing, mengapa tidak anak-anak yang lahir dan membesar di negara ini? Saya juga minta penjelasan berkaitan dengan wujudnya sebarang peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perkahwinan ibu dan bapa kepada anak itu perlu didaftarkan supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan. Saya minta kerajaan baharu harus mengkaji pendekatan yang lebih cekap serta berperikemanusiaan dalam pemprosesan permohonan kewarganegaraan.

Sekian, terima kasih.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ FakharudyWARISANTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar · Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakilkan Yang Berhormat Sepanggar, Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk pertanyaan ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ FakharudyWARISANTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar · Kota Belud

Penentuan taraf kewarganegaraan seseorang individu adalah berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa sewaktu kelahiran berlaku. Seksyen 17 Bahagian III, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan dengan jelas bahawa kewarganegaraan individu yang dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara sah mengikut perundangan negara ini, anak tidak sah taraf adalah

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ FakharudyWARISANTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar · Kota Belud

mengikut kewarganegaraan ibunya. Justeru, anak tidak sah taraf yang dilahirkan oleh wanita warga asing akan direkodkan sebagai bukan warganegara, walaupun bapa biologinya adalah warganegara Malaysia.

Ibu bapa atau penjaga anak tidak sah taraf bukan warganegara tersebut, bertanggungjawab untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal ibunya. Kegagalan ibu, bapa atau penjaga melaksanakan tanggungjawab mereka akan menyebabkan isu berbangkit seperti ketiadaan dokumen pengenalan diri dari negara asal yang akhirnya menyebabkan keberadaan yang tidak sah di negara ini. Seterusnya, mereka juga disalah anggap sebagai stateless dengan izin, di Malaysia. Berhubung dengan kewarganegaraan yang dihadapi oleh individu yang ditinggalkan semenjak lahir atau ibu bapa tidak dapat dijejaki, permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran boleh dikemukakan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu satu peruntukan khas untuk mendaftarkan individu berumur 21 tahun ke bawah.

Kementerian ini menegaskan bahawa taraf kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya. Sehubungan dengan itu, pertimbangan dibuat secara case by case dengan izin, mengikut giliran dengan sewajarnya. Permohonan mestilah memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, pendaftaran kelahiran, pengangkatan yang sah serta lain-lain perundangan berkuat kuasa. Dalam hal ini, beban untuk membuktikan kelayakan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemohon jua.

Pematuhan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh undang-undang adalah amat penting bagi memastikan kewarganegaraan dianugerahkan kepada individu yang berkelayakan, berkualiti, dapat memberikan sumbangan signifikan kepada negara serta menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa mengabaikan kepentingan nasional serta keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada. Bagi memastikan tiada isu berbangkit di masa hadapan serta membentuk masyarakat yang bermoral dan patuh kepada perundangan yang berkuat kuasa, Ahli Yang Berhormat diseru untuk menyebarluaskan pengetahuan berkaitan kepentingan mendaftarkan perkahwinan serta keperluan untuk mendaftarkan kelahiran di kedutaan bagi anak tidak sah taraf kepada wanita warga asing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Selasa, 7 Ogos 2018.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.43 petang]