Dewan Rakyat · 14 August 2018

15th Parliament, session 1, meeting 1 · 1,018 turns · 63,445 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Mengangkat Sumpah

- Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin [Pagoh]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Mengalu-Alukan Ahli Baru

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu 9 Mei 2018 lalu. Seperti yang saya telah ungkapkan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin 16 Julai 2018, Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam menentukan undang-undang negara dengan tujuan memberikan manfaat terbesar kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia mempunyai wibawanya sendiri dan melengkapkan cabang- cabang pemerintahan yang lain. Justeru, peranan Parlimen sebagai medan perbahasan dan perdebatan yang bebas mesti dihayati sebaiknya. Usaha-usaha menambahbaikkan proses penggubalan undang-undang mesti berterusan supaya Parlimen ini terus dihormati dan disegani segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, saya berharap semoga Ahli Yang Berhormat dapat memberikan sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga dapat berkhidmat dengan cemerlangnya. Tahniah sekali lagi.

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Azalina binti Othman SaidUMNO · BNPengerang · question

1. Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kebenaran dakwaan oleh peguam Jho Low bahawa tindakan sita terhadap kapal Equanimity oleh Kerajaan Malaysia adalah tidak sah dan dikatakan merampas prosiding negara lain.

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tindakan penahanan kapal Equanimity oleh Kerajaan Malaysia 1MDB dan dua syarikat subsidiari 1MDB adalah sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang di Malaysia. Pembelian kapal tersebut didakwa dibuat dengan penyalahgunaan wang dimiliki oleh 1MDB dan juga dua syarikat subsidiari 1MDB. Atas

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

permohonan Kerajaan Malaysia dan juga syarikat-syarikat ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggunakan bidang kuasa admiraltynya untuk mengeluarkan suatu waran penahanan ataupun waran tangkap, dengan izin, terhadap kapal Equanimity yang dilaksanakan apabila kapal tersebut tiba di pelabuhan Klang pada 7 Ogos 2018. Oleh yang demikian, dakwaan yang terkandung dalam soalan Yang Berhormat Pengerang pagi ini adalah tidak benar. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Amerika Syarikat telah bersetuju supaya Kerajaan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada Kerajaan Malaysia. Jadi, oleh kerana demikian, tuduhan yang mengatakan kita, Kerajaan Malaysia merampas prosiding negara lain adalah tidak berasas sama sekali.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini bermakna bahawa kerajaan akan membenarkan mana-mana pihak yang menyatakan bahawa mereka adalah pemilik sebenarnya sebagai tuan punya kepada kapal tersebut membuat permohonan sebelum kerajaan membuat penjualan di bawah Order 70(21) Rules of Court 2012 iaitu membenarkan mereka membuat permohonan di mahkamah sebelum dijual? Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Untuk makluman Yang Berhormat, waran tangkap yang telah pun dikeluarkan oleh pihak kerajaan terhadap defendan ialah the owners of the ship or work vessel Equanimity official number 1012086 of Cayman Islands. Jadi buat setakat ini merekalah pemilik kapal ini yang ternyata dalam prosiding dokumen di mahkamah. Pada masa yang sama, afidavit juga telah pun difailkan oleh pihak kerajaan untuk mensupportkan pengeluaran waran tangkap ini terhadap defendan dan juga kapal Equanimity ini. Jadi, kerajaan pada masa ini menunggulah kepulangan Jho Low untuk menuntut balik kapal sekiranya dikatakan itu dimiliki oleh Jho Low. Jadi, kita sentiasa menunggu ketibaan Jho Low di negara kita ini. Itu sahaja.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, ada dikatakan oleh bekas Menteri bahawa kapal ini tidak dimiliki oleh Jho Low. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri bahawa saya percaya bahawa kita mahu tahu bagaimanakah kepunyaan atau pemilikan kapal ini dikaitkan dengan Jho Low? Itu nombor satu. Kedua, apakah prosiding mahkamah lanjut yang mungkin akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menuntut kapal ini?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Yang di- Pertua, mengikut afidavit sokongan yang telah pun difailkan di mahkamah, telah pun ternyata bahawa mengikut rekod traveling, pada 9 September 2013, kapal tersebut telah pun diconstructkan di Rotterdam, di mana Low Taek Jho dan juga ibu bapanya iaitu Larry Low Hock Peng dan juga Evelyn Goh Gaik Ewe yang telah pun terbang daripada Barcelona ke Rotterdam untuk melihat kapal tersebut. Pada 24 Mac 2014, seorang lawyer di Kingston LLP di London telah pun mewakili Jho Low untuk membeli financial statement dengan structure chart detailing the intergroup fund for the yacht acquisition. Jadi dipercayai bahawa kapal tersebut telah didelivered kepada Jho Low pada ataupun around June 2014. Jadi, objektif kerajaan dalam prosiding ini ialah untuk meminta bahawa kapal ini dijualkan on order for the sale of the vessel dan juga pada masa yang sama satu deklarasi bahawa 1MDB Group adalah, dengan izin, the legal and/or beneficial owners of the vessel and of part owner thereof in proportion to their respective share therein to the extent of the moneys and/or properties of the 1MDB Group used or on behalf of defendant untuk membeli kapal tersebut dan juga satu perintah daripada mahkamah untuk distribution of the proceed of sell of the vessel to the 1MDB Group in accordance with and to the extent of their ownership in the vessel. Tuan Yang di-Pertua, semua maklumat ini telah pun difailkan di mahkamah melalui warrant of arrest dalam prosiding dan juga afidavit sokongan dan these are all public documents open for public viewing. Sekian, terima kasih.

Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka · question

2. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh negara anggota amnya dan Malaysia khasnya dalam memastikan kelangsungan ASEAN dalam mengharungi cabaran terutamanya dalam aspek keselamatan serantau, keganasan dan persaingan hegemoni kuasa-kuasa besar.

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNMenteri Luar Negeri · Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Tahun ini ASEAN masuk ke tahun ke-51 kewujudannya. Sebagai satu badan serantau, ASEAN telah memainkan peranan untuk membolehkan rantau ini kekal aman dan stabil berbanding dengan rantau-rantau lain selaras dengan tujuan penubuhannya. Bagi isu Laut China Selatan, ASEAN menekankan kepentingan untuk melaksanakan, dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) secara penuh dan berkesan dan komited untuk meneruskan rundingan ke arah, dengan izin, code of conduct di Laut China Selatan. Bagi Isu-isu membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan pula, Kerajaan Malaysia terus menyokong usaha-usaha sama yang dilaksanakan di peringkat ASEAN dan rakan dialog terutamanya dalam menangani keganasan di rantau ini. Perkara ini dibincangkan secara khusus dalam forum-forum ASEAN yang berkaitan seperti Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN+3, Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Forum Serantau ASEAN (AIF), Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN, Mesyuarat Peringkat Menteri- menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dan kerjasama membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan, contohnya pemerdagangan orang di peringkat ASEAN, dengan meningkatkan kerjasama di antara Menteri-menteri Dalam Negeri, Menteri-menteri Pertahanan, polis, angkatan tentera dan sebagainya. Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin ASEAN juga telah memperakukan Konvensyen ASEAN mengenai Pemerdagangan Manusia yang berorientasikan tindakan dokumentasi sempadan dan pelan tindakan ASEAN. Kerjasama di antara negara-negara ASEAN adalah penting demi menjamin keselamatan serantau. Bagi isu-isu baharu seperti keselamatan siber pula, Malaysia percaya adalah penting untuk memastikan bahawa ASEAN mampu menangani cabaran-cabaran ini bersama. Pemimpin-pemimpin ASEAN telah memberi komitmen untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada di rantau ini. Malaysia juga turut menyokong inisiatif Singapura dalam penyediaan rangka kerja pembangunan bandar pintar atau smart cities serta perkongsian teknologi di antara Bandar-bandar ASEAN dengan tujuan untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada segenap lapisan masyarakat ASEAN. Pada masa yang sama, ASEAN juga menyediakan platform untuk kuasa-kuasa besar dunia membincangkan isu-isu berkepentingan bersama iaitu melalui Sidang Kemuncak Asia Timur atau East Asia Summit (EAS). Ia merupakan kerangka serantau atau, dengan izin, regional architecture yang disambut baik oleh kuasa-kuasa besar dalam hubungan yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Apakah fokus baharu kerajaan bagi masa depan ASEAN, khasnya di rantau ASEAN terdapat banyak isu cross-border seperti isu Rohingya, human trafficking dan juga money laundering di mana kita dapat tahu ada banyak wang 1MDB telah diseludup pergi ke Philippines yang memerlukan kerjasama erat antara negara-negara ASEAN? Adakah Malaysia di bawah kerajaan baharu akan menunjukkan leadership yang lebih kuat untuk mengatasi masalah-masalah ini? Sekian, terima kasih.

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, secara dasarnya kerajaan tidak akan mengubah dasar sedia ada tentang ASEAN. ASEAN tetap merupakan agenda utama dari segi dasar luar kita. Namun, tentulah penekanan Malaysia ialah untuk memastikan konsep komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat itu akan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Berhubung soalan Yang Berhormat, ada beberapa fokus di samping tindakan undang-undang dan sebagainya yang telah saya sebutkan tadi.

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Pertama ialah kesalinghubungan manusia dan berpaksikan rakyat dalam ASEAN. Ini penting kerana dalam banyak hal ada waktunya bukan sahaja soal-soal political dan perundangan tetapi soal kesalinghubungan manusia memainkan peranan. Contohnya ialah kerjasama dalam sektor pendidikan, think-tank, golongan akademik, sukarelawan belia, penjana industri kecil dan sederhana, usahawan muda, usahawan wanita dan pakar-pakar teknologi maklumat, mereka juga mempunyai sumbangan yang besar. Kedua ialah tadbir urus yang baik di dalam ASEAN khususnya dalam isu-isu hak asasi manusia. Ini merupakan salah satu agenda yang amat dititikberatkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Ketiga ialah fokus Kerajaan Pakatan Harapan terhadap sustainable development. Ini adalah bagi memastikan agenda PBB yakni United Nations: Sustainable Development Goals 2030 akan dapat dilaksanakan di peringkat komuniti ASEAN. Keempat ialah dari segi Dasar Luar Malaysia yang lebih efektif dari segi kita memainkan peranan dalam isu-isu antarabangsa termasuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya minta maaf sedikit Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada satu saya tertinggal tadi. Saya sudah pergi yang keempat yakni saya sebut tadi tadbir urus yakni yang kedua. Ketiga ialah sustainable development dan yang keempat ialah Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif dan proaktif dalam dasar-dasar luar sama ada intra-ASEAN ataupun yang melibatkan ASEAN dengan rantau yang lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, antara cabaran utama untuk menangani saingan kuasa besar di Laut China Selatan ialah kesukaran mendapat consensus di kalangan kuasa-kuasa besar tersebut. Justeru apakah peranan Malaysia untuk mendapat consensus di kalangan negara ASEAN dalam tempoh terdekat khususnya berkaitan dengan code of conduct? Terima kasih.

Dato’ Saifuddin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana Yang Berhormat Jeli sedia maklum sebelum ini kita ada Declaration on the Conduct of the Parties in the South China Sea (DOC). Ada beberapa kelompangan di dalam itu yang menyebabkan bukan sahaja soal consensus, ada consensus untuk mendapatkan DOC tetapi selepas itu ialah bagaimana kita aplikasikan DOC itu. Ini yang menyebabkan kita sedang berusaha untuk mendapatkan dan merumuskan apa yang disebut sebagai Code of Conduct in the South China Sea atau ringkasnya COC. Izinkan saya untuk melaporkan bahawa dalam Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN di Singapura dua minggu yang lalu, kita telah dapat menghasilkan the single text untuk COC ini. Single text ini maknanya satu-satu teks yang akan digunakan untuk perbincangan dengan pihak China. Maknanya dalam konteks negara-negara ASEAN kita telah sepakat dengan satu teks yang akan dibawa untuk berunding dengan pihak China. Kemudian akan timbul persoalan yang kedua yakni sejauh mana kita dapat aplikasi, melaksanakan COC itu. Di samping itu juga kita harus meningkatkan kerjasama kita sesama ASEAN kerana memang ada tempat-tempat tertentu di Laut China Selatan itu Tuan Yang di-Pertua ada pertindihan, claim yang bertindih. Dalam keadaan-keadaan tertentu ada masanya lebih daripada dua atau tiga buah negara ASEAN ini ada pandangan yang berbeza-beza tetapi itu adalah perkara- perkara yang harus kita selaraskan dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam · question

3. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramai Duta Khas Perdana Menteri yang telah dilantik oleh beliau sejak menjadi

(a) siapakah Duta-Duta Khas itu dan ke mana mereka ditugaskan; dan (b) apakah ganjaran, hak, kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan kepada mereka.

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan pelantikan Yang Berhormat Tuan Wong Tan Kok Wai sebagai Duta Khas Yang Amat

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Berhormat Perdana Menteri ke Republik Rakyat China. Namun begitu kerajaan masih belum memuktamadkan terma dan juga syarat pelantikan tersebut secara rasmi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pada penggal lalu Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bayan Baru, Senator Liew Chin Tong telah mengkritik kerajaan terdahulu dengan hebat atas pelantikan Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Ting, Tun Samy Vellu dan juga Yang Berhormat Bintulu sebagai Duta Khas atas tiga sebab iaitu pertama pembaziran wang rakyat, kedua pertindihan kuasa dengan duta yang sedia ada dan ketiga jangan kita libatkan orang politik untuk kerja diplomatik. Jadi kini pendirian sudah berubah. Apakah justifikasi untuk perubahan pendirian ini? Apakah jaminan supaya tiga faktor ini diambil kira?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam. Pertamanya Yang Berhormat kena faham perbezaan di antara Duta Negara Malaysia dan juga Duta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada perbezaannya di mana Duta Khas Malaysia adalah dilantik oleh Tuanku Agong dan diberikan privileges Duta kepada mereka. Manakala pada Duta Khas Perdana Menteri ini adalah secara kontrak selama mungkin dua tahun dan bukanlah taraf Menteri. Buat setakat ini saya difahamkan bahawa persetujuan belum lagi dimaklumkan secara rasmi kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan juga Perhubungan Antara Kerajaan iaitu PKPP. Jadi, Jabatan Perdana Menteri ini untuk urusan pelantikan secara rasmi. Ini kerana saya difahamkan dicadangkan semula lagi dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan datang. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang ketiga ini Tuan Yang di-Pertua, kita tengok soalan ini ditujukan khas kepada Perdana Menteri untuk menjawab daripada soalan Yang Berhormat Ayer Hitam tetapi dijawab oleh Menteri. Kenapa? Soalannya Kenapa? Keduanya kita hendak terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Pendang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kedua kita tanya adakah pihak kerajaan akan membuka semula rundingan kedudukan Pulau Batu Putih yang mana telah diputuskan- tidak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh jawab semua soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Lari topik, lari topik.

Soalan ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri dia overall...

Tuan Yang di-Pertua

Ini tidak boleh, ini MQT ya.

[Dewan riuh]

...Answer all the questions. So, I relate for this question.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, tidak boleh. Boleh duduk.

Terima kasih. Pulau Batu Putih kita minta adalah dibuka untuk perundingan semula.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh sudah lari topik, MQT lari topik.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Apalah Yang Berhormat ini.

Pertama tadi kenapa Perdana Menteri tidak jawab, dijawab oleh...

Tuan Yang di-Pertua

Soalan khusus kepada duta-duta yang dilantik macam mana Batu Putih yang timbul? Ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHMenteri Wilayah · Shah Alam

Duta Batu Putih kot.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Yang Berhormat Pendang ini saya rasa tidak faham dengan struktur kerajaan. Bukankah saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan saya telah pun dimandatkan dan diarahkan oleh Perdana Menteri untuk menjawab soalan ini. [Tepuk] Jadi mengenai Batu Putih. Saya adalah Yang Berhormat daripada Batu Sapi.

Soalan ini khusus untuk Perdana Menteri menjawab.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Jadi Batu Putih dan Batu Sapi, samalah, jadi...

Tidak sama Menteri dengan Perdana Menteri. Yang Berhormat dengan Yang Amat Berhormat berbeza.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah sampai.

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih.

Delegation of powerlah.

Tuan Yang di-Pertua

Itu sahaja saya ingat, tidak ada soalan lain. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

1. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan mengkaji dan meminda semula perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan jika sesuatu rang undang-undang tidak diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam masa 30 hari dari tarikh rang undang-undang tersebut dikemukakan, maka rang undang-undang seolah-olah diperkenankannya berikutan pindaan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 1 Ogos 1983 agar kejadian Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 tidak berulang.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHPerdana Menteri · Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara 66 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak tiga kali iaitu melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983 [Akta A566], Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 [Akta A584] dan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 [Akta A885]. Pindaan yang dibuat pada tahun 1994 ke atas peruntukan fasal 4 dan 4A perkara 66 Perlembagaan Persekutuan bertujuan memastikan agar satu rang undang-undang tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjadi undang-undang setelah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen dan disembahkan untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dengan pindaan kepada fasal 4A tersebut, melainkan dalam hal-hal yang menyentuh secara langsung keistimewaan Raja-raja, suatu rang undang-undang akan tetap menjadi rang undang-undang setelah berakhir tempoh 30 hari ia diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Mengikut prinsip Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita, kuasa membuat undang-undang adalah hak Parlimen. Justeru itu, peruntukan fasal 4 dan 4A tersebut menghapuskan segala keraguan tentang hak Parlimen membuat rang undang- undang. Ia menolak keraguan bahawa Parlimen sebenarnya tidak berkuasa dan negara ini diperintah oleh Raja yang mempunyai kuasa mutlak dan tidak tertakluk kepada Perlembagaan. Berdasarkan kepada prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama persekutuan dan apa-apa tindakan hendaklah dilaksanakan berpandukan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan menurut perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, kedudukan berkenaan dengan perkenan oleh Yang di- Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kini adalah selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan dan diamalkan di negara ini. Pindaan tersebut dan pindaan-pindaan sebelumnya tidak sewajarnya dilihat sebagai langkah menggugat kemuliaan Raja-raja, tetapi bagi memaktubkan prinsip yang disepakati

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHPerdana Menteri · Langkawi

iaitu kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi legislatif yang mewakili kehendak rakyat. Kemuliaan Raja-raja terus tetap dipertahankan dalam konteks Raja Berperlembagaan. Sebenarnya, terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri. Apa yang lebih penting, persetujuan dan tanda tangan Yang di- Pertuan Agong masih lagi diperlukan jika akta yang dicadangkan menyentuh kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Dalam konteks inilah berlakunya tafsiran yang tidak tepat pentadbiran terdahulu dengan menggunakan peruntukan fasal 4 dan 4A untuk meluluskan dan menguatkuasakan Akta Majlis Keselamatan Negara 2015. Ini kerana kita dapati Akta Majlis Keselamatan Negara tersebut jelas memberi kesan ke atas kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, yang mana kuasa tersebut tidak lagi bermakna. Pengisytiharan darurat adalah keistimewaan yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong kerana implikasinya amat serius. Ia memberi hak kepada kerajaan untuk menggantung pelaksanaan undang-undang. Dengan ini, kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa dibicarakan. Kerajaan akan mengkaji lebih lanjut perkara ini sekiranya terdapat keperluan untuk tafsiran mengenainya diperjelaskan lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sudi menjawab soalan saya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, depan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ada dua krisis. Pertama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut 1983 iaitu tempoh 30 hari, perkenan Tuanku tidak diperlukan. Kedua, 1993 iaitu penubuhan mahkamah khas untuk Raja-raja Melayu. Jadi pada sekitar Ogos 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memohon maaf di atas melucutkan atau mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya betul itu permohonan maaf, kadang-kadang banyak isu yang di luar tersebut kadang-kadang palsu dan kadang-kadang lupa atau kadang-kadang sengaja dilupakan. Keduanya tentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bertindak memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan pada 2 Januari 2018 tetapi telah menarik balik terhadap perkara 66(4A) ini, mengatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kedua-dua pemimpin kerajaan baharu ini nampaknya sekata, ingin mengkaji semula terhadap apa yang telah diluluskan terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan terhadap Raja-raja Melayu. Soalan saya, adakah dengan kedua-dua pemimpin ini seolah-olahnya seia sekata, apakah halangan-halangan tertentu yang menyebabkan kerajaan masih lagi ingin mengekalkan pindaan-pindaan dan juga mengikis kuasa-kuasa Raja-raja Melayu dalam negara kita? Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingat meminta maaf kepada sesiapa kerana saya mengadakan undang-undang ini atas keperluan negara. Sebenarnya, pada tiga kali kita telah pinda perlembagaan untuk menjelaskan tujuan undang- undang itu diadakan. Pada mulanya kita mencadangkan jika Yang di-Pertuan Agong tidak menandatangani undang-undang itu dalam masa 15 hari, maka undang-undang itu dianggap sudah diluluskan. Ini tidak dipersetujui oleh Majlis Raja-raja dan atas rundingan dan tolak ansur, kita bersetuju supaya jangka masa itu diberi ialah 30 hari untuk Yang di-Pertuan Agong merujuk balik kepada Dewan-dewan untuk pindaan jika diperlukan. Jika Dewan-dewan ini tidak meminda atau meminda, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi persetujuannya atau jika tidak diberi persetujuan pun, dalam jangka masa 30 hari iaitu sudah 30 hari campur 30 hari, maka undang-undang itu akan dianggap sah.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Akan tetapi ini mengambil masa selama 60 hari atau dua bulan. Undang-undang perlu dilaksanakan atau dikuatkuasakan dalam jangka masa yang pendek. Oleh sebab itu pada tahun 1993, dipinda sekali lagi undang-undang supaya selepas 30 hari undang-undang itu dikemukakan atau selesai di Dewan Rakyat dan Dewan Negara – 30 hari, kalau Yang di- Pertuan Agong tidak menandatanganinya, ia masih dianggap sebagai telah diluluskan. Itulah yang saya tahu kerana pada masa itu saya bertanggungjawab. Pada masa lepas itu saya tidak bertanggungjawab, tidak dapatlah nak jawab. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat atas penjelasan tadi. Ini kerana saya

salah seorang daripada yang membahaskan rang undang-undang pada 1994 pindaan Perlembagaan dan menyokong sebagai mana Yang Amat Berhormat sebut situasi dan persepsi Yang Amat Berhormat pada ketika itu, kenapa pindaan itu perlu. Akan tetapi oleh kerana kalau kita lihat dalam konteks Artikel 44, komposisi Parlimen itu sendiri adalah Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Maknanya kalau kita buangkan kuasa, tarik kuasa, erodekan kuasa dengan izin daripada satu cabang yang tiga, maknanya kita sendiri telah create imbalance dalam Parlimen itu, yang mana ada check and balance sendiri. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita bertanya masih kah situasi 94 itu wujud pada sekarang ini dan memerlukan kita mengekalkan pindaan tersebut? Terima kasih.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, negara kita adalah negara demokrasi yang mana suara rakyatlah yang menentukan segala-galanya. Namun demikian, kita mengikut secara untuk memberi tempat kepada Yang di-Pertuan Agong, supaya Yang di-Pertuan Agong juga mengetahui tentang undang-undang yang diluluskan oleh rakyat dalam kedua-dua Dewan. Kalau Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa mutlak untuk menolak undang-undang, maka rakyat sudah hilang kuasa. Dengan itu kita bukan demokrasi lagi. Kita menjadi satu negara absolute monarchy, Raja yang berkuasa mutlak. Saya tidak yakin bahawa Ahli Yang Berhormat mahu sistem itu. Kita semua bersetuju dan Ahli Yang Berhormat dahulu pun bersetuju juga dengan saya iaitu kuasa berada kepada rakyat dan rakyatlah yang menentukan. Atas sebab itulah pindaan dibuat supaya keputusan rakyat tidak boleh diketepikan ataupun dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan yang amat menarik. Sebenarnya topik pindaan Perlembagaan ini semasa saya belajar di Universiti Malaya dahulu, Tuan Yang di-Pertua yang mengajar kami. Undang-undang Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua

Ingat lagi ya.

Pada masa itu kami masih belajar lagi. Baik, saya tertarik dengan jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pindaan Perlembagaan tahun 1983 yang melibatkan perkenan ataupun royal assent daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap satu-satu rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Namun demikian, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan lanjut mengenai satu pindaan Perlembagaan juga yang telah dibuat semasa Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri tahun 1993 yang melibatkan banyak perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181. Pokoknya, yang pentingnya berkaitan dengan act on advice. Maknanya Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat ataupun sebagaimana nasihat. Akta tersebut diluluskan oleh Parlimen tetapi untuk menguatkuasakan semangat pindaan Perlembagaan itu di negeri- negeri, maka setiap negeri perlu memasukkan perkara yang sama dalam Perlembagaan mereka. Namun demikian, ada beberapa negeri termasuk negeri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendirilah dan juga negeri saya, di Kelantan iaitu Tuanku Sultan di negeri- negeri berkenaan dan mungkin ada beberapa negeri lagi yang tidak memperkenankan pindaan kepada Perlembagaan negeri mereka masing-masing untuk diselaraskan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini. Jadi soalan saya, adakah Yang Amat Berhormat sebagai Perdana Menteri yang ketujuh pula ini berhasrat untuk menguatkuasakan perkara ini di peringkat negeri-negeri selaras dengan the spirit of the Federal Constitution? Terima kasih.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan negeri telah memberi kelulusan kepada pindaan, iaitu Raja ataupun gabenor masing-masing telah menandatangani undang-undang yang berasaskan kepada undang-undang yang dibuat di peringkat Federal. Akan tetapi saya sedar bahawa raja saya sendiri tidak menandatangani undang-undang ini. Kita tidak ada kuasa paksa. Kalau di negara lain ada kuasa paksalah tetapi di Malaysia ini kita tidak paksa sesiapa pun. Akan tetapi ini adalah satu formal arrangement, satu kefahaman antara kita berkenaan dengan tugas masing-masing. Kalau kita lihat negara kita lebih kurang meniru Perlembagaan di Britain yang tidak tertulis. Akan tetapi di Britain tidak pernah berlaku yang mana Queen ataupun King menolak keputusan daripada Parlimen. Ini kerana itu adalah satu formaliti untuk memberi gambaran bahawa seluruh Parlimen mempersetujui. Akan tetapi dalam undang-undang pindaan ini,

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

kuasa rakyat ditentukan tidak boleh sesiapa pun menolak kuasa rakyat dalam membentuk undang-undang. Kalau di peringkat negeri tidak diluluskan, tetapi kalau ada berlaku sesuatu yang melibatkan undang-undang Federal dan Yang di-Pertuan Agong tandatangan, maka undang-undang Federal biasanya supersede undang-undang di negeri. Terima kasih.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

2. Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan kerajaan terhadap hak-hak Melayu dan bumiputera terus terbela seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta menghormati peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan seperti perkara yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu di dalam urusan rasmi kerajaan.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHPerdana Menteri · Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, perkara 152 dan perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa bahasa kebangsaan bagi negara ini ialah bahasa Melayu dan mengiktiraf kedudukan serta hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tetap terjamin dan dipertahankan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.

[Dewan tepuk]

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHPerdana Menteri · Langkawi

Tambahan pula, peruntukan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang telah diperuntukkan secara jelas di bawah fasal 1 perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menetapkan ia menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa tersebut. Berdasarkan peruntukan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang di- Pertuan Agong diberi kuasa untuk melindungi tiga bidang yang menjadi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan. Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri berhak untuk menentukan perizaban apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah bagi jawatan dalam sektor awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan ataupun latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas serta pemberian permit atau lesen yang dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan bagi mengendalikan apa-apa perdagangan atau perniagaan bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHPerdana Menteri · Langkawi

Selain itu peruntukan berkaitan dengan bahasa Melayu dinyatakan di bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa bahasa kebangsaan bagi negara ini ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, mana-mana orang adalah bebas untuk menggunakan, mengajar dan belajar bahasa-bahasa lain bagi maksud, selain bagi maksud rasmi. Berdasarkan peruntukan ini juga, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum-kaum lain di negara ini. Selanjutnya Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] dan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] turut memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Selain itu bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal diperkasa dan diguna bagi maksud rasmi, kerajaan telah mewujudkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun 2011, iaitu Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam yang terpakai kepada semua agensi perkhidmatan awam serta semua perkhidmatan awam negeri-negeri, badan-badan berkanun persekutuan, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan pekeliling tersebut penggunaan bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diperuntukkan selaras dengan peruntukan di bawah perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan. Berdasar kepada peruntukan-peruntukan tersebut di atas, adalah jelas Kerajaan Pakatan Harapan ini menjamin serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebarang cadangan pindaan yang menyentuh hak dan keistimewaan yang diperuntukkan di bawah perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan adalah tertakluk kepada perkara 159, Perlembagaan Persekutuan. Berdasar kepada fasal 5, perkara 159, Perlembagaan Persekutuan, rang undang- undang berkaitan dengan pindaan berhubung dengan perkara 10(4) Perlembagaan

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHPerdana Menteri · Langkawi

Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya mengenai kebebasan bercakap dan bersuara, peruntukan bahagian 3 kewarganegaraan, perkara 38, 70, 71(1) mengenai kedudukan Raja-raja, 63(4), 72(4) keistimewaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, 152 bahasa kebangsaan atau 153 kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, tidak boleh diluluskan tanpa terlebih dahulu dibawa untuk pertimbangan dan persetujuan Majlis Raja-raja. Selanjutnya fasal 4, perkara 38, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Manakala fasal 5, perkara 38, Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa Majlis Raja-raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kerajaan melalui Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan mengenai hak-hak Melayu dan bumiputera dalam beberapa peruntukan lain bagi memastikan hak-hak mereka terus terbela di bawah Perlembagaan, antaranya seperti yang berikut: (i) perkara 89 yang memperuntukkan mengenai hak perizaban tanah simpanan Melayu; (ii) perkara 90 berkenaan dengan peruntukan khas berhubung dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu; dan (iii) perkara 161A yang memperuntukkan berkaitan kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, diperhatikan bahawa perkara berhubung hak-hak Melayu dan bumiputera serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah terjamin seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebarang cadangan pindaan berhubung perkara-perkara tersebut hendaklah dirundingi dan mendapat persetujuan Majlis Raja-raja selaras dengan kehendak perkara 159 dan perkara 38, Perlembagaan Persekutuan sebelum ia boleh dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dengan jawapan itu saya gembira, kalau itu pendirian kerajaan dan ia nya tetap tidak berubah. Saya nak merujuk kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 di bawah seksyen 2, bahasa kebangsaan hendaklah diguna bagi maksud rasmi. Dilaporkan, saya sebut perkataan dilaporkan, beberapa kementerian dan Menteri menggunakan bahasa Mandarin dan juga bahasa Tamil dalam urusan surat rasmi kerajaan. Saya nak tanya pada hemat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah penggunaan ini dianggap sama standardnya dengan penggunaan bahasa kebangsaan kerana ia nya bertentangan seperti mana yang disebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi dan saya percaya pendirian Yang Amat Berhormat tetap dengan apa yang disebut tadi. Jadi apakah kerajaan mempunyai iltizam dan ingin menyatakan kepada Menteri- menteri berkenaan supaya menghentikan amalan-amalan ini kerana ianya bertentangan sebagai mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi. Kemudian kerajaan sebelum ini juga mewujudkan Unit Penyertaan Bumiputera...

Tuan Yang di-Pertua

Banyak soalan. Yang Berhormat tanya satu soalan sebenarnya.

...Di setiap kementerian. Apakah amalan wujudkan..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat satu soalan tambahan sahaja.

Unit Penyertaan Bumiputera ini di setiap kementerian, apakah itu diteruskan atau bagaimana masa depannya. Terima kasih.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan kita memenuhi segala kehendak kita berkenaan dengan perlindungan bagi bahasa kebangsaan kita. Akan tetapi ada kalanya terjemahan dibuat dalam bahasa lain. Akan tetapi yang rasmi ialah yang ditulis dalam bahasa Melayu. Itu yang rasmi, terjemahan bukan rasmi. Kalau tidak

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

betul pun, itu hal dia lah. Akan tetapi yang betul, yang boleh dibawa ke mahkamah ialah yang ditulis dalam bahasa Melayu.

[Dewan tepuk]

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Kadang-kadang ada juga orang yang menggunakan bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa lain untuk menjelaskan sesuatu yang tidak difahami, terutama apabila orang asing ada bersama dalam satu-satu perjumpaan. Kita perlu menentukan orang asing yang datang ke Malaysia ini yang tidak fasih dalam bahasa Melayu, faham apa yang diperkatakan oleh kita.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Oleh sebab itu kadangkala kita dapati ada Menteri yang menggunakan bahasa Inggeris ataupun bahasa Tamil ataupun bahasa Mandarin, untuk menjelaskan. Akan tetapi penjelasan itu tidak rasmi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Port Dickson, silakan. Maaf, bukan. [Disampuk] Yang Berhormat Segamat, dekat sangat dengan Port Dickson. [Ketawa]

Segamat lagi handsome.

[Dewan Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak bertanyakan soalan mengenai penggunaan bahasa Melayu khususnya dalam urusan rasmi sebab ada kalanya kita menulis surat kepada kerajaan luar negara, mengucapkan tahniah dan juga takziah. Akan tetapi contohnya baru- baru ini kita ada surat yang ditulis ke India. Di mana kita ucapkan takziah tetapi Menteri berkenaan buat dalam bahasa Inggeris dan juga dalam bahasa Tamil. Saya hendak tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam kes-kes begitu agak janggal kalau kita menggunakan bahasa Melayu kepada mereka sebab saya mendapati mereka yang duduk di sebelah sana mengapi-apikan isu ini di luar. [Merujuk kepada blok pembangkang] Saya hendak tanya pendapat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan antara negara amatlah penting maksud sesuatu surat itu difahami oleh sasaran itu. Saya selalunya menerima surat daripada orang Eskimo umpamanya. Mereka memberi tafsiran dalam bahasa Inggeris, kalau tidak saya payah, tidak boleh fahamlah. Jadi ini normal practice tetapi yang dianggap sebagai rasmi ialah dalam bahasa kebangsaan bangsa itu. Bagi Malaysia, bahasa kebangsaan yang rasmi ialah bahasa Melayu sebab itu apabila kita menulis surat, kita guna bahasa Melayu terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Saya minta komen daripada Perdana Menteri berhubungan laporan Malay Mail pada hari ini, yang mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia akan menggunakan penggunaan bahasa Inggeris dalam taklimat harian dan operasi pada setiap hari. Tidak menggunakan bahasa Melayu dan bermula pada hari ini mereka menguatkuasakan suatu peperiksaan kepada pegawai tinggi untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian termasuk, briefing atau taklimat dan operasi. Jadi, minta komen Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita guna bahasa Arab supaya yang mendengar itu tidak faham dan terjemahannya kita tidak tahu betul atau tidak betul.

[Dewan ketawa]

Tun Dr. Mahathir bin MohamadBERSATU · PHLangkawi

Jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang dalam bahasa apa pun, yang penting dia faham apa yang kita kata. Kalau dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksalah guna bahasa Arab bagi orang yang pandai dalam bahasa Arab.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri tidak menjawab soalan. Saya fikir, tolong jawab soalan.

[Dewan riuh]

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ini Polis Diraja Malaysia, bukan urusan hubungan harian. Polis Diraja Malaysia menggunakan bahasa Inggeris dalam operasi harian. Saya minta Perdana Menteri jawab soalan.

Nur Azrina binti Surip (Nurin Aina)PKR · PHMerbok · question

3. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Tenaga Manusia menyatakan sama ada kementerian boleh membenarkan majikan membayar gaji kakitangan mereka secara mingguan seperti di British berbanding dengan penggajian bulanan seperti sekarang.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHTimbalan Menteri Tenaga Manusia · Pokok Sena

“Pulut udang, pulut sekaya, inilah jawapan saya”. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok yang mengemukakan soalan. Mengikut perundangan perburuhan dalam negara kita, tidak ada satu halangan pun untuk mana-mana majikan untuk membayar gaji secara mingguan. Sama ada dia hendak bayar gaji secara jam, hari, minggu ataupun bulan. Akan tetapi, dia tidak boleh lebih daripada sebulan. Sebulan itu syarat pekerja kena dibayar gaji, itulah yang termaktub dalam seksyen 18 Akta Kerja 55 yang menetapkan tempoh upah adalah tidak melebihi sebulan. Maknanya sebulan, syarat wajib kena bayar gaji. Begitu juga dalam peraturan 6, Peraturan-peraturan Kerja 1957 menyatakan daftar pekerjaan perlu menyatakan butiran upah ataupun gaji yang dikira merujuk kepada jam, hari, minggu ataupun bulan. Begitu juga dalam Perintah Gaji Minimum 2016 yang dikeluarkan di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan bahawa kadar gaji minimum bagi tempoh bulanan, mingguan, harian dan jam serta gaji yang dibayar mengikut tan, trip, tugasan dan juga komisen. Kesimpulannya, kerajaan telah menetapkan peraturan pembayaran gaji seperti yang termaktub dalam seksyen 19, Akta Kerja 1955 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Terima kasih.

Merujuk kepada Akta Kerja 1995 ada menyatakan dalam peruntukan mengenai tempoh upah, masa pembayaran upah, pendahuluan upah, keutamaan upah, potongan terhadap upah dan cara pembayaran upah. Soalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju jika saya katakan bahawa gaji mingguan itu lebih memberi keadilan kepada golongan pekerja khususnya golongan B40 dan adakah kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaan gaji secara mingguan dengan memulakannya di sektor awam? Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok. Cadangan daripada Yang Berhormat Merbok itu satu cadangan yang baik. Namun, untuk sektor awam tidaklah layak untuk saya hendak memberikan kata putus. Terserahlah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khususnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mempertimbangkan. Akan tetapi, dari segi perundangannya tidak salah untuk dibayar gaji berasaskan kepada perundangan buruh yang ada dalam negara kita dan juga berasaskan kepada perjanjian kontrak antara majikan dengan pihak pekerja. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri, kali pertama dapat menjawab soalan. Saya teruja pada pagi ini. Jawab elok-elok untuk Timbalan Menteri. Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah mengadakan mesyuarat pada 13 Jun lalu dan meneliti kajian semula Perintah Gaji Minimum 2016 termasuk mempertimbangkan syor kadar gaji minimum baru dan berapa perkara-perkara lain yang berkaitan. Kita juga sedia maklum, Presiden CUEPACS telah menyatakan bahawa pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini seharusnya diberikan pada tahun ini kerana ia memiliki asas kukuh iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sudah begitu lama tidak disemak. Kali terakhir disemak pada 2002, hampir 16 tahun. Dulu Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk di sini tanya kami soalan yang sama. Jadi persoalan saya pada hari ini, kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah pendirian kerajaan dalam perkara tersebut? Apakah keputusan hasil mesyuarat kementerian bersama Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan dapat dilaksanakan minimum gaji RM1,500 dalam tahun ini? Oleh sebab Yang Berhormat Menteri beritahu dulu dalam manifesto, gaji rakyat akan dinaikkan kepada RM1,500. Betul, Yang Berhormat Menteri dan Pakatan Harapan Malaysia baru tak beritahu bila. Akan tetapi sekarang ini, persoalannya bilakah? Bolehkah dilaksanakan dalam tahun ini? Kalau lima tahun terlalu lambat sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawab elok-elok, Perdana Menteri ada depan ini. Tolong jawab elok-elok, bukan melawak ya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada, tolong jawab bagi elok-elok. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling, rakan saya sekapai. [Ketawa] Rakan sekapai dengan saya. Chidambaram ka Rajula? [Disampuk] Okey, baik. Berkaitan dengan gaji minimum RM1,500, saya ingat Yang Berhormat tidak baca habis Manifesto Pakatan Harapan. Dia ada dua fasa. Satu, 100 hari, yang satu untuk tempoh lima tahun. Untuk RM1,500 ini itu janji Pakatan Harapan dalam manifesto ialah RM1,600

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

untuk tempoh lima tahun. Dalam tempoh lima tahun, maknanya lima tahun. Maknanya tidak lebih dari lima tahun. Untuk 100 hari...

[Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu kata kena baca.

Saya tidak kata 100 hari tadi Timbalan Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, baik, baik. Saya hendak bagi penerangan.

Saya beritahu lima tahun, saya minta bolehkah dilakukan pada tahun ini? Persoalan saya mudah. Saya tidak tuduh pun, kata Pakatan Harapan kata 100 hari, tak betul.

Bukan dengar.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak bagi penjelasan sebab Yang Berhormat sebut fasal gaji minimum RM1,500. Saya kena bagi penjelasanlah, RM1,500 itu ialah janji untuk tempoh lima tahun. Janji untuk 100 hari ini ialah menyamaratakan gaji minimum antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini yang telah pun ditetapkan dulu lagi. Jadi, kita dalam proses untuk menyamaratakan. Jadi, Majlis Perunding Gaji Negara telah pun membuat pertimbangan dan telah angkat kepada kementerian, kementerian telah angkat kepada Kabinet. Jadi, kita kena tunggu keputusan daripada Kabinet untuk menentukan.

Menteri ada itu, Menteri Sumber Manusia ada, boleh jawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita kena tunggu keputusan Kabinetlah. Jadi Yang Berhormat, ini yang payah ini. Okey, terima kasih.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan satu lagi. Soalan bocor, Tuan Yang di-Pertua.

Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong · question

4. Dato' Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah perancangan dan dasar yang sedang diusahakan oleh pihak kementerian bagi memperkasa agenda dan ekonomi Bumiputera di negara ini dan adakah Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera (TERAJU) akan diteruskan di bawah pemerintahan kerajaan sekarang.

Dr. Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNTimbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya menjawab soalan Yang Berhormat Parit Sulong bersekali dengan pertanyaan nombor 35, bertarikh 14 Ogos 2018 daripada Yang Berhormat Lenggong kerana menyentuh perkara yang berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit Sulong dan Ahli Yang Berhormat Lenggong, kerajaan komited untuk bertindak lebih proaktif dalam memberi nafas baru kepada pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. Tumpuan khusus akan diberikan kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40). Dalam hal ini, pelbagai dasar baharu dan sedia ada sedang dikaji dan akan ditambah baik berpandukan kepada keperluan semasa dan cabaran ekonomi dunia. Ini bagi memastikan pembangunan ekonomi bumiputera yang lebih mapan dan lestari dapat diwujudkan, sekali gus meningkatkan keupayaan skala ekonomi bumiputera untuk lebih berdaya saing. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan dasar baharu dan sedia ada ini akan di terjemah di dalam strategi, inisiatif dan hala tuju Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang sedang dirangka oleh kerajaan. Hala tuju baharu ini akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober 2018 yang turut mengambil kira kepentingan bumiputera, termasuk kumpulan pendapatan isi rumah B40 dan M40. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit Sulong, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan diteruskan, di mana penambahbaikan akan dibuat bagi memperkasakan lagi fungsi dan peranannya. Ini bagi memastikan pembangunan ekonomi Bumiputera dapat ditambah baik dan diperkemaskan supaya lebih holistik dan tuntas agar

Dr. Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNTimbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

penyertaan bumiputera dapat kekal signifikan dalam pembangunan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sudi untuk menjawab soalan saya pada pagi ini. Saya tertarik dengan apa yang Kerajaan Pakatan Harapan hendak buat untuk membantu mereka yang berada di dalam isi rumah B40 dan juga M40. Selain daripada itu, soalan tambahan saya kepada pihak kementerian adalah sejauh manakah pula program-program di bawah TERAJU ini yang mungkin walaupun Yang Berhormat baru tetapi saya tahu begitu berpengalaman. Program-program TERAJU berjaya membawa syarikat-syarikat Bumiputera untuk menjadi juara global. Apakah kerajaan juga memberi satu tumpuan dalam membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera di dalam program-program ataupun dalam perniagaan, dalam sektor yang berimpak tinggi? Termasuklah di dalam bidang aerospace yang kebanyakannya, yang rata-ratanya adalah daripada golongan Bumiputera. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Seperti mana yang saya sebut sebentar tadi, penambahbaikan akan dibuat untuk memperkasakan lagi TERAJU dan termasuklah dalam bidang-bidang baru, dalam bidang aerospace dan sebagainya dan...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi Yang Berhormat, aerospace bukan bidang baru.

Maksud saya, bidang aerospace yang melibatkan teknologi-teknologi baru. Bidang ini satu bidang yang dinamik, yang bukannya aerospace itu kekal sebagai aerospace begitu, dengan teknologi-teknologi baru dan perkembangan Industrial Revolution keempat ini. Jadi, bercakap tentang kejayaan TERAJU, saya ingin menyebut beberapa kejayaan. Pertamanya, sebanyak 15 projek mega dengan nilai kontrak sebanyak RM66.03 bilion telah ditawarkan kepada 700 syarikat bumiputera di bawah inisiatif carve-out and compete dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan diwujudkan. Satu lagi, pembiayaan sebanyak RM1.7 bilion telah diluluskan kepada 455 syarikat bumiputera di bawah Program Dana Mudah Cara dengan 47,700 peluang pekerjaan diwujudkan. Itulah antara kejayaan-kejayaan TERAJU sebelum ini. Sekian, terima kasih.

Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menyedari bahawa salah satu aspek yang penting di dalam pembangunan usahawan bumiputera ini ialah soal hub halal. Soalan saya ialah sejauh mana penglibatan bumiputera di dalam pembangunan hab halal ini? Apakah ada usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk menambah dana penglibatan bumiputera di dalam hab halal ini? Terima kasih.

Merujuk kepada penglibatan bumiputera dalam bidang hab halal ini, seperti mana yang saya sebut sebentar tadi, pihak kementerian akan menterjemahkan strategi dan inisiatif serta hala tuju, termasuklah dalam industri hab halal ini dalam Mid-Term Review Rancangan Malaysia Kesebelas yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober ini. Terima kasih.

Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera · question

5. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu berhasrat untuk membentangkan Akta Kebebasan Maklumat dan huraikan roadmap.

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri Di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Undang-undang berkaitan kebebasan maklumat merupakan satu undang- undang untuk menzahirkan maklumat kerajaan bagi tujuan kegunaan awam dan individu dengan hak akses yang munasabah. Untuk makluman, mana-mana individu di Malaysia sememangnya diberikan akses untuk mendapatkan maklumat kerajaan melalui pelbagai saluran media rasmi seperti laman web, laporan tahunan, hasil terbitan seperti jurnal dan lain- lain atau media sosial lain seperti Facebook, Twitter dan seumpamanya. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan data terbuka sektor awam melalui Pekeliling Am Bil 1/2015. Pelaksanaan data terbuka sektor awam merujuk kepada data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas dan digunakan semula

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri Di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

oleh rakyat untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan sama ada Kerajaan Pakatan Harapan berhasrat membentangkan Akta Kebebasan Maklumat. Ia termaktub di dalam janji 14 Manifesto Pakatan Harapan, di mana Akta Kebebasan Maklumat akan digubal dan peruntukan kewangan akan diberikan untuk melaksanakan akta baru ini. Penggubalan Akta Kebebasan Maklumat ini haruslah dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam agar ianya selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan untuk menyemak semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Perlindungan Saksi 2009 dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada. Untuk makluman Yang Berhormat, dua buah negeri telah melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010 dan 2011 iaitu negeri Pulau Pinang dan juga Selangor dengan tujuan untuk memupuk sifat ketelusan, di samping memberi peluang kepada mana-mana individu untuk mempunyai akses berkenaan maklumat berkaitan kerajaan negeri dengan membuat permohonan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Pihak kerajaan akan meneliti kedua-dua enakmen tersebut dan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan agar kebebasan maklumat yang hendak diperkenalkan di peringkat Persekutuan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, saya menghargai jawapan Menteri yang mengulangi komitmen Pakatan Harapan untuk mendrafkan satu Akta Kebebasan Maklumat. Sebelum ini seperti Yang Berhormat Menteri kata, di Pulau Pinang dan Selangor, Enakmen Kebebasan Maklumat telah dilaksanakan selama lapan tahun.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri, sementara menunggu suatu Akta Kebebasan Maklumat, bolehkah kita pihak Cabinet Members membuat pendedahan tentang isu-isu yang berkepentingan rakyat seperti isu-isu 1MDB, skandal-skandal supaya hak rakyat untuk mengetahui diperkuatkan lagi? Ini kerana memang Akta Rahsia Rasmi sebelum ini di bawah rejim Barisan Nasional telah menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menutup banyak isu dan juga skandal yang rakyat ingin tahu tetapi tidak diketahui. Soalan saya, apakah ada inisiatif tambahan oleh kerajaan untuk memastikan openness of data supaya hak rakyat untuk mengetahui dipertingkatkan? Inilah soalan saya

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera atas soalan ini. Saya menyambut baik dengan pandangan Yang Berhormat mengenai openness kerajaan dalam perkara ini di mana kita perlulah memberi maklumat kepada rakyat supaya rakyat have the right to know, hak rakyat untuk tahu. Akan tetapi seperti Yang Berhormat sedia maklum, ia tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada yang seperti saya katakan tadi. Buat setakat ini, saya juga telah menyebutkan bahawa kita telah pun melaksanakan Data Terbuka Sektor Awam di mana informasi kerajaan boleh diperoleh oleh rakyat yang memohon. Untuk makluman Yang Berhormat, isu-isu seperti 1MDB yang telah pun dibangkitkan, seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa Tuan Yang di-Pertua telah pun mengizinkan bahawa isu ini boleh dibincangkan dalam Dewan ini. Jadi, saya serahkanlah kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membawakan pertanyaan ataupun suara rakyat kepada Dewan yang mulia ini mengenai isu-isu bukan sahaja terlibat dengan isu skandal 1MDB tetapi banyak lagi isu di mana rakyat kena tahu dan inilah peluangnya untuk rakyat membawa isu melalui Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Ini cadangan mengenai pembentangan Akta Kebebasan Maklumat termasuk jugalah kebebasan untuk penyebaran maklumat. Di dalam media sosial sekarang ini, ada banyak berita separuh benar, tidak benar, fitnah, macam-macam berlaku dan kita tidak mahu rakyat mempunyai nilai-nilai yang tidak baik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kursus-kursus di BTN selalu menyebut bahawa jatuh bangun, gagal jaya, satu negara, satu bangsa itu adalah bergantung kepada nilai-nilai baik yang diamalkan oleh negara bangsa itu. Jadi pada saya, memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar adalah tidak selaras dengan Akta

Kebebasan Maklumat yang ingin dicadangkan. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Datuk Liew Vui KeongWARISANBatu Sapi

Saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian ini tidak faham bahawa Akta Anti-Fake News ini adalah tumpuannya kepada berita yang tidak benar yang telah pun disiarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial. Di sinilah di mana kita kena pastikan bahawa berita yang tidak benar ini tidak boleh digunakan tetapi kita akan menghapuskan akta ini kerana kita ada undang-undang yang terkini untuk melindungi berita palsu. Jadi daripada segi praktikal di mana mereka yang menggunakan sosial media ini, terpulanglah kepada pengguna atau user untuk menjaga diri agar janganlah— sebagai seorang yang bertanggungjawab— untuk memberikan fitnah ataupun berita yang tidak benar ataupun berita palsu kepada rakyat demi untuk mengelirukan rakyat dan juga untuk mendapatkan kepentingan politik secara cheap publicity dengan memberikan berita palsu. Akan tetapi, kita pada setakat ini ada undang-undang yang mencukupi untuk menjaga keselamatan kita dalam perkara ini dan itulah sebab kita akan menggubal satu undang-undang untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar ini dan second reading akan diadakan dalam Mesyuarat Dewan ini kelak. Saya akan menjawab soalan Yang Berhormat Pontian itu lebih mendalam apabila kita mengadakan perbahasan nanti. Sekian.

Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar · question

6. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar] minta Menteri Tenaga Manusia menyatakan apakah sasaran dan rancangan dalam mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing dan apakah peluang pekerjaan yang disediakan kepada rakyat Malaysia mengikut bidang kerja yang ditawarkan kepada pekerja asing sebelum ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHTimbalan Menteri Tenaga Manusia · Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya daripada Padang Besar, sempadan Siam itu. Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing adalah antaranya ialah menggalakkan sektor-sektor yang berinsentif buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan juga automasi. Keduanya ialah kita mewajibkan pihak majikan bila ada kekosongan perjawatan pekerjaan di dalam premis mereka, mereka diwajibkan untuk iklan kekosongan tersebut dalam portal JobsMalaysia terlebih dahulu dengan tempoh yang tertentu. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pekerja-pekerja tempatan, warga tempatan untuk membuat permohonan jika mereka berminat untuk bekerja dalam apa-apa bidang sekalipun. Selepas daripada tempoh tertentu itu, barulah pihak majikan itu boleh membuat permohonan mengikut saluran yang telah pun ditentukan oleh kementerian iaitu melalui Jabatan Tenaga Kerja di peringkat Kementerian Sumber Manusia. Jadi, baru mereka boleh membuat permohonan. Sehingga kini, bagi saya, bahawa daripada maklumat yang ada, permohonan pekerja asing yang mereka buat itu kepada JTK ini hanya sekitar dalam 25 ke 30 peratus sahaja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui JTK dan 70 peratus permohonan itu ditolak. Ini bermakna bahawa Kementerian Sumber Manusia khususnya JTK begitu prihatin terhadap soal-soal yang berkaitan dengan kepentingan pekerja tempatan dan juga berkaitan dengan soal menggajikan pekerja-pekerja asing yang dibuat oleh majikan. Sebab, kita siasat terlebih dahulu. JTK akan membuat siasatan sama ada benar ataupun tidak jumlah permohonan yang dipohon oleh mereka itu tepat dengan keperluan semasa dalam industri ataupun majikan yang mereka kendali. Kemudian, meningkatkan aktiviti pemeriksaan berkanun terhadap majikan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang dan juga kebajikan pekerja. Kemudian juga, mempromosikan— untuk peluang kepada pekerja-pekerja tempatan ini. Mempromosikan peluang pekerjaan dan memudahkan cara penempatan pencari kerja tempatan melalui Program Penempatan Pekerjaan 3P yang dilaksanakan menerusi aktiviti temu duga terbuka semasa karnival pekerjaan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Ini telah pun dilakukan di sepanjang tahun dan baru-baru ini saya pun hadir di Sungai Petani. Daripada 1,200 kekosongan pekerjaan itu, yang datang lebih daripada 2,000 lebih dan yang confirm dapat kerja pada hari itu lebih kurang 450 orang dan yang lain itu akan dibuat temu

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHTimbalan Menteri Tenaga Manusia · Pokok Sena

duga ulangan. Jadi, confirm dapat kerja pada hari tersebut. Yang Berhormat daripada Maran sudah tentu faham, dia pun pernah buat Karnival JobsMalaysia ini semasa Yang Berhormat menjadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Kemudian, peluang pekerjaan mengikut bidang kerja. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia bersama pihak-pihak lain sama ada daripada kerajaan mahupun swasta untuk memastikan lebih ramai rakyat tempatan menceburi pasaran kerjaya melalui latihan kemahiran. Antara inisiatif-inisiatif tersebut ialah kementerian telah memperluaskan pelaksanaan program pengiktirafan pengalaman dan kepakaran pekerja-pekerja berkemahiran melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan juga RPEL. Sehingga kini, hampir 303,000 orang pekerja telah dipersijilkan dalam pelbagai bidang kemahiran yang secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup golongan ini ke tahap yang lebih baik. KSM juga, seperti yang saya sebut tadi, melalui JobsMalaysia telah mengadakan Program Penempatan Pekerjaan 3P seperti penganjuran karnival pekerjaan atau job fairs sepanjang tahun bagi menemukan pencari kerja dengan majikan dan melalui portal JobsMalaysia, pelajar lepasan Pusat Latihan Kemahiran boleh mendaftar secara online atau di pejabat-pejabat JTK yang berdekatan dan melalui perkhidmatan ini, permohonan mereka akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut kesesuaian kelayakan akademik dan juga pengalaman-pengalaman kerja.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHTimbalan Menteri Tenaga Manusia · Pokok Sena

Kita dari segi jumlah antara pekerja asing dengan pekerja tempatan ini Yang Berhormat pun sedia maklum bahawa kita hanya meletakkan sasaran iaitu 15 peratus sahaja pekerja asing yang boleh dibenarkan daripada keseluruhan jumlah tenaga kerja dalam negara kita ini. Terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Soalan tambahan. Tahniah Yang Berhormat Menteri kerana jawapan yang cukup baik. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah memansuhkan Bestinet dan MyEG kerana dua agensi ini lebih banyak menyusahkan rakyat daripada menyenangkan rakyat. Saya juga hendak sentuh di sini tentang dua bidang selain daripada mamak kena masak, dua bidang yang penting iaitu pertama sekali pembinaan. Kita lihat pembinaan ini dari segi latihan, kita lihat bahawa kita buat latihan sebagai kemahiran dan sebagainya tetapi masih tidak cukup pekerja dalam pembinaan. Saya juga ucap tahniah kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan mengecualikan SST untuk bahan binaan. Jadi ini menunjukkan bahawa kita hendak kurangkan harga bahan binaan murah, rumah buat murah dan sebagainya tetapi kita lihat di sini bahawa dari segi pekerja asing untuk binaan ini apabila kita buang Bestinet dan MyEG tetapi tidak ada sistem yang memudahkan mereka untuk mendapat pekerja asing. Kalau kita hendak pekerja tempatan pun kita tidak ada program. Contohnya, adakah Kementerian Sumber Manusia bercadang bahawa kita buat satu tempat setempat di mana belia-belia luar bandar dapat datang ke bandar di mana mereka dapat tempat tinggal, pengangkutan supaya mereka dapat bekerja dalam bidang pembinaan ini. Ini kerana kalau kita lihat, bahawa bidang pembinaan ini cukup penting. Kalaulah kita lambat pembinaan ini, maknanya bangunan kita siap lambat ataupun projek perumahan kita siap lambat, ia menjejaskan pembeli dan sebagainya. Ini kita membantu rakyat. Jadi inilah perancangan dan apakah perancangan dari segi pembinaan ini ataupun kita lebih memudahkan kemasukan pekerja asing dalam bidang pembinaan sahaja? Jadi kita tidak ada bidang lain. Bidang pembinaan ini cukup penting sebab rungutan rakyat terutamanya kontraktor dalam segi pembinaan ini. Ini kerana hendak dapatkan buruh asing sekarang ini cukup sukar. Jadi inilah perancangan daripada Kementerian Sumber Manusia yang kita harap dapat membantu rakyat. Kedua, dalam bidang industri sawit. Kita lihat sekarang ini industri sawit ini maknanya China tidak mahu beli sawit kita. Di Eropah kita menghadapi boikot minyak sawit daripada pihak Eropah. Jadi harga minyak sawit termasuk getah sekarang turun menjunam. Jadi kita lihat di sini kalaulah kita sukar untuk mendapatkan pekerja asing dalam industri sawit ini, kita akan rugi berbilion. Maka kita lihat dalam masa lepas, kita rugi berbilion

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

kerana buah sawit kalau kita tidak kutip sehari dua maknanya habis. Kita akan rugi dan kerajaan yang rugi bukan sahaja agensi kerajaan seperti RISDA, FELCRA, FELDA tetapi juga government-linked company (GLC) seperti Golden Hope, Sime Darby dan termasuk anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dalam industri sawit ini.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Soalannya, apakah perancangan Kementerian Sumber Manusia untuk kita dapatkan tenaga, bekalan ataupun dari segi subsidi pekerja itu sebab harganya murah. Makna bidang sawit ini kalau kita masuk pekerjaan yang murah. Cuma pihak-pihak tertentu sahaja dapat bekerja dalam bidang sawit. Kalau kita hendak ambil dari India dia takut ular. India dia tidak kerja dekat industri sawit, dia takut ular. [Ketawa] Jadi Bangladesh pun begitu juga. Macam mana kita hendak melibatkan partisipasi buruh tempatan, usaha-usaha daripada Kementerian Sumber Manusia? Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar berkaitan dengan isu tenaga kerja asing. Kedua-dua itu tenaga kerja asinglah, pembinaan dan juga sektor perladangan. Industri sawit ini dalam sektor perladangan. Kerajaan tidak ada masalah. Kementerian saya tidak ada masalah asalkan permohonan itu dibuat berasaskan kepada keperluan sebenar dalam sektor masing-masing. Jadi kalau hasil daripada siasatan itu mendapati memang jumlah yang dipohon itu memenuhi keperluan sebenar dalam sektor masing-masing melalui majikan-majikan mereka itu, maka kita tidak ada halangan untuk memberikan kelulusan. Oleh sebab itu saya katakan tadi bahawa kita buat siasatan untuk memastikan supaya peluang ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak di negara kita. Adapun cadangan Yang Berhormat untuk menghimpunkan belia, itu satu cadangan yang sangat baik untuk mereka ini menceburi dalam latihan kemahiran dalam sektor pembinaan. Saya percaya bahawa kita dalam sektor pembinaan ini, Kementerian Kerja Raya yang merupakan core dalam memberikan latihan-latihan, mereka ada akademi, mereka ada agensi-agensi yang tertentu untuk memberikan latihan dalam bidang pembinaan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Tambahan itu maksud saya macam ini. Contohnya kita ambil levi. Jadi levi yang kita dapat ini kita masukkan supaya sediakan tempat untuk belia-belia luar bandar datang sini, dia bekerja bidang ini. Itu cadangan. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tidak habis lagi. Jadi kita mengharapkan bahawa melalui latihan-latihan inilah akan memberikan peluang kemahiran kepada anak- anak bangsa kita, anak bangsa Malaysia ini dan mereka inilah yang sebenarnya yang berada di pasaran kerja yang sebenarnya. Bukan lagi kebergantungan kita kepada pekerja asing sama ada dalam sektor pembinaan ataupun sektor perladangan. Itu yang kemudian, saya boleh jawab secara bertulis.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri dengan tekun. Usaha-usaha untuk memastikan pekerja tempatan tidak dipinggirkan dan mengawal selia pekerja asing dalam proses pengangguran kita berada dalam paras 511,000 orang manakala pekerja asing mengikut rekod yang berdaftar berjumlah 1.7 juta orang dan yang tidak berdaftar itu berjuta- jutalah. Namun, saya tidak mahu panjang macam Yang Berhormat Padang Besar. Terus kepada soalan. Soalan saya ialah, apakah langkah kerajaan untuk memastikan kawalan selia, labor inspector, penambahan 400 itu dapat dilaksanakan untuk memastikan kawal selia ini dapat dilaksanakan tanpa kita dibuai dengan masalah berpuluh tahun ini selesai. Jadi adakah kementerian bersetuju bahawa 400 tambahan pekerja JTK ini perlu dipercepatkan? Kementerian Sumber Manusia kalau MOF tidak bersetuju ataupun JPA tidak bersetuju, itu soal kedua. Soal pertama, kementerian mesti pastikan bahawa JTK itu penambahan 400 mesti terlaksana untuk memastikan pekerja asing dan kawal selia itu dapat diberikan sepenuh-penuhnya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dahsyat. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kapar. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau terhadap kekurangan tenaga di peringkat kawal selia iaitu pegawai penguat kuasa untuk menjalankan semakan

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

ataupun siasatan yang dibuat. Memang kita mengalami kekurangan dan kita harap bahawa pihak kerajaan khususnya JPA akan memberikan pertimbangan yang wajar. Namun begitu, saya secara peribadi melihat bahawa kita juga boleh beralih kepada apa yang diamalkan oleh negara-negara maju iaitu self-regulation untuk memastikan supaya keadaan itu secara yang lebih mudah untuk setiap majikan itu membuat pengisytiharan mereka sendiri dan kemudian kita boleh buat check list dari semasa ke semasa. Ini akan lebih mengurangkan tenaga manusia dalam keadaan kita menghadapi kekangan-kekangan yang tertentu. Terima kasih.

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah dasar kementerian terutama berkaitan dengan pekerja asing yang melibatkan pembantu rumah asing Islam yang ditempatkan di rumah majikan yang bukan Islam? Aduan yang kita terima, kebanyakan mereka dihalang daripada mengerjakan solat dan terpaksa memasak makanan yang diharamkan bagi orang Islam. Jadi perkara ini adalah satu perkara yang menyentuh sensitiviti agama terutama pekerja asing Islam. Jadi apa dasar kementerian untuk memastikan semua pembantu rumah asing yang Islam mestilah majikannya orang Islam? Apa pandangan, Yang Berhormat?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kita sememangnya mempunyai aturan dan peraturan yang tertentu dan mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada pihak jabatan, kepada JTK jika ada terdapat majikan-majikan yang melanggar perjanjian dan sebagainya. Sudah tentu jika ada laporan dan aduan yang dibuat, maka tindakan susulan boleh dilakukan oleh pihak jabatan, insya-Allah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

7. Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B) [Port Dickson] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah rancangan-rancangan atau langkah-langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia Ke-11, (2016-2020) dalam membina semula rangkaian landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson.

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Pengangkutan · Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson kerana menanya soalan berkaitan dengan laluan kereta api Seremban ke Port Dickson. Tuan Yang di-Pertua, cadangan projek landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016 – 2020. Kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu keperluan dan kebolehlaksanaan atau feasibility, dengan izin sesuatu projek sebelum ia boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, dalam konteks rancangan Malaysia Vision Valley yang diura-urakan oleh kerajaan negeri sebelum pilihan raya yang lalu, beberapa perbincangan awal telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan yang lalu dengan kerajaan negeri yang lalu tentang pembangunan rangkaian kereta api di Wilayah Malaysia Vision Valley tersebut, termasuklah rangkaian dari Seremban ke Port Dickson. Akan tetapi memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi, kerajaan negeri ketika itu telah diminta untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan serta mengkaji impak daripada segi sosial, ekonomi dan pembangunan setempat. Sehingga kini, pihak kerajaan negeri masih belum mengemukakan hasil kajian tersebut. Selain daripada itu, bagi menyelaraskan pembangunan pengangkutan awam darat di peringkat nasional, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membangunkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara atau RIPAD Negara. Kini, pihak SPAD sedang membangunkan kajian RIPAD bagi wilayah selatan yang melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang mana Seremban dan Port Dickson termasuk di dalam kajian ini bagi memperhalusi dasar-dasar yang digariskan di dalam RIPAD Negara. Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Teknikal bagi kajian ini turut melibatkan UPEN, agensi pusat dan negeri serta pihak berkuasa tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Port Dickson juga, kajian RIPAD wilayah selatan telah memasuki fasa laporan akhir yang dijadualkan siap pada 31 Oktober 2018 ini. Penemuan kajian di peringkat laporan interim telah mengenal pasti keperluan untuk meningkatkan kesalinghubungan di antara Daerah Seremban dengan Port Dickson, sama

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Pengangkutan · Bandar Tun Razak

ada kesalinghubungan di dalam atau di antara wilayah bagi menampung limpahan pembangunan sedia ada dan masa hadapan. Kajian di peringkat laporan akhir akan menimbang semula keperluan membina semula atau menaiktarafkan rangkaian laluan tersebut dan akan memberikan cadangan yang terbaik untuk kepentingan rakyat kelak. Selain daripada itu, bagi menampung keperluan semasa dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan bas yang efisien, pada tahun 2015, Kerajaan Pusat menerusi SPAD telah memperkenalkan program penambahbaikan bas henti-henti bagi Daerah Seremban, yang juga merangkumi jajaran bandar Seremban dengan Port Dickson melalui penambahan jumlah bas serta perkhidmatan yang lebih kerap. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang lengkap dan jelas. Namun demikian, saya ingin merayu sekali walaupun kajian sedang dilakukan. Port Dickson adalah satu kawasan pelancongan. Dalam inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan Parlimen Port Dickson, saya percaya, dengan menghidupkan kembali laluan kereta api Seremban ke Port Dickson, ia akan membawa pelancong dan membantu pergerakan rakyat jelata di Port Dickson. Laluan kereta api Seremban–Port Dickson mempunyai sejarah tersendiri seperti laluan Taiping–Port Weld yang paling awal sekali di negara kita. Saya hendak memetik laporan akhbar The Star bertarikh 15 September 2015 yang telah melaporkan kenyataan bekas Menteri Pengangkutan. Dengan izin, “The Transport Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai said the project would be carried out under the 11th Malaysia Plan next year. We have decided to rehabilitate the stretch under the Railway Master Plan as it is an important link. This will help boost economic and tourism activities as well as a catalyst for growth in the proposed Malaysia Vision Valley project”. “He said after opening the state MCA annual general meeting here”. Ini adalah satu janji-janji kerajaan lampau yang tidak ditepati. Soalan tambahan saya, memandangkan kepentingan projek laluan kereta api ini yang telah pun dikenal pasti oleh kerajaan lampau, bolehkah kementerian membuat anjakan untuk menghidupkan kembali laluan kereta api ini dalam jangka masa lima tahun, mungkin semasa Miterm Review ini untuk memenuhi hasrat rakyat di Port Dickson?

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya amat bersimpati dengan rayuan yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu tadi. Kita ambil maklum bahawa bekas Menteri Pengangkutan yang berjanji pada tahun 2015 tetapi tidak termasuk janji beliau itu dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020. Saya amat faham bahawa laluan kereta api ini amat bersejarah dan sejarah telah menunjukkan bahawa ia telah pun mengadakan perkhidmatan penumpang yang lama, tetapi berakhir perkhidmatan penumpangnya pada tahun 1970 dan ia diikuti dengan hanya perkhidmatan barangan yang juga berakhir pada tahun 2009 yang lalu. Memandangkan sebagaimana yang saya jawab dalam jawapan awal saya tadi, bahawa kajian masih lagi dijalankan oleh SPAD. Oleh kerana Yang Berhormat sendiri merupakan wakil rakyat Parlimen dari Negeri Sembilan dan negeri itu terlibat dalam jawatankuasa yang mengkaji ini, saya berharap bahawa Yang Berhormat dan juga kita sama- samalah mengambil tindakan dan langkah dan usaha-usaha untuk merayu dan memberikan hujah-hujah yang kuat betapa bersejarahnya laluan ini dan betapa pentingnya laluan ini untuk memacukan lagi industri pelancongan khususnya di Port Dickson.

[Bangun]

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Maka saya rasa, pertimbangan itu sudah tentu akan diambil kira dengan sedalam-dalamnya oleh SPAD dan kerajaan kelak. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang kedua. Ya.

Jelebu.

Tuan Yang di-Pertua

Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Cumanya Yang Berhormat Menteri, penggunaan laluan kereta api Seremban–Port Dickson ini yang telah diberhentikan sejak 2008 yang lalu sebenarnya telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada projek rangsangan Malaysia Vision Valley. Selain daripada jajaran kereta api ini, MVV juga akan dihubungkan melalui perkhidmatan high speed rail (HSR) yang nasib HSR ini tidak diketahui sampai hari ini. Soalannya, saya minta penjelasan pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Menteri supaya dapat menyatakan secara detail dan juga secara tepat, apakah pelan alternatif pihak kementerian bagi memastikan jaringan pengangkutan awam menerusi hab penghubung antara Malaysia Vision Valley dan kawasan lain sekiranya projek HSR ini tidak diteruskan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu yang mengaitkan sebagaimana jawapan awal saya juga dengan dasar atau rancangan Malaysia Vision Valley. Untuk maklumat Yang Berhormat Jelebu, kerajaan baharu Negeri Sembilan dalam satu kenyataannya telah menyatakan bahawa kerajaan negeri sedang mengkaji keseluruhan rancangan Malaysia Vision Valley tersebut. Akan tetapi walau apa pun, sebagaimana yang disoalkan tadi, dikaitkan dengan HSR yang kita tahu HSR sepertilah rancangan-rancangan pengangkutan darat yang lain sedang dalam kajian Kementerian Pengangkutan bersama- sama terutamanya dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak

Jadi bab berkaitan dengan HSR itu akan tertakluk kepada keputusan akhir jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang sudah tentu akan akhirnya diputuskan di peringkat Kabinet. Akan tetapi walau apa pun suka saya maklumkan sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa kementerian amat memandang berat tentang keperluan penggunaan laluan dan pengangkutan di antara khususnya Seremban dengan Port Dickson. Apa yang kita sebutkan tadi ialah berkaitan dengan laluan bas yang mana pada tahap sekarang ini kita mempunyai tiga laluan bas. Mengikut kiraan yang kita lakukan secara purata sekitar 50,000 penumpang mengguna laluan bas di antara Seremban dengan Port Dickson. Maka sekiranya laluan kereta api tidak terlaksana maka sudah tentu perkhidmatan bas ini akan dipertingkatkan lagi supaya ia dapat menampung keperluan pengangkutan di antara kedua bandar tersebut. Terima kasih.

Adham bin BabaUMNO · BNTenggara · question

8. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah segera yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kerugian yang dialami oleh KWSP sebanyak RM6.09 bilion dalam masa sebulan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHMenteri Kewangan · Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tenggara. Saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas yang dijadualkan pada 16 Ogos memandangkan ia melibatkan isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada prestasi penyata kewangan pengurusan adalah tidak benar bahawa KWSP mengalami kerugian RM6 bilion dalam masa sebulan seperti yang ditanyakan dalam soalan Yang Berhormat Tenggara. Akan tetapi sekiranya Yang Berhormat merujuk kepada nilai saham, ia juga adalah kurang tepat kerana ia berpandu kepada naik turunnya Indeks Bursa Malaysia (KLCI). Naik turun indeks KLCI adalah dipengaruhi oleh faktor kecergasan pertumbuhan ekonomi, urus tadbir kewangan yang baik serta kestabilan politik di dalam dan luar negara. Contohnya prestasi indeks KLCI adalah terbaik tahun ini di Asia Pasifik yang merangkumi Jepun, Korea, China, negara-negara ASEAN dan Australia.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHMenteri Kewangan · Bagan

Setakat 13 Ogos 2018, iaitu semalam. Sungguhpun tidak banyak berubah sejak akhir tahun 2017. Contohnya, kalau kita lihat prestasi tahun ini sehingga 13 Ogos, indeks saham telah naik 0.04 peratus. Berbanding dengan Australia, Thailand, Singapura, Jepun, Indonesia, Hong Kong, Korea, Filipina dan Shanghai, semua telah turun. Yang turun paling rendah ialah Australia 0.15 peratus, Thailand turun empat peratus, Singapura turun lima peratus, Jepun, Nikkei 225 turun enam peratus, Indonesia turun 7.5 peratus, Hong Kong turun 8.5 peratus, Korea turun 9.3 peratus, Filipina 12.5 peratus dan Shanghai 17 peratus. Berbanding dengan Malaysia masih ada sikit positif lagi. Jelas sekali prestasi indeks average KLCI adalah yang terkedepan dari segi nilai untuk tahun ini. Akan tetapi kita kena ingat bahawa apabila kita sebut tentang indeks KLCI ataupun indeks bursa-bursa di semua negara, ia bergantung kepada peristiwa jangka masa pendek dan bukanlah suatu gambaran yang menyeluruh dan holistik. Oleh itu, kita tidak boleh berpandukan kepada kedudukan harga saham pada suatu ketika. Mungkin pada hari itu ia baik, negara lain buruk tetapi pada hari lain mungkin sebaliknya berlaku. So, kita kena lihat dalam aspek jangka masa panjang. Saya percaya bahawa semua ahli ekonomi akan setuju dengan pandangan ini kecuali mungkin mereka yang ‘berkoyok-koyok’ di tepi jalan. Pada masa yang sama, jika kita berbanding dengan harga pembelian asas saham atau book value, KWSP masih mencatatkan keuntungan secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, saham tersebut tidak dijual. Maka keuntungan itu tidak tercatat dan merupakan keuntungan tidak nyata atau unrealized case yang juga ia biasanya tidak diambil kira dalam penyata kewangan. Perubahan hari indeks KLCI tidak menjejaskan pengagihan dividen oleh KWSP kerana adalah menjadi dasar KWSP untuk mengisytiharkan dividen daripada keuntungan bersih dan nyata, bukanlah keuntungan tidak nyata. Itu pun adalah prinsip perakaunan baik yang diamalkan di seluruh dunia. Oleh sebab itu, janganlah kita lihat dari segi keuntungan atau kerugian tidak nyata. Ia mesti berpandukan keuntungan bersih, kerugian bersih ataupun keuntungan dan kerugian tidak nyata. Penurunan prestasi pasaran saham antara lain disebabkan oleh ketidaktentuan hala tuju pasaran di peringkat global yang semakin meningkat akibat faktor-faktor berikut: (i) konflik perdagangan, trade tensions di antara Amerika Syarikat dengan China, Kanada, Mexico dan negara Eropah. Satu negara lawan satu dunia. (ii) kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat yang telah menyebabkan aliran keluar dana daripada negara membangun termasuk Malaysia, bukan hanya di Malaysia sahaja. (iii) nilai mata wang Amerika Syarikat yang meningkat berbanding negara-negara lain. Seperti yang saya sebut tadi bukanlah Malaysia sahaja, di mana negara-negara lain seperti saham juga sama. Penurunan nilai tukaran wang asing adalah lebih teruk kalau berbanding dengan ringgit. (iv) ini yang baru berlaku iaitu kejatuhan mendadak nilai Lira Turki sebanyak 45 peratus sejak akhir tahun 2017 berbanding Dolar Amerika Syarikat disebabkan masalah dalaman. Ini pun ada limpahan kesannya ada melimpah ke negara-negara membangun seperti Malaysia malah di seluruh dunia. Akhirnya aliran dana pasaran modal yang keluar daripada pasaran negara-negara membangun kerana faktor-faktor keselamatan dan juga gambaran krisis daripada mata wang lira daripada Turki. Namun begitu, dengan keyakinan para pelabur terhadap pengurusan ekonomi negara oleh Kerajaan Pakatan Harapan, kami yakin prestasi pelaburan KWSP akan pulih khususnya dalam usaha Kerajaan Pakatan Harapan dalam mengembalikan keyakinan pelabur melalui penghapusan gejala rasuah dan pembaziran sektor awam, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dan akhir sekali memperbaiki tahap daya saing di kalangan sektor swasta. Terima kasih.

Ya, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang baik.

Berita mengenai ketidaktentuan pasaran saham sebenarnya yang melibatkan pertukaran kerajaan yang lalu merisaukan 13 juta pencarum Yang Berhormat Menteri. Seramai 13 juta ini ramailah, maknanya alhamdulillah saya dah ambil KWSP last year-lah. Tidak terlibat untuk kerugiankah atau untungkah. Jadi kerana ini merupakan masa depan mereka untuk pencen dan tidak bekerja. Jadi memandangkan situasi politik di negara dan juga kelembapan pasaran saham dunia termasuk apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri di Turki tadi, masih lagi memberi mesej yang tidak menyenangkan kepada para pelabur. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memindahkan serta mempelbagaikan portfolio pelaburan KWSP ke bidang yang tidak berisiko dalam pelbagai keadaan? Agar krisis keyakinan pencarum tidak terjejas. Serta bolehkah kita tidak meminjam dengan Jepun sebaliknya kita pinjam dengan KWSP? Supaya pulangan lebih baik kepada pencarum dan dividen akan diisytiharkan lebih baik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHMenteri Kewangan · Bagan

Terima kasih soalan tadi daripada Yang Berhormat Tenggara. Di sini saya ingin ulangi apa yang saya sebut tadi bahawa kalau kita lihat dari aspek book value, saham-saham seperti Yang Berhormat Tenggara sebut tadi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHMenteri Kewangan · Bagan

Ia masih merupakan keuntungan tidak nyata kepada KWSP. Ini kerana, kos pembelian pada masa itu, jika berbanding dengan harga saham sekarang, KWSP masih untung. Oleh sebab itu, saya rasa itu bukan merupakan satu kehilangan ataupun satu kerugian kepada KWSP. Seperti yang saya tegaskan tadi, bahawa, kalau kita lihat dalam aspek pentingnya KWSP memastikan semua simpanan ini adalah terjamin. Saya mungkin, bukan seperti Yang Berhormat Tenggara, saya masih seorang pencarum KWSP. Saya masih belum angkat lagi. So, tentunya kita mahu pastikan bahawa semua pencarum mereka boleh mendapat simpanan apabila mereka bersara ataupun apabila mereka perlukannya. So, di dalam aspek ini tentu KWSP akan memainkan peranan mereka dengan baik. Kalau kita lihat dari segi prestasi KWSP, tidak menjadi kontroversi. Malahan CEO KWSP sekarang dipindahkan ke Khazanah Nasional Berhad untuk menjadi CEO Khazanah. CEO KWSP adalah seorang pemimpin yang datang daripada pengurusan dalaman KWSP. So, di dalam aspek ini kita boleh lihat ada continuity dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ini supaya keputusan baik, pelaburan yang bijak yang telah dijalankan selama ini dapat diteruskan. Tentunya kami yakin sekiranya ada apa-apa masalah, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tenggara, pihak pengurusan KWSP tahu apa yang mereka harus lakukan agar dari aspek pelaburan, dapat terus terjamin. Akhir sekali, dari segi Yen. Ini kerana masalah dengan Lira. Saya hendak tegaskan di sini, kalau kita lihat hutang rasmi mata wang Kerajaan Persekutuan, adalah hanya sebanyak RM21.3 bilion. Ini di mana, RM15.7 bilion adalah di dalam Dolar Amerika Syarikat (USD) sedangkan RM5.3 bilion di dalam Yen Jepun (JPY). Ini hanya merangkumi 3.1 peratus daripada jumlah hutang rasmi Kerajaan Persekutuan. Jumlah ini ialah untuk RM21 bilion, kalau untuk RM5 bilion saya rasa tidak sampai satu peratus pun dalam bentuk Yen Jepun (JPY). So, saya rasa ini tidak menjadi masalah besar seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tenggara. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menanyakan satu soalan berkenaan dengan KWSP di mana pada 19 Mei 2015, di Dewan yang mulia ini, ketika itu Menteri Kewangan telah pun mengakui bahawa apabila disoal oleh Yang Berhormat Mantan Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Rafizi bahawa KWSP telah membuat pelaburan sejumlah RM3 bilion dalam Syarikat 1MDB dan juga subsidiary iaitu anak syarikat 1MDB iaitu dua syarikat yang bernama Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd. Memandangkan kita mengetahui sekarang bahawa Syarikat 1MDB ini terpalit dengan skandal. Persoalan yang bermain di minda rakyat yang telah melabur di dalam KWSP yang juga mencarum di dalam KWSP adalah, bagaimanakah jumlah RM3 bilion ini akan dapat diperolehi semula? Ini adalah wang caruman rakyat yang bekerja keras untuk memberi caruman ini. Adakah Kementerian Kewangan dan kerajaan baru mempunyai apa- apa cadangan dan langkah-langkah untuk memperolehi semula wang ini yang telah diambil daripada KWSP dan dicarum dalam Syarikat 1MDB dan subsidiarynya. Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya tidak ada maklumat terperinci tentang syarikat-syarikat yang disebutkan tadi. Akan tetapi, secara

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

amnya, apabila KWSP memberikan pinjaman kepada mana-mana syarikat, khususnya ke atas syarikat yang mereka rasa mempunyai masalah walaupun mereka dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan. Mereka akan memastikan bahawa ia akan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. So, di dalam aspek ini, tidak timbul risiko tentang pinjaman. Sekiranya ada – ini saya kena check kepada KWSP. Itulah sebabnya kerana jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas semua pinjaman 1MDB, kita sekarang menanggung beban hutang RM50 bilion hanya untuk 1MDB. Ini amat memudaratkan ekonomi negara Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, masa untuk sesi pertanyaan bagi jawab lisan sudah habis. Jadi kita teruskan. Ya, silakan. Usul. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Liew Vui KeongWARISANMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batu Sapi

Tuan Yang di-

Pertua, berita baik. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 15 Ogos 2018.”

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHTimbalan Menteri Kesihatan · Gopeng

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Wabak Rabies Berleluasa Di SarawakUrgent matter

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membawa Usul ini ke Dewan yang mulia ini. Jadi, saya teruskan kepada isu yang diketengahkan. Sekarang, di Sarawak kita sedang menghadapi wabak rabies yang berleluasa. Ini di mana kes pertama telah disahkan di Serian setahun lalu pada bulan Jun. Akan tetapi, sehingga sekarang masih tidak dikawal secara efektif dan telah merebak ke beberapa tempat di Sarawak sehingga menjangkiti manusia sehingga menyebabkan beberapa kematian. Sehingga kini, jumlah kes jangkitan manusia yang telah disahkan di Sarawak adalah 11 kes. Ini di mana 10 kes telah meninggal dunia dan 1 kes merupakan seorang kanak- kanak, walaupun terselamat, sekarang telah mengalami masalah saraf neurological problems dengan izin, dan sekarang bergantung kepada mesin life support di rumah. Sehingga sekarang, 177 sampel daripada 166 ekor anjing dan 11 ekor kucing daripada 620 sampel yang dihantar telah disahkan positif dengan virus rabies ini melalui FAT dan PCR Test. Sejak tahun lalu, apabila kes-kes awal telah dikesan, satu jawatankuasa iaitu Sarawak Disaster Management Committee yang diketuai oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah ditubuhkan bagi mengendalikan prosedur-

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

prosedur pengawalan jangkitan tersebut agar tidak merebak ke kawasan lain dan juga tidak menjangkiti orang ramai. Jawatankuasa tersebut telah berulang-ulang kali mengeluarkan kenyataan umum dan menyatakan bahawa keadaan adalah terkawal. Namun begitu, kenyataan tersebut tidak menggambarkan sepenuhnya keadaan sebenar. Pada 5 Julai 2017, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah berkata, bahawa, keadaan dan jangkitan tersebut adalah terkawal dan yakin bahawa standard operating procedure (SOP) dengan izin, yang digunakan boleh mengawal wabak itu daripada merebak. Pada masa itu, hanya lima buah kampung di kawasan Serian yang telah disahkan kawasan jangkitan rabies. Akan tetapi, semenjak itu, wabak tersebut telah merebak ke beberapa kawasan di Sarawak. Sekarang, berdasarkan maklumat yang diperolehi pada 5 Julai 2018, lebih 33 kawasan telah disahkan kawasan jangkitan rabies, merangkumi kawasan-kawasan bukan sahaja di Serian, tetapi juga di Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman dan Sarikei. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan apa yang dilakukan SOP oleh jawatankuasa negeri boleh dipertikaikan, termasuk bahawa jumlah gigitan anjing tidak berkurangan. Pengawalan populasi yang tidak mencapai target. Kita juga menerima laporan beberapa syor WHO untuk menangani wabak ini tidak diikuti. Namun begitu, langkah- langkah pencegahan masih giat dilakukan di kawasan-kawasan berdekatan termasuklah Sibu dan Miri.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Sehingga sekarang sejumlah 63,319 ekor anjing, 8,151 ekor kucing dan 53 ekor haiwan lain telah diberi suntikan vaksin. Pelbagai program kesedaran pencegahan telah dilakukan tetapi masih tidak mencukupi untuk mengawal wabak ini. Antara masalah yang dihadapi oleh Jabatan Veterinar Sarawak adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja. Pada 12 Ogos 2018, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengaku dan memaklumkan kepada pihak media bahawa walaupun sekarang masih ada kes-kes baru jangkitan rabies di Sarawak tetapi pihak Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Veterinar telah menghentikan penghantaran pegawai-pegawai veterinar sejak bulan Mei lalu untuk membantu kerajaan negeri untuk menangani masalah ini dan mengawal wabak ini daripada merebak. Mengikut beliau, alasan yang diberikan adalah disebabkan kekurangan dana. Beliau bagaikan telah menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini walaupun mereka tidak dapat mengawal wabak ini daripada berleluasa. Jadi wabak ini semakin berleluasa dan melibatkan kepentingan awam bukan sahaja di Sarawak tetapi jika tidak dikawal boleh merebak ke negeri-negeri lain. Kita tidak mahu nyawa anak-anak kita dan juga mana-mana orang terkorban lagi disebabkan oleh satu penyakit yang boleh dicegah. Oleh itu adalah wajar untuk Dewan yang mulia ini membincangkan perkara ini supaya satu solution dapat dicapai untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat kawasan Bandar Kuching pada hari Isnin 13 Ogos 2018. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat kawasan Bandar Kuching sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu, syarat yang kedua adalah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati: (a) tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu; (b) kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan (c) berkehendak disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan.

[Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Mengikut Peraturan Mesyuarat 16(6), usul ini akan dibahaskan pada jam 2.30 petang di Kamar Khas. Saya akan membenarkan pihak pencadang untuk membahaskan selama 30 minit dan selepas itu, pihak kerajaan akan menjawab selama 30 minit. Sekian, terima kasih.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dan Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 bagi semua kementerian.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHMenteri Kewangan · Bagan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya bangun untuk membentangkan Rang undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dan Usul Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dalam Jawatankuasa Dewan Rakyat. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan, supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM3,065,113,896 yang di peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 bagi Maksud-maksud Bekalan B.10, B.11, B.15, B.22, B.23, B.26, B.28, B.30, B.32, B.43, B.45, B.46, B.47, B.62 dan B.63 untuk kementerian-kementerian dan jawatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM6,229,805,361 yang di peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.10, P.15, P.22, P.23, P.26, P28, P.30, P.32, P.43, P.45, P.46, P.47, P.62 dan P.63 untuk kementerian-kementerian dan jawatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2018 dan Kertas Perintah 5 Tahun 2018 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 telah pun dibentangkan terdahulu. Di Samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan Anggaran Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan ini adalah juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A Tahun 2018 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dan Kertas Perintah 5A Tahun 2018 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi kecuali, menyatakan penghargaan tentangan sokongan yang diberikan oleh pihak pembangkang semalam atas rang undang-undang ini apabila menyokong rang undang- undang ini sebagai salah satu dasar ekonomi, daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu yang telah mendapat mandat daripada rakyat. Kami harap bahawa, menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat untuk menjalankan dasar-dasar kerajaan baharu seperti mana ia menurut atau mengikuti lunas demokrasi dapat diteruskan. Bukan sahaja di peringkat Dewan Rakyat tetapi harus berkekalan sampai peringkat Senat juga.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHMenteri Kewangan · Bagan

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dijadualkan pada hari ini di giliran keenam untuk menjawab pada giliran kedua, menggantikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, bagi perbahasan peringkat Jawatankuasa pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 pada hari Selasa 14 Ogos 2018. Sekian, terima kasih. Jadi nombor dua akan diambil oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.15 [Jadual] - Maksud P.15 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terbuka untuk dibahas. Akan tetapi sebelum itu Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat memulakan perbahasan, saya ingin memaklumkan bahawa, masa perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 adalah ditetapkan selama sepuluh minit untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih. Sepuluh minit seperti biasa.

Tuan Pengerusi

Silakan.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Kepala 070100 Majlis Amanah Rakyat (MARA). Butiran ini pengupayaan ekonomi luar bandar yang berjumlah RM1.022 bilion. Semalam Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut bahawa Yang Berhormat Menteri Hal ehwal Ekonomi akan menjawab tentang perkara MARA ini.

Yang Berhormat Langkawi telah menyebut bahawa Kerajaan Pakatan Harapan kena sensitif terhadap isu MARA. Jadi, di sini menunjukkan bahawa MARA dipecah- pecahkan kepada pelbagai kementerian. Ini buktinya apabila ada Majlis Amanah Rakyat di bawah Kementerian Ekonomi. Jadi saya kira, ia adalah tidak wajar untuk dilakukan. Sebelum ini pun MARA di bawah satu bumbung, Kementerian Perusahaan Awam satu bumbung, Kementerian Pembangunan Perusahaan selepas itu, satu bumbung. Kementerian KKLW satu bumbung, MARA di bawah satu bumbung. Akan tetapi di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini MARA di bawah banyak bumbung. Kementerian Pendidikan khabarnya ada mengambil MARA, Kementerian KPLB mengambil MARA, Kementerian Pembangunan Usahawan mengambil MARA. Di racik-racik begitu rupa. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar perkara ini hendaklah dibuat satu keputusan bahawa MARA hanya di bawah satu kementerian sama ada KPLB atau Kementerian Pembangunan Usahawan, misalnya. Seperkara lagi yang ingin saya nyatakan di sini, kalau lihat dari segi anggaran untuk perbelanjaan pembangunan juga, MARA diletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kolej Poly Tech MARA, Institut Kemahiran MARA, Institut Perdagangan Mara...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan?

...Program GIATMARA. Ya? Silakan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sedarkah Yang Berhormat bahawa MARA ini diwujudkan oleh kerajaan iaitu untuk membangun masyarakat Melayu Bumiputera dan khususnya juga usahawan-usahawan. Semenjak MARA diwujudkan, saya rasa beratus-ratus ribu sudah yang telah dibangunkan dan ia menyeluruh kepada khususnya masyarakat Melayu bumiputera. Jadi, apakah Yang Berhormat bersetuju MARA ini tidak diracik-racikkan tetapi dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Supaya dapat dimonitor oleh Menteri dan dapat diteruskan usahawan-usahawan yang dirancang daripada awal. Oleh sebab saya yakin kerajaan baharu ini banyak menjanjikan sesuatu kebaikan kepada rakyat. Jadi, beri mereka peluang membangun rakyat dan negara. Terima kasih.

Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan itu dan boleh dianggap sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Satu lagi adalah tentang RISDA, disebut dalam butiran ini bahawa pemberian dan kenaan bayaran tetap RM84.5 juta di bawah RISDA juga di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ini. Saya ingin bertanya, semalam saya ada bertanya tetapi tidak diberikan jawapan. Bagaimana tentang bantuan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada bulan 11, pada bulan 12, pada bulan 1 yang telah kita mulakan oleh Kerajaan BN dahulu? Adakah ia akan diteruskan melalui peruntukan yang ada RM84.5 juta itu? Alang-alang telah menjawab tentang BMT ini, saya...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Minta laluan, Yang Berhormat Pontian. Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bawah tajuk yang sama ini, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat masih ingat lagi di dalam penggulungan Titah Diraja, Yang Berhormat Menteri KKLW ada menyatakan bahawa RISDA adalah di bawah KKLW. Jadinya,- tetapi kita tengok di dalam butiran yang dinyatakan kepada kita. KKLW. KPLB, minta maaf. Jadinya Yang Berhormat, kalau kita tengok bawah Butiran 050100, ini dinyatakan secara spesifik bahawa jumlah ini telah diallocate di bawah, dengan izin, Kementerian Ekonomi. Jadinya, apa komen Yang Berhormat mengenai perkara ini?

Itulah, nampak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terlalu hebat, segala bawahnya. FELCRA, RISDA, Jalan FELDA, macam- macam.

Yang Berhormat Pontian, minta laluan sedikit.

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Pontian tadi. Ini berkaitan dengan Bantuan Musim Tengkujuh iaitu yang mana telah diputuskan oleh kerajaan yang lalu untuk dua tahun berturut-turut, maknanya tahun ini pun ada, tahun yang lalu pun sudah dibayar RM200. Memandangkan saya datang dari kawasan Baling, yang mana penoreh getah, pekebun kecil yang terbesar dalam negara ini. Dalam Dewan yang mulia ini ada Menteri Kewangan, ada Menteri Ekonomi, ada Menteri Luar Bandar, tiga-tiga yang berkaitan dengan penoreh-penoreh getah ini ada. Saya merayulah agar Yang Berhormat Pontian, dalam ucapan Yang Berhormat Pontian ini, perbahasan ini, minta mereka jawab. Kalau boleh, teruskanlah memandangkan harga getah pada hari ini. Tidak payah cerita fasal semalam. Hari ini sudah begitu teruk, dahsyat, yang mana kami rakyat Baling sudah mula merasa derita. Oleh sebab dalam kempen pilihan raya mereka terdahulu pun mereka telah menyatakan bahawa harga getah di antara perkara yang akan naik setelah mereka memerintah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Harga getah menjunam, pendapatan RM450 sebulan, 154,571 penoreh getah terjejas. Ini ada dalam surat khabar hari ini. Pekebun kecil getah resah, mahu LGM stabilkan harga dengan harga lantai yang tertentu. Mengenai getah ini, ia dekat dengan saya sebab saya adalah anak penoreh getah, jadi saya harap ia di ambil tindakan yang wajar.

Kemudian, Projek Jalan Felda juga di bawah kementerian. Saya lihat ada RM1 bilion, besar itu di bawah Menteri, Yang Berhormat Gombak. Projek Jalan Felda RM1 bilion ini, kenapa begitu banyak? Adakah hendak buat jalan baharu ataupun hendak membaiki jalan yang sedia ada? Adakah jalan-jalan kawasan Felda ini tidak termasuk dalam peruntukan JKR? Maka, perlukan peruntukan sebanyak RM1 bilion ini? Seperkara lagi ialah mengenai emolumen kakitangan kontrak yang ada disebut di sini, kakitangan kontrak ini bagaimana? Apakah maksud kakitangan kontrak ini, adakah kakitangan kontrak baharu yang hendak di ambil oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi? Bagaimana tentang kakitangan kontrak yang ada pada saat dan ketika ini? Saya ada mencadangkan bahawa mana-mana kakitangan kontrak yang telah berkhidmat dengan kerajaan 10 tahun dan ke atas, kakitangan kontrak itu perlu ditetapkan, jangan mereka kontrak selama-lamanya. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] Oleh kerana apabila menjadi kakitangan-kakitangan kontrak, banyak- segala kemudahan-kemudahan tidak dapat diperoleh. Contohnya, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, walhal mereka bekerja serupa macam kakitangan yang tetap, yang lain. Oleh sebab itu, cadangan saya ialah kalau mereka sudah bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun, kakitangan kontrak itu hendaklah ditetapkan. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi, memberi saya ruang untuk berbahas di dalam perbelanjaan tambahan peringkat Jawatankuasa ini. Pertamanya, saya hendak terus kepada Butiran 070100 – Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Perkara ini juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi sebab kita ini mengenai Majlis Amanah Rakyat ataupun MARA in short, dengan izin. Jadi, MARA ini dihasilkan daripada Revolusi Kongres Ekonomi, bertujuan untuk membantu dari segi peningkatan ekonomi dan juga kemasyarakatan untuk masyarakat Melayu dan juga bumiputera. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah- saya memohon agar Yang Berhormat Menteri menyatakan secara terperinci, apakah rasional MARA ini dipecah-pecahkan? Apakah jaminan daripada pihak kementerian untuk memastikan tujuan asal MARA ini ditubuhkan dapat terus dilaksanakan untuk kepentingan bagi masyarakat bumiputera dan juga orang Melayu? Seterusnya...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Penjelasan? Boleh?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Sekali lagi, sebab MARA ini ia signifikan kepada orang Melayu bumiputera, khususnya. Kita lihat sepanjang kementerian ini atau agensi yang dilaksanakan, telah banyak membangun masyarakat-masyarakat Melayu bumiputera. Dari segi usahawan, pendidikan dan sebagainya. Fungsi Kementerian Luar Bandar nampaknya sudah tidak ada. Sudah dikurangkan. Apakah Yang Berhormat berpandangan bahawa pemerintahan kerajaan baharu ini tidak ada keyakinan dengan kementerian Menteri yang membawa luar bandar ini sehingga diambil segala-galanya daripada Kementerian Luar Bandar?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sukar untuk saya menjawab. Saya akan biarkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Sebab, mereka sesama Menteri. Jadi bila sesama Menteri ini, mungkin kepakaran mereka sudah semestinya sama. Akan tetapi kita tengok ini, yang mana satu Menteri yang mungkin diberi amanah yang lebih tinggi, kepercayaan yang mungkin seorang lebih daripada yang lainnya.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya hendak bangkitkan kepada Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar dan juga Butiran 00108 – Program Pembangunan. Dia ada dua butiran di sini, Tuan Pengerusi. Yang pertamanya sebanyak RM281,491,330 telah dipindahkan ke bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi tujuan program pembangunan. Dan yang satu lagi sebanyak RM31,500,000 yang telah diperuntukkan di bawah Butiran Infrastruktur Luar Bandar. Saya hendak minta kementerian untuk nyatakan secara spesifik mengenai apakah jenis pembangunan yang dinyatakan di sini? Sebab, tajuk ini begitu general. Adakah ianya pembangunan dari segi infrastruktur kah, pembangunan perniagaan kah? Sebab, ianya tidak jelas. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan yang lebih mengenai perkara yang saya bangkitkan ini. Kemudian mengenai Butiran 00121, saya juga hendak mohon kementerian untuk menyatakan sama ada butiran ini adakah mungkin ianya akan bertindih dengan fungsi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah? Ini kerana pada hemat saya, Yang Berhormat Menteri, ia adalah satu dana infrastruktur luar bandar yang kebiasaannya memang diletak di bawah kementerian lagi satu. Akan tetapi mungkin berbeza kali ini apabila ianya diletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Jadinya saya pohon untuk kementerian mungkin menyatakan apakah jenis program-program yang terlibat secara langsung di bawah butiran yang saya nyatakan ini? Yang terakhir yang akan saya bangkitkan ini adalah Butiran 00102 – Projek Kemiskinan Semenanjung/Sabah/Sarawak. Juga berdasarkan butiran ini, saya juga hendak memohon kementerian untuk memberi satu senarai— mungkin kalau tidak dapat diberikan dalam Dewan ini, mungkin boleh dibuat secara bertulis— mengenai jenis dan projek kemiskinan yang akan dilaksanakan. Adakah ianya tidak nanti akan bertindih dengan program-program dan juga fungsi kementerian ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kementerian KPWKM? Sebab saya confused, Tuan Pengerusi, sebab dia terlampau banyak, lepas itu direallocate, dengan izin, beberapa perkara, beberapa jumlah amaun yang kita pun tidak tahu sebabnya. Sebab, saya juga hendak tahu, Yang Berhormat Menteri, adakah projek-projek yang sebelum ini di bawah pemantauan ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri juga diserapkan di bawah projek kemiskinan ini? Ini saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai semua persoalan yang saya bawa. Terima kasih banyak-banyak, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca selawat] Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010100 – Unit Perancang Ekonomi. Apa yang saya bangkitkan ialah, pertama sekali, kalau kita merujuk Laporan Gaji dan Upah untuk tahun 2016, kenaikannya adalah sekitar tiga percent dan data daripada Perbadanan Produktiviti Negara juga sekitar 3.5 percent. Sedangkan inflasi ialah sekitar 3.8 percent. Saya ingin mendapat jawapan daripada kementerian, apakah polisi dan dasar yang sedang dirancang oleh kementerian untuk membantu meningkatkan atau menangani isu perbezaan yang ketara antara kenaikan gaji dan juga inflasi ini? Itu yang pertama. Kedua, merujuk kepada perkara yang sama iaitu kalau kita melihat realiti negara kita pada hari ini, tiga negeri yang agak terkebelakang dari sudut kemajuan pembangunannya ialah Kelantan, Pahang dan juga Terengganu yang mencatatkan kadar kemiskinannya untuk Kelantan ialah 0.9 percent— ini daftar lama yang saya ambil pada tahun 2014— 0.7 percent untuk Pahang dan 0.6 percent untuk Terengganu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tiga negeri ini adalah negeri yang patut diberi bantuan. Ini kerana keadilan bukan bererti kita beri benda yang sama rata tetapi memberikan hak pada orang yang berhak dan antara yang berhak adalah mereka yang berada pada tahap kemiskinan. Jadi saya ingin tahu, apakah dia dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan baharu ini untuk menangani isu-isu ketidakadilan sosial ini? Terutama apabila kita melihat bagaimanakah kadar pendapatan rakyat di sebelah Pantai Timur ini rata-ratanya kalau kita ambil kadar penengah di peringkat nasional sekitar RM5,228 sedangkan kadar penengah

bagi tiga negeri ini ialah sekitar RM3,079 hingga RM4,694 sahaja. Jadi saya mahu tahu, apakah dasar ekonomi baharu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Dari Kelantan kini kita berhijrah ke Sabah, saya menjemput Yang Berhormat Kinabalu.

Kuala Nerus di Terengganu, Tuan Pengerusi.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Kertas Perintah 5 Butiran 93500 – Projek Khas. Ini kalau saya tidak silap— saya merujuk kepada statistik yang lalu— pada tahun 2017, untuk butiran yang sama adalah RM775 juta. Dan untuk tahun lalu, masa Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri kita, dia announce and diumumkan dia perlukan RM572 juta untuk projek khas ini. Masa itu, projek khas ini atau butiran ini diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan ini pernah disifatkan sebagai slush fund oleh mantan Ahli Parlimen Kluang yang dulu. Saya rasa kali ini saya nampak ada kemajuan dari segi pengurangan slush fund yang diperuntukkan dan saya harap— apakah butiran untuk projek khas ini? Bolehkan terangkan dengan lebih lanjut? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat kawasan Jeli. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya hendak susuli pandangan Yang Berhormat Parti Sulong dan Yang Berhormat Pontian atas pertanyaan berkaitan kedudukan beberapa agensi yang penting yang kita lihat di sini antaranya ialah MARA dan FELDA. Saya hendak tahu, bilakah kerajaan akan buat penegasan di mana hendak diletakkan agensi ini? Hendak dipecahkan atau disatukan? Kerana ini menimbulkan ketidaktentuan di kalangan pegawai dan juga mungkin ada di antara mereka yang tidak dapat fokus pada kerja kerana tidak tahu siapa ketuanya, tuannya siapa. Jadi saya hendak tahu, kerajaan, bila hendak dimuktamadkan agihan fungsi ataupun agihan jabatan agensi mengikut kementerian? Kalau kita tengok di sini, Kementerian Ekonomi ada beberapa butiran tetapi ada juga di tempat-tempat lain untuk FELDA dan MARA umpamanya. Kedua, Tuan Pengerusi, berkaitan dengan pembangkang pada masa itu iaitu kerajaan hari ini yang sentiasa mengkritik kerajaan masa dahulu mengenai angka-angka. Katanya angka-angka ini menyembunyikan keadaan sebenar di bawah kadar pertumbuhan tinggi lima peratus, inflasi rendah dua peratus, pengangguran rendah 3.5 peratus. Dakwaannya ialah angka-angka ini adalah sebenarnya tidak tepat. Di bawah, inflasinya tinggi lagi, pengangguran lebih tinggi khususnya pengangguran di kalangan anak muda. Maka di bawah Butiran 010200 – Jabatan Perangkaan, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melihat secara lebih terperinci angka-angka di peringkat akar umbi, di peringkat kampung, pengangguran di kampung-kampung, pengangguran dengan lebih terperinci, youth unemployment di kalangan graduan. Walaupun sekarang ini ada tetapi ia berbentuk makro. Begitu jugalah inflasi, kita perlu memperincikan lagi dengan membuat analisis tepat supaya dakwaan bahawa ia tidak menggambarkan keadaan sebenar masyarakat di luar bandar dan bandar ini dapat kita sangkal jika ia tidak benar. Ketiga, Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 070100 – Majlis Amanah Rakyat dan juga Butiran 080300 – Penajaan Pelajar Cemerlang. Saya hendak tahu, sama ada ini ada kaitan dengan tajaan pelajar-pelajar MARA dalam dan luar negara? Jika ia berkaitan tajaan, apakah dasar kerajaan hari ini berkaitan tajaan kepada pelajar?

Sehubungan dengan ini juga saya rasa perlu kerajaan...

Yang Berhormat Jeli, minta sedikit.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Jelebu minta pencelahan.

Minta sedikit, Yang Berhormat Jeli. Saya hendak minta – terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta – setuju tidak Yang Berhormat Jeli tentang MARA – bila sebut MARA tadi selain daripada beri penumpuan kepada bantuan untuk pelajar-pelajar Melayu ataupun pelajar-pelajar ke luar negara, MARA harus menumpukan juga kekuatan untuk memperkukuhkan ekonomi masyarakat luar bandar terutamanya bagi kaum dan masyarakat Melayu. Ini kerana MARA di kawasan saya sahaja, di kawasan Parlimen Jelebu kita ada tiga tempat perniagaan usahawan bumiputera yang tidak diselenggarakan. Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun lepas, kita sudah luluskan satu kawasan prime area di kawasan DUN Pertam – kita bagi kepada MARA untuk tujuan pembinaan Pusat Perniagaan Usahawan Bumiputera. Akan tetapi MARA masih lagi belum melaksanakan tanggungjawabnya. Setuju tidak Yang Berhormat Jeli jika MARA memberi penumpuan kepada kekuatan ekonomi luar bandar melalui segala aset dan kemudahan yang telah sedia ada sejak sekian lama? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya setuju dengan Yang Berhormat Jelebu. Saya teruskan dengan biasiswa tadi, MARA dan juga agensi lain. Pertama, kita hendak tahu adakah program ini akan ditambah atau dikurangkan dalam keadaan ekonomi semasa. Kedua, saya mencadangkan supaya hal-hal berkaitan biasiswa ini hendaklah diselaraskan. Ini kerana beberapa agensi terlibat – MARA ada, pendidikan ada dan beberapa agensi yang lain yang ada biasiswa. Jadi pada pandangan saya pada masa ini tidak ada penyelarasan yang mantap. Oleh itu bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan pembaziran sumber adalah penting kesemua agensi yang mengeluarkan biasiswa ini berkongsi pengalaman dengan bertujuan untuk memastikan ia menepati hasrat mewujudkan sumber modal insan yang terbaik. Seterusnya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan 00602, 00604 dan 00611 berkaitan dengan MRSM, IKM dan juga GIATMARA. Kita dimaklumkan bahawa beberapa projek ditangguhkan dan beberapa projek akan diteruskan. Ini juga adalah penting untuk mendapat kepastian yang mana satu yang akan teruskan, yang mana akan dihentikan – apa asasnya kerana ia penting dalam konteks untuk mendidik anak bangsa. Ia penting juga untuk keadaan ekonomi negara. Kalau ia terus menguncup, kurang peruntukan sana-sini, ini akan memberi kesan sampai ke akar umbi. Kontraktor kekurangan kerja, PKS kekurangan kerja maka Kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil kira kedudukan ekonomi ke akar umbi dalam menimbangkan projek-projek. Kalau semuanya dihentikan umpamanya, maka sudah pasti ekonomi luar bandar akan semakin merosot. Ia akan menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Akhir sekali Tuan Pengerusi, 99000 Banci Ekonomi (EKS) ialah penting. Kerajaan memang telah melaksanakan banci ini beberapa kali dan ia memberi angka-angka yang cukup baik. Harapan saya supaya pertimbangan teliti diberikan untuk menghalusi kaedahnya – apa yang hendak dikaji dan perkara-perkara baharu khususnya ekonomi baharu. PKS ini kita tahu penting dalam negara kita dan hasil bancian ini menjadi asas yang kuat kepada kerajaan untuk merangka dasar. Maka itu saya sarankan supaya sebelum dimuktamadkan soalan-soalan bagi banci ini harus dihalusi dengan teliti untuk memastikan bahawa angka yang keluar daripada banci ini betul-betul menepati matlamat kerana belanja cukup besar iaitu RM46.6 juta. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Jeli.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Salak. Sila.

Sekejap lagi Arau ya.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Pembangunan Perkampungan Nelayan. Ada lebih kurang 100,000 nelayan di seluruh negara Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ini Menteri baharu, dia tidak tahu figure ini, kena bagi tahu. Dulu di bawah Kementerian Pertanian. Tidak apa lah, we will give you time, no problem. So, untuk membangunkan...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Pasir Salak, sukacita saya ingatkan Yang Berhormat Pasir Salak kepada Perkara 55(2)...

Apa itu?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sesebuah Jawatankuasa yang telah diserahkan kepadanya satu rang undang-undang selepas bacaan kali yang kedua tidak boleh membahaskan dasar undang-undang tersebut tetapi hanya butir-butir sahaja.

Butir-butir?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, butir-butir sahaja.

Saya pergi kepada butir..

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Bangun di bawah perkara dan hadkan...

