Dewan Rakyat · 16 October 2018
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 423 turns · 37,436 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah justifikasi kerajaan bercadang memansuhkan hukuman mati. Adakah kerajaan telah membuat kajian terperinci dan mendengar pandangan awam terhadap cadangan tersebut; dan (b) bagaimana kerajaan meyakinkan keluarga mangsa yang dibunuh tentang keputusan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera dan terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, satu kajian telah dijalankan oleh I-CeLLS berhubung dengan hukuman mati yang dikenalkan sebagai The Death Penalty in Malaysia and the Way Forward. [Menunjukkan sebuah dokumen] I-CeLLS merupakan suatu organisasi di bawah naungan Jabatan Peguam Negara. Profesor Roger Hood dari University of Oxford yang merupakan salah seorang pakar terulung di dunia berhubung dengan isu hukuman mati telah dilantik sebagai perunding bagi kajian tersebut. Kajian tersebut telah mengkaji semua akta-akta yang memperuntukkan hukuman mati serta amalannya di negara kita, mengambil kira pandangan awam berhubung hukuman mati dan membuat analisa undang-undang dan amalan hukuman mati di negara kita dan juga antarabangsa. Antara syor kajian tersebut adalah supaya hukuman mati di Malaysia dimansuhkan sama sekali. Syor ini adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan dalam ‘Buku Harapan - Membina Negara Memenuhi Harapan’ iaitu janji 27, yang berjanji untuk menghapuskan undang-undang yang zalim termasuk memansuhkan hukuman gantung mandatori dalam semua akta. Antara justifikasi yang telah dipertimbangkan dalam memansuhkan hukuman mati adalah seperti berikut: Pertama, hukuman mati bukan pencegahan yang berkesan. Kajian tersebut mendapati bahawa hukuman mati bukan langkah pencegahan terbaik. Ini kerana keberkesanan hukuman mati sebagai suatu bentuk pencegahan tidak dapat dipastikan memandangkan terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi bilangan pendakwaan atau kadar jenayah. Kedua, hukuman mati tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan. Kajian tersebut turut mendapati bahawa terdapat risiko sabitan salah menyebabkan hukuman mati dilaksanakan terhadap individu yang tidak bersalah. Di negara kita terdapat kes di mana orang yang
dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarkan keterangan palsu yang diberikan oleh saksi utama. Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepikan kerana keterangan palsu tersebut, kes ini menunjukkan orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Ketiga, norma hak asasi manusia antarabangsa. Malaysia sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk mematuhi norma hak asasi manusia antarabangsa seharusnya menerima hasrat untuk memansuhkan hukuman mati secara keseluruhannya. Antara instrumen antarabangsa yang berhubung kait dengan hukuman mati adalah The Universal Declaration Law of Human Rights 1948 dan The Second Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, aiming at the abolition of the death penalty. Berhubung dengan aspek meyakinkan keluarga mangsa yang telah dibunuh, pemansuhan hukuman mati tidak akan sewenang-wenangnya membebaskan mereka yang telah didapati bersalah kerana mereka masih menjalankan hukuman penjara yang setimpal. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa ini satu keputusan yang dibuat agak tergesa-gesa kerana hukuman mati merupakan satu deterrent kepada jenayah berat. Saya nak bertanya adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan satu select committee untuk mengambil pandangan semua termasuk keluarga mangsa. Kedua, apa Yang Berhormat cakap itu satu laporan daripada I- CeLLS, dulu di Kabinet kita pernah bincang tetapi Akta Dadah Berbahaya, seksyen 39B, yang kenakan hukuman mati itu sepatutnya kita lihat ada klausa tertentu untuk masukkan untuk hakim membuat satu pilihan option, tidak secara mandatori. Apa pandangan Yang Berhormat?
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, dalam akta yang kita sedia ada ini terdapat 32 kesalahan dalam akta undang-undang di negara kita ini yang dikenakan hukuman mati. Daripada akta tersebut 12 kesalahan dengan hukuman mandatori, yang lainnya terpulanglah kepada pihak mahkamah untuk memberi dasar budi bicara atau discretionary. Mengenai seksyen 39B, sememangnya pihak mahkamah mengadakan budi bicara, discretionary power untuk menggantikan hukuman mati ataupun secara discretionary menjatuhkan hukuman penjara, either seumur hidup ataupun seumur hayat. Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum bahawa dalam begitu banyak kes dadah yang telah pun dibawakan ke mahkamah ini tidak berkesan kerana masih lagi terdapat banyak pengedar dadah yang telah pun melakukan kesalahan dan ini telah pun meningkat juga.
So, the effectiveness untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka ini tidak berapa berkesan dan juga kita dapat lihat bahawa banyak negara di dunia ini telah pun menghapuskan hukuman gantung mati. Terdapat lebih kurang, ada 142 negara termasuk UK, Germany, Belgium, Denmark dan Philippines yang telah pun menghentikan hukuman mati, sementara hanya 56 negara yang masih mengamalkannya. Jadi, kita dapat lihat bahawa dalam negara-negara yang telah pun menghentikan hukuman mati ini, tidak bermakna bahawa kes-kes yang telah pun dikatakan oleh Yang Berhormat tadi telah pun menurun. So, kita kena mengambil tindakan yang baik, yang wajar bahawa kita akan memenjarakan mereka either seumur hayat atau pun seumur penjara iaitu minimum nya ialah 30 tahun. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Saya menyahut keputusan daripada Timbalan Menteri dan kerajaan untuk menghapuskan penalti ini. Akan tetapi saya ingin tanya di sini, apakah pendirian kementerian mengenai kes- kes retrospective dan retroactive memandangkan ramai yang masih lagi they are serving their time dengan izin, sepuluh tahun, dua belas tahun dan juga adakah kementerian bercadang untuk menyediakan satu dana untuk keluarga mangsa bunuh, satu dana untuk mereka? Juga, mental health support untuk keluarga mangsa dan juga keluarga si tuduh yang telah digantung. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan atas soalan ini. Pada dasarnya, retrospective effect kepada mereka yang telah pun dijatuhkan
hukuman mati yang sedang menjalankan hukuman di penjara tersebut tidak akan diberikan retrospective effect sekiranya dipenjarakan seumur hayat atau pun dipenjarakan selama 30 tahun. Ini kerana berdasarkan kepada dasar prinsip undang-undang di mana sekiranya Lembaga Pengampunan telah menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara kepada mereka misalnya, Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini. Jadi, dalam pandangan saya bahawa hukuman itu akan dijalankan daripada hari ini juga iaitu 30 tahun, akan diteruskan. There will be no retrospective effect kerana ini tidak adil kepada mereka yang telah pun mengalami trauma kepada mangsa-mangsa yang telah pun dibunuh, terutamanya kepada keluarga. Mereka akan menjalankan hukuman sekiranya diberikan penjara seumur hidup atau pun sepanjang hayat mulai daripada hari pengampunan diberikan oleh Lembaga Pengampunan. Mengenai crime victim ompensation funds saya rasa ini adalah satu program yang boleh ditinjau oleh pihak kerajaan kerana saya rasa sumber kewangan daripada itu boleh diberikan daripada pelbagai sumber seperti hukuman denda, saman atau bond kehadiran kepada mereka yang terbatal iaitu forfeited appearance bonds. Ini tidak akan melibatkan, saya harap kewangan daripada pihak kerajaan atau pun daripada tax payers. Jadi, ini satu cadangan yang baik. Mengenai dengan mental support kepada ahli keluarga mereka yang telah pun digantung, saya rasa ini satu cadangan yang boleh dipertimbangkan tetapi boleh didapatkan counseling service daripada pihak-pihak perubatan kepada mereka yang telah pun mengalami trauma kerana telah pun kehilangan ahli keluarga yang telah pun digantung sampai mati. Terima kasih.
2. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah pandangan kementerian terhadap pengimportan plastik untuk dikitar semula memandangkan isu pencemaran akibat industri pengitaran semula haram.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian memandang serius isu pengimportan sisa plastik. Isu ini menjadi berleluasa berikutan pengharaman import sisa plastik ke negara China yang berkuat kuasa pada Januari 2018. Berikutan dengan keputusan tersebut sisa plastik yang kebanyakannya daripada negara maju telah dieksport ke negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kerajaan telah menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai pencemaran yang berpunca daripada operasi kilang-kilang kitar semula plastik haram. Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar telah menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah, Jabatan Imigresen, Polis dan agensi-agensi lain ke atas kilang-kilang haram terutamanya di kawasan Kuala Langat. Lebih daripada 30 kilang haram telah ditutup. Baru-baru ini sahaja saya sendiri turun padang untuk menyertai operasi penguatkuasaan dan memastikan agensi kerajaan bukan sahaja kita menyita kilang-kilang haram ini tetapi kita juga potong bekalan air, bekalan elektrik dan juga tangkap pengusaha kilang-kilang haram ini untuk penyiasatan mengikut seksyen 37(C) Akta Alam Sekeliling. Saya juga telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar untuk membawa sebanyak yang mungkin pencemar kilang haram ini ke mahkamah dan memastikan mereka dihukum mengikut undang-undang Malaysia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, impak yang kita hadapi sekarang adalah daripada import sisa plastik yang tidak terkawal dari Januari hingga Jun. Semenjak isu ini dibawa ke perhatian kerajaan baru, pengimportan sisa plastik telah dibekukan. Operasi penguatkuasaan dan pemantauan juga akan berterusan untuk memastikan kilang-kilang haram tidak akan beroperasi lagi. Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa Menteri bersama, Joint Ministerial Committee yang merangkumi Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bagi tujuan menentukan langkah seterusnya. KPKT akan menjadi penyelaras Jawatankuasa Menteri ini. Akhir kata, saya ingin menegaskan sekali lagi kita akan membuat sebaik yang mungkin. Kerajaan komited untuk memastikan Malaysia tidak akan menjadi tong sampah sisa plastik negara maju.
Saya ingin bertanya apakah tindakan yang mampu diambil oleh kementerian untuk menangani isu pengimportan yang secara berleluasa sekarang? Adakah kilang-kilang pelupusan plastik akan didirikan terutamanya di Sabah? Itu sahaja.
Saya tidak faham.
Semula.
Tidak jelas.
Saya bertanya apakah tindakan yang mampu diambil oleh kementerian untuk menangani isu pengimportan haram ini dan adakah kilang-kilang pelupusan plastik ini akan didirikan terutamanya di Sabah?
Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah membekukan semua import sisa plastik sekarang dan jawatankuasa yang saya katakan tadi akan memutuskan apakah langkah yang seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan. Untuk Sabah, sekarang kita telah membekukan semua license untuk menubuhkan kilang kitar semula sehingga jawatankuasa membuat satu keputusan untuk sisa plastik ini.
Terima kasih. Saya ingin tahu apakah kerajaan bercadang untuk mengharamkan sepenuhnya pengimportan sisa pepejal daripada negara luar? Begitu juga apakah pengubahan akta akan dibuat untuk memastikan hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah yang mempunyai kesan yang besar kepada negara? Apakah kemudahan yang telah disediakan untuk memproses sisa- sisa plastik domestik yang memberikan kesan yang cukup besar kepada negara hari ini? Minta penjelasan.
Terima kasih. Soalan ada tiga soalan di sini. Pertama, adalah sama ada kita akan mengharamkan pengimportan sisa plastik ini. Sisa plastik yang menjadi pencemar yang mencemarkan negara kita akan diharamkan. Akan tetapi saya ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini, sekarang di media kita kata pengimportan sisa plastik adalah pengimportan plastik kod tarif 3915.
Kalau kita tengok Kod Tarif 3915, ia merupakan kod antarabangsa yang merujuk kepada sisa plastik tetapi sisa plastik ada berbeza-beza. Sebagai contoh, sisa plastik boleh homogeneous atau sebati dan bersih atau uncontaminated. Ini adalah suitable atau sesuai untuk kitar semula. Akan tetapi, ada sisa plastik yang tidak uncontaminated dan juga bercampur (mixed plastic waste). Yang ini susah untuk dikitar semula dan biasanya kilang- kilang haram menggunakan mixed plastic waste untuk kitar semula. Saya di sini merujuk kepada satu simbol untuk melabelkan plastik... [Sambil menunjukkan gambar rajah] Satu dua tiga empat lima enam tujuh. Untuk plastik satu dan dua, polyethylene terephthalate dan high density polyethylene, kita boleh kitar semula dengan senang kalau kita asingkan dengan baik. Akan tetapi untuk yang lain, ia susah untuk kita kitar semula. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian ini akan memastikan bahawa setiap sisa yang tidak boleh dikitar semula dengan baik dan mengikut undang- undang Akta Alam Sekeliling akan diharamkan di Malaysia. Kedua, adakah akta kita akan ditambah baik untuk menambahkan penguatkuasaan dari segi untuk pencemaran alam sekitar? Untuk makluman Yang Berhormat, kita sekarang dalam proses menyemak semula Akta Alam Sekeliling 1974 dan akan membentangkan draf undang-undang pada tahun hadapan. Saya akan mempersilakan semua Ahli-ahli Parlimen untuk memberi pandangan mereka.
3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan segera dan langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) menyelamat terutamanya melibatkan operasi melibatkan air deras dan pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian yang menimpa enam anggota bomba di Puchong tidak berulang pada masa hadapan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Ketereh kerana amat prihatin di atas kejadian tragedi yang terjadi kepada enam anggota bomba di bawah Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia. Kita ucap takziah kepada keluarga mereka dan juga semoga anggota bomba yang menjadi mangsa ditempatkan bersama ahli syurga, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh KPKT untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi ialah KPKT telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu jawatankuasa independent, jawatankuasa berkecuali terdiri daripada pakar profesional, NGO dan juga experts individu yang boleh memberikan pandangan dalam mengkaji semula situasi yang terjadi di ‘Puchong Perdana’. Jawatankuasa ini akan berperanan untuk mendapatkan maklumat, fakta, keterangan dan penjelasan yang tepat di atas kejadian tempoh hari dan mereka akan melihat sama ada, ada keperluan untuk kita menambahkan SOP atau menambah baik atau mengkaji semula. Jadi ini adalah antara perkara yang harus dilaksanakan oleh jawatankuasa ini. Berdasarkan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh tadi adalah isu mengenai peranan ke atas kerja-kerja menyelamat terutamanya melibatkan air deras dan pada waktu malam. Kita akan mengkaji sama ada penggunaan peralatan yang sesuai mengikut keadaan risiko dan meningkatkan keupayaan pengetahuan anggota penyelamat dalam menilai risiko satu insiden dan menyediakan latihan pengukuhan dan komprehensif dan berkala bagi pasukan penyelamat. Mereka yang menjadi mangsa tempoh hari adalah daripada anggota-anggota yang telah dilatih untuk insiden-insiden, kejadian-kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dalam air. Jadi jawatankuasa yang telah kita bentuk, insya-Allah, akan memberikan satu laporan yang lebih tepat dan memberikan cadangan-cadangan yang mana kita boleh menambahbaikkan SOP yang ada, insya-Allah. Terima kasih.
Mungkin Yang Berhormat ingin mengambil kesempatan untuk membuat penjelasan apabila Yang Berhormat disebut sebagai pernah menyatakan sebelum operasi menyelamat dijalankan, anggota hendaklah mendapatkan pelan struktur terlebih dahulu. Mungkin Yang Berhormat hendak jelaskan. Keduanya, kita tahu ada banyak unit di bomba— misalnya EMRS, PPDA, HAZMAT— yang merupakan unit-unit khas yang difahamkan elaunnya hanya sekitar RM100 sebulan kalau tidak silap saya dan berpuluh tahun sudah tidak pernah dikaji semula. Apakah pendirian kementerian berkaitan perkara ini?
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Memang elaun kritikal kepada anggota bomba sudah kita bawa ke Kabinet tetapi ketika ini masih perlu dikaji dari segi pendapatan mereka menyeluruh kerana anggota bomba ini ada banyak elaun yang diberikan. Selain daripada PPDA itu, anggota-anggota bomba yang dalam penyelamat air ini mendapat, betul, RM100 elaun kritikal sebulan. Semenjak saya masuk sahaja dalam kementerian baru ini, memang isu ini telah dibangkitkan dan saya cuba mengetengahkan lagi dan membawa permintaan ini agar elaun untuk anggota bomba pada keseluruhannya ditingkatkan. Ini masih lagi dalam proses dan perlukan kajian daripada JPA kerana hendak meneliti tangga gaji mereka dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya bersetuju memang anggota bomba ini membuat kerja- kerja yang sangat berisiko tinggi. Lif tersepit, orang nak bunuh diri, orang lemas, terbakar, semua adalah beban kepada anggota bomba. Saya merayu juga kepada Kabinet untuk memikirkan untuk memberikan, mempertimbangkan permintaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia agar elaun-elaun mereka ini dapat dikaji semula dan dipertingkatkan lagi.
Jadi untuk itu, saya juga mengharapkan bahawa untuk misi-misi menyelamat kes- kes seperti yang tempoh hari ini yang melibatkan monsoon drain— ia bukan mining pool tetapi monsoon drain. Jadi, SOP mengenai monsoon drain itu belum lagi ada yang jelas dan tepat. Jadi sebab itu saya kata kalau insiden-insiden kelemasan yang untuk mencari mangsa, beri masa sedikit untuk mengkaji struktur monsoon drain itu agar mereka tahu apa bentuknya, apa yang ada di bawahnya dan sebagainya agar menjadi sedikit tambahan lagi maklumat agar mereka lebih berhati-hati dalam menjalankan operasi. Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menjaga keluarga mangsa- mangsa tersebut? Terima kasih.
Alhamdulillah, kerajaan dalam mesyuarat Kabinet yang lepas telah bersetuju untuk memberikan sebanyak RM20,000 sekeluarga dan juga Kerajaan Negeri Selangor juga telah dengan murah hati menyumbang RM20,000 kepada setiap keluarga mangsa. Di pihak KPKT sendiri ada banyak elaun, insurans dan sebagainya yang telah kita sekarang masih lagi dalam semakan dan pihak KPKT amat prihatin dan, insya-Allah, melihatkan kebajikan keluarga dari segi penempatan atau perumahan mereka dan juga melihat tentang anak-anak mereka kerana tiga daripada mereka adalah keluarga yang muda dan anak-anak yang masih kecil. Itu juga akan menjadi satu keprihatinan yang kita akan ambil oleh pihak KPKT untuk melihatkan kebajikan anak-anak mereka dan juga keluarga mereka.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah rancangan kementerian untuk mengurangkan pencemaran plastik di lautan selain daripada pengharaman penggunaan straw minuman.
Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Tuan Yang di-Pertua, pencemaran sisa plastik merupakan salah satu isu utama alam sekitar di Malaysia. Menurut satu kajian saintifik yang diterbitkan di Jurnal Sains pada tahun 2015, Malaysia berada di tangga kelapan dalam pencemaran sisa plastik yang tidak terurus (mismanaged plastic). Negara kita menghasilkan hampir satu bilion tan sampah sisa plastik secara kumulatif dan sekitar 15 hingga 40 peratus daripada sampah tersebut hanyut ke perairan sungai ataupun laut.
Sisa plastik yang tidak terurus dengan baik akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, kesihatan dan ekonomi negara. Plastik konvensional iaitu plastik yang berasaskan petroleum hidrokarbon base plastic mengambil tempoh masa yang lama untuk terurai, biodegrade. Life cycle dia 20 tahun hingga 500 tahun mengikut jenis produk. Terdapat juga plastik yang akan terurai menjadi microplastic yang boleh memasuki rantaian makanan dan menjejaskan kehidupan akuatik serta kesihatan manusia. Semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Julai 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan adalah wajar Malaysia menurunkan penggunaan produk-produk plastik konvensional bermula dengan beg plastik dan straw. Oleh itu, MESTECC telah mengkaji inisiatif yang telah diambil oleh pelbagai negara lain dalam menangani pencemaran sisa plastik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengikut satu laporan 2018 oleh United Nations Environment Program (UNEP) bertajuk
Single-Use Plastics: A Roadmap for Sustainability. Terdapat negara-negara yang telah cuba mengharamkan (banned) beg plastik yang berasaskan petroleum, tetapi tidak berjaya kerana kesukaran penguatkuasaan. Selain itu, kita juga perlu tahu bahawa industri plastik di Malaysia menyumbang sebanyak RM30 bilion kepada pendapatan negara. Dengan itu, apabila kita tengok macam mana kita hendak mengatasi isu pencemaran plastik, kita perlu mengambil satu pendekatan yang holistik dengan mengambil kira kepentingan awam, kelestarian alam sekitar dan juga industri plastik. Kementerian ini dengan kerjasama kementerian dan agensi lain khususnya KPKT, Kementerian Wilayah, pihak kerajaan negeri sama ada negeri pembangkang ataupun kerajaan serta stakeholders yang lain seperti pemain industri, NGO-NGO dan lain-lain telah bekerjasama dalam membangunkan roadmap towards zero single-use plastics by 2013. Roadmap ini merangkumi banyak dasar-dasar termasuk dasar untuk straw plastik. Saya juga telah mengadakan satu sesi town hall bersama dengan semua stakeholders pada 24 September 2018 untuk mendapat input lagi daripada pelbagai sektor. Selepas tiga bulan persiapan dengan pelbagai pihak, roadmap ini sekarang telah sedia dan akan dilancarkan esok pada 17 Oktober 2018 di International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference (IGEM) 2018 yang akan dianjurkan di KLCC. Saya menjemput semua Ahli-ahli Parlimen untuk menghadirinya. Roadmap ini akan melakar hala tuju negara kita untuk menurunkan penggunaan single-use plastic serta menyatakan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan untuk memangkin pertumbuhan industri bioplastik dan alternatif mesra alam sebagai penggantian produk single-use plastics. Kita perlu tahu bahawa, dunia kita sekarang sedang mengalami masalah pencemaran plastik. Bukan sahaja Malaysia, seluruh dunia kita mengalami masalah pencemaran plastik dan ia akan menjadi lebih serius lagi apabila populasi dunia meningkat sehingga RM10 bilion menjelang 2050. Apakah pendekatan negara kita ataupun pendekatan dunia kita? Kita tahu bahawa lebih ramai orang, lebih banyak sisa pepejal. Kalau kita teruskan penggunaan plastik yang kita sedia ada, ada satu kajian yang katakan by weight ya, jumlah plastik dalam lautan akan sama dengan jumlah ikan menjelang 2050. Oleh itu, adalah sangat penting negara kita ataupun sedunia mengambil langkah untuk bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah pencemaran plastik. Akan tetapi, apabila negara kita melakarkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran plastik kita tidak boleh inward looking but global looking. Dengan itu, roadmap ini akan melakar satu dasar di mana, bagaimanakah kita boleh memangkin pertumbuhan industri bioplastik. Eventually all of us still need packaging, still need single-use bags, tetapi yang beg itu perlu boleh terurai di alam sekitar, biodegradable. Oleh itu, kita ada banyak dasar-dasar yang kita akan umumkan esok supaya kita boleh membantu industri bioplastik dan industri yang eco-friendly product, boleh bertumbuh di Malaysia. Dengan ini, kita bukan sahaja talk about the industry in Malaysia, pasaran di Malaysia, tetapi pasaran seluruh dunia. Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam industri ini dengan melabur R&D dan juga rangka polisi yang betul dalam sejarah ini. MESTECC berharap dengan roadmap ini kita boleh menjadi satu langkah utama Malaysia untuk berubah dari satu negara yang popular dengan pencemaran plastik ke negara yang popular dengan plastik mesra alam. Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, selain daripada usaha dalam negara untuk menurunkan kegunaan single-use plastic, saya juga ingin menarik perhatian dan memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa isu pencemaran plastik adalah isu antarabangsa dan memerlukan cara penyelesaian antarabangsa. Kita sering kali dengar negara-negara maju melaporkan kadar kitar semula, recycling rate plastic yang tinggi dan fikirkan mereka mesra alam. Akan tetapi, hakikatnya ialah apa, hakikatnya ialah mereka melaporkan kadar pengasingan sisa pepejal mereka sebagai recycling rate. Kebanyakan sisa plastik yang telah diasingkan oleh mereka di eksport ke negara lain dan kadangkala sisa-sisa ini tidak boleh dikitar semula, non-recycleable waste. Sebelum ini, negara China adalah negara destinasi popular untuk sisa-sisa plastik ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu kajian telah diterbit di...
Biar, biarkan Menteri menjawab sepenuhnya, ini soal plastik dan ikan.
Saya hendak menjelaskan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu kajian telah diterbitkan di Sains...
Ceramah ni, bukan jawab soalan.
Silakan, silakan. Panjang pun tak apa.
Pada 20 Jun 2018 dan menunjukkan bahawa pengharaman import sisa plastik ke negara China akan menyebabkan sisa plastik sejumlah 111 juta metrik tan tiada tempat pemergian dari 2018 hingga 2030. Kita perlu tahu bahawa lautan dunia adalah saling berhubungan. Apabila kita mengatakan pencemaran plastik di Malaysia, kita tidak boleh kata lautan di Malaysia sahaja. Walaupun sisa-sisa kita, kalau banned sisa-sisa plastik ini, terutamanya sisa plastik yang non-recycleable tidak sampai ke Malaysia. Jika ia sampai ke negara-negara jiran kita ataupun negara-negara lain dengan lautan yang berhubungan, kita akan kena juga. We have a transboundary marine litter problem, dengan izin. Sehubungan dengan itu, kementerian akan bersuara tentang pergerakan sisa plastik di peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia merupakan salah sebuah parti kepada Konvensyen Basel. Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and Their Disposal, yang bertujuan mengawal pergerakan sisa merbahaya merentas sempadan antarabangsa dan khususnya untuk menghalang pemindahan sisa merbahaya dari negara maju kepada negara membangun. Pada masa ini, sisa plastik diklasifikasikan di bawah Annex 4 konvensyen tersebut iaitu...
Gulung Menteri, gulung, gulung.
Kategori sisa yang tidak dikawal di bawah Konvensyen Basel, bermaksud di luar skop Konvensyen Basel. Saya sekarang sedang menjawab pencemaran plastik. Harap boleh sabar dan dengar.
Saya ingat taklimat kilang plastik, jawab esok di IGEM, jawab esok.
Walau bagaimanapun..
Ini soalan bos. Ini yang panjang jawab...
Yang Berhormat boleh landing Yang Berhormat, landing...
[Dewan riuh]
Bila jawapan pendek, Yang Berhormat kata terlalu pendek. Bila jawapan lengkap, dikata terlalu panjang. Silakan Yang Berhormat Menteri, silakan.
Ia tidak panjang pun, tidak.
Hendak habis sudah pun.
Jawab esok di IGEM.
Mic, mic.
Yang IGEM itu roadmap, yang ini Basel Convention, Yang Berhormat. So, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Norway telah mengemukakan cadangan agar sisa plastik dikeluarkan daripada Annex 4 dan dimasukkan ke dalam Annex 2 di kategori sisa yang memerlukan pertimbangan khas. Categories of ways requiring special consideration dan dikawal di bawah Convention Basel. Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan kini memberikan sokongan yang penuh kepada Kerajaan Norway dalam rundingan antarabangsa supaya cadangan ini dipersetujui dan diamalkan secepat mungkin. Sementara itu, kementerian juga akan mengambil langkah-langkah untuk menyampai mesej kepada negara-negara maju supaya tidak mengeksport sisa plastik yang tercemar ataupun tidak boleh dikitar semula ke negara-negara membangun termasuk Malaysia. Akan tetapi, kendali sisa-sisa mereka di negara mereka sendiri.
Oleh sebab isu plastik adalah sangat besar dan hilang kesabaran rakan-rakan kita di sebelah sana, saya ada satu taklimat pada hari Khamis.
[Dewan riuh]
Saya hendak menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk datang untuk bersama-sama memberi pandangan dan cadangan kepada kerajaan pada 18 Oktober di Bilik Jamuan, Bangunan Utama Parlimen pada pukul 8.30 pagi. Dengan ini sahaja jawapan saya.
Terima kasih. 18 Oktober ya. Silakan, soalan tambahan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Ahli Parlimen sebelah sana tidak cukup serius mengenai masalah plastik.
[Dewan riuh]
Mereka perlu satu fikiran plastik. Kita di Lautan Pasifik, Pacific Ocean adalah satu kepulauan besar atau massive island of garbage di mana mengakibatkan 100,000 haiwan marin mati oleh kerana suffocation atau ingestion plastic bag. Macam Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa kita tidak mahu dalam 20 tahun atau 30 tahun plastik lebih daripada ikan di lautan kita. Di peringkat ASEAN apa usaha MESTECC ambil untuk memainkan peranan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Iskandar Puteri, saya telah membangkitkan masalah ini sebagai transboundary marine litter problem dengan Menteri- menteri Alam Sekitar daripada negara ASEAN di Transboundary Haze Meeting yang kita ada, perbincangan site yang kita ada. Kita adakan perbincangan ini supaya ASEAN boleh secara satu regional untuk mengatasi masalah bersama-sama sebab kita tahu bahawa segala negara import yang paling besar sekarang bukan Malaysia, Thailand, Vietnam dan juga Indonesia. Kesemua ini adalah di ASEAN dan kita tidak mahu ASEAN menjadi satu tong sampah untuk negara-negara maju.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya puji langkah calon PD dan sekarang ini jadi wakil rakyat PD yang telah.
[Dewan riuh]
Hendak puji bakal Perdana Menteri jangan dengki.
[Dewan riuh]
Beliau telah mengutip plastik-plastik sampah, polistirena di tepi-tepi pantai, jadi satu langkah yang bijak. Tepuklah sedikit kepada Yang Berhormat PD ini. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ada tidak insentif bagi NGO-NGO yang cukup berminat untuk mengadakan gotong-royong...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Individu tidak payahlah, bakal Perdana Menteri dia akan bagi bajet kepada kita, untuk memastikan bahawa plastik dan polistirena ini tidak mencemarkan alam sekitar. Terima kasih.
Apabila kita berbincang dengan pemeliharaan alam sekitar kita always think about reduce, reuse and recycle. First, you reduce oleh itu yang paling penting adalah kesedaran. Kempen kesedaran dan kementerian sedang dalam dua minggu ini kita akan melancarkan satu kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran pencemaran plastik ini supaya peruntukan boleh diberi kepada NGO-NGO yang hendak meningkatkan kesedaran untuk mengurangkan penggunaan plastik di Malaysia. Selepas itu kita talk about kutip sampah dan lain-lain tetapi untuk saya paling penting reduce, reuse, recycle.
Soalan tambahan. Boleh tambah satu soalan tambahan.
Baiklah, Yang Berhormat Lembah Pantai.
[Ketawa] Sorry Yang Berhormat Kota Melaka, sorry. [Ketawa]
Yang Berhormat Lembah Pantai bila dia bangun dia tidak duduk. Saya nampak tadi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang beberapa klasifikasi untuk plastik yang mungkin kita faham ataupun kurang faham. Ada yang boleh kita recycle, ada yang sukar dan bila kita sebut sebagai biodegradable yang kita faham pun tentang biodegradable plastic ini bukan– dia mungkin ada elemen-elemen yang sampai satu tahap sahaja ia boleh biodegrade selepas itu dia masih kekal.
Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah pihak kementerian akan mengeluarkan apa-apa garis panduan untuk memastikan plastik-plastik sama ada single use plastic ataupun yang boleh biodegrade dan sebagainya yang mungkin boleh compostable juga, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengeluarkan satu garis panduan kepada industri untuk memastikan kita mempunyai lebih banyak bukan sahaja plastik-plastik yang boleh biodegrade tetapi yang compostable yang sebenarnya boleh dikitar semula yang boleh dijadikan baja. Terima kasih.
Ini soalan yang baik daripada Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, MESTECC sekarang adalah bekerjasama di bawah Standard Malaysia. Melalui Standard Malaysia telah membangunkan satu standard untuk biodegradable plastic bag dalam ecolabel 001. Kalau setiap apa ecolabel 001 ia bermaksud beg plastik yang biodegradable. Untuk ecolabel 009 kita juga ada ecolabel 009 iaitu untuk packaging, food packaging yang compostable yang biodegradable. Semua ini akan kita lancarkan pada hujung tahun ini so, selepas ini dengan adanya SIRIM, dengan adanya ecolabel pengguna-pengguna boleh tahu sama ada plastik ataupun packaging itu adalah mesra alam atau tidak.
2. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan program-program yang bakal dilaksanakan oleh kementerian bagi melahirkan sejuta usahawan kecil dan sederhana dalam tempoh lima tahun akan datang serta strategi kementerian untuk menarik generasi muda merebut peluang tersebut.
Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, minta izin kenyataan dalam soalan Yang Berhormat Jerantut ini adalah kurang tepat. Izinkan saya untuk membuat sedikit pembetulan mengenai apa yang dimaksudkan oleh kementerian berhubung dengan perkara ini. Untuk lima tahun akan datang, Kementerian Pembangunan Usahawan ataupun MED dengan izin, komited untuk menyumbang kepada perwujudan sejuta peluang pekerjaan melalui pembangunan usahawan tersasar sebanyak 200,000. Dalam erti kata lain, kementerian menyasarkan untuk melahirkan sebanyak 50,000 usahawan dari golongan B40, M40 dan usahawan sosial setahun untuk tempoh lima tahun akan datang. Sebagai kementerian yang telah dipertanggungjawabkan bagi membangunkan para usahawan secara komprehensif dan holistik, Kementerian Pembangunan Usahawan akan memastikan program-program keusahawanan yang dirangka boleh memberi impak yang besar kepada ekonomi negara dari aspek peningkatan jumlah usahawan tempatan yang berjaya dibangunkan kualiti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan serta pasaran eksport yang diterokai. Sasaran ini di bawah pelan induk PKS telah menetapkan PKS boleh menyumbang sebanyak 41 peratus kepada KDNK, 65 peratus kepada guna tenaga, 23 peratus kepada eksport menjelang tahun 2020. Kementerian bercadang untuk mengkaji semula dan mempercepatkan pelaksanaan sasaran-sasaran tersebut misalnya mencapai sumbangan 42 peratus kepada KDNK menjelang 2020. Selain itu MED juga telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi mewujudkan satu dana pemerkasaan dan keusahawanan anak muda seperti dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan merangkumi cadangan 67 program dan inisiatif dengan implikasi kewangan sebanyak RM1 bilion dan cadangan ini merupakan hasil perbincangan bengkel kumpulan kerja teknikal ataupun TWG dengan izin, pembudayaan dan pemerkasaan anak muda yang telah diadakan pada 25 September 2018. Cadangan tersebut akan diangkat untuk kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat dan dana ini akan meliputi empat kategori iaitu latihan dan pembangunan modal insan, pembiayaan untuk geran dan berbentuk pinjaman, akses kepada pasaran dan juga capacity building dengan izin, innovation, R&D, technology acquisition dan memperkasakan lagi infrastruktur pemasaran.
MED yakin bahawa inisiatif dan program yang dicadangkan untuk usahawan anak muda di bawah satu dana akan dapat memastikan bahawa semua program dan aktiviti yang dirancang dapat dipantau dan diselaraskan dengan lebih holistik dan komprehensif. Selain itu juga, inisiatif ini dapat mengurangkan pertindihan fungsi dan program usahawan di kementerian-kementerian lain. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Cuma persoalan tambahan saya ialah apakah ada bidang pengkhususan yang menjadi fokus kementerian untuk usahawan ini? Sebagai contohnya dalam bidang penghasilan makanan. Oleh kerana kebergantungan keperluan makanan negara masih lagi tinggi kepada import. Contohnya tahun 2016, kita berjumlah 3.2 bilion diimport makanan dari negara luar. Di samping itu, apakah kementerian mempunyai perancangan bagi mengukuhkan usahawan sedia ada agar dapat memberikan persaingan serta menguasai pasaran tempatan dan antarabangsa? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Antara fokus kita kalau kita lihat hari ini, peluang-peluang usahawan daripada industri pertanian, contohnya. Hari ini kalau kita lihat, Malaysia adalah di tahap negara yang bergantung pada import, the food security is ranked at number 41, dengan izin. Jadi, peluang perniagaan ataupun fokus kita untuk membangunkan usahawan itu akan lebih kepada bidang pertanian. Negara kita ini subur, jadi kita menggalakkan dengan adanya agensi-agensi yang melibatkan aktiviti pertanian, kita akan fokus menjurus kepada pembangunan usahawan dalam sektor pertanian. Di samping itu, antara lain kita juga tidak boleh ketinggalan dalam industri yang disebutkan hari ini, dengan izin, Industrial Revolution 4.0 (IR4.0). Di situ di mana kita menggunakan teknologi terkini untuk menggalakkan usahawan-usahawan berkecimpung untuk melebarkan pasaran produk-produk yang berkaitan dengan pelbagai industri untuk kita lebih dikenali di peringkat global. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, apakah status terkini modul usahawan 1Malaysia? Adakah ia akan diteruskan dengan menukarkan nama ataupun mempunyai perancangan yang lain daripada pihak kementerian? Terima kasih.
Tidak ada perubahan yang kita lakukan yang ketara, Tuan Yang di-Pertua. Cumanya kita mengkaji semula dan menambah baik mana- mana modul yang boleh meningkatkan ke tahap ataupun resilience, dengan izin, pembangunan ataupun usahawan-usahawan yang kita bangunkan. Jadi pelbagai cara, pelbagai pendekatan yang akan kita bawa untuk memastikan ia lebih holistik. Hari ini kalau kita tengok, usahawan-usahawan dibangunkan melalui sistem yang berbentuk silo. Jadi, kementerian ini telah dipertanggungjawab memastikan satu integration daripada various silos itu tadi atau agensi-agensi yang lain untuk memastikan mereka boleh dibangunkan dengan secara bersepadu. Terima kasih.
3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) statistik kemasukan pelajar ke kolej vokasional dari 2013 sehingga 2018; dan (b) sasaran kementerian untuk menyelesaikan isu akreditasi persijilan graduan kolej vokasional bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sehingga mengakibatkan mereka terkandas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Yang Berhormat, enrolmen pelajar Program Kolej Vokasional:
|Tahun|Enrolmen (orang)| |----:|---------------:| | 2013| 15916| | 2014| 18022| | 2015| 17544| | 2016| 12875| | 2017| 16728| | 2018| 14243|<END_TABLE_MARKER> Bahagian kedua, semua Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) oleh kolej vokasional perlu melalui prosedur penilaian akreditasi semasa. Semenjak Jun 2016 sehingga kini, Agensi Kelayakan Malaysia ataupun, dengan izin, Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah menerima sebanyak 615 program untuk penilaian akreditasi. Daripada jumlah tersebut, 510 program iaitu 83 peratus telah mendapat akreditasi sementara. Untuk penilaian akreditasi penuh, sebanyak 428 program telah diterima untuk penilaian akreditasi. 12 program DVM oleh KV telah mendapat akreditasi penuh, manakala 54 program dalam proses memenuhi syarat-syarat untuk akreditasi penuh. Sebanyak 362 program pula sedang menjalani proses penilaian dan perlu mematuhi syarat-syarat bagi mendapat akreditasi penuh yang dijangka selesai pada pertengahan tahun 2019. Lulusan DVM boleh menyambung pengajian ke program ijazah sarjana muda di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) ataupun institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) tertakluk kepada kelulusan senat IPTA atau IPTS dengan mengambil kira penyetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan tiga kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pada masa ini, KPM sedang membangunkan program bersama-sama dengan Malaysian Technical University Network (MTUN) untuk memperkasakan laluan TVET, terutamanya untuk pelajar lulusan Diploma Vokasional Malaysia. Lulusan DVM juga boleh mendapat pekerjaan di industri tertakluk kepada syarat dan ketetapan majikan masing- masing. Sekian sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Saya hargai segala usaha kerana mantan Menteri terdahulu menjanjikan menjelang Disember tahun ini, kebanyakan graduan daripada SVM dan juga DVM sepatutnya sudah diterima menerusi kerjasama dengan MQA dan juga JPK. Masalah strukturnya, apabila segala sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sendiri tidak setaraf atau diiktiraf oleh badan akreditasi di Malaysia. Maka akhirnya, pelajar-pelajar yang mendapat Sijil Vokasional Malaysia tidak boleh juga diambil bekerja sebagai salah seorang kakitangan kerajaan kerana syarat SPM itu dikenakan. Maka, ke depan sudah tentu kementerian seolah-olah hilang kredibiliti kerana sijil sendiri yang sepatutnya digunakan oleh mana-mana pelajar mendapat keyakinan untuk mereka mendapatkan pekerjaan. Maka, ke depan nanti, apakah perancangan kementerian, di samping saya hargai usaha untuk memastikan mereka ini diserapkan dalam sistem yang berakreditasi tetapi syarat yang dikenakan, syarat SPM itu, adakah akan dirobah supaya setiap graduan sekarang mereka boleh masuk dalam industri, diterima oleh mana-mana syarikat swasta tetapi tidak oleh kerajaan. Oleh kerana ada sesetengah kolej tidak mempunyai sijil SPM bagi pelajarnya. Mohon pandangan dan jawapan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya rasa proses penilaian sedang dijalankan. Kita perlu membuat lawatan audit ke setiap kolej vokasional terlibat bersama dengan panel penilai, pakar bidang daripada kalangan akademik dan industri, bertujuan untuk menyemak kualiti aktiviti pengajian dan pembelajaran, khidmat sokongan pelajar, kemudahan serta mendapatkan input melalui sesi temu bual dengan pengurusan staf akademik dan pelajar. Jadi, proses ini sedang dijalankan dan kita jangka bahawa lawatan audit ke setiap KV ini boleh siap pada hujung bulan November tahun ini. Jadi, selepas itu kita akan bekerjasama dengan setiap KV untuk memastikan bahawa mereka memenuhi syarat-syarat yang
ditentukan oleh MQA. Haraplah dengan usaha tersebut kita boleh dapat akreditasi sementara ataupun akreditasi penuh secepat mungkin. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa kita mempunyai masalah bahawa pemegang DVM ini kadang-kadang mereka tidak boleh kerja dengan kerajaan oleh sebab mereka tidak ada– DVM itu tidak mendapat akreditasi penuh. Itu masalahnya.
Sebenarnya SPM adalah satu – adalah setaraf dengan SVM. Jadi melalui SVM, kita rasa kita boleh melonggarkan syarat-syarat SPM tersebut supaya pelajar-pelajar tersebut gunalah SVM, tak perlulah tiga kredit dalam SPM untuk bekerja dengan kerajaan. Akan tetapi yang paling penting adalah setakat ini, syarat-syarat yang telah ditentukan ataupun yang ditetapkan oleh JPA adalah setiap program ataupun DVM itu perlu dapat akreditasi penuh sebelum mereka boleh kerja dengan kerajaan. Jadi kita akan bincang dengan JPA sama ada syarat ini boleh dilonggarkan atau bagaimana supaya kita boleh mengizinkan lebih banyak pemegang DVM untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan kedua, saya ingin bertanya kalau dahulu TVET ini dibangunkan oleh kerajaan melalui kolaborasi tujuh kementerian iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan beberapa kementerian yang lain. Baru-baru ini saya mendapat rungutan daripada penyedia latihan swasta di mana mereka agak tak tentu arah sekarang ini. Jadi saya ingin tahu kerana kerajaan baru telah menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi saya ingin jawapan, apakah inisiatif-inisiatif baru yang telah dirangka oleh jawatankuasa ini ke arah pemerkasaan TVET dan dalam masa yang sama boleh memberikan sokongan kepada Kementerian Pendidikan. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Maran atas soalan tambahan tersebut. Dalam usaha untuk memperkasakan program DVM, MQA telah mengambil inisiatif seperti berikut. Kita telah mewujudkan klinik bimbingan supaya sesi konsultasi boleh diwujudkan di antara MQA dan juga dengan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia supaya mesyuarat boleh diadakan, sesi konsultasi boleh diadakan untuk menambah baik dan memperbaharui kurikulum serta hala tuju program agar seiring dengan keperluan semasa. Kedua, daripada segi prasarana. Hala tuju kita adalah kita ingin memastikan bahawa wujud jalinan kerjasama pintar antara kolej vokasional dan juga dengan industri bagi menyediakan makmal yang kondusif dan lengkap untuk peralatan-peralatan terkini berkaitan dengan keperluan program serta membolehkan pelajar menjalani amali di industri dan bahagian KPM juga telah mengambil tindakan untuk mengadakan kerjasama dengan politeknik untuk perkongsian kemudahan asas ini. Selain daripada itu, daripada segi kurikulum, KPM juga telah melantik pakar rujuk bidang daripada universiti dan industri untuk mendapat input berkaitan penambahbaikan kurikulum agar selaras dengan standard program. Keempat, daripada segi staf akademik. Usaha kita adalah kita ingin melaksanakan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran staf akademik dalam bidang yang diajar dan juga staf akademik perlu menghadiri sangkutan industri sekurang-kurangnya tiga bulan untuk memastikan kualiti pengajian itu ada di sana. Jadi ini adalah usaha-usaha di bawah KPM dan saya percaya bahawa dengan Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi pengerusi kepada jawatankuasa ini, pada masa yang akan datang kita akan keluarkan dengan lebih banyak pendekatan, inisiatif untuk bantu kolej vokasional ini dan juga rebranding kolej vokasional ini. Sekian sahaja, terima kasih.
4. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan adakah pihak kerajaan akan meneruskan projek infra luar bandar Sarawak seperti pembinaan jambatan-jambatan terutamanya di jaringan jalan pesisir Sarawak kerana ianya penting untuk meningkatkan sosioekonomi luar bandar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dari Petrajaya, pihak kementerian sentiasa komited bagi melaksanakan projek infrastruktur luar bandar terutamanya di negeri Sarawak. Projek-projek jalan dan jambatan yang telah dirancang sebelum ini akan diteruskan pelaksanaannya bagi menyediakan akses jaringan jalan raya yang selesa dan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu untuk tempoh 2016 hingga 2018, sebanyak 33 projek jalan luar bandar telah diluluskan pelaksanaannya untuk negeri Sarawak dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.67 bilion yang merangkumi 12 projek pada tahun 2016, 15 projek pada tahun 2017 dan enam projek pada tahun 2018. Sesi libat urus juga telah diadakan oleh kementerian bersama pihak Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan MEA dan telah bersetuju supaya kesemua enam projek pada tahun 2018 yang belum dikeluarkan surat setuju terima atau SST akan diteruskan dengan melaksanakan tender secara terbuka atau open tender, dengan izin. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Luar Bandar ada datang ke Sarawak dan salah satu pengumuman ialah ada 105 buah projek yang dijanjikan. Jadi berlainan dengan apa yang telah dinyatakan tadi dan daripada 105 projek yang dijanjikan ada satu projek iaitu Projek Premix sepanjang Batang Tatau – Bintulu, satu sahaja dibatalkan daripada 105 projek. Jadi saya hendak tahu 105 projek yang akan diteruskan, apa statusnya? Adakah sudah di tender dan bila dilaksanakan? Kedua, apakah alasan mengapa jalan di Tatau tersebut dibatalkan, tidak diteruskan? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Petrajaya. Jumlah angka 105 ini, saya tidak tahu apa yang disebut sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri tetapi mungkin melibatkan projek-projek lain yang bukan jalan raya atau jambatan. Jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, tertumpu pada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan pembinaan jambatan-jambatan dan termasuk jalan-jalan. Jadi itulah 33 projek ini adalah memang projek jalan raya dan jambatan.
Soalan saya lebih kepada infra, bukan sahaja jambatan. Jambatan hanyalah sebagai contoh.
Baik. Itu yang mungkin angka 105 ini, saya kena semak semula untuk dapat maklumat.
Hulu Langat, Hulu Langat.
Sebelah kiri, sebelah kanan. Yang Berhormat Hulu Langat, silakan.
Saya sambung dengan...
Oh! Belum habis lagi.
Belum habis?
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi.
Saya ingat dah habis.
Baik, secara ringkas saya akan semak sekali lagi angka 105 ini dan apakah projek-projek lain yang dimaksudkan dalam senarai itu. Berkaitan dengan projek spesifik itu yang disebut dibatalkan, kita akan bagi jawapan bertulis selepas saya semak rekod sekarang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut statistik daripada Jabatan Statistik pada 2017 berkenaan dengan statistik infrastruktur luar bandar, keseluruhan kawasan luar bandar di Sarawak yang memperoleh akses bekalan elektrik dalam 72.7 peratus. Ini hanya meningkat dua peratus berbanding pada tahun 2016. Kelihatan peningkatannya sangat rendah. Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu Kerajaan Negeri Sarawak dan penduduk Sarawak itu untuk mengatasi perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan itu. Tuan Yang di- Pertua, sebab soalan tambahan ini bertumpu kepada bekalan elektrik yang di luar skop daripada soalan asal tetapi saya tak ada masalah, kita akan bagi sebab ini maklumat berkaitan dengan projek-projek bekalan api telah dibekalkan dalam Dewan Rakyat sebelum ini. Saya akan bagi angka-angka yang diminta oleh Yang Berhormat tentang apakah yang akan dibelanjakan untuk tahun-tahun akan datang untuk rolling plan keempat dan kelima dalam RMKe-11 secara bertulis.
Soalan lagi.
Soalan tambahan.
Kita kesuntukan masa ya. Saya akan menjemput Yang Berhormat Kapar.
5. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan komitmen untuk membina sebuah hospital dalam kawasan Kapar yang mempunyai keperluan tersebut terlalu tinggi dengan kepadatan penduduk seramai lebih 200,00 orang penduduk.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini soalan daripada Yang Berhormat Kapar soal Kapar Hospital Kapar. Kerajaan sememangnya bercadang untuk membangunkan sebuah hospital berpakar di Daerah Kapar memandangkan terdapatnya keperluan mendesak bagi penduduk setempat. Buat masa ini perancangan skop projek tersebut sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi menentukan perkhidmatan yang bakal disediakan di sana. Kewujudan hospital baru ini nanti dijangka dapat menyelesaikan isu akses ke hospital terdekat serta dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Klang. Untuk makluman juga, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 18 Julai 2018 telah menimbang dan meluluskan permohonan pemberi milikan tanah kerajaan seluas lebih kurang 202,347 meter persegi ataupun 50 ekar di Persiaran Hamzah Alang, Mukim Kapar di Daerah Klang bagi tujuan tapak Hospital Kapar. Kadar premium yang dikenakan oleh kerajaan negeri adalah ¼ daripada harga pasaran namun masih terlalu tinggi. Jadi rayuan pengurangan kadar premium telah dikemukakan pada kerajaan negeri untuk pertimbangan sebelum langkah selanjutnya dapat diambil. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ya, memang benar 202,347 meter persegi bersamaan dengan 50 ekar di persisiran Hamzah Alang. Seperti mana yang diketahui, notis untuk borang 5A ke JKPTG pada 11 Oktober 2017 telah pun diluluskan. Pengumuman pada tahun 2013 ke atas tanah Sime Darby di Kapar itu telah pun diberikan kepada kerajaan negeri. Di samping itu masalah yang akan dihadapi waktu ini mendesak. Kalau kita mempunyai masalah kesihatan kita akan pergi ke Hospital Klang, jalan ke Klang padatnya luar biasa. Jalannya kalau tak berurut, pergilah ke Jalan Kapar dan anda akan dapat urut dengan sendirinya oleh sebabkan jalan. Ini menyebabkan masalah kritikal, jadi saya amat- amat memerlukan sangat hospital ini di Kapar yang memberikan kesan yang keterlaluan kepada penduduk Kapar khususnya sudah melampaui 500,000. Soalan saya ialah apakah langkah kerajaan dalam memastikan pembinaan Hospital Kapar ini mengikut jadual. Sudah 5 tahun ditangguhkan setelah diumumkan pembinaannya dan supaya tidak berlaku berlaku birokrasi yang akan menyusahkan pembinaan ini demi rakyat Kapar khususnya di sekitar termasuk di Kuala Selangor, kawasan Menteri Kesihatan sendiri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan Ketawa]
Macam marah sahaja.
Terima kasih.
Nada begitu boleh dipakai dalam Parlimen Yang Berhormat?
Kita tidak boleh menyalahkan suara yang begitu kuat. Tidak masuk dalam peraturan mesyuarat.
Memang daripada kecil dia macam itu.
Dipersilakan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kapar. Memang suara Yang Berhormat Kapar memang macam itulah, sejak saya kenal beliau.
Sejak dia sekolah.
Jadi saya memang berkongsi masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar berkenaan dengan keperluan untuk hospital di situ dan memang dalam perancangan jabatan kementerian memang adakan sebuah hospital berpakar di kawasan Parlimen Kapar. Akan tetapi walaupun perancangan telah dibuat tetapi sekarang masalah adalah perolehan tanah daripada kerajaan negeri Selangor. Jadi masalah sekarang soal rundingan premium tersebut. Kita mohonlah supaya Yang Berhormat Kapar boleh berbincang dengan Menteri Besar Selangor. Sekarang sama-sama dalam Pakatan mungkin kita boleh bincang soal harga tanah itu supaya kita boleh kurangkan. Sekiranya tanah boleh diperolehi dengan harga nominal, kita boleh teruskan projek untuk membina hospital pakar di Kapar. Kebetulan kita memang tahu, misalannya hospital yang berdekatan di Hospital Klang yang lebih kurang 22 kilometer dan Hospital Shah Alam Selangor 25 kilometer, walaupun tak begitu jauh tetapi seperti mana yang disebutkan, jalan itu memang sesak. Kedua-dua hospital berkenaan juga ada bed occupancy rate yang melebihi 85 peratus dan memang ada kesesakan yang berlaku di hospital berkenaan. Saya setuju ada keperluan tetapi kita perlu selesaikan soal hak milik tanah tersebut. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong penuh cadangan daripada Yang Berhormat Kapar. Ini perjuangan Ahli Yang Berhormat Kapar daripada dulu, sudah lima tahun hendak minta Hospital Kapar ini tidak menjadi kenyataan kerana masalah Yang Berhormat Menteri kata tadi, masalah bayaran premium tanah. Hari ini dasar satu kerajaan harap dapat diselesaikan dengan segera. Itu yang belum dibuat. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah benar baru-baru ini ada tersebar berita yang mengatakan ada beberapa hospital akan dihentikan pembangunannya. Oleh kerana kita cakap soal negeri Selangor, saya hendak tanya dua hospital di negeri Selangor, yang pertama Hospital Tanjong Karang yang telah pun bermula sudah mula 20 peratus pembinaannya. Tanjong Karang ini satu daerah dengan Menteri Kesihatan. Menteri Kesihatan pun sudah umum kata hendak laksanakan segera. Pada waktu Hospital Tanjong Karang ini lewat dibuat, pihak DAP pada ketika itu membuat demonstrasi mendakwa mengapa lambat dibuat Hospital Tanjong Karang. Hari ini saya hendak tanya, apakah benar pembinaan Hospital Tanjong Karang ini akan dihentikan. Kedua, sambungan Hospital Kajang, apakah pembinaan Hospital Kajang ini juga akan dihentikan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Memang betul ada menerusi surat daripada Kementerian Kewangan, ada projek-projek yang sedang dibangunkan yang di bawah 15 peratus pelaksanaan telah ditangguhkan, review dan ada yang mungkin dibatalkan. Jadi secara khusus misalannya Hospital Tanjong Karang, memang tidak sampai 15 peratus dan keputusan awal memang adalah supaya ditangguhkan dan review, dikaji semula. Akan tetapi memandangkan keperluan, Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat Menteri telah membuat keputusan supaya ada beberapa projek spesifik yang kita akan rayu kepada Kementerian Kewangan supaya kita teruskan. Antara projek tersebut adalah pembinaan bangunan tambahan Hospital Baling di Kedah, Hospital Pendang di Kedah, Hospital Kemaman di Terengganu, pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat di Johor dan juga tahniah, Hospital Tanjong Karang di Selangor. Jadi projek-projek berkenaan akan kita rayu supaya diteruskan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
6. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Pertahanan menyatakan usaha Kementerian serta Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) dalam membantu syarikat industri pertahanan tempatan bagi menyediakan keperluan pertahanan negara ke arah menjadikan Angkatan Tentera Malaysia yang self-reliance sambil menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas pada tarikh 23 Oktober, giliran nombor enam. Ini kerana isu yang dibangkitkan adalah sama iaitu berkaitan dengan industri pertahanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan bersama dengan Majlis Industri Pertahanan Negara (MIPN) atau Malaysian Industry Council for Defence Enforcement and Security sentiasa bekerjasama dalam usaha membangunkan syarikat industri pertahanan tempatan. MIPN merupakan platform antara kementerian dan syarikat tempatan bagi membincangkan isu-isu berkaitan industri serta memberikan panduan serta hala tuju kepada syarikat pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan. Selain itu, MIPN turut menyertai berbagai pameran pertahanan antarabangsa bagi mengukuhkan dan memberi keyakinan kepada para pemain industri antarabangsa terhadap keupayaan syarikat Malaysia. Terkini, MIPN menyertai pameran pertahanan Asian Defence Security and Crisis Management Exhibition and Conference 2018 di Manila pada September dan Indo Defence 2018 di Indonesia pada November 2018 di mana pameran-pameran ini merupakan yang terbesar di negara-negara berkenaan. Melalui inisiatif ini, MIPN membuka laluan kerjasama secara government to government, government to business dan business to business kepada syarikat pertahanan tempatan bersama syarikat antarabangsa. Hal ini mendorong kepada perluasan jaringan perniagaan syarikat tempatan serta membuka peluang untuk proses transfer of technology melalui usaha kerjasama customization product atau service antara syarikat tempatan dan antarabangsa. Perkara ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan dan kemampuan syarikat-syarikat pertahanan tempatan membangunkan sendiri produk-produk pertahanan secara tempatan dan seterusnya boleh memacukan Angkatan Tentera Malaysia ke arah menjadi self-reliance di masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan soalan berkaitan prioriti perolehan diambil dari sumber tempatan, sememangnya dasar perolehan kerajaan memberi keutamaan kepada sumber tempatan berbanding barangan buatan luar negara selaras dengan satu Pekeliling Perbendaharaan di mana setiap agensi hendaklah dimasukkan syarat ini ke dalam dokumen tender atau sebut harga dan kontrak. Terima kasih.
Terima kasih, tahniah Yang Berhormat Menteri. MIPN ini sudah ditubuhkan agak lama, lebih daripada dua dekad tetapi perjalanannya agak perlahan. Saya yakin di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu daripada Yang Berhormat, ia akan lebih lagi mempercepatkan self-reliance. Saya bagi contoh. Kita terpaksa balance di antara kepentingan keselamatan negara dengan keperluan tiga services ini dan MIPN adalah jambatan di antara keperluan ini. Sebagai contoh, negara seperti Singapura, hardware-nya daripada negara-negara maju, pengeluar senjata yang canggih tetapi software khususnya integrasi algorithm-nya dipunyai oleh GLC Singapura yang dinamakan Singapore Technology. Mereka berkembang daripada tidak ada apa-apa sampai mereka menjadi sesuatu produk yang boleh bukan saja dipamerkan tetapi digunakan oleh negara-negara ASEAN. Saya hendak tanya, adakah kementerian di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri ingin mengadakan kolaborasi di antara universiti yang mempunyai kepakaran dari sudut algorithm tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk dikoordinasi dengan anggota-anggota MIPN ini? Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mempercepatkan dan
mengeluarkan dasar-dasar baharu supaya self-reliance ini betul-betul kita self-reliance. Terima kasih.
Memang usaha-usaha terus dibuat. MIPN memang telah lama ditubuhkan, sejak tahun 1999. Kita tahu gabungan daripada Kementerian Pertahanan, angkatan bersenjata, EPU, MITI, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, wakil-wakil syarikat, mereka telah mengeluarkan pandangan dan di situlah wujudnya arah tuju kepada pertahanan negara. Memang MIPN ini berusaha dan memberi pandangan tetapi ke arah kejayaannya, ia bergantung kepada keupayaan kewangan. Memang Yang Berhormat Mersing memberi pandangan itu cukup baik tetapi kita tahu, misalnya dalam usaha kita untuk mengeluarkan kapal terbang misalnya, kita sudah mampu mengeluarkan kapal terbang penumpang. Walaupun ianya masih di peringkat yang kecil tapi untuk membesarkannya tidak ada masalah. Tetapi untuk membuat jet pejuang, ia belum ada keupayaan penuh terutama dari sudut kewangan. Walaupun di pihak universiti atau pihak penyelidik ada memberi pandangan-pandangan bahawa Malaysia boleh mengeluarkan kapal terbang pejuang menjelang tahun 2030 tetapi keupayaan kewangan dan yang pentingnya kalau kita keluarkan contohnya kapal terbang itu, kalau setakat 50 buah, ia tidak ekonomik. Mesti mengeluarkan banyak. Kalau banyak, hendak jual di mana? Saingannya begitu banyak. Maka hal-hal penyelidikan seperti itu perlu ditumpukan. Begitu juga berdikari. Ini kita sedang usahakan daripada syarikat-syarikat tempatan yang walaupun syarikat ini di zaman kerajaan dahulu, kalau performance mereka baik dan tidak ada ketirisan dan sebagainya, kita akan berusaha dan meneruskan memberi bimbingan dan sokongan. Ramai juga datang memberi pandangan-pandangan baharu tentang R&D, kajian-kajian persenjataan dan sebagainya, tetapi kita berbincang juga dari sudut kemampuan kewangan. Setakat ini, syarikat-syarikat yang ada yang terlibat dalam Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dan sentiasa membantu untuk menyelidik seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Mersing. Itu juga kehendak kita bersama dalam hal untuk berdikari, self-reliance yang Kementerian Pertahanan perlu adakan. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Jeli. Beri kesempatan kepada Bebas.
Soalan Pasir Mas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua bagi peluang Bebas. Kita akan ingat sampai bila-bila lah kami berlima ini. Terima kasih banyak. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, boleh tidak Yang Berhormat Menteri namakan sebuah syarikat tempatan yang paling berjaya dalam membangunkan industri pertahanan? Jika bilangannya kecil, apakah sebabnya? Adakah skala— tadi Yang Berhormat sebut tentang kewangan. Adakah kita bercita-cita untuk mengeksport keluaran ini, keluaran barang pertahanan? Adakah ini menjadi dasar? Kalau tidak silap saya, MIPN pernah berbincang perkara ini dan ada hasrat untuk eksport beberapa peralatan-peralatan pertahanan. Jadi sudah lama sudah. Macam Yang Berhormat Mersing sebut, berpuluh tahun lebih sudah MIPN ini. Kenapa kita masih berada di takuk lama, tahap lama? Apa kekangannya? Dan kembali kepada soalan pertama tadi, berapakah syarikat-syarikat tempatan yang boleh kita banggakan yang sedang menyertai industri pertahanan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Di antara syarikat tempatan yang terus bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan iaitu misalnya DEFTECH yang dahulunya CTRM. Syarikat ini di antaranya telah terlibat dalam membuat komponen pesawat A380 Airbus itu. Ada yang komponennya dibuat oleh syarikat ini. A400M iaitu kapal terbang pengangkut TUDM yang berkhidmat lebih satu minggu untuk membawa bekalan makanan dan bantuan daripada Jakarta ke Palu yang bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan.
Ini yang syarikat-syarikat yang besar ATSC. Syarikat ATAC ini mampu melaksanakan MRO Sukhoi pada tahap tiga. Oleh sebab itu bila sebut dalam Parlimen ini, Sukhoi pada waktu itu boleh terbang empat. Selepas itu Hari Merdeka sudah terbang enam. Ini di
antaranya kejayaan yang dibuat oleh syarikat ATSC, sebuah syarikat tempatan. Walaupun tidak ada sampai ke peringkat tahap lima iaitu keseluruhannya tetapi syarikat-syarikat tempatan telah mampu untuk menyelenggarakan kapal terbang yang begitu sofistikated paling kurang di peringkat tiga. Begitulah juga syarikat Boustead. Boustead ini sudah boleh membuat kapal-kapal dan kapal-kapal mereka sudah boleh dan mampu dieksport. Cuma saya sebut tadi iaitu kekangan yang paling besar ialah kekangan kewangan. Ini kerana kita tahu industri persenjataan, industri pertahanan ini memakan belanja yang cukup besar sebab hasilnya tidak seperti kita tanam pokok boleh kita lihat buah tetapi bila kita terlibat dan usaha mempertahankan negara berlaku keamanan, maka dari situlah akan berlaku pertumbuhan ekonomi, perniagaan dan sebagainya. Setakat ini, syarikat-syarikat di Malaysia terlibat dalam MRO iaitu maintenance, repair and overhaul. Setakat nak eksport, sekarang ini baru ada alat yang kecil. Tidaklah di peringkat yang besar lagi. Yang pentingnya kalau kita boleh buat dan menyelamatkan tukaran asing, kita boleh buat semua itu di Malaysia. Itu sebenarnya kita telah membantu negara dalam hal ini. Syarikat-syarikat ini sedang berusaha termasuk pakar-pakar daripada universiti sentiasa datang memberi pandangan untuk Kementerian Pertahanan sampai ke peringkat boleh berdikari di peralatannya pada masa yang akan datang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengamati jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan keupayaan terbang jet pejuang. Bila kita bercakap tentang pertahanan, sudah tentu kita tidak bercakap tentang keupayaan terbang sahaja kerana kalau untuk terbang sahaja, sudah cukup AirAsia dan Firefly. Akan tetapi kalau untuk pejuang, kita bercakap tentang mission capable iaitu setakat mana jet-jet pejuang ini boleh beroperasi ketika berlakunya peperangan sebagai contoh. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Menteri Pertahanan mewarisi isu-isu yang begitu banyak di dalam Kementerian Pertahanan. Justeru, saya ingin bertanya adakah menjadi hasrat daripada Kementerian Pertahanan untuk menyemak kembali Dasar Pertahanan Negara yang dilihat pada hari ini agak tidak mempunyai haluan yang jelas kerana kita tahu bahawa jika dibandingkan dengan Singapura, negara jiran kita, kita jauh ketinggalan dari sudut kelengkapan pertahanan. Terima kasih.
Insya-Allah negara kita tidak akan berperang dengan mana-mana negara. Akan tetapi kita berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya. Tentera kita bersemangat begitu tinggi dan bagaimana setelah berlaku insiden di Laut Sulu, keupayaan tentera kita menjaga keamanan di situ, melawan penceroboh dan sebagainya, akhirnya sekarang ini pada pelancong datang semula dan hotel-hotel di sekitar Lahad Datu, Semporna dan Tawau mula dipenuhi hasil daripada keupayaan Angkatan Tentera Malaysia mengawal perairan. Ya, memang kalau ada kerosakan, kita akan repair tetapi kapal terbang kita bukan hanya Sukhoi. Banyak lagi yang ada di Butterworth. Jadi kita tidak mahu mencabar mana-mana negara tetapi keupayaan tentera Malaysia amat tinggi untuk mempertahankan negara. [Tepuk] Jangan sesiapa cuba memperlekehkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia. Terima kasih.
7. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan kedudukan kewangan Perbadanan Stadium Malaysia, serta perincian setiap syarikat panel kontraktor KL Sports City, termasuk sama ada mereka dilantik secara tender terbuka, justifikasi pelantikan serta pendapatan KL Sports City.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kluang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan kewangan Perbadanan Stadium Malaysia dari tahun 2015 sehingga September 2018 adalah seperti berikut. Pada tahun 2015, PSM kalau mengambil kira kedudukan kewangan tanpa geran khusus daripada kerajaan melalui defisit RM20 juta.
Pada tahun 2016, defisit sebanyak RM26.6 juta. Pada tahun 2017, defisit sebanyak RM32.7 juta dan pada tahun 2018 sehingga 30 September, defisit sebanyak RM12.9 juta. PSM telah pun melantik panel kontraktor dan ia akan digunakan oleh penganjur setiap kali ada penganjuran di stadium-stadium kami. Lantikan tersebut dibuat oleh perunding PSM iaitu Total Sports Asia yang telah pun dilantik pada tahun 2016. Pada masa yang sama, lantikan tersebut selepas dibuat oleh Total Sports Asia (TSA), tidak dilakukan melalui sistem open tender tetapi melalui sistem request for proposal. Kenapa kita menggunakan sistem panel ini? Ada beberapa sebab. Pertama adalah untuk memastikan bahawa aset-aset kerajaan dapat terpelihara khususnya apabila stadium- stadium kami baru dibaik pulih dan dinaik taraf untuk memastikan bahawa segala kawalan kerja yang dilaksanakan dan penjagaan dapat dilakukan dengan rapi. Pada masa yang sama, untuk memastikan tiada kerugian kepada kerajaan memandangkan bayaran deposit yang dikenakan agak rendah untuk menanggung kos kerosakan dan kebanyakan penganjur tidak mahu menggunakan kerosakan tersebut selepas acara selesai. Tindakan susulan selepas ini untuk menambah baik sistem yang sedia. Pertama, Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji semula dan menilai semula sistem panel yang sedia ada untuk pastikan panel yang dilantik betul-betul berkelayakan dan berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Kedua, pada masa yang sama, untuk lakukan rombakan di pihak board of directors and management untuk memastikan bahawa mereka yang menduduki kedudukan tersebut boleh memasarkan aset-aset PSM bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia untuk memastikan daripada situasi defisit yang sedang kita lalui sekarang, akhirnya akan pergi to a surplus. And that’s what we are aiming for. Itu yang akan dilakukan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menggerakkan PSM ke hadapan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih atas penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan tentang dakwaan bahawa kos yang dikenakan oleh panel kontraktor yang satu itu jauh lebih mahal berbanding dengan harga pasaran. Adakah dakwaan ini betul atau tidak. Nyatakan model pengurusan kewangan untuk mengelakkan daripada kerajaan menanggung kerugian besar pada masa depan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pernah dikunjungi beberapa pihak yang menyampaikan rintihan yang sama juga kerana untuk mereka menganjurkan program, mereka perlu melalui panel yang telah pun ditetapkan sebelum ini dan kalau mereka tidak menggunakan panel tersebut, perlu membayar tambahan dengan izin sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan invoice. Dia ada tiga kadar. Three-tier. 20 peratus premium atau 15 peratus atau sepuluh peratus. Seperti saya sudah maklumkan tadi, akan ada penilaian semula untuk memastikan bahawa jalan ke hadapan, kita mencari jalan terbaik untuk memastikan bahawa penganjur- penganjur program atau event organizers akan tertarik untuk menggunakan stadium-stadium kami, menyewanya dengan harga yang murah yang berpatutan with market price supaya akhirnya lebih banyak akan menganjurkan program dan akhirnya daripada situasi defisit yang sedang kita lalui hari ini, we can move forward into a surplus. So daripada kerajaan menampung kerugian ataupun kos defisit, akhirnya kerajaan boleh dapat wang tambahan daripada sistem yang telus. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti Yang Berhormat Menteri sebut tadi, daripada tahun 2014 sampai tahun 2017, PSM ini defisitlah dan Yang Berhormat tadi menceritakan bagaimana nak ubah keadaan supaya surplus. Model perniagaan PSM ini, seperti model perniagaan badan-badan lain ialah kerajaan tidak mengenakan caj yang tinggi. Maknanya caj yang rendah ini ada sebabnya supaya pelajar-pelajar sekolah boleh beriadah, orang-orang yang kurang berkemampuan. Jadi dalam usaha Yang Berhormat untuk mengubah business model ini, adakah perancangan untuk menaikkan caj?
Saya rasa jikalau kita letak salah kepada pihak pengurusan, tidak wajar, bukan susah sangat hendak menguruskan PSM ini. Jadi apakah perancangan Yang Berhormat untuk memperkenalkan modul baru supaya orang-orang yang kurang berkemampuan, termasuklah pelajar sekolah boleh terus menikmati kemudahan PSM. Bagaimana cara yang kreatif untuk pastikan defisit yang besar itu dapat dikurangkan pada masa hadapan.
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya setuju dengan Yang Berhormat Jeli. Sambil kita mencari jalan untuk memastikan bahawa kita keluar daripada situasi defisit, kita tidak boleh mengenakan caj yang tinggi, khususnya kepada atlet-atlet kita yang ingin mengguna pakai stadium-stadium sedia ada. Pada masa yang sama jikalau ada pengurusan pihak sekolah yang ingin mengguna pakai stadium. Cuma untuk makluman Yang Berhormat Jeli, sebagai contoh Stadium Axiata, yang sekarang ini kerap sekali diguna pakai oleh event organizers di luar masa atlet menggunakannya ataupun pihak yang tidak berkemampuan menggunakannya. These are event organizers yang telah pun menganjurkan pelbagai jenis penganjuran di mana mereka dapat mengumpulkan berjuta ataupun berpuluh juta ringgit dan sepatutnya ada satu model yang lebih baik untuk memastikan lebih banyak events boleh diadakan apabila para atlet kita tidak mengguna pakai aset-aset yang sedia ada. Jalan ke hadapan seperti saya maklumkan tadi, pertama sekali adalah untuk melantik pihak yang berkelayakan, profesional untuk mengendalikan PSM supaya akhirnya PSM can move back into dengan izin move back into the surplus, itu yang pertama. Kedua, kita cari aset-aset yang sedia ada di mana ia dengan izin underutilized dan akhirnya kita guna pakai sepenuhnya, jikalau tidak diguna pakai oleh atlet untuk tujuan latihan, akhirnya boleh disewakan. Sebagai contoh Yang Berhormat, jikalau kita lihat Sepang International Circuit sekarang ini di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Apabila ia tidak diguna pakai, ada pada masanya, contoh dewan-dewan tersendiri akhirnya akan disewakan kepada masa tertentu dan akhirnya boleh menyebabkan SIC keluar daripada situasi defisit dan masuk kepada surplus. Sekarang ini dengan pelantikan Tan Sri Tony Fernandes sebagai pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia yang mempunyai pengalaman yang agak luas, khususnya dalam menarik pelabur-pelabur luar. Pada masa yang sama event organizers dari luar untuk mengguna pakai stadium-stadium sedia ada apabila ia tidak diguna pakai oleh atlet. In summary during the downtime kita hendak pastikan aset kita diguna pakai sebab akhirnya, apa-apa jumlah wang tambahan yang boleh kita ada, boleh kita gunakan untuk pembiayaan penuh atau maintenance stadium dan aset-aset kerajaan yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat.
8. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan: (a) adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diteruskan; dan (b) apakah perancangan mikro dan makro untuk menggerakkan ekonomi Bumiputera termasuk orang asal, Bumiputera Sabah dan Sarawak selain daripada Kongres Bumiputera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi soalan (a) untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Ekonomi Baru yang memberi penekanan kepada serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia telah tamat pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, semangat DEB diteruskan di bawah dasar-dasar selepasnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan Model Ekonomi Baru (MEB) dalam usaha ke arah mencapai matlamat kesaksamaan sosioekonomi dan matlamat perpaduan negara.
Kerajaan melihat bahawa pelaksanaan dasar dan semangat DEB masih kekal relevan, malahan akan terus diperkasakan melalui dasar-dasar baru yang lebih strategik, bersesuaian dengan keperluan semasa. Kerajaan juga berpendirian bahawa masih terdapat ruang yang boleh ditambah baik, terutama melibatkan kepentingan Bumiputera serta kaum- kaum yang lain di Malaysia supaya proses pelaksanaan lebih telus dan bertanggungjawab. Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, pengagihan ekonomi mestilah dilakukan secara adil kepada semua rakyat mengikut keperluan masing-masing. Dalam langkah kerajaan untuk meneliti semula dasar-dasar utama negara, pembangunan sosioekonomi Bumiputera akan tetap menjadi agenda penting tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di negara ini. Dalam hal ini, usaha berkaitan akan diteruskan, khususnya untuk membangunkan potensi Bumiputera bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi negara dan seterusnya mencapai matlamat pengagihan kekayaan yang lebih saksama. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi pertanyaan soalan (b). Saya tidak berhajat untuk menjelaskan perancangan mikro dan makro untuk mengerakkan ekonomi Bumiputera pada hari ini, memandangkan hal ini telah disentuh di dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Khamis ini jam 4.00 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat di alu-alukan untuk turut serta dalam perbahasan KSP kali ini. Saya cadangkan, memandangkan akan ada lima hari perbahasan KSP, saya cadangkan soalan-soalan berkaitan dengan perancangan kerajaan tentang agenda ekonomi Bumiputera dan sebagainya dibangkitkan sewaktu perbahasan kelak, supaya ia lebih produktif. Tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita bentangkan KSP untuk RMKe-11. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Kita bangkitkan soalan-soalan yang macam ini dalam Parlimen untuk kita dapat sedikit gambaran dahulu tentang perancangan yang mana kita buat forum, kita buat pembentangan itu akan kita dapat conclusion yang akan kita apply atau implement dengan izin. Ini yang kita bangkitkan, jadi jikalau Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, tunggu masa ini, jadi lain kali tidak perlu buat soalanlah, itu yang pertama. Kedua, soalan saya seterusnya. Soalan tambahan iaitu saya mengalu-alukan kenyataan Yang Berhormat Damansara pada tempoh hari berkenaan dengan menjelaskan semua kekeliruan. Semalam beliau menyatakan dengan izin dalam bahasa Inggeris, “Any sale of our asset, if at all, would not involve the PNB”. Remember or not this statement? Made by the Yang Berhormat Damansara last two nights dan kenyataan ini bermakna penjualan aset mungkin akan berlaku dalam pegangan Khazanah Nasional Berhad sahaja. Walau bagaimanapun, saya minta juga penjelasan dari Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengenai hal Khazanah. Memandangkan entiti ini di bawah portfolio beliau dan bukan di bawah Kementerian Kewangan. Selain itu, saya juga ingin meminta komitmen daripada pihak kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk merumuskan secara tuntas ekuiti sebenar Melayu dan bumiputera dari tahun 1970 sehingga 2017 supaya ia menjadi penanda aras ataupun benchmark dengan izin yang tepat sebelum menyasarkan pencapaian yang baru menjelang tahun 2020. Laporan ekuiti tersebut hendaklah dibentangkan secara berkala ataupun quarter year dalam Parlimen – ini cadangan, termasuk pengagihan dana yang diberikan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang membantu memperjuangkan status ekonomi kebanyakan ekonomi Melayu di dalam negara kita Malaysia.
Apa soalannya?
Soalannya kita minta komitmen daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang pertama, yang kedua statement daripada Yang Berhormat Damansara yang menyatakan PNB bukan daripada Khazanah negara. Sila jawab. Ini soalannya, saya ulang lagi sekali “Any sale of our assets, if at all, would not involve the PNB”. Ini soalan saya.
Soalannya betul atau tidak?
Betul atau tidak, itu soalannya.
Silakan.
Pertama tentang soalan bahawasanya saya kata kena tunggu hari pembentangan KSP, tujuannya sebelum ini ditanya apakah langkah kerajaan, perancangan kerajaan tentang agenda Bumiputera dan sebagainya dan kita sebut kita sedang merangka. Memandangkan KSP ini akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya tidak mahu jump the gun mendahului apa yang akan dibentangkan. Jadi oleh itu, saya kata tunggu dua hari sahaja lagi dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan bentangkan. Itu yang pertama. Kedua, tentang kenyataan Yang Berhormat Damansara, itu adalah kenyataan beliau dan bukan kenyataan daripada pihak kerajaan dan sekarang ini kerajaan sedang melihat tentang penjualan aset yang berkaitan jika ada keperluan. Ketiga, saya ambil maklum tentang cadangan agar dibentangkan ekuiti bumiputera semenjak tahun 70-an.
Yang Berhormat Damansara setiausaha politik Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk makluman.
Itu saya ambil maklum Setiausaha Politik Yang Berhormat Menteri Kewangan dan seperti mana yang saya sebut, itu bukan pendirian kerajaan. Itu bukan pendirian rasmi kerajaan tentang hal tersebut, jadi tidak ada gunanya kita speculate based on kenyataan dari Setiausaha Politik.
Kita tunggu kenyataan rasmi kerajaan berkaitan dengan penjualan-penjualan aset jika ada dan jika perlu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanyakan mengenai soalan tambahan iaitu mengenai pada 24 Julai 2018. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi ada mengatakan bahawa dasar ekonomi tidak seharusnya berasaskan kaum. Saya hendak tanya, apakah hala tuju Dasar Ekonomi Malaysia yang baharu di bawah Pakatan Harapan? Adakah ia lebih kepada keperluan dan keadilan? Soalan keduanya di bahagian (b) adalah kita faham bahawa ramai yang masih miskin adalah golongan bumiputera Melayu di kawasan kampung dan juga sebagainya. Akan tetapi pada masa yang sama, ada juga golongan minoriti juga yang miskin. Apakah rancangan kerajaan? Dalam Dasar Ekonomi Baharu ini, kalau kita mendapati 30 peratus ekuiti yang ditetapkan tidak dapat dicapai kerana apabila ada senarai dalam bursa awam dan juga sebagainya, apabila 30 peratus senarai saham ini diberikan tetapi kita mendapati ramai juga kaum bumiputera yang menjual apabila tempohnya habis. Maka, apabila ia dijual, maka dalam sesuatu tempoh masa kita mendapati bahawa tidak akan tercapainya objektif. Kalau boleh saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan bahawa apabila dalam senarai bursa dan juga sebagainya, 30 peratus itu dikekalkan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin sebut sedikit, apabila sebut tentang Dasar Ekonomi Baharu tadi. Kalau kita lihat kembali inti pati dasar ekonomi baharu pada tahun 1972 adalah serampang dua mata, mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan perbanyakan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Kedua, penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, itu asas DEB yang diwujudkan dahulu. Jadi, apa yang dilakukan sekarang seperti mana yang ditekankan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kongres tempoh hari, kita kekalkan semangat tersebut. Pada masa yang sama, ia berdasarkan keperluan rakyat. Happen to be, dengan izin, kalau kita lihat data kemiskinan, lebih 71.3 peratus daripada isi rumah B40 adalah bumiputera. Maknanya, when we address, dengan izin, golongan terbesar ini kita secara keseluruhannya address the whole economy, dengan izin. Kedua, tentang berkaitan dengan apa yang dilakukan. Apakah perancangan kerajaan apabila dijual ekuiti dan sebagainya? Inilah yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri tentang cadangan kerajaan untuk memperkenalkan ‘Akta Sabotaj Ekonomi’. Jadi, kita lihat sebelum ini, kita bagi kontrak kepada
kontraktor Bumiputera, dijualkan kontrak tersebut. Jadi, sampai bila pun tidak tercapai hasrat kerajaan untuk melihat peningkatan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang ekonomi. Salah satu cadangan yang dikemukakan sewaktu Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara adalah untuk memperkenalkan Akta Sabotaj Ekonomi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Kita mendengar dan membaca ucapan, statement yang dibuat oleh Yang Berhormat Damansara, Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Beliau menyebut perkara- perkara yang berkaitan dengan ekonomi, kewangan, projek-projek dan sebagainya. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa kuasa yang ada kepada Setiausaha Politik ini? Dia kata projek MRT underground hendak dibatalkan, ditender semula. Siapa dia ini?
Yang Berhormat, agak lari daripada soalan asal.
Tidak, ini ekonomi.
Tidak ada kena-mengena dengan soalan asal.
Soalan ekonomi Bumiputera...
Ya lah, ini soalan...
...dan setengah kontraktor pun bumiputera.
...Jawab Lisan. Mesti khusus kepada soalan yang dikemukakan.
Ya, saya bertanya berkenaan dengan ekonomi. Kalau hendak bercakap ekonomi ini, saya boleh tanya Dr. Mahathir semalam– eh! Dr. Mahathir pula. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata ini masalah kelapa sawit. Boleh cakap ini kelapa sawit, ekonomi bumiputera.
Yang Berhormat, minta soalan.
Tidak ada kaitan, lari daripada soalan...
Jadi, saya hendak sebut di sini, Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak ada hak untuk membuat kenyataan berhubung dengan hal-hal Menteri ataupun kerajaan. [Tepuk]
Akan tetapi itu kenyataan, bukan soalan.
Ya, Apa Komen Yang Berhormat Timbalan Menteri? Komen itu soalan.
Saya rasa saya tidak perlu komen akan hal tersebutlah.
9. Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian bercadang akan menambah bilangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sabah yang hanya terdapat dua buah sahaja daripada 68 buah di Malaysia, terutamanya di pedalaman negeri Sabah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mempunyai cadangan untuk membina sekolah berasrama penuh (SBP) yang baharu. Fokus utama KPM adalah untuk menaik taraf SBP sedia ada agar dapat menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang kondusif dan sempurna. Bagi negeri Sabah, terdapat dua buah SBP iaitu Sekolah Menengah Sains Sabah dan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu serta Sekolah Menengah Sains Labuan. Oleh itu, SBP sedia ada masih mampu menampung keperluan masyarakat. Di samping itu, pelajar
dari negeri Sabah juga boleh dihantar ke SBP negeri-negeri lain bergantung kepada persetujuan ibu bapa masing-masing. Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua segmen perlu lihat di sini, Yang Berhormat Menteri. Pertama, daripada jumlah, okey. Kita sudah ketinggalan jumlah yang amat jauh, daripada 68 sekolah berasrama penuh di Malaysia, cuma ada dua di Sabah. Kedua, tempoh pembinaannya. Pada Penyata Razak 1956, telah memperakui sekolah-sekolah berasrama penuh di Semenanjung yang dibina sejak back to 1956. Saya bagi contoh tiga sahaja, Sekolah Berasrama Penuh Datuk Abdul Razak 1956, Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah juga tahun 1956 dan Sekolah Berasrama Penuh Tunku Abdul Rahman 1957. So, ia ada dua segmen yang perlu dilihat. Sudahlah kita jauh ketinggalan daripada jumlah tetapi dari segi pembinaannya pun di Sabah baru ada yang pertama tahun 1984 iaitu Sekolah Menengah Sains Sabah. Jadi, saya rasa penduduk Sabah tidak begitu gembira dengan jawapan Yang Berhormat Menteri apabila mungkin boleh dihantar ke tempat lain dengan persetujuan ibu bapa. Cuma soalan saya dan juga mungkin permohonan saya mewakili di sini, apakah Yang Berhormat bersetuju tumpuan penubuhan sekolah berasrama penuh perlu difokuskan kepada Sabah pada masa terdekat ini untuk mengimbangi apa yang kekurangan? Itu soalan pertama. Pohon bagi komen. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan atas soalan tambahan tersebut. Saya tidak boleh nafikan bahawa dari segi jumlah memang nampaknya tidak begitu adil, bahawa Sabah hanya ada dua, tambahan Labuan ada satu sahaja, Sarawak ada tiga sahaja dari keseluruhan kita ada 69. Jadi, saya ambil maklum perkara ini dan saya akan bawalah cadangan daripada Yang Berhormat Putatan untuk kita balik ke kementerian untuk kita buat rancangan sama ada kalau kita ada rancangan untuk membina sekolah berasrama penuh pada masa akan datang, mungkin kita boleh beri keutamaan kepada Sabah dan juga Sarawak. Dari segi hantar murid-murid dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung ataupun murid-murid dari Semenanjung pergi ke Sabah dan Sarawak, ini sebenarnya adalah di bawah konsep integrasi juga. Ini kerana kita rasa adalah penting untuk murid-murid daripada Semenanjung pergi ke Sabah dan Sarawak supaya mereka lebih faham suasana di sana. Juga ini adalah satu exposure yang bagus dalam pandangan saya untuk murid-murid daripada Sabah dan Sarawak untuk belajar di Semenanjung.
Jadi saya rasa ini adalah integrasi ataupun satu program untuk membantu murid- murid daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mereka lebih faham culture mereka ataupun budaya mereka. Akan tetapi seperti yang saya sebut, oleh sebab mereka adalah di bawah umur 18 tahun jadi adalah amat penting untuk dapat persetujuan daripada ibu bapa. Kalau ibu bapa setuju kita akan terima tetapi kalau tidak setuju tidak apa, we let them stay in the state that they would like to stay. Itu sahaja terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan yang terakhir. Ya silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selain daripada berkaitan dengan sekolah berasrama penuh, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada sekolah berasrama penuh, terdapat juga sebelum ini ada keputusan persetujuan untuk membina asrama-asrama di sekolah-sekolah menengah yang ada khususnya di luar bandar di negeri Sabah. Ini adalah keperluan yang tidak dapat di nafikan kerana ramai pelajar-pelajar ini dia jauh daripada sekolah tetapi dia ingin bersekolah dan dia perlu duduk di asrama di sekolah-sekolah yang ada sekarang. Ini telah banyak dipersetujui oleh kementerian sebelum ini. Saya ingin bertanya adakah kementerian akan meneruskan projek-projek pembinaan asrama di sekolah-sekolah menengah yang telah pun diputuskan sebelum ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Secara ringkas ya.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya rasa memang KPM di bawah Yang Berhormat Simpang Renggam telah menyatakan bahawa untuk membina hostel ataupun asrama untuk kawasan pedalaman memang merupakan satu priority bagi kementerian ini. Jadi semua projek yang telah diluluskan ataupun dipersetujui sebelum ini, selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan kita perlu mendapat kelulusan daripada MOF sekali lagi. Jadi senarai yang kita hantar kita telah dapat kelulusan daripada MOF untuk diteruskan pada tahun ini adalah 83. Saya mohon maaf kerana saya tidak ada senarai tersebut tetapi memang kita adalah komited untuk teruskan komitmen kita untuk membina asrama baharu untuk guru-guru kita, untuk golongan murid kita di kawasan pedalaman. Kami akan dapatkan bajetnya secepat mungkin untuk memastikan bahawa projek tersebut dapat dilaksanakan juga. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan itu tamatlah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan DR.18/2018, Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018 di No. 1 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 17 Oktober 2018.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, semenjak Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang akan dirujuk sebagai Akta 133 diluluskan dan disiarkan dalam Warta Persekutuan pada 13 Jun 1974, ia telah dipinda sebanyak lima kali oleh Dewan yang mulia ini dan pindaan yang terakhir pada tahun 2007. Secara keseluruhannya Akta 133 merangkumi peruntukan mengenai jalan, parit, bangunan, lorong belakang, pelbagai undang-undang kecil dan peruntukan pemansuhan dan peralihan. Terdapat sebanyak 135 seksyen di dalamnya. Tuan Yang di- Pertua, kini kerajaan sekali lagi ini membentangkan cadangan pindaan kepada Akta 133 yang melibatkan perkara-perkara berikut: (a) meminda seksyen 3 Akta 133 dengan memansuhkan takrifan cerun dan geoteknikal; (b) meminda seksyen 39 Akta 133 dengan menaikkan denda bagi kesalahan mengambil tempat turap tanpa kebenaran dan juga menaikkan denda bagi kesalahan merosakkan jalan; (c) menambahkan subseksyen baharu kepada seksyen 39 Akta 133 untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengarah seseorang membuat pembaikan dan menuntut kos pembaikan daripada mana-mana orang yang melakukan kerosakan pada jalan; (d) menambah seksyen 70 Akta 133 mengenai keperluan untuk mengemukakan laporan geoteknikal yang ditentu sah oleh pemeriksa bertauliah bagi apa-apa binaan bangunan yang melibatkan cerun dengan kecerunan melebihi 25 darjah dan ketinggian melebihi 10 meter; (e) meminda seksyen 85A Akta 133 untuk meluaskan maksud pemunya bangunan termasuk badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan di bawah di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 Akta 757; (f) memperluas kehendak pemeriksaan berkala dan laporan geoteknikal di bawah seksyen 85A Akta 133 kepada mana-mana bangunan dan tanah dengan cerun; (g) meminda dan menambah seksyen 85A Akta 133 dengan membenarkan seseorang jurutera untuk menjalankan sesuatu siasatan struktur atau cerun termasuk pemeriksaan pelan struktur bangunan atau cerun; dan (h) meminda seksyen 133 Akta 133 dengan memasukkan perkataan dan cerun. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, antara punca utama keruntuhan cerun adalah disebabkan tiada atau kurangnya pemeriksaan dan penyelenggaraan oleh pihak yang bertanggungjawab. Dalam hal ini juga Akta 133 tidak memperuntukkan secara
khusus keperluan pemeriksaan cerun dijalankan secara berkala bagi mengenal pasti tanda- tanda awal kegagalan cerun yang boleh mengakibatkan keruntuhan cerun jika tidak dibaiki. Di samping isu keselamatan cerun, pihak berkuasa tempatan juga berusaha untuk menguatkuasakan seksyen 85A Akta 133 iaitu pemeriksaan bangunan secara berkala memandangkan kebanyakan bangunan lima tingkat dalam kawasan PBT telah mencapai dengan izin threshold pemeriksaan iaitu 10 tahun dari tarikh sijil penyiapan dan pematuhan CCC. Walau bagaimanapun, PBT menghadapi kesukaran dalam penguatkuasaan terhadap bangunan-bangunan berstrata memandangkan tidak ada peruntukkan di bawah Akta 133 yang memerlukan pengurusan bangunan berstrata untuk memeriksa dan menyelenggarakan bangunan berkenaan sebaliknya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pemilik setiap petak bangunan. Selain isu-isu di atas terdapat banyak aduan berkenaan korekan, kerosakan dan kualiti pembaikan jalan. Antara punca tersebut adalah disebabkan kerja-kerja pengorekan jalan oleh individu atau syarikat utiliti yang melaksanakan kerja tanpa kelulusan daripada PBT. Lazimnya kerja-kerja pengorekan ini berbentuk kerja-kerja kecemasan yang tidak dirancang untuk membaiki jalan raya dengan kadar segera yang kebanyakannya tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Tambahan pula denda sedia ada di bawah seksyen 39 Akta 133 adalah rendah dan tidak berkesan untuk membuat pencegahan, deterrent kepada pesalah. Kadar denda sedia ada di bawah subseksyen 39(1) Akta 133 iaitu mana-mana orang yang mengambil tempat turap, mengalih, mengganti, mengambil tempat atau melakukan apa- apa perubahan kepada turapan sedia ada atau kepada perabot-perabot jalan seperti kaki lima jalan, siar kaki dan papan tanda, apabila disabitkan kesalahan adalah tidak melebihi RM500.
Manakala di bawah subseksyen 39(2), Akta 133 bagi kesalahan merosakkan jalan, kadar denda sedia ada adalah tidak melebihi RM1000. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya cadangan pindaan yang dikemukakan ini melibatkan fasal-fasal berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 133 untuk memasukkan takrifan baharu cerun dan geoteknikal ke dalam Akta 133; Fasal 3 adalah berkenaan pindaan seksyen 39, Akta 133 iaitu untuk menaikkan denda yang tidak melebihi RM500 kepada tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan mengambil tempat turap tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT atau tanpa kuasa lain yang sah di sisi undang-undang dan juga untuk menaikkan denda tidak melebihi RM1000 kepada tidak melebihi RM100,000 bagi kesalahan yang merosakkan, menyebabkan dan membenarkan apa-apa kerosakan yang dilakukan pada mana-mana jalan, siar kaki, jalan kaki lima, kerja atau harta atau mana-mana bahagiannya kepunyaan PBT atau yang di sepanjangnya orang awam mempunyai hak lalu; dan memasukkan subseksyen baharu 39(3) dan 39(4) ke dalam Akta 133 untuk memberi PBT kuasa untuk mengarahkan seseorang untuk membetulkan pengalihan, mengambil tempat atau membuat apa-apa perubahan kepada turap, tapak atau bahan lain mana-mana jalan awam atau kepada pagar atau tiang-tiang mana-mana jalan awam itu atau melaksanakan apa-apa pembaikan bagi kerosakan yang dilakukan pada mana-mana jalan, siar kaki, jalan kaki lima, kerja atau harta atau mana-mana bahagiannya dan jika orang itu tidak berbuat demikian, PBT sendiri boleh mengarahkan supaya kerja itu dilakukan dan menuntut kos dan belanjanya daripada orang itu. Fasal 4 adalah berkenaan menambah perenggan baharu seksyen 70 (2C) ke dalam Akta 133 iaitu untuk mengehendaki seseorang untuk mengemukakan laporan geoteknikal bagi apa-apa binaan bangunan yang melibatkan cerun dengan kecerunan dan ketinggian tertentu yang laporan itu hendaklah ditentu sahkan oleh pemeriksa bertauliah; Fasal 5 adalah dengan meminda seksyen 85A, Akta 133 iaitu memperluas maksud pemunya yang termasuk berhubung dengan bangunan yang di pecah bahagikan pemunya petak bangunan mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas bangunan atau badan
pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, Akta 757. Memperluaskan juga kehendak pemeriksaan berkala dan laporan geoteknikal kepada mana-mana bangunan dan tanah dengan cerun dan C, menambah sub perenggan 6D (2) dan 2A baharu iaitu membenarkan seorang jurutera untuk menjalankan suatu siasatan struktur atau cerun sepenuhnya termasuk pemeriksaan pelan struktur bangunan atau cerun dan jika pelan kiraan atau laporan bangunan atau cerun itu tidak boleh didapati, jurutera hendaklah membina semula pelan kiraan dan laporan itu jika dikehendaki sedemikian oleh PBT; Fasal 6 merupakan pindaan kecil atau berbangkit untuk memasukkan perkataan cerun dalam perenggan 133 (13); dan Fasal 7 mengandungi peruntukan kecualian, di antara lainnya mengambil kira perintah dan prosiding yang belum selesai di bawah Akta 133 dan hendaklah diteruskan walaupun setelah akta ini berkuat kuasa. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sesungguhnya cadangan pindaan yang saya bentangkan tadi adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan struktur bangunan bertingkat dan cerun serta kualiti pembaikan jalan di kawasan PBT. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sebelum dibahas, sukacita saya ingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat, Perkara 38(1) dan Perkara 38(4), mana-mana perbahasan hendaklah berkaitan dengan usul atau rang undang-undang atau pindaan itu. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang memajukan satu pindaan yang telah pun dirancang sebelum ini. Pindaan ini amat perlu kerana ia mengambil seperti mana Yang Berhormat Menteri kata tadi, ini demi menjaga kepentingan awam dan juga sejak akhir-akhir ini kita dapati berlaku tanah runtuh dan sebagainya. Begitu juga kita dapati apabila kerja-kerja kontraktor memasuki kawasan-kawasan PBT, mereka buat jalan pun berlubang-lubang, kemudian kerosakan berlaku. Bila siap projek, mereka tidak ambil tahu masalah infra yang mereka telah rosakkan. Jadi dengan pindaan ini, kita harap pihak-pihak yang berkenaan lebih bertanggungjawab untuk memberikan keselesaan hidup kepada penduduk di sekitarnya. Ini kerana yang kita sedia maklum bahawa memang sebelum ini kita ada beberapa garis panduan melalui Pelan Malaysia. Kita ada menyediakan garis panduan, perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang telah pun diluluskan pada tahun 2009. Garis panduan ini kita sedia maklum sepatutnya diterima pakai oleh semua negeri tetapi sebagaimana kita sedia maklum, ada beberapa negeri yang tidak menerima pakai garis panduan ini dan mereka mempunyai garis panduan mereka sendiri. Sebagai contoh di Pulau Pinang, mereka juga ada garis panduan mereka sendiri iaitu garis panduan di lereng bukit dan kita tahu apabila perkara satu tragedi berlaku pada 23 Oktober 2017 di mana melibatkan 11 orang meninggal apabila satu cerun runtuh di Pulau Pinang. Di situ saya masih ingat apabila kita membuat kajian mengapakah kerajaan negeri membenarkan pembangunan dibuat di lereng bukit sedangkan apabila kita teliti laporan ini, kita dapati pegawai kita, Pengarah Perancangan Negeri Pulau Pinang ketika itu memang tidak bersetuju dengan pembangunan tersebut iaitu di Paya Terubong, kalau saya tidak silap. Akan tetapi saya lupa di mana, tetapi di...di Tanjung Bungah ya.
Akan tetapi apa yang saya ingat apabila laporan kita dapat ketika itu, jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan negeri, ada kuasa autonomi mereka. Ini kerana mereka ada garis panduan mereka. Ya lah kita tidak menafikan mereka ada garis panduan berdasarkan kepada keadaan negeri mereka. Akan tetapi apa yang kita kesalkan kerana pihak kerajaan negeri ketika membuat projek tersebut, mereka tidak mengambil kira pandangan-pandangan yang diberikan oleh Pengarah Perancang yang mewakili KPKT ketika itu walaupun kita bantah, saya tahu laporan itu walaupun pegawai KPKT tidak bersetuju tetapi pihak kerajaan negeri bulldoze juga, dia teruskan juga projek ini dan akhirnya kemalangan berlaku. Jadi saya oleh itu saya rasa untuk mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku, maka akta ini memang harus kita pinda dengan mengadakan bahawa laporan geoteknikal ini perlu diperoleh sebelum sesuatu pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan cerun ini dilaksanakan. Ini kerana kita lihat, kalau tidak silap saya, semalam pun kita baca surat khabar, di Cameron Highlands pun cerun, ya lah, sudah banyak kali berlaku.