00117...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya hargai kerjasama, sila.

Ya. Butir 00117, Pembangunan Perkampungan Nelayan. Very specific. Saya sebut tadi latar belakangnya nelayan ada dalam lebih kurang 100,000. Kalau kita bercakap soal hendak membina rumah nelayan sama ada perkampungan ataupun perbandaran, kos setiap buah rumah seeloknya biarlah jangan terlalu sedikit sehingga rumah yang dibina itu tidak sesuai dan tidak selesa. Saya menganggarkan– katakan RM100,000 bagi setiap buah rumah. Maknanya kita memerlukan lebih kurang RM10 bilion untuk membina rumah-rumah nelayan ini dalam satu kawasan perkampungan. Jadi, saya ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya menyiapkan peruntukan yang secukupnya kalau sekiranya hendak membela nasib nelayan dari segi perumahan. Saya hendak ingatkan juga masalah kedua ialah masalah tanah untuk dijadikan pusat perkampungan ataupun penempatan ini. Jadi adakah kerajaan bersedia untuk mendapatkan kerjasama daripada kerajaan negeri kerana selalunya kerajaan negeri agak keberatan untuk menyerahkan tanah-tanah ini untuk dibangunkan. Jadi itu berhubung dengan 00117. Perkara yang kedua ialah 03100, Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Di sini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri peruntukan yang dibuat dalam perbelanjaan ini bagi tujuan apa? Kalau sekiranya untuk mengambil alih tanah orang-orang kampung untuk dipulihkan dan dimajukan, saya rasa pada hari ini sudah tidak ada lagi tanah-tanah yang hendak dipulihkan dan disatukan melalui pengalaman saya semasa Pengerusi FELCRA dahulu. Jadi kalau sekiranya bercakap berkenaan dengan untuk memajukan peserta FELCRA, membangunkan nasib peserta FELCRA, kita kena melihat dan berikan peruntukan untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain. Tidak boleh peserta FELCRA hanya bergantung kepada dividen tanah sawit atau tanah getah atau sawah yang mereka diberikan pada hari ini lebih kurang enam ekar untuk satu orang peserta. Kita tidak boleh menambah lagi tanah untuk diberikan kepada peserta ini, sudah tidak ada tanah lagi. Mereka kalau mahu, mahu tambah daripada enam ekar kepada 10 ekar untuk setiap seorang peserta. Kita tidak ada tanah itu lagi. Jadi untuk jangka panjang, bagi membela nasib peserta kerajaan perlu berfikiran kreatif dan inovatif dari segi perancangan- perancangan, projek-projek ekonomi yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup peserta FELCRA di masa yang akan datang. Oleh sebab ada sedikit masa lagi, saya ingin menyarankan untuk pertimbangan Yang Berhormat Menteri untuk membawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri

dalam satu ucapan beberapa minggu yang lalu iaitu urbanisasi, urbanization kepada kawasan luar bandar. Kawasan FELCRA ini kawasan luar bandar, kawasan perkampungan. Saya amat bersetuju supaya kawasan-kawasan ini dibangunkan, dijadikan bandar-bandar di mana banyak aktiviti ekonomi. Industri sederhana dan kecilnya, industri beratnya. Pada hari ini, banyak projek perindustrian yang baharu, pelabur-pelabur dibawa ke kawasan-kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, bawa ke Johor Bahru. Ini kawasan sudah tumbuh– sudah bertumbuh. Kita hendakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan di mana terdapat rakyat-rakyat yang masih lagi ketinggalan. Penduduk luar bandar pada hari ini berpendapatan rendah– masih rendah, RM1,500, RM2,000 satu bulan.

Jadi, ini memandangkan kos sara hidup yang mereka hadapi pada hari ini, tidak cukup. Perlu ditingkatkan menjadi mungkin RM4,000 hingga RM5,000 satu bulan. Apa cara? Dividen daripada sawit FELCRA tidak cukup. Bonus tidak cukup.

Minta laluan, Yang Berhormat Pasir Salak.

Cuma berkenaan dengan Pulau Pinang. Pulau Pinang ramai lagi walaupun ia merupakan tempat yang telah dibangunkan, ramai lagi yang sejak tahun 2008 telah dipinggirkan. Kebanyakannya nelayan- nelayan daripada kaum Melayu yang tidak diberi bantuan oleh kerajaan yang dahulu, yang telah dipinggirkan sejak tahun 2008, untuk makluman.

Ya, saya sudah ubah tajuk kepada FELCRA tadi. Nelayan sudah berlalu. You miss the boat. Ketinggalan bas. Akan tetapi ada unsur-unsur politik soalan itu. Kalau saya jawab nanti politik, you tidak boleh jawab.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa tinggal tiga minit.

Kita sudah bangunkan Tuan Pengerusi, banyak rumah di kawasan nelayan Pulau Pinang. Terbengkalai. Di mana tempat durian banyak itu, apa nama tempat? [Bertanya kepada seorang Ahli Yang Berhormat]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Balik Pulau.

Balik Pulau. Beratus- ratus rumah telah dibina. Saya pergi sana. Eh! What happened man? Rumah ini tidak dimasuki. Kita sudah bina. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak luluskan dari segi CFnya dan sebagainya. Terbengkalailah begitu.

Yang Berhormat, saya hendak respond sedikit. Itu merupakan tuduhan...

Cukuplah itu. Saya pun tidak mahu ganggu orang lain. Terima kasih itu. Saya harap Menteri bawa pembangunan ekonomi, perindustrian, peluang ekonomi di luar bandar sama ada kawasan FELCRA, FELDA dan sebagainya. Peserta FELCRA tidak boleh terus menerus bergantung kepada hasil sawit mereka. There has to be a new economic activity. Cakap ‘orang putih’ laju sikit. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Arau...

Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Arau. Walaupun Yang Berhormat ada keuzuran tetapi ia tidak melemahkan semangat beliau. Tetap hadir Majlis Mesyuarat...

Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Walaupun pakai kerusi roda. Marilah kita berdoa supaya Yang Berhormat Arau cepat sembuh dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

Amin, amin. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang budiman. Kepada Yang Berhormat Menteri, kami bercakap macam mana pun yang ini akan diluluskan juga. Jadi, baik sokong, ya? Kelmarin saya sudah beritahu saya menyokong supaya peruntukan semula ini diluluskan serta-merta untuk membolehkan rakyat dapat perkhidmatan, pegawai-pegawai kerajaan dapat gaji dan sebagainya. Saya hendak sentuh berhubung dengan P.15, Butiran 70101 hingga Butiran 70113. Ini di bawah Johor. Akan tetapi saya tidak nampak Perlis di sini, Yang Berhormat. What happened to Perlis? Adakah Perlis negeri yang kaya? Jadi kita lihat perbadanan negeri- negeri ini dimasukkan semua: Johor; Kedah; Kelantan; Melaka; Pahang; Terengganu; Sabah; dan, Sarawak. Perlis tidak ada. Jadi saya rasa mungkin... [Disampuk] Hairan juga tetapi tidak ada masalah sebab Yang Berhormat, di bawah Butiran 93500, dia ada Projek Khas. Projek khas yang diperuntukkan dengan begitu banyak. Mungkin Yang Berhormat boleh pertimbangkan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Saya hendak sentuh benda ini Yang Berhormat. Di akhir tahun 1990-an dahulu, Yang Berhormat semasa itu Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat masih ingat bahawa ekonomi dunia menguncup, jatuh. Akan tetapi kerajaan telah mengambil tindakan yang berani dengan memasukkan pelaburan awam. Jadi, pelaburan swasta sudah tinggal lebih kurang 30 peratus, pelaburan awam telah ditingkatkan kepada 70 peratus yang membolehkan negeri mendapat peruntukan off-budget, dengan izin untuk membolehkan keadaan ekonomi distabilkan. Contohnya masa itu Perlis dapat universiti, politeknik dan juga kolej matrikulasi. Ia tidak ada dalam bajet belanjawan yang bernilai semuanya hampir RM1 bilion dan hasil daripada pengenalan pelaburan kerajaan, ekonomi telah dapat distabilkan. Jadi saya cadangkan supaya projek khas ini ditingkatkan, Yang Berhormat. Bila projek khas ditingkatkan, membolehkan kerajaan membuat pelaburan awam lebih daripada swasta. Kalau tidak, keadaan dunia yang tidak menentu, kita tidak tahu bila hendak tentu. Jadi kalau pelaburan awam ditingkatkan, secara automatik ia menarik pihak swasta untuk bersama. Jadi kita minta supaya projek khas ini digunakan untuk menampung di mana kekurangan yang terdapat di negeri-negeri. Kelmarin saya sebutkan semasa perbincangan di peringkat dasar tetapi Menteri Kewangan hanya menjawab bagi kewangan sahaja. Yang lain-lain itu ditimbulkan, jadi saya terpaksa timbulkan di peringkat Jawatankuasa balik untuk membolehkan Menteri-menteri yang berkenaan untuk menjawab. Jadi di antaranya ialah penarikan projek NCER. Ini kerana di bawah sini Yang Berhormat, masuk program IMT-GT. Jadi IMT-GT ini melibatkan Malaysia northern state dan juga Thailand. Akan tetapi program yang telah dimulakan dalam jangka masa yang begini panjang, kita ingin mendapat maklumat sama ada apa pencapaian sehingga kini yang telah dicapai oleh IMT-GT. Projek IMT-GT ini melibatkan tiga negara tetapi projek NCER walaupun dimasukkan di bawah Kementerian Kewangan, yang tidak dapat dijawab kelmarin kerana kita banyak bercakap pasal syak wasangka, kemungkinan Senate akan menolak dan sebagainya, akhirnya banyak benda yang telah ditimbulkan tidak dapat dijawab. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah boleh satu projek sahaja di Perlis iaitu NCER? Lain-lain tidak ada supaya dapat dikembalikan balik dan dibuat tender terbuka. Mungkin kerajaan sekarang memikirkan bahawa semua projek dibuat tender terbuka. Kami daripada Perlis, kami tidak kira terbuka ataupun tertutup. Apa yang kami hendak ialah projek sebab ia boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Perlis. Sebagai contohnya, hasil pembinaan universiti, politeknik dan juga kolej matrikulasi membolehkan pertumbuhan ekonomi di peringkat runcit ini berjalan dengan begitu lancar dan hebat.

Jadi saya minta supaya di bawah projek khas, Yang Berhormat dapat memasukkan Perbadanan Ekonomi Negeri Perlis. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Pengerusi, Tasek Gelugor.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya bagi – sila ringkaskan. Saya bagi Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Butiran 04000, berkenaan dengan di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Pertamanya, saya hendak menyentuh berkenaan dengan peruntukan yang diberi kepada pekebun kecil. Saya hendak bertanya kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, belanjawan yang diluluskan tahun 2017 untuk tahun 2018 sehingga 9 Mei 2018, berapa telah dibelanjakan? Selepas 9 Mei, berapa baki yang masih ada? Itu yang pertama. Kedua, saya hendak menyentuh berkenaan dengan sekarang ini, penoreh getah iaitu pekebun kecil sangat teruk keadaan mereka kerana pendapatan mereka yang merosot, harga yang rendah. Jadi, di sini kita tengok dalam jawapan oleh Menteri kepada saya pada minggu lepas, sekiranya harga lantai...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap sesama sendiri tanpa menggunakan pembesar suara]

Minta sekejap. Saya tengah hendak bercakap ini. Pergi berborak di luar.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Teruskan, teruskan.

Ia ganggu. Minta maaf, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa itu emas. Sila teruskan.

Jadi, dia ganggu. Jadi, minta pergi bercakap di luarlah.

[Dewan ketawa]

Okey, baik. Jadi sangat teruk terutamanya pekebun kecil yang lebih kurang 600,000 seluruh Malaysia ini yang mana harga sekarang ini di antara RM1.80 sehingga RM2.00. Jawapan minggu lepas oleh Yang Berhormat Menteri, sekiranya harga lantai diletakkan RM3.00 paling kurang, kerajaan terpaksa menambah RM1 bilion peruntukan tambahan. Jadi, saya melihat RM1 bilion peruntukan tambahan untuk pekebun kecil sebanyak 600,000 adalah sejumlah yang kecil. Ini kerana pendapatan negara setahun lebih kurang RM200 bilion lebih. Jadi kita ambil RM1 bilion untuk 600,000 bagi penoreh-penoreh dan pekebun-pekebun kecil ini mendapat harga lantai paling kurang RM3.00. Ini perlu kita lihat supaya mereka mendapat pendapatan yang lebih dan mendapat hasil yang lebih. Mereka boleh berbelanja untuk rotation economy keseluruhan negara. Ini cadangan kita kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana pihak berkuasa...

Yang Berhormat Pendang, mohon sikit.

RISDA ini di bawah hal ehwal ekonomi. Jadi saya mohon sangat kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi supaya kita lihat sikit kepada penoreh getah ini kerana mereka adalah satu penyumbang besar kepada ekonomi negara. Itu yang pertama. Keduanya saya melihat juga...

Yang Berhormat Pendang, mohon sedikit penjelasan, Yang Berhormat Pendang. Sikit sahaja.

Sila.

Berkaitan masalah ataupun isu penoreh getah ini. Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan kuota eksport kayu getah yang pada ketika ini statusnya tidak dijelaskan sama ada sekatan itu masih lagi kekal 100,000 meter

padu setahun ataupun telah disekat keseluruhannya. Sedangkan kayu getah ini sebahagian daripada sumber kepada penoreh-penoreh getah. Sebahagian daripada penoreh getah ini terpaksa menjual kayu getah mereka untuk menampung keperluan akibat kejatuhan harga getah ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Pendang, ringkaskan.

Ya, terima kasih. Ya, begitulah seperti mana yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Sik. Saya hendak bangkitkan juga berkenaan dengan yang kedua, rujuk kepada Butiran 06500 iaitu Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah. Negeri Kedah ini sentiasa menghadapi masalah bekalan air, bukan kerana air tidak ada, air banyak. Akan tetapi masalah piping yang dibina pada tahun 1970-an dahulu, sekarang sudah peringkat aging ataupun peringkat penuaan yang mana tersumbat dan juga NRWnya sehingga 45 peratus tidak dapat diatasi. Ini juga saya cadangkan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli supaya melihat balik supaya berlaku replacement ataupun penukaran, dengan izin piping yang sudah lama ini, yang mana bocor dan juga terkambus.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, terkeluar tajuk ini. Yang Berhormat Pendang terkeluar tajuk.

Tidak, tidak, tidak. Ada dalam ini, Butiran.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kementerian lain.

Butiran 06500.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kementerian lain, kementerian lain.

Tidak apa. Kita bincang semua rolling budget tambahan ini.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sabarlah satu, satu. Sabarlah satu, satu.

Saya boleh sentuh semua. Apa yang penting ada dalam ini Butiran. Apa you ini.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang. Kita hadkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Ya, apa you.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey, panjang lagi?

Okey tidak apa. Terima kasih. Jadi saya hendak minta satu lagi supaya dilihat balik piping bekalan air di negeri Kedah keseluruhan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, ya, ya. Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam peringkat Jawatankuasa Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan Tahun 2018 di bawah Kepala Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, lapan orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian. Saya bagi tujuh orang dari kalangan pembangkang. Hanya seorang sahaja wakil kerajaan. Jangan kata Speaker tidak adil.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Memandangkan masa itu emas, jam sudah lebih pukul satu. Saya tangguhkan Mesyuarat ke pukul 2.30 petang dan nanti saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan sebelah pagi telah pun diselesaikan. Sekarang Majlis menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan Pengerusi, minta izin. Sebentar tadi sebenarnya saya ada bertemu dengan Tuan Pengerusi bagi sesi pagi, kita ada minta kalau dapat dilanjutkan sedikit tempoh perbahasan memandangkan peruntukan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ini yang paling besar dalam peruntukan semula ini. Hampir separuh daripada jumlah yang diperuntukkan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta maaf Yang Berhormat kerana tadi telah disebutkan bahawa selepas perbahasan telah pun diselesaikan dan selepas rehat akan diteruskan dengan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk menjawab.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Hal Ehwal Ekonomi · Gombak

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada lapan Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa perkara yang ada hubung kait dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Pengerusi pada pagi tadi, lapan yang membahaskan perkara ini tujuh datang daripada pembangkang hanya satu daripada kerajaan. Ini membuktikan Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini berlaku adil dan memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada pembangkang khususnya Yang Berhormat Parit Sulong yang sering menimbulkan masalah di dalam Dewan yang mulia ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Pertama saya ingin respons kepada Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Jeli yang berulang kali menzahirkan keresahan tentang peranan MARA dan memberikan gambaran seolah-olah Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini memecahkan MARA kepada beberapa kementerian. Ini satu perkara yang berniat tidak sihat yang telah cuba dilakukan oleh Yang Berhormat Parit Sulong untuk menimbulkan keresahan di luar sana. Sekiranya Yang Berhormat melihat kepada penguntukan semula peruntukan perbelanjaan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam yang telah pun dibahaskan di peringkat dasar dan diluluskan jelas perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan MARA adalah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Jadi tidak timbul MARA dipecahkan kepada beberapa kementerian dan saya berharap Yang Berhormat Parit Sulong dapat membisikkan perkara ini kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang masih lagi tidak mendapat pencerahan. Namun pada masa yang sama...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sekejap Yang Berhormat saya hendak minta penjelasanlah kalau macam itu.

Nanti bagi saya habiskan penjelasan ini terlebih dahulu.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Hah! Sudah habis tadi itu.

Saya ingin menegaskan bahawa MARA yang ditubuhkan pada Mac 1996 yang mempunyai objektif utama iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan memudahkan sistem penyampaian kepada rakyat khususnya

golongan Bumiputera akan tetap dipertahankan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang ada pada hari ini. [Tepuk]

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Eh! Boleh tanya, kah?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Menteri menjawab dalam jawapan Yang Berhormat Menteri dan terima kasihlah kalau sekiranya tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa menjaga kepentingan MARA ini adalah antara prioriti daripada pihak-pihak Pakatan Harapan. Cuma saya tertengoklah dalam muka surat dalam butiran yang diberikan kepada kita. Apabila dikatakan penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bermaksud reallocation. Cuma saya hendak bertanya, bukankah reallocation itu dikeluarkan daripada yang terdahulu dimasukkan di bawah kementerian Yang Berhormat? Termasuklah di dalam butiran yang dinyatakan di sini Butiran 070100 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1.2 billion, this is a very good amount dengan izin. Kemudian di bawah perbelanjaan pun juga mengenai termasuklah mengenai Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains Mara dan segalanya. Banyak Yang Berhormat, ia terletak di dalam Kertas Perintah 4 tahun 2018 sebab itulah saya ingin penjelasan lebih lanjut. Kalau sekiranya ada peruntukkan itu dimasukkan, reallocation bermaksud daripada tempat lain sebelum ini dan dimasukkan ke dalam kementerian. Yang Berhormat, itu yang saya hendak tanya itu sebab sebelum ini bawah pengupayaan ekonomi luar bandar iaitu MARA ini sendiri bukan bawah Kementerian Ekonomi tetapi bawah KPLB. Itu satu pertanyaan yang saya kira berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada kita di dalam Dewan ini. Terima kasih Yang Berhormat. Minta penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Memang benar MARA sebelum ini berada di bawah KPLB. Namun sebaik sahaja rakyat memberikan mandat yang begitu besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan dengan tujuan untuk melakukan reformasi secara total. Maka antara langkah utama ialah untuk memperkenalkan sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab untuk merancang, menggubal perancangan jangka pendek dan jangka panjang ekonomi negara Malaysia. Antara usaha yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah untuk menyatukan beberapa agensi penting ini bagi mengangkat sosioekonomi golongan Melayu dan Bumiputera di bawah sebuah kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Memandangkan kementerian ini adalah kementerian yang baharu sudah tentulah kementerian memerlukan peruntukan daripada Kementerian Kewangan supaya kita dapat menyempurnakan penyampaian, rancangan, program dan dasar kepada rakyat seperti yang telah kita rancangkan. Inilah berlaku pindahan iaitu perbelanjaan yang perlu dilakukan oleh kementerian sama ada pembangunan atau mengurus diperuntukkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Pokoknya ialah MARA tidak dipecah-pecahkan ataupun di– istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Pontian iaitu [Disampuk] dikacik-kacikkan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Racik, racikkan.

Racik, racikkan, okey.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, ada lagi yang saya hendak tanya. Ada – boleh lagi tidak, ada sikit sahaja lagi. Sikit sahaja lagi.

Jadi sekarang MARA di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, okey, terima kasih. Jadinya, apa jaminan daripada pihak Yang Berhormat Menteri bahawa, matlamat asal MARA ini ditubuhkan tidak tersasar daripada matlamat asal. Ini bermaksud, sebab kita Yang Berhormat menjaga hal ekonomi negara. Tahniah saya ucapkan. Memang layaklah Yang Berhormat berada di sana. Cuma, saya risau dan khuatir sebab bila ekonomi it’s, sorry, ianya berkaitan dengan profit-oriented ataupun untung rugi.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bagaimana Yang Berhormat hendak pastikan, hendak memberi jaminan bahawa, kalau MARA pula adalah untuk membangunkan bumiputera dan Melayu itu sendiri dari segi pendidikannya, daripada segi perniagaannya dan daripada segala-galanya yang berbagai- bagai lain, tetapi berkaitan dengan Melayu dan bumiputera? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat, jaminan daripada pihak kementerian Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.

Yang Berhormat Parit Sulong, antara core activities ataupun aktiviti utama MARA adalah sektor pendidikan, keusahawanan dan kesemua ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu suasana di mana golongan Melayu Bumiputera juga mampu bersaing dalam beberapa sektor ini. Sudah tentulah kita mahu melihat matlamat MARA itu dapat dicapai sepenuhnya. Maka pengurusan MARA itu, perjalanannya, lembaga pengarah itu harus dirombak semula. Ini kerana, kita mahu golongan yang profesional, yang berintegriti dapat memastikan pengurusan FELDA itu benar- benar telus dan akhirnya ianya dapat. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, satu persatu. Yang Berhormat Pontian bangkitkan juga dengan FELDA, MARA. Ini semua agensi Bumiputera yang penting. Semuanya telah rosak kerana kecurangan pentadbiran kerajaan yang lama menyebabkan kita mewarisi satu legasi yang amat membebankan kepada peneroka FELDA dan juga golongan Bumiputera dan juga Melayu di dalam mencapai hasrat MARA. Jadi, saya memberi jaminan, saya telah nyatakan dengan tegas di dalam Dewan ini bahawa objektif utama penubuhan MARA itu bukan saja akan dipertahankan, tetapi kita akan memperkasakan. Ini selaras dengan jaminan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga ingin respons kepada Yang Berhormat Pontian, yang membangkitkan soal peruntukan yang disediakan kepada RISDA sebanyak RM84.477 juta. Apakah termasuk bantuan RM200 sebulan untuk musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil getah yang berjumlah lebih kurang 554,000 orang di seluruh negara? Saya ingin menyatakan bahawa, peruntukan yang disenaraikan ini adalah di bawah perbelanjaan mengurus RISDA dan ini adalah di bawah kawal seliaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Namun, bantuan RM200 sebulan semasa musim tengkujuh itu adalah dilaksanakan oleh Lembaga Getah Malaysia, di bawah Kementerian Industri Utama. Pembayaran tempoh pertama iaitu daripada November, Disember, Januari 2018 telah pun dibayar seperti yang dijadualkan selama tiga bulan. Maka, bayaran seterusnya perlu dirujuk kepada Kementerian Industri Utama dan bukan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan butiran 16200 tentang projek jalan FELDA. Apakah skop projek dan kenapa tidak dimasukkan dalam peruntukan JKR? Untuk makluman Yang Berhormat Pontian, projek jalan FELDA ini adalah sebahagian daripada Jalan Persekutuan yang melibatkan kerja-kerja menurap semula jalan-jalan yang berkenaan di rancangan-rancangan FELDA di seluruh negara. Saya percaya Yang Berhormat sedia maklum, kita ada 317 rancangan FELDA di seluruh negara dan kos projek yang telah diluluskan dalam RMK-11 adalah sebanyak RM1 bilion. Namun, ini adalah untuk tempoh RMK-11. Bagi tahun 2016 di peruntukkan sebanyak RM200 juta dan 2017 RM60 juta. Dalam rolling plan ketiga bagi tahun 2018, di peruntukkan RM60 juta, tetapi telah disemak semula dan dikurangkan kepada RM45 juta. Oleh sebab itulah yang tertera di dalam butiran 16200 ini adalah peruntukan yang akan dilaksanakan bagi tujuan menurap semula jalan-jalan di dalam rancangan-rancangan FELDA di seluruh negara. Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan tentang emolumen kakitangan kontrak di bawah butiran 050100. Untuk makluman Yang Berhormat, ini sebenarnya adalah merujuk kepada agensi MARA. Emolumen ini terdiri daripada anggota kerja MARA yang bertaraf kontrak, yang masih belum berjawatan tetap. Terdapat 616 orang anggota kerja yang terlibat yang terdiri daripada guru, yang masih menyambung pengajian mereka dalam Diploma Pendidikan sebelum layak ke jawatan tetap dalam tempoh dua tahun. Maknanya, sekarang ini mereka masih lagi belum mendapat Diploma Pendidikan dan skim gaji mereka adalah DC iaitu Guru Sementara. Namun, sebaik sahaja mereka memperolehi Diploma Pendidikan dalam tempoh dua tahun itu, saya memberi jaminan mereka akan diserapkan ke jawatan tetap iaitu DG untuk meneruskan perkhidmatan mereka di MARA. Yang Berhormat...

Boleh? Jalan FELDA tadi Yang Berhormat Menteri, diperuntukkan RM1 bilion, tetapi yang digunakan hanya yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Apa yang terjadi kepada wang selebihnya itu?

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seperti yang saya nyatakan tadi, jumlah RM1 bilion itu adalah untuk tempoh lima tahun iaitu Rancangan Malaysia Ke-11. Bagi tahun 2018, siling yang telah ditetapkan adalah RM60 juta. Akan tetapi, oleh sebab kedudukan kewangan semasa ianya telah dikaji dan disemak semula dan dikurangkan kepada RM45 juta. Inilah yang dipindahkan kepada FELDA, kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi tujuan menurap semula jalan-jalan yang sedia ada di rancangan FELDA. Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan perkara 00121 iaitu infrastruktur luar bandar yang dipindahkan daripada JPM kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebanyak RM31.5 juta. Ia sebenarnya peruntukan infrastruktur luar bandar. Sebelum ini ia di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana FELDA sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekarang, oleh sebab FELDA dipindahkan ke Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, maka peruntukan selebihnya itu dipindahkan yang berjumlah RM31.5 juta. Ada dua tujuannya, iaitu yang pertama, ini tujuan khusus peruntukan ini. Pertama untuk membina dan juga menaik taraf bangunan di rancangan-rancangan FELDA. Kita ada 317 rancangan FELDA di seluruh negara. Ada keperluan untuk sekolah agama rakyat, ada keperluan untuk dewan orang ramai, maka peruntukan ini disediakan bagi tujuan yang berkenaan. Begitu juga, peruntukan yang sama juga disediakan bagi tujuan lampu-lampu jalan kampung di kawasan rancangan FELDA. Jadi tujuannya agak spesifik, bagi tujuan yang berkenaan dan ianya tidak bertindih dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat Parit Sulong yang bertujuan untuk melaga-lagakan dua Menteri yang memang padu dan utuh dari segi semangat kerjanya. Akan tetapi, yang saya hendak nyatakan, ini adalah projek FELDA. Oleh sebab ini projek FELDA, ianya tidak diletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jadi, saya harap Yang Berhormat Parit Sulong cerah dan faham tentang penjelasan yang telah diberikan. Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Boleh mencelah sedikit? Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat ada menyebutkan tadi, selain daripada diguna untuk jalan dan sebagainya, adalah untuk bangunan dalam tanah rancangan FELDA. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, boleh tak sebahagian daripada bajet itu digunakan untuk membina pusat-pusat industri kecil dan sederhana untuk peserta-peserta FELCRA dan juga FELDA, terutama sekali kaum wanita? Itu boleh menambah pendapatan mereka.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, saya harap kita sedang membincangkan soal pembangunan di FELDA bukan FELCRA, FELDA ya. Peruntukan yang disediakan sebanyak RM31.5 juta ini memang bagi dua tujuan khusus yang saya sebutkan tadi. Namun cadangan Yang Berhormat Pasir Salak itu cadangan yang baik bagi kita dapat memperkasakan ekonomi yang dijalankan di rancangan-rancangan FELDA khususnya di kalangan wanita ataupun keluarga-keluarga peneroka FELDA. Namun, saya percaya untuk membina sebuah pusat bagi tujuan berkenaan mungkin kita kena semak semula dari segi keperluannya. Namun sekiranya kita dapat menaik taraf bangunan-bangunan yang sedia ada seperti dewan orang ramai mungkin ada certain parts of the building ataupun kemudahan itu boleh dimanfaatkan bagi cadangan Yang Berhormat Pasir Salak. Saya ucapkan terima kasih kerana bukan selalu Yang Berhormat Pasir Salak dapat mengemukakan cadangan yang positif seperti ini.

[Dewan ketawa]

Yang Berhormat Kota Kinabalu telah mohon penjelasan tentang Butiran 93500 – Projek Khas yang berjumlah sebanyak RM136 juta. Saya ingin menjelaskan bahawa projek khas ini ialah peruntukan sebenarnya bagi membiayai projek-projek di luar perancang kementerian. Maknanya it is budgeted, dimasukkan di dalam belanjawan tetapi tidak diberikan pengkhususannya kerana ia melibatkan insiden-insiden bencana dan juga keperluan luar jangka seperti...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri, Parit Sulong.

Nanti dulu belum habis lagi.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Kejaplah ini, Butiran 00121 itu, infrastruktur luar bandar, lepas itu ia tidak ada cakap dekat sini pun FELDA sebab ia tajuk sendiri ini. Ia tajuk sendiri ini, RM31 juta itu. [Disampuk] Ia tajuk sendiri, infrastruktur luar bandar dan ia tidak cakap dalam FELDA saja. Dalam ini, saya tolong Yang Berhormat Menteri, muka surat lapan, muka surat sembilan.

Betul saya...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dia tidak ada, it’s not under FELDA ini. FELDA itu mungkin tambahan baguslah alhamdulillah tetapi infrastruktur luar bandar ini termasuklah kawasan luar bandar tempat kawasan Parlimen Parit Sulong. Boleh sajalah, boleh saja ini, itu... [Sambil merujuk pada Kertas Perintah 4 Tahun 2018]

Yang Berhormat.

Semua pergi Parit Sulong. [Ketawa]

Yang Berhormat Parit Sulong, bila Yang Berhormat melakukan perbahasan saya bertanggungjawab untuk menjawab dan memberikan pencerahan. Pencerahan yang saya berikan tadi ialah 00121 infrastruktur luar bandar itu adalah peruntukan khusus untuk FELDA sebab itu... [Disampuk] Oh! Baru nak kata “Oh, oh!”

[Dewan riuh]

Oleh sebab itu saya sudah sebutkan tadi...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bermaksud kena ada pembetulan dekat sini. [Sambil merujuk pada Kertas Perintah 4 Tahun 2018] Infrastruktur luar bandar di kawasan FELDA.

Tidak nanti, sebab itu dalam ruang yang ketiga itu dengan jelas disebut dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Saya sudah jelaskan tadi Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini FELDA di bawah JPM dan hari ini di bawah kementerian. Boleh Yang Berhormat?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Boleh.

Faham kah idok? Alhamdulillah. [Dewan ketawa] Yang Berhormat Kota Kinabalu, tadi saya nak memberikan penjelasan secara khusus sebagai contoh bila berlaku banjir di Pantai Timur pada tahun 2014 di Kuala Krai, di Kelantan, di Terengganu, di Pahang, ini ialah peruntukan yang digunakan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dengan bencana seperti ini. Baru-baru ini berlaku kebakaran di sebuah tahfiz madrasah dan kita akan gunakan peruntukan yang sama, ini adalah perbelanjaan luar jangka dan keperluan yang perlu kita sediakan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat. Yang Berhormat Jeli ada membangkitkan beberapa perkara, yang pertama tentang MARA. Saya sudah jawab tadi Yang Berhormat. Tentang peranan MARA akan terus diperkasakan dan MARA hari ini berada di bawah satu kementerian sahaja jadi janganlah bawa dalam ceramah-ceramah pada malam-malam bahawa MARA ini di pecah-pecahkan itu tidak benar sama sekali. Yang Berhormat Jeli ada bertanyakan tentang perkara dalam Butiran 080300 iaitu Program Skim Pelajar Cemerlang yang diperuntukkan sebanyak RM4 juta. Ada dua program penajaan pelajar cemerlang ini pertama, Program Skim Pelajar Cemerlang di Makassar, Indonesia yang membuat kursus-kursus perubatan ataupun medic ini. Di mana MARA memperuntukkan sejumlah RM8 juta pada tahun ini untuk membiayai 20 orang pelajar. Namun, sebanyak RM4 juta telah pun dibelanjakan sebelum ini maka baki RM4 juta dipindahkan ke kementerian baru kerana Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sekarang ini bertanggungjawab untuk mengendalikan Program Skim Pelajar Cemerlang di Makassar maka sebab itu angka yang dicatatkan adalah RM4 juta. Namun Yang Berhormat saya juga ingin merujuk kepada Butiran 070100 di mana sejumlah RM1.022 bilion telah diperuntukkan, perkara ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Untuk makluman Yang Berhormat daripada RM1.022 bilion ini RM500 juta adalah baki untuk penajaan program pelajar-pelajar MARA. Di mana peruntukkan asal sebenarnya adalah RM2 bilion bagi tahun 2018. Sebanyak RM1.5 bilion telah pun diusahakan oleh KPLB sebelum ini, sebelum agensi ini dipindahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menaja 48,000 ribu pelajar MARA dalam negara dan 7,000 ribu pelajar di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Australia.

Namun pada tahun ini MARA meletakkan satu sasaran baru untuk meningkatkan lagi penajaan pelajar-pelajar tajaan MARA ini kepada 65,000 pelajar-pelajar. Jadi Yang Berhormat Pasir Salak, Kerajaan Pakatan Harapan amat komited untuk mengangkat martabat umat Melayu. Jadi tanpa UMNO pun Melayu selamat sebenarnya dalam negara Malaysia ini.

[Dewan tepuk]

Di mana daripada 65,000 tajaan pelajar MARA, 58,000 adalah pelajar dalam negara dan 7,000 pelajar di luar negara. Jadi baki sebanyak RM500 juta ini dipindahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi tujuan penajaan pelajar-pelajar MARA. Yang Berhormat Jeli juga ada membangkitkan senarai MRSM, GIATMARA dan IKM, apakah statusnya? Tangguh, batal dan sebagainya. Saya kira Yang Berhormat Titiwangsa semalam telah memberikan jawapan tapi saya ingin mengulangi ini adalah keputusan Kabinet jadi tidak perlu nak laga-lagakan kami, kami buat keputusan secara kolektif, secara jemaah, itulah kekuatan Pakatan Harapan. Untuk makluman Yang Berhormat, MRSM Tanah Merah, Sik dan Ketereh, KKTM Selama dan GIATMARA Bera pada ketika ini ditangguhkan untuk sementara waktu kerana kesemua projek ini walaupun telah disenaraikan dalam RMK ke-11 namun pelaksanaannya perlu dinilai semula oleh Kementerian Kewangan dan juga EPU selaras dengan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang menyatakan sebarang projek yang belum dikeluarkan SST ataupun surat setuju terima akan ditangguhkan untuk semakan. Yang Berhormat Jeli juga ada membangkitkan tentang cadangan untuk penyelarasan pembiayaan biasiswa oleh beberapa agensi dan anak-anak syarikat kerajaan. Pada dasarnya kita melihat cadangan ini satu cadangan yang positif tapi kita harus ingat ada jabatan, agensi dan juga anak-anak syarikat Kerajaan Malaysia yang ada tujuan tertentu pemberian biasiswa itu. Kadang-kadang ia nya seperti Petronas, ia menyediakan biasiswa bagi memenuhi industri petroleum gas dalam negara kita. Ada juga seperti MARA, biasiswa diberikan khusus dalam sektor pendidikan dan JPA lebih kepada perkhidmatan awam. Jadi kadang-kadang kita harus juga melihat kepada kumpulan sasar penerima biasiswa ataupun pinjaman tersebut untuk memenuhi keperluan yang memberikan biasiswa. Namun pada ketika ini seperti MARA, juga kita sentiasa merujuk kepada JPA untuk melihat syarat-syarat kelayakan itu...

Yang Berhormat Menteri boleh?

Harus diselaraskan, sama ada kategorinya ataupun kos sara hidup, ataupun kaedah membayar balik pinjaman ataupun biasiswa, itu boleh kita selaraskan. Akan tetapi kita juga harus melihat keperluan yang memberikan biasiswa itu supaya menepati kumpulan sasar untuk memenuhi industri mereka.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semalam saya ada tanya soalan tambahan berkenaan dengan MRSM dan dijawab oleh Menteri KPLB. Hari ini servis bertukar tangan dengan begitu cepat, Menteri Ekonomi pula yang menjawab soal MRSM. Tidak apalah. Saya hendak tanya mengikut dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi mengatakan MRSM, khususnya di Kelantan yang ada dua, di Tanah Merah dan juga di Ketereh, dalam semakan dan sudah pun diluluskan sebenarnya dalam RMKe-11. Apa maksud dalam semakan? Adakah ianya tetap akan dilaksanakan dalam RMKe-11 ini? Cuma tidak dilaksana tahun ini, mungkin tahun depan atau 2020 ataupun ditangguhkan sehingga satu masa yang akan dikaji balik? Itu saja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya ambil maklum tentang pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya, saya juga telah menerima surat rayuan daripada Yang Berhormat Tanah Merah supaya MRSM ini dapat dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Saya mengambil sikap yang terbuka dan telah mengemukakan rayuan tersebut kepada pihak MARA untuk melihat. Apabila saya sebut tadi kita tangguhkan projek-projek, ini adalah selaras dengan keputusan yang diambil oleh Kementerian Kewangan. Mana-mana projek yang belum mendapat SST, perlu ditangguhkan dahulu. Kita ingin kaji dan semak keperluan semasa. Apakah pembangunan MRSM Tanah Merah dan Ketereh ini perlu dilaksanakan segera ataupun boleh ditangguhkan mengikut permintaan di kalangan pelajar-pelajar yang memerlukan kemudahan sokongan pendidikan yang diadakan di dalam MRSM yang berkenaan.

Kalau kita boleh manfaatkan MRSM yang sedia ada, mungkin kapasitinya belum dimanfaatkan lagi, mungkin itu harus diberikan keutamaan. Akan tetapi kalau ada keperluan yang mendesak untuk pembangunan MRSM baru, saya percaya EPU dan kementerian dapat menimbangkan perkara ini secara positif.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mencadangkanlah kalau boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Semak, semak jugalah tetapi projek-projek yang kecil-kecil, sederhana untuk kepentingan rakyat ini tidak payahlah hendak disemak-semak sangat banyak. Buat sajalah, kan? Kalau semuanya hendak dikaji, dikaji, dikaji balik, jadi lama-lama esok, ianya makan masa dan rakyat yang rugi, satu. Keduanya, berkenaan dengan Yang Berhormat kata Kabinet telah pun membuat keputusan, projek-projek yang mendapat surat SST boleh diteruskan. Akan tetapi saya dapat makluman daripada luar, ada jabatan-jabatan kerajaan yang tidak tahu menahu tentang keputusan Kabinet itu. Terutama sekali Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan memberi arahan yang lain. Jadi, macam mana? Di mana penyelarasan di antara Kabinet dengan semua kementerian-kementerian di atas keputusan? Kabinet adalah keputusan yang paling atas sekali. Terima kasih.

Ada dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Pertama, saya hendak nyatakan di sini, cadangan ini juga telah diperingatkan oleh Yang Berhormat Jeli. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jeli bahawa dalam usaha kita untuk melakukan pengurangan perbelanjaan kerajaan ataupun government expenditures ini, kita juga harus berhati-hati. Kalau kesemua projek dibatalkan ataupun ditangguhkan, ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Saya mengambil maklum sebagai seorang Menteri kanan sebelum ini, Yang Berhormat Jeli memberikan pandangan dan peringatan dan itu jugalah peringatan yang diambil kira oleh kerajaan pada hari ini. Bukan kesemua projek dibatalkan. Ada– malahan saya telah sebut dalam Dewan yang mulia ini, kalau Yang Berhormat Pasir Salak izinkan, saya hendak nyatakan sekali lagi. Lebih kurang dua minggu yang lalu saya telah nyatakan di sini, bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan taraf hidup terpelihara, terutamanya di kawasan luar bandar, pelaksanaan projek yang memberikan manfaat terus kepada rakyat, people-centric and high impact projects seperti jalan raya, jambatan, bekalan air, elektrik, keselamatan, kesihatan, sekolah dan rumah ibadah akan diteruskan. Manakala projek yang ditangguhkan dan dibatalkan pula merupakan projek mega kerana kemudahan sedia ada masih dapat memenuhi keperluan rakyat. Jadi, kita ada senarai keutamaan. Bagi projek-projek yang people-centric di luar bandar itu akan diteruskan, tidak ditangguhkan. Akan tetapi ianya ada...

Keputusan itu, adakah dimaklumkan kepada semua jabatan?

Nanti, satu persatulah Yang Berhormat. Itu yang pertama. Kedua, ia ada kaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, seolah-olah tidak ada penyelarasan di antara Kabinet dengan Kementerian Kewangan dan tidak dimaklumkan kepada kementerian. Tidak benar, sebab sebaik saja Kabinet memutuskan beberapa perkara dasar ini, Kementerian Kewangan telah mengambil tindakan yang proaktif, mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kementerian dan jabatan. Di mana saya juga sekali lagi telah menyatakan dalam Dewan ini, di mana Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu arahan yang disebut sebagai Arahan Penambahbaikan Tadbir Urus dan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan bertarikh 29 Jun 2018 kepada semua kementerian supaya mematuhi peraturan-peraturan yang baru ini. Pertama, projek yang belum dikeluarkan SST, dibatalkan atau ditangguhkan. Kedua, projek-projek yang telah dikeluarkan SST bernilai RM10 juta ke bawah boleh diteruskan. Projek yang telah dikeluarkan SST bernilai RM10 juta ke atas boleh diteruskan dengan syarat dengan kemajuan pelaksanaan tidak kurang 15 peratus. Sekiranya di bawah 15 peratus, projek hendaklah dikaji semula melalui Contract Coordination Panel (CCP) kementerian masing-masing. Jadi agak terperinci arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk dipatuhi oleh semua kementerian bagi soal penyelarasan dasar telah diputuskan oleh Jemaah Menteri Kabinet.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, satu kenyataan yang jelas dan melegakan. Oleh kerana di bawah sana tertanya-tanya apa hala tuju Kerajaan Pakatan Harapan berkaitan dengan projek-projek kecil luar bandar. Separa bandar dan juga bandar– yang miskin bukan luar bandar saja, bandar ada juga. Jadi, projek-projek kecil seperti PIA dan PIAS ini, nama singkatan yang digunakan, di bawah sana ada kebimbangan bahawa ia akan terhenti buat beberapa waktu. Jadi, dengan kenyataan Yang Berhormat tadi, saya cadangkan dan hendak tanya Yang Berhormat sama ada kerajaan akan mengeluarkan arahan yang khusus kepada pejabat pembangunan negeri untuk menyediakan cadangan. Oleh kerana sudah 3-4 bulan ini, di bawah, di kampung-kampung ini dan ekonomi di bawah sana ada kesannya apabila tidak ada program, tidak ada projek, kontraktor Kelas ‘F’ tidak ada kerja, pembekal makanan pun business-nya berkurangan. Kalau dulu dapat 3-4 kerja setahun, sekarang kosong dalam 3-4 bulan ini. Maka, dengan penjelasan dengan Yang Berhormat itu sudah pasti akan membantu melegakan mereka, usahawan kecil ini. Bukan luar bandar saja, separa bandar dan bandar. Jadi, adakah Yang Berhormat bercadang untuk memanggil kesemua SDO dan menyediakan butiran khusus untuk memastikan projek-projek bagi kontraktor kecil Kelas ‘G1’, yang kecil sekali. Dulu Kelas ‘F’, sekarang Kelas ‘G1’, dapat dihidupkan semula setelah terhenti, mungkin 3-4 bulan terhenti. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dalam perbahasan dalam Jawatankuasa, segala apa yang dinyatakan tadi perlu kelulusan kepada RUU Jawatankuasa ini. Saya harap tidak dalam peringkat perbahasan Dasar. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan peringatan tersebut. Namun, saya mengambil serius pandangan Yang Berhormat Jeli dengan matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus dirancakkan, dapat dipulihkan segera. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Machang, di Kelantan pada hari ini telah pun ada lima MRSM yang boleh menampung seramai 3,535 orang pelajar. Namun, setakat Jun 2018, pengambilan di kelima-lima MRSM ini hanya seramai 2,857 pelajar sahaja. Maka, masih ada ruang untuk menempatkan pelajar-pelajar yang memerlukan kemudahan MRSM. Oleh sebab itulah saya menyatakan tadi sekiranya ada keperluan mendesak, kita akan bina baru. Akan tetapi kita cuba manfaatkan kemudahan yang sedia ada. Yang Berhormat Pasir Salak minta penjelasan sebentar tadi...

Yang Berhormat Menteri, sedikit. MRSM. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, terdapat kekosongan di lima buah MRSM di Kelantan. Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan dan kementerian Yang Berhormat untuk memastikan bahawasanya tempat-tempat kosong tersebut akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar miskin kawasan luar bandar? Kita tahu mungkin kelayakan straight A’s yang disyaratkan itu sudah pun dikurangkan untuk UPSR. Ini bolehkah dikurangkan sedikit lagi bagi memastikan masyarakat- masyarakat yang terpinggir ini ditempatkan di MRSM ini?

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya mengambil maklum untuk meletakkan satu andaian bahawa pelajar di bandar boleh bersaing dengan pelajar di luar bandar, sudah tentulah itu satu andaian yang tidak adil. Ini kerana kemudahan yang sedia ada di luar bandar jauh ketinggalan daripada apa yang ada di bandar. Di bandar, mungkin kita ada tuition classes ataupun facilities yang lain ataupun makmal dan sebagainya untuk meningkatkan keupayaan dan potensi anak-anak kita tetapi di luar bandar mungkin mereka menghadapi masalah ini. Maka, saya bersetuju untuk melihat keperluan yang akhirnya tujuan MARA ini dibentuk adalah untuk memastikan anak-anak kita yang mempunyai potensi sama ada dalam bidang akademik ataupun kemahiran yang lain dapat diberikan opportunity ataupun peluang untuk ditempatkan di MRSM. Maka oleh kerana masih ada ruang untuk menempatkan, kita

boleh melihat kriteria ini tetapi certain criteria mesti dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang akan ditempatkan ini. Kalau tidak, mereka juga menghadapi masalah untuk bersaing dengan pelajar-pelajar di MRSM yang berkenaan. Antara pendekatan program outreach yang dilakukan oleh MARA sebelum ini iaitu sebelum keputusan UPSR diumumkan ialah setiap MRSM akan mengadakan program outreach dengan sekurang-kurangnya lima buah sekolah untuk mengenal pasti calon-calon daripada kumpulan B40 ini yang layak, mempunyai minat dan potensi untuk melanjutkan pelajaran mereka ke MRSM. Jadi saya kira perkara ini boleh diberikan perhatian oleh MARA. Yang Berhormat Pasir Salak memohon penjelasan tentang peruntukan untuk pembangunan perkampungan nelayan yang didakwa terlalu rendah jika dibandingkan dengan jumlah nelayan yang ada iaitu seramai 100,000 orang mengikut maklumat Yang Berhormat Pasir Salak. Pertama, saya ingin menyatakan bahawa sehingga hari ini, jumlah nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia adalah seramai 132,000 orang. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya tujuan untuk menyediakan peruntukan pembangunan perkampungan nelayan ini asalnya adalah di bawah Kementerian Kewangan. Malahan ada butiran di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012 sebanyak RM300 juta bagi tujuan tersebut iaitu pembangunan perkampungan nelayan. Kemudian pada tahun 2015, peruntukan ini ditambah sebanyak RM159.9 juta menjadikan keseluruhan peruntukan berjumlah RM459.9 juta. Peruntukan ini butirannya di bawah Kementerian Kewangan diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan pembangunan perkampungan nelayan. Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya, EPU menerima beberapa aduan daripada beberapa kerajaan negeri yang mendakwa bahawa terdapat terlalu banyak birokrasi sehinggakan peruntukan yang begitu besar tidak dapat diterjemahkan bagi memanfaatkan nelayan-nelayan di seluruh negara. Maka, kerajaan pada ketika itu melalui EPU telah bersetuju untuk mewujudkan pilot project yang bermula di negeri Perak, Yang Berhormat Pasir Salak, di Pangkor di mana lima buah perkampungan nelayan telah diberikan peruntukan sebanyak RM128 juta untuk RMKe- 11 untuk tempoh lima tahun iaitu Kampung Nelayan Teluk Muroh, Kampung Nelayan Kampung Masjid, Kampung Nelayan Kampung Sungai Pinang Besar, Kampung Nelayan Teluk Kecil dan Kampung Nelayan Teluk Gedung. Bagi tahun 2018, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi tujuan ini. Namun, sebahagiannya telah dibelanjakan oleh EPU sebelum ini di bawah JPM dan bakinya sebanyak RM2.9 juta yang disenaraikan ini dipindahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5 juta bagi tahun 2018 untuk menjayakan pilot project di Pangkor untuk pembangunan lima perkampungan nelayan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Peruntukan di masa yang lalu sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut itu RM400 juta, RM500 juta sebenarnya tidak besar mana memandangkan jumlah bilangan nelayan yang begitu ramai. Tadi saya ambil kira kalau sebuah rumah sahaja untuk standard sekaranglah— jangan kita buat nelayan ini macam dulu-dulu juga, duduk di kampung tradisional, jalan pun tidak ada, api tidak ada, apa tidak ada. Kalau kita hendak mereka hidup dalam keadaan sebuah negara yang maju— saya buat begitu dahulu di FELCRA, projek generasi gen-2 FELCRA dahulu. Kita hendak melihat rakyat di luar bandar pun menikmati perumahan seperti kita di bandar juga. Jangan mereka ketinggalan lagi. Kasihan mereka. Jadi jumlah RM400 juta, RM500 juta tidak cukup, Yang Berhormat. Kalau RM100,000 sebuah rumah sekarang, tidak besar mana. Dikalikan pula dengan 100,000— Yang Berhormat kata tadi bukan 100,000 orang tetapi 130,000 orang nelayan. Bermaknanya, hampir RM13 bilion. Jadi kalau kita hendak melihat pembelaan kepada masyarakat nelayan ini, we have to look for the money. Kalau tidak, mereka akan terus ketinggalanlah. Itu satu. Keduanya, nelayan-nelayan ini pendapatannya sangat rendah. Jadi banyak mereka bergantung kepada kerajaan untuk membela nasib mereka. Saya menyerulah— semasa saya dahulu dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan izin, we tried our best. Apa yang mampu dengan jumlah peruntukan RM400 juta itu cuma untuk projek-projek

baik pulih rumah sahaja, Tuan Pengerusi, tidak boleh hendak buat rumah. Baik pulih rumah RM10,000, RM15,000, RM5,000. Rumah-rumah usang, rumah-rumah yang sudah lama itu cuma mampu kita bagi bantuan baik pulih seperti atap, dinding, lantai. This is not the way. Ini bukan cara kalau kita hendak melihat masyarakat nelayan juga terbela sebagaimana yang kita hajatkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Mohon mencelah, Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Rantau Panjang bersama dalam Dewan ini. [Tepuk] Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat. Kita lihat rata-rata perkampungan nelayan berada di persisiran pantai. Antara cabaran utama perkampungan nelayan terutama di musim tengkujuh adalah hakisan ombak yang menjejaskan bukan sahaja rumah mereka malah tapak perumahan. Itu juga memberikan kesan. Jadi setakat ini dalam perancangan pihak kementerian kerajaan baharu ini, apakah dasar yang dibuat untuk memastikan pembelaan kepada golongan nelayan ini? Begitu juga untuk generasi kedua yang saya risau generasi kedua sebab mereka akan meneruskan kehidupan. Jadi sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, isu-isu ini memang menjadi tekanan terutama bagi nelayan miskin. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat.

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya juga amat gembiralah kerana pada petang ini keluarga kita dari Rantau Panjang dapat hadir dalam Dewan yang mulia ini dan rakyat Rantau Panjang juga dapat melihat bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan melayan Ahli Parlimen Rantau Panjang [Tepuk] dengan rasa hormat, tertib. Inilah adab kita dalam Dewan yang mulia ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Oh! Ada Keadilan? Keadilan ada di mana- mana, Yang Berhormat. [Tepuk] Rantau Panjang ada, Terengganu ada, seluruh negara ada. Akan tetapi yang saya nak nyatakan di sini, inilah Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan baharu yang menghormati semua rakyat, semua kerajaan negeri dan juga pembangkang. Saya harap Yang Berhormat Pasir Salak dapat belajar daripada Kerajaan Pakatan Harapan dalam perbahasannya.

Tuan Pengerusi, dulu yang tak hormat apa itu, kerajaan sekarang.

Ya, ya. Sini.

Oh! Yang Berhormat Arau, minta maaf. Tak boleh bangun, saya tak nampak. Minta maaf.

Ya lah, okey tak apalah. Kami lagi terhormat dulu.

Saya akan jawab perbahasan Yang Berhormat Arau selepas ini. Saya nak rujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Pasir Salak tentang peruntukan yang disiapkan itu tak cukup. Saya memahami. Memang benar untuk membantu sejumlah golongan keluarga nelayan memerlukan satu peruntukan yang besar. Namun Yang Berhormat juga sedia maklum bukan sahaja soal peruntukan ataupun jumlah peruntukan malahan yang lebih penting ialah kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membantu mereka. Kalau RM459 juta pun tak boleh dibelanjakan dengan baik dan telus, bagaimana kita nak siapkan satu peruntukan yang lebih besar?

Itu tuduhan itu, tak betul.

Nanti dulu.

‘Dibelanjakan dengan secara tidak telus’ itu menuduh kerajaan dahulu, kementerian dahulu.

Ya, betul. Bukan tuduh.

Saya Timbalan Menteri, saya tahu.

Ya, saya merujuk kepada Yang Berhormat lah ini.

Ha itu tuduhan kepada sayalah, tidak betul itu. Tuduhan itu tak berasas, tolong tarik balik. Tak baik itu, semua orang dengar kat sana. Oh! Jangan main-main.

Maklumat yang saya peroleh daripada EPU jelas. Apabila satu peruntukan ditambah pada tahun 2015 kepada RM459 juta, kerajaan- kerajaan negeri mengadu semula kepada EPU. Saya hanya memberikan maklumat dan pencerahan dalam Dewan ini. Sebab itulah EPU memulakan pilot project di Pangkor untuk melihat bagaimana kalau peruntukan ini disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan juga perkampungan nelayan yang berkenaan. Itu satu contoh. Keduanya, Yang Berhormat juga harus ambil maklum bahawa daripada 132,000 nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia, bukan kesemuanya memerlukan bantuan yang mendesak daripada kerajaan kerana Yang Berhormat juga mungkin sedia maklum sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, ada nelayan yang dikategorikan nelayan pantai ataupun nelayan tradisional. Ini di antara satu hingga lima batu nautika di mana mereka menjalankan aktiviti perikanan mereka. Bagi saya, inilah kumpulan yang perlu mendapat perhatian segera daripada kerajaan dan hanya Kerajaan Pakatan Harapan dapat membantu mereka, insya-Allah. Daripada 132,000 nelayan ini, yang terlibat dalam kategori ini hanya 79,513 orang dan saya percaya 79,513 orang ini yang perlu dibantu segera oleh kerajaan. Kemudian ada juga kategori yang lain di antara lapan hingga 12 batu nautika. Mungkin ini nelayan yang menggunakan pukat tunda dan juga pukat jerut dan pendapatan mereka jauh lebih tinggi daripada nelayan tradisional yang pendapatan mereka di antara RM1,000 hingga RM2,000 sahaja yang perlu diberikan perhatian segera. Ada juga nelayan dalam kategori laut dalam. Jumlahnya seramai 31,948 orang. Ini di antara 15 hingga 30 batu nautika. Sudah tentulah pendapatan mereka juga lebih besar daripada nelayan tradisional. Jadi dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada nelayan, kita harus juga menepati kumpulan sasar yang memerlukan bantuan tersebut. Ini merujuk kepada Yang Berhormat Rantau Panjang yang membangkitkan masalah yang dihadapi oleh nelayan khususnya musim tengkujuh. Bukan sahaja mereka tidak dapat ke laut, bukan sahaja mereka tidak dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka tetapi juga kawasan kampung nelayan mereka juga rosak kerana ombak yang besar. Jadi, perkara-perkara ini saya percaya dalam Bajet Pembangunan, saya akan meminta EPU untuk memastikan negeri-negeri yang terdedah kepada musim tengkujuh ini mendapat perhatian segera dalam menyediakan belanjawan bagi tahun 2019 dan saya sendiri telah menyatakan dalam Dewan ini bagi negeri Kelantan, Terengganu sudah tentulah antara negeri yang telah diberikan perhatian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bersama-sama membangunkan negeri-negeri yang berkenaan.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ada soalan berkaitan kepada Yang Berhormat Menteri. Selain daripada bantuan infra dalam rupa bentuk peralatan kepada nelayan, salah satu daripada perkara yang sangat menjejaskan tangkapan nelayan dan hasil pendapatan mereka ialah pencerobohan nelayan asing. Dalam satu tangkapan yang saya pernah bangkitkan di Dewan ini pada tahun 2017, jumlah tangkapan nelayan asing dan ditangkap bersama dengan mereka sejumlah RM5 juta nilai harga gamat emas yang ditangkap bersama dengan 22 nelayan asing. Jadi sekali mereka keluar ke laut, mereka boleh makan setahun. Adapun nelayan kita sangat dikaitkan dengan kemiskinan, mengharapkan bantuan kerajaan yang sampai sekarang pun masih belum boleh mengubah taraf hidup mereka. Apa komen, Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya nak rumuskan satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang sebentar tadi tentang perumahan untuk generasi kedua keluarga nelayan. Untuk maklumat Yang Berhormat Rantau Panjang, dalam pilot project kita di Pangkor yang diselia oleh EPU, program ini turut menyediakan rumah untuk generasi yang kedua di mana generasi

kedua yang terlibat dalam aktiviti nelayan akan disiapkan perumahan bagi generasi yang berkenaan. Tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa, ini satu isu yang perlu mendapat perhatian segera daripada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pertahanan kerana rondaan yang dilakukan oleh Polis Marin ataupun pihak tentera itu perlu dipertingkatkan dan sebenarnya dia ada kesan ekonomi sekiranya perkara ini dibiarkan begitu sahaja kerana hasil nelayan yang patut diperoleh oleh nelayan tempatan akan tidak dapat diperoleh oleh kerana ada aktiviti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Saya akan bawa perkara ini kepada pengetahuan Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang dahulu sahabat baik Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan juga Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk kita bincangkan secara bersama apakah langkah- langkah untuk membanteras masalah yang dihadapi oleh nelayan di pantai khususnya.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Kalau macam ini boleh menanglah, insya-Allah.

Amin. [Ketawa]

[Bangun]

Yang Berhormat Machang?

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pun ambil kesempatanlah nak mengalu-alukan kehadiran pelawat dari Parlimen Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Yang Berhormat Menteri, nelayan ini ada juga nelayan darat. Terbahagi kepada dua nelayan darat ya. Kawasan saya pun ada nelayan darat, kawasan Sungai Kelantan. Dalam apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya berharap agar nelayan darat ini tidak akan terlepas pandang ya kerana dalam musim tengkujuh dan kalau tak musim tengkujuh pun mereka ini berada di dalam keadaan yang kedaifan. Satu lagi, Yang Berhormat Menteri menyebut bahawasanya jawapan daripada Yang Berhormat Menteri memang berhemah, bersopan. Saya setuju sebab pertanyaan daripada pembangkang pun berhemah dan bersopan. Itu yang sebenarnya.

Terima kasih, Yang Berhormat Machang.

Mohon mencelah sikit, Kangar.

Orang berbudi, kita berbahasa.

Kangar mohon mencelah sikit.

Yang Berhormat Arau.

Kangar mohon mencelah sebelum itu.

Saya tak pasti sama ada sebab tengok yang perbincangan tentang isu nelayan ini dah macam masuk ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tetapi oleh kerana Yang Berhormat Menteri sudi untuk memberi respons, saya nak sentuh sikitlah berkaitan isu nelayan di Kuala Perlis di bawah kawasan Parlimen Kangar di mana saya dalam satu dialog dengan persatuan nelayan sebelum ini, mereka ada mengadu. Salah satu isu yang diadukan yang mungkin berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ialah tentang sekatan kepada eksport ikan semasa musim perayaan dan kebetulan kita pun hampir dengan Raya Haji. Saya tak pasti sama ada sekatan akan diteruskan.

Sekatan ini bertujuan untuk memastikan ada bekalan yang cukup di pasaran tempatan. Akan tetapi yang dimaklumkan adalah ketika dalam tempoh sekatan, ikan-ikan yang boleh dibekalkan dalam pasaran tempatan ini jadi berlebihan, yang menyebabkan ada lambakan, yang akhirnya dijadikan ikan beku. Ikan beku ini akhirnya menyebabkan kononnya, asalnya, untuk menurunkan harga dalam pasaran tempatan, tetapi akhirnya oleh kerana tidak dapat dijual oleh kerana terlalu banyak, dijadikan ikan baja.

Jadi mereka minta kalau boleh, ada keanjalan supaya walaupun sekatan itu diberi dalam tempoh misalnya tiga bulan dari semasa ke semasa, sepatutnya ada pemantauan supaya sekatan itu tidaklah terlalu rigid supaya ikan ini dapat dijual dan juga dapat dieksport sekiranya berlebihan.

Tuan Pengerusi, hendak sambung nelayan sedikit. Kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa Yang Berhormat Menteri akan berbincang dengan Menteri Pertahanan bagaimana tindakan boleh diambil untuk menghalang nelayan asing. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, walaupun ini tidak termasuk dalam senarai, saya hendak beritahu bahawa di samping kita mendapat ancaman daripada nelayan asing tetapi kita juga dapat ancaman daripada negara asing yang meletakkan coastguards mereka di Beting Patinggi Ali. Jadi Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Menteri bincang juga tentang kehadiran coastguards asing ini yang menghalang nelayan-nelayan untuk pergi ke laut dalam terutamanya daripada Sarawak.

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat dan saya minta kementerian untuk menyusul dengan tindakan yang sewajarnya. Kembali kepada sahabat saya Yang Berhormat Kangar, saya melihat ini satu perkara baharu yang dibangkitkan. Saya faham Yang Berhormat tidak diberikan ruang sebentar tadi untuk berbahas, namun pegawai-pegawai saya daripada kementerian sedang membantu untuk menyediakan response kepada perkara yang dibangkitkan. Saya kira adalah adil untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan berfakta kepada Yang Berhormat tentang perkara yang dibangkitkan ini. Yang Berhormat Arau ada bertanya mengapa tidak ada peruntukan pembangunan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis pada tahun 2018. Untuk makluman Yang Berhormat, apabila kita meneliti dan menyemak untuk memberikan kelulusan kepada sesuatu projek itu, ia berdasarkan kepada viability dan juga prinsip value for money untuk pembangunan yang berkenaan. Namun, amat malang sekali, pada tahun 2018, tiada projek yang sesuai untuk dipertimbangkan berdasarkan viability dan value for money kepada pembangunan ekonomi negeri Perlis kerana sehingga hari ini, pihak EPU hanya menerima dua permohonan daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

[Bangun]

Pertama, untuk cadangan penempatan semula peniaga makanan sedia ada yang berada di kawasan tidak selamat ke penempatan baru di Kuala Perlis. Kos projek yang dijangkakan adalah sebanyak RM21 juta. Pada pandangan EPU, pada ketika ini belum ada keperluan kerana kita sudah pun ada Medan Ikan Bakar di Kuala Perlis yang belum sampai satu tahap yang benar-benar boleh dimajukan seterusnya. Kedua, EPU memohon supaya laporan teknikal dikemukakan memandangkan penempatan baru yang dicadangkan ini akan memasuki kawasan laut dan Jabatan Laut perlu menyediakan laporan teknikal bagi kelulusan yang berkenaan. Kedua yang dikemukakan ialah kerja infrastruktur asas bagi Nakawan Border Industrial Park, Padang Besar, utara Perlis. Perkara ini juga didapati tidak viable untuk dilakukan pada ketika ini. Oleh sebab itulah tiada peruntukan yang dipindahkan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis sehingga hari ini.

Mohon laluan sedikit, Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

Boleh saya respond pada Yang Berhormat Arau dahulu sebab soalan dia?

Ya, terima kasih. Ini PKR Perlis menyokong Yang Berhormat sebagai Timbalan Presiden. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, dalam mempertimbangkan sesuatu projek itu, kita kena bagi pertimbangan atas asas projek dan atas juga asas negeri, Yang Berhormat Menteri. Saya ini dapat dua kemalangan yang besar. Pertama, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi tidak masuk nama Perlis, Kementerian Air pun tidak ada nama Perlis. Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau hendak tanya, air ini keperluan untuk semua negara tetapi tidak masuk Perlis. Jadi di sini sekejap lagi saya akan bercakap mengenai tajuk ini. Jadi Yang

Berhormat, kalau sekiranya Yang Berhormat menyebut laporan teknikal dan sebagainya, saya ingat benda itu telah pun dibuat begitu lama. Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, adakah kerajaan negeri tidak submit apa-apa langsung? Adakah ini kelemahan negeri, kelemahan Menteri Besar ataupun terlampau banyak campur tangan? Kalau sekiranya Perlis sudah tidak mampu untuk hantar projek, jadi EPU yang ada, Kerajaan Pusat hendaklah tolong bagi negeri yang begini miskin untuk hendak hantar projek pun tidak ada. Saya tidak pernah buat kerja ini seumur hidup. Akan tetapi untuk bagi sebuah negeri menghantar dua projek, itu sudah cukup memalukan tetapi EPU kena tolonglah. Pegawai-pegawai EPU bukan sahaja hendak tolong berdasarkan projek yang telah dipohon tetapi hendaklah menolong membantu negeri yang berkenaan. Yang Berhormat, saya hendak kena sebut benda ini sebab untuk negeri lain, ketua jabatan bagi Perlis, sesetengahnya gred 48. Gred yang paling tinggi mungkin 52 ataupun 54 dua, tiga jabatan. Ini bererti mereka terlampau junior dan dengan itu pegawai-pegawai yang JUSA A di Kuala Lumpur ini kena tolong. Yang Berhormat, ini negeri, maruah. Kalau tidak, kita tutup negeri itu.

[Dewan ketawa]

Akan tetapi kalau hendak hidup sebagai sebuah negeri, kita kena tolong. Kalau tidak, tidak adil. Perbadanan pun tidak masuk, air pun tidak masuk.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat Arau kalau tidak mahu bagi PAS lah.

Bukan. Ini adalah satu penganiayaan mutlak. Kalau Yang Berhormat hendak sebut ini adalah kelemahan pentadbiran negeri, Yang Berhormat boleh sebut dalam Dewan ini. Kita hendak perbetulkan.

Boleh saya masuk dahulu?

Saya respond sekejap sahaja. Yang Berhormat Arau, saya sebenarnya mengikuti perkembangan di Perlis dan saya amat simpati dengan Yang Berhormat kerana menghadapi masalah dengan Menteri Besar Perlis yang lalu dan juga pada hari ini. Akan tetapi saya tidak berminat untuk mencampuri masalah dalaman parti Yang Berhormat lah. Apa yang penting, EPU perlu menyemak dan meneliti keperluan negeri yang berkenaan berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri yang berkenaan. Namun, sekiranya Yang Berhormat merasakan permohonan yang dikemukakan itu tidak dapat dilihat sebagai satu permohonan yang substantive ataupun yang benar-benar mendesak bagi rakyat negeri Perlis, saya bersedia dengan kementerian untuk turun ke negeri-negeri mendengar sendiri taklimat kerajaan negeri tentang keperluan pembangunan negeri-negeri yang berkenaan supaya kita boleh berbincang secara bersama untuk menghidupkan semula semangat federalisme di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Inilah antara hasrat saya untuk turun ke negeri-negeri, bagi melakukan sesi perbincangan, diskusi dan engagement supaya kita dapat melihat keperluan negeri yang berkenaan berdasarkan kemampuan kewangan dan ekonomi negara semasa. Saya juga ingin respond kepada...

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat menyebut tentang – Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Yang Berhormat menyebut bahawa ada perbezaan saya dengan Menteri Besar Perlis. Ya, mungkin ada tetapi tidaklah seteruk perbezaan Yang Berhormat dengan Rafizi.

[Dewan ketawa]

Tidak apa Yang Berhormat. Benda ini kecil Yang Berhormat. Akan tetapi yang besar di sini ialah bila kita hantar apa-apa permohonan, dia sering kali pegawai tidak melalui Menteri Besar. Dia hantar terus. Jadi pada pandangan saya, Yang Berhormat kena bincang dengan pegawai-pegawai yang junior di peringkat negeri dan sudah pasti mungkin mereka tidak sampai ke tahap pemikiran hantar dua projek. Saya tidak pernah dengar dalam dunia orang buat kerja ini. Oleh sebab cara hendak minta projek ini, minta 20, dapat 10 pun all right. Kalau minta dua tidak dapat langsung. Jadi saya tidak pernah dengar benda ini dan tidak pernah dimaklumkan bahawa mereka menghantar dua projek. Jadi Yang Berhormat ini saya minta tolong. Kalau boleh tolong negeri-negeri yang pegawainya cukup junior untuk buat kerja-kerja ini.

Boleh saya masuk dahulu Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau walaupun berbeza dengan saya, kami untuk kepentingan negeri Perlis, insya-Allah boleh bersatu. Tadi Yang Berhormat maklumkan bahawa projek daripada negeri Perlis dia hantar hanya dua.

Tadi saya tengok di Lampiran B. Kalau tengok di sini memang ada sebelum ini sekatan terhadap peruntukan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Lebih kurang RM36 juta yang tidak diperuntukkan semula. Saya hendak sentuh oleh kerana kita berbincang tadi tentang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Dalam perkara peruntukan ini juga dimasukkan di sini berkaitan dengan Projek Pembangunan Langkawi di mana kalau kita belajar tentang pelancongan, kita akan tahu bahawa pelancongan ini aspeknya bukan sahaja on-site development dengan izin, ia juga melibatkan accessibility (kemudahsampaian). Jadi kita tahu kebanyakan pelancong kalau melalui jalan darat mereka suka menggunakan jeti di Kuala Perlis. Sekali lagi di Kuala Perlis dan kita tahu ada lebih kurang enam juta orang pelancong yang akan menggunakan jeti Kuala Perlis. Salah satu daripada projek Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis yang hari ini tergendala sekian lama ialah konkos baharu yang pembinaannya tidak memenuhi spesifikasi. Ini mungkin oleh kerana kecuaian pentadbiran yang lama. Jadi, saya ingat untuk pemulihan konkos ini tidak memakan belanja yang banyak. Saya ingat, mungkin sekitar RM100 ribu hingga RM200 ribu. Jadi, saya harap kalau dapat yang sepatutnya di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dab Budaya tadi, Yang Berhormat dapat peruntukan sedikit untuk memulihkan supaya konkos ini dapat berfungsi dengan lebih cepat.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya tertarik dengan peringatan yang Yang Berhormat Kangar dan saya ingin mencadangkan kalau boleh Yang Berhormat Arau rujuk kepada Yang Berhormat Kangar tentang pembangunan negeri Perlis. Kalau Yang Berhormat Arau tidak dapat duduk dengan Menteri Besar, saya ingat saya cadangkan duduk dengan Yang Berhormat Kangar kerana Yang Berhormat Kangar ini sebagai tokoh muda yang mempunyai idea-idea yang baharu yang pastinya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan memberikan kelulusan segera demi kepentingan dan pembangunan rakyat di negeri Perlis. Yang Berhormat Pendang ada membangkitkan tentang kemungkinan untuk menambahkan peruntukan dijangkakan sebanyak RM1 bilion bagi membantu 600,000 orang pekebun kecil getah akibat masalah harga getah yang volatile, yang tidak menentu dan kalau boleh penetapan harga lantai getah pada kadar RM3 untuk satu kilo. Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, penepatan harga harian adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Getah Malaysia (LGM) iaitu di bawah Kementerian Industri Utama. Setakat hari ini tiada penepatan harga lantai getah untuk menjadi rujukan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa walaupun tiada harga lantai getah yang telah digazetkan ataupun ditetapkan bagi tujuan pemberian bantuan kejatuhan harga getah, kerajaan melalui RISDA telah pun menyalurkan bantuan secara purata RM350 juta setahun untuk Program Penanaman Semula Getah dan aktiviti ekonomi tambahan kepada ahli isi rumah pekebun kecil.

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

[Bangun]

Ya, Yang Berhormat Padang Terap.

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Menteri, saya hanya ada satu soalan berkaitan dengan getah ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pendang bahawa pada waktu ini harga getah berada pada paras yang rendah. Saya kira bahawa mesti ada usaha-usaha daripada kerajaan untuk menambahkan pendapatan hasil getah yang ada. Ada satu projek yang telah diluluskan oleh kerajaan yang terdahulu yang dikenali sebagai Rubber City di negeri Kedah. Kerajaan negeri telah membuat pengambilan tanah seluas 1,000 hektar. Saya difahamkan melalui EPU, telah pun memberikan peruntukan untuk pengambilan tanah untuk Rubber City. Jadi, saya ingin mendapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, tentang kedudukan projek ini sama ada projek ini diteruskan atau bagaimana kedudukan status projek ini?

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Saya mengambil maklum memang ada cadangan asal untuk membangunkan Rubber City di Kedah bagi tujuan merancakkan aktiviti hiliran industri getah pada ketika itu. Walau bagaimanapun, ini satu perkara yang baru dibangkitkan dalam peringkat jawatankuasa. Saya mohon izin daripada Tuan Pengerusi untuk kementerian saya memberikan jawapan secara bertulis tentang status Rubber City yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap sebentar tadi. Satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau ialah projek di bawah NCR di negeri Perlis yang perlu diteruskan. Ini kerana juga akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Arau, antara projek yang telah diluluskan di bawah pihak berkuasa pelaksanaan Koridor Utara bagi negeri Perlis adalah seperti berikut, pertama Projek Kemudahan Infrastruktur di Kawasan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) dengan kos RM723.7 juta. Kedua, Projek Kemudahan Infrastruktur Perlis Inland Port (PIP) di kawasan CVIA dengan kos RM150.87 juta. Ketiga, Projek Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Perlis Kangar Sentral dengan kos RM30 juta. Bagi projek yang pertama, jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM25 juta. Namun siling yang ditarik adalah sebanyak RM18.75 juta. Komponen yang telah siap adalah Integrated Business Centre (IBC). Bagi projek yang kedua iaitu PIP, siling tahun 2018 yang diluluskan adalah sebanyak RM4 juta. Namun yang ditarik balik hanya RM3 juta. Bagi Projek Kangar Sentral, siling tahun 2018 yang diluluskan adalah RM2 juta dan ditarik balik sepenuhnya projek yang ketiga ini. Ketiga-tiga siling projek ini yang ditarik balik adalah dengan mengambil kira surat setuju terima yang saya telah jelaskan sebelum ini, yang masih belum dikeluarkan. Oleh demikian, pada masa ini projek ini hanya ditangguhkan dan tidak dibatalkan. Yang Berhormat Jeli ada membangkitkan tentang...

[Bangun]

Terima kasih. Thank you.

Keperluan...

Kangar dan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau tidak jadi. Kalau Yang Berhormat Arau tidak jadi, Kangar hendak minta sikit.

Oh! Yang Berhormat Kangar.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham maksud Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa projek ini ditangguhkan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, selepas PRU ke-14 tempoh hari saya mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pegawai di NCIA dan saya dimaklumkan bahawa sayalah orang kata Yang Berhormat pertama yang sudi menjenguk projek-projek yang telah dilancarkan oleh NCR sebelum ini. Setakat yang saya tengok oleh kerana negeri Perlis yang kecil yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Arau tadi pelaburan tidak banyak. Kalau tengok di dalam laman web MIDA Perlis ini sudah banyak tahun pelaburan asing ini kosong. Jadi bergantung dengan suntikan daripada kerajaan. Jadi saya harapkan projek ini tidak ditangguhkan begitu lama. Cuma saya tengok di sini ada dalam Butiran 19522 hingga Butiran 19526 berkaitan dengan perkara halal, daripada produk dan juga industri halal. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, Lembah Chuping ini kawasannya sangat luas. Lebih daripada 2,000 hektar, yang sangat subur dengan peluang untuk projek pertanian. Jadi saya berharap kalau boleh projek-projek yang berkaitan dengan halal ini dapat dihalakan ke sana. Ini juga berkaitan dengan apa Yang Berhormat Arau sebut tadi tentang program kerjasama IMT-GT. Mungkin ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen tidak tahu bahawa di Lembah Chuping ini, Perlis adalah pengeluar buah tin yang terbesar di Asia Tenggara. Jadi saya jemputlah kalau mana yang ada di sini walaupun bukan di kawasan saya, ia sangat bermanfaat. Jadi bolehlah kalau datang ke Perlis untuk cuba buah tin.

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya amat gembira kerana Yang Berhormat mempunyai komitmen yang begitu tinggi untuk melihat semula projek-projek pembangunan yang perlu digerakkan dan dijana pertumbuhan ekonomi bagi negeri Perlis dan kementerian akan memberikan perhatian serius kepada perkara ini, tertakluk kepada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Namun ada

perkara-perkara yang perlu kita segerakan proses semakan dan penelitian kerana sebarang penangguhan kerja akan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ada dua sahaja yang saya hendak rumuskan pada petang ini. Akhirnya Yang Berhormat Jeli ada membangkitkan tentang keperluan data di peringkat mikro bagi inflasi dan pengangguran supaya data yang diterbitkan menggambarkan keadaan yang sebenar. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi maklumat inflasi dan pengangguran sebenarnya telah pun sedia ada maklumat tersebut mengikut strata iaitu bandar dan luar bandar. Jabatan Perangkaan telah pun menerbitkan statistik di peringkat daerah dan akan terus menerbitkan dapatan yang lain untuk status sosial, demografi dan juga ekonomi tetapi tidaklah sampai ke peringkat kampung. Apa mekanisme yang sedia ada hanyalah mengikut strata iaitu kita ada statistik di peringkat makro negara dan juga bandar dan di peringkat mikro hanyalah di peringkat luar bandar dan daerah.

Namun, Jabatan Perangkaan sedang berusaha untuk memperluaskan lagi usaha ini sehingga kita mendapat statistik yang lebih tepat mewakili kampung-kampung yang berkenaan supaya ia dapat menggambarkan keadaan yang lebih realistik seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jeli. Bagi Butiran 9900 - Banci Ekonomi PKS yang berjumlah RM46 juta, untuk makluman Yang Berhormat, butiran ini merangkumi lima projek iaitu banci penduduk dan perumahan, banci perdagangan edaran penyiasat pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, penyiasat gaji dan upah dan penyiasatan guna tenaga. Pelaksanaan banci dan penyiasat di atas adalah mengikut metodologi dan piawaian antarabangsa seperti UMSD, System of National Accounts (SNA), International Labour Organization dan OECD. Jabatan juga melaksanakan sesi engagement dengan stakeholders dan agensi yang terlibat seperti EPU, MOF, Bank Negara Malaysia, MITI dan kementerian-kementerian yang lain. Input yang diperoleh ini untuk mendapatkan maklumat keperluan untuk dimaksudkan di dalam agensi borang soalan selidik yang dilakukan. Akhirnya saya ingin respons kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Apakah dasar untuk menangani ketidakadilan kepada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang kerana mempunyai pendapatan penengah yang lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri yang lain? Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Baharu pimpinan Pakatan Harapan menekankan manfaat ekonomi untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan juga keadaan demografi. Maka saya telah nyatakan tadi prinsip federalisme itu akan terus disuburkan dan diperkukuhkan. Intervensi kerajaan akan menyediakan peluang yang saksama kepada semua rakyat untuk menerima faedah dan mengambil bahagian dalam pembangunan negara berasaskan kepada prinsip keperluan ataupun needs-based. Bagi mengurangkan jurang pendapatan dan kekayaan antara kaum di negara ini, fokus akan diberikan kepada pendekatan pembangunan yang inklusif melalui tumpuan khusus bagi meningkatkan pendekatan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah ataupun B40 di seluruh negara. Strategi utama bagi meningkatkan pendapatan isi rumah B40 adalah seperti berikut: (i) pembangunan modal insan dan guna tenaga, dengan mengurangkan kadar keciciran pelajar, meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran tinggi, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, menarik pelaburan ke kawasan majoriti B40 untuk mencipta peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik, meningkatkan kebolehpasaran dan employability graduan; (ii) pembangunan keusahawanan. Ini juga merupakan fokus utama kerajaan hari ini dengan menyediakan sokongan secara bersepadu, termasuk pembiayaan dan bimbingan, pembangunan kapasiti dan capability, membangunkan perusahaan berasaskan komuniti, meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penggunaan teknologi moden, menarik pelaburan ke kawasan majoriti B40 untuk mencipta peluang perniagaan yang lebih luas,

menggalakkan keusahawanan secara atas talian ataupun online dan keusahawanan sosial; dan (iii) meningkatkan pemilikan kekayaan dengan memperluaskan program pelaburan. Selain dari langkah-langkah di atas kerajaan juga akan menambah baik program dan skim bantuan yang dituju khas kepada isi rumah B40 yang masih dibelenggu kemiskinan supaya mereka dapat hidup sejahtera dan tidak tertinggal daripada arus pembangunan. Dalam pada itu, penekanan akan turut diberikan kepada aspek perubahan minda dan pembentukan sifat peribadi unggul supaya isi rumah B40 mempunyai sikap berdikari, keyakinan diri yang tinggi, percaya kepada kebolehan sendiri dan cekal berusaha seperti rakyat di negara maju. Ini antara langkah yang sedang di usahakan oleh kerajaan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah maklumat yang disampaikan tadi akan didokumenkan menjadi satu-satu dasar? Seperti mana kita sebelum ini memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan mungkin Dasar Ekonomi sempena kerajaan baharu untuk didokumentasikan semua itu tadi dan akhirnya dapat dilaksanakan dengan cara yang terancang.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus yang memberikan pandangan yang baik supaya perancangan dan dasar ini dapat didokumentasikan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat, yang berteraskan rakyat, saya telah menyebutkan perkara ini bahawa satu Kongres Ekonomi akan diadakan pada 1 September ini yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan disusuli dengan pembentangan kajian separuh penggal RMK Ke-11 pada Oktober 2018 yang juga akan memuatkan beberapa hala tuju baharu ekonomi negara selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan. Saya percaya perkara ini boleh Yang Berhormat terlibat secara langsung dalam membahaskan dan akhirnya kita boleh meluluskan satu Dasar Ekonomi yang merentasi kaum, agama, dan negeri yang akhirnya dapat memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia keseluruhannya khususnya negeri-negeri yang memerlukan perhatian yang lebih serius, seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Ini jaminan Kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia. Terima kasih. [Tepuk]

Tidak boleh sudah?

Tuan Pengerusi, saya telah pun selesai menggulung perbahasan pada petang ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,288,017,768 untuk Maksud B.15 di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,288,017,768 untuk Maksud B.15, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,679,341,739 untuk Maksud P.15 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,679,341,739 untuk Maksud P.15 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan teruskan ke kementerian yang kedua iaitu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Kalau ikut senarai yang nombor 6.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.30 [Jadual] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim terbuka untuk dibahas sekarang. Dijemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas. Sekali lagi, dijemput perbahasan.

Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, tidak ada perbahasan?

Ada. Ada. Ada. Lepas Yang Berhormat Padang Terap. Arau.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Dipersilakan Yang Berhormat. Silakan. Daripada?

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya, Yang Berhormat Pengerusi Padang Terap. Berkaitan dengan B.30 yang berkaitan dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Ini berkaitan dengan apa yang saya hendak sebut di sini berkaitan dengan tenaga bagi menampung keperluan program pembangunan tenaga dan tenaga hijau. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa salah satu daripada agensi di bawah kementerian ini adalah melibatkan TNB dan dalam TNB seperti mana kita sedia maklum ada...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Tuan Pengerusi boleh minta Butiran, kod apa?

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

Butiran 05 dan 06 yang berkaitan dgn bil elektrik. Betullah itu, kan?

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

Di dalam TNB ada Generation Division, Transmission dan Distribution. Salah satu daripada division dalam TNB ini adalah generation. Di dalam generation ini ada power plant yang menggunakan arang batu dan juga menggunakan melalui hidro. Salah satu daripada kos yang boleh meningkat ini adalah dalam penggunaan arang batu apabila harga arang batu di pasaran dengan ringgit kita yang meningkat, sudah tentulah harganya berubah. Ini memberi kesan kepada TNB dan barangkali dalam jangka panjang, harga kilowatt hour yang telah dikenakan kepada pengguna mungkin– saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada dalam jangka panjang, adakah kementerian sedang memikirkan untuk melihat bagaimana jangka panjangnya untuk kos? Apabila kosnya meningkat, maknanya bil juga akan meningkat. Keduanya, berkaitan dengan TNB juga. Ada satu program yang telah dilaksanakan, sama ada program ini hendak di continue implementation nya iaitu dengan izin Tuan Pengerusi, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di mana disebut 1 Julai 2018 hingga 1 Disember 2018, bagi consumer domestic 39.5 per kilowatt hour yang di bawah ICPT. Bagi mereka-mereka yang berada di 300 kilowatt hour tidak ada kesan ICPT dikenakan. Bagi 300 kilowatt hour ICPT ataupun surcaj dikenakan dan ada funded daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Jadi, apa akan terjadi pada 1 Januari 2019? Adakah Imbalance Cost Pass-Through satu daripada program yang telah dilaksanakan untuk domestic consumer akan diteruskan ataupun program ini hendak diberhentikan pada masa yang akan datang sebab ianya melibatkan penggunaan domestik yang banyak menggunakan.

Dato’ Seri Mahdzir bin KhalidUMNO · BNPadang Terap

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa, non-domestic customer subjek kepada ICPT, surcaj dia adalah RM1.35 per kilowatt hour. Seperti mana yang dimaklumkan bahawa salah satu daripada usaha kerajaan, saya ingin bertanya kepada kementerian adakah kerajaan meneruskan usaha untuk melihat tenaga yang boleh diperbaharui di dalam negara kita. Kita ada solar yang telah diperkenalkan beberapa tahun dahulu dan sekarang hendak ditambah jumlah kilowatt hour yang boleh digunakan, tenaga yang boleh diperbaharui. Setakat ini, berapa sudah jumlah kilowatt hour ataupun megawatt yang telah dapat di generate daripada solar energy yang ada dalam negara. Jikalau kita dapat menambah barangkali solar energy yang ada dalam negara. Jikalau kita dapat menambah barangkali, solar energy ini sudah tentulah dia memberi satu kesan yang baik. Saya tidak pasti sama ada ia merupakan satu daripada komponen yang penting. Akhirnya, dalam hal yang berkaitan dengan TNB, saya juga ingin bertanya kepada kementerian, sama ada kementerian ataupun Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini hendak mengubah generation division ini menjadi satu syarikat yang berasingan dalam TNB, kerana dia yang generate power. Keduanya, distribution division yang mana dia distribute power. Adakah kerajaan bercadang untuk generate income satu company dan distribute energy ini satu company yang berlainan di dalam negara kita? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh saya tahu siapakah yang akan mengambil bahagian selain daripada lima Ahli. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau diberikan kebenaran untuk duduk.

Terima kasih, Tuan Pengerusi, yang pertama sekali saya hendak cakap bagi Maksud P.30 di bawah 07200 – Jabatan Alam Sekitar. Cuma saya hendak maklum kepada Tuan Pengerusi, semasa Tuan Pengerusi duduk dalam pembangkang dahulu, Tuan Pengerusi selalu bertanya, di mana perincian? Kita dibagi bajet, dibagi jumlah tetapi kita tidak dapat perincian. Saya mungkin tidak dapat maklumat kerana tidak dapat datang selalu tetapi saya tanya kawan-kawan, tidak ada seorang pun dapat perincian. Jadi semua yang kita dapat hanya jumlah yang telah di peruntukan kerana walaupun ini penguntukan semula tetapi sekurang-kurangnya jikalau ada perincian itu, senang untuk kita buat rujukan. Keduanya Tuan Pengerusi, ini fasal Jabatan Alam Sekitar. Kelmarin saya ada cakap, semasa dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tetapi oleh sebab Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi perhatian kepada yang disentuh tentang kewangan jadi saya ulang semula apa yang saya cakap semalam iaitu berhubung dengan alam sekitar. Tuan Pengerusi, kita sering kali apabila berlaku banjir dan bencana, perkara yang besar yang akan diminta oleh pegawai ataupun jabatan ialah untuk projek-projek tebatan banjir. Ini kerana, yang tebatan banjir dijaga oleh kementerian lain, kemudian kementerian yang menjaga kawasan tadahan air, kementerian lain. Kita tahu bahawa, banjir boleh berlaku dengan besarnya apabila kawasan tadahan ataupun kawasan hutan tidak dapat menampung air hujan yang begitu banyak dan dengan itu air mengalir dengan cepat ke bawah dan dengan itu, berlakulah banjir. Jadi –

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Tuan Pengerusi...

Jadi sekarang ini jikalau kementerian – Yang Berhormat minta penjelasan dekat saya?

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya. Saya hendak bangkitkan peraturan tetap.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Menteri hendak bangkitkan perintah tetap. Okey, sila.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Peraturan 55(2), “Sesebuah Jawatankuasa yang telah diserahkan kepadanya satu rang undang-undang selepas bacaan kali yang kedua tidak boleh membahaskan dasar rang undang-undang tersebut tetapi hanya butir-butirnya sahaja”. Saya hendak jawab mengikut butir-butiran supaya saya boleh jawab secara spesifik. Saya minta Ahli-ahli Parlimen yang hendak membangkitkan isu, boleh rujukkan apakah butir-butiran daripada kod bajet ini.

Yang Berhormat Menteri, dahulu pun kami kena macam itu juga tetapi kami bagi peluang. Kami bagi peluang dia orang bercakap, nanti kami jawab.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Akan tetapi banjir bukan di kementerian saya. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Ya, tidak mengapa.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau nanti boleh bahas, kita ada kementerian nombor tiga.

Salah kementerian.

Ya, ini khusus. Saya ini permulaannya ialah untuk merendangkan bahasa.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, mukadimah boleh dipendekkan. Kita terus masuk ke isi padat dan ringkas.

Saya memang sudah lama ingin berinteraksi dengan Yang Berhormat yang baharu ini. Tidak mengapa, hari ini kita boleh berinteraksi. Yang Berhormat balik tajuk ini semula, jikalau sekiranya air tidak dapat menampung hujan yang lebat, jadi air akan turun ke bawah dan dengan itu akan berlaku banjir. Maka terus kita minta tebatan banjir. Akan tetapi jikalau duit tebatan banjir ini dibelanjakan untuk membina semula hutan, kita tidak akan dapat banjir dengan begitu mendadak seperti yang berlaku pada tahun 2015 dan tahun 2016. Jadi saya bagi contoh, macam tebatan banjir di Kelantan, mereka mohon RM2 bilion tetapi RM2 bilion jikalau digunakan untuk membina hutan, terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan sebagainya, sudah pasti dia dapat menampung masalah ini dalam jangka masa yang lama. Tebatan banjir tidak dapat menjamin bahawa banjir tidak berlaku.

Akan tetapi apa yang paling penting ialah kita hendak kena jaga hutan kita supaya dibina semula. Kita tahu bahawa hutan di Malaysia sudah boleh dikata sudah di tahap yang kritikal. Jadi, Jabatan Alam Sekitar ini Yang Berhormat, ini bukan dasar, ini khusus. Butiran 07200 – Jabatan Alam Sekitar, Yang Berhormat, supaya ia bagi perhatian untuk menasihatkan ataupun untuk melaksanakan apa-apa projek untuk menahan air supaya jangan turun laju ke bawah. Saya bagi contoh, saya terlupa tahun berapa tetapi bila berlaku masalah penerokaan haram di Janda Baik, kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada RM30 juta kepada kementerian untuk membanteras penerokaan haram dan juga untuk menanam semula. Saya tidak pasti sama ada ia berlaku ataupun tidak tetapi setakat yang saya selalu pergi ke Janda Baik, saya tidak nampak apa-apa perubahan. Jadi, di sini saya minta supaya Jabatan Alam Sekitar bagi perhatian yang khusus mengenai perkara ini. Mereka juga diberi hak untuk memberi nasihat kepada kementerian yang menjaga tebatan banjir supaya melihat keutamaan. Keutamaannya ialah menanam semula hutan, menghidupkan semula hutan. Keduanya, saya cadangkan supaya Yang Berhormat yang baharu ini, jiwa baharu, orang baharu, muda dan sebagainya, mesti bersemangat untuk pulihkan hutan, haramkan pembalakan Yang Berhormat, haramkan pembalakan di seluruh negara. Ini tersifat orang muda, orang muda hendak cari tempat berekreasi. Kalau hutan sudah diteroka, macam mana? Dahulu semasa saya jadi Ahli Parlimen, Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi pun belum– mungkin masih belajar, saya jadi Ahli Parlimen bersama dengan...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau orang tua tetapi hati muda.

Ya, ya, confirm. Penyakit saya ini untuk orang muda sahaja ya. Okey, baik.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila.

Berbalik tajuk ini. Saya telah timbulkan bahawa tidak wajar untuk kita bina jalan pergi ke Kuala Tahan. Bila kita bina jalan ke Kuala Tahan, sepanjang perjalanan orang akan membuat pembangunan, hanya Kuala Tahan sudah hilang identiti sebagai Taman Negara. Yang Berhormat cuba pergi ke Kuala Tahan sekarang, boleh sampai dengan kereta ke Kuala Tahan. Dahulu kalau hendak pergi ke Kuala Tahan, kita kena naik bot. Dengan itu kita dapat menjaga alam sekitar dengan baik dan tidak ada banjir yang berlaku. Akan tetapi Tuan Pengerusi bayangkan, banjir berlaku di Kuala Tahan. Di Kuala Tahan banjir berlaku kerana hutan telah diteroka, di tanam kelapa sawit dan sebagainya. Jadi, termasuk juga projek ikan sturgeon yang telah juga mengurangkan hutan di Kuala Tahan. Jadi, kita haramkan balak, habis cerita. Kerajaan Negeri Sarawak yang cukup popular pada masa itu kerana mengharamkan balak, akhirnya dia menang pilihan raya dengan begitu baik sekali. Kerajaan Barisan Nasional lah. Jadi Yang Berhormat, kita minta supaya kementerian mencadangkan kepada negeri-negeri mengharamkan balak. Setengah negeri akan complain, ia kata kalau tidak ada balak, macam mana mereka hendak survive? Kerajaan Pusat boleh tolong. Oleh sebab apa? Banyak ganti balik kepada kerajaan negeri yang ingin mengharamkan balak. Ini kerana balak ini ialah sebenarnya bala. Dahulu balak mungkin boleh kita kaya tetapi sekarang balak ialah bala kepada negara. Jadi, saya minta kementerian baharu ini supaya melihat benda ini sebagai satu keutamaan, yang lain-lain itu nombor dua. Yang Berhormat, orang luar negara datang ke Malaysia bukan dia hendak tengok bangunan, di tempat dia pun sudah banyak bangunan, dia hendak datang hendak tengok kelainan. Kelainannya ialah dia datang hendak melihat hutan, air terjun dan sebagainya. Sekarang kita tahu semua tempat-tempat ini telah berlaku kerosakan dengan teruknya, di semua tempat di seluruh negara. Akan tetapi kalau kerajaan mengisytiharkan tahun ini ialah tahun PH memerintah dengan hebatnya, dengan menutup chapter yang lama kepada yang baharu, haramkan balak.

Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat akan...

Boleh celah sikit? Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Bagan Serai mencelah, boleh?

Yang Berhormat Bagan Serai?

Boleh?

Boleh, boleh.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa kesuntukan, tiga minit.

Sikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sikit, cepat.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya hendak cakap perkara berkaitan sebab Yang Berhormat Arau pernah datang ke Bagan Serai semasa Yang Berhormat Arau menjadi Timbalan Menteri. Tasik Bukit Merah ini kadang-kadang ia menyebabkan banjir, kadang- kadang ia menyebabkan kemarau. Di hulu kawasan tadahan air Bukit Merah ada hutan simpan yang telah di ceroboh, yang ditanam dengan perladangan dan menyebabkan masalah yang timbul. Masalah ini adalah masalah alam sekitar. Berkaitan dengan apa yang Yang Berhormat Arau cakap tadi. Jadi, saya mohon Menteri mengulas perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, sila.

Saya minta Tuan Pengerusi supaya soalan itu dijadikan sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila menggulung.

Itu soalan yang cukup baik daripada sahabat saya. Walaupun dia Bebas, tidak lama dia datang balik. Tidak ada masalah. Okey. Mari tajuk ini balik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat ini ilmu, saya hendak bagi tahu pada Yang Berhormat. Yang Berhormat, cuba tolong tengok kenapa berlaku penerokaan hutan di tempat-tempat ini? Yang Berhormat tengok, Cameron Highlands, Yang Berhormat tidak boleh tahu, ilmu ini saya ada sebab saya jaga keselamatan dan juga sekali gus benda itu. Cameron Highlands, Gua Musang, Lipis, Rompin dan juga di Sabah dan Sarawak, ada beberapa tempat, kenapa penerokaan hutan ini berlaku di tempat- tempat begini? Penerokaan hutan secara haram dan malah ada sebuah negeri yang satu orang yang berpangkat mungkin- saya tidak pasti, mungkin Tan Sri kah, Dato’ kah, telah meneroka 10,000 ekar.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau, walaupun sedap didengar tetapi kesalnya masa sudah tamat.

Oh! 10 minit. Okey. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sudah tamat. Ya. Ini peringkat Jawatankuasa...

Saya menggulungnya supaya meminta supaya Yang Berhormat Menteri menjadikan tahun ini tahun haram balak sehinggalah mungkin lagi 20 ke 30 tahun.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar, 10 minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi atas ruang yang diberikan. Saya mengambil bahagian untuk membahaskan sedikit tentang peruntukan semula kepada dalam kepala P.30 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ada mempertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri tentang projek IPP yang telah diumumkan akan dibatalkan iaitu sebanyak empat. Di mana sekiranya maklumat saya tepat, saya difahamkan salah satu projek yang mungkin akan dibatalkan ialah projek IPP di Perlis yang mana melibatkan– yang mana yang saya tanyakan ialah tentang IPP yang terlibat dalam menjana tenaga yang boleh diperbaharui. Jadi, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri memberi maklumat yang khusus supaya kita boleh lihat tentang perkara ini. Kenapa saya rasakan ini penting? Ini kerana sebenarnya kalau kita tengok dari segi data, kawasan di mana IPP ini mahu dibentuk adalah kawasan yang diakui memiliki sinar suria yang paling tinggi, antara yang paling tinggi di Malaysia. Jadi, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan. Kalau mungkin ada keraguan tentang dari segi pemberian tender dan sebagainya, itu mungkin boleh ditangguhkan atau diperbincangkan dengan lebih halus, bukan dibatalkan. Tambahan pula Yang Berhormat Menteri sebelum ini juga memberi kenyataan bahawa hasrat beliau untuk meningkatkan lagi sumber tenaga boleh diperbaharui sehingga ke 30 peratus. Jadi, saya merasakan bahawa projek IPP di Perlis ini sangat viable dan sepatutnya diberi perhatian khusus. Tadi Yang Berhormat Arau sebut tentang pengharaman balak. Yang Berhormat Arau mungkin dia tidak tahu bahawa saya memiliki Ijazah Sarjana dalam Sains Perhutanan. Jadi, balak ini adalah dahulu orang kata kawasan permainan saya. Jadi, sebenarnya dalam bidang sains perhutanan, kita ada cara, teknik-teknik dan juga sistem untuk menebang balak. Jadi, cadangan setengah orang bahawa balak tidak boleh ditebang sebenarnya bukanlah cadangan yang terbaik kerana balak yang menghasilkan oksigen yang lebih banyak ialah balak yang baru tumbuh. Sama macam orang muda. Kalau orang muda yang lebih cergas berbanding dengan orang tua. Jadi, yang patut kita berikan ialah tumpuan kepada penguatkuasaan tentang dari segi pencerobohan.

Saya menggalakkan sekiranya boleh Yang Berhormat Menteri juga memberi perhatian tentang kawasan-kawasan hutan lipur yang kita ada di Malaysia. Ini kerana saya semasa belajar di Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia, saya tahu bila orang sebut perhutanan, orang lebih banyak merujuk kepada FRIM berbanding pakar-pakar yang kita ada di universiti tempatan. Jadi, mereka ini agak terpinggir dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Di mana dalam bidang perhutanan ini kita bukan hanya ada sistem pengurusan hutan, kita juga– dalam sub bidang kita ada bidang perindustrian kayu dan juga kita ada bidang pengurusan taman dan rekreasi. Ini kerana saya melihat banyak hutan lipur di Malaysia ini tidak dijaga dengan sebaiknya. Oleh kerana apabila kita jadikan ia hutan lipur, kita tidak memikirkan dana-dana yang perlu untuk memulihara dan juga memelihara hutan ini supaya ia dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Jadi kalau hutan ini hanya terbiar, tidak ada orang manfaatkan, ia tidak menjadi satu sumber yang berpotensi menjana ekonomi untuk negara. Dalam aspek tadi Jabatan Alam Sekitar, konservasi dan sebagainya, saya juga hendak menyebut bahawa dahulu kalau saya tidak menjadi ahli politik, mungkin saya masuk ke lapangan akademik. Saya masih ingat bekas Dekan di Fakulti Ekonomi, UPM, Profesor Dr Shah Wahid, masa itu dia membuat satu kajian tentang bagaimana menjadikan produk kenaf ini sebagai sebahagian komponen kereta. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat juga meninjau banyak juga kajian-kajian di universiti yang— tambahan pula sebelum ini kerajaan ada menyatakan hasrat untuk menghasilkan kereta nasional yang ketiga. Jadi mungkin kita dapat melihat kepakaran tempatan, walaupun sumber dananya tidak semestinya daripada kerajaan, tetapi industri automotif ini kita ada. Then, menyentuh tentang industri automotif ini, saya hendak menyebut tentang negeri Perlis. Di negeri Perlis ada Institut Giat Mara Perlis, ada juga Institut Kemahiran Belia Negara yang mana dalam program-program yang ditawarkan di sana ialah berkaitan dengan automotif, elektrik dan elektronik yang mana perkara ini sangat dekat― kalau tadi saya sebut kenaf sebagai komponen kereta yang mana kenaf ini adalah hasil daripada alam sekitar, mungkin Menteri dapat melihat program pendidikan dan penyelidikan ini dapat memanfaatkan institut pengajian yang sedia ada supaya dapat digunakan ke arah menghasilkan teknologi baharu yang mana kita memanfaatkan yang sedia ada lah. Setakat itu sahaja saya rasa saya punya penglibatan dalam perbahasan ini, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah.

Saya bangun dahulu.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Selepas ini Yang Berhormat Pontian.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sebelum Yang Berhormat mula, mengikut usul Menteri, penggulungan kita haruslah selesai sehingga ke Kementerian Wilayah. Ini bermaksud kita ada enam kementerian lagi dan telah pun usul diluluskan bahawa mesyuarat ini akan tangguh pada 8.30 malam. Oleh sebab itu, saya meminta jasa baik dan kerjasama budi-budi daripada seluruh Ahli Dewan yang budiman, sila padat dan ringkas. Baca Perkara 55(2), perkara spesifik berkenaan dengan butir-butir sahaja. Dasar— itu sudah terlepas. Kita sekarang fokus kepada spesifik. Sekian, terima kasih.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang membenarkan saya mengambil bahagian. Saya cuma ada dua perkara yang ringkas yang tidak menyentuh dasar dan saya juga hendak menjadi pembahas pertama yang mematuhi arahan daripada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Walaupun saya diperuntukkan masa 10 minit, saya rasa dalam dua hingga tiga minit saya dapat menyebut dengan padat dan selesaikannya. Tuan Pengerusi, saya tengok maksud di bawah P.30 di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, daripada anggaran perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM132 juta tersebut, lebih satu pertiga ataupun lebih RM45 juta digunakan di bawah Butiran 07200 – Jabatan Alam Sekitar. Saya sebenarnya dalam to a certain extent, saya bersetuju dengan cara Yang Berhormat Arau tadi yang mengatakan bahawa perkara sebegini wajar butirannya dimaklumkan kepada Ahli Dewan dalam Dewan yang mulia ini supaya kita tahu macam mana RM45 juta, yang bagi saya satu anggaran yang agak besar untuk kementerian sebab ia lebih satu per tiga, supaya kita tahu apakah perancangan khasnya daripada kerajaan baharu Pakatan Harapan yang sudah tentunya kami bertekad, kami mempunyai komitmen untuk memastikan alam sekitar tetap terpelihara walaupun kita tahu pembangunan adalah sesuatu yang wajib dan wajar diteruskan. Jadi, saya mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit butiran berkenaan dengan perkara ini. Saya juga mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di bawah tajuk ini, saya tidak pasti di bawah butiran dan pecahan yang mana satu, iaitu berkenaan dengan kualiti alam. Perkara dasar saya tidak mahu sebut lagi. Sebab, kualiti alam itu tetap menjadi perkara yang sentiasa menjadi sebutan, menjadi kebimbangan ataupun perkara yang sentiasa membelenggu penduduk-penduduk bukan setakat di Parlimen Rasah tetapi di Parlimen Rembau sebab Kualiti Alam, tapaknya terletak di berdekatan Bandar Seri Sendayan di bawah Parlimen Rembau dan Parlimen Rasah bersebelahan. Sebab, bagi saya, bajet ataupun belanja yang tertentu dalam anggaran tertentu wajar diberikan untuk memastikan supaya upgrading, kerja naik taraf dan sebagainya perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang musibah ataupun bahaya risiko kepada penduduk. Jadi, dua perkara ini sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Arau, janji ditepati. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Bukan Yang Berhormat Arau tetapi Rasah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Oh! Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang menepati janji itu Rasah. Yang Berhormat Arau belum tentu.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila, Yang Berhormat Pontian.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 050700 – Bayaran Bonus MySuria. Program MySuria ini adalah program yang kreatif yang dicetuskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang berlaku pada program MySuria ini ialah meletakkan solar panel di rumah B40, rakyat miskin, kemudian solar panel itu menjana elektrik dan elektrik itu dijual kepada TNB. Saya ingin mencadangkan agar program ini diteruskan lebih banyak lagi rumah diberikan terutama pada rakyat kita yang miskin. Angka yang ada pada saya ialah 1,620 buah rumah. Saya inginkan angka yang terkini. Data yang ada pada saya ialah setiap buah rumah mendapat RM600 sebulan pendapatan tambahan dan ia cukup membantu rakyat yang miskin. Saya juga ingin mencadangkan supaya projek MySuria ini ditambah kepada sekolah misalnya. Hasil daripada penjanaan elektrik yang dijual kepada TNB itu boleh memberikan pulangan kepada PIBG. Begitu juga masjid, begitu juga universiti jika boleh diteruskan kepada institusi-institusi lain dan bukan hanya untuk rumah rakyat miskin. Itu mengenai Butiran 050700. Mengenai Butiran 050500 – International Greentech Conference semua ini, Ekspo Astana 2017, Jun hingga September 2017, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat

Menteri, apakah hasil daripada ekspo itu? Kita menghadirinya dan di Kazakhstan kita telah ditunjukkan bagaimana usaha-usaha tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Adakah suatu masa atau suatu ketika Malaysia akan mengadakan ekspo-ekspo seumpama ini? Satu lagi ialah Butiran 080100 – Pengurusan Alam Sekitar. Perkara yang ingin saya tanyakan ialah persiapan kita untuk menghadapi kemungkinan jerebu berlaku. Pada minggu lepas, saya berada di Kuching, Sarawak dan saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bahawa jerebu berlaku di Kuching dan kita harap ia tidak akan merebak ke Semenanjung. Saya ingin bertanya, apakah yang dibuat oleh kementerian ini untuk memastikan perkara jerebu ini yang melibatkan banyak perkara— ia melibatkan kesihatan, ia melibatkan sekolah, ia melibatkan pelancongan yang terjejas— ia boleh dikurangkan hasil daripada perbincangan dengan Kerajaan Indonesia misalnya? Yang akhir, Butiran 110100 – Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC). Saya pun baru kali pertama tahu wujudnya sebuah corporation yang berhubung kait tentang kuasa nuklear ada di Malaysia. Data yang saya ada, sumber elektrik dunia ini datangnya 39 peratus daripada arang batu, 22 peratus daripada gas, 16 peratus daripada hidro, 10 ke 11 peratus daripada kuasa nuklear, 14.9 peratus daripada solar, angin, geothermal dan 14.1 peratus daripada minyak. Daripada usaha sumber elektrik yang kita ada di Malaysia ini, apakah peratusan-peratusan mengikut apa yang telah saya sebut tadi? Dan apakah oleh sebab kita ada Malaysia Nuclear Power Corporation, kita berhasrat suatu masa atau suatu ketika Malaysia akan menghasilkan tenaga elektrik daripada kuasa nuklear? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Maksud B.30 Butiran 080000 dan Butiran 080100. Saya hendak bercakap tentang apa yang sana namakan sebagai ‘gunung sampah’ iaitu tapak pelupusan sampah. Satu-satunya tapak pelupusan sampah di Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai di Mukim Beriah yang telah wujud semenjak tahun 1980 seluas enam ekar dan bermakna sudah ada lebih daripada 30 tahun.