Akan tetapi, soalnya hari ini mungkin kementerian kena pertimbangkan dan mungkin Menteri dapat jelaskan ialah bagaimana kawasan yang berada di luar kawasan pentadbiran PBT? Kalau cerun ini— ya lah, sama ada cerun ataupun infra ialah berada di dalam kawasan pentadbiran PBT. Ini kerana kita sedia maklum bahawa kalau kawasan-kawasan di luar kawasan pentadbiran PBT, sudah tentulah pihak PBT tidak boleh mengambil tindakan kepada kontraktor-kontraktor. Sebagai contohlah, kalau dia buat jalan di Tanjong Karang, sebagai contoh— Tanjong Karang ini dalam pekannya memang dalam kawasan pentadbiran tetapi bila masuk kampung, Sungai Burong, ini tidak ada di bawah kawasan pentadbiran. Jadi, bagaimana kita hendak melindungi juga penduduk-penduduk yang berada di luar kawasan pentadbiran PBT? Saya faham memang ada pros and cons. Kalau kita letakkan— macam di Selangor, kita sedia maklum bahawa semua kawasannya diwartakan sebagai kawasan PBT tetapi kawasan pentadbirannya tidak menyeluruh. Saya hendak penjelasan daripada pihak kementerian, apakah kementerian bercadang untuk meluaskan kawasan ini sehingga kawasan yang diwartakan sebagai kawasan PBT untuk memberikan perlindungan dan juga bantuan kepada kawasan-kawasan yang di luar pentadbiran PBT? Ataupun adakah Yang Berhormat di pihak kementerian akan mengadakan rundingan dengan kementerian lain seperti KKLW? Yang mana jalan-jalan di luar PBT ini kebanyakannya jalan-jalan KKLW. Jalan-jalan JKR pun ada, JPS pun ada. Ada juga jalan- jalan yang di bawah kerajaan negeri itu sendiri. Adakah kementerian akan mengetuai satu jawatankuasa supaya kawasan-kawasan di luar kawasan pentadbiran PBT ini juga— mungkin boleh lihat undang-undang di kementerian-kementerian tertentu supaya dapat dikuatkuasakan. Ini kerana kalau pihak kementerian terus hendak menguasai seluruh kawasan yang diwartakan sebagai kawasan pentadbiran PBT, saya bimbang rakyat yang duduk di luar kawasan pentadbiran PBT mereka akan kompelin, mereka akan marah. Ini pernah berlaku. Ya lah, bila diwartakan sebagai kawasan pentadbiran, bermakna penduduk kampung nak kena bayar cukai taksiran, hendak buat rumah pun kena minta kelulusan daripada PBT. Akan tetapi, kalau tidak diluaskan kawasan pentadbiran, sudah tentulah akta ini tidak boleh dikuatkuasakan. Jadi di sini saya harap pihak kementerian dapat menggunakan kebijaksanaan untuk bekerjasama dengan lain-lain kementerian supaya apa yang telah diperkenalkan oleh Akta 133 ini, pindaan ini, juga mungkin boleh diguna pakai ataupun boleh dikuatkuasakan oleh kementerian-kementerian lain dan juga pihak negeri khususnya seperti yang saya katakan tadi, hendak berikan pembelaan kepada kawasan-kawasan infra, pembangunan yang di luar bandar. Saya tahulah saya kawasan daripada sawah, kadang-kadang jalan dibuat rosak, mesin padi pun kita sudah buat jalan elok sahaja, dia ambilnya mesin padi, dia lanyak habis. Siapakah yang boleh membantu mereka ini? Juga, bagaimanakah tindakan pihak kementerian boleh laksanakan? Kita tahu pindaan akta ini, kalau pihak kontraktor, sebagai contoh, tidak membaiki kerosakan- kerosakan yang mereka lakukan, maka pihak PBT boleh mendahulukan untuk membaiki jalan tersebut dan menuntut bayaran ini daripada pihak kontraktor yang berkaitan. Jadi, saya mahu tanya, apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya pihak kontraktor ini berdegil, dia
pun tidak mahu melunaskan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak PBT? Jalan pihak PBT sudah baiki tetapi mereka mungkin sudah habis projek, projek sudah siap, jadi mereka boleh lepas tangan. Ataupun adakah pihak PBT akan mengenakan satu syarat meletakkan depositkah kepada pihak PBT supaya persediaan ganti rugilah kalau berlaku apa-apa kerosakan? Saya juga hendak tahu bagaimanakah kuasa yang ada pada KPKT ini untuk betul- betul boleh mengawal pembangunan di seluruh negara kita terutama pembangunan di bahagian cerun? Kita sedia maklum bahawa kebanyakan kuasa-kuasa meluluskan pelan pembangunan memang kuasa PBT, kuasa kerajaan negeri. Kadang-kadang kita sedia maklum bahawa PBT juga mereka ada autonomi mereka. Sebagai contoh saya katakan tadi di Penang. Di Selangor pun sama. Selangor pun mereka tidak ikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pelan Malaysia. Mereka ada garis panduan mereka. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri yang bijaksana, yang baharu ada perancangan bagaimana cara supaya pihak kerajaan negeri ini betul-betul mematuhi dan memahami hasrat yang dirancang oleh pihak kementerian. Jadi, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan saya memberikan sokongan supaya pindaan ini diluluskan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Mohon Kubang Kerian, Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian atas usul yang dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai pindaan dalam Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018. Kita mengalu-alukan dan menyokong usaha kementerian untuk meminda akta tersebut. Saya lihat sama ada ia akan berkesan atau tidak adalah banyak bergantung kepada implementasi iaitu apakah kaedah yang akan digunakan untuk memastikan hasrat kita akan tercapai— tujuan kita hendak meminda. Saya ingin merujuk kepada garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2009. Saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri di mana sering kali banyak projek tidak mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Contohnya di Melaka, di mana Kerajaan Negeri Melaka yang dulu daripada Barisan Nasional, mereka juga meluluskan projek perumahan dengan tidak mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan. Contohnya di kawasan Ayer Keroh, ada satu projek dinamakan The Heights di mana saya minta supaya Menteri boleh mengarahkan pegawai kementerian untuk melihat semula projek tersebut di mana cerun mereka adalah cerun binaan buatan dan cerun tersebut disiapkan dalam masa kurang daripada 10 bulan. Sungguhpun garis panduan mengatakan mesti ada zon penampan satu kali ganda ataupun dua kali ganda bergantung kepada darjah kecerunan tersebut, tetapi bagi projek tersebut, mereka tidak ikut. Jarak cerun dengan objek bangunan yang terdekat hanya dipisahkan oleh satu keluasan longkang, parit yang kurang daripada 10 meter. Jadi, ini merupakan contoh-contoh di mana sungguhpun kita ada akta yang begitu menyeluruh, tetapi tiada pelaksanaannya. Jadi, di sini saya ingin memberikan cadangan kepada pihak kementerian sama ada bolehkah kita pertimbangkan untuk kita wujudkan satu jawatankuasa yang anggotanya terdiri daripada pakar-pakar yang berkaitan di mana boleh diadakan open-hearing, dengan izin, pendengaran terbuka di mana apabila ada sesuatu projek, ada bantahan daripada pihak yang
berminat, contohnya para penduduk kawasan, apabila mereka gagal, apabila mereka membuat aduan kepada pihak PBT tidak layan, maka mereka ada satu lagi saluran untuk mereka membangkitkan aduan mereka melalui jawatankuasa bebas tersebut supaya kita dapat satu pendengaran yang open untuk memastikan tragedi yang tidak diingini tidak berlaku.
Saya harap supaya Menteri dapat menerima cadangan saya dan saya dengan ini, saya menyokong usul yang dibentangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi dan selamat tengah hari. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbincangan berhubung dengan akta pindaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Pertama sekali saya menyokong penuh tentang pindaan yang dibuat. Cuma bila Menteri membentangkan bahawa beberapa kali pindaan yang terpaksa dibuat, saya fikir ada sesuatu benda yang perlu diteliti, iaitu sejauh mana pindaan ini telah pun dapat melihat kepada keseluruhan isu supaya tidak berulang benda yang sama. Setiap kali setahun atau dua tahun, kita akan buat pindaan baru. Oleh sebab itu kajian menyeluruh perlu dibuat supaya pindaan ini dapat secara konkrit. Isu yang berlaku tentang pembinaan kawasan cerun khususnya ialah bukan akta. Kita punya akta yang agak baik tetapi masalah besar ialah penguatkuasaan kepada akta tersebut. Kita tahu bagaimana sebelum ini pelbagai bangunan dibuat tidak mengikut peraturan yang ada. Ada bangunan yang dibina atas laluan air, ada yang melibatkan pembinaan yang tidak mengikut garis panduan, sebagai contoh. Maka saya menyokong tentang perlunya suatu laporan daripada juru teknikal ini dimasukkan sebagai satu perkara yang penting dalam penguatkuasaan. Selain daripada akta, yang paling penting ialah soal kesedaran di kalangan sama ada kontraktor pemaju ataupun penduduk. Proses pembinaan kesedaran terhadap tanggungjawab ini perlu bersama dengan pelbagai agensi supaya kita dapat memperlihatkan perkara tersebut. Cuma ada satu perkara besar yang dibentangkan tadi berhubung dengan fasal 3. Kalau tengok pada akta ini, berbeza dengan apa yang dibentang oleh Menteri. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 39 Akta 133 untuk menaikkan denda minimum daripada RM500 yang sedia ada kepada RM50,000 yang dicadangkan. Bukan, “tidak melebihi”. Typing error. Jadi maksudnya sebenarnya tidak melebihi. Okey, jadi typing error di sini. Ini sebab saya tengok akta yang ada inilah denda minimum. Jadi kalau denda minimum, sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri tidak melebihi, saya setuju. Cumanya isu kos ini, ia akan berubah setiap waktu. Bagaimana kalau sekiranya kita tidak meletakkan satu angka tetapi keputusannya ialah diberi kepada pihak berkuasa untuk menentukan berapa jumlah denda yang perlu dibuat. Buat masa ini mungkin kita menganggap RM50,000 ataupun RM500 kepada RM50,000 suatu jumlah yang kita rasa besar pada waktu ini. Akan tetapi ia mungkin berubah pada waktu yang akan datang. Keduanya, bergantung kepada apa kerosakan yang berlaku. Jadi saya lebih suka, kalau saya cuba mencadangkan supaya kalau jumlah ini tidak diletakkan tetapi diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan berapa kerugian yang mesti dibayar oleh pihak yang berkenaan. Saya bercadang untuk menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat...
Tasek Gelugor.
Kota Tinggi.
Tasek Gelugor.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kota Tinggi Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat ‘Bukit’ Gelugor kejap lagilah. Biar saya dahulu. Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Bukan semua Menteri hebat macam Menteri KPKT yang ada ini kerana ada Menteri bila ada sahaja usaha yang dijalankan, dilaksanakan permulaannya oleh kerajaan terdahulu, kebanyakan Menteri dia batalkan, dia tangguhkan projek. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri ini meneruskan kesinambungan usaha yang telah pun dimulakan oleh mantan Yang Berhormat Menteri saya daripada Yang Berhormat Tanjong Karang. Jadi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Saya harap semua Menteri ikutlah contoh yang telah pun ditunjukkan oleh Menteri KPKT ini. [Disampuk] Eh! Bukan, bukan kempen. Ini kenyataan. Kalau Menterinya bagus, perform, kita akan sokong segala usaha yang akan dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan, menyambung kepada apa yang telah pun disampaikan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Perkara pertama yang saya hendak tahu, saya terus kepada perkara-perkaranya. Adakah pemaju yang bertanggungjawab untuk mendapatkan perakuan pemeriksaan bertauliah ini, yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, walaupun mereka telah pun melantik juru perunding ataupun PBT yang bertanggungjawab telah pun menyediakan laporan daripada pemeriksa bertauliah? Ini adalah kerana Yang Berhormat Menteri, pemaju dia pun sudah melantik, sudah pun bayar perkhidmatan juru perunding yang bertauliah dan jika pemaju juga perlu mendapatkan laporan daripada pemeriksa bertauliah ini, maka kos itu akan menjadi kos berganda dan akhirnya akan menyebabkan kos pembangunan itu diletakkan kepada pembeli. Jadi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh melihat kepada perkara itu tentang apa tindakan yang akan dilakukan dengan pindaan RUU ini. Kedua Yang Berhormat Menteri, bagi cadangan pemeriksaan cerun tertentu secara berkala, badan mana agaknya yang akan bertanggungjawab bukan sahaja bertanggungjawab ke atas pemeriksaan cerun tersebut tetapi juga bertanggungjawab terhadap kosnya? Adakah pihak KPKT, mungkin jabatan kah kejuruteraan bahagian cerun ataupun PBT yang berkenaan ataupun pemaju ataupun pemilik tanah persendirian? Jadi, siapa yang akan melaksanakannya dan siapa yang akan menanggung kosnya sekali? Ketiga Tuan Yang di-Pertua, bahagian bangunan berstrata pula, perlu ada garis panduan terperinci yang menyatakan bahawa kos pemeriksaan bangunan kerana pemeriksaan ini akan dilakukan oleh jurutera bertauliah. Jadi dalam konteks ini, adakah PBT- PBT berkemampuan dengan kepakaran anggota perkhidmatan mereka yang sedia ada untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap bangunan-bangunan ini? Keempat, dalam aspek keselamatan jalan pula, tadi banyak telah dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Karang, kerja-kerja pengorekan jalan ini, terutamanya ia melibatkan agensi-agensi utiliti seperti TNB, mana-mana bekalan air, Telekom dan mana-mana agensi utiliti telekomunikasi swasta. Pemakaian undang-undang kecil kerja pengorekan jalan, ia tidak sama Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri lebih maklum. Undang-undang kecil yang ada ini di peringkat PBT yang ada di negeri-negeri, ia tidak sama antara PBT dengan PBT. Selain daripada itu, agensi berkenaan khususnya kadang-kadang, syarikat-syarikat GLC ini yang kadang-kadang tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka, khususnya apabila ia melibatkan kerja-kerja kecemasan, contohnya. Kerja-kerja kecemasan yang dimaksudkan itu mungkin ada breakdown service dan sebagainya. Jadi, melalui kerja- kerja kecemasan, breakdown service ini, kadang-kadang agensi yang berkenaan Yang Berhormat Menteri, ia tidak memajukan apa-apa permohonan kepada pihak berkuasa tempatan. Jadi dalam hal ini, adakah Yang Berhormat Menteri melalui pindaan ini juga kemudian akan menyediakan peraturan ataupun garis panduan yang perlu ditekankan kepada agensi-agensi yang berkenaan termasuklah syarikat-syarikat GLC? Saya setuju benar tadi dengan pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang tentang mengenakan deposit. Maknanya kalau kita pergi di kawasan bukan sahaja di
Tanjong Karang termasuk di Kota Tinggi. Kita perhatikan banyak lori pasir dan sebagainya menggunakan jalan PBT dan PBT terpaksa menanggung kos untuk baik pulih jalan-jalan yang telah rosak akibat kenderaan-kenderaan berat yang melaluinya dan akhirnya menjejaskan soal keselamatan pengguna iaitu rakyat. Jadi itu antara beberapa perkara yang hendak saya bangkitkan. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan saya harap dengan pindaan- pindaan yang akan dilakukan di bawah akta ini, akan dapat dilaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban oleh pihak berkuasa tempatan ataupun mana-mana badan yang telah pun dinyatakan dalam pindaan ini dan mudah-mudahan ia akan dapat meningkatkan soal kesejahteraan rakyat. Jadi, tahniah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak- banyak, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tinggi. Hari ini banyak tanya. Terima kasih daun keladi, jika ada bagi lagi.
Tasek Gelugor, Tuan Yang di- Pertua.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pertamanya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana membawa perubahan pindaan kepada rang undang-undang yang pada saya telah lama patut dilakukan. Malahan adalah mengejutkan saya yang tidak mengikuti perkembangan dalam bidang ini bahawa perkara-perkara asas pada saya seperti cerun dan lain-lain ini tidak dibuat terlebih dahulu. Ini kerana bukan satu dua tetapi beberapa tragedi telah berlaku daripada Highland Towers dulu isu ini timbul kemudian berlaku di Pulau Pinang dan banyak tempat lagi. Ada yang high profile dengan izin, dan ada yang low profile tetapi telah menyebabkan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa dan sebagai satu ingatan kepada seorang tokoh misalannya Cikgu Muzaffar Tate, ahli sejarah yang merupakan antara orang yang awal dalam Keadilan di Selangor terutamanya beliau meninggal kerana tanah runtuh dan menimpa rumahnya sekitar awal tahun 2000. Akan tetapi nampaknya kita memerlukan tragedi-tragedi yang agak besar yang high profile baru kita berusaha sungguh-sungguh. Cumanya kalau di masa depan berlaku lagi perkara-perkara sebegini yang seakan ini dalam isu-isu lain dan bidang-bidang lain, saya rasa satu mekanisme perlu ada untuk kita dapat merubah, meminda akta atau membuat undang-undang dengan agak cepat sikit kerana agak lambat yang disebut itu. Berkali-kali jadi baru kita boleh ada perkara-perkara yang asas ini diselesaikan. Begitu pun better late than never dengan izin, maka Alhamdulillah dan saya ucap tahniah. Satu lagi yang saya rasa keperluan besar yang akan kita harap diselesaikan oleh pindaan ini ialah berkenaan dengan uniformity atau keseragaman dari segi takrifan-takrifan kerana saya difahamkan dalam perbincangan yang telah saya baca dalam beberapa makalah yang diterbitkan, kadang-kadang takrifan itu berbeza cerun dan lain-lain lagi. Begitu juga takrifan dan apa yang dianggap selamat dan tidak selamat itu berbeza dari tempat ke tempat, locality ke locality, dari negeri ke negeri. Jadi kita harap ada satu pusat sumber rujukan dan undang-undang yang merupakan tempat rujukan dan akan mengelakkan daripada berlaku kecelaruan takrifan kerana apabila berlaku misalannya yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini ada banyak pandangan. Ada pandangan yang menyatakan itu masih dalam apa yang disebut sebagai safety limit. Masih dalam julat yang wajar, tetapi ada pihak yang mengatakan itu di luar. Jadi itu harapan sayalah akan diselesaikan dengan kita melakukan pindaan kepada rang undang-undang ini ia akan menjadi jelas dan lebih mantap. Tentang jalan pula Tuan Yang di-Pertua, ini adalah isu yang banyak melibatkan masyarakat. Kalau kita jadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri itulah antara
masalah terbesar – some of the biggest headaches, sakit kepala yang terbesar. Kadang- kadang orang itu kalau kita tidak pergi ke Parlimen pun tidak apa tetapi jalan kena elok, jalan depan rumah dialah, lain rumah dia tidak ada masalah. [Ketawa] Jadi untuk itu, ada beberapa soalan yang saya hendak minta dijelaskan di sini di Dewan yang mulia ini. Pertamanya, apa-apa pembaikan, pembetulan, perubahan kepada jalan itu adakah ia tertakluk kepada denda yang begini banyak yang saya rasa wajar kalau jalan itu rosak dan membahayakan orang tetapi kadang-kadang perubahan itu kalau kita definisikan dari segi undang-undang kadang-kadang benda yang biasa kita lakukan. Misalannya, kalau ada di jalan itu satu lubang yang besar yang mengganggu orang, dan kalau setelah dua tiga bulan kita beritahu pada PBT, itu tidak luar biasa, mereka tidak boleh buat apa-apa lagi. Kalau kita menimbus jalan tadi dan kita menimbus dengan cara orang yang tidak ada kemahiran teknik dan akhirnya kalau berlaku apa-apa misalnya orang terjatuh ke adakah kita akan diambil tindakan di bawah pindaan ini dengan denda yang begini besar. Denda besar ini saya faham dimaksudkan kepada syarikat-syarikat besar yang orang baru selesai jalan kemudian dia datang korek, kemudian dia tinggalkan dengan kerja yang colang-caling, yang cincai-cincailah. Maka itu wajar didenda tetapi kadang-kadang orang kampung, penduduk tempatan, wakil rakyat juga ambil inisiatif memperbaiki jalan, adakah itu boleh terkena denda begini sebab kalau kita tidak baiki orang marah pula kita baiki tetapi tidak sempurna, kita tidak ada kepakaran adakah termasuk begini. Begitu juga kadang-kadang di taman-taman, jalan-jalan PBT biasa penduduk tempatan kerana banyak motosikal laju dia buat speed breakers dengan izin, dia letakkan objek-objek untuk memperlahankan kenderaan. Apa yang biasa dibuat, yang popular dibuat ialah diambil tali yang besar itu, tali bot dipanggil direntangkan dan memang kalau motor datang itu dia kena perlahankanlah. Akan tetapi kadang-kadang dalam gelap dan motor laju dia jatuh adakah itu juga akan masuk kepada pindaan yang merosakkan jalan, merbahayakan orang dan dengan denda yang sebegini besar? Ini kerana kadang-kadang tempat itu wajar dibuat diperlahankan, speed breaker itu ada kewajarannya dan PBT juga merancang untuk mengadakan tetapi dia rancang hari ini enam bulan lagi pun tidak ada apa- apa yang akan berlaku jadi itu juga. Seterusnya juga yang biasa juga berlaku ialah turapan. Turapan yang dilakukan agak tidak sempurna ataupun terlalu lambat untuk dibuat turapannya. Maka kadang-kadang inisiatif penduduk tempatan atau inisiatif wakil rakyat atau inisiatif tokoh-tokoh tertentu di kawasan itu yang tinggal di kawasan itu dia panggil orang lain buat turapan jalan dan turapan begini biasanya akan ada masalah kerana yang di bawahnya, asasnya foundation-nya itu tidak sempurna. Jadi kalau itu berlaku dan akhirnya menjadi isu kerana turapan tadi pecah balik dan ada dibangkitkan berlaku kemalangan kerana turapan yang tidak sempurna tadi adakah termasuk dalam juga pindaan ini yang kita lakukan dengan denda yang berat ini yang kita khususkan sebenarnya untuk kerosakan besar, akan tetapi adakah termasuk dalam itu? Akhir sekali saya hendak sebut yang saya pernah sebut juga di waktu lain tentang fenomena jalan itu tidak rosak fizikalnya, tetapi ia jadi bahaya di tempat-tempat yang kawasan macam kawasan saya Kuala Kedah kawasan pertanian. Bila musim kenderaan padi banyak menggunakan jalan, kadang-kadang menggunakan waktu yang tidak sesuai dua benda berlaku. Satu, jalan itu jadi licin. Keduanya, kadang-kadang ia akan meninggalkan blok-blok ataupun timbunan-timbunan lumpur yang nampak macam kuat tetapi apabila dilanda oleh kenderaan bermotor menjadi sangat licin. Semasa saya di Kuala Kedah sebagai doktor, saya tengok banyak kemalangan berlaku dan ada kemalangan yang menyebabkan maut kerana blok-blok itu bila dilanggar dan orang tidak nampak blok tadi dia langgar terus bertukar menjadi lumpur dan kenderaan boleh terbabas. Jadi apakah itu termasuk dalam denda yang kita tingkatkan ini? Itu juga satu benda yang sangat serius, kenderaan traktor daripada sawah itu ia masuk ia lintas sekejap saja tetapi dalam sekejap itu ia meninggalkan blok-blok lumpur yang sangat besar dan sangat mengganggu dan sangat berbahaya. Saya rasa kalau itu tidak masuk ini pun kena ada khusus denda yang agak berat kerana biasa menyebabkan maut, tetapi saya mahu penjelasan di Dewan yang mulia ini sama ada itu termasuk dalam intention ataupun niat ataupun dalam apa yang kita hendak yang kita lakukan pindaan ini.
Akhirnya sekali saya lagi sekali mengucapkan tahniah dan saya berharap ini akan membawa kebaikan sebaiknya isu cerunnya atau isu jalannya supaya akan mengurangkan masalah kemalangan dan juga kehilangan harta benda dan jiwa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Tasek Gelugor sudah bangun tiga kali, saya berikan peluang kepada dia.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri KPKT di atas usaha untuk melakukan pindaan bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan memang sesuai pada masanya.
Begitu juga apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Kota Tinggi dan begitu juga dengan Yang Berhormat Kuala Kedah ya, tentang keprihatinan masing-masing. Cuma, di sini ada satu lagi sudut yang ingin saya sentuh ialah tentang apakah di dalam pindaan ini juga kita akan memberikan penumpuan tentang isu-isu keselamatan. Keselamatan bagi urusan pembaikan, pemulihan dan apa juga yang berkaitan dengan penambah baikkan kepada jalan, cerun dan sebagainya. Jadi, isu keselamatan ini lebih spesifik kepada masalah penyelenggaraan. Apa yang kita lihat dalam urusan penyelenggaraan jalan, cerun dan sebagainya ini ialah tentang keprihatinan kontraktor- kontraktor di dalam menyediakan signage yang cukup dan juga berkesan untuk memberi satu tarikan perhatian kepada pengguna, khususnya pengguna jalan raya. Apa yang dapat kita lihat ialah yang pertama, tidak ada satu keseragaman signage atau pun benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk mengawal keselamatan, contoh ialah lampu kecemasan. Kadang-kadang ada kontraktor yang menggunakan lampu kecemasan yang tidak ada bateri pun, menyala macam lilin sahaja. Jadi, dari jauh orang tidak nampak. Lampu kecemasan yang digunakan itu disangkut-sangkut ikut suka dan mungkin jumlahnya juga tidak mencukupi untuk memberi satu tarikan perhatian kepada pengguna. Kemudian, dari segi penggunaan kon, penggunaan tali perimeter dan sebagainya juga adalah seperti tidak terkawal dan tidak ada satu keseragaman. Jadi, di sini saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah aspek-aspek ini juga akan kita masukkan menjadi sebagai satu undang-undang yang berkesan dan juga kita masukkan unsur-unsur penguatkuasaan yang berkesan supaya kontraktor-kontraktor yang mendapat tugasan untuk membuat kerja-kerja pembaikan cerun, jalan dan sebagainya ini lebih bertanggungjawab. Kita boleh bandingkan apa yang kita lihat di luar negeri, khususnya di negara-negara maju ya. Penggunaan alat-alat yang di jadikan sebagai alat kawal selia untuk menjamin keselamatan pengguna adalah begitu dititik beratkan sekali, hatta pakaian-pakaian pekerja, uniform-uniform pekerja construction itu juga adalah merupakan pakaian-pakaian yang begitu berkesan untuk memberikan tarikan dan perhatian. Ini pandangan dan minta penjelasan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Menteri yang ambil perhatian dan juga serius terhadap pembangunan-pembangunan di kawasan-kawasan sekitar. Saya juga amat bersetuju dengan pindaan undang-undang ini. Walau bagaimanapun haruslah diambil beberapa perkara seperti sebelum membina sesuatu bangunan atau project, dengan izinnya, perlulah ada guidelines dan juga perlu bekerjasama dengan semua departments. Oleh sebab apabila berlaku sesuatu projek,
permulaannya apabila jalan di siapkan, datang pula Telekom atau pun SADA dan paip air akan korek balik. Selepas siap projek, tengok lubang sana, lubang sini. Ini perlu ada kerjasama antara department masing-masing sebelum bermula sesuatu projek. Di samping itu juga perlu ada satu kajian, terutama sekali kajian itu adalah berkaitan dengan perparitan. Ini jadi satu masalah di kawasan-kawasan perumahan apabila bangunan dah siap, banjir dan banjir kilat dan sebagainya, banyak lagi masalah. Apabila bina sesuatu bangunan di sesuatu kawasan, kawasan sebelah pula jadi masalah banjir. Ini perlu ada satu kajian terperinci oleh pihak-pihak yang berkenaan. Di samping itu juga, saya ingin tambah sedikit iaitu didapati banyak projek-projek yang dibina tidak ikut pelan yang telah ditetapkan. Seperti mana apabila dikatakan satu-satu longkang, seperti mana katakan 24 inci tetapi longkang itu dibuat 12 inci sahaja. Oleh sebab orang-orang yang beli rumah, dia tidak tahu saiz tersebut. Akan tetapi apabila kita lihat terperinci, didapati perkara-perkara ini ditipu oleh pemaju-pemaju. So, saya berharap pihak perumahan dan juga pembinaan itu ambil perhatian yang serius. Di samping itu juga, saya amat susah hati bila lihat beberapa projek yang telah dibina tidak dilengkapi dengan beberapa seperti tiang elektrik tidak ada lampu, tiang-tiang Telekom tidak dipasang, tinggal begitu sahaja. Apabila selepas setahun, orang-orang pindah masuk ke kawasan tersebut, didapati kelengkapan tidak mencukupi. So, ini apabila mereka hendak lapor balik, mereka kata ini dah jauh, sudah habis lah, sudah tamat lah dan sebagainya. Macam itu alasan-alasan yang diberi. So, kita sebagai kementerian dan sebagainya haruslah kita tegas dengan pihak pemaju. Di samping itu juga, jalan-jalan keluar masuk di suatu-suatu kawasan haruslah di kaji terperinci. Oleh sebab di kawasan itu memang dikatakan begitu sesak, jalan keluar masuk. Apabila kita bina lagi bangunan-bangunan di kawasan tersebut, perlu ada jalan alternatif, dibesarkan atau pun dibesarkan jalan dengan traffic lights dan sebagainya supaya mudah untuk mereka keluar masuk dan sebagainya. Kalau tidak, kita sering kali boleh dengar accidents begitu banyak di perumahan. Di samping itu juga, kawasan-kawasan perumahan sering berlaku pergaduhan sebab kelajuan motor dan kenderaan sebagainya. Perlu lah adakan bonggol, di pasang siap bonggol standard, bukan bonggol-bonggol yang suka hati buat, sampai kita naik kereta pun sakit pinggang. So, kita tidak mahu, kita mahu ada satu bonggol yang standard yang seperti mana ada di kawasan-kawasan yang ditetapkan. Harus dibuat di kawasan-kawasan perumahan, kalau boleh dalam 500 meter satu, 500 meter satu supaya motor-motor tidak laju. Menjaga keselamatan anak-anak kita yang selalu berlalu lintas di kawasan tersebut. Di samping itu juga, paip-paip air haruslah dibuat kajian terperinci. Oleh sebab apabila kita membuat sesuatu bangunan, kita perlu kaji di kawasan sebelah-sebelah. Oleh sebab paip air di sesuatu kawasan, paip itu sama saiz. Apabila kita buat bangunan-bangunan, gunakan sama paip, so saluran air itu tidak begitu kuat atau pun ia punya pressure tidak cukup. So, apabila orang beli rumah, air tidak cukup, air tidak dapat dan sebagainya. Inilah masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sungutan-sungutan yang begitu banyak di kawasan. Saya boleh katakan semua taman ada masalah-masalah ini, pressure tidak cukup. Itu sebab kita harus buat kajian bersama dengan semua departments supaya selesai masalah-masalah tersebut. Akhir sekali, saya tidak mahu ambil masa yang panjang. Satu sahaja yang perlu, kalau setiap projek itu mahu berjaya atau pun boleh katakan projek itu adalah projek yang best sekali, tidak ada rasuah dalam setiap projek. [Tepuk] Baru lah kita boleh dirikan satu projek yang kukuh, satu bangunan-bangunan yang seperti mana ada dalam pelan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Parit Sulong. Oh! Okey, okey. [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, jam sudah sampai pukul 1.
Belum, satu minit lagi Tuan Yang di- Pertua. Satu minit lagi itu.
Boleh kita sambung petang?
Ha! Boleh, boleh. Terima kasih.
Okey Parit Sulong, nanti sambung petang. Terus, teruskan. Satu minit.
Sorry, sorry, terima kasih. Terima kasih. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain hendak mengucapkan tahniah kepada Menteri KPKT dalam usaha untuk membawa akta ini untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Insya-Allah boleh menang lah itu. Tidak ada masalah itu. Jadinya, ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan. Oleh sebab saya tengok ada juga antaranya adalah bertujuan untuk memperluaskan kehendak pemeriksaan berskala dan juga laporan geoteknikal pada mana-mana bangunan dan juga tanah dengan cerun. Sebelum ini ada banyak diperbincangkan mengenai perkara ini, terutamanya penggunaan teknologi drone. Saya rasa bawah plan Malaysia pun telah mula melaksanakan latihan penggunaan dan operasi drone dalam perancangan dan juga pembangunan.
Yang Berhormat Parit Sulong, seperti yang dijanjikan masa sudah sampai.
[Ketawa] Terima kasih.
Masa untuk mengisi perut.
Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua.