Apa yang berlaku ialah timbunan sampah yang dibuat secara open dumping dengan izin telah begitu tinggi. Kedudukannya yang berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan sudah tentu mencemarkan kalau dapat dilihat oleh pengguna lebuh raya terutamanya pelancong-pelancong. Apa yang saya nak beritahu ialah di sekelilingnya terdapat lebih kurang 17 buah rumah dengan sebuah SJK(T). Dulunya tidak ramai, sekarang sudah ada ramai. Masalah yang timbul ialah bau busuk. Bau busuk, lalat pun banyak, kera pun banyak. Kera ini dia cari makan. Dia kutip sini, kutip sana selepas itu dia angkat sampah dia bawa pergi rumah orang. Ini perangai kera. Kalau manusia buat macam itu, manusia pun boleh dipanggil kera ataupun monyet juga. Tuan Pengerusi, masalah lain yang timbul ialah suasana di sekeliling. Oleh sebab bau dan juga mungkin keluaran gas, bahan kimia disebabkan oleh sampah yang begitu banyak itu menyebabkan bumbung rumah dan juga kereta sana mudah berkarat. Jadi ini yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang keadaan alam sekitar. Pengurusannya bagaimana? Adakah sampai masanya diwujudkan tempat pelupusan sampah yang baharu ataupun kaedah dengan teknologi yang lebih moden, yang lebih baharu dan lebih baik lagi demi kesihatan dan keselamatan rakyat yang wujud di Parlimen Bagan Serai. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Dari Bagan kita pergi ke Lembah. Saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh perkara Butiran 83000 – Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) khusus berkaitan dengan peruntukan yang dipohon sebanyak RM29,850,000. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri terdapat beberapa projek-projek khas di bawah agensi MIGHT ini yang saya memang tertarik dan

saya percaya memang menjadi – yang mungkin boleh menunjukkan masa depan negara kita termasuklah projek sustainable and smart cities serta projek berkaitan dengan blockchain. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan sedikit perincian hasil daripada usaha MIGHT memandangkan baru beberapa hari yang lalu diusahakan satu conference. Walaupun saya tidak sempat untuk hadir tetapi saya ingin mendapatkan maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha yang boleh digiatkan berkait dengan MIGHT dan teknologi blockchain ini untuk menyiapsediakan kerajaan menghadapi perubahan yang cukup besar dalam teknologi? Bila disebut tentang sustainable dan smart cities, apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh MIGHT untuk berinteraksi ataupun mengadakan pertemuan, perbincangan dan pengolahan ataupun penggubalan dasar-dasar dengan kerajaan-kerajaan tempatan termasuk juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sila.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memperkatakan tentang B.30 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Saya ingin terus kepada tajuk 050600 – Subsidi Bil Elektrik Baharu iaitu memperuntukkan sebanyak RM39.6 juta. Jadi saya sebagai wakil dari Hulu Terengganu memohon daripada pihak kerajaan apa salah kiranya untuk Hulu Terengganu yang telah mengorbankan lebih daripada sejuta ekar untuk dijadikan dam di Hulu Terengganu agar tarif elektrik untuk orang Hulu Terengganu dan negeri Terengganu diberi lebih rendah berbanding dengan tempat-tempat lain kerana apa Tuan Pengerusi, kerana kita telah mengorbankan banyak tanah di daerah Hulu Terengganu yang telah ditenggelamkan oleh air untuk generate power dan diagihkan kepada orang lain. Jadi apa salahnya satu kelebihan diberi kepada warga Hulu Terengganu khususnya dan rakyat negeri Terengganu umumnya. Kedua, saya nak fokus kepada pendidikan dan penilaian alam sekitar (JAS) iaitu sejauh mana pihak kerajaan telah pun menjalankan program ataupun tindakan untuk mendidik pelajar-pelajar dan pada saya bukan sahaja pelajar malahan masyarakat untuk menjaga alam sekitar terutamanya sungai agar kelihatan bersih dan saya mencadangkan agar pihak kementerian boleh memperuntukkan kepada pengurusan kampung ataupun JKKK untuk menjaga kawasan-kawasan yang ada sungai di kampung-kampung mereka. Diberi peruntukan sedikit. Ketiga Tuan Pengerusi, P.30 – Program Kecekapan dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Sekarang kita ada tenaga suria, tenaga elektrik dan juga petrol. Jadi ada atau tidak pihak kerajaan bercadang untuk memberi insentif kepada pengusaha-pengusaha ataupun syarikat- syarikat yang mengeluarkan kereta elektrik yang hari ini telah menjadi satu alternatif tenaga kepada masyarakat untuk menjamin kesejahteraan dan kelestarian alam. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelutong. Sila.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya tidak akan mengambil masa yang lama. Saya merujuk kepada Butiran 07200 – Jabatan Alam Sekitar di mana pertamanya tidak ada sebarang perincian dinyatakan di situ. Di kawasan saya di Jelutong terdapat tapak pelupusan sampah dan saya difahamkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa terdapat rancangan untuk meminda tapak pelupusan sampah itu kerana tapak pelupusan sampah itu telah pun digunakan menjangkau masa yang begitu lama dan timbunannya makin lama makin tinggi.

Terdapat kerisauan bahawa tanah tersebut tidak stabil. Dalam perjumpaan-perjumpaan dengan pihak Jabatan Alam Sekitar, saya telah dimaklumkan bahawa mereka telah menasihatkan supaya tapak pelupusan sampah itu ditutup kerana ia boleh menyebabkan – ia adalah tidak selamat untuk digunakan lagi. Di samping itu tapak pelupusan sampah itu terletak di sebuah tempat yang begitu terkenal di Pulau Pinang iaitu tempat yang dikenali dengan nama jalannya Karpal Singh Drive di mana terdapat banyak tempat untuk beriadah di situ dan juga pangsapuri-pangsapuri mewah yang telah pun dibina di mana saya telah menerima aduan daripada penduduk- penduduk di kawasan tersebut tentang bau yang begitu teruk dan tiap-tiap kali berlaku kebakaran di tempat tersebut. Jadi, saya memohon Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan. Kalau boleh saya akan membawa berita baik yang saya tunggu kepada pengundi-pengundi di kawasan saya di mana saya yakin Yang Berhormat Menteri yang baharu ini begitu prihatin kepada masalah yang dihadapi. Saya yakin bahawa Yang Berhormat Menteri yang baharu, kerajaan yang baharu akan memberi perhatian kepada masalah ini berbanding dengan kerajaan yang lama. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya rasa Yang Berhormat Menteri yang baharu ini sangat prihatin dengan keadaan pembekalan elektrik di Sabah sampai dia pernah datang ke Sabah untuk mengadakan satu sesi town hall bersama stakeholders di Sabah. Soalan saya ini berkenaan dengan Butiran 03200 – Sabah Electricity Sdn. Bhd. Ini kerana daripada jumlah anggaran harga projek ini, RM2.9 bilion yang sepatutnya diminta untuk jumlah anggaran harga projek tetapi penguntukan semula untuk peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk tahun ini cuma RM32 juta. Ini ada satu gap yang besar dan saya memang difahamkan SESB selalu menghadapi masalah kerugian. Saya harap kerajaan yang baharu ini boleh membantu membangunkan SESB sampai break- even selepas itu kembalikan SESB kepada negeri Sabah. Untuk follow-up kepada isu yang pernah dibawa oleh Yang Berhormat Kimanis yang dulu dan sekarang juga. Hari ini saya nampak Yang Berhormat Kimanis pun di sebelah berkenaan dengan power to regulate the gas distribution and also the electricity. Sebenarnya di pemerintahan yang terdahulu sudah ada satu konsensus di mana kuasa untuk regulate untuk power sama gas asli itu dikembalikan ke Sabah. Saya harap Yang Berhormat Menteri yang baharu harus buat follow-up tentang apa yang sudah dijanjikan dan bolehkah kita mempercepatkan proses pengembalian SESB kepada negeri Sabah? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Putatan. Betul? Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan cerita baru-baru ini di mana saya bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Tiba-tiba di dalam kunjungan hormat kami itu, bekalan elektrik telah terputus. Tuan Yang Terutama Tun mengatakan dengan selamba kepada Dato’ Seri Presiden Wan Azizah, “This is Sabah. Welcome to Sabah". I was there masa itu dan ia satu yang amat memalukan. Jadi Yang Berhormat Menteri, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, saya rasa duduknya sahaja Yang Berhormat di kementerian ini, masalah tentang SESB dan TNB di Sabah, saya rasa merupakan satu masalah yang pertama muncul di dalam pemikiran Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya satu soalan iaitu pada tahun 2017, satu lab dipanggil Sabah System Average Interruption Duration Index ataupun SAIDI telah diprogramkan oleh Kementerian Tenaga dan juga PEMANDU. Tujuan utama lab ini ditubuhkan untuk I would say meminimumkan power interruption di seluruh Sabah. Jadi, adakah lab ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, lab ini dianggotai oleh kesemua kementerian yang

terlibat, agensi, semua jabatan yang terlibat untuk mengumpulkan semua input untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah. Adakah lab ini akan diteruskan atau tidak? Ini adalah satu pertanyaan yang saya ajukan. Kedua, tentang satu cerita yang agak panas pada tahun lalu iaitu kerugian SESB sehingga ada yang mengatakan SESB on the verge of bankruptcy. Jadi apabila saya buat susulan terhadap isu ini, saya dapati bahawa SESB ini melalui satu proses kewangan yang amat sukar ataupun boleh kita katakan dia dibebani hutang yang banyak. Jadi mengikut pengamatan saya, salah satu puncanya ialah kerana kewujudan IPP ataupun independent power producer yang menjadi pembekal utama kepada SESB. Di mana IPP ini telah meletakkan harga yang amat tinggi kepada SESB sehingga menyebabkan operasi SESB itu tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, saya ingin tahu di dalam bajet yang baru ini, adakah Sabah akan dibantu untuk membina power plant-nya yang sendiri sebagaimana yang terdapat di Sarawak dan tidak lagi bergantung pada IPP? Untuk pengetahuan, seperti di negeri jiran Sarawak, mereka mempunyai power supplynya sendiri dan mereka mampu untuk meminimumkan kos dan juga dapat menjalankan syarikat utiliti ini dengan baik. Saya rasa di dalam dunia ini cuma SESB sahaja satu syarikat utiliti elektrik yang rugi, saya rasa. Satu lagi pertanyaan saya, pernah diutarakan oleh Ahli Parlimen DAP pada musim yang lalu, di mana peruntukan 2016 dan 2017 yang diperuntukkan oleh kerajaan tidak digunakan. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh melihat perkara ini kenapa ia tidak digunakan, sedangkan peruntukan itu sudah diperuntukkan. Walau macam mana pun untuk kesimpulan, saya harap Yang Berhormat Menteri Tenaga yang baharu ini dapat melihat dan dapat memfokuskan lebih kepada masalah SESB ini dan juga macam mana cara mengatasi, adakah cara yang terdekat kerana ia satu yang amat menyentuh hati orang Sabah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak berterima kasih kepada Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Putatan atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali, saya hendak menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Jelutong di mana perincian untuk Jabatan Alam Sekitar perlu untuk projek-projek di mana RM42 juta ini perlu dibentangkan. Saya akan mengarahkan Jabatan Alam Sekitar untuk memberi semua butiran semua projek yang terlibat dalam RM42 juta ini atas meja Ahli-ahli Parlimen pada hari esok supaya Ahli-ahli Parlimen boleh tengok apakah projek-projek yang telah dirancang dan akan dibuat, dilaksanakan oleh kerajaan. Kedua, saya hendak menarik perhatian Tuan Pengerusi ialah di mana saya mendapati bahawa walaupun saya Ahli Parlimen yang baharu, Menteri yang baharu tetapi saya hendak mendapati bahawa ada Ahli-ahli Parlimen yang telah lari daripada topik ataupun lari daripada kementerian bidang kuasa kementerian saya. Saya hendak bagi satu contoh bahawa bagaimana kita membaca ini sebab ini adalah penguntukan semula peruntukan bajet iaitu apa kementerian induk untuk kementerian yang baharu ini adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Apa-apa yang dimasukkan ialah di mana dimasukkan bidang kuasa baharu untuk kementerian saya iaitu tenaga dan juga alam sekitar. Saya hendak memberi cadangan kepada Yang Berhormat Arau di mana dari segi banjir iaitu air ataupun dari segi perhutanan, itu tiada di bawah bidang kuasa kementerian ini. Ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Air dan Tanah. Saya juga hendak

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

katakan di sini, tapak-tapak pelupusan sampah juga bukan di bawah kementerian saya tetapi di kementerian KPKT. Saya harap bahawa Ahli-ahli Parlimen boleh membangkitkan isu-isu mengenai kementerian yang berkaitan sahaja. Saya hendak teruskan dengan penjelasan.

[Bangun]

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Oh! Yang Berhormat. Saya hendak teruskan dengan penjelasan untuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian. Untuk Yang Berhormat Padang Terap yang membangkitkan isu ICPT, isu tenaga yang boleh diperbaharui dan juga langkah untuk mengawal kos untuk menjana kuasa. Saya telah terangkan panjang lebar dalam ucapan penggulungan saya untuk Titah Duli Yang Maha Mulia...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Titah Diraja.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Pengerusi pun ada di situ. Saya bincangkan 20 minit, saya guna untuk terangkan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan, kementerian bagaimana kita apakah pandangan kita terhadap ICPT, tenaga yang boleh diperbaharui serta bagaimanakah kita boleh mengawal.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, boleh rujuk Hansard, tidak payah ulang.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Boleh ya. Yang Berhormat Pontian pun dia ada apabila saya gulung. So saya harap bahawa Yang Berhormat Padang Terap boleh rujukkan Hansard untuk masa saya gulung ucapan saya. Akan tetapi saya hendak jelaskan di sini bahawa isu Butiran 050600 – Subsidi Bil Elektrik (Baharu) juga tidak berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap. So saya berharap bahawa Ahli-ahli Parlimen memang boleh membangkitkan isu yang berkaitan dengan butiran-butiran. Isu ini adalah subsidi bil elektrik telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap dan satu lagi Yang Berhormat Hulu Terengganu yang bangkitkan subsidi ini. Ini sebenarnya adalah subsidi yang kerajaan membekalkan subsidi kepada setiap pengguna elektrik di mana bil elektrik adalah RM20 dan ke bawah. Ini adalah perbelanjaannya iaitu kerajaan telah memperkenalkan program rebat ini, bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah bermula pada bulan Oktober 2008. Setakat ini setiap bulan, kita bagi RM12 juta subsidi kepada sesiapa yang bil elektriknya RM20 dan ke bawah.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Sepertimana yang saya jelaskan pada ucapan gulungan saya juga, di mana Yang Berhormat Pontian tanya saya tentang, adakah kita akan teruskan RM20 subsidi ini? Saya telah jawab bahawa akan teruskan subsidi tetapi kita akan tukar cara kita subsidize. Bagaimana kita akan tukar RM12 juta ini sekarang bagi setiap pintu yang di mana bil elektrik RM20 dan ke bawah? Ada juga orang yang ada banglo, terrace house dan kondominium. Apabila mereka tidak duduk di sana, bil elektrik mereka adalah RM20 dan ke bawah. Akan tetapi, mereka bukanlah orang yang memerlukan RM20 itu. Oleh itu, kementerian sekarang sedang mengkaji dan menyediakan satu pelan di mana kita akan tukar sistem ini, kita akan meningkatkan subsidi tetapi mengurangkan penerima terhadap mereka yang miskin dan miskin tegar di mana 179,000 pengguna elektrik yang miskin dan miskin tegar. Bukan mereka yang banglo, terrace house ataupun kondominium yang tidak menggunakan rumah mereka. Itulah penjelasan saya terhadap Butiran 050600 – Emolumen Kakitangan Kontrak – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Baharu). Juga Yang Berhormat Kangar telah bertanya terhadap IPP. Saya cadangkan Yang Berhormat Kangar sabar sedikit, saya akan umumkan apabila tiba masanya. Apakah IPP yang telah dibatalkan? Apakah yang– tak payah speculate yang mana projek itu. Akan tetapi, apa yang saya hendak katakan ialah jangan risau bahawa kerajaan tetap komited untuk meningkatkan syer jana kuasa untuk tenaga yang boleh diperbaharui dari dua peratus ke 20 peratus. Apa-apa pun, kita akan ada rancangan yang agresif supaya kita boleh mencapai apa yang kita janji kepada rakyat di Manifesto Pakatan Harapan.

Yang Berhormat boleh tanya sedikit?

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Pasir Salak, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan IPP ini, seperti mana yang kita tahu, ramai tahulah. 1MDB ada beli beberapa IPP.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sudah jual, kan?

Itu saya hendak tumpang tanya Yang Berhormat Menteri, pengesahan. Apa jadi kepada IPP itu? Sudah jual ke ataupun apa jadi kepada ia?

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Pasir Salak tidak bahas tadi. Saya kena jawab kah tidak perlu Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terpulang kepada kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya Yang Berhormat...

Kalau boleh, jawablah. Kalau tidak boleh tidak apa. No problem.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Pasir Salak, saya kata...

Tidak apalah, dia baru. Biar dia, biar dia.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya akan umumkan apabila tiba masanya. So, saya akan umumkan dengan secara terperinci apabila kita tiba masa dan masa sesuai saya akan umumkan. Untuk Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan satu isu yang sangat penting dan iaitu Butiran 090300 – Pengawasan dan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar. Saya sedia maklum bahawa Jabatan Alam Sekitar setakat ini masih ada banyak room of improvement untuk menjaga kualiti alam sekitar. Saya hendak katakan di sini kerajaan amat komited untuk merombak semula Jabatan Alam Sekitar supaya kita boleh membuat penguatkuasaan dan pengawasan kualiti alam sekitar dengan lebih baik dan lebih tegas. Sesiapa dalam Malaysia yang mencemari alam sekitar, kita akan dibawa ke mahkamah dan dihukumkan mengikut undang-undang yang...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sedia ada.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Sedia ada. [Ketawa] All right.

Yang Berhormat, penjelasan Yang Berhormat. Sini, sini.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Siapa? Okey.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat, apabila saya cakap fasal hutan tadi, sebenarnya saya hendak masuk sekali perubahan iklim. Perubahan iklim di bawah kementerian Yang Berhormat. Itu sebab saya kata, semasa kita ada masalah di Lojing Kelantan, Lojing ini adalah kawasan hutan. Undang-undang lain tidak boleh diguna pakai untuk mengambil tindakan kepada mereka. Akhirnya kita memakai Undang-undang Alam Sekitar. Jadi kalau Yang Berhormat kata kalau hutan itu tidak termasuk, tetapi banyak Kerajaan Pusat tidak boleh campur urusan negeri terutama berhubung tanah, hutan dan air tetapi alam sekitar boleh. Kalau mereka membuat pembangunan yang melanggar peraturan

alam sekitar, mereka boleh diambil tindakan. Jadi saya mencadangkan supaya alam sekitar ini diperluaskan, supaya Kerajaan Pusat boleh ambil tindakan kepada negeri-negeri yang tidak ikut peraturan seperti menanam sayur di kawasan yang melebihi cerun-cerun yang dibenarkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Cadangan yang baik, pandangan yang baik daripada Yang Berhormat Arau. Sebenarnya dari segi perubahan iklim, kita sekarang sedang membuat kajian di mana, apakah cara yang terbaik untuk kita melindungi perhutanan dengan kerjasama dengan Kementerian Sumber Asli. Saya hendak katakan di sini bahawa kita akan reduce admission through avoiding deforestation and forest degradation, dengan izin. Di mana saya hendak katakan di sini bahawa kita akan bekerjasama dan juga apa yang akan kita buat adalah kita sekarang mengkaji apakah masalah sekarang? Masalah sekarang ialah negeri, apakah sumber pendapatan negeri, kerajaan negeri? Adalah dari segi tanah. Mereka akan meningkatkan– they want to maximize their income. Maximize pendapatan mereka dengan menggunakan tanah dan juga hutan, hasil-hasil hutan. Akan tetapi dari segi Persekutuan, kita hendak mereka melindungi hutan. So, itu adalah conflict of interest di mana Persekutuan dan negeri ada konflik ini. Kita sedia maklum dan kita sekarang sedang mengkaji, bagaimanakah kita mengatasi konflik ini? Adakah Kerajaan Persekutuan boleh memberi pampasan kepada kerajaan negeri apabila mereka memilih untuk melindungi dan memelihara hutan mereka dan bukan untuk menebang pokok ataupun menebang hutan mereka? So, bagi saya sedikit masa. Kita akan jelaskan kepada Dewan yang mulia ini apabila kajian itu sudah siap. Okey?

Tuan Pengerusi, saya pertama sekali hendak ucap terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang cukup terbuka dengan apa-apa pandangan. Akan tetapi saya hendak maklum kepada Tuan Pengerusi dalam Dewan yang mulia ini, semasa negara EU mengharamkan kelapa sawit, minyak sawit masuk ke sana di antara sebabnya ialah kerana kita tidak– kita telah membiarkan pembukaan hutan yang berleluasa. Hukuman kita diberi kerana hutan. Jadi di samping Yang Berhormat menolong mengimbangkan alam sekitar, kita juga menolong negara dari segi pengiktirafan dunia. Kalau kita haramkan balak hari ini, saya ingat Kerajaan PH akan diiktiraf di seluruh dunia dan kelapa sawit kita akan melambung pembeliannya. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya rasa ini lebih kepada Yang Berhormat Menteri Industri Utama dan kementerian saya sedang bekerjasama dengan Kementerian Industri Utama untuk membekalkan justifikasi-justifikasi. Bagaimanakah palm oil, kelapa sawit kita adalah sustainable dan bukan semata-mata telah disenaraihitamkan oleh Kesatuan Eropah? Ataupun mereka memburuk-burukkan nama kita untuk kebaikan ataupun untuk interest mereka. Untuk produk-produk lain yang berasaskan bukan kelapa sawit, tetapi berasaskan produk-produk daripada negara mereka. Sekarang kementerian mengambil maklum dan sedang bekerjasama dengan Kementerian Industri Utama. Untuk Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian telah membangkitkan isu Butiran 050700 – Bayaran Bonus MySuria (Baharu). Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pontian, sekarang pemanfaat untuk MySuria adalah 332 peserta di mana kerajaan akan menyediakan satu tahun RM1.133 juta untuk menampung projek ini. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini juga, kementerian berpendapat bahawa program ini akan dihadkan untuk 332 peserta ini dan kita tidak akan teruskan lagi, kenapa? Justifikasi untuk keputusan ini adalah di mana kalau kita hendak bantu orang yang miskin ataupun miskin tegar, tidak perlu pun solar panel. Terus bagi subsidi tunai ataupun subsidi yang berpatutan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Kenapa? Ini adalah kerana orang yang miskin mereka tinggal di kampung. Apabila mereka tinggal di kampung, susah untuk kita buat solar panel dan sambungkan solar panel itu dengan grid utama. Ianya jauh Yang Berhormat Pontian. Itu tidak masuk akal. Oleh itu kita akan hadkan kepada 332 kerana kontrak telah disign. Akan tetapi kita akan hadkan di 332 untuk 10 tahun yang akan datang. Yang Berhormat Pontian kata seramai 600 lebih dapat subsidi. Saya hendak betulkan di sini, ianya adalah sekitar RM250 setiap keluarga yang ada pasang solar panel ini. Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan 050500 untuk IGEM. Ini adalah bukan apa

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

yang dibangkitkan, bukan dari Astana tetapi IGEM adalah di Malaysia bukan di Kazakhstan. Kita akan adakan pada bulan Oktober dan saya akan menjemput Yang Berhormat Pontian untuk menghadirinya juga. Untuk Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan 080100 - Pengurusan Alam Sekitar - Jerebu. Saya sangat menitik beratkan jerebu. Kita tahu hari ini di Klang kita dapat tengok IPU telah meningkat, kita tengok jerebu sedang berlaku, dan juga Pulau Pinang. Sebenarnya esok saya akan turun padang ke Klang supaya Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan yang lebih keras kepada mereka yang membuat open burning. Akan tetapi saya nak katakan di sini, open burning bukan sahaja setakat tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar tetapi tanggungjawab agensi-agensi yang lain juga. Oleh itu esok saya akan pergi dan kita akan mengadakan satu tindakan yang lebih berkesan supaya kita boleh menurunkan open burning di Malaysia dan juga menurunkan impak jerebu akibat open burning di dalam Malaysia. Untuk transboundary, saya akan adakan satu penjelasan, press conference minggu depan di mana kita akan menjelaskan transboundary haze, apakah risiko transboundary haze dan lain-lain dengan statistik-statistik. Hari ini tidak ada slide, saya tidak boleh tunjukkan, saya akan tunjukkan pada minggu depan. Kalau Yang Berhormat Pontian berminat, boleh datang ke sidang media untuk mendapatkan penjelasan.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila.

Sebenarnya open burning di Malaysia ini, pembakaran terbuka di Malaysia tidaklah menghasilkan jerebu seteruk yang telah berlaku. Apa yang berlaku itu adalah kerana masalah di Indonesia. Jadi harapan saya ialah Yang Berhormat Menteri bekerjasama dengan pihak Indonesia untuk memastikan apa yang berlaku di Indonesia itu tidak merebak ke Malaysia. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pontian, jerebu yang kita tengok hari ini di Klang sebagai contoh, adalah jerebu yang disebabkan oleh pembakaran terbuka di Malaysia di mana tanah gambut telah set off a fire. Itu adalah apa yang kita boleh kawal ataupun control. Minggu depan saya akan ceritakan bagaimanakah risiko daripada Indonesia dan lain-lain. Tetapi esok saya akan pergi ke Klang dan kita akan tengok apakah tindakan yang boleh diambil. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini juga, last week ataupun minggu lepas saya telah adakan satu mesyuarat bersama dengan agensi-agensi yang terlibat. Satu Pelan Tindakan Jerebu, emergency plan sudah pun kita adakan untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri. Selepas itu kita boleh aktifkan tindakan emergency ini. Akan tetapi tindakan emergency itu adalah untuk jerebu yang sangat serius. Jerebu sekarang adalah jerebu localized di mana majoritinya disebabkan oleh open burning di Malaysia. Yang Berhormat Pontian juga membangkitkan isu 110100 Malaysian Nuclear Power Corporation (MNPC). Saya sangat hairan bahawa Yang Berhormat Pontian sebagai bekas Menteri. Bekas Menteri? Timbalan Menteri tidak tahu bahawa agensi ini adalah legasi Kerajaan Barisan Nasional. Ia sebenarnya dari Jabatan Perdana Menteri, yang sekarang akan diagihkan kepada kementerian saya di mana adalah untuk tujuan kita memansuhkannya. So, 500,000 ribu ini adalah untuk memansuhkan Malaysian Nuclear Power Corporation (MNPC) dan saya hendak menegaskan sekali lagi dalam Manifesto Pakatan Harapan janji 39, di mana kita katakan kita akan batalkan projek jana kuasa nuklear.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Janji ditepati.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya. Yang Berhormat Lembah Pantai telah membangkitkan isu MIGHT, Blockchain Technology Sustainable dan Smart Cities seperti mana yang saya telah jelaskan dalam ucapan penggulungan saya. Sekarang bukan MIGHT sahaja, akan tetapi ada banyak agensi di bawah kementerian ataupun agensi-agensi lain yang buat perkara yang sama. For example, Fourth Industrial Revolution, setiap kementerian ataupun agensi buat yang sama ataupun MIGHT yang buat yang sama dan lain-lain. Langkah pertama untuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim adalah kita hendak merombak balik ataupun kita hendak menyusun semula semua agensi-agensi ini supaya tiada pertindihan peranan. Ini seperti mana yang saya telah menjelaskan panjang lebar dalam ucapan penggulungan saya, apakah hala tuju,

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

bagaimanakah kita sebagai kerajaan hendak menyediakan micro environment untuk menggunakan teknologi baru bagi meningkatkan kekayaan negara kita.

Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan peruntukan RM29.85 juta untuk MIGHT seperti yang diminta, cuma saya ingin mungkin minta sedikit perincian daripada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak daripada jumlah ini yang akan diperuntukkan khusus untuk aktiviti ataupun focus area blockchain dan juga untuk smart cities, jika ada. Jika ada maklumat tersebut. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya akan hantarkan projek terperinci kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya kementerian saya akan adakan satu hari di mana semua agensi-agensi dana dan juga agensi-agensi teknologi yang di bawah kementerian ini akan membuat keputusan berapa peratus daripada dana kita akan ke teknologi apa. Saya akan bagi invite, jemputan kepada semua Yang Berhormat. Yang Berhormat yang berminat boleh datang untuk memberi pandangan supaya kita boleh membuat satu perancangan dana yang strategik dan memang yang boleh menjana ataupun meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Seperkara lagi Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi yang mana mungkin ada pelbagai agensi yang mengusahakan sama ada Fourth Industrial Revolution dengan izin, blockchain dan sebagainya. Adakah kementerian Yang Berhormat Menteri yang akan mempelopori, dengan izin lead, spearhead lah dalam teknologi seperti blockchain ataupun adakah ia ada kompetensi antara kementerian-kementerian yang berbeza dalam isu ini? Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Pengerusi untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, bagaimanakah satu negara boleh bermanfaat dari segi satu teknologi blockchain ataupun teknologi-teknologi tinggi. Untuk saya, empat perkara penting satu, talent sumber manusia. Sumber manusia adalah di Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Sumber Manusia. Kedua adalah teknologi. Teknologi di Kementerian Teknologi. Ketiga adalah capital, di mana kementerian saya juga akan adakan satu perancangan bagaimana kita hendak lebih, more vibrant capital investment for technology especially for green technology di Malaysia dengan izin...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Keempat adalah macro environment, bagaimanakah kita hendak menyediakan satu micro environment di mana perniagaan keusahawanan peniaga-peniaga boleh membuat perniagaan mereka, usaha-usaha mereka dengan lebih senang di Malaysia, ease of doing business. All of this, empat perkara kita kena adakan. Saya tengok peranan kementerian saya bukan satu kementerian yang buat segala- galanya tetapi satu kementerian yang menjadi focal point di mana kita menjadi satu jambatan di antara teknologi dan kementerian. Teknologi dan awam, teknologi dan usahawan supaya kita menggunakan teknologi hanya satu perkara iaitu untuk saya sangat penting, teknologi kalau tidak ada di pasaran, teknologi kalau tiada di firma-firma untuk meningkatkan produktiviti companies kita maka teknologi tidak bermakna. Kalau kita gunakan teknologi hanya ada satu perkara yang saya hendak buat sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu menggunakan teknologi supaya kita boleh meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan peluang usahawan, meningkatkan produktiviti perniagaan. Dengan meningkatkan produktiviti perniagaan ataupun usahawan-usahawan maka pekerja-pekerja kita dapat gaji yang baik. Secara keseluruhannya teknologi adalah untuk meningkatkan kekayaan dan mengubah nasib rakyat jelata di Malaysia. Saya teruskan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu dan juga Yang Berhormat Putatan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Panjang lagi kah, Yang Berhormat?

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tidak, sudah hendak habis.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey. Sudah hendak landing ya?

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Landing, landing.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan berkaitan dengan isu elektrik di Sabah . Seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, ini adalah town hall yang kedua yang saya adakan sebagai seorang Menteri. Saya pergi Sabah untuk adakan satu town hall engagement dengan stakeholders di sana sebab saya memang tahu ini adalah isu serius untuk rakyat Sabah dan kita bertekad untuk menangani masalah bersama-sama dengan rakyat Sabah. Saya telah memberi satu juga penjelasan yang agak terperinci dalam sesi soal jawab. Kalau boleh Yang Berhormat Putatan boleh tengok balik Hansard sesi soal jawab saya berkaitan dengan SAIDI. Apakah projek-projek yang telah dirancang oleh kerajaan untuk menurunkan SAIDI daripada 241 minit ke 100 minit menjelang tahun 2021. Saya juga berharap bahawa Yang Berhormat Putatan boleh datang ke town hall next time kalau saya datang ke Sabah. Saya telah membuat jemputan untuk semua Yang Berhormat di Sabah tetapi bukan semua yang hadir, saya berharap bahawa sesiapa yang hadir, sesiapa yang berkaitan ataupun yang berminat untuk isu ini boleh hadir ke town hall seperti ini kerana di Parlimen kita tidak boleh menjelaskan dengan terperinci. Banyak lagi Ahli-ahli Parlimen yang bukan daripada Sabah yang mungkin kita tidak payahlah membuat terlalu terperinci di Parlimen ini. Untuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu iaitu RM32 juta versus apa yang kita telah janjikan RM2.0 lebih bilion untuk projek pembangunan untuk mengukuhkan, memperbaiki pembekalan elektrik di Sabah. Saya hendak menjanjikan di sini bahawa semua projek-projek ini mendapat peruntukan yang mencukupi. Mungkin tidak dan di translate dalam bajet ini tetapi sekarang semua projek-projek kritikal telah mendapat peruntukan. So, jangan bimbang Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya lebih bimbang daripada anda sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri saya adalah dari Warisan dan juga dari Sabah. Saya lebih bimbang daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Jangan lupa Yang Berhormat Teluk Intan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya, Teluk Intan. [Ketawa] Untuk pengembalian SESB dan kuasa kawal selia, ini adalah gas, ini adalah dari segi dasar dan kita sedang membincangkan dan mengkaji opsyen-opsyen. So, kita ada dua perkara di Sabah iaitu satu adalah kos penjanaan elektrik di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada kos penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia. Bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah ini? Kedua, adalah berkaitan dengan masalah kewangan SESB. Kedua-dua ini kita sedang mengkaji opsyen-opsyen yang kita boleh ambil untuk menyelamatkan SESB dan juga untuk memperbaiki pembekalan elektrik Sabah pada masa akan datang. Akan tetapi saya hendak katakan di sini kerana ia melibatkan infrastruktur, melibatkan pembinaan infrastruktur maka ia akan mengambil masa yang lebih panjang. Bukan esok boleh dapat. So, masa yang lebih panjang, tiga ke lima tahun kita akan memperbaiki ataupun kita boleh nampak impak yang jelas daripada pembangunan projek ini.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Saya harap Yang Berhormat Menteri dan kerajaan baru akan menyelesaikan masalah ini dalam penggal pertama Pakatan Harapan memegang kuasa di negara ini. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

‘Insya-Allah’. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Apa yang saya boleh katakan ialah saya akan sedaya upaya untuk membuat perkara itu.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Betul.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Apa yang kita telah buat setakat ini dalam satu bulan sahaja saya jadi Menteri dan kita telah buat banyak perkara untuk Sabah. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Kota Kinabalu ataupun Yang Berhormat lain boleh nampak komitmen kementerian kita untuk menangani masalah ini. Sekian sahaja penjelasan saya, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang komprehensif.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tuan Pengerusi, yang Hulu Terengganu tidak jawab?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang tidak terjawab akan diberikan jawapan bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM101,874,289 untuk Maksud B.30, di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM101,874,289 untuk Maksud B.30, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM132,567,607 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM132,567,607 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.23 [Jadual] – Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada lima kementerian lagi dan untuk memastikan Dewan ini tidak melebihi masa saya cadangkan mulai sekarang debat ini adalah perbahasan peringkat Jawatankuasa di bawah Perkara 55(2). Hanya fokus kepada perkara spesifik maka masa perbahasan dihadkan kepada tidak melebihi daripada lima minit setiap orang. [Tepuk] Seterusnya, saya menjemput perbahasan untuk Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Lima minit.

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau ada license to sit, dia ada keistimewaan tetapi sudah bangun dua, tiga kali lagi. Saya bagi kali keempat...

Tuan Pengerusi, sebab saya lama tidak bercakap.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Kerana saya kagum dengan semangat Yang Berhormat Arau, sila. Nanti selepas itu Yang Berhormat Rasah, lima minit.

Tuan Pengerusi, lagi sekali ini saya sebutkan di sini bahawa di bawah ini saya hendak bercakap pun agak sukar, tidak ada negeri Perlis di sini, langsung tidak ada fasal air ini semua orang perlu air. Jadi saya cadangkan supaya di samping menyokong supaya bekalan air yang telah diperuntukkan di bawah P.23 ini, saya juga minta supaya dipertimbangkan kenapa Perlis tidak dimasukkan padahal Perlis di antara negeri yang menghadapi masalah air. Sumber air kita ialah daripada Sungai Mada daripada tasik dan juga air bawah tanah. Jadi kita menghadapi masalah di mana banyak tempat kurang bekalan air dan sentiasa terganggu. Kalau sekiranya kementerian menghadapi masalah untuk mendapatkan peruntukan, sila rujuk Butiran 93500 – Projek Khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang boleh digunakan untuk bantu. Oleh sebab ini saya tidak perlu peruntukan tambahan tetapi projek khas saya rasa boleh diambil untuk digunakan bagi rancangan bekalan air di negeri Perlis.

Kalau sekiranya kita juga tak mampu, kita kena rujuk kepada CEP yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Daim yang saya cukup sokong supaya mereka juga tolong bantu negeri Perlis. Oleh sebab kalau tidak, kita akan menghadapi masalah di

mana Perlis akan berada di negeri yang terkebawah, tercorot sekali dari segi pembangunan dan juga lain-lain. Daripada dahulu sampai sekarang, masih tercorot. Kita kena buat sesuatu supaya perkataan tercorot tersebut tidak berlaku di negeri Perlis. Jadi, saya menyokong dan saya minta supaya dimasukkan Projek Bekalan Air Negeri Perlis ini dalam senarai negeri- negeri yang ada, semua negeri ada, termasuk Labuan pun ada dan lain-lain lagi. Tiba-tiba Perlis tidak dimasukkan.

Saya hendak selit sedikit Yang Berhormat Arau. Boleh?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat. Belum tamat. Boleh, boleh, Yang Berhormat Kangar.

Boleh, boleh. Lima minit.

Pasal saya punya tidak panjang. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun tahu Perlis ini dari segi non-revenue water, air tidak berhasil ini paling tinggi di Malaysia. Jadi, mungkin kementerian patut boleh jelaskan sedikitlah apa rancangan kementerian untuk bantu mengurangkan non-revenue water dekat Perlis.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Ya masukkan sebahagian.

Boleh masuk soalan Yang Berhormat sebahagian daripada ucapan saya. Kita daripada Perlis dan kita bersama.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Habis? Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah. Selepas itu Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya turut serta membangkitkan dua tiga perkara di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Di bawah perbelanjaan mengurus di bawah Butiran 060000 – “One-Off”, terdapat satu tajuk 060400 - Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK)(Baharu) yang menyenaraikan satu jumlah RM150 juta. Saya berharap pihak Yang Berhormat Menteri dapat memberikan butiran huraian berkenaan dengan perbelanjaan yang saya anggap terlalu besar. Oleh sebab kita pun tahu, IWK adalah satu konsortium yang menerima ataupun mengutip bayaran daripada para pengguna. Sama ada kenapa ada bayaran yang sebegini besar, perbelanjaan yang sebegini besar perlu ditanggung? Kalau benar, okey, untuk huraian. Kedua, berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan. Saya nampak setiap negeri, tadi kalau Yang Berhormat Arau kata kecuali Perlis, betul. Saya check semua negeri ada, termasuk negeri saya, Negeri Sembilan. Cuma saya hendak tanya, Negeri Sembilan saya nampak di kalangan semua negeri, Negeri Sembilan antara yang dapat sedikit, RM9 juta lebih. Daripada jumlah untuk rancangan bekalan air setiap negeri, saya nampak negeri Kedah ambil hampir 50 peratus. Satu negeri ambil 50 peratus berbanding dengan 11 negeri yang lain. Ini saya tidak tahu apakah justifikasi ataupun sebab di sebalik peruntukan sebegini ataupun ada apa-apa sebab yang luar biasa. Di bawah Butiran 95000 - NRW Nasional, terdapat RM20 juta diperuntukkan. Tuan Pengerusi, saya rasa NRW ini sangat penting sebab NRW ini non-revenue water, suatu yang bagi saya pembaziran. Pembaziran sebegini adalah menjadi tanggungjawab berterusan. Ia bukan one-off, bukan sekali kita boleh selesaikan. Oleh sebab ia banyak melibatkan paip, saliran air yang telah lama, usang dan sebagainya yang perlu diganti sepanjang masa. Jadi, saya hendak tahu apakah projek NRW ini? Bagaimana kerjasama antara Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian dengan kerajaan-kerajaan negeri? Berbalik kepada peruntukan di bawah Rancangan Bekalan Air untuk Negeri Sembilan RM9 juta lebih tersebut, saya hendak bagikan satu soalan. Saya masih ingat Syarikat Air Negeri Sembilan dikorporatkan hampir sembilan tahun, 10 tahun

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

yang dahulu. Kalau dahulu dipanggil Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan, kalau tidak silap saya, tahun 2009 dipanggil Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) selepas diperbadankan. Dimaklumkan bahawa selepas perbadanan, pihak SAINS akan menerima RM10 juta secara berkala, secara tetap daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN). Jadi, apakah yang RM9 juta lebih ini berkaitan dengan RM10 juta ataupun ia adalah perbelanjaan ataupun perkara yang tiada kaitan? Jadi, itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Selepas itu, Yang Berhormat Paya Besar. Selepas Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Labuan. Okey, sila Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 09100 - Rancangan Bekalan Air Negeri Selangor. Kita sedia maklum bahawa urusan mengambil alih empat buah syarikat di Selangor telah pun boleh dikatakan mungkin sudah selesai. Tiga buah syarikat asal dahulu telah pun selesai diurus. Baru-baru ini kita sedia maklum bahawa Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. telah pun bersetuju untuk membayar sebanyak RM2.55 bilion kepada SPLASH. Saya hanya hendak dapatkan penjelasan, bagaimanakah kaedah bayaran ini dibuat? Kalau saya tidak silap dahulu, tawaran bayaran kepada tiga buah syarikat sebelum ini, tidak silap saya, Puncak Niaga, SYABAS dan ABBAS ini dahulu PAAB yang bayar, 100 percent ia bayar. Apabila hendak ambil alih SPLASH ini, kerana harga yang dipersetujui itu terlalu mahal, lebih-lebih lagi kalau kita tengok komen daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dahulu hanya offered RM250 juta. Akan tetapi saya ingat itu tiada isu lagi kerana telah pun diputuskan. Soalnya, bagaimanakah bayaran ini akan dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor? Sama ada bayaran RM2.55 bilion ini akan dibayar sepenuhnya oleh PAAB ataupun bayaran ini mengikut formula yang ditawarkan sebelum ini, 40 peratus kerajaan negeri dan 60 peratus PAP untuk menyelesaikan bayaran ini. Jadi, itu yang saya hendak dapatkan penjelasan. Kedua, apabila kita lihat pengambilan syarikat ini dan juga kita sedia maklum sebelum ini juga kerajaan negeri juga ada berhutang dengan SPLASH, dekat RM40 bilion kalau tidak silap saya, yang SPLASH telah pun keluarkan writ saman kepada Syarikat Air Selangor ini. Apakah jaminan pihak kementerian untuk memastikan bahawa tarif air di Selangor ini tidak meningkat? Memang betul bahawa ini urusan kerajaan negeri. Akan tetapi kalau saya tidak silap, apabila di bawah akta kita, apabila kerajaan negeri sudah luluskan, ia akan dibawa kepada Kabinet untuk diberikan kelulusan. Prosedurnya, kalau saya tidak silap. Kalau silap, betulkan saya. Jadi, andai katalah kalau ikut komen daripada Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa masa ini, ketika ini diberi jaminan tarif air Selangor tidak akan naik. Akan tetapi bagaimanakah jaminan ini dapat dikekalkan bahawa tarif bekalan air ini tidak akan naik? Sekiranya kerajaan negeri membuat cadangan untuk menaikkan tarif air ke pihak Kerajaan Pusat, adakah nanti Kerajaan Pusat, terutama Yang Berhormat juga daripada Selangor, akan memberikan sokongan kepada permohonan daripada kerajaan negeri ini? Ketiga, apakah jaminan kita apabila kerajaan negeri telah mengambil alih kesemua syarikat ini bahawa Selangor tidak akan lagi menghadapi masalah bekalan air seperti sebelum ini? Akhir sekali, sebelum masa ini, tinggal seminit lagi, saya hendak tanya. Berapa peratus kah pembinaan untuk Loji Langat 2 sekarang ini? Di mana dijangkakan tidak silap saya, dijangka tahun 2022 tidak silap saya, yang patut boleh digunakan walaupun patut sudah siap tahun 2017. Akan tetapi oleh kerana banyak sangat masalah politik, maka tertangguh. Jadi, sekarang ini sedang dalam pembinaan. Berapa peratus kah pembinaan ini dibuat? Bilakah ia boleh digunakan untuk membekalkan air di negeri Selangor supaya masalah air Selangor tidak timbul? Berapakah reserve air Selangor sekarang? Reserve air Selangor, adakah 10 peratus, 20 peratus ataupun berapa? Cukup ataupun tidak dengan reserve air yang ada ini untuk Kerajaan Negeri Selangor membekalkan air, bukan sahaja untuk pengguna tetapi juga di kawasan-kawasan industri dalam negeri Selangor? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Paya Besar. Sila.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 08100 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang. Tuan Pengerusi, walaupun nampaknya angka telah diperuntukkan untuk Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang, saya ingin merujuk kes yang berlaku di kawasan saya, Paya Besar. Di Paya Besar ini ada satu kawasan pelancongan yang terkenal sejak dahulu lagi yang dinamakan Bandar Sungai Lembing. Akan tetapi, apakah rancangan peruntukan yang telah diperuntukkan ini dapat menyelesaikan masalah keputusan air yang berada di kawasan pelancongan Bandar Sungai Lembing? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Untuk makluman Tuan Pengerusi, ini telah menyebabkan implikasi negatif terhadap sosioekonomi yang berlaku di kawasan Sungai Lembing. Walaupun Sungai Lembing ini telah terkenal secara warisannya sebagai sebuah bandar perlombongan tetapi apabila pelancong- pelancong mahupun dalam dan luar negara datang ke Bandar Sungai Lembing, apa yang mereka hadapi semasa mereka berada di chalet, di rumah-rumah tumpangan ialah mereka tidak mempunyai kecukupan air dan apabila pihak agensi negeri memberitahu kepada saya, mereka menyatakan bahawasanya mereka tidak mencukupi daripada segi kewangan. Saya faham pengurusan air di Pahang ini diuruskan oleh kerajaan negeri tetapi bagaimanakah kerajaan hari ini, Kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri supaya masalah air bukan sahaja berlaku di Bandar Sungai Lembing, di kawasan saya, Tuan Pengerusi, melibatkan tiga tempat— dan saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi tadi melalui agensi FELDA menjawab persoalan bagaimana masalah air berlaku di Felda Bukit Sagu. Saya nampak kecelaruan di antara agensi-agensi dengan kementerian dan saya ingin tanya kepada kementerian, kenapa kita tidak pusatkan bahawasanya isu air ini hanya diuruskan oleh kementerian, bukan terletak di bawah agensi FELDA, terletak di bawah agensi-agensi lain? Kerana apa, isu air ini merupakan keperluan asas yang sudah pastinya rakyat memerlukan. Rakyat tidak mahu tahu bagaimana yang ingin kita lakukan. Mereka ingin tahu mereka telah membayar tarif air yang telah dikenakan kepada mereka dan mereka mahukan perkhidmatan. Saya harap peruntukan RM267 juta yang diperuntukkan di bawah Butiran 08100 ini juga melibatkan kawasan saya terutamanya kawasan Bandar Sungai Lembing, kawasan pelancongan yang mempunyai lapan ke sepuluh kampung tradisi yang semakin hari, Tuan Pengerusi, semakin menghadapi kegusaran terutamanya apabila anak-anak mereka pulang dari perantauan di hari perayaan. Ketiadaan air ini merupakan satu krisis yang amat besar yang berlaku di kawasan Bandar Sungai Lembing. Bukan sahaja di Sungai Lembing tetapi juga di kawasan-kawasan perumahan. Itu sebabnya saya mengharapkan sangat agar di bawah Butiran 08100 ini, dapat diberi tumpuan supaya perkhidmatan air di kawasan Paya Besar ini tidak terputus Saya juga meminta agar pihak atau agensi kementerian yang mereka bentuk sistem saliran air ini kena mengambil kira daripada segi logik akalnya. Semakin tinggi tempat itu, saiz paipnya perlulah semakin kecil. Tidak seperti apa yang berlaku apabila satu agensi FELDA telah menukar saluran paip yang baharu tetapi saiznya semakin tinggi tempatnya, semakin besar paip. Daripada segi tekanan, daripada segi spesifikasi, ia langsung tidak masuk akal, Tuan Pengerusi. Saya harap sangat isu air di Paya Besar ini terutamanya tempat yang saya sebutkan tadi harus diberi tumpuan kerana Paya Besar adalah kawasan yang berpotensi untuk menjadi kawasan pendidikan pelancongan, edutourism, tak lama lagi. Untuk makluman Tuan Pengerusi, ada 12 tempat peranginan dan tempat yang menarik di kawasan Paya Besar. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya jemput pembahas dari Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Butiran 06040 – One-Off Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Labuan dijadikan pilot project untuk satu billing IWK dengan air. Saya ingin tahu apakah finding dia dan adakah akan di rolled out nationwide, dengan izin, dan bila? Seterusnya Butiran 11300 – Rancangan Bekalan Air Labuan. Di Labuan, memang banyak kes paip pecah dan banyak kawasan yang tekanannya masih sangat rendah. Saya difahamkan bajet ataupun peruntukan yang agak besar telah diluluskan iaitu RM100 juta lebih kurang untuk penggantian paip. Saya ingin tahu, bilakah projek ini akan dimulakan? Yang terakhir, bekalan air Labuan bergantung kepada bekalan dari Sabah yang disalurkan melalui paip bawah laut. Sudah ada fasa pertama dan fasa kedua. Saya ingin bertanya, kapasiti yang ada sekarang ini boleh bertahan sampai bila, tahun bila dan adakah perancangan untuk membuat fasa ketiga paip bawah laut? Ataupun akan ada dibuat cara teknologi lain yang mungkin dibuat di Labuan itu sendiri? Seterusnya, last, di Labuan, walaupun dia kecil, Wilayah Persekutuan, kadang- kadang dianggap bandar sampai banyak projek ataupun peruntukan-peruntukan daripada KPLB tidak sampai ke Labuan sebab diingat Labuan ini sebagai Wilayah Persekutuan sama macam Putrajaya dan Kuala Lumpur tetapi sebenarnya masih ada rumah-rumah yang di kampung malah ada yang tidak mendapat bekalan air lagi sehingga rumah itu tidak dapat didiami. Sampai tadi saya hantar surat permohonan kepada KPLB untuk mendapatkan bajet supaya air dapat disambungkan. Saya harap kalau sekiranya KPLB tidak dapat memberi secepat mungkin, saya harap kementerian ini memberikan bajet yang cuma memerlukan RM300,000. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Menteri yang telah meluluskan peruntukan bagi negeri Kedah. Di samping itu juga, saya perlu memberitahu masalah- masalah yang kita hadapi di negeri Kedah terutama sekali air di mana air banyak yang digunakan oleh rakyat banyak dibazirkan kerana kepecahan paip dan sebagainya. Oleh itu, saya berharap pihak kementerian memberi peruntukan lebih sedikit untuk menukar paip di seluruh kawasan negeri Kedah terutama sekali di kawasan Padang Serai di mana kerap kali boleh dengar lebih kurang 10 keluarga akan memberitahu kita untuk mengatasi masalah- masalah tersebut. Dengan ini, saya berharap kementerian juga memainkan peranan yang penting sebelum mendirikan sesuatu bangunan ataupun projek-projek perumahan, haruslah membuat kajian terperinci supaya mereka memahami kedudukan air di sesuatu kawasan. Jika mereka membuat rumah tidak mengikut spesifikasi, maka masalah air adalah satu masalah apabila tekanan air akan rendah ke kawasan-kawasan terutama sekali kawasan- kawasan yang tinggi. So, dengan ini, saya berharap pihak kementerian bekerjasama dengan syarikat perumahan untuk mengatasi masalah-masalah di kawasan-kawasan terutama sekali kawasan pembangunan baharu. Dengan ini, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana memberikan peruntukan yang begitu banyak untuk negeri Kedah. Mungkin Perdana Menteri kita adalah dari negeri Kedah yang dapat datang dua kali jadi Perdana Menteri, mungkin perhatian ada bagi lebih sikit. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya lihat Yang Berhormat Dungun dulu. Sila Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Yang Dihormati Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam maksud bagi P.23 - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Di bawah Butiran 09400 - Rancangan Bekalan Air Negeri Terengganu dengan jumlah yang sangat sedikit, RM5 juta. Sedangkan keperluan kepada air bagi seluruh negeri Terengganu ini adalah sangat besar. Melibatkan bukan sahaja jajaran pantai yang panjang kerana timbul isu yang berkait dengan kadang- kadang air menjadi payau kerana kemasukan air masin pada musim-musim tertentu dan kadang-kadang pada musim tengkujuh. Jadi keperluan yang sangat diperlukan itu mungkin lebih besar daripada jumlah yang telah diperuntukkan. Jadi saya ingin tahu pecahan-pecahan kepada peruntukan daripada RM5 juta yang telah diperuntukkan di bawah Rancangan Bekalan Air Negeri Terengganu. Kedua ialah juga berkait dengan di bawah butiran ini, keperluan kepada air di pulau- pulau yang merupakan pusat-pusat kehadiran pelancong yang sangat ramai pada saban tahun iaitu pada empat pulau, Pulau Tinggol atau Pulau Tenggol, Pulau Kapas, Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian. Sejauh mana perjalanan diambil untuk keperluan kepentingan air di pulau-pulau tersebut? Ketiga ialah berkait dengan Butiran 95000 iaitu NRW Nasional, air-air yang banyak juga kehilangan tanpa punca yang diperoleh oleh kerajaan negeri, di bawah pentadbiran Syarikat Air Terengganu dengan jumlah yang juga agak besar. Jadi perlu diketahui berapakah peruntukan yang diberikan untuk kepentingan rawatan air di Terengganu yang melibatkan Butiran 95000? Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya mengambil bahagian.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Pontian.

Ringkas sahaja, Tuan Pengerusi. Butiran 06400 - Rancangan Bekalan Air Negeri Johor. Jumlahnya RM770 juta, banyak itu ya dan penguntukan semula ini RM10.7 juta. Kita semua sedia maklum bahawa bekalan air negeri Johor ini sebahagian daripada airnya dijual ke Singapura. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sekarang ini kita menjual 250 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura dan jualan itu dengan harga 3 sen setiap seribu gelen. Kemudian apabila air itu telah diproses di Singapura, kita membeli sebahagian balik 50 sen setiap seribu gelen. Kita juga menjual, negeri Johor menjual ke Melaka 50 sen setiap seribu gelen. Jadi apabila kita ingin mengadakan perundingan semula, Kerajaan Singapura selalu menyebut bahawa Perjanjian Air 1962 dalam Perjanjian Pemisahan Antara Malaysia-Singapura tahun 1965 didaftar dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jadi ada kesukaran-kesukaran yang tertentu untuk kita merundingkan semula dan perjanjian ini berakhir tahun 2061. Oleh kerana itu yang ingin mengesyorkan agar Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan membincangkan secara terbaik yang boleh supaya kita dapat keuntungan daripada penjualan air mentah 250 juta gelen air setiap hari ini. Itu yang pertama, perkara penting yang saya inginkan penjelasan. Perkara kedua, mudah sahaja ya mengenai sebuah jambatan, Butiran 070100, Pengurusan Air. JPS ini berada di bawah kementerian ini. Ada dua jambatan yang roboh akibat daripada pengorekan sampah-sampah dan rumput-rumput daripada Sungai Pinggan di kawasan saya di Benut, Pontian. Akibat daripada pengorekan itu berlaku arus deras, sebuah jambatan telah roboh. Nama jambatan itu ialah Jambatan Sepah Beruang di Benut. Kita telah mendapatkan peruntukan daripada ICU, Jabatan Perdana Menteri dan kemudian disalurkan kepada JPS. Akan tetapi sampai sekarang tidak dibuat jambatan itu. Jambatannya bukan berharga RM100 juta Yang Berhormat Menteri, cuma RM1.5 juta ya. Kenapalah dilewat-lewatkan ya pembinaan jambatan Sepah Beruang, Benut, Pontian, Johor. Kemudian ada satu jambatan di Parit Markom, RM1.6 juta itu telah dimulakan, terima kasih. Itu usaha kita juga untuk mendapatkan peruntukan khas kerana jambatan itu juga roboh. Terima kasih. Satu perkara besar, satu perkara kecil.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Saya jemput pembahas yang terakhir dari Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud P.23, Perkara 06400, Rancangan Bekalan Air Negeri Johor. Saya menyambung sedikit Yang Berhormat Pontian iaitu minta perhatian kementerian Yang Berhormat Menteri supaya membantu negeri Johor mengatasi masalah bekalan air supaya tidak lagi bergantung kepada Singapura. Terpaksa beli air daripada Singapura selepas kita hantar air dari Johor ke Singapura, kemudian kita beli air yang telah dirawat itu. Saya telah membuat pertanyaan dan menerima jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, ertinya Kerajaan Negeri Johor belum dapat menjalankan dan mengatasi masalah-masalah berkenaan bekalan air di Johor. Oleh sebab itulah terpaksa bergantung sebahagian daripada bekalan air di Johor itu daripada Singapura walaupun dengan harga yang mahal. Jadi saya berharap pihak kementerian, kerajaan memberi perhatian kepada ini, membantu Johor supaya bekalan air ini sentiasa mencukupi, tidak berlaku dalam beberapa ketika yang lalu, berlaku catuan, kekurangan air dan sebagainya yang menjejaskan zon pembangunan kita di Iskandar Malaysia, Rapid Petronas dan di Pasir Gudang itu sendiri yang merupakan hab industri yang besar di Johor. Jadi ringkasnya minta pertimbangan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Saya tamatkan perbahasan.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tuan Pengerusi, satu minit sahaja. Boleh satu minit?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya benarkan.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin menyinggung hanya Butiran 070000 – Pembangunan Air dan Pengurusan. Baru-baru ini pengurusan Air Selangor telah mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) pada harga RM2.55 bilion. Pembelian ini sekali gus menyelesaikan tunggakan hutang pengurusan air Selangor subsidiari, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. berjumlah RM4.76 bilion pada 30 Jun 2018 bagi air terawat. Pertama saya ingin mendapatkan respons kementerian berkenaan nisbah pembayaran pengurusan Air Selangor di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat melalui perbendaharaan, Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB). Kedua saya ingin mendapatkan pandangan pihak kementerian mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyatakan bahawa jumlah pengambilalihan SPLASH RM2.55 bilion adalah lebih kurang 10 kali ganda daripada nilai asal yang pernah ditawarkan oleh kerajaan sebelum daripada ini. Kemudian butiran kedua ialah 95000 – Non-revenue Water Nasional. Saya ingin menyinggung isu NRW iaitu isu air tidak berhasil yang menunjukkan nilai kuantiti air yang dibekalkan ke loji rawatan dengan air yang diminta kepada pengguna iaitu semakin tinggi nilai NRW, semakin lemah pengurusan utiliti air yang ada.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Saya ingin mendapatkan jawapan kementerian mengenai senarai negeri yang mempunyai NRW melebihi 50 peratus dan senarai negeri yang mempunyai NRW yang rendah. Kemudian, apa perancangan kerajaan bagi mencapai pengurangan 25 peratus NRW pada 2020 di peringkat nasional serta langkah mengurangkan NRW negeri-negeri yang mempunyai nilai NRW yang tinggi. Yang Berhormat Rantau Panjang hendak minta laluan? Silakan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Hendak minta laluan. Dia kata seminit sahaja tadi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat. Saya juga ingin menyentuh mengenai isu rawatan air di Kelantan. Minta pandangan Yang Berhormat sebab kita sudah tahu Kelantan ini di antara negeri yang mempunyai sumber air dalam bumi yang banyak. Begitu juga di musim banjir terutama di musim tengkujuh dengan taburan hujan yang begitu tinggi. Akan tetapi ada ketika di musim kemarau, air ini tidak dapat dimanfaatkan sehingga berlaku kekurangan, menyebabkan loji-loji air tidak dapat bekalan yang cukup. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat? Sepatutnya kementerian memberi perhatian terutama mungkin dari sudut bantuan sebab tanggungjawab pengurusan air ini di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi sepatutnya Kelantan juga diberi keutamaan untuk menyelesaikan isu yang membabitkan keperluan dan bekalan air ini. Apa pandangan Yang Berhormat? Minta penjelasan.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Pandangan saya yang sangat jelas dan terang ialah memasukkan pertanyaan Yang Berhormat Rantau Panjang ini ke dalam ucapan saya dan dijawab oleh Menteri. Sudah sampai masanya sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang bahawa isu air yang melibatkan negeri-negeri ini adalah isu kebersamaan yang perlu diselesaikan juga oleh kerajaan di peringkat persekutuan. Saya rasa setakat itu Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Telah tamat perbahasan seramai 10 pembahas. Tiga daripada Pakatan Harapan, empat daripada Barisan Nasional dan tiga daripada PAS. Maka sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menjawab.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHMenteri Air, Tanah dan Sumber Asli · Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu di bawah Kementerian KATS mengenai Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Mengurus dan Pembangunan Tahun 2018 dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini. Semua sekali ada 10 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas pelbagai isu di bawah Kementerian KATS. Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan belanja mengurus dan pembangunan 2018 melibatkan agihan semula peruntukan melalui penyusunan semula kementerian, agensi di mana kementerian baharu diwujudkan iaitu Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli susulan penyusunan semula Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kemasukan satu ‘air’ ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ke KATS. Mengambil kira penyusunan semula kementerian, agensi ini, penguntukan semula peruntukan perbelanjaan tahun 2018 akan melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,931,016 dan pembangunan sebanyak RM670,171,789. Tuan Pengerusi, mula-mula saya hendak jawab kepada Yang Berhormat Arau yang telah pun bangkitkan isu – Yang Berhormat Arau tiada. Yang Berhormat Arau telah bangkitkan isu mengenai dengan sumber air di – Tidak perlu jawabkah?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bertulislah.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya hantar bertulislah, lebih senang untuk Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Tanjong Karang pun tidak ada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh juga. Boleh buat bertulis.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya pun akan beri jawapan bertulis. Saya hendak jawab dia tetapi dia tidak ada di sini. Tidak apa. Yang Berhormat Tanjong Karang sudah ... [Disampuk] . Dia bangkitkan selepas itu dia sudah keluar dari Dewan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan mana yang ada Yang Berhormat Menteri.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Labuan ada ya? Okey. Yang Berhormat Labuan, isu joint billing Labuan yang apa finding dan adakah akan roll out ke negeri lain. Joint billing Labuan telah dilaksanakan sejak 1 Mac 2016 di mana bil IWK dimasukkan di dalam bil air yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Labuan. Berdasarkan prestasi, kutipan pengebilan meningkat kepada 95 percent daripada 87 percent sebelum joint billing. Daripada penduduk Labuan juga mendapati joint billing memudahkan urusan pembayaran bil dan patut dilaksanakan di negeri-negeri lain. Kementerian sedang mengkaji dan mengadakan rundingan dengan negeri-negeri seperti Johor, Melaka dan lain-lain untuk memperluaskan joint billing ini. Ini jawapan untuk Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Tanjong Karang, tiada. Yang Berhormat Labuan lagi – Penggantian paip bila akan dimulakan. Projek menaiktarafkan dan penggantian sistem agihan bekalan air sedia ada di sepanjang Jalan Mohd Salleh, correct me if the road is wrongly mentioned. Mohd Salleh dan Tanjung Bebuloh dari persimpangan Tun Mustapha hingga Terminal Minyak Mentah Shell, Kiamsam is it?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Kiamsam, tidak apa. Wrongly pronounced pun boleh. Tidak kisah. [Ketawa]

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Kiamsam telah diluluskan di dalam RMK-11 RP3, rolling plan ketiga. Tender perunding telah pun selesai dilaksanakan dan secara tender terbuka. Berdasarkan satu pekeliling dari MoF pada 29 Jun 2018, ia perlu di tender semula sebab ia merupakan tender direct negotiation yang telah diberikan. So kita tender balik dan akan mengambil sedikit masa untuk kita selesaikan pekerja ini di dalam Labuan tetapi the project is on. Yang Berhormat Rasah telah tanya saya tentang isu mengenai isu pemberian subsidi kepada IWK dan juga peruntukan terhadap air IWK RM150 juta kepada IWK. IWK merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan sejak diambil alih pada tahun 2000. Kos operasi loji rawatan kumbahan sentiasa meningkat, tambah tahun disebabkan pertambahan bilangan loji dinaikkan kos utiliti terutamanya elektrik dan lain-lain kos penyelenggaraan. Kadar tarif yang rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1997, menyebabkan kutipan hasil tidak dapat menampung kos operasi IWK. Oleh sebab itu saya ingat sekarang kementerian KATS di dalam perbincangan apa caranya untuk kita meningkatkan kutipan untuk IWK di mana dari dua ataupun lima tahun dari sekarang kita tidak perlulah beri peruntukan sebesar ini untuk IWK menjalankan kerja mereka.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Paya Besar bertanya, bagaimana kerajaan dapat membantu masalah air di negeri Pahang? Di dalam RMKe-11, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan enam projek bagi negeri Pahang dengan kos projek yang nilainya ialah RM260 juta. Projek- projek yang berkenaan bekalan air di Raub, Perlis, Karak, Bera dan Cameron Highlands. Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa berbincang dengan kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan kita bawa projek-projek baharu di dalam kawasan negeri Pahang. Akan tetapi, negeri Pahang mempunyai hutang besar kepada Kerajaan Persekutuan dengan sistem air sahaja. Apabila dapat pinjaman, tidak bayar balik. So, sekarang hutangnya dekat RM2 bilion yang negeri Pahang kena bayar kepada kita dalam projek-projek yang telah dilakukan selama ini...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Boleh?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Akan tetapi kita akan bincang dengan negeri Pahang, macam mana kita hendak atasi masalah syarikat air, PAIP di negeri Pahang...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Adakah...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian atau kerajaan hari ini bercadang untuk melupuskan hutang yang dilakukan oleh PAIP?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Not so fast [Ketawa] Good try anyway. Kita akan bincang ya, ada beberapa projek baharu kita akan laksanakan di negeri Pahang tetapi kita akan bincang macam mana kita boleh buat kerja bersama-samalah antara Pahang dengan negeri Persekutuan.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Mungkin Yang Berhormat Menteri untuk rancangan yang tahun hadapan kah, bagi peruntukan kepada kawasan di Sungai Lembing itu?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Kita boleh bincang. Yang Amat Berhormat Paya besar juga ya. Beberapa agensi kerajaan macam FELDA dan tadi yang dibawa oleh Yang Berhormat mengenai isu turut menyediakan peruntukan bagi meningkatkan dan menaik taraf sistem bekalan air di FELDA yang telah uzur. Kerja-kerja menaik taraf tersebut dilaksanakan sendiri oleh agensi-agensi tersebut. Akan tetapi saya akan bincang dengan FELDA apabila adakan projek macam isu air dan juga macam mana kita boleh bekerjasama. Saya tahu ada sedikit kelonggaran di sini, di mana FELDA tidak pun beritahu dengan kita sebelum ini. So, agensi-agensi ini dia buat kerja sendiri, dia tidak payah beritahu kepada kementerian tetapi saya akan menulis surat kepada FELDA kalau ada projek-projek air yang akan dibangunkan oleh FELDA di mana-mana kawasan dapat kelulusan daripada kita dahulu sebelum ia dilakukan.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Ini Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Masalahnya Yang Berhormat Menteri, sebelum sistem saluran paip itu ditukar, rakyat dapat bekalan air tanpa ada keputusan. Akan tetapi apabila kerajaan melaksanakan melalui agensi-agensi ini, the specification, dengan izin, sistem saluran paip itu tidak memenuhi seperti apa yang telah dirancang atau mereka mungkin salah, wrongdoing, dengan izin. Jadi rakyat tidak dapat- walaupun dengan paip yang baharu. Ini masalah Yang Berhormat Menteri, supaya dapat diselaraskan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri supaya kena rujuk kepada kementerian dahululah.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya setuju dengan Yang Berhormat. Saya akan minta FELDA refer to kita dahulu sebelum dia pasang paip, saiz paip dan mana ia akan dipasangkan. Yang Berhormat Kangar? Sudah keluar. Yang Berhormat Dungun telah pun bertanyakan tentang peruntukan yang kurang kepada negeri Terengganu. Bekalan air seperti di Pulau-pulau Tenggol, Kapas, Perhentian dan Redang, berapa lama air boleh sampai? Negeri Terengganu adalah antara negeri yang belum menerima pakai Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]. Sekarang ini hanya memohon peruntukan pinjaman untuk kajian sumber air negeri Terengganu. Sebanyak RM5 juta itu ialah untuk kajian keseluruhan negeri Terengganu untuk kita adakan sumber air negeri Terengganu. Dalam hal ini, permohonan tidak diterima oleh kementerian dari negeri Terengganu untuk projek bekalan air dalam RMKe-11. Untuk makluman, tiada projek bekalan air kementerian dilaksanakan dalam RMKe-11 di pulau-pulau di negeri Terengganu. Yang Berhormat Pasir Gudang, bertanya tentang mengapa negeri Johor masih bergantung pada bekalan air dari Loji PUB Singapura? Saya jawab sama dengan apa yang Yang Berhormat Pontian telah tanya. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Pontian, pada tahun 1987 dan juga seingat saya kalau tidak silap dekat 2,000 lebih. Ada satu perbincangan di antara Singapura dan Malaysia. Pada waktu itu Kerajaan Barisan Nasional. Ada peluang pada waktu itu, apabila ada perbincangan di antara Singapura dan Malaysia untuk bawa akan isu tiga sen ini, pada waktu itu. Akan tetapi gagal, tidak bawa dan teruskan dengan tiga sen sampai sekarang. Sekarang Yang Berhormat Pontian tanya kita pula di Kerajaan Pakatan Harapan fasal apa dan apa yang kita akan lakukan.

Tidak salah bertanya. Tanya tidak salah, apa salahnya. Jawab sahajalah.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

So, sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun minta kita berunding sama sekali dengan Singapura untuk tengok macam mana kita boleh bincang semula lagi di mana air dijual dengan Singapura dengan tiga sen dan kita beli

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

semula lima puluh sen di Johor. Negeri Johor memang ada masalah air besar, Yang Berhormat Ayer Hitam hendak tanya soalan?

Oleh sebab Ayer Hitam.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat kata, dahulu kerajaan tidak mahu menaikkan harga. Boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri beritahu zaman itu tahun berapa? Siapa Perdana Menteri? Apakah pada waktu itu Perdana Menteri yang sama dengan Perdana Menteri sekarang? Itu yang pertama. Kedua, kita sokong kalau kenaikan berlandaskan kepada apa hak yang kita ada. Kita akan memberi sokongan 100 peratus untuk kementerian perjuangkan. Tidak ada masalah. Akan tetapi jikalau hendak kata kerajaan dahulu tetapi kita kena tengok, siapa yang mempengerusikan Jemaah Menteri pada masa itu dan apa sebab. Saya rasa itu sebagai panduan. Terima kasih.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Tidak mengapa, kerajaan dahulu Barisan Nasional. Apa yang saya difahamkan kerajaan dahulu Barisan Nasional, sekarang ialah Kerajaan Pakatan Harapan. Kita berani untuk tanya Singapura untuk kita bincang balik tentang harga air yang selama ini kita sudah bayar sebanyak tiga sen dan kita akan mulai dengan rundingan baru.

Yang Berhormat Menteri, saya cuma tanya siapa Perdana Menteri pada masa itu? Itu sahaja.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

...Untuk kita cuba selesaikan masalah ini.

Siapa mempengerusikan Jemaah Menteri?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Itu BN lah.

Presiden UMNO.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Presiden UMNO, BN pada masa itu.

Siapa?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

MCA pun ada dalam situ...

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Pengkalan Chepa? Yang Berhormat Pengkalan Chepa ya, nisab pembayaran untuk pengambilan alih SPLASH ini. Saya tidak tahu fasal apa you dari Kelantan- sangat. Okey, saya hendak jawab sama-sama dengan Yang Berhormat Tanjong Karang, yang minta soalan ini. Pada mulanya saya hendak katakan, isu air di dalam negeri Selangor di antara SPLASH dengan Syarikat Air Selangor ini, permulaannya beberapa tahun sebelum ini. Kalau hendak selesaikan pada masa hujung tahun 2000 ini ataupun tahun 2014, tahun 2013 ataupun tahun 2008 atau tahun 2009 senang sahaja. Oleh sebab pada waktu itu Kerajaan Barisan Nasional ingat boleh gunakan isu air ini di dalam negeri Selangor dan gunakan isu air sebagai satu political tool untuk tekankan orang-orang negeri Selangor. Bukan untuk mencari penyelesaian syarikat air, bukan. It was mainly a political tool used by Barisan Nasional atas Kerajaan Pakatan Harapan di dalam negeri Selangor untuk sekat rakyat negeri Selangor. Oleh sebab dia hendak tunjukkan bahawa kita bukan pandai di dalam pengurusan air di dalam negeri Selangor.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Dia gunakan ini sebab, kalau selesaikan isu air dahulu, dua tahun ataupun sepuluh tahun sebelum ini, tidak ada masalah dengan air di negeri Selangor. So, sekarang selepas kita ambil alih kerajaan di Putrajaya, dalam satu bulan sahaja kita telah selesaikan isu air dalam negeri Selangor dengan mengadakan perjanjian di antara SPLASH dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) untuk selesaikan masalah air di negeri Selangor...

[Menyampuk]

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya jawab dululah. Nanti dulu. Saya jawab dulu. Selepas itu you boleh tanya soalan. Harga yang kita telah bawa ke meja perundingan di antara SPLASH dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ialah suatu harga yang telah dikaji oleh kedua belah pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu. Kerajaan Negeri Selangor menggunakan RHB Securities Sdn. Bhd. untuk membuat satu kajian. Manakala Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu menggunakan Deloitte untuk membuat kajian. Harga yang telah dibawakan oleh kedua-dua syarikat ini sama sahaja, dekat sahaja, tidak ada beza, plus minus maybe RM5 million, seperti itu sahaja. Harganya berhampiran dengan RM2.6 to RM2.7 billion yang dibawa oleh RHB Securities Sdn. Bhd., dan Deloitte. Apabila kita tanya, kita sedia- pada waktu itu Pakatan Harapan dan Kerajaan Negeri Selangor dedahkan apa harga yang telah dikemukakan oleh RHB Securities Sdn. Bhd. Akan tetapi, apabila kita minta Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu untuk dedahkan apakah value Deloitte mereka enggan untuk memberikan kuantum itu. Ini kerana mereka gunakan air sebagai satu alat politik di dalam negeri Selangor. Mereka ingat rakyat negeri Selangor akan marah kepada Pakatan Harapan dan kita akan kalah di dalam pilihan raya. Akan tetapi, rakyat negeri Selangor bijak dan telah pun tahu apa yang telah dilakukan. Oleh sebab itulah Barisan Nasional di negeri Selangor kalah teruk dalam tahun 2008, tahun 2013 dan juga tahun 2018. Sekarang hanya tinggal tiga kerusi Barisan Nasional sahaja di dalam negeri Selangor. Saya berterima kasih kepada rakyat negeri Selangor yang telah memberikan peluang untuk kami Pakatan Harapan untuk beralih ke Putrajaya. Oleh sebab itu kami telah selesaikan isu air di antara SPLASH dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. sekarang. Kuantum yang telah pun ditandatangani ialah RM2.55 bilion. Ada soalan yang ditanya kepada saya tentang bekas Menteri Besar Negeri Selangor yang mengatakan harga yang telah dibayar oleh SPLASH ialah 10 kali ganda dengan harga yang dibeli oleh beliau. Akan tetapi, harga yang dibeli oleh beliau tidak boleh diguna pakai sebab itu bukanlah book value kepada SPLASH pada masa itu dan yang membuat kajian ini adalah profesional. Mereka bawa book value- book value actually untuk ini ialah bukan RM2.55 bilion tetapi RM3.05 bilion atau RM3.54 bilion yang dibawa. So, yang dijual ini lebih rendah daripada book value dengan willing seller, willing buyer di antara SPLASH dengan negeri Selangor. Selangor telah mendapatkan satu harga yang berpatutan dengan persetujuan untuk membeli pada harga RM2.55 bilion. Keseluruhan aset yang dipegang oleh SPLASH termasuklah operational and maintenance juga telah diambil alih oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. Sekarang mereka telah pun minta Kerajaan Pusat agar kita buat satu perjanjian di mana mereka minta Kerajaan Pusat untuk membeli aset SPLASH dan selepas itu lease balik kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. Dengan cara itu, that is the plan from the beginning untuk kita adakan ini sebagai satu penyelesaian- holistic arrangement untuk kita selesaikan isu air di dalam Negeri Selangor. Yang Berhormat Tanjong Karang...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ini kalau mahu cakap sejarah air ini, kalau Yang Berhormat Menteri kata kita mahu main politik mengenai isu air- saya mahu baca beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh PAP, oleh Kementerian Air sebelum ini. Kalau mengikut laporan yang diberikan oleh bekas KSU yang dahulu mengatakan bahawa- dia katakan, sebanyak RM742 juta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, dan Rancangan Malaysia Kesebelas, selain daripada Projek Laluan Air Mentah Pahang ke Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2, iaitu RM7.6 bilion. Kemudian disebutkan lagi Langat 1, sejumlah RM6.8 bilion turut dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih dan sebagainya. Maksudnya Yang Berhormat Menteri, air ini kita tidak bermain dengan isu politik. Siapa yang main isu politik ini, kalau hendak kira, kalau ikut sejarah? Oleh sebab itu semasa Barisan Nasional memerintah sebelum Barisan Nasional kalah di Selangor, kita sudah buat di Loji Rawatan Air Langat 2. Oleh sebab kita sudah nampak, tahun 2007, tahun 2015 Selangor akan menghadapi masalah air. Oleh sebab itu kita buat Loji Rawatan Air Langat 2. Akan tetapi apabila Barisan Nasional kalah di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

hendak membatalkan Loji Rawatan Air Langat 2, hendak buat horas dan sebagainya. Akhirnya, bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid akhirnya menentangi Loji Rawatan Air Langat 2- ini saya tanya mengenai Loji Rawatan Air Langat 2. Itu menunjukkan keikhlasan kami untuk membantu rakyat Negeri Selangor. Kemudian pengambilan syarikat. Apa yang kita tengok tiga syarikat sudah selesai pun kita bayar. Kita berikan 100 peratus. Mengapa masalah SPLASH ini yang tertangguh? Ini kerana pada masa itu penilaian harga yang dibuat- ini sehingga sekarang bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid berkata, pada masa itu RM250 juta. Tiba-tiba mahu sehingga RM2.5 bilion. Jadi, ini persoalannya. Di dalam konsep ini, ialah willing buyer, willing seller. Jadi, sebenarnya kalau Yang Berhormat Menteri katakan kalau Kerajaan Barisan Nasional hendak mainkan politik air di Selangor, ini tidak betul. Kami yang all-out, hendak pastikan bahawa air di Selangor ini cukup. Oleh sebab itu kita berikan pelbagai bantuan dan tidak ada halangan untuk kerajaan negeri untuk mengambil alih syarikat. Malah kita berikan lagi bayaran 100 peratus kepada syarikat-syarikat yang kita ambil alih. Oleh sebab itu saya tanya tadi- dulu kita berikan empat tangguh kepada 100 peratus bagi pengambilan alih syarikat ini. Kemudian kita cadangkan sebab SPLASH hendak diambil tetapi mahal. Oleh sebab itu dicadangkan untuk 60-40. Jadi apakah sekarang ini bayaran yang hendak dibayar 100 peratus oleh kerajaan- Federal ataupun kerajaan negeri bayar 40 peratus? Itu maksud saya. Kalau mahu cakap mengenai politik sampai besok tidak habis Yang Berhormat Menteri.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Terima kasih, akan tetapi saya berdiri tegas di sini untuk mengatakan isu antara SPLASH dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., kalaulah kita jujur boleh diselesaikan pada tahun awal bukan sahaja pada tahun 2018. Kalau ada willing seller, willing buyer pada waktu itu pun kita telah minta tentang willing seller dan willing buyer. Saya di dalam Exco 2008, saya berbincang dengan Barisan Nasional pada waktu itu untuk isu air dan saya faham apa yang mereka telah lakukan. So, saya...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, saya pun...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Tidak apa, kita teruskan...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya pun duduk di Jawatankuasa...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Tidak apa...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tentang urusan ini. Saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri katakan isu SPLASH mengapa tiga syarikat asal kami boleh selesaikan dengan baik? Oleh sebab apa? Mengapakah hanya satu syarikat ini, siapa yang menimbulkan masalah syarikat ini? Mengapakah bila kita ambil alih Puncak Niaga, SYABAS, ABASS, tiada masalah. Kami boleh selesaikan. Akan tetapi, mengapa SPLASH ini hanya satu?...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Senang sahaja jawapan itu Yang Berhormat Tanjong Karang. SYABAS dimiliki oleh siapa pada waktu itu? Siapa yang memiliki SYABAS pada waktu itu? Ada kepentingan daripada UMNO pada waktu itu di dalam SYABAS.

Gaji pun besar.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Gaji pengurus pun besar. So, jangan kita- saya tidak mahu kita- tidak apa. Tidak apa. Saya jawab soalan. Cukup! Cukup!

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Menteri jangan hendak berpolitik dengan saya. Saya bukan- Yang Berhormat Menteri...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat di sini faham isu dia. Faham isu dia.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau Yang Berhormat Menteri- ABASS siapa punya?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Tidak apa. Tidak apa. Kita teruskan sebab ABASS ialah Kerajaan Negeri Selangor, dia setuju dengan apa yang telah dibuat pada waktu itu.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, mereka setuju. Apabila dia bersetuju, kita bayar.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Pada waktu itu sudah dibayar. Habis sudah. Habis cerita pada waktu itu.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang menimbulkan soal hal harga ini ialah kerajaan negeri.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Habis cerita. Akan tetapi, SPLASH ini dipegang balik. SPLASH ini kita tidak lakukan pada waktu itu sebab harga dia tidak berpatutan. Dia tidak setuju dengan harga yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada waktu itu untuk diberikan kepada SPLASH. SPLASH tidak setuju. Itu sahaja.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya. Cuba sebutkan dengan betul, siapa yang tahu akan harga yang ditawarkan itu? Kerajaan Federal ataupun kerajaan negeri yang tawarkan kepada SPLASH?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Tetapi, ya lah. Kita tahu tentang itu. Akan tetapi dia tanya maklumat sahaja...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jangan Yang Berhormat Menteri salahkan Kerajaan Federal...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Akan tetapi kita sudah lanjutkan dari tahun 2008 kepada sehingga tahun 2018 untuk selesaikan masalah ini. Takkan lah kita ambil masa 10 tahun untuk selesaikan masalah ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanjong Karang sila duduk. Minta Menteri...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Bila kita masuk Dewan, sudah selesaikan dalam satu bulan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta Menteri menggulung.

Habiskan.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Akhir sekali saya hendak...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak tanya ini...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak apa, Yang Berhormat Tanjong Karang cukuplah.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak, saya hendak tanya...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tanjong Karang cukup dah...

[Dewan riuh]

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Pengerusi, soalan ini saya tanya dalam ucapan saya tadi. Saya dalam ini ada tiga hingga empat perkara. Pertama, saya kata bayaran itu diambil, adakah dicadangkan 60, 40? Itu soalan pertama saya tanya tadi dalam ucapan saya. Dia tidak jawab lagi. Kedua, saya juga tanya...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Okey, tidak apa. Saya jawab...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Tidak jelas]

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya jawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Apa yang saya diberitahu oleh Menteri Besar negeri Selangor ialah dari RM2.55 bilion itu, negeri Selangor akan bayar RM650 million. Negeri Selangor akan bayar, Air Selangor akan bayar RM650 million. Separuh dari itu RM1.9 bilion itu, dia minta kita Kerajaan Pusat melalui- untuk beli aset SPLASH dan lepas itu kita lease balik kepada negeri, Air Selangor di negeri Selangor. Itu jawapannya.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Soalan berkenaan tarif air di negeri Selangor, Yang Berhormat Menteri.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Tarif air di negeri Selangor sekarang kita di dalam kajian dan bila kita siap dengan kajian itu, kita akan beritahu melalui persetujuan di antara SPAN dan juga negeri Selangor. Kita juga akan beritahu bila masanya. Tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar atas isu air, masalah air di dalam negeri...

Non-revenue water.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Non-revenue water, okay. Saya hendak...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Pengerusi, soalan saya ada satu lagi tidak jawab. Ini soalan saya bangkit, ini saya tanya dalam ucapan. Takkan pegawai tidak ambil apa yang saya bangkitkan tadi?

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Apa itu?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tanya tadi ialah, berapa peratus...

Jawapan bertulis...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan jawapan bertulis, ini soalan saya tanya tadi. Kalau tidak ada dalam ucapan saya, bolehlah. Siapa yang jawab tadi? Tidak payah kacaulah kalau tidak faham peraturan. Saya bangkit tadi, saya juga tanya Loji Langat 2, berapa peratus pembinaannya yang sedang dibuat hari ini? Loji Langat 2 dan bila ia dijangka akan siap? Saya ada bangkitkan tadi dalam ucapan saya tadi.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Loji Langat 2, sekarang sudah pun sampai dekat 70 peratus dan akan siap pada tahun 2023, akhir tahun 2023. Akan tetapi sebelum itu di dalam satu tahun lagi, kita telah bincangkan untuk kita dapatkan dekat 350 MLD, mula dahulu, dari tahun depan kita akan dapat di dalam negeri Selangor untuk kita atasi, reserve dan sebagainya. Untuk NRW di negeri Perlis, tertinggi di dalam Malaysia. Sampai 76 peratus, okey? So, kita di kementerian sekarang, ingat dan fikir bagaimana kita hendak atasi masalah ini. Adakah kita hendak membuat sistem baharu untuk keseluruhannya ataupun kita hendak cari NRW dan tukar paip di dalam kolam negeri Perlis. Banyak yang kita akan belanja di dalam negeri Perlis, kalau tidak silap saya Perlis sahaja, projek langkah mitigasi jangka pendek dan perkhidmatan bekalan air negeri Perlis keseluruhannya ialah RM41,138,388 untuk RMKe-11. Sekarang, kita sudah pun ada di dalam peruntukan itu untuk kita buat dokumentasi balik kelulusan MoF berkenaan tender dan sebagainya. We are there tetapi kita kena study, adakah kita hendak belanja besar untuk atasi masalah NRW di dalam negeri Perlis ataupun kita hendak buat jajaran baharu yang lebih senang untuk kita lakukan. Kita juga kena naik taraf loji-loji di dalam negeri Perlis untuk kita atasi masalahnya.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Negeri Kelantan Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan NRW di Kelantan.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

NRW di Kelantan? Saya sudah jawab NRW di Kelantan semasa perbahasan Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan bagi bertulis kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Soalan saya, adakah pihak kementerian telah membuat kajian mana lebih ekonomik dari segi kos, sama ada untuk mengatasi...

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Atasi, baiki-membaiki NRW ataupun jajaran baharu ya? Okey, saya akan bagi jawapan bertulis kepada...

Jawapan juga untuk Yang Berhormat Rantau Panjang. Kalau tidak dapat, bertulis pun tidak mengapa.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Apa itu yang?

Rantau Panjang.

Terengganu pun sama juga.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Terengganu saya sudah jawab tadi.

Akan tetapi NRW belum bertulis.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Saya beri you list NRW di kawasan Kelantan dan Terengganu.

Terima kasih.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018. Peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan tahun 2018 dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Air Tanah dan Sumber Asli. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM190,331,016 untuk Maksud B.23, di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM190,331,016 untuk Maksud B.23, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM670,171,789 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM670,171,789 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.26 [Jadual] - Maksud P.26 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita terus pergi ke kementerian yang seterusnya, Kementerian Pembangunan Usahawan. Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan terbuka untuk di bahas sekarang. Saya jemput Ahli Yang Berhormat yang mahu membahaskannya.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Parit Sulong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat daripada Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih, saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Lima minit ya.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya terus kepada Maksud P.26 bagi Butiran 00514 iaitu Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera. Ini adalah satu program yang dahulunya di bawah MATRADE yang bertujuan mewujudkan satu syarikat bumiputera yang berdaya saing dan menjadikan semua peserta di bawah program ini nanti akan menjadi pengeksport setelah diberi latihan dan sebagainya. Program ini adalah satu program yang memberi banyak nilai terutamanya pengeksport bumiputera dan di dalamnya adalah program-program yang dinamakan Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Pembangunan Pengeksport Wanita dan

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Pembangunan Pengeksport Belia. Di dalam latihan yang diberikan kepada peserta di dalam program ini juga adalah bagaimana menjadi seorang usahawan yang berdaya saing, maksudnya daripada end-to-end. Daripada awal sehinggalah mereka menjadi seorang pengeksport. Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian adalah apabila program ini ditukarkan daripada MATRADE dan dibawa Kementerian Pembangunan Usahawan, soalan yang hendak saya majukan kepada pihak kementerian adalah hala tuju kementerian mengenai program ini. Adakah akan terdapat tambahan kumpulan sasaran yang akan ditetapkan oleh pihak kementerian untuk menambah baik program yang sedia ada ini? Apakah penekanan, adakah pihak kementerian juga memberikan lebihan atau penekanan kepada satu sektor yang saya lihat banyak memberikan impak terutamanya kepada usahawan bumiputera dan juga wanita iaitu sektor yang berasaskan kepada life-style.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Soalan seterusnya, apakah pula jaminan yang akan diberikan oleh pihak kementerian kepada usahawan-usahawan di bawah program ini yang telah mendapat, untuk mendapatkan- sebab kalau di MATRADE ia ada- macam saya katakan end-to-end. Bermaksud daripada awal sampai lah terakhir. Maksudnya, diberikan latihan, kemudian diberikan mentor, kemudian diberi peluang untuk mengeksport barangan mereka. Mentor yang akan ditentukan juga adalah mentor yang bersesuaian. Kemudian akan diadakan matching bagi mereka boleh mengeksport pasaran mereka ataupun services mereka ke luar negara. Jadinya, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah nanti apabila ia diletak di Kementerian Pembangunan Usahawan ini, ini akan diadakan- bermaksud, adakah kementerian juga akan mewujudkan satu badan lain yang dinamakan- mungkin akan diberikan atau dinamakan market intelligent untuk menjadi rujukan kepada usahawan- usahawan ini bagi mereka memilih pasaran dan juga bidang apa yang paling sesuai kepada mereka dalam mereka boleh membangunkan usahawan-usahawan dan juga produk mereka. Ini kerana di dalam MATRADE semasa di bawah MITI, ia menyediakan satu yang cukup khusus. Sekiranya telah berjaya, telah menjalani latihan di bawah Program WEDP ini, ia boleh kemudian diberikan kepada Go-Ex kalau sekira mereka tidak pernah menjalankan eksport mereka kali pertama. Sekiranya telah mencapai satu sasaran berjumlah RM500 juta, maka mereka akan diberikan peluang untuk masuk dalam satu program yang dinamakan Mid-Tier. Akan tetapi semuanya menjadikan usahawan kita lebih ke arah global. Jadinya, bagaimana kementerian? Kementerian hendak memastikan bahawa terdapat kesinambungan peserta-peserta program di bawah kementerian ini agar akhirnya mereka dapat menjadi pengeksport yang berjaya. Seterusnya, 00606 - Pembangunan Perusahaan Mikro, dan juga 00603 - Program Keusahawanan. Terdapat janji Pakatan Harapan semasa PRU untuk memberi satu peruntukan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dalam membangunkan keusahawanan dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pembangunan ekopelancongan di kawasan terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar. Jadinya, apakah usaha kementerian dalam menjadikan perancangan ini- contohnya yang saya mungkin boleh nyatakan di sini mengenai pembiayaan untuk pembangunan ekopelancongan yang boleh diusahakan oleh generasi muda terutamanya. Apakah mekanisme lain yang boleh dibuat oleh pihak kementerian dalam mekanisme untuk komersialkan melalui platform media sosial ataupun business online? Apakah juga usaha kementerian untuk menggalakkan usahawan membuat pasaran dan juga promotion mereka, terutamanya di kalangan generasi muda dan juga wanita. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Ada pembahas lain? Sila Yang Berhormat Jeli.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebelum saya pergi kepada specific Tuan Pengerusi, dua perkara umum. Pertamanya, terima kasih bagi pihak seluruh warga usahawan, khususnya dewan-dewan perniagaan yang lebih 10 tahun berjuang untuk mengembalikan satu kementerian penting dalam membangunkan keusahawanan dalam negara. Jadi, saya yakin mereka amat lega. Terima kasih kepada kerajaan dan saya harap kementerian ini akan menjadi a real one-stop center, satu pusat sehenti sebenarnya. Itulah antara tujuan mungkin untuk mewujudkan kementerian. Keduanya, di bawah ini, PKS ini penting, 97 percent daripada jumlah establishment dan macam saya sebut tadi, semasa membahaskan Kementerian Ekonomi, negara kita ini masih digerakkan oleh kerajaan. Jadi, apabila kerajaan dari segi projeknya, programnya berkurangan dalam tiga bulan ini, maka ia memberi kesan kepada daya beli di kampung- kampung, hotel kecil-kecil umpamanya, penyedia makanan ataupun restoran, mereka maklumkan kepada kami bahawa tiga bulan ini business-nya down. Itu realitinya. Jadi, apabila ada juga kementerian dan kita harap dalam jangka pendek, kerajaan akan mengumumkan satu dasar untuk memantapkan lagi PKS. Kita berharap sektor ini yang agak lembap, sektor PKS akan berkembang semula. Tuan Pengerusi, pertama berkaitan dengan SME Corp. Satu institusi yang amat penting. Pertama, saya harap ia benar-benar menjadi real one-stop center, di mana semua usahawan dapat berjumpa dan mencari jalan bagaimana dapat selesaikan masalah mereka. Butiran 020200 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), yang penting ialah program-program pembangunan usahawan dalam digital ekonomi umpamanya, DFTZ, Alibaba yang sudah pun bertapak di negara kita bersama-sama dengan MDEC dan MATRADE. SME Corp memainkan peranan penting, lebih 3,000 syarikat telah pun berjaya dibangunkan. Saya harap SME Corp akan melipatgandakan peranan untuk memastikan industri kecil dan sederhana akan dapat menyertai pasaran global. Walaupun kejayaan setakat ini okey, kita mahu supaya bumiputera dan perusahaan kecil yang lain tidak ketinggalan dalam mengeksport barangan mereka ke luar negara seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi. Tuan Pengerusi, seterusnya berkaitan dengan pembangunan. Ini berkaitan dengan development financing, Butiran 10300 - SME Bank, di mana RM70 juta disediakan, isu utama kita tahu usahawan, khususnya bumiputera ialah funding. Di mana wang ini tidak pernah mencukupi dan yang penting ialah kadar faedah yang dikenakan pada usahawan. Apabila peruntukan kerajaan sebelum ini agak besar, maka SME Bank telah mampu untuk menolong ramai usahawan pada kadar faedah yang concessionary iaitu kadar soft loan, dengan izin. Jadi, RM70 juta ini satu suntikan yang saya harap dapat membantu untuk mengurangkan kadar faedah, perlu dicari window ataupun beberapa sektor tertentu dalam SME Bank ini untuk dibangunkan usahawan kecil. Kita harap kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada SME Bank, khusus dalam bentuk peruntukan geran kepada bank ini. Saya difahamkan SME Bank akhir-akhir ini telah mendapat dana daripada pasaran. Kalau itu keadaannya, maka kadar pinjamannya adalah pada kadar yang tinggi dan ini akan membebankan usahawan. Jadi, saya berharap kerajaan akan lebih serius dalam membantu DFI seperti SME Bank. Kita harap beberapa usahawan dalam bidang ekonomi baharu, termasuklah terlibat dalam digital dan juga the Fourth Industrial Revolution ini akan disokong sepenuhnya untuk membolehkan mereka menceburi pasaran luar. Akhir sekali, berkaitan dengan Program Pengeksport Bumiputera. Kita tahu bahawa Bumiputera tidak ramai yang mengeksport, ada yang berjaya dalam bidang oil and gas, alhamdulillah. Beberapa syarikat bumiputera berjaya dalam bidang makanan, minuman mungkin. Akan tetapi dalam bidang manufacturing umpamanya, electrical, electronics, SME umpamanya, bumiputera amat kurang sekali. Maka, harus ada program untuk membimbing mereka melalui SME Corp dan juga badan-badan lain supaya bumiputera juga mampu untuk mengeksport barangan mereka ke luar negara. Tuan Pengerusi, saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana impian usahawan bumiputera telah tercapai. Kita harap SME Corp akan menjadi satu one-stop centre, pusat sehenti yang sebenar-benarnya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jeli.

Rantau Panjang.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Paya Besar.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran Projek 00601 - Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Saya amat bersetuju pandangan dan saranan Yang Berhormat Jeli sebentar tadi berkaitan industri digital. Ini kerana apa yang berlaku hari ini ialah kita sudah ada dihidupkan semula sebuah Kementerian Pembangunan Usahawan yang dahulunya sudah ditiadakan. Apabila kementerian ini wujud, sudah pastinya pembangunan usahawan melalui Butiran 00601 harus diberi tumpuan kepada industri digital. Ini kerana apabila DFTZ dilancarkan pada tahun 2017, ia menyumbang 18.2 peratus KDNK negara dan dijangka pada tahun 2020 nanti, ia akan menyumbang lebih kurang 20 peratus. Ini bermakna apabila sampai lagi dua tahun ke hadapan, untuk mencapai 20 peratus sumbangan kepada KDNK, sudah pastinya kita memerlukan usahawan anak muda yang mempunyai kepakaran dan kemampuan berada dalam industri yang baru yang kita sebut, dengan izin, Industrial Revolution 4.0.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Kalau kita tidak memikirkan tentang perkara dan keperluan anak muda pada hari ini, saya yakin dan percaya anak muda tidak akan berupaya untuk mendepani industri yang baharu ini. Kerana apa? Kita mesti menyokong keperluan muda bukan sahaja dari segi dana pembangunan. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya mewujudkan sebuah one- stop center di bandar-bandar besar. Apa yang saya lihat, peniaga-peniaga muda yang ingin menceburi dalam bidang industri digital ataupun mereka mempunyai keupayaan untuk berniaga, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membuat promosi. Mereka tidak mempunyai kemampuan dana untuk mengiklankan produk mereka. Untuk menghasilkan iklan, untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik untuk diletakkan dalam media-media sosial, mereka memerlukan dana yang tinggi. Itu sebabnya saya mencadangkan kepada kementerian mungkin di bawah Butiran 00603 dalam Program Keusahawanan ini harus diwujudkan sebuah one-stop center di bandar-bandar besar supaya anak-anak muda yang mempunyai keperluan untuk usahawan, mereka boleh datang ke one-stop center ini dan mereka boleh mendapatkan perkhidmatan secara percuma ataupun dengan yuran yang minimum. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN). Saya sangat mengharapkan bahawasanya TEKUN hari ini harus melihat kembali dengan syarat-syarat yang telah diubah dua tahun atau tiga tahun yang lepas supaya kembalikan bahawasanya TEKUN ini mesti mempunyai sebuah tabung yang memudahkan usahawan-usahawan untuk memohon. Jangan kita memperketat syarat-syarat dengan ada niat bahawasanya usahawan-usahawan yang telah meminjam tidak membayar kembali. Saya yakin NPL begitu tinggi tetapi kita mesti mempunyai sebuah tabung yang boleh membantu usahawan-usahawan kecil. Andai kata mereka gagal, ini juga merupakan salah satu proses untuk mereka memahami bahawasanya perniagaan ini mempunyai masa untung dan masa rugi. Itu sebabnya saya harap sangat Tabung Ekonomi Usaha Niaga ini kembali kepada asas penubuhan tabung ini iaitu memberi ruang dan peluang kepada usahawan terutamanya usahawan Bumiputera agar mereka dapat mempunyai kemudahan dana pinjaman dan akhirnya mereka boleh membangunkan perniagaan yang mereka impikan dan akhirnya akan mendapat keuntungan untuk mereka dan juga menyumbang kepada ekonomi negara. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 13001, dan Butiran 13005, berkaitan Suruhanjaya Koperasi. Apa yang berlaku pada hari ini adalah kita mempunyai koperasi yang begitu lama di sekolah-sekolah. Sudah pastinya penubuhan sekolah adalah bersamaan dengan penubuhan koperasi itu. Saya ingin bertanya dengan kementerian, apa yang kementerian sudah lakukan supaya pengupayaan koperasi ini akan memberi ruang dan

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

peluang supaya mempunyai peningkatan dana di sekolah itu dan dana ini juga dapat dikongsi dengan persatuan ibu bapa dan guru agar mereka dapat meraikan pelbagai aktiviti agar pendidikan anak bangsa Malaysia dapat diperkasakan pada masa-masa akan datang? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Saya terus menyentuh Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN). Saya ingin penjelasan, sejauh mana pemantauan dibuat terhadap program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini? Ini kerana kita tengok dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 mendapati bagaimana tidak ada satu kajian yang menyeluruh terhadap keberkesanan program yang telah dibuat di bawah TEKUN tentang sejauh mana kejayaannya dan kita dapat lihat dalam laporan itu kerugian terkumpul untuk tahun 2015 berjumlah hampir RM209.29 juta. Ini adalah satu angka yang besar. Jadi saya ingin tahu, apakah perancangan kementerian untuk memastikan supaya kegagalan ini tidak berulang? Begitu juga kita tengok dalam Bajet 2018 di mana peruntukan yang telah diperuntukkan untuk dana TEKUN ini lebih kurang RM500 juta. Ini adalah satu angka yang besar. Jadi, sejauh mana kerajaan menyusun supaya program dana untuk bantuan kepada tabung niaga ini supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak mengalami kegagalan sebagaimana sebelum ini? Begitu juga proses untuk mendapatkan kemudahan daripada tabung ini. Kalau sebelum ini mesti mendapatkan tandatangan daripada ketua bahagian dan sebagainya. Orang penting dalam politik. Apakah perkara ini, dasar ini akan diteruskan? Jadi maknanya kita tidak mahu dana negara yang sepatutnya dimanfaatkan oleh mereka yang berhak ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tertentu. Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 00603 – Program Keusahawanan. Kita lihat rata-rata di antara masalah kita hari ini ialah usahawan muda ataupun usahawan- usahawan Bumiputera yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan, ramai yang gulung tikar kerana masalah keadaan ekonomi menyebabkan barangan jualan mereka kurang laris dan sebagainya khususnya kalau di kawasan saya di sempadan, persaingan yang cukup besar berdepan dengan sempadan Thailand. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana program keusahawanan ini dapat dimanfaatkan kepada rakyat khususnya dalam kawasan saya di Rantau Panjang? Apakah program- program yang telah dibuat sebelum ini? Kita juga dapat makluman bagaimana- termasuk juga usahawan di bawah MARA, saya dapat makluman mereka mendapat kekangan perniagaan mereka terutama dari sudut promosi. Jadi, sebab itulah saya ingin tahu, apakah perancangan kementerian untuk memastikan supaya usahawan-usahawan baharu, usahawan muda termasuk juga usahawan di kalangan graduan yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini mereka dapat memperluaskan ataupun memajukan perniagaan mereka supaya dapat bersaing dengan suasana yang semakin mencabar pada hari ini?

Penjelasan. Minta penjelasan, Yang Berhormat Rantau Panjang. Arau, Arau.

Yang Berhormat Arau. Okey.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Arau mohon, ya.

Kawan lama.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Arau.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada Menteri supaya kawasan bandar-bandar sempadan seperti Rantau Panjang, Padang Besar, Wang Kelian, Bukit Kayu

Hitam dan lain-lain lagi diberi perhatian sepenuhnya terutamanya melalui TEKUN ini supaya kita menggalakkan lebih ramai orang muda terlibat dengan perusahaan di kawasan tersebut? Kadang-kadang bila mereka tidak ada modal, mereka melakukan penyeludupan dan sebagainya tetapi kalau kita bagi perhatian yang khusus, saya percaya mereka boleh menjadi peniaga-peniaga yang ternama di kawasan sempadan.

Terima kasih. Saya cadang supaya dimasukkan ucapan Yang Berhormat Arau juga dalam ucapan saya. Masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Arau itu memang berlaku di kawasan saya juga. Kita perlu kepada bantuan kerajaan supaya usahawan-usahawan anak muda di kawasan sempadan ini supaya mereka tidak terlibat dengan dadah, penyeludupan dan mereka perlu diberi peluang pekerjaan. Jadi di antara perkara yang mudah ialah antaranya terlibat dalam bidang keusahawanan dan keusahawanan memerlukan modal, memerlukan promosi. Jadi, tiada erti kita buka kedai yang ramai tetapi tidak ada pelanggan ataupun kurang dari sudut kemajuan perniagaan. Jadi perkara ini kita minta sangat supaya Kementerian Pembangunan Usahawan ini mengambil inisiatif terutama di kawasan sempadan untuk kita bukan semata-mata dari sudut ekonomi tetapi untuk membendung juga gejala sosial yang semakin membimbangkan yang melibatkan golongan remaja. Akhirnya ialah berkaitan dengan Amanah Ikhtiar. Saya ingin penjelasan, sejauh mana kejayaan program yang telah dibawa di bawah Amanah Ikhtiar ini yang berkaitan dengan usahawan supaya kita ingin melihat modal yang diberi kepada peserta-peserta ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Bila dalam mesyuarat Jawatankuasa, panggil saya Tuan Pengerusi. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Pontian.

Tuan Pengerusi, dimaklumkan bahawa perindustrian kecil dan sederhana di Malaysia ini berjumlah lebih kurang 900,000 dan hanya 38 peratus adalah bumiputera. Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah menjawab soalan di Dewan ini bahawa 120,625 usahawan telah diwujudkan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Bumiputera di lebih 20 buah kementerian yang telah diarahkan dalam zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Akan tetapi dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan kosong usahawan bumiputera. Saya rasa pegawai-pegawai tidak memberikan angka yang tepat kerana di bawah Kementerian Pendidikanlah banyak usahawan bumiputera ini. Contoh pengusaha kantin kemudian pembekal alat pejabat, kontraktor penyelenggaraan sekolah dan pembekal pengawal keselamatan. Kenapa itu tidak dikira ya? Pelik betul jawapan kosong untuk Kementerian Pendidikan. Untuk Kementerian Luar Negeri itu mungkinlah logik kosong dan saya harap angka ini dikaji semula. Empat tahun 120,625- saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Usahawan, untuk tahun- tahun yang akan datang ini berapa jumlah yang boleh dilahirkan usahawan oleh kementerian ini? Jawatankuasa Pembangunan PKS Kebangsaan untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Di dalamnya ada pelbagai kementerian kerana kita berpendapat bahawa PKS adalah satu kuasa ekonomi yang cukup besar untuk memajukan negara. Oleh sebab itu dicadangkan supaya Jawatankuasa Pembangunan PKS Kebangsaan ini diteruskan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadi pengerusinya. Kita ingin menjadi entrepreneurial nation ataupun negara yang berteraskan keusahawanan oleh sebab itu adalah penting supaya usahawan-usahawan bumiputera terus dibantu. Saya juga ingin bertanya soalan ini tidak dijawab oleh beberapa Yang Berhormat Menteri saya rasa mereka takut untuk menjawab soalan ini. Jangan takutlah untuk menjawab soalan ini iaitu tentang taraf bumiputera, syarat taraf bumiputera apabila kementerian membuka tender. Ya saya tahu sekarang ini semuanya open tender, tender terbuka tetapi

kalau tidak ada syarat taraf Bumiputera itu, maka usahawan-usahawan bumiputera dari segi pembekal dan juga kontraktor akan terus ketinggalan. Oleh sebab itu saya ingin mengesyorkan agar kementerian memastikan syarat taraf bumiputera untuk tender-tender terbuka yang ada di semua kementerian itu perlu diadakan supaya usahawan bumiputera akan terus dapat dibantu. Satu lagi ialah mengenai SME Corp., satu agensi yang amat penting dalam pembinaan usahawan ini. Saya pernah bertanya tentang Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) ia adalah satu usaha yang amat penting bagaimana kita memilih usahawan- usahawan berumur 30-an, 20-an melalui satu kaedah yang amat-amat kreatif dengan mereka menghadiri seminggu kursus ala tentera dan dua minggu untuk asas-asas perniagaan. Saya harap usaha TUBE ini diteruskan dengan peruntukan tambahan dengan jumlah mereka ditambah daripada apa yang ada sekarang perkara-perkara yang baik dibuat oleh kerajaan terdahulu tidak semestinya semuanya dihapuskan, ia perlu diteruskan yang mana baik. Tuan Pengerusi, itu sahaja ingin saya nyatakan di sini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama saya ingin untuk mendapatkan maklumat daripada Butiran 020200 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Pertamanya saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berhubung dengan platform Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC). SME Corp. merupakan anggota aktif yang mewakili Malaysia di dalam kumpulan kerja PKS Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Setakat penglibatan Malaysia, apakah peluang yang telah dinikmati oleh PKS di negara ini dalam rantaian nilai global khususnya hubungan antara syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana dengan syarikat-syarikat multinasional? Apakah halangan-halangan perdagangan yang wujud sehingga menyekat peluang PKS dalam menyertai rantaian nilai global tersebut? Kedua, saya ingin bertanya mengenai program SME University Internship yang telah diperkenalkan pada tahun 2008. Berdasarkan maklumat, pihak SME Corp. Malaysia telah mengadakan memorandum persefahaman dengan pihak universiti iaitu 10 universiti di seluruh Malaysia, universiti awam yang terlibat dengan program ini dan telah memberi manfaat kepada lebih 800 usahawan dalam pelbagai bidang. Jadi setakat mana yang telah- isunya adakah wujud proses pemantauan usahawan selepas daripada program ini dan bagaimana pula dengan kursus lanjutan yang ingin ditawarkan dengan kerjasama universiti-universiti luar seperti di United Kingdom dan juga Jepun? Ketiga, berkait dengan Butiran 00603 – Program Keusahawanan. Saya mengharapkan secara khususnya saya hendak tumpukan kepada usahawan pelancongan yang saya mengharapkan supaya satu tabung usahawan pelancongan ini diwujudkan bagi memajukan industri ini kerana ia melibatkan khususnya kepada kepentingan golongan bumiputera yang sebahagian besarnya terlibat kalau kita lihat di negeri Terengganu ini sebahagian kepentingan kehadiran pelancong itu sebahagian besarnya boleh diambil manfaat oleh usahawan-usahawan ini. Jadi pertama saya rasa perlu adanya satu mekanisme fokus kepada kumpulan yang melibatkan inap desa perlu diberikan bantuan-bantuan sokongan dan juga program-program untuk kemajuan mereka. Kedua yang melibatkan perusahaan bas-bas pelancongan. Ketiga ialah pemandu-pemandu pelancong dan yang keempat yang melibatkan pemandu-pemandu bot pelancongan ke pulau-pulau. Ini juga perlu diberikan tumpuan kepada usaha yang melibatkan kepentingan golongan yang mengusahakan usaha pelancongan ini.

Keempat ialah di bawah Butiran 13008 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pembangunan kedai runcit harga patut di kawasan Parlimen melalui gerakan koperasi. Saya rasa bagi kalau kita tidak mampu mungkin untuk menyelesaikan semua masalah rakyat yang melibatkan kepentingan harga-harga barang yang patut boleh dibeli oleh mereka dengan harga murah dan mudah, sekurang-kurangnya kita menyelesaikan sebahagian daripada melalui gerakan penubuhan koperasi-koperasi yang melibatkan kedai-kedai harga patut koperasi di kawasan parlimen. Jadi saya sangat bersetuju dengan program ini iaitu dalam kaedah Islam pun... [Berucap dalam bahasa Arab] Bermaksud, apa yang kita tidak boleh lakukan semua, tetapi jangan tinggalkan semua. Sekurang-kurang ahli-ahli koperasi ini dapat untuk mereka mendapatkan hasil dan menyertai koperasi ini sekurang-kurang dengan apa yang boleh mereka peroleh melalui kepentingan mereka berada dalam koperasi. Jadi saya mencadangkan supaya satu kawasan parlimen diwujudkan satu koperasi bagi kepentingan maksud Butiran 13008. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Cameron Highlands.