Majlis Mesyuarat akan disambung semula pada pukul 2.30 petang hari ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan. Dijemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi sebelum kita berhenti rehat saya ada bercakap mengenai penggunaan dron bagi mengawal ataupun untuk digunakan di kawasan-kawasan yang mempunyai cerun yang sangat tinggi, yang kalau individu ataupun manusia dia hendak pergi ke sana, dia akan mengalami kesukaran. Saya kira kalau melalui kawalan dron ini dalam pemetaan kawasan pemantauan ataupun penguatkuasaan pernah dibuat satu kajian yang mengatakan ia akan menjimatkan kos perbelanjaan itu sebanyak 70 peratus. Bermaksud ia akan menjadi lebih murah dan mudah dan boleh juga menjimatkan. Pada pandangan saya juga, dalam melaksanakan program-program ataupun apa juga perancangan yang dibuat oleh kementerian, asalkan ia pantas, berkesan, ianya boleh memberi manfaat kepada kementerian dan juga orang awam. Asalkan nanti imej kalau menggunakan dron dapat dipaparkan terus kepada pihak yang mengawal. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang saya hendak dapatkan pencerahan daripada pihak kementerian iaitu kalau sekiranya penggunaan ini akan dilaksanakan kerana melalui PLANMalaysia, ianya pun telah melaksanakan latihan dan segala-galanya. Cuma saya hendak tahu berapakah jumlah dron yang dimiliki oleh KPKT dan kemudian apakah peraturan berkaitan dengan prosedur ataupun UA, procedure unmanned aerial vehicle wujud untuk menyelaras penggunaan dron di peringkat persekutuan dan juga peringkat negeri.
Kemudiannya, saya juga hendak minta pencerahan Menteri untuk memaklumkan sejauh manakah objektif untuk memperkasakan pengalaman dan juga tahap kesediaan jurutera dan pegawai tempatan daripada Kementerian KPKT yang mempunyai perbezaan kepakaran dari segi pengurusan cerun, tanah runtuh dan gempa bumi. Saya dimaklumkan ada juga kerjasama dengan kerajaan Jepun mengenai awareness, preparedness dan juga education on slope safety dengan izin. Seterusnya saya juga hendak, apabila kita berkata membawa satu pembaharuan, sudah semestinya apabila bercakap mengenai pembangunan, sudah semestinya mungkin walaupun bangunan itu dirancang dengan elok dan juga dengan bagus dan mungkin memberi manfaat kepada keseluruhan tetapi ada juga terdapat bantahan-bantahan terutamanya berkaitan dengan pembangunan yang berdekatan dengan cerun-cerun. Jadi soalan saya kepada pihak kementerian, sekiranya ada pembantahan seperti yang saya maksudkan ini, soalan yang saya hendak bertanya kepada pihak kementerian pula adalah apakah mekanisme yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan mengenai perkara ini? Mengenai kesahihan contohnya kesahihan bantahan-bantahan kepada penduduk. Bagaimana pihak kementerian dapat memastikan bahawa betul ada aduan, betul dan mungkin perlu dipertimbangkan. Kemudiannya soalan saya lagi adalah apakah kuasa Majlis Perancangan Fizikal Negara dan juga Majlis Negara bagi kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk memberhentikan sesuatu pembangunan selepas mendapat bantahan ini ataupun mungkin bantahan ini diambil kira tetapi diperbincangkan dengan lebih lagi mengenai perkara itu. Saya mohon juga pihak kementerian juga mungkin – sebab sebelum ini pernah dibuat, saya cuma hendak tahu apakah status State Commission of Inquiry yang telah ditubuhkan untuk menyiasat runtuhan di tapak pembinaan pangsapuri di Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Yang Berhormat Menteri mungkin boleh juga memaklumkan kepada Dewan ini. Seterusnya ada lagi satu perkara yang saya nak bertanya kepada pihak kementerian sebab saya tengok dendanya memang dah dinaikkan dan dia naikkan daripada RM500 hingga ke RM50,000. Jadinya ia lebih kurang 100 kali ataupun a hundred times lebih daripada jumlah minimum yang sebelum ini. Saya tengok jumlah ini memang agak significant, mungkin tujuan asalnya ialah untuk mendisiplinkan kontraktor-kontraktor, tidak adalah apabila ada saja buat pembetulan dan segala-galanya, dia akan ditinggalkan macam itu sahaja hingga boleh menyebabkan kerosakan yang lebih lagi selepas daripada itu. Jadinya selari dengan itu, saya cuma hendak bertanya bila menentukan jumlah yang dikenakan kepada kontraktor ini, adakah ada mekanisme yang dibuat oleh pihak kementerian dalam menentukan jumlah ini ataupun mungkin berdasarkan kepada standard prosedur ataupun cara-cara yang dibuat oleh negara-negara lain yang digunakan oleh pihak kementerian. Selepas itu lagi satu, kalau sekiranya pula hendak menentukan mengenai kerosakan yang dibuat selepas daripada itu, bagaimana pula? Apakah mekanisme yang boleh dibuat oleh rakyat ataupun penduduk setempat untuk melaporkan sekiranya ada kerosakan lagi yang boleh dilaporkan kepada pihak kementerian atau pihak PBT. Adakah ada cadangan untuk kementerian mengadakan apps online dengan izin sebab ianya selari dengan konsep smart city terutamanya apabila sekarang ini penggunaan online ini memang lebih banyak dilakukan sebabnya kalau planning semua ada, akta ini pun ada dah diluluskan dan boleh dibuat tetapi dari segi pelaksanaannya itu yang sangat penting Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan ini, saya harap pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri pun ada dan daripada tadi saya tengok, daripada tadi mula dibahaskan ini memang Yang Berhormat Menteri sentiasa mendengar apa-apa yang diisukan dan saya harapkan mendapat penjelasan mengenai perkara-perkara yang saya bangkitkan. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih, tahniah kepada KPKT kerana berusaha membuat pindaan Akta 133 berkaitan keselamatan cerun dan pembaikan jalan. Saya sangat menyokong memasukkan takrifan cerun dan geoteknikal dalam seksyen 3, mengemukakan
laporan geoteknikal dalam seksyen 70 dan pindaan pemeriksaan secara berkala di bawah seksyen 85A dan menaikkan kadar denda kerosakan jalan raya di bawah seksyen 39. Isu-isu yang terkait dengan pindaan ini adalah perkara yang sebenarnya saya memang bimbang daripada dulu lagi, seketika pernah berada dalam ruang lingkung PBT kerana kita menyaksikan banyak permasalahan yang timbul yang akhirnya mengakibatkan soal nyawa dan kehidupan manusia. Kita tengok memang projek-projek atau membina perumahan di kawasan berbukit memanglah menjadi idaman, namun tanpa kajian risiko, struktur tanah atau laporan geoteknikal bagi memastikan jenis bangunan yang dibina bersesuaian dengan struktur tanah di kawasan tersebut. Sesebuah projek biasanya bila kita buat perumahan, dia akan melibatkan pemotongan cerun di kawasan berbukit, maka secara tidak langsung telah mengganggu alam semula jadinya yang pasti akan menyebabkan kawasan tersebut tidak stabil dalam jangka masa yang panjang sebenarnya. Maka saya juga sangat bersetuju diletakkan peruntukan khas bagi pemeriksaan cerun secara berkala untuk melakukan pemantauan. Walaupun selepas ia siap dan juga berpenghuni bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku pada masa-masa akan datang. Kita faham secara umum kebanyakan tanah di negara ini bersifat lempung, mudah menyerap air dan bila hujan lebat berlaku akan menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat cohesivenya. Struktur tanah jadi lemah dan akhirnya berlaku runtuhan. Seterusnya saya hendak sebut sedikit berkenaan turapan jalan, ini juga antara isu yang sangat dekat dengan rakyat. Kerosakan jalan ini selalu menjadi rungutan dan mengakibatkan kenderaan rosak dan boleh mengakibatkan kemalangan. Kita maklum juga bahawa jalan raya banyak diselenggara oleh pelbagai pihak. Contohnya jalan negeri oleh negeri, persekutuan di selenggara oleh kerajaan pusat dan jalan lebuh raya ini oleh syarikat konsesi yang ini juga yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Isu PBT sebelum ini adalah tiada kuasa untuk mengarahkan pembaikan kerosakan jalan dan menuntut kuasa pembaikan termasuklah denda yang tidak setimpal. Persoalan saya di sini ingin memohon pencerahan daripada pihak KPKT, adakah pindaan ini hanya terpakai untuk jalan di bawah PBT sahaja? Bagaimana terhadap jalan- jalan yang bukan di bawah PBT? Yang itu saya mohon penjelasan dalam penggulungan nantilah. Akhir sekali, saya rasa walaupun kelihatan perkara ini kecil dan tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan sekalipun, namun saya yakin ia mampu membawa perubahan yang berskala besar dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada KPKT. Maka saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya ingin menjemput daripada Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucap tahniah kepada Menteri KPKT atas pembentangan pindaan kepada rang undang-undang ini. Saya ada beberapa isu yang ingin saya sebut dalam perbahasan ringkas ini. Pertama sekali ialah, berkaitan dengan persoalan saya ialah sama ada pihak kerajaan ataupun pihak KPKT akan meletakkan satu master plan khusus untuk setiap bandar, khususnya bandar-bandar baru yang ingin ataupun akan dibangunkan oleh pihak sama ada pihak kerajaan ataupun pihak swasta ataupun pihak GLC. Kedua ialah sudah pasti bila ada master plan, perlu kepada pelaksanaan kepada master plan ini supaya tidak lari daripada perancangan yang telah pun dicadangkan ataupun yang telah dikemukakan oleh pihak PBT agar isu-isu berkaitan dengan khususnya saliran ataupun parit dan cerun yang disebut tadi dapat dijaga ataupun diselia dengan baik supaya tidak timbul isu-isu yang berlaku sebelum pada ini. Kemudian saya tertarik juga apa yang disebut oleh pihak Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan lorong belakang yang hampir nampak satu ataupun suasana mutakhir ini nampak ada satu tarikan yang baru untuk menjadikan lorong belakang ini menarik iaitu dengan melukis mural dengan sama ada bahan sejarah ataupun bahan tokoh-tokoh tertentu atau sebagainya. Juga kadang-kadang boleh menjadi tarikan kepada pelancong dan boleh menceriakan lorong belakang ini dan adakah perkara ini pihak kementerian dapat mencadangkan kepada pihak PBT agar bangunan-bangunan lama yang ada di seluruh atau
di kawasan-kawasan bandar lama dapat di ceriakan balik, khususnya di kawasan-kawasan lorong belakang. Sudah pasti apabila diceriakan boleh menjadi tempat pertama sekali tarikan pelancong, yang kedua ialah boleh ataupun jadi kawasan yang selamat yang kadang-kadang menjadi tempat yang kawasan gelap, yang kadang-kadang menimbulkan suasana sosial yang membimbangkan kita. Seterusnya ialah, di sudut akta yang telah pun disebut oleh pihak Menteri untuk pindaan daripada sama ada denda daripada RM500 ke RM50,000 ini yang sudah pasti kebimbangan kita ialah di sudut penguatkuasaan. Akta yang baik, tetapi kalau tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin sudah pasti perkara yang sama juga akan timbul kerana perkara ini akan dilihat ataupun tidak akan dipatuhi oleh sama ada pihak pemaju ataupun pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja seperti ini. Sudah pasti kita amat perlukan kepada kawalan ataupun penguatkuasaan yang sebaiknya agar akta ini dapat dilaksanakan dengan sejujurnya dan dapat kita memelihara bumi ataupun suasana yang ceria di kalangan sama ada bangunan yang baru dibina, kawasan cerun dan jalan-jalan ini dapat dipastikan dapat dipelihara dengan baik. Kemudian yang seterusnya ialah sudah pasti perkara-perkara saya sebut di awal tadi ialah berkaitan dengan master plan yang perlu dibuat kerana kita tengok mutakhir ini kawasan-kawasan baru timbul ialah berkaitan dengan banjir kilat. Nampak satu dua hari ini pun timbul banjir yang kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak berlaku banjir. Akan tetapi, ada kawasan baru yang berlaku banjir sama ada disebabkan oleh kawasan ini terlibat dengan projek baru ataupun pembangunan baru yang menyebabkan saliran tidak dapat diselia dengan baik menyebabkan berlaku banjir kilat yang menimbulkan kerugian kepada pengguna jalan raya khususnya. Sudah pasti perlu diambil kira oleh pihak kerajaan untuk masa-masa akan datang. Terakhir ialah saya juga menyokong rang undang-undang ini kerana isu yang berkaitan dengan jalan yang rosak yang sudah pasti perlu pihak PBT mengenakan deposit kepada sama ada kenderaan yang lalu ini, laluan yang digunakan ini sama ada, ada di dalam kawasan tersebut, kilang, sawmill , kenderaan berat yang lalu ini ataupun mengambil bahan- bahan batu batan dan sebagainya yang mengakibatkan jalan boleh menjadi rosak dan kadang-kadang menimbulkan bahaya kepada pengguna. Ada satu isu di kawasan saya, bila kenderaan berat lalu di hadapan sekolah yang menyebabkan ada satu kes itu sehingga kanak-kanak ini terpaksa dipotong kaki kerana dilanggar oleh lori tersebut dan akhirnya barulah dibina bonggol untuk memperlahankan kenderaan. Jadi, soalan saya ataupun persoalan saya perlu timbulkan di sini ialah berkaitan dengan jalan, satu. Kedua ialah projek-projek baru yang sama ada yang baru ataupun yang lama, sudah pasti perlu juga pihak PBT ataupun pihak-pihak berkuasa tempatan ini memikirkan ataupun membuat perancangan yang rapi untuk membina bonggol-bonggol di kawasan-kawasan sesuai. Tidak perlu kepada permintaan ataupun berlakunya kes-kes kemalangan seperti ini yang menyebabkan keselamatan kepada sama ada di hadapan sekolah khususnya ataupun di kawasan masjid yang merupakan kawasan yang sentiasa di lalui. Kalaulah kawasan ini jalan yang lurus, jalan yang tidak berbukit ataupun sebagainya dengan kenderaan yang lalu dengan laju menyebabkan bahaya kepada anak-anak kita di sekolah ataupun orang-orang yang ingin menunaikan sembahyang di masjid. Perkara ini perlu kepada perancangan daripada pihak PBT untuk membina, sebelumnya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ini agar perkara-perkara yang seperti ini dapat dielakkan untuk pada masa-masa akan datang. Jadi inilah beberapa perkara yang saya ingin sebut dalam perbahasan secara ringkas rang undang-undang yang telah di bentang oleh pihak Menteri. Terima kasih, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya lihat tadi, jemput Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian berkenaan dengan pindaan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan dalam PBT.
PBT ini kita tahu melibatkan dewan bandar raya, majlis perbandaran dan juga majlis daerah. Apa yang kita lihat ialah jalan-jalan yang kita nampak ialah tidak terselaras di antara kementerian-kementerian. Akan tetapi dengan adanya rang undang-undang ini, saya yakin ini antara pihak yang boleh membuat tindakan penguatkuasaan seperti mana jalan yang baik tetapi sentiasa dikorek kerana ada masa Telekom hendak perbetulkan dia punya line, Lembaga Air dan pelbagai lagi kadang-kadang JKR, pejabat daerah, sekurang-kurangnya kalau kita adakan satu yang khusus berkenaan cadangan tersebut, maka adalah satu pihak yang boleh kita bagi tanggungjawab untuk membuat penguatkuasaan. Sering kita bangkitkan dahulu dalam mesyuarat tindakan daerah bila mana kontraktor buat pembaikan dalam majlis daerah, maka jalan-jalan berlopak air kerana kononnya bajet hanya diberi untuk buat benda seperti pemasangan kabel dan pelbagai lagi. Bila jalan rosak, pihak kontraktor tidak bertanggungjawab. Bermakna dengan adanya rang undang-undang ini, saya yakin satu suasana baharu berlaku iaitu kerosakan jalan, kerosakan kaki lima dan pelbagai lagi bolehlah diambil tindakan yang segera. Satu lagi, sama ada di kawasan PBT ini, lorong belakang yang mana sepatutnya lorong belakang ini ialah jalan keselamatan berlaku kecemasan seperti kebakaran boleh memberi laluan kepada kereta bomba atau pasukan keselamatan untuk memastikan kebakaran atau apa-apa yang berlaku. Akan tetapi hari ini kita tengok walaupun dalam PBT kita dapati jalan belakang, ada pemilik-pemilik bangunan menambah dengan sendiri bangunan ataupun tempat parking kereta. Bila berlaku kebakaran, ia menyukarkan pihak yang hendak menyelamat di tempat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya rang undang-undang ini, suasana yang tersebut dapat kita boleh lebih okey dan— kalau memandangkan dengan denda cuma RM500, memanglah semua orang bila dibagi denda RM500 boleh bayar, tetapi tindakan untuk merobohkan benda yang menghalang jalan di belakang tadi tidak berlaku. Diharapkan dengan adanya rang undang-undang ini, kita akan melihat kawasan majlis PBT ini lebih tersusun, lebih terkawal, ada kerjasama di antara semua jabatan-jabatan. So, soalan pokok yang saya ingin tanyakan ialah kepakaran di peringkat PBT. Terutama kalau kajian geologi cerun, apakah engineer yang ada di dalam PBT tadi boleh memutuskan, boleh memberi pandangan, nasihat yang terbaik sebenarnya yang buat macam ini, macam ini apakah tidak berlaku kerosakan pada cerun yang ada? Sebab, hasrat kita baik tetapi kepakaran yang ada untuk cerun biasanya daripada JKR. Bagaimana PBT boleh bekerjasama dengan semua kementerian lain bagi memastikan pelaksanaan tersebut tidak memberi kerosakan? Kita boleh melihat contoh-contoh cerun ini seperti di Ampang dahulu, di Pulau Pinang dan di banyak tempat. Tambahan pula hari ini kalau kawasan majlis daerah pembangunan cukup pesat, perumahan baharu, kawasan kedai baharu tetapi kadang- kadang tidak mendapat nasihat teknikal yang akhirnya bila siap bangunan perumahan, bila siap kawasan kedai, banjir kilat berlaku seperti mana yang dinyatakan oleh pihak wakil daripada PAS tadi. Di tempat saya Gerik berlaku banjir kilat yang berterusan kerana kita dapati di jalan utama paritnya kecil manakala di kawasan perumahan baharu paritnya lebih besar. Air bila sekali hujan turun dengan lebat dengan suasana cuaca yang tidak menentu hari ini menyebabkan berlaku banjir kilat yang walaupun dua jam, tiga jam tetapi memberi kerosakan yang amat besar kepada mereka yang berada di dalam kawasan PBT. Saya berharap dengan ada rang undang-undang ini, kita akan sama-sama melihat supaya di PBT sendiri mesti ada kepakaran. Walaupun saya tahu sudah ada pegawai daripada Persekutuan yang duduk di PBT tetapi saya melihat kepakaran mereka tidak seperti mana yang kita hajatkan. Kadang-kadang orang kampung melihat perancangan yang dibuat oleh PBT tadi sebenarnya kita tahu cadangan-cadangan yang dibuat tadi boleh berlaku kerosakan, keruntuhan di cerun-cerun yang ada di kawasan pembangunan baharu. Dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan juga kepada kementerian supaya bandar-bandar lama ini difikirkan satu kaedah dengan adanya undang-undang ini supaya diselaraskan. Janganlah sampai 20 tahun bangunan tadi tidak dicat semula. Apa akan berlaku? Sepatutnya ialah pemilik-pemilik bangunan mesti mempunyai satu tanggungjawab bahawa bila kedai lama tadi tempat tumpuan orang ramai, mestilah kita fikirkan 10 tahun, 20 tahun cat semula bangunan-bangunan kedai ataupun bangunan perumahan yang berada dalam kawasan majlis daerah di mana biarlah kita rasa seronok.
Walaupun tidak cantik tetapi biar ada rasa tanggungjawab untuk menjaga bangunan kita dalam PBT ini kerana PBT ini menjadi kawasan dalam bahasa yang lebih mudah, kawasan pekan, kawasan bandar yang menjadi tumpuan semua pihak. Jadi tanggungjawab pemilik- pemilik— mungkin kerajaan boleh fikirkan bagi bantuan dahulu, kemudian dipotong tiap-tiap bulan— untuk memastikan setiap bangunan tadi mesti ada cat dan pelbagai lagi. Cuma, saya melihat dari segi denda yang dikenakan daripada RM500 ke RM50,000. Ini saya tidak tahu dari segi bagaimana pelaksanaannya. Kalau kawasan bandar raya, kalau kawasan majlis perbandaran, mungkin pemilik-pemilik ataupun siapa jua, mereka lebih berkeupayaan. Kalau syarikat-syarikat, mungkin lebih berkeupayaan. Akan tetapi kalau orang yang tinggal dalam majlis daerah pendapatan mereka berapa sahaja, kalau mereka dikenakan denda sampai RM50,000 ataupun yang satu lagi dahulunya RM1,000 dia kena RM100,000, mungkin ada boleh adjustment di antara penguat kuasa dengan yang buat bangunan. Sehingga hari ini kita tahu undang-undang yang ada, penambahan di luar daripada bangunan tadi boleh dikenakan kompaun ataupun salah kalau tidak dimaklumkan kepada PBT. Dengan kata lain, ini sahaja yang kita kena fikirkan adakah okey atau tidak denda yang dikenakan sampai RM50,000 dan RM100,000. Akhirnya nanti sekadar ada undang-undang kita tidak boleh mengenakan denda sehingga RM50,000, orang akan kata undang-undang ada tetapi kita menganiayakan pemilik-pemilik terutama yang berada di kawasan majlis daerah iaitu satu kawasan yang luar bandar yang tidak seberapanya pendapatan penduduk- penduduk tersebut. Walau bagaimanapun, saya amat berterima kasih soal kementerian memikirkan untuk fikirkan bagaimana jalan, parit dan bangunan ini dapat kita selesaikan masalah kerana ini bukan masalah baharu tetapi masalah daripada dahulu lagi dan saya yakin, kalau tengok daripada sini pun, dia ada kerjasama di antara kementerian dengan kerajaan-kerajaan negeri. Walaupun kita tahu kuasa PBT berada di bawah kerajaan negeri tetapi undang-undang yang ada ini akan boleh membantu sesiapa yang boleh membuat tindakan kepada tindakan- tindakan tidak betul mereka yang berada di kawasan PBT seperti yang saya sebut tadi sama ada di majlis daerah, di dewan bandar raya atau di majlis perbandaran.
Jadi dengan hari ini, kalau tidak dulu kita kata patut pejabat daerah buat tindakan. Jalan lopak, orang pakai sewenang-wenangnya menambah di tepi jalan yang di dalam kawasan PBT. Akan tetapi dengan adanya cadangan ini, kita merasakan sudah sampai masanya setiap pemilik, setiap organisasi, setiap jabatan, setiap kontraktor mesti bertanggungjawab untuk memastikan kerosakan yang ada tadi mereka perbetulkan balik. Jadi dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya ada senarai yang telah memohon lebih awal. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tahniah juga atas inisiatif Kementerian KPKT untuk membuat pindaan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan (2018). Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebenarnya mempunyai undang-undang yang baik dan terus ditambah baik dari masa ke semasa. Masalahnya ialah penguatkuasaan dan cara kita bekerja, maknanya mungkin yang dahulu pun sama sahaja ya. Kita hendak improve sekarang ini– cara orang kita Malaysia ini bekerja seolah-olah seperti, “sudah terhantuk baru tengadah”. Berlaku satu benda runtuh, semua orang cakap fasal itu. Berlaku apa-apa runtuh baru kita cakap macam ini. Ada orang mati sebab jalan rosak, barulah kita tak tentu arah hendak membetulkan keadaan. Jadi inisiatif ini adalah bagus, kita bertindak sebagai proaktif untuk membetulkan yang biasa. Inilah dia agenda reformasi yang kami perjuangkan. Kontraktor-kontraktor apabila menjalankan kerja-kerja di jalan raya kadang-kadang tidak mengikut SOP, dengan izin. Siapa yang memastikan bahawa SOP ini perlu diikut, iaitu pegawai-pegawai kerajaan contohnya, pegawai-pegawai PBT yang sepatutnya menyelia, sama ada peraturan ini diikuti
atau tidak. Jadi contohnya mereka membuat, membetulkan jalan, mengorek lubang ini dan mengorek untuk kabel, jadi tidak ada amaran yang cukup. Maknanya apabila tiba-tiba orang memandu, eh! Ada halangan atau lencongan di hadapan itu, dah terlanggar. Jadi benda- benda ini adalah membahayakan kerana kita tidak patuh kepada SOP yang perlu diikuti. Kita perlu ingatkan bahawa pegawai-pegawai kerajaan kita mesti mematuhi perkara ini dan inilah masalah kita iaitu penguatkuasaan yang menjadikan masalah besar. Ada juga kawasan-kawasan perumahan contohnya yang membina bonggol secara sendiri yang tidak mengikut piawai. Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat sahabat saya ini, sakit pinggang. Bukan sahaja sakit pinggang, apabila motor kadang-kadang malam boleh jatuh, accident dan macam-macamlah perkara yang berlaku. Apabila kita turun ke bawah kita pergi lawat orang-orang yang sakit contohnya yang hilang keupayaan, kita tengok mereka menjadi macam vegetable, macam sayur, dengan izin yang hanya terlantar yang memerlukan pampers dan juga menggunakan tiub untuk makanan, susu itu, Pediasure dan sebagainya. Jadi banyak kita tengok bahawa ini adalah akibat daripada accident, kemalangan. Salah satu sebab kemalangan selain daripada kecuaian manusia yang memandu adalah juga kerana kecuaian kita memantau penyelenggaraan jalan dan juga projek-projek yang menyebabkan jalan rosak dan sebagainya. Jadi saya sekali lagi menyatakan usaha ini adalah baik untuk kita improve, dengan izin, ataupun kita, menambah baik penguatkuasaan. Jadi, kenapa kita ada agensi penguat kuasa, kenapa penguatkuasaan lemah? Penguatkuasaan lemah adalah sudah tentunya kerana sikap dan integriti pegawai kita– bukan semua lah, segelintir ada yang tidak betul. Kalau projek itu sudah dapat komisen semua, okey. Jadi maknanya di situ bagaimana penguatkuasaannya. Ambil sahaja secara sambil lewa ataupun menggunakan barang-barang substandard, barang-barang yang dia punya mutu adalah kurang kerana kita sudah menjadi ‘pak angguk’ kerana komisen yang telah didapati. Ini tidak menuduh tetapi inilah masalahnya yang berlaku dalam negara kita. Lagi satu, projek-projek pembinaan contohnya di dalam kawasan Parlimen apabila kerajaan tempatan atau pihak negeri melakukan, kami minta berilah kami pengetahuan, info tentangnya. Hal ini kerana apabila kami tidak diajak berbincang, apabila berlaku masalah Ahli Parlimen juga kena bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Jadi, interaction ataupun perbincangan antara dua hala ini pun perlu diperkukuhkan. Juga apabila berlakunya membina bangunan, membina jalan dan parit yang tidak diikuti SOP nya dengan betul atau peraturan-peraturan yang ada dengan betul maka inilah dia kita hendak membetulkan keadaan maknanya kita sepatutnya bekerja dengan semangat prevention is better than cure, dengan izin. Maknanya kita cegah, bukannya apabila sudah berlaku baru hendak mengubati. Ini amatlah susah kerana apabila perparitan bangunan yang dibuat secara tidak wajar ini, inilah masalah banjir kilat apabila hujan kita sudah susah hati, eh! Kawasan mana hendak banjir, kawasan mana Yang Berhormat hendak dipanggil ini. Kita tidak boleh tidur kadang-kadang malam-malam sebab memikirkan ini. Jadi, dengan langkah ini saya setuju dan saya sokong cadangan ini supaya kita teruskan, kita luluskan cadangan ini dan kita sama-sama menyokong dan menguatkuasakan– penguatkuasaanlah yang perlu ditingkatkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
[Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan Bagan Serai peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta 133 (Pindaan) 1974. Bagan Serai ingin mengucapkan tahniah kepada KPKT kerana telah membawa rang undang-undang ini sebagai yang pertama dalam sesi Parlimen kali ini. Kita membincangkan tentang keselamatan cerun dan juga pembaikan jalan. Pindaan yang akan dilakukan. Saya rasa inilah pindaan yang dilakukan ini adalah tepat pada
masanya. Hal ini kerana diibaratkan seperti sediakan payung sebelum hujan. Akan tetapi sekarang ini sudah musim hujan. Kalau kita dapat lihat tiap-tiap hari dalam seminggu dua minggu ini, hujan setiap hari. Kalau hujan pukul tiga petang sampai tengah malam. Kadang- kadang tengah hari pun hujan. Bila hujan berterusan, hujan tidak berhenti maka kita lihatlah. Maka, wujudlah banjir-banjir kilat. Saya percaya di Parlimen-parlimen yang lain telah wujud. Di kawasan saya ada banjir kilat. Rakyat jadi gelisah dan resah kerana banjir ini meresahkan harta, ternakan dan kalau nasib tidak baik nanti nyawa boleh melayang. Inilah masa dia dan hari ini kita membentangkan pindaan tentang masalah yang pertama kita sedang membincangkan tentang keselamatan cerun. Kalau kita lihat tragedi- tragedi tanah runtuh yang berlaku di Malaysia ini. Kalau di lebuh raya, di jalan-jalan Persekutuan tahun 2015 kajian menunjukkan lebih 700 kes tanah runtuh. Malah JKR, JPS dan Jabatan Meteorologi bekerjasama untuk mewujudkan sistem ancaman awal tanah runtuh yang mana sangat penting. Kita lihat ini terjadinya tanah runtuh ini musim inilah, musim hujan. Musim hujan yang sedang berlaku sekarang ini. Kita tunggu ini sekejap lagi hujan dan kita bimbang apa pula akan jadi. Hal ini kerana pada struktur tanah yang menyerap air, serapan air ini menyebabkan tanah menjadi tepu dan akhirnya lembut dan tanahnya boleh runtuh disebabkan struktur-struktur yang tidak sihat ini. Kita lihat, kita kenang balik kejadian tanah runtuh Highland Towers 1993, 48 orang mati. Lama punya cerita. Kemudian disusuli banyak tragedi tanah runtuh Hulu Langat 2011, 16 orang mati. Anak-anak yatim yang terperangkap dalam rumah itu. Tragedi tanah runtuh Cameron Highlands, ini biasa kita dengar 2011, Sungai Ruil, Brinchang. Enam buah rumah Orang Asli tertimbus. Tiga rumah hilang terus, tujuh orang mati. Seperti yang selalu dan kita dengar banyak kali sudah kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang 2017. Malah banyak yang tidak sangka di atas bukit itu mungkin ada sungai. 14 orang tertimbus. Perkara berlaku dalam satu minit sahaja kerana tanah runtuh.
Baru-baru ini pada bulan April 2018 juga tanah runtuh berlaku di belakang asrama IAB Genting Highlands dan entah apa lagi yang akan berlaku. Seperti tadi ada pembahas yang bagi tahu bila sudah terantuk baru tengadah, bila tanah runtuh, bila rumah runtuh, bila orang mati, bila harta rosak, ah jari tunjuk sini sana. Siapa yang salah? Siapa yang salah? Siapa yang tidak buat kerja, ini tidak ikut SOP, itu tidak ikut SOP perkara yang sama dibincangkan setiap kali bila ada tanah runtuh. Jadi hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kepada rang undang-undang pindaan ini, saya daripada awal lagi sudah hairan kenapa tidak ada takrifan yang jelas tentang cerun ini. Dari dulu lagi takrifan yang jelas – tidak ada takrifan peruntukan khas tentang pemeriksaan berkala. Pemeriksaan berkala, continuously, secara istiqamah membuat pemeriksaan supaya tidak berlaku penyelewengan, tidak berlaku mendapan ataupun pergerakan tanah yang boleh menyebabkan tanah runtuh kehilangan nyawa lagi hari ini. Jadi sebab itu saya kata awal lagi tadi saya ucap tahniah kepada KPKT bila kita membincangkan kecerunan tanah dan keadaan-keadaan yang berlaku dan wujudnya pembinaan rumah di lereng-lereng bukit di tempat cerun yang tinggi. Pemotongan cerun boleh menyebabkan struktur tanah tidak kuat. Jadi kita hairan, kita dengar tadi ada yang mengatakan bagaimana-bagaimana ini diluluskan, bagaimana pemantauan dibuat. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, seksyen 3, seksyen 70, seksyen 85A dan seksyen 9 yang dibentangkan hari ini saya rasa adalah pindaan-pindaan yang penting supaya masa akan datang kita harap dapat mengurangkan risiko insiden kematian, insiden harta benda kerugian yang amat banyak kepada negara. Sebab kalau yang terperangkap itu adalah hafiz Al-Quran maka hilang satu hafiz. Kalau terperangkap dalam rumah itu seorang doktor, seorang lawyer, seorang engineer umpamanya maka hilanglah satu lagi khazanah di negara ini hari ini. Notis bangunan baru ini seksyen 70, perlu diwajibkan ada laporan geo-teknikal kecerunan yang melebihi 25 peratus ketinggian menegak 10 meter tinggi dan perlu ada pemeriksa yang bertauliah, yang buat kerja dia betul-betul. Bukan yang bertauliah tetapi ambil duit dan sebagainya. Pemeriksaan yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Ini yang kita hendak saya dengar perbahasan-perbahasan yang berlaku pada hari ini. Di hujungnya berkata tentang integriti, yang mana bukan sahaja tentang cerun, tentang rumah tetapi apa sahaja kerja yang kita lakukan hari ini.
Apa sahaja sebenarnya kalau kita hendak lihat kebaikan yang akan wujud hari ini. Jadi perlu ada kajian struktur risiko tanah. Hari ini kita dengar berita ada garis panduan, ada SOP, ada garis panduan federal, ada garis panduan negeri, yang mana hendak ikut. Yang mana lebih penting, yang penting adalah jangan berlaku tanah runtuh, jangan ada kehilangan nyawa lagi hari ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pindaan yang kita bincang hari ini ialah pindaan yang sangat-sangat penting – seksyen 85A. Pemeriksaan berkala bangunan lebih lima tingkat dan cerun, ini yang kita hendak tahu ini. Saya tidak tahulah ada kawan saya dia bina rumah, rumah dia di tepi lereng. Saya tanya dia ada pernah cek daripada mana-mana – tidak ada. Saya tidak tahu, KPKT kena cek betulkah ada, banyak sekarang rumah-rumah di sekitar lembah di Kuala Lumpur di merata- rata tempat yang ada bukit-bukit. Di Parlimen saya tidak ada bukit, ada sawah padi dia tidak ada bukit yang tinggilah yang orang buat rumah tepi bukit. Akan tetapi tempat lain ada tidak pemeriksaan berkala malah wujud hari ini yang diklasifikasikan pemunya – tuan punya adakah tuan punya ini pemilik petak bangunan, orang yang bertanggungjawab seperti syarikat pengurusan fasiliti ataupun badan pengurusan bersama. Kalau tidak nanti Tuan Yang di-Pertua bila jadi tanah runtuh, salah siapa? Salah itu, salah ini. Kata orang biar kita bergaduh dulu sebelum terjadi. Sebab itu kita sediakan payung sebelum hujan, jangan terhantuk baru tengadah, jangan sampai nasi jadi bubur baru kita hendak bertelingkah. Sudah terlambat, sudah terlambat. Bisul sudah meletup. Jadi hari ini Tuan Yang di-Pertua saya pindah kepada seksyen satu lagi tentang denda. Kenapa hendak buat denda? Sebab kita hendak motivasi orang buat kerjalah. Sama ada kita bagi dia insentif ataupun kita denda dia. Kalau akta yang sudah begitu lama 74 ini tidak dipinda denda RM500, denda RM500 orang bayarlah tetapi bila denda RM50,000 dia fikir dua kali. Denda RM1,000 dia bayarlah tetapi kalau denda RM100,000 dia akan fikir banyak kali, lebih banyak lagi Tuan Yang di-Pertua kalau denda ini bila dia bayar denda ini kita isytihar dalam media sosial, isytihar dalam media cetak. Inilah orang dia. Jadi lagi kurang orang buat masalah. Dia tiga, satu denda. Denda kena cukup setimpal, cukup garang denda itu. Kedua bagi dia malu sikit, bagi dia malu sikit sebab dia banyak duit isytiharkan inilah juara, you buat salah denda RM100,000 ambil gambar masuk dalam media cetak. Masuk dalam TV. Kita tengok berapa orang berani buat denda. Sebab yang kita sebut hari ini tentang turapan tanpa kebenaran, ini yang saya hendak sebut ini, ini juga berlaku di Parlimen saya. Jalan baru buat, tar masih berasap lagi selepas itu nanti ada orang mari korek lagi, korek, korek, korek lagi. Kemudian repair tidak cantik, bila hujan datang air bertakung, bila air bertakung nanti motor lalu, kereta lalu ada kemalangan-kemalangan jiwa yang berlaku. Ini yang akhirnya akan meragut nyawa, jadi ini pindaan penting. Sepatutnya PBT lebih diberi kuasa, saya bimbanglah bila tentang kata denda ini. Kalau parking ini, silap parking PBT ada saman. Adalah pegawai-pegawai yang datang pemeriksa penguat kuasa. Adakah semua orang bayar saman ini, adakah PBT mengambil tindakan? Saya tidak pernah dengar lagi orang tidak bayar saman PBT bawa ke mahkamah. Saya tidak pernah dengar lagi. Jadi orang tidak takut, saya pernah tengok orang parking tidak bayar kena saman dia ambil dia koyak. Oh, itu berani, cukup berani sebab dia tau apa hendak buat. Inilah perangai manusia yang ada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kena garang sikit Tuan Yang di-Pertua sebab perkara ini serius. Sebab kita takut nanti RM50,000 pun dia tidak takut. Daripada RM500 pergi RM50,000 kita tengok dia berani tidak berani. Jalan yang baru buat tadi di korek, di tebuk, di tampung tidak elok air bertakung. Saman dia, denda dia. PBT kena ambil tanggungjawab. PBT mesti diberi kuasa yang cukup baru orang tidak berani. Tidak kisahlah TNB kah, Telekom kah, LAP kah ini yang kerja korek tanah ini. Jalan baru buat sudah korek. Janganlah, jalan baru janganlah korek. Sama lah juga macam Kerajaan Malaysia Baharu, janganlah korek cepat sangat. Bagilah peluang untuk dia melaksanakan tanggungjawab dia, kemudian boleh tanyalah. Tidak setujukah? Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak merujuk kepada jalan – merosakkan jalan ini. Ini kerana apabila muatan yang melebihi had, muatan yang melebihi had yang lalu apabila jalan cepat rosak. Hari itu jalan sudah bertampung-tampung, PBT datang repair, kemudian datang lagi lori muatan yang melebihi tan yang berat dan merosakkan jalan hari ini dia buat tidak peduli sahaja sebab dia jaga business dia.
Yang ini pun kita hendak jaga hari ini. Ini kerana perkara-perkara ini akan meragut nyawa perkara kecerunan awal adi akan menyebabkan ada orang mati, tanah runtuh, kita rugi, Malaysia rugi. Bukankah Malaysia kita punya? Jadi ini penting jadi pindaan ini adalah pindaan yang sangat penting. Tetapi tentulah pada awalnya jalan mesti berkualiti. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah lihat satu insiden tanah runtuh, satu orang mati.
Buruh binaan Indonesia meninggal dunia, lepas itu orang yang nak buat rumah ini tak jadi buat rumah, dia takut. Dia kata tak ada ong, tak ada ong. Orang nak lalu lalang pun takut, dia kata ada hantu dalam itu. Sebenarnya tak ikut SOP, sebenarnya di kecerunan yang tinggi dan ini benda-benda yang sedang berlaku hari ini. Tuan Yang di-Pertua, rang undang- undang pindaan ini adalah penting kerana insya-Allah, ia akan menyelamatkan nyawa dan memberikan keinsafan dan memberikan kekuatan kepada PBT untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya. Akan tetapi di akhir perbahasan saya ini, saya nak sebutlah sekali lagi yang banyak juga yang telah sebut iaitu tentang penguatkuasaan, enforcement. It must be right from the beginning. Penguatkuasaan dan pengharaman daripada rasuah yang boleh merosakkan segala-galanya. Oleh sebab itu, kalau di PBT itu, ahli majlis itu penting. Lantikan ahli majlis itu penting. Jangan sampai ada ahli majlis tak boleh membaca dan jangan ada kontrak-kontrak di ambil, dilakukan oleh ahli-ahli majlis. Ha ini sebab kena hati-hati sebab ahli majlis ini adalah pilihan daripada parti pemerintah. Tuan Yang di-Pertua, saya pun dah rasa panas ini. [Ketawa]
Dah panjang dah ni.
Mungkin sebab Yang Berhormat Masjid Tanah dah sampai. Yang Berhormat Masjid Tanah akan bahas selepas ini saya rasa. Betul? Tak betul. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya rasa kuat sikit sebab di kanan saya Yang Berhormat Masjid Tanah, di kiri saya Yang Berhormat Jeli. Saya ada kekuatan sikit hari ini. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong dan mengucapkan tahniah sekali lagi kepada KPKT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya dapat senarai, ada lima lagi pembahas. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Batu, kemudian Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput dulu Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam membahaskan pindaan terhadap RUU 133 ini. Seperti mana rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, saya juga ambil kesempatan pada petang ini untuk ucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebab berjaya membentangkan draf pindaan rang undang-undang ini. Bagi saya walaupun pada sesetengah orang bila nampak perkataan cerun, jalan dan sebagainya, dianggap ia sebagai bidang kuasa tempatan yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Akan tetapi jauh lebih penting daripada itu adalah kita yang duduk dalam Dewan yang mulia ini mempunyai tanggungjawab. Tidak boleh memandang remeh terhadap perkataan- perkataan seperti jalan cerun dan sebagainya. Oleh sebab di situlah selalunya musibah berlaku apabila tiada pelaksanaan yang dipantau sepenuhnya dengan standard ataupun piawaian yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, dua perkara penting saya rasa untuk perbahasan hari ini. Satu ialah berkenaan dengan cerun. Kedua, berkenaan dengan kesalahan menaikkan penalti tersebut. Saya mulakan berkenaan dengan cerun tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita memberikan makna ataupun tafsiran terhadap perkataan cerun itu sangat penting. Akan tetapi jauh lebih penting daripada itu adalah apabila tanggungjawab untuk menentukan cerun ataupun untuk mengukur dan sebagainya diletakkan kepada PBT. Apakah PBT kita di seluruh negara dari Perlis ke Johor, sama ada PBT kita mempunyai kemampuan daripada segi kepakaran dan juga mempunyai technical team, pasukan teknikal yang berpengalaman, yang mempunyai kelayakan untuk melakukan kerja tersebut? Saya tidak mempertikaikan kemampuan daripada segi kelayakan tetapi jauh lebih penting adalah memandangkan pindaan ini adalah sesuatu yang baru dan akan meletakkan tanggungjawab tambahan
kepada PBT. Maka dengan itu, saya mohon kepada kementerian KPKT supaya mengambil maklum perkara ini. Apakah kerjasama daripada agensi-agensi yang berkaitan yang mempunyai kepakaran seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan juga agensi lain seperti Jabatan Geologi dan sebagainya? Pakar-pakar dalam bidang geologi daripada IPTA patut terlibat untuk sama-sama kita menggubal sesuatu yang bagi saya akan memastikan pindaan hari ini membawa makna yang sebenar. Kalau tidak, pindaan yang kita buat hari ini saya percaya ia akan diluluskan sebab rakan-rakan di sebelah sana pun rata-rata memberikan sokongan penuh terhadap pindaan pada hari ini. Akan tetapi apabila ia telah diluluskan dan seterusnya diwartakan, apabila datang kepada pelaksanaannya, sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan dan pelaksanaannya akan memberikan makna yang sebenar yang betul-betul memenuhi niat dan juga harapan daripada rakyat Malaysia supaya insiden-insiden yang berlaku, deretan insiden yang telah menghantui kita selama ini daripada waktu saya di sekolah lagi. Peristiwa Highland Towers tahun 90an masih segar dalam ingatan kita. Kita tak mahu perkara-perkara sebegini berlaku lagi di zaman kerajaan baru. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon bukan setakat undang-undang ataupun akta ini dipinda. Akan tetapi jauh lebih penting adalah satu yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak, semua PBT, semua kerajaan negeri yang terlibat. Oleh sebab PBT diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak KPKT. Pihak Majlis Negara bagi kerajaan tempatan juga perlu lebih proaktif memastikan semua PBT, tak kira yang majlis bandar raya, majlis perbandaran ataupun majlis daerah, sama-sama memastikan supaya SOP yang sama dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pihak yang terbabit. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan denda iaitu pindaan terhadap seksyen 39 RUU 133 – Kesalahan Mengubah Turapan Jalan iaitu naik daripada asalnya RM500 kepada tidak lebih daripada RM50,000 dan juga Kesalahan Merosakkan Jalan daripada RM1,000 kepada tidak lebih daripada RM100,000. Tuan Yang di-Pertua, saya cukup setuju dan menyokong sepenuhnya cadangan ini sebab pernah berlaku peristiwa sebelum saya masuk ke Dewan yang mulia ini, lebih kurang enam tahun yang dulu ketika saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan. Saya percaya Yang Berhormat Jelebu yang ketika itu menjadi Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahu perkara ini. Di mana disebabkan satu lubang atas jalan, lubang yang kecil. Dalamnya setakat mungkin enam inci hingga lapan inci tetapi disebabkan lubang tersebutlah satu nyawa melayang, di mana seorang penunggang motosikal yang tak nampak, gelap waktu itu. Jatuh di situ dan di belakangnya terus dilanggar oleh sebuah lori dan mati di tempat kejadian. Masih segar dalam ingatan saya peristiwa tersebut. Ia berlaku pada 12 November 2016, hampir enam tahun yang lalu. Kenapa saya nak sebutkan perkara ini? Perkara ini saya hendak sebutkan di sini sebagai iktibar, sebagai pengajaran untuk semua orang. Bukan sahaja di Seremban, bukan sahaja di bawah Majlis Perbandaran Seremban tetapi untuk semua PBT. Untuk kita ambil berat, untuk kita memandang serius lubang jalan. Selalu kita kata kalau jalan itu berlubang, jalan itu rosak, ini perkara kecil. Jangan dibangkitkan di Parlimen. Ada rakan-rakan saya di Negeri Sembilan yang kata kalau Ahli Parlimen, jangan sebut-sebut benda macam ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa di Dewan yang mulia inilah adalah tanggungjawab kita yang membawa mandat dan suara daripada rakyat yang memberikan mandat kepada kita untuk kita memastikan di semua peringkat, bukan setakat KPKT tetapi Majlis Negara berkenaan dengan kerajaan tempatan, malahan dengan pindaan terhadap rang undang-undang, memastikan jalan raya kita di bawah penyelenggaraan PBT sentiasa dalam keadaan yang sesuai dan boleh dilalui dengan selamat oleh semua pengguna jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon semua pihak yang terbabit supaya akur terhadap arahan yang akan, yang bakal diberikan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya juga minta pihak KPKT supaya memberikan satu arahan yang tegas, satu arahan yang mantap dan menyeluruh kepada semua PBT di seluruh negara...
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, boleh sekejap Yang Berhormat Rasah?
Ya, boleh.
Yang Berhormat Rasah ya? Terima kasihlah. Yang Berhormat Rasah sebut nama saya tadi. Bukan kerana sebut nama saya, saya hendak mencelah. Akan tetapi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Rasah dan juga kementerian. Kita letakkan kesalahan ataupun kekurangan tanggungjawab PBT untuk kesejahteraan rakyat.
Kita harus ingat bahawa undang-undang yang dikemukakan sama ada rang undang-undang ataupun apa pun akta yang dibuat oleh kementerian KPKT tetapi ini tidak terikat kepada PBT. Ini masalah pertama kita kerana ada di kalangan undang-undang yang kita tahu bahawa rang undang-undang dan juga peraturan yang disediakan oleh KPKT lengkap dan cukup baik kalau kita laksanakan di semua peringkat PBT. Akan tetapi ini boleh tidak diterima pakai oleh PBT kerana PBT ataupun pihak berkuasa tempatan terikat kepada pihak berkuasa negeri. Kalau negeri itu tidak pakai rang undang-undang oleh KPKT, maka PBT itu tidak terikat kepada peraturan ini. Ini perkara yang pertama. Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah tentang bajet. Kita harus ingat PBT bukan semua mampu. Majlis Perbandaran Seremban seperti kawasan yang diwakili oleh Yang Berhormat Rasah satu ketika dulu, boleh kita katakan sebagai antara Majlis Perbandaran yang mendapat pendapatan yang mencukupi untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Akan tetapi kita harus ingat beberapa PBT yang income dan pendapatannya tidak mampu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan beberapa perkara untuk kesejahteraan rakyat. Saya hendak cadang ataupun saya hendak tanya Yang Berhormat Rasah, setuju tidak Yang Berhormat Rasah kalau kementerian menaikkan bajet dan peruntukan penyelenggaraan kepada semua PBT sama ada majlis perbandaran ataupun majlis daerah. Itu yang pertama. Kedua, apakah langkah kementerian untuk pastikan semua rang undang-undang dan peraturan KPKT dapat terus diterima dan juga dilaksanakan di peringkat PBT tanpa ada sebarang sekatan dan kekangan daripada pihak berkuasa negeri? Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Dua perkara saya rasa Yang Berhormat sebutkan, yang pertama berkenaan dengan bajet itu, saya memang sokong. Kalau ada bajet yang lebih tetapi ia tertakluk kepada keadaan kewangan negara yang kita tahu kerajaan baharu mewarisi legasi yang tinggalkan banyak hutang kepada kerajaan baharu, jadi tidak boleh buat apa. Keduanya Yang Berhormat Jelebu ada menyebut bahawa kita sedia maklum PBT di bawah kerajaan negeri. Saya mohon semua kerajaan negeri, kita letak dulu ataupun ketepikan perbezaan fahaman politik...
Yang Berhormat Rasah, minta.
Supaya sama-sama – Yang Berhormat Pendang kemudian. Saya jawab ini dulu. So, kita sama-sama untuk kepentingan rakyat walaupun kerajaan negeri yang tidak bersama ideologi dengan Kerajaan Pusat hari ini supaya ketepikan sentimen politik tersebut. Sama-sama menyokong Kerajaan Pusat, sama-sama menyokong KPKT yang ada hari ini untuk sama-sama kita ke arah untuk kesejahteraan semua rakyat supaya semua PBT dapat mematuhi rang undang-undang baru ini yang akan diluluskan. Jadi itu sahaja daripada saya. Saya menyokong usul ini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Batu untuk membahas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas rang undang-undang hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke Parlimen kepada idola saya Yang Berhormat Port Dickson. Saya juga ingin mengucapkan syabas di atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengusulkan rang undang-undang ini demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, perparitan merangkumi subsistem dan sistem penempatan, seperti Yang Berhormat sahabat-sahabat saya tadi yang berbahas. Sistem perparitan mestilah selaras dengan perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Kenapa hal ini sangat penting? Hal ini penting agar sistem perparitan tersebut dapat memenuhi tuntutan keperluan penduduk di sekitar. Daripada pengalaman saya ketika berlakunya banjir kilat di Taman Eastern, Jalan Ipoh pada minggu lalu dan juga semalam, saya mendapati sistem perparitan di situ kelihatan seperti tidak begitu efisien. Air yang mengalir seperti telah dicemari dengan bahan-bahan toksik yang mempunyai warna keruh kelabu asap dan mengeluarkan bau yang kuat seperti gasolin yang disyaki datang dari projek-projek pembinaan di kawasan sekitar terdekat. Sisa toksik dari projek pembinaan tidak seharusnya mengalir ke kawasan perumahan. Perkara ini telah menimbulkan kerisauan para penduduk sebab sisa toksik yang masuk di dalam kawasan tempatan itu adalah satu sisa toksik yang berbau kuat dan penduduk risau bahawa kesihatan mereka telah dicemari. Saya berharap pihak kerajaan dapat membuat pemantauan terhadap pembinaan-pembinaan yang dijalankan agar perkara ini tidak berulang kembali. Tuan Yang di-Pertua, perparitan juga berkait rapat dengan struktur jalan raya. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar sistem saliran di jalan-jalan yang baru diturap juga perlu diberi perhatian. Sistem saliran dan perparitan seharusnya berperanan penting dalam menghalang air dari mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Asas utama dalam sistem perparitan adalah mengalirkan air menuju ke kawasan yang selamat. Akan tetapi apa yang berlaku adalah kondisi jalan yang baru diturap tidak kekal lama kualitinya. Ketika hujan lebat, air hujan tidak mengalir ke saliran yang betul tetapi air bertakung di atas jalan berturap yang baru. Oleh itu jalan tersebut tidak kering dan dengan sempurna dan akhirnya menjadi lembik dan sekiranya kenderaan berat melalui di jalan tersebut maka keadaan permukaan akan menjadi berlopak, lubang bertambah teruk. Banjir kilat yang berpunca dari perparitan yang tidak cekap juga akan menjejaskan struktur jalan raya. Isu jalan rosak dan tidak berturap ini juga banyak berlaku di kawasan-kawasan yang bukan dalam selenggaraan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan. Saya sering kali menerima aduan dari persatuan penduduk dan JMB dari pangsapuri-pangsapuri kos rendah mengenai keadaan jalan di kawasan mereka yang teruk sekali. Rata-rata mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk membaik pulih jalan. Selaku Ahli Parlimen juga kami tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk membantu mereka. Maka saya harap pihak kementerian dapatlah kiranya membantu membiayai mereka untuk turapan jalan melalui tabung khas penyelenggaraan contohnya. Saya juga ingin mencadangkan agar kaedah penurapan jalan di Malaysia ini mengalami evolusi dan tidak lagi menggunakan kaedah konvensional di mana teknologi penurapan yang digunakan sekarang tidak mampu menampung bilangan kenderaan, penumpang dan kenderaan berat yang semakin meningkat serta kepadatan trafik yang tinggi. Jalan raya mestilah melalui piawaian yang ditetapkan agar dapat bertahan untuk tempoh yang panjang. Terdapat pelbagai inovasi penurapan jalan yang menggunakan pelbagai bahan-bahan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dan Fibre Mastic Asphalt (FMA) dan saya yakin pihak kerajaan telah pun membuat kajian terhadap inovasi-inovasi ini dan akan mempertimbangkan untuk diguna luas ke seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu sebelum pindaan berkaitan membina jalan seperti menaikkan kadar denda dilaksanakan, saya memohon agar semua jalan raya terutamanya di dalam kawasan perumahan telah diturap sepenuhnya. Sehingga kini saya boleh berkata kebanyakan taman-taman perumahan di dalam kawasan Batu sudah hampir 10 tahun tidak berturap. Permukaan jalan raya menjadi tidak rata dan sudah naik batu-batu tajam. Bukan saja boleh merosakkan tayar kenderaan, jika kia pakai selipar jepun pun boleh sakit tapak kaki. Rasa seperti berjalan di atas duri. Sering kali saya bertanya pada pihak berkuasa tempatan untuk menurap semula semua jalan tetapi mereka memberikan jawapan kekurangan peruntukan untuk melakukan kerja-kerja. Peruntukan untuk tahun ini yang habis sepatutnya disalurkan kepada rakyat untuk kes-kes sebegini telah hampir habis licin digunakan oleh rejim terdahulu sebelum pilihan raya umum bulan Mei yang lalu. [Disampuk] Benarlah seperti kata-kata Yang Berhormat Menteri kita, “Rumah tersergam indah tetapi perabot di dalam kosong”. Kami Ahli Parlimen Wilayah
juga turut merasai. Saya difahamkan tiada implikasi kewangan kepada kerajaan sekiranya rang undang-undang ini dipinda maka saya sokong sepenuhnya.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk perbahasan pindaan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah membawa isu ini untuk dibincangkan di Parlimen bagi memastikan perkara yang berbangkit sebelum ini dapat diselesaikan. Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti pindaan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang banyak memberi penumpuan terhadap isu cerun. Ini dapat dilihat melalui pindaan seksyen 85A iaitu berkaitan dengan pemeriksaan bangunan secara berkala. Dalam masa yang sama, rang undang-undang ini juga meningkatkan jumlah kompaun terhadap kesalahan seseorang yang mengalih ganti, mengambil tempat atau membuat perubahan kepada tempat dan mana-mana bahan di jalan awam atau kepada pagar atau tiang yang tertakluk di bawah seksyen 39, subseksyen (1), manakala kesalahan merosak dan menyebabkan kerosakan jalan, siar kaki dan kaki lima di bawah subseksyen (2). Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita yang mempunyai iklim tropika yang lembap dan menerima curahan hujan yang begitu banyak lebih-lebih lagi dalam musim tengkujuh yang seperti ini, hari ini, mendorong cerun-cerun yang wujud di negara kita ini menjadi lebih sensitif untuk cepat runtuh. Oleh itulah kita tidak sunyi dengan kes-kes tanah runtuh yang berlaku. Kejadian-kejadian yang berkait dengan keruntuhan cerun seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan daripada Ahli Parlimen sebentar tadi. Beberapa kes yang berlaku yang melibatkan nyawa, yang melibatkan harta benda rakyat. Oleh itulah saya mengharapkan supaya satu penyeliaan yang profesional semasa kerja-kerja pemulihan serta mengambil kira sepenuhnya input geologi dalam kerja pembinaan dan kawalan kestabilan cerun yang ada ini. Oleh sebab itu penekanan terhadap maklumat geologi, geoteknikal amat penting bagi memastikan keselamatan terhadap cerun-cerun yang sedia ada di negara kita pada hari ini. Saya juga melihat pindaan seksyen 70 mengenai notis bangunan baru yang memasukkan subseksyen (c) iaitu berkenaan laporan geoteknikal bagi binaan melibatkan cerun yang mesti mendapat pengesahan pemeriksaan bertauliah yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Ia adalah sangat bertepatan dengan hasrat memastikan penyeliaan secara profesional dilakukan terhadap bangunan- bangunan yang berisiko ini. Tuan Yang di-Pertua, kita juga melihat kadang-kadang kerakusan pembangunan yang dilakukan, pembinaan bangunan-bangunan, dalam kita mengejar pembangunan yang ada ini, kadang-kadang bangunan itu dibina tanpa mendapat kelulusan daripada PBT ataupun pihak teknikal. Kadang-kadang dibina tidak bertepatan dengan syarat yang telah ditetapkan. Inilah mengakibatkan apa yang berlaku sebelum ini. Oleh itu suasana yang ada itu, perkara yang seumpama itu perlu dipantau dengan sebaik-baiknya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mendapat penjelasan berhubung dengan subseksyen 85A, subseksyen (iii) iaitu pada penambahan subseksyen (b). Pihak berkuasa tempatan boleh tanpa menjejaskan kuasanya di bawah subseksyen (iii) melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada pemunya tanah dengan cerun menghendaki cerun itu diperiksa. (i) selepas lima tahun yang bermula dari tarikh pemilikan tanah berkenaan dengan cerun itu; dan (ii) selepas daripada itu, dalam tempoh yang tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh penyempurnaan pemeriksaan yang terakhir.
Oleh itu soalan saya Tuan Yang di-Pertua, beberapa soalan. Pertamanya, apakah pihak kementerian bercadang melaksanakan pemeriksaan tanah dengan cerun secara lebih kerap, khususnya terhadap cerun yang berisiko tinggi dan sangat tinggi ini kerana dalam masa yang sama kita melihat semua Ahli Yang Berhormat bercakap berhubung dengan pemantauan dan isu-isu keselamatan. Apa yang saya nak tahu juga, apakah kepakaran yang cukup ataupun pegawai yang mencukupi untuk membuat pemantauan ini, iaitu yang kita dok bercakap tentang pemantauan-pemantauan, kita bimbang takut kakitangan, pegawai yang tidak mencukupi untuk membuat pemantauan ini. Kedua, sejauh manakah yang ingin saya tahu, apakah kerajaan berhasrat melaksanakan Kajian Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun serta memperbaiki maklumat inventori dan profil cerun-cerun di seluruh negara kita terutama yang kita rasakan tidak selamat ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengharapkan supaya akta yang kita pinda ini, saya menyokong penuh pindaan akta ini tetapi dalam masa yang sama tanpa kita buat pemantauan secara berkala dan proaktif, nescaya objektif yang kita pinda pada pindaan ini tidak akan mencapai objektif yang kita kehendaki. Demi untuk kepentingan negara, demi untuk kepentingan rakyat kita, kita tidak akan mencapai suatu objektif yang baik jika akta yang baik tetapi dalam masa yang sama kita tidak membuat pemantauan yang secukupnya, nescaya natijahnya tidak akan dapat kita kecapi. Oleh itu kita tidak mahu apa yang berlaku sebelum ini apabila berlakunya satu-satu musibah, kemalangan yang berlaku, tanah runtuh dan sebagainya menyebabkan nyawa, harta benda yang berlaku ini menyebabkan kita kadang-kadang masing-masing menuding jari di antara agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan yang terlibat bagi menyatakan orang ini yang terlibat, jabatan yang terlibat masing-masing tidak mengaku, pihak yang masing-masing tidak mengaku keterlibatan mereka dalam setiap perkara, tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya apa yang kita bincangkan ini dapat kita laksanakan dengan sempurna dan penyelarasan di antara agensi-agensi kalau melibatkan PBT, negeri dan peringkat pusat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya, kita harapkan supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan baik. Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Seterusnya saya menjemput pembahas yang keenam belas. Yang Berhormat Kampar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil langkah untuk mengubah undang-undang ini agar kami dapat mencegah kejadian-kejadian keruntuhan cerun berlaku yang mana ia sering melibatkan kehilangan nyawa dan juga kerosakan harta benda. Saya amat tertarik bila akta ini akan berkuat kuasa di seluruh negara selepas rundingan dengan pihak berkuasa negeri. Akan tetapi ada satu isu yang saya ingin nak bangkitkan di sini iaitu saya hendak tahu apakah rasionalnya dalam akta ini di mana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk mengecualikan mana-mana bahagian ataupun mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana peruntukan akta ini. Maknanya kita memberi kuasa, walaupun sudah digubal tetapi pihak berkuasa negeri ada budi bicara untuk tidak melaksanakan hasrat kerajaan ini. Lagi membimbangkan saya adalah ia juga memberi pihak berkuasa negeri kuasa untuk meluaskan mana-mana atau kesemua peruntukan akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan dan bahagian mana-mana kawasan dalam negeri yang bukan di mana pihak berkuasa– dalam di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Adakah ini bermakna mereka mempunyai kuasa untuk tidak memakai akta ini di mana ia tidak melibatkan pihak berkuasa tempatan di kawasan itu.
Jadi, adalah penting kami menggubal undang-undang yang mana ia dapat dan akan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri ini juga perlu mempunyai had dia. Jadi itulah satu isu yang amat saya hendak tahu mengapa rasional untuk pengecualian ini. Tuan Yang di-Pertua, akta ini adalah satu akta yang amat baik terutamanya penggubalan meminda seksyen 85A di mana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk membuat pemeriksaan berkala di mana sekarang juga terkandung untuk pemeriksaan tuan punya tanah dengan cerun setiap lima tahun di mana ia di bawah fasal 5 dalam akta pindaan ini. Ini adalah satu langkah yang baik kerana ia akan dapat mencegah daripada kejadian keruntuhan cerun sebelum ia berlaku atau pun terlambat. Akan tetapi, apa yang hendak saya tahu adalah pemeriksaan berkala ini siapa yang akan menjalankannya? Maknanya, adakah pihak berkuasa tempatan setiap kawasan mempunyai kemampuan ataupun kepakaran untuk memastikan pemeriksaan dijalankan seperti mana yang diniatkan? Ini adalah amat penting kerana seperti mana yang baru dihujahkan oleh Yang Berhormat Kemaman, adakah PBT-PBT berkenaan mempunyai kemampuan ataupun pegawai-pegawai yang memang mempunyai kepakaran tersebut? Sebab, ia memang adalah satu isu yang teknikal dan tidak ramai orang yang boleh faham isu-isu teknikal apabila ia menghendaki cerun itu diperiksa dari segi kestabilan tanah dan juga lain-lainnya. Jadi ini adalah isu yang hendak saya bangkitkan di sini. Saya juga hendak bangkitkan di sini, saya rasa selain daripada pemeriksaan berkala setiap lima tahun ini, pihak PBT juga perlu diberi kuasa untuk memeriksa cerun-cerun ataupun bangunan yang berada dalam keadaan yang hampir runtuh dan berbahaya di mana kuasa di bawah seksyen 83 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ini hanya melibatkan bangunan. Jadi, kita tidak meminda seksyen 83 untuk memasukkan cerun. Jadi adakah PBT tidak mempunyai kuasa membuat pemeriksaan secara ad hoc ataupun secara random, dengan izin? Ini adalah amat penting sebab kalau tidak ada kuasa PBT untuk berbuat demikian, seperti mana ada aduan daripada orang ramai mengenai cerun-cerun ataupun bangunan yang berbahaya— untuk cerun ini, PBT tiada kuasa untuk mengeluarkan notis, tetapi untuk bangunan, memang ia terkandung dalam seksyen 83 akta asal. Jadi saya harap PBT juga diberi kuasa untuk memeriksa cerun jika mereka menerima aduan-aduan daripada mana- mana pihak sekalipun. Jadi ini adalah isu juga yang telah saya nampak perlu diperhalusi juga. Cerun-cerun ini, salah satu faktor utama menyebabkan cerun runtuh adalah kerja- kerja mengorek tanah di tapak pembinaan yang berhampiran. Maknanya, apabila sesuatu bangunan ataupun projek dijalankan, memang cerun itu adalah stabil, tetapi disebabkan pembangunan di sebelahnya menyebabkan insiden keruntuhan cerun berlaku. Jadi adakah kita dapat mengatasi masalah seperti itu? Maknanya, adakah PBT perlu mendapat satu laporan geoteknikal seperti mana yang dimaksudkan di sini? Ataupun mereka tidak perlu sekiranya pembinaan yang berhampiran tiada melibatkan cerun-cerun? Jadi ini adalah isu-isu yang penting perlu kita halusi juga. Memang ini adalah satu langkah yang baik apabila dalam akta ini ia dikehendaki untuk membuat satu laporan geoteknikal untuk kejuruteraan yang berhubung dengan sifat tanah dan batuan yang termasuklah jenis keadaan profil, reka bentuk, struktur, penstabilan cerun dan kerja-kerja pemetaan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu isu yang amat-amat teknikal, yang mana saya difahamkan hanya jurutera geoteknikal yang bertauliah boleh memberi laporan ini. Dan laporan ini adalah mahal untuk disediakan kerana ia melibatkan kepakaran yang tertentu terutamanya dari segi penstabilan cerun dan juga yang dikatakan ‘shape circle report’. Ini untuk kebanyakan orang, kita tidak akan faham reports yang akan disediakan. Jadi saya hendak tahu, bagaimana kesemua PBT ini mereka mempunyai kemampuan ataupun kepakaran dari segi pegawai mereka untuk memastikan pelaksanaan syor-syor ataupun pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh geoteknikal engineer ini dalam laporan tersebut?