Dato’ Sivarraajh ChandranMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengajukan soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan. Di mana seperti yang kita tahu bahawa sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan lebih kurang RM600 juta untuk pembangunan usahawan India di bawah SEED. Jadi saya ingin meminta kepada Menteri bahawa adakah skim pembiayaan kecil dan sederhana itu akan diteruskan? Apa status RM50 juta yang telah diperuntukkan pada tahun lepas adakah ia akan disambung dan diteruskan? Pada masa yang sama saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri bahawa skim ini telah membawa pelbagai kebaikan, telah memperkasakan usahawan daripada pelbagai sektor khususnya masyarakat India. Jadi ini merupakan satu-satunya dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperkasakan usahawan belia India. Jadi maka saya amat berharap program sebegini, program ini bukan setakat beri dana tetapi lebih kepada latihan, bengkel, program mentor- mentee dan sebagainya dari ‘A’ to ‘Z’, dengan izin. Maka program sebegini harus diteruskan untuk memperkasakan masyarakat India kerana daripada pelbagai polisi yang telah disediakan oleh kerajaan ini merupakan satu-satunya program yang saya percaya akan mengubah takdir sesuatu keluarga, kehidupan mereka. Jadi ini selain daripada pendidikan ini pembangunan usahawan merupakan satu aspek yang penting bagi masyarakat India.

Dato’ Sivarraajh ChandranMIC · BNCameron Highlands

Jadi, saya berharap kerajaan baharu ini akan meneruskan inisiatif tersebut dan pastikan- kalau sebelum ini lebih daripada 30,000 usahawan belia telah memanfaatkan daripada skim SEED, saya berharap kerajaan baharu akan melipat gandakan usaha untuk memperbanyakkan lagi pelatih-pelatih dan juga pemohon-pemohon serta usahawan- usahawan yang berjaya dari kalangan masyarakat India. Saya juga berharap, bukan setakat latihan dan juga dana untuk pinjaman dan sebagainya. Lebih daripada itu, mungkin mereka perlukan exposure daripada aspek perniagaan luar negara, eksport, import dan sebagainya. Jadi, saya mohon kementerian dapat memperluaskan skop. Jangan hadkan hanya kepada pemberian dana, tetapi luaskan skop, berilah latihan exposure kepada belia-belia masyarakat India supaya mereka boleh bertanding setanding dengan rakan-rakan lain di negara ini dan juga di luar negara. Saya percaya, satu kekuatan yang kita ada khususnya untuk masyarakat India adalah dalam bidang IT. Kalau kita boleh explore kekuatan itu, saya percaya ia akan menyumbang baik kepada pembangunan negara dan juga pembangunan komuniti masyarakat India. Dengan itu, saya berharap pembangunan usahawan itu akan terus dapat melihat dan diberi fokus kepada pembangunan masyarakat India. Walaupun saya percaya kita ini rakyat Malaysia, kita harus berjuang untuk semua masyarakat Malaysia, tetapi saya

Dato’ Sivarraajh ChandranMIC · BNCameron Highlands

masih percaya masyarakat India perlukan satu skim atau fokus yang lebih sedikit terperinci supaya kita boleh membantu mereka daripada semua aspek. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya lihat Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali ialah hendak pohon supaya lima minit ini kita buat sepuluh minit lah, sebab kalau tidak nanti tersangkut-sangkut lima minit. Dulu, masa kami kerajaan, kami bagi peluang kepada pembangkang cakap seluas-luasnya sampai pukul empat pagi. Terutamanya, pada hari kita hendak luluskan elaun Ahli-ahli Parlimen, semua orang bersetuju 100 peratus dan kita bagi peluang untuk berbahas sampai pukul 4 pagi Yang Berhormat. Jadi, lima minit ini terlampau pendek. Kalau boleh tolong panjangkan esok, mulai daripada esok. Sebab kalau tidak, sayang sangat Ahli-ahli Parlimen yang begitu berharga minda mereka itu kita tidak dengar. Saya hendak sebut dua benda saja, tentang program usahawan. Orang muda, kita tahu bahawa terlalu awal untuk kita biarkan mereka tidak ada kerja, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Inilah masanya untuk kita bagi ruang dan peluang untuk mereka buat apa saja. Ia mungkin gagal yang pertama, gagal yang kedua, akhirnya mereka berjaya. Sebab, kalau kita biarkan mereka terumbang-ambing di usia yang begini muda, saya ingat adalah tidak wajar dan kita tahu bahawa banyak siswazah kita yang menganggur dan sebagainya. Ini peluang untuk kita bina sesuatu supaya mereka boleh manfaat dalam hidup. Jadi, saya setuju dengan kawan-kawan tadi supaya orang muda ini bukan sahaja seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Cameron Highlands, bukan sahaja kita bagi pinjaman, tetapi kita juga bagi mereka kemahiran dan juga lain-lain lagi. Saya hendak sentuh tentang apa Yang Berhormat Rantau Panjang sebut. Sepanjang ucapan Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pontian ini, saya sokong iaitu kita bagi perhatian kepada perusahaan di kawasan sempadan. Kawasan saya bukan sempadan, tetapi saya melihat ini ialah kepentingan rakyat Malaysia. Di sempadan, kita lihat tauke-tauke besar menggunakan orang muda untuk menyeludup dan sebagainya. Inilah masa untuk kita bagi ruang kepada orang muda supaya mereka boleh berkembang. Saya percaya mereka sudah ada kemahiran. Mereka boleh buat pelbagai perkara. Sekarang ini daripada jadi pekerja, kita hendak minta mereka jadi tauke supaya mereka meniaga dengan suci murni di sempadan. Kalau di sempadan ini, kita tahu bahawa satu tempat yang sukar untuk ia mati ataupun malap. Ini kerana, di seberang sana kita lihat di Thailand sebagai contohnya, dia memberi perhatian kepada perusahaan-perusahaan kecil. Itu sebab, kalau kita boleh keluarkan satu jenis makanan di sini tetapi makanan yang sama mereka telah pelbagaikan. Contohnya, macam roti canai. Kita ada roti canai tetapi itu saja roti canai kita. Akan tetapi, mereka ada roti canai pisang, roti canai nanas, dia sudah pelbagaikan roti canai. Apabila ekonomi dunia merosot, kita lihat Thailand tidak merosot. Walaupun berbagai-bagai tekanan mereka hadapi, tetapi ekonomi mereka masih berkembang berdasarkan pasaran saham mereka yang tidak jatuh begitu kerana ia disokong oleh pertumbuhan ekonomi di peringkat kecil tadi. Jadi, kita bagi perhatian termasuk TEKUN. Bagi perhatian sepenuhnya di kawasan sempadan. Sebab banyak benda yang di sempadan ini, di sebelah Thailand, ia mendapat perhatian. Akan tetapi di sebelah sini, kurang mendapat perhatian. Kalau hotel di sempadan, di Bukit Kayu Hitam, hotel di sebelah Thailand laku. Di sebelah kita, kurang laku. Sekarang, orang yang menjadi pelanggan utama di sana ialah orang Malaysia. Orang Malaysia banyak berbelanja di sana. Jadi kita kena ambil tahulah kenapa mereka suka berbelanja di sana. Saya rasa mungkin mereka suka makanan. Kita boleh buat makanan yang sama di sebelah sini.

Saya minta laluan Yang Berhormat. Sedikit sahaja.

Saya ingat, satu hari ini saya terpanggillah untuk respons. Ini adalah kerana di sebelah Thailand, mereka menggalakkan perkara-perkara yang kurang sihat. Saya rasa kita tidak boleh menggalakkan perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat dan sebagainya. Jadi mungkin ada faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka tertarik pergi ke sana.

Ya, saya tidak pasti yang lain sebab saya kurang biasa. Mungkin Yang Berhormat Jelutong selalu ke sana...

[Dewan ketawa]

Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin menyatakan perkara ini kerana saya mengetahui fakta ini, bukan kerana saya pernah pergi ke sana. Akan tetapi ini adalah perkara-perkara yang dilaporkan dalam laman-laman dan juga laporan-laporan. Jadi kita- saya bangun kerana kita tidak perlu, tidak boleh menggalakkan perkara-perkara tersebut. Saya rasa kita harus menghalang perkara-perkara itu daripada menular.

Ya. Saya masukkan cadangan Yang Berhormat dalam ucapan saya. Kita kena halang. Akan tetapi, akhir sekali sebagai kesimpulan Yang Berhormat, sesetengah orang dok ingat mungkin orang pergi sana kerana wanita kah dan sebagainya. Akan tetapi saya melihat tarikannya lebih, wanita pun pergi ke sana. Wanita kita pun pergi ke sana kerana tarikan makanan, beli-belah dan sebagainya.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

[Bangun]

Itu kita boleh buat di sini. Jadi, saya ingat oleh sebab pelanggan itu ialah dari Malaysia, maka saya ingat sudah sampai masanya untuk Malaysia ini, kita galakkan perusahaan itu di sebelah Malaysia. Terima kasih.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tasek Gelugor.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada lapan Ahli Yang Berhormat telah berbahas. Masih ada lagi?

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Tuan Pengerusi.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sedikit saja, sedikit saja. Soalan pendek saja.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Tuan Pengerusi, Labis, Labis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingat lima sudah daripada Barisan Nasional, tiga daripada PAS. Saya jemput daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud P.26 – Kementerian Pembangunan Usahawan. Di dalam kertas anggaran ini, berkenaan Kementerian Pembangunan Usahawan, saya merujuk perkara Butiran 13001, Butiran 13005 dan Butiran 13008. Ada tiga tajuk ini yang berkaitan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kepada pihak Menteri, iaitu saya ingin mengetengahkan peranan koperasi ini dalam pembangunan ekonomi negara ini. Sudah sampai masanya, supaya kerajaan yang baharu ini memberi penekanan dan sokongan pada gerakan koperasi di Malaysia ini supaya menjadi satu tenaga yang penting dalam menjana ekonomi negara, menghasilkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Ini kerana asas kepada koperasi ini bukanlah keuntungan semata-mata tetapi ialah untuk kepentingan anggota-anggota koperasi itu. Jadi, saya percaya Kementerian Pembangunan Usahawan ini dapat menolong gerakan koperasi di Malaysia ini dari bandar sampailah ke desa-desa yang terpencil. Terima kasih.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Labis.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Lepas itu Yang Berhormat Beaufort. Sila.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Saya hendak sentuhkan butiran mengenai 30000 iaitu Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN).

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Menurut Laporan Ketua Audit Negara pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, pembiayaan tertunggak peminjam-peminjam adalah berjumlah RM436.6 juta. Laporan Ketua Audit Negara juga menemui kelemahan dalam TEKUN yang menanggung hutang lapuk yang begitu besar. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah daripada jumlah tersebut atau hutang lapuk tersebut telah dikutip balik daripada peminjam- peminjam yang berkenaan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh tiga perkara iaitu pertamanya Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Saya tidak tahu sama ada Tuan Pengerusi, Amanah Ikhtiar ini di bawa masuk di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang baharu ini. Sekiranya tidak, saya mencadangkan supaya Amanah Ikhtiar di bawa masuk di bawah kementerian yang baharu ini. Seperti mana semua maklum bahawa Amanah Ikhtiar ini telah banyak memberikan bantuan sumbangan kepada pengusaha wanita di seluruh negara kita khususnya mereka yang berada di luar bandar dan melalui Amanah Ikhtiar ini mereka telah berjaya untuk membangunkan usaha mereka dan menjadi orang yang berjaya. Jadi adalah menjadi harapan saya dan saya cadangkan di sini supaya kementerian ini memastikan Amanah Ikhtiar ini terus dijalankan dengan bekerjasama dengan pelbagai NGO, peniaga wanita yang ada dalam negara kita ini antaranya seperti peniaga wanita, Peniaga Nita dan sebagainya banyak lagilah yang kita boleh bawa bersama-sama bagi memastikan ramai lagi peniaga wanita dan usahawan wanita dapat berjaya dalam negara kita ini. Keduanya ialah Butiran 00603 – Program Keusahawanan. Saya ingin menyentuh di sini berkenaan dengan usahawan di kalangan kaum muda, kaum belia yang berada di luar bandar. Di luar bandar itu banyak orang muda yang mungkin selepas tingkatan lima SPM mereka tidak meneruskan lagi pendidikan mereka, maka mereka terhenti di peringkat itu saja. Mahu memulakan perniagaan tidak tahu macam mana, mahu bekerja mungkin susah sikit. Oleh kerana itu saya ingin supaya diberikan satu tumpuan yang khusus, penekanan yang khusus kepada pembangunan usahawan di kalangan belia kita di luar bandar. Mereka ini bukan setakat saja kita cadangkan program untuk mereka tetapi kita mahu juga supaya didengar suara mereka, didengar suara kaum muda kita, kaum belia kita yang berada di luar bandar. Apakah jenis program yang mereka inginkan? Apakah jenis pembiayaan yang mereka inginkan? Apakah kemahiran yang mereka inginkan? Supaya apa yang dibawa oleh kerajaan itu akan dapat memberikan makna dan manfaat yang sebenar-benarnya kepada kaum belia kita yang berada di luar bandar sana. Ini kerana ramai mereka itu yang semakin hari semakin bertambah lagi dan kita ingin mereka terlibat dengan perkara-perkara yang baik. Ini yang memberikan manfaat kepada mereka dan memberikan masa hadapan yang cerah kepada mereka. Ketiga ialah Butiran 13001 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Butiran 13005 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga Pembangunan Koperasi. Kerajaan sebelum ini di bawah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah ada usaha untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membangunkan usahawan wanita melalui koperasi. Ini adalah satu hasrat yang baik supaya kita dapat membangunkan lebih ramai lagi kaum wanita kita yang memang- ramai sudah kita latih, kita bantu untuk mereka bangun menjadi usahawan termasuklah di kalangan para ibu tunggal yang ramai dalam negara kita ini. Maka adalah menjadi harapan saya dan saya cadangkan supaya kementerian ini juga mengambil langkah yang proaktif ini untuk bekerjasama dengan mana-mana juga kementerian. Akan tetapi oleh kerana koperasi sekarang sudah di bawa masuk di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan ini, maka boleh dilakukan saja oleh kementerian ini. Pastikan ramai wanita itu dapat dibantu untuk diwujudkan koperasi-koperasi termasuk wanita yang berada di luar bandar di kalangan juga ibu tunggal dan juga ketua isi rumah wanita supaya mereka boleh kita bawa berjaya, berdikari dalam ekonomi mereka dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata daripada kerajaan, bantuan kebajikan dan sebagainya. Akan tetapi mereka boleh membina kehidupan mereka, boleh membangunkan ekonomi mereka dan membantu keluarga mereka dan diri mereka sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Pengerusi, Tasek Gelugor satu saja.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Boleh. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma nak menyentuh tentang Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Kita memang berusaha untuk meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana, kebanyakannya kita melakukan melalui suntikan modal, kursus dan sebagainya. Akan tetapi ada satu ruang yang belum kita betul-betul terokai iaitu tentang- kita katakan mendapat kelulusan ataupun persijilan halal. Kebanyakan pengusaha di peringkat PKS ini, mereka banyak menghasilkan keluaran-keluaran, barangan-barangan yang bermutu dan baik tetapi mereka mengalami kesukaran untuk mendapat persijilan halal kerana syarat-syarat yang dikenakan begitu ketat sekali. Juga mungkin mereka kurang bimbingan untuk mengenal pasti macam mana cara untuk mendapatkan persijilan halal. Sedangkan persijilan halal ini boleh meningkatkan perniagaan mereka dan memperluaskan lagi penerimaan barang-barangan keluaran mereka. Jadi saya mengharapkan pihak kementerian boleh memberikan satu penekanan dan fokus iaitu dengan cara kita mempersijilkan kepada perusahaan-perusahaan PKS ini dengan sijil halal supaya mereka boleh terus berkembang pada masa-masa yang akan datang. Jadi sewajarnyalah peruntukan perlu diberikan untuk tujuan usaha-usaha yang saya maksudkan tadi. Kemudian bagi Butiran 13008 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini, jadi kita mengharapkan pihak kementerian juga akan memberikan ruang yang lengkap dan cukup kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini terutama sekali dalam hal untuk melihat sejauh mana koperasi-koperasi yang telah pun dibantu, ditubuhkan oleh Suruhanjaya Koperasi ini berdaya hidup sebab banyak juga koperasi yang ditubuhkan selepas itu separuh jalan meninggal. Kita kata meninggal maksud ia, ia sudah tidak dapat diteruskan, ahli ia hilang dan sebagainya. Jadi, apakah ada peruntukan-peruntukan untuk pihak Suruhanjaya Koperasi membuat penilaian semula terhadap penubuhan-penubuhan koperasi dan juga daya hidup koperasi-koperasi yang ditubuhkan itu jadi perlu dibuat kajian? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat maka tamatlah masa perbahasan peringkat Jawatankuasa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan untuk menjawab. Sila, padat dan ringkas.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Terima kasih Tuan Pengerusi, hendak padat dan ringkas tetapi saya ada setengah rim punya jawapan. Saya akan mengambil masa yang paling pendek. Terima kasih kepada 12 orang Ahli Yang Berhormat yang turut terlibat menunjukkan minat dalam kementerian yang paling bongsu ini iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) . Kita rasa perhatian diberikan ini adalah wajar kerana kita sudah menyebut daripada awal lagi bahawa tujuan ditubuhkan semula kementerian ini adalah untuk memastikan pembangunan usahawan ini benar-benar menjadi suatu daya penggerak ekonomi kita dan dapat menyumbang lebih daripada 37 peratus kepada KDNK yang kita rasa agak possible, agak munasabah dan dapat membantu menambah peluang-peluang pekerjaan. Kepada Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih yang bertanyakan hala tuju program pembangunan eksport bumiputera. Saya rasa kita telah memutuskan dan saya telah jawab sebelum ini bahawa kita akan meneruskan usaha-usaha untuk menambah peluang- peluang pembangunan pengeksport bumiputera ini dengan menyediakan satu prasarana yang baik bukan hanya oleh kementerian ini kerana kita tahu usaha pengeksportan ini banyak dibantu ataupun dilaksanakan oleh MATRADE, yang dahulu Yang Berhormat Parit Sulong beria-ia menjaga dengan jayanya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Jadi kita akan teruskan hubungan itu walaupun MATRADE tidak mengikut SME Corp,. contohnya berhijrah ke kementerian ini. Akan tetapi kita sebagai suatu kerajaan yang bertanggungjawab, tidak akan bekerja in silo ataupun bersendiri-sendiri. Mana-mana agensi yang tidak berada di bawah kita, kita akan bekerjasama sebagai contohnya Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat Beaufort, Amanah Ikhtiar Malaysia tidak berada di bawah kementerian yang baru ini, masih berada di kementerian yang lain. Akan tetapi sudah tentulah dalam aspek pembangunan usahawan kita tidak boleh meninggalkan ataupun tidak mengambil kira peranan Amanah Ikhtiar Malaysia yang diakui oleh Yang Berhormat Beaufort, prestasinya sangat bagus, pembayaran baliknya 98 percent. Ini bagus. Jadi kementerian kami akan terus berbincang dengan Amanah Ikhtiar untuk sama- sama membantu pembangunan usahawan kita ini.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bangun]

Baru hendak mula, sudah bangun.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak, hendak tanya.

Sila, sila.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, terima kasih. Terima kasih, Tuan Pengerusi, terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan ringkas itu tetapi saya cuma hendak minta jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai Program Pembangunan Pengeksport ini sebab ianya adalah asas untuk kita membantu usahawan-usahawan untuk mengeksport barangan ataupun perkhidmatan mereka ke luar negara. Prosesnya bukan sekadar pembangunan sahaja tetapi membantu di peringkat yang lain. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, adakah ini bermakna bahawa selepas sahaja mereka selesai ataupun graduated daripada program-program WEDP, program WE Bumiputera dan juga untuk yang belia ini, bermaksud untuk program seterusnya iaitu Program Go-eX, usahawan ini akan dihantar semula kepada MATRADE untuk dikembang dan kemudian dibimbing sampai mereka ke metier adakah itu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Maknanya dia ada kesinambungan sehinggalah mereka ini boleh menjadi pengeksport but namanya pun pembangunan eksport.

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Oleh sebab itu tunggu dahulu jangan cepat sangat mencelah. Jadi tidak habis jawapannya. Apa yang saya hendak jawab itulah Yang Berhormat Parit Sulong sebut itu...

[Dewan riuh]

Sebiji word-by-word. Saya minta...

Soalan bocor itu.

Saya minta Tuan Pengerusi supaya dianggap ucapan Yang Berhormat Parit Sulong sebagai sebahagian ucapan saya...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sebagai sebahagian jawapan kah ucapan?

Sebahagian jawapan. Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Memanglah tidak akanlah kita terhenti sekadar melahirkan. Akan tetapi kita kena buat follow-up. Walaupun dilaksanakan oleh MATRADE, menjadi tanggungjawab kita SME Corp., kementerian ini sendiri khususnya untuk memastikan ia tidak terhenti sekadar suatu level of achievement, dengan izin. Ertinya kalau mereka sudah berjaya dan boleh graduate ke tahap yang lebih tinggi daripada mikro usahawan kepada usahawan kecil, usahawan sederhana, usahawan tinggi ataupun yang lebih tinggi daripada itu, yang ini yang kita hendak. Jadi untuk itu kami mencadangkan supaya kementerian kami ini mempunyai satu database, databank yang cukup lengkap, yang mendapat return ataupun maklumat daripada semua agensi sama ada dalam kementerian itu ataupun yang di luar supaya dengan kerjasama mereka supaya kita dapat memantau dengan baik dan melaksanakan kerja-kerja yang bertingkat untuk memajukan mereka. Jadi itu lebih kurang jawapan kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Begitu juga untuk memastikan mereka boleh mengeksport barangan-barangan mereka, antara perkara-perkara yang perlu ditekankan ialah kualiti barangan tersebut. Kita di kementerian, di MATRADE sudah tentu akan menjadi penghubung kepada sasaran eksport kita di luar negara dan memastikan juga segala keperluan seperti pensijilan, pengukuran kualiti yang baik, supaya dapat menembusi pasaran luar negara. Kita tengok pensijilan halal ini walaupun pensijilan halal kita ini memang diiktiraf, diakui dan diterima oleh banyak negara tetapi ada negara-negara lain juga yang memerlukan jenama kita itu mendapat pensijilan tempatan mereka, Indonesia contohnya. Jadi perkara- perkara macam ini harus ada satu hubungan yang lebih intim antara kedua-dua negara dan mungkin kita akan mewujudkan satu ekosistem pensijilan yang boleh merangkumi kesemua negara-negara yang memerlukan dan yang mengeluarkan sijil masing-masing supaya ada timbal balas di antara sijil kita dengan sijil yang lain. Perkara ini adalah perkara yang dalam construction, dengan izin. Kemudian, itu Yang Berhormat Parit Sulong. Ada satu yang ditambah oleh Yang Berhormat Parit sulung, sama ada kita akan menempa ke bidang-bidang baru seperti lifestyle. Saya rasa ini merupakan the in-thing lah benda yang macam ini yang tidak akan ditolak ataupun tidak akan terkeluar daripada sasaran kita. Ertinya kalau ada mana-mana usahawan kita yang membawa dan mengajukan dan meminta supaya hasil-hasil produk mereka walaupun tidak konvensional tetapi kita harus membuka peluang supaya hasil-hasil mereka dapat dipasarkan dengan baik sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Juga untuk belia-belia ini memang tumpuan kita kepada usahawan belia ini sudah disebut beberapa kali termasuk di dalam Manifesto Harapan yang telah diputuskan. Antaranya menambah peruntukan tahunan kepada urusan pembangunan belia. Jadi sudah pastilah kerjasama kita dengan Kementerian Belia dan Sukan seperti mana yang telah kita mulakan, sudah ada asas kerjasama ini, akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan- usahawan belia yang dipinta oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kita dalam banyak ucapan tadi. Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Jeli juga membangkitkan mengenai SME Corp. mencadangkan ataupun...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat, ada satu lagi itu, yang fasal social media, online business itu belum jawab lagi itu.

Social media? Kita sudah jawablah itu ya. Oleh sebab saya kata semua aspek kita akan lihat. Social media ini, e-commerce, social media merupakan antara perkara-perkara ataupun kaedah-kaedah baru yang saya sudah sebut dalam penggulungan semasa perbahasan titah dahulu bahawa kita akan memberikan penekanan yang sangat penting kepada perniagaan dalam talian ini. Ini merupakan minat baru yang telah memecah berbagai-bagai halangan tradisi yang sebelum ini menghalang. Saya rasa kita pun sudah banyak menggunakan kaedah- kaedah ini termasuk kaedah pembayaran, kaedah penyampaian barangan dan saya rasa kita bersetuju dengan cadangan daripada mantan Pengerusi MATRADE.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, satu lagi saya hendak bertanya, Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ada berkaitan?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ya, ada berkaitan dengan- ini berkaitan. Okey susulan daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kita pun faham dari segi sebabnya ia di bawah pembangunan usahawan. Bagi perniagaan di atas talian ini antara cabaran yang dihadapi oleh mereka adalah untuk mendapatkan pembiayaan ataupun pinjaman daripada bank-bank kerana mereka ini berskala kecil dan kadang-kadang tidak mempunyai dokumen yang cukup. Soalan saya pada pihak kementerian pula berkaitan dengan ini adakah kementerian akan membuat engagement bersama syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan ataupun mengoffer crop funding facility, dengan izin. Oleh sebab saya hendak bagi contoh perniagaan atas talian yang seperti pasar tab, sekolah fund dia menggunakan platform menggunakan, offer dana atas dana melalui equity crop funding, jadinya Yang Berhormat adakah kementerian Yang Berhormat merasakan ianya sesuai jadinya Yang Berhormat akan mengiktiraf enam syarikat ini dan kemudiannya membolehkan syarikat-syarikat yang terutamanya yang menjalankan industri atas talian ini boleh menggunakan equity crop funding ini, dengan izin. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila.

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong, terima kasih, Tuan Pengerusi. Kita akan melihat dan saya tidak menjangka yang menjadi suatu masalah untuk kita meneruskan usaha-usaha yang baik itu sebab crop funding, perniagaan atas talian ini merupakan perkara-perkara yang tidak boleh lagi dianggap sebagai kaedah- kaedah yang sisi tetapi boleh menjadi antara cara pembiayaan yang penting pada masa akan datang. Jadi insya-Allah kita akan lihat ini secara mendalam, lebih daripada itu. Terima kasih.

Yang Berhormat Jeli membangkitkan tentang peranan SME Corp. sebagai one-stop centre untuk PKS ini. Saya rasa peranan tersebut sudah dimainkan sebelum daripada ini dan kita akan pastikan ia akan menjadi benar-benar tempat yang boleh kadang-kadang digunakan untuk memberi sokongan yang kuat dan memberi akreditasi kepada syarikat- syarikat yang di bawah seliaan SME Corp. ini. Jadi insya-Allah, perkara ini akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab SME Corp. di bawah kementerian ini dan ia akan ditambah baik lagi. Ada isu mengenai peruntukan yang berkurangan kepada SME Corp. Ini juga kita akan pastikan usaha-usaha dan peranannya tidak terhalang kerana pembiayaan ataupun belanjawan yang berkurangan. Mengenai SME Bank, cadangan supaya diperbesarkan lagi soft loan yang disediakan oleh bank ini untuk memastikan sasarannya dapat diperluaskan lagi terutamanya perusahaan kecil. Ini juga saya rasa memang di bawah minat kita di kementerian ini dan kajian semula kadar-kadar tersebut akan dilihat terutamanya kepada apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jeli tadi tentang aktiviti-aktiviti perniagaan digital dan sebagainya dan juga manufacturing. SME Corp. juga akan meneruskan peranan dan tanggungjawabnya sebagai agensi pengawasan ataupun Central Coordinating Agency (CCA) dan juga sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dalam Majlis Pembangunan SME Nasional. Akan juga terus mengadakan collaboration ataupun kerjasama dengan MDEC, dengan program eUsahawan yang mana saya rasa eUsahawan ini akan juga menjadi salah satu aktiviti penting di bawah kementerian baharu ini. Saya melihat sambutan terhadap program-program eUsahawan yang sedia ada cukup menarik dan oleh kerana teknologinya berkembang sangat cepat, kaedah-kaedah yang digunakan, kadang-kadang perhubungan dengan pelanggan secara live melalui Facebook live dan sebagainya. Itu semua adalah tarikan-tarikan yang saya rasa akan membuka ruang perniagaan yang lebih besar lagi. Ini cerita-cerita perniagaan kecil, tidak sampai ke peringkat DFTZ dan sebagainya. Akan tetapi itu juga akan menjadi sebahagian daripada urusan kementerian. Seterusnya Yang Berhormat Paya Besar juga mengenai dana pembiayaan PKS dan juga menyebut tentang industri digital- one-stop centre dan sebagainya. Ini sudah diulas.

Inilah perkara-perkara yang saya rasa akan dilaksanakan dengan segera, antara tumpuan utama kementerian ini iaitu memastikan peranan kementerian dan peranan agensinya sebagai one-stop centre ini dilihat ataupun disegerakan supaya dapat melaksanakan kerjanya dengan baik. Mengenai TEKUN ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, kita...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Menteri, saya hendak balik kepada point one-stop centre yang saya cadangkan tadi. Yang Berhormat Menteri, maksud saya adalah one-stop centre ini menyediakan perkhidmatan bukan sahaja kepada anak-anak muda yang berminat dalam bidang eUsahawan atau industri digital ini. Mereka pergi ke one-stop centre ini, mereka mendapatkan perkhidmatan. Sebagai contohnya mereka hari ini gemar menjual barang-barang di Facebook, Instagram dan mereka menggunakan medium ini. Akan tetapi untuk mendapatkan gambar yang berkualiti, pengiklanan yang baik untuk mereka adakan promosi, mereka terpaksa mempunyai dana yang cukup tinggi untuk dapatkan the quality of advertising, dengan izin. Jadi saya mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Usahawan mewujudkan sebuah one-stop centre. Maknanya anak-anak muda boleh datang untuk mendapatkan perkhidmatan mungkin dengan harga yang minimum atau percuma agar mereka dapat bersaing dengan anak-anak muda yang lain dalam erti kata eUsahawan ini. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Ya, saya rasa cadangan Yang Berhormat Paya Besar itu baik, memang praktikal dan boleh kita bawa kepada suatu keputusan yang nanti insya-Allah akan dapat melaksanakan cadangan-cadangan tersebut. Memanglah dana merupakan halangan besar tetapi kalau kita juga berhasrat untuk menambah sumbangan PKS termasuk aktiviti anak muda dalam perniagaan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar kita, maka kementerian perlulah juga atau kerajaan perlulah juga menyediakan modal untuk mendapatkan hasil tersebut. Nothing comes free nowadays. Jadi kita kena melabur dahulu untuk mendapatkan. Jadi insya-Allah kita akan timbang perkara tersebut. Mengenai TEKUN ini, saya sangat bersetuju supaya urusan untuk mendapatkan pinjaman TEKUN ini dipermudahkan. Ini juga menyahut pandangan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang tadi ya, Yang Berhormat Paya Besar sekali dengan Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga yang lain. Memang urusan peminjaman TEKUN ini telah dipertikai oleh beberapa pihak, di dalam Dewan ini juga sudah banyak kali disebut. Halangan- halangan seperti birokrasinya mesti dikurangkan. Jadi sekarang ini kita tidak lagi memerlukan contohnya sokongan ataupun tandatangan daripada ketua-ketua bahagian. Tidak kiralah ketua bahagian mana-mana partilah. Kita uruskan direct dan tidak ada hanky-panky, dengan izin apabila pengeluaran pinjaman ini terhalang kerana adanya little Napoleon along the way, dengan izin. Ini dilaporkan walaupun saya tidak mengatakan ia betul-betul telah berlaku. Akan tetapi itu yang disebut oleh beberapa pihak yang terlibat. Jadi TEKUN ini insya-Allah mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu usahawan kecil seluruh negara. Ada yang tanya tadi mengenai Laporan Ketua Audit Negara mengenai hutangnya. Memang ia ada berhutang dan sebahagian daripada hutang itu telah dikategorikan sebagai hutang lapuk. Namun TEKUN terus menjalankan kutipan terhadap hutang-hutang yang telah dikategorikan sedemikian dan mereka berjaya mengumpul di kalangan orang-orang yang tertunggak hutang ini sejumlah lebih RM100 juta seperti yang saya dimaklumkan. Jadi usaha- usaha tersebut masih dijalankan dan TEKUN masih lagi berdiri tegak untuk membantu usahawan-usahawan kita. Yang Berhormat Paya Besar juga menyebut tentang peranan koperasi dan bagaimana ia boleh melibatkan koperasi sekolah, ibu bapa dan guru, PIBG. Saya rasa koperasi, saya sendiri sebagai Timbalan Menteri agak passionate tentang urusan koperasi ini dan berasa ia akan menjadi satu penyumbang besar kepada ekonomi kita kalau kita selenggarakan dengan baik. Buat masa ini mungkin koperasi hanya menyumbang sekitar empat peratus daripada KDNK dan kalau kita berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sumber ekonomi ketiga selepas kerajaan dan swasta, maka urusan koperasi ini mesti dipermudahkan, pendaftaran koperasi mesti digalakkan dan diberi kemudahan-kemudahan. Tidak hanya terlibat dalam

urusan-urusan peminjaman semata-mata, personal loan daripada koperasi di kalangan ahli- ahlinya tetapi digalakkan, dibantu dan dipantau untuk dilibatkan berbagai-bagai perniagaan termasuk juga pembuatan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan ataupun hospitaliti, education dan sebagainya.

Jadi, saya menjawab bahagian koperasi itu bagi semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara tersebut, termasuk juga koperasi sekolah. Koperasi sekolah ini memang banyak sekarang ini, ada beribu sekolah yang telah menjalankan koperasi. Cuma kita hendak memastikan ianya betul-betul berguna, bukan hanya kepada sekolah itu, kepada PIBG tetapi pengalaman yang baik kepada pelajar-pelajarnya...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat, panjang lagi atau ringkas?

Ada sikit lagi. Saya lajukan ya sebab yang lain...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Jangan sikit-sikit lama-lama jadi bukit ya...

[Dewan ketawa]

Ya, ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai TEKUN, Yang Berhormat Rantau Panjang. Kita dah jawab tadi dan kita harap TEKUN akan menjadi satu pembiaya yang penting. Kita ada berbagai-bagai aktiviti seperti Teman TEKUN, TemanNita dan sebagainya. Kita juga untuk memudahkan peminjam-peminjam membayar balik, kita ada pelbagai saluran pembayaran balik seperti TEKUN Pay, internet banking, TEKUN Pos dan ada cadangan juga dengan mengambil pengalaman Amanah Ikhtiar, Yang Berhormat Beaufort ya? Di mana pembayaran balik kerana kaedah-kaedah pembayaran melalui secara berkumpulan ini dikira lebih efektif. Jadi, ada juga cadangan supaya TEKUN melaksanakan perkara tersebut dan ini saya rasa dalam kajian kita. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Boleh menggulung?

Ya, ya. Ini menggulunglah ini Tuan Pengerusi, tetapi kertasnya panjang, jadi gulungnya pun panjang.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ini gulung kertas, bukan gulung tikar. Boleh, dibenarkan...

[Dewan ketawa]

Ya, kita ambil yang significant. Bukan significant, beberapa perkara bagi setiap Ahli Parlimen yang terlibat tadi dan mana-mana yang tak sempat dijawab, kita akan kumpulkan dalam jawapan-jawapan bertulis. Cuma Yang Berhormat Pontian tadi, saya nak menyebut balik apa Yang Berhormat Pontian sebut mengenai jawapan yang saya berikan semasa menjawab soalan di dalam soalan lisan di dalam Dewan ini. Sebenarnya saya ada menyebut, Hansard pun ada di tangan ini. Pendidikan tinggi yang paling ramai, antara yang teramai melahirkan usahawan, 24,916 orang. Bukan tak ada ya. Mungkin oleh kerana kita sekarang ini dah break kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, maka yang Kementerian Pelajaran itu tak adalah. Akan tetapi Kementerian Pengajian Tinggi ini memang salah satu daripada inisiatif besar di dalam universiti dan IPT sekarang ialah program-program keusahawanan. Jadi, memang banyak walaupun yang paling banyak ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini Kementerian Pertanian kena keep up the good work supaya melahirkan banyak usahawan-usahawan, Bumiputera khususnya.

Yang Berhormat, maksud saya ialah Kementerian Pendidikan yang satu lagi itu, Yang Berhormat sebut kosong. Kementerian Pengajian Tinggi itu memang 24,916 tetapi Kementerian Pendidikan itu kosong Yang Berhormat jawab hari itu. Jadi pada saya, ia tidak patut kosong. Itu maksud saya.

Okey, terima kasih atas pencelahan tersebut. Pandangan diambil. Kemudian mengenai pandangan daripada...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Tadi kata dah menggulung? Gulung lamanya.

Saya rasa yang lain itu macam Yang Berhormat Cameron Highlands tadi, kita dah sebut. Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau ini, kita nak kena ulas.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau bagi jawapan bertulis. Hari ini dia sangat tekun.

Ya, Yang Berhormat Arau tak ada tapi sebelum Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Rantau Panjang ada sebut. Yang Berhormat Rantau Panjang pun tak ada ya. Jadi, ini mengenai isu-isu sempadan ya.

Dato’ Sivarraajh ChandranMIC · BNCameron Highlands

Menteri, Yang Berhormat. Cameron Highlands ini. Tadi saya tak terima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Kertas dia banyak kalau tengok ini.

Belum, belum tiba lagi. Yang Berhormat Cameron Highlands, penghujung-penghujung tadi, jadi jawapan dia hujung-hujung jugalah ya. Itu pun kalau sempat sampai ke situ ya Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, ya.

Kalau tak sempat, kita akan beri jawapan bertulislah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Minyak dah habis dah, enjin kena stop.

Ya, saya jawab Yang Berhormat Cameron Highlands. Agak penting. Mengenai peranan kementerian ini dan peranan kerajaan kita untuk membangunkan usahawan-usahawan daripada kalangan kaum India. Saya dah jawab dalam sesi soal jawab ataupun yang lepas.

Yang Berhormat. Sikit sahaja. Boleh saya...

Belum, belum jawab. Saya jawab dulu ya. Mengenai kaum India ini, memang kita ada satu jabatan yang diberikan tanggungjawab SEDIC ini tapi tidak diletakkan di bawah kementerian kami. Akan tetapi seperti jawapan asal saya tadi, kita akan bekerjasama untuk melihat bahawa peranan SEDIC ini akan bersesuaian dan bertepatan dan sama dengan apa yang kita di kementerian ini lakukan. Akan tetapi tanpa SEDIC pun, kita di kementerian ini mengambil kira seluruh rakyat, tidak mengikut kaum. Oleh kerana kita mempunyai sasaran untuk membangunkan usahawan rentas kaum, khususnya mereka daripada kumpulan B40. Jadi, sesiapa juga yang berada dalam kumpulan tersebut akan menjadi keutamaan kita, baik mereka wanita, orang kurang upaya, pelajar-pelajar yang belum ada pekerjaan dan juga kaum-kaum minoriti. Saya sebut dalam jawapan yang lalu, orang Cina pun dia ada beberapa program yang telah dibuat. Kita akui sangat berjaya dan mungkin akan menjadi salah satu model ataupun contoh yang boleh dapat diikuti oleh kaum-kaum lain. Begitu juga peruntukan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Cameron Highlands tadi. Sudah pasti ianya akan dilihat sama ada perlu ditambah tetapi saya tak jangka ianya akan dipotong.

Sibu sini, boleh mencelah sikit?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Sibu nak celah, nak bagi?

Sedikit, sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya nak memohon jasa baik...

Sibu dulu. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri kerana saya meneliti tentang program-program yang diadakan oleh kementerian. Banyaknya di Sarawak, hanya Kuching sahaja ada pejabat seperti MATRADE dan sebagainya. Di kawasan lain jarang, tidak ada pejabat-pejabat daripada kementerian. Jadi, saya harap kementerian boleh mengambil perhatian supaya Sarawak itu besar. Di Sibu, Bintulu, mungkin Miri, kami pun perlu pejabat-pejabat kementerian supaya kami boleh mendapatkan bantuan daripada program yang dibekalkan oleh kementerian.

MATRADE hanya di Kuching? Apa Pengerusi MATRADE dulu buat ya? Akan tetapi ada di Kuching itu kira hebatlah, ada setengah tempat

tak ada. Jadi, walau macam mana pun, itu kita akan minta MITI untuk melihat keperluan untuk adanya pejabat-pejabat MATRADE di berbagai-bagai tempat. Jadi, Sabah dan Sarawak contohnya adalah negeri yang besar, sudah tentulah tidak boleh hanya ada satu tempat. Mungkin ya, itu akan dipertimbangkan oleh kementerian.

Yang Berhormat. Sikit sahaja.

Jadi Tuan Pengerusi, saya rasa saya dah sebut tentang Yang Berhormat Pasir Gudang, tentang koperasi, kemudian TEKUN yang dibangkitkan oleh Labis.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Mana yang tak sempat jawab akan diberikan jawapan bertulis.

Ya. Mana-mana yang belum, saya akan lihat semula dan akan beri jawapan yang bertulis dengan tulisan yang boleh saya baca. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Goodnight, goodnight. Assalamualaikum.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Goodnight? The night is still young, dengan izin. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka tamatlah perbahasan dan masa jawab oleh Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM76,285,479 untuk Maksud B.26, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM76,285,479 untuk Maksud B.26, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM191,221,597 untuk Maksud P.26 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM191,221,597 untuk Maksud P.26 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.28 [Jadual] - Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Kementerian Pengangkutan, saya telah meneliti usul di bawah Perkara 12(1) oleh Yang Berhormat Menteri yang mengusulkan Dewan akan ditangguhkan pada pukul 8.30 malam. Maka, untuk adil kepada kementerian yang lain, di mana Kementerian Luar Bandar dan Kementerian Wilayah akan ditangguhkan ke esok. Sekarang kita akan teruskan dengan Kementerian Pengangkutan. Tidak ada hendak bahas? Maka...

Saya. Ada sikit, sikit saja, Yang Berhormat, sikit. Saya hanya nak mengemukakan soalan saja.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey, memang dibukakan untuk perbahasan tapi masa tidak melebihi lima minit.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya. Sila.

Saya cuma ingin tanya. Saya tidak akan membazirkan masa. Adakah kebenaran bahawa dalam kerajaan yang dahulu terdapat Penasihat Khas kepada Kementerian Pengangkutan? Saya ingin tanya penjelasan, berapakah Penasihat Khas ini dibayar gajinya? Saya difahamkan ada Menteri dan juga ada Penasihat Khas, Tan Sri Kayveas kalau tidak silap saya, dan saya difahamkan bahawa beliau dibayar sebanyak RM30,000 sebulan.

Fuh! Dasyat.

Ini adalah perkara yang telah dinyatakan dalam laman-laman web. Jadi saya pohon pengesahan kalau perkara ini adalah benar, kalau boleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan memberi penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ada tidak siapa lagi yang hendak bahas? Jika tidak, saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri jawab.

Tebrau.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, ada. Yang Berhormat Tebrau, sila, lima minit.

Adakah Kementerian Pengangkutan akan memastikan semua syarikat pengangkutan mesti membayar road tax dan juga insurans bagi semua bas dan juga lori mereka? Ini kerana saya mendapat tahu ada satu syarikat pengangkutan awam, bas-bas mereka tidak ada road tax dan tidak ada insurans dan masih berjalan...

Tuan Pengerusi, butiran mana ini? Di bawah butiran mana?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Tebrau, perlu bangun di bawah perkara butiran mana supaya dia adalah perkara spesifik kerana kita di peringkat jawatankuasa.

Maju jaya. Syarikat Maju Jaya- bas.

Butiran lah, butiran.

Tuan Pengerusi, Lembah Pantai. Kalau...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Tidak apa. Yang Berhormat Tebrau orang baharu, kita mesti berikan peluang dan ruang untuk dia belajar. Nanti, nanti, dia belum habis lagi. Yang Berhormat Tebrau, sila teruskan. Ada masa tiga minit lagi.

Ya, Butiran 89700. Adakah sediakan kewangan untuk memastikan penguat kuasa dikukuhkan untuk memastikan semua pengangkutan bas dan lori ada lesen, ada bayar road tax dan juga insurans? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada satu soalan sahaja kepada Kementerian Pengangkutan dalam Butiran 89700 iaitu berkaitan dengan laluan bas ke Kota Bharu, ke Kuala Krai, Gua Musang yang saya difahamkan setakat ini semuanya berhenti di TBS. Sebelum daripada ini, bas-bas dari Kelantan ini akan berhenti di Greenwood yang memudahkan penumpang yang tinggal di sekitar Gombak, sekitar Selayang, students di UIA dan sebagainya turun dan juga naik di Greenwood. Jadi, adakah pihak kementerian berhasrat untuk mengembalikan semula kemudahan ini untuk memberi kemudahan kepada

penumpang yang datang daripada Kelantan khususnya? Ini kerana mereka terpaksa pergi ke TBS, jaraknya cukup jauh. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya sebaris saja.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pontian.

Lepas ini Yang Berhormat Lembah Pantai.

Butiran 060100. Apa baiknya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)? Apa lebihnya jika dibandingkan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan dimansuhkan dan hendak ditubuhkan APAD? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya tentang Butiran 89700 tentang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Seperti yang Ahli-ahli Dewan sedia maklum, kita ada Rang Undang- undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 di atas meja kita. Maka saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang penguntukan semula peruntukan sejumlah RM4.5 juta. Apakah boleh diberikan perincian tentang penggunaan untuk pembangunan di bawah SPAD ini memandangkan kita akan bubarkan dia tidak lama lagi? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ada lagi yang hendak bahas? Saya berikan peluang dan ruang yang secukup-cukupnya. Akan tetapi mengikut perhatian saya, tidak ada lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas. Maka saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan untuk menjawab. Sila.

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Pengangkutan · Bandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada enam Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Walau bagaimanapun, sebagaimana Yang Berhormat Tuan Pengerusi mungkin maklum bahawa beberapa daripada perkara-perkara yang dibangkitkan itu tidak secara langsung merujuk kepada apa yang disebutkan di dalam anggaran perbelanjaan mengurus atau pembangunan yang merujuk kepada penguntukan semula peruntukan-peruntukan ini. Sebagaimana yang kita maklum bahawa soalan daripada Yang Berhormat Jelutong berkaitan dengan wujud atau tidak penasihat di Kementerian Pengangkutan, saya tidak mahu menafikannya tetapi saya akan memberikan jawapan yang bertulis dan terperinci berkaitan apa yang beliau bangkitkan itu sebab apa yang berlaku ini ialah sebelum Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dan selepas kita mengambil alih, kontrak dengan orang yang disebutkan itu sudah pun kita tamatkan. Jadi walau apa pun, saya akan memberi jawapan yang terperinci secara bertulis. Keduanya, Yang Berhormat Tebrau. Saya sekali lagi ingin maklumkan berkaitan dengan syarikat-syarikat bas yang tidak membayar cukai jalan, insurans dan sebagainya dan diberikan nama syarikat tersebut, walaupun tidak secara langsung berkaitan dengan apa yang kita bentangkan tetapi kami akan mengambil maklum dan jika perlu mengambil tindakan di atas syarikat yang beliau memberikan nama tadi. Berkaitan dengan Yang Berhormat Kuala Krai, ini adalah isu yang saya pun telah dimaklumkan oleh beberapa pihak iaitu rayuan agar terminal bas untuk ke Kelantan bermula daripada Terminal Greenwood dan pernah berlaku dan bukannya daripada Terminal Bandar

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Pengangkutan · Bandar Tun Razak

Tasik Selatan yang sekarang ini berlaku. Saya akan mengambil perhatian dan akan meminta kementerian untuk meneliti lagi kemungkinan cadangan tersebut kita laksanakan. Berkaitan dengan apa yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Lembah Pantai berkaitan dengan SPAD dan juga APAD, kita akan bentangkan rang undang-undang ini selepas ini.

Dato’ Kamarudin JaffarPKR · PHTimbalan Menteri Pengangkutan · Bandar Tun Razak

Akan tetapi untuk makluman awal kepada Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sebagaimana yang kita semua maklum, Kementerian Pengangkutan adalah sebuah agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk dasar melaksanakan pembangunan dan mengawal selia sektor pengangkutan dalam negara ini. Dalam hal ini, sektor pengangkutan ini termasuklah aspek pengangkutan awam darat yang mana jika dipisahkan, maka akan menyumbang kepada kelemahan dalam aspek perancangan keseluruhan kementerian ini. Bagi memastikan kelancaran dan kesinambungan, koordinasi, konsistensi dan penyepaduan pelaksanaan pembangunan dasar peraturan penguatkuasaan kawal selia, maka adalah lebih menguntungkan agar fungsi pembangunan dan kawal selia pengangkutan awam darat yang sebelum ini dilaksanakan oleh SPAD diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Berkaitan sama ada ia untung atau rugi, saya boleh sebutkan bahawa pembubaran SPAD dan pengambilalihan fungsinya oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) akan dapat menyumbangkan kepada penjimatan peruntukan kewangan kerajaan. Hal ini kerana, didapati fungsi yang dilaksanakan oleh SPAD boleh dilaksanakan oleh agensi dan pegawai kerajaan tanpa perlu diperbadankan sebagai mana yang berlaku dahulu. Walau bagaimanapun, jumlah penjimatan masih tidak dapat kita tentukan secara terperinci pada masa ini. Begitu juga untuk maklumat khusus oleh Yang Berhormat sahabat saya dari Lembah Pantai berkaitan dengan jumlah RM4.5 juta yang diperuntukkan atau yang dipindahkan kepada Kementerian Pengangkutan. Jumlah RM4.5 juta iaitu pecahannya ialah RM2 juta untuk satu sistem maklumat yang baharu berkaitan dengan pemandu-pemandu yang namanya dipanggil Driver Information System, dengan izin berjumlah RM2 juta dan RM2.5 juta lagi ialah untuk perolehan kenderaan. Jadi, inilah perbelanjaan yang dicadangkan, awalnya kepada SPAD dan sekarang ini dipindahkan kepada Kementerian Pengangkutan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Suara yang merdu, nadanya pun lemah lembut. Sesuai dengan waktu ini pukul 8 malam. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM14,662,762 untuk Maksud B.28, di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM14,662,762 untuk Maksud B.28, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,550,200 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM4,550,200 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Seterusnya saya buka– memandangkan kita ada masa lagi, “masa itu emas”. Kita teruskan dengan perbahasan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.22 - Maksud P.22 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Silakan Yang Berhormat Pontian.

Tuan Pengerusi, Butiran 070100 – PERDA ada disebutkan di sini bahawa senarai apa yang hendak dibuat oleh PERDA ini projek-projek PERDA saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menyenaraikan apakah projek-projek PERDA untuk pembangunan di bawah tajuk 04200. Oleh sebab cuma ada satu perkara sahaja yang perlu dinyatakan di sini, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apa lagi agensi di bawah KPLB ini sebab banyak agensi nampak sudah dipindahkan ke sahabat sebelah Yang Berhormat iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Apa lagi agensi yang tinggal di bawah KPLB? Terima kasih. Cukup.

Yang Berhormat sikit?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih. Saya juga merujuk kepada projek-projek PERDA di Butiran Projek 04200, saya hanya ingin memohon penjelasan setahun yang lalu kita telah terkejut dengan satu skandal tanah melibatkan PERDA. Di mana kita mengetahui tiga tanah sebesar 3.4 ekar di Kampung Tok Keramat di Seberang Perai Selatan, yang telah diberikan kepada PERDA untuk tujuan projek perumahan mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang yang susah telah pun dijual oleh PERDA untuk jumlah RM1.42 milion. Akan tetapi, anggarannya adalah lebih kurang nilai harga pasaran ketika itu adalah RM16.6 milion. Ketika itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh beberapa orang Yang Berhormat telah pun membuat satu laporan di mana perkara ini menjadi sesuatu perkara yang serius. Saya sebagai seorang wakil Ahli Parlimen Jelutong ingin mengetahui, apakah yang akan berlaku kepada tanah tersebut kerana tanah tersebut telah pun diserahkan kepada PERDA untuk Projek Perumahan Mampu Milik. Bolehkah Yang Berhormat memberikan ulasan tentang perkara ini kerana tanah tersebut telah pun dijual. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang projek perumahan yang telah dilaksanakan. Maklumlah, PERDA ini selalu menyalahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kononnya kita tidak prihatin kepada warga yang memerlukan rumah mampu milik. Akan tetapi PERDA sendiri, rupa-rupanya telah pun menggadaikan masa depan warga Pulau Pinang yang memerlukan rumah mampu milik. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, kini kita berhijrah ke Sabah. Dijemput Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Penang? PERDA is Penang Regional Development Authority. Okey, Penang ialah Pulau, bandar yang besar tetapi ada rural juga. Jadi, itulah KPLB saya rasa cover Penang. Labuan pun pulau, pun ada rural juga. Ada kampung, ada nelayan, ada petani dan sebagainya. Jadi, kalau di sana ada PERDA, saya rasa Labuan punya version PERDA pun patut ada lah. Selalunya KPLB, Labuan ini dia hilang daripada radar. Oleh sebab mereka ingat Kementerian Wilayah Persekutuan cover semua. Sehinggakan, baru-baru tahun lepas diumumkan 500 biji lampu untuk setiap Parlimen di kampung-kampung, semua dapat kecuali Labuan. Sehinggalah saya bising, barulah finally Menteri tolong dan dapatlah sedikit.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Oleh sebab, saya rasa Kerajaan Persekutuan mengingatkan Labuan ini sama macam Putrajaya, sama dengan Kuala Lumpur. Mereka lupa Labuan ini ada rural. Jadi, saya berharap kalau di Penang ada PERDA, di Labuan pun KPLB kena mula tengok. Kita ada kampung air dan sebagainya dan banyak peruntukan yang kita perlukan datang daripada kementerian ini. Ini sebab Kementerian Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan yang sangat kecil. Saya rasa tidak lari daripada tajuk. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Sibu dipersilakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai peruntukan dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Peruntukan untuk pembangunan bekalan air luar bandar di Sarawak. Di Sarawak saya dapati ada satu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). Mereka menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan bekalan air di luar bandar Sarawak. Jadi, saya mahu tahu mekanisme bagaimana peruntukan itu dijanakan kepada JBALB dan bagaimana JBALB menggunakan peruntukan itu? Ini kerana saya mendapati bahawa JBALB di Sarawak menyewa pejabat yang mahal tetapi apabila saya memohon untuk mendapatkan bekalan air di sesuatu kawasan rumah panjang saya, mereka menafikan. Jadi, saya mahukan sedikit penjelasan dari kementerian. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Ada lagi sebelum saya tutup tirai? Setakat ini, empat orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Sekarang, dengan segala hormatnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila.

Puan Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHMenteri Pembangunan Luar Bandar · Titiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi daripada Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Labuan dan juga Yang Berhormat Sibu. Pertama, soalan daripada Yang Berhormat Pontian yang bertanyakan apakah projek-projek di bawah PERDA yang menunjukkan jumlahnya sebanyak RM15.332 juta. Jadi, saya suka untuk memaklumkan bahawa projek-projek tersebut ialah yang pertama adalah pembinaan dewan serbaguna di Tasek Gelugor dengan baki sebanyak RM1.806 juta. Kedua, pembangunan perumahan mampu milik Sungai Bakap Fasa 2, dengan baki sebanyak RM4.516 juta. Ketiga, infrastruktur PERDA-TECH dengan baki sebanyak RM3.452 juta. Keempat, Perumahan Sejahtera Rakyat Kuala Sungai Pinang yang berjumlah RM2.5 juta dan yang kelima, pembangunan tenaga mahir dan latihan kemahiran dengan berbaki sebanyak RM3.046 juta dan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak RM15.322 juta. Soalan seterusnya ialah tentang apakah lagi agensi yang tinggal di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jadi untuk makluman, yang tinggal sekarang adalah Lembaga Kemajuan Wilayah KESEDAR, KETENGAH, KEDA, KEJORA dan juga PERDA dan juga KEMAS serta JAKOA. Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Jelutong yang bertanyakan tentang projek di Tok Keramat. Di mana tanah tersebut dijual dengan harga RM1.24 juta walaupun nilai semasa ketika itu adalah RM16.6 juta. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Jelutong bahawa kes ini sedang disiasat oleh pihak SPRM. Jadi, PERDA sedang tunggu hasil siasatan daripada SPRM. Okey. Seterusnya daripada...