Tidak ada gunanya kami ada satu undang-undang di mana satu laporan diperlukan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan kepakaran. Saya tidak bermaksud untuk memandang rendah mana-mana pihak PBT, tetapi memang ini adalah isu yang perlu kami bangkitkan dan kami ingin tahu sama ada kita ada kepakaran di setiap PBT untuk memastikan laporan geoteknikal ini dapat dilaksanakan ataupun pandangannya diberi perhatian dengan sewajarnya. Jadi ini adalah isu yang penting yang perlu kami pertimbangkan dalam penggubalan akta ini sebab kami tidak ingin satu akta yang digubal kemudiannya tidak dapat dilaksanakan. Itu adalah hasrat kerajaan untuk memastikan keruntuhan cerun tidak berlaku. Jadi salah satu langkahnya adalah dapatkan laporan geoteknikal ini dan laporan ini dapat digunakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu bukan sahaja dari segi kecerunan ini yang perlu kami pertimbangkan dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya, salah satu masalah yang besar adalah banjir kilat. Ini kerana perancangan yang tidak rapi dijalankan dan apabila pembangunan-pembangunan pesat berlaku, maka sekitarnya banjir kilat berlaku kerana sistem perparitan tidak dapat menampung pembangunan-pembangunan ini. Kita nampak kejadian baru-baru ini di Puchong, banjir kilat itu berlaku dengan begitu cepat dan air naik ke atas dan masuk di dalam kereta yang langsung tidak ada peluang untuk dielakkan. Ia disebabkan oleh pembangunan- pembangunan yang pesat yang telah dijalankan. Juga baru-baru ini di Bandar Baru Selatan di Kampar juga banjir kilat berlaku kerana longkang sedia ada tidak dapat menampung air yang mengalir daripada kawasan sekitar yang kemudiannya dibangunkan. Jadi saya rasa ini semua perlu dihalusi oleh PBT apabila mereka meluluskan projek- projek yang kemudiannya dan patut diberi perhatian adalah sistem perparitan yang sesuai untuk menampung air-air yang akan mengalir daripada perumahan-perumahan yang baharu ini. Akhirnya satu lagi isu yang penting saya hendak bangkitkan di sini adalah permasalahan penyelenggaraan di antara jalan persekutuan dengan jalan negeri. Di dalam kawasan saya, terdapat satu kes di mana sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah ia terletak di tepi jalan persekutuan dan memang satu hakikat di mana ia amat bahaya terutamanya apabila murid-murid pergi dan balik dari sekolah. Banyak kemalangan yang telah berlaku. Jadi saya memohon agar satu bonggol dibina di kawasan tersebut untuk memperlahankan kereta yang melalui jalan tersebut. Akan tetapi, saya dimaklumkan bahawa jalan persekutuan tidak boleh dibina bonggol. Walaupun ia di dalam kawasan Malim Nawar adalah sebuah kampung, tetapi bonggol tidak dapat dibina. Jadi, pihak PBT adalah terikat. Masalah keselamatan tidak dapat diselesaikan. Jadi saya harap JKR ataupun pihak PBT diberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah keselamatan kerana ia adalah amat penting, ia melibatkan nyawa dan juga akan menyebabkan kecederaan jika kemalangan berlaku. Jadi saya harap isu ini juga dapat dipertimbangkan apabila kami membuat pindaan kepada akta seperti ini. Dengan itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang untuk membahaskan pindaan ini. Saya menyokong penuh pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada pihak Kementerian PKT yang cuba merangka satu rang undang-undang yang lebih berkesan semata-mata untuk mewujudkan situasi yang lebih baik terutama sekali di kawasan-kawasan bandar yang ada di dalam negara kita.
Petang ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan perlu kita mewujudkan satu power sharing ataupun satu sistem yang baharu dalam negara kita yang membabitkan PBT dengan pihak berkuasa yang lain terutama sekali Kementerian Dalam Negeri. Ini kerana isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum daripada ini hampir kesemuanya berfokus kepada kejayaan kita untuk menguatkuasakan perundangan yang
ada. Saya mengharapkan perundangan yang bakal kita akan luluskan ini benar-benar memberi kesan yang paling positif kerana apa yang disebut sebelum daripada ini, semuanya membabitkan nyawa. Sistem perparitan dan yang lain boleh meragut nyawa, yang pertama. Keduanya, ia boleh menimbulkan situasi yang tidak senang dalam kalangan rakyat yang menggunakan jalan, yang mengharapkan kepada sistem perparitan yang baik tiba-tiba berlaku banjir kilat dan seumpamanya. Jadi di sana saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya diwujudkan satu sistem yang lebih berkesan yakni gabungan di antara PBT dengan pasukan polis dan seumpamanya. Ini kerana banyak situasi kadangkala kalau berlaku jalan yang pecah atau parit yang ditimbus oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab...
Boleh minta sikit?
Seolah-olah tidak ada satu pemantauan yang cekap ataupun tindakan yang cekap datang. Kadang-kadang PBT, kita tidak nafikan kuasa yang diberikan kepada mereka sangat terhad. Senjata mereka tidak boleh bawa...
Yang Berhormat Pasir Puteh. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Akan tetapi kalau Polis Diraja Malaysia yang datang, Insya-Allah situasi itu berbeza. Jadi kalau diwujudkan satu sistem centralized antara pihak PBT dengan pasukan polis dalam isu ini, saya rasa ia lebih berkesan.
Yang Berhormat Pasir Puteh boleh sikit...
Yang Berhormat Jelebu minta laluan Yang Berhormat, boleh?
Boleh sekejap Tuan Yang di-Pertua? Sekejap sahaja.
Sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat Tuan Yang di-Pertua perbahasan kita fasal KPKT ini seolah- olah there is no any end up dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Pasir Puteh kata bahagian pemantauan, penguatkuasaan dan juga enforcement kita, ini masalah utama kita Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita salahkan rejimlah, hutang banyaklah, ini tidak selesai masalah rakyat. Apa yang penting bagaimana kita hendak solve masalah ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pasir Puteh setuju atau tidak selain daripada kita cukup bajet sebenarnya. Dahulu ketika Kerajaan Barisan Nasional, kita ada MARRIS, kita ada peruntukan selia senggara, kita ada peruntukan pihak berkuasa negeri dan sebagainya. Akan tetapi masalah-masalah masih perkara yang sama. Saya sokong dan setuju dengan Yang Berhormat Pasir Puteh bahawa pemantauan dan juga enforcement itu perlu dilipatgandakan. Bagaimana kita hendak upgrade ini? Setuju tidak Yang Berhormat Pasir Puteh kalau KPKT mengambil satu lagi undang-undang, bawa rang undang-undang ke Dewan ini supaya semua enforcement staff di peringkat PBT kita boleh pindahkan. Di tempat saya Yang Berhormat Pasir Puteh, ada satu penguat kuasa masuk kerja umur 18 tahun, sekarang ini sudah umur 58 tahun post yang sama, penguat kuasa. You just imagine dengan izin Tuan Yang di-Pertua, puluhan tahun – 40 tahun bekerja post yang sama, tempat yang sama, bukan sahaja cerun setiap lubang dia sudah kenal Tuan Yang di-Pertua. Ini jadi masalah dia. Setiap lubang dia sudah tahu mana lubang yang elok, mana lubang yang tidak elok dan mana tempat yang elok dan mana tempat yang tidak elok Yang Berhormat Pasir Puteh. Setuju tidak kalau misalnya kita minta KPKT, minta kerajaan supaya ubah akta ini penguat kuasa boleh tukar. Kalau tidak daripada negeri ke negeri, daerah ke daerah pun saya fikir itu akan banyak menyelesaikan masalah enforcement. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelebu. Saya harap ucapan daripada Yang Berhormat dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat realiti pembangunan yang ada di dalam negara kita yang saya tekankan perlunya wujud centralized dalam isu ini. Kita lihat jalan raya dua hari dibina dengan kos yang tinggi. Tiba-tiba hari ketiga, hari keempat ada jabatan lain datang korek. Kemudian ditimbus kawasan ini balik, tentunya timbus balik ini menimbulkan masalah yang besar sebab ditimbus oleh kontraktor. Dia hendak keuntungan yang paling lumayan. Sepatutnya ditimbus tar itu enam inci sebagai contoh, ditimbus tiga inci. Apabila kereta lalu ia pecah dan ia membabitkan boleh meragut nyawa rakyat di dalam negara kita. Oleh sebab itu saya tekankan isu perparitan, isu-isu jalan, isu pembangunan yang membabitkan pihak berkuasa tempatan diselaraskan dengan pihak berkuasa yang lain, dan diwujudkan satu sistem pembangunan yang lebih cekap supaya Insya-Allah wang kerajaan yang menjadi wang rakyat ini tidak berlaku pembaziran dan tidak berlaku hilang duit rakyat begitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh di sini iaitu berkenaan dengan bangunan. Bangunan yang dibina dalam negara kita alhamdulillah pesat. Cumanya kadangkala apabila bangunan ini tidak terkawal selepas daripada CF dikeluarkan. Ada rumah teres dua tingkat setahun dijual, ia naik tiga tingkat. Pihak berkuasa kadang-kadang memberi kelonggaran benda seumpama ini. Saya suka mengambil contoh beberapa negara seperti Jepun, Korea. Mutakhir ini kita lihat mereka tidak membenarkan benda ini berlaku kerana ia memberi kesan yang banyak. Satunya kesan sosial, kawasan yang semua rumah satu tingkat tiba-tiba yang corner lot dia duit banyak dia naik tiga tingkat. Dia dengan bangganya, ego dia seolah-olah dia tunjuk bahawa dia paling kaya dalam taman ini. Ini satu benda yang tidak elok. Bahkan dalam beberapa negara kita lihat color rumah ini dikawal selia oleh pihak kerajaan tempatan. Dalam negara kita kadang-kadang kita lihat macam-macam color. Ada color hitam, ada color putih, ada color kuning. Kemudian datang pula yang jenis bersemangat, color oren pula. Macam-macam ia timbul. Jadi kadang-kadang color ini pun ia menyakitkan mata kalau kita lihat. Itu satu benda dan benda ini kalau dikawal selia oleh pihak KPKT terutamanya, maka ia lebih ceria bandar kita, kawasan kita lebih ceria. Ketiga yang ingin saya sebut iaitu berkenaan dengan bangunan-bangunan yang lama yang ada di kawasan-kawasan bandar yang besar. Kalau di Ampang saya minta supaya MP Ampang selaku Menteri KPKT cuba ambil sedikit. Sebagai contoh, The Chancellor Condominium di Taman Kosas. Kondominium ini tinggi daripada jarak 10 kilometer kita sudah dapat lihat. Kalaulah bangunan ini catnya sudah luntur, ada hitamnya, ada putihnya tentunya menyakitkan mata. Saya tidak ingin pohon satu peruntukan penuh untuk dicat semula bangunan ini. Akan tetapi kalau pihak kerajaan boleh mengeluarkan sedikit peruntukan bagi memberi dorongan kepada pihak pengurusan supaya pihak pengurusan ini dia boleh color dengan baik, dengan saya sebut bahasa bergurau. Kadang-kadang saya lalu di bangunan-bangunan besar, dengan color ia yang bertampung-tampung, kadang-kadang saya nampak muka MP Ampang rasanya tidak sedap sebab tuannya yang jelita. Kalau nampak di bangunan yang color-nya sudah rosak.
Akan tetapi jika dilihat wajah MP Ampang di bangunan yang indah, baru, insya-Allah bukan sahaja indah, dia boleh menang dalam pemilihan ini dan insya-Allah, kalau berlaku pertukaran kerajaan pun, dia boleh kekal sebagai Menteri, insya-Allah. Kita bergurau. Jadi yang bergurau, itu bergurau tetapi macam canselor kondo di Taman Kosas itu, saya rasa perlu diambil sedikit tindakan, barangkali diberi sedikit peruntukan supaya pihak pengurusan ini dapat cat dengan colour yang lebih ceria kerana kalau saya ingin sambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat sekejap tadi berkenaan dengan barangkali kekangan kewangan. Saya sangat memahami kewangan yang...
Yang Berhormat...
...Yang dihadapi oleh pihak kerajaan...
Yang Berhormat, antara colour yang di– ada specification of colours kah Yang Berhormat hendak cadangkan kepada colour hijau kah? Boleh? Colour biru muda kah, boleh kah?
Kalau colour ini, kita boleh campur, boleh campur tetapi base dia hijau lah. Petang-petang kita bergurau sedikit tidak apa. Okey, berkenaan dengan kekangan kewangan. Saya bukan ingin mengkritik mana- mana pihak, bukan saya ingin sebut kerajaan dahulu begini, kerajaan sekarang begini tetapi kita bercakap dengan rasional. Kewangan negara ini kita sebagai sebuah kerajaan yang kita mempunyai kekuatan, kita ada sumber kita sendiri dan kita ada kekuatan untuk menarik pelabur luar dan seumpamanya sebagaimana negara-negara lain. Singapura yang tidak ada getah, tidak ada kelapa sawit, tidak ada apa tetapi dia boleh berdiri sendiri dengan teguh. Indonesia yang kita melebihi mereka. Kita ada petroleum, kita ada gas, kita ada macam- macam dan begitu juga negara-negara membangun yang lain. Apa yang ingin saya sebut iaitu lah kecekapan kita untuk mengurus bagaimana kita hendak mengolah untuk menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Saya sangat seronok kalau saya mendengar Menteri-menteri bercakap kita berjaya menarik pelabur- pelabur daripada negara sekian, sekian dan jangkaan tahun sekian, sekian kita memperoleh sekian bilion-bilion. Akan tetapi dengan dukacita, kalau kita– saya sebut ini bukan simpati kepada sesiapa tetapi kalau kita tuding jari kepada orang lain tanpa kita tuding jari kemampuan yang ada kepada kita, ini pun satu benda yang harus kita muhasabah. Negara kita ini adalah tanggungjawab bersama untuk kita bina dan saya sekali lagi menyebut sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan sebelum daripada ini, kami daripada barisan pembangkang, Bebas dan seumpamanya, kita anytime kita bersedia untuk membantu negara sekiranya diperlukan buah fikiran dan seumpamanya. Rakan-rakan daripada UMNO-Barisan Nasional, mereka mempunyai pengalaman yang banyak di dalam pemerintahan, macam mana hendak tarik pelabur dan jangan sekali- kali jadi gap kepada kita apabila bertukar kerajaan. Maka kita ketepikan rakan-rakan kita yang lama, ini saya kira satu sikap tidak membina negara dan saya mengharapkan, insya-Allah. Saya tidak seronok dengar apabila ada satu benda, kita kekangan kewangan, kita kekangan kewangan sedangkan kita kerajaan, kita boleh mencipta. Kita boleh tarik pelabur, kita boleh mencipta macam-macam kerana kita ada negara, kita ada sumber, kita ada hasil, kita ada macam-macam. Jadi benda ini perlu diolah dengan baik dan sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada KPKT yang berjaya membentuk satu perundangan yang lebih baik untuk masa depan negara kita. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sekarang saya menjemput pembahas yang terakhir dalam senarai ini, Yang Berhormat Petaling Jaya silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyambut baik pindaan yang diperkenalkan melalui RUU Jalan, Parit dan Bangunan oleh KPKT. Isi ini terutamanya penting bagi kawasan cerun berisiko tinggi. Di Selangor sahaja, jumlah kawasan cerun berisiko tinggi agak besar. Di MBPJ, kita dapat 13 tempat. Saya mengucapkan tahniah kepada KPKT kerana mengutamakan keselamatan rakyat. Saya ada beberapa isu yang perlu saya bangkitkan. Isu yang pertama ialah kajian ke atas penambahan kos dan masa bagi mendapatkan kelulusan daripada PBT. Perkara yang patut dikaji oleh kerajaan adalah jangkaan masa dan kos untuk pemaju untuk mendapatkan kelulusan disebabkan penambahan syarat pada laporan geoteknikal yang dikemukakan kepada PBT. Hal ini wajar dikaji kerana mungkin proses ini akan memberi kesan kepada usaha kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi golongan B40 dari aspek masa dan kos.
Impak ini mungkin akan dirasai oleh golongan miskin bandar yang rata-rata tertumpu di Selangor dan Kuala Lumpur. Saya telah difahamkan bahawa sesetengah projek pembangunan di MBPJ telah menunggu untuk mendapat kelulusan pembangunan bertahun- tahun, walaupun syarat yang ditetapkan telah dipatuhi. Kerisauan saya ialah keperluan laporan ini mungkin melanjutkan lagi tempoh untuk mendapatkan kelulusan. Saya harap proses kelulusan oleh setiap PBT boleh dilakukan dengan lebih efisien serta garis panduan disediakan dan dihebahkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya diselaraskan di semua PBT. Sila mohon cadangan dipertimbangkan. Isu yang kedua ialah JMB. JMB rumah kos rendah mempunyai masalah kewangan yang besar. Masalah yang selalu dihadapi oleh JMB adalah kadar kutipan operasi dan penyelenggaraan, maintenance fees yang rendah serta pengurusan JMB yang tidak cekap dan kurang akauntabiliti. Hal ini menyebabkan masalah penyelenggaraan kritikal, bekalan air dan tenaga elektrik kerap dipotong akibat kegagalan pihak pengurusan untuk membayar bil. Sistem perparitan (sewage) pula tidak diselenggarakan, not maintained dan jalan-jalan gagal untuk diturap kerana kekurangan dana. Dalam jangka masa panjang, masalah-masalah ini akan menyebabkan penurunan nilai harta tanah dan sedikit sebanyak menyebabkan jurang antara miskin dan kaya semakin membesar. Masalah ini sangat berat memandangkan lebih daripada 20 peratus atau lebih enam juta penduduk kini tinggal di bangunan berstrata. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah kewangan JMB termasuklah tahap kemiskinan yang tegar, ketidakupayaan JMB dari segi kemahiran, pengurusan dan kewangan. Soalan saya, sekiranya denda akan dinaikkan ke maksimum RM500,000 adakah kerajaan mempunyai dasar atau langkah bagi memperkasakan JMB di pangsapuri kos rendah dan untuk memberi taklimat kepada mereka bagaimana pindaan ini akan membawa impak kewangan kepada JMB pangsapuri. Selain itu, saya ingin mencadangkan supaya memperkasakan JMB yang melibatkan KPKT dan Commissioner of Buildings (COB) dan ini perlu dilaksanakan. Setiap JMB wajib menyediakan yearly operation budget. Pengurusan perlu tahu kos operasi untuk menyelenggarakan dan menguruskan harta tanah. Setakat ini kursus yang diadakan oleh COB tidak memadai dan hanya dihadiri oleh orang yang sama. KPKT dan COB perlu meningkatkan usaha outreach kepada JMB dan mengetatkan tahap penyeliaan akaun.
Setiap JMB perlu mempunyai sinking fund forecast untuk kerja pembaikan, cat dan sebagainya. Sistem e-Management perlu diwujudkan bagi mengurangkan beban pengurusan kepada JMB. Pemeriksaan bangunan setiap 10 tahun. Terdapat banyak pangsapuri kos rendah di Petaling Jaya yang kini semakin terabai dan tiada usaha tertumpu daripada PBT atau KPKT untuk menangani masalah ini. JMB tidak berfungsi dan infrastruktur semakin merosot. Contohnya, Taman Desa Ria di PJS 5. Pemerkasaan komuniti setempat perlu dilaksanakan, mereka mesti mengambil peranan aktif dan mengambil tahu tentang peranan JMB. Apabila pemilik unit strata mengetahui kewajipan dan tanggungjawab mereka berkaitan dengan kehidupan strata, masalah seperti kutipan caj penyelenggaraan dan pulangan, vandalisme kemudahan umum dan sebagainya dapat diselesaikan dengan lebih senang. Untuk memupuk semangat kemasyarakatan, program-program kegiatan sosial dan gotong-royong dapat diadakan bersama dengan pihak berkuasa tempatan. Secara keseluruhan, saya menyokong rang undang-undang ini. Namun, dari segi penguatkuasaan, kita tidak boleh mengabaikan nasib penduduk miskin bandar yang terpaksa menghadapi kesukaran dalam mematuhi peraturan-peraturan. Kerajaan perlu menyediakan satu rangka bagi memperdayakan masyarakat setempat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Satu pendekatan yang holistik perlu diambil bagi memastikan golongan berpendapatan rendah yang tinggal di pangsapuri kos rendah tidak diabaikan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Tiada lagi kan? Ya, silakan.
Alhamdulillah seramai 18 Ahli Dewan Rakyat telah mengambil bahagian dalam membahas Rang undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018 dan dua percelahan daripada Yang Berhormat Jelebu dan juga Yang Berhormat Pendang tadi. So, pada keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa semua pembahas-pembahas memberi sokongan terhadap pindaan undang-undang yang dibawa oleh KPKT, terima kasih dan syabas. Ucapan-ucapan yang telah diberikan adalah ucapan yang menyokong dan memberikan contoh-contoh, akibat-akibat apabila pemantauan cerun lemah ataupun penguatkuasaan dari segi yang ada lemah, maka banyak kejadian-kejadian telah di sebut. Contoh seperti Highland Towers, kawasan saya sendiri adalah kawasan Ampang, kawasan cerun, hotspot. Banyak kes-kes tanah runtuh yang terjadi dan banyak juga kemalangan juga yang terjadi. Jadi, walau bagaimanapun ada juga pembahas-pembahas atau Ahli-ahli Yang Berhormat yang membawa isu-isu yang tidak berkaitan dengan pindaan undang-undang. Akan tetapi saya kira tidak sebanyak sedikit adalah sedikit menyentuh dengan secara tidak langsung akta yang kita hendak pinda pada hari ini. Jadi, saya ingin juga menyebut tentang isu-isu yang di bawa, isu-isu banjirlah, isu longkanglah, isu perparitan yang juga yang tidak ada kena mengena secara terus dengan pindaan pada hari ini. Namun demikian, ia juga diambil kira dalam kita cuba menyelaraskan agar pindaan akta ini dapat dikuatkuasakan dengan baik dan dapat dilaksanakan dengan baik. Saya hendak mulakan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang membangkitkan tentang– ini Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Kota Tinggi ini dahulu Menteri KPKT dan Timbalan Menteri KPKT. Jadi, mereka amat tahu tentang latar belakang penggubalan undang-undang ini, alhamdulillah cuma dia hendak tanya saya soalan, dia sahaja hendak test sedikit kah, tidak apalah. [Ketawa] Jadi, mereka membawakan isu tentang pindaan ini terbabit kepada jalan-jalan yang di bawah kelolaan PBT. Jadi, bagaimana jalan-jalan yang di bawah kelolaan pihak KKLW, luar bandar, JKR, jalan JPS dan sebagainya. Jadi, akta ini hanya tertakluk kepada jalan-jalan yang dikelolakan oleh PBT. Namun demikian, pihak negeri yang dikuatkuasakan, yang diturunkan polisi ini kepada pihak negeri dan juga PBT, mereka mempunyai hak untuk mewartakan undang-undang ini di jabatan-jabatan yang lain yang melibatkan kementerian- kementerian yang lain. Jadi, pihak KPKT juga telah mengadakan Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang mana Exco-exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dengan pentadbiran kerajaan tempatan telah hadir dalam mesyuarat pembentangan ini. Mereka bersetuju untuk mengangkat pindaan ini ke PBT masing-masing. Tidak kiralah daripada kerajaan pembangkang dan juga kerajaan daripada Pakatan Harapan, mereka bersetuju untuk bersama-sama menjayakan akta ini. Saya kira dengan ada persetujuan mereka dalam mesyuarat itu, mereka akan bawa ke peringkat negeri untuk diwartakan akta ini di peringkat negeri masing-masing dan juga di PBT masing-masing, di mana meliputi jalan-jalan luar bandar, jalan-jalan JKR dan juga jalan-jalan negeri juga. Jadi, sebagai agensi atau kementerian yang bertanggungjawab menggubal dasar ini, insya-Allah kami juga akan berusaha untuk memastikan bahawa PBT-PBT, kerajaan- kerajaan negeri dan orang awam juga mengambil maklum juga tentang pindaan akta ini agar semua pihak boleh memainkan peranan, pelaksanaannya akan dapat dijalankan dengan baik dan penguatkuasaannya juga akan dapat kita pantau dan dapat dikelolakan dengan baik. Seterusnya, Yang Berhormat Tanjong Karang tanya tentang apakah tindakan kalau kontraktor tidak lunaskan tuntutan? Mereka boleh bawah ke mahkamah kes ini untuk kos pembaikan daripada kontraktor. Yang Berhormat Kota Melaka membawa isu tentang– mana Yang Berhormat Kota Melaka? Sudah balik. Okey, pelaksanaan bangunan tidak mengikut garis panduan, yang ini tidak ada...
[Bangun]
Sila.
Saya amat memahami masalah yang Menteri hadapi ini. Apabila PBT ini ia ada autonomi sendiri. Saya hendak tanya perancangan Yang Berhormat Menteri. Macam mana hendak menyelaraskan peraturan? Oleh kerana kita sedia maklum bahawa pihak KPKT melalui pelan Malaysia memang ada garis panduan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi. Akan tetapi di beberapa negeri seperti Selangor, termasuk juga Penang. Penang ini pun ia ada satu garis panduan sendiri, Safety Guidelines for Hillside Development 2012. Jadi Yang Berhormat Menteri, negeri-negeri yang ada panduan sendiri ini, ia tidak hendak ikut arahan daripada kita ini. Jadi, itu yang saya kata berlaku tanah runtuh dekat Penang ini sebab kerajaan negeri guna autonomi. So, macam mana langkah yang Yang Berhormat Menteri tengah fikir ini supaya semua ikut arahan KPKT ini?
Oleh sebab itu macam saya sebut tadi, dalam Mesyuarat MMNKT, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Selangor bersetuju untuk mengangkat pindaan ini. Dengan ada pindaan ini, maka segala pembangunan yang dibuat di cerun, yang 25 peratus dan ketinggian 10 meter, mereka kena mendapatkan laporan geoteknikal dan harus mendapatkan second opinion daripada jurutera yang bertauliah. Jadi, dengan adanya pindaan akta ini, makanya ia akan dapat mengawal pihak-pihak PBT yang membuat keputusan melanggar undang-undang ini. Jadi, ini memang kita harap dengan adanya undang-undang ini, PBT-PBT yang selama ini tidak mengikut peraturan, mengikut garis panduan pelan Malaysia, mereka boleh– kita boleh ambil tindakan dengan menggunakan akta ini. So, Yang Berhormat Kota Melaka tadi menyebut tentang isu buffer zone. Ini ditekankan di bawah pelaksanaan OSC, PBT. Jadi, banyak isu-isu yang dibawakan tadi adalah isu-isu yang penguatkuasaan daripada pihak PBT. Oleh sebab itu saya rasa– namun demikian, pihak KPKT mendengarnya. Jadi, kita cuba lihat bagaimana kita boleh memperkukuhkan dan memantapkan lagi pelaksanaan polisi-polisi yang telah dibuat oleh kementerian tetapi tidak dilaksanakan di peringkat negeri.
Yang Berhormat Kubang Kerian bertanya tentang denda ditentukan oleh PBT. Tadi dia minta jangan ada capping, dia kata. Kalau ada capping nanti lain kali hendak buat undang- undang lagi hendak kena tukar lagi dan sebagainya. Setiap undang-undang mesti ada capping, tidak boleh terbuka sahaja macam itu ya. Jadi kita kali ini kita capping, RM50,000 satu dan yang satu lagi ialah RM100,000. Ini ditentukan oleh mahkamah, bukan PBT. Tadi memang Yang Berhormat Kubang Kerian sebut tentang memang ada silap dalam huraian. Dia menyatakan yang dahulu, “tidak melebihi RM500” dan yang sekarang ini “tidak melebihi RM50,000”. Ada silap daripada segi perkataan di situ ya. Yang Berhormat Kubang Kerian juga minta agar isu penguatkuasaan akta. Jadi ramai yang menyebutkan tentang penguatkuasaan. Jadi seperti saya sebut tadi, semua agensi yang terbabit harus lebih serius dalam menguatkuasakan undang-undang yang kita bawa. Dalam semangat kerajaan baharu ini, insya-Allah KPKT komited untuk memastikan bahawa penggubalan dasar-dasar baharu, penggubalan akta-akta ini dapat dilaksanakan di peringkat PBT dengan satu kerjasama yang mantap dan dapat melaksanakannya dengan baik. Tadi ada juga yang sebut tentang– I think daripada Yang Berhormat Pendang ataupun Yang Berhormat Jelebu menyebutkan tentang penguat kuasa yang daripada 18 tahun sampai... Berapa tahun Yang Berhormat Jelebu? [Bertanya kepada Yang Berhormat Jelebu]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sampai berapa tahun?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, 58 tahun. That means sudah sampai...
Umur 58 tahun sudah hendak pencen dah Yang Berhormat Menteri.
Sampai itu masih memegang jawatan yang sama. Insya-Allah, KPKT dalam usaha untuk membentuk satu suruhanjaya yang mana
membolehkan kita menggilirkan pegawai-pegawai KPKT dan menukarkan mereka di PBT yang lain dalam sesuatu negeri. Kita memang telah melihat perkara itu. Yang Berhormat Kota Tinggi sangat concerned tentang siapa akan menanggung kos ini. Jadi kos-kos yang kita sebut untuk melaksanakan kajian geoteknikal dan juga siasatan berkala adalah di atas tanggungan pemaju itu sendiri dan juga JMB dan juga pihak yang bertanggungjawab dengan bangunan itu, bukan pihak PBT. Daripada segi pegawainya juga bukan daripada PBT tetapi pihak pemaju sendiri kena mencari, kena buat laporan geoteknikal dan disahkan oleh jurutera yang bertauliah, independent. Yang Berhormat Kuala Kedah menyebutkan tentang turapan jalan orang perseorangan dan sebagainya. Jadi, memang kita tidak boleh pantau apabila ada orang perseorangan membetulkan jalan dan mengakibatkan accident dan sebagainya. Namun demikian, orang awam digalakkan untuk membuat laporan agar perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dengan lebih teliti dan lebih mengikut peraturan. Sebarang pembaikan jalan perlu mematuhi keperluan teknikal dan seharusnya dilaksanakan melalui PBT dan JKR. Jadi ini adalah kes-kes yang memang ada terjadi. Kita harap pihak PBT dan pihak- pihak jentera berat dan juga lori-lori yang mengangkut tanah, lori mengangkut bahan-bahan pertanian dan sebagainya, ada undang-undang kecil di peringkat PBT semua yang mana mereka kena ikut. Kalau kerja mengikut pukul 8 sampai pukul 5 dan tidak boleh bawa muatan yang lebih daripada yang ditentukan. Jadi ini adalah penguatkuasaan. Jadi kalau orang awam harus juga memainkan peranan untuk buat laporan agar boleh diambil tindakan oleh pihak PBT. Yang Berhormat Tasek Gelugor minta signage keselamatan, sama ada ia ada panduan atau tidak. Memang ada. Kalau JKR, memang sudah ada keluarkan garis panduan apabila membuat pembaikan jalan dan sebagainya, ada ia punya peraturan-peraturan yang harus ditetapkan. Jadi kalau mereka ini tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, pihak PBT atau pihak JKR rasanya boleh ambil tindakan kepada mereka. Yang Berhormat Padang Serai membawa isu tentang longkang, paip air dan juga jalan. Ini saya sebut tadilah, adalah tertakluk kepada kelulusan di peringkat PBT di mana agensi-agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa air negeri dan JKR termasuk di dalam Jawatankuasa Meluluskan Kebenaran Merancang dan Pelan Kejuruteraan. Jadi semua yang ini yang disebut tentang isu-isu longkang dan sebagainya, saya ingat, saya harap Ahli Parlimen kawasan masing-masing kena mainkan peranan dalam menyelaraskan satu mesyuarat yang melibatkan agensi-agensi ini bersama dengan pihak PBT dan agar Ahli Parlimen sendiri tahu apa perkara-perkara yang terjadi dan apa langkah- langkah yang harus diambil dan mereka sendiri boleh pantau. Daripada segi keputusan mesyuarat itu, mereka sendiri boleh memantau sama ada pemaju itu melaksanakan apa yang telah dipersetujukan. Kalau tidak, kita boleh teruskan lagi dengan pihak PBT untuk mengambil tindakan. Kalau ikutkan semualah, bonggol kah, speed breaker kah, apa semua, ada ia punya garis panduan sebenarnya. Jadi semua perkara yang disebut, yang ramai pembahas tadi menyebut tentang bonggol lah, speed breaker lah, ini ada ia punya garis panduan daripada segi reka bentuk...
[Bangun]
Yang berpandukan daripada Arahan Teknik (Jalan) JKR 1897, Basic Guidelines on Pedestrian Facilities, dengan izin.
Penjelasan.
Yang Berhormat Bagan Serai minta penjelasan. Yang Berhormat Bagan Serai ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti tadi, beberapa kali juga sebelum ini pun Menteri ada sebut berkenaan dengan Ahli Parlimen kena memainkan peranan. Itu tentulah satu berita yang baik sebenarnya. Saya sangat suka dengar itu tetapi Ahli Parlimen juga mestilah dijemput dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah ataupun jawatankuasa yang dilaksanakan oleh YDP. Jadi saya minta benda ini dapat dilaksanakan supaya kita dapat memainkan peranan kita dengan baik. Terima kasih.
Saya rasa memang ada, sewaktu saya 10 tahun sebagai pembangkang di negeri Selangor, ada mesyuarat majlis tindakan yang dilibatkan
oleh ADUN dan juga Ahli Parlimen. Jadi saya amat berharap tempat-tempat lain juga insya- Allah kita akan memastikan, buat satu lagi pekeliling, memastikan bahawa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibawa dalam mesyuarat majlis tindakan dan juga full council dalam PBT. Sebenarnya Members of Parliament atau Ahli Dewan Rakyat ini, you have the rights, dengan izin to go to the YDP and tell them your issues and minta mereka membuat satu mesyuarat penyelarasan. Boleh. Inilah yang kami lakukan 10 tahun, saya lakukan di Selangor 10 tahun. Jadi saya harap, sesiapa yang baharu jadi pembangkang ini boleh belajar, boleh buat perkara yang sama agar dapat boleh...