Saya sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin mohon penjelasan. Ketika itu siapakah yang menjadi Pengerusi PERDA? Saya difahamkan adalah Yang Berhormat Tasek Gelugor yang telah saya lihat sudah lari keluar daripada Dewan. Bolehkah Yang Berhormat beritahu, sama ada

Yang Berhormat Tasek Gelugor ini terlibat secara langsung dalam penjualan tanah ini kerana Yang Berhormat Tasek Gelugor selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan menuduh Kerajaan negeri Pulau Pinang, kononnya kita tidak membuat rumah mampu milik yang mencukupi? Jadi kita lihat sekarang pendedahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri adalah begitu penting sekali untuk saya bawa balik berita kepada rakyat di Pulau Pinang bahawa Yang Berhormat Tasek Gelugor ini adalah seorang yang tidak prihatin dan “cakap tidak serupa bikin”. Ini kerana beliau menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan kita tidak menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi, walhal beliau sendiri terlibat dalam satu projek di mana terpalit dengan kes rasuah. Di mana beliau telah menjualkan tanah yang bernilai RM16.6 million itu untuk jumlah RM1.42 million. Adakah beliau sendiri juga turut terlibat dalam skandal ini Yang Berhormat? Terima kasih.

Puan Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Yang Berhormat Jelutong, memandangkan kes ini sedang dalam siasatan SPRM, maka saya rasa eloklah kita tunggu dahulu keputusan siasatan daripada SPRM. Seterusnya adalah soalan daripada Yang Berhormat Labuan tadi tentang lampu jalan dan juga cadangan untuk menubuhkan seperti mana PERDA di Labuan. Jadi, sebenarnya untuk lampu jalan ini Yang Berhormat, kita sedia untuk menyemak dan mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Labuan. Tertakluk kepada skop dan peruntukan yang diluluskan kepada pihak kementerian.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat Menteri, isunya begini. Bajet dia bagi kepada setiap Parlimen kecuali di Wilayah Persekutuan. Jadi, Labuan yang juga mempunyai kampung– ini lampu untuk di kampung-kampung, sepatutnya dapat, walaupun ia di bawah Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah, di hujung tahun, apabila saya bising, barulah disedari oleh Menteri KPLB dahulu yang Labuan ini tidak termasuk dan dia kata sepatutnya masuk dan dia minta untuk dimasukkan, barulah masuk. Jadi isunya, Labuan ini selalu tertinggal dengan pembangunan-pembangunan yang sepatutnya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk yang berkaitan dengan rural ini. Rural ini ada kaitan dengan kampung, dengan nelayan dan sebagainya. Jadi, jikalau tidak buat PERDA pun, KPLB kena tengok yang Labuan ini juga sepatutnya di bawah tanggungjawab KPLB juga. Jangan cuma serahkan 100 peratus kepada Kementerian Wilayah sebab dia ada rural. Itu yang saya maksudkan. Jadi, lampu-lampu di kampung itu sudah dapat. Itu pun fasal kita sudah bising kenapa tidak dapat then mereka realize. Jadi, selalu lupa. Labuan ini Persekutuan lupa, Sabah pun lupa, jadi tidak...

Yang Berhormat Labuan, semua you dapat. Masuk sebelah sini sahaja, no problem.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Menteri, sila.

Puan Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Yang Berhormat Labuan, kita ambil maklum tentang cadangan daripada Yang Berhormat Labuan itu tadi. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, kalau ada lagi permohonan tentang lampu kampung itu dan sebagainya, bolehlah dikemukakan kepada pihak kementerian dan ia akan tertakluk kepada skop dan peruntukan yang diluluskan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Banyak lagi, nanti saya hantar.

Puan Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Okey, seterusnya tentang Yang Berhormat Sibu. Jadi saya rasa ini tidak ada dalam butiran tentang PERDA. Walau bagaimanapun, nanti kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Minta penjelasan sedikit boleh? Sudah berhenti dah?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Tadi Yang Berhormat Arau tidak bangun bukan?

Saya hendak sambung hat Yang Berhormat Labuan tadi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Boleh?

Tadi saya hendak bercakap tadi Tuan Pengerusi tidak nampak saya.

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Hari ini saya bagi lima kali Yang Berhormat Arau.

Ini yang the last one.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

‘Jangan jadi kacang lupakan kulit’.

You adalah yang terbaik.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Bagilah, bagilah.

Ya. Minta penjelasan Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang bakal menjadi orang besar tidak lama lagi. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya ingat Yang Berhormat Arau makan harumanis tetapi berapi-api itu.

Oleh sebab semua negeri ada pembangunan wilayah, apakah kita ingin bagi Labuan juga pembangunan wilayah atau Perlis? Ini adalah satu-satunya negeri yang tidak ada pembangunan wilayah. Jadi ini sebagai harapan kepada kerajaan baharu sekarang ini. Dahulu pernah dimasukkan Perlis, Pembangunan Wilayah Perlis dan juga Kedah tetapi dipotong, dibahagi hanya kepada KEDA, tetapi Perlis tertinggal. Jadi apakah kita hendak supaya semua negeri ada satu pembangunan wilayah? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Saya suka dengar apabila Yang Berhormat Arau sebut perkataan ‘harapan’. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, buat masa sekarang ini kita belum ada lagi cadangan untuk menubuhkan kemajuan wilayah di Perlis dan sebagainya. Insya-Allah...

Tidak ada harapan.

Okey Tuan Pengerusi, saya hendak maklum sedikit sahaja sebab benda ini saya buat dahulu. Dahulu saya pegawai yang menjaga wilayah. Saya pegawai PTD dahulu. Jadi sekarang ini Perlis telah pun dimasukkan dalam kajian itu. Cuma oleh kerana masa berlalu, keterlupaan berlaku di semua pihak, dengan itu Perlis juga seperti Labuan, tertinggal. Bekalan air tertinggal– tengok dua kementerian ini tidak masuk nama Perlis. Jadi, sebagai– Menteri Ekonomi ada sini, dia sedang memerhati, kalau Yang Berhormat jawab “ya” pun saya ingat boleh timbangkan pun sudah cukup. Saya sudah ada semua kajian itu. Ini dibuat hampir 25 tahun yang lalu. Jadi saya ingat kalau boleh Yang Berhormat pertimbangkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Puan Rina binti Mohd HarunBERSATU · PHTitiwangsa

Insya-Allah akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, saya berharap agar kajian yang 25 tahun itu, masih lagi relevan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM8,744,550 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM8,744,550 untuk Maksud B.22, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM15,322,200 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

[Wang sebanyak RM15,322,200 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Jawatankuasa — Maksud B.32 [Jadual] - Maksud P.32 [Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018] –Bill

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Memandangkan kita ada masa sedikit lagi, kita teruskan dengan Kementerian Wilayah. Sekarang dibuka untuk perbahasan, Kementerian Wilayah. Yang Berhormat Menteri ada, Timbalan Menteri pun ada, tetapi jika tak nak bahas kita akan

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Wangsa Maju.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ada. Ada, Labuan.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Wangsa Maju ada.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Wangsa Maju silakan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Lepas itu Labuan.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk ke Maksud P.32, Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam dan Butiran 20102 – Pembangunan Landskap. Tuan Pengerusi, Kuala Lumpur adalah ibu kota kita dan ia adalah sebuah bandar yang hidup bersemangat dan penuh dengan aktiviti ekonomi. Akan tetapi dari segi perancangan bandar, kemudahan-kemudahan dan landskap ia masih belum sampai ke satu tahap yang membanggakan kita. Saya mengakui bahawa terdapat beberapa kawasan tertentu landskapnya tersergam indah seperti kawasan di jalan dekat Parlimen, Istana dan Taman Tasik Perdana. Selain daripada itu, landskap kurang atau langsung tiada di kawasan-kawasan dan jalan-jalan lama seperti Jalan Pahang, Jalan Ipoh dan Jalan Petaling. Juga kawasan- kawasan lama seperti Wangsa Maju, Sentul, Cheras, Kepong dan banyak lagi. Walaupun tanah amat terhad di kawasan-kawasan dan jalan-jalan tersebut tetapi bukan semua landskap memerlukan tanah luas, apa yang diperlukan ialah idea-idea penginovasi dan juga political view. Kita ada Pelan Kuala Lumpur, The Kuala Lumpur City Plan tetapi ia tidak dapat diwartakan pada masa kerajaan lama disebabkan kurangnya kemahuan politik. Akibatnya banyak kawasan lapang ataupun kawasan hijau telah digunakan untuk tujuan yang lain seperti untuk membina rumah-rumah pangsa, kondo-kondo dan pusat komersial dan banyak projek itu tidak mematuhi syarat-syarat perancangan. Wangsa Maju adalah salah satu daripada casualties diakibatkan pembangunan sembarangan seperti ini. Saya dimaklumkan bahawa kerja penyelenggaraan di Taman Rekreasi Medan Idaman telah dihentikan sebab tanah itu telah diambil oleh pemaju. Saya minta Yang Berhormat Menteri Wilayah memastikan taman itu dikekalkan dan ia tidak akan menjadi satu lagi projek perumahan di Wangsa Maju. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri supaya kerja naik taraf di Taman Tasik Danau Kota disiapkan mengikut jadual. Saya dimaklumkan tarikh penyiapan projek ini telah pun dilanjutkan sekurang-kurangnya dua kali. Saya rasa projek ini tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk pada Butiran 0400 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Kawasan-kawasan yang dahulu di bawah pembangkang banyak infrastruktur seperti jalan-jalan di kawasan perumahan, lif-lif dan air tangki di flats kos rendah tiada penyelenggaraan tetap. Sekarang kita telah menjadi kerajaan, kita perlu membawa perubahan ke kawasan-kawasan tersebut. Kita perlu segerakan kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan. Kebanyakan pangsa kos rendah yang bertingkat tinggi itu di pindah 20 atau 30 tahun yang lalu untuk menempatkan semula penduduk-penduduk setinggan di Kuala Lumpur. Rumah flat itu dijual kepada penduduk setinggan dengan satu kadar yang sangat rendah.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Kebanyakan flat itu sekarang berada dalam keadaan yang sangat teruk kerana sudah berusia dan kekurangan penyenggaraan. Terdapat air tangki dan lif-lif yang telah rosak lama perlu diperbaiki atau digantikan tetapi kerja ini tidak dapat dijalankan oleh penghuni-penghuni tidak mampu membayar kos pembaikan. Kerajaan baharu ada dua pilihan Tuan Pengerusi. Pertama, kita boleh menegaskan kepada prinsip bahawa ini adalah harta persendirian. Pemilik flat ini sepatunya menanggung kos kerja-kerja pembaikan. Sekiranya mereka tidak mampu membayar, biarkan keadaan yang teruk ini diteruskan. Pilihan yang kedua, kerajaan baharu boleh membantu sebagai sebuah kerajaan yang telah menjanjikan untuk membantu golongan miskin, kita boleh mengeluarkan satu dana untuk membuat kerja-kerja pembaikan. Tuan Pengerusi, saya rasa semua penduduk-penduduk Kuala Lumpur berhak menikmati kehidupan dan kemudahan-kemudahan yang berkualiti. We want the Minister of Wilayah to make Kuala Lumpur a great city. Ini sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih. Okey, menjemput Yang Berhormat Arau.

Ya, terima kasih. Pertama sekali Tuan Pengerusi, saya hendak ucap tahniah sebab Kuala Lumpur adalah merupakan di antara bandar yang tercantik di dunia. Kita boleh rujuk kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dia di antara orang yang pernah pergi di banyak tempat dan kita lihat, saya masih menganggap bahawa Kuala Lumpur...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya rasa Yang Berhormat Arau suda jatuh cinta kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Berkali-kali dia sebut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi walaupun sekarang Kementerian Wilayah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Tidak faham pun. Mungkin makan terlalu banyak harumanis.

Yes. Saya akan bagi semua kepada kawan-kawan nanti ya, okey. Bandar yang tercantik. Kalau kita pergi London pun kita jumpa Hyde Park tetapi tidak jumpa tasik. Jadi di Kuala Lumpur ini ialah bandar tercantik yang telah dibangunkan dengan hebatnya. Saya percaya di antara sebab kenapa Kuala Lumpur berjaya kerana dia ibu negara pada masa yang lepas. Dengan Kuala Lumpur ibu negara tanahnya bernilai tinggi, dengan itu ia makin maju, makin maju. Sudah pasti kalau dibandingkan dengan Perlis mungkin jarak 50 tahun. Okey, kembali tajuk semula. Saya hendak cuma sentuh Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Saya minta Yang Berhormat Menteri Wilayah yang baharu yang dahulu banyak memberi pandangan dan kritikan, sekarang laksanakan idea itu, pemikiran itu. Saya ingat Yang Berhormat Seputeh yang menjadi Menteri Wilayah, dia pun banyak cakap pasal kondo dahulu. Saya kata rupanya dia telah tukar kementerian– tukar tempat. Bukan tukar tempat, dipilih tempat lain. Jadi Yang Berhormat Menteri daripada Shah Alam ini sudah pasti mampu untuk mempertahankan perkara ini. Taman awam yang ada sekarang ini diharamkan untuk dibangunkan. Saya tahu bahawa pada masa yang lepas ada pemikiran saya tidak pasti sama ada telah diluluskan ataupun tidak pembangunan akan dibuat daripada Masjid Negara sehingga ke Tugu Negara melalui Taman Tasik Perdana. Saya minta supaya benda ini tidak dibuat sebaliknya dipertahankan kehijauan di sana sebab kita tidak cukup taman. Jadi yang ada ini kita kena pertahankan. Kalau hendak bangunkan apa-apa pembangunan, kita boleh buat sekelip mata tetapi untuk mencari kawasan hijau adalah sesuatu yang cukup suka. Kalau tiada duit kita

lagi sekali rujuk kepada Yang Berhormat Hal Ehwal Menteri Ekonomi di bawah Butiran 93500 – Peruntukan Khas supaya kita pertahankan kawasan ini. Di samping itu, kita bangunkan semula supaya ia bertambah cantik. Kalau Yang Berhormat mungkin tidak ramai yang pergi ke Taman Tasik Perdana kecuali Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Serdang dan mungkin beberapa orang lagi. Dahulu Yang Berhormat Kota Kinabalu yang lepas.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, Yang Berhormat masa sudah tamat.

Kalau kita pergi ke sana kita lihat orang mula berjoging ialah selepas pukul 6 petang, sampai ke malam. Mereka berbuat demikian sebab kita datang selepas waktu pejabat. Kita akan terkejut melihat betapa ramainya orang di sana dan kita terpaksa selisih bahu kerana kita terpaksa berlegar-legar di kawasan yang sempit. Sudah pasti sekiranya taman ini dibesarkan daripada Masjid Negara sampai ke Tugu Negara jadikan kawasan kita beriadah, saya percaya Kuala Lumpur akan bertambah cantik seperti yang diidam-idamkan. Inilah harapan yang besar saya kepada kawan-kawan dalam Pakatan Harapan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Tuan Pengerusi, Labuan. Labuan ini tidak boleh – tidak, ini di Wilayah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Memandangkan masa sudah 8.30 malam, mengikut usul Yang Berhormat Menteri, Dewan perlu ditangguhkan dan akan disambung semula untuk perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 15 Ogos 2018.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1)Special Chamber

Wabak Rabies Berleluasa di Sarawak Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut keputusan yang telah dibuat pada pagi tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dibahas pada petang ini.

Saya sekarang memulakan perbahasan Usul, pihak pencadang akan diberi 30 minit dan pihak kerajaan juga 30 minit.

Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat dua orang Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas, oleh itu saya mengehadkan masa perbahasan untuk Yang Berhormat Bandar Kuching 15 minit, Yang Berhormat Puncak Borneo 15 minit, dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab mulai lebih kurang pukul 3 petang sehingga 3.30 petang selama 30 minit.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, sekarang saya cuma ingin membincangkan tentang satu perkara yang penting yang berlaku di Sarawak sekarang.

Di Sarawak sekarang, kita sedang menghadapi satu wabak rabies yang berleluasa di mana kes pertama telah disahkan di satu kampung di Serian setahun lalu di bulan Jun.

Akan tetapi sampai sekarang, wabak tersebut masih tidak dapat dikawal secara efektif dan telah merebak ke beberapa tempat di Sarawak sampai menjangkiti manusia sehingga menyebabkan kematian.

Sehingga sekarang, jumlah kes jangkitan manusia yang telah disahkan di Sarawak adalah 11 orang, di mana 10 orang telah meninggal dunia dan seorang kanak-kanak walaupun terselamat, sekarang telah mengalami masalah saraf atau dengan izin, neurological problems, dan sekarang terpaksa bergantung kepada mesin life support di rumah.

Sehingga sekarang, 177 sampel daripada 166 ekor anjing, dan 11 ekor kucing, daripada 620 sampel yang telah dihantar, telah disahkan positif dengan virus rabies ini melalui FAT dan PCR test.

Sejak tahun lalu, apabila kes-kes awal ini telah dikesan, satu jawatankuasa Sarawak Disaster Management Committee, dengan izin, yang diketuai Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah ditubuhkan untuk mengendalikan prosedur pengawalan jangkitan tersebut agar tidak merebak ke kawasan lain dan juga tidak menjangkiti orang ramai.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Jadi sejak hari pertama, jawatankuasa tersebut telah berulang kali mengeluarkan kenyataan umum dan menyatakan bahawa keadaan adalah terkawal. Akan tetapi, kenyataan tersebut tidak berapa menggambarkan sepenuhnya keadaan sebenar or the news on the ground, dengan izin.

Saya berikan contoh pada 5 Julai 2017, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah berkata bahawa keadaan jangkitan tersebut adalah terkawal, dan yakin bahawa standard operating procedure (SOP) dengan izin, yang digunakan boleh mengawal wabak itu daripada merebak.

Pada masa itu, hanya lima kampung di kawasan Serian telah disahkan kawasan jangkitan rabies atau rabies infected areas dengan izin, tetapi semenjak itu, wabak itu telah merebak ke beberapa kawasan di seluruh Sarawak. Sekarang berdasarkan maklumat yang saya peroleh pada 5 Julai 2018, lebih 33 kawasan telah disahkan kawasan jangkitan rabies merangkumi kawasan-kawasan bukan sahaja di Serian, tetapi juga di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Pada 20 Mei tahun ini, the Department of Veterinary Services, dengan izin, acting Director Dr. Adrian Susin ak Ambud telah berkata bahawa mereka telah mengawal penyakit tersebut, mengurangkan jumlah gigitan dan tidak ada kes baru lagi. Walaupun di Parlimen juga Ahli Parlimen kita telah membawa usul ini, membawa perkara ini, berbahas, bertanya kepada kerajaan lalu, sentiasa jawapan sama iaitu keadaan masih terkawal.

Akan tetapi, kita mendapat pelbagai laporan ada lagi kes baru di mana beberapa hari dahulu, ada kes positif yang dikesan melibatkan seekor anjing dari Kampung Sungai Agas Baru, Batu 12, Matang Road, Kuching yang berlaku pada 31 Julai; seekor kucing di Jalan Padungan juga pada 31 Julai; seekor anjing di Lane 6, Hakka Avenue di Kuching; dan seekor anjing di Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang, Kuching telah dilaporkan. Ini semua kes baru, walaupun mereka mengatakan penyakit itu telah dikawal.

Jadi, sekarang kita mendapat pelbagai conflicting reports, dengan izin, kenyataan umum kata dikawal, tetapi kita diberitahu oleh pelbagai pihak, including other veterinarians atau doktor haiwan, dan pihak-pihak lain yang mana masih terdapat kes-kes baharu, dan jangkitan baharu yang tidak dilaporkan.

Pagi ini juga, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa keadaan masih terkawal juga kerana jangkitan belum merebak ke kawasan lain termasuk Miri, Sibu, Limbang, Bintulu dan Kapit.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa terima kasih. I want to express my gratitude kepada pegawai-pegawai veterinar yang telah bekerja keras. Ada yang bekerja lebih masa- overtime, dan put themselves on the frontline, mengambil risiko untuk mengawal gejala ini. Walaupun mereka kekurangan tenaga kerja.

Namun jika benar jangkitan ini terkawal, ia tidak akan merebak sejak tahun lalu dari tempat pertama ia dikesan iaitu di Serian. Ini jelas menunjukkan bahawa keberkesanan apa yang dilakukan, SOP yang dituruti oleh jawatankuasa negeri tersebut boleh dipertikaikan, boleh diragui kerana jumlah gigitan tidak berkurangan. Pengawalan populasi haiwan tersebut tidak mencapai target dan kita juga menerima laporan bahawa beberapa syor WHO untuk menangani wabak ini juga tidak diikuti.

Saya juga diberitahu bahawa pelbagai NGO-NGO antarabangsa telah datang berjumpa dengan pihak kerajaan negeri untuk- to express their support and their help to us, to give offer helps kepada kerajaan negeri tetapi kerajaan negeri telah menolak their offer of help, dengan izin.

Saya juga menerima satu laporan, saya diberitahu pihak ARSM di mana mereka memberi satu bantuan kepada kerajaan negeri agar mereka dapat plot kawasan jangkitan.

Jika kita dapat plot kawasan jangkitan, kita dapat meramal bagaimana jangkitan akan menular, whether it was spread dan kita boleh mengambil langkah yang betul dan yang efektif untuk mengawal keadaan tersebut. Namun saya diberitahu kerajaan negeri juga tidak menerima that offer.

Ada pelbagai masalah yang kita hadapi untuk mengawal wabak ini. Seperti saya beritahu kes pertama telah dikesan tahun lalu. Syor yang dikemukakan, kita haruslah melakukan mass vaccination, satu vaksinasi di sesuatu tempat spesifik sebanyak dua kali

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

satu tahun. Ini kerana kita tahu tabiat membiak anjing, biasanya dalam setahun mereka akan membiak dua kali. Jadi jika anjing membiak, anak-anak anjing tersebut juga expose to this danger dan juga post a thread to the public, dengan izin.

Kita juga diberitahu, ada anjing yang telah divaksinasi juga tested positif, juga dikesan positif dengan penyakit ini. Jadi anak-anak anjing yang dilahirkan, apa yang kita boleh buat untuk mengawal keadaan tersebut? Saya hanya tahu bahawa kerajaan negeri memulakan their second round of vaccination pada bulan Julai ini, satu tahun selepas kes pertama dikesan di Serian. Jadi apa yang dilakukan untuk anak-anak anjing ini? Should we spay or neuter, dengan izin. Bagaimana implementasinya? Bagaimana kita mahu menyelia implementasi tersebut.

Pada pendapat saya, door-to-door vaccination adalah memang lebih berkesan kerana kita dapat cover a bigger area, and a bigger population of dogs tetapi dengan itu memang ada masalahnya juga tentang kos, tentang implementation dan tentang manpower.

Jadi saya hendak tanya adakah kerajaan ada satu pelan untuk menangani masalah tersebut.

Mass vaccination yang saya sebut tadi juga ada keraguan yang dilakukan. Sekarang apa yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut mereka akan pilih beberapa kawasan di kawasan wabak tersebut untuk membuat mass vaccination. Mereka akan buat satu pengumuman umum untuk semua pemilik anjing untuk datang dan mereka akan beri suntikan vaksinasi secara percuma. Memang akan mengalu-alukan inisiatif ini. Ini satu inisiatif yang bagus. Akan tetapi mass vaccination ini bergantung kepada sama ada pemilik akan membawa anjing mereka ke kawasan tersebut untuk mendapat vaksinasi.

Mungkin pemilik ada anjing di kawasan tersebut yang tidak ada pemilik atau pemilik tidak ada pada masa itu, pada masa mass vaccination tersebut. Jadi anjing itu tidak mendapat suntikan yang diperlukan. Jadi soalan harus ditanya adakah kenyataan bahawa jika mass vaccination dilakukan di tempat itu, adakah kita yakin langkah itu telah cover the required areas, dengan izin, ataupun sebenarnya kita kata kita telah vaccinated 100 percent of the dogs here, dengan izin, tetapi sebenarnya hanya melibatkan anjing yang dibawa oleh pemiliknya dan kita sebenarnya hanya mungkin memberi suntikan kepada 10 peratus daripada anjing yang ada di situ.

Saya faham keperluan untuk maintain the peace, dengan izin, and not to create chaos among the public tetapi ini juga hak rakyat Sarawak untuk mengetahui keadaan sebenarnya supaya kita sebagai rakyat boleh melakukan apa yang perlu. Contohnya jika sentiasa berkata keadaan sentiasa terkawal, orang awam tiada urgency dan motivasi untuk melakukan apa yang perlu termasuk membawa anjing peliharaan mereka untuk disuntik untuk kali yang kedua.

Saya mengambil tahu yang langkah-langkah pencegahan masih giat dilakukan di kawasan-kawasan berdekatan termasuk Sibu dan Miri. Sehingga sekarang sejumlah 72,108 ekor anjing, 8,151 ekor kucing, dan 53 ekor haiwan lain telah diberikan suntikan vaksin dan pelbagai program-program kesedaran dan pencegahan telah dilakukan tetapi masih tidak mencukupi untuk mengawal wabak ini. Antara masalah yang sering saya dengar apabila saya bercakap dengan Jabatan Veterinar Sarawak, mereka bercakap sebab kekurangan tenaga kerja.

Jadi masalah yang kita ada sekarang pada 12 Ogos 2018, Datuk Amar Douglas Uggah telah mengaku dan memaklumkan kepada pihak media bahawa walaupun masih ada kes-kes baru jangkitan rabies di Sarawak. Sekarang dia mengaku– dulu cakap tidak ada kes baru, keadaan terkawal. Sekarang dia cakap ada kes-kes baru tetapi dia seolah-olah menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana mengikut beliau pihak Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Veterinar telah menghentikan penghantaran pegawai-pegawai veterinar sejak bulan Mei lalu untuk membantu kerajaan negeri untuk menangani masalah ini dan mengawal wabak ini daripada merebak.

Mengikut beliau alasan yang diberikan adalah disebabkan kekurangan dana. Beliau juga bagaikan seperti saya cakap tadi, menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini walaupun jawatankuasa yang diketuai beliaulah yang tidak mampu mengawal keadaan tersebut. Namun begitu jikalau boleh, saya ingin meminta Kerajaan Persekutuan untuk bersama-sama kita menangani masalah ini. Walaupun saya faham kita kekurangan dana disebabkan ketirisan Kerajaan Barisan Nasional yang lalu tetapi ini melibatkan nyawa, nyawa anak-anak kita.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Kita dimaklumkan kos yang diperlukan hanya kos yang ditanggung mengenai kos kapal terbang dan mungkin allowance-allowance lain. Jadi kos sebenarnya mungkin tidak berapa tinggi. Namun begitu, walau apapun kosnya, ini melibatkan nyawa orang ramai. No price should be put on that, dengan izin. Ini adalah satu perkara yang penting. Saya juga ingin menyeru kementerian agar mengadakan satu external audit, dengan izin, agar dijalankan terhadap usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dan DBS negeri.

Bukan untuk menghukum tetapi satu laporan yang telus di mana kita dapat mengenal pasti apa yang perlu ditingkatkan, to scrutinize, dengan izin, apa yang telah dilakukan dan juga menilai jika ia telah mengikut standard nasional mahupun antarabangsa.

Dalam masa satu tahun ini, soalan harus ditanya dengan duit yang dibelanjakan, resources yang digunakan adakah ia berkesan untuk menangani masalah ini?

Jika boleh saya juga ingin menyeru jika National Disaster Management Agency

(NADMA), dengan izin, boleh memberi bantuan untuk menolong menangani masalah ini. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Wabak ini semakin berleluasa dan melibatkan kepentingan awam bukan sahaja di Sarawak tetapi jika tidak dikawal boleh merebak ke negeri-negeri lain dan yang paling dekat Sabah, berdekatan dengan saya juga.

Kita tidak mahu melihat kes-kes ini berlaku lagi. Ada sepuluh kematian sudah.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Satu kematian- one death is too many. Ini penyakit yang boleh dicegah. Jika jawatankuasa tersebut dan kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengawal, telah melakukan apa yang diperlukan- put more urgency in this matter, I believe this issue won’t be an issue till today, dengan izin. Jadi, saya tidak- saya ingat mengetepikan politik yang ada.

Akan tetapi, saya menyeru agar kita boleh bersama-sama menangani masalah ini kerana nyawa anak-anak kita dan orang-orang, kita tidak mahu apa-apa nyawa, termasuk anak-anak kita terkorban lagi. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo, 10 atau 15 minit.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. I think apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, saya rasa beliau telah memberi rungkaian yang cukup lengkap.

Jadi, saya rasa, dengan izin most of the thing that I’m going to say is more or less the same within the same scope. But, I think the most important thing is- I think the state government should not blame the Federal Government because...

[Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Bahasa Malaysia.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Oh! Bahasa Malaysia. Sorry, I’m so used to it. Okey.

Ini kerana perkara ini ia adalah melibatkan kepentingan, bukan sahaja kepentingan negeri Sarawak tetapi seluruh negara. Jadi, jika saya lihat daripada permulaan titik sejarah bagaimana penyakit rabies ini datang ke negeri Sarawak, ia adalah penyakit import iaitu yang dimulakan daripada Kalimantan. Saya difahamkan begitu.

Oleh sebab, penguatkuasaan oleh agensi veterinar ataupun agensi-agensi yang telah diamanahkan untuk membuat kerja penguatkuasaan tidak dilakukan dengan begitu mampan. Oleh itu, menyebabkan perkara ini boleh berlaku.

Jadi, saya ingin mencadangkan supaya kalau boleh saya tidak ada, saya tidak tahu sama ada dari segi undang-undang ataupun apa. Ada baiknya, jika kita menyeru supaya semua pemilik-pemilik haiwan ternakan ini especially, dengan izin, seperti cats, dogs and so on supaya didaftar. Sebab kenapa ia perlu didaftar? Sebab kalau ia didaftar, kita tahu kuantum ataupun jumlah ternakan ini dan kita juga boleh tahu kos untuk membuat mass vaccination, dengan izin. So, jika kita tidak mempunyai jumlah, kita tidak tahu kos dan kita tidak akan tahu di mana lokasi-lokasi haiwan ternakan ini. Jadi, jika kita membuat random vaccination, dia tidak akan membantu kita sama sekali. Kita harus belajar daripada negara-

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

negara maju, yang macam mana mereka melakukan kerja enforcement untuk eradicate gejala rabies ini.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, mereka sangat berjaya untuk menghapuskan penyakit rabies ini. Ini kerana mereka very determine. Akan tetapi, di negeri Sarawak mereka kata perkara ini terkawal, dan apabila dia kata terkawal, dan rakyat negeri Sarawak itu sendiri, dengan izin, tidak ada sense of urgency. Because to them, so be it. You know. It’s terkawal.

There is no sense of urgency, dengan izin. So, saya memohon supaya kemungkinan ada cara-cara untuk kita memberi penekanan kepada kerajaan negeri untuk daftarkan haiwan- haiwan ternakan ini dan juga untuk memberi mass vaccination. Dan juga kalau boleh Kerajaan Pusat juga boleh membantu dari segi dana dan juga daripada segi kepakaran untuk membantu negeri Sarawak untuk membasmi gejala rabies ini supaya ia tidak berleluasa. Sebab sekarang ini, sudah 10 nyawa terkorban dan saya setuju dengan Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa perkara ini boleh dihentikan. Sebab ia terpulang kepada diri kita sendiri dan cara kita mengatasinya. Akan tetapi, saya lihat tidak ada kesungguhan mahupun daripada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan untuk terus mengambil inisiatif-inisiatif positif untuk membantu rakyat negeri Sarawak untuk membasmi gejala rabies ini.

Tuan Yang di-Pertua. Saya juga melihat bahawa tidak adanya penguatkuasaan daripada segi kuarantin. Sebagai contoh, pada hari ini di media sosial, kita boleh nampak jual beli haiwan ternakan ini ataupun pets animal. So, daripada internet dan sebagainya. Sebagai contoh, adalah amat mudah untuk mereka mendapatkan daripada negara-negara jiran tanpa dibuat kuarantin dan perkara yang sepatutnya dibuat. Ini juga mengundang penyakit yang dibawa oleh haiwan ternakan ini tadi untuk akan tersebar ataupun merebak di kawasan negeri Sarawak ini.

Jadi, kita mesti ada satu polisi ataupun kalau boleh saya tidak tahu daripada segi undang-undang sama ada kita ada law for us to enforce this. But, ini terpulang kepada pihak kementerian dan agensi-agensi yang terlibat supaya memberi penekanan yang cukup kuat supaya kita boleh stop all this.

So, saya rasa apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching telah merangkumi apa yang saya ingin katakan juga dan saya rasa tidak perlu untuk saya mengulangi lagi dan saya rasa itu sahaja perbahasan saya hari ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjawab.

Silakan Yang Berhormat.

Datuk Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga pembahas Yang Berhormat Puncak Borneo yang mengambil bahagian di dalam Usul 18(1) yang kita fokus hari ini untuk membincangkan isu wabak rabies yang sedang melanda negeri Sarawak khususnya. Kalau boleh janganlah menyeberang ke Banjaran Crocker dan harap tidak menyeberangi Laut China Selatan.

Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan Yang Berhormat Bandar Kuching khususnya, yang begitu bertanggungjawab untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat. Saya sebagai Yang Berhormat Menteri Persekutuan, faham akan beberapa sensitiviti. Maklumlah, di Persekutuan, dipanggil dalam Kabinet Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan. Di Sarawak juga statusnya adalah juga Menteri. Demikian juga, Sabah.

Begitulah, tingginya martabat yang diangkat oleh kedua-dua negeri ini yang diperakui oleh Perlembagaan dalam negara kita.

Oleh itu, saya cukup menjaga tentang sensitiviti ini. Tanggungjawab bagi memastikan hubungan baik dan harmoni ini diteruskan. Apa jua isu, saya faham ia terkandung dalam Jadual Kesembilan, dengan izin, disebut Concurrent List. Ada tanggungjawab Persekutuan dan ada tanggungjawab negeri, dan ada Senarai Negeri yang kami mesti mengambil tanggungjawab kerana isu rabies dan seumpamanya, dengan izin, it is beyond politics.

Datuk Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

Apa yang telah dibangkitkan tadi begitu penting bagi saya sendiri. Di mana, Jabatan Veterinar di bawah kementerian ini pada 30 Jun 2017, tiga kes disahkan pada manusia di Serian, Sarawak, satu kes di Kampung Lebur, dan dua kes di Kampung Paun Rimu, Bakung.

Datuk Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

Bagi status jangkitan kepada haiwan, sehingga kini terdapat penemuan dua kes baru rabies pada 3 Ogos 2018, dan empat kes lagi pada 6 Ogos 2018 yang dikesan oleh pihak Institut Penyelidikan Veterinar (VRI). Jumlah keseluruhan kes positif ada sebanyak 177 dari 620 sampel yang telah diuji yang melibatkan lokasi kes positif sebanyak 33 kampung dari lima bahagian iaitu Serian, Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sarikei.

Secara keseluruhan pada 4 Julai 2017 sehingga 12 Ogos 2018 rumusan tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengawal wabak rabies adalah seperti berikut; pemantauan pasif dan aktif dalam lingkungan 10 kilometer radius dari lokasi yang disahkan rabies dengan bilangan sebanyak 80,559 ekor haiwan telah di periksa. Pecahan haiwan 69,665 ekor anjing dan 10,894 ekor kucing.

Rabies adalah penyakit anjing gila- nanti orang tanya, kenapa kucing. Kucing dan anjing selalu gaduh [Ketawa] Jadi bila gaduh anjing gigit kucing, kucing itu juga boleh menjadi pembawa rabies.

Jumlah haiwan yang telah divaksin dalam operasi pemvaksinan adalah sebanyak 72,084 ekor. Jumlah haiwan yang telah di musnah dalam operasi pemusnahan adalah sebanyak 8,335 ekor anjing dan 168 ekor kucing yang disyaki rabies. Jumlah penyertaan dalam kempen kesedaran awam rabies adalah sebanyak 52,160 orang penduduk.

Sehingga kini Kerajaan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan sebanyak 33 kawasan jangkitan wabak rabies di lima bahagian iaitu bahagian Serian 22 kawasan, di bahagian Sri Aman satu kawasan, di bahagian Kuching lima kawasan, di Samarahan tiga kawasan, di bahagian Sarikei dua kawasan yang diwartakan sebagai kawasan jangkitan.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah petugas keseluruhan daripada pelbagai jabatan dan agensi yang telah digerakkan untuk tindak balas kawasan rabies yang bermula pada 30 Jun 2017 adalah sebanyak 331 orang. Pecahan petugas adalah seperti berikut:

(i) DVS Sarawak seramai 102 orang;

(ii) DVS Sabah seramai 13 orang;

(iii) DVS Persekutuan seramai 168 orang; dan

(iv) Majlis Perbandaran Sarawak seramai 48 orang Hantaran petugas DVS Sabah adalah sehingga 22 Ogos 2017 manakala dari DVS Persekutuan tiada lagi penghantaran petugas sejak Mei 2018 yang akan saya terangkan sebabnya kemudian.

Epidemic curve menunjukkan 20 kes berlaku pada bulan Julai 2018. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah berlaku di bahagian Kuching. So, the focus now is in Kuching, dengan izin.

Ada maklumat baru yang saya dapat- jangkitan tertumpu di bahagian Kuching Julai 2018, 19 kes daripada 20 kes adalah daripada bahagian Kuching. Ini bermakna keadaan terkawal. Itu bahasa diplomatik Yang Berhormat, some circumstances, dengan izin, sebagai pimpinan kerajaan, we cannot push a panic button, dengan izin.

Akan tetapi, dari segi bagaimana kita menghadapi isu ini kita mesti melakukan desakan. Saya hormati tindakan Yang Berhormat Bandar Kuching yang pantas, tuntas dan cekap dalam membawa usul ini dan ini adalah suatu usaha yang saya harap kita dapatkan laksanakan dalam kerangka Concurrent List, di mana kami bila sahaja mendengar laporan terbaru ini dengan kita menghadapi masalah yang saya tidak boleh sembunyikan dari segi langkah-langkah penjimatan tapi Kementerian Perindustrian dan Asas Tani segera akan menghantar satu petugas yang kita akan bekalkan dengan segala vaksin, peralatan bernilai RM3 juta yang akan sampai ke Kuching dalam masa yang terdekat. Itu komitmen daripada Kerajaan Pusat melalui kementerian- MOA.

Saya ingin menyatakan di sini Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa, dengan izin, “it takes two to tango”, ia tidak boleh bertepuk sebelah tangan. Usaha kita untuk

Datuk Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

menjayakan apa juga operasi ataupun dalam kita membasmi epidemic ataupun wabak seperti ini harus ada suatu usaha yang kolektif peranan Kerajaan Pusat, peranan Kerajaan Negeri Sarawak dan juga kita juga sendiri Yang Berhormat yang mewakili kawasan masing- masing.

Ada perkara yang sensitif Yang Berhormat, saya seorang Muslim, yang lain Kristian, Buddha dan seumpamanya. Anjing adalah sesuatu haiwan yang sensitif, ia tidak akan jadi sensitif atau kurang sensitif bila haiwan ini membawa penyakit atau wabak. Maka mudahlah kita memberitahu kepada rakyat tentang bahaya haiwan ini sekiranya dibiarkan. Sama dengan lembu di India dan seumpamanya. Ini yang kami dan kita kena menjaga atas nama sebuah kerajaan.

Apabila kita menguar-uarkan ataupun membuat sesuatu pengumuman untuk semua rakyat khususnya di Bandar Kuching, dan kawasan-kawasan yang terlibat sebelum ini, secara mudahnya langkah pertama ialah melalui media massa, media sosial untuk semua tuan-tuan haiwan ini membawanya dan kita memberikan vaksin. Itu langkah yang pertama.

Akan tetapi Yang Berhormat, mengikut laporan yang kita terima masalah yang paling besar adalah kerjasama daripada tuan haiwan itu sendiri.

Langkah seterusnya apabila haiwan ini kita berikan vaksin ia juga mesti di kuarantin dalam masa tempoh tertentu. Ini proses pendidikan yang berterusan yang mesti kita berikan kepada rakyat. Itu pada haiwan yang bertuan. Kita alami kesukaran yang pertama ada juga tuan-tuan haiwan ini tidak mahu membawa haiwan mereka kerana ada isu yang lain mungkin terlalu sayang ataupun seumpamanya. Akan tetapi, ia telah menjadi satu wabak yang mesti kita atasi.

Keduanya ialah tentang anjing-anjing yang tidak bertuan. Ini juga satu masalah yang kita hadapi. Anjing-anjing liar ini di mana ada NGO Yang Berhormat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga aktif di Malaysia ini yang tidak sama sekali mengizinkan penghapusan haiwan.

Dalam kes bird flu yang melanda Kota Bharu, Kelantan pada awal tahun lepas juga ada bantahan daripada NGO ini tapi kita memberikan hujahan bahawa tidak mungkin kita sayang kepada satu haiwan, kita korbankan manusia yang lain. Itu tidak betul dari segi sama ada ajaran Islam, ataupun ajaran-ajaran agama yang lain. Yang kita mahukan keselamatan sosial dikongsi secara bersama.

Kemudian kita juga menghadapi bagaimana 25,000 ekor anjing lagi di Sarawak yang besar kemungkinan juga berfokus di Bandar Kuching yang tidak dapat lagi diberikan vaksin.

Kerajaan Pusat akan membelanjakan apa yang kita ada sekarang RM3 juta sebagai langkah serta-merta. Kalau perlu saya akan menghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan segara untuk Perbendaharaan mengeluarkan bajet kecemasan kalau perkara ini serius. Akan tetapi- money not a problem, for me. Akan tetapi, tugas kita adalah untuk rakyat bawa keluar anjing mereka. Bila diberikan vaksin mesti mematuhi syarat-syarat kuarantin dan kalau itu juga tidak berlaku, maka kita akan menghadapi masalah yang memang tidak terkawal tetapi kita akan usaha untuk mengawal.

Bagi anjing-anjing liar kita tidak ada pilihan lain. Kita akan tangkap, kalau boleh di tangkap ataupun kalau ia tidak boleh terkawal maka terpulanglah kepada undang-undang sama ada kita menjalankan aktiviti penghapusan pada haiwan ini yang kita akan syaki.

Kemudian halangan yang seterusnya bagi Yang Berhormat Bandar Kuching adalah bagaimana- ini bukan kelemahan bagi saya tapi sesuatu usaha yang mesti kita bina bersama bahawa penubuhan DVS Sarawak hanya dimuktamadkan pada Januari 2017.

Datuk Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

Itu isunya. Akan tetapi saya tidak mengatakan kelemahan secara total kepada kerajaan negeri, ia baru bermula 2017. DVS Sarawak hanya mempunyai 10 orang Pegawai Veterinar, 86 orang staf sokongan. Jadi, kita minta bantuan daripada Sabah, dan kita hantar pasukan lengkap kita daripada Persekutuan.

Satu isu lagi Yang Berhormat adalah bagaimana apabila kita mengambil sampel daripada haiwan ini, kita kena hantar ke Ipoh. Lab ada di Sarawak, di Kuching tetapi tidak mencukupi. Oleh sebab itu dalam bajet yang lepas, saya baca dengan teliti, memang telah ada permohonan dan Kabinet luluskan RM18 juta untuk membantu Sarawak termasuklah untuk upgrade lab itu supaya tidak lagi setiap sampel itu perlu dihantar ke Ipoh. Hendak

Datuk Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

hantar sampel itu perlu dihantar dengan orang, kena kos dan kena tunggu masa. Jadi, ini adalah langkah-langkah yang pada masa akan datang yang saya rasa kerajaan bertanggungjawab di bawah kementerian ini untuk membuat apa sahaja untuk kita mengambil langkah-langkah yang proaktif ke arah mengawal wabak ini.

Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching, seorang Ahli Yang Berhormat yang begitu proaktif, orang muda, masih mempunyai masa hadapan. Juga Yang Berhormat Puncak Borneo, teruskan usaha yang baik.

Ini sahaja penjelasan dari pihak kerajaan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup dalam perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), saya tutup perbahasan. Terima kasih kepada semua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembinaan Kompleks Sukan TenomSpecial Chamber

Selamat petang dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan satu isu mengenai Kompleks Sukan Tenom yang menjadi antara perhatian utama di kawasan Parlimen Tenom sejak sekian lama.

Kompleks Sukan Tenom telah berusia lebih 50 tahun dan adalah menjadi satu keperluan yang sangat mendesak untuk daerah Tenom. Kompleks ini terlalu daif, sangat uzur dan hampir semua seni binanya berasaskan kayu. Apa yang menjadi masalah besar kepada penduduk di sini adalah kemudahan kompleks sukan ini sudah tidak selamat dan mengundang risiko kepada pengguna kompleks berkenaan dan tidak mencerminkan semangat riadah dan kesukanan untuk penduduk daerah Tenom.

Untuk makluman, penduduk Tenom yang menggunakan kompleks ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan telah melahirkan ramai atlet sukan dari peringkat sekolah, daerah, negeri hingga kebangsaan. Keadaan kompleks sukan yang rosak teruk, begitu usang dan sangat daif menimbulkan rasa tidak puas hati dan ketidakselesaan kepada penduduk yang menggunakan segala kemudahan di kompleks ini.

Antara kerosakan yang jelas dilihat ialah keseluruhan tempat duduk penonton yang rosak teruk; bumbung kompleks sukan yang hampir runtuh, rosak dan berbahaya; peralatan sukan tidak boleh digunakan langsung; kawasan trek yang rosak, berlubang dan keras; padang yang tidak terjaga, tidak rata dan tidak selamat; tandas yang ada dalam kompleks juga rosak; kawasan meletakkan kenderaan tidak selamat.

Sebelum ini, kerajaan terdahulu telah berjanji akan membina semula Kompleks Sukan Tenom serta kementerian telah melawat dan membuat kajian terhadap pembinaan dan keadaan kawasan kompleks tersebut. Ini termasuklah lawatan oleh bekas Menterinya, Yang Berhormat Brig. Jen Khairy Jamaluddin dan begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan daripada Kerajaan Negeri Sabah. Hasilnya pihak kerajaan terdahulu telah bersetuju untuk meluluskan projek pembinaan Kompleks Sukan Tenom yang baru, namun rakyat di Tenom masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya sejak lima tahun yang lalu tetapi tiada tindakan oleh pihak kementerian terdahulu. Mengikut maklumat, peruntukan sudah diluluskan oleh pihak kementerian, tetapi tidak mencukupi kerana kosnya tinggi disebabkan kompleks ini terdedah dengan ancaman banjir. Maka, reka bentuknya perlu diubah dan memerlukan kos tambahan untuk pembinaannya.

Inilah yang menjadi persoalan oleh penduduk dan dilihat seperti janji-janji kosong yang hanya melekakan rakyat seketika dan akhirnya tidak ada tindakan penyelesaian. Jadi saya hendak tanya kepada kementerian supaya mengambil

tindakan segera berdasarkan peruntukan yang sudah diluluskan sebelum ini.

Keperluan Kompleks Sukan Tenom ini amat penting bagi pembangunan belia dan sukan. Ada kalanya penduduk di Tenom terpaksa pergi ke daerah lain untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau aktiviti di peringkat pedalaman seperti di Kompleks Sukan Keningau yang jauhnya hampir 40 kilometer dan mengambil masa satu jam untuk ke daerah tersebut.

Bagi saya, ini suatu kerugian dan pembaziran dari segi masa dan wang ringgit kerana terpaksa menyewa dan membayar pelbagai kos untuk ke daerah lain yang mempunyai fasiliti dan kemudahan yang lebih baik serta moden.

Justeru itu, saya menggesa kementerian di bawah Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq mengambil tindakan seberapa segera yang mungkin. Saya mohon juga untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah status perkembangan pembinaan Kompleks Sukan Tenom sekarang ini? Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan projek untuk membina kompleks sukan ini akan dapat dilaksanakan? Sekian, terima kasih.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul RahmanMUDA · PHMenteri Belia dan Sukan · Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom, keprihatinan Yang Berhormat Tenom untuk warga Tenom amat saya sanjung.

Untuk maklumat Yang Berhormat, memang Kementerian Belia dan Sukan sebaik sahaja apabila saya mengambil alih kementerian, telah pun memanggil beberapa mesyuarat untuk menyelaraskan pelan pembangunan infrastruktur sukan yang sedia ada. Pada masa yang sama, untuk menyelenggarakan kemudahan sukan yang juga sedia ada.

Cara kita lakukan perkara tersebut adalah untuk buat field study, dengan izin, untuk memastikan bahawa pelan pembangunan sukan tidak sahaja berteraskan kepada satu Parlimen ataupun satu negeri, tetapi pengagihannya dibuat secara adil. Selepas field study itu dibuat, kita dimaklumkan bahawa di Tenom itu memang ada kemudahan sukan yang sudah lama dijanjikan tetapi masih belum ditunaikan. KBS memang mempunyai niat selepas itu untuk menaik taraf Kompleks Sukan Tenom dengan skop seperti berikut; naik taraf aras tanah setinggi 1.2 meter, padang bola sepak, balapan dan trek sintetik serta astaka. KBS juga telah pun menghantar cadangan ini kepada pihak EPU (Unit Perancang Ekonomi).

Walau bagaimanapun, kita masih sedang menunggu kelulusan terhadap Kementerian Kewangan sebelum perancangan ini dapat dimuktamadkan. Kementerian akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan bahawa keprihatinan Yang Berhormat dapat diterjemahkan dalam pembangunan sukan, khususnya dalam menyelia, menyelenggarakan dan menaik taraf Kompleks Sukan Tenom supaya rakyat di Tenom dapat bersama menyertai sporting nation yang ingin kita bawa melalui Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Bekalan Air di FELDA Bukit SaguSpecial Chamber

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membangkitkan isu permasalahan berkaitan bekalan air di FELDA Bukit Sagu, Pahang. Isu setempat yang saya bangkitkan ini berhubung kait dengan masalah bekalan air harian rakyat Paya Besar khususnya masyarakat di DUN Sungai Lembing di bawah Parlimen Paya Besar.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, akibat fenomena cuaca kemarau yang kerap berlaku, paras air sungai di kawasan sekitar FELDA Bukit Sagu semakin membimbangkan dan berada pada paras yang amat rendah. Situasi ini seterusnya telah menimbulkan masalah bekalan air dan telah menjejaskan kira-kira 2,200 pengguna yang mempunyai akaun dengan

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan seluruh masyarakat di FELDA Bukit Sagu secara keseluruhannya telah menerima impak.

Dalam mengatasi permasalahan ini, pada tahun 2016, PAIP telah terpaksa mengambil langkah menggunakan pam luaran untuk mengepam air, menyedut dan membekalkan lebih banyak air untuk kegunaan kawasan setempat.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Namun bermula pada tahun 2017, paras air sungai semakin berkurangan dan keadaan itu mengakibatkan pam luaran air rosak kerana kesan penyedutan mendapan pasir- pasir yang disebabkan oleh paras air yang rendah. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam menyelesaikan masalah ini saya mengucapkan terima kasih kepada pihak FELDA kerana telah melaksanakan beberapa inisiatif. Antaranya pada tahun 2013 FELDA telah memulakan kerja menambah baik Loji Air Sungai Itik yang menelan belanja lebih kurang RM7 juta bagi menaik taraf perkhidmatan. Saya dimaklumkan perbekalan air ini akan lebih efisien.

Seterusnya pada tahun 2015 FELDA meneruskan usaha menambah baik bekalan air dengan memulakan projek menggali telaga yang menelan belanja lebih kurang RM10 juta dengan menggunakan teknik surface water source, dengan izin, yang digunakan sebelum ini.

Namun sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, projek loji air serta penggalian telaga ini masih tidak dapat digunakan kerana saya difahamkan proses pembinaan loji dan telaga ini tidak mengikuti spesifikasi awal rancangan pembinaan.

Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta pihak kementerian menjelaskan permasalahan yang timbul yang terletak di bawah seliaan FELDA, saya mahu pihak FELDA menyatakan pendirian mengenai status sebenar dan perkembangan terkini penyelesaian permasalahan pembinaan loji dan telaga di kawasan ini.

Saya berharap kerajaan dapat mengkaji kaedah dan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Saya juga berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera memandangkan ia melibatkan keperluan asas penduduk, terutamanya waktu perayaan haji yang tidak lama lagi ini Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dr. Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNTimbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Paya Besar, permasalahan bekalan air di FELDA Bukit Sagu Pahang adalah dalam perhatian dan tindakan FELDA. Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Gugusan FELDA Bukit Sagu dan kawasan sekitar, FELDA bersama-sama dengan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Sagu daripada kapasiti asal enam juta liter sehari kepada 16 juta liter sehari. Projek tersebut adalah merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf sistem bekalan air di seluruh FELDA Negeri Pahang yang bermula pada tahun 2012 dengan peruntukan yang telah diluluskan di dalam RMKe-10 berjumlah RM452 juta.

Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Sagu telah dimulakan pada 3 Jun 2013 dan telah siap pada 31 Ogos 2015 dengan kos berjumlah RM17.6 juta. Walau bagaimanapun, loji tersebut masih tidak dapat beroperasi disebabkan masalah bekalan air mentah daripada muka sauk tidak dapat disalurkan seperti mana kapasiti yang baru. Satu kajian telah dibuat bagi mencari kaedah baru untuk menggantikan teknik sedia ada dan didapati sistem yang sesuai untuk dilaksanakan adalah menggunakan teknik mendapatkan air daripada bawah sungai iaitu riverbank filtration (RBF).

Kerja-kerja menggali telaga untuk mendapatkan bekalan air mentah telah dimulakan pada 14 Disember 2015 dan tarikh sepatut siap projek ini adalah pada 18 September 2016 dengan nilai projek sehingga kini berjumlah RM7.1 juta. Saya dimaklumkan, fizikal projek ini telah siap sepenuhnya. Apabila fizikal projek ini telah siap ataupun setelah telaga dan muka sauk tersebut disiapkan, proses testing and commissioning, dengan izin, diadakan di antara pihak kontraktor utama paip dan juga juru perunding.

Dr. Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNTimbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Beberapa isu telah timbul di mana didapati sistem level sensor, dengan izin, gagal berfungsi dan menyebabkan pam terhenti sebelum ujian tamat. Sesi T&C tersebut dianggap tidak berjaya kerana keupayaan telaga tidak dapat diperoleh seperti mana kehendak kontrak iaitu dapat membekalkan air mentah sebanyak minimum 18 juta liter sehari dan pihak kontraktor perlu melaksanakan kerja pembaikan seperti mana ulasan daripada pihak PAIP.

Lanjutan daripada kegagalan tersebut, beberapa siri perbincangan, ujian dan fine tuning telah dilaksanakan untuk mendapatkan bacaan flow rate serta kapasiti air seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

Sesi pra T&C seterusnya telah diadakan pada 5 Julai 2018 selama lima jam dan didapati flow rate yang diperoleh adalah antara 640 meter padu sejam sehingga 800 meter padu sejam iaitu di antara julat yang dikehendaki untuk mencapai kapasiti minimum sebanyak 18 juta liter sehari. Namun yang demikian, T&C yang sepatutnya diadakan adalah untuk tempoh dua minggu bukannya beberapa jam. Jadi, sesi T&C penuh dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2018, bergantung kepada tarikh dan masa yang sesuai yang akan diberikan oleh pihak PAIP bagi memastikan penyaluran bekalan daripada loji sedia ada kepada penduduk tidak terjejas.

Projek menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Sagu ini dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober 2018 dan dapat diserahkan kepada pihak PAIP selewat- lewatnya penghujung tahun ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang esok, Rabu 15 Ogos 2018.

Terima kasih kepada semua Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Mesyuarat Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.26 petang]