Terima kasih Menteri. Termasuk Bebas lah.
Bebas pun sama, semua. As long as you adalah Ahli Parlimen kawasan itu, you mesti dijemput untuk dalam mesyuarat ini. Di kerajaan baharu, kita tidak menganaktirikan sesiapa kerana kita hendak membangunkan negara. [Tepuk] Jadi tidak kira.
[Bangun]
Ya, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan jaminan dalam Dewan yang mulia ini. Saya Ahli Parlimen pembangkang dari Selangor. Setelah kita menjadi pembangkang, semasa itu Yang Berhormat Menteri kerajaan di negeri Selangor. So, selama kita menjadi pembangkang di negeri Selangor, Ahli Parlimen dan DUN daripada pembangkang, tidak pernah dijemput menghadiri mesyuarat pembangunan daerah dan juga mesyuarat majlis daerah. Adakah dengan dasar yang baharu ini, macam saya, saya patut Ahli Parlimen, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan ahli– boleh jadi Ahli Majlis Pembangunan Daerah Kuala Selangor. Apakah boleh beri jaminan arah Kerajaan Negeri Selangor menjemput saya hadir dalam Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Selangor?
Sambungan, boleh?
Sambungan Yang Berhormat Menteri.
Sama bukan?
Ya. Beri Pontian, beri Pontian.
Nanti, nanti. Yang Berhormat Pontian duduk dululah.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Kota Tinggi dulu.
Yang Berhormat Kota Tinggilah, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu saya kata Menteri ini bagus, dia open. Yang Berhormat Menteri, cadangan Yang Berhormat Menteri tadi supaya kami Ahli-ahli Parlimen, tidak kiralah pembangkang kah, kerajaan, dijemput dalam mesyuarat penuh. Kami faham, bukan mesyuarat jawatankuasa tetapi mesyuarat penuh majlis daerah, mesyuarat penuh PBT. Saya minta Yang Berhormat Menteri keluarkan surat arahanlah melalui KSU kepada semua YDP melalui kerajaan negeri supaya menjemput kami, Ahli-ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang untuk menghadiri mesyuarat penuh tersebut dan juga apa-apa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua untuk membincangkan isu dalam kawasan Parlimen kami. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Pontian pula.
Saya cuma hendak memaklumkan Yang di-Pertua bahawa Johor tidak dijemput dan saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya pun mahu tambah juga, saya Ahli Parlimen kerajaan pun tidak dijemput di negeri pembangkang.
Okey. Itu dia. Okey, okey. Dalam semangat kerajaan baharu dan kita memikirkan tentang pembangunan rakyat, rakyat yang menjadi keutamaan bukan ahli politik mana-mana parti, maka saya memang membuat pertemuan dengan Menteri Besar negeri pembangkang juga. Dalam pertemuan itu dan Exco-exco pembangkang pun saya jumpa mereka mengenai isu-isu perumahan dan sebagainya. Saya menekankan bahawa tidak akan menganaktirikan negeri pembangkang. Jadi tidak menjadi kekhuatiran untuk kita menjemput Ahli Parlimen dari pihak pembangkang untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Peringkat Negeri dan juga full council di peringkat PBT. Ini kerana yang kita mahu bawakan isu adalah isu rakyat, bukan isu peribadi. Kalau isu peribadi tidak boleh bawalah. Ini kerana, we are thinking about moving the nation and improving the nation, that’s the most important. That’s our priority. All right.
Menteri? Apa yang dikatakan Menteri ini memang baik. Akan tetapi, saya harap di dalam negeri di mana pembangkang adalah kerajaan negeri juga menjemput Ahli-ahli Parlimen atau ADUN daripada pihak pembangkang juga.
Setuju. Setuju. Setuju.
Boleh tak?
Perlis setuju!
Jemput dulu.
Insya-Allah. Insya-Allah. Because a...
Perlis dengan Pahang setuju.
Perlis ni, dia bukan Menteri Besar ni.
Pusat dia kena dahulukan.
Betul, betul. Menteri Besar yang baharu insya- Allah daripada pembangkang...
Ah! Saya boleh jawablah.
Ada lima negeri sahaja. Bukannya banyak sangat. Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, tidak banyak.
Terutamanya Sarawak.
Kalau Selangor, Ahli Parlimennya dua sahaja daripada pembangkang. Tidak jadi isu. Insya-Allah.
Perli kah?
Okey, Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong bertanya mengenai drone dekat– Drone ini Yang Berhormat Parit Sulong dekat Majlis Perbandaran Muar ada buat. Akan tetapi, ini adalah budi bicara PBT masing-masing untuk menggunakan drone untuk memantau kawasan-kawasan cerun ya.
Menteri, maknanya cuma Muar sahajalah? Dia tidak ada? Macam yang dekat Kuala Lumpur, ibu pejabat semua dia tidak ada? Oleh sebab saya ada tanyakan mengenai bilangan drone, sebab waktu kalau hendak ikutkan dalam keadaan sekarang ini kegunaan drone itu sangat- satu, ia popular, boleh menjimatkan kos. Selepas itu, yang ketiga pula ia lebih memberikan manfaat terutamanya di kawasan cerun-cerun yang berbahaya kepada manusia. Minta penjelasan.
Okey, setakat ini bilangan drone yang ada di Pelan Malaysia Peringkat Negeri Selangor ada dua, di Pahang ada tiga, di Pulau Pinang ada satu, di Johor ada dua, Melaka ada dua, Terengganu ada satu, Perak pula ada satu dan yang belum ada di Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Kelantan. So, jadi, ini kita lihat kalau ada keperluan untuk tanah-tanah cerun dan kita minta pihak PBT juga cuba mengusahakan untuk mengadakan drone di negeri masing-masing. Yang Berhormat Kuala Krai– so, hari ini banyak yang membawakan isu-isu tentang penguatkuasaan. Penguatkuasaan memang saya juga merasakan perkara yang sama. Undang-undang semua banyak ada. Untuk undang-undang kecil, semua ada untuk buat longkang, untuk buat bonggol, untuk buat apa pun, semua ada undang-undang dia. Semua ada spesifikasinya. Pemaju pun ada spesifikasi untuk membuat kualiti jalan dan sebagainya. Akan tetapi, penguatkuasaan yang menjadi isu sekarang sama ada dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak. Jadi, saya juga daripada pihak KPKT amat berharap, PBT-PBT inilah yang saya tekankan apabila bermesyuarat dengan Exco-exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab atas kerajaan tempatan, saya menekankan agar lebih serius dalam penguatkuasaan, lebih serius mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengikut undang-undang. Jadi, tidak payah khuatir untuk mengambil tindakan kerana takut penglibatan orang politik contohnya. Saya kata, ‘No, kita kena ikut’, kita kena ikut mengikut undang-undang. Jadi, insya-Allah kita lihat ada sikit pembaharuan dari segi penguatkuasaan dari peringkat-peringkat PBT. Itu yang kita harapkan.
Yang Berhormat Menteri, pencelahan sedikit mengenai campur tangan orang politik tentang penguatkuasaan dan sebagainya. Itu sebagai contoh. Baru-baru ini seorang Yang Berhormat di Batu Berendam, misalnya membuat arahan-arahan yang tertentu ada tak SOP dari segi prosedur Majlis Tempatan mengenai penutupan jalan? Merosakkan jalan, ada. Menutup jalan ini, ada kah tidak?
Sudah tentulah, kalau teguran itu perkara yang betul harus diikut. Kalau yang tidak betul, tidak boleh lah ikut. Jadi, kes yang di Melaka, di Batu Berendam saya tidak pasti apa isu dia sama ada jalan itu perlu ditutup kerana lalu lintas kah dan sebagainya. Saya ingat PBT di Melaka sendiri telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah penduduk di situ. Yang Berhormat Kuala Krai ada menyebutkan tentang deposit...
Menteri? Mencelah.
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Ya?
Padang Serai.
Oh! Sorry. Okey.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri, terima kasih. Saya ingin menyampaikan cadangan. Menteri mengatakan Ahli-ahli Parlimen boleh hadir di mesyuarat-mesyuarat kerajaan dan sebagainya. Memang kita hadir, tiap-tiap kali kita hadir, apabila kita kemukakan masalah-masalah kita, jawapan-jawapan mereka beri adalah tidak ada peruntukan, tidak cukup peruntukan dan sebagainya. Itu satu masalah besar pada kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mencadangkan macam-macam tetapi akhirnya perkataan peruntukan tidak cukup, tidak cukup wang dan sebagainya itu akan menjadi satu masalah. Oleh itu, saya berharap Menteri minta peruntukan yang lebih sikit pada kawasan- kawasan seperti di Padang Serai. Terima kasih.
Tidak menafikan bahawa peruntukan itu penting. Namun demikian, saya amat berharap Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan dalam penguatkuasaan itu sendiri. Kalau penguatkuasaan kita dan pemantauan kita itu rapi dan ketat, di situ sendiri akan dapat kita menjimatkan kewangan kita. Dari situ kita boleh gunakan wang kita jimat untuk kita gunakan untuk program-program pembangunan di kawasan masing-masing. Saya minta pada kali ini memang kita menekankan untuk pemantauan dari segi penguatkuasaan. Itu penting. So, when you are able to make sure dengan izin, that the
implementation and the enforcement is strong, dengan itu kita akan dapat menjimatkan kewangan kita dan kewangan itu boleh kita gunakan balik dalam pembangunan atau projek- projek kecil yang diminta oleh Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat Kuala Krai, mengenai tentang deposit ya. Saya rasa tidak perlu untuk kita kenakan deposit kerana kita telah menetapkan mereka yang hendak mengubah jalan atau menurap jalan, betulkan jalan, mereka kena minta kebenaran daripada pihak PBT masing-masing. Jadi, itu sudah memadai untuk kita memastikan bahawa mereka ini mengikut spesifikasi dan mengikut garis panduan yang telah diberikan. Yang Berhormat Kuala Krai mahu menceriakan bangunan nak letak muka saya dekat canselor kondo ini, saya mahu suruh Yang Berhormat Kuala Krai letak muka Yang Berhormat Kuala Krai dekat kawasan bangunan Yang Berhormat Kuala Krai...
Pasir Puteh. Pasir Puteh.
Sorry, Yang Berhormat Pasir Puteh. Sorry. Yang Berhormat Kuala Krai pun membangkitkan tentang mahu menceriakan ya. Jadi, menceriakan dan mengindahkan bangunan itu adalah tertakluk kepada PBT masing-masing dan kerajaan masing-masing dan juga kecekapan badan pengurusan sesebuah penempatan itu. Namun demikian, KPKT juga sedang merangka satu program yang mana kita akan cuba membantu rumah-rumah B40 ini yang seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya, agar pengurusannya boleh diambil oleh PBT. Kita boleh juga dalam pengurusan itu kita juga berinteraksi dan juga membudayakan komuniti di tempat-tempat ini agar mereka faham bagaimana hendak menguruskan bangunan, bagaimana hendak menguruskan kewangan, bagaimana hendak menguruskan kebersihan, bagaimana hendak menguruskan keselamatan dan juga keharmonian kawasan mereka. So, dengan adanya program ini insya-Allah mereka akan dapat membuat financial planning atau perancangan kewangan yang lebih baik, maka sinking fund itu akan bertambah dan sinking fund itu juga boleh digunakan untuk menceriakan perumahan masing-masing. Namun demikian, KPKT juga ada peruntukan tetapi...
Menteri, boleh?
Akan tetapi of course kita menekankan kepada kawasan-kawasan rumah B40 dahulu.
Menteri?
Kalau canselor kondo itu, ‘aih’ buatlah sendiri. Akan tetapi saya pun tahu kawasan saya itu. Memang ada macam itu.
Boleh sikit, Menteri?
Okey, Yang Berhormat Jelebu.
Boleh?
Ya.
Ini di luar sikit Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya minta kalau dapat ihsan Yang Berhormat Menteri, saya setuju dengan Yang Berhormat Tenggara tadi
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Yang Berhormat Kota Tinggi. Yang Berhormat Kota Tinggi. Menteri yang terbaiklah, so far dalam kerajaan baharu. Kerajaan lama dahulu, Menteri lama itu pun bagus juga. Yang Berhormat Menteri, saya bila sebut fasal bab keceriaan tadi saya lebih concerned Yang Berhormat Menteri. Ini kerana sekarang ini di bawah Kementerian KPKT juga, kita ada banyak projek perumahan untuk rakyat B40 ini. Akan tetapi, projek perumahan ini oleh sebab dalam kawasan bandar dalam Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah ini tidak cukup tanah sudah. Kita buat di luar kawasan operasi PBT.
Masalah yang berlaku sekarang— projek ini di bawah SPNB, bawah agensi FELDA, bawah agensi KPKT dan sebagainya secara berkelompok. Masalah sekarang ialah penyelenggaraan sampah ini. Kita nak suruh majlis, dia kata di luar kawasan operasi majlis. Jadi boleh tidak saya mencadangkan kepada kementerian supaya kita masukkan mereka ini di dalam lingkungan kawasan perkhidmatan PBT atau perkhidmatan majlis? Kalau kita bawa dalam kawasan operasi, dia kena bayar cukai pintu pula. Kalau kawasan itu, tidak apa. Tetapi kalau masalah rumah-rumah kampung ini. Jadi kalau boleh dimasukkan dalam kawasan perkhidmatan yang mana pengguna atau taman perumahan itu terpaksa bayar untuk kutipan sampah ini, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jelebu, nanti bab sampah nanti kita cerita lain hari ya. Nanti, insya-Allah, itu juga dalam semakan saya dan dalam penggubalan yang baharu, insya-Allah. Yang Berhormat Gerik membawa isu penyelarasan kerja pembaikan jalan di kawasan PBT ya. Samalah tadi jawapan tentang kawasan-kawasan yang luar daripada PBT, kita akan menyelaraskan dan, insya-Allah, kita akan cuba mengangkat akta ini di kementerian masing-masing. Yang Berhormat Bagan Serai, sama jugalah, Yang Berhormat Bagan Serai, penguatkuasaan. Yang Berhormat Bagan Serai ini patut boleh jadi penguat kuasa untuk PBT yang terbaik sebab dia semangat tadi cakap untuk kena buat itu buat ini. Tidak apa, Yang Berhormat Bagan Serai, sudah jadi Bebas nanti bolehlah saya... [Ketawa] Pembinaan sebarang pemajuan di kawasan cerun melebihi— okey, saya ingat sudah jawablah Yang Berhormat Bagan Serai mengenai pembinaan rumah di cerun. Juga Yang Berhormat Kemaman, inventori cerun, Yang Berhormat Kemaman, ada ya. Maklumat itu boleh dibawa di bawah seliaan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Ada ya dan boleh dapatkan di situ. Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Kemaman juga bawa isu sama seperti Yang Berhormat Kota Tinggi tadi yang saya sudah jawab mengenai siapa yang bertanggungjawab untuk menyelia berskala— pemeriksaan bangunan. So, JMB dan pemaju sendiri yang bertanggungjawab. Kos itu ditanggung oleh JMB ataupun empunya bangunan itu. Pengecualian ini tadi, Yang Berhormat Kampar, maksudnya apa? Sementara kita berbahas tentang akta ini, selepas diluluskan, ia ambil masa untuk diwartakan dan sebagainya. Jadi antara period now dengan period diwartakan, jadi PBT diberikan kuasa untuk menggunakan akta yang lama. So, transit period actually, just transit period. Ini tadi Yang Berhormat Jelebu cakap fasal jawatan. Saya ingat saya sudah jawab semua. PGS pun saya sudah jawab mengenai B40 tadi tentang penyelenggaraan B40. Akhir sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan saya harap dengan adanya akta ini, apa pun semua orang sebut tadi semua orang sokong, tapi apa yang penting ialah penguatkuasaan— itu yang paling penting— dan pengawalseliaan tentang akta ini. Kalau akta ini ada, penguatkuasaannya lemah, tidak berguna. Saya setuju dan dengan itu saya juga minta agar semua pihak-pihak yang bertanggungjawab menyelenggarakan negeri masing-masing, PBT masing-masing, mengambil peranan dalam memastikan akta ini dapat dikuatkuasakan dengan baik. Akan tetapi KPKT sebagai kementerian yang menggubal, kami juga akan memainkan peranan untuk memastikan bahawa akta ini dapat dilaksanakan di semua peringkat dan juga termasuk untuk memberikan pengetahuan awam kepada orang awam untuk membudayakan mereka agar mereka sendiri tahu apa undang-undang yang terlibat dan apakah peranan mereka apabila ada kejadian-kejadian tertentu seperti cerun ini, mereka sendiri boleh memainkan peranan. Jadi apa pun, saya ucapkan sangat terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian. Saya harap kita akan dapat menyambut baik akta ini dan semua akan dapat main peranan dalam penguatkuasaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Ada. Okey, Yang Berhormat Pontian.
Sepatah sahaja. Mengambil tempat turap ya, fasal 3. Kenapa rakyat mengambil tempat turap? Itu persoalannya. Adakah mereka ingin membina premis kekal? Kalau mereka ingin membina premis kekal, wajar kita denda tapi kalau mereka ingin membina yang tidak kekal untuk berniaga misalnya, ia perlu diambil kira dan tidaklah perlu didenda begitu banyak. Itu yang saya ingin bertanyakan. Terima kasih.
Bukan mengenai individu tapi untuk pemaju ataupun syarikat-syarikat utiliti yang nak buka jalan untuk pemasangan kabel dan sebagainya. Setiap kali dia nak buat kerja-kerja ini, dia kena minta kelulusan daripada PBT. Bukan fasal isu naikkan bangunan legal or illegal. Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dr. Md Farid bin Md Rafik) dan diluluskan]
Terima kasih. Dengan itu tamatlah perbahasan atas rang undang-undang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 17 Oktober 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.59 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)Special Chamber
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum, era perkembangan pendidikan dan juga tenaga kerja kini lebih tertumpu kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kerajaan telah mengambil langkah untuk memperkasakan TVET di kalangan pelajar dan juga sedang berusaha untuk menjalankan program kesedaran untuk menyerap lebih ramai pelajar ke dalam program- program TVET, satu usaha yang diterima dengan baik oleh rakyat.
Sehubungan dengan itu, diminta kerajaan untuk memaklumkan statistik pengambilan pelajar-pelajar untuk TVET mengikut kursus, peringkat, kaum, lokasi dan asrama, iaitu mereka yang dipilih untuk institusi pendidikan kerajaan seperti IKBN dan politeknik, pusat- pusat TVET swasta yang dibantu oleh kerajaan dan juga swasta sepenuhnya.
Berapakah jumlah peruntukan yang sudah dibelanjakan untuk perkembangan TVET di Malaysia? Apakah kadar kemasukan dan kadar pencapaian mencapai bilangan yang memberangsangkan secara menyeluruhnya serta, apakah peratusan yang mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka dalam masa enam bulan selepas selesai kursus?
Golongan belia sering kali mempunyai persepsi negatif mengenai pengajian TVET yang dikaitkan dengan faktor kebolehpasaran graduan untuk sektor pekerjaan tempatan dan antarabangsa. Adakah kelayakan TVET di Malaysia sama taraf dengan kelayakan TVET yang ditawarkan di Singapura dan Australia.
Persepsi negatif golongan belia juga adalah kerana kebanyakan kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf oleh agensi-agensi pendidikan dan TVET antarabangsa, menyebabkan graduan TVET hanya mendapat pekerjaan dalam bidang-bidang yang tidak profesional dengan gaji yang amat rendah dan mereka disamakan dengan golongan 'school dropouts' yang tidak dapat menyambung pengajian ke kursus ijazah yang konvensional.
Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membetulkan persepsi ini?
Kementerian juga diminta untuk mengulas mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk memilih program TVET sebagai asas untuk pilihan kerjaya mereka pada masa hadapan, khususnya dari kaum-kaum yang minoriti yang tidak berminat untuk menyertai program TVET.
Pada masa ini, fokus program TVET adalah lebih kepada jurusan makanan, elektrik, elektronik, automobil, penyelenggaraan kapal terbang, komputer dan sebagainya. Adakah kementerian juga bercadang untuk mengembangkan program TVET untuk sektor kesihatan.
Jika ada, diminta untuk mengulas secara lanjut tentang fokus program tersebut.
Selain itu, kementerian juga diminta untuk memberi perhatian kepada kedudukan dan lokasi institusi TVET, kerana ia merupakan salah satu cara untuk membantu menambah jumlah pelajar. Kementerian diminta untuk mempertimbangkan cadangan membuka pusat TVET di DUN Buluh Kasap di Parlimen Segamat dalam kawasan Gemas Selatan kerana lokasi yang strategik dan mampu juga menarik pelajar dari Gemas, Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya bermula, izinkan saya memberi penekanan bahawa tidak semua Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berada di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Latihan Swasta. Antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kerja Raya.
Untuk makluman, pendidikan TVET yang berada di bawah KPM adalah Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN), politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional
(KV), Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), Perantisan Industri Menengah Atas
(PIMA), Program Asas Vokasional dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional. Maka saya akan menjawab berdasarkan bidang kuasa KPM sahaja. Begitu juga dengan data yang diberikan, ia tidak merangkumi data keseluruhan untuk TVET Malaysia.
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan antara agenda utama di dalam kedua-dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 (Pendidikan Tinggi).
Agenda TVET turut seiring dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang menjangkakan kewujudan 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan sasaran sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan berkenaan memerlukan kemahiran berkaitan bidang TVET. Menyedari kepentingan TVET, kerajaan turut beralih daripada meluaskan akses kepada program dan intervensi TVET yang berkualiti dalam RMKe-10 kepada mentransformasikan TVET untuk memenuhi permintaan industri dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Untuk tujuan ini, kerajaan sedang memberikan tumpuan khusus dalam mengarusperdanakan bidang TVET agar menjadi salah satu laluan pilihan kepada pelajar.
Kerajaan telah membuat pelaburan yang besar di mana pada tahun 2018 peruntukan sebanyak RM1.04 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan pengoperasian dan pembangunan TVET KPM.
Pelaburan berkenaan berupaya meningkatkan enrolmen pelajar TVET di mana pada tahun 2018, terdapat seramai 79,412 orang pelajar di kolej vokasional yang sedang mengikuti beberapa bidang pengajian antaranya Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Pemesinan Industri, Diploma Teknologi Kimpalan, Diploma Teknologi Automotif, Diploma Teknologi Pembinaan, Diploma Seni Kulinari, Diploma Pelancongan, Diploma Seni Reka Fesyen, Diploma Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian, Diploma Teknologi Multimedia Kreatif, Diploma Perakaunan, Diploma Pemasaran, Diploma Agroindustri Tanaman dan Diploma Teknologi Mekanisasi Agro.
Bagi kolej komuniti, terdapat seramai 23,271 orang di pelbagai peringkat pengajian sijil dan diploma dalam bidang pengajian antaranya Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Landskap, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Diploma in Security Technology, dengan izin, Diploma in Hospitality Operations dan Diploma in Games Art, dengan izin.
Manakala di politeknik pula, terdapat seramai 96,370 orang pelajar yang sedang mengikuti bidang pengajian, antaranya Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Akauntansi, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dan Diploma Kejuruteraan Elektrik.
Bagi maksud perkembangan kerjaya pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) juga telah mengadakan perbincangan dengan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi mengenal pasti laluan akademik yang bersesuaian bagi lulusan Sijil Vokasional Malaysia dari Program Vokasional Menengah Atas dan Program Perantisan Industri Menengah Atas untuk menyambung pengajian di kolej komuniti.
Bagi membuka peluang dan kemudahan kepada lulusan diploma politeknik untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, JPPKK telah melaksanakan inisiatif seperti reka bentuk semula kurikulum bersama institusi di bawah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MTUN), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang.
Pada masa ini juga, KPM sedang membangunkan program bersama-sama dengan MTUN untuk memperkasakan laluan TVET terutamanya untuk pelajar lulusan DVM. Di samping laluan untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi, KPM melalui KV, politeknik dan kolej komuniti akan terus merencana inisiatif bagi melahirkan graduan TVET yang berkualiti serta mempunyai kebolehpasaran (marketability) dan kebolehkerjaan (workability) yang tinggi agar dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja industri negara. Enrolmen program TVET akan berkembang dengan ketara menerusi kerjasama dengan industri untuk memastikan penawaran memenuhi permintaan. KPM juga pada masa yang sama berhasrat untuk membetulkan persepsi TVET adalah pilihan golongan school dropout, dengan izin ataupun pilihan kedua.
Bagi mencapai hasrat tersebut, KPM akan mempergiatkan kerjasama dan penglibatan industri, menjajarkan kelayakan, menambah baik penyelarasan dengan pelbagai agensi penyedia TVET dan meningkatkan penjenamaan. Selain menceburi cabaran industri, graduan TVET yang telah mendapat Akreditasi Penuh juga layak untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam tertakluk kepada pihak berkuasa melantik.
Selaras dengan cabaran industri 4.0, kaedah penyampaian pendidikan TVET perlu dipacu oleh industri dan penggunaan teknologi terkini bagi memastikan graduan yang dihasilkan memenuhi keperluan industri. Kaedah penyampaian berdasarkan teknologi terkini juga boleh menarik minat dan menggalakkan pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.
Di kawasan Segamat, telah ada Kolej Vokasional Segamat, Kolej Komuniti Segamat di Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat 2 di Jalan Jementah, Batu Anam dan Pusat GIATMARA Segamat. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Memohon Kelulusan bagi Penukaran Status SJK(C) Chung Ching (cawangan) Kepada SJK(C) Chung Ching Kedua yang Mempunyai Pentadbiran TersendiriSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sejak tahun 2013, Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SJK(C) Chung Ching telah memohon agar SJK(C) Chung Ching cawangan dinaiktaraf kepada SJK(C) Chung Ching Kedua tetapi masih tidak berjaya.
Justifikasi-justifikasi yang dikemukakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah adalah seperti berikut:
(i) lokasi tapak sekolah cawangan terletak dalam kawasan Indera Mahkota dan ianya terletak 10 kilometer dari sekolah induk yang terletak di Tanah Putih, Kuantan. Maka pentadbiran sekolah cawangan tidak dapat dijalankan secara berkesan. Hanya seorang Guru Besar menjaga dua buah sekolah yang berjauhan antara satu sama lain;
(ii) status tanah sekolah cawangan berbeza dengan Sekolah Induk kerana pemiliknya adalah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan; dan
(iii) SJK(C) Chung Ching (cawangan) ini telah beroperasi pada 2 Januari
2013 dan enrolmen pelajar adalah berjumlah 227 orang. Dijangkakan enrolmen pelajar ke sekolah ini akan meningkat dari semasa ke semasa dan pada tahun 2018, enrolmen pelajar menghampiri 500 orang.
Mantan Perdana Menteri telah memberi peruntukan sebanyak RM4.5 juta pada tahun 2010 untuk membina SJK(C) Chung Ching cawangan. Atas permohonan Presiden MCA pada tahun 10 November 2016, Mantan Perdana Menteri telah bersetuju SJK(C) Chung Ching (cawangan) diiktiraf sebagai SJKC Chung Ching II dan meminitkan persetujuan beliau kepada mantan Menteri Pendidikan untuk tindakan selanjutnya.
Pada 18 Jun 2018, saya telah menulis surat rasmi kepada Menteri Pendidikan iaitu Yang Berhormat Simpang Renggam untuk memaklumkan perkembangan baru dan persetujuan yang telah dicapai oleh Kementerian Pendidikan sebelum Kerajaan Barisan Nasional diambil alih oleh Pakatan Harapan, iaitu:
(i) status tanah SJK(C) Poay Chai, Singkir, Kedah akan berpindah ke Jalan Changkat Indah Utama, Taman Bukit Indah, Johor; dan
(ii) SJK(C) Chung Ching (cawangan), Kuantan akan dijadikan sebagai SJK(C) Chung Ching II, Kuantan yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Keputusan itu dicapai pada 26 Oktober 2017, jam 12.15 petang di Pejabat Menteri Pendidikan pada ketika itu dengan disaksikan oleh mantan Menteri Dato’ Sri Liow Tiong Lai, mantan Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM). Lantaran itu, KPPM telah memberi arahan kepada bahagian-bahagian dan Jabatan-jabatan Pendidikan berkenaan untuk mengambil tindakan susulan daripada keputusan tersebut, iaitu meneliti semula untuk kelulusan SJK(C) Chung Ching (cawangan), Kuantan yang mempunyai pentadbiran tersendiri dengan mengambil kira kekosongan waran perjawatan sedia ada yang boleh dipindahkan ke SJK(C) ini.
Arahan ini telah dinyatakan dalam surat bertarikh 7 Februari 2018, no rujukan:
KPM.KPPM.S.100(85). Namun setakat hari ini, KPM belum memberi kelulusan rasmi untuk penubuhan SJK(C) Chung Ching Kedua seperti yang telah dipersetujui. Diharapkan KPM dapat mengeluarkan surat kelulusan kepada LPS SJK(C) Chung Ching dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Tuan Yang di-Pertua SJK(C) Chung Ching
(cawangan) Kampung Tiram, Kuantan, Pahang terletak lima kilometer dari sekolah induk dan berstatus sekolah bantuan kerajaan (SBK). Sekolah ini telah diberi peruntukan untuk pembinaan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2012 dan beroperasi sebagai sekolah cawangan pada tahun 2013. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), tiada peruntukan untuk penubuhan sekolah cawangan sebaliknya berdasarkan akta ini hanya Menteri Pendidikan yang boleh menubuhkan dan menyenggara sesebuah sekolah.
Permohonan untuk pentadbiran berasingan SJK(C) Chung Ching (cawangan) Kampung Tiram, Kuantan, Pahang telah dikemukakan berkali-kali kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Desakan untuk menjadikan sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri telah dijawab beberapa kali oleh KPM iaitu pada 29 Jun 2000, 6 Oktober 2008, 30 November 2009, 15 Mac 2013 dan 26 Oktober 2015.
Untuk membolehkan sekolah ini beroperasi secara pentadbiran berasingan, KPM pada masa itu telah mencadangkan agar waran perjawatan SJK(C) berstatus sekolah kurang murid di sekitar negeri Pahang atau negeri lain dipindahkan ke sekolah ini. Oleh itu, KPM pada masa itu telah membuat semakan bagi mengenal pasti SJK(C) yang beroperasi tanpa murid di negeri Pahang atau negeri lain dan mendapati hanya SJK(C) Poay Chai, Singkir, Kedah sahaja yang merupakan SJK(C) yang beroperasi tanpa murid dan boleh dicadangkan untuk dipindahkan ke Kuantan, Pahang untuk digunakan oleh SJK(C) Chung Ching
(cawangan) Kampung Tiram, Kuantan, Pahang ini.
Pihak KPM pada dasarnya telah bersetuju memberi kelulusan untuk SJK(C) Chung Ching (cawangan) Kampung Tiram, Kuantan, Pahang untuk beroperasi secara pentadbiran sendiri pada 15 Februari 2017 melalui kelulusan perpindahan SJK(C) Poay Chai, Singkir, Kedah ke Kuantan, Pahang. Keputusan ini juga dibuat setelah mengambil kira persetujuan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SJK(C) Poay Chai, Singkir, Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang serta pembinaan sekolah ini adalah di atas tapak hak milik kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu, SJK(C) Chung Ching (cawangan) ini telah didaftarkan semula dengan kod baharu iaitu CBC4052 SJK(C) Poay Chai, Kampung Tiram, Kuantan, Pahang menggantikan SJK(C) Chung Ching (cawangan) Kampung Tiram, Kuantan, Pahang.
Walau bagaimanapun, perbincangan khas antara Mantan Menteri Pendidikan bersama-sama wakil MCA bertarikh 26 Oktober 2017 telah memutuskan semula bahawa waran perjawatan SJK(C) Poay Chai, Singkir, Kedah yang telah diluluskan pindah ke Pahang sebagai CBC4052 SJK(C) Poay Chai, Kampung Tiram, Kuantan, Pahang dibatalkan dan dipindahkan ke SJK(C) baharu di Taman Bukit Indah, Johor yang masih dalam perancangan pembinaan.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan keputusan tersebut, KPM telah mengambil tindakan seperti berikut iaitu:
(i) membekukan sementara pengisian perjawatan ke CBC4052 SJK(C) Poay Chai, Kampung Tiram, Kuantan, Pahang sebelum dipindahkan ke SJK(C) baharu di Taman Bukit Indah, Johor sehingga pembinaan sekolah siap sepenuhnya untuk beroperasi; dan
(ii) mengekalkan status SJK(C) Chung Ching (cawangan), Kampung Tiram, Kuantan, Pahang di bawah satu pentadbiran yang sama sehingga terdapat kekosongan perjawatan sedia ada yang boleh dipindahkan dari SJK(C) yang beroperasi tanpa murid untuk kegunaan sekolah ini.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan keputusan pada tahap ini adalah seperti berikut:
(i) pihak LPS SJK(C) Chung Ching diminta untuk membuat permohonan melalui Guru Besar dan JPN Pahang untuk pertukaran status sekolah ini menjadi sekolah kerajaan secepat mungkin dengan mematuhi prosedur sedia ada KPM; dan
(ii) permohonan ini akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk persetujuan sebelum diangkat untuk kelulusan Menteri Pendidikan bagi membolehkan sekolah ini beroperasi secara pentadbiran berasingan. Sekian sahaja, ribuan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 17 Oktober 2018.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.55 petang